Jul092008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berfungsi sebagai Pengawal Pantai Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang negara dan keselamatan di kawasan perairan Sabah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Untuk jawapan Yang Berhormat daripada Silam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ataupun APMM ini berperanan dalam tugas menguatkuasakan undang-undang dan menjamin keselamatan seluruh perairan Malaysia termasuk negeri Sabah. Ini selaras dengan Akta 633.

Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, APMM telah mengambil beberapa langkah bagi mencegah berlakunya kesalahan perlanggaran undang-undang di perairan negara dan agar ia sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal dari pencerobohan dan ancaman dari pihak luar dan dalaman. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) mengadakan rondaan di perairan Zon Maritim Malaysia (ZMM) setiap masa;

(ii) mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa yang lain;

(iii) memantau pergerakan setiap vessel dengan radar sistem pengawasan laut di Selat Melaka;

(iv) memantapkan serta meluaskan rangkaian perisikan;

(v) mendapatkan perkhidmatan pengawasan dari udara; dan

(vi) melancarkan operasi khas pada waktu tertentu berdasarkan laporan dan maklumat risikan.

Pendek kata, APMM ini dia mengawal, melindung dan menyelamat kawasan perairan. Sekian terima kasih, Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Silam.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya. Malaysia memerlukan suatu sistem pengurusan zon maritim yang menyeluruh dan berkesan. Apakah dengan penubuhan agensi ini ekoran daripada kejadian penculikan yang berlaku di Borneo Paradise pada tahun 2003? Di samping itu, tidakkah agensi ini akan menghadapi duplikasi daripada agensi-agensi yang lain dan akhirnya apakah kejayaan-kejayaan yang telah kita peroleh hasil daripada pelaksanaan agensi ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Silam yang begitu prihatin kepada soal-soal keselamatan di Sabah khususnya di kawasan Yang Berhormat sendiri iaitu di Silam. Soalan yang pertama tadi ialah agensi ini ditubuhkan, salah satu daripada sebabnya ialah peristiwa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi pada tahun 2003. Ada satu peristiwa yang memerlukan satu agensi yang benar-benar boleh berkuat kuasa dengan dokongan agensi-agensi yang lain.

Oleh sebab itu, pada bulan Jun 2006, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini ditubuhkan di Sabah. Jadi kawasannya ialah kawasan operasi APMM ini adalah sungguh luas, merangkumi Zon Ekonomi Eksklusif dan Pelantar Benua ataupun Continental Shelf di bawah meliputi pesisiran pantai sehingga 200 batu nautika di bawah Zon Maritim Malaysia yang merangkumi tugas penguatkuasaan yang saya sebutkan tadi, penguatkuasaan Undang-Undang Kastam, Undang-Undang Perikatan, Akta Imigresen dan lain-lain.

Jadi, peristiwa 2003 di Sabah tadi, ini yang membuatkan pihak kerajaan memikirkan untuk pembentukan agensi ini dan agensi ini telah pun ditubuhkan dan pada tahun 2006 diletakkan di Sabah. Semenjak daripada tahun 2006 itu, bermulalah kerja-kerja tugas agensi ini dan sukacita saya maklumkan bahawa kalau hendak diikutkan dari segi kejayaan di peringkat nasional sehingga Mac 2008, ada 1,034 kes yang telah kita jayakan.

Akan tetapi khusus untuk Sabah, saya hendak maklumkan bahawa setakat Jun 2008 ini, agensi telah membuat tangkapan seperti berikut yang melanggar kepada Akta Perikanan. Ada 86 bilangan kes yang telah kita buat dan berjaya dilaksanakan.

AktaBilangan kes
Akta Imigresen42
Akta Kastam12
Ordinan Perkapalan Saudagar3
Akta Kawalan Bekalan26
Akta Kanun Tanah dan Galian1

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah dia jawapan kepada soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat Silam tadi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Ini hal Sabah Tuan Yang di-Pertua, mana boleh. [Ketawa]

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya dari pantai. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh saya dapat tahu dalam semangat ASEAN, apakah pemantauan dan penglibatan agensi supaya apa yang Malaysia tidak ada overlap dengan negara- negara persahabatan.

Saya juga difahamkan kita juga kekurangan kapal dan manpower selepas agensi ini ditubuhkan. Walaupun semuanya patut cukup sebelum 31 Disember 2007, nampaknya sehingga sekarang kita kekurangan kapal dan manpower. Apakah tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini?

final • 10:00 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Ipoh Barat. Soalan tadi khusus berkenaan dengan Sabah tapi Ipoh Barat ni nampaknya dia memandang luaslah, seorang Ahli Parlimen Malaysia. Tahniahlah Ipoh Barat! [Ketawa] Soalan tadi soal penglibatan agensi ini dengan negara-negara lain. Saya akui bahawa agensi kita memerlukan pengetahuan dan juga pengalaman daripada negara- negara lain. Baru-baru ini ada seminar antarabangsa yang dibuat di Kuala Lumpur, bulan lepas yang dihadiri oleh agensi-agensi maritim daripada negara ASEAN dan juga daripada negara Amerika, Jepun dan sebagainya.

final • 10:00 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Khusus dengan soalan Yang Berhormat tadi, sukacita saya maklumkan bahawa pihak kita sentiasa mempunyai kerjasama yang begitu erat dengan negara-negara ASEAN yang lain. Sebagai contoh, negara Indonesia. Kita sentiasa membuat joint operation ataupun operasi bersama melalui beberapa OPS yang kita sebut di Indonesia Operasi Samudera Gagah dan Operasi Tambak itu di negara kita.

Akan tetapi di Indonesia, kita ada OPS ‘Faktor Optima’ bersama Indonesia dan dengan Filipina kita sebut OPS PIMA (Filipina, Malaysia) jadi memang ada kerjasama begitu. Jadi dalam konteks ini, oleh sebab kita hendakkan negara ini sentiasa selamat dan terkawal, kita terpaksalah memerlukan alat-alat ataupun kapal peronda, kapal terbang dan sebagainya dan ini sedang dan terus kita akan lakukan.

Jadi insya-Allah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini juga, sukacita saya maklumkan bahawa pihak kita sedang meneliti dan mencari jalan untuk mencari kapal- kapal ataupun kenderaan-kenderaan yang boleh kita gunakan dan memberi kesan seoptimum yang mungkin. Jadi untuk itu saya berterima kasih kalau ada besok tambahan peruntukan khusus untuk ini saya mengharapkan Ipoh Barat terus menyokong langkah pihak kerajaan kita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat hadir sama di dalam Dewan yang mulia ini ialah Ahli-Ahli Parlimen dari Romania yang mewakili Romania-Malaysia Parliamentary Friendship Group. [Tepuk] Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka.

Moga-moga kehadiran mereka dalam Dewan ini mengeratkan lagi perhubungan di antara Malaysia dengan Romania. [Tepuk] Yang Berhormat Dato' Kamarul Baharin Abbas.

final • 10:00 AM

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) kos bagi membina pusat dialisis di seluruh negara dan pecahan jumlahnya mengikut negeri-negeri; dan

(b) apakah kerajaan mempunyai rancangan khusus untuk memperluaskan kemudahan tersebut secara menyeluruh kepada rakyat di seluruh negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua kos bagi membina sebuah pusat dialisis di negara ini adalah dianggarkan kosnya dalam lingkungan RM950 ribu hingga ke RM1 juta. Jumlah kos ini termasuklah kemudahan empat mesin hemodialisis, mesin Reverse Osmosis System dengan izin, mesin dileser dan juga peralatan-peralatan perubatan asas yang merangkumi pembinaan bangunan kerja-kerja civil, electrical juga mechanical Sejak 2004 sehingga kini, kementerian telah pun melengkapkan unit hemodialisis kepada 122 buah hospital seluruh negara dengan jumlah 1,278 mesin dialisis dibekalkan.

Perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi sehingga semua 134 hospital, bermakna ada 12 buah hospital lagi yang akan dikembangkan bagi memenuhi permintaan kepada rakyat.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pesakit buah pinggang ini satu sakit yang kronik dan pesakit tidak ada pilihan dan wajib mendapat rawatan, jadi apakah tindakan kerajaan dalam meringankan kos rawatan ini yang menjadi satu bebanan kepada mereka yang berpendapatan rendah?

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Telok Kemang. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya telah banyak bantuan yang kita beri kepada pesakit-pesakit yang mengalami dengan izin, end stage renal failure.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Sebenarnya charge sekali rawatan hemodialisis di pusat hemodialisis swasta biasanya pusat swasta ini akan charge RM110, kerajaan subsidi RM50 tiap-tiap kali sesi tiap-tiap orang. Jadi bermakna pesakit kena bayar RM60 satu sesi dan biasanya mereka yang kena penyakit tersebut terpaksa mencuci darah mereka maksimum biasanya tiga atau empat kali seminggu. Memang ia adalah penyakit orang kaya tapi ia melibatkan juga orang miskin.

Ekoran daripada itu, bagi mereka yang masuk ke hospital kerajaan charge kepada pesakit hanyalah RM13 per sesi. Jadi banyak subsidi yang kita berikan. Saya hendak ambil maklum dan beritahu Dewan yang mulia ini, sebenarnya kita kena rawat end stage renal failure bukan di penghabisan tetapi di awalan. Kerana kita tahu setengah daripada mereka yang kena penyakit ini di mana darah mereka kena dicuci adalah berasal daripada kencing manis (diabetis) dan juga hypertension. Jadi kalau kita dapat rawat komplikasi penyakit tersebut lebih awal maka kita boleh kurangkan mereka yang perlu mendapat rawatan penyucian darah. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dengan izin prevention is better than cure, kalau kerajaan terpaksa membanyakkan pusat-pusat rawatan buah pinggang ini kerajaan terpaksa membelanjakan duit dengan banyaknya.

Apakah pendekatan kementerian untuk meningkatkan kualiti hidup supaya tidak perlu kita berbelanja membanyakkan pusat-pusat rawatan ini berbanding dengan melebarkan lagi, menggalakkan lagi gaya hidup yang lebih sihat dapat menghalang penyakit buah pinggang ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi pilihan menteri sama ada mahu jawab ataupun tidak. Bagi saya itu tidak ada kena mengena dengan soalan.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua saya jawablah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Mengikut insiden WHO, mereka yang memerlukan rawatan hemodialisis dalam mana-mana negara adalah taip-tiap seratus orang daripada 1 juta penduduk. Maknanya kita ada 27 juta kita akan berhadapan dengan 2,700 pesakit baru yang memerlukan hemodialisis. Di negara kita daripada 100 orang 54 berasal daripada penyakit kencing manis.

Jadi kita sudah tahu kosnya, maka saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat dari Ledang supaya kita tumpukan pengesanan rawatan awal dan pencegahan kepada penyakit kencing manis melalui pelbagai approach, melalui promosi, melalui pendekatan pendidikan, melalui pembelajaran dan juga promosi-promosi kesihatan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

3. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan bagaimanakah kementerian menilai keberkesanan program usahawan graduan yang diperkenalkan oleh kementerian.

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan Skim Usahawan Siswazah atau SUS dalam usaha mempertingkatkan lagi bilangan siswazah menceburi perniagaan. Skim ini mempunyai dua komponen iaitu:

(i) latihan keusahawanan; dan

(ii) pembiayaan.

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Latihan keusahawanan di bawah SUS memberi latihan kepada para graduan sebelum menceburi bidang perniagaan dalam pelbagai aspek seperti pengurusan, perakaunan serta promosi dan pemasaran. Para graduan yang telah menamatkan latihan layak memohon pembiayaan yang disediakan di bawah SUS melalui Tabung Usahawan Siswazah atau TUS.

Had pembiayaan di bawah TUS adalah sebanyak RM250,000 dan ianya dikendalikan oleh SME Bank. Dari tahun 2000 hingga 2007, seramai 7,250 orang siswazah telah mengikuti latihan keusahawanan di bawah SUS dan daripada jumlah ini, seramai 716 orang siswazah yang telah menghantar permohonan kepada MeCD dan SME Bank bagi mendapatkan pembiayaan di bawah TUS, dan hanya seramai 533 orang siswazah berjaya mendapat kelulusan pembiayaan di bawah TUS dengan jumlah pembiayaan keseluruhannya sebanyak RM43.1 juta.

Program Francais Siswazah atau PFS juga telah diwujudkan oleh MeCD dalam usaha menggalakkan para siswazah menceburi perniagaan yang berasaskan konsep francais. PFS mempunyai lima komponen utama yang terdiri daripada seminar, ujian pengesanan, temu duga, latihan dan attachment dan pembiayaan Perbadanan Nasional Berhad atau PNS adalah agensi pelaksana utama untuk menjalankan program ini dengan menyediakan dana-dana termasuk geran untuk pembangunan produk francais, promosi melalui pameran dan persidangan antarabangsa francais, menyediakan lot-lot outlet strategic dan mengenal pasti produk “satu daerah satu industri” untuk disesuaikan kepada sistem francais.

Sebanyak RM4.4 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan PFS ini. Dari segi pencapaian, PFS berjaya membangunkan 55 siswazah membuka outlet dalam tahun 2005 hingga tahun 2007. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setakat ini, apakah industri yang paling popular di kalangan graduan yang mencebur diri dalam bidang keusahawanan ini, dan berapa ramaikah usahawan graduan dari Sarawak menyertai program usahawan graduan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bidang yang diceburi oleh siswazah, kalau ikut perangkaan yang ada di bawah MeCD, bidang yang ramai diceburi ialah bidang pembuatan atau perkilangan.

Yang kedua ialah bidang peruncitan dan pemborongan, dan yang ketiga ialah bidang perkhidmatan dan yang lain-lain ialah lain-lain perkhidmatan. Mengenai perangkaan daripada Sarawak, saya minta notis kerana saya tidak ada maklumat. Soalan ini terlalu spesifik. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat sedar jumlah RM250,000 had pinjaman untuk graduan ini ialah lepasan universiti dan untuk mereka berusaha membuka perniagaan pembuatan, apakah ianya mencukupi?

Yang kedua, saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bercadang, di mana kementerian Yang Berhormat menjadi orang tengah berunding di antara syarikat kecil dan sederhana yang wujud sekarang ini yang “hidup segan mati tidak mahu”, kemudian ada graduan yang berminat hendak menjadi usahawan.

Rundingkan mereka ini supaya graduan ini bila dia ditempatkan dengan syarikat IKS yang sedia wujud, dengan membiayai sebanyak RM250,000 sebagai modal saham daripada pihak graduan dan syarikat yang sedia ada ini, sudah ada asas tapak perniagaan dan ini saya rasa amat praktikal untuk menggalak graduan menjadi usahawan, di mana mereka memasuki syarikat-syarikat yang sedia ada yang memerlukan pengurusan tenaga kerja baru dan seumpamanya.

Apakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk memikir perkara ini? Saya percaya ianya cukup praktikal. Jadi boleh membantu dua pihak, yang menganggur dengan syarikat yang “hidup segan mati tidak mahu” ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa peruntukan telah pun kita sediakan seperti di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ada RM100 juta, tetapi dalam tempoh dua tahun ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita hanya terima permohonan daripada 29 pemohon. 29 pemohon ini pun kita panggil, kita bimbing untuk kita hendak pastikan bahawa semua pemohon ini dapat pembiayaan seperti yang dipohon.

Daripada bilangan siswazah ini, hanya 29 orang telah pun berjaya di mana bumiputera 22 orang dan bukan bumiputera 7 orang. Sebelum ini bumiputera mohon 504, yang dapat 478, tetapi kalau bukan bumiputera memohon, 100% semuanya dapat. Ini mungkin kelebihan kepada bukan bumiputera untuk mereka menjadi seorang usahawan.

Oleh itu cadangan Yang Berhormat, satu cadangan yang baik dan memang pun di dalam perancangan kita.

Malah hari ini untuk memastikan supaya siswazah ini tidak tunggu lama sehingga mereka tamat belajar, maka Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah pun memperkenalkan cara yang baru. Mana-mana siswazah yang telah mengikuti kursus ataupun yang berminat ingin menjadi usahawan sejak di universiti lagi, mereka boleh terus memohon untuk pinjaman dan MeCD boleh memberi kelulusan dengan cara bersyarat dan apabila mereka tamat sahaja belajar, mereka terus boleh jadi usahawan, tidak seperti sekarang. Sekarang mereka tamat belajar, barulah mereka kursus, barulah mereka boleh memohon pinjaman.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa, mana-mana siswazah yang disenaraihitamkan kerana tidak dapat membayar pinjaman pelajaran mereka sewaktu mereka belajar, maka hari ini MeCD telah membuat dasar, siswazah-siswazah yang disenaraihitamkan ini boleh diberi pinjaman dan seranai hitam itu tidak diambil kira untuk memberikan pinjaman usahawan kepada siswazah-siswazah ini. Jadi kita harap dengan adanya peluang seperti ini, akan memberikan peluang kedua kepada siswazah-siswazah untuk mencebur diri di dalam bidang keusahawanan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan maklumat terkini terhadap berapa ramai keluarga di Malaysia memperolehi pendapatan bulanan yang di bawah RM1,000 sebulan, antara RM1,001 ke RM2,000 sebulan, antara RM2,001 ke RM3,000 sebulan dan seterusnya hingga RM20,000 sebulan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Amirsham A. Aziz

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, penyiasatan pendapatan isi rumah ataupun kemudahan asas yang terkini telah dijalankan pada tahun 2007 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penyiasatan ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara. Pendapatan daripada penyiasatan ini menunjukkan:

(i) 8.6% isi rumah berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan;

(ii) 29.4% isi rumah berpendapatan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan;

(iii) 19.8% untuk isi rumah berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000;

(iv) 12.9% isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebulan;

(v) 8.6% isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan;

(vi) 15.8% untuk isi rumah berpendapatan RM5,001 hingga RM10,000 sebulan; dan

(vii) 4.9% isi rumah berpendapatan RM10,000 ke atas.

Untuk makluman, jumlah isi rumah Malaysia pada 2007 dianggarkan 5.8 juta.

Sekian.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 10:00 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada angka yang diberi tadi, jelaslah bahawa ketidaksamaan antara 10% masyarakat yang terkaya dan 10% masyarakat yang termiskin adalah penyumbang yang lebih besar pada ketidaksamaan masyarakat kita jika dibanding dengan ketidaksamaan pendapatan purata antara kaum.

Akan tetapi, dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 26 Jun, bila Yang Amat Berhormat membahaskan isu kemiskinan dan ketidaksamaan masyarakat Malaysia, Yang Amat Berhormat hanya tumpukan pada ketidaksamaan dalam pendapatan purata antara kaum di mana nisbah antara bumiputera dan Cina, bumiputera dan India disentuh untuk tahun 2004, 2007.

Soalan saya adalah, mengapakah pihak kerajaan menitikberatkan ketidaksamaan pendapatan di antara kaum sambil melenyapkan ketidaksamaan pendapatan antara yang kaya dan miskin di dalam setiap kaum yang merupakan penyumbang yang jauh besar pada ketidaksamaan keseluruhannya, itu soalan saya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Tan Sri Amirsham A. Aziz

Terima kasih. Dari segi penerangan, saya telah pun, waktu sesi Parlimen dahulu mengatakan yang salah satu sasaran kerajaan ialah untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum dan juga kemiskinan antara bandar dan luar bandar.

Jadi, maksudnya, kalau kita kaji daripada pendapatan bandar dan luar bandar, juga jurangnya telah dikurangkan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pun, ada juga tujuan, malah matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan ialah mengurangkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Sekian.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sudah tentulah dari segi pendapatan seisi keluarga ini, satu daripada komitmen yang telah ditunjukkan oleh kerajaan ialah membesarkan golongan yang dipanggil sebagai the middle class, dengan izin, golongan kelas pertengahan.

Akan tetapi, itu tidak boleh menafikan bahawa komitmen kerajaan di dalam merapatkan perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera ini juga perlu diutamakan dan komitmen kerajaan iaitu income disparity, dengan izin, perlu dipertekankan.

Oleh itu, saya ingin tahu bahawa kerajaan telah mengumumkan income disparity ini, 1:1 ini, apakah ianya adalah satu komitmen yang realistik untuk dilaksanakan dan apakah strategi kerajaan untuk mewujudkan persamaan 1:1 dari segi income disparity ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tan Sri Amirsham A. Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya dah nyatakan tadi, tujuan kerajaan adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kelas menengah dan kelas miskin dan juga jurang perbezaan antara kaum-kaum dan juga untuk mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.

Kita ada sasaran-sasaran yang tertentu untuk kita tujukan dan kita dapat capai dalam tahun 2010 iaitu tahun penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi, dasar- dasar dan strategi yang kita bentangkan di Rancangan Malaysia Kesembilan adalah antara strategi-strategi untuk menaikkan lagi pendapatan orang Malaysia dari segi ekonomi.

Oleh itu, kita juga ada strategi-strategi yang tertentu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini untuk mengadakan peluang untuk kaum-kaum yang tertinggal atau tercicir untuk dapat peluang perniagaan atau pekerjaan supaya pendapatan mereka dapat dipertingkatkan. Sekian.

final • 10:00 AM

5. Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan sejauh manakah kerajaan menggalakkan penanaman semula koko dan kenaf bagi membantu menambah pendapatan rakyat dan apakah insentif-insentif yang telah disediakan oleh kerajaan pada masa kini.

final • 10:00 AM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengenai tanaman koko bagi meningkatkan pendapatan, kerajaan sentiasa menggalakkan pekebun kecil koko untuk menanam semula pokok-pokok koko yang sudah tua.

Bagi membolehkan pokok yang kurang produktif, bagi tujuan ini, kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia sedang melaksanakan program pemulihan tanaman koko di seluruh negara. Melalui program ini, pokok-pokok dewasa, yang sudah kurang produktif dicantum dengan mata tunas baru, dan pokok-pokok yang diserang penyakit ditanam semula. Kesemua cantuman mata tunas dan kawasan yang ditanam semula ini adalah menggunakan klon-klon baru.

Insentif-insentif yang diberikan di bawah program ini adalah bahan tanaman, baja dan racun makhluk perosak. Nilai insentif yang diberikan adalah pada kadar RM6,500 bagi setiap hektar dan mereka turut diberi khidmat nasihat sepanjang tempoh lima tahun mereka dalam program ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kenaf, hasil dari penyelidikan dan pembangunan

(R&D), kenaf telah dikenal pasti mempunyai potensi yang baik untuk masa hadapan kerana dapat menghasilkan gantian semula jadi bermutu. Produk berasakan kenaf mempunyai banyak aplikasi dalam bidang bahan binaan, komponen kereta, biokomposit, pulpa dan kertas, tekstil, bio-fuel, makanan dan ternakan.

Oleh yang demikian, kementerian saya melalui Lembaga Tembakau Negara dengan kerjasama agensi kerajaan lain dan pihak swasta telah berusaha membangun dan memajukan tanaman kenaf melalui sektor huluan dan hiliran. Pada peringkat awal, usaha- usaha penanaman kenaf diutamakan kepada penanam-penanam tembakau yang terpinggir di kawasan tanah bris, sebagai tanaman gantian kepada tembakau.

Begitu juga demi memajukan tanaman kenaf, beberapa insentif telah dikenal pasti, diperkenalkan seperti berikut:

(i) pinjaman mudah - insentif ini diberikan kepada penanam kenaf bagi membiayai kos operasi. Insentif ini berbentuk 70% pinjaman dan 30% geran;

(ii) bantuan benih kenaf secara percuma sebanyak 25-30 kg. setiap hektar;

(iii) bantuan penyuburan tanah - bantuan ini hanya terhad kepada penanam kenaf di tanah bris sahaja. Ianya meliputi bantuan bahan organik seperti Palm Oil Mill Effluent (POME) dengan izin, sebanyak 10 tan bagi setiap hektar.

Sekian, Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih rapi daripada menteri berkenaan kenaf bagi menggantikan tembakau. Kita hendak mengurangkan kuota penanaman tembakau yang digantikan dengan kenaf, saya telah pun melihat sedikit perkembangan kenaf di Terengganu.

Pertamanya, saya hendak minta menteri yang berkenaan memberitahu bahawa bagi satu hektar tanaman kenaf berapakah hasilnya? Saya diberi maklum bahawa kalaulah kenaf kering ini dibeli dengan harga RM300 satu tan sedangkan satu hektar hanya dapat lima tan bermakna petani akan mengalami kerugian. Kalau RM300 bererti, kalau sudah dapat lapan tan (8 x 3 = 24), satu hektar bererti RM2,400 sedangkan kos untuk menanam kenaf bagi satu hektar ialah RM2,500.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee - Setiu

Apatah lagi kalau kerajaan memberi subsidi hanya sebanyak 30%. Kalau diberikan subsidi 100% pun pada masa ini bagi penanaman kenaf kepada penduduk miskin ini tidak akan berjaya. Jadi, saya hendak tahu sehingga kini sejauh manakah keyakinan kerajaan dan sejauh mana pula kerajaan telah meneliti negeri ataupun negara di dunia ini yang telah menanam kenaf dan berjaya? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Terima kasih, Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat Setiu memang kenalah dengan penanaman kenaf kerana kita memang berusaha sama dengan pihak penanam tembakau di Setiu dan banyak kawasan lagi di Terengganu dan Kelantan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat memang betul bahawa sekarang ini kalau kita bandingkan satu hektar tembakau dengan satu hektar kenaf memang kita tidak boleh bandingkan dengan kedua-dua tanaman ini.

Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa tanaman tembakau ini tidak dapat kita kekalkan selama-lamanya kerana apabila datangnya AFTA nanti iaitu ASEAN Free Trade Area, dengan izin, tarifnya akan diturunkan. Apabila tarif itu turun sampai kepada 5% maka daun-daun tembakau yang kita keluarkan di Malaysia ini tidak boleh dibandingkan dengan harga yang murah, yang pihak kilang tembakau ini boleh import daripada negara-negara ASEAN.

Oleh itu kita memang dalam dilema, kalau boleh saya sebutkan. Bagaimana kita hendak kekalkan tanaman tembakau ini kalau tidak boleh bersaing dengan harga daun tembakau dari negara ASEAN itu? Oleh sebab itulah kita mengenal pasti tanaman-tanaman yang sesuai. Kita sudah cuba dengan tanaman-tanaman yang lain seperti tanaman pisang, keledek dan sebagainya, tetapi malangnya penyelidikan dan cubaan kita itu tidak mendapat hasil yang baik.

Ahli Yang Berhormat, kita tahu bahawa kenaf ini memang boleh digunakan dalam industri-industri berkenaan yang saya sebutkan tadi. Oleh kerana kita membekalkan raw material ini kepada industri, maka kita mendapat layanan daripada pihak industri untuk membelinya. Oleh sebab itulah kita kena berusaha dari aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran.

Kedua-dua ini tidak boleh kita asingkan. Kita masih dalam peringkat awal.

Kalau boleh saya bacakan sedikit, dengan harga RM300 ini memanglah sukar kita akan berjaya, tetapi sekarang ini kita cuba bekerjasama dengan pihak swasta untuk menentukan bahawa dengan harga satu tan fibre kenaf ini akan mencapai kepada RM400 atau RM500. Kalau kita boleh mencapai kepada peringkat harga tersebut maka pihak penanam kenaf ini boleh berjaya. Ini kalau mereka dapat usahakan dalam dua hektar bagi sekeluarga. Kalau lebih lagi adalah lebih baik sebab kita ada bekalan yang banyak dan cukup volumenya, dengan izin.

Itulah satu langkah yang kita ambil. Kalau tidak berbuat apa-apa, hanya tunggu sampai AFTA datang, kita mampus! [Dewan riuh] [Ketawa] Habislah pihak penanam tembakau dan...

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Mati!

final • 10:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Mati! Mampus ini bagi orang Sarawak.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Orang Sarawak cakap mampus, ya?

final • 10:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Sebab itulah Yang Berhormat, kita kena cuba cara- cara yang...

final • 10:00 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Mampus itu ertinya matikah, Yang Berhormat?

final • 10:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Baiklah. Itulah jawapan saya kepada Ahli Yang Berhormat dan kita cubalah usahakan bersama-sama, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pekebun-pekebun kecil dan pihak kerajaan untuk menjayakan industri ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 10:00 AM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini bagi Yang Berhormat Menteri iaitu mengenai tanaman koko. Walaupun saya menerima andaian-andaian bagaimana kerajaan menggalakkan tanaman koko tetapi saya fikir Yang Berhormat Menteri lupa satu perkara yang penting.

Permintaan koko dari Malaysia sangat rendah di pasaran dunia. Ini bukan kerana kerajaan tidak menggalakkan - kalau pun kita terima, tetapi ini adalah kerana acidic content dalam koko Malaysia ini sangat tinggi kalau kita bandingkan dengan koko di Nigeria, Ghana atau Cameroons. Ini mengikut hasil dalam penyelidikan saya semasa di Brazil empat tahun dahulu. Permintaan koko ini sangat rendah. Kerajaan boleh berbuat apa-apa sahaja tetapi ia masih rendah. Oleh sebab itu saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan tentang perkara itu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Peter Chin Fah Kui

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau kita lihat pada harga sekarang ini, harga bagi satu tan biji koko kering di Malaysia hampir RM9,000 setan. Ini bermakna harganya masih baik, cukup baik, tetapi malangnya pengeluaran kita tidak cukup untuk grinding industry, dengan izin, yang ada di Malaysia ini.

Oleh sebab itulah kita ada program untuk menggalakkan pihak petani supaya pokok-pokok koko yang uzur itu dipulihkan dengan baka klon yang baik untuk masa depan. Pendek kata, kita memang cukup yakin tentang industri ini sebab harganya masih baik.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebelum saya meneruskan soalan saya mengucapkan selamat datang kepada kawan-kawan saya daripada Padang Serai, Kedah. Tuan Yang di- Pertua, soalan saya yang keenam.

final • 10:00 AM

6. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan status terkini proses pengambilalihan pengurusan air selepas Akta Perkhidmatan Air 2006 dan SPAN dikuatkuasakan.

final • 10:00 AM

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perusahaan perkhidmatan air di negara kita diletakkan di bawah senarai bersama Jadual 9 - Perlembagaan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu penglibatan dan peranan utama Kerajaan Persekutuan dalam industri perkhidmatan air negara adalah menjalankan pengawalseliaan ke atas industri melalui rejim pelesenan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau Akta 655.

Bagi membolehkan rejim pelesenan ini dilaksanakan secara berkesan dan terancang, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyusun semula struktur perkhidmatan air negeri. Penyusunan semula ini tidak bermakna pengurusan bekalan air akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Urusan pengawalseliaan dan pemuliharaan sumber air tetap kekal di bawah kerajaan negeri masing-masing. Pada masa yang sama pemilikan dan pengurusan entiti yang mengendalikan perkhidmatan air akan juga berada di bawah kawalan kerajaan negeri melalui pemilikan ataupun penyertaan ekuiti.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara melibatkan pengkorporatan pihak berkuasa air negeri, rundingan dengan syarikat konsesi air ke arah penghijrahan ke rejim pelesenan di bawah Akta 655, pengambilalihan tanggungan kerajaan negeri yang berkaitan bekalan air dan pelaksanaan konsep syarikat air beroperasi secara accept light, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga ke hari ini hanya enam negeri masih belum mengkorporatkan pihak berkuasa air negeri masing-masing. Pengkorporatan BAN bagi Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perak dijangka akan dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini. Manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka pada pertengahan tahun 2009. Sementara itu beberapa buah negeri yang telah menswastakan perkhidmatan bekalan air, sedang berunding dengan pemegang-pemegang konsesi di negeri masing-masing untuk berhijrah ke rejim pelesenan.

final • 10:00 AM

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Tuan Yang di-Pertua, proses penstrukturan semula ini adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kecekapan operasi pengendali perkhidmatan air di setiap negeri. Kementerian yakin bahawa kaedah pengawalseliaan melalui rejim pelesenan di bawah Akta 655 ini adalah pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan operasi entiti-entiti air setiap negeri. Sungguhpun usaha ini memerlukan masa untuk dilaksanakan, kementerian ini tekad dan terus berusaha untuk melaksanakan penstrukturan industri perkhidmatan air negara sehingga berjaya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah apakah faktor-faktor yang menyebabkan proses pengkorporatan konsesi ini berjalan agak lambat? Dan adakah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan terlibat dalam menentukan struktur tarif yang dikenakan selepas daripada ia dilaksanakan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat berhubung dengan soalan tambahan. Suka saya nyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ini ditubuhkan pada 1 Februari 2007 dan pelantikan pegawai eksekutifnya yang pertama ialah pada 1 Mac 2007. Maknanya usia suruhanjaya ini baru satu tahun tiga bulan. Industri air ini merupakan satu industri yang begitu besar, nilainya berbilion-bilion ringgit.

Perkara ini melibatkan kepentingan rakyat yang mana tarif air ini perlu dijaga.

Sebab itu kita minta kerjasama daripada kerajaan negeri supaya memikirkan bagaimanakah kaedah untuk menstrukturkan semula industri air di setiap negeri. Dan setiap negeri itu mempunyai penstrukturan mereka sendiri, ada negeri yang diswastakan, ada negeri yang dikorporatkan, ada negeri yang diuruskan oleh kerajaan sendiri melalui anak syarikat dan sebagainya. Sebab itu ia memerlukan sedikit masa untuk memastikan industri air ini dapat diuruskan secara teratur dan memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada jawapan awal Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah perkara-perkara tersebut melibatkan perjanjian air dengan Singapura? Oleh sebab perjanjian air di Singapura itu sudah berlalu bertahun-tahun, kita sekarang sudah berada pada tahun 2008. Apakah perubahan yang dibuat oleh kerajaan berhubung dengan perjanjian air dengan Singapura?

final • 10:00 AM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dari Marang, sebenarnya perjanjian air antara kerajaan Singapura dan negara ini tidak terletak di bawah bidang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Saya harap saya akan dapat memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat daripada Marang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

7. Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Pelancongan menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menambahkan produk pelancongan di Langkawi dan apakah produk terbaru yang bakal ditawarkan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelancongan senantiasa mengambil tindakan untuk menambah jumlah produk-produk pelancongan di setiap negeri.

Ini dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN).

Langkah-langkah yang diambil adalah membuat tinjauan ke lokasi atau tempat yang mana berpotensi sebagai produk pelancongan, menaik taraf tempat pelancongan dan juga usaha mempromosi yang berjalan secara berterusan. Kementerian senantiasa meninjau produk-produk pelancongan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Bagi menjawab bahagian kedua soalan Yang Berhormat Langkawi, produk geo park adalah produk terbaru bagi Langkawi di mana pada 1 Jun 2007, ianya telah disenaraikan yang menjadi Langkawi destinasi ke-52 UNESCO Global Network of Geo Park. Di antara yang menarik di dalam geo park berkenaan adalah Healing Geo Forest, Mat Cincang Geo Forest dan Dayang Bunting Geo Marble...

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

...Mat Cincang, minta maaf.

Selain daripada produk-produk yang disebut tadi, terdapat 22 geo park lagi yang masih belum dibangunkan. Dalam usaha mengetengahkan corak seni budaya penduduk kepulauan yang unik, asli dan menarik, MTPN Langkawi telah merancang produk terbaru yang dikenali sebagai acara Highlander Music and Dance (IMD) bertujuan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong.

Di samping itu, projek waterfront di Pantai Cenang Tengah dengan kos projek RM5 juta yang sedang di dalam pembinaan dijangka siap pada bulan September 2008 ini. Ia mengandungi komponen projek seperti tempat rehat dan dataran seperti gerai makanan.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan kerana berjaya menarik pelancong daripada Hong Kong dengan penerbangan terus sebanyak 18 kali dalam tahun ini, iaitu direct flight from Hong Kong.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan adalah, dengan keputusan kami sekarang dan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan kursus, seminar dan bengkel melibatkan agensi-agensi kerajaan di hotel-hotel dan tempat jauh, berkemungkinan kedatangan pelancong ke Langkawi akan berkurangan. Jika ianya berlaku, apakah tindakan akan diambil oleh kementerian untuk menangani masalah ini?

Saya juga berharap pihak Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Kabinet dan dikemukakan ke Menteri Kewangan supaya melonggarkan kelulusan ini kerana ianya membantu pelancongan ke Langkawi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan memang mahu menggalakkan lagi banyak conference di hotel-hotel, di mana-mana sahaja di negara Malaysia. Kami akan cuba untuk meningkatkan promosi kami ke luar negara untuk menarik pelancong untuk membuat conferences di hotel-hotel negara kita.

Kementerian telah bermesyuarat dan bercakap dengan MAH ataupun Malaysian Hotel Association untuk mencari jalan mana yang boleh kerajaan continue dengan izin, dengan promosi konvensyen di hotel-hotel berkenaan, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seperti yang kita tahu dalam bidang pelancongan ini kita menghadapi saingan yang begitu hebat dari kalangan destinasi-destinasi pelancongan di rantau ini yang menggunakan promosi dengan peruntukan yang besar, contohnya Phuket, Bali dan sebagainya. Langkawi buat sekian lama adalah mutiara dari kalangan destinasi di Malaysia ini. Sudah tentu kita perlu ada satu dengan izin, differentiation berbanding dengan destinasi-destinasi yang lain.

Saya tahu bahawa Langkawi telah berjaya menarik minat pelancong dari luar negara - long haul dan short haul, tetapi apakah cadangan ataupun perancangan kementerian untuk mencari satu dengan izin, differentiation yang baru yang akan melonjakkan kedudukan Langkawi ini ke satu tahap yang berbeza dengan destinasi yang lain supaya kita tidak perlu bersaing dengan mereka secara direct tetapi mewujudkan satu permintaan baru bagi Langkawi itu sendiri. Maksud saya satu tarikan yang baru pada Langkawi supaya dia lebih menarik kepada pelancong-pelancong yang mungkin dapat membayar harga yang tinggi untuk aset yang kita ada mutiara Langkawi ini, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian memang mahu mewujudkan di setiap negeri seluruh negara produk- produk yang unik bukan seperti sekarang di mana kalau kita pergi ke Sarawak ada Rainforest Festival, kalau pergi ke Penang ada World Music Festival. Jadi kita mahu mengasingkan supaya setiap negeri memang adanya keunikan dan pelancong akan pergi ke sana untuk menikmati produk-produk yang berbeza di...

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

Selangor ada. Kita ingin mencari produk-produk yang berbeza sekarang, jadi kita akan keluarkan serta-merta seperti yang akan diadakan, terima kasih.

final • 10:00 AM

8. Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk membantu lebih daripada 2,000 pelajar jurusan kedoktoran dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedar akan wujudnya graduan- graduan dari universiti-universiti yang tidak diiktiraf sekian lama sejak merdeka lagi. Kita sentiasa membantu mereka sehingga mereka menjadi doktor yang bertauliah dan didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971. Pada masa lalu, mereka ini diserap ke dalam perkhidmatan dengan kementerian melalui pelbagai cara.

Sejak 15 tahun yang lalu 1993, Peperiksaan Kelayakan Perubatan atau dengan izin, Medical Qualifying Examination telah diperkenalkan bagi memudahkan graduan- graduan ini untuk terus memasuki perkhidmatan dalam kerajaan dan kita tahu sehingga kini ramai di antara mereka yang telah lulus menjadi pakar dan berjaya di dalam kerjaya mereka. Peperiksaan kelayakan perubatan merupakan peperiksaan yang memenuhi kehendak minimum. Ia diuruskan oleh Majlis Perubatan Malaysia dan dikendalikan di tiga universiti utama iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Peperiksaan ini merupakan peperiksaan tahun akhir yang sama diduduki oleh pelajar-pelajar dari ketiga-tiga universiti tersebut. Kita beri peluang kepada graduan- graduan yang tidak diiktiraf ini untuk memasuki peperiksaan tersebut sehingga tiga kali, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri Kesihatan atas jawapan tadi. Namun saya masih ragu-ragu tentang dasar kerajaan kerana memandangkan seriusnya kekurangan doktor di Malaysia, dan kita juga minta, kita dapat pemohon-pemohon dari negara-negara lain untuk isi kekosongan ini tetapi proses pengambilan anak kita ini dilambatkan. Saya pun tidak faham walaupun proses ini berlarutan, lama seperti yang dikatakan oleh menteri, tetapi ini merupakan satu masalah besar kepada ibu bapa secara khususnya dan juga masyarakat. Boleh bagi penjelasan?

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saranan serta pandangan daripada Yang Berhormat Batu Kawan itu tidak tepat. Memang kita perlukan mereka, tetapi kita juga hendak pastikan mereka mencapai kehendak minimum, sebab itu kita bagi sampai tiga kali.

Namun begitu pada tahun 2005, kita dapati ada terdapat permohonan daripada 250 graduan, maka kita bawa ke Kabinet. Kita buat keputusan bahawa mereka-mereka ini diberi peluang sekali lagi iaitu dengan ada penambahan nilai di mana kita beri mereka elaun RM500 kerana kita tahu mereka tidak banyak mempunyai pengalaman klinikal, maka kita beri mereka latihan selama enam bulan. Selepas itu mereka masuk balik peperiksaan Medical Qualifying Examination tadi.

Saya hendak terangkan dalam Dewan ini, daripada 64 orang yang menjalani latihan enam bulan, dan kita bagi elaun di merata hospital di Kementerian Kesihatan hanya 14 orang sahaja yang lulus, itu satu. Kemudian kita dapat tekanan dan juga saranan serta cadangan bahawa mereka-mereka ini adalah satu sumber manusia yang kita perlukan.

Maka Kabinet awal tahun ini telah membuat keputusan bahawa kita buat program one-off di mana ada dua pilihan.

Mereka-mereka yang datang daripada graduan-graduan yang tidak diiktiraf sama ada mereka boleh ambil peperiksaan Medical Qualifying Examination tadi maksimum tiga kali atau kita bagi dia one-off di mana kita izinkan mereka pindah kredit daripada universiti yang tidak diiktiraf kepada universiti yang terdapat dalam schedule dua, maknanya ada 350 universiti seluruh dunia mahupun tempatan.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Mereka boleh transfer kredit mereka dan menduduki peperiksaan-peperiksaan yang dikendalikan oleh 350 universiti tersebut termasuk universiti tempatan. Mereka juga perlu menjalani latihan klinikal dan para klinikal selama 18 bulan di universiti tersebut atau di hospital yang diiktiraf oleh universiti tersebut. Akhir sekali mereka kena duduk peperiksaan yang sama dengan penuntut tahun akhir universiti yang diiktiraf.

Itu kita sudah lakukan sebaik mungkin dan kalau mereka juga tidak boleh lulus, kita tidak boleh hendak bantu lagilah sebab mereka ini telah diberi pelbagai peluang. Tiga kali beri lagi peluang macam ini, masih lagi tidak lulus, maka mereka tidak boleh kita jadikan sebagai doktor kepada rakyat kita, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu ada sedikit, saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua ada Menteri yang datang ke dalam Dewan ini untuk tidur Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya soalan tambahan iaitu berkenaan dengan pemantauan pelajar-pelajar bakal doktor di luar negara ini. Saya ada mendapat maklumat, ada universiti terutama di bahagian klinikal di mana pelajar-pelajar kita...

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dia bukan tidur, berfikir.

final • 10:00 AM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

...Ke universiti-universiti tersebut tidak dipantau dengan baik. Malah mungkin doktor-doktor yang senior ataupun pakar-pakar membiarkan mereka, pelajar-pelajar yang masih lagi belum lulus ini ataupun masih dalam peringkat belajar untuk mengendalikan kes-kes yang serius sehinggakan ada kes-kes kematian di tangan mereka kerana tidak ada pertolongan ataupun guide, panduan daripada doktor-doktor senior dan pakar-pakar.

Jadi boleh tak Kementerian Kesihatan, meninjau permasalahan ini dengan pergi sendiri turun memantau ke universiti-universiti yang sebelum ini telah pun mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, soalan tidak berkaitan mengikut Peraturan Mesyuarat 24(3).

final • 10:00 AM

9. Datuk Tiong Thai King [Lanang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, tema bagi “World Environment Day” yang disambut pada 5 Jun 2008 ialah “Kick The Habit Towards Low Carbon Economy”. Adakah kerajaan kita menyahut saranan ini dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Maznah Mazlan

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lanang.

Perubahan iklim merupakan isu global dan isu yang sangat serius masa kini.

Pelepasan gas seperti karbon dioksida dan lain-lain gas ke udara hasil daripada aktiviti- aktiviti manusia seperti dari aktiviti perindustrian, daripada kenderaan-kenderaan, daripada pembakaran dan lain-lainnya menyumbang kepada pelepasan gas yang menebal di atmosfera dan memerangkap haba panas dan meningkatkan suhu dunia dan membawa kepada fenomena perubahan iklim.

Lantaran itu United Nation Environment Programme telah memilih tema “Kick The Habit Towards Low Carbon Economy” untuk Hari Alam Sekitar yang baru-baru ini pada 5 Jun yang bertujuan untuk meningkat kesedaran awam dan meningkatkan komitmen di semua peringkat agar mengurangkan karbon. Kerajaan Malaysia sangat komited dalam hal ini dan mengambil pelbagai langkah mitigasi dan adaptasi dan sebuah Jawatankuasa Kabinet Perubahan Iklim telah ditubuhkan.

Selain dari itu komitmen kerajaan juga termaktub di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan melalui pelbagai program, di antaranya ialah amalan pengurusan hutan secara lestari bagi memastikan hutan terus kekal menjadi penyerap karbon dan lain-lain gas yang ada.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Maznah Mazlan

Kedua, meningkatkan pelbagai usaha, meningkatkan bahan tenaga yang alternatif dan tenaga yang boleh diperbaharui. Seterusnya menggalakkan kecekapan pengguna tenaga ataupun energy efficiency di bangunan-bangunan dan meningkatkan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu dan di bawah komitmen Kyoto Protocol Malaysia melaksanakan clean development mechanism untuk industri dengan penglibatan negara- negara membangun melalui perkongsian ekuiti, perpindahan teknologi dan penjualan karbon. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Tiong Thai King - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah menjawab soalan saya dengan begitu jelas.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin menanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri senaraikan apa kilang atau industri yang sedia ada yang mengeluarkan karbon yang tinggi dan untuk industri demikian adakah kerajaan atau pihak kementerian menggalakkan atau menyediakan insentif atau skim untuk mereka mengurangkan karbon ke tahap yang lebih sihat. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Maznah Mazlan

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lanang. Insentif kepada industri memang telah diadakan dan untuk makluman bersama, pada masa ini terdapat 187 permohonan daripada syarikat-syarikat untuk menyertai projek pengurangan karbon ini dan daripada jumlah permohonan tersebut 32 telah dikemukakan kepada pihak berkuasa di Bon Jerman.

Setakat ini sebanyak 29 projek telah berjaya didaftarkan dengan jumlah pengeluaran iaitu carbon emition reductions (CER) dan kita dapati bahawa insentif-insentif ini adalah satu, dalam perkongsian dengan negara-negara membangun iaitu yang disenaraikan di bawah Annex 1 iaitu dalam 32 buah negara membangun mereka ini tergolong daripada negara yang sudah banyak mengeluarkan gas ke dunia. Oleh itu, mereka mempunyai komitmen untuk mengurangkan gas-gas ini termasuklah program di negara-negara membangun seperti Malaysia dan kita dapati mereka boleh berkongsi ekuiti dengan negara di Malaysia.

Kedua, mereka membawa teknologi yang lebih efisien dan mengurangkan pengeluaran karbon dan ketiga Karbon-karbon yang kurang ini boleh dikira dan mereka mendapat insentif dalam bentuk wang yang apa dipanggil program karbon kredit yang mana gas-gas ini secara julatnya di antara USD6 setan karbon dianggarkan hingga USD8 setan dan 29 projek yang telah menyertai program ini. Pada masa ini dianggarkan dapat mengurangkan sebanyak 2.4 juta tan karbon yang bernilai CER iaitu carbon emition reduction yang bernilai USD19.6 juta. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Timbalan Menteri atas kesungguhan dan persiapan jawapan dan tidak menggunakan peraturan mesyuarat untuk mengelak daripada memberi jawapan.

Tahniah! Saya kagum dan terus-terang senang mendengar kesungguhan, perancangan dasar, pelaksanaan program, kempen dan komitmen berterusan kerajaan.

Cuma yang terus menjadi persoalan dalam benak kepala saya ialah dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahun 2006 Malaysia nombor 9 daripada 133 negara. Tahun 2008 jatuh kepada nombor 27. Maknanya ada seperti yang tak kena di sana. Saya tak fikir salah dari sudut penilaian indeks prestasi.

Barangkali ada lagi yang perlu diperkemas di sana sini. Jadi mohon penjelasan kenapa sampai boleh jadi begitu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Machang. Saya berharap penjelasan saya sedikit- sebanyak dapat meleraikan rasa tidak senang dan susah hati di benak. Untuk makluman bersama kerana soalan saya dalam skop karbon, jadi mungkin saya boleh beri gambaran.

Setakat ini, jumlah karbon yang dianggarkan di dalam atmosfera, penyumbang- penyumbang utamanya adalah negara-negara membangun.

final • 10:00 AM

Datuk Maznah Mazlan

Bahkan salah satu daripada ukuran yang boleh kita gunakan menunjukkan penyumbang utamanya pada masa ini adalah Amerika Syarikat 20%, negara China 17% lebih dan begitulah seterusnya. Manakala Malaysia dalam hal ini hanyalah sangat kecil, minimum iaitu di dalam 0.6% sahaja. Walau bagaimanapun, oleh sebab gas-gas ini di udara maka kita sama-sama berkongsi kesannya.

Mengenai dengan indeks yang diperkatakan tadi, saya bersetuju bahawa banyak lagi yang perlu kita laksanakan dan perkara ini termaktub juga di dalam program-program macam saya kata tadi. Iaitu memastikan bahawa pengurusan hutan yang lestari perlu diteruskan dan setakat ini kita merupakan negara yang mempunyai hutan semula jadi 59.9% yang melitupi Malaysia, yang merupakan penyerap karbon yang sangat efektif dan akan dikekalkan.

Jika kita campur pula dengan hutan ataupun dengan kawasan hijau daripada pertanian, kita mempunyai keupayaan menyerap karbon yang sangat tinggi iaitu lebih daripada 74%. Saya rasa usaha-usaha ini sudah tentu dapat mengurangkan kesan-kesan negatif di udara dan saya harap dapat sedikit sebanyak meleraikan kebimbangan Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah status terkini terhadap rancangan pembangunan “Makmal Pemantauan Nuklear di Bukit Ibam, Rompin, Pahang”.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembinaan makmal pemantauan nuklear ini dicadangkan bagi tujuan menjaga kepentingan negara. Ini supaya aktiviti-aktiviti penggunaan bahan nuklear dan bahan radioaktif dapat digunakan bagi tujuan keamanan di Malaysia dan di rantau ASEAN pada amnya.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai suatu mekanisme check and balance dengan izin, untuk menyangkal sebarang tohmahan yang tidak berasas berhubung aktiviti nuklear yang dicadangkan oleh negara kita. Selain ianya juga boleh dimanfaatkan oleh negara-negara luar untuk melaporkan perkhidmatan analisa salah guna aktiviti nuklear ataupun forensik nuklear.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan negara pertama diberikan kepercayaan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ataupun IAEA di kalangan negara-negara ASEAN, NAM dan OIC untuk mempunyai kemudahan teknologi tinggi terkawal ini. Pembinaan makmal ini juga diharap akan membantu meningkatkan modal insan bagi penguasaan teknologi tinggi sensitif secara terkawal.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan supaya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, MOSTI selaku agensi penguatkuasaan kawalan tenaga atom melakukan kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study dengan izin, terhadap dua tapak cadangan projek terbabit. Ianya supaya kerajaan dapat memutuskan projek tersebut boleh dilaksanakan tertakluk kepada peruntukan muktamad yang diluluskan oleh kerajaan.

Untuk makluman juga, AELB pada 11 April 2008, telah memohon kebenaran kerajaan untuk melantik juru perunding bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study ke atas projek ini. Yang mana Agensi Tenaga Atom Antarabangsa telah dicadangkan untuk dipertimbangkan sebagai juru perunding. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sekiranya racun nuklear dipersetujui untuk dibina di Malaysia ini, adakah makmal pemantauan ini boleh diguna untuk menentukan ‘sinar latar’ atau pencemaran-pencemaran ‘sinar’ yang lain untuk di Malaysia dan di Asia Tenggara ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, cadangan kita untuk mengadakan makmal ini ialah untuk tujuan forensik nuklear. Maknanya forensik nuklear ini ialah satu kaedah untuk kita mengenal pasti adakah kegunaan bahan-bahan nuklear iaitu plutonium dan uranium yang dapat kita kenal pasti bahan-bahan yang ada di persekitaran itu adalah digunakan untuk tujuan yang amal ataupun sebaliknya.

Jadi sebagaimana kita sedia maklum terutamanya Yang Berhormat Hulu Langat, amat sedia maklum bahawa bahan-bahan nuklear ini ada certificate of origin ataupun asal usul di mana tempatnya berada. Maknanya kita setakat ini di negara ada lima buah negara pengeluar bahan nuklear iaitu Rusia, China, France, UK dan US.

Jadi kalau kita ada makmal ini, bahan-bahan yang digunakan tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di rantau ASEAN ini, makmal ini akan dapat mengesan penggunaan bahan nuklear itu adalah daripada negara asal pengeluar ataupun bukan. Kalau bukan negara asal pengeluar, maka kita dapat mengesan atau mengesyaki bahawa penggunaan nuklear itu mungkin disalah gunakan untuk tujuan lain. Persekitaran itu juga dapat kita kesan sama ada mengandungi bahan nuklear ataupun radioaktif melalui makmal ini.

Jadi kita sebenarnya sudah mengenal pasti kerajaan di bawah mantan menteri kita yang dahulu, berkat usaha beliau, Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan, memberi sebenarnya kepada kementerian satu tapak tanah di Rompin dengan kadar percuma sebenarnya untuk kita membina makmal ini dan juga satu tempat di Melaka telah dikenal pasti untuk tujuan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin, kerana tempat di Rompin, sila.

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya kena hati-hati dalam soal tambahan ini. Lebih selamat saya puji Hulu Langat kerana minat beliau tentang projek di Rompin ini. Oleh sebab Yang Berhormat Hulu Langat ada kepakaran dalam bidang nuklear saya hendak jemput Yang Berhormat datang ke Rompin tetapi malam-malam jangan menyimpang dari kepentingan nuklear.

Dalam suasana dunia sekarang ini, tiga tahun dahulu harga minyak USD30 satu tong. Pada ketika itu kalau kita berhujah mungkin naik RM100, saya pun berkata dalam Dewan ini. Kita banyak tidak menyangka sekarang lima kali ganda. Saya hendak bertanya dengan usaha-usaha persediaan awal kementerian. Saya pun tahu usaha gigih yang dibuat oleh pegawai-pegawai kita, pihak agensi nuklear dan tekanan kepada harga minyak sehinggakan tarif kita naik dan tekanan daripada ekonomi kita, adakah kita sudah bersedia sekarang?

Adakah kita boleh menamakan satu tarif untuk kita cuba menjana mungkin tidak besar, secara kecil dahulu. Menjana kuasa nuklear menjana elektrik. Ini kerana kita semua tahu, dunia tahu, industri tahu, penjanaan kuasa elektrik melalui nuklear adalah lebih murah daripada sumber-sumber fosil dengan izin seperti minyak, gas dan arang batu. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

Sebenarnya soalan ini sudah kita bincangkan dalam Dewan yang mulia ini di mana satu jawapan telah kita kemukakan bahawa Kementerian MOSTI bersama dengan KTAK telah menyediakan satu kertas Kabinet untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan supaya nuklear ini boleh dijadikan salah satu bahan untuk kita membekalkan tenaga elektrik di negara kita.

Sebab itu juga makmal ini amat berkaitan dengan hasrat kita untuk menjadikan nuklear sebagai bahan untuk menjana tenaga. Sebab kita perlu mendapat terlebih dahulu pengiktirafan di peringkat dunia iaitu kita menggunakan nuklear ini sebagai bahan untuk kegunaan yang friendly dengan izin, bukan untuk membina senjata nuklear. Dengan adanya komitmen kita dengan makmal ini, itulah membuktikan komitmen kita bahawa kita memastikan nuklear nanti digunakan sebagai bahan yang friendly. Terima kasih.

final • 10:00 AM

11. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) sama ada kementerian mempunyai pelan untuk pemiawaian bantuan khas untuk warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah; dan

(b) bagaimanakah kementerian membantu dalam perlaksanaannya memandangkan perbezaan besar yang wujud.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Tuan Yang di-Pertua, skim- skim bantuan untuk OKU adalah di bawah peruntukan bantuan Persekutuan dan ianya diterima pakai untuk Kerajaan Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, kadar bantuan dan syarat layak untuk OKU adalah sama antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kadar Elaun Pekerja Cacat atau EPC ialah RM300 sebulan dan syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan ialah kurang dari RM1,200 sebulan. Kadar bantuan jagaan sepenuh masa kepada OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar pula ialah sebanyak RM300 sebulan dengan syarat kelayakan pendapatan keluarga kurang dari RM3,000 sebulan.

Bagi golongan warga tua yang berusia 60 tahun ke atas dan berkeperluan dan layak, Kerajaan Persekutuan menyediakan Bantuan Orang Tua atau BOT dengan kadar bantuan RM300 sebulan seorang manakala bantuan kepada warga tua di negeri Sabah diberi atas Skim Bantuan Orang Tua Negeri pada kadar RM90 sebulan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kementerian menyarankan agar semua negeri termasuk negeri Sabah menerima pakai Skim Bantuan Persekutuan untuk tujuan penyeragaman kadar-kadar bantuan kepada kumpulan sasar kerana kadar yang diberikan kepada penerima adalah lebih tinggi dan sesuai dengan keadaan semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih, sesi soal jawab telah selesai. Sila Setiausaha, urusan Mesyuarat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 10:00 AM
USUL
KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

“Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti dibentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon

[Bangun]

final • 11:32 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat, saya hendak memberikan pandangan.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini point of order kah Yang Berhormat?

final • 11:32 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan point of order tetapi ada kaitan juga. Semalam...

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh point of order Yang Berhormat.

final • 11:32 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Bukan hendak mempertikaikan Tuan Yang di-Pertua punya ruling semalam...

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada Yang Berhormat, ada.

final • 11:32 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Bukan mempertikaikan kehendak rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain dan bukan hendak mempertikaikan kewibawaan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya difahamkan beliau akan menjawab, menyabung semula. Ini sesuatu yang tidak adil. Kami juga mahu menteri-menteri lain menjawab tetapi apabila Kementerian Kewangan telah selesai dipanggil balik, benda-benda seperti ini menjadi kekalutan kepada jadual perbahasan kita.

Kita telah pun diperuntukkan lima hari untuk membuat segala ucapan dan tiga hari Yang Berhormat Menteri. Jadi apabila seseorang menteri sudah menjawab selepas itu dipanggil balik, jadi seolah-olah tidak ada keputusan. Jadi saya pun hendak menteri-menteri yang berkaitan dengan soalan saya diberikan keutamaan. Yang Berhormat Menteri Kewangan ini bagi dia seminggu pun dia boleh menjawab dan tidak akan memuaskan hati kita kerana banyak lagi yang harus kita persoalkan kepada beliau.

Tuan Yang di-Pertua, bukan Parlimen ini untuk bersidang hari ini sahaja Tuan Yang di-Pertua. Bulan lapan kita jumpa, bulan sembilan kita jumpa, jadi kalau ruling Tuan Yang di-Pertua itu menjadi amalan, saya bimbang jadual yang telah diatur akan menjadi kelam-kabut Tuan Yang di-Pertua. Itu pandangan saya, terserah kepada Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sebetulnya sehingga saat saya bercakap ini pun sudah saya tidak mampu lagi untuk memberi nasihat dan pandangan. Yang Berhormat Sri Gading berdiri pun tadi aturan dia mesti kalau ada point of order...

final • 11:32 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua, saya minta maaf sebagai orang lama di Parlimen.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Namun saya masih mendengar. Pada hari ini soalan yang kita jawab cuma 10 kerana saya biarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan tambahan dengan mempunyai mukadimah yang panjang lebar.

Tidak mengapalah, yang minta pada hari kelmarin untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan menyambung lagi adalah Ahli-ahli Yang Berhormat juga.

Saya telah tekankan kelmarin bahawa, seseorang menteri is not obliged to answer question. It could not even be questioning, why you are not answering. Tidak boleh! Out of order, melanggar peraturan mesyuarat! Akan tetapi apabila Tuan Yang di-Pertua mengatakan begitu, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang melanggar peraturan mesyuarat!

Saya mengatakan kelmarin bahawa, Tuan Yang di-Pertua tidak mempunyai halangan sekiranya menteri yang berkenaan mahu balik untuk menjawab dan menyambung. Secara kebetulan menteri juga menulis surat kepada Setiausaha bahawa beliau sudi untuk menjawab. Dan saya mohon ekoran daripada hari ini tidak semua boleh bercakap dalam sesuatu persidangan dan bukan semua apa yang ditanya itu dapat dijawab, kerana kadang-kadang saya perhatikan apabila Menteri Kewangan berdiri, belum pun dapat menjawab satu soalan, 10 sudah berdiri minta penjelasan!

Saya juga pernah tekankan bahawa seseorang menteri itu bukan robot yang boleh menerima soalan, apalagi soalan-soalan yang ditimbulkan itu adalah soalan-soalan baru.

Saya tekankan beberapa kali, soalan yang boleh ditanya adalah penjelasan daripada kesamaran yang timbul daripada jawapan Menteri, bukan fakta-fakta baru yang dibawa kerana itu menimbulkan suasana perbahasan!

Kalau ini Ahli-ahli Yang Berhormat faham, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Saya tidak ada buat ruling kelmarin bahawa seseorang menteri dipanggil balik. Itu adalah permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga kelmarin saya tekankan bahawa, tugas Tuan Yang di-Pertua dan timbalan-timbalan cuma mempengerusikan Mesyuarat dan kami tidak boleh mengadili sama ada jawapan itu kualitinya elok atau tidak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ini petua saya. Tidak ada sesiapa yang boleh mempertikai jawapan, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa menteri menjawab dan untuk pengetahuan Menteri, kalau Menteri-menteri tidak mahu menjawab langsung pun itu hak menteri, tidak payah kasi alasan, itu peraturan mesyuarat.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu makanya kalau sindir-menyindir, saya tidak benarkan. Seorang Ahli Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa ada seorang menteri tidur! Macam mana dia tahu menteri itu tidur? Sedangkan mungkin dia pejam mata, mungkin dia practicing yoga untuk kesihatan dia. [Dewan riuh] [Ketawa] Contoh seperti begitu.

Itu boleh dikatakan main-main tetapi kadang-kadang apabila kita hujah perkara begitu, bermakna kita tidak hormat dengan Ahli-ahli Yang Berhormat duduk di depan kita.

Kan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, hormatilah Ahli-ahli Yang Berhormat. Kamu semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi Menteri Kewangan ada, dia minta kalau boleh dia sambung perbahasan.

Kalau Menteri Kewangan juga tidak mahu, you are okay kerana you are within order tetapi malangnya ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri, mengambil perhatian point of order selepas itu pula creating this order, biasanya begitu. Jadi terpulang kepada menteri untuk menjawab selepas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyambung perbahasan. Sila menteri.

final • 11:32 AM

Tuan Teng Boon Soon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya jawab pertanyaan Yang Berhormat Machang tentang rumah Syed Syeikh al- Hadi yang telah dicadangkan untuk diwartakan sebagai warisan negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Yang Berhormat Machang, rumah Syed Syeikh al-Hadi di nombor 410, di Jalan Jelutong digunakan pada masa ini oleh White Roads Hall Vegetarian Nuns. Bangunan ini dimiliki sebuah persatuan amal vegetarian dan kementerian belum lagi berunding dengan pemilik harta ini untuk tujuan mewartakannya sebagai warisan negara tetapi akan mengadakan rundingan untuk mendapatkan kebenaran supaya bangunan ini diwartakan sebagai warisan negara. Memang di bawah perintah interim, kerajaan boleh mengambil alih sesuatu bangunan dengan memberi pampasan mengikut penilaian Jabatan Penilaian Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab cadangan dan pernyataan dari Yang Berhormat Ketereh, berhubung pemahaman nilai-nilai budaya murni seperti perpaduan, berbudi bahasa, berbudaya dan lain-lain, sememangnya diterapkan di dalam semua program anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni serta Kempen Membaca adalah antara program kementerian ini yang bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa, berhemah dan berbudaya ilmu.

Selain daripada itu, penerapan nilai-nilai murni dan perpaduan di kalangan generasi muda turut diberikan penekanan. Antara program-program yang diterapkan nilai- nilai murni tersebut adalah seperti program pra-sekolah di Tadika Perpaduan di mana mendapat pembabitan seramai 40,000 orang kanak-kanak berbilang bangsa di seluruh negara.

Program Tunas Budaya bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Program Giat Budaya bagi murid-murid di peringkat sekolah menengah yang bermatlamatkan memupuk semangat bekerjasama, hormat-menghormati dan rasa cinta terhadap seni budaya bangsa.

Program Bersama Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta seperti Siswa Merdeka dan aktiviti bersama Majlis Budaya Universiti Malaysia. Di mana antara objektifnya adalah untuk menanam semangat jati diri dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Kursus-kursus kebudayaan dan kesenian di kalangan badan bukan kerajaan turut diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun di mana program ini mendapat penglibatan sekurang-kurangnya 250 NGO seluruh negara.

final • 11:32 AM

Tuan Teng Boon Soon

Yang Berhormat Ketereh juga membangkitkan peranan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA dalam melahirkan intelektual seni yang berintegriti.

Sesungguhnya ASWARA bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran intelektual, profesional serta memiliki keperibadian mulia. Moto ASWARA iaitu ‘Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi’ jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai hidup dan budaya tradisi menjadi asas bagi ASWARA bergerak seiring dengan era kemodenan.

Dalam konteks ini ASWARA telah merangka dan mengaplikasikan kurikulum yang mantap dan bersepadu di mana telah ditetapkan beberapa kursus pengajian teras yang wajib diambil oleh semua pelajar ASWARA. Kursus ini menekankan penerapan aspek- aspek pembinaan nilai-nilai murni, integriti, pemupukan persefahaman antara kaum, pengurusan secara kreatif dan kritis, nilai-nilai keusahawanan dan tata susila secara terbimbing dan terarah.

Sebagai contoh semua pelajar diwajibkan:

(i) mengikuti Pengajian Budaya yang menekankan aspek persefahaman tradisi dan budaya antara kaum. Semangat toleransi serta memupuk nilai-nilai murni ke arah membentuk peribadi mulia; dan

(ii) mengikuti Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITAS yang merangkumi ilmu ketamadunan termasuk sejarah, budaya agama dan falsafah meliputi perkembangan Tamadun Islam dan interaksinya dengan tamadun lain.

Pembelajaran di ASWARA juga berteraskan kesenian tradisional perbagai kaum di Malaysia. Dalam konteks ini para pelajar diberi pendedahan dengan nilai-nilai tradisional seperti nilai-nilai keimanan, adat resam, kepercayaan, kesopanan, undang-undang falsafah serta pemikiran masyarakat Malaysia. Pembelajaran yang diperoleh membolehkan para pelajar semenjak tahun 1998 sebanyak 333 orang graduan telah menamatkan pengajian di ASWARA.

Kebanyakan daripada mereka telah diterima dengan baik dalam alam pekerjaan.

Sebagai contohnya, Puan Norzizi Zulkifli yang kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah di UiTM. Cik Siti Jasnina Ibrahim yang kini dia terkenal sebagai penulis buku dan novel serta mendapat pelbagai anugerah dalam penulisan di peringkat kebangsaan. Cik Norazila Abbas yang kini menjadi seorang penerbit drama TV tempatan. ASWARA sentiasa memastikan pengajian yang ditawarkan bertepatan dengan kehendak pasaran pekerjaan tempatan dan memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan modal insan seni yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian telah mengambil langkah dengan mengadakan kursus sahsiah kepada penggiat seni terutama para artis seni muzik bermula pada tahun 2003 yang bertujuan untuk menyedarkan penggiat seni tentang tanggungjawab mengekalkan identiti negara dalam semua kegiatan seni budaya mereka.

Selain daripada itu para belia juga didedahkan dengan pelbagai latihan dan bimbingan seni budaya tradisional seperti seni tari, seni muzik, seni ukiran dan sebagainya melalui kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang anjuran jabatan dan agensi kementerian ini. Dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga mengadakan pemantauan persembahan artis agar persembahan mereka tidak terpesong daripada ciri-ciri nilai ketimuran.

Menyentuh mengenai aspek warisan pula Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui agensinya iaitu Jabatan Warisan Negara dan Arkib Negara Malaysia sentiasa memelihara bangunan dan tapak-tapak bersejarah dari semasa ke semasa dengan kerjasama kerajaan negeri. Tokoh-tokoh agama, politik, sejarahwan dan pahlawan yang menjadi idola nasionalisme negara amat diberi perhatian. Termasuk kerja- kerja memasang papan tanda, menaik taraf tugu, makam, monumen mengecat dan membaik pulih.

final • 11:32 AM

Tuan Teng Boon Soon

Kerja-kerja penyelidikan dengan kerjasama pihak universiti juga dijalankan untuk terus memelihara mana-mana tempat yang mempunyai nilai warisan sejarah. Sehingga kini tokoh-tokoh Perdana Menteri Malaysia telah mempunyai galeri atas nama mereka untuk mempamerkan sumbangan serta perjuangan mereka untuk negara.

Sejak tahun 2004 kementerian ini telah menganjurkan enam Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang bertujuan untuk merapatkan hubungan pelbagai kaum di samping memaparkan kepelbagaian seni budaya masyarakat Malaysia. Setiap Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan kaum dan budaya.

Kementerian belum mengadakan kajian khusus mengenai keberkesanan Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini, namun kementerian sentiasa mengadakan post mortem setiap kali berakhirnya sesuatu Majlis Rumah Terbuka untuk melihat keberkesanan dari segi perbelanjaan dan impak kepada pengunjung majlis tersebut. Di mana daripada post mortem tersebut memberikan strategi baru kepada kementerian untuk melaksanakan majlis-majlis akan datang dengan lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ketereh di atas keprihatinan beliau agar peruntukan kementerian ditambah selaras dengan kepentingan dan peranan yang dimainkan. Pada awal tahun 2008 bajet mengurus bagi Kementerian ini adalah sejumlah RM678 juta, namun begitu peruntukan Kementerian ini telah dipotong sebanyakRM24 juta berikutan daripada saranan pihak kerajaan berkenaan perbelanjaan berhemah.

Sebelum ini Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah membuat permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM53 juta bagi melaksanakan program yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri seperti Hari Seniman dan juga bayaran tambahan bagi emolumen. Walau bagaimanapun, hanya RM9 juta sahaja yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi memberikan pandangan dan cadangan mengenai perkara yang berkaitan dengan kementerian saya. Segala cadangan dan pandangan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh kementerian saya. Sekian, terima kasih.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Atas keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, saya atas persetujuan Menteri Kewangan kerana beliau bersetuju hendak menjawab lagi, mohon Menteri Kewangan Kedua bangun menjawab.

final • 11:32 AM

Menteri Kewangan II - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

[Bangun]

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya difahamkan kita ada 19 lagi kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Menteri Kewangan II - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya dalam delima sebenarnya sebab saya memang sudi datang ke sini untuk menjawab soalan-soalan yang tak sempat kita jawab semalam.

Saya berpendapat bahawa Dewan yang mulia ini adalah satu medan yang baik untuk kita berbahas, untuk kerajaan memberi penerangan tentang dasar-dasar yang telah dilaksanakan, untuk mendengar teguran dan cadangan lain dan untuk kita memperbaiki lagi apa yang dilaksanakan dengan mengambil kira cadangan dari Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini dan sebelah sana.

Namun, pada masa yang sama saya juga harus menghormati sahabat-sahabat saya, menteri-menteri yang lain yang juga kesuntukan masa. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan satu precedent.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Saya juga menerima nasihat Tuan Yang di- Pertua bahawa kita masih ada 19 kementerian lagi yang menunggu untuk menggulung.

Oleh yang demikian saya akan menyingkatkan perbahasan dan penggulungan saya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Pahat duduk dulu. Dengar menteri dulu ya.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak ialah tentang isu pembayaran balik pinjaman perumahan oleh si peminjam kepada bank-bank dan sama ada kita boleh wujudkan satu kaedah untuk memberi manfaat untuk membantu mereka yang dibebani oleh kenaikan harga untuk membayar kurang dari jadual asal supaya mereka mempunyai dengan izin, disposable income yang lebih.

Ini memang satu cadangan yang begitu baik dan kerajaan telah mula berbincang dengan bank-bank untuk menstrukturkan semula pinjaman supaya pembayaran balik bulanan dapat dikurangkan. Misalannya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya si peminjam meminjam katakan RM300,000 untuk tempoh 20 tahun dan beliau membayar balik pinjaman secara ansuran dalam tempoh 10 tahun. Ada baki 10 tahun yang belum dibayar balik dan pembayaran balik katakan ialah RM700 sebulan.

Jadi kita ingin mewujudkan satu kaedah di mana baki 10 tahun itu dipanjangkan, dilanjutkan untuk dijadikan 20 tahun, mungkin. Pembayaran balik mungkin dikurangkan dari RM700 kepada RM500. Jadi, tiap-tiap bulan si peminjam itu dapat belanja lebih RM200 disposable income. Saya sudah berbincang dengan bank-bank tentang kaedah ini dan cadangan ini disambut dengan baik oleh bank-bank. Saya dimaklumkan bahawa bank-bank ini akan mengambil langkah untuk mewujudkan sistem penstrukturan semula pinjaman perumahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga soalan tentang rasional tindakan Bank Negara.

Apakah rasional di sebalik tindakan Bank Negara dalam membenarkan bank-bank yang mengeluarkan kad kredit untuk menghentikan tempoh bebas faedah bagi pembelian runcit dan kesinambungannya dengan Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya diberitahu bahawa Bank Negara telah memperkenalkan satu structure harga berperingkat atau tiered pricing structure dengan izin, untuk menggalakkan semua pengguna kad kredit supaya lebih cermat dan bijak dalam perbelanjaan.

Tiga structure harga bertingkat telah diperkenalkan iaitu:

(i) Tier 1 - bagi membolehkan pemegang kad kredit menikmati caj kewangan yang rendah iaitu 15% setahun sekiranya mereka membuat semua bayaran kad kredit tepat pada masanya;

(ii) Tier 2 - mengenakan caj sebanyak 17% sekiranya pengguna kad kredit membuat bayaran 10 bulan dari 12 bulan dalam tempoh masa bayaran dengan tepat; dan

(iii) Tier 3 - sebanyak 18% akan dikenakan sekiranya pengguna kad kredit kerap gagal membuat bayaran balik.

Pelaksanaan structure harga bertingkat ini akan meringankan beban kos pengguna kad kredit jika dibandingkan dengan kadar tetap lama sebanyak 18% yang dikenakan. Dengan memperkenalkan mekanisme baru tersebut, maka pemberian tempoh masa 20 hari bayaran tanpa faedah yang dinikmati secara automatik oleh semua pemegang kad kredit tanpa mengambil kira jumlah bayaran bulanan kad kredit sebelum ini telah diberhentikan.

Bagaimana pun, saya telah mengadakan satu mesyuarat bagi semua bank dan telah meminta bank-bank ini untuk mengkaji balik tentang 20 hari itu dan mereka bersetuju untuk mengkaji balik dan membuat keputusan kemudian.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Saya juga merujuk kepada soalan dari Yang Berhormat Pasir Salak semalam tentang sama ada kerajaan bersedia untuk menghadapi masalah kalau sekiranya dunia mengalami satu keadaan recession, depression atau stagflation. Saya ingin sekali lagi untuk menekan bahawa inilah yang penting sekali dalam kita menghadapi cabaran global yang begitu sengit. Kalau kita melihat kembali kepada sejarah kita, hampir tiap-tiap 10 tahun semacam menjadi satu fenomena yang membawa cabaran kepada kita.

Tahun 1986, semasa negara kita dan negara-negara lain juga dalam rantau ini meningkat pertumbuhan yang begitu baik, kadar inflasi yang begitu rendah, tiba-tiba satu fenomena wujud di mana semua harga komoditi, semua merudum. Kerajaan dan rakyat menghadapi satu krisis yang pada masa itu tidak pernah dihadapi. Kerajaan dan rakyat dari semua pihak telah bersatu-padu untuk mengatasi cabaran itu dan dalam tempoh 3 tahun sahaja kita telah memulihkan keadaan ekonomi kepada sedia kala.

Selepas itu kita maju ke satu peringkat yang lebih tinggi. 10 tahun kemudian, hampir 10 tahun kemudian, kita menghadapi cabaran dalam krisis kewangan tahun 1997, 1998 dan kita juga mengatasi cabaran itu...

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...10 tahun kemudian, kita kini menghadapi cabaran berhubung dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan yang lain. Sama ada fenomena ini berlaku setiap 10 tahun secara kebetulan ataupun ada...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

2 minit kita ambil. Mungkin ada pihak-pihak di global yang tidak ingin melihat negara-negara lain, mungkin negara-negara Islam maju dan mengambil tindakan dengan sembunyikan tangan begitu supaya tidak nampak. Kita tak tahu. Kita tak tahu, tapi yang penting sekali ialah cabaran yang kita hadapi pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, bukan cabaran pertama dan bukan juga cabaran terakhir.

Kita akan menghadapi cabaran-cabaran yang serupa dalam pelbagai bentuk yang datang dari pelbagai pola. Yang penting sekali sama ada ia berlaku secara kebetulan ataupun ada kuasa-kuasa ghaib yang cuba menunggukan masalah untuk kita. Yang penting sekali kita membuat keputusan secara rasional dan kita bersama-sama mencari kaedah untuk mengatasi masalah ini. Ini adalah penting sebab kalau kita membuat satu keputusan yang popular tetapi tidak bijaksana, anak cucu, cicit kita, generasi yang akan datang tidak akan mempunyai fleksibiliti untuk menghadapi cabaran yang mungkin lebih sengit.

Sebab itu semalam saya terangkan dan saya juga ingin mengulang isu ini ialah tentang pentingnya kita mempunyai disiplin dari segi fiskal, dari segi perbelanjaan berhemat supaya apabila terjadi nanti dalam tiga, empat tahun mungkin satu keadaan yang begitu sengit, kita mempunyai fleksibiliti untuk mungkin pada satu waktu yang singkat meminjam lebih atau menggunakan dana Petronas yang lebih untuk mengatasi isu itu. Namun yang penting sekali pada masa ini, kita harus menguruskan ekonomi dengan sedemikian rupa supaya kita mempunyai sebanyak fleksibiliti yang boleh untuk mengatasi sebarang cabaran yang datang pada masa depan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang mana satu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Tumpat?

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Yang Berhormat Batu Pahat dahulu kemudian Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana datang semula untuk memberi lebih banyak penjelasan. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, semalam apabila mendengar hujah dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, saya cukup convince dengan jawapan-jawapan tersebut dan saya cukup yakin bahawa apa tindakan yang diambil oleh kerajaan ini adalah bukan berasaskan kepada pendekatan populis seperti mana yang dibawa oleh Pembangkang, sebab itu jangan kacau. [Ketawa]

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Soalan, soalan.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli ekonomi Danny Quah daripada LSE yang mengatakan bahawa apa yang berlaku sekarang ini dia kata ialah paling sesuai kita menarik balik subsidi. Kalau berlaku pun, dia kata inflasi yang akan naik, tetapi ia berlaku sekali sahaja.

Jadi, apakah ada jaminan terhadap pandangan beliau itu bahawa inflasi yang naik akibat daripada kita menarik subsidi itu hanya berlaku sekali sahaja dan tidak akan terus meningkat.

Yang kedua ialah, saya ingin mendapatkan penjelasan iaitu apakah ada kaedah lain sebenarnya kita ingin menurunkan harga minyak ini selain daripada kita memberikan subsidi terhadap minyak. Sebab itu saya kata bahawa ini yang menjadi masalah kepada Pembangkang kita ini. Saya tidak nampak pun apa cadangannya, bagaimana hendak menurunkan harga minyak kecuali dia menyuruh kita menambah subsidi dan ini tidak baik pada pandangan ahli ekonomi seperti Danny Quah.

Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan juga iaitu apabila kita ingin melakukan rebet ini apakah kerajaan akan mencari satu jalan pendekatan lain, mencari maklumat yang paling tepat tentang pendapatan penduduk di Malaysia ini supaya mereka yang mendapat pampasan rebet ini akibat daripada pengurangan subsidi ini adalah mereka yang sebenarnya layak mendapat rebet ini. Mohon penjelasan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:50 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tan Sri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mungkin ada sedikit kaitan walaupun saya tidak ingin mempolitikkan isu ini. Saya sekadar ingin bertanya kepada Yang Berhormat.

Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila membentangkan ucapan kajian separuh penggal ini, Yang Amat Berhormat menyebutkan bahawa siling perbelanjaan untuk RMK-9 dinaikkan daripada RM200 bilion kepada RM230 bilion iaitu kenaikan 15% yang kalau dikira hanya ada dua tahun setengah ianya lebih daripada 15% kenaikannya. Kalau dikira daripada projek PORR ditarik, projek monorel ditarik, maka jumlahnya sudah mengecil.

Kenaikan kosnya 30% maknanya peratusannya lebih tinggi lagi. Jadi, kalau itu inflasi yang diramalkan, yang diunjurkan oleh kerajaan bermakna inflasinya sangat-sangat tinggi dan saya tidak tahu bagaimana pengurusan ekonomi kita akan dapat menangani isu seperti itu?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, kalau ada persoalan yang didapati tidak relevan dengan isu yang dibangkit, boleh tidak payah dijawab supaya kita menggalakkan ataupun mempengaruhi Ahli Parlimen dalam konteks relevancy soalan jawab di Parlimen. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih, saya minta maaf pasal saya hendak jawab soalan ini dahulu sebab masa yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua pun tidak banyak. Namun, soalan Yang Berhormat Batu Pahat tadi tentang Danny Quah seorang economist dari London School of Economics memang satu hujah yang dibuat oleh Quah tentang subsidi. Mengikut pandangan beliau lebih baik kita hapuskan sahaja subsidi dan beri bantuan lain kepada rakyat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Memang akan berlaku inflasi tetapi inflasi ini hanya akan berlaku untuk satu tempoh tertentu dan tidak akan berulang yang disebut dengan izin, one off inflation dan tahun kemudian kita akan kembali pada keadaan biasa. Namun, bagi kerajaan, subsidi itu kerajaan tidak akan menghapuskan subsidi itu secara keseluruhan...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu. Yang Berhormat duduk sekejap. Dia belum habis jawab melainkan...

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Secara keseluruhan, yang kita lihat konsep subsidi ini, sama ada konsep subsidi ini boleh kita ubahsuaikan supaya tujuan kita, hasrat kita untuk mewujudkan sebuah ekonomi yang efisien, yang dapat kita maju, yang membolehkan kita maju dalam era moden dan era globalisasi ini, sistem subsidi ini tidak menjadi satu kekangan dan itulah dalam sebagai misalan dalam penstrukturan subsidi ini.

Sungguhpun kita meningkatkan harga minyak, kita meningkatkan harga diesel, tetapi pada masa yang sama, kita memberi balik RM625. Banyak soalan juga ditujukan kepada kerajaan bahawa rasional membayar balik RM625. Cadangan yang dikemukakan ialah supaya mungkin lebih baik kalau kita meningkatkan, menaikkan harga bukan 78 sen mungkin 34 sen dan tidak membayar balik RM625. Kita berbuat demikian, menaikkan harga 78 sen dan membayar balik supaya mereka yang memerlukan bantuan dapat bantuan.

Saya hendak beri satu perumpamaan, satu contoh dengan sistem lama dan sistem baru dengan mengambil satu keluarga. Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang itu ada tiga orang anak. Anak pertama dia kerja biasa dan dia bawa kereta kecil, Proton misalannya.

Anak kedua dia kaya, orang kaya, dia bawa Mercedes. Anak ketiga, dia tidak ada kerja tetapi dia ada kawan yang baik dan dia pinjam Jaguar dari kawan dia. Tiga orang anak.

Bapa dia kata, tiap-tiap tiga orang anak saya bagi 30% daripada perbelanjaan berhubung dengan kereta, saya bagi subsidi. Bapa pun bagi subsidi, bukan sahaja kerajaan bagi subsidi. Bapa bagi subsidi 30%. Nampak adil sebab tiga-tiga anak itu dapat 30%, nampak adil. Akan tetapi yang bawa kereta proton itu, anak yang kerja biasa mungkin pegawai kerajaan dapat 30% tapi jumlah dia tak banyak.

Anak yang kedua, dia pun dapat 30% tapi dia bawa Mercedes pergi sini sana, dapat 30% tapi jumlah dia banyak. Anak yang ketiga, dia kaki joli, tak ada kerja tapi dia ada kawan bagi Jaguar, dia dapat 30% daripada Jaguar, perbelanjaan minyak untuk Jaguar dan dia syer dengan kawan dia.

Itu sistem yang dulu. Nampak adil tapi memang tak adil. Jadi kita tukar yang anak pertama diumpamakan rakyat biasa, rakyat kita yang memerlukan bantuan. Anak yang kedua, umpama rakyat yang tidak memerlukan bantuan dan anak ketiga penyeludup dalam cerita saya. Penyeluduplah, dia buat macam-macam...

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Jadi kita buat cara lain. Kita tak kata 30%. Kita buat satu sistem, kita naikkan harga, hampirlah harga market sungguhpun tak sampai harga market dan sekarang harga market pun dah naik, tapi kita bagi, bayar balik RM625.

Jadi anak pertama, kereta kecil belanja pun tak banyak. Dia pun tak pergi sana sini, dia pergi kerja balik rumah, baca surat khabar. RM625 itu mungkin cukup, mungkin cukup.

Anak kedua...

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Dengar dulu Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Dengar dulu...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

...Kita mesti ada patient untuk mendengar Yang Berhormat, kemudian baru orang dengar kita.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Anak kedua, orang kaya, RM625 memang tak cukup! Kita pun tahu tak cukup. Dia kereta besar, pergi sana sini, pergi holiday merata tempat bawa kereta, tak cukup tapi kita tak bagi dia lebih daripada RM625. Memang kalau dia nak pakai kereta besar, biar dia pakai.

Anak ketiga pun macam itu. Sungguhpun dia pakai kereta besar dia pinjam daripada kawan, Jaguar. Dia syer dia punya subsidi dengan kawan. Kita bagi dia RM625, memang dia kompelinlah, dia tulis surat dalam surat khabar Utusan, New Straits Times, The Star dan semua kompelin tapi memang kita nak bagi kepada mereka yang memerlukan.

Itu rasional kita dalam menstrukturkan semula subsidi. Mungkin cara itu tak perfect, semalam pun saya mengakui itu mungkin tak sempurna, mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat ada cadangan lain. Kalau ada cadangan, bagi sebab kita terbuka dalam menerima sebarang cadangan tapi...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Setakat ini apa yang saya dengar ialah kritik, kritik, kritik. Semua yang kerajaan buat tak kena! Semua tak kena, tapi cadangan tak ada!

[Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, nak bagi peluang atau tak bagi?

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tak bagi. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hah, tak bagi. Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat!

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tak bagi setakat ini. Saya tak bagi sebab Tuan Yang di-Pertua dah... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk] Yang bangun ini bukan nak bagi cadangan, tapi nak kritik!

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk] Menteri tak demokrasi!

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Yang lain duduk Yang Berhormat, yang lain duduk Yang Berhormat.

Jadi sebelum Yang Amat Berhormat Ketua Menteri nak cakap, saya nak bagi tahulah, itu pendirian kerajaan. Kalau tak bersetuju, cadangkan alternatif tetapi kalau nak kata salah, itu salah Yang Berhormat! Sebab dia menjelaskan pendirian kerajaan. Jadi kalau tak betul, buat cadangan baru tapi tak semua buat cadangan ni. Pergilah balik, belakang meeting dulu, buat satu mesyuarat. Hah, sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas penjelasan tersebut. Akan tetapi menurut kajian bahawa pemberian subsidi secara terus adalah lebih efisien, cekap daripada pemberian subsidi secara indirect. Jadi oleh sebab itu, kalau itu dilakukan, bererti mengikut buah fikiran saya, jumlah kenaikan itu menyebabkan kerajaan dapat mengurangkan sebanyak katalah RM20 bilion, tetapi subsidi yang dibuat secara indirect ialah hampir sama dengan jumlah tersebut.

Dan kalau mengikut kajian, indirect subsidi itu ada ketirisannya daripada segi kos tersebut seperti yang dibuat kajian di Australia, bahawa apabila kita nak kenakan apa yang dipanggil cukai belian tersebut, jadi Australia membuat kajian berapakah kos untuk membuat cukai tersebut. Dan kos tersebut terpaksa dinaikkan sebanyak lebih daripada 10% sebab kos untuk mengendalikan perkara tersebut ialah 10%.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi kalau nak dapat 7% hasilnya, kita kena naikkan cukai tersebut kepada 17%.

Jadi pada saya, ini satu perkara yang kita perlu bincangkan. Bukan kerana apa, kerana saya akan dapati kos-kos itu belum kita bincangkan. Itulah sebabnya cara berperingkat itu ada baiknya, daripada cara secara terus walaupun pakar ekonomi daripada LSC itu menyatakan under a perfect system. Kita ini bukan system yang perfect. Kerajaan sekarang bukan sahaja memberi subsidi dan menarik semua subsidi tetapi tarik yang sini, bagi yang lain.

Jadi pada saya, kita mesti duduk bersama-sama membuat kira-kira tentang jumlah subsidi yang telah kita beri dan bagaimana cara penarikan subsidi itu supaya kesannya, walaupun kesannya itu seperti yang diterangkan oleh menteri akan memberi kesan kepada pendapatan-pendapatan yang berbeza. Akan tetapi ini tidak juga boleh kita bezakan dengan sebegitu sahaja sebab dia akan memberi kesan kepada penerusan ekonomi.

Kenyataan saya ini bahawa perkara yang dilakukan lebih memberi kesan akibat yang lebih buruk kepada pertumbuhan ekonomi daripada cara subsidi terus. Itu jawapan saya daripada itu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Boleh sekali?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tan Sri, saya minta penjelasan sikit lagi. Oleh kerana kita dah lantik Yang Amat Berhormat Bandar Tun Razak jadi Menteri Besar Negeri Selangor, maknanya DAP, PAS, KEADILAN semua dah setuju dah. Jadi biarlah apa yang dibangkitkan tadi sebagai perkataan keseluruhannya. Yang lain duduklah. Sila Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau yang begini ini tak diterima, saya ingat satu hari ini tak boleh habis ini.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk] Itu untuk negeri, ini Parlimen.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Menyampuk] Saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berbangkit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading pagi tadi yang tak boleh memuaskan hati seseorang...

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk] Saya last. Sikit saja.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya minta sedikit masa untuk memberi sedikit andaian...

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah 28 minit.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Sedikit masa, sedikit masa saja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Saya nak jawab tentang isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat, duduk dulu.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Saya setuju bahawa kita tidak terikut-ikut dengan economist yang membuat macam-macam cadangan tentang penghapusan subsidi.

Kita bukan jenis yang terima sahaja sebulat-bulat apa yang pakar-pakar dari Barat kata.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Kita ada corak kita sendiri, cara kita sendiri. Apa yang kita pentingkan dan kita utamakan ialah kita harus terus memberi bantuan, tak kira yang nama kita pakai subsidi atau pertolongan atau bantuan. Kita akan terus membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Oleh yang demikian, kerajaan tidak ada rancangan, cadangan langsung untuk menghapuskan subsidi.

Dalam meningkatkan harga pun kita ingin membuat secara berperingkat-peringkat.

Saya juga setuju bahawa sistem yang memberi bantuan secara langsung kepada rakyat adalah satu sistem yang lebih baik daripada sistem yang memberi bantuan secara indirect.

Dan sebab itulah dalam penstrukturan subsidi kita, kita kurangkan indirect seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kurangkan indirect, kita naikkan harga. Kita bagi direct RM625. Itu sama. Itu yang kita buat. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya dah ambil masa.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh dapat tapi kalau nak bagi peluang seorang-seorang, jangan bagi semualah. Kalau semua, tidak habis nanti.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Okey.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Contoh, contoh. Contoh yang Yang Berhormat beri tadi saya nak tegur sikit.

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Penjelasan.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum, belum dijemput. Siapa yang bercakap ini?

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Siapa nak cakap? Yang itu. Duduk.

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat memberikan contoh tiga orang yang memiliki kereta yang berbeza-beza.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan cerita yang empat orang lagi Yang Berhormat. Panjang sangat nanti. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Saya nak bagi untuk tujuan perbincangan yang dikatakan kerajaan adil dari segi memberikan direct subsidy. Dua keluarga. Keluarga A, keluarga A dia seorang ahli perniagaan. Suami pakai Proton Perdana, isteri pakai Proton Perdana. Anak tiga belajar di kolej pakai satu Vios, satu Mivy, satu Kembara. Keluarga B seorang peniaga pasar malam. Dia beli kereta second-hand Pajero tahun 1986...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini dah enam orang dah Yang Berhormat. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tidak, tidak. Ini yang dikatakan hujah tadi, mana lebih adil. Dia ada anak tiga orang...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ini...

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

...Pergi kolej naik pengangkutan awam. Jadi di mana dikatakan tadi sistem ini lebih baik...

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dia tidak pakai minyak tidak apalah.

final • 11:50 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Jadi itu yang saya maksudkan tadi kalau yang keluarga A tadi, maknanya lima kereta mendapat direct subsidy RM625. Yang tadi peniaga pasar malam, pendapatan tidak tentu, tidak dapat apa-apa. Jadi di mana dikatakan keadilan di situ?

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Nak tambah sikit Yang Berhormat, dengan izin. Boleh?

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Sikit saja.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sikit- sikit saja Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam dulu, Yang Berhormat Shah Alam dulu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya dulu ya. Terima kasih Yang Berhormat. Ini contoh yang diberikan tadi. Ia tidak mengambil kira cukai yang dia kena bayar untuk kereta Mercedes, cukai yang dia kena bayar untuk kereta Jaguar. Dari segi cukai yang rakyat kena bayar untuk kereta itu sendiri ia merupakan satu jumlah yang begitu tinggi di antara harga kereta-kereta yang termahal di dunia.

Negara Malaysia ini, kalau ada orang-orang yang berniaga, dia kata dia bandingkan kos perniagaan di Malaysia dengan kos perniagaan di Thailand, Toyota Camry yang dia beli dekat Thailand, dia dapat jimat RM60,000. Which is equivalent, dengan izin yang bersamaan dengan lima ataupun enam tahun perbelanjaan pembelian minyak.

Lalu di situ bila kita nak katakan kita nak membezakan di antara orang yang pakai kereta Jaguarkah, orang yang pakai kereta Mercedeskah, kita boleh atasi masalah ini dari segi road tax, dari segi import duty, excise duty yang dikenakan ke atas kereta-kereta mewah. Apabila kita tarik balik subsidi daripada minyak, kesannya bukan sekadar individu yang naik kereta itu saja, tetapi ia membawa kesan kepada barang-barang makanan, ia membawa kesan kepada kos pengangkutan.

Orang yang tidak ada naik kereta langsung, dia kena bayar kadar harga pengangkutan yang lebih tinggi. Dia hantar anak dia pergi sekolah, kosnya naik lebih tinggi sambil itu dia tidak dapat apa-apa manfaat...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Sedangkan, sedangkan kita akui bahawa minyak ini adalah harta rakyat yang semua orang, yang paling miskin, orang yang naik basikal sekalipun dia mesti mendapat manfaat.

Kalau harga minyak itu dikurangkan, paling kurang harga barang-barang sampingan itu turun, orang yang tidak naik kereta pun dia dapat manfaat. Namun dalam kes yang Yang Berhormat berikan tadi, ia tidak adil. Hanya orang yang ada kereta dan orang kaya yang ada lima, enam kereta, sekarang ini dia ada ruling 2,000 cc ke bawah, dia dapat lima kali...

final • 11:50 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cadangan, cadangan.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

So, tidak adil. Cadangan kita lagi baik kita kekalkan harga minyak yang rendah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ini sudah berucap semula Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, kalau nak berucap semua saya tidak benarkan. Di bawah 37(2) Yang Berhormat, saya larangkan berucap semula. Ini ucapan semula ini. Kalau nak tanya penjelasan daripada menteri, tolong tanya penjelasan itu saja. Yang Berhormat Kepong, saya bagi. Yang Berhormat Kepong.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tadi dia minta cadangan, lalu saya sebut cadangan.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Saya lama berdiri Tuan Yang di-Pertua. Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu, saya tengok Yang Berhormat berdiri. Dekat saja Yang Berhormat. Pandangan saya masih jelas, tapi Yang Berhormat Kepong berdiri dari semalam saya tidak bagi. Sekarang bagi.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Penjelasan dan bukan seperti Yang Berhormat Batu Pahat. “Rumah siap, pahat baru berbunyi”. Itulah masalah. [Dewan riuh] [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini sangkaan burukkah?

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia hentam kromolah. Tidak dapat membezakan “merbau” daripada “nyatuh”.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Buang masa lah.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat. Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini berapakah kos yang digunakan untuk memberi rebat. Berapa kos dan adakah Yang Berhormat sedar bahawa minyak ini juga kita gunakan nano tax. Nano tax ini kita belanja dengan banyak. Berjuta-juta untuk menghalang penyeludupan minyak...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dah ada sebutlah. Sebut saja Yang Berhormat. Dia mengetahui itu.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Oh ya? Tahu dah?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya dah tahu juga dah.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tahu dah?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya. Dia sebut nano ingat dah.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Cerdiklah tu, macam tu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Memang, kalau tidak cerdik tidak duduk sini.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia terkepong-keponglah.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Ketawa] Baiklah, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat. Yang Berhormat nak bagi satu orang lagi Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Okey, boleh.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan yang saya ingin sebutkan kalau boleh Yang Berhormat beri penjelasan. Apakah hari ini Yang Berhormat Menteri seolah-olah mengatakan bahawa segala-galanya adalah terletak kepada kesalahan subsidi.

Sementara persoalan subsidi ini kalau dilihat penjelasan yang saya pohon daripada Yang Berhormat Menteri, sekali gus dengan isu yang dikatakan sebagai kesalahan misallocation ataupun distortion of resources itu, apakah ia juga terlibat dalam faktor-faktor itu adalah polisi kerajaan seumpama import permit (AP), seumpama monopoli yang keseluruhan diparahkan lagi. Jadi, apakah boleh perkara subsidi ini tidak dilihat sebagai hanya polisi yang disalahkan, kerana kalau kita mahu tarik balik subsidi, kita kena lihat perkara-perkara lain.

Kalau dapat Yang Berhormat Menteri tolong perjelaskan isu for example low-wage regime yang selama hari ini kita tekan kepada pekerja-pekerja. Kita minta minimum wage kesemua ini mesti dilihat pada keseluruhannya. The legal picture. Hari ini...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dah faham, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Dah faham Menteri, Yang Berhormat. Dah faham.

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Persoalannya ketika inflasi. Ketika inflasi mencetuskan, ia mencetuskan across the board kepada semua. Kepada semua rakyat.

Yang tidak ada kereta nak diberi rebat macam mana? Kontraktor SME’s. Ini perkara yang dikatakan spekulasi yang dipertikaikan. Kerana apa?...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sudahlah...

final • 11:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Kerana tindakan polisi kerajaan menarik balik subsidi yang kalau kita boleh bincangkan dan debatkan lagi adalah lebih baik daripada hanya secara drastik seperti ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik.

Menteri jawab. Kalau dapat habiskan dalam masa sepuluh minit Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Ya okey, okey. Terima kasih. Isu yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi tentang satu keluarga lima orang anak, tiga masuk universiti dan seorang peniaga di pasar malam yang anak dia terpaksa naik bas ke universiti atau ke sekolah.

Kita sedar tentang pengangkutan awam dan seperti saya terangkan semalam, dalam meningkatkan harga diesel. Sebelum ini harga diesel untuk pengangkutan awam ialah RM1.43 sen dan harga biasa ialah RM1.58 sen. Perbezaan ialah 15 sen. Semasa penstrukturan semula subsidi, kita naikkan harga.

Kita meningkatkan harga diesel dari RM1.58 sen ke RM2.58 sen. Akan tetapi harga untuk pengangkutan awam kita kekal pada RM1.43 sen. Kita tidak naik langsung sebab kita tidak mahu membebankan syarikat-syarikat pengangkutan awam dengan kenaikan harga. Satu sen pun kita tidak naikkan dan dari lima bilion liter yang dijual pada tiap-tiap tahun, empat bilion dibeli oleh syarikat-syarikat pengangkutan.

Itu kita buat dan kita tahu bahawa dalam membuat keputusan macam mana pun, kita tidak dapat mencari satu kaedah yang sempurna. Mungkin kita patut dan harus memberi pertolongan yang lebih kepada penjual, peniaga di pasar malam dan anak-anak beliau. Inilah kerajaan akan buat melalui dengan izin, social safety net. Kita hendak meluaskan lagi social safety net supaya mereka yang memerlukan bantuan diberi bantuan.

Itu hasrat dan tujuan kerajaan.

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat Kepong tadi, jumlah rebet ialah RM6.13 bilion Yang Berhormat. Ini kiraan terkini...

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak tanya, fakta sudah dibagi.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bercakap tanpa pembesar suara] Di sini pihak kerajaan mesti berbelanja, mekanisme kos untuk membayar rebat ini. Ini mesti dibelanjakan oleh pihak kementerian. Berapakah jumlah kos ini yang dibelanjakan untuk memberi rebat?

Hah, itu, itu.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Seperti kita sebut tadi, kita berbincang dengan pos dan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan, saya memberi jaminan adalah kos yang munasabah. Saya beri jaminan semalam, saya akan beritahu. Saya akan beri maklumat itu kepada Parlimen tentang kos. Kita tidak ada apa-apa hendak disembunyikan, sebab Pos buat kerja, kita bayar setakat dia buat kerja. Itu sahajalah. Ada masa lagi? Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, kalau hendak bagi, bagi wanita di sini sahajalah. Yang lain tidak payahlah, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat-Yang Berhormat, fahamlah kita sudah melalui proses ini sampai dua jam Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Ya, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum dengar pun wanita bercakap pagi ini.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Soalan saya semalam belum dijawab.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

...Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya mohon penjelasan ya. Berkenaan dengan subsidi tadi dan mengambil kira juga rasional yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya mengapakah tidak diambil kira pendekatan menggunakan tiered subsidy? Contohnya rasional yang menggunakan rebat itu ialah ia berlaku adil kepada pengguna-pengguna kenderaan yang berbagai-bagai jenis ini.

Mengapakah tidak digunakan tiered subsidy kerana rebat itu apabila mereka dapat, one-off sekali sahaja setahun? Sedangkan hari-hari mereka susah membeli minyak.

Sekiranya tiered subsidy digunakan dan dimasukkan ke dalam kad, dia customize untuk tiap-tiap individu Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya kenapa sistem ini tidak diexplore ataupun tidak diambil kira?

Perkara yang kedua Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan pengangkutan awam tadi, saya juga ingin mengatakan bahawa walaupun harga kos pengangkutan awam, tambang pengangkutan awam tidak ditingkatkan, akan tetapi banyak tempat seperti Kuantan contohnya memang tidak ada sistem pengangkutan awam yang baik. Maka orang- orang terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan ini membebankan juga.

Saya ingin bertanya kenapa pihak kerajaan tidak mengambil kira kesemua aspek ini dan kalau rasionalnya adalah adil, tentu sekali satu sistem pendekatan yang adil digunakan juga?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baiklah Yang Berhormat Kuantan. Okey, Batu Pahat. Batu Gajah, Batu Gajah, sebab Batu Pahat itu selalu berdiri di hadapan.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apakah sudi Yang Berhormat Menteri, kita adakan satu jawatankuasa melibatkan kedua- dua pihak membincangkan perkara ini dan mengemukakan satu cadangan. Cadangan untuk mengatasi semua masalah...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagilah cadangan sekarang.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Untuk semua kebaikan masyarakat kita.

Perkara kedua, sebelum ini ada saya bangkitkan. Apakah pihak kerajaan, kementerian sudi memberi senarai projek-projek di kawasan setiap Ahli Parlimen [Dewan riuh] di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan agar kita boleh bersama-sama memantau, melibatkan kita bersama-sama untuk pembangunan negara?

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih. Saya tidak bagi jalan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuantan, saya ingin juga memberi sedikit komen tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam. Saya tunggu sahaja sehingga perkara ini diulangi.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tak ganggu dah, saya baik.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas semalam menyebut tentang sistem yang diwujudkan semasa kerajaan menghadapi krisis kewangan dalam tahun 1997-1998.

Cara kita mengatasi krisis itu dengan melaksanakan satu sistem, mengambil langkah-langkah yang pada masa itu dianggap sebagai unorthodox tetapi kini diterima semua dan juga dengan membentuk satu sistem MTEN di mana kerajaan membuat mesyuarat tiap-tiap hari untuk mengkaji beberapa aspek penyelesaian dan juga untuk mendapat pendapat daripada beberapa pihak supaya kita dapat mencari satu penyelesaian yang menyeluruh untuk mengatasi masalah.

Soalan Yang Berhormat semalam ialah sama ada kita ingin berbuat demikian dalam menghadapi cabaran pada kali ini? Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini juga kerajaan mengambil kaedah yang lebih kurang sama dengan pewujudan satu jawatankuasa inflasi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan melantik juga dari pihak-pihak dari swasta untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh. Yang Berhormat Kuantan tadi telah...

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh, boleh minta penjelasan sikit? Penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Walaupun Yang Berhormat Menteri menyebut kaedah yang sama, jawatankuasa inflasi, saya berpendapat ia agak berbeza sebab jawatankuasa inflasi bermesyuarat. Saya tidak tahu berapa kali seminggu ataupun tiap-tiap hari? Apa yang saya nampak beberapa hari lalu, ada mesyuarat berhampiran Dewan Rakyat ini, minggu lepas, tetapi saya tidak tahu berapa lamakah masa diambil?

Manakala dahulu konsep melalui MTEN dahulu, ia satu jawatankuasa yang dihands on sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr.

Mahathir. Every day dengan menjemput macam-macam pakar dan dia turun sendiri ke bawah dengan note booknya yang kecil. Itu cara dia bekerjalah, hands on. Oleh sebab itu, dalam soal yang kita hadapi hal kes minyak ini bukan mudah, terlalu kompleks. So, ia memerlukan pemikiran-pemikiran yang di kalangan golongan ahli fikirlah contohnya yang dalam ekonomi.

Sebab itulah saya katakan, selain daripada MTEN, dirujuk balik kepada pandangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir, sebab saya baca websitenya.

Sehinggakan dia komen apabila kita rombak tambatan nilai ringgit kita dengan Dollar Amerika dan minyak disebut dalam Dollar Amerika, akhirnya akibat daripada kenaikan harga sekarang ini, import kita, harga kos naik 20% juga ada kaitan. Pemikiran seumpama inilah yang sepatutnya digunakan.

Sejauh mana juga kita minta pandangan daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat Gua Musang. Dia pun tidak datang mesyuarat hari ini, dia pun ahli ekonomi.

Yang lain-lain bercakap hendak merapu, bolehlah. Saya hendak melihat perkara ini dari segi kepentingan negara sesungguhnya. Yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi saya setuju. [Dewan riuh] Yang itu saya setuju. Rakyat terlibat dari kalangan golongan di bawah, ini yang kita hendak address the issuenya. Cuma kalau retorik banyak pun tidak guna juga. Jadi saya hendak tanya secara khusus, gunakan mereka ini sebaik mungkin pemikiran mereka.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Nama Shah Alam disebut bukan dijemput berdiri tu. Duduklah. [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tetapi yang pasal minyak ini untuk pengangkutan awam itu, itu mengelirukan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Saya tidak bagi laluan, saya tidak bagi laluan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah. Saya minta dengan Yang Berhormat Menterilah. Minta tolong.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Ini ya, Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu MTEN itu, memang MTEN bermesyuarat tiap-tiap hari, dan committee, jawatankuasa inflasi setiap minggu, tapi tiap-tiap pemimpin ada cara dia sendiri dan saya tidak bolehlah jawab bagi pihak pemimpin...

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Isu tentang minyak itu, memang kita semua setuju pandangan bahawa selagi minyak disebut dalam Dolar Amerika, yang disebut oleh Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir, selagi itulah Kerajaan United State dan Dolar akan mempunyai satu tahap yang special sebab petrol dollar disebut dalam Dolar. Kita juga telah cuba untuk menukar, misalan pengeksport kita ke negara-negara lain dari dolar kepada mata wang yang lain, tapi nampak semacam satu dunia masih percaya pada Dolar.

Sungguhpun kita minta dulu Jepun dan Europe untuk tukar kadar mata wang, jenis mata wang dari Dolar kepada Euro atau Yen, pengimport Jepun pun minta dikekalkan dalam US Dolar. Pengimport di Eropah pun minta dan tapi itu adalah satu pendekatan yang baik dan kita harus cuba untuk mengubah sistem ini supaya tidak terlalu bergantung kepada US Dollar.

Saya hendak balik kepada cadangan Yang Berhormat Kuantan. Ini saya anggap sebagai cadangan yang begitu baik. Itulah kita harap-harapkan cadangan seperti ini satu tied subsidy system. Itu satu cadangan yang baik dan inilah kerajaan cuba melaksanakan tapi Tuan Yang di-Pertua, tied system itu satu sistem yang baik sebab kita naikkan harga sehingga harga pasaran tapi kita bagi kad.

Kad yang disebut seperti oleh Yang Berhormat Kuantan kepada mereka yang memerlukan dan kita tengok dan kaji, siapa yang memerlukan. Mungkin mereka yang berpendapatan RM2000 ke bawah, RM3000 ke bawah. Siapa yang daif, siapa yang miskin dan kita boleh mencari satu data untuk dan membuat satu keputusan supaya mereka ini harus diberi bantuan. Mereka inilah akan diberi semacam purse dalam mungkin kad pengenalan untuk, katakan RM200 sebulan kah, dan mereka yang memerlukan lebih, diberikan lebih mungkin RM300, RM200, RM100 ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan, dan mereka boleh pergi ke tempat minyak ataupun petrol kiosk, dengan izin untuk membeli setakat itu.

Itu satu cadangan yang baik dan inilah cadangan yang pada asalnya kerajaan menimbangkan tapi kita diberitahu bahawa tidak ada data system infrastructure untuk melaksanakan sistem ini dengan serta-merta dan kita berbincang dengan begitu banyak pihak. Kita diberitahu bahawa mungkin sistem ini boleh diwujudkan tetapi makan masa.

Sekurang-kurangnya enam bulan dan kita masih berbincang dengan mereka. Dalam tempoh enam bulan itu, kita telah melaksanakan satu sistem yang lain yang dapat dilaksanakan dengan cepat, dengan mudah tapi sistem ini sedang dibincangkan.

Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri sebentar tadi saya minta senarai projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan hal ini dalam ucapan saya.

final • 11:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua sendiri sebut saya ada hak untuk menjawab atau tidak menjawab. Saya habis menggulung.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Yang Berhormat tidak mengapa Yang Berhormat. Bukan Yang Berhormat sahaja yang minta senarai projek, semua minta tapi Menteri ada....

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kenapa secret?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita tahu Yang Berhormat jadi... Sudah, sudah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita sudah bagi kelulusan tapi tak mahu beritahu projek di mana.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya Tuan Yang di-Pertua mengapa susah sangat hendak bagi jawapan seperti ini? Sudah beri chance kedua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berurusan, berurusan dengan surat Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah susah sangat?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Ada hidden agenda!

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Apakah susah sangat?

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mahu lulus RM200 lebih bilion...

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini macam Menteri yang mendapat segala kuasa untuk hendak atau tak hendak jawab. Ini bukan Dewan Menteri, ini Dewan Rakyat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sudah, sudahlah Yang Berhormat Batu Gajah. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya mesti hancurkan Barisan Nasional...

[Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hoo! Hoo! Haa!

final • 11:50 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Balik rumah nanti hancur...

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Pengajian Tinggi.

final • 11:50 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang menyentuh perkara berkaitan Kementerian Pengajian Tinggi.

Yang Berhormat Permatang Pauh meminta diterangkan mengenai pengumuman pengurangan peruntukan pembangunan sebanyak RM800 juta. Untuk makluman, pengumuman jumlah tersebut pada ketika itu merupakan anggaran awal sahaja dan setelah pengiraan terperinci dilakukan, jumlah sebenar pemotongan bagi rancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pengajian Tinggi adalah sebanyak RM604,897,000 daripada sebanyak RM16,069,000,000.

Pemotongan dilakukan kerana projek-projek masih dalam peringkat reka bentuk, lewat untuk dimulakan, dan setelah dikaji unjuran aliran tunai yang tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.

final • 12:46 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Permatang Pauh juga membangkitkan bahawa Pelan Strategik Pengajian Tinggi tidak memasukkan beberapa aspek penting. Antaranya autonomi akademik dan meminta kawalan ke atas kewangan IPT dikendurkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua aspek telah diteliti dan diambil kira ketika proses penyediaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Seperti aspirasi negara dan falsafah pendidikan, pembangunan modal insan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan pendidikan serta senario global pengajian tinggi.

Mengenai isu autonomi yang dibangkitkan, ingin saya maklumkan teras keempat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu memperkasa Institusi Pengajian Tinggi ada menggariskan tentang usaha memantapkan struktur tadbir urus IPT, antaranya seperti berikut:

(i) memperjelas peranan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Senat melalui pindaan AUKU untuk meningkatkan autonomi; dan

(ii) memantapkan dasar dan prosedur pelantikan pengurusan tertinggi universiti dengan penubuhan jawatankuasa pemilih bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan calon yang bersesuaian.

Mereka akan diberi petunjuk-petunjuk prestasi utama ataupun KPI, dengan izin, yang dinilai dan disemak secara tahunan.

Mengenai soal kawalan ke atas kewangan IPT supaya dikendurkan, selaras dengan konsep lets managers manage, dengan izin, kaedah online budget telah diaplikasikan untuk bajet tahunan semua IPTA. IPTA diberi autonomi untuk membelanjakan peruntukan tersebut berdasarkan program-program yang telah ditetapkan. Setiap tahun IPTA diberi kebebasan untuk merancang dan menyediakan bajet mengurus tahunan mereka sendiri.

Penurunan kuasa juga akan diberikan kepada Lembaga Pengarah Universiti yang bertanggungjawab mengenai perkara dasar dan pemantauan prestasi universiti. Lembaga Pengarah Universiti akan dibantu oleh Naib Canselor yang bertanggungjawab mengenai pengurusan harian universiti dan mempengerusikan Senat Universiti yang bidang tugasnya adalah khusus berkaitan dengan perkara akademik universiti.

Melalui struktur ini, IPTA bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan antara lain pengambilan tenaga pengajar dan penyelidik, pelaksanaan program pengajian baru dan kaedah pembiayaan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang dibangkitkan juga oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti...

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat dari PJ Utara.

final • 12:46 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi menteri telah membangkitkan satu Jawatankuasa Pemilihan bagi naib canselor. Saya hendak minta penjelasan sedikit, adakah shortlist yang dibuat oleh jawatankuasa ini akan diberikan daripada kementerian ataupun shortlist akan dicari ataupun disediakan oleh jawatankuasa ini dan apakah kuasa yang diberi kepada jawatankuasa ini?

Adakah ia akan diberikan kuasa supaya dapat membuat advertisement di surat khabar-surat khabar seluruh dunia untuk mencari calon-calon yang terbaik untuk menjadi naib canselor universiti kita? Terima kasih.

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 12:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Ia boleh dilakukan melalui kedua-dua cara. Satu daripada top down daripada kementerian dan satu lagi daripada Select Committee dan dari segi tatacara dan sebagainya, kita belum lagi memikirkan secara mendalam sama ada ingin membuat pengiklanan seluruh dunia dan sebagainya ataupun tidak, kerana semua itu akan mula dilakukan setelah kita buat pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mempunyai ataupun yang akan menyentuh mengenai perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ataupun dengan singkatnya, RD&C seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Arau dan Sibuti, adalah dimaklumkan bahawa kementerian sememangnya memberi penekanan yang serius dalam meningkatkan lagi bidang penyelidikan, pembangunan dan juga pengkomersialan di institusi pengajian tinggi.

Sehingga Mac 2008, sebanyak 54 produk R&D telah berjaya dikomersialkan dengan melibatkan jumlah jualan kasar sebanyak RM44.3 juta. Terdapat 64 produk yang sedang dalam proses pengkomersialan, manakala 242 produk berpotensi untuk dikomersialkan.

Bagi menggalakkan aktiviti R&D di IPTA, Skim Geran Penyelidikan Fundamental

(FRGS) disediakan kepada penyelidik IPTA berjumlah RM200 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebanyak RM83.6 juta dana FRGS yang melibatkan 1,261 projek penyelidikan telah diluluskan pada tahun 2007. Selain daripada FRGS, penyelidik juga boleh memohon dana penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang terdiri daripada Science Fund, Techno Fund dan Inno Fund.

Permohonan peruntukan bagi projek R&D berkaitan pemetaan biologi untuk hidupan liar dan tumbuhan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti boleh dibuat kepada MOSTI melalui dana yang bersesuaian...

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, ada yang bangun di belakang. Yang Berhormat, Labuan.

final • 12:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Okeylah.

final • 12:46 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri telah pun menjelaskan tentang strategic planning untuk pengajian tinggi dan juga peningkatan modal insan.

Saya ingin menghighlight sedikit tentang kedudukan universiti di Labuan.

Sebagaimana kita ketahui Labuan sudah pun menjadi Wilayah Persekutuan hampir 25 tahun dan saya rasa sudah waktunya Labuan yang satu-satunya Wilayah Persekutuan yang kedudukannya berada di Malaysia Timur mempunyai universiti tersendiri.

Soalan saya, adakah rancangan kementerian untuk menjadikan cawangan Universiti Malaysia Sabah yang ada di Labuan iaitu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan akan dijadikan sebagai universiti penuh yang mempunyai imej tersendiri, umpamanya dijadikan sebuah Universiti Malaysia Labuan. Kalau kita lihat di Putrajaya, lainlah halnya di Putrajaya.

Di sekitar Putrajaya terdapat beberapa universiti iaitu universiti UNITEN, UKM, MMU dan yang lain-lain yang mana kemungkinan tidak memerlukan universiti duduk di Putrajaya itu sendiri.

Kalaulah ini menjadi kenyataan dan dapat dipertimbangkan, saya rasa pelajar- pelajar di sekitar Pulau Labuan seperti di Beaufort, Sipitang, Lawas dan Limbang akan dapat melanjutkan pelajaran mereka di Wilayah Persekutuan Labuan dengan perbelanjaan yang lebih murah dan juga minimum bagi kos pengangkutan ke Labuan. Terima kasih.

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Batu Pahat.

final • 12:46 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai dengan R&D tadi, apa yang saya faham kebanyakan syarikat-syarikat ia menghadapi masalah sebenarnya tentang R&D di universiti sebab tidak ada one stop centre yang menemukan antara mereka dengan penyelidikan di universiti.

Dan kebanyakan penyelidikan ini bukannya finish product, baru peringkat theoretical bahan penyelidikan, sebab itulah kadang-kadang perkara ini tidak menarik minat kepada mereka. Jadi saya rasa one stop centre ini penting sebenarnya untuk mempertemukan antara mereka. Itu satu.

Yang kedua tentang naib canselor tadi ini. Saya lihat di universiti kita ini, kepimpinan universiti, naib canselor cukup penting, tetapi di universiti kita ini ada dua naib canselor wanita, Tuan Yang di-Pertua dan kita lihat bila mereka jadi naib canselor, prestasi universiti itu semakin jatuh. Saya tidak tahu apakah wanita ini boleh jadi naib canselor ataupun tidak?

Beberapa Ahli Wanita: [Menyampuk]

final • 12:46 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya bukan anti wanita ya. Mungkin kebetulan sahaja. Ini bukan...

final • 12:46 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini diskriminasi terhadap wanita. Adakah ini dasar Barisan Nasional?

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:46 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tidak ada, tidak ada. Dengar saya cakap dahulu. Saya bukan kata wanita tidak boleh, tetapi ini yang berlaku. Jadi sebab itu kita lihat sahaja mereka.

Contohnya Universiti Kebangsaan Malaysia ambil seorang pakar seperti yang dibangkitkan oleh Pasir Mas dahulu, RM128 ribu. Hendak tahu sekarang ini sudah lahir ke tidak pakar-pakar baru hasil bawa seorang pakar nama dia Tan Hock Lim sampai RM128 ribu gaji dia. Jadi UKM pun sudah ditukar kepada Pusat Perubatan UKM. Jadi apa dia punya keuntungan sebenarnya?

Jadi sebab itulah yang menjadi persoalan kepada kita sekarang ialah soal kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan itu dapat atau tidak, mengubah prestasi universiti ini.

Ini bukan soal anti wanita. Jangan salah faham. Terima kasih.

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya peringat, lain kali jangan guna wanita lelaki, Yang Berhormat. Gunakan vice chancellor, jawatan itu. Jadi dia tidak nampaklah. Saya faham apa yang Yang Berhormat sebut.

final • 12:46 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Semua orang suka wanita. Kita tidak boleh hidup tanpa wanita. Macam saya, isteri saya wanita. [Ketawa]

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Faham, Yang Berhormat. Anak perempuan saya pun wanita, Yang Berhormat. [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 12:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang diminta oleh Yang Berhormat dari Labuan, saya percaya bila sampai masanya, jika ada keperluan untuk mewujudkan atau menaik taraf cawangan Universiti Malaysia Sabah di Labuan sama ada ianya dipertingkatkan ataupun ia menjadi sebuah universiti tersendiri. Bila sampai masanya sudah tentulah akan diambil kira, tetapi dalam masa kita melalui Rancangan Malaysia Kesembilan ini, belum lagi ada rancangan untuk lakukan sedemikian.

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat, saya setujulah bahawa antara soal-soal usaha kita untuk mengkomersialkan R&D, salah satu daripadanya ialah dengan kita mengadakan satu pusat setempat bagi tujuan tersebut dan memang ini dilakukan ataupun merupakan antara perkara yang akan diambil kira oleh IPT dalam negara kita.

final • 12:46 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Selain daripada kita lakukan tindakan-tindakan yang lain, termasuklah dari segi kita menstrukturkan pentadbiran di IPTA dengan mewujudkan jawatan timbalan naib canselor, di mana peranannya untuk menggalakkan aktiviti R&D dan juga pengkomersialan di IPTA, mewujudkan pusat pengurusan penyelidikan di setiap IPTA yang berperanan melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti R&D dan juga pengkomersialan, mewujudkan unit hubungan industri bagi menghubungkan IPTA dengan pihak industri untuk tujuan penggalakan pengkomersialan dan menggalakkan penyelidik IPTA menyertai pertandingan reka cipta dan sebagainya.

Mengenai isu...

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa... Sambung pada pukul 2.30 petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ini kita tangguhkan semula hingga pukul 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:46 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan usul.

final • 12:46 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan; “Bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam ini dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Malis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 10 Julai 2008.”

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput kementerian Pengajian Tinggi untuk menyambung perbahasan.

final • 2:32 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Batu Pahat yang menyatakan bahawa kemungkinannya, ataupun kaitannya antara naib-naib canselor dengan kedudukan beberapa universiti yang mana naib canselornya merupakan wanita.

final • 2:33 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Sebenarnya, soal kedudukan universiti dan prestasi universiti tidak ada kaitan dengan gender. Malah kalau kita lihat walaupun kedua-dua universiti yang naib canselornya adalah wanita, iaitu UKM dan UM menurun dari segi rankingnya, ranking yang berasaskan kepada Times Higher Education Supplement, tetapi kita lihat juga Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, lelaki, pun turun.

Akan tetapi, penurunan atau pun kedudukan ranking itu bukannya berasaskan kepada gender, tetapi kepada faktor-faktor yang lain yang akan saya sentuh apabila saya menjawab mengenai soal ranking yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan sebelum daripada ini.

Mengenai satu perkara yang dibangkitkan, kedudukan Dr. Tan Hock Lim, perkara ini telah pun saya menjawabnya dalam sesi yang lepas. Di mana saya telah nyatakan perkara-perkara yang telah dilakukan setelah perkhidmatan Profesor Dr. Tan Hock Lim itu diambil oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya, Profesor Dr. Tan baru bertugas selama tujuh bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dalam masa tujuh bulan beliau bertugas, beliau telah dapat melahirkan jaringan yang mengukuhkan hubungan UKM dengan beberapa institusi terkemuka di dunia dan ini meningkatkan profil Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Selain daripada itu, Profesor Dr. Tan juga telah berjaya menarik sumbangan daripada beberapa syarikat, seperti daripada syarikat industri laparoskopi yang berjumlah RM6 hingga RM7 juta untuk disumbangkan kepada UKM, kemudian, Covidion Tyco Healthcare menyumbang peralatan bernilai RM1 juta, dan Syarikat Karl Storz menyumbang peralatan bernilai RM5 hingga RM6 juta. Beliau juga telah berjaya untuk mewujudkan dua hingga empat fellowship setahun bagi individu, yang diterima untuk latihan di Advanced Surgical Skills Centre.

Jadi, dalam masa tujuh bulan, apa yang dilakukan oleh Profesor Dr. Tan kepada UKM, di samping kita juga sewajarnya menyedari hakikat bahawa pendapatan yang didapati oleh Profesor Dr. Tan adalah kurang daripada apa yang beliau dapati sebelum daripada ini...

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun].

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai dengan Naib Canselor UKM ini. Saya difahamkan, beliau akan tamat perkhidmatan tak lama lagi.

Jadi, apakah perkhidmatan itu akan disambung berasaskan kepada beliau itu wanita ataupun kerana prestasinya, sebab banyak orang kompelin ni, sebab bila naib canselor wanita ni, perpecahan lebih besar. Tak tahulah kerana wanita kah menyebabkan jadi begitu. Akan tetapi, minta maaf, ini bukan buruk sangka kepada wanita, tidak, tetapi yang itu yang menjadi keresahan sekarang ini di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jadi, kerana wanita kah ataupun kerana prestasi dia yang menyebabkan dia akan disambung perkhidmatannya.

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh sambung sebab perkara sama, sikit sahaja?

Sebenarnya Yang Berhormat, saya ada bangkitkan perkara ini waktu Kementerian Kesihatan jawab semasa Perbahasan Titah Diraja.

Vice Chancellor UKM ini, untuk makluman Yang Berhormat, merupakan vice chancellor yang paling tidak popular sekarang ini, di kalangan mahasiswa UKM dan pensyarah-pensyarah. Beliau juga melantik suaminya sebagai Profesor Anjung di universiti berkenaan. Dr. Tan yang disebut daripada Singapore, pakar bedah kanak-kanak ini, adalah juga kawan kepada suaminya.

Walaupun dia kata pendapatannya lebih banyak waktu di Singapura, tetapi, memang tak masuk akal. Beliau patut mengajar dan memberi ilmu kepada pensyarah- pensyarah di Hospital UKM dalam bidangnya tetapi, didapati banyaknya membuat renovation bilik-bilik pembedahan yang dulu empat, jadi dua.

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak maklumkan Yang Berhormat, baru-baru ini, ada enam orang doktor pakar bumiputera, datang jumpa saya, khusus di pejabat, dua kali mohon, doktor-doktor pakar ini meluahkan perasaan yang amat tidak puas hati. Jadi, oleh kerana vice chancellor ini akan tamat tak lama lagi, apakah ianya akan disambung atau pun diganti dengan vice chancellor yang baru. Akan tetapi, kalau kerajaan hendak popular, eloklah ditamatkan dan diganti dengan yang baru. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh, berkenaan perkara yang sama Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya juga dimaklumkan, di fakulti-fakulti yang menganjurkan bidang perubatan di IPT di negara kita juga banyak diduduki oleh tenaga- tenaga pengajar daripada negara Myanmar.

Ada yang mengatakan kerana kepakaran daripada negara Myanmar ini lebih baik dan barangkali lebih murah berbanding dengan negara-negara lain. Namun isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi, terutama yang juga terlibat dengan department yang sama iaitu di sekolah-sekolah perubatan mengatakan sebahagian besar tenaga pengajar daripada negara yang disebut daripada Myanmar tadi, they are not even IT illiterate, dengan izin.

Mereka ini tidak celik komputer! Jadi, bagaimana kita mendakwa yang cost effective ini boleh membantu meningkatkan tahap pencapaian graduan yang akan dilahirkan daripada Fakulti Perubatan seperti yang didakwa oleh rakan-rakan kita. Saya mohon Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan sedikit perkara ini. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mendapat penjelasan mengenai kes naib canselor tersebut. Saya fikir kalau naib canselor tersebut mengambil langkah yang mungkin tidak popular antara kalangan akademik sekarang yang berada di UKM tetapi adalah langkah yang betul dan berpatutan, seperti mengambil pakar-pakar daripada luar negara yang boleh membawa seperti apa yang dikatakan sponsorship sebanyak RM7 juta daripada syarikat-syarikat swasta.

Ini adalah satu perkara yang baik. Sudah tentu apabila membawa orang yang berkualiti masuk ke dalam universiti memang ada orang yang tidak berpuas hati dengan sistem yang begitu sebab kita hendak tukar sistem ini menjadi satu sistem yang lebih mementingkan kepakaran dan bukan mementingkan individu ataupun mementingkan siapa yang dia kenal. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh saya...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terserah kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Dato' Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, tetapi ini last.

final • 2:33 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Last, ya? Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya tidak tahu, soalan tadi saya tanyakan kepada Timbalan Menteri Kesihatan. Mungkin bukan kementerian yang sepatutnya menjawab iaitu tentang kualiti pengajaran kepada pelajar-pelajar perubatan bidang klinikal di luar negara di universiti-universiti yang telah diiktiraf oleh kerajaan kita.

Jadi, siapakah sebenarnya yang memantau? Kementerian manakah yang memantau? Bercakap tentang pelajar-pelajar perubatan, adakah ia dipantau oleh Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pengajian Tinggi? Saya kira ada perkara-perkara yang serius yang perlu diambil tahu ataupun yang memerlukan pemantauan yang serius daripada pihak kerajaan.

Kedua, tadi ada disebutkan tentang tenaga-tenaga pengajar daripada Myanmar.

Saya dan beberapa orang kawan daripada UKM adalah anak-anak murid kepada beberapa orang pensyarah Myanmar yang telah menjadikan kami insya-Allah doktor-doktor yang telah pun memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada negara. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, di sini pun kita dapat lihat, ia bergantung kepada siapa yang kita jumpa. Sememangnya ada dua pandangan dalam setiap perkara, sama ada soal Naib Canselor UKM dengan tindak- tanduknya ataupun doktor-doktor yang kita ambil daripada Myanmar.

Dalam soal untuk sambung ataupun tidak Naib Canselor UKM ini ia akan dibuat oleh Evaluation Committee ataupun Select Committee dan dia yang akan menentukan, akan memberi pandangan (input) kepada kementerian yang sewajarnya berasaskan kepada asas yang betul supaya dapat kita tentukan sama ada beliau akan disambung ataupun tidak. Jadi, itulah kedudukannya kerana keadaan di universiti begitulah, memang ada dua pandangan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kegagalan pelajar cemerlang kaum India memasuki IPTA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban, soal peluang dan akses kepada pengajian tinggi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah dan isu ketidakseimbangan gender di IPTA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Lipis.

Ingin saya maklumkan bahawa pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi yang mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Melalui dasar ini pemilihan kemasukan pelajar adalah berdasarkan kepada susunan merit, pilihan program pengajian, pilihan IPTA dan bilangan tempat yang disediakan bagi setiap program pengajian di IPTA.

Pemohon juga perlu memenuhi syarat am dan syarat khas program yang dipohon seperti yang telah ditetapkan oleh universiti. Semua pemohon yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan tanpa mengira jantina, kaum dan wilayah akan terpilih memasuki IPTA.

Berdasarkan kepada prinsip meritokrasi, seseorang calon yang lulus cemerlang dalam STPM berkemungkinan tidak ditawarkan tempat ke IPTA jika kesemua lapan pilihan yang dipilih adalah kursus kritikal dan beliau juga memperoleh markah kokurikulum yang rendah. Begitu juga calon yang mempunyai nilai PNGK 4.0 dengan markah kokurikulum yang rendah akan mendapat nilai merit yang lebih rendah berbanding pelajar yang mempunyai nilai PNGK yang rendah sedikit tetapi mempunyai markah kokurikulum yang lebih tinggi.

Dasar yang diguna pakai oleh kementerian adalah adil dan telus kerana pemohon dibenarkan mengemukakan lapan pilihan program pengajian berdasarkan kelayakan, minat dan cita rasa mereka sendiri. Keputusan permohonan adalah bergantung pada pemilihan kursus dan tempat ke IPTA oleh pelajar tersebut. Kesemua permohonan akan ditapis melalui sistem kemasukan terbuka menggunakan aplikasi komputer.

Sistem ini memberi layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira jurang pendapatan, wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal. Setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiary tidak akan dinafikan peluang mereka ke IPT. Pada masa ini kemasukan pelajar ke IPTA adalah sangat kompetitif dan pelajar tidak semestinya mendapat tempat dalam jurusan pengajian yang dipilih. Ini adalah kerana laluan ke IPTA adalah terhad bagi menampung permintaan yang semakin meningkat...

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Oleh yang demikian...

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, mengenai hal kemasukan ke universiti di peringkat Sarjana Muda, di mana-mana universiti dunia kriteria adalah markah. Akan tetapi saya tidak tahu kenapa di Malaysia, ditambah dengan komponen co-curriculum activities.

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ini bermakna sistem pemilihan calon - saya bekas Pensyarah UKM 25 tahun, bila dimasukkan komponen kokurikulum bukannya tidak baik tetapi mengapa kita masukkan di peringkat permulaan di mana subjectivism ini mungkin tinggi. Bila subjectivism ini tinggi maka sistem pemilihan ini saya rasa mungkin sesuatu yang tidak baiklah. Bukan saya katakan bahawa di peringkat Sarjana dan lebih, kita minta pelajar-pelajar ini menghantar recommendation dan sebagainya, tetapi di peringkat awal ini bermakna sistem kerajaan ini tidak telus dalam hal pemilihan pelajar ke IPTA. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih, Yang Berhormat. Kita menggunakan asas kokurikulum 10% dan ia terpakai kepada semua, bukannya hanya kepada golongan tertentu. Oleh itu ia adalah adil kepada semua dan lebih-lebih lagi kerana kita memberi perhatian dan keutamaan kepada soal penglibatan pelajar di peringkat kokurikulum daripada peringkat di sekolah menengah lagi supaya ia menepati tujuan kita dalam soal kokurikulum.

Namun begitu, kalau kita menggalakkan pelajar terlibat dalam kokurikulum tetapi untuk masuk ke universiti kita tidak juga memberi advantage ataupun perhatian sudah tentulah ia tidak akan mendatangkan matlamat kita menggalakkan mereka melibatkan diri dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, kerana kita faham bahawa ia tidak sewajarnya menjadi asas yang menguasai maka ia hanyalah sebanyak 10% sahaja tetapi across the board. Maknanya secara adil untuk semua. Jadi di atas sebab itulah kita memperkenalkan soal itu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kemasukan ke IPTA adalah sangat competitive, laluannya adalah terhad dan permintaan semakin meningkat untuk masuk ke IPTA; maka berasaskan kepada hal yang sedemikian, prestasi dan kecemerlangan pelajar- pelajar di sekolah menengah berperanan menentukan tempat dalam IPT.

Kecemerlangan pelajar perempuan di sekolah menengah telah menyebabkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai mendapat tempat di peringkat sarjana muda di IPTA. Namun demikian, bilangan pelajar lelaki masih melebihi pelajar perempuan bagi program di peringkat Ph.D iaitu 62%. Begitu juga bilangan pelajar lelaki melebihi perempuan turut berlaku di politeknik dan kolej komuniti. Di politeknik, lelaki 54% dan di kolej komuniti 57%.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Berbincang tentang pelantikan graduan-graduan ke institut pengajian tinggi ini, tadi Yang Berhormat Menteri katakan adalah amat competitive.

Competitive ini kerana tidak cukup tempat atau universiti di negara kita atau sememangnya competitive. Oleh sebab saya tengok ramai graduan-graduan yang keluar dari universiti tempatan kita tidak ada standardlah, tidak ada daya saingan, we are not competitive compare...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya daripada universiti tempatan.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Patutlah macam ini, inilah contoh. [Ketawa]

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

What contoh?

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Telok Intan, tak payah respons Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Don’t talk like that, biar saya habis.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia daripada universiti mana ni? Hebat sangat.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kita cakap universiti tempatanlah. India is better lah.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas, duduklah.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Mungkin you pergi India lebih bagus.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tamil Nadu!

final • 2:33 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pasir Salak, bukan Pasir Mas.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, minta maaf ya Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:33 PM

Seorang Ahli

Ini universiti tempatan ni, contoh.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasal dia merendah- rendahkan universiti tempatan, you don’t, jangan duduk di Malaysia lah.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apa pun berdebatlah di luar. How much do you know?

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Telok Intan, teruskan.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Pasir Salak suka menyalak ni.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak payah respons Yang Berhormat, teruskan.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Suka menyalak, itu yang problem. Yang Berhormat Menteri, jadi saya, I’m concern...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia tidak layak untuk jadi rakyat Malaysia kalau duduk macam ni.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

I’m concern...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

What concern? You are downgrade local university of this country.

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

...Jadi apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

...Untuk memastikan bahawa penuntut- penuntut kita yang keluar dari universiti tempatan ini boleh bersaing dengan penuntut dari universiti luar sebab employability mungkin, there is must be employable dengan izin. Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Ya terima kasih Yang Berhormat.

Mungkin satu sebab kita dapat lihat keadaan begitu kerana peningkatan akses kita meningkatkan usaha kita untuk memberi peluang kepada pelajar untuk masuk ke universiti.

Atas sebab itulah kita dapat melihat pertambahan jumlah pelajar masuk ke universiti kita dan dalam keadaan pertambahan itu maka kemungkinannya berlaku, wujud keadaan- keadaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Maka untuk memperbaiki keadaan, antara lain ialah kita memang telah meminta supaya dapat dilakukan review terhadap kokurikulum dalam universiti. Di samping dalam usaha kita untuk meningkatkan lagi pasaran pelajar-pelajar, graduan kita dan sebagainya maka kita menyediakan pelbagai program termasuklah mengadakan program internship dengan industri dan sebagainya seperti yang telah banyak kali dijawab dalam Dewan yang mulia ini.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Kota Raja lah, tak ada masa.

final • 2:33 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri Pengajian Tinggi. Soalan saya begini. Adakah benar baru-baru ini saya dapat maklumat daripada pegawai JPA yang mengatakan bahawa piawai atau standard penuntut kita sebenarnya walaupun dapat ‘A’ nya banyak, sampai 12A, 9A dan sebagainya, namun ada kolej-kolej tempatan yang buat twinning dan sebagainya.

Bila mereka melakukan apa yang dikatakan pre entry examination mendapati bahawa sebenarnya pencapaian mereka itu tidak sama dengan bila nak masuk colleges;, maknanya the standard is lower dengan izin. Sekarang ini pun kita tengok banyak sangat penuntut-penuntut mendapat keputusan yang sungguh cemerlang sehingga 18A, 21A dan sebagainya.

Jadi adakah kita nak mengatakan di sini, adakah peperiksaannya semakin senang ataupun standardnya semakin rendah ataupun penuntut-penuntut kita makin pintar atau bagaimana? Jadi saya agak curiga kadang-kadang kalau dibandingkan dengan dahulu, keputusan yang mendapat full 100% ‘A’ ini terlampau tinggi. Saya rasa tidak bersetujulah dengan Yang Berhormat Telok Intan tadi yang mengatakan bahawa kualiti graduan tempatan...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dengar tu.

final • 2:33 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

...Sebab saya mesti mengakui bahawa terutamanya dalam bidang perubatan, nothing is to match dengan izin. [Dewan riuh] [Tepuk] Dengan apa yang dilakukan di negara kita ini, bila keluar sahaja penuntut- penuntut daripada kolej tempatan atau universiti tempatan, mereka sebenarnya jauh lebih ke hadapan, itu kita kena akui, terima kasih. [Dewan riuh] [Tepuk]

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat, mudah- mudahan selalu bersetuju macam sebelah sini. Itu soal 9A dan sebagainya, itu adalah sebelum masuk ke pengajian tinggi. Maknanya, masih lagi di peringkat menduduki peperiksaan yang dikelolakan oleh sistem pelajaran. Maka pada Kementerian Pengajian Tinggi, mereka yang mendapat kelulusan dan sebagainya, kita tidak ada masalah boleh masuk ke universiti, boleh diterima ke IPT.

Soal mereka perlu menduduki penilaian oleh kolej dan sebagainya, biasanya tidak dibuat oleh IPT yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi saya tidak pasti siapa yang menggunakan atau membuat penilaian yang sebegitu. Ini kerana kalau hendak masuk universiti kita tidak membuat penilaian kerana kita berasaskan kepada pencapaian keputusan yang telah pun mereka perolehi. Jadi ini mungkin perkara-perkara yang lain yang perlu mendapat lebih maklumat, Yang Berhormat boleh hantar kepada saya.

final • 2:33 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, cuma satu benda, saya hendak qualify tadi yang saya sebut tadi itu bidang perubatan. Saya datang daripada bidang perubatan.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Bidang perubatan ...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan perubatan sahaja yang bagus, bukan perubatan...

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Semua sekali...

final • 2:33 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Bidang lain...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Peguam pun sama.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan you seorang sahaja yang bagus.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Semua sekali, semua sekali. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan tentang wujudnya ketidakseimbangan kaum pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTS. Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan tentang IPTS yang ditubuhkan dengan jumlah yang banyak tanpa kawalan.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Manakala Yang Berhormat Permatang Pauh pula menyatakan kementerian sepatutnya menggalakkan penubuhan dan pengembangan IPTS. Yang Berhormat Baling membangkitkan tentang penubuhan IPT yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak swasta memainkan peranan tersendiri dalam menyediakan peluang kepada rakyat untuk menyertai pendidikan tertiary.

Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Peranan mereka sehingga kini, dalam bulan Jun 2008, terdapat sebanyak 536 buah IPTS termasuk 18 buah bertaraf universiti, 15 buah bertaraf kolej universiti dan empat buah kampus cawangan universiti luar negara.

Peranan IPTS...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang persoalan ini sebenarnya menjadi permasalahan dan perbicaraan oleh society kita di mana...

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Saya belum habis jawab.

final • 2:33 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak, berhubung dengan kewujudan IPTS, mungkin inilah di antaranya, kita kena realistik. Memang saya bukan bersetuju sangat dengan pandangan bahawa universiti, IPTA dan IPTS kita tidak berkualiti, bukan semua, ada yang berkualiti, ada yang tidak. Apa yang dipersoalkan iaitu macam contohnya apabila bercerita soal ICT, graduan-graduan kelulusan dari IPTA, IPTS kita tidak marketable, sukar mendapat pekerjaan. Dan kita bergantung pada pakar-pakar daripada India, contohnya.

Jadi ini menampakkan mereka ada satu fokus ke arah bagaimana memperkasakan kualiti penguasaan teknologi itu sendiri. Jadi, apakah kementerian ini bercadang untuk mungkin memfokuskan dua tiga sektor atau bidang ke arah bagaimana diperkasakan. Dan apabila keluar sahaja dia boleh dipasarkan di seluruh dunia, bahkan akan terus dicari. Sebelum dia keluar sudah ada syarikat-syarikat gergasi yang telah melamar dia untuk bekerja dengan mereka. Itu yang mungkin kita boleh laksanakan, terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Sememangnya kementerian amat teliti dalam mempertimbangkan dan meluluskan penubuhan sesebuah IPTS bagi memastikan ianya mampu menyediakan perkhidmatan dan program pengajian yang berkualiti.

Antara aspek yang kita teliti bagi mempertimbangkan permohonan penubuhan IPTS adalah:

(i) pemohon mempunyai wawasan yang jelas dari segi hala tuju dan perkembangan IPTS seperti pengambilan pelajar, sumber kewangan, pengambilan dan program kemajuan staf, penawaran program pengajian;

(ii) kemampuan kewangan;

(iii) cadangan kursus, bidang pengajian yang akan ditawarkan adalah yang kritikal dan marketable seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat; dan

(iv) penyediaan perkhidmatan sokongan untuk kebajikan dan keselamatan pelajar seperti penginapan dan juga pengangkutan.

Mengenai isu IPT yang mementingkan keuntungan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pusat ilmu, adalah dimaklumkan kerajaan telah menubuhkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang bertanggungjawab ke atas standard kelayakan dan program serta kualiti penyampaian program oleh IPT awam dan juga swasta.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Mengenai jumlah pelajar bumiputera yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat...

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Sukalah saya maklumkan bahawa sehingga Disember 2007, enrolmen pelajar IPTS adalah seramai 365,800 orang di mana 192,000 orang atau 53% adalah terdiri daripada pelajar bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, saya ingat tidak tahulah saya, mungkin saya salah ataupun Yang Berhormat macam mana, angka itu saya rasa tidak berapa tepat. Sebab saya juga mengikuti perkembangan sektor pelajaran dalam sektor swasta, private education.

Boleh dikatakan kalau macam HELP, ambil contoh HELP, ambil contoh Taylor College, ambil contoh Sunway College. All these colleges almost 90% dengan izin, student dia bukan bumiputera. Jadi macam mana boleh over all tadi disebut bahawa bumiputera ada 53% dalam private education. Tolong bagi contoh mana dia kolej-kolej swasta atau universiti kolej swasta yang bumiputeranya ramai? Give me an example please, dengan izin.

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya? Apa dia?

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belum jadi Menteri lagi, jangan jawab! [Ketawa]

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Menteri ada pembantu... [Ketawa] [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, keadaannya ialah ada...

final • 2:33 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

[Menyampuk]

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Pemusatan di sesetengah institusi, pelajar bumiputera pelajar bukan bumiputera, UNITEN, Universiti Teknologi Petronas, UniKL, Multimedia University, 80%, 90% bumiputera...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu government own Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

It’s IPTS. Itu IPTS. Mereka adalah sebahagian daripada IPTS...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya bercakap yang truly private, not government funding...

final • 2:33 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Menyampuk] Truly and dearly...

final • 2:33 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Government own IPTA, ada 20 Yang Berhormat. IPTS mana-mana yang mengenakan kadar bayaran yang bersamaan, yang tidak ada subsidi kerajaan, bersamaan dengan kadar pasaran, itu IPTS...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, okey, sedikit sahaja.

Penjelasan Yang Berhormat, Yang Berhormat kan hendak habis? Saya minta, okeylah.

UNITEN termasuk kategori IPTS dan begitu ramai sekali pelajar bumiputera. Akan tetapi, saya hendak tahu sekarang ini, apa tindakan kerajaan untuk memastikan populasi pelajar bumiputera dalam institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang bukan kerajaan. Taylor College, Sunway College, HELP, KDU dan banyak lagi.

Saya hendak kolej-kolej ini yang pelajar dia...

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, tidak boleh bangun masa sekarang Yang Berhormat. Menteri menjawab, baru Yang Berhormat bangun.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Main bloglah kat situ. Buka komputer itu, do the blogging. That is your job, blogging. [Ketawa] Blog sahaja tidak habis- habis. Daripada dahulu sampai hari ini...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Pengundi bukan pilih untuk main blog dalam itu...

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okeylah... tetap boleh menang tu!

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh tumpang sedikit? Sedikit sahaja. Minta Yang Berhormat, soalan penting ini.

Merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Pasir Salak, saya rasa kita tidak timbul lain-lain IPTS, HELP atau Taylor College. Kalau ramai pelajar bukan Melayu ke sana itu hak mereka. Itu, saya rasa tidak berbangkit. Isu yang berbangkit sekarang ialah kenapa IPTS yang tidak didukung oleh kerajaan, IPTS lain-lainlah seperti yang dimiliki oleh Profesor Dr. Ismail yang tidak nampak tu. Yang saya tahu dia merungut, dia tidak cukup pelajar.

Pelajar-pelajar tidak ramai dapat sponsor untuk pelajar-pelajar bumiputera ke IPTSnya.

Contoh, saya bagi tahu Tabung Pendidikan FELDA, berapa juta? Kalau tidak silap saya banyak juga RM20 juta, RM30 juta. Saya tidak pasti berapa jumlah tetapi sebahagian besar dihantar ke Lim Kok Wing. Universiti itu sudah stabil, sudah ramai pelajar, sepatutnya dihantar ke IPTS bumiputera. Dan kita tengok kursus-kursus yang dibuat di peringkat sijil, diploma juga boleh dipertikaikan, tetapi oleh kerana Lim Kok Wing ini high profile, orangnya pandai, dia berdamping dengan siapa tidak tahulah, sehingga dia dapat ramai pelajar bumiputera. Hah, ini isunya! Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang pertamanya...

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung perkara yang sama yang dibangkitkan oleh Pasir Mas?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kalau sama tidak payahlah kerana saya sudah faham dah...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau sama tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit sahaja, boleh?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Cukup, cukup, cukup. Saya sudah faham. Soalannya sama.

final • 2:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Berkenaan dengan Universiti Lim Kok Wing.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yalah, sama.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Indera Mahkota duduklah, Indera Mahkota.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tidak apalah, memang saya ada banyak pandangan. Yang pertamanya walaupun kita kata kita hendak tingkat, ia juga bergantung kepada kelulusan. Kita mesti ada kelulusan. Bukannya macam masuk sekolah rendah, maknanya automatik. Kalau tidak ada ramai yang layak, memang tidak bolehlah, maka tidak cukuplah.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kedua, Yang Berhormat bagi Pasir Mas membangkitkan kita dalam soal ini untuk tentukan, kalaupun ada bantuan, sokongan, pinjaman, pembiayaan, pelajar itu benar-benar mendapat ilmu pengetahuan kemahiran yang betul-betul kita rasakan perlu untuk dia capai.

Jadi isu di sini dilemanya ialah antara hendak tentukan seorang pelajar itu mendapat ilmu yang kita setuju ataupun hendak bantu usahawan bumiputera yang terlibat dalam bidang pendidikan, membuka kolej dan sebagainya. Itu dua isu yang berbeza.

Jadi yang kedua itu bukan bawah bidang saya untuk...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Penjelasan.

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Batu Kawan.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Saya nyatakan. Saya hendak pergi ke perkara lain...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bagi orang mudalah, satu peluang.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Masuk ke PTPTN... Muda tak muda sama sahaja... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bagi peluang, saya rasa pandangan Pasir Salak sangat bahaya...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bolehlah macam ini Yang Berhormat. Pasir Gudang tidak bagi jalan.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Pandangan Pasir Salak sangat bahaya.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kita tidak akan... tidak apa, tidak apa.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Satu peluanglah Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Sudah cukup, saya sudah jawab tadi.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Batu Gajah duduklah.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rayu satu peluanglah.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tidak apa, tidak apa.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Biar Pasir Salak jawablah.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini sangat bahaya!...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Menteri. Batu Gajah, tidak boleh negotiate, negotiate begini. Menteri kata tidak boleh, tidak bolehlah.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

You can participate...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Kedengaran dalam isu ini...

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Jerai membangkitkan tentang pelajar yang akan dihantui dengan hutang PTPTN yang begitu tinggi setelah tamat pengajian. Yang Berhormat Rantau Panjang bertanyakan kenapa wang pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS belum disalurkan, manakala Yang Berhormat Kota Raja mencadangkan agar diwujudkan satu dana khas kepada pelajar daripada keluarga miskin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap pembiayaan pengajian bagi membolehkan pelajar menyambung pengajian mereka ke peringkat tertiary. Dana PTPTN yang mula beroperasi pada 1 November 1997, telah banyak membantu pelajar yang mengikuti pengajian di IPT selaras dengan hasrat kerajaan supaya tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

PTPTN menyediakan kemudahan berbentuk pembiayaan pinjaman pendidikan kepada semua warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian di IPT tempatan berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan. PTPTN memahami bebanan hutang pelajar setelah tamat pengajian dan telah mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan bebanan mereka dapat dikurangkan.

Pembiayaan pinjaman PTPTN mengenakan caj pentadbiran 3% atas baki berkurangan dan pembayaran balik pinjaman hanya bermula enam bulan selepas pelajar tamat pengajian adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh institusi perbankan tempatan. Namun bagi mengurangkan lagi bebanan kewangan, kementerian sedang mengkaji kemungkinan mengurangkan caj perkhidmatan tersebut. Keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Kota Raja supaya ditubuhkan dana khas untuk pelajar yang terdiri daripada anak-anak keluarga miskin, adalah dimaklumkan bahawa buat masa ini dana berkenaan tidak dapat ditubuhkan. Pembiayaan pinjaman PTPTN membantu semua pelajar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiary tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Tanggungjawab bagi membayar pinjaman PTPTN adalah ditanggung oleh pelajar berkenaan dan pembayaran balik dibuat secara ansuran setelah enam bulan menamatkan pengajian. Sekiranya peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman atas alasan yang munasabah mereka boleh memohon kebenaran untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman.

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang berkenaan kelewatan wang pinjaman disalurkan. Adalah dimaklumkan berdasarkan polisi PTPTN kaedah pengeluaran pinjaman kepada pelajar adalah berdasarkan tarikh yang telah dipersetujui bersama antara PTPTN dan IPT. Secara prinsipnya tidak akan berlaku kelewatan bayaran seperti yang telah dimaklumkan melainkan terutama terdapat kesilapan teknikal seperti:

(i) kesilapan nombor akaun pelajar;

(ii) pelajar memperoleh purata nilai gred keseluruhan di bawah 2.00;

(iii) pelajar menangguhkan pengajian; dan

(iv) IPTS berkenaan disenaraihitamkan.

Walau bagaimanapun, adalah diharapkan Yang Berhormat Rantau Panjang dapat mengemukakan maklumat berkaitan secara terperinci bagi membolehkan semakan dijalankan oleh PTPTN.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan PTPTN.

Dahulu kita dengar cerita Yang Berhormat Menteri PTPTN ini fail hilang, rekod pelajar hilang, statement itu hilang, statement ini hilang sampai pelajar-pelajar tunggu sampai setahun tak dapat duit. Lepas itu hendak bayar balik pun tak ada rekod. Itu yang tak boleh kutip bayaran sesetengah itu dan ada yang dapat pinjam dua kali dan sebagainya. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, masalah ini tak ada lagikah sekarang?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Jaminan tak ada masalah itu susah hendak diberikan Yang Berhormat tetapi kita akan cuba memperbaiki pada setiap masa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu...

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Penjelasan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

PTPTN. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pelajar-pelajar kita pun ada di sana.

Mungkin kakak mereka, abang mereka ataupun adik mereka masuk universiti baru-baru ini.

Saya difahamkan bahawa semakin hari PTPTN semakin memberatkan urusan pinjaman ini.

Adakah benar bahawa kementerian telah menetapkan satu dasar baru iaitu setiap yang hendak meminjam PTPTN ini kena deposit dalam akaun mereka tidak silap saya RM3,000. Jadi bagi orang kampung Yang Berhormat, kalau anak mereka lima, enam orang dapat masuk universiti hendak pinjam pun terpaksa ada deposit RM3,000 ini mana mungkin. Jadi adakah ini perkara benar? Kalau ini berlaku apa tindakan Yang Berhormat untuk meringankan beban khususnya mereka yang berpendapatan rendah ini. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Sebenarnya Yang Berhormat perkara itu tidak dilaksanakan tahun ini. Macam mana Yang Berhormat sendiri tak tahu? Itu yang saya susah hendak jawab. Patut kita sebagai Yang Berhormat kitalah yang menjelaskan kepada orang kampung. Kita tidak laksanakan. Saya ingat kita sudah umum dalam surat khabar. Kita tidak laksanakan perkara itu tahun ini. Jadi tidak timbul Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh bagi sedikit?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, ya.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 2:33 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh di sini saya mewakili seluruh rakyat terutamanya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke universiti dan juga pelajar-pelajar ini merayu, memohon supaya dihapuskan terus servis caj dan sebagainya terhadap PTPTN.

Dahlah kita tidak bagi biasiswa kepada mereka, pinjaman pun perlu ada lagi servis caj. Di mana servis kita sebenarnya kepada rakyat, kalau kita masih mengenakan servis caj kepada pelajar-pelajar anak-anak kita yang hendak belajar ini. Kalau boleh hapus teruslah.

Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Itu tunggulah Yang Berhormat jadi sebelah sini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu ranking dan kualiti IPT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Rasah ingin saya maklumkan bahawa buat masa ini terdapat beberapa sistem ranking universiti. Di antaranya ialah dengan izin, Times Higher Education Supplement (THES), Academic Ranking of World Universities Shanghai, Jiaotong University Ranking dan Web Matrix Ranking.

Setiap sistem ranking mempunyai kriteria penilaian tertentu berdasarkan objektif masing-masing. THES umpamanya telah membuat penarafan bagi universiti-universiti terkemuka di dunia mulai tahun 2004 oleh sebuah syarikat swasta British.

Di antara faktor utama kemerosotan kedudukan IPTA terutama Universiti Malaya mengikut penarafan THES adalah penilaian rakan sepakaran, peer review yang telah dibuat ke atas 5,101 orang ahli akademik antarabangsa terutamanya dari negara maju terhadap ahli akademik antarabangsa terutamanya dari negara maju terhadap bidang pengajian di IPTA. Di samping itu IPTA juga mendapat pemarkahan yang rendah bagi kriteria kekerapan kajian yang dirujuk citation for faculty...

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Boleh...

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Kedua-dua kriteria ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan aktiviti penyelidikan dan merupakan 60% pemberat kepada jumlah keseluruhan pemarkahan dalam kajian THES.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila.

final • 2:33 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Cuma satu kriteria yang digunakan untuk mengukur kualiti universiti adalah bilangan PhD IPTA. Ada beberapa universiti dan saya rasa 50 tahun selepas merdeka walaupun dalam kajian separuh penggal kerajaan tidak mengeluarkan berapa peratus Ph.D di universiti-universiti pengajian tinggi awam.

Cuma apa yang dinyatakan dalam kajian separuh penggal ialah akan mencapai 60% dalam tahun 2010 tapi tak sebut berapa bilangannya sekarang di IPTA. Maka saya merasakan bahawa Ph.D ini sangat kurang di universiti-universiti. Saya pun tak tahu macam mana, sebab saya rasa salah satu masalah ialah ada ramai yang pergi buat PhD pulang, gagal dalam Ph.D. Ini tak disebut dalam rancangan separuh penggal.

Tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat kepada mereka sebab mereka yang pergi buat Ph.D di luar negeri sekurang-kurangnya kerajaan belanja RM300,000 seorang. Maka inilah satu isu yang sangat penting yang saya ingat telah dikemukakan dalam rancangan separuh penggal untuk mencapai 60% PhD di kalangan pensyarah-pensyarah di universiti.

Saya pun tak rasalah ini mungkin boleh dicapai.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Mengikut apa yang ada pada kita sekarang kedudukan PhD dalam universiti awam berbeza-beza mengikut universiti tetapi secara puratanya adalah dalam 40% tetapi bagi universiti-universiti penyelidikan semuanya melebihi 60%.

Untuk menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan pada perkara ini dan memang benar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat pentingnya kita mempunyai pemegang PhD dalam universiti, kerajaan menyediakan biasiswa untuk program SLAI misalnya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah pun kajian semula sebanyak RM1.3 bilion. RM1.3 bilion untuk SLAI bagi tujuan kita melahirkan, menanggung dan menghantar tenaga akademik kita untuk mendapat PhD. Itu tidak termasuk untuk program SLAB sebanyak RM600 juta.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:33 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya sedikit sahaja. Apakah sudah sampai masanya kementerian melihat kepada keperluan untuk menjana satu top notch universiti dengan izin.

Kalau tidak ada perancangan seperti itu, 10, 20 years pun tidak akan nampak bayangnya.

Kita sudah kehilangan daripada radar bukan hanya 100 tetapi 200 ranking universiti.

Dengan adanya apa yang dikatakan melahirkan pulling of resources, coordination of resources, sharing of resources untuk benar-benar dapat melahirkan satu top notch universiti. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai dengan ranking universiti tadi kita menggunakan indeks yang disediakan oleh pihak lain dan sering berubah-ubah. Saya tahu antara indeks yang digunakan ialah jumlah pelajar asing di dalam IPTA tersebut tetapi kalau kita ikutkan sangat indeks ini untuk mencapai ranking yang tinggi, ini yang saya kata tadi melanggar dasar kita yang saya sebut yang belum dijawab iaitu ada IPTA menyediakan 5% kemasukan pelajar asing untuk peringkat undergraduate, dengan izin.

Ini sebenarnya menyebabkan peluang pelajar-pelajar kita sendiri untuk masuk universiti terhad. Ada sesetengah universiti ini pula dia melampaui daripada 5% untuk mengambil pelajar asing masuk untuk undergraduate ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Sebab itu saya kata mungkin untuk first graduate iaitu untuk buat master, PhD ambil pelajar asing tidak apa, tetapi saya rasa janganlah sampai yang undergraduate ini pun kita hendak bagi melebihi daripada jumlah 5% yang menyebabkan menyekat peluang pelajar kita sendiri.

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Jadi ini indeks yang sentiasa berubah-ubah sebenarnya, dan jangan kita terikat sangat. Oleh sebab itulah soal Universiti Apex itu saya setuju yang mana disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, sebenarnya kita merancang Universiti Apex, saya setuju yang itu.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik apabila Yang Berhormat kata kita jangan guna sangat indeks yang ditetapkan daripada luar negara berasaskan sistem rating ataupun ranking luar negara. Dan kerana itulah apabila kita buat penilaian terhadap Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, yang universiti itu jatuh kerana ranking daripada luar negara kita tidak boleh pakai sangat kerana berasaskan kepada perkara itu.

Jadi Yang Berhormat daripada Batu Pahat telah menjawab sendiri soalannya mengenai kedudukan naib canselor...

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang 5% itu tolong jawab juga, yang 5% tadi.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang 5% memang itu hanya asas yang digunakan oleh Sistem THES, kita tidak jadikan itu sebagai perkara yang mesti kita patuh.

Kita di peringkat kementerian memang kita galakkan supaya semua universiti membuat penambahbaikan kepada perkara-perkara yang sememangnya terdapat yang digunakan sebagai asas dalam sistem-sistem ranking daripada luar negara.

Akan tetapi pada masa yang sama kita juga melahirkan, menjalankan penarafan ke atas IPTA kita berdasarkan kepada kriteria dan penunjuk aras yang bersesuaian dengan kehendak tempatan tetapi tidak lari daripada keperluan ataupun standard antarabangsa melalui sistem penarafan institusi pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh MQA yang dipanggil sistem setara.

Jadi itu sebenarnya yang kita sedang lakukan dan mengenai Yang Berhormat Kuala Selangor, soal top notch universiti memanglah berasaskan kepada program Apex yang kita telah berada di peringkat terakhir dan akan diumumkan mana satu universiti yang berjaya untuk menyertai program ini. Bukan menjadi Universiti Apex tetapi menyertai accelerated program for excellent bagi universiti itu supaya akhirnya dia menjadi sebuah universiti yang unggul. Saya bagi Yang Berhormat Marang.

final • 2:33 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit lagi Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit lagi. Persoalan-persoalan benchmarking tadi penting, kita tidak boleh menolak.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tidak saya kata penambahbaikan akan terus dilakukan.

final • 2:33 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Batu Pahat sebut tadi kita kena terima world standard tetapi over and above kita perlu ada benchmarking kita sendiri. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya sila, Yang Berhormat Marang.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua perkara yang dia sebut boleh membantut kemajuan pusat pengajian tinggi. Pertama, akta-akta universiti yang terlalu banyak mengongkong kegiatan pensyarah, kakitangan dan pelajar memberi kesan psikologi dari segi perkembangan ilmu di universiti itu sendiri.

Kedua, peranan bahasa ibunda, kajian yang dibuat oleh UNESCO dalam artikel yang disiarkan oleh UNESCO di sana ada kajian yang dibuat selama 30 tahun lebih yang mengatakan bahawa penggunaan bahasa asing di negeri-negeri boleh membantu kemajuan perkembangan ilmu di negeri yang berkenaan.

Peranan bahasa ibunda sangat penting sebagai bahasa ilmu dan kita telah menguar-uarkan sejak tahun 70-an, 80-an, bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Di mana peranan bahasa kebangsaan telah diabaikan akhir-akhir ini. Ini boleh membantut kemajuan ilmu di kalangan anak negeri sendiri.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat. Soal bahasa semua IPTA menggunakan bahasa kebangsaan melainkan dua IPTA, satu ialah Universiti Islam dan satu lagi ialah UiTM. Hanya dua universiti yang dibenarkan pengecualian daripada menggunakan bahasa Malaysia tetapi bahasa Malaysia masih lagi dijadikan sebagai asas di kedua-dua universiti itu walaupun dibenarkan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Lain-lain IPTA, bahasa Malaysia. Jadi ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Mengenai AUKU saya akan jawab di peringkat akhir penggulungan saya.

final • 2:33 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat PJ Utara, Yang Berhormat?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Cukuplah. Kita ada selepas ini budget session boleh cakap.

Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan agar bidang pengajian Islam diajar di Universiti Malaysia Kelantan dan juga diwujudkan kerusi Tok Kenali di universiti tersebut.

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Pontian pula membangkitkan tentang kurikulum dan subjek yang diajar di IPT dalam memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti dan marketability.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang pengkhususan Universiti Malaysia Kelantan adalah keusahawanan dalam bidang sains gunaan, sastera ikhtisas dan juga kemanusiaan. Subjek keusahawanan yang diajar adalah merentasi setiap program pengajian di Universiti Malaysia Kelantan. Pada masa ini kementerian tidak bercadang untuk menambah bidang pengkhususan UMK.

Mengenai penubuhan kerusi Tok Kenali di UMK bagi bidang pengajian, kementerian belum bercadang untuk menubuhkan kerusi tersebut. Pada masa ini terdapat tiga kerusi yang memberi fokus dalam pengajian Islam iaitu Kerusi Ibnu Khaldun di Universiti Islam Antarabangsa, Kerusi Al-Bukhari juga di Universiti Islam Antarabangsa dan Kerusi Abdullah Fahmi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berkenaan dengan kaedah exam oriented yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, ingin saya maklumkan bahawa peperiksaan adalah salah satu kaedah pengukuran pencapaian pelajar yang digunakan di semua IPTA. Di samping itu, penilaian melalui kaedah selain peperiksaan akan tetap diteruskan umpamanya penilaian terhadap pembentangan kertas kerja, penilaian tugasan individu dan berkumpulan serta penilaian terhadap kajian yang dijalankan oleh pelajar.

Mengenai isu kolej komuniti Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan tentang masalah pelajar tercicir yang tidak dapat ditampung oleh kolej komuniti. Manakala Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Lipis mencadangkan agar ditubuhkan kolej komuniti di Pontian dan juga Kuala Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan bahawa penubuhan sesebuah kolej komuniti akan dilaksanakan mengikut keperluan setempat iaitu mengambil kira aktiviti ekonomi dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut.

Setakat 29 Februari 2008 di negeri Pahang telah terdapat sebanyak lima buah kolej komuniti induk iaitu di Rompin, Bentong, Mentakab, Kuantan dan Paya Besar serta sebuah kolej komuniti cawangan di Raub. Manakala di Johor pula telah beroperasi sebanyak lima buah kolej komuniti induk iaitu di Ledang, di Segamat, di Bandar Penawar dan juga di Pasir Gudang serta tiga buah kolej komuniti cawangan iaitu di Tanjong Piai, Pagoh dan Muar.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan akan membangunkan 25 buah kolej komuniti baru dan 43 buah kolej komuniti cawangan. Kolej Komuniti Cawangan Lipis telah tersenarai antara 43 buah kolej komuniti cawangan yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Bagi Kolej Komuniti Pontian, mungkin boleh ditimbangkan pada masa hadapan bergantung kepada keperluan semasa.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Tenom telah mempersoalkan tentang keperluan memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, Dunkin Donuts dan Kopitiam untuk beroperasi di IPTA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk memberi kebenaran kepada kafe francais beroperasi di IPTA adalah tertakluk kepada kebenaran naib canselor sesebuah IPTA. Naib canselor bebas untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkan mana-mana kafe francais untuk beroperasi di IPTA berkenaan berdasarkan keperluan dan keadaan persekitaran di sesebuah IPTA.

Mengenai isu AUKU, Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan bahawa AUKU, Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah penyebab lahirnya graduan yang tidak berkualiti dan Yang Berhormat Rasah pula meminta dipercepatkan proses meminda AUKU.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang meneliti dan menyemak peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam AUKU secara menyeluruh dan dijangka akan dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini, insya-Allah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahajalah yang dapat saya jelaskan mengenai perkara yang menyentuh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama menyumbang meningkatkan kecemerlangan pengajian tinggi dalam negara kita.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Menjemput Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

final • 2:33 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap terima kasih kepada 39 Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Secara umumnya ada 11 isu pokok yang dibangkitkan:

(i) berkaitan dengan dasar pertanian;

(ii) berkaitan isu padi dan beras;

(iii) tanah terbiar;

(iv) kempen bumi hijau;

(v) isu-isu perikanan;

(vi) ternakan;

(vii) isu-isu teknologi;

(viii) berkaitan agro pelancongan;

(ix) berkaitan pemasaran;

(x) mengenai industri asas tani dan

(xi) hal-hal berkaitan pembiayaan dan pinjaman Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab pertamanya hal-hal berkaitan dengan dasar yang dibangkitkan. Yang Berhormat Bintulu menggesa supaya kerajaan membantu petani kecil-kecilan secara habis-habisan kerana mereka ini kekurangan modal dan kepakaran. Mereka pula mengusahakan pertanian secara tradisional. Saya ingin maklumkan bahawa ini memanglah perjuangan kerajaan iaitu untuk memastikan bahawa petani kecil terbela.

final • 2:33 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Kita di kementerian memberi perhatian khusus kepada usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan petani kecil termasuklah nelayan dan juga penternak sebagai contohnya dalam sektor padi terdapat 140,000 pesawah padi dan hampir kesemua mereka merupakan petani kecil dan kerajaan banyak memberikan bantuan kepada mereka dan kerajaan berazam untuk memodenkan sektor pertanian, mentransformasikan sektor pertanian, menjadikan pertanian sebagai perniagaan supaya lebih menarik kepada semua golongan masyarakat.

Yang Berhormat Bintulu juga menggesa supaya pegawai-pegawai pertanian perlu turun padang dan kurangkan kerenah birokrasi. Saya memandang baik saranan Yang Berhormat dan insya-Allah kita akan terus membaiki sistem penyampaian. Pegawai- pegawai akan bersungguh-sungguh turun ke padang bersama dengan petani, penternak dan nelayan, memastikan isu-isu masalah mereka dapat kita kurangkan.

Yang Berhormat Hulu Terengganu telah mencadangkan supaya peruntukan besar yang disediakan di bawah KSP, tambahan peruntukan di bawah kajian separuh penggal, tambahan peruntukan ialah kira-kira RM3 bilion juta sebelum ini RM7 bilion juta menjadikan jumlahnya RM10 bilion juta. Maka ingatan Yang Berhormat Hulu Terengganu saya ucapkan terima kasih.

Kita akan pastikan bahawa segala peruntukan yang disediakan kepada petani akan sampai dan tidak ada berlaku kebocoran. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan bahawa kumpulan sasar akan mendapat faedah sepenuhnya daripada usaha- usaha kerajaan mengangkat martabat golongan petani, penternak dan nelayan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Marang.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, di sana terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh petani di negara kita. Oleh kerana yang dipentingkan ialah komersial, keuntungan dan hasil pertanian tidak mendapat keuntungan yang besar sebagaimana bidang-bidang yang lain terdapat di negara-negara maju seperti Jepun.

Bagi mengatasi masalah makanan negara, Jepun sanggup memberi subsidi sehingga lebih daripada 99% kepada petani, sanggup berbelanja besar dan menghabiskan kewangan sebegitu rupa bagi menggalakkan hasil pertanian yang mencukupi bagi negaranya. Adakah dalam menghadapi krisis makanan yang gawat di dunia, kerajaan bercadang untuk mengambil contoh yang sebegitu rupa.

Yang kedua, petani juga menghadapi kesulitan tanah. Ada petani yang mahu bersungguh dalam bidangnya tetapi terlalu sulit untuk mendapat tanah, mengalami masalah birokrasi. Satu-satu permohonan tanah di peringkat negeri terpaksa melalui 27 pegawai, daripada daerah sehingga ke negeri, 27 meja. Kalau satu meja 10 hari, sudah tentu 270 hari. Ini birokrasi yang dialami di peringkat negeri. Kita mengharapkan Kerajaan Pusat campur tangan supaya menghadapi masalah-masalah seperti ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Yang Berhormat Marang selaku bekas Menteri Besar sudah pasti amat memahami perkara ini dan saya berharap semasa Yang Berhormat jadi Menteri Besar proses yang dikatakan melalui 27 tingkat itu telah dapat dikurangkan. Jadi ini ada kaitan dengan kerajaan negeri dan saya berharap semoga kerajaan negeri peka dengan perkara ini.

Memanglah tanah merupakan satu isu yang penting dan Kerajaan Pusat sudah pun melaksanakan beberapa pendekatan untuk mempermudahkan lagi proses pengambilan dan pertukaran hak milik tanah. Dalam pada itu kita masih lagi belum berpuas hati dan saya berharap, Kerajaan Pusat berharap kerajaan-kerajaan negeri akan terus meningkatkan usaha bagi memastikan khususnya petani dapat mengusahakan pertanian dengan lebih senang lagi di masa akan datang.

Berkaitan subsidi, memanglah sektor pertanian diberi subsidi yang besar bukan sahaja di Jepun tetapi juga di Malaysia, umpamanya dalam sektor padi. Lebih 1/3 daripada pendapatan yang diperolehi daripada seorang pesawah padi merupakan subsidi daripada kerajaan. Saya akan sampai ke situ apabila menceritakan tentang padi.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Buat masa ini memadailah saya maklumkan bahawa sektor pertanian memang diberikan subsidi yang besar dan kerajaan akan terus membantu mereka tetapi sudah pasti jumlah subsidi yang diberikan tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kuala Nerus mencadangkan supaya perlu ada pemantauan pelaburan besar yang dibuat oleh kerajaan dalam pelbagai bidang, hasilnya perlu dapat dilihat. Ingatan ini saya ucapkan terima kasih dan dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan kita akan pastikan bahawa peruntukan sampai ke kumpulan sasar dan pemantauan yang rapi akan dibuat oleh pegawai-pegawai kami.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Teluk Kemang serta juga Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan isu food security ataupun jaminan bekalan makanan. Saya ingin maklumankan di sini bahawa ini merupakan satu isu yang serius. Kerajaan bukan main-main dalam memperkenalkan dasar food security atau dasar jaminan bekalan makanan ini.

Itu sebabnya Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM4 bilion sebahagian besarnya adalah untuk memastikan kita dapat menjamin bekalan makanan yang mencukupi dalam negara kita dan sebahagian besar daripada peruntukan RM3 bilion yang ditambah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah untuk memastikan negara dapat memenuhi keperluan makanan oleh rakyatnya yang semakin bertambah.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan kerajaan akan memberikan peruntukan yang besar untuk membangunkan sektor pertanian. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sudah tentu bersetuju dengan saya bahawa peranan kerajaan, pelaburan daripada kerajaan dalam sektor pertanian sahaja tidak mencukupi untuk membangunkan sektor pertanian negara untuk menjadikan pertanian sebagai dengan izin, the new engine of growth for the economy .

Selain daripada public sector investment, peranan private sector investment, dengan izin adalah sangat penting. Saya telah bangkitkan beberapa kali, daripada pengamatan saya, pelaburan swasta ataupun private investment dalam sektor pertanian sangatlah kecil. Mengikut perangkaan MIDA, hanya lebih kurang RM2 bilion sahaja umpamanya dalam tahun 2007 yang telah diluluskan untuk sektor pertanian. Dan daripada itu hanya lebih kurang RM500 juta sahaja yang melibatkan projek-projek pertanian selain daripada perikanan.

RM1.5 bilion tertumpu kepada satu projek sahaja iaitu deep sea fishing ataupun perikanan laut dalam. Jadi ini menunjukkan sangat kecil jumlah private investment dalam ini, agriculture sector. Apakah kerajaan lakukan untuk memastikan bahawa sektor pertanian menarik pelaburan daripada sektor swasta dengan jumlah yang hebat, yang besar sebagaimana juga berlakunya private investment dalam...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tolong ringkas soalan Yang Berhormat, tolong ringkas Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak ringkas tetapi saya cakap perlahan-perlahan, saya tidak boleh cakap laju-laju, saya sudah tua. Jadi pertanyaan saya, dengan izin, “what did we do to attract private investment into the agriculture sector in a big way just like what is happening in the industrial sector? Without the private investment cent, you cannot.” Tidak boleh kita membangunkan sektor pertanian sebagaimana yang kita harapkan. Kerajaan kalau setakat RM2 bilion, RM3 bilion, tidak cukup dan menyentuh RM4 bilion...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat minta tolonglah Yang Berhormat. Saya minta tolong kita ada beberapa kementerian lagi ini.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua, tetapi pasal saya bercakap ini untuk kepentingan petani-petani dan masyarakat luar bandar. Masih jauh lagi perjuangan kita untuk membangunkan sektor pertanian ini. So, kalau kita tidak boleh bercakap dengan jelas, dengan bersungguh- sungguh tidak dapat perhatian, there is no point being here, sebagai mewakili rakyat.

Jadi saya ingin stress sekali lagi, RM4 bilion yang diumumkan itu ialah untuk food security, untuk menjamin bahawa rakyat kita cukup makan dalam keadaan krisis sekarang, tetapi yang saya cakapkan ialah berkenaan dengan pembangunan petani-petani, ekonomi petani-petani. Dia mesti melibatkan pembangunan projek pertanian yang memerlukan pelaburan yang besar. Ini yang saya persoalkan dan setakat ini saya tidak nampak ada kemajuan dari segi ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat beri penjelasan.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan bahawa pelaburan swasta dalam beberapa sektor pertanian rendah adalah benar. Pertanian seperti sedia maklum ada dua bahagian terbesar, yang pertama pertanian komersial, yang kedua pertanian tradisional.

Komersial ini sebahagian besarnya perladangan umpamanya kelapa sawit sebagai contoh dan getah. Ini tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah dalam konteks food security hari ini ialah pelaburan dalam bidang makanan. Makanan ini ada tiga kumpulan besar, yang pertama ialah padi, yang kedua ternakan yang ketiga ialah sayuran.

Mengenai padi Tuan Yang di-Pertua, di bawah bidang tugas Kementerian Pertanian. Setakat ini halangan utama bagi pelaburan swasta ialah kerana tidak ada tanah yang luas. Saya difahamkan bahawa di Sabah dan Sarawak sudah ada cadangan beberapa syarikat swasta untuk terlibat dalam penanaman padi secara komersial, tetapi itu setakat cadangan.

Itu yang pertama, yang keduanya ternakan. Dalam bidang ini ada peluang umpamanya dalam bidang akuakultur. Kita sudah pun menerima pelaburan di Terengganu dan juga di Perak daripada England, Norway, Sweden di Perak umpamanya mengenai akuakultur, tetapi angkanya rendah. Dalam bidang sayuran kita halangan utama ialah keluasan tanah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang benar pelaburan swasta dalam sektor yang melibatkan kementerian saya adalah rendah dan usaha-usaha sedang kita lakukan. Walau bagaimanapun, oleh sebab kekangan keluasan tanah kecuali mungkin dalam bidang akuakultur, di mana kita sudah pun mempunyai laporan daripada beberapa buah negara.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Minta pencelahan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, belum habis Yang Berhormat Menteri jawab perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Okey, sila.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang masalah pertanian yang dihadapi.

Sebenarnya pada pandangan anak-anak muda kita bidang pertanian ini bukanlah satu bidang yang boleh menjamin masa depan mereka. Bila kita bercakap tentang pertanian ini Yang Berhormat Menteri, seolah-olah bila kita galakan mereka, mereka berkata bahawa kita minta mereka ke bidang yang bukan memberi masa depan yang cemerlang, malah mereka bangkit anak kampung disuruh masuk bidang pertanian, anak pembesar tidak dilibatkan, yang menggambarkan bahawa bidang pertanian ini bukan bidang yang menguntungkan.

Kedua, tentang hal pertanian ini yang dihadapi oleh petani-petani di kawasan saya ialah berkenaan dengan pasaran bahan-bahan pertanian. Sekiranya pasaran bahan pertanian ini terjamin, menguntungkan tanpa disuruh mereka akan melibatkan diri, tetapi yang mengecewakan bahawa pasaran tidak terjamin terutamanya buah-buahan. FAMA yang ditubuhkan menjadi bahan ketawa kepada petani.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini bunyi ucapan lagi Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Bukan ucapan, cuma saya hendak beritahu tentang...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah, Yang Berhormat Menteri tahu Yang Berhormat. Apa cadangan Yang Berhormat hendak tahu soalan, tolong bangkitkan soalan.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Jadi saya minta supaya bagaimana jaminan kepada petani bahawa bidang ini merupakan bidang yang menguntungkan dan menjamin masa depan mereka. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Memang ini satu isu yang amat penting bagi kita semua, kerana kita semua ada petani sebagai pengundi kita.

Untuk menjadikan pertanian sebagai satu sektor yang menarik minat penduduk Malaysia sudah pasti ia perlu mendatangkan pendapatan yang berpatutan ataupun lumayan. Memang benar sektor pertanian menghadapi saingan dengan beberapa sektor lain, iaitu sektor pembuatan, sektor perkilangan, perumahan. Kalau tidak ada tanah di pinggir bandar umpamanya, tanah pertanian perlu bersaing dengan pemaju-pemaju perumahan yang mungkin dapat memberikan pulangan yang lebih. Kita sedar perkara ini dan itu sebabnya kita hendak jadikan pertanian ini sebagai perniagaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sudah ada beberapa kejayaan. Kejayaan- kejayaan ini umpamanya dalam bidang industri asas tani, sudah ada beberapa syarikat yang mana jumlah jualannya melebihi RM1 juta. Sudah ada beberapa petani secara komersial di beberapa buah negeri. Umpamanya Taman Pertanian Moden di Kluang yang meliputi kira-kira tiga ekar lebih yang sudah mula mendapat pendapatan yang membanggakan.

Contoh-contohnya ada dan kita bertekad untuk memastikan dan ini penting untuk mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi adalah amat penting. Oleh yang demikian, kalau kita gagal untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai pertanian, maka satu hari nanti kita tidak akan mampu untuk mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan negara.

Jadi, kerajaan sedar perkara ini dan usaha-usaha sudah pun dilaksanakan dan beberapa kejayaan sudah pun dapat kita lihat. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bintulu.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada masa sekarang, barang-barang naik harga. Rakyat selalu mempersoalkan, apakah kementerian ada mengumumkan insentif ataupun bantuan- bantuan daripada petani-petani ini. Mereka bertanya, bilakah kementerian boleh berikan insentif ataupun bantuan-bantuan daripada kementerian? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, di hadapan Dewan ini ada satu bil iaitu permohonan kerajaan untuk menambah peruntukan. Anggaran belanja mengurus dan tambahan untuk tahun 2008, dan antara tambahan-tambahan yang diperlukan ialah RM3 bilion di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sehingga Dewan dapat meluluskan sepenuhnya tambahan ini maka kita tidak dapat menyediakan peruntukan bantuan kepada petani sepenuhnya.

Dalam pada itu, saya ingin memaklumkan bahawa kita berdasarkan kepada peruntukan yang sedia ada, sebelum Dewan Rakyat meluluskan peruntukan tambahan, kita sudah memulakan pendaftaran petani-petani yang layak menerima bantuan. Bantuan ini dipanggil Insentif Pengeluaran Bagi Tanaman Sayur dan Buah-buahan, bagi mereka yang terlibat dalam akuakultur dan juga bagi mereka yang terlibat dalam bidang ternakan.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tiga jenis bantuan dan sebaik sahaja Dewan ini meluluskan peruntukan tambahan yang dipohonkan itu, maka saya harap kita akan dapat agihkan bantuan kepada penduduk bukan sahaja di Bintulu tetapi di seluruh negara kita.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pokok Sena bangun Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu food security ini yang paling asasnya yang kita bincang selama ini ialah isu bekalan pemakanan beras iaitu merupakan pemakanan asasi bagi rakyat dalam negara kita.

Walaupun saya menyambut baik bahawa peruntukan RM3 bilion yang diumumkan dan kemudian hampir RM1 bilion lebih untuk pertambahan bekalan beras tetapi bagi saya isu ini bukan sekadar bekalan beras tetapi isu ialah menggalakkan kepada petani-petani dalam negara kita ini untuk meningkatkan hasil tanaman mereka dan pengeluaran mereka.

Ini kerana setakat yang saya tengok kalau sekadar kita keluarkan peruntukan, buat infrastruktur dan sebagainya, harga padi dalam negara kita ini masih rendah.

Ia tidak boleh memberikan satu galakkan rangsangan kepada petani-petani kita ini untuk memberikan tumpuan yang serius kepada pembangunan industri pertanian padi kita.

Apatah lagi sebahagian besar di kalangan petani-petani dalam negara kita ini terdiri daripada orang-orang yang berumur 60 tahun ke atas. Jadi, generasi muda tidak berminat kerana kata, baru ini kerajaan umum kenaikan 750 kalau tak silap saya satu tan.

Sedangkan kalau kita tengok di Taiwan umpamanya, dia sampai 2,500 satu tan. Dia boleh capai sampai ke peringkat 11 tan satu hektar.

Di Australia sudah sampai 13 tan satu hektar. Di Thailand antara 1,200 ke 2,500 untuk padi wangi, menghasilkan beras wangi umpamanya. Jadi, dia ada satu galakan untuk petani-petani ini memberikan tumpuan untuk membangunkan industri sawah padi mereka untuk menghasilkan padi bagi mencukupi tahap sara diri. Bagi negara kita yang kita jangka bahawa dalam 2010 sampai ke peringkat 86%, mungkin sampai ke peringkat 100%, kalau tidak kita hanya tambah RM3 bilion tetapi kita duduk pada tahap-tahap yang sedemikian.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya di awal tadi menyebut saya ada 11 isu kesemuanya. Padi beras isu kedua. Sekarang isu dasar dan saya akan menjawab soalan Yang Berhormat Pokok Sena apabila saya tiba pada isu kedua padi dan beras. Isu yang amat penting.

Saya hendak gulung jawapan saya ini berkaitan dengan dasar dengan merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Pontian, berkaitan dengan usaha-usaha untuk mengurangkan bilangan import makanan.

Yang Berhormat Tenggara mencadangkan supaya harus ada satu perancangan.

Yang Berhormat Pontian juga mempunyai cadangan yang sama iaitu harus ada langkah- langkah yang lebih komited di pihak kerajaan bagi mengurangkan bilangan import makanan. Saya maklumkan bahawa pada tahun lalu iaitu 2007, kita mengalami defisit dalam akaun makanan sebanyak RM9.7 bilion dan defisit ini berkaitan dengan dua perkara utama.

Yang pertama, kenaikan harga. Umpamanya kita mengimport beras melebihi satu bilion. Ini ada kaitan juga dengan kenaikan harga dan juga kuantiti. Harga beberapa barangan lain juga meningkat akhir-akhir ini.

Yang kedua ialah beberapa jenis tanaman yang tidak dapat kita tanam di negara kita ataupun tidak dapat ditanam dengan hasil yang memadai. Umpamanya seperti makanan ternakan, ya. Kita mengimport sebagai contoh 1.3 bilion jagung tahun lepas.

Jagung ini merupakan komponen utama untuk makanan ternakan dan ini disebabkan oleh kerana cuaca yang kurang sesuai.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Kita tanam jagung di Kuala Berang dan lain-lain tetapi ini dipanggil dengan izin, sweet corn. Ini untuk kita makan tetapi untuk ternakan haiwan ia yang kita keluarkan rendah. Ia di negara kita cuma 2.5 tan bagi setiap hektar. Di negara-negara maju, sampai 9, 10 metrik tan setiap hektar. Ini ada kaitan dengan cuaca dan juga keadaan tanah.

Oleh yang demikian, kita perlu terus mengimport beberapa barangan termasuklah gula yang tak dapat kita tanam mencukupi. Gandum, yang mana kita masih makan roti canai dengan jumlah yang besar, maka ini antara dua sebab kenapa kita mengalami defisit dalam import ataupun akaun makanan. Dalam pada itu, kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan import ataupun dalam akaun makanan.

Dalam pada itu, kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan import dan termasuklah dengan mengurangkan import daging lembu daripada beberapa buah negara dengan mengurangkan import daging kambing, dengan mengurangkan import sayuran dan juga dengan mengurangkan import makanan ternakan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan.

Jadi ini beberapa cabaran yang kita hadapi tetapi yang penting, apakah tindakan- tindakan yang perlu kita ambil kerana angka RM9.7 bilion yang disebutkan tadi adalah agak besar dan kerajaan sedang merangka pelan tindakan bagi memastikan bahawa kita dapat mengeksport lebih banyak lagi keluaran daripada negara kita dan mengurangkan import daripada luar negara.

final • 2:33 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, itu berkaitan dengan dasar.

Saya pergi kepada padi dan beras kerana ini merupakan isu yang paling penting dan bagi kementerian saya, pertanian, kita telah menjadikan ini sebagai agenda terpenting tahun ini.

Iaitu untuk menambah pengeluaran padi dan beras negara. Ya, Yang Berhormat Marang?

final • 2:33 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, di sana terdapat beberapa masalah yang dialami oleh pihak petani.

Kerajaan perlu mengadakan projek-projek sokongan dalam mengatasi masalah mereka iaitu masalah baja yang mahal, peralatan yang mahal yang boleh membantut dan melambatkan program pertanian sebagaimana yang dinyatakan itu.

Apakah perancangan kerajaan dalam memerangi masalah ini seperti menyediakan kilang-kilang ataupun mengadakan projek-projek kilang baja dan alat-alat pertanian bagi sokongan kepada program pertanian kita?

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, bukan bermakna kita ada kilang baja ataupun kita ada kilang alat pertanian, kita boleh mengeluarkan dengan kos lebih rendah. Ini satu andaian yang meleset ya.

Kita mengeluarkan beberapa barangan dalam negara kita yang kosnya lebih tinggi, tak semestinya lebih rendah. Kadang-kadang lebih, umpamanya kalau kita hendak keluarkan jagung dalam negara kita bagi ternakan haiwan ya, kos bagi setiap metrik tan, Malaysia lebih tinggi tak semestinya.

Namun, bagi barangan yang tertentu seperti beras, oleh kerana ini melibatkan makanan asas safety food, maka kita wajib tanam beras yang mencukupi. Itu sebabnya kita sedang berusaha bersungguh-sungguh. Jadi, andaian Yang Berhormat Marang bahawa kalau kita buat dalam negara kita lebih rendah, ini satu teori yang tak betullah. Tidak semestinya begitu.

Izinkan saya berpindah kepada isu kedua, banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Padi dan beras merupakan agenda utama kementerian. Pada masa ini kita ada kira-kira 140,000 petani yang terlibat dalam penanaman padi, melibatkan 675,000 hektar tetapi hasilnya cuma purata tahun lepas ialah 3.5 metrik tan satu hektar. Ini masalah yang kita hadapi.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Jadi banyak, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini selain Yang Berhormat Pokok Sena tadi, ada Yang Berhormat Teluk Kemang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Pokok Sena yang disebut tadi, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Arau, ini antara Ahli-ahli Yang Berhormat, semualah Yang Berhormat yang membangkitkan tentang isu yang penting ini.

Saya hendak tekankan sekali lagi bahawa agenda kami yang utama kami di kementerian tahun ini ialah untuk meningkatkan pengeluaran padi dengan dua cara. Yang pertamanya ialah dengan memastikan bahawa kawasan-kawasan yang sedia ada dapat kita perbaiki lagi sistem salirannya. Seiring dengan itu, kita hendak baiki lagi teknik-teknik pengurusan dengan bantuan MARDI melalui umpamanya teknik precision farming yang sudah pun kita mulakan beberapa kawasan di Kedah umpamanya di Jelai, di kawasan MADA sebagai contoh.

Itu yang pertama iaitu memberi perhatian kepada kawasan-kawasan sedia ada.

Membaiki sistem saliran di seluruh negara di Kerian-Sungai Manik, di MADA, di KADA seluruh negara di Sabah dan Sarawak.

Yang kedua ialah untuk membuka kawasan-kawasan baru yang sudah pasti kosnya tinggi sedikit tetapi oleh kerana perkara ini perkara yang pokok, perkara yang penting maka, kita akan membelanjakan wang yang agak besar tahun ini untuk memastikan bahawa negara dapat menambah pengeluaran makanan negara khususnya padi.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan itu, saya hendak maklumkan bahawa...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Mohon penjelasan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Saya hendak habiskan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat. Tunggu habiskan perkataan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Seumpamanya sebelum ini peruntukan untuk padi, untuk saliran umpamanya cuma RM1.28 bilion tetapi di bawah kajian separuh penggal, kita tambah lagi RM1.8 bilion menjadikan RM3.253 bilion untuk membaiki saliran di kawasan sedia ada dan juga membuka beberapa kawasan baru.

Umpamanya bagi MADA, kita tambah di bawah RMK-9 sekarang ini ialah RM3.75 bilion. Sebelum ini lebih RM100 juta sahaja. RM325 juta bagi MADA, KADA RM168 juta, bagi Kerian-Sungai Manik RM209 juta. Ini adalah peruntukan-peruntukan secara terperinci yang akan kita sediakan di bawah RMK-9 untuk menunjukkan komitmen kerajaan. Jadi, peruntukan kita tambah daripada RM1.28 bilion sebelum ini bagi sektor padi khusus untuk parit dan saliran kepada RM3.25 bilion.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya sangat bersetuju pandangan pihak kementerian soal menjadikan agenda food security ini sebagai agenda terpenting kementerian.

Dengan dua strategi yang telah disebutkan soal penyediaan kawasan sedia ada dengan saliran dan juga pengurusan dan juga soal kawasan baru. Akan tetapi untuk meningkatkan projek kepada 10 tan daripada 3.5 tan per hektar sekarang ini, saya ingin minta berdasarkan kepada pengalaman saya bekerja di MADA supaya pihak kementerian dengan bajet yang begitu banyak memperuntukkan sebahagiannya untuk kajian tanah.

Ini kerana, pengalaman saya belum ada kawasan-kawasan sawah yang dibuat soil test dengan izin, ataupun ujian untuk kandungan tanah seperti mana yang dibuat di kawasan-kawasan pertanian yang milik swasta. Mereka ada Unit Agronomi yang membuat kajian untuk tanah supaya menghasilkan khususnya kelapa sawit dan getah lebih baik.

Oleh sebab itulah, kalaulah dibuat dengan bajet yang banyak itu untuk kawasan-kawasan sawah tentang kandungan NPK, tentang pH dan sebagainya, saya rasa ini boleh meningkatkan hasil padi kepada 10 tan. Minta pandangan Menteri. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Sebagai bekas pegawai-pegawai MADA, Yang Berhormat Kuala Kedah lebih maklum daripada saya tentang usaha-usaha yang belum ada...

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Firdaus Jaafar - Jerai

Tambah sedikit boleh?

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat. Biar dia jawab.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Bagi membuat soil test. Saya difahamkan di kawasan MADA secara umumnya ada terdapat tiga jenis tanah. Yang pertamanya yang amat baik, yang kedua sederhana, yang ketiga yang di bawah.

Ada beberapa kawasan yang memang baik dari segi hasil padinya dan kajian ini memang ada tetapi yang pentingnya apa tindakan yang perlu kita buat berdasarkan kajian tersebut. Ini yang penting. Itu sebabnya harus ada umpamanya dalam konteks precision farming yang saya sebut MARDI tadi, harus disesuaikan penggunaan baja dengan keadaan tanah. Ini perlu kita perbaiki lagi. Kadang-kadang baja yang digunakan itu mungkin digunakan untuk umum tanpa mengira kedudukan tanah kadang-kadang...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

...Jadi, ini harus kita perbaiki lagi, Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tadi, Yang Berhormat Pokok Sena dan Marang.

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Firdaus Jaafar - Jerai

Jerai Yang Berhormat

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tadi...

final • 2:33 PM

Tuan Mohd Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri. Di kawasan saya, majoritinya adalah kawasan pertanian padi. Persoalan dan jawapan menteri berkaitan dengan harga padi RM650 hingga RM750 satu tan, yang mana rata-rata petani telah bercakap hari ini kilang swasta telah memberi tawaran yang begitu lumayan RM1,015 satu tan. Bermakna di sini petani-petani akan menjual padi mereka ke kilang-kilang swasta.

Yang kedua, apakah inisiatif yang disediakan oleh pihak BERNAS, sekira mana petani-petani menjual padi mereka di kilang-kilang BERNAS seluruh negara, yang keduanya.

Yang ketiganya, persoalan yang timbul oleh petani-petani di kawasan MADA khususnya di kawasan Jerai adalah masalah baja ataupun tonik yang dikeluarkan oleh pihak MADA yang tidak mendapat sambutan kepada petani-petani. Kebanyakan petani- petani mereka lebih mendorong untuk membeli tonik-tonik padi supaya lebih segar berbanding dengan subsidi baja yang telah diberi oleh pihak kerajaan. Minta komen.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga padi.

Kita lompat-lompat sedikit. Saya akan pergi kepada isu-isu ini. Ia kerana ini terlalu pada peringkat jawapan saya. Insya-Allah saya akan sampai kepada kebanyakan isu di bangkitkan mengenainya dan saya mohon saya selesai dahulu padi dan beras ini kerana saya yakin bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini dalam jawapan saya.

Jadi, lepas itu, baru saya izinkan Yang Berhormat untuk mencelah. Saya akan teruskan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Marang sebut dan juga Yang Berhormat Pokok Sena dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan dengan insentif atau galakkan bagi kita menambah pengeluaran padi.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum kita memperkenalkan dasar jaminan bekalan makanan ini, kerajaan menyediakan peruntukan RM923 juta untuk membantu petani-petani. RM923 juta dan hasil daripada inisiatif kerajaan baru-baru ini kita tambah lagi RM251 juta. Ini menjadikan bantuan direct kepada petani RM1,174 juta. RM923 juta campur RM251 juta menjadikan RM1,174 juta tambahan umpamanya.

Tambahan ini adalah untuk dua tujuan utama. Yang pertamanya ialah tambah baja, 150 kilogram baja, 400 NPK nilainya RM400 satu hektar. Ini tambahan, tadi Yang Berhormat Pokok Sena tanya apa galakan. Ini tambahan, dah bagi dah. Dahulu beri 12 campur 4, 16 beg dah beri dah. Sekarang tambah tiga lagi, 150 kilogram nilainya RM400.

Satu lagi racun setiap pesawah bagi setiap hektar berhak mendapat kupon RM200, free daripada kerajaan tambahan RM600. Ini bagi menjawab juga soalan daripada Marang tentang usaha kerajaan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh pesawah padi. Jadi, ini mencerminkan betapa kerajaan prihatin kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh penanam padi di seluruh negara.

Izinkan saya meneruskan jawapan dan selepas itu Ahli Yang Berhormat boleh mencelah. Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan tentang kekurangan bekalan beras 15%. Saya telah memaklumkan kepada Dewan ini beberapa kali bahawa ia timbul daripada jurang yang besar antara harga beras 15% dengan 10% iaitu RM1.80 dengan RM2.70. RM0.90, jurang itu terlalu besar dan ini menyebabkan permintaan untuk beras 15% meningkat kepada kira-kira 50% sebelum itu 10%.

Ini satu perkara yang di luar jangkaan. Kerajaan sedang merangka beberapa pelan tindakan untuk menangani perkara ini dan sementara itu memanglah kita mengakui di beberapa kawasan kadang-kadang berlaku kekurangan beras 15%. Itu bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai juga ada dua soalan spesifik iaitu yang pertamanya yang berkaitan dengan kilang di Bagan Serai dan satu lagi di Parit Buntar.

Mengenai kedua-kedua perkara ini, saya hendak maklumkan seperti juga mungkin Yang Berhormat sedia maklum, gudang di Bagan Serai dahulunya merupakan gudang menyimpan beras. Ia tidak sesuai lagi kerana selalu dilanda banjir maka 2003 tidak lagi menyimpan beras di tempat yang berkenaan. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa pihak Bernas telah pun menambah kapasiti gudangnya kepada 260,000 metrik tan pada masa ini. BERNAS ada 22 gudang seluruh negara dan walaupun gudang Bagan Serai sudah tidak digunakan untuk menyimpan beras, tetapi BERNAS mempunyai 22 buah gudang lain yang mampu untuk menyimpan 260,000 metrik tan beras.

Mengenai kilang beras di Simpang Lima, dahulunya mungkin Yang Berhormat sedia maklum terdapat banyak tentangan daripada masyarakat oleh kerana rungutan bising dan lain-lain, maka operasi kilang sudah berhenti. Walau bagaimanapun, sekarang ini ia telah dijadikan sebagai pusat belian untuk membeli padi dan pada tahun lalu umpamanya kira-kira 16,000 metrik tan padi telah dibeli oleh kilang beras. Dahulunya kilang, sekarang ini pusat belian padi di Simpang Lima iaitu di Parit Buntar.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Projek 10 Tan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai tadi, oleh Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Bagan Serai, saya ingin memaklumkan bahawa ini satu projek yang telah dimulakan pada tahun 2002. Kejayaannya ada, tetapi memanglah tidak mencukupi. Itu sebabnya saya katakan tadi tahun ini agenda penting kementerian adalah untuk menambah produktiviti ataupun yield padi seluruh negara dan kita sedia maklum, Ahli-ahli Dewan sedia maklum bahawa di beberapa kawasan Sekinchan dan lain-lain memang ada beberapa petani yang mencapai tahap 10 tan ini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, perlu kita amalkan teknik pertanian yang lebih baik. Pihak MARDI sudah pun memperkenalkan apa dipanggil precision farming di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk khususnya di MADA. Juga sudah ada lebih 300 mini estet di seluruh negara khusus kawasan MADA dan KADA, di mana PPK diberi peranan utama untuk menguruskan mini estet tersebut.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Di bawah pengurusan tersebut, kita dapati dengan bimbingan yang lebih rapi daripada pegawai-pegawai pertanian MADA dan KADA dan lain-lain, kita dapati bahawa pengeluaran sudah meningkat dan kita harap produktiviti dan yield akan meningkat. Jadi Projek 10 Tan ini kita akan teruskan dan ia projek yang penting dan kita harap akan berlaku peningkatan yang agak tinggi tahun ini dalam produktiviti padi dan beras dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjawab tadi berkaitan dengan kos import dan juga tentang mini estet. Seterusnya mengenai padi dan beras juga, saya ingin menjawab berkaitan dengan infrastruktur yang usang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar umpamanya mengenai parit-parit yang tidak terurus dan dengan itu telah berlaku ataupun ya di beberapa kawasan cuma empat lima hektar sahaja...

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

...Ini satu masalah yang dihadapi. Itu sebabnya saya sebutkan tadi kerajaan di bawah Kajian Separuh Penggal telah menambah peruntukan dengan agak ketara bagi kawasan-kawasan di jelapang padi dan juga di luar jelapang termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kita telah tambah peruntukan untuk membaiki infrastruktur yang sedia ada, menyelenggarakan parit-parit yang sedia ada dan juga membuka beberapa kawasan baru.

Tuan Yang di-Pertua,..

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Sebelum tajuk lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Disebut tadi tentang insentif hasil yang diberikan kepada petani-petani. Saya mendapat keluhan daripada petani-petani terhadap subsidi yang dijanjikan oleh kerajaan. Pertamanya tentang subsidi baja, yang keduanya subsidi hasil.

Pada dua musim yang lepas, petani-petani terpaksa mengadakan bantahan untuk mendapat subsidi baja kerana pihak MADA ataupun saya tak tahu di mana tersangkutnya duit-duit subsidi ini. Selepas mengadakan bantahan, barulah mereka mendapat subsidi baja tersebut sehingga mereka terpaksa mendapat duit lain untuk membayar hasil-hasil ataupun repair mesin-mesin mereka yang rosak pada bajakan musim yang pertama, itu yang pertama.

Yang keduanya berhubung dengan subsidi hasil. Pada musim yang lepas, petani- petani yang mendapat hasil yang banyak masih belum lagi mendapat subsidi hasil ini yang dijanjikan oleh pihak kerajaan. Jadi saya harap pengurusan untuk memberikan subsidi kepada dua program ini dapat diteliti oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Jika Ahli Yang Berhormat ada kes-kes yang spesifik berkaitan dengan aduan ini, sila kemukakan kepada saya. Baru-baru ini ada satu kes di Jerlun di mana dibawa kepada perhatian kementerian. Ini berkaitan insentif peningkatan hasil iaitu 65 sen bagi satu kilogram.

Sekiranya seorang petani itu mampu meningkatkan hasil berbanding dengan musim yang lalu maka kerajaan bagi insentif 65 sen satu kilogram yang telah dibawa kepada perhatian kami dan kita telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Jadi kalau Yang Berhormat ada kes-kes begini, sila kemukakan kepada kementerian. Saya ada dua tiga lagi berkaitan padi dan beras, lepas itu saya boleh buka satu dua soalan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan Yang Berhormat Putatan yang ada bangkitkan tentang padi bukit dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain juga membangkitkan berkaitan dengan padi bukit. Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum ini memang Kerajaan Pusat tidak membantu penanam-penanam padi bukit. Yang membantu mereka cuma kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pusat sudah buat keputusan untuk membantu mereka dan kita sedang berbincang kaedah-kaedah bagaimana boleh kita bantu mereka yang menanam padi bukit kerana padi bukit boleh menyumbang kepada peningkatan hasil padi negara. Pada masa ini seperti saya maklumkan dalam Dewan ini tiga hari lepas, yield ataupun produktiviti padi bukit begitu rendah dan insya-Allah dengan bantuan yang dapat disalurkan oleh Kerajaan Pusat, kita berharap ianya akan meningkat.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Yang Berhormat Arau ada bangkitkan tentang kos untuk menjalankan kajian berkaitan harga padi dan beras. Yang Berhormat Arau memaklumkan angka RM1.5 juta.

Saya ingin maklumkan bahawa untuk membuat kajian tersebut, kita melantik syarikat MARDITech iaitu sebuah anak syarikat MARDI dan kosnya sekitar RM50,000. Satu angka yang kita rasa amat berpatutan dan bukan RM1.5 juta seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Arau.

Yang Berhormat daripada Pokok Sena membangkitkan tentang isu BERNAS.

Tangkapan yang dibuat, saya telah pun menjawab perkara ini dan dalam Dewan ini saya telah memberi penerangan kepada Yang Berhormat Pokok Sena dan kita telah memanggil BERNAS dan mereka telah memberi penjelasan kenapa kes itu berlaku. Antara lainnya mereka menyatakan oleh kerana mereka perlu untuk memenuhi keperluan dengan tergesa- gesa maka berlaku beberapa kesilapan teknikal dan kita telah memberi amaran dan kita harap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu adalah hal-hal berkaitan dengan padi dan beras dan jika ada satu dua soalan saya boleh jawab lepas kita pergi isu ketiga...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Nak bagi Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Ya.

final • 2:33 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkaitan dengan BERNAS dululah. Walaupun pihak kementerian telah memanggil mereka tapi bagi saya satu benda yang tak seharusnyalah sebab kalau ikut laporan akhbar, dia kata kesilapan itu kesilapan mesin. Dia kata mesin itu mesin lama, sejak daripada zaman LPN, zaman tok kaduk.

Jadi takkanlah baru hari ini, tahun 2008 baru dia sedar kata mesin itu mesin lama.

Jadi bagi saya bahawa alasan mesin ini, untuk menyalahkan kepada mesin yang menyebabkan gred beras itu telah berlaku satu manipulasi ini maknanya satu benda yang tak seharusnyalah boleh dipakai sebab kalau mesin, mesti dia dah tukar mesin baru.

Yang keduanya berkaitan dengan BERNAS ini juga. Yang Berhormat Menteri juga rasa kecewa kerana kegagalan mereka untuk membawa masuk beras walaupun kemudian daripada itu bawa masuk. Maknanya BERNAS telah menimbulkan banyak masalah kepada masalah maknanya bekalan beras dalam negara kita. Jadi saya harap bahawa kerajaan harus tegas dalam isu BERNAS ini dan walaupun kajian telah dibuat untuk meneliti prestasi BERNAS dan saya kira bahawa sepatutnya kerajaan sudah pun dapat menarik balik permit ataupun lesen yang telah diberikan kepada BERNAS.

Balik kepada isu insentif tadi itu, saya menyambut baik apa yang diumumkan tadi kalau bolehnya macam baja, ini rungutan petani-petani, Datuk. Dia kata baja pun kalau boleh beri dalam bentuk kupon. Jadi depa boleh pi tukar, pi cari apa jenis baja yang depa mahu macam saya sebut dulu. Maknanya baja yang diberi oleh kerajaan itu, baja itu baja yang tak diperlukan oleh petani-petani. Kadang-kadang banyak duduk di bawah-bawah tangga rumah depa. Jadi depa kata kalau boleh bagi macam mana racun bagi kupon nilai RM200, depa boleh pi kedai ataupun pergi kepada PPK sendiri. Kalau PPK boleh jadikan ejen untuk membekalkan barang-barang sebab PPK lebih mengetahui masalah petani setempat.

Yang ketiganya ialah soal insentif ini. Bagi saya bukan hanya dalam bentuk subsidi biasa tetapi dalam bentuk harga. Macam saya katakan tadi, untuk memberikan galakan supaya petani-petani generasi muda ini dia ada komitmen, ada kesungguhan untuk nak terlibat dalam industri pertanian padi ini. Kalau tidak nanti maknanya generasi muda dia tak berminat, jadi tinggal orang tua. Orang tua dah tak larat nak buat bendang.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Jadi sebab itu bagi saya bahawa kalau bolehlah dikaji tentang harga ini, sebab bila harga kalau sekarang kerajaan letak RM750 bagi saya masih rendah tapi kalau kerajaan boleh naikkan sampai katalah RM1,000 umpamanya satu hektar, sudah tentulah kilang- kilang swasta boleh menaikkan lagi sampai RM1,200 ataupun RM1,300...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas, ringkas soalan Yang Berhormat. Ringkas Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Ataupun RM1,300 macam mana di Selangor sekarang ini, kerajaan tetap RM750. Kilang swasta naik sampai RM1,200. Jadi bagi saya bahawa akan ada rangsangan yang lebih.

Kemudiannya juga ialah pengimportan beras daripada luarnya 30% ini. Saya difahamkan bahawa beras yang kita import dari luar ini beras yang kualiti tinggi daripada beras tempatan. Jadi apa salahnya kalau boleh kita letakkan satu syarat supaya beras yang diimport itu beras yang mesti kalau tidak rendah pun dia mesti sama dengan kualiti beras tempatan. Barulah beras tempatan kita boleh bersaing sedangkan beras tempatan kita harganya di log sedangkan beras yang di luar itu beras yang harganya tidak di log. Jadi sudah tentu bahawa kemampuan dan keupayaan petani kita untuk bersaing tidak ada kemampuan. Jadi saya minta penjelasan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri nak jawab satu daripada satu ataupun nak dengar semua empat orang yang bangun tadi. Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Sekali habis. Okey, sekali dan itu saja. Lain tidak ada dah.

final • 2:33 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuala Krai, Kuala Krai.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat ya kerana menteri akan catatkan soalan. Lepas itu dia jawab sekali.

final • 2:33 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Baik, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai padi bukit tadi dibangkitkan tentang Sabah dan Sarawak. Soalan saya ringkas saja. Sama ada dipertimbangkan di sebelah Semenanjung. Walaupun kita kata yieldnya rendah dan membuka tanah-tanah baru juga melibatkan kos yang tinggi tetapi kita bukan banyak pilihan kerana nak mengganti, nak mencukupkan beras ini kita kena memikirkan berbagai-bagai approach.

Jadi, yang pertamanya adakah idea ini akan diperluaskan ke tempat-tempat di Semenanjung ataupun hanya kekal di Sabah dan Sarawak. Yang keduanya, hasil daripada penanaman padi ini berbanding dengan di Kuala Krailah contohnya dengan penanam kelapa sawit dan juga getah, padi ini jatuh bawah, rendahlah. Akan tetapi kita tidak boleh bagi pilihan sangat antara menanam padi dengan menanam getah misalnya sebab hasilnya itu berbeza dan kegunaan beras ini cukup penting kepada manusia.

Jadi adakah kementerian bersedia untuk menimbang supaya minat untuk menanam beras di tempat-tempat yang tidak konvensional seperti daerah-daerah berbukit di Kuala Krai ini insentifnya dilebihkan supaya walaupun tidak sama dengan hasil orang menanam getah dan sawit, tetapi tidaklah jauh ketinggalan supaya dapat membuka ruang dan minat yang baru kepada bakal-bakal petani. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 2:33 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payahlah Yang Berhormat. Tiga orang dekat sana telah bincang nombor berapa nak jawab.

final • 2:33 PM

Datuk Wilfred Majilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya spesifik. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan tentang bantuan ataupun peruntukan yang disediakan untuk Sabah dan Sarawak.

Saya ingin bertanya di sini bagaimanakah kerajaan ataupun kementerian menyalurkan peruntukan ke Sabah. Sama ada ia disalurkan melalui kerajaan negeri ataupun kepada pihak-pihak yang mahu membuka tanah baru iaitu sama ada kalau sekiranya ada syarikat yang ingin membuka satu ladang mini estate padi ini. Sama ada ia terus boleh memohon kepada kementerian ataupun melalui persatuan ataupun melalui kerajaan negeri.

Jadi ini sangat penting sebab Yang Berhormat Menteri, saya perhatikan bahawa di Sabah ini sudah ada beberapa syarikat yang minat, sudah pun bermula tetapi mereka belum mendapat tahu bagaimana untuk mendapat bantuan daripada kerajaan ataupun kementerian.

Kedua, bagaimanakah para petani untuk mendapat ini mengenai dengan delivery system Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan bantuan ataupun pemberian bantuan input seperti racun dan sebagainya. Adakah petani kecil ini perlu untuk menjadi ahli peladang ataupun mereka boleh memohon melalui jabatan ataupun mana-mana pihak sebab apa yang penting ialah bantuan ini sampai kepada mereka pada masa yang tepat. Kalau bantuan ini sampai apabila mereka siap dengan parit dan sebagai ini tidak berkesan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam soal untuk membuka kawasan baru penanaman padi ini, memang kita tahu bahawa kawasan tanah rata memang satu hari nanti terhad. Di Sabah ini memang kita masih ada tetapi untuk mencapai sasaran 60% banyak di Sabah ini, lambat laun tanah rata itu habis.

Saya ingin mencadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita boleh seperti negara-negara jiran umpamanya, seperti Indonesia di mana kita lihat di Tanah Jawa dan juga Bali di mana bukit-bukit yang sederhana itu boleh diterokai untuk tanam padi.

Penduduk padi ini berjumlah empat bilion.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah, tidak payah Yang Berhormat. Cadangkan di bukit saja. Tanam padi di bukit Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ini lain daripada padi bukit, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini ceramah panjang sangat Yang Berhormat. Saya sudah pergi Bali, saya dah pergi Jogjakarta tengok tanam padi Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua sebab saya di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua saya sudah cuba untuk menerokai bukit itu, menambah kawasan baru dan ini boleh dibuat. Jadi saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk melihat, mencadangkan perkara ini di masa akan datang sebab ini soal kawasan baru ya. Jadi ini bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:33 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita mula-mula empat orang saja yang berdiri Yang Berhormat. Sekarang bila Yang Berhormat- Yang Berhormat di belakang itu dah bagi idea sikit, kita nak bangun pula tambah. Jadi Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Pokok Sena bangun empat kali dapat bercakap. Satu, soalan permintaan nombor satu. Di kawasan saya ada dinamakan panggil kawasan Cucak dan Langkap. Petani-petani Cina mengusahakan pertanian. Mereka mengadu kepada saya, tulis surat.

Saya nak bagi Yang Berhormat Menteri sebut dalam Dewan yang mulia ini, mereka minta berilah kebenaran kepada mereka untuk jual padi mereka ke luar kawasan sebab harga jual di dalam kawasan jauh lebih rendah daripada harga yang mereka boleh dapat di luar kawasan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri kelulusan untuk jual di luar kawasan ini. Ini kalau tidak nanti saya hilang undi. [Ketawa] Satu. Ringkas-ringkas saja Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagus Yang Berhormat. Baguslah. Cukup memuaskan.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kedua, di Pasir Salak ini juga saya ada kawasan sawah padi selain daripada Cucak masyarakat Cina, masyarakat Melayu di Seberang Perak, Kampung Gajah. Lebih kurang 20,000 ekar di bawah penyeliaan FELCRA. Kawasan sini mengikut penyata kewangan FELCRA, tidak boleh cover cost of production. Kawasan pertanian padi itu. Nak cover cost of production pun tidak boleh.

Dulu masalah penyakit siput gondanglah, padi anginlah, padi itulah, inilah apa semua. Jadi hasil keluarannya sangatlah rendah dan tidak boleh bukan setakat nak untung, nak dapat kos balik pun tidak boleh. Jadi dengan sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri tolong arahkan agensi yang berkenaan MARDIkah, apakah untuk selesaikan masalah ini. Karang cakap panjang Tuan Yang di-Pertua marah saya.

Okey, nombor tiga. Lagi satu di Sungai Manik. Satu lagi kawasan Sungai Manik ada lebih kurang 20,000 ekar lagi. Saya bagi makan semua rakyat Malaysia ini. Padi kita banyak...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak, jangan pandang sana. Pandang sini. Saya yang respond itu.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

..Jadi di sini tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut. Dia kata dalam midterm preview ini kita akan bagi peruntukan. Kerajaan akan beri peruntukan banyak termasuklah Kerian-Sungai Manik.

Saya nak tarik perhatian Yang Berhormat, Kerian-Sungai Manik ini, bukan setakat Sungai Manik, tetapi Kerian ini ada orang utara pun daripada Kerian depa curi peruntukan Sungai Manik itu bawa ke Kerian.

Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri peruntukan untuk Sungai Manik saja berapa? Saya tidak kiralah bagi tempat lain, bagilah banyak-banyak. Saya tidak dengki tetapi yang Sungai Manik ini saya nak tahu. Kalau Yang Berhormat kata nak jadikan pertanian modenlah, itulah, ini precision farminglah semua bala, sekurang-kurang mahu RM300 juta. Minta. Dan Yang Berhormat Menteri Kewangan pun dah umum dia kata lulus peruntukan itu. Cuma jumlah saja tidak tahu.

Selain daripada itu, last sekali... Hey, kalau saya bercakap selalu mengacau ya.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan, jangan dengar gangguan dia orang Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Last sekali, ini satu idealah, konsep kalau boleh kerajaan pertimbangkan. Petani padi ini, kenapa kita tekan harga barangan mereka?

Harga barangan lain boleh naik, naik, naik, naik. You know. According to mengikut harga pasaran. Cost of production naik, harga boleh naik. Pembeli bayarlah harga berapa- berapa pun. Harga ikan pun boleh naik, harga apa lagi boleh naik? Macam-macam barang boleh naik tetapi padi ini harga dia disekat-sekat. Kenapa kita kalau dilihat dari satu segi, seolah-olah kita menganiaya petani padi tau. Just because, oleh sebab itu adalah makanan.

Orang kata makanan apa tadi itu?...

final • 2:33 PM

Seorang Ahli

Ruji.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ruji. Saya ada seorang kawan bernama Ruji. Ruji bin Ubi, dari Sabah... [Ketawa] [Dewan riuh] Betul, pegawai yang membawa Menteri pun.

Jadi seolah-olah Tuan Yang di-Pertua, kita tidak memberikan satu keadilan kepada petani yang mengeluarkan padi dan beras. Saya rasa kalau kita biarkan, apungkan kepada pasaran bergantung pada supply and demand, saya rasa mungkin harga beras yang boleh dijual boleh menjadikan petani-petani berpendapatan dua atau tiga kali ganda daripada mereka yang dapat hari ini. Kaya-kaya belaka depa itu...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Sudah habis dah, dah habis dah? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin. Saya balik ke sini, selepas itu Yang Berhormat... [Menunjuk kepada Yang Berhormat Kubang Kerian] Selepas itu tidak ada soalan lagi ya.

final • 2:33 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha kita untuk menambahkan pengeluaran padi...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Yang Berhormat Jasin ini boleh buat soalan yang ringkas, cepat, padat. Sila Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih. Selain daripada usaha kerajaan untuk membuka kawasan-kawasan baru ini, saya berharap supaya pihak kementerian memberikan perhatian kepada kawasan yang sedia ada, oleh sebab di Melaka pada ketika ini banyak kawasan yang telah terbiar. Seharusnya kementerian memberikan perhatian dalam menambahbaikkan kawasan-kawasan tersebut supaya ia boleh mengeluarkan hasil.

Keduanya, kawasan-kawasan padi sedia ada pada ketika ini, tidak memberikan yield seperti yang diharapkan. Jangan cakap 10 tan, saya fikir 3 tan pun tidak ada. Mungkin kerana variety yang sedia ada ini tidak lagi boleh mengeluarkan hasil yang sepatutnya.

Saya beri satu contoh.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Di negara Taiwan yang mempunyai tanah yang cukup terhad dengan keadaan iklim yang tidak menyebelahi mereka tetapi mereka berkeupayaan untuk eksport beras ke serata dunia. Saya rasa adalah sampai masanya pihak kementerian memikirkan supaya kita meminjam semua kepakaran daripada negara-negara pengeluar seperti Thailand dan Taiwan yang mempunyai kehebatan cara sendiri.

Dalam usaha yang terakhirnya, pada ketika ini sebenarnya kita memerlukan sebanyak 1,000,116 tan setahun padi di mana kita hanya berkeupayaan mengeluarkan 70% daripada angka tersebut. Saya hendak tanya pihak kementerian, setakat ini usaha untuk kita mendapatkan bekalan dari negara Thailand yang telah pun kita adakan usaha, kerajaan telah berusaha ke arah itu, setakat manakah pencapaian kita? Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Satu, satu lagi.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab banyak hal-hal...

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Janji tadi.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini terpulang kepada Yang Berhormat Menteri, tetapi...

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Akhir sekali, tak sampai satu minit.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Kalau ringkas, last pun selepas itu saya tutup padi dan beras kerana banyak lagi.

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Ya, ya, tidak sampai satu minit, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri saya hendak melanjutkan sedikit apa yang disebutkan oleh rakan saya dari Pokok Sena tadi tentang baja.

Baja ini Yang Berhormat Menteri kalau mengikut sesiapa yang pernah terlibat dalam bidang pertanian, baja ini saya bersetuju bahawa berilah mereka ini kupon dan mereka boleh beli untuk baja yang lebih bermutu kerana saya mendapat banyak rungutan daripada petani bahawa baja yang dibekalkan memang tidak bermutu. Kena angin dua, tiga hari, dia jadi batu. Kalau baling anjing, anjing itu boleh meninggal dunia. Ini masalahnya.

Jadi, petani mengharapkan supaya mereka dapat membeli baja yang bermutu dan contoh baja yang bermutu ialah baja yang dikeluarkan oleh bank maya, antara contohnya,15-15-15 ataupun 12-12-17 + 3 elemen. Ini di antara baja yang cukup bermutu.

Jadi saya mengharapkan bahawa berilah mereka kupon dan mereka dapat pergi ke kedai dan membeli baja yang bermutu. Saya harap ini, Yang Berhormat Menteri dapat memberikan perhatian supaya...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ada saham dalam bank maya?

[Ketawa]

final • 2:33 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

...Sebab mereka memang mengharapkan baja yang bermutu dan dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Lagi satu Yang Berhormat Menteri, pendek sahaja.

Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengemukakan satu cadangan iaitu berhubung dengan pemberian subsidi. Yang Berhormat, boleh atau tidak kita pertimbangkan dengan dua kaedah ataupun dua cara?

Yang pertama, kita tidak payah bagi subsidi duit. Kita tukar kepada subsidi biji benih, baja dan juga lain-lain kerana kalau kita tetapkan subsidi wang dengan pada kadar 24:8:1, seperti yang berlaku sekarang ini. Kita lihat harga minimum terkawal yang dibuat itu, itu menjadi asas dalam urusan jual beli sama ada daripada pihak BERNAS ataupun daripada pengilang-pengilang yang lain.

Akan tetapi kalau kita memikirkan dalam keadaan sekarang, kalau kita lihat walaupun tadi rakan saya mengatakan sukar untuk mendapatkan satu hektar bagi 3 tan, tetapi di sebelah Utara dia sebenarnya lebih. Kalau mengikut program yang dibuat oleh pihak kementerian, dia boleh mendapat 7 atau 8 tan, tetapi dengan syarat kalau mengikut stage ataupun jadual yang telah dibenarkan atau yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

Bermakna kata dia akan mendapat jumlah yang dimaksudkan. Akan tetapi yang menjadi masalah, petani-petani kita ini dia degil. Dia tidak mahu mengikut arahan. Dia buat kalau, tarikh yang ditetapkan untuk mahu masuk air dalam sawah pada 12 hari bulan, dia masuk 20.

Jadi fasa ketiga boleh di harvest dahulu ataupun dituai dahulu daripada fasa satu.

Itu yang menjadi racun, dia tebang sana, tebang sini. Itu soal sikap sebenarnya selain daripada prasarana yang dibuat oleh pihak kerajaan. Jadi dalam hal ini, boleh atau tidak kita pertimbangkan? Saya tahu benda ini sukar untuk dilaksanakan, tetapi kalau boleh dua- dua lagi bagus.

Bermakna subsidi benih, subsidi baja, subsidi racun terus diberi kepada petani tidak melalui PPK dan sebagainya. Kalau kita lihat dalam keadaan sekarang, yang petani ini menjadi susah kerana masih ada lagi peranan orang tengah yang boleh dikatakan memonopoli perjalanan penjualan daripada dia tanam, dia bergantung kepada...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 2:33 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

...Dia ambil advance dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Saya akur kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk meringkaskan jawapan saya kepada enam Ahli Yang Berhormat tadi. Saya akan ringkas, selepas ini saya akan pergi kepada isu-isu lainlah. Saya kena tamat jawapan mengenai padi secara ringkas.

Cadangan Yang Berhormat Arau. Terima kasih untuk kita lihat semula kepada agihan subsidi termasuklah mempertimbangkan sama ada hendak melalui orang tengah atau pun tidak. Mengenai subsidi baja, melalui kupon, saya maklumkan bahawa pada masa ini kita terikat dengan kontrak beberapa buah syarikat. Sehingga itu kita tidak dapat hendak mengkajinya.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Jasin, stockpile sekarang ini kira-kira 50% daripada jangkaan stockpile ini sudah dibawa ke Negara Thailand.

Berkaitan dengan untuk mengusahakan tanah sedia ada, insya-Allah, seperti yang saya sebutkan tadi, mungkin Ahli Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan. Kita ada dua pendekatan, iaitu pertama untuk mengusahakan tanah yang sedia ada, yang keduanya ialah untuk mengusahakan tanah baru. Akan tetapi perhatian pada masa ini, khususnya di Semenanjung ialah tanah sedia ada.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Pasir Salak, untuk jual padi di luar kawasan, memang sekarang ini dilonggarkan sedikit peraturan tetapi perlu ada pertimbangan tertentu dan saya mohon bagi kawasan Cucak dan Langkap, Yang Berhormat kemukakan surat kepada saya.

Berkaitan dengan MARDI mengkaji kawasan FELCRA, katanya tidak dapat cover kos. Kita akan minta MARDI untuk berhubung dengan FELCRA. Berkaitan dengan agihan, saya tidak ada sekarang ini. Apa yang disebut tadi ialah Krian-Sungai Manik, RM209.6 juta.

Saya akan berhubung dengan Yang Berhormat Pasir Salak berkaitan dengan harga padi, saya sudah sebut tadi.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Tuaran, racun. Sekarang ini semua racun melalui PPK, kupon diberikan melalui PPK. Berkaitan dengan sama ada syarikat juga layak, kita bantuan kerajaan tidak memberikan kepada syarikat. Kita memberikan kepada pengusaha-pengusaha penanam padi. Subsidi kerajaan tidak layak diberikan kepada syarikat, maka itu syarikat hendaklah mengusahakan sendiri tanaman padi.

Yang Berhormat Kuala Krai, kita tidak menghalang penanaman padi bukit di Kuala Krai. Tiada masalah. Mengenai insentif, sekarang ini saya hendak maklumkan bahawa hasil daripada tindakan kerajaan, kita dapati bahawa lebih ramai sekarang ini, dua perkara. Lebih ramai berminat untuk mengusahakan tanah yang dahulu terbiar, yang kedua mereka menjaga dengan lebih rapi sawah mereka.

Umpamanya, di kawasan KADA. Dalam masa sebulan ini, tambahan sebanyak 500 ekar sudah pun kita peroleh daripada kawasan baru oleh sebab mereka merasakan pendapatan sekarang ini lebih tinggi daripada masa yang lalu. Ini sebenarnya berlaku di seluruh negara. Oleh sebab mereka lebih berminat hasil harga yang lebih tinggi dan mereka menjaga sawah mereka lebih baik.

Akhir sekali Yang Berhormat Pokok Sena, berkaitan dengan baja saya sudah jawab tadi. Berkaitan dengan harga, kita perlu memberi pertimbangan kepada pengguna dan pengeluar. Yang Berhormat Pasir Salak tadi bercakap tentang pengeluar padi dan Yang Berhormat Pokok Sena juga pada masa yang lain rakyat Malaysia 27 juta mahu harga yang rendah bagi beras. Maka kerajaan perlu mengambil kira kepentingan dua belah pihak tetapi sudah pasti kepentingan kepada 140 ribu penanam padi tidak kita abaikan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan BERNAS saya sudah jawab, saya tidak mahu ulang. Saya mohon izin untuk terus pergi kepada beberapa isu yang lain dengan ringkas dan penting ialah Dasar Pertanian dan berkenaan padi dan beras. Saya sudah selesai isu-isu yang besar, sekarang saya pergi kepada beberapa isu yang lain.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Yang pertamanya berkaitan tanah terbiar. Yang Berhormat Kimanis, Pasir Salak, membangkitkan tentang tanah terbiar. Kita telah menyediakan...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri meneruskan boleh Yang Berhormat Menteri duduk dulu?

Ini saya ingin menarik perhatianlah kepada Ahli Yang Berhormat, sebetulnya saya mengamati perbahasan daripada tadi iaitu Peraturan Mesyuarat 35(3)(b). Sewaktu bertanya penjelasan daripada Menteri, saya rasa semua itu melanggar peraturan mesyuarat. Oleh kerana apabila kita bertanya mengenai sesuatu perkara penjelasan, pencelahan, cuma ada dua perkara yang boleh dibuat.

Pertama, kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mahu mencelah itu ada ucapan dia yang terdahulu yang disalah erti oleh menteri yang menjawab dan Ahli Yang Berhormat tersebut mahu perjelaskan kepada Menteri, dia berhak menjelaskan. Dua, apabila ada jawapan kepada menteri kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan dan jawapan itu kurang jelas, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh minta penjelasan.

Akan tetapi apa yang berlaku kepada kita yang menjadi budaya selama ini yang tidak ditegur ialah amat tidak adil kepada menteri kerana sewaktu Ahli-Ahli Yang Berhormat berdiri untuk mencelah, yang dibawa adalah perkara-perkara baru. It's very unfair for the minister, persoalan baru yang dibawa.

Peraturan Mesyuarat 35(4), seseorang ahli yang telah bercakap dalam sesuatu masalah itu boleh bercakap, menerangkan apa-apa perkara besar dalam ucapannya yang telah menerbitkan kesamaran faham. Yang saya sebut tadi apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat punya ucapan awal dalam perbahasan disalah erti oleh Menteri. Yang penting di sini ialah “...tetapi tidak boleh dikeluarkan perkara-perkara baru”.

Ini kerana seperti yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak perkara baru yang terpaksa Menteri menjawab. Untung baik saya perhatikan Menteri dapat menjawab segalanya tetapi tidak adil bagi menteri perkara yang perlu notis ditanya pada ketika dalam menggulung perbahasan.

Itulah makanya kita menghabiskan banyak masa. Jadi siapa yang hadir pada hari ini tolong ingatlah perkara-perkara ini. Saya tidak menuduh kepada Yang Berhormat Pasir Salak saja, kepada Yang Berhormat Pokok Sena juga, kepada Yang Berhormat Kubang Kerian juga, kepada Yang Berhormat Batu Pahat juga jangan salah anggap. Kepada semua yang hadir. Kepada Yang Berhormat Ipoh Timur juga kalau ada, kepada Yang Berhormat Kepong juga.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya rasa sudah sampai masanya kita terima nasihat Tuan Yang di-Pertua tapi saya tengoklah dalam Dewan ini semua sudah tua-tua. Tidak mahu makan nasihat. Jadi Tuan Yang di-Pertua buat begini sahaja. Siapa yang salah ambil tindakan. Baru saya ingat everthing will go as you want it to be...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, saya akan...

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebab kita tidak tahu, kadang- kadang apa salah kita.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Pasir Salak, saya setuju dengan itu dan saya akan bermula dengan Yang Berhormat Pasir Salak... [Dewan ketawa].

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak apa. Saya boleh terima kalau sekiranya saya melakukan kesalahan. I will accept.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:33 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya minta Tuan Yang di- Pertua mengambil sikap yang begitu kepada semua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, insya-Allah saya akan buat.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan. Walau pun itu terkandung dalam peraturan tapi kalau perkara baru itu kadang- kadang perkara baru itu ada kaitan dengan perkara yang disebut sebelum itu. Jadi, perkara yang kadang-kadang dari sudut fakta yang kita hendak penjelasan.

Kalau menteri kata dia tidak boleh jawab, tapi dia boleh jawab secara secara bertulis. Tidak ada masalah. Saya kata itu kalau begitu keadaannya kita strict dengan peraturan yang begitu bentuknya, sudah tentulah bahawa kita tidak boleh berbincang apa- apa. Perkara yang kadang-kadang hari-hari, day-to-day berlaku. Satu keadaan yang...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham itu Yang Berhormat Pokok Sena. Itu maknanya kita mempunyai peraturan mesyuarat. Umpamanya, pada waktu pagi di negara-negara maju umpamanya dia ada dua iaitu soalan yang bernotis seperti kita buat di Parlimen kita.

Itu kita kasi notis sampai 14 hari.

Dan soalan oral yang instantaneous, terus berdiri seorang Ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang dan tanya kepada para menteri. Dia boleh jawab, yang itu pun perkara-perkara yang straight forward sahaja bukan yang soalan yang berlingkar-lingkar, berbeli-belit yang sedemikiannya. Oleh sebab tidak adil pada menteri.

Umpamanya macam kelmarin Menteri Kewangan, dia menjawab segala. Akan tetapi belum pun melangkah dua, tiga ayat, sudah ada sepuluh yang berdiri. Saya fahamlah itu mustahak, tetapi itulah makanya kita ada peraturan mesyuarat. Jadi apabila kita patuh kepada peraturan mesyuarat, timbul tabiat berdisiplin untuk tanya soalan, maka banyak manfaat yang kita dapat daripada berhujah seperti begini, berkecamuk. Yang Berhormat Shah Alam ada lagi?

final • 2:33 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak sebut satu sahaja, kadang kala jawapan yang dikemukakan oleh menteri itu memerlukan penjelasan dan fakta yang dikemukakan. Lalu kita terpaksa tanya untuk memperluaskan supaya ianya jadi lebih jelas.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham itu, tetapi kadang-kadang soalan baru yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat memerlukan notis untuk menteri menjawab pula. Jadi tidak adil bagi Menteri. Apabila Menteri tidak dapat menjawab seolah-olah Menteri tidak tahu. Bukan tidak tahu! Dia pun kadang-kadang terpaksa mengeluarkan fakta yang baik.

Kalau tidak nanti disalah erti pula bahawa Menteri membohong. Timbul lagi pula satu peraturan mesyuarat bahawa mengelirukan Dewan. Itu maksudnya. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jalan tengah. Saya memahami apa yang dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua bersabit dengan point of order ini. Namanya peraturan mesyuarat. Maklum sahajalah ini Dewan Rakyat, saya percaya tentulah ada fleksibiliti.

Kalau disebut negara maju pun Tuan Yang di-Pertua tapi kita tidak sampai macam mereka yang baling kasut dan bertumbuk pun ada. Kita di sini tidak ada lagi, setakat bertengkar mulut. Jadi saya minta fleksibiliti ini, maknanya kalaulah ada pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk sayalah tersasul bertanya perkara-perkara yang tidak ada kena mengena belum diungkit dalam mesyuarat Menteri boleh jawab secara bertulis. Terpulang pada Menteri yang menjawab.

Saya tengok begitu supaya kalau rigid sangat susah juga hendak bercakap Tuan Yang di-Pertua. So, tengah-tengah lah.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma mengingatkan. Tidaklah saya dan timbalan- timbalan saya rigid. Kita fleksibel juga tapi ingat-ingatlah kepada peraturan mesyuarat. Ahli Yang Berhormat sendiri nampak saya fleksibel, betul saya fleksibel. Kadang-kadang apa yang saya perhatikan kalau itu menjadi satu budaya kita, bermakna itu menjadi satu budaya Parlimen Malaysia yang baik.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kita akan buat peringkat berperingkat disiplinkan diri, bertanya, jangan panjang mukadimah, jangan bertanya perkara baru. Senang bagi menteri bekerja, senang bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sila menteri.

final • 2:33 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanah terbiar telah menarik perhatian Yang Berhormat Kimanis, Lipis, Putatan dan juga Pasir Salak. Saya ingin maklumkan bahawa di Bahau, Negeri Sembilan, kerajaan mencadangkan untuk memajukan kira-kira 3,600 hektar tanah terbiar yang melibatkan kos sebanyak RM78 juta.

Secara umumnya untuk membangunkan tanah terbiar ini memerlukan kos pembangunan berstruktur sebanyak RM20,000 satu hektar. Jadi Insya-Allah perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kimanis, Lipis, Putatan dan Pasir Salak akan diambil perhatian dan kita akan pastikan 3,600 hektar ini dapat dimajukan di bawah Program Tanah Terbiar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Seterusnya perkara keempat, berkaitan dengan bumi hijau dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, Jempol dan Tenggara. Yang Berhormat Jempul bertanya sama ada bumi hijau ini kita buat di bandar-bandar. Mungkin Jempol salah tanggapan.

Pelancarannya kita mulakan di Putrajaya untuk menggalakkan mereka tinggal di sana menanam sayur tetapi pelancaran juga akan dibuat selepas ini di Negeri Sembilan dan Melaka melibatkan kawasan-kawasan kampung.

Jadi saya ingin memaklumkan program-program ini program yang penting.

Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa kita menggalakkan budaya jimat cermat, kita menanam sendiri keperluan dapur kita dan dengan itu kita berharap kos perbelanjaan kita akan dapat dikurangkan. Jadi saya ucap terima kasih kepada Bagan Serai, Jempol dan Tenggara yang membangkitkan tentang isu bumi hijau.

Yang kelima, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perikanan yang dibangkitkan oleh Lenggong, Maran, Setiu, Parit Buntar dan juga Simpang Renggam. Lenggong bertanya tentang industri hiliran air tawar, insya-Allah saya sudah pun menjawab soalan Yang Berhormat dalam Dewan ini...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kepong berdiri, Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

...Dan saya tidak mahu menambah. Saya hendak ulang sekali lagi bahawa Lenggong akan dijadikan sebagai pusat industri hiliran air tawar di negara kita. Berkaitan dengan pertanyaan Maran, bilangan nelayan ikan air tawar adalah 10 ribu orang di seluruh negara. Berkaitan dengan Bagan Serai, sama ada hendak dilimpahkan projek Ulu Perak ke Daerah Kerian, kita akan kaji perkara ini.

Berkaitan dengan Parit Buntar yang membangkitkan tentang jeti yang dikatakan usang, saya maklumkan bahawa kerajaan telah membina tiga buah jeti di kawasan Tanjung Piandang, di Sungai Betol, Kampung Baru Nelayan dan Sungai Air Hitam. Yang usang itu jeti swasta dan kita harap nelayan-nelayan akan menggunakan jeti yang disediakan oleh kerajaan – tiga buah jeti dibina oleh kerajaan.

Akhir sekali berkaitan dengan perikanan ini...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu, Yang Berhormat. Kepong berdiri dari tadi.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Dua perkara lagi. Sekejap ya. Dua lagi perkara, isu berkaitan perikanan. Setiu membangkitkan tentang lesen untuk bot-bot kecil, bot pantai.

Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini terdapat kira-kira 5,300 buah bot yang belum dilesenkan. Ini ada kaitan dengan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa kita menguruskan sumber perikanan dengan mapan. Jika terlalu banyak bot diberikan lesen, ini akan menjejaskan sumber perikanan.

Akhir sekali berkaitan dengan perkara ini, isu yang dibangkitkan oleh Simpang Renggam yang mana kawasan Simpang Renggam ada ikan hiasan. Ada isu-isu berkaitan dengan kerenah pentadbiran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dan galakan-galakan yang mahu diberikan kepada penternak ikan hiasan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Saya ingin maklumkan bahawa sektor ini sektor yang penting, memang kita hendak bangunkan. Antara usaha-usaha yang kita lakukan ialah memberi latihan teknikal, mempromosikan ikan hiasan dalam negara dan luar negara dan kerajaan bertekad untuk memastikan bahawa bidang ini akan berkembang di masa akan datang. Kepong.

final • 2:33 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya nampak kenyataan daripada Datuk Bandar kita berkenaan bumi hijau ini, hendak galakkan penghuni-penghuni di blok-blok PPR, Program Perumahan Rakyat.

Ini bermakna ada 16 atau 17 tingkat dan beratus-ratus atau beribu-ribu penghuni hendak digalakkan tanam tanaman di keliling perumahan itulah. Apakah pendapat Yang Berhormat, macam mana hendak tanam? Saya pun tidak tahulah. Kalau ada 1,000 penghuni di situ, dia hendak tanam sedikit, jadi kita memberi 1,000 petaklah untuk tanaman.

Saya tidak membantah tanam, cuma macam mana kita dapat melaksanakannya.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, Tuan Speaker.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh sedikit sahaja. Inilah berbalik kepada yang Tuan Yang di-Pertua sebut tadi. Yang Berhormat Kepong tidak ada bertanya soalan itu dalam perbahasan dahulu.

final • 2:33 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak, tidak.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kenapa dia bangun bercakap? Satu. Kedua, penerangan menteri berkenaan dengan apa yang dia cakapkan, tidak ada kena mengena dengan hendak minta penjelasan itu. Tidak boleh bangun! Ini salah. Speaker benar... [Ketawa]

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Pasir Salak. Itu makanya kadang-kadang saya sendiri pun bingung juga... [Ketawa] Yang dikasi pandangan ini seperti Pasir Salak cakap, semuanya pun tidak tahulah.

final • 2:33 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Kalau begitu, bebaskanlah sahaja, Tuan Speaker.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya yang membawa isu bumi hijau ini Jempol. Apa yang berlaku di peringkat pelaksanaannya, Yang Berhormat Menteri, ialah dilaksanakan di peringkat taman-taman perumahan... [Disampuk]

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya, tidak apalah. Terima kasih Jempol. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

...Di taman-taman perumahan. Jadi apa yang saya maksudkan kalau boleh dilaksanakan di kampung-kampung. Itu maksud saya bangkitkan perkara ini.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab Jempol dan Kepong.

Mengenai saranan Jempol, saya ingin jelaskan di sini bahawa memang itu hasrat kita, dilancarkan di kawasan taman perumahan dan juga di kampung-kampung.

Cumanya di Kuala Lumpur, dilancarkan di Putrajaya. Di Negeri Sembilan, Melaka dan tempat lain akan dilancarkan juga di kampung. Jadi dua komponen, satu di kawasan perumahan, satu di kampung. Jadi kampung tidak akan diabaikan. Malah sebahagian besar program ini adalah untuk kampung. Terima kasih Jempol.

Mengenai Kepong, kita telah berbincang dengan dewan bandar raya dan telah pun mengenal pasti lapan kawasan PPR yang boleh dilaksanakan program ini, termasuklah kawasan-kawasan di bawah transmission line berdekatan dengan PPR ini. Jadi bukan tanam atas bangunan tetapi tanam di bawah dan kita sudah berbincang dengan Dewan Bandar Raya, lapan kawasan sudah dikenal pasti dan juga kita bincang dengan persatuan penduduk. Sudah pastilah bukan semua dapat terlibat. Jadi kita berunding dengan persatuan penduduk dan juga dewan bandar raya. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Oleh kerana ramai rakan-rakan, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk pergi kepada isu yang keenam berkaitan dengan ternakan.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 2:33 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

[Bangun]

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Bagan Serai dan juga Kimanis ada bangkitkan perkara. Yang pertama Bagan Serai kata...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Marang berdiri.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskanlah.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Saya ingat untuk berlaku adil kepada semua. Sudah terlalu lama ya, Marang. Saya boleh jawab semua, insya-Allah, tetapi kerana ramai lagi, saya tidak dapat..

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan, Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Saya teruskan ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bagan Serai ada dua perkara dibangkitkan. Yang pertama Bagan Serai kata yang dapat bantuan ternakan ini ialah kroni-kroni.

Saya ingin maklumkan bahawa untuk bantuan ternakan, ada dua saluran, ada dua peruntukan..., yang pertama, negeri dan yang kedua adalah Pusat. Sebenarnya ada beberapa buah negeri. Negeri mempunyai peruntukan lebih besar daripada Persekutuan.

Kita ada beberapa peraturan untuk memberikan bantuan dan adalah tidak benar dakwaan Bagan Serai bahawa bantuan diberi kepada kroni.

Berkaitan dengan pertanyaan Bagan Serai mengenai National Boer Breeding Center di Taiping, pada asalnya 3,500 ekar, sekarang ini 2,500 ekar sahaja oleh kerana ada pencerobohan pada peringkat awal dan kita rasa 2,500 ekar ini mencukupi untuk kita membangunkan kawasan berkenaan kepada Boer Breeding Center di negara kita. Untuk makluman, pada tahun ini kita ada peruntukan RM5 juta dan kita akan bangunkan kawasan ini iaitu kira-kira 450 ekar pada tahun ini...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Kimanis bangkitkan tentang cadangan berkaitan dengan untuk menternak lembu...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Minta penjelasan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

...Di kawasan kelapa sawit. Tuan Yang di-Pertua, ternakan lembu secara integrasi ini, setakat ini 27 projek telah berjaya dibangunkan.

Potensi belum digunakan sepenuhnya dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa keseluruhan kawasan kelapa sawit di negara kita, khusus di bawah FELDA akan dapat kita majukan untuk ternakan, Tuan Yang di-Pertua. Itu hal berkaitan tentang ternakan...

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

...Berkaitan dengan teknologi, yang membangkitkan hal teknologi dalam pertanian ialah Batu Pahat, Parit Buntar, Kota Melaka dan Sabak Bernam. Saya ingin maklumkan bahawa MARDI ditugaskan untuk memastikan bahawa penggunaan teknologi di bidang-bidang pertanian dimaksimumkan. Ini bagi memastikan bahawa kita dapat meningkatkan pengeluaran dalam industri padi.

Umpamanya, MARDI pada masa ini terlibat dalam usaha untuk mencari benih hibrid yang mampu untuk mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Pada masa ini benih padi yang paling popular ialah MR219, kira-kira 70% daripada benih padi negara kita ialah MR219 dan teknologi akan digunakan. Bukan sahaja teknologi dari segi bioteknologinya tetapi juga dari segi pengurusan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tadi saya sebut tentang precision farming yang sudah pun dilaksanakan di Jelai, di kawasan MADA. Jadi insya-Allah saranan Batu Pahat, Parit Buntar, Kota Melaka dan Sabak Bernam berkaitan dengan penggunaan teknologi dan pertanian akan kita mantapkan.

Mengenai agro pelancongan yang dibangkitkan oleh Sabak Bernam, saya ingin maklumkan bahawa pada masa ini beberapa kawasan termasuklah kawasan Yang Berhormat di mana terdapat Bagan Nakhoda Omar yang berjaya dan kita telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 12 kawasan lain yang sudah pun berjaya dimajukan sebagai pusat agro tourism termasuklah di Kampung Ulu Cucuh di Sepang, termasuklah Empangan Perdu, kawasan Merbok.

Ini adalah antara kawasan-kawasan, maknanya dengan adanya agro pelancongan ini, bukan sahaja petani dapat mengusahakan bidang pertanian, perikanan, tetapi juga boleh menarik pelancong untuk melawat kawasan-kawasan berkenaan.

Perkara kesembilan, berkaitan dengan pemasaran, dibangkitkan oleh Pontian dan juga Permatang Pauh. Saya dimaklumkan, saya peka dengan saranan ataupun kritikan Yang Berhormat, bahawa perlunya kerajaan tingkatkan usaha untuk memasarkan hasil pertanian. FAMA dipertanggungjawabkan untuk memasarkan barangan pertanian, dan pada masa ini FAMA sudah ada 96 pusat pengumpulan ladang. Akan tetapi, FAMA bukanlah the buyer of last resort, dengan izin, yang FAMA lakukan antara lain ialah mengusahakan ladang kontrak.

Pada masa ini, sudah ada 17,000 hektar kawasan ladang kontrak melibatkan 10,000 orang peserta. Sebagai contoh, di kawasan Setiu umpamanya, FAMA sudah mengadakan ikatan kontrak dengan petani-petani di Setiu untuk menanam bitato, iaitu satu jenis ubi keledek yang baru, ini contoh di mana FAMA membantu petani-petani untuk menembusi pasaran termasuklah untuk menembusi pasaran hypermarket. Ladang kontrak merupakan salah satu daripada pendekatan seperti yang dicadangkan oleh Kuala Nerus.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai industri asas tani yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa kementerian saya bukan sahaja bertanggungjawab kepada industri pertanian, tetapi juga terlibat dalam usaha-usaha untuk memajukan industri pemprosesan makanan termasuklah snek dan lain-lain.

Kita berbangga, setakat ini, kira-kira 7,200 orang usahawan industri asas tani telah pun dibangunkan dan ada di antara mereka, jualan sudah mencecah lebih RM1 juta.

Peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini ialah kira-kira RM168 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita akan giatkan lagi sektor ini, kerana ia penting dan dengan adanya value added, dengan izin, maka petani-petani akan dapat menambah pendapatan mereka.

Akhir sekali, berkaitan dengan kewangan, pinjaman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara khususnya. Tenggara mahu supaya Agro Bank, memastikan bank lebih mesra kepada pelanggan, dan untuk memastikan kementerian memantau prestasi Agro Bank.

Saya ucapkan terima kasih kepada cadangan daripada pihak Yang Berhormat.

Saya ingin maklumkan bahawa untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, Agro Bank telah memperuntukkan kira-kira RM1.1 bilion juga untuk membantu usahawan dalam bidang pertanian, dalam bidang padi, akuakultur dan lain-lain dan termasuklah untuk membantu PKS atau perusahaan kecil dan sederhana, termasuk juga tabung untuk pemakanan, Skim Kredit Mikro dan beberapa skim yang lain. Jadi, kita akan pastikan bahawa petani-petani tidak dipinggirkan dan merupakan business utama Agro Bank untuk membantu petani dan saya beri jaminan bahawa petani-petani akan diberikan pembelaan sewajarnya.

Saya akhiri, selepas itu, saya akan bagi satu, dua peluang. Akhir sekali, Hulu Rajang ingin supaya Agro Bank memberi bantuan kepada industri akuakultur di kawasan Ulu Rejang. Saya ingin maklumkan bahawa pada masa ini, ada dua orang usahawan di Ulu Rejang yang telah pun diberi bantuan dan insya-Allah, Agro Bank akan lebih agresif dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pinjaman kepada petani-petani, penternak dan nelayan.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Itulah antara isu-isu utama yang dibangkitkan dan saya bagi peluang kepada Yang Berhormat, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kalau satu dua soalan saya sudi untuk menjawabnya.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gelang Patah dan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Gelang Patah dahulu...

final • 2:33 PM

Seorang Ahli

Alamak Tuan Yang di-Pertua, saya tak cakap.

final • 2:33 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan mengenai permit masuk atau permit import sayur-sayuran yang dikeluarkan oleh FAMA. Saya ingin mengetahui bahawa, adakah permit ini hanya dibuka untuk bumiputera sahaja atau untuk semua kaum di Malaysia? Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:33 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Skim Pinjaman Mikro, Bank Pertanian atau Agro Bank, kerana saya dapati kemudahan pinjaman yang diwujudkan di Agro Bank dipanggil Mas, iaitu pinjaman kecil yang hadnya RM20,000.

Baru-baru ini saya melawat Agro Bank di kawasan saya di Pasir Mas, dan mendengar taklimat daripada pengurusnya, ianya cukup menggalakkan iaitu hampir 98% mereka yang meminjam membayar balik. Jadi, soalan saya, saya dapati banyak di kalangan usahawan-usahawan kecil di kampung-kampung belum lagi mengetahui kemudahan ini yang boleh digunakan mengatasi pinjaman Ah Long.

Jadi saya nak tanya, bagaimanakah kempen penerangan, kemudahan pinjaman ini kerana ianya cukup memberi faedah kepada peniaga-peniaga, usahawan-usahawan kecil di kampung-kampung. Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang penghabisan Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan MBBC ini, saya telah pun melawat kawasan yang berkenaan, dan saya dapati bahawa peneroka-peneroka begitu hebat sekali mereka meneroka dan kita dapati bahawa tidak ada tindakan diambil.

Saya rasa mungkin tidak ada tindakan yang keras terhadap mereka sehingga mereka menceroboh ke kawasan pejabat MBBC sendiri. Pada masa saya melawat tiga minggu lepas, saya dapati petani-petani ini datang dengan membawa motosikal, bawa anak benih kelapa sawit, dengan pisang, jadi apa yang saya dapati bahawa ketidaktegasan pihak kementerian ataupun bahagian-bahagian tertentu untuk mengawasi, mengambil tindakan terhadap penceroboh-penceroboh ini.

Saya harap, apa yang diperlukan, iaitu supaya mereka ini diambil tindakan yang tegas dan saya tahu bahawa ada peneroka-peneroka ini telah menjualkan tanah tersebut.

Jadi, sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya kepada kes tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu adalah cerita tiga minggu yang lalu. Saya difahamkan bahawa sebahagian besar masalah sudah pun dapat dikurangkan. Jadi, saya akan semak perkara ini. Memang perkara ini telah dibawa kepada perhatian saya.

Jabatan Veterinar memerlukan kerjasama daripada pihak PTG, Pejabat Tanah dan Galian, pihak polis dan juga pihak berkuasa tempatan termasuklah kerajaan negeri untuk memastikan bahawa tidak berlaku pencerobohan. Ini tanah kerajaan, sudah pun selesai pengambilan baliknya, dan tidak harus berlaku pencerobohan dan kita akan pastikan bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu tidak berlaku lagi kerana projek ini penting untuk menambah baka kambing boer dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 2:33 PM

Dato’ Mustapa Mohamed

Yang Berhormat Pasir Mas, untuk makluman Yang Berhormat, Skim Mikro Kredit ini diperkenalkan kira-kira dua tahun yang lalu. Beberapa buah bank komersial telah pun dikenal pasti dan Agro Bank merupakan salah sebuah daripada bank yang dipertanggungjawabkan, peruntukan RM100 juta, peminjamnya sudah hampir 18,000 di seluruh negara, memanglah berjaya kerana laluan atau akses untuk mendapat pinjaman ini tidaklah begitu rumit.

Dan saya rasa ramai yang sudah mengetahui tentang perkara ini, tetapi kalau belum diketahui lagi insya-Allah kita akan mempromosikan lagi kemudahan yang disediakan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pinjaman secara segera, yang tidak terpaksa melalui terlalu banyak kerenah birokrasi.

Akhir sekali, Yang Berhormat Gelang Patah menyentuh berkaitan permit import.

FAMA antara lainnya mengeluarkan permit import untuk mengimport kubis umpamanya, dan adalah tidak benar bahawa cuma bumiputera sahaja yang diberi kelulusan untuk mengimport kubis. Itu adalah jawapan kepada Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi ruang kepada saya untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan ada banyak perkara yang tak dapat saya sentuh, saya mohon maaf. Insya-Allah kita mengambil kira segala teguran, saranan, pandangan Yang Berhormat untuk memajukan lagi sektor pertanian dan industri asas tani dalam negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syabas kepada jawapan-jawapan yang begitu pantas dan begitu bersabar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan daripada Kementerian Pelancongan yang dijadualkan di nombor 12 dinaikkan ke nombor 11 menggantikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam susunan giliran menteri- menteri menjawab ke atas perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Menteri Pelancongan, sila.

final • 2:33 PM

Menteri Pelancongan - Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, yang melibatkan Kementerian Pelancongan.

Seramai sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat daripada Jasin, Jempol, Sabak Bernam, Kota Melaka Sungai Siput, Pontian, Kuala Krau, Wangsa maju dan juga Bintulu. Yang Berhormat daripada Jasin pula telah mencadangkan agar satu peruntukan yang lebih besar dapat diberikan bagi membangunkan industri pelancongan dalam negara.

Bagi pihak Kementerian Pelancongan, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang dapat membantu menyuarakan hasrat yang sememangnya juga amat diharapkan oleh kementerian. Sektor pelancongan negara kita telah memperoleh pendapatan yang begitu banyak pada tahun lepas iaitu sebanyak RM46.1 bilion daripada tukaran wang asing. Jumlah kedatangan pelancong-pelancong pada tahun lepas adalah seramai 20.9 juta. Ini merupakan pendapatan kedua terbesar dalam negara selepas sektor pembuatan.

Yang Berhormat Jempol pula telah menyatakan harapan agar kementerian dapat menaik taraf infrastruktur di kawasan homestay di Negeri Sembilan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, sehingga Mei 2008 di Negeri Sembilan terdapat tujuh buah kampung yang mana seramai 213 orang menjadi peserta homestay. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 2.6 juta untuk menaik taraf kemudahan homestay di Negeri Sembilan.

final • 5:09 PM

Menteri Pelancongan - Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah memaklumkan bahawa ramai pelancong daripada Singapura telah melawat homestay di Negeri Sembilan. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan promosi mewujudkan budaya homestay bagi pelancong-pelancong luar di mana bagi pihak kementerian akan dapat menambah nilai pendapatan dan menambah jumlah permintaan kepada produk-produk tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam pula telah memohon agar kementerian mempromosikan Sabak Bernam yang mempunyai pakej homestay yang begitu menarik di samping aktiviti memancing dan rekreasi di Bagan Nakhoda Omar. Pada ketika ini di Selangor terdapat 16 buah kampung homestay dengan jumlah peserta sebanyak 371 orang dan Sabak Bernam sendiri mempunyai empat program homestay iaitu di Kampung Ayer Manis, Patitusulin, Sepintas dan juga Batu 23 Sungai Nibong.

Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk projek-projek naik taraf kemudahan homestay di negeri Selangor. Antara aktiviti-aktiviti yang disertai oleh pengusaha homestay adalah seperti program Eco-exchange Challenge, Go Green, Welcome The World, lawatan media dan juga pengusaha perjalanan dan juga promosi makanan.

Yang Berhormat Kota Melaka pula ingin mengetahui nilai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di Melaka, status pelaksanaannya serta adakah mana-mana projek yang dibatalkan. Sebanyak RM48.68 juta telah diperuntukkan untuk negeri Melaka yang melibatkan sebanyak 16 projek. Sebanyak lapan projek telah pun siap dan selebihnya di dalam pelaksanaan. Buat masa ini belum ada lagi mana-mana projek yang dibatalkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, program Eye on Malaysia adalah program Kerajaan Negeri Melaka yang tidak melibatkan Kerajaan Pusat. Kerajaan juga sentiasa melihat pelbagai aspek dan pendekatan terbaru bagi menggalakkan sektor pelancongan di dalam negara kita. Pelancongan pendidikan dan pelancongan perubatan sememangnya menjadi antara pendekatan terbaru kementerian.

Kementerian Pelancongan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menjana pertumbuhan baru dalam sektor pelancongan negara. Kementerian Pelancongan juga sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan memajukan industri pelancongan di dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput pula telah...

final • 5:09 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 5:09 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri telah mengatakan projek Eye on Malaysia ini adalah projek Kerajaan Negeri Melaka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya nampak dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan) tahun ini ada peruntukan diberi atas tajuk Eye on Malaysia. Oleh itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Kota Melaka bertanya tentang projek Eye on Malaysia. Apa yang berlaku ialah projek Eye on Malaysia telah dilaksanakan oleh kementerian pada tahun lepas terutama sekali dalam program Visit Malaysia Year, dengan izin.

Apa yang berlaku pada tahun 2008 ini, di mana kerajaan negeri telah bekerjasama dengan penganjur projek Eye on Malaysia. Peruntukan pelaksanaan projek ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri di mana pada tahun ini tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Itu jawapan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Minta sedikit penjelasan lagi. Adakah ini bermakna bahawa program Eye on Malaysia semasa dianjurkan oleh kementerian ini mengalami kerugian sebab itu peruntukan perlu diminta dari Dewan yang mulia ini?

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, setahu saya dan mengikut maklumat saya, projek Eye on Malaysia yang berlaku bagi Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2007 adalah satu projek yang begitu berjaya.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah kerana projek ini bukan sahaja dilaksanakan sebagai satu projek yang boleh dilihat membawa rakyat Malaysia dan orang asing untuk melihat persekitaran-persekitaran yang berlaku di seluruh kawasan yang diletakkan Eye on Malaysia iaitu di Kuala Lumpur. Projek Eye on Malaysia ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Melaka kerana saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka melihat projek Eye on Malaysia ini satu projek yang akan dapat menambah nilai pelancongan di negeri Melaka.

Bagi pihak kementerian, di sini tidak dinyatakan wujudnya kerugian dalam pengendalian projek Eye on Malaysia, tetapi projek tersebut telah menjadi sewa kepada Kerajaan Pusat. Saya dimaklumkan bahawa projek Eye on Malaysia yang berada di negeri Melaka ini telah menjadi hak milik Kerajaan Negeri Melaka di mana adanya wujud perkongsian antara kerajaan dan juga penganjur.

final • 5:09 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau.

final • 5:09 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut sedikit tentang pelancongan kesihatan ataupun health tourism.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sama ada kita ada pengkhususan ataupun specialization dalam health tourism ini. Kalau kita lihat negara Thailand umpamanya, mereka pun mempromosikan pelancongan kesihatan tetapi ada specialization kepada cosmetic surgery, plastic surgery dan sebagainya.

Saya nampak bahawa promosi pelancongan kita terlalu umum, tidak ada pengkhususan, tidak ada specialty dalam beberapa perkara. Dalam hal ini saya nampak promosi kita untuk pelancongan kesihatan ini terlalu umum, tidak ada pengkhususan. Jadi, saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Menteri sama ada kita ada specialization dalam health tourism ataupun kita promosikan secara umum sahaja tanpa apa-apa kesan yang baik kepada pelancongan kita.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Terima kasih, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang berlaku, kalau kita lihat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, kerajaan telah memaklumkan bahawa seramai 637,975 pesakit daripada luar negara telah mendapat rawatan dan menyumbang sebanyak RM457.5 juta kepada pertukaran asing.

Jadi, daripada apa yang telah kita lakukan, memang Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Kesihatan mewujudkan kerjasama dalam pendekatan mengenai dengan izin, medical tourism ataupun pelancongan kesihatan.

Untuk menjawab soalan bagi Yang Berhormat Rembau sama ada wujudnya pengkhususan bagi Malaysia sama ada kita mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Jawapannya, memang kita ada. Namun begitu, apa yang berlaku kadang-kadang wujudnya satu pendekatan yang tidak begitu teratur di antara Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan dan juga hospital-hospital khasnya hospital-hospital swasta yang melibatkan diri dalam penganjuran promosi terhadap produk-produk mereka.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Baru-baru ini kementerian telah memanggil semua mereka yang terlibat dalam sektor perubatan khasnya syarikat-syarikat swasta, hospital-hospital swasta melalui kerjasama Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan satu pendekatan yang lebih konkrit dan dengan izin, lebih systematic kerana bagi kementerian kita melihat sektor perubatan ini satu sektor yang memang boleh pergi jauh dan menaikkan imej Malaysia.

Kementerian telah dimaklumkan bahawa hospital swasta dalam negara kita antara yang terbaik di Asia, bukan sahaja di Asia Tenggara. Kedua, kementerian juga telah dimaklumkan bahawa doktor-doktor di Malaysia khasnya doktor-doktor pakar ialah doktor- doktor yang sering diminta dan dituntut sebagai doktor pakar.

Walau bagaimanapun, kementerian telah dimaklumkan pada minggu lepas bahawa masalah yang berlaku sekarang ialah ketidakpuasan hati beberapa pelancong yang mempunyai kemampuan untuk mendapat perubatan dalam negara kita di mana mereka kononnya mengalami masalah seolah-olah tidak diwujudkan satu pendekatan yang menggalak kehadiran mereka.

Contohnya pelancong dari Indonesia, pelancong dari Bangladesh seolah-olah adanya persepsi mereka ini adalah pekerja asing. Walhal mereka hendak mendapatkan perkhidmatan perubatan. Itulah sebabnya bagi pihak kementerian kita menyedari perlu wujudnya satu sistem yang begitu ketat supaya kalaulah mereka adalah yang dikategorikan sebagai pesakit untuk mendapat bantuan dan boleh dikategorikan sebagai medical tourism, dengan izin, perlulah kita memberi pengkhususan.

Tuan Yang di-Pertua, dibandingkan dengan negeri Thailand, kementerian telah dimaklumkan hendak cap pasport pun boleh cap di hospital. Itu yang kementerian dimaklumkan. Begitu juga dengan izin, advance pendekatan yang diberi oleh hospital swasta yang berlaku di negeri Thailand. Jadi di sini kementerian melihat dengan adanya hospital yang kelas nombor satu, dengan adanya doktor-doktor yang begitu pakar, apa yang perlu kita wujudkan ialah memperhebatkan promosi di dalam bidang ini.

final • 5:09 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sebenarnya kita mendapat kedatangan pelancong pada tahun 2006 sebanyak 17.55 juta. Sementara di Melaka mendapat 5.4 juta, bermakna 30% datang di Melaka.

Pada tahun 2007, kita dapat pelancong datang sebanyak 20.9 juta di mana Melaka dapat 6 juta. Cukup konsisten figure tersebut sebanyak 30% pelancong datang ke negeri Melaka.

Pulangan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang kedua terbesar, pulangan kepada negara. Pada ketika ini, Melaka hanya mendapat peruntukan sebanyak RM39.7 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi seharusnyalah kerajaan memberikan penekanan dan perhatian kepada pembangunan pelancongan negeri Melaka yang menjadi sumber ekonomi kepada negeri Melaka.

Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, semua pulangan daripada sektor pelancongan misalnya cukai perkhidmatan, cukai perniagaan, apabila pelancong datang, dia bermalam dan berbelanja, sebenarnya yang mendapat cukai tersebut ialah Kerajaan Pusat. Jadi seharusnyalah sebahagian daripada pulangan tersebut dihantar kembali ke negeri-negeri yang banyak membawa pelancong-pelancong. Sebenarnya di negeri Melaka kita mempunyai 11 jenis pelancongan selain daripada pelancongan kesihatan, pendidikan, historical termasuk juga pelancong makan-makan.

Di kawasan saya memang terkenal dengan kawasan ikan bakar yang memang menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang datang daripada luar negara. Saya berharap supaya pihak kementerian memberikan perhatian. Kalau boleh kita menaik taraf kawasan tersebut dan menjadikan ianya sebagai salah satu produk yang boleh kita ketengahkan kepada pelancong-pelancong kita. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Kalau kita melihat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, jangkaan pencapaian bagi 2010 memang mensasarkan ketibaan pelancong asing seramai 24.6 juta dan dengan pendapatan sebanyak RM59.4 bilion. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Jasin itu, pada hari ini sedang berlaku di negara-negara luar.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Contohnya Hawaii Tuan Yang di-Pertua. Negeri Hawaii yang sebahagian daripada negara Amerika Syarikat mengendalikan pendekatan di mana cukai yang didapati, sebahagian diberi kepada Kerajaan Negeri Hawaii yang menyebabkan mereka dibentuk dalam penggalakan sendiri. Jadi mereka menjaga isu alam sekitar, mereka menjaga isu kebersihan, mereka menjaga produk pelancongan kerana mereka mendapat keuntungan.

Akan tetapi sayang seribu kali sayang, pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan kita, Kerajaan Persekutuan ialah lebih kepada Kerajaan Pusat supaya pemberian balik keuntungan itu akan dibentuk dalam semua aspek bukan sahaja pelancongan tetapi mungkin insya-Allah pendidikan, kesihatan, keselamatan dan seterusnya.

Jadi cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin itu bagi kementerian memang cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, ia mengikatkan banyak lagi isu di mana saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Jasin, mungkin boleh membawa isu kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan penambahan nilai dari segi bantuan dan sebagainya, memang benar diberikan negeri Melaka lebih kurang RM39 juta tetapi ini adalah lebih kepada bantuan dalam aspek menaikkan taraf produk-produk pelancongan.

Memang bagi pihak kementerian, kalau boleh banyak lagi yang kita hendak beri kerana kita lihat contohnya negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, yang baru-baru ini kita iktiraf mempunyai dengan izin, world heritage site. Sepatutnya negeri-negeri ini dapat pulangan yang tinggi supaya dapat menjalankan proses nilai produk pelancongan. Jadi insya-Allah bagi pihak kementerian, kita akan menyuarakan kehendak ini supaya negeri- negeri tersebut dapat dipamerkan di dunia dalam pendekatan yang lebih agresif.

Walau bagaimanapun bagi pihak kementerian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah merasmikan pelancongan domestik yang dipanggil Zoom Malaysia di mana kementerian menerima hakikat bahawa dulu bila kita mempromosikan Malaysia, kita selalu mempromosikan produk-produk yang sama. Kalau pelancong datang ke Malaysia, selalu pergi ke tempat yang sama.

Tempat-tempat lain, produk-produk pelancongan yang lain tidak pergi mungkin kerana tidak dipromosikan tetapi produk tersebut mempunyai nilai yang begitu tinggi. Itu sebabnya dalam program Zoom Malaysia, kementerian mahu mewujudkan kedudukan di mana promosi diberikan kepada semua produk pelancongan secara adil di semua negeri, di semua daerah, di semua kawasan supaya mereka yang mengendalikan produk pelancongan ini dapat keuntungan.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, kalau program-program yang berlaku di Malaysia selalunya di Dataran Merdeka ataupun di Putrajaya, program-program yang besar. Kadang- kadang kita lihat tidak begitu adil bagi negeri-negeri lain kerana penginapan tidak begitu tinggi. Jadi itu sebabnya dasar pelancongan pada hari ini kita tukarkan supaya semua negeri mempunyai pengalaman yang sama, mendapat kehebatan daripada produk pelancongan ataupun events yang besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

final • 5:09 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Ini mengenai produk pelancongan yang disebut tadi. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, ini perkara yang saya hendak bangkit ini, Tuan Yang di-Pertua pun seronok dengar ni, insya-Allah.

Saya tengok produk-produk pelancongan ini banyak kaku di mana pelancong- pelancong selalunya datang, dia hendak participate. Kita tengok contoh seperti di Disneyland, di Brisbane, di Hollywood sendiri. Jadi saya hendak cadangkan, adakah Yang Berhormat setuju kalau saya cadangkan, difikirkan produk-produk yang saya percaya boleh menarik pelancong malah daripada luar negeri.

Contohnya seperti rumah P. Ramlee. Rumah P. Ramlee sekarang ini di Jalan Setapak Tuan Yang di-Pertua, tersorok. Manakala dia adalah seniman agung. Maksud saya, kalau boleh dibuat satu studio Allahyarham P. Ramlee dan di sebelah studio itu pula dibina hasil daripada produk-produk filem Melayu dahulu contohnya Batu Belah Batu Bertangkup.

final • 5:09 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Seperti dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok, kalau dia pergi ke Batu Belah Batu Bertangkup, dia duduk depan, gunakan sains dan teknologi sekarang ini, boleh terbuka, pelancong-pelancong boleh masuk dalam, masuk dalam ada teh tarik. Ada barang-barang kraf tangan. Lepas itu buat bukit macam cerita Ali Baba Bujang Lapok, dia pergi dekat pintu tu, “Ya matakaji...! Zom terbuka. Jadi masuk dalam ada barang kraf tangan...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, saya rasa Menteri sudah faham itu.

final • 5:09 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Ini produk pelancongan, ini seniman agung.

Boleh dibuat di belakang Istana Budaya di Titiwangsa. Ini lebih baik daripada Eye On Malaysia, ini produk local kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, begitu bijak sekali Yang Berhormat daripada Pasir Mas. Kalau Yang Berhormat jadi Ahli Barisan Nasional, banyak boleh kita wujudkan perhubungan yang begitu kreatif... [Ketawa] Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat.

Kadang-kadang masalah yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, banyak sangat harapan daripada kerajaan. Baru-baru ini kementerian telah mengatakan bahawa kreativiti yang perlu kita tekankan dalam semua produk pelancongan ialah mengambil kira contohnya dalam isu kenaikan harga minyak. Kita boleh menggalakkan pelancongan dalam aspek pelancongan domestik dan seterusnya.

Jadi saya memang cukup bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau kita mewujudkan sesuatu yang lebih kreatif dan lebih interaktif.

Contohnya boleh ditambah dengan cerita Orang Minyak. Yang Berhormat boleh bagi nasihat macam mana nak buat cerita Orang Minyak ataupun Puntianak...

final • 5:09 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kita cadang Ahli Parlimen Padang Serai...

[Ketawa]

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Jadi kalau mana-mana Yang Berhormat daripada barisan pembangkang nak bagi nasihat macam cerita Harimau Belang, Orang Minyak, dengan izin, Kementerian Pelancongan boleh menerima pendapat... [Dewan riuh]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat daripada Sungai Siput pula telah memohon agar Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan meneliti kesan ataupun impak program pelancongan kesihatan di mana dikhuatiri doktor-doktor pakar yang sedang berkhidmat di hospital kerajaan akan berpindah ke hospital swasta.

Untuk memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab kementerian adalah untuk memastikan industri pelancongan negara sentiasa berkembang. Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Kesihatan akan mewujudkan satu sekretariat yang dipanggil sekretariat sektor dengan izin, medical tourism, pelancongan kesihatan supaya dapat mewujudkan satu pendekatan yang lebih agresif.

Isu berkenaan dengan sama ada doktor-doktor pakar yang sedang berkhidmat di hospital kerajaan akan berpindah ke hospital swasta, Kementerian Pelancongan tidak mempunyai jawapan ataupun fakta dalam bidang tersebut.

Yang Berhormat daripada Pontian bercakap berkenaan dengan potensi Pulau Pisang. Bagi pihak kementerian, bersetuju bahawa Pulau Pisang boleh dijadikan salah satu daripada tarikan pelancongan. Jadi insya-Allah Kementerian Pelancongan akan mewujudkan site visit, dengan izin, untuk memberikan keputusan sama ada bolehkah diwujudkan produk pelancongan di Pulau Pisang tersebut.

Yang Berhormat daripada Kuala Krau ...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Labuan berdiri.

final • 5:09 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri. Seperti mana yang dinyatakan tadi, menteri telah pun menjelaskan promosi pelancongan dan juga pelancongan-pelancongan untuk pulau-pulau di Malaysia ini.

Seperti mana yang dimaklumkan, di Labuan terdapat satu pulau batu karang Yang Berhormat Menteri iaitu Terumbu Layang-Layang yang jaraknya lebih kurang 160 batu nautika dari Wilayah Persekutuan Labuan, yang mana pulau tersebut telah pun pada masa ini di bawah kelolaan Kementerian Wilayah melalui Labuan.

Memandangkan pulau tersebut telah terdiri daripada pulau batu karang, yang mana pulau ini tidak banyak di dunia. Di Malaysia saya rasa inilah satu-satunya pulau batu karang yang telah pun diwartakan oleh kerajaan. Jadi pertanyaan saya, apakah langkah- langkah kementerian untuk menjadikan Pulau Terumbu Layang-Layang ini sebagai sebuah pulau pelancongan yang terkenal di samping menambah baik prasarana yang ada pada saat ini.

Kedua, adakah kementerian bercadang untuk berbincang dengan pengusaha pesawat terbang atau kapal terbang yang bersaiz kecil seperti penerbangan Sabah Sdn.

Bhd. untuk mengadakan penerbangan terus daripada Labuan ke pulau tersebut yang mana pada saat ini hubungan antara Pulau Terumbu Layang-Layang cuma dikendalikan melalui Kota Kinabalu. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, memang bagi pihak kementerian tidak menafikan antara produk-produk yang terhebat dengan izin, dalam aspek activity diving adalah juga Pulau Layang-Layang.

Jikalau kita lihat Sabah Malaysia Borneo Diving dengan izin, terdapat semua tempat di negeri Sabah. Contohnya, di pulau-pulau dilihat terbaik di dunia boleh dilihat produk kita yang ada di negeri Sabah itu terbaik di dunia. Kalau kita tengok majalah syarikat swasta dengan izin, Malaysia Scuba Diving memang tidak dinafikan tentang isu yang terletak yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Labuan. Jadi memang bagi kementerian perlu banyak lagi aktiviti yang perlu dijalankan.

Berkenaan dengan penurunan kapal terbang saiz kecil. Bagi kementerian memang menerima hakikat antara masalah dalam produk-produk pelancongan sedemikian ialah isu dengan izin, accessibility. Kalau hendak pergi ke mana-mana mengambil masa yang lama.

Bagi negara-negara moden, negara barat contohnya mereka mewujudkan dengan izin, sea plane yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan.

Jadi bagi pihak kementerian memang ini satu perkara yang perlu dikaji terutama sekali oleh mereka yang terlibat diri dalam aktiviti pelancongan ini Tuan Yang di-Pertua.

Dengan izin saya sambung?

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat dari Pontian menimbulkan isu Pulau Pisang, saya sudah jawab. Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri ini terlampau pemurah...

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Singkatkan.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya amat tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri mengenai dengan produk-produk kementerian Pelancongan ini. Saya juga difahamkan pada tahun 1976, kementerian ada tubuhkan satu syarikat yang bernama Pempena Sdn. Bhd.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

1976?

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, tahun 1976 ditubuhkan. Pada 2 Julai 2008, Malaysiakini telah mengemukakan satu skandal kewangan yang melibatkan terhadap Pempena Sdn. Bhd yang mana syarikat ini di bawah kawalan pelancongan, 20 orang pekerja Pempena telah menandatangani satu memorandum yang mempunyai sembilan muka surat. Pada 24 Mac 2008, mereka telah hantar kepada pengarah Pempena dan juga Tourism Malaysia Board termasuk Menteri Pelancongan.

Saya ingin memetik di sini apa yang disebut dalam Malaysiakini ini. Dengan izin, ‘Two government officials of a government-linked company have been implicated in series of scams that have allegedly diverted millions of ringgit in Tourism Development Funds into private pockets. They’re said to have:

(i) pocketed commissions when financing luxury vehicles of high end tourist taxi service;

(ii) approved several contracts to RM2 companies supplying services for tourism based projects;

(iii) over-stated the costs of creating an e-Tourism portal by about RM5 million; and

(iv) by-passed Pempena board of directors in investing in a restaurant project in Melbourne.

The memorandum named accountant Lim Khing Tai and senior business development manager Raja Norsan Raja Nasron as a main person behind the alleged scams. It is also claimed That Chief Executive Officer Razali Mohd Daud, who is also Deputy Director General of Tourism Malaysia's Promotions Department, had done nothing despite having received complaints. Pempena is in poor financial shape compared to 2003, when it had RM50 million for tourism development projects. It now faces high risk non- profitable investments. The staff are angry because all these is due to corruption, criminal breach of trust and abuse of power by managers.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Wangsa Maju, cukuplah.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa semasa Yang Berhormat Menteri terima memorandum ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Yang Berhormat Menteri? Kalau tidak, kenapa tidak mengambil tindakan terhadap skandal ini? Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Menteri, nanti dahulu. Duduk dulu. Inilah Ahli-ahli Yang Berhormat satu contoh yang saya sebutkan sebentar tadi. Iaitu perkara-perkara baru yang cuba dibawa di dalam penggulungan perbahasan begini. Itu satu.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Wangsa Maju duduk dahulu. Kedua, menurut peraturan mesyuarat kita, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat berdiri dan merujuk kepada seperti yang dirujuk tadi, Ahli Yang Berhormat berkenaan mesti bertanggungjawab iaitu bertanggungjawab kesahihan laporan itu. Kalau nanti...

final • 5:09 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau nantinya besok atau lusa, ada seseorang Ahli Yang Berhormat yang berdiri dan mendapat fakta yang berbeza daripada fakta yang dirujuk itu, tidak betul, Ahli Yang Berhormat boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Kebebasan dan Hak, kerana memesongkan fakta. Jadi jangan sewenang-wenangnya rujuk kepada satu rujukan newspaper kah, buku kah, Malaysiakini kah, blog kah, kerana belum tahu kesahihannya. Kerana itu merupakan satu tuduhan.

Jadi kalau Yang Berhormat berdiri kepada itu, bahawa kesahihan itu, kalau besok nanti ada Ahli Yang Berhormat yang berdiri kata bahawa ini tidak dan dapat dibuktikan, Ahli Yang Berhormat akan menghadapi risiko yang besar. Ini sebagai ingatan.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketiga, Menteri boleh jawab kalau mahu jawab. Kalau tidak, tidak. Ini satu klasik contoh, kepada hal baru yang dibawa kepada penggulungan perbahasan yang menimbulkan lagi perbahasan, yang tidak akan habis penggulungan perbahasan dan akan menghabiskan masa lagi. Ramai lagi menteri yang belum menggulung dan ramai lagi Ahli Yang Berhormat yang akan kompelin bahawa tidak ada masa. Itu makanya kenapa saya kata, kelonggaran itu apabila diberi begini jadinya. Sila Menteri.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri satu penjelasan bahawa benda ini bukan benda baru. Saya sudah bangkitkan dalam perbahasan saya...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju, sudah selesai itu. Saya sudah katakan tadi. Kalau Yang Berhormat berpegang bahawa ini sahih, tidak apa, tetapi saya cuba mengingatkan.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya dua, tiga hari yang dahulu. Bukannya saya baru bawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu, sekarang ini dibangkitkan lagi.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dibangkitkan lagi Yang Berhormat, saya cuba mengingatkan apa sebetulnya peraturan mesyuarat.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Perkara ini telah dikeluarkan dalam Malaysiakini, reporter yang bertanggungjawab.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak semestinya Ahli Yang Berhormat. Wangsa Maju duduk dahulu. Yang Amat Berhormat tidak faham. Maksud saya, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat merujuk kepada bahan seperti begini Ahli Yang Berhormat menghadapi risiko apabila besok atau lusa didapati bahawa bahan rujukan itu adalah tidak sahih dan betul. Macam mana Yang Berhormat boleh mengatakan bahawa yang itu Malaysiakini adalah authority pada soal ini?

Saya cuma ingatkan. Kalau Yang Berhormat berpegang teguh kepada itu, saya sudah ingatkan. Dan untuk peringatan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian, seolah-olah sekarang ini semua yang keluar di blog sahaja, semuanya betul! Ahli Yang Berhormat membuat rujukan.

final • 5:09 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya standby apa yang ditulis dalam Malaysiakini ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, jelas standby. Sila Menteri, kalau Menteri menjawab.

Untuk ingatan kepada Ahli Yang Berhormat yang lain, jangan bawa perkara-perkara yang baru. Pasir Mas kata kasi kelonggaran, Pokok Sena juga berkata kasi kelonggaran.

Beginilah kalau terlampau longgar.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat, saya ada lagi dua soalan Yang Berhormat untuk jawab. Jadi apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju kementerian tak ada masalah hendak menjawab.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Pada tahun 1976 saya berumur 13 tahun. Jadi saya tak tahu apa yang berlaku, tapi memang kementerian dan saya juga telah menerima surat yang ditandatangani oleh pekerja.

Jadi apa yang kita lakukan ialah pertama, saya telah mengarahkan satu audit dalam dilakukan oleh Ahli-ahli Lembaga Tourism Malaysia dengan izin. Dan saya dimaklumkan dalam masa terdekat saya akan diberikan jawapan berkenaan dengan proses. Saya sebenarnya ingin mengatakan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju kalau kita baca memang nampak seolah-olah ada sesuatu yang tak betul berlaku. Bagi pihak kementerian dan kepimpinan Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi kalau salah tetap salah. Tak ada masalah.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap Menteri. Yang ini pun telah menjadi budaya Parlimen Malaysia menyebut nama Ahli Yang Berhormat dengan sewenang-wenang. Tidak boleh sama sekali menyebut nama Ahli Yang Berhormat tapi nampaknya menjadi budaya kita sudah. Adakah budaya ini kita teruskan atau tidak? Di negara luar dia tidak mahu disebut nama kerana itu adalah personel. Sila.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Jadi apa yang berlaku itu saya telah mengarahkan satu audit dalam dan pada masa yang sama kementerian telah mengarahkan satu syarikat akauntan dengan izin, Price Waterhouse untuk menjalankan satu dengan izin, business review bagi semua keputusan yang diambil oleh syarikat tersebut.

Bagi pihak kementerian semua keputusan mana-mana anak syarikat pelancongan mesti berdasarkan kepada produk pelancongan. Kalau pun hendak dilaburkan untuk menyokong mana-mana syarikat mesti atas keputusan membantu pelancongan dan penggalakan pelancongan bagi kementerian. Itu sepatutnya menjadi objektif utama.

Jadi soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Wangsa Maju itu insya-Allah bila jawapannya telah saya terima saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya terima kasih. Sila teruskan.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat dari Kuala Krau pula telah menimbulkan permohonan agar Kementerian Pelancongan menaik taraf kawasan tarikan pelancongan yang terdapat di kawasan Parlimen iaitu Hutan Lipur Gunung Senyum, Air Terjun Lata Manau dan Pusat Pemeliharaan Seladang.

Bagi pihak kementerian memang pendekatan-pendekatan telah dilakukan.

Contohnya di Hutan Lipur Gunung Senyum, Jawatankuasa Pelancongan Negeri Pahang memutuskan untuk membatalkan projek pembangunan hutan lipur tersebut. Walau bagaimanapun, program-program untuk menyokong pendekatan-pendekatan projek tersebut memang tetap dijalankan.

Air Terjun Lata Manau sebagai contohnya, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang...

final • 5:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

...Kepada tapak projek tersebut dilihat sebagai tidak berekonomi. Walau bagaimanapun, bagi pihak kementerian pendekatan yang baru boleh diwujudkan. Yang Berhormat dari Wangsa Maju sudah tanya saya soalan tadi, jadi saya sudah jawab soalan dia Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Minta laluan.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Dan akhir sekali Yang Berhormat...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 5:09 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang menghairankan saya ialah Hutan Lipur Gunung Senyum ini adalah salah satu daripada produk pelancongan bagi negeri Pahang dan juga negara.

Bagaimana kementerian boleh membenarkan pihak-pihak tertentu untuk mengusahakan cari gali atau mengusahakan kuari simen di dalam kawasan produk pelancongan negara kita. Saya mohon perkara ini dapat dibatalkan semula lesen untuk kuari tersebut dan kita jadikan destinasi pelancongan bagi produk di negeri Pahang dan juga di negara kita. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Pengerang berhadapan dengan masalah di mana lesen- lesen telah diberi kepada beberapa syarikat dan individu untuk mengeluarkan pasir-pasir sebagai contoh.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Jadi bagi pihak Kementerian Pelancongan dan saya sendiri sebagai Ahli Parlimen berhadapan dengan masalah yang sama di mana produk pelancongan bercanggah dengan isu, di mana perlu dibenarkan isu tentang pengambilan barang-barang dalam tanah dibenarkan. Ini dilakukan selalunya oleh kerajaan negeri.

Jadi bagi jawapan itu Tuan Yang di-Pertua, mungkin yang boleh dilakukan ialah untuk Yang Berhormat Kuala Krau sentiasa berbincang mungkin dengan kepimpinan di peringkat negeri supaya perkara ini tidak dilakukan. Ini kerana produk-produk pelancongan Tuan Yang di-Pertua bukan senang, bila kita sudah dapat kita tak boleh hanya biarkan sebab adalah tidak adil bagi mereka yang telah melibatkan diri dengan perniagaan di sekitar produk pelancongan tersebut.

Akhir sekali Yang Berhormat dari Bintulu, telah memberikan dengan izin mendapatkan maklumat berkenaan dengan kaedah yang digunakan oleh kementerian untuk menggredkan hotel-hotel dalam negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, penjelasan terhadap hotel-hotel dilakukan melalui skim pengelasan hotel sejak tahun 1996, ianya melibatkan kerjasama antara beberapa sektor awam dan swasta. Sistem ini dilaksanakan untuk mengikut satu garis panduan yang ditetapkan oleh dengan izin, United Nations World Tourism Organization. Terdapat dua kategori pengelasan iaitu taraf bintang dan juga taraf orkid.

Yang Berhormat daripada Bintulu juga telah mewujudkan persoalan berkenaan tindakan kementerian kalau adanya laporan berkenaan dengan ada lipas dalam mana- mana bilik hotel. Memang bagi pihak kementerian kita akan bertindak kalau laporan itu diberikan dan terutama sekali perlu juga melibatkan pihak berkuasa tempatan dalam isu ini.

final • 5:09 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Akhir sekali Yang Berhormat Bintulu juga telah mencadangkan agar satu bentuk kerjasama di antara Kementerian Pelancongan dengan Kementerian Sumber Manusia dalam sektor perhotelan negara.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian kaji selidik telah dijalankan dan kementerian bersetuju kalau kita berbincang dengan persatuan-persatuan perhotelan iaitu 40 buah hotel bertaraf tiga bintang sebagai contoh, menunjukkan terdapat lebih kurang 14,000 kekosongan bagi jenis-jenis pekerjaan yang tidak mahir dalam bidang ini. Bagi hotel bajet pula sebagai contoh anggaran daripada kaji selidik sebanyak 10,000 kekosongan yang perlu diisikan.

Yang Berhormat Bintulu akhir sekali dengan izin, telah menimbulkan berkenaan keputusan kerajaan untuk mengurangkan sebarang aktiviti dan program dalam hotel-hotel.

Kementerian telah dikunjungi oleh Persatuan Hotel-hotel Malaysia dengan izin, MAH dan telah memaklumkan bahawa arahan daripada kerajaan telah menyebabkan kerugian beratus juta. Mereka juga telah memaklumkan 85% daripada dengan izin, booking yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan telah dibatalkan.

final • 5:09 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Bagi pihak kementerian kita telah memaklumkan kepada MAH bahawa kementerian akan mewujudkan satu kertas Kabinet untuk memaklumkan kepada kepimpinan negara bahawa keputusan ini perlu ada kompromi. Ini kerana persatuan perhotelan berpendapat bahawa kesan sampingan adalah lebih mendalam terutama sekali bagi pekerja-pekerja yang telah diwujudkan pekerjaan kepada hotel-hotel sama ada hotel bajet ataupun hotel bertaraf bintang, Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ada Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:09 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu, mana satu? Tak apalah Yang Berhormat Titiwangsa jemput sendiri. Tak apa, Yang Berhormat Titiwangsa sila.

final • 5:09 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya tidak dapat mengemukakan apa yang ingin saya tanya pada masa saya berucap hari itu kerana hanya 10 minit sahaja diperuntukkan.

Jadi di sini saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Menteri boleh menerima cadangan iaitu supaya mengekalkan Kampung Baru itu dalam keadaan dia sekarang sebagai sebuah kampung tradisi di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, pada masa yang sama oleh kerana pembangunan yang pesat di sekelilingnya menjadikan Kampung Baru sebagai homestay hub di tengah-tengah bandar raya. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekalilah, sekali.

final • 5:09 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Sekali. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkaitan dengan sektor perhotelan seperti disebut tadi bahawa hotel-hotel merungut apabila kerajaan buat polisi untuk tidak mengadakan apa-apa program di hotel, seminar dan sebagainya lalu kerugian sampai beratus juta.

Jadi apa yang saya hendak tanya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermakna sektor pelancongan kita ini mengalami permasalahan sehingga menyebabkan hotel ini bila mereka merayu kepada kerajaan seolah-olah dia betul-betul bergantung. Kalau ada ini, kami boleh hidup. Kalau tak ada ini, problem kerana masalah kebanjiran pelancong itu sudah berkurangan dalam negara kita. Adakah ini satu yang dikatakan petunjuk menunjukkan ada problem kepada sektor pelancongan kita.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, bagi Yang Berhormat Titiwangsa sebenarnya kementerian tidak mempunyai kepakaran untuk menjawab soalan yang diberikan iaitu sama ada Kampung Baru dalam Bandaraya Kuala Lumpur perlu diletakkan dalam pendekatan kampung tradisional supaya boleh menjadi pusat kepada homestay hub bandar raya.

Bagi pihak kementerian sebenarnya, bila banyak permohonan untuk homestay Tuan Yang di-Pertua selalunya mereka hendakkan persekitaran kampung yang sebenar.

Kalau dia hendak keluar pintu dia tak hendak tengok bangunan yang begitu tinggi. Dia hendak tengok semuanya dalam kampung. Jadi itu selalu menjadi penilaian yang pertama.

Walau bagaimanapun, bagi saya kalau Yang Berhormat Titiwangsa ada beri cadangan boleh dibawa kepada kementerian dan kita boleh mengkaji tetapi kesimpulannya selalunya keputusan akhir akan dibuat oleh kementerian yang relevan dalam isu ini.

Berkenaan soalan Yang Berhormat Pokok Sena, ini sebenarnya soalan yang sama saya tanya apabila Persatuan Hotel datang ke kementerian, adakah semuanya bergantung kepada kerajaan? Jawapannya senang Tuan Yang di-Pertua iaitu yang pertama, selalunya pelancong yang datang bermusim. Pengendalian hotel itu 365 hari setahun. Jadi bila datang bermusim terdapatnya kekosongan dari segi perniagaannya.

Apa yang selalu berlaku apabila agensi-agensi kerajaan mereka berkata adalah lebih murah untuk di hotel kerana isu parking, isu makan, isu tidur dan sebagainya isu conference berbanding dengan kalau wujudnya convention centre sebagai contoh hendak pergi, hendak parking, hendak tidur di mana dan sebagainya. Jadi mereka telah memaklumkan kepada kementerian bahawa bukannya kerana bergantung semua kepada kerajaan tetapi lebih kerana itu telah menyebabkan tuan punya hotel bersetuju untuk membiayai kewujudan hotel tersebut.

Jadi mereka merasakan bahawa seolah-olah kerajaan telah bertukar prinsip dan kedudukan menyebabkan kerugian. Akan tetapi mereka memaklumkan kononnya kehilangan RM100 juta tetapi kementerian akan sentiasa mengkaji semula dalam mewujudkan kertas Kabinet, betul atau tidak RM100 juta yang mereka telah hilang daripada pembatalan ini. Bagi pihak kementerian kita berharap tidaklah.

final • 5:09 PM

Datuk Azalina binti Othman Said

Walau bagaimanapun, kementerian bagi pihak First Hotel membuat rayuan kepada Jemaah Menteri bahawa mungkin boleh wujudnya kelonggaran ataupun kompromi dalam isu-isu dari segi perbelanjaan dan seterusnya. Jadi di situ sahajalah Tuan Yang di-Pertua jawapan saya bagi soalan-soalan yang...

final • 5:09 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Satu lagi Menteri boleh? Last? Satu lagi last, boleh?

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Menteri.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Silakan.

final • 5:09 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Merujuk kepada laporan kajian separuh penggal yang menggariskan beberapa sektor tumpuan ataupun industri tumpuan. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri katakan tadi, sektor pelancongan adalah antara penyumbang tertinggi kepada perolehan ataupun pendapatan negara.

Namun apa yang saya agak keliru di sini dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan, antara sektor tumpuan di kesemua koridor pertumbuhan wilayah seperti Wilayah Iskandar Malaysia, sektor ini jatuh ke kedudukan terakhir sekali sebagai tumpuan. Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara nombor lima, juga yang terakhir di sektor pelancongan. Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur juga di kedudukan terakhir.

Koridor Pembangunan Sabah perkara yang sama juga sektor pelancongan diletak kepada sektor yang terakhir dalam senarai tumpuan dan juga Koridor Tenaga Diperbaharui di Sarawak, kedudukan sektor pelancongan diberi perhatian terakhir sekali di nombor 10.

Saya agak keliru kalau sektor pelancongan ini dianggap sektor yang paling tinggi menyumbang kepada perolehan, kenapa tumpuan ini telah menjadi the least yang terakhir dalam tumpuan? Barangkali Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan sedikit.

Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Menteri, menteri boleh saya...

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Kata last yang Tuan Yang di-Pertua last, last.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak dengar lagi, last lah itu.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang itu.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya sila.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua sebenarnya soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu, apa yang saya nyatakan ialah kedua tertinggi bukan yang paling tinggi, yang paling tinggi ialah keuntungan daripada pembuatan dengan izin, manufacturing. Pelancongan yang kedua tertinggi.

Apa yang berlaku daripada dahulu sampai sekarang pelancongan itu hanya bertumpu kepada kawasan tertentu selalunya. Apabila kita mendapat keuntungan kehadiran pelancongan selalunya tempat-tempat yang sama dikunjungi. Jadi kementerian pelancongan mengakui bahawa Malaysia mempunyai potensi yang begitu banyak dan perlu diwujudkan sebagai contoh industri homestay dengan izin, dalam bahasanya iaitu convention and exhibition.

Kemudian dalam isu yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tentang medical tourism yang disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat kalau berbincang education tourism dengan izin. Semua ini Tuan Yang di-Pertua mempunyai potensi yang hebat dalam negara kita. Jadi dengan adanya pembangunan koridor, Kementerian Pelancongan berharap dengan kewujudan dari segi fizikal kementerian kewujudan koridor tersebut semuanya akan mempunyai dengan izin ikatan, continuity daripada aspek pelancongan.

final • 5:09 PM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said

Contohnya di Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita melihat di Sabah mempunyai kekurangan beberapa hotel tetapi kunjungan pelancong di negeri Sabah dan Sarawak antara yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Jadi bererti perlu banyak lagi yang dilakukan dan bagi pihak kementerian dengan adanya koridor-koridor ini mungkin Insya-Allah, akan diwujudkan satu pendekatan yang lebih agresif serta pelancongan kita akan dapat dipergandakan dan dipertigakan daripada keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada hari ini.

Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk menanyakan soalan. Sekiranya ada pihak kementerian tidak dapat menjawab, saya menggalakkan Yang Berhormat untuk menulis. Insya-Allah apa yang mampu akan kita jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sudah bersedia sila.

final • 5:09 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri yang sebenarnya dalam perjalanan pulang daripada Manila untuk Mesyuarat Menteri Peringkat ASEAN.

Dan juga bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun MOSTI mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu mengenai dasar, program dan strategi yang dilaksanakan oleh kementerian. Izinkan saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan segala isu-isu yang telah dibangkitkan dan sedang ditangani bagi memastikan Malaysia mampu menghadapi cabaran-cabaran masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D telah diberikan keutamaan oleh kerajaan di mana jumlah perbelanjaan kasar R&D ataupun GED keseluruhannya dijangka meningkat daripada 0.46% pada 2006 kepada sekurang-kurangnya 1.5% menjelang tahun 2010.

Untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukan keseluruhan MOSTI adalah sebanyak RM5.894 bilion yang mana peruntukan bagi dana R&D adalah sebanyak RM1.988 bilion terdiri daripada peruntukan untuk science fund, techno fund, innovation fund dan lain-lain dana R&D berkaitan, seperti peringkat kerjasama R&D dan latihan kepakaran.

Matlamat pembiayaan R&D ini adalah untuk menjana kekayaan negara dengan melengkapkan hasil-hasil R&D supaya dapat dikomersilkan atau digunapakai dan menghasilkan keluaran-keluaran baru atau peningkatan penggunaan teknologi. Ini bermakna kita dapat meneruskan rantaian nilai daripada R&D kepada R&D dicampur pula dengan C ataupun pengkomersilan.

Dalam usaha tersebut, MOSTI memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk mengatasi jurang-jurang yang wujud dan rantaian nilai seperti bidang-bidang pra R&D, pra pengkomersialan dan akhirnya pengkomersialan output R&D. Berikutan itu beberapa inisiatif pembiayaan R&D, MOSTI telah pun berjaya mengkomersialkan beberapa hasil-hasil R&D. MOSTI juga sedang menyediakan garis panduan pengkomersialan hasil-hasil R&D yang dibiayai oleh kerajaan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil-hasil R&D dan juga dalam pemberian royalti pada para saintis yang berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat menyedari bahawa keupayaan negara untuk menghadapi dan mengharungi cabaran globalisasi amat bergantung kepada daya dan keupayaan inovasi negara. Kerajaan telah pun menggubal model inovasi negara dalam usaha bagi memacu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

final • 5:55 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Model ini mengutamakan aspek inovasi dengan menerapkan pendekatan seimbang iaitu di antara inovasi berpandukan teknologi dan inovasi berpandukan pasaran.

Model inovasi negara ini adalah satu usaha kerajaan untuk menjana usaha-usaha inovasi dan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi baru yang dapat membantu meningkatkan eksport barangan dan pelaburan dalam negara.

Faktor-faktor lain seperti tenaga pekerja, sumber kewangan, keusahawanan, pasaran, dasar-dasar kerajaan yang lain dan keadaan politik juga menyumbang kepada prestasi eksport dan pelaburan. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar sasaran inovasi juga berjaya mencapai sekurang-kurangnya lima peratus pengkomersialan output R&D, selain membangunkan syarikat-syarikat dan usahawan techno baru berasaskan sains dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor juga telah membangkitkan masalah yang dihadapi oleh para penyelidik di IPT khususnya dalam mengkomersialkan produk-produk penemuan mereka berikutan kesukaran mendapatkan geran.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu kesukaran mendapatkan geran pengkomersialan tidak timbul, oleh kerana MOSTI menyediakan dana techno fund dan Commercialization of R&D Fund ataupun CRDF bagi membiayai aktiviti-aktiviti pra pengkomersialan. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, MOSTI telah memperuntukkan sebanyak RM1.15 bilion untuk tujuan ini.

Di samping itu, terdapat juga syarikat-syarikat modal teroka ataupun venture capital di bawah Kementerian Kewangan yang menyediakan dana bagi membantu para penyelidik untuk mengkomersialkan produk-produk mereka. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bagi dengan izin?

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 5:55 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila.

final • 5:55 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang dibangkitkan bukan daripada saya sendiri tetapi daripada researchers, yang mana mereka mendapati bahawa skor untuk mengkomersialkan prototype invention mereka itu adalah satu masalah yang besar dan this bottleneck, kekangan ini perlu di atasi. Mereka menyebutkan juga kalau kita lihat dahulunya ada MTDC sebagai satu usaha to acquire venture capital, tapi semuanya tidak berjaya.

Jadi persoalannya apakah dapat di atasi, apakah langkah-langkah konkrit dalam perkara itu, satu soalan. Keduanya yang mungkin saya tarik balik kerana saya tidak sempat tanya perkara itu, di antara menggunakan total factor produktiviti dengan izin, TPF berbanding dengan KDI yang sepatutnya digunakan knowledge development index kerana laporan kajian separuh penggal ini mengguna TPF.

Seorang profesor dalam teknologi dan inovasi mengatakan bahawa itu tidak tepat.

Yang lebih tepat menggunakan knowledge development index yang benar-benar akan dapat mengukur di technology intensity of the various invention ataupun the various enterprises. Terima kasih.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat tersebut tetapi sebagaimana saya kata tadi bahawa dari segi dana yang kita uruskan, kita ada beberapa dana yang kita uruskan. Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut dalam jawapan seterusnya berkaitan dengan persoalan.

Dalam konteks research atau penyelidikan di peringkat institusi, kalau kita katakan ada beberapa perkara yang menimbulkan kekangan mengapa ia tidak berjaya ke peringkat yang lebih jauh, antaranya ialah kalau kita melihat hasil daripada R&D di peringkat institusi ini, di peringkat universiti misalnya.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

R&D mereka buat masih half cook dengan izin, dan sebab itu mereka masih memerlukan up scaling. Up scaling process ini melibatkan satu proses yang agak kompleks dan di situ kita sedar. Kalau kita lihat dalam konsep inovasi ataupun research ataupun geran ialah bukan sahaja berdasarkan kajian asas tetapi juga melibatkan pasaran.

Seterusnya, kalau kita melihat kepada research yang di antara begitu banyak research yang kita beri tetapi ia tidak dapat dikomersialkan. Jadi sebabnya, puncanya ialah sebab kita tiada match dengan industri ataupun market. Jadi apabila tidak ada match, maka akan menimbulkan satu permasalahan sebab tiada takers, tiada orang yang mahu mengambil research atau kajian tersebut untuk dipasarkan.

Ketiganya, apabila kajian dibuat, penyelidikan itu tidak merangkumi aspek-aspek kewangan. Maknanya, tiada dinyatakan atau dibekalkan bersama kepada industri apakah marketability product ini. Jadi apabila tiada kajian feasibility ini, maka industri antara mahu ataupun tidak untuk mengambil hasil kajian tersebut.

Inilah dilema ataupun permasalahan yang kita hadapi dan kita menyedari akan masalah ini. Saya katakan tadi dalam pembuka cerita saya ialah, untuk peringkat kementerian bersama dengan institusi melihat apakah pendekatan yang terbaik...

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

...Salah satu yang kita lihat juga ialah puncanya ialah penyelidik dan universiti berkaitan dengan pattern right. Siapakah yang akan mendapat manfaat royalti. Adakah universiti ataupun adakah para saintis? Ini juga telah kita dapat atasi dengan permuafakatan yang dilaksanakan dan saya harapkan dengan apa yang ada ini, peringkat kedua nanti insya-Allah kita akan dapat memperbaiki bidang penyelidikan ini ke arah commercialization.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak.

Sila Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mukadimah, negara kita Malaysia ini saya rasa dari segi innovation tidak tahu berapa puluh tahun ke belakang dibandingkan dengan negara maju. 15 years, 100 years dengan izin. Kalau kita hendak menjadi negara maju, tinggal lagi 12 tahun. I think we have to step up our research and development innovation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri, ada research product yang tidak boleh di commercialize, tidak boleh diniagakan. Mungkin hasil daripada research and development yang dilakukan ini dia tidak ada komersial value, tidak ada market, tidak ada kegunaan, tidak ada pasaran. Jadi soalan saya, kementerian bertanggungjawab ke arah hala tuju sebuah nagara yang maju, yang mengeluarkan produk-produk yang sesuai dengan sebuah negara maju.

Umpamanya mengeluarkan kereta, mengeluarkan kapal terbang, mengeluarkan kapal selam, mengeluarkan perubatan, health product. Jangan buang masa dengan research and development benda-benda yang tidak berkenaan. Ia kena ada strategi dan priority apa produk yang hendak dilakukan, research and development sehingga kita boleh berjaya. Saya ambil contoh umpamanya...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh ringkaskan Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Now in US Tuan Yang di- Pertua, United State dan begitu juga di Jepun, mereka sudah melihat ke hadapan untuk menghasilkan automotif atau kereta yang tidak menggunakan petrol. Mereka akan menggunakan bateri. Hari itu, apabila saya bangkit soal apa kerajaan buat dalam bidang ini ketawa semua. Ada perli kata “Eh, itu kereta budak-budak”.

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri dan juga untuk pengetahuan kita semua, inilah hala tuju yang sedang diusahakan oleh United State dalam bidang permotoran dan mereka memberi insentif kepada semua rakyat Amerika dan syarikat-syarikat Amerika yang boleh menghasilkan bateri yang boleh digunakan oleh kereta-kereta ini.

Ini satu usaha penyelidikan dan pembangunan yang besar dan kita esok akan menjadi pengguna. Kalau kita tidak membuat satu penyelidikan dan kita ketinggalan. Apa yang susah? Umpamanya research and development dari segi barang-barang healthcare, kosmetik umpamanya. Amerika, Jepun, Korea datang dengan bermacam-macam produk baru hasil daripada R&D dalam perkara ini health product, healthcare dan sebagainya.

Kenapa kita tidak tumpu kepada perkara yang macam ini yang boleh ada market, big market. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau setakat buat basikal yang pakai new type of cycle, kemudian buat pula mesin untuk...

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat diizinkan...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Menteri sudah faham isu yang hendak Yang Berhormat bawa Yang Berhormat. Menteri sudah faham.

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Pasir Salak, kalau diizinkan saya mendapat sebahagian daripada apa yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan saya dapat menyelami apa yang dimaksudkan...

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menyelami ya?

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

...Insya-Allah saya akan memahami dan...

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Selam, tidak perlu pakai kapal selam. [Ketawa]

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tak perlu. Kita sekarang ini ada kecanggihan dalam penyelidikan kita. Kita melihat sahaja kita sudah tahu, insya-Allah. Sebenarnya sebahagian dari apa yang dikatakan insya-Allah akan dinyatakan dalam jawapan seterusnya, kalau dapat saya diberi peluang untuk meneruskan jawapan...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

…Terlebih dahulu supaya kita dapat merangkumi keseluruhan apa kekhuatiran atau persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Permatang Pauh telah membangkitkan tentang keupayaan pendidikan dan pembangunan negara yang antara lainnya membabitkan rangkaian antara institusi pendidikan dengan industri yang didakwa hampir tidak berlaku serta ketiadaan polisi yang boleh menjana inovasi serta penggunaan teknologi tinggi dan terkini. Ini yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Pasir Salak sebentar tadi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, aktiviti R&D yang diterajui oleh MOSTI memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu:

(i) penjanaan ilmu pengetahuan;

(ii) penciptaan kekayaan dan kemakmuran; dan

(iii) mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat.

Ini adalah selaras dengan peranannya untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan khususnya dan melalui bidang teknologi maklumat dan komunikasi ataupun ICT, industri dan bioteknologi. Dalam menjayakan hasrat tersebut pembangunan modal insan yang terlatih dalam bidang sains dan teknologi turut diberi perhatian memandangkan kerajaan sedar bahawa tenaga-tenaga pakar ini mampu memberi nilai tambah kepada sektor pertanian dan industri negara.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Menyentuh tentang keupayaan R&D negara, untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sejak Rancangan Malaysia Kelapan hingga kini melalui pembiayaan dana Intensification Of Research In Priority Areas ataupun IRPA dengan izin, yang kini dikenali sebagai science fund dan techno fund. Sebanyak 148 projek telah dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan manakala sebanyak 53 projek telah dikomersialkan. Seramai 1,685 graduan ijazah lanjutan telah dapat dilahirkan serta sebanyak 135 paten telah didaftarkan.

Bagi memastikan hasil R&D ini dapat dimajukan hingga di peringkat komersial, penekanan khusus telah diberikan pada usaha untuk mempertingkatkan kolaborasi di antara institusi pendidikan dengan pihak industri. Malah bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan kriteria ini merupakan salah satu pra syarat bagi mempertimbangkan permohonan geran-geran pembiayaan R&D.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan agar sokongan dan bantuan kerajaan diberikan kepada graduan berbakat yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dari semua golongan dan kaum sepertimana dicadangkan Yang Berhormat Ahli Parlimen Gombak.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, MOSTI sentiasa memberi perhatian pada ciptaan-ciptaan baru dan berinovatif. Dan untuk tujuan itu ino fund yang disediakan oleh MOSTI adalah diwujudkan sedemikian rupa bagi menggalakkan penciptaan dan penambah baikkan idea-idea baru oleh syarikat individu mahupun kumpulan komuniti...

final • 5:55 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

...Selain itu, MOSTI juga menganjurkan aktiviti- aktiviti atau program berbentuk pertandingan, anugerah dan pameran seperti pertandingan IP Creators Challenge ataupun IPCC, program mentorship dan pertandingan reka cipta di peringkat sekolah dan universiti. Dengan cara ini inovasi dan kreativiti mampu dibudayakan terutama bagi meningkatkan nilai tambah dan ekonomi pada sesuatu produk proses ataupun perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memantapkan pendekatan untuk mencapai matlamat pembangunan industri berasaskan pengetahuan, MOSTI juga menyusun semula struktur organisasi dengan memfokuskan strategi-strategi pembangunan berasaskan cluster. Lima cluster telah diwujudkan iaitu cluster ICT, bioteknologi, industri, sea to space dan perkhidmatan sains dan teknologi.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Telok Intan bangun Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Ya, sila.

final • 5:55 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya minta penjelasan, adakah MOSTI ada satu pool of talents dari IPT-IPT kita yang ada sekarang. Adakah kita menggunakan graduan- graduan dari institut pengajian tinggi kita ini untuk digunakan untuk segala research atau penyelidikan, dengan izin. Adakah ini menjadi sumber untuk kita atau MOSTI.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih, untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya kita bekerjasama erat dengan universiti sebagaimana saya katakan tadi dan universiti pula adalah di kalangan pensyarah-pensyarah ataupun penyelidik-penyelidik dan mereka inilah yang memberi, mencadangkan kajian-kajian ataupun sektor yang ingin mereka adakan penyelidikan dan kerjasama ini sebenarnya telah dari dulu lagi.

Selain daripada itu, kita juga bergerak dengan peringkat industri, bersama dengan industri dan insya-Allah. Sebenarnya kalau Yang Berhormat berminat kita ada indeks atau buku yang dihasilkan hasil kajian-kajian daripada semua pensyarah-pensyarah di peringkat universiti, kita boleh di kementerian kalau Yang Berhormat berminat.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jerlun.

final • 5:55 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya pun berkaitan dengan apa yang disebut tadi mengenai universiti-universiti yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan juga soal struktur Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi.

final • 5:55 PM

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Kita tahu bahawa kerajaan memberi peruntukan kepada universiti-universiti ini menjalankan penyelidikan dan pembangunan, maka universiti-universiti ini sebenarnya bersaing di antara universiti lain untuk mendapatkan geran. Bila ada saingan kadang- kadang ataupun saya ingat kerap kali lah apa yang berlaku ialah di antara universiti itu kerana mereka bersaing, maka mereka tidak berkongsi maklumat ataupun data yang mereka dapat daripada penyelidikan tersebut dan hanya menggunakan geran tersebut untuk kegunaan mereka sahaja.

Oleh sebab itu maka percambahan yang kita hendak wujudkan melalui kerjasama antara universiti dan universiti yang lain dan juga dengan industri tidak berlaku. Saya mengambil contoh negara Cuba. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak sebut mengenai negara- negara maju tetapi di kalangan negara-negara yang belum maju pun ada di kalangan mereka yang begitu ke depan berbandingkan dengan kita dalam penyelidikan dalam bidang-bidang yang khusus.

Bagi negara Cuba ini dari segi biotek khususnya dalam soal kesihatan, mereka memang diiktiraf seluruh dunia sebagai negara yang mampu bersaing dengan negara- negara maju yang lain. Cara mereka lakukan ialah geran yang kerajaan berikan ini, diberikan kepada institusi penyelidikan tetapi di antara mereka sendiri pun banyak kerjasama, banyak berkongsi maklumat dan dengan cara itu maka bercambahlah maklumat yang mereka dapat.

Jadi saya hendak tanya kalau boleh pihak Kementerian MOSTI bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan bahawa geran-geran yang kita peruntukkan kepada universiti-universiti ini digunakan tanpa ada saingan di antara universiti, dan supaya dengan percambahan pengetahuan itu maka kita dapat melahirkan lebih banyak lagi pengetahuan. Dengan itu maka kita boleh melahirkan lebih banyak lagi penyelidikan, pembangunan dan juga pengkomersialan seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, terima kasih.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Kami sedar akan perkara ini sebab itu kalau kita lihat daripada pelbagai dana yang kita uruskan dan beberapa perkara yang kita kenal pasti untuk membuat niche pada universiti ini, misalnya di peringkat Universiti Sains Malaysia kita kenal pasti bahawa kekuatan mereka ialah dalam bidang farmaseutikal. Jadi kita insya-Allah, telah dalam perancangan kita untuk menubuhkan satu institut supaya kita lebih fokus di USM itu merupakan satu pengkhususan dalam bidang farmaseutikal.

Begitu juga UPM misalnya, Universiti Putra Malaysia dalam bidang pertanian semua bidang-bidang pertanian maka researchnya akan tertumpu di situ. Makna semua pakar-pakar daripada mana-mana universiti kita ataupun yang luar akan difokuskan di situ dan UTM misalnya untuk difokuskan dalam bidang industri. Jadi inilah saya kira apa yang kita lakukan dan kerjasama erat ini sentiasa berjalan dengan baik antara Kementerian Pengajian Tinggi juga. Malahan di peringkat Kementerian Pelajaran pun dan kementerian yang lain kita bekerjasama erat, memastikan bahawa koordinasi ini akan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

final • 5:55 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kasi Yang Berhormat Pasir Salak Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya suka mendengar tadi Yang Berhormat Menteri kata “okey, tiap-tiap satu universiti itu diberi pengkhususan ataupun satu projek penyelidikan dalam bidang tertentu”. Boleh tidak kita tambah satu lagi iaitu Universiti Petronas.

Universiti Petronas berhubung kait dengan energy. Bolehkah kita jadikan UNITEN, UNITEN ya? Bukan UNITEN - Tenaga. Universiti Petronas, dia fokus kepada research and development on energy. Energy a new source, a new energy. Sebab, saya terbaca, mungkin kita boleh market, kalau kita dapat menghasilkan energy yang baru selain daripada petroleum. Pasaran dunia untuk energy ini ialah lebih kurang USD3 trilion. USD3 trilion satu tahun. Iaitu lebih kurang berapa? Dekat RM9 trilion ataupun RM10 trilion.

final • 5:55 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, kalau kita ada produk yang seperti ini, kita tak payah bergantung lagi dengan kelapa sawit, bergantung dengan hasil tembakau ataupun bergantung dengan hasil-hasil getah dan sebagainya. We want to be a new country. We can sell energy to the world. Ya, and we beat the American. Bukan macam pembangkang. They want to be friend with American. [Ketawa]

final • 5:55 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Ya, sila, sila.

final • 5:55 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Boleh jawab sekalilah. Saya rasa isunya bukan perkongsian pintar di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan universiti. Saya rasa itu tidak timbul masalah. Isunya saya rasa ialah isu kita hendak mengkomersialkan bahan-bahan kajian ataupun produk yang dilahirkan daripada R&D itu.

Saya mengambil contoh seperti mana Korea. Hyundai, dia di samping kerajaan memberikan geran kepada universiti, Hyundai itu sendiri memberikan geran itu kepada universiti. Toyota di Jepun, Nokia di Finland, dia memberikan geran kepada universiti. Jadi persoalannya di sini, saya hendak tanya, adakah langkah-langkah telah diambil oleh MOSTI, ada syarikat di Malaysia ini yang memberikan geran itu kepada universiti?

Yang kementerian beri itu, itu satu hal. Itu satu galakan yang baik. Adakah telah ada syarikat di Malaysia dalam bidang biotech sebagai contoh, yang memberikan geran itu kepada universiti yang menjalankan penyelidikan ini supaya hasilnya esok setelah R&D dibuat, kemudian dia sampai hendak mengkomersialkan apa yang telah kita patenkan ini, ia tak lagi menimbulkan masalah. Jadi, itu persoalan yang hendak saya timbulkan. Terima kasih.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kubang Kerian. Atas cadangan yang dikemukakan, atas semangat collective responsibility, saya akan memberi cadangan Yang Berhormat Pasir Salak kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mereka bawa membincangkan, memperincikan cadangan tersebut supaya kita akan dapat melihat bagaimana kementerian kita akan dapat membantu.

Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, memang kita sedar bahawa dalam konteks di Malaysia ini, industri memainkan peranan penting sama ada mahu mengambil ataupun tidak research yang dilakukan. Sebab itu, kita menyedari perkara ini tadi. Research kita berasaskan:

(i) teknologi; dan

(ii) berasaskan pasaran.

Di sinilah kita, sekarang ini pendekatan kita ialah kita hendak matchkan, memastikan bahawa segala research yang baru ini mestilah match dengan industri supaya faktor komersial itu akan dapat kita tangani di peringkat awal lagi. Bukannya di peringkat terakhir itu.

Jadi, kita match kan. Pada masa ini saya belum ada maklumat. Insya-Allah, saya akan berikan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian secara bertulis sebab ini adalah isu baru yang dibangkitkan. Tidak dibahaskan dalam sesi perbahasan, dan saya akan cuba dapatkan maklumat itu, akan bekalkan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian.

Jadi, izinkan saya untuk teruskan.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, silakan.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Ahli Yang Berhormat dari Pematang Pauh dan Ahli Yang Berhormat dari Parit Buntar juga telah membangkitkan persoalan tentang keupayaan dan prestasi pelaksanaan Multimedia Super Corridor ataupun MSC, yang didakwa hampir semua flagship application yang dirancang gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga menyebabkan Malaysia pada hari ini tidak lagi dilihat sebagai negara yang ke hadapan dalam ekonomi pengetahuan, walaupun di Benua Asia sendiri.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bila saya menganalisis perkara ini, mendengar ucapan, saya tersentuh sebenarnya sebab dalam konteks ucapan ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang ataupun Yang Berhormat Permatang Pauh seolah-olah tidak adil dalam memberi kenyataan, mengatakan bahawa MSC gagal dilaksanakan dan juga kita terkebelakang sekarang ini. Sebab ini tidak adil kepada pegawai-pegawai kita yang telah memberi komitmen yang bersungguh-sungguh.

Saya sendiri dalam tiga bulan dalam kementerian ini, saya dapat melihat bahawa pegawai kita adalah yang penuh komited dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan MSC Malaysia ini sebagai diletakkan ke tahap yang sebegini rupa pada waktu ini. Ini dapat saya buktikan. Sebenarnya inisiatif koridor kita adalah satu inisiatif negara yang salah satu inisiatif yang amat berjaya sekali. Ini saya dapat buktikan melalui kayu pengukur yang berikut.

Dengan ini saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya mengambil masa yang panjang sikit sebab untuk menjelaskan isu yang begitu penting kepada kita untuk menjelaskan. Kayu pengukur yang saya lihat, pertamanya daripada kadar pemilikan PC.

Kalau kita melihat MSC Malaysia dulu ditubuhkan pada 11 tahun yang lepas iaitu 1995.

Kadar pemilikan PC pada waktu itu ialah 888,000 orang kepada lebih pada masa sekarang ini meningkat. Dulu 1995 - 888,000 sekarang ini berjumlah 6 juta pemilik. Kadar penembusan internet juga telah meningkat daripada 1.8% kepada 44% selepas inisiatif MSC ini.

Kalau kita melihat dari sudut syarikat-syarikat berasaskan ICT, daripada 300 pada tahun 1995, sekarang kita sudah mempunyai syarikat yang berasaskan ICT sebanyak 4,000 dalam tahun 2007. Kalau kita melihat dalam konteks, dulu kita mengimport menjadi pengimport bersih perisian dan produk IT, tetapi sekarang kita merupakan negara pembuat dan pengeksport perisian dan perkhidmatan ke seluruh dunia.

Perkara seterusnya, kalau kita melihat pencapaian syarikat berstatus MSC Malaysia, dalam tahun 1996, telah berjaya mewujudkan satu industri ICT tempatan yang begitu pesat dan maju. Masa kini giat menghasilkan inovasi bertaraf antarabangsa. Ketika ini terdapat lebih kurang 2,000 syarikat berstatus MSC Malaysia yang telah berjaya mewujudkan lebih kurang, lebih daripada 63,000 peluang pekerjaan dan menghasilkan lebih daripada 2,100 IP ataupun Intellectual Property.

Pada tahun 2007, syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia ini telah menjanakan pendapatan melebihi RM16 bilion yang mana pendapatan eksport pula adalah RM4.9 bilion.

Sehingga kini sebanyak 52 dari 126 syarikat yang tersenarai di Nasdaq adalah syarikat berstatus MSC Malaysia. Lebih membanggakan lagi, produk seperti total airport management system yang dihasilkan oleh syarikat MSC tempatan XY Based Sdn. Bhd.

sekarang digunakan lebih 12 lapangan terbang antarabangsa.

Seterusnya kalau kita melihat dalam konteks destinasi pelaburan ICT, Malaysia telah diiktiraf sebagai Pusat Pelaburan Ketiga terbaik di dunia. Bagi perniagaan Shared Services, dan Out Sourcing ataupun SSO dengan izin, lebih 80 buah syarikat multinasional terkemuka seperti HSBC, DHL, Shell, Dell, HP, Skop International ataupun Standard Charter, C-Com, Ericson, BMW dan lain-lain lagi telah melabur di Malaysia.

Oleh itu ia membuka peluang pekerjaan dan menggalakkan pemindahan ilmu dan teknologi pada rakyat tempatan. Operasi kebanyakan syarikat ini bukan sekadar di peringkat nasional, tetapi berbentuk serantau dan global. Contohnya syarikat DHL dan Shell mempunyai tiga pusat sokongan IT global di seluruh dunia. Iaitu di Eropah dan USA dan Pusat Global yang ketiga adalah di Cyberjaya. Ini jelas membuktikan kepercayaan syarikat- syarikat global ini kepada keupayaan Malaysia dan rakyatnya dalam bidang ICT.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat juga MSC Malaysia sekarang ini menjadi rujukan kepada negara maju dan negara membangun. Malaysia masih mempunyai pengaruh sebagai negara rujukan dalam ekonomi berpengetahuan kepada negara-negara membangun di peringkat serantau dan juga di Timur Tengah terutama di dalam aplikasi Perdana MSC Malaysia...

final • 5:55 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta penjelasan.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Boleh saya selesaikan paragraf ini. Pada waktu ini MSC Malaysia sedang membantu negara-negara seperti Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Nigeria, Lubnan dan Rwanda dalam merangka hala tuju pembangunan ICT negara-negara tersebut.

Baru-baru ini, kejayaan Malaysia menganjurkan kongres sedunia WCIT 2008 telah diiktiraf sebagai kongres sedunia yang terbaik dalam sejarah. Lebih membanggakan lagi, wakil Malaysia telah dipilih sebagai pengerusi World Information Technology and Services Alliance ataupun WITSA yang baru bagi tempoh 2008 hingga 2010. Ini adalah kali pertama dalam sejarah 30 tahun di mana ICT sedunia akan dipimpin oleh seseorang yang bukan dalam warganegara Amerika.

Kejayaan ini sekali lagi memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang dihormati di dalam industri ICT. Dalam bidang aplikasi adalah tidak benar kenyataan bahawa aplikasi perdana MSC Malaysia tidak mencapai sasarannya. Perlu dinyatakan terlebih dahulu bahawa aplikasi perdana MSC Malaysia adalah merupakan projek percubaan atau pilot dengan izin, yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana negara di dunia.

Malaysia merupakan negara pertama yang menguji aplikasi baru ICT untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat. Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan telah berjaya melaksanakan aplikasi-aplikasi perdana seperti kad pintar Mykad dan e-Pasport, kerajaan elektronik, Sekolah Bestari dan tele-kesihatan dalam jangka masa yang telah dirancang.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menghasilkan kad pintar pelbagai guna yang pertama di dunia. Kad pintar aplikasi perdana ini sememangnya kini menjadi rujukan dan contoh berbagai negara seluruh dunia. Mykad boleh digunakan pada lebih 100 jenis aplikasi di lebih 10 sektor seperti perbankan, pertanian, pelancongan, perkhidmatan kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi.

Di samping itu, Mykad juga boleh digunakan di 150,000 pusat kegunaan ataupun point of usage dengan izin, dan di lebih 300 pusat perkhidmatan kerajaan ataupun integrated government service sector dengan izin. Kini seseorang individu boleh menggunakan Mykad nya untuk tujuan pembayaran tol, memperbaharui lesen, menggunakan kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya.

Sukacita juga saya katakan di sini bahawa Malaysia telah memperoleh pendapatan terkumpul sebanyak RM1.2 bilion hasil eksport kad pintar ke negara-negara maju dan membangun. Untuk projek e-kerajaan, sehingga kini kesemua projek untuk pilot untuk e-kerajaan seperti e-Service, e-Syariah, e-Perolehan, Electronic Labour Exchange ataupun ELX, sistem penguasaan projek, sistem pentadbiran informasi sumber manusia dan persekitaran pejabat yang generik telah sempurna dilaksanakan.

Urus niaga e-perolehan telah meningkat dan mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2007. Di samping itu, penggunaan laman web dan portal untuk menyampaikan perkhidmatan telah pun diperluaskan ke kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Sukacita juga saya maklumkan di sini bahawa portal mygov telah berjaya memenangi anugerah kecemerlangan sektor awam daripada World Information Technology dan Services Alliance ataupun WITSA sewaktu kongres WCIT 2008 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mygov telah berjaya mengalahkan pencalonan lain dari 70 buah negara ahli WITSA. Menurut soal selidik UNE Government Survey 2008, Malaysia menduduki tangga ke-34 daripada 189 negara di dalam aplikasi e-Gov manakala Brown University Global E- Gov ranking menempatkan Malaysia di tangga ke-25 daripada 198 negara mengatasi lima buah negara maju seperti Belanda, Jepun, Perancis, Sweden, dan Norway. Malaysia kini menjadi contoh pada negara-negara seperti Arab Saudi, UAE, Syria dan Iran bagi aplikasi e-Gov.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, Projek Pilot Sekolah Bestari pula merupakan satu inisiatif menyediakan modal insan bagi era teknologi masa depan. Ianya merupakan rombakan semula sistem pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah dan melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara. Sistem-sistem yang telah dibangunkan bagi tujuan ini termasuklah Aplikasi Bersepadu Sekolah Bestari, Smart School Integrated Solution dengan izin, dan Aplikasi Pelulusan Sekolah Bestari, Smart School Management System.

Dengan kejayaan di 88 buah sekolah ini, kerajaan telah memutuskan bahawa program pembestarian sekolah diperluaskan pada semua sekolah di Malaysia. Di samping itu, aplikasi Sekolah Bestari juga dicontohi oleh negara-negara jiran dan telah dilaksanakan di Kampuchea, Myanmar, Laos dan Vietnam di bawah projek sekolah bestari CMLV.

Melalui aplikasi tele-kesihatan, kerajaan terus berusaha untuk menggunakan ICT untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan seluruh negara termasuk luar bandar. Buat masa ini, 39 buah hospital di seluruh negara menyediakan tele consultancy, di mana perkhidmatan pakar di bawa kepada rakyat di luar bandar tanpa mereka berkunjung kepada hospital-hospital besar di bandar. Ini jelas membawa faedah yang besar kepada rakyat keseluruhan.

Pada 2007, lebih daripada 2,600 kes perubatan telah dikendalikan melalui sistem ini. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menjemputlah semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih belum berpuas hati dalam konteks ICT ini untuk datang melawat MSC kita di Cyberjaya. Mungkin dari situ nanti kita boleh beri taklimat untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas dengan melihat sendiri pencapaian kita di sana.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Hendak beri Gopeng Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila kita menilai kejayaan MSC, kita perlu menilai dari segi konteks adakah pencapaian setakat ini adalah satu pencapaian secara natural progression dan bukan akibat adanya MSC.

Misalannya, saya hendak sebut beberapa perkara. Kalau kita banding dengan negara asing yang tidak ada MSC walaupun Malaysia yang merupakan negara yang pertama kemukakan MSC tetapi misalan dari segi broadband, jalur lebar penetration, negara kita setakat ini cuma 15% kalau dibandingkan dengan Korea hampir 70%, dan Singapura mungkin hampir 100% walaupun mereka tidak pernah katakan ada MSC ke ataupun program yang sedemikian.

Yang kedua, dari segi content provider. Kalau kita banding dengan negara lain, kita juga jauh ketinggalan. Misalannya kalau kita katakan software creation misalannya dengan izin, kalau banding dengan negara India kita ketinggalan, Korea kita ketinggalan dan juga kita katakan outsourcing. Sampai hari ini kita masih katakan kita merupakan negara ketiga paling menarik sebagai negara outsourcing mengikut artikel ini. Kalau tidak silap saya kajian artikel ini dahulu.

Namun, sampai sekarang kita tidak nampak ada sebarang perkembangan yang konkrit dari segi industri outsourcing. Walaupun dalam hal ini, kita kalah kepada negara yang tidak ada MSC misalannya India sebagai negara pilihan pertama dan Filipina sebagai negara pilihan kedua dan kita di tangga ketiga.

Dari segi e-commerce kita juga jauh ketinggalan. Setakat ini kalau kita lihat misalannya B to B kah, B to C kah, tidak nampak sebarang perkembangan walaupun saya tidak menafikan bahawa dari segi e-Gov memang ada sedikit sebanyak kemajuan. Saya rasa dari keseluruhan MSC, pada pendapat dan hemat saya tidak mencapai apa yang ditujukan apabila MSC ditubuhkan.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 5:55 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ada hubung kait Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya biasa.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 5:55 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Malaysia sebenarnya ingin dikenali sebagai digital hub di rantau ini selari dengan wawasan MSC. Namun, lesen dengan izin, International Submarine Cable Landing Right adalah amat terhad kepada satu syarikat sahaja iaitu TMnet yang disenaraikan di bursa saham di mana 30% dimiliki oleh Khazanah.

Ini telah menyebabkan sebenarnya kapasiti yang kita tawarkan terhad dah harga yang agak tinggi. Ini menyebabkan trafik daripada Malaysia dan kita terpaksa menggunakan melalui Singapura sebagai hab kerana dia mempunyai kapasiti yang tinggi dan harga yang agak rendah berbanding dengan Malaysia. Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan memberikan lesen kepada mana-mana pemegang ataupun orang-orang yang berkemampuan misalnya kepada pengendali Jaring yang ada mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Terima kasih.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di manakah kedudukan telemedicine kita? Seingat saya, dalam tahun 90-an dahulu, Universiti Kebangsaan Malaysia biasa melancarkan program telemedicine, teleconferencing dalam bidang perubatan tapi sehingga sekarang saya tidak nampak kemajuannya di dalam bidang ini.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Jasin dan juga Yang Berhormat Kota Raja. Untuk Yang Berhormat Kota Raja, saya dah katakan tadi, daripada itu kita dah meningkat. Untuk telemedicine, 39 buah hospital telah menggunakan telemedicine di mana 2,600 kes perubatan telah dikendalikan tapi sama ada penggunaan, apa yang kita lakukan di peringkat agensi kita ialah untuk develop teknologi sama ada untuk mengambil ataupun tidak bergantung pada hospital sama ada kerajaan ataupun swasta.

Jadi kita tidak dapat memaksa sebab kita cuma develop dari segi teknologi sama ada software ataupun the connectivity perspektif itu. Malahan kalau di MIMOS, kita juga telah ke peringkat mencipta satu teknologi semantik untuk kegunaan misalnya untuk pembedahan secara virtual. Maknanya kita tak perlu membuat lagi pembedahan secara actual, maknanya virtual. Ini dah didevelop di agensi kita, MIMOS dan ini yang saya maksudkan bahawa fokus kita ialah dalam perspektif teknologi.

Jadi, ini mungkin juga sama dengan Yang Berhormat Jasin dalam konteks infrastruktur adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi tapi atas semangat yang saya katakan tadi, collective responsibility, saya akan membawa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi supaya kita akan dapat mencari penyelesaian kepada apa yang dipersoalkan.

Kepada Yang Berhormat Gopeng, seperti mana yang saya katakan tadi adalah tidak adil sebab isu yang dibangkitkan dan persoalan pokok ialah berkaitan dengan MSC Malaysia dan mengatakan MSC Malaysia tidak mencapai kemajuan adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak tepat. Oleh sebab kalau kita melihat daripada tarikh penubuhan sehingga pencapaian sekarang, adakah kita tidak mengiktiraf apa yang telah diusahakan oleh pegawai-pegawai kita sehingga membawa sekarang ini MSC Malaysia ke tahap yang ketiga terbaik di dunia.

Kita dah menarik pelaburan dan malah kita telah mencipta technopreneur yang telah dapat mengeksport hasil-hasil aplikasi kita dan negara-negara dunia mengiktiraf kita sebagaimana saya katakan tadi. Jadi kayu pengukur yang saya lihat itu adalah satu titik permulaan untuk kita menjadikan MSC Malaysia dan Malaysia keseluruhannya sebagai hab yang insya-Allah akan berjaya dalam bidang ICT.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Oleh sebab itu kita diambil, diiktiraf di peringkat dunia untuk menjadi konsultan kepada negara-negara lain dan mereka telah menerima aplikasi kita dengan mengimport aplikasi kita dan dalam konteks itu jugalah saya yakin bahawa MSC Malaysia nanti dengan komitmen pegawai-pegawai kita, akan mencipta nama yang lebih besar dengan kita mempengerusikan WITSA nanti di mana kita boleh mengembangkan lagi MSC Malaysia dan keseluruhan perspektif tersebut...

final • 5:55 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:55 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Parti nama adil.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, nak bagi Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat?

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan.

final • 5:55 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit Menteri, kalau boleh.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya teruskan, teruskan Yang Berhormat ya.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Sebab masa, mungkin lebih ramai kementerian.

Mohon maaf ya sebab ramai lagi menteri yang menunggu untuk menjawab. Saya akan terus beralih kepada isu yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang bioteknologi, MOSTI juga telah memperkukuhkan usaha-usaha di dalam pembangunan bioteknologi dengan mengguna dan menambah nilai sumber-sumber yang kita miliki terutamanya kekayaan biodiversiti dan kekuatan kita dalam sektor industri, pertanian dan asas tani. Tumpuan akan terus diberikan kepada usaha meningkatkan pengeluaran makanan dengan mencari benih-benih yang berproduktiviti tinggi, membangunkan teknologi pengeluaran bahan-bahan makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dan meningkatkan teknologi pengurusan pertanian dengan menerapkan teknologi ICT.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan menyedari akan krisis makanan yang sedang berlaku yang berpunca daripada kos yang meningkat dan sumber yang terhad. Berikutan itu, melalui Geran Pendidikan MOSTI, pelbagai agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi telah digembleng untuk menghasilkan penemuan dan proses dan teknologi yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan seperti memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti makanan selain membantu negara meningkatkan sumber makanan.

Penggunaan teknologi Advance Reproductive Biotechnology ataupun ARB oleh Institut Agro Bioteknologi Kebangsaan, MOSTI misalnya bukan sahaja akan digunakan dalam melipatgandakan pengeluaran baka-baka haiwan ternakan untuk meningkatkan bekalan daging negara. Teknik ARB juga akan diaplikasikan kepada haiwan-haiwan eksotik untuk memastikan ternakan yang sihat dan berkualiti.

MOSTI juga telah membiayai penyelidikan untuk mengawal penyakit ternakan misalnya penghasilan kit diagnostik yang digunakan untuk mengesan penyakit ke atas ternakan ayam dan ternakan akuakultur dan juga untuk mengesan tahap kandungan racun pada sayur-sayuran. Selain itu, penyelidikan juga sedang giat dilakukan ke atas padi hibrid.

MOSTI juga membiayai penyelidikan yang dilaksanakan bersama oleh MARDI dan Vietnam untuk menghasilkan tanaman padi transgenik yang tahan penyakit bena perang.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat pula telah mencadangkan penggunaan teknologi-teknologi baru dan meningkatkan hasil terutamanya makanan dengan merujuk pada keberkesanan teknologi GMO ataupun Genetically Modified Organism yang cukup popular di Amerika dan didapati berjaya digunakan untuk makanan seperti soya, jagung, kapas dan juga tomato.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, MOSTI sememangnya amat peka dengan perkembangan dan sumbangan teknologi GMO. Ini terutama dalam meningkatkan hasil pertanian seperti yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa projek R&D yang berkaitan dengan GMO ini sedang dibiayai dan dijalankan oleh Institut Agro Bioteknologi, MOSTI bersama-sama dengan MARDI, UPM dan UKM. R&D yang sedang dijalankan ialah untuk menghasilkan benih tanaman seperti padi, betik dan cili yang berupaya memberi hasil lebih tinggi dan juga tahan penyakit. Projek-projek ini masih di peringkat R&D dan benih-benih GMO tersebut belum lagi hendak dilancarkan untuk kegunaan sektor pertanian. Benih- benih tersebut akan dinilai semula secara terperinci sebelum kerajaan membuat keputusan untuk mengisytiharkannya bagi tujuan pengeluaran makanan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, aspek bio keselamatan dan keselamatan makanan memang diberi penekanan dalam melaksanakan projek-projek R&D tersebut. Segala amalan dan keperluan untuk bio keselamatan dan keselamatan makanan mengikut akta dan garis panduan bio keselamatan tempatan dan luar negara dipatuhi dalam penghasilan benih GMO. Teknologi GMO ini telah diguna pakai oleh negara-negara seperti USA, Kanada, Argentina, Brazil, China dan India dengan meluas untuk meningkatkan tahap pengeluaran pertanian.

Oleh itu, jika tanaman seperti padi atau jagung GMO yang ditanam di negara- negara tersebut didapati bersesuaian ditanam di Malaysia, kerajaan akan meneliti dan menilainya mengikut akta dan garis panduan bio keselamatan untuk tanaman tersebut di tanam di negara kita. Selain daripada itu, kerajaan juga akan menggunakan pengalaman dan maklumat dari negara-negara tersebut dalam membangunkan teknologi GMO untuk meningkatkan hasil pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sibuti yang mencadangkan agar kerajaan memberikan perhatian dan melakukan pemetaan biologi dalam memastikan penemuan dan khazanah biologi negara dapat dipertahankan. Sebagaimana diketahui, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan biodiversiti yang boleh dieksploitasikan. Menyedari akan keistimewaan ini, maka sejak beberapa tahun lalu, beberapa kajian telah dijalankan menerusi pembiayaan kerajaan bagi menentukan bilangan serta taburan sumber-sumber ini.

Antara projek-projek yang menumpukan pada usaha-usaha ini adalah pertama tree flora of Sabah Sarawak, species diversity preservation status and sustainable management of three resources yang kajiannya dibuat oleh FRIM. Kedua genetic mapping of quantitative trait loci controlling wood pulp quality in Acacia hybrid using genetic markers juga oleh FRIM dan yang ketiga biology, captive breeding and conservation of the Malayan sun bear di mana kajiannya dibuat oleh UPM.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kimanis pula telah membangkitkan persoalan berhubung beberapa agensi pusat seperti National Biotechnology Corporation yang begitu giat membangunkan industri bioteknologi negara dan juga MiGHT yang begitu aktif dalam pembangunan industri herba. Akan tetapi tidak mempunyai sebarang projek di negeri Sabah, walaupun negeri Sabah amat kaya dengan sumber-sumber kepelbagaian hayat yang berpotensi untuk penerokaan sumber-sumber kekayaan baru seperti industri herba dan juga bioteknologi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian memang mengakui bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan biodiversitinya. Oleh itu MOSTI melalui agensi seperti TPM Biotech, Biotech Corporation, SIRIM dan MiGHT sentiasa menggalakkan malah sedang melaksanakan projek pembangunan industri bioteknologi dan herba di Sabah. Biotech Corp. yang ditubuhkan pada tahun 2005, bertanggungjawab membangunkan industri bioteknologi di Malaysia.

Sehingga 31 Mei 2008, Biotech Corp. telah meluluskan 63 syarikat untuk menerima status biogenesis. Dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1.28 bilion, syarikat-syarikat yang diluluskan adalah dari sektor bioteknologi pertanian, kesihatan, industri dan bio-informatik. 2 daripada 63 syarikat yang telah diluluskan tersebut adalah dari Sabah. Aktiviti syarikat-syarikat berkenaan merangkumi penyelidikan dan pengeluaran makanan dan ternakan dari isirung, kelapa sawit.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Dengan menggunakan teknologi ataupun proses berasakan enzim dan mikro; serta penyelidikan dan pengeluaran benih-benih pokok hutan, tumbuhan, pertanian, herba dan spesies pokok perhiasan dengan menggunakan teknologi pengkulturan tisu ataupun in vitro. Sebenarnya TPM Biotech akan menubuhkan sebuah tempat pemprosesan herba yang lebih saintifik seperti yang ada di Raub Pahang dengan saiz dan kapasiti yang sesuai untuk usahawan herba Sabah menghasilkan produk-produk nutraceutical yang boleh dipasarkan keluar negara.

Bagi memastikan bahan mentah industri herba di Sabah mencukupi, Malaysian Herbal Corporations ataupun MHC iaitu sebuah anak syarikat MiGHT sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk projek pembasmian kemiskinan. Ianya melalui projek penanaman pokok-pokok herba komersial seperti serai, misai kucing, kacip fatimah dan lain-lain lagi.

Dalam masa yang sama, MHC juga sedang berunding dengan Yayasan Sabah untuk menyediakan blueprint projek-projek berkaitan dengan herba di seluruh negeri Sabah. Ini akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negeri Sabah melalui aktiviti penanaman, pemprosesan dan pemasaran produk-produk herba.

Selain daripada itu, sebuah lagi anak-anak MiGHT iaitu Advance Manufacturing Institute akan melaksanakan projek inovasi desa. Sabah telah dikenal pasti sebagai lokasi sulung untuk projek ini yang melibatkan aktiviti peningkatan kesedaran, aplikasi sains dan teknologi. Latihan dan pewujudan industri kecil dan sederhana berasakan teknologi. Buat permulaan, produk yang telah dikenal pasti adalah minyak kelapa dara ataupun virgin coconut oil.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada penanam herba, MHC telah membantu untuk merealisasikan projek penanaman vanila melalui pembukaan lembah vanila seluas seribu ekar di Beaufort. Ini melalui kerjasama dengan Syarikat Rentak Timur Sdn. Bhd. dari Semenanjung dan Koperasi Pembangunan Desa, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Melalui usaha ini, KPD akan menyediakan kawasan untuk menanam vanila.

Mengenal pasti usahawan tani yang berminat dan seterusnya terlibat di dalam industri hiliran penanaman pokok vanila. Program ini dilaksanakan secara perladangan kontrak di mana hasil petani memenuhi kualiti akan dijamin pembeliannya. Oleh yang demikian, vanila yang telah dituai akan dijual semula pada RTHB untuk diproses bagi menjadikan produk berasaskan vanila yang bernilai tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak juga MHC akan mewujudkan kawasan penanaman vanila di Sarawak dengan mengenal pasti kawasan seluas lima ratus ekar di seluruh negeri Sarawak melibatkan kira-kira lapan ratus orang petani. Melalui kerjasama strategik untuk merealisasikan usaha ini, MHC telah pun mengenal pasti sebuah syarikat perunding dan pemasaran vanila iaitu Vanilla Biomatrix Sdn. Bhd. dari Semenanjung dan Syarikat Mutiara Sarawak Sdn. Bhd. untuk bersama-sama merancang dan membangunkan usaha penanaman vanila di Miri Sarawak.

Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang bernaung di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Daerah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat pada 31 Januari 2008.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Permatang Pauh mengenai keperluan meningkatkan teknologi rendah dan menuju ke arah teknologi tinggi. Kerajaan telah pun melaksanakan strategi ini. Di dalam membangunkan sektor industri secara bersepadu, MOSTI amat memberi perhatian ke atas kerjasama pendidikan di antara institusi penyelidikan dan industri.

Ia merupakan salah satu langkah yang perlu dan memastikan hasil penyelidikan mampu dieksploitasi oleh pihak industri. Menyedari kepentingan ini, geran-geran penyelidikan yang tawarkan oleh MOSTI telah mensyaratkan supaya kolaborasi dengan industri perlu diwujudkan sebelum sesuatu permohonan itu diberi kelulusan atau pertimbangan.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Sehingga kini terdapat sebanyak 80 projek dijalankan secara usaha sama antara institusi penyelidikan dan industri daripada 128 projek penyelidikan Techno Fund yang diluluskan oleh MOSTI. Di samping itu, sebanyak 77 projek usaha sama institusi penyelidikan dan industri di bawah science fund juga telah dibiayai.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Melaka kerana mengakui peranan SIRIM dalam membantu mengadakan mesin-mesin memproses makanan seperti makanan tradisional. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SIRIM semangnya terlibat dalam membangunkan mesin-mesin prototaip.

Adalah bagi menyumbangkan kepada peningkatan kecekapan pengeluaran dan pengurangan penggunaan sumber tenaga manusia. Bagi memperluaskan faedah dari penggunaan ini, SIRIM mengharapkan akan diberikan peruntukan secukupnya dalam 2009 bagi membina turnkey plant dengan izin, bertaraf JMP secara modular.

Banyak lagi sebenarnya mesin yang boleh saya perkatakan tetapi saya akan beri kepada Yang Berhormat yang berminat. Boleh beritahu kita, kita akan berikan senarai penuh mesin-mesin yang boleh digunakan Tuan Yang di-Pertua, untuk menjimatkan masa.

Saya menyedari Tuan Yang di-Pertua ada memberi signal untuk saya mempercepatkan.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Menyampuk]

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek penggalakan tindakan berasakan teknologi tinggi Malaysian Industry Government Group for High Technology ataupun MiGHT telah banyak terlibat dalam mengendalikan kajian-kajian dan penyelidikan berkaitan dengan teknologi tinggi dan juga teknologi maju. Kajian-kajian tersebut telah dihasilkan dan bentuk laporan-laporan yang kini diguna pakai sebagai rujukan oleh pihak industri.

Di antara kajian dibuat adalah mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan pendidikan melibatkan penggunaan nano teknologi di Malaysia. MiGHT juga telah menerbitkan laporan kajian Aeroangkasa ataupun Malaysian Aerospace Blueprint dengan izin, pada tahun 1997 yang menjadi asas kepada perkembangan industri Aeroangkasa dalam negara.

Selain menjalankan kajian-kajian teknologi strategik, MiGHT juga terlibat dalam memberikan bantuan dalam bentuk khidmat nasihat pada syarikat-syarikat untuk mengkomersialkan teknologi ataupun harta intelek. Untuk tujuan itu, MiGHT telah bekerjasama dengan beberapa institusi luar negara di Australia dan Korea dalam usaha mewujudkan prasarana dan sistem untuk menggiatkan usaha pengkomersialan dan inovasi di dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kimanis, Telok Kemang dan Parit Buntar telah membangkitkan isu berkenaan sumber tenaga alternatif kepada minyak fosil. Bagi negara Malaysia, penghasilan tenaga diperbaharui boleh diperoleh daripada sumber-sumber seperti solar, biomass, angin, mini hidro, geoterma dan ombak. MOSTI telah menumpu pada R&D tenaga alternatif sejak Rancangan Malaysia Ketujuh lagi.

Sehingga kini MOSTI telah membiayai sebanyak 106 buah projek berkaitan tenaga bernilai RM49.5 juta yang dijalankan oleh universiti dan institusi penyelidikan tempatan.

Kementerian juga sedang mengkaji sumber tenaga alternatif seperti solar dan biomass yang merangkumi biodiesel, bioethanol, biogas dan biohidrogen. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sumber biomass dari sisa pokok kelapa sawit serta sumber bukan konvensional dari tumbuhan lain seperti jatropha, sagu dan alga sedang dikaji keberkesanannya untuk penghasilan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Bagi tujuan ini, satu kumpulan kerja bagi tenaga boleh diperbaharui telah ditubuhkan untuk menetapkan dan memandu hala tuju R&D tenaga boleh diperbaharui.

Hala tuju yang akan dirangka ini adalah menyeluruh dan penyelidikan ke pembangunan produk dan sehingga aplikasi kepada pengguna.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu tenaga nuklear yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat, dasar R&D berkaitan dengan tenaga nuklear di Malaysia selama ini, ia masih tertumpu kepada penggunaan teknologi nuklear untuk tujuan kesejahteraan rakyat khususnya dalam bidang-bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemuliharaan alam sekitar yang selain daripada penjanaan kuasa elektrik.

Penggunaan seperti ini adalah lazim bagi kebanyakan negara membangun dan adalah berbeza daripada negara-negara maju yang lebih tertumpu pada penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik.

Aktiviti R&D dalam bidang nuklear untuk kesejahteraan rakyat ini serta kemudahan asas pemilikan nuklear yang telah dibangunkan di Agensi Nuklear Malaysia semenjak agensi tersebut ditubuhkan pada tahun 1972, juga berfaedah sebagai persediaan bagi melaksanakan program kuasa nuklear kelak. Seperti yang telah dimaklumkan semasa sesi jawab lisan pada mesyuarat yang lepas, MOSTI bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang bekerjasama dan menyediakan kertas cadangan untuk memasukkan tenaga nuklear sebagai salah satu opsyen sumber tenaga negara. Ianya bagi membolehkan penjanaan kuasa elektrik daripada tenaga nuklear direalisasikan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya MOSTI sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas minat serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai usaha, program dan strategi kementerian ini. Seterusnya MOSTI berharap dengan kerjasama dan keprihatinan dari Ahli-ahli Yang Berhormat ini akan dapat membantu kementerian dalam mencapai matlamat dan visi sebagaimana harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga rakyat keseluruhannya.

Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan menjemput sekali lagi ahli-ahli Yang Berhormat untuk ke agensi-agensi kita dan daftarlah kepada kita.

Insya-Allah, kita akan mengatur lawatan-lawatan tersebut. Terima kasih.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dijadualkan di nombor 17 dinaikkan ke nombor 13, menggantikan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam susunan giliran menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK-9.

Maka dengan itu saya menjemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

final • 5:55 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara- perkara berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MeCD semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertanggungjawab dalam membangunkan usahawan bumiputera dan koperasi yang berkualiti ke arah mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera atau MPPB.

Tiga peranan utama kementerian dalam memastikan kekayaan negara dapat diagih secara adil dan saksama serta mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini melalui:

(i) melahirkan dan memperbanyakkan usahawan bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi;

(ii) melahirkan golongan profesional dan menengah bumiputera; dan

(iii) menambah pemilikan aset dan ekuiti bumiputera.

final • 7:02 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Selaras dengan peranan tersebut, fokus MeCD kini lebih tertumpu terhadap usaha memantapkan sistem penyampaian sedia ada. Ke arah ini, MeCD telah melahirkan satu model pengurusan baru yang dinamakan Entrepreneur-Centric Model bagi memastikan usahawan di peringkat akar umbi mendapat nikmat ke atas kemudahan yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung persoalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka, mengenai pecahan sektor terhadap bilangan usahawan yang diwujudkan dalam tempoh dua tahun pelaksanaan RMK-9 serta kaedah dalam mengklasifikasikan usahawan.

Kementerian dalam RMK-9 menyasarkan untuk mewujudkan 150,000 usahawan baru dalam berbagai-bagai sektor ekonomi. Sehingga tahun 2007, kementerian telah berjaya melahirkan 67,533 usahawan baru melalui berbagai-bagai program strategik pembangunan usahawan seperti kontrak perladangan, kontrak pembuatan, francais, vendor, technopreneur, conversion, rantaian nilai dan peruncitan.

Pecahan usahawan-usahawan ini mengikut sektor adalah seperti berikut:

SektorBilanganPeratus
Pembuatan1129917
Perkhidmatan3929757
Pembinaan17033
Pelancongan850813
Pertanian680610

Seterusnya Yang Berhormat Kota Melaka juga ingin mendapatkan maklum balas bagi projek inkubator. Untuk makluman, projek inkubator MARA dilaksanakan menerusi pembinaan projek premis perniagaan sama ada rumah kedai atau lot kilang yang bertaraf inkubator.

Maksud taraf inkubator adalah pengisian premis oleh usahawan yang mendapat kemudahan dari golongan yang baru mencebur diri di bidang perniagaan. Mereka dikenakan exit policy atau dasar tamat penyertaan berdasarkan prestasi semasa syarikat dan rancangan perniagaan masing-masing sehingga mencapai kematangan dan titik pulang modal. Usahawan atau inkubator diberi tempoh bernafas sehingga enam bulan untuk mula membayar ansuran sewa dengan kadar yang berpatutan.

Selain daripada menyewa premis tersebut, inkubator ini juga dipertimbangkan pembiayaan perniagaan dengan jumlah maksimum RM250,000 oleh MARA. Mereka juga diberi peluang menyertai ekspo perdagangan dalam dan luar negara dengan kadar diskaun 50% dari yuran penyertaan. Sejak MARA ditubuhkan sehingga kini, sebanyak 338 projek inkubator dengan 5,952 lot premis perniagaan bertaraf inkubator telah dibangunkan.

Sejak diperkenalkan dianggarkan seramai 15,000 inkubatee pernah memulakan perniagaan di premis inkubator MARA. Satu lagi skim inkubator dilaksanakan oleh GIATMARA dengan sasaran pesertanya terdiri di kalangan bekas pelatih GIATMARA.

Bilangan inkubator yang diwujudkan adalah sebanyak 75 unit. Sehingga kini dianggarkan 300 peserta inkubatee pernah mendapat kemudahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memperhebatkan universiti desa atau cottage industry, saya amat bersetuju terhadap cadangan Yang Berhormat Pontian, agar kementerian memperbanyakkan dan mempelbagaikan produk bagi Program Satu Daerah, Satu Industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pemasaran dan Promosi serta Jawatankuasa Kerja Pembangunan Keusahawanan bagi program ini di peringkat nasional.

final • 7:02 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Di bawah kedua-dua Jawatankuasa ini, kementerian melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan usahawan SDSI dan dari segi latihan dan kemahiran serta aspek pemasaran produk SDSI termasuklah pembangunan kualiti dan pengukuhan produk, pengiklanan, promosi dan pemasaran produk.

Menerusi pendekatan ini, kementerian mengambil berbagai-bagai langkah bagi mempergiatkan aktiviti pemasaran dan promosi dalam membantu memperluaskan pasaran produk SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa. Antaranya program-program yang dilaksanakan adalah seperti penganjuran Showcase SDSI iaitu pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia setiap tahun.

Program SDSI in Going Places iaitu penerbitan artikel di majalah Going Places terbitan majalah Airlines MAS, bermula bulan Julai 2008 secara suku tahunan yang bertujuan untuk memperkenalkan signature product and services SDSI yang terdapat di seluruh Malaysia kepada masyarakat umum khususnya kepada pelancong asing yang menggunakan penerbangan MAS.

Program pameran perdagangan luar negara di mana MeCD akan menyertai pameran-pameran perdagangan luar negara khususnya pameran yang berkaitan dengan gerakan OVOP, one village one product seperti OVOP Fair di Jepun dan OTOP Fair di Thailand yang lebih memfokuskan kepada usahawan SDSI yang berkemampuan atau export ready.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Tenggara. Berhubung isu mempercepatkan proses pinjaman mikro kredit dan pemantauan secara terus kementerian terhadap skim-skim tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa berusaha untuk mempermudah dan mempercepatkan kemudahan pembiayaan yang terdapat di bawah kementerian.

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian adalah seperti penubuhan Jawatankuasa Rayuan dan Mudah Biaya dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha yang berperanan dalam menyeragamkan syarat-syarat pinjaman, memberi peluang kedua kepada usahawan yang gagal, mendapatkan pembiayaan dan memantau prestasi pembiayaan setiap agensi pembiayaan di bawah kementerian...

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kota Raja, Yang Berhormat.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Bagi saya habis yang ini dahulu. Setiap agensi dikehendaki mengemukakan sebab-sebab terhadap permohonan pembiayaan yang gagal kepada usahawan. Memperbanyakkan penurunan kuasa ke peringkat negeri dan daerah dalam meluluskan pembiayaan dan pengambilalihan kuasa oleh kementerian dalam membuat keputusan terhadap permohonan yang melebihi tempoh seperti yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan agensi berkaitan. Ya, sila.

final • 7:02 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin tahu setelah kementerian membangunkan usahawan, berapa lamakah mereka ini dipantau? Tadi disebut sekiranya mereka gagal dan mereka memohon semula bantuan, berapa kalikah peluang mereka diberi dan sekiranya ada yang gagal, berapa peratus yang dibina tadi selepas beberapa tahun mereka ini dikira sebagai gagal.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Mereka yang kita latih, kita ada sistem inkubator yang saya nyatakan tadi. Kita bagi tempoh mereka ini dengan kemudahan-kemudahan peralatan dan juga premis-premis perniagaan dan juga kita beri bantuan-bantuan promosi untuk mereka memperbanyakkan barang-barang mereka. Begitu juga program-program seperti groom big, kita latih untuk branding dan sebagainya. Kita tidak akan dapat memastikan sama ada yang kita latih ini terus berjaya melainkan kalau kita membuat pembiayaan, kita tahu.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Apabila NPLnya tinggi ataupun dia tidak dapat bayar, maka kita minta pegawai- pegawai kita bukan sekadar untuk mereka memohon ataupun hanya kutip hutang sahaja tetapi mesti diberikan bimbingan dan juga nasihat. Sebab itu datangnya peluang yang kedua, sekiranya kalau ada usahawan ini dia gagal, misal kata dia pinjam untuk ternakan kambing, tiba-tiba kena penyakit kuku dan mulut dan dia memberi penjelasan bahawa pinjaman yang dia buat dahulu tidak boleh dibayar kerana kambing dia kena dihapuskan atas arahan kerajaan.

Jadi dia ada peluang pula hendak tukar bidang menjadi usahawan di dalam trading. Jadi kalau usahawan seperti ini yang gagal bukan kerana mereka tetapi kerana sebab-sebab yang ketiga, maka usahawan seperti ini mestilah diberi peluang untuk mendapat pinjaman baru supaya mereka terus menjadi usahawan dengan harapan kita, dia boleh bayar hutang yang lama dan juga hutang yang baru.

Kita tidak nafikan bahawa NPL yang kita lihat seperti pinjaman-pinjaman yang kita beri ini ada Pinjaman Mikro Kredit yang mana kita beri bawah RM50 ribu ke bawah yang diberi melalui TEKUN, MARA juga Bank Rakyat. Ini lebih kurang meningkat 29% yang tanpa penjamin, tanpa cagaran. Begitu juga agensi yang lain seperti MARA, kita beri pinjaman had limitnya sehingga RM250 ribu. Kemudian kita juga ada SME Bank yang had pinjamannya sehingga berjuta-juta. Jadi kalau Yang Berhormat hendak spesifik setiap agensi, saya kena bagi notis.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa melaksanakan program-program pembudayaan dan latihan keusahawanan dalam usaha menggalakkan lebih ramai bumiputera terutamanya golongan belia, siswazah dan juga wanita untuk menceburi bidang perniagaan. Saya tertarik dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong mengenai pembelaan ke atas ibu tunggal.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kita tidak ada satu peruntukan khas untuk ibu tunggal. Akan tetapi di dalam peruntukan-peruntukan yang latihan dan pembangunan usahawan, kita telah mengasingkan sedikit peruntukan seperti di bawah MARA, di bawah peruntukan untuk membangunkan usahawan, kita telah letak satu tabung RM1 juta.

RM1 juta ini kita khaskan untuk kita memberi bantuan kepada ibu tunggal menjadi seorang usahawan. Melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia, kita peruntukkan RM800 ribu untuk memberikan latihan-latihan dan juga membantu ibu tunggal terlibat di dalam koperasi, tetapi saya ingin tegaskan bahawa semua permohonan ini mestilah dibuat melalui Persatuan Ibu Tunggal supaya kita dapat pasti bahawa mereka yang memohon ini ialah ibu tunggal.

Begitu juga di bawah program menjana ekonomi keluarga yang diletakkan di bawah Pusat Giat MARA, di mana ibu-ibu tunggal ini diberikan peluang untuk menyertai kursus-kursus pendek dalam tempoh lima hari. Bila mereka datang kursus, mereka diberi elaun RM35 satu hari. Kalau mereka mengambil kursus solekan, mereka mengambil kursus jahitan, mereka ambil kursus masakan sebagai contoh, habis sahaja kursus-kursus ini dalam tempoh lima hari, ibu-ibu tunggal ini akan dibekalkan terus dengan tools kit ini, dengan peralatan.

Kalau kursus alat solek, kita bagi satu box, satu peti alat-alat solek, kalau alat jahitan, kita bagi dia bawa balik mesin seorang satu. Dengan harapan kita ibu-ibu tunggal ini akan bermula aktiviti-aktiviti mereka di rumah untuk menjana ekonomi mereka. Akhirnya kita harap dengan adanya, bermulanya dengan satu mesin, dia akan berminat dalam bidang usahawan dan boleh menjadi usahawan dengan memohon pinjaman-pinjaman melalui agensi-agensi yang telah kita sediakan...

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Jasin, Yang Berhormat.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Sila.

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan satu kesungguhan yang amat tinggi sekali untuk melahirkan 150 ribu orang usahawan.

Hanya harapan saya semoga usaha ini hendaklah secara berterusan supaya kita dapat melihat benar-benar pertumbuhan usahawan-usahawan yang mempunyai kualiti.

Keduanya, tentang SDSI tadi, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang telah memilih negeri Melaka sebagai venue tetap. Betul itu Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang cukup bertepatan sekalilah kerana Melaka berkeupayaan menyediakan tempat yang cukup terbaik sekali.

Hanya dalam SDSI ini, kita sebenarnya affiliated dengan one village one product dari Jepun, dianggotai oleh beberapa negara yang lain.

Dengan penyertaan mereka sebenarnya akan lebih menjadikan usahawan- usahawan kita dapat terus bersaing. Saya hanya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada semua produk yang telah dihasilkan oleh usahawan- usahawan kita ini selain daripada dapat menembusi pasaran-pasaran antarabangsa, ada atau tidak kita pasarkan ke negara-negara yang menganggotai OVOP ini. Semoga kita dapat bertukar-tukar barang di antara satu sama lain dan dalam masa yang sama kita dapat mempertingkatkan lagi mutu produk kita dalam pembungkusan dan lain-lain lagi. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Memang benar kita akan buat setiap tahun. Sudah dua tahun dah. Tahun ini kita akan buat dalam bulan Ogos di Melaka kerana kita lihat Kerajaan Negeri Melaka setakat ini memberikan kerjasama yang begitu baik dan dia ada pusat perdagangan yang baru serta amat sesuai untuk kita adakan di negeri Melaka.

Mengenai pandangan Yang Berhormat, memang kita ada program-program yang kita atur bersama-sama dengan negara-negara seperti OVOP dan juga OTOP ini supaya kita dapat mengetahui barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara yang berkaitan mengikut daerah masing-masing. Seperti saya kata kalau negeri kita, satu daerah satu produk, tetapi di negeri lain dipanggil one village, one product. Sebab itu kita telah pun adakan beberapa seminar dan juga kita mengambil bahagian di peringkat antarabangsa supaya kita boleh memahami antara satu sama lain.

Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk kita mengeksport barang-barang ini ke peringkat luar, kita memang sedang hendak memperbanyakkan collection house ini.

Masalah yang kita hadapi pada hari ini ialah ada di antara produk-produk tempatan ini tidak dapat dibekalkan secara berterusan ke peringkat pasaran antarabangsa kerana tidak ada satu collection house untuk kita mengumpulkan produk-produk ini dan kita pula mesti ada trainer house di luar negara supaya ada pertemuan di antara collection house di Malaysia dan juga trainer house di luar negara.

Kalau tidak sekarang ini saya dapat maklum pengusaha-pengusaha luar negara terpaksa pergi terus kepada pengusaha-pengusaha tempatan. Ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat bekalan secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar...

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri, saya hendak sambung sikit. Kita berharap semoga ada usaha sama yang betul-betul pintar di antara satu kementerian dengan kementerian yang lain. Misalnya MITI sebenarnya ada badan yang membuat pemasaran melalui MATRADE dan mereka juga ada mempunyai agensi seperti SMIDEC yang juga memasarkan produk-produk tempatan. Seharusnyalah kita mempunyai satu kerjasama yang cukup terbaik semoga kita dapat menjalinkan satu rangkaian yang benar-benar mantap.

Pada ketika ini sebenarnya Halal Mart telah pun diwujudkan. Selain daripada mereka dapat memasarkan barangan-barangan kita di luar negara, Halal Mart ini yang bekerjasama dengan Halal Corporation, sebenarnya mereka memberikan khidmat nasihat kepada semua sekali Halal hab yang diwujudkan di negeri-negeri. Semoga kerjasama tersebut dapat kita perkukuhkan.

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Keduanya, saya sebutkan tadi, kita mintalah kalau boleh kementerian akan membuat bimbingan secara berterusan kepada usahawan-usahawan ini. Kita tidak mahu apabila kita beri dia bantuan, dia mengeluarkan produk hanya setakat enam bulan atau setahun dan selepas itu dia berhenti. Jadi, kalau kita ada khidmat nasihat yang secara berterusan membimbing mereka, saya yakin mereka ini akan menjadi usahawan yang berjaya. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar; Terima kasih. Memang benar apa Yang Berhormat katakan tadi mengenai Halal Mart. Halal Mart ini ia baru ditubuhkan dan diletakkan di bawah agensi MARA. Kita memang sedang menyusun Halal Mart seperti yang saya nyatakan tadi yang akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain. Melalui Halal Mart ini juga kita akan mempertingkatkan lagi collection house ini. Kita sedar MITI ada buat pasaran tetapi bila kita pergi ke luar negara kita dapati masih diperlukan lagi barangan terutamanya produk-produk halal yang memang diperlukan di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan menyentuh mengenai pemilikan aset bumiputera. Saya sedar terhadap pencapaian bumiputera yang masih rendah dalam pemilikan premis perniagaan atau bangunan komersial seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pontian. Daripada maklumat yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2005, bumiputera hanya memiliki 11.7% bangunan atau premis perniagaan di negara ini.

Justeru itu dalam RMK-9, kementerian melalui UDA dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri mensasarkan untuk membangunkan sebanyak 10,000 unit premis perniagaan untuk dijual kepada bumiputera pada kadar yang berpatutan. Kementerian juga berhasrat untuk membangunkan bukan sahaja premis perniagaan, malah sebanyak 56,000 unit rumah kediaman bagi tempoh yang sama dalam usaha meningkatkan pemilikan aset bumiputera.

Selain itu kementerian turut menyediakan premis-premis perniagaan untuk disewa kepada para usahawan pada kadar yang lebih rendah daripada kadar pasaran. Setakat 31 Mac 2008, kementerian melalui agensi-agensinya iaitu MARA, UDA dan PKNN telah menyediakan sebanyak 15,818 unit premis perniagaan. Kementerian juga berhasrat untuk menambah sebanyak 2,182 unit premis lagi dan menetapkan sasaran untuk menyediakan sebanyak 18,000 unit premis perniagaan di penghujung tempoh RMK-9.

Yang Berhormat Bachok bertanya apakah langkah kementerian untuk menambahbaikkan perkhidmatan teksi...

final • 7:02 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri, boleh bertanya sikit?

Saya hendak mendapatkan penjelasan, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi banyak lagi rumah-rumah kedai, premis perniagaan yang akan dibina sebagaimana angka yang disebutkan tadi.

Saya hendak tahu bagaimana dengan bandar Kuala Lumpur, berapa banyak yang akan dibina dalam bandar raya terutamanya di tempat-tempat strategik kerana tanah-tanah sudah kosong, bangunan sudah naik dan bumiputera nampaknya tidak ada peluang. Jadi, bagaimana cara dan strategi kementerian untuk menambah premis dalam kawasan bandar raya di tempat-tempat yang strategik. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 7:02 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Kita ada tiga strategi.

Pertama, jika MARA dan UDA membeli tanah-tanah di dalam kawasan bandar, maka kita telah minta kedua-dua agensi ini mesti memperbanyakkan membina premis perniagaan daripada membuat rumah-rumah kediaman seperti banglo, kondo ataupun apartmen. Namun, ia hendaklah dibuat secara memberikan peluang yang banyak kepada bumiputera.

final • 7:02 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Kedua, kalau ada tempat-tempat strategik dan kita tidak ada tanah di situ, maka agensi kita, MARA dan UDA akan membeli satu blok ataupun satu kompleks dan telah pun dibeli di Setiawangsa dan di Jalan Semarak baru-baru ini.

Ketiga, kalau kita tidak boleh beli satu blok, kita akan beli mengikut floor - dua pintu atau lima pintu seperti yang kita beli daripada pemaju-pemaju.

Walau bagaimanapun ini semua adalah bergantung kepada peruntukan yang kita ada. Kita juga telah menerima banyak tawaran daripada pemaju-pemaju swasta untuk membeli bangunan-bangunan kedai dan juga di tempat-tempat perniagaan di shopping complex yang mereka bangunkan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai perkhidmatan teksi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok yang mana beliau ingin tahu tindakan kementerian untuk menambahbaikkan lagi perkhidmatan teksi di bandar raya kerana terdapat rungutan daripada pengguna. Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian menyedari mengenai mutu perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur yang perlu ditambahbaikkan. Kalau kita baca satu artikel dalam satu surat khabar, dikatakan perkhidmatan teksi yang paling teruk dalam dunia ini ialah di Kuala Lumpur.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Saya juga ada berjumpa dengan persatuan- persatuan teksi. Cara pemandu teksi ini berbeza budaya kita dengan luar negara. Kalau kita pergi ke luar negara, kita masuk ke dalam teksi dan kita arah pemandu teksi ke mana kita hendak pergi, tetapi di Kuala Lumpur ini terbalik. Sebelum kita masuk teksi dia tanya ke mana kita hendak pergi.

Jadi, ini salah satu budaya yang kita mesti ubah supaya pemandu-pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang baik. Oleh sebab itulah kita akan mengadakan kursus yang telah pun dipersetujui oleh persatuan-persatuan teksi di mana pemandu- pemandu teksi dikehendaki menghadiri kursus-kursus supaya kita dapat melahirkan pemandu yang berhemah, pemandu yang boleh menjaga teksinya dengan baik dan pemandu yang benar-benar dapat menjaga imej negara kita.

Begitu juga, kita telah pun menyusun, memperkenalkan satu kursus di GIATMARA iaitu kursus pemandu. Mudah-mudahan dengan adanya kursus di GIATMARA ini, kita akan dapat melahirkan lebih ramai pemandu-pemandu yang berhemah.

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju hendak berdiri sahaja ataupun hendak mencelah? Silakan, Yang Berhormat.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menjelaskan tadi mengenai teksi-teksi di Kuala Lumpur dan sebagainya.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri bahawa di LCCT ada juga perkhidmatan teksi di sana. Saya rasa perkhidmatan ini adalah di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri juga. Yang saya perlu tahu daripada Yang Berhormat Menteri ialah di LCCT ini ada sebuah Syarikat Mesra Indah Sdn. Bhd. di mana syarikat ini boleh dikatakan memonopoli kawalan perkhidmatan teksi di sana. Setiap pelanggan yang naik teksi ini, Syarikat Mesra Indah ini akan memotong sebanyak 90% daripada caj teksi ini.

Bagaimanakah Yang Berhormat Menteri memberi kebenaran kepada sebuah syarikat Mesra Indah ini yang diletakkan di satu kaunter sahaja dan mereka ini menjadi seperti kutipan tol di LCCT? Saya hendak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri akan mengambil tindakan supaya memansuhkan perkhidmatan yang seperti tol sahaja itu.

Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Kalau saya, mungkin Yang Berhormat maksud ni, saya tak pasti nama syarikat tetapi mungkin Yang Berhormat maksud ialah mungkin syarikat yang mengeluarkan kupon barangkali...

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nusa Indah.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Ya, yang menjual kupon.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kupon.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Kupon ya. Syarikat ini di mana-mana sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana tempat memang kita galakkan supaya diperbanyakkan penjualan kupon-kupon teksi. Kalau kita lihat di airport, mereka ada kaunter mereka sendiri, kaunter jual kupon.

Kalau kita tidak ada kaunter jual kupon, maka sudah tentulah sistem itu tidak berjalan dengan baik, orang akan berebut-rebut. Jadi apabila ada sistem jual kupon, mereka sudah tahu teksi mana hendak naik, dan harga juga telah ditetapkan. Kalau kita boleh banyak kaunter seperti ini, teksi tak pakai meter pun tak apa. Sebab dia dah beli tiket lebih awal.

Jadi 10% yang dikenakan itu, yang saya difahamkan ialah urusan pengurusan.

Apabila saya berdialog hari itu, saya dah tahu, saya dah turun ke bawah, saya dah berdialog dengan pemandu-pemandu teksi. Saya dah panggil wakil yang menjual kupon.

Salah satu rungutan yang mereka minta ialah 10% itu dipotong daripada tiket itu termasuk bayaran tol.

Jadi hari itu, syarikat ini telah bersetuju di mana tambang kupon yang dikenakan itu hendaklah ditolak daripada harga tol. Misal kata kalau kupon itu RM10, maka dia kena tolak harga tol. Kalau tol kena RM3, jadi tinggal RM7, jadi 10% itu dicaj berasal daripada RM7, bukannya RM10, kena tolak tol yang dibayar oleh pemandu teksi.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa ini tidak berapa tepat bahawa kita mesti adakan satu kaunter untuk memberikan perkhidmatan. Di Singapura, mereka tidak ada kaunter langsung dan mereka tidak ada masalah. Teksi datang, gunakan queue mereka, queue tertentu, tidak ada masalah.

Kenapa dalam negara kita, kita mesti perlu ada kaunter yang sedemikian? Dan juga kaunter itu apa perkhidmatannya? Cuma membuat satu kaunter, memberikan kupon sahaja.

Ini menunjukkan bahawa kita tidak mengawal selia terhadap teksi-teksi di dalam negara kita ini, yang di airport. Kalau Yang Berhormat pergi ke Singapura sekarang, di lapangan terbangnya, tidak ada masalah. Semuanya dah ada pegawai seperti pegawai di airport mengarahkan passenger, ada teksi lane semua dan menggunakan kupon ini supaya boleh potong caj, ini akan membebankan pemandu teksi. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey terima kasih. Akan tetapi setuju tidak Yang Berhormat kalau pergi ke Singapura tidak ada kaunter tetapi di Singapura pun tidak tout, tetapi datang di Kuala Lumpur...

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalau ada tout, tangkap tout itulah...

[Ketawa] Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Memanglah. Sebab itu Yang Berhormat, kita memerangi tout ini sehingga kita terpaksa pinda Akta Pengangkutan kerana sebelum ini tout kita tidak boleh tangkap, kita pinda supaya kita boleh mengambil tindakan kepada tout.

Akan tetapi apa juga yang kita buat enforcement yang kita adakan, memang kita dapati kompelin tetap berlaku.

Jadi kalau Yang Berhormat kata nak tangkap, memanglah kita nak tangkap. Saya pun kadang-kadang kasihan tengok pegawai JPJ, kasihan kepada pegawai polis, mereka bilangan terhad, yang tout nya bermaharajalela. Dia deal daripada dalam. Jadi perkara ini Yang Berhormat, saya dah dua kali, saya dan Timbalan Menteri saya. Timbalan Menteri saya dah dua kali, saya sekali, kita dah berdialog dah.

Saya turun ke bawah, kita memang hendak bantu masalah-masalah. Akan tetapi baru-baru ini yang menjadi kecoh sebab DAP lah, dia campur tangan dalam urusan-urusan apabila kita hendak menguruskan, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu- pemandu teksi.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Saya hendak nyatakan bahawa kuota kupon ini, ada kebaikannya. Yang saya kata tadi bahawa mereka pemandu teksi mengikut giliran kerana di dalam pemandu teksi ini, ada banyak syarikat, dia berebut, dia boleh potong trip, syarikat ini tidak boleh kerjasama dengan syarikat yang lagi satu, dia boleh jadi berebut penumpang. Ada pernah berlaku hampir bergaduh berebut penumpang.

Jadi semua sistem ini Yang Berhormat, kita lihat dengan adanya kupon, kaunter- kaunter kupon ini macam di KLIA pun ada, LCCT pun ada, dan sekarang ini kalau Yang Berhormat tengok di shopping complex pun telah ada kaunter ini. Jadi orang senang, orang berbaris, orang beli, nak pergi mana, terus beli, dia dah tentukan harga.

Jadi ini dapat mengelak daripada drebar teksi menaikkan harga sesuka hati.

Orang datang daripada luar negara, dia tidak tahu, kalau kita tidak ada satu sistem, ini yang dalam surat khabar kita dapat kompelin bahawa tiket dikenakan, tambang dikenakan begitu mahal. Ini akan menjatuhkan imej kita....

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Benda yang sama juga?

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apa yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat Menteri ialah masalah tout. Ini saya rasa bukan satu alasan supaya kita mesti ada satu kaunter begini and then jual kupon. Kalau dah tahu, kita ambil tindakan, kita ada sedia macam-macam undang-undang, boleh ambil tindakan. Polis buat apa di sana? MAHB pun ada, airport authority.

Di Singapura, saya rasa mereka ada tout juga dahulu tetapi di sana mereka mengambil tindakan, enforcement. So, masalah kerajaan kita ini ialah lemah dalam segi enforcement ini. Kita semua ada undang-undang yang sama di negara Malaysia dengan Singapura tetapi di Singapura tidak ada masalah. Di sini, kita ada masalah berterusan. Ini menunjukkan bahawa kita ada kelemahan dari segi enforcement. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Beginilah Yang Berhormat, saya ingat satu hari nanti kita sama-sama pergilah.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Anytime.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey, saya nak ajak Yang Berhormat, kita menyamar, kita naik teksi macam saya buat. Kita duduk di Puduraya, kita tengok macam mana tout...

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tak percayalah muka Yang Berhormat boleh menyamar, dua-dua ni.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Boleh, saya dah buat, saya dah buat.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bila-bila sahaja, beritahu saya, anytime.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Ya, saya nak buat, elok-elok. Nanti satu hari, nak dekat raya ni lebih baik, kita menyamar. Kita boleh tengok di Puduraya, kita beli tiket, macam mana tout ini dia jual tiket, macam mana tout ini dia boleh ambil penumpang. Saya setuju, kalau Yang Berhormat nampak nanti Yang Berhormat boleh bagi pandangan.

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang penting Yang Berhormat, di airport.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey, no problem. Nanti kita pergi sama-sama, kita tengok macam mana tout itu buat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya hendak beritahu Yang Berhormat...

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat, masalah kaunter di airport ialah dikawal oleh puak-puak UMNO sahaja... [Dewan riuh]

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, ini satu tuduhan. Saya beritahu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tunggu di airport, Yang Berhormat nampak tak orang tunggu bubuh pelekat, “MR. JOHN”. Dia kata konon dia wakil daripada hotel, pernah tak tengok?

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Bila kita turun, dah ada di tepi-tepi kaunter itu, dia tulis nama “MR. JOHN” sebagai contoh. Yang Berhormat check tanya dia, betul ke dia tunggu “MR. JOHN”? Dia tak tunggu “MR. JOHN”, dia tengok orang dan panggil dia saja buat, are you Mr. John? No I’m sorry, di situ pun dia sudah bargain, dia sudah pengaruh orang itu. Jadi kita ingat, kita mana tahu sebab dia pegang pelekat itu “MR. JOHN”. Ini cara-cara yang mereka buat.

Saya tengok satu hari Tuan Yang di-Pertua, tapi saya tidak nafikan saya kasihan.

JPJ, pegawai JPJ, memang kasihan saya tengok, trafik juga, dan juga pegawai-pegawai saya. Kalau Yang Berhormat hendak, berapa ramai yang kita dah ambil tindakan, saya boleh bagi, tengok. Memang kita enforcement hari-hari kita buat. Jadi Yang Berhormat pun tahu kan, kadang-kadang orang yang buat salah ni, lagi pandai kita buat, lagi pandai cara dia bertindak.

Jadi walau macam mana bukannya satu cara kita putus asa untuk kita mengatasi tout ini seperti yang saya nyatakan bahawa sebelum 1997 kalau saya tidak silap, tout ini tidak ada dalam akta sehingga kita bawa dalam Parlimen ini, kita letakkan tout ini sebagai salah satu kesalahan dan enforcement tiga agensi. Satu daripada LPKP, daripada JPJ dan juga daripada polis. Dan kita juga telah membuat aktiviti-aktiviti bersepadu. Dan Yang Berhormat, bolehlah kalau satu hari Yang Berhormat nak ikut dan saya dah pergi on the ground sebab itu saya tahu...

final • 7:02 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Anytime, beritahu sahaja.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

...Bagaimana cara terbaik untuk kita mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berbalik kepada teksi tadi, selain daripada kita dalam bidang kursus, kita juga akan cuba memperkenalkan perkhidmatan teksi eksekutif di mana perkhidmatan ini akan menggunakan spesifikasi kenderaan yang lebih besar, selesa dan memenuhi expectation pengguna. Dan juga LPKP, Kementerian MeCD telah berbincang dengan Proton untuk Proton mereka bentuk satu bentuk teksi yang lebih selesa kerana hari ini kita lihat teksi di negara kita ini, bukan sahaja tambang berbeza, jenis kereta juga berbeza.

Jadi Proton telah pun bersetuju supaya orang tahu, macam kita pergi ke London, nampak black cap, kita tahu, itu teksi. Jadi ini Proton akan buat secara berperingkat- peringkat apabila pereka bentuk ini siap, mungkin Proton akan umumkan, sekarang mereka sedang mengkajinya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh mengenai GIATMARA.

final • 7:02 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada dua orang bangun Yang Berhormat, Rasah dan Jasin. Jasin bangun dahulu.

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang ketidakseimbangan pemilikan aset. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian kerana di Melaka ini, kita ada banyak mempunyai tanah poket dan juga rumah-rumah yang ditinggalkan yang hak milik mereka pun kita tidak dapat kepastian.

Jadi ada agensi yang mempunyai kebolehan seperti UDA. UDA boleh mengambil alih aset-aset ini supaya kita bangunkan semula. Kerana kita lihat di sini ketidakseimbangan kalau kita bandingkan dengan kependudukan, bumiputera hanya memiliki bangunan sebanyak 15% sahaja, premis industri 3.5%, di mana hotel ada 20% sahaja. Jadi memang tepatlah kalau agensi ini menjadi satu daripada mekanisme kita untuk menyeimbangkan pemilikan aset bumiputera. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin ini kita cerita teksi, saya pun tercari-cari mana soalan teksi serta harta benda ini tadi.

final • 7:02 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sudah berdiri, Tuan Yang di-Pertua tidak nampak semasa Yang Berhormat Menteri sebut pasal aset itu.

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bermakna dia sudah tinggal di belakanglah Yang Berhormat. Discretion menteri hendak jawab atau tidak.

final • 7:02 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini soalan teksi. Menteri Besar Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa Yayasan Negeri Sembilan telah memohon 500 permit teksi daripada LPKP dan katanya telah ditolak. Akan tetapi LPKP pula mengatakan bahawa tidak pernah ada permohonan dibuat oleh Yayasan Negeri Sembilan. Saya hendak tahu apakah perkembangan terkini ataupun status terkini, adakah Yayasan Negeri Sembilan ada membuat permohonan terhadap LPKP?

final • 7:02 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, tunggu yang akhir ini. Okey, sila Yang Berhormat.

final • 7:02 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lambat ini sebab saya hendak pastikan tarikh Yang Berhormat Menteri memberi maklumat ini. Ini berkenaan dengan Tabung Usahawan Siswazah.

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini pun sama ceritalah Yang Berhormat.

final • 7:02 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya agak-agak ke belakang sedikit. Tetapi maksudnya ada permintaan daripada kawan-kawan siswazah yang menganggur untuk minta supaya bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Seperti Yang Berhormat Menteri sendiri katakan tabung yang telah ditubuhkan hampir sepuluh tahun yang lepas dengan peruntukan RM100 juta, sehingga ke fakta terkini cuma RM2.7 juta sahaja, bermakna tidak sampai 3% utilization, dengan izin daripada tabung ini.

Jadi saya rasa Yang Berhormat Menteri juga merasa risau terhadap rendahnya peratusan utilization, dengan izin tabung ini dan sudah tentu dengan jumlah pengangguran siswazah kita yang menjangkau puluhan ribu sekurang-kurangnya, tabung ini dilihat sebagai menghadapi masalah yang agak runcing. Bagi pihak rakan-rakan di luar sana, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh memberi pandangan kenapa perkara ini boleh berlaku. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih, Yang Berhormat tiga soalan. Yang pertama sekali mengenai premis perniagaan, saya sudah nyatakan tadi bahawa ada tiga pendekatan. Kita boleh beli tanah, kita boleh buat. Kalau tanah itu tidak sesuai, maka ada bangunan baru dan kita akan beli bangunan baru seluruh bangunan serta kompleks.

Kalau tidak boleh beli satu kompleks, kita akan beli beberapa pintu, tujuh lapan pintu dan berikan kepada usahawan bumiputera. Saya ada nyatakan tadi memang ada banyak tawaran yang kita dapat untuk pihak-pihak swasta untuk menjual bangunan, sama ada bangunan atau tanah. Akan tetapi semuanya ini kita lakukan ialah bergantung kepada peruntukan yang sedia ada.

Kedua daripada Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat sudah baca kenyataan daripada Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat pun sudah baca jawapan daripada kementerian saya menjawab. Jadi jawapannya ialah seperti mana kementerian saya menjawab, iaitu kita tidak menerima. Apa yang berlaku ialah pihak Negeri Sembilan panggil pegawai LPKP untuk memberikan penerangan mengenai permohonan.

Apabila bagi permohonan, dia sudah jelas, habis situ sahaja, tidak ada borang yang dihantar, sebab itu kita berikan penerangan. Jadi bagi saya memberi penerangan kepada Yang Berhormat bahawa semasa kenyataan itu dibuat, memang kita tidak dapat apa-apa permohonan daripada Yayasan Negeri Sembilan dan mengenai Tabung Usahawan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Pagi tadi saya sudah jawab Yang Berhormat mengenai Tabung Usahawan satu soalan. Jadi saya ingat saya sudah nyatakan tadi, bahawa usahawan kita ini selama disentuh, kenapa kita susah hendak dapat usahawan. Daripada 2000-2007 hanya 7,290 orang siswazah telah mengikuti latihan keusahawanan, kemudian daripada 7,290 hanya 716 orang siswazah yang menghantar borang permohonan. 10% sahaja yang menghantar borang permohonan.

Kemudian bila sudah dihantar borang permohonan pula, tidak semuanya boleh lulus. Daripada 716, ada 533 sahaja yang kita berikan kelulusan. Jadi sebab itu kita sudah nyatakan tadi, bahawa untuk membimbing usahawan ini kita membuat pendekatan yang baru. Kalau dahulu apabila permohonan itu dihantar, pihak MeCD proses borang, kalau dia tengok tidak betul, dia terus tolak.

Pada masa sekarang berbeza, kita akan proses dan kita akan panggil permohonan keusahawanan dan kita bimbing untuk kita membetulkan permohonan- permohonan mereka, dan akhirnya kita lihat dalam tempoh dua tahun ini daripada 29 orang yang memohon, 29 semuanya lulus permohonan mereka.

Yang akhir GIATMARA. saya ingin menyentuh cadangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan mengenai GIATMARA supaya dapat meramaikan lagi pelatih- pelatih GIATMARA. Saya ingin maklumkan bahawa sebanyak 192 pusat GIATMARA telah ditubuhkan di seluruh negara. Prinsip pembinaan Pusat GIATMARA ialah satu kawasan Parlimen, satu pusat GIATMARA. Selaras dengan bilangan kawasan Parlimen yang kini sebanyak 222 kawasan, kementerian sedang berusaha untuk membina beberapa pusat GIATMARA lagi berasaskan keperluan terutamanya permintaan daripada penduduk tempatan.

Dari segi pencapaian seramai 170,164 pelatih telah menamatkan latihan di pusat GIATMARA di seluruh negara dalam pelbagai bidang dalam tempoh 1986 hingga 2008.

Pelatih-pelatih yang sedang mengikuti latihan di GIATMARA, setakat 30 April 2008 ialah seramai 9,925 pelatih. Mengenai GIATMARA ini kementerian telah memperkenalkan tiga pendekatan iaitu:

(i) kita akan menggunakan GIATMARA sebagai peluang kedua untuk belia-belia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, di mana hari ini bermula dengan GIATMARA, mereka boleh mendapat ijazah di Universiti Kuala Lumpur;

(ii) kita juga akan mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat besar supaya pelatih-pelatih GIATMARA apabila mereka habis sahaja latihan, mereka terus mendapat peluang-peluang pekerjaan seperti mana kita buat dengan Proton dan Petronas; dan

(iii) untuk kita memastikan kalau pelatih ini belajar pun tidak hendak, makan gaji pun tidak hendak, tetapi dia minat hendak jadi usahawan, kita akan latih mereka dan apabila mereka tamat latihan, kita akan terus memberikan mereka tool kits untuk mereka memulakan usahawan mereka ini di peringkat rumah dan tidak memerlukan modal yang banyak.

Jadi saya ingat itu sahajalah yang saya sampaikan.

final • 7:02 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ipoh Barat, hendak tanya apa? Hendak tanya berapa ramai bukan bumiputera?

final • 7:02 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tahu soalan itu?

final • 7:02 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Sudah tahu soalan.

final • 7:02 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mengenai GIATMARA, boleh saya dapat tahu adakah ini khas untuk bumiputera atau untuk semua kaum, kerana kebelakangan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan semasa melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan dan midterm review pun, bahawa khasnya untuk masyarakat India ada beberapa ruang diberi dalam GIATMARA.

Akan tetapi pada pengetahuan saya nampaknya sangat kurang dan tidak ada inisiatif dibuat untuk memberi lebih peluang kepada mereka. Jadi soalan saya adalah apakah peluang yang telah diberi dan adakah ia betul-betul memberi manfaat kepada masyarakat bukan sahaja masyarakat India tapi masyarakat miskin di negara ini.

final • 7:02 PM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Dasar kita ini jelas bahawa kita hendak membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Jadi mana-mana program yang kita buat untuk kita membantu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Jadi kalau mana-mana kaum umpamanya kaum India kalau mereka berminat untuk mengikuti kursus-kursus Pusat GIATMARA kita tidak ada halangan dan malah memang ada. Saya tak dapat figure hari ini, memang kita ada peruntukan latihan.

Saya sudah jawab pada Parlimen yang lepas dan juga di pusat GIATMARA memang ada tetapi kalau belia-belia India ini hendak minta khas, ini yang problem. Dia hendak minta khas untuk dia. Dia kata hendak bagi khas untuk orang India. Ini agak sukar sedikit sebab kita hendak mereka ini bercampur dengan bukan Melayu dan juga Melayu.

Jadi waktu mereka berkursus mereka akan dapat berkenalan antara satu sama lain.

Jadi untuk secara amnya kalau belia bukan Melayu ingin mengikuti kursus GIATMARA tak ada masalah. Tempat saya, saya buka. Saya bawa belia-belia daripada estet dalam kawasan Parlimen saya, saya suruh masuk di dalam GIATMARA tetapi soalnya hari ini apakah belia-belia tersebut berminat atau tidak dengan kursus-kursus yang kita wujudkan di GIATMARA kerana kursusnya hanya enam bulan bermula daripada 8 pagi sampai 5 petang dan elaun yang mereka dapat hanya RM100 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita hendak dapat peserta pun susah.

Sebab mereka lihat apa guna masuk GIATMARA macam tak ada future. Jadi sebab itu saya kata dengan tiga perkataan ini kita harap kita dapat rebranding balik GIATMARA supaya dapat menarik minat belia-belia untuk mereka menambah daripada segi kemahiran supaya mereka dapat menjadi usahawan ataupun dapat bekerja sebagai seorang pekerja skill dan juga peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran ke lebih tinggi.

Jadi itu sahaja. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran dan juga cadangan-cadangan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk melaksanakan kajian separuh penggal yang telah dibahaskan. Terima kasih.

final • 7:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sekarang saya menjemput Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

final • 7:02 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat dari Kinabatangan telah membangkitkan isu langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memelihara kualiti air sungai khususnya Sungai Kinabatangan yang telah tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksik dari ladang-ladang kelapa sawit. Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini status kualiti air Sungai Kinabatangan adalah pada tahap sederhana tercemar dengan indeks kualiti 80. Sebagai usaha terus memantau kualiti air di lembangan Sungai Kinabatangan, Jabatan Alam Sekitar telah menempatkan 10 stesen pemantauan.

final • 7:53 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Jabatan Alam Sekitar sentiasa menjalankan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang di dalam lembangan Sungai Kinabatangan bagi memastikan semua kilang yang terletak dalam lembangan ini menyelenggara sistem pengolahan effluent yang telah disediakan dengan baik dan sebarang pelepasan effluent perlu mematuhi standard-standard pelepasan yang ditetapkan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum terdapat 32 buah kilang kelapa sawit yang dilesenkan oleh JAS dalam lembangan Sungai Kinabatangan.

Bagi kilang-kilang yang didapati tidak mematuhi standard-standard pelepasan effluent yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan dikenakan dan selain daripada itu pihak kilang juga dikehendaki membaik pulih sistem pengolahan effluent supaya effluent yang dilepaskan mematuhi standard yang ditetapkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dari tahun 2007 ke 2008 sebanyak 94 surat arahan, 54 notis arahan dan 12 kompaun telah dikeluarkan serta 14 tindakan mahkamah telah diambil. Ini adalah bukti bagaimana Jabatan Alam Sekitar telah berusaha untuk menentukan bahawa sungai-sungai di lembangan Sungai Kinabatangan tidak tercemar.

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini sebagai langkah jangka panjang, kementerian ini dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah akan menjalankan satu kajian pencemaran lembangan Sungai Kinabatangan di bawah program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai mulai akhir tahun 2008 dengan tujuan mengenal pasti semua punca pencemaran yang terdapat di lembangan sungai berkenaan dan merumuskan strategi serta pelan tindakan bagi mencegah pencemaran dan peningkatan kualiti air Sungai Kinabatangan.

Yang Berhormat dari Kuala Krau telah mencadangkan supaya pihak kementerian membuat kajian ke atas kesan terhadap alam sekitar jika Gunung Senyum dijadikan kawasan kuari simen memandangkan Gunung Senyum sekarang merupakan kawasan pelancongan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan untuk menjalankan pengkuarian adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, sebelum cadangan projek ini dilaksanakan ia memerlukan kelulusan laporan penilaian kesan alam sekitar.

Kementerian ini telah menerima cadangan untuk menjalankan kajian EIA bagi sebuah kilang simen dan kuari batu kapur di Gunung Jebak Puyuh Temerloh Pahang.

Maklumat awal mendapati lokasi cadangan adalah di dalam kawasan hutan simpanan Jengka dan zon pelancongan berdekatan Gunung Senyum. Memandangkan projek yang dicadangkan adalah di dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan reserve Jengka dan merupakan salah satu kawasan pelancongan utama di negeri Pahang, kementerian berpandangan cadangan projek ini tidak sesuai.

final • 7:53 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 7:53 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat dari Batu Pahat telah pun bertanya mengenai pengurusan...

final • 7:53 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Laluan.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

...Dipanggil sebagai risk management dan penggunaan...

final • 7:53 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Menteri, Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya berpendapat bahawa kalau kuari ini terus diusahakan dan beroperasi ia akan menjejaskan bukan sahaja produk pelancongan di hutan Gunung Senyum tapi beribu-ribu orang yang duduk di kawasan tersebut iaitu di kawasan Jengka FELDA 25, 23, 22 lebih kurang 20,000 penduduk duduk di situ. Saya mohon perkara ini dapat dikaji semula.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Seorang lagi Yang Berhormat Menteri. Hendak dengar seorang lagi?

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat Kota Raja, perkara yang sama ya?

final • 7:53 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Balik sedikit mengenai sungai tadi.

Terlepas tadi. Saya berdiri tapi Tuan Yang di-Pertua tak nampak.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kerana mengalir ke laut sungai itu.

final • 7:53 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Balik ke sungai. Cuma begini sahaja...

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Tunggulah saya jawab yang ini dahulu. Terima kasih Yang Berhormat. Inilah sebab kita memahami masalah yang disebutkan Yang Berhormat tadi. Seperti yang saya sebutkan tadi kawasan ini adalah telah diwartakan sebagai hutan reserve Jengka. Maka ianya harus dipelihara sebagai reserve hutan. Sebab itu kita tidak meluluskan EIA. Maka projek ini tidak dapat berjalan tanpa EIA.

final • 7:53 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi saya pelik kerana peruntukan yang diberikan telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan telah ditarik balik kerana dikatakan bahawa kuari tersebut telah diluluskan pengeluaran lesennya.

Sekali lagi saya mohon Yang Berhormat Menteri melihat dan meneliti bersama dengan Kementerian Pelancongan terhadap perkara ini. Jawapan yang telah diberikan sebentar tadi bahawa projek tersebut akan diteruskan dan peruntukan untuk produk pelancongan ditarik balik. Saya mohon sekali lagi diberi perhatian diberi perhatian yang sewajarnya.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan mengambil perhatian terhadap komen Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin tahu mengenai sungai-sungai yang telah tercemar dan sekarang sedang dipulihkan, adakah kita mempunyai satu tarikh yang sungai ini mesti sampai ke tahap tertentu pencemaran ini boleh diatasi. Maknanya ada deadline, dengan izin.

Kedua ialah saya melihat bahawa banyak kilang masih lagi membuang effluent, dengan izin ke dalam sungai. Adakah kementerian bercadang untuk meminda akta dan sebagainya untuk menghalang kilang-kilang daripada membuang effluent ke dalam sungai, kerana walau bagaimanapun penguatkuasaan kita untuk memastikan kualiti effluent itu adalah memenuhi syarat, itu kita dapati sering kali kilang-kilang melanggari syarat-syarat ini. Adakah kita bercadang untuk menggubal akta ataupun meminda akta mengenai perkara ini.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat mengenai rancangan kita untuk memulihkan...

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Sebelum saya jawab soalan...

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Tentang sungai, tentang sungai. Tambahan sahaja.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Ya, minta hendak menjawab soalan ini dulu nanti saya bagi jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang mempunyai satu perancangan untuk menentukan sungai-sungai di negara kita menjadi sungai yang bersih seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat kita telah pun mengadakan beberapa program.

Kita telah memantau 143 lembangan sungai di seluruh negara. Dari pemantauan kita ini, kita dapati bahawa pada tahun-tahun dari tahun 2006, status sungai kita telah pun semakin bersih. Tahun 2006 jumlah sungai yang bersih adalah 31% ini telah pun meningkat kepada 64%. Jadi kita berharap tindakan-tindakan yang diambil oleh kementerian akan terus membaikkan kualiti sungai kita.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Mengenai masalah efluen di kilang-kilang kita memang sentiasa menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Bagi kita memang menepati bahawa undang-undang yang sedia ada telah mencukupi, cuma kadang-kadang kita akan menghadapi masalah penguatkuasaan dan oleh kerana itu kita akan memperketat lagi usaha-usaha menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling supaya masalah-masalah seperti yang disebutkan Yang Berhormat tadi harap dapat kita selesaikan.

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak dapat peluang mengambil bahagian dalam perbahasan di dalam separuh penggal RMK-9. Jadi saya ada beberapa masalah hendak dibangkitkan di sini haraplah Yang Berhormat Menteri boleh bagi penjelasan sikit.

Saya rasa bahawa penggunaan polyfoam sangatlah meluaskan pada masa ini tetapi ia tidak boleh dengan izin, biodegradable selama beratus-ratus tahun dan jika ia ditanam di bawah tanah ada tindak balas kimia yang akan dikeluarkan dan akan mengancam kesihatan dan alam sekitar kita dan juga generasi mendatang. Jadi saya harap kementerian boleh atau tidak mengharamkan penggunaannya itu.

Kedua, saya hendak meminta kementerian mengambil perhatian ke atas pencemaran sungai Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Seperti di negeri Pulau Pinang, Sungai Pinang pencemarannya adalah sangatlah membimbangkan kerana ada seorang bekas ADUN Barisan Nasional yang menjalankan satu kajian ataupun experiment dengan izin, di sungai itu tiga ekor katak yang di bawa ke dalam sungai itu tidak dapat hidup melebihi tiga minit. Jadi apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian itu dan adakah kementerian sedar kegagalannya dan apakah tindakan yang akan diambil?

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat mengenai perkara...

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Satu lagi, satu lagi.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Saya fikir cukup Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Belum lagi sebab saya tidak dapat peluang dalam mengambil bahagian.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri tidak bagi Yang Berhormat. Peradaban dalam Dewan memang macam itu Yang Berhormat.

Kalau menteri tidak bagi, tidak adalah Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Kerana saya fikir masa pun tidak mengizinkan kita.

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Terima kasih.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat hendak membincang perkara- perkara baru mengenai yang pertama tadi saya perlu notis Tuan Yang di-Pertua kerana itu adalah perkara baru.

Namun mengenai Sungai Pinang, memang Sungai Pinang adalah satu sungai yang paling tercemar di negara kita, kita mengakuinya itu. Kerajaan telah pun mengambil beberapa tindakan untuk membaik pulih Sungai Pinang ini. Antara usaha-usaha yang diambil tindakan adalah kita menentukan bahawa kita menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, memperketat lagi kerana masalah-masalah pencemaran sungai itu adalah disebabkan kilang-kilang dan berbagai masalah di sekitar Sungai Pinang itu.

Kita juga mengadakan dialog dengan masyarakat untuk menasihati agar masyarakat juga bekerjasama memainkan peranan untuk menentukan sungai itu tidak tercemar. Kita juga mengambil tindakan-tindakan yang lain, berbincang dan kita harap jabatan-jabatan lain juga mengambil tindakan mengenai masalah-masalah yang berbangkit.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Mengenai masalah disebutkan oleh Yang Berhormat dari Batu Pahat tadi, pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia sebagai proses risk assessment dan risk management adalah melalui Akta Bio Keselamatan 2007. Akta ini bermatlamat untuk memastikan sebarang GMO yang dibawa masuk ke dalam negara atau bakal ditanam secara komersial atau dipasarkan sebagai makanan untuk manusia atau haiwan adalah selamat.

Ini juga bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan juga makanan serta kesihatan manusia. Proses ini penting untuk menilai risiko saintifik sebelum sesuatu GMO di lulus untuk ditanam atau digunakan sebagai makanan manusia atau haiwan. Selain itu Malaysia juga perlu peka kepada perkembangan teknologi GMO yang buat masa ini terdapat penyelidikan di negara-negara maju termasuk kajian haiwan ke dalam tumbuhan walaupun mungkin selamat dimakan atau ditanam ia mungkin menimbulkan isu-isu sosiobudaya dan agama seperti isu halal, haram yang perlu di ambil kira.

Yang Berhormat dari Kota Belud telah membangkitkan isu perniagaan kredit karbon seperti mana diperuntukkan dalam Protokol Kyoto. Beliau menyatakan Malaysia sepatutnya mengadakan urus niaga kredit karbon belum diterokai sepenuhnya. Untuk makluman Yang Berhormat, Protokol Kyoto bertujuan untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas-gas rumah kaca dan perlu dipatuhi oleh negara-negara maju.

Dan berhubungan ini Clean Development Mechanism dengan izin, yang diperkenalkan di bawah Protokol Kyoto dapat membantu negara-negara serta melaksanakan komitmen pengurangan GSG. Saya difahamkan soalan ini telah pun dijawab pada pagi ini oleh timbalan saya. Sehubungan itu kementerian berpandangan CDM merupakan peluang atau kesempatan untuk mencapai penggunaannya mengambil kira pelindungan alam sekitar dan menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.

Yang Berhormat dari Pasir Mas membangkit isu banjir di Kelantan dan bertanya sama ada projek tebatan banjir di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan akan diteruskan di Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Negeri Kelantan akan diteruskan mengikut perancangan Rancangan Malaysia Kesembilan termasuklah RTB Sungai Kelantan yang bernilai RM266 juta dan RTB Kota Bharu bernilai RM23 juta.

Yang Berhormat dari Rantau Panjang telah membangkitkan masalah banjir di Rantau Panjang di Sungai Golok. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini sedang mereka bentuk projek tebatan banjir Sungai Golok. Melalui projek ini, langkah- langkah yang dikenal pasti untuk mengatasi banjir ialah pembinaan benteng banjir di sepanjang tebing Sungai Golok, pembinaan lencongan banjir di Rantau Panjang ke Sungai Lancang dan pembinaan flood wall dengan izin.

Dalam masa jangka pendek, Jabatan Pengaliran dan Saliran telah dan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan menstabilkan tebing Sungai Golok melibatkan 17 projek secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan hakisan terutama ketika banjir.

Yang Berhormat dari Setiu telah pun menarik perhatian kerajaan mengenai projek tebatan banjir di kawasan Setiu dan Besut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kajian telah mengenal pasti beberapa komponen penting projek seperti pembinaan empangan kecil, empangan sungai, lencongan sungai serta penerokaan sungai.

Projek ini kini adalah di peringkat melantik perunding untuk mereka bentuk terperinci. Penyediaan reka bentuk ini dijangka bermula pada bulan September 2008 dan siap dalam tempoh lapan bulan. Oleh itu fasa pertama di jangka dimulakan pada pertengahan tahun 2009.

Yang Berhormat dari Paya Besar mencadangkan supaya projek tebatan banjir Sungai Isap, Kuantan dilaksanakan. Projek tebatan banjir Sungai Isap di Kuantan akan dilaksanakan pada tahun ini. Reka bentuk terperinci dijangkakan akan siap pada awal Ogos 2008 dan seterusnya tender akan dipanggil pada Oktober 2008. Kerja-kerja akan dimulakan pada 2009.

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat dari Parit Buntar telah membangkitkan isu projek tebatan banjir di Daerah Kuala Sungai Muda sama ada projek ini akan diteruskan atau ditangguhkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Untuk makluman Yang Berhormat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muda akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Pakej RTB Sungai Muda yang sedang dalam perlaksanaan adalah seperti berikut:

(i) Pakej 2 (Hulu) - daripada Jambatan Merdeka ke Jambatan Sidam - kemajuan kerja 7%; dan

(ii) Pakej 2 (Hilir) dari Jambatan Merdeka ke Muara Sungai Kemboja, tapak ini telah pun diserah pada 16 Mei tahun 2008.

Projek ini dijangka akan siap keseluruhan pada 2012.

Namun demikian, kerjasama kerajaan negeri juga amatlah penting dalam usaha menjayakan projek ini demi kepentingan rakyat tempatan.

Yang Berhormat Lanang mencadangkan supaya projek penebatan banjir di Bandar Sibu harus dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang menyedari tentang kejadian banjir yang selalu melanda Bandar Sibu dan kawasan sekitarnya.

Bagi mengatasi masalah banjir ini, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengenal pasti beberapa kaedah penyelesaian jangka panjang. Dari kajian-kajian yang telah dijalankan sementara komponen-komponen reka bentuk yang telah dikenal pasti dan bersesuaian untuk mengatasi masalah banjir di kawasan ini adalah pembinaan benteng pencegahan banjir, pembinaan sistem saluran pam, pembinaan pintu kolam air pasang surut dan kerja-kerja pengorekan sungai.

Ketika ini, pelaksanaan kerja-kerja reka bentuk terperinci telah pun siap dan untuk makluman Yang Berhormat, fasa satu projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini.

Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan isu banjir di Sungai Segambu di kawasan Petagas. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya mengambil berat mengenai masalah banjir yang melanda Sungai Segambu. Satu langkah jangka pendek telah dikenal pasti oleh pihak JPS dengan membaiki dan mempertingkatkan sistem saliran kawasan dengan anggaran kos projek RM2.4 juta. Proses pemberian dokumen tender sedang dijalankan dan dijangkakan kerja-kerja fizikal akan bermula pada penghujung tahun 2008 dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Tawaran.

Yang Berhormat Kota Kinabalu telah membangkitkan masalah di kawasan Telipok dan Beaufort serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan sama ada terdapat peruntukan yang mencukupi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pekan Telipok, kos kerja-kerja membaiki dan melencong bahagian hilir Sungai Telipok yang sedang dilaksanakan berjumlah RM25 juta. Pembinaan telah pun bermula pada bulan September 2007 dan dijangka siap bulan Ogos 2009.

Sebanyak RM2 juta telah juga diperuntukkan untuk melaksanakan projek membaiki sistem saliran di kawasan Kampung Limbawang secara design and built dan tambahan sebanyak RM1 juta telah pun dicadangkan untuk melaksanakan kajian Sungai Padas di daerah Beaufort.

Bagi mengatasi masalah banjir dengan kadar jangka panjang di daerah Beaufort, pihak JPS akan menjalankan satu kajian menyeluruh bagi mengenal pasti langkah-langkah jalan penyelesaian yang berkesan keseluruhannya dan terperinci jika peruntukan diperoleh dan dilaksanakan fizikal dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia yang berikutnya.

Tuan Yang di-Pertua, itulah perkara-perkara yang telah disentuh kepada kementerian dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan beberapa perkara yang saya jawab ini akan diberi perhatian. Sekian, terima kasih.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat jangan bangun, menteri tidak bagi peluang lagi Yang Berhormat. Ini ihsan daripada menteri. Sepatutnya berhenti bagi peluang Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Tuan Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Saya ada dua soalan di sini sebab yang saya hendak bangkit dalam perbahasan saya iaitu tentang solid waste management, dengan izin.

Saya ingin bertanya kementerian, adakah kementerian akan mengambil langkah- langkah yang betul dan tender terbuka dan adil ke atas pelantikan kontraktor-kontraktor itu dan sebabnya masalah kontraktor-kontraktor adalah mereka tidak berapa efisien dan juga gaji yang sebenarnya didapati oleh pekerja-pekerja mereka adalah serendah seperti RM16 sehari di kawasan di mana...

final • 7:53 PM

Datuk Douglas Uggah Embah

Saya fikir Yang Berhormat ini bukan hanya dia mengemukakan perkara yang baru, beliau juga tidak tahu di manakah tugas kementerian ini mengenai solid waste management ini. Jadi saya fikir Yang Berhormat tidak perlu membuang masa lagi kerana rakan saya di sini menunggu untuk menjawab. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Di luar bidang kuasa kementerian Yang Berhormat. Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya menjemput Menteri Kementerian Pengangkutan, sila Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Ong Tee Keat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu izinkanlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan khasnya isu-isu yang berkaitan dengan bidang kuasa dan bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai kos projek landasan berkembar Johor Bahru ke Padang Besar. Adalah dimaklumkan bahawa kos pembinaan landasan berkembar elektrik di antara Seremban-Rawang adalah RM1.5 bilion, Rawang-Ipoh RM5.5 bilion manakala landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar adalah sebanyak RM12.485 bilion.

Kerajaan juga sedang membangunkan landasan berkembar eklektik dari Seremban ke Gemas dengan kos RM3.45 bilion. Keseluruhan peruntukan yang telah dan akan dibelanjakan oleh kerajaan dalam pembangunan landasan berkembar elektrik Gemas- Padang Besar adalah RM22.935 bilion. Kos ini tidak termasuk pembinaan landasan berkembar Gemas-Johor Bahru memandangkan kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan sektor tersebut. Dengan adanya landasan berkembar ini adalah dijangka KTMB akan dapat menyediakan perkhidmatan komuter yang lebih cekap dan berkesan bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Yang Berhormat Permatang Pauh juga membangkitkan isu sistem rail antara bandar ataupun intercity, dengan izin yang kurang cekap dan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Belum lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum lagi Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Biar saya habiskan ayat. KTMB menghadapi masalah menjalankan operasi tren mengikut kelajuan yang ditetapkan kerana KTMB mengutamakan aspek keselamatan di mana kelajuan tren perlu dikawal. Ini disebabkan oleh adanya kerja- kerja baik pulih landasan di beberapa laluan. Antara laluan yang terlibat adalah di sektor Ipoh-Butterworth dan di sektor Seremban-Gemas.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Kedua-dua projek ini akan siap pada hujung tahun ini. Apabila siap projek ini, kelajuan tren perkhidmatan antara bandar atau intercity, dengan izin akan dapat beroperasi seperti sedia kala dan menepati waktu. Di samping itu, kerajaan juga telah meluluskan pembelian 14 couch penumpang bagi menampung keperluan perkhidmatan tren antara bandar.

final • 7:53 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sentuh sedikit tentang apa yang dibangkitkan tadi tentang perbelanjaan kita untuk double tracking kita dari Gemas sampai ke Padang Besar yang menelan perbelanjaan sebanyak RM22 bilion.

Di sini soalan saya lebih kepada keutamaan perbelanjaan kerajaan atau priority dari segi government spending di mana kita tidak ada satu sistem pengangkutan awam di kawasan–kawasan bandar yang memuaskan dari segi permintaan rakyat, sedangkan kita sudah dan akan membelanjakan satu jumlah yang besar iaitu RM22 bilion kepada satu projek yang mengikut apa yang menteri kata tadi akan meningkatkan kegunaan komuter.

Saya boleh faham kalau komuter itu antara Gemas-Kuala Lumpur, Ipoh-Kuala Lumpur dan sebagainya tetapi kalau sampai ke Padang besar, saya tidak nampak rasionalnya. Saya tidak nampak di mana feasibility study dibuat sampai kita buat ke Padang Besar dan bagaimana itu akan membantu kegunaan komuter tren tersebut dan sama ada kita perlu memberi keutamaan yang lebih kepada public transport di kawasan-kawasan bandar daripada satu jumlah yang besar untuk double tracking sampai ke Padang Besar.

Terima kasih.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Rembau tadi, suka saya memaklumkan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa sesungguhnya double tracking project, dengan izin yang dimaksudkan itu bukanlah sekadar untuk menampung keperluan komuter ataupun untuk menyelesaikan masalah public transport ataupun pengangkutan awam yang kita hadapi hari ini sahaja malahan ianya juga memainkan peranan yang penting dalam pengendalian kargo. Itu satu- satunya aspek yang saya kira cukup mustahak.

Pernah juga saya jawab tempoh hari dalam Dewan yang mulia ini tentang berlipat gandanya pengendalian kargo dan juga penumpang dengan siapnya double tracking ataupun landasan berkembar yang dimaksudkan menjelang tahun 2012 dan tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada jawapan saya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengangkutan rel seperti LRT dan ERL merupakan satu kaedah alternatif pengangkutan awam yang dijamin selamat dapat mengurangkan masa perjalanan, mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan bandar, menjimatkan kos perjalanan dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Kapasiti penumpang harian bagi sistem rel antara bandar adalah seperti berikut:

(i) bagi LRT antara Ampang dengan Sri Petaling, penumpangnya adalah sebanyak 160,000 orang sehari;

(ii) LRT Kelana Jaya line 141,000 orang sehari;

(iii) KL Monorel 57,000 orang sehari;

(iv) ERL ekspres 4,600 orang sehari; dan

(v) ERL transit 7,000 orang sehari.

Dengan kapasiti penumpang LRT khasnya Kelana Jaya line yang telah mencapai 120%. Bagi memastikan sistem LRT beroperasi lebih cekap, pihak Syarikat Prasarana Negara Berhad ataupun SPNB telah pun membeli 22 tren baru yang akan diterima mulai awal tahun 2009. Pertambahan tren-tren baru ini dijangka akan dapat meningkatkan jumlah penumpang kepada 300,000 orang sehari berbanding dengan jumlah semasa iaitu 150,000 orang sehari.

final • 7:53 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan rel, terdapat dua projek dalam perancangan iaitu projek sambungan sistem transit aliran ringan ataupun Ampang, Sri Petaling line iaitu dari stesen Sri Petaling ke USJ Puchong dan berakhir di Putra Height dengan laluan sejauh 16 km dan 12 stesen baru. Projek sambungan STAR Kelana Jaya line iaitu...

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

...Dari Kelana Jaya ke Subang Jaya dan berakhir ke Putra Height dengan laluan sejauh 16 km dan 12 stesen baru...

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Nanti dahulu. Perolehan 1,130 buah bas baru oleh Rapid KL semenjak tahun 2006 juga dilakukan bagi menambahkan laluan baru dan meningkatkan perkhidmatan sedia ada termasuk usaha menampung kerugian pada laluan yang tertentu.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong. Silakan.

final • 7:53 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Memang ada soalan banyak tetapi tiada masa sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya pun seronok juga kita hendak menambahkan LRT dan sebagainya memang itu satu langkah yang betul. Walau bagaimanapun, perkara ini sudah saya bangkitkan dengan Yang Berhormat. Jadi, itu double tracking kita.

Misalnya di Kepong-Sentul, dia katakan tiap-tiap 20 minit, tetapi tidak ada, memang tidak ada. Tidak cukup tren dan 10 minit tidak ada bukan 5 minit. Kita patutnya kita tambahlah tren itu. Mungkin satu hari kelak kita sampai tiap-tiap 5 minit satu tren kerana sekarang ini dia sesak. Kalau dia sampai 20 minit atau 30 minit ada lebih sampai pun tidak boleh naik kerana sesak. Ini masalah itu. Yang Berhormat Padang Rengas memang tidak ada. Tidak payah kita sebut. Teksi pun kurang la itu.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu masa tidak ada kan, tetapi banyak cerita sangat ini.

final • 7:53 PM

Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Boleh? Sehubungan dengan itu...

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Singkatkan.

final • 7:53 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Padang Rengas dia senyum sahaja.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong beri.

final • 7:53 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Itu sahaja, itulah. Saya berharap kita dapat tambahkan tren dan kekerapan.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Yang Berhormat Kepong bangkitkan soal yang sama. Sama seperti apa yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Kekurangan coach dan sebagainya, itu memang satu-satunya masalah yang tengah kementerian saya tangani untuk ketika ini.

Namun untuk menjawab soalan ataupun teguran Yang Berhormat tadi khasnya mengenai ketepatan waktu ataupun kelewatan khidmat rel ini Yang Berhormat tidak sebut sama ada itu berkaitan dengan KTM Komuter ataupun KTM antara bandar. Dia tidak sebut komuter dan saya di sini hendak jawab Yang Berhormat dengan fakta dan angka khasnya untuk bulan Jun yang lalu.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Sistem untuk khidmat komuter, untuk makluman Yang Berhormat bilangan perjalanan, peratusan larian yang melalui mengikut jadual ataupun on time service iaitu 15 minit adalah sebanyak 93.71%. Peratusan kelewatan perjalanan iaitu lebih daripada 15 minit khasnya 15 hingga 30 minit adalah 3.97%. Peratus kelewatan perjalanan yang lebih daripada 30 minit. 30 minit hingga 60 minit adalah sebanyak 0.46% dan sedemikian juga peratusan pembatalan perjalanan itu mencecah 2.28%.

Jadi Yang Berhormat, apabila dia buat, dia buat pengamatannya ataupun observation nya. Nampaknya dia buat pengamatan itu, saya tidak sebut dia salah tetapi apabila dia buat pengamatan itu, dia suka hendak buat sweeping statement ataupun kesimpulan berasaskan kepada insiden-insiden kelewatan yang tertentu. Inilah yang satu- satunya yang saya kena jawab Yang Berhormat. Ini kerana perangkaan itu ada, bukan tidak ada.

Pada keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, walaupun setakat ini masih ada lagi ruang bagi kita terus menambah baik lagi perkhidmatan rel kita...

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada, Yang Berhormat Titiwangsa bangun Yang Berhormat

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Namun, ianya saya hendak sebut di sini pada peringkat ini adalah dalam peringkat di mana kita terus berusaha untuk menambahkan coach nya dan juga seperti mana yang pernah saya sebut di sini landasan di seluruh negara juga akan diaudit keselamatannya. Inilah satu-satunya langkah menyeluruh yang telah pun diambil oleh pihak kementerian. Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 7:53 PM

Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bimbang takut apa yang telah saya ucapkan semasa dalam ucapan saya yang laju dalam masa 10 minit itu tidak dapat di pick up.

Iaitu apakah langkah-langkah sekarang yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan di LRT yang saya kira amat padat dan sangat sesak. Saya bimbang apa yang kebimbangan saya adalah bila-bila masa sahaja boleh mengundang berlakunya kemalangan atau tragedi sekiranya ada sedikit kecuaian ataupun kesilapan.

Terima kasih.

final • 7:53 PM

Seorang Ahli

Berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya belum lagi hendak jawab butir-butir yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Biar saya sambung.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Teruskan Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Ini kerana saya tidak mahu apa yang dijawab ini terputus- putus.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan isu mengenai sistem pengangkutan awam yang tidak wujud atau tidak berkesan di kawasan Bukit Bendera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara- perkara yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam sesungguhnya melibatkan 13 agensi kerajaan.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Di mana setiap agensi mempunyai peranan dan tanggungjawabnya, antara lain dari segi:

(i) penetapan laluan perkhidmatan bas;

(ii) pelesenan;

(iii) penguatkuasaan;

(iv) penyediaan terminal; dan

(v) perhentian bas dan sebagainya.

Bagi sistem pengangkutan awam di kawasan bukti Bendera Pulau Pinang.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:53 PM

Datuk Ong Tee Keat

Ya.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, masa Yang Berhormat. Berhenti di sini dahulu, sambung semula esok Yang Berhormat. Ada ucapan penangguhan.

final • 7:53 PM
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul

Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 7:53 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:53 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Tenaga Boleh Diperbaharu (Renewable Energy) dan Dasar Tenaga Nasional

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ucapan penangguhan saya ialah berkenaan pentingnya bekalan tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy dan Dasar Tenaga Nasional seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal.

Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan, permintaan akhir tenaga komersial dijangka meningkat daripada 1,244 petajoule (PJ) pada tahun 2000 kepada 2,217 petajoule pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 78%. Manakala daripada segi bekalan tenaga, penawaran dijangka meningkat daripada 2003 petajoule pada tahun 2000 kepada 3,127 petajoule pada tahun 2010.

final • 8:31 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Namun, jika kita melihat dengan terperinci bekalan tenaga mengikut sumber minyak mentah dan produk petroleum serta gas asli, masih lagi menjadi sumber utama dengan jumlah peratus bekalan sebanyak 86.5% pada tahun 2010, di mana minyak mentah dan produk petroleum menjana 44.7% bekalan tenaga dan gas asli pula menjana 41.8%. Ini diikuti oleh arang batu dan coal pada 11.2% dan hidro pada 2.5%. Apakah maknanya?

(i) penggunaan dan permintaan tenaga dijangka bertambah;

(ii) penawaran tenaga meningkat dan dijangka melebihi kapasiti permintaan; dan

(iii) kadar pergantungan kita pada sumber tenaga yang makin menyusut dan semakin mahal iaitu minyak dan gas asli masih lagi tinggi di mana minyak telah mencecah harga USD144 se tong dan gas asli pada USD13.54 per MMBtu pada 2 Julai 2008.

Ini menunjukkan bahawa trend permintaan dan penawaran tenaga ini tidak mapan atau sustainable dengan izin, dalam jangka masa yang panjang akibat bebanan harga sumber tenaga yang semakin meningkat dan risiko penyusutan sumber. Apakah penyelesaiannya?

Selain daripada usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini daripada bahagian permintaan atau demand side dengan izin, seperti usaha-usaha penjimatan kuasa dan peningkatan produktiviti penggunaan kuasa terutama di sektor industri dan pengangkutan.

Kita juga boleh melaksanakan usaha-usaha daripada bahagian penawaran atau supply side iaitu melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, bio-gas, tenaga suria, angin, hidro serta gas hidrogen dan oksigen yang dihasilkan daripada air laut.

Selain itu, terdapat juga sumber tenaga alternatif seperti nuklear. Kesemua ini memerlukan dasar tenaga nasional yang baru dan komprehensif. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan, pelbagai program telah dikenal pasti untuk menggiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif.

Namun begitu, jika kita melihat unjuran penawaran tenaga pada tahun 2010, sumbangan tenaga boleh diperbaharui masih lagi di bawah 5% daripada jumlah bekalan tenaga. Sehubungan dengan itu, Dasar Tenaga Nasional ini hendaklah juga meliputi strategi tindakan dan pelaburan dengan penunjuk aras pencapaian yang spesifik yang berjangka masa atau time framed dengan izin.

Di dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan nuklear termasuklah pemberian insentif penggunaan, pembekalan tenaga dan rancangan-rancangan mengatasi halangan penggunaannya serta langkah-langkah proaktif bagi menangani isu-isu berkaitan seperti kos pemindahan kepada tenaga baru, lebihan tenaga sedia ada, impak kepada polisi negara yang lain seperti polisi automatif dan juga pendidikan penggunaan dan penerimaan rakyat untuk sumber tenaga baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab.

final • 8:31 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau atas ucapan penangguhan mengenai tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy dan Dasar Tenaga Nasional.

Dalam keadaan kenaikan harga minyak secara mendadak di pasaran dunia dan kesannya ke atas ekonomi negara, adalah amat penting untuk kita menyemak dasar tenaga yang sedia ada dan menggubal dasar tenaga yang baru bagi memastikan negara kita dapat menangani cabaran-cabaran yang dihadapi supaya ekonomi negara kekal kukuh. Kenaikan harga minyak mempunyai kesan ke atas harga gas yang diguna untuk penjanaan elektrik.

final • 8:35 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Kerajaan terpaksa menyusun semula subsidi harga gas untuk penjanaan elektrik.

Harga gas telah diselaraskan dari RM6.40/mmBtu yang dipakai semenjak 1 Mei 1997 kepada RM14.31/mmBtu mulai 1 Julai 2008. Tarif elektrik juga perlu diselaraskan di mana purata kadar tarif elektrik dinaikkan daripada 26.2 sen/ kwj kepada 32.5 sen/ kilo watt hour atau kwj mulai 1 Julai 2008.

Dasar Tenaga Negara yang baru sedang dalam kajian oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan ianya merangkumi aspek-aspek utama iaitu pengagihan sumber-sumber tenaga secara optimum dan mekanisme penetapan harga tenaga di negara ini. Selaras dengan komitmen terhadap pembangunan tenaga secara mapan, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan campuran bahan api ataupun fuel mix.

Sumbangan gas yang merupakan bahan api utama dijangka akan menurun daripada 70.2% pada tahun 2005 kepada 55.9% pada tahun 2010. Sumbangan tenaga boleh diperbaharui renewable energy termasuk hidro dijangka akan meningkat kepada 7.42% pada tahun 2010. Bagi menentukan jaminan bekalan atau security of supply, kerajaan merancang untuk mendapatkan lebih bekalan elektrik daripada sumber hidro, khususnya dari Sarawak dengan jumlah kapasiti sebanyak 5000 megawatt menjelang tahun 2020.

Penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga pada masa hadapan di negara ini sedang dikaji. Kemungkinan menggunakan nuklear sebagai sumber tenaga selepas tahun 2020 tidak harus ditolak memandangkan ianya sekarang adalah dianggap sebagai clean energy. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan mensasarkan sebanyak 350 megawatt kapasiti penjanaan RE akan disambungkan ke Grik.

Sambutan terhadap projek-projek RE yang dilaksanakan di bawah Small Renewable Energy Power Programme atau SREP yang telah dilaksanakan pada tahun 2001 adalah menggalakkan. Salah satu langkah yang diambil untuk menggalakkan pembangunan RE di negara ini ialah menyediakan insentif-insentif kepada pemaju projek RE sejak tahun 2001. Di samping itu, terdapat juga usaha untuk menjana elektrik daripada sumber RE untuk kegunaan persendirian.

Secara keseluruhannya, penjanaan elektrik daripada sumber RE yang tidak disambungkan ke sistem grid atau non-grid connected adalah berjumlah lebih kurang 700mw. Demi meningkatkan penjanaan elektrik dari sumber-sumber RE, kementerian saya sedang menyiapkan pelan tindakan tenaga boleh diperbaharui. Pelan tersebut menggariskan dengan terperinci sumber-sumber RE yang paling viable digunakan untuk memenuhi keperluan tenaga negara.

Sumber-sumber RE yang mempunyai potensi yang besar ialah biomass, biogas, hidro dan tenaga suria. Pembangunan RE berasaskan sumber biomass dan biogas lebih menggalakkan sekarang berbanding dua tahun lalu kerana harga jualan elektrik dari sumber tersebut telah dinaikkan daripada 0.19 sen/kwj kepada 0.21 sen/kwj mulai tahun 2007. Namun demikian, pembangunan RE berasaskan biomass khususnya sisa sawit masih belum mencapai kemajuan yang diharapkan oleh kerajaan kerana sisa sawit mempunyai banyak persaingan untuk penggunaannya.

Berikutan harga tarif elektrik yang rendah secara relatif, telah melemahkan usaha- usaha pembangunan RE dan pengalaman kecekapan tenaga di sektor industri dan komersial. Berikutan dengan kenaikan harga gas, kos penjanaan elektrik daripada sumber gas akan turut meningkat. Ini dijangka akan turut menggalakkan lebih minat dalam RE sekiranya kos penjanaan elektrik daripada sumber RE adalah lebih kompetitif berbanding dengan sumber fosil. Terima kasih.

final • 8:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila.

final • 8:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Pembinaan Jalan dan Terowong Keluar Masuk di Serdang

final • 8:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah kesesakan lalu lintas adalah semakin serius. Kesesakan lalu lintas bukan sahaja telah mengakibatkan pembaziran wang dan masa yang boleh dielakkan, tetapi juga telah menimbulkan pencemaran udara dan bunyi.

Walaupun masalah kesesakan lalu lintas adalah sudah lama menyusahkan penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Serdang, tiada langkah-langkah yang berkesan telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut kecuali projek menarik taraf persimpangan Jalan Serdang Raya-Jalan Puchong-Sungai Besi. Pada pendapat saya, ini adalah amat tidak mencukupi.

Saya pernah mengemukakan pertanyaan di Parlimen berkenaan rancangan untuk membina satu persimpangan bertingkat di Jalan Puchong-Seri Kembangan sebagai jalan keluar masuk ke Lebuh Raya Kuala Lumpur- Putrajaya. Akan tetapi amat mengecewakan.

Jawapan kementerian adalah pihak kerajaan tiada rancangan sebegini. Pembinaan persimpangan tersebut memberikan penduduk-penduduk Seri Kembangan yang sudi membayar tol satu jalan alternatif untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Sekarang penduduk-penduduk Seri Kembangan hanya melihat orang lain yang menggunakan lebuh raya tersebut yang melalui kawasan Serdang tetapi mereka sendiri tidak diizinkan untuk menggunakan lebuh raya tersebut. Pada pendapat saya ini adalah amat tidak adil. Oleh yang demikian, saya berharap rancangan ini akan dimasukkan.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jangan tambahkan Yang Berhormat ya, teks Yang Berhormat tu.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Baik. Tuan Yang di-Pertua, sudah lama penduduk-penduduk Serdang meminta sebuah flyover dibina di Jalan Putra Permai di hadapan Pusat Perdagangan Seri Kembangan. Saya ingin tahu apakah perkembangan tentang rancangan tersebut dan bila pelaksanaan satu projek di dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9 di kawasan Serdang di bawah tajuk Cadangan Menaik Taraf Laluan 3215 Seri Kembangan akan bermula.

Pembinaan Lebuh Raya SILK telah mengakibatkan penduduk-penduduk Taman Kajang Utama perlu mengambil perjalanan lebihan sebanyak empat kilometer setiap kali mereka keluar masuk taman mereka. Satu terowong telah dipersetujui oleh bekas wakil rakyat Parlimen kawasan Serdang untuk merentasi Lebuh Raya SILK tetapi sampai hari in terowong itu belum dibina lagi. Sebagai sebuah kerajaan yang ikhlas, kementerian seharusnya memastikan bahawa semua perjanjian oleh wakil rakyat Barisan Nasional ditunaikan.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap permohonan peruntukan yang telah dikemukakan pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan akan diluluskan. Pembukaan susur jalan masuk dari Lebuh Raya SILK melalui fasa tujuh Bukit Mewah adalah sorakan penduduk-penduduk dari lapan taman perumahan di kawasan Bukit Mewah. Ini adalah kerana mereka terpaksa menggunakan jalan yang jauh dan perlu melalui Tol Bukit Kajang dengan kadar bayaran RM1 untuk kembali ke taman masing-masing dalam jarak lapan hingga sepuluh kilometer.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat tidak boleh menambah teks yang telah diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Baik, tetapi saya telah hantar satu ucapan penangguhan pindaan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak ada menerima Yang Berhormat.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Baik. Saya amat menghargai Yang Berhormat Menteri dalam peristiwa Bandar Mahkota Cheras dan sesungguhnya percaya bahawa sekiranya Kementerian Kerja Raya boleh berunding dengan Grand Saga mengenai perkara Bandar Mahkota Cheras, mestilah kementerian boleh berunding dengan syarikat Konsesi SILK supaya jalan masuk kepada Bukit Mewah itu boleh...

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, payah bercakap dengan Yang Berhormat. Sekali saja bercakap dengan Yang Berhormat ya.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya akan terus kerana saya tidak ada ucapan yang asal dengan saya sekarang. Jadi saya akan teruskan dengan...

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berikan ucapan asal ini.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tidak perlu Tuan Yang di-Pertua kerana paragraph terakhir.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Peraturan menentukan tiap-tiap ucapan mesti diedit oleh Tuan Yang di-Pertua, diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan dipakai untuk dibaca di Dewan Yang Berhormat.

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Harga petrol telah dinaikkan ke satu tahap yang begitu drastik. Dengan pembinaan jalan keluar masuk dan terowong tersebut, penduduk-penduduk di kawasan Serdang boleh banyak mengurangkan...

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 8:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

...Penggunaan petrol kenderaan mereka untuk menunjukkan keikhlasan Kerajaan Pusat bahawa pihak kerajaan memahami rasa dan penderitaan rakyat jelata. Kementerian seharusnya membina jalan keluar masuk dan terowong tersebut secepat mungkin. Sekian sahaja. Terima kasih.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau timbalan menteri tidak ada mempunyai teks sebagaimana yang telah dibaca yang lain daripada teks yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua, timbalan menteri boleh tidak menjawab apa-apa.

final • 8:42 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Ya, Tuan Yang di- Pertua. Saya patuhi kerana tadi saya dengar banyaknya sudah terkeluar dari yang asal.

final • 8:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, saya meneliti teks ucapan yang diluluskan.

final • 8:48 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya percaya hanya paragraf keempat yang saya telah buat sedikit pindaan. Saya minta maaf kerana tidak serah draf ini kepada Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu.

final • 8:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 8:48 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjawab.

Pada kesempatan ini, izinkan saya memberi penjelasan terhadap perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Serdang berkaitan dengan pembinaan jalan keluar masuk dan terowong di kawasan Serdang.

final • 8:48 PM

Dato' Yong Khoon Seng

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya telah direka bentuk untuk beroperasi secara sistem tol terbuka dengan akses secara terkawal ke lebuh raya selaras dengan hasrat pihak kerajaan untuk menjadikan ia sebuah lebuh raya yang khusus atau dengan izin, dedicated highway dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan KLIA. Akses di lima persimpangan bertingkat sedia ada ketika ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Cadangan persimpangan bertingkat Seri Kembangan tidak diperuntukkan di dalam perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Lanjutan dari itu, memandangkan cadangan pembinaan persimpangan bertingkat di Jalan Puchong-Seri Kembangan atau di Bandar Putra Permai tidak diperuntukkan di dalam perjanjian konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur- Putrajaya-KLIA, maka pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia telah pun mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan dengan anggaran kos sebanyak RM85 juta iaitu RM75 juta untuk pembinaan dan RM10 juta untuk pengambilan balik tanah.

Cadangan projek tersebut bagaimanapun telah disenaraikan sebagai cadangan projek yang tidak komited. Sebagai langkah alternatif pula, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan untuk dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, JPM bersama-sama dengan cadangan pembinaan seksyen 3 iaitu Putrajaya ke KLIA. Seksyen di tangguh atau dengan izin, deferred section yang perlu dikemukakan oleh pihak syarikat konsesi dalam tempoh 5 tahun setelah seksyen dari Kuala Lumpur ke Putrajaya beroperasi bermula Disember 2007.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa mereka membentuk Lebuh Raya SILK ini, satu pusingan ‘U’ telah disediakan sebelum plaza tol untuk penduduk- penduduk taman di sekitaran untuk merentasi Lebuh Raya SILK. Pada masa sekarang, penduduk-penduduk daripada Taman Kajang Utama boleh merentasi Lebuh Raya SILK dengan membuat pusingan ‘U’ sebelum plaza tol di Bukit Kajang yang terletak 2 kilometer daripada simpang Taman Kajang Utama.

Kementerian sedar dan faham permintaan penduduk, untuk membina terowong yang merentasi Lebuh Raya SILK untuk memendekkan perjalanan dan menjimatkan masa dan petrol. Maka kementerian telah menyediakan lukisan konsep terowong ini dan pembinaan terowong ini mengambil masa selama 18 bulan. Sehingga kini, pihak kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Mengenai isu kesesakan di Taman Kajang Mewah dan cadangan pembinaan laluan keluar-masuk ke Lebuh Raya SILK seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, laluan keluar dari kawasan Taman Kajang Mewah ke Lebuh Raya SILK telah lama tersedia. Hanya laluan masuk terus dari Lebuh Raya SILK ke Taman Kajang Mewah belum wujud. Ianya masih di peringkat kajian terperinci. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa laluan alternatif lain boleh dilalui oleh penduduk di Taman Kajang Mewah dari Lebuh Raya SILK. Sekian, terima kasih.

final • 8:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada pukul 10.00 pagi esok, 10 Julai 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.53 malam.

final • 8:48 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026