Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian berkaitan dengan masalah vandalisme yang kini berleluasa menyebabkan banyak papan kenyataan, pondok telefon, perhentian bas/teksi dan bangunan awam kelihatan hodoh akibat tampalan nombor telefon serta iklan haram tanpa kawalan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk menangani masalah vandalisme di kawasan pihak berkuasa tempatan atau PBT dilaksanakan melalui penguatkuasaan Undang-undang Kecil Vandalisme PBT. Di bawah undang-undang kecil tersebut, pesalah vandalisme boleh dikenakan penalti tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Undang-undang ini yang diguna pakai sekarang hanya meliputi harta benda milik PBT sahaja. Tindakan merosakkan harta benda orang lain adalah tertakluk kepada undang-undang lain, yang antaranya adalah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).
Walau bagaimanapun, keberkesanan usaha untuk membendung masalah vandalisme bukan sahaja bergantung kepada undang-undang vandalisme tetapi ia juga bergantung kepada kerjasama orang ramai, khususnya melalui jawatankuasa penduduk serta wujudnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai perlunya menjaga harta benda awam dan juga semua yang terlibat dalam majlis yang berkenaan.
Selain itu, aspek reka bentuk khususnya pertahanan dan lokasi kemudahan awam yang mudah dirosakkan seperti telefon awam, tandas awam dan meter tempat letak kereta juga perlu diteliti bagi mengurangkan berlakunya insiden vandalisme. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tahu adakah kementerian sedar bahawa Undang-undang Kecil Vandalisme yang ada di peringkat pihak-pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai kurang berkesan sama ada dari segi peruntukan undang-undangnya ataupun dari segi penguatkuasaannya.
Jadi saya hendak tahu daripada kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk menggubal satu akta yang khusus, yang berkaitan dengan vandalisme yang dipanggil Community Work Order bagi menangani isu kerosakan harta benda awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tenggara adalah merupakan seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman dalam masalah-masalah yang timbul di majlis-majlis perbandaran atau PBT. Sebab itu sesuatu
Dato’ Hamzah bin Zainudin
yang berlaku, beliau merasakan apa undang-undang yang ada sekarang ini mungkin tidak mencukupi. Bukan kurang keberkesanannya tetapi mungkin tidak mencukupi.
Jadi sebab itu aktiviti membendung gejala vandalisme ini boleh dimasukkan sebagai salah satu aktiviti di bawah program Local Agenda 21 seperti yang telah dilaksanakan oleh beberapa majlis seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Mereka mengadakan aktiviti bersama di antara persatuan penduduk, di mana mereka mengadakan rondaan, mereka juga mengeluarkan flyers dan juga menggunakan website melalui teknologi ICT untuk memberitahu kepada penduduk bahawa mereka mempunyai satu persatuan yang boleh untuk mengurangkan vandalisme yang berlaku di kawasan masing- masing.
Berkenaan dengan undang-undang itu, kerajaan sedang mengkaji bagaimana untuk kita menentukan bahawa Community Work Order ini boleh dilakukan dan insya-Allah akan kita betulkan atau perbaiki undang-undang yang ada untuk kita terus mengambil cara Community Work Order yang boleh dibuat di negara-negara lain. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, isu vandalisme ini adalah satu isu yang sekiranya tidak ditangani dengan serius, ia akan memberi kesan yang sangat besar pada masa depan negara. Jadi soalan saya, berapakah kes yang telah diambil tindakan sehingga kini dan apakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan bahawa perkara ini dapat dibendung supaya tidak berlaku lagi kes-kes seumpama ini di masa akan datang.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat tanyakan tentang berapakah kes-kes yang telah diambil, saya minta notis kerana saya tidak ada angka untuk menjawab soalan itu. Akan tetapi untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi, sebab itu di bandar raya-bandar raya besar sekarang ini, satu program untuk kita meletakkan CCTV di seluruh bandar raya yang besar ini adalah semata- mata untuk membantu bagi mengurangkan masalah vandalisme yang ada.
Walaupun ini adalah untuk menentukan kes-kes jenayah dapat kita lihat melalui CCTV ini, tetapi ia juga dapat, insya-Allah mengurangkan kes-kes vandalisme. Seperti apa yang saya katakan tadi, program-program bersama diadakan di antara persatuan penduduk, majlis bandar raya sendiri atau majlis perbandaran dan juga bersama dengan pihak polis yang berkuasa dalam negara ini. Sekian, terima kasih.
2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Perdana Menteri menyatakan sumbangan Malaysia dari awam dan swasta kepada mangsa-mangsa taufan Myanmar dan gempa bumi China. Apakah masalah yang dihadapi dan cara-cara untuk menambahbaikkan kemampuan negara untuk mengatasi bencana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong kerana bertanyakan soalan kepada saya dan bukan selalu. Dalam membantu Kerajaan Myanmar, Malaysia telah menyumbangkan sebanyak USD 1 juta iaitu kira-kira RM3.3 juta kepada negara tersebut bagi tujuan pemulihan dan pembangunan semula negara tersebut. Malaysia juga turut menghantar bantuan kemanusiaan terdiri daripada barangan keperluan seperti selimut, pakaian, makanan kering, ubat-ubatan yang bernilai RM500 ribu. Bantuan tersebut telah dihantar pada 12 Mei 2008 menggunakan dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia.
Di samping itu, selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura pada 12 Mei 2008, Malaysia turut menghantar sepasukan misi perubatan ke Myanmar pada 26 Jun 2008. Pasukan ini terdiri daripada 25 orang yang masing-masing daripada Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Mercy Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Aman Malaysia dan Global Peace Nation Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Bagi membantu mangsa gempa bumi yang melanda Republik Rakyat China pula, sumbangan sebanyak RM1.5 juta dalam bentuk barangan keperluan seperti khemah dan bekalan ubatan telah dihantar ke negara tersebut. Penghantaran barangan kemanusiaan ini telah dibuat melalui dua misi iaitu pada 9 dan 11 Jun 2008. Selain dari sumbangan yang diberikan secara langsung oleh pihak kerajaan, tabung mangsa gempa bumi juga telah diwujudkan oleh Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Penerangan dan jumlah yang disumbang oleh orang ramai akan diserahkan kepada negara yang mengalami bencana apabila tabung ini ditutup kelak.
Soalan kedua, kerajaan tidak menghadapi masalah dalam penawaran bantuan kepada negara luar yang ditimpa bencana kerana tindakan yang diambil berasaskan kepada penilaian kesan bencana berkenaan melalui laporan oleh Kementerian Luar Negeri dan juga pemantauan daripada negara terlibat. Malaysia akan menawarkan bantuan berasaskan skop kemampuan Malaysia dalam memberikan bantuan tersebut.
Walaupun begitu, Malaysia akan menghormati keputusan negara yang dilanda bencana tersebut sama ada mahu menerima bantuan yang ditawarkan ataupun tidak.
Sebagai contoh Republik Rakyat China, dia tidak mahu bantuan berbentuk sumber manusia sebab rakyatnya sudah ramai dan wang tunai juga dia tidak mahu. Dia minta supaya kita bagi dia bantuan berbentuk in kind ubat dan lain-lain. Myanmar pula dia tidak mahu terima.
Syarat dia kalau kita hantar pasukan kita yang berbentuk military, jadi dia tidak mahu, jadi kalau pegawai tentera dan doktor tentera pergi kena buang uniform. Jadi, kita ikut syarat negara yang dilanda itu. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya sedar bahawa daripada jawapan tadi itu kita sudah hulur hampir USD6 juta kepada kedua- dua negara itu dengan bantuan-bantuan in kind. Akan tetapi bolehkah Yang Berhormat menerangkan mengapa saya sering dengar bahawa negara ini bertindak kurang tepat kerana tidak sampaikan bantuan dengan cepat. Misalan kepada Myanmar dan juga walaupun kita nampak ada tindakan tapi Malaysia dikatakan tidak begitu empati dan tidak hulurkan bantuan dengan ‘mengerti’. Itu saya dengar tapi saya pun berharap orang negara lain pun boleh menghulurkan bantuan kepada kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah ada soalan Yang Berhormat?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Soalan memang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah soal pun, sudah soal pun.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang ada soalan itu sambungan kepada soalan pun tidak boleh itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah sambung panjang Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak panjang, tidak panjang, tidak sampai satu minit pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey. [Dewan riuh]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya sudah hendak duduk, kalau tidak kacau saya boleh duduk. Saya berharap ini Menteri yang bertanggungjawab dan jawab dengan tepat tadi, jadi hendak ...[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa masalah Yang Berhormat Menteri pun tak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya...ya saya berharaplah Yang Berhormat dapat menjelaskan kesangsian orang ramai mengenai tindakan-tindakan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan tadi oleh orang ramai Yang Berhormat dengar itu adalah tidak benar. Oleh kerana kita dan kerajaan bertindak cepat sebagai contoh macam di negara China. Apabila perkara itu berlaku pada 12 Mei, bencana gempa bumi berlaku di Chengdu, Wilayah Szechuan pada 12 Mei. Pada 13 Mei kita telah mengadakan mesyuarat berbincang tentang apa yang kita boleh kita lakukan untuk membantu negara China dan pada malam 13 Mei kita juga telah membuat beberapa keputusan dan kita bersedia untuk melaksanakan.
Akan tetapi seperti biasa selalunya kerajaan tempatan itu, kerajaan negeri yang dilanda itu. Myanmar sebagai contoh, mereka tidak membenarkan kita mendarat sesuka hati kita. Untuk menunggu kerajaan itu memutuskan di mana kita boleh mendarat kapal terbang kita itu juga memakan masa. Begitu juga dengan China, air space satu perkara yang dicemburui maka tidak mudah untuk dia membenarkan mana-mana kapal terbang, apatah lagi kapal terbang military. Jadi itu merupakan mereka punya pertimbangan dan selalunya lambat sampai ialah kerana kelewatan kelulusan daripada kerajaan yang dilanda bencana alam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada soalan Nombor 2. Saya rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, kerajaan kita dan rakyat negara ini memang pemurah. Terdengar sahaja bencana alam di mana-mana seluruh dunia pasti kerajaan dan rakyat akan menghulurkan bantuannya. Satu sifat yang mulia yang sama-sama kita banggakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Soalan saya...tetapi...soalan saya.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Bagilah orang lama, bagi lama-lama sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat soalan mesti dimulakan dengan apakah, bilakah...[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...tetapi berlaku ribut taufan dalam negara tercabut segala bumbung, dinding, terkopak sana, terkopak sini, zink-zink berterbangan, kebakaran yang rakyat mengalami kerugian besar dan sukar bagi setengah- setengah rakyat untuk memperbaikinya semula tapi bantuan itu agak lambat. Sudahlah lambat tidak pula mencukupi, berkurangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita harap kemurahan kebaikan kerajaan dapat diberikan keutamaan kepada mangsa-mangsa yang berlaku di dalam negara yang menimpa rakyat kita sendiri. Apakah agaknya Yang Berhormat Menteri dapat menyarankan perubahan-perubahan yang lebih baik kerana kita pun ada Jawatankuasa Bencana Alam. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Sudah soal tadi apakah, bagaimana...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi Yang Berhormat Menteri ini seorang yang pandai menjawab. Insya-Allah dia akan menjawab dengan senanglah, dia akan jawablah dan itu akan diatasi. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading dapat air time dua minit tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dua minit ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Saya harap Kementerian Penerangan akan hantar bil kepada dia suruh bayar. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengatakan bahawa apabila ribut, taufan - bencana alam berlaku di negara kita, maka sudah tentu perkara yang pertama sekali kita minta supaya mereka yang terlibat itu berpindah ke tempat yang lebih selamat. Ini perkara pertama yang kita lakukan iaitu memastikan mereka selamat. Kemudian baru kita fikirkan tentang bagaimana untuk memberi makanan dan keperluan-keperluan lain kepada mereka. Oleh kerana jumlah yang terlibat dengan bencana alam di negara kita ini jumlahnya ratusan ribu ringgit, seperti yang berlaku di Johor sebanyak RM100,000 lebih, maka untuk kita membelanjakan wang rakyat yang diberikan sebagai bantuan kepada mereka, kita harus berhati-hati Apa yang berlaku ialah kita minta kepada pejabat daerah untuk membuat penyiasatan memastikan iaitu orang yang terlibat sahaja didaftar dan berhak untuk menerima bantuan. Oleh kerana ia melibatkan jumlah yang besar RM120,000 - RM130,000, sudah tentulah akan memakan masa yang lambat. Jadi, Yang Berhormat, kelambatan itu bukanlah kerana kerajaan tetapi kerana kerja-kerja yang remeh dan detail, yang perlu dilakukan untuk memastikan supaya hanya mereka yang berhak sahaja yang mendapat bantuan.
Saya juga bersetuju bahawa rakyat Malaysia sememangnya orang yang bermurah hati dan sentiasa prihatin. Saya harap Yang Berhormat Kepong lain kali bersikap sedemikianlah dan jangan bangkitkan perkara-perkara yang didengari daripada orang lain dan terus mengutuk kerajaan.
3. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah kutipan cukai pendapatan LHDN pada tahun 2007. Berapa jumlah pecahan sebenar hasil kutipan tersebut dari sumber pendapatan yang dikenakan cukai
(chargeable income) dan berapakah jumlah penalti yang dikutip daripada pembayar cukai kesan daripada pelaksanaan pematuhan cukai oleh LHDN.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan cukai yang dikenakan kepada pendapatan korporat, individu, cukai petroleum, duti setem dan cukai langsung yang lain.
Kutipan cukai lembaga hasil dalam negeri menyumbang kepada keseluruhan sumber kewangan kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kutipan kasar Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM74.7 bilion. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM37.575 bilion adalah daripada cukai pendapat syarikat, RM11.6 bilion daripada cukai pendapatan individu, RM20.45 bilion daripada cukai pendapatan petroleum, RM3.395 bilion daripada duti setem dan RM1.688 daripada lain-lain cukai langsung. Perbandingan antara amaun cukai dengan amaun pendapatan bercukai iaitu marginal tax rate bagi syarikat adalah sebanyak 24.8% dan untuk individu adalah sebanyak 10.8%.
Untuk makluman Yang Berhormat, penalti dikenakan bagi memastikan pematuhan di kalangan pembayar cukai terhadap peruntukan undang-undang percukaian negara.
Amaun penalti yang dikutip bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM716.1 juta. Ini bermakna jumlah penalti yang dikutip lebih kurang 1% jumlah kutipan kasar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2007.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Tuan Yang di-Pertua, pembayar cukai akan dikenakan penalti sebanyak 10% dan 5% jika lewat membayar cukai tetapi tidak sebaliknya jika pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri lewat membayar balik lebihan cukai yang dibayar oleh pembayar cukai.
Soalan saya, sejauh mana keberkesanan pentadbiran cukai berasaskan ICT oleh LHDN ini seperti pengurusan borang taksiran pungutan dan pematuhan cukai ini dapat meningkatkan sistem penyampaian ataupun delivery system, dengan izin, yang memberi keadilan kepada pembayar cukai dalam mendapatkan semula bayaran lebihan cukai yang telah dibayar.
Dato’ Kong Cho Ha
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya penalti dikenakan sebanyak 10% atas kelewatan membayar dalam tempoh 10 hari. Kalau lebih daripada 30 hari akan ditambah sebanyak 5% penalti lagi. Kerajaan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah mula melaksanakan sistem secara online untuk pengisian borang assessment. Penalti akan dikenakan ke atas jenis kesalahan seperti kegagalan mengemukakan borang penyata cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti ke atas kegagalan membayar tanggungan cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan dan penalti ke atas tindakan pelarian cukai ataupun tax deviation dan kesalahan mengemukakan maklumat tidak betul berhubung pendapatan iaitu incorrect returns form yang dikesan menerusi aktiviti audit cukai.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, kenapakah dengan penambahan cukai pendapatan beberapa tahun yang lepas hanya sekadar RM20 bilion dan sehingga tahun 2007 telah bertambah kepada RM74 bilion yang telah disasarkan mendapat RM80 bilion tahun ini. Dengan penjimatan daripada ‘levy windfall tax’ ke atas minyak kelapa sawit dan juga IPP dengan penjimatan sebanyak RM13.7 bilion, kenapakah kerajaan masih meminta Dewan ini untuk meluluskan tambahan sebanyak RM30 bilion wang perbelanjaan tambahan. Saya tidak faham. Sampai sekarang pun kita tidak tahu apakah projek yang hendak dilaksanakan dengan penambahan yang begitu banyak berbilion-bilion ringgit tetapi kenapakah masih diminta penambahan RM30 bilion ini. kh
Dato’ Kong Cho Ha
Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Sebenarnya penambahan sebanyak RM30 bilion adalah untuk menampung peningkatan kos projek di bawah RMK-9 dan bukan semata-mata permohonan untuk menambah tambahan dari kutipan hasil cukai. Itu adalah jawapan saya. Ini tidak ada kena-mengena dengan kutipan hasil cukai awam Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan. Maksud saya kenapa kerajaan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam mana jadi EXCO Perak tak faham ni?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat terkeluar daripada soalan asal tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pun menjawab. Terima kasih, Yang Berhormat.
4. Dato' Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah usaha kerajaan dalam memastikan harga getah asli kekal di tahap yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mewujudkan kerjasama dengan dua buah negara pengeluar getah asli utama dunia iaitu Thailand dan Indonesia dengan International Tripartite Rubber Council (ITRC) dengan tujuan untuk mengimbangi penawaran dan permintaan getah asli di pasaran dunia.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan a/l G. Appu
Kerjasama antara tiga negara ini merupakan pembekal kepada 80% getah asli di pasaran dunia yang telah memberikan sentimen yang positif ke atas harga getah asli. Di bawah kerjasama ini, ketiga-tiga negara telah bersetuju untuk melaksanakan langkah- langkah pengawalan pengeluaran getah secara jangka panjang melalui Skim Pengurusan Pengeluaran atau Supply Managing Scheme, SMS, supaya tidak berlaku lebihan bekalan yang boleh menjejaskan harga. Sekiranya berlaku penurunan harga secara mendadak, ketiga-tiga negara juga bersetuju untuk melaksanakan kawalan jangka pendek bagi mengurangkan eksport getah melalui skim jualan, skim jumlah eksport yang dipersetujui.
Sekian.
Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah - Kota Bharu
Apakah kerajaan berhasrat mengembalikan status Malaysia sebagai pengeksport utama getah asli dunia dan mengekalkan status tersebut dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Apa pula peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa negeri di dalam mencapai matlamat tersebut.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat kerjasama ini adalah untuk menstabilkan harga. Jadi kita mempunyai kerjasama di antara ketiga-tiga negara dari segi pengeluaran jumlah getah khususnya dari negara Malaysia. Jadi, beberapa program yang telah dilakukan untuk membantu dalam peningkatan pengeluaran getah khususnya pekebun-pekebun kecil di negara kita, iaitu antaranya ialah melalui Skim Bantuan Pendapatan Pekebun Kecil Getah dan juga melalui what do we call, program-program yang lain untuk meningkatkan lagi pengeluaran misalnya Skim Bantuan LITS. Sekian.
Datuk Dr. Tiki anak Lafe - Mas Gading
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sudah lama tidak berucap dalam Dewan ini. Jadi, terima kasih timbalan menteri yang telah memberi jawapan kepada soalan asal.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kenaikan harga komoditi di peringkat atau pasaran antarabangsa tak semestinya akan turun kepada mereka yang terlibat dalam industri-industri ini. Jadi, saya ingin tahu, apakah tindakan yang diambil kerajaan bagi memastikan kenaikan atau tingginya harga getah-getah di pasaran antarabangsa ini dapat dinikmati oleh masyarakat khasnya pekebun-pekebun kecil di negara kita ini. Sekian.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memanglah hari ini kita boleh lihat harga getah di pasaran dunia ini naik begitu berterusan di mana sehingga semalam harga getah SMR20 bolehlah dikatakan dalam kedudukan RM1,041. Di samping itu, pekebun-pekebun kecil memang tidak dipinggirkan, di mana kalau kita lihat hasil pendapatan mereka juga semakin berterusan. Jadi, kalau kita lihat, memang ramai yang anggap, kenapa mereka dibayar kurang jika dibandingkan dengan ladang-ladang besar. Ini antaranya ialah disebabkan oleh kandungan getah kering - KGK, berapa lama dan juga faktor-faktor lain seperti faktor pengangkutan dan sebagainya.
Namun begitu, kita di bawah KPPK sentiasa membantu pekebun-pekebun kecil ini dalam meningkatkan pendapatan harian mereka dengan program-program yang saya nyatakan sebentar tadi iaitu melalui Skim Torehan Berintensif Rendah dan juga dengan memberi kaunseling dan teknik-teknik dalam mereka meningkatkan pendapatan mereka.
Sekian.
5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh mana peranan Jawatankuasa Task Force dalam menyelaraskan program pemilihan guru cemerlang dan berapa jumlah guru cemerlang yang telah dikenal pasti menerusi jawatankuasa tersebut mengikut negeri, khususnya di Sabah.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dato' Razali bin Ismail
Terima kasih.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Task Force untuk menyelaras pemilihan guru cemerlang, guru besar cemerlang, pengetua cemerlang bagi mengisi kuota sebanyak kira-kira 11,684 yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Antara tanggungjawab jawatankuasa ini adalah untuk menetapkan garis panduan dan syarat-syarat permohonan serta pemantauan penilaian, di samping membuat tapisan permohonan. Sehingga 30 Mei 2008, jumlah guru cemerlang yang telah dilantik ialah seramai 4,615 orang, guru besar cemerlang, 1,669 orang dan pengetua cemerlang sehingga ke tahap gred JUSA ‘C’ 362 orang.
Jumlah guru cemerlang di negeri Sabah adalah seramai 188 orang.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita akui bahawa peranan guru ini memang amat penting kepada peranan modal insan negara kita.
Soalan saya, adakah guru-guru cemerlang ini diberikan pengkhususan dalam bidang masing-masing untuk mengangkat martabat pendidikan kita. Yang keduanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Satu soalan Yang Berhormat. Satu soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat. Memang setiap guru cemerlang yang dipilih berdasarkan kepada tapisan dan saringan itu memerlukan setidak- tidaknya tiga tahun pengalaman mengajar dalam bidang pengkhususannya. Di samping itu juga, mereka akan diberi kursus lanjutan, yakni apa yang disebut sebagai CPD, Continuous Professional Development, dalam menggilap potensi dan juga bakat-bakat kecemerlangan guru-guru cemerlang ini.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Daripada jawapan Timbalan Menteri, 4,615 orang guru-guru cemerlang ini, soalan saya, hendak tanya sedikit sahaja, berapa ramai mereka ini yang bersedia bertugas di luar- luar bandar khususnya mengajar dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Terima kasih.
Dato' Razali bin Ismail
Tentang bertugas di luar bandar, sebenarnya program ini adalah program yang pada prinsipnya, dengan izin, moving up without moving out. Ertinya, kenaikan pangkat itu berlaku di sekolah dalam lokasinya sendiri tanpa dia keluar. Jadi, soal mengajar di luar bandar itu, itu adalah merupakan satu perkara yang lain. Mungkin guru cemerlang itu dipilih dan dilantik dari daerah luar bandar.
Kemudian, tentang kecekapan dalam pengajaran pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, memang di antara guru-guru cemerlang ini memiliki kewibawaan mereka dalam mata pelajaran yang disebut bukan sahaja dalam Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris, malah dalam mata pelajaran yang lain termasuk juga mata pelajaran yang kritikal.
6. Tuan Manikavasagam a/l Sundram [Kapar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah pendekatan jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh kementerian bagi menjamin persekitaran yang lebih terjamin dan berapakah peruntukan keseluruhan dalam RMK-9 dan berikan pecahan mengikut negeri serta jumlah yang digunakan dan yang akan digunakan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Seri Ong Ka Chuan
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program, projek dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah bertujuan mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti, mampan dan terjamin bagi semua lapisan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, perancangan jangka pendek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini termasuk memastikan pembangunan di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan adalah terkawal melalui perancangan fizikal yang menyeluruh supaya memanfaatkan semasa dan generasi akan datang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Seri Ong Ka Chuan
Menyalurkan bantuan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan, PBT untuk meningkatkan tahap perkhidmatan perbandaran demi keselesaan penduduk-penduduk tempatan. Program-program yang dilaksanakan termasuk menaikkan taraf kemudahan awam Local Agenda 21 - keselamatan awam iaitu pemasangan CCTV untuk membendung aktiviti jenayah. Bidang tugas pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan PBT telah diambil alih oleh kementerian ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang penting ini. Mendorong kemajuan industri perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang lengkap dengan kemudahan sosial dan rekreasi melalui penguatkuasaan akta dan peraturan semasa.
Membangun landskap dan taman awam yang berkualiti di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti hidup di kalangan rakyat. Meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk-penduduk bandar yang berpendapatan di bawah pendapatan garis kemiskinan melalui bantuan kewangan. Pembinaan keupayaan dan penanaman minda dan sikap
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Seri Ong Ka Chuan
positif supaya mereka tidak tersisih dari arus pembangunan negara. Perumahan kos rendah untuk disewa dan dimiliki juga dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, PPR untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah khususnya setinggan untuk menikmati persekitaran hidup yang lebih berkualiti.
Dari aspek perancangan jangka panjang, KPKT akan meneruskan dasar dan strategi yang menjurus kepada pembangunan berorientasikan pembentukan ketamadunan masyarakat; di mana pembangunan ekonomi dan sosial adalah menerusi penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan reka bentuk menarik berasaskan kepada kebudayaan tempatan. Tadbir urus bandar juga akan dipertingkatkan selaras dengan perubahan persekitaran dan keperluan rakyat jelata. KPKT akan berusaha untuk memastikan semua cadangan kemajuan pembangunan mematuhi rancangan fizikal dan guna tanah yang ditetapkan.
Perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran juga akan dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi yang lebih canggih. Penyertaan penduduk dalam proses pembuatan keputusan berkaitan pembangunan di kawasan mereka akan dipertingkatkan melalui program seperti Local Agenda 21. Peruntukan asal keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi RMK-9 adalah RM8,974 juta. Peruntukan mengikut negeri RMK-9 masih sedang dikaji dalam kajian separuh penggal RMK-9 ini. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kapar.
Tuan S. Manikavasagam - Kapar
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, di mana terdapat dalam translation, di mana dua kementerian yang saya tujukan soalan saya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang tadi dijawab oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Soalan saya, Malaysia telah mengalami masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia sehingga pada 11 Ogos 2005, kerajaan mengumumkan kecemasan di kawasan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Masalah ini bukan sahaja mengakibatkan kemerosotan kesihatan rakyat malah kerugian ekonomi berbilion ringgit. Soalan, apakah tindakan kerajaan sehingga kini dalam membendung masalah ini, agar tidak diulangi lagi di masa akan datang?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ini soal kebakaran hutan Yang Berhormat.
Tuan S. Manikavasagam - Kapar
Ya, ya, di mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan asal ini persekitaran local government.
Tuan S. Manikavasagam - Kapar
Di mana translation, satu yang bahasa Inggeris, saya tujukan soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya kita tahulah, kita bagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada hendak menjawab atau tidak soalan ini yang nampak jauh terkeluar.
Dato' Seri Ong Ka Chuan
Ini soalan untuk Kementerian Alam Sekitar, mereka akan ambil perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerlun.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Menteri mesti boleh jawab berkaitan dengan kementerian juga, kebakaran dan sebagainya. You must not runaway from reality and responsibility.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Jerlun.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Ada kekeliruan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, we must be fair to the minister, soalan dalam Malay version adalah soalan yang rasmi.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua, yang dimaksudkan Jerlun ke Rembau? Lain ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Rembau, maaf ya. Maaf Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya ingin tanya soalan yang relevan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai persekitaran ini. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan terutamanya kementerian untuk memperbanyakkan lagi padang permainan khususnya di kawasan bandar dan khususnya apakah tindakan untuk membanyakkan lagi padang permainan bola sepak di kawasan bandar. Ini kerana saya percaya pembangunan bola sepak negara amat merosot.
Saya cakap begini sebagai Timbalan Presiden FAM kerana tidak cukup padang permainan bola sepak di kawasan-kawasan bandar yang telah dibangunkan untuk projek- projek perumahan dan juga projek-projek yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dato' Seri Ong Ka Chuan
Tuan Yang di-Pertua, melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa di bawah kementerian ini, di mana setiap pembangunan yang baru perlu direservekan tempat-tempat rekreasi seperti padang bola sepak dan sebagainya.
Satu jabatan lagi iaitu Jabatan Landskap Negara. Apabila tanah-tanah ini dirizab digazetkan maka Jabatan Landskap Negara akan menyediakan peruntukan untuk persiapan dan sebagainya dan juga Kementerian Belia dan Sukan juga akan mengeluarkan peruntukan untuk membina padang-padang bola sepak ini. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Sebelum ini Yang Berhormat Kapar telah menujukan satu soalan. Kalau kita tengok dalam versi bahasa Malaysia nampaknya ia ditujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi dalam versi Inggeris berbeza.
Boleh saya tahu kenapa ini terjadi dan boleh dapat dielakkan dan dia diberi peluang keutamaan minggu hadapan supaya mengemukakan satu soalan yang berkaitan dengan perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat. Saya memang melihat ada percanggahan antara versi bahasa Malaysia dengan versi bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun versi bahasa Malaysia itu adalah versi yang rasmi yang kita gunakan dan kita akan lihat bahawa perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku di masa akan datang.
7. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah kemajuan pembangunan biotek yang boleh dikomersialkan dan senaraikan produk-produk utama yang telah dibangunkan oleh kementerian dan bilakah Perbadanan Biotek boleh beroperasi sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan pembangunan R&D bioteknologi kerja yang menumbang kepada potensi komersial produk yang dihasilkan.
Untuk itu beberapa produk telah berjaya dibangunkan dan dikomersialkan.
Sebanyak lima produk utama telah dihasilkan ke peringkat komersial dan memperoleh paten ataupun IP seperti produk berasaskan farmaseutikal daripada kacip fatimah, kosmetik dari tumbuhan kumpulan halia, kit diagnostik vaksin dan kit pengesahan sisa racun terhadap sayuran dan butiran-butiran yang lebih spesifik saya beri bekal secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Selain daripada produk-produk yang dinyatakan tersebut, sebanyak 28 jenis produk nutraceutical berasaskan herba telah dihasilkan oleh TPM Biotech iaitu sebuah syarikat di bawah Technology Park Malaysia Corporation dan mewujudkan seramai 112 usahawan dalam bidang ini. Di samping itu terdapat banyak lagi produk-produk lain yang juga telah pun berjaya dibangunkan dan dikomersialkan oleh penyelidik dan institusi tempatan menerusi mekanisme pembiayaan dana-dana yang sedia ada di peringkat kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Perbadanan Bioteknologi Malaysia atau Biotech Corp. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Biotech Corp telah beroperasi sepenuhnya sejak ditubuhkan pada Mei 2005 dan berperanan sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perancangan dan dasar bioteknologi negara.
Pembangunan dan pencapaian industri bioteknologi negara dan Biotech Corp akan berlandas kepada tiga fasa utama iaitu:
(i) Fasa 1 - pembangunan keupayaan pada 2006 sampailah 2010;
(ii) Fasa 2 - sains keperniagaan bagi tempoh 2011 sampai 2015; dan
(iii) Fasa 3 - perniagaan global daripada 2016 ke 2020.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pencapaian Biotech Corp di dalam fasa pertama merangkumi sehingga 31 Mei 2008. Biotech Corp telah meluluskan 63 syarikat untuk menerima status bio nexus dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1.28 bilion. Syarikat-syarikat yang diluluskan adalah dari sektor bioteknologi pertanian, kesihatan, industri dan bio-informatif.
Laporan tahunan Biotech Corporation boleh saya bekalkan kepada Yang Berhormat ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk meneliti sumbangan Biotech Corp kepada pembangunan sektor bioteknologi. Terima kasih.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, dari segi sains dan teknologi serta inovasi dalam pembangunan biotech ini. Apakah usaha kementerian dalam mengurangkan penggunaan baja iaitu baja kimia khususnya, dalam memastikan pengeluaran produk kita berdaya saing di peringkat global, di samping mesra alam dan mematuhi Protokol Kyoto?
Dan sejauh mana penglibatan GLC dalam hal ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, khususnya kepada Yang Berhormat Ledang. Sememangnya ini adalah antara bidang yang diutamakan oleh pihak kementerian dalam soal meneliti cadangan-cadangan daripada pihak penyelidik dan swasta untuk memperoleh dana-dana yang ada di pihak kementerian. Untuk memastikan supaya sumbangan kepada penggunaan-penggunaan baja itu adalah ke arah untuk mesra alam, serta juga penggunaan baja-baja yang berbentuk organik fertilizer, dengan izin.
Untuk ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak kementerian sedang membiayai beberapa projek yang telah pun dimajukan kepada kita dan dalam proses pengeluaran.
Pada masa yang sama pula pihak swasta sebenarnya lebih mendahului menerajui bidang ini dan beberapa syarikat yang besar dan berjaya telah pun mengeluarkan di peringkat pasaran. Namun, masalah yang dihadapi saya rasa oleh pihak kementerian MOSTI dan kementerian yang lain ialah untuk meneliti adakah sebenarnya baja-baja yang disebut organik itu bersifat kualiti tinggi dan mujarab, bahasa Indonesia bilang mujarab, berkesan seperti mana yang ditunjukkan dan pihak kementerian sedang meneliti ini bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, dunia hari ini menyaksikan bagaimana diancam oleh kekurangan bahan api fosil dan kemajuan dalam bidang biotech ini telah menjadikan kacang soya dan juga minyak sawit boleh menjadi bahan api gantian. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah kementerian ini khususnya, bagi menjamin bahawa minyak sawit kita ini yang pada masa akan datang akan dibeli secara blog yang besar oleh syarikat-syarikat
Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian
multinasional yang kaya raya ini dan apakah jaminan dan persediaan kementerian ini terhadap minyak sawit ini supaya tidak menjadi satu kekurangan yang serius kerana beralihnya biotech ini kepada memilih bahan-bahan ini sebagai gantian bahan api fosil. Jadi saya minta adakah, kalau ada perancangan yang teliti supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah kekurangan minyak sawit seperti mana kita hari ini, net exporter tetapi kita terpaksa menaikkan harga minyak. Adakah kena ada satu perancangan awal yang mengawal keadaan seperti ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, di situ dua bahagian apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat kawan kita Kubang Kerian. Mengenai dengan jangka panjang peranan industri sawit ini, ini di bawah kementerian yang lain tetapi apa yang penting di situ ialah untuk kerajaan terus mencari jalan supaya productivity dengan izin, kepala sawit itu terus bertambah dan ini dalam bidang teknologi. Dalam bidang ini kementerian serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang meninjau satu program yang diterajui oleh ACGT oleh Asiatic Corporation di mana seorang saintis terkenal bernama Great Winter telah pun melakukan genomix mapping pokok kelapa sawit.
Di situ terbuka peluang-peluang untuk meningkatkan lagi hasil ataupun produktiviti kelapa sawit.
Yang bahagian kedua, iaitu dari segi menggunakan bahan kelapa sawit ini sebagai bahan fuel, ini dalam tindakan pihak kementerian. Waktu saya mengetuai delegasi ke biotech convention yang begitu besar di dunia di Santiago dua minggu yang lalu, saya telah menyaksikan satu perbincangan dan perjanjian persefahaman dengan Biotech Corp dengan satu syarikat yang terbesar di Amerika Syarikat di mana mempunyai potensi di mana pokok kelapa sawit, dahan kelapa sawit, daun kelapa sawit, boleh digunakan melalui proses penggunaan enzim yang baru sahaja diperoleh untuk dijadikan bahan fuel melalui proses extractzation ataupun dihasilkan untuk penggunaan etanol. Ini peringkat awal, tetapi ia dijangka menembusi dan ini satu projek yang telah kami sebut sebagai platinum projek di peringkat kementerian. Terima kasih.
8. Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan merancang untuk membina Sekolah Agama Berasrama Penuh dan Maahad Tahfiz bantuan penuh kerajaan terutama di kawasan-kawasan Parlimen Kuala Lumpur yang majoriti penduduknya orang Melayu seperti di Titiwangsa untuk memenuhi keperluan orang-orang Melayu Islam di Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Dr. Mashitah binti Ibrahim
Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa meneliti dan mengkaji keperluan dan kepentingan mewujudkan mana-mana sekolah agama berasrama penuh dan Maahad Tahfiz di seluruh negara berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan semasa. Sekolah agama dan Maahad Tahfiz umpama ini sebenarnya tidak semestinya ditubuhkan dalam sebuah kawasan tertentu, atau untuk kumpulan tertentu dan sebaliknya lebih terbuka kepada semua pelajar yang cemerlang dan terpilih dari seluruh negara. Langkah mengehadkan sebuah sekolah untuk satu kawasan adalah tidak sesuai, bahkan merugikan kerajaan kerana tidak semua pelajar Islam di kawasan berkenaan belajar dalam aliran agama.
Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Titiwangsa, maksud Yang Berhormat sekolah agama berasrama penuh ini kita istilahkan sebagai sekolah menengah kebangsaan agama dan setakat ini di Kuala Lumpur kita ada sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di bandar Manjalara, Kepong dan juga Sekolah Menengah Majlis Agama Islam yang terletak di Bandar Tun Razak Cheras Kuala Lumpur.
Pada masa ini kedua-dua sekolah berkenaan adalah memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari sekitar Lembah Kelang dan pelajar-pelajar dari kawasan Kuala Lumpur juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar wilayah seperti di Selangor yang masih berdekatan dengan kediaman mereka. Berkaitan dengan Tahfiz al-Quran, setakat ini kerajaan melalui JAKIM telah menubuhkan Darul Al-Quran di Kuala Kubu Baru yang mana dirasakan sudah mencukupi untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Islam menyambung pengajian Tahfiz Al-Quran di peringkat Diploma. Terima kasih.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira jawapan yang diberi oleh Datuk Menteri itu mungkin saya agak tidak bersetuju seluruhnya oleh kerana saya kira masih lagi banyak keperluan dan permintaan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah-sekolah agama ataupun sekolah-sekolah sains al-Quran dan juga Mahaad Tahfiz. Jadi saya mohon untuk dipertimbangkan lagi sekali dari segi pembinaan ataupun perancangan pembinaan sekolah agama berasrama penuh ini terutama sekolah sains al-Quran. Bukan sahaja di Titiwangsa, saya tidak maksudkan Titiwangsa. Kebetulan saya ini dari Titiwangsa, tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dan juga kalau boleh diperpanjangkan di Putrajaya sendiri dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan kerana kita semua tahu bawah mempelajari Al- Quran itu satu kewajipan kepada kita semua.
Datuk Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Insya- Allah permohonan daripada Yang Berhormat itu boleh dipertimbangkan. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya selain daripada kita mempunyai sekolah menengah kebangsaan agama yang saya sebutkan tadi sebagai SMKA, dalam masa yang sama kita juga ada satu lagi yang disebut sebagai SMKAA iaitu sekolah menengah kebangsaan agama yang menyediakan kelas aliran agama yang disebut di sekolah itu sebagai KAA.
Datuk Dr. Mashitah binti Ibrahim
Pelajar-pelajar boleh sambung di sekolah menengah kebangsaan biasa yang ada KAA atau kelas aliran agama umpamanya kita telah pun ada di Putrajaya, juga kita ada di Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan juga Cyberjaya yang mana semuanya ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau benar kerajaan betul-betul prihatin kepada pendidikan agama, memperkasakan dan memartabatkan Islam apakah tidak kerajaan bercadang untuk hendak mewujudkan sekolah asrama penuh memerlukan belanja yang banyak, tapi berselerak sekolah agama rakyat yang ada di seluruh negara, tidak sedikit di Kelantan dan Kedah tapi bantuan tidak diberi. Cakap sahaja. Tolong jawab sedikit.
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Yang Berhormat Pasir Mas sebenarnya kerajaan cukup-cukup prihatin dan serius. Untuk maklumat Yang Berhormat, kalau kita bercakap tentang tadi SMKA dan saya menyebut SMKAA pula kelas aliran agama. Dalam masa yang sama kita ada SMAN dan juga kita ada SMAR iaitu sekolah menengah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat, sekolah rendah agama negeri, sekolah rendah agama rakyat. Keseluruhan sekolah ini sekolah menengah sahaja berjumlah 1,103, sekolah rendah sahaja 1,312 dan tanda keprihatinan kerajaan ialah kerajaan telah mengajak sekolah ini untuk berdaftar di bawah sekolah bantuan kerajaan yang disebut sebagai SABK tapi sebahagian besar daripada sekolah- sekolah ini untuk makluman Yang Berhormat mereka tidak mahu mendaftar untuk mendapat bantuan kerajaan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tak payah daftar pun tak apalah. Kalau Islam bagilah.
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim
Yang Berhormat kena faham kita minta supaya mereka berdaftar untuk mudahkan kita memantau bantuan-bantuan yang dihantar.
Kebanyakan sekolah ini memang sangat daif tapi kerana sekolah ini Yang Berhormat adalah sebahagian besarnya adalah warisan pondok-pondok daripada mak bapak jadi mereka tak mahu mendaftar.
Jadi saya hendak anjurkan di sini kalau ada sekolah yang minta bantuan kerajaan senang sahaja daftar dengan kerajaan Tuan Yang di-Pertua dan kita akan berikan bantuan.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya punya sekolah agama berdaftar tak dapat juga bantuan. [Ketawa]
9. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) jumlah peruntukan diberikan kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia untuk menjalankan operasi. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah elaun khidmat bagi Relawan menjalankan operasi. Jika ya, nyatakan jumlahnya; dan
(b) adakah kerajaan bercadang menaik taraf pusat kegiatan RELA ke peringkat jabatan berikutan peningkatan aktiviti RELA.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sarikei yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada tahun 2008 sebanyak RM15 juta telah pun diluluskan untuk membiayai perbelanjaan operasi tegas untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI). Bayaran elaun kepada anggota RELA yang menjalankan operasi ialah RM4 sejam untuk anggota biasa dan RM5.80 sejam yang berpangkat ketua platun RELA ke atas. Kadar bayaran ini diluluskan oleh agensi pusat pada 27 Mac 2007. Memandangkan kadar baru ini baru sahaja diluluskan maka pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menambah kadar elaun tersebut.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dikemukakan sama ada kerajaan bercadang menaik taraf pusat kegiatan RELA ke jabatan mungkin bermaksud untuk menjadikan RELA sebagai sebuah jabatan. Sekiranya maksud soalan ini adalah menjadikan RELA sebagai sebuah jabatan maka jawapannya ialah memang benar dan kementerian saya sedang dalam tindakan mengemukakan cadangan kepada jemaah menteri untuk persetujuan. Sekiranya pusat kegiatan RELA merujuk kepada pusat-pusat operasi RELA di daerah maka tidak ada cadangan untuk menjadikan pusat berkenaan sebagai jabatan kerana pusat tersebut berada di bawah pengawasan pejabat RELA daerah.
Sekian.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah peruntukan yang diberikan untuk setiap kawasan daerah di negeri Sarawak dan adakah pihak kementerian bercadang menambah jumlah peruntukan berikutan kenaikan harga minyak dan barangan.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat dari Sarikei. Dari segi peruntukan yang diagihkan kepada negeri Sarawak saya tidak mempunyai angka yang tepat. Maka saya meminta notis tapi saya boleh memberitahu Yang Berhormat bahawa Sarawak adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai anggota RELA yang begitu ramai sekali iaitu 518,000. Jika di Sarawak lebih banyak aktiviti, maka memang tepat dan logik bahawa peruntukan yang diagihkan akan diberikan kepada Sarawak. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
sementara Yang Berhormat Sarikei meminta menambah elaun kepada anggota RELA saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ramai orang dan NGO membantah terhadap memberi lebih kuasa kepada anggota RELA kerana terlalu banyak insiden penyalahgunaan kuasa. Seperti apa yang berlaku di pusat tahanan Linggi pada bulan April yang lalu. Jadi saya hendak tanya sama ada pihak kementerian telah mengkaji semula keberkesanan anggota RELA ini dan apakah benar bahawa satu rang undang- undang RELA sedang didraf untuk membenarkan lebih kuasa kepada anggota RELA.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar apa yang disoal oleh Yang Berhormat iaitu satu rang undang-undang khususnya berkaitan dengan RELA sedang digubal dan akan dibawa persetujuan jemaah menteri tidak lama lagi dan selepas itu ia akan masuk ke Parlimen. Tetapi setakat ini apa yang kita ada ialah pasukan sukarelawan RELA ditubuh di bawah Ordinan Darurat 1966. Walaupun demikian setakat ini kerajaan memang puas hati dengan prestasi kerja yang dicapai oleh pihak RELA di seluruh negara. Selain daripada menjadi mata dan telinga kerajaan membantu menjaga ketenteraman awam di negara kita mereka juga menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
Dato' Chor Chee Heung
membantu semasa bencana alam, kerja-kerja kemasyarakatan, dan juga yang lebih penting sekali ialah bantu agensi kerajaan yang lain untuk menyerang dan menangkap PATI, pendatang asing tanpa izin dan setakat ini memang kerajaan puas hati.
Dari segi penyalahgunaan kuasa pihak RELA ini saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa ada satu jawatankuasa tatatertib yang telah pun ditubuh dan jika terdapat anggota-anggota ataupun pegawai-pegawai yang telah pun menyalahgunakan kuasa mereka semasa mereka menjalankan tugas mereka akan dikenakan tindakan tatatertib.
Pada 2007 dan 2008 hingga bulan 4 terdapat sembilan orang anggota RELA yang telah pun dikenakan tindakan tatatertib iaitu masalah disiplin. Ini menunjukkan bahawa kerajaan cukup serius dengan peranan yang dimainkan oleh anggota RELA. Sekian, terima kasih.
10. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan kajian yang dibuat tentang kesan-kesan “electromagnetik field” daripada talian penghantaran elektrik bervoltan tinggi 275 KV terutamanya penyakit barah serta cadangan-cadangan keselamatan untuk mencegah kesan-kesan berbahaya yang menjejaskan penduduk yang tinggal berhampiran dengan struktur-struktur ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Selayang suka saya menjelaskan di sini bahawa pengaliran arus elektrik daripada sebarang kabel penghantaran elektrik bervoltan tinggi yang menghasilkan medan elektro magnetik atau EMF hanyalah pada sekitar 13 milligause sahaja di mana ianya jauh lebih rendah dari had pendedahan kepada orang awam yang dicadangkan oleh International Commission on None Ionizing Radiation Protection atau ICNIRP. Dalam hal ini pertubuhan kesihatan sedunia World Health Organization telah merumuskan bahawa berdasarkan cadangan daripada ICNIRP had dedahan EMF yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia adalah pada kadar 1,000 miligos.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Walau bagaimanapun, had ini juga dicadangkan sekiranya pendedahan adalah secara konsisten atau tetap di dalam sesuatu jangka masa. Dengan penjelasan ini, gelombang elektrod atau EMF daripada kabel voltan tinggi sebagaimana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat masih tidak dapat dibuktikan secara kajian saintifik menyebabkan penyakit barah kepada penduduk-penduduk yang berada atau tinggal di sekitar kawasan talian penghantaran elektrik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, WHO telah mengklasifikasikan atau classified bahawa talian bervoltan tinggi ada kemungkinan menyebabkan penyakit barah. Ia di classified sebagai dengan izin possibility carcinogenic effect on human dan di Amerika Syarikat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalan Yang Berhormat, soalan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Soalan saya ialah oleh sebab kajian dan klasifikasi yang telah dibuat oleh WHO, adakah kerajaan akan mengkaji semula dan akan mengeluarkan syarat seperti yang sedia ada di negara Amerika Syarikat dan Eropah untuk melarang atau mengehadkan talian bervoltan tinggi melintas kawasan perumahan dan penduduk-penduduk. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, sila Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Selayang atas soalan tambahan. Pada masa ini, kerajaan tidak ada cadangan atau merancang untuk mengehadkan talian-talian kabel atau kabel penghantaran elektrik yang bervoltan tinggi di
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
negara kita tetapi suka saya dedahkan di sini bahawa pendedahan EMF daripada alat-alat elektrik domestik dan juga pembumian elektrik yang menggunakan sistem paip air domestik di sesetengah negara barat adalah jauh lebih tinggi lagi dari pendedahan dari kabel elektrik yang bervoltan tinggi. Terima kasih.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya pendek sahaja. Disebabkan talian- talian bervoltan tinggi ini banyak juga merentasi di kawasan-kawasan bandar dan juga kawasan-kawasan yang dicadangkan untuk dibuat kawasan perumahan baru, jadi berapakah jarak sebenarnya yang dihadkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan yang talian bervoltan tinggi ini tidak terlalu rapat. Ini kerana kita lihat ada sesetengah kawasan perumahan seolah-olah berada di bawah talian ini yang boleh menyebabkan dari segi jangka panjang atau jangka pendek akan berlaku bahaya yang cukup besar kepada penduduk setempat. Apa pandangan Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Arau. Berkenaan dengan arahan ataupun apakah standard yang dikehendaki oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, suka saya jelaskan di sini bahawa saya belum ada maklumat dan saya berharap dapat berhubung dengan kementerian tersebut dan memberi jawapan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
11. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah jarak dan nilai yang telah dibayar bagi pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung di seluruh Sabah dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
Apakah langkah yang diambil oleh kementerian bersama-sama JKR Sabah untuk mengendalikan Jalan Kokol, Jalan Telipok, Tampulan ke Kiulu dalam kawasan Sepanggar yang rosak teruk sejak kejadian hujan lumpur pada 17 Julai 2005.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan di Sabah, kementerian telah melaksanakan dan menyiapkan projek jalan kampung atau PJK sepanjang 1849 kilometer dengan jumlah kos perbelanjaan sebanyak RM212.7 juta. Bagi projek jalan luar bandar atau JLB pula, sepanjang 91.9 kilometer dengan kos perbelanjaan sebanyak RM70.24 juta.
Itu bagi Rancangan Malaysia Kelapan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula, negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi program PJK. Setakat tahun 2007, sepanjang 842 kilometer jalan PJK telah disiapkan melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM133.53 juta. Bagi jalan luar bandar pula melibatkan sebanyak RM527.25 juta untuk 73 projek sepanjang 500.70 kilometer. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 projek telah dapat disiapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga ke sekarang yang melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan sepanjang 58.8 kilometer.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sepanggar, pada masa ini kerja-kerja reka bentuk akhir sedang dilaksanakan bagi projek Jalan Kokol, Poring, Kota Kinabalu di bawah program jambatan, jalan luar bandar dan dijangkakan projek pembinaan akan dimulakan pada bulan September 2008. Walau bagaimanapun bagi Jalan Telipok dan Jalan Tampulan ke Kiulu, kementerian telah dimaklumkan oleh JKR negeri Sabah bahawa jalan- jalan tersebut adalah di bawah jagaan dan seliaan JKR Sabah.
Kerja-kerja untuk memelihara yang rutin dan pembaikan kecil bagi tanah runtuh akan dijalankan oleh JKR negeri Sabah bagi memastikan jalan tersebut selamat untuk digunakan. Buat masa ini, kementerian tiada menerima permohonan pembaikan mahupun menaik taraf bagi jalan-jalan tersebut dari pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sabah. Namun begitu sekiranya projek-projek ini diberi keutamaan untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri, permohonan ini bolehlah dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kemudian. Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan- kemudahan prasarana di kawasan luar bandar supaya taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar dapat dipertingkatkan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Eric Enchin Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang kita tahu memang ada dijalankan projek-projek jalan luar bandar dan projek-projek kampung ini tetapi malang sekali projek-projek ini agak begitu lembap sekali dilaksanakan.
Persoalan tambahan saya ialah apakah sebenarnya kerjasama dengan jabatan JKR dan kementerian ini disebabkan kebanyakan projek-projek yang dijalankan tidak setaraf dengan standard JKR. Maka itu sebab mereka di jabatan JKR hari ini tidak dapat menjalankan pelaksanaan itu kerana ongkosnya begitu rendah sekali. Jadi apakah sebenarnya kerjasama ini dapat diwujudkan memandangkan masalah yang sering kali kita hadapi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalannya apakah kerjasama, itu sahaja.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Sebenarnya JKR negeri Sabah dan juga kementerian ini senantiasa bekerjasama. Hanya ada perbezaan dia dari segi spesifikasi apabila membina jalan raya-jalan raya. JKR mempunyai standard berlainan.
Kementerian Luar Bandar juga mempunyai standard spesifikasi yang lain. Akan tetapi ia boleh diguna dengan selesa. Jalan raya itu boleh dikatakan setaraf dengan JKR.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Menteri JKR senyum kat depan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Menteri tak kata apa pun tu, tutup muka saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
JKR dan juga kementerian saya sentiasa bekerjasama. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Yang Berhormat Seputeh ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ini Sabah Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju pandangan yang diluahkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, ini juga dipersetujui oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak cakap Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kerana Tuan Yang di-Pertua tidak mengutarakan pandangan, saya boleh buat bagi pihak. Bila kami pergi ke Sabah, saya tidak pernah pergi Jalan Koko semua ini tetapi kalau kita pergi dari Kudat, tahun lepas pengalaman saya. Dari Kudat ke Sandakan, lapan jam. Apa yang baik tentang jalan di Sabah ialah ia tidak ada tol tetapi kualiti jalan adalah begitu teruk sekali. [Tepuk] Ada tempat yang saya masih ingat, 20km langsung tidak ada tar tetapi dibuka untuk jalan kereta. Ada yang tanah runtuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Soalan saya ialah dan juga Tuan Yang di- Pertua, di Keningau kita tengok ada hospital yang begitu canggih, besar, ada sekolah yang begitu besar tetapi tidak ada kelengkapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak ada doktor, tidak ada kelengkapan yang diperlukan. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jalan raya Yang Berhormat, jalan, soalan.
Datuk Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad - Sipitang
Jangan jadi bodoh pula di dalam Dewan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh, kemudahan-kemudahan. Ini adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jadi soalan saya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata akan beri beberapa bilion kan untuk pembangunan di Sabah. Soalan saya ialah...
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Selangor pun banyak jalan rosak lagilah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang ini diberi kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Jaga kawasan mu sendiri dulu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kalau wang ini dikeluarkan, adakah kerajaan juga mempertimbangkan tentang peruntukan secara agih? Meneliti tentang kualiti kerja semua ini. Apakah perlunya bina sekolah, kolej yang besar dan canggih di Sabah tetapi tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu tidak masuk Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tak masuklah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hospital, sekolah tak masuk Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...akan tetapi tidak ada guru dan juga pelajar yang berkualiti dan tidak ada peluang pekerjaan. Jadi pada pandangan saya, ini haruslah dipantau dan juga dikaji secara teliti...
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
EXCO pun tak faham juga ke?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
... oleh kementerian ini. Jadi saya nak minta apakah pandangan Yang Berhormat? Apakah ini akan diambil, dikaji secara teliti dan diperbaiki oleh pihak kementerian?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Stop the discrimination in Sabah and Sarawak. [Tepuk]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih. Apabila memberi penerangan tentang keadaan jalan-jalan di negeri Sabah, walaupun saya setuju kalau kita pergi ke luar bandar memang jalan rayanya tidak berapa baik. Oleh sebab keadaan negeri Sabah itu begitu luas sekali. Akan tetapi janganlah cakap, bilang jalan raya begitu sangat teruk sekali. Bukanlah begitu teruk sekali, baik juga.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Denial syndrome.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Itu sudah keterlaluan. Soalan yang kedua itu,...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat pernah pergi ke tempat yang saya cakap ini ke? [Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Menteri tidak turun padang.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Saya orang Sabah dan sering kali pergi tempat itu. Saya tidak percaya ia mengambil masa tujuh jam sampai di Kudat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kereta dia rosak tengah jalan tu. [Ketawa]
Seorang Ahli
Dia naik kereta lembu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dah habis Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mungkin Yang Berhormat pergi dengan kapal terbang dan helikopter, itu sebab Yang Berhormat tak tahu. [Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Berkaitan dengan soalan yang kedua itu, iaitu berkaitan dengan hospital dan sekolah ia tidak ada kaitan dengan kementerian saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak masuk ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tidak masuk.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
The truth hurts.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Lain kali minta Yang Berhormat-Yang Berhormat naik kereta, jangan naik helikopter.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Siapa tu? Siapa tu?
[Dewan riuh]
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Padang Serai, Padang Serai!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan macam itu Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang Berhormat Padang Serai jagalah kawasan mu itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terdesak ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Datuk Zahrain Mohamed Hashim.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tak sanggup dengar.
Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Ada lagi ke?
12. Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa banyakkah kesatuan sekerja dalam sektor elektronik dan apakah tindakan kementerian dalam menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan ini supaya nasib pekerja kita terbela.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja di mana-mana bidang termasuk bidang elektronik. Pada masa ini terdapat 16 sektor elektronik berdaftar, kesatuan di dalam sektor elektronik mewakili lebih kurang 9,471 pekerja. Syarat-syarat dan prosedur untuk penubuhan kesatuan ialah tujuh pekerja untuk permohonan pendaftaran kesatuan sekerja sebagai jawatankuasa PROTEM, borang permohonan, peraturan kesatuan sekerja yang akan ditubuhkan, setem hasil bernilai RM30 sahaja.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Permohonan disemak dari aspek skop dan kelayakan dan tidak wujud kesatuan yang lain yang boleh mewakili pekerja tersebut. Pemilihan untuk jawatankuasa kesatuan sekerja mesti dibuat di dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pendaftaran. Untuk mendapat pengiktirafan kepada majikan, kalau ada keanggotaan yang melebihi daripada 51% daripada jumlah pekerja yang layak untuk menjadi anggota, pengiktirafan adalah diperolehi secara automatik. Terima kasih.
Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan kepada menteri, memandangkan banyak syarikat-syarikat elektronik yang minat sekarang pindah ke negara lain sebab kurang kepercayaan kepada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalan Yang Berhormat.
Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bila mereka pindah ramai yang tak ada kerja. Apa jaminan kerajaan kepada pekerja-pekerja yang hilang kerja selepas syarikat elektronik pindah ke negara- negara lain? Terima kasih.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Belum Tan Sri lagi Yang Berhormat ya. [Ketawa]
Datuk Dr. S. Subramaniam
Minta maaf, harap-harap untuk masa depan. Tuan Yang di-Pertua, di dalam pembangunan perusahaan sesuatu negara, ada iklim di mana ada perusahaan yang satu-satu jenis melabur di dalam negara itu dengan mengambil kira keadaan perusahaan yang ada pada masa itu. Perbezaan yang berlaku selepas masa itu, perusahaan-perusahaan dan perindustrian baru masuk ke dalam negara dan ada yang keluar daripada negara kepada tempat yang lain. Ini adalah satu perkara yang berlaku di dalam perkembangan perusahaan di dalam tiap-tiap negara di dalam dunia ini kerana di dalam perkembangan ini satu daripada kos ada pada satu masa yang masuk ke dalam negara kita ialah industri-industri yang bertanggung kepada kos yang rendah.
Apabila mutu pekerja kita di dalam negara naik, harapan pekerja di Malaysia pun naik dan kos meningkat dan ada negara-negara lain di mana kos masih turun maka adalah situasi di mana industri-industri ini pindah ke negara yang lain. Untuk menghadapi hal ini, kerajaan telah menetapkan pelbagai jenis pendekatan, salah satu daripada itu ialah memastikan bahawa pekerja-pekerja dan tenaga kerja yang ada di dalam Malaysia, kemahiran mereka dinaikkan supaya mereka boleh mengambil alih di dalam industri-industri baru yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi, gaji yang lebih tinggi dengan mengambil kira keadaan perusahaan yang sedang menjalani satu perubahan.
Pelbagai jenis peluang di dalam bidang untuk menaikkan kemahiran telah dibuka melalui industri-industri, kolej-kolej dan peluang-peluang di dalam industri pelatihan yang kita ada di dalam kementerian saya dan di dalam kementerian-kementerian lain. Satu daripada isu ialah untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran. Selepas itu kita memberi peluang supaya pelaburan melalui industri-industri baru yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi masuk ke dalam negara kita dan kementerian saya melalui sistem ELS, Electronic Labour System. Kita memantau perkara ini dan menggalakkan perusahaan untuk menawarkan jawatan-jawatan melalui sistem. Memberi peluang kepada pekerja-pekerja untuk mengambil alih dan mengambil peluang untuk mendapat kerja-kerja tersebut.
Kita ada pelbagai jenis tabung, melalui mereka, mereka boleh menggunakan untuk menambahkan kemahiran ini. Melalui meninggikan kemahiran, menambahkan lagi peluang untuk pelaburan di dalam bidang-bidang baru dan memberi peluang untuk pekerja supaya mendapat maklumat terkini tentang hal-hal ini. Kita berharap mereka boleh ditempatkan di dalam kerja-kerja yang baru. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekarang sudah jam 11.30 pagi. Maka tamatlah sesi soal jawab untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:
“Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti dibentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.” [2 Julai 2008]
Tuan Raime Unggi - Tenom
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung perbahasan saya pada pagi ini. Pertamanya dari aspek kewangan yang tentunya akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri. Bagi yang berkemampuan mungkin bagi mereka, minum pagi di Starbucks, minum petang di Dunkin Donut dan minum malam di Kopitiam tidak menjadi soal. Sama sahaja seperti mereka minum di kedai biasa atau juga di warung mamak. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa pula halnya yang tidak mampu sebaliknya cuba untuk buat-buat mampu bagi meniru atau menyamakan status dengan pelajar lain.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Fenomena ini akan menimbulkan double standard di kalangan pelajar dan mereka akan bersaing secara tidak sihat bagi menyamakan kufur di kalangan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, tidak terkecuali juga ada pelajar yang akan menggunakan wang PTPTN untuk tujuan tersebut. Harus diingat walaupun kerajaan talah meluluskan lebih kurang RM3 bilion peruntukan PTPTN tetapi ia bukanlah untuk bersantai di kafe seumpama itu. Lebih membimbangkan, pelajar akan berjimat atau lebih berkira untuk membeli buku atau membayar yuran hanya semata-mata untuk bersantai. Implikasi beginilah yang kita tidak mahu menjadi Tuan Yang di-Pertua.
Pandangan ini bukanlah sebagai satu pandangan yang bersikap konservatif tetapi lebih memikirkan soal sejauh manakah keperluan cadangan itu walaupun antara alasan yang diberikan adalah pelajar IPTA memerlukan perkhidmatan welfare untuk mengulang kaji kerana sebelum ini mereka perlu keluar dari kawasan universiti untuk tujuan tersebut.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan apalah kiranya jika pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menyediakan perkhidmatan welfare yang terbaik sekalipun di seluruh IPTA. Maka, tiadalah alasan untuk mereka keluar mencari perkhidmatan tersebut.
Saya juga ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua kepada pihak universiti agar dapat menyediakan atau menaikkan taraf kafe-kafe yang sedia ada agar boleh menarik minat mahasiswa menggunakan waktu senggang mereka untuk mengulang kaji pelajaran, bersosial dengan teman-teman atau menjamu selera. Sebagai pemimpin tempatan Tuan Yang di-Pertua, tidak perlulah kita berbangga sangat dengan produk-produk dari Amerika ini kerana kita juga mempunyai kualiti yang hampir sama dengan populariti yang kurang dek kerana sikap kita yang sukakan produk luar.
Cuba kita ambil aspirasi dari bangsa Perancis yang mengawal kemasukan produk Amerika tetapi mewujudkan lebih banyak kafe dan justeru kemudian menjenamakannya dengan nama Perancis seperti Daily Fast dan sebagainya. Bangsa mereka terkenal dengan penjenamaan dengan French toast, French stick, French fries dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyatnya kepada produk tempatan dan ternyata ianya berjaya.
Oleh itu saya memohon berharap agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian dan penelitian serta penilaian sebelum idea ini dapat dilaksanakan.
Janganlah kita lupa bagaimana warga Universiti Malaya membantah sekeras-kerasnya kemasukan McDonald’s pada tahun 1999 dan akhirnya hasrat itu tidak dilaksanakan walaupun premisnya sudah siap.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai sukan di mana kehangatan Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Beijing, China dalam tempoh sebulan lagi akan menarik perhatian seluruh dunia. Negara kita, negara Malaysia telah juga menghantar atlet bertanding dalam sukan tertentu. Kita amat berharap mencapai pungutan pingat emas buat julung kalinya.
Cadangan pihak kementerian memberi insentif RM1 juta untuk atlet kita yang memenangi pingat emas akan menimbulkan beberapa kesan dan wajar dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, matlamat asal penganjuran Sukan Olimpik adalah melahirkan atlet yang mengharumkan nama negara yang diwakili.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Pemberian..
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sedikit sahaja.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Okey, okey.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Mengenai dengan Sukan Olimpik, memang sudah hampir. Kita memang mengharapkan Malaysia mendapat pingat emas dalam Sukan Olimpik tersebut dengan kita berbelanja banyak dan mengambil jurulatih daripada luar negara. Namun, kita bimbang juga jika sekiranya kita gagal mendapat satu emas. Maka, ini merugikan kita dari segi untuk mewujudkan semangat patriotisme.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Bersetujukah bahawa kalau boleh kerajaan kita melobi untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik di masa depan? Kerana itu cara mudah untuk kita menang pingat emas dengan mewujudkan permainan yang orang lain tidak boleh bertanding. Jadi, lagi senang untuk dapat pingat emas. Setujukah Yang Berhormat?
Tuan Raime Unggi - Tenom
Semangat jaguh kampung. Saya juga bersetuju sekiranya jika kita diberi peluang untuk menjadi hos kepada Sukan Olimpik pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, matlamat asal penganjuran Sukan Olimpik adalah melahirkan atlet yang mengharumkan nama negara yang diwakili. Pemberian ganjaran wang tunai yang begitu mewah kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas akan melahirkan atlet yang materialistik. Atlet akan berusaha berdasarkan wang habuan, bukan semangat spiritual terhadap negara.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Hal ini akan membuatkan atlet menjadi manja dan juga lupa diri dan ianya boleh menjadi sebagai penyakit barah dalam industri sukan negara kita sekiranya ianya berterusan. Beraksi di dalam sukan yang teragung di dunia memerlukan semangat yang tinggi dalam diri atlet demi negara tercinta bukannya berkhidmat demi habuan.
Tuan Yang di-Pertua, apa-apa pun habuan yang diberikan perlulah selari dengan kedudukan kewangan negara dan kepentingan masa kini. Ganjaran yang besar adalah menjurus kepada pembaziran dan ketidakcekapan, umpamanya ganjaran seperti latihan ke luar negara secara percuma dilihat lebih praktikal dalam melahirkan atlet bertaraf dunia.
Cara ini akan melahirkan atlet yang bukan sahaja berdaya saing dalam jangka panjang tetapi juga melahirkan atlet yang rendah diri serta mempunyai jati diri yang amat tinggi.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Ahli Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berhujah. Saya bangun ini untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan tahun 2006 hingga 2010.
Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dinyatakan bahawa pendapatan per kapita rakyat meningkat sebanyak 10.6% setahun kepada RM23,066. Ini bermaksud, jika keluaran dalam negeri kasar dengan izin gross domestic product diagihkan dengan sama rata. Purata pendapatan sebulan seorang rakyat Malaysia biarpun ia seorang bayi, kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua ialah RM1,922 sebulan. Sekiranya satu keluarga lima orang, pendapatan sebulan adalah RM9,610.
Mengikut laporan kerajaan, pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia hanyalah RM3,686 sahaja pada tahun 2007. Saya dapati, kebanyakan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia bukan sahaja tidak mencapai RM9,610 sebulan bahkan tidak juga mencapai RM3,686. Adakah ini bermaksud, angka-angka yang diberikan ini adalah tidak betul atau hanya segelintir sahaja kroni-kroni Kerajaan Barisan Nasional yang begitu kaya raya dan rakyat biasa yang lain mendapat pendapatan isi rumah yang begitu kecil terlalu jauh daripada RM9,610, kalau GDP ini diagihkan sama rata kepada rakyat. Pihak kerajaan hendaklah menjelaskan hal ini.
Pengagihan pendapatan mestilah lebih seimbang supaya para nelayan, petani- dan pekebun kecil yang sekian lama tertinggal di belakang dapat menaikkan pendapatan mereka.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Beberapa tahun kebelakangan ini, oleh kerana kenaikan harga kelapa sawit, pertama kalinya pekebun-pekebun kecil dapat menikmati hasil titik peluh mereka secara lebih mewah sedikit. Kerajaan haruslah bergembira dengan fenomena ini. Malangnya apabila kerajaan nampak pekebun-pekebun kecil menikmati sedikit kemewahan, mereka rasa tidak senang hati dan tersangat ingin untuk menafikan mereka kemewahan ini.
Bermula 1 Julai 2008 ini, kerajaan telah mengenakan levi di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan dengan izin Windfall Profit Levi Act 1998 dengan mengenakan levi seperti berikut.
Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5% bagi setiap metrik tan minyak mentah kelapa sawit CPO yang melebihi harga RM2,000 dan bagi Semenanjung Malaysia 15% bagi setiap metrik tan CPO yang melebihi harga RM2000. Pada kadar ini, kerajaan akan mengenakan cukai lebih kurang RM45 ke atas setiap metrik tan buah kelapa sawit dengan izin fresh fruit bunch (FFB) bagi pekebun-pekebun kecil di Semenanjung Malaysia. Ini adalah jumlah yang amat besar.
Saya ingin memberitahu pihak kerajaan, sungguhpun harga CPO telah naik kepada lebih kurang RM3,500 satu tan metrik namun keuntungan pekebun-pekebun kecil bukannya begitu banyak seperti yang dibayangkan oleh pihak kerajaan. Harga baja telah naik melonjak hingga 400%, harga racun perosak hingga 200%, gaji upah buruh, kos pengangkutan, kos perkilangan, kos penyelenggaraan jalan dan saliran ladang semuanya
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
melonjak naik apabila kerajaan membenarkan harga petrol naik 41% dan harga diesel 61% pada 5 Jun 2008.
Beberapa tahun yang lepas, kos untuk mengeluarkan satu metrik tan buah kelapa sawit FFB bagi pekebun-pekebun kecil hanyalah lebih kurang RM130 sahaja tetapi kos telah melonjak kepada lebih kurang RM300 untuk mengeluarkan satu tan metrik FFB baru- baru ini. Pendapatan yang didapati oleh pekebun-pekebun kecil juga telah susut nilai akibat kenaikan mendadak barang-barang keperluan pekebun-pekebun kecil. Saya juga ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa pekebun-pekebun kecil tidak mendapat apa-apa keuntungan untuk lima tahun pertama penanaman semula ladang-ladang kelapa sawit mereka kerana buah-buah yang kecil dan yang kurang untuk lima tahun tersebut.
Pekebun-pekebun kecil ini yang mendapat keuntungan juga telah dikenakan cukai pendapatan selain daripada cukai-cukai yang dikenakan ke atas kelengkapan-kelengkapan dan barang-barang keperluan mereka. Adalah tidak adil mereka dikenakan levi ini. Levi ini dikatakan untuk membiayai subsidi minyak masak.
Tuan Yang di-Pertua, menurut data Malaysia Palm Oil Board, jumlah CPO yang dikeluarkan di Malaysia dan yang akan dikenakan levi adalah lebih kurang RM15.8 juta metrik tan dan kerajaan dianggarkan akan menerima lebih kurang RM2 bilion daripada levi ini tetapi minyak yang digunakan oleh rakyat Malaysia hanyalah antara 750,000 hingga 800,000 metrik tan. Jadi pihak kerajaan mengaut untung berlebihan daripada alasan untuk membiayai subsidi minyak masak. Jadi saya mengesyorkan agar pihak kerajaan membatalkan levi ini atas pekebun-pekebun kecil. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu kenaikan harga petrol dan diesel.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Menyampuk] Apa itu pun you mahu kacau.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Laluan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Melainkan Tuan Yang di-Pertua akan memberi masa tambahan, kalau tidak bagi saya habis dulu baru tanya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tak boleh bagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak bagilah Yang Berhormat, dia kata tak bagi. Saya tak boleh bagi injury time, Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau tak ada injury time, minta maaf. Saya nak teruskan supaya 20 minit ini saya...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kenaikan harga petrol dan diesel mendadak yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun 2008 yang telah menyebabkan harga-harga barang, pengangkutan, bekalan elektrik dan perkhidmatan lain juga naik mendadak. Kerajaan dikatakan akan berjimat RM13.7 bilion daripada pengurangan subsidi petrol dan diesel tersebut termasuk RM1.7 bilion yang kerajaan dapat daripada cukai keuntungan berlebihan dengan izin windfall tax yang dikenakan ke atas dengan izin independent power producer dan penanam-penanam kelapa sawit. Rakyat merasa sengsara akibat kenaikan harga barangan, pengangkutan, bekalan elektrik dan perkhidmatan-perkhidmatan lain tetapi apakah langkah-langkah ini yang membawa banyak kesengsaraan kepada rakyat mencapai matlamatnya.
Kerajaan dikatakan boleh menjimatkan RM13.7 bilion demi projek-projek pembangunan negara. Apakah projek-projek yang hendak dimajukan oleh kerajaan dengan wang yang dijimatkan ini kita langsung tidak diberitahu secara terperinci. Kerajaan pula memohon Dewan yang mulia ini untuk meluluskan peruntukan lebihan sebanyak RM30 bilion lagi tetapi kami tidak nampak apa-apa projek tambahan yang diumumkan yang hendak dibangunkan oleh kerajaan. Tidak sahaja ada projek-projek baru yang dirancang
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
tetapi projek-projek di Pulau Pinang seperti dengan izin, Penang Outer Ring Road dan Monorel Pulau Pinang pula dibatalkan.
Kerajaan hendaklah menjelaskan ke mana kah wang ini akan disalurkan.
Nampaknya ia akan disalurkan untuk membiayai kenaikan harga projek-projek seperti yang telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan tadi, adalah digunakan untuk membiayai kenaikan harga projek-projek yang akan naik harga akibat kenaikan harga petrol dan diesel yang naik mendadak pada 5 Jun 2008. Ia juga dibayar kepada tuan punya-tuan punya kereta sebanyak RM625 setiap kereta kurang daripada 2.0 cc. Ini menunjukkan satu keputusan yang silap yang amat ketara. Harga semua barang naik tetapi tidak ada akibat positif daripada keputusan tersebut. Akibatnya, kenaikan barangan Malaysia, kita juga dengan izin kehilangan competitive edge apabila berniaga dengan negara yang lain.
Kami juga telah diberitahu di dalam Dewan ini, Timbalan Menteri Kewangan telah mengatakan bahawa cukai pendapatan sudah melonjak kepada RM7.4 bilion pada tahun 2007 padahal tidak berapa tahun yang lepas, pendapatan cukai pendapatan hanyalah lebih kurang RM20 bilion sahaja dan seperti laporan dalam surat khabar hari ini, dijangka pendapatan cukai pendapatan kerajaan akan bertambah kepada RM80 bilion untuk tahun 2008. Namun saya pun hairan kenapa dengan penjimatan RM13.7 bilion, kenaikan pendapatan cukai pendapatan tapi setiap kali kita nampak kerajaan setiap tahun masih membentangkan satu bajet defisit sungguhpun sudah bertambah pendapatan daripada rakyat. Kerajaan Barisan Nasional hendaklah meminta maaf atas kesilapan keputusan yang saya nyatakan tadi. Kita hendaklah menggunakan kekayaan petroleum kita yang begitu banyak dengan baik dan membuat keputusan baik demi kesejahteraan rakyat negara ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Oleh yang demikian, saya merasa kesal atas dua tindakan kerajaan yang disebut di atas iaitu mengenakan levi 15% ke atas pekebun- pekebun kecil kelapa sawit dan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel yang telah mendatangkan banyak kesengsaraan kepada rakyat negara ini. Oleh yang demikian, Dewan yang mulia ini...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...tidak haruslah menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri... [Tepuk]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
... yang meminta RM30 bilion lagi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan. Boleh?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebab saya dah hampir siap dah. Boleh, tanya dan kemudian saya akan gulung dan habiskan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sudah habis Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah habis ini?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sudah habis tapi kalau nak tanya boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ha boleh. Sila Yang Berhormat Pasir Salak nak tanya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga sahabat saya Yang Berhormat Beruas. Saya menerima baik pandangan
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
daripada Yang Berhormat, memberi teguran kepada pihak kerajaan berhubung dengan bagaimana penggunaan wang rakyat supaya dibuat dengan cara yang baik dan mendatangkan manfaat kepada rakyat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Namun, ucapan Yang Berhormat memberi gambaran seolah-olah tidak ada apa yang kerajaan buat dengan duit itu. Ini saya rasa tidaklah adil kerana telah dibentangkan oleh kerajaan berkali-kali wang ini digunakan untuk food security, jaminan keselamatan makanan, untuk subsidi baja dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, apa soalannya?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalannya?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Soalan saya senang saja iaitu Yang Berhormat Beruas ada baca tidak, ada dengar tidak ataupun tutup telinga saja apa yang telah dibentangkan tentang projek-projek yang dibuat oleh kerajaan? Kesihatan, persekolahan, kesihatan dan sebagainya ini. Semua untuk rakyat. Wang itulah datangnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya amat kesal kerana Yang Berhormat Pasir Salak tidak dengar penjelasan saya tadi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Menyampuk] [Tepuk]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dan saya sudah nyatakan, kita rasa kesal kerana tindakan meminta dan telah pun Timbalan Menteri Kewangan sendiri pun telah menjelaskan di Dewan tadi, bahawa satu daripada sebab kenapa RM30 bilion diminta untuk kelulusan Dewan ini adalah kerana harga projek-projek sudah naik dan sebahagian daripada sebab utama kenapa harga projek-projek ini naik ialah kerana kenaikan harga minyak yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada 5 Jun 2008.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi maksud saya ini tindakan itu satu kesilapan.
Cara ia dibuat ialah satu kesilapan dan pihak kerajaan mesti meminta maaf kerana semua...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat. Sudah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...naik dan cuba nak jimat tapi sebenarnya tidak jimat. Wang yang hendak itu dibelanjakan juga tetapi akibatnya...
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
[Bangun]
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
..barang-barang sudah naik saja. Itulah akibatnya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik. Sudah, sudah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itulah ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak. Dia dah habis dah. Dia dah habis dah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itulah menunjukkan keprihatinan kerajaan. Berbagai-bagai masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, dah habis dah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Habis saja!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu menteri menjawab Yang Berhormat. Boleh tanya dengan menteri soal ini. Yang Berhormat Labis.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.
Pendapatan purata rakyat Malaysia telah meningkat dari RM3,249 tahun 2004 sehingga RM3,686 tahun 2007. Saya bukan hendak mempertikaikan ketepatan pendapatan purata ini tetapi saya ingin penjelasan formula pendapatan purata kerana saya berpendapat angka-angka yang disenaraikan ini mungkin tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.
Kita harus ingat bahawa purata bermakna ada yang tinggi dan rendah dan kerana kalau betul kebanyakan kaum India mendapat pendapatan sebanyak RM3,799 pada tahun 2007 berbanding dengan kaum Melayu sebanyak RM3,156 maka Gerakan Hindraf tidak akan mendapat sokongan yang kuat dari kaum India sehingga sokongan kepada kerajaan merosot seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya ke-12.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Betul, betul.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Maklumat yang tidak tepat menimbulkan pertikaian sehingga menyebabkan rakyat hilang kepada kepercayaan kepada maklumat yang diumumkan oleh kerajaan. Saya bukan hendak menyoal tentang hak milik kaum bumiputera atau sosial kontrak yang tertakluk di Perlembagaan. Jangan salah faham.
Cuma kita sebagai rakyat Malaysia harap semua kaum diberi pertolongan yang sepatutnya dan tidak sesuatu kaum terpinggir.
Seperti yang ternyata di Teras 3 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, hanya sebanyak tiga ribu belia India dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai program latihan kemahiran dan perniagaan. Bagaimana angka ini ditentukan, saya kurang pasti tetapi ia tentu dilihat janggal kerana kaum lain tidak disenaraikan dan kenapakah ia tertakluk kepada tiga ribu orang sahaja. Bukankah ia patut dilihat dari segi aspek sama ada seseorang itu patut diberi pertolongan dan bukannya hak hanya terhad kepada angka yang telah ditetapkan.
Saya menyokong kuat langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi melalui empat langkah yang disenaraikan di muka surat enam puluh tujuh. Saya juga berharap demi kepentingan negara Malaysia dan untuk meningkatkan dan mempromosikan inovasi, lebih banyak usahawan kaum bukan bumiputera juga diberikan peluang untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia supaya kek ekonomi kita sentiasa bertambah besar. Ini selaras dengan usaha- usaha untuk mencapai matlamat teras pertama iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai kek lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti dan daya saing, menjana sumber pertumbuhan baru dan mengembangkan pasaran baru.
Tuan Yang di-Pertua, semua rakyat di negara ini inginkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama dalam pelaksanaan polisi. Pada hematnya, saya percaya semua rakyat menyokong usaha kerajaan membantu kaum bumiputera dalam usaha meningkatkan pemilikan dalam harta tanah. Oleh itu saya rasa tidak ada sesiapa yang hendak menyoal diskaun yang diberi kepada kaum bumiputera untuk pembelian harta tanah. Namun saya berharap polisi ini dapat disemak semula dan dibuat pengubahsuaian di mana perlu.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Di dalam konteks ini, saya rasa adalah kurang logik jika diskaun ini juga diberi kepada golongan bumiputera yang memiliki atau mampu membeli rumah mewah berjuta- juta ringgit. Jika sebuah rumah dibeli bernilai RM1 juta, diskaunnya sudah mencukupi untuk membeli sebuah rumah kos rendah. Diskaun patut diberi terutamanya kepada pembelian rumah kos rendah untuk golongan bumiputera dan bukan bumiputera untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Kategori inilah yang patut diberi subsidi atau diskaun istimewa supaya semua rakyat Malaysia memiliki sebuah rumah sendiri. Untuk diskaun pembelian harta tanah, saya mencadangkan diskaun tetap diberi kepada kaum bumiputera untuk harta tanah yang bernilai kurang daripada RM500 ribu dan seharusnya disesuaikan mengikut lokasi.
Manakala untuk rumah mewah sebagai contoh lebih dari RM500 ribu di Lembah Klang, diskaun tidak patut diberi kepada mana-mana golongan.
Tuan Yang di-Pertua, kadar kemiskinan negara telah menurun dari 5.7% dari tahun 2004 kepada 3.6% pada tahun 2007. Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah pembasmian kemiskinan yang diambil oleh kerajaan telah mendatangkan hasil yang memuaskan kecuali di negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu saya berharap peruntukan tambahan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat tidak lama dahulu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kedua-dua negeri tersebut.
Walau bagaimanapun, saya ingin mempersoalkan sama ada pendapatan garis kemiskinan purata yang dinyatakan masih relevan terutamanya sekali selepas penstrukturan subsidi minyak. Kita juga pernah dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa kadar kemiskinan negara akan meningkat kepada 24% jika garis panduan kemiskinan dinaikkan kepada RM1,500. Saya berharap untuk tahun 2008 dan seterusnya, kerajaan akan merombak semula cara pengiraan penentuan garis kemiskinan dengan mengambil kira kadar inflasi negara kita supaya ia dapat mencerminkan masalah kemiskinan sebenar yang dihadapi oleh penduduk negara ini.
Pada pendapat saya, kerajaan tidak perlu merasa kecewa atau malu bila mendapati bahawa 24% daripada populasi Malaysia adalah miskin jika pendapatan RM5,000 sebulan ditetapkan. Apa yang penting ialah kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan untuk membantu dan mengurangkan beban golongan ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya kerajaan dapat memberikan subsidi dalam bentuk wang tunai terus kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan. 24% daripada 27 juta penduduk adalah 6.4 juta.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Andaikan sebuah institusi keluarga terdiri daripada empat orang, iaitu ibu, bapa dan dua orang anak, maka dengan ini sebanyak 1 juta penduduk memerlukan pertolongan subsidi wang tunai ini segera. Jika dengan kesimpulan mudah, sebuah keluarga diberi RM10,000 setahun, maka hanya sebanyak RM17 bilion yang diperlukan. Walaupun peruntukan ini besar, tetapi saya yakin ia akan dapat menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha membela nasib golongan miskin.
Sebagai jangka pendek, keuntungan windfall yang diperoleh dari Petronas boleh disalurkan untuk bantuan tersebut. Dengan itu juga, peranan yang dimainkan oleh Petronas lebih dihargai oleh rakyat. Semua rakyat Malaysia yang perlu pertolongan kerajaan perlu diberi perhatian yang sepenuhnya. Kemiskinan dan kesannya tidak ambil kira kaum dan bangsa. Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin seperti program usahawan, insentif pinjaman perumahan, insentif perniagaan mikro kredit, sistem koperasi dan kursus-kursus keusahawanan patut dijalankan. Tanah-tanah kerajaan yang terbiar, patut ditawarkan kepada golongan yang berminat untuk mengusahakan pertanian. Dengan ini, kerajaan akan mendapat hasil dari penggunaan tanah sementara.
Para petani akan dapat memperoleh pendapatan mereka. Ini akan menunjukkan win-win situation kepada kedua-dua pihak.
Matlamat kerajaan adalah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara secara memupuk minda kelas pertama. Ini adalah selaras dengan usaha-
Tuan Chua Tee Yong - Labis
usaha kerajaan untuk mengurangkan birokrasi seperti penubuhan PEMUDAH dan meningkatkan daya saing negara kita melalui pembangunan modal insan. Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan dapat mengkaji semula langkah yang melayakkan semua syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur melaporkan maklumat mengenai komposisi sumber manusia mengikut kumpulan etnik bagi semua peringkat jawatan.
Langkah ini mungkin akan disalah faham oleh para pelabur bahawa kerajaan berminat untuk campur tangan dalam proses pengambilan kakitangan dalam syarikat awam. Saya khuatir langkah ini akan menjejaskan hasrat syarikat-syarikat tempatan atau asing yang ingin menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Saham. Sekiranya kerajaan merasakan maklumat pekerja mengikut komposisi kaum di dalam syarikat awam ini adalah penting, maka kerajaan boleh mendapat maklumat ini melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri ketika syarikat-syarikat awam ini mengemukakan caruman atau potongan cukai bulanan kerajaan mereka. Saya meminta menyokong. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wanitalah. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah di atas usaha pihak-pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat dan untuk menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai program yang telah dirancangkan oleh kerajaan.
Persoalannya, apakah usaha dan perancangan yang dibuat oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah berjaya memenuhi isu dan masalah yang sebenarnya rakyat keseluruhannya, terutama dalam menghadapi masalah dalam isu kenaikan harga bahan bakar dan kenaikan harga keperluan harian yang semakin menekan kehidupan rakyat hari ini?
Sejauh manakah usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan? Ini kerana akibat daripada kenaikan harga bahan api telah mengakibatkan kadar kemiskinan dalam negara kita semakin meningkat. Bukan sekadar 3.6% pada tahun 2007 mungkin menjangkau melebihi 20% akibat daripada kenaikan harga bahan bakar dan keperluan harian ini. Maka hancur luluhlah segala program dan perancangan kerajaan selama ini untuk membasmi kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, modal insan adalah faktor yang utama dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Negara akan hancur walaupun mempunyai pembangunan teknologi yang tinggi jika mempunyai rakyat ataupun mempunyai masyarakat yang jiwanya tidak dapat dibangunkan.
Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa cara hidup rakyat Malaysia berasaskan ataupun berpaksikan kepada ajaran agama supaya setiap yang dilakukan, dirancang bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal tetapi memenuhi keperluan pembangunan insan manusia itu sendiri? Apakah kerajaan bercadang untuk mengehadkan pemberian lesen-lesen hiburan yang terlalu berleluasa dalam negara kita?
Kita lihat hari ini bagaimana eksploitasi wanita berlaku bukan sahaja di media melalui iklan-iklan TV, akhbar dan sebagainya. Kita lihat wanita, tenaga wanita digunakan untuk menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong. Jadi, apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan yang melaksanakan pendekatan Islam Hadhari dalam membasmi gejala maksiat yang semakin berleluasa dalam negara kita?
Wujudnya kelab-kelab malam di Wilayah Persekutuan sahaja melebihi 500 buah yang diberi lesen mengikut jawapan menteri kepada saya dalam soalan Dewan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Menjelaskan kepada kita, apakah rasionalnya pemberian yang begitu luas kepada tempat- tempat yang membawa keruntuhan maruah diri seseorang manusia itu sendiri?
Saya juga ingin penjelasan, apakah kerajaan akan mengkaji balik pemberian lesen terhadap kelab-kelab malam ini...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Minta laluan sikit.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...supaya program ini bukan sahaja boleh merosakkan belia kita, remaja kita...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Rantau Panjang...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat. Hendak beri jalan?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Masa amat terhad.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sama, sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf Yang Berhormat, masa terhad. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ha, selepas inilah Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya tertarik dengan hiburan ini.
Dengan masalah hiburan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan, biar dia berucap.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
[Ketawa]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya menerima ada golongan pelancong yang lebih berminat kepada kelab-kelab hiburan. Akan tetapi, yang saya maksudkan kenapa kelab-kelab hiburan diberi lesen melebihi daripada keperluan yang sebenarnya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sedangkan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pertanyaan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...kita lihat perkara ini boleh memberi...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Rantau Panjang, pertanyaan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...kehancuran kepada kerosakan belia yang ada dalam negara kita?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berapa banyak kes liwat yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak bangun. Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta Yang Berhormat tanya kepada pihak kerajaan selepas ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak, selain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak, duduklah jangan, dia tak bagi Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bertanya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tak bagi Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Dalam menghadapi...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Salah seorang itu Yang Berhormat Pasir Salak yang kena.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Kita lihat di antara perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...keruntuhan institusi keluarga dalam negara kita. kita lihat bagaimana institusi keluarga adalah sangat penting...
Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
[Menyampuk]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...dalam negara tetapi kita amat sedih apa kita mendapati banyak berlaku kes-kes penceraian dalam negara terutama yang melibatkan keluarga Melayu...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kes liwat macam mana? Kes liwat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...yang mana kita dapati bagaimana mana keluarga Melayu di antara keluarga yang paling banyak terlibat dalam kes-kes penceraian. Saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah statistik kes penceraian terkini sejak daripada tahun 2007 hingga 2008 berkaitan dengan penceraian melibatkan semua kaum dan apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan supaya kes-kes penceraian ini dapat dibendung di masa akan datang?
Begitu juga, saya ingin penjelasan, sejauh mana program kesedaran di kalangan ibu bapa terutamanya yang melibatkan ibu-ibu dan bapa-bapa dari segi pendidikan anak- anak. Sebab kita lihat mangsa daripada penceraian ini bukan sahaja kesannya daripada ibu dan bapa yang terlibat tetapi yang menjadi mangsa utama ialah anak-anak. Jadi sejauh mana usaha yang dibuat oleh pihak kementerian supaya mereka ini tidak terus teraniaya dan supaya anak-anak ini dapat diselamatkan supaya tidak terlibat dengan gejala sosial.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi suasana iklim dunia yang tidak menentu, negara kita juga tidak terlepas daripada terdedah dengan pelbagai masalah bencana alam termasuk juga banjir. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, apakah program pembangunan untuk membangunkan kawasan yang sentiasa terdedah dengan banjir, terutama dalam kawasan saya sendiri di Rantau Panjang yang memang setiap tahun terdedah dengan banjir.
Dua minggu yang lalu, saya melihat sendiri bagaimana hakisan akibat daripada banjir di Sungai Golok yang mana penambakannya dihentikan. Sedangkan kawasan ini yang terlibat ialah melibatkan Kampung Bagus dalam Pekan Rantau panjang yang melibatkan 40 keluarga yang terancam nyawa mereka.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Rumah mereka sangat hampir dengan kawasan sungai tetapi penambakan itu dihentikan sampai sekarang. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian.
Apakah usaha supaya dalam menghadapi musim tengkujuh yang tidak lama lagi akan datang, supaya mereka ini bukan berada dalam kebimbangan dan nyawa mereka tidak terancam?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin penjelasan daripada pihak Kementerian Pelancongan, kenapakah kerajaan telah menangguhkan pembinaan pasar baru di Pekan Rantau Panjang sedangkan perkara ini telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Apakah kriteria yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk menangguhkan sesuatu projek, sedangkan tempat ini adalah satu tempat yang sangat diperlukan? Jadi apakah keutamaan yang diberikan dan sejauh manakah komitmen kerajaan dalam meneruskan projek ini?
Saya ingin penjelasan juga apakah program-program perancangan yang dibuat oleh pihak kementerian terutama dalam membangun kawasan zon bebas cukai yang telah diisytiharkan oleh pihak kementerian?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan persoalan masalah gejala sosial yang semakin meningkat dalam negara kita hari ini. Kita melihat bagaimana kes jenayah yang semakin meningkat, kes rogol yang semakin meningkat sehingga pernyataan kementerian menyebutkan bahawa purata sehari wanita dirogol, hampir lapan orang sehari. Perkara ini amat menyayat hati. Jadi apakah usaha yang dibuat oleh kementerian untuk membendung kes-kes seumpama ini supaya tidak terus berlarutan?
Apakah kerajaan akan mengkaji undang-undang yang ada supaya sesuai kembali dengan undang-undang al-Quran? Sebab undang-undang yang ada hari adalah undang- undang yang tidak menyekat berlakunya gejala sosial dalam negara. Jadi kita lihat hasil daripada perlaksanaan undang-undang yang rapuh ini maka kes-kes yang melibatkan jenayah, yang melibatkan maruah ini terus berleluasa dalam negara kita. Tidak hairanlah kalau kita dapat penjelasan daripada pihak kementerian bagaimana banduan dalam penjara sekarang sudah melebihi 37 ribu orang.
Walaupun negara kita membangun, walaupun negara kita maju, merdeka melebihi 50 tahun tetapi penjenayah kita terus meningkat. Maka apakah kerajaan berhasrat untuk kembali kepada undang-undang yang termaktub dalam al-Quran sebagaimana sesuai dengan Malaysia yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, supaya perkara- perkara ini dapat dibendung di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga penjelasan berkenaan dengan masalah perlaksanaan program kitar semula yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan di negeri Kelantan terutama di seluruh PBT yang mana perkara ini seharusnya diperkenalkan di seluruh negara?
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua PBT ini mendapat peruntukan yang secukupnya terutama sekali yang berkaitan dengan keperluan asas untuk membangun?
Terutama dari segi pelupusan sampah, bahan sisa, bahan pepejal dan sebagainya, yang kita lihat perkara ini menjadi satu masalah utama sekiranya perkara ini tidak diberi kerjasama.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen. Dalam sesi yang lepas saya dimaklumkan bagaimana kita mendapat jawapan daripada pihak kerajaan bahawa kerajaan tidak memilih kasih di dalam memberi peruntukan untuk semua Ahli Parlimen yang berada di bawah Kerajaan Malaysia ini. Akan tetapi apabila kita pohon perkara ini mengikut agensi kerajaan yang berwajib, jawapan yang diberi kepada kita ialah peruntukan tidak diberi kepada kita. Saya sendiri pernah datang berjumpa dengan Pengarah JPP di Kelantan sendiri berbincang dengan kes ini dan beliau sendiri pun menjelaskan bahawa tidak ada waran yang dikeluarkan. Begitu juga saya telah menghubungi Putrajaya dan sebagainya.
Jadi, kenapakah perkara ini berlaku? Di satu masa mengatakan perkara ini tidak ada diskriminasi tetapi di masa yang lain apabila kita memohon, katanya tidak ada peruntukan. Sebenarnya peruntukan ini adalah untuk keperluan rakyat bukan untuk kami.
Jadi apakah perlu yang kami lakukan untuk kami membela nasib-nasib rakyat yang miskin?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya amat sedih apabila kita turun padang melihat nasib rakyat yang miskin terutama yang memohon bantuan. Ada yang melibatkan OKU, melibatkan warga miskin. Apa yang menyedihkan kita ada rakyat kita yang mohon peruntukan melebihi daripada enam bulan baru dapat peruntukan.
Ada satu kes, dia mohon terlalu lama, dapat satu minggu terus meninggal. Tidak dapat dimanfaatkan apa yang telah diberi kepada mereka. Jadi kenapa perkara ini berlaku dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan supaya golongan yang memerlukan ini tidak menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan dan peruntukan?
Sedangkan ini adalah satu perkara yang sangat penting terutama yang melibatkan golongan warga emas dan golongan yang uzur, yang sangat memerlukan pertolongan dengan segera. Jadi apa yang seharusnya kami sebagai wakil rakyat harus lakukan, sekiranya perkara ini berlaku?
Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan pemberian pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar. Yang mana saya mendapat aduan daripada pihak ibu bapa ada pelajar-pelajar IPTS terutamanya yang mendapat pinjaman PTPTN ini, yang tidak mendapat sumbangan sejak daripada awal tahun sehingga sekarang ini. Jadi apa sebenarnya yang berlaku dan apakah seharusnya tindakan yang dibuat supaya golongan pelajar miskin yang sangat memerlukan bantuan kewangan ini supaya mereka dapat meneruskan pelajaran tanpa diganggu?
Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kementerian, apakah usaha daripada pihak kementerian untuk memastikan peluang pelajar-pelajar kita yang belajar di IPTS yang ada dalam negara kita ini untuk menyambung pelajaran di luar negara, terutama dalam bidang pengajian agama? Kita lihat bagaimana perkara ini menjadi satu kesukaran apabila satu dasar baru mungkin ataupun satu perkara baru yang telah dilaksanakan sehingga keluaran daripada IPTS yang sebelum ini tidak menghadapi masalah untuk menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, tetapi sekarang ini menghadapi masalah. Jadi saya ingin penjelasan mengapa perkara ini berlaku dan apakah tindakan kementerian supaya pelajar- pelajar jurusan agama ini terus mendapat pembelaan daripada pihak kementerian? Jadi dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana memberi saya peluang untuk turut membahaskan ke atas ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang kita cintai.
Semasa membentang Usul Kajian Separuh Penggal Kesembilan... Ya, betul kita cinta, kita punya Perdana Menteri, Yang Berhormat Shah Alam! Pada 26 Jun yang lalu.
Pembentangan yang sungguh ke arah dan memberi tumpuan pembangunan untuk rakyat iaitu people centric project... dengan izin, melalui penambahan RM30 bilion dari RM200 bilion ke RM230 bilion bagi RMK-9 amatlah dialu-alukan oleh semua rakyat kecuali pihak pembangkang yang mengapi-apikan, memutar belitkan tambahan ini...
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tidak betul itu!
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang bertujuan untuk menampung harga kenaikan harga barang serta kenaikan kos-kos yang lain. Walaupun kerajaan kini sedang menghadapi pelbagai masalah seperti isu kenaikan harga bahan bakar. Ini adalah isu fenomena global yang kita tidak dapat kawal serta masalah yang bersangkut paut politik yang sedang diapi-apikan oleh pembangkang. Namun demikian kerajaan telah berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi kita iaitu 6.1% setahun. Menaikkan taraf hidup rakyat melalui pendapatan berkapita RM18,440 pada tahun 2005 ke RM23,066 pada tahun yang lepas.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Dalam mengurangkan defisit fiskal dari 3.6% dari KDNK pada tahun 2005 ke 3.2% pada tahun 2007 dan mengurangkan kadar kemiskinan dari 5.7% pada 2004 kepada 3.6% pada tahun yang lepas. Jelas sekali kadar kemiskinan di negeri Sabah telah berkurangan iaitu daripada 23% pada tahun 2004 ke 16% dalam tahun yang lepas. Saya sebagai wakil rakyat kepada rakyat di Sabah, khususnya rakyat dari kawasan Putatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita serta timbalan beliau, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib dan semua Anggota Kabinet beliau kerana telah memimpin negara dengan bijak dan adil.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan dua perkara sahaja, tetapi perkara yang luas. Saya cuba memendekkan hujah saya kerana masa yang dibagi sungguh singkat iaitu pertama adalah isu keselesaan hidup rakyat dan yang kedua, modal insan. Seperti saya katakan tadi, soal keselesaan hidup rakyat ini memang tajuk yang luas.
Saya hanya tumpukan masalah yang dihadapi oleh rakyat di Sabah. Soal bagaimana kita katakan hidup rakyat selesa kalau balik-balik blackout.
Di kampung-kampung masih terdapat rakyat masih menggunakan pelita. Ramai yang belum mendapat bekalan air bersih dan masih bergantung kepada air perigi. Bila musim hujan, airnya menjadi keruh, musim kemarau pula, perigi atau telaga itu akan kering.
Rumah-rumah masih dibuat dengan atap daun dan zink-zink diperolehi daripada buangan orang lain yang sudah berbocor-bocoran. Apabila hujan, memang berbasah-basahanlah di dalam rumah itu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Minta penjelasan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Nanti saya bagi ceramah dekat luar kalau minta penjelasan. Masa saya singkat. You minta saya ceramah pasal Sabah, I bagi ceramah dekat luar.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tadi kata tahniah, sekarang kompelin banyak.
Yang mana satu, saya keliru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Jangan ganggu dulu. Ini floor saya.
Kenyataan saya ini bukanlah semata-mata rekaan untuk menarik perhatian seperti Yang Berhormat tadi sudah tarik perhatian. Saya melihat sendiri perkara ini berlaku di kawasan saya. Saya tidak mahu ucap panjang. Kalau menteri yang berkenaan sudi, datanglah melihat dengan matanya sendiri. Inilah hadiah kami dari Sabah semenjak lebih daripada 40 tahun merdeka. Sebab itulah projek-projek yang besar-besar di Penang itu dibawa ke Sabah, peruntukan itu dibawa. Ini kerajaan yang adil. Saya tidak mahu ulas lagi tentang penderitaan masyarakat di Pulau Gaya.
Saya sudah puas kerana saya sudah berhujah bertubi-tubi di Dewan yang mulia ini pada penggal yang sebelum ini. Saya sudah memohon supaya kemudahan air diberi kepada pulau ini kerana juga saya bercadang supaya menjemput pihak swasta memainkan peranan menangani masalah air di pulau ini supaya membina loji penapisan air laut yang akan dilaksanakan pihak swasta dengan dana disediakan oleh kerajaan. Saya juga telah memohon kemudahan jana kuasa kepada menteri yang berkenaan pada ketika itu, berjumpa dengan beliau secara peribadi, tulis berkali-kali, bahas berkali-kali namun pelaksanaannya masih ditunggu-tunggu sampai sekarang. Bagi saya sudah cukup. Jangan sampai saya berkata kepada mereka, kerajaan sudah tidak peduli sama kita.
Tuan Yang di-Pertua, masalah blackout kerap kali berlaku di negeri Sabah adalah kerana dikatakan kesusahan hidup rakyat ini betul-betul menjadi persoalan. Baru-baru ini kita mengalami masalah-masalah blackout yang serius akibat pencurian besi-besi termasuk besi-besi tiang pylon yang bervoltan tinggi sampai banyak yang runtuh yang mengakibatkan kegelapan di kebanyakan tempat.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana yang demikian saya harap pihak kementerian yang berkenaan dapat membendung atau mencegah atau menghalang kecurian ini. Yang penting bagi saya, Undang-undang Second Hand Dealers Act ini, dengan izin, yang telah
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
diamalkan di Semenanjung diharap dapat dipanjangkan ke negeri Sabah kerana di Sabah banyak pendatang tanpa izin yang cari makan melalui aktiviti mencuri, terutama sekali benda-benda yang tidak dikawal apabila orang-orang ini bersembunyi di hutan-hutan, takut kena tangkap.
Oleh itu premis-premis yang memberi benda-benda keluli atau besi ini harus dipantau pada setiap masa. Oleh kerana hasil jualan besi ini seperti mana Yang Berhormat cakap tadi bahawa besi, harganya mahal dan pendapatannya mewah dan ada kemungkinan orang tempatan yang tinggal di kampung-kampung juga terlibat oleh kerana tekanan kemiskinan.
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, amatlah dialu-alukan pesanan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya masyarakat kita di luar-luar bandar menyeru rakyat kita di situ untuk mengusahakan tanah yang ada pada mereka, bergeran atau tidak, diusahakan untuk menyahut seruan kerajaan melalui Program Bumi Hijau. Peruntukan telah disediakan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri untuk menyukat tanah NCR, Native Customary Rights, dengan izin, atau tanah adat dan permohonan-permohonan yang belum bergeran.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya polisi dasar pertanian yang tidak bersetuju untuk memberi geran kepada mana- mana kawasan yang mempunyai kecerunan lebih daripada 25 darjah. Polisi ini sudah ketinggalan zaman. Kita sekarang dalam dunia berteknologi. Apa juga sebab atau alasan yang diberi, misalnya mengakibatkan keruntuhan tanah pasir dapat dibendung, masalah top soil kurang dan sebab-sebab yang lain, saya rasa ini pun kenyataan yang ketinggalan zaman.
Sekarang kita bisa menanam, jangan cakap di atas air, di atas angin pun kita boleh menghasilkan tanaman. Di negeri China misalnya, di Filipina, di Taiwan, di Jepun dan banyak lagi negara-negara yang lain dapat menanam padi di atas bukit, beribu-ribu ekar yang pernah menghasilkan beras padi bukit, beribu-ribu metrik tan beras. Mereka telah mengusahakan tanah-tanah yang begitu curam dari generasi ke generasi. Sama juga dengan masyarakat bumiputera kita di desa-desa di negeri Sabah dan Sarawak, mereka juga telah mengusahakan tanah-tanah seperti itu walaupun ketika itu dengan cara primitif tetapi saya berkata tiada kes yang saya lihat, masalah tanah runtuh yang serius, masalah kesuburan tanah yang tidak pernah timbul sama sekali.
Bermakna mereka yang lebih advanced daripada kita daripada pembuat-pembuat dasar di dalam bilik aircond yang berpemikiran sempit dan tidak futuristik. Inilah kawasan tanah yang diklasifikasikan sebagai tanah adat atau NCR. Contohnya pengusaha- pengusaha tanaman padi di Bario, ini satu contoh, beras wangi berkualiti tinggi, harga yang begitu terbaik dalam pasaran, kenapa pula polisi kerajaan kita menghalang pemberian geran kepada tanah-tanah sedemikian. Saya harap Tuan Yang di-Pertua pun bersetuju dengan saya sebab beras Bario ini dari kawasan beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tanah ini soal state, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya, tetapi ini kita sentuh soal dasar, Tuan Yang di-Pertua. Kita sengaja menghimpit-himpitkan mereka. Kerajaanlah sepatutnya membela nasib masyarakat di luar bandar melalui pemberian bantuan subsidi dan sebagainya supaya mereka juga dapat menyumbang kepada kerajaan untuk menambah hasil keluaran beras kita, di samping itu membantu hasil pendapatan masyarakat kita di luar bandar.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, bercakap pasal keselesaan hidup di luar bandar, dekat bandar seperti kawasan saya di Putatan, luas juga kawasan jelapang padi di kawasan ini yang sekarang tidak diusahakan. Kenapa? Mereka kata rugi. Sistem saliran tidak ada, semua infrastruktur tidak terurus kerana JPS bilang tiada duit, tiada peruntukan dari kerajaan. Nah, apa sudah jadi? Tanah semua sudah terbiar, dijual kepada orang lain yang menggunakan tanah-tanah tersebut untuk pembinaan rumah-rumah kediaman. Orang- orang ini dari kawasan yang lain memerlukan perumahan di kawasan pinggir bandar. Lalu
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
menimbus tanah-tanah sedemikian, indiscriminately dengan izin. Apabila ditimbus, maka timbullah masalah kecetekan sungai akibat penambakan dan sebagainya. Sungai-sungai sedimented, dalam bahasa Melayu pemendapan sungai yang sekiannya sudah cetek.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Maka timbullah berjenis-jenis rumput yang... [Dewan riuh][Ketawa]
Beberapa Ahli
Sekian, sudah cetek.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat, jangan buat suspens banyak sangat Yang Berhormat. [Ketawa]
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini otak niat jahat ini, tidak perlu ditimbulkan di Dewan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bukan, Yang Berhormat Putatan sudah cakap sekian, terima kasih. Itu kita bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah, tidak payah Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya rasa telinga itu mahu kasi bersih sedikit, minta maaf ya.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Sekarang sudah cetek.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak mengapa Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Maka timbullah berjenis-jenis rumput yang tidak dibersihkan. Orang yang mulai masuk bina rumah atas sungai, sekarang perahu pun tidak dapat masuk. Sampah sarap juga dibuang ke dalam sungai dan apabila hujan, banjirlah dalam kawasan itu. Apabila air tidak keluar akibat aktiviti masa ini, maka sungai yang rendah itu sentiasa ditenggelami air. Maka hujan kuat sedikit di hulu, melimpahlah air itu kepada tanah-tanah yang rendah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang sudah cetek.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini perangai Yang Berhormat dari pihak pembangkang ini uncalled foul lah, dengan izin.
Saya continue ya. Merosakkan harta benda orang kampung dan juga sekian nyawa juga terkorban terutama sekali murid-murid sekolah yang ke sekolah. Ada juga yang tersilap apabila bermain dengan air banjir ini. Kerajaan harus menyediakan peruntukan secukupnya untuk membendung permasalahan banjir di Putatan ini terutama sekali di kawasan Petagas, Sungai Sekambo yang sudah cetek. Pendalaman hendaklah dibuat.
Bersihkanlah sungai ini. Saya sudah balik-balik timbul masalah di Kampung Sekambo, Petagas ini kerana saya dijanjikan oleh menteri pada penggal yang lalu untuk membantu masalah banjir ini.
Saya telah meminta, saya telah menulis surat, berjumpa dengan menteri dengan Ketua Pengarah JPS ketika itu lalu bagi tahu semua rakyat di situ. Sampai pada hari ini, penduduk kampung di Petagas dan di Sekambo masih juga tertunggu-tunggu tindakan daripada kerajaan. Saya merayulah agar menteri yang baru dapat menyelesaikan hal ini dan saya penuh keyakinan dengan beliau boleh tunaikan janji-janji kerajaan kepada rakyat supaya rakyat tidak... [Ketawa] Ini adalah manifesto kerajaan. Apa kata kerajaan, kita mesti kotakan. Jangan sampai kepada pilihan raya akan datang, kita pula dikotakan.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan modal insan mesti dilaksanakan secara menyeluruh. Akan tetapi saya hanya menyentuh dari segi fizikal, ekonomi dan bentuk kerohanian secara general.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja kita cuba meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan golongan bumiputera di Sabah dan Sarawak, usaha-usaha seperti Skim Unit Amanah Pembangunan Usahawan dan Latihan Kemahiran Peningkatan Pemilikan Aset
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Bukan Kewangan seperti penyukatan tanah-tanah NCR, tanah adat, yang akan dibantu untuk tujuan komersial. Akan tetapi jangan kita lupa penempatan atau positioning dengan izin masyarakat bumiputera dari Sabah dan Sarawak diberi tempat jawatan yang sesuai dengan kemahiran dan kemampuan yang ada pada mereka. Seperti di jabatan-jabatan persekutuan misalnya, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan serta GLC-GLC kerajaan.
Rakyat negeri Sabah cukup gembira apabila mendengar pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Mei 2008 semasa lawatan beliau ke negeri itu bahawa kerajaan akan mewujudkan satu petrochemical plant atau LNG plant di kawasan Kimanis dan bersetuju untuk membatalkan cadangan oleh pihak Petronas untuk membina keseluruhan paip gas dari Kimanis ke Bintulu. Akan tetapi apa yang saya dengar, Petronas menghindar seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dan akan juga meneruskan hasrat mereka untuk membina projek paip gas. Seolah-olah mereka ini sudah besar kepala. Hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang baik supaya proses peng’liquidate’ dan mengkondensor dilakukan di Kimanis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada satu minit lagi Yang Berhormat, ya.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ya. Selalu kena ganggu Tuan Yang di-Pertua. Untuk membolehkan budak-budak tempatan dapat pekerjaan, memberi peluang dalam bidang keusahawanan dan bidang oil and gas serta memberi peluang untuk menjana kuasa di Sabah kerana Bintulu sudah ada, apa salahnya buat satu lagi di Sabah.
Nah, syarikat-syarikat kontraktor yang dilantik oleh pihak pengurusan Petronas untuk mencari gali di perairan Sabah, seperti Shell, ExxonMobil Oil, Nippon Oil, BP, dan Conocof'hillips. Saya tahu, beberapa budak Sabah yang diberikan pekerjaan. Kononnya budak-budak Sabah ini tidak ada kelayakan, tidak ada setakat yang diberi bekerja seperti cuci lantai, tukang masak dan sebagainya. Mereka ini tidak layakkah? Kenapa tidak diberikan latihan, kalau ada? Di mana perginya dasar kita? Peranan CSR untuk membantu kerajaan ke atas pembangunan modal insan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan yang begitu besar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan. Masa sudah habis, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Sekejap, sekejap, bagi satu, dua minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jangan macam itu Yang Berhormat. Jangan ambil masa orang lain Yang Berhormat. Kajian keduanya create goodwill dengan Tuan Yang di-Pertua juga.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya akur dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Biarlah saya..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habiskan rangkai kata itu Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Saya mohonlah kepada kerajaan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Sabah agar dapatlah dilihat sebagai perkara yang serius. Dengan kata-kata yang sedemikian, oleh sebab masa tidak cukup, saya memohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. I appreciate that. Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Siput. Ini Yang Berhormat Sungai Siput, dia rajin dalam Parlimen. Saya tahu, dia duduk belakang tidak keluar-keluar punya. Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Selepas ini boleh Bukit Gantang?
Bukit Gantang belum bercakap lagi.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rancangan ekonomi yang terkandung di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, diasaskan pada jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 4.1% setahun. Selain daripada ini, pelaburan swasta di Malaysia dijangka berkembang 10.6% setiap tahun.
Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua jangkaan ini, jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia dan kadar pelaburan swasta di Malaysia adalah terlalu optimistik dan harus dikaji semula. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia telah mewujudkan suatu situasi ekonomi yang baru dan nampaknya perubahan ini belum diambil kira oleh perancang ekonomi yang sediakan kajian separuh penggal terhadap RMK-9.
Kenaikan harga minyak yang mendadak telah membawa kepada situasi di mana kemungkinan kemelesetan ekonomi dunia juga telah meningkat secara mendadak. Tuan Yang di-Pertua, ekonomi zaman dahulu mengalami kemelesetan apabila berlakunya sekatan dalam pengeluaran bahan barangan. Akan tetapi dalam ekonomi kapitalis, kemelesetan berlaku apabila timbulnya sekatan dalam permintaan untuk barangan.
Kenaikan harga minyak telah membawa kepada kenaikan pelbagai barangan dan telah mengurangkan daya membeli para pengguna di seluruh dunia.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Kekurangan daya membeli barangan oleh orang ramai akan menyebabkan pemilik kilang mengalami kerugian kerana tuan kilang tidak dapat menjual kesemua hasil mereka.
Orang ramai akan fokus kepada keperluan asas seperti makanan, pendidikan kanak-kanak, sewa rumah dan kesihatan. Perbelanjaan ke atas pakaian, kasut, kenderaan, elektronik dan barangan lain akan dikurangkan atau ditangguhkan.
Oleh yang demikian pengilang-pengilang di pelbagai sektor terpaksa mengurangkan produksi kilang mereka dan tindakan ini akan mengurangkan lagi pendapatan dan daya membeli pekerja daripada kilang tersebut. Apabila ini berlaku di kebanyakan kilang di seluruh dunia masalah over capacity akan menjadi lebih serius dan mengakibatkan kegawatan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan kegawatan ekonomi amat tinggi pada tahap ini, tetapi saya tidak lihat sebarang rancangan kontingensi untuk menangani masalah- masalah rakyat sekiranya kemelesetan ekonomi berlaku. Saya rasa ini adalah satu kelemahan besar dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9. Kerajaan harus mengadakan satu pelan terperinci untuk membantu rakyat biasa jika berlakunya kegawatan. Antara isu rakyat yang harus ditangani adalah:
(i) masalah pekerja yang dibuang kerja tanpa sebarang pampasan kerana majikan mereka muflis;
(ii) kesulitan pekerja yang dibuang kerja untuk mencari kerja baru; dan
(iii) kesulitan pembeli rumah membiayai pinjaman bank semasa kegawatan.
Inilah antara masalah yang dialami rakyat biasa semasa kegawatan. Pada pandangan saya adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan program yang berkesan bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini. Program ini harus dirancang sebelum berlakunya kegawatan dan harus dibentang di Dewan ini supaya di bahas dan ditambahbaikkan. Pandangan dan maklum balas daripada kesatuan sekerja dan kesatuan pengguna juga harus diambil kira supaya kita memastikan pelan mengenai kegawatan adalah baik untuk rakyat biasa.
Malangnya Kajian Separuh Penggal RMK-9 tidak memberi gambaran bahawa usaha seperti ini telah diambil. Nampaknya tiada cadangan spesifik untuk mengendalikan kegawatan ekonomi. Saya harap pihak Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian kepada perkara ini.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin pula mengalih kepada isu perkhidmatan kesihatan untuk rakyat kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah berkata dalam ucapannya pada 26 Jun bahawa kerajaan akan memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan. Ini satu kehendak kerajaan yang murni dan saya menyokong penuh.
Namun dalam ucapan yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengatakan bahawa sektor swasta dan awam akan bekerjasama untuk memperkembangkan pelancongan kesihatan ataupun health tourism.
Kenyataan-kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan perkhidmatan kesihatan amat bercanggah. Meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan bermakna kerajaan mesti mencari cara-cara untuk memberhentikan penghijrahan doktor- doktor pakar dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Manakala perkembangan perkhidmatan perubatan pelancongan akan mempercepatkan lagi exodus doktor pakar ke hospital swasta. Adakah Perdana Menteri kita menyedari bahawa hasrat beliau untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat biasa akan disabotaj oleh usaha memperkembangkan pelancongan kesihatan ataupun Menteri Kesihatan belum memberitahu kepada Perdana Menteri akan percanggahan antara dua polisi ini. Saya harap mendapat keterangan berkaitan ini apabila sampai masa jawapan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut dalam sesi Parlimen Yang Pertama, hanya 30% daripada doktor pakar di Malaysia masih berkhidmat dalam sektor awam.
Manakala 75% daripada pesakit yang memerlukan rawatan dalam hospital datang ke hospital kerajaan. Jika kerajaan berhasrat meningkatkan kualiti rawatan perubatan untuk rakyat biasa tindakan yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengurangkan penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh satu tajuk yang panas iaitu isu kontrak sosial yang dibahas oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam. Saya bersetuju dengan pendirian Yang Berhormat Pasir Mas bahawa wujudnya satu kontrak sosial pada masa kemerdekaan negara ini pada tahun 1957.
Tuan Yang di-Pertua, semua negara di dunia ini mempunyai kontrak sosial yang tersendiri. Antara perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial kebanyakan negara adalah komitmen mempertahankan hak asasi semua lapisan rakyat. Satu perkara lagi yang terkandung dalam kontrak sosial kebanyakan negara ialah komitmen seluruh masyarakat untuk membantu golongan yang terpinggir dan miskin.
Di Malaysia selain daripada kedua-dua perkara ini, kontrak sosial di Malaysia juga mencerminkan kesedaran bahawa Malaya adalah dengan izin, satu polity Melayu.
Kesedaran ini berdasarkan sejarah rantau ini di mana kaum Melayu telah menduduki Malaya dan kepulauan Indonesia sejak dua ribu tahun yang lalu bersama dengan kaum Orang Asli dan kaum peribumi yang lain yang berada di sini lebih lama lagi. Berdasarkan kefahaman ini bahawa Malaya adalah satu polity Melayu, beberapa perkara berkaitan bahasa, agama dan kerakyatan telah ditentukan. Ini dicerminkan dalam perlembagaan kita.
Tuan Yang di-Pertua, kontrak sosial tidak direka oleh pemimpin Perikatan tersendiri. Fahaman di bawahnya telah wujud sebelum Perikatan ditubuhkan. Sepuluh tahun sebelum merdeka dan jauh sebelum Perlembagaan Persekutuan dicipta, gabungan AMCJA dan PUTERA telah menyediakan satu perlembagaan rakyat. Ini telah berlaku pada tahun 1947. Apa yang menarik adalah Perlembagaan 1947 ini yang disediakan oleh AMCJA dan PUTERA juga mencerminkan hakikat bahawa Malaya adalah satu polity Melayu. Oleh itu Perlembagaan 1947 itu mengesyorkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penghantar di sekolah. Perlembagaan itu juga mengandungi mekanisme untuk menjamin ahli Melayu akan menjadi majoriti di Parlimen.
Pada pandangan saya, persoalan di hadapan kita pada hari ini bukan isu keistimewaan orang Melayu dan Orang Asli berdasarkan fakta sejarah. Persoalan penting yang harus kita timbangkan ialah adakah kaedah yang kita guna pakai untuk membantu golongan yang terpinggir dan miskin ini berkesan. Kerajaan Perikatan dan BN telah mengguna kaedah memberi bantuan mengikut sasaran etnik untuk mengendalikan isu kemiskinan masyarakat Melayu. Namun demikian Dewan ini mendengar apa yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Mas dan Ahli Yang Berhormat Pasir Salak semalam bahawa walaupun polisi membantu melalui definisi etnik telah diamalkan selama
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
50 tahun, masih ramai orang Melayu dan Orang Asli yang terperangkap dalam keadaan kemiskinan.
Jadi, adalah penting kita di sini mengkaji sama ada wujudnya kelemahan dalam kaedah ini iaitu kaedah menggunakan sasaran etnik. Melakukan kajian mengenai perkara ini dan membahaskannya tidak bererti kita melepaskan tanggungjawab kita untuk membantu golongan yang terpinggir.
Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan 1947 yang dicipta oleh AMCJA dan PUTERA juga berazam membantu lapisan-lapisan yang miskin tetapi kaedah yang disyorkan oleh mereka adalah program mengikut sasaran sosioekonomi dan bukannya sasaran etnik.
Sejarah 50 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa pendekatan etnik akan membawa manfaat yang lebih untuk lapisan-lapisan yang berada dalam kumpulan etnik yang disasarkan. Lapisan yang miskin dalam kumpulan etnik ini tidak menerima bantuan yang harus diterima dan terus terbelenggu dalam kemiskinan.
Saya rasa sudah tibalah masanya kita bersama-sama mengkaji balik kaedah- kaedah membasmi kemiskinan yang telah disyorkan oleh tokoh-tokoh politik AMCJA dan PUTERA seperti Ahmad Boestaman...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Singkat sahaja.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ya, ya. Apakah jaminan pendekatan kelas boleh menjamin keadilan? Kita melihat banyak negara menggunakan pendekatan kelas tetapi mereka tidak berjaya juga. Namun saya bersetuju dengan Yang Berhormat mengenai soal penyalahgunaan kuasa, soal ketidakjujuran dan sebagainya, tetapi soal etnik saya rasa masih diperlukan. Kontrak sosial itu menjaminkan segala- galanya. Soal AMCJA-PUTERA itu bukan perlembagaan, itu pandangan mereka. Mereka sebenarnya golongan kiri yang menggunakan pendekatan kelas dan tidak pun menjamin.
Melihat kepada negara-negara yang sedia ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat Batu Pahat. Isu sudah panjang sangat tu.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Golongan kiri pun ada idea yang baik yang boleh kita terima.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Isu ini bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja, tetapi untuk kaum India juga macam kawan-kawan saya di HINDRAF. Saya beritahu kepada mereka, jika kita minta bantuan untuk orang India dan kita minta share, kita minta kuota untuk masuk universiti.
Jadi, orang-orang India daripada middle class dan orang India yang kaya akan dapat lebih daripada itu. Orang-orang India di kampung-kampung peneroka bandar, orang-orang India di estet tidak akan dapat bantuan itu. Jadi, saya ingat ini satu isu yang hendak kita bahaskan secara rasional, secara berprinsip tanpa memainkan politik etnik. Itu yang penting sekarang. Kita ada satu isu yang harus dibahas tanpa memainkan politik etnik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Limbang. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Saya akan memfokuskan perbahasan saya kepada perkara-perkara yang spesifik yang memerlukan perhatian dan tindakan segera di kawasan saya. Saya memohon kepada kerajaan agar peruntukan-peruntukan dan projek-projek yang diluluskan di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan itu nanti tidak hanya akan ditumpukan
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
kepada projek-projek mega, projek-projek untuk menjana pendapatan negara sahaja tetapi mestilah mengambil kira projek-projek untuk keselesaan, kesenangan, kemudahan dan pendidikan untuk rakyat.
Banyak projek kecil dan sederhana di dalam rancangan-rancangan Malaysia sebelum ini tidak dapat dilaksanakan, terpaksa ditangguhkan, dan terpaksa pula dibawa ke Rancangan Malaysia Kesembilan ini kerana peruntukan-peruntukan sebelum ini telah habis untuk membiayai projek-projek besar sahaja. Macam mana hendak ada peningkatan, kerana banyak lagi yang belum dilaksanakan di dalam rancangan-rancangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam teras dua Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Strategi satu dan dua iaitu untuk memperkukuhkan program pendidikan dan latihan serta menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.
Pada masa ini, murid-murid sekolah yang cemerlang di dalam UPSR hampir kesemuanya memilih untuk belajar di luar Limbang seperti ke Sekolah Menengah Sains Miri, di Labuan dan juga di MRSM di Kuching ataupun di Kota Kinabalu. Keadaan ini telah menggambarkan prestasi keputusan dan tahap pendidikan di Limbang amat rendah. Antara alasan adalah, murid-murid cerdik semuanya sudah keluar dari Limbang dan yang tinggal hanyalah left- overs, dengan izin.
Dengan keadaan sekarang, perbelanjaan untuk menghantar anak-anak keluar semakin mahal dengan naiknya harga minyak, tambang kapal terbang pun makin mahal.
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kepada kerajaan untuk membina dan menaik taraf sekolah-sekolah menengah di Limbang agar setaraf dengan sekolah-sekolah berasrama penuh yang prestasinya cemerlang dengan melengkapkan facilities pembelajaran, facilities sekolah dan mengambil atau menambah baik guru-guru. Di samping itu menjadikan mereka guru-guru pakar yang komited sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran pagi tadi, moving up without moving out. Kurangkanlah masa menjadikan guru- guru serta murid-murid sebagai pemenuh dewan dan penyeri majlis yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, 10 hingga 12 tahun yang lalu sebuah sekolah rendah diadakan di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan Limbang. Di mana ianya tidak mempunyai prasarana sekolahnya sendiri. Mereka menumpang di bangunan lama di pejabat Residen dan kini mereka masih menumpang di blok lama di Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Oleh itu saya meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan prasarana SK Limbang, di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya baru menerima jawapan daripada menteri kerana ianya juga merupakan soalan saya pada hari ini. Jawapan beliau, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi keutamaan projek SK Limbang di bawah cadangan membina, menaik taraf dan membaik pulih sekolah-sekolah dan asrama di negeri Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Rundingan harga dan siling peruntukan berjumlah RM13. 07 juta bagi projek ini telah dijalankan pada 16 Mac 2008 dan surat setuju terima telah dikeluarkan kepada syarikat yang dilantik pada 9 Jun 2008. Pelaksanaan projek ini akan dimulakan pada bulan Julai 2008. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan.
Saya yakin dengan adanya inisiatif daripada semua hierarki warga pendidikan untuk mengubah keadaan di Limbang ini, saya yakin murid-murid dengan izin, so-called left-overs akan menjadi anak-anak murid cemerlang juga.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam teras empat, Kajian Separuh Penggal ini, iaitu meningkatkan tahap dan kemampatan kualiti. Dengan keadaan sekarang ini saya meminta kepada kerajaan supaya menambahkan lagi peruntukan dan mempercepatkan pembinaan serta menaikkan taraf jalan-jalan raya untuk menghubungkan kawasan-kawasan luar bandar demi untuk keselesaan, keselamatan dan kemudahan rakyat seterusnya mengatasi masalah sosioekonomi.
Jalan-jalan utama luar bandar yang mesti dibina dan di naik taraf di kawasan saya mengikut keutamaannya di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini ialah Jalan Meritam-Telahak Bong Abai dan Pengkalan Rejab yang panjangnya hanya 25km, Jalan Ipai Pendam panjangnya hanya 21km dan Jalan Bukit
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Sagan Ulu Lubai, 20km. Jalan ini lebih pendek lagi daripada jalan yang diminta oleh Yang Berhormat Kinabatangan yang panjangnya 47km. Jalan-jalan ini adalah jalan-jalan nadi di dalam kawasan jelapang padi yang akan diadakan itu nanti.
Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan mulia ini, saya baru balik melawat kawasan ini. Sekarang ini untuk mudik ke hulu melawat rakyat menggunakan perahu, kosnya sahaja ialah lebih kurang RM500 sebuah perahu. Di mana sebelum ini hanya lebih kurang RM300. Sekali ini saya meminta kepada kerajaan supaya jalan-jalan ini dapat dilaksanakan dan take-off, dengan izin di Kajian Separuh Penggal Kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini agar kos pengangkutan tinggi ini dapat di atasi.
Tuan Yang di-Pertua, tidak lupa saya meminta Kerajaan Persekutuan agar jangan lupa mengadakan rundingan dengan Kerajaan Brunei Darussalam untuk membina jambatan merentasi Sungai Pendaruan, sempadan kedua-dua negara ini yang saya anggap sebagai dengan izin the ‘only forgotten missing link’ di sepanjang Jalan Persekutuan Utama Malaysia Timur. Walaupun lebar sungainya hanya 50 meter tetapi ianya menjadi masalah kepada rakyat kepada kedua-dua negara. Saya meminta agar ianya dapat dibina dalam Kajian Separuh Penggal Kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Tidak kiralah siapa yang akan membinanya, negara kita atau negara jiran ataupun pihak ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, strategi pembinaan infrastruktur asas dalam Teras 4 iaitu Menaik Taraf Bekalan Air Dan Elektrik. Untuk makluman pada masa ini masih banyak lagi tempat di kawasan Ulu Medamit di Limbang yang belum mendapat bekalan elektrik daripada sistem grid. Pada masa ini bekalan elektrik hanyalah menggunakan generator yang mana kosnya semakin meningkat akibat kenaikan minyak. Saya tahu pada masa ini, Yang Berhormat Menteri Datuk Shahrir dengan rakan-rakan beliau sedang merangka kaedah untuk menangani masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Kajian Separuh Penggal Pertama Rancangan Malaysia Kesembilan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional. Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membekalkan dan memasang generator ke 429 buah sekolah di pedalaman dengan kos mencecah RM1.005 bilion, 19 buah daripadanya di kawasan saya. Saya meminta kepada kerajaan untuk membekalkan generator-generator ini kepada 15 buah sekolah lagi di pedalaman di dalam Kajian Separuh Penggal Kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Saya juga meminta kerajaan mempercepatkan pembekalan elektrik luar bandar daripada sistem grid ke kampung- kampung rumah-rumah panjang di pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kebanyakan kawasan-kawasan di luar bandar juga masih menggunakan bekalan air hujan dan ‘air kopi susu’ dari Sungai Limbang untuk keperluan mereka. Tempat-tempat yang terlibat adalah kawasan-kawasan kampung dan rumah-rumah panjang di sepanjang sungai itu. Saya meminta bagi rakyat di kawasan saya supaya bekalan air luar bandar ini dipercepatkan pelaksanaannya di dalam Kajian Separuh Penggal Kedua RMK-9 ini.
Dari segi kesihatan pula Tuan Yang di-Pertua. Dalam Teras 4 saya merujuk kepada strategi untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Dengan kedudukan geografi kawasan Limbang yang terletak di antara dua daerah negara jiran, di mana sempadan akan ditutup pada jam 10.00 malam telah mendatangkan kesulitan semasa kes-kes kecemasan. Banyak pesakit yang perlu dihantar ke Hospital Miri untuk dengan izin referral dengan doktor pakar di Hospital Miri. Ini adalah disebabkan ketiadaan klinik pakar di kawasan Limbang. Kes-kes ini termasuklah kes-kes kecemasan baik di malam hari mahupun di siang hari. Kos penghantaran pesakit di pihak kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Limbang, kalau belum habis sambung tengah hari nanti ya.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan bahawa Limbang belum lagi habis berucap, lebih kurang ada 10 minit begitu, sila.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kos penghantaran pesakit ke Miri kini meningkat di pihak kerajaan.
Begitu juga kos yang ditanggung oleh pesakit-pesakit yang ke Miri secara persendirian.
Yang terkini, kes-kes pesakit-pesakit yang dihantar ke Miri dan meninggal dunia di Miri untuk dibawa balik ke Limbang menelan belanja RM4,000 hingga RM5,000 dan ini ditanggung oleh keluarga sendiri. Sudah tiba masanya saya mengimbau dan meminta pihak kerajaan supaya sebuah klinik pakar berserta dengan sekurang-kurangnya seorang pakar atau general surgeon, dengan izin dengan perkakas dan peralatan yang lengkap dibina dan ditempatkan di Hospital Limbang di dalam separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini.
Di samping itu juga saya juga meminta agar kerajaan membina sebuah klinik desa yang baru di perkampungan di sepanjang Sungai Limbang di mana tapaknya sudah disediakan oleh penduduk kampung dengan percuma dan juga sebuah di Hulu Limbang dalam separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Saya telah menyuarakan beberapa keadaan dan keperluan yang diharapkan akan mendapat pembelaan segera daripada pihak kerajaan dalam Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Adalah sewajarnya kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di kawasan Limbang ini dibalas dengan diberi perhatian dan tindakan segera bagi mengatasi masalah- masalah yang dihadapi yang bukan sahaja akan membawa kepada keselesaan dan kemakmuran penduduk setempat bahkan akan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap pihak kerajaan.
Saya berharap peruntukan RM1 bilion yang diperuntukkan baru-baru ini akan juga diagihkan untuk membangunkan kawasan saya P.221 Limbang demi untuk keselesaan dan kesenangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nampak ramai lagi yang mahu bercakap ini, kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu betul-betul bercakap nama itu tolong hantar supaya kita buat sequences supaya tidak payah berdiri lagi kita jemput sahaja, bermakna itu masa menjimatkan. Yang Berhormat Pontian. Kalau boleh ya saya minta kerjasama semua.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pulau Pisang dekat di tengah, Batu Putih tiada lagi, Saya bangun untuk berhujah, Bagi membela ibu pertiwi.
Para pegawai kerajaan dan agensinya yang hadir, tekun sungguh mendengar dan mencatat perbahasan tanpa bergerak bebas dalam Dewan ini wajar dihargai. Namun, berilah pandangan balas kepada KSU, timbalan menteri dan menteri, maklum balas yang positif terhadap cadangan-cadangan kami. Suatu ketika dahulu saya pernah berkhidmat seperti saudara saudari di tempat pegawai bertugas itu. Maklum balas saudara saudari yang menyatakan cadangan akan dikaji atau belum ada cadangan oleh kementerian atau cadangan tidak dapat dilakukan kerana tiada peruntukan, adalah jawapan standard, boring dengan izin, dan biasa.
Cadangkan sesuatu yang luar biasa. Contohnya pandangan Yang Berhormat Pontian akan dilaksanakan, peruntukan ada dan esok akan dimulakan. Saya juga ingin bertanya ke manakah timbalan-timbalan menteri ketika perbahasan ini? Sibuk sangatkah mereka sehingga kami hanya bercakap kepada kerusi-kerusi kosong yang tiada perasaan.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Ingatlah bahawa perbahasan di Dewan ini adalah amat penting untuk mendengar pandangan-pandangan yang membina.
Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kajian Separuh Penggal adalah mengenai pembangunan negara ini. Apakah pandangan EPU, JPM terhadap transformasi konsep- konsep pembangunan pada tahun 1990-an hingga sekarang yang mengutamakan tiga kerangka iaitu:
(i) pembangunan lestari;
(ii) pembangunan manusia; dan
(iii) pembangunan sebagai simbol usaha kebebasan.
Pada tahun 40-an hingga 60-an, pembangunan mengutamakan pertumbuhan ekonomi. Tahun 60-an dan 70-an, pertumbuhan dengan agihan dengan izin, growth with distribution, dan 80-an pertumbuhan ekonomi bersama pembangunan sosial. Profesor Ishak Syaari dalam syarahan perdananya pada September 1999 telah menggarap persoalan pembangunan dari sudut bagaimana menangani ketidaksamaan ekonomi dalam era globalisasi agar mencapai hasrat setiap manusia untuk mendapat tempat sewajarnya di bumi ini. Jelas terpapar dalam syarahannya bertajuk, ‘Bumi Semua Manusia’. Ya, bumi ini untuk semua manusia, untuk semua 27.23 juta manusia di muka bumi Malaysia. 24.7 juta warganegara dan 2.53 juta bukan warganegara.
Bagaimanakah EPU, JPM dan Kementerian Kewangan dapat memastikan keadilan dan kesaksamaan dinikmati bersama oleh 16.35 juta atau 66.2% bumiputera. 6.2 juta atau 25.1% kaum Cina, 1.86 juta atau 7.5% kaum India dan 0.29 juta atau 1.2% lain- lain. Timbul pelbagai persoalan yang perlu dijawab oleh Jabatan Perdana Menteri.
Mengapakah kekayaan bumi Malaysia ini tidak merata untuk semua manusia? Kemiskinan biasa dan luar biasa lambat untuk diselesaikan dan pemilikan ekuiti syarikat terlalu tempang. Pemilikan premis perniagaan amat-amat tertinggal sekitar 15% sahaja untuk bumiputera. Apakah Kementerian Pembangunan Usahawan melihat dengan sebelah mata tentang kegagalan ini?
Mengapa dalam masa 11 tahun hanya 11 syarikat usaha sama tulen dapat diwujudkan yang melambangkan hampir sifar usaha semua pihak untuk melaksanakan perkongsian ekonomi. Untuk ini saya menyokong agar Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan sekali lagi dalam masa yang terdekat ini.
Tuan Yang di-Pertua, kini penyangak harga minyak menzalimi seluruh warga dunia. Apakah usaha-usaha Wisma Putra untuk boleh menguruskan kumpulan pendesak dunia ketiga yang dipelopori Malaysia agar dengan izin, futures trading speculators dikecam, dibenci, disanggah dan dihentikan. Bagaimana dengan setia kawan Arab Saudi, Iran, Kuwait, Algeria sebagai kumpulan pengeluar minyak utama dapat berpakat membantu sesama kita.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Sebenarnya kita masih tidak buntu idea bagi menambah kekayaan negara.
Sebagai contoh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani wajar berusaha habis- habisan untuk mengurangkan import makanan yang bernilai RM23.37 bilion pada tahun 2007. Lebih 50% daripada jumlah import itu ialah kopi, koko, teh, rempah, makanan ternakan, bijirin, hasil tenusu yang kesemuanya boleh diusahakan dalam negara. Mari kita usahakan segera sendiri produk-produk ini. Semakin kurang import, maka semakin kaya negara dan semakin berdikari kita.
Sementara itu apakah yang dilakukan oleh MITI untuk meningkatkan eksport produk Malaysia ke persada antarabangsa. Pada suku pertama 2008, jumlah eksport ialah RM55.8 bilion dan import RM44.3 bilion menjadikan imbangan perdagangan berjumlah RM11.5 bilion. Ini tidak mencukupi.
Eksport mesti ditingkatkan dan import perlu terus dikurangkan agar kekayaan negara dapat dijana. MATRADE di bahawa MITI mestilah segera melipatgandakan usaha dan kita ingin tahu apakah usaha-usaha baru yang sedang direncanakan termasuk yang melibatkan usahawan bumiputera.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Kapal dagang dari seberang, Sarat muatan kayu meranti, Semangat juang dalam berdagang, Kayakan watan suburkan bumi.
Mari kita kayakan watan dan suburkan bumi dengan membina modal insan berminda kelas pertama. Kementerian Pelajaran memikul amanah utama untuk mengapai impian ini. Alangkah elok jika Pendidikan Keusahawanan dimulakan sebagai satu mata pelajaran baru di sekolah menengah dari tingkatan satu hingga enam. Mungkin boleh diajar dalam bahasa Inggeris sebagai menggantikan pengajaran Sains dan Matematik yang tidak perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia mesti diajar berniaga sejak di bangku sekolah agar himpunan mereka itu nanti akan menjadi pedagang yang handal, menjadi usahawan, wira swasta yang hebat dan mampu menerjah gelombang globalisasi.
Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu terus memantapkan kursus perniagaan yang perlu dijadikan subjek wajib untuk setiap siswa dan siswi agar suatu hari nanti tidak akan ada lagi jeritan, rintihan graduan yang menganggur kerana semua mereka menjadi usahawan pelbagai bidang dapat menjana ekonomi negara menjadi profesional yang saling membantu tanpa mengira kaum. Alangkah tidak sabarnya kita untuk menanti kelahiran hari itu, hari di mana 66% bumiputera, 34% bukan bumiputera, duduk semeja berkongsi kuasa ekonomi sama-sama sebagai rakyat Malaysia mengangkat martabat ke persada negara maju antarabangsa.
Kita juga ingin mengetahui apakah perkembangan usaha-usaha yang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan bagi menilai dan meluluskan permohonan pelaburan yang memberi impak tinggi kepada negara. Kita juga ingin mengetahui bagi tempoh Januari 2007 hingga April 2008, sejumlah 1,210 projek perkilangan diluluskan dengan nilai RM83.8 bilion itu, berapakah manfaatnya untuk usahawan bumiputera, berapakah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan bagaimanakah untuk menggantikan kebergantungan yang melampau kepada buruh asing? Sebab sekarang ini sudah terdapat lebih dua juta bukan warga negara menumpang mencari rezeki di tanah air bertuah Malaysia kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk Parlimen Pontian, saya ingin tahu apakah Kementerian Pengangkutan akan memperuntukkan prasarana asas agar pelabuhan pertukaran barang, barter trade and supply base, dengan izin di Benut akan menjadi kenyataan. Kementerian Pelajaran dicadang membina sebuah sekolah berasrama penuh dan pejabat pendidikan daerah yang baru di Parlimen Pontian. Kementerian Pengajian Tinggi dicadang memulakan kolej komuniti. Kementerian Pertanian dicadang membina pusat pengumpulan hasil petani dan pusat pemunggahan ikan. Wisma Putra telah berjanji untuk mengambil alih rumah api dan dicadang agar Kementerian Pelancongan memulakan usaha menjadikan Pulau Pisang sebagai pusat eko-tourism baru dan mungkin mencari pelabur saudagar minyak yang kaya raya dari Timur Tengah untuk membangunkannya.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula wajib menyelesaikan sepantas esok dan lusa, agar jalan-jalan tanah merah ditar, jalan-jalan pertanian dibina supaya tiada lagi gambut jerlus dan liat bubur. Jalan kampung yang berlubang-lubang ditampal. Esok dan lusa jalan desa yang sempit dilebarkan serta berikan jawapan dan tindakan agar esok dan lusa diambil tindakan supaya daerah Pontian tidak lagi menjadi daerah yang tertinggi kadar kemiskinan dalam seluruh negeri Johor.
Saya juga mengharapkan agar segera Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengenal pasti mereka yang perlu dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, berapakah jumlahnya di Parlimen Pontian dan apakah usaha yang telah dilakukan.
Bilakah MARA atau Majlis Pembangunan Usahawan Daerah berhasrat untuk membina premis niaga di persimpangan strategik di desa-desa dalam Pontian dan bilakah FELDA akan mengambil rakyat miskin di Pontian untuk memasuki FELDA Fasa ke-2 yang
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
telah diluluskan dan berapa buah negerikah yang FELDA telah berbincang tentang tanah untuk menjadikan hasrat FELDA Fasa ke-2 ini menjadi kenyataan.
Terlalu banyak persoalan yang menghantui pemikiran demi membela rakyat.
Namun persoalan terbesar, persoalan mega dan persoalan raksasa saya di Dewan ini pada hari ialah, mengapakah hanya 17.64% atau RM38.81 bilion sahaja dalam Rancangan Malaysia Kesembilan diperuntukkan untuk melaksanakan 7,213 projek di kawasan luar bandar? Mengapakah kawasan bandar yang sudah lengkap serba-serbinya diperuntukkan RM121.27 bilion atau 55.12% dengan 20,379 projek? Mengapa ini terjadi?
Apa maksudnya kita mencanangkan ke serata alam untuk membela dan membina luar bandar yang penduduknya setia kepada kerajaan tetapi masih kita curah dan tumpahkan pembangunan kepada bandar yang penduduknya tidak bersungguh-sungguh menyokong kerajaan kerana telah selesai segala prasarana. Jangan kita mengkhianati kesetiaan rakyat. Saya tidaklah mencadangkan agar kita hentikan terus pembangunan di bandar-bandar. Terdapat baki RM59.92 bilion atau 27.24% atau 3,224 projek yang melibatkan kedua-dua sekali bandar dan luar bandar. Yang ini wajar disemak semula agar diagih untuk menyelesaikan segala prasarana desa di Sabah, Sarawak dan kampung- kampung di seluruh Semenanjung.
Saya juga ingin mendesak agar Kanun Tanah Negara diselaraskan supaya tanah lot di kampung baru atau kampung lama, Kampung Melayu atau Cina atau India atau bumiputera di Sabah dan Sarawak, jangan ada diskriminasi pajakan 99 tahun atau di sesetengah tempat 999 tahun. Janganlah perkara ini menjadi api dalam sekam yang akan menyala apabila ketidakpuasan hati rakyat hilang kawalan. Begitu juga hentikanlah kepada yang membangkitkan isu kontrak sosial, isu ketuanan tanah air ini. kepada mereka diingatkan dengan pantun enam kerat ini.
Cara tradisi air jampi, Ubat pahit umpama jadam, Untuk sihat tetap dimakan, Hati-hati bermain api, Bila menyala sukar dipadam, Habis air yang dicurahkan.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, Kementerian Penerangan dan Kementerian Perpaduan hendaklah memberikan kefahaman tentang maksud kontrak sosial terutama kepada generasi baru, generasi pasca-merdeka di negara ini tentang sejarah perjuangan kemerdekaan, tentang pentingnya perpaduan dan saling hormat-menghormati, tentang usaha membina semula tamadun bagi mengembalikan kegemilangan umpama pada zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Kementerian Belia dan Sukan wajar terus dengan kreativiti baru sentiasa memperkasakan belia dengan semangat patriotisme yang tinggi. Sehubungan dengan itu, jumlah mereka yang terlibat untuk PLKN wajar dilipatgandakan agar jika boleh seberapa ramai anak-anak muda menjalaninya. 99.99% pelatih yang selesai PLKN dibandingkan hanya 0.0004% menemui takdirnya. Hasrat sifar kemalangan dan kematian adalah dialu- alukan. Modul latihan juga wajar terus sentiasa ditambah baik supaya sentiasa segar, relevant dan berkesan bagi membina generasi bersahsiah mulia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meringankan beban rakyat, tambahkan rumah kos rendah dan banyakkan rumah mesra rakyat oleh SPNB. Sekali lagi dicadangkan agar Kementerian Kesihatan menghapuskan langsung istilah 98% kos rawatan percuma kepada 100% percuma. IKS desa perlu dijana untuk menambah pendapatan. Kementerian Kewangan melalui MPOB mestilah menghentikan serta-merta cukai keuntungan luar biasa
(windfall tax) kepada pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara.
Rebat tunai motosikal dicadangkan dinaikkan daripada 150 kepada RM250. Bumi Hijau telah dilancar, elok juga dilancarkan bumi ternak untuk ternakan ayam atau ikan di belakang rumah. JPA pula hendaklah mengkaji kemungkinan untuk menyerap semua yang
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
berkhidmat sebagai kakitangan kontrak menjadi anggota tetap yang berpencen. Kadar pencen juga wajar dikaji semula.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Kementerian Kerja Raya harap segerakan keputusan kajian untuk mengurangkan kadar tol di seluruh negara. Sementara itu Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu menggiatkan mengutip cukai pendapatan tertunggak sehingga 31 Disember 2007 sebanyak RM7.23 bilion cukai syarikat yang belum lagi dikutip. Wang itu boleh diagihkan untuk memberi peruntukan kepada pelbagai cadangan yang telah saya utarakan.
Sidang Dewan sekalian, politik sehari dua ini penuh dengan drama. Yang terhebat ialah tentang dakwaan bahawa kerajaan ini akan tumbang. Sekali lagi ingin diingatkan tentang prinsip demokrasi yang telah selesai pilihan raya pilihan rakyat pada 8 Mac 2008.
Melompat dari kerajaan ke pembangkang atau pembangkang melompat ke kerajaan. Pada pandangan sebenar adalah mengkhianati amanah rakyat yang telah memilih kita di bawah lembayung bendera di atas logo keramat parti masing-masing.
Adakah Pakatan Rakyat yang kononnya menjunjung keadilan, prinsip demokrasi dan hak-hak rakyat cuba untuk memecahkan kesucian hasrat rakyat yang telah memilih Ahli-ahli Parlimen atas tiket Barisan Nasional. Hentikanlah suara-suara sumbang dalam ceramah dan drama di dada akhbar yang memualkan tentang sesuatu yang melanggar amanah rakyat setelah mereka selesai memilih kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya otak manusia yang punya kapasiti satu trilion sel neuron ini tidak akan habis buah fikirannya. Gabungan idea dalam Dewan Rakyat ini sahaja yang baik-baik jika dilaksanakan sudah cukup hampir sempurna. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan media massa janganlah hanya sensasikan pertikaian dalam Dewan ini.
Jangan hanya terus-terusan dengan teori dan falsafah bahawa jika cerita anjing mengejar dan menggigit manusia itu hal biasa, itu bukan berita. Akan tetapi, jika orang yang mengejar dan menggigit anjing itu baru berita, itu hal luar biasa tetapi janganlah kerana berpegang kepada kaedah itu. Maka buah fikiran bernas, idea yang pelbagai, curahan pandangan yang membina sampai sedikit sangat liputan yang diberi.
Saya tidak berhasrat untuk menegur jauh sekali dari mengajar. Hanya sekadar berkongsi pandangan agar rakyat di serata alam seluruh negara ini dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat ini sebenarnya adalah Dewan untuk membela rakyat, Dewan suara keramat rakyat, Dewan mulia dengan pelbagai idea bernas untuk mendaulat agama, membela bangsa dan membina negara yang tercinta. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Kalau berkilau ianya intan, Intan diminati oleh perempuan, Bandar Tun Razak saya persilakan, Jangan lupa pendekkan ucapan. [Ketawa] Yang Berhormat Pontian mulai pantun, jadi kalau Tuan Yang di-Pertua tidak pantun, seolah-olah Tuan Yang di-Pertua tidak lengkap. Sila Yang Berhormat.
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Bismillahir rahmani rahim. Yang saya muliakan Tuan Yang di-Pertua saya tidak bersedia dengan pantun...
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa.
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
...tetapi saya bersedia untuk membincangkan perkara yang saya anggap sangat penting untuk Dewan yang mulia ini. Membincangkan pasal beberapa perkara untuk kita sama-sama memikirkan dan merancang supaya negara kita ini akan lebih maju, makmur bersama rakyat jelata.
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Izinkan saya menyentuh tentang hubungan antara Kerajaan Negeri Selangor, kerajaan-kerajaan negeri khususnya dengan Kerajaan Persekutuan. Dalam perkara ini walaupun bajet Rancangan Malaysia Kesembilan ini dinaikkan lagi pecahan perbelanjaan antara negeri tidak begitu jelas dibentangkan. Maklumat ini amat penting untuk perbincangan, kerana kadar perbezaan pendapatan antara negeri di Malaysia ini amat tinggi. Contohnya kadar pendapatan purata isi rumah di Kuala Lumpur tiga kali lebih tinggi berbanding Kelantan. Manakala kadar kemiskinan di Sabah 30 kali ganda berbanding di Kuala Lumpur.
Perbezaan ini wujud disebabkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang tidak seimbang, kerana perbelanjaan lebih tertumpu kepada negeri-negeri yang sudah kaya seperti yang dinyatakan oleh rakan saya sebelum ini. Manakala negeri yang miskin diabaikan. Contoh yang paling terkini dengan izin bajet untuk Sabah Development Corridor hanyalah RM105 bilion. Itu pun kebanyakannya inisiatif swasta yang paling kecil berbanding dengan Iskandar Development Region dengan izin RM382 bilion, koridor utara RM178 bilion, Sarawak RM334 bilion. Walaupun saya sendiri tidak berapa setuju dengan rancangan ini tetapi angka-angka ini menunjukkan perbezaan tumpuan.
Dalam hal ini banyak negeri maju seperti Australia mempunyai formula penyamarataan antara negeri iaitu dengan izin, equalization formula. Sistem formula penyamarataan di Australia dilakukan dengan menubuhkan suruhanjaya bebas. Ini penting supaya perbelanjaan berbentuk adil.
Oleh sebab itu, ada sebahagian negeri yang sekarang dikuasai pembangkang, ada sebahagian negeri dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan. Suruhanjaya bebas ini boleh membahagikan geran pembangunan berdasarkan purata pendapatan di sesebuah negeri iaitu negeri yang mempunyai purata pendapatan lebih rendah bakal mendapat bajet perbelanjaan Persekutuan yang lebih tinggi. Sebaliknya negeri yang mempunyai purata pendapatan yang lebih tinggi biasanya mendapat bajet yang lebih rendah.
Menurut laporan pada tahun 2007 oleh dengan izin, Organization for Economic Corporation and Development (OECD) iaitu sebuah pertubuhan untuk negara-negara maju.
Hampir kesemua negara ahli OECD mempunyai satu bentuk formula penyamarataan yang walaupun tidak sama daripada segi cara, tetapi sama daripada segi konsep. Formula ini diwujudkan dan dilaksanakan bagi memperbaiki jurang perbezaan pendapatan antara yang miskin dan yang kaya.
Tuan Yang di-Pertua, di Switzerland dan Amerika Syarikat formula penyamarataan dilakukan dengan menggunakan caj utiliti awam untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan sebagainya yang lebih murah di negeri yang miskin berbanding di negeri yang kaya. Di Kanada formula penyamarataan ini diadaptasi dari tahun 1957.
Manakala di Sepanyol dan Itali formula penyamarataan itu membabitkan kadar cukai yang berbeza di antara wilayah atau provinces. Ia juga autonomi untuk sebahagian wilayah yang miskin untuk menyimpan hasil cukai di negeri sendiri seperti cukai pendapatan yang selalunya diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Hanya formula penyamarataan inilah yang mampu menyamakan pendapatan di antara negeri di Malaysia satu hari nanti dan bukan polisi ekonomi yang sekarang.
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang bergantung kepada formula penyamarataan ini amat penting kerana rakan-rakan saya sebelum ini telah membincangkan kelemahan program yang 50 tahun yang kita lakukan. Ini kerana terdapat perbezaan insiden kemiskinan yang jauh amat tinggi di antara negeri.
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Contohnya di Sabah, sebanyak 16% berbanding hanya 2.3% di Semenanjung bagi tahun 2007. Perbezaan purata pendapatan di antara kaum yang masih tinggi iaitu 3,156 bagi bumiputera dan 3,799 untuk kaum India berbanding dengan 4,853 bagi kaum Cina untuk tahun 2007. Hal ini selalu dibangkitkan dan selalu dikaitkan dengan sistem Dasar Ekonomi Baru.
Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Halnya ialah kesedihan kaum bumiputera kerana tidak dapat bersaing walaupun apa usaha yang dilakukan, kerana kita tidak menggunakan konsep efficient allocation of resources dengan izin, untuk enhancement of income. Maknanya kecekapan menggunakan sumber-sumber untuk meningkatkan pendapatan dan dasar ini tidak dilakukan dan dasar inilah yang masih menghantui kita semua di dalam Dewan yang mulia ini. Kenapakah begitu ramai masih lagi masyarakat bumiputera tidak berjaya di dalam usaha yang kita ingin membelanjakan berbilion untuk kemajuan mereka?
Jawapannya ialah kita tidak menggunakan sistem tersebut. Kalau 20 dahulu kita sudah memikirkan tentang menyeratakan pendapatan sudah tentu Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak lagi dalam perancangan yang masih mengikut satu dasar yang masih kita bincangkan, adakah dasar ini memberi kebaikan kepada semua rakyat?
Tuan Yang di-Pertua, kita harus mementingkan dalam proses efficient allocation of resources iaitu menentukan keberkesanan peruntukan sumber-sumber ini kepada projek- projek yang mementingkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Begitu juga perbelanjaan pembangunan yang lebih penting kepada negeri-negeri yang kaya berbanding dengan negeri-negeri yang miskin.
Walau bagaimanapun, ada juga pembangunan yang telah disalurkan kepada negeri-negeri seperti di Kedah dan juga di Terengganu dalam usaha pembangunan mereka, tetapi salurannya juga tidak menuju kepada asas meningkatkan pendapatan rakyat. Seperti di Terengganu, perbelanjaan untuk membina masjid dan untuk menarik pelancong dalam usaha peningkatan aktiviti Monsoon Cup itu, kalau diambil kira oleh pakar ekonomi yang biasa sudah tentu tidak secara terus meningkatkan pendapatan seluruh rakyat Terengganu. Boleh jadi mereka jadi pelawat daripada peserta dalam pembangunan tersebut.
Pembangunan Pulau Langkawi sebagai contoh, tidak mempertingkatkan keseluruhan pendapatan rakyat di negeri Kedah. Di Sabah juga beberapa usaha tidak dilihat dalam usaha mempertingkatkan pendapatan keseluruhan rakyat Sabah. Dalam laporan dengan izin, United Nations Human Development Report 2005 ia menunjukkan Malaysia mempunyai kadar perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin ataupun dengan izin, kita gunakan index Gini Coefficient yang paling tinggi di Asia Tenggara dan yang kedua tertinggi di Asia. Ini merujuk laporan United Nations Human Development iaitu 10% rakyat yang terkaya di Malaysia, menguasai 38.4% harta di Malaysia. Manakala 10% rakyat termiskin di Malaysia, cuma memegang 1.7% harta di Malaysia.
Ini merupakan simbol dan manifestasi kerasuahan dan kerakusan polisi kita dan hasilnya di hari ini, kita masih lagi berbincang macam mana untuk menolong semua rakyat di Malaysia. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia perlu mengubah polisi ekonomi yang cuba mengejar kadar pertumbuhan KDNK kepada polisi ekonomi yang mengejar kesamarataan pendapatan kepada semua rakyat Malaysia. Polisi ekonomi ini mempunyai tiga faedah yang ketara.
Pertama dengan izin, kesan pendaraban ataupun multiply effect, RM1 yang berada di tangan seorang yang berpendapatan rendah adalah lebih tinggi kesan multiply nya berbanding dengan kesan pendaraban RM1 yang berada di tangan seorang yang berpendapatan tinggi. Dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang, dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu arah oleh kerana kenaikan minyak dan kenaikan harga bahan- bahan makanan, perlu kita mengkaji tentang cara kita menyalurkan pembangunan kita. Dan ini dapat dilihat dan saya rasa ahli-ahli ekonomi yang bekerja dengan kerajaan perlu melihat teknik yang lebih mantap kerana kita telah lama merasakan usaha ini nampaknya tidak berjaya...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau berdiri.
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Nanti saya selesai, tunggu sekejap.
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Kedua, usaha ini juga untuk menurunkan kadar jenayah oleh kerana mereka yang berpendapatan rendah akan mengalami keadaan-keadaan yang terdesak dan oleh kerana itu, usaha yang kita lakukan dapat mengurangkan keadaan tersebut.
Ketiga, menurunkan kadar pembaziran dan ada kalanya rasuah dalam keadaan yang sebegini. Boleh Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Saya percaya ini adalah satu pendekatan ilmiah tentang pembangunan ekonomi. Tadi Yang Berhormat Bandar Tun Razak ada sebut bahawa kita tidak perlu mengejar sangat faktor pertumbuhan, tetapi di sini saya ingin tanya bahawa, jika kita cakap tentang distribution ataupun ekuiti, ini perlu ada pertumbuhan.
Jika tidak ada pertumbuhan, maka tidak akan ada apa-apa untuk diagihkan dari segi apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat allocation of resources, saluran sumber yang lebih adil lagi. Jadi saya harap Yang Berhormat lebih jelas dalam perkara ini untuk kita tentukan bahawa growth and distribution itu sama-sama kita kecapi. Dan dalam hal ini penjelasan saya, sebenarnya menjurus kepada pendekatan Yang Berhormat di negeri Selangor di mana Yang Berhormat ingin memperkenalkan satu communitarian economy.
Saya hendak tanya sama ada ini adalah sama dengan populist economy iaitu sama dengan membuat janji-janji yang tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor. Contohnya, janji untuk turunkan assessment tetapi akhirnya tak dapat menunaikan janji tersebut kerana terlalu terbawa-bawa dengan konsep populist economy tersebut. Jadi saya harap Yang Berhormat dapat menjelaskan sedikit sebanyak.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang jangkakan soalan daripada Yang Berhormat Rembau.
Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Akan tetapi saya bukan mencadangkan satu konsep boleh jadi Ahli Parlimen dari Rembau juga akan menyatakan satu konsep egalitarian, saya tidak. Yang sebenarnya, konsep ini adalah konsep satu boleh kesinambungan ekonomi iaitu dalam kita mengejar kekayaan dan pembangunan negara, kita jangan lupa bahawa kita mesti membawa semua rakyat ke arah pendapatan dan kemewahan tersebut. Itu konsepnya, konsepnya agak berbeza, di Selangor juga saya telah mulakan pemberian air percuma untuk rakyat Selangor. Bukanlah memberikan untuk orang yang kaya tetapi pemberian air percuma adalah ada hadnya. Itu sebab saudara...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu, habiskan dia dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sama-sama belajar ekonomi dulu.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Ya nanti dulu tapi saya implemental, saudara belum.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sama-sama belajar ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya ekonomi, ekonomi dengan soal masa.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Pasir Salak buat air free, air telaga...
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya tak bagi sebab saya ada dua subjek lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi lima minit Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya student leader, dia belajar.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
[Ketawa] Nanti dulu.
Seorang Ahli
Enam juta.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Okey, okey. Akan tetapi apa yang saya hendak jelaskan di sini ialah saya lihat tumpuan kepada pembangunan sahaja dan tidak mengambil kira tentang pengagihan pendapatan dalam pengiraan pembangunan tersebut akan menghasilkan keadaan yang kita ada sekarang.
Itulah sebabnya kita akan meminta pakar ekonomi itu dalam merencanakan rancangan pembangunan itu, dia juga akan mengambil kira apakah hasil-hasil ini membawa peningkatan pendapatan rakyat seterusnya.
Jadi saya telah mempersoalkan perkara ini, saya mula mempersoalkan dalam perbahasan soal jawab. Bila kita bercakap, berkata tentang membasmi kemiskinan dan kita telah menggunakan angka RM900 sebagai aras kemiskinan dan dengan megah kita katakan kita mempunyai paras kemiskinan bawah daripada 6% ataupun 5%. Akan tetapi apabila kita tingkatkan pendapatan rakyat per kapita kepada RM1,500 kita telah melihat keadaan yang mula membuka mata kita.
Pendapatan itu sudah menunjukkan hampir 25% tiap-tiap satu daripada empat masyarakat di Malaysia ini merasai kemiskinan. Jadi apakah pembangunan dan perancangan ekonomi kita mengarus ke arah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengambil masa untuk membangkitkan dua perkara yang tidak sama dengan perkara ini kerana saya juga wakil Bandar Tun Razak yang saya lihat ada hubungannya dengan negeri Selangor iaitu Pelan Bandar Raya 2020...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Okey. Dalam Pelan Bandar Raya 2020, pihak DBKL sudah mengenal pasti kawasan sejumlah 336 ekar di Selangor untuk kegunaan tanah perkuburan bagi penduduk Wilayah Persekutuan.
Bukanlah Selangor tidak bersetuju 100% tetapi bagaimanakah kos kompensasi untuk rakyat dan negeri Selangor kerana pembinaan tanah perkuburan itu nanti boleh menurunkan nilai tanah di Selangor yang terlibat dengan pembinaan tanah perkuburan tersebut.
Perkara yang kedua ialah mengenai sisa pepejal. Selain daripada itu pihak DBKL sudah menyediakan pelan untuk membina pusat pelupusan sisa pepejal seluas 1,709 ekar di daerah Ulu Selangor. Sekali lagi isunya, bagaimana kos kompensasi untuk rakyat dan negeri Selangor kerana pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal itu semestinya boleh menurunkan nilai tanah di Selangor dan juga bersempadan dengan pelupusan tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk menutup ini saya juga hendak berpantun.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ha, duduk dulu, duduk dulu, pantun dulu.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Sudah lama menanam padi, Pisang emas dilihat jua, Sudah lama menanam budi, Emas dan perak dipandang juga.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Rasah. Saya terasa tadi itu, jadi Rasah sekarang, sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, teras kedua meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Aset yang paling penting untuk negara ialah modal insan dan generasi muda kita. Untuk memupuk modal insan yang berminda kelas pertama, acuhan pendidikan tidak boleh sahaja mementingkan fakta dan maklumat tetapi keupayaan untuk menimba pengetahuan, kebebasan berfikir, persekitaran yang membolehkan percambahan minda dan menghormati kepelbagaian dalam masyarakat perlulah dititikberatkan.
Dasar Pendidikan Negara perlulah mengambil kira unsur-unsur kepelbagaian kaum, budaya dan bahasa dalam masyarakat kita dan kepelbagaian itu sebenarnya merupakan kekuatan Malaysia. Saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tertiary daripada 21.9% pada tahun 2007 kepada sasaran 40% bagi kumpulan umur 17 hingga 23 tahun pada 2010. Namun masyarakat berpengetahuan tidak bolehlah diukur dengan angka atau jumlah pelajar universiti semata- mata.
Kuantiti di tahap peringkat tertiary yang meningkat perlulah disusuri dengan kualiti yang boleh dibandingkan dengan yang terbaik di dunia. Kualiti pengajaran di kalangan ahli akademik perlulah sentiasa dipertingkatkan dan dibenchmark dengan standard antarabangsa. Pembelajaran di kalangan siswa siswi tidak boleh hanya tertumpu di dalam bidang khas tetapi pendedahan yang lebih besar kepada dunia luar, penguasaan bahasa Inggeris, kemahiran dalam soft skills dan keterampilan diri untuk memberikan keyakinan diri yang lebih tinggi di kalangan para graduan kita.
Namun sekiranya negara kita ingin melihat kewujudan modal insan yang bermentaliti kelas pertama, fikiran mereka tidaklah boleh dikongkong sama sekali. Budaya bertanya soalan dan berbahas secara ilmiah perlulah dipupuk dan digalakkan. Keprihatinan orang muda terhadap perkembangan sosial dan politik negara adalah sesuatu yang perlu disemai kerana ini adalah satu proses yang cukup penting untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga mempunyai kesedaran sivik dan demokrasi yang matang.
Justeru itu, kerajaan perlu menyegerakan proses mengkaji semula dan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah menyemai unsur ketakutan di kalangan siswa siswi dan menyekat mereka daripada berfikir di luar kotak. Peluang dan akses kepada pendidikan perlulah dijadikan sebagai satu agenda yang dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Sebarang ketidakadilan dalam peluang terhadap pendidikan akan membantutkan proses untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang tulen.
Setiap tahun isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA, telah menimbulkan pelbagai ketidaksenangan hati di kalangan pelajar cemerlang yang gagal mendapatkan biasiswa tersebut. Walaupun bilangan biasiswa JPA pada tahun ini telah dipertingkatkan dan lebih ramai pelajar bukan bumiputera yang ditawarkan biasiswa namun masih ramai lagi pelajar cemerlang yang tidak berjaya. Saya ingin menegaskan bahawa peluang biasiswa JPA yang lebih banyak kepada pelajar bukan bumiputera tidak akan mengorbankan sama sekali peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang sekiranya bilangan biasiswa ini bertambah besar.
Saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji semula pelaksanaan dan dasar pemberian biasiswa JPA termasuk bagaimana menampung pelajar STPM yang cemerlang supaya tidak ada pelajar cemerlang yang tercicir daripada peluang melanjutkan pelajaran ke universiti unggul di luar negara. Kita tidak boleh membenarkan sama sekali melihat modal insan kita yang terbaik atau the best and the greatest, seorang demi seorang kehilangan kepada negara lain khasnya negara Singapura yang banyak menawarkan
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
biasiswa kepada pelajar cemerlang kerana ini akhirnya akan memburukkan lagi masalah brain drain di Malaysia.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, Teras 3 - Menangani Ketidaksamaan Sosial Ekonomi Yang Berterusan Secara Membina Dan Produktif. Falsafah pembangunan negara perlulah menjurus kepada pertumbuhan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf sosioekonomi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, status sosial dan lokasi mereka.
Agenda pembasmian kemiskinan perlulah membutakan warna atau color blind.
Tanggapan sesetengah pihak bahawa masalah kemiskinan tidak melibatkan masyarakat Cina adalah satu andaian yang cukup sensitif. Walaupun tujuh dari sepuluh orang yang paling kaya di Malaysia adalah dari masyarakat Cina. Ini tidak bermakna bahawa tidak ada orang miskin di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Penjual char kuetiau di Pulau Pinang, penjaja tauge, ayam di Ipoh, nelayan di Pulau Ketam, petani di Sekinchan, pemandu teksi di Kuala Lumpur dan penjual sayur di pasar Seremban juga sama-sama menghadapi tekanan kos hidup yang begitu menghimpit sama seperti kaum-kaum di Malaysia.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang dibelenggu masalah Along adalah peniaga- peniaga kecil dan penjaja di kalangan masyarakat Cina kerana kekurangan dokumen sokongan menyulitkan mereka mendapatkan kemudahan kredit daripada bank.
Justeru, saya menyeru kerajaan supaya memperbesarkan lagi dana kemudahan kredit mikro dan akses kepada kemudahan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Proses permohonan dalam skim kredit mikro perlulah dipermudahkan sehingga benar-benar mencapai kumpulan sasar di peringkat akar umbi. Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya mengkaji dan memahami secara mendalam mengapa masyarakat India di Malaysia yang selama ini menjadi satu blok undi yang begitu solid kepada BN telah meninggalkan Barisan Nasional pada 8 Mac yang lalu sehingga mencetuskan tsunami politik Malaysia.
Mengapakah pergerakan HINDRAF berjaya memobilisasikan masyarakat India sehingga menjadi satu pergerakan masa atau mass movement yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun Malaysia? Sekiranya tidak benar bahawa masyarakat India dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak mungkin HINDRAF akan menjadi raring point atau magnet untuk menyatukan satu pergerakan Makkal Sakti yang begitu besar impaknya.
Mesej yang kuat telah dihantar oleh masyarakat India kepada kepimpinan Barisan Nasional. Terpulanglah kepada kebijaksanaan politik kepimpinan Barisan Nasional sama ada mahu mengatur strategi dan melaksanakan dasar yang lebih komprehensif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.
Peruntukan RM3 juta dalam Skim Pembangunan Usahawan Muda India di bawah Tekun Nasional menampakkan ketidakikhlasan di pihak Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang boleh diubah dengan RM3 juta? Pengubahsuaian pejabat-pejabat untuk menteri di Bangunan Parlimen pun telah memakan belanja RM2.3 juta. Sebagai permulaan, saya mencadangkan peruntukan untuk Latihan Usahawan Muda India ini ditingkatkan 10 kali ganda sehingga RM30 juta. Saya bersetuju dengan pandangan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Labis bahawa diskaun kepada rumah perlulah tanpa mengira kaum dan agama.
Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk membantu golongan bumiputera yang miskin untuk memiliki rumah mereka tetapi apakah mereka yang boleh memberi kereta Porsche dan Mercedes, membeli beg tangan Louis Vuitton dan Prada, pergi makan angin di Paris dan Milan mendapat diskaun ini atas nama bumiputera. Saya nampak Yang Berhormat Kinabatangan pun pakai beg Louis Vuitton. Saya tahu... [Dewan riuh] Takkanlah orang yang boleh beri beg Louis Vuitton, Prada diberikan diskaun rumah. Saya rasa ini perlu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sangkaan jahat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bukan sangka jahat. Betul tidak? Yang Berhormat Kinabatangan ambil Louis Vuitton, LV....
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dia beli dari Petaling Street... [Ketawa]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini yang menjadi masalah.
Masalah bumiputera ini dipertikaikan. Orang bumiputera pun ketawa.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tidak pertikaikan. Duduk, duduk. Saya tidak beri floor. Ini floor saya, tidak beri itu. Duduk...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat mempertikaikan hak bumiputera. Orang bumiputera di sebelah sana pun ketawa. Saya pun hairan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tidak mempertikaikan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah. Kalau begini sudah bermakna ucapan itu sudah terganggu. Masa...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tidak mempertikaikan hak bumiputera. Kita menyokong sebarang usaha untuk membantu golongan bumiputera yang miskin... [Tepuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu pura-pura.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kita menyokong usaha kerajaan untuk menolong golongan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu pura-pura, tidak ikhlas.
Kita tahu.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, Teras 4 - Meningkatkan Tahap Kemapanan Kualiti Hidup. Manusia perlu bekerja untuk mendapatkan mata pencarian untuk menampung nafkah hidup keluarga. Mereka menghabiskan satu pertiga masa setiap hari untuk bekerja untuk memastikan ada makanan di atas meja untuk ahli keluarga mereka. Ada tempat duduk yang boleh dinamakan kediaman dan memastikan keperluan hidup harian dapat dibiayai.
Namun, masyarakat kontemporari Malaysia bukan sahaja mengejar keperluan hidup harian tetapi juga mementingkan aspek kualiti hidup. Salah satu kualiti dalam kehidupan mereka ialah mereka tidak perlu membazirkan berjam-jam tiap-tiap hari di atas jalan dan mempunyai quality time bersama-sama keluarga untuk mengeratkan percintaan di antara suami isteri dan anak-anak mereka. Sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai quality time dengan pasangan Malaysia, tidak payahlah Kementerian Pembangunan, Keluarga, Wanita dan Masyarakat melaksanakan kempen “Satu Suami, Satu Isteri”.
Kerajaan meminta rakyat mengubah cara hidup dengan mengurangkan penggunaan kereta persendirian dan lebih menggunakan sistem pengangkutan awam.
Namun, keadaan sistem pengangkutan awam yang begitu daif di negara kita perlulah diubah dahulu. Abang kepada jiran saya di sebelah ini Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyeru bahawa untuk beliau menggunakan sistem pengangkutan awam ke pejabatnya, beliau terpaksa bergantung pada isterinya menghantar beliau dari rumah ke stesen sentral dengan kereta sendiri. Selepas itu menaiki KLIA ekspres ke stesen Putrajaya dan akhirnya mengarahkan pemandunya menunggu di stesen untuk menghantar beliau ke pejabat dengan kereta rasmi. Bayangkanlah menteri Kabinet sendiri mengeluh, apatah lagi dengan rakyat biasa yang tidak ada kereta yang terpaksa berhadapan dengan keadaan sebegitu hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Menteri Pengangkutan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam untuk mentransformasikan sistem pengangkutan awam Malaysia.
Dengan menggantikan peranan yang dibahagikan oleh sepuluh agensi kerajaan yang berlainan yang terlibat dengan pengangkutan awam yang merupakan antara faktor
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
penyumbang kepada ketidakefisienan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Namun, saya amat mengharapkan agar suruhanjaya ini tidak akan berkesudahan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM yang boleh diumpamakan sebagai seekor harimau tanpa gigi.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilih Parlimen tetap atau Parliamentary Select Committee untuk memantau perkembangan dan membincangkan segala permasalahan untuk memastikan sistem pengangkutan awam Malaysia benar-benar dapat diubah sehingga menjadi pilihan penggunaan rakyat Malaysia.
Walaupun projek Pembinaan Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Seremban- Gemas akan lebih banyak memanfaatkan kawasan Rembau daripada kawasan Rasah, namun sebagai government in-waiting di Negeri Sembilan dengan mempunyai 15 kerusi DUN daripada 36, dan satu daripadanya ialah dalam Parlimen Rembau, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mengalu-alukan projek ini....
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang, saya setuju bahawa masalah pengangkutan awam ini memang menjadi persoalan bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara lain. Walau bagaimanapun, rasa saya apa pun jawatankuasa kita bentuk, sekiranya komitmen itu tidak ada, maka sepuluh jawatankuasa pun tidak akan boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan dan Yang Berhormat sendiri mungkin mempunyai mekanisme bagaimana penyelesaian untuk menyelesaikan permasalahan pengangkutan awam ini dengan harga barang naik, harga minyak naik. Mungkin Yang Berhormat ada pandangan untuk dilontarkan kepada kerajaan.
Sekiranya ia positif, kita akan sokong. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kita mempunyai komitmen yang penuh di bahagian sini, tidak tahulah komitmen sehingga mana di peringkat sana. Kena mintalah Yang Berhormat Kinabatangan tanya kepada kerajaan, dengar dahulu cadangan saya.
Dengar dahulu cadangan saya.
Saya tidak menafikan bahawa penambahbaikan Sistem KTM Komuter tentunya akan memberikan manfaat kepada Negeri Sembilan. Justeru itu saya ingin meminta Menteri Pengangkutan agar mengarahkan KTM Komuter memperbanyakkan perjalanan komuter ekspres di antara Seremban dan Kuala Lumpur yang mempunyai satu trip sehari pada masa sekarang.
Komuter Ekspres yang begitu cepat perjalanannya kerana ia tidak berhenti-henti di stesen-stesen kecil tentunya akan menggalakkan penduduk di Seremban yang bekerja di KL mempunyai satu lagi pilihan alternatif. Namun begitu, dengar cadangan saya Yang Berhormat Kinabatangan. Sekiranya kita ingin menjadikan sistem kereta api dan bas awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dan dibudayakan ialah ketetapan waktu perkhidmatan.
Saya selalu menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik di antara Seremban dan KL tetapi tidak pernah sekalipun saya melihat komuter sampai ke stesen tepat pada waktunya yang diumumkan seperti di dalam papan notis elektronik.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Begitu juga dengan bas awam dalam bandar. Saya percaya ramai Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kinabatangan selalu pergi ke Eropah dan menggunakan sistem-sistem pengangkutan awam di sana khasnya sistem kereta api mereka. Keefisienan sistem kereta api di Eropah khasnya di Jerman adalah sesuatu yang perlu kita benchmarkkan. Kalau dijadualkan kereta api itu sampai 11.58, minit itulah coach itu akan sampai. Tidak seminit awal, tidak seminit pun lewat. Apakah rintangan yang kita tidak boleh mencapai sehingga tahap itu di Malaysia? Tak perlulah kementerian buat lawatan sambil belajar ke luar negara untuk belajar kerana selalu lawatan dibuat tetapi tidak belajar.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya cadangkan kementerian melantik seorang konsultan kereta api dari Jerman dan letakkannya di KTM dan bagi dia enam bulan untuk meningkatkan yang paling asas, ketetapan waktu perkhidmatan KTM kerana kalau sistem pengangkutan awam kita tidak tepat waktunya, tidak ada orang yang suka menggunakannya termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri telah mengeluh dan sebagainya. Apatah lagi rakyat yang telah banyak mengeluh? Kalau tiap-tiap hari kena membazirkan dua tiga jam untuk pakai bas, pakai kereta api, siapa nak pakai? Itulah dan kita harap kerajaan boleh mengkaji.
Selalu kita nak mengkaji, kita minta kalau boleh dah banyak belanja, ambil seorang konsultan daripada luar yang benar-benar dapat mengubah cara kita menjalankan perkhidmatan kita. Itu yang saya katakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Kajian telah banyak dibuat tetapi tidak ada tindakan. Tindakan itu, bawa seorang konsultan, bagi dia enam bulan. Kalau tak berjaya, fire dia. Kalau tak berjaya lagi, menteri itu kena...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh soalan Yang Berhormat Rasah?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tak payahlah. Yang Berhormat Pasir Salak saya tak mahu pergi... [Ketawa]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Yang Berhormat Kinabatangan tak apa, Yang Berhormat Pasir Salak tak mahu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan personal. Apa ini?
Sudah jadi personal.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bukan personal. Yang Berhormat Pasir Salak saya tak mahu. Satu lagi, saya ingin juga...
Dato' Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi peribadi. Ada pilih kasih, mana boleh. Pilih kasih pula... [Ketawa]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sekejap. Saya ada banyak perkara lagi. Satu lagi ini juga Yang Berhormat Kinabatangan yang juga cadangkan tol di antara Kuala Lumpur dan Seremban dibatalkan pada persidangan yang lepas. Saya menyambut baik, saya amat berterima kasih kepada cadangan Yang Berhormat Kinabatangan tetapi kita kena sama-sama push dia. Saya tanya soalan kepada Menteri Kerja Raya. Saya diberitahu bahawa kutipan tol di antara Kuala Lumpur dengan Seremban telah mencecah RM2.987 bilion dalam masa 30 tahun. Saya cari maklumat di internet. Hari ini dalam sejarah, 16 Jun 1982, Plaza Tol Lebuh raya Seremban-Kuala Lumpur dibuka oleh Datuk Seri Samy Vellu, mantan Menteri Kerja Raya.
Beliau mengatakan bahawa dianggarkan 20,000 buah kenderaan dijangka akan melalui kedua-dua buah plaza tol di sepanjang Lebuh raya Kuala Lumpur dan kerajaan menjangkakan akan dapat mengutip sekurang-kurangnya RM12 juta setahun dari kedua- dua plaza tol tersebut dan kira-kira RM2.5 juta diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraannya. Dia kata hanya jangkaan RM12 juta, tetapi sekarang sudah kutip RM33 bilion. Tak cukup ke PLUS? Dah kutip RM30 bilion tak cukup ke? Sudah sampai masanya kita kena kaji semula klausa-klausa dalam perjanjian tol ini.... [Tepuk] Kerana saya difahamkan sekarang nak bina satu plaza tol yang baru di Seremban memakan belanja RM168 juta. Pakai wang rakyat bina tol plaza untuk PLUS kutip tol.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan kaji, batalkan terus.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya, memang. Tak kaji, saya kata batalkan terus.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kalau begitu, saya sokonglah Yang Berhormat Kinabatangan menjadi Menteri Kerja Raya... [Ketawa]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Setuju, setuju.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Jadi sekali lagi ingin menyeru kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kerja Raya. Saya masih ingat Menteri Kerja Raya janji tiga bulan pada bulan Mei yang lepas. Kita akan ingat, bulan lapan kita tanya balik tiga bulan itu kajian macam mana. Saya harap satu berita yang baik akan diberikan kepada seluruh rakyat khasnya di Selatan Malaysia, di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor supaya lebuh raya khasnya portion di antara Kuala Lumpur dengan Seremban dapat dibatalkan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang kesihatan. Saya telah menerima sedikit permintaan daripada rakyat di kawasan saya yang mengatakan bahawa Klinik Kesihatan Seremban di Jalan Rasah tidak mempunyai digital fundoscopic camera. Alat yang digunakan untuk melihat sebarang kelainan pada fundos ataupun retina mata. Buat masa sekarang, di Klinik Kesihatan Seremban di Jalan Rasah ada lebih kurang 14,000 pesakit diabetes berdaftar dan tidak sampai 10% sahaja yang dapat dibuat pemeriksaan Ini berpunca daripada ketiadaan alat digital fundoscopic camera. Pemeriksaan secara manual terlalu lambat. Saya berharap Menteri Kesihatan boleh menimbangkan supaya peruntukan diberi untuk di Klinik Kesihatan di Rasah diperlengkap dengan digital fundoscopic camera.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Rasah. Habis, masa dah habis dah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dah bagi notis pun? Satu minit, satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tak payah berhujah dengan saya Yang Berhormat. Saya boleh tutup di sini.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya gulung, saya gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ha kalau nak minta dengan saya, tunjuklah hormat sikit.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya gulung, saya gulung. Pendaftaran secara elektronik di bahagian pendaftaran di Unit Pesakit Luar KK Rasah buat masa sekarang masih lagi menggunakan sistem lama iaitu secara manual yang mana proses pesakit menunggu terlalu lama. Tidak dapat memenuhi target yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu kurang daripada 30 minit. Akhirnya saya mencadangkan sebagai penggulungan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keselamatan awam. 162 buah balai polis yang telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Last sentence. Saya harap cadangan untuk membina sebuah balai polis dapat dilaksanakan di kawasan Rasah Jaya, di kawasan saya.
Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Hujung minggu ini jauh perjalanan, balik ke kawasan ya. Terima kasih kerana sudi memberikan saya peluang untuk menyampaikan pendapat sambil menyokong usul yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berlandaskan kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertajuk Kajian Separuh Penggal RMK-9 yang telah disampaikan di Dewan Rakyat ini, saya
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
dengan segala hormatnya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang dirasakan amat mustahak untuk kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak khususnya di kawasan saya, Hulu Rajang.
Perkara pertama yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan soal pendidikan. Seperti yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapannya, pendidikan akan diberi penekanan utama dalam rancangan pembangunan kerajaan dan akan tertumpu kepada golongan luar bandar bagi tujuan merapatkan jurang akademik antara pelajar luar bandar dan bandar. Ini selaras dengan objektif pertama teras dua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Dalam ucapan beliau iaitu memperkukuhkan program pendidikan dan latihan.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa tumpuan harus diberikan kepada pembangunan pendidikan di kawasan-kawasan luar bandar Sarawak seperti di kawasan saya, Hulu Rajang yang amat memerlukannya.
Pertama, pelajar-pelajar di kawasan hulu sungai di Sarawak menghadapi kesukaran mendapatkan pendidikan disebabkan faktor-faktor logistik seperti masalah pengangkutan dan lokasi sekolah yang berjauhan dari tempat tinggal mereka. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang diharapkan dapat menangani masalah ini terutamanya di kawasan saya sendiri iaitu Hulu Rajang. My points are very specific, saya serahkan kepada rakan-rakan lain to talk about the philosophylah of about development. I just focus on my kawasan. Yang saya syorkan ialah: mewujudkan sebuah tadika contohnya tadika KEMAS di setiap rumah panjang untuk pendidikan awal kanak-kanak. Setakat ini hanya beberapa buah sahaja yang ada; Kedua, semua sekolah rendah dilengkapkan dengan kemudahan taska pra sekolah yang sekarang hanya satu buah sekolah yang ada.
Ketiga, mewujudkan lebih banyak sekolah rendah terutamanya di kawasan- kawasan Penan seperti di Long Luar, Long Tangau, Long Singu di Murung. Ini tapak hidro baru, dan juga di Long Tanjit untuk kawasan Penan, Long Musang, Long Kajang dan Long Malim. Kedua-dua tempat ini sangat jauh di pedalaman dan sejak berapa puluh tahun kita telah merdeka, mereka ini belum diberi perhatian lagi daripada segi persekolahan anak- anak mereka.
Keempat, sebuah sekolah rendah patut dibina di Sungai Asap, sebab dua buah sekolah rendah yang ada kini tidak mampu untuk menampung keperluan sekarang. Sungai Asap ini tempat penempatan semula orang dari Bakun dahulu, bila Bakun dibina.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Kelima, saya cadangkan supaya Sekolah Rendah Kerajaan Tunuk di Kapit yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1985 dulu memerlukan pembangunan yang sewajarnya iaitu kelas, rumah guru, asrama dan dewan yang lengkap patut disediakan selepas 20 tahun sekolah ini dibina.
Dari segi sekolah menengah pula, terdapat kekurangan yang ketara dari beberapa segi pada sekolah-sekolah di kawasan Hulu Rajang.
Pertamanya di Bakun, side Sungai Asap, setelah dekat 10 tahun. SMK Bakun masih lagi kekal menumpang di SK Batu Keling. Kini sekolah ini tidak dapat lagi menampung limpahan pelajar baru yang kian meningkat setiap tahun. Oleh itu, adalah wajar bagi memberikan keutamaan untuk menyiapkan pembinaan bangunan SMK Bakun yang baru. Belum dibina juga sekolah ini. Sekarang sekolah ini ada15 kelas dan menumpang di sekolah rendah. It’s first move, this can disguise promise to the pupils who Bakun, who first build tetapi setakat ini belum lagi ada bangunan yang baru, mereka hanya menumpang.
Di Pelaga, Sekolah Menengah Kerajaan Pelaga pula menghadapi situasi yang serba kekurangan untuk terus berfungsi dengan sempurna. Sekolah ini amat memerlukan bilik-bilik darjah baru, dewan sekolah dan rumah kuarters guru yang sesuai dan selesa.
Dengan adanya pembaharuan-pembaharuan ini, peluang untuk merealisasikan perapatan jurang-jurang pendidikan antara pelajar di luar bandar Hulu Rajang dengan pelajar bandar ataupun di Semenanjung akan dapat dilakukan secara sedikit sebanyak. Saya juga
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
menyokong seruan rakan-rakan dari Sarawak supaya infrastruktur dan facilities yang diperlukan di sekolah-sekolah di Sarawak dibina secepat mungkin.
Dalam ucapan beliau pada tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada menyebut tentang peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Kita di Sarawak dan Sabah menghargai keprihatinan Yang Amat Berhormat tentang kekurangan facilities kesihatan yang sangat ketara di kedua-dua negeri ini.
Mengikut satu statistik dalam tahun 2006. Jumlah hospital di Sarawak adalah 19 buah sahaja, di Sabah 21 buah. Sedangkan di Semenanjung ada 88 buah. Klinik ataupun rule dan health clinic di Sarawak ada 208 buah, Sabah 269 buah dan di Semenanjung 2,249 buah. Doktor di Sarawak 1,123 orang, di Sabah 1,195 orang dan di Semenanjung 19,619 orang. Ratio doktor dengan populasi. Ini yang paling ketara di mana kita lihat kekurangan di kedua-dua negeri ini.
Ratio doktor dengan orang awam di Sarawak ialah 1:2099, di Sabah 1:2,508 dan di Semenanjung 1:1088. Jelas menunjukkan kita ini sangat ke belakang. Begitu juga tentang dentist dan nurses. So, we need to talk about problem in Sabah and Sarawak. We can back up with statistic.
Maka antara persoalan balik ke kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Antara persoalan yang perlu diketengahkan ialah Kementerian Kesihatan. Bilakah kementerian akan membina sebuah klinik di Belaga? We are asking this since I joint Parliament, 18 years ago, you know. Dulu pernah dijanjikan sebuah hospital tetapi sekarang kita dijanjikan sebuah klinik. Itu pun memadai. Dalam keadaan sekarang, penduduk di kawasan tersebut sentiasa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana masalah yang disebabkan oleh perhubungan jalan raya yang berbahaya dan sering terputus akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Kemudahan komunikasi yang terbatas dan kurang konsisten antara Belaga dengan bandar pusat seperti Kapit, Sibu ataupun Bintulu lebih memburukkan lagi masalah ini.
Jadi saya juga cadangkan klinik di Sungai Asap dinaikkan taraf kepada poliklinik.
Memang ini telah dijanjikan dahulu dan mesin x-ray yang disediakan di sana sudah dipindahkan ke Hospital Bintulu. Saya harap kerajaan akan menimbangkan menaiktarafkan klinik ini ke poliklinik seperti yang dirancang dahulu.
Terdapat keperluan yang mendesak untuk mendirikan sebuah klinik desa di kawasan Penan. Di Long Urun yang merupakan penempatan terpencil yang terdiri daripada sembilan buah rumah panjang Penan, empat buah rumah panjang Kenyah, dan beberapa buah ladang kelapa sawit. Lokasi Long Urun yang terpencil ini terletak sangat jauh dari kemudahan kesihatan yang paling dekat sehingga mengambil masa lima jam perjalanan melalui jalan darat serta sungai untuk sampai ke klinik terdekat itu iaitu di Sungai Asap.
Kawasan ini pernah dilanda wabak penyakit campak yang telah meragut 14 nyawa penduduk tempatan pada tahun yang lepas dan keadaan ini dapat dielakkan sekiranya terdapat kemudahan kesihatan asas dalam komuniti tersebut.
Sebuah lagi kawasan iaitu di kawasan sempadan juga iaitu di Long Gusang yang terletak berdekatan dengan sempadan Indonesia-Malaysia. Penempatan ini juga terpencil dan terletak lapan jam perjalanan melalui sungai dan jalan balak dari bandar Kapit ataupun dua hari jika mengikut jalan sungai dari Belaga. Mereka juga sangat memerlukan perkhidmatan kesihatan.
Untuk klinik yang sedia ada di pedalaman Sarawak, saya syorkan seharusnya terdapat penambahan dalam bilangan kakitangan terlatih agar klinik ini dapat dibuka sepanjang masa dan tidak ditutup semasa kakitangannya perlu ke bandar untuk mengambil stok atau pada hari-hari cuti umum. Kesihatan rakyat satu tanggungjawab utama sesebuah kerajaan. Jadi saya syorkan polisi tentang kesihatan ini difikirkan semula atau lebih menepati niat kerajaan menolong rakyat-rakyat seluruh negara ini.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Dalam hujah beliau mengenai strategi Teras 3 - Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi Yang Berterusan, Misi Nasional. Beliau menyentuh mengenai langkah- langkah untuk membasmi kemiskinan. Rakyat Sarawak amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana langkah-langkah Misi Nasional ini telah dapat mengurangkan kemiskinan kepada tahap 4.2% pada tahun 2007. Akan tetapi untuk mencapai sasaran membasmi kemiskinan 100% menjelang tahun 2010, usaha harus ditingkatkan terutama di kawasan pedalaman Sarawak.
Di sini sekali lagi untuk kaum Penan, saya ingin mengetengahkan keadaan kaum Penan yang kebanyakannya sehingga kini masih berada dalam golongan rakyat termiskin di Malaysia. Oleh itu, usaha yang lebih tertumpu harus diberi untuk membantu suku kaum ini yang sekarang berdepan dengan kehadiran ladang-ladang kelapa sawit yang mengancam environment mereka. Punca pendapatan tradisi mereka iaitu hutan. Jadi hidup mereka sekarang terjejas. Jika kerajaan tidak proaktif untuk menyelesaikan masalah mereka, keadaan akan makin lebih rumit untuk diselesaikan lain kali.
Seperti yang dinyatakan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, usaha akan dipertingkatkan untuk memperbaiki dan memperluaskan rangkaian jalan raya di luar bandar Sabah dan Sarawak. Dengan adanya rangkaian jalan raya yang bagus di pedalaman Sarawak, pertumbuhan ekonomi dapat dipesatkan lagi.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Sekali lagi, kami dari Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas penekanan untuk memperbaiki keadaan di Sarawak. Mengikut statistik 2007 yang ada pada tangan saya, pave road yang ada di Sarawak hanya ada 13,410 kilometer, gravel road 3,775 kilometer, earth road 785 kilometer dan total road land di Sarawak lebih kurang 18,000 kilometer. Jika dibandingkan dengan Semenanjung Tuan Pengerusi the total land of road di Semenanjung ialah 56,551 kilometer. Bayangkan Sarawak dengan Semenanjung hampir sama besarnya. What we wanted is what you have in Semenanjung - the land of road.
Jadi di sini saya menekankan beberapa jalan seharusnya mendapat perhatian untuk dilaksanakan tindakan segera di kawasan saya di Hulu Rajang kawasan yang paling besar di Malaysia. The biggest consistency di Malaysia tapi I think, serve with the list number of facilities and amenities. Yang pertama, pasukan jalan raya dari Naga Mujung ke Nagagat dilaksanakan. Jalan ini ialah untuk sambungan dari jalan raya yang dibina untuk menghubungkan Kapit ke Naga Mujung. Dengan adanya jalan raya ini, nanti penduduk tidak akan terpencil. This serves a deep heart of my kawasan in Bale.
Di Belaga pula, the further out post out of Rejang dengan izin, ini istilah Raja dulu tuan Raja, dulu yang sudah sekian lama hanya dihubungkan melalui jalan sungai dan jalan balak. Seharusnya mempunyai jalan raya yang sesuai untuk menyambungkannya ke Bakun. Jalan raya yang dicadangkan ini hanya sepanjang 40 kilometer dan akan digunakan oleh penduduk di kawasan-kawasan di bawah Bakun yang selama ini hanya bergantung kepada pengangkutan sungai yang sentiasa terputus semasa musim kering dan musim hujan juga terputus sebab adanya Wong Pelagus dan Ian Pelagus.
Seperkara lagi yang penting bagi saya untuk menyampaikan di sini ialah kemudahan jalan untuk ke tanah kebun untuk penduduk-penduduk, 20,000 penduduk di kawasan penempatan Sekolah Sungai Asap. Semasa perpindahan penduduk pada tahun 1996, tiga ekar tanah telah diberikan sebagai pampasan kepada setiap penduduk yang dipindahkan. Walau bagaimanapun, sudah lebih 10 tahun menunggu tetapi kebanyakan lot tanah ini masih belum ada jalan penghubung. Keadaan ini amat memilukan kerana penduduk mengalami kesukaran menggunakan tanah mereka bagi tujuan pertanian dan juga mengalami kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka.
Oleh itu, diharapkan tindakan segera harus diambil untuk menangani masalah yang masih berlanjutan ini. Dari segi pertanian, kerajaan seharusnya mengkaji potensi tanaman-tanaman baru yang sesuai dijalankan oleh pengusaha kecil. Memandangkan I think about half of Sarawak consist of NCR Land yang diduduki oleh orang rumah panjang.
Contohnya pada masa peningkatan harga minyak dunia kini adalah wajar bagi kita mengambil langkah-langkah bagi menghasilkan bio-fuel bahan api fuel yang diharapkan
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
suatu hari nanti dapat menampung keperluan bahan api negara. Tanaman seperti jatropha merupakan tanaman yang mungkin berpotensi menjadi tanaman pilihan untuk pengusaha- pengusaha ladang kecil dan kerajaan seharusnya bekerjasama dengan mereka dengan menyediakan pusat pemprosesan dan kemudahan infrastruktur serta memberi bantuan subsidi dan kemudahan pinjaman untuk memulakan perusahaan mereka ini.
Saya juga menyokong Yang Berhormat Lubuk Antu yang menyeru supaya industri getah ataupun small holdings dibangunkan semual di pedalaman Sarawak sebab getah ini sesuai untuk small holdings.
Selain itu, seharusnya terdapat usaha untuk menggalakkan perusahaan akuakultur di kalangan komuniti luar bandar agar dapat memenuhi keperluan protein harian. Bantuan subsidi, hikmat nasihat dan kemudahan pinjaman yang mudah dan tidak dibelenggu oleh pita merah harus diadakan untuk tujuan ini. Peranan Bank Pertanian dalam survey 200 orang peladang dalam tahun 2005 oleh UPM, yang dirasakan kurang berkesan pendapat mereka kurang berkesan untuk membantu petani-petani dan penternak juga harus dikaji semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis dah. Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Satu paragraf lagi Tuan Yang di-Pertua.
One more paragraph please.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Berapa panjang paragraf Yang Berhormat?
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Pendek sahaja. Saya juga ingin menyentuh berkenaan subsidi petrol dan diesel pada masa kini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum harga bahan api di kawasan pedalaman Sarawak selalu berlipat kali ganda harga di pasaran biasa. Hal ini mewujudkan kesukaran pengangkutan dan akibatnya oleh meletakkan harga yang lebih tinggi oleh peniaga kecil tempatan yang mengedarkan bahan api ini.
Bahan api, terutama diesel amat penting untuk penduduk luar bandar kerana terdapat banyak komuniti luar bandar yang masih bergantung kepada mesin jana kuasa yang dikuasakan oleh bahan api diesel untuk kemudahan elektrik. Pengangkutan darat kenderaan empat roda, kuasa diesel dan pengangkutan sungai yang terdiri daripada bot berenjin autoboat yang menggunakan bahan api di petrol. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi ataupun mencari cara yang lain untuk membantu rakyat- rakyat di rumah panjang di Hulu Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya hendak merujuk kepada ucapan pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat ini pada 26 Jun yang lalu.
Pada teks buku kecil ucapan ini, pada muka surat 45, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa kerajaan terpaksa bertindak demikian iaitu untuk menaikkan harga minyak, mengurangkan subsidi, memandangkan kenaikan harga minyak di pasaran global menyebabkan keadaan kewangan negara semakin terhimpit. Saya ingin mendapatlah penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah betul kenyataan yang sebegini bahawa
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
dengan kenaikan harga minyak di pasaran global lalu telah menyebabkan negara kita berhadapan dengan keadaan kewangan yang menghimpit kita?
Dalam perbahasan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan berkaitan dengan penstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini yang kemudiannya rakan-rakan daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional telah menyokong sepenuhnya berbeza dengan Parlimen di Indonesia pada 25 Jun yang lalu. Parlimen di Indonesia telah membuat satu usul dan akhirnya meluluskan usul tersebut untuk mengkaji semula kenaikan harga minyak 30% di negara Indonesia, selepas daripada berlaku permasalahan-permasalahan kegawatan dalam negara mereka. Namun, dalam perbahasan kita yang lalu, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen termasuklah juga daripada rakan-rakan saya dari sebelah sana telah banyak memberikan input-input yang menunjukkan kepada kita bahawa tiada masalah himpitan kewangan kepada negara kita.
Perbahasan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen pada usul itu tidak dijawab, tidak dijelaskan secara terperinci, tidak diberikan respons yang baik oleh Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Malah, saya sendiri telah pun memberikan penjelasan dan bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana bahawa kenaikan harga minyak di peringkat global telah memberikan pulangan keuntungan yang sangat lumayan kepada negara kita.
Ini berasaskan kepada kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan II yang menyatakan bahawa, kenaikan harga minyak global tidak memberikan apa-apa kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara kita.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dia tidak menjejaskan ekonomi dalam negara kita. Ini Menteri Kewangan II yang menyebut dalam kenyataan-kenyataan beliau. Malah kata beliau bahawa, dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa setiap satu dolar kenaikan harga minyak dia dapat memberikan pulangan keuntungan yang lumayan sebanyak RM250 juta setahun kepada negara kita. Kenyataan ini juga disokong oleh Gabenor Bank Negara.
Sebab itu sekali lagi saya mengulangi perkara ini untuk meminta penjelasan daripada pihak kerajaan supaya dapat memberikan detail, berapa sebenarnya keuntungan yang telah kita peroleh, perolehan yang telah kita dapat daripada kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa. Sebab saya berhujah pada waktu itu saya mengatakan bahawa sebagai negara pengeluar dan pengeksport minyak, kita tidak seharusnya melihat dia sebagai satu bencana. Dia sebagai satu rahmat yang membawa manfaat yang sangat besar kepada negara kita.
Kerajaan sendiri, saya katakan pada perbahasan tersebut, sekali lagi saya hendak ulang secara ringkas saya hendak minta penjelasan. Apakah kerajaan bersedia boleh buat ataupun tidak dengan apa yang pernah sebut di sini iaitu kita boleh menjana lagi pendapatan negara kita ini melalui pertukaran transaksi harga minyak ini yang menggunakan dolar kepada menggunakan euro di saat kejatuhan dan dolar yang sangat teruk. Maka sudah tentulah bahawa dengan perubahan ini kita dapat menjana pendapatan kewangan antara 10% ke 15% tambahan kepada negara kita.
Kemudiannya juga ialah cukai durian runtuh. Apa masalah kerajaan untuk mengenakan cukai durian runtuh kepada syarikat-syarikat cari gali minyak yang datang beroperasi dalam negara kita? Sebab bagi saya bahawa mereka telah mengaut keuntungan hasil daripada kekayaan minyak yang mereka peroleh dalam negara kita ini, lalu mereka bawa pulang kepada negara mereka. Perjanjian antara syarikat-syarikat dari luar Shell, ExxonMobil, Ludin, Total dan sebagainya. Antara 20% ke 30% sahaja hasil daripada pendapatan itu mereka sumbangkan kepada Petronas ataupun kepada negara kita.
Maknanya antara 70% ke 80% hasil daripada cari gali minyak yang mereka peroleh itu mereka bawa pulang ke negara mereka. Jadi sepatutnya kita telah mengenakan cukai durian runtuh. Apa masalah kita untuk hendak mengenakan cukai durian runtuh untuk hendak menukar transaksi daripada dolar kepada euro. Sekali lagi saya katakan bahawa kita selalu menempelak mengatakan bahawa bila kononnya seolah-olah ada campur tangan daripada Amerika di atas urusan negara kita dan sebagainya tetapi kita sendiri tidak berani untuk berhadapan dengan Amerika hanya sekadar untuk tukar transaksi daripada dolar kepada euro.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Kita takut, tidak berani untuk bertindak mengenakan cukai durian runtuh kepada syarikat-syarikat yang datang dari Amerika. Sedangkan kita marah, kita katakan bahawa apabila Amerika kata begitu begini dan sebagainya kepada negara kita, kita kata ini soal campur tangan Amerika, campur tangan asing ke dalam negara kita. Sedangkan kita sendiri boleh bertindak. Saya minta penjelasan daripada kerajaan, apa masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam berhadapan dengan permasalahan-permasalahan yang sebegini rupa.
Kemudian kerajaan berhujah antaranya ialah mengatakan bahawa kenaikan harga minyak ini, kita telah mendapat menjimatkan antara lebih kurang RM13.7 bilion. Kita jimat, lalu diagihkan untuk sektor itu, sektor ini untuk pembangunan untuk pemakanan dan sebagainya. Akan tetapi persoalannya ialah andaian kita, hujah kita ialah untuk kata bagi projek pembangunan, bagi kepentingan pembangunan. Saya tidak menafikan, saya tidak menolak tentang kepentingan kepada pembangunan.
Namun persoalannya kenapa kita harus menyalahkan kepada subsidi harga minyak seolah-olahnya bagi saya bahawa kita menyalahkan kepada subsidi harga minyak yang menghalang pembangunan dalam negara kita, soalannya begitu. Kalau beri subsidi kepada harga minyak lalu pembangunan tidak boleh dibuat lalu mengurangkan subsidi harga minyak untuk tujuan pembangunan.
Ini pemikiran menyalahkan subsidi. Sedangkan persoalannya hari ini ialah apakah subsidi yang menghalang kenaikan ataupun apakah subsidi yang menghalangkan pertumbuhan pembangunan dalam negara kita. Sudah tentu bukan kerana subsidi kerana ada masalah-masalah yang lain tetapi akhirnya kita lihat bahawa pengurangan subsidi yang terpaksa dibuat oleh kerajaan itu berasakan kepada kenaikan harga minyak dunia lalu kata mereka ini untuk pembangunan.
Akan tetapi kita tidak ada jaminan mengatakan bahawa harga minyak dunia tidak akan naik selepas daripada ini. Dijangka bahawa harga minyak dunia akan melambung pada hujung tahun ini sampai USD200 satu tong. Ini bermakna bahawa RM13.7 bilion itu sudah tidak memberikan apa-apa makna kepada negara kita, kepada pembangunan dalam negara kita. RM13.7 bilion itu nilainya sudah tidak lagi menjadi RM13.7 bilion dia sudah mengucup dan akhirnya kerajaan terpaksa mengejar bayang-bayang. Setiap kali harga minyak naik, maka harga minyak runcit dalam negara kita ini terpaksa dinaikkan dan subsidi akan dikurangkan.
Alasannya ini untuk pembangunan tapi hakikatnya pembangunan tidak dapat kita buat, rakyat terhimpit kuasa beli rakyat berada dalam keadaan yang cukup-cukup parah.
Jadi bagi saya bahawa kerajaan mengejar bayang-bayang untuk mengatakan bahawa ini persoalan berkaitan dengan soal pembangunan tapi saya hendak mengatakan bahawa pembangunan merupakan satu keperluan tetapi jangan sampai kita buat pembangunan yang akhirnya tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan rakyat dalam negara kita.
Contoh kalau kita buat jalan bagi elok, tapi kalau orang tidak ada duit hendak bawa kereta, hendak bubuh minyak, apa guna jalan yang elok dalam negara kita. Jadi sudah tentulah bahawa yang kita hendak ialah pembangunan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan rakyat dalam negara kita sekali gus keupayaan rakyat itu sendiri, mobiliti rakyat itu sendiri, harus diberikan keutamaan untuk memastikan keupayaan mereka dari segi kuasa beli dan sebagainya.
Hari ini kita terpaksa tambah lagi. Perdana Menteri mengumumkan pertambahan sebanyak RM30 bilion tapi bagi saya dengan jangkaan harga minyak, kenaikan harga dan keuntungan yang akan diperoleh oleh Petronas dijangka antara RM90 bilion pada tahun ini dan dijangka mungkin sampai RM90 ke RM120 bilion apabila akaun yang berakhir pada 1 Mac yang akan datang. Ini bermakna bahawa satu jangkaan keuntungan yang sangat besar, yang sangat lumayan.
Betul saya bersetuju bahawa kita bukan semua hendak menggunakan sepenuh keuntungan yang telah kita peroleh daripada Petronas untuk dibayar kepada subsidi harga minyak. Namun persoalan yang ada sekarang ini ialah, bagaimana kerajaan menguruskan segala keuntungan sumber kekayaan yang telah kita peroleh dalam negara kita.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Petronas dijangka kita dapat antara RM90 bilion ke RM120 bilion. Kemudian tadi disebut bahawa cukai pendapatan kita mungkin kutipannya sampai kepada RM80 bilion, sasaran pada tahun ini. Kemudian kastam yang telah berjaya mengutip sebelum ini antara RM30 bilion ke RM40 bilion dalam negara kita. Cukai-cukai lain RM20 bilion ke RM30 bilion dalam negara kita. Bagaimana kerajaan menguruskan segala kekayaan yang telah kita peroleh selama ini?
Sebab itu saya minta penjelasan-penjelasan ini untuk dapat memberikan satu gambaran yang sebenarnya, bagaimana soal-soal yang sedang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat ini benar-benar dapat diatasi. Kerajaan tidak boleh seperti mana ucapan Perdana Menteri bahawa dia mengharap tabah, sabar. Rakyat kena sabar, kena tabah ini ucapan Perdana Menteri. Tidak boleh kita sekadar hanya mengutarakan satu alternatif dia adalah sabar, tabah ialah sebagai anggota Kabinet dia boleh kata bahawa rakyat kena tabah, kena sabar sebab mereka tidak menghadapi apa-apa masalah tekanan dari segi kuasa beli dan sebagainya kerana elaun keraian sendiri saya pernah sebut di sini bahawa sampai RM18 ribu sebulan.
Jadi bagi saya bahawa, jangan mereka berfikir rakyat itu diletakkan pada posisi mereka. Mereka sepatutnya meletakkan posisi kedudukan mereka itu pada kedudukan rakyat baru mereka boleh memikir bagaimana kesempitan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Akan tapi dia fikir rakyat itu macam dia, sudah tentu dia rasa rakyat tidak ada apa- apa.
Jadi sebab itu saya mengharapkan kepada kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri sendiri untuk datang memberikan penjelasan-penjelasan untuk memastikan langkah-langkah yang dibuat ini dapat benar-benar memberikan manfaat sebab bagi saya bahawa dengan rebat RM625 untuk kereta 2000cc hanya untuk RM1.70 bagi satu hari.
RM1.70 apa kita boleh buat? Hendak bubuh minyak motor pun tidak boleh. Kalau minyak itu sudah kering, naik lampu dah pergi bubuh RM1.70 dia start masuk gear, mati sebab minyak itu hanya diguna untuk menghidupkan enjin, masuk gear mati, tambah-tambah kalau dapat RM1.50. Melainkan macam orang Padang Besar, memang dia besar. Dia tidak ada apa-apa masalah, pencen menteri ada, elaun Ahli Parlimen pun ada.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar
Yang Berhormat Pokok Sena, naik Pokok Senalah!
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Isteri pun cantik. Dia kawan saya, saya pujilah dia, bertuah. Jadi sebab itu saya mengatakan bahawa kerajaan harus berfikir, pemimpin-pemimpin negara harus berfikir meletakkan posisi diri mereka pada kedudukan rakyat. Jangan meletak mengangkat rakyat itu di kedudukan mereka. Kalau mengangkat rakyat pada kedudukan mereka sudah tentulah mereka tidak terasa kesempitan dan kehidupan yang dialami oleh masyarakat dan rakyat atau pegawai-pegawai kerajaan sendiri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu saya minta supaya penjelasan ini dapat diberikan bukan sekadar minta kita sabar, minta kita tabah. Kalau sabar, tabah, tok saya pun boleh habaq macam itu. Tok saya pun boleh habaq, sabaq, tabah, jimat. Kalau dahulu tok saya habaq, “Jimat che’, jangan lauk banyak sebab kalau makan lauk banyak, cacing.” Kalau pergi buang air besar, ada cacing. Jadi kita pun takut, padahal bukan tok kita beritahu bukan masalah cacing, masalah duit tidak ada. Jadi lebih baik bagi saya, mekanisme cara pengenalan tok saya itu daripada apa yang dilemparkan, dilontarkan oleh kerajaan, sekadar suruh orang sabar, suruh orang jimat.
Bagaimana mekanisme kita hendak berjimat dalam keadaan kesempitan hidup, purchasing power kita sudah kurang. Bagaimana keupayaan kita untuk membeli dan sebagainya. Masalah ini juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya jenayah dalam negara kita. Sekarang besi tutup longkang pun orang angkat jual. Kepala paip hak yang tembaga di masjid, tempat orang ambil air sembahyang pun orang curi. Di Perlis, pengusung mayat pun terpaksa Menteri Besar Perlis duk arah suruh bubuh rantai. Sebab apa sahaja yang boleh memberikan pulangan keuntungan untuk mereka hendak hidup, sudah tentu mereka akan lakukan. Jadi sebab itu akhirnya kita akan terpaksa spend duit
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
yang begitu besar untuk mengatasi pula masalah-masalah jenayah dalam negara kita. Jadi saya minta penjelasan.
Yang keduanya, masalah katanya untuk bekalan makanan. Penjimatan kita itu untuk bekalan makanan, tetapi timbul pula baru-baru ini, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri yang berkaitan dengan soal BERNAS, umpamanya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pun ada di sini. Disebut di sini bahawa BERNAS gagal tunai janji. Hanya bawa masuk 80 ribu tan beras daripada Thailand berbanding jaminan 200 ribu tan.
Saya tidak tahu apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah dibuat terhadap BERNAS untuk memastikan supaya segala perjanjian yang telah mereka buat itu dapat mereka tunaikan. Yang kedua, baru-baru ini BERNAS pula didapati oleh kawal selia padi, dua kilang BERNAS dikesan mengubahkan gred beras. Lalu pihak BERNAS buat kenyataan mengatakan ini bukan salah depa, ini salah mesin. Mesin ini mesin lama dari zaman LPN, Lembaga Padi Negara. Jadi mesin itu yang menyebabkan gred beras itu boleh berubah. Sama ada ini merupakan alasan yang munasabah, bagi saya ini adalah alasan yang tidak munasabah. Sedangkan kalau salah mesin kerana mesin lama, mereka sudah tahu berapa lama mesin itu yang dimiliki oleh LPN suatu ketika dahulu yang sepatutnya mereka boleh tukar.
Akhirnya sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut bahawa perkara yang timbul pada 30 Jun baru-baru ini apabila Timbalan Perdana Menteri tampil ke depan untuk memberikan penerangan ke atas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya bukan persoalkan masalah hak dan kuasa Tuan Yang di- Pertua, itu hak, saya hormati walaupun saya telah berikan hujah dan sebagainya. Akan tetapi, persoalan yang saya timbul di sini ialah apa keperluan untuk seorang Timbalan Perdana Menteri datang ke Dewan yang mulia ini untuk memberikan penjelasan ke atas apa yang telah pun diberikan oleh Perdana Menteri.
Ini sampai sekarang sedang berlegar dalam kepala saya, dalam pemikiran saya, kenapa? Saya sebut hari itu, adakah penerangan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu tidak jelas, tidak cukup yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri perlu datang.
Sedangkan sebelum daripada ini, pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia yang sebelum ini tidak pernah selepas daripada Perdana Menteri bentang, perlu ada satu penerangan khas daripada Timbalan Perdana Menteri. Belum pernah ada.
Tiba-tiba pada 30 Jun yang lalu bahawa datang Timbalan Perdana Menteri untuk memberikan penerangan. Sebab itu saya katakan bahawa dan penerangan yang diberikan itu pula penerangan yang menunjukkan bahawa bukan salah orang lain yang menyebabkan Melayu terpinggir. Saya bersetuju bahawa bukan kerana orang lain, bukan kerana bangsa lain. Apa yang diterangkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang saya dapat baca daripada catatan Parlimen, bukan salah orang lain, bukan salah bangsa lain yang menyebabkan Melayu terpinggir. 50 tahun Melayu terpinggir kerana siapa? Kerana UMNO! [Tepuk] Kalau mengikut angkanya pendapatan per kapita antara India dengan Melayu, kalau ikut di sini walaupun ada orang tidak berpuas hati, saya katakan bahawa Melayu lebih terpinggir daripada orang India. Apa UMNO buat, pasal apa hendak marah? Saya tidak bersetuju orang dok bangkit soal kontrak sosial dan sebagainya, tetapi apa kita hendak salah kepada orang yang hendak membincang kontrak sosial. Dia baru bincang kontrak sosial. Setakat dia membincang kontrak sosial, tetapi UMNO, Barisan Nasional telah buat sesuatu untuk menghakiskan kepentingan orang Melayu dalam negara kita... [Tepuk] Soalan daripada Jerlun kepada Perdana Menteri hari ini dengan merujuk kepada ucapan Perdana Menteri pada tahun 2006. Saya tidak tahu apa jawapan Perdana Menteri kepada Jerlun, minta maaf. Namun, persoalannya Jerlun mengakui bahawa Perdana Menteri pernah berucap pada tahun 2006 untuk menghapuskan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru dalam pelaksanaan pembangunan Iskandar Malaysia.
Adakah kita hendak salahkan Bar Council yang baru bincang persoalan kontrak sosial, relevan ataupun tidak dan sebagainya. Sedangkan Perdana Menteri sendiri sudah ada menyatakan keinginan, hasrat dia untuk menghapuskan Dasar-dasar Ekonomi Baru
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
dalam pelaksanaan di Iskandar Malaysia. Takkan kita hendak salahkan Bagan bila dia naik jadi ketua menteri, Melayu Pulau Pinang terpinggir. 50 tahun UMNO buat apa? Duk cangak, nganga sahaja... [Tepuk] Ini bukan soal perkauman, tetapi saya hendak katakan bahawa tidak adil apabila kita diberikan kuasa untuk memerintah, kita tidak buat sesuatu untuk seluruh rakyat dalam negara kita. Lalu bila orang lain, dapat kita salahkan kepada orang lain. Ini tidak adil bagi saya. Saya bersetuju bahawa saya katakan bahawa keadaan orang Melayu terpinggir dan sebagainya, persoalannya apa UMNO buat.
Yang kedua, saya hendak sebut di sini berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri yang datang ke sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa, satu minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Baik, baik. Saya walaupun berlegar- legar dalam kepala saya sampai hari ini, pertama adakah itu menunjukkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri..., itu satu... [Tepuk] Yang kedua, adakah Timbalan Perdana Menteri ada masalah? Satu suasana yang tidak kondusif yang sedang menyelubungi hidup beliau apabila ada pengakuan- pengakuan bersumpah yang dibuat terhadap isteri beliau... [Tepuk] Dibuat oleh Raja Petra yang mengaku mempunyai bukti bahawa isteri beliau berada pada tempat dan menyaksikan letupan ke atas Atlantuya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dan hari ini, akhir sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa, masa, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Hari ini ada pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Balasundram, bekas anggota polis dan bekas seorang penyiasat persendirian yang membuat pengakuan mengatakan bahawa Razak Baginda telah memberitahu kepada dia dan dia telah melaporkan kepada pihak polis tetapi pihak polis tidak membuat apa-apa tindakan... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dan saya hendak sebut, antara yang disebut bahawa Razak Baginda memberitahu, Balasundram mengatakan bahawa memang Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan seks dengan Atlantuya...
[Disampuk][Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena, sudah habis masa.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Dan dia memberitahu pengakuan bersumpah bahawa memang Atlantuya telah meminta komisen USD500 ribu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Persoalannya sekarang ialah..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa sudah habis, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya hendak katakan bahawa bagaimana dengan pengakuan-pengakuan bersumpah yang dibuat seperti ini? Bagaimana penyiasatan...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pengakuan bersumpah belum tentu betul.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Sebab itu saya hendak minta secara terbuka pada hari ini..
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Hai, parti Islam pun buat fitnah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya bukan membuat tuduhan.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jangan fitnah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya tidak membuat tuduhan. Saya katakan ini pengakuan yang dibuat oleh seseorang. Sebab itu perlu kepada satu penyiasatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa sudah habis..
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Penyiasatan perlu dibuat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ataupun Perdana Menteri perlu menggantungkan jawatan Timbalan Perdana Menteri... [Disampuk][Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Sudah, Yang Berhormat. Kanowit.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebab saya berharapan Yang Berhormat cakaplah, ceritalah hal masyarakat, bukan soal politik, Yang Berhormat.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Ya, memang, memang. Ya, terutamanya saya akan menyentuh isu kemiskinan yang juga telah banyak dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Kita memang mengalu-alukan hasrat kerajaan yang telah berhasrat untuk membasmi kemiskinan menjelang tahun 2010. Dari maklumat statistik yang sedia ada, kita bangga kerana kemiskinan telah pun turun dari angka 56% yang dahulu, dalam tahun 70-an kepada 3.6% pada tahun 2007.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Berasaskan poverty line index ataupun garis kemiskinan bagi negeri Sarawak iaitu RM830.00 sebulan pada tahun 2007, di Sarawak kita masih mempunyai 13% kadar kemiskinan di luar bandar dan 2.1% kemiskinan tegar. Dan ini akan melibatkan 35,000 isi rumah yang miskin dan 5,000 isi rumah yang miskin tegar. Memanglah, saya pun tidak berapa selesa dengan angka-angka ini oleh sebab apabila kita melawat ke kawasan luar bandar, kita nampak mungkin lebih daripada angka-angka ini yang sebenarnya terjadi di kawasan luar bandar.
Sekarang, kadar kemiskinan ini akan lebih tinggi apabila kos barang keperluan naik oleh sebab kenaikan harga minyak dan kadar ini akan lebih tinggi lagi apabila kos sebenar menyara hidup di kawasan pedalaman dikaji semula mengikut kenaikan kos sekarang. Baru-baru ini, survey oleh kerajaan iaitu e-Kasih telah pun dilancarkan dan kita sebagai wakil rakyat tidak tahu sama ada ia dibuat dengan menyeluruh di kawasan- kawasan luar bandar. Kalau ia tidak komprehensif, data-data itu nanti akan membuat kekeliruan kepada kerajaan dan maklumat itu akan tidak tepat pada tujuannya, dan
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
mungkin juga akan melibatkan program yang dirancang oleh kerajaan kepada rakyat yang miskin ini, akan terkeluar daripada hasratnya.
Saya cadangkan bahawa proses pengumpulan data-data seperti ini bagi orang miskin atau OKU, ibu-ibu tunggal di kawasan luar dapat dipermudahkan lagi dengan penglibatan ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kampung, tuai rumah dan ahli-ahli politik sebab mereka ini adalah yang paling dekat dengan rakyat mereka sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, di daerah Kanowit, saya pun telah banyak menerima rayuan daripada orang-orang miskin atau ibu tunggal yang telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada masa-masa dahulu, tetapi sekarang bantuan ini telah banyak dihentikan dengan tidak memberi alasan yang sewajarnya. Banyak juga permohonan baru daripada keluarga-keluarga miskin di luar-luar bandar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi malangnya proses untuk meluluskan permohonan itu adalah terlalu lama.
Saya sebagai wakil rakyat, apabila melawat ke kawasan sering dilanda oleh masalah ini dan mereka kadang-kadang menjadi emotional. Saya mohonlah kepada kerajaan untuk lebih melihat masalah ini dengan teliti dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai-pegawainya, haruslah lebih prihatin kepada orang yang miskin ini.
Tuan Yang di-Pertua, memang banyak juga bantuan kerajaan melalui pelbagai jabatan kerajaan seperti jabatan pertanian, jabatan kesihatan, pelajaran dan sebagainya untuk menolong atau menyara rakyat miskin di luar bandar.
Di kawasan luar bandar, bantuan-bantuan pertanian adalah amat diperlukan kepada petani-petani seperti penternakan, perikanan, tanaman buah-buahan dan sebagainya. Akan tetapi masalah yang besar kita selalu nampak di luar bandar adalah the end product, dengan izin. Itu adalah tidak menjadi hasil keuntungan kepada pekebun- pekebun atau petani yang kecil ini. Ini oleh sebab input atau maintenance kepada kebun dan ladang ataupun kolam ikan ataupun segala sayur-sayuran itu adalah tidak sempurna kerana input tidak cukup ataupun pengetahuan mereka adalah tidak sebegitu oleh sebab kadang-kadang pegawai dari jabatan pertanian itu cuma memberi the initial kerja, selepas itu yang lain itu dia “lepas tangan” sahaja.
Akhirnya, hasil itu tidak memuaskan dan ini akan menjadi masalah yang besar kepada mereka. Ada pula yang sudah ada hasil ataupun seperti ternakan ikan atau ayam dan sayur-sayuran tetapi akhirnya mereka tidak tahu ke mana ia dapat dijual atau tidak ada market. Ini satu masalah yang besar. Jadi akhirnya semua usaha kerajaan, jabatan pertanian dan petani-petani ini menjadi sia-sia sahaja. Tidak ada membawa hasil atau keuntungan kepada petani-petani atau yang berkenaan. Jadi, saya cadangkan kepada kerajaan untuk melihat perkara ini dengan lebih teliti dan melihat kepada projek-projek yang benar-benar memberi hasil kepada pekebun kecil terutamanya di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut mood dan minat petani-petani sekarang, di luar bandar mereka lebih suka atau lebih minat kalau kerajaan dapat memberi bantuan bagi mereka menceburkan diri dalam ladang sawit dan getah secara kecil-kecilan oleh sebab market untuk komoditi itu tetap ada dan mungkin akan lebih tinggi harganya pada masa- masa yang akan datang. Dengan itu, saya menyeru kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan seperti RISDA dan MPOB untuk memohon peruntukan yang lebih banyak bagi tujuan menolong petani-petani atau peladang di luar bandar. Dalam hal itu juga, saya menyeru agar isu tanah asal bumiputera atau NCR di Sarawak perlu diselesaikan dan diberi hak kepada mereka yang benar-benar mempunyai hak kepada tanah itu.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu semasa yang sangat hangat sekarang ini di kawasan Parlimen Kanowit adalah, di mana lebih kurang dalam sebulan lebih ini rakyat ataupun pemilik tanah NCR yang telah berkongsi dengan Syarikat Boustead untuk mengusahakan tanah NCR mereka dengan ladang sawit secara besar-besaran yang telah bermula pada tahun 1997 dahulu. Akan tetapi selepas selama 10 tahun yang lalu, mereka diberi dividen yang pertama cuma dalam lingkungan kurang daripada RM30.00 satu hektar.
Ini amatlah mengecewakan mereka dan sebab itu mereka membuat keputusan untuk memberhentikan segala kerja di ladang-ladang itu.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Ini juga sudah menjadi isu politik di Kanowit dan saya menyeru agar kerajaan masuk campur dalam hal ini. Ini bukan hal syarikat semata-mata oleh sebab pemilik NCR adalah rakyat dan pengundi Barisan Nasional selama ini. Mereka telah memberi kepercayaan kepada kerajaan dari awal projek ini dan terus bersetuju untuk terlibat sama dan menyerahkan tanah NCR mereka untuk projek joint venture itu. Malangnya selepas 10 tahun projek itu berjalan dan beribu-ribu tan metrik buah sawit telah dijual dengan harga yang amat lumayan, tetapi mereka cuma mendapat kurang daripada RM30.00 sehektar selama tempoh 10 tahun yang telah lalu.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di luar bandar Sarawak amatlah merasai banyak tekanan kerana kenaikan harga semua barang keperluan selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini. Walaupun kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan beban dengan memulangkan balik cash rebate kepada pemilik kenderaan dan motosikal dan pelbagai subsidi kepada nelayan dan yang lainnya, tetapi rakyat di ulu sungai di Sarawak di mana belum ada lagi jalan raya, mereka masih lagi menggunakan perahu dan enjin sangkut untuk menghantar anak-anak ke sekolah, turun ke sawah, ke kebun, pergi ke pekan dan ke klinik, pergi memburu dan sebagainya, maka kos pengangkutan yang jauh meningkat ini, amat memberi beban kepada mereka.
Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar masih menggunakan generator set yang memerlukan diesel ataupun petrol untuk dijalankan. Juga banyak chainsaw dan enjin padi digunakan di rumah panjang.
Kalau mengikut statistik yang kita ada pada setakat ini lebih kurang 62,000 enjin sangkut yang berada di Sarawak, 66,000 generator set untuk elektrik, 8,000 enjin padi dan 60,000 chainsaw dan ini adalah menggunakan banyak minyak diesel dan petrol di luar-luar bandar.
Kita tahu, kerajaan juga bercadang untuk memberi balik subsidi minyak kepada rakyat yang miskin di luar bandar. Sistem fleet card telah banyak digunakan tetapi bagi kita, untuk rakyat di ulu sungai ia mungkin tidak praktikal oleh sebab tidak ada stesen pam minyak seperti di bandar-bandar. Kita telah berbincang panjang di dalam hal ini dan telah pun bersetuju di antara kita di luar bandar bahawa cara yang paling baik adalah memberikan cash rebate seperti yang diberi kepada kereta dan motosikal kepada pemilik- pemilik enjin sangkut, pemilik generator set, enjin padi dan sebagainya dan cash rebate ini boleh diberi kepada mereka di rumah-rumah panjang atau di kampung-kampung dengan cara merujuk projek MRP kepada JKKK atau J3K sesebuah rumah panjang atau pun sesebuah kampung itu.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Dengan cash rebate ini, maka bijak pandailah mereka untuk membelanjakan wang tersebut, yang diberi kepada pemilik kenderaan. Apa yang perlu dalam hal ini adalah maklumat daripada rumah panjang atau kampung berkenaan dan keluarga yang mempunyai enjin sangkut atau generator set dan lain-lain. Saya diberitahu bahawa maklumat yang telah di kumpul itu adalah menyeluruh dan saya menyeru agar ia dapat dibuat secara teliti supaya tidak ada isi rumah yang tertinggal.
Isu satu lagi yang sering dibangkitkan bagi penduduk di kawasan luar bandar adalah masalah yang sering berlaku iaitu kebakaran bagi rumah-rumah panjang dan sebab rumah panjang itu adalah dikongsi oleh beberapa keluarga, duduk di bawah satu bumbung dan apabila kebakaran berlaku kesemua keluarga itu akan hilang segala-galanya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagai wakil rakyat kita memang menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka tetapi yang menjadi isu di sini ialah apabila mereka ingin memohon bantuan kewangan ataupun pinjaman daripada kerajaan untuk membina rumah baru, ini adalah amat mengecewakan oleh sebab peruntukan kerajaan bagi tujuan tersebut tidak mencukupi dan saya difahamkan bahawa beratus-ratus rumah panjang di Sarawak yang kebanyakannya mangsa-mangsa kebakaran belum mendapat pinjaman 10 ribu yang ditetapkan untuk sekeluarga. Saya mohon kepada kerajaan untuk memberi peruntukan yang lebih banyak bagi tujuan loan atau pinjaman ini supaya permohonan dari mangsa kebakaran dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
Tuan Aaron Ago Dagang - Kanowit
Tuan Yang di-Pertua, isu kemudahan asas, isu bantuan sekolah, SJK(C), mission school, klinik, peluang pekerjaan dan sebagainya di kawasan luar bandar memang banyak dan sering dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya di sini menyeru kepada kerajaan sekali lagi untuk melihat semua keperluan ini dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kawasan-kawasan yang tertinggal jauh dari segala pembangunan ini.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya membicarakan dan melontar komentar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan yang terima, kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam kadar 6.1 peratus setahun, rujukan yang bagaimana, keindahan catatan yang sedemikian diterima pakai, menaik tarafkan kualiti hidup rakyat pendapatan per kapita daripada RM18,840 pada 2005 kepada RM23,066 pada tahun 2007. Sekiranya pada tahun 2008, diambil anjuran dalam pendapatan RM23,066 pada tahun 2008 pertengahan Jun dan kadar perbelanjaan dengan dibandingkan pendapatan tidak seimbang langsung dengan kenaikan harga barangan keperluan harian dan kenaikan bahan petrol baru-baru ini. Secara realitinya, pendapatan rakyat per kapita dianggarkan sekitar RM7,200 untuk membolehkan pendapatan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kadar RM23,066. Pihak pekerja telah merencanakan, mencadangkan RM1,500 diwartakan sebagai gaji minimum berbanding sekitar RM1,920 sebulan yang telah dilaporkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Secara konsistennya, mengapa pihak kerajaan sukar mewartakan pendapatan minimum dilaksanakan di bawah Akta Pekerja 1955. Ini juga berpandukan kepada kuasa Menteri yang boleh mengidentifikasikan kelayakan syarikat tersebut. Saya ingin mencadangkan, keindahan di kertas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipraktikkan di bawah kenyataan undang-undang. Saya merasakan kesangsian peratusan yang telah dilaporkan pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 ini, di atas mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Manakala kemiskinan tegar pula menyusut dari 1.2 peratus kepada 0.7 peratus pada tahun 2007. Ini terbukti apabila paras kemiskinan kadar yang telah pun diwartakan pada RM691. Dengan ketidakseimbangan pendapatan perbelanjaan, angka minimum RM691 itu adalah tidak sesuai. Saya berpandangan bahawa minimum RM1,500 adalah layak dikategorikan miskin, jika di ambil kira kenaikan harga barangan termasuk bahan petrol sehingga mencecah menghampiri 86 peratus keseluruhan daripada asal tahun 2004 ke 2007.
Walaupun Dewan yang mulia ini telah menyaksikan permainan Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju di atas alasan global namun keluarga, anak cucu rakyat yang diwakili oleh Yang Berhormat merintis kepayahan dan sengsara kerana ketidakprihatinan mereka yang berkuasa menyelami tangisan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, anjuran kadar pengangguran berada dalam tahap 3.3 peratus pada tahun 2007. Sekiranya diambil keseluruhan pekerja di dalam negara, jumlah kebanyakan pekerja keseluruhannya berjumlah 11 juta termasuk pekerja asing yang melebihi kadar 2 juta yang digaji dengan kepelbagaian sektor. Pekerja asing ini juga telah diberi gaji yang minimum dan dalam sekitar per kapita RM4,800, dan jumlah kerja sehari melebihi lebih 8 jam.
Ini juga dalam proses walaupun pelanggaran Seksyen 60(a), Akta Pekerja 1955 telah dilakukan, namun dalam masa yang sama gaji minimum tidak diperkenalkan dan syarikat-syarikat durjana ini telah mengamalkan penghambaan pekerja buruh asing dan memaksa perbelanjaan besar seperti membayar levi, menyediakan makan minum serta rumah kepada pekerja asing ini tidak dapat dilaksanakan ini juga akan mengakhiri aspek pengurangan pengangguran dalam negara dalam sekitar 3.3 peratus dan akhirnya kalau keseluruhan perbelanjaan pekerja asing yang diambil, ini dapat mengurangkan secara automatik pengambilan pekerja asing dan sudah pasti percentage 3.3 peratus pengangguran dapat diselesaikan dan sifar penganggur dapat dilaksanakan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kalau kita melihat kepada akta itu sendiri di bawah Seksyen 60(a), Akta Pekerja 1955 telah menyatakan dengan jelas bahawa pekerja-pekerja asing tidak boleh diambil dan kita memberhentikan pekerja tempatan, ini memang telah diwartakan, tetapi penguatkuasaan dalam pihak Kementerian Sumber Manusia dan kementerian berkenaan tidak pernah melaksanakan demikian dan ini memberikan ruang yang begitu banyak kepada pengusaha-pengusaha syarikat, saudagar- sudagar durjana ini mengambil pekerja asing dan tidak menghayati undang-undang yang jelas di bawah seksyen 60(a) yang berlaku pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan yang kita terima yang telah di utarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di bawah perkara 44 dalam memupuk nilai moral, etika yang kukuh. Hasrat untuk melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama menuntut kepada pembinaan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh.
Usaha ini terus dipertingkatkan pelaksanaan Pelan Integriti Negara penerapan Islam secara madani. Apabila nilai murni yang dizahirkan oleh masyarakat namun kerapuhan undang-undang yang membenarkan laluan mudah, hak masyarakat itu dipersendakan melalui pindaan undang-undang yang dibuat di bawah Akta Perusahaan 1967 tidak memperakui tentang kemuliaan nilai tersebut dan ini akan menjijikkan pentadbiran umat.
Saya ingin merujuk kepada Dewan yang mulia ini sekali lagi pada Julai 2007 apabila Rang Undang-undang Akta Perusahaan 1967 di bawah seksyen 30 dipinda menyekat kebebasan pekerja, melahirkan pekerja berkualiti tetapi memberikan kuasa kepada syarikat ataupun majikan untuk memecat semua mereka yang dikategorikan sebagai pekerja diberi ruang. Pekerja hanya ada minimum advantage ataupun permohonan minimum ke atas hak mereka. Bila mana kita melahirkan insan yang cukup efisien dalam masa yang sama kita beri ruang yang cukup besar kepada syarikat-syarikat untuk membuang pekerja-pekerja tanpa pembelaan yang sewajarnya. Ini sebenarnya baling tangan kanan, sembunyi tangan kiri.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya melahirkan modal insan jangan ada sekatan dan menakutkan kemuliaan nilai tersebut dan memohon supaya menteri yang terlibat khususnya sumber manusia memandang serius Akta Perusahaan 1967 yang telah pun dipinda, ditarik balik supaya memperkasakan dan menjana modal insan dan jangan ada gangguan dari mana-mana pihak.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, dalam perbandingan pendapatan isi rumah dan dalam menambah baik pengagihan pendapatan. Pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia terus mencatat peningkatan mengikut laporannya serta daripada RM3,249 pada tahun 2004 kepada RM3,686 pada tahun 2007. Pendekatan ini adalah hasil kepada ekonomi yang positif lantaran menggalakkan penjanaan peluang pekerjaan.
Saya berpandangan, perbandingan pendapatan isi rumah seperti mana dilaporkan dalam menambah baik pengagihan pendapatan dan perbelanjaan yang telah dilaporkan bersama sehingga tahun2008. Pada Jun, kenaikan yang cukup menakutkan dan menyeksa rakyat, memberikan kesan yang cukup buruk kepada pendapatan isi rumah. Laporan rambang ini berpandukan kepada maklumat tidak relevan, bagaimana isi rumah mempunyai sumber satu saluran dengan menggalas tanggungjawab seorang tanpa didukung bantu yang lain.
Saya lebih cenderung pendapatan isi rumah diamalkan melalui pendapatan individu kerana tanggungjawab masing-masing untuk memastikan bahawa pendekatan atau pun pembelaan terhadap setiap isi rumah itu dikategorikan dalam satu pendapatan kepada satu pendapatan, bukan keseluruhan secara rambang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krau.
Beberapa Ahli
Tahniah.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana selepas Yang Berhormat Kuala Langat, diberi peluang kepada saya untuk turut berbahas. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, dalam masa dua tahun Rancangan Malaysia Kesembilan telah berjaya. Sepuluh perkara yang telah disebut di dalam Kajian Separuh Penggal kejayaan Barisan Nasional dan terima kasih Yang Berhormat Shah Alam kerana memberi tepukan menyokong. Sepuluh perkara tersebut ialah:
(i) mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara;
(ii) menaik taraf kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan per kapita;
(iii) menguruskan perbelanjaan kerajaan secara berhemah;
(iv) meneroka sumber pertumbuhan baru;
(v) meningkatkan kualiti dan aset kepada pendidikan negara;
(vi) mengurangkan kadar kemiskinan.;
(vii) mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik antara wilayah dan antara bandar dan luar bandar;
(viii) melahirkan hampir 68,000 orang usahawan baru;
(ix) penjagaan kesihatan, kemudahan perumahan, memperluaskan jaringan jalan raya ke kawasan luar bandar, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya; dan
(x) meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam.
Sekarang kita telah memasuki fasa kedua Rancangan Malaysia Kesembilan.
Alhamdulillah, fokus utama kerajaan dalam fasa kedua ini adalah untuk memastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara dan terbela. Program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksanakan dan di perkasa. Langkah kerajaan untuk menangguhkan projek-projek mega yang kurang memberi impak kepada rakyat tetapi ditumpukan kepada program-program kesihatan, kesejahteraan rakyat dan pembasmian kemiskinan sangat dialu-alukan.
Dalam Teras 2 - Rancangan Malaysia Kesembilan, iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Bagi memastikan hasrat ini berjaya, saya memohon supaya peruntukan bagi Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi hendaklah ditambah. Pembinaan-pembinaan sekolah-sekolah kebangsaan hendaklah ditambah agar hasrat kerajaan menjadikan sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan bagi rakyat di dalam negara kita. Dalam masa yang sama, bagi memberikan keseimbangan kepada akses pendidikan semua kaum termasuk Cina dan juga India, saya mencadangkan supaya semua sekolah bantuan modal Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan juga sekolah jenis kebangsaan India diambil alih oleh kerajaan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran telah diberi peruntukan sebanyak RM64.84 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) bagi sejumlah 523 sekolah di seluruh negara. Daripada jumlah 523 tersebut, sebanyak 267 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) masih lagi terdapat di estet-estet dan juga di ladang-ladang. Di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau, terdapat dua buah sekolah jenis Kebangsaan Tamil iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang, Diong, Kerdau dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Tekal.
Saya berpendapat kedua-dua buah sekolah perlu diberi perhatian segera mengenai bangunan sekolah yang lama, usang, lagi tidak selamat. Kekurangan bilik darjah,
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
tidak ada makmal sains, makmal komputer, sistem jalan raya yang begitu teruk sekali, jalan masih lagi jalan tanah merah, berdebu jika musim panas dan becak, dan jika musim hujan, kenderaan tidak boleh dilalui. Ini sangat menyedihkan lagi kepada pelajar dan juga kepada penduduk di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.
Apa yang saya pelik, dua-dua sekolah ini berada dalam estet milik PNB yang kaya- raya. Saya percaya sumbangan-sumbangan dan juga tanggungjawab PNB kepada sekolah-sekolah ini perlulah diberikan. Saya memohon supaya PNB memberikan tanggungjawab sosial membantu Kementerian Pelajaran bagi membina jalan-jalan raya ke kedua-dia sekolah tersebut.
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Tekal, ada permohonan untuk dibina sekolah baru di Pekan Kuala Krau kerana masyarakat India sudah tidak ramai lagi tinggal di ladang tersebut tetapi sudah ramai berpindah di Pekan Kuala Krau. Dengan siapnya pembinaan jambatan Kuala Krau yang menghubungkan Pekan Kuala Krau ke Bandar Jengka, ramai pelajar India dari Jengka akan bersekolah di sekolah baru ini.
Permohonan dan pelan tapak juga telah dihantar kepada Kementerian Pelajaran sejak tahun 2005 lagi tetapi sehingga kini, tiada jawapan.
Oleh itu, saya memohon di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan dimasukkan pembinaan sekolah baru bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) bagi Ladang Sungai Tekal.
Terdapat juga sekolah-sekolah yang berada di luar bandar yang berada di kampung tradisional yang sudah tidak ada penduduk yang ramai dan telah berpindah ke suatu penempatan baru iaitu di kawasan Rumpun Makmur dan juga Gunung Senyum. Oleh itu, permohonan bagi pembinaan sekolah baru juga telah dipohon bagi Sekolah Kebangsaan Gunung Senyum dan permohonan juga telah dihantar. Saya juga memohon dimasukkan pembinaannya di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat ada keyakinan kah bahawa kerajaan ataupun kementerian boleh membina sekolah-sekolah ini. Di kawasan saya, sudah beberapa tahun, lima tahun saya minta untuk didirikan sekolah ini tetapi masih juga tidak ada peruntukan daripada kerajaan. Jadi apakah Yang Berhormat ada keyakinan ataupun ingin menegaskan kementerian ini supaya fokus. Peruntukan itu hendaklah diberi kepada yang berkewajipan, jangan janji kosong dalam Dewan ini.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya Yang Berhormat Kinabatangan ini ada keyakinan, cuma hendak dimasukkan ucapan Yang Berhormat Kinabatangan supaya pembinaan sekolah di kawasan Kinabatangan disegerakan.
Saya cukup yakin bahawa Kerajaan Barisan Nasional masih lagi mampu untuk membina sekolah... [Disampuk] Mampu dan terus mampu. Yang Berhormat Shah Alam ini suka kacaulah. Untuk terus membina sekolah-sekolah sama ada kebangsaan dan sekolah- sekolah jenis kebangsaan.
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, semasa lawatan Menteri Pelajaran ke daerah Jerantut pada tahun 2006, saya bersama Yang Berhormat Adun kawasan Jenderak iaitu kawasan Parlimen Kuala Krau telah menemui menteri bagi memohon pembinaan Sekolah Menengah Kuala Krau yang tapaknya telah dikenal pasti dan telah diwartakan atas nama Kementerian Pelajaran. Pegawai Kementerian Pelajaran telah turun menyiasat bersama-sama dengan saya tetapi selepas itu hilang begitu sahaja... [Ketawa] Saya mohon supaya Sekolah Menengah Kuala Krau ini juga dimasukkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 bagi pembinaan sekolah tersebut. Walaupun... [Disampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kes sekolah menengah saya begitu juga, tiga tahun dilawat, tak ada juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Minta jalan Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kinabatangan, sebab itu kita tak jemu-jemu dan kita cukup yakin bahawa Kementerian Pelajaran akan terus memberikan pembelaan kepada masyarakat di luar bandar.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menumpukan kepada keselesaan kesihatan kepada penduduk sama ada di bandar dan juga di luar bandar. Saya percaya hasrat kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan untuk membina hospital-hospital baru dan juga membina klinik-klinik komuniti di kampung-kampung dan juga di luar bandar akan terus diadakan. Saya mohon dimasukkan pembinaan klinik komuniti di Rumpun Makmur dan Jengka 17 di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Bagi memperluaskan jaringan jalan raya yang menjadi tumpuan kerajaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar mestilah diberikan peruntukan yang lebih besar lagi bagi pembinaan-pembinaan jalan-jalan kampung, jalan pertanian dan sebagainya.
Saya juga memohon pembesaran jalan raya iaitu di antara persimpangan Kampung Awah. Ini di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kampung Awah ke simpang Jengka 8 hendaklah dilebarkan daripada piawai JKR R2 kepada JKR R5 dan berturap. Pembukaan Lebuh Raya Pantai Timur telah menyebabkan jumlah pengaliran trafik meningkat untuk ke Bandar Pusat Jengka yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tun Abdul Razak. Bilangan penduduk yang telah bertambah hampir 50,000 di mana di dalam keadaan biasa perjalanan hanya 20 minit tetapi musim-musim perayaan dan juga hujung minggu memakan masa hampir satu jam.
Anggaran kos tidak tinggi lebih kurang RM50 juta sahaja. Jalan ini juga akan menghubungkan ke Hutan Lipur Gunung Senyum yang menjadi pusat pelancongan dan tempat penduduk tempatan berkelah. Sekolah-sekolah mengadakan kursus-kursus dan NGO-NGO yang lain mengadakan perkhemahan...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Mohon laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Lipis.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
... selalu juga menggunakan kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Sekejap ya saya habiskan.
Saya juga mencadangkan jalan daripada Jengka 18, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23 dan ke Gunung Senyum ini juga dilebarkan daripada piawai JKR R3 kepada JKR R5 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta. Sila Yang Berhormat Lipis, sahabat saya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya dengar cerita yang Gunung Senyum ini nanti akan dijadikan kuari? Jadi bagaimana kita hendak menjadikannya sebagai pusat riadah dan lain-lain? Mohon pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Lipis ini dia boleh bacalah saya punya pemikiran dan apa yang hendak saya sampaikan di dalam Dewan yang mulia ini, nanti saya sampai kepada bab itu. Di bawah Kementerian Pelancongan Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat beberapa pusat pelancongan di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Pertamanya Hutan Lipur Gunung Senyum sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Lipis, Air Terjun Lata Manau di Kuala Krau, projek homestay di Kampung Desa Murni Kerdau, di Rumpun Makmur, di Jengka 23, di mana pelancong-pelancong daripada Jepun, daripada US dan luar negara selalunya datang ke projek atau di program homestay ini.
Keempatnya iaitu pusat pemeliharaan liar seladang, projek agro pelancongan yang tersesar di dunia selepas daripada US dan juga selepas daripada Kanada. Saya hendak sebut maklumat tentang Gunung Senyum. Saya percaya bahawa kita semua mengetahui
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Gunung Senyum ini terdapat 18 buah gua di dalam kawasan Gunung Senyum, yang hendak saya sebut:
(i) Gua Kolam Tujuh;
(ii) Gua Jebak Puyuh;
(iii) Gua Angin;
(iv) Gua Terang Bulan;
(v) Gua Taman Satu;
(vi) Gua Taman Dua;
(vii) Gua Gajah;
(viii) Gua Makam Tok Long;
(ix) Gua Silat;
(x) Gua Danau Impian;
(xi) Gua Tali Air;
(xii) Gua Hidang;
(xiii) Gua Kelawar;
(xiv) Gua Sara;
(xv) Gua Piala;
(xvi) Gua Merlak;
(xvii) Gua Tapa; dan
(xviii) Gua Kambing.
Semuanya menjadi pusat pelancong dan tempat-tempat pelancong-pelancong datang ke kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum. Namun kalau hendak menggunakan kemudahan-kemudahan di sini terpaksa membuat tempahan enam bulan lebih awal daripada tarikh yang hendak kita gunakan. Saya percaya tindakan sesetengah pihak yang mana saya telah mohon untuk membesarkan atau menaik taraf Gunung Senyum yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan tetapi telah ditarik balik akibat daripada ada cadangan syarikat tertentu untuk mengadakan atau untuk usaha membina sebuah kuari simen di kawasan Hutan Gunung Senyum tersebut.
Saya hendak menyebut di dalam Dewan yang mulia ini bahawa penduduk di kawasan Parlimen Kuala Krau sangat membantah usaha-usaha untuk menjadikan kawasan dan persekitaran Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut sebagai kawasan untuk kuari bagi simen. Saya merayu kepada kerajaan sama ada kerajaan negeri atau kementerian yang terlibat, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya mengkaji semula terhadap kesan dan juga masalah alam sekitar kepada penduduk setempat. Oleh itu saya mohon sekali lagi Kementerian Pelancongan haruslah mengembalikan dan juga menaik taraf kawasan tersebut dengan peruntukan RM2 juta yang telah diluluskan.
Bagi kawasan Lata Manau yang disebut bahawa satu-satunya kawasan air terjun di kawasan Parlimen Kuala Krau, saya mohon juga untuk Kajian Separuh Penggal ini dimasukkan sejumlah RM1 juta bagi menaik taraf kawasan tersebut. Tentang pusat pemulihan liar seladang iaitu projek agro pelancongan yang ketiga terbesar di dalam dunia, saya mohon diberikan peruntukan kelulusan untuk menaik taraf kawasan tersebut sejumlah RM3 juta. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang keadaan di mana orang-orang kampung petani dan juga pekebun yang telah disebut oleh rakan-rakan yang lain termasuk juga Kinabatangan yang menyatakan bahawa baja, racun, anak benih melambung, meningkat mendadak sehingga daripada awal tahun 2005 hanya RM200 bagi racun 50 liter tetapi sekarang RM450.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Ini tidak mampu dan memberi kesan yang begitu besar sekali kepada pekebun kelapa sawit dan juga pekebun getah dan juga pengusaha-pengusaha kebun yang lain.
Saya mohon supaya kerajaan mengambil berat terhadap kenaikan harga-harga sama ada baja, racun, anak benih. Anak benih kelapa sawit dahulunya pada tahun 2004 hanya RM5 satu pokok. Sekarang harganya meningkat kepada RM12 hingga RM15 satu pokok. Saya percaya ini tidak mampu dibeli di usahakan oleh petani, pekebun kita di luar bandar. Oleh itu saya percaya Kementerian Pertanian akan mengkaji semula terhadap bentuk-bentuk bantuan dan juga subsidi-subsidi kepada pekebun kecil ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian di dalam perbahasan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Tajuk pertama yang ingin saya ulas ialah membasmi kemiskinan. Teras 3 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan. Ianya menggariskan sembilan strategi di mana strategi pertama merupakan program membasmi kemiskinan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, bahawa kerajaan telah berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan di mana insiden kemiskinan telah menyusut dari 5.7% kepada 3.6% pada tahun 2007. Lebih membanggakan menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa kemiskinan tegar kini telah berkurangan daripada 1.2% kepada 0.7%. Paras Garis Kemiskinan (PGK) untuk seluruh negara disandarkan kepada pendapatan bulanan RM691 manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya ialah RM661, Sabah RM888 dan Sarawak RM765, dengan pengiraan yang mengambil kira isi keluarga seramai lima anggota.
Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Basmi Kemiskinan memberi definisi kemiskinan sebagai ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.
Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah peratus isi rumah yang berpendapatan di bawah paras garis kemiskinan. Pengukur kemiskinan relatif pula yang biasa digunakan ialah peratus isi rumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada pendapatan penengah atau purata.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
PGK di Malaysia pula ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isi rumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi.
Tuan Yang di-Pertua, konsep kemiskinan tegar pula merujuk kepada pendapatan isi rumah yang dianggar berasaskan separuh daripada PGK. Maka tahap kemiskinan tegar di Malaysia ialah hanya RM345.50 pendapatan isi rumah. UNESCO pula memberi definisi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “poverty may be defined as a human condition characterize by sustained or chronic the prevention of the resources, capabilities, choices, security and power necessary for the enjoyment of an educate standard of living, and other civil cultural economic political and social rights”.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan definisi kemiskinan di atas ialah untuk menunjukkan bahawa tidak ada perkara yang membanggakan di dalam pencapaian ini seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malah data yang diketengahkan seolah-olah mengelabui mata rakyat. Kaedah pengiraan PGK hanya melihat keperluan yang teramat asas iaitu makanan dengan mengambil kaedah pengiraan PGK yang paling minimum atau paling rendah. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ atau ‘kais pagi makan pagi, kais petang tidak dapat’, maka petang tidak makan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Malah negara-negara mundur di Afrika seperti Tanzania pun sudah mula memikirkan semula, rethink berkenaan kaedah mengukur PGK seperti ini. Keperluan asas di dalam satu negara membangun mesti mengambil kira keselesaan hidup dan indeks tahap kualiti kehidupan. Malaysia juga ada MQLI atau Malaysia Quality of Life Index yang tersendiri, yang boleh kita ambil sebagai rujukan.
Tuan Yang di-Pertua, satu negara yang membangun seperti Malaysia yang mahu berbangga dengan projek mega seperti menara kembar tertinggi dan litar Formula One nya tidak boleh tidak mesti meletakkan keperluan asas satu-satu keluarga sebagai mengambil kira beberapa perkara asas. Seperti tinggal di dalam rumah yang sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik tidur, supaya tidak bercampur anak lelaki dan perempuan, rumah wajar mempunyai peti sejuk, komputer dan juga televisyen di samping menerima bekalan air bersih serta elektrik. Ini saya kira merupakan sebagai keperluan asas satu-satu keluarga di negara membangun seperti Malaysia.
Kerajaan juga harus mengambil kira kenaikan kos kehidupan dan juga kenaikan harga barang, natijah dari kenaikan bahan api terutama diesel. Dalam tempoh setahun yang lepas sahaja harga makanan utama seperti beras, biji-bijian, minyak masak dan gula meningkat lebih daripada 50%. Harga beras sahaja melambung sehingga 90%. Ini semua menjejaskan tahap kualiti kehidupan satu-satu keluarga. Seharusnya juga kaedah ukuran PGK di Malaysia mencontohi kaedah yang digunakan di negara-negara maju yang lain.
Kaedah pengiraan kemiskinan kumulatif contohnya merupakan satu alternatif kepada pengiraan kemiskinan relatif.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Pasir Salak bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan Pasir Salak?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Minta maaf ya saya tidak ada masa.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Negara-negara maju pun ada kemiskinan, Amerika, United Kingdom, Jepun.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Indeks kemiskinan kumulatif.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Banyak miskin.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Cumulative poverty index...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mana ada orang kaya di seluruh dunia ini?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
...ialah satu kaedah terkini di mana indeks ini menyerlahkan nisbah purata pendapatan isi rumah miskin kepada purata pendapatan keseluruhan isi rumah seluruh negara. Analisa empirical ini mempamerkan perubahan relatif pendapatan orang miskin dengan lebih bertepatan. Malah negara jiran Asia kita Filipina pun sudah merangka satu kaedah yang dipanggil SIAD atau Sustainable Integrated Area Development. Di mana SIAD telah pun mendapat pengiktirafan kecemerlangan antarabangsa dari segi dasar membasmi kemiskinan.
Kaedah yang digunakan negara Filipina mempelopori pendekatan membasmi kemiskinan secara bersepadu merangkumi tujuh dimensi iaitu ekonomi, political, budaya, sosial, ekologi, pembangunan insan dan juga pembangunan rohani. Pasir Salak, saya bukan cakap pasal Amerika, saya bercakap kita tengok Filipina kerana dekat pun sudah ada...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lagilah banyak miskin Filipina.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah undang dia Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berjuta datang ke Sabah cari makan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, mengapa negara kita hingga kini enggan mengambil kira kaedah yang berlainan ini? Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya di dalam kita mengemas kini PGK pada tahun akan datang, kita mengkaji semula kaedah mengukur PGK yang kita gunakan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kini purata bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah RM3,686.
Bermakna sekiranya kita mengambil kaedah relatif secara mudah pun garis kemiskinan ialah separuh daripadanya. Maka RM1,843 seharusnya diukur sebagai Paras Garis Kemiskinan dalam keluarga lima orang.
Ini bermaksud bahawa sekiranya digunakan kaedah kemiskinan relatif pun lebih kurang 30% rakyat Malaysia akan berada di bawah kadar kemiskinan. Malah sekiranya kita gunakan RM1,500 tahap gaji minimum yang dicadangkan Pakatan Rakyat pun masih ada 24% rakyat yang akan berada di bawah Paras Garis Kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan jangan takut untuk menyatakan kebenaran, tidak perlu berselindung kepada rakyat dan kepada dunia. Kita akan hanya mampu menipu diri kita sendiri, akhirnya rakyat juga yang terus menjadi mangsa, terus dibelenggu kemiskinan.
Perdana Menteri mendabik dada dengan berkata berjaya membanteras kemiskinan, akan tetapi hakikatnya adalah berbeza dan meleset sama sekali.
Sehubungan dengan itu saya pohon kerajaan turut mengkaji semula keseluruhan strategik membasmi kemiskinan berdasarkan kayu ukur yang berbeza. Apa yang kita guna sekarang ini sudah jauh ketinggalan. Maka barulah boleh dikatakan sebagi bukti bahawa kerajaan mempunyai kesungguhan politik, political will untuk melaksanakan agenda ini dan ianya bukan sekadar janji-janji manis atau lip service sahaja. Orientasi pemikiran kerajaan mestilah berkonsepkan kerajaan daripada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat. Bukan sekali-kali kerajaan dari sebahagian rakyat kepada sebahagian rakyat untuk sebahagian rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh melibatkan Teras ke- 2 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Melalui strategik kelima memupuk nilai moral dan etika yang kukuh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa hasrat untuk melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama menuntut kepada pembinaan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menambah bahawa usaha ini akan terus dipertingkatkan melalui Pelan Integriti Nasional serta penerapan prinsip-prinsip Islam Hadhari.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan hasrat ini, di samping saya terus menyokong dan mendukung sepenuhnya. Namun harus difahami bahawa pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika merangkumi bukan sahaja pemikiran akan tetapi mesti diterjemahkan kepada perkataan dan perbuatan ataupun tingkah laku.
Malah ketiga-tiga pemikiran perkataan, perbuatan, harus congruent dan selaras. Ertinya tidak bercanggah di antara pemikiran, perkataan atau perbuatan di dalam diri seseorang.
Saya juga berpendapat bahawa Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat mestilah meletakkan aspirasi untuk menjadi role model kepada orang ramai. Bukan sahaja tatkala berada di dalam kawasan berhadapan dengan rakyat. Akan tetapi mendukung aspirasi ini di dalam seluruh aspek kehidupan kita.
Oleh kerana itu tingkah laku, perkataan yang digunakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat apabila menggunakan perkataan-perkataan yang ‘unparliamenterian’ di sini sebenarnya bercanggah dari hasrat dan aspirasi yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, tentu sekali kata-kata ‘unparliamenterian’ yang digunakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini akan sungguh-sungguh mengecewakan Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia sekiranya mereka mengetahui. Janganlah kita anggap apabila tiada siaran langsung di dalam TV maka kita boleh bertingkah laku ikut suka kita.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Perdana Menteri menyebut penerapan nilai-nilai Islam Hadhari. Adakah pendidikan Islam Hadhari mengajar teman-teman untuk bertingkah laku begini? Saya kira sheikh-sheikh Islam Hadhari patut memberikan satu orientasi kepada teman-teman di sebelah sana berkenaan maksud minda kelas pertama yang harus diterjemahkan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Unparliamentary, unparliamentary bukan unparliamentarian.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
...kepada perkataan dan tingkah laku.
Marilah kita sama-sama junjung hakikat bahawa sekiranya kita mahu berubah ianya mestilah bermula dari diri kita sendiri dan untuk rakyat berubah ianya harus bermula di Dewan yang mulia ini di tahap membuat keputusan tertinggi dalam negara. Menjadikan Dewan ini world class Parlimen dan menjadikan diri-diri kita world class Parliamentarian.
Ayuh Ahli-ahli Yang Berhormat marilah kita sama-sama sahut cabaran ini. Saya menyeru dengan bermula dari diri saya sendiri serta juga menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian.
Teras kelima mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi sebagai strategi nombor satu. Diberitahu kepada umum oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa fokus teras ini adalah kepada keperluan pelanggan dan perkhidmatan merentasi semua agensi yang digembleng serta disampaikan secara mesra pengguna.
Konsep e-Government telah diperkenalkan dan konsep "One Number No Wrong Door Call Centre" telah dijanjikan bagi memperkemas pemantauan dan pengurusan aduan.
Hasrat ini begitu menarik sekali akan tetapi seperti biasa kita mempunyai masalah dalam pelaksanaan. Saya bagi satu contoh masalah dalam kawasan saya sendiri apabila ada batang paip yang bocor di bawah tanah apabila ada kes aduan berkenaan dengan batang paip yang bocor itu maka aduan itu disalurkan kepada JBA. Lubang di jalan pun digali dan paip dibetulkan. Kemudian kami terima aduan kedua pula tentang perkara yang sama berkenaan lubang yang tidak ditutup balik. JBA kata bukan mereka tapi JKR yang bertanggungjawab. JKR pun kata tugas mereka hanya menurap bukan menimbus. PBT juga kata bukan tugas mereka.
Saya mengetuk satu pintu demi satu pintu akhirnya saya temui jawapan di pejabat daerah yang mengatakan bahawa tanggungjawab menutup semula lubang yang digali ialah tanggungjawab kontraktor yang dilantik JBA. Saya bertanya pula kalau beginilah perlakuan kontraktor tidak bertanggungjawab mengapa diberikan kontrak secara berterusan kepada kontraktor tersebut? Mengapa tidak ganti sahaja?
Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini konsep "One Number No Wrong Door Call Centre" akan benar-benar dicabar. One number call centre no wrong door memang sedap bunyinya akan tetapi menuntut komitmen bersepadu untuk melaksanakannya. Dalam kes ini berapa kena ketuk pintu yang salah sehingga berjumpa pintu yang betul. Bayangkanlah bagaimana rakyat biasa apabila berhadapan dengan keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesembilan menggariskan teras-teras yang begitu cantik namun tidak mungkin tercapai tanpa ada perubahan mind set dipihak pelaksana. Perlu ada orientasi yang menyeluruh dari segi pemikiran world class, pembinaan kapasiti dan juga sikap daya saing tinggi sebelum kita dapat merealisasikan bersama.
Saya ingin meneruskan perbahasan saya kepada proses pemberian tender.
Sering kali kerajaan menjanjikan bahawa proses tender dan perolehan akan dibuat secara terbuka dan telus. Namun sering kali juga proses tender yang sedia ada diabaikan dan projek diberikan secara runding terus. Ini termasuk kontrak perolehan bekalan, kontrak kerja, kontrak perundingan, kontrak penswastaan. Contoh terdekat ialah projek high speed broadband (HSBB) dan pembelian saham Avenue Aset oleh ECM Libra yang menjadi perbahasan hangat di kalangan masyarakat. Akhbar The Edge mendedahkan betapa projek besar IT yang diberikan kepada syarikat baru Precision Photo Sendirian Berhad yang merumuskan bahawa perolehan projek IT kerajaan amat diragui ketelusannya oleh syarikat gergasi IT dunia yang beroperasi di Malaysia.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Begitu juga dengan syarikat ETOS Consulting yang mendapat banyak projek secara rundingan terus. Proses perolehan dan pemberian kontrak yang lebih terbuka boleh menjamin bahawa projek-projek kerajaan dilaksanakan dengan kos yang berpatutan kerana ia melibatkan persaingan. Penjimatan kos pada kadar 5% hingga 10% pun besar kesannya jika projek melebihi RM10 bilion setahun. Dalam arahan Perbendaharaan dan surat pekeliling Perbendaharaan bertarikh Mei 2007 menyatakan tender terbuka merupakan satu kebiasaan dalam mana-mana procurement kerajaan. Bila cara ini tidak digunakan maka kebenaran khas mestilah diperolehi dari pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai yang bertanggungjawab di peringkat federal ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Manakala di peringkat negeri pegawai kewangan negeri merupakan pegawai yang bertanggungjawab. Manakala bagi projek RM50,000 ke RM200,000 syaratnya mesti dapatkan sebut harga dari lima syarikat yang diakreditasi. Manakala yang kurang dari RM50,000 keputusan dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab di mana ada pula prosedur-prosedur yang tertentu yang perlu diikuti. Maka dengan kefahaman ini setiap projek bernilai RM200,000 ke atas proses tender terbuka merupakan syarat yang wajib melainkan ada keperluan untuk berbuat demikian. Rundingan terus hanya boleh digunakan apabila dalam keadaan tertentu. Akan tetapi di Malaysia ini amalannya adalah seperti terbalik daripada apa yang termaktub dalam pekeliling tadi.
Pemberian projek di Malaysia menggunakan konsep seolah-olah runding terus merupakan amalan biasa. Tuan Yang di-Pertua, berapa minit lagi saya ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Satu minit Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Satu minit ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, satu minit.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Contoh yang ingin saya utarakan ialah projek HSBB yang merupakan salah satu pendekatan dalam realisasi dasar jalur lebar negara. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat menafikan kepentingan perkhidmatan jalur lebar terhadap daya saing negara. Akan tetapi dalam hal ini pemberian tender sebesar RM15.2 bilion kepada satu syarikat sahaja iaitu Telekom Malaysia dalam projek HSBB amat dipersoal.
Pencapaian jalur lebar dalam isi rumah di Malaysia kini ialah 13%. Manakala banyak negara di dunia sudah pun mencapai ke tahap 70% hingga 80%. Kerajaan pula meletakkan matlamat mencapai 50% pencapaian isi rumah pada hujung 2010. Kini juga secara purata kurang dari empat dalam 100 penduduk negara merupakan pengguna jalur lebar berbanding dengan 32 di Netherlands dan 19 di Australia. Penggunaan internet, pencapaian jalur lebar diiktiraf sebagai merupakan satu alat dalam membantu pembangunan. Maka untuk mencapai hasrat menjadi kompetitif ini kita mesti tangani dengan cara yang terbaik juga.
Pencapaian jalur lebar yang ditawarkan mesti menjamin competitiveness dalam servis yang diberikan. Bagaimana mungkin kita menjamin perkara ini sedangkan projek ini dimonopoli oleh satu syarikat. TM telah dibenarkan memonopoli dengan izin, last mile connectivity di Malaysia. TM pula memiliki lebih 90% dari wayar telefon yang dibuat daripada tembaga yang menyambungkan isi rumah kepada internet service provider ataupun ISP.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ayat akhir Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Maka bertahun-tahun lamanya ISP dalam negara terpaksa menyewa kemudahan last mile connection dari TM ini. Langkah kerajaan ini yang memberikan tender besar ini secara runding terus memastikan bahawa TM terus memonopoli ke hadapan dalam perihal the last mile. Mana mungkin Tuan Yang di-Pertua kita mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan sekiranya perkara ini tidak diperbaiki. Meneruskan budaya monopoli akan meneruskan kesilapan lalu di mana Malaysia akan terus ketinggalan dari segi khidmat jalur lebar mahupun dari segi apa sekali pun.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, negara kita perlu tampil ke hadapan sebagai negara yang berdaya saing. Saingan positif dengan memecahkan minda monopoli amat penting untuk kita pelajari. Kita tidak mahu membuat kesilapan di mana lima atau 10 tahun akan datang kita dapati bahawa kita ketinggalan kerana tidak membuat keputusan tepat pada hari ini.
Masa depan adalah untuk anak cucu kita. Pemimpin hari ini bertanggungjawab untuk membuat keputusan wajar dan bijak.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya mohon untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Khamis lalu dalam beberapa aspek yang disentuh dalam lima teras utama Misi Nasional.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana negara kita Malaysia terus-menerus selamat, aman dan makmur dan dilimpahi nikmat rezeki sama ada dari aspek pembangunan ekonomi, sosial, budaya malah kestabilan politik, keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang dapat dikekalkan oleh pemerintahan Barisan Nasional dan kita terus yakin dan mara ke hadapan untuk terus melaksanakan tahap kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini.
Dalam konteks selamat Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam mengurangkan indeks jenayah negara. Kerajaan menambah 60 ribu anggota polis menjelang tahun 2011. Kerajaan membina 150 balai dan pangkalan rondaan bagi meningkatkan kehadiran polis dalam kawasan setempat malah usaha PDRM menyusun semula persempadanan daerah polis agar lebih sepadan antara sumber polis dan keselamatan setempat serta peruntukan pembangunan kepada pasukan polis digandakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, amat dialu-alukan.
Apa yang saya harapkan ialah walaupun PDRM memerlukan ramai anggota, kualiti anggota dan kualiti latihan mesti dipastikan supaya anggota-anggota ini sentiasa siap sedia menghadapi segala kemungkinan dan cabaran. Seterusnya aspek kebajikan anggota dalam menjalankan tugas dan kebajikan keluarga mereka juga harus diberi perhatian.
Pembinaan balai polis dan perumahan anggota perlu dipercepatkan.
Ini bagi membolehkan mereka bekerja dengan selesa dan dapat meningkatkan motivasi kerja mereka. Dalam hal ini saya memohon agar bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis dipercepatkan pembinaannya kerana bangunan yang sedia ada telah usang dan tidak cukup ruang bagi menempatkan anggota yang semakin bertambah. Begitu juga saya percaya dengan pengambilan anggota yang bertambah sudah tentu PDRM memerlukan tempat dan kawasan latihan.
Saya suka mencadangkan agar kawasan dan bangunan bekas kem Pasukan Polis Hutan di Batu 13 Benta, dapat digunakan semula sebagai pusat latihan PDRM. Kem dan bangunan ini merupakan kem yang baru dibina dan hanya digunakan beberapa tahun sahaja oleh PPS kerana selepas itu berlaku pengecilan pasukan PPS ini kesan daripada tamatnya serangan komunis ke atas negara ini dan PPS telah diubah namanya kepada PAA. Jadi tentulah membazir bagi saya satu kem yang lengkap ditinggalkan terbiar begitu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita tidak boleh lari dari memperkatakan soal kemakmuran. Biasanya unjuran ekonomi kerap kali dijadikan kayu pengukur pencapaian kemajuan sesebuah negara. Pendapatan per kapita sesebuah keluarga serta kestabilan geopolitik ekonomi. Bagaimanapun, kayu ukur kemakmuran yang mudah ialah makanan dan pemakanan. Di Malaysia kita makan sekurang-kurangnya dua, tiga, empat malah kadang-kadang ada yang lima kali sehari. Ini menunjukkan betapa makmurnya rakyat
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
jelata. Ini termasuklah warga asing yang secara sah atau tidak sah boleh menikmatinya dengan perut yang kenyang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memenuhi teras kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yang berpengetahuan dan berinovasi, saya yakin dengan keupayaan agensi-agensi kerajaan yang ada pada hari ini seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi yang lain untuk memenuhi teras ini.
Apa yang penting bagi saya ialah peruntukan bagi kementerian-kementerian ini harus tidak dipotong dan perlu diselaraskan semula agar projek dan program yang telah mereka rancang terus dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu tidak semua pelajar yang dapat masuk ke IPT yang berteraskan akademik. Apa yang saya harapkan ialah selain daripada mempercepatkan pembinaan pusat GIATMARA, kerajaan juga diminta mempercepatkan pembinaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen terutamanya di kawasan parlimen luar bandar.
Ini sudah tentu dapat menjimatkan kos pengajian para pelajar kerana IPT berada dekat dengan tempat tinggal mereka. Dengan cara ini, lebih ramai pelajar mendapat latihan kemahiran. Saya berharap kolej komuniti yang pernah dirancang di Kuala Lipis dapat dibina dalam tempoh kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Jadi dengan cara ini, penduduk-penduduk atau orang ramai yang datang dari kawasan Lipis, Jerantut, Raub dan Gua Musang, malah Gua Musang juga dapat mengikuti pengajian di kolej komuniti ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memupuk minda kelas pertama ini. Selain daripada pemupukan pengetahuan dan kemahiran, pemupukan budaya juga sangat penting. Bagi saya minda terserlah melalui amalan dan tingkah laku. Namun begitu sehingga kini belum ada satu definisi yang konkrit mengenai minda kelas pertama ini.
Oleh itu, saya mencadangkan agar satu definisi dan standard mengenai minda kelas pertama ini berasakan kepada acuan negara ini dapat digubal segera. Dalam usaha penggubalan standard ini, bolehlah dibuat benchmark dengan amalan dan cara hidup budaya-budaya lain di dunia ini. Mana yang baik kita ambil. Saya mencadangkan begitu kerana kini terlalu banyak tafsiran mengenai minda kelas pertama ini dan selalunya setiap orang atau kumpulan akan mentafsirkan minda kelas pertama ini berdasarkan cita rasa dan kepentingan mereka.
Seterusnya, selalu diperkatakan juga bagi memperkasakan Malaysia, Malaysia memerlukan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia dengan etika kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bagi saya kualiti modal insan yang tinggi ini hanya terjana menerusi amalan dan etika kerja yang baik, budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh itu, pendidikan dalam konteks semasa memerlukan dynamism yang lebih berdaya saing kerana saingan kita semakin canggih. Kita memerlukan bukan hanya sistem pendidikan yang kemuncaknya ialah proses pengijazahan malah penghayatan ilmu dalam bentuk yang tersirat. Ilmu itu tersirat dalam perwatakan, perbicaraan dan keperibadian seseorang itu.
Ia tersirat dan semakin mantap sepanjang hayat kerana proses pembelajaran tidak terhenti dalam majlis konvokesyen sahaja. Sebagai contoh bagaimana hendak kita melakukan pemodenan pada petani-petani sedangkan sebahagian besar pegawai-pegawai pertanian yang ada masih dengan minda yang lama. Saya percaya hal ini dapat diamalkan menerusi pembacaan yang lancar dan penganjuran pelbagai majlis ilmu yang sentiasa meriah dan penonjolan tokoh-tokoh ilmu sebagai model ikutan masyarakat.
Ketika membincangkan kepentingan dan idea ilmu, bekas Presiden Universiti Chicago, Dr. Robert Hancin ada menyebut mengenai tradisi ilmu dalam sesebuah masyarakat iaitu meletakkan nilai ilmu pada martabat tertinggi. Bagi masyarakat sedemikian, nilai ilmu mengatasi segala-galanya termasuk selebriti hiburan, harta mahupun status.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Keadaan sedemikian pernah wujud dalam tradisi ilmu barat dan ketika keagungan empayar Islam. Soalnya apakah kita berjaya mewujudkan persekitaran ilmu yang sedemikian segar dan dinamik. Apakah percambahan IPT atau institut pengajian tinggi ketika ini mendukung pemantapan budaya ilmu yang memperteguh lagi daya saing dan daya fikir. Apakah tidak mustahil untuk kita menjadikan pusat keilmuan di rantau ini dengan adanya universiti awam dan swasta yang mantap dan sekolah-sekolah berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua, kita sering bercakap tentang modal insan belia kita yang merupakan rakyat yang terbesar di negara kita. Kita juga sering memperkatakan tentang isu dan masalah yang dikaitkan dengan belia. Kita juga bercakap tentang pentingnya belia ini sebagai pelapis dan pewaris negara kita pada masa hadapan namun apakah usaha kita untuk merealisasikan harapan kita ini.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Kita bercakap tentang masalah-masalah mereka, tetapi nampaknya apakah rancangan konkrit yang kita buat tentang merealisasikan belia ini belum lagi menjadi kenyataan. Sepatutnya harapan dan penyelesaian isu dan masalah belia ini terserlah melalui peruntukan yang diberikan kepada sektor ini. Saya perhatikan peruntukan yang diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan terutamanya bagi pembangunan belia amat sedikit. Sepatutnya jika kita mengatakan golongan belia ini penting, peruntukan yang diberikan tentulah besar. Sepatutnya kecil sedikit sahaja daripada peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya mencadangkan agar peruntukan bagi Kementerian Belia dan Sukan ini dipertingkatkan agar program dan aktiviti bagi pembangunan modal insan belia ini dapat dipertingkatkan atau diperkukuhkan lagi. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana membina gelanggang rakyat di setiap kawasan Parlimen.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Bukan sahaja untuk kemudahan golongan belia tetapi juga untuk orang ramai yang suka bersukan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sektor pertanian, saya percaya sektor ini telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang telah mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor pertanian dan perlombongan mencecah angka 46%.
Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELCRA, FELDA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk industri tanaman di samping mendukung matlamat membasmi kemiskinan. Sementara itu, penubuhan agensi- agensi khusus seperti FAMA, Bank Pertanian sekarang yang dinamakan Agro Bank, MARDI, Lembaga Padi dan Beras Negara, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Lembaga Pertubuhan Peladang dan agensi-agensi yang lain telah membantu dari segi memudahkan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.
Perdana Menteri meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar, malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan formula Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan dulu yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang amat besar kepada sektor itu dan dalam kajian separuh penggal RMK-9 ini, ia ditambah lagi.
Saya melihat transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara. Selain itu ia
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa yang panjang. Yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.
Jadi berdasarkan tumpuan yang serius daripada Perdana Menteri ini, saya amat berharap pihak institusi perbankan memberi kepercayaan terhadap mereka yang terbabit dalam sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap enjin ketika ini.
Kita mahu bank-bank di negara kita melihat dari sudut berbeza dengan memberi keyakinan yang lebih tinggi dalam membantu para petani kita meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Lihat sahaja petani di Thailand dan Jepun, kebanyakan mereka telah mencapai taraf petani moden dan ada yang menjadi jutawan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan, kerajaan terus berusaha untuk membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan luar bandar. Kita harus memuji kerajaan kita kerana mereka berjaya menurunkan insiden kemiskinan keseluruhan; di mana pada tahun 2004, insiden kemiskinan tegar menurun dari 1.2% kepada 0.7% dan pengurangan insiden kemiskinan keseluruhannya daripada 5.7% kepada 3.6%.
Malah, usaha merapatkan jurang pendapatan antara desa dan bandar dari 1:2.11 kepada 1:1.99 melepasi sasaran bagi tahun 2010. Saya juga melihat kerajaan turut berjaya membuka kira-kira 14 hospital baru, 22 klinik kesihatan baru dan 64 klinik desa baru serta telah membina 12,190km jalan-jalan kampung. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita masih dan sentiasa mengambil berat tentang penduduk dan rakyatnya.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal kemiskinan ini seterusnya, kita tahu masalah tersebut banyak berpunca daripada cara pengagihan kekayaan yang tidak sempurna. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sistem penyaluran sumber modal yang lebih memihak kepada golongan kaya di mana mereka lebih senang memperolehi pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan. Dalam hal ini, golongan kurang berkemampuan terus terpinggir kerana mereka biasanya berhadapan dengan pelbagai halangan yang dikenakan oleh pihak bank.
Menurut pakar-pakar dalam bidang pembangunan, kaedah pinjaman kecil merupakan cara terbaik untuk membasmi kemiskinan. Di sini saya ingin mengesyorkan peranan wakaf tunai dalam menyediakan kemudahan pinjaman kecil atau mikro kredit tanpa faedah kepada golongan miskin.
Bagi mewujudkan satu kerangka wakaf yang berperanan memberi pinjaman kecil tanpa faedah, aset utama wakaf tadi perlu wujud dalam bentuk tunai. Ini bermakna dua pendekatan boleh diguna pakai iaitu pertama menerusi perwujudan penjamin kecairan dan penjamin kerugian. Di mana ia diutarakan oleh Dr. Muhammad Anas Zarka, dalam kertas pembentangan bertajuk “Monetary Waqf for Micro Finance” dalam satu simposium anjuran Harvard Law School pada tahun lalu.
Berdasarkan landasan itu, zakat boleh dilihat sebagai penjamin kecairan dalam menyuntik dana kepada mikro kredit tersebut. Manakala perkhidmatan takaful boleh bertindak sebagai penjamin kerugian. Di Malaysia, pengendali takaful ada menawarkan produk bertujuan melindungi peminjam daripada gagal membayar balik pinjaman akibat kematian atau keilatan kekal yang dialami semasa tempoh pinjaman.
Kos untuk menyertai takaful tadi adalah sangat rendah dan ini boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang dibuat. Saya percaya dengan usaha untuk memajukan cadangan sedemikian akan memperlihatkan keupayaan wakaf tunai bertindak sebagai sumber pinjaman kecil bagi memajukan ekonomi masyarakat miskin adalah terletak di bahu setiap umat Islam yang mempunyai kuasa dan kemampuan.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi meningkatkan taraf dan kemapanan kualiti hidup, saya harap kerajaan terus meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Hospital- hospital dan klinik-klinik baru perlu dibina lagi terutamanya di kawasan luar bandar yang belum lagi mempunyai kemudahan kesihatan sedemikian.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Sebagai contohnya di kawasan Parlimen Lipis, satu blok baru Hospital Lipis perlu dibina segera untuk kemudahan rakyat. Ini kerana hospital yang ada adalah hospital yang dibina sebelum merdeka dan telah usang. Jika hendak di baik pulih pun akan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar daripada membina baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Begitu juga selari dengan pembinaan hospital dan kadar kemiskinan ini, kadar doktor pesakit juga perlu diperhatikan.
Ini termasuk juga dengan staf sokongan hospital.
Seterusnya bagi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri, kerajaan perlu memudahkan proses memiliki rumah sama ada yang disewa, sewa beli atau dibeli.
Sebagai contohnya di Lipis terdapat dua projek perumahan rakyat yang telah siap melebihi tiga tahun yang lalu, belum diduduki akibat daripada kerenah birokrasi ini, walaupun kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada dua bank untuk menguruskannya.
Bagi pemuliharaan alam sekitar dan pemulihan sumber secara mampan, saya mohon penjelasan mengenai dasar penggunaan tanah negara terutamanya berkaitan dengan sumber asli yang ada di dalamnya. Kita tahu penggunaan dan pengambilan mineral di dalamnya hanya dapat dibuat sekali sahaja.
Walaupun di dalam perut tanah tersebut mempunyai mineral yang berharga, cari gali tidak dapat dilakukan kerana di atas tanah tersebut telah dijadikan kawasan penempatan dan pertanian. Saya suka mencadangkan agar sebelum sesuatu tanah tersebut dijadikan kawasan penempatan atau pertanian, hasil yang ada dalam tanah tersebut dicari gali dahulu. Setelah itu barulah pemuliharaan dibuat bagi kegunaan lain.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Seterusnya, kawalan dan pemuliharaan alam sekitar haruslah diperketat dan dipertingkatkan terutamanya dalam bagi sektor perlombongan, pembalakan, dan pengilangan. Pemilihan jenis pokok untuk tanaman semula harus diteliti. Saya difahamkan pokok Akasia tidak sesuai ditanam di negara ini kerana pokok ini menyedut air yang banyak hingga menyebabkan kawasan banyak pokok Akasia ini menjadi kering kontang dan habitat yang ada di bawahnya mati. Kita tidak mahu negara kita menjadi padang pasir. Saya mohon pihak yang berkaitan memberi penjelasan mengenai perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya. Satu ayat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Bagi menjana pembangunan masyarakat yang positif perlu diberi pada institusi kekeluargaan. Saya percaya asas kepada institusi masyarakat di Malaysia adalah keluarga. Untuk mendirikan satu keluarga perlu ada lelaki dan perempuan Tuan Yang di-Pertua, dan perlulah lelaki dan perempuan ini sepadan dengan segala hal.
Kini apa yang menakutkan saya ialah di Institusi Pendidikan dan Perguruan sama ada di peringkat menengah dan tinggi lebih ramai perempuan dari lelaki. Kini di sekolah agak sukar bagi kita mencari role model lelaki. Akibatnya wujudlah ramai lelaki yang lembut. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi mengapa keadaan ini terjadi?
Saya bimbang perempuan tidak mahu berkahwin...
Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Yang lembut itu macam mana?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya? ... Berkahwin dan berkeluarga kerana mereka hilang hormat kepada lelaki dan tidak yakin lelaki akan menjadi ketua keluarga kerana perempuan lebih bertanggungjawab...
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Lelaki jambulah.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Dan berpelajaran berbanding lelaki. Saya pernah diberitahu dari kajian yang dibuat di sesetengah negara, perempuan lebih rela membujang daripada berkahwin. Kesannya zuriat tidak dapat dilahirkan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
5.40 dah!
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Rakyat akan menjadi pupus...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagi contoh siapa yang minat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Dan banyak program yang diusahakan bagi golongan muda dan belia terbengkalai. Oleh itu saya mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian kepada isu ini dengan menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi atau jabatan yang khusus untuk menjaga hal ehwal lelaki seperti yang pernah diwujudkan untuk wanita, yang ternyata berjaya meningkatkan taraf wanita pada hari ini.
Akhir kata, saya berharap Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan perlu atas kesinambungan khusus membantu penduduk di luar bandar. Saya berharap peruntukan dari projek mega yang tidak perlu dilaksanakan perlu disalurkan ke kawasan-kawasan luar bandar yang masih daif. Dengan itu saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul.
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Haji Idris bin Haji Haron
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, mengenai agensi pekerjaan Mega Access Resources (No. Pendaftaran 001583837-K) yang beralamat di Lot 7.23 hingga Lot 7.24, Tingkat 7 Plaza Imbi, No. 28 Jalan Imbi, Kuala Lumpur yang menjalankan operasi agensi pekerjaan dengan mempelawa para penganggur remaja lepasan sekolah.
Graduan mendaftarkan diri dengan agensi ini bagi tujuan membantu pendaftaran pekerja. Para pencari pekerjaan ini dikehendaki membayar RM165 bagi consultation dan documentation fees dan dikehendaki juga menandatangani perjanjian consultation agreement dan dijanjikan pekerjaan yang diminta. Isi kandungan perjanjian pun bertujuan
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
untuk mengelirukan mangsa, malangnya pekerjaan tersebut tidak menjadi realiti sebaliknya di janji dari hari ke sehari dan mereka yang menjadi mangsa ini tidak mendapat balik wang yang telah dibayar.
Tuan Yang di-Pertua, apabila dibuat semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai latar belakang agensi, fail tersebut tidak boleh ditemui. Ramai yang terkorban menjadi mangsa agensi pekerjaan palsu. Sungguhpun ada aduan dibuat kepada Jabatan Sumber Manusia, tiada tindakan dibuat. Malah aduan kepada Yang Berhormat Menteri pun masih belum ada jawapan dan tindakan lagi, sedangkan hari demi hari semakin ramai yang menjadi mangsa. Saya difahamkan TV3 ada membuat liputan siaran dan Yang Berhormat Menteri ada memberi komen tetapi mengapa sehingga sekarang agensi terbabit masih terus beroperasi dan malangnya sukar dikesan. Laporan polis yang dibuat tidak bermakna apa-apa!
Tuan Yang di-Pertua, ada sebuah agensi lagi bernama Grand Paramount Enterprise, (No. Pendaftaran 001710517-T) beralamat di Level 10.02, Menara PanGlobal Lorong P. Ramlee, Kuala Lumpur menjalankan aktiviti agensi pekerjaan tanpa lesen.
Namun, di sini para pencari pekerja dikehendaki membayar RM360 sebagai deposit.
Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana keperitan para graduan mencari pekerja selepas mereka habis belajar dan sudah sedia menunggu agensi menyangka untuk membela bangsa. Maka, saya berpendapat bahawa kementerian tidak boleh melengah dan lepas tangan serta menuding jari. Pegawai-pegawai kementerian wajib menyelamatkan ramai graduan dan pencari pekerjaan dari terus menjadi mangsa sehingga satu mangsa nanti agensi itu menghilangkan diri dan pihak kementerian dan mangsa-mangsa hanya berputih mata sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan hal ini kerana sering menerima aduan sedemikian dan kebanyakan mereka melahirkan kekesalan kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang tidak berbuat apa-apa dengan serta-merta, seolah-olah Kementerian Sumber Manusia tiada taring untuk bertindak. Kita harus faham bahawa pengusaha agensi sedemikian boleh bermaharajalela apabila kementerian tidak tegas untuk tindakan. Seolah-olah masalah ini kecil sedangkan agensi-agensi ini sudah lama beroperasi dan berjaya mengaut wang tunai mangsa-mangsa dengan banyak dan pada akhirnya belum pasti.
Saya mahu Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang tegas, jaminan dan boleh dipercayai untuk membela nasib mangsa-mangsa agensi haram. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan penangguhan yang disampai oleh Yang Berhormat Bukit Bintang.
Saya percaya ini adalah sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap nasib pekerja ataupun nasib pencari kerja yang ditipu oleh agensi pekerjaan swasta. Di sini saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia ataupun KSM, mengambil berat terhadap isu pencari kerja yang ditipu oleh syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti agensi pekerjaan swasta yang tidak berdaftar dengan KSM.
Terdapat sebanyak 1,141 agensi pekerjaan swasta yang berlesen di bawah kementerian ini, yang menjalankan aktiviti pendaftaran dan penempatan pencari-pencari kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 51 daripada agensi pekerjaan tersebut mempunyai kebenaran untuk membuat penghantaran pekerja ke luar negara.
Bagi makluman Dewan yang mulia ini, agensi pekerjaan swasta yang berdaftar dengan KSM tidak menimbulkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, terdapat syarikat yang tidak berlesen yang menjalankan aktiviti agensi pekerjaan swasta dengan menipu pencari kerja termasuk Syarikat Mega Access Resources dan Grand Paramount Enterprise. Setakat ini, sebanyak 18 buah syarikat telah dikesan menjalankan aktiviti
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
agensi pekerjaan swasta dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka termasuk kedua-dua syarikat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur telah menerima tiga pertuduhan terhadap Syarikat Mega Access Resources yang beralamat Jalan IMBI, Kuala Lumpur. Siasatan telah dijalankan dan mendapati syarikat tersebut menjalankan aktiviti pendaftaran pencari kerja tanpa lesen daripada Jabatan Tenaga Kerja dengan mengenakan sebanyak RM165 terhadap pencari kerja. Tindakan pendakwaan telah diambil terhadap Syarikat Mega Access Resources di bawah Akta Agensi Pekerjaan Asas Swasta 1981 bagi kesalahan menjalankan urusan agensi pekerjaan swasta tanpa lesen sebagaimana peruntukan Seksyen 7(1), Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan di bawah peruntukan seksyen 18(1) akta yang sama bagi kesalahan mengiklankan jawatan kosong di akhbar tempatan secara tidak sah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, bagi aduan terhadap syarikat Grand Paramount Enterprise, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, Jabatan Tenaga Kerja telah menerima salinan aduan itu daripada Pusat Aduan Pengguna Nasional bahawa syarikat tersebut menjalankan aktiviti sebagai agensi pekerjaan swasta tanpa lesen dan mengenakan bayaran deposit sebanyak RM360 kepada pencari kerja. Siasatan telah dibuat dan telah dijalankan ke atas syarikat Grand Paramount Enterprise ini dan didapati tiada pelanggaran di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 kerana syarikat berkenaan tidak menjalankan aktiviti mencari pekerja untuk syarikat lain dan syarikat ini juga bukan sebuah agensi pekerjaan swasta atau agensi pekerjaan swasta tidak berlesen.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu Kementerian Sumber Manusia telah mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM bagi menyenaraihitamkan syarikat berkenaan yang didapati berlindung sebagai sebuah syarikat perundingan. Jabatan Tenaga Kerja juga telah menjalankan operasi dengan pihak media massa serta pihak polis untuk membuat serbuan terhadap syarikat berkenaan pada 28 Mei 2008 dan mendapati kedua-dua premis syarikat berkenaan telah ditutup. Terima kasih.
Rumah Tidak Selamat Diduduki Diberi Sijil Kelayakan Menduduki
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti kita semua sedia maklum, kita membeli rumah dengan tujuan untuk berlindung hujan, panas dan keselamatan seisi keluarga. Namun di negeri Pulau Pinang terdapat seorang bapa bersama anaknya iaitu Tan Kun Hiang dan Tan Ah Ping telah membeli sebuah rumah pada tahun 2004. Rumah itu siap dibina pada tahun 2006 tetapi sehingga sekarang rumah itu masih tidak dapat diduduki kerana keselamatan tidak terjamin. Rumah itu berbentuk teres dua tingkat beralamat No.10 Lorong Bundar Indah 2, Taman Buntar Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pemajunya Prestawira Sdn. Bhd.
Sejak diserahkan kunci, rumah itu didapati rosak dan retak yang disyaki disebabkan kecacatan struktur bangunan. Konsultan yang dilantik oleh Tan Kun Hiang mengesahkan premis itu tidak selamat diduduki. Oleh itu mereka telah membuat aduan kepada pihak pemaju. Walau bagaimanapun, pemaju gagal menyelesaikan masalah kerosakan dan keretakan tersebut. Pengadu telah membuat aduan kepada Pengarah Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 April 2007 dan 22 Mei 2007. Pihak kementerian telah menasihatkan pengadu untuk mendapat maklumat lanjut melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 11 Mei 2007. Pengadu pun telah memfailkan kes ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 9 Julai 2007.
Surat juga dituju kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 29 Oktober 2007. Pendengaran dalam Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah telah diadakan pada
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
22 April 2008. Hasil daripada lawatan pemeriksaan teknikal pada 22 April lalu, pada 8 Mei tahun ini, seorang pekerja daripada pihak pemaju datang hendak membaik pulih premis itu.
Pihak pengadu meminta pelan pembaik pulih seperti dijanjikan pemaju pada 22 April tetapi pekerja itu gagal mengemukakannya. Maka kerja-kerja pembaikpulihan tidak dijalankan sehingga hari ini. Kita tahu bahawa KPKT dianggap sebagai benteng dan pelindung kepada pembeli-pembeli rumah. Maka seharusnya pihak pembeli mendapat perkhidmatan yang sebaik-baiknya jika mereka menghadapi sebarang masalah.
Yang terkilan ialah premis itu diberi Sijil Kelayakan Menduduki tetapi premis itu tidak selamat diduduki. Walaupun Tan Kun Hiang dan anaknya telah banyak buat aduan kepada banyak pihak dalam tempoh 19 bulan tetapi masih belum ada penyelesaiannya.
Masalah Tan Kun Hiang dan anaknya hanya merupakan segelintir kecil yang tahu membuat aduan. Kalau yang tidak tahu membuat aduan akan terbiar begitu sahaja. Di sini rakyat ingin tahu apakah strategi yang berkesan dan cepat bagi kerajaan mengatasi masalah rakyat seperti di atas. Apakah bukti komitmen kerajaan untuk meyakinkan rakyat. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew
Terima kasih atas usul ucapan penangguhan daripada Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa berusaha untuk menjaga kepentingan pembeli rumah dengan melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan. Beberapa tindakan telah diambil untuk membuat pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan 1966 Akta 118 dan peraturan- peraturan yang berkaitan bagi tujuan memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemaju perumahan dan memberi lebih perlindungan kepada pembeli rumah.
Ekoran kepada pindaan Akta 118 pada tahun 2002, satu badan bebas yang dikenali sebagai Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah atau TTPR telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mendengar dan mengadili tuntutan ganti rugi atau pampasan daripada pembeli rumah ke atas pemaju perumahan. Dalam kes En. Tan Kun Hiang dan En, Tan Ah Ping, pengadu telah membuat aduan berhubung kecacatan mutu kerja kepada kementerian pada 10 April 2007 memandangkan rumah tersebut masih dalam tempoh liabiliti kecacatan.
Pembeli telah dinasihatkan untuk memfailkan tuntutan terhadap pemaju melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selaras dengan peruntukan kontrak perjanjian jual dan beli.
Di samping itu, memandangkan rumah tersebut telah dikeluarkan perakuan Sijil Layak Menduduki, pihak kementerian juga telah memanjangkan aduan pembeli berserta laporan perunding bebas yang dilantik oleh pengadu kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai berhubung keraguan terhadap kerosakan struktur pada bangunan untuk siasatan lanjut selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes adalah berbeza di antara sesuatu kes dengan kes yang lain memandangkan ia bergantung pada kerumitan sesuatu kes tersebut. Pihak KPKT telah pun menyediakan pelbagai saluran bagi membolehkan pembeli-pembeli rumah untuk membuat aduan kepada KPKT seperti berikut;
(a) Perkhidmatan khidmat nasihat melalui kaunter;
(b) Perkhidmatan aduan melalui laman web; dan
(c) Perkhidmatan aduan melalui e-mel, faks dan surat-menyurat.
Pihak kementerian juga terus mengenal pasti pendekatan No Wrong Door Policy dengan izin di mana setiap aduan rakyat dilayan dan tindakan sewajarnya diambil dengan segera termasuk menerima aduan yang disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan yang lain. Ada kalanya aduan perumahan yang diterima turut meliputi bidang kuasa beberapa agensi kerajaan dan badan profesional dan tindakan penyelarasan dengan pihak-pihak tersebut perlu dibuat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew
Tuan Yang di-Pertua, KPKT akan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian TTPR melalui kajian semula sistem dan prosedur kerja. Antara usaha yang akan diambil oleh TTPR untuk mempercepatkan penyelesaian kes ialah;
(i) memperkasakan penggunaan ICT untuk membolehkan transaksi seperti pendaftaran dan pemfailan kes surat-menyurat dan pembayaran fail dibuat secara elektronik; dan
(ii) menambah baik proses kerja dengan memberi out work dengan izin, dikeluarkan kepada hari yang sama dengan keputusan dibuat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 7Julai 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.