Jul022008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan memandangkan kerajaan terus menyokong aktiviti R&D dan mengkomersialkan, bagaimanakah kementerian membuat atau ‘memandu’ pihak pengurusan universiti melihat hasil R&D itu sebagai ‘intellectual property’ yang bukan sahaja dapat mengharumkan nama universiti tersebut di persada dunia juga dapat menjana hasil untuk universiti.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPT sememangnya memberi penekanan yang serius dalam bidang penyelidikan dan pembangunan atau R&D di institusi pengajian tinggi. Kementerian telah menyediakan persekitaran yang menggalakkan bagi menjana lebih banyak aktiviti R&D dan pengkomersialan hasil R&D. Di antara usaha yang dijalankan termasuklah:

(i) penstrukturan pentadbiran di IPTA dengan mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi di mana peranannya adalah untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di IPTA berkenaan;

(ii) mewujudkan pusat Pengurusan Penyelidikan atau R&C di setiap IPTA yang berperanan untuk melaksana, meyelaras dan memantau aktiviti R&D&C;

(iii) setiap IPTA juga mempunyai unit hubungan industri yang memainkan peranan menghubungkan IPTA dengan pihak industri bagi menggalakkan proses pengkomersialan hasil-hasil R&D&C; dan

(iv) penyelidik di IPTA juga menyertai pertandingan reka cipta R&D di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mempamerkan hasil-hasil R&D di samping mempromosikan hasil reka cipta inovasi dan produk R&D di IPTA untuk meraih dana modal dan pasaran luar untuk pembangunan dan pengkomersialan produk baru.

Di samping itu, penyertaan ini juga membantu memberi pendedahan kepada penyelidik muda untuk memperkenalkan hasil R&D&C mereka di peringkat antarabangsa.

Sehingga Mac 2008 IPTA telah berjaya mengkomersialkan sebanyak 54 produk R&D&C dengan jumlah jualan kasar sebanyak RM44.3 juta terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat secara keseluruhannya R&D yang dilakukan oleh IPTA di negara kita masih pada peringkat penyelidikan asas atau basic research jadi kita berharap usaha yang lebih gigih yang harus dibuat oleh pihak Kementerian bagi memastikan dengan kita mengkomersialkan hasil R&D ini dapat menyumbang pendapatan

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

kepada IPTA seperti mana yang berlaku di universiti-universiti ternama di Amerika Syarikat dan di negara-negara Barat.

Soalan tambahan saya, dalam usaha kita untuk terus menapak maju dalam bidang R&D ini apakah strategi pihak kementerian untuk mengukuhkan aspek keupayaan atau capacity building dengan izin terutamanya dalam usaha kerjasama antara IPTA dan GLC- GLC supaya kualiti dan penjenamaan pengajian tinggi ini akan terus meningkat dan membolehkan kita berdaya saing dengan industri-industri ternama di negara-negara lain.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua untuk maklumat ahli Yang Berhormat, bagi memartabatkan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan inovasi, menjelang tahun 2020 KPT telah menyasarkan sekurang-kurangnya enam universiti mencapai prestasi untuk diklasifikasikan sebagai universiti penyelidikan, 20 pusat kecemerlangan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan 10% daripada hasil penyelidikan dikomersialkan.

Kerajaan telah menyediakan dana yang besar untuk R&D. Bila RMK-9 kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion di bawah sains fund dan techno fund masing-masing yang diuruskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Di samping itu, kerajaan juga mewujudkan skim Geran Penyelidikan Fundamental di bawah KPT dengan peruntukan sebanyak RM200 juta. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tentunya tahu pelbagai masalah yang dihadapi oleh penyelidik-penyelidik di IPT khususnya dalam mengkomersialkan produk-produk penemuan mereka dan setelah mereka sukar untuk mendapatkan geran- geran bagi mengkomersialkan produk-produk mereka itu, yang utama mereka hadapi adalah untuk mendapatkan syarikat-syarikat yang boleh pada akhirnya menjadikan prototaip penemuan mereka itu kepada satu commercially viable kerana apa syarikat lebih mahu teknologi-teknologi yang agak establish. Mutakhir ini syarikat-syarikat Singapura menemui start up company ini. Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kita mengelakkan kejadian seperti ini yang akhirnya negara tidak dapat memanfaatkan research mereka dan diambil alih oleh syarikat-syarikat Singapura kerana permasalahan seperti ini. Terima kasih.

■1010

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengkomersialan ini memang satu perkara yang baru di universiti-universiti tempatan. Namun kementerian memang berpuas hati dengan pencapaian IPTA. Dalam Mac 2008 seperti yang tadi saya sebut, IPTA telah berjaya mengkomersialkan sebanyak 54 produk R&D&C dan ini memang merupakan satu pencapaian yang memuaskan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa kerajaan menolak cadangan untuk menggubal akta "Whistleblower's Act".

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kerajaan tidak pernah menolak cadangan menggubal Whistleblower’s Act ini. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan baru-baru ini, empat langkah untuk membanteras gejala rasuah dan membolehkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi dan usaha anti rasuah di dalam negara. Di mana langkah yang ketiga adalah untuk menggubal undang-undang komprehensif yang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan juga saksi.

final • 10:00 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bolehkan saya bertanya, bilakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang- undang ini?

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebenarnya kedudukan sekarang ialah draf pertama Rang Undang-undang Perlindungan Saksi telah pun siap. Ia sepatutnya dibentangkan pada sesi kedua, sesi Parlimen kali ini. Namun masih terdapat beberapa isu yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya dapat dibawa ke tahap Jemaah Menteri dan seterusnya dibentangkan di Parlimen. Namun saya beri komitmen iaitu bahawa kerajaan sememangnya komited untuk merealisasikan Whistleblower’s Act ini.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan padat dan pendek, jawapan pun padat dan pendek. Beginilah contoh.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan tambahan saya mengenai dengan Whistleblower’s Act ini, yang berkaitan dengannya iaitu tentang surat layang. Saya ingin tahu bagaimana sebenarnya BPR menilai surat-surat layang ini sebagai sumber maklumat untuk mengambil tindakan terhadap isu-isu dan tuduhan yang berkaitan dengan rasuah ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berkenaan surat layang ini, ia memang di bawah APR 1997. Iaitu BPR boleh menggunakan isi kandungan surat layang itu sebagai untuk memulakan menyiasat tetapi tidak boleh digunakan sebagai bukti dalam mahkamah.

final • 10:00 AM

3. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah pihak kerajaan telah berjaya mendaftarkan persatuan- persatuan belia mengikut Akta Pertubuhan Belia yang baru diwartakan dan berapakah jumlah persatuan-persatuan belia di negara ini berdasarkan kaum.

final • 10:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Maran di atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Pertubuhan Belia dan Permohonan Belia 2007 diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2007.

Untuk makluman, sehingga bulan Julai 2008, kementerian telah menerima permohonan pendaftaran pertubuhan sebanyak 417. Daripada jumlah tersebut 212 pertubuhan telah pun diluluskan pendaftarannya, 176 masih di dalam proses pendaftaran dan 29 telah ditolak kerana persatuan ini daripada persatuan negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kerana negeri Sabah dan Sarawak tidak menerima akta ini. Jadi kita terpaksa menolak 29 pertubuhan daripada Sabah dan Sarawak.

Bagi menjawab soalan kedua, jumlah persatuan berdasarkan kaum. Saya ingin maklumkan bahawa persatuan-persatuan tersebut masih berdaftar di bawah Registrar of Society, Pendaftar Pertubuhan dan Pendaftar Pertubuhan tidak di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun, saya akan mendapatkan nama-nama ataupun jumlah secara terperinci daripada Pendaftar Pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat. Dari segi pertubuhan induk yang besar, terdapat enam pertubuhan belia daripada keturunan Melayu, empat daripada keturunan Cina dan empat daripada keturunan India. Itu yang induk sahaja. Yang lain-lain saya akan dapatkan dan akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri Belia dan Sukan. Saya mempunyai maklumat di mana sejumlah 9,585 persatuan belia di negara kita yang didaftar di bawah ROS, maknanya Pendaftar Pertubuhan. Akan tetapi apa yang dimaklumkan oleh menteri tadi hanya sejumlah 417 sahaja yang memohon. Ini satu keadaan yang cukup tidak menggalakkan.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah sebab-sebab kelembapan ini berlaku yang menyebabkan banyak persatuan-persatuan belia tidak mendaftar lagi dengan mengikut akta ini. Sedangkan saya difahamkan, tidak silap saya, tempoh pendaftaran ini akan berakhir pada 2009. Apakah usaha yang dibuat oleh kementerian dalam mengatasi masalah ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Tahniah Yang Berhormat kerana mendapat detail tentang perkara ini. Saya difahamkan Yang Berhormat merupakan seorang pemimpin belia yang terkenal di negeri Pahang. Yang Berhormat...

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, ada beberapa sebab kenapa pertubuhan belia masih lagi tidak mendaftarkan. Pertamanya, kerana terdapat sedikit kelonggaran yang diberi oleh Kementerian Belia dan Sukan di dalam soal ini. Iaitu walaupun persetujuan telah pun dibuat bersama dengan Majlis Belia Malaysia supaya semua pertubuhan belia yang berdaftar dengan ROS mesti berdaftar dengan ROY iaitu Pendaftar Pertubuhan Belia pada 1 Januari 2009. Akan tetapi kita memberi sedikit kelonggaran iaitu mana-mana persatuan belia yang masih belum ingin mendaftarkan pada 1 Januari 2009, boleh mendaftarkan kemudian iaitu mereka boleh menunggu sehingga mesyuarat agung persatuan masing-masing.

Jadi yang timbul masalahnya ialah banyak persatuan yang tidak berminat, kurang berminat kerana dari segi masalah faktor had umur. Had umur yang diberi di dalam Akta Pertubuhan adalah kurang 40 tahun ke bawah untuk menjadi pemimpin persatuan belia.

Seperti kita tahu bahawa ramai pemimpin persatuan belia terdiri daripada mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun. Jadi ini merupakan satu isu yang menyebabkan mereka kurang selesa ataupun kurang bersedia untuk melepaskan jawatan dan sebagainya.

Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah yang besar, jadi kita tidak menguatkuasakan pada 31 Disember 2008 ataupun 1 Januari 2009. Akan tetapi memberi sedikit kelonggaran iaitu mereka boleh berhenti apabila sampai masa mesyuarat agung dan melepaskan kepada pemimpin-pemimpin baru yang berumur di bawah 40 tahun.

Beberapa perkara telah pun kita lakukan untuk mempercepatkan dan menambahkan persatuan-persatuan belia berdaftar dengan pihak kementerian. Yang pertamanya ialah kita akan mengadakan road show. Kita akan turun ke daerah-daerah dan akan membuat pendaftaran secara berkelompok dan kita akan meluluskan pendaftaran pada waktu pendaftaran itu dibuat. Apa yang berlaku pada hari ini, proses tergendala kerana banyak borang yang didaftarkan tidak lengkap. Jadi kita akan bawa pegawai kita turun ke bawah. Mana yang tidak lengkap, kita lengkapkan dan terus kita daftarkan pada waktu tersebut.

Yang kedua, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Akta bersama dengan Majlis Belia Malaysia, kita akan teruskan dan pihak Majlis Belia Malaysia akan menggalakkan ahli-ahli mereka yang bergabung di bawah Majlis Belia Malaysia untuk mendaftar bersama kita. Jadi kita akan membuat pendaftaran dan Majlis Belia Malaysia juga akan membantu kita untuk mempercepatkan proses pendaftaran ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Adakah benar di antara sebab-sebab kelembapan ataupun banyak pertubuhan belia ini dibatalkan adalah kerana di samping faktor-faktor yang telah disebut tadi, faktor kepimpinan yang telah mungkin lewat usianya, kerana kerenah birokrasi peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada peringkat bawah.

■1020 Antaranya adalah bila belia-belia meminta masalah sukan sebagai contoh, bantuan-bantuan yang sukan yang tidak pernah sampai ataupun amat sukar untuk mendapatkan bantuan. Adakah perkara ini benar, dan sekiranya ia benar apakah langkah- langkah yang sepatutnya diambil oleh kementerian untuk menggalakkan belia-belia kita ini menyertai kumpulan-kumpulan belia ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan tersebut. Saya rasa, bagi pandangan saya, soalan tersebut tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran pertubuhan. Soal kerenah birokrasi untuk mendapatkan sumber kewangan dan sebagainya tidak melibatkan soal pendaftaran.

final • 10:00 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Walau bagaimanapun, untuk menjawab Yang Berhormat, pihak kementerian telah pun membuat keputusan, saya pun dah umumkan di dalam Parlimen ini bahawa mulai bulan Julai ini, peruntukan-peruntukan kepada persatuan-persatuan belia akan diberi geran terus kepada persatuan-persatuan belia sama ada di peringkat kebangsaan, negeri ataupun cawangan sekalipun. Saya harap ini akan menggalakkan persatuan-persatuan belia untuk mendaftar dengan Akta Pertubuhan Belia kita di bawah Pendaftaran Pertubuhan Belia kerana mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan kementerian kita, tidak akan mendapat geran tahunan yang akan diberi oleh kementerian. Terima kasih.

final • 10:00 AM

4. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa ramai setinggan/peneroka bandar yang telah diberi penempatan baru di rumah kos rendah yang disubsidi oleh kerajaan mengikut negeri; dan

(b) dari jumlah tersebut, berapa ramai yang akhirnya tidak mampu membayar balik pinjaman dan rumah mereka akhirnya disita atau dilelong oleh pihak bank (juga mengikut negeri).

final • 10:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Mac 2008, sebanyak 30,072 keluarga setinggan telah dipindahkan dan ditempatkan di rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat

(PPR), disewa yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setinggan yang terlibat ini ditempatkan di bawah Program PPR Sewa. Oleh itu, mereka perlu membayar sewa sebanyak RM124 sebulan bagi setiap unit kepada pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, tidak timbul masalah rumah disita atau dilelong disebabkan ketidakmampuan untuk membayar balik pinjaman kepada pihak bank kerana mereka hanya menyewa daripada pihak kerajaan.

final • 10:00 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya mungkin daripada pengalaman saya, saya pergi ke kawasan-kawasan rumah pangsa kos rendah ini, yang mereka dipindahkan dan di subsidi oleh kerajaan, dan mereka dibenarkan atau diluluskan untuk meminjam daripada bank. Jadi, untuk membeli rumah-rumah ini, apabila mereka dipindahkan daripada kawasan setinggan, estet dan peneroka bandar ini, dan mereka ditempatkan di rumah-rumah ini, maka dalam jangka masa panjang, setelah setahun atau dua tahun, ada yang kurang daripada itu, mereka tidak mampu untuk membayar ansuran ini kepada bank. Jadi... [Disampuk] Mintak jangan kacau boleh tak? Tuan Yang di-Pertua yang berhak. [Dewan riuh] Jadi apakah kementerian sedar, peka dengan perkembangan ini dan apa perancangan kementerian untuk mengatasi masalah drop-out ini daripada rumah-rumah kos rendah ini dalam jangka masa panjang. Ini bukan rumah PPR yang saya maksudkan sebenarnya tetapi rumah-rumah kos rendah yang ditolong oleh kerajaan untuk mereka mendapatkannya, contohnya, di Selangor itu sendiri. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan sedar masalah yang dihadapi oleh golongan yang hendak membeli rumah tetapi tidak mampu mendapat pinjaman. Oleh tujuan itu, kementerian ini telah dapat bantuan daripada Kementerian Kewangan. Satu peruntukan khas RM50 juta buat peringkat pertama dikeluarkan kepada Bank Simpanan Nasional dan juga kepada Bank Islam sebagai jaminan kepada pinjaman ini. Jadi, mereka yang tidak mampu, boleh dapat bantuan daripada kedua-dua bank ini pinjaman tanpa bukti pendapatan dan sebagainya. Maka jaminan daripada RM50 juta ini adalah bertujuan supaya membolehkan mereka mendapat pinjaman perumahan daripada kedua-dua bank.

final • 10:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri ini, apakah langkah yang

final • 10:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan di bandar selain daripada program-program yang ada dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar kerana isu setinggan bandar ini tidak seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri semata-mata untuk menyelesaikannya kerana ianya memerlukan usaha bersepadu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Jadi apakah tindakan kementerian? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, memang ini adalah satu cabaran yang besar. Perlu kerjasama yang rapat antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Cabaran yang begitu rumit diatasi adalah yang pertama, dari segi bancian terhadap data-data, maklumat setinggan ini, kadangkala tidak dapat maklumat yang tepat, siapa setinggan yang sebenarnya atau siapa yang layak diberi agihan rumah PPR ini. Ini kita perlu dapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan kerajaan negeri.

Yang kedua kita kena pastikan tempat yang sesuai. Kadangkala, satu tempat wujudnya satu keadaan pembinaan rumah setinggan secara berleluasa, mungkin adalah hampir dengan tempat pekerjaan mereka. Jadi kalau kita tidak dapat cari tanah berhampiran dengan tempat ini, kalau tempat lain diperuntukkan untuk membina Program Perumahan Rakyat ini, lokasinya tidak sesuai. Maka, setinggan itu enggan pindah ke sana.

Jadi, ini dua masalah yang kita sentiasa hadapi. Bagi kerajaan persekutuan, kita menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membina rumah PPR ini, cuma kita hendak dapat lokasi yang sesuai yang boleh diterima oleh rakyat dan juga kita hendak dapat maklumat yang lebih tepat terhadap setinggan-setinggan ini. Sekian.

[Soalan No. 5 – Y.B. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (Mukah) tidak hadir]

final • 10:00 AM

6. Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah kali terakhir gaji kakitangan penjara disemak.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan Yang Berhormat Bachok yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semakan kali terakhir terhadap gaji kakitangan penjara dilakukan oleh pihak kerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2007 pula, kerajaan mengadakan kenaikan gaji dan emolumen untuk semua kakitangan awam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2007 di mana kakitangan penjara juga menerima kenaikan tersebut. Berdasarkan pada semakan gaji pada 2005 dan kenaikan gaji pada tahun 2007, didapati kenaikan gaji di antara RM274.49 sehingga RM829.73. Sekian Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum soalan tambahan saya, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai kerajaan dari Unit Kawalan Hasil Tembakau Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Dr.

Zariha untuk meninjau amalan merokok di dalam bangunan Parlimen. [Tepuk] Soalan tambahan saya adalah, daripada aduan yang saya terima, terdapat perbezaan antara gaji yang diperoleh oleh pegawai-pegawai polis dan pegawai-pegawai penjara. Sebagai contoh gaji yang diterima oleh seorang sarjan, warden penjara adalah lebih rendah atau pun sama tarafnya dengan seorang koperal di dalam perkhidmatan polis dan juga terdapat perbezaan yang ketara dari segi elaun-elaun yang diperoleh oleh pegawai-pegawai penjara termasuk antara lainnya elaun kritikal sedangkan mereka juga menghadapi berbagai-bagai-bagai risiko. Saya dimaklumkan contohnya, perkembangan bertambahnya kes-kes AIDS dan HIV di dalam penjara ini yang mengakibatkan pegawai- pegawai penjara kita terdedah kepada ancaman-ancaman tersebut. Jadi, adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat satu kajian semula terhadap gaji-gaji dan elaun-elaun peruntukan tertentu kepada pegawai-pegawai penjara. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Nasharudin Mat. Isa - Bachok

■1030

final • 10:00 AM

Dato’ Chor Chee Heung

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bachok. Kementerian Dalam Negeri memang menyedari bahawa terdapat sedikit perbezaan di antara gaji pihak polis dan penjara. Satu misalan ialah, selepas kenaikan gaji, sekarang seorang pegawai penjara yang golongan KX17 menerima gaji pokoknya RM827.94 sedangkan di pihak polis pula mendapat RM1,100. Kita menyedari ada perbezaan di antara dua itu.

Oleh yang demikian, Kementerian Dalam Negeri telah pun membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengkaji semula, memberikan insentif-insentif dan elaun yang lain. Misalnya, insentif RM200 kepada Unit Kawalan dan Pencegahan di mana tugas mereka ini agak mempunyai risiko yang tinggi. Selain daripada itu juga, elaun insentif juga dapat dipertingkatkan lagi bagi golongan yang bertanggung jawab tentang penghuni-penghuni penjara yang telah pun menghidap berbagai-bagai penyakit yang serius dan kita harap melalui cara ini, kita dapat mengimbangkan jurang perbezaan gaji itu.

Selain daripada itu juga, kerajaan juga sedang mengkaji macam mana kita hendak memberi kemudahan perumahan kepada kakitangan penjara supaya minimum 80% kakitangan penjara dapat diberikan kemudahan perumahan sebagai pakej pekerjaan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau.

final • 10:00 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Gaji ini sebahagian daripada kepuasan bekerja ataupun job satisfaction. Satu lagi ialah persekitaran kerja.

Soalan saya, berapakah jumlah warganegara asing yang sedang ditempatkan dalam penjara tempatan dan adakah bilangan mereka ini menyebabkan kesesakan dalam penjara kita ataupun over crowding dan merumitkan kerja-kerja kakitangan penjara?

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat dari Rembau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, buat masa ini terdapat 14,809 penghuni penjara warga asing. Memandangkan begitu ramai warga asing berada di penjara kita, ini tidak bermaksud bahawa prestasi kerja kakitangan penjara akan terjejas. Walau bagaimanapun sekarang ini, kita mempunyai sistem parol di mana kita dapat melepaskan lagi lebih ramai penghuni penjara dengan menerima hukuman yang agak ringan supaya mereka ini dapat dilepaskan lebih awal, prasyarat dan melalui cara ini kita bolehlah meringankan kesesakan di penjara kita.

Setakat ini terdapat 37,446 jumlah penghuni penjara. Ini adalah merupakan 28% yang melebihi kapasiti. Melalui cara parol, dan pembinaan lebih banyak penjara baru, kita boleh meringankan kadar kesesakan ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Raime Unggi.

final • 10:00 AM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin membetulkan ejaan bagi Jalan Ulu Tomari dalam soalan itu tetapi sebetulnya Jalan Ulu Tomani, bukan ‘r’, ‘n’ Tomani.

final • 10:00 AM

7. Tuan Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menaik taraf bagi Jalan Ulu Tomani, Kemabong.

Sekiranya ada, bilakah projek tersebut akan dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Persekutuan belum ada cadangan untuk menaik taraf Jalan Ulu Tomani, Kemabong dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah sedang merancang untuk

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

menaik taraf semua jalan raya di Sabah yang terletak dalam lingkungan 30 kilometer dari pekan atau bandar menjelang 2016 di bawah program Jalan Luar Bandar.

Sekiranya pihak berkuasa negeri membuat perakuan peruntukan projek, maka cadangan menaik taraf Jalan Ulu Tomani ini akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam program Jalan Luar Bandar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat kesal dengan jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian tadi berkenaan dengan Jalan Ulu Tomani ini. Untuk pengetahuan pihak kementerian, bahawa jalan ini telah di naik taraf oleh pihak kerajaan negeri pada tahun-tahun yang sudah dan telah melibatkan beberapa buah kampung di Ulu Tomani yang saya rasa jalan ini merupakan jalan utama bagi mereka.

Jalan ini sekarang dalam keadaan trouble dan saya mengharapkan seperti mana dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, dalam lingkungan 30 kilometer, saya percaya bahawa jalan ini pun dalam lingkungan 30 kilometer. Saya harap pihak kementerian dapat memberikan perhatian terutama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini kerana jalan ini amat-amat penting sebab kita lihat proses pembangunan seperti bekalan air, bekalan elektrik senang dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung ini. Jadi saya mohon pihak kementerian mengambil perhatian tentang perkara ini dalam Kajian Rancangan Malaysia Kesembilan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, itu rayuan Yang Berhormat Menteri, tidak payah jawab.

final • 10:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Okey, saya perlu jawab juga Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, boleh kalau mahu jawab. [Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sebenarnya saya sedar jalan ini sangat penting. Oleh sebab itu jalan 30 kilometer ini dari Kuala Tomani ke Ulu Tomani, ada 30 kilometer.

Sebenarnya, 8 kilometer telah diturap. Bakinya 22 kilometer masih jalan tanah atau jalan gravel. Kita faham keadaan ini kerana tadi saya telah jawab iaitu kerajaan negeri perlu membuat perakuan dan memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah supaya jalan ini boleh dinaik taraf secepat mungkin. Saya bersetuju dengan perkara ini dan kita akan sokong. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sri Gading, silakan. Minat juga dia.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikum Salam.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Saya amat simpati Tuan Yang di-Pertua. Penduduk-penduduk kampung seperti Ulu Tomani, Kemabong di Sarawak, Kinabatangan di Sabah.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Di Batu Pahat.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di mana-mana. Berapa banyak lagi kampung seperti ini, yang akan kita dengar rayuannya daripada rakyat?

Kerajaan menjawab, perkara tidak selesai. Saya hendak tanya, seperti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerajaan negeri harus memohon kepada Kerajaan Persekutuan. Okey, itu kita terimalah.

Saya hendak bertanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sifat tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri telah memperuntukkan RM1 bilion kepada Sabah dan Sarawak. RM1 bilion kepada Sabah, RM1 bilion kepada Sarawak. Apakah wang sebesar ini tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah ini? Apakah benar-benar wang ini akan sampai kepada matlamat yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? [Tepuk]

final • 10:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Wang belum terima lagilah!

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya harap...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh, walau timbalan menteri menjawab, bukan begitu caranya Yang Berhormat Seputeh.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya berharap, kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Barisan Nasional! Saya ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional, harus agaknya RM1 bilion ini menjadi kenyataan mengatasi perkara-perkara kesulitan jalan-jalan raya di Sabah dan di Sarawak.

■1040

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ulang lagi, ulang lagi.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa jawapan konkrit daripada pihak menteri? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ulang lagi, TV masih ada lagi, ada TV lagi.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi saya kata tidak payah jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab juga, sekarang sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Saya jawab ringkas. Saya setuju. Sekian, terima kasih. [Dewan riuh][Ketawa]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

final • 10:00 AM

8. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah rancangan segera kerajaan untuk membaik pulih bangunan 131 buah SJK(C) yang diklasifikasikan sedang berada di bawah keadaan berbahaya demi keselamatan murid an para penduduk.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran - Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang sewajarnya kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid tanpa mengira aliran sekolah. Agenda utama kerajaan adalah untuk membangunkan pendidikan negara secara menyeluruh, merapatkan jurang pembangunan prasarana dan pencapaian murid, memperbaiki sekolah daif serta memberi akses dan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.

Dakwaan Ahli Yang Berhormat bahawa kononnya terdapat 131 buah SJK(C) yang diklasifikasikan di bawah keadaan berbahaya merupakan andaian Yang Berhormat sendiri dan tidak benar setelah disemak rekod Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria yang digunakan untuk meluluskan kerja-kerja bangunan sekolah yang uzur ialah:

(i) pengesahan Jabatan Kerja Raya, JKR bagi bangunan sekolah yang uzur dan tidak selamat diduduki; dan

(ii) berdasarkan peruntukan yang ada dan mencukupi untuk melaksanakan projek pembaikan.

Demi keselamatan murid dan warga pendidik di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan melawat sekolah yang disahkan tidak selamat oleh JKR serta melaporkannya kepada bahagian pembangunan KPM untuk kelulusan kewangan bagi kerja membaik pulih bahagian bangunan yang dianggap tidak selamat.

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kurang tepat. Tadi wakil kerajaan telah memberitahu Dewan yang mulia ini kementerian sentiasa ambil berat tentang pembangunan sekolah tanpa kira aliran dan tidak ada sekolah yang diklasifikasikan berada di bawah keadaan yang berbahaya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana dengan kes mendiang Chan Boon Heng, cikgu yang telah jatuh dan mati di Sekolah Keat Hwa (H) di Kedah.

Kedua, kementerian mengatakan adakah pampasan telah pun diberikan kepada balu Cikgu Chan Boon Heng. Ketiga, Sekolah Menengah Foon Yew di Johor di mana kementerian memberikan peruntukan RM30,000 tetapi yang sampai ke sekolah hanya tinggal RM3,000 sahaja dan fakta ini telah dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan sendiri.

Keempat adalah setiap tahun lebih dari 3,000 hingga 8,000 ibu bapa berbaris berduyun- duyun untuk mendaftarkan anak mereka supaya dapat peluang menimba ilmu di SJK (C) tetapi setelah negara merdeka 51 tahun, kerajaan masih gagal lagi membina sekolah mengikut kepadatan penduduk dan keperluan.

Apakah strategi segera kerajaan untuk mengatasi supaya menepati jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerajaan adalah adil, saksama kepada semua sekolah tanpa mengira aliran? Sila jawab, terima kasih banyak-banyak.

final • 10:00 AM

Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya akan menjawab dengan tepat. Saya mengatakan bahawa rekod Kementerian Pelajaran Malaysia tidak ada seperti mana yang didakwa ke atas 131. Kementerian Pelajaran Malaysia apabila mendapat aduan seperti mana yang saya katakan mekanisme itu melalui JPM, PPD, kita akan mengambil tindakan melalui bahagian pembangunan. Itu saya tidak kata tidak ada satu sekolah yang tidak selamat.

Selagi apabila sesuatu bahagian sekolah itu dianggap tidak berbahaya, maka kerja yang perlu dilakukan ialah kita mendapat pengesahan daripada JKR bukan kita membuat interpretasi daripada mana-mana pihak, itu yang pertama.

Kedua apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat mengenai cikgu yang berlaku di SJK(C) Keat Hwa. Sebenarnya selepas insiden tersebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum itu pada penggal yang lalu telah melakukan beberapa perkara termasuk mana- mana wakil rakyat yang telah menghantar dan mengemukakan sekolah-sekolah yang tidak selamat setelah disahkan oleh JKR, tindakan telah diambil. Sebagai contoh, SJK(C) Yong Peng di kawasan saya. Sekolah Kebangsaan Yong Peng di kawasan saya masing-masing telah menerima dan dipulihkan semulanya bangunan. Saya rasa apabila tindakan diambil oleh kementerian, ianya adalah berlandaskan kepada laporan daripada JKR.

Dakwaan Yang Berhormat mengatakan SJK(C) Foon Yew, sebenarnya kementerian menyerahkan projek ini kepada agensi pelaksana. Kementerian sebenarnya selepas insiden tersebut telah disahkan kontraktor yang melaksanakan itu bermasalah, bukannya Kementerian Pelajaran yang mengambil kesempatan dan mengambil wang tersebut, itu yang perlu saya jelaskan. Apabila berlakunya pada pihak kontraktor tindakan itu diambil terhadap kontraktor. Jadi itu sesuatu penjelasan yang perlu dibuat dan dakwaan Yang Berhormat mengatakan bahawa ada yang tidak dapat masuk ke SJK(C).

Perkara ini mungkin berlaku sebelum itu di Johor Bahru di mana mereka kena bermalam satu hari. Akan tetapi oleh sebab tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk menambah kapasiti, menambah SJK(C) dan sebagainya, nampaknya perkara itu telah diselesaikan. Sekurang-kurangnya tidak ada yang ditolak untuk mendaftar di SJK(C). Itu kedudukan sebenar yang ingin saya perjelaskan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua boleh izinkan saya memohon penjelasan? Soalan saya adalah cikgu...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Taiping...

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Pohon untuk memberikan penjelasan, saya menyebut bagi pihak balu cikgu tersebut. Soalan saya adakah keluarga mendiang cikgu sudah dapat pampasan yang dijanjikan dan apakah tindakan yang diambil ke atas

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

kontraktor? Semua tidak ada jawapan, berbelit-belit pergi mana? Dari Johor sampai Kedah tetapi tidak ada jawapan. Adakah sudah terima pampasan apakah tindakan kontraktor...

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua apakah ini dibenarkan? Orang lain tidak boleh macam mana dia dibenarkan?

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...supaya kejadian tragedi tersebut tidak akan berulang lagi di sekolah kerana sekolah patut menjadi tempat yang selamat untuk anak- anak kita dan juga cikgu.

final • 10:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua pasal apa benarkan dia?

final • 10:00 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kita bercakap bagi pihak warga guru juga.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Taiping. Ahli- ahli Yang Berhormat, apabila saya diam pada sesuatu ketika begitu ada sebab. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu kan sewaktu sesi soal jawab tidak boleh cari hal untuk berbahas.

Berapa kali sudah saya beritahu, juga ambil kesempatan. Jadi kalau ada masalah seperti begitu walaupun menteri tidak menjawab seperti yang di aspirasikan, tidak boleh kita memberi tekanan kepada orang yang menjawab.

Jadi kalau soalan itu panjang lebar, bahas sahaja dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan Kajian Separuh Penggal. Kamu semua faham ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu jawab soalan tadi panjang lebar berlilit berlingkar itu mengenai dengan pampasan kepada balu tadi? Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri perjelaskan.

final • 10:00 AM

Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa untuk perkara ini, oleh sebab sesuatu perkara yang spesifik, maka saya akan memberi jawapan secara bertulis. Ini kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi merupakan sesuatu perkara yang spesifik dan saya kena semak daripada Kementerian Pelajaran supaya saya tidak memesongkan Dewan dan kita akan cakap apa yang benar.

Yang Berhormat bawa isu mengenai pelajar tidak boleh masuk ke SJK(C), sebab itu saya menjawab apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat. Saya tidak ada menyimpang daripada tajuk.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey terima Yang Berhormat Timbalan Menteri, jelas, kedua-dua belah pihak jelas. Sekarang ini soalan tambahan, saya mahu tengok daripada BN pasal yang tadi itu daripada Pakatan Rakyat.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat kita, first one to rise and catch the Speaker’s eyes. Kalau saya buat begitu siapa yang cepat berdiri kalau sebelah kiri, sebelah kirilah. Kalau sebelah kanan, sebelah kananlah. Nanti kena tuduh pula bahawa Tuan Yang di-Pertua buta, kalau bukan Tuan Yang di-Pertua, dendam.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Selepas BN, PAS, selepas itu BEBAS.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

BEBAS kalau belakang-belakang pun tidak apalah pasal dia BEBAS seorang juga, banyak peluang sudah, sila.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas sahaja, ada tidak rancangan kerajaan untuk menutup sekolah-sekolah kurang murid termasuk SJK(C) ataupun SJK(T) dan diganti di tempat yang lebih ramai murid ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya KPM sentiasa melihat jumlah enrolmen yang ada pada semua aliran sekolah

final • 10:00 AM

Ir. Dr. Wee Ka Siong

termasuk juga SJK(C). Apabila enrolmen dalam sesebuah sekolah itu berkurangan, maka cara yang digunakan ialah berpindah daripada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan keperluan yang mendesak di kawasan-kawasan yang mempunyai pelajar.

■1050 Itu yang dilakukan. Tidak ada kata menuntut secara paksaan. Oleh kerana kalau suatu kawasan seperti ladang, sudah tidak ada orang, bermakna kalau kita tidak ada pelajar, macam mana sekolah itu berfungsi. Maka cara perpindahan itu adalah salah satu cara untuk kita mengatasi masalah ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Richard Riot anak Jaem.

[Soalan No. 9 – Y.B. Datuk Riot anak Jaem (Serian) tidak hadir]

final • 10:00 AM

10. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes dan jumlah bayaran ex-gratia yang diberikan kepada pesakit atau keluarga mereka akibat kelalaian perubatan yang dilakukan oleh doktor dan kakitangan perubatan di hospital kerajaan setiap tahun sepanjang lima tahun lalu.

final • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, kes-kes yang didaftar di mahkamah akibat medical accident atau medical error dari tahun 2003 sehingga 2007 adalah sejumlah 167 kes. Kementerian Kesihatan mula membuat pembayaran ex-gratia yang pertama pada tahun 2006 yang melibatkan satu kes sahaja dengan jumlah bayaran sebanyak RM25 ribu. Pada tahun 2007, tiada ex-gratia dibayar kerana pengadu menyaman Kementerian Kesihatan. Sehingga Jun 2008, terdapat empat kes di mana tiga daripadanya bersetuju untuk menerima ex-gratia dengan jumlah RM358 ribu. Sekian.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nilai nyawa nampaknya seolah-olah tidak bernilai. Nyawa manusialah. Tuan Yang di-Pertua, walaupun bayaran ex-gratia ini ditawarkan dan dibayar kepada pesakit atau keluarga mereka jika pesakit atau keluarga mereka bersetuju. Namun memandangkan kekecewaan, kerugian dan penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit dan keluarga mereka, umpamanya mereka yang mengalami kecacatan seumur hidup adalah begitu serius sekali. Maka, nampaknya kadar atau quantum bayaran ex-gratia ini adalah tidak munasabah dan tidak praktikal.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Soalan saya ialah memandangkan kes Hospital Klang di mana seorang bayi yang baru lahir dipotong tangan akibat kelalaian doktor, dibayar cuma RM60 ribu dan keluarga itu menolak tawaran kerana penderitaan seumur hidup itu dibayar hanya RM60 ribu. Dan satu kes lagi di Hospital Selayang yang ditawarkan walaupun RM250 ribu bayaran ex-gratia, tetapi apa yang berlaku ialah ibu yang bersalin itu meninggal dunia...

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

...Anak bayinya mengalami kecacatan otak yang kekal. [Dewan riuh] Iaitu permanent brain damage.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat Cheras.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebut di sini ialah quantum bayaran ex-gratia adalah tidak sejajar dengan apa yang dideritai oleh pesakit atau keluarga...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu kenyataan. Soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Maka, apakah langkah kementerian supaya tawaran ex-gratia ini dapat dinaikkan ke satu kadar yang memuaskan dan memandangkan kejadian kelalaian perubatan di hospital kerajaan adalah bukan jarang berlaku, maka apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan, untuk mencapai kelalaian perubatan sifar yang patut berlaku. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Panjang lebar punya soalan tetapi ke situ juga. Kalau tadi awal-awal sebut apa tindakan kerajaan supaya kelalaian sifar ini ada sudah settle. Sila menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Quantum ataupun pampasan yang dibayar oleh Kementerian Kesihatan bukan dibuat oleh Kementerian Kesihatan. Kita perlu berdasarkan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara yang meluluskan bayaran ini menurut kes-kes mahkamah yang lalu. Sebab quantum itu telah ditetapkan oleh peguam negara, bukan oleh Kementerian Kesihatan, tetapi kita boleh menyemak kembali atas rayuan untuk melihat dari kes semasa ke semasa.

Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kelalaian ataupun kecuaian ini, memang Kementerian Kesihatan amat mengambil berat tentang patient safety dan telah pun mewujudkan Patient Safety Council pada tahun 2003. Antara negara yang terawal kita mewujudkan satu Patient Safety Council untuk menyelaras dan juga mengadakan pelbagai aktiviti dan memantau penyelarasan SOP (standing operating procedure) dipatuhi oleh semua hospital, klinik mahupun hospital swasta.

Kita telah pun menyediakan garis panduan dan buku procedure untuk hospital- hospital dan juga klinik memberikan perhatian kepada bidang-bidang yang tertentu termasuk keselamatan perubatan, memastikan bahawa pemindahan darah selamat, pengurangan kecuaian berlaku, hospital acquire extended dapat dikurangkan. Banyak seminar-seminar dan bengkel-bengkel ataupun forum telah pun diadakan kebelakangan ini untuk meningkatkan kesedaran pihak doktor dan juga pihak jururawat tentang pentingnya keselamatan pesakit-pesakit di dalam hospital.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ledang.

final • 10:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti yang disebut tadi saya yakin sama ada doktor ataupun kakitangan perubatan telah pun melakukan yang terbaik dengan semangat sabar mereka. Mereka ada etika. Jika pesakit akibat daripada mungkin kelalaian dapat ex-gratia daripada pihak kerajaan. Apakah perlindungan Tuan Yang di-Pertua, kepada doktor ini terutamanya. Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan insurans bagi mereka sekiranya mungkin mereka juga akan di saman oleh orang-orang? Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang bagi apa juga masalah yang berlaku dalam hospital kerajaan, kerajaan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan juga termasuk insurans doktor tersebut. Oleh itu, apabila ada apa masalah yang berlaku selain daripada doktor di saman, Kementerian Kesihatan, kerajaan juga turut di saman dalam kes-kes kecuaian yang berlaku dalam hospital. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said.

final • 10:00 AM

11. Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim penempatan dalam industri (Placement In Industry) kepada graduan kita khususnya dalam bidang kejuruteraan di syarikat-syarikat antarabangsa di dalam dan luar negara sebagai persediaan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

final • 10:00 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menggalakkan jalinan kerjasama yang baik antara institusi pengajian tinggi awam dan juga pihak industri melalui Program Sangkutan Latihan Industri dan juga Program Internship, dengan izin.

Selain daripada IPTA sendiri bebas untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan industri, pihak kementerian juga telah mengambil langkah bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun. Di antaranya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation, Syarikat IBIL Malaysia Sdn. Bhd, Quebec Integrated Group, Infosys Technologies Limited dan Satyam Private Limited dan juga Small and Medium Industries Development Corporation ataupun SMIDEC bagi program penempatan pelajar.

Pada masa yang sama, pihak kementerian merancang untuk memperkukuhkan lagi Program Latihan Internship ini dengan menyelaras program dan aktiviti semua IPTA berkaitan dengan program ini. Kementerian akan mengadakan perbincangan dengan berbagai-bagai dewan-dewan perniagaan yang terdapat di negara ini untuk mempertingkatkan lagi program ini supaya dapat diujudkan program latihan industri yang berstruktur.

■1100 Kementerian juga telah mewujudkan Academic Industry Advisory Board dan juga membantu melihat kepada usaha-usaha ini.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat menteri. Saya ucap tahniah kepada kementerian kerana Program Latihan Penempatan Dalam Industri ini telah mendapat tempat di kalangan universiti-universiti dan juga pelajar. Di mana tempoh pengajian latihan ini telah ditambah daripada 10 minggu kepada enam bulan iaitu satu semester dan kementerian juga telah mewujudkan pusat-pusat sehenti di universiti-universiti tempatan. Soalan saya, adakah kerajaan telah mewujudkan dana khas bagi Program Latihan Penempatan Dalam Industri ini sebagaimana skim latihan graduan. Jika ada berapakah jumlahnya dan bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan peruntukan tersebut, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi setiap pihak yang bekerjasama dengan kementerian terdapat keadaan di mana sesebuah syarikat itu sendiri yang akan membayar elaun kepada pelajar-pelajar yang membuat internship ataupun sangkutan. Ada juga keadaan di mana syarikat-syarikat ataupun industri tidak membayar tetapi memerlukan supaya kerajaan menyediakan dana bagi menampung pelajar yang mengikuti program sangkutan di syarikat ataupun industri. Memandangkan kepada keadaan itu, maka kerajaan telah menyediakan satu peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tujuan untuk kita menyokong usaha-usaha kita kerana kita berpendapat bahawa ini adalah satu cara program sangkutan ini bagi menyelesaikan masalah graduate employability, pekerjaan untuk graduan kita dengan izin dan mereka yang akan mendapatnya ialah mereka yang akan berjaya untuk diterima masuk dalam program sangkutan ini.

final • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salah satu aduan yang sering dilakukan oleh majikan terhadap graduan-graduan kita ialah mereka kurang keyakinan dan susah untuk berkomunikasi semasa sesi temu duga apabila mereka pergi interview dengan majikan. Soalan saya kepada kementerian ialah apakah langkah- langkah kementerian untuk memperbanyakkan program-program latihan soft skills kepada graduan kita dan bagaimana kita dapat mendedahkan graduan kita supaya employability mereka lebih tinggi pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnyalah kita mengadakan program internship ini. Ia adalah satu program yang diwujudkan sebelum graduan itu keluar. Kita bercakap mengenai graduan yang mengikuti interview iaitu setelah

final • 10:00 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

tamat daripada universiti mencari pekerjaan dan menghadiri interview. Untuk kita mengatasinya maka atas sebab itu enam ataupun setahun sebelum dia keluar dari universiti kita akan menyediakan program internship. Supaya dia dapat berkhidmat ataupun disangkutkan dalam syarikat-syarikat tertentu selama beberapa bulan dan kemudian syarikat-syarikat itu akan menentukan sama ada hendak mengambilnya setelah dia lulus dalam peperiksaannya ataupun tidak.

Namun kita sedar bukan semua yang dapat mengikuti program internship ini. Maka atas sebab itu, kementerian juga telah pun menyediakan ataupun menggalakkan supaya di setiap universiti IPTA memperkenalkan ataupun menyediakan finishing school. Setiap IPTA harus menyediakan finishing school yang bertujuan yang mana melalui finishing school ini akan diperkenalkan usaha-usaha sama ada dari segi soal kemahiran insaniah, penguasaan bahasa Inggeris, keusahawanan dan sebagainya akan didedahkan kepada pelajar supaya dapat dipertingkatkan lagi employability mereka.

final • 10:00 AM

12. Tuan Masir Kujat [Sri Aman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah Pondok Polis Lachau dinaikkan taraf ke tahap balai dan ditambahkan bilangan anggotanya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman yang mengemukakan pertanyaan. Setakat ini ibu pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman masih belum menerima sebarang permohonan untuk menaik taraf pondok polis ini kepada taraf balai polis di kontinjen Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, sesebuah pondok polis perlu memenuhi beberapa kriteria seperti keluasan pentadbiran pondok, jumlah penduduk, jumlah laporan polis, statistik jenayah narkotik, statistik kes trafik, jumlah IPTA, IPTS, sekolah, dan jumlah sektor sebelum pondok polis boleh dinaikkan taraf. Berdasarkan kepada perjawatan sedia ada di Pondok Polis Lachau, aktiviti jenayah dan sosial di kawasan berkenaan masih dapat dibendung.

Selain daripada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman dan Balai Polis Pantu juga turut membantu membanteras kejadian jenayah yang berlaku secara spontan atau terancang melalui bantuan penugasan seperti bantuan rondaan dan operasi secara bersepadu. Walau bagaimanapun, perancangan dibuat dari semasa ke semasa untuk menambah keanggotaan pondok polis berasaskan kepada pembangunan yang berlaku mengikut keutamaan dan keperluannya, sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya risau kerana Pekan Lachau sekarang semakin hari semakin popular dari segi mereka yang singgah sebagai rest stop dan kebanyakan juga berlaku barter traders ataupun penduduk dari Indonesia yang berniaga di kawasan Lachau terutamanya musim buah-buahan. Jadi saya risau, sebalik mereka berniaga kemungkinan besar ada berlaku di sebalik mereka berniaga perkara yang tidak diingini, jadi saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membantu menjaga ketenteraman awam di Pekan Lachau, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Chor Chee Heung - Alor Star

Terima kasih Yang Berhormat sekali lagi.

Seperti mana yang saya nyatakan tadi, kajian yang dibuat dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada kawasan Lachau memang memerlukan penambahan anggota ataupun pondok polis ini dinaikkan menjadi balai polis. Walau bagaimanapun, selain daripada tiga orang anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Lachau ini terdapat sebuah Balai Polis Pantu cuma 20 kilometer dari Lachau. Jika terdapat apa-apa kecemasan, anggota dari Balai Polis Pantu boleh datang untuk membantu. Polis Diraja Malaysia telah membuat permohonan supaya balai polis di Pantu ditambah lagi 50 orang anggota untuk membantu dalam kawasan termasuk kawasan di Lachau ini. Saya percaya Yang Berhormat pun tahu, selain dari anggota polis di situ, terdapat satu kompeni Pasukan Gerak Am juga berada di Temudu dengan kekuatan 200 anggota PGA. Jika ada kecemasan atau apa-apa yang perlu mereka bantu, mereka boleh datang dengan cepat yang mungkin, sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini gara-gara pindah kerusilah ini.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Jerai.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang tidak pakai songkok, minta maaf.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih terutama sekali ubah tempat kami daripada atas ke bawah. Soalan saya kepada pihak kementerian, adakah kementerian sedia menaik taraf Balai Polis Jeniang yang mana penduduknya lebih kurang tujuh ribu, yang sekarang hanya ada dua anggota polis sahaja.

Naik taraf dari pondok polis ke balai polis.

final • 10:00 AM

Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ini adalah soalan spesifik. Jeniang itu di negeri Kedah, Semenanjung. Lain kali kalau hendak tanya, mungkin boleh masuk pertanyaanlah sendirilah.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Boleh bagi peluang?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah selesai dua soalan tambahan, minta maaf.

final • 10:00 AM

13. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kos pembinaan lebuh raya-lebuh raya tol seperti PLUS, NKVE, Grand Saga, Litrak, Karak, KESAS, NPE, SILK dan KL-Putrajaya, butir-butir jumlah pampasan yang telah dan akan diberikan kepada syarikat lebuh raya tersebut oleh kerajaan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pembinaan lebuh raya-lebuh raya bertol seperti PLUS, NKVE, Grand Saga, Litrak, Karak, KESAS, NPE, SILK dan KL-Putrajaya, adalah seperti berikut;.

■1110 Lebuh raya Kos Pembinaan (RM juta) Lebuh Raya Utara Selatan termasuk NKVE 5,944.77 Lebuh Raya Cheras-Kajang Grand Saga 286.49 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LITRAK) 1,080 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak 451.7 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) 1,115.88 Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) 660 Lebuh Raya Lingkaran Luar Kajang (SILK) 103 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya 1,252 Berikut adalah butir-butir jumlah pampasan yang telah diberi kepada syarikat lebuh raya oleh kerajaan disebabkan penangguhan kenaikan kadar tol dari PLUS, Grand Saga, LITRAK, Karak, KESAS, NPE, SILK, dan Kuala Lumpur-Putrajaya.

Lebuh raya Pampasan (RM juta) Lebuh Raya Utara Selatan 2,093.8 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LITRAK) 630.4 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) 150

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak 98.35 Jumlah 2,972.55 Setakat ini tiada lagi bayaran pampasan dibuat kepada Lebuh Raya Cheras- Kajang kerana tiada penangguhan kenaikan kadar tol. Manakala, Lebuh Raya Baru Pantai

(NPE), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuh Raya KL- Putrajaya pula tiada lagi kenaikan kadar tol sejak mula operasi. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih. Soalan tambahan saya boleh Menteri memberitahu berapa jumlah kutipan tol yang telah diterima oleh syarikat-syarikat lebuh raya bertol itu sehingga kini. Kenapa kerajaan tidak sudi, enggan atau tidak sanggup membeli atau buy over syarikat-syarikat lebuh raya tersebut memandangkan mereka adalah betul-betul cash cow atau kata orang cina seekor angsa yang bertelur emas. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih. Angsa atau ayam atau itik...[Dewan riu][Ketawa]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa Yang Berhormat. Pokoknya boleh bertelur.

[Dewan riu][Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk soalan pertama saya perlu notis sebab saya ditanya mengenai kos pembinaan dan pampasan diberi. Saya tidak ditanya berkenaan dengan tol. Kita ada 23 jalan yang bertol. Kalau saya bagi maklumat yang tidak betul nanti dituduh lagi. Saya perlu notis.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta jawapan bertulis.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, saya boleh.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Thank you.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Yang kedua, kajian telah pun dibuat untuk semua jalan bertol di seluruh negara. Bagaimana kita akan mengambil alih atau mengurangkan tol, ini semua kajian sekarang masih berjalan. Kalau kita sudah membuat keputusan kita akan bagi tahu di Parlimen ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Boleh Yang Berhormat beritahu kenapa terma-terma concessionaire itu tidak dikemukakan kepada pihak rakyat di negara ini. Apakah sebab walaupun kenaikan lebih usage dalam highway ini sekarang berbanding dengan permulaan concessionaire ini diberi.

Saya difahamkan bahawa kenderaan-kenderaan telah melebihi dari apa yang dikatakan minimum kenderaan yang akan menggunakan ini.

Memandangkan perkara itu tidak perlu lagi kerajaan memberi pampasan, bukankah ini loose-loose situation bukan win-win. Apakah semua terma yang dipersetujui ini adalah bukan dengan arms left dan apakah pandangan kerajaan supaya ia akan memberi manfaat yang baik kepada rakyat supaya mengkaji semua sekali dan membawa pembaharuan ini.

final • 10:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang terkandung dalam perjanjian dalam beberapa tahun ini telah pun Yang Berhormat tahu juga. Kalau hendak lihat kita bagi secara bertulis dan boleh pergi lihat konsesi. Ini telah pun kita buat keputusan dan yang lainnya pasal traffic volume melebihi apa yang telah pun dijanjikan, ianya pun telah termaktub dalam konsesi. Adanya dijalankan dengan kiraan dalam pampasan. Memang ada dalam kiraan kita. Bukan sengaja berpihak siapa sahaja.

Kita memang mengikut perjanjian yang kita buat. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

14. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Pelajaran menyatakan langkah untuk merapatkan jurang prestasi di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar, sekolah-sekolah berasrama penuh dan tidak dan sama ada satu kajian

final • 10:00 AM

menyeluruh telah dibuat tentang masalah kebajikan, kewangan dan disiplin pelajar-pelajar, khususnya di luar bandar dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran - Dato' Razali bin Ismail

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari masih terdapat jurang prestasi antara sekolah bandar dan luar bandar dan antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah harian. Dalam teras merapatkan jurang pendidikan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, kementerian telah meletakkan pembangunan pendidikan luar bandar sebagai fokus khusus dan telah menggariskan dasar, matlamat, strategi dan pelan tindakan serta indicator pencapaian supaya semua sekolah dan pelajar di luar bandar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Oleh sebab itu, beberapa fokus telah diberi:-

(i) membangunkan infrastruktur, infostruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar termasuk bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih, kelas prasekolah, bilik darjah, asrama, rumah guru, dan keperluan ICT;

(ii) meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan mengadakan program tambahan murid termasuk pendidikan khas, program khusus bagi Orang Asli dan Penan, memanfaatkan strategi indigenous pedagogical content knowledge, program penguasaan 3M, program pemulihan dan juga program gerak-gempur serta program mengurangkan keciciran seperti memperkenalkan mata pelajaran vokasional dengan izin MPV;

(iii) meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman termasuk menyediakan elaun khas guru pedalaman, elaun balik kampung sekali setahun, insurans guru luar bandar, program latihan bagi guru pedalaman dan mewajibkan penempatan guru baru di luar bandar;

(iv) menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin berkeperluan khas dan kumpulan minoriti; dan

(v) melaksanakan program skim tuisyen FELDA dan skim bantuan tuisyen, program pusat pembelajaran sains luar bandar dan kelas rancangan khas.

Kementerian juga memperkenalkan program perfect score yang diamalkan oleh sekolah berasrama penuh kepada sekolah-sekolah harian biasa.

■1120

final • 10:00 AM

Tuan Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Wow ! Hebat, ini hebat, bunyi hebat tetapi semua penjelasan kerana tadi memang diakui terdapat jurang. Sebagai seorang anak Malaysia yang mendapat kesempatan belajar di sekolah berasrama penuh, saya tahu terdapat banyak perbezaan kualiti dan juga kuantiti di asrama penuh dan juga di luar bandar.

Saya mohon penjelasan secara spesifik kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana masih lagi ada kes bilangan guru di kawasan Balik Pulau yang mana hanya 15 hingga 20 minit daripada kawasan bebas terdapat syarikat-syarikat hebat Dell, Hitachi dan sebagainya tetapi masih terdapat lagi pelajar tidak mempunyai guru untuk mengajar mata pelajaran Biologi.

Ini saya bercakap di Pulau Pinang bukan di tempat-tempat lain dan saya rasa jawapan tadi saya harap merangkumi prasarana dan pelan-pelan tindakan melibatkan teman-teman saya di Sabah dan Sarawak. Saya pohon penjelasan secara spesifik bagaimana kuantiti dan kualiti guru contohnya di Balik Pulau itu diterjemahkan seperti

final • 10:00 AM

Tuan Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

kualiti-kualiti Yang Berhormat katakan tadi kerana sekarang kita tidak dapat berbicara Rancangan Malaysia Kesembilan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ismail

Bermula pada tahun lalu, kita telah cuba meningkatkan jumlah dan nisbah guru dengan kelas yakni daripada 1:5 perkelas kepada satu 1:7 perkelas. Ini dengan serta-merta memerlukan kurang lebih 35,000 guru-guru baru dan kita juga memerlukan latihan yang agak panjang bagi melatih seorang guru.

Bagi guru untuk memperoleh ijazah sarjana muda kita memerlukan masa kira-kira lima tahun. Demikian juga guru bagi KPLI memerlukan latihan kira-kira setahun.

Bagaimanapun tindakan-tindakan segera telah dilakukan di antaranya ialah dengan mengambil guru-guru kontrak selain daripada itu adalah guru-guru yang disebut sebagai GSTT dan juga dengan kaedah-kaedah lain yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Mengenai soalan spesifik di Balik Pulau, saya perlu meneliti secara khusus untuk diambil tindakan-tindakan berhubung dengannya.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah melawat ke negeri Sabah baru-baru ini di bahagian pedalaman di negeri itu dan saya ingin tanya soalan tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Adakah kementerian telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang uzur di negeri itu, berapa jumlah, di mana dan berapa agaknya kementerian membelanjakan untuk menaik taraf sekolah-sekolah yang daif sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah melihat dengan sendiri, mohon minta jawapan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ismail

Terima kasih, sebenarnya lawatan itu adalah bersama dengan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup.

Saya menyertai lawatan ke sekolah-sekolah pedalaman Pensiangan dan Salinatan. Kita melawat hampir 10 buah sekolah dan kita mengenal pasti permasalahan-permasalahan sekolah di sana dan untuk makluman Yang Berhormat di bawah Rancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kita telah memberi peruntukan kira-kira keseluruhan perbelanjaannya adalah RM3.5 bilion yakni mencakupi kira-kira 16.5% daripada keseluruhan bajet pembangunan luar bandar.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Menteri tidak menjawab di mana dan berapa termasuk kawasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Razali bin Ismail

Barangkali itu banyak lagi yang perlu kita lawati. Insya- Allah dalam kesempatan yang ada dari semasa ke semasa malah dalam kesempatan itu bukan sahaja di Pensiangan, Salinatan malah di Kalabakan juga termasuk di Kudat dan juga di beberapa buah sekolah di kawasan Kota Belud mungkin akan sampai ke kawasan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

15. Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [Hulu Selangor] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah kes salah laku yang melibatkan undang-undang yang dilakukan oleh pelajar di institut pengajian tinggi. Sejauh manakah usaha kementerian memantau salah laku dan gejala sosial yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa di IPT.

final • 10:00 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes salah laku pelajar IPT yang melibatkan perundangan hanyalah melibatkan kes khalwat. Berdasarkan rekod kementerian, seramai 64 pelajar terlibat dalam kes khalwat untuk 2006 dan pada tahun

final • 10:00 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

2007 sebanyak 29 kes yang dilaporkan. Manakala kesalahan lain adalah merupakan pelanggaran peraturan kampus dan tatatertib pelajar iaitu melanggar peraturan kampus, penyelewengan akademik seperti meniru dan membawa nota semasa peperiksaan dan kesalahan lalu lintas di mana seramai 861 orang pelajar dikenakan tindakan tatatertib di seluruh IPTA pada tahun 2007 dan pada tahun 2006 dan 2007 telah menurun kepada 522 pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mengambil langkah-langkah proaktif dari segi pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah sosial khususnya yang melibatkan pelajar IPT. Antara usaha yang telah dijalankan termasuklah bahagian keselamatan IPT dan pihak polis bergabung tenaga memantau dan menjalankan pameran keselamatan di IPT tempatan. Kedua, ceramah kesedaran dan motivasi dianjurkan dalam majlis-majlis tertentu di peringkat kolej kediaman atau di peringkat universiti seperti antaranya ceramah jati diri semasa Minggu Haluan Siswa dan juga sempena sambutan hari kemerdekaan.

Ketiga, ceramah agama juga dianjurkan semasa sambutan Maal Hijrah, minggu suai kenal dan lain-lain sambutan besar agama di mana ceramah-ceramah agama tersebut menekankan nilai-nilai murni dan keperibadian tinggi selain menyeru para pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Pihak kementerian percaya dalam menangani masalah ini, penglibatan semua pihak adalah penting dalam membentuk golongan belia, golongan pelajar yang bukan sahaja berpelajaran tetapi juga menghormati tuntutan agama dan budaya.

final • 10:00 AM

Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sila berikan pecahan pelajar mengikut negara masing-masing, adakah kesalahan yang 60 lebih itu dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam negara sendiri atau foreign student dengan izin.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat mahu tahu Yang Berhormat pecahan bilangan sama ada kesalahan itu dibuat oleh warganegara Malaysia ataupun penuntut daripada warganegara luar Malaysia.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang ini adalah melibatkan warganegara Malaysia.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kes salah laku di kalangan pelajar IPTA atau IPTS ini adalah satu perkara yang serius sebab mereka adalah pelapis kepada generasi akan datang. Saya ingin penjelasan adakah kerajaan akan mengkaji semula kurikulum yang dimasukkan dalam setiap kursus supaya setiap kursus diadakan mata pelajaran agama walaupun dia dalam jurusan bukan agama.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya bagi setiap kursus yang disediakan oleh IPT dalam negara kita, kita memang minta supaya disediakan juga amalan agama dan juga moral dan ini juga kita telah arahkan supaya disediakan di IPTS. Kalau ianya beragama Islam, kita memang minta supaya pengajaran agama Islam itu disediakan dan jika ia bukan maka pengajaran moral.

Yang pentingnya ialah dalam soal apa yang berlaku di IPT, soal-soal pelanggaran peraturan ini dan sebagainya kita mengambil tindakan supaya kita dapat memupuk kesedaran dan juga kefahaman mereka untuk menghormati undang-undang dan atas sebab itulah tadi dinyatakan bahawa usaha-usaha kita ambil supaya dalam kita menentukan mereka mematuhinya, mereka juga memahami dan menyedari mengenai tuntutan agama dan budaya. Maka atas sebab itulah perkara itu memang kita meminta supaya IPTA dan IPTS menyediakannya.

■1130

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah berakhir.

Jam sekarang ini 11.30.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 4. Saya nak bertanya Tuan Yang di-Pertua, apabila Tuan Yang di-Pertua dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua, ianya dipilih secara sebulat suara dan seseorang Yang di-Pertua mengisi jawatan Yang di-Pertua dalam Dewan ini dianggap ataupun memang disifatkan sebagai kerusi yang mulia sebab apabila Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, sesiapa sahaja masuk dalam Dewan ini, ianya mesti tunduk kepada Yang di-Pertua dan saya menyanjung tinggi apabila Yang di-Pertua meletak jawatan Ketua UMNO Bahagian apabila mengisikan kekosongan, mahu mengisi jawatan sebagai seorang Speaker tetapi yang saya paling dukacita apabila saya baca akhbar hari ini iaitu mengenai dengan kenyataan Tuan Yang di-Pertua mengatakan Yang Berhormat Puchong meminta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Puchong pula mengatakan dia tidak minta maaf.

Kalau ianya tidak dilaporkan oleh akhbar, saya tidak kisah sangat pun mungkin saya bangkit juga tapi keluar dalam akhbar yang dibaca oleh semua rakyat dan sepanjang saya memerhati perjalanan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cukup kagum sebab menangani masalah dalam Dewan ini tidak mudah tetapi saya tengok kesabaran Tuan Yang di-Pertua hanya sekali sepanjang sidang ini seorang Ahli Parlimen telah diminta keluar. Yang saya ingat waktu saya menjadi Ahli Parlimen dulu tahun 1986 dan 1990 di waktu Allahyarham Tun Zahir menjadi Speaker, boleh dikatakan selang sehari juga Ahli-ahli Parlimen diminta keluar tetapi Tan Sri begitu sabar dan kenyataan itu seolah-olah apabila Tan Sri mengatakan ahli Puchong minta maaf, ahli Puchong kata tidak minta maaf, ia membayangkan seolah-olah Tuan Yang di-Pertua bercakap bohong dan ini kerusi yang dimuliakan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak boleh terima jadi saya nak minta Yang Berhormat Tan Sri membuat ruling dan membuat kenyataan apa yang sebenarnya bagi membetulkan persepsi rakyat terhadap Dewan yang mulia ini. Kalau tidak, ianya mencemarkan nama Dewan Rakyat ini. Saya tidak boleh terima perkara ini Tuan Yang di- Pertua. Saya amat menyanjung tinggi tentang kerusi Tuan Yang di-Pertua sebab itu walaupun saya juga ada sifat agresif jugalah, saya mengakui tapi saya tahu mematuhi peraturan mesyuarat. Apabila dalam Dewan saya patuh, di luar Dewan saya akan bercakap benar kerana bohong itu salah dan tidak baik di sisi Islam. Saya minta ruling.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, point of order.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya buat keputusan dulu kepada satu point of order selepas itu...

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang sama Tuan Speaker.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya cakap yang dulu itu, selepas itu baru saya cakap.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 4.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Juga? Sila.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi bermakna saya akan buat keputusan sekali.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, jika seseorang yang boleh dihormati membangkitkan perkara seperti ini bahawa Peraturan Mesyuarat 4, saya terima tetapi seorang yang ada digelar sebagai ‘katak’, seorang yang tidak ada maruah langsung, tidak ada hak untuk membangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini hari ini. Orang ini tidak ada hak kerana dalam sejarah orang ini telah lompat dari satu parti kepada parti yang lain.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Apa kena mengena dengan peraturan mesyuarat ini?

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Khasnya dia ada dalam parti lompat bukan bebas.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, cukup. Yang Berhormat Pasir Mas, cukup.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, kejap-kejap. Saya minta Ahli Parlimen yang lain jangan campur, jangan campur. Ini boleh bertemu buku dengan ruas.

Saya tak hairan sikit pun. Ya, tak ada kena mengena!

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, saya belum habis.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini sangkaan jahat. Tak ada kena mengena!

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dia cakap duduk. Katak, katak.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dalam parti DAP pun ada katak!

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Katak duduk.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Eh barua, barua!

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, cukup.

final • 10:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Nampak sangat...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Gelugor, sudahlah.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Eh, dulu masuk ISA menangis!

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, 36(12).

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat, duduk dulu semua. Duduk dulu. Macam mana saya boleh buat keputusan kalau sekali gus bercakap?

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya belum habis.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah. Saya tahu.

final • 10:00 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, saya belum habis.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, kalau pun belum habis, saya tahu tujuan yang sebenar. Yang persoalan ini mengenai dengan diri saya. Biarlah saya buat keputusan mengenai apa yang berlaku. [Tepuk]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ikut peraturan mesyuarat, ikut pengamatan saya, pengamatan saya hampir semua tidak mengikuti peraturan mesyuarat termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor, termasuk Yang Berhormat Pasir Mas, termasuk semua pada sesuatu ketika. Itulah makanya kali-kali saya terpaksa memberi penjelasan bahawa tugas Yang di-Pertua cuma mempengerusikan Mesyuarat. Untuk mendisiplinkan diri, patuh kepada Mesyuarat, itu terpulang kepada diri masing-masing.

Menuduh seorang yang bukan-bukan. Saya pun pernah pindah parti tapi tak semestinya katak. [Tepuk]

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kenyataan. Bukan saya membela apa-apa. Cuma apa yang berlaku kelmarin adalah begini. Pertama, dalam peraturan mesyuarat, apabila kita membuat rujukan kepada surat khabar itulah makanya Ahli-ahli Yang Berhormat, minta izin dengan izin ini yang dilapor. Tidak semestinya apa yang dilapor itu betul. Jadi makanya apa

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

yang saya terbaca pada hari ini walaupun disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas begitu, satu akhbar saya baca dia menyatakan perjumpaan saya dengan Yang Berhormat Puchong dua jam. Tidak betul. Bagi saya, apabila Yang Berhormat Puchong jumpa saya kelmarin, maka itu pada tengah hari saya membuat keputusan bahawa saya kata saya anggap perkara ini adalah perkara sudah selesai. Jadi apa yang berlaku selepas Yang Berhormat Puchong jumpa dengan saya, dia buat kenyataan akhbar, itu soal lain lagi, soal lagi.

Yang Berhormat Puchong hari ini ada. Betul dia jumpa saya, apa yang dia sebut dalam akhbar, dia kata dia jumpa saya, dia minta clarification bahawa sama ada bila dia boleh masuk dan sedemikiannya, saya kata tomorrow can, boleh. Cerita dia bahawa cordial, betul cordial. Semua buku-buku di depan saya kena buat reference sama ada saya silap ke dia silap ke siapa ke saya sudah bagi tahu bahawa sesiapa yang mengeluarkan point of order mesti sekarang ini substantive by reference. Jangan lagi point of order, point of order mengikut pendapat sendiri. Itulah makanya saya bawa Erskine May. Jangan sama sekali ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri point of order sahaja inti pati sendiri pada ketika itu baru berdiri langsung tidak tahu menahu apa objektif point of order.

Jadi terpulang kepada Yang Berhormat Puchong untuk membetulkan itu, apa yang dia sebut kelmarin kerana bagi saya, saya tidak percaya apa yang dilapor di akhbar.

Sebagai contoh peraturan mesyuarat tidak perlu kita dengar apa di luar, yang penting di sini. Yang Berhormat Puchong ada. Jadi saya tidak juga boleh membuat ruling kepada soal ini kerana ini melibatkan diri saya. Apabila saya percaya apa yang tercoret dalam akhbar, bermakna saya dipanggil sebagai liar. Itu betul tetapi saya tidak percaya apa yang tertulis kerana ada kadang-kadang kedapatan bahawa tidak betul seperti dua jam, tidak ada dua jam. Lebih kurang 5-6 minit atau sepuluh minit begitu.

Jadi saya tidak boleh keputusan terhadap itu cuma persepsi yang saya akan gambarkan di sini, saya tidak jemput Yang Berhormat Puchong datang ke bilik saya. Dia datang, dia tanya bila? Dia hujah sebut “I am sorry to put you in this”. Dia tanya kesihatan saya. Secara gentleman saya kata, “You and other Ahli-ahli Yang Berhormat sometimes give me all this pressure which is very unnecessary”. Jadi, kalaulah umpamanya kita panjang lebarkan lagi ini, adakah ini merupakan satu tindakan yang boleh menjamin bahawa tidak ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang melanggar peraturan mesyuarat.

Tidak boleh kamu jamin. Ada juga akan melanggar peraturan mesyuarat tetapi kalau juga Majlis ini mahu juga mengambil tindakan kepada Yang Berhormat Puchong kerana soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan secara kebetulan pula Yang Berhormat Bukit Gelugor bukan membantu saya. Menghangatkan lagi Dewan dengan mengatakan, mengeluarkan cakap ketam, lompat katak, apa lah benda yang pandai lompat.

■1140 Saya pun pernah lompat parti, maka saya tidak boleh mengambil keputusan kepada itu. Biarlah Majlis yang mahu mengambil keputusan nanti. Kalau ada satu dan timbalan saya datang ke sini, kerana saya ada interest saya terlibat, tetapi saya nyatakan di sini bagi saya, kalaupun ada tindakan diambil pada seseorang ianya tidak menjamin bahawa Parlimen Malaysia akan tertib melalui daripada itu.

Terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Itu sudah soal Majlis, bukan lagi soal saya. Bagi saya, apa yang berlaku di antara saya dan Yang Berhormat Puchong kelmarin, saya puas hati apa yang dia hujah pada saya. Setelah dia berjumpa dengan saya, apa yang di hujah di luar, yang dilapor oleh akhbar itu deal dia dengan akhbar. Saya tidak percaya dengan apa yang dilapor kerana inconsistency ada berlaku. Saya tengok di TV semalam, channel TV3 dan RTM1 tidak berlaku seperti apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Saya harap termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sir, please you are one of the most experiences Parliamentarian here. Tolonglah mulai daripada saat ini, saya merayulah Parlimen Ke-12 ini, jadikan sebagai satu Parlimen di mana fikiran-fikiran bercambah di sini dengan begitu tertib, waras, baik untuk kepentingan masyarakat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan untuk kepentingan saya secara peribadi. Cuma, jagalah kerusi ini sekali sekala.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, mahu penjelasan sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seorang demi seorang. Itu minta penjelasan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya bangun dahulu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat dahulu.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya bangun dahulu.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya membangkitkan soal.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, tidak apa. Sekarang ini pun siapa yang bangun dahulu jadi pertengkaran.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, tidak apa. Saya duduk.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, cuma saya memohon sedikit penjelasan. Saya membangkitkan semalam soal bimbang perkara ini menjadi precedence. Jadi, oleh kerana Yang Berhormat Puchong ada di sini. Bolehkah kita bertanya dengan beliau bahawa sebenarnya apa yang dia katakan, dia tidak meminta maaf itu adalah benar ataupun tidak. Kalau tidak...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tidak umpamanya kalau perkara ini kamu bincang setelah saya tidak duduk lagi di sini.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Okey, boleh.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Because involve ini. Saya sudah beri penekanan tadi, bahawa apa yang disebut di depan saya...

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

...itulah makanya saya buat keputusan kelmarin bahawa saya kata saya anggap perkara ini selesai. Jadi, apabila saya sudah tidak duduk di sini kalau Ahli Yang Berhormat sendiri, Majlis ini adalah Majlis Ahli Yang Berhormat bangkitkan, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Saya tunggu dahulu Timbalan Yang di-Pertua 1, untuk duduk di sini. Jadi, mohon maaflah Ahli Yang Berhormat kerana semua ini pun timbul daripada gelagat Ahli Yang Berhormat juga.

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini, point of order Tuan Yang di- Pertua. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata jangan lagi, tunggu. Tunggu saya diganti. Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 10:00 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Apa dia Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua. Ini 36(4), adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan “Get out”. Sebentar tadi, Yang Berhormat Pasir Mas beberapa kali menggunakan kata “barua”. Dewan ini tidak boleh terima satu perkataan sebegitu. Dewan yang mulia ini perlu dihormati.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

This is unparliamentary dengan izin.

Saya mahu satu keputusan dibuat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin merujuk pada peraturan mesyuarat yang saya bangkit di waktu Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan sidang ini dan bersekali dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Padang Serai. Saya menyebut perkara “barua” ini sebab ada pihak yang mengatakan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kena explain point of order yang mana satu Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Point of order, satu yang nombor 4, yang tadi 36.

Saya pergi yang 36 dahulu. Saya tidak pernah mengatakan pada mana-mana pihak apabila saya tanya dalam Mesyuarat tadi bersabit dengan kedudukan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Puchong secara profesional. Saya digelar katak dan kalau marah saya sebut perkataan “barua” kepada Yang Berhormat Padang Serai,...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya boleh tarik balik perkataan barua! Itu dia.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tarik balik itu. Saya tarik balik barua!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, saya pula.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya nak perjelaskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Pasir Mas duduk, cukuplah.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak minta peraturan. Ini empat yang saya bangkit awal-awal tadi.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Untuk membetulkan kenyataan Tuan Yang di- Pertua dengan Yang Berhormat Puchong yang keluar dalam akhbar yang mengatakan maaf dan tidak maaf kerana ia menjejas Dewan Rakyat ini. Jadi, saya bagilah kawan- kawan yang lainlah hendak bercakap. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

36(12) yang mengenai mana-mana ahli...

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tadi Yang Berhormat Batu Pahat sudah.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

...yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu saya punya Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Isu yang dibangkitkan ini, isu yang mengelirukan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya bawa itu dua hari sudah. Saya yang bawa. Duduk Yang Berhormat Batu Pahat. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, mana yang bercakap ini Batu Pahat ke Pasir Salak.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat habiskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Batu Pahat duduk.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat Point of Order 36(15).

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kawan, kawan juga.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ya.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang mengelirukan. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Degil pula dia.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Semalam keputusan dibuat kerana Yang Berhormat Puchong dikatakan sudah meminta maaf. Sebab itulah keputusan dibuat tetapi keluar pula dalam kenyataan yang terbaru sebenarnya Yang Berhormat Puchong menafikan dia minta maaf.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini juga mengelirukan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sebab itu, tindakan perlu diambil sebenarnya untuk menjaga kemuliaan Dewan ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya rasa sudah dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum tadi bahawa apa yang berlaku di luar adalah di luar pengawalan Tuan Yang di-Pertua.

Namun, walau bagaimanapun jika Majlis mesyuarat ini berpendapat bahawa seseorang itu melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan nama baik Parlimen, seseorang itu boleh diambil tindakan oleh Majlis Mesyuarat. Maknanya Ahli-ahli Parlimen boleh membawa usul untuk merujuk seseorang itu melalui peraturan-peraturan mesyuarat yang ada di dalam peraturan mesyuarat Parlimen kita.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kerana ini melibatkan Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Puchong juga berada di dalam Dewan pada hari ini. Kita dengar penjelasan Yang Berhormat Puchong. Kita beri peluang untuk Yang Berhormat Puchong memperjelaskan keadaan yang berlaku yang dilaporkan di dalam akhbar. Ya, saya jemput Yang Berhormat Puchong.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya rasa apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua itu adalah betul.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Betul.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Beliau kata bahawa saya masuk dan jumpa dia. Jadi, di sini saya ingin mengatakan bahawa I have a lot of regard for Tuan Yang di- Pertua. Apabila saya masuk ke dalam bilik, Tuan Yang di-Pertua sendiri katakan “I said sorry to trouble you”.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Dengan izinlah dengan izin.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Cuba dengar dulu

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You punya kes macam mana.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong teruskan.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak mahu diganggu oleh sesiapa.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik teruskan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini isu yang melibatkan Tuan Yang di- Pertua dan saya rasa isu penting. Apabila kita katakan, sorry to trouble you bila kita masuk bilik seseorang. Apakah maksud itu? Maksud itu kita minta maaf kerana ganggu dia di biliknya. When you say, sorry to trouble you sir, we mean when you come to the room.

Bahasa itu sopan. Apakah maksud dengan itu. Namun, persoalan sama ada saya minta maaf untuk apa berlaku di Dewan pada hari Isnin tidak timbul. Saya tidak minta maaf.

Saya tidak ada alasan untuk minta maaf.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Namun, saya katakan di sini a meeting is very cordial. Saya jumpa Tan Sri, there is no problem. So, itu penjelasan dia. It’s a misunderstanding.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nanti dahulu, sebentar Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Belum habis lagi.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biarkan dia habiskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, di sini saya tegaskan. Yang Berhormat Pasir Salak dengar baik-baik. Saya tegaskan di sini. Saya tidak membuat apa-apa yang salah. Tidak ada sebarang sebab untuk saya minta maaf. Tidak ada dan saya tidak minta maaf.

Namun, isu berkenaan dengan hormat kepada Tuan Yang di-Pertua, I also said now here, clear. I have a lot of regard for him. This is no dispute about that. Is it clear enough? Terima kasih.

■1150

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, Yang Berhormat Puchong, Ahli-ahli Yang Berhormat, ada isu besar di sini sama ada soalnya, isunya adalah Yang Berhormat Puchong implying that Tuan Yang di-Pertua dalam membuat kenyataan

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

yang tidak benar di Dewan. Kita dengar penjelasan Yang Berhormat Puchong bahawa dia tidak ada sedikit pun niat untuk meminta maaf terhadap apa yang berlaku di dalam Dewan sebelum itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada peraturan mesyuarat dan ada cara untuk tindakan diambil. Saya serahkan kepada Majlis Mesyuarat ini melalui Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuatkan usul untuk...

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...untuk menangani masalah yang kita hadapi di hadapan kita terhadap isu ini.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar

Hendak jelas apa? Tadi dah sebut dah.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak imply bahawa Tuan Yang di- Pertua is a liar. Yang saya katakan ialah dia misunderstood.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak apalah Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Tak apalah, nanti saya...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita ada peraturan, Tuan Yang di-Pertua tidak ada kawalan terhadap apa yang berlaku di luar Dewan, itu merupakan peraturan mesyuarat. Apa juga berlaku di luar, kita juga ada peraturan mesyuarat untuk Majlis Mesyuarat ini mengambil tindakan-tindakan yang perlu dengan usul-usul yang boleh dikemukakan dalam Dewan, itu sahaja Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bercakap pula?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dah selesai Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ingin membuat usul supaya Yang Berhormat daripada Puchong...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ianya harus dilakukan melalui peraturan mesyuarat Yang Berhormat, tidak macam itu sahaja.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Macam mana?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ia tidak dilakukan dengan berdiri dan membuat usul begitu.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bertulis... tetapi sebelum itu saya hendak cerita sikit.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dah selesai Yang Berhormat, tak payah cerita, dah selesai dah.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Okey, kita setuju.

final • 10:00 AM

Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 26(1)(h) yang dibaca bersama dengan 88A yang mana satu usul untuk merujuk kepada mana-mana Ahli Majlis untuk digantung kerja tak perlulah kita bawa, saya boleh bawa sekarang bawah 26(1)(h). Perkara yang timbul pada hari kelmarin adalah satu perkara yang kalau ikut hati saya pun tidak setuju.. Perkara 44(2) yang dibuat

final • 10:00 AM

Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar

oleh Tuan Yang di-Pertua perlu kita hormati kerana menjejaskan di antara Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Puchong.

Jasa budi bicara baik Tuan Yang di-Pertua telah disalahgunakan apabila beliau sekali lagi menafikan yang beliau pernah minta maaf. Saya minta 26(1)(h) dan 88A merujuk Yang Berhormat Puchong ke Jawatankuasa Hak Kebebasan untuk penggantungan kerja.

[Dewan tepuk]

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu yang saya hendak cakap tadi, kenapa saya nak bercakap Tuan Yang di-Pertua tak bagi?

final • 10:00 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Salah peraturanlah! Salah peraturan mesyuarat!

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara][Ketawa][Dewan riuh] Bergurau pun tak boleh ke? Tak dapat, sokong cukuplah.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Muar, saya berpendapat bahawa 26(1)(h) yang dibawa itu tidak sesuai untuk ini dan saya rasa ada Yang Berhormat, Ahli Dewan boleh mengemukakan usul dengan peraturan mesyuarat yang lain. Baik, teruskan Setiausaha.

final • 10:00 AM
USUL
KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

“Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti dibentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara

final • 10:00 AM

yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.” [1

final • 10:00 AM

Julai 2008] Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Peraturan, peraturan!

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera untuk menyambung perbahasan.

final • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sambung, sambung. Apa yang berlaku kepada politik baru-baru ini melibatkan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan kita bahawa sesungguhnya ia pernah berlaku 10 tahun yang lalu sejak tahun 1998, negara kita masih tidak menunjukkan kecukupan pembaharuan atau reformasi dalam bidang politik atau bidang ekonomi. Lagipun dekad yang lalu merupakan satu yang sia-sia memandangkan begitu kekurangan pembaharuan atau reformasi yang dapat meningkatkan daya saing negara kita. Tidak ada usaha untuk move up the ladder, dengan izin. Tidak ada sebarang anjakan paradigma atau paradigmshift dengan izin.

Pada masa kita memasuki kemerosotan ekonomi yang baru, ayuh kita mengimbas kembali sebelum krisis tahun 1997 dan 1998 di mana Malaysia saling bersaing bersama dengan Korea, Hong Kong, Singapura dan Taiwan. Kini kita bersaing untuk FDI dengan Vietnam dan Cambodia. 10 tahun kebelakangan ini menyaksikan ekonomi yang akur akibat daripada kurang usaha untuk menaikkan taraf dan menjalankan reformasi ekonomi kerana kita enggan membayar pekerja-pekerja kita dengan gaji minimum berpatutan dan kerajaan secara langsung atau tidak membantu kemasukan pekerja-pekerja asing yang melimpah.

Jumlah pekerja asing bertambah tiga kali ganda semenjak 10 tahun dahulu kerana dasar kerajaan telah mengakibatkan ekonomi kita raise to the bottom dengan negeri-negeri yang lain dan bukannya bergerak maju ke hadapan ke tangga rantaian nilai global, global value chain, dengan izin. Pasaran kerja yang tidak menjamin pekerjaan yang bersesuaian kepada para graduan memaksa ramai daripada mereka untuk menyertai sektor awam atau sektor kerajaan. Jumlah pekerja Kerajaan Persekutuan bertambah daripada 890 ribu orang pada tahun 2002 kepada hampir 1.2 juta orang tahun ini.

Juga kerana kerajaan ini tidak endah untuk menstrukturkan semula dan menjalankan reformasi kepada badan berkuasa seperti polis, kadar jenayah kita kini melonjak tiga kali ganda sejak sedekad yang lalu. RMK-9 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pelbagai lontaran janji di dalam kajian separuh penggal dirancang untuk masa lepas bukan untuk masa hadapan. Ia adalah rancangan yang masih melihat Malaysia pada awal 70-an. RMK-9 lebih gemar kepada pengagihan berbanding dengan mengembangkan pembahagian hasil ataupun goal the cake instead of sharing the cake, dengan izin.

Dari kaca mata pembuat dasar, ekonomi Malaysia masih di tahap dikotomi bumiputera terhadap Cina dan India. Mereka anggap pusat-pusat bandar hanya mempunyai kaum Cina dan India. Ayuh kita maju ke hadapan, ayuh kita alihkan hala kita...

final • 11:54 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Saya ingin bangkit balik untuk merujuk Ahli Parlimen daripada Puchong di bawah Peraturan 18(1) supaya beliau dibawa ke Jawatankuasa Pemilih.

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dah selesai Yang Berhormat. Saya dah buat penjelasan mengenai isu itu. Teruskan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Ayuh kita alihkan hala kita dari pemikiran lama. Malaysia adalah sebuah negara yang muda dengan umur puratanya 27 tahun dan 65% daripada populasi atau penduduk tinggal di bandar. Kuala Lumpur sekarang ini mempunyai lebih ramai kaum Melayu berbanding dengan kaum Cina.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Hari ini masalah utama di Malaysia bukan kaum, bukannya kaum Cina ataupun kaum India lebih kaya daripada bumiputera. Masalah kita ialah terdapat kumpulan kecil, kroni bumiputera, kroni Cina, kroni India mendominasi ekonomi dengan restu pihak kerajaan. [Dewan tepuk]

final • 11:54 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Sebagai contoh, kerajaan beberapa kali menyatakan hasrat untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam tetapi tiada sistem ...

final • 11:54 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Laluan.

final • 11:54 AM

Seorang Ahli

Dia tidak beri.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Tak apalah, bagi saya habislah.

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 11:54 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Sikit sahaja.

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ada satu minit lagi.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Ya, dua minit lagi.

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Satu minit lagi ya.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Esok, esok. Akan tetapi sistem pengangkutan awam langsung tidak wujud kerana mempunyai vested interest.

■1200 Sekiranya kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan golongan miskin di bandar yang terutamanya Melayu, sudah tentu akan mendapat manfaat daripada sistem yang canggih. Akan tetapi sistem pengangkutan awam kini tidak wujud di bandar ini ataupun tidak berkesan. Sistem pengangkutan awam yang baik bermakna golongan miskin boleh mencari pekerjaan di mana sahaja bas atau kereta api boleh bawa mereka ke destinasi tanpa perlu memiliki kenderaan. Namun, mengapa ianya tidak pernah berjaya? Tidak ada sistem. Tekanan utama ialah LPKP - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan yang mana secara peliknya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Tidak terdapat sebarang rancangan holistik kerana kepentingan pemilik bas atau teksi atau apa terlalu penting untuk diperlengkap.

Jadi siapa yang sepatutnya menjaga kepentingan pengangkutan awam, siapa yang sebenarnya akan membela orang miskin, orang yang memerlukan pengangkutan awam.

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Gulung Yang Berhormat.

final • 11:54 AM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tiba masanya bagi kerajaan prihatin terhadap interest atau kepentingan orang ramai dan bukan segelintir kroni. Bagi manfaat majoriti dan tidak melihat kepada kepentingan tertentu.

Where is the boat, if we leave the tide all boats will rise dengan izin. Terima kasih.

final • 11:54 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kalabakan

final • 11:54 AM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi kepada semua dan Tuan Yang di-Pertua. saya bersama rakan- rakan ingin membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 26 Jun yang lalu.

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Kita nampak dalam ucapan kajian tersebut kita tidak nampak ada apa-apa yang baru. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kita di bagi peruntukkan RM200 ribu juta untuk Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi dalam ucapan separuh penggal tadi RM30 bilion tambahan. Tapi saya tidak faham, mungkin saya tidak faham. Kalau ahli-ahli Yang Berhormat lain faham, tidak apalah saya tidak faham sebab saya mahu keluarkan apa yang saya tidak faham. Tambahan RM30 bilion yang dimaksudkan oleh Menteri Kewangan untuk apa? Projek apa? Tidak ada diperincikan.

Sedangkan Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa sejak kebelakangan ini selepas kita nampak harga minyak naik, harga barangan naik; tentu sekali apa yang kita peruntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini bukan ada projek baru dalam RM30 bilion ini. Walhal mungkin untuk tambahan kontrak-kontrak yang sudah pun dimanterai, sudah pun ditandatangani. Jadi saya tidak nampak logiknya ada tambahan yang ketara untuk Rancangan Malaysia Kesembilan.

Bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kontraktor-kontraktor di seluruh negara yang telah menandatangani perjanjian kontrak-kontrak kerajaan. Apa juga kontrak yang dikemukakan yang ditandatangani sekarang ini sudah naik 30%, 40%. Kalau kontrak RM20 juta, enam bulan dulu sekarang ia sudah jadi RM26 atau RM28 juta. Ini bererti semua kontrak yang ditandatangani ini naik 30%, 40%. Jadi bererti RM30 bilion ini kata-kata orang chicken feed. Bukan ada untuk pembangunan baru. Untuk tambah kontrak-kontrak yang sudah ditandatangani.

Tuan Yang di-Pertua, sejak beberapa bulan kebelakangan dengan kenaikan harga minyak, dengan kenaikan harga barang-barang; kontraktor besar, kontraktor kecil semuanya mengeluh kepada kerajaan. Ini kerana mereka tidak sanggup untuk menyelesaikan apa yang mereka janji dengan perjanjian kerana barang sudah naik.

Contoh, kalau sekiranya satu kontraktor kecil yang membekal makanan kepada sekolah yang paling senang saya bagi contoh. Dulu di Sabah roti paun sebatang RM1.90. Sekarang RM3 Tuan Yang di-Pertua. Ini bererti Tuan Yang di-Pertua, kontraktor kecil yang supply makanan yang untung 5 sen, 10 sen ini tidak boleh dapat keuntungan lagi kerana barang sudah mahal.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ada projek-projek besar seperti yang diumumkan oleh menteri Kewangan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kesembilan di Kalabakan kita ada satu projek raksasa besar Jalan Kalabakan - Sepulut. Jalan Kalabakan - Sepulut ini memakan belanja RM703 juta di bagi kepada kontraktor direct daripada atas kepada tiga kontraktor, direct. Sekarang jalan ini belum siap hanya gravel sahaja.

Saya difahamkan ada pegawai-pegawai EPU sudah pergi ke Kalabakan mahu kaji tambahan. Ini kalau betul kita mahu supaya kerajaan berterus terang. Kalau betul, bagi tahu betul dan kita boleh tahu apa tindakan-tindakan kita mahu ambil. RM703 juta sudah dibagi 200 kilometer bererti untuk gravel sahaja RM3 juta lebih satu kilometer. Sekarang minta tambahan RM200 juta lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu peranan Badan Pencegah Rasuah.

final • 12:02 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:02 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sikit, satu minit saja hendak tambah.

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Saya tidak ada masa mungkin.

Tidak apalah.

final • 12:02 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya ingin juga mendapat sedikit penjelasan.

Adakah Yang Berhormat Kalabakan mengetahui bahawa di kawasan saya ada jalan yang bernama Jalan Raja Muda Musa panjangnya cuma lebih kurang satu kilometer dibangunkan di naik taraf, bukan buat baru dengan nilai harga RM17 juta untuk satu kilometer. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Itu saya tidak tahu tapi untuk rekod tidak apalah. Ahli daripada Titiwangsa sudah cakap.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mungkin Badan Pencegah Rasuah jangan siasat yang kecil-kecil. Kecil-kecil RM30 ribu, RM50 ribu ini kita tidak minatlah. Kita mahu minat Badan Pencegah Rasuah masuk selidik perkara yang besar-besar, yang kita nampak, yang rakyat nampak ada penyelewengan. Ini kita mahu Badan Pencegah Rasuah buat dan dalam Dewan yang mulia ini saya tidak mahu lagi ada kata mesti ada laporan.

Sayalah dalam Dewan yang mulia ini melaporkan, sayalah. Kalau ini betul kita mahu diterangkan bila masa penggulungan ini nanti Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua peruntukkan tambahan RM30 bilion seperti mana yang saya kata tadi ini mengaburi mata sahaja. Tidak ada projek baru, tidak ada projek yang kita boleh banggakan, bahkan ini saya percaya tidak cukup kalau kita mahu menampung, membayar kenaikan harga-harga barang kepada kontraktor-kontraktor yang sudah menandatangani perjanjian-perjanjian.

■1210 Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga barang mungkin orang-orang yang mewah tidak rasa tetapi di kampung, di Sabah, di Sarawak ia sangat ketara sekali. Rakyat di Sabah yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mungkin sekarang ini kais pagi sahaja dan petang di makan satu kali sahaja. Jadi kita minta supaya kerajaan memikirkan sesuatu untuk Sabah dan Sarawak. Jangan kita datang umum berbilion-bilion, kita tidak nampak ke mana ini wang pergi? Seperti mana kata Yang Berhormat Sri Gading tadi, bilion kita umum, tetapi kita tidak nampak di manakah kewangan ini pergi?

Mungkinkah ini, kewangan yang dibagi ini, masuk kocek kroni-kroni? [Tepuk] Mungkinkah?

Kita tidak tahu. Kita tidak tuduh, tetapi kita minta supaya kita lebih telus. Kita lebih telus Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, kalau kita pergi lihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pergi lihat, banyak rakyat yang rumah mereka sudah usang. Ada rumah senget, ada rumah tidak ada tangga. Jadi saya ingin mencadangkan mungkin untuk perkara ini, saya cadangkan supaya kementerian pergi ke Sabah dan Sarawak, kaji semua penduduk-penduduk luar bandar yang punya rumah begitu daif, bagi setiap rumah kelengkapan rumah untuk mereka memperbaiki rumah di Sabah, rumah-rumah panjang di Sarawak, RM10,000 sekeluarga untuk mereka repair semua rumah-rumah yang ada. Mungkin mereka boleh dapat tinggal tempat yang selesa kerana kita tidak mahu ada rakyat di Sabah dan Sarawak waktu hujan mereka tidak boleh tinggal di keseluruhan rumah kerana bocor. Tidak dapat menampung daripada kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengatakan di Sabah penurunan kemiskinan. Statistik dari mana saya tidak tahu?...

final • 12:02 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

...Di Sabah, saya dahulu sudah katakan kemiskinan di Sabah 24%. Dalam ucapan separuh penggal, Menteri Kewangan kata 16%. Saya tidak tahu daripada mana angka 16%? Daripada EPU Sabah atau daripada EPU Persekutuan? Jadi kita minta mungkin jangan kita luah-luahkan. Kita bangga-banggakan kemiskinan di Sabah dan Sarawak turun, kemiskinan di Semenanjung turun tetapi kita tidak mempunyai statistik yang betul. Kita tidak mempunyai statistik yang betul! Jadi kita minta, jangan kita luahkan kalau kita tidak ada statistik yang betul.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya katakan tadi, apabila kita pergi ke Sabah mungkin ramai tidak dapat pergi kerana di Sabah kita dapati bahawa sistem perhubungan kita tidak begitu baik, jalan raya tidak baik, lampu, bukan keseluruhan luar bandar ada lampu, air tidak ada, sudah saya luahkan di sini tetapi kita nampak tidak ada tindakan yang positif. Kita tidak mahu Tuan Yang di-Pertua, kita dibagi berbilion-bilion tetapi tidak ada tindakan yang positif. Kita mahu menteri yang bertanggungjawab pergi ke luar bandar umumkan apa juga kekurangan yang ada. Bukan bagi bilion, kita tidak tahu bilion itu datang sampai ke mana? Ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita duduk di luar, bukan dalam kerajaan banyak cerita-cerita kita dengar. Sehinggakan kita dengar apabila Maybank beli Indonesia Bank berbilion-bilion, kita tidak tahu, ini telus atau tidak, bersih atau tidak? Siapa buat keputusan? Siapa jadi orang tengah? Jadi kita minta, mungkin Kementerian Kewangan bagi penjelasan, berapa besar peruntukan kita beli Indonesia Bank, Maybank beli?

Kemudian berapa komisen dibayar, kepada syarikat mana dibayar? Kerana kita sudah dengar di luar, ada syarikat menjadi orang tengah kepada Maybank. Jadi kita tidak senang dalam Barisan Nasional, kita pun tidak senang. Bukan pembangkang sahaja tidak senang.

Kita sendiri, saya sendiri tidak senang! Saya mahu tahu kerana kalau saya mempertahankan kerajaan, saya mesti tahu yang betul! Ini Tuan Yang di-Pertua, mesti ditangani kerana kalau tidak kita akan kehilangan haluan. Kalau kita tidak tangani, kita akan kehilangan haluan.

Tuan Yang di-Pertua, itu mengenai pembelian Bank Indonesia. Saya beberapa minggu yang lalu, dua, tiga hari kelmarin dulu, Yang Berhormat Pasir Mas ada kata pasal Bar Council. Bar Council ada buat konvensyen mengenai social contract. Saya tidak tahu ini Bar Council yang sebenarnya satu persatuan sahaja. Mungkin Yang Berhormat Pasir Mas kalau dia bagi tahu, kalau saya salahlah. Satu persatuan yang menjaga kepentingan persatuan mereka punya peguam-peguam. Jaga kepentingan peguam-peguam mereka mengenai penyelewengan wang-wang pelanggan mereka. Bukannya mahu tahu-menahu tentang social contract.

Social contract ini Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk kepentingan orang Melayu, orang bumiputera, jangan disentuh! Seperti mana kata Yang Berhormat Pasir Mas pada dua hari yang lalu, jangan sentuh kerana kalau kita sentuh, ini menyentuh peribadi rakyat peribumi, mengganggu kestabilan orang-orang Melayu, orang-orang bumiputera. Jangan disentuh! Bar Council atau badan-badan lain jangan sentuh hak-hak orang bumiputera atau orang Melayu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan pada tahun 1969, ianya gagal, kerana setakat ini saya fikir baru 16% pencapaian Dasar Ekonomi Baru.

Tahun 1969 hingga sekarang 16% atau 18% pencapaian. Sebetulnya ini dasar gagal. Jadi kita minta Yang Amat Berhormat, Kerajaan Barisan Nasional buat satu Dasar Ekonomi Baru untuk bumiputera, untuk peribumi, kita mahu dasar yang baru ini jangka pendek. Tak perlu 30, 40 tahun. Yang orang yang membuat dasar pun sudah tidak ada. Buat satu dasar jangka pendek 5 tahun, 10 tahun, kita boleh nampak kalau dia gagal atau kalau ia berjaya.

Ini yang menjadi kebanggaan kepada kita. Kita mahu satu dasar jangka pendek yang boleh membela nasib peribumi dan bumiputera orang-orang Melayu, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya cerita fasal keistimewaan orang Melayu, kita tidak tolak keistimewaan bantuan yang dibagi kepada suku-suku lain. Kita tidak tolak! Kita tidak tolak hak orang Cina, hak orang India, kita tidak tolak, kerana dalam satu negara yang berbilang kaum ini, kita mesti hidup berpadu. Tidak ada satu kaum yang mempersoalkan mereka ini ketinggalan. Orang Cina tidak boleh merasa ketinggalan, orang India tidak boleh merasa ketinggalan dan orang Melayu juga tidak boleh merasa ketinggalan kerana kalau ini ada, masalah dalam negara akan berlaku. Jadi saya minta Yang Amat Berhormat mungkin membuat satu dasar yang baru untuk kepentingan bumiputera.

■1220 Tuan Yang di-Pertua, kalau kita nampak di Sabah dan Sarawak, seperti mana yang saya sudah luahkan, sekolah-sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak menghadapi kekurangan guru. Kalau saya katakan kekurangan guru bukannya bererti tidak ada guru, ada guru yang dihantar ke Sabah dan Sarawak tetapi guru-guru yang mahu pergi ke sana adalah yang tidak berkelayakan. Guru-guru yang baik semuanya berada di Semenanjung, tidak dihantar ke luar bandar Sabah dan Sarawak.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya bagi subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ini kita mahu guru-guru yang pakar dalam bidang ini dihantar ke Sabah dan Sarawak. Pada ketika ini pencapaian sekolah-sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak begitu rendah sekali kerana guru-gurunya tidak berpengalaman, tidak berkelayakan dan bukan pakar. Jadi, kita mintalah Kementerian

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Pelajaran supaya menghantar guru-guru yang kita fikir patut dihantar ke Sabah dan Sarawak, beri mereka insentif, beri mereka elaun yang lebih, supaya mereka mahu sampai ke Sabah dan Sarawak. Ini yang kita minta, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini kita nampak ada cadangan daripada kerajaan supaya pentadbiran semasa zaman Tun Dr. Mahathir dahulu ada abuse of power mengenai hakim-hakim.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung, Yang Berhormat?

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Boleh. Abuse of power mengenai hakim-hakim. Tun Dr. Mahathir sudah buat blog, sudah buat kenyataan, macam-macam pertikaman lidah di antara beliau dan kerajaan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jadi saya minta, kenapa tidak bawa Tun Dr. Mahathir ke mahkamah untuk buat penjelasan kalau ada abuse of power. Kita bawa! Beliau rela dibawa ke mahkamah supaya beliau boleh terangkan apa masalahnya dalam kehakiman sama ada dia abuse of power ataupun tidak. Ini rakyat yang mahu tahu, Tuan Yang di-Pertua, bukan saya. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kita minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga kehakiman membuat usul kepada Kabinet, bawa Tun Dr. Mahathir ke mahkamah untuk beliau memberi penerangan. Tidak baik kalau orang yang berjasa selama 22 tahun dituduh macam- macam. Bawa! Saya percaya Tun Dr. Mahathir rela kerana beliau mahu bersihkan nama.

Mungkin beliau ada bukti-bukti yang tersirat, yang tidak boleh diluahkan, hanya dalam mahkamah boleh diluahkan. Jadi, kita minta menteri...

final • 12:02 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, minta laluan. Sikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.

Berhubung dengan tuduhan terhadap Tun Dr. Mahathir, salah satu tuduhan adalah dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah.

final • 12:02 PM

Beberapa Ahli

Sarawak.

final • 12:02 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Sarawak, yang menuduh macam-macam ke atas Tun Dr. Mahathir, mengatakan mengugut beliau semasa beliau menjadi hakim dahulu dan menghantar beliau ke boot camp. Apa cadangan daripada Yang Berhormat ke atas hakim yang menyalahgunakan kedudukannya sebagai hakim untuk menyelar bekas Perdana Menteri?

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Yang Berhormat Kalabakan boleh gulung, Yang Berhormat. Last sentence.

final • 12:02 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Okey, saya akan gulung. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, tadi memang saya sudah nyatakan bahawa kita bawa Tun Dr. Mahathir ke hadapan mahkamah. Biar beliaulah yang menyuarakan, mengeluarkan tindakan-tindakan sama ada beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri abuse kuasa beliau atau ada perkara-perkara yang di sebaliknya yang hendak diterangkan. Jadi, kita minta supaya kita terus terang, kita tidak mahu berselindung.

Mungkin Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir pun rela untuk datang memberi keterangan.

Rakyat pun mahu tahu kerana tidak mahu tuduh menuduh di antara Tun Dr. Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pihak hakim-hakim. Kita minta supaya perkara ini diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana menghormati masa, saya tidak mahu melanjutkan perbahasan lagi, maka saya ingin menyokong. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih, Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:02 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga bersedia untuk berbahas mengenai laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9 yang kalau pun banyak yang hendak disebutkan tetapi kekangan waktu ini saya menumpu hanya kepada beberapa perkara.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini sedar bahawa pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini adalah dalam suasana ekonomi global serba mencabar dan tidak menentu berikutan kenaikan harga minyak mentah global ke paras USD140 setong yang dijangkakan akan terus melonjak ke paras USD200 setong tahun ini.

Dewan ini juga sedar bahawa akibat kejatuhan nilai dolar Amerika yang berkebetulan merupakan mata wang transaksi global dengan izin, dollar denominated economic transaction, dengan izin, maka krisis akibat daripada sub prima atau sekuriti disokong gadai janji dengan izin mortgage-backed securities (MGS) yang melibatkan ratusan ribu peminjam rakyat Amerika yang sebenarnya tidak layak meminjam kerana tidak mempunyai credit worthiness dengan izin, mendapat pinjaman yang akibatnya membawa keruntuhan institusi-institusi kewangan, institusi-institusi perbankan di Amerika dan Eropah yang sebenarnya ke paras USD1.2 trilion.

Benar juga kalau kita boleh menyalahkan kegawatan ekonomi dan kita boleh juga menuding jari kepada spekulator, manipulator, khususnya pengurus-pengurus hedge fund yang kini melabur besar dalam pasaran komoditi futures and derivatives khususnya minyak mentah, gandum, kacang soya, jagung dan kini beras yang telah menentukan harga-harga komoditi ini bukan lagi oleh pengeluar-pengeluarnya tetapi di Bursa Saham, di Wall Street di New York dan juga di Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, bahkan kita juga pada hari ini boleh menyalahkan satu kelompok low labours cost countries yang pada hari ini diberi jolokan nama BRIC - Brazil, Rusia, India dan China yang permintaan golongan kelas menengah mereka kian melebar, mencetuskan peningkatan permintaan khususnya dalam sektor pemakanan dan juga tenaga, energy dunia.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh menuding kepada semua pihak dengan pelbagai faktor pencetus krisis global dan kemelut ekonomi yang kita hadapi. Memang ada kemunasabahannya kalau kita mahu mengarah terus berhujah sedemikian. Namun mengapa kita terus menerus dan terus-terusan menjadi mangsa sementara negara lain, pihak lain menjadikan negara-negara lemah dan tidak punya kepimpinan kuat menjadi mangsanya.

■1230 Kalau kita kata tidak punya perancangan, kita merancang. Setiap tahun kita merancang belanjawan. Bukan hanya perancangan belanjawan tahunan tetapi kita punya banyak perancangan. Ada perancangan jangka pendek, jangka pertengahan short term dan juga jangka jauh RMK-9 yang kita sedang kita hadapi ini satu contohnya. Kita ada rancangan jangka jauh, kita ada outline perspektif pelan, kita punya industrial master plan

(IMP) 1 hingga 3 kini. Di samping itu, kita punya banyak lagi perancangan wawasan.

Mungkin kita pun sudah lupa bahawa Dasar Ekonomi Baru telah dilepasi oleh Dasar Pembangunan Nasional dan kini Dasar Wawasan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, RMK-9 ini juga dikatakan misi nasional yang merupakan bahagian kedua daripada Pelan Induk Industri IMP 2001-2010. Mungkin kita pun dah serabut dengan segala perancangan yang saya sebutkan sebentar tadi, cukup berserabut.

Tuan Yang di-Pertua. Pokoknya apakah kita lebih baik atau lebih buruk kini. Are we better or worse off, dengan izin.

Tuan Yang di Pertua, Dewan ini wajar diperingatkan bahawa ahli ekonomi dunia sedia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang punya nisbah jumlah sumber per kapita penduduk antara yang tertinggi di dunia dengan izin highest resource per capital in the world. Namun, masalah besar pengurusan besar masalah ekonomi negara kita ialah kerana pemimpin negara ini menyelesaikan masalah ekonomi dengan cara politik.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Seolah-olah kita punya dana yang tak terbatas dan tidak ada hadnya. Menyelesaikan masalah secara dengan izin short term-ism dengan cara mi segera dan lazimnya flip-flop pula, dengan kita mengisytiharkan menyuntik jutaan berbilion dana dalam setiap krisis dalam setiap permasalahan ekonomi kita.

Baru-baru ini kita dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyuntik dana RM4 bilion dalam krisis makanan, beras khususnya. Sebelum daripada pilihan raya kecil dan besar, pilihan raya umum kita turunkan jutaan ringgit projek seperti mana pengisytiharan kerajaan dalam projek-projek empat koridor berjumlah RM1.13 trilion. Tidak ada yang kurangnya Tuan Yang di-Pertua.

Kemudian bila krisis kita panik, kita tarik balik, kita tangguh, kita put on hold seperti mana hari ini projek-projek RMK-9 ditangguhkan dan digantung seumpama monorel; RM 2 bilion, Penang Outer Ring Road; RM1.3 bilion, RM800 juta yang kita tarik daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini sedang menyaksikan satu polisi kerajaan dalam penstrukturan semula subsidi baru-baru ini yang jelas akan membabaskan projek-projek RMK-9 dengan izin derailed Ninth Malaysia Plan. Atas segala faktor-faktor luar, faktor- faktor global yang saya sebutkan tadi, faktor yang saya maksudkan di sini penstrukturan ataupun penarik balikkan subsidi sebayak RM13.7 bilion ini adalah merupakan satu tindakan yang mengundang malapetaka paling parah paling berat bagi rakyat dan negara ini. Setelah kita buka luas-luas pintu inflasi seumpama setelah kita buka kandang lembu, ini...

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat? Yang Berhormat Batu Pahat bangun.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan, Kuala Selangor.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Izinkan saya... Sebentar nanti.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya hendak tanya macam mana kerajaan...

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebentar nanti.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

...pembangkang nanti kalau dia memerintah...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

....Macam mana dia hendak menurunkan harga minyak. Tolonglah beritahu.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebentar, sebentar.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

RM3.7 bilion itu untuk kebaikan rakyat. Tolong beritahu macam mana hendak turunkan?

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

Jangan cakap sahaja. Agenda ekonomi Malaysia sampai sekarang pun tidak keluar.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat, dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya akan berikan, sebentar.

final • 12:26 PM

Seorang Ahli

Sabar.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Setelah kita buka luas-luas pintu inflasi seumpama kita buka pintu kandang lembu, kini cuba pula kita hendak hambat balik lembu- lembu dalam kandang.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan kandang babi ke?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] Ini polisi Pak Pandir namanya Yang di- Pertua.

final • 12:26 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Cakap saja pandai.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ini bukan polisi Keynesian tidak juga polisi Ibnu Khaldun. Kalau pun kita berjaya menyelamatkan RM13.7 bilion, katalah kita berjaya atas subsidi minyak diesel dan kemudiannya peruntukan pelbagai rebat, insentif, suntikan dana, bagi gaji dua kali sebulan, beri izin bekerja sampingan khususnya bagi pekerja awam. Segalanya kalau dapat pun kita kurangkan bukankah tetap telah berlaku malapetaka inflasi yang tidak mampu lagi kita bendung.

Kalau kita kata kita tidak mampu tetapi izinkan saya untuk menyebutkan dan memetik apa yang disebutkan oleh Menteri Kewangan Kedua yang dilaporkan oleh sebuah akhbar The Edge Financial Daily, November 2007 dengan izin.

“Commenting on the high oil price, Second Finance Minister Tan Sri Nor Yakcop said yesterday it could be even better for the country. For every USD1 increase in crude oil price,we could be better off by RM250 million per annum from the inflow of earnings to the country. We also see the revenue earnings of Petronas would be better although we have to increase our subsidies but there is net positive gain he said. He said the net gain from the sale of oil would still be more than the subsidies given to the people”.

Itu kata-kata Menteri Kewangan Kedua, tetapi kita mengambil sikap untuk dalam empat jam mesyuarat Kabinet merumuskan kerajaan telah buat janji pada 31 Mei semasa pelancaran manifesto Barisan Nasional membuat janji kepada seluruh rakyat bahawa mereka tidak akan menaikkan harga minyak, harga petrol dan diesel. Akan Tetapi ternyata kesemuanya meleset.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

Boleh mohon penjelasan?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, sila.

final • 12:26 PM

Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor kerana bagi peluang. Gentlemen ya. Saya tanya tadi saya ingin tahu macam mana Kerajaan Pembangkang kalau memerintah nanti hendak menurunkan harga. Sebab itu saya kata betul, memang kita berjanji tidak akan menaikkan harga minyak tetapi oleh kerana ini adalah isu global, kenaikan harga global yang kita tidak boleh tanggung sebenarnya.

Bukankah lebih baik duit yang kita subsidi itu kita agihkan kepada rakyat untuk kepentingan rakyat. Bukan maksudnya kita tidak mahu menurunkan harga minyak tetapi harga minyak dunia yang semakin meningkat dan tadi sudah pun diperjelaskan puncanya seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Jerlun sebelum ini.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Telah saya nyatakan dalam kalam dan dalam petikan Menteri Kewangan Kedua sendiri bahawa kalaupun kerana kita adalah net exporter, kalau pun berlaku kenaikan pada setiap kenaikan USD1, kita mempunyai nett gain. Akan tetapi persoalannya, persoalan subsidi atau tidak subsidi itu adalah hak mana-mana kerajaan the government of the day. Bagaimana sebuah kerajaan menentukan apa yang dikatakan sebagai dengan izin stabilizing policies. Fiskal mahupun monetary adalah hak kerajaan tetapi dalam pencerakinan polisi-polisi ini, kita menunjukkan sejauh mana kepedulian kita kepada rakyat yang hari ini dalam persoalan inflasi telah kita buka luas-luas.

Saya ingin teruskan Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua ■1240

final • 12:26 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia tokoh hebat, boleh berbahas. [Dewan riuh]

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Beberapa Ahli

Ikut peraturan. Hormat Dewan. Hormat Dewan.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun].

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Nanti saya berikan.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh ya.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dengan cara drastik yang paling tidak wajar dan paling tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja kerajaan membuka pintu inflasi seluas-luasnya, yang hari ini diramalkan oleh research houses seperti Aseambankers meramalkan, tahun ini kenaikan sebanyak 8% kenaikan inflasi terhadap semua kos saraan hidup, makanan, pengangkutan dan perkhidmatan. Akan tetapi bukan sahaja inflasi tetapi sekali gus membuka pintu apa yang diungkapkan oleh ahli ekonomi sebagai stagflasi, dengan kata lain, mudah untuk rakyat faham, inflasi yang bersama dengannya, peningkatan pengangguran, dengan izin, unemployment akibat turunnya secara mendadak pertumbuhan yang membawa kesan berantai terhadap permintaan dan kuasa membeli rakyat dan akhirnya pengilang dan syarikat-syarikat membuang pekerja, downsizing, dengan izin.

Ini merupakan malapetaka yang saya maksudkan. Kalu kerajaan membuat pilihan itu, inilah yang mereka undang, bukan sahaja inflasi tetapi juga stagflasi. Tuan Yang di- Pertua, saya ulangi sekali lagi, stagflasi itu adalah inflasi dengan penganggurannya sekali kerana pertumbuhan menguncup, pertumbuhan turun secara mendadak.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...kerana kuasa membeli rakyat, kerana kuasa syarikat-syarikat kerana supply side akan turun kerana demand side pun turun dengan begitu sekali.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Pasir Salak Yang Berhormat?

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh sekarang?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau kita hari ini...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi jalan?

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh sekarang?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Beri saya masuk point yang lain dahulu.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tunggu sekejap.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak, yang pointnya itu, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:26 PM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Point stagflasi.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya masuk terus kepada. Ya, sila, sila.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Engkau tukar tajuk.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Baik, baik. Sila.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya mengagumi Yang Berhormat kerana mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam berhubung dengan isu-isu ekonomi.

Menyebutkan soal inflasi, yang akan berikutan dengan stagflasi, pengangguran.

final • 12:26 PM

Seorang Ahli

Soalan.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini bukan soalan, ini perbahasan.

final • 12:26 PM

Beberapa Ahli

Soalan, soalan.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kenapa bodoh sangat.

Penjelasan panjanglah sedikit, bukan sepatah perkataan. Bengong betul. Macam mana boleh duduk di dalam sini, tak faham perbahasan.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Masa, Dato’...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh ringkas Yang Berhormat?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Masa saya dua puluh minit sahaja. Saya tak ada masa.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak apa, kita minta sambung.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau nak berbahas di luar tak apa, berbahas di luar tak apa.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya sokong bagi sambung setengah jam lagi. Duduk, tak apa.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya mengajukan kepada...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu jangan dengar...

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jaga Kerajaan Negeri Perak itu. Jangan tinggalkan. Ambil elaun sampai dua, fasal apa?

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat,.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belum habis.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia hendak minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kalau sebelum kenaikan harga bahan api pun.. Kalau sebelum...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat Pasir salak, dia hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat Pasir Salak?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kalau sebelum kenaikan harga bahan api pun...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belum habis.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Penarikan subsidi RM13.7 juta ini pun...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagilah Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau sebelum kenaikan bahan api dan sebelum penarikan RM 13.7 bilion ini pun, kita sudah mengalami pelbagai krisis khususnya pemakanan mutakhir ini. Bagaimana agaknya dalam suasana yang lebih mengancam, dan lebih mencabar lagi dalam perkara, dalam urusan-urusan...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi ringkas soalan. Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa cadangan Yang Berhormat supaya tidak berlaku inflasi, tidak berlaku stagflasi.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Setelah dua tahun pelaksanaan...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi cadangan.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kena minta izin Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak...

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta....

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, biarlah dia habiskan dengan ucapan dalam tiga minit lagi Yang Berhormat, Teruskan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kena bagi saya injury time...

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada cadangan. Boleh bagi injury time.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Setelah diganggu-gugat macam ini..

Tuan Yang di-Pertua, setelah dua tahun pelaksanaan RMK-9, seharusnya perlu ada sedikit prestasi, peningkatan prestasi. Akan tetapi kita, Dewan yang mulia ini juga dimaklumkan apabila import bil pemakanan kita naik daripada RM17.8 bilion kini ke paras RM23.4 bilion.

Bayangkan, dalam RMK-9, diturunkan rancangan-rancangan untuk mengatasi dan memberikan inovasi dan memberikan suntikan untuk meningkatkan termasuklah suntikan 84% peratus Agricultural Development Expenditure untuk meningkatkan tetapi nyata bahawa RMK-9, sehingga kini gagal membawa apa yang dirancang sebagai large scale farming seumpamanya dan penambahan rantaian nilai tambah dari segi pengeluaran dan pengilangan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan, saya terus dari pertanian ini, kita lihat bagaimana polisi tempang dan tidak bertanggung jawaban ini juga akan membabaskan sasaran pembasmian kemiskinan di negara ini. RMK-9 mensasarkan kemiskinan tegar dan relatif kepada paras 2.8% dalam tahun 2010. namun, kenaikan kos saraan hidup, makanan, pengangkutan, perkhidmatan. Kesemua ini akan hampir gagal kita capai bahkan sekarang ini daripada paras kemiskinan 5.7%. Sebuah badan penyelidik Yayasan Kajian Strategik merumuskan bahawa kemiskinan sepatutnya bukan hari ini di paras 5.7% tetapi hampir 30% kerana Paras Garis Kemiskinan, PGK hanya mengambil keperluan-keperluan asa seumpama negara-negara miskin menentukan paras kemiskinan mereka. Akan tetapi negara seumpama kita seharusnya mengambil kira juga PGK dalam hal-hal dan asas-asas kualiti hidup yang dengan kata lain akan meningkatkan dan terutama dalam suasana mutakhir ini, dengan kenaikan harga bahan api akan membawa fenomena kemiskinan baru di negara ini yang kalau Sabah dan Sarawak dan juga kalau Kuala Selangor sendiri pun, paras kemiskinan ini cukup menyayat hati dalam negeri yang dikatakan negeri paling maju di Persekutuan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh guling Yang Berhormat?

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Habis sudah?

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah masuk injury time.

Saya sudah bagi injury time

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua seharusnya bagi injury time sedikit.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagilah lagi masa.

final • 12:26 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Boleh saya buat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:26 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Sedikit. Saya nak menegur, hendak correct balik. Yang Berhormat Kuala Selangor menyeru kita menggunakan garis panduan berpandu kepada...

final • 12:26 PM

Beberapa Ahli

Silap meja. [Ketawa]

final • 12:26 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Minta maaf. Mengatakan bahawa kita mengambil garis panduan untuk kemiskinan berdasarkan kepada negara-negara miskin dunia. Sebenarnya negara-negara miskin dunia yang lain menggunakan garis panduan World Bank, iaitu USD2 per day untuk mengatakan satu keluarga itu miskin. Akan tetapi, negara kita, kita menggunakan asas kita sendiri iaitu lebih dari itu, sebenarnya USD5 per day ataupun sekarang telah meningkat USD7 per day. Maknanya kita tidak menggunakan asas World Bank. Itu sahaja teguran saya. Terima kasih

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

Habiskan

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebenarnya hingga kini paras garis kemiskinan yang digunakan pun jauh ketinggalan waktu. Tegar, 440, relatif, 660. Itu pun sudah jauh. Hari ini, ada yang mencadangkan, kalau 1000 pun...

final • 12:26 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Saya menegur fakta tadi. Saya menegur fakta.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya akui. Jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa merumuskan semua...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak payah rumuskan Yang Berhormat. Habiskan.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya kembali menyebutkan bahawa betapa akan terbabas RMK-9 ini. Justeru kerana khususnya tindakan kerajaan paling dengan izin, irresponsible dan reckless dalam penarikan semula subsidi itu kerana apa, kerana bukan sahaja perkara-perkara yang sudah saya sebutkan sebentar tadi. SME contohnya, akan tergendala.

■1250 Semalam saya diberitahu, mereka datang kepada Kerajaan Negeri Selangor, di bawah Pakatan Rakyat membuat pengaduan bahawa segala kos mereka. Mereka tidak ada lagi sebab mengapa untuk tunggu peniaga di sini...

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...atau menjalankan kegiatan-kegiatan mereka kerana kos khususnya dalam construction industry, kos simen, kos steel....

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kos pasir dan segala-galanya.

Sebenarnya inilah yang dikatakan sebagai ‘Bahaya Nasional’ ataupun BN.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:26 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

final • 12:26 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh mengenai perundingan perjanjian perdagangan Malaysia dan Amerika Syarikat. Perundingan ini telah diadakan sebanyak tujuh pusingan semenjak tahun 2007 dahulu.

Perundingan perjanjian yang begitu penting dan mempunyai kesan besar kepada dasar pembangunan dan sosial negara ini telah dijalankan dengan secara sulit dan tidak pernah dibentangkan kepada Parlimen untuk perbahasan. Keputusan perundingan tersebut hanya diperhalusi dan diluluskan oleh Kabinet.

Saya berpendapat bahawa cara kerajaan menjalankan perundingan tersebut mengetepikan kepentingan rakyat, kerana rakyat tidak mempunyai suara dalam menentukan satu dasar haluan negara yang mempunyai kesan besar kepada mereka.

Sepatutnya kerajaan membentangkan hasil perundingan tersebut di dalam Parlimen dan mendapatkan kelulusan dari Parlimen untuk mencerminkan persetujuan rakyat kepada perjanjian tersebut. Kerajaan Amerika Syarikat sendiri tidak boleh membuat keputusan dan terpaksa membentangkan apa-apa perjanjian perdagangan antarabangsa kepada kongres Amerika untuk kelulusan demi menjaga kepentingan rakyat mereka.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan membelakangkan Parlimen dalam perundingan perdagangan Malaysia dan Amerika Syarikat kerana beberapa sebab tertentu yang saya lihat boleh membahayakan kesejahteraan politik dan ekonomi rakyat di negara kita.

Pertama, kerajaan belum pernah membuat satu kajian cost vs benefit analysis dengan izin yang berkecuali mengenai sama ada perjanjian ini menguntungkan Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Kita perlu belajar daripada pengalaman kerajaan Mexico yang bersetuju dengan Perjanjian NAFTA ataupun North American Free Trade Agreement dengan izin. Pada mulanya rakyat Mexico merasakan bahawa Perjanjian NAFTA tersebut telah menguntungkan negara mereka apabila pelaburan asing dalam sektor pembuatan masuk dengan mencurah-curah ke dalam Mexico dari Amerika Syarikat kerana kelebihan kos operasi di Mexico yang rendah. Akan tetapi, apabila kos operasi di Mexico meningkat setelah beberapa tahun, pelabur asing di negara itu telah memindahkan operasi mereka ke negara lain yang lebih murah di negara China dan meninggalkan Mexico dengan keadaan ekonomi yang mundur semula.

Perjanjian NAFTA itu mempunyai akibat yang lebih besar iaitu syarikat kewangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat telah berjaya menguasai sektor-sektor yang penting di Mexico hasil pembukaan sektor pasaran tersebut kepada syarikat Amerika sebagai syarat kepada Perjanjian NAFTA. Oleh itu kerajaan perlu melaksanakan kajian cost vs benefit analysis yang berkecuali ini untuk memastikan bahawa Malaysia benar-benar akan mendapat manfaat jangka panjang daripada Perjanjian FTA ini.

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Kedua, Perundingan FTA Malaysia dan Amerika Syarikat ini juga berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada Amerika Syarikat. Di antara tawaran yang diberikan kepada Malaysia adalah pembukaan pasaran Amerika Syarikat kepada produk Malaysia yang memang telah lama dinikmati oleh negara kita. Tawaran Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif perusahaan daripada 3% kepada 0% tidak akan memberi manfaat yang besar kepada negara kita.

Saya juga telah difahamkan bahawa antara sektor tambahan yang akan dibuka kepada syarikat Malaysia dengan perjanjian ini adalah dalam sektor pembuatan pertahanan yang bernilai USD200 bilion. Akan tetapi, saya tidak pasti bagaimana syarikat Malaysia yang tidak mempunyai kepakaran antarabangsa boleh memenangi kontrak untuk membekalkan senjata kepada tentera Amerika Syarikat. Sekali lagi, tawaran tersebut tidak bermakna kepada negara kita.

Saya juga ingin mempersoalkan niat tersirat Amerika Syarikat untuk mengenakan sejumlah enam syarat tambahan tetap iaitu WTO Plus 6 dengan izin dalam perundingan tersebut untuk memaksa Malaysia membuka sektor-sektor kritikal seperti perolehan kerajaan, pelaburan tempatan, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, e-Commerce dengan izin dan memperkenalkan Dasar Persaingan Adil ataupun Competitive Policy dengan izin. Amerika Syarikat masih berkeras untuk mengenakan enam syarat tambahan ini, walau pun enam syarat ini telah dikecualikan daripada rundingan terbaru WTO di Doha beberapa tahun yang lepas. Kesimpulan yang boleh dibuat daripada Amerika Syarikat ini adalah bahawa mereka mempunyai kepentingan yang besar dalam enam sektor industri tersebut.

Ketiga, Perjanjian FTA Malaysia dan Amerika Syarikat ini boleh memudaratkan dasar kepentingan bumiputera kita. Dasar Liberalisasi Penuh yang diamalkan dalam Perjanjian FTA ini akan bercanggah dengan dasar membantu bumiputera di negara kita.

Kerajaan akan terpaksa memansuhkan dasar membantu bumiputera dalam sektor-sektor berkenaan dalam perjanjian tersebut dan akan menjejaskan kepentingan bumiputera di negara kita. Kerajaan tidak boleh melaksanakan Dasar Liberalisasi tersebut dan mengabaikan kepentingan bumiputera tanpa menanggung akibat politik yang negatif.

Keempat, peranan GLC yang ditugaskan untuk membangunkan negara juga akan terjejas dengan perjanjian ini terutamanya berkenaan dengan perolehan kerajaan, perkhidmatan, pelaburan dan dasar anti kompetitif. GLC diberikan perlindungan oleh kerajaan untuk membantu melaksanakan Dasar Pembangunan Negara. Di samping itu, GLC juga mempunyai tanggungjawab sosial yang penting. Sekiranya GLC dipaksa untuk membuka perniagaan mereka atau dilarang daripada memasuki sektor perniagaan tertentu disebabkan oleh peraturan anti kompetitif, saya khuatir bahawa GLC tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.

Saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet akan menolak syarat perjanjian yang tidak akan menguntungkan negara kita ini dan membatalkan projek FTA Malaysia dan Amerika Syarikat. Sekiranya Amerika masih tidak mengubah pendirian mereka.

Walaupun Perundingan FTA Malaysia dan Amerika Syarikat telah diberikan fast track status dengan izin, saya difahamkan bahawa tempoh fast track tersebut untuk mendapat kelulusan kongres Amerika Syarikat telah luput pada bulan Mei 2008 yang lepas.

Memandangkan mandat Kerajaan Republikan yang dipimpin oleh Presiden George Bush akan berakhir pada akhir tahun ini, saya berpendapat bahawa Malaysia boleh mengambil masa untuk merundingkan semula perjanjian tersebut supaya ia selari dengan kepentingan negara.

Saya juga ingin mencadangkan bahawa segala perundingan mengenai FTA selepas ini akan dapat dirundingkan secara telus dan menggunakan khidmat pakar dalam bidang-bidang yang dirundingkan. Pada pendapat saya juga adalah lebih baik kalau perundingan tersebut tidak diletakkan di bawah kawalan satu kementerian sahaja iaitu MITI kerana hasil Perundingan FTA tersebut akan melibatkan banyak kementerian yang bertanggung jawab mengenai dasar kerajaan dalam negara. Ini kerana apa yang dipersetujui...

final • 12:51 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Penjelasan, setengah minit sahaja.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Saya tidak ada masa. Saya sudah hendak habiskan sahaja.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik kalau perundingan tersebut tidak diletakkan di bawah kawalan satu kementerian sahaja seperti MITI. Ini adalah kerana hasil Perundingan FTA tersebut akan melibatkan banyak kementerian yang bertanggungjawab mengenai dasar kerajaan di dalam negara. Apa yang dipersetujui akan mengikat kementerian yang terlibat dan mengehadkan keberkesanan matlamat kementerian tersebut.

Apa salahnya kalau perjanjian tersebut akhirnya dibentangkan kepada Parlimen untuk diluluskan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan di atas Pelan Kajian Separuh Penggal yang bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing negara. Negara tidak lagi boleh berlindung daripada arus globalisasi yang semakin membebankan kita. Kenaikan harga minyak dan makanan memberikan kejutan kepada rakyat. Setelah hampir 20 tahun rakyat kita dapat hidup dan menikmati taraf kehidupan yang tinggi, sekarang rakyat perlu menghadapi realiti bahawa keadaan ekonomi akan bertambah susah.

Kerajaan tidak lagi boleh menggunakan pendekatan ‘mencampak duit’ untuk menyelesaikan masalah. Setiap ringgit perbelanjaan kerajaan perlulah digunakan dengan matlamat untuk mendapatkan value for money dengan izin. Kerajaan perlu menerapkan konsep mempertingkatkan efficiency, effectiveness dan keberkesanan serta perbelanjaan berhemah atau berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan untuk pembangunan dan perkhidmatan yang dilaksanakan.

Kerajaan juga perlu mempertingkatkan keberkesanan sistem penghantaran kerajaan untuk memastikan bahawa setiap projek pembangunan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan tepat pada masa yang dirancang dan mengelakkan pembaziran. Saya berpendapat bahawa kepincangan dalam sistem penghantaran kerajaan adalah:

(i) dari segi struktur jabatan kerajaan itu sendiri yang bersifat silo atau serombong dan terlalu birokratik. Sistem kerajaan sekarang menggalakkan pembentukan mini Kingdom dalam jabatan kerajaan di mana ukuran kejayaan seseorang pegawai tinggi kerajaan adalah diukur dari segi kebesaran jabatan tersebut. Lebih ramai orang bermakna lebih kuat jabatan tersebut. Kerajaan juga perlu melihat untuk mengubah semula struktur dan sistem tatacara kerja dalam jabatan kerajaan untuk mempertingkatkan keberkesanan sesebuah jabatan kerajaan tersebut. Tidak ada salahnya kalau jabatan kerajaan meminjam struktur daripada sektor perniagaan yang memerlukan jumlah bilangan kakitangan yang kurang untuk beroperasi. Apa yang pentingnya adalah sama ada kakitangan kerajaan boleh mempertingkatkan produktiviti mereka dan bukan menunjukkan kehadiran di pejabat sahaja. Pada pendapat saya, kejayaan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan pasport dalam tempoh masa dua jam berbanding dengan berminggu-minggu sebelumnya boleh diulang di jabatan lain;

(ii) jabatan kerajaan perlu mempertingkatkan koordinasi untuk menguruskan sesuatu projek dari awal untuk mengelakkan sesuatu projek yang dilaksanakan gagal kerana perkara yang boleh dielakkan dari peringkat awal sekiranya ada kerjasama awal dan koordinasi awal; dan

(iii) jabatan kerajaan juga perlu menggunakan realistic assumption dengan izin iaitu andaian yang munasabah dalam menentukan

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

keperluan. Setiap perancangan kerajaan perlulah dibuat dengan matlamat untuk menentukan keperluan yang sebenar dan bukan berdasarkan kepada matlamat untuk membesarkan lagi empayar sesuatu jabatan atau kementerian.

Saya percaya, sekiranya setiap perancangan kerajaan dibuat dengan menggunakan andaian yang munasabah yang berdasarkan kepada keperluan jangka panjang, setiap perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat hasil yang optimum.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang lagikah Yang Berhormat?

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Saya ada lima minit lagi. Boleh saya sambung Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita sambung pukul 2.30 petang.

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Terima kasih.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masuk jam 1.00 petang, kita tangguhkan mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang ini.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:51 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pulai, sila sambung. Lima minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 26(1)(h). Saya hendak merujuk kepada apa yang berbangkit pada pagi ini mengenai dengan kenyataan antara Tuan Yang di-Pertua dengan Ahli Parlimen Puchong dan pihak Yang Berhormat Muar tadi telah mengemukakan usul dan Tuan Yang di-Pertua mengatakan ianya tidak kena dengan usul tersebut dan boleh dirujuk kepada usul lain. Jadi saya hendak rujuk kepada Usul 26(1)(h) iaitu usul hendak menggantung kerja seseorang sebagai ahli yang perlu dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Pemilih.

Mengenai dengan Ahli Parlimen Puchong kerana saya tidak boleh terima selagi satu tindakan dibuat mengenai dengan penghinaan terhadap Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dikatakan bercakap bohong iaitu beliau kata beliau tidak minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua kata Puchong minta maaf. Jadi perkara ini belum lagi diselesaikan dan saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat ruling dalam perkara ini sekali lagi.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya sudah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi keputusan akan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri apabila beliau mempengerusikan persidangan. Jadi ini memang sudah kita buat keputusan Yang Berhormat tetapi janganlah tanya kepada saya kerana kita sudah bersetuju siapa yang buat pengumuman ataupun penjelasan.

final • 12:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bila Tuan Yang di-Pertua akan masuk?

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggulah Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat ya?

final • 12:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Besok kah, hari ini kah?

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berkemungkinan besok Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Besok sudah terlambat. Ini kita bukan selalu kita punya tindakan ini.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat, tidak apa. Ada banyak perkara yang perlu...

final • 12:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Masalah, ini perlu sebab Dewan ini dihina oleh wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya memahami apa Yang Berhormat...

final • 12:51 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang luar memandang rendah terhadap Dewan kita.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dengar penjelasan saya Yang Berhormat. Penjelasan saya ialah Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Hak dan Keutamaan Parlimen baru bermula semalam. Jadi dengan keadaan yang sedemikian, kedudukan kita di sini terhad kepada keadaan yang wujudnya jawatankuasa. Jadi prosesnya panjang Yang Berhormat. Prosesnya ialah kita kena refer kes-kes yang tertentu kepada jawatankuasa ini dan jawatankuasa sebelum kita refer kita buka ke Dewan dulu sama ada patut di refer atau tidak. Itu proses yang pertama.

Proses yang kedua setelah diluluskan oleh Dewan untuk di refer kepada jawatankuasa ini, jawatankuasa akan bersidang. Bila jawatankuasa bersidang, selagi lagi selepas itu keputusan jawatankuasa itu akan dibawa ke Dewan semula. Selepas di bawa ke Dewan semula, setuju tidak atas saranan-saranan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat bukan keputusan saya seorang tetapi keputusan bersama Tuan Yang di-Pertua, satu. Keputusan yang kedua ialah Dewan itu sendiri, yang ketiga jawatankuasa yang akan membuat penyelidikan dan keempat balik kepada Dewan baru diputuskan Yang Berhormat. Ini proses peraturan yang kita amal dan yang berada dalam peraturan kita. Jadi Yang Berhormat tunggulah.

final • 12:51 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi adakah kes ini akan mengikut proses ini?

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, insya-Allah Yang Berhormat. Itu ketetapan yang kita buat sebab kita ini peraturan Dewan dan kita kena akur dengan peraturan ini dan konvensyen yang telah kita buat selama ini.

Okey, Yang Berhormat Pulai sila. Lima minit Yang Berhormat ya.

final • 12:51 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyambung perbahasan saya. Ketiga, jabatan kerajaan juga perlu menggunakan realistic assumption dengan izin atau andaian yang munasabah dalam menentukan keperluan. Setiap perancangan kerajaan perlulah dibuat dengan menentukan keperluan yang sebenar dan bukanlah berdasarkan kepada matlamat untuk membesarkan lagi empayar sesuatu jabatan atau kementerian. Saya percaya sekiranya setiap rancangan kerajaan dibuat menggunakan andaian yang munasabah dan berdasarkan kepada keperluan jangka panjang, setiap perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat hasil yang optimum.

Kementerian-kementerian juga harus telus dan berterus-terang dalam melaporkan sesuatu ukuran sasaran kejayaan. Saya mendapati bahawa banyak jabatan kerajaan menggunakan statistik yang tidak melambangkan keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, MIDA gemar untuk melaporkan statistik pelaburan asing sebagai satu jumlah pelaburan yang diluluskan. Statistik mengenai pelaburan yang diluluskan ini tidak tepat kerana pelaksanaan sesuatu projek pelaburan mengambil masa beberapa tahun. Oleh itu, statistik

final • 2:36 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

pelaburan asing yang diluluskan ini sebenarnya adalah jumlah yang dilaksanakan selama beberapa tahun dan bukan pada tahun yang diumumkan.

Terdapat juga kes di mana jumlah pelaburan asing yang diumumkan tersebut dikurangkan oleh syarikat yang melabur tersebut kerana sebab-sebab tertentu. Ada juga kes di mana syarikat pelabur membatalkan pelaburan mereka kerana syarat-syarat tersirat dalam pelaburan tersebut tidak dapat ditunaikan oleh pihak kerajaan atau rakan kongsi tempatan. Penggunaan statistik pelaburan yang diluluskan atau approved projects ini dengan izin, memberikan gambaran yang salah kepada keadaan sebenar. Jumlah pelaburan yang dilaporkan sebagai approved projects seperti ini jelas lebih tinggi daripada pelaburan yang sebenar.

Penggunaan statistik yang kurang tepat ini mempunyai akibat yang tidak baik kepada sistem penilaian pegawai-pegawai kerajaan kita. Apabila pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mungkin khayal dibuai dengan persepsi kejayaan kerja mereka kerana penggunaan statistik yang kurang tepat ini. Saya percaya penggunaan inflated statistic dengan izin, akan menyebabkan pegawai kerajaan bersikap menipu diri sendiri dan akan menggalakkan pegawai kerajaan untuk bersikap complacent, dengan izin. Saya juga ingin menyentuh mengenai peranan PEMUDAH dalam menyusun semula sistem pentadbiran kerajaan dan memperbaiki sistem penghantarannya.

Saya memerhatikan bahawa PEMUDAH ini boleh memudaratkan dasar bumiputera yang diamalkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, dalam sektor perolehan kerajaan, PEMUDAH telah memberikan pelbagai cadangan untuk membuka sektor perolehan untuk kontraktor Kelas F di negara ini. Saya difahamkan bahawa PEMUDAH bercadang untuk membuka kontrak Kelas F dalam perolehan kerajaan kepada semua kaum. Cadangan ini bercanggah dengan dasar bumiputera yang diamalkan oleh kerajaan.

Kabinet harus mengkaji cadangan ini dengan lebih mendalam supaya dasar bumiputera yang diamalkan oleh kerajaan ini tidak akan terjejas. Saya juga ingin membawa atau ingin mencadangkan...

final • 2:36 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pulai, masa lima minit ada Yang Berhormat bangun jadi hendak bagi peluang?

final • 2:36 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Tidak boleh, minta tolong.

Saya juga difahamkan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan juga perlu menggalakkan smart partnership di antara usahawan bumiputera dan juga bukan bumiputera.

■1440 Gabungan usahawan majmuk ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan SME di negara kita. Kehadiran sejumlah besar SME memang diperlukan di negara kita untuk menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa-masa yang akan datang. Gabungan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera ini harus digalakkan untuk mempercepatkan lagi proses melahirkan usahawan bumiputera yang sekarang ini agak lembap.

Kerajaan juga harus melihat kepada langkah-langkah yang lebih fleksibel dalam memberikan kontrak dan pinjaman kepada gabungan usahawan seperti ini. Sebagai langkah tambahan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga perlu mengkaji semula definisi sesebuah SME yang sekarang ini dihadkan kepada syarikat yang mempunyai turn over atau sales dengan izin, sebanyak RM25 juta. Saya berpendapat bahawa definisi sekarang ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan negara lain di dunia yang menetapkan definisi usahawan mereka sebagai syarikat yang mempunyai turnover sebanyak USD100 juta.

Jelas sekali bahawa SME negara kita tidak kompetitif jika dibandingkan dengan SME negara lain apabila bersaing di pasaran antarabangsa kerana SME negara lain yang jauh lebih besar daripada SME kita masih dibantu oleh kerajaan mereka walaupun mereka mempunyai keupayaan yang bekali ganda daripada SME kita.

final • 2:36 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

Akhir sekali saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya mewujudkan badan berkecuali seperti financial ombudsman dengan izin, untuk memantau segala bentuk pinjaman dan bantuan awam daripada kerajaan. Ini selari dengan amalan negara maju seperti United Kingdom yang telah lama menggunakan sistem financial ombudsman ini dengan izin, untuk memantau pinjaman dan bantuan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan untuk memastikan bahawa setiap bantuan kerajaan yang diberikan adalah merupakan bantuan yang benar-benar berkualiti tinggi dan sampai kepada penerima yang benar-benar layak dan digunakan selari dengan dasar pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

final • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada dua orang lagi ahli yang belum berucap daripada semenjak sidang bermula Parlimen Penggal Ke-12 ini. Jadi, saya dipohon untuk memberi peluang dengan dia orang ini. Jadi Yang Berhormat, saya tahu juga Yang Berhormat dari Machang berdiri sejak semalam. Belum dapat lagi ya? Jadi, minta maaflah. Saya beri kepada Yang Berhormat Machang dulu. Ya, Machang Yang Berhormat.

final • 2:36 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. [Bercakap dalam bahasa Arab].

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih memberi peluang untuk saya mengambil bahagian membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Saya hendak mulakan perbahasan ini dengan memetik pandangan Machiavelli 1527 dalam bukunya The Prince - fasal pembangunan. Katanya matlamat menyediakan program pembangunan, perkhidmatan dan kemudahan bukanlah kerana ia adalah perintah dari Tuhan atau kerana sayangkan rakyat, tetapi kerana kepentingan politik semata-mata.

Oleh itu, berbohong, melanggar perjanjian dan kezaliman semuanya diharuskan andainya ia memberikan keuntungan dalam mengekalkan kuasa politik. Itu politik Machiavelli.

Matlamat menghalalkan cara.

Program pembangunan dirangka bukan kerana itu perintah dari Tuhan kepada pemerintah atau kerana sayangkan rakyat tetapi ia lebih kepada kepentingan politik untuk mengekalkan kuasa. Bohong pun tidak apa, langgar perjanjian pun tidak apa, melakukan kezaliman pun tidak apa, kata Machiavelli.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyimpan hasrat hendaknya tatkala kita mengambil bahagian dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal ini, prinsip ini tidak menjadi amalan oleh kerajaan kita, baik Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri. Sebab itu saya cuba untuk tidak mahu mempercayai apabila pengumuman kajian separuh penggal yang dilakukan oleh kerajaan ini termasuk membatalkan misalnya Penang Outer Ring Road dan juga monorail. Alasannya ialah kerana nak alihkan bajet itu kepada keperluan lain yang lebih mendesak.

Waktu dirancang dulu alasannya ialah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sana. Alasannya juga ialah kerana projek ini satu keperluan. Waktu nak adakan dulu, pengumuman itu dibuat secara begitu grand supaya rakyat dapat merasakan bahawa ini kerajaan bertanggungjawab. Kita hadirkan PORR dan monorail untuk rakyat dengan sokongan hujah. Bila nak batalkan pula kita pun ada hujah juga. Jadi semacam mirip tafsiran Machiavelli.

Kepentingan rakyat bukan keutamaan. Kepentingan mengekalkan kuasa politik sebenarnya. Contoh lagi. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, kerja Kementerian Penerangan bukan angkut Ketua UMNO cawangan datang ke Kuala Lumpur untuk dengar ucapan daripada Presiden UMNO. Hotel percuma, pengangkutan percuma, makanan percuma dan hiburan percuma. Itu bukan kerja Menteri Penerangan dan Kementerian Penerangan.

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kenapa mesti habiskan wang rakyat untuk Ketua UMNO cawangan? Berhujah dari sudut apa pun, nak beri justifikasi apa pun, perkara itu salah tetapi ini masih dilakukan.

Kerajaan terpekik terlolong minta rakyat supaya berjimat. Sekarang zaman susah. Mesti rakyat menghayati sama kesusahan ini. Berjimatlah! Bukankah kerajaan juga menteri- menterinya sudah potong 10% elaun keraian? Belum pun kering lidah memberi nasihat, kerja pembaziran ini diteruskan. Untuk apa? Mengukuhkan kerajaan atau mengukuhkan kedudukan pemimpin yang semakin tergugat. Tuan Yang di-Pertua, secara kebetulan.

final • 2:42 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Pada saat kita membahaskan Kajian Separuh Penggal, kita dikejutkan lagi dengan perbuatan fitnah dengan tuduhan sodomi ke atas saudara Muslim kita.

final • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada yang bangun Yang Berhormat. Nak bagi peluang?

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya nak habiskan sekejap.

Sikit saja. Duduk dulu sekejap.

final • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat. Dia tidak bagi.

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Buat rakan-rakan saya yang beragama Islam. Izinkan saya menyentuh dan mengingatkan panduan dan adab yang diajar dalam agama Islam kita dalam menghadapi fitnah ini. Islam mengharamkan perbuatan menuduh seorang saudara Muslim yang lain yang diketahui kebaikannya secara dharuri dengan tuduhan zina dan liwat tanpa dikemukakan empat saksi adil yang melihat perbuatan itu sendiri seperti mana benang dimasukkan ke dalam lubang jarum.

An-Nur Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Mengapa, pada waktu mendengarnya yakni tuduhan zina dan para mufasirin turut mensabitkan dengan liwat, orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap sesama sendiri.

Mereka sepatutnya berkata ini adalah tuduhan bohong yang nyata.

Hukuman Islam terhadap yang membuat tuduhan amat berat. Sebatan lapan puluh kali. Mereka tidak boleh menjadi saksi seumur hidup. Islam juga memandang berat terhadap kalangan yang turut menyambung fitnah ini. Kita telah bersedia melupakan peristiwa lampau. Kita bersedia melangkah ke hadapan. Pertemuan Ketua Pembangkang semalam dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, 1 Julai, 5.00 petang di Parlimen, antara lain Perdana Menteri turut mengakui peristiwa 1998 adalah satu kezaliman ke atas Saudara Anwar. Malangnya masih ada segelintir pimpinan politik yang berterusan menggunakan taktik menjijikkan ini tanpa rasa takut dan merasa terhina.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah lalui pengalaman itu. Kita bukan makin lemah.

Kita bahkan semakin mendapat sokongan rakyat. Hakikatnya sokongan rakyat tambah kukuh. Buktinya jumlah perwakilan kami dalam Parlimen saat ini adalah yang terbesar dalam sejarah.

Tuan Yang di-Pertua, GLCs dan prestasi. Saya meneliti jawapan menteri terhadap soalan-soalan awal saya berkenaan prestasi GLCs. Kerajaan memberikan pelbagai petunjuk untuk mengesahkan bahawa selepas program transformasi, GLCs mengalami peningkatan prestasi. Peningkatan itu berbanding dengan prestasi GLCs sebelumnya, tahun-tahun sebelumnya yang saya anjurkan ialah prestasi GLCs mestilah dibandingkan juga dengan syarikat-syarikat non-GLCs dalam sektor yang sama.

MAS dengan Air Asia, Maybank dengan Public Bank, TNB dengan YTL Power dan seterusnya. Tinjauan saya mendapati apabila dibandingkan the top twenty GLCs dengan tujuh belas non-GLCs dengan mengambil kira pelbagai bidang termasuklah utiliti, penerbangan, perbankan dan perkhidmatan kewangan, elektrik dan telekomunikasi, dengan menggunakan petunjuk prestasi seperti pengeluaran, keuntungan dan output semuanya memaparkan bahawa prestasi GLC masih lagi jauh ketinggalan.

■1450

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Program transformasi ini menggariskan fasa ketiga sekarang ini. Kerajaan mesti menampilkan dan memberikan laporan yang berupa tangible results. Ini fasa menunjukkan visible benefits dengan izin. Bukan sekadar menunjukkan prestasi dua hingga tiga GLC, bahkan seluruh GLC itu.

Ia kerana syarikat GLC ini kerajaan ada state holding, kerajaan ada kepentingan, kerajaanlah yang lantik board of directors, kerajaanlah yang lantik senior management, kerajaanlah yang memberikan dorongan dan sokongan untuk mendapat satu-satu projek besar. Dengan segala macam sokongan dorongan kerajaan, kita masih ketinggalan berbanding syarikat non-GLCs. Berbanding dengan syarikat non-GLCs tempatan pun GLCs kalah, apa hendak harap di peringkat antarabangsa? Ini persoalan pokok, persoalan dasar Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:42 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Sila.

final • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Batu Pahat.

final • 2:42 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Machang. Saya rasa dalam bab ini saya ada sedikit persetujuan dengan Machang. Iaitu bahawa seolah-olah banyak yang ingin dirahsiakan tentang pencapaian GLC ini, cuma dia sebut satu dua GLC sahaja.

Oleh kerana itu saya rasa, kita harus lebih terbuka, sebab kita ingin tahu sebenarnya tentang perkembangan GLC-GLC yang lain. Dalam soal ini saya ingin bertanya Machang, apakah Machang bersetuju tentang kenaikan gaji yang diminta oleh beberapa GLC yang mahu menaikkan gaji pegawai-pegawai kanan mereka dan apakah sebenarnya Machang ada maklumat bahawa seolah-olah KPI GLC ini juga mahu diturunkan?

Saya juga ingin bertanya kepada Machang bersetujukah beliau bahawa sebab tadi dia menyebut MAS, iaitu MAS ini sekarang ini kita swastakan sahaja iaitu tarik balik subsidi kepada MAS ini biar dia bersaing di pasaran terbuka dengan penerbangan lain untuk melihat sejauh mana dia mampu sebenarnya yang mengatakan dia untung dan sekarang ini dia ditadbir urus dengan seorang CEO yang lebih hebat. Apa pandangan Machang dalam perkara ini?

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Batu Pahat. Syor atau cadangan untuk menaikkan gaji senior managementnya sehingga, kalau jadi hari itu sampai dia sebut 100%. Dalam saat sekarang ketika rakyat ikat perut, saya rasa tidak kena masanya dan tidak patut dilayan, itu pertama. Yang kedua kalaulah subsidi kepada rakyat kerajaan boleh tarik, dengan alasan bahawa kewangan kerajaan tidak begitu mampu lagi, kerana subsidi hendak diagih kepada sektor lain. Kalaulah GLC ini masih menikmati subsidi, di mana alasannya untuk mereka terus menikmati pemberian subsidi kerajaan, ketika subsidi rakyat ditarik balik.

Saya juga bersetuju dengan Batu Pahat, kalau syor itu dibuat meminta kalau syarikat penerbangan kita sekalipun tarik, tidak apa. Sebab orang kampung saya di Kuala Hau, di Berangan Mek Nab, Kampung Pek, tidak naik kapal terbang pun. Duk naik motor tidak ada road tax juga. Jadi saya fikir biar kena pada masanya.

Point saya tadi ialah syarikat GLC kerajaan, kalau tidak boleh bersaing dengan non-GLCs secara domestik, bagaimana mana hendak harap mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah jawapan menteri terhadap soalan bertulis saya baru-baru ini, saiz pelaburan GLC kita di luar negara untuk tempoh lima tahun lampau, cuma RM5.8 Bilion. Angka yang sangat kecil sebenarnya berbanding dengan saiz ataupun sokongan yang diberikan.

Topik pembangunan wilayah. Saya menjurus ECER dengan Petronas sebagai pemain utama, Kelantan Tuan Yang di-Pertua, sebahagian wilayah ini. Berhampiran perairan Kelantan, terbukti penemuan minyak dan gas di telaga-telaga yang terdapat di blok PM301, PM302, PM3. PM bermakna perairan Malaysia.

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Melalui usaha cari gali Petronas dengan Shell di bawah CS Mutiara telah menemui telaga-telaga minyak, Bunga Camelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bumi South dan Bunga Kesumba. Ini semua merupakan telaga minyak dan gas yang sedia untuk diteroka.

ECER merupakan program besar untuk pantai timur. Kelantan sahaja dianggarkan mengikut sumber ini mempunyai simpanan gas asli sebanyak 13 trilion kaki padu yang sedia untuk diteroka dan untuk di usaha hasil.

Pada saat ini, di kawasan GDA18, gas dihantar ke Songkhla, walaupun jaraknya jauh 275 kilometer. Dengan perairan Kelantan cuma 120 kilometer. Jawapan menteri terhadap soalan bertulis menyebut kerana prasarana telah pun dibangunkan di Songkhla, sebab itu mesti didaratkan di Songkhla. Baik. Akan tetapi, mengikut rancangan pembangunan ini disebut, blok PM3 operasi bermula suku ketiga 2008. Maknanya belum bermula lagi.

Purely, berasaskan kepada economic sense. Jarak ini akan mengurangkan kos, jarak yang lebih pendek, tentulah kosnya kurang, jarak yang lebih panjang kosnya meningkat. Pengkalan Bekalan misalnya, supply base yang sekarang ini di Kemaman, jaraknya 330 kilometer. Kapal bekalan ini supply ship ini yang berulang alik dari Kemaman ke telaga minyak, jaraknya jauh. Kos Petronas tentu meningkat. Kenapa tidak didaratkan di Kelantan?

Bolehkah kita ketepikan sentimen politik buat sementara, ECER satu projek yang besar RM112 bilion khabarnya. Sekaranglah masanya kerajaan membuktikan keikhlasan untuk membangunkan negeri Kelantan dengan menggunakan sumber yang sedia ada di perairan Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, sekarang pun helikopter yang membawa pekerja pelantar minyak naik helikopter dari Pengkalan Chepa, dia tidak naik dari Kemaman, sebab apa? Penerbangannya lebih jauh, masanya lebih panjang. Kosnya meningkat. Kenapa Kelantan? Jaraknya lebih dekat.

Kalaulah mengangkut pekerja boleh menggunakan helikopter dengan Kelantan sebagai base, bagaimana dengan aktiviti-aktiviti hiliran yang lain yang saya fikir sudah kena masanya kerana pembangunan PM301 mengikut jadualnya ialah suku ketiga pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, ECER pemain utamanya ialah Petronas yang menyediakan master plan. Secara peribadi saya melihat, projek-projek besar kerajaan walaupun perancangannya khusus, perjalanannya khusus, tumpuannya khusus, bajetnya khusus, tetapi penuh cerita kegagalan. Misalnya, PERWAJA. Ini industri strategik negara, tumpuan khusus, bajet khusus pun gagal. Di sini Petronas hendak diminta jaga dan coordinate untuk ECER. Petronas sudah ada principle activities mereka, aktiviti utama mereka. Biarkan mereka dengan aktiviti mereka.

Kerajaan jangan sampai melepaskan tanggungjawab ini. Ini soal perancangan dan pencapaian. Hujah saya ialah kalaulah satu projek besar yang kerajaan tumpukan sekalipun, dengan pengurusan yang khusus dan fokus, pun gagal. Apa lagi Petronas yang sudah ada tugasnya, diminta menyelia ECER. Saya fikir kita baru di peringkat awal perancangan dan pelaksanaan masih boleh menyemak perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengalih kepada satu lagi perkara di bawah Kementerian Kesenian dan Warisan. Syed Sheikh Al-Hadi adalah seorang tokoh reformis yang jasanya cukup besar, membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu dan juga anti penjajahan pada abad ke19. Rumahnya di Pulau Pinang, jasanya cukup besar pada waktu itu.

Dia hendak bangkitkan kesedaran, dia buat majalah dan akhbar. Majalah Saudara, majalah Al-Imam, majalah Al-Ikhwan, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah dan banyak lagi karyanya. Termasuk karya Faridah Hanum yang menjadi bahan bacaan Sri Gading saya tahu waktu itu.

Tuan Yang di-Pertua, jasanya cukup banyak dia meninggal di rumah itu, di rumah alamat 410, Jalan Jelutong, Pulau Pinang. Rumah itu sudah tergadai, sebab waktu hendak keluar surat khabar modal banyak, untung sedikit. Dia mortgage rumah dia. Rumah dia

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

sudah terlepas hari ini. Saya pergi ke rumah itu baru ini, ia jadi satu rumah ibadat. Saya fikir tokong.

Saya menganjurkan supaya bangunan rumah itu dijadikan satu nilai warisan oleh kerajaan. Gunakan akta yang sedia ada untuk menilai ia sebagai satu aset sejarah yang cukup sentimental guna untuk generasi akan datang, menilai dia mengkaji semula sejarah perjuangan dan significant sumbangannya kepada perjuangan bangsa ini.

■1500 Saya juga mohon agar cadangan ini tidak dilihat dari perspektif merampas rumah ibadat atau mengambil rumah ibadat kaum lain, tetapi kerajaan harus memulakan perbincangan untuk berbincang dengan pihak yang menguasai bangunan ini. Cari balik tapak ganti, nilaikan pampasannya atas nama kepentingan memelihara warisan sejarah.

Saya mohon mencadangkan kepada kerajaan.

Item saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ialah subsidi kerajaan. Saya dengar dan saya baca dan saya kutip maklumat tentang subsidi ini. Perdana Menteri sebut jumlah subsidi satu angka. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebut satu angka. Menteri Kewangan II sebut satu angka. Kesemuanya menjurus kepada subsidi minyak dan subsidi yang kerajaan berikan. Angkanya berbeza-beza. Menteri Kewangan II dalam Utusan Online, April 17 menyebut jumlah subsidi kerajaan ialah RM35 bilion. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula kata jumlah subsidi kerajaan RM30 bilion. Perdana Menteri pula sebut di sini lain pula RM18.31 bilion.

Saya menyebut daripada sumber NST dengan izin, muka surat 23, 21 November 2007 dan China Post 25 Februari online. Jawapan Perdana Menteri dalam Parlimen. Ini menyentuh tentang subsidi minyak, juga angkanya berbeza-beza. Saya kemudiannya membaca laporan Perbendaharaan negara. Carta 6.3...

final • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 2:42 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya hendak habiskan ini.

Carta 6.3 di bawah perbelanjaan mengurus. Saya minta bahagian penyelidikan Parlimen menyediakan bimbang takut saya salah ambil maklumat. Laporan Perbendaharaan menyebut jumlah subsidi keseluruhan kerajaan bukan subsidi bahan api sahaja, 2004 RM5.8 bilion, 2005 RM13.4 bilion, 2006 RM10.1 bilion, 2007 RM10.5 bilion. Dia tak sama langsung dengan laporan-laporan yang memetik hatta jawapan Perdana Menteri dalam Parlimen, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga Menteri Kewangan II. Di mana sebenarnya catatan yang berautoriti, yang credible, yang betul supaya angka ini jangan dimanipulasikan dan kita tak bergaduh dalam perkara yang sebenarnya angka. Perbelanjaan kerajaan mudah. Dari mana sumbernya dan ke mana dibelanjakan? Cukai pendapatan, cukai perdagangan dan sebagainya, ke mana dibelanjakan? Emolumen, keselamatan, pentadbiran, subsidi dan itu tertera dalam laporan Perbendaharaan. Dia mesti sama.

Kalau kerajaan umumkan RM35 bilion, tetapi laporan Perbendaharaan menyebut RM10.4 bilion. Perbezaan itu diambil dari mana? Ditunjuk dalam akaun mana kredit debitnya? Yang ini saya fikir memohonkan penjelasan yang jelas daripada pihak kerajaan.

Itulah yang saya pilih sebagai bahan ucapan saya hari ini untuk mengambil bahagian mewakili Parti Keadilan dan Machang pada hari ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:42 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mantan menteri, Yang Berhormat Padang Besar.

final • 2:42 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Bagilah chance, bagilah chance.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:03 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Tak apa, bagi chance.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak atas keizinan untuk saya berucap. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas keberanian menyusun semula sistem subsidi minyak yang sudah tentu akan mengurangkan distortion dalam sistem ekonomi kita, yang sewajarnya akan menjadikan ekonomi negara ini lebih efisien dan lebih mantap.

Sebelum ini kita menganggapkan negara kita ini kompetitif dan barangan kita mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Namun sebenarnya anggapan sedemikian tidak keseluruhannya tepat kerana kebanyakan industri di negara ini telah mendapat subsidi dalam mana-mana satu bentuk. Sebagai contoh, ada pelabur asing yang masuk ke negara kita kerana mengharapkan bahan api yang didapati paling murah di dunia. Kini dengan penstrukturan semula subsidi minyak sebahagian besar distortion ini dapat dikurangkan dan apa-apa kejayaan kita akan berlandaskan dan mencerminkan kecekapan yang sebenar.

Antara contoh distortion yang saya ingin maklumkan, didapati kita tidak mengizinkan kenderaan-kenderaan seperti lori, bas dan teksi menaikkan harga tambang tetapi kita juga memberi subsidi kepada mereka. Namun segala kos yang mereka tanggung seperti spare part dan juga belanja harian untuk hidup telah meningkat. Maka apa yang berlaku ada tuan punya lori yang membayar gaji kepada driver lori mengikut trip. Ada driver yang membawa lori sehingga 24 jam tidak tidur dan inilah antara yang menyebabkan kemalangan berlaku yang menyebabkan kematian antara warga kita.

Dalam tempoh masa yang sama kerajaan telah mampu membentang Kajian Separuh Penggal RMK-9 dengan mengambil kira suasana persekitaran ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia pada masa kini. Maka sudah tentu ada pihak-pihak yang tidak puas hati dengan pendekatan ini. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab harus memberi keutamaan kepada kebaikan negara dijangka panjang dan bukan untuk kepentingan politik semasa. Pendekatan politik semasa ini adalah kerana mereka bertujuan untuk meraih kemenangan jika berlakunya pilihan raya kecil di mana- mana.

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini, dan pengalaman lampau yang pernah kita lalui, didapati pertumbuhan pelaburan akan beransur lembap. Dalam konteks negara kita, kita akan dapati antara mereka yang menjadi mangsa dalam suasana sebegini ialah syarikat-syarikat bumiputera, begitu juga banyak syarikat yang lain yang bukan bumiputera. Khasnya syarikat-syarikat bumiputera yang memulakan perniagaan dengan nisbah modal sendiri yang kecil, dan modal pinjaman yang besar atau high gearing dengan izin. Kebanyakan syarikat ini adalah IKS dan kontraktor-kontraktor kecil yang banyak bergantung kepada kerajaan. Mereka ini wajar diberi perhatian yang lebih awal. Jangan tunggu lewat. Perlu diambil tindakan awal untuk mengelak akaun pinjaman mereka dengan bank-bank menjadi non performing loan, dengan izin.

Kerajaan harus bermula dari sekarang bagi mengaturkan strategi dan menentukan badan-badan khusus untuk mengendalikannya. Badan-badan khusus yang dicadangkan perlu menetapkan satu tatacara bagaimana untuk mengelak mereka ini bankrap.

Bagaimana untuk membantu mereka supaya cut losses kalau perlu, dengan izin.

Bagaimana untuk membantu mereka untuk mencapai cash flow. Kalau kontrak dengan kerajaan, cash flow mereka mesti cepat dan kalau ada untung pun bernasib baik, dan yang paling besar ialah mengelak mereka dari menjadi bankrap.

Pengalaman sejarah kita melihat pada sebelum krisis ekonomi dunia melanda kita 1998, ekuiti bumiputera dalam negara melebihi 20% tetapi setelah berlakunya kegawatan ekonomi, ekuiti bumiputera dalam negara kita telah turun kepada 18%. Kini kita dianggapkan berada di tahap 19% pada tahun 2008. Akan tetapi mengikut pengalaman, saya percaya kalau tidak dibendung peratusan ini juga akan menurun selepas kegawatan ini. Dan setiap kali ada kegawatan, kita dapati beberapa tokoh bumiputera, tokoh-tokoh

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

korporat turun dan jatuh. Dalam tahun 1985 ada beberapa tokoh korporat yang nama terbilang, jatuh. Naik pula golongan yang baru tahun 90-an, jatuh selepas tahun 2000. Hari ini 2008 akan berlaku kejatuhan beberapa tokoh kalau mengikut apa yang berlaku dalam sejarah kita.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita berhadapan dengan satu situasi di mana, di samping kita berdepan dengan krisis kewangan, krisis ekonomi kita juga terus memberi perhatian dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Antara strategi yang telah ditetapkan ialah membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

■1510 Saya sebutkan tadi mereka ini akan jatuh maka wajarlah pada hari ini. Kita perlu melihat mana-mana syarikat bumiputera yang mengalami masalah, yang tidak ada tempat untuk mengadu. Dalam satu jawapan Parlimen yang saya bertanya dahulu, tempoh yang lalu, saya mengatakan kerajaan, minta maaf saya, dalam kerajaan dulu, saya masih mengatakan begitu.

Sistem yang ada dalam negara kita saya sebut masih berlandaskan kepada who knows who, siapa kenal siapa. Inilah yang menjadi masalah. Hai, pembangkang pula yang menyokong, ya rakan saya dari Kinabatangan semalam, saya menyokong beliau. Sebagai menteri dulu, seorang yang berpengalaman, saya pernah melihat sendiri syarikat-syarikat disabotaj dan saya membantu menolong mereka.

Dalam konteks syarikat ini, saya meneliti secara detail, yang menjadi aneh ialah mereka ini tidak ada tempat untuk mengadu, ke mana pergi cari, tidak ada tempat, sampai ke peringkat paling atas pun susah hendak dapat pembelaan. Jadi inilah golongan yang kita patut melihat untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Saya rasa pembangkang pun bersetuju dan BN pun bersetuju. Ya, terima kasih.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Pahat bangun, Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya memang setuju dalam perkara ini. Ini memang satu isu yang besar sebenarnya kerana banyak perkara-perkara yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Mereka sering tidak mendapat layanan. Pertama, layanan hendak jumpa orang atas, memang susah dan sukar, appointment memang jarang hendak dapat. Yang kedua ialah mentaliti juga pegawai-pegawai ini oleh kerana dia melihat orang-orang seperti ini tiada tempat hendak mengadu maka dia menjadi satu budaya.

Dia membiarkan perkara ini, tidak layan dan sebagainya dan kadang-kadang dia cabar pula untuk kalau dia kata tidak puas hati jumpa orang atas. Yang hendak jumpa orang atas ini pula memang sukar maka akhirnya ramai yang teraniaya dan sebelum ini kita ada BPA, Biro Pengaduan Awam.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini penjelasan kah Yang Berhormat atau soalan tambahan?.

final • 3:03 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya pertama hendak menyatakan sokongan dan yang kedua saya ingin meminta penjelasan Yang Berhormat, iaitu bersetujukah Yang Berhormat bahawa kita kena wujudkan satu jawatankuasa mungkin di peringkat Parlimen kita ini untuk membantu kes-kes yang dihadapi oleh mereka yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Saya bersetuju Yang Berhormat.

Saya bersetuju sangat-sangat dengan Yang Berhormat Batu Pahat, ini cadangan Yang Berhormat Batu Pahat kerana badan yang kalau diwujudkan hendaklah badan itu diberi kuasa dan mampu memanggil dan meneliti fail-fail yang digunakan dalam kementerian atau jabatan. Saya bercakap sebagai seorang yang berpengalaman. Pengalaman saya, minta

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

maaf kepada rakan-rakan menteri. Saya hanya memberi satu cerita lama tetapi tidak mengapa...

final • 3:03 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Boleh saya tambah sedikit.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak yang meminta Yang Berhormat. Minta peluang tu.

final • 3:03 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Penjelasan.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Okey dulu. Okey, tak dan saya hendak beri penjelasan. [Ketawa]

final • 3:03 PM

Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang sebenarnya sistem yang kita ada sekarang ini semuanya pergi di atas, menteri pun tidak ada kuasa, ini kementerian tidak ada kuasa. Semuanya pergi ke atas, EPU, Menteri Kewangan itu yang ada kuasa. Jadi banyak perkara-perkara yang berlonggok tidak selesai, jadi saya cadangkan, mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan supaya turunkan kuasa ke peringkat bawah, ke peringkat menteri.

Kalau sekiranya menteri salah guna kuasa, tangkap menteri, begitu, jadi kasi turun, jangan kita takut kepada kita punya menteri sendiri. Turunkan kuasa ke peringkat kementerian di mana tidak lagi sampai EPU, tidak sampai Kementerian Kewangan, jadi setujukah Yang Berhormat?

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Saya hendak cakap saya bersetuju pun saya tahu nanti orang kata saya berpengalaman dalaman tetapi saya rasa wajar dilihat semula sistem yang kita kata over centralization. Over centralization ini memusatkan segala keputusan di Kementerian Kewangan.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Allah, penjelasan sedikit sahaja.

Okey, satu lagi.

final • 3:03 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Memang perkara ini apa yang diketengahkan mungkin ini salah satu kes di mana usahawan bumiputera teraniaya. Kalau pihak kastam, pihak berkuasa melihat ada unsur-unsur kesilapan, penyeludupan, kenapa tidak didakwa, kenapa dilaporkan Syarikat Lady Juta yang telah melabur, yang meminjam di bank sekarang ini ditarik lesennya dan mereka rasa teraniaya tidak dapat mengadu sehingga pergi berjumpa di Dewan yang tertinggi di Dewan Rakyat berjumpa kita sebab pegawai-pegawai tidak mahu mendengar.

Jadi apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya pegawai-pegawai sebegini disiasat latar belakang mereka. Mungkin mereka ada usaha untuk mensabotaj tentang operasi seseorang dan mungkin membantu orang lain dan mensabotaj juga imej kerajaan sebab apabila ini berlaku, yang teraniaya kata ini perbuatan kerajaan bukan pegawai itu. Terima kasih.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Bangun]

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

[Bangun]

final • 3:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Sekijang sila duduk. Masa Yang Berhormat Padang Besar sudah habis dah.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Itulah ramai sangat kacau. Tidak apa, saya menggulungkan sahaja.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Gulung ringkas ya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Okey. Saya minta pihak yang terlibat, pihak menteri saya menasihati kawan-kawan dan rakan-rakan yang menjadi menteri turun ke padang. Jangan hanya duduk bertumpu maklumat, berpandu 100% kepada maklumat yang datang daripada jabatan kerana yang datang melalui jabatan selalunya menceritakan kebaikan dan kebetulan mereka. Turun ke bawah dan siasat di sektor yang lain supaya kita dapat mengimbang di antara maklumat dalaman dan maklumat luaran. Terima kasih, saya mohon menyokong

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ini ucapan yang pertama Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana diberi peluang pada saya merupakan pertama sekali berucap di Dewan yang mulia ini.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang lain duduk Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Selain daripada itu, kerana diberi peluang untuk membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Khamis yang lalu.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia yang kita harapkan dan impikan sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing tidak akan tercapai jika sekiranya langkah-langkah yang sedia ada perlulah diteliti dan dihalusi serta diperincikan dan disemak semula untuk mengatasi dan mengenal pasti segala perancangan dan pelaksanaannya supaya berjalan pada landasan yang betul.

Selaras dengan dasar kerajaan menjadikan pertanian sebagai perniagaan, saya ulangi sekali lagi, pertanian sebagai perniagaan maka penekanan perlulah diambil serius untuk memastikan setiap perancangan diteliti dan dihalusi supaya segala perancangan tersebut sampai ke sasarannya dan tidak berlaku sebarang pembaziran, keciciran dan juga ketirisan.

Baru-baru ini kita telah dihantui dengan isu beras, kelam kabut dibuatnya dari kedai kopi ke Parlimen, dari buruh kasar kepada pak menteri, persoalannya mengapa harga barang beras naik sebegitu rupa, sedangkan negara hanya bergantung sebanyak 30% sahaja dari importnya. Mengapa harga beras tempatan tumpang toi juga. Apakah peranan BERNAS, adakah beras yang diswastakan iaitu di mana kalau kita perhatikan dengan peranan BERNAS yang ada kita dapati bahawa saya rasa dia tidak memainkan peranannya iaitu kita perhatikan bahawa walaupun dinyatakan bahawa beras 15% hancur memang ada di bawah kawalannya tetapi kita dapati kalau di pasar-pasar raya, kita dapati bahawa beras ini memang tidak terdapat, kurang terdapat.

■1520 Manakala beras 5% dan 10% melambak-lambak tetapi dengan harganya adalah agak mahal. Kalau dulu apa yang saya perhatikan baru-baru ini iaitu isteri saya pergi ke pasar dan dia terkejut bahawa beras cap rambutan iaitu daripada Siam berharga RM40.50.

Walhal sebelum pada ini dia hanya membeli dalam lingkungan RM20 sahaja. Jadi oleh yang demikian, kita amat sedih memerhatikan bahawa keadaan ini berlaku kepada petani- petani kita terutama sekali mereka-mereka di luar bandar.

Apa yang saya harapkan supaya fungsi Bernas mestilah mengikut apa yang termaktub. Ingin saya ajukan beberapa soalan untuk kita pertimbangkan untuk Bernas.

Yang pertama sekali, kenapa gudang-gudang di Bagan Serai dan Parit Buntar terbiar kosong? Kalau kita perhatikan mengikut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, stok beras ada mencukupi tetapi agaknya di manakah ia tersimpan. Seingat saya yang lampau pada tahun 70-an, gudang-gudang dan kilang-kilang yang terdapat di Simpang Lima, Parit Buntar berfungsi tetapi sekarang tidak lagi berfungsi.

Alangkah sedihnya kalau kita perhatikan yang kilang di tempat saya itu ada tiga buah kilang di daerah Kerian. Tiga buah kilang yang besar di mana mereka itu makin hari

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

makin besar-besar lagi tetapi kita perhatikan bahawa kilang Bernas di Simpang Lima tak berfungsi. Gudang-gudang yang ada saya ingat enam atau tujuh bangunan kosong.

Kononnya sekarang ini telah pun disewakan kepada satu syarikat lain untuk meletakkan batu pasir dan juga tanah merah.

Dalam membincangkan isu padi dan beras supaya cukup sebagai cukup sara diri iaitu dengan izin self-sufficiency. Mari kita menoleh kepada keadaan jelapang padi di MADA iaitu di Kedah, Kemubu di Kelantan, Sabak Bernam, Tanjung Karang di Selangor, Kerian; Sungai Manik dan Seberang Perak di Perak. Kita akan dapati rata-rata hasil pengeluaran padi di bawah target 10 tan sehektar kecuali ada di beberapa kawasan yang telah mencapainya seperti di Sekinchan. Mengapa target tersebut tidak tercapai? Malah ada di kawasan iaitu kawasan saya sendiri dan projek Kerian Sungai Manik hanya mencapai dua atau tiga tan sehektar sahaja.

Walhal sebelum rancangan Trans-Kerian Sungai Manik, kawasan tersebut adalah merupakan satu kawasan yang paling subur di daerah Kerian. Malangnya apabila dijalankan rancangan Trans-Kerian Sungai Manik yang menelan ratusan juta ringgit di kawasan tersebut telah mengalami penurunan hasil yang begitu ketara sekali. Ini merupakan salah satu daripada contoh tentang kegagalan projek tersebut. Mengapa berlakunya sedemikian? Hendak kata tidak ada parit, ada parit. Hendak kata tidak ada sistem saliran, ada. Tak tahulah apa yang menyebabkan berlakunya sedemikian.

Oleh yang demikian, marilah kita mengkaji semula serta memperbaiki segala yang telah dibuat. Jadi saya cadangkan supaya kajian terperinci perlu diberikan perhatian terutama sekali kepada infrastruktur seperti sistem pengairan dan saliran. Dalam jawapan daripada soalan saya mengenai dengan keadaan ini iaitu IADA telah pun menyarankan dan memberi jawapannya kepada saya iaitu ada empat atau lima langkah yang dilakukan:-

(i) pembinaan tali air ketiga menggunakan konkrit;

(ii) pembinaan parit alternatif;

(iii) pembinaan baru dan menaik taraf jalan ladang;

(iv) pembinaan baru dan menaik taraf pintu air; dan

(v) pembinaan ban iaitu ban mampan.

Apa yang saya perhatikan, yang ketiga itu tidaklah begitu dipentingkan. Apa yang saya pentingkan iaitu pembinaan tali air dan pembinaan parit-parit alternatif. Yakni kita harapkan biarlah perkara ini dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan nanti.

Saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cuba renungkan tentang kos yang telah dicadangkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di sesi persidangan yang lalu telah mencadangkan iaitu untuk membuka kawasan jelapang baru, jelapang padi di Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya ini adalah merupakan satu cadangan dan langkah yang baik tetapi alangkah baiknya jika sekiranya dalam masa yang pendek kita akan lebih bermanfaat dengan menumpukan kepada jelapang padi yang sedia ada dengan cara memperbaiki infrastrukturnya. Apabila langkah tersebut dijalankan, insya-Allah produktiviti akan meningkat dan masalah pengimportan beras akan dapat disifarkan dalam masa yang terdekat. Ekoran daripada tindakan tersebut, maka berlakulah rantaian reaksi iaitu chain reaction dengan peningkatan hasil akan meningkatkan pendapatan petani, zakat, kesejahteraan masyarakat dan juga negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan faktor kos pengeluaran pertanian seperti baja dan racun patut dikekang dari terus meningkat. Selain daripada itu juga, untuk menghadapi kenaikan harga baja kimia yang meningkat, petani-petani mestilah diberikan galakan untuk menukar amalan pertanian kepada baja organik yang lebih mesra alam.

Apabila membincangkan baja organik, bukankah banyak jerami padi terdapat di persekitaran mereka. Mengapa kita tidak menggunakan bahan percuma tersebut? Oleh yang demikian, penggunaan dan pengolahan baja organik perlu ditunjuk ajar dan mempraktikkannya untuk menjadi suatu amalan pertanian baik.

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Selain itu juga, lebih banyak rancangan mini estet padi perlu dijalankan kerana kebanyakan kawasan sawah tersebut mengalami kekurangan tenaga buruh. Boleh dikatakan 95% daripada pengusaha sawah sekarang adalah diusahakan oleh generasi tua.

Penubuhan mini estet tersebut akan melibatkan pemilik tanah, pengurusan dan juga pekerja. Setiap mereka akan diberikan saham supaya mereka mempunyai sikap bertanggungjawab. Oleh yang demikian, mereka akan diberikan dividen sebagai insentif.

Dengan cara ini, insya-Allah pengurusan dan penyelenggaraan sawah akan diurus dengan baik dan sempurna serta dapat meningkatkan produktiviti yang tinggi bagi mencapai matlamat negara.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai langkah telah dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan para petani dan juga nelayan. Langkah-langkah tersebut adalah baik dan saya menyokongnya. Namun ianya perlu dihalusi dan diteliti sejauh mana keberkesanannya kepada mereka. Pelbagai program dan dasar telah pun dilancarkan seperti Dasar Makanan Negara, Dasar Daging Negara, Dasar Landskap Negara, Bumi Hijau dan lain-lain lagi.

Adakah pihak kerajaan memantau segala dasar tersebut? Umpamanya dalam rancangan Bumi Hijau baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah melancarkannya di Putrajaya. Ianya telah pun dilancarkan sebelum ini secara rasminya di Hulu Langat pada tahun 2006. Rakyat digalakkan untuk menanam sayuran di sekeliling kawasan rumah. Mereka diberikan benih-benih dan pelbagai lagi.

Namun yang dikesalkan, projek tersebut setakat itu sahaja. Ada di kalangan mereka yang menjalankan secara besar-besaran dengan menanam cili dan terung.

Malangnya hasil tidak dapat dipasarkan. Alangkah malangnya mereka ini. Akhirnya projek ini terbiar begitu sahaja. Oleh yang demikian, berapa langkah perlu diambil untuk mengatasi pasaran dengan menubuhkan rangkaian pasaran yang lebih dinamik.

■1530 Dalam dasar daging negara pula, kerajaan telah menggalakkan para petani untuk menternak lembu dan kambing. Maka, ramailah petani-petani yang mengikuti kursus yang mendapatkan habuan pawah dari kerajaan.

Ada di kalangan mereka ini bukanlah mereka-mereka yang benar-benar hendak menjadi penternak tulen tetapi adalah ahli-ahli kroni yang hendak mengambil jalan mudah mendapatkan wang. Walhal penternak tulen yang mempunyai kandang tidak merasainya.

Perkara sedemikian perlulah pihak berkenaan meneliti supaya rancangan yang baik ini betul-betul dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dalam hal Dasar Daging Negara ini saya ingin menarik perhatian tentang pusat pembiakan boer negara dengan izin iaitu NBBC, National Boer Breeding Centre ini telah terletak di Pondok Tanjung. Pusat tersebut telah diluluskan pada 23 Julai 1997 dengan seluas 3,500 ekar. Malangnya, malang sungguh malang. Keluasan tersebut telah menguncup kepada 2,500 ekar sahaja lagi. Projek tersebut sehingga kini tidak dapat dilaksanakan dan hanya seluas lebih kurang 50 ekar sahaja yang ditanam dengan rumput manakala bakinya walaupun telah siap ditebang dan dibersihkan ianya telah diterokai oleh penduduk dari Jelai.

Oleh yang demikian, apa yang saya harapkan tindakan yang tegas dan sewajarnya patut dan mesti bertindak dengan secara yang lebih bagi menjayakan projek tersebut.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat?

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Boleh beri saya masa sedikit? Selain itu juga, kementerian telah berusaha menggalakkan para petani dan nelayan untuk menternak ikan sama ada ikan air tawar atau ikan laut dengan mengadakan

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

pelbagai subsidi. Langkah tersebut amatlah dialu-alukan dan ingin saya mengingatkan agar pemantauan diperketat dan dilakukan sepanjang masa. Bukan setakat subsidi sahaja dan patutlah pihak berkenaan memastikan dengan pasarannya.

Yang Amat Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah memaklumkan di Dewan yang ini tentang Projek Air Tawar di Hulu Perak dan saya harap limpahan daripada projek tersebut akan dinikmati juga oleh penduduk di daerah Kerian juga.

Selain daripada itu, ingin saya maklumkan mengenai dengan SMI. Kita dapati juga masalah yang berlaku kepada mereka di mana baru-baru ini kita dapati disebabkan oleh perubahan pemerintahan, mereka telah berjaya iaitu kita dapati setengah daripada SMI ini telah pun menembusi pasar-pasar raya seperti Tesco, Giant, Mydin dan lain-lain.

Namun, dengan berlakunya tsunami politik baru-baru ini, ada di antara pasar raya tersebut tidak lagi mahu menerima produk-produk mereka dan dengan alasan di bahawa pentadbiran baru di Perak. Ini berlaku di Perak. Jadi, pengusaha-pengusaha tersebut terpaksa mengurangkan atau tidak beroperasi. Ini bertambah malang lagi dengan kenaikan harga minyak yang turut menimpa mereka. Dengan kenaikan bahan bakar, kesannya adalah amat ketara sekali.

Kita dapati bahawa, salah satu dari barang seperti gula, tepung, minyak masak melambung tinggi. Umpamanya tepung telah meningkat dari RM29 kepada RM42 untuk 25 kilo. Minyak masak pula mendarat naik. Yang anehnya, bahan-bahan tersebut walaupun mahal adalah sukar didapati. Ada satu kes, pengusaha mi yang menggunakan tepung yang banyak dikenakan dengan harga RM42 bagi setiap dua beg tetapi kalau dia beli 10 beg, harganya RM45. Apa fesyennya ini.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:03 PM

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai

Jadi dengan kata lain. Inilah satu di antara perkara yang ingin saya kemukakan di Dewan yang mulia ini.

Dengan ini saya ucapkan ribuan terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:03 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, kita ada usul daripada menteri. Sila duduk Yang Berhormat.

final • 3:03 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 3 Julai 2008.”

final • 3:35 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Datuk Liew Vui Keong

Saya pohon menyokong.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

final • 3:35 PM

Dato’ Haji Lilah bin Yassin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun mengambil bahagian untuk membahaskan ucapan yang telah pun dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Dengan agenda besar menangani ketidaksamaan sosial ekonomi yang berterusan di mana Kerajaan Barisan Nasional yang telah pun berjaya menurunkan kadar kemiskinan rakyat dalam negara kita dan sekarang ini mempunyai satu sasaran penting iaitu menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.

Usaha ini merupakan usaha yang sangat murni kerana hari ini, keluarga miskin dalam negara kita bilangannya 117,307 orang. Luar bandar, 92,108 orang dan dalam bandar 18,303 orang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya Skim Jaringan Keselamatan Sosial ini dikemaskinikan semula. Di mana bantuan kepada masyarakat kurang upaya, penyakit kronik, orang tua dan juga kanak-kanak mestilah ditambah daripada kadar biasa.

Bagi mereka yang telah pun mengalami penyakit kronik iaitu sakit yang berterusan yang mempunyai keluarga yang besar, anak-anak yang ramai pula, mereka ini mestilah diasingkan dengan bantuan yang berbeza.

Tuan Yang di-Pertua, apabila meneliti senarai rakyat termiskin dalam negara kita, terdapat juga di kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, mereka miskin kerana miskin minda, miskin sikap. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya peruntukan khas diberikan supaya golongan yang mampu bekerja ini dapat dibangunkan mindanya, sikapnya, diberikan ilmu pengetahuan yang cukup dan juga kemahiran dalam satu-satu bidang.

Saya yakin dan percaya, dengan ilmu dan juga kemahiran yang kita berikan dalam satu-satu bidang, mereka boleh diberikan peluang untuk mengusahakan sesuatu projek yang boleh mereka jalankan. Ternakan-ternakan yang mudah, pemuliharaan haiwan yang mudah boleh dijalankan dengan kemahiran yang diberi dan di dokong dengan modal pendahuluan yang cukup untuk mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga wanita miskin sama ada ibu tunggal atau ibu yang ditinggalkan yang mempunyai ramai anak dan juga tanggungan yang bersekolah. Kepada kumpulan masyarakat ini, saya dapat melihat sebahagiannya mempunyai daya usaha untuk menjalankan projek-projek secara kecil-kecilan dengan membuat program-program makanan tradisional, kraf dan sebagainya.

Saya mencadangkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM supaya peruntukan yang diberi pinjaman kepada mereka ini dapat ditambah bilangannya dan janganlah ada had selepas satu tahun, mereka ini baru dibuat peruntukan tambahan ataupun susulan berikutnya. Kalau di kalangan mereka ini telah pun membuktikan kepada kita boleh menjalankan usaha mereka dengan berjaya, kejayaan dari segi pulangan hasil mereka dan mendapat keuntungan insentif mestilah diberikan dengan membolehkan mereka membuat pinjaman kedua kepada tabung yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka.

■1540

final • 3:36 PM

Dato’ Haji Lilah bin Yassin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga strategi Bumi Hijau yang telah pun dilancarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan sumber pendapatan tambahan kepada rakyat dalam negara kita. Hari ini strategi Bumi Hijau kita tidak tepat kerana dilancarkan di projek-projek perumahan. Saya mencadangkan supaya projek ini dilangsungkan di kampung-kampung kerana di kampung mempunyai tanah yang cukup. Saya mencadangkan juga kepada kementerian yang berkenaan supaya memberikan bantuan 100% pagar, baja, benih dan teknologi mestilah diberikan. Begitu juga bidang pemasaran hasil-hasil tersebut mestilah dibuat pemantauan, agar tidak terdapat pula lambakan hasil-hasil yang dikemukakan ataupun dihasilkan oleh masyarakat golongan miskin di kampung-kampung.

Tuan Yang di-Pertua, meningkatkan tahap kemapanan kualiti hidup rakyat adalah merupakan usaha yang telah pun dijalankan oleh kerajaan. Usaha meningkatkan perkhidmatan, penjagaan kesihatan di kalangan rakyat adalah merupakan usaha yang harus dipuji.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan dan juga kementerian yang berkaitan supaya menambah lagi doktor-doktor pakar, doktor-doktor yang boleh ditempatkan di kawasan luar bandar terutama sekali di rancangan tanah FELDA yang memerlukan kualiti kesihatan yang perlu dipertingkatkan. Ada beberapa hospital dalam negara kita yang mempunyai hospital yang baik tetapi kekurangan doktor pakar, tidak cukup doktor, tidak juga cukup pekerja-pekerja sokongan. Akhirnya kecekapan mereka ini menjadi kurang. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, terdapat kata-kata rakyat, kalau mahu cepat mati, pergi ke hospital Jempol.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya kekurangan pekerja-pekerja sokongan, doktor-doktor dan juga tenaga-tenaga pakar yang terdapat di hospital Jempol akan dapat dipertingkatkan. Begitu juga kegiatan post-mortem jenazah orang-orang Islam, kadang-kadang memerlukan masa yang terlalu lama dan ini tidak disenangi oleh masyarakat orang Islam di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya dapat melihat penyakit-penyakit kronik ini bukan sahaja melanda masyarakat dalam bandar tetapi juga sebahagian besar daripada masyarakat kampung dan di kawasan FELDA.

Hari ini begitu ramai sekali yang telah pun diserang oleh penyakit buah pinggang.

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya pusat-pusat hemodialisis ini dibuat di hospital-hospital kerajaan termasuk juga di hospital Jempol. Dengan menyediakan dewan yang sesuai, mesin yang sesuai, tenaga pakar. Saya cadangkan juga, oleh kerana mereka yang telah pun terlibat dalam penyakit ini yang memerlukan proses hemodialisis, mereka terpaksa menanggung beban hidup sepanjang hayat sehinggalah Allah SWT mengambil nyawa mereka. Oleh demikian, terdapat juga tanggungan yang berat kerana mereka mempunyai ramai anak yang bersekolah tetapi mereka sakit, tidak mampu menjalankan kerja yang mendatangkan sumber pendapatan. Saya mencadangkan kepada kerajaan, kepada golongan ini supaya diberikan rawatan hemodialisis secara percuma.

Tuan Yang di-Pertua, rumah adalah merupakan perkara yang penting yang perlu kita sediakan kepada rakyat kita bagi membolehkan rakyat kita menerima kualiti hidup yang lebih baik. Oleh yang demikian, usaha memenuhi keperluan perumahan rakyat ini perlulah dipertingkatkan.

Pertama, rumah PPRT di mana kumpulan masyarakat termiskin dalam negara kita.

Walaupun kajian sudah dibuat, bilangan ini sudah dikemukakan tetapi peruntukan yang diberikan ke daerah-daerah tidak mencukupi. Akhirnya banyak juga rumah-rumah ini yang tidak dibuat. Bagi mereka yang tertinggal ini, inilah TV3 tangkap dan dikeluarkan dalam rancangan Bersamamu. Saya mencadangkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mestilah memberhentikan projek-projek yang tidak penting dan meletakkan keseluruhan peruntukan ini supaya semua sekali rumah PPRT akan dapat dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Amat kasihan kita melihat golongan rakyat termiskin lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan luar bandar. Saya juga mencadangkan rumah ini walaupun harga bahan-bahan pembinaannya sudah meningkat, janganlah pula dikecilkan atau ada di antara bahagian- bahagian tertentu yang dikurangkan. Mesti dibuat dua bilik yang sesuai dan juga mesti

final • 3:36 PM

Dato’ Haji Lilah bin Yassin - Jempol

mempunyai ruang untuk anak-anak rakyat termiskin mengulang kaji pelajaran mereka supaya mereka pandai dan pintar. Oleh yang demikian, harga rumah PPRT ini mestilah dikaji semula oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

Yang kedua, PPRT di kawasan bandar terdapat juga rakyat termiskin yang tinggal di dalam kawasan bandar. Saya mencadangkan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik ini kalau PPRT di luar bandar, kerajaan menyediakan rumah secara percuma, PPRT di dalam bandar juga saya cadangkan supaya kerajaan menyediakan rumah PPRT secara percuma. Ini kerana mereka ini berpendapatan rendah, mana mungkin mereka dapat menyewa rumah-rumah yang disediakan oleh kerajaan. Jauh sekali keberanian mereka untuk meminjam dari bank bagi membayar balik pinjaman yang diaturkan dengan bank.

Tuan Yang di-Pertua, Rumah Mesra Rakyat adalah merupakan program yang sangat popular di kalangan golongan yang berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kampung-kampung. Oleh kerana peruntukan ini amat terhad, dalam kajian yang dibuat separuh penggal ini, saya juga mencadangkan supaya peruntukan Rumah Mesra Rakyat ini akan dapat ditambah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana siling peruntukan dalam Kajian Rancangan Malaysia Kesembilan ini telah pun ditambah menjadikan peruntukan kita lebih besar. Saya mencadangkan supaya sebahagian peruntukan ini dapat digunakan untuk membangunkan sektor pendidikan rakyat. Saya ingin melihat bagaimana anak-anak dan juga pelajar-pelajar kita yang berada di Tingkatan 6 akan dapat diberikan pembelaan. Dinaikkan taraf dengan menyediakan kemudahan- kemudahan penstrukturan semula rancangan Tingkatan 6 dengan menyediakan kemudahan yang setanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang berada di matrikulasi yang disediakan oleh kerajaan. Begitu juga dengan biasiswa yang kita berikan pembiayaan kepada anak-anak yang berada di Tingkatan 6.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga. Kita begitu giat menjalankan kempen kebersihan, keindahan di kalangan anak-anak kita yang berada di sekolah. Namun demikian, seluruh tandas-tandas yang berada di sekolah kita berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan sehinggakan anak-anak kita confuse, yang mana satu benar, yang mana satu salah.

Saya mencadangkan kepada kementerian supaya semua sekolah di seluruh negara, tandasnya dinaikkan supaya bertaraf lima bintang supaya anak-anak ini dapat melihat tentang nilai kebersihan. Apabila menjalankan kegiatan kokurikulum, disediakan juga bilik persalinan yang sesuai untuk anak-anak lelaki dan perempuan supaya mereka berada dalam keadaan yang selesa.

Begitu juga dengan kecekapan pentadbiran dalam bidang pendidikan ini, supaya dapat dipertingkatkan. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya pembangunan pejabat pendidikan daerah akan dapat dibuat termasuk juga pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan guru dengan juga masalah latihan guru adalah merupakan perkara yang sering dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Sehingga hari ini kita dapat melihat masalah kekurangan guru adalah merupakan masalah yang sangat besar yang dialami oleh Kementerian Pelajaran.

■1550 Saya mencadangkan oleh kerana hari ini masalah guru ini dengan masalah latihan guru dibuat oleh agensi dan badan-badan yang berbeza, saya mencadangkan supaya bahagian latihan guru ini terus dibuat oleh Kementerian Pelajaran supaya Kementerian Pelajaran tahu berapa bilangan guru yang diperlukan, berapa yang mereka latih. Hari ini tidak dapat diselaraskan kekurangan guru dengan latihan guru yang kita keluarkan.

Tuan Yang di-Pertua saya juga menyokong usaha Kerajaan Barisan Nasional bagi memperkasa sekolah kebangsaan Cina dan juga sekolah kebangsaan Tamil. Hari ini Tuan Yang di-Pertua berlaku penghijrahan secara besar-besaran. Pekerja-pekerja ladang meninggalkan estet pergi ke bandar membeli rumah di taman-taman perumahan. Mereka

final • 3:36 PM

Dato’ Haji Lilah bin Yassin - Jempol

tidak duduk lagi dalam estet tetapi sekolah jenis kebangsaan Tamil dan juga sebahagian sekolah jenis kebangsaan Cina berada jauh di pendalaman di kawasan estet yang tidak lagi tempat mereka bekerja. Mereka duduk dalam bandar, bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil yang sangat jauh menyebabkan tambang bas yang kian meningkat menjadi bebanan kepada rakyat. Saya mencadangkan supaya terus diperkasakan sekolah kita ini supaya lebih lagi kita tambah kelas-kelas jenis kebangsaan Cina dan juga Tamil dengan menyediakan guru-guru yang baik sehinggalah ke sekolah menengah.

Tuan Yang di-Pertua dasar menyusun semula guna tenaga yang disediakan oleh kerajaan kita dapat menyatakan secara jelas hasrat kerajaan untuk melihat bahawa bumiputera mestilah ditambah dalam peringkat pengurusan dan juga profesional di dalam sektor swasta. Manakala bukan bumiputera pula digalakkan bekerja dalam sektor awam. Ini adalah merupakan usaha yang sangat baik kerana dalam sektor awam dulunya adalah merupakan sektor yang tidak diminati oleh setengah-setengah pihak kerana gajinya sangat murah. Malahan dalam angkatan tentera dan polis yang terpaksa berada di perbatasan pun apabila kita melihat tuntutan negara ingin berjuang di perbatasan mereka kurang semangat patriotik tidak menyertai angkatan tentera kerana gajinya sangat rendah. Barangkali hari ini setelah lonjakkan gaji yang diberikan oleh kerajaan dalam sektor awam barulah membuka mata sebahagian daripada mereka untuk menyertai sektor ini.

Tuan Yang di-Pertua, inilah Ketuanan Melayu yang membenarkan sekolah- sekolah jenis kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil di buat di negara merdeka. Bukan sahaja sekolah ini dapat dibenarkan berkembang, rakyat juga boleh mengamalkan bahasa ibunda masing-masing belajar di sekolah dan juga mereka dapat melihat bagaimana kejayaan yang telah pun dibuat oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan jangkaan kerajaan pertumbuhan ekonomi dunia yang berada dalam lebih kurang 4.1% setahun dan ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang secara purata lebih kurang 6% setahun. Di antara keyakinan kerajaan ialah permintaan swasta yang tinggi yang terus berkembang dalam negara kita.

Saya mencadangkan supaya pihak swasta dibawa masuk dalam membangunkan tanah- tanah Keretapi Tanah Melayu. Hari ini stesen Keretapi Tanah Melayu yang berada seluruh negara berada dalam keadaan yang sangat buruk, daif dan tidak terurus.

Saya mencadangkan supaya syarikat-syarikat swasta ini masuk membangunkan tanah-tanah KTM sama ada mereka membina hotel, shopping complexs ataupun bangunan-bangunan komersial tetapi disyaratkan pulangan kepada kerajaan ialah dengan membangunkan stesen kereta api yang moden. Gemas adalah merupakan stesen kereta api yang menyambungkan pantai timur dan pantai barat tetapi hari ini berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Begitu juga dengan Stesen Kereta Api Bahau, walaupun pelancong-pelancong yang datang terutama sekali pelancong Singapura yang menjalankan agenda korban dan akikah melalui pembangunan homestay yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan mendapat sambutan begitu baik daripada rakyat Singapura tetapi kemudahan ini kadang kala telah pun memalukan negara kita.

Pembangunan tanah kereta api ini juga mestilah dilakukan di negara Singapura supaya lambang Keretapi Tanah Melayu itu dapat berdiri dengan megah di negara Singapura.

final • 3:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

final • 3:36 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur yang telah dimasukkan dalam kajian semula Rancangan Malaysia Kesembilan telah pun meletakkan pembangunan laluan empat lorong Bukit Putus ke Kuala Pilah, terima kasih kepada kerajaan. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya jalan ini dapat di sambung ke Bandar Seri Jempol bagi membolehkan lambakan kereta yang akan berlaku di Kuala Pilah dan sudah tentu ini akan menyebabkan jam yang sangat dahsyat. Oleh kerana laluan ini akan dapat dipecahkan di Bandar Seri Jempol, sebahagian rakyat yang berada di Johor begitu juga di Pahang dan 47 skim FELDA akan dapat dipecahkan di laluan di persimpangan empat di Bandar Seri Jempol. Saya mencadangkan supaya laluan ini dipanjangkan ke kawasan berikut.

final • 3:36 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Begitu juga dengan Bahau bypass yang telah menyebabkan laluan di kawasan bandar begitu sesak sekali akan dapat dimasukkan dalam perancangan kita. Jalan KLIA ke Port Dickson yang dapat membangunkan industri pelancongan yang lebih baik di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali pembangunan kawasan FELDA menuntut supaya kerajaan memberikan peruntukkan khas pembangunan pekan-pekan kecil di kawasan FELDA supaya akan dapat didirikan kedai-kedai pasar-pasar yang sesuai, gerai- gerai makanan, bengkel-bengkel yang sesuai untuk kegiatan motor, kereta dan juga kegiatan-kegiatan yang lain. Ini akan membolehkan masyarakat FELDA yang sekarang ini juga tidak terkecuali terdesak ekoran daripada perubahan harga barang akan dapat mengiat aktifkan ekonomi di kawasan FELDA.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih, saya menyokong.

final • 3:36 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, terima kasih. Di jemput Yang Berhormat Bagan.

final • 3:36 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ujian Kajian Separuh Penggal RMK-9 yang penuh dengan harapan membantu rakyat mengurangkan beban kewangan ekoran kenaikan harga minyak pecah berkecai bila Kerajaan Barisan Nasional nampaknya lebih cenderung mengamalkan politik cantas, hasrat dengki, balas dendam, pembaziran dan terus melindungi kroni-kroni politiknya. Tidak ada sebarang langkah diumumkan yang boleh meringankan beban rakyat miskin atau berpendapatan menengah. Sama juga kroni-kroni yang mendapat subsidi yang banyak seperti subsidi gas terus menikmati faedah ini.

Seperti yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara bertulis pada saya bahawa sejak 1997 Petronas telah memberikan subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion di mana RM48.8 bilion adalah kepada sektor tenaga dan RM9.4 bilion untuk sektor bukan tenaga. Kalau kita mengikut ratio subsidi yang diberikan kepada independent power producer dengan izin pada 2007 iaitu sebanyak RM15.6 bilion, IBP mendapat RM6.7 bilion pada tahun 2007 atau 43%. Kalau kita menggunakan ratio ini untuk menilai berapa banyak subsidi gas yang diperoleh oleh IPP daripada jumlah RM58.2 bilion gas keseluruhannya adalah nyata bahawa IPP telah memperoleh subsidi gas sebanyak RM24.9 bilion sejak 1997.

■1600 Iaitu satu jumlah yang sangat besar yang hanya menambahkan pendapatan lumayan yang diperolehi oleh IPP. Sungguhpun pendapatan terjamin tetapi mereka boleh mendapat subsidi gas begitu besar RM25 bilion ini. Kami hendak bertanya, macam mana rakyat Malaysia boleh untung dengan pemberian subsidi gas sebanyak RM25 bilion kepada syarikat kaya raya IPP? Demi menangkis kegagalan kerajaan mengurangkan subsidi gas kepada syarikat-syarikat IPP, Kerajaan BN pula telah melaung-laungkan kejayaan meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada tahun 2007.

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak memberikan gambaran tepat kerana pengagihan kekayaan begitu tidak adil dengan golongan 20% terkaya memiliki 51.22% daripada pendapatan negara manakala golongan 40% termiskin hanya memiliki 13.5% daripada pendapatan negara. Iaitu satu ketidakadilan sosioekonomi atau ketidakadilan pendapatan dari Gini coefficient yang paling teruk sekali di rantau Asian, kecuali mungkin Myanmarlah tapi siapa hendak bandingkan diri dengan Myanmar.

Ini juga boleh dilihat dalam kiraan purata pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM3,686 pada tahun 2007 yang digunakan sebagai kayu pengukur untuk pendapatan isi rumah bulanan setiap rakyat Malaysia. Namun, ini bukan satu kayu pengukur yang tepat

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

juga kerana ini adalah purata dan yang lebih tepat ialah penengah atau medium income.

Kalau kita lihat medium income bukanlah RM3,686 ialah hanya RM2,542. Oleh itu, rakyat Malaysia tidaklah sekaya yang dibayangkan dengan min income atau gaji bulanan purata sebanyak RM3,686 tetapi hanya setakat middle income RM2,542. Keadaan lebih serius lagi kalau kita pecahkannya dengan golongan yang lebih kecil iaitu golongan yang tidak berada.

Kalau kita lihat dari segi tahap kemiskinan adalah pada tahap 3.6%, kalau pendapatan atau tahapnya adalah RM800 sebulan. Sekiranya ia dinaikkan kepada RM1,500 yang dicadangkan oleh pihak kami, kerajaan telah menolak cadang ini oleh kerana ia menyatakan ini akan menaikkan atau meningkatkan kadar kemiskinan kepada 23.4%. Kalau kadar kemiskinan adalah pada tahap pendapatan RM1,500, ini bermakna hampir satu dari setiap empat orang boleh dikira miskin.

Adakah negara Malaysia yang begitu kaya ini boleh bangga dengan pencapaian atau prestasi demikian lebih-lebih lagi bila kita adalah sebuah negara pengeluar dan pengeksport minyak. Bukankah ada begitu ramai rakyat Malaysia yang begitu susah dan macam mana mereka boleh hidup dalam keadaan barangan naik dengan hanya RM1,500 sebulan?

Oleh itu, saya ingin meminta sekali lagi, gunakanlah keuntungan Petronas supaya ia dikongsi bersama dengan rakyat kerana sejak ia ditubuhkan, rakyat tidak lihat pun RM0.01 daripada RM570 bilion yang diperolehi oleh Petronas sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974. Sudah tiba masanya, keuntungan tahunan melebihi RM90 bilion diagihkan kepada setiap keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM6,000 sebulan sebagai satu bonus tahunan. RM6,000 atau RM500 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, keputusan Pilihan Raya Besar 2008, telah menekankan betapa pentingnya negara menuju ke arah masyarakat madani. Namun, nampaknya ia masih tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Kalau kita melihat masyarakat madani, peranan yang dimainkan oleh kerajaan adalah yang paling penting sekali kerana kita harus menekankan pembentukan modal insan menerusi urus tadbir CAT iaitu competency, accountability dan transparency iaitu keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan, dan juga tidak boleh diketepikan adalah pembentukan modal rohani berdasarkan nilai murni kepercayaan, harapan dan masyarakat penyayang.

Sesebuah kerajaan harus membentuk modal rohani ini kerana kerajaan mesti memulihkan keyakinan rakyat bahawa kerajaan adalah untuk membantu rakyat jelata dan bukanlah untuk merugikan rakyat jelata. Dalam tamadun Cina dan Islam pernah dikatakan banyak kali, bahawa kerajaan yang zalim adalah yang paling menakutkan. Malah dalam peribahasa Cina [Bercakap bahasa Mandarin] Iaitu sebuah kerajaan yang zalim adalah lebih menakutkan daripada seekor harimau yang ganas. Ini selalu mengingatkan kita betapa teruknya kalau kerajaan tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Oleh itu, kita harus menukarkan mind set rakyat bahawa kerajaan ialah pembantu kepada rakyat bukanlah perosak kepada rakyat dan kegagalan Barisan Nasional untuk menghormati prinsip ini amatlah dikesali.

Di samping itu, sesebuah kerajaan mestilah memberikan harapan kepada orang muda bahawa mereka mempunyai peluang ekonomi yang sama dan juga boleh menikmati keadilan sosial supaya mereka, golongan belia dan muda boleh mendapat tempat yang wajar, masing-masing dalam negara kita. Akhirnya kerajaan mesti memupuk sifat penyayang kerana kalau hanya rakyat mempunyai sikap penyayang di antara sama sendiri, barulah kita boleh menikmati perpaduan nasional yang tulen.

Namun, dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian, sungguhpun kerajaan telah menaikkan peruntukan pembangunan di bawah RMK-9 daripada RM200 bilion kepada RM230 bilion ini, semua prinsip yang saya sebutkan tadi iaitu urus tadbir CAT tidak diamalkan, pembaziran masih berlaku, sungguhpun dalam banyak kitab-kitab suci dikatakan bahawa; “Mereka yang terlibat dalam pembaziran adalah kawan kepada syaitan” dan juga dalam kitab-kitab suci pun dikatakan, “Bahawa dunia ini adalah cukup untuk memenuhi semua keperluan insan makhluk dan apa-apa yang dicipta dan direka oleh Tuhan tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi sikap tamak, nafsu satu individu”. [Tepuk]

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita lihat, sungguhpun negara kita kaya dengan hasil minyak Petronas, tidak cukup untuk Kerajaan Barisan Nasional.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat. Hendak beri jalan?

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian, Kerajaan Barisan Nasional telah menganaktirikan Pulau Pinang. Sungguhpun telah menambahkan peruntukan sebanyak RM30 bilion tetapi negeri Pulau Pinang telah dicantas, dipotong, dikurangkan peruntukan. Bila peruntukan ditambah, kita harap bahawa Pulau Pinang pun akan sama-sama ditambah.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat batu Pahat ke Yang Berhormat?

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Namun, yang dilihat...

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat bangun.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak, saya tidak cukup masa ini. Minta maaf.

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sikit sahaja ini Yang Berhormat Bagan.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Namun di sini kita boleh lihat...

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sikit sahaja.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi Yang Berhormat.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sungguhpun ditambah, Pulau Pinang telah dikurangkan dan...

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Itu bukan diskriminasi!

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...dikurangkan Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Kementerian Pengajian Tinggi pun kita kurang RM800...

■1610

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Batu Pahat, sila duduk, Yang Berhormat.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sebanyak 65% daripada RM6 bilion atau 3.1% daripada peruntukan di bawah RMK-9 pada asalnya sekarang telah jadi hanya 1.1% iaitu telah dikurangkan sebanyak 2% atau 66% telah dicantas atau telah dipotong.

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Bukan dicantas, ditangguh sementara bagi tumpuan untuk pembangunan rakyat yang lain.

final • 3:57 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mereka itu...[Bercakap dalam bahasa Mandarin] iaitu hendak membohongi diri sendiri dan hendak membohongi orang lain juga. Ini tidak patut. Antara projek yang telah dipotong ialah projek monorel di mana siling RMK-9 sebanyak RM150 juta, sebahagian daripada kos penuh berjumlah RM2 bilion dipotong.

Projek BORR - Projek Lebuh Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang di mana siling sebanyak RM165 juta yang merupakan sebahagian kos penuh RM1.5 bilion dipotong.

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dikatakan bajet suruh berjimat tidak hendak pula.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat, jangan ganggu, Yang Berhormat.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Projek pembesaran Empangan Mengkuang RM150 juta, sebahagian kos penuh RM1.1 bilion pun tidak dilihat. Projek menaik taraf sistem kereta api Bukit Bendera di mana dijanjikan dalam projek sebelum ini sehingga sekarang ini kereta api pun sudah rosak kerana janji ini tidak ditunaikan sebanyak RM40 juta itu pun telah dipotong. Ini adalah kezaliman dan...

final • 3:57 PM

Seorang Ahli

Dahsyatnya!

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di samping itu projek-projek lain di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pelancongan - Taman Botani pun dipotong.

final • 3:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hendak jadi Ketua Menteri, carilah sendiri.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini kita boleh lihat sebanyak RM40.6 bilion iaitu sebahagian daripada peruntukan asal RM6 bilion dipotong...

final • 3:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jual balak! Jual balak!

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

..yang menjadi 65% daripada peruntukan asal dipotong daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, projek BORR dan projek monorel merupakan hadiah yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2006 iaitu hadiah kepada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya hadiah diberikan dan kemudian diambil balik saya hendak cadangkan nama Barisan Nasional - BN ditukarkan kepada ‘BS’ iaitu Parti Buruk Siku. [Tepuk] Saya juga hendak bertanya, di mana ada keikhlasan? Di mana ada kejujuran?

final • 3:57 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagan ini lebih teruk daripada Ipoh Timurlah!

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di mana ada nama baik Perdana Menteri kalau negeri sendiri dianaktirikan? Saya ingin membuat rayuan kepada beliau bahawa sudah sampai masanya beliau menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin yang menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Pulau Pinang. Saya sering menyatakan bahawa saya sebagai seorang warganegara Malaysia menghormati beliau sebagai Perdana Menteri saya. Saya harap beliau boleh menghormati keputusan rakyat Pulau Pinang di mana saya adalah Ketua Menteri kepada beliau, sebagai anak negeri Pulau Pinang.

final • 3:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ketua Menteri cari duit sendirilah!

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, itu menunjukkan bahawa beliau tidak akan dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang berkaitan dengan apa yang dia lakukan kepada rakyat Pulau Pinang. Saya ingin mencabar mana- mana parti daripada MCA dan Gerakan yang sekarang masih menyokong tindakan menganaktirikan, menganiayai dan menindas Pulau Pinang, adakah anda berani mengkritik keputusan yang tidak adil ini?

final • 3:57 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Bagan.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan, dia tidak bagi jalan.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Adakah parti-parti MCA dan Gerakan yang bercakap besar dalam surat khabar berani berdiri bersama untuk bersama rakyat Pulau Pinang?

final • 3:57 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ini perkauman atau apa ini?

final • 3:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Beri laluan. Beri laluan kalau berani!

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan tidak bagi jalan.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jika mereka tidak berani berbuat demikian adalah lebih baik mereka tutup pintu dan gulung tikar kerana rakyat tidak akan lupakan tentang pengkhianatan yang dibuat oleh mereka ke atas rakyat Pulau Pinang.

final • 3:57 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Bagan, bagi laluan sikit.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan, dia tidak bagi jalan.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan sekali lagi, kalau kita hendak menuju ke masyarakat madani, kita mestilah berbuat baik.

Pembentukan modal insan bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Kita hendak mengikut amalan yang baik bukan daripada yang buruk.

Di sini, saya ingin meminta bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bolehlah mengajar saya, bolehlah nasihat kepada saya...

final • 3:57 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Hendak nasihat tetapi yang cakap-cakap tadi itu apa?

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ajar dan nasihat kepada saya tentang urus tadbir daripada khalifah Islam teragung iaitu Umar Abdul Aziz. [Tepuk]

final • 3:57 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tidak guna nasihat, tidak dengar.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ajarlah kepada saya. Di sini saya juga hendak lihat macam mana pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh beliau ke atas rakyat negerinya sendiri memenuhi ajaran Umar Abdul Aziz.

final • 3:57 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Gombak ajarkah?

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyatakan bahawa RM4.6 bilion ini adalah satu jumlah yang amat penting daripada keseluruhan RM6 bilion yang telah diperuntukkan lebih awal oleh kerajaan di bawah RMK- 9. Ini adalah kerana projek-projek tersebut merupakan people centric dan pelaksanaannya amat penting demi mencapai hasrat untuk memberikan kemudahan infrastruktur yang sempurna dan selesa kepada rakyat keseluruhannya. Adalah tidak patut bahawa kesemua projek ini dipotong sama sekali.

Saya tidak dapat maklumat sehingga sekarang dan saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menyatakan kepada 1.5 juta rakyat Pulau Pinang, apakah projek tambahan yang diberikan kepada Pulau Pinang berikutan tambahan peruntukan sebanyak RM30 bilion kepada RM230 bilion ini? Apakah yang telah dicantas dan dipotong daripada rakyat Pulau Pinang?

Sekiranya beliau tidak boleh menyebutkannya, saya harap beliau mesti ingat janji yang beliau telah berikan kepada saya sebanyak dua kali dan juga janji daripada Menteri Kewangan II kepada saya sebanyak lima, enam kali bahawa semua projek yang telah diputuskan sebelum ini akan diteruskan kerana ia berkepentingan rakyat. Ini pun telah diulangi beberapa kali dalam akhbar. Namun saya tidak tahu macam mana kita boleh menjadi pemimpin yang dihormati kalau kita bercakap tidak serupa bikin!

Itulah yang saya harapkan, kerana apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir dan juga Yang Berhormat Gua Musang di mana saya ada amati videonya, “Menjamin UMNO Terus Relevan” [Menunjukkan sekeping cakera VCD] Di sini mungkin kita ada pendapat yang berlainan tetapi adalah penting bahawa Malaysia mesti terus jadi relevan.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau Malaysia hendak terus menjadi relevan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, satu nilai yang amat penting ialah ‘cakap serupa bikin’.

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh gulung, Yang Berhormat

final • 3:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tol Sungai Nyiur bila mahu selesai? Tol Sungai Nyiur.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memberitahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak mahu menarik balik keputusan yang tidak adil kepada rakyat Pulau Pinang beliau tidak akan dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang tentang apa yang dilakukan.

final • 3:57 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Beliau Perdana Menteri Malaysia, bukan Perdana Menteri Pulau Pinang! Peruntukan Pulau Pinang diberi...

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Putatan, tidak perlu buat macam itu, Yang Berhormat.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau boleh harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh ke negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang mengapa beliau berbuat demikian.

final • 3:57 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Bukan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

final • 3:57 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Beliau mahukan Pulau Pinang gagal, tetapi kami akan hampakan kamu. Yang Amat Berhormat mungkin mahukan Pulau Mutiara, tidak berjaya, tetapi kami akan pastikan ia terus berkilau dan ceria lagi.

■1620 Di sini saya ingin sekali lagi, kalau boleh tarik balik keputusan yang tidak adil.

Kalau enggan, baliklah ke Pulau Pinang untuk jelaskan mengapa hadiah yang dia umumkan pada tahun 2006 ditarik balik, kalau beliau seorang pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

final • 3:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kimanis.

final • 3:57 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Kajian Semula Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya seterusnya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah berjaya mencapai tahap sasaran prestasi seperti yang telah dibentangkan.

Saya juga seterusnya mengalu-alukan hasrat kerajaan menerusi Kajian Semula Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memberikan penekanan terhadap usaha membanteras kemiskinan, mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah melalui pembangunan koridor ekonomi dan membantu mengurangkan kesan negatif perkembangan ekonomi dunia termasuk inflasi, terutamanya sekali kenaikan harga makanan dan minyak melalui inisiatif pembangunan pertanian.

Namun saya mempunyai beberapa tanda tanya dan berasa sedikit khuatir terhadap kesan sebenar terhadap petunjuk-petunjuk prestasi tersebut dan juga pelaksanaan rancangan-rancangan terhadap rakyat negara ini secara keseluruhannya, terutama rakyat Malaysia di Sabah dan juga di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya sekiranya rancangan-rancangan tersebut berjaya mencapai sasaran, maka tentunya kita tidak lagi berhadapan dengan masalah kemiskinan, pengangguran, pengangkutan, persekolahan, pengeluaran makanan, kekurangan bekalan air dan elektrik dan sebagainya. Justeru itu, tentunya masih terdapat

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

banyak ruang bagi kita untuk menentukan supaya semua program yang dirancang dengan peruntukan yang telah disediakan dapat dilaksanakan dengan berkesan, bertepatan pada masanya dan memberi impak yang dikehendaki di tempat-tempat yang memerlukan. Selain dari itu, rakyat juga mahukan supaya semua komitmen dan janji-janji kerajaan dapat dipenuhi supaya rakyat jelata tidak rasa tertipu dan seterusnya menyalahkan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh sebagaimana yang kita semua maklum, negeri Sabah dan Sarawak masih mempunyai kawasan tanah pertanian yang luas termasuk tanah-tanah terbiar. Sekiranya kawasan-kawasan tersebut dapat disediakan dengan infrastruktur berkaitan seperti sistem saliran dan perparitan yang baik, kemudahan pusat penyimpanan lepas tuai, perhubungan jalan raya yang sesuai, sokongan khidmat pertanian yang berkesan dan pusat-pusat pengeluaran benih dan baka yang mencukupi, saya percaya kedua-dua negeri tersebut mampu menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran makanan negara dan seterusnya mampu mengurangkan kesan negatif peningkatan harga makanan.

Bayangkan juga sumbangan kepada peningkatan pengeluaran daging lembu negara, sekiranya tanah-tanah yang digunakan sebagai ladang kelapa sawit di Sabah yang seluas kira-kira 1.2 juta hektar dapat digunakan juga sebagai ladang ternakan lembu.

Mungkin apa yang diperlukan untuk menggalakkan integrasi tanaman kelapa sawit dengan ternakan lembu ini hanyalah dengan menyediakan khidmat nasihat yang disediakan dengan insentif-insentif yang tertentu.

Inilah apa yang dimaksudkan dengan menyediakan infrastruktur dan rancangan di tempat-tempat yang sesuai dan bertepatan dengan masanya. Usaha ini juga sekali gus tentunya akan mengurangkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran di luar bandar.

Terutama sekali Tuan Yang di-Pertua, di negeri Sabah yang kini masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi sekali di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada sikap beberapa agensi pusat, umpamanya kita semua maklum bahawa negeri Sabah yang seluas kira-kira 7.4 juta hektar ini amat kaya dengan sumber-sumber kepelbagaian hayat termasuk tumbuh-tumbuhan herba yang berkhasiat untuk kesihatan, penjagaan badan dan juga pengeluaran produk asli istimewa seperti minyak pati yang amat bernilai.

Tambahan lebih separuh daripada kawasan tersebut telah diletakkan sebagai hutan simpan. Ini bermakna negeri Sabah juga amat berpotensi untuk penerokaan sumber- sumber kekayaan baru seperti industri herba dan juga bioteknologi. Saya tidak faham mengapa agensi-agensi seperti National Biotechnology Corporation yang begitu giat membangunkan industri bioteknologi negara dan juga MiGHT yang begitu aktif dalam pembangunan industri herba, tidak mempunyai sebarang projek di negeri Sabah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak, saya juga amat mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menerokai sumber-sumber tenaga alternatif seperti tenaga pembakar dari biojisim dan juga biodiesel.

Saya juga percaya memandangkan negeri Sabah adalah pengeluar utama kelapa sawit negara, tumpuan adalah wajar diberikan untuk membangunkan sumber tenaga non- fossil di Sabah dan juga tambahan negeri Sabah juga mempunyai kawasan yang boleh digunakan bagi tanaman jatropha yang juga didapati sesuai bagi pengeluaran biodiesel.

Justeru itu, ternyata negeri Sabah pada masa ini, tidak memerlukan program berprestij dan berteknologi tinggi dan memerlukan peruntukan yang tinggi seperti angkasawan.

Negeri Sabah memerlukan program dan rancangan yang mampu membantu meningkatkan keupayaan dalam bidang-bidang seperti pengeluaran dan pemprosesan makanan, herba dan komoditi tanaman industri dengan menggunakan kaedah dan juga pendekatan baru termasuk penggunaan bioteknologi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kepada peruntukan tambahan sebanyak RM30 bilion untuk menampung perbelanjaan fasa kedua Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Saya amat khuatir apabila Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi mengatakan bahawa satu pertiga daripada

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

RM10 bilion daripada peruntukan pembangunan tambahan akan digunakan untuk membina infrastruktur dan kemudahan tambahan terutama sekali pada kawasan ECER dan NCER.

Bagaimana dengan infrastruktur dan kemudahan asas di Sabah dan di Sarawak?

Adakah pengagihan sebanyak RM2 bilion kepada negeri Sabah dan Sarawak berpatutan memandangkan saiz kedua-dua negeri yang tersebut? Kita juga difahamkan bahawa RM10 bilion daripada peruntukan tambahan ini akan digunakan bagi membiayai inisiatif- inisiatif dalam membangunkan kelima-lima koridor pembangunan ekonomi yang telah dilancarkan.

Saya percaya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, masih lagi ingat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Koridor Pembangunan Sabah atau SDC dan SCORE di Sarawak akan diberikan peruntukan masing-masing sebanyak RM5 bilion. Ini bermakna peruntukan kedua-dua koridor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM10 bilion. Justeru itu, terdapat persoalan berapakah sebenarnya peruntukan yang akan diagihkan kepada setiap koridor pembangunan ekonomi ini sekiranya hanya RM10 bilion sahaja yang diperuntukkan daripada peruntukan tambahan sebanyak RM30 bilion tersebut.

Saya amat khuatir sekiranya penjelasan yang munasabah tidak diberikan, kredibiliti kerajaan akan dipersoalkan. Penjelasan ini amat penting, saya percaya rakyat Malaysia di negeri Sabah dan Sarawak telah terus memilih kerajaan yang memerintah dengan penuh harapan bahawa segala janji-janji dan komitmen yang telah diberikan dapat ditunaikan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka sebarang rancangan kerajaan, saya percaya prestasi yang lebih baik dan bermakna dapat dicapai sekiranya para perancang berkenaan sentiasa mengambil perhatian serius, inovatif dan lebih fokus serta mempunyai keprihatinan dan juga kesedaran terhadap masalah setempat. Dalam konteks negeri Sabah umpamanya, saya percaya pihak Kerajaan Persekutuan akan lebih sedar, faham dan prihatin sekiranya lebih ramai lagi para pemimpin dan ketua-ketua jabatan dan pegawai kerajaan yang berasal dari Sabah dan Sarawak dapat memainkan peranan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

■1630 Umpamanya, dalam usaha untuk membangunkan jelapang padi yang memerlukan sistem saliran dan perparitan yang terkawal, apakah tidak mungkin kawasan-kawasan tadahan dibangunkan yang juga sekali gus berupaya untuk memberikan kuasa elektrik melalui penjanaan kuasa elektrik mini hidro dan juga seterusnya dapat dibekalkan kepada jelapang-jelapang padi berkenaan. Ini seterusnya dapat membantu meningkatkan pengeluaran padi sehingga mencapai tahap optimum yakni sehingga lima kali dalam dua tahun. Ini sekali gus boleh mengurangkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran negara.

Saya percaya cadangan seperti ini dapat dipertimbangkan sekiranya pemimpin dan para pegawai perancang berkenaan mempunyai pengetahuan dan keprihatinan yang terhadap masalah setempat di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap supaya perkara-perkara yang telah saya timbulkan ini dapat diberikan perhatian serius dan tidak disalahertikan. Dengan kata-kata ini, saya juga tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bagan.

Betapa sedihnya kita mendengar banyak rintihan yang telah pun disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak tadi sedangkan Ahli Yang Berhormat Bagan begitu menitikberatkan tentang permohonan projek monorail, jalan dan jambatan yang begitu canggih sedangkan pembangunan prasarana di negeri bagi Sabah dan Sarawak seperti jalan-jalan asas dan lain-lain yang sangat diperlukan pun masih belum dilaksanakan lagi. Ini nampak sekali bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri daripada Bagan tidak prihatin dengan masalah negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Saya amat kesal juga bahawa, kalau tidak silap saya, Yang Berhormat daripada Bagan tadi yang mengatakan dia mahu Perdana Menteri supaya mengajar beliau. atau dengan perkataan lain bahawa Yang Berhormat daripada Bagan itu ‘perlu diajar’ atau

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

‘kurang diajar’, maka ianya ‘kurang ajar’. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana peluang yang telah pun diberikan dan mudah- mudahan dari apa yang kita dengar, daripada ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen ini bahawa kita haruslah melihat negara kita yang kita cintai ini, dapatlah dipandang daripada keseluruhannya. Bukan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang tertentu sebagaimana yang diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang tadi. Saya juga percaya, Yang Berhormat, daripada Putatan tadi, dia kecewa sekali, oleh kerana cabaran yang diberikan oleh Yang Berhormat dari Bagan tadi, mengatakan, mana dia parti-parti seperti MCA dan Gerakan. Apa yang dimaksudkan oleh Putatan tadi, kalau tidak silap saya, ianya berbau macam racial dari segi mencabar parti-parti yang terdiri daripada satu-satu keturunan sahaja.

Oleh itu, saya berharap dalam Dewan yang mulia ini bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanggungjawab haruslah membangunkan negara kita dengan keseimbangannya...

final • 4:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, Standing Order.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

... dan bukan untuk menentukan nasib dalam sesuatu negeri. [Disampuk]

final • 4:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Point of order

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Sekian, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya meminta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36(4), adalah menjadi kesalahan bagi Ahli- ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan, dalam kes ini, Yang Berhormat Kimanis telah menggelar Yang Berhormat Bagan sebagai ‘kurang ajar’. Saya minta dia tarik balik.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Kurang ajar sopan ke?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kimanis...

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap saya, saya kata saya mendengar Yang Berhormat Bagan minta supaya Perdana Menteri mengajar dia. Jadi, pendapat saya, dia kurang diajar. Jadi, dia minta untuk diajar. Jadi, ertinya dia ‘kurang ajar’. Itu sahaja bahasa dia Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Menyampuk] Peraturan 36(4)...

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Saya tidak ada erti bahasa yang...

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk].

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sila duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Kurang mengajar lain, ‘kurang ajar’ lain.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Apa bahasa Yang Berhormat maksudkan? Dia minta Perdana Menteri supaya diajar. Jadi, pengertian saya, saya kata...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat. Saya akan buat keputusan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Saya kata, sekiranya kurang diajar, jadi erti kata, ‘kurang ajar’, itu sahaja. Bukan saya kata Yang Berhormat Bagan kurang ajar.

Saya kata cuma kurang diajar. Saya tidak bermaksud...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup.

[Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Kita sama-sama mendengar Yang Berhormat, Sebab itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kimanis. Memang perkataan ‘kurang ajar’ tidak boleh digunakan di dalam Dewan. Sebab itu saya minta penjelasan daripada Kimanis dan Kimanis telah memperjelaskan konteks ‘kurang ajar’ yang disebutkan, yang difahamkan. Jadi Yang Berhormat, saya memang tidak bersetuju, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja bahawa perkataan ‘kurang ajar’ tidak sepatutnya digunakan. Akan tetapi, kita lihat penjelasan Yang Berhormat Kimanis, penggunaannya dalam konteks yang lain. Saya minta teruskan dan saya minta...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita hendak penjelasan. Kalau Tuan Yang di-Pertua telah memberi ruling begitu, maka dengan maksud yang sama kita akan guna perkataan yang sama. Kita memberi amaran pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua kena bertanggungjawab dengan keputusan yang Tuan Yang di-Pertua buat.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat telah melanjutkan keputusan yang saya buat, Yang Berhormat, telah memanjangkan, extending the meaning of my decision. Tidak apa Yang Berhormat. Saya faham maksud Yang Berhormat Shah Alam. Saya faham maksud Yang Berhormat Kuala Krai dan saya sudah membuat keputusan tadi, saya melihat bahawa perkataan ‘kurang ajar’ memang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan ini. Saya...

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tunggu Yang Berhormat.

Saya juga bertanyakan Yang Berhormat Kimanis dalam konteks penggunaannya. Akan tetapi, baiklah Yang Berhormat, kalau kita lihat, kalau konteks penggunaan bahasa yang digunakan oleh Yang Berhormat Kimanis itu boleh disalahertikan dan boleh dijadikan precedent, saya memang bersetuju bahawa ia tidak sepatutnya digunakan.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Minta Yang Berhormat Kimanis tarik balik.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik Yang Berhormat Kimanis. [Menyampuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau itu maknanya, bererti memang perkataan itu jangan kita gunakan. Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Kimanis untuk membuat penjelasan yang seterusnya.

final • 4:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tunggu Yang Berhormat.

Biar kita selesaikan masalah ini Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Ya, biar saya jelaskan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

Tarik balik.

final • 4:20 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Kimanis, tarik balik sahajalah.

Ini benar-benar kurang ajar lah ini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan perburukkan keadaan Yang Berhormat. Jangan perburukkan keadaan. [Dewan riuh] Yang Berhormat Kimanis.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Baiklah, Tuan Yang di-Pertua, Perkataan dalam bahasa kita ada kurang dan juga ada ajar.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya faham Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Jadi, saya cuma dalam konteks saya mengatakan bahawa Yang Berhormat daripada Bagan minta supaya Perdana Menteri....

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita bagi selesai masalah ini. Yang Berhormat tak perlu bangun.

final • 4:20 PM

Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis

Jadi saya cuma dalam konteks kalau sekiranya kalau kita tak ada makanan, kita kata kurang makan. [Disampuk] Jadi ini, kalau kurang pengajaran, ‘kurang ajar’. Tapi Yang Berhormat, kalau sekiranya perkataan itu menyinggung perasaan, saya tarik balik.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, terima kasih Yang Berhormat [Dewan riuh] Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kimanis kerana faham dengan keadaan yang berlaku. Ada sesiapa yang...

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam terbangun tadi.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

Jelutong, Jelutong. Pulau Pinang, Jelutong, Pulau Pinang.

final • 4:20 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Seremban.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana berikan satu peluang ambil bahagian dalam mid term review.

■1640 Memang saya sudah baca buku ini dan saya sudah dengar ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Mengikut review yang saya bacakan dan ucapan yang saya dengar, memang program daripada kerajaan adalah baik.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi, saya berharap ini bukan untuk academic interest sahaja. Satu rancangan dalam kertas sahaja, satu kosmetik sahaja. Saya berharap apa-apa program yang dicadangkan, apa-apa program dan cadangan-cadangan daripada kerajaan boleh dilaksanakan.

Di sini saya suka memberi dua contoh. Sebenarnya, jikalau di Malaysia Plan yang pertama, kedua, ketiga sehinggalah ke lapan ada dilaksanakan, pada hari ini kita tidak buat midterm review ini. Jikalau dilaksanakan midterm review di pelan-pelan rancangan Malaysia yang dahulu, kenapa masa ini baru kita akan berikan RM1 bilion kepada Sabah dan Sarawak? Masa ini jikalau kita berikan RM1 bilion kepada Sabah dan Sarawak yang saya sokong itu menunjukkan all the previous rancangan Malaysia is a failure. Ini satu pandangan daripada saya dengan izin. [Dewan riuh] Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada muka surat 28, perenggan 65. Saya mengambil peluang ini untuk bercakap sedikit, isu-isu berkenaan dengan kaum orang India. Dengan izin Tuan Yang di- Pertua, saya merujuk kepada perenggan 65, dikatakan, “In addition special assistant will be given to the ethnic Indian community to raise the level of their equity ownership through Unit Trust Schemes”.

Sebenarnya Unit Trust Schemes, idea ini, cadangan ini adalah baik, tetapi saya mahu tanya dua atau tiga soalan di atas perkara ini. Mengikut sejarah kita, wang-wang diberikan kepada parti-parti politik daripada kerajaan. Ada banyak macam Mica Holdings dan Telecom Shares di mana kerajaan diberikan RM9 juta sudah disalahgunakan oleh tokoh-tokoh politik daripada kerajaan. Di sini suka saya bertanya kepada pihak kerajaan.

Yang pertama, berapa bilion ringgit ataupun berapa juta ringgit akan set aside untuk program ini yang dikatakan untuk Unit Trust Scheme untuk kaum India? Soalan saya yang kedua ialah, bila program ini dilancarkan dan siapakah mengawal wang ini?

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Adakah wang ini diberikan kepada Bank Negara ataupun institut-institut yang lain?

Saya harap wang ini boleh diberikan kepada institut-institut yang boleh mengawal wang ini dan saya tidak mahu apa yang terjadi berulang lagi di atas Mica Share ataupun Telecom Share.

Berkenaan dengan isu-isu lain di atas Tuan Yang di-Pertua, saya bukan seorang racist, membangkitkan isu-isu untuk kaum India sahaja. Saya sokong semua orang di Malaysia. India, Cina, Melayu, Kadazan dan semua orang lain, tetapi saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada banyak isu yang lain seperti Tamil schools di Malaysia. Pada masa ini ada 523 buah sekolah Tamil. Saya merayu kepada kerajaan untuk semak balik position of the Tamil schools in our country. Ramai budak, ramai murid- murid dari kaum India, baru memperoleh keputusan dari form six ataupun tingkatan enam, ramai budak mendapat 10A1, 11A1, tetapi tidak dapat peluang untuk masuk universiti.

Saya berharap kerajaan boleh ambil perhatian dan berikan lebih scholarship kepada murid-murid kaum India daripada luar bandar. Satu isu yang besar dalam kaum India ialah ramai orang setakat sekarang, pada masa ini tidak ada identity card. Banyak orang ada identity card yang merah. Banyak orang tidak ada birth certificate, surat beranak. Banyak orang tidak mendapat citizenship. Bila permohonan dihantar kepada pejabat pendaftaran, ditanya macam-macam soalan, ditanya macam-macam dokumen untuk berikan dokumen ini.

Apabila dia mendapat dokumen ini, dia kata, okey bawa dokumen yang lain dan akhirnya permohonan ditolak. Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, economy cake untuk orang India setakat sekarang adalah 1.1% sahaja.

Saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan untuk menaikkan economy cake kaum India.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya akan menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada satu undang-undang iaitu Law Reform Marriage and Divorce Act 1976 iaitu di bawah seksyen 106 dan seksyen yang lain iaitu seksyen 95. Saya buat cadangan kepada kerajaan untuk semak balik kedua-dua seksyen ini dalam Law Reform Marriage and Divorce Act.

Seksyen 95 ialah untuk beri maintenance kepada murid-murid. Mengikut seksyen 95, apa yang ditulis di dalam seksyen ini ialah maintenance diberikan oleh ayah dan ibu ialah sehingga 18 tahun sahaja. Akan tetapi bila murid-murid, bila anak-anak kita, kalau maintenance diberikan sehingga 18 tahun sahaja, macam mana kalau dia mahu pergi ke universiti, mahu buat satu program di universiti? Saya harap seksyen ini boleh dipindahkan sebab ia mesti dipindahkan kepada...

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan...

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Mesti pindah kepada dia punya program dalam universiti, habiskan dahulu.

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Titiwangsa minta laluan.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Saya tidak beri, saya tidak beri. Saya punya sedikit sahaja.

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia punya sedikit sahaja, itu pun Yang Berhormat Titiwangsa mahu ambil juga.

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit sahaja iaitu tentang kes ini. Saya mendapat maklumat sebab keperluan menyokong apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Seremban tadi. Malah ada seorang profesional, seorang doktor yang apabila dia telah bercerai dan anaknya telah berumur 18 tahun, dia tidak mahu lagi menanggung education anaknya, tertiary education dengan izin, minta maaf. Walaupun sebenarnya dia mampu kerana berdasarkan dia hanya perlu comply

final • 4:20 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

kepada undang-undang. Jadi saya menyokong penuh apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Seremban tadi. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Sokong, ya bagus. [Ketawa] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menarik perhatian Dewan ini kepada seksyen 106, Law Reform Marriage and Divorce Act.

Ini adalah satu seksyen untuk orang-orang bukan Islam di mana sebelum cerai, permohonan dihantar kepada pejabat pendaftaran ataupun Registration Act melalui P20 atau P22. Isi sedikit borang untuk pejabat pendaftaran buat cubaan untuk selesaikan masalah sebelum failkan divorce petition di mahkamah tinggi.

Saya ada menghantar satu soalan kepada Dewan yang mulia ini dan jawapannya ialah kes-kes macam ini yang ada setakat sekarang untuk tahun 2005, 2006 dan 2007 adalah 2,000 kes. Apa yang saya katakan di sini ialah seksyen ini buang masa sahaja sebab jikalau kita hantarkan 100 kes kepada pejabat pendaftaran, registration department untuk selesaikan, daripada 100 kes, satu kes pun tidak selesai.

■1650 The level of success is very-very low, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, lagi satu cadangan jikalau kita baca seksyen ini di bawah 106 dikatakan, certificate dikeluarkan selepas enam bulan. Walaupun dikatakan di sini enam bulan kadang-kadang banyak masalah. Ada orang dalam board ini cuba selesaikan dengan bertanya personal questions kepada isteri dan suami berkenaan dengan seks sebab dia tidak ada qualification untuk selesaikan. Di Malaysia masa ini tidak ada satu profesional yang ada qualification as a marriage counselor.

Ini satu masalah. So saya ada dua cadangan untuk buat pindaan di atas seksyen ini yang pertama, we have to do away with this section dengan izin. Kedua, jikalau tidak boleh seksyen ini katakan, cubaan masa certificate dikeluarkan oleh pejabat pendaftaran ialah enam bulan. Saya cadang kepada kerajaan enam bulan ini diturunkan kepada tiga bulan sebab jikalau kita turunkan kepada tiga bulan atau dua bulan, backlog of cases di Mahkamah Tinggi untuk kes-kes cerai boleh bergerak cepat sedikit. Selain daripada itu Yang Arif, Tuan Yang di-Pertua minta maaf.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sama juga itu.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Saya ada satu atau dua lagi sahaja Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan judiciary kita. Saya minta dua point di atas judiciary kita. Pertama ialah saya rakyat Malaysia ingin tahu berapa juta ringgit dibayar kepada bekas hakim-hakim yang saya hormat seperti Tun Salleh Abbas, kita punya Lord President dan hakim-hakim yang lain. Rakyat mahu tahu berapa juta ringgit dibayar? Saya sokong cadangan diberikan dan apa yang dibayar kepada bekas hakim-hakim tetapi ini wang daripada rakyat. Rakyat ingin tahu berapa juta ringgit dibayarkan kepada bekas-bekas hakim?

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh bagi jalan? Terima kasih.

Saya hendak tanya, Yang Berhormat kata setuju cuma hendak tahu berapa jumlah.

Kenapa Yang Berhormat setuju? Sebab Tun Salleh Abbas dan lain-lain hakim ini mereka dipecat melalui tribunal. Itu dari segi proces of law dan apabila diputus untuk bayar ganti rugi diputus oleh kabinet begitu sahaja, itu tidak betul. Yang Berhormat mungkin seorang peguam yang menganggap dia dipecat. Dia bukan dipecat, dia digugurkan oleh tribunal, proses undang-undang itu dilalui. Jadi bayar ganti rugi saya difahamkan Yang Berhormat betul atau tidak betul Yang Berhormat tidak tahu. Saya diberitahu RM1.5 juta kepada Tun Salleh Abbas dan lain-lain lagi mungkin RM1 juta. Duit daripada mana duit rakyat kah?

Saya tidak reda kalau duit rakyat sebab duit rakyat itu duit cukai saya dan saya tahu mereka-mereka ini dipecat melalui tribunal.

Jadi ini tidak betul. Jadi apa pandangan Yang Berhormat saya tidak bersetuju Yang Berhormat katakan Yang Berhormat bersetuju bayaran itu kalau tidak apa sahaja perkara-perkara lain mesti kita kena bayar duit pampasan, duit ex-gratia kepada siapa sahaja termasuk macam kecuaian doktor. Pagi tadi kita dengar bayar RM50 ribu, RM60 ribu, RM300 ribu dan RM1.5 juta ini tidak pasal-pasal sudah bayar oleh menteri. Menteri

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

hendak pergi bayar bawa kamera TV1, TV3. Sudah bayar maka hakim-hakim ini pun bercakap tidak puas hati, memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri, macam satu bentuk rasuah baru yang sudah wujud yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membayar ex-gratia ini. Saya minta pandangan, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Keputusan oleh tribunal iaitu satu isu dibenarkan oleh kerajaan masa itu tetapi di atas bayaran RM1 juta kah, RM2 juta saya sokong bayaran kerajaan. Apa yang saya dapat tahu masa ini ialah RM1.5 juta tetapi saya suka tahu daripada kerajaan, bayaran kepada hakim-hakim yang lain. Last point Tuan Yang di-Pertua ialah peruntukan dibayarkan kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat ini.

Daripada soalan saya kepada Dewan Rakyat ini, bekas Ahli Yang Berhormat Seremban, penggal ke-11 bila saya tanya berapa juta untuk peruntukan jawapannya ialah lebih kurang RM5 juta.

Point yang saya bangkitkan di sini, di atas peruntukan saya harap kerajaan boleh bayar kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Barisan Nasional ataupun pembangkang sebab wang dibayar untuk peruntukan ialah wang daripada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Seremban, I like your style, lain kali berdiri lagi saya jemput.

final • 4:20 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Thank you Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dari PAS ada yang bercakap? PAS setakat ini baru tiga orang bercakap. Yang Berhormat Parit Buntar. Tidak apa kita beri balik nanti saya panggil Yang Berhormat. Sila.

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Sabar, semua akan dapat giliran masing-masing, sabar-sabar. Asal saya dapat, saya sabarlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Parit Buntar ingin turut serta...

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, penjelasan point of order. Tadi kita bangkit dengan Timbalan Yang di-Pertua berhubung dengan kes Yang Berhormat daripada Puchong dan Timbalan Yang di-Pertua telah memaklumkan bahawa Tuan Yang di-Pertua akan masuk dan memberi penjelasan sendiri. Jadi kami mahu dengar apa keputusan Tuan Yang di-Pertua pada saat ini. Terima kasih.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya keluar pagi tadi sudah pun saya nyatakan bahawa dalam hal ini saya ada ‘kepentingan’, bermakna saya ada personal interest. Maka saya tidak boleh membuat keputusan dengan soal ini. Waktu saya keluar tadi apabila Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee yang take over, saya dengar telah pun dibahaskan dan usul mahu dibawa dan sedemikiannya tetapi apabila Datuk Wan Junaidi ganti, mungkin dia tidak ada di Parlimen atau di Dewan dia tidak tahu apa yang telah berlaku pada pagi tadi. Jadi makanya dia sebut bahawa Tuan Yang di- Pertua buat keputusan. Jadi saya difahamkan bahawa satu usul akan dibawa juga dan usul itu kalau membawa usul mesti mengikut perkara-perkara, peraturan mesyuarat yang tertentu.

Kalau menteri yang bawa bermakna setidak-tidaknya mesti ada dua hari kalau ikut kepentingan, kalau Ahli biasa bermakna berapa hari. Itu Ahli-ahli Yang Berhormat tahu tidak perlu saya sebut kerana apabila saya sebut tidak proper saya ada interest dalam soal ini. Jadi benda ini telah pun disebut tadi dan terpulang kepada Ahli-ahli Majlis yang rasa bahawa satu tindakan perlu diambil. Bagi saya, saya anggap bahawa perkara itu sudah, Oleh sebab kalau umpamanya sesuatu tindakan diambil kepada seorang Ahli, dia tidak memberi jaminan bahawa ada Ahli lain yang tidak akan buat perkara itu besok ataupun lusa ataupun semua Ahli patuh kepada peraturan mesyuarat, tidak ada lagi teriak-teriak, si anu begini.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi sebelum saya masuk sudah ada satu definisi lagi disebut oleh Yang Berhormat Kimanis sampai berapa minit sudah habis begitu sahaja, pasal soal itu. Kalau sudah hujah itu dikeluarkan tidak ada timbul 15 minit pasal soal ini maksud saya, itu maksud saya, tidak ada ini. Jadi bagi saya apabila Yang Berhormat Kinabatangan tanya saya nyatakan dengan ikhlas saya tidak setuju-setuju sangat dengan ambil tindakan- tindakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Saya kurang setuju kerana bagi saya apabila ambil tindakan kepada salah seorang Ahli Yang Berhormat, saya terasa. Macam mana mahu ambil tindakan sama Yang Berhormat, macam mana Yang Berhormat tersebut masuk kawasan dipanggil YB, dihormati oleh semua constituency.

■1700 Mereka dengar apa yang berlaku di sini. Jadi saya terasa. Saya malu. Waktu saya gunakan kuasa untuk suruh Puchong keluar dua hari.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi saya tindakan dua hari cukuplah bagi dia. Jadi apa yang dia sebut di luar itu saya tidak tahulah apa yang dia sebut tetapi tidak apalah Yang Berhormat. Terpulang kepada Majlis kerana yang kamu mahu denda ini teman seperjuangan kamu, Ahli Yang Berhormat juga.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Majlis ini bermakna wakil rakyatlah.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Majlis ini, inilah.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau begitu Majlis ingin mengangkat satu Point of Order 26 (i).

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Seperti dibangkitkan oleh seorang Yang Berhormat iaitu usul hendaklah menggantung kerja seorang sebagai Ahli. Ini kepentingan Dewan ini. Bukan kepentingan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan buat.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau keputusan Tuan Yang di- Pertua macam tadi, hakim-hakim kita bersifat seperti Tuan Yang di-Pertua ini, lengang kita punya penjara.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Ahli Yang Berhormat Kinabatangan dan Ahli lain berperasaan begitu, jangan buat sewaktu saya duduk kerana sudah saya terang-terang cakap tadi bahawa saya berkepentingan dalam hal ini.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita buat tadi waktu Timbalan Yang di-Pertua, dia bilang dia pun tidak ada kuasa. Saya tidak tahu siapa lagi berkuasa.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, usul ini boleh dibuat dengan peraturan mesyuarat yang tertentu. Ini kerana di bawah peraturan mesyuarat apabila menamakan seseorang Ahli di bawah 44(3), mesti seorang menteri yang berdiri.

final • 4:56 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi saya mintalah menteri supaya mencadangkan.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu menteri itu pun kalau dia berdiri mesti ada notis tertentu sama ada 24 jam. Tidaklah pula saya boleh mengajar Ahli-ahli Yang Berhormat berani buat begitu kerana semua pun bijaksana dengan point of order. Sekejap, sekejap point of order. Itulah makanya saya bawa yang lebih tebal daripada kamu punya.

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya minta.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya khuatir. Saya takut point of order. Jadi sekarang saya bawa Erskine May. Sila Yang Berhormat Pasir Mas, point of order.

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih. Saya memahami dan saya menyanjung tinggi sikap Tuan Yang di-Pertua. Cuma Tuan Yang di-Pertua mengatakan susah nak ambil tindakan sebab kalau ambil tindakan pun belum tentu lain kali tidak akan berlaku. Memang betul dari segi satu segi. Akan Tetapi kita lihat dalam negara kita pun kita ada macam-macam undang-undang. Dulu pun mencegah pengedar dadah. Kita mengemukakan Akta Mandatori 39(B), ada juga orang mengedar dadah. Namun tindakan mesti diambil sebagai pengajaran. Jikalau saya salah pun saya nak Tuan Yang di-Pertua ambil tindakan terhadap diri saya.

Saya bangun bercakap, mengemukakan persoalan di bawah peraturan mesyuarat.

Saya tanya dengan cara profesional, tiba-tiba Bukit Gelugor pula sebut soal ‘katak’. Saya tidak minta pun suruh dia tarik balik, cuma saya balas balik. Pihak puak dia suruh saya tarik balik. Jadi susah dia orang ini kena batang hidung sendiri tidak boleh. Mengata orang boleh.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana itu saya hendak tekankan di sini tindakan wajar diambil supaya menjadi pengajaran. Untuk mengingatkan diri saya juga. Jikalau tidak, kalau dibiarkan begitu esok saya buat dan saya boleh ungkit ini precedent, dulu pernah berlaku. Tidak ada ambil tindakan! It is a matter of rule of law. Peraturan mesyuarat yang dikatakan Parlimen hendak dijadikan kelas pertama.

Terima kasih.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebetulnya Yang Berhormat Pasir Mas, Majlis mempunyai kuasa-kuasa tertentu. Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri pun tidak suka saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, itulah makanya di bawah Peraturan Mesyuarat 43 boleh buat. Bawa buat usul. Namun yang ini sudah saya terangkan pagi tadi bahawa saya tidak boleh campur hal ini, terpulang kepada Majlis. Ini kerana saya menganggap waktu Yang Berhormat Puchong jumpa saya, saya anggap perkara itu sudah selesai kerana bagi saya tidakkah saya tidak faham apa yang dia sebut.

Saya faham. Saya belum masuk dalam golongan orang Senai lagi. [Ketawa] Jadi tidak payahlah saya panjang lebarkan begitu. Jadi apa yang dia sebut di luar, itu hal dia dengan press. Jadi apabila saya dengar tadi bahawa saya kata saya keluar dulu lepas itu tanya Yang Berhormat Puchong kerana bermakna suruh Yang Berhormat Puchong clarify. Yang Berhormat Puchong pun sudah sebut bahawa saya tidak ada minta maaf. Jadi jelas kedudukan saya, terpulang kepada Majlis. Saya tidak melarang ataupun saya mengatakan jangan ambil tindakan. Saya pulangkan kepada Majlis. Bagi saya, saya puas hati apa yang dia sebut. Kalaupun dia kata saya pembohong.

final • 4:56 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jikalau itu intuition dia tidak apalah Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:56 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selama saya jadi Tuan Yang di-Pertua, tidak ada suara lain yang saya dengar Batu Gajah saja. Sama ada orang bercakap atau tidak, dia bercakap. Janganlah Yang Berhormat Batu Gajah. Kita ini bercakap dengan soal serius point of order. Itu pun sudah melanggar point of order.

Jadi itulah makanya dalam soal begini kadang-kadang saya marah. Buat apa kita cerita dengan point of order kalau kita sendiri tidak hormati. What is the point you tell me?

Apa maksud semua ini? Tetapi lepas itu sebagai contoh, sebagai contoh, sebagai contoh, selepas itu berdiri seorang Ahli lagi melanggar peraturan mesyuarat. To me is meaningless.

Discipline yourself, jangan lagi hujah perkara-perkara yang bukan unparliamentarily. Then you got a good parliament. Itulah makanya saya tidak mahu campur. Saya campur pun begitu juga. Saya puas hati apa pun yang dia buat. Saya fahamlah dia politician, tetapi orang lain mungkin tidak faham. Mungkin ada orang-orang yang tertentu yang protect ego dia. Saya tidak. I’m realize. Itu saja.

final • 4:56 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

[Bangun]

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya serahkan kepada Majlis. Jikalau Majlis kata menghukum satu Ahli di antara kamu, selepas daripada ini kamu keluar runding di mana peraturan mesyuarat kerana kamu semua sudah bijaksana dengan peraturan mesyuarat.

Tidak payah diajar. Mana-mana yang perlu notis Peraturan Mesyuarat 26?, 27? atau 43?

Kamu runding.

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu jangan bawa usul sewaktu saya duduk. It is not proper because I involve.

final • 4:56 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Terima kasih di atas penjelasan itu dan saya nak Tuan Yang di-Pertua senyum selalu. Terima kasih.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas muka saya memang begitu.

[Ketawa] Tetapi kalau umpamanya sudah pun muka begitu saya senyum lagi. Saya rasa mesyuarat tidak boleh terkawal sudah.

Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat pandai berlakon, saya pun boleh. Ada yang bertunjuk-tunjukan dalam Dewan tetapi keluar Dewan sudah berpeluk-peluk. Sorry ya. I didn’t mean it. Jadi jangan buat begitu.

final • 4:56 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Kalau sekiranya Tuan Yang di-Pertua mengatakan tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua duduk di sana tidak boleh buat apa-apa, kalau sekiranya hanya seorang Tuan Yang di-Pertua saja, macam mana kita nak buat usul atau macam mana nak kita buat keputusan? Jikalau Tuan Yang di-Pertua pula tidak boleh buat keputusan. Jadi saya minta penjelasan.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh Yang Berhormat.

final • 4:56 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Jadi kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak buat keputusan sebab Tuan Yang di-Pertua adalah sebagai Speaker di dalam Dewan ini?

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pasal saya terlibat dengan hal itu. Itu tidak boleh pasal saya ada interest. Ini kerana bagi saya, sudah saya denda Yang Berhormat Puchong dua hari. Akan tetapi yang menjadi permasalahan ini ialah apabila Yang Berhormat Puchong keluar di luar, dia dikejar oleh media massa dan tanya. Jadi dia konon menghujah perkara- perkara yang tidak baik demi untuk integriti Tuan Yang di-Pertua begitu. Jadi saya tidak boleh campur dengan hal itu kerana saya ada interest. Kalau umpamanya tidak ada Tuan Yang di-Pertua lagi di sini, tidak ada Timbalan Tuan Yang di-Pertua juga, peraturan mesyuarat kita ada juga bahawa satu daripada Ahli boleh sementara waktu duduk di sini.

Sekarang ini pun saya ada kuasa, kalau umpamanya tidak ada Timbalan Tuan Yang di-Pertua di sana, saya boleh panggil di antara satu daripada Ahli Yang Berhormat duduk sini sekejap. Boleh. Jangan hairan suatu hari nanti saya akan panggil Yang Berhormat Padang Serai untuk duduk sini. Jangan hairan kalau saya panggil nanti Yang Berhormat Pasir Salak juga duduk sini. Ini kerana itu adalah kuasa saya. Supaya mereka sedar macam mana rasanya duduk di atas sini. Saya akan panggil itu kerana itu di bawah kuasa saya.

final • 4:56 PM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort

Gunalah kuasa.

final • 4:56 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Boleh saya teruskan?

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan.

final • 4:56 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya harap perbincangan tadi tidak mengambil masa saya ya. [Ketawa]

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu tidak. Itu insya-Allah, tidak.

final • 4:56 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih.

final • 4:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tetapi janganlah pula 20 minit itu terus ambil lagi kesempatan. 20 minit doubt of the time. Sila.

final • 4:56 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Seperti mana yang disebut pada awal tadi, saya merasakan bahawa perbincangan atau perdebatan dan perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK-9 ini dalam suasana yang agak menarik. Menarik Tuan Yang di- Pertua kerana perbincangan kita ini berlatarbelakangkan kepada perkembangan global.

Perkembangan global yang dianggap sebagai satu cabaran yang besar di mana hari ini kita lihat bahawa penjunaman mata wang USD, peningkatan harga minyak dunia yang hari ini mencecah USD144 per barrel diburukkan lagi dengan krisis harga barang utama makanan yang meningkat.

■1710 Menurut kajian yang dibuat oleh organisasi makanan dan pertanian di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2007, peningkatan sebanyak 40% bahan makanan asasi di mana pada tahun 2008, trend peningkatan itu dilihat terus menaik. Seperti yang dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji tentang krisis makanan ini mereka menyebut bahawa kesemua petunjuk memberi isyarat bahawa harga makanan tidak mungkin turun dalam masa yang terdekat. Sebaliknya mungkin meningkat dengan lebih tinggi dan ini merupakan satu amaran kepada kita bahawa krisis makanan ini, it is only the beginning dengan izin, hanya permulaan yang mana kita akan menyaksikan perkembangan global dengan krisis makanan dan harga bahan bakar yang meningkat akan terus mencengkam dan akan terus mengasak ekonomi dalaman kita sebagai sebahagian daripada pemain global di dalam dunia ini.

Salah satu daripada sebab yang telah diberikan ialah kerana peningkatan permintaan bio-fuel. Bio-fuel ini adalah merupakan bahan non fossil yang diambil daripada tanaman seperti jagung contohnya untuk dijadikan minyak diesel digunakan sebagai apa yang dinamakan sebagai etanol. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, 200 kilogram jagung yang boleh memberi kalori tenaga kepada seorang dapat bertahan selama setahun. Dengan penggunaan etanol jagung dijadikan bahannya, 200 kilogram itu adalah bersamaan dengan 110 liter untuk dipakai dalam tangki kereta SUV sekali pakai sahaja.

Maka ini menimbulkan krisis di mana negara-negara yang mempunyai kepentingan bahan bakar bio ini akan terus mengakibatkan krisis makanan dunia.

Selain daripada itu, sudah tentu kebangkitan China dan India yang sumber permintaan makanan mereka meningkat dalam pasaran dan juga kerana golongan menengah semakin berkembang di India dan juga di China. Saya memulakan dengan latar belakang ini bagi kita memahami bahawa Malaysia mahu tidak mahu terpaksa berhadapan dengan semua perkembangan ini dan oleh kerana itu walaupun Perdana Menteri menyebut tentang perkembangan ekonomi yang dianggap baik iaitu 5% - 6%, kita juga perlu melihat kepada kadar inflasi. Dengan kadar inflasi itu akan memburukkan lagi keadaan ekonomi di negara kita. Oleh itu, dalam berhadapan dengan masalah inflasi di dalam negara kita, beberapa perkara perlu kita ambil kira, iaitu:

(i) meningkatkan bekalan makanan tempatan melalui teknologi supaya ditingkatkan hasil yang ada;

(ii) meningkatkan keupayaan pengedaran dalam bentuk simpanan dan saluran-saluran pengedaran bagi mengurangkan kos; dan

(iii) meningkatkan persaingan bagi mengurangkan kos dan mengukuhkan insentif-insentif bagi mengupayakan keberkesanan.

Tuan Yang di-Pertua, semua ini sebahagiannya mungkin telah disentuh di dalam RMK-9. Namun ada satu perkara yang saya terasa terpanggil untuk memberi pandangan saya dan saya telah menyatakan pandangan ini di dalam keputusan yang dibuat ketika usul

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

dibentangkan untuk penstrukturan semula subsidi minyak dan gas di mana saya masih berpendapat, walau apa pun pandangan yang diberikan, deep inside me dengan izin saya masih merasakan bahawa kerajaan tidak patut menstrukturkan semula subsidi minyak kerana kita boleh menganggap bahawa penstrukturan ini dengan ditarik balik subsidi minyak adalah merupakan satu kejutan, it’s a shock. Bukan kepada orang seperti kita, tetapi it is a shock dengan izin kepada orang-orang yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah.

Kerajaan sepatutnya menerima keadaan yang berlaku di dunia hari ini dengan satu tindakan yang lebih gradual bagi menampan supaya tidak berlaku kejutan ini mengakibatkan huru-hara di peringkat bawahan yang terpaksa menjadi mangsa dan mereka hidup dalam keadaan susah di atas keputusan yang dibuat. Sedangkan kita mempunyai ruang yang begitu luas untuk kita mengatasi masalah ini dengan lebih hikmah dan dengan lebih bijak.

Saya ingin memberi beberapa contoh antaranya ialah kesan yang paling besar terhadap penarikan subsidi ini. Banyak sekali yang menjadi mangsanya iaitu golongan petani dan juga nelayan adalah sesuatu yang agak kita kata irony, kalaulah harga makanan dunia naik, maka sudah tentulah petani yang akan dapat faedah yang besar. Namun yang berlaku ialah menurut kajian, harga makanan yang naik tetapi yang menjadi mangsa ialah para petani yang menanam bahan-bahan makanan itu. Ini memandangkan kepada kos-kos yang meningkat yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang kita makan dari hasil peluh dari mereka itu dan mereka bukan sahaja menanam, mereka juga membeli makanan yang mereka tanam.

Ini memberikan mereka kesan yang cukup besar termasuklah di daerah Kerian Parit Buntar di mana jelapang padi Perak, kita dapat mendengar rungutan-rungutan daripada para petani yang terpaksa menanggung kos menuai, Kos mesin dan kos baja untuk mereka menghasilkan padi bagi kita menikmatinya. Walaupun sasaran untuk meningkatkan pendapatan keluarga tani ditingkatkan kepada RM1,000 atau lebih menjelang 2010 seperti yang digariskan dalam objektif projek IAD, integrated agriculture area di Kerian, tetapi saya melihat bahawa sasaran itu agak tidak kita kata sukar untuk kita capai memandangkan kepada kos-kos yang telah saya sebutkan tadi.

Begitu juga peningkatan 5 tan satu hektar hasil padi juga hari ini dalam keadaan ekonomi dan suasana dilihat begitu sukar untuk dicapai. Izinkan saya bagi kita berkongsi apakah masalah yang dihadapi oleh para petani;

(i) infrastruktur yang usang;

(ii) modal yang kurang;

(iii) generasi muda yang tidak berminat malah mereka lebih suka bekerja di bandar-bandar lalu meninggalkan sawah-sawah padi yang tidak diusahakan; dan

(iv) sikap dan pengetahuan mereka terhadap semua perkembangan ini.

Saya tidak tahu sejauh mana RMK-9 yang saya difahamkan peruntukan besar diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membaiki infrastruktur untuk membaiki saliran dan sebagainya. Dahulu pun dalam RMK-8 telah diperuntukkan tetapi keadaannya masih juga sama. Saya khuatir dengan peruntukan yang besar itu kita akan mengulangi masalah yang sama dan akhirnya nelayan dan petani-petani akan menjadi mangsa.

Bagi nelayan pula, secara kebetulan Tuan Yang di-Pertua saya duduk di dua keadaan petani dan juga nelayan-nelayan yang ada di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

Timbul soal subsidi di mana kadar 2,000 liter yang diberi sebulan kepada nelayan-nelayan pukat tunda, mereka telah berjumpa dan mengadu hal bahawa ianya masih tidak cukup.

Khususnya pukat tunda ikan kembung.

■1720

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Pukat tunda ikan bawal ini apabila dia melabuhkan pukatnya dia tidak berada pada satu tempat. Dia terpaksa mencari ikan kembung itu sehingga mereka berasa puas ada di sana maka pukat baru dilabuhkan dan ini akan memakan jarak yang lebih jauh. Maka 2,000 liter yang diberi selama kegunaan sebulan itu selalunya hanya cukup untuk 15 hari ataupun kurang 10 hari. Sudah tentulah ini membebankan. Berapa sangatlah ikan yang dijual apabila mereka mendapat hasil tangkap sedangkan kita kenyang beli makanan ikan sedangkan kita tidak melihat nelayan-nelayan yang mana mereka terpaksa mengharungi lautan, tinggal anak bini dengan kekurangan bantuan. Akhirnya merekalah yang akan menderita.

Saya difahamkan insentif telah diberi dalam penstrukturan semula ini. antaranya ialah RM100 diberi kepada awak-awak yang mengikuti sesebuah bot itu dan saya juga difahamkan bahawa subsidi telah dipotong kepada 1,800 liter. Sudah tentulah yang jelas kalau 2,000 liter pun tak cukup maka 1,800 liter adalah merupakan satu tekanan kepada para nelayan.

Mereka mencadangkan, hasil daripada pertemuan saya dengan para nelayan bahkan saya sempat turun ke laut bersama-sama mereka bagi menyaksikan sendiri bagaimana penderitaan mereka walaupun saya tidak pernah menaiki bot untuk turun ke laut. Mereka meminta dan saya beramanah untuk menyampaikan amanah ini dan saya tak nampak mana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kalau dia ada lagi baik. Biar di catat bahawa mereka meminta kalau boleh subsidi diesel itu ditingkatkan kepada 3,000 hingga 3,500 liter bagi penggunaan sebulan. Ini akan dapat membantu mereka untuk meneruskan keperluan ikan yang merupakan satu sumber makanan yang utama bagi kita.

Saya tidak dapat membayangkan Tuan Yang di-Pertua kalau mereka terus berada dalam keadaan yang terhimpit ini maka bayangkan kalau mereka mengadakan mogok sudah tentulah kita sukar untuk mendapat ikan-ikan di pasar-pasar kita. Oleh itu, saya mengharapkan dalam RMK-9 diberi perhatian terhadap golongan yang saya lihat lebih banyak terkesan daripada penstrukturan semula ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk bercakap tentang kawasan saya. Ini memandangkan kawasan saya iaitu Parit Buntar adalah sebahagian daripada North Corridor Economic Region (NCER). Saya ingin mendapat perhatian kita semua tentang potensi yang ada di kawasan saya dan disebut dalam RMK-9, pembentangan mid term review tentang penternakan ikan hiasan dan lain-lain aktiviti agrikultur. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kawasan Bagan Tiang yang mempunyai 400 hektar luas kawasannya berpotensi untuk dijadikan ternakan kerang. Kawasan Ayer Payau di perairan Kuala Kurau, tiga hektar berpotensi untuk penternakan ikan dalam sangkar. Kawasan perairan Kuala Gula dan Pulau Kelumpang pula seluas 1,200 hektar juga potensi untuk ternakan kerang dan ini akan memberi satu suntikan baru kepada golongan yang rendah untuk mereka ini mengambil bahagian di dalam aktiviti ini.

Sebagaimana saya minta juga supaya mewujudkan jeti pendaratan ikan yang moden. Jeti pendaratan ikan yang bersih. Kalaulah Yang Berhormat-Yang Berhormat ada masa turun ke Tanjung Piandang dan Kuala Kurau maka kita melihat bagaimana keadaan jeti mereka menurunkan ikan-ikan itu cukup daif. Saya sendiri khuatir ketika berjalan di atas pelantar kerana takut roboh dan jatuh ke dalam. Oleh itu, perlulah kerajaan melihat bagi memperjuangkan nasib para nelayan yang kita makan ikan-ikan yang mereka turun ke laut setiap hari itu supaya diwujudkan jeti pendaratan ikan yang moden, bersih bagi kawasan di daerah Kuala Kurau.

Seterusnya saya juga ingin mengambil kesempatan kerana sempat untuk merujuk kepada keratan akhbar 2006 menceritakan tentang projek tebatan banjir di daerah Kuala Sungai Muda yang melibatkan dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Untuk pengetahuan, kawasan itu adalah merupakan Parlimen bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Kepala Batas. Jadi mungkin Yang Amat Berhormat selaku Yang Berhormat di kawasan Kepala Batas yang melibatkan kawasan Penaga, Kampung Ekor Kucing dan Pinang Tunggal ialah tentang projek tebatan banjir di mana dalam RMK-8 dikatakan dua pakej penebatan banjir telah selesai dan disambung dalam RMK-9 tiga pakej lagi di mana belanja yang besar telah diperuntukkan dan saya tidak tahu kerana tidak

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

tertulis di dalam laporan apakah tebatan banjir ini juga telah ditangguhkan untuk diberi laluan kepada projek lain.

Saya melihat bahawa projek ini penting apatah lagi 1,000 rumah telah terlibat dalam penempatan semula di mana 400 adalah dari Pulau Pinang dan 600 dari Kedah.

Janganlah setelah kita menyelesaikan ataupun janganlah setelah kita mengambil tanah yang memakan panjang stretch tebatan banjir itu adalah 80 kilometer Tuan Yang di-Pertua.

Maka saya khuatir jika tidak diberi perhatian kepada projek ini untuk diselesaikan yang hanya kepada projek ini untuk diselesaikan yang hanya tinggal dua pakej sahaja lagi maka ini akan mengakibatkan masalah banjir yang berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu aspek yang disebut dalam midterm review RMK-9 ini adalah berkenaan dengan keselamatan. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat sekalian tentang bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah ini secara realistik kerana Tuan Yang di-Pertua adalah seorang yang realis. Kita tidak mahu bercakap retorik tetapi realisticly speaking apa yang kita ada sebagai orang yang menjaga keamanan public safety iaitu Polis Diraja Malaysia, kita dapat tahu bahawa dalam soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kota Raja dalam sidang yang lalu bahawa polislah yang merupakan pihak yang paling banyak terlibat dalam rasuah. Maka ini timbul persepsi yang buruk bahawa jika tren ini terus meningkat dan PDRM tidak bersihkan diri mereka daripada dilihat sebagai mereka yang terlibat dalam kes rasuah iaitu seramai 544,217 melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia dalam tempoh lima tahun sejak 2003.

Saya khuatir teras yang menjamin keselamatan awam ini jika pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk membersihkan dirinya dari segala keraguan-keraguan khususnya yang berkenaan dengan rasuah maka saya rasa teras ini antaranya untuk mencapai keselamatan ini mungkin sukar jalannya.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Termasuklah juga di Selangor. Indeks jenayah meningkat 15% kepada 18% dan nisbah seorang pegawai polis di negeri Selangor yang merupakan tempat yang paling tinggi indeks jenayah ialah seorang polis nisbah menjaga 890 orang. Bagaimana keadaan ini boleh menjamin keselamatan kalau seorang polis hendak menjaga 890 orang dan kalau polis dilihat persepsinya adalah antara penguat kuasa yang paling ramai ditahan atas kesalahan rasuah.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, tinggal lagi dua minit dari sudut pelaksanaan saya minta supaya RMK-9 ini tidaklah menjadi seperti mana projek-projek besar dan gah yang pernah satu ketika dahulu disebut seperti MSC dan sebagainya tetapi akhirnya kita melihat bahawa projek-projek ini hanya indah di kertas tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan sepatutnya. Oleh itu, Badan Bertindak Pelaksana Negara ataupun BBPN yang merupakan satu badan bagi memantau saya tuntut supaya badan ini berperanan dan berfungsi dengan baik.

■1730 Akhirnya walaupun saya mewakili Parit Buntar tetapi saya orang Penang, saya orang Tanjung, memang orang Pulau Pinang orang Tanjung tetapi bukan anak mami.

Dalam RMK-9, pernah disebut oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Effendi Norwawi, saya sempat melihat paper cutting nya. Dia kata antara keistimewaan Rancangan Malaysia Kesembilan ini ialah projek ini adalah satunya rancangan Malaysia yang melibatkan kerajaan negeri dalam perancangan dia, dalam perbincangan di antara, dalam mendapat input-input.

Akan tetapi, soalan saya tadi dibangkitkan oleh ketua menteri sendiri kalau dulu berbincang untuk buat monorel dengan Penang Outer Ring Road dengan kerajaan negeri yang ada pada hari itu. Saya hendak tanya, ketika mereka tarik balik Projek Monorel dan PORR ini, adakah mereka berbincang dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini? Ini persoalan dia. Jadi oleh itu janganlah kita bersikap diskriminasi. Saya tiada masalah....

final • 5:09 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan.

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya tidak bagi. Saya tidak ada masa lah.

final • 5:09 PM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Buat tuduhan macam- macam.

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya tidak ada masalah Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya tidak ada masalah jika projek itu betul-betul dibuat atas keperluan kerana soal pembaziran, yes of course. Kita manusia yang ada akal tetapi kalau projek itu dibuat kerana perkara lain yang ini kita akan tentang habis-habisan kerana sesuatu itu perlu dilihat dari segi kredibiliti dia dan keperluan dia, bukan kerana orang yang memerintah atau kerajaan yang memerintah hari itu.

Contohnya bukan daripada Barisan Nasional - maka kita pun dahulu beria benar hendak buat monorel. Saya orang Pulau Pinang memang syoklah nak monorel ni, tak payahlah saya sibuk dengan jem di Pulau Pinang ini tapi tiba-tiba kecewa sebagai anak Pulau Pinang, Pulau Mutiara pula tu, monorel telah di scrap kan atas dasar kononnya hendak berjimat.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habis masa Yang Berhormat.

final • 5:09 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Oleh itu, saya menggulung ucapan saya supaya RMK-9 ini Tuan Yang di-Pertua dapat dilaksanakan dengan baik dan kita perlu melihat keadilan dan keperluan sebagai asas kepada pelaksanaan ini bukan kepentingan politik sempit yang ada hari ini, sekian terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi saya ambil sebelah kiri, sekarang saya mahu ambil sebelah kanan. Sila Yang Berhormat Kota Belud. Mahu adillah Ahli-ahli Yang Berhormat.

Mahu buat sekarang pun mesti hati-hati.

final • 5:09 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan kajian separuh penggal yang begitu bernas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, kerajaan berdepan dengan cabaran yang amat getir terutamanya ekoran krisis harga minyak dan krisis makanan yang berlaku pada masa yang sama. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang drastik dengan berbelanja secara yang lebih berhemah, berjimat cermat dan memastikan program ekonomi dan pembangunan menepati sasaran terutamanya penduduk luar bandar.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu meningkatkan hasil kerajaan bagi mengurangkan kos perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang semakin meningkat.

Kerajaan perlu cari jalan, sumber baru yang boleh menjana pendapatan negara dan banyak yang telah dicadangkan oleh rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini termasuk oleh pihak kerajaan termasuk memperkenalkan cukai baru dan meningkatkan aktiviti perdagangan dalam dan luar negara.

Bercakap tentang perdagangan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memfokuskan perhatian Dewan yang mulia ini kepada perdagangan yang kita jarang dengar iaitu perdagangan karbon kredit atau apa yang dipanggil carbon credit trading dengan izin.

Seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua tahu, kredit karbon boleh diniagakan di mana sesebuah negara atau syarikat yang telah melepasi had pengeluaran gas karbon dioksida atau gas-gas lain yang memudaratkan alam sekitar. Ia seperti mana yang telah diperincikan dalam Protokol Kyoto boleh membeli kredit karbon dari negara atau syarikat yang mempunyai reserve atau simpanan kerana pengeluaran karbon dioksida mereka yang jauh lebih rendah dari had yang ditentukan.

final • 5:09 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Malangnya di Malaysia, urus niaga karbon belum diterokai sepenuhnya. Pusat Tenaga Malaysia menganggarkan negara mempunyai potensi kredit karbon sebanyak 100 juta tan bagi tahun 2006 hingga ke 2012 dan berdasarkan statistik itu, Malaysia berpotensi mendapat pendapatan RM4.8 bilion. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah yang akan dilakukan untuk meningkatkan perdagangan karbon kredit ini bagi mencari punca pendapatan baru kepada negara dan juga syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan ini.

Perkara kedua yang ingin saya tanya Tuan Yang di-Pertua ialah apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk mengenakan cukai terhadap kiriman atau penghantaran wang balik ke negara asal oleh pekerja asing di Malaysia? Seperti mana yang kiat tahu Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing di Malaysia yang halal, yang sah dan juga yang haram ini setiap bulan menghantar sebahagian daripada gaji mereka, pendapatan mereka ke negara asal mereka. Kita juga tahu bahawa pekerja asing ini selama tinggal di Malaysia ini menggunakan kemudahan yang telah kita sediakan untuk rakyat Malaysia yang disubsidikan oleh wang kerajaan, wang rakyat seperti perkhidmatan kesihatan, pengangkutan juga membeli barangan-barangan seperti beras, tepung dan gula yang disubsidikan oleh kerajaan.

Jadi saya memberi cadangan, kalau boleh dalam jumlah yang begitu besar yang dihantar ke negara-negara asal ini, pekerja-pekerja ini harus membayar cukai. Cukai yang dikenakan tidak kurang daripada 5% sebagai timbal balik kepada kos-kos yang digunakan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang digunakan, yang telah disubsidikan oleh kerajaan. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, jumlah yang di repatriate atau yang dikirim ke luar negara adalah berjumlah berbilion-bilion ringgit dan mungkin ini akan menjadi salah satu daripada pendapatan baru bagi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bekalan elektrik di Sabah. Bekalan elektrik di Sabah masih dalam keadaan yang masih kritikal. Yang Berhormat Menteri Tenaga Air dan Komunikasi baru-baru in telah mengumumkan bahawa di negeri Sabah bekalan elektrik keseluruhannya hanyalah 687 megawatt dan penggunaannya 657 megawatt. Maknanya ini secara purata negeri Sabah mempunyai reserve bekalan sebanyak 18% tetapi reserve yang ideal ialah 25%.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada kerajaan akan mempercepatkan cadangan untuk membina loji-loji jana kuasa IPP yang telah dicadangkan di negeri Sabah. Setahu saya satu di Pantai Timur Sabah bersaiz 300 megawatt, satu lagi di Kimanis dan satu lagi di kawasan saya iaitu di Kota Belud.

Yang mana perancangannya ialah menggunakan tenaga gas yang boleh memberi perkhidmatan electricity kepada kawasan Kota Belud yang merupakan kawasan miskin begitu juga kawasan Kota Marudu dan juga Kudat, yang mana Tuan Yang di-Pertua adalah bekas wakil rakyat di situ. Ini akan menjana aktiviti dan menggalakkan pelaburan di kawasan tersebut dan seterusnya memberhentikan lingkaran kemiskinan melalui peluang- peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya tadi melihat perbincangan dan perbahasan yang dikemukakan tentang PORR ataupun jambatan Pulau Pinang dan monorel. Saya amat bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dan jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang atau PORR ini.

Saya tidak faham kenapa Kerajaan Pulau Pinang dan pihak pembangkang merasa tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Pusat ini. Penangguhan sebuah projek mega seperti jambatan dan juga monorel dan PORR ini adalah perlu dalam masa kerajaan dan negara berdepan dengan ekonomi yang merudum atau ekonomi yang begitu mencabar yang boleh membawa kemelesetan ekonomi.

Kalau duit berbilion yang dapat dijimatkan itu dibelanjakan di negeri Sabah dan Sarawak saya rasa parti pembangkang patut berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu rakyat Malaysia di negeri Sabah dan Sarawak yang masih memerlukan pembangunan ini. Jadi saya tidak faham double standard pembangkang ini Tuan Yang di-

final • 5:09 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Pertua. Kalau dahulu kerajaan membina Putrajaya contohnya kita buat Putrajaya dengan alasan bahawa kita mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

■1740 Pada masa itu pembangkang membangkang sekeras-kerasnya pembinaan Putrajaya tetapi kali ini apabila kita pula mengatakan bahawa ini tidak perlu, pihak pembangkang pula mengatakan projek ini perlu untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Jadi ini adalah double standard yang perlu diketepikan bagi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Teras 4 dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9 iaitu Meningkatkan Tahap Dan Kemapanan Kualiti Hidup.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik kerajaan kepada gejala homoseksual di negara ini. Soalnya Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai masalah di negara ini di mana kerajaan kadang-kadang tidak dapat memberi statistik yang betul ataupun membuat suatu survey yang boleh memberitahu kepada rakyat di negara ini bahawa sebenarnya gejala homoseksual di negara kita ini sedang berleluasa sekarang. Ini penting untuk kita hadapi dan iktiraf supaya kalau ada isu-isu homoseksual yang timbul di negara kita, kita tidak melatah, kita tidak merasa terkejut kerana hakikatnya, sebenarnya di negara kita insiden- insiden homoseksual ini memang berlaku.

Dan saya tidak faham kenapa kerajaan tidak membuat satu perancangan supaya rakyat faham bahawa gejala sosial, aktiviti-aktiviti homoseksual ini berlaku seperti mana dulu contohnya kita bercerita pasal AIDS. Dulu orang tidak bercakap pasal AIDS, tetapi apabila kerajaan mengadakan program-program untuk inform rakyat, memberitahu kepada rakyat bahawa AIDS ini penting, agak berbahaya maka kefahaman rakyat ada di situ.

Begitu juga dengan inses. Kita juga bercerita dengan inses. Kita bercerita tentang perkara- perkara yang dianggap seperti dadah, dulu orang tidak bercerita tentang dadah. Akan tetapi apabila kerajaan menekankan kepada rakyat bahawa gejala dadah ini berlaku di negara kita, akhirnya rakyat menerima bahawa gejala ini berlaku. Ini perlu dibuat untuk gejala homoseksual ini, Tuan Yang di-Pertua.

Saya bagi satu contoh di sini, Harian Metro pada edisinya 16 April 2008, menyiarkan satu berita bahawa kaum homoseksual di Malaysia sering menggunakan tandas di pusat-pusat membeli belah. Bercinta dengan pasangan mereka dengan hanya membayar 30 sen untuk sekali masuk. Dan artikel Harian Metro ini juga menyebut bahawa pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah di kawasan Bukit Bintang, Encik Mohd. Hamdan Zainudin, berumur 44 tahun berkata bahawa beliau mendapati hampir setiap minggu perilaku menyimpang kaum homoseksual ini berlaku dan terbongkar. Encik Hamdan mengaku kecenderungan perilaku kaum homoseksual di negara ini adalah kerana sebahagian daripada mereka adalah anak muda, pelajar sekolah menengah dan universiti bahkan sampai melibatkan pelancong asing yang melakukan perbuatan terkutuk ini dengan warga Malaysia.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, kita digemparkan dengan satu peristiwa.

Peristiwa di mana ada satu pesta homoseksual di Port Dickson. Ini berlaku di mana pesta pantai ini diadakan secara terbuka dan telah diuar-uarkan dalam internet menjadi satu pesta homoseksual di dalam negara kita.

Jadi ini yang saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, gejala ini amat berleluasa di kalangan anak-anak Melayu. Saya pasti ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita duduk di lobi-lobi hotel, kita perhatikan, cuba perhatikan 11.00 malam ke atas. Kita akan melihat ‘mat saleh’ ini, orang Jerman, orang Amerika, orang lelaki yang boroi, yang memang hodoh pun bawa masuk anak-anak muda lelaki berumur 19 tahun, 20 tahun berpegang tangan, berdua-duaan menaiki lif menuju ke atas. Apa maksudnya?

Maksudnya, gejala ini memang berlaku di negara kita.

Jadi saya minta supaya kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan sebagainya melihat masalah ini dan memantau serta memberi nasihat kepada mereka agar jangan terus membuat perkara terkutuk ini. Ingatkan mereka supaya tidak menganiaya keluarga

final • 5:09 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

mereka, kasihanlah keluarga mereka, kasihanilah isteri mereka, kasihanilah anak mereka dan juga kakak, abang mereka yang mungkin terpalit dengan keadaan ini. Jadi kita minta supaya mereka ini balik ke pangkal jalan dan bertaubat demi bangsa, agama dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, janji pembangkang di negeri Sabah. Saya kena menyebut ini Tuan Yang di-Pertua, kerana saya tidak berpuas hati. Ketua Umum Pakatan Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan 20% royalti. Didengar bagus, tidak ada seorang rakyat Sabah yang mampu mengatakan kepada cadangan itu bahawa cadangan itu tidak betul. Akan tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab sebagai salah seorang yang mengatakan dirinya akan menjadi Perdana Menteri di masa yang akan datang. Dia mesti bertanggungjawab!

Maknanya saya mahu tahu. Convince me, yakinkan saya. Kalaulah 20% itu boleh, at what expense? Apakah bagi 20% royalti minyak, tetapi ditarik Rancangan Malaysia Kesepuluh jika Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar? Saya mahu tahu, kerana kita mempunyai kewangan yang terhad. Janji 20% tetapi janji tidak Rancangan Malaysia Kesepuluh kalau ditakdirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Apakah beliau akan memberi RM20 bilion kepada Sabah?

Senang cakap! Buka cadangan itu seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi, kalau ada pelan untuk mengurangkan harga minyak, let us know, be responsible, dengan izin. You just don’t say kita turunkan harga minyak tetapi tidak membuka pelan. Apa dia? Convince me, yakinkan saya, yakinkan rakyat di Kota Belud bahawa perkara ini boleh dilakukan. Jangan jadi populist, jangan mengamalkan politik deionization. Jangan mengamalkan politik sinisisme yang akhirnya kalau tuan-tuan menjadi ahli kerajaan akan berulang-ulang, apabila di sebelah sini juga akan menggunakan perkara yang sama.

Jadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau berdiri.

final • 5:09 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sila.

final • 5:09 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Belud. Antara satu lagi janji yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah adalah dalam soal autonomi kepada negeri Sabah. Saya hendak minta pendapat daripada Yang Berhormat Kota Belud, apakah maksudnya autonomi tersebut? Kerana apabila kita sebut tentang autonomi ini dalam konteks Indonesia, autonomi ini diberi kepada Acheh, diberi kepada Timor Timur dan akhirnya Timor Timur dapat kemerdekaan.

Adakah ini satu perkara yang boleh mempertikaikan sistem Federal yang ada dalam negara Malaysia dan mempertikaikan kedaulatan negara Malaysia sedangkan pada hari ini masih ada lagi tuntutan daripada Kerajaan Filipina terhadap negeri Sabah. Adakah ini satu janji yang sebenarnya akan mempertikaikan dan undermine solvent dan kedaulatan negara Malaysia. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit Yang Berhormat.

final • 5:09 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya sebenarnya soal autonomi ini adalah merupakan satu isu yang sensitif.

Pada masa yang sama saya bersetuju bahawa negeri Sabah patut diberi sedikit kelonggaran untuk menentukan hala tuju pengurusan kerajaan dan sebagainya. Saya juga bersetuju bahawa kita tidak boleh lari daripada konsep Malaysia negara kita yang tercinta.

Saya mempunyai masalah Tuan Yang di-Pertua, apabila ada pihak-pihak yang berkenaan membuat tuntutan untuk mengusulkan undi tidak percaya di Dewan yang mulia ini. Saya secara ikhlas mengucapkan tahniah dan syabas dan saya cukup berterima kasih kepada parti PAS dan parti DAP. Walaupun kedua-dua parti ini adalah parti yang established yang sudah lama dan “mengiktiraf UMNO dan Barisan Nasional menjadi musuh politik mereka”. Akan tetapi tidak pernah dalam sejarah Dewan yang mulia ini, parti PAS

final • 5:09 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

atau parti KEADILAN ataupun parti DAP mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Akan tetapi ada parti yang mahu mengusulkan undi tidak percaya. Saya pasti PAS dan DAP tidak mengusulkannya kerana satu perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Kalau dikira musuh, memang musuh politik, tetapi ada satu sahaja perkara yang membuat DAP dan PAS di kuorum iaitu keselamatan negara. Oleh kerana kalau ada usul tidak percaya diadakan dalam Dewan yang mulia ini, saya pasti keselamatan negara akan dikompromikan dan pertumpahan darah mungkin akan berlaku.

■1750 Maka, itu amat penting untuk pihak-pihak yang berkenaan janganlah bermain dengan usul tidak percaya ini. Jangan! You want to be a first class government.

final • 5:09 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Penjelasan, penjelasan.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita buat, kita bertemu dalam PRU-13 nanti dan kita akan serahkan kepada rakyat untuk menentukan sama ada Kerajaan Persekutuan masih dalam genggaman Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya percaya. Penggulung sahaja.

final • 5:09 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Penjelasan.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. I only have 1 minute. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey, menggulung Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma hendak beritahu.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu minta penjelasan.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. I don’t have time.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, minta maaf ya.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi, undi tidak percaya ini janganlah.

Ini perkara yang tidak betul dan kita lihat pihak yang terbabit ini setiap minggu bertukar- tukar Tuan Yang di-Pertua, bertambah-tambah tuntutannya. Ada mulanya tuntutan supaya PTI dan berbagai-bagai tuntutan lagi yang sedang pun dikenal pasti oleh Kerajaan Persekutuan dan sedang diselesaikan.

Selepas itu dimasukkan lagi tuntutan untuk Labuan, selepas itu, tunggu sekejap lagi diminta pula tuntutan supaya bahasa. Ini berbahaya. You tell me the truth what you want. Succession? You want succession you let us know dengan izin Tuan Yang di-Pertua kerana kita akan melihat.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya beri izin Yang Berhormat tetapi masa sudah.

final • 5:09 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Melihat. Melihat itu sebagai satu tamparan ataupun cabaran kepada kerajaan yang memerintah ini. Jadi saya harap, pihak- pihak yang berkenaan harus faham bahawa kerajaan yang memerintah ini is not hanging by the thread ataupun telur di hujung tanduk.

Kita mempunyai mandat yang kuat, please respect the mandate dan we will see when PRU-13. Kita akan tentukan sama ada rakyat memilih saudara di sana atau saudara di sini. Sekian, terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua. Point of order. Perkara ini, Perkara 36(10) adalah salah pada...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat. Yang lain duduk dahulu. Point of Order 36.

final • 5:09 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

final • 5:09 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Adalah salah pada peraturan menggunakan pada seksyen c, perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati dan bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan Akta Hasutan.

Tadi Yang Berhormat Kota Belud sebut tentang tumpah darah. Kalau sesuatu berlaku, kalau usul tidak percaya dibangkitkan dalam Dewan ini. Usul tidak percaya.

Bukan saya hendak pertahankan sesiapa yang ingin bangkitkan kerana bukan parti saya yang akan anjurkan tetapi usul tidak percaya ini adalah constitutional rights dengan izin bagi setiap Ahli Parlimen. Sesiapa yang bangkitkan, itulah hak mereka untuk bangkitkan tetapi kalau kita menggunakan kata yang berunsur hasutan atau threatening kepada sesiapa ini dengan ayat seperti tumpah darah. Ini adalah satu perkara yang melanggar peraturan dan unparliamentarian. Terima kasih.

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu. Itu pendapat Yang Berhormat Batu. Saya dengar tadi dengan penuh teliti apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Kota Belud. Kalau umpamanya yang menimbulkan kemarahan sudah tentu ramai yang berdiri dan protes. Jadi, saya harap Yang Berhormat Kota Belud tidak mempunyai niat yang seperti begitulah. Itulah kadang-kadang Ahli Yang Berhormat saya ingatkan apabila berucap itu, berhujah hati-hati sedikit. Sering kali saya ingatkan dan kalau berhujah itu ingat bahawa kawan sebelah pun akan jawab nanti. Itulah maka hujah dengan secara berhemah dan bercambah fikiran dengan secara rasional.

Tadi saya perhatikan bahawa tidak adalah unsur-unsur seperti begitu. Jika Ahli- ahli Yang Berhormat tidak marah, tidak umpamanya macam menghasut juga di luar bahawa dia sebut sebegini saya rasa tiada masalah. Biarlah dia di sini. Apa yang kita dengar itulah itu. Cuma itu bagi saya, retorik cakap politik sahaja.

final • 5:09 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, memang saya beri wanita tetapi kali ini saya beri Yang Berhormat Kota Raja. Saya mahu dengar dahulu wanita, lepas itu nanti Yang Berhormat Bukit Mertajam nanti saya tulis di sini bahawa ramai saudara yang berdiri terdiri daripada kaum .

final • 5:09 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tadi, kena beri dua daripada pihak pembangkang. Baru satu daripada...

final • 5:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Yang Berhormat, di sini semua ada catatan. Yang tadi saya panggil daripada PAS kerana saya difahamkan cuma tiga wakil daripada PAS tadi yang berdiri. Jadi, saya tengok catatan balik di sini tidak ada Ahli Yang Berhormat wanita yang berdiri. Jadi, tadi secara kebetulan, bukan pasal apa. Secara kebetulan Yang Berhormat Kota Raja ada mohon kepada saya, dia kata dia mahu berucap kalau boleh.

Jadi, saya sudah komited terpaksa Yang Berhormat Kota Raja. Selepas ini Yang Berhormat Bukit Mertajam pasal cuma dua sahaja wanita yang telah berdiri. Jadi, kita mahu dengar pula hujah wanita dan mudah-mudahan hujah ini adalah lembut sedikit supaya perasaan kita pun ada sayu-sayu sedikit. Sila, Yang Berhormat Kota Raja. Jangan ada perasaan bersakit sakit hati.

final • 5:09 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Membaca laporan kajian sepintas lalu, membuat saya merasakan tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh rakyat Malaysia. Seolah-olah we are in good hands dengan izin, kerana angka-angka dan statistik yang dipaparkan seperti kadar pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, kadar pengangguran, pendapatan per kapita, kuasa membeli dan lain-lain lagi untuk menunjukkan produktiviti dan kedudukan ekonomi Malaysia berkembang baik.

Sedikit masa dahulu, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12, Perdana Menteri mengatakan dengan izin, fundamentals, ekonomi Malaysia kukuh dan jika ekonomi dunia mengalami kemelesetan pun Malaysia masih boleh bertahan dan ianya tidak akan menjejaskan dengan banyak ekonomi Malaysia.

Memang di atas kertas kita nampak hebat dan mungkin sesetengah kita juga merasa hebat. Namun kini kita melihat kenaikan harga petrol dunia dan makanan di pasaran global telah dijadikan alasan untuk mengurangkan bantuan kepada rakyat atas nama menstrukturkan semula subsidi. Bagi rakyat, statistik yang muluk-muluk ini tidak memberi apa-apa makna. Kalau dilihat daripada statistik pendapatan per kapita.

Peningkatan daripada RM18,840 dalam tahun 2005 ke RM23,066 dalam tahun 2007 sebenarnya bermakna pendapatan per kapita tidak sampai RM2,000 sebulan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, pendapatan sebanyak ini sebenarnya tidak mencukupi untuk menyara keluarga terutamanya di bandar-bandar. Jika berjimat cermat bagaimanapun ia mungkin setakat tidak berhutang dan tiada lebihan langsung untuk simpanan. Mungkin lebih tepat lagi jika statistik dapat menunjukkan berapa lebihan pendapatan setelah menolak segala keperluan dan kos-kos asas seperti perumahan, utiliti, pengangkutan, persekolahan, makanan dan perubatan.

Pendapatan per kapita sebenarnya tidak menggambarkan kesejahteraan ekonomi rakyat apabila kos sara kehidupan, inflasi, selain daripada keperluan asas tidak merujuk kepada keadaan semasa dan tidak difaktorkan di dalam kiraan PGK atau Purata Garis Kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan peningkatan kos kehidupan sekarang ini, statistik kemiskinan sudah tentu berubah. Kadar kemiskinan dikatakan menurun dari 2004, 5.7% ke 3.6% pada 2007. Kadar ini telah dipertikaikan oleh Dr. Denison Jayasooria, bekas Presiden Yayasan Strategik Sosial dan juga seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang mengatakan bahawa kadar kemiskinan sebenarnya ialah lebih daripada 30%. Kadar ini jauh melebihi lima kali ganda daripada angka kerajaan.

Kebolehpercayaan laporan kajian ini boleh dipertikaikan atas dasar maklumat yang tidak tepat. Angka yang diberikan kerajaan adalah rendah kerana purata garis kemiskinan yang ditetapkan ialah RM661 untuk Semenanjung Malaysia, RM888 untuk Sabah dan RM765 untuk Sarawak adalah terlalu rendah dan tidak realistik lagi untuk keluarga yang mempunyai lima anggota.

Saya ingin mencadangkan PGK ini perlu dikaji semula dan diharapkan dalam pembentangan-pembentangan kerajaan akan datang, nilai-nilai ini tidak digunakan lagi.

Agenda membasmi kemiskinan perlu dipergiatkan tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik dan perlu disokong oleh semua pihak.

■1800 Saya tahu dasar kerajaan memang baik untuk semua rakyat tetapi pihak kerajaan sendiri telah mengaku yang masalah berlaku di dalam sistem penyampaian atau dengan izin delivery system. Kebimbangan masyarakat ialah agenda ini akan dipolitikkan terutama sekali apabila bantuan-bantuan atau program-program yang akan diperturunkan melalui Kementerian Luar Bandar terutamanya melalui JKKP atau ketua-ketua kampung pusat dijadikan sebagai umpan untuk menambah keahlian atau sokongan kepada UMNO.

Menjadi pengetahuan umum sebelum ini pun begitulah amalan konco-konco UMNO di

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

mana mereka memegang kuasa. Sekiranya rakyat memerlukan bantuan, borang keahlian UMNO dihulurkan dahulu, sehinggakan badan profesional seperti bank SME di dalam borang penyata diri peminjam atau pengarah dan penjamin pula pada perkara no.8 memerlukan pemohon mengisi jawatan dalam pertubuhan sosial dan politik.

Apakah relevannya maklumat seperti tersebut untuk satu permohonan pinjaman yang sepatutnya berdasarkan kebolehan, kemampuan pemohon dan bukan berdasarkan fahaman politiknya. Tuan Yang di-Pertua, salah satu cara berkesan untuk membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya melancarkan satu program ‘Satu Keluarga, Satu Graduan’ dari kalangan rakyat yang miskin sama ada keluarga miskin bandar atau luar bandar tanpa mengira kaum atau agama. Program ini adalah untuk memastikan lingkaran ganas kemiskinan dapat diputuskan. Anak-anak yang berpotensi yang tidak semestinya mencapai 5A daripada keluarga miskin selepas peperiksaan UPSR dimasukkan ke sekolah asrama dan dijadikan anak angkat oleh golongan profesional dan kaya secara sukarela.

Mereka diberi sokongan moral, material dan bimbingan oleh keluarga angkat mereka untuk memastikan mereka dapat menamatkan pelajaran sekurang-kurangnya di peringkat ijazah sarjana muda. Yang kerajaan perlu buat dan commit ialah memastikan mereka diberi tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh sehingga mereka tamat sekolah menengah. Saya dapat merasakan untuk mencari sponsor atau penaja ke peringkat sekolah menengah bukanlah satu masalah yang besar. Mereka tidak semestinya ditaja oleh penaja daripada sebangsa dan seagama.

Untuk peringkat universiti, kerajaan perlu mewujudkan satu dana khas untuk anak- anak keluarga miskin ini. Setelah tamat pengajian dan sudah bekerja, mereka pula membantu menanggung persekolahan adik-adik mereka jika ada. Dalam masa kurang daripada 10 tahun, sebuah keluarga sudah terbela apabila anak mereka tamat universiti dan ini bukan sahaja memberi dorongan kepada adik-adik mereka tetapi juga memberi harapan kepada golongan miskin yang nasib mereka boleh berubah melalui pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun pendidikan dikatakan percuma pada peringkat sekolah rendah, semakin ramai keluarga yang tinggal di kawasan bandar tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah. Ada yang tidak mampu membayar tambang bas dan sekolah terletak pada jarak yang tidak mungkin anak-anak ini berjalan kaki untuk ke sekolah ataupun berbasikal. Ada yang kerana kemiskinan tidak dapat membuat kad pengenalan anak-anak mereka dan akhirnya tidak dapat menyambung sekolah ke sekolah menengah.

Keluarga miskin berketurunan India yang pada asalnya duduk di kawasan setinggan atau dipindahkan daripada estet ke rumah pangsa kos rendah termasuk di dalam kategori ini.

Keluarga miskin Islam sekurang-kurangnya ada zakat untuk dipohon tetapi orang berketurunan India hanya mengharapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam keghairahan sebuah kerajaan negeri yang terdekat iaitu negeri Selangor untuk menjadikan negerinya sebagai maju dan mensifarkan setinggan, para setinggan telah dipindahkan dan juga pekerja-pekerja estet setelah dimajukan estet mereka, dipindahkan ke rumah pangsa yang berharga RM45,000. Kemudian disubsidikan RM7,000 supaya menjadi RM35,000 dan mereka ini sebenarnya telah diberikan pinjaman bank untuk membeli rumah. Walaupun dalam keadaan biasa mereka tidak layak mendapat pinjaman dari institusi kewangan.

Usaha ini sememanglah baik dan terpuji, namun pihak kerajaan telah gagal meramal ke hadapan yang sesetengah daripada golongan ini yang berpendapatan rendah setelah beberapa bulan menginap secara percuma dalam jangka masa panjang tidak mampu membayar ansuran rumah mereka kepada pihak bank. Mereka juga perlu membayar yuran penyelenggaraan bulanan kepada pemaju serta kos air yang dua kali ganda kepada SYABAS kalau kita bandingkan dengan rumah-rumah biasa, membayar cukai taksiran kepada majlis perbandaran tempatan dan lain-lain kos yang mereka tidak perlu bayar semasa mereka setinggan atau tinggal di estet. Ini menyebabkan rumah sebahagian daripada mereka dilelong dan mereka merempat semula.

Pagi tadi saya bertanya mengenai soalan rumah-rumah kos rendah ini. Ya, saya ingat soalan itu tadi telah disalahfahamkan. Hanya rumah PPR yang hanya ada di bawah

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kementerian Perumahan. Perumahan yang saya cakap ini adalah perumahan di bawah kerajaan negeri. Saya sendiri telah berjumpa dengan sekurang-kurangnya lima keluarga yang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Rumah mereka diambil balik oleh bank kerana gagal untuk membayar ansuran bulanan. RM350 bagi kita yang gaji beribu-ribu adalah jumlah yang tidak banyak tetapi bagi mereka yang berasal daripada setinggan dan bekerja di estet yang purata pendapatan mereka mungkin RM700-RM800, RM350 adalah satu jumlah yang tidak mampu mereka kekalkan atau maintain.

Saya risau Tuan Yang di-Pertua kerana semakin ramai daripada mereka ini yang dipindahkan secara paksa ke dalam kawasan-kawasan perumahan pangsa yang sebenarnya asalnya bukan perumahan pangsa kos rendah tetapi perumahan rumah pangsa kos pertengahan. Mereka dipaksa untuk pindah ke situ dan tidak mampu untuk membayar wang-wang penyelenggaraan.

Saya ada beberapa kawasan perumahan yang telah dan saya jadi orang tengah di antara mereka dan bank serta dengan pemaju perumahan. Sekiranya mereka tidak mampu membayar kepada bank, mungkin dalam beberapa bulan lagi bertambah angka ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu Malaysia menjadi negara maju tetapi jumlah rakyat yang tidak berumah atau homeless meningkat seperti di Amerika Syarikat. Kita juga tidak mahu jurang di antara kaya dan miskin kian hari melebar di mana sebahagian besar kekayaan negara dimiliki oleh golongan yang kecil seperti yang telah didedahkan oleh YB daripada Bagan tadi. Kita juga tidak mahu pendatang asing membanjiri negara ini sehinggakan rakyat sendiri susah mencari makan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bantuan kepada rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Realitinya di atas kertas memanglah banyak peruntukan-peruntukan yang disiapkan untuk golongan yang berpendapatan rendah ini tetapi pada realitinya mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebenarnya adalah satu perkara yang amat susah sekali.

Saya nak beri contoh beberapa kes yang saya sendiri temui seperti ibu tinggal.

Syarat ibu tinggal ini ialah dia membuat laporan bahawa suaminya tidak balik ke rumah dan menyara kehidupan mereka dan anak-anak mereka. Setelah ada laporan polis ini, maka mereka boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat siasatan ke atas mereka ini dan siasatan ini seperti mereka spy jugalah sehingga ke larut malam pun mereka akan mengintip untuk melihat sama ada suami ini pulang atau tidak. Saya mendapat maklumat di Terengganu oleh kerana ibu tinggal ini tidak ada penyelesaiannya, beberapa kes daripada mereka terpaksa melacurkan diri kerana mereka tidak mampu untuk menyara kehidupan sementara mendapat bantuan zakat atau bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, kes orang kurang upaya pula berada di antara dua. Antara PERKESO dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila mereka mengalami kemalangan ataupun ilat, juri doktor pertamanya perlu untuk mengesahkan yang ilat mereka ini adalah ilat permanent dengan izin, kekal. Mereka tidak dapat apa-apa bantuan daripada PERKESO dan kemudian kes mereka ini kalau dibawa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kaki kudung misalnya terpaksa dipotong akibat sama ada kemalangan ataupun kencing manis, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat pula mengenakan syarat OKU boleh diberi bantuan sekiranya mereka menunjukkan slip gaji mereka. Slip gaji ini mesti kurang daripada RM750 baru Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi pertolongan kepada mereka, menambah pendapatan mereka ini.

Pertama, siapakah yang akan mengambil mereka untuk bekerja? Asal jadi jaga kemudian tak boleh jadi jaga sebab kaki kudung. Siapakah majikan yang waras nak ambil orang yang kaki kudung, berkaki palsu untuk menjadi jaga.

■1810 Maka hidup mereka ini terumbang ambing disebabkan PERKESO yang telah menolak dan terpaksa membuat rayuan enam bulan barulah diberi keputusan pula dan kemudian disebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana mereka terpaksa menunggu dan mengemukakan slip gaji. Yang menjadi mangsanya wakil rakyat. Malangnya bila wakil

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

rakyatnya daripada Pakatan Rakyat kami tidak mendapat apa-apa peruntukan untuk membantu mereka. Jadi rakyat yang miskin ini terumbang ambing kerana rasa saya polisinya bagus tetapi pelaksanaannya on the ground itu atas realitinya ada banyak kecacatannya. Saya minta menteri, timbalan menteri, pekerja-pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat jangan hanya menilai kes setakat di pejabat sahaja tetapi turunlah, berbuallah dapatlah maklum balas daripada mereka kerana kalau kita jadi mereka pun kita akan merasakan dunia ini zalim bagi kita.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan soal kebanjiran pendatang asing. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah ataupun secara haram telah meninggalkan impak yang begitu besar terhadap rakyat negara ini. Sebahagian besar buruh asing pada asalnya adalah pekerja yang tidak mahir yang diambil untuk sektor perladangan, pembinaan dan juga pembantu rumah tetapi kini pendatang asing juga diambil untuk sektor perkilangan, sajian makanan di restoran-restoran dan mereka ini diambil juga melalui perjanjian G to G di antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negara seperti Vietnam, Bangladesh mungkin dan beberapa negara lagi. Boleh di katakan semua sektor pekerjaan negara kita ini sedang diambil alih oleh pekerja asing. Walaupun sebahagian besar pekerja asing di bawa masuk melalui ejen-ejen berlesen dan mendapat restu kerajaan tetapi ada sektor-sektor tertentu yang membenarkan buruh asing bekerja dengan hanya menggunakan pas pelawat. Kementerian Dalam Negeri perlu menjelaskan kenapa sektor perikanan diberi pengecualian di dalam mekanisme mengambil pekerja asing.

Apakah dasar yang dipakai oleh Jabatan perikanan yang telah membenarkan tauke-tauke bot daripada bot C ke atas memohon permit untuk pekerja asing terutamanya dari Vietnam yang masuk ke dalam negara ini dan dengan pas pelawat sahaja. Buruh- buruh asing ini telah diberi permit sehingga setahun untuk bekerja di atas bot-bot C ke atas dan mereka ini diberi permit sehingga setahun oleh Jabatan Perikanan tetapi malangnya mereka selepas bekerja beberapa bulan melesapkan diri entah ke mana perginya.

Majikan-majikan mereka, tauke-tauke mereka terpaksa memohon semula daripada Jabatan-jabatan Perikanan dan sekali lagi menggunakan pendatang-pendatang asing yang hanya mempunyai visa pelawat sahaja. Menjadi tanda tanya setelah tidak bekerja dengan tauke-tauke bot ini ke mana mereka ini pergi? Rupa-mereka tidak banyak, lebih kurang dengan orang Malaysia. Menyerupai orang Cina juga Kemboja dan sebagainya dan amat mudah bagi mereka jika mereka mempelajari bahasa kita menjadi seperti orang kita juga dan tidak ada usaha untuk penguatkuasaan kita juga lemah.

Jadi mereka ini boleh tinggal negara kita berpuluh-puluh tahun, hidup, cari makan dan seolah-olah mereka menikmati segala kemudahan-kemudahan yang ada pada negara kita tanpa membayar cukai ataupun tanpa menyumbang ke arah dana ataupun hasil dalam negara kita ini dan mereka boleh hidup berpuluh-puluh tahun. Lingkaran yang tiada kesudahan ini dengan dasar imigresen yang tidak konsisten dan sektor perikanan hanya menggalakkan negara ini dibanjiri oleh pendatang asing daripada negara jiran yang sungguh mudah mendapat pekerjaan di negara kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Begitu juga dengan pekerja-pekerja dari Thailand di beribu-beribu restoran tomyam di seluruh negara ini yang masuk dengan pas pelawat yang diberi tiga bulan mereka boleh kerja. Kemudian mereka masuk balik dengan pas pelawat yang baru. Bekerja lagi sehinggakan kita dapati bahawa mereka ini tidak boleh dikawal sebagai pekerja di luar kawalan majikan mereka kerana mereka ikut suka mereka bila hendak balik, bila hendak datang.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tinggal satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya. Semakin hari pendatang asing semakin berani. Mereka bersaing dengan penduduk tempatan untuk tapak-tapak perniagaan. Mereka terdapat di mana-mana sahaja terutamanya di Lembah Kelang dari

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

pasar pagi ke pasar malam hingga ke pasar borong. Taman-taman perumahan serta rumah-rumah pangsa kos rendah sudah juga dipenuhi oleh pekerja-pekerja kilang asing.

Cara hidup mereka yang berlainan dan tidak disenangi oleh penduduk tempatan satu hari nanti mungkin mencetuskan perkelahian. Taman-taman permainan dan rekreasi di kawasan perumahan sering menjadi tempat mereka berkumpul dan kejadian mabuk dan kelakuan tidak senonoh semakin menjadi-jadi di kawasan-kawasan yang mereka mendominasinya dan semua...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat sudah habis dah Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

... Kawasan ini Tuan Yang di-Pertua ada di dalam kawasan saya. Cuma satu perkara terakhir sekali saya ingin menimbulkan ialah apabila pekerja diambil melalui G to G, persetujuan G to G ini syarat yang dibuat oleh kerajaan mereka adalah mereka menerima gaji minima RM800 dan mereka ini bersepah bekerja di kilang-kilang di Shah Alam. Oleh kerana majikan ini rasa lebih senang untuk mengajikan mereka, mereka juga membuat kerja over time sehinggakan pekerja-pekerja tempatan tidak ada peluang untuk mencari rezeki lebih untuk kerja over time. Maka kita boleh bayangkan bagaimana perasaan orang tempatan dalam kesempitan hidup ini. Periuk nasi mereka juga turut terjejas. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

final • 5:55 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak berucap tetapi ingin hendak menyampaikan pandangan. Bukan hendak mengalang ataupun hendak membantah keputusan Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi saya dengar bahawa giliran berucap ini ada bagi PAS, DAP, Keadilan. Dia dalam practice kita selama ini Tuan Yang di-Pertua ialah dalam dewan ini hanya ada dua kerajaan dan pembangkang.

Jadi giliran itu kita harap keadilan daripada Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak satu kerajaan satu pembangkang. Pembangkang itu terpulanglah. Pilihan...

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua sama ada daripada PAS, Keadilan ataupun daripada DAP tetapi kalau hendak kirakan DAP lepas itu PAS pula bercakap.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta, ini kita kerajaan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tapi suara kerajaan ini harus juga hendak diiktiraf, hendak didengar. Apabila dalam dewan ini hanya ada kerajaan dan pembangkang. Kalau hendak kata kerajaan ada empat belas parti, komponen Barisan Nasional. Maknanya empat belas kali lebih daripada pembangkang.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ada jumlah di sini Yang Berhormat. Saya ada jumlah di sini.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa Tuan Yang di-Pertua hendak pilih misal pembangkang itu sama ada PAS atau Keadilan ataupun DAP itu terserah budi bicara tanpa memikirkan itu PAS, itu DAP. Dia pembangkang, pembangkang, pembangkanglah! Bagi Barisan Nasional, UMNO kah, MCA kah, GERAKAN kah, MIC kah, orang Sabah kah, orang Sarawak kah, itu terpulang budi bicara yang Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta supaya pilihan Tuan Yang di-Pertua itu lebih adil kepada kerajaan dan tanpa melahirkan bahawa ini orang Sabah pula bercakap. Kerajaan atau pembangkang, ini yang kita amalkan selama ini dan ini tidak menunjukkan bahawa kita tidak adil. Sudah maklum nasib dia pembangkang, pembangkanglah, nasib kita kerajaan, kerajaanlah.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta pertimbangan. Saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua bukan hendak berhujah tetapi ini pandangan ikhlas daripada saya.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham.

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Nampaknya kita ada Timbalan Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah- sudahlah. Tadi Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan sebab keputusan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berupaya overrule Tuan Yang di-Pertua punya keputusan tetapi fakta di hadapan saya sini menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah mempunyai 17 orang bercakap daripada jumlah 35 orang. Jadi saya ada fakta. Yang Berhormat saya duduk sini saya baca muka ini. Jumlah bercakap sekarang ialah 35 orang sampai ke Yang Berhormat Kota Raja, 17 daripadanya ialah daripada...

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Backbenchers 77 orang.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Maksud saya kalau hendak pilih pembangkang, pilihlah kita tidak marah tetapi jangan sebut giliran PAS pula. Jangan tunjuk...

final • 5:55 PM

Dato’ Ismail bin Kasim - Arau

[Menyampuk]

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya sudah faham Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi seolah-olah parti mereka ini ada parti. Dia pun dah cakap Pakatan Rakyat, satu sajalah. Kita Barisan Nasional satulah.

Saya maksudkan jangan “ini giliran PAS pula”. Tidak bolehlah begitu.

final • 5:55 PM

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bagi Lenggong cakap.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudahlah, sudahlah. Payah betul hendak duduk dekat sini Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak menghalang ruling daripada Tuan Yang di-Pertua. tetapi pandangan saya begitu.

■1820

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu kalau pandangan itu biarlah saya fikir dulu. Kalau pandangan itu di insist dengan saya, maknanya saya dipaksa menerima pandangan. Bukan pandangan lagi Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak, tidak ada paksaan. Tidak ada paksaan. Tuan Yang di-Pertua berkuasa. Cuma pandangan saya daripada anggota

final • 5:55 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kerajaan Barisan Nasional, saya hendak keadilan daripada Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya...

final • 5:55 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kami ada 14 parti. 14 Parti.

Jadi kalau lantik MCA bercakap. No! Kita tak nak dipanggil UMNO, MCA dan MIC. Kita hendak panggil Barisan Nasional. Sini dipanggil pembangkang. Itu sahaja.

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Point of order.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat. Duduklah. Semua duduklah. Semua duduklah.

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Point of Order 44.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa yang 44 itu?

final • 5:55 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Kalau dia hendak hujah lagi, harus kita memerintah Ahli itu supaya dia berhenti bercakap.

final • 5:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah, sudah Yang Berhormat. Sudah, sudahlah. Sudah, tadi sudah diambil keputusan dibuat dikatakan Tuan Yang di-Pertua bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam. Itu sahaja. Sila Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 5:55 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seri Gading. Tuan Yang di-Pertua, dalam buku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apabila beliau memberi ucapan Kajian Separuh Penggal Rancang Malaysia Kesembilan muka surat 18 ialah mengenai mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia. Beliau mengatakan perluasan pasaran adalah perlu bagi meningkatkan daya saing negara. Sehubungan itu, barangan dan perkhidmatan Malaysia akan dipromosikan secara lebih intensif ke pasaran-pasaran baru.

Jadi, saya memang setuju dengan ucapan ini tetapi saya rasa selama ini Kerajaan Barisan Nasional telah mengabaikan sektor seni halus yang amat berpotensi di dalam negara kita. Saya rasa kita lebih berdaya saing dalam industri kreatif jika berbanding dengan industri pembuatan atau produk-produk rekaan sains, kerana kita kata kereta proton kita pun tidak berjaya untuk dijual ke pasaran luar. Namun, saya rasa lebih mudah kita menjualkan lukisan-lukisan kita ataupun scripture kita kepada negara-negara yang lain.

Kita mempunyai pelukis yang handal dan terkemuka seperti Latiff Mohiden, Latiff Mulan dan Ibrahim Hussein. Baru-baru ini, seorang pelukis dari Sabah iaitu Eee Lee Lan.

Karya beliau di option di Hong Kong dan dijual dengan harga RM170,000 satu painting sahaja. Pelukis lain yang menjadi nama besar di Art Option Market termasuk Zaki dan Zailani Abu Hassan. Harga lukisan Ahmad Anuar Zaki sekarang dijual di exhibition atau pameran adalah di antara RM30 sampai RM80,000. Tujuh tahun dahulu, harganya hanya di bawah RM10,000 sahaja. Harga option lukisannya sekarang boleh sampai RM200,000.

Begitu juga dengan lukisan Jailani. Pelukis kita Chong Siew Wing baru-baru ini mengadakan satu pameran, Big Painting pada bulan Mei. Semua 13 lukisannya habis dijual. Harga setiap lukisan antara RM28,000 hingga RM38,000. Lukisan beliau juga laris dijual di Amerika Syarikat dan juga di Paris.

Saya estimate negara kita mempunyai lebih kurang 500 pelukis tetapi hanya sebilangan kecil yang lebih bersumber dan bernasib baik dapat kejayaan dalam karier

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

mereka sebagai seniman. Perdagangan lukisan dan produk-produk seni kreatif merupakan satu bidang yang cepat membangun baru-baru ini.

Sejak tahun 2003, terdapat Hedge Fund yang dikatakan khasnya untuk memberi lukisan sebagai pelaburan yang terkenal ialah the fine art yang ia mempunyai art fine want yang yang mencapai capitation sebanyak USD60 million. Fine Art Fund II dilancarkan pada November 2006 dan dia ingin mendapat capitation USD100 million. Selain daripada ini, dia masih ada the art trading fund, the Chinese art fund and the Indian art fund.

Di sini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri yang menjaga seni ialah kita mempunyai satu pasaran yang begitu besar dan mempunyai we have big money in the arts. Namun, saya rasa kita tidak nampak perkembangan ini. Negara jiran kita Singapura telah mengambil kesempatan beberapa tahun yang lalu dengan menyalurkan peruntukan untuk membina muzium dan memberi insentif mendirikan galeri. Sejak tujuh tahun yang lalu, Singapura telah menganjurkan Art Singapore setiap tahun yang merupakan art exhibition yang terbesar, yang paling besar di South East Asian yang dapat menarik ramai artis dari seluruh dunia untuk mempamerkan karya-karya mereka.

Singapura ingin menjadi The Art Trading Center di South East Asia. Pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, Malaysia atau Kuala Lumpur lebih sesuai atau mempunyai syarat yang lebih menarik daripada Singapura untuk menjadi pusat or The Art Trading Centre in South East Asia. Namun, kita perlu mengambil beberapa langkah untuk menjadikan Malaysia atau Kuala Lumpur menjadi South East Asia Art Trading Centre.

Pertamanya memberi teks insentif kepada pembeli-pembeli art ini ataupun lukisan ini ataupun sculpture, memberikan insentif seperti subsidies transfer for private art galleries.

Sekarang yang kita ada ialah hanya private art galleries dan mereka menghadapi masalah kerana rental di Kuala Lumpur, sewa di Kuala Lumpur begitu mahal. Singapura memberi subsidies dan rental kepada galeri-galeri yang kepunyaan individu. Saya rasa kita boleh belajar dari Singapura dalam aspek ini.

Saya juga berpendapat kita perlu mewujudkan satu National Art Council untuk memudahkan perkembangan art industry di dalam negara ini. Saya juga rasa, kita memerlukan satu Museum of Contemporary Art. Saya rasa, kita perlu memberikan peruntukan yang agak besar supaya dia boleh menjanakan ekonomi yang lebih besar lagi untuk negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada menteri atau Kementerian Pengangkutan mengenai dua perkara. Pertamanya ialah projek landasan kereta api berkembang elektrik dari Ipoh ke Padang Besar. Apabila dia melalui Bukit Mertajam atau Pulau Pinang, Seberang Perai, dia akan menjejaskan bangunan-bangunan atau rumah- rumah domestik sebanyak 571 buah dan bangunan komersial 42 buah. Bangunan Tokong 21 buah, kuil 15 buah dan surau 3 buah. Pada fahaman saya, sampai hari ini belum ada satu pampasan, solution ataupun tidak ada skim pampasan atau menempatkan semula untuk bangunan-bangunan yang terlibat ini. Jadi, saya ingin dapatkan jawapan. Apakah skim yang sedia ada untuk menempatkan semula ataupun mengganti rugi bangunan- bangunan yang terlibat ini?

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah mengenai PUSPAKOM. Saya rasa masalah PUSPAKOM telah pun banyak dikemukakan dan saya ingin menujukan satu surat kepada editor iaitu NST pada 1 Jun tahun ini. Oleh kerana kesuntukan masa jadi saya tidak akan membaca atau memberitahu apakah masalahnya.

■1830

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ada satu minit sahaja lagi.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya harap pegawai-pegawai akan membaca surat kepada editor ini tetapi yang pentingnya, yang saya hendak tanya ialah adakah kontrak kepada PUSPAKOM yang akan habis pada tahun depan akan diperbaharui dan adakah ia akan menjadi monopoli lagi kerana kita menghadapi banyak masalah. Di Singapura pemeriksaan kenderaan diberikan kepada tiga syarikat. Di Thailand ia

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

dijalankan oleh JPJ dan kenderaan yang kecil boleh diperiksa oleh bengkel-bengkel yang diauthorized. Jadi saya hendak tanya mengapa ini tidak boleh dilakukan di Malaysia?

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Cepatnya? Takkan ini 20 minit?

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ada menulisnya catatannya Yang Berhormat.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang akhirnya, dalam ucapan...

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat panjangkan masa, orang lain yang tidak dapat nanti.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya hanya hendak sentuh dua perkara yang saya ingin meminta perhatian Kementerian Dalam Negeri iaitu saya ingin menjadikan artikel ini - oleh kerana kesuntukan masa, “Why Let a Child Suffer Sins of Adults” yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 15 Jun 2008. Dia telah memberikan segala alasan mengapa section 95 of Marriage Reform and Divorce Act yang perlu dipinda. Saya ingin sekiranya boleh menjadikan artikel ini sebagai sebahagian daripada ucapan saya kerana saya rasa ini adalah amat penting.

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baiklah, Yang Berhormat hantar kepada kementerian.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini pun telah disampaikan kepada menteri yang berkenaan. Akhirnya...

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah dua, Yang Berhormat.

final • 6:21 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Mengenai undang-undang nafkah yang saya harap ia boleh dipinda dalam tempoh dua tahun ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:21 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 6:21 PM

Tuan William Nyallau - Lubok Antu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian berbahas sempena pembentangan Usul Kajian Separuh Penggal oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pada hari ini saya cuba mengambil bahagian setelah memerhati Persidangan Pertama, Parlimen Kedua Belas. Perkara pertama yang saya ingin sebutkan di sini ialah tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Sarawak dan RM1 bilion kepada Sabah. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa tambahan tersebut adalah semata-mata setelah diperas ugut dan ada yang mengatakan bahawa pemberian tersebut adalah satu helah politik. Namun kami di Sabah dan Sarawak menganggap pemberian tersebut adalah satu pemberian yang wajar, tepat dan layak memandangkan kami masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan seperti yang disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah iaitu projek jalan luar bandar, bekalan elektrik, bekalan air dan bantuan untuk rakyat termiskin.

Ahli Yang Berhormat Bagan mengatakan hadiah projek untuk Pulau Pinang telah ditarik balik, saya fikir ia patut. Kalau kita bertanding dan kalah hadiah itu akan ditarik baliklah. Ia sepatutnya diberikan kepada Sabah dan Sarawak yang menang ataupun kepada Johor. [Disampuk] Ha, kawan saya pun sokong. Tidak apalah, untuk Sabah dan Sarawak sahaja. [Ketawa]

final • 6:33 PM

Tuan William Nyallau - Lubok Antu

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Kami di Sabah dan Sarawak seperti pepatah yang mengatakan ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’ kerana kami menganggap adalah tidak baik jika kita berlaku seperti ’anjing yang menggigit tuannya yang memberi makan dan menjaganya’. Kami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional atas peruntukan tambahan tersebut. Namun apa yang saya ingin mahu beritahu ialah saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan supaya peruntukan ini diagih-agihkan secara adil kepada setiap kawasan Parlimen di Sarawak atau di Sabah yang masing-masing menantikan peruntukan tersebut sampai ke kawasan Parlimen agar rakyat yang telah mendengar pengumuman peruntukan tersebut tidak tertanya-tanya ke mana peruntukan tersebut digunakan.

Apa yang saya ingin tahu adalah berapakah peruntukan bagi sekolah-sekolah, peruntukan bagi jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bagi setiap kawasan Parlimen, khususnya jumlah peruntukan bagi projek-projek yang akan saya dapat di kawasan Parlimen saya, Lubok Antu supaya Lubok Antu itu akan ditukarkan namanya nanti.

[Ketawa] Perkara kedua yang ingin saya utarakan di sini adalah tentang projek Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) yang baru sahaja dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun ini. Setelah pelancaran projek tersebut banyak syarikat swasta akan melabur dengan wang berbilion-bilion ringgit di kawasan tersebut. Apa yang saya minta supaya kontraktor-kontraktor anak Sarawak nanti diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja kontraktor di kawasan koridor tersebut.

Tujuan saya mengetengahkan perkara ini adalah kerana pernah satu ketika dulu kontraktor anak Sarawak khasnya di Bintulu dipinggirkan semasa pembinaan loji gas cecair Petronas ketiga - MLNG 3 di Bintulu pada tahun 1998 kerana semasa itu saya bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Bahagian Bintulu. Kontraktor-kontraktor Bintulu telah mengadu kepada saya bahawa mereka telah dipinggirkan. Saya telah membawa perkara ini kepada kontraktor induk dan kontraktor induk telah memaklumkan saya bahawa kerja- kerja yang diupah oleh kontraktor tempatan tidak memenuhi tugas-tugas kerja di loji tersebut kerana kurang mahir.

Apabila saya membuat pemeriksaan ke atas tapak projek tersebut saya melihat banyak kerja-kerja yang tidak memerlukan kerja yang mempunyai kemahiran khasnya penyeliaan tapak kerja tetapi kebanyakan pekerja yang bekerja di sana saya nampak adalah pekerja-pekerja asing dari Filipina, India dan Indonesia. Saya membuat andaian bahawa kontraktor induk yang bertanggungjawab hanya ingin mendapat untung lebih besar dengan menggunakan pekerja rakyat asing dengan membayar gaji yang lebih rendah kepada mereka. Syarikat-syarikat besar ini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan kontraktor-kontraktor tempatan. Oleh yang demikian saya memohon supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada kontraktor anak Sarawak semasa projek SCORE ini berjalan nanti.

Saya berharap seperti yang telah disarankan oleh Ahli Yang Berhormat Perdana Menteri semasa pelancaran projek SCORE dahulu bahawa beliau berharap anak-anak Sarawak bukan hanya mendengar dan melihat tetapi akan mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Perkara ketiga yang ingin saya ketengahkan di sini adalah tentang meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar. Rakyat luar bandar khasnya kaum bumiputera di Sarawak - kaum Dayak bergantung penuh untuk mendapatkan pendapatan daripada hasil pertanian.

Buat masa ini mereka amat senang hati kerana harga getah adalah tinggi.

Jadi, saya cadangkan di sini dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini supaya tumpuan seharusnya diberi untuk memberi banyak lagi subsidi untuk membantu mereka menanam di kebun getah ataupun mini estet getah di tanah NCR mereka yang sudah lama terbiar begitu sahaja tanpa memberi apa-apa hasil. Dengan cara ini sudah tentu pendapatan mereka akan meningkat memandangkan harga pasaran getah pada masa ini amatlah lumayan untuk menyara hidup mereka.

final • 6:33 PM

Tuan William Nyallau - Lubok Antu

Perkara keempat yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai masalah rakyat luar bandar yang kurang kemudahan asas iaitu jalan raya untuk memasarkan hasil- hasil mereka ke bandar. Setiap kali projek jalan luar bandar ini dicadangkan dalam Rancangan Malaysia seperti Rancangan Malaysia Keenam, Rancangan Malaysia Ketujuh, Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan pihak EPU telah menyatakan ia tidak mendapat keutamaan atau ditolak sama sekali dengan alasan ia tidak memberi faedah atau hanya menguntungkan empat atau lima buah rumah panjang atau empat, lima buah kampung dengan penduduknya yang kecil.

■1840 Kalau beginilah alasan EPU, sampai bilakah projek Jalan Luar Bandar akan sampai ke luar bandar di Sarawak dan Sabah. Pihak EPU janganlah terlampau terikat dengan alasan-alasan seperti ini sahaja. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, fakta lain seperti fakta ekonomi seharusnya diambil kira. Kalau jalan- jalan luar bandar ini dibina nanti impaknya sudah tentu kawasan-kawasan sekitar akan menarik pelabur-pelabur untuk membangun kawasan tersebut dengan ladang-ladang sawit atau estet-estet getah atau lain-lain projek pertanian, sudah tentu hasilnya akan menjana hidup mereka di luar bandar, begitu juga ekonomi negara.

Kalau kepadatan penduduk sahaja yang diambil kira oleh pihak EPU, negeri Selangor nanti akan berlapis-lapis jalan raya akan dibuat, sedangkan jalan luar bandar di Sarawak dan Sabah tidak dipedulikan atau ditinggalkan begitu sahaja dalam bila-bila Rancangan Malaysia dibentangkan. Dengan itu, patutlah jalan Ulu Lemanak, Ulu Engkari, Ulu Sekerang, kawasan saya, Ulu Kanowit, kawasan Yang Berhormat Aaron, Ulu Balih, Ulu Belaga, kawasan Yang Berhormat Billy atau Ulu Baram, kawasan Yang Berhormat Yaakob adalah tidak pernah diluluskan dalam mana-mana Rancangan Malaysia yang sudah-sudah ini. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:33 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, selepas saya meneliti laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ini dan juga ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini iaitu dalam kajian ini satu bidang atau satu sektor yang amat penting iaitu sektor pembangunan pelancongan langsung tidak ada disebut atau dilaporkan dalam kajian ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa bukan semua negeri di negara kita kaya dengan sumber alam atau sudah membangun dalam sektor perindustrian. Ada juga negeri yang terpaksa bergantung kepada pelancongan untuk mendapatkan revenue atau juga untuk membangunkan sektor-sektor lain yang secara langsung dan tidak langsung dengan pelancongan seperti negeri Melaka.

Saya berpendapat Malaysia, negara yang dicintai oleh kita semua memang mempunyai semua aspek yang cukup menarik untuk dijadikan sebagai satu destinasi utama bagi pelancong-pelancong dari negara-negara seperti China, India, Timur Tengah, Eropah dan lain-lain, tetap dengan kenyataan yang selalu kita dengar, Malaysia Truly Asia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dapat satu jawapan daripada pihak kerajaan iaitu berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membangunkan sektor pelancongan dan bolehkah nyatakan projek-projek yang telah dilaksanakan dengan kedudukan projek pada masa kini dan berapa buah projek yang dirancang telah dibatalkan dan apakah sebab-sebabnya?

Saya juga ingin tahu projek Eye on Malaysia yang akan dilaksanakan di Melaka ini, kosnya lebih kurang RM43 juta. Adakah ia salah satu projek Kementerian Pelancongan

final • 6:42 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

dan adakah peruntukan akan datang dari Kerajaan Pusat dalam bentuk pinjaman atau dengan geran.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu tentang usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan sektor pelancongan ini, adakah cabang-cabang pelancongan seperti pelancongan pendidikan dan pelancongan perubatan telah dibangunkan. Saya difahamkan bahawa negeri Melaka yang sekarang bergiat dalam pembangunan pelancongan pendidikan dan juga pelancongan perubatan dan hasil daripada usaha kerajaan ini amat menggalakkan. Sebab itu, adakah kementerian juga akan ambil kira dengan pembangunan ini dan juga akan dilaksanakan di negeri-negeri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, negeri Melaka ini yang penuh dengan latar belakang sejarah, bahan-bahan purba, kecantikan alam, pantai, gunung, alam flora dan lain-lain, saya ingin bertanya kepada kementerian iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, berapa projek telah diluluskan dan akan dilaksanakan di negeri Melaka dan bilakah ianya akan dilaksanakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh dalam kajian ini, teras 4 yang dinyatakan strategi utama yang kedua iaitu untuk memenuhi keperluan perumahan dan juga menambah baik perkhidmatan bandar. Salah satu perkhidmatan yang penting iaitu untuk pengurusan sisa pepejal yang telah dikatakan akan dapat dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, di Melaka memang kita ada satu tapak iaitu di kawasan Krubong yang dikenalkan oleh rakyat Melaka sebagai bukit sampah. Saya difahamkan bahawa tapak ini hanya dapat memuatkan sisa pepejal ini dalam enam bulan sahaja sebab di bandar Melaka tiap-tiap hari 900 tan sampah atau sisa pepejal ini terpaksa dihantar ke bukit sampah ini dan kerajaan negeri memang pernah membuat satu permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk satu projek pengurusan sisa pepejal yang canggih. Saya difahamkan dengan teknologi Jepun yang Plasma itu dan dikatakan projek incinerator ini tidak akan berbau busuk dan tidak akan mencemarkan sekitaran, tetapi sampai hari ini kita masih lagi tunggu bagaimana dengan projek yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri Ini.

Saya juga dalam Dewan yang mulia ini dengar Yang Berhormat dari Bukit Katil juga membangkitkan perkara yang sama kerana kita hanya tinggal enam bulan sahaja bahawa bukit sampah itu tidak akan dapat memuatkan sisa pepejal lagi.

final • 6:42 PM

Seorang Ahli

Gunung sampah.

final • 6:42 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, gunung. [Ketawa] Lagi satu yang membahayakan iaitu di sebelah bukit sampah ini ada satu sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chow Mah dan beratus murid ada belajar di sana dan satu taman perumahan yang besar juga berhampiran dengan bukit sampah ini.

■1850 Mengikut apa yang diberitahu kepada saya tadi iaitu pegawai-pegawai bandar raya jika selepas enam bulan kita terus menggunakannya, mungkin ‘bukit sampah’ itu akan runtuh. Kerajaan negeri pun memang memandang berat tentang perkara ini dan mencari satu tempat untuk sementara iaitu satu tapak membuang sisa pepejal ini di Ayer Molek, Kuala Linggi. Saya ada membuat lawatan ke tapak itu dan didapati hanya satu kawasan lebih kurang lapan ekar sahaja.

Memandangkan 900 tan sehari sisa pepejal akan dikumpulkan atau dibuang di tapak itu, saya ingat mungkin dalam beberapa bulan akan datang tidak dapat dimuatkan lagi. Sebab itu, perkara ini saya ingat semua Ahli Yang Berhormat dari Melaka ini amat memandang serius dan berharap kementerian dapat memberikan satu jawapan kepada kita bahawa adakah projek itu telah diluluskan? Jika projek itu tidak diluluskan, saya ingat Kerajaan Negeri Melaka akan merancang dan mungkin terpaksa menjalankan satu projek gantian.

Saya difahamkan juga bahawa tapak itu telah disediakan oleh kerajaan negeri iaitu satu pengambilan tanah telah pun diselesaikan dengan bayaran berjuta ringgit telah pun dibayar kepada tuan tanah. Diharapkan projek ini jika dalam RMK-9, saya mintalah kita

final • 6:42 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

dengan tambahan RM30 bilion yang dikatakan untuk RMK-9 ini, mungkin projek ini dapat disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kajian RMK-9 ini, semasa saya baca tentang ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada satu yang amat saya tertarik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan kita bukan hanya sahaja dapat mengekalkan kestabilan negara serta pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan malah dapat terus meningkatkan daya saing negara.

Perkara-perkara yang dapat ditunjukkan dalam ucapannya ialah semuanya bertambah baik. Jika semua bertambah baik, kita amat susah hendak menerima mengapa diesel dan petrol ini kena naik. Jika dengan keadaan yang begitu bertambah baik, mengapa kita kena menghadapi selepas kenaikan diesel dan petrol ini, semua harga barang pun terpaksa naik juga. Jika kos ini telah naik, bagaimana kita dapat tambah pesaing dengan negara-negara jiran?

Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik membaca bahawa dikatakan dalam separuh penggal RMK-9 ini, sudah dapat melahirkan hampir 68,000 orang usahawan. Di samping itu dapat melatih bersama seramai daripada 120,000 orang melalui berbagai-bagai program. Jika angka ini benar bahawa ia amat menggalakkan iaitu dalam dua setengah tahun kita dapat melahirkan 68,000 orang usahawan. Dalam RMK-9 ini saya ingat tidak kurang dari 140,000 usahawan baru akan dapat dilahirkan.

Saya ingin mendapatkan mungkin keterangan bahawa usahawan ini dalam sektor mana, dan bagaimanakah kita dapat mengklasifikasikan usahawan ini? Apakah perniagaannya ataupun daripada modal berbayar dan bagaimana kita dapat pasarannya?

Berapakah turnover baru kita dapat klasifikasikannya? Adakah dia dalam jenis-jenis perniagaan yang tertentu?

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita tahu kerajaan ada satu projek inkubator.

Iaitu satu projek yang dikatakan akan membantu rakyat Malaysia ini terutamanya daripada bumiputera agar dapat berniaga. Daripada permulaannya, bantuan daripada kerajaan iaitu pinjaman ataupun geran akan diberikan untuk membeli membina tapak, membina kilang, beli mesin, menjalankan proses untuk pengeluaran, sampai pemasaran, sampailah usahawan ini tidak memerlukan bantuan lagi dan dapat boleh menguruskan sendiri dan dapat keuntungan.

Saya ingin tahu semenjak diadakan projek ini, berapakah usahawan yang telah berjaya dibantu oleh kerajaan? Jika kita bandingkan dengan projek ini, di dalam RMK-9 ini sudah dapat 68,000 usahawan telah dapat kita lahirkan. Bagaimanakah dengan projek inkubator ini? Saya ingin mendapat satu keterangan dari pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada terlibat semasa saya bukan sebagai wakil rakyat, terlibat dalam perkilangan. Saya berhadapan dengan banyak peniaga terutama pemuda- pemuda dari kaum bumiputera yang ingin menjadi usahawan. Mereka dengan bantuan daripada pihak kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, tetapi pada pandangan saya mereka kekurangan iaitu mungkin tiada alat atau tiada mesin-mesin yang boleh membantu mereka.

Saya dapat tahu bahawa memang agensi kerajaan amat menggalakkan iaitu pembangunan dalam sektor makanan iaitu snek makanan tempatan ataupun makanan tradisi, makanan kampung yang dapat dipasarkan. Mungkin bukan hanya di negara kita tetapi di rantau Asean. Kerajaan hanya dapat membantu secara memberikan modal ataupun pinjaman untuk mereka membeli mesin-mesin. Akan tetapi reka bentuk atau ciptaan ini tidak sesuai untuk mereka.

Oleh sebab itu, saya nampak ada Ahli Yang Berhormat di Dewan ini ada membangkitkan tentang SIRIM yang mengatakan R&D atau RDC ini mungkin saya anggap mesti memberikan lebih perhatian ke atas masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan ini. Ia kerana mereka amat memerlukan agensi seperti SIRIM ini untuk membantu mereka dengan mengadakan mesin-mesin memproses makanan seperti makanan tradisional yang kita perlu.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya berharap pandangan ini kita dapat penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

final • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:42 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya yang nun jauh di sana, di seberang Lautan China.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, seperti kita ketahui dalam menjayakan lima Misi Teras Nasional Negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam Misi Teras Nasional Negara ini. Yang keempat iaitu sebanyak 42.42% dalam meningkatkan tahap kualiti hidup rakyat Malaysia.

■1900 Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada kerajaan agar menambah kemudahan infrastruktur bagi kawasan luar bandar terutama sekali di negeri Sarawak yang setakat ini masih belum memuaskan.

Keperluan pusat kesihatan di kawasan luar bandar amat diperlukan seperti menaik taraf klinik desa yang sedia ada dengan peralatan lebih moden, agar penduduk luar bandar dapat menerima rawatan yang sama seperti penduduk dalam bandar. Selain itu juga, wad bersalin untuk wanita penduduk luar bandar di klinik desa harus diperbesar. Untuk menjayakan rancangan ini, tenaga kerja profesional seperti doktor termasuk jururawatnya sekali, harus ditambah jumlahnya.

Kerajaan perlu menyediakan insentif yang menarik kepada doktor-doktor dan jururawat yang diberikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat di luar bandar. Seperti juga di kawasan saya, di mana saya dalam ucapan pertama untuk menyokong Usul Titah Yang di-Pertuan Agong, saya memohon agar dapat diperuntukkan besar kepada luar bandar.

Pada hari ini, kita membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan timbalannya juga menteri-menteri yang berkenaan kerana mereka mengambil perhatian berat untuk kita di negeri Sarawak di mana RM1 bilion akan diberi kepada negeri Sarawak. Kita harap RM1 bilion ini dapat dijayakan dengan yang terbaik dan sampai kepada sasarannya di kawasan luar bandar.

Untuk menjayakan Teras Misi Nasional Ke-4 ini, kerajaan juga harus melihat keperluan asas seperti air dan elektrik dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Bagi penduduk yang telah menikmati bekalan air selama ini adalah wajar agar mutu air tersebut ditingkatkan setaraf dengan mutu kawalan antarabangsa. Untuk masyarakat di Sarawak pula, saya memohon agar kerajaan memandang serius kepada keperluan asas ini.

Bekalan elektrik juga merupakan bekalan asas yang amat penting dan dapat mengubah corak hidup masyarakat luar bandar.

Dengan adanya bekalan elektrik ini, hasrat kerajaan untuk membina projek info desa dan melebarkan penggunaan ICT di luar bandar dapat dimanfaatkan. Andainya jika ini tidak berlaku maka sia-sialah perkara yang kita hendakkan. Jika kerajaan membekalkan kemudahan ICT kepada masyarakat luar bandar tetapi tidak dapat menggunakan dengan sepenuhnya kerana tiada bekalan asas ini iaitu elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, diharap juga agar peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan ini akan diguna untuk membina dan memperbaiki jalan yang sedia ada. Jalan ladang-ladang yang tidak berturap diminta diturap dengan segera bagi memudahkan pergerakan kenderaan serta meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna jalan raya tersebut. Dengan adanya kemudahan jaringan jalan raya yang luas ini akan meningkat aktiviti ekonomi serta meningkat produktiviti rakyat dalam industri agrikultur. Ini akan memudahkan para petani menjual hasil tanaman mereka.

final • 6:59 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Menyentuh mengenai keadaan jalan raya luar bandar di Sarawak yang masih tidak baik dan kurang sempurna, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang memberi subsidi kepada pengguna kenderaan pacuan empat roda yang 2000cc sehingga 3000cc di Sarawak dan di Sabah. Keputusan ini disambut dengan baik memandangkan penggunaan kenderaan sebegini adalah menjadi keperluan di dalam keadaan jalan dan tanah yang tidak rata.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan adalah sangat penting. Saya mengalu-alukan cadangan kerajaan yang akan menambah kira-kira seramai 60,000 anggota keselamatan bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada keselamatan negara. Pertambahan ini juga diharapkan dapat membanteras pelbagai jenayah seperti rompakan, penculikan, pengedaran dadah dan sebagainya. Anggota polis ini diharap oleh penduduk agar polis dapat bertindak dengan pantas agar penjenayah dapat dibanteras.

Penggunaan rangkaian maklumat elektronik diharap dapat meningkatkan mutu laporan polis serta memudahkan rakyat membuat laporan. Pihak polis juga digalakkan mengadakan program penerangan keselamatan kepada penduduk-penduduk dan remaja terutamanya, memandangkan program sebegini semakin kurang. Dengan adanya program sebegini rakyat akan dapat meningkatkan keyakinan kepada pihak polis.

Dalam kita sibuk mendapatkan pembangunan infrastruktur, kita juga harus tidak melupakan pentingnya untuk kita menjaga alam sekitar. Kita harus mengamalkan pembangunan yang mampan. Seperti kita ketahui adalah penting untuk negara meneroka tenaga alternatif seperti tenaga hidro dan di mana pada masa yang sama, pembangunan tenaga hidro ini juga mengambil kira penjagaan dan pemulihan alam sekitar.

Khazanah alam serta hidupan liar yang kaya di muka bumi Malaysia ini harus dipelihara. Dan saya juga berharap pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada para penyelidik universiti tempatan untuk melakukan pemetaan biologi untuk hidupan liar dan tumbuhan. Saya akui bahawa program sebegini memang telah dilaksanakan tetapi dengan perkembangan bioteknologi, kajian seperi ini akan memberi pendapatan kepada negara dari segi harta intelektual.

Kita tahu bahawa para saintis luar negara sering mengambil kesempatan ke atas kejayaan biologi Malaysia dengan membawa keluar hasil penemuan mereka yang diperoleh di bumi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh hal pendidikan. Bagi menjayakan misi negara untuk mencapai Wawasan 2020, sistem negara haruslah ditingkatkan terutama pendidikan di luar bandar seperti di Sarawak masih banyak lagi sekolah dalam keadaan daif. Pelajar menuntut ilmu dalam suasana yang tidak selesa.

Guru terpaksa berhimpit di kuarters kediaman yang serba kekurangan. Saya juga merasa sehingga kini dasar pendidikan menerapkan penggunaan ICT di kawasan luar bandar masih belum berjaya kerana banyak lagi sekolah di Sarawak tidak mempunyai bekalan elektrik dan ini akan membantutkan penggunaan ICT di sekolah tersebut.

Saya mengingatkan agar meningkatkan dahulu kemudahan asas di setiap sekolah luar bandar seperti kediaman asrama, pelajar dan peralatan pembelajaran dalam kelas supaya pelajar dapat belajar dengan selesa. Keselesaan adalah perkara pokok dalam penerimaan pelajaran. Bagi pendidikan di bandar pula meningkat bagi mutu pelajar itu sendiri dengan pendedahan kepada metodologi pelajaran yang lebih efektif dan bukan hanya berteraskan ujian. Golongan ini harus digalakkan untuk mengeluarkan idea. Ini adalah penting memandangkan kerajaan yang mahu mewujudkan budaya kreatif dan berinovasi. Untuk menjadi seorang saintis dan ahli falsafah, mereka harus mempunyai idea serta digalakkan mengeluarkan pendapat.

Kita juga harus sedar bahawa dengan memupuk budaya menjana idea ini, kita akan dapat menjayakan rancangan kejayaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dengan izin knowledge community, k-Komuniti. Kita juga mengambil kesempatan untuk menyatakan terima kasih kita kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana membawa angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke merata-rata tempat dan melawat di negeri Sarawak terutama sekali di Kuching, Sibu dan Miri. Berjumpa dengan pelajar-pelajar yang mempunyai minat

final • 6:59 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

dalam bidang sains angkasa lepas. Mereka telah datang dari pelosok sekolah di luar bandar, di bandar untuk bertemu dengan angkasawan kita.

Kita juga berterima kasih kepada Petronas kerana Petronas sangat mengambil berat tentang pelajaran dengan mengadakan scholarship ataupun biasiswa untuk pelajar- pelajar yang baik, yang mendapat kelulusan yang baik sehingga mereka dapat memasuki universiti dan ada juga diterima di Universiti Petronas. Mereka ini sangatlah kita harapkan kerana Petronas mempunyai management committee yang begitu canggih dari segi pengurusannya yang bertanggungjawab sehingga kita pada hari ini mendapat kemudahan, kesenangan daripada imbuhan perolehan Petronas di negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bincang, selalu kita dengar di sebelah Barisan Nasional dan juga di sebelah sana, kalau sebut Sabah, mesti ada Sarawak. Kalau ada Sarawak mesti ada sebut Sabah. Kami di Sarawak dengan kepimpinan yang begitu mantap dan unggul daripada Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Barisan Nasional dari berbilang komponen parti termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang begitu komited untuk menjalankan tugas beliau menjaga negeri Sarawak. Dengan itu, kami sentiasa menyokong penuh di belakang Kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dunia ini mengalami krisis kenaikan harga minyak dunia pada paras tinggi dan krisis bekalan makanan. Masalah ini juga dikongsi rakyat Malaysia dan kita tidak dapat mengelak dan masalah kenaikan harga barang dengan kenaikan harga petrol dan diesel di Malaysia. Saya berharap pihak kerajaan dapat menyediakan sama seperti yang lain apabila diberi subsidi kepada penduduk-penduduk di luar bandar, di kampung-kampung, di rumah-rumah panjang agar mereka yang menggunakan jana kuasa minyak diesel itu diberi subsidi sama dengan yang lain, yang kita telah berikan. Pihak kementerian ataupun menteri yang bertanggungjawab jangan lupa kepada mereka ini.

final • 6:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

final • 6:59 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ya, terima kasih. Saya akan menggulung. Pendek saja. Selain itu juga bekalan makanan seperti beras haruslah mencukupi sehubungan dengan pengumuman peruntukan untuk dapat projek jelapang padi di negeri Sarawak. Harap ia dapat membantu Kerajaan Malaysia untuk padi dan beras mencukupi di Malaysia. Dengan itu akhir kata kita memohon kepada Allah SWT supaya Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh pemimpin yang unggul, canggih dan berwibawa akan terus memegang Malaysia. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 6:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jemput Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 6:59 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang membentangkan perbahasan ini. Setelah pelbagai analisis yang dibuat mengikut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang mulia ini pada penggal yang lepas. Sejumlah RM620.8 juta akan dibelanjakan untuk pembangunan dan perancangan sukan dalam tempoh rancangan iaitu 2006 hingga 2010. Dengan Kementerian Belia dan Sukan terus menjadi agensi utama menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di peringkat daerah dan negeri.

■1920 Daripada peruntukan itu 48.8% atau bersamaan dengan RM299.9 juta adalah untuk membina kompleks sukan pelbagai guna dan RM280.9 juta untuk menaik taraf. Akan

final • 7:19 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

tetapi saya belum melihat dengan adanya kerja-kerja ini walaupun seribu buah kompleks sukan komuniti bernilai RM120 juta telah disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Namun sehingga hari ini, cuma beberapa tempat yang telah di pecah tanah tetapi masih belum dibangunkan. Apa yang saya musykil perkara ini hanya untuk menggula-gula seluruh rakyat ini.

Mesej saya jelas, rakyat sudah cerdik dan rakyat tidak boleh dipermainkan lagi termasuklah rakyat negeri Sabah dan Sarawak. Berkenaan dengan seribu buah kompleks sukan komuniti tadi, apakah faktor-faktor kelewatan dalam pelaksanaan projek ini dan adakah projek pembinaan kompleks sukan komuniti ini dilaksanakan secara terbuka ataupun rundingan teruskan.

Memandangkan pendekatan rundingan terus hanya dikhaskan untuk projek-projek tertentu yang memerlukan kepakaran dan kemahiran serta perlu disiapkan segera ataupun ini memang janji untuk memancing rakyat sekadar bercakap manis. Sedangkan peruntukan telah diluluskan, adakah ia belum dijalankan ataupun wang yang diperuntukkan tersebut sudah habis digunakan. Sedangkan peruntukan ini adalah untuk menambah dan menyelenggarakan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat daerah dan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam peruntukan ini sebanyak RM40 juta telah disediakan untuk program pembangunan atlet. Penekanan akan diberikan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan.

Di sini, saya juga ingin tahu apakah program yang telah dijalankan bagi meningkatkan pembangunan atlet di negara ini dan dari RM40 juta itu berapakah jumlah yang telah digunakan bagi menjalankan program ini. Bolehkah pihak kementerian memberi butiran yang lengkap ataupun peruntukan ini juga telah habis digunakan untuk kepentingan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan oleh Perdana Menteri dalam Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan juga antara teras strategik pembangunan sukan yang telah dijanjikan oleh beliau adalah memperkukuhkan jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan untuk menggalakkan pencapaian lebih baik dalam sukan.

Apakah program yang telah dilakukan bagi memperkukuhkan jentera sukan negara ini serta kos yang telah digunakan oleh kementerian dalam melaksanakan program ini. Selain dari itu juga dalam peruntukan ini disediakan peruntukan untuk membangunkan budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa program dan apakah program yang telah dilakukan di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri serta daerah bagi menggalakkan rakyat hidup aktif dan sihat melalui sukan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan Perdana Menteri juga ada disebut bahawa lapan sukan teras iaitu olahraga, akuatik, badminton, bowling, bola sepak, gimnastik, hoki dan juga skuasy akan diberi penekanan sepanjang RMK-9 ini.

Berapakah pecahan peruntukan untuk lapan sukan teras ini yang diberi jumlah yang telah digunakan dan saya minta menteri yang berkaitan membentangkan bagi membolehkan dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Menurut Kajian Separuh Penggal RMK-9 juga sebagai alasan untuk menyediakan lebih ramai atlet muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa melalui latihan dan kejurulatihan yang sistematik. Program pembangunan bakat akan menyediakan latihan kepada 14,570 atlet muda di dalam 30 acara sukan. Untuk itu jumlah pusat latihan dan jurulatih akan ditambah, manakala dua lagi sekolah sukan akan dibina. Tidak cukupkah sekolah sukan yang sedia ada di dalam negara kita ini?

Sedangkan dalam acara sukan kita hanya mendapat tempat yang tercorot.

Mungkin masalah imbuhan yang kurang lumayan diperoleh oleh atlet-atlet negara kita.

Saya rasa semua peruntukan ini lebih baik digunakan untuk diagihkan kepada atlet-atlet yang telah banyak mengharumkan nama negara dan ini salah satu faktor bagi melahirkan atlet-atlet yang cukup berpotensi atau dalam mencari lebih ramai guru pendidikan jasmani yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah. Bukannya membelanjakan peruntukan

final • 7:19 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

untuk kegunaan peralatan sukan yang mahal dan tender-tender yang berkroni. Pihak kerajaan tidak terlibat dan ini akan menghindarkan masalah rasuah yang dihadapi oleh kerajaan sekarang. Saya juga mencadangkan kerana kompleks sukan di setiap negeri diselia pihak berkuasa tempatan.

Namun, tidak salah sekiranya saya mencadangkan peruntukan ini disalurkan terus kepada pihak berkuasa tempatan bagi tujuan ini. semua pendekatan berkenaan adalah sebagai usaha untuk melahirkan atlet Malaysia yang berpotensi memenangi Sukan Asia di Doha, Qatar pada Disember ini, Sukan Olimpik pada 2008, Sukan Asia dan Sukan Komanwel pada 2010 serta kejohanan antarabangsa yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita ketahui, kita akan menjadi tuan rumah pada Sukan Pra-Olimpik Timur Jauh dan Pasifik Selatan pada tahun ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak yang terlibat dalam melahirkan atlet-atlet negara tidak kira dari semua negeri yang terlibat bagi mewakili Malaysia untuk acara ini dan tidak bolehkah peruntukan terus diagihkan seperti yang saya cakap tadi. Terus kepada kerajaan tempatan dan kerajaan tempatan bertanggungjawab dalam melahirkan atlet-atlet bagi mewakili negeri hinggalah negara adalah semua jenis acara sukan yang bakal dipertandingkan.

Selain itu juga peruntukan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan bagi mewujudkan rakyat negeri yang aktif dan sihat serta memupuk perpaduan di kalangan belia dan mencapai perpaduan negara melalui permintaan dalam sukan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri. Akhir kata segala pengagihan peruntukan, jika tidak disertakan dengan ketelusan, amanah dan good delivery system dengan izin, apa yang kita rancang, kita rangka, kita bahas akan menjadi sia-sia belaka. Matlamat dan hasrat tidak akan tercapai. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 7:19 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong.

final • 7:19 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bismillahi Rahmanni Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan pada petang ini. Saya merakamkan dahulu ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, dengan usaha kerajaan yang berterusan, negara telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Namun kita tidak boleh berpuas hati dan harus melipatgandakan usaha kerana dengan perubahan sosioekonomi yang berlaku, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan sudah tentu ia akan memberikan impak besar kepada kehidupan masyarakat terutama masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah.

Justeru, keutamaan mesti kepada penyelesaian masalah rakyat luar bandar secara terus. Masalah yang kita anggap remeh, tetapi ia sebenarnya begitu besar di hati rakyat. Kita begitu bersetuju dengan beberapa langkah kerajaan menangguhkan projek monorel dan BORR di Pulau Pinang. Ini satu langkah penjimatan. Maka, wang berkenaan boleh digunakan untuk usaha membasmi kemiskinan termasuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui program usahawan dalam bidang pertanian, membangunkan kemudahan prasarana luar bandar, meningkatkan taraf pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Masyarakat Orang Asli misalnya, mereka perlu diberi pembelaan.

Saya minta supaya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli benar-benar memainkan peranan. Kemiskinan di kalangan mereka masih tinggi. 50% daripada 141 ribu masih miskin, 18% adalah miskin dan 32% daripadanya adalah miskin tegar.

■1930 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu memberikan fokus kepada meningkatkan pembinaan modal insan di kalangan mereka. Keciciran terutama dalam bidang pendidikan di kalangan mereka masih tinggi. Pembangunan mesti diutamakan.

final • 7:28 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Usaha meningkatkan ekonomi dan kemudahan asas di kawasan penempatan Orang Asli mesti ditingkatkan. Masalah perumahan mereka mesti diselesaikan. Hak milik tanah mereka mesti diutamakan. Saya ingin mengambil contoh di kawasan Lenggong misalnya di RPS Air Dala masih ada masalah tentang keperluan bekalan elektrik dan air, kemudahan jalan masuk di RPA Air Bah Lenggong juga perlu ditingkatkan dan saya percaya ia berlaku juga di kawasan-kawasan lain.

Adalah tidak adil dengan sokongan yang begitu kuat mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional, kita tidak membela kepentingan mereka. Justeru itu kita berharap kementerian berkenaan segera mengambil tindakan terhadap perkara ini. Dalam membantu rakyat di situasi yang sukar ini saya mencadangkan supaya misalnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperbanyakkan peluang kegiatan ekonomi di sektor pertanian dan penternakan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Kementerian Pelajaran Malaysia misalnya tambah bilangan pelajar yang berpeluang dalam rancangan makanan tambahan, tingkatkan pemberian biasiswa, bantuan pakaian sekolah, uniform dan sebagainya yang benar-benar diperlukan oleh rakyat.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi misalnya peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan perlu dipertingkatkan. Tahniah atas pengumuman Yang Berhormat Menteri kalau hendak memberi mesin jahit misalnya bagi kerana ia memberi peluang peningkatan pendapatan terutamanya kepada ibu-ibu tunggal dan sebagainya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bantuan kepada golongan miskin, kurang berkemampuan kepada ibu tunggal, OKU dan sebagainya perlu dipertingkatkan. Ini cukup penting bagi memastikan segala yang dihadapi rakyat ketika ini dapat kita benar-benar bantu. Saya bukan mencadangkan sesuatu yang tidak realistik.

Barisan Nasional telah berikan semua ini. Cuma saya cadangkan agar ia dipertingkatkan dan ditambahkan sesuai dengan apa yang disebut dalam Kajian Separuh Penggal yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, semua berkata bahawa generasi muda penting kepada negara. Masa depan negara bergantung kepada mereka. Saya setuju kerana dengan jumlah besar 11.1 juta yang mewakili lebih daripada 49% penduduk negara ini maka pengaruh dan kekuatan mereka mampu untuk merubah keadaan negara ini. Kita bercakap mengenai perlunya perhatian diberikan kepada mereka, tentang pentingnya mereka kepada bangsa, agama dan negara, sebab itu langkah-langkah yang lebih konkrit perlu dilakukan bagi memberikan perhatian besar kepada mereka. Kita perlu meningkatkan peluang pekerjaan dan kerjaya mereka, peluang menambahkan kemahiran dan pendidikan mereka, meningkatkan peluang latihan, kepimpinan dan keusahawanan, perbanyakan pusat aktiviti, rekreasi dan kegiatan mereka terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

Banyak isu dan perkara yang melingkari mereka. Kita tidak boleh salahkan mereka sebaliknya kita mesti bersama mereka. Jika kita mahu menarik mereka. Maka kerajaan mesti menyelesaikan dan menjuarai isu-isu mereka dan kita mesti berada di tengah-tengah mereka. Memang banyak kementerian, jabatan dan agensi yang ingin menangani masalah belia. Cuma kadang-kadang ada pertindihan berlaku. Sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya ingin cadangkan supaya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Belia Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ini mampu memainkan peranan besar ke arah memastikan belia dalam negara ini diberikan pembelaan sewajarnya.

Saya harap Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat mengemukakan cadangan ini kepada Kabinet supaya dapat dilaksanakan segera. Saya percaya jika Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Sukan boleh diadakan maka Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ini lebih wajar dan lebih perlu diadakan kerana jumlah belia dalam negara ini lebih besar daripada jumlah atlet yang dilahirkan oleh negara.

Justeru itu adalah amat jelas akan kepentingan dan perlunya golongan belia diberikan keutamaan oleh kerajaan. Maka saya minta kerajaan memperkasakan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Situasi sudah berubah. Belia amat penting. Maka kementerian ini juga perlu dilihat penting. Justeru itu wajar ditambahkan peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia agar dapat melaksanakan pelbagai

final • 7:28 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

program untuk belia, penambahan pegawai di semua peringkat, memperkasakan pertubuhan belia di semua peringkat, bantuan pentadbiran, latihan kemahiran diperbanyakkan, pusat-pusat aktiviti dan kegiatan belia diperbanyakkan, termasuk kemahiran, latihan, bantuan keusahawanan dan sebagainya. Saya cadangkan kepada kerajaan jika belia penting maka Kementerian Belia dan Sukan mesti diangkat kedudukannya dengan segera supaya ia benar-benar dapat memainkan peranan yang penting dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini begitu berani individu dan pihak tertentu mengadakan program yang membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka dan menyentuh perkara-perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang memudaratkan negara. Tindakan Majlis Peguam misalnya adalah contoh yang terbaru. Saya minta supaya kerajaan terutama Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mesti memantau dan bertegas dalam perkara ini. Jangan biar pihak-pihak mencabar keharmonian dan perpaduan dalam negara ini. Laman-laman web, blog internet dan pelbagai media alternatif lain jangan dibiarkan bebas sehingga menggugat keharmonian masyarakat. Demokrasi bukan bermakna undang-undang dan peraturan negara boleh dicabar sesuka hati. Kerajaan mesti bertegas, berani bertindak. Saya yakin jika kerajaan lakukan ini kerana majoriti rakyat inginkan keamanan, keharmonian dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, semua pihak perlu akui termasuklah sahabat-sahabat kita dari Pakatan Rakyat. Kalau dibandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat, Barisan Nasional yang telah memerintah lebih 50 tahun dahulu lebih banyak memberikan kebajikan.

Pendidikan, lihat bukan sahaja buku percuma, biasiswa malah inilah kerajaan yang menyediakan rancangan makanan tambahan kepada pelajar-pelajar di dalam negara.

Pembangunan luar bandar, apa yang tidak kerajaan sediakan? Rumah, jalan, kampung, elektrik dan sebagainya telah dan sedang disediakan.

Bantuan kebajikan, bantuan OKU, ibu tunggal walaupun masih belum menyeluruh dan mencukupi tetapi Kerajaan Barisan Nasional telah memulakan langkahnya sejak lama lagi. Perniagaan, keusahawanan, peluang berniaga, pinjaman, dana dan sebagainya kerajaan sedia untuk semua. Memang ianya belum cukup dan kita harap ianya ditambah dari semasa ke semasa.

Soalnya, ada rakyat yang tidak tahu ada masyarakat yang tidak sedar malah menganggap kerajaan tidak melakukan apa-apa. Saya berjumpa dengan seorang mahasiswi di Melaka. Saya temui dan berkata dia dan keluarganya tidak mendapat sedikit nikmat pun daripada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan dia adalah penerima pinjaman PTPTN dan ibunya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya baca dalam sebuah laman blog di mana seorang yang mendakwa berjaya dalam bidang perniagaan telah masuk universiti dalam negara ini, berpendidikan tinggi tapi dengan megah mendakwa bahawa dia sedikit pun tidak mendapat nikmat daripada Dasar Ekonomi Baru. Bagaimana Kementerian Penerangan ingin menjelaskan perkara ini?

Saya ucap tahniah langkah mewujudkan rancangan Blog oleh RTM. Cuma saya ingin tanya kepada Kementerian Penerangan apa usaha dilakukan bagi menjawab dan memberi maklumat yang tepat terhadap pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh ramai pengendali blog dalam negara ini. Atas sebab itu Kementerian Penerangan Malaysia perlu memainkan peranan dalam soal ini. Lakukan sesuatu dengan baik, dengan cabaran, dengan pelbagai keadaan dalam bentuk media baru hari ini saya minta menteri jadikan Kementerian Penerangan satu kementerian yang mampu menyampaikan apa juga agenda kerajaan yang disediakan pada hari ini, secara betul, jelas dan akhirnya rakyat tahu betapa banyaknya bantuan dan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap kita selesaikan masalah rakyat walaupun kita anggap remeh. Sekali lagi saya ulang dan saya cadangkan supaya kerajaan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat. Walaupun kita anggap ianya kecil tapi sebenarnya ia besar di hati mereka. Saya bagi contoh di kawasan saya misalnya Ibu Pejabat Polis Daerah Lenggong yang diturun taraf menjadi taraf balai. Sudah tentu rakyat marah kerana urusan-urusan kecil walaupun hendak memohon permit RM1 terpaksa lebih

final • 7:28 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

daripada 56 kilometer yang memakan belanja tambangnya daripada apa yang ingin mereka selesaikan.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menghapuskan hutang lapuk bagi peserta-peserta RISDA tapi saya harap peserta-peserta rancangan tanah kelompok FELCRA misalnya juga perlu diberikan perhatian. Contohnya penghapusan hutang lapuk bagi peserta rancangan tanah kelompok FELCRA Gugusan Chepor di Lenggong. Ini masalah yang membebankan rakyat. Saya percaya ia juga dihadapi di kawasan-kawasan lain. Pusat kesihatan misalnya mesti dipertingkatkan. Di Lenggong kalau ada masalah yang kritikal terpaksa pergi ke lebih 56 kilometer. Kalau hospital di Gerik tak boleh selesai maka terpaksa patah balik dihantar ke Kuala Kangsar atau di Taiping. Ini sebenarnya cukup memberi masalah kepada rakyat malah ada kes-kes itu yang menyebabkan pesakit meninggal di dalam ambulan sahaja. Ini masalah yang benar-benar perlu diselesaikan walaupun saya kata tadi dianggap remeh ianya cukup besar di hati rakyat. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya kita kena selesaikan masalah rakyat. Kalau kita selesaikan masalah rakyat insya-Allah akan terus bersama kita.

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Bismillah hirahmanir rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut berbahas di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Ada benda yang kita perlu bersetuju dengan pembentangan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, ada benda yang kita perlu memberikan pandangan dan kajian semula dan ada juga benda yang kadang-kadang kita perlu memberikan beberapa kritikan.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah dirangka pada tahun 2006 dan perancangan ini dijangka tamat pada tahun 2010 yang mana sebahagiannya adalah untuk hendak melaksanakan atau hendak menjayakan misi nasional negara ataupun yang telah disebut oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai misi ataupun Wawasan 2020.

■1940 Saya tidak mempersoalkan berkaitan dengan soal tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi apa yang ingin saya berikan pandangan ialah bagaimana kita memahami maksud demokrasi di dalam pembangunan negara. Apa yang ingin saya faham ialah demokrasi yang telah disebutkan, yang difahamkan melalui teori-teori demokrasi ialah kita mengagihkan pembangunan mengikut kepada orang yang berhak untuk menerima pembangunan.

Sebagai contohnya apabila rakyat di dalam sesebuah negara itu berhak untuk menerima pembangunan daripada hasil mahsul negara maka kita kena berikan hak itu kepada rakyat. Akan tetapi apa yang berlaku ialah kita dapati sebahagian daripada pembangunan negara ini telah diagihkan tidak mengikut seperti mana yang dikehendaki dalam demokrasi pembangunan.

Setengah daripada negeri-negeri selepas daripada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu telah dianaktirikan. Saya ingin bertanya kepada Perdana menteri, mengapakah perkara ini berlaku? Mengapakah apabila rancangan yang begitu cantik dibuat pada tahun 2006. Akan tetapi apabila di dalam pilihan raya yang lalu negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat diminta untuk mengkaji semula semua projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sebagai contohnya sebagaimana seperti yang disebut rakan saya Yang Berhormat Lenggong tadi soal projek monorel di Pulau Pinang. In sebahagian daripada

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

contoh jelas yang ingin saya paparkan di dalam Dewan ini bahawa kalaulah Pulau Pinang itu masih lagi dapat kepada Kerajaan Barisan Nasional saya pasti dan saya cukup yakin projek itu akan diteruskan, tetapi apabila terlepas Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat diminta kaji balik. Bermakna ini soal tidak adilnya di dalam proses demokrasi pembangunan.

Saya minta supaya kita rasional di dalam pembangunan negara ini. Kita betul- betul memberikan hak kepada orang yang berhak. Sebagai contohnya, rakan-rakan kita daripada Barisan Nasional, Ahli-ahli Parlimen mendapat peruntukan sebanyak RM500,000.

Mengapakah soal RM500,000 ini dianaktirikan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang? Jadi ini menyebabkan rakyat bangun untuk menyatakan pandangan dan keresahan ini walaupun telah disebut berulang kali tetapi nampaknya Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada kesilapan mereka.

final • 7:39 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan sedikit. Penjelasan, adakah Yang Berhormat setuju inilah contoh Barisan Nasional mengkhianati rakyat jelata?

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur dan saya sangat bersetuju.

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Baru masuk.

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Walaupun baru masuk tetapi dia memahami sebab ini orang yang sudah lama berada dalam Dewan. Jadi bagaimana benda ini hendak selesai?

Saya ingin mengingatkan kepada rakan-rakan daripada Barisan Nasional.

Walaupun menyebut soal tempoh 50 tahun pun tempoh pemerintahan negara tetapi rakyat hari ini semakin cerdik, rakyat hari ini mempunyai maklumat yang begitu cepat, rakyat hari ini mendapat maklumat yang tepat tentang situasi negara. Oleh sebab itu janganlah kita menjadikan ini sebagai alasan untuk kita hendak menafikan soal pembangunan demokrasi yang telah saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang beberapa aspek sahaja di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini khususnya dalam bidang pertanian kerana saya berlatar belakang pendidikan dalam bidang pertanian. Saya mendapati bahawa ada projek- projek yang disebut di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini tidak begitu relevan dalam situasi negara sedang menghadapi krisis makanan dan juga dunia sedang menghadapi krisis makanan.

Sebagai contohnya industri kenaf, yang begitu disebut oleh kerajaan untuk ditingkatkan. Bukanlah bermakna saya tidak bersetuju dengan industri kenaf ini ataupun industri-industri yang lain. Akan tetapi ketika negara sedang mengalami situasi soal industri makanan ataupun dengan izin food industries security, kita dapati bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada industri-industri berasaskan kepada makanan asasi sama ada penternakan ataupun beras.

Di Terengganu, saya dapati ribuan hektar tanah-tanah terbiar mungkin rakan-rakan saya daripada negeri Terengganu boleh mengesahkan. Saya telah mengesahkan daripada rakan daripada negeri Terengganu, mengatakan bahawa memang terdapat ribuan hektar kawasan sawah terbiar dengan mempunyai infrastruktur yang lebih baik daripada kawasan- kawasan di MADA ataupun di KADA sebahagian tempatnya. Saya ingin betulkan, sebahagian tempatnya mempunyai infrastruktur tetapi terbiar begitu sahaja. Sedangkan kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, berusaha hendak meningkatkan tanaman padi di Sarawak dan Sabah, kawasan baru. Ya, kita faham soal penerokaan kawasan baru ini memerlukan infrastruktur yang lebih tinggi, soal ladangnya, soal salirannya, soal pembangunan-pembangunan awal bangunan dan sebagainya memerlukan kos yang lebih tinggi.

Mengapakah soal tanah terbiar yang berlaku khususnya kawasan yang begitu luas di negeri Terengganu tidak diangkat, tidak diselesaikan dengan menggunakan segala akta- akta ataupun enakmen-enakmen yang ada di dalam negara kita. Sebagai contohnya di bawah Kanun Tanah Negara terdapat seksyen-seksyen tertentu yang membolehkan

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

kerajaan merampas tanah-tanah milik individu yang tidak diusahakan yang dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun mereka mengatakan bahawa lebih baik kita beli beras daripada kita tanam padi. Akan tetapi sekiranya tanaman padi ini dibuat secara komersial bermakna dengan tempoh dengan jumlah keluasan yang besar, ia akan memberikan pulangan yang besar, ia akan memberi pulangan yang banyak.

Oleh sebab itulah saya ingin meminta pihak Kementerian Pertanian memberikan tumpuan yang lebih dalam situasi negara kita menghadapi krisis makanan di peringkat negara dan di peringkat dunia hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana faktor makanan ini adalah merupakan perkara yang paling penting. Mengikut FAO mengatakan bahawa tiga komponen utama di dalam security makanan ini ataupun soal industri makanan ini. Pertama, pengeluaran makanan mencukupi. Pengeluaran makanan mencukupi dalam negara kita sekarang ini dengan lapan jelapang padi di dalam negara kita, kita hanya mampu menyediakan sebanyak 70% sahaja. Sedangkan 30% lagi beras adalah diimport daripada luar negara sama ada di Vietnam, Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Namun sekiranya projek-projek padi ini ditingkatkan pengeluarannya, saya pasti negara kita bukan sekadar mencukupi makanan 100% tetapi berupaya untuk mengeksport beras kepada negara-negara lain. Oleh sebab itulah tumpuan seharusnya diberikan kepada industri makanan.

Tuan Yang di-Pertua, penawaran yang stabil dan segmen penduduk terpencil dan tersisih mempunyai akses kepada makanan itu saya rasa selesai di peringkat negara kita.

Perkara kedua yang ingin saya sebutkan ialah soal pembangunan koridor.

Walaupun kita mempunyai misi kerajaan mewujudkan beberapa koridor dalam negara kita tetapi saya ingin memberikan beberapa pandangan dan pertimbangan-pertimbangan.

Pertamanya ialah soal penguasaan agensi yang melibatkan koridor ini kepada jabatan ataupun majlis-majlis yang mempunyai authority. Kita bimbang kerana sekiranya agensi pembangunan wilayah ini masuk ke dalam sesuatu kawasan dia akan menafikan peranan majlis-majlis daerah. Saya ingin menyebutkan satu contoh yang cukup signifikan.

Ahli Parlimen Langkawi pun ada, iaitu Majlis Daerah Langkawi. Selepas diwujudkan LADA sebuah agensi yang lebih besar daripada majlis daerah yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan dan Menteri Besar.

■1950 Akhirnya, LADA itu menjadi begitu terpencil dan terkecil dalam istilah saya kecil dan tersisih begitu sahaja. Jadi inilah di antara kebimbangan kita, kita bimbang sekiranya Kerajaan Persekutuan menjadikan koridor-koridor ini sebagai sebuah agensi yang akan menafikan peranan-peranan majlis ataupun agensi di peringkat negeri.

Yang keduanya ialah soal perancangan, perancangan koridor ini nampaknya dengan izin top down, bukan down top, daripada atas ke bawah. Maknanya mereka rancangan di dalam bilik air-cond, mereka rancang di Putrajaya, mereka rancang di atas lalu mereka laksanakan di bawah. Sedangkan perkara itu tidak dikehendaki oleh rakyat.

Ada benda yang kadang-kadang kita harus menghargai pemikiran dan minda rakyat. Kita harus mendapat input-input yang sebenar daripada orang bawah. Mereka berhak untuk memberikan pandangan terhadap pembangunan di dalam kawasan mereka tetapi bila menggunakan Akta Pembangunan Koridor ini, menggunakan segala agensi dan kewangan yang begitu kukuh di peringkat Kerajaan Persekutuan, akhirnya minda rakyat ini tidak dimanfaatkan. Pandangan-pandangan rakyat ini diketepikan begitu sahaja.

Oleh sebab itulah, kita minta supaya Perdana Menteri memberikan peluang dan ruang kepada agensi-agensi di peringkat akar umbi, rakyat-rakyat di bawah ini memberikan pandangan terhadap idea-idea mereka. Kita bimbang sekiranya kadang-kadang rancangan-rancangan yang besar itu hendak dilaksanakan, kita bimbang rakyat menolak dengan begitu kasar sekali. Ada beberapa kes dulu apabila kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau peringkat negeri hendak melaksanakan seperti contohnya era 90-an,

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

awal 90-an, Jerai International Park, sebuah Taman Jerai Antarabangsa yang hendak dibuat, yang akan melibatkan kawasan dan penduduk yang begitu ramai. Hendak membawa nilai-nilai daripada luar dan sebagainya tetapi akhirnya mendapat penentangan yang begitu keras daripada penduduk-penduduk tempatan.

Oleh sebab itulah kita minta supaya rancangan-rancangan yang dibuat, perancangan yang dibuat di dalam koridor ini melihat faktor-faktor pandangan daripada rakyat jelata kerana ada kenyataan yang telah dibuat oleh naib presiden bahagian perancangan korporat mengatakan bahawa dalam ECER di Wilayah Pantai Timur sahaja, Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang meliputi 51% daripada kawasan Semenanjung mempunyai 227 projek yang telah dikenal pasti yang hendak dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun.

Yang ketiganya ialah, oleh kerana projek koridor ini berskala besar, mega, kita bimbang yang mendapat hasil kekayaan daripada projek ECER ini hanyalah pelabur- pelabur ataupun kontraktor-kontraktor yang besar ataupun syarikat-syarikat milik kroni dan rakyat hanyalah mendapat sisa-sisa. Saya bimbang bukan sekadar rakyat hanya mendapat sisa-sisa yang kecil tetapi menjadi kuli dan yang lebih teruk lagi hanyalah menjadi penonton kepada pembangunan yang hendak dibuat oleh projek koridor ini. Sebab itulah kita minta supaya kerajaan prihatin kepada syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat sederhana milik rakyat tempatan yang akan menyumbang kepada pembangunan koridor ini.

Janganlah kita hanya mendapat sisa-sisa yang begitu naif sekali sedangkan orang luar mendapat habuan yang begitu hebat sekali.

Yang keempatnya, yang mendapat keuntungan daripada projek mega ini adalah daripada sistem yang kita bimbang ialah sistem rundingan terus. Oleh sebab projek ini berbilion-bilion, ada yang berjuta-juta, kita bimbang semua projek-projek ini diberi secara rundingan terus. Kita minta, bukanlah bermakna saya mengatakan bahawa perlu tender terbuka tetapi kita mengagihkan mengikut kesesuaian yang boleh dinikmati oleh syarikat- syarikat tempatan. Sekiranya projek rundingan terus sudah pasti syarikat-syarikat yang dimiliki oleh rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat, tidak mendapat habuan. Jadi inilah di antara kebimbangan-kebimbangannya.

Yang berikutnya, soal majlis penyeliaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dalam akta disebut soal majlis penyeliaan. Majlis penyeliaan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ahli-ahlinya ialah menteri-menteri besar di dalam wilayah tersebut. Saya bimbang sekali lagi selepas pilihan raya yang lalu, sekiranya negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menguasai sebahagian besar daripada Semenanjung ini, akhirnya Perdana Menteri delay, kemudianlah kita mesyuarat dan sebagainya ataupun peruntukan ini kita lewat-lewatkan. Itulah yang berlaku selama 50 tahun pemerintahan.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merumuskan beberapa perkara. Dalam memastikan industri makanan, saya ingin minta ketegasan daripada Kementerian Pertanian supaya melaksanakan tuntutan dan harapan yang telah dibuat oleh wakil-wakil rakyat sama ada Barisan Nasional ataupun pembangkang Pakatan Rakyat. Saya dapati suara soal menjaga industri makanan ini begitu jelas, loud and clear dengan izin disuarakan oleh semua wakil-wakil rakyat. Bermakna keprihatinan kementerian seharusnya dimaksimumkan kepada melaksanakan agenda food security ini. Dan kita minta supaya kawasan-kawasan terbiar ini diusahakan dengan memaksimumkan soal pembangunan pertanian dalam kawasan tersebut.

Yang keduanya, kita tidak menolak pembangunan, kita memerlukan pembangunan tetapi pembangunan yang kita perlukan mestilah sesuai dan secocok dengan nilai-nilai dan dasar dan budaya ketimuran yang penuh dengan adab dan susila yang terangkum di dalam perpaduan orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Yang berikutnya, kita mengharapkan supaya kerajaan melibatkan rakyat ataupun wakil-wakil rakyat di dalam projek pembangunan negara kita supaya pembangunan ini benar-benar memberikan kesan kepada peringkat akar umbi dan kita bimbang, takut pepatah Melayu berkata “menang sorak, kampung tergadai”, projek pembangunan akhirnya terlepas kepada orang lain.

Akhir sekali, kita minta supaya memastikan dalam pengagihan projek, satu kaedah difikirkan bagaimanakah benar-benar pengagihan projek daripada pembangunan di bawah

final • 7:39 PM

Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Rancangan Malaysia Kesembilan ini benar-benar dapat diagihkan kepada rakyat jelata yang boleh mendapat manfaat keseluruhannya. Terima kasih, itu sahaja, Assalamualaikum.

final • 7:39 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Rezekilah, 25 kali bangun.

Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sabak Bernam juga bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan kajian separuh penggal RMK-9 di dalam Dewan yang mulia ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kerana berjaya mengekalkan momentum perkembangan positif negara walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi dunia dan peningkatan drastik harga minyak mentah. Ini dilahirkan dalam pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan minggu lalu.

Antaranya kita mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.1% setahun meningkatkan pendapatan rakyat per kapita daripada RM18,840 tahun 2005 kepada RM23,066 untuk tahun 2007 dan mengurangkan kadar kemiskinan dari 5.7% tahun 2004 kepada 3.6% tahun 2007. Saya juga amat menyokong lima teras utama misi nasional. Antaranya yang pertama, meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara dan yang kedua meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Menyentuh perkara teras yang pertama, saya ingin menyebut dua bidang utama iaitu pertanian dan pelancongan. Saya dari kawasan Sabak Bernam amat berbangga kerana jelapang padi negeri Selangor yang menganjur dari Tanjung Karang hingga ke Sabak Bernam dan diakui sebagai jelapang paling produktif di Malaysia. Kemampuan petani dengan dibantu teknologi pengairan seperti baja dan benih telah menghasilkan pengeluaran padi sehingga 10 tan sehektar semusim. Kini ada di antara petani yang mampu menghasilkan padi melebihi 10 tan sehektar.

Saya ingin melihat inisiatif yang lebih dinamik dan proaktif di pihak kerajaan untuk menjadikan jelapang padi Selangor terus berdaya maju dan kaya. Saya mahu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensinya seperti Jabatan Pertanian dan MARDI harus segera memperkenalkan dan mengimplementasikan cara-cara pengurusan dan teknologi penanaman yang maju bagi meningkatkan hasil tanaman padi Selangor secara merata, menyeluruh dan jangka panjang.

■2000 Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap tiada mana-mana petani di Selangor yang ketinggalan dalam penghasilan padi sekurang-kurangnya 10 tan sehektar bagi semusim. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah inisiatif tambahan dan pengukuhan untuk terus memajukan jelapang padi negeri Selangor ini.

Usaha ini menyahut pengisian dasar jaminan makanan negara dengan maksud meningkatkan bekalan makanan dalam negara sambil mengurangkan import dari negara luar. Sementara kita memulihkan dan membangunkan jelapang padi seperti di Terengganu, Kelantan, Sarawak dan lain-lain negeri, jelapang padi sedia ada mesti terus dipermodenkan lalu menjadi contoh kepada yang lain.

Bidang yang kedua yang saya ingin sebutkan adalah pelancongan. Kawasan Sabak Bernam terkenal dengan pelancongan homestay dan berteraskan pertanian. Satu lagi potensi ialah aktiviti rekreasi dan pelancongan di laut seperti memancing dan sebagainya. Saya kira sub industri pelancongan ini amat berpotensi untuk dikembangkan di Sabak Bernam memandangkan keadaan laut yang lebih tenang. Sumber marinnya yang kaya dan kewujudan ramai nelayan pantai.

final • 7:58 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Saya harap Kementerian Pelancongan dan agensi di bawahnya dapat membantu usaha-usaha ini dengan menggalakkan penerokaan pakej-pakej pelancongan dan rekreasi yang berintegrasi yang meliputi aktiviti memancing, pertanian dan homestay dapat diwujudkan. Misalnya ialah Kelong Paradise Waterfront Resort di Bagan Nakhoda Omar atau BNO Sabak Bernam yang menyediakan pakej aktiviti memancing, percutian, mesyuarat dan seminar di tengah laut. Ia berdaya maju dan boleh dijadikan contoh pemangkin modal sub industri pelancongan yang saya sebutkan tadi.

Cuma, saya juga berharap kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani supaya dapat membina lebih banyak tukun-tukun ikan atau kebun-kebun ikan ini di persisiran pantai untuk membanyakkan lagi ikan-ikan di situ.

Untuk perkara teras kedua, Misi Nasional yang berkaitan dengan pembinaan modal insan, saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggir kawasan luar bandar seperti Daerah Sabak Bernam dalam usaha memperkasakan modal insannya.

Di Sabak Bernam juga ada wujud Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi untuk anak-anak kita dari seluruh negara belajar. Namun saya rasa masih belum mencukupi kemudahan pendidikan untuk anak tempatan khasnya dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Untuk itu, saya mohon mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran agar diwujudkan Sekolah Menengah Teknik. Saya percaya kemudahan ini akan mewujudkan akses kepada pendidikan yang lebih baik dan berkualiti untuk anak-anak muda di Sabak Bernam khasnya dan amnya pada anak-anak muda di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat adalah aset negara yang paling berharga.

Membangunkan modal insan merupakan tanggungjawab yang besar kepada negara.

Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan. YAB Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan atau RMK-9 menggariskan tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Tiga strategi tersebut ialah:

(i) meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan;

(ii) memperkukuhkan keupayaan sains, inovasi, dan penyelidikan dan pembangunan atau R&D; dan

(iii) memupuk masyarakat yang berbudaya dan memiliki kekuatan bermoral.

Semua strategik yang tersebut di atas, merupakan perencanaan manusia untuk memakmurkan dan mencipta kejayaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 61 yang bermaksud “Dia yakni Allah telah menciptakan kamu dari bumi atau tanah dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya”. Asas ini jelas menunjukkan bahawa, manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini.

Kejayaan pembangunan sesebuah negara atau negeri bergantung kepada nilai sumber manusia atau modal insan yang telah terbina. Pentingnya pembangunan modal insan kerana kesejahteraan dan kemajuan pembangunan sesebuah negara itu terletak kepada insan-insan yang mempunyai nilai yang tinggi dan mulia dari sudut rohani, emosi, intelektual dan jasmani. Justeru saya menyokong penuh usaha-usaha pemerkasaan modal insan supaya dapat melahirkan insan yang terpelihara akhlak dan harga dirinya.

Tuan Yang di-Pertua, kemajuan dan kemewahan sesebuah negara tidak akan kekal sebab itu Ibnu Khaldun mengingatkan kita semua bahawa dengan sebab perpecahan politik dan kekacauan ekonomi sesebuah negara itu akan berada pada tahap lemah dan kejatuhan. Bagi saya, tanggungjawab untuk memastikan negara terus berada dalam keamanan dan mempunyai modal insan yang berkualiti adalah peranan kita semua termasuk Ahli Parlimen kerana kita dianggap sebagai role model.

Berikut disenaraikan 15 kriteria insan yang boleh dianggap sebagai role model seperti berikut:

final • 7:58 PM

Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

(i) mempunyai pegangan dan amalan yang kuat terhadap sebanyak mungkin nilai dan prinsip agama;

(ii) memperlakukan apa yang dikatakan;

(iii) berjaya menimbulkan keyakinan kepada mereka yang terlibat bersamanya sama ada dalam profesionnya, sektor penglibatannya, masyarakatnya dan sebagainya;

(iv) merupakan antara rujukan atau tempat mencari penyelesaian yang pertama dituju apabila timbul sesuatu keperluan;

(v) menjadi contoh yang hidup pada banyak perkara, baik yang sekadar wujud dalam bentuk lisan mahupun tulisan;

(vi) mampu menjadikan benteng terhadap suatu serangan yang melanda bidangnya dengan mengadunkan profesionalismenya, adab dan prinsip mencari kebenaran;

(vii) jelas dengan tasawur ataupun world view dalam uslub pendekatan cara dan strategi apabila hendak mencapai suatu matlamat yang mana ia tidak akan menyalahgunakan emosi, sentimen, dan sifat taksub sehingga kepentingan peribadi didahului dengan kepentingan ramai;

(viii) lulus pelbagai ujian sebenar terhadap kekuatan iman, kekuatan mental dan kekuatan moral;

(ix) kaya dengan ilmu, pengalaman dan track record yang meyakinkan;

(x) berjiwa besar dengan pengertian yang mana keredaan Allah SWT dilebihkan daripada kepuasan persendirian. Kejayaan pihak yang lebih baik daripadanya diterima sebagai kejayaannya juga. Penerimaan kebenaran diukur berdasarkan apa yang diutarakan bukan siapa yang mengutarakan dan sebaginya;

(xi) tidak lemas dengan tarikan materialisme seperti kedudukan, glamour, harta dan sanjungan malah lebih insaf dan tawaduk dengan setiap peningkatan statusnya dalam masyarakat;

(xii) berani mengaku salah kerana dalam kesalahannya ada pengajaran bagi semua. Oleh itu role model mengiktiraf dirinya sebagai manusia biasa bukan maksum seperti nabi;

(xiii) kaya dengan idea, inovasi dan kreativiti semata-mata untuk memperbaiki bidang yang terlibat tetapi tidak sehingga menimbulkan keadaan yang boleh menzalimi mana-mana pihak;

(xiv) terkini dengan perkembangan yang relevan dengan penglibatannya kerana ia sedar, keperitan, keciciran umatnya dalam pembangunan tamadun; dan

(xv) bersedia untuk di muhasabahkan.

Sekian, Sabak Bernam mohon menyokong. Terima kasih.

final • 7:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 7:58 PM

Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Sabah, apa pun tidak cukup. Pembangkang pun tidak cukup. Di bawah RMK-9, Sabah tidak menerima apa yang dijangkakan.

final • 8:07 PM

Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Di sini saya ingin membangkitkan beberapa perkara. Dalam pembangunan infrastruktur, Sabah terkenal dengan jalan dan parit yang buruk, rosak dan terbiar sama ada di kawasan bandar dan kawasan luar bandar keadaan jalan di Sabah sangat teruk berbanding dengan jalan-jalan di Semenanjung.

Apa yang dikatakan, lebuh raya di Sabah kadangkala tidak sebaik jalan estet di Semenanjung. Sistem parit yang teruk menjadi punca banjir di kawasan perumahan, di lebuh raya, di pusat bandar dan di kawasan perindustrian. Di Kota Kinabalu hingga sekarang hanya mempunyai tiga flyover, dengan izin, dua telah siap dan satu lagi masih dalam proses pembinaan.

Kesesakan lalu lintas di KK masih teruk. Banyak yang telah dikatakan tentang menaik taraf jalan raya tetapi tiada tindakan yang positif telah diambil. Sabah sangat memerlukan sistem jalan raya yang baik untuk menampung sistem pengangkutan awam yang sempurna. Pengangkutan awam di masa kini bertambah penting kerana kenaikan harga minyak. Selain itu, bilangan pengguna sistem pengangkutan awam juga semakin meningkat.

Banjir, Sabah masih lagi merupai kawasan yang sering dilanda banjir terutamanya di kawasan Telipok dan Beaufort. Banjir July 17th di Telipok menggadaikan tiga nyawa.

Namun sampai hari ini masalah banjir masih belum diselesaikan.

final • 8:07 PM

Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Kerja menaik taraf Sungai Telipok berjalan dengan sangat lambat dan masyarakat Telipok hidup susah setiap kali hujan turun. Di Beaufort, banjir sudah menjadi masalah selama 40 tahun. Adakah pelan untuk membaiki masalah ini di Beaufort atau kerajaan tiada cukup peruntukan untuk membaiki? Adakah dalam RMK-9 lupa tentang kesusahan penduduk di Beaufort.

Kemiskinan. Di Sabah, banyak Sabahan termasuk penduduk luar bandar masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Laporan RMK-9 pada tahun 2007 yang menyatakan jumlah ini sebagai 16% tidak tepat sama sekali. Kebanyakan penduduk miskin ini datang dari kawasan yang kurang pembangunan seperti Beluran, Kinabatangan, Pensiangan, Pitas dan lain-lain tempat. Inilah sebabnya kita ada 160,000 penduduk Sabah yang muda kini bekerja di Semenanjung sebagai pekerja gaji rendah dan dalam industri yang tidak bermoral.

Pada masa ini, masih lagi tidak terdapat langkah kerajaan untuk membantu penduduk ini untuk keluar dari ruang kehidupan yang miskin. Sekiranya ada pelan itu tidak menampakkan kejayaan sama sekali.

Pendatang haram (PTI). Sejak 30 tahun yang lepas, bilangan pendatang haram sudah bertambah hingga melebihi 1 juta orang di Sabah. Kebanyakan sudah ada MyKad melalui jalan yang haram dan sudah menjadi penduduk tetap di Sabah. Ini menjelaskan bilangan penduduk Sabah yang bertambah secara mendadak selama ini. Pendatang haram ini bersaing dengan penduduk tempatan untuk pekerjaan dan juga menjadi punca gejala sosial, masalah ekonomi, kesihatan dan juga politik.

Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan tidak berkesan langsung dan pendatang haram ini menghantar ke negara asal berbilion-bilion ringgit yang diperolehi di Sabah. Pendatang haram juga...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat. Nak bagi jalan?

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sini, brother. Sikit. [Ketawa]

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Okey, masa tidak cukup ya.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sikit, sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Tadi Yang Berhormat Kota Kinabalu

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

mengatakan bahawa wakil rakyat daripada DAP tidak ramai. Itu sebabnya bercakap semua pasal Beluran, pasal Sandakan, pasal semua tempat.

Cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu, benar atau tidak bahawa rakyat Sabah tidak berapa gemar dengan Yang Berhormat daripada Ipoh Timur yang datang ke Sabah baru-baru ini dibaling dengan telur busuk. Jadi ini bermakna rakyat Sabah tidak mahu kepada kehadiran DAP di negeri Sabah. Minta penjelasan. [Tepuk]

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Saya ingat saya tidak akan jawab soalan itu sebab masa tak cukup. Minta maaf.

final • 8:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Okey? Jadi Rancangan Malaysia Kesembilan agak suka menggunakan ...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, nak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat PJ Utara.

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

...duit rakyat untuk kepentingan sendiri.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kawan itu kawan. Satu parti.

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Ha?

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia bagi, dia duduk dah.

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Sorry?

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat. Teruskan.

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Sabah merupakan ekonomi yang termiskin di Malaysia. Pada masa dulu, Sabah adalah ekonomi terkaya. Namun pada masa kini Sabah masih merupakan sumber ekonomi Malaysia yang terbesar kerana minyak yang digali dari Sabah. Ekonomi Sabah kini tidak maju langsung. Sabah tidak mendapat pelaburan asing, tiada pembangunan industri malah tiada sawah padi yang baru. Royalti minyak 5% tidak mencukupi untuk membangunkan semula ekonomi. Sabah patut diberi royalti sebanyak 20%.

Elektrik dan air. Sehingga masa ini Sabah masih lagi kekurangan bekalan elektrik dan kawasan yang dibekalkan tenaga elektrik sering menghadapi keputusan bekalan.

Sistem kuasa elektrik di Sabah tidak memadai langsung. Kawasan terpencil seperti Kinabatangan dan Beluran tidak dibekalkan dengan kuasa elektrik di kampung sehingga hari ini. Liputan bekalan kuasa di Sabah hanya 74% berbanding dengan 98% di Semenanjung dan 84% di Sarawak. Kerajaan telah merancang tetapi bilakah rancangan- rancangan kerajaan akan berjaya? Penjana kuasa arang batu 300 megawatt yang dirancangkan untuk dibina di Silam, Lahad Datu tergendala kerana bercanggah dengan kepentingan alam sekitar.

Satu lagi penjana gas 300 megawatt juga kini dirancang. Rancangan ini lebih baik daripada menghantar gas dari Sabah untuk diguna di Sarawak sementara Sabah terbiar begitu saja. Mengapakah projek penjana hidro di Empangan ‘Liwakul’ yang menjana kuasa tidak diberi perhatian. Bekalan air di Sabah juga dilanda masalah. Peningkatan mutu sangat diperlukan terutamanya di kawasan luar bandar. RMK-9 melaporkan bahawa bekalan air bersih hanya mencapai tahap 65% di Sabah berbanding 93% di Semenanjung dan 92% di Sarawak. Tanpa pula bekalan elektrik dan air, bagaimanakah kita akan melaksanakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC)?

Hospital dan sekolah. Terdapatnya projek sekolah dan hospital mega di kawasan luar bandar yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit tetapi projek-projek ini tidak digunakan sepenuhnya. Ada kes-kes tertentu hospital kekurangan doktor dan alat-alat yang mahal terbiar begitu sahaja.

Di KK, terdapatnya kekurangan katil hospital dan kemudahan asas. Hospital Queen Elizabeth di KK masih lagi dalam proses pembinaan. Sekolah-sekolah besar yang

final • 8:10 PM

Dr. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

boleh menempatkan 3,000 pelajar dibina di kawasan luar bandar yang hanya mempunyai 500 pelajar sekarang. Di Kota Kinabalu, terdapat lebih daripada 55 orang pelajar hingga 60 orang pelajar dalam satu kelas. Kerajaan harus memberi peruntukan untuk projek menaik taraf di Kota Kinabalu, sekolah cina menengah dan rendah di Sabah.

Hak-hak Sabah, terdapat lagi begitu banyak masalah yang boleh ditangani di Sabah. Kerajaan harus ingat bahawa Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung membentuk Malaysia seperti yang dikatakan dalam Malaysia Agreement dengan izin.

Sabah merupakan Ahli Persekutuan yang sama taraf seperti negeri yang lain dan bukannya negeri bawahan yang hanya menerima apa yang diberi. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, negeri Sabah hanya menerima arahan dari Kuala Lumpur. Keadaan ini mesti dibetulkan kerana Sabah juga merupakan satu negeri di Malaysia dan penduduk Sabah juga merupakan rakyat Malaysia. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 8:10 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

[Bangun] Tenom, Tenom.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenom.

■2020

final • 8:10 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada petang ini dan di Dewan yang mulia ini, saya ingin juga mengambil bahagian dalam membahaskan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Melihat kepada pertumbuhan sektor pertanian yang sederhana, kita perlu mengambil tindakan yang wajar dalam mengatasi masalah ini. Memandangkan ketika ini negara kita dilanda krisis kekurangan bekalan makanan walaupun ia masih di tahap yang tidak membimbangkan, namun ia haruslah diberikan perhatian yang serius.

Seperti dalam perbahasan saya yang lalu di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya sering menitikberatkan soal pembangunan pertanian. Ini kerana saya melihat potensi pertanian yang memberangsangkan seperti di kawasan saya. Adalah amat mendukacitakan apabila masih terdapat banyak lagi kawasan-kawasan yang tidak diusahakan. Saya rasa pertumbuhan yang sederhana dalam sektor ini bukan sahaja dipengaruhi oleh banjir, tetapi juga disebabkan oleh semakin banyak kawasan-kawasan pertanian yang tidak diusahakan, di mana peranan pihak yang terbabit dalam mengatasi masalah ini sedangkan ia juga merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara kita.

Bagi negeri Sabah adalah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber pertanian. Kesuburan tanahnya sememangnya amat sesuai untuk memajukan sektor pertanian, khasnya di kawasan-kawasan pedalaman yang mana kebanyakannya tanahnya masih lagi terbiar tanpa diusahakan. Pihak terlibat seharusnya memberikan penekanan yang serius terhadap sektor pertanian ini selaras dengan dasar jaminan bekalan makanan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita sekali lagi telah dilanda kekurangan makanan terutamanya beras. Adakah kita kekurangan tanah sehingga kita tidak mampu membekalkan makanan yang secukupnya kepada rakyat, malah negara kita. Jika kita menjelajahi ke seluruh negara, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah kosong yang tidak diusahakan. Di Sabah secara amnya, masih banyak kawasan yang berpotensi yang boleh dimajukan bagi industri asas tani terutamanya untuk pertanian berasaskan tani. Saya yakin penduduk luar bandar ini akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, sekiranya bantuan-bantuan dapat diberikan dalam bentuk latihan dan pemberian benih-benih yang bermutu tinggi dan juga mampu mengeluarkan hasil yang tinggi.

final • 8:20 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Bantuan subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan petani ketika ini adalah membantu meringankan bebanan golongan ini dalam mengusahakan tanah mereka. Walau bagaimanapun, bantuan subsidi yang diberikan semata-mata hanya mampu membantu sedikit saja sekiranya tidak diberikan latihan dan juga bimbingan dalam memperkasakan bidang pertanian. Selain daripada itu, beberapa projek mega telah dilaksanakan di negeri Sabah seperti projek agropolitan yang telah dijalankan di Pulau Bangi untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah status pelaksanaan projek tersebut?

Dalam bidang penternakan, kenaikan harga barangan terutamanya makanan ternakan juga telah membebankan penternak. Ini menyebabkan terdapat penternak yang terpaksa gulung tikar ekoran kos makanan ternakan yang semakin meningkat. Saya amat bersimpati terhadap penternak mahupun pengusaha yang terpaksa gulung tikar ekoran masalah ini. Kebanyakan penternak yang terpaksa gulung tikar adalah daripada golongan bumiputera. Jadi apakah peranan kerajaan kita dalam membantu golongan ini?

Tuan Yang di-Pertua, apabila membincangkan usaha pembasmian kemiskinan, saya amat tertarik dengan hasrat kerajaan yang berpaksikan kepada penyediaan infrastruktur asas, penjanaan pendapatan dan juga pembangunan modal insan. Jika kita melihat negeri Sabah, masih terdapat banyak lagi kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Terutama di kawasan pedalaman daerah seperti di daerah kecil Sook, Kampung Lanas dan Kampung Sinaron. Saya sedar, walaupun kami mempunyai peruntukan kewangan yang kecil, tetapi tidak mampu untuk melaksanakan program-program ini. Saya berharap agar sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan ini iaitu pada tahun 2010, kawasan-kawasan kampung yang belum mendapat bekalan elektrik dapat diberi keutamaan oleh pihak yang terbabit.

Di kawasan saya iaitu di Tenom sahaja, hampir lebih daripada sepuluh buah kampung yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik, walaupun mereka tetap sabar dalam menunggu bantuan daripada pihak kerajaan. Kawasan luar bandar juga merupakan kawasan yang selalu ketinggalan dari segi perkhidmatan infrastruktur seperti perkhidmatan jalan raya dan perkhidmatan komunikasi. Hal ini mengakibatkan masyarakat mempunyai masalah dalam mengusahakan tanaman mereka.

Keadaan seumpama ini menyebabkan sektor pertanian tidak berkembang.

Apabila membicarakan mengenai kemudahan infrastruktur, saya terkilan kerana masih terdapat banyak kemudahan jalan raya di Sabah yang tidak dinaiktarafkan, masih dalam status tanah merah dan juga gravel. Malah tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan keadaan ini bertambah teruk apabila musim hujan terutamanya di kawasan seperti di daerah Pitas, Pensiangan, Tenom dan banyak lagi kawasan-kawasan luar bandar yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.

Pada pagi tadi saya juga telah menyentuh jalan raya Ulu Tomani. Masih juga berstatus gravel dan tidak dinaik taraf. Mereka juga amat dahagakan pembangunan.

Malah jika dilihat kawasan ini mempunyai lebih daripada sepuluh buah kampung dan jalan utama ke pekan Tenom masih tidak di naik taraf. Adakah kita hanya membiarkan mereka menggunakan jalan raya gravel atau berstatus tanah merah walaupun mereka ini telah memberikan sokongan yang padu kepada pihak kerajaan?

Saya yakin apabila jaringan jalan raya bertambah baik, maka lebih banyak hasil pertanian dapat dihantar ke kawasan pekan untuk dijual. Saya juga percaya dan yakin dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap, usaha kita untuk membasmi kemiskinan akan tercapai. Ini kerana proses pengeluaran hasil tanaman akan berjalan dengan lancar dan baik. Bantuan dari segi kepakaran dan juga latihan yang berterusan kepada golongan petani dan juga penternak pasti akan dapat membantu ke arah pembasmian kemiskinan menjelang 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk membina pusat GIATMARA yang baru. Oleh yang demikian saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan mengenai status pembinaan pusat GIATMARA yang baru di kawasan saya. Perkara ini telah dipanjangkan kepada kementerian yang terbabit. Kawasan tapak pembinaan GIATMARA yang baru telah pun dikenal pasti dan sesuai untuk pusat tersebut. Saya tidak

final • 8:20 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

faham mengapa pembinaan pusat tersebut masih belum dilaksanakan walaupun ia telah diluluskan pada satu masa dahulu.

Buat masa ini GIATMARA hanya menyewa bangunan Pusat Kebudayaan Murut di Polong sedangkan kita mempunyai tapak yang sesuai dan telah diluluskan untuk pembinaan pusat tersebut. Masyarakat di daerah Tenom tertanya-tanya, bilakah pembinaan pusat tersebut dimulakan walaupun sepatutnya bermula pada 2004? Saya rasa pembinaan pusat latihan ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran.

Tempat pusat GIATMARA ketika ini hanya mampu menampung bilangan pelajar yang sedikit dan menawarkan beberapa kursus sahaja. Adalah lebih baik sekiranya pembinaan pusat GIATMARA yang baru dengan bangunan sendiri di kawasan yang luas mampu menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap dengan pelbagai kursus. Ini pasti dapat menarik lebih ramai pelajar untuk mengikuti program latihan yang telah disediakan oleh pihak GIATMARA.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada soal pengajian tinggi awam. Kita semua tahu bahawa IPTA merupakan wadah dan juga platform bagi mereka menuntut ilmu bukannya sebagai tempat beristirahat ataupun bersantai. Justeru, kita harus melihat kepada peratusan keperluan untuk memberi kebenaran kepada Starbuck, Dunkin Donuts, Kopitiam untuk berada di IPTA.

Jika ditanya tentang kualiti graduan IPTA sekarang, apakah Kementerian Pengajian Tinggi boleh berbangga dengan pencapaian mereka jika dibandingkan dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak universiti? Apakah prestasi, produktiviti dan keberhasilan mereka boleh dimegahkan setara dengan modal yang telah kerajaan laburkan? Semua persoalan itu perlu dibuat timbang tara sebelum hasrat murni tersebut direalisasikan oleh kementerian. Pendapat awam dan juga ahli akademik juga perlu diambil kira. Setiap perkara ada pro dan kontranya. Kedua-duanya perlu melalui satu proses perundingan.

Jika ditanya kepada pihak francais akan tiada kesan negatifnya kerana mereka adalah pihak membuat untung. Akan tetapi sekiranya soal ini dilontarkan kepada ahli akademik, ibu bapa dan juga orang awam, semestinya akan wujud pelbagai pendapat yang jujur. Saya melihat idea ini akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada mahasiswa IPTA. Pertamanya dari aspek kewangan yang tentunya akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri. Bagi yang berkemampuan, mungkin mereka minum pagi di Starbuck, minum petang di Dunkin Donuts...

■2030

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sekarang masuk jam 8.30 malam.

final • 8:20 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Ya.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh sambung esok pagi.

final • 8:20 PM

Tuan Raime Unggi - Tenom

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput menteri untuk membaca usul.

final • 8:20 PM
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul

Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 8:20 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:20 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Tapak Pelupusan Sampah Bukit Bakri

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi ucapan penangguhan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Wakil Rakyat Kawasan Bakri, saya ingin di sini menyuarakan kekecewaan saya terhadap penempatan tapak pelupusan sampah Bukit Bakri merupakan salah satu faktor yang sedang mengancam kesihatan penduduk dan alam sekitar. Pihak berkuasa tempatan nampaknya tidak ada sebarang penyelesaian dan keadaan dibiarkan begitu sahaja tanpa mempedulikan banyak aduan yang terkumpul seperti sampah di situ.

Tuan Yang di-Pertua, pembiakan aedes, sesak nafas, pening dan muntah sering berlaku ke atas penduduk yang menghuni di sekitar kawasan pelupusan sampah. Segala ini adalah masalah yang boleh diatasi tetapi sehingga sekarang kita tidak lihat keazaman pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan. Saya menyeru agar kementerian yang berkaitan menyelaras dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menaik taraf tapak pelupusan sampah tersebut atau sebaik-baiknya memindahkan ke tempat yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Bakri terletak di Lot PBT 4007, Jalan Kebun Sayur, Bukit Bakri, Muar, Johor telah beroperasi sejak tahun 1986 dan telah mencapai jangka hayat maksimum bagi tahun 2008.

Keluasan tapak adalah 14.6 hektar dengan anggaran kadar pelupusan sebanyak 200 tan sehari. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia maklum masalah yang dihadapi oleh tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri. Justeru KPKT dalam perancangan membina satu tapak baru bagi menggantikan tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri berkenaan.

final • 8:32 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Robert Lau Hoi Chew

Walau bagaimanapun, sementara menunggu tapak baru dikenal pasti dan dibina, kementerian saya telah menyenaraikan tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Bakri untuk dinaikkan taraf ke kategori sanitary yang bertujuan untuk mengawal pencemaran alam sekitar. Proses menaik taraf dijangka bermula pada akhir tahun 2008. Sekian.

Mewujudkan Bandar Raya Kuala Lumpur Bertaraf Dunia

final • 8:32 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sedia maklum bahawa DBKL sekarang sedang mempamerkan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2008 yang bermoto “Ke Arah Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia” untuk semakan dan bantahan awam sehingga 31 Ogos depan.

Sungguhpun ia satu draf pelan yang baik pernah disediakan tetapi ia lebih bertumpu kepada pelan pembangunan fizikal sahaja tanpa memfokuskan kepada pendekatan holistik dan pembangunan insan. Jika terlalu menekankan pembangunan luaran dan fizikal sahaja, saya bimbang Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 akan melahirkan masyarakat pelbagai kaum di bandar raya Kuala Lumpur yang berjiwa kasar dan keras pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu saya memfokuskan ucapan penangguhan ini supaya lima masalah penting iaitu aktiviti jenayah yang mengancam masyarakat, penularan najis dadah di kalangan golongan muda, kekotoran persekitaran yang berpunca daripada pembangunan dan pelupusan sampah-sarap yang tidak teratur. Masyarakat tidak membudayakan amalan kebersihan kawasan sendiri dan persekitaran, kesesakan lalu lintas, keadaan terperangkap di atas jalan raya yang terlalu lama, ancaman banjir kilat dan masyarakat yang kurang bercampur gaul.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti jenayah baik yang berat atau ringan adalah satu fobia masyarakat bandar raya Kuala Lumpur selain kes pembunuhan, rompakan bersenjata, kecurian, pecah rumah, jenayah perdagangan, kes ragut, samun, kes-kes kecil seperti menyeluk saku dalam bas dan tren LRT di stesen-stesen masih berlaku. Saya tidak menafikan tugas dan peranan anggota keselamatan seperti polis dan penguat kuasa tetapi keupayaan mereka untuk menangani masalah ini tidak mencukupi walaupun ditambah pemasangan CCTV di kawasan strategik, namun penjenayah beralih tempat untuk melakukan kegiatan seperti di atas jejantas dan lorong yang sunyi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah sampah-sarap yang bertaburan dan kutipan sampah-sarap yang kurang berkesan serta ditambah pula oleh sikap orang ramai yang enggan bekerjasama untuk membersihkan kawasan sendiri. Sebenarnya bergantung masalah kekotoran kepada tahap bahawa ia tugas wajib Alam Flora dan kekotoran itu yang tidak boleh dipikul oleh pihak lain.

Para pekerja Alam Flora lebih gemar mencari barang atau bahan buangan yang boleh dikitar semula berbanding mengutamakan kerja-kerja melupuskan sampah domestik yang ditaburkan di tong-tong sampah. Saya menyambut baik usaha membanteras ancaman najis dadah di kalangan para penagih tegar dan baru di sekitar Kuala Lumpur walaupun operasi tangkapan dibuat dan mereka yang terlibat ditahan bagi satu tempoh.

Kebanyakan mereka kembali semula kepada kehidupan lama untuk menagih. Selepas keluar dari pusat pemulihan, jika tidak mendapat wang, mereka akan melakukan kerja mencuri, pecah rumah dan sebagainya bagi mendapatkan bekalan. Kerja-kerja pengedar ini bertambah licik dan sukar dikesan.

Begitu juga dengan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar raya. Kesesakan biasanya berpunca di persimpangan laluan sempit akibat bertambah bilangan kenderaan dalam satu-satu masa berpunca daripada kekurangan medan letak kereta bertingkat dalam sesuatu kawasan, kenderaan kadangkala terjadi akibat parking berganda. Tidak ada makna DBKL menaikkan kadar caj parking dari 60 sen ke 80 sen setiap jam dan melakukan

final • 8:34 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

kerja menyaman kenderaan kerana ia tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan dan parking di luar petak tempat letak kereta. Rakyat tidak akan marah jika medan letak kereta yang mencukupi dapat disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat pula sering terjadi atas permukaan jalan raya kerana saluran air ke longkang tersumbat atau kecil. Ia juga disebabkan laluan pejalan kaki yang lebar dan tinggi, sedangkan permukaan jalan rendah. DBKL pula silap membina jalan iaitu laluan kenderaan lebih kecil berbanding pembahagi jalan dan siar kaki yang luas yang memakan ruang reserve jalan kerana hendaklah keadaan jalan lebih cantik, tetapi rakyat terpaksa menanggung akibatnya.

■2040 Mereka terperangkap dalam banjir kilat atas jalan raya yang dibuat oleh DBKL.

Kerajaan hendaklah mengarahkan rukun tetangga dan dewan orang ramai dan perjumpaan penduduk supaya mereka lebih mudah berinteraksi dan memupuk perpaduan dan bergaul.

Mereka hidup dalam keadaan tidak bertegur sapa sesama bersendiri. Mereka hanya menegur dengan orang yang dikenali tanpa mengambil usaha untuk menegur dan bermesra dengan orang lain yang tidak kenal atau baru kenal. Jangan membenarkan mereka membina dunia asing dalam persekitaran hidup mereka. Sekian, terima kasih.

final • 8:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:34 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang atas ucapan penangguhan beliau di mana beliau telah membangkitkan lima isu utama yang menjadi cabaran kepada kita bagi mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang bertaraf dunia.

Isu-isu tersebut adalah aktiviti-aktiviti jenayah yang mengancam masyarakat, penularan masalah penagihan dadah di kalangan golongan muda, kekotoran persekitaran, kesesakan lalu lintas dan ancaman banjir kilat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia telah ditetapkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang turut diberikan penekanan dalam Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur yang dikenali Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020. Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang sedang dipamerkan untuk pengetahuan, perhatian dan ulasan orang awam adalah sesuatu draf pelan tempatan yang disediakan mengikut peruntukan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).

Pelan tempatan dan pelan struktur merupakan pelan pembangunan yang diperuntukkan dalam Akta 267. Manakala di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ia juga dinamakan sebagai rancangan tempatan yang disediakan untuk peringkat daerah dan rancangan struktur yang disediakan untuk peringkat negeri iaitu mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Mengikut Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara, semua pelan pembangunan rancangan fizikal negara, rancangan struktur negeri, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas yang disediakan di setiap peringkat merupakan dokumen perancangan fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Fizikal Negara melalui Perancangan Pembangunan Fizikal di peringkat nasional diikuti dengan pelan atau rancangan struktur untuk peringkat negeri serta pelan atau rancangan tempatan di peringkat tempatan.

Perancangan di peringkat tempatan dilaksanakan melalui pelan tempatan yang menterjemahkan matlamat, strategi dan dasar-dasar pembangunan pelan struktur adalah selaras dengan Rancangan Fizikal Negara serta Dasar Perbandaran Negara.

final • 8:41 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Bentuk dan kandungan petempatan Kuala Lumpur telah dijelaskan dalam seksyen 13(3) Akta 267 seperti di bawah:-

(i) suatu draf pelan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan satu kenyataan bertulis dan hendaklah menyatakan dengan secara terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar; dan

(ii) cadangan-cadangannya untuk membangun pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan pelan tempatan termasuklah langkah-langkah yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar untuk pembaikan alam sekitar dari segi fizikal dan pembaikan pengangkutan dan mengandungi apa-apa perkara sebagaimana yang ditentukan oleh menteri dalam satu kes tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun draf pelan tempatan untuk Kuala Lumpur merupakan satu perancangan fizikal, ia telah disediakan dengan menggunakan pendekatan holistik yang mengambil kira pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan fizikal seperti yang dikenal pasti dalam Rancangan Fizikal Negara.

Draf pelan tempatan menterjemahkan strategi pembangunan, dasar-dasar nasional serta aspirasi dan keperluan penduduk secara fizikal dalam bentuk pelan guna tanah dengan intensiti pembangunan. Aspek penting yang ditekankan ialah pembangunan tanah yang seimbang dan optimum serta mengelakkan penggunaan tanah yang tidak ekonomi. Sebagai contoh, keutamaan yang diberikan kepada pembangunan semula tapak- tapak usang di pusat-pusat bandar secara langsung akan menyumbang ke arah sebuah bandar yang sihat, selamat dan berkualiti.

Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 menterjemahkan wawasan bandar raya bertaraf dunia bagi tempoh perancangan selama 12 tahun dalam usaha dan tindakan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur mengurus perkembangan Kuala Lumpur. Ia menggalakkan perancangan dan pembangunan mampan dengan memberi keutamaan kepada tiga aspek utama iaitu kualiti alam sekitar, ekuiti sosial dan kemakmuran ekonomi.

Tiga aspek tersebut menjadi rangka kerja utama untuk Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang menggalakkan penyelesaian inovatif dalam pembangunan tanah.

Pada masa yang sama mengawal intensiti dan aktiviti yang dibenarkan. Sebagai bandar raya bertaraf dunia, Kuala Lumpur akan dirancang dan dibangunkan dengan persekitaran kehidupan yang berkualiti tinggi.

Tahap kualiti hidup minimum yang mampu dimiliki dan dinikmati oleh semua penduduk seperti memastikan akses infrastruktur, persekitaran yang bersih, rumah mampu milik, lapangan hijau dan peluang untuk memperoleh kehidupan yang teratur serta makmur.

Lima prinsip utama perancangan yang digunakan dalam penyediaan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur adalah:-

(i) perancangan bagi mewujudkan kemakmuran;

(ii) perancangan untuk keselamatan dan keselesaan;

(iii) perancangan untuk hubungan dan kemudahsampaian;

(iv) perancangan untuk piawaian, penghijauan; dan

(v) perancangan bersama untuk penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 seperti yang dijelaskan dalam dokumen jilid 1, menggariskan hala tuju strategik bagi merealisasikan wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang 2020. Hala tuju strategik tersebut adalah berasaskan lapan tema seperti berikut:-

(i) bandar raya perniagaan yang dinamik;

(ii) penggunaan tanah yang mampan;

final • 8:41 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

(iii) perhubungan dan kemudahsampaian bandar raya;

(iv) persekitaran kehidupan bandar raya;

(v) melindungi dan mempertingkatkan alam sekitar;

(vi) mempertingkatkan lingkaran hijau dan koridor biru;

(vii) imej dan identiti tersendiri; dan

(viii) infrastruktur hijau.

Setiap hala tuju strategik ini disokong dengan beberapa inisiatif pembangunan sesuai dengan kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk dimajukan. Walaupun Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 merupakan perancangan fizikal, elemen-elemen guna tanah dan intensiti pembangunan yang digariskan adalah untuk menyelesaikan masalah bukan fizikal.

Sebagai contoh, arah tuju strategik 6.8 menerima pakai garis panduan bagi penyediaan persekitaran masyarakat selamat mengesyorkan agar konsep pencegahan jenayah melalui reka bentuk alam sekitar. Dengan izin Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) dirumuskan dengan lebih terperinci untuk membantu di dalam merancang pembangunan baru dan kejiranan kediaman. Keperluan menerapkan prinsip CPTED dengan izin dari awal reka bentuk adalah penting dan menjadi tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Langkah-langkah pencegahan jenayah melalui reka bentuk adalah penting bagi mengurangkan jenayah di tempat-tempat awam dan mewujudkan persekitaran yang selamat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyedari dan mengambil maklum akan masalah penagihan dadah di bandar raya Kuala Lumpur. Namun demikian, perkara ini bukan di bawah bidang kuasa kementerian ataupun agensinya. Masalah penagihan dadah terletak di bawah tanggung jawab atau bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Begitu juga dengan masalah-masalah jenayah lain seperti pembunuhan, rompakan bersenjata, kecurian, ragut dan samun adalah terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia. Walau bagaimanapun sebagai kementerian yang prihatin, Kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia untuk memastikan untuk melahirkan satu suasana yang cukup selamat untuk penduduk warga kota.

■2050 Tuan Yang di-Pertua, isu mengenai kekotoran sampah di seluruh Kuala Lumpur, untuk maklumat Yang Berhormat Bukit Bintang, pada masa ini jumlah sampah yang dikutip dan dilupuskan adalah sebanyak 1,880 tan sehari iaitu 1,700 tan sampah domestik dapur dan 180 tan sampak pukal, sampah kebun, perabot dan sampah binaan. Berhubung dengan kejadian sampah bertaburan dan tidak dikutip, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kejadian tersebut seperti masalah disiplin dan sikap orang ramai yang tidak peka dan prihatin semasa melupuskan sampah sarap mereka serta amalan membuang sampah secara tidak teratur.

Ketidakupayaan perbadanan, pengurusan dengan izin management corporation khususnya di kalangan rumah-rumah kos rendah, berstrata kerana tidak memiliki dana yang mencukupi bagi menguruskan hal ehwal penyelenggaraan rumah pangsa berkenaan.

Rumah pangsa berkenaan juga merupakan masalah utama yang dihadapi di Kuala Lumpur.

Kejadian seumpama ini apabila dihebahkan di dalam media massa, maka ianya memberi tanggapan bahawa pihak yang mengutip sampah tidak melakukan kerja dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di mana isu lalu lintas di Wilayah Persekutuan. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh peletakan kenderaan yang menghalang laluan, Jabatan Keselamatan dan Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sentiasa menempatkan anggota-anggota penguat kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1989 dan

final • 8:41 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Perintah Lalu Lintas Jalan Letak Kereta Bermeter Wilayah Persekutuan 1984. Mengikut statistik, tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tempoh bulan Januari 2008 hingga bulan Mei 2008, sebanyak 325,603 notis kompaun telah dikeluarkan. Di samping itu sebanyak 1,142 kenderaan telah ditunda dan statistik tindakan mengikut bulan adalah seperti berikut:

Bulan Notis Kompaun Kes Tunda Januari 47,440 151 Februari 56,452 218 Mac 62,754 234 April 73,370 266 Mei 85,580 273 Keseluruhan dalam lima bulan ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan 325,603 notis kompaun dan telah menunda 1,142 kenderaan. Manakala dalam usaha menangani masalah kekurangan tempat letak kereta pula, antara langkah- langkah yang telah diambil oleh Dewan Bandar aya Kuala Lumpur untuk mengatasinya ialah:

(i) menyediakan tempat letak kereta terkawal di tanah-tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tanah-tanah kerajaan yang telah diluluskan sebagai rizab tempat letak kereta di kawasan pusat bandar dan di luar pusat bandar di sekitar Wilayah Persekutuan; dan

(ii) menyediakan kemudahan park and ride konsep terbuka di dalam bangunan di stesen-stesen transit untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di bandar raya Kuala Lumpur.

Dalam perancangan pembangunan tahun 2008, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merancang untuk membina tempat letak kereta bertingkat di stesen-stesen transit dan juga di kawasan-kawasan perumahan. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan, sebanyak tiga tempat telah pun dikenal pasti untuk dibina tempat letak kereta bertingkat iaitu:

(i) Persiaran Ikhlas Taman Mulia Bandar Tun Razak;

(ii) Lot 44 881, Bandar Tasik Selatan berhampiran Stesen LRT Tasik Selatan; dan

(iii) Lot 97 dan 98 Jalan Pekeliling Lama.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan juga sedar dan mengambil maklum akan penglibatan banyak kementerian-kementerian dan agensi dalam menyelesaikan sesuatu masalah di Kuala Lumpur. Keadaan ini juga mengakibatkan kekeliruan dan kerumitan pelbagai pihak. Bagi isu kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, kementerian ini telah membentang memorandum mengenai cadangan memperkasakan sistem pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai pengangkutan awam pada 28 Mei 2008 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang mengenai masalah banjir kilat. Perkara ini juga telah dinyatakan di dalam draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang menetapkan dua strategi jangka panjang yang telah dikenal pasti bagi tebatan banjir dan pengurusan air larian iaitu melaksanakan program-program di dalam pelan induk pengurusan perparitan dan air larian hujan di

final • 8:41 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Wilayah Persekutuan dan pengurusan air larian hujan secara lebih efektif dan mampan.

Program-program yang dinyatakan di dalam Pelan Induk Pengurusan Perparitan dan Air Larian Hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebenarnya sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Antara program-program yang dijalankan termasuklah membina dan menaik taraf parit induk, kolam takungan banjir dan rumah-rumah pam. Program-program tebatan banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu proses yang berterusan. Adalah diharapkan dengan siapnya setiap program tersebut, risiko banjir di Kuala Lumpur akan dapat ditangani dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia, JPS di bawah Kementerian Alam Sekitar juga turut menjalankan program- program tebatan banjir di Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah banjir.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya saya ingin menetapkan bahawa Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 merupakan satu dokumen salutary, perancangan pembangunan dan kegunaan tanah yang memberi kesan terus kepada persekitaran alam melalui proses pengezonan. Pengezonan yang dicadangkan telah mengambil kira elemen- elemen meningkatkan keselamatan, mengurangkan jenayah dan menghindari masalah sosial melalui pengezonan guna tanah bercampur. Contohnya pembangunan kegunaan Kuala Lumpur yang bersatu padu, berdaya tahan, bermoral, bertoleransi, progresif dan penyayang. Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 juga memberi penekanan kepada langkah-langkah fizikal dalam perlindungan alam sekitar dan warisan.

Ini akan dapat membentuk satu identiti Kuala Lumpur yang tersendiri di mana pembangunan perbandarannya mempunyai kepelbagaian kebuayaan. Hasilnya Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya yang sejahtera dan menarik untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang. Pada masa yang sama akan dapat membentuk masyarakat yang kreatif dan berinovasi. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memikirkan masalah dan cabaran-cabaran yang akan dilalui dan dihadapi pada masa yang akan datang perlulah diakui bahawa Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 tidak boleh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh warga kota Kuala Lumpur yang bersepadu.

Oleh itu, pelaksanaan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 perlulah disokong dengan pelaksanaan pelbagai program untuk merealisasikan rancangan dan dasar bukan fizikal. Program-program seperti sosial negara yang merangkumi Dasar Wanita Negara, Dasar Kebajikan Masyarakat, Dasar Warga Tua kebangsaan perlulah diberi sokongan.

Sehubungan dengan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan terus mengadakan dan menambah program-program komuniti seperti:

(i) memberi perkhidmatan sosial kepada golongan tertentu seperti warga emas, ibu tunggal, wanita, remaja, orang kurang upaya dan pertubuhan bukan kerajaan;

(ii) program pembangunan insan untuk semua kumpulan sasaran;

(iii) menggalakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan jasmani melalui pusat jagaan harian warga emas, kelab wanita, warga kota;

(iv) menyediakan pusat-pusat bimbingan kepada pelajar-pelajar miskin di kawasan-kawasan perumahan awam dan sekolah- sekolah;

(v) menganjurkan kelas-kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar miskin yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM di sekolah-sekolah yang dikenal pasti; dan

(vi) akhirnya menganjurkan kursus-kursus motivasi untuk pelajar- pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajaran dan jati diri.

Tuan Yang di-Pertua, melalui perancangan dan pelaksanaan pelan tempatan yang disediakan dengan lengkap, saya amat yakin asal untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang bertaraf dunia akan datang kita dapat merealisasikan. Walau

final • 8:41 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Saravanan a/l Murugan

bagaimanapun setiap rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun kementerian perlulah disokong oleh warga kota. Tanpa sokongan daripada warga kota maka tidaklah kita dapat mencapai impian kita. Dengan kata-kata ini sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 8:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 3 Julai 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam.

final • 8:41 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026