Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, pengumuman daripada Timbalan Menteri Pertahanan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum lagi Yang Berhormat. Point of order di bawah mana?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Peraturan 18.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum lagi. Duduk dulu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya memohon untuk menarik balik Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 seperti mana yang tertera pada No.8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Ada pengumuman lain?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2008, Rang Undang- undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008, Rang Undang-undang Geologi 2008 dan Rang Undang-undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat sebagai No. 4, 5, 6 dan 7 ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2007 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Point of order.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Di bawah apa Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Oleh Yang Berhormat... Okey, you may proceed.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Pengerusi, saya telah mengemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 pada hari Selasa yang lepas dan telah terima satu surat daripada Tuan Pengerusi pagi tadi bahawa usul saya telah ditolak.
Pada pendapat saya, usul saya adalah tentang peristiwa yang berlaku di Bandar Mahkota, Cheras dan isu ini telah menjadi berita utama dalam beberapa surat khabar bukan hanya hari esok tetapi juga hari ini. Jadi pada pendapat saya, saya memohon Tuan Pengerusi boleh mempertimbangkan usul saya sekali lagi supaya Dewan yang mulia ini boleh membahaskan isu ini.
Apa yang berlaku pada dua hari yang lalu ada orang kena pukul. Ada pemberita yang kena pukul. Tengok gambar ini... [Menunjukkan keratan akhbar] Orang yang berdarah macam ini, bagaimana boleh Dewan ini cakap kami tak perlu bahaskan usul ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Sila duduk.
Saya tidak mahu membuat ceramah Peraturan Mesyuarat 18(1). Sudah banyak disebut oleh Tuan Pengerusi di Dewan ini. Yang pertama, dalam 18(2), Tuan Pengerusi mesti berpuas hati tetapi ini Tuan Pengerusi tak berpuas hati perkara ini perlu disegerakan.
Itu yang pertama Yang Berhormat.
Jadi satu lagi ialah bahawa kes-kes yang ada hubung kait dengan perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Di bawah peraturan, perkara-perkara yang telah dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincangkan dalam Dewan sebagai subjudice Yang Berhormat.
Jadi dalam keadaan sedemikian, saya tak mahu lagi Yang Berhormat berdiri. Tunggu ya.
Perkara ini dibincangkan pun tak boleh, oleh sebab perkara ini telah ditetapkan di mahkamah.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Yang di-Pertua, kalau katakan seorang dipukul oleh polis sampai macam itu, belum masuk mahkamah lagi. Masih boleh dibahaskan dalam Dewan ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu Yang Berhormat. Jangan ganggu peraturan. Kita banyak perkara yang penting. Saya tahu perkara ini penting, tapi peraturan kita ada. Jadi kita kena buat keputusan dalam Dewan ini mengikut peraturan. Kita adalah Ahli Yang Berhormat yang membuat undang-undang negara. Jadi kita sendiri kena akur dengan peraturan kita sendiri dan akur dengan peraturan negara.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Pengerusi, dengan segala hormatnya, saya tidak bersetuju dengan pendapat Tuan Pengerusi dalam perkara ini.
Kes mahkamah sekarang adalah di antara Grand Saga dengan Narajaya tetapi sekarang kita berbincang tentang penyalahgunaan kuasa yang mungkin telah berlaku oleh pihak polis kerana menurut berita-berita ini pihak polis berada di sana pada malam itu.
Mereka tidak...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Point of order Tuan Pengerusi.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
...Ambil apa-apa tindakan. Jadi sekarang perkara ini belum dibawa ke mahkamah lagi.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Saya dah dengar Yang Berhormat. Keputusan telah dibuat. Duduk dulu Yang Berhormat, saya belum habis bercakap. Keputusan telah dibuat. Alasan kita kukuh, peraturan kita melarang. Jadi apa lagi yang kita nak bantahkan? Saya tak kira sama ada Yang Berhormat setuju ataupun tidak. Ini pendapat peribadi Yang Berhormat. Saya tak kira siapa Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak.
Kalau seluruh Dewan ini tak setuju, Peraturan 18 memberikan keputusan yang muktamad kepada Tuan Pengerusi.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah bangun lagi Yang Berhormat. Point of order yang mana satu Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Point of Order 18(3).
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebut Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Di mana.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baca Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
“Jika Majlis Mesyuarat tidak memberi izin, tetapi sekurang-kurangnya 15 orang ahli berdiri di tempatnya menyokong permintaan itu...”.
Saya pohon agar Tuan Pengerusi menimbangkan lagi perkara ini kerana Parlimen menjadi irrelevant. Jikalau kita tidak membahaskan sesuatu perkara yang sangat urgent yang kita bincangkan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, saya dengar Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Boleh saya mendapat sokongan daripada 15 orang ahli dulu sebelum Tuan Pengerusi membuat satu keputusan. Saya berpendapat perkara ini sangat urgent dan saya ingat sekurang-kurangnya 15 orang akan berdiri sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong apa yang saya kata. Can I get 15 people to stand up please?
Beberapa Ahli Pembangkang
[Bangun]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Cannot abuse point of order.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, duduk, duduk semua. Dah banyak dah, lebih daripada 15 orang. Saya setuju lebih daripada 15 orang. Saya ingat ada 20 orang yang berdiri. Sila duduk Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat sila duduk dulu. Saya buat ruling okey. Duduk Yang Berhormat, Ahli-ahli yang lain sila duduk.
Yang Berhormat Ipoh Barat peguam, saya juga peguam. Jadi kita berbincang soalan undang-undang Yang Berhormat. Bacakan Peraturan 18(2) dulu. Jadi di bawah yang (3) mengatakan “Jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati...” di bawah Peraturan 18(2), “...yang demikian dan sama ada”, baru perenggan tiga boleh dipakai. Pertama, Speaker mesti berpuas hati di bawah 18(2) dahulu. Di bawah perundangan mengatakan conjunctively dua-dua dibaca sekali.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua mesti berpuas hati dan kedua, barulah kalau Majlis bersetuju ada bantahan daripada sesiapa atau Majlis tidak bersetuju, 15 orang berdiri menyokong usul itu baru boleh dibawa ke pukul 4.30 petang. Namun Speaker mesti bersetuju dulu. Tiga ciri tadi:
(i) perkara tertentu;
(ii) kepentingan orang ramai; dan
(iii) perlu disegerakan Namun Speaker kata ini tidak perlu disegerakan. Bantahan berlaku, oleh kerana ini kes sub judice Yang Berhormat. Jadi Speaker belum berpuas hati, maknanya 18(3) it’s not applicable Yang Berhormat dengan izin. Tidak terpakai! Ini keputusan saya.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Pengerusi, peraturan. Tadi alasan yang mengatakan bahawa tidak perlu disegerakan kerana sub judice.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi, sudah buat keputusan tidak payah layan lagilah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tidak payah layan. Sudah buat keputusan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Serdang sudah memberitahu Tuan Pengerusi bahawa kes di mahkamah bukan sama dengan kes yang berlaku yang dia pernah bawa ialah kes di antara developer dan kompeni dan bukan...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Yang melibatkan seluruh negara.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya... Duduk, duduk Yang Berhormat...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Memang tidak boleh dibahaskan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ini kerana kalau sekiranya dia sekarang seolah-olahnya tidak ada undang-undang lagi. Di mana-mana pihak yang buat boleh menguasai keadaan di sana.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Pengerusi, ini kes di dalam mahkamah pun sudah buat keputusan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Jadi saya rasa yang penting ialah untuk
Dewan ini membincang satu penyelesaian. Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Pengerusi betul tak ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik duduk semua Yang Berhormat. Sekarang suara Yang Berhormat tidak boleh didengar lagi dah.
Saya dah tutup ini. Saya seorang sahaja yang boleh dengar. Saya sudah buat keputusan di bawah Peraturan 43, Yang Berhormat. Apa sahaja keputusan saya adalah muktamad kalau tidak puas hati, buat satu usul bagi notis dua hari. Itu keputusan saya Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat Shah Alam, apa pula?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi, hendak minta penjelasan berhubung dengan bahawa ianya tidak perlu disegerakan. Kita hendak faham apa yang akan memuaskan hati Tuan Pengerusi bahawa ianya perlu disegerakan. Rakyat jelata dipukul, sekarang ini dipukul, ada cedera, bawa masuk hospital. Kes ini merupakan satu kes yang melibatkan nyawa manusia. Sekiranya ia tidak...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, duduk Yang Berhormat. Terima kasihlah, saya sudah dengar Ipoh Barat, saya sudah dengar Shah Alam. Keputusan saya tetap tidak boleh bahas Yang Berhormat. Kita punya keputusan kalau tiap-tiap kali Yang Berhormat buat itu, peraturan dibuat sebegitu rupa untuk membantu Speaker boleh membuat keputusan Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya faham itu tetapi kita hendak tahu, ciri-ciri apa yang perlu ada yang akan memuaskan Speaker untuk perkara ini disegerakan...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Subjektif.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ciri-ciri yang...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ciri-ciri macam mana yang perlu...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya faham Yang Berhormat, saya faham.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Mereka dipukul dihambat, diheret.
Berbagai-bagai berlaku...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Gangster-gangster upahan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, sudah, sudah! Sudah semua. Tolong, tolong. Tidak ada dah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Boleh kehilangan nyawa...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Semua, semua minta tolong Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey, duduk.
Sila duduk, Bintulu duduk, Putatan duduk, Shah Alam duduk, Ipoh Barat duduk. Sudah, sudah! Saya tak nak dengar Yang Berhormat. Sudah, sudah! Semua duduk Yang Berhormat.
Saya sedih Yang Berhormat tengok, orang kat belakang sana tengok inikah perangai-perangai Ahli-ahli Yang Berhormat? [Dewan riuh] Jikalau budak-budak sekolah boleh dengar kata-kata guru dia, kenapa pula tidak boleh dengar kata Speaker? Keputusan ini berlandaskan undang-undang, peraturan kita sendiri Yang Berhormat. Minta tolonglah, dalam keadaan sedemikian saya minta Yang Berhormat...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Shah Alam tidak payah lagilah. Penjelasan boleh dibuat tetapi bukan di sini Yang Berhormat. Minta tolong, minta tolong. Sudah teruskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kepala B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di Bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas.
Saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ringkas sahaja B.27 - Kementerian Kerja Raya. Sebanyak RM76 juta untuk perubahan kadar penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung, pembaikan Jalan Persekutuan dan jambatan akibat banjir pada tahun 2006, serta pembiayaan bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur.
Saya ingin membangkitkan satu kes spesifik iaitu Jalan Ipoh-Lumut. Sebelum ini kementerian ini telah memperuntukkan wang untuk melebarkan jalan ini, jalan Ipoh-Lumut.
Ia telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk dan peniaga-peniaga yang menetap di sepanjang jalan tersebut.
Saya bagi satu contoh, Bandar Baru Seputeh. Di kawasan tersebut yang terletak di sepanjang Ipoh-Lumut selepas kerja-kerja melebarkan jalan ini, telah mengakibatkan perniagaan-perniagaan di sana terjejas. Ini adalah kerana kenderaan yang sepatutnya boleh bergerak dua hala telah dihalang berbuat demikian menjadikan jalan sehala dari Ipoh ke Lumut dan Lumut ke Ipoh. Ini telah mengakibatkan kenderaan yang ingin ke sebelah jalan terpaksa membuat satu U-turn, pusingan balik yang jauh lebih kurang dua kilometer kalau mereka ingin ke kedai yang di sebelahnya.
Bukan sahaja peniaga-peniaga terjejas, penduduk-penduduk juga mengalami pelbagai masalah. Ada sebuah Sekolah Kebangsaan Pusing, di mana pelajar-pelajar terpaksa melintas Jalan Ipoh-Lumut ini yang sekarang telah dilebarkan membenarkan kenderaan bergerak dengan lebih laju. Mereka setiap pagi perlu melintas jalan yang begitu bahaya. Jadi saya pohon dan saya juga ingin tahu sebelum kerja-kerja melebarkan jalan, kita menyambut baik projek ini tetapi adakah mengambil kira kesulitan yang bakal akan timbul terhadap penduduk dan peniaga?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya sebenarnya sangat sakit hati apabila saya telah diminta oleh peniaga- peniaga selepas kerja ini dijalankan pelebaran, Jalan Ipoh – Lumut, peniaga ada yang terpaksa tutup kedai. Mereka kata sekarang kenderaan dari sebelah enggan datang ke kedai mereka, kerana perlu mengambil jalan yang lebih jauh. Dan ada yang perlu ke pasar, mereka terpaksa mengayuh basikal, tidak boleh melintas ke jalan sebelah kecuali mereka menghala ke depan dua kilometer, baru pusing balik, baru boleh ke sebelah jalan yang lain.
Bas sekolah juga mengalami masalah sedemikian.
Jadi saya ingin tahu dan juga ingin memohon pihak kementerian jangan sehingga apabila berlaku kemalangan jalan raya baru mengambil tindakan. Sebenarnya perkara ini telah saya bangkitkan pada sesi mesyuarat yang lepas, bulan September tetapi sehingga hari ini tiada tindakan diambil sebab jalan Ipoh-Lumut ini membenarkan kenderaan bergerak dengan laju. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan perkara ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kementerian ini banyak yang minat Yang Berhormat, jadi kita bersabarlah ya, seorang-seorang. Sila Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membincangkan mengenai dengan Maksud B.27 - Kementerian Kerja Raya. Jadi kita nampak bahawa, ini saya cerita pasal kepentingan di Sabah, mungkin saya tidak layak untuk bercerita pasal kepentingan di Sarawak kerana kita ada wakil daripada Sarawak.
Kita nampak Tuan Pengerusi, bahawa di Sabah kadang-kadang ada jalan raya yang sudah dirancang. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukan dibagi Rancangan Malaysia Kelapan, hingga Rancangan Malaysia Kesembilan disambung, tetapi ada jalan-jalan raya seperti Jalan Kalabakan-Sepulut, yang memakan belanja RM703 juta, di mana kontraktor diberi pada Rancangan Malaysia Kelapan lagi.
Hingga sekarang ini, kita nampak jalan ini belum dibina sama sekali, belum ada kerja dibuat. Saya mahu tahu kementerian, sampai mana sudah perbelanjaan kita belanja?
Sama ada kita mungkin lantik kontraktor untuk buat maintenance sahaja untuk jalan ini, walhal kita mahu jalan ini diturap. Itu kita mahu kementerian secara spesifik memberitahu saya.
Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan negeri, sebab rakyat tidak tahu mana satu jalan persekutuan, mana satu jalan negeri. Mereka tidak tahu, mereka tahu kita satu negara, mereka tahu Barisan Nasional yang buat jalan. Dia tidak tahu negeri atau persekutuan. Jadi saya minta mungkin Yang Berhormat Menteri baru, Menteri JKR baru supaya jalan-jalan, cerun-cerun yang runtuh ini diberi peruntukan segera, kerana kalau tidak cerun-cerun ini akan besar dan jalan raya akan putus.
Di kawasan saya, kurang lebih lima jalan, lima cerun, maka kalau ini kita tidak perbaiki tahun ini, tahun depan kita tak boleh jalan ke Kalabakan, ke kampung-kampung kerana ianya sudah runtuh. Jadi minta supaya Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan kilat, kerana kalau tidak ada peruntukan kilat, tunggu bajet tahun depan, kita bermasalah.
Jadi kita minta Jabatan Kerja Raya, Menterinya baru, Menterinya canggih, yang boleh, masih muda lagi pergi tengok dan beri penyelesaian kepada jalan-jalan yang ada.
Jadi Tuan Pengerusi, bukan sahaja di Kalabakan bahkan kalau kita pergi ke Ranau, ke Kundasang...
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Kalabakan, bagi laluan sikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini lima minit sahaja Yang Berhormat, tak payah bagi laluan. Yang Berhormat Putatan boleh berucap sendiri.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Tak apa, saya teruskan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Kena-mengena dengan Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
...Di Jalan Kota Kinabalu, Ranau, Kundasang, ini kita punya pelawat dari luar negara takut pergi, kerana mereka nampak keadaan jalan begitu daif. Keadaan jalan satu hala sahaja, begitu daif. Jadi minta selesaikan masalah ini. Jalan menghubungi Tawau, Kota Sandakan dan Kota Kinabalu pun begitu daif, mintalah peruntukan khas. Jangan tunggu bajet yang akan diumumkan, kita nampak bajet diumumkan dari Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan, Kesembilan, ada perkara yang tidak selesai. Mana kewangan pergi?
Tuan Pengerusi, jadi itu sahajalah yang ingin saya sampaikan kepada sidang pagi ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pengkalan Chepa.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Maksud B.27 iaitu saya ingin membangkitkan jalan di antara Padang Tengku, selepas Kuala Lipis, Padang Tengku ke Merapoh dan terus ke Gua Musang. Kita telah merdeka 50 tahun lebih, tetapi jalan itu masih seperti dahulu, sangat bahaya dan sangat curam, bahu jalan pun tidak ada. Jadi saya minta Kementerian Kerja Raya ambil perhatian terhadap perkara ini kerana kami di Kelantan, di Pantai Timur selalu berulang alik melalui jalan tersebut.
Yang keduanya, jalan daripada Kuala Krai ke Kota Bharu. Saya dengar baru-baru ini Yang Berhormat Menteri mengatakan, bahawa lebuh raya di antara Kuala Krai dan Kota Bharu mungkin akan diperkecil kepada R’5’. Saya rasa jalan yang ada sekarang ini R5 dah, iaitu satu hala pergi, satu hala balik. Ia mengambil masa satu jam setengah daripada Kuala Krai ke Kota Bharu yang hanya 40 kilometer.
Jadi oleh itu saya minta lebuh raya daripada Kuala Krai ke Kota Bharu ini ialah dua lane sebelah, iaitu kalau ini dapat dijalankan sebagaimana konsesi yang telah ditandatangani, ia akan hanya memakan masa setengah jam sahaja, terutama sekali waktu-waktu Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Raya Haji, hari cuti, ianya boleh dikatakan jam, daripada Machang ke Kota Bharu, Machang ke Kuala Krai, jam langsung.
Jadi saya minta perkara ini jangan dipotong dalam Rancangan Malaysia Yang Kesembilan dalam Mid-Term Review ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya akan bagi peluang, jangan bimbang, kita ada masa sikit. Akan tetapi sebelum saya menjemput Yang Berhormat bercakap, saya memperingatkan dalam butiran yang kita ada ini, satu ialah, naik taraf bukan jalan baru. Naik taraf jalan-jalan di Semenanjung.
Yang kedua, ialah naik taraf jalan di Kuching, iaitu Projek Naik Taraf Persimpangan BDC-Jalan Tun Jugah, dan Naik Taraf Persimpangan dari Miri ke Lutong, itu sahaja Yang Berhormat. Jadi kalau apa benda yang terkeluar daripada buku ini, saya minta Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab soalan Yang Berhormat itu, tak perlu nak bercakap. Saya jemput Yang Berhormat Jempol dulu.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Pengerusi, saya melihat kementerian telah pun membangunkan jalan daripada Seremban ke Kuala Pilah, tetapi pada pandangan saya ia mesti dinaikkan taraf menjadi jalan empat lorong, kerana jalan ini dilalui begitu ramai sekali oleh pengundi-pengundi bukan sahaja daripada Negeri Sembilan, tetapi juga sebahagian daripada Johor dan juga Pahang. Oleh yang demikian, jumlah kereta atau kenderaan yang melalui jalan tersebut begitu banyak sekali.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang kedua, jalan yang melibatkan di kawasan-kawasan FELDA, perlulah dinaikkan taraf, kerana sekarang ini harga komoditi getah dan juga kelapa sawit begitu naik harganya menyebabkan peneroka kita naik taraf kehidupannya dan mereka semua mampu membeli kenderaan dan mereka duduk di kawasan perkampungan FELDA. Akan tetapi jalan-jalan yang ada di kawasan FELDA ini begitu kecil sekali yang telah pun dibuat oleh Jabatan Kerja Raya.
Saya mencadangkan supaya kementerian menaikkan taraf jalan-jalan JKR di kawasan FELDA bagi menampung keperluan mereka yang menggunakan jalan tersebut.
Begitu juga usaha pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah, di mana begitu banyak sekali kenderaan yang melalui bandar-bandar di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, cadangan kementerian untuk menyelesaikan isu ini perlulah membina Bahau by past supaya dinaikkan taraf perancangan jalan tersebut bagi menghindarkan kenderaan masuk ke bandar-bandar seperti Bandar Bahau. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menghargailah kalau dipendekkan cerita ini. Yang Berhormat Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan bahagian dalam hal B.27. Untuk pengetahuan, di Jerai terdapat jalan persekutuan yang mana telah pun dilebarkan cuma menghadapi masalah apabila jambatan-jambatan tadi belum diperbesarkan. Jambatan tersebut adalah dibina pada tahun 70-an, menyebabkan berlaku kesesakan dan kemalangan.
Sebab itu berlaku kemalangan dan kematian. Begitu juga jalan Gurun ke Sik yang merupakan sebahagiannya daripada Parlimen Jerai yang didapati telah hampir-hampir selesai pembinaannya. Cuma tidak ada U-turn atau pusing balik menyebabkan kemalangan dan juga keluhan masyarakat setempat berkaitan dengan jalan baru ini menjadikan penduduk setempat dan anak ke sekolah terpaksa mengambil masa lebih kurang satu hingga dua kilometer untuk berpusing.
Saya mohon pihak kementerian menyediakan jejantas ataupun U-turn, pusing balik bagi kegunaan masyarakat setempat khususnya antara jalan Gurun ke Sik. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, bahawasanya banyak telah berubah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Orang Sarawak, dengar di belakang Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
The first trunk road, dengan izin daripada Kuching hingga ke Lawas telah berubah sejak ia diambil alih oleh syarikat konsesi.
Namun demikian, ada juga di sesetengah tempat, seperti..., dia ada mempunyai tiga zon.
Zon 2A iaitu Bintulu dan Sibu; Zon 2B, Limbang dan Miri dan Zon 1 daripada Kuching hingga ke Sarikei.
Sejak tahun 2003, konsesi telah mengambil alih, kita sangat bersyukurlah kerana telah jauh, banyak perbezaan perubahan telah dibuat ke atas jalan persekutuan yang ada.
Pada pendapat saya dan juga pandangan saya sendiri yang mana saya sendiri telah mengawasinya sebelum ini, masih banyak lagi kawasan di Zon 2A daripada Sibu ke Bintulu yang masih perlu diperbaiki dan juga di antara Bintulu ke Miri.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Jadi kita memohon sebahagian daripada bajet yang dibahaskan ini, kalau boleh diperuntukkan untuk menaiktarafkan jalan tersebut kerana saya telah difahamkan, kali terakhir jalan tersebut telah dinaiktarafkan permukaannya ialah 15 tahun yang dahulu. Juga di samping itu, dengan peruntukan yang dibahaskan ini kita juga mengharapkan sebahagian daripadanya adalah disalurkan untuk menaiktarafkan keselamatan jalan persekutuan di sepanjang negeri Sarawak. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, Maksud B.27. Ini mengenai kadar penyelenggaraan... [Disampuk] Tunggu sekejap, saya hendak gulung. Kadar penyelenggaraan jalan persekutuan di Semenanjung, pembaikan jalan persekutuan dan jambatan akibat banjir dan sebagainya. Ini mengenai infrastruktur dan kerja ke atas penyelenggaraan jalan persekutuan termasuk jalan persekutuan di Petaling Jaya.
Tuan Pengerusi, yang penting sekali saya hendak mengetahui kadar baru yang ditetapkan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan sekarang ini. Di sini saya hendak menekankan bahawa tiap-tiap kali ada kerja membaiki, memang ada kesesakan. Saya berharap pihak JKR dapat memperbaiki keadaan untuk mengurangkan kesesakan apabila kerja penyelenggaraan dilakukan. Ini memang satu perkara yang penting dan juga tiap-tiap kali ada kemalangan, memang sesak. Ini perlu kita ada kaedah di mana pihak polis dan agensi yang lain dapat menyelesaikan masalah kemalangan ini dengan cepat supaya kesesakan itu tidak akan menyusahkan orang.
Di sini, di dalam masa yang singkat ini Tuan Pengerusi, tanah dua kilometer di Taman Mahkota itu adalah tanah Persekutuan. Ini boleh dikira jalan persekutuan juga.
Apabila berlaku masalah di antara syarikat konsesi dengan para penduduk, memang pihak JKR pun mesti mengambil pusing untuk mempertimbangkan mengapa kita mengadakan perjanjian di antara syarikat konsesi dengan pihak kerajaan apabila tidak ada jalan alternatif.
Saya berharaplah dan saya menyeru supaya pihak Kerajaan Persekutuan dan juga pihak kerajaan negeri memperuntukkan wang. Mungkin RM5 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5 juta daripada kerajaan negeri untuk membina satu jalan alternatif bagi penduduk-penduduk di sekitar Taman Mahkota. Saya juga berharap pemaju itu memang mengambil kira penderitaan rakyat di sekitarnya.
Tuan Pengerusi, sekali lagi saya menyeru supaya pihak Kerajaan Persekutuan mengambil kira apabila kita mengadakan kerja penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya kerana melaksanakan projek jalan persekutuan di Lenggong dengan begitu baik.
Cuma satu perkara yang saya hendak bangkitkan di sini ialah mengenai jalan daripada Raban ke Pangkalan Pipit. Kelihatan jalan tersebut terputus di mana daripada Raban melalui jalan kampung, kemudian disambung dengan jalan persekutuan sampai ke pangkalan di tepian Sungai Perak.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Jadi saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya supaya menyambungkan jalan tersebut dengan menaiktarafkan supaya masyarakat kampung di Kampung Beng yang terkenal dengan keindahan alam dan juga berpotensi untuk dibangunkan dengan sektor pelancongan dapat benar-benar dibangunkan di situ.
Jadi sekali lagi, saya minta supaya Kementerian Kerja Raya menyambungkan terus jalan daripada Raban terus ke Pangkalan Pipit dan disambung dengan jambatan supaya penduduk yang ramai di situ dapat menggunakan dengan cara yang baik dan segala hasil yang dikeluarkan di kampung tersebut dapat dipasarkan dengan baik sekali.
Kemudian, satu lagi pembinaan sambungan jalan Kampung Bukit Sapi, Kampung Chepor, Kampung Luat, juga terputus dan telah pun tidak dilaksanakan begitu lama. Saya mohon jika dapat Kementerian Kerja Raya berbincang dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi sama-sama meneruskan projek tersebut yang membolehkan jalan tersebut dapat disambung ke Sungai Siput-Intan Suraya dan dengan itu, membolehkan pengguna-pengguna daripada Ipoh terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk ke Gerik dan juga ke Kelantan. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kuala... saya bagi... tension sedikitlah. Kuala Krai, sila Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Pengkalan Chepa ada menyebut mengenai jalan raya antara Lipis-Gua Musang melalui Merapoh yang perlukan baik pulih kerana kita berasa pengguna di situ atau seluruhnya pergi ke Pantai Timur, shock change ataupun berasa ditipu kerana apa juga kos untuk membina jalan, mestilah untuk menjadikannya jalan yang standard.
Kalaulah dikata mendap kemudian setelah lima hingga enam tahun. Perkara ini patut telah diambil kira oleh sesiapa sahaja yang membuat supaya kita tidak berasa, setelah dua hingga tiga tahun, jalan ini mula bergelombang. Cukup bahaya kerana kita berulang ke sana setiap minggu. Jadi diminta perhatian dari segi pembinaan jalan ini akan datang ataupun baik pulih, pastikan spesifikasinya cukup baik sehingga kita dapat nilai jalan yang lebih baik.
Kedua, antara Gua Musang dengan Kuala Krai ada dua tempat yang mendap sejak lebih kurang empat bulan yang lalu. Satu daripadanya mendap cukup membahayakan dan sampai ke hari ini belum dapat disiapkan walaupun kelihatannya macam ada kerja tetapi tidak ada kemajuan dalam pembaikan jalan yang mendap ini, cukup bahaya.
Tambahan pula isyarat-isyarat amaran hanya dapat dilihat lebih kurang dalam 50 meter sebelum kawasan mendap ini dan akan berlaku lencongan. Bayangkan kalau ada sedikit kegagalan mengawal kenderaan kita akan termasuk dalam kawasan mendap yang cukup bahaya itu.
Jadi, diminta supaya kerja ini disegerakan kerana ini merupakan laluan hubungan Pantai Barat-Pantai Timur yang cukup penting bagi penduduk di sebelah sana. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya pun hairan bagaimana orang yang duduk di Gombak bercakap pasal jalan di Kuala Krai.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Parlimen Malaysia boleh bercakap apa sahaja, Yang Berhormat... [Disorak]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Pengerusi, bagi Maksud B.27 ini, oleh kerana ini membabitkan naik taraf jalan kesan daripada banjir pada 2006, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menghantar wang segera untuk menaiktarafkan balik jalan yang rosak akibat banjir.
Cuma saya hendak bangkitkan di sini kalau boleh biarlah ada koordinasi apabila menghantar wang segera untuk baik pulih jalan-jalan yang rosak kesan banjir selama dua bulan tersebut, tetapi saya tengok tidak ada kerjasama antara pejabat daerah dengan JKR sehingga banyak jalan-jalan yang memang tenggelam di kawasan DUN Senggarang yang wakil rakyatnya PAS, yang tidak tahu hendak buat kerja ini, maka banyak yang terlepas pandang sebenarnya. Oleh kerana itu banyak jalan yang rosak kesan banjir ini tidak dibaik pulih tertinggal begitu sahaja.
Jadi, saya minta JKR lain kali biarlah ada satu cara yang sesuai dan efisien. Oleh kerana itu saya ingin menyentuh beberapa jalan yang tertinggal seperti jalan Parit Simpang Laut, Parit Permatang dan sebagainya dan ada laluan maut ataupun laluan motosikal yang sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk menaik taraf laluan ini yang tidak digunakan.
Ini bagi saya seperti wujud salah guna juga kerana digunakan wang bantuan banjir bagi menaik taraf ini untuk buat perkara yang lain iaitu jalan-jalan yang tidak terlibat dengan banjir. Perkara ini saya rasa harus diperbetulkan.
Saya ambil contoh jalan ke Minyak Beku di Kampung Petani. Ini laluan maut dan sehingga ke hari ini masih lagi rosak, pecah dan sebagainya. Saya minta JKR ambil perhatian. Satu contoh lagi ialah Jalan Sungai Ayam yang memang selalu kena banjir tetapi tidak mendapat nikmat bantuan segera wang banjir yang dihantar oleh JKR kerana tidak ada kerjasama yang baik antara pejabat daerah dan JKR.
Jadi, saya harap perkara-perkara ini harus diberikan perhatian dan saya minta juga JKR memberi perhatian kepada laluan-laluan motosikal yang garis jalannya sudah kabur, tidak nampak kerana kualiti yang dibuat oleh kontraktor tidak mengikut spec yang sebenarnya dan ada juga jalan-jalan yang dinaiktarafkan menggunakan wang banjir ini rosak balik kerana kontraktor mungkin mencari untung yang tidak dipantau dengan baik sama ada oleh JKR atau pejabat daerah. Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita belum mendengar suara wanita pada pagi ini.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Mengenai Maksud B.27, saya ingin membangkitkan beberapa perkara di sini. Pertama ialah wang pembaikan tambahan selepas akibat banjir ini. Persoalannya adakah pemantauan secara fizikal dilakukan sebelum pembayaran itu dibuat.
Daripada tinjauan saya didapati bahawa syarikat konsesi yang diberi, misalnya di Selangor, Road Care Sdn. Bhd. mereka diberi RM1.2 juta untuk menyelenggarakan jalan.
Masalahnya ialah Unit Pemantauan Penyelenggaraan Jalan di bawah JKR sendiri hanya mempunyai dua orang dan jika termasuk ketua jabatannya, tiga orang jurutera untuk memantau kira-kira 800 km jalan persekutuan di negeri Selangor.
Saya bimbang sekiranya pemantauan ini tidak dilakukan dan mereka tidak mengisi borang NCR atau Non-conforming Report, ini maka bayaran itu berlaku secara automatik.
Sekiranya tidak ada aduan maka wang bayaran penyelenggaraan itu dibuat secara automatik.
Kedua ialah apabila kerajaan memberi bantuan untuk menyelenggarakan jalan- jalan yang telah rosak akibat banjir. Pertanyaan saya ialah adakah syarikat-syarikat konsesi ini terus mendapat bayaran penyelenggaraan bulanan mereka secara automatik ataupun ini tidak dibayar tetapi hanya untuk penyelenggaraan yang baru akibat banjir.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ketiga, saya ingin meminta Menteri Kerja Raya untuk melihat ke Parlimen Kota Raja dan saya rasa dia familiar dengan izin, dengan kawasan ini. Ada satu bulatan dinamakan Bulatan Kebun yang kecilnya begitu kecil dan pertemuan empat jalan besar.
Apabila masuk sahaja satu trailer maka keseluruhan empat simpang tadi akan sesak.
Hingga ke hari ini sudah beberapa bulan malah beberapa tahun sebenarnya rakyat sengsara setiap pagi. Kadang-kadang mengambil masa sampai satu jam, dua jam dari Jalan Kebun, Jalan Bukit Kemuning, Jalan Sungai Jati dan Jalan Kota Raja itu sendiri.
Jalan Bukit Kemuning ini dikatakan akan dinaiktarafkan dan satu jejambat akan diadakan di Jalan Kebun ini tetapi sehingga kini kita tidak nampak langsung kelibat kerja- kerja itu dimulakan. Jadi, berapa lama lagi rakyat Kota Raja yang menggunakan jalan itu harus sengsara mengalami kesesakan setiap hari.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Yang Berhormat yang bertai merah itu. Yang Berhormat, silakan... [Ketawa] Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Pasir Salak itu warna maroon.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perkara B.27 - Kementerian Kerja Raya. Oleh kerana di Melaka khususnya di kawasan saya Bukit Katil, di persimpangan Seri Negeri Ayer Keroh hinggalah ke persimpangan Semabok yang sudah merupakan jalan utama sedangkan jalan-jalan di sekitarnya sudah menjadi jalan empat lorong, tetapi jalan ini masih dua lorong dan selalu berlaku kesesakan jalan raya.
Maka itu saya ingin mencadangkan Kementerian Kerja Raya supaya jalan daripada persimpangan Seri Negeri Ayer Keroh hingga ke persimpangan Semabok dinaiktarafkan kepada empat lorong supaya dapat mengelak kesesakan yang selalu berlaku di setiap masa hinggakan waktu malam pun jam di situ. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Ada dua perkara yang hendak saya sentuh berhubung tajuk B.27 - Kementerian Kerja Raya.
Pertama, kita mendapati kesesakan lalu lintas tidak semestinya berpunca daripada jumlah kenderaan yang semakin meningkat tetapi banyak perkara juga harus diambil kira kerana pembinaan jalan susur keluar ataupun struktur jalan yang tidak begitu sempurna.
Sebagai contoh, Lebuh Raya MRR2 dari Gombak, Hulu Klang, Ampang, Pandan dan seterusnya ke Klang, ada satu point yang menjadi bottle neck setiap hari termasuk hari percutian ataupun hujung minggu iaitu jalan susur keluar di Pandan Indah yang terlalu sempit dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang cukup parah setiap hari. Maka saya ingin memohon Kementerian Kerja Raya supaya melihat perkara ini secara serius kerana Lebuh Raya MRR2 ini adalah satu lebuh raya yang cukup utama, yang menghubungkan Gombak sehinggalah ke Klang melalui Ampang, Pandan dan juga Sungai Besi.
Perkara yang kedua ialah berhubung butiran di bawah B.27 iaitu 050600 yang ada hubung kaitnya dengan emolumen yang bertambah dalam perkara ini. Saya juga ingin memohon penjelasan kerana baru-baru ini berlaku kejadian tanah runtuh dengan batu-batu bongkah yang cukup besar di Bukit Antarabangsa, Ampang yang menyebabkan kemusnahan empat buah kenderaan. Dalam perbincangan saya dengan IKRAM, mereka telah pun melaporkan bahawa laporan yang terperinci dan menyeluruh telah pun diserahkan kepada pihak JKR lebih enam bulan yang lalu atas penyiasatan dan kajian di tempat yang sama berlakunya tanah runtuh dan bongkah-bongkah batu yang berkenaan.
Namun menurut laporan yang dikemukakan kepada saya, tidak ada sebarang tindakan oleh pihak JKR setelah enam bulan dikemukakan laporan tersebut untuk memastikan JKR mengambil tindakan segera kerana keadaan itu merupakan kawasan yang paling sensitif dan boleh menimbulkan bahaya kepada penduduk dan kawasan persekitaran. Akibat kecuaian pihak JKR untuk mengambil tindakan yang segera, menyebabkan berlakunya tanah runtuh baru-baru ini dan memusnahkan empat buah kenderaan di kawasan yang berkenaan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Maka Tuan Pengerusi, saya pohon pihak kementerian untuk memberikan penjelasan yang sewajarnya kerana peningkatan emolumen ini sepatutnya meningkatkan juga prestasi pegawai-pegawai di kementerian yang berkenaan untuk meningkatkan lagi kewibawaan dan integriti mereka dalam menjalankan tugas. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dekat Tawau.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Silam.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut sama membahaskan iaitu perkara peruntukan-peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan jalan yang melalui kawasan Parlimen Silam yang menghubungkan Pantai Timur Negeri Sabah.
Ini kerana jika kita melihat dari segi peruntukan yang diberikan ini kita nampak program pembangunan ini tidak ditumpukan terutamanya di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah yang merupakan kalau dari segi aktiviti ekonominya memang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang kelapa sawit. Namun demikian, jalan yang menjadi laluan terutamanya di hadapan JPJ Lahad Datu sehingga ke kawasan kampung Silam menghala ke Jalan Tawau dan daripada kawasan Jalan Asam menghala ke Jalan Sandakan yang menghubungkan Pantai Timur Sabah dengan Kota Kinabalu perlu dinaiktarafkan.
Ianya merupakan keperluan mendesak sebab ini juga salah satu isu yang telah dibangkitkan oleh para pengundi di kawasan Parlimen Silam dan kita berharap supaya peruntukan untuk membuat jalan baru dual carriage daripada Tawau ke Lahad Datu dan Lahad Datu ke Sandakan diberi keutamaan dan dimasukkan kalau tidak mencukupi peruntukan yang dipohon ini dalam Rancangan Mid-term Review dengan izin, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Kita melihat sudah tiba masanya untuk kita sama-sama kerajaan mengambil kira akan kepentingan sebab dengan cara ini sajalah kita dapat meningkatkan dari segi aktiviti ekonomi di kawasan Pantai Timur Sabah sebab kita tidak mahu melihat segala pembangunan ini hanya ditumpukan ataupun bertumpu di bandar-bandar utama di Malaysia ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang dekat dengan Pendang itu Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bukan buat peraturan Yang Berhormat ya. Saya nak lihat orang-orang yang baru pertama kali masuk Dewan. Kita beri peluang dengan beliau.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga mengambil peluang untuk membicarakan sedikit berkenaan perkara B.27. Tuan Pengerusi, saya memberi menyatakan mungkin untuk bersetuju sepenuhnya dengan tambahan kepada perkara di bawah B.27 dengan dua keadaan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Pertama, sekiranya kita perhatikan kepada tambahan-tambahan yang diperlukan, sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak iaitu penambahan dalam emolumen. Perkara berkenaan dengan menaik taraf dan maintenance ini sudah tentu akan berkait rapat dengan tambahan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penyelenggaraan dan aspek kualiti deliverance dengan izin, sangatlah penting untuk menjustifikasikan apakah perlu tambahan yang perlu dibuat terhadap sesuatu peruntukan sama ada untuk menaik taraf ataupun penyelenggaraan.
Aspek profit margin ataupun margin untung dan elemen kickback expenses selalunya menjadi pertikaian atau menjadi sangkaan yang selalu dipertikaikan kerana penyelenggaraan yang mencakupi aspek perkhidmatan dan bekalan seperti yang diterangkan bawah B.27 ini selalunya menjadi dilema di kalangan para pembekal atau kontraktor dilantik. Aspek ini selalunya menjadi perbincangan hangat di kalangan para kontraktor yang mungkin juga mempunyai impian untuk menjadi kontraktor dilantik atas tujuan-tujuan penyelenggaraan tersebut.
Perkara kedua Tuan Pengerusi, saya mungkin boleh bersetuju sepenuhnya kepada tambahan belanjawan ini sekiranya ditimbangkan di tempat saya Tuan Pengerusi.
Satu persimpangan di Semambu telah menjadi bualan ramai kerana setiap waktu puncak iaitu daripada jam 7.00 sehingga 9.00 pagi dan juga 4.30 sehingga 6.00 petang selalunya elemen clog-in ataupun elemen tersumbat kenderaan ini selalu menjadi bualan di kalangan masyarakat tersebut.
Ada yang telah pun mengadu perkara ini di peringkat demi peringkat sehingga kepada kedudukan tertinggi dalam penyelenggaraan di Kementerian Kerja Raya di peringkat negeri juga telah pun dibawa perkara ini dan sehingga kini setelah empat tahun setengah perkara ini dikatakan sebagai kemuncak kepada perbualan aspek ini. Saya mohon kepada kementerian supaya mengambil kira kerumitan para pengguna jalan raya di kawasan tersebut dan saya boleh menyatakan sokongan saya kepada perkara ini sekiranya ini diambil kira dan disegerakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Baik.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Orang baru, orang baru.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pasir Salaklah.
Ini orang baru. Dia baru Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Orang baru, orang baru.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Sabak Bernam? Okey.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
[Bangun]
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Pertama kali pun tidak bagi ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, bagi dekat Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Okey, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Apa tawar menawar ni Yang Berhormat. Yang Berhormat itu, duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat.
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Duduk juga?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini, Pasir Salak tidak nak berucapkah ini? Saya dah sebut Pasir Salak tadi. Ini soal jalan-jalan penaikan taraf jalan ya Yang Berhormat ya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jangan lari tajuk.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak lari. Nak lari ke mana?
Tuan Pengerusi, terima kasih banyak. Saya mengambil bahagian ini nak memberi sedikit pandangan dan juga pertanyaan.
Pertamanya, saya merasakan pihak Kementerian Kerja Raya memanglah kita menyokong berikan peruntukan ini. Namun perjalanan kementerian ini juga perlu diberi pandangan dan teguran. Di sini saya berpendapat, secara sedar atau tidak sedar pihak Kementerian Kerja Raya banyak melakukan pembaziran.
Pembaziran yang saya maksudkan di sini mungkin pihak Yang Berhormat Menteri pertama kali saya nak bagi perspektif ini iaitu beratus-ratus ribu man hours ataupun masa yang membazir, dibazirkan disebabkan oleh masalah lalu lintas sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Tuan Pengerusi, pada satu hari ada 24 jam, satu tahun ada 365 hari. Dikalikan dengan 24 jam, bermakna satu tahun bersamaan 8,760 jam. Satu tahun 8,760 jam kita dapati masa ataupun man hours yang hilang di tengah jalan, oleh orang ramai bukan 8,000 tetapi berpuluh-puluh ribu satu hari. Jadi dari segi masa ini dalam istilah ekonomi adalah satu komoditi yang ‘sketch’, yang limited sketch commodity dan kita tak dapat balik masa ini. Jadi kalau orang belajar ekonomi dia tahulah, kalau tak belajar, dia tak berapa tahu.
Tuan Pengerusi, dan satu hari kita mungkin hilang satu tahun masa, dua tahun masa dan berapa tahun masa kita telah hilang. Cuba fikirkan kalau masa ini kita gunakan dalam pejabat buat kerja, dan petani-petani bekerja di sawah, bekerja di kebun, berapa banyak hasil yang boleh dikeluarkan? Bagaimana banyaknya pengurusan yang boleh menghasilkan perniagaan dia, pentadbiran jabatan kerajaan, banyak sekolah boleh buat, banyak jalan raya boleh buat, banyak promosi dari segi pelancongan boleh buat, kalau sekiranya dia ada masa...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini bunyi dasar Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, jadi berhubung dengan Kementerian Kerja Raya ini, dia minta duit. Kita hendakkan mereka menggunakan duit itu dan memastikan bahawa perjalanan Kementerian Kerja Raya ini berjalan dengan efisien, baik dan tidak membazirkan masa rakyat yang begitu berharga.
Jadi, kalau nak difahamilah, kalau tak hendak itu terpulanglah.
Jadi kalau kita lihat, kalau begitulah dapat diselamatkan, banyak kerja kita boleh buat. GDP kita pun bertambah, grocer domestic product kita akan bertambah, economic growth akan bertambah, peluang pekerjaan bertambah, good for our economy dengan izin.
Hah, habis cerita itu.
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi,...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik. Itu sahaja Yang Berhormat. Dah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit saja, satu lagi. Sikit saja lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Boleh, boleh Yang Berhormat. Sikit saja.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini saya tengok, kerja-kerja kontrak di jalan raya ini saya tengok banyak, karang sah unparliamentary pula. Banyak rakan-rakan kita daripada masyarakat India saja buat kerja ini, subkontraktor ini. Dia orang
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
kompelin masyarakat India ditindas, ditindas. Ini kerja-kerja kontrak harga berpuluh-puluh juta ini kontraktor India yang banyak. Mana Melayunya? Jadi saya nak tanya...
Seorang Ahli
Butiran berapa?
Beberapa Ahli
Perkauman, perkauman.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Bukan perkauman. Saya nak tanya menteri, mana pergi kontraktor bumiputera, tak berapa peluang yang ada, berapa banyak kontrak?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini dah lebih daripada sikit Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini isu yang...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Tak boleh lagi? Okey, terima kasih. [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hah, sila duduk.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
[Bangun]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini ramai yang baru Yang Berhormat. Ramai yang baru berdiri ini, tapi kita tengok dah 16 orang berdiri, satu orang wanita. Kita hendak 30% wanita. Yang Berhormat Rantau Panjang. Itu, tunggu Yang Berhormat Rantau Panjang dulu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga menyentuh B.27 – Kementerian Kerja Raya. Saya ingin penjelasan. Berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan dalam Parlimen Rantau Panjang yang sering menghadapi kerosakan dah hakisan akibat banjir setiap tahun?
Bilakah kerajaan bercadang untuk mengadakan lampu isyarat di simpang empat Jalan Banggol Kulim-Rantau Panjang yang sering berlaku kemalangan? Oleh kerana kawasan itu sangat berbahaya kerana menjadi lalu lintas dalam kawasan sempadan dan juga berhampiran dengan kawasan sekolah dan pasar raya.
Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kementerian terhadap program pembinaan jalan di seluruh negeri Kelantan. Berapakah peruntukan yang diberi untuk negeri Kelantan dalam penyelenggaraan jalan akibat banjir dan apakah peruntukan ini diberi melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun melalui kerajaan negeri?
Saya juga ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah punca berlakunya jambatan terbengkalai? Dua jambatan terbengkalai yang begitu lama iaitu di Jalan Tendong-Pasir Mas, dan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah yang mengalami masalah terutama kepada pengguna-pengguna jalan terutama apabila musim banjir.
Saya inginkan juga penjelasan daripada pihak kementerian, apakah cadangan untuk mengatasi masalah kesesakan melibatkan jalan yang merentasi jalan kereta api.
Kerajaan telah berjanji untuk melaksanakan projek pembinaan jambatan semasa Pilihan Raya DUN Pengkalan Pasir penggal yang lalu lagi. Namun sampai sekarang masih belum ditunaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional, iaitu pembinaan jambatan yang merentasi jalan kereta api di dua pekan iaitu di Pasir Mas dan Tanah Merah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya harapkan supaya disegerakan pembinaan jambatan merentasi jalan kereta api ini kerana ia sangat diperlukan oleh penduduk terutama apabila di saat-saat kecemasan. Apabila berlaku kebakaran ataupun berlaku sesuatu insiden yang menghalang pihak polis, bomba untuk melintasi jalan kerana masalah jalan kereta api. Jadi minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala...
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krau. Dia baru daripada saya Yang Berhormat, jadi relative thinking.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingat juga kepada kerusi Tuan Pengerusi semasa duduk di sini sebelum jadi Timbalan Speaker. Terima kasih. Rujuk kepada B.27.
Pertamanya, tentang penyelenggaraan jalan akibat banjir. Daripada Simpang Jengka 18, 23, 22, dan juga 21, ini FELDA. Akibat banjir ada dua kesan, yang pertamanya jalan mendap. Yang keduanya guard rail, sama ada dicuri atau akibat banjir. Bila kita bertanya dengan kontraktor yang menyelenggarakan jalan, Syarikat Road Care Sdn. Bhd mengatakan tidak ada peruntukan daripada JKR. Saya minta JKR menyegerakan pemberian peruntukan untuk membaiki jalan tersebut.
Yang keduanya, tentang pembinaan atau menaik taraf serta pelebaran jalan dari Simpang Temerloh ke Jerantut. Jalan dah lebar tapi jambatan, lebih kurang lima buah jambatan masih lagi tidak dilebarkan. Saya bimbang apabila jalan lebar, jambatan ini tidak dilebarkan, ramai di antara kita yang terjun ke sungai nanti. Jadi saya minta supaya kerja- kerja untuk pelebaran jalan, membina jambatan-jambatan baru ini disegerakan.
Yang ketiganya, akibat daripada banjir juga daripada Simpang Kampung Awah ke Bandar Jengka dan Simpang Jengka 8 juga terdapat jalan-jalan yang rosak, yang mendap akibat daripada banjir. Apabila kita bertanya dan soalan saya dikemukakan, jawapannya tidak ada peruntukan dan jawapannya tidak ada permohonan daripada pihak negeri. Saya mohon supaya di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini, dapat dibina dan diselenggarakan serta dilebarkan jalan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya bangkitkan dua perkara. Yang pertama, soal Jalan A1 Persekutuan daripada Gopeng ke Simpang Pulai di mana kalau kita lihat di situ, selepas simpang ke Batu Gajah, ada tiga lane, dan tiba-tiba sebelum sampai ke Pekan Simpang Pulai melalui satu jambatan, di situ tiba-tiba menjadi satu lane dan ini menjadi sangat bahaya sekiranya pemandu memandu khususnya pada waktu malam dan harap masalah ini dapat diperbetulkan.
Yang kedua, ingin saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah tambahan peruntukan sebanyak RM76 juta ini termasuk atau include perbelanjaan lebihan yang digunakan semasa bulan April tahun 2007 iaitu di persekitaran Ijok khususnya jalan ke Kuala Selangor, Batang Berjuntai dan sebagainya bersamaan dengan Pilihan Raya Kecil Ijok? Maksud saya sama ada perbelanjaan tambahan ini adalah digunakan semasa Pilihan Raya Kecil Ijok. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Bagi peluang dengan Yang Berhormat Sabak Bernam. Memang jauh di belakang. Payah untuk dilihat Yang Berhormat...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebelah sini pun apa kurangnya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya tahu. Yang Berhormat Melaka pun bangun.
Tuan Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Yang Berhormat Sabak Benam ingin mengambil bahagian dalam tajuk B. 27 ini.
Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kementerian yang telah menaik taraf kebanyakan jalan daripada Klang ke Teluk Intan. Cuma permasalahan yang timbul di sini ialah ada sedikit yang tertinggal di persimpangan jalan ini, tidak panjang pun dalam lima kilometer daripada Simpang Empat, Balai Polis Sabak Bernam ke Jambatan Sabak, Teluk Intan. Masih lagi dua lorong sedangkan jambatan itu sudah pun dinaikkan taraf kepada empat lorong juga.
Jadi kita berharap pihak kementerian dapat menyegerakan juga pembinaan dan pelebaran jalan ini daripada Simpang Empat Balai Polis Sabak Bernam ke Teluk Intan untuk kemudahan orang-orang yang datang daripada Shah Alam-Klang yang hendak pergi Setiawan, Teluk Intan dan sebagainya.
Yang kedua, saya juga berharap pihak kementerian mengambil kira tentang membina jejantas pejalan kaki ini. Sebab kita mendapat keluhan daripada murid-murid sekolah, pelajar-pelajar sekolah dan juga orang-orang tua yang menggunakan basikal.
Mereka mengatakan amat sukar untuk membawa basikal ini naik untuk jejantas menggunakan tangga terlampau tinggi.
Kalau boleh pihak kementerian membina jejantas dengan rem ini, rem yang agak rendah supaya para pelajar ini atau pun orang-orang tua yang menggunakan basikal ini mudah memimpin basikal ini untuk menyeberang jalan. Kalau dahulu dua lorong mereka senang menyeberang tetapi sekarang sudah empat lorong. Jadi diharap perkara ini diambil perhatian. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, Sabak Bernam mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan maksud B.27 juga. Tuan Pengerusi, saya ingin kemukakan dua kelemahan tentang kerja penyelenggaraan menaiktarafkan jalan persekutuan.
Tuan Pengerusi, kita sedia maklum bahawa semasa JKR atau kontraktor menjalankan menaiktarafkan jalan ini, ada tempat-tempat tertentu selalu kita nampak sering kali berlubang-lubang lagi kerana tidak discharge dengan baik, perparitan di sebelah jalan- jalan itu yang baik. Ini memang mungkin ada jabatan yang lain yang terlibat tetapi saya ingat koordinasi ini sangat penting sebab kalau tidak kita naik tarafkan jalan ini tidak sampai dua bulan tempat yang sama menghadapi masalah lagi.
Satu lagi saya ingin membawa maklum kepada kementerian iaitu tentang semasa mereka menaiktarafkan jalan ini, harap main hole di tengah atau di seberang jalan ini selalu tidak dibaiki atau dinaikkan serentak dengan semasa menaik taraf jalan. Sebab ini mengakibatkan kemalangan. Kadang-kadang ambil beberapa hari sebelum mereka membaiki main hole yang di tengah jalan itu dan ini mengakibatkan kemalangan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Begitu juga dengan garis putih yang tidak dibuat dengan serta-merta dan juga semasa pembinaan ini tidak mengambil tindakan yang cukup untuk memberikan amaran atau isyarat amaran atau lain-lain untuk mengelakkan kemalangan.
Satu lagi ingin saya memberitahu kepada kementerian iaitu tentang kontrak- kontrak kepada kontraktor yang menjalankan kerja menaik taraf dan penyelenggaraan. Kita perlu ada satu had untuk kontrak itu. Saya mendapati di Melaka ada satu kontraktor yang dapat satu kontrak 15 tahun untuk menaik taraf dan membaik pulih jalan-jalan persekutuan.
Saya ingat ini amat tidak sihat sebab semacam menjadi monopoli kerja ini, sepatutnya diberi peluang kepada syarikat-syarikat yang lain. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Maran.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang untuk saya membahaskan perbekalan tambahan B.27 JKR ini, Jabatan Kerja Raya.
Dua tiga perkara yang pertama ialah tentang menaik taraf jalan Kuala Bera ke Paloh Inai melalui Maran. Saya mohon pihak kementerian memberikan perhatian kepada jalan ini kerana jalan ini merupakan jalan alternatif kepada masyarakat yang menghubungkan Bera, Pekan dan juga ke arah Rompin.
Jalan ini melibatkan kawasan-kawasan perkampungan tradisional dan juga FELDA yang perlu di naik taraf kerana jalan yang amat kecil dan keadaan jalan ini perlu diperbaiki kerana sering terlibat dengan masalah banjir. Untuk makluman kementerian juga terdapat sebuah jambatan baru dibina, Jambatan Chenor melibatkan ratusan juta harganya dan tidak boleh digazet kerana tidak dapat hubungkan dengan jalan yang lebih besar kerana di sekitarnya adalah jalan luar bandar sahaja.
Yang kedua ialah memohon peruntukan pembaikan jalan akibat banjir. Di Maran sahaja terdapat sejumlah 10 batang jalan besar dan 50 batang jalan kecil yang di bawah kerajaan ini yang perlu diperbaiki dan menjejaskan kemudahan masyarakat terutama di kawasan luar bandar. Kita telah diberitahu sejumlah siling yang ditentukan sebanyak RM28 juta yang perlu diberikan kepada Parlimen Maran ini bagi kita membaiki jalan-jalan tersebut tetapi setakat ini peruntukan belum diterima. Saya mohon kepada kerajaan, kementerian khususnya bagi menyegerakan peruntukan bagi kita membaiki jalan ini, Yang ketiga ialah jalan raya Pekan Tajau ke Jengka Pusat. Jalan ini merupakan jalan yang cukup penting dan cukup sibuk sekarang di mana masyarakat di luar bandar di Maran, di Jengka, Simpang Jengka, Jengka Pusat dan juga kawasan FELDA yang terdapat 12 buah FELDA di sini digunakan oleh penduduk dan jalan ini agak kecil yang digunakan oleh lori-lori termasuklah kelapa sawit, mengeluarkan hasil-hasil tanaman penduduk tempatan. Jadi saya mohon kepada kerajaan supaya dapat menaikkan taraf jalan ini bagi kita menghubungkan penduduk bukan sahaja di Maran ke Jengka bahkan boleh menghubungkan penduduk di kawasan sekitar ke Bandar Pusat, ke Jerantut dan juga terus ke Lipis.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi ialah tentang kedudukan highway atau Lebuh Raya Pantai Timur ini. Beberapa kali saya timbulkan dalam Parlimen ini dan saya minta benar- benar kepada kerajaan supaya memberikan perhatian kepada lebuh raya ini dan lebuh raya ini cukup dahsyat sekarang ini.
Kalau orang belum pernah lalu ke mari, melalui jalan ini dan tidak biasa, sudah tentu akan berhadapan dengan masalah mungkin kemalangan yang berlaku. Bahkan beratus-ratus kemalangan telah berlaku dan kematian telah terjadi di lebuh raya ini dan saya ingin tahu daripada kerajaan bilakah kerajaan akan menyempurnakan pembaikan lebuh raya ini dan berapakah kos yang akan terlibat bagi pembinaan ini.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya minta supaya kementerian dan kerajaan membuat kajian menyeluruh, jangan baiki sikit-sikit kerana kesannya cukup besar kepada pengguna jalan raya. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita akan bagi wanita jangan bimbang Yang Berhormat, tetapi kita bagi sebelah sana. Dia macam buah lebat sangat, belum dipetik sebelah sini. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Bagan Serai lah.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Pasir Puteh, Pasir Puteh.
Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Bagan Serai pun tak pernah lagi, Ya Allah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sekali sekala saya terpandang, peraturan kita cakap macam itu. Namun tidak payah lambai-lambailah.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tak lambai-lambai... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebab nanti saya pandang tangan, tidak pandang mata.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya dengan Kementerian Kerja Raya, adakah kementerian akan menaiktarafkan ataupun melebarkan Jalan Damansara yang jalannya sejajar dengan Lebuh Raya Sprint terutamanya di kawasan persimpangan dengan Mount Kiara, di mana ada satu traffic light di sana yang diuruskan oleh syarikat konsesi tol.
Oleh sebab traffic light, lampu isyarat yang ada dekat sana selalunya hanya 10 saat sahaja, tiga empat kereta sahaja yang dapat lalu semasa lampu hijau, selepas itu kena sekat lagi. Setiap pagi pekerja hendak pergi kerja di pusat bandar Phileo Damansara, sekat banyak kereta. Kenapa lampu isyarat di jalan sekutu kerajaan diberikan kepada syarikat tol konsesi untuk diuruskan?
Adakah cadangan kementerian untuk menaik taraf jalan tersebut supaya lebih banyak kereta dapat melepasi lampu isyarat, dan adakah lampu isyarat yang diuruskan oleh syarikat konsesi itu diberi kerana syarikat konsesi itu hendak menguasai lampu isyarat supaya lebih kereta akan menggunakan Tol Lebuh Raya Sprint? Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lipis, tiap-tiap kali Yang Berhormat Lipis berdiri saya lihat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya berucap bagi Maksud B.27 - Kementerian Kerja Raya ini. Terima kasih kerana nampak saya di sini berkali-kali berdiri.
Pertamanya bagi Maksud B.27 ini, saya hendak bertanya, mohon penjelasan daripada pihak kementerian sama ada kerja-kerja ini telah dibayar atau tidak kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja. Ini kerana saya percaya kerja-kerja ini perlu dibuat dengan segera dahulu, dan mungkin ada kontraktor-kontraktor yang terus dipanggil untuk menjalankan kerja-kerja, kerana ini adalah baik pulih atau penyelenggaraan jalan yang kena banjir.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, kadang-kadang proses kertas-kertas ini mengambil masa yang lama, dan kesannya kontraktor-kontraktor lambat mendapat wang yang telah mereka gunakan. Bagi kontraktor kecil terutama kontraktor Kelas F kalau lambat sangat dapat duit ini, menyebabkan mereka menjadi susah kerana modal pusingan mereka tidak boleh hendak bergerak. Itu penjelasan pertama yang saya pohon.
Keduanya, saya memang mengucapkan terima kasih kerana pihak kementerian sentiasa prihatin untuk menyelenggarakan jalan-jalan ini, tetapi bagaimanapun kadang- kadang mungkin peruntukan yang mereka ada tidak cukup. Jadi, kita minta supaya pihak kementerian merancang betul-betul supaya peruntukan bagi sesuatu tahun itu cukup untuk menyelenggarakan jalan yang banyak.
Di samping itu, saya juga hendak memaklumkan beberapa jalan di kawasan saya yang perlu disenggarakan dan dibaik pulih. Kalau tidak dapat, duitnya sudah habis, sudah dipakai, rasa saya. Mungkin untuk masuk ke dalam anggaran Kajian Semula Rancangan Separuh Penggal ini untuk memaklumkan sahaja.
Di Lipis ini ada tiga jalan masuk utama. Pertamanya jalan laluan lapan, kedua laluan enam lompat, dan ketiganya jalan alternatif. Kedua-dua jalan ini merupakan jalan yang lama saya rasa, sebelum merdeka lagi. Yang satu lagi walaupun baru, asalnya adalah jalan keselamatan dahulu. Ia jalan kecil. Jadi, ketiga-tiga jalan ini memang sibuk. Tadi, Yang Berhormat Kuala Krai ada menyebut jalan dari Lipis ke Gua Musang yang dia selalu lalu, saya rasa hendak kena tol dekat situ agaknya selepas ini.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa ini, dia selalu naik kapal terbang. Dia tidak lalu jalan. Dia naik kapal terbang atas ya. Jadi, ketiga-tiga jalan penting. Jalan ini kadang- kadang telah dilebarkan tetapi jambatannya kecil. Jambatan masih lagi tidak dilebarkan.
Jadi, kesannya kadang-kadang tengah jalan itu ia jadi besar lepas itu kecil, lepas itu besar, dan balik kecil. Jadi, ini sangat berbahaya. Saya harap selepas ini pihak kementerian memberi perhatian untuk melebarkan jambatan-jambatan pula.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Bagi laluan alternatif. Satu lagi.
Bagi laluan alternatif daripada Lipis ke Jerantut melalui kita ambil ‘Belambit’, Melor dan Tembeling ini jalannya dahulu jalan keselamatan, jadi ada tempat-tempat ini memang selalu berlaku banjir. Tiap-tiap tahun. Kalau tempat lain belum banjir lagi, jalan ini sudah kena banjir. Jadi, saya minta pihak kerajaan membuat kajian dan mungkin boleh meninggikan jalan tersebut supaya dia boleh menjadi laluan utama yang tidak kena banjir bagi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
...Penduduk-penduduk. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuantan
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Maksud B.27, saya pohon penjelasan berkenaan dengan prosedur naik taraf ini daripada tiga perkara.
Yang pertama ialah sama ada, ada satu sistem pemantauan sekiranya apabila sesuatu projek itu tidak selesai ataupun tidak tamat mengikut tempoh yang ditetapkan, bagaimana dipantau? Adakah satu sistem pemantauan dilakukan di sini.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Penjelasan yang kedua, yang saya mohon ialah berkenaan koordinasi. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak-pihak kontraktor atau pihak JKR ialah selalunya tidak ada koordinasi di antara jabatan-jabatan. Contohnya, mereka memberi alasan lambat sebab TNB hendak alih kabel atau mereka tunggu Telekom alih kabel. Maka, mereka tunggu dan sebab itu mereka kata, sebab itu lambat.
Bagaimanakah koordinasi di antara jabatan-jabatan? Ada kalanya kita tengok jalan berlubang. Kita kompelin jalan berlubang kenapa? Sebab mereka kata “JPS gali, betulkan paip”, selepas itu mereka kata, “mereka tinggal”, “bukan kerja mereka, kerja JKR”.
Jadi, bagaimana koordinasi di antara jabatan-jabatan? Kalau itulah yang menyebabkan kelewatan atau kelambatan, apakah prosedur untuk memastikan koordinasi ini diperbaiki.
Perkara ketiga yang saya pohon penjelasan ialah bagaimana sekiranya lambat, adakah satu sistem forbid ataupun satu sistem denda dikenakan? Apabila lambat, ianya melibatkan kerugian masa bagi pengguna-pengguna, main hours. Contohnya di Kuantan, ada satu jalan naik taraf di Tanjung Lumpur menghala ke Peramu yang sepatutnya siap pada 11 Jun 2007. Akan tetapi oleh sebab tidak siap, ditangguhkan, dilanjutkan sehingga Disember 2008. Sementara itu, pengguna-pengguna jalan, melalui kesusahan. Melalui keadaan yang sesak. Jadi, adakah forbid atau denda dikenakan terhadap kontraktor sekiranya JKR melantik kontraktor? Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua soalan untuk Kementerian Kerja Raya. Saya ingin tahu kaedah penyelenggaraan jalan yang dibuat oleh pihak kementerian bagi menentukan jalan mana atau kawasan mana yang harus diberi keutamaan, kerana saya dapati kadang-kadang jalan itu masih elok. Tiba-tiba jalan itu diturap semula dengan secara tiba-tiba sahaja. Bukan kerana ada kerosakan yang besar. Walhal saya kira ada lagi jalan-jalan lain yang harus diberi perhatian oleh kementerian.
Yang kedua, saya ingin tahu sejauh mana pihak kementerian memantau syarikat-syarikat konsesi yang diberi kawasan untuk menyelenggarakan jalan-jalan persekutuan ini iaitu di selatan, utara dan juga Pantai Timur. Bagaimana prestasi mereka dan juga berbanding dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pengurusan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya itu sendiri. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.27 - RM76,373,900 untuk tambahan penyelenggaraan jalan akibat banjir bagi tahun 2006.
Saya hendak tahu berapa jumlah sebenarnya peruntukan yang diguna untuk membaiki jalan-jalan yang rosak akibat banjir tahun 2006 seluruh negara. Apakah jalan- jalan ini sudah siap dibaiki, tinggal lagi bayarnya belum. Adakah jalan-jalan yang dibaiki ini sudah pun rosak kembali sebab selalunya jalan-jalan yang dibaiki, yang rosak kerana banjir apabila dibaiki juga cepat rosak. Cepat rosak ini saya hendak tahu Tuan Pengerusi, apakah kerana nilai kerja itu macam mana?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Bagaimana projek itu ditawar, direct nego, tender terbuka, selected tender ataupun bagaimana? Saya dapati, jalan-jalan kampung, jalan-jalan yang rosak akibat banjir terutamanya di luar bandar, lambat sangat diambil tindakan kalau dibandingkan dengan jalan-jalan yang rosak ataupun ada masalah di bandar-bandar. Apakah kerana jalan di kampung ini, kerana kawasannya, desanya, kerana orang Melayu? Kerana orang Melayu diajar untuk mudah bersyukur. Cukup setakat apa yang ada. Jangan merungut, tidak ada siapa membela.
Maka kemudian kita lihat, projek-projek seumpama ini termasuklah hendak baiki jalan mengambil masa berbanding dengan jalan-jalan yang dibuat di kawasan-kawasan bandar. Itu saya hendak tahu. Sebab ini penting kerana kawasan-kawasan jalan yang rosak akibat banjir di bandar-bandar ini sangat teruk. Teruk di mana saya pernah dengar cerita, jalan yang rosak akibat banjir ada ibu yang mengandung dibawa ke hospital bersalin atas kereta, dihempap oleh lubang-lubang ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Ada setengah yang tak pernah kena buasir, kena buasir... [Ketawa] Akibat daripada jalan yang begitu baik sekali tetapi yang anehnya apabila dibaiki jalan-jalan yang rosak ini mudah sangat rosak balik. Apa fasal? Ini yang saya tak faham. Kalau kita tuduh ini penyelewengan, nanti pihak kerajaan kata, “Cuba keluarkan bukti, buat laporan. Kita akan siasat”. Lepas itu senyap. Dia kecuali kalau saya jadi Pengerusi Lembaga Badan Pencegah Rasuah mungkin baru ada isu kot? Baru ada jalan kes kot. Tak tahulah itu mungkin saya anggap begitulah. Itu saya punya angan-anganlah... [Ketawa] Cuma yang saya hairannya, jalan-jalan ini cepat rosak walaupun sudah dibaiki tapi rosak, rosak, rosak. Itu yang saya harap, janganlah pula perhatian pihak kementerian dalam menyelenggarakan, membaiki jalan-jalan yang rosak akibat bencana termasuk banjir, proaktif itu samalah dengan kawasan di bandar. Di bandar ini bila rosak sikit atas alasan ini, traffic jam, ini penting. Dikeluarkan peruntukan dengan segera. Dibuat pula dengan segera, macam-macam.
Kampung, desa pun serupa juga. Cuma kita take advantage sebab orang kampung ini bodoh, tak reti mengamuk, tak reti. Padahal jam juga, susah juga. Ini Tuan Pengerusi, saya beza sikitlah. Approach, pendekatan yang saya bangkit dengan rakan- rakan yang lain.
Begitu juga dengan masalah ‘P’, untuk naik taraf ini. Naik taraf ini pun sama juga.
Ini untuk Sarawak tapi orang kata untuk bantu ini naik taraf ini kira masuk tajuklah. Jadi semua Ahli-ahli Yang Berhormat tiap-tiap kawasan bercakap semua kawasan masing- masing. Maknanya seluruh Malaysia inilah. Jadi tidak terkecuali di Pasir Mas.
Saya hendak menarik perhatian naik taraf ini, memang semua tempat penting.
Namun, pada saya juga untuk rasional, untuk melaksanakan sudah tentu ambil masa.
Daripada satu tempat ke satu tempat. Cuma mesti fikir tempat-tempat yang strategi, jalan- jalan yang strategi yang boleh membantu pertumbuhan kegiatan ekonomi. Boleh membantu memberi rangsangan kepada petani-petani luar bandar supaya hasil-hasil mereka dapat dibawa cepat ke bandar-bandar.
Ini ada kaitan dengan kita hendak menambah makanan, hendak merangsang usahawan-usahawan. Dia kait mengait di antara satu sama lain. Jadi di kawasan Pasir Mas, dalam negeri Kelantan, ini kawasan yang memang terbesar, kedua terbesar di Kelantan.
Kawasan sempadan dengan Thailand yang menjadi pusat dagangan utama masuknya barang-barang Thailand ataupun barang-barang Malaysia ke Thailand. Pintu masuk untuk...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Kawasan, gulung ini. Jadi itu. Yang keduanya, yang akhirnya, jalan patutnya lebuh raya daripada Kuala Lumpur ke Kelantan itu sudah dibuat bukan sahaja di Lebuh Raya Pantai Timur tetapi melalui Bentong, Raub, Jerantut, Lipis sampai ke Kelantan. Jalan inilah jalan yang lebih utama kita tengok waktu hari-hari perayaan, traffic jam dan seumpamanya dan jalan inilah sepatutnya dibuat dan dilaksanakan lebuh raya yang secepat mungkin.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Bila hendak buat jalan ini? Bila hendak buat dan bagi tahu tarikh sebelum 2010 ke, 2012 ke ataupun tahun depan ke? Ini kalau Yang Berhormat Menteri Kerja Raya buatlah, saya hendak bagi medallah. Apa medal tak tahu lagilah tapi paling tidak serunding daripada Kampung Laut. Terima kasih...
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Tenggara.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, setakat ini sudah 27 Ahli-ahli Yang Berhormat berucap terhadap Kementerian ini.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Ada lagi Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sekejap Yang Berhormat. Saya cuma bagi dua lagi Ahli Yang Berhormat kemudian saya minta menteri menggulung. Saya bagi Yang Berhormat Tenggara kemudian Yang Berhormat Pasir Puteh, kemudian menteri menggulung. Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengurus masa Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Tuan Pengerusi di atas keprihatinan kepada wanita. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya hendak tanya dengan Menteri Kerja Raya ini. Isu yang saya hendak bangkitkan ini, masih lagi tak selesai.
Dah dua pilihan raya. Menteri yang dulu sudah berjanji dengan rakyat Segamat untuk membina sebuah lebuh raya baru Segamat-Tangkak. Kos lebih kurang dalam RM200 juta. Bila kita cadangkan dulu katanya hendak buat kajian. Kajian sudah dibuat, sudah diselesaikan. Lebuh raya ini Tuan Pengerusi, perlu untuk rakyat Segamat untuk kita buka koridor baru kerana Tangkak di belah Barat dan Segamat di sebelah Utara sebagai penghubung kepada laluan ke Pantai Timur.
Saya harap mudah-mudahan isu ini tidak akan berpanjangan sampai Pilihan Raya Ke-13. Kita harap dengan menteri yang berkredibiliti ini, yang ada pada hari ini, tengok sahaja, saya yakin 100% dan saya yakin menteri boleh selesaikan isu lebuh raya baru Segamat-Tangkak untuk rakyat Segamat ini sebelum Pilihan Raya Ke-13. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi yang memberi peluang kepada saya walaupun saya tidak ada peluang untuk bercakap semasa bahas Titah dan juga waktu perbahasan bajet tambahan baru ini.
Tuan Pengerusi, ada dua, tiga perkara yang saya perlu sentuh di sini. Terutama sekali ialah perbezaan jalan, sebab Pasir Puteh ialah sempadan dengan Besut. Kalau kita pergi ke Pasir Puteh, kita akan nampak perbezaan jalan itu. Jalan-jalan utama masuk ke Pasir Puteh, daripada Besut dan juga kita nampak ada beza, macam ada satu..., macam kontrak lain yang buat itu.
Kontraktor lain yang buat itu, maknanya Jalan Besut dan Jalan Pasir Puteh ini ada beza, besar kecilnya ada. Jadi inilah barang kali dilakukan oleh menteri dulu. Saya harap menteri yang baru ini tidak akan berlaku seperti yang sekarang ini.
Yang kedua Tuan Pengerusi bahawa, oleh kerana Pasir Puteh sekarang sedang membangun sekarang ini, saya nampak macam lampu-lampu jalan yang nampak sangat berkuranganlah di Pasir Puteh itu. Saya harapkan bahawa kementerian dapat melaksanakan program ini dengan baik, semoga ia memberikan kebaikan kepada rakyat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Yang ketiga ialah ada dua, tiga tempat pelancongan di Pasir Puteh ini, satu di Jeram Pasu, yang kedualah di Jeram Lenang. Saya mengharapkan bahawa jalan-jalan masuk ke Jeram Pasu dan Jeram Lenang ini akan dapat dibaiki, dinaikkan taraf dengan baik kerana ia menjadi tempat tumpuan yang agak besar di Kelantan sekarang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, saya minta menteri untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini Peringkat jawatankuasa ya?... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, peringkat jawatankuasa Yang Berhormat.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Pertama saya ingin hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada 29 Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini. Untuk menjawab secara khusus yang berkait hubung dengan peruntukan Pembangunan Perbelanjaan Tambahan ini, Supplementary Budget bagi yang kedua, 2007 di bawah Kepala P.27.
Peruntukan Tambahan sebanyak RM74,950,000 adalah dikehendaki untuk membiayai pembayaran Projek Naik Taraf Persimpangan BDC, Jalan Tun Jugah (Fasa 2) dan naik taraf persimpangan dari Miri ke Lutong. Seksyen 1 jejambat wujud Fasa 2 dan Seksyen 2, jejambat Puchong.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk kedua-dua projek menaik taraf persimpangan BDC Kuching dan menaik taraf Pujut dan Puchong dari Miri telah disiapkan lebih daripada tarikh yang dijangkakan sedangkan peruntukan bagi projek tersebut dalam Bajet 2007 tidak mencukupi. Untuk makluman projek naik taraf persimpangan BDC telah bermula pada 12 Disember 2006 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 11 Jun 2008.
Walau bagaimanapun, projek ini telah disiapkan pada 13 November 2007 iaitu tujuh bulan lebih awal daripada jadual. Manakala bagi projek naik taraf persimpangan Pujut dan Puchong di Miri tarikh mula projek ialah 2 Februari 2007. Walaupun dijadualkan siap pada 1 Ogos 2008, projek ini telah disiapkan pada 31 Disember 2007 iaitu tujuh bulan lebih awal. Itu perbelanjaan yang berhubung kait tentang Supplementary Budget tentang pembangunan.
Perkara yang berhubung kait tentang Anggaran Perbelanjaan Mengurus
(Tamb.)(Bil.2), 2007 ini under B.27, Kementerian Kerja Raya. Tambahan sebanyak RM76,373,900 adalah dikehendaki untuk menampung penambahan perbelanjaan berikutan perubahan kadar penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung.
Pembaikan Jalan Persekutuan dan jambatan akibat banjir pada tahun 2006 serta pembiayaan bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur. Daripada jumlah ini sebanyak RM75,848,100 telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka. Sebarang penjimatan belum lagi dapat dikenal pasti pada masa itu.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada pertambahan RM76,393,900, RM69,660,100 adalah pertambahan disebabkan tuntutan tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang telah siap. Pertambahan adalah hasil daripada penyelarasan kadar harga Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia iaitu perjanjian fasa 1 antara tahun 2001 sehingga tahun 2005.
Fasa 2 antara tahun 2006 hingga ke tahun 2010 tetapi perjanjian supplementary, fasa 2 ini telah ditandatangani pada 12 Februari 2007. Maka kontraktor meminta pembayaran tambahan hasil daripada penyelarasan ini bagi kerja-kerja yang telah siapa dilaksanakan bagi tahun 2006 dan awal tahun 2007.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Jadi Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat selain daripada pertambahan berikutan penyelarasan kadar harga pertambahan peruntukan juga melibatkan kerja-kerja segera akibat banjir yang berlaku pada tahun 2006 yang telah juga merosakkan jalan dan juga jambatan. Manakala pertambahan sebanyak RM6,713,800, adalah pertambahan yang diperlukan untuk membiayai tambahan emolumen berikutan semakan kenaikan gaji dan COLA kakitangan awam tahun 2007.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, secara khususnya saya telah pun membagi jawapan tentang perkara-perkara yang berhubung kait tentang maksud P.27 Kementerian Kerja Raya - Menaik Taraf dan juga Perbelanjaan Pembangunan Mengurus sebagai mana dalam kertas yang dituntut untuk kita bahaskan tentang Anggaran Supplementary Budget ini, atas jawapan yang dikemukakan. Kepada 29 Ahli Yang Berhormat, secara umumnya ia berhubung kait tentang soalan spesifik dan saya perlukan jawapan yang spesifik dan saya akan insya-Allah bagi jawapan bertulis pada Yang Berhormat.
Akan tetapi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tenggara ini, kalau kita hendak bangunkan jalan raya yang paling ideal memang kita hendak buat highway secara dual carriage way. Dual carrier way ini Tuan Pengerusi, dia punya maksimum optimum kapasiti ini, dia boleh bawa sehingga ke 40 ribu ke 50 ribu kenderaan. Baru jalan itu ada efisien dia, optimization tapi di kawasan persekitaran tersebut untuk makluman Yang Berhormat secara off hand, saya boleh bangkit ini kerana minggu lepas baru kita mesyuarat ini. Kita pergi ke peringkat Johor, ke Johor. That corridor itu dia punya traffic count dengan izin, dia punya pencapaian optima level cuma dalam 12 ribu Yang Berhormat.
Jadi kalau 12 ribu, nanti kalau Yang Berhormat setuju kita boleh kurangkan perbelanjaan ini. Instead of dual link pergi balik ini kita naikkan taraf daripada R4 kepada R5 kepada R6 dengan ada dia punya jalan potong. Ini juga akan boleh membawa kebaikan dan kemajuan kepada kawasan tersebut. Jadi dalam penelitian ini sebagaimana jawapan yang saya bagi dalam penggulungan usul terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia dalam Dewan yang mulia ini, saya telah pun garis pandu, apakah langkah dan pendekatan yang akan diambil supaya kita boleh menggunakan sejumlah peruntukan yang sedia ada untuk kita bangunkan infrastruktur dan prasarana negara ini.
Secara optimumnya ia boleh membagikan kebaikan kepada pembangunan rakyat yang melibatkan supaya kemudahan dan prasarana infrastruktur negara ini akan dapat berkembang dan dipertingkatkan dalam waktu yang sama, ia boleh membantu untuk kita mengembangkan pembangunan ekonomi kita. Salah satu pendekatan yang kita lakukan ialah untuk kita buka dengan izin, the new corridor, the hinterland dan hinterland ini akan banyak melibatkan jalan raya yang menghubungkan antara bandar dengan bandar dan itu akan diberikan keutamaan.
Sebagai contohnya sejumlah peruntukan yang akan dibagi secara khusus bagaimana untuk menentukan dengan izin, kita punya central spine backbone yang menghubungkan antara Kuala Lipis sehingga ke Gua Musang yang melibatkan banyak kemalangan. Ini harus di selesai dengan kadar yang segera dan dalam waktu yang sama kita juga telah pun mengenal pasti hampir 300 kawasan yang kita kenal sebagai dengan izin, black spot yang perlu di baik pulih dan ia melibatkan jalan-jalan persekutuan.
Baru-baru ini untuk makluman Yang Berhormat, saya telah pun menggazet supaya setiap excess load yang diizinkan daripada bebanan muatan yang boleh dibawa daripada 9 ke 10 metrik tan kepada 12. Ini disebabkan oleh kerana ada juga jambatan-jambatan yang sudah berumur 50 tahun. Ia tidak boleh menanggung bebanan ini jadi kalau kita selesaikan jambatan ini, bebanan itu boleh dinaikkan dan dengan izin, the cost of transportation will be lower. Ini akan dapat membantu supaya kos pengangkutan dikurangkan dan dia boleh bagi manfaat kepada rakyat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Padang Serai Yang Berhormat?
Dato’ Ir. Mohd Zin bin Mohamed
Sekejap ya. Jadi pada asasnya jawapan Yang Berhormat minta ini adalah jawapan yang harus dijawab secara lebih terperinci kerana ia melibatkan kawasan Yang Berhormat dan insya-Allah saya akan bagi jawapan yang begini, saya minta izin. Silakan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya dengar pasal gazet ini. Saya hendak bertanya berkenaan dengan satu bekas jalan raya persekutuan yang telah digazet.
Jadi jalan raya persekutuan yang lama ini yang telah digazet menjadi kepunyaan siapa, JKR ataupun kerajaan negeri? Dan sekiranya bersebelahan jalan raya lama yang tidak digunakan ini digazet, apakah prosedurnya untuk mungkin sekolah ataupun satu premis awam memohon pada Kementerian Kerja Raya untuk mempergunakan tempat itu.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Boleh jawab sekali?
Dato’ Ir. Mohd Zin bin Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat, secara umumnya kalau jalan raya itu telah pun diwartakan sebagai jalan persekutuan kalau ada re element jalan yang sudah diwartakan, jalan persekutuan itu memang menjadi jalan persekutuan tapi the new element dan untuk makluman Yang Berhormat kita ada empat kategori of jalan raya:
(i) Jalan Persekutuan;
(ii) Jalan Negeri;
(iii) Jalan PBT; dan
(iv) Jalan Luar Bandar.
Jadi kadang-kadang tanggungjawab Kerajaan Persekutuan ini ialah menyediakan jalan yang berhubung kait tentang jalan persekutuan dan juga jalan luar bandar yang secara sama ada tanah itu diberi milik kepada pihak-pihak yang berkaitan yang itu kena refer dengan PTG Yang Berhormat. Saya tak ada jawapan yang spesifik
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut pembukaan koridor baru. Saya dah sebutkan juga tadi pembukaan koridor baru antara bandar ke bandar Yang Berhormat Menteri sebutkan.
Saya sebutkan pun benda yang sama juga antara Segamat ke Tangkak. Laluan ini adalah penghubung kepada laluan ke Pantai Timur. Jadi kalau nak ambil berdasarkan kepada head count 12,000 tak cukup untuk kita membina sebuah lebuh raya seperti yang ditakrifkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingat janji yang telah dijanjikan dua pilihan raya lepas ini takkan dapat diselesaikan juga.
Jadi kalau dibuka jalan ini dan disambung kepada laluan ke Pantai Timur untuk lebuh raya baru ini, sudah tentu la traffic count Yang Berhormat sebutkan tadi itu akan bertambah instead of bilangan kepada 12,000. Kalau itu sebagai alasan saja saya minta maaflah. Saya rasa rakyat Segamat akan merasa amat berdukacita.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Yang Berhormat, saya sebutkan jalan ini sebab kalau daripada Tangkak ke Segamat melalui Sungai Mati semua kawasan ini. Ini kawasan yang boleh disifatkan sebagai kawasan pertumbuhan baru.
Untuk di Johor, kawasan yang dengan izin, WPI itu termaktub dalam urban regional development yang dah berlaku di kawasan tersebut. Yang ini the new corridor Yang Berhormat maksudkan di atas.
Untuk makluman Yang Berhormat, naik taraf jalan daripada Labis, Chaah ke Gemas itu dah berjalan. Yang Berhormat pun sedia maklum. Ini peripheral road, feudal road yang melibatkan antara Tangkak sampai ke Segamat.
Saya sebut Yang Berhormat, untuk masa kini jalan ini kalau kita bangunkan dengan dual carriageway yang boleh bawa trafik sehingga 40,000 vehicles, maaf cakaplah it’s a waste of public fund for the moment. Saya bukan kata benda ini tak perlu, tetapi ia boleh mencangkum sehingga ke 12. Maknanya kalau 12,000 dan dalam tempoh 5 ke 10 tahun dia punya projection boleh naik traffic count daripada 20,000 ke 30,000...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
[Bangun]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
[Bangun]
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
...Then, proses naik taraf akan berjalan. Yang itu yang saya maksudkan Yang Berhormat. Bukan kata benda ini kita tak nak buat...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Yang Berhormat Menteri, tetapi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Saya bagi contoh. Kalau kos buat jalan dengan izin dual carriageway, melibatkan pengambilan tanah yang besar. Dan kalau terrain rata, minimum Yang Berhormat offend lebih kurang akan membelanjakan RM12 ke RM15 juta per kilometer. Kalau jalan yang kita boleh buat antara R5 ke R6 dengan ada dia punya hard shoulder, kosnya is about RM8 to RM9 million.
Jadi kita boleh ada dia punya kos. Yang nak buat, insya-Allah saya akan buat.
[Ketawa]
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Itu dari segi teknikal. Ini saya nak beritahu kerana kerajaan di peringkat negeri ada cadangan untuk membangunkan koridor baru itu. Kalau...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Minta penjelasan.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Okey. Yang Berhormat Tenggara punya speech saya akan ambil dan beri perhatian dan pertimbangan khas.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Sebelum pilihan raya ke- 13. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, perkara yang termasuk dalam supplementary budget ini dah selesai kah Yang Berhormat?
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Dah selesai Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat?
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Boleh. Dah gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Boleh beri penjelasan?
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Okey yang ini kita bagi sedikit.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Saya tak faham apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri. B.27 itu mengenai dengan tambahan di Kuching dan juga di Semenanjung.
Tadi saya ada bertanya kepada menteri kerana kita nampak di Sabah mungkin kalau tak ada peruntukan mesti ada minta peruntukan tambahan di sini. Cerun-cerun di seluruh negeri. Saya tanya sama ada menteri ada kuasa, ada peruntukan untuk perkara- perkara emergency. Untuk perbaiki jalan, cerun dan itu semua jalan persekutuan. Itu yang saya mahu tahu.
So, kalau tak ada, kenapa tak ada masuk dalam supplementary budget?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Mungkin next Parliamentary budget Yang Berhormat.
Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed
Yang itu Yang Berhormat akan dimasukkan dengan izin, dalam mid term review. Yang itu insya-Allah dalam sidang depan, kita akan beri maklumat yang terperinci kepada Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM76,373,900 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM76,373,900 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM74,950,000 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM74,950,000 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Maksud P.29 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007] – Tuan Pengerus
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab P.29 hanya token saja, ia tak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Maksud B.31 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala bekalan B.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk dibahaskan. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak tanya pihak Kementerian Pelancongan, tambahan RM10 juta untuk Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.
Saya nak mendapatkan penjelasan yang khusus apakah kegiatan-kegiatan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ini sebab yang saya tahulah, setakat yang saya tahu dan saya lihat ia lebih merupakan penganjuran aktiviti-aktiviti semasa untuk rakyat dalam negeri kita yang saya tengok kesannya untuk menarik pelancong tak seberapa sangat.
Apakah Majlis Tindakan Pelancongan juga bertanggungjawab mengenal pasti produk-produk pelancongan iaitu mencari idea-idea baru sehingga wujud produk-produk yang boleh digunakan untuk menarik pelancong. Saya membangkitkan perkara ini sebab negeri Kelantan adalah satu negeri yang kaya dengan budaya. Kalau disebut budaya tempatan atau budaya yang melambangkan kegemilangan orang-orang Melayu banyak terdapat di Kelantan. Pelbagai seni budaya yang boleh di commercialize dan boleh dijadikan tarikan pelancong.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Begitu juga tempat-tempat alam semula jadi. Kalau tak silap saya Kelantanlah yang paling banyak mempunyai pantai-pantai yang cantik. Pantai Cahaya Bulan, Pantai Bachok, Pantai Tujuh di Tumpat dan macam-macam pantai. Kemudian, ada air terjun, gua.
Manakala dari segi jenis makanannya pula berbagai-bagai makan ada di Kelantan. Kalau kita lihat musim bulan puasa Tuan Pengerusi, di pasar-pasar di Kuala Lumpur ini, 80% adalah makanan hasil daripada buatan orang Kelantan. Ada Cek Mek Molek, Puteri Mandi, semua nama-nama yang pelik-pelik tapi saya dah tengok dah orang Jerman, Jepun makan, saya nampak daripada wajah muka mereka punya syok bukan main tarikan kesedapan makanan Kelantan ini.
Seorang Ahli
Budu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Budu tak ada. Budu ini untuk orang-orang Kelantan saja, tapi banyak juga orang luar makan sebab budu ni untuk melicinkan kulit untuk pengetahuan Yang Berhormat Segamat.
Jadi, oleh sebab saya sebut latar belakang Kelantan ini adalah satu negeri yang sepatutnya dijadikan salah satu negeri yang utama dalam strategi menarik pelancong- pelancong. Bila pelancong datang, dia tak datang ikut Kelantan, kecuali daripada Thailand dia masuk ikut Golok terus ke Rantau Panjang.
Namun pelancong dari Jepun, dari negara-negara barat memang dia turun di Kuala Lumpur. Jadi di Kuala Lumpur, hotel-hotel di Kuala Lumpur juga ada faedah. Jikalau Kelantan itu cantik, diwujudkan pelbagai produk yang dibantu oleh Kerajaan Pusat tentu ianya akan lebih berjaya.
Kita lihat di setengah-setengah negara maju yang lain dalam strategi mereka menarik pelancongan. Di Australia contohnya, bagaimana pelancong-pelancong datang turun di Perth kemudian yang menjadi sasarannya ialah di Fremantle. Di Malaysia pun saya tidak nafikan sekarang ini ada Melaka yang banyak produk-produk pelancongan.
Namun saya lihat di Pantai Timur produk ini amat berkurangan termasuk juga di Pahang, di Terengganu kecualilah Monsun Cup yang RM300 juta. Saya percaya kalau RM300 juta di belanja untuk produk pelancongan yang lain daripada Monsun Cup yang hanya diminati oleh golongan tertentu sahaja, orang-orang kenamaan sahaja, bot-botnya mewah yang kita dapat hasilnya ialah publisiti yang ditayangkan dalam TV seperti Langkawi Le Tour.
Namun dari segi speed off kepentingan ekonomi untuk penduduk-penduduk tempatan tidak begitu banyak. Yang datang ini pun di hidang dalam hotel-hotel yang besar.
Dia tidak makan keropok lekor di Terengganu. Jadi RM300 juta ini tidak nampak. Tidak nampak selain daripada kesan yang secara langsung...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang kita tidak ada masa Yang Berhormat. Tidak payahlah Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya rasa tidak payahlah pasal Tuan Pengerusi kata tidak ada masa. Nanti Yang Berhormat boleh berucap. Selepas ini Yang Berhormat Pendang berucap, Tuan Pengerusi.
Jadi saya harap diberilah keutamaan di Kelantan ini sebagai salah satu negeri destinasi pelancongan termasuk Sabah dan Sarawak. Ini negeri-negeri yang saya percaya kalau Majlis Tindakan Pelancongan lebih kreatif, lebih inovatif dan kerajaan pula tidak bersikap sangat curiga-mencurigai kerana sikap politik di antara kerajaan dan pembangkang.
Jikalau semua sama-sama mempunyai jiwa yang berwibawa berhasrat untuk melihat negara kita maju tanpa mengira kepentingan politik semata-mata terutamanya untuk negara, saya percaya Malaysia memang akan menjadi sebuah negara yang hebat, tetapi kita banyak membazir Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, gulung Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi terima kasih, saya haraplah apa yang saya bangkit tadi mendapat perhatian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah memberi peluang kepada saya dalam masa yang singkat ini untuk turut terlibat dalam membahaskan B.31 iaitu Kementerian Pelancongan yang fokuskan kepada MTPN.
MTPN ini kalau dilihat telah diberi kedudukan yang begitu tinggi sehinggakan jawatan yang dilantik untuk mengetuai MTPN ini adalah pengurus besar yang saya rasa grednya agak cukup besar, hampir sama ataupun setaraf dengan Exco di peringkat negeri.
Namun tanggungjawab yang diberikan ataupun sepatutnya dilaksanakan bagi pengurus besar MTPN ini tidak setimpal dengan kedudukan dan kuasa yang diberikan kepada mereka.
Ini kerana kita melihat pelancongan di peringkat negeri dan saya amat bersetuju apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi iaitu fokus kepada pelancong- pelancong sekarang ini hanyalah tempat-tempat yang memang telah establish yang telah sedia ada dalam pasaran. Namun tempat-tempat yang belum establish yang cantik, yang menarik, yang belum dimajukan lagi tetapi tidak mendapat tarikan pelancong. Cuma mendapat tarikan pelancong-pelancong tempatan sahaja ataupun jiran-jiran daripada negara-negara yang berdekatan seperti Thailand, yang saya maksudkan ini di Perlis Tuan Pengerusi.
Jadi dalam hal ini kita merasakan dengan jumlah peruntukan yang begitu besar MTPN ini tidak seharusnya terikat kepada penganjuran event semata-mata, seperti event tahunan tetapi ia lebih memfokuskan kepada promosi dalam memastikan tarikan pelancong asing ini mengenal tempat-tempat baru dengan cara yang tersendiri.
Dalam hal ini peruntukan ini tidak harus dibazirkan. Ianya harus kita mempunyai hubungan besar dengan penganjuran yang kita menghadiri sidang PATA, persidangan- persidangan pelancongan yang lain di peringkat domestik dan antarabangsa. Kita harus mengambil kesempatan untuk mempromosikan keindahan negeri-negeri tidak kira Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan sebagainya yang masih lagi merupakan tempat yang belum diteroka ataupun belum lagi dilawati oleh pelancong-pelancong.
Saya merasakan kalau kita mendapat promosi yang bersesuaian dan mempunyai hubungan pendedahan pemasaran yang lebih baik di peringkat antarabangsa, saya merasakan ini merupakan tempat-tempat yang memang akan menjadi tarikan pelancong daripada luar negara. Jadi sudah tentu dengan kuasa dan kekuatan yang ada pada setiap pengurus besar setiap MTPN bagi setiap negeri ini, mereka seharusnya berbuat sesuatu kerana kita tidak mahu jawatan ini dijadikan jawatan politik.
Jawatan yang hanya dipilih bagi mereka yang menduduki tanpa kredibiliti ataupun kemampuan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Ini kerana kalau dipilih mereka yang mempunyai kriteria seperti ini yang tidak ada minat yang hanya menduduki di kerusi pengurus besar ini hanya untuk kepentingan gaji dan ganjaran yang bakal dinikmati, maka sudah tentu mereka tidak ada kemampuan untuk melaksanakan tugas mereka.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Saya hendak ingatkan bahawa tajuk perbahasan skopnya adalah Operasi MTPN. Saya jemput Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama saya hendak ucapkan tahniahlah nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri diberikan peranan yang lebih besar pada hari ini untuk mengetuai kementerian kerana tidak berlaku semenjak pelantikan beliau sebelum ini.
Saya ingin merujuk kepada Perkara B.31 Tuan Pengerusi, tentang Kementerian Pelancongan yang ada hubung kaitnya dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Saya telah bangkitkan perkara ini dalam perbahasan sebelum ini. Di mana MTPN ini yang bertujuannya untuk mempromosikan negeri-negeri dalam industri pelancongan tetapi digunakan oleh kementerian untuk membuat politik balas dendam.
Tidak mungkin saya berdiri di sini untuk membahaskan isu ini dan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta, apabila di depan saya terbukti bahawa ada surat dikeluarkan untuk menghalang MTPN daripada mempromosikan lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Saya rasa kecewa kerana Yang Berhormat Menteri sebelum ini tidak memberi jawapan yang jelas tentang minit bebas yang telah dikeluarkan oleh kementerian bertarikh 26 Mac 2008. Pada ketika itu Yang Berhormat Menteri telah mengelirukan Dewan ini dengan memberikan jawapan yang tidak tepat. Walaupun saya berpuas hati dengan Yang Berhormat Menteri kerana beliau mengaku perkara ini berlaku, tetapi jawapan yang diberikan bukan dalam Dewan tetapi di lounge Dewan yang mulia ini ketika waktu rehat.
Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan perkara ini dalam jawapan nanti. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Pengkalan Chepa.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mengambil bahagian sikit di bawah B.31. Saya tidak akan mengulangi apa yang telah dicakapkan ataupun telah dijelaskan oleh sahabat saya dari Pasir Mas dan Arau.
Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan AirAsia. AirAsia di dalam brochurenya di seluruh Asian.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, termasuk MTPN ini?
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Saya nak masuk sini.
Saya harap perbelanjaan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ini diguna sebahagiannya untuk mempromosikan kalau boleh di negeri Kelantan itu Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, berilah peruntukan ini untuk mempromosikan pelancongan ke Kelantan.
Di antara perkara-perkara yang saya tertarik iaitu saya tengok dalam brosur AirAsia sahaja yang memberi panduan dan iklan promosi kepada pelancong-pelancong luar negara khususnya daripada penganut-penganut agama Buddha di ASEAN. Dia mempamerkan tokong yang paling besar di Kampung Beruk, Tumpat. Dia mempamerkan patung Buddha yang duduk, yang paling tinggi di Asia, juga di Tumpat. Juga membuatkan Persatuan Buddha seluruh ASEAN pergi ke sana setiap tahun. Jadi saya harap perbelanjaan ini disyaratkan kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri supaya mempromosikan perkara ini.
Dan yang keduanya Tuan Pengerusi, seorang kedutaan daripada luar negara di sini. Dia menyatakan satu perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Gombak tadi.
Dia kata bila kita nak pergi Kelantan, ini di masa lepas, ada halangan-halangan daripada pihak kementerian yang seolah-olah tidak menggalakkan pelancong luar negara ini ke Kelantan. Begitu juga pelajar daripada South Africa memberitahu saya di Kuala Lumpur, bila dia nak pergi ke Kelantan ada halangan, negatif.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Saya harap perkara-perkara ini tidak akan berlaku lagi terutama sekali saya mengharapkan Menteri Pelancongan yang baru ini lebih terbuka kerana apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, sangat-sangat kaya dengan budaya dan makanan tradisi yang boleh menjanakan ekonomi bukan sahaja kepada Kelantan tetapi kepada negara kita. Terima kasih.
Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam membincangkan tentang Maksud B.31 Wang Tambahan sebanyak RM10 juta untuk tujuan menampung perbelanjaan MTPN negeri.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Malaysia mencatatkan kedatangan pelancong pada tahun 2007 seramai 20.5 juta orang yang telah memberikan pulangan sebanyak RM44.5 bilion. Justeru sektor ini seharusnya diberikan perhatian, kerana bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri bahkan dapat memberikan peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan sekali gus dapat menaikkan imej negara.
Melaka, sebenarnya pada tahun 2007 telah mencatatkan kedatangan pelancong seramai 6.1 juta dan berjaya memberikan pulangan sebanyak RM4.2 bilion. Sebagai sebuah negeri pelancongan yang penuh dengan sejarah, kita memberikan satu fokus kepada bidang pelancongan yang boleh memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negeri.
Apa yang saya harapkan kepada pihak kepentingan, sebenarnya setiap kedatangan pelancong akan membawa bersama mereka keluarga dan berbelanja. Di sini sebenarnya Kerajaan Pusat mengambil semua sekali, apa juga service tax, sales tax, termasuk juga keuntungan perniagaan dan seharusnyalah sebahagian daripada pendapatan tersebut disalurkan semula kepada negeri-negeri, supaya memudahkan kita untuk membuat promosi-promosi yang peruntukannya tidak begitu banyak.
Keduanya, kita seharusnya memberikan perhatian kepada produk-produk pelancongan yang sedia ada supaya kita dapat pastikan penyelenggaraan, aspek penukaran dapat dibuat supaya semua sekali produk pelancongan ini akan sentiasa dalam keadaan yang terbaik sekali.
Yang terakhirnya, kita berharap supaya pihak kementerian setiap kali untuk membuat perancangan apa juga produk-produk pelancongan kepada negeri-negeri, seharusnyalah membuat satu perancangan untuk jangka panjang. Oleh kerana produk- produk ini akan ditonton oleh semua pelancong dalam satu jangka masa bukan saja untuk masa kini, bahkan untuk masa hadapan.
Sekurang-kurangnya apa juga produk pelancongan yang kita buat, mestilah satu produk pelancongan yang berkualiti. Kita tak nak banyak produk, tetapi kita nak produk yang benar-benar dapat memberikan satu gambaran bahawa Malaysia sebenarnya sebuah negara yang indah, negara yang terbersih, dan boleh menarik pelancong-pelancong dan sekali gus boleh meningkatkan lagi pencapaian ekonomi negara. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana turut memberi peluang kepada saya. Saya ingin menyentuh B.31 Kementerian Pelancongan yang mendapat tambahan sebanyak RM10 juta untuk menampung perbelanjaan operasi MTPN.
Saya ingin penjelasan berapa ramaikah jumlah bilangan kakitangan MTPN mengikut negeri-negeri di seluruh negara dan adakah jumlah kakitangan ini mencukupi untuk keperluan semasa? Saya juga inginkan penjelasan sejauh mana dakwaan yang mengatakan bahawa ada pegawai MTPN di Kelantan yang tidak dibayar gaji selama tiga bulan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sejauh mana pegawai ini telah diberi tanggungjawab untuk membuat kepastian supaya tidak ada tempat-tempat pelancongan seperti tempat sejarah, tempat perkelahan, kolam air panas ataupun air terjun yang terbiar. Ini kerana dilihat dalam negara kita masih banyak kawasan-kawasan pelancongan yang terbiar dan tidak diberi perhatian oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.
Saya juga inginkan penjelasan sejauh mana kawalan kawasan pelancongan supaya ia dijaga dari segi bukan sahaja keindahan kawasan itu, tetapi keindahan moral dan akhlak rakyat supaya pelancong-pelancong yang datang tidak menjadi masalah kepada rakyat tempatan, dari segi meninggalkan kesan budaya negatif kepada rakyat tempatan.
Saya ingin juga penjelasan sejauh mana kerjasama yang dibuat oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri terhadap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dan begitu juga kerajaan negeri. Sebab berlaku baru-baru ini satu kes di Kelantan apabila kalau tidak silap saya, Timbalan Menteri Pelancongan sendiri datang ke Kelantan dengan tidak menjemput Exco dan pegawai kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelancongan yang diadakan.
Sedangkan di Kelantan, kerajaan Kelantan telah memasukkan event dalam agenda pelancongan kerajaan negeri terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Kenapa berlakunya demikian? Saya telah mendapat maklumat ini daripada Exco Pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan itu sendiri.
Saya juga ingin penjelasan sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri terhadap tempat-tempat penginapan yang sepatutnya menjadi keperluan asas kepada pelancong-pelancong yang datang, seperti hotel dan tempat penginapan yang masih banyak tidak mencukupi terutama di negeri Pantai Timur.
Sejauh mana pemantauan dibuat terhadap hotel-hotel yang menjadi kunjungan pelancong-pelancong ini, supaya ia setaraf dengan kesesuaian pelancong. Kita lihat sekarang ini pelancong dari Timur Tengah, kesesuaian dengan keperluan Sijil Halal dan sebagainya. Saya dapati bagaimana di negara kita, dalam banyak-banyak hotel yang ada dalam negara kita, hanya 13 hotel sahaja yang mempunyai Sijil Halal JAKIM. Jadi macam mana perkara ini berlaku, sedangkan ini adalah satu perkara yang cukup penting.
Saya ingin juga penjelasan, sejauh mana Program Penerangan Pelancongan yang telah diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negara terhadap semua pintu-pintu masuk dalam negara kita. Jadi sejauh mana tindakan dibuat? Apakah program yang dilaksanakan, yang dihidangkan kepada pelancong ini dalam agenda Kementerian Pelancongan hanyalah dalam bentuk hiburan, festival dan sebagainya?
Adakah juga perancangan supaya ada pelancongan dalam bentuk ilmu, supaya boleh menarik lagi pelancong-pelancong yang berminat untuk menimba ilmu, bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga ilmu tentang agama dalam negara kita? Terima kasih.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Pengerusi, B.31 membincangkan tentang Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Saya ingin memohon kementerian supaya dalam pengaturan kalendar pelancongan negara dapat juga memasukkan beberapa event yang diatur oleh kerajaan negeri di mana terdapat beberapa acara yang sangat menarik.
Dan memang tidak terdapat produk ini di negara-negara yang lain seperti Persukuan Adat Perpatih di mana Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri yang dapat mengutarakan adat istiadat kehidupan masyarakatnya. Produk ini telah pun dibangunkan melalui Pesta Persukuan Adat Perpatih dan ianya menjadi produk yang boleh kita jual di peringkat antarabangsa, kerana orang Indonesia sendiri pun sebenarnya Adat Perpatih ini tidak terdapat di Indonesia. Ia hanya dalam dunia ini terdapat di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Begitu juga dengan pesta yang dianjurkan berkaitan dengan kebudayaan yang begitu kaya yang telah pun menjadi amalan hidup masyarakat Negeri Sembilan yang kita bangunkan dengan satu pesta yang sangat menarik. Namun demikian, kalau sekiranya kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dapat membangunkan lagi pesta kebudayaan ini dengan memasukkan ke dalam kalendar yang diatur oleh kementerian, saya yakin dan percaya ia juga menjadi produk yang sangat menarik dalam pelancongan negara.
Tuan Pengerusi, saya juga mencadangkan supaya produk-produk yang telah pun dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan boleh kita promosikan menjadi produk yang baik, dapat juga masuk dalam promosi yang dibuat oleh kementerian. Nampaknya, walaupun produk-produk ini baik, tetapi ia tertinggal dari sudut promosi. Kita sedia maklum kos untuk mempromosikan pelancongan adalah merupakan kos yang sangat tinggi.
Namun begitu, saya yakin dan percaya homestay yang dibangunkan di Negeri Sembilan dapat menawarkan kehidupan masyarakat luar bandar dan juga membangunkan ekonomi di luar bandar dan juga produk-produk yang berasaskan hutan yang telah pun dibangunkan ini dapat dijual dengan lebih baik kalau sekiranya pihak kementerian dapat memasukkan produk-produk ini sebagai agenda promosi yang berkesan.
Yang ketiga Tuan Pengerusi, saya juga memohon supaya kementerian melalui majlis tindakan pelancongan negeri-negeri akan dapat melihat dan juga memantau segala infrastruktur produk-produk pelancongan yang telah pun dibangunkan oleh kementerian. Ini mengelakkan rungutan yang dibuat oleh pelancong-pelancong yang datang melawat produk tersebut dan sekali gus akan dapat menaikkan imej negara kita di mata dunia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin juga berbahas dalam maksud B.31 - Kementerian Pelancongan.
RM10 juta yang dipohon ini adalah untuk perbelanjaan operasi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.
Saya ingin meminta perhatian dari kementerian iaitu tentang projek-projek pelancongan di negeri-negeri. Bagaimana dengan kawalan projek pelancongan di negeri- negeri ini dan adakah kementerian ada membuat kajian sendiri mengenai dengan projek- projek yang dipohon oleh pihak negeri? Saya dapati di negeri Melaka, ada banyak projek pelancongan yang fungsinya berulang.
Saya ingin memberikan satu contoh. Seperti di negeri Melaka, semasa Eyes on Malaysia di Titiwangsa, mereka juga ada satu ‘mata’ yang lebih kecil sedikit. Melaka Eyes.
Tujuan dan matlamatnya ialah untuk satu sky view dengan izin, Tuan Pengerusi. Selepas itu, Melaka berbelanja lagi dalam RM23 juta iaitu untuk satu Menara Taming Sari iaitu berputar ataupun rotating tower, dengan izin.
Fungsinya sama sahaja, ia ada satu sky view on Bandar Melaka dan baru-baru ini kerajaan negeri membuat satu keputusan untuk membelanjakan RM43 juta untuk beli Eyes on Malaysia dan dibina berdekatan dengan Menara Taming Sari. Saya percaya matlamat dan fungsi sama juga untuk satu sky view on Melaka iaitu projek pelancongan yang berulang.
Saya tertanya-tanya dan hendak tahu bagaimana kementerian dapat memberi pandangan ataupun kawalan atas projek-projek yang dilaksanakan di negeri-negeri? Saya berharap kementerian mengambil perhatian tentang ini dan mungkin dapat menjawab bagaimana tindakan akan mereka diambil. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya cadangkan agar kementerian ini kita gulungkan sebelum pukul 1.00 tengah hari. Setakat ini, lapan orang sudah berucap dan saya kira representation daripada parti-parti pun sudah memadai dan saya akan panggil dua lagi Ahli Yang Berhormat, kemudian selepas itu saya minta menteri menggulung. Saya bagi Yang Berhormat Sri Aman.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas sedikit tentang Butiran 31, Kementerian Pelancongan. Saya hendak menyebut dua atau tiga isu mengenai pelancongan di Sri Aman. Saya sering mendengar ungkapan-ungkapan media dan orang perseorangan yang menyatakan dengan izin, “Sri Aman is a sleepy town”.
Tuan Pengerusi, saya memang tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut sebab kita di Sri Aman, mempunyai banyak tarikan sejarah yang unik terutama sekali dari segi Rumah Sri Aman yang menandakan berakhirnya zaman komunis di Sarawak dalam tahun 1973. Kita juga mempunyai peninggalan Brooke, ataupun Raja James Brooke iaitu Cornwalls yang mungkin dapat diselenggarakan dengan peruntukan daripada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.
Satu lagi isu yang hendak saya ketengahkan ialah mengenai Pesta Benak. Saya ingat ramai Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini mungkin belum pernah menghadiri Pesta Benak yang disenaraikan sebagai satu event ataupun calendar of event peringkat nasional. Setiap tahun mulai tahun 2001, kita telah mengadakan pesta ini dan ia menarik ramai pelancong sama ada dari luar negeri ataupun dari dalam negeri yang berminat untuk melihat Pesta Benak.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pesta Benak ini adalah satu daripada peristiwa ataupun alam semula jadi yang melibatkan air pasang surut di Batang Sungai Lupar. Jadi saya berharap Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri akan memberi peruntukan yang lebih banyak untuk meningkatkan aktiviti pelancongan ataupun mempromosikan pelancongan di Sri Aman. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya bagi Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Bagi maksud B.31 ini, saya ingin bercakap mengenai dua isu iaitu yang pertamanya, isu tentang masjid sebagai destinasi pelancongan di mana saya dapati pelancong-pelancong yang datang melawat masjid ini agak kurang diraikan ataupun kurang dialu-alukan oleh kakitangan masjid.
Ini saya kira kerana kakitangan masjid agak kurang bermaklumat dan mungkin juga boleh saya katakan kurang berilmu. Sebenarnya orang-orang bukan Islam tidak dilarang untuk datang melawat ataupun masuk ke masjid, hatta ke dewan-dewan sembahyang sendiri asalkan berpakaian dan juga berkelakuan yang sewajarnya.
Jadi saya kira menjadi satu perkara yang perlu diusahakan oleh Kementerian Pelancongan ini juga di bawah Majlis Tindakan Pelancongan untuk bersama-sama dengan JAKIM memberikan maklumat ini ataupun melatih kakitangan masjid-masjid untuk menerima pelancong-pelancong luar. Kemudian pada masa yang sama juga sepatutnya disediakan bahan-bahan berkenaan dengan Islam itu sendiri supaya difahami oleh masyarakat, bukan sahaja masyarakat luar malah dalam negara kita sendiri.
Saya dapati semasa saya melawat ke Sri Lanka, apabila saya di hadapan tempat- tempat ibadat, bukan sahaja ibadat orang Islam, tetapi juga Kristian dan Buddha, mereka begitu bermaklumat menyediakan pelbagai risalah dan pamflet-pamflet tentang agama- agama yang tersebut. Jadi saya kira ini adalah satu contoh yang baik yang perlu kita turut.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya harap maklumat-maklumat itu tidaklah hanya berkenaan dengan sejarah masjid itu ataupun architecturenya sahaja ataupun keindahannya tetapi lebih menekankan kepada isu ataupun ajaran Islam iaitu asas ajaran Islam itu sendiri.
Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan tandas. Saya percaya ramai di kalangan kita di sini, bersetuju tandas kita belum lagi mendapat standard ISO, apa pun untuk dikatakan world class toilet misalnya. Ini adalah kerana mungkin sikap masyarakat kita yang masih lagi belum ada satu kesedaran yang tinggi terhadap kebersihan tandas. Saya sering kali mengingatkan apabila dalam ceramah saya dan sebagainya bahawa kalau hendak tahu sesuatu keluarga, rumah atau tempat itu kena tengok tandasnya dahulu. Kalau tandasnya bersih bermakna standard kebersihan itu sudah dapat kita baca.
Saya kira tempat-tempat pelancongan ini boleh dikatakan sangat-sangat mengecewakan. Saya tidak mengatakan tempat pelancongan biasa malah tadi saya sebutkan di masjid-masjid dan di surau-surau sendiri pun keadaan tandas sangat mengecewakan apatah lagi di tempat-tempat pelancongan. Saya percaya ada usaha ke arah ini dan saya harap usaha ini dapat dilipatgandakan.
Berkenaan dengan tandas ini juga kalau boleh juga diberi perhatian berkenaan dengan tandas-tandas di hotel yang tidak menyediakan kemudahan untuk bersuci kepada orang Islam iaitu tidak ada paip air dalam tandas itu. Dalam usaha kita untuk mempromosikan negara Malaysia sebagai pusat destinasi pelancongan kepada orang- orang Arab yang datang daripada negara-negara Arab saya rasa ini sangat perlu diberi perhatian. Jadi, saya rasa setakat itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput menteri untuk menggulung.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi...
[Menoleh ke tempat duduk Yang Berhormat Pasir Mas] Tidak ada di sini. Tidak mengapa saya akan jawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas.
Pada dasarnya MTPM adalah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi- fungsi seperti berikut dan ia akan diteruskan di peringkat negeri:
(i) meneruskan pembangunan dan promosi produk-produk pelancongan dan kebudayaan yang berkaitan dengan pelancongan;
(ii) menggiatkan pembangunan kemudahan perkhidmatan sokongan seperti perancangan, pelaksanaan dan persembahan acara-acara dan karnival-karnival yang berprestij serta bertaraf antarabangsa;
(iii) meningkatkan kemudahan asas infrastruktur pelancongan seperti papan tanda penerangan dan tunjuk arah pelancongan;
(iv) merancang, membangun, mempromosi dan memperkukuh aktiviti pelancongan bagi menerokai peluang-peluang ekonomi yang wujud dan yang akan diwujudkan;
(v) menyelaras aktiviti yang ada kaitan dengan industri pelancongan secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan;
(vi) melaksana dan memantau projek, program dan aktiviti pelancongan di peringkat negeri;
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
(vii) menubuhkan satu jawatankuasa pengurusan krisis pelancongan untuk menangkis dan menyingkir laporan-laporan negatif yang boleh menjejaskan industri pelancongan;
(viii) merancang dan menyediakan program galakan dan mengesyorkan apa-apa insentif bagi meningkatkan kemajuan dan pembangunan industri pelancongan;
(ix) mengenal pasti, merancang dan mengadakan pelbagai program dan kempen yang bersesuaian untuk menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong;
(x) memberi penekanan terhadap isu-isu keselesaan, kebersihan, kesihatan, kepuasan, keindahan dan keselamatan pelancong untuk dipelihara dan diberi keutamaan bagi memikat mereka untuk tinggal lebih lama;
(xi) membangun dan melengkapkan industri pelancongan dalam pelbagai pengetahuan teknologi moden, untuk menerokai pasaran pelancong secara global;
(xii) memperkenalkan dan meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik untuk rakyat Malaysia;
(xiii) memantapkan pengurusan strategi melalui tawaran pakej-pakej pelancongan yang lebih kompetitif untuk pelancongan domestik dan antarabangsa;
(xiv) memudah cara, menggembleng dan menyambung strategi dengan semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan termasuk badan-badan bukan kerajaan dan pencinta alam; dan akhir sekali
(xv) menjalin dan mengeratkan hubungan kerjasama yang padu dengan semua pihak yang mengendalikan pengangkutan awam sehingga ke tahap pengangkutan mesra pelancongan.
Tuan Pengerusi, menjawab soalan Yang Berhormat Gombak... juga tidak ada di sini untuk mendengar jawapan. Acara-acara kalendar event yang dijadualkan pada tahun 2008 adalah dikekalkan...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Minit bebas pada 26 Mac yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak sebenarnya tidak terpakai lagi. Minit bebas yang sulit untuk kementerian sahaja telah tidak terpakai lagi sebab minit bebas yang dikeluarkan pada 1 April adalah yang terpakai.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Batu?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tadi kita dengar bahawa jadual pelancongan itu dikekalkan. Saya tidak faham sama ada apa yang dikekalkan itu bagi seluruh negara ataupun Pulau Pinang.
Oleh kerana saya datang dari constituency Pulau Pinang, terdapat di sini bahawa ada rancangan yang telah berlarutan beberapa tahun yang lepas sekarang tergendala sedikit kerana terdapat perubahan yang dibawa kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Misalannya Penang Bridge Run yang telah berlangsung bertahun-tahun telah dibatalkan pada saat-saat yang terakhir. Ia dijualkan pada 22 Jun dan maklumat ini masih terdapat di laman web berkenaan tetapi rancangan ini telah dibatalkan sama sekali.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Satu perkara lagi iaitu pada 2 hingga 4 Mei iaitu Penang World Music Festival 2008 telah mendatangkan sambutan yang begitu lembap kerana terdapat pertindihan antara Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan juga Jawatankuasa Pelancongan peringkat negeri. Oleh yang demikian keadaan yang bertindih menjadikan confusion. Confusion mendatangkan konflik iaitu kalau kita berlawanan sebegitu, secara tidak produktif yang menang jadi arang dan yang kalah menjadi abu. Apa gunanya ada Majlis Tindakan Pelancongan seperti itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak jawab dulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya ingin menjawab yang lain dulu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak menjawab dulu, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini isu yang lebih kurang sama.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Okey.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Terima kasih, Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan program dan acara mana yang telah dibatalkan dan jadual mana yang dianggap sebagi terpakai dan apakah jadual yang terbaru itu boleh dikemukakan kepada kami.
Kedua, saya ingin kembali sedikit kepada isu fungsi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Mengikut maklumat yang dikemukakan tadi bahawa fungsinya adalah menyusun strategi dan menjalinkan kerjasama yang erat di kalangan semua sektor. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana kalau negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah melantik seorang yang bukan state Exco untuk menjalankan tugas-tugas yang disenaraikan tadi kerana ini memerlukan seorang yang berautoriti, mempunyai kuasa pelaksanaan.
Kalau peruntukan disalurkan kepada agensi yang lain, yang tidak mempunyai kuasa dan juga autoriti, bagaimana program-program yang akan datang boleh dilaksanakan secara tersusun. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan bukan Kementerian Pelancongan Barisan Nasional. Kementerian Pelancongan adalah Kementerian Pelancongan Malaysia.
Jadi, kami sebagai wakil rakyat yang telah dilantik untuk menjaga kementerian ini adalah bekerja untuk rakyat... [Tepuk] Bekerja untuk rakyat bukan Pakatan Rakyat sahaja. Saya dah cakap Barisan Nasional adalah kerajaan sekarang...
Seorang Ahli
Faham itu.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Jadi, kerja sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menjaga kementerian adalah untuk rakyat semua...
Beberapa Ahli
Ya... [Tepuk]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Bukan saja untuk Pakatan Rakyat, bukan saja untuk Barisan Nasional tetapi semua rakyat kita... [Tepuk] Jadi tuduhan- tuduhan yang telah dibangkitkan adalah kadang-kadang sensitif.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Pengerusi...
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya tidak bagi jalan.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
...Ini tidak ada tuduhan. Hanya jelaskan.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya tidak bagi jalan, saya tidak bagi jalan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri tengah jawab Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Sila duduk. Jadi tuduhan ada banyak tuduhan. Tuduhan bahawa Kementerian Pelancongan tidak mahu mempertinggi pelancongan di negeri-negeri di Pakatan Rakyat. Ini adalah salah. Kementerian Pelancongan ingin menggalakkan semua pelancong datang ke Malaysia tidak kira di mana. Masa dahulu kementerian telah mempromosi negeri Pulau Pinang, kawasan Kuala Lumpur dan juga Langkawi.
Di masa dulu kita patut memfokuskan untuk meninggikan pengetahuan negeri Malaysia. Jadi kalau kita mempromosikan seluruh negara, susah mahu difokuskan oleh pelancong-pelancong luar negara. Jadi kita telah fokus kepada tempat-tempat yang boleh dipromosikan dengan senang, yang bermanfaat tinggi. Sampai 22 juta pelancong telah datang dan RM46 bilion perbelanjaan oleh pelancong di negara kita pada tahun lepas. Ini adalah bukan kerana kita tidak buat kerja.
Kementerian kalau dapat mahu meninggikan nombor-nombor ini. Kementerian telah baru-baru ini melancarkan promosi baru zoom, dan jikalau Yang Berhormat-Yang Berhormat mengatakan tadi, kementerian tidak mempromosikan negeri-negeri di seluruh negara, itu adalah salah. Promosi ini adalah spesifik untuk tempat-tempat pelancongan di seluruh negara. Selepas pelancaran, Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat melihat kebanyakan tempat yang dipromosikan telah keluar di akhbar pada hujung minggu itu.
Kementerian Pelancongan memang mahu mempromosi negara kita dengan sepenuhnya. Dengan bekerjasama di semua negeri di Malaysia, bukan sahaja negeri- negeri yang dalam Barisan Nasional...
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
[Bangun]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat nak bagi Tanjong Manis Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Belum. Soalan belum dijawab.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Nak bagi info sikit. Nak membantu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Tanjong Manis. Yang lain duduk.
Sila duduk.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Hendak bantu timbalan menteri barukah?
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Daripada segi pelancongan di Pulau Pinang Tuan Pengerusi, bajet daripada negeri Sarawak telah diambil oleh MPTN untuk membantu Penang Music Festival dan promosi untuk Penang Music Festival tahun lepas ialah RM2 juta, padahal untuk Sarawak kita cuma dapat RM80,000 saja. Dan bajet kita telah diambil untuk Penang, Itu pertama...
Seorang Ahli
Sekarang tidak bagi dah.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
...Nombor dua...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Begitu dingin sekali kalau berbanding dengan Kuching.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jelutong, tolong diam Jelutong.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Jadi, kita pun kalau bolehlah minta baliklah duit kita.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ambil balik. Bagi balik.
Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman - Tanjong Manis
Jadi kita nak tahu kenapa bajet kita sampai ke Pulau Pinang pula ya?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Penjelasan.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Bagi baliklah. Nak jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Sikit saja, sikit saja.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Yang Berhormat Jelutong nak bagi jawapan dari sanakah.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong. Sila Jelutong.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih. Saya ingin pungut daripada Utusan Malaysia 26 Mac dan saya rasa apa yang dipercakapkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bercanggah dengan apa yang dicakapkan oleh menteri kementerian berkenaan.
Ini ialah satu berita Utusan Malaysia, 26 Mac yang mengatakan tujuan dirombak semula MPTN ialah kerana memandangkan keputusan Pilihan Raya Umum Keduabelas menyaksikan beberapa buah negeri jatuh ke tangan parti pembangkang. Jadi kementerian itu perlu membuat penyusunan semula MPTN. Barangkali itulah yang RM2 juta itu masuk ke Pulau Pinang dan sambutan Music Festival itu begitu dingin sekali. Nak tanya nak tarik balik duit itu, tanyalah menteri.
Dan disebutkan di sini juga di Utusan Malaysia, MPTN ditubuhkan pada tahun 2002 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri dengan diberi peruntukan RM1 juta setahun bagi melaksanakan dasar-dasar pelancongan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan. Kalaulah dikatakan MPTN itu ialah bertugas untuk memajukan pelancongan seluruh negara, itu bukan Kementerian Pelancongan Barisan Nasional, apa pula yang terjadi dengan yang wang RM1 juta setahun itu akan disalurkan menerusi kementerian pusat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baiklah, Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
...Itu yang menjadi percanggahan yang pertama. Yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak payah berucap panjang Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya faham.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Okey, terima kasih setakat ini. Buat masa ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi Batu Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Batu saja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Batu kemudian. Kemudian Batu ya.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Sila duduk. Masa tidak cukup.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya hanya nak tahu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Batu, duduklah Batu.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Yang Berhormat saya tidak cukup masa, lagi sebelas minit saya nak menggulung. Kalau saya tidak habis menggulung, ramai orang marah, dapat jawapan lisan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Yang Berhormat Jelutong.
Saya tidak mahu membangkitkan apakah problem MTPN dengan negeri-negeri pembangkang. Pada bulan Februari 2002, Kementerian Pelancongan menandatangani MoU dengan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan MTPN di Kelantan.
Jun 2002, pihak kementerian menghantar peruntukan MTPN Kelantan berjumlah RM2 juta, geran operasi RM1 juta dan geran pelancaran RM1 juta ke dalam akaun Bendahari Negeri Kelantan. September 2002, MTPN dengan rasminya ditubuhkan dan operasi mula berjalan. Kerajaan negeri tidak memperakui penubuhan MTPN Kelantan dengan alasan pelantikan Ismail Awang berjawatan Pengurus Acara juga selaku Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh tidak mengikuti prosedur yang betul dan bermotif politik.
MTPN Kelantan menyangkal dakwaan ini dan memaklumkan bahawa pelantikan kakitangan MTPN adalah kelulusan Yang Berhormat Menteri bagi jawatan Pengerusi MTPN dan Ketua Setiausaha Kementerian bagi lain-lain gred jawatan. Kakitangan MTPN Kelantan tidak menerima imbuhan pada September 2002 iaitu tak ada gaji. Gaji tidak dibayar oleh Kerajaan Kelantan... [Tepuk] Pada Oktober 2002, Ketua Setiausaha Kementerian membatalkan MoU dengan notis penamatan 30 hari kakitangan MTPN Kelantan tidak menerima imbuhan gaji.
November 2002, Kementerian Pelancongan menghantar permohonan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menarik semula peruntukan RM2 juta dari Bendahari Negeri.
Kakitangan MPTN Kelantan masih lagi tidak menerima imbuhan iaitu gaji.
Disember 2002, pihak Kementerian Pelancongan atas budi bicara telah mengagihkan sebahagian peruntukan MTPN Terengganu ke akaun MTPN Kelantan berjumlah RM300 ribu bagi membolehkan MTPN membuat apa-apa bayaran operasi seperti imbuhan iaitu gaji, sewaan pejabat dan lain-lain belanja operasi.
Pada Januari 2003, Bendahari Negeri menghantar semula peruntukan RM2 juta ke akaun MTPN Kelantan. MTPN Kelantan menyambung semula operasi dan membuat semua pembayaran melalui akaunnya sendiri dengan pemantauan Ketua Setiausaha.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau kita hendak kerjasama dengan kerajaan negeri yang bukan Barisan Nasional, kita bekerjasamalah. Jangan sampai kita ada problem macam ini, bangkit terus, susah untuk kerajaan sebab...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Tak cukup masa untuk kerajaan sebab ahli-ahli dalam kerajaan...
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Boleh minta jalan sikit?
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya tak cukup masa, lagi enam minit.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya teruskan. Sila duduk, minta maaflah. Tuan Pengerusi bagi masa sepuluh minit saja, sampai pukul satu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Jadi, kita mahu bekerjasama dengan negeri-negeri pembangkang atau Pakatan Rakyat. Minta maaf kalau saya katakan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Boleh penjelasan sikit tak? Sikit saja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Sila duduk semua sebab kalau saya bagi penjelasan, semua minta.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Saya terkejut tadi dengan kenyataan tersebut. Saya ingatkan selama ini Kerajaan Pusat yang tidak mahu bekerjasama rupanya kerajaan pembangkang yang tak bagi kerjasama!
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat, Yang Berhormat tak betul tu. Itu tuduhan!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, saya rasa beri peluang untuk dia jawab. Tuduhan, tuduhan! Beri peluanglah. Masa itu Yang Berhormat Pengkalan Chepa menjadi Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar dia jawab dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Kerian, biar dia jawab dulu Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Kementerian Pelancongan ingin bekerjasama di tiap-tiap negeri...
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
[Bangun] Boleh?
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Bagi laluanlah, bagi laluan! Gentleman lah!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tak bolehlah macam itu Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Sila duduk, sila duduk!
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Kita nak tahu cara nak bekerjasama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak boleh macam itu.
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Cara nak bekerjasama. Dia tak jawab soalan.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Gentlemanlah, gentleman. Beri laluan, beri laluan!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian tolong duduk Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Kalau nak cakap pasal gentleman, sila duduk. Tak payahlah orang cakap.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Bagi laluan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Macam mana nak kerjasama? Kerajaan Pulau Pinang...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
...Tak bayar gaji, saya ingatkan...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Bohong! Bohong!
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
...Kerajaan Pulau Pinang sebulan jagung. Dah nak tarik balik MoU macam mana? Sebulan jagung!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
...Kerajaan Kelantan bagi pahala saja, gaji tak payah.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kata menteri bohongkah, mana menteri?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian, tolong duduk Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Itu tuduhan! Tak betul!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Menteri bohong!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Boleh saya beri penjelasan sikit?
Dato' Ismail Kasim - Arau
Dia mesti ada asas.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ha bohong! Saya kata bohong!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Beri peluang! Yang Berhormat Pengkalan Chepa waktu itu ialah Timbalan Menteri Besar.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Kerana saya masa itu ialah Timbalan Menteri Besar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian, tolong duduk. Dia tak bagi jalan Yang Berhormat, sila duduk.
Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Duduklah, duduk!
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Macam itu, tak gentleman!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tak bolehlah macam itu Yang Berhormat ya. Dia tengah menjawab. Apabila perkataan bekerjasama dikeluarkan, ramai Ahli Yang Berhormat yang bangun. Bagi dia habis ayatnya dulu kemudian kita nilai jawapan dia Yang Berhormat ya. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Peraturan Mesyuarat!
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Peraturan mesyuarat!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, yang mana satu Yang Berhormat?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Peraturan mesyuarat!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, mana satu Yang Berhormat?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
36(6).
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Duduk, duduklah.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Duduklah, duduk.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang mana satu Yang Berhormat?
36(6), sangkaan jahat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sangkaan jahat yang mana satu?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Biar saya habiskan. Ini satu tuduhan kepada kerajaan. Duduklah!
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Duduklah, gentleman duduklah.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
36(6). Ini satu tuduhan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Menteri berbohong!
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tolong baca, tolong baca.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak dapat menilai...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kecuali...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
...Datuk, 36(6). Kecuali memberikan peluang kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang pada waktu itu menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan. Baru gentleman.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Bacalah, baca.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. 36(6) Sangkaan jahat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kenyataan dan butiran yang dikeluarkan oleh kementerian. Apa yang sangkaan jahat di sana?
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kenyataan itu kenyataan bohong!
Saya mencabar kenyataan itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Saya mencabar perkara itu dan kalau dia tidak memberikan, saya akan bawa kepada 26(1)P.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat boleh mengeluarkan usul 27, berkaitan usul.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tadi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Biarkan dia habis Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tak, dia tak habis. Dia mengatakan tadi Tuan Pengerusi, dia mengatakan tadi nak kerjasama. Jadi sila beri ruang.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Okey, bagi kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Tuan Pengerusi, saya minta kalau saya bagi jalan, saya tak habis gulung.
Beberapa Ahli
Boleh, sambung petang. Sambung petang!
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Kalau saya bagi jalan...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, dia telah dibagi laluan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta laluan daripada Timbalan Menteri sama ada nak bagi jalan ke tak bagi jalan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Orang muda mestilah bagi laluan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Bagilah laluan kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya ingin tahu daripada Tuan Pengerusi...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Timbalan Menteri, teruskan Timbalan Menteri. Jangan peduli.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Tuan Pengerusi, saya ingin tahu masa yang saya diberikan adalah sampai pukul satu.
Beberapa Ahli
Boleh, boleh sambung.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Boleh, masa boleh panjang lagi!
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terus Timbalan Menteri, terus, terus. Jangan peduli!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kalau Yang Berhormat dah habis menggulung, Yang Berhormat boleh gulung sekarang. Kalau masih banyak lagi yang perlu digulung, kita boleh tempohkan sehingga 2.30 nanti.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ha, bagilah!
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya beri jalan dan sambung lepas 2.30?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tak habis masa lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ha bangun, bangun. Masa ada lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Okey, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Jawab Timbalan Menteri, nanti kena gulung.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Timbalan Menteri. Kerjasama sangat erat di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, bermula daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dulu lagi iaitu Datuk Kadir Sheikh Fadzir dan begitu juga dengan Datuk Tengku Mansor. Sangat bahagia, sangat bagus tetapi dalam Akta Pelancongan itu untuk menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ini, kita akui bahawa itu kuasa menteri untuk melantik...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
...Saya nak...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat, habiskan ayat Yang Berhormat.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Jadi, Pengurus Besar itu memang dipersetujui cuma masa itu, campur tangan daripada pihak Barisan supaya melantik sahabat saya juga Ismail Awang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan ayat Yang Berhormat.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Ha ini masalahnya.
Kenapa tidak cari orang yang betul-betul layak, kenapa tak cari?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Itu pilihan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Ini pertelingkahan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Itu hak mereka nak lantik.
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Jadi pihak kementerian di bawah ini keras kepala, tak mahu tolak ansur dalam soal pelantikan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Itu tuduhan itu, tuduhan.
Tuduhan itu!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pengkalan Chepa sila duduk Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Siapa keras kepala itu, kepala keras kot?
Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Jangan berbahas begitu Yang Berhormat. Kita ada peraturan mesyuarat kalau nak berbahas, nak bercakapkah nak bangun. Majlis dalam Majlis Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang pukul 1.00 tengah hari. Kita tangguh Mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang ini.
Maaf ya.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada pengumuman. Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan:
(i) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2007) 2008 serta usul yang bersangkutan dengannya;
(ii) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2008; dan
(iii) Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa, Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008; Serta Usul-usul di nombor 9 dan 10 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dibahas dan diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Tuan Pengerusi, saya hendak menyambung sedikit penjelasan saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum lagi, belum masa. Tunggu.
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Boleh?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Ringkas sahaja Yang Berhormat kerana usul tadi menentukan yang tidak kita boleh habis sampai...
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Saya terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan yang telah memberi penjelasan tetapi dalam penjelasan itu ada kekeliruan yang perlu diperbetulkan.
Urutan ini akan saya perjelaskan secara akademik. Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, tidak oleh kerajaan negeri. Semua negeri di Semenanjung, Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri di pengerusi oleh Exco masing-masing.
Kuasa melantik pengerusi dan anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Pelancongan Negeri adalah hak mutlak Menteri Pelancongan. Kelantan meminta supaya Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dilantik daripada Exco yang berkenaan sebagaimana negeri-negeri lain. Akan tetapi kementerian tidak bersetuju dengan permohonan itu dan membatalkan MOU serta meminta wang balik sebanyak RM2 juta dan kerajaan negeri telah memulangkan.
Menteri Pelancongan pada masa itu melantik KSU kementerian menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan iaitu Dato’ Wan Alauddin. Semua pegawai dan kakitangan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri adalah urusan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri di bawah Kementerian Pelancongan dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.
Gaji dan elaun pegawai dan kakitangan semuanya dibayar oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri di bawah Kementerian Pelancongan dan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri. Mengatakan tanggungjawab kerajaan negeri membayar atau tidak membayar pegawai, kakitangan MTPN adalah tidak benar sama sekali kerana MTPN adalah tidak di bawah kerajaan negeri. MTPN dan Kementerian Pelancongan adalah bertanggungjawab secara mutlak sama ada pegawai dan kakitangan dibayar atau tidak dibayar gaji.
Itulah, jadi kenyataan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri agak mengelirukan jadi saya hendak membetulkan bahawa Majlis Tindakan Negeri tidak beridentiti kerajaan negeri, cuma kerajaan negeri ada satu badan dipanggil TIC, Tourist Information Centre, itu untuk kerjasama. Jadi kita mengenal produk-produk dan dibantu perbelanjaan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Itu yang sebenarnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Boleh saya menggulung Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat. Ringkaskan Yang Berhormat. Satu perkara sahaja dalam kementerian ini boleh diringkaskan. Sila Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan tadi, mengenai Penang Bridge Run yang telah dibatalkan kerana Lembaga Lebuh Raya membuat dengan izin, maintenance ke atas jambatan tersebut demi keselamatan rakyat. Lembaga Lebuh Raya telah membatalkan acara itu.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya mahu sebut tadi kami dari Kementerian Pelancongan ingin bekerjasama dengan negeri-negeri di dalam Malaysia. Kami adalah memfokuskan untuk pelancongan di seluruh negara, bukan sahaja di negeri-negeri yang berkerajaan Barisan Nasional.
Untuk menjawab Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, lagi senang kalau kita berbincang, kalau kita bekerjasama apa yang telah jadi pada masa dulu kita lupakan.
Kalau kita gaduh di Dewan ini...
Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Terima kasih banyak.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
...Tidak guna kita jadi Ahli- ahli Yang Berhormat untuk mewakilkan rakyat. Jadi kita bekerjasamalah, kita bekerjasama supaya kita membangunkan negara kita untuk kepentingan rakyat seluruhnya.
Yang diminta ini peruntukan tambahan untuk acara-acara di seluruh negara yang ditambahkan untuk tahun lepas dan juga untuk meninggikan taraf administration yang telah kami menambah ahli-ahli MTPN di semua negeri. Jadi, saya tidak mahu...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta yang lain pula.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat duduk dahulu. Begitu juga Yang Berhormat Rantau Panjang. Tolong duduk dahulu.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Saya tidak mahu bercakap panjang lagi. Jadi, jawapan-jawapan yang tidak dijawab pada hari ini akan diberi secara lisan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Secara bertulis Yang Berhormat.
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib
Bertulis, sorry.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, jadi saya ingat penjelasan daripada timbalan menteri tadi cukup jelas. Kerjasama mesti diwujudkan dan diteruskan. Kalau yang tidak ada itu, tulis surat dengan kementerian dan akan dijawab secara bertulis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,000,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10,000,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.42 - Jadual] - Tuan Pengerus
Kepala bekalan B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk di bahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak yang tersenyum Yang Berhormat. Insya-Allah kita beri, yang berdiri ini sahaja kita beri, lima orang, cukup. Manakala yang lain, yang angkat tangan. Mula dengan Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih tuan Pengerusi. Saya merujuk Maksud B.42 - Kementerian Kesihatan di bawah Butiran 030000 - Rawatan Perubatan.
Berhubung perubatan tradisional dan komplementari tentang kesukaran tabib-tabib Cina yang ada kelulusan dan kepakaran perubatan dari negara China untuk mendapat surat kebenaran pegawai dagang. Mereka hanya diberi pas lawatan pekerja pegawai dagang selama setahun tetapi untuk mendapatkannya bukan suatu yang mudah kerana perlu melalui proses yang panjang dan juga lama.
Tuan Pengerusi, oleh kerana bidang perubatan tradisional dan komplementari merupakan satu sokongan kepada perubatan moden dan sentiasa mendapat sambutan ramai serta satu jalan untuk meningkatkan kepakaran tempatan. Maka, saya minta supaya permohonan pegawai dagang dalam kategori tabib Cina dipermudahkan. Mereka ini memang golongan profesional yang ada kepakaran dan kemahiran dari pusat pengajian khusus di negara China yang tidak ada di negara kita. Maka, ini satu kemudahan yang boleh membantu rakyat dalam aspek penjagaan dan kesihatan mereka.
Tuan Pengerusi, selain kesusahan mendapatkan kelulusan di Kementerian Kesihatan, pemohon berdepan dengan kesusahan mendapatkan pas lawatan kerja di Jabatan Imigresen juga. Permohonan hendaklah dipermudahkan untuk kelulusan selama- lama ini dibuat secara tulen dan jujur. Misalnya jika seorang tabib Cina sudah tinggal berkhidmat selama beberapa tahun di negara ini, maka kemudahan memperbaharui permit hendaklah diberikan seperti memberi tempoh selama tiga atau lima tahun seperti yang diterima oleh pegawai dagang dalam kategori lain.
Inilah saya minta kementerian boleh memberikan satu jawapan yang memuaskan untuk memastikan pakar-pakar ini tidak dicuaikan atau diberi satu tempat utama untuk rakyat jelata di negara kita untuk menjaga kesihatan melalui tradisional ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya singkat sahaja. Saya hendak tanya, minta penjelasan. Selepas tambahan bajet ini untuk pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat pegawai serta kakitangan kementerian sama ada di negara kita, di seluruh negara masih ada kekosongan jawatan bagi pakar-pakar, doktor-doktor dan jururawat. Sekiranya masih ada kekosongan jawatan itu dalam rancangan menteri, bilakah masalah itu dapat diselesaikan? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyokong sepenuh-penuhnya peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk Kementerian Kesihatan. Dengan penambahan RM200 juta ini, jumlah peruntukan kesihatan bagi tahun 2007 telah mencapai RM9.77 bilion.
Tuan Pengerusi, GDP ataupun keluaran kasar dalam negeri kita telah mencapai takat lebih kurang RM500 bilion setahun. Ini bermakna jumlah peruntukan untuk kesihatan sebanyak RM9.8 bilion itu, hanya merupakan kurang daripada 2% daripada GDP kita.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada syor pihak WHO ataupun World Health Organization dengan izin, yang mengesyorkan negara-negara yang sedang membangun harus melaburkan sejumlah 5% daripada GDP untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Jadi, apa yang kita sekarang peruntukan untuk kesihatan adalah jauh kurang daripada apa yang disyorkan oleh WHO. Saya ingin mengesyorkan satu jumlah yang lebih besar diperuntukkan untuk perkhidmatan kesihatan dalam Bajet 2008 nanti.
Tuan Pengerusi, punca utama kelemahan dalam rawatan di hospital awam negara kita ada kekurangan pakar-pakar perubatan. Pada masa ini hanya 30% daripada pakar- pakar di negara ini masih bertugas dalam hospital-hospital kerajaan, manakala 70% bertugas di swasta. Manakala 75% pesakit-pesakit yang memerlukan kemasukan ke dalam hospital in-patient treatment dengan izin, datang ke hospital-hospital kerajaan. Jadi, 30% pakar menjaga 75% in-patient. Inilah puncanya ketidakseimbangan dalam sistem kesihatan kita ini.
Saya ingin mengesyorkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan khusus untuk kakitangan kesihatan ditubuhkan supaya doktor-doktor kerajaan dan juga kakitangan- kakitangan lain ditawarkan gaji dan allowance yang lebih menarik kepada mereka. Mungkin skim seperti yang dilaksanakan di IJN boleh menjadi satu dasar untuk skim baru ini. Gaji yang lebih munasabah akan mengurangkan penghijrahan doktor daripada kerajaan ke pihak swasta dan bila bilangan pakar di hospital-hospital awam ini meningkat, kualiti rawatan untuk rakyat kita pun akan meningkat. Jadi saya harap pihak kerajaan mengambil berat terhadap cadangan ini untuk menubuhkan satu suruhanjaya yang khas untuk kesihatan.
Saya juga ingin memohon Kementerian Kesihatan untuk hentikan Scheme Free Pay Patient dengan izin, yang telah dilancarkan di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya tahun lalu. Tuan Pengerusi, pakar-pakar di hospital kerajaan memikul suatu beban yang sungguh berat. Bukan sahaja 30% itu merawat 75 pesakit yang memerlukan rawatan dalam hospital, mereka juga harus menyelia doktor-doktor siswazah yang bertugas di hospital itu dan juga membimbing dan melatih doktor-doktor muda yang ingin menjadi pakar.
Jadi dalam keadaan seperti ini, di mana doktor-doktor pakar kerajaan dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab langsung tidak masuk akal untuk melaksanakan skim FPP ini dan menarik perhatian doktor pakar kerajaan kepada tugas-tugas yang lain kepada tugas-tugas utama mereka ini. Dengan izin FPP ini Free Pay Patient Scheme ini, distract our government specialist from the primary duties. Jadi Tuan Pengerusi, saya sokong penuh hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan doktor-doktor pakar di hospital kerajaan, tetapi ini harus dilakukan melalui satu skim gaji yang lebih munasabah dan bukan melalui skim FPP ini.
Akhir sekali, satu suruhanjaya baru untuk kakitangan kerajaan ini begitu penting untuk memulihkan sistem kesihatan awam di negara kita. Peruntukan yang lebih besar untuk membayar gaji kakitangan kesihatan, tidak harus dipandang sebagai satu perbelanjaan yang sia-sia ataupun yang membazirkan. Rawatan yang berkualiti untuk rakyat kita adalah antara tanggungjawab murni kita semua. Saya harap satu peruntukan yang lebih munasabah dan lebih besar dalam Bajet 2008 akan diluluskan. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi sikit sahaja bimbinganlah. Sebagai konvensyen, apabila kita bercakap dalam Majlis, Tuan Yang di-Pertua menjadi Tuan Pengerusi, dalam Jawatankuasa. Dalam Majlis Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita tertumpu kepada persoalan yang dibangkitkan di hadapan kita, menampung perbelanjaan emolumen berikutan pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat pegawai. Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya juga ingin berbincang dan berbahas sikit tentang B.42 ini, Kementerian Kesihatan, berhubung dengan pertambahan sebanyak RM200 juta. Seperti mana yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Sungai Siput, Kementerian Kesihatan, kalau dilihat dari segi bajet keseluruhannya RM9.8 bilion, adalah kementerian yang mendapat bajet yang tertinggi.
Namun demikian, saya ingin merakamkan kekecewaan saya apabila dengan bajet yang begitu tinggi sekali pun, di Bandar Raya Shah Alam yang merupakan Ibu Kota Negeri Selangor dan satu bandar raya yang kami cukup bangga dengannya masih tidak ada lagi sebuah hospital kerajaan yang boleh digunakan oleh rakyat dan penduduk warga Shah Alam. Lalu saya hendak gunakan peluang ini untuk menagih janji Pilihan Raya 2004 oleh calon Barisan Nasional yang menjanjikan hospital untuk warga Shah Alam. Terima kasih.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Selangorlah laksanakan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bagi Yang Berhormat Ledang.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tadi Yang Berhormat Ledang tak daftar.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan buat perkara yang Tuan Pengerusi tak perlu, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.42 – Kementerian Kesihatan. Tambahan Peruntukan RM200,006,100. Mula-mula saya pandang Tuan Pengerusi, macam RM200,000 rupa-rupanya RM200 juta.
Tuan Pengerusi, saya hendak ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kesihatan kerana pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat. Ini adalah untuk pertambahan jawatan dan kenaikan pangkat. Jadi Tuan Pengerusi, saya sebagai wakil rakyat Ledang, mohon kesian, mohon simpati, kesian saya, kesian yang mengundi saya, kesian juga yang tak mengundi saya.
Sebab Tuan Pengerusi, Hospital di Tangkak, di Bandar Tangkak bukan Bandar Raya Shah Alam, tak lebih lima doktor. Kekurangan jururawat, kekurangan pembantu hospital segala-galanya kuranglah. Sementara daerah baru, jadi Yang Berhormat Menteri tolonglah kami dengan pertambahan jawatan ini, cuma hendak tambah jawatan sahaja.
Alihkanlah mana-mana yang bukan terlebih, yang tak comparison dengan izin, supaya dapat dipindahkan ke Tangkak, kesian kami. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya untuk isu Maksud B.42, kertas perintah ini. Saya ingin bercakap sedikit tentang dua perkara.
Pertama, tentang penghijrahan jururawat boleh dikatakan secara beramai-ramai untuk bekerja di luar negara. Jadi di sini saya minta dapat dinyatakan apakah usaha-usaha daripada kementerian dalam isu ini berhubung dengan penambahan dari segi emolumen dan sebagainya ini. Adakah usaha-usaha untuk dikekalkan jururawat-jururawat kita untuk masih terus bekerja dan menyumbangkan di negara sendiri?
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Yang keduanya, juga adalah tentang pemantauan pelajar-pelajar kita yang dihantar ke luar negara di universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Walaupun mungkin ini di bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi tapi saya...
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
[Bangun] Yang Berhormat Titiwangsa...
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
...Kira juga...
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Boleh celahan?
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya?
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Penjelasan.
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Nantilah sikit sahaja. Nanti ambil sendiri.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Bolehlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa lima minit tak payahlah Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Satu sahaja.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Sikit sahaja.
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Kalau boleh juga kementerian ada sedikit peranan di situ mungkin dalam bidang latihan dan sebagainya. Sebab saya dapati ada sebahagian daripada sekolah-sekolah perubatan ini yang tidak up to the standard.
Sehinggakan pelajar-pelajar kita semasa di bidang klinikal dibiarkan bersendirian sahaja untuk mempelajari ilmu perubatan dari segi klinikal ini tanpa betul-betul mendapat panduan dan guide, kalau boleh saya gunakan perkataan tersebut dengan izin daripada doktor-doktor yang lebih senior ataupun pakar-pakar. Jadi ini akan menyebabkan mereka keluar sebagai seorang doktor yang mungkin incompetence dan tidak berpengalaman.
Jadi saya rasa itu dua isu yang ingin saya bangkitkan. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak sangat yang hendak bercakap. Soalan satu sahaja hal gaji Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lenggong Tuan Pengerusi.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tadi janji lima tadi. Pasir Mas. Sikit.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lenggong Tuan Pengerusi.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sudah bangun tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya. Tak payah angkat tangan Yang Berhormat. Tak payah angkat tangan. Tak payah angkat tangan. Saya bagi...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Tenggara.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Terima kasih. [Dewan riuh] Ha, ini kelebihan seorang wanita. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua cadangan yang hendak saya kemukakan.
Yang pertama, saya ucapkan tahniahlah kepada kementerian kerana penambahan untuk menampung perbelanjaan emolumen pertambahan jawatan, kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan. Saya mengharapkan mudah-mudahan, saya setuju dengan pandangan yang sudah dinyatakan sebentar tadi iaitu untuk mengekalkan pegawai perubatan bertaraf pakar supaya tidak berpindah ke swasta bila sudah berkemahiran dan berkepakaran. Maka dicadangkan supaya kerajaan dapat menaikkan gaji dan elaun doktor- doktor pakar ini supaya mereka akan dapat terus sama-sama dengan kita.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, cadangan seterusnya ialah untuk memberikan peluang juga kepada pembantu perubatan dan jururawat-jururawat kerajaan supaya mereka dapat melanjutkan pelajar mereka ke peringkat sarjana kerana setakat ini mereka hanya ada diploma sahaja.
Seterusnya untuk pegawai sokongan, saya juga berharap mudah-mudahan pembantu perubatan, pegawai x-ray dan attendant perlu dipertingkatkan kemahiran mereka agar upgrading of skills dengan izin, dan saya ingin cadangkan supaya Continuous Medical Education (CME) dapat diteruskan dua bulan sekali dengan kursus jangka pendek satu hingga tiga hari untuk mendedahkan kaedah-kaedah baru dan juga teknologi-teknologi baru dan terkini kepada mereka. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi, B.42 - Kementerian Kesihatan. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Siput iaitu perbelanjaan kita hanya 2% mengikut GDP dan sepatutnya 5% mengikut GDL yang dikehendaki oleh WHO. Jadi kita memberi sokongan yang penuh. Kita semua tahu akibat daripada ketidakcukupan doktor termasuk doktor pakar yang lari kerana emolumen bayaran yang rendah.
Ramai rakyat kita mati katak terutamanya kanak-kanak, pakar bedah sebagai contoh pakar bedah kanak-kanak. Saya bersetuju supaya kita mendapat kepakaran doktor kalau tidak cukup, dari luar negara seperti negara India dan negara China. Mereka ramai doktor-doktor, pakar-pakar yang boleh kita bawa masuk tetapi dalam pada itu kita kena belanja secara berhemah tidak sewenang-wenangnya, tidak sesuka hati dan di ambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.
Saya hendak bagi satu contoh pada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Walaupun Pusat Perubatan UKM ada satu pakar yang dibawa masuk namanya Profesor Lim Hook Tan, dibayar consultant fees allowance satu bulan RM168 ribu. Kontrak untuk empat tahun iaitu RM2.16 juta untuk setahun dan dia ini pakar bedah tetapi sehingga dia masuk saya tahu empat bilik bedah diubah jadi dua bilik bedah, katil pun tidak cukup. Ada kanak-kanak yang perlu pembedahan, pakar bius pula cuti untuk peperiksaan, budak-budak ini mati katak. Bayaran RM168 ribu.
Saya bukan tidak bersetuju. Saya bersetuju tapi biarlah memadai dan ini timbul rungutan di kalangan warga UKM. Kalau Yang Berhormat hendak tahu saya tolong bagi tahu feedback. Sekarang ini warga UKM 100, 99 sokong pembangkang kerana tidak puas hati perkara-perkara seumpama ini. Sepatutnya dia datang untuk melatih pakar-pakar tempatan. Kita tahu semacam kes K.C Tan salah seorang doktor yang bagus, pakar bedah hati sudah lari ke Singapura.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang bagus lari, yang kita bawa masuk sepatutnya sekarang ini melakukan pembedahan pun bayar RM168 ribu tetapi bedah guna skop iaitu macam kosmetik sahaja.
Bukan kepakaran yang sebenarnya. Saya hendak minta supaya Kementerian Kesihatan tolong campur tangan dan ini sebagai perbandingan supaya apabila kita bawa pakar luar masuk jangan jadi macam ini.
Ini saya dengar cerita jadinya macam ini kerana doktor pakar ini dia berkawan dengan suami kepada Vice Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia sekarang ini. Suami kepada Vice Chancellor ini pun diangkat sebagai profesor adjourn di UKM jadi sebab itulah semua warga UKM anti kerajaan. Saya harap kalau tidak ada perkara ini dibaiki dan warga UKM terus menyokong pembangkang, alhamdulillah akan menang lagi Pilihan Raya Ke-13, itu contohnya.
Kalau hendak sokongan ini baiki balik dengan segera, jangan membazir. Saya sokong RM200 juta atau lebih sebab inilah peruntukan yang paling penting, kesihatan dan pendidikan yang lain juga penting tetapi secondary. Ini nyawa, betullah nyawa di tangan Allah SWT. Orang mati tepi jalan kena langgar dan seumpamanya. Ini mati free, mati katak.
Katil tidak cukup, pakar tidak cukup, pakar bius cuti. Nyawa dalam satu minit silap, lewat saja, jalan.
Di hospital di Kelantan terutamanya di Hospital Besar Lati di Pasir Mas. Bangunan cantik, alat tidak cukup, doktor pakar tidak ada. Jadi inilah yang menjadi rungutan rakyat lepas itu kita duduk kata negara kita ini makmur, hebat, moden macam-macam. Cuma rakyat negara kita ini masih naif Tuan Pengerusi. Kalau di negara maju banyak sudah kerajaan kena saman of negligence. Ini bermakna mereka ini cuai akibat daripada kematian-kematian yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.
Jadi sebab itu saya harap, saya menyokong penuh supaya kita bawa masuk doktor-doktor pakar dan juga tempatan dibagi emolumen, dibagi ganjaran yang secukupnya, yang setimpalnya saya sokong. Kalau hendak kurangkan pencen di kalangan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Last-last gulung. Kalau nak kurangkan pencen kita orang-orang politik pun saya sokong. Akhirnya wang ini pergi kepada peruntukan seperti yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat saya bagi had orang yang membahas. Oleh kerana kita ada akta pencen, dua akta pencen yang boleh perkara ini boleh semua dibahas. Jadi saya bagi Yang Berhormat Machang selepas itu bagi Yang Berhormat Rasah, Menteri menjawab selepas itu.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada B.42, Butiran 020200 - Pembangunan Kesihatan Keluarga yang secara khusus ialah berkaitan dengan rawatan terapi gantian penggunaan dadah methadone untuk penagih dadah.
Saya hendak bangkitkan ialah ada satu pilot project yang hendak dibuat di Kelantan iaitu di Penjara Pengkalan Chepa. Tiga hingga enam bulan menjelang tempoh banduan itu dibebaskan mereka ini adalah kelompok yang disasarkan untuk dilibatkan dalam program ini. Maknanya jarum-jarum suntikan akan diagihkan percuma. Mereka boleh pergi ke hospital kerajaan atau klinik kerajaan atau klinik swasta yang dilantik untuk ambil bekalan methadone ini, dibagi jarum percuma.
Saya hendak timbulkan di satu sesi lain saya terbaca laporan media untuk tahun 2007. Yang Berhormat Menteri, ada 17 kes tangkapan doktor-doktor swasta ini oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan berkenaan dengan kesalahan menjual methadone ini dan juga dadah lain.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Pihak yang membeli antaranya yang kita khuatir ialah yang dapat bekalan jarum percuma ini kerana dia tidak pergi hospital kerajaan atau klinik tadi, dia ambil yang lebih “kick” lagilah maknanya. Methadone yang dibekalkan yang di bawah program ini dosnya barangkali rendah. Setiap tiga hari ditambah-ditambah sebab perbelanjaannya besar Yang Berhormat Menteri. RM135 juta ini angka yang cukup besar sebenarnya tetapi keberkesanannya ialah apabila ada loophole dengan izin.
Di satu sisi saya membaca tangkapan doktor swasta, ada kes itu data kementerian pun. Jadi apa jaminan sebenarnya bahawa ada elemen kawalan di sini sementara jarum di edar percuma? Kelompok sasar tidak pergi kepada pembekal yang sepatutnya dilantik tetapi menggunakan untuk mendapatkan bekalan lain daripada ini. Jadi mohon sungguh- sungguh reaksi daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perkara.
Kedua dan yang terakhir ringkas sahaja, Rancangan Malaysia Kesembilan. RM8 bilion untuk sektor kesihatan kalau kita bahagi dengan 26 juta penduduk, belanja kesihatan bagi per kepala rakyat ini tidak sampai pun RM400. Thailand RM700, Singapura RM1,000.
Maknanya kita yang paling rendah hendak bandingkan dengan negara ASEAN lain melainkan kita bandingkan dengan Mali atau Papua New Guinea. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa perkara, yang pertamanya berkenaan dengan Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Saya hendak tahu dan minta penjelasan berapakah mesin MRI scan yang terdapat di Hospital di Tuanku Jaafar Seremban ini dan berapa yang beroperasi? Oleh kerana saya sering mendapat aduan daripada pesakit-pesakit kerana banyak kes-kes kecemasan yang masuk ke Hospital Tuanku Jaafar ini, dia hendak scan, tetapi mesin tidak beroperasi. Dia kena pergi ke hospital swasta jadi ia menimbulkan banyak masalah kepada pesakit yang queue yang panjang.
Keduanya juga di Klinik Kesihatan Seremban. Saya ingin tahu apakah perancangan kementerian untuk menambahkan doktor pakar kerana saya difahamkan bahawa ada 10 ribu fail pesakit diabetes dan hypertension tetapi doktor hanya tiga orang.
Kadang-kadang satu orang cuti, dua orang sahaja tetapi hendak jaga mungkin satu hari kena 100, 200 orang. Yang kena pergi dan begitu panjang buat hypertension test kena tunggu dua, tiga bulan. Jadi saya harap kementerian ada perancangan untuk menambahkan doktor pakar di sana.
Ketiganya berkenaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan ada mengatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara ada hendak mencapai kematian sifar. Apakah perancang kementerian untuk membuat pemeriksaan kepada setiap peserta PLKN? Adakah kementerian bersedia untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mereka masuk kem itu?
Akhir sekali, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri sama Kempen Tidak Nak ini ada lagi ke tidak? Kempen Tidak Nak ini adakah dilaksanakan? Kalau ada dilaksanakan, saya haraplah dilaksanakan terlebih dahulu dalam Parlimen kerana hari itu selepas Yang Berhormat Titiwangsa buat teguran tak ada nampak apa-apa kesan.
Terpampang dalam surat khabar NST, saya tak tahu ada Ahli-ahli Yang Berhormat sedar atau tidak.
Saya nampak banyak gambar yang Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertamanya saya nampak Yang Berhormat Sri Gading dengan Yang Berhormat Muar dalam NST.
Photographer NST tangkap gambar mereka daripada luar kafeteria. Jangan jadikan Parlimen ini mockery...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat untuk bercakap yang relevan. Ini cerita lain Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ini relevan kerana kalau kita kempen...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tak payah...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Baik, saya tahulah yang merokok ini nak gaya.
Dulu pun masa kat universiti pun saya hisap rokok sikit-sikit tapi saya susah insaflah. Saya sekarang sebatang pun saya tak sentuh. Jadi, saya nasihatkan kepada Ahli Yang Berhormat ikutilah jejak saya. Untuk kebaikan anda dan keluarga anda. Kalau tak takut lagi pergi ke klinik Parlimen tengok gambar pesakit ataupun gambar perokok itu. Semua akan takut. Ikut nasihat saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Menteri, sila. Yang Berhormat Menteri, Menteri tahulah tapi saya mintalah Menteri jawab benda-benda yang ada hubung kait dengan emolumen dan perjawatan.
Menteri Kesihatan - Dato’ Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya akan cepatkan dan juga memberi jawapan-jawapan agar semua Ahli-ahli Parlimen yang timbulkan persoalan mendapat manfaatnya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah pun sempat menyentuh dan memberi cadangan terhadap Kementerian Kesihatan.
Berhubung dengan cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Bintang, saya ucapkan terima kasih kerana perubatan tradisional ini memang satu perubatan yang diambil berat oleh Kementerian Kesihatan di mana Malaysia mempunyai kebudayaan dan juga multiracial background yang begitu baik. Tradisi integrated medicine tak kira perubatan dari Cina, tradisional Melayu dan juga India, sama-sama kita dapat mempunyai gabungan yang kuat untuk memastikan bahawa integrated medicine, traditional medicine ini menjadi satu tarikan yang begitu kuat untuk penduduk-penduduk Malaysia mahupun daripada pelancong-pelancong luar negara.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, memang dari segi kelulusan dari Cina, ada satu jawatankuasa. Jawatankuasa ini adalah bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri tetapi sokongan daripada persatuan. Katakan kalau dia tabib cina, dia perlu dapatkan sokongan daripada Persatuan Tabib Cina. Apabila dapat sokongan persatuan itu maka permohonan dengan sendirinya akan sampai dan akan disusuli.
Saya akan memastikan bahawa yang dikatakan untuk memudahkan permohonan ini, saya akan lihat bagaimana caranya untuk memudahkan agar penyelarasan di antara Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Dalam Negeri dapat dipercepatkan. Ini adalah untuk memastikan keadaan ini dapat kita tangani bersama.
Berhubung dengan Yang Berhormat Serdang, di Malaysia ini memang kita menghadapi kekurangan doktor dan pakar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam masa ini, kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan only 60%, capacity, 60% saja yang diisi. 40% lagi tak diisi. Bilangan doktor pakar yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang adalah lebih kurang 1,860 orang saja. Kalau kita lihat, kita memerlukan lebih kurang 3,628 pakar, doktor lebih sikitlah. Pakar memang kita menghadapi kekurangan yang begitu banyak sekali.
Kita memang sentiasa memberi latihan yang cepat dan yang seluas mungkin. Bagi doktor-doktor yang berkhidmat di kerajaan di hospital awam, kita memberi peluang mereka untuk menjadi doktor pakar. Kalau mereka berminat memohon, dalam setiap tahun kita mempunyai peruntukan lebih kurang RM460 milion untuk latihan, peningkatan kakitangan kementerian untuk meningkatkan kapasiti mereka untuk berkhidmat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan latihan pakar tadi. Kita ada beberapa kumpulan yang telah dilatih lebih kurang 400 orang sebagai Pakar Kesihatan Awam untuk mengisi keperluan ini dan mereka ini sudah berkhidmat lama. Seperti yang dibangkitkan dulu, mereka digazettekan sebagai pakar tetapi tidak diberikan pengiktirafan dalam bentuk elaun, emolumen dan elaun yang setaraf dengan pakar-pakar klinikal yang lain.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kemudian, saya mendapat rungutan daripada pakar-pakar ini bahawa mereka ini tidak dimasukkan dalam beberapa siri kenaikan pangkat, interview di mana dalam kenaikan pangkat pakar secara categorically dengan izin, disebut “Kecuali pakar kesihatan awam”.
Sampai ada pakar ini dah 10 tahun dalam kedudukan pakar dan masih lagi U41, menanggung kerja U44 tetapi tak diconfirmkan, antara hujahnya kekurangan jawatan.
Jadi saya nak mencadangkan supaya kalau kurang jawatan itu sebagai punca, diambil kira untuk menambah jawatan-jawatan supaya pakar-pakar ini segera dapat melepasi keperluan dan dilantik sebagai pakar yang disahkan ataupun dengan gaji dan emolumen yang sewajarnya bagi pakar supaya kita tidak kehilangan pakar-pakar kesihatan awam daripada sistem perkhidmatan perubatan kita. Terima kasih.
Dato’ Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai. Memang dari segi pakar kesihatan awam ini, kita juga mengambil berat. Memang saya tahu ada perbezaan dari segi insentifnya daripada pakar hospital, ada sedikit perbezaan. Kita sedang mengambil langkah untuk membaiki ataupun menyelaraskan perbezaan ini. Di samping itu dari segi kenaikan pangkat, saya ucapkan terima kasih dan kita akan lihat bagaimana kita nak mempercepatkan lagi. Memang ada kekosongan dari segi jawatan pakar dan kita akan cuba mempercepatkan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan beberapa perkara dan cadangan yang bernas. Berhubung dengan sokongan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih, saya ucapkan terima kasih. Memang Kementerian Kesihatan memerlukan peruntukan yang lebih. Kalau dikatakan bahawa kita hanya gunakan 2% GDP, sebenarnya kita guna lebih. Kita belum mencapai tahap 5% GDP tapi telah pun lebih kurang 4% GDP yang telah pun kita gunakan untuk peruntukan Kementerian Kesihatan. Peningkatan kos yang begitu tinggi dalam bidang perubatan adalah amat kita bimbang.
Sebenarnya pada masa sekarang, tanggungan kerajaan telah memberi subsidi lebih kurang 98% daripada kos perubatan dalam negara kita. Hanya 2% yang dibayar kalau dilihat daripada perkhidmatan yang diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik. Ini telah pun kita ambil kira kos yang setiap hari meningkat. Saya ucap terima kasih kalau kita dapat lagi tambah peruntukan. Memang kita perlu tambah, saya tahu tiap-tiap tahun peruntukan ini akan terus meningkat.
Kalau tahun lalu hanya lebih kurang RM10 bilion, tahun ini RM12.9 bilion dan tahun depan akan terus meningkat kerana bilangan populasi meningkat, kos medical meningkat dan sebagainya. Memang tak cukup dari segi peruntukan.
Dari segi penghijrahan ataupun 30% pakar di hospital awam untuk memberi khidmat kepada patient di hospital awam ini, saya bersetuju memang kita kekurangan pakar dan banyak usaha telah diambil dan akan diambil seterusnya untuk memastikan pakar- pakar tidak berhijrah ke hospital swasta...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat.
Dato’ Liow Tiong Lai
...Oleh itu the full paying patient adalah satu langkah untuk membekalkan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ingat biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab. Oleh sebab kita ada empat kementerian lagi Yang Berhormat. Dua rang undang-undang dan satu usul.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Fasal penghijrahan.
Dato’ Liow Tiong Lai
Penghijrahan? A short one, quick one...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik soal penghijrahan pakar-pakar daripada hospital-hospital kita ke private, ke luar negara. Adakah Yang Berhormat Menteri ada statistik berapa dalam satu tahun yang berhijrah ini? Itu penting juga dan berapa jumlah pakar yang masuk dalam perkhidmatan kementerian?
Dato’ Liow Tiong Lai
Memang saya tidak ada bilangan doktor pakar yang berhijrah secara terperinci. Namun boleh saya katakan di sini contohnya pada tahun 2007 kita ada 1,897 doktor pakar tetapi apabila masuk tahun 2008 tinggal 1,860. Memang ada yang berhijrah, bilangan akan berkurangan walaupun kita tambah lagi doktor-doktor pakar yang dilatih dan masuk, tetapi keseluruhannya masih kurang setiap tahun walaupun kita tingkatkan bilangan doktor pakar. Namun, keseluruhannya masih tidak boleh meningkat ke tahap yang kita hendakkan 3,000 orang katakan...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pedang
[Bangun]
Dato’ Liow Tiong Lai
...The more we train, the more yang meninggalkan perkhidmatan kita. Namun memang menjawab balik kepada the full paying patient yang diucapkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Full paying patient satu langkah untuk kita mengekalkan specialist ataupun doktor pakar di dalam hospital awam. Saya hendak beritahu bahawa skim full paying patient ini tujuannya adalah memastikan pesakit yang benar-benar mampu membayar sahaja ada diberikan perkhidmatan ini.
Walau bagaimanapun, skim ini hanya dilaksanakan secara perintis di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang mulai Ogos 2007. Satu kajian keberkesanan skim akan dijalankan selepas Ogos 2008. Cadangan Yang Berhormat akan diambil kira. Saya tekankan di sini bahawa kita tidak akan, we are not distracted from the primary duties kerana doktor-doktor pakar ini membuat kerja pada hujung minggu, weekend Saturday.
Diberi mereka peluang balik ke hospital untuk menjalankan full paying patient services. Ini adalah untuk saya tegaskan di sini.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pedang
Saya sikit sahaja tentang full paying patient. Sebab di Hospital Serdang saya mendapat rungutan daripada doktor pakar mereka mengatakan pesakit sudah bayar kepada hospital tetapi mereka tidak mendapat bayaran yang dibayar oleh pesakit terhadap khidmat yang diberikan.
Dato’ Liow Tiong Lai
Saya memang tahu ada doktor sudah menjalankan tugas tidak dapat bayaran lagi. Ini kerana proses perbelanjaan dalam kementerian, kita telah pun segerakan dan akan kita bayar. Memang sudah dapat kelulusan dan kita akan bayar dalam masa tersingkat inilah. Kita akan buat ini.
Yang Berhormat Sungai Siput juga berbincang mengenai dengan suruhanjaya dan memang kita akan lihat. Memang sekarang kita kerjasama baik dengan suruhanjaya yang sedia ada. Kita akan lihat bagaimana hendak mempertingkatkan keberkesanan pelantikan doktor-doktor dan doktor pakar ini.
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak tegaskan di sini bahawa memang Shah Alam akan mempunyai satu hospital, jangan risau. Kita dah janji ada satu hospital diwujudkan di Bandar Shah Alam dalam rancangan Malaysia Kesembilan.
Berhubung dengan Yang Berhormat Ledang, memang kekurangan doktor satu masalah besar. Lima doktor memang tidak cukup untuk satu hospital. Memang kita dalam usaha untuk mengurangkan beban doktor-doktor di hospital awam ini. Kita kena lihat bagaimana untuk mendapatkan sokongan dan juga bantuan daripada klinik-klinik swasta.
Bagaimana galakkan mereka balik, katakan sebagai sekarang kita lanjutkan masa perkhidmatan kita sebelah malam 5.30 petang hingga 9.30 malam bagi hospital sampai 12.00 malam for the out patient.
Maka kita galakan GB ataupun private sector boleh balik ke hospital untuk bantu kita sebelah malam mahupun sebulan sekali. Kita memberi elaun RM80 sejam, tidak kira doktor awam ataupun doktor dari pihak swasta kita memberi elaun yang sama untuk kita memastikan memberi perkhidmatan yang baik di hospital-hospital kerajaan.
Berhubung dengan Yang Berhormat Titiwangsa merujuk penghijrahan jururawat.
Penghijrahan jururawat ini adalah satu perkara yang kita ambil berat. Dalam masa sekarang memang kita menghadapi masalah kekurangan jururawat. Kita mengakui bahawa kita menghadapi masalah kekurangan jururawat. Dari segi usaha-usaha yang kita ambil sekarang adalah untuk meningkatkan bilangan dan latihan jururawat bekerjasama dengan pihak swasta untuk meningkatkan bilangan jururawat.
Dato’ Liow Tiong Lai
Bagi skim naik pangkat jururawat memang telah pun kita luluskan skim. Jikalau dulu jururawat tidak akan dapat U41, sekarang jururawat boleh daripada U32 dia boleh lompat untuk mendapat ijazah punya pangkat. So, memang usaha telah pun diambil untuk kita jalankan.
Pemantauan ke atas pelajar-pelajar perubatan di luar negara tidak mencapai tahap klinikal yang kita inginkan, yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat dari Titiwangsa.
Memang pemantauan dijalankan. Sebab itu selain daripada kita kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan MMC memang membuat lawatan, kita buat lawatan ke universiti-universiti kita memastikan standardnya memenuhi kehendak kita baru kita memperakui untuk mereka balik berkhidmat dengan kita.
Untuk meningkatkan kepakaran doktor-doktor yang balik ke negara kita ini, kita juga tambah housemanship daripada satu tahun kalau dulu. Pada tahun ini kita mula bagi housemanship dua tahun, mereka belajar dua tahun kemudian baru boleh kita benarkan dia menjadi doktor, the full certificate doctor. Oleh itu memang langkah-langkah ini diambil kerana amat penting bagi keselamatan pesakit-pesakit kita. Ini saya hendak beri jaminan di sini bahawa the patient safety is our most important agenda kita.
Berhubung dengan cadangan daripada Yang Berhormat Tenggara. Memang saya katakan berhubung dengan jururawat dan HGA attendance. Kita memang ada kursus memberi mereka dan sekarang mereka tidak payah mengikuti PTK ia ada CPD. Satu sistem di mana Continues Professional Development Courses yang telah diberi dan peruntukan sebanyak RM456 juta setahun untuk membantu kita punya kakitangan menaikkan tahap mereka.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang telah berucap berhubung dengan pakar-pakar bedah kanak-kanak yang dibawa masuk ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya akan sampaikan rintihan dan juga aduan daripada Yang Berhormat kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia berada di bawah jagaan Kementerian Pengajian Tinggi. Saya rasa memang perkara ini kita diambil perhatian yang berat kerana kalau kita mengupah seorang pakar kita perlu memastikan mereka digunakan sepenuhnya.
Jikalau tidak ada kerjasama dengan anestetik, ahli bius - cuti, ia adalah satu pasukan. Jikalau satu cuti satu ada memang kita membazirkan tenaga kita. Perkara ini perlu diambil perhatian.
Berhubung dengan kecuaian doktor yang dibangkitkan. Saya katakan kita telah wujudkan Patient Safety Consul pada tahun 2003 yang dipengerusikan oleh ketua pengarah, untuk memastikan bahawa masalah kecuaian doktor ini dapat diatasi dengan segera dan diberi perhatian yang berat. Banyak langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan kecuaian doktor tidak berulang.
Berhubung dengan cadangan dari Yang Berhormat Machang, rawatan terapi gantian methadone ini, saya rasa ini kementerian mengambil berat tentang methadone kerana ia satu dadah yang memang berjaya kita kurangkan ketagihan penagih-penagih dadah dan Middle Exchange program juga telah berjalan dengan baik. Akan tetapi apa yang dikatakan 17 kes tangkapan doktor yang menjual methadone ditangkap oleh pegawai penguat kuasa farmasi, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan memantau klinik yang membekal methadone dari semasa ke semasa.
Pada masa ini, seorang doktor sedang disiasat kerana membekalkan methadone tanpa mengikut peraturan-peraturan yang telah disediakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato’ Liow Tiong Lai
Yang Berhormat daripada Rasah menyentuh berhubung dengan Hospital Tunku Jaafar. Saya ucapkan terima kasih kerana begitu prihatin tentang masalah yang timbul di hospital ini kerana memang apabila kita menghadapi kerosakan alat atau bilik bedah kita tidak boleh pakai, kita mempunyai kerjasama dengan hospital swasta.
Contohnya kalau MRI rosak, scanning kita rosak, kita tidak akan mengabaikan kebajikan pesakit kita. Kita akan menghantar mereka kepada hospital swasta yang berdekatan dan mendapatkan khidmat yang sebaik mungkin. Memang perkakas kita akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan saya akan melihat sendiri masalah MRI scanning di Hospital Tunku Jaaftar agar dapat kita lakukan dengan secepat mungkin.
Kematian sifar di PLKN adalah satu matlamat dan juga tujuan utama kerajaan kerana PLKN adalah untuk melatih anak-anak kita untuk jati diri yang kuat. Dan memang Kementerian Kesihatan memberi kerjasama kepada PLKN dan telah pun kita hantar tiap- tiap kem yang besar ada empat HA ataupun medical assistant ataupun penolong pegawai perubatan di PLKN dan yang kecil ada dua. Sekurang-kurangnya ada dua penolong pegawai perubatan.
Memandangkan masih lagi timbul kematian di PLKN, kita dalam usaha mengkaji semula perakuan setiap pelajar yang masuk PLKN untuk memahami history, background pelajar-pelajar kita ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, panjang lagi ke?
Dato' Liow Tiong Lai
Dah habis dah, dekat habis ni.
Saya nak memberi jaminan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa tidak lama lagi saya akan umumkanlah untuk memperketat lagi perakuan yang dibuat oleh pelajar termasuk ibu bapa mereka perlu mengesahkan bahawa anak-anak mereka, latar belakang pelajar tersebut agar pihak PLKN dapat memantau kesihatan pelajar kita dengan lebih baik apabila masuk PLKN ini.
Berhubung dengan kempen “Tak Nak”, memang kita akan teruskan jalankan.
Akan tetapi saya hendak memberitahu Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, bahawa rokok ini memang berbahaya kepada kesihatan kita. Memang dah sah rokok ini berbahaya kepada kesihatan kita.... [Dewan riuh] [Tepuk] Oleh itu, saya nak mintalah kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan merokok kerana ia adalah berbahaya kepada kesihatan kita. Sebagai Menteri Kesihatan, saya mempunyai tanggungjawab untuk menasihatkan semua bukan sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi penduduk-penduduk semua...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Celah sikit Yang Berhormat, ingin penjelasan.
Dato' Liow Tiong Lai
Ya, dah nak akhir dah ni.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu
Sikit sahaja Yang Berhormat. Saya nampak daripada laporan pengeluaran tembakau di negara kita ini, Kelantan merupakan negeri yang terbanyak. Ada tak cadangan supaya penanaman tembakau ini dikurangkan atau dihapuskan? Terima kasih.
Dato' Liow Tiong Lai
Memang daripada petani-petani tembakau ini, memang kita ada rancangan untuk menukarkan tanaman tembakau kepada kenaf, memang dalam perancangan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, ada satu perancangan.
Berhubung dengan kempen ini saya berharaplah di Parlimen juga telah banyak bersuara, saya tahu banyak Ahli Parlimen, kita sangat-sangat berharap-harap bahawa kita sebagai pemimpin, kita memimpin melalui teladanlah. [Dewan riuh] [Tepuk] Saya berharap inilah satu perkara yang saya nak bangkitkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM200,006,100 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM200,006,100 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.44 dan Kepala Pembangunan P.44 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk Maksud B.44, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Di bawah Butiran 03000 – Kebudayaan, dan Butiran 030300 – Pendidikan Seni ASK.
Saya menghargai langkah kerajaan mempromosikan kebudayaan tetapi jarang memberi penekanan kepada kebudayaan. Semua kaum di Malaysia walaupun kebudayaan dan seni persembahan diajar sebagai satu disiplin ilmu tetapi langkah mengabaikan dan meminggirkan seni budaya kaum lain di Malaysia dianggap sebagai tidak wajar kerana dalam konteks masa kini setelah negara merdeka lebih 50 tahun, aspek kepelbagaian kaum dan kebudayaan yang sudah menjadi ciri-ciri kebudayaan Malaysia perlu diketengahkan.
Tuan Pengerusi, saya menyebut contoh di mana pengarah filem Yasmin Ahmad yang banyak membuat filem melibatkan ciri-ciri kepelbagaian kaum di negara kita sering memenangi award antarabangsa. Ini menunjukkan filem dan seni persembahan sedemikian mendapat tempat dan disukai orang ramai.
Tuan Pengerusi, kerajaan harus bersikap adil supaya seni budaya kaum-kaum lain diketengahkan juga dalam ASK ataupun dimainkan di Istana Budaya dan bukan membiarkan penggiat seni tersebut berhempas pulas mencari sendiri tempat untuk mempamerkan untuk mempersembahkannya.
Tuan Pengerusi, mengapa persembahan budaya kaum lain sukar dipentaskan di Istana Budaya? Apakah kerana mereka tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan atau sememangnya dasar kementerian menyekat perkembangan budaya kaum lain? Saya ingin bertanya senarai persembahan budaya kaum lain yang dibenarkan membuat persembahan di Istana Budaya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan lagi bahawa skop perbahasan hendaklah tertumpu pada ASWARA untuk program ijazah, bangunan baru Arkib Negara cawangan Sabah dan Rumah Merdeka. Saya bagi Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mohon bercakap tentang Maksud B.44, Butiran 030300 – Pendidikan Seni. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah menaikkan Akademi Seni Kebangsaan ini kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan iaitu ASWARA.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Lipis
Rasa saya, inilah satu-satunya IPTA, institut pengajian tinggi awam yang berada tidak di dalam Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi di sini saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, pihak menteri.
Pertamanya, kalau dahulu ASK ada mengadakan program-program yang berbentuk diploma dan lebih kepada sifat profesional. Manakala kalau kita tengok kursus- kursus yang ditawarkan adalah pendidikan diploma muzik, diploma teater dan yang berbentuk begitu. Kini kalau kita lihat, dia ditawarkan di peringkat ijazah seperti yang dinyatakan dalam butiran dan saya bimbang sepatutnya Akademi Seni Kebangsaan ini rasa saya yang lebih baik namanya dia lebih menekankan kepada aspek profesional tidak banyak kepada teori sahaja.
Saya juga mohon penjelasan, apakah pelajar-pelajar ataupun kursus-kursus ini dibuat juga secara bersama dengan akademi-akademi seni di luar negara. Ini bagi membolehkan kursus-kursus itu diiktiraf dan sebagainya. Saya juga mohon penjelasan oleh sebab akademi ini merupakan satu-satunya yang terletak di luar daripada kementerian pengajian tinggi, adakah ijazah-ijazah ini nanti diiktiraf atau terpaksa melalui proses pengiktirafan melalui MOA? Dan kalau dia tidak dibuat melalui proses itu, apa akan jadi kepada pelajar-pelajarnya?
Jadi ini penting kerana apa yang kita harapkan, pertama akademi ini dapat mengeluarkan ahli-ahli seni yang profesional yang bukan sahaja boleh membuat performance dengan izin, di dalam negeri tetapi sampai ke luar negara. Apa yang penting pengiktirafan ijazah itu juga penting kerana ada di antara mereka yang mungkin hendak berkhidmat di dalam bidang kesenian ini di dalam kementerian-kementerian dan sebagainya. Jadi, ini yang merisaukan saya.
Yang keduanya ialah dari segi pensyarah-pensyarahnya. Adakah pihak akademi ini cukup tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya sehingga ke peringkat ijazah ini? Dengan itu saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala Maksud B.44 ini, saya tidak tahu sejauh manakah dan tidak pernah terdengar di sesi yang lepas, bahawa isu program pengajian peringkat ijazah ini, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ini adalah telah mendapat pengiktirafan daripada LAN, Lembaga Akreditasi Negara? Oleh kerana yang ini sangat penting, pelajar-pelajar kita ini adakah mendapat pengiktirafan di peringkat antara bangsa? Adakah lulusan ini esok akan berupaya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Masters ataupun Ph.D di negara- negara luar hatta dalam IPTA kita sendiri? Itu yang pertama.
Yang keduanya, saya ingin mendapat penjelasan apakah modul yang diajar di akademi ini kerana saya bimbang kalau hanya kepada aspek tari-menari sahaja, ia tidak memadai dengan hasrat dan objektif kementerian untuk memelihara dan memastikan dan memperkasa warisan kebangsaan. Ini saya ingin mendapat penjelasan lebih daripada pihak kementerian.
Untuk maksud P.44, tentang Rumah Merdeka ini. Saya juga ingin mendapat kepastian tentang Rumah Merdeka ini. Jadi apakah tindakan-tindakan ataupun apakah program-program yang dimaksudkan di bawah Rumah Merdeka ini? Ini perlu diperjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya bagi Yang Berhormat Batu Pahat, kemudian Bakri dan Jerai. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri menggulung. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Maksud P.44 mengenai dengan ASWARA ini. Saya juga ada rasa kebimbangan iaitu ASWARA ini nanti dia tidak memenuhi dengan apa yang sudah pernah kita luluskan satu akta mengenai dengan warisan. Kerana apa yang saya masih ingat, makna warisan itu adalah terlalu luas. Namun begitu kalau kita perhatikan kepada program-program ijazah yang disediakan oleh ASWARA ini, timbullah seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi iaitu lebih banyak menumpu kepada bidang tari-menari dan lakonan.
Jadi itu yang dibimbangkan dan akhirnya kita menyempitkan tujuan penubuhan kementerian ini yang mana kalau asalnya ialah untuk ikut kepada apa yang dimaksudkan kepada Ministry of Heritage, yang ada di United Kingdom. Maka sebab itulah kita melihat segala artifak-artifak yang menjadi warisan itu juga menjadi perkiraan dan ini sebenarnya kursus yang sepatutnya diutamakan oleh ASWARA ini. Iaitu bagaimana kita melahirkan pelajar yang faham bagaimana untuk menyimpan, mencari dokumentasi yang penting mengenai sejarah dan warisan negara kita termasuklah bangunan-bangunan kita yang sering dirobohkan sesuka hati dan tidak ada usaha untuk mempertahankan walaupun akta itu sudah pun diluluskan.
Jadi oleh sebab itulah, saya berharap ASWARA ini sebenarnya sebelum menyimpang jauh, maka kursus-kursus yang disediakan itu haruslah difokuskan dan diperbetulkan terlebih dahulu. Itu pun kalau hendak menyentuh tentang program-program ijazah yang ada disediakan di ASWARA ini. Saya tidak tahulah kalau kita lihat pelakon- pelakon drama kita, kadang-kadang kita pun rasa macam tidak seronok, meluat pun ada tengok pelakon di negara kita bila tengok drama TV dan sebagainya. Jadi apakah itu kualiti yang kita mahukan?
Apatah lagi kita hari ini menyambut Hari Seniman. Kadang-kadang kita terlupa kualiti yang ada pada seniman-seniman yang lalu. Lebih baik mereka ini dipanggil balik masuk bertugas sebagai guru pendidik di ASWARA ini. Sebab kita pun lihat kadang-kadang kehidupan para seniman kita yang banyak menyumbang ini seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan dilupakan oleh masyarakat.
Tuan Pengerusi, mengenai dengan ASWARA ini juga oleh sebab antara kursus yang disediakan ialah mengenai dengan teater, saya berharap ASWARA ini selain daripada menyediakan pelajar dalam program ini dia juga harus menyediakan teater-teater muzikal yang berbentuk sejarah patriotisme, nasionalisme seperti mana muzikal Datuk Onn sebagai contohnya. Kalau dipersembahkan kepada anak-anak muda, maka dia dapat menanam semangat kecintaan kepada negara, patriotisme.
Banyak lagi teater-teater yang boleh dibuat, dicipta oleh ASWARA ini. Janganlah macam cerita Puteri Gunung Ledang itu yang saya rasa tidak membawa kesan apa-apa pun. Tidak ada kena-mengena. Jadi kalau boleh banyakkan teater muzikal Datuk Onn ke, muzikal Tun Mahathir ke, muzikal Tunku Abdul Rahman ke ataupun muzikal...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ibrahim Ali. [Ketawa]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
...Muzikal Tan Cheng Lock ke. Ini banyak membawa kesan kefahaman kepada sejarah sebab ini warisan. Ini yang sebenarnya kita maksudkan sebagai warisan yang kita perbahaskan. Sebab itu jangan lari daripada fokus ini. Akhirnya nanti, tari-menari kemudian lakonan. Saya tertengok sekejap.
Bukan hendak tengok, tertengok sekejap yang Citrawarna itu. Apa-apa tarian entah? Saya pun tidak faham, bercampur aduk. Sudah tidak ada pun menggambarkan kesenian kita yang asli.
Bolehkan Tuan Pengerusi? Zapin itu sudah jadi macam Bollywood saya tengok.
Tidak ada kena mengena. Itu saya kata dirosakkan. Ini peranan ASWARA sebenarnya.
ASWARA ini iaitu jangan lari daripada konsep asas kenapa kita menubuhkan kementerian dan jangan lari daripada pengertian warisan yang kita telah pun luluskan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Pengerusi, selamat petang. Maksud B.44 - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Peruntukan sebanyak RM1,550,000 adalah diagihkan untuk Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan melaksanakan program pengajian peringkat ijazah. Di sini saya berharap Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini bilangan pelajar yang diambil. Soalan yang kedua ialah, berapa perbelanjaan bagi setiap pelajar pada setiap tahun? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti mana kita sedia maklum di bawah Maksud B.44 - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang mana setiap manusia dan bangsa di atas muka bumi ini mempunyai kebudayaan masing-masing. Ini termasuk negara-negara luar seperti Arab dengan budaya Arabnya, Eropah dan termasuk juga negara kita sudah tentu mempunyai latar belakang pelbagai budaya dan bangsa.
Maka dengan ada tertubuhnya ASWARA ini, apa yang kita mengharapkan adalah yang pertamanya dapat mempertahan kebudayaan Malaysia di atas asas-asas yang wajib.
Apa yang saya maksudkan adalah dengan kesopanan dan kesusilaan seperti dalam Rukun Negara yang kelima. Kita melihat pada hari ini rakyat kita khususnya golongan muda dengan mempelbagaikan budaya hidup mereka dari rambut yang berwarna-warni sampailah ke kasut. Seolah-olah tidak ada sesuatu yang dipertahankan oleh rakyat berkaitan dengan kebudayaan dari segi berpakaian dan sebagainya.
Kedua, dengan adanya ASWARA ini dapat menghalang budaya-budaya barat untuk menceroboh masuk dan mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia khususnya.
Ketiga, saya yakin dengan adanya ASWARA ini berjaya untuk mengetengahkan bakat-bakat belia khususnya dari segi kesenian kartunis. Rakan-rakan saya ramai dari kalangan kartunis yang diketepikan kehidupan mereka sehinggalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, dengan adanya ASWARA ini dapat melahirkan kartunis-kartunis yang baik.
Keempat, mengambil contoh kebudayaan dikir barat di Kelantan yang berjaya mengekalkan budaya dikir barat dengan usaha-usaha yang cukup berhemah, lagu-lagunya dan suasana yang boleh mendekatkan manusia dan ketuhanan, bangsa dan kasih sayang.
Kelima, saya mengharapkan kementerian tersebut menjaga dan mempertahankan warisan. Di Jerai ini ada satu warisan Terusan Wan Mat Saman. Kementerian mestilah dengan bersungguh-sungguh menjaga, menyelia dan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri supaya warisan ini dapat dipertahankan. Maka mudah-mudahan dengan belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan berhemah demi kebaikan kita semua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada enam orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan untuk kementerian ini dan juga pelbagai saranan dan cadangan yang telah dikemukakan.
Bagi soalan daripada Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat risau tentang peluang yang diberikan kepada kaum-kaum lain dalam perkembangan budaya negara ini. Sebenarnya kementerian ini telah mengadakan beberapa program rumah terbuka iaitu sebanyak enam rumah terbuka yang merangkumi semua kaum.
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon
Melalui program rumah terbuka itu ia merupakan satu platform untuk mempamerkan budaya-budaya, cara hidup dan ciri-ciri budaya bagi kaum-kaum tertentu melalui perayaan-perayaan rumah terbuka di peringkat kebangsaan. Itu merupakan salah satu saluran. Kita melihat ada acara-acara budaya yang dipentaskan di Istana Budaya. Ia juga merangkumi termasuk satu persembahan teater muzikal yang bertajuk “Tan Cheng Lock”. Ini memberi peluang untuk menggalakkan perkembangan ciri-ciri kepelbagaian di dalam kegiatan budaya kita.
Mengenai pencapaian ASWARA, mengapa pengarah Yasmin Ahmad tidak mendapat pengiktirafan dan juga sokongan daripada pihak kerajaan walaupun telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Sebentar. Pencapaian pada masa ini oleh pengarah-pengarah filem tempatan dihargai oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, jumlah pengarah filem tempatan yang bukan hanya seorang sahaja. Penghargaan sepatutnya diberikan kepada semua yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.
Sebenarnya kementerian juga mengadakan Festival Filem Malaysia untuk menonjolkan pengarah-pengarah khususnya pengarah-pengarah tempatan yang telah mencapai kejayaan tertentu...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun] [Mengetuk pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas jangan mengetuk.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi, Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Sekejap lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sekejap lagi, Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Tentang kesukaran untuk menggunakan Istana Budaya, ia memang merupakan satu hakikat. Istana Budaya merupakan satu tempat yang sememangnya penuh dengan program-program pementasan. Artis-artis ataupun kumpulan- kumpulan kesenian yang ingin mementaskan acara mereka di Istana Budaya memang mengalami kesukaran dan hakikat ini memang diperhatikan. Tindakan akan diambil untuk memperbaikinya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Minta sedikit penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tidak sempat mengambil bahagian tadi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar melahirkan ahli-ahli seni ini tidak memerlukan program ijazah, sebab tokoh-tokoh seni pada zaman silam seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak ada ijazah.
Namun sekarang ini saya hairan apabila tokoh-tokoh seni yang berlakon memegang watak jahat mukanya nampak baik, yang berlakon watak baik nampak jahat, macam orang politik sekarang inilah. Kita tidak ada tokoh-tokoh seni dahulu seperti Salleh Kamil, A. Rahim ataupun seperti Latifah Omar, Normadiah - tidak ada ijazah. Tengok, kecantikan mereka pun bertahan lama. Macam Ahli Parlimen sekarang cuma tidak ada tahi lalat, Latifah Omar ada dahulu.
Soalan saya Tuan Pengerusi, itu maknanya penekanan dalam membentuk seni budaya ini ia sebenarnya bukan lahir dari program ijazah tetapi kalau program ijazah bagi penulis skrip, itu ya, supaya ada penulis-penulis skrip yang hebat-hebat seperti di Indonesia. Adakah Yang Berhormat sedar perkara ini?
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Memang pada masa silam kita dapati ramai tokoh-tokoh seni tanpa apa-apa latihan formal tetapi mereka menonjol sebagai seorang tokoh seni yang terkemuka. Memang bukan hanya dalam kesenian saja. Di bidang-bidang lain juga. Kita melihat kenyataan-kenyataan atau hakikat seperti itu.
Jadi bagi orang-orang yang pandai berlakon di kalangan ahli politik, dia menunjukkan muka satu, padahal budi pekertinya berlainan. Jadi ini kita sama-sama fahamlah. Jadi ini tidak bermakna kursus-kursus yang disediakan oleh ASWARA itu tidak akan mendatangkan faedah. Saya rasa boleh diterima umum bahawa dengan kursus- kursus yang diadakan oleh ASWARA itu, kita akan menghasilkan lebih ramai tokoh lagi kalau berbanding dengan tanpa latihan pada masa-sama sebelum.
Saya ingin menjawab soalan dari Yang Berhormat Lipis bertanya tentang kursus- kursus ASWARA. Adakah kursus itu menuju kepada aspek teknikal dan profesional dan tentang pengiktirafannya. Di ASWARA, terdapat beberapa fakulti bidang pengajian yang ditawarkan seperti Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Muzik, Fakulti Penulisan, Fakulti Filem dan Video. Bagi Fakulti Tarian, dia ada Kursus Sijil Tarian Tradisional, kursus di peringkat diploma dan juga mulai tahun ini, mulai tahun 2008, kursus ijazah telah diperkenalkan iaitu mulai Januari 2008 termasuk Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian Persembahan, Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian Koreografi. Itu Fakulti Tari.
Jadi Fakulti Teater pula menawarkan Kursus Sijil Lakonan dan Kursus Diploma Teater dan di peringkat ijazah, Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian Lakonan, Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian Pengarahan, Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian Sinografi.
Jadi bagi Fakulti Muzik pula, ASWARA menawarkan Kursus Sijil Teori Muzik dan Vokal, Kursus Sijil Muzik Tradisional Melayu dan di peringkat diploma ada Diploma Muzik dan di peringkat ijazah, ia ada Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian Persembahan, Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian Gubahan dan Teknologi, Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian Produksi Muzik, Ijazah Sarjana Muzik dengan Kepujian Perniagaan Muzik. Kepelbagaian. Kalau tanpa latihan ini, sekadar ikut bakat saja kita tidak dapat menghasilkan seniman-seniman yang ada pelbagai kebolehan.
Bagi Fakulti Penulisan, ada kursus sijil, diploma dan ada Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian Pentas dan Cereka. Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian Penulisan Layar. Fakulti Filem dan Video, selain daripada peringkat sijil dan diploma, di peringkat ijazah mulai tahun ini ada Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian Pengarahan, Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian Sinematografi, Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian Teknologi Penyuntingan, Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian Rekaan Produksi dan Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian Animasi.
Jadi dia ada mempunyai pelbagai cabang...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sikit boleh ya.
Tuan Teng Boon Soon
Tidak. Nanti saya,... okey.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih.
Daripada jurusan-jurusan yang telah dibentangkan tadi, saya ingin tahu daripada manakah tenaga pengajar? Adakah melibatkan tenaga pengajar tempatan ataupun daripada luar negara dan daripada modul yang diajar kepada pelajar-pelajar ini?
Adakah di dalamnya subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan moral?
Sebab kita tidak mahu melahirkan seniman yang hanya menjadi bahan kepada hiburan, menjadi alat kepada hiburan semata-mata sebab seniman itu adalah manusia yang mempunyai maruah dan harga diri. Kita nak lahirkan satu seniman yang mempunyai harga diri dan mempunyai etika.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi sejauh mana perkara ini diambil perhatian oleh pihak kementerian dan adakah satu peraturan ditetapkan supaya dalam persembahan teater dan sebagainya wanita terutamanya, tidak menonjolkan aurat mereka dengan terbelah di sana di sini yang sangat menjolok mata. Jadi sejauh mana pemantauan yang ditetapkan kementerian?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon
Memang ASWARA amat prihatin tentang nilai-nilai warisan bangsa kita. Jadi dalam penggubalan kursus itu atau modul-modul pembelajaran, faktor nilai warisan tradisional, warisan tempatan, nilai-nilai tempatan memang menjadi satu garis panduan yang penting...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon
Jadi, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Lipis tentang pengiktirafan. Bagi sijil-sijil dan juga diploma-diploma yang dianugerahkan oleh ASWARA itu, dia memang telah diiktiraf oleh JPA. Jadi penerima-penerima sijil dan diploma ini memang dia boleh memohon jawatan di dalam perkhidmatan awam. Bagi kursus ijazah, masih dalam proses penilaian oleh kerana hanya dikemukakan awal tahun ini. Saya rasa ia akan diiktiraf oleh MQA.
Bagi Yang Berhormat Kubang Kerian, juga tentang pengiktirafan kursus...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Lipis bangun Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon
Okey, Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi berkait dengan tenaga pengajar tadi. Jadi, kadang-kadang kita ada dalam perkhidmatan kerajaan ini biasanya tenaga pengajar pertama di IPTA dia berdasarkan kepada kelulusan akademiknya. Jadi bagaimana dengan tenaga pengajar yang kita tahu kadang-kadang mereka pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak mempunyai kelulusan akademik. Adakah ini diberi pertimbangan di ASWARA untuk diambil sebagai tenaga pengajar?
Tuan Teng Boon Soon
Pengajar-pengajar di ASWARA memang orang-orang yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Memang diiktiraf dan ini boleh diberi jaminanlah kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Kerian menyentuh tentang pengiktirafan kursus dan tadi telah dijawab.
Bagi Yang Berhormat Batu Pahat, menyentuh tentang warisan. Memang kita telah mengadakan satu akta iaitu Akta Warisan 2005. Dengan adanya Akta Warisan ini, banyak warisan kebangsaan telah diidentifikasikan dan senarai itu memang panjang, lebih daripada 100. Ia daripada pelbagai segi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kalau 100 kena jawab bertulis Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon
Ya Tuan Pengerusi. Saya tidak akan bacakan semua tetapi untuk tatapan Yang Berhormat-Yang Berhormat dari segi interest dengan izin, ia ada berapa jenis, misalnya Warisan Bangunan Tapak.
Saya beri contoh lima saja iaitu misalnya Kota Kuala Kedah, Kota Star, Bangunan Parlimen, Istana Negara, Tapak Tiang Bendera Malaya pertama kali dinaikkan, Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lima contoh di bawah Warisan Bangunan Tapak dan ada Warisan Objek pula. Saya beri lima contoh juga misalnya Jalur Gemilang, Jata Negara, Bunga Raya, Panji-panji Diraja, Keris Panjang Diraja dan sebagainya dikategorikan sebagai Warisan Objek.
Dia ada Warisan Tak Ketara misalnya Lagu Negaraku, Mak Yong, Wayang Kulit Bangsawan, Joget Melayu. Ini semua telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan Tak Ketara. Dia ada Warisan Makanan juga. Warisan Makanan saya beri lima contoh misalnya makanan Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik, Nasi Ayam, Char Kuetiau. Ha ini semua telah diisytiharkan sebagai Warisan Makanan. Dia ada Warisan Koleksi pula...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh bertulis yang itu Yang Berhormat.
Tuan Teng Boon Soon
Ha okey. Ini memang panjang. Jadi dengan Akta Warisan itu, memang kementerian kita memberi bantuan kepada mana-mana bangunan atau tapak yang akan dan telah diterima yang mempunyai ciri-ciri kesejarahan, ciri-ciri kepentingan kebangsaan yang boleh diiktiraf sebagai warisan kebangsaan. Jadi bantuan-bantuan kewangan akan diberi untuk memulihara bangunan-bangunan yang berkenaan.
Yang Berhormat Batu Pahat juga menyentuh tentang teater muzikal patriotisme dan seperti contoh yang saya berikan ialah teater muzikal Tan Cheng Lock. Memang teater muzikal yang bersifat, bertema patriotisme itu diberi peluang untuk dipentaskan di Istana Budaya sebagai salah satu usaha untuk memelihara dan juga mementingkan warisan negara kita.
Akhir sekali Yang Berhormat Bakri bertanya tentang bilangan pelajar yang diambil dan juga perbelanjaannya. Setakat ini, di peringkat sijil dan diploma, ASWARA mempunyai pelajar seramai 635 orang. Sijil 71 orang, diploma yang mengambil masa tiga tahun itu 488 orang dan peringkat ijazah, jumlah pelajar ialah 76. Jadi jumlahnya 635 orang.
Semua kursus-kursus ini ASWARA ada menggunakan assessor luar dari Australia, dari UK, dari Amerika untuk memastikan mutu kursus itu adalah bertaraf antarabangsa. Kita mempunyai assessor luar untuk mengiktirafkan mutu kursus yang ditawarkan oleh ASWARA. Jadi tentang perbelanjaan setiap pelajar itu, saya tak dapat memberi butiran yang spesifik. Kalau perlu, saya akan memberi jawapan secara bertulis.
Akhir sekali Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat risau tentang kesopanan dan kesusilaan di kalangan pemuda-pemudi. Kementerian telah mengadakan Kempen Budi Bahasa di semua negeri di seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk menyemai dan juga menanamkan nilai-nilai berbudi bahasa di kalangan sanubari pemuda-pemudi kita.
Jadi ini merupakan salah satu usaha dan juga melalui kegiatan-kegiatan lain juga misalnya Kempen Membaca. Kempen Membaca juga merupakan salah satu saluran untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan pemuda-pemudi kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,550,000 untuk Maksud B.44 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,550,000 untuk Maksud B.44 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.44 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.44 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Maksud P.46 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab P.46 hanya token sahaja ia tidak perlu dibahaskan.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 di bawah Kementerian Sumber Manusia hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Maksud B.60 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.60 di bawah Kementerian Pertahanan dibuka untuk dibahas. Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud B.60 - Kementerian Pertahanan dalam merujuk kepada Butiran 03000 - Pertahanan Darat dan juga Pengurusan sebanyak RM157 juta lebih dalam Belanjawan Tambahan ini.
Cuma saya nak menimbulkan satu persoalan bahawa baru-baru ini pihak kerajaan kita khususnya pihak tentera menghantar satu batalion Askar Melayu Diraja kalau tak silap saya, atas kononnya sebagai memenuhi undangan yang dibuat oleh pihak British untuk dikatakan diberikan penghormatan untuk mengawal Istana Buckingham di England dan juga beberapa istana lagilah di sana untuk buat kawalan, buat frame dalam majlis-majlis tertentu.
Cuma saya nak bangkitkan persoalan di sini ialah pertama sekali kita yang membayar gaji-gaji merekalah, maknanya gaji tentera walaupun mungkin elaun akan dibayar oleh pihak British kepada tentera-tentera yang terlibat dalam pengawalan Istana Buckingham ini tetapi saya cuma nak tanya apa rasional untuk kita penuhi undangan daripada pihak British ini untuk mengawal Istana Buckingham?
Adakah kita masih lagi punya satu mentaliti kita rasa bangga macam boleh pergi kawal Istana Buckingham ini, ini satu kebanggaan kepada tentera kita? Sebab dia ada trend sekarang ini bukan? Bila boleh menyeberangi Selat Inggeris, ini rasa bangga. Kalau boleh menyanyi di dewan, apa dewan yang Siti Nurhaliza pergi menyanyi?
Beberapa Ahli
Albert Hall.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Albert Hall. Oh, kita rasa bangga.
Kalau menyanyi di pasar minggu, pasar malam, tak ada rasa bangga. Itu seniman jalanan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, butiran mana Yang Berhormat? Sekarang Kementerian Pertahanan khusus untuk gaji dan emolumen.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, betul pasal kita bayar gaji tentera. Tentera yang pergi kawal di Istana Buckingham. Jadi saya hendak tanya, adakah kita menerima undangan itu kerana kita pun rasa penuh bangga apabila boleh kawal Istana Buckingham ini, maknanya kalau ini masih ada lagi dalam mentaliti kita, maknanya kita masih belum keluar daripada mentaliti penjajahan.
Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan, apa rasionalnya sebab bagi saya, saya tidak nampaklah apa rasional untuk kita hantar ke sana, sedangkan adalah lebih baik mereka duduk di sini untuk kemungkinan-kemungkinan boleh berlaku sesuatu dalam negara kita, dan tenaga mereka lebih diperlukan. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya membahaskan Maksud B.60 - Kementerian Pertahanan, Butiran 030100 – Pengurusan, Kod 10000 – Emolumen.
Tuan pengerusi, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Jun anak Sang yang terkorban di Lubnan. Bagi kita Koperal Jun ini adalah kita anggap sebagai wira negara.
Pada masa yang sama, kita sama-samalah mendoakan agar anggota-anggota yang cedera di Lubnan cepat sembuh. Dan di sini saya mohon penjelasanlah sama ada kita hendak meneruskan. Adakah pihak kementerian bercadang hendak meneruskan perkhidmatan tentera-tentera kita di Lubnan, ataupun hendak mengundurkan anggota- anggota tentera ini yang berkhidmat di Lubnan. Itu yang pertama Tuan Pengerusi.
Yang kedua, memandangkan sekarang ini had umur persaraan telah dinaikkan, jadi adakah cadangan daripada pihak Kementerian Pertahanan hendak melanjutkan had umur persaraan anggota tentera ini terutama yang di peringkat lain-lain pangkat.
Yang ketiga Tuan Pengerusi, berkait dengan emolumen ini rasa saya seperti saya katakan dulu, bahawa tentera ini core-businessnya, satu untuk berperang dan keduanya ialah latihan untuk berperang. Jadi di sini saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian sama ada latihan tentera ini terutamanya peringkat komando ini berapa jangka masa latihan yang diperlukan untuk seseorang menjadi ahli komando.
Adakah mereka diambil terus daripada orang biasa ataupun orang awam terus menjadi komando, atau adakah mereka dipilih daripada anggota-anggota tentera yang ada dan berapa jangka masa latihan untuk mereka sampai ke peringkat asas? Kerana saya percaya kalau mereka hendak menjadi pakar itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan apakah modul-modulnya kalau boleh diceritakan di sini, kalau tidak ada berkaitan dengan kerahsiaan.
Apakah modul-modul latihan yang diberikan kepada para komando ini untuk memastikan mereka sentiasa siap siaga, dan mereka ini mempunyai daya tahan terutamanya daya tahan dari segi fizikal iaitu jasmaninya, daya tahan dari segi kerohaniannya, daya tahan dari segi emosi dan berbagai-bagai daya tahan lagi.
Seterusnya, apakah prospek, mungkin ramai yang hendak menjadi komando dan sebagainya. Dulu Tuan Pengerusi, kalau jadi tentera ini orang kampung semua hendak buat menantu, dululah. Sekarang saya tidak tahulah, mungkin samalah sampai sekarang.
Jadi, apakah prospek selepas mereka keluar daripada latihan, dari segi skim gaji mereka, dari segi elaun-elaun mereka yang perolehi dan adakah mereka ini selain daripada daya tahan tadi emosi, fizikal, mental dan sebagainya, apakah mereka ini dikehendaki membuat ikrar setiap masa agar sentiasa menjaga rahsia negara. Oleh kerana bagi saya tentera ini kalau kita dalam keadaan perang, kalau dapat kepada musuh benda pertama yang mereka hendak ialah, apakah rahsia yang ada, termasuklah rahsia peralatan tentera dan sebagainya.
Mungkin senjata itu nampaknya sama, tetapi dari segi spesifikasinya berbeza-beza dan sebagainya mungkin antara satu negara dengan satu negara. Jadi apakah attrition rate, maknanya yang apabila masuk latihan asas berapa peratuskah agaknya yang lulus latihan?
Kita juga mengucapkan tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan seluruh jurulatih, kerana saya tengok sekarang ini tentera-tentera kita memang tentera-tentera yang hebat, disegani dan sentiasa siap siaga.
Jadi untuk itu saya mohon menyokong dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Maksud B.60 - Kementerian Pertahanan, di sini saya ingin bertanya sedikit atau meminta penjelasan.
Bagaimana Kementerian Pertahanan di bawah kelolaan Program Latihan Khidmat Negara yang mana saya rasa kita harus mengkaji semula program dan struktur, bagaimana program ini dijalankan agar program ini ditumpukan sahaja kepada anak lelaki ketika ini.
Dan untuk fasa yang kedua mungkin menumpukan kepada anak perempuan, kerana memandangkan masalah-masalah yang terjadi dalam kem-kem yang ada sekarang.
Sekiranya anak perempuan masih juga hendak dibawa ke dalam program-program ini, maka Program Latihan Khidmat Negara ini harus diadakan berasingan untuk menjaga keselamatan mereka, dan juga saya rasa ketika ini baguslah kalau kita tumpukan sahaja kepada anak lelaki.
Kalau kita lihat bagaimana Singapura dan Korea melakukan ini, mereka yang sangat berpengalaman dan sangat berjaya, successful national service program masih lagi menumpu kepada anak lelaki, belum lagi terbuka kepada anak perempuan. Jadi, saya minta kementerian untuk maksud yang ini, agar pertimbangkan untuk mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara agar dipisahkan antara anak perempuan, anak lelaki dan memberi penumpuan khas untuk anak lelaki dahulu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga bersama-sama menyokong Maksud B.60 ini. Saya hendak bertanya dan mengutarakan bahawa di mana-mana sahaja point of entry, dengan izin masuk ke negara kita adalah dijaga oleh pihak polis, imigresen dan di jalan raya JPJ nampaknya tidak sehaluan dalam segi undang-undang.
Pihak polis apabila menahan sesuatu nanti akan mengatakan ini hal imigresen dan imigresen apabila menahan sesuatu nanti mengatakan, ini JPJ. Jadi kita hendak di dalam pertahanan ini jika boleh di mana-mana, di tempat entry itu supaya kita dapat melihat kecergasan, kekuatan mereka dan kita hendaklah menambahkan elaun-elaun mereka, memberi pangkat kepada mereka yang menjalankan tugas dengan baik. Jika boleh disatukan mereka dalam satu-satu tempat supaya mereka sama-sama dapat menyelesaikan masalah apabila ada PATI yang masuk, PATI itu pendatang tanpa izin.
Ataupun mana-mana tourist yang datang membawa dadah, mereka masuk di sini, maka tidak ada satu-satu bahagian keselamatan itu mengatakan, ini bahagian ini, itu bahagian itu, supaya kita dapat menyelaraskan apabila kita menahan mereka sewaktu masuk ke negara kita dengan baik dan teratur. Kita sangat-sangat menyokong jika mereka ini diberi kenaikan pangkat, diberi gaji yang baik, kerana mereka menjaga keselamatan dalam negara sehingga kita dapat hidup aman seperti hari ini.
Sebab itulah, saya ingin bersama-sama berbahas tentang hal ini. Satu lagi Tuan Pengerusi, PLKN ini saya bersetuju sangat PLKN mesti diteruskan. Ini sebagai latihan kepada anak-anak kita supaya mereka mempunyai disiplin dan juga mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain di antara kaum-kaum terutama sekali seperti di negeri saya. Di negeri Sarawak banyak kaum-kaum di negeri Sarawak tidak kurang daripada 32 kaum.
Apalagi di masuk dengan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat kaitkan dengan gaji pelatih PLKN.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Sebab itulah, dari sinilah, maka, pelatih-pelatih yang ada di dalam sana yang berpengalaman boleh menunjuk ajar kepada anak-anak kita ini supaya mereka dapat juga berlatih dengan baik. Dengan itu kita boleh menambahkan lagi gaji-gaji pelatih ini dengan baik supaya mereka dapat mengajar dengan baik dan supaya anak-anak kita di masa hadapan dapat meneruskan penjagaan negara kita aman dan sentosa.
[Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Kita mengharapkan dengan adanya penambahan gaji dan juga penambahan allowance mereka, negara kita sentiasa selamat di tangan pihak Kementerian Pertahanan ini. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Sungai Petani.
Ringkaskannya.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Pengerusi, saya mengambil bahagian untuk menyebut beberapa perkara tentang hal ini. Pertama, tidak berapa lama dahulu kita dimaklumkan bahawa terdapat kekurangan anggota-anggota untuk menjaga hal-hal keselamatan dalam negeri termasuklah bagi menyelia kegiatan-kegiatan pendatang- pendatang haram dan juga keselamatan awam yang lain.
Di sini, saya ingin mencadangkan, di samping tentera kita yang peranan asas ditubuhkan adalah untuk menjaga kedaulatan negara. Namun, dalam keadaan negara yang aman ini, saya ingin mencadangkan supaya anggota tentera kita juga diberi peluang untuk sama-sama dengan anggota polis mengawal keselamatan dalam negeri sementara kita amat berterima kasih kepada pihak Rela yang juga diberikan tugas untuk sama-sama menjaga hal-hal keselamatan awam.
Namun saya rasa, kalaulah tentera dilibatkan bersama-sama dengan polis untuk menjaga hal-hal keselamatan dalam negeri ini saya kira mungkin elaun yang kita beri kepada Rela itu, kita boleh berikan kepada tentera. Lagipun Tuan Pengerusi ada dibangkitkan oleh pihak kementerian berapa tahun yang dahulu, mengatakan disebabkan oleh tidak banyak aktiviti yang berlaku terhadap tentera kita sebab kita tidak berperang selain daripada latihan sahaja.
Malah, dibuat kajian menunjukkan bahawa anggota-anggota tentera kita banyak yang gemuk. Saya ingat itu, menteri malah waktu itu Timbalan Menteri juga complaint dan ada juga buat statement. Ini menunjukkan bahawa aktiviti kurang. Oleh demikian, saya cadangkan mereka juga dilibatkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri.
Kedua, Tuan Pengerusi di samping kita juga bercakap tentang disiplin anak-anak di sekolah. Saya mencadangkan juga kebanyakan sekolah-sekolah yang Gred ‘A’, Gred ‘B’ ini berada di kawasan di mana kem-kem tentera kita berada. Saya mencadangkan diperbanyakkan kadet-kadet tentera. Saya pernah dilatih dalam ketenteraan. Jadi, saya dapat merasai bahawa mereka yang melalui latihan tentera ini memang dapat menjiwai semangat ini, bukan sahaja semangat berpasukan tetapi juga kualiti organisasi dan juga esprit de corps.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan kita mempunyai jurulatih yang banyak.
Kita mempunyai tentera yang “under utilize” kerana tidak berperang. Jadi, kalau kita memperbanyakkan pasukan kadet di sekolah-sekolah ini. Ini sudah pasti akan menyelamatkan atau mengurangkan masalah-masalah disiplin di sekolah-sekolah. Tuan Pengerusi, apabila kita berada dalam pasukan uniform, rasa hormat kita kepada superior dan juga perasaan esprit de corps.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Di samping itu, bayangkanlah kalau kita dalam beruniform kita hendak buat kerja yang pelik-pelik ini walaupun hari Sabtu, Ahad tetapi kerana kita berada dalam uniform tindakan kita akan terkawal kerana kita rasa kita hendak menjaga maruah uniform kita itu.
Ketiga, Tuan Pengerusi saya juga mencadangkan supaya kementerian review balik tentang pencen askar-askar kita ini. Saya dimaklumkan bahawa mereka yang servisnya pada tahap tertentu sahaja mendapat pencen. Namun, mereka yang tidak cukup servis tertentu tidak mendapat pencen.
Saya mencadangkan agar walaupun mereka yang full service dapat pencen tetapi mereka yang tidak full service juga harus dilihat, di review supaya sebaik sahaja dia tamat kursus perkhidmatan wajib 10 +1 tetapi apabila dia berhenti khidmat 18, 17, 15 tidak cukup full tetapi harus diberikan ganjaran pencen tetap kepada mereka.
Kita tengok kebanyakan mereka yang tidak full pencen ini ada yang jadi driver teksi, jadi security guard, dan dalam keadaan umur mereka juga, waktu itu bukan muda tetapi bayangkanlah pada umur 38, tetapi tidak cukup servis. Tidak dapat pencen, anak empat, lima orang, jadi security guard. Kita rasa kesian. Mereka telah berkhidmat untuk negara, letak nyawa untuk mempertahankan negara ini tetapi kerana dua, tiga tahun tidak cukup servis, tidak dapat pencen.
Jadi, saya rasa mintalah dalam hal ini kementerian mempertimbangkan supaya mereka ini diberi pencen dan juga pendapatan tetap agar mereka ini dapat rasa dihormati oleh negara. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Berapa orang lagi? Satu, dua, tiga. Ini soal gaji.
Jangan cerita lain-lain. Gaji sahaja. Sila Yang Berhormat Batu. Soal gaji ya.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin tambah sedikit dalam isu gaji. Namun, sebelum itu saya juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya menganggap dalam sektor pertahanan, kebajikan askar, tentera kita adalah perkara yang paling penting.
Ini merupakan satu isu yang kita sentiasa sebut human capital atau modal insan bagi sektor pertahanan. Kita mendapati bahawa Kementerian Pertahanan terlalu menumpu dalam perbelanjaan, senjata, dan hardware. Terbuktinya, kalau kita tidak menjaga kebajikan tentera dan gaji mereka tidak cukup dia tidak merupakan satu tarikan bagi orang ramai menyertai tentera.
Kita melihat bagaimana kementerian kita menggunakan kebanyakan bajet ini untuk membeli senjata yang canggih untuk berbagai-bagai hardware. Namun, gaji bagi tentera begitu kecil sekali. Saya ingin mencadangkan kita harus membuat satu penilaian secara total dari segi kebajikan bukan sahaja gaji tetapi peluang pekerjaan selain daripada pencen yang telah disebutkan tadi oleh Tuan Pengerusi.
Kita juga harus melihat dalam isu peluang pekerjaan dan juga bagi prospek kerjaya mereka selepas tentera-tentera, askar-askar atau komander kita bersara dari perkhidmatan. Kita boleh sanggup mempunyai satu pasukan yang lebih kecil, elit tetapi juga mempunyai kemahiran yang tinggi. Itu adalah seruan saya kepada kementerian supaya kita kurangkan pembaziran dari pembelian senjata.
Point saya adalah terbuktinya pertahanan sempadan kita adalah kebajikan kalau kita jaga askar dan rakyat kita dengan baik, perpaduan dan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Pertahanan sempadan kita bukan kerana kita ada submarine. Kita ada submarine, kita ada pelbagai senjata canggih, tetapi kita hilang Pulau Batu Puteh.
Tuan Pengerusi
Gaji Yang Berhormat. Gaji.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Lebih penting turut kita bayar gaji yang lebih baik kepada lawyer...
Tuan Pengerusi
Jangan lari dari gaji.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
...Bukan sahaja kepada askar supaya kita lihat dalam zaman moden sekarang, memang pertarungan ini international relation ini bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dari segi kebijaksanaan kita mengendalikan dasar kita dan juga kebijaksanaan kita menjaga kebajikan pasukan keselamatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Kota Belud. Gaji ya. Jangan luar daripada gaji. Saya mahu dengar gaji sahaja. Kasi naik kah, kasi turun kah, pencen.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Dua minit Kota Belud. Saya tahu awak boleh buat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Dua poin. Pendek sahaja Tuan Pengerusi. Terutama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan dengan kewibawaan kementerian menjaga keselamatan negara. Negara kita aman damai selama ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian di mana kebayakan anggota- anggota tentera yang dibayar gaji ini, kalau boleh saya ingin cadangkan supaya ditambah anggota-anggota tentera ini di persekitaran kawasan Pantai Timur Negeri Sabah. Dengan mungkin adanya tambahan bajet ini, perbelanjaan ini, lebih ramai askar yang boleh kita employ dengan izin, dan kita letakan di kawasan-kawasan yang lebih strategik.
Seperti di Pantai Timur Negeri Sabah yang kita tahu pantai ini merupakan pantai yang begitu luas, panjang dan mempunyai masalah dari segi mengawal selia kawasan keselamatan, seludupan dan juga PTI (atau pendatang tanpa izin), dan juga barang-barang kontra seperti dadah dan sebagainya yang dimasukkan daripada negara-negara jiran dan kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi saya minta kalau boleh Kementerian Pertahanan memberi perhatian yang lebih untuk menambah anggota di kawasan Pantai Timur ini.
Satu lagi Tuan Pengerusi, ialah...
Tuan Pengerusi
Tambah anggota tambah gaji juga.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tambah gaji. Saya setujulah itu. Yang satu lagi Tuan Pengerusi, ialah saya masih ingat lagi dulu, Kementerian Pertahanan ada meletakkan, ada membuat satu keputusan untuk pengkhususan laluan masuk ke kawasan perairan Pantai Timur Negeri Sabah ini.
Di mana kapal-kapal yang masuk biar besar dan kecil ianya melalui satu saluran perairan atau sea lane yang masuk ke kawasan Pantai Timur ini. Kalau boleh Kementerian Pertahanan menengok semula, melihat semula cadangan ini supaya kawasan-kawasan ini dapat dipantau oleh anggota-anggota yang kita akan bayar gaji lebih.
Yang keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan, oleh kerana pihak pembangkang dan juga kawan-kawan selalu mengatakan bahawa Kementerian Pertahanan ini iaitu askar kurang anggotanya daripada kaum bukan bumiputera. Saya ingin bertanya, dengan penambahan bajet ini Tuan Pengerusi, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan untuk menambah anggota tentera daripada kaum bukan bumiputera ini?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya bagi satu contoh Tuan Pengerusi, dari segi recruitment drive ini dengan izin.
Kalau kita pergi ke luar negara, di Amerika, di New Zealand, Australia, mereka mengadakan satu program pengiklanan recruitment drive melalui pihak media, media elektronik dan newspaper...
Tuan Pengerusi
Jangan melencong Yang Berhormat daripada gaji.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak. Ini fasal gajilah ini Tuan Pengerusi. Supaya gaji ini...
Tuan Pengerusi
Itu recruitment bukan sudah lagi gaji.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Recruitment itu berkaitan dengan gaji Tuan Pengerusi. Sekejap. Sikit lagi.
Tuan Pengerusi
Nanti tambah gaji lagi. [Ketawa]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang...
Tuan Pengerusi
Yang RM150 juta ini pun dipertikaikan. Betul cukupkah tidak?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi sikit sahaja Tuan Pengerusi. Jadi recruitment drive ini kalau boleh saya cadangkan, biarlah nampak profesion ketenteraan ini profesional dan menarik kepada generasi muda kerana kalau kita pergi ke luar negara seperti mana yang saya katakan tadi, cara mereka recruit tentera ini lebih profesional, lebih menarik kepada golongan muda baik daripada kaum bumiputera dan juga bukan bumiputera. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ini yang tiga orang ini perlu cakap juga kah?
[Ketawa] Kalau yang dua orang Ahli Yang Berhormat Batu Pahat, kalau saya kasi atau allow sahaja seorang perempuan pun bolehkah?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sikit sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Pahat setengah minit boleh? Setengah minit.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Boleh, boleh.
Tuan Pengerusi
Boleh, sila. Yang Berhormat Batu Pahat setengah minit.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Pasal gaji.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Pasal gaji, B.60 kerana sudah banyak pandangan jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah dalam masa terdekat ini akan dilakukan semakan semula terhadap gaji anggota tentera?
Satu lagi, untuk menaikkan gaji tentera ini, pendapatan mereka lebih ialah kenaikan pangkat. Jadi saya ingin tanya, apakah peluang kenaikan pangkat untuk tentera berpangkat prebet ini dan apakah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini memberikan peluang sebenarnya kepada golongan berpangkat prebet ini untuk melanjutkan pelajaran supaya mereka ada peluang kenaikan pangkat? Itu sahaja.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Saya menyokong.
Tuan Pengerusi
Cukup, terima kasih. Sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Pengerusi, silap. Tuan Pengerusi ya. Sorry.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh juga tentang B.60 - Kementerian Pertahanan, yang mana saya menyokong sepenuhnya cadangan penambahan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan saya sangat bersetuju kerana wang yang dibayar kepada kakitangan tentera ini adalah daripada cukai rakyat, pendapatan rakyat yang seharusnya pasukan tentera kita diberi kebebasan dalam mengundi, jadi dia tak seharusnya undi pos hanya...
Tuan Pengerusi
Ada lagi kaitan dengan undi.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...Hanya memihak kepada BN. Okey. Itu belum masuk poin lagi itu.
Tuan Pengerusi
Tidak bolehkah...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...Tuan Pengerusi.
[Dewan riuh] Ada satu lagi. [Ketawa] Poin saya iaitu saya ingin dalam B.62 ini semakan gaji dibuat terutama kepada tentera yang melibatkan risiko tinggi. Contohnya dalam latihan angkatan tentera udara kita yang menggunakan penerjunan yang sangat bahaya.
Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan menambahkan elaun untuk bahagian tentera yang terlibat dengan bahaya yang cukup tinggi ini. Begitu juga dengan kawalan tentera di kawasan sempadan. Kebetulan saya terlibat dalam Parlimen yang berada di sempadan. Jadi saya harapkan supaya pihak kementerian memberi perhatian yang lebih dari segi keselamatan sempadan sebab cukup-cukup bahaya.
Sekarang ini kita lihat bagaimana warga-warga asing boleh masuk menyeludup ke negara kita melalui pintu secara haram melalui sungai dan sebagainya. Jadi sejauh mana kawalan ini dibuat supaya tidak berlaku kes sebagaimana berlaku dua minggu lalu pembunuhan yang berlaku di dalam kawasan negara kita yang melibatkan senjata api.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Sila. Penghabisan ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Baik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ini kasi bilang pasal gaji, pergi undi pula. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, terutamanya saya mengambil peluang untuk menyebut berkenaan Maksud B.60 iaitu tambahan perbelanjaan emolumen kepada angkatan tentera.
Tuan Pengerusi, berdasarkan kepada kenaikan gaji tahun lepas, Angkatan Tentera Malaysia telah menikmati kenaikan di antara 9% sehingga 42% kenaikan gaji berbanding dengan kakitangan kerajaan yang biasa iaitu di antara 7.5% sehingga 35% sahaja. Ini bermakna kelebihan yang telah diberikan kepada anggota dalam service ketenteraan kita jauh lebih baik daripada seluruh sektor kakitangan awam yang lain.
Di antara tambahan yang dipohon di bawah perkara atau Maksud B.60 ini adalah tambahan kepada RM917,619,300 juta. Kalau dicampurkan dengan peruntukan yang sebelum pada ini telah pun dipohon, ini menjadikan lebih 10% pertambahan kepada peruntukan asal yang berjumlah RM8,629,622,300 bilion.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Oleh kerana kelebihan yang telah dinikmati oleh anggota di dalam service ketenteraan ini telah pun terlihat dengan jelas kepada kenaikan tangga gaji pada tahun lepas, dicampur pula dengan kelebihan yang telah dibagi kepada peruntukan pertama yang telah diluluskan pada sesi yang lepas barangkali. Saya berpendapat bahawa service orientation ataupun kualiti service yang diberikan oleh pasukan tentera kita patut juga menjadi ukuran untuk kita meluluskan tambahan belanjawan yang dipohon untuk peringkat kedua ini.
Perkara yang kedua, sebagaimana yang disebut rakan saya tadi bahawa tentera ini semuanya adalah sebagai pengundi pos. Jadi adakah justified dengan pertambahan dalam emolumen ini boleh menggambarkan bahawa keefisienan servis ketenteraan kita ini boleh kita ukur dan justified atau tidak untuk meluluskan tambahan dalam peruntukan tambahan yang dipohon ini.
Sedikit berkenaan dengan lanjutan Yang Berhormat Lipis tadi menyebut bahawa kemalangan yang telah menimpa rakan-rakan anggota tentera yang berkhidmat di Marjayoun, Lubnan beberapa minggu yang lalu dan perkara ini dilihat sebagai satu kemalangan semata-mata. Namun adakah Kementerian Pertahanan mengambil kira kemalangan-kemalangan yang berlaku di dalam servis yang menimpa rakan-rakan anggota tentera ini, diambil kira dalam penambahan emolumen sebagai pampasan ataupun keadaan yang serupa untuk justify juga servis atau perkhidmatan di luar negara yang diberikan oleh mereka untuk tujuan menaikkan imej negara. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri sila gulung sebelum ada lagi yang berdiri berbahas.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan 2007 pada peringkat Jawatankuasa ini. Saya dapati beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana terdapat dalam 10 Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Pertama, yang saya ingin menyentuh adalah berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena yang mana ingin mengetahui apakah rasional kita menghantar Askar Melayu Diraja untuk mengawal Istana Buckingham.
Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi bahawa kontinjen ataupun pasukan pengawal yang dihantar oleh Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada askar Melayu Diraja adalah pelawaan daripada Kerajaan British untuk mengawal Istana Buckingham.
Sebenarnya bukan kita sahaja, ramai daripada negara-negara lain di dalam Komanwel ini telah dipelawa dan kita sepatutnya rasa banggalah kerana kita dapat terpilih oleh kerana daripada kualiti tentera kita terutama dalam melaksanakan tugas-tugas pengawal ini memang begitu baik sekalilah. Kerajaan kita menerima pelawaan ini oleh kerana kita melihat bahawa ini dapat mengeratkan perhubungan dua hala kita. Inilah sebahagian daripada strategi military diplomasi.
Begitu juga dengan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh tentera-tentera kita di luar negara ini bahawa ianya akan dapat pendedahan yang lebih luas. Jadi pemikirannya tidaklah terkongkong dalam menjalankan tugas-tugas seperti ini. Malahan kalau yang kita lihat hari ini ramai daripada pelancong-pelancong yang ada di UK. Apa yang difahamkan bahawa ramai yang begitu kagum tentang tugas yang ditunjukkan oleh tentera kita di sana dan bahawa ini jugalah akan memberi eksposisi negara kita kepada negara luar, terutama di United Kingdom ini.
Sudah tentu ramai masyarakat-masyarakat yang datang ke UK dan sebanyak sedikit mereka akan mengetahui dan akan dapat menilai tentang bagaimana kualiti daripada segi tentera kita, Malaysia ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kedua...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Tidak apalah saya terimalah penjelasan tersebut walaupun saya sendiri masih tidak dapat satu jawapan yang jelas hanya sekadar pasal kebanggaan dan sebagainya tapi itu jawapan tidak apalah saya terima.
Cuma saya hendak tanya adakah dia membabitkan kos yang juga ditanggung oleh kerajaan kita dan kalau ada berapa yang kita tanggung. Kalau dibiayai oleh pihak British, berapa dia biayai jumlah?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Berkaitan dengan kos Yang Berhormat memang ada kos sedikitlah, tetapi dari segi pengalaman dan exposure kita tidak boleh dapat dinilai, money cannot buy Yang Berhormat. So, kita jangan memikir di dalam kotak sahaja jadi kita perlu melihat bahawa daripada segi pengalaman dan exposure anggota-anggota kita dapat...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju bahawa tentera kita harus diberikan pendedahan, macam saya bersetuju bahawa kita hantar tentera pengaman di Somalia, di Lubnan, di Bosnia dan sebagainya.
Saya setuju itu satu pendedahan dari segi kawalan keselamatan, pertahanan, strategi peperangan dan sebagainya, tapi kalau konteks sekadar sebagai pasukan pengawal istana, pergi berkawat, parade ini saya tidak nampaklah apa pendedahan, pengalaman yang dapat kita pungut untuk bawa balik ke negara kita ini...
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat mahu jawab dulu itu? Kasi laluan sama Yang Berhormat Batu, dia...
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Saya jawab dulu. Saya pun tidak faham Yang Berhormat mengapa negara-negara lain juga ingin mengambil bahagian dalam perkhidmatan kawalan di UK kalau ianya tidak ada intrinsic kebaikannya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tidak semestinya apa yang dibuat oleh negara lain maka kita harus menjadi contoh. Kalau perkiraan kita bahawa benda itu tidak baik. Jadi takkanlah maknanya kalau negara lain terjun masuk dalam longkang maka kita pun terjun masuk longkang. Ini arguement yang tidak boleh...
Tuan Pengerusi
Ini isu panjang. Tidak apalah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya katakan biarlah, makna kita hendak pergi perang mesti ada strategi. Tentera ini maknanya dia mesti ada strategi, maknanya mentaliti strategi. Dia bukan boleh maknanya ikut apa orang hendak buat, tidak boleh!
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Pengerusi...
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Kadang-kadang apa Yang Berhormat punya perbandingan itu remeh temehlah.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tidak remeh, bagilah.
Tuan Pengerusi
Bagi Yang Berhormat Batu lepas itu tidak ada lagi.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya hendak tanya sebab hendak jaga istana ini ada seolah-olah negara lain pergi juga, seolah-olah masih ada mind set kolonialisme kerana ini negara UK dan kita baru tadi dengar, kita hendak pull out dari, hendak keluar dari Lubnan kerana ada kemalangan yang berlaku.
Memang sepatutnya itu sebahagian daripada risiko yang kita ambil dan kita ke Lubnan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai tentera tetapi kita tidak nampak apakah faedah yang kita dapat dari mengawal istana orang lain dan kita sudah merdeka selama 50 tahun kita masih ada mind set kolonialisme.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Itulah pemikiran Yang Berhormat begitu subjektif dan begitu terkongkong. Pemikiran Yang Berhormat masih lagi berada dalam kotak seolah- olah kita masih dijajah oleh penjajah. It’s just your mindset, dengan izin. Okey, cukup
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Baik ambil jaga bank pergi jaga istana. [Ketawa]
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Yang Berhormat Ampang dan Sibuti, kedua-dua Yang Berhormat ini menimbulkan isu berkaitan dengan PLKN. Butiran ini adalah berkaitan dengan pengurusan tentera darat. So, tak ada kena-mengena dalam isu ini Yang Berhormat. Jadi mungkin dalam isu-isu lain berkaitan dengan PLKN akan saya jawablah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih. Ada lagi?
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Belum, belum. Berkaitan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Lipis iaitu berkaitan dengan komando.
Dalam latihan komando ataupun bagi anggota yang ingin menjadi komando bahawa ia bukan satu paksaan kepada anggota-anggota tentera kita. Ia merupakan kepada anggota-anggota yang ingin secara sukarela untuk memasuki unit komando ini. Jadi bagi sesiapa yang ingin menjadi komando, mereka perlulah memohon untuk memasuki unit ini.
Jadi dalam latihan asas komando ini terdapat lima terminal objektif yang perlu dilulusi oleh anggota-anggota yang ingin menjadi komando iaitu:
(i) terminal modul kem;
(ii) modul hutan;
(iii) modul paya;
(iv) modul laut; dan
(v) modul latihan penamat.
Jadi ada beberapa syllabus yang terkandung dalam tiap-tiap terminal modul kem ini. Jadi kalau Yang Berhormat Lipis nak ketahui lebih lanjut lagi, saya boleh sama ada bercerita di luar nanti ataupun saya bagi satu senarailah kerana syllabusnya begitu panjang.
Untuk tamat tempoh bagi kursus komando ini adalah memakan masa 12 minggu dan kejayaan daripada anggota-anggota ataupun pelatih-pelatih komando yang memasuki kursus ini bukan satu perkara yang mudah, kerana hanya dalam 20%-25% yang berjaya dalam kursus ini. Latihan-latihan yang dilalui oleh anggota-anggota ini memanglah susah, kerana apa yang kita hadapi seolah-olah kita menghadapi perang dalam keadaan kita membuat latihan.
Jadi kita mestilah mempunyai ketahanan dalam serba-serbi. Seolah-olah kita dalam perang bahawa kita akan dapat mengatasi kalau ada musuh-musuh apabila dapat menahan kita nak extort ataupun mendapat maklumat-maklumat daripada kita, jadi kita dapat mengatasi apa yang dibuat oleh musuh-musuh kita inilah.
Jadi itu sebab kalau kita lihat bahawa latihan-latihan yang dibuat mungkin ada di antara kita yang bukan dalam ketenteraan merasakan bahawa seolah-olah ini adalah merupakan satu torture. Sebenarnya inilah merupakan kurikulum atau syllabus yang dilaksanakan di dalam tentera bagi kursus-kursus komando ini.
Malah kalau kita lihat di negara-negara lain keadaannya lebih teruklah daripada apa yang kita laksanakan di sini. Walau bagaimanapun, dengan ada program ataupun latihan yang kita terapkan dalam kursus komando ini, kita dapat melahirkan anggota- anggota komando yang begitu berkualiti.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Dari segi insentif bagi seseorang yang menjadi komando ini, apabila mereka lulus daripada mula lulus sehingga 10 tahun mereka akan dapat elaun RM600. Dari 15 ke 16 tahun elaun yang dibayar kepada mereka adalah RM750 dan bagi 16 tahun ke atas elaun yang diberi adalah RM900.
Selain daripada itu, kalau komando-komando yang mempunyai pengkhususan di mana mereka perlu selain daripada memiliki kursus asas bahawa mereka mesti mempunyai kursus atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang tertentu, umpamanya sebagai sniper atau sebagai anggota yang boleh melaksanakan tugas-tugas untuk mendapatkan maklumat.
Jadi mereka ini adalah merupakan pakar-pakar dalam bidang-bidang mereka yang tertentu, tetapi malangnya dalam keadaan ini apabila mereka menjadi komando pakar bahawa buat masa ini belum ada elaun yang khusus dibayar kepada mereka. Bahkan Kementerian Pertahanan telah pun mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memberi ataupun untuk mempertimbangkan elaun-elaun istimewa. Namun, masih belum mendapat pertimbangan dan kementerian masih lagi cuba untuk mendapatkan elaun kepada komando-komando ini.
Seterusnya bagi menjawab Yang Berhormat Batu, beliau mengatakan bahawa kita harus memberikan kebajikan kepada askar ataupun tentera kita kerana itu adalah penting.
Ia merupakan satu motivasi kepada tentera kita untuk melaksanakan tugas. Memang tidak boleh dinafikan bahawa itulah yang Kementerian Pertahanan sentiasa menitikberatkan berkaitan dengan kebajikan tentera ini.
Di mana banyak kemudahan-kemudahan sama ada semasa dalam perkhidmatan ataupun semasa tamat dalam perkhidmatan. Mereka ini sentiasa diberi kemudahan- kemudahan. Kalau daripada segi gaji kalau kita lihat tadi yang telah disebutkan oleh salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat bahawa kenaikan gaji tentera adalah lebih tinggi daripada anggota-anggota kerajaan yang lain. Jadi begitulah kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan tentera ini.
Jadi berkaitan dengan firepower yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu tadi kononnya firepower ini tak perlu, ia membazir. Saya rasa ini satu dakwaan yang tak memikirkan sama ada ia wajar ataupun tidak. Apa yang perlu bahawa kita terutamanya dalam keadaan moden ini, kita seharusnya mempunyai peralatan yang mirip kepada combat multiplayer. Di sinilah kita perlu menekankan kepada elemen-elemen di dalam combat power ini yang mana dalam ciri-ciri ini ianya merupakan firepower ataupun kuasa tembakan.
Keduanya, dari segi manoeuvring dan yang ketiganya dari segi moralnya bahawa ketiga-tiga elemen ini penting pada masa ini. Walaupun kita tak menghadapi perang, tetapi dalam keadaan kita aman ini yang penting kita mesti ada deterrent effect kalau ada musuh- musuh yang ingin menyerang kita. Jadi ini penting dalam masa moden ini.
Seterusnya ada beberapa isu yang lain, saya rasa mungkin oleh kerana kita ada akta jadi saya rasa yang lain saya akan cuba menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang inginkan mendapat jawapan itu. Jadi dengan ini, saya ucap berbanyak-banyak terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM157,147,300 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM157,147,300 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.62 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dikemukakan untuk dibahas. Sekali lagi siapa yang bahas itu pengkhususan kepada soal gaji, emolumen sahaja. Saya tidak akan benarkan sesiapa yang melencong daripada itu. Saya persilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita di pihak sini adalah sentiasa menyokong. Saya pun ada buat cadangan untuk penyemakan dan dapat menaikkan gaji polis diraja supaya kita ada pasukan polis yang efisien sebab itu perlu satu Royal Commission Inquiry mengenai cara-cara bagaimana negara kita boleh ada satu pasukan polis world class yang efisien, yang incorruptible dan berprofesional.
Daripada beberapa perakuan yang dibuat oleh Police Royal Commission ini antaranya ialah untuk menaikkan gaji dan terma-terma, syarat-syarat perkhidmatan. Namun apabila berlaku semacam apa yang berlaku di Kajang dua hari yang lalu ialah pihak polis yang memainkan satu peranan yang sangat luar biasa.
Di mana dalam peristiwa Bandar Mahkota Cheras ialah mengenai atau tembok konkrit dibina semula oleh construction Grand Saga, dua hari dahulu pada malam Selasa.
Apabila berlaku sekumpulan samseng yang memukul orang-orang biasa di Bandar Mahkota Cheras, pihak polis ada di sana dan tidak ambil apa-apa tindakan untuk mempertahankan orang biasa, khasnya penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras. Ini menimbulkan persoalan mengenai peranan pihak polis.
Mengenai kenaikan gaji, betul! Kita sokong, tetapi mereka kena menunaikan hasrat rakyat bahawa mereka boleh mempertingkatkan efisien dan prestasi mereka. Lebih malangnya selepas itu pihak polis sendiri, ada satu kumpulan FRU lebih kurang 20 orang memukul seseorang yang ada dilaporkan dalam ini [Membaca sekeping kertas] Chang Jiun Haur.
Ini yang dilaporkan dalam Malaysia Kini - Police beat up youth. “By his account, he was only a curiosity-seeker who wanted to know what was going on at the site of a disputed barricade near Bandar Mahkota Cheras (BMC) last night. In no time at all, however, Chang Jiun Haur was soaked in his own blood”, ada gambar, blood splash badan dia. “After being repeatedly beaten by 20 riot squad (FRU) personnel armed with batons and kicked with boots. Chang, 21, his sister and two friends were driving away from the site of the barricade about 11.30 pm, when their car was surrounded by police personnel who had earlier dealt with a fracas involving BMC residents.
A high-ranking police officer at the scene claimed that Chang had run over a FRU personnel with his car. “He asked for it. He ran over a policeman and he got what he deserved,” the officer told Malaysiakini a few minutes after the incident. Asked to identify the person who was hit by the car, the officer had initial difficulty in persuading the individual to come forward. When he did so, the man - who appeared unscathed - claimed: “He tried to run me over, look at my baton, it is broken. What more evidence do you want?” Ini self accessibility, tidak perlu dibincangkan perkara ini. “However, a police officer who took Chang to the Kajang Hospital said none of the personnel had been hit by the car.
Chang, when met at the hospital at 12.30 am, denied this as well: “We had just come back
(to Kuala Lumpur) from Port Dickson and wanted to see what was going on.” He was lying on a bed, with a bloodied mouth. His shirt had been torn off by the police, and his shorts were drenched in blood. He was crying from the shock and trauma, and was unable to say much more. It is learnt that Chang was placed in the intensive care unit.
The other occupants of his car were arrested last night, but were released today.
To beaten Chang lose one or two... Sebelum itu saya ada sebut mengenai kes di mana ada kumpulan samseng-samseng 10 hingga 20 orang ada pukul orang di sana. Tadi ada sekumpulan mereka datang ke Parlimen dan seorang housewife, Mas namanya pun ada menceritakan bagaimana beliau pun dicederakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Masalah di sini ialah apa peranan polis? Peranan polis protected of the public.
Setia kawan, friend of the police. Yang pertama komplot mereka dengan samseng-samseng memukul orang-orang yang memprotes sahaja mengenai barricade siapa betul, siapa tidak betul itu hal yang lain tetapi peranan polis ialah membela orang ramai supaya samseng tidak boleh buat apa mereka suka.
Di sini oleh kerana Grand Saga director kita semua tahu ialah Zainal Abidin Ali, seorang sangat terkemuka oleh kerana peranan beliau masa beliau menjadi OCPD Dang Wangi. OCPD selalu tangkap orang, selalu ada menindas human rights tetapi dia dalam Grand Saga, adakah ada berkomplot dengan polis supaya boleh berlaku police close an eye, hands off supaya kumpulan samseng boleh pukul orang-orang ramai.
Kedua, kenapa boleh berlaku? Kes semacam ini di mana pihak FRU yang patut protect rakyat sebenarnya menjadi samseng sendiri. Patutlah satu tindakan yang serius diadakan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menjanjikan ada reformasi bukan sahaja kehakiman, kempen banteras rasuah tetapi pihak polis. Apa guna polis buat Police Royal Commission Inquiry kalau selepas empat tahun perkara semacam ini boleh berlaku?
Perkara ini tidak pernah berlaku, di mana pihak polis close an eye membenarkan samseng bermaharajalela untuk mencederakan orang ramai...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Di mana pihak polis sendiri hentam orang ramai...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ipoh Timur, mesej itu saya rasa menteri yang berkenaan sudah dapat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya. Di sini saya harap kita dapat satu penjelasan. Saya harap esok mesyuarat Kabinet ambil perhatian dalam perkara ini dan have an open inquiry, mengapa perkara ini boleh berlaku? Untuk meyakinkan orang ramai terhadap pihak polis. Akhirnya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pihak Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri boleh membuat lawatan ke Bandar Mahkota Cheras untuk menunjukkan keprihatinan dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Okey terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Soal sama ataupun soal gaji pasal tadi saya rasa Yang Berhormat Ipoh Timur sudah beri gambaran yang ada tuduhan-tuduhan kepada pihak polis. Walaupun saya rasa saya mahu memberhentikan Yang Berhormat Ipoh Timur tetapi saya biarkan untuk dijawab oleh pihak kementerian. Sekarang saya beri kepada Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mohon saya bercakap tentang Maksud B.62 berkenaan dengan gaji. Kenaikan gaji pihak polis dan juga kola.
Tuan Pengerusi, gaji ialah salah satu bentuk pengiktirafan. Ianya penghargaan yang ditunjukkan oleh majikan kepada pekerja. Dalam konteks polis di sini, majikan ialah kerajaan Malaysia dan pekerjanya ialah polis, tetapi pembayar gaji ialah rakyat Malaysia yang menjadi pembayar cukai. Saya yakin rakyat Malaysia, pembayar cukai ini yang membayar gaji kepada polis cukup bersedia untuk memberi gaji yang baik dan cukup bersedia untuk menerima kenaikan gaji para polis, sekiranya dengan kenaikan gaji tersebut ianya boleh menjamin bahawa kadar jenayah dapat dibanteras.
Kenaikan gaji juga mesti dikaitkan dengan kurangnya rasuah. Kenaikan gajinya juga boleh harus dikaitkan dengan kurangnya keganasan pihak polis Tuan Pengerusi. Ini satu persoalan yang amat besar, yang harus kita letakkan dan kita tanya kepada Menteri Dalam Negeri. Saya yakin rakyat tidak teragak-agak untuk menambahkan lagi gaji para polis kerana apa yang rakyat inginkan ialah untuk hidup dengan aman, untuk polis itu menjadi rakan mereka.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Sekarang ini rakyat tidak lagi rasa selamat. Saya sendiri merasakan bahawa gaji polis terlalu kecil malah harus di review semula, malah harus dinaikkan lagi. Akan tetapi tanggungjawab kita bukan setakat menjaga kebajikan dan setakat menjaga kenaikan gaji, kita kasihan kepada para polis dengan kenaikan harga barang, konstabel yang baru mula kerja, hanya dapat lebih kurang dalam RM600 lebih. Yang dah lama kerja, RM1,000 lebih.
Kalau ada anak, macam mana dia nak membiayai anak-anak?
Kenaikan gaji harus kita naikkan lagi tetapi di masa yang sama kerajaan harus bertanggungjawab untuk memastikan polis ada good delivery system, memastikan bahawa kadar jenayah benar-benar dibanteras. Saya mengatakan dalam perbahasan saya yang dahulu bahawa kita tidak ada masalah dari segi bilangan anggota polis.
Masalahnya ialah dari segi deployment. Kita tidak meletakkan polis di tempat yang sebenarnya. Kita tidak meletakkan anggota untuk membanteras jenayah. Kita meletakkan mereka mungkin dalam Cawangan Khas dan Federalism Unit yang tidak disangkal oleh Menteri Dalam Negeri dalam hujah balas beliau.
Di sini persoalannya. Kita tidak takut ataupun kita senang hati. Rakyat pembayar cukai tentu sekali senang hati untuk menambahkan gaji polis dengan janji bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan polis dipertanggungjawabkan untuk membanteras jenayah, menjaga keselamatan awam, banteras rasuah dan bukan sebaliknya.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pokok Sena, pendekkan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh Maksud B.62 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Butiran 020100 – pengurusan polis berkaitan gaji. Walaupun kita tiga bulan tak dapat gaji lagi ini.
Kita bincang soal gaji, setakat pagi tadi tak masuk lagi duit gaji kita, tapi tak apa kita memang bertugas untuk memberi kebaikan, kesejahteraan kepada orang lain.
Kita bersetuju dengan kenaikan gaji untuk pihak polis ini tetapi dalam masa yang sama macam kawan-kawan lain kita hendakkan kualiti perkhidmatan mereka, pengurusan yang baik untuk memastikan kebaikan kepada negara kita. Jadi apabila kita bayar gaji, kita hendakkan dia bekerja dengan baik. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kawan saya daripada Alor Setar ini.
Apakah siasatan telah dibuat berkaitan dengan satu kes yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara pada tahun yang lalu, berkaitan dengan isu pembelian dua buah helikopter yang memakan belanja lebih daripada RM100 juta. Dan kos latihan untuk krew helikopter tersebut juga dihantar ke luar negara, tempat pembuat helikopter tersebut lebih daripada saya ingat RM15 juta sebab dia bukan boleh ambil polis trafik bawa helikopter.
Kalau boleh ambil polis trafik bawa helikopter, baik ambil mat rempit!
Jadi saya nak tanya, bahawa mengikut Laporan Audit, bila beli helikopter, hantar orang pergi berlatih, tiba-tiba balik mari helikopter itu tidak boleh pakai...
Tuan Pengerusi
Ya Yang Berhormat Pokok Sena, ini gaji.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Tak, tak, saya nak tanya siapa yang bertanggungjawab, siasatan harus dibuat. Helikopter tidak boleh dipakai kerana helikopter tersebut tidak boleh didaftar sebagai pesawat awam kerana ia tidak memenuhi piawaian atau standard yang dikehendaki oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.
Jadi kita nak tahu bahawa daripada Laporan Ketua Audit itu apakah siasatan dibuat? Dan saya nak tahu siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab? Adakah pegawai polis yang memberikan cadangan kepada kerajaan, kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membeli helikopter ini dengan tidak melihat kepada soal-soal piawaian? Dan kita juga nak tahu syarikat mana yang dapat itu?...
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Dan saya difahamkan sekarang ini helikopter itu saya tidak tahu apa jadi...
Tuan Pengerusi
Sudah jauh lagi, daripada helikopter kepada gaji, helikopter lah, masuk pula piawaian...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Saya...
Tuan Pengerusi
...Yang Berhormat Pokok Sena faham ini, akan tapi sengaja hendak perli sama Menteri atau Timbalan Menteri.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Akhir-akhir, kalau helikopter itu masih ada...
Tuan Pengerusi
...Akhir tapi soal gaji, emolumen.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Ya, emolumen ni sebab saya tak mahu rugi. Saya minta kalau helikopter itu tak boleh pakai juga, jual kat saya. Saya nak ambil upah menabur baja, menabur benih di kawasan saya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Hah itulah... Tambah lagi pula. Yang sebelah sana, yang pakai cermin mata. Ya, ya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lenggong ya?
Tuan Pengerusi
Tidak, yang ini. Ya.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Pengerusi, saya menyokong tambahan emolumen kepada pegawai polis iaitu sebanyak RM175,168,700 tetapi saya berharap mereka ini dapat memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan.
Kita berharap dengan kenaikan gaji ini, maka kadar jenayah seperti ragut, rompak dan sebagainya itu dapat kita kurangkan.
Kedua, polis juga, kita berharap dapat bertugas dengan jujur supaya mereka ini tidak melindungi jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin yang berlaku di sesetengah tempat seperti di tempat saya di Broga. Kita berharap juga dengan peningkatan gaji kepada polis ini kita berharap tidak ada lagi alasan mengatakan sesetengah tempat yang kita mohon pondok polis komuniti, pondok polis kancil tetapi jawapan yang diberi tidak ada pegawai polis. Jadi maknanya hasrat kita untuk melihat keselamatan di taman-taman yang kes jenayah agak tinggi, kita berharap mereka dapat mengawal keselamatan di tempat itu.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Lenggong, penghabisan ya. Bolehlah saya minta kerjasama. Penghabisan Yang Berhormat Lenggong. Selepas itu saya suruh Menteri gulung.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong penuh kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk menambahkan kenaikan gaji dan kola kepada Polis Diraja Malaysia. Tindakan ini mestilah dibalas dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik, peningkatan kualiti dan sesungguhnya juga kepada penyelesaian masalah-masalah jenayah yang membelenggu masyarakat pada hari ini.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Cuma saya mengambil kesempatan untuk juga membangkitkan beberapa perkara.
Saya hendak membangkitkan tentang masalah balai polis di kawasan saya di Lenggong.
Selama ini ia bertaraf ibu pejabat polis daerah tetapi hari ini telah diturun taraf kepada balai polis daerah, dan berlaku pengurangan pegawai dan sebagainya. Ini menyebabkan berlaku masalah kepada rakyat di kawasan saya untuk menyelesaikan masalah-masalah kecil misalnya, hendak mendapatkan permit senjata api dan memohon permit perarakan dan sebagainya yang memerlukan bayaran RM1 terpaksa bergerak lebih daripada 56km ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ulu Perak di Gerik.
Ini tentu membebankan rakyat dan saya minta supaya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengkaji semula dan meningkatkan semula taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Lenggong itu ke kedudukan yang sebelum ini, supaya masalah-masalah yang bersangkutan dengan rakyat dapat diselesaikan dengan baik kerana kita lihat dari segi jumlah penduduk lebih daripada 32,000 orang dengan 1,933 kilometer persegi. Ini menunjukkan keperluan bahawasanya perlu ada ibu pejabat polis daerah di situ bagi kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Lenggong, yang tadi saya kata emolumen, Menteri kalau nanti menjawab, yang ada hubung kait dengan emolumen sahaja dijawab, yang lain itu jangan jawab. Saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak berdiri lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Masih berminat dengan emolumen, ini gaji polis?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi
Kalau boleh saya minta kerjasama, penghabisanlah Yang Berhormat Pasir Salak. Selepas itu kita followlah minta untuk digulung.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Serai, lain kalilah Yang Berhormat Padang Serai. [Ketawa] Begitu juga dengan Yang Berhormat Wangsa Maju lain kali. Sudah cukup banyak saya nampak muka-muka Ahli Yang Berhormat mendominasi perbahasan pada setiap isu. Yang Berhormat Pasir Salak penghabisan. Jangan panjangkan sangat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi yang sangat baik hati.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Memuji ini pun melanggar peraturan tetap juga. [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa] Puji pun tak boleh.
Ya, inilah Tuan Pengerusi, saya juga menyokong peruntukan tambahan kepada Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, saya ingin memberi tahu kepada menteri yang berkenaan berhubung dengan rungutan pihak pegawai-pegawai polis ini.
Saya mendapat input feedback yang mereka merasakan bahawa gaji yang mereka peroleh dan juga benefits dengan izin, yang diberikan oleh kerajaan agak tidak sepadan dengan kakitangan kerajaan yang lain. Umpamanya seorang OCPD. OCPD merupakan ketua polis daerah yang dari segi gradingnya lebih kurang sama sahaja tarafnya dengan guru besar, pengetua sesuatu sekolah menengah.
Oleh sebab itu dari segi gaji pun rendah berbanding dengan umpamanya pegawai daerah ataupun pegawai civil service yang lain malah lebih rendah daripada ketua penolong pegawai daerah di satu-satu daerah. Housing allowance pun saya difahamkan jauh lebih rendah daripada kakitangan PTD di daerah-daerah tertentu. Jadi ini menyebabkan pegawai-pegawai polis merasakan mereka tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak kerajaan dari segi gaji atau dari segi benefits.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan sebab itu, mungkin sedikit sebanyak menjatuhkan semangat mereka ataupun moral mereka untuk menjalankan tugas dan membawa akibat sebagaimana yang disebutkan tadi, masalah jenayah dan sebagainya. Jadi saya minta kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk melihat perkara ini, apakah benar perkara ini berlaku?
Satu lagi yang berkaitan dengan prestasi pihak polis dalam menjalankan kerja mereka ini. Saya mendapat rungutan iaitu apabila mereka membuat penangkapan, oleh sebab reformasi-reformasi yang dituntut oleh berbagai-bagai pihak, pihak polis tidak boleh bertindak begitu tegas sangat. Dalam erti kata, kalau tangkap seseorang, saya bukan lawyer, tetapi minta kalau boleh kalau salah tolong betulkan. Tidak ada masalah.
Kalau seseorang suspek umpamanya ditangkap oleh polis, dia mesti dengan segera dibawa kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah sama ada boleh ditahan berapa hari untuk tujuan siasatan. Prosedur ini menyebabkan pihak polis susah untuk buat kerja dan selain daripada itu juga kadang-kadang suspek ini hendak dibuktikan di mahkamah yang mereka itu betul-betul bersalah, bukannya senang. Hendak ada bukti-bukti hard evidence dengan izin, baru boleh dibuktikan bersalah.
Jadi kalau pihak polis dalam membuat kerja mereka ini diminta supaya berlembut, tidak boleh tegas sedikit, tidak boleh kasar sedikit, anti-human rights, hak asasi dan sebagainya. Tidak macam dahulu, boleh tempeleng, tempeleng sedikit, boleh tarik-tarik telinga sedikit. Boleh, ialah sedikit-sedikitlah macam-macam boleh buat untuk dapatkan maklumat, dapatkan bukti. Jadi yang ini sekarang tidak boleh dah. Jadi pihak polis pun, dia fikir susahlah hendak buat kerja, hendak tangkap pesalah-pesalah ini. Jadi dengan sebab itu, mereka pun biarkan sahajalah perkara ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Jadi dengan sebab itulah Tuan Pengerusi, berlakunya masalah jenayah ini banyak di seluruh negara kita. Jadi saya minta menteri selain daripada memberikan perhatian dengan khidmat yang setanding dengan pegawai-pegawai kerajaan yang lain, dengan benefits yang sama juga kepada PTD-PTD dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain supaya mereka lebih mempunyai semangat yang tinggi untuk berkhidmat. Juga melihat kepada aturan dan peraturan cara pegawai-pegawai polis kita untuk bekerja. Sekian, terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Timbalan Menteri menjawab. Sudah Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang terdiri daripada Ipoh Timur, Kuantan, Pokok Sena, Hulu Langat, Lenggong dan Pasir Salak yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa mengenai emolumen Polis Diraja Malaysia.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka oleh sebab mereka begitu prihatin terhadap bidang kuasa dan penugasan pihak Polis Diraja Malaysia. Segala pandangan, cadangan dan teguran mengenai prestasi pihak polis, saya akan meneliti dan saya akan mencuba dengan sedaya upaya untuk menjawab hujah-hujah yang telah pun dikemukakan oleh enam orang Ahli Yang Berhormat.
Yang pertama Tuan Pengerusi, adalah pihak Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur telah pun membaca laporan dari Malaysiakini. Beliau telah pun memberitahu macam- macam iaitu pihak polis telah bertindak secara kasar, secara tidak betul dan kononnya pukul juga penduduk-penduduk dari Taman Bandar Mahkota Cheras.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung
Saya baru terima satu laporan lengkap dari pihak polis. Ingin saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini iaitu pada peristiwa ataupun kejadian merusuh di Tol Grand Saga pada 27 Mei 2008. Ini adalah pada mulanya tidak ada kena-mengena dengan pihak polis dan pihak polis pun tidak tahu tentang penduduk-penduduk yang berada di situ, yang berhimpun di situ dengan matlamat hendak meruntuhkan tembok pengadang yang telah pun dibina oleh pihak Grand Saga.
Walaupun ada beberapa orang anggota berada di situ hanya untuk mengawal trafik di situ, sebab di situ pada masa peak hours terlalu ramai orang dan juga kenderaan- kenderaan begitu banyak sekali. Maka apabila ia berlaku di tempat tembok pengadang itu, pihak polis dengan hanya beberapa orang anggota tidak dapat dengan serta-merta untuk mengambil tindakan kecuali untuk berhubung dengan polis-polis KPD, pegawai polis daerah; supaya menghantar lagi enforcement untuk mengawal keselamatan dan juga mengawal keamanan di tempat di mana rusuhan berlaku.
Apabila pihak FRU dan pegawai-pegawai polis yang datang, segala masalah yang telah berlaku di antara kedua pihak kononnya penduduk dari Bandar Mahkota Cheras dan pihak orang Grand Saga telah pun habis. Pihak polis tidak dapat menjalankan apa-apa tindakan untuk mengawal keamanan kecuali menyuraikan supaya amaran diberikan di mana penduduk-penduduk harus bersurai.
Namun nampaknya dalam kekeliruan ini ada juga penduduk-penduduk yang kononnya dipukul oleh samseng-samseng, yang tidak dikenal pasti, maka penduduk- penduduk beraksi dengan begitu keras sehingga membawa sebuah kenderaan hendak melanggar beberapa orang pegawai polis. Mengikut laporan yang saya ada ini, hasil siasatan terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira, nombor pendaftaran WDP 1594 yang dipandu oleh tiga orang lelaki dan seorang perempuan cuba hendak melanggar dan mencederakan anggota polis.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keempat-empat orang ini telah pun ditahan untuk siasatan. Saya percaya dalam keadaan yang keliru pada masa itu begitu banyak dakwaan yang dibuat sama ada terhadap polis ataupun terhadap samseng- samseng. Selepas itu penduduk-penduduk Taman Mahkota Cheras diminta untuk membuat laporan polis, dan pada 27 Mei ini terdapat sembilan laporan polis telah dibuat.
Pihak polis sedang menyiasat siapakah yang dikatakan samseng-samseng yang memukul penduduk-penduduk yang ada di tempat itu. Jika terdapat sebarang tindak laku yang tidak betul di pihak polis, saya juga minta supaya kononnya orang yang tercedera oleh kerana dipukul oleh pihak polis, supaya beliau tampil ke hadapan untuk membuat satu laporan polis.
Kesemua sembilan report yang diterima ini tidak kena-mengena dengan tindak laku pihak polis. Kalau ada saya jemput orang yang berkenaan untuk tampil ke hadapan, buatlah laporan polis supaya dalam polis sendiri kita boleh buat satu siasatan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan. Oleh kerana akuan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri saya mengucapkan terima kasih. Akan tetapi bercanggah dengan akuan-akuan oleh penduduk-penduduk yang ada di sana. Khasnya tidak ada apa-apa penjelasan mengenai kes Chan Jiun Haur yang dipukul oleh pihak polis ataupun tiga orang lain yang telah pun dibebaskan.
Bahawa, timbul soalan sama ada akuan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah benar ataupun tidak benar, dan ada dikhuatiri dan dipersoalkan oleh penduduk-penduduk. Adakah kerajaan atau kementerian berkenaan rela melantik satu independent open inquiry dalam perkara ini supaya dalam siasatan credible - kewibawaan dan tidak menimbulkan apa-apa soalan bahawa polis cuba untuk menyembunyikan perkara ini?
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau betul Encik Chan Jiun Haur seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya minta beliau datang kepada pihak polis untuk membuat satu siasatan, sama ada satu royal inquiry atau apa inquiry, itu soal lain.
Dato’ Chor Chee Heung
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pasukan polis sekarang ini adalah kumpulan yang cukup profesional. Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa jika ada sebarang penyiasatan dalaman dibuat mereka ini akan melalui langkah cukup profesional dalam menjalankan kerja-kerja mereka ini.
Saya tidak akan mendakwa bahawa laporan di Malaysiakini tidak betul, tetapi jangan hanya kita mendengar satu belah pihak sahaja. Kalau boleh dengar juga di sebelah kita dan sebelah mereka barulah kita tahu apakah sebenarnya kejadian yang berlaku pada 27 Mei ini.
Yang Berhormat Kuantan dan...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya beberapa perkara. Menurut pengetahuan saya penduduk-penduduk di Bandar Mahkota Cheras memaklumkan kepada saya bahawa sejak pagi hari Selasa itu mereka telah beberapa kali menelefon pihak polis untuk menghantar anggota polis yang lebih banyak pergi ke sana.
Sejak pagi hari itu mereka sudah tengok samseng berkumpul di situ, tetapi seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, bahawa hanya beberapa orang anggota polis yang berada di tempat itu. Saya hendak tanya, kenapa pihak polis tidak menghantar lebih banyak anggota polis berkumpul di situ untuk menjaga apa-apa kejadian yang mungkin berlaku.
Soalan kedua, pada pukul 7.00 petang itu pergaduhan berlaku, tetapi hanya pada pukul 10.00 lebih FRU baru sampai. Pertanyaan saya ialah, apakah alasan yang boleh dikemukakan oleh pihak polis yang menyambil masa selama tiga jam FRU untuk sampai ke tempat kejadian bagi mengawal kawasan di situ.
Soalan ketiga saya, sekiranya laporan polis itu adalah betul, saya hendak tanya berapa orang anggota polis yang telah dilanggar oleh Encik Chan? Berapa orang yang telah dicederakan dan saya hendak tanya juga sekiranya betul Encik Chan melanggar dua orang anggota polis adalah munasabah - kami memang ada gambar already. Kita ada gambar yang menunjukkan sekumpulan polis yang memukul Encik Chan. Saya hendak tanya, adakah itu kekerasan yang munasabah atau kekerasan yang keterlaluan. Itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat. Ada tiga soalan di sini.
Pertama, ia mengikut pengetahuan Yang Berhormat sahaja. Sebenarnya Yang Berhormat tidak ada di situ dan saya pun tidak ada di situ. Oleh kerana itulah saya tidak berani mengatakan siapa, dan apakah sebenarnya yang berlaku.
Kedua, ialah mengenai berapa orang anggota polis yang tercedera. Mengikut maklum balas daripada laporan ini terdapat dua orang anggota polis telah mendapat kecederaan, di mana seorang cedera di bahagian tangan dan seorang lagi di bahagian paha, kerana terjatuh akibat dilanggar oleh kereta tersebut...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Chor Chee Heung
...Mengenai penggunaan kekerasan terhadap orang- orang yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya tidak menerima sebarang berita ataupun laporan mengenai perkara itu, tetapi saya ingin memberi jaminan bahawa semua pegawai polis termasuk juga kakitangan, anggota polis sentiasa bertindak mengikut lunas undang- undang dan mengikut apa yang telah pun diajarkan kepada mereka supaya lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka.
Sila, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada dua orang tercedera, seorang cedera di paha dan seorang lagi di satu tempat lain.
Semasa makan tengah hari tadi saya tengok surat khabar Cina (Chinese News Paper) menunjukkan lebih daripada 20 - 30 orang cedera - punctured, ada lubang di kepala, berdarah seluruh muka macam filem dracula. Ini surat khabar Cina, bukan surat khabar Tamil. Mungkin Yang Berhormat perlu membaca lebih surat khabar Cina supaya boleh mengetahui keadaan yang sebenar.
Saya pun terkejut dan saya takut ini mungkin pada lima, enam, 10 tahun di Bosnia atau di Cechnya, bukan di Malaysia tetapi hampir dalam 15 - 20 minit daripada sini iaitu Cheras. Saya rasa seorang timbalan menteri mesti lebih prihatin tentang ini. Ini melibatkan rakyat kita yang telah menghantar kita ke Dewan yang mulia ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Chor Chee Heung
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, tadi kita mendengar hujah-hujah daripada pihak pembangkang tentang ketidakadilan pihak polis terhadap isu-isu yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras ini, tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Apakah Yang Berhormat Menteri maklum bahawa semalam Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar memberi laluan, green light kepada resident di sana untuk meruntuhkan semula tembok batu yang didirikan itu. Bermakna Yang Berhormat Menteri, bahawa pihak polis berlaku adil dan juga melihat dalam keadaan di situ apabila keadaan itu boleh memerlukan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat. Tidak payahlah Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Itu satu. Keduanya Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, saya tidak tahulah tadi Yang Berhormat Padang Serai mengatakan tentang orang pecah kepala dan sebagainya.
Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, ada satu ketika Malaysiakini menunjukkan gambar seorang Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dalam keadaan berlumuran darah, pecah kepala, keluar dalam Malaysiakini dan kalau kita lihat daripada gambar itu, dia sepatutnya berada dalam hospital. Pecah kepala dengan darah berlumuran.
Dramatiknya gambar itu tapi hari selepas itu, datang ke Parlimen, makan elok di kantin, jalan okey. Jadi saya nak tanya apakah dengan adanya gambar-gambar dalam Malaysiakini ini merupakan keadaan sebenar yang dikatakan oleh pihak pembangkang.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya minta menteri jawab secara faktalah ya.
Dato' Chor Chee Heung
Baik terima kasih Tuan Pengerusi. Okey menjawab soalan dari Padang Serai. Pertama sekali saya tidak tahu sama ada beliau dengar apa saya jawab tadi.
Saya mengatakan dua orang anggota polis yang tercedera di rusuhan itu. Saya tidak kata pendudukkah, siapa-siapa tidak tercedera. Cuma dua orang anggota polis. Yang lain mengikut surat khabar itu memang saya sudah membaca. Saya baca dan ada beberapa orang saya tahu, penduduk yang mana berada di situ bila pergaduhan itu berlaku, mereka juga dicederakan. Ada, saya tahu tetapi dua orang itu ialah anggota polis.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Selepas itu. Menjawab Kota Belud juga saya setuju.
Saya setuju pihak polis.., duduk sekejap... Duduk sekejap...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong duduk. Dia belum habis jawab Kota Belud dengan Padang Serai.
Dato' Chor Chee Heung
Pihak polis hanya memainkan peranan untuk menjaga keamanan. Kita tidak memihak kepada sesiapa pun. Siapa salah siapa betul di antara dua pihak iaitu syarikat yang membina highway itu dan juga pemaju perumahan di situ. So, ini bukan satu masalah bagi pihak polis. Pihak polis cuma menjaga keamanan di situ.
Apa yang Yang Berhormat Kota Belud kata betul. Bila penduduk-penduduk dia pergi hendak meruntuhkan itu, pihak polis tidak buat apa–apa. Ini kalau kita imbas balik apa yang saya katakan tadi. Pihak Grand Saga akan menuduh pihak polis, sebab apa you memihak kepada penduduk di situ? So, kita kena harus tahu pada keseluruhannya, selok- belok yang berlaku di situ baru kita berani membuat satu kesimpulan. Yang Berhormat Kepong, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya pun tidak ada di situ apabila berlaku kejadian itu. Kota Belud tidak ada di situ. Bayang pun tidak tengok. Yang saya tahunya, kita tidak tahu apa terjadi. Dia, Alor Setar dia sedia menerima kenyataan daripada Kota Belud. Saya tidak tahulah macam mana jadi Timbalan Menteri.
Dan saya diberitahu bahawa saya mengesahkan itu Yang Berhormat Segambut telah dipukul, dibelasah dan kemudian dimasukkan ke Hospital Selayang. Di situ pihak hospital nak tahan dia di dalam hospital tapi kerana tugasnya ada di Parlimen, dia kejar ke Parlimen. Itulah hakikatnya. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Gambar macam pecah kepala?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Segambut dia discharge on his zone. Saya nak memperbetulkan apa yang tidak betul.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Ya. Baik Yang Berhormat. Itu sudah diperbetulkan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat Timbalan Menteri dah berkata tadi, siapa yang mempunyai maklumat, datang kepada polis dan berikan maklumat. Saya dengar perkara itu. Jadi jawapan daripada Timbalan Menteri cukup lengkap.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi...
Dato' Chor Chee Heung
Saya tidak akan menjawab dengan panjang lebar sekarang. Cuma nak bagi tahu...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta penjelasan sikit boleh?
Minta laluan.
Dato' Chor Chee Heung
...Cuma Yang Berhormat Kepong ini kadang-kadang di kepong oleh pihak pembangkang hingga dia tidak dapat melihat langsung...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu.
Dato' Chor Chee Heung
...Kadang-kadang dia buat sandiwara ini. Kelmarin dia cedera di kepala. Hari ini lain pula...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila jawab Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Baiklah. Yang Berhormat dari Kuantan dan Pasir Salak menyentuh tentang gaji dan elaun pihak polis, anggota polis. Kita sentiasa, kita sentiasa nak cuba untuk mereviewkan gaji dan elaun yang diberikan kepada anggota pihak polis.
Kita tahu buat masa ini kalau kita buat perbandingan anggota polis dan anggota-anggota yang berseragam yang lain itu, masih rendah lagi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi seorang anggota biasa, masuk saja dengan SPM, gaji sudah naik. Macam Yang Berhormat Kuantan kata tadi tidak naik lagi.
Sebenarnya jumlah yang diberikan oleh Yang Berhormat memang tidak tepat. Bagi seorang yang masuk dengan keputusan SPM, gaji pokok ialah RM897 dan ada juga terdapat beberapa jenis elaun. Elaun Khidmat Awam RM115, COLA sudah naik jadi RM300, housing iaitu perumahan RM235, insentif long hours RM100, maksud berjumlah ialah RM1,647.
Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, kita sentiasa mengkaji, mengkaji selepas dua tahun kita mengkaji, jika munasabah kita minta lagi. Sebenarnya KDN telah minta dah, sudah setuju dengan pihak polis untuk minta supaya long hours punya insentif dinaikkan sehingga RM500 sebulan tetapi setakat ini tidak dapat sebarang jawapan sama ada lulus atau tidak. Kalau tidak lulus, kita akan mengemukakan lagi permohonan.
Bagi seorang pegawai polis daerah yang menjaga satu-satu daerah, kita kena tengok sama ada apakah pangkat pegawai berkenaan. Kalau daerah itu kecil sangat, maksud pangkat tidak begitu tinggi, maka gaji yang diberikan termasuk dengan elaun adalah selaras dengan pangkat itu juga. Kalau macam di Kuala Lumpur terdapat begitu banyak daerah-daerah di mana seorang berpangkat tinggi macam ACP (Assistant Commissioner Police) menyandang tempat itu, ketua jawatan itu, maka beliau berhak untuk mendapat gaji yang lebih tinggi termasuk dengan elaun yang lebih tinggi.
Selain daripada itu juga, saya nak beralih kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Tadi Yang Berhormat...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta penjelasan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Pohon penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, dua orang berdiri tidak boleh cakap. Tunggu saya panggil Yang Berhormat. Lembah Pantai dulu.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kuantan, Kuantan.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Saya rasa Timbalan Menteri tidak jawab soalan saya tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Saya kata Lembah Pantai dulu tadi. Lepas itu Yang Berhormat bangun.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya minta penjelasan tentang bahawa selepas dua tahun akan membuat kajian semula tentang gaji yang diberikan.
Jadi jumlah sebanyak RM175 juta lebihan ini, adakah ia hanya kenaikan gaji untuk anggota polis sedia ada selepas kajian dibuat? Berapakah peratusan kenaikan dan ataupun ia juga merangkumi anggota-anggota polis yang ditambah sejajar dengan janji manifesto Barisan Nasional tahun 2004 dan juga termasuk anggota-anggota polis yang diambil semula selepas pencen. Mungkin untuk menambah lagi ahli-ahli. Terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang kita minta pada hari ini dalam supplementary budget itu RM175 juta ini ia ini adalah selaras dengan kenaikan gaji bagi anggota polis pada puratanya ialah 20%. Ini tidak termasuk pencen-pencen yang akan dibayar kepada pegawai polis yang telah pun berpencen.
Dato' Chor Chee Heung
Untuk maklumat Yang Berhormat juga pada tahun lepas, kerajaan pun telah setuju supaya mulai 2007 sehingga 2011, pengambilan pegawai dan konstabel untuk menyertai Polis Diraja Malaysia adalah 60,000 dan ini pada setiap tahun kita akan membuat pengambilan. Macam tahun lepas kita dah masuk, dah ambil lebih kurang 4,000. Tahun ini kita cadang nak ambil lebih daripada 4,000 tapi ini juga bergantung kepada kapasiti latihan di pusat latihan kita, Polis Diraja Malaysia.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat nak bagi Yang Berhormat Kuantan?
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Satu Yang Berhormat, saya nak tanya juga pengambilan 4,000 tapi yang pencen berapa ribu setahun?
Dato' Chor Chee Heung
Yang pencen itu, jumlah pegawai yang telah bersara saya tidak mempunyai angka yang tepat di sini Tuan Pengerusi. Minta maaf.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih. Saya pohon penjelasan timbalan menteri sebab saya rasa timbalan menteri tidak menjawab isu yang saya katakan tadi.
Saya kata rakyat, pembayar cukai ini, yang bayar gaji polis ini tidak khuatir, tidak susah hati nak bayar gaji tambahan malah minta review lagi sekiranya boleh dijanjikan kadar jenayah itu boleh diturunkan, rasuah itu boleh dibanteras dan juga keganasan polis itu boleh kita atasi. Apa jawapan timbalan menteri kepada ini?
Dato' Chor Chee Heung
Tuan Pengerusi, saya percaya kalau panggil KDN
(Kementerian Dalam Negeri) nak bagi janji supaya kadar jenayah tidak akan dinaikkan lagi, saya ingat ini satu perkara yang mustahillah. Tak mungkin kita boleh bagi janji supaya kadar jenayah di seluruh negara dapat diturunkan, sedangkan penduduk-penduduk bertambah dan...
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat kena duduk dulu Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
....Bagi penduduk-penduduk di negara ini kian bertambah dan kota-kota besar kian dibesarkan dengan kemajuan yang begitu pesat sekali.
Mana ada kota-kota di dunia ataupun di mana-mana sebuah negara di situ kita boleh memberi jaminan bahawa kadar jenayah mesti turun. Tak mungkin!
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
Yang kita boleh memberi jaminan ialah kita akan pada setiap tahun mengambil lebih ramai pemuda-pemudi yang ingin menyertai pihak polis supaya satu pasukan Polis Diraja Malaysia mempunyai kekuatan yang munasabah supaya kita boleh melahirkan pegawai-pegawai polis yang berhemah, yang berwibawa, yang rajin.
Itu saja.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Boleh saya tanya lagi timbalan menteri ya? Saya rasa timbalan menteri di sini bercakap tanpa rasa tanggungjawab seorang timbalan menteri. [Dewan riuh] [Tepuk] Kalau seorang timbalan menteri di dalam Kementerian Dalam Negeri mengatakan begini, apa harapan untuk rakyat Malaysia?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Saya nak beri satu point yang hujah saya semasa saya katakan dalam perbahasan saya dulu, police population ratio Malaysia ialah 1:295 berbanding dengan apa yang Interpol cadangkan 1:250. Kita tidak ada masalah dengan anggota tetapi kita memang ada masalah tentang pembahagian anggota di bandar- bandar besar, di mana bandar-bandar besar memang tak cukup anggota. Persoalan saya kepada Menteri Dalam Negeri dahulu, adakah ini masalah pengagihan tenaga?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, baik. Dah faham dah.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Jadi saya rasa timbalan menteri miss that point. Saya harap timbalan menteri dapat jawab hal ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Yang Berhormat, saya dah bagi tahu tadi pada setiap tahun kita akan tambah pengambilan. Dari tahun lepas sampai tahun 2011, kita akan dapat 60,000. Sebenarnya sekarang nisbah pihak polis bagi setiap orang penduduk ialah 1:280.
Kita tahu tentang piawaian antarabangsa ialah 1:250.
Kita sedang berusaha untuk mencapai matlamat itu dan kita sedang berusaha juga membahagikan supaya setiap tempat di negara kita kalau boleh, seboleh-bolehnya mempunyai pegawai yang mencukupi. Ini adalah satu jaminan yang kita boleh bagi dan pada masa yang sama, kita juga melatih supaya pegawai dan pihak anggota polis kita menjadi pasukan yang kuat, yang berwibawa yang boleh mencegah jenayah-jenayah di negara kita, tapi kita tak boleh bagi gerenti turun! Ini satu perkara yang mustahil kita dapat lakukan.
Baiklah Tuan Pengerusi, saya percaya saya sudah cukuplah...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah cukup, cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
Terima kasihlah kepada semua Ahli Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, cukuplah.
Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Chor Chee Heung
...Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Pokok Sena ini, memang jauh...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tumpat itu apa bincang itu Yang Berhormat? Sila duduk Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee Heung
...Memang jauh di luar tajuk tapi walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat minat, saya boleh dapat lebih banyak lagi maklumat dan saya boleh bagilah kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Yang Berhormat Hulu Langat, beliau juga...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan sikit saja.
Dato' Chor Chee Heung
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sikit saja, seminit tak sampai.
Dato' Chor Chee Heung
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Seminit saja.
Dato' Chor Chee Heung
Tadi Yang Berhormat juga dari Hulu Langat, beliau ini khuatir sebab permintaan telah dibuat untuk mengadakan balai polis komuniti. Kadang- kadang kita tidak mencukupi. Ini kita tahu, pihak polis menyedari masalah ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita buat masa ini mempunyai 60 buah balai polis komuniti dan 55 pondok polis komuniti dan beri keutamaan kepada kontinjen di kota-kota besar dulu, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga Selangor. Dan selepas ini perancangan diadakan supaya balai-balai polis ataupun pondok-pondok polis ini akan dibina yang bercita rasa komuniti akan dibina di tempat-tempat lain tetapi ini adalah selaras dengan pengambilan rekrut-rekrut Polis Diraja Malaysia.
Yang Berhormat Lenggong juga mengemukakan masalah kekurangan pegawai.
Pengambilan lebih ramai pegawai konstabel, ini kita pihak polis sedang dalam perancangan untuk mengambil seperti saya katakan tadi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau yang tak ada kena mengena dengan apa yang disebut di bawah ini, tak payah jawablah Yang Berhormat. Jawab bertulis saja.
Dato' Chor Chee Heung
Ya, pendek saja. Pendek sajalah. Okey, saya percaya saya sudah jawab habis dah. Baiklah, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Timbalan Menteri sudah jawab cukup elok. Dah habis dah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM175,168,700 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM175,168,700 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2007 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak tujuh puluh empat juta sembilan ratus lima puluh ribu satu ratus lima puluh ringgit (RM74,950,150) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2007, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2007 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2008 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan, “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak tujuh puluh empat juta sembilan ratus lima puluh ribu satu ratus lima puluh ringgit (RM74,950,150) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2007, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2007 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2008 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”
Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu rang undang- undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980 dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya rang undang- undang bernama Akta Pencen (Pindaan) Tahun 2008 dibaca kali yang kedua sekarang.
Rang undang-undang yang dicadangkan ialah untuk meminda Akta Pencen 1980 iaitu undang-undang yang mentadbirkan urusan persaraan dan pencen bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam persekutuan dan negeri. Secara khususnya pindaan undang-undang ini ialah untuk melaksanakan perlanjutan umur persaraan wajib bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam persekutuan dan negeri daripada 56 tahun kepada 58 tahun mulai Julai 2008.
Beberapa pindaan berbangkit yang menyentuh umur persaraan wajib yang dicadangkan pindaan undang-undang ini membolehkan semua pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Julai 2008 berkhidmat sehingga mencapai umur 58 tahun. Ia juga membolehkan pemberian opsyen kepada semua pegawai-pegawai tetap yang sedang berkhidmat untuk memilih melanjut perkhidmatan sehingga mencapai umur 58 tahun atau bersara pada umur 56 tahun seperti sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, kali terakhir umur persaraan wajib dinaikkan pada 1 Oktober tahun 2001 iaitu daripada 55 tahun kepada 56 tahun. Ketika itu hampir 1,400 pegawai telah memilih untuk mengekalkan dengan umur persaraan wajib 55 tahun. Kini demi kesamarataan, pegawai daripada golongan ini juga diberi peluang memilih untuk bersara wajib pada umur 58 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, dasar perlanjutan umur persaraan wajib kepada 58 tahun telah diputuskan oleh kerajaan selepas mengambil kira permintaan golongan-golongan tertentu di dalam sektor awam yang berpendapat bahawa umur 56 tahun adalah terlalu awal untuk berhenti bekerja. Sebenarnya sebelum ini pun kerajaan telah membenarkan perkhidmatan melebihi umur 56 tahun tetapi atas hanya pelantikan kontrak selama satu tahun atau dua tahun dengan secara selektif iaitu bagi jawatan-jawatan tertentu atas kepentingan sesuatu jabatan.
Sebaliknya pindaan yang dicadangkan di dalam Dewan yang mulia ini merangkumi semua pegawai tetap yang merasakan dirinya masih mampu untuk menyumbangkan perkhidmatan kepada kerajaan sehingga mencapai umur 58 tahun. Dalam hal ini memandangkan umur persaraan wajib pegawai-pegawai yang telah memilih untuk tertakluk kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga diperuntukkan di bawah Akta Pencen 1980. Golongan ini juga akan berkhidmat sehingga umur 58 tahun seperti rakan-rakan mereka di dalam skim pencen.
Tuan Yang di-Pertua, perlanjutan umur wajib pesara kepada 58 tahun untuk semua pegawai tetap kerajaan adalah wajib memandangkan peningkatan taraf kesihatan yang telah secara langsung meningkatkan jangka hayat penduduk Malaysia. Ini bererti bahawa pegawai-pegawai yang berumur 58 tahun masih cergas dari segi fizikal, pemikiran, minda dan mampu berkhidmat secara produktif kepada negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd Johari bin Baharum
Perlanjutan umur persaraan wajib juga dapat memberi peluang optimum daripada perbelanjaan besar oleh kerajaan untuk kursus dan latihan pegawai-pegawai melalui pegawai-pegawai berpengalaman dan terlatih dalam sektor awam. Perubahan demografi negara menunjukkan trend peningkatan jumlah penduduk berumur 56 tahun ke atas dan perlanjutan umur persaraan akan dapat memanjangkan tempoh gainful employment golongan ini.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula sekiranya kesemua 31,000 pegawai perkhidmatan awam dan pekerja, pihak-pihak berkuasa, berkanun dan tempatan yang akan mencapai umur 56 tahun pada dua tahun pertama pelaksanaan dasar ini memilih untuk melanjutkan perkhidmatan sehingga umur 58 tahun ianya akan mendatangkan penjimatan pencen sejumlah RM412 juta di samping penangguhan bayaran ganjaran sejumlah RM1,990 juta.
Dari sudut seorang pegawai yang dilanjutkan perkhidmatan pula beliau akan menikmati sekurang-kurangnya penambahan nilai ganjaran sekiranya dia benarkan tambahan tempoh perkhidmatan kepada 24 bulan.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut penelitian, penambahan dua tahun perkhidmatan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan bagi generasi muda ketika ini walaupun umur persaraan wajib dilanjutkan, peluang pekerjaan dan dalam sektor awam masih ada dan menampung kekosongan yang sedia ada. Khususnya dalam bidang perubatan, keselamatan dan perguruan. Penjawat-penjawat baru juga diperlukan dalam perkhidmatan- perkhidmatan lain bagi mengisi kekosongan jawatan akibat persaraan awal, peletakan jawatan, pertukaran perkhidmatan serta kematian semasa dalam perkhidmatan.
Dasar baru ini akan menyebabkan seramai 31,000 anggota yang sepatutnya bersara dalam tempoh 1 Julai 2008 sehingga 30 Jun 2010, berkhidmat dua tahun lagi. Buat masa ini, terdapat sebanyak lebih 200,000 jawatan sektor awam daripada berbagai-bagai gred dalam perkhidmatan yang belum diisi dan jumlah ini jauh melebihi jumlah yang akan kekal di dalam perkhidmatan selama dua tahun lagi mulai Julai 2008.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pemberian opsyen pula, seseorang pegawai ketika ini ialah bahawa beliau akan mula menikmati ganjaran dan pencen apabila mencapai umur persaraan wajib 56 tahun. Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 142, Perlembagaan Persekutuan Perlanjutan Umur Persaraan Wajib yang membawa kesan penangguhan pembayaran ganjaran dan pencen hanya dapat dilaksanakan dengan pemilihan atau opsyen pegawai itu sendiri. Tempoh opsyen sebulan difikirkan memadai untuk membolehkan pertimbangan semakan oleh pegawai-pegawai kerajaan mengenai pilihan mereka. Mengambil kira pertimbangan ini, tarikh kuat kuasa yang paling sesuai untuk melaksanakan dasar ini ialah 1 Julai 2008.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ingin melihat pegawai-pegawai yang berpeluang berkhidmat sehingga mencapai umur 58 tahun terus menyumbangkan perkhidmatan yang berprestasi tinggi sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka. Malahan, harapan kerajaan dan rakyat adalah supaya golongan pegawai yang telah lanjut usia dapat mencurah pengalaman dan pengetahuan mereka kepada generasi muda di dalam sektor awam demi peningkatan kualiti perkhidmatan awam keseluruhannya. Kerajaan akan mengambil tindakan yang sejajar termasuk menamatkan perkhidmatan melalui tindakan tatatertib atau persaraan awal ke atas mana-mana pegawai yang bermasalah sehingga menjejaskan prestasi kerja tidak kira berapa umurnya.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga bertujuan memanjangkan pemakaian dua jenis persaraan awal kepada pegawai yang telah memilih skim KWSP. Jenis persaraan yang dimaksudkannya ialah persaraan demi kepentingan negara dan persaraan atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan awam. Persaraan demi kepentingan negara ialah bagi menamatkan perkhidmatan pegawai yang dipilih menjadi Pesuruhjaya Hakim.
Persaraan atas alasan kepentingan perkhidmatan awam pula adalah bagi menamatkan perkhidmatan pegawai yang prestasinya kurang memuaskan, walaupun tidak menjurus kepada tindakan tatatertib. Antara keadaan ini ialah masalah keluarga atau masalah kesihatan yang di luar kawalan pegawai, tetapi yang menggugat prestasi kerja.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd Johari bin Baharum
Di bawah Undang-undang Pencen yang sedia ada, dua jenis persaraan ini hanya diperuntukkan kepada pegawai-pegawai yang tertakluk kepada Skim Pencen. Walhal berkemungkinan juga pegawai yang di bawah Skim KWSP ini juga perlu dibersarakan awal atas sebab yang sama. Dengan pindaan dan cadangan yang dicadangkan, pegawai- pegawai di bawah Skim KWSP tidak perlu meletakkan jawatan bagi tujuan-tujuan yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, selaras dengan pilihan mereka, pesara-pesara Skim KWSP hanya diberi caruman KWSP oleh kerajaan sebagai faedah persaraan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang menyokong?
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum saya panggil Yang Berhormat. Ada sesiapa yang menyokong?
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Pencen 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, siapa yang... Tidak apa, suara itu nyaring sangat, terkejut saya.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum kita memulakan perbahasan, saya ingin memberi maklumat sedikit bahawa ini satu perkara sahaja iaitu naik daripada 56 ke 58. Jadi, saya hadkan perbahasan dalam 10 minit seorang Yang Berhormat mencukupi. Lagipun, kita ada dua Rang Undang-undang Pencen untuk pencen pegawai kerajaan dan pencen badan berkanun. Jadi, saya mula dengan Yang Berhormat Kuala Langat. Sila Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sesungguhnya dalam usia 56 tahun dilanjutkan dalam 58 tahun adalah satu keputusan yang cukup baik dan memang patut diterima dalam keadaan suasana masa kini.
Namun, saya kira dalam pindaan rang undang-undang ini dibuat dalam permasalahan pencen, saya rasa agak keliru sedikit dengan kedudukan pekerja-pekerja berkanun yang terpinggir seperti mereka dalam jawatan KWSP, jawatan Tabung Haji, jawatan-jawatan dalam kelompok kumpulan FELDA yang dulunya mereka adalah perkhidmatan awam.
Namun, setelah diletakkan dalam kumpulan iaitu dipanggil berkanun dipinggir.
Mereka tidak termasuk dalam konsep General Order. Saya inginkan kepastian daripada kementerian yang boleh dan memberikan penjelasan tentang kedudukan kumpulan- kumpulan ini. Bagi saya, pindaan ini sesungguhnya mereka juga terlibat secara langsung kerana mereka tidak ada perjanjian bersama dalam private sector dan mereka juga bukan dalam sektor awam.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini memberikan mereka dalam keadaan di tengah-tengah. Maka, saya mengesyorkan supaya kumpulan kelompok ini pun dikategorikan mereka yang layak dalam pindaan 56 tahun ke 58 tahun, dalam usia untuk meneruskan servis kepada jabatan-jabatan yang terlibat. Sesesungguhnya, saya memang bersetuju dengan pindaan rang undang- undang yang dibuat ini untuk usia persaraan 56 tahun ke 58 tahun. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya cuma perlu lima minit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah pun menaikkan umur persaraan daripada 56 kepada 58.
Walaupun dalam ucapan menyokong Titah Diraja saya memohon kepada 60 tahun, kerana tadi pun disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu bahawa umur jangka hayat kita sudah pun meningkat. Oleh sebab itu kita lihat ada sesetengah daripada mereka, apabila bersara masih lagi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan dan sebagainya, kerana ingin meneruskan kehidupan keluarga mereka.
Oleh itu dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara sahaja iaitu tentang umur persaraan. Saya ingin bertanya ialah mengenai cadangan kerajaan untuk melaksanakan Skim Pencen Bercarum ini seperti mana caruman dalam KWSP kerana ini juga akan melibatkan pindaan kepada Akta Pencen 1980. Ia memanglah satu cadangan yang baik kerana ini akan mengurangkan bebanan kerajaan sebenarnya.
Walau bagaimanapun, saya berharap apabila cadangan ini mahu dilaksanakan, kita harap kerajaan berbincang dahulu dengan CUEPACS dan juga kakitangan awam supaya pandangan mereka ini diambil kira. Sekiranya sistem ini dilaksanakan ia memang akan merugikan kepada golongan pekerja sendiri yang akan bersara. Sistem sekarang ini adalah cukup baik sebab itulah orang ramai hendak bekerja dengan kerajaan. Kalau mereka meninggal dan sebagainya, si suami ataupun si isteri akan terus mendapat pencen suami atau isteri yang meninggal itu. Begitu juga dengan anak mereka akan dapat menikmati pencen itu sehingga berumur 21 tahun.
Oleh itu, saya harap jika Skim Pencen Bercarum ini mahu dilaksanakan, maka mestilah mendapat pandangan daripada pihak golongan, kakitangan kerajaan dan CUEPACS. Satu perkara lagi, sebenarnya skim ini tidak sesuai untuk mereka yang bergaji rendah sebagai contohnya ialah pemandu yang bekerja sebagai pemandu, gajinya katalah RM450. Kalau majikan mencarum 12%, dia mencarum 11%, maka akhirnya gajinya akan tinggal lebih kurang RM430. Semakin turun sebenarnya. Oleh sebab itulah, saya ingin mencadangkan supaya kalau sekiranya skim ini mahu dilaksanakan, mungkin diberi pilihan sama ada dia terus dengan sistem pencen yang sedia ada ataupun dia bersetuju dengan pencen bercarum ini.
Perkara yang kedua ialah, saya fikir dalam umur persaraan ini, saya harap pihak kerajaan juga akan menyediakan apa yang disebutkan sebagai khidmat nasihat umur persaraan. Maksudnya, ramai golongan yang bersara ini mereka tidak merancang umur persaraan sebenarnya sebab itulah, apabila bersara, ramai yang jatuh miskin sebab mereka menggunakan wang KWSP lebih awal.
Oleh itu, saya harap kerajaan barang kali boleh menubuhkan apa yang dinamakan sebagai Pusat Kaunseling Pesara iaitu merancang sebelum mereka berpencen sebab berdasarkan kepada satu kajian 36% sahaja yang membuat perancangan awal sebelum mereka bersara. Sedangkan selebihnya tidak merancang dengan lebih awal sebab itulah, akhirnya bila bersara dalam umur 58 tahun nanti pun mereka akan kembali menjadi miskin sebenarnya, sebab bergantung kepada pencen sahaja sedangkan wang KWSP dan sebagainya itu sudah pun mereka belanja ataupun mereka habiskan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jadi oleh kerana itulah, atas dua perkara ini Skim Pencen Bercarum ini dan juga mewujudkan Pusat Kaunseling Pesara ini diharap dapat menjadi pertimbangan kepada pihak kerajaan supaya mereka yang akan bersara walaupun sudah dinaikkan 58 tahun tidak terus hidup dalam kemiskinan dan terpaksa bekerja pula kerana jangka hayat yang panjang mereka terus bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan dan sebagainya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Pencen 1980 bertujuan untuk meminda persaraan daripada 56 tahun ke 58 tahun. Saya, Tuan Yang di-Pertua dalam hal ini saya berbelah bahagi sebab ada pro dan kontranya. Saya tidak tahu kenapa pihak kerajaan akhir sekali bersetuju meminda tempoh umur pencen ini, sama ada ianya bersifat politik untuk mengambil hati kakitangan kerajaan ataupun sesuatu yang betul- betul keperluan walaupun ada desakan daripada pihak CUEPACS sebab ianya melibatkan banyak perkara.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang dikatakan bila cukup tempoh 56 tahun, kita tahulah bila umur 56 tahun, pengalaman banyak, ilmu banyak dan dikatakan tenaga masih sihat, ini saya ragu sebab rakyat Malaysia sekarang ini, memang kita ketahui, bila cukup umur ataupun sampai umur 50 tahun ke atas sudah banyak problem dah. Macam kereta juga. Sudah nak kena pergi service. Hendak kena tukar minyak hitam, nak kena tukar minyak pelincir, tayar nak kena tukar, maknanya juga gaya hidup rakyat Malaysia ini mungkin kerana kemewahan ataupun amalan pemakanan yang tidak betul. Peratus yang diabetes berapa banyak?
Sebab itu saya lihat, kakitangan kerajaan yang mencecah umur 45 tahun ke 50 tahun dia dah mula nampak letih dah, mengantuk. Betul, saya bukan hendak tidak menidakkan peranan kakitangan kerajaan. Kita cukup terhutang budi tapi tinggal lagi bila dilanjutkan dua tahun ini, pada awalnya apabila kerajaan mengamalkan dasar, ada sesetengah kakitangan yang sudah pencen, umur cukup 55 tahun atau 56 tahun dulu, dia tambah setahun, dua atas dasar selective.
Maka dituduh ini kerana orang kata bodek ataupun pilih kasih kerana ada kabel.
Akhir sekali buat keputusan tambah dua tahun secara umum. Yang saya tidak tahu, memang ada saya kata baik tadi, pro dan kontra tetapi bagaimana pula graduan-graduan yang baru yang masih menganggur bila dua tahun kita anjak pencen ini, maka kekosongan yang patut berlaku dalam kerajaan akan berlaku selama dua tahun lagi.
Jadi ini tentu mempunyai kesan dikecuali kalau kerajaan dengan kehebatan yang disebut model Malaysia makmur ini walaupun realitinya tidak begitu. Wujud peluang- peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan pertumbuhan ekonominya bagus seperti yang disebutkan tetapi agihan kekayaan dibuat dengan perancangan yang betul, di mana semua rakyat diberi pembelaan, itu tidak ada masalah. Namun kita tahu sekarang ini pun berpuluh ribu graduan-graduan tidak ada pekerjaan.
Jadi saya sangsi dalam soal ini, nombor satu. Jadi soal umur tadi, tak banyak yang melihat kata, kalau bangsa Jepun, bangsa Jerman lain. Kita di Malaysia, kita tengok kalau yang nampak segak, orang lama-lama ini, jenis yang lahir atau golongan yang lahir lama sebelum merdeka. Kita tengok pemimpin-pemimpin dulu, kita lihat seperti yang Almarhum Tunku Abdul Rahman pun panjang umur.
Sekarang ini kita tengok Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir. Umur sudah 83 tahun hendak masuk 84 tahun masih segar, masih sihat. Arwah Tun Ghafar Baba pun Tuan Yang di-Pertua, walaupun sudah pergi tapi mencecah juga 84 tahun. Sekarang ini, 54 tahun, 50 tahun sudah letih sangat. Jadi saya sangsilah dengan apakah benchmark yang dikatakan atau asasnya? Kalau hendak bagi kena kita tengok sihat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Termasuklah macam wanita sendiri. Saya bukan anti wanita. Saya menyokong penyertaan 30% di gender with ini. Saya sokong tetapi wanita sampai umur 58 tahun nanti, dia ini orang penyayang. Cucu pun sudah ramai. Lepas 50 tahun itu, cucu sudah berapa puluh nanti? Hendak main dengan cucu lagi, hendak fokus ke kerja lagi. Jadi kena ambil kira semua ini. Saya fikir sampai begitu.
Tuan Yang di-Pertua, bukan dasar sentimen politik takut orang terasa hati, kita begitu, kita buat benda yang begini, takut tersentuh siapa. Saya tidak. Saya cakap terus.
Jadi, satu lagi Tuan Yang di-Pertua, bila pindah Akta Pencen ini ada juga kesan dari kenaikan pangkat. Jadi saya harap, selepas ini sudah cukup 58 tahun jangan ada lagi sambung, sambung ini. Jangan ada lagi. Cukup kalau 58 tahun pencen, pencen. Dia KSN kah, dia ketua polis kah, dia ketua turus angkatan tentera kah, pencen. Nanti pula sambung pula dua tahun nanti.
Jadi dia mengambil peluang orang lain. Banyak juga kakitangan kerajaan yang memang sepatutnya sudah dapat jadi Ketua Pengarah, patut jadi Ketua Setiausaha, akhir sekali kerana kita sambung orang-orang tertentu, dia tak dapat peluang. Berhenti, alhamdulillah. Mereka pun menyokong pembangkang. Ini betul! Banyak kes seumpama ini kerana bila manusia tak puas hati, maka berlakulah tindak balasnya.
Jadi sebab itu, saya harap dalam proses kenaikan pangkat ini dibuat dengan cara telus. Kita tengok dalam pasukan beruniform contohnya. Terus terang saya kata, dalam bidang kepolisian kita lihat. Kita tahu rungutan polis yang mereka tahu bahawasanya ada pihak yang lebih serius yang patut jadi Ketua Polis Negara sekarang ini tapi dia overtake oleh orang lain.
Begitu juga saya lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat kalau Tuan Yang di- Pertua hendak dengar satu maklumat yang saya hendak beritahulah. Kakitangan kerajaan yang ramainya orang-orang Kelantan. Semuanya besar orang Kelantan. Sebahagian besarnya orang Kelantan. Yang duduk di Kuala Lumpur ini pun lima, enam ratus ribu orang Melayu ini orang Kelantan. Orang lain pun ada juga tapi ramai betul orang Kelantan ini.
Tolak orang Indonesia, Kelantanlah dan bekerja dengan kakitangan kerajaan orang Kelantan.
Polis, askar, kakitangan teknikal, kebanyakan orang Kelantan dan banyak juga yang memegang jawatan-jawatan peringkat Ketua Pengarah, KSU anak Kelantan. Namun sejak 50 tahun merdeka, anak Kelantan belum diberi peluang untuk menduduki jawatan KSN. Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara. Saya perhati, saya buat kajian.
Dulu pernah ada anak Kelantan seorang yang bernama Jeneral Daud Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, dinafikan, ada orang lain overtake untuk menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera.
Kemudian datang polis yang saya tahu Datuk Ramli Yusof yang hari ini di charge di mahkamah kerana dituduh rasuah dan seumpamanya. Bila bergaduh adalah kesnya, bila bergaduh timbullah rasuahnya. So, kalau bercium mulut tidak adalah kesnya. Akhir sekali dia didakwa, sebenarnya dia ini pun kakitangan polis yang cukup senior yang sudah sepatutnya dah jadi Ketua Polis Negara.
KSN begitu juga belum lagi peluang orang Kelantan, diberi peluang. Dulu ada Tan Sri Mahmod menjadi Ketua Pengarah JPA tapi akhir sekali dibersarakan, orang lain pula over take jadi ini tak ada peluang. Anak Kelantan bab ini Tuan Yang di-Pertua, cukup tidak bernasib baik, termasuk jawatan Perdana Menteri pun, tidak boleh anak Kelantan mesti dihalang habis-habis.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini masalah pencen ini sebab saya bukanlah semangat kenegerian, tidak. Saya hanya bercakap dari segi prinsip supaya bila kita dah putus pencen 58 tahun, bila pencen, pencen! Dia hebat macam mana pun pencen habis, full stop. Yang ada kabel pun ubah ceritalah, ini sebab pengalaman begitu, begini cukup. Malah ada yang pencen ini pula selepas dia sambung dua tiga tahun. Kemudian sudahlah sambung tiga tahun berhenti pula tu di letak sebagai pengerusi agensi-agensi yang hebat-hebat macam tidak ada orang lain yang berpengalaman.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak semestinya KSN, TKSU ke, Ketua Pengarah ke, pegawai biasa tapi dia pencen pun orang ini juga ada ilmu dan ada pengalaman yang sama yang tidak semestinya kerana kedudukan bekas KSN, bekas Ketua Polis, bekas ketua, orang ini saja. Jadi untuk tiga orang ini saja, yang lain macam mana?
Jadi saya bangkit perkara ini Tuan Yang di-Pertua untuk kita mencari keadilan sebab apabila kita meletakkan keadilan dan hak ini di tempat yang benar, saya percaya Tuan Yang di-Pertua bukan soal undi semata-mata dalam pilihan raya. Bila kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T bahawa kita memerintah dengan adil. Tidak payah kita kempen pun sokongan itu akan datang dengan sendirinya.
Akan tetapi bila kita berlaku tidak adil dalam semua perkara, hak rakyat keadilan tidak diletakkan di tempat yang sebenarnya. Hak orang kita rampas, kita kempen macam mana pun, kita guna televisyen, kita guna arus perdana, kita guna apa pun tapi akhir sekali rakyat bangkit juga, the peoples power bangkit juga. Saya tolong nasihat saja sebab saya ini orang Bebas, saya tidak kisahlah ke sana, sini ke. Saya tolong nasihat, saya tolong bagi pandangan. Bab pencen ini pun saya pun bebas juga ini tengah-tengah ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Inilah saya bagi banyak bebas ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, sebab Tuan Yang di-Pertua anak yatim maklum sahajalah. Jadi ibu pun tidak ada bapa pun tidak ada, berilah perhatian lebih sikit.
Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya harap apa yang sampaikan tadi walaupun ringkas saya tidak ada masa, masa pun tidak banyak tapi inti pati yang tersirat daripada apa yang saya katakan adalah serius supaya nanti apabila berlaku ketidakpuasan dapat kita beres. Semua adil, semua rakyat diberi tempat. Diletak tempat yang berhak, insya-Allah negara kita akan maju dan makmur. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bukit Katil.
Datuk Md. Sirat bin Abu - Bukit Katil
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyokong cadangan pencen ini. Bagaimanapun cadangan melanjutkan usia persaraan ini perlulah diteliti secara halus terutama dari segi sudut sosioekonomi. Kerajaan harus mengkaji status sama ada minat ataupun tidak berminat kakitangan kerajaan untuk melanjutkan usia persaraan mereka daripada 56 ke 58 tahun ataupun hingga 60 tahun di masa akan datang.
Satu kajian terperinci harus dibuat oleh agensi yang berkaitan untuk mengenal pasti dan melihat pada kesan peningkatan lanjutan umur persaraan terhadap kakitangan awam. Sekiranya hanya 60% ataupun 70% saja yang berminat dan sedangkan yang bakinya tidak berminat, ianya akan memberi satu implikasi kepada produktiviti negara. Kita sedar bahawa sesetengah orang tidak mahu melanjutkan umur persaraannya kerana mungkin mereka melihat peluang dan potensi pasaran pekerjaan di luar lebih baik dan ini kita lihat sebagai hak mereka dan patut mereka diberi pilihan.
Kewajipan bagi setiap kakitangan awam ialah untuk bekerja sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Kalau hati sudah tidak minat lebih baik berhenti ataupun diberi pilihan untuk berhenti. Dalam hal ini ketua jabatan perlulah mengambil tindakan sebaik- baiknya. Kalau perlu, mereka yang tidak berminat ini dibenarkan berhenti dan janganlah simpan mereka sampai 30 tahun baru hendak ambil tindakan, sehinggalah mereka betul- betul tidak berminat bekerja ataupun menjadi malas.
Datuk Md. Sirat bin Abu - Bukit Katil
Tindakan membetulkan mereka perlu dibuat lebih awal. Ini adalah antara kesan sampingan yang dapat saya lihat akan berlaku apabila had umur persaraan dinaikkan kepada 58 tahun ataupun mungkin besok jadi 60 tahun. Bagi kakitangan awam yang mencintai sektor awam ialah satu motivasi untuk mereka terus meningkatkan produktiviti.
Sebaliknya bagi mereka yang tidak suka, ianya tidak akan memberi motivasi yang baik.
Oleh itu kajian ini perlu dijalankan sejauh mana keberkesanan dasar baru yang dibuat oleh kerajaan terhadap kakitangan awam.
Tuan Yang di-Pertua, apabila had umur persaraan ditingkatkan, ramai yang berkata ini bahawa ini akan beri satu kesan yang besar terhadap generasi muda hari ini.
Saya bimbang terhadap kesan daripada cadangan tersebut kepada peningkatan kadar pengangguran di Malaysia khususnya di kalangan generasi muda. Peningkatan 0.1% kadar pengangguran kepada 3.4% pada suku kedua tahun 2007, berbanding dengan 3.3% pada 2006. Data ini menunjukkan lebih 369 ribu orang penganggur di Malaysia dan 47% daripadanya pencari kerja buat pertama kali iaitu pemegang sijil SPM, STPM, pelajar pemegang diploma dan graduan.
Lambakan kakitangan lama dalam perkhidmatan awam, dibimbangi akan menutup peluang pekerjaan untuk generasi muda. Sekalipun dijangka kadar pengangguran akan turun dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional, namun masih tidak ada jaminan bahawa generasi muda diberi tempat dan mendapat pekerjaan yang sesuai kerana sejumlah 47% mencari kerja kali pertama itu 53% daripadanya cuma memiliki sijil SPM.
Saya ingin mencadangkan agar kakitangan awam yang berminat untuk melanjutkan usia persaraan boleh diserapkan ke dalam Skim Lanjutan Persaraan. Walau bagaimanapun, mereka ini harus melepasi satu tahap kualiti yang ditetapkan oleh bandan penilai. Sekiranya mereka berjaya melepasi tahap kualiti yang ditetapkan selayaknyalah mereka dibenarkan melanjutkan umur persaraan.
Ini secara langsung membantu kerajaan meningkatkan produktiviti negara kerana hanya kakitangan awam yang benar-benar layak atas kualiti sahaja yang dibenarkan meneruskan khidmat mereka sehingga 58 tahun. Dengan itu pengalaman dan kepakaran kakitangan awam yang diserap masuk di bawah skim ini boleh menyumbang kepada produktiviti negara dan perkhidmatan awam di samping membantu, melatih dan menyediakan kakitangan yang lebih muda.
Tuan Yang di-Pertua apabila melakukan satu perubahan, ada yang optimis dengan langkah melanjutkan usia persaraan kerana mereka dapat menyelesaikan banyak masalah dalam perkhidmatan awam. Namun tidak kurang juga yang bersikap negatif. Apa saja pandangan dikemukakan oleh rakyat, harus diambil kira sebagai sesuatu yang positif atas semua yang dilakukan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan secara bersama dengan rakyat secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan juga saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pencen Pihak- Pihak Berkuasa Berkanun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bukan Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Rang Undang-undang Pencen, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Rang Undang-undang Pencen 1980 Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membahaskan tentang tempoh persaraan daripada 56 hingga ke 58 tahun, suatu perkara yang penting untuk kita sama-sama memikirkan adalah tentang ekologi manusia iaitu kitaran dan pusingan hidup manusia itu.
Memang ada beberapa kajian yang agak empirical yang telah dijalankan sama ada di IPTA kita seperti Universiti Putra Malaysia dan juga beberapa universiti di luar negara yang sempat saya rujuk. Memang ada beberapa sektor-sektor di dalam perkhidmatan kerajaan ini yang memerlukan semakin tua ataupun semakin lama usia manusia itu, maka perkembangan IQnya, SQ dan juga EQ dengan izin, intelligence caution, spiritual caution, mereka ini semakin meningkat dan boleh memberikan banyak faedah dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.
Khususnya apabila dunia semua maklum dalam bidang-bidang yang menyentuh tentang kehakiman, undang-undang dan akademik memang banyak kajian daripada Fakulti Ekologi Manusia yang memberikan findingsnya, kedapatannya memang sektor ini memerlukan mereka yang seperti ini.
Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bersetuju untuk memikirkan dengan sewajarnya tentang rang undang-undang ini, dan kita boleh bersetuju mereka bersara pada umur 58 tahun ini sebagai satu contoh. Kita tak seharusnya melihat persaraan ini daripada sudut materialnya, fizikalnya saja.
Apa yang lebih penting adalah kita melihat daripada sudut-sudut sebagai contoh, benarkah apabila kita melanjutkan usia mereka ini maka kesemua bidang yang mereka ceburi, kalau kita bercakap tentang kementerian, adakah semua mereka yang berkhidmat di semua kementerian ataupun jabatan-jabatan itu akan dapat meningkatkan produktiviti dan pengguna-pengguna ataupun pelanggan-pelanggan mendapat faedah daripada perlanjutan usia mereka.
Saya boleh bersetuju dengan pandangan-pandangan ataupun pendapat-pendapat yang sebagai contoh, apa yang pernah diterbitkan daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia yang menyatakan sebagai contoh, manusia ini mengejar cita- citanya. Dalam bidang akademik sebagai contohnya, hari ini pensyarah-pensyarah mereka akan menerima kenaikan pangkat, mengejar matlamat akhir dalam karier mereka.
Bagi seorang pensyarah di universiti sama ada dalam negara kita ataupun dalam dunia ini, kita akan melihat kadang-kadang ada kriteria-kriteria yang perlu mereka capai.
Sebagai contoh kenaikan pangkat untuk seorang pensyarah biasa kepada profesor madya, profesor madya kepada profesor penuh. Mereka dikehendaki menerbitkan bahan-bahan akademik, publication, research mereka, tapi dilema yang akan dihadapi dalam masa yang sama sebagai contoh mereka akan mengajar students.
Jadi, dalam keadaan mengejar karier mereka itu, kenaikan pangkat mengehendaki mereka ada research, mesti buat publication. Maka dalam satu sektor yang lain ini sangat terabai. Maka, berlakulah apa yang dinamakan kos melepas. Yang kita bimbang bahawa students kita di IPTA sebagai contoh, oleh sebab pensyarah-pensyarah mereka mengejar matlamat akhir mereka, maka dalam bidang ini sangat terabai.
Perkara ini boleh diselesaikan apabila kita melihat dalam bentuk yang disebutkan oleh sahabat saya tadi, tentang bagaimana graduan yang dilahirkan ini lebih kurang 60,000 yang menganggur ini mesti menjadi kumpulan sokongan yang kuat dalam bidang kajian- kajian yang nak dibuat oleh seseorang pensyarah di IPTA. Bermakna kita mesti mengambil kira tentang aspek itu.
Ini akan memastikan bahawa bila seseorang itu dilanjutkan usia persaraan mereka ini, bermakna ia memberikan produktiviti, memberikan manfaat kepada bidang-bidang ataupun sektor-sektor yang mereka ceburi. Kalau kita gagal untuk menggarap persoalan ini, kita hanya bersetuju bahawa umur 56 kepada 58 itu kita lihat hanya sebagai memenuhi tuntutan mana-mana pihak. Itu saja!
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Kerajaan mungkin terdesak dan bersetuju dengan tuntutan itu, maka saya melihat bahawa objektif kita untuk melanjutkan usia itu tidak akan tercapai dan bila produktiviti tidak dapat kita tingkatkan, maka pelanggan-pelanggan ataupun pengguna-pengguna dalam konteks rakyat, rakyat tidak akan mendapat satu perkhidmatan yang bermutu daripada kementerian-kementerian ataupun jabatan-jabatan yang diwakili oleh pegawai-pegawai kerajaan dalam negara kita.
Oleh itu saya melihat dalam konteks untuk membahaskan rang undang-undang ini, kita tak boleh melihat kepada satu aspek saja. Apa yang penting adalah kita melihat kerana manusia itu saya akui dalam bidang kehakiman, akademik, kalau kita melihat sebagai contoh saintis-saintis dunia sama ada Islam Al-Farabi, Ibnu Khaldun, maknanya masterpiece mereka itu akan dapat dicapai dalam usia mereka yang telah lanjut, 70-an dan 80-an mereka dapat mencapai Nobel Laureates itu.
Kemudian, saintis-saintis macam Einstein dan seumpamanya, di saat usia yang begitu dia dapat mencapai kemuncak keilmuannya. Oleh itu, saya melihat manusia ini tergabung dalam tiga aspek dimensi, iaitu IQ, EQ dan juga SQnya. Maka oleh itu saya melihat tidak boleh hanya kita melihat umur itu saja mesti dilanjutkan, tapi kerajaan mesti melihat juga pada aspek-aspek yang lain sebagaimana kumpulan sokongan tidak mengabaikan graduan-graduan yang baru lahir dan membiarkan masalah pengangguran itu berlalu begitu saja.
Namun kita akan kerugian daripada modal insan yang baru, mereka yang baru dengan mereka yang telah lama berkhidmat ini. Jadi, di sini saya melihat bahawa kita boleh menerima usia tua yang competent kita kena hargai. Bukan masalah tua atau muda, orang muda pun kalau malas, tak produktif, tidak cekap juga tak memberikan satu makna kepada negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila gulung Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Jadi saya rasa dalam aspek itu seharusnya kita melihat dengan lebih objektif. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2008. Dalam pindaan ini memang saya setujulah menyokong, tetapi saya meminta kerajaan melihat dan kaji semula mengenai isu ini.
Sekarang masalah kita ialah, kalau mana-mana pegawai-pegawai yang tidak menjalankan tugas ataupun tak boleh jalankan tugas, kita cuma tukar daripada satu tempat ke tempat lain. Dia punya masalah, pindah daripada satu tempat ke satu tempat. Mana- mana agensi pun sama juga. Jadi, kalau hanya cuma sistem kita begini saja, memang perubahan perkhidmatan tak akan berubah. Rakyat memikirkan kita, Kerajaan Barisan Nasional tak bagi perkhidmatan kepada rakyat.
Sepatutnya kita boleh lantik ataupun boleh difired, tetapi kita punya sistem sekarang tidak boleh. Cuma kalau ada buat kesalahan ataupun malas kerja, tak mahu kerja kita bagi turun pangkat. Kalau turun pangkat, dia rasa dimoralize. Lagi dia tak mahu buat kerja. Semua orang yang jumpa dia buat tak tahu saja. Bagus lagi kalau boleh dilantik dan dalam masa yang sama boleh ditamatkan perkhidmatan.
Kita punya sistem sekarang semua one way traffic saja. Itulah rakyat kata kita sekarang dalam government service, dengan izin, “Itu mangkuk tak boleh pecah, tapi sekarang mangkuk sudah jadi stainless steel. Walau macam mana dia salah pun, tak ada masalah, tidak boleh dibuang.” Inilah, ada rakyat yang tidak berpuas hati.
So, saya berharaplah kalau kita dalam ini boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa syarat jika didapati melanggar Peraturan Pekeliling Am. Itu kata kita general order, dengan izin. Ini saya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh kalau ada peluang kita mesti mahu mengkaji balik semua ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang- undang bernama Akta Pencen (Pindaan) 2008.
Tuan Yang di-Pertua, maksud pindaan Akta Pencen tahun 1980 sebagaimana yang dibentangkan dalam Rang Undang-undang Bernama Akta Pencen (Pindaan) 2008 ialah untuk menaikkan umur persaraan paksa atau wajib yang baru dari 56 tahun yang berjalan sekarang. Kesan dari pindaan ini ialah ramai kakitangan awam yang bekerja sepenuh masa mengambil kesempatan untuk menyambung kerja mereka selama dua tahun lagi.
Jika kakitangan awam terpaksa bekerja sehingga 58 tahun, apakah akan terjadi kepada golongan muda kita yang baru tamat persekolahan untuk memasuki perkhidmatan awam. Bagi sesuatu jawatan awam, sudah pasti peluang mereka akan tertutup kerana pegawai dan kakitangan awam itu masih terus bekerja. Mampukah penjawat awam yang sudah memasuki umur bersara bertugas atau bekerja dengan dedikasi, cekap, tepat dan pantas berbanding dengan golongan pekerja muda? Sudah pasti ada perbezaan dengan cara mereka bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bermaksud untuk membantah pindaan ini tetapi untuk mewajibkan umur persaraan menjadi 58 tahun bererti kita menutup peluang kerja golongan muda lepasan sekolah atau IPT. Di samping kita masih mengekalkan kakitangan awam...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
...Yang mulai merosot prestasi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh saya..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih sahabat lama saya Yang Berhormat Bukit Bintang. Saya mendengar beberapa Ahli Yang Berhormat merasa bimbang kerana peluang pekerjaan lepasan-lepasan universiti kita begitu terhad kalau umur pencen ini naik kepada 58 tahun.
Seolah-olah kita berfikir bahawa peluang pekerjaan ini hanya ada di sektor awam.
Sedangkan di lapangan-lapangan lain anak-anak muda kita yang berketerampilan, yang ada skil, yang ada kemahiran dia tidak semestinya bekerja dengan kerajaan. Contohnya, yang banyak merintih tidak ada peluang pekerjaan ialah anak-anak Melayu lulusan-lulusan universiti. Namun saya amat jarang mendengar sahabat-sahabat kita, anak-anak bangsa Tionghoa rasa gelisah, marah ataupun rasa kecewa kerana tidak ada peluang pekerjaan.
Ini kerana mereka mendapat pekerjaan di lapangan-lapangan yang lain.
Jadi saya fikir kita sudah sampai masanya untuk memberitahu golongan muda kita, bahawa peluang bukan semata-mata di sektor awam tetapi ada di mana-mana. Jadi soal naik sehingga 58 tahun pencen ini tidak akan menghalang kalau seseorang rakyat yang berpendidikan tinggi, berpelajaran boleh merebut di lapangan-lapangan yang lain kerana peluang sentiasa terbuka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi kita juga harus agaknya berfikiran secara terbuka supaya jangan kita kongkong anak-anak kita bahawa, “apabila awak tamat pengajian di universiti, kerja awak hanya ada di lapangan perkhidmatan awam”.
Di lapangan lain tidak terbuka. Jadi mari kita sama-sama menggalakkan anak-anak kita supaya peluang pekerjaan bukan hanya di sektor awam tetapi juga di sektor-sektor yang lain. Terima kasih, apa pendapat sahabat saya Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Sri Gading. Memang ini salah satu tempat kerja awam, memang ramai boleh menempatkan ramai penganggur-penganggur salah satu pasaran.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading bahawa di sektor swasta pun bumiputera menempatkan sebahagian penganggur bekerja ini. Akan tetapi kita harus bimbang jika kakitangan kerajaan yang dikatakan Yang Berhormat Bintulu, ada segolongan yang malas dan tidak berfungsi dengan baik ini boleh dikasi satu peluang kepada orang awam memasuki kerja kakitangan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat tiga minit.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Kakitangan awam mereka terus paksa bekerja kerana pendapatan pencen mereka yang diterima berkurangan dari jumlah gaji akhir mereka untuk menampung kos sara hidup yang tinggi kerana masih ada tanggungan dan untuk menampung bayaran hutang yang masih belum diselesaikan, maka mereka terpaksa bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama apabila kita menyekat peluang golongan pekerja muda bekerja dalam sektor awam, mereka terpaksa beralih dalam sektor swasta atau terpaksa bekerja sendiri. Ini juga menyebabkan mereka menganggur sementara menunggu peluang kerja yang lebih baik yang diminati datang kepada mereka.
Sudah pasti mereka akan bergelut dengan pelbagai masalah sosial.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju jika umur bersara wajib ditetapkan pada umur 56 tahun tetapi umur bersara 58 tahun dijadikan umur bersara pilihan. Terutamanya dalam jawatan-jawatan kritikal yang sukar dicari penggantinya. Jika mereka tidak mahu bekerja lagi sesudah capai 56 tahun, mereka boleh bersara dan menikmati wang persaraan tetapi bagi mereka yang berupaya mampu memberikan prestasi yang baik dan memilih untuk terus bertugas hingga 58 tahun, boleh berbuat demikian.
Untuk mengelak kesempitan hidup selepas bersara, kerajaan hendaklah menimbang untuk menyemak semula kadar pencen mereka untuk menaikkan supaya dia selaras dengan kos sara hidup yang meningkat sejak kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat saya akan bagi seorang lagi kerana bil selepas ini Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008 dan ia boleh dibahas dalam point yang sama. Saya panggil Yang Berhormat Kuala Krai, kemudian saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin memperkatakan mengenai rang undang-undang yang ada di depan kita ini mengenai kenaikan umur pencen wajib dari 56 tahun ke 58 tahun.
Saya ingin menyatakan bahawa maklumat asas yang diberikan oleh menteri mengenai kedudukan taraf kesihatan, jangka hayat penduduk di Malaysia ini memang sudah bertambah baik. Malah jangka hayat penduduk Malaysia ini sudah mencapai hampir kepada negara-negara Scandinavia yang memang dikenal pasti sebagai negara-negara contoh dalam konteks kehidupan sihat mereka.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau di Amerika Syarikat, umur bersara mereka 65 tahun. Kalau negara yang lebih dekat dengan kita, Singapura yang juga mempunyai status kesihatan dan jangka hayat yang lebih baik daripada Malaysia, umur pencennya ialah 62 tahun. Di Indonesia pula, mereka menggredkan umur bersara mereka mengikut kategori, kategori 4, 3, dan 2.
Dia tulis di situ echelon bawah, 55 tahun manakala echelon atas, 60 tahun, ertinya kalau pegawai-pegawai tinggi, gred-gred yang seperti kita ini, JUSA dan gred-gred yang tertinggi mungkin sana 60 tahun.
Ertinya trend sekarang ini sama ada negara maju seperti Amerika dan negara- negara sebelah kita ini ialah untuk mengambil umur pencen yang lebih tinggi iaitu 60 tahun.
Saya bukan nak menentang 58 tahun ini tetapi saya hendak mencadangkan supaya dipertimbangkan. Oleh sebab masa depan kita ini dengan kos harga barang, kos sara hidup yang makin meningkat, maka berhenti kerja merupakan suatu, memang pada satu ketika dulu satu saat yang ditunggu-tunggu kerana orang memikirkan hendak balik kampung, hendak bekerja di kebun sendiri.
Akan tetapi dalam keadaan hari ini, kita yang menetap di satu-satu tempat itu jaranglah nak balik kampung, nak balik kampung tanah pun dah tidak ada, kebun pun dah tak ada. Jadi kos sara hidup makin meningkat, pemberhentian kerja atau berhenti kerja secara wajib ini merupakan satu perkara yang boleh menekan kehidupan kita apabila pendapatan kita akan menjadi separuh daripada biasa.
Maka sebab itu kita mengajak supaya difikirkan seperti yang dibuat tuntutan oleh CUEPACS pada asalnya iaitu untuk meminta umur bersara ini dilanjutkan kepada 60 tahun, saya menyokong penuh dengan mengambil kira pandangan daripada Yang Berhormat Bintulu dan rakan-rakan yang lain bahawa akan berlaku pasti kayu-kayu mati, orang-orang yang malas, orang-orang yang sudah hilang semangat untuk bekerja itu memang ada. Ini harus juga difikirkan mekanismenya supaya mereka ini dapat dicari jalan untuk terkeluar dari sistem ini.
Akan tetapi kita lebih memandang di Malaysia ini terutama dalam bidang-bidang yang kritikal, bidang perubatan misalnya. Kita memerlukan tenaga-tenaga ini, tenaga- tenaga yang semakin lanjut umur mereka, semakin tinggi kepakarannya dan bukan sekadar mereka ini akan menggunakan kepakaran itu sendiri, mereka juga jadi pengajar kepada orang-orang baru yang ada di dalam perkhidmatan. Jadi umur 60 tahun ini, kalau mengikut ukuran sekarang ini, memang merupakan satu umur yang cukup sesuai.
Mungkin kalau kita fikir 10, 15 tahun yang akan datang, kita akan bercakap mengenai 65 tahun seperti yang dibuat oleh Amerika. Kita tidak perlu risau tentang anak- anak kita yang kita didik, kita galakkan mereka untuk mencari kerjaya dalam pelbagai bidang dan tidak semestinya tertumpu pada sektor awam atau perkhidmatan awam ini. Kita mahu mereka ini venture kepada bidang-bidang ataupun sektor yang lebih menarik dan menguntungkan seperti di sektor swasta.
Kita tidak mahu sektor awam ini dijadikan tempat untuk pilihan kerana kita malas bersaing maka kita mungkin memikirkan, setengahnya kalau kita tengok graduan-graduan kita bila tak dapat kerja lain baru datang kepada sektor awam. Berusaha dahulu di sektor swasta. Jadi kita harap ini tidak menjadikan satu sebab mengapa kita takut untuk memanjangkan umur, melewatkan umur persaraan ini.
Kita lihat dalam bidang-bidang lain, umur yang makin matang ini nampaknya lebih steady, lebih waras, lebih produktif dari segi pemikiran terutama dalam bidang politik.
Ramai di antara kita bermula umur 50-an baru nak mula, ertinya kalau kita ambil perkiraan begitu maka dalam sektor awam pun kita harus ambil kira mereka ini boleh produktif pada umur yang lebih lanjut lagi. Lagipun kalau sektor awam ini, pencen umur 56 tahun, 58 tahun, lepas itu dia tidak buat kerja, dia masuk politik, kita pula dilawannya ya, jadi peluang kita pun terancam.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi saya menyokong penuh mereka ini dilanjutkan bukan setakat 58 tahun, berilah pertimbangan kepada umur 60 tahun dengan mengambil kira saya sebut tadi mekanisme untuk memastikan mana-mana pihak lagi yang tidak mampu dan tidak mahu seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, ada jalan keluarnya dengan tidak mengurangkan sedikit pun benefit-benefit daripada perkhidmatannya sepanjang puluhan tahun dalam perkhidmatan awam. Jadi itu pandangan saya Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Pengerusi, saya pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan juga telah memberi teguran mengenai pindaan ini.
Yang pertama sekali ialah berkenaan Yang Berhormat daripada Kuala Langat iaitu berkenaan pekerja-pekerja yang dipinggirkan nasib mereka. Sebenarnya mereka-mereka ini juga, pekerja ini memang diliputi oleh pindaan undang-undang pencen yang dicadangkan, maknanya mereka juga terlibat.
Yang Berhormat daripada Batu Pahat mengenai telah bercakap berkenaan Skim Pencen Bercarum. Skim ini sedang dihalusi dan sedang dalam perbincangan dengan pihak CUEPACS dan setakat ini dalam pertimbangan. Sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan, kita akan laksanakan. Selain daripada itu juga, Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh berkenaan dengan khidmat nasihat mengenai pesara. Memang di semua jabatan dan agensi sekarang ini sedang menganjurkan bengkel-bengkel persaraan bagi menyediakan anggota-anggota yang akan menghadapi alam persaraan iaitu memang kita sedang, agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan sedang buat.
Berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Mas, memanglah kita tidak ada kena- mengena dengan politik. Kalau nak kira itu, baik kita buat sebelum pilihan raya yang lepas tetapi sekarang ini pindaan ini dibuat tetapi berdasarkan kepada permintaan dan keadaan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu yang saya telah sebutkan dalam kertas cadangan saya tadi. Dan memanglah pada dasar ini, ia ada banyak pro dan kontra dalam apa-apa juga apa yang kita nak laksanakan.
Yang Berhormat Pasir Mas juga menyentuh berkenaan dengan kesan terhadap kenaikan pangkat, peluang naik pangkat dan naik pangkat yang tersekat. Semua anggota kerajaan dalam perkhidmatan awam diberi peluang penambahan dua tahun perkhidmatan untuk menunjukkan prestasi yang boleh melayakkan kenaikan pangkat yang berasas.
Maknanya semua diberi peluang, lagi dua tahun mereka dapat peluang. Selain daripada itu juga, yang saya difahamkan oleh JPA, semua kenaikan pangkat dan sebagainya dibuat mengikut merit, bukanlah dibuat mengikut umur.
Yang Berhormat dari Bukit Katil menyentuh berkenaan dengan kajian terperinci ke atas pelaksanaan dasar ini perlu dilakukan. Kajian terperinci telah dilakukan berasaskan kepada pengalaman iaitu seperti mana yang saya sebutkan tadi iaitu pindaan yang kita buat pada tahun 2001 iaitu di mana umur 55 tahun dinaikkan kepada 56 tahun. Maknanya kita telah lihat daripada situ dan sebenarnya daripada itu dan kajian yang telah kita buat bahawa tidak ada kesan negatif.
Berdasarkan pada peningkatan kadar pengangguran, sebenarnya banyak di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi yang telah kebanyakannya menyentuh mengenai peluang pekerjaan. Sebenarnya dalam perkhidmatan awam sekarang ini, apabila skim ini dilaksanakan, ia hanya melibatkan 31,000 orang sahaja yang akan meneruskan perkhidmatan mereka dalam masa dua tahun ini. Sedangkan dalam perkhidmatan awam, kita mempunyai kekosongan sebanyak 200,000 tempat kosong. Maknanya memanglah tidak terjejas daripada segi dalam peluang-peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, memang tidak terjejas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum
Yang Berhormat Kubang Kerian ada menyentuh tentang umur persaraan wajib yang perlu diiringi dengan perspektif dan comprehensive yang dilihat keseluruhan ekologi kemanusiaan. Saya memang bersetujulah dan dipersetujui dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai rancangan tersendiri untuk memastikan hasil yang terbaik daripada dasar ini.
Yang Berhormat dari Bintulu ada menyentuh berkenaan dengan pegawai-pegawai yang bermasalah. Memang setiap tahun seperti mana dalam ucapan tadi ada menyentuh berkenaan dengan tindakan-tindakan yang kita ambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam salah laku, rasuah dan sebagainya. Memang ada.
Yang Berhormat Bukit Bintang, menyentuh dengan persaraan iaitu pilihan.
Mereka ini perlu diberi pilihan. Memang, sebenarnya apabila dasar ini dilaksanakan kemudian, ia akan diberi peluang kepada mereka untuk dibuat opsyen sama ada mereka setuju untuk melanjutkan sehingga 58 tahun ataupun bersara pada 56 tahun. Ini diberi opsyenlah.
Akhir sekali berkenaan Yang Berhormat Kuala Krai. Perlanjutan umur wajar dilakukan. Bagi saya ialah untuk 60 tahun ini kita wajar dilakukan peringkat demi peringkatlah. Sekarang ini, tahun 2001, kita telah laksanakan daripada umur 55 tahun kepada 56 tahun. Sekarang ini kita melaksanakan dari 56 tahun kepada 58 tahun. Mungkin kita akan kaji pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat, sudah habis.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Berkenaan dengan isu undang-undang untuk bantuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.
Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan (Pindaan) 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Rang undang-undang yang meminda Akta Pencen 1980 untuk membolehkan perlanjutan umur persaraan wajib pegawai-pegawai perkhidmatan awam persekutuan dan negeri daripada 56 tahun kepada 58 tahun telah pun diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada mesyuarat ini.
Rang undang-undang yang saya cadangkan sekarang ini pula ialah untuk meminda Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 bagi tujuan yang sama bagi pekerja-pekerja pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan. Pindaan undang- undang ini bagi membolehkan semua pekerja tetap yang dilantik pada atau selepas 1 Julai 2008 berkhidmat sehingga mencapai umur 58 tahun.
Ia juga membolehkan pemberian opsyen kepada semua pekerja tetap yang sedang berkhidmat termasuk pekerja-pekerja yang tertakluk kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, untuk memilih melanjutkan perkhidmatan sehingga mencapai umur 58 tahun ataupun bersara pada umur 56 tahun seperti sekarang. Pekerja-pekerja yang telah memilih bersara kekal wajib apabila mencapai umur 55 tahun pada tahun 2001 juga diberi peluang memilih umur persaraan wajib 58 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusan kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan wajib anggota-anggota sektor awam kepada 58 tahun semasa membentangkan Rang Undang-Undang Bernama Akta Pencen (Pindaan) 2008 di Dewan yang mulia ini sebelum ini.
Ini adalah memadai sekiranya diulangi harapan kerajaan dan rakyat agar anggota- anggota sektor awam yang dibenarkan berkhidmat sehingga mencapai umur 58 tahun tidak menghampakan hasrat di sebalik keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka.
Mereka hendaklah menganggapkan peluang menambahkan tempoh pekerjaan ini bukan sebagai peluang menambah tempoh makan gaji tetapi sesungguhnya bagi peluang keemasan untuk menambah jasa kepada negara dan rakyat sebagai penjawat awam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tuan Yang di-Pertua, pekerja yang tidak berprestasi dan tidak ingin dan tidak mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, tidak kira umurnya akan diberi pertimbangan yang mencukupi untuk memperbaiki prestasinya. Sekiranya pemilihan sedemikian tidak berhasil, perkhidmatan akan ditamatkan dan sama ada secara persaraan awal atau dibuang kerja. Kerajaan yakin bahawa sebahagian besar golongan anggota sektor awam tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus berkhidmat sehingga mencapai umur 58 tahun. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Sungai Petani.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengajak pihak yang berwajib untuk melihat beberapa perkara dalam membincangkan soal ini.
Yang pertama sekali, kita bercakap tentang mereka-mereka yang bekerja di badan berkanun dan tempatan. Dalam keadaan lain, mereka agak berbeza dengan pegawai- pegawai yang bekerja dalam bidang common user, maknanya boleh transfer dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain ataupun perguruan, maknanya boleh pergi jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Badan berkanun atau kerajaan tempatan khususnya yang close service ada dua kemungkinan untuk pegawai-pegawai ini akan berlaku. Pertama, selepas satu had umur yang akan berlaku ialah perasaan jemu. Saya banyak mendengar kawan-kawan yang senior daripada saya contohnya, bila kita tanya bila hendak pencen. Dia kata, “Ishh, hendak tunggu pencen ini cemuih tak sangga dah”. Maknanya ada di antara kalangan pegawai- pegawai yang looking forward, dengan izin, untuk pencen pada umur 55 tahun.
Kalau ini terjadi, maka akan ada orang-orang yang duduk hanya marking time untuk pencen. Kalau mereka ini ramai ini masalah besar kepada negara. Begitu juga dengan wanita, kalau wanita sudah mencecah umur 50 tahun yang sudah berkahwin pada umur 20 - 21 tahun, akan ada ramai cucu seperti yang disebutkan oleh dua tiga orang Ahli Yang Berhormat tadi.
Saya mencadangkan di sini, yang pertama, di samping kita menilai performance pegawai-pegawai kita juga harus memberikan peluang kepada pegawai-pegawai ini untuk memilih seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi, opsyen untuk pencen. Saya minta di sini kalau boleh dipermudahkan. Kadangkala pegawai-pegawai yang merasa jemu ini dia hendak pencen pada umur 45 tahun, opsyenal ini tetapi kalau kita sekat kononnya atas perkhidmatan mereka diperlukan, yang kita takut ialah the law of diminishing returns, dengan izin.
Dia hendak bersemangat pada peringkat awal tetapi apabila dia makin lama makin jemu akhirnya performance dia juga akan berkurangan. Namun, kalau pada umur yang tidak begitu tua dan dia rasakan bahawa mungkin peluang dia di luar, kerana ini local government. Ini badan berkanun, peluang untuk naik pangkat tidak seperti common users.
Contohnya PTD officers yang banyak peluang, perkhidmatan guru atau perkhidmatan tentera, tetapi untuk kerajaan dan badan berkanun ini peluangnya agak menyempit di atas.
Oleh yang demikian kita cadangkan supaya peluang untuk opsyen itu juga terbuka luas. Maknanya kalau dia pandang ke atas dan nampak tidak ada peluang hendak pergi maknanya dia boleh minta opsyen. Lebih baiklah dia berkhidmat di luar dan memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa dia masih lagi boleh berkhidmat dengan umur yang begitu.
Kedua, pegawai-pegawai yang mencapai umur 50-an ini harus diberikan refreshment course yang cukup banyak, bukannya banyak diberikan kepada junior officers.
Saya mencadangkan kursus-kursus dan seminar-seminar diperbanyakkan kerana pada waktu umur 50-an ini mereka memerlukan suasana yang berbeza. Saya rasa ramai di kalangan kita pun sudah mencecah umur 50 lebih.
Kadang-kadang untuk push papers ini bukan sahaja mudah, sebab itu seminar- seminar dan program-program yang boleh memberikan motivasi dan juga new idea kepada mereka hendaklah diperbanyakkan. Saya yakin dengan adanya refreshment course ataupun seminar-seminar begini akan memberikan mereka tenaga dan akhirnya kembali produktif.
Saya tidak nampak dengan melanjutkan usia, performance secara keseluruhannya akan jatuh. Saya juga bersetuju dengan pandangan kawan-kawan ada negara-negara yang memberikan peluang kepada pegawai-pegawai mereka melanjutkan perkhidmatan hingga ke umur 60 ataupun 62, tetapi yang lebih penting di sini ialah yang pertama sekali environment ataupun keadaan sekeliling.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Oleh sebab itu dalam kita membicarakan tentang soal ini, pegawai-pegawai yang kita bercakap ini, pegawai-pegawai yang berada dalam keadaan setempat tidak banyak mobiliti dari segi naik pangkat kerana kuasa berkanun dan juga tempatan. Oleh sebab itu suasana tempat dan suasana kerja juga menjadi penting.
Saya sekali lagi mengatakan bahawa pegawai-pegawai ini ialah pegawai-pegawai yang telah pun memberi perkhidmatan kepada kita dengan baik dan saya tidak teragak- agak untuk menyokong mereka untuk pencen pada umur yang dicadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pindaan umur berpencen daripada 56 hingga 58 tahun ini adalah satu perkara yang diminta dan diharapkan oleh para kakitangan kerajaan juga badan-badan berkanun, local government.
Saya ingin menarik perhatian Dewan ini sebab ramai pekerja yang ingin bekerja sehingga umur 58 tahun bukan kerana mereka suka terus bekerja ataupun bukan kerana mereka ini bosan duduk di rumah. Saya rasa sebab pokoknya ialah mereka tidak ada cukup wang simpanan semasa dia pencen dan kos hidup yang begitu tinggi hingga memerlukan mereka ini terus bekerja untuk mendapat pendapatan.
Ini menggariskan hakikat bahawa ramai pekerja di Malaysia yang sedang menghadapi tekanan ekonomi sehingga mereka terpaksa terus bekerja walaupun mereka lebih suka bersara dan rehat. Negara kita kaya dalam sumber dan pendapatan, tetapi majoriti rakyat Malaysia tersepit dalam masalah ekonomi. Inilah satu isu yang kita harus tinjau dan bahaskan lebih dalam di Dewan ini pada sesi yang akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong.
10 minit sahaja, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan ini kerana ini merupakan satu langkah yang betul. Umur persaraan wajib ditambah daripada umur 56 sampai umur 58 tahun, itu memang satu langkah yang betul.
Tuan Yang di-Pertua, pada 15 tahun yang lepas pun kita di sini sudah membincangkan mengenai begitu perlunya kita tambahkan umur persaraan tetapi pihak kerajaan hanya tambah satu daripada umur 55 kepada umur 56 tahun. Kemudian oleh kerana faktor-faktor yang tertentu ia terhenti hampir satu dekad. Baru satu hari inilah kita dapat lanjutkan usaha menambahkan umur persaraan wajib.
Saya berharap usaha ini akan diteruskan sampai kita mencapai umur 65 tahun pada satu hari kelak. Ini memang susah kerana faktor-faktor yang tertentu kita tidak ada masa untuk membincangkan mengenai faktor-faktor ini. Di sini saya ingin hendak menekankan bahawa opsyen yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu betul juga. Kita tidak boleh melanjutkan masa untuk bersara bagi pegawai-pegawai yang tidak berminat atau tidak berfungsi dengan baik.
Bagi mereka ini kita mesti ada jalan untuk mereka bersara lebih awal kerana kita tidak mahu orang yang tidak berkaliber, tidak mampu terus bekerja sampai umur 56, 58 ataupun pada satu hari kelak umur 65 tahun. Kita tidak mahu. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kita, apakah opsyen yang bakal diwujudkan bagi mereka yang tidak mampu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap mengenai langkah yang betul kerana umur purata di Malaysia ini sudah meningkat iaitu bagi perempuan mencapai 76 tahun purata jangka hayatnya dan bagi lelaki 75 tahun. Umur jangka hayat ini akan bertambah kerana masyarakat kita sudah berubah dan perkhidmatan perubatan pun sudah meningkat.
Walaupun ada masalah-masalah yang tertentu termasuk kekurangan doktor, termasuk rancangan yang ada cacat cela, kita masih lihat tahap perkhidmatan sudah meningkat. Di sini saya hendak menekankan bahawa pihak kerajaan mesti bagi kita tahu bilangan warga emas sekarang dan jangkaan di dalam 5, 10, 20 tahun akan datang.
Bilangan warga emas di Malaysia ini.
Yang kedua, ini penting. Tanggungan. Tempoh persaraan ini memang bermakna tanggungan. Kalau kita bagi mereka bersara dengan lebih awal, ini bermakna orang muda yang masuk kerja mesti menanggung orang yang bersara. Ini saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kita, setakat ini apakah tanggungan dan dengan ada tambahan 58 tahun apakah jumlah yang kita dapat jimat. Itu memang penting.
Saya percaya kalau kita tidak mengambil langkah yang betul sekarang, maka pada satu hari kelak kita akan nampak bilangan orang muda yang masuk kerja perlu menanggung dengan lebih berat bagi orang yang bersara. Ini memang satu perkara yang penting yang sering dibangkitkan di negara-negara yang maju dan kita hendak mencapai satu tahap negara maju pada 2020.
Ini bermakna kita hanya ada 12 tahun lagi. Di dalam 12 tahun ini saya berharaplah orang-orang muda tidak perlu menanggung dengan lebih banyak bagi orang yang bersara kerana ini tidak adil bagi orang-orang muda yang beratnya tanggungan bagi orang-orang yang bersara. Dengan itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya akan bagi Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Puchong kemudian dari Bebas, Yang Berhormat Pasir Mas. Lepas itu saya minta menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin turut serta dalam membahaskan rang undang-undang yang penting ini dan saya masih lagi mahu mencadangkan supaya seperti yang disebut oleh Kepong tadi bahawa umur pencen ini patut dilanjutkan lebih panjang lagi dan bukan menunggu masa yang lebih lama. Mungkin satu dekad lagi untuk pertimbangkan.
Kita sedang mengalami proses aging population mahu atau tidak mahu. Kalau pencen umur 58 tahun dan kita akan nanti mencapai umur 80 tahun, 85 tahun, kita ada masa yang panjang untuk menjalani tempoh tidak bekerja ini. Jadi dalam konteks ini seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi, problem utama kita adalah simpanan kita. Saving kita yang akan kurang kalau kita berhenti lebih awal sedangkan kita rasanya lebih atau masih produktif dalam keadaan umur tersebut.
Jadi kita harus segera memikirkan dan kerajaan mengambil inisiatif dan tidak menunggu saranan daripada mana-mana pihak termasuk CUEPACS sendiri kerana yang menjadi tanggungjawab sebuah pemerintahan nanti ialah memastikan rakyatnya itu employ, bekerja dan memperoleh pendapatannya sendiri. Kita tidak hendak nanti sampai satu peringkat kerajaan terpaksa menanggung satu kelompok umur yang panjang, orang-orang yang tidak mampu untuk menanggung atau menyara diri dia sendiri.
So, lebih baik kita merangka supaya mereka ada saving yang lebih baik. Ini bermakna mereka diberikan peluang untuk bekerja dengan lebih panjang. Kalau ada opsyen diberikan umur lebih panjang, mereka yang mampu dan dengan penilaian jabatan sama ada mereka boleh dilanjutkan. Saya rasa bukan sekadar kita beri dia opsyen dia berhenti lebih awal, kita bagi opsyen kalau nampaknya boleh, mereka ini dibenarkan dengan tidak menyambung dengan tidak menjejaskanlah peluang-peluang untuk orang lain untuk naik.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Environment kerja seperti disebutkan tadi adalah cukup penting sebab itulah di peringkat awal lagi kita harapkan kerajaan juga menimbang selain daripada bercakap mengenai umur pencen ini ialah suasana bekerja misalnya kepada kaum wanita yang melalui proses biologi mereka. Pada umur subur mereka, mereka akan melahirkan anak, mereka memerlukan cuti bersalin.
Dan kita hendak mencadangkan juga diambil kira perkara ini supaya mereka akan dapat menjadi produktif lebih lama dari segi gerak kerja mereka termasuk cuti bersalin yang lebih panjang diberikan kepada mereka yang berada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Kalau boleh kita tengok bagaimana pengalaman negara maju, tanpa menjejaskan perkhidmatan, tanpa menjejaskan moral atau spirit rakan-rakan sekerja yang lain. Kaum wanita yang menjalani ataupun yang perlu mengambil cuti bersalin atau maternity leave diberikan cuti yang munasabah panjangnya.
Ada negara yang berikan sampai enam bulan bergaji penuh. Saya tidaklah nak mencadangkan sampai enam bulan bergaji penuh tetapi eloklah diperingkatkan daripada sekarang ini kenaikan cuti bersalin yang lebih panjang daripada yang ada pada hari ini 90 hari kepada ataupun dua bulan kepada 90 hari ataupun lebih panjang daripada itu harus difikirkan daripada sekarang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, jemput Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan ini kerana saya ada keraguan dengan cara bagaimana seksyen 10 akta ibu akan dipinda.
Dengan izin Tuan Pengerusi, sekiranya saya boleh membawa perhatian Yang Berhormat-Yang Berhormat kepada seksyen 3 rang undang-undang ini yang kita lihat di muka surat dua. Khususnya seksyen 3(b) dengan izin saya baca. Seksyen 3 membaca seperti ini minta izin. Seksyen 10 akta ibu dipinda (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dan (4) dengan subseksyen yang berikut. Jadi ini satu subseksyen yang digantikan keseluruhan. Now seksyen 3, “Jika seorang bekerja mencapai umur persaraan paksa is lima puluh lima, lima puluh enam atau lima puluh lapan mengikut mana-mana yang berkenaan, satu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan pekerja itu disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu mengikut mana-mana yang berkenaan tetapi dikira cuti tanpa gaji hingga kesnya diputuskan”.
Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Bahagian itu dalam bahasa Inggeris membaca sedemikian. Saya rujuk kepada muka surat dua juga sekali lagi. This is important. Saya baca dengan izin.
“Where an officers attains the compulsory age of retirement of fifty-five, fifty-six or fifty-eight years, as the case may be, and a criminal or disciplinary proceeding which may result in his conviction or dismissal is not concluded,...” In other word still pending, “...his service shall be deemed”. Perkataan digunakan “shall be deemed to have been extended beyond any of that age, as the case may be, but on no-pay leave until his case is determined.” Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan menurut pengetahuan saya, sekiranya seseorang itu masih dalam perkhidmatan. He still in service as a stated here, “shall be deemed to have been extended beyond the age.” Itu bermaksud bahawa beliau tidak boleh mencari kerja lain oleh kerana masih dilihat sebagai seorang yang berkhidmat untuk pihak-pihak tertentu, kerajaan tempatan dan sebagainya.
Soalan yang saya bangkitkan ini, bukankah ini menjadi satu kaedah ataupun satu perkara yang boleh mengehadkan peluang belia untuk bekerja sementara terdapat prosiding either criminal or dismissal yang pending kerana perkataan yang digunakan itu deemed. So, once it is deemed even for period of five or six years, he can’t work.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, keadaan dia memang terganggu. Even listen to this, kita lihat bahawa subseksyen 4. Saya baca: “Where the criminal or disciplinary proceeding under subsection
(3) does not result in his conviction or dismissal,...”. Another word after, selepas proceeding tersebut habis, and there’s no, “….conviction or dismissal, he shall retire on attaining the age of fifty-five, fifty six or fifty-eight years, as the case may be of his compulsory age of retirement.”, dan ini penting. “…and the period of service after any of this age, as the case may be, shall not be regarded as reckonable service.” So, apa yang kita ada di sini, adalah satu keadaan di mana beliau terpaksa bersara pada umur tersebut dan oleh kerana terdapat proceeding pending, it’s goes on, tetapi selepas itu kalau beliau didapati tidak bersalah, that period which doesn’t work is not reckonable service, tetapi deem to be in service tidak boleh ada kerja lain. So, ini menjadi satu perkara yang kita kena lihat, as we know in practice, masa yang diambil ini kadang- kadang agak panjang.
So, adakah undang-undang ini, saya bangun sebagai seorang Ahli Parlimen, saya ada keraguan. Adakah drafting di sini memang mempunyai niat, saya bukan kata yang ia niat jahat, I’m not saying that. I’m just saying, I’m just asking, adakah yang dia berniat untuk memastikan bahawa seorang itu tidak boleh mengambil kerja lain dan kalau dalam keadaan sedemikian. Dan ini something, saya rasa kementerian patut mempertimbangkan sekali lagi oleh kerana seperti mana saya katakan, kalau seorang itu didapati tidak bersalah selepas prosiding tersebut, adakah wajar untuk beliau juga dalam masa prosiding tersebut berjalan tidak dibenarkan kerja, oleh kerana perkataan yang digunakan dalam undang-undang ini.
Dalam keadaan sedemikian, saya pohon agar Yang Berhormat Timbalan Menteri akan melihat lebih mendalam kepada cara dalam mana perkara ini digubal atau pindaan ini dicadangkan, dan ada juga keadaan seperti mana untuk bil tadi, this is what I want to raise earlier. The same section exist there. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat ini secara lebih mendalam supaya tidak terdapat satu keadaan, di mana satu rang undang-undang yang berniat baik diluluskan tetapi effect dia, kesan dia adalah kesan yang membebankan seseorang itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd. Johari bin Baharum
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan juga yang terlibat dalam perbahasan sebentar tadi.
Yang pertama sekali ialah berkenaan dengan hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Petani, iaitu mengenai mereka yang sampai ke satu tahap yang mana mereka tidak lagi berminat untuk bekerja. Sebenarnya kita dalam perkara ini memanglah, walaupun mereka telah membuat pilihan untuk bersara pada umur 58 tahun, tetapi pada bila-bila masa pun mereka boleh membuat opsyen untuk bersara. Jadi mereka ini tidak tertakluk kepada mana-mana untuk mengongkong mereka sehingga sampai umur 58 tahun.
Yang Berhormat Sungai Petani juga telah menyentuh berkenaan kursus-kursus refreshment. Jadi sememangnya di dalam perkhidmatan awam yang ada sekarang ini, kita memang mewajibkan setiap pegawai mengikuti kursus selama tujuh hari setahun, iaitu satu persen daripada emolumen digunakan oleh jabatan untuk kursus-kursus kepada pegawai- pegawai kerajaan. Ini dilaksanakan, sekarang ini pun telah dijalankan. Jadi saya rasa berkenaan perkara itu tidak ada masalah.
Yang seterusnya ialah Yang Berhormat Kuala Krai, iaitu berkenaan dengan benarkan anggota terpilih bekerja lebih daripada umur persaraan. Memanglah kita sekarang ini pun mempunyai pekerja-pekerja iaitu dalam bidang-bidang tertentu terutama sekali dalam bidang kritikal, yang mana kita memberi kontrak selain daripada bersara, kita membenarkan mereka bekerja.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Mohd. Johari bin Baharum
Namun demikian sekarang ini oleh kerana kita telah melanjutkan usia 58 tahun, saya rasa perkara ini tidak ada masalahlah. Yang Berhormat Kepong telah menyentuh berkenaan dengan penjimatan keseluruhan daripada dasar peningkatan umur persaraan.
Sebenarnya Jabatan Perangkaan adalah agensi yang memantau kepada perkembangan atau pola atau paten keusiaan di Malaysia dan kesannya secara keseluruhannya didapati, bahawa umur persaraan sekarang ini kita boleh tingkatkan sampai ke satu tahap yang lebih sehingga mungkin sampai ke 60 tahun di masa-masa yang akan datang.
Jadi, kalau kita lihat daripada segi kesihatan kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan yang pencen waktu sekarang ini 56 tahun, masih boleh bekerja dan saya rasa benda-benda ini tidak ada masalahlah, kerana kebanyakan yang ada sekarang ini kalau kita lihat dalam polis, perkhidmatan polis sendiri ada yang telah bersara, sekarang ini dipanggil balik untuk bekerja. Mereka ini masih mempunyai kemampuan bekerja dan di samping itu juga mereka mempunyai kepakaran yang tidak ada pada pegawai-pegawai yang sedia ada, jadi saya rasa itu adalah baik untuk kita.
Jadi saya ingat itulah sahaja di antara perkara-perkara yang telah disentuh. Walau bagaimanapun, saya rasa berkenaan dengan pencen ini kerana ia melibatkan kebanyakan kita di sini. Jadi oleh kerana itu saya mencadangkan selepas ini iaitu dalam sesi yang akan datang, saya akan membuat satu taklimat khas dengan pegawai pencen, di mana Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian boleh mencadangkan mengenai apa-apa juga cadangan yang kita rasa lebih baik untuk masa-masa yang akan datang.
Selain daripada itu, berkenaan dengan Yang Berhormat Puchong tadi, sebenarnya mengenai mereka yang telah dikenakan tindakan tatatertib, mereka boleh juga bekerja dengan mendapat kelulusan daripada ketua jabatan. Saya rasa benda itu tidak ada masalah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, itulah saja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.
Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah seksyen 10(4)(a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan) 1972 membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:
“Kumpulan Wang Amanah Projek Penandaan Dan Pengukuran Sempadan Bersama Antara Negeri-negeri Semenanjung Malaysia.” Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan seksyen 10(4)(a) Akta Prosedur Kewangan 1957, Dewan Rakyat boleh dari semasa ke semasa dengan satu ketetapan meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Kedua tersebut.
Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 10 Mac 1993 semasa menimbangkan memorandum dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, melalui Memorandum 146/1865/93 bertajuk Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Antara Negeri-negeri Di Semenanjung Malaysia telah bersetuju antara lain dengan garis panduan, tatacara, pelaksanaan, permohonan penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara negeri-negeri.
Kedua, kos penandaan dan pengukuran sempadan antara negeri-negeri ditanggung bersama oleh kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat.
Ketiga, mewujudkan akaun amanah di kementerian agar penandaan dan pengukuran sempadan antara negeri-negeri dapat berjalan dengan lancar.
Selanjutnya, Akaun Amanah Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah diwujudkan pada 1 Januari 1994 di bawah seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk menerima sumbangan daripada kerajaan-kerajaan negeri bagi menjalankan penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Akaun Amanah Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri-negeri Semenanjung Malaysia ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membiayai kos penandaan dan pengukuran sempadan bagi menentukan sempadan bersama antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Penentuan sempadan akan membolehkan kerajaan-kerajaan negeri menjalankan pembangunan dan pelupusan yang teratur dan terancang, mengelak berlakunya pencerobohan, memudahkan penguatkuasaan di samping menguruskan hasil-hasil bumi daripada perlombongan, pembalakan dan sebagainya di kawasan persempadanan.
Pada tahun 1994, anggaran keseluruhan kos adalah berjumlah RM10,401,300 dan kos ini ditanggung secara bersama oleh kerajaan-kerajaan negeri dengan kadar 50/50.
Bagaimanapun satu kajian semula mengenai kos penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah dibuat pada tahun 2005 dan didapati keseluruhan kos dianggarkan sebanyak RM32,436,071 iaitu peningkatan sebanyak lebih kurang 200%.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Kong Cho Ha
Peningkatan kos tersebut antara lain disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan yang menggunakan khidmat helikopter bagi kawasan pedalaman di samping kos-kos lain termasuk kos perkakasan dan perisian, elaun kerja luar, kos pembaikan dan penyelenggaraan aset serta kos-kos runcit yang lain.
Justeru itu, satu memorandum daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri mengenai peningkatan kos ini dan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 18 Oktober 2006, antara lain telah bersetuju supaya kos- kos penandaan dan pengukuran sempadan bersama negeri-negeri Semenanjung Malaysia ditanggung secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak 50% dan 50% lagi oleh kerajaan-kerajaan negeri.
Oleh itu kerajaan telah bersetuju supaya sumbangan permulaan sebanyak RM16.3 juta dapat diperuntukkan untuk Akaun Amanah Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Antara Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja penandaan dan pengukuran dijalankan mengikut perancangan serta dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan-kerajaan negeri.
Sehubungan itu, bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan sumbangan bagi membiayai kos tersebut, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 5 Disember 2007, semasa menimbang memorandum dari Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar nombor 1105/2581/2007 telah bersetuju supaya dinaiktarafkan Akaun Amanah Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Antara Negeri-negeri di Semenanjung daripada seksyen 9 ke seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan itu terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong. Tidak lebih dari 10 minit Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
10 minit ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
5 minit cukup.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu perkara yang penting. Kabinet sudah membuat keputusan pada akhir 5 Disember 2007 untuk menyumbang kepada Akaun Amanah Projek. [Dewan riuh] Yang Amat Berhormat ada di sini, kita mesti bagi penghormatan kepadanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pandang ke sini Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, memang pihak negeri tidak cukup wang untuk menanggung belanja bagi projek penandaan dan pengukuran sempadan dan di sini pihak Kerajaan Persekutuan perlu memberi sumbangan dan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah mengatakan ini yang pertama RM16.3 juta, di sini saya bertanya.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Setakat inilah daripada sumbangan Persekutuan dan juga daripada negeri-negeri masing-masing, apakah jumlah akaun amanah untuk projek-projek ini buat masa ini dan di sini walaupun itu akaun amanah projek itu ditubuhkan pada tahun 1994 dan itu lebih 14 tahun, baru sahaja kita nampak pihak negeri tidak cukup wang dan kita memberi sumbangan. Jadi 14 tahun itu lama, lebih satu dekad. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya pun hendak melihat itu semua sempadan di antara negeri itu projek-projek disiapkan, semua sempadan digariskan dengan betul dan supaya kita tidak ada pertikaian sungguhpun ini bukan Pulau Batu Puteh, tetapi Johor tu...
Yang Berhormat Sri Gading tidak jaga Pulau Batu Puteh sehingga diambil alih Singapura.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kepong pun tidak mahu jaga sama.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak cakap lagi, kita diam sahajalah kerana Tidak jaga Batu Puteh, kita diam sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong kalau bahas hadap kepada Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya faham, hendak gulung, kita sudah hendak balik. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, memang ada banyak perkara saya buat catatan kerana mereka tidak buat catatan, tadi tidak ambil catatan kerana tidak ada maklumat mengenai hal ini. Cuma hari ini kita dapat maklumat sedikit di dalam internet pun tidak ada.
Di sinilah saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini jumlah wang di dalam akaun amanah, dan juga bilakah projek-projek ini akan disempurnakan? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong kerana mengambil bahagian dalam perbahasan tentang usul yang dicadangkan sebentar tadi.
Sebenarnya, usul inilah adalah untuk meningkatkan akaun pemetaan itu dari seksyen 9 ke seksyen 10. Jadi, selama ini, Kerajaan Persekutuan tidak menyumbang kepada tabung amanah ini kerana ia di bawah seksyen 9. Pada masa sekarang, jumlah sumbangan dari negeri-negeri adalah sebanyak RM7.89 juta dan baki wang yang masih ada sekarang adalah lebih kurang RM900,000 sahaja dalam tabung.
Oleh sebab itu, Kerajaan Persekutuan fikir adalah wajar untuk kita menyumbang untuk mempercepatkan kerja-kerja pengukuran. Oleh kerana mengapa kerja itu sampai sekarang tidak dapat disiapkan. Di antaranya ialah oleh kerana MOU. Kebanyakan MOU di antara negeri-negeri itu belum ditandatangani. Kelambatan ini juga oleh sebab tidak ada persetujuan di satu-satu tempat di bawah dispute dan sebagainya dan juga melibatkan negeri-negeri yang tidak membayar sumbangan itu yang mengakibatkan kerja itu lambat dijalankan.
Dengan itu sahaja apa yang dibangkitkan oleh Kepong. Jadi, untuk itu saya mengucapkan terima kasih atas perbahasan. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan, Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan itu tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1), seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah-perintah Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST.36, hingga ST.38 tahun 2008 disahkan.
Tuan Yang di-Pertua,
(i) Perintah Duti Kastam 2007, P.U.(A) 441 bertarikh 31 Disember 2007;
(ii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) dan (Tarif Keutamaan Sama Rata) 2007 P.U.(A) 440 bertarikh 31 Disember 2007.
Saya mohon untuk membentangkan Perintah Duti Kastam 2007 iaitu P.U.(A) 441/2007 dan Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata 2007 iaitu P.U.(A) 440/2007 secara bersama memandangkan ia adalah berkaitan.
Perintah Duti Kastam 2007 disediakan bagi memenuhi komitmen Malaysia selaku anggota World Custom Organization atau WCO untuk menerima pakai kod Tariff Harmonise System 2007 (HS 2007). WCO telah pun melaksanakan kod tarif baru iaitu Harmonise Tariff Nomenclature System 2007 atau lebih dikenali sebagai SH 2007 untuk diguna pakai bagi perdagangan oleh semua negara di dunia.
Kod Harmonise Tariff Nomenclature System telah dipersetujui untuk diperbaharui setiap lima tahun sekali. Sejajar dengan hasrat WCO untuk mengambil kira perkembangan semasa dalam perdagangan dunia serta perubahan teknologi terkini. Pindaan yang lalu, telah dilaksanakan pada tahun 2002 dan pindaan yang terkini pula dilaksanakan pada tahun 2007 iaitu SH 2007.
Di bawah SH 2007, beberapa baris kod tarif baru diwujudkan, manakala beberapa baris kod tarif yang lama dimansuhkan, dicantum ataupun diringkaskan. Secara amnya perubahan Harmonise Tariff Nomenclature System tersebut hanya dari segi struktur sahaja.
Manakala kadar tarif semasa masih berkuat kuasa dan tidak berubah. Selaras dengan pindaan yang dilaksanakan dalam Perintah Duti Kastam 2007, maka Perintah Duti Kastam barang-barang berasal dari negeri-negeri ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata 2007 juga perlu dikemas kini dengan kod tarif baru iaitu SH 2007.
Walau bagaimanapun, kadar tarif yang sedia ada adalah dikekalkan. Dengan pelaksanaan kedua-dua perintah baru tersebut, maka perintah terdahulu iaitu P.U.(A) 15 /1996 dan PU(A) 1/2004 yang mengguna pakai HS 2002 adalah dibatalkan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah perjanjian perkongsian ekonomi rapat antara Malaysia dengan Republik Islam Pakistan 2007 P.U.(A) 439 bertarikh 31 Disember 2007. Perintah ini disediakan untuk memenuhi komitmen Malaysia di bawah perjanjian perkongsian ekonomi rapat antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Islam Pakistan yang telah ditandatangani pada 8 November 2007.
Tujuan perjanjian tersebut adalah untuk menggalakkan perdagangan bebas yang lebih komprehensif di antara kedua-dua negara dalam sektor barangan perkhidmatan dan pelaburan. Perintah Duti Kastam ini adalah untuk melaksanakan pengurangan dan penghapusan tarif ke atas senarai barangan yang telah dipersetujui oleh Malaysia di bawah perjanjian tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.
Perintah Duti Kastam ini adalah lebih menyeluruh dan menggantikan Perintah Duti Kastam (Program Early Harvest) antara Malaysia dan Pakistan yang telah dilaksanakan selama dua tahun iaitu mulai 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2007. Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah perjanjian perkongsian ekonomi rapat antara Malaysia dengan Republik Islam Pakistan 2007 adalah selaras dengan komitmen negara di bawah perjanjian perdagangan dua hala tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Dewan riuh] Yang Berhormat Kepong, kalau boleh tiga minit. Ini angkat buku tebal-tebal ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya akan pendekkan.
Cuma saya hendak menekankan di sini, kita ada sembilan jilid. [Sambil menunjukkan buku] Kalau dua jam hendak bahas pun tak cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Itulah makanya saya kata pendekkan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Memang tak cukup. Saya nampak Yang Berhormat Sri Gading ini sentiasa hendak minta projek dan Yang Berhormat Sekijang juga macam itu.
Yang Berhormat Ledang pun macam itu juga, hendak minta projek. Namun apabila kita bincangkan hendak dapat cukai kastam dan eksais, mereka tidak berminat. Cokoh di situ, dia hendak cepat balik...
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan perbahasan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
...Projek dia mahu, daripada mana kita dapat projek itu. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan ganggu nanti panjang lagi masa kita. Silakan Kepong, teruskan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, inilah pihak Jabatan Kastam dan Eksais itu, tiap-tiap tahun itu mendapat cukai dan eksais itu hampir RM30 bilion atau lebih. Itulah, wang-wang ini diminta untuk projek...
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
...Patutlah di Sri Gading projek dia kurang.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Yang Berhormat Kepong, teruskan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa kena mengena dengan Sri Gading Yang Berhormat Kepong?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini saya nampak ada usaha untuk memperbetulkan istilah-istilah code harmonized tariff itu oleh World Customs Organization
(WCO). Memang kita sebagai Ahli WTO dan sebagainya kita perlu menyelaraskan kod kita dengan dunia kerana Malaysia merupakan negara perdagangan yang ke-20 teratas di dunia. Sekarang 16 dah ya?
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat jangan ganggu Yang Berhormat Kepong. Nanti panjang lagi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kepong. Jangan minta diganggu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Ketawa] Kita hendak kekalkan di dalam lingkungan 20 ke atas negara perdagangan dan perlulah kita menyelaraskan dengan WHO ini. Itu code harmonized tariff. Cuma itu diluluskan pada 2007 sebab apa kita tunggu sampai 2008 baru kita bentangkan usul ini. Jadi saya pun hendak tahu tentang itu.
Untuk perjanjian dengan Republik Islam Pakistan ini. Kita bermula daripada 2006 lagi dan sebab apa, baru sahaja kita hendak bentangkan ini dan apakah perjanjian kita dengan negara-negara lain? Hari ini kita hanya membentangkan dengan Pakistan. Adakah perjanjian yang sama yang diadakan dengan negara-negara yang lain? Banyak lagi untuk Pakistan itu ada tiga jilid. Banyak perkara di dalam itu Tuan Yang di-Pertua.
Akhir sekali saya pun hendak... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengganggu dari tadi, Yang Berhormat Kepong sudah habis.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sudah habis. Betul, betul. [Ketawa] Betul memang betul Tuan Yang di-Pertua. Mengenai CEPT kita. Common Effective Preferential Tariff, ini.
Tiap-tiap tahun tiga kali kita bentangkan di dalam Dewan ini. Bilakah kita akan habiskan semua dengan CEPT ini? Memang tiap-tiap tahun kita ada, tak habislah itu.
Mungkin tiap-tiap tahun kita ada ubah, meminda dan sebagainya. Kali ini kita bentangkan sekali lagi. Ini pun tiga jilid juga Tuan Yang di-Pertua. Walaupun pihak Sri Gading tak berminat, saya berharap jangan bagi dia projek. Dia tak berminat. Kita hendak dapat wang dia tak mahu, apa guna bagi dia projek.
Tuan Yang di-Pertua, saya penat. Kesian kepada semua, saya hendak kembali juga dan di sinilah saya berharap semua pindaan ini dapat dijalankan dengan berkesan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Ada lagi ini? Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pendek sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Sila, sila.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan mengenai perjanjian dua hala antara Malaysia dengan Pakistan. Minta penjelasan sikit. Apakah duti kastam yang kita akan hilang dengan perjanjian ini? Apakah jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Pakistan dan apakah anggaran peningkatan perdagangan antara kedua-dua negara tersebut untuk memberikan faktor kenapa kita perlu perjanjian ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Kong Cho Ha
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kerana mengambil bahagian dalam perbahasan tentang usul yang dicadangkan sebentar tadi.
Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Kepong, pembenaran ini dibuat pada tahun 2008, ini adalah kerana ia masih berkuat kuasa sampai 31 Disember 2007 dan kelewatan ini adalah kerana hendak mengambil kira kepentingan perdagangan dan industri dalam negeri. Rundingan dengan agensi-agensi dan sektor swasta yang berkaitan.
Jadi berkenaan dengan Republik Islam Pakistan. Sebenarnya perjanjian Early Harvest itu telah pun berkuat kuasa untuk dua tahun yang lepas. Jadi pada hari ini, memang kita saja membentangkan satu perjanjian yang komprehensif yang telah pun ditandatangani.
Sejak penguatkuasaan perjanjian di antara Pakistan dan Malaysia, negara kita telah banyak manfaat dari perjanjian ini dan dalam suku tahun yang pertama 2008, di mana perjanjian ini dikuatkuasakan, perdagangan di antara Malaysia dengan Pakistan telah pun meningkat dan eksport kita ke negara Pakistan telah pun meningkat lebih kurang 78%.
Import dari Pakistan meningkat 35% dan balance of trade dengan izin, adalah lebih kurang meningkat 83% in our favour dengan izin.
Apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi adalah, apakah perjanjian-perjanjian yang lain? Perjanjian yang lain yang telah pun diimplementasikan adalah perjanjian Malaysia – Jepun, Asian – Korea, dan Asian – China. Kita juga sudah menunggu finalization perjanjian di antara ASEAN dan Jepun iaitu AJCEP yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi. Kita memang sedang dalam rundingan perjanjian-perjanjian yang lain iaitu Malaysia – US, Malaysia – Australia, Malaysia – New Zealand, Chilie dan sebagainya.
Untuk pertanyaan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, iaitu apakah barang-barang yang cukainya diturunkan? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya Jabatan Kastam adalah agensi penguatkuasaan sahaja. Jadi lead agensi untuk perjanjian ini adalah Kementerian MITI. Itu sahaja jawapan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 10 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bil. 36, 37 dan Statut 38 Tahun 2008 disahkan dan hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-12 telah berlangsung selama 18 hari. Saya dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat disempurnakan.
Akan tetapi, kecuali dengan insiden-insiden yang tertentu yang telah melanggar Peraturan Mesyuarat yang telah berlaku semasa kita bersidang, saya selaku Tuan Yang di- Pertua pada keseluruhannya berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat, pun demikian kepuasan hati saya mungkin akan berada di tahap yang lebih tinggi lagi sekiranya insiden- insiden yang semua Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum telah tidak berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pegawai- pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Parlimen serta lain-lain pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat kali ini. Bersandarkan kepada pengalaman kita bersama di dalam persidangan kali ini, saya sesungguhnya menaruh harapan yang menggunung tinggi supaya di persidangan akan datang kelemahan akan kita dapat atasi dan kebaikan akan kita tambah baik lagi.
“Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; kalau ada silap dan salah, mari bersama kita perbaiki”.
[Tepuk] Akhir kata, pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai yang akan berlangsung pada hujung minggu ini khususnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berasal daripada Sabah dan Sarawak.
Selamat pulang dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Dewan ditangguhkan pada pukul 8.32 malam.