May222008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah jenis-jenis program yang telah dilaksanakan oleh kementerian sebagai usaha menggalakkan pelaburan sektor swasta dari negara luar di dalam sektor pertanian dan industri asas tani di Malaysia.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjayakan Dasar Pertanian Negara, pelaburan adalah amat penting. Oleh yang demikian, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan telah menyasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM20 bilion daripada pihak swasta dan RM6 bilion daripada pihak awam.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kerajaan telah berjaya menarik pelaburan asing kira-kira RM3.6 bilion untuk sektor agro-makanan dan industri asas tani.

Manakala bagi sektor pengeluaran makanan pula kira-kira RM280 juta telah berjaya ditarik daripada pelabur-pelabur luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, kaedah-kaedah yang digunakan untuk menarik pelaburan asing adalah seperti berikut:

(i) lawatan-lawatan pemimpin negara khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Umpamanya baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertemu dengan beberapa ketua negara di Timur Tengah di mana isu agro-makanan dibincangkan termasuklah pelaburan dalam negara dan luar negara;

(ii) misi-misi pelaburan yang dianjurkan dalam MIDA. Ini diadakan setiap tahun, lebih sepuluh misi utama yang diadakan setahun;

(iii) attache pertanian yang ada tujuh di seluruh dunia.

Walaupun peranan utama ialah untuk memasarkan barangan pertanian Malaysia juga bertanggungjawab untuk menggalakkan pelaburan asing dalam sektor pertanian dalam negara kita; dan

(iv) pameran besar-besaran. Bulan Ogos ini negara akan menganjurkan MAHA 2008, di Serdang di tapak baru dan setakat ini kita telah berjaya menarik peserta daripada lebih 30 buah negara yang akan ditempatkan di lebih 300 booths.

Ini empat kaedah yang digunakan dan kita berharap dengan kaedah-kaedah ini pelaburan swasta khususnya daripada luar negara dalam sektor pertanian akan meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, contoh kejayaan dalam bidang ini termasuklah seperti berikut; umpamanya sebuah syarikat Norway bernama GenoMar telah pun bersetuju untuk melabur di Tasik Temenggor dengan nilai pelaburan berjumlah RM35 juta melibatkan 30,000 metrik tan ikan tilapia akan dieksport setiap tahun. Itu contoh yang pertama.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed

Contoh kedua ialah sebuah syarikat Australia. Sekarang ini sedang merancang untuk melabur kira-kira AUD65 juta dalam sebuah projek feedlot di Gemas.

Ini adalah contoh-contoh pelaburan asing yang sudah pun berjaya dan kita akan menambahkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan pelaburan asing dalam sektor pertanian. Ini penting dalam usaha kita untuk memenuhi agenda besar menambahkan pengeluaran makanan dalam negara dalam konteks menjamin bekalan makanan yang mencukupi.

final • 10:00 AM

Tuan Matulidi bin Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pelabur-pelabur asing yang kita dengar sebentar tadi bertempat di Gemas dan juga di Temenggor.

Apakah cadangan Yang Berhormat Menteri supaya pelabur-pelabur asing sama ada luar ataupun dalam jika ada supaya dapat ditempatkan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga di negeri Sabah dan Sarawak kerana dengan pelaburan ini nanti akan memberi kesan positif dan juga meningkatkan pendapatan kepada golongan miskin yang boleh mengambil bahagian. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dungun, ada sebuah syarikat daripada Australia namanya Aquaculture Limited Australia yang telah melabur AUD10 juta dalam satu ternakan ikan laut secara tertutup. Ini adalah pelaburan yang telah dilakukan di negeri Terengganu dan sasaran pengeluarannya adalah kira-kira 10 tan ikan sebulan.

Jadi memanglah kita menggalakkan pelabur-pelabur bukan saja untuk melabur di kawasan-kawasan yang sudah pun maju seperti di Johor. Di Johor kita ada beberapa buah syarikat Singapura umpamanya telah melabur kira-kira RM35 juta dalam projek ikan hiasan yang meliputi kira-kira 270 hektar. Jadi selain daripada negeri Johor dan negeri-negeri yang sudah maju, kerajaan juga akan berusaha untuk menempatkan projek-projek yang mengandungi pelaburan asing ini di negeri-negeri kurang maju termasuklah Terengganu, Sabah dan Sarawak.

final • 10:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah sebenarnya matlamat menukar nama daripada Bank Pertanian kepada Bank Agro.

Adakah ia sekadar untuk rebranding semata-mata tetapi masalah yang dihadapi oleh mereka yang berminat dalam sektor pertanian ini masih lagi banyak dan tidak selesai.

Saya juga nak tahu, apakah kementerian memantau pembiayaan 3F, Fund for Food untuk membiayai program-program pertanian yang membabitkan pengeluaran makanan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kaitan langsung.

Namun saya kena jawablah, soalan ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Pembiayaan untuk sektor pertanian ini disalurkan dulunya melalui Bank Pertanian dan juga bank-bank komersial. Bank Pertanian sudah pun ditukar nama kepada Agro Bank.

Proses ini adalah untuk menjadikan ia lebih global kerana satu hari nanti Agro Bank bercadang selain daripada memberi pinjaman kepada petani-petani, pesawah- pesawah tempatan apabila ia mantap sudah pasti ia perlu menjalin hubungan di peringkat antarabangsa untuk membolehkan ia menarik dana yang lebih untuk disalurkan kepada petani-petani tempatan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, matlamat penjenamaan semula ini adalah sesuai dengan peningkatan modal dibayar. Sekarang ini RM1 bilion dulunya tidak cukup modal, RM1 bilion telah pun ditambah modal Agro Bank. Ini akan membolehkan bank ini memberikan pinjaman yang lebih kepada petani-petani. Bank Negara yang menyelia Agro Bank sudah pun mengarahkan supaya pihak Agro Bank dan bank-bank lain mempermudah penyaluran pinjaman, khususnya kepada pertanian.

Dalam konteks semasa, di mana pertanian begitu penting sudah pasti kementerian bersama-sama Kementerian Kewangan akan memantau perjalanan Agro Bank supaya ia menepati matlamat penubuhannya agar membantu petani, pesawah dan nelayan.

final • 10:00 AM

Dato’ Mustapa Mohamed

Berkaitan dengan 3F iaitu satu skim untuk membantu menambah pengeluaran makanan. Skim ini diperkenalkan kira-kira 10 tahun yang lalu dan masih lagi berperanan. Setakat ini sudah banyak membantu para petani, pesawah, penternak dan nelayan. Insya-Allah kita akan sentiasa memantau bagi memastikan bahawa Skim Pinjaman 3F ini juga akan berjaya untuk membantu matlamat kerajaan bagi menambah pengeluaran makanan dalam negara kita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah kemajuan dengan penubuhan Perbadanan Pengurusan Sisa-sisa Pepejal dan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan bagi membiayai perbelanjaan untuk mengurus sisa-sisa pepejal.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbadanan Pengurusan Sisa-sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah ditubuhkan melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Sebanyak 354 jawatan telah diluluskan untuk ibu pejabatnya manakala permohonan jawatan bagi pejabat-pejabat negeri dan daerah sedang diproses oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam hal ini fungsi utama perbadanan adalah mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang sisa pepejal tersebut dan perbadanan tidak terlibat untuk memberi bantuan kepada pihak berkuasa tempatan bagi membiayai perbelanjaan untuk mengurus sisa-sisa pepejal.

Walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menjelaskan perbezaan bayaran perkhidmatan kepada perbadanan yang disebabkan oleh peningkatan KPI yang diberikan untuk dibayar terus kepada syarikat konsesi atau kontraktor-kontraktor yang dipilih.

final • 10:00 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi minimumkan kos pengurusan sisa-sisa pepejal, apakah kementerian sudah memutuskan teknologi yang akan diguna pakai seperti material recovery facility dan seumpamanya di seluruh negara secara amnya dan di negeri Pulau Pinang khasnya?

Sehubungan itu apakah kementerian setuju dengan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membuat tawaran terbuka bagi memilih syarikat konsesi yang dapat menawarkan teknologi, kos dan perkhidmatan yang baik sekali, supaya tidak membawa bebanan kepada majlis perbandaran ataupun kepada pembayar cukai?

final • 10:00 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, atas masalah untuk kita menentukan facilities yang baik menggunakan teknologi baru.

Dalam akta ini disebut, sesiapa yang ingin mengemukakan atau membangun sesuatu facilities dengan teknologi yang baru mereka boleh menghantar dan meminta lesen yang akan dikeluarkan oleh jabatan perbadanan itu sendiri.

Maka dengan adanya lesen-lesen baru, dengan kaedah-kaedah teknologi yang baru akan diberikan melalui kementerian ini, selepas itu barulah kita tetapkan tentang bagaimana caranya untuk kita menentukan kos-kos yang tertentu. Pada masa sekarang ini, oleh kerana tidak ada lagi teknologi-teknologi baru yang ingin dikemukakan atau facilities baru, maka sudah tentu kadar kos yang ada sekarang masih lagi diguna pakai. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila bercerita pasal sisa pepejal dan sistem pembetungan najis, banyak masalah di Sabah.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Kalabakan, di Tawau kita ada gempa bumi. Ini kena mengena dengan sisa pepejal dan pembetungan. Jadi kita minta penjelasan daripada kementerian menyelesaikan masalah ini tanggungjawab siapa?

Negeri atau Persekutuan? Jikalau negeri, negeri tidak mampu kerana ia memakan belanja beratus juta. Kita takut Tuan Yang di-Pertua kerana beratnya sisa-sisa yang ada ini pepejal dan pembetungan ini, kita takut bukan gempa bum tetapi negeri Sabah akan tenggelam kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak menyelamatkan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Ini penting Tuan Yang di-Pertua, ini penting.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Jadi saya harap, ini mukadimah dulu kalau tidak mungkin orang Kalabakan tidak nampak yang saya ini dalam TV... [Ketawa] Jadi mahu nampak juga, ini politik.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat. Bukan harapan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, sisa pepejal dan pembetungan najis ini kita perlu tiap-tiap satu RM500 juta. Jika tidak pembetungan akan pecah, negeri Sabah akan bau najis kepada pelancong yang datang. Jadi persoalannya di sini, siapa punya tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini, negeri atau Persekutuan?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya Yang Berhormat Kalabakan ini tersilap. Oleh kerana akta yang kita buat ini, kita gubal tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Itu yang pertama tentang Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal.

Kedua, Akta Pembetungan yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kalabakan adalah satu akta yang berbeza iaitu akta itu sendiri, Akta Suruhanjaya Pengurusan Air Negara iaitu SPAN yang tidak termasuk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Walau bagaimanapun, saya percaya kerana Sabah dan Sarawak mempunyai akta dan undang-undangnya sendiri, maka sudah tentu kerajaan negeri sudah memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Ini kerana apabila kita menggubal akta yang asal, kita mahukan Sabah dan Sarawak juga sama dalam akta ini namun ketika itu Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak oleh kerana mereka telah pun mempunyai undang-undang tersendiri, mereka tidak mahu menggunakan kuasa akta ini buat sementara waktu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

3. Dato’ Seri Haji Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, memandangkan baru-baru ini kerajaan telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Kabinet mengenai perubahan iklim (climate change) untuk menggubal dasar-dasar perlu bagi menangani masalah yang diakibatkannya, adakah task force yang diwujudkan untuk membantu Jawatankuasa ini telah menyediakan maklumat-maklumat perlu untuk Kajian Separuh Penggal RMK-9.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua. Berikutan dengan kejadian banjir yang melanda negara diwujudkan satu Jawatankuasa Petugas Khas yang mana ditugaskan untuk menilai semula projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Jawatankuasa Petugas Khas ini dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dibantu oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua pengarah jabatan yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga setiausaha-setiausaha kerajaan negeri dan pengarah-pengarah unit perancangan ekonomi negeri.

Terma rujukan bagi jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti punca- punca yang menyebabkan banjir juga mengenal pasti kawasan-kawasan yang terdedah kepada kejadian banjir, dengan izin, flood pond areas, dan mengenal pasti projek- projek Rancangan Malaysia Kesembilan yang berada dalam kawasan-kawasan banjir dan menilai semula projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan dan mencadangkan langkah-langkah susulan terhadap pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Maznah Mazlan

Seterusnya jawatankuasa khas ini juga perlu mengemukakan laporan dan perakuan sewajarnya untuk dibawa ke keputusan Jemaah Menteri dan juga kepada Jawatankuasa Kabinet yang berkaitan dengan perubahan iklim. Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan maka diputuskan bahawa kajian yang terperinci dijalankan bagi negeri-negeri yang teruk dilanda banjir iaitu Johor, Kelantan dan Pahang dan setakat ini senarai-senarai projek dan juga kajian semula telah dibuat oleh pihak-pihak berkenaan. Sehubungan dengan itu kementerian akan membawanya kepada Jemaah Menteri.

Untuk makluman bersama, Nota Jemaah Menteri ini akan menjelaskan projek- projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada kejadian banjir dan juga mencadangkan bagaimana cara untuk menangani di samping menggesa pihak-pihak yang berkaitan terutama pihak kerajaan tempatan dan lain-lain pihak pelaksana untuk mengikut garis-garis panduan seperti Manual Saliran Mesra Alam dan juga Pelan Kawalan Hakisan yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan lain-lain garis panduan pembangunan yang dikeluarkan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri baru. Tahniah kepada kementerian yang telah mengadakan mesyuarat-mesyuarat tertentu. Cuma saya mendengar semalam penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Ucapan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya tidak mendengar bahawa perkataan task force ataupun jawatankuasa bertindak.

Saya hendak bertanya, oleh kerana perubahan iklim ini adalah satu perkara yang paling serius, yang melanda alam pada hari ini mengakibatkan banjir, typhoon atau cyclone yang besar-besar seperti yang berlaku di Myanmar, di Johor kerugian yang begitu tinggi, di Pahang baru-baru ini dan yang akan datang kita tidak tahu bagaimana atau besar mana banjir dan bencana alam yang akan berlaku.

Saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada kementerian meletakkan task force ini di bawah fast track dan sama ada sudah dikesan berapa banyak perbelanjaan yang perlu untuk dibawa kepada Kajian Semula Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita tidak mahu apa yang diminta untuk projek ini di bawa ke Rancangan Malaysia Kesepuluh kerana pelaksanaannya akan memakan masa sepuluh tahun lagi. Jadi, saya hendak bertanya sama ada ini sudah diletakkan di bawah fast track ataupun sudah ditentukan kosnya.

final • 10:00 AM

Datuk Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, semalam semasa penggulungan tidak dibangkitkan perkara ini kerana hari ini saya akan menjawab soalan ini.

Kedua, sama ada ia diletakkan di dalam fast track, ia sudah pasti kerana kita tahu bahawa perubahan iklim dan pemanasan global merupakan isu yang sangat berkait dengan kehidupan kita pada hari ini dan untuk itu Jawatankuasa Kabinet khusus mengenai perkara ini juga akan bersidang tidak lama lagi.

Mengenai dengan Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian dengan jawatankuasanya telah pun mengenal pasti bahawa bilangan projek yang terlibat di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah sebanyak 456 projek yang mana telah dikenal pasti yang melibatkan kos projek keseluruhan berjumlah RM1.3 bilion. Perkara ini juga akan diangkat dan menjadi input kepada Jawatankuasa Kabinet berkenaan.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Yang Berhormat Senator memang dia kerja kuat kerana saya boleh nampak daripada jawapannya. Soalan yang penting ini ialah, apakah indeks yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menentukan projek-projek seperti yang disebutkan sebanyak 456 projek itu? Adakah carbon rating... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, ini memang relevan. [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dia mahu menyoallah itu.

Kalau dia diganggu macam mana dia dapat menyoal. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 10:00 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang indeks yang digunakan oleh pihak kementerian seperti carbon rating. Kalau negara kita misalnya dibandingkan dengan negara China atau Amerika Syarikat memang carbon rating kita amat rendah sekali.

Cuma, selain daripada carbon rating, banjir, apakah yang digunakan lagi untuk memastikan projek-projek yang diadakan itu berorientasikan iklim yang berubah?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Maznah Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, dalam terma rujukan jawatankuasa khas ini ia bertumpu kepada projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan dan garis-garis panduan untuk pelaksanaan seterusnya.

Mengenai soal indeks di bawah Kementerian Sumber dan Alam Sekitar kita mempunyai berpuluh-puluh indeks untuk mengukur pelbagai bentuk pencemaran seperti pencemaran bunyi, pencemaran udara, pencemaran air dan berbagai-bagai lagi.

Untuk menjawab soalan itu saya perlu beri taklimat khas kepada Yang Berhormat dan mungkin akan diadakan juga oleh kementerian untuk semua Ahli Parlimen. Saya harap itu dapat menjawab soalan tersebut kerana dalam terma rujukan tidak termasuk. Terima kasih.

final • 10:00 AM

4. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah purata kos pembedahan jantung pediatrik untuk kes-kes tersebut yang dibedah di hospital-hospital kerajaan termasuk Institut Jantung Negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan secara bersekali daripada Yang Berhormat Gopeng kerana beliau juga menanyakan soalan yang lebih kurang sama pada 13 Mei. Pertanyaan-pertanyaan tersebut antara lainnya adalah sama sahaja.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, kos sebenar pembedahan jantung termasuk pembedahan jantung pediatrik adalah sama baik di pusat-pusat perubatan awam termasuk IJN mahupun di hospital-hospital swasta.

Namun, kos-kos ini dalam perkhidmatan hospital-hospital kerajaan adalah sepenuhnya di subsidi oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi mengikut Perintah Fe

(Perubatan) 1982.

Caj untuk pembedahan jantung bagi kanak-kanak sekolah adalah percuma bagi kelas tiga. Sementara bagi pembedahan kanak-kanak belum bersekolah bayaran maksimum adalah sebanyak RM200 untuk sebarang jenis pembedahan. Kos pembedahan di hospital swasta termasuk IJN, semuanya bergantung pada complexity kes-kes pediatrik tersebut.

Ingin saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bagi pesakit jantung kanak- kanak yang menjalani rawatan pembedahan di IJN dari golongan miskin, bayaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sementara bagi golongan tidak miskin, kos purata yang sudah di subsidi adalah di antara RM12,000 hingga RM15,000 bergantung pada complexity kes-kes tersebut. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya soalan asal saya adalah berhubung kait dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri pada 2 April berkenaan dengan menghantar pesakit kanak-kanak untuk pembedahan di Bangalore, India dengan anggaran perbelanjaan RM2 juta setahun, RM10,000 setiap pesakit.

Soalan saya ini, sebab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tidak tepat kerana kos di hospital awam dan di hospital swasta ada kelainan dari segi kos ke atas consultation yang di caj oleh pakar-pakar yang membuat pembedahan tersebut. Soalan saya ini, alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dahulu adalah kerana hospital awam, kementerian kekurangan kapasiti untuk buat pembedahan-pembedahan pediatrik tersebut.

final • 10:00 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi, soalan saya sudah lebih 15 tahun kita tubuhkan Institut Jantung Negara dan kementerian juga tubuhkan pusat cardiothoracic di hospital-hospital seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching dan juga merancang hospital-hospital yang lain. Kenapa setakat ini kita masih kekurangan kapasiti?

Kedua, bukankah tindakan Kementerian Kesihatan ini membelakangkan usaha untuk mempromosi health tourism ataupun pelancongan kesihatan.

Ketiga, pernahkah kementerian pertimbangkan untuk outsource kepada hospital swasta tempatan yang saya pasti mempunyai kapasiti dan dengan kos yang setanding dan juga dengan kualiti yang terjamin. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang soalannya Yang Berhormat daripada soalan asal.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Panjang sebab Yang Berhormat Gopeng dia bukan pakar bedah jantung, tetapi dia pakar jantung Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Ini doktor sama doktor ya?

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya sudah lama tinggalkan doktor ini, tidak boleh percaya dah... [Ketawa] Saya jaga doktor Tuan, Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan yang sungguh menarik daripada Yang Berhormat Gopeng. Pertama dia kata selepas 15 tahun IJN ditubuhkan dan ada empat hospital di Pulau Pinang, sekarang di Serdang, di Johor Bahru, di Hospital Umum Kuching, sekarang kita hendak buat di Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Memang betul, kita berhadapan dengan masalah kekurangan pakar bedah pediatrik. Pakar bedah jantung ramai, tetapi pakar bedah jantung kanak-kanak kurang.

IJN ada enam. Di hospital awam hanya ada dua, itu pun dia hanya boleh buat pembedahan yang mudah. Yang kompleks, yang lebih rumit, dia memerlukan skil latihan keterampilan yang lama.

Tuan Yang di-Pertua, hendak jadi pakar bedah jantung, habis lima tahun, dia jadi doktor, dia housemanship setahun, kemudian tambah tiga tahun, tambah lagi empat tahun kepakaran, selepas empat tahun kepakaran, dua tahun baru dapat pengesahan kepakaran tersebut. Sambung lagi subspecialty empat tahun lagi. Jadi kalau hendak jadi pakar bedah jantung pediatrik, baru confirm sahaja umur dia sudah 40 tahun.

Dia hendak jadi pakar jantung kanak-kanak yang boleh melakukan pembedahan yang kompleks, dia memerlukan keterampilan masa yang lebih. Sebab itu, 15 tahun sebenarnya tidak cukup. Sebab itu kita Yang Berhormat Menteri buat pengumuman. Ini adalah pengumuman terakhir yang kita hendak hantar kes-kes. Kita peruntukkan RM2 juta, tidak banyak. Hospital Narayanan, kenapa Hospital Narayanan kita pilih? Pertama sekali kita hendak pastikan, ini adalah langkah terakhir.

Saya bagi statistik. Yang Berhormat Gopeng sendiri tahu. Lama sedikit Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab, ambil masa sedikit. Kelahiran kita di Malaysia adalah 500,000 kelahiran. 0.8% hingga 1% daripada kelahiran hidup tiap-tiap 1,000 dia akan berhadapan dengan masalah jantung congenital heart disease dengan izin.

Jadi satu tahun kita akan berhadapan dengan 5,000 kes. Daripada 5,000 kes, 2,000 atau 3,000 kes perlukan pembedahan. Memang di IJN, tahun 2005 kita hanya boleh buat 650 kes. Itu ada enam pakar jantung pediatrik. Ekoran daripada itu, Yang Berhormat Gopeng kata, boleh tak kita ajak rakan-rakan pakar bedah jantung di swasta? Kita sudah buat lebih awal. Bila kita umum sahaja hendak hantar ke Hospital Narayanan, barulah mereka datang jumpa kita.

Sebelum ini mereka tahu masalah ini dan mereka sebenarnya dahulu bekerja dengan kerajaan, berkhidmat dengan kerajaan. Dia tidak mampu hendak melakukan pembedahan, dia pergi dekat swasta dengan pembayaran yang lebih baik. Bila kita umumkan tadi peruntukan RM2 juta, RM2 juta tidak banyak Tuan Yang di-Pertua.

Hanya untuk 200 orang. Itu pun sudah ada list ini, kita hendak hantar secepat mungkin.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak kasi peluang kepada wakil bebas, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:00 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar jawapan Yang Berhormat tadi, saya agak keliru. Iaitu mengenai dengan subsidi yang dikatakan diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan pembedahan jantung.

Sebab saya pernah terima aduan di mana pihak-pihak hospital kerajaan memang meminta deposit ataupun melengah-lengahkan sebab masalah pembayaran. Itu pertama.

Yang kedua, memang benar saya dapati Tuan Yang di-Pertua, kes keperluan pakar bedah kanak-kanak ini merupakan national issue. Sebab terlalu ramai sudah kanak-kanak, Tuan Yang di-Pertua mati akibat daripada masalah tidak cukup pakar jantung dan tidak cukup kemudahan. Yang saya tahu, walaupun tidak di bawah kementerian Yang Berhormat, HUKM sudah ada dua pakar jantung kanak-kanak lari ke Saudi Arabia. Itu doktor Melayu ini, kerana kes gaji. Tidak ada semangat Melayu, tetapi tidak mengapalah, itu hak dia.

Soalnya, saya hendak meminta Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat memberi cadangan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, daripada Pasir Mas, daripada Bebas, supaya menambahkan peruntukan supaya cukup keperluan-keperluan dan menambahkan pakar bedah kanak- kanak dan kalau perlu diimport daripada luar, diimport daripada luar.

Cara hendak mendapatkan peruntukan ini, saya hendak minta supaya dia sampaikan permintaan saya supaya kurangkan sedikit lawatan ke luar negara, kurangkan sedikit majlis-majlis keraian yang membazir ini ataupun menembak bunga api dan sebagainya dan wang ini disalurkan untuk menyelamatkan kanak-kanak ini.

Sekian, terima kasih. [Tepuk]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri. Suara BEBAS.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, soalan bebas tidak ada soalan, cuma cadangan, jadi...

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri bebas juga untuk menjawab.

final • 10:00 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ada soalan tadi, nombor satu saya kata mengelirukan. Ada pihak hospital minta apa yang dikatakan subsidi.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Dia yang terkeliru adalah Yang Berhormat Pasir Mas, kita tidak pernah.

final • 10:00 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa saya yang kelirunya?... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini, tidak ada kebebasan untuk berdialog. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Pasir Mas yang terkeliru Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak pernah menganiaya. Deposit ini sebahagian daripada prosedur tetapi kalau kita dapati kes-kes ini perlu dirawat mengikut Perintah Am (FEE 1982).

Kalau percuma, percumalah. Cuma, kadang-kadang perkara-perkara tersebut mungkin terjadi. Kalau perkara-perkara tersebut mungkin terjadi dengan izin isolated, Yang Berhormat boleh jumpa saya. Deposit ini boleh kita kecualikan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

5. Tuan Masir Kujat [Sri Aman] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk mencegah kes kecurian atau penyeludupan di sempadan Malaysia (Sarawak/Indonesia) di kawasan Sri Aman.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Sri Aman yang mengemukakan pertanyaan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah-langkah yang diambil oleh PDRM iaitu Polis Diraja Malaysia iaitu Pasukan Gerak Am, Pasukan Polis Marin dan Unit Udara Polis dengan bantuan Unit Pencegahan Penyeludupan ataupun UPP serta agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan dalam menangani kes kecurian ataupun penyeludupan di sempadan Malaysia, Indonesia termasuk di kawasan Sri Aman adalah seperti berikut:

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato’ Chor Chee Heung

(i) mengadakan mesyuarat bersepadu di antara agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan;

(ii) mengadakan operasi mengejut dan kerjasama semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan lagi pengawasan ke tahap yang maksimum;

(iii) melaksanakan rondaan darat ataupun laut ataupun mengadakan sekatan jalan raya;

(iv) menjalankan pemeriksaan di atas kenderaan dan orang- orang perseorangan yang memasuki Malaysia;

(v) menjalankan tugas-tugas risikan, intipan dan mengumpul maklumat sebelum disalurkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan yang sewajarnya;

(vi) memasang alat pengesan di pintu-pintu masuk utama serta mendirikan pagar dan tembok di sepanjang sempadan yang dikenal pasti; dan

(vii) mengadakan kempen-kempen kesedaran bagi memupuk kerjasama rakyat dan usaha membanteras kegiatan penyeludupan Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Antarabangsa pula, kita menjalinkan kerjasama dua hala di antara daerah termasuk Sri Aman yang bersempadan dengan negara jiran seperti daerah Kalimantan. Berdasarkan perjanjian di bawah General Order Committee ataupun GOC dan Joint Police Cooperation Committee Malaysia Indonesia ataupun JPCC MALINDO.

Di peringkat negeri pula kerjasama di bawah di bawah Jawatankuasa Kerjasama Bidang Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia diwujudkan di mana isu-isu berkaitan dengan pembatasan. Penduduk-penduduk di sempadan dibincangkan secara bersama. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Pejabat Imigresen dan juga polis terletak jauh dari kawasan yang saya maksudkan di sini jalan Ulu Paku di Batu Lintang. Jadi, disebabkan ia jauh dan kekurangan kakitangan, adakah kementerian akan bercadang ataupun reinforce dengan izin keanggotaan dua agensi tersebut untuk membendung ataupun mencegah kes kecurian penyeludupan di kawasan sempadan ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat dari Sri Aman.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini ada satu mesyuarat yang khusus membincangkan pengubahsuaian lokasi Pos Kawalan Sempadan Polis Diraja Malaysia. Mereka telah mencadangkan supaya lokasi pos kawalan sempadan yang sedia ada ke lokasi yang lebih strategik di mana pihak imigresen, Polis Diraja Malaysia dan penguat kuasa- penguat kuasa yang lain dapat bersama-sama ataupun tidak jauh daripada jarak yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Sekian.

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini hal Sarawak, jadi saya beri Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan memang cantik... [Ketawa] Mesyuarat banyak pun cantik. Namun, masalah kita mengenai isu di sempadan Malaysia dengan negara jiran Indonesia ini. Memang lorong-lorong tikus, sekeliling ada. Kalau meeting kita sepuluh kali pun tidak ada guna.

Kalau kita tidak bina tembok, sampai bila pun tidak boleh selesai.

Macam dua hari yang lepas, kawasan saya baru-baru ini satu rumah sudah kena rompak. Dua orang adik-beradik masih lagi dalam hospital, sekarang kena lagi potong. Tadi, saya telah mendengar macam-macam mesyuarat-mesyuarat daripada Balai Polis Bintulu pun kadang-kadang mesyuarat juga tetapi tidak pernah selesai.

Hari-hari rakyat kata perkhidmatan dari polis tidak meningkatkan, polis kena tuduh.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya tanya polis, polis cakap, “Macam mana lorong tikus sekeliling ada”.

Namun, nampaknya kementerian belum lagi buat apa-apa keputusan mengenai isu ini.

Saya mahu tanya dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Setujukah tidak membina tembok? Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat dari Bintulu, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, negeri Sarawak dan Indonesia mempunyai jarak sempadan yang melebihi 2,110 km. Kalau kita hendak membina tembok di sepanjang sempadan itu, mungkin sukar sedikit sebab 2,000 km lebih.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2006 satu mesyuarat iaitu mesyuarat yang bertindak. Satu mesyuarat itu diadakan oleh Biro Keselamatan Negara, di mana cadangan mendirikan pagar pemisah diberikan keutamaan kepada lokasi-lokasi yang bersempadan dengan negara Indonesia. Di mana didapati senang bagi rakyat asing yang boleh masuk ke negara kita.

Selain daripada itu juga, memang cadangan membina tembok pun ada tetapi bukan di sepanjang negeri Sarawak dan Indonesia. Pembinaan tembok ini adalah di tempat-tempat seperti Jalan ‘Nangsasan’-Lubok Antu, Engsawang- ubok Antu, ‘Wong Panjar’-Lubok Antu, ‘Titikah’ Batu Lintang-Sri Aman, Sungai Temiang-Sri Aman dan lain-lain lagi lokasi-lokasi bersempadan dengan negara Indonesia.

Kita harap, dengan pembinaan ini, kita dapat mengurangkan rakyat asing mencerobohi sempadan kita, masuk ke negara kita. Jalan-jalan tikus memang menjadi satu masalah yang tidak habis-habis.

So, yang demikian saya akan meminta pihak PGA iaitu Pasukan Gerakan Am, pihak polis, lebih berhati-hati untuk menangkap orang-orang yang masuk menggunakan jalan tikus. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, ini kerana seorang warga Malaysia di London minta supaya Menteri Dalam Negeri letak jawatan...

[Dewan riuh] ...Kerana menipu.. [Dewan riuh] Ini tersebar dalam semua surat khabar, jadi hendak tanya dengan Timbalan Menteri... [Dewan riuh]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, Yang Berhormat Padang Serai sudah. Ini isi-isi pertanyaan-pertanyaan untuk dijawab lisan, jadi sudah dua yang tidak ditanya tadi. Dato’ Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah.

Yang Berhormat Dato’ Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, saya difahamkan bahawa beliau tidak hadir. Jadi, soalan ini tidak payah dijawab oleh menteri yang berkenaan.

[Soalan No.6 – Y.B Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah (Kota Bharu) tidak hadir]

final • 10:00 AM

7. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] Minta Perdana Menteri menyatakan, mengapa pada masa KPI atau Key Performance Indicator, diguna pakai untuk pegawai dan kakitangan kerajaan masih terdapat mereka yang tidak menunjukkan prestasi dan integriti yang baik, masih kekal dalam perkhidmatan dan ada yang dinaikkan pangkat.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan prestasi dan integriti perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Kerajaan telah menggunakan sistem penilaian prestasi.

Sistem ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 50-an, dan sehingga kini banyak perubahan dan penambahbaikan telah dibuat ke atas sistem tersebut sejajar dengan keperluan penilaian semula. Bagi pegawai yang berprestasi kurang daripada 49.9 dan integritinya dipersoalkan terutama melibatkan salah laku, disiplin, tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Pegawai-pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib boleh dikenakan hukum dari berbentuk amaran hingga dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan mereka demi kepentingan perkhidmatan awam. Selain daripada itu, pegawai-pegawai yang berprestasi rendah dan tidak berintegriti juga tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat kerana tidak memenuhi kriteria kenaikan pangkat. Di antaranya:

(i) mencapai tahap penilaian prestasi yang ditetapkan iaitu melebihi 80%;

(ii) lulus tapisan keutuhan oleh Badan Pencegah Rasuah;

(iii) lulus Penilaian Tahap Kecekapan; dan

(iv) lulus pengisytiharan harta.

Sebagai rumusan, tidak berbangkit isu pegawai yang tidak menunjukkan prestasi dan integriti yang tidak baik dikekalkan dalam perkhidmatan atau dinaikkan pangkat.

final • 10:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan merupakan majikan terbesar dalam negara dengan mempunyai kakitangan, saya rasa hampir satu juta orang. Key Performance Indicators, dengan izin, tidak bermakna kalau sekiranya kakitangan kerajaan ini tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan, apakah tindakan kerajaan yang sedang dilakukan atau akan dilakukan bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja dan juga kakitangan kerajaan. Kebajikan mereka yang berhubung kait dengan penghidupan mereka..., masalah perumahan, masalah sara hidup, masalah kesihatan dan sebagainya, kerana inilah masalah-masalah yang banyak ini menyebabkan mereka gagal untuk memenuhi tahap Key Performance Indicators yang dikenakan kepada mereka.

Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan yang benar-benar berkesan untuk meningkatkan dedikasi dan motivasi pihak-pihak pegawai kerajaan ini untuk berkhidmat dengan cara yang terbaik sekali kepada rakyat dan juga negara kita.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai insentif dan kebajikan pegawai-pegawai kerajaan, memanglah kita sentiasa menjaga kepentingan mereka mengenai perumahan dan sebagainya. Umpamanya dalam PDRM sekarang ini, contohnya kita mengadakan perumahan-perumahan baru, iaitu melibatkan peruntukan sekarang telah mencecah hampir RM8 bilion untuk kemudahan perumahan dan sebagainya, suasana tempat kerja dan lain-lain lagi. Itu contohnya.

Di samping itu juga kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan, yang pertama sekali ialah mereka diberi peluang untuk kenaikan pangkat. Ada juga di antara mereka yang telah diberi anjakan gaji. Anjakan gaji maksudnya bermakna gaji biasa, umpamanya kita katakan gred 41. Gred 41 gaji biasa kenaikannya ialah RM90 setahun, tetapi apabila kita bagi anjakan, mereka akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM180. Bermakna lebih, dua kali ganda.

Selain daripada itu, kita mengadakan Anugerah Cemerlang seperti memberi imbuhan RM1,000 dan juga sijil. Begitu juga peluang-peluang untuk mereka mengikuti kursus dan belajar di luar negara, dan di samping itu juga ada di kalangan pegawai- pegawai yang telah dan akan diberi anugerah bintang oleh Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja di negeri-negeri. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri, berdasarkan laporan mutakhir Ketua Audit Negara 2007 yang memaparkan kedudukan tahap integriti di kalangan amalan pegawai-pegawai kerajaan yang telah secara jelas membocorkan dan meniris, tidak kurang daripada RM11 bilion anggarannya, dan dikatakan ramai berpandangan sukarnya untuk merubah amalan ini, kerana mereka dikatakan mengikut teladan ataupun kepimpinan melalui teladan yang tidak dapat mereka contohi dalam kepimpinan negara.

final • 10:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya masih lagi optimis dan sebagai seorang relentless optimist, dengan izin, saya rasa perlu ada langkah-langkah konkrit daripada pihak kerajaan. Di samping memberikan imbuhan, di samping memberikan anugerah, di samping mengadakan sistem penilaian yang cukup baik, apakah langkah-langkah konkrit bagi mengatasi dan menerapkan satu pengisian moral dan nilai-nilai agama dalam satu retrain pegawai- pegawai kerajaan ini, yang dapat memberikan integriti kembali kepada pegawai- pegawai kerajaan kita ini.

Jadi ini dikatakan oleh seorang tokoh integriti dunia, Jeremy David Moore bahawa persoalan menerapkan nilai-nilai moral dan agama dan nilai-nilai sejagat ini adalah cukup penting. Apakah langkah-langkah konkrit kementerian atau kerajaan untuk menambahkan amalan integriti di kalangan pegawai-pegawai kerajaan ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, memanglah kerajaan kita sentiasa memberi kursus-kursus yang berkaitan dengan integriti, dan juga mengenai kursus-kursus in-service kepada pegawai-pegawai kerajaan berkenaan dengan tingkah laku dan sebagainya.

Di samping itu juga kita mempunyai badan-badan tertentu yang sentiasa mengawasi iaitu seperti Lembaga Tatatertib sendiri yang mempunyai pemantauan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Mereka yang terlibat dengan salah laku ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dan tindakan-tindakan telah banyak kita ambil kepada mereka yang telah terlibat dengan selain daripada hukuman-hukuman, umpamanya amaran, denda, lucut emolumen, tangguh pergerakan tangga gaji dan sebagainya.

Banyak tindakan yang diambil, tetapi kepada mereka yang terus dan tidak endah ini, saya rasa perkara ini adalah kehendak mereka sendiri yang sukar kita hendak atasi, kerana ini adalah masalah-masalah peribadi masing-masing. Walau bagaimanapun kebanyakan pegawai-pegawai yang ada di negara kita terutama sekali Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai prestasi yang baik. Sebab itulah negara kita telah maju berbanding dengan negara-negara lain.

final • 10:00 AM

8. Datuk Zahrain Mohamed bin Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh kementerian berkaitan pelabuhan ikan tuna di Batu Maung, Pulau Pinang.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bayan Baru, seperti Yang Berhormat sedia maklum pusat pendaratan ikan di Batu Maung mula dibina pada tahun 1979 untuk menampung keperluan nelayan setempat dan ia merupakan salah sebuah daripada pusat pendaratan di Pulau Pinang. Satu lagi ialah Teluk Bahang.

Pada tahun 1994, kerajaan buat keputusan memandangkan industri tuna ini mempunyai potensi besar, kerajaan mengenal pasti Batu Maung merupakan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pelabuhan tuna.

Pada bulan Disember 2004, kerajaan telah buat keputusan untuk menswastakan kawasan ini, pembinaan kemudahan-kemudahan di sini kepada sebuah syarikat bernama MITP, yang mana pemegang sahamnya adalah LKIM, sebuah agensi kerajaan, 40% dan Bind Force, sebuah syarikat swasta – 60%.

Tuan Yang di-Pertua, soalannya ialah apakah rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang berkaitan dengan pusat ini. Untuk jangka pendek, kerajaan mahu supaya projek ini dapat disiapkan secepat mungkin. Fasa pertama melibatkan kos kira-kira RM260 juta yang mana kosnya akan ditampung sepenuhnya oleh syarikat MITP yang telah diberikan konsesi dan ini melibatkan beberapa kemudahan asas seperti pelabuhan , dan beberapa bangunan pejabat. Jadi kita nak supaya disegerakan pembinaannya.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa bin Mohamed

Jangka panjang Tuan Yang di-Pertua, kita nak jadikan Batu Maung ini sebagai hab pusat pendaratan tuna antarabangsa. Pada masa ini ataupun pada tahun 2007, bilangan landings oleh kapal-kapal tuna ini ialah 200 buah kapal ataupun 200 landings.

Dan keluarannya ialah 3.4 juta metrik tan bernilai kira-kira RM30 juta, kecil sahaja bilangannya.

Jadi perancangan masa depan Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016 mengikut perancangan kita ialah untuk memastikan kita ada sekurang-kurangnya 660 buah kapal tuna ini dan dari segi tonnages nya 160,000 metrik tan. Daripada kira-kira 3,500 hari ini kepada 160,000, satu peningkatan yang ketara. Ini melambangkan memang kerajaan untuk membangunkan industri ini kerana ia mempunyai potensi yang besar, harga ikan tuna pun melebihi jenis-jenis ikan lain dan dengan itu kita berharap akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar yang kita jangka dengan siapnya projek ini, maka akan ada dengan izin, perkhidmatan yang integrated.

Sekarang ini cuma jeti sahaja yang sudah pun siap tetapi apabila sepenuhnya projek ini disiapkan maka akan ada tuna processing dengan izin, akan ada forwarding dengan izin, dan akan ada juga cannery dengan izin dan lain-lain. Ini antara perancangan masa depan yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk Batu Maung.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:00 AM

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim - Bayan Baru

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh gembiralah dengar Yang Berhormat Menteri melaporkan tentang pelabuhan tuna di Batu Maung ini, sampai ratus-ratus juta belanja dan hebatlah. Akan tetapi yang saya nak kemukakan dan tanya sebagai soalan tambahan ialah tentang nelayan tempatan.

Ramai yang guna pelabuhan tuna ini adalah nelayan-nelayan negara asing.

Untuk nelayan tempatan, saya hendak juga tahu apa perancangan kementerian untuk membela nasib nelayan tempatan itu. Sebab saya tidak mahu lihat di mana pelabuhan ini dengan kegemilangannya dan nelayan tempatan tertinggal dan jurang pendapatan mereka akan besar sekali. Jadi apakah rancangan kementerian untuk membantu dan melatih, Insya-Allah nelayan-nelayan ini supaya menjadi sumber pendapatan mereka lebih baik. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, dalam apa jua projek yang kita laksanakan, sudah pasti kita mengambil kira tentang kepentingan rakyat Malaysia.

Kita tidak mahu ‘kera di hutan disusukan’. Jadi dalam konteks ini, pelabuhan di Batu Maung ini mempunyai dua komponen. Satu komponen ialah untuk bot-bot tuna yang melibatkan bot besar yang ada melibatkan syarikat asing. Dan satu lagi komponen ialah untuk nelayan tempatan. Jadi persoalannya apakah tindakan-tindakan yang akan kita ambil untuk membela kepentingan nelayan tempatan?

Yang pertama, kita memastikan kemudahan-kemudahan yang mereka nikmati itu selesa. Yang kedua, memastikan bahawa caj atau fee yang dikenakan oleh syarikat adalah berpatutan dan kementerian akan sentiasa memantau perkara ini tetapi yang lebih penting sekali ialah untuk memastikan bahawa mereka akan mengalami peningkatan dalam pendapatan.

Nelayan merupakan sekumpulan yang sedang diberi perhatian khusus oleh kerajaan di bawah program-program menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan dan kita akan memastikan bahawa kepentingan nelayan tempatan tidak akan terjejas walaupun pelabuhan ini akan mempunyai komponen yang besar juga yang melibatkan pelabur asing yang terlibat dalam penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.

final • 10:00 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan kementerian telah mengenal pasti Batu Maung sebagai hub pendaratan antarabangsa, apakah tapak yang sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan ini ataupun ia akan melibatkan pengambilalihan tanah di sekitar tapak sedia ada yang kemungkinan dizonkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jawapan kepada soalan saya?

final • 10:00 AM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, tapak asal Batu Maung ialah kira-kira 10 ekar. Itu 79 apabila mula dibangunkan kawasan tersebut. Apabila projek ini diperbesarkan untuk merangkumi juga tuna, maka diperbesarkan 38 ekar lagi.

Jadi 10 campur 38, jadi 48 ekar.

Ini memadai untuk fasa pertama tetapi sekiranya projek ini berjaya apabila syarikat meneruskan perancangan ini untuk meliputi fasa kedua, apabila dibangunkan dengan izin, fully integrated port services melibatkan tuna processing, fish trading, dengan izin, forwarding, cannery dengan izin, maka mungkin syarikat akan memerlukan tanah tempatan.

Buat masa ini, 10 campur 38 ekar yang sudah dibangunkan itu memadai tetapi jika syarikat berkembang dengan pesat sudah pasti ia akan memerlukan kawasan tambahan dan ini sudah pasti kita akan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Yang pentingnya kita hendak supaya kawasan ini memberi faedah kepada penduduk tempatan dan dengan itu mampu untuk menambah pendapatan mereka.

final • 10:00 AM

9. Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, apakah pelan tindakan kerajaan dalam memastikan dan menangani masalah pelajar (dalam atau luar negara) agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah atau aktiviti tidak bermoral.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa komited dalam usaha membantu melahirkan graduan-graduan yang berkualiti, berdaya saing, berakhlak mulia dan berketerampilan.

Pemantauan berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar sama ada di dalam mahupun di luar negara tidak terjerumus dengan sebarang kegiatan jenayah atau aktiviti tidak bermoral. Di samping itu, hubungan kerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar juga diperkukuhkan bagi membolehkan pelajar-pelajar kita melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kampus yang positif dan boleh mempertingkatkan keterampilan dan sahsiah mereka.

Program-program seperti keusahawanan, kesukanan dan program kemasyarakatan sentiasa dianjurkan oleh IPT-IPT bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar melibatkan diri dalam usaha memajukan diri masing-masing. Pihak kementerian juga telah menetapkan agar Kelab Rukun Negara ditubuhkan di semua IPTA. Kelab tersebut menjadi penganjur dan penyelaras bagi program dan aktiviti yang bersifat pengukuhan jati diri di kalangan pelajar.

Kementerian melalui Jabatan Penuntut Malaysia secara berterusan mengadakan pelbagai program berdampingan pelajar yang menjurus kepada menjaga kebajikan pelajar-pelajar berkenaan termasuk memberi nasihat dan memantau aktiviti mereka agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan nama baik negara. Sekian.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Jika kawalan di IPT itu di bawah HEP didapati longgar, apakah tindakan kementerian? Dan nyatakan berapa buah IPTA ataupun IPTS yang telah diberi amaran ataupun diambil tindakan? Dan juga apakah peranan agen-agen yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang membawa masuk pelajar-pelajar ke negara ini terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini, adakah mereka ini juga disenaraihitamkan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, bagi kes-kes yang berlaku di luar universiti, pelajar-pelajar yang ditahan oleh pihak berkuasa akan diambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, IPTA mempunyai tindakan tatatertib di bawah AUKU di mana termasuk tindakan tatatertib yang dijatuhkan adalah berdasarkan peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Bahagian 2 Tatatertib Am Kaedah 3(a)(1), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971 kerana telah mencemarkan nama baik institusi yang diwakili oleh pelajar terbabit.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Yang kedua bentuk tindakan tatatertib yang akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib IPTA kepada pelajar terbabit adalah:

(i) memberi amaran supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut;

(ii) digantung pengajian selama dua semester berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan; dan

(iii) diberi kaunseling oleh pegawai agama yang bertauliah bagi menimbulkan perasaan insaf.

Bagi IPTS, kod disiplin di bawah IPT masing-masing tetapi yang berpandukan kepada akta IPTS dan akta IPTS adalah lebih kurang sama dengan AUKU. Berkenaan dengan sama ada kementerian saya ada senarai hitamkan agen-agen, untuk makluman Ahli Yang Berhormat buat sementara ini universiti-universiti atau kolej IPTS yang dibenarkan untuk mengambil pelajar-pelajar asing ialah 207 dan sehingga kini pihak kami tidak ada undang-undang untuk mengawal agen-agen. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Mertajam.

final • 10:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 10:00 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa bahawa kebanyakan pelajar-pelajar di universiti kita adalah merupakan pelajar yang berdisiplin. Saya rasa ini segelintir sahaja tetapi walau bagaimanapun saya ingin tahu apakah jenis jenayah yang mereka terlibat dan berapakah mereka dan juga di sini apakah maksudnya aktiviti yang tidak bermoral dan adakah universiti-universiti mempunyai rekod berapa pelajar, berapa orang pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan apakah itu aktivitinya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kami telah menerima laporan yang telah dihantar oleh beberapa IPTA kepada kami. Angka tersebut, angka itu 2006 yang melibatkan pelajar dalam jenayah yang kecil ialah 75 dan untuk tahun 2007 ialah 44. Jenayah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar termasuk penyelewengan akademik dan ‘kaulat’, berdua-duaan...

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Khalwat.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Sorry, saya minta maaf. Khalwat dan juga curi, peras ugut, memalukan nama baik IPT. Meniru tandatangan, pukul atau mencederakan pelajar, menceroboh kawasan larangan, salah guna dadah, membawa nota masuk ke dalam dewan, langgar peraturan, keadilan peperiksaan, meniru dalam peperiksaan.

Mengganggu ketenteraman, kesalahan lalu lintas, menyertai aktiviti luar tanpa kebenaran, perhimpunan haram, mengedar, membuat, menampal poster, membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran, berada di luar asrama tanpa kebenaran, memiliki bahan lucah, mencabul kehormatan, menghasut pelajar, buli atau dera pelajar.

Melanggar etika pakaian, merosakkan harta IPTA, perlakuan tidak bermoral, beri maklumat ataupun laporan palsu, menipu jumlah kredit, memiliki minuman keras, menyerah memorandum tanpa kebenaran, melanggar peraturan, menyamar, salah guna kad matriks, bawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan, merokok dan lain- lain. [Dewan riuh] Sekian.

final • 10:00 AM

10. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berapakah jumlah nilai kewangan bagi subsidi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan setakat ini untuk Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan New Pantai Expressway (NPE) bagi mengelakkan beban kenaikan tol di kalangan pengguna jalan raya.

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sedar dan faham beban pembayaran tol yang ditanggung oleh pengguna lebuh raya. Sebagai kerajaan yang prihatin, maka kerajaan telah mengkaji dan membuat penstrukturan semula kadar tol bagi Lebuh Raya Damansara Puchong ataupun lebih dikenali dengan LDP.

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari tahun 1999 hingga 31 Disember 2006 kerajaan telah setuju meluluskan kadar tol yang lebih rendah berbanding dengan kadar tol yang telah dipersetujui di dalam perjanjian konsesi tersebut. Sebagai contoh bagi kenderaan kelas satu, kadar tol permulaan dari RM1.50 telah diturunkan kepada RM1.

Ini bermakna bagi setiap kenderaan kelas satu yang melalui plaza tol lebuh raya ini, maka kerajaan membayar RM0.50 sebagai subsidi. Jumlah pampasan yang telah dibayar bagi tujuan penurunan kadar tol daripada RM1.50 ke RM1 bagi tahun 1999 sehingga 31 Disember 2006 adalah berjumlah RM480.54 juta.

Kenaikan kadar tol bagi Lebuh Raya Damansara-Puchong telah berlaku pada 1 Januari 2007 dan kadar tol sebenar bermula dari bermula 1 Januari 2007 ialah RM2.10. Kerajaan sekali lagi telah memutuskan penstrukturan semula kadar tol lebuh raya ini dan hasil daripada penstrukturan tersebut kadar tol telah dikurangkan daripada RM2.10 kepada RM1.60.

Akibat daripada penurunan ini, pampasan yang ditanggung oleh kerajaan adalah sejumlah RM150 juta. Jadi jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara Puchong dari tahun 1999 sehingga 2008 adalah berjumlah RM630.54 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Lebuh Raya Pantai Baru ataupun dikenal sebagai NPE pula lebuh raya ini telah dibuka kepada pengguna pada pertengahan tahun 2004 dan tiada sebarang penstrukturan kadar tol atau kenaikan kadar tol berlaku setakat ini. Oleh itu kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan subsidi bagi lebuh raya ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebelum ini saya telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian saya untuk mengkaji semula kadar tol lebuh raya yang dipengerusikan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia dengan ahlinya terdiri daripada Ketua Pengarah Lebuh Raya Malaysia, penasihat undang-undang, pegawai kanan kementerian dan pegawai kanan Lembaga Lebuh Raya dengan bantuan pihak swasta.

Hasil kajian jawatankuasa ini Insya-Allah akan dibentangkan dalam tempoh masa tiga bulan. Setelah memperoleh hasil kajian berkenaan, kementerian akan berunding semula dan sebarang keputusan rundingan semula akan dipastikan tidak menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung beban serta obligasi kerajaan kepada syarikat konsesi juga tidak akan diabaikan. Semua keputusan perundingan ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Petaling Jaya Selatan.

final • 10:00 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri maklum LDP ini, kesesakan LDP telah berlaku banyak lama. Sejak LDP diwujudkan. Adalah tidak adil untuk pengguna kalau bayar tol sebelum masuk tol jam, selepas tol, jam juga. Keadaan ini sudah wujud terlalu lama.

Soalan tambahan saya, apakah pendekatan kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan di tol-tol ini. Soalan nombor dua berkenaan dengan New Pantai Express Highway. Kalau kita refer di Taman Dato Harun dan di Taman Medan memang jalan alternatif telah diadakan untuk mengelakkan membayar tol di taman tersebut tetapi jalan alternatif ini memberi kesusahan kepada penduduk tempatan sebab kesesakan memang teruk di sekitar Taman Medan dan Taman Dato Harun.

Penduduk tempatan dan saya juga memohon kepada pihak berkuasa New Pantai Express Highway supaya mengadakan u-turn sebelum tol itu, tetapi sampai sekarang belum ada sebarang jawapan dari NPE. So, saya menyeru dan memohon Yang Berhormat Menteri supaya mempercepatkan permohonan ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan soalan, dia menyeru... [Ketawa]

final • 10:00 AM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seruan Yang Berhormat itu saya pertimbangkanlah untuk diselesaikan tapi soalan penjelasan yang asalnya mengatakan berlaku kesesakan yang agak luar biasa di LDP.

final • 10:00 AM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Pada hakikatnya Yang Berhormat kebaikan Lebuhraya Damansara-Puchong ini telah pun merangsang pertumbuhan pembangunan bercampur dengan izin, corridor yang dilalui LDP ini menyebabkan banyak pembangunan bercampur telah wujud dan justeru kerana itu peningkatan penggunaan kenderaan juga bertambah dan ia melibatkan pengguna yang agak banyak melalui jalan LDP itu.

Salah satu pendekatan yang boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas secara awalnya yang boleh saya kongsi dengan Yang Berhormat mungkin kita terpaksa mewujudkan jajaran baru Lebuhraya Damansara-Puchong dan ini akan menyebabkan kos tanggungan yang tinggi kerana pengambilan tanah di dalam jajaran tersebut adalah satu kos yang amat tinggi, yang akhirnya nanti rakyat juga terpaksa menanggung kos bebanan ini.

Yang kedua ialah bagaimana untuk mempertingkatkan kecekapan dari segi pengurusan lebuh raya ini supaya ia boleh memudahkan pihak pengguna untuk mengoptimumkan penggunaan ini dengan menukar kaedah perjalanan. Contohnya salah satu kajian yang kita sedang teliti bagaimana untuk kita bagi insentif kepada para pengguna supaya kalau dia keluar lebih awal sebelum waktu kesesakan, mungkin dengan izin, ada rebate supaya ada kekurangan dari segi itu. Itu pendekatan yang kita akan lihat untuk melihat dengan izin, off peak hours of traveling. Apa insentif kepada pihak pengguna.

Salah satu lagi pendekatan yang kita akan lihat ialah bagaimana untuk menentukan supaya sistem Touch n Go memberikan kesan yang agak memberangsangkan kepada pengguna supaya laluan di kawasan tol itu akan dapat dipercepatkan. Untuk itu Yang Berhormat kalau mengikut sesetengah negara seperti di Jepun, Korea dan Australia dia sudah migrate daripada infrared system kepada micro system yang akan mewujudkan daripada multi flow lane.

Jadi dia tak payah Touch n Go. Yang itu memerlukan satu pembangunan infrastruktur yang lain daripada apa yang ada sekarang. Yang itu kita akan lihat bagaimana untuk mengurangkan kesesakan supaya pengguna akan mendapat sepenuhnya daripada penggunaan jalan raya tersebut.

final • 10:00 AM

Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan LPT dari Kuantan ke Kuala Terengganu dibina dengan dana khas kerajaan negeri, adakah kementerian bercadang untuk tidak mengenakan tol kepada pengguna-pengguna yang menggunakan LPT dari Kuantan ke Kuala Terengganu?

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Lebuhraya Pantai Timur itu sambungan daripada Lebuhraya Pantai Satu ini masih lagi dalam peringkat pembinaan dan saya fikir kerajaan belum memuktamadkan soal pembayaran tersebut. Kalau dia sebut lebuh raya ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua it is a dedicated highway, is a closed highway.

Jadi kalau urusannya adalah berhubung kait tentang kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia, pada dasarnya ia adalah lebuh raya yang bertol.

final • 10:00 AM

11. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, apakah perancangan yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan kebudayaan setiap negeri di Malaysia kekal supaya tidak hilang ditelan zaman.

final • 10:00 AM

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sememangnya melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan kebudayaan setiap kaum di setiap negeri di Malaysia kekal sepanjang zaman.

Pertama, pihak kementerian melaksanakan Akta Warisan Kebangsaan 2005 di mana akta ini mewartakan warisan kebudayaan ketara atau tangible dengan izin, seperti bangunan dan monumen juga warisan kebudayaan tidak ketara intangible dengan izin, seperti muzik, tarian dan lain-lain.

Kedua, pendedahan seni budaya menerusi pendidikan secara formal dan tidak formal. Dalam konteks pendidikan formal, pihak kementerian telah menubuhkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA pada tahun 2006 menerusi Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006, Akta 653.

final • 10:00 AM

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal

ASWARA menawarkan pengajian dalam seni tari, muzik, teater, penulisan, filem dan video dan warisan seni halus di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana. Pihak kementerian juga telah menubuhkan Institut Kraf Negara (IKN) di mana institut ini menawarkan pengajian dalam bidang kraf yang berteraskan kemahiran.

Kandungan kurikulum di IKN memberi penekanan kepada seni kraf batik, seni kraf tenunan, seni kraf seramik, seni kraf kayu, seni kraf logam dan seni kraf rotan.

Dalam konteks pendidikan tidak formal, pihak kementerian telah menggalakkan perkembangan seni tradisional melalui program bimbingan seni budaya di seluruh negara. Antara kesenian terpilih dalam program ini adalah seperti muzik kompang, gendang, gamelan, tarian joget, tarian kipas, tarian beradat, tarian koliatam, tarian ngajat, tarian igal-igal, tarian sumazau, tarian inang asli, zapin, dondang sayang, dikir barat, boria dan canggung.

Kesenian terpilih ini digerakkan menerusi penubuhan 426 buah Kelab Tunas Budaya bagi murid-murid sekolah rendah, penubuhan 319 buah Kelab Giat Budaya di peringkat sekolah menengah, penubuhan 32 buah Kelab Siswa Budaya bagi penuntut institut pengajian tinggi dan penubuhan 120 buah Kelab Budaya Rakyat bagi masyarakat setempat di seluruh negara.

Bagi mendekatkan dan menghidupkan seni tradisional di seluruh negara pihak kementerian telah melaksanakan Program Merakyatkan Seni Budaya atau PMS.

Sebagai contoh sebanyak 158 PMS akan diadakan pada tahun 2008. Antaranya pelaksanaan 30 program di kawasan komuniti beruniform seperti di kawasan perumahan polis, tentera, pegawai penjara, 48 program di kawasan perumahan awam, 73 program di kawasan luar bandar, tujuh program di penempatan FELDA dan FELCRA. Pada tahun 2007 program merakyatkan seni budaya ini telah mendapat sambutan sebanyak 351,000 orang.

Pihak kementerian juga memelihara dan memulihara kesenian tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara kita ini menerusi program pemulihan negeri. Di Negeri Sembilan kesenian tradisi rakyat negeri seperti randai, caklempong, tarian piring terus dipelihara oleh kumpulan-kumpulan perintis yang dianggotai seramai 68 orang.

Di Kelantan seramai 70 orang penggiat budaya terlibat dalam pemuliharaan teater tradisional makyung dan wayang kulit. Di Sabah seramai 27 orang di kalangan etnik Orang Sungai terlibat dalam pemuliharaan muzik tradisional gambang manakala di Sarawak seramai 100 orang penggiat seni terlibat dalam pemuliharaan gendang Melayu.

Bagi memastikan kesinambungan kesenian pelbagai kaum, tidak hilang ditelan zaman, kementerian juga menerbitkan buku, CD, VCD, pelbagai tajuk. Saya yakin dan percaya bahawa segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat, kementerian ini dapat memastikan kebudayaan dan kesenian setiap kaum di setiap negeri di Malaysia kekal supaya tidak hilang ditelan zaman. Namun begitu, saya menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama bekerjasama dan berganding bahu dalam menjayakan matlamat tersebut.

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya memohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri untuk soalan tambahan kerana masa sekarang ini 11.30 pagi dan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan telah berakhir. Sila setiausaha.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Razali bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 10:00 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas”.

[21 Mei 2008]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta Kementerian Luar Negeri menyambung ucapan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung sedikit perbahasan ini. Yang Berhormat bagi Kimanis telah menyentuh penyertaan rakyat Malaysia dari Sabah yang menyandang jawatan...

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur ada...

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya inginkan penjelasan mengenai perkara yang dibincangkan sebelum Dewan ditangguhkan semalam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 11:31 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Kita sudah...

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, sebelum Dewan ditangguhkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada membincangkan isu mengenai Myanmar, referendum dan bencana...

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

...Akan tetapi saya sudah jawab mengenai isu ini.

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Akan tetapi isu itu adalah mustahak dan saya berharap Yang Berhormat boleh bersetuju untuk memberi penjelasan. Boleh?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya, sila.

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada menyebut tentang referendum. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa referendum yang diadakan pada 10 Mei dalam keadaan bencana siklon berlaku, bukan sahaja tidak inclusive, tidak melibatkan semua players dalam Myanmar dan Myanmar termasuk leak of democracy, Aung San Suu Kyi yang masih dalam penahanan.

Apa pendirian Malaysia dan ASEAN mengenai referendum ini oleh kerana tujuan referendum ini ialah untuk ‘customize’ Rejim Junta, tetapi oleh kerana tidak melibatkan semua peserta politik di Myanmar tidak dianggap sebagai memuaskan dan sebagai satu langkah yang positif terhadap pendemokrasian atau national reconciliation Myanmar. Adakah Malaysia dan ASEAN menyampaikan pendirian bahawa referendum itu tidak boleh terima dan perlulah satu referendum yang sebenar-benarnya demokratik?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Timur...

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Perkara yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang sama, saya tambah sedikit.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab sama, boleh.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Jawab sekali, boleh tidak?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Biar saya jawab dahulu.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Sekejap sahaja. Perkara yang sama.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bagi Batu, duduk dahulu. Tidak apa Yang Berhormat, dia jawab yang satu dahulu. Yang Berhormat bagi Batu, sila duduk.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Boleh jimatkan masa kalau jawab sekali.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan referendum yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Junta Myanmar yang telah dilaksanakan pada 10 Mei yang lalu. Sebenarnya itu adalah merupakan keputusan- keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Junta Myanmar sebagai salah satu daripada usaha mereka untuk mendemokrasikan negara tersebut.

Referendum ini adalah merupakan bagi satu Perlembagaan baru Kerajaan Junta Myanmar iaitu dengan menetapkan bahawa pada tahun 2010 mereka akan mengadakan satu pilihan raya. Memanglah perkara ini tidak mendapat respons ataupun pandangan yang baik daripada masyarakat antarabangsa kerana keputusan ini adalah keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Junta itu sendiri. Akan tetapi sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita menghormati usaha-usaha mereka.

Dan sebagai kumpulan negara-negara ASEAN, memanglah kita mengharapkan satu usaha yang lebih besar ataupun lebih pantas untuk melakukan usaha-usaha pendemokrasian di Myanmar. Namun dalam masa yang sama juga, kita melihat bahawa keputusan Kerajaan Junta untuk mengadakan referendum tersebut mungkin ianya akan memberikan satu light, at the end of the tunnel dalam usaha untuk mendemokrasikan negara tersebut.

Jadi bukanlah menjadi satu bebanan kepada kita atau khususnya negara Myanmar untuk menentukan sama ada mereka ikhlas atau tidak. Apa yang penting di sini, kita meneruskan usaha-usaha constructive engagement dan juga consensus doctrine ASEAN dan juga usaha-usaha kita untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara Myanmar dan mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara yang berdaulat.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Apa yang kita lihat dalam masalah ini ialah masalah dalaman Myanmar itu sendiri dan kita tidak mahu mereka dipinggirkan, kerana kalau sekiranya kita tidak mengambil inisiatif melalui ASEAN untuk melaksanakan constructive engagement ini, saya pasti Kerajaan Myanmar berkemampuan untuk mengadakan close door policy yang sudah tentu akan menyukarkan usaha-usaha masyarakat antarabangsa untuk memujuk mereka menjalankan proses pendemokrasian.

Saya percaya ini juga akan mengundang intervention daripada kuasa-kuasa besar untuk memaksa mereka dan ini adalah sesuatu yang kita tidak kehendaki di dalam negara ASEAN ini. Terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bagi Batu. Sila Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan tadi telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia seolah-olah telah mengiktiraf dan menyokong usaha pemungut suara referendum yang diadakan oleh Kerajaan Myanmar.

Namun, ini juga bertentangan dengan apa yang telah diulas oleh timbalan menteri semalam bahawa Kerajaan Malaysia ingin melihat pembebasan Aung San Suu Kyi dan juga beliau memainkan peranan dalam pendemokrasian di Myanmar. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan Malaysia sedar atau tidak bahawa kumpulan yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi telah ditolak dan tidak menyertai sebarang perundingan dalam mengadakan referendum ini bukan kerana Aung San Suu Kyi tidak ingin menyertai, tetapi perunding itu ditolak.

Negara-negara ASEAN juga mengambil pendirian bahawa Junta di Myanmar harus berdialog dengan Aung San Suu Kyi. Ini juga konsisten dengan pendirian PBB.

Apa yang timbalan menteri sebut tadi seolah-olah kita mengetepikan pendirian negara- negara ASEAN yang lain dan juga pendirian PBB. Tolong jelaskan. Terima kasih.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan referendum yang telah saya sebutkan tadi, sebenarnya memang kita menghendaki dan menjadi hasrat ASEAN bahawa satu pendamaian nasional akan dapat diwujudkan di Myanmar dan itu menjadi hasrat kita. ASEAN mahu Myanmar menyertai ASEAN dan seterusnya membuat pembaharuan-pembaharuan politik untuk membolehkan Myanmar menjadi sebuah negara demokrasi dan menghormati hak asasi.

Akan tetapi di dalam soal ini juga seperti mana yang saya telah jelaskan sebelum ini bahawa ASEAN merupakan sesuatu kumpulan kerjasama serantau yang mengiktiraf plurality atau pun kepelbagaian dalam sistem kerajaan di negara-negara ASEAN. Sebab itu memanglah menjadi tanggungjawab sebagai anggota ASEAN kita meminta supaya Myanmar menerima sedikit sebanyak pandangan-pandangan daripada masyarakat antarabangsa kerana sekiranya pandangan-pandangan ini tidak diambil kira maka kita khuatir tekanan-tekanan yang lebih hebat akan dilakukan sehingga menyebabkan mungkin timbul masalah campur tangan di dalam kawasan ini.

Dalam soal, memang kita sedar bahawa Aung San Suu Kyi tidak dirundingkan di dalam soal referendum ini kerana pihak Junta Tentera telah mengadakan suatu referendum yang di antara lain apa yang saya difahamkan ialah meminta supaya 25% daripada Ahli-ahli Parlimen yang akan dipilih adalah terdiri daripada golongan tentera dan seperkara lagi adalah untuk tidak membenarkan sesiapa juga yang mempunyai hubungan dengan masyarakat asing untuk menyertai dalam proses pilihan raya yang akan diadakan ini.

Ini saya percaya sudah tentu akan menyebabkan pihak-pihak tertentu khususnya Aung San Suu Kyi mungkin sukar untuk terlibat di dalam proses tersebut.

Walau bagaimana pun usaha-usaha sedang dibuat, it’s not the dead end kerana selain daripada ASEAN, banyak juga usaha-usaha yang dibuat khususnya melalui PBB iaitu...

final • 11:31 AM

Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

[Bangun]

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Biar saya jelaskan saja. Adakah kita iktiraf referendum itu atau tidak?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Soal mengiktiraf atau tidak, ini sebenarnya tidak timbul di sini kerana referendum ini adalah dibuat oleh Junta Tentera dengan alasan bahawa referendum ini adalah dibuat untuk mewujudkan satu perlembagaan baru dan juga di dalam proses untuk mendemokrasikan negara tersebut.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Namun yang diakui tadi tidak akan mendemocratizekan negara itu kerana kebanyakan ahli-ahli yang akan dipilih datang dari tentera...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu, jangan mencelah dengan tidak ada kebenaran.

final • 11:31 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Mohon maaf.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

25%.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya dahulu. Lagi panjangkah Yang Berhormat?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya ada sedikit sahaja. Saya hendak menghabiskan sebab itu saya ingin move on.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangun Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Minta penjelasan sedikit. Saya sempat menghadiri beberapa persidangan ASEAN.

Dalam persidangan itu nampak jelas bahawa Myanmar ini sangat sedikit mengikut kemahuan ASEAN. Antara faktor-faktor yang kita dapati bahawa ASEAN + 3 ini ada antaranya yang sangat rapat dengan Myanmar dari segi ekonomi. Ini seolah- olah membantutkan Kerajaan Myanmar ini untuk mengikuti apa kehendak-kehendak ASEAN ini secara lebih drastik. Apa pandangan Kementerian Luar dalam soal ini.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat mencadangkan bahawa sebenarnya memanglah Myanmar mempunyai hubungan yang rapat dengan kebanyakan negara-negara jiran sama ada negara ASEAN ataupun negara-negara kuasa besar yang berhampiran dengan Myanmar itu sendiri.

Saya juga percaya bahawa kita tidak harus memaksa mereka terburu-buru sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada keselamatan dan juga menimbulkan perpecahan kepada mereka kerana banyak negara-negara di dunia yang menjalankan pendemokrasian yang terlalu cepat...

final • 11:31 AM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

...Seperti apa yang berlaku di Rusia, United Soviet dahulu apabila mereka mengadakan pendemokrasian yang terlalu cepat telah menyebabkan negara tersebut telah menghadapi perpecahan atau pun disintegration.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, walaupun hasrat ASEAN adalah untuk melihat Myanmar menjadi sebuah negara yang demokrasi dan menghormati hak asasi tetapi dalam masa yang sama juga kita harus memberikan ruang yang secukupnya kepada mereka untuk mengadakan perundingan dalaman ataupun internal settlement di antara mereka...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Kawan bangun Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

...Kerana dengan cara begini, mungkin kita akan dapat melihat kejayaan-kejayaan di masa akan datang dan tidak menimbulkan masalah huru-hara kepada negara tersebut walaupun mungkin kita terpaksa menunggu masa yang sedikit lama. Sila.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

...Kemasukan Myanmar dalam ASEAN ini adalah berdasarkan konsep dan fahaman politik, constructive engagement dengan izin, tetapi dalam hal itu Malaysia mendukung kemasukan Myanmar pada satu ketika.

Namun begitu, sekarang ini konsep constructive engagement ini nampaknya gagal.

final • 11:31 AM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Oleh yang demikian bolehkah timbalan menteri mengaku Malaysia ini buat satu kesilapan yang besar dalam ASEAN dari segi kemasukan Burma berdasarkan kepada rekod hak asasi manusia di Burma dan juga pembunuhan beramai-ramai yang pada masa yang lalu. Itu sahaja.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat Menteri.

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju bahawa kemasukan Myanmar ke dalam ASEAN pada 1997 itu adalah merupakan satu kesilapan besar kepada Malaysia ataupun kepada ASEAN kerana seperti mana yang saya jelaskan tadi, bahawa constructive engagement yang kita buat kepada Myanmar ini sudah tentu walaupun kita masih tidak berpuas hati dengan kemajuan-kemajuan yang dicapai tetapi kita dapat melihat kejayaan-kejayaannya sedikit demi sedikit.

Dalam soal ini, penting di sini ialah untuk melihat supaya Myanmar tidak kembali kepada Dasar Tutup Pintu kerana kalau sekiranya Myanmar dibiarkan atau dipencilkan oleh negara-negara ASEAN sedangkan Myanmar adalah merupakan negara Asia Tenggara yang terdekat maka sudah tentu mereka akan mengadakan Dasar Tutup Pintu dan usaha-usaha untuk mendemokrasikan atau apatah lagi untuk membantu membangunkan ekonomi negara Myanmar akan terbantut.

Sekiranya tidak ada usaha-usaha untuk membawanya ke dalam, sudah tentu usaha-usaha yang lain yang juga berfaedah misalnya usaha pembangunan ekonomi ataupun mewujudkan perdagangan dengan negara Myanmar akan tidak berlaku. Ini akan menyebabkan masalah kemiskinan ataupun under development kepada Myanmar dan akan menyebabkan Myanmar akan bergantung pada kuasa-kuasa besar dan kita khuatir akan menyebabkan Myanmar akhirnya dikuasai ataupun dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung perbahasan. Yang Berhormat Kimanis telah menyentuh penyertaan rakyat Malaysia dari Sabah yang menyandang jawatan perwakilan di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara. Pelantikan duta besar atau pesuruhjaya tinggi dilaksanakan berasaskan seniority, merit dan suitability dengan izin, tanpa mengira asal usul. Pegawai-pegawai dan kakitangan dari Sabah yang berminat dan layak mempunyai peluang yang sama dengan rakyat Malaysia dari negeri-negeri yang lain.

Setakat ini terdapat 23 orang rakyat Malaysia dari Sabah yang berkhidmat di Kementerian Luar Negeri dan enam orang daripada mereka adalah pegawai diplomat termasuk seorang duta besar. Usaha-usaha selanjutnya akan dibuat untuk memastikan penyertaan rakyat Sabah dan Sarawak dalam arena diplomasi akan dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah penjelasan-penjelasan yang saya dapat berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan.

Saya berharap daripada penjelasan tersebut, ianya akan dapat menjawab semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Kementerian Luar Negeri akan sentiasa mengambil perhatian di atas pandangan, cadangan, usul yang bernas yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 11:31 AM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 11:31 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan terakhir mengenai pelantikan duta-duta sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri akhiri ucapan beliau.

Oleh kerana ada kontroversi mengenai cadangan untuk melantik semula Tan Sri Ghazali Sheikh Khalid sebagai duta ke Amerika Syarikat, seorang yang ada begitu banyak kontroversi khasnya mengenai funds ‘Abra Mammoth’ di U.S, adakah ini sudah diputuskan dan adakah protes-protes terhadap pelantikan beliau ada diambil kira?

final • 11:31 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelantikan Tan Sri Ghazali, saya tidak punya maklumat. Apa yang saya tahu beliau sekarang berkhidmat sebagai Ambassador at Large di Kementerian Luar Negeri. Dalam soal apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tentang isu-isu berkaitan dengan beliau, perkara ini telah pun dijawab di dalam sesi yang lalu oleh Menteri Luar Negeri yang lalu. Saya percaya jawapan yang telah diberikan di dalam Dewan yang mulia ini telah pun menjelaskan sepenuhnya tentang apa yang berlaku kepada beliau semasa beliau berada di Amerika dulu. Sekian, terima kasih.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan Charles Santiago - Klang

Minta penjelasan.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, habis Yang Berhormat. Menteri dah duduk dah. Tak apa Yang Berhormat.

Kita ada satu kementerian yang akan dijawab oleh beberapa menteri, Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Charles Santiago - Klang

Satu lagi, satu.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat, boleh berhubung dengan timbalan menteri lepas ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila membuat pencelahan, tunggulah kelulusan daripada Speaker ataupun menteri yang menjawab supaya kita jangan kecoh dalam Dewan. Lagipun tak elok dipandang oleh orang-orang luar. Dengan itu saya ...

final • 11:31 AM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, kita di sebelah sini selalu bangun dan duduk, bangun dan duduk tetapi tak dipanggil.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya bukan menyentuh peribadi Yang Berhormat. Saya menyebut kesemua Yang Berhormat ya, semua Ahli Parlimen. Terima kasih. Saya menjemput menteri daripada Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

final • 11:31 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan ditubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung isu oil for food dengan izin. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dalam pertanyaan lisan di Dewan ini yang telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara terperinci pada 6 Mei 2008.

Untuk makluman Yang Berhormat, Nota 324 yang terkandung di muka surat 161 dan 162 Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk dari urus niaga minyak yang dijalankan oleh Kerajaan Iraq waktu itu.

Justeru, dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasat Bebas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut, tiada sebab untuk kerajaan menubuhkan satu badan bebas lagi bagi menyiasat tohmahan ke atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan program tersebut.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Berhubung komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan dalam membanteras rasuah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai, Bagan dan Batu Pahat; sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat komited dalam usaha membanteras gejala rasuah.

Komitmen ini dicerminkan dalam langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan untuk membanteras gejala rasuah. Dari segi punitif, kerajaan telah memperkasakan Badan Pencegah Rasuah melalui peningkatan pegawai BPR termasuk pakar, juruaudit, forensik dan membangunkan akademi BPR untuk mempertingkatkan tahap kemahiran pegawai-pegawai dalam pencegahan rasuah.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dari segi preventif, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang keburukan rasuah dan kepentingan integriti melalui penubuhan Institut Integriti Malaysia dan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional yang meliputi setiap lapisan dan golongan masyarakat. Alhamdulillah, langkah-langkah tegas kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mula menunjukkan kejayaan.

Sebagai perbandingan, jumlah tangkapan dilakukan oleh BPR telah meningkat 74% pada tahun 2007 berbanding dengan ketika Yang Amat Berhormat mula menerajui kerajaan pada penghujung tahun 2003. Lebih ramai penjawat awam telah tampil melaporkan penawaran rasuah yang telah cuba dibuat kepada mereka apabila 106 tangkapan dibuat pada tahun lepas; berbanding dengan 48 tangkapan pada tahun 2003.

Sementara itu, kadar sabitan kes telah juga meningkat daripada 52% pada tahun 2003 kepada 78% pada tahun lalu. Perangkaan-perangkaan tersebut membuktikan komitmen dan ketegasan kerajaan dalam menangani jenayah rasuah.

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Berkenaan dengan apa?

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada dua bangun Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Berkenaan dengan apa?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Rasuah, rasuah.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Boleh saya habis rasuah, kemudian tanya pada saya, ya.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, boleh.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Boleh ya? Tidak ada masalah.

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Wangsa Maju mencadangkan dirombak struktur dan peranan BPR supaya bebas dari sebarang pengaruh dan letak di bawah Parlimen.

Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan prestasi BPR termasuk langkah untuk menambah baik dan penstrukturan semula BPR sebagai sebuah suruhanjaya. Di bawah struktur baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, panel penasihat bebas pencegahan rasuah dan jawatankuasa Parlimen mengenai pencegahan rasuah akan diwujudkan.

Panel penasihat bebas tersebut akan dianggotai oleh tokoh-tokoh berintegriti dan berwibawa. Ahli-ahli panel tersebut akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kepentingan umum. Ahli-ahli panel tersebut dapat memantau dan membuat pertanyaan lanjut mengenai kes-kes dan memberi syor- syor mengenai tindakan lanjut yang sewajarnya. Pihak suruhanjaya tersebut juga akan membentangkan laporan tahunannya kepada ahli-ahli jawatankuasa Parlimen mengenai pencegahan rasuah.

Dengan itu, panel penasihat bebas dan jawatankuasa Parlimen tersebut akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan dalam pelaksanaan fungsi suruhanjaya tersebut di samping mewujudkan elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil. Justeru, tidak timbul isu badan tersebut tidak bebas untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Butir-butir lanjut mengenai struktur suruhanjaya tersebut akan diumumkan dalam tempoh yang terdekat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Gombak mencadangkan agar pemberi maklumat whistle blowers dengan izin, dilindungi. Untuk maklumat Yang Berhormat, seksyen 53 Akta Pencegahan Rasuah 1997 telah memperuntukkan bahawa pemberi maklumat yang memberikan maklumat kepada BPR akan dirahsiakan identitinya.

Peruntukan perlindungan kepada pemberi maklumat ini adalah berbentuk khusus dan ia juga terdapat dalam perundangan-perundangan lain. Kerajaan juga bersedia dari semasa ke semasa untuk mempertimbangkan sebarang perundangan baru yang dapat meningkatkan perlindungan kepada orang ramai untuk memberi maklumat dan pengaduan dengan suci hati.

Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan agar BPR mencontohi model yang ada di Australia dan Yang Berhormat Gombak juga mencadangkan mencontohi model di Hong Kong. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia akan mengambil kira model dan struktur yang akan meningkatkan lagi persepsi kebebasan suruhanjaya tersebut.

Di samping itu, keberkesanan dan ketelusan merupakan aspek yang diberi tumpuan. Ini supaya masyarakat mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap suruhanjaya yang bakal dibentuk, sekali gus memudahkan usaha meraih sokongan mereka dalam pembanterasan rasuah dan menggalakkan masyarakat untuk bersama- sama kerajaan membasminya.

Kerajaan sedang meneliti beberapa buah model yang diguna pakai di negara- negara lain termasuk Independent Commission Against Corruption atau ICAC, di Hong Kong. Kerajaan yakin model yang akan diwujudkan kelak berupaya untuk meningkatkan keberkesanan dan ketelusan suruhanjaya tersebut seterusnya dalam memperbaiki persepsi mengenai kebebasan untuk bertindak.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, terima kasih saya mahu pergi lebih awal.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Timur dulu, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Yang lebih awal Yang Berhormat sebut mengenai komitmen kerajaan untuk membanteras rasuah tetapi bagaimana komitmen ini boleh ditunjuk kalau semua pemimpin Barisan Nasional tidak ada komitmen yang sama.

Satu contoh ialah kita dapati bahawa ada seorang Ahli Parlimen daripada Kota Belud, mengatakan dia ada diberi tawaran yang dia boleh menjadi kaya raya dua tiga generasi supaya lompat parti. Mengikut undang-undang kita sesiapa yang ada maklumat mengenai korupsi patutlah memberi laporan. Memberi laporan, kalau tidak ini pun satu kesalahan, tapi sampai sekarang Yang Berhormat daripada Kota Belud tidak rela untuk buat apa-apa laporan sungguhpun dia kata, dia ada didekati dengan tawaran untuk lompat supaya boleh jadi kaya-raya.

Bukankah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional semua lapisan belum ada komitmen untuk membanteras rasuah sehabis-habisnya. Adakah Yang Berhormat menasihatkan Yang Berhormat dari Kota Belud untuk membuat laporan, kalau jujur dan ikhlas mengenai membanteras rasuah?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pada hari pertama Yang Berhormat Kota Belud membuat kenyataan itu saya telah dihubungi oleh BPR untuk bertanya, apakah tindakan yang akan diambil. Saya telah mengarahkan supaya BPR berjumpa dengan Yang Berhormat Kota Belud untuk memberikan maklumat sepenuhnya dan ini telah pun dilakukan. Apa yang dilaporkan di dalam The Sun adalah tidak betul.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kembali kepada isu makanan dan minyak tadi, telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa siasatan sudah selesai dan saya ingin tanya sama ada hasil siasatan ini dapat diwartakan supaya kita dapat membersihkan nama dan imej Perdana Menteri.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kedua, sama ada kerajaan bercadang untuk mendakwa kepada sesiapa yang menyebar berterusan tohmahan ini. Kita telah memandang dalam banyak web dan blog berterusan dengan tuduhan ini, jadi sama ada ini menunjukkan ada selektif, bukan selective prosecution, selective protection, kerana tohmahan bloggers yang dilemparkan kepada Timbalan Perdana Menteri telah diambil tindakan dengan cepat, tetapi tohmahan yang lebih serius terhadap Perdana Menteri nampaknya seolah-olah pihak keselamatan kita tidak mengambil tindakan yang serius untuk membersihkan imej Perdana Menteri kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita tidak perlu mewartakan apa-apa penyiasatan yang telah dibuat oleh badan yang selain daripada Dewan Rakyat kita, kerana penyiasatan telah dibuat oleh PBB. Kalau sesiapa juga yang mahu kepada maklumat itu ianya dengan izin, available, it’s a public document dan pergilah ke United Nations untuk mendapat laporan yang sepenuhnya, itu pertama.

Kedua, berkenaan dengan dakwaan. Itu bukan merupakan satu perkara di bawah jurisdiction kita untuk mendakwa ataupun tidak. Itu terpulang kepada pihak Pendakwa Raya Attorney General. Sama ada untuk menyiasat ataupun tidak, itu terpulang kepada pihak polis dan dia tidak ada kaitan dengan kerajaan atau eksekutif untuk membuat keputusan...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Akan tetapi saya ada selection, mengapa Perdana Menteri tidak dilindungi...

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang lain duduk.

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dia tidak dapat kebenaran.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Banyak yang berdiri Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Namun soal untuk mendakwa atau soal untuk menyiasat itu adalah kuasa IGP, dan juga AG kalau hendak mendakwa.

Jadi saya harap supaya soalan itu Yang Berhormat utarakan kepada mereka yang bertanggungjawab tentang perkara ini.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Padang Serai?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya adalah seorang wakil rakyat first term dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menyediakan suasana yang boleh saya gembira, tetapi Yang Berhormat saya diberi satu locker untuk simpan barang dan juga surat-surat yang diterima dalam Parlimen ini.

Dalam locker itu semalam saya terjumpa satu surat, di mana saya rasa it’s very important matter dengan izin. Bahawa surat ini, sebesar ini mereka boleh masuk ke dalam kawasan Parlimen dan lobi adalah satu tempat yang biasa untuk orang awam. Tapi kawasan locker room, mereka boleh masuk dan mereka taruk surat ini di dalam peti saya, dan saya takut suatu hari nanti mereka ini letak satu surat layang, satu surat fitnah yang masih selepas sepuluh tahun Datuk Seri Anwar difitnah, dizalimi dan dipukul di penjara...

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Peraturan mesyuarat, semalam buat birthday di Parlimen macam mana?

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Masih lagi, masih lagi benarkan.

This is my floor.

final • 11:52 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Buat hari jadi boleh.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Masih lagi mereka mahu memfitnah tentang Datuk Seri Anwar ini. Siapakah manusia-manusia murahan ini?

Kenapa mereka membuat ini? Apakah jasa beliau tidak dikenang? Apakah mereka tidak mahu kenang jasa seorang pemimpin? Jadi Yang Berhormat Menteri...

[Disampuk] Ini mahu dengar penjelasan...

final • 11:52 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mungkin dia masukkan sendiri Tuan Yang di-Pertua, dia hantar sendiri.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya akan beri penjelasan...

final • 11:52 AM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sambut hari jadi punya pasal tu!

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua surat ini membawa fitnah-fitnah, tapi kalau surat ini bukan membawa fitnah dan kalau surat ini bawa bom. Apa macam?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa akan jadi tentang keselamatan kami dalam Parlimen ini...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Kerana beberapa orang yang bawa fitnah dibenarkan...

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Yang Berhormat Menteri saya tahu ada beberapa agen-agen yang menjadi musuh kepada Datuk Seri Anwar di sini, yang bila sebut saja nama Datuk Seri Anwar ini mereka taksub, takut. Mereka yang taasub dan takut macam itu adalah pengecut yang tidak berani bertemu Datuk Seri Anwar di luar. Siapa dia pun, saya tidak kisah!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, I’m very concern, dengan izin, I’m very concern about the safety of Parliament dan our lives.

Please take into consideration and... [Disampuk]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat diberi peluang untuk bertanya bukan untuk berceramah. Sila Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat. Kita dah bangkit perkara yang perlu dibangkit. Biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dah bangun dah. Ini bukan berucap Yang Berhormat, ini bukan berucap. Nak tanya soalan tadi. Biar Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Biar saya habiskan soalan saya.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak, soalan Yang Berhormat dah panjang tadi.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Yang Berhormat Menteri saya berharap bahawa saya ini tidak ada agen musuh-musuh kita yang...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia akan berterusan macam itu Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tidak duduk.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Yang Berhormat Menteri kami datang...

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Ke Parlimen ini melakukan tanggungjawab kami kepada puluhan ribu orang di kawasan dan janganlah kerana kami mahu buat kerja kami, kami pun menghadapi masalah hidup kerana orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Terima kasih dan harap ambil perhatian.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri, yang lain duduk. Menteri jawab.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sudah kena tiga botol ini pagi?

[Ketawa]

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Boleh-boleh, nanti-nanti kita minum dekat luar.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu-tunggu Yang Berhormat bentara ada. Baik Yang Berhormat Padang Serai sila duduk. Bentara boleh pass...

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkit satu perkara yang penting sebenarnya. Inilah masalahnya kalau Parlimen kita terlalu terbuka, juga di atas kehendak Ahli-ahli Parlimen kita supaya mereka boleh membawa masuk sesiapa yang dijemput oleh Ahli-ahli Parlimen.

Kita terpaksa imbang di atas kehendak Ahli-ahli Parlimen dan juga untuk menjaga keselamatan. Kalau sekiranya kita terlalu ketat sudah tentu Yang Berhormat juga di sini akan membangkitkan sama ada selepas empat, lima botol kah, sama juga akan marah kepada saya.

Jadi, tapi Yang Berhormat kalau hendak tanya fasal bom, apa jadi, itu tak payah tanya. Semua kita ‘padam’ kalau ada bom...

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh kerana itu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang lain duduk dulu. Tunggu Menteri JPM jawab. Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh kerana itu, Yang Berhormat saya ambil berat apa Yang Berhormat bangkitkan. Saya akan berunding dengan pihak security Parlimen. Ada baiknya saya kira, oleh kerana locker itu merupakan tempat yang public boleh access juga, mungkin kita letak seorang pegawai di hadapan dan bagi sesiapa yang mahu meletak apa-apa surat di dalam itu, mesti diambil namanya dan juga kita hendak tahu apa yang dia bawa masuk.

Kalau Yang Berhormat tidak akan bangkitkan, mempertikaikan itu bahawa kebebasan Ahli Parlimen itu pula dikompromi. Jadi saya boleh berunding dengan pihak security kalau itu Yang Berhormat mahukan.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Batu Pahat, Batu Pahat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Dato’ Menteri.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang lain duduk dulu Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada isu rasuah sebab Yang Berhormat sedang jawab hal-hal mengenai rasuah. Tadi ada jawapan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kenyataan rakan saya dari Kota Belud.

Selepas dia membuat kenyataan tersebut, Yang Berhormat mengatakan bahawa BPR telah menghubungi Yang Berhormat dan Yang Berhormat telah berikan instruction, arahan untuk dia boleh menyiasat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Isu dia ialah saya mempersoalkan dari segi tanggungjawab BPR. Kuasa BPR.

Apakah BPR hendak bertindak sesuatu, dia kena telefon tanya menteri dulu? Daripada jawapan itu seolah-olahnya begitu maknanya. Maknanya seolah-olah macam mana hendak buat kenyataan ini? Jadi saya nampak bahawa BPR macam teragak-agak untuk hendak mengambil tindakan dan tak tahu apa bidang kuasa yang ada pada dia.

Saya bimbang, walaupun mungkin tidak dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri tapi saya bimbang bahawa kalau-kalau nanti ada menteri yang akan jawab, dia kata, “Jangan, jangan ambil tindakan. Jangan siasat”. Maknanya menunjukkan bahawa macam kita tidak ada ketelusan dari sudut pelaksanaan bidang dan tugas tanggungjawab BPR. Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini sebenarnya bukan minta kebenaran saya. Dia maklumkan kepada saya iaitu bahawa ada kenyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen dan akhirnya saya juga yang kena jawab dalam Dewan Rakyat ini.

Jadi sebab itu saya ucap terima kasihlah kepada dia kerana memaklumkan kepada saya dan saya kata seperti biasalah, ambillah tindakan. Jadi bukan saya memberi arahan. Dia maklumkan kepada saya. Dia tanya, dia beritahu, dia kata, “Ada Ahli Parlimen”. Dia tak sebut ke BN ke apakah “Ahli Parlimen ada membuat kenyataan”.

Jadi saya kata, “ambil tindakanlah”...

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu makluman kepada saya sebagai seorang menteri supaya bersedia untuk menjawab seperti yang ditanya pada hari ini. Kalau saya tak tahu, kalau BPR tak beritahu saya, macam mana saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Timur tanya saya tadi? Jadi itu sahaja.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Memudahkan kerja BPR sahaja.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Siapa Yang Berhormat? Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, tanyalah persoalan yang relevan kepada yang diterangkan oleh menteri supaya kita jangan menceceh kepada perkara-perkara lain. Jadi sekarang berbangkit soalan BPR ini Yang Berhormat. Rasuah.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. BPR maknanya berkaitan rasuah dan integriti. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir sangat relevan untuk mendapat...

Pertama hal rumah tangga Parlimen ini dulu. Satu ketika Parlimen yang mulia ini pernah mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti dan jawatankuasa itu terbubar kerana penggalnya dua tahun dan ditubuhkan pula sudah di hujung tempoh Parlimen, terbubar. Pada akhir jawatankuasa itu masih lagi berkuat kuasa bidang tugasnya, saya teliti bahawa jawatankuasa ini gagal mengemukakan laporan kepada Parlimen.

Terhadap soalan bertulis saya, kenapakah perkara ini berlaku? Diberi faham bahawa, pertama statusnya terbubar. Kedua dia terikat dengan Standing Order 85 “Bahawa apa-apa perkara yang dibincangkan oleh jawatankuasa ini, sama ada di peringkat mesyuaratnya, Tuan Yang di-Pertua ataupun di peringkat public hearing yang dibuat di negeri-negeri, tak boleh diberitahu hatta kepada Perdana Menteri sekali pun”.

So, saya fikir ada sedikit ironinya di sini. Kita berikan hak kepada jawatankuasa. Kita lahirkan jawatankuasa tapi tak dapat laporan kerana terbubar. So, untuk itu, sementara memohon penjelasan, saya juga mohon mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk segera dikemukakan Usul bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Integriti yang baru bagi Parlimen Penggal ini dengan rujuk tumpuan utamanya kepada term of reference yang dulunya ada enam.

Saya harap kalau perlu disemak semula dengan memberi tumpuan khususnya misalnya, kerana ianya sebuah Jawatankuasa Integriti harus barangkali, integriti ini dibicarakan dulu, diselesaikan dulu di peringkat Ahli-ahli Parlimen dulu. Seramai 222 Ahli Parlimen ini, harus dilalui dulu proses integriti, itu pertama.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Menteri dah faham dah.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang kedua, Yang Berhormat Menteri saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada satu kajian oleh sekumpulan pensyarah universiti tempatan berkenaan dengan penyakit rasuah di negara kita. Kajian ini melibatkan respondennya adalah pelajar-pelajar.

Saya bacakan tiga findingnya dengan izin:

(i) 24% daripada pelajar yang dijadikan responden bersedia untuk memberi rasuah bagi mengelakkan tindakan diambil ke atas kesalahan mereka;

(ii) 38% pelajar pula berpendapat bahawa hadiah ataupun pemberian itu tidak salah untuk dengan tujuan dan maksud tertentu;

(iii) 15% pelajar pula berkata bahawa mereka bersedia untuk mengambil rasuah jika diarah berbuat demikian dan the most shorting finding Tuan Yang di-Pertua; dan

(iv) 31% pelajar pula kata mereka akan ambil rasuah jika mereka ada kuasa dan juga peluang.

If they have the power and opportunity the students say, they will take bribe dengan izin. Ini berlaku pada pelajar Yang Berhormat Menteri. Maknanya mereka ini akan mengambil alih. Generasi akan datang dan kalau inilah gambarannya, maknanya tepat dan kena masanyalah hal ini harus diberikan tumpuan. Dua perkara saya timbulkan...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

...Dan yang akhir tadi merujuk kepada Padang Serai, saya fikir ada dua perkara sementara Yang Berhormat Menteri boleh berusaha mengatasi isu keselamatan. Saya fikir aduan Yang Berhormat Padang Serai juga boleh dikemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana kita berada dalam Institusi Parlimen...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri dah beritahu kita akan bincang Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

...Kita boleh rujuk dalam cabang eksekutif, cabang menteri, kita juga boleh mengadu kepada cabang Parlimen.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya akan baca Hansard Yang Berhormat. Insya-Allah.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya fikir itu lebih penting sebenarnya. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Boleh jawab sekali. Saya ada sedikit Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Terakhir itu, sebab itu saya kata saya akan berunding. Jadi bukan saya kata saya akan ambil tindakan kerana dalam legislative ini the chair yang penting. Sebab itu saya kata saya berunding dengan pihak Parlimen.

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri, saya ada sikit, sikit. Sikit tanya, tak jawab lagi soalan yang saya bangkit.

final • 11:52 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kemudian soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Pertamanya berkenaan dengan Select Committee Integrity. Sememangnya seperti biasa apabila Parlimen itu bubar dan kita tidak menjangka dia akan bubar sebab kita masih ada satu tahun. Sebab itu soalnya bukan kita gagal untuk memberi laporan, tak sempat seperti mana Yang Berhormat sebut kali kedua tadi. Tak sempat ya, bukan gagal.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Perkara Standing Order 85 itu semestinya. Dianya tidak boleh diberikan sebab seperti Yang Berhormat sebutlah. Soal integriti, soal apa, mesti selesai 222 ini dulu.

Sebab itu laporan dia tidak boleh dikeluarkan sebelum kita bersetuju di sini. Apa sekali pun laporan kajian yang telah dibuat oleh Select Committee itu, sebelumnya dia boleh diberikan kepada orang ramai, mesti diselesaikan oleh kita dulu. Ini merupakan laporan kita.

Jadi sebab itu, Perdana Menteri pun tak boleh dapat laporan itu melainkan kalau kita sudah pun dibentangkan di sini, bahas dan diluluskan. Jadi 85 itu memang kita tetap pertahankan kerana hak untuk meluluskan mana-mana laporan yang ada kaitan dengan nama Parlimen harus diluluskan oleh kita di sini terlebih dahulu.

Kemudian berkenaan dengan laporan Yang Berhormat kajian itu. Sebenarnya dalam sesi lepas telah pun dibangkit. Agak malanglah Yang Berhormat ketika itu tidak berjaya jadi Ahli Parlimen tapi Alhamdulillah sekarang dah okey, Yang Berhormat bangkit. Namun sebenarnya kita telah bangkitkan dalam sesi yang lepas dan oleh kerana itu pihak IMM telah pun mengadakan banyak program yang melibatkan pelajar- pelajar universiti kita.

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Pasir Mas, ya.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rasuah di pandang berat oleh kerajaan. Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud dengan umum ada mengatakan tawaran ada dibuat kepada dia untuk melompat kepada PKR. Ini bermakna dia ada melakukan satu kesalahan, dia tak buat apa-apa laporan kepada polis.

Jika Yang Berhormat daripada Kota Belud ada dalam Dewan ini, bolehkah dia mengesahkan dia buat kenyataan itu iaitu tawaran diberikan kepada dia. Itu soalan yang pertama. Jika ya, kami dari sini boleh tangkap dia melalui citizen’s arrest. So, saya mahu dapat tahu daripada dia, adakah tawaran dibuat kepada dia?

Kedua, jika Barisan Nasional memandang berat ke atas rasuah, kenapa Timbalan Ketua Menteri Sabah yang disabitkan dengan satu pertuduhan rasuah masih kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam Sabah. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya telah jawab iaitu bahawa memang Yang Berhormat Kota Belud membuat kenyataan itu dan dia buat dalam Dewan ini.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dia ada di sini, bolehkah dia mengesahkan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak payah. Kementerian ini floor saya, biar saya menjawab.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dia bangun tadi. Dia bangun.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak apa. Tak payah. Dia tak boleh bangun, dia hanya boleh bangun kalau membawa penjelasan daripada saya.

Yang Berhormat pun kalau bangun, tanya soalan, penjelasan daripada saya. Bukan dia. Saya masih Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Nak tanya, tanya kat luar.

Jadi saya telah menjawab perkara yang sama kepada Yang Berhormat Ipoh Timur dan BPR telah mengambil maklum perkara ini. Saya percaya BPR telah pun memanggil beliau dan kita serah kepada BPR untuk tindakan selanjutnya.

Yang kedua tadi berkenaan dengan timbalan ketua...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduklah Yang Berhormat. Menteri masih menjawab.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia tak boleh bangun. Dia Ahli Parlimen baru, dia tak tahu. Tak apa. Ini saya punya floor. Lagipun dia di belakang saya, jadi dia tak payah bangun.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang keduanya, berkenaan dengan Timbalan Ketua Menteri. Saya tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya percaya iaitu bahawa kalau dia tak berhak untuk bertanding, sudah tentu sesuatu petition sudah pun dibuat sebaik saja sama ada selepas dia menang atau pun lain-lain tindakan yang perlu diambil sudah diambil kalau sekiranya dia tak layak.

Kalau dia masih lagi memegang jawatan di sini, bermakna dia dari segi undang-undang walaupun mungkin sebelum ini dia di dakwa telah pun terlibat dengan rasuah, tapi rasuah Yang Berhormat kena ingat macam-macam rasuah. Rasuah bukan ambil duit saja. Menyalahgunakan kuasa pun rasuah juga.

Oleh sebab itu kalau dia tidak layak, sudah tentu lebih awal lagi dia tidak akan dapat bertanding dan juga untuk melayakkan diri menjadi timbalan ketua menteri.

Mungkin kalau ada undang-undang lain Yang Berhormat tahu, saya rasa tak ada halangan untuk Yang Berhormat mengambil tindakan untuk membatalkan jawatan beliau itu.

Tuan Yang di-Pertua, ada Yang Berhormat daripada... lepas ini...

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pasir Mas, Pasir Mas.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan isu mengenai pendakwaan rasuah yang dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang Berhormat Padang Serai pula mencadangkan kerajaan meminta maaf kepada beliau kerana jasanya kepada negara...

final • 11:52 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri...

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Yang Berhormat, takrif suapan di bawah seksyen 2, APR 1997 mempunyai pengertian yang luas dan tidak semestinya terhad ke atas wang tunai semata-mata. Ia turut meliputi apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain seperti perlindungan daripada apa- apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah sama ada sudah atau tidak dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, semua bekas-bekas menteri termasuk bekas timbalan perdana menteri telah menyumbangkan jasa kepada negara berdasarkan portfolio yang disandang. Begitu juga dengan program pembasmian kemiskinan, ia bukanlah jasa seorang individu tertentu tetapi merupakan jasa bersama yang telah diputuskan oleh kerajaan. Oleh yang demikian tidak timbul isu meminta maaf kepada individu tertentu.

Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan tentang kedudukan negara dalam Corruption Perception Index dan mencadangkan diperbaharui kempen mencegah rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya komited dalam membanteras jenayah rasuah di negara ini. Perangkaan sepanjang beberapa tahun yang lepas jelas membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menghapuskan jenayah tersebut.

Kerajaan berharap cadangan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan BPR seperti yang diumumkan baru-baru ini mampu untuk meningkatkan keyakinan dan meraih kerjasama masyarakat dalam memerangi jenayah rasuah sebagaimana yang berjaya di capai oleh negara-negara lain yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya usaha-usaha ini memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang kerana untuk membanteras rasuah bukanlah suatu yang mudah dan ia memerlukan masa dan perancangan yang rapi.

Yang Berhormat Wangsa Maju ingin mengetahui...

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Boleh saya habis...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dia tak bagi Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya nak bagi Yang Berhormat Pasir Mas dulu.

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Saya...

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti, lepas ni. Saya habiskan.

Yang Berhormat Wangsa Maju ingin mengetahui...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya juga nak minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Akan dituduh di mahkamah.

Perlu ditegaskan bahawa tidak semua siasatan akan berakhir dengan pendakwaan di mahkamah. Pendakwaan sesuatu kes dibuat berdasarkan bukti dan keterangan kukuh yang diperoleh semasa siasatan serta peruntukan undang-undang sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada 20 April 2005 di Dewan yang mulia ini, kerajaan telah menyenaraikan 13 kes yang melibatkan pendakwaan ke atas individu-individu berprofil tinggi sama ada ahli politik, pegawai tinggi sektor awam atau pegawai kanan sektor swasta.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bertolak-ansur ke atas individu-individu yang melakukan kesalahan. Oleh itu saya memohon Yang Berhormat Wangsa Maju membuat semakan terlebih dahulu sebelum membangkitkan pertanyaan tersebut. Ini merupakan isu lama yang kerap diulang-ulang oleh pihak pembangkang tanpa sebarang kesudahan.

Yang Berhormat daripada Kulai, Kubang Kerian, Rembau dan Taiping telah mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau BPR diberi kuasa untuk mendakwa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini di kebanyakan negara, pengasingan kuasa menyiasat dan pendakwaan telah wujud bagi mengelakkan dengan izin, conflict of interest atau pun ketidakadilan. Pengasingan kuasa ini turut diamalkan di Hong Kong, Singapura dan Australia.

Kerajaan berpendapat Suruhanjaya dan BPR tidak perlu diberi kuasa membuat keputusan pendakwaan bagi suatu kes rasuah supaya mekanisme check and balance dengan izin, dalam sistem keadilan jenayah sedia ada terus dipertahankan.

Kuasa-kuasa pendakwaan kes-kes jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa adalah di bawah kuasa pendakwa raya di mana termaktub di bawah seksyen 50, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dalam Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Rembau mencadangkan agar BPR menggunakan teknologi moden dalam usaha menangani gejala rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, BPR menyedari bahawa jenayah rasuah masa kini semakin sophisticated dengan izin, merentas sempadan serta melibatkan penggunaan teknologi terkini dan aspek-aspek teknikal.

Justeru usaha pengesanan sukar dibuat sekiranya keupayaan, kemahiran dan kepakaran pegawai-pegawai BPR tidak dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, BPR telah berusaha meningkatkan kemahiran pegawainya dalam bidang-bidang forensik yang khusus di samping melantik pegawai-pegawai yang mempunyai latar belakang dalam bidang-bidang berkenaan.

Pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengukuhkan BPR akan turut melibatkan aspek penggunaan teknologi moden dalam menangani jenayah rasuah.

BPR berharap agar dapat mewujudkan sebuah makmal forensik pencegahan rasuah yang khusus dalam tempoh yang terdekat ini supaya tindakan pencegahan rasuah akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dah bangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa 19 Disember 2003, Kerajaan Malaysia ada menghantar wakil delegasi Malaysia ke Mexico iaitu persidangan United Nations Against Corruption.

Kemudian di situ terdapat 94 buah negara memberi komitmen untuk rectify Convention Against Corruption daripada United Nation. Sampai hari ini dah ada 107 negara dah pun rectify United Nations Against Corruption, tapi Malaysia sampai sekarang belum menandatangani lagi dokumen tersebut walaupun Convention Against

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Transnasional Organized Crime on September 24th 2004, dengan izin, telah pun kerajaan berbuat demikian.

Jadi ini mungkin memberi gambaran yang buruk kepada kita di peringkat antarabangsa dalam soal kita menangani rasuah. Jadi kalau kerajaan tidak cukup kakitangan saya boleh pergilah tandatangan bagi pihak kerajaan.

Kedua, saya ada satu lagi soalan mengenai keselamatan Parlimen yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Serai tadi. Baru-baru ini saya tengok ada tunjuk perasaan oleh OKU di dalam Parlimen. Saya diserbu oleh satu kumpulan OKU dan OKU ini bergambar dengan Ahli Parlimen Padang Serai sebab dia hendak masuk surat khabar dengan TV. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri bercadang hendak bagi pengawal keselamatan untuk jaga wakil daripada Padang Serai ini? Saya takutlah. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama kenapa kerajaan tidak meratifikasikan United Nations Convention Against Corruption.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih, terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas daripada 140 buah negara yang telah menandatangani United Nations Convention Against Corruption ataupun UNCAC dengan izin, hanya 116 buah negara sahaja yang telah mengambil tindakan untuk meratifikasi. 116 buah dan yang lebih itu termasuk Malaysia.

Bagi Malaysia, kerajaan sememangnya sedang ke arah untuk meratifikasi UNCAC yang telah ditandatangani pada tahun 2003. Namun begitu sebelum ratifikasi dapat diteruskan beberapa peruntukan dan perundangan perlu dipinda dan digubal terlebih dahulu. Antaranya adalah untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah tahun 1997 dengan memperuntukkan satu kesalahan sekiranya berlaku penyogokan oleh mana-mana orang terhadap pegawai awam asing. Ini antara isu yang masih outstanding dengan izin, kepada hasrat Kerajaan Malaysia terhadap ratifikasi konvensyen tersebut.

Peruntukan baru ini adalah selaras dengan kehendak artikel 16(1), UNCAC yang menyebut dengan izin, “Each state party shall adopt such legislative and other measures as may be necessary to establish as a criminal offence, when committed intentionally, the promise, offering or giving to a foreign public officer or an officer of a public international organization, directly or indirectly” dan seterusnyalah.

Pindaan ke atas APR 1997 ini pada asalnya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas ini sebagai sebahagian usaha untuk meratifikasikan konvensyen berkenaan. Namun begitu cadangan pindaan tersebut perlu ditangguhkan berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk menjadikan BPR sebagai sebuah suruhanjaya yang memerlukan penelitian yang menyeluruh ke atas cadangan APR 1997 itu.

Selain daripada beberapa pindaan ke atas Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang perlu dibuat bagi memenuhi kehendak konvensyen berkenaan satu akta mengenai perlindungan saksi juga perlu diwujudkan, apa yang kita rancangkan ini...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Sebelum ratifikasi dapat dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki dalam artikel 32 UNCAC. Inilah sebabnya mengapa kita terlambat sikit...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Berkaitan dengan Yang Berhormat Padang Serai tadi Yang Berhormat, jangan ingat OKU ini dia tidak kuat, sebenarnya OKU kuat. Dia bukan ‘Orang Kurang Upaya’ tetapi ‘Orang Kuat Upaya’ sebenarnya sebab itu kita kena berhati-hati. Saya pun juga takut setiap kali kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor tanya, saya bimbang takut tersilap cakap nanti dia akan panggil OKU untuk menyerang saya. Namun..

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Padang Serai duduklah, nanti dulu. Namun kita akan sentiasa memberi layanan yang baik kepada mereka dan kita tidak perlu merasa tergugat. Ini kerana Parlimen pada hari ini sudah pun menjadi satu tempat yang merupakan tumpuan orang ramai, dia suka. Berbeza dengan Parlimen Yang Berhormat mula-mula menganggotai dulu tahun 1982. Tidak siapa kisah Parlimen.

final • 11:52 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Menteri?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bila ia mesyuarat, bila ada laporan pukul 11.30 malam orang sudah tidur lena tetapi sekarang laporan orang tunggu Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh kerana itu saya rasa selepas ini kalau orang-orang lain datang dia mahu dapat publisiti dia akan tangkap gambar dengan Yang Berhormat, sebab semua sudah tunggu Yang Berhormat akan menjadi famous pada hari ini.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri ada banyak bangun Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya minta Batu Pahat.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya takut tertinggal yang awal tadi disebut yang saya cuba hendak tanya tentang whistle blowers ini. Saya menyokong perlunya akta ini. Cuma apa yang penting bagaimana kita hendak memastikan nanti ia tidak disalahgunakan ataupun menjadi satu penganiayaan seperti orang menggunakan surat layang, membuat aduan. Apa hak orang yang diadu yang sebenarnya tidak benar? Sedangkan yang diadu ini kena panggil ke BPR sampai satu, dua hari kena soal siasat, sebenarnya tidak betul.

Bolehkah dia bertindak balas sebenarnya, dalam keadaan dia tidak tahu siapakah yang buat aduan tersebut? Ini kerana keadilan itu penting! Bila dia dipanggil oleh BPR seluruh masyarakat akan tahu sebab BPR ini kadang-kadang dia tidak memegang rahsia, bila dia menyiasat orang dia boleh menjadi bocor, orang tahu.

Seolah-olah kita ini bersalah.

Kedua, saya hendak sentuh tentang Yang Berhormat Padang Serai tadi...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

...Kita kena jaga kemuliaan Parlimen ini. Sedangkan di hari pertama Dewan ini bersidang masa angkat sumpah, surat bapa Altantuya ini diedarkan dengan luas dalam Dewan ini sendiri oleh pembangkang! Jadi macam mana kita kata dia hendak mempertahankan kemuliaan Dewan? Semalam pun bawa majlis hari jadi budak kecil di Dewan Parlimen ini. Ini sebenarnya cakap tidak serupa bikin.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat Menteri kita ada tiga lagi menteri selepas ini. Berapa panjang lagi jawapan Yang Berhormat Menteri?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ada 51 muka surat lagi.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya mohon kepada semua Ahli Yang Berhormat biar beri peluang kepada menteri hendak bercakap kali ini. Dia hendak memperjelaskan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan...

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri kalau boleh dijawab sekali dengan soalan saya ini.

final • 11:52 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Berkenaan dengan soalan Whistle Blowers Act, saya rasa tidak begitu faham mengapa Yang Berhormat bimbang kalau seseorang itu diberi perlindungan kalau dia memberi maklumat. Bermakna kita mengenalilah orang itu!

Jadi di mana kebimbangan kita kalau katakanlah satu surat layang mungkin ia akan jadi satu perkara fitnah atau surat layang, sebab kita sudah mengenali dia. Ini bermakna seseorang itu sekiranya dia telah membuat satu tuduhan yang merupakan fitnah kita boleh mengambil tindakan terhadap dia. Ini kerana di bawah Whistle Blowers Act kita memberikan perlindungan kepada saksi dan kita kenal saksi itu. Walaupun dia dah tukar macam mana pun kita kenal dia.

Jadi Yang Berhormat tidak perlu bimbang, masalahnya kalau fitnah atau soal surat layang kita tidak dapat mengenali siapa yang membuat tuduhan dan siapa yang menyebarkan surat layang itu. Itu masalah kepada kita. Namun Whistle Blowers Act kita lindung, sudah tentu kita lindung orang yang kita kenal. Tidak mungkin kita akan lindung surat layang, macam mana kita hendak lindung surat layang kita tidak tahu siapa yang membuat tuduhan itu.

final • 11:52 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi Yang Berhormat jangan bimbang. Whistle Blowers Act ini sememangnya kita rancang. Sebenarnya waktu dalam sesi yang lepas pun kalau tidak dibubarkan kita mungkin telah berada di peringkat akhir menyediakan akta ini. Jadi dalam soal itu Yang Berhormat jangan bimbanglah. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:52 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada kebimbangan Yang Berhormat di Dewan Rakyat, ini hal Dewan kita. Seolah-olah semenjak selepas pilihan raya, Dewan ini seperti terbuka langsung. Sehingga suka-suka orang luar yang tidak ada kena mengena melakukan apa sahaja.

Saya nampak perkara ini berlaku apabila ada sekumpulan hendak memasuki Dewan ini tetapi dihalang oleh pihak keselamatan. Maka Yang Berhormat dari pembangkang pula menggunakan kenderaannya memindah mereka dan mereka boleh lolos di Dewan ini dan mengadakan parti happy birthday. Saya tidak tahu dia memperingati apa.

Jadi apakah ini telah menjadi amalan? Jikalau tidak, saya minta Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kena tegaslah dalam soal sebegini, tidak boleh dibenarkan mana-mana pihak sebab ini mungkin boleh mengancam keselamatan kita.

Kita tidak tahu dia bawa apa dalam beg, dia sesenang hati. Ini mungkin boleh meletakkan kita dalam keadaan yang tidak menentu. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pihak eksekutif tidak boleh bertegas dalam hal ini kerana apa pun juga yang dimahukan oleh legislatif, itu keputusan kita.

Jadi saya telah memaklumkan kepada beberapa Ahli Parlimen kita iaitu sebaik selepas kita habis perbahasan ini kita akan melantik Select Committee. Select Committee juga akan melantik House Committee. Saya harap supaya ahli-ahli di dalam House Committee akan membincangkan bagaimanakah caranya untuk kita mengetatkan lagi sekuriti, keselamatan di kawasan Parlimen kita ini. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan bangkit perkara baru Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ini tidak, ini bersangkutan dengan rasuah dan integriti. Seperti mana Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi, rasuah ini berlaku di dalam pelbagai cara modus operandi dan kaedahnya.

Apa yang hendak saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang disebutkan seorang konsultan yang merupakan world class dari sudut integritinya, yang juga merupakan konsultan kepada kerajaan sebelum Pelan Integriti Nasional dicerakinkan.

Beliau menyebutkan antara cara dan lubuk paling besar dalam rasuah adalah apa yang dikatakan perolehan awam ataupun public procurement, dengan izin. Lubuk yang paling besar di situ juga adalah defence procurement. Jadi, saya ingin membangkitkan pertanyaan ini kepada Yang Berhormat Menteri, perkara perolehan ini, kalau ia berlaku dalam bentuk government to government atau G to G dengan izin, mengapa perlu pembabitan pihak ketiga, pihak konsultan ataupun broker sementara G to G dapat mengelakkan apa juga kos tambahan.

Ini kerana ia telah membangkitkan banyak persoalan tentang procurement, contohnya kapal selam Scorpene yang melibatkan sebanyak Euro 114 juta dibayar ataupun RM530 juta sehingga hari ini meletakkan persepsi terhadap kerajaan masih serong dan banyak masalah. Apakah tidak ada cara seperti mana yang dilakukan oleh negara lain dalam hal-hal defence procurement seperti ini diwujudkan independent tender board yang langsung dipertanggungjawabkan ke Parlimen. Ini boleh kita lakukan untuk dapat kita mempertingkatkan integriti dalam hal-hal perolehan. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai sudah saya berikan peluang tadi. Minta maaf, Yang Berhormat Padang Serai. Duduk dulu, bagi peluang Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ada beberapa aspek tentang perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Pertamanya sudah tentulah untuk kita serahkan kepada pegawai-pegawai kita dalam kerajaan untuk merunding spesifikasi tentang sesuatu perkara yang begitu sofistikated, tidak mungkin boleh dilakukan.

Oleh sebab itu kita perlukan kepada konsultan. Kalaulah kita menghantar pegawai-pegawai kita, katakanlah Kementerian Pertahan yang paling senior ialah KSU.

Kalau kita hantar KSU tidak semestinya KSU itu akan memahami tentang apa yang dikatakan aspek-aspek tertentu di dalam specification perkara seperti submarine yang kita hendak beli. Kita terpaksa menggunakan konsultan yang lebih mengetahui tentang perkara ini...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh kerana itu...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh kerana itu saya fikirkan mungkin itu adalah satu di antara sebab mengapa tidak digunakan...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri duduk?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jangan cemburulah saya menjawab.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no. Bolehkah duduk?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jangan cemburu!

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bukan itu. Saya mahu dapat tahu kenapa Ahli Yang Berhormat dari Rembau berdiri? Kenapa dia berdiri apabila menteri menjawab.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rembau, duduk dulu.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jangan cemburulah, dia mahu tanyalah. Tidak mengapalah. Itu floor saya, Yang Berhormat tidak payah ambil tahu.

Saya mahu dia berdiri itu hak saya.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor pun duduk jugalah. Duduk, duduk. Nanti kena point of order juga.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, ia ada banyak aspek...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk. Tidak payah berdiri Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Yang saya sendiri pun mungkin tidak tahu. Mungkin ada antaranya juga kalau kita fikirkan dalam soal defence ini banyak rahsia, kalau ia terlalu terbuka mungkin akan menjadi masalah. Mungkin juga di atas kehendak penjual peralatan itu yang mengatakan bahawa oleh kerana ini merupakan satu perkara rahsia kepada dia, dia tidak mahu negara-negara lain tahu mungkin tuntutan terhadap weapons itu mesti dipelihara, kita terpaksa berunding menerusi konsultan.

Walau bagaimanapun, seberapa yang boleh kalau kita boleh mengelak menggunakan konsultan, saya kuat untuk hendak memberitahu kepada pihak Kementerian Kewangan supaya tidak menggunakan konsultan kerana ia boleh mengurangkan kos. Yang Berhormat Rembau.

final • 11:52 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sentuh, minta penjelasan tadi tentang kuasa pendakwaan yang dicadangkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang diberi kepada suruhanjaya baru yang menentang rasuah ini. Saya amat menerima dengan jelasnya jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu pengasingan kuasa antara siasatan dan pendakwaan yang perlu diasingkan agar tidak ada conflict of interest.

Namun saya mengambil contoh daripada Hong Kong di mana Independent Commission Against Corruption atau ICAC, di Hong Kong, mereka ada satu Operational Advisory Committee. Apabila sesuatu siasatan itu tidak didakwa oleh pihak Attorney General, maka kertas siasatan itu dipulangkan semula kepada Operational Advisory Committee ini untuk di review ataupun disemak semula agar mereka dapat tahu kenapa perkara tersebut tidak didakwa oleh pihak Attorney General.

Jadi, ada satu lagi lapisan over side dalam perkara pendakwaan mengenai rasuah ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan sama ada over side tersebut akan dapat diberi kepada suruhanjaya menentang rasuah yang baru ini. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya kira apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ialah seksyen 31. Sebenarnya kita ambil pandangan-pandangan ini daripada ICAC Hong Kong, Singapura - Singapura nombor empat dalam dunia, dan juga New South Wales yang juga merupakan sebuah negeri di Australia di mana kadar corruption nya rendah. Ketiga-tiga negara dan juga provinsi ataupun state ini, pendakwaannya itu dipisahkan.

Ini bermakna bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan kita ini mengambil kira semua enakmen, akta-akta yang ada di negara-negara lain dan kita pilih inilah yang terbaik. Ia bukan sahaja dari segi mendakwa mengikut akta orang lain, akta daripada negara-negara lain tetapi daripada segi untuk kita mengasingkan. Yang paling penting ialah jangan ada terbentuk satu relationship di antara orang yang menyiasat dengan orang yang disiasat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya kira apa Yang Berhormat Rembau sebut itu adalah satu perkara yang betul. Memang ada lagi satu lapisan, tetapi kita sudah ambil perkara itu dan merasakan yang paling penting bukan sahaja mengikut akta orang lain tetapi kita merasakan pengasingan itu mesti berlaku. Kita juga kena ingat bahawa inilah yang telah pun diberikan oleh Perlembagaan kita, yang mana sudah tentu ia telah gone through test of time dan menunjukkan bahawa inilah cara yang terbaik sekali.

Namun, saya kira apa Yang Berhormat bangkit untuk satu lagi lapisan, ia akan menjadi masalah seperti mana yang berlaku di Thailand. Di Thailand ada beberapa badan yang mendakwa dan apa yang berlaku sudah menjadi perebutan isu siapa yang berhak untuk mendakwa. Kalau kita ada satu lagi lapisan bermakna tidak ada muktamad dalam hal ini.

Jadi, dalam kes ini kita harus pastikan jangan ada berlaku apa yang dikatakan kurang keyakinan terhadap Peguam Negara disabitkan adanya satu lapisan lagi iaitu bermakna bahawa kerajaan tidak yakin dengan apa yang akan dilakukan oleh Peguam Negara itu. Yang pentingnya di sini ialah public confidence dalam soal pendakwaan ini.

Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 11:52 AM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa oleh kerana Peguam Negara adalah satu pelantikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan, kita tidak boleh mencapai satu situasi di mana semua pendakwaan boleh dikendalikan secara adil.

Mengikut Kanun Acara Jenayah negara kita Peguam Negara selaku Attorney General adalah mempunyai semua kuasa untuk pendakwaan. Seperti Akta Pencegahan Rasuah, ACA kena meminta kebenaran, consent, daripada Attorney General. Jadi saya percaya situasi di Hong Kong dan negara lain, macam ICAC itu lain di mana kuasa pendakwaan diletak di dua pihak iaitu ACA dan juga Attorney General.

Jadi saya percaya bahawa jika negara kita hendak mengadakan satu situasi di mana pendakwaan untuk mencegah rasuah boleh dikendalikan dengan seadil-adilnya, kuasa ini harus dikeluarkan dari Attorney General iaitu Peguam Negara dan berikan kepada ACA. Sila jelaskan, terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua tak betul ini.

Yang Berhormat dari mana?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Telok Intan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Telok Intan, tak betul. Di Hong Kong kuasa untuk mendakwa hanyalah diberikan kepada Secretary of Justice, maknanya macam kita punya AG lah. Jadi di Hong Kong dia bukan ada dua, dia tidak ada.

Dia juga merupakan macam AG kitalah, AG sahaja yang ada hak, tetapi Yang Berhormat saya pun tidak tahu bagaimana sebenarnya Attorney General ini boleh akan jadi bebas. Kalau kita lihat di Amerika Syarikat pun, dia dilantik oleh presiden, Attorney General. Sudah tentu presiden ini akan melantik seorang yang dia kenal, seperti baru- baru ini Gonzales, kawan lama dia.

Jadi itu juga bermakna bahawa dia dilantik oleh sesuatu, sama ada perdana menteri ataupun presiden. Kalau dilantik oleh Parlimen, sudah tentu dia terhutang budi kepada 222 orang, lagi teruk. Macam-macam kerenah. Jadi sebab itu, kalau Yang Berhormat boleh fikirkan satu cara, bukan sahaja mengkritik bahawa tidak adil kalau AG hanya boleh ada kuasa dilantik. Cuba kalau elok saya rasa, berikan cadangan kepada kita di mana.

Saya rasa, kerajaan memang terbuka untuk mengambil tindakan memastikan supaya keadilan itu dapat dilaksanakan. Jadi...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, minta Yang Berhormat Menteri, sebelum itu Yang Berhormat Marang bagi soalan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Marang hendak ini?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Marang.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ingat tidak bagi, presiden hendak tanya saya.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua..

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya ingin memperingatkan masa kita satu hari sahaja untuk melibatkan menteri dalam persoalan yang banyak dibangkitkan dalam Jabatan Perdana Menteri ini. Sila Yang Berhormat Marang.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, penyakit rasuah ini penyakit yang zaman berzaman sejak ribuan tahun, bukan baru. Di mana dalam sejarah Islam, Islam telah berjaya menangani masalah rasuah kerana berbeza dengan perundangan barat yang diamalkan pada hari ini.

Walaupun Islam tidak menetapkan apakah hukuman terhadap mereka yang melakukan kesalahan rasuah. Tidak ada nas di sini menunjukkan bahawa terserah kepada budi bicara pemerintah, untuk menentukan apakah hukuman, apakah cara pelaksanaannya...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

...Namun yang penting kita perlu melihat kejadian manusia ada dua perkara, aspek lahir dan aspek rohani, spiritual. Undang-undang yang ditonjolkan lebih memberi penekanan dalam aspek yang lahir sahaja, tidak ada aspek spiritual. Ini merupakan satu ketidaksempurnaan dalam kejayaan undang-undang yang dilaksanakan.

Di sini perlu kerajaan dengan cara yang bersungguh-sungguh bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang yang keras seperti hukuman bunuh terhadap pengedar dadah. Tidak boleh atasi kerana tidak ada aspek spiritual dalam undang- undang...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ringkaskan soalan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ini satu hal yang sangat penting. Sekian, terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya harap supaya Yang Berhormat Marang akan memberikan satu cadangan yang khusus tentang apa yang perlu dilakukan.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Shah Alam duduk dahululah.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebab kalau Yang Berhormat bercakap begitu umum sahaja, sebenarnya di seluruh dunia, negara yang banyak sekali corruption ialah negara-negara yang diduduki oleh orang-orang Islam. Pakistan, Bangladesh, termasuk Arab Saudi. Jadi kalau secara umum begitu, agak sukar untuk orang meyakini tentang apa yang disarankan oleh Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Penjelasan, penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak mengapalah.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Masalahnya negara itu tidak juga mengamalkan dengan undang-undang Islam, itu masalahnya.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu sebabnya, saya hendak benda yang khusus. Sebab kalau umum sahaja, kalau Yang Berhormat kata Islam boleh menyelesaikan masalah, secara umum juga orang akan mengambil kesimpulan mungkin tidak betul...

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Sebab kalau dilihat di seluruh dunia, yang banyak sekali corrupt ialah negara-negara yang diduduki oleh orang-orang Islam. Jadi sebab itu saya berharap supaya Yang Berhormat akan berikan satu proposal, cadangan yang khusus bagaimana. Tidak perlu beritahu dalam Dewan mungkin secara cadangan, berikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini cara dia. Itu lebih baik Yang Berhormat, sebab kalau secara umum, orang boleh serang kita balik ya.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Peguam Negara...

final • 11:52 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya bagi Shah Alamlah. Johor Bahru, eh, Johor Bahru pula. Ini, Shah Alam... [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kuala Krai.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Adik kepada Johor Bahru, tidak mengapa... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya masalah yang kita hadapi ialah apabila kita melihat dengan satu cara yang compartmentalized. Iaitu kita lihat persoalan Attorney General dan tindakan beliau terhadap rasuah dan sebagainya, secara berasingan daripada elemen-elemen yang lain dalam masyarakat.

Sebagai contoh, kalau kita lihat di Amerika Syarikat walaupun Attorney General itu dilantik oleh Presiden, tetapi bagaimana mereka boleh menjamin bahawa Attorney General akan bertindak dengan adanya freedom of press, kebebasan media.

Dengan adanya Freedom of Information Act, adanya maklumat kebebasan untuk mendapat maklumat. Persoalan bertindaknya Attorney General atas semua laporan- laporan rasuah yang telah diterima atau disampaikan oleh BPR, akan hanya dilakukan dengan adanya pertanggungjawaban, akhirnya kepada masyarakat umum.

Apabila ada freedom of press, apabila akhbar boleh melaporkan kes-kes rasuah yang telah disampaikan kepada BPR, maka Attorney General akan terpaksa bertindak. Kerana masyarakat tahu dan persoalan ini adalah sama dalam semua aspek. Itulah mengapa pelantikan oleh eksekutif, oleh Perdana Menteri terhadap jawatan-jawatan yang penting mesti ada pertanggungjawaban melalui terjaminnya freedom of information dan a free press di dalam masyarakat.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sambung sedikit, sambung sedikit yang mengenai Shah Alam.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dalam hal freedom of press ini, saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat. Akan tetapi masalahnya dua perkara akan berlaku. Apabila ada freedom of press, kita kerana hendak memudahkan AG untuk membuat penyiasatan dan juga untuk memastikan supaya dia akan dapat menjalankan tanggungjawab dia dengan berani, without fear or favor.

Freedom of press ada dua, apabila keluar surat khabar sudah salah dah. Ini persepsi. Sudah keluar surat khabar tentang perkara seseorang itu akan disiasat pertamanya...

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti dulu, nanti dulu, sabar. Ya, tunggu.

Pertama, akan berlaku ialah masyarakat telah pun menghukum iaitu dia sudah bersalah. Ini persepsi di dalam negara kita. Walaupun selepas itu, kerana freedom nation ini biasalah, saya pun kena - 3,000 permit. Akhirnya, apabila dikatakan tidak ada cukup bukti, dia keluar sedikit sahaja, tetapi saya telah pun dihukum. Saya percaya ramai rakan-rakan di sini pun berucap di khalayak ramai, bila sebut tentang Barisan Nasional, sebut nama saya corrupt 3,000 permit dan macam-macam. Ini betul, saya tahu.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya pun dengar juga ucapan yang dibuat oleh kawan-kawan, tetapi itulah.

Bermakna itu bahawa kalau keluar surat khabar, tidak berlaku adil kepada orang yang...

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti dahulu, sabar, tidak sabar.

Mana Johor Bahru?... [Ketawa] Yang kedua Yang Berhormat, bila maklum sahaja orang hendak kena siasat, orang yang kena siasat itu, mungkin pertamanya dia akan lari. Nombor dua, dia akan bakar habis segala maklumat yang ada. Dia bakar habis sebab masyarakat sudah tahu.

Ini menyukarkan kepada pihak, pertamanya, BPR untuk menyiasat. Keduanya, untuk Attorney General mendakwa, mungkin juga akan kalah kes sebab habis semua bukti.

Sudah kena buang.

Jadi ada perimbangannya di antara freedom of press dengan pelantikan Attorney General. Tidak semestinya AG ini, saya hendak bagi tahu, Attorney General ini tidak semestinya, dia kepalanya cukup bebas. Ada benda yang kita maklum kepada dia, itu terpulang kepada dia. Sebenarnya bila sebut AG, sudah tentu ketuanya itu individu, tetapi AG ini satu jabatan yang mempunyai banyak dia punya penolong pendakwa rayanya.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi tidaklah AG itu sendiri diharapkan dia seorang untuk mengambil semua kes, tidak. Dalam Jabatan Peguam Negara pun, orang kata ada pendakwa-pendakwa yang specialize dalam soal anti corruption. Itu pun ada specialization dia...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jadi sebab itu apa yang sudah ada dalam negara kita ini saya rasa sudah cukup baik.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu, duduk dahulu. Yang Berhormat Padang Serai dan Balik Pulau, duduk dahulu.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini berkenaan dengan...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Padang Serai, duduk dahulu.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Kita tidak merupakan minoriti negara dalam dunia ini yang mengamalkan di mana pemisahan berlaku di antara BPR - pendakwaan, penyiasatan dan juga menghakimi ini.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini berkenaan dengan AG.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk. Jam pukul 1.00 Yang Berhormat. Panjang lagi jawapan menteri?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ada 51 muka surat lagi... [Ketawa]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Akan sambung pada sebelah petang?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya akan sambung selepas ini.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, jam menunjukkan pukul 1.01 tengah hari. Kita tangguhkan dahulu persidangan pada sesi pagi, dan kita sambung pada pukul 2.30 petang. Terima kasih.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 11:52 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan penggulungan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Tercemar.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sebelum masuk isu-isu yang lain. Tadi, mengenai rasuah belum habis. Bolehkah minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tadi belum habis. Ini isu pokok yang komitmen. Yang Berhormat mengulangi komitmen kerajaan terhadap membanteras rasuah. Oleh sebab itulah kita lihat di dalam Dewan yang mulia ini. Tadi, Yang Berhormat ada ulangi komitmen, tetapi apabila ada seorang menteri bagi pihak kerajaan tidak ada cakap dalam Parlimen mengenai komitmen untuk memerangi rasuah.

Sungguhpun, kedudukan rasuah Kerajaan Malaysia terus merosot. Jatuh daripada tangga 23, Transparency International Corruption Perceptions Index 1995 kepada nombor 37, tahun 2003 dan tahun lalu di tangga 43. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai perubahan-perubahan structural National Integrity Plan, dan Integrity Institute tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa seperti yang dilihat di negara-negara yang lain, sungguhpun ada National Integrity Plan tetapi korupsi boleh menjadi lebih teruk seperti Bolivia.

Selepas ada National Integrity Plan, corruption lebih teruk. Apa yang perlu adalah satu mindset yang ditukar. Kita perlu antara lain perubahan mengenai mindset dan undang-undang. Adakah antara perubahan-perubahan ialah pindaan undang- undang anti corruption. Sebagai contoh, di mana menjadi satu kesalahan kalau ada pemimpin-pemimpin kerajaan yang ada kekayaan, yang disebut fortunate daripada pendapatan mereka. Adakah ini menjadi satu pindaan? Oleh kerana ini boleh menjadi agenda yang mustahak untuk membanteras rasuah...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Yang Berhormat ada tanya. Ya, mengenai Peguam Negara. Bagaimana kita boleh adakan seorang Peguam Negara yang sebenarnya bebas. Oleh kerana boleh dilantik oleh apa-apa agensi. Bukankah sebenarnya kalau kita mahu satu peguam negara yang bebas, ialah ada satu tradisi di mana holder atau pemegang jawatan ini ialah bertanggungjawab kepada office dan bukannya kepada parti yang berkenaan di mana tidak ada berlakunya selective prosecution, malicious prosecution dan inilah apa yang berlaku dan sebab itu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Kita perlu dan akhirnya ada yang bersetuju bahawa kita perlu satu pindaan di mana keputusan untuk pendakwaan di dalam tangan MCAC yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Akhirnya, sebagai contoh di mana hari ini kita ada lihat kenyataan oleh Peguam Negara bahawa dia sudah mengarahkan siasatan, follow up investigation mengenai all the findings made by the Royal Commission of Inquiry V.K Lingam Video Tape as well as the 14 minutes recording bukankah benar bahawa perkara ini adalah syak wasangka sama ada Peguam Negara sesuai atau tidak sesuai untuk bertanggungjawab mengenai follow up investigation dan prosecution, oleh kerana peranan beliau...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah macam berucap Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Bukankah benar sebagai satu contoh mengenai holiday antara bekas Ketua Hakim Eusoff Chin dan Lingam. Ada satu siasatan yang dibuat oleh ACA masa itu dan Peguam Negara masa itu telah buat keputusan, tidak ada kes...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail masa itu Head of Prosecution Division yang terlibat dalam perkara ini. Kenapa sekarang dia boleh bebas?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah macam berucap Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, sebab itu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

...Adakah Yang Berhormat bersetuju?

[Dewan riuh] Jangan takut, tidak takut. Adakah setuju akhirnya kita ada satu independent prosecution investigation and prosecution dalam perkara ini.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab banyak kali sudah benda ini...

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, itu soalan yang sama.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Kalau saya menjawab...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri hendak menjawab Yang Berhormat. Sila duduk.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan yang sama.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Bermakna bahawa repeat dengan izin.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Contoh, contoh.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Apa yang telah pun saya sebut sebelum ini. Saya ingat dalam soal perception indeks ini, mindset ini kena tukar mindset dialah kerana apa juga kerajaan buat tidak akan mendatangkan keuntungan... [Tepuk] Jadi, dengan itu, saya harap Yang Berhormat cadang kepada kita apa yang perlu dilakukan lagi. Sememangnya kita mengikuti perception indeks ini dan oleh kerana kita mengikutilah kita sentiasa akan cuba untuk membuat berbagai-bagai reform terhadap struktur ACA yang ada di negara ini.

Jadi sebab itu Yang Berhormat saya kira lebih baik kalau Yang Berhormat menggunakan pengalaman Yang Berhormat dalam Dewan ini. Tidak hanya bercakap kosong sahaja tetapi memberi cadangan kepada kita. Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk meyakinkan kerana MPI ini perception. Independent prosecution Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tengah bercakap Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...AG ini adalah wang individu.

Dia bebas, esok kalau dia mati pengganti itu tidak akan datang dari langit. Mesti ada satu badan yang akan melantik dia.

Jadi, saya kira oleh kerana Perdana Menteri itu merupakan ketua kepada Ahli- ahli Dewan Rakyat daripada parti yang majoriti. Maka, eloklah dia; serupa juga dalam Parlimen. Kalau kita serah kepada Parlimen, akhirnya parti yang ada majoriti besar itu, dia akan ambil keputusan dan dia juga akan ikut apa yang telah pun diputuskan oleh Perdana Menteri yang Leader of The House, is the same thing…

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jadi, benda hidung ini yang dipegang macam ini, Yang Berhormat suruh dia buat macam itu buat apa?

Menyusahkan kita sahaja. Jadi, sebab itu saya kira dalam hal ini kita memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri yang telah mendapatkan sokongan suara yang besar daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih rakyat. Biarlah dia yang bertanggungjawab untuk melantik AG seperti dilakukan di mana-mana negara.

Akhirnya esok, kalau sekiranya dia telah lakukan satu perkara yang melanggar etika, atau membuat satu perkara yang merugikan negara. Rakyat akan buat keputusan apabila mari pilihan raya macam baru-baru inilah. Saya kira, sudah tentulah rakyat menyatakan pandangan mereka hari ini dan sebab itulah kita bertindak. Jadi saya rasa inilah cara yang paling elok.

Kita sudah 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang sovereign dan saya rasa inilah cara yang paling baik melainkan Yang Berhormat boleh cadang secara konkrit satu cadangan yang lain daripada apa yang ada pada hari ini.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kubang Kerian.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya berdiri dululah, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri semacam meminta kami memberikan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan demi kebaikan supaya AG ini ialah AG yang bertanggungjawab, dan tanggungjawab itu dapat kita kongsi bersama untuk menegakkan keadilan dalam negara kita. Kalau kita melihat di peringkat Dewan-dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Menteri, legal advisor ini, penasihat undang-undang ini dia adalah ahli kepada Dewan Undangan Negeri itu.

Jadi apa-apa perkara yang melibatkan tentang undang-undang dan seumpamanya, dia boleh dipersoalkan, dia boleh menjawab dan dia boleh hadir sebagai Ahli Dewan dan negara juga dahulu pernah sama ada pada waktu itu political appointment, Yang Berhormat Tan Sri Abu Samah dan juga Yang Berhormat Tan Sri Abdul Kadir Yusof, juga hadir ke Parlimen ini dan itu mungkin sebahagian daripada prosedur kerajaan untuk memastikan eksekutif itu bertanggungjawab dan Peguam Negara itu juga sebahagian daripada eksekutif yang tidak boleh dipisahkan.

Adakah untuk kita memperbaiki sistem yang ada pada hari ini, terutama AG ini, adakah Yang Berhormat boleh bersetuju sekiranya AG itu adalah sebahagian daripada Ahli Dewan Rakyat ini? Mungkin semacam legal advisor dan penasihat kewangan negeri...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Salahuddin bin Ayub - Kubang Kerian

...Dia bergelar Yang Berhormat di atas sifatnya sebagai Peguam Negara dan dia hadir di sini dan segala tindakannya boleh dipersoalkan di dalam Dewan yang mulia ini. Mungkin standing ordernya itu kalau kita boleh bersetuju, kita boleh pinda kemudian. Adakah cadangan ini boleh diambil pertimbangan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, mengikut perlembagaan kita, Ahli Dewan Rakyat terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, kemudian Speaker bila ia bersidang, Setiausaha Dewan dan Ahli Dewan Rakyat. Jadi kita perlu meminda perlembagaan kalau sekiranya itu merupakan hasrat daripada mana-mana Ahli Parlimen.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, saya tidak ada keberatan dalam perkara ini melainkan kalau Yang Berhormat Ahli semua berfikir begitu – duduk, runding, bincang, kita terpaksa pinda perlembagaan kerana tidak ada orang yang boleh duduk di Dewan ini melainkan ianya dibenarkan oleh perlembagaan kita. Ini satu perkara yang boleh difikirkanlah.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tambah sedikit sahaja.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kuala Selangor.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kuala Selangor, ya.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tambah sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lanjutkan sedikit perbincangan ini. Di seluruh dunia, amalan ataupun kedudukan Attorney General atau Peguam Negara tertakluk ataupun bersama, beholden to, dengan izin, kepada pihak eksekutif.

Memang saya tidak nampak dalam sedikit research yang saya lakukan, mana pun modality system yang boleh lepas bebas bukan Attorney General atau Peguam Negara itu. Cumanya Yang Berhormat, kalau dalam suasana hari ini yang banyak pertikaian yang dibuat ke atas kedudukan Peguam Negara, apakah tidak baik kalau kita kembalikan political appointment kepada kedudukan Peguam Negara, kerana kita telah lakukan dan dapat mengatasi permasalahan persepsi terhadap institusi Attorney General itu.

Tambahan pula kerana pengalaman itu sudah menunjukkan kepada kita dan di situ kedudukannya sebagai political appointment lebih jelas dan dipertanggungjawabkan bersama dalam Dewan ini. Contohnya hari ini masih ada yang mempertikaikan tentang 18 kes high profile itu, tetapi kalau beliau berada di sini tentunya dapat kita perbincangkan dan debatkan bersama.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada masalah sama ada AG yang menjawab ke, menteri yang bertanggungjawab menjawab, jawapannya sama juga. Saya menjawab bukan datang daripada kepala saya tentang mengapa dia ambil tindakan itu. Tidak! Saya menjawab apa yang telah ditentukan oleh pihak AG, jawapan yang perlu diberi.

Saya tidak bersetuju kalau seorang AG itu merupakan political appointee kerana itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak boleh bertindak bebas. Dalam keadaan sistem sekarang ini pun, yang dia merupakan seorang civil servantlah, saya boleh katakan, itu juga dipertikaikan bahawa dia tidak bebas. Apatah lagi kalau dia seorang political appointee, sudah tentu dia akan dengar cakap political master dia. Jadi saya rasa itu tidak boleh dan saya sendiri pun tidak setuju. Padang Serai.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Padang Serai.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan kebelakangan ini, ada beberapa kes spesifik yang melibatkan demonstrasi cases especially, dengan izin.

Charge under 149, di mana Attorney General kita sendiri hadir di mahkamah dan beliau menuntut daripada hakim untuk satu jaminan yang terlalu tinggi, di mana Saudara Uthayakumar daripada Hindraf, for simple charge, dengan izin, Ketua Peguam Negara sendiri hadir untuk menuntut jaminan RM50,000 dan ini menjadi satu tanda tanya dan juga dengan izin, the world is laughing at such thing.

So, apakah pendapat Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cara Ketua Peguam Negara kita dalam kes Uthayakumar dan juga satu lagi kes di mana seorang lagi caj yang lebih kurang sama. Kalau dia mengaku pun, mungkin mahkamah akan jatuhkan hukuman, mungkin RM200, RM300 ataupun maybe RM1,000.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi Ketua Peguam Negara menuntut RM50,000 dan hakim memberikan jaminan RM20,000 dan tidak pernah sebelum ini berlaku di mahkamah- mahkamah kita...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalahnya kalau AG diletak di bawah Parlimen, mempertikaikan apa yang AG sudah buat. Dia bebaslah dia hendak buat. Kalau dia merasakan dia mahu appear in the Lower Court, itu hak dialah, tetapi kalau kita Ahli Parlimen pertikai, inilah merupakan alasan mengapa kita tidak boleh letak AG di bawah Parlimen sebab kita sibuk mempertikaikan...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Even they become a laughing- stock?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, minta izin, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ia tidak ada laughing-stock sebab kita semua tahu dalam kes mahkamah pun, sudah tentu pihak sebelah pendakwa akan minta satu jaminan yang tinggi and then bargainlah.

Terpulanglah kepada hakim, dia hendak bagi RM20,000 - itu biasa. Bukan satu perkara – plea bargainingkah, bargaining atas berapa jumlah jaminan. Itu perkara biasa. Mungkin free langsung. Kita tidak tahu. Jadi Yang Berhormat jangan guna kuasa yang rakyat beri disalahgunakan untuk mempertikaikan kebebasan Peguam Negara ini.

Dia hendak buat apa, dia buat.

Kalau dia merasakan kes itu berat, dia sendiri turun kerana akhirnya kalau sesuatu berlaku, dia akan bertanggungjawab. Jadi kalau AG itu rajin buat kerja, jangan kita marah dia… [Disampuk] Kita patut puji dia, sokong dia lagi, macam inilah. Balik Pulau.

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Wah! Saya kena ucap syabas kepada Yang Berhormat Menterilah. [Ketawa]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Balik Pulau.

final • 11:52 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri. Saya lebih berminat, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memperjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bagaimana kuasa pendakwa raya ini, Peguam Negara di bawah Artikel, Perkara 145(3) itu yang seolah- olah secara teorinya beliau merupakan the most powerful man.

Territory speaking dalam Perlembagaan Negara kerana budi bicara beliau itu setakat ini tidak ada satu mekanisme yang dikatakan, dengan izin, prosecutorial accountability ataupun mungkin boleh dibincangkan..., mungkin saya boleh panjangkan dengan Yang Berhormat Menteri di luar Dewan..., apa yang dikatakan prosecutorial accountability ataupun prosecutorial ethics, telah diguna pakai di banyak tempat.

Jadi di sini yang kita bincangkan mengenai banyak kes high profile yang menimbulkan kesangsian di dalam media, mungkin yang perlu dipertingkatkan dari segi mekanisme ke arah untuk memastikan satu akauntabiliti ataupun etika penggunaan kuasa budi bicara itu. Mungkin itu yang perlu diketatkan.

Mungkin melalui Pelan Integriti Nasional yang telah dicadangkan pada 2004 yang mempunyai tekad 2008 yang setakat ini agak mencurigakan dari segi kejayaannya. Mungkin perjelaskan kalau itu yang merupakan satu inisiatif di peringkat menteri. Mungkin saya rasa itu satu post partition initiative, mungkin di kalangan pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat ‘tuang’ ke pagi tadi, waktu saya jawab? Yang 18 kes saya dah jawab ya. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat tentang dia diberikan kuasa terlalu banyak, itu juga yang dimahukan oleh sesetengah wakil rakyat, ia bebas. Dan saya rasa kalau Yang Berhormat ada fikir ada cara yang baik bagaimana kita boleh tapi kalau kita control dia pula, dia tak bebas pula. Ini yang saya agak pening kepala bila bercakap dengan Yang Berhormat Ipoh Timur, sekarang dia tidur kah, apa kah?... [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak, dia tak tidur, dia tengah memikir. Jadi saya boleh bersetuju Yang Berhormat kalau kita dapat satu mekanisme yang mana dalam masa yang sama dia bebas tetapi dalam masa yang sama kita cari jalan juga bagaimana kita boleh menguasai, bukan menguasai, itu ayat tidak baik, bagaimana kita juga boleh pastikan dia jangan pergi out of control.

final • 11:52 AM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya benar, itu point saya. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Terima kasih.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi Yang Berhormat Wangsa Maju Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Oh sorry, itu senior, Yang Berhormat Bukit Gelugor... [Ketawa]

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih. Mengenai kebebasan Peguam Negara, adakah Peguam Negara bebas daripada kerajaan khasnya? Dalam perhimpunan UMNO yang lalu, Menteri Pendidikan ada mengeluarkan keris... [Tepuk] Dia cium keris itu, invalidate ada dua orang yang ada di sana yang menyuarakan, “Bila Dato’ nak gunakan keris itu”? Apa laporan polis ada dibuat, adakah apa-apa tindakan diambil atau akan diambil ke atas kedua-dua ini?

Kedua, baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dengan umum menyatakan dia ada di lobi oleh hakim-hakim untuk menaikkan pangkat. Itu jadi satu kesalahan bagi hakim-hakim, satu kesalahan serius barangkali rasuah. Dan Tun Dr. Mahathir pun terlibat jika dia ada layan hakim-hakim ini. Adakah Peguam Negara rela, berani untuk berkas Tun Dr. Mahathir Mohamad, tuduh dia dalam mahkamah.

Bolehkah dia buat itu?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama berkenaan dengan keris ini. Saya rasa Yang Berhormat ingin bertanya yang dua orang itu berkata, relakah menggunakan keris?

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bilakah, bilakah.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bilakah ...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dua kali Yang Berhormat, bilakah, bilakah.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bila tanya bilakah, Yang Berhormat, keris ini ia bukan semestinya hendak bunuh orang. Kadang-kadang keris ini boleh digunakan untuk nak potong...

final • 11:52 AM

Seorang Ahli

Potong ayam.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Ha, potong ayam. Ya, tajam...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Menteri jangan main-main, itu kesalahan hasutan!

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bukan!

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jika hasutan, adakah Peguam Negara akan dan rela menuduh kedua-dua ini? Itu soalan saya, jangan main-main dengan ayam dan binatang lain... [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, kalau begitu kita juga kena dakwa Yang di-Pertuan Agong pun kalau waktu dia ditabalkan sebagai Agong, dia pun cium keris. Apakah itu makna...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bukan cium keris, menggunakan, bila dia akan menggunakan keris itu, ke atas siapa?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itulah, Yang Berhormat pun tak tahu ke atas siapa, dia pun belum...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tahu ke atas siapa!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor, kena minta izin Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi macam mana mahu tuduh.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dia main-main Tuan Yang di-Pertua, dia tidak mahu jawab.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia sedang menjawab Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah Peguam Negara akan menuduh dua orang ini? Itu soalan saya, ada atau tidak?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada soal pertuduhan, kalau ada salah dah lama dah kena tuduh, itu sahaja.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Oh tidak bersalah? Tidak bersalah dua ini?

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, maknanya kalau ada satu kesilapan, kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Hasutan, sudah pasti AG, dah dakwa mereka lama dah. Jadi atas penyiasatan dibuat oleh pihak polis, kita kena report polis dulu, polis dapati sebenarnya dia tidak ada menakutkan orang lain. Dia bukan soal macam Yang Berhormat kata, ‘langkah mayat saya dulu’, itu lagi bahaya.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi ini semua telah disiasat, langkah mayat bunuh oranglah. Itu macamlah, bahaya. Nombor dua tadi apa tanya?

Okey, Yang Berhormat Wangsa Maju, saya minta maaflah. Kalau 10 tahun boleh tunggu, tak akan 10 minit tak boleh tunggu.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat hendak menganaktirikan saya.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Nombor dua.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua tidak dijawab tadi.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor, dia bagi Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bagi Dr. Mahathir.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ha okey ya. Yang Berhormat, saya setuju iaitu bahawa seseorang kalau dia telah ditawarkan kerana lobi itu juga merupakan satu perkara yang rasuah.

Jadi kalau dia ditawarkan, saya percaya bahawa polis report mesti dibuat kerana orang itu kalau di bawah Akta Pencegahan Rasuah kita, kalau kita dilobi ataupun ditawar wang, itu merupakan rasuah. Dan tanggungjawab kita adalah untuk melapur, jadi kita serahlah kepada pihak BPR untuk mengambil tindakan seterusnya di atas kenyataan telah dibuat oleh Yang Amat Bahagia Tun baru-baru ini ya.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Walaupun dia menganaktirikan saya, tak apalah...

[Ketawa] Kena respek sikitlah Yang Berhormat Menteri, giliran.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, dia boleh bagi siapa-siapa Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tak apalah, janganlah, dia boleh jawab, tak payah itu. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa di banyak negara seperti United Kingdom, di Amerika, di Eropah semua, Peguam Negara adalah di dalam Parlimen supaya beliau bertanggungjawab di Parlimen. Sekarang ini Peguam Negara bertanggungjawab kepada Perdana Menteri sahaja, saya setuju 100% dengan saudara saya daripada Balik Pulau. Tak ada ethic dari segi prosecution dan sebagainya.

Dan juga Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak pada masa itu hearing untuk Royal Commission itu pada bulan Januari atau Februari 2008 ini mengenai dengan pita video Lingam ini. Di sana juga bila adik VK Lingam ini hendak memberi keterangan untuk menolong Suruhanjaya Diraja ini, beliau disekat terus. Disekat oleh siapa?

Memang disekat oleh Tan Sri Haidar, Pengerusi Suruhanjaya Diraja ini termasuk pegawai Pejabat Peguam Negara, itu seorang Dato’ itu. Saya tidak mahu sebut nama dia, tak baik. Dia sekat juga, dia kata apa? Okeylah, Dato’ Nordin, dia sekat juga. Dia kata apa? Dia kata penyiasatan kes ini telah ditutup oleh.., dia tak cakap oleh siapa. Padahalnya kes VK Lingam ini telah ditutup oleh siapa? Oleh Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah. Sedangkan dia adalah seorang implicated dalam siasatan itu.

Yang Berhormat Menteri mesti sedar bahawa seorang peguam pun, kalau tak faham ini sorrylah Yang Berhormat Menteri. Sebab apa? A man could should not be judge in his own court tapi beliau boleh buat itu. Dan Dato’ Nordin ini tak faham basic ini juga, sekarang barulah Peguam Negara fasih, faham prinsip ini dan bukakan kes VK Lingam ini. Oleh sebab apa? Oleh sebab beliau tidak bertanggungjawab kepada Parlimen, beliau bertanggungjawab kepada siapa? Kepada political masternya, Perdana Menteri. Sebab itulah kita mesti bawa...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nanti dululah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia nak berhujah apa benda ni?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sikit lagi, sikit lagi. Yang kedua, yang kedua.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang ketiga, yang ketiga, yang ketiga.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey, yang ketiga.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, tidak boleh tuduh menteri tidak faham, itu boleh jatuh kepada seksyen 36.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tapi dia tidak marah. Dia tidak marah. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri tidak berapa fasihlah. Saya tarik balik ‘tidak faham’.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak boleh tuduh Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak berapa fasih Yang Berhormat.

Tidak berapa fasih dalam perkara ini. Yang ketiga, terima kasih beritahu saya yang ketiga. Janganlah anak tirikan saya terus. Kes yang ada di bandar raya saya nak beritahu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat. Dah hampir tiga minit dah.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya akan ringkaskan ni. Kalau ada gangguan susah saya nak habis.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sayakan nak remind Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya nak rujuk Yang Berhormat Menteri kepada laporan polis 5424-08 Wangsa Maju yang saya punya report pagi ini dan juga 5430-08 mengenai dengan Nik Che Long. Ini terhadap Pegawai Bandar Raya, Encik Aslan, Jabatan Perancang.

Kes ini adalah sangat penting oleh kerana Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusof telah buat satu keputusan bahawa tidak ada apa-apa tindakan akan diambil di Wangsa Maju mengenai dengan illegal structure. So, supaya kita boleh selesaikan perkara ini dan boleh diaturkan...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Baik. Semasa kita diaturkan, pagi ini dia terus pergi lagi. Menceroboh tempat itu walaupun Ketua Pengarah sudah beri arahan dari segi surat, dari segi e-mel tapi beliau boleh menyalahgunakan kuasa.

Sama ada kes yang sebegini Peguam Negara akan mengambil tindakan terhadap Aslan ini, yang seorang yang amat kurang ajar, yang tidak faham peraturan dan arahan daripada pihak atasan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia tidak bernas dia punya pandangan. Sebab itu saya tidak panggil dia. [Dewan riuh] [Ketawa] Dan saya dah tahu dah.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak panggil sebab takut.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Soalan pertama yang dia tanya itu Yang Berhormat Balik Pulau dah tanya. Saya dah jawab. Yang Berhormat Kubang Kerian tanya saya dah jawab. Lain kali datanglah awal. Jangan dok buat kerja lain.

Cari makan peguam kot. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya jaga kawasan Yang Berhormat. Tidak seperti Yang Berhormat. Tidak jaga kawasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nombor dua Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nak jaga Parlimen pun tidak berapa baik.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ni Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang kedua Yang Berhormat, soal kata dalam orang bertanya, orang berkata, orang tahan daripada seseorang saksi mengeluarkan kenyataan, itu perkara biasa dalam hearing. Sebab itu peguam akan minta supaya kenyataan ini tidak boleh dibenarkan dan kita ada judge ataupun pengerusi panel. Dia akan buat keputusan.

Okey, dia kata objection justicekah, ataupun bolehkah. Jadi dalam panel ini semua kita ada pengerusi Haidar. Haidar dah buat keputusan. Habislah cerita. Yang nak bangkit dalam Parlimen ni buat apa? Tidak adil! Sebab Haidar tidak ada di sini.

Haidar tidak ada di sini untuk bela diri dia. AG pun cakap...

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya cakap soal prinsip.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, soal prinsiplah tu. Prinsip pun bergantung.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan berdialog Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Prinsip pun bergantung kepada judge ataupun kepada...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ikut peraturanlah. Menteri nak jawab. Tolonglah duduk. [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dia boleh bela sendiri.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Pengerusi dalam panel.

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Geng-geng dia. Takut!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Wangsa Maju duduk dulu Wangsa Maju.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang nombor tiga sama ada AG nak ambil tindakan tidak ambil tindakan, buatlah report polis dulu. Buat report polis...

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Telah buat police report. Tadi saya sebut report number dia kasi. Tidak faham lagi. Alamak!

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, buat report polis, polis siasat, lepas polis siasat kemudian polis akan bagi kepada AG dan AG akan buat keputusanlah. Sama ada mahu...

final • 11:52 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sampai AG, AG tutup kes saja.

AG pandai tutup kes saja. [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Baru berlaku tadi saja. Baru berlaku malam tadi. Yang Berhormat semalam bagi tahu saya bagi pelepasan suruh balik semalamkan? Malam tadi baru saja. Minum todikah? Tidak ada minum todi.

Padang Serai minum todi. [Dewan riuh] [Ketawa]. Yang membuat police report...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau sebut pasal todi, kalau menteri mahu, saya boleh order. Jalan. Datuk Nalakarpan boleh order. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

[Ketawa] Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak mahu todi Padang Serai. Dulu ada ramai yang meninggal dunia pasal minum todi haram ini. [Dewan riuh] [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada dakwaan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini tercemar adalah satu tuduhan yang tidak benar. Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat Pilihan Raya Umum yang lepas merupakan pilihan raya yang terbaik kerana ia bebas dari sebarang kejadian yang tidak diingini...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuduhan-tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mendakwa terdapatnya ribuan pengundi hantu dalam daftar pemilih adalah tidak benar dan SPR berpendapat tidak ada pemilih hantu dalam data SPR.

Apa yang ada ialah mereka yang mendaftar di suatu tempat dan kemudiannya berpindah ke tempat lain dan pada hari mengundi mereka datang semula ke tempat asal mereka untuk mengundi. Pemilih-pemilih sedemikian bukanlah pemilih hantu dan dari segi undang-undang mereka berhak mengundi di tempat asal mereka.

Berhubung dengan sistem pengundian pos yang diamalkan di Malaysia, ia adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pengundian Pos 2003.

Sekiranya Yang Berhormat berpendapat pengundian pos yang dijalankan tidak mengikut undang-undang berkenaan, keputusan pilihan raya tersebut bolehlah dipertikaikan di mahkamah melalui petisyen pilihan raya.

Mengenai pembatalan dakwat kekal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh, Kota Bharu, Batu Gajah dan Kuala Krai, ia tidak dapat dielakkan kerana cadangan tersebut bercanggah dengan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjaminkan hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi tanpa disyaratkan dengan apa-apa sekalipun termasuk syarat kena calit jari.

Ini bermakna hak ini tidak boleh dinafikan kecuali pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Hak ini merupakan hak asasi seseorang pemilih berdaftar.

Cadangan yang peruntukan selainnya adalah ultra-virus Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berkenaan...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Ini juga bermakna bahawa seseorang yang kukunya kelihatan telah dicalit dengan dakwat kekal, atau seseorang yang enggan kukunya dicalit dengan dakwat kekal tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan kertas undi. Ini merupakan conditional issue...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang Berhormat penjelasan.

Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, ramai ni.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Batu.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dr. Haji Mohd. Puad ke Yang Berhormat Batu?

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Batu.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Alasan yang telah dikemukakan tadi yang dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini jelasnya bercanggah dengan jawapan yang telah diberi oleh Menteri Dalam Negeri. Kita telah dengar cerita tentang ada orang yang smugger dengan izin, dakwat kekal ini dan alasan itu adalah atas keselamatan negara.

Saya ingin tahu sama ada alasan yang tadi dikemukakan tadi dibincangkan dalam Kabinet dan dimaklumkan kepada Pengerusi SPR atau tidak? Jikalau begitu, bila keputusan ini dimaklumkan kepada Pengerusi SPR. Ini jelas sebelum pilihan raya dan sehingga hari pembubaran parlimen, Pengerusi SPR maintain bahawa dakwat kekal ini akan digunakan dan tidak pernah Pengerusi SPR maklum kepada rakyat dan pengundi secara umum bahawa ini adalah satu tindakan yang bercanggah dengan peruntukan perlembagaan. Tolong jelaskan. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berkenaan dengan jawapan daripada Menteri Dalam Negeri. Sudah tentu dia menjawab demikian. Ini kerana soal keselamatan itu adalah soal di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang dia jadi menteri. Sememangnya ada laporan polis. Saya tidak habis lagi jawapan saya. Itu pertama. Kalau saya baca yang kemudiannya, Yang Berhormat akan tahu mengapa alasan kedua itu datangnya daripada Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Berkenaan dengan conditional right ini, kita telah bangkit perkara ini dua majlis Jemaah Menteri sebelum dibubarkan Parlimen. Kita telah membangkitkan perkara ini kerana kita merasakan itu bahawa kalau berlaku satu situasi di mana sampai hari mengundi, seorang pengundi dia tidak mahu dicalit tangan dia. Apa akan berlaku?

Apakah dia tidak berhak untuk mendapat kertas undi walhal dijamin oleh perlembagaan dia berhak tanpa apa-apa syarat. Dia tidak dibatalkan hak dia disabitkan oleh dia melalukan kesalahan. Jadi perkara ini telah kita bangkit. Kita bagi tahu kepada SPR dan SPR bebas untuk mengambil keputusan sama ada untuk terus atau pun tidak.

SPR kembali dengan cadangan itu bahawa mereka akan sediakan di setiap tempat mengundi iaitu borang bersumpah. Borang bersumpah iaitu bahawa mereka telah menerima kertas undi dan mereka tidak mahu dicalit tetapi kita telah menjawab balik apa gunanya kerana tujuan kita mengadakan inedible ink untuk mengelak daripada mengundi dua kali. Jadi kalau dia tandatangan borang bahawa dia sudah pun terima kertas undi tapi tak mahu dicalit, ini bermakna selepas itu dia boleh pergi mengundi tempat lain kerana tangan dia tidak dicalit dengan ink...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jadi dia tak akan menyelesaikan masalah. Jadi kita bagi tahu kepada mereka apa akan berlaku kalau secara besar-besaran ada rakyat yang memahami tentang hak mereka yang tidak mahu dicalitkan jari mereka. Apa akan berlaku? Kekecohan. Jadi sama ada untuk hendak mengambil tindakan segera ataupun tidak, kita serah kepada SPR kerana dia bebas...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi sebab itu... nanti saya habis. Sebab itu kita memberi maklum kepada mereka. Sebenarnya dia ambil tindakan inedible ink ini hasil selepas perjumpaan dengan pihak parti PKR, PAS dan DAP yang menyatakan bahawa mereka bimbang tentang berlakunya mengundi dua kali...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jadi sebab itu dia terus ambil keputusan dan dia mungkin ambil keputusan tanpa merujuk kepada Peguam Negara.

Jelas keputusan yang diambil oleh dia tanpa minta nasihat daripada Peguam Negara itu boleh menjejaskan pilihan raya kita kalau sekiranya berlaku ada pengundi yang tidak mahu jari mereka dicalit mengatakan bahawa mereka ada hak untuk menerima kertas undi tanpa disyaratkan dengan apa-apa syarat...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Sebab itulah kita bagi tahu kepada SPR dan akhirnya dia ambil keputusan. Itu hak dialah.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya ingin tahu bila selepas...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat settle sudah.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Parlimen dibubarkan atau...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebelum, sebelum.

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Mengapa selepas Parlimen dibubarkan, tiga hari sebelum pengundian baru pengumuman pembatalan ini...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu tanya SPR saya tak tahu sebab kita bagi...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

SPR menyatakan itu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Adalah keputusan Kabinet...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya itu keputusan SPR...

final • 11:52 AM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

...Kabinet telah arahkan supaya pengerusi...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak, kita tak arah. Saya boleh bagi jaminan kita tidak arah. Sebab perkara ini saya yang bangkitkan dalam Jemaah Menteri. Tak mungkin saya hendak tipu Yang Berhormat. Saya bangkit perkara ini kerana saya bimbang dan takut kalau-kalau dia akan menjadi masalah kalau berlakunya ada orang yang tidak mahu jari mereka dicalit. Bagaimana?

Jadi sebab itu kita nasihatkan dan bagi tahu kepada mereka dan akhirnya dia mengambil keputusan mungkin dia merasakan apa yang dibangkitkan itu adalah betul.

Itulah yang telah diputuskan tiga hari sebelum mengundi dan ianya banyak memberi untung kepada...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Pihak Yang Berhormat di sebelah sana.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ramai yang bangun.

Yang Berhormat Batu Pahat di belakang sana Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah. Dia bagi Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Lagi banyak Yang Berhormat Menteri cuba menjelaskan, lagi mengelirukan Dewan ini.

Sekarang saya cuba cari dan orang ramai di luar juga hendak tahu sekarang, siapa sedang berbohong dan tidak beritahu kebenaran.

Tadi Yang Berhormat kata tiada arahan ke atas SPR tapi pengerusi kata bahawa Kabinet tidak memberikan kelulusan penggunaannya. Perdana Menteri membalas pula bahawa hanya satu cadangan dan ini adalah satu jawapan kepada soalan Yang Berhormat Kuala Selangor 12 Mei. Terang-terang dia kata Jemaah Menteri telah menolak cadangan SPR untuk memperuntukkan cadangan penggunaan dakwat kekal di atas jari kuku. [Tepuk] Ini jelas menolak cadangan SPR. Jadi sekarang ini siapa tidak cakap benar dalam Dewan ini dan di luar sana orang ramai sedang mahu tahu siapa sekarang cuba menipu di sini? Berbohong!

Perkara kedua berkenaan Perlembagaan 119, hak untuk mengundi. Kalau pihak SPR ingat dan prihatin, minta nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bertanya apakah penggunaan dakwat ini dibenarkan oleh hukum syarak. Kenapa boleh terlupa dari segi undang-undang perlembagaan dan akta pilihan raya ini? Jadi mesti ada anggota kena bertanggungjawab ke atas ini...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Jangan cuba memusingkan fakta lagi.

Beritahu kebenaran, siapa yang sedang berbohong di sini.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Pekan Pusing di Batu Gajah bukan tempat saya. Padang Rengas tak ada pusing. Batu Gajah ada Kampung Pusing.

Tuan Yang di-Pertua, kita memang hendak bagi tahu di sini bahawa soalnya macam jawapan, kita menunggu fatwa. Itu bermakna bahawa kita dengarlah cakap SPR tetapi apabila Peguam Negara menasihatkan kepada kita iaitu selepas itu dua mesyuarat sebelum pilihan raya pihak Peguam Negara menasihatkan kepada kita mengatakan mungkin kita akan melanggar perlembagaan. Barulah kita bangkit.

Sebelum itu tidak dibangkitkan oleh sesiapa. Jadi itu keikhlasan kita. Bermakna...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi siapa tak buat kerja dia? Dalam aspek perundangan untuk memastikan cadangan penggunaan dakwat ini tak boleh dijalankan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang tak buat kerjanya SPR lah.

Sebab SPR...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

AG di mana?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini apa benda ini? Duduklah dahulu!

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Pejabat peguam di mana?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

You mahu jawapan kah tak mahu jawapan? Duduklah!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Duduk! Jadi macam SPR kita terima apa sahaja kalau jawapan yang ada berkaitan dengan SPR dalam Dewan Rakyat, mereka bagi kepada kita. Sebab itu pada waktu itu saya sekali Menteri bila ditanya berkenaan perkara ini saya terimalah dengan keikhlasan hati bahawa apa yang dilakukan itu adalah betul dan tidak ada salah...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Masalahnya SPR tidak rujuk kepada AG dan AG tidak berkesempatan untuk melihat perkara ini kerana tidak dirujuk kepada mereka. Akhirnya bila dekat dengan pilihan raya seperti biasa bila dekat pilihan raya kita akan duduk dan kaji apakah perkara yang boleh memungkinkan pilihan raya ini dibatalkan, rosak maka barulah dilihat ini bahaya. Kalau sekiranya diteruskan mungkin ada orang yang tak mahu dicalit.

Itulah bangkit perkara ini sebelum pilihan raya yang berlaku baru-baru ini...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Soal jawapan...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan, Batu Pahat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Relax, relax.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Batu Pahat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak apa, saya faham dah.

Sekilas ikan di air...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekejap Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jantan betina, saya sudah tahu dah...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tengah habiskan jawapan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Jadi dalam jawapan Yang Berhormat sebut ada perbezaan di antara soal menolak dan mengarah ini. Menolak dan mengarah. Kalau kita tidak bersetuju makna kita tolaklah, tapi soal sama ada SPR hendak ambil nasihat dan penolakan kita itu terpulang kepada dia.

Kalau sebenarnya kita mengarahkan dia, awal-awal lagi dah SPR, sudah buat pengumuman bahawa tidak menggunakan inedible ink tapi kita serah pada dia.

Sebenarnya tiga hari sebelum pilihan raya dia umum rugi kita. Barisan Nasional kalah kerusi banyak sebab apabila Pengerusi SPR umum...

final • 11:52 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Menyampuk]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Ya, kalah kerusi banyak juga sebab orang memikirkan ini satu usaha lagi daripada pihak Barisan Nasional cuba hendak memenangkan pilihan raya dengan cara yang tidak betul dan jangan ada inedible ink. Kita tak sempat. Tak sempat hendak jawab. Ini jelas menunjukkan iaitu bahawa sebenarnya SPR...

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Patut kami menang lagi banyak.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Bertindak bebas. Dia bertindak bebas. Jadi tidak ada kena-mengena. Kita bagi pandangan kita. Betul kita tolak tapi bukan untuk SPR menerima arahan itu...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Terpulang kepada mereka dan saya sebut dua mesyuarat Jemaah Menteri sebelum pembubaran sepatutnya kalau di umum awal-awal kalau kita arah you jawab juga sekarang, tolak. Selamatlah kita. Ada masa untuk kita membuat penjelasan tapi tiga hari sebelum pilihan raya. Sebab itu undi saya pun lari banyak pasal ingat saya hendak tipu. Jadi sebenarnya Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tidak baik dalam Dewan ini hendak mengatakan orang itu berbohong tapi terpulang kepada Yang Berhormat untuk menilai siapa yang cakap betul dan siapa yang menipu dalam hal ini...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Pahat ya.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini Pengerusi SPR telah membuat satu kenyataan supaya SPR diberikan kuasa yang lebih dan dia meminta supaya diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat kembali beberapa Akta-akta Pilihan Raya dan juga Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Satu daripada perkara yang diminta kerana banyak sangat tuduhan-tuduhan liar daripada pembangkang ini dia kata ialah kuasa untuk dia saman balik kepada mereka yang suka buat tuduhan dan tuduhan itu ialah tuduhan yang liar dan bohong.

Oleh Sebab itu dia kata, ada beberapa orang pembangkang datang jumpa dia memohon maaf di atas tuduhan-tuduhan liar tersebut. Cuma dia tidak ada kuasa untuk saman. Jadi apakah ini akan diberi pertimbangan oleh kerajaan... [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Inilah pembangkang, dia kata kita tidak ada demokrasi, tetapi apabila kita cakap dia ganggu. Dia yang tidak demokrasi sebenarnya... [Tepuk]

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, diam ya.

final • 11:52 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sedikit laluan Menteri, sedikit sahaja.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat bagi Kuantan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat bagi Kuantan.

final • 11:52 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya pohon penjelasan berkenaan tadi apa Yang Berhormat Menteri berkata berkenaan tiada penghuni hantu dan juga berkenaan apa yang, Yang Berhormat bagi Batu Pahat mengatakan tadi bahawa SPR merasakan bahawa mereka mendapat tuduhan melulu daripada pihak pembangkang.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa ada beberapa insiden yang saya yakin, ada bukti di sini pengundi itu wujud dalam Senarai Pemilih Pilihan Raya 2004.

Kemudian apabila proses pembersihan berlaku 2006, pembersihan orang-orang yang sudah mati ini yang Perdana Menteri umumkan pada hujung 2006. Nama orang-orang yang sudah mati itu telah pun dikeluarkan dan sudah tidak wujud lagi di hujung 2006, dalam daftar pemilih 2006.

Kemudian dalam daftar pemilih 2008 yang digunakan untuk pilihan raya, didapati nama-nama tersebut wujud semula dengan IC baru Yang Berhormat Menteri.

Maksudnya IC lama dia kekal ada di situ, yang ada dalam tahun 2004 hilang tahun 2006 kemudian wujud semula tahun 2008 dengan IC lama dan IC baru.

final • 11:52 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Sekiranya kes-kes sebegini wujud satu dua kes pun saya rasa sudah cukup mempertikaikan kewibawaan SPR. Kalau Yang Berhormat Menteri kata SPR bertanggungjawab, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri kenapa tidak pecat sahaja Pengerusi SPR?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Ini mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kalau Yang Berhormat menjadi kerajaan, sudah lama kena pecat, ‘kangaroo court’. Kita tidak begitu Yang Berhormat.

Kalau dia melakukan apa-apa kesalahan, kita bagi dia show cause letter dahulu kah apa suruh dia jawab.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita ada prosedur kena ikut, tidak boleh pecat serta-merta. Soalan Yang Berhormat itu saya hendak bagi tahu saya ingat lebih baik Yang Berhormat buat soalan khusus dalam sesi yang akan datang supaya saya boleh mendapat jawapan yang tepat seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Kuala Selangor.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Batu Pahat belum dijawab lagi.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Menteri. Tuan Yang di- Pertua, saya cuba memahamkan sedapat mungkin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, tetapi sehingga kini saya gagal untuk memahami apa sebenar- benarnya.

Jadi oleh kerana itu kalau benarlah apa yang didakwa oleh Pengerusi SPR pada 17 Mei apabila beliau membentangkan satu kertas kerja di Universiti Islam Antarabangsa, beliau menyebutkan bahawa beliau diarah oleh Kabinet, setelah Kabinet pada 13 Ogos 2007 memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal. Setelah keputusan Majlis Fatwa menghalalkan penggunaan dakwat kekal.

Persoalan sekarang ini Yang Berhormat Menteri, kalau kita pergi kepada perundangan, kalau benar-benar mahu dilakukan dan dilaksanakan penggunaan dakwat kekal, bukankah ada masanya hujung tahun lalu. Kalau itulah pertikaiannya kalau ada warga pengundi yang akan dinafikan hak untuk mengundi, di sana kita sudah ada masa untuk membuat pindaan.

Akan tetapi pindaan terhadap lanjutan pengerusi SPR dibuat dalam waktu tergesa-gesa dalam masa dua minggu. Namun pindaan yang sebenarnya atas penggunaan dakwat kekal ini tidak dibuat dan hari ini kita mendengar penjelasan bahawa masalahnya adalah masalah takut penafian terhadap mereka yang berhak mengundi tetapi kononnya telah dicalit jarinya.

Satu perkara yang saya kira luar biasa untuk memahami perkara itu. Lalu mereka dinafikan hak untuk mengundi. Kesemuanya ini Yang Berhormat Menteri saya kurang faham...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Namun akhirnya kalau benar- benar Pengerusi SPR adalah peribadi culpritnya, maka kita membuat keputusan mengesyorkan supaya beliau dipecat daripada memegang jawatan Pengerusi SPR.

Terima kasih... [Tepuk]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya berdiri di sini sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Yang Berhormat ingat saya berani tipu di sini ke, saya hendak tanya? Saya bertanggungjawab di atas segala apa yang saya sebut dalam Dewan ini... [Tepuk] Jadi kita...

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat bagi Permatang Pauh Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Point of order...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Ingin menunjukkan keikhlasan kita iaitu...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Terhadap apa yang dicadangkan oleh SPR sebenarnya kita terima sebab...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Menteri.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Nanti dahulu. Bagi saya think of thoughts sedang berjalan ya. Sebab itu apa yang dicadangkan itu, kita ikhlas kita terima. Apabila dia kata hendak mencadangkan sebenarnya dia buat keputusan sendiri pengerusi itu, indelible ink. Kita tidak menolak, kita terima.

Tidak ada sebab kita hendak takut sebab tidak pernah berlaku di mana negara kita ini orang mengundi dua kali. Belum ada bawa kes ke mahkamah lagi, belum ada berdasarkan kes ke mahkamah belum ada. Namun kerana dia memikirkan dia dengar pandangan daripada parti-parti pembangkang dan untuk sebenarnya tidak perlu bimbang dan takut untuk mengadakan indelible ink. Sebab kita tidak berhajat dan berniat langsung untuk menipu.

Jadi sebab itu apabila dicadangkan oleh Pengerusi SPR, kita terima sahaja.

Termasuk saya menjawab berkali-kali apabila ditanya macam mana, kita kena tunggu fatwa kerana dari segi hukum mungkin calit itu tidak hilang dianggap air itu tidak kena kepada..., kita ambil air sembahyang, tidak kena kepada kulit kita maka sembahyang kita tidak sah. Jadi kita minta kepada fatwa. Ikhlas kita. Akhirnya Majlis Fatwa kata boleh.

Akan tetapi yang berlakunya sebelum pembubaran dua mesyuarat Jemaah Menteri, sebelum pembubaran. Pihak Peguam Negara kata dalam saya punya post- cabinet, “Dato’ ada sedikit masalah”, “Ya, apa dia?” saya kata. Masalahnya dia kata ini adalah hak mengundi, hak asasi. Bagaimana dia kata hypothetical case yang boleh berlaku. Bagaimana kalau seorang apabila dia diberi kertas undi dia kata dia tidak mahu dicalit. Bagaimana pada ketika itu? Jadi kita fikirkan, ini betul satu masalah dan ia boleh berbangkit waktu...

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Waktu. Dengarlah macam tidak berminat hendak dengar. Jadi, ini satu isu perlembagaan. Kalau benar-benar walaupun seorang, Yang Berhormat kata tadi kan...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Point of order.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Kalau dua orang itu sudah terjejas Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Menteri...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Bangkit dan dia kata dia tidak...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Biar dia habiskan dahulu ayat ini.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

...Duduk, point of order...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya mahu duduk, saya suka berdiri, sekejap.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, point of order, point of order.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak suka duduk, nanti sekejap.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Point of order, bila point of order...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Biar saya habiskan jawapan.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tolong arahkan dia untuk duduk.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa Yang Berhormat, biar dia habiskan dahulu ayat ini.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi apabila dia tidak mahu dicalit, bagaimana kalau perkara ini berlaku, apakah pada ketika itu baru hendak bawa ke mahkamah? Jadi sebab itu...

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, SPR ada jawapan terhadap perkara itu, itu tidak ada masalah. Menteri...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor, point of order yang ke berapa?

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Tidak ada masalah...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah dia duduk?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi kita fikirkan adalah lebih baik pada pandangan kita untuk maklumkan kepada pihak SPR untuk fikirkan...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada hak untuk mengemukakan point of order.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Terhadap apa yang dibangkitkan oleh kita dan itulah SPR makan masa. Dia fikir balik akhirnya....

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Dia merasakan apa yang dibangkitkan oleh Kabinet itu adalah benar, itulah sebabnya dia buat pengumuman itu.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Point of order, ya. Yang ke berapa Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Point of order 36(12). Saya baca apa yang ada dalam bahasa Inggeris oleh kerana lebih terang.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya faham.

final • 11:52 AM

Tuan R.Karpal Singh - Bukit Gelugor

“Any member who imputes statements that mislead the House deemed to be in contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges for the offence.” Statement that mislead the House...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi saya sudah faham Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, saya bagi sebab-sebab ke atas apa penghujahan ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Perkara 119, yang dirujuk oleh rakan saya di sana. Perkara 119 tidak ada apa-apa kaitan isu dakwat kekal kerana di India kerap kali dalam pilihan raya umum...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, tidak payah berhujah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya bagi sebab-sebab...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah berhujah.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

...Dan berdasarkan apa yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 12 Mei...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

...Ini bermakna apa yang disuarakan oleh menteri ini adalah mengelirukan dan memesongkan Dewan ini. Oleh itu, lebih elok dia dirujuk kepada Committee of Privileges.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat, saya tidak melihat sahaja.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kalau pernyataan saya mengelirukan itu perkara biasalah sebab dia tidak faham tetapi yang tidak boleh ialah niat untuk mengelirukan, itu tidak boleh. Jadi Yang Berhormat, saya tiada niat untuk mengelirukan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat terkeliru, itu Yang Berhormat punya hal.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tidak ada niat untuk mengelirukan. Saya cuma beri jawapan.

final • 11:52 AM

Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bolehkah saya dapat satu keputusan dari Tuan Yang di-Pertua, bukan dari dia?

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sependapat bahawa tidak ada perkara yang mengelirukan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi saya membuat keputusan bahawa tidak ada pelanggaran terhadap perkara 36(12) ini. Ya, teruskan.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apa lagi, apa lagi, ada lagi? Ada apa lagi, standing order tak ada.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup keliru dengan hujah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri. Katakan kita sudah tetapkan waktu mengundi pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.00 petang. Ada orang datang dia kata saya hendak mengundi pukul 6.00, ini hak saya.

Kita menetapkan peraturan untuk mengundi ataupun yang datang dia kata “eh saya tak nak pakai kertas mengundi ini yang warna putih, kita hendak warna biru ataupun kita hendak warna hijau”. Lalu apabila kita menentukan peraturan mengundi kena calit dengan indelible ink. That’s part of the procedure, that’s part of the process.

Itu sebahagian daripada peraturan. Adakah apabila kita menetapkan satu peraturan tetapi hak untuk mengundi terjamin di dalam Perlembagaan maka orang yang datang mengundi dia boleh datang dengan hak yang satu itu dan dia kata I don’t care about your law and your procedures, dengan izin.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

I find this line of argument completely be …I mean my... Saya minta maaflah Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri kalau mahu hendak menegakkan ‘benang yang basah’ sekalipun carilah hujah yang lebih kukuh, which does not ridicule our intelligence, please. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Permatang Pauh Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, sedikit sahaja menteri.

final • 11:52 AM

Dato' Sri Muhammad Leo M.Toyad Abdullah - Mukah

Berikanlah.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dia keliru, saya tidak fahamlah.

Sudah lama duduk di sini. Yang berhormat lain kali kalau Yang Berhormat hendak kata begitu, lain kali datanglah pukul 8.00 malam. [Dewan riuh] Pergilah, jadi masalah di sini ialah hak mengundi. Sudah tentu kalau di United Kingdom pun kalau dia kata hari ini. Di India, dia kata di India hari mengundi dia tetapkan. Datanglah mengundi pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Macam biasalah, dah you datanglah tetapi ini untuk akad, exchange. Kita hendak bagi tahu you tidak boleh terima sebab kena calit. Saya tidak mahu, ini hak saya. Ada beza dia Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kena minta laluan. Baik.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Ini kita dapat nasihat daripada Peguam Negara. Kita bukan hendak insult you punya intelligence walaupun saya tidak tahu tahap mana your intelligence. Kita bukan hendak insult your intelligence but ini perkara yang sememangnya lumrah boleh berlaku dan boleh dibawa ke mahkamah untuk diputuskan di mahkamah sama ada seseorang itu boleh dinafikan hak dia menerima kertas undi dengan syarat-syarat yang tidak ada di dalam Perlembagaan.

We can argue until the cows come home.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Cows aren’t coming homelah. [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sebab ini bukan mahkamah.

Saya telah memberi penjelasan yang benar dan saya tidak menipu dalam hal ini.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri ...

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

SPR memberi jalan keluar.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Kuala Selangor duduklah. [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri. Saya hendak tanya sebab sebelum prosedur ini ditentukan, satu kenyataan bahawa indelible ink, dakwat kekal ini akan digunakan pada bulan Jun sebelum pilihan raya umum diadakan.

Pada masa itu dipersetujui, dibeli pula dakwat itu RM2 juta lebih, duit rakyat.

Sudah dikatakan pada masa itu mana AG, AG tidak boleh check, tidak boleh interpret kah? Kenapa masa itu tidak boleh dikatakan AG kata ini adalah hak saya, tidak boleh mengundi? Masa itu jawapannya kerana hendak tahu fatwa ya tidak kita boleh celup tangan, tidak habis, tidak batal air sembahyang ataupun air sembahyang boleh sah.

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

Namun masa dulu kita semasa ada perjumpaan antara DAP berjumpa SPR, selepas itu PAS pergi jumpa SPR, apa jawapan yang diberi kepada DAP, PAS ini kerana membantah ini tidak boleh kena air sembahyang tetapi apabila DAP sama PAS telefon, dia kata tidak. Itu bukan salah bantahan PAS.

Jadi saya hendak tanya kenapa pada masa itu, kita kata ya boleh guna indelible ink? Kerajaan membeli RM2 juta lebih, duit yang dibazirkan. Selepas enam bulan boleh digunakan tetapi tiga hari sebelum hendak mengundi dia kata tidak boleh guna...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong, kenapa berdiri?

final • 11:52 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh

...Sekejap, saya hendak habiskan point saya. Apabila kata tidak boleh apa point yang digunakan?

Sebelah sini IGP, sebelah sini AG. Point yang digunakan kerana ada empat orang telah menyeludup botol-botol ink daripada Thailand, mana pergi? Sekarang case close.

Mana, sebab tidak hendak mengelirukan kerana pengundi-pengundi tidak boleh datang, sudah celup dulu selepas itu tidak boleh mengundi. Hak mereka mengundi dinafikan, itu point yang digunakan, itu sebab yang dikatakan tidak boleh guna indelible ink.

Selepas itu the next reason is they do not want to minta maaf dengan izin.

Kedua, dakwaan kedua adalah kalau dia orang tak nak gunakan ink, itu hak mereka hendak mengundi. Itu kedua, sekarang ini menteri menjawab itulah point pertama yang AG katakan hak mereka mesti dipertahankan. Itu yang saya hendak kata, soalannya penjelasan tidak tanya apakah yang telah dikatakan. Terima kasih menteri.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, lain kali saya jawab jangan tuang. Soalan itu saya sudah jawab jadi ini yang melambat-lambatkan kita punya proses. Saya sudah jawab dah tadi dia tanya.

Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya berapa hari baru hendak umum, saya sudah jawab dan saya tidak berhajat untuk menjawab lagi.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sikit lagi.

Di samping itu.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Biar saya habis.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagilah. SPR memberi jalan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dulu.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini bukan pasar kongsi gelap.

Duduk, nanti saya jawab. Tidak payah itu, banyak ini saya bagi... [Dewan riuh]

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Di samping itu tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal indelible ink dengan izin, berdasarkan laporan keselamatan yang diterima SPR yang menyatakan bahawa terdapat pihak tertentu yang menyeludup dakwat kekal tersebut dari luar negara. Pada masa keputusan tersebut dibuat, SPR percaya bahawa pihak tertentu merancang menggunakan dakwat itu pada kuku pengundi untuk menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Ini akan menyebabkan keraguan di kalangan petugas-petugas SPR serta wakil-wakil calon mengenai status sesetengah pengundi. Maka keputusan SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan melindungi hak rakyat untuk mengambil bahagian kerana mengundi dalam pilihan raya.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan pilihan raya di Malaysia adalah diasaskan kepada peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian sebarang proses pilihan raya yang hendak dijalankan maka ianya perlu diperundangkan terlebih dahulu.

Yang Berhormat Subang juga mencadangkan ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat tentang daftar undi sedia ada...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Untuk menyiasat tentang daftar undi sedia ada...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan sebelum pergi isu lebih jauh.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat daftar undi sedia ada kerana proses pendaftaran yang dijalankan SPR adalah telus mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sekarang.

Untuk makluman Yang Berhormat, daftar pemilih SPR boleh disemak pada bila-bila masa melalui laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Bagi tujuan pemeriksaan daftar pemilih, Yang Berhormat adalah dibenarkan untuk membeli daftar pemilih tersebut daripada SPR. Oleh yang demikian, tidak timbul soal tidak ada peluang untuk memeriksa daftar pemilih seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Berhubung kuasa untuk mengembalikan pilihan raya secara bebas...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kejap Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Baharu, sebenarnya mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sekarang. SPR telah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan pilihan raya umum secara bebas namun demikian, kebebasan yang diberikan kepada SPR adalah dikawal oleh undang-undang. Ini bermakna tidak boleh bertindak di luar daripada peruntukan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apa yang kita mahu di sini adalah akauntabiliti dan ketelusan. Yang Berhormat mengaku atau tidak bahawa dalam insiden pembatalan penggunaan dakwat, telah timbul kelalaian oleh pihak tertentu. Jika ya, apa tindakan akan diambil untuk menunjukkan kerajaan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab?

Perkara kedua, berkenaan dakwat tersebut. Ramai yang ingin tahu apakah dakwat tersebut ada dibeli? Jika ya, di mana dakwat itu sekarang kerana ia bernilai RM2.4 juta dan ada yang tanya dakwat itu dibeli dari siapa? Jadi mereka nak tahu siapakah akan bertanggungjawab? Saya mahu menteri mengaku kalau sudah silap, telah lalai, terlepas pandang undang-undang, mengaku dalam insiden ini.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya tak tahulah. Tanyalah SPR sebab SPR yang buat keputusan itu semua, sebab dia bebas. Kalau kita bagi arahan pada dia jangan guna, nanti orang akan kata dia tidak bebas. Sebab itu ia memakan masa, ia fikir balik apakah benar yang Kabinet bangkit itu betul dan dia juga fikir RM2 juta lebih ink dah beli ini macam mana. Itu soal dialah. Kita nak buat macam mana?...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat...

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Bukan soal lalai kita sebab soalnya dia tidak rujuk kepada kita...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Yang Berhormat sudah silap dalam tanggungjawab. Yang Berhormat sekarang tolak kepada SPR saja. Mana betul!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mahu minta jalan Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Oleh sebab itu dalam soal ini, kelalaian apa yang berlaku bukan di sebelah pihak kita kerana SPR itu adalah bebas dan...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, senang kerja...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah, kena minta jalan Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Kalau Yang Berhormat nak tahu berkenaan dengan soal di manakah dakwat itu sekarang berada, adalah lebih baik Yang Berhormat buat soalan secara khusus. Dalam Mesyuarat kedua saya boleh bagi jawapan yang akan datang daripada pihak SPR.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Pokok Sena, sila.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia bagi Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu perkara saya telah bangkit masa perbahasan...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah! Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini mahu lari dari tanggungjawab Yang Berhormat Menteri!

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa soal hak. Soal nanti kalau pengundi datang, hak dia tak mahu calit, dia kata itu dia punya hak tapi dalam perjumpaan kami dengan SPR, SPR telah memaklumkan bahawa kalau itu berlaku, dia ada langkah yang kedua iaitu orang yang tak nak itu mesti mengisi borang. Tak timbul masalah. Ini disebut oleh SPR kepada saya. Saya sendiri isi Borang 10A.

Jadi macam mana isu ini timbul pada hari ini? Sebab itu, apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi menunjukkan kepada kita bahawa pada hari pengumuman itu yang dibuat oleh SPR, di sebelahnya dikawal oleh Ketua Polis Negara dengan di sebelah lagi oleh Peguam Negara tidak langsung menyebut alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Jadi saya takut Yang Berhormat datang dengan mereka-reka alasan yang tidak...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak boleh buat tuduhan begitu Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pusing-pusing dekat Padang Rengas kot, pusing ini.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Saya nak bangkitkan isu sekarang ini ialah kontra di antara kenyataan yang dibuat oleh SPR dengan yang dibuat oleh Perdana Menteri. SPR kata arahan daripada Kabinet. Kabinet kata, kami tak arah.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu saya katakan bahawa bagi saya, Yang Berhormat tidak boleh membuat satu jawapan lagi di sini. Yang penting ialah satu siasatan harus dibuat. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan siapa sebenarnya pembohong! Kalau Yang Berhormat katakan bahawa Yang Berhormat, Kabinet betul, sedangkan SPR kata Kabinet yang suruh! Adakah Yang Berhormat nak kata bahawa seperti disebut oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi bahawa tuduhan yang dibuat oleh SPR itu terhadap Kabinet, tuduhan liar! Kalau tuduhan liar, maknanya Yang Berhormat mesti mengambil tindakan terhadap Pengerusi SPR!...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

Cukup Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Ini bukan tuduhan yang dibuat oleh pembangkang kepada SPR.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Tuduhan SPR terhadap Kabinet.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, lain kali kalau saya jawab, duduklah sini dengar.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Duduklah ini. Dok dengak elok- elok ni.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu berdiri, itu berdiri.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Pasai ponteng tadi saya jawab itu.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tak, saya check.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Dak, ponteng. Kalau Yang Berhormat dengar apa saya jawab, tak bangkitlah soalan ini tadi.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Saya sudah bangkit. Mereka bagi tahu iaitu bahawa mereka sanggup untuk menyediakan borang untuk menyatakan “Ya, saya tidak mahu dicalit tapi saya mahu kertas undi saya”.

Memang betul saya dah jawab tadi tapi menyediakan borang itu tidak mengatasi masalah mengapa indelible ink in the first place diperkenalkan. Indelible ink ini diperkenalkan in the first place dengan izin, ialah kerana untuk mengelak daripada mengundi dua kali. Jadi kalau orang itu pergi jumpa dengan pegawai, dia kata “Aku tak mahu dicalit, tapi aku nak kertas undi”...

final • 11:52 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Maka dia pun mengundi, lepas itu dia boleh mengundi di tempat lain sebab tangan dia tak dicalit. Jadi borang itu tak menyelesaikan masalah. Itu yang saya jawab. Kalau Yang Berhormat ada tadi, dah faham dah... [Dewan riuh] Yang Berhormat cabar saya tapi saya tak mahu melihatkan Yang Berhormat itu sebagai tak faham. Tolonglah, lain kali check dulu ya. Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:52 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya bertanya apa yang Yang Berhormat Menteri sebut dalam jawapan tadi tanpa mengganggu peluang rakan-rakan untuk teruskan debat mereka dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat ada menyebut tadi tentang daftar pemilih yang boleh dibeli daripada SPR.

final • 11:52 AM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya, soalan mudah dan ringkas sahaja. Daftar pemilih ini jika dibeli untuk seluruh negara, harganya lebih kurang RM50,000 lebih, dia ada satu nama. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan daftar pemilih ini secara percuma kepada parti- parti politik yang besar, yang bakal jadi kerajaan dan sebagainya... [Dewan riuh] [Ketawa] Supaya kita dapat melihatnya dan tidak membebankan parti-parti politik termasuklah parti-parti yang akan menjadi pembangkang selepas ini. Terima kasih.

[Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tak apalah. Kalau begitu Yang Berhormat, kita tunggu Yang Berhormat datang sini, Yang Berhormat buatlah ya...

[Dewan riuh] [Ketawa]

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Mengetuk pembesar suara]

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada tiga yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas, tak payah ketuk-ketuk, Pasir Mas.

Nampak dari sini.

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Batu Gajah sini, minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, nak bagi mana Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bukan belakang, depan.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini pun saya pun tak tentu dah sekarang ini. Pusing dekat Padang Rengas ke dekat Batu Gajah pasal banyak pusing-pusing. Pasal tadi kata soal hak yang terjamin dalam Perlembagaan, sekarang ini cakap Borang 10A itu tak mencapai matlamat yang asal di sebalik menggunakan dakwat yang kekal...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Sambil itu, kata sebenarnya...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat tidak ada...

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Yang Berhormat Shah Alam ini tak faham-faham juga Tuan Yang di-Pertua!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Yang Berhormat Batu Pahat duduk dulu, Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 11:52 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Dia tak faham!

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya melihat tidak ada pusing-pusing. Menteri dah jawab tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sini tidak menerima jawapan daripada menteri. Itu saja soalnya.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Saya mahu...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, teruskan.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Pasal saya mahu tunjuk yang pusingan yang dilakukan. Yang pertama, kata hak dalam Perlembagaan. Lepas itu bila kita bawa jawapan bahawa hak dalam Perlembagaan itu terjamin dengan adanya Borang 10A, maka dia pusing! ‘Oh, bukan. Sekarang ini bukan soal hak dalam Perlembagaan, sekarang ini soal Borang 10A tidak mencapai matlamat yang asal’.

Dalam keadaan di mana Barisan Nasional begitu yakin tidak ada kes orang yang undi dua kali. Yang Berhormat Menteri menggunakan hujah isi Borang 10A, orang yang undi dua kali boleh pergi undi dua kali.

final • 11:52 AM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Lalu ini yang buat pusing-pusing ini! Saya rasa, sekiranya peraturan yang ditetapkan untuk mengundi dah disebut kena pakai indelible ink, dah sebut dah begitu seperti mana yang saya hujah yang awal tadi. Itu peraturan, orang kena ikut seperti mana dia kena datang pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, itu peraturan. Dia kena calit atas kertas dalam petak itu. Tak boleh kat luar, tak boleh kat belakang, tak boleh kat tepi. Itu peraturan, dia kena ikut! Lalu persoalan ini tidak timbul. Dari segi insulting our intelligence and how much intelligence we have, you will find out lah, dengan izin, as we go on. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Takkan yang semudah ini pun tak faham? Beza dia, apabila SPR kata dia nak mencari alasan juga. Nak mencari alasan dia kata dia nak buat juga. Dia bagi alasan, kita jawablah. Tujuan kita sebenarnya kita nak nasihatkan, kita bimbang takut orang ambil kes terhadap kita.

Yang itu yang pokok tapi walau apa sekalipun dia bangkit, kita akan menjawablah...

final • 11:52 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:52 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Maknanya dia kata ‘Oh, boleh selesai’. Kita selesaikan itu bahawa dengan menyatakan mereka catat, mereka tak mahu terima. Betul, setuju tapi balik kepada soal pokok tadi, apakah dia boleh menghalang seseorang itu mengundi dua kali kerana itulah alasan sebenarnya mengapa diperkenalkan indelible ink?

Tidak boleh selesaikan jadi tidak selesai nak buat, buat apa? Itu yang dia orang fikirkan. Akhirnya dia fikir sebab itu yang duduk itu AG dengan IGP. IGP soal keselamatan tadi, AG soal undang-undang tapi dia pilih untuk menceritakan tentang soal keselamatan itu hak dia, dia bebas dan saya tidak boleh ambil tindakan pecat dia kerana dia bebas. Nanti kita ambil tindakan pecat dia sebelah sana juga yang bising nanti. Buat silap sikit pecat, buat silap pecat. Tidak boleh, sebab itu tidak boleh jadi kerajaan pihak ini saya hendak bagi tahu.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas Yang Berhormat

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat kita selesai macam ini masalah, saya ada cadangan.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Penjelasan Yang Berhormat, penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak cadanglah ini. Saya selalu baca dalam akhbar ada juga pihak pembangkang buat representation kepada SPR, dialog, bantahan-bantahan. Sekarang ini kerajaan jawab tidak boleh campur pembangkang tidak puas hati. Apa kata saya cadangkan ada satu summit di mana pihak parti-parti politik termasuk pihak kerajaan sendiri sekali dengan pembangkang...

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Termasuk bebas.

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Jumpa, dan bangkit, so kita nak tahu bercakap betul. Kalau SPR tidak betul kita ramai-ramai pukul SPR boleh tidak?

[Ketawa] Jadi kita selesai ambil cara itu sebab saya sendiri pun semakin hari semakin keliru. Saya tidak ada kompelin sebab saya tidak kompelin nak celup ke tidak celup, saya tidak peduli. Saya dapat 9,000 undi saya dah bersyukur saya dah menang saya hendak bercakap banyak lagi hal rakyat ini.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak pernah pertikaikan mengatakan orang itu menipu tidak menipu. Dia cakap, dia cakaplah, dia pun bercakap di satu seminar. Biarlah dia hendak bercakap, kalau dia kata begitu, begitulah.

Saya kata apa yang saya fikir, yang saya betul. Itu terpulanglah kepada pihak orang ramai, hendak hukum saya kah, tapi dia untunglah, dia hendak habis dah. Saya kena menghadapi rakyat lagi, kalau saya menipu, rakyat boleh hukum saya. Saya teruk sikitlah, tapi tidak apa. Saya percaya dia berhak untuk bercakap hal dia apa yang dia fikir saya pun berhak untuk bercakap apa yang saya fikir betul. We leave it at that, terpulang kepada orang ramai untuk menentukannya.

Yang Berhormat saya ada...

final • 11:52 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

...Kira-kira 45.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Banyak lagi tu Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi saya ingat saya akan menjawab bertulis kalau dibenarkan Yang Berhormat kerana kita ada lagi menteri yang menjaga agama, menteri yang ditunggu-tunggu, undang-undang pun ada dan Menteri EPU ada. Mereka akan jawab tiga orang lagi jadi saya mohon supaya menjawab seterusnya secara bertulis, terima kasih.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

saya jemput seorang lagi menteri daripada Jabatan Perdana Menteri .

final • 11:52 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menjawab secara bertulis.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Agama Islam. Semua pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat kami hargai.

Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan agar ditubuhkan jabatan pendakwaan syariah sama seperti Jabatan Peguam Negara untuk meningkatkan peranan, kuasa dan kewibawaan pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Untuk maklumat Yang Berhormat Jabatan Pendakwaan Syariah yang mengendalikan kes-kes kesalahan jenayah syariah di Mahkamah Syariah adalah berada di bawah jabatan agama Islam negeri-negeri. Manakala kuasa melantik ketua pendakwa syarie terletak di bawah kuasa Raja atau Sultan negeri berkenaan berdasarkan syor daripada Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Justeru apa-apa perkara yang berkaitan yang berkaitan dengan soal hal ehwal Islam terutamanya berhubung pelantikan dan pentauliahan harus mendapat persetujuan dan perkenan daripada Raja-Raja atau Sultan-Sultan negeri tersebut terlebih dahulu. Walau bagaimanapun Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan muzakarah bersama Pendakwa Syarie, Peguam Biro Bantuan Guaman Malaysia, Peguam Syarie Jabatan Peguam Negara dan pegawai syariah daripada Kementerian Pembangunan dan Hal Ehwal Wanita.

Mesyuarat ini di adakan secara berkala sebagai usaha ke arah penyeragaman dan penyelarasan pendakwaan dan pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga dalam perancangan ke arah cadangan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan bagi tujuan penyelarasan.

Yang Berhormat Baling mendakwa bahawa kadi dan pentadbir agama khususnya di peringkat daerah tidak naik pangkat dan mempersoalkan kewujudan jawatan-jawatan kontrak khususnya di Masjid Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKIM mempunyai sebanyak 117 perjawatan kontrak buat masa ini.

Sejumlah 109 darinya adalah Penggerak Masyarakat Orang Asli yang ditempatkan di kampung-kampung Orang Asli di seluruh negara, lima orang pegawai penyelaras masjid daerah, dua orang pegawai guna sama di JAKIM dan seorang Imam Besar di Masjid Negara.

Pegawai-pegawai kontrak ini dilantik secara sah dan mengikut peraturan sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2008. Mereka diberi hak sama seperti pegawai-pegawai tetap dan layak mendapat semua elaun dan kemudahan cuti, ganjaran, caruman dan sebagainya. Dakwaan yang mengatakan wujud banyak jawatan kontrak di Masjid Negara adalah kurang tepat kerana jawatan kontrak itu hanyalah untuk jawatan imam besar. Beliau juga diberikan layanan yang sama seperti pegawai tinggi yang lain. Sila Yang Berhormat Baling.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Boleh saya ambil balik mengenai dengan Mahkamah Syariah ini. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah dan juga pelantikan hakim-hakim adalah di bawah kuasa negeri-negeri.

Ini suatu hakikat yang kita sedia maklum, tapi persoalannya sekarang ini apabila kedudukan ini dibiarkan berlarutan. Kita tidak mengambil satu pengurusan supaya dapat kita selaraskan di seluruh negara. Persoalan negeri banyak, macam persoalan tanah memang hak negeri, air hak negeri, hutan, balak hak negeri. Namun ada ruang diselaraskan tanah dapat diselaraskan, air pun begitu juga.

Jadi dalam perkara yang sama tanpa kita mengetepikan atau mempertikaikan hak-hak negeri tadi mungkin ada satu ruang yang boleh difikirkan bersama supaya keadaan ini dapat kita selaraskan. Oleh kerana kita nampak sekarang ini secara umumnya faktor-faktor kelewatan kes-kes di mahkamah. Antara satunya ialah kekurangan hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah. Lebih-lebih lagi kalau perbicaraan di Mahkamah Syariah yang membabitkan masalah kekeluargaan misalnya...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Boleh sikit? Apabila dibicarakan, diputuskan kes perceraian selepas itu pula hendak tunggu pula kes masalah hadanah, masalah kes hak penjagaan anak.

Jadi tempoh masa ini memberi suatu keadaan yang cukup panjang yang menyebabkan berlaku keadaan si isteri yang telah tidak lagi diambil tanggungjawab oleh suami, jadi seolah-olah macam tergantung. Oleh sebab itu kalau saya boleh mengambil kesempatan di sini, apakah Yang Berhormat bersetuju supaya kita tubuhkan Mahkamah Keluarga di semua Mahkamah Syariah dan kita adakan kaunselor di mahkamah-mahkamah tersebut.

Kedua supaya kita lebih ramai lagi hakim Mahkamah Syariah ini dilantik termasuklah kalau pihak saya, saya rasakan hakim-hakim di peringkat daripada kalangan kaum wanita sendiri mungkin dalam kes-kes yang berkaitan dengan masalah keluarga. Begitu juga supaya pelantikan hakim-hakim ini birokrasinya perlu dikurangkan dan dengan sebab itu perlu kita adakan suatu suruhanjaya untuk melantik hakim-hakim Mahkamah Syariah ini sendiri. Jadi ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya telah ada usaha-usaha untuk menyelaraskan Hakim-hakim Mahkamah Syariah ataupun perkhidmatan guna sama telah diwujudkan bagi menyelaraskan dan bagi memberikan perkhidmatan yang sama rata di seluruh negara.

Namun sebagai mana yang dimaklumi oleh Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, terdapat negeri-negeri yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan guna sama ini dan usaha-usaha masih diteruskan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku-tuanku bersetuju agar penggunaan perkhidmatan guna sama akan dapat dilakukan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Begitu juga dalam soal cadangan oleh Yang Berhormat bagi mewujudkan Mahkamah Keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah ini. Ini adalah merupakan satu cadangan yang baik dan pada hemat saya cadangan itu boleh dibawakan di dalam persidangan ataupun muzakarah hakim-hakim syarie ataupun peguam-peguam syarie nanti.

final • 3:52 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Begitu juga dalam soal pelantikan hakim-hakim wanita, syarie. Perkara ini telah ada sebenarnya. Telah ada beberapa jawatan yang telah dilantik baru-baru ini dan mudah-mudahan perkara ini akan dapat kita umumkan dalam waktu yang terdekat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Mahkamah Syariah tidak memberikan keputusan kelewatan terhadap sesuatu hukuman. Daripada perkara-perkara yang...

final • 3:52 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dulu Yang Berhormat. Menteri masih jawab.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang pada Yang Berhormat Pendang sekejap lagi. Daripada maklumat yang telah kami terima, bahawa JKSM ataupun Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sekarang ini, bagi pendaftaran sesuatu kes itu, pada puratanya telah dibuat dalam tempoh lapan minit bagi tiap-tiap satu kes.

Manakala terdapat 95% kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ini diselesaikan kurang daripada satu tahun. Ertinya kelewatan penghakiman itu bukan disebabkan oleh kecuaian atau kelewatan Mahkamah Syariah itu tetapi mungkin ada beberapa prosedur yang tidak diikuti, bukti-bukti yang tidak cukup atau evident, tidak cukup dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pandangan itu saya dan rakan-rakan saya di JKSM mengambil kira. Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 3:52 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang Jawatankuasa Penyelaras Mahkamah Syariah Sivil, kerana saya dah menyentuh perkara ini dalam sesi yang lepas dan diberitahu bahawasanya kerajaan sedang membentuk jawatankuasa dan dalam proses pembentukan itu disebut oleh Yang Berhormat tadi ada negeri-negeri yang tidak bersetuju.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan di negeri-negeri manakah yang masih lagi belum mendapat persetujuan tersebut dan setakat manakah di pihak kementerian, di pihak JAKIM ataupun di pihak Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa penyelaras ini sedang berada sebelum kita mendapat persetujuan daripada Duli-duli Yang Maha Mulia tiap negeri.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Minta jawab sekali.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bangun. Ada hendak bagi dua kali ke atau seorang satu.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Perkara yang sama Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingat, okey satu-satulah.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Perkara yang sama dalam mahkamah.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat ...

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang kepada...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat daripada Titiwangsa...

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Perkara yang sama Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tak apa saya beri peluang untuk, bagi saya peluang untuk menjawab dulu ya.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk, duduk Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Fasal lanjutan daripada soalan tadi.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat tak apa Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tak apa saya akan baru peluang.

Saya akan beri peluang.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita akan lanjut lepas itu Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri peluang.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Pendang tadi menyatakan dalam sesi yang sudah, jawapan mengenai perkara ini telah diberikan oleh menteri terdahulu. Sebenarnya jawatankuasa ini telah dibentuk dan saya sendiri telah menghadiri muzakarah itu dan jawatankuasa itu memang telah menjalankan tugas.

Bukan setakat itu sahaja, penyelarasan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, peguam syarie dan peguam sivil juga telah dilakukan. Ertinya perkara ini telah diambil tindakan. Negeri mana yang tidak menggunakan khidmat guna sama ini Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah menerima surat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, yang telah menarik balik penggunaan khidmat guna sama ini selain daripada negeri Yang Berhormat sendiri. Sila, saya bagi kepada Yang Berhormat Titiwangsa dulu.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang mana satu Yang Berhormat?

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Titiwangsa.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya mengucap tahniahlah kalau seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri itu iaitu kes-kes di Mahkamah Syariah 95% dapat diselesaikan dalam masa satu tahun.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri, mungkin kes-kes ini tidak tersangkut di mahkamah tetapi proses hendak bawa ke mahkamah. Misalnya ada pengaduan daripada isteri dan kemudian suami meninggalkan ataupun tidak memberi nafkah dan sebagainya, apabila dipanggil suami tidak datang. Ini yang sebenarnya menangguhkan proses-proses ke arah membawa kepada mahkamah.

Di sini, apa yang saya lihat tidak ada satu penegasan daripada pihak yang mengendalikan kes-kes ini untuk memanggil, memastikan sama ada di saman suami itu untuk hadir dan sebagainya untuk memastikan supaya proses ini berjalan dengan cepat. Jadi bagaimanakah tentang perkara yang saya sebut? Terima kasih.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya bersependapat dengan Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dulu Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan bagi pada Peguam Sivil dan Peguam Syarie berkenaan untuk menjawab, untuk bertanya. Memang benar, soal yang melambatkan sesuatu kes munakahat ini dan soal keluarga ini ialah soal kaunseling.

Sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, biasanya mereka pergi ke pejabat agama di daerah atau di peringkat naib kadi yang ditadbir oleh pegawai agama daerah.

Proses kaunseling itu mengambil masa bertahun-tahun. Saya amat bersetuju supaya ada usaha diselaraskan Tuan Yang di-Pertua, antara Mahkamah Syariah dengan kaunseling ini.

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi usaha-usaha yang begini memerlukan komitmen, memerlukan iltizam, bukan sahaja hakim-hakim mahkamah ini tetapi juga oleh pihak pejabat agama di peringkat daerah-daerah yang tentu sekali kuasanya adalah kuasa Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di mana Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mempunyai kuasa mutlak di dalam hal ini.

Namun saya ingin memberitahu, ingin memberitahu...

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri, hendak bertanya sedikit.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:52 PM

Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, minta kebenaran. Adakah satu peraturan di peringkat pejabat agama untuk membolehkan suami di saman untuk hadir dalam sesi-sesi kaunseling ini?

final • 3:52 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memang itulah hakikatnya Tuan Yang di-Pertua. Biasanya kita hantar suratlah. Hantar surat ya, tetapi dalam sesi kaunseling, kalau suami tidak datang, memang ada surat amaran terakhir diberikan tetapi jika mereka tidak datang ke mahkamah barulah surat saman itu boleh dikeluarkan. Namun di dalam sesi kaunseling, belum ada perundangan tertentu yang membolehkan saman itu dilakukan.

Sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh perkara berkaitan dengan mahkamah dan sistem kehakiman syariah yang diamalkan sekarang ini.

Pertama Yang Berhormat Menteri, kita punya masalah di peringkat pelaksanaan. Contohnya di bahagian penguatkuasaan. Di mana bahagian penguat kuasa dan bahagian pendakwaan adalah satu jabatan. Terdapat beberapa kes yang melibatkan penguat kuasa yang juga menjadi pendakwa raya.

Ada satu kes yang saya sendiri buat di mana pegawai pendakwa itu adalah pegawai bawahan kepada pegawai penguat kuasa yang menjadi saksi. Jadi ini menimbulkan konflik kepada pegawai-pegawai pendakwa yang terlibat. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri kaji sama ada kita boleh adakan separation of authority dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk melicinkan proses pelaksanaan penguatkuasaan di Mahkamah Syariah ini.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, salah satu masalah besar yang kita hadapi di dalam proses pelaksanaan Mahkamah Syariah ialah persoalan negeri.

Masalah di peringkat pelaksanaan, contohnya kalau kita kata seorang wanita mendapat perintah tegahan terhadap suami di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ataupun dia mendapat perintah membayar nafkah terhadap suami di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Perintah itu hanya berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan. Lepas sahaja pintu gerbang dekat Universiti Malaya itu habis. Dia tak boleh kuat kuasa.

Jadi banyaknya suami ini dia cabut ke Selangor. Perintah dapat di Wilayah Persekutuan, dia lari ke Selangor, perintah Wilayah Persekutuan dah tak boleh kuat kuasa di Selangor. Jadi kita kena apply baru di Mahkamah Syariah Selangor. Jadi saya cadangkan kalau boleh Yang Berhormat Menteri pertimbangkan untuk ada apa yang kita panggil dalam kaedah civil reciprocal judgment, dengan izin. Iaitu penghakiman di Mahkamah Syariah Wilayah boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah Selangor tanpa perlu pemfailan baru. Sebab kita ada masalah negeri sekarang ini...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga soalan. Ketiga, soalannya...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan soalannya, Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat bangkitkan itu, saya bangkit semasa misai saya masih hitam dulu.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Ketawa] Ha, itulah dia.

Sudah putih pun tidak selesai lagi.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum selesai.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, satu soalan lagi ialah berkaitan dengan peguam syarie. Buat masa ini tidak ada satu badan atau satu akta statut yang regulate, dengan izin bagi peguam-peguam syarie ini, iaitu bagaimana mereka diterima masuk, didisiplinkan dan diatur. Perkara ini tidak ada lagi.

Kita lihat ramai peguam syarie ini mempunyai masalah disiplin, ambil duit client, tidak attend court, tetapi tidak boleh diambil tindakan. Harap kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat menimbangkan supaya diadakan satu akta khusus. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat menimbangkan supaya diadakan satu akta khusus sebagaimana akta peguam sivil untuk regulate peguam-peguam syarie ini.

Last sekali, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini panjang, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Pasal saya terlibat dengan kes Mahkamah Syariah ini sudah dekat 20 tahun.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bincang dengan Yang Berhormat Menteri di luarlah.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini pasal hendakkan supaya Yang Berhormat Menteri dapat ambil tindakan segera.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ringkaskan, kita tidak ada masa, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Keempat, masalah di Mahkamah Syariah juga seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Baling, masalah kerenah birokrasi. Ini memerlukan pindaan kepada beberapa peruntukan. Contohnya seperti bila seorang wanita itu hendak failkan satu permohonan di Wilayah Persekutuan ICnya mesti IC Wilayah Persekutuan, kalau tidak ada IC Wilayah Persekutuan tidak boleh difailkan.

Kita ada masalah macam saya buat satu kes seorang wanita Islam Perancis yang berkahwin dengan seorang lelaki Kuala Lumpur. Bila berlaku pertikaian dia hendak failkan permohonan dia di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan ditolak atas alasan dia tidak ada IC yang menyebut alamat dia di Kuala Lumpur...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri tengok perkara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya simpati sangat dengan Tuan Yang di-Pertua kerana...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun bersimpati, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamid

Saya bersimpati sangat kerana dulu misai hitam dan sekarang telah putih dan belum dapat...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita kena tahu yang kuasa agama ini negeri. Ini masalahnya.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya dan pegawai-pegawai saya tahu sangat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila. Sila bagi tahu, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mungkin ada yang lupa agaknya.

Saya ingin menjawab empat perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat terutamanya tentang soal pegawai pendakwaan supaya ada dengan izin, separation of authority dalam perkara ini, saya bersetuju sangat. Oleh sebab itu apa yang telah kita lakukan supaya perkara ini akan dapat diselaraskan dengan pewujudan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, jadi penyelarasan itu dapat dilakukan.

Begitu juga apabila timbul permasalahan dari segi reciprocal judgment, dengan izin. Apa yang telah kami lakukan sekarang ini ialah supaya kuat kuasa perintah antara negeri ini dilakukan dalam waktu yang terdekat. Memang telah ada peruntukan-peruntukan yang telah kami perbincangkan dan perkara ini akan dilakukan.

Apabila Yang Berhormat pergi ke Mahkamah Syariah dalam waktu terdekat ini, perkara ini akan dapat dilakukan.

Manakala kawalan terhadap peguam-peguam syarie dan bagaimana dia masuk dalam perkhidmatan ini, kita telah ada satu peraturan pengendalian bagi kemasukan peguam-peguam syarie dalam usaha pengamalan undang-undang ini sebagaimana Mahkamah Sivil ada masuk ke dalam bar untuk berkhidmat.

Begitu juga dalam soal pertukaran alamat, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat di mana apabila sesuatu kes itu didaftarkan di negeri berkenaan dan apabila kes itu dibawa ke negeri lain timbul permasalahan itu.

Jawatankuasa penyelarasan ini telah mengambil kira kes-kes yang demikian dan perkara ini sedang diaturkan supaya kes-kes - ini bukan kes terasing, memang jadi permasalahan kepada Mahkamah Syariah itu sendiri dan peguam-peguam syarie itu sendiri.

Dalam hal ini, JKSM juga merancang untuk mewujudkan skim perkhidmatan yang selaras seperti yang telah wujud selama ini dengan perwujudan jawatan-jawatan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Persekutuan, tetapi tauliah untuk practice, dengan izin dikeluarkan oleh pihak negeri bagi menghormati kuasa agama oleh pihak negeri.

Bagi mengatasi masalah-masalah kelewatan atau permasalahan- permasalahan birokrasi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita telah mewujudkan jawatan pegawai sulh atau pegawai mediasi dalam perkara ini. Kita harap bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan juga dalam waktu yang terdekat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Minta maaf, Yang Berhormat Menteri. Maksud saya tadi mengenai peguam itu, kalau boleh dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri adakah cadangan atau kalau boleh Yang Berhormat Menteri cadangkan diwujudkan satu badan untuk peguam-peguam ini bukan dari segi kemasukan tetapi dari segi regulating dengan disciplining the lawyers, dengan izin seperti Majlis Peguam yang ada sekarang ini, kita wujudkan Majlis Peguam Syarie, contohnya kalau dapat ditimbangkan.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memorandum yang kami perolehi daripada Persatuan Peguam Syarie, begitulah bentuknya dan kami telah meneliti. Itu merupakan satu cadangan yang baik, walaupun beliau daripada PKR.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Sedikit sahaja.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir ini adalah dengan izin, tactical problem yang dihadapi oleh peguam-peguam syarie dan insya-Allah kita akan duduk bersama untuk mewujudkan Majlis Peguam yang seperti ini. Silakan, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Baling bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuantan juga, yang mana satu, Yang Berhormat?

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Ampang.

final • 3:52 PM

Puan Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri apakah usaha Yang Berhormat untuk memastikan bahawa usaha-usaha yang diperkatakan memberikan satu jangka masa bila akan dapat ditunaikan. Masalah penyelarasan undang-undang syariah ini after all Islam itu satu, tetapi kalau misai hitam sampai putih tidak dapat menyelaras itu I think there is a problem. I think national level, you have to look into it.

final • 3:52 PM

Puan Zuraida Kamaruddin - Ampang

Perkara yang kedua, ialah saya dapati bukan masalah interstate, dalam state sendiri juga ada masalah kerana apabila ada sesuatu kes penceraian wanita itu kena buat tiga rounds, satu untuk cerai, satu tuntut anak dan satu tuntut harta, memang time consuming is very painful for them. So saya minta tolonglah, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini yang minta maaf, Yang Berhormat, yang tadi tidak payah.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Benar, Yang Berhormat. Itulah masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh Mahkamah Syariah yang ada, peguam- peguam syarie itulah masalah yang dihadapi apabila dalam satu kes sebenarnya terpaksa dipecahkan kepada tiga kes kerana enakmennya begitu.

Soalan pertama tadi ditanyakan tentang, bilakah jangka masanya? Kita harus menghormati kerana kuasa undang-undang Islam ini adalah kuasa negeri. Walau bagaimanapun, kita menggunakan jawatankuasa penyelarasan untuk menyelaraskan perkara ini. Timbul masalah dari segi ada yang menerima dan tidak menerima penyelarasan ini dilakukan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha telah dilakukan bukan sahaja dengan pihak Jabatan Agama Islam, dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) itu, tetapi juga dengan pegawai-pegawai lain yang telah kita adakan perundingan agar penyelarasan dalam banyak perkara ini akan dapat dilakukan.

Silakan, Yang Berhormat Baling.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Suatu yang memang kita akui bahawa dengan tertubuhnya unit di 102 buah Mahkamah Syariah di seluruh negara ini boleh membantu untuk mempercepatkan kes-kes yang didaftarkan.

Cuma dalam satu hal yang lain ingin saya menyentuh mengenai dengan penguatkuasaan. Kalau saya ambil contoh satu kes yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dijadualkan dibicarakan pada 23 April yang lalu terhadap Abdul Kahar, 58 tahun. Sebenarnya Abdul Kahar ini kalau kita lihat dia menghadapi lima tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Abdul Kahar ini juga apa yang kita lihat di sini telah berulang kali diminta untuk hadir ke mahkamah tetapi dia gagal sehinggalah pada 23 April lalu, mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan pada 28 Mei ini. Ini, sampailah kepada peringkat di mana dia telah dikeluarkan waran tangkap oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah. Jadi sampai keadaan kes Abdul Kahar ini, tertangguh sampai tiga tahun. Bagi saya, mungkin di sini adalah masalah sama ada penguatkuasaan itu begitu efektif ataupun tidak.

Jadi persoalannya sekarang ialah, kita lihat sekarang apabila sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi, kemungkinan kedudukan penguatkuasaan dengan pihak jabatan dan sebagainya ini perlulah dilihat dan diatur susunkan supaya dia lebih efektif. Jadi, tidaklah berlaku sampai kes Kahar ini pula kes yang menyebabkan sesuatu ajaran yang memesongkan umat Islam. Kalau sudah tiga tahun tertangguh...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Jadi, Yang Berhormat minta penjelasan.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Baling, kita telah membuat pengasingan fungsi bahagian penguatkuasaan dan pendakwaan sejak tahun 2005 lagi sebenarnya. Permasalahan ini timbul apabila soal penguatkuasaan itu khususnya apabila writ itu, saman itu tidak dapat disampaikan kepada orang-orang yang didakwa.

Dalam perkara ini, apabila penguatkuasaan ini akan dipertingkatkan lagi dan kerjasama daripada pihak berkuasa agama negeri itu telah dapat diperoleh, Insya-Allah kes-kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini akan dapat diselesaikan dalam waktu yang terdekat. Kerana tiga tahun ini dengan izin is far too long, Tuan Yang di-Pertua dan saya maklum dengan kes ini.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin membangkitkan tentang perkara yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Baling mengenai kecekapan pengurusan saudara-saudara baru.

Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan saudara baru dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih tajuk, boleh saya minta izin hendak tanya satu berkenaan dengan mahkamah syariah ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Satu masalah besar yang sedang dihadapi dalam sistem pelaksanaan Mahkamah Syariah ini ialah ketiadaan ataupun hampir ketiadaan Mahkamah Rayuan Syariah. Walaupun diwujudkan satu Mahkamah Rayuan, tetapi hakim-hakim itu tidak ada dan kita difahamkan ada lima, enam orang hakim yang telah dilantik tetapi mereka ini bersidang lama, lambat.

Saya punya satu kes di Wilayah Persekutuan, berlaku tahun 1997, yang sehingga hari ini tidak dapat didengar hanya kerana Mahkamah Rayuan belum bersidang. Satu kes di Karambunai, Sabah berkenaan dengan tanah pusaka, kes diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, tahun 1995 sampai hari ini tidak boleh dengar kerana Mahkamah Rayuan ini tidak ada hakim yang hendak mendengar...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong tengokkan permasalahan berkenaan dengan komposisi Mahkamah Rayuan Syariah ini. Terima kasih.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, hakim ada tetapi kekurangan hakim di Mahkamah Rayuan berkenaan. Walau bagaimanapun, JPA telah pun meluluskan penambahan hakim-hakim di Mahkamah Rayuan itu dan Insya- Allah kes Yang Berhormat yang ditangguhkan lama itu akan diselesaikan dan Yang Berhormat akan dapat bayaran profesional dengan segera.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuantan bangun lagi, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kuantan.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Masih dekat masalah Mahkamah Syariah. Saya ingin berbalik kepada apa Yang Berhormat Menteri mengatakan berkenaan dengan kaunseling itu tadi di mana Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kaunseling ini mengambil masa yang begitu lama, begitu rumit dan ada kes yang sehingga bertahun.

Saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri, sama ada pegawai-pegawai di Mahkamah Syariah itu yang bertugas untuk buat kaunseling ini merupakan pegawai- pegawai yang bertauliah dalam bidang kaunseling. Ada kepakaran khusus dalam kaunseling keluarga. Sebab kerap kali saya terima aduan daripada wanita-wanita, mereka mengatakan bahawa mereka sentiasa diberi nasihat bukan kaunseling.

Saya seorang kaunselor terlatih by the way, I am qualified counselor. Saya terima aduan yang mengatakan bahawa mereka selalu diberi nasihat, selalunya wanita yang salah. Kalau ada masalah keluarga, wanita ini harus sabar, kalau didera pun, sabar. Kalau keluar daripada rumah, nusyuz. Jadi, saya tanya, are they qualified?...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

...Adakah mereka punya kemahiran yang khusus dalam bidang kaunseling dan layak untuk melakukan kaunseling keluarga? Terima kasih.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingin memperingatkan menteri, kita ada dua orang lagi menteri yang akan jawab.

Masa kita tinggal hanya satu jam Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya harap Tuan Yang di-Pertua pun memperingatkan mereka supaya tidak mencelah banyak sangat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang jagakan floor itu Yang Berhormat Menteri, mahu tidak mahu, jawab yang itu.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ikut nasihat Tuan Yang di- Pertua dalam perkara ini. Saya ucapkan tahniah kerana Yang Berhormat menjadi qualified counselor.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya memperingatkan menteri tetapi Yang Berhormat Pasir Mas bangun, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi peluang saya jawab dahulu.

final • 3:52 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Perkara yang sama, perkara yang sama, sedikit sahaja. Yang Berhormat, kes-kes dalam Mahkamah Syariah yang bertimbun ini tidak akan selesai. Tambah hakim pun tidak akan selesai sebab rakyat bertambah, penceraian berlaku setiap hari.

Jadi saya hendak bertanya dari segi preventive. Preventive ini maknanya untuk mengelakkan daripada kurangnya kes ini, maka kita elakkan supaya kurangnya penceraian. Penceraian berlaku ini masalah satunya orang-orang wanita tidak boleh terima, masalah poligami.

Jadi adakah pihak Yang Berhormat bercadang hendak buat kempen penerangan poligami ini secara besar-besaran? Supaya wanita semua sebulat suara bersetuju mengenai dengan poligami ini sebab yang wanita tidak faham ini Yang Berhormat, dia sekarang ini keperluan zahir, tidak ada masalah. Jadi wanita, ada waktu mengandung sembilan bulan, cukup umur 50 tahun sudah ada masalah. Jadi suami pula berada, kemudian hendak kahwin, cemburu, minta cerai. Bertimbun-timbun kes ibu tunggal ini pun menimbulkan masalah juga...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Ini soalan, saya hendak masalah cara preventive iaitu menerangkan supaya ceramah dalam TV itu tiap-tiap hari merasa bagusnya poligami. Terima kasih.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Minta laluan. Itu gender punya approach is very the meaning. Sorry Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ini betul-betul male cauvinis!

final • 3:52 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yes, I think it is tidak berperikemanusiaan. So, jadi saya cuma hendak tambah sedikit, kes-kes penceraian bukan masalah poligami. Masalah orang lelaki juga tidak menjalankan tugas. Saya rasa kalau kita tengok statistik, banyak kes-kes yang sedemikian. Jadi janganlah terlampau narrow minded, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:52 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, saya bukan narrow minded.

Saya bercakap dari segi Islam juga. Itu agama kita izin.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah. Pasir Mas, Pasir Mas, sudah.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kalau begitu, saya hendak saran kenapa tidak suruh topik, suruh solat lima waktu dahulu dan solat Jumaat dahulu.

Itu nombor satu.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau kita hendak buat debate Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Menteri boleh aturkanlah majlis debate kita, tetapi pada masa sekarang minta Yang Berhormat, bagi peluang menteri jawab dahulu.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Yang Berhormat Ampang, belum jawab Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Berkaitan satu sama, sambung daripada situ.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau saya minta duduk Yang Berhormat, siapa lagi Yang Berhormat dengar? Yang Berhormat, patutlah mahkamah kita jadi macam ini, Yang Berhormat.

Tolong Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya minta floor daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tolong Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya Tuan Yang di-Pertua di sini. Duduk dahulu.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Menteri sudah angguk Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dahulu, saya minta Yang Berhormat duduk dahulu.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pada hemat saya, saranan daripada Yang Berhormat Pasir Mas itu dengan izin, prevention is better than cure, harus diambil kira juga. Ertinya proses pendakwaan itu harus dilakukan, tetapi yang penting menjaga keluarga yang ada, bukan menambah cawangan.

Itu lebih baik sekali, sebab di dalam hadis disebutkan. Sebaik-baiknya satu, kalau ada masalah barulah dua tetapi, kalau tidak boleh dua, satu. Jadi, ertinya satu juga. Jadi saya harap Yang Berhormat, perkara yang disarankan oleh Yang Berhormat Ampang tadi, hukum-hukum yang diberikan keutamaan dilakukan dahulu. Jangan soal tambah cawangan diberikan dahulu. Betulkah, boleh selesaikan masalah Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:52 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Betul Yang Berhormat, saya pun sekarang ini satu juga, tetap satu. Saya hendak selesaikan masalah orang lain.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Saya tahu Yang Berhormat, saya kenal Yang Berhormat Pasir Mas ini. Beliau bukan takut isteri, isteri tidak takut beliau. [Ketawa] Jadi, itu yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:52 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini tidak betul, ini sangkaan jahat.

final • 3:52 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyambung apa yang saya sebutkan tadi, sebagai agensi pusat.

final • 3:52 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon jawab dahulu Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, betul. Yang Berhormat Ampang belum jawab Yang Berhormat. Eh, bukan Yang Berhormat Kuantan.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, betullah Ahli Yang Berhormat adalah seorang dengan izin, qualified counselor. Jadi, memang ada kaunselor ini yang qualified, berkelayakan.

Memang ada yang tidak berkelayakan tetapi kami membuat kursus-kursus kaunseling ini berkala. Bukan sahaja dilakukan oleh pihak berkuasa agama di negeri- negeri sahaja tetapi di peringkat pusat pun dengan izin, kita centralizekan kaunseling itu. Kalau Yang Berhormat berminat untuk menjadi salah seorang ahli panel kaunseling itu, sila tulis surat degan saya dan insya-Allah ketika tidak ada persidangan Yang Berhormat boleh turut serta.

Tuan Yang di-Pertua sebagai agensi pusat, JAKIM akan menyelaraskan aktiviti yang diserahkan oleh...

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

Sebelum ke JAKIM?

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya. boleh, boleh.

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat senario pada hari ini amat mengerikan iaitu penceraian berleluasa. Jadi, kaunseling ini tidak berkesankah? Sedangkan sebelum nikah, dia ada kaunseling. Menerima dengan tanggungjawab, tetapi selepas dua tiga bulan dia cerai.

Kaunseling itu sudah tidak ada, jadi adakah ini menampakkan bahawa institusi yang telah kita amalkan ini goyah sehingga kaunselor-kaunselor kita mungkin tidak berkesan. Mungkin perlu ada pendekatan yang lebih proaktif lagi ke arah meyakinkan pasangan itu. Kononnya, mula-mula bercinta bukan alang-alang, tiga bulan kahwin, cerai. Apa sudah jadi Yang Berhormat?

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, belum ada kes-kes yang berkenaan yang sampai ke saya sebenarnya. Mungkin di Kinabatangan berlaku banyak kes...

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak juga. Yang Berhormat baru jadi menteri jagaan, jadi dia tidak tahu.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat. Tunggu bagi pengalaman sedikit Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar bangun lagi Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Ada satu tindakan yang telah diambil oleh pihak JAKIM yang agak bagus iaitu mengadakan Kursus Pra Perkahwinan.

Cumanya, saya kira kalau boleh Yang Berhormat Menteri kaji semula modul kursus ini supaya ianya lebih berkesan kerana buat masa ini ianya telah diswastakan.

Pengalaman diground praktikalnya, sebenarnya kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak swasta ini sekadar mengeluarkan sijil. Saya punya client yang tidak pergi pun terutama bagi mereka yang hendak kahwin lebih daripada satu ini. Dia bayar lebih sedikit, dapat sijil untuk kahwin sahaja sebab syarat perkahwinan perlu ada sijil kursus.

Saya cadangkan supaya contoh kursus ini dijalankan oleh pegawai-pegawai masjid. Dia ada satu persatuan dipanggil Persatuan Pegawai-pegawai Masjid Seluruh Malaysia. Kenapa tidak digunakan institusi masjid untuk menjalankan kursus-kursus ini kerana mereka lebih arif dalam hal-hal seperti ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya menggunakan kuasa di bawah Peraturan 37, Peringkat 2 Yang Berhormat Menteri. Saya tidak membenarkan perkara-perkara yang begitu terperinci untuk diminta penjelasan di dalam Dewan ini. Jadi, kalau tidak, kita tidak boleh selesaikan masalah kita pada petang ini. Sila Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir nasihat dan amaran Tuan Yang di-Pertua itu harus dipatuhi dan saya tidak berhajat untuk menjawab soal-soal terperinci termasuk persoalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan yang berkenaan.

Oleh yang demikian, JAKIM juga sedang dalam proses menyediakan garis panduan pengurusan saudara baru untuk diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri supaya pengurusan saudara baru dilaksanakan dengan lebih cepat sekali gus dapat mengatasi gejala murtad di kalangan mereka.

Yang Berhormat Baling minta ditambah bilangan penguat kuasa agama dan mewujudkan kementerian...

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

[Bangun]

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Baling duduk dahulu. Duduk dahulu. Dia baru sebut nama Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk makluman Yang Berhormat Baling, pelantikan pegawai penguat kuasa agama adalah terletak di dalam bidang kuasa negeri seperti mana termaktub undang-undang pentadbiran agama Islam negeri masing-masing. Pada masa ini jumlah pegawai penguat kuasa agama seluruh negara di pelbagai peringkat jabatan adalah seramai 267 orang.

Mengenai cadangan ditambah bilangan pegawai penguat kuasa negeri, sebenarnya usaha telah dibuat oleh JAKIM dengan kerjasama negeri-negeri supaya menyusun semula bahagian penguatkuasaan agama masing-masing. Pada tahun 2007 sahaja sebanyak 502 jawatan di pelbagai peringkat jawatan telah diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada masa ini, negeri-negeri sedang dalam proses membuat pengisian jawatan-jawatan tersebut.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sentuh yang murtad tadi itu.

Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua untuk ringkas sahaja. Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai dengan, mungkin yang berlaku baru ini kes Fatimah Tan Abdullah yang kalau kita lihat Yang Arif Hakim Mahkamah Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang ini membenarkan dia untuk murtad. Apabila dilihat Fatimah Tan, dia memeluk Islam dari tahun 1999 tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Jadi, saya mengambil kira juga komen Yang Berhormat Menteri dalam satu kenyataan baru ini iaitu pada 10 Mei baru ini dalam akhbar. Jadi, saya lihat di sini dari satu sudut bahawa nampaknya satu kelonggaran akidah berlaku di kalangan umat Islam secara umum. Jadi, kelonggaran akidah inilah yang menjadi punca utama kepada berlakunya murtad di kalangan saudara-saudara baru. Kita akui ada NGO, PERKIM, YADIM dan sebagainya termasuk Jabatan Agama menyediakan modul kursus-kursus berkaitan kepada saudara-saudara baru khususnya.

Namun, persoalannya ialah apakah Jabatan-jabatan Agama Negeri atau pihak berkuasa agama benar-benar mengkaji dan meneliti serta memastikan modul dan program yang disediakan itu benar-benar berkesan dan efektiflah maknanya kepada sasaran. Sebab itu, saya dalam hal ini ingin mencadangkan sama ada Yang Berhormat Menteri boleh setuju.

Kita juga mengambil keprihatinan yang agak lebih iaitu kalau boleh kita menubuhkan satu badan khusus untuk memantau dan memastikan kepentingan dan kebajikan dari semua sudut kepada saudara-saudara baru kita yang baru memeluk Islam ini di seluruh negara. Jadi, apabila mereka memeluk Islam, kita tidak hanyalah beri kad, mudah keluar begitu tetapi kita lepaskan mereka dalam keadaan yang bersendiri. Jadi kita pantau mereka dari sudut kebajikan, kepentingan, kehidupan mereka dan sebagainya. Saya rasa kalau langkah ini kita ambil, mungkin kita akan dapat banyak membantu untuk membendung gejala-gejala murtad ini.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, langkah ini telah dilakukan di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mempunyai unit saudara baru yang sendiri.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Bangun]

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap duduk dahulu Yang Berhormat ya.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kami telah sekian lama melakukan satu tajdid di dalam manhaj ataupun pendekatan. Memberikan pemantapan akidah ini dengan lebih spesifik dan mendalam, di mana 75 orang setiap minggu diberikan kursus yang berkenaan. Kursus ini dijalankan lima hari dalam seminggu dan saya fikir, perkara ini adalah perkara yang menjadi projek perintis di Wilayah Persekutuan.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kejayaan ini telah mendapatkan keberhasilannya dan insya-Allah kita akan minta juga negeri-negeri lain melakukannya walaupun saya maklum negeri-negeri lain juga mempunyai unit-unit yang sama. Soal-soal akidah ini pada hemat saya bukan hanya agensi atau Institusi Islam sahaja yang harus bertanggungjawab, malah parti- parti politik, badan-badan NGO dan komuniti serta Muazof ataupun pegawai-pegawai masjid harus bertanggungjawab juga.

Kalau kita menyerahkan perkara ini hanya pada....

final • 3:52 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tajdid itu apa?

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tajdid itu pembaharuan, Yang Berhormat ataupun reform, dengan izin. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Baling juga agar diwujudkan Darul Ifta’ supaya...

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Sedikit sahaja, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Permasalahan fatwa dapat diuruskan dengan efektif...

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Sedikit sahaja, Yang Berhormat. Sedikit sahaja.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Sebenarnya pada masa ini cadangan mewujudkan Darul Ifta’ bukan menjadi keperluan mendesak memandangkan JAKIM dapat menyelesaikan permasalahan hukum...

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, tunggu, Menteri masih belum habis dia punya ayat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan bagi peluang kepada Ahli Parlimen baru Parit Buntar. Bagi saya peluang habiskan ayat ini supaya ayat ini dapat difahami benar-benar.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Padang Terap, bukan Parit Buntar.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Padang Terap? Oh, tidak nampak.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Padang Terap. Kat hujung sebelah sini, Jerai.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Oh, saya ternampak Parit Buntar sebab Parit Buntar lebih besar daripada Padang Terap. [Ketawa] Saiz badannya.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mana satu Yang Berhormat bagi? Hendak bagi ini?

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak, tidak, saya tidak bagi dulu.

Biar saya habis ayat dulu.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan bagi dulu. Yang Berhormat Padang Terap, sila duduk.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan umpamanya telah memutuskan bahawa Bahagian Penyelidikan JAKIM diperkasakan supaya dapat membuat kajian yang berkualiti dan mewujudkan sistem maklumat fatwa yang efektif serta meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri-negeri. Sila Yang Berhormat Padang Terap.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut tentang masalah murtad tadi. Kita ada murtad yang terlibat secara langsung dengan NGO yang memantau perkara ini dan kita ada beberapa kes. Yang murtad ini antara lain disebabkan oleh pengetahuan mereka ataupun ketika mereka masuk Islam, mereka tidak diberikan penekanan dalam masalah akidah.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Penekanan yang diberikan banyak dalam permasalahan yang berbentuk syariah ataupun fikah, Ini menyebabkan mereka yang masuk Islam ini tidak tahu tujuan sebenar mereka masuk Islam. Jadi saya minta kepada pihak Menteri ataupun pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri untuk melihat perkara ini secara lebih mendalam, lebih halus.

Perkara yang kedua ialah, sedar kah pihak kementerian bahawa ada di antara yang masuk Islam itu mengambil kesempatan dengan banyak juga tawaran-tawaran yang diberikan dalam bentuk sara diri. Ada di antara mereka yang bila mereka masuk Islam, jadi saudara baru, dapat kad, akhirnya mereka ini dapat kemudahan- kemudahan. Bila mereka sudah dapat kemudahan itu, mereka akhirnya keluar balik.

Jadi saya minta pihak kementerian untuk sedikit jawapan. Terima kasih.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, itu cadangan yang baik dan kita bekerjasama dengan badan-badan NGO untuk melakukan kursus- kursus pemantapan akidah dan melakukan follow-up dengan izin, tindakan susulan supaya kes-kes yang berkenaan tidak banyak berlaku lagi. Sebenarnya saya ingin memaklumkan, kalau besar sangatlah kes-kes murtad ini, sebenarnya...

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sekejap Yang Berhormat ya.

Setakat ini dari tahun 2000 hingga Jun 2006, hanya terdapat 949 kes murtad. Hanya 949. Saya ambil contoh, tahun 2000 ada 158 kes, tahun 2001 ada 169 kes, tahun 2005 ada 134 kes. Ertinya secara puratanya lebih kurang dalam 120 kes.

Kebanyakan kes ini adalah kes emosional. Apabila berlaku penceraian, ertinya yang melibatkan permasalahan keluarga yang menyebabkan kes-kes murtad ini berlaku. Walau bagaimanapun, saya fikir elok kita tidak menggunakan premis ini, di Dewan yang mulia ini untuk kita membincangkan tentang perkara ini secara detail.

Elok kita gunakan platform yang lain untuk membincangkannya. Walau bagaimanapun apa yang disarankan oleh Yang Berhormat itu kami ambil kira.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Baling, cuba ringkaskan.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyentuh yang lain tadi itu, Darul Iftak tadi itu. Darul Iftak yang saya cadangkan itu ialah ia merupakan satu institusi, tidak hanya sekadar hanya untuk membuat penyelidikan, tetapi Darul Iftak ini juga adalah satu institusi yang mempunyai kemampuan untuk melatih, mendidik dan menguruskan bagaimana untuk sesuatu fatwa itu dikeluarkan.

Kalau penyelidikan yang ada di JAKIM hanya untuk selidik tetapi ia tidak menyediakan prasarana terutama sekali dari sudut tenaga dan sebagainya untuk melahirkan kepakaran-kepakaran bagaimana cara kita hendak berfatwa. Lebih-lebih lagi daripada Darul Iftak ini sendiri mungkin dari segi legalnya sebarang kenyataan yang bercorak fatwa di dalam negara ini boleh ditangani secara terus oleh Darul Iftak.

Maknanya tidaklah kita membiarkan seseorang itu mengeluarkan pendapatnya ataupun sebagainya, walaupun mungkin di kalangan orang yang nampak dari segi zahirnya ada autoriti tetapi dia tidak terbabit dengan masalah apa yang diberi oleh Darul Iftak.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Ini yang saya maksudkan dengan Darul Iftak itu. Maknanya sesuatu yang lebih legal.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Ya, terima kasih.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Tambah sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jerai, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk memastikan keadaan masyarakat khususnya golongan remaja yang mana sebelum ini kementerian telah menyebut berkaitan dengan etika pakaian.

Untuk penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana keadaannya?

Apakah sudah ada etika pakaian dan sekadar mana keberkesanan perkara tersebut kerana memastikan modal insan yang nak dijana oleh pihak kementerian ini tentulah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita melihat dalam suasana hari ini. Apakah etika itu telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan, setakat mana penggunaan dan penguasaannya? Minta sedikit penjelasan.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap tentang Darul Iftak.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa point of order, Yang Berhormat?

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya...

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tadi Tuan Yang di-Pertua telah menggunakan 37, kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk tidak memberi izin untuk bertanya. Jadi keputusan tadi itu di overrule ataupun kekal? Kalau kekal, bermakna tidak ada yang bertanya.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau saya kata saya gunakan 37(2), Yang Berhormat, discretion saya ataupun kebijaksanaan saya bila boleh diguna dan bila tidak boleh diguna, ya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Seorang Ahli

Kacau.

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan kacau. Ini bukan kacau. Kita mana boleh jadi tukang kacau. Kita tukang...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita wakil rakyat bukan mengacau. Kita menyelesaikan masalah. Tidak tahulah pembangkang pula.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya faham, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya hendak tanya tadi, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan. Jadi keputusan itu berubah atau kekal? Kalau kekal, bermakna tidak ada yang diizinkan bertanya.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan tukang kacaulah.

Minta maaf. Pembangkang mungkin kacau.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya cukup...

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya minta Menteri pindah ke perkara lain.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Walau bagaimanapun, untuk memuaskan hati Yang Berhormat Baling, Darul Iftak ini mungkin kita boleh kuatkan Bahagian Pendidikan JAKIM ini dan kita wujudkan kemudiannya setelah super strukturnya ada dan insya-Allah kita boleh berbincang. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, ini satu cadangan yang baik walaupun datang daripada pembangkang, tetapi sesuatu yang baik daripada pembangkang pun kita ambil kira untuk kebaikan kita.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya setuju, Yang Berhormat Menteri, saya setuju. Bahkan soalan fatwa tadi pun, saya pernah berjumpa dengan Ketua Majlis Islam di Brunei. Dia orang membukukan semua fatwa untuk rujukan kepada semua.

final • 3:52 PM

Beberapa Ahli

Betul!

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya mengetahui juga soal ini, Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana menjawab bagi pihak saya. [Ketawa]

final • 3:52 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:52 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ada terdapat banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling dan Batu Pahat terhadap permasalahan-permasalahan yang lain dan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar dan juga oleh Yang Berhormat Kulai serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Pada hemat saya, oleh kerana menghormati saranan Yang Berhormat, yang lain-lain itu saya akan buat jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Tahniah Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Zaid bin Ibrahim.

final • 3:52 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Saya akan menyentuh perkara-perkara yang terhad kepada soal-soal undang- undang dan dasar-dasar yang berkaitan dengan tanggungjawab saya. Saya ingin dengan izin Tuan Yang di-Pertua, meminta jasa baik Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sebelum penjelasan dan sebagainya, biarlah saya habiskan dahulu topik-topik tertentu untuk memudahkan kita meneruskan perbahasan ini dengan secepat mungkin.

Pertama, saya ingin merujuk kepada perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga dari Yang Berhormat Balik Pulau dan Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain mengenai supaya Jabatan Peguam Negara tidak mengamalkan pendakwaan terpilih ataupun selective prosecution.

Kerajaan menyedari perkara-perkara yang ditimbulkan daripada penggunaan kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan. Sebagai perkara yang perlu kita pertimbangkan, persoalan penggunaan budi bicara ini, kuasa ini, excercise of discretion dengan izin, telah timbul 35 tahun dahulu. Inilah apa yang dikatakan oleh Allahyarham Tun Mohd. Suffian, Ketua Hakim Negara.

Klausa Perlembagaan memberikan Peguam Negara budi bicara yang sangat luas dalam semua pendakwaan jenayah. Sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak membuat pendakwaan atau tidak meneruskan pendakwaan atau budi bicara untuk mengenakan dakwaan bagi kesalahan yang kurang serius bila terdapat bukti bagi kesalahan yang lebih serius dan sebagainya perlulah mencari remedinya di tempat lain tetapi bukan dalam mahkamah.

Kita sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab perlu mencari remedi kerana budi bicara, kita mengiktiraf budi bicara Peguam Negara tetapi kita juga harus menerima kenyataan bahawa kita tidak boleh mengetepikan kebertanggungjawaban, responsibility...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, ada yang minta tinggikan sikit volum itu kerana ada yang kata tak boleh dengar Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih, saya cuba tunduk. Kita mengiktiraf budi bicara Peguam Negara tetapi tidak bererti kita boleh mengetepikan prinsip kebertanggungjawaban atau akauntabiliti. Budi bicara dalam konteks kerajaan yang berteraskan integriti melibatkan perbezaan di antara apa yang benar dan apa yang salah. Ia perlu digunakan dengan bijaksana dan adil.

Budi bicara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari mempunyai akauntabiliti dan ia hendaklah dibuat dalam cara yang terbuka dan telus bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. Dalam hal ini, kerajaan, Jemaah Menteri pada 2 Mei telah memutuskan supaya saya, Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara membincangkan perkara ini, mengkaji semula kuasa-kuasa Peguam Negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kajian ini adalah dengan tujuan untuk mencapai matlamat berikut iaitu mencari mekanisme bagi memastikan keputusan untuk membuat pendakwaan atau tidak dapat dibuat oleh agensi-agensi seperti Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Ini akan meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan proses membuat keputusan.

Ia juga diharap dapat meningkatkan efficiency pendakwaan jabatan atau agensi berkenaan. Kita juga perlu mencari mekanisme yang sesuai di mana Peguam Negara diberi peluang untuk menjelaskan keputusan-keputusan beliau dalam kes-kes tertentu jika dikira penting untuk kepentingan awam. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa perbincangan telah pun kita mulakan dan saya akan umumkan kajian dan pendekatan kita dalam hal ini dalam masa yang sesuai dan terdekat.

Ahli Yang Berhormat dari Rembau menyarankan supaya pendakwaan kes-kes rasuah diberikan kepada Badan Pencegah Rasuah dan ini akan di struktur semula sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia bagi meringankan beban Jabatan Peguam Negara. Saranan ini juga akan kita ambil kira selari dengan keputusan untuk membincangkan dan mengkaji semula kuasa-kuasa Peguam Negara.

Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kulai, Batu Pahat, Rembau, Wangsa Maju dan Pasir Mas, Bintulu, Ipoh Timur menyentuh tentang sistem kehakiman negara dan mencadangkan beberapa langkah untuk penambahbaikan dibuat ke atasnya.

Suruhanjaya ini akan mencadangkan calon-calon yang berintegriti yang berwibawa untuk mengikut kriteria yang jelas bagi jawatan-jawatan kehakiman untuk pertimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seterusnya untuk menyembahkan nama- nama calon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya pelantikan kehakiman ini akan berasaskan kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Suruhanjaya ini juga akan mencadangkan dan memperakui untuk calon-calon untuk jawatan kehakiman di Mahkamah Tinggi berasaskan kepada kebolehan dan juga kecekapan perundangan. Rang undang-undang ini akan saya bentangkan dalam sedikit masa lagi untuk pertimbangan Dewan yang mulia ini.

Merujuk kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat...

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan. Mengenai cadangan penubuhan Judicial Appointments Commission. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan dua perkara.

Satu, sama ada kerajaan sudah buat keputusan untuk menerima konsep bahawa segala perakuan yang akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama ada mengenai pelantikan hakim-hakim atau ‘presiden’ Mahkamah Rayuan atau Ketua Hakim akan berasaskan kepada perakuan-perakuan oleh Suruhanjaya itu dan tidak akan keluar daripada perakuan. Jika ada sebab-sebab tidak boleh menerima cadangan-cadangan akan membalikkan perkara ini kepada Suruhanjaya untuk menimbang, kemukakan cadangan-cadangan yang baru.

Kedua, oleh sebab krisis kehakiman sudah begitu lama berlanjutan, 20 tahun.

Adakah kerajaan berhasrat untuk menunjukkan political will supaya satu bab baru dimulakan di mana perubahan akan bermula dengan pelantikan Ketua Hakim yang baru yang akan dikuatkuasakan bulan Oktober ini apabila Ketua Hakim kini bersara.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya jelaskan tadi, proses yang akan dijalankan ialah kita perlu memberi imbangan kepada cadangan yang akan dikemukakan oleh Suruhanjaya ini dan juga kepada apa yang disebut sebagai prerogatif Perdana Menteri.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa prerogatif Perdana Menteri kita perlu faham takrif itu. Maksudnya ialah kerajaan sedia menerima hakikat bahawa prerogatif ada tanggungjawabnya sekarang. Ini bererti dalam penggunaan konsep prerogatif Perdana Menteri itu dalam soal-soal tadi, kita tidak boleh menerima dasar yang dahulu.

Misalnya jika ada Perdana Menteri yang lampau misalnya berkata, ‘mengapa saya membuat keputusan itu, pada masa itu adalah satu perkara yang tidak perlu saya maklumkan kepada rakyat kerana saya mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan itu, saya tidak perlu jelaskan mengapa’. Budaya membuat keputusan atau sebab-sebab persendirian tanpa akauntabiliti dan tanpa merujuk kepada kehendak Perlembagaan tidak boleh kita terima. Hari ini rakyat tidak boleh lagi dipaksa menelan kenyataan seperti ‘ini budi bicara saya, ini prerogatif saya’ tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Jadi berbalik kepada persoalan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa yang akan jadi dalam pemilihan jawatan-jawatan penting ini ialah dalam satu segi kita mahu Suruhanjaya itu mengemukakan calon-calon yang sesuai. Setelah ditapis, setelah diteliti, dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan tetapi proses itu juga perlu kepada pertimbangan dan penerimaan Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri tidak menerima calon itu, proses kedua berlaku iaitu nama-nama lain akan diberi oleh Suruhanjaya.

Jika Perdana Menteri tidak menerima nama itu, sebab-sebab mestilah diberi kepada Suruhanjaya. Perdana Menteri ada pilihan untuk memilih calon tetapi akhirnya pilihan itu terhad kepada nama-nama yang dikemukakan oleh suruhanjaya. Jadi inilah yang saya maksudkan the balance between dengan izin, exercise of probity dengan keperluan accountability dan kehendak suruhanjaya. Saya rasa...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Boleh saya teruskan?

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, baik.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Saya rasa saya telah kemukakan cadangan ini kepada pihak-pihak yang dikatakan stakeholder dalam soal ini. Saya telah kemukakan cadangan ini kepada pihak kerajaan, kepada pihak pembangkang, saya telah serahkan juga kepada majlis peguam...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Kepada Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

Jadi saya rasa janganlah kita gunakan buat masa inilah forum untuk mempertikaikan proses ini, kita ada forum lain kerana saya masih lagi dalam perbincangan tetapi itulah broad principle dalam proses suruhanjaya.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh minta jalan Yang Berhormat? Pasir Mas.

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bolehkah boleh sedikit?

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Can I continue? Berhubung dengan persoalan tadi mengenai pelantikan Ketua Hakim, proses ini sama saja. Diguna pakai untuk apa jawatan sekali. Jadi saya juga tidak mahu kita mempunyai satu prejudis ataupun prasangka tertentu tentang orang-orang tertentu. Kalaulah inilah keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya, saya kira kita kena terima sesiapa saja yang dipilih melalui proses ini.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Sedikit penjelasan sahaja.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada dua berdiri Yang Berhormat. Pasir Mas dan Ipoh Timur.

final • 4:49 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya mahu. Tentulah kita menerima konsep the prerogative sungguhpun prerogative tengok atas tafsiran prerogativelah.

Memaksa divine rule atau dalam suasana demokratik dan accountability.

Akan tetapi saya mahu minta satu penjelasan adakah Yang Berhormat sekarang daripada penjelasan tadi bermaksud bahawa dalam cadangan yang dibubarkan sekarang pelantikan atau perakuan-perakuan yang dibuat oleh Perdana Menteri tidak keluar dari shortlist yang ada dikaji oleh suruhanjaya yang ada ditubuhkan.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Pilihan calon-calon adalah yang dikemukakan oleh suruhanjaya. Pasir Mas.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat bahawasanya dalam soal perundangan mesti ada accountability dan kebertanggungjawaban.

Yang saya nak dapat penjelasan iaitu sebelum ini Yang Berhormat sendiri ada buat beberapa kenyataan. Yang turut menambah kekecohan dari segi persoalan perundangan negara kita. Apabila Yang Berhormat dilantik menjadi Menteri Undang- undang, saya tidak tahu sama ada sudah angkat sumpah atau belum angkat sumpah lagi terus bercakap supaya kerajaan akan meminta maaf, patut minta maaf atas pemecatan Tun Salleh Abbas.

Kemudian diikuti dengan Undang-undang Anti Lompat. Kemudian saya baca pula keputusan Kabinet dan Perdana Menteri membuat kenyataan akan memberi ganti rugi kepada Tun Salleh Abas dan hakim-hakim yang dipecat yang memberi gambaran seolah-olah memang sistem perundangan negara kita ini memang rosak. Yang saya percaya, ia ada kaitan untuk memburuk nama bekas Perdana Menteri.

Oleh sebab saya mengatakan demikian, saya nak minta penjelasan sebab ini perkara yang amat serius. Politik begitulah. Saya nak tanya Yang Berhormat sendiri.

Yang Berhormat sendiri buat kenyataan. Saya baca dalam satu letters to editor yang ditulis oleh Zainur Zakaria yang juga seorang peguam. Saya ikut dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

“The minister himself should also tender a personal apology not only to Tun Salleh Abbas and the other judges, but also to the Bar Council.

This is because, at the height of the judicial crisis between the Malaysian Bar and Tun Hamid Omar (the then lord president), Zaid, who was then the president of the Muslim Lawyers Associations, issued a press release (NST, November 6, 1991) criticizing the Bar Council.

He called upon the Bar Council to dissolve itself or have its members quit en masse.

Zaid also suggested that the government seriously consider setting up an alternative body that could work with the judiciary if the rift was not settled.

To prevent further public acrimony between the judiciary and the Bar Council, Zaid further proposed the formation of a Malaysian Law Academy to replace the Bar Council”.

Sekarang ini lain pula. Saya minta penjelasan.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya rasa cukup.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, ya ada sikit lagi Yang Berhormat. Saya nak bagi supaya Yang Berhormat boleh buat kenyataan supaya mengclearkan perkara ini...

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya akan jawab. Saya akan jawab tapi saya tidak boleh menerima ucapan, tohmahan, fitnah yang dicadangkan itu. Saya akan jawab.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya akan jawab. Saya akan jawab. Pasir Mas, duduk Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat seorang Menteri Undang- undang yang articulate, yang sabar, yang patient. Kita bercakap soal-soal secara...

Saya bukan buat tuduhan. Saya nak minta buat notification.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas duduk dulu.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya akan beri. Saya akan beri notification tapi janganlah gunakan penjelasan, alasan untuk berhujah panjang. Jadi, soalan pertama apakah reform, apakah cadangan mengubah baik mahkamah, memberi kebaikan undang-undang kepada negara itu satu usaha untuk memburukkan Dr. Mahathir Mohamad. Itu soalan Pasir Mas.

Penjelasannya begini. Kita buat semua pembaharuan ini bukan kerana untuk memburukkan sesiapa. Bukan kerana seperti yang disebut juga oleh sesetengah pihak kerana kita mengalah kepada tuntutan pembangkang misalnya. Ada yang mengatakan ini kerana kita nak kan sesuatu yang kononnya we give in dengan izin, kepada tuntutan itu. Sebenarnya tuntutan yang kita give in Tuan Yang di-Pertua ialah tuntutan rakyat.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Rakyat dan masyarakat mahukan perubahan dalam sistem perundangan negara. Jadi Perdana Menteri kita berusaha walaupun ada pihak- pihak yang cuba memburuk-burukkan namanya. Diarah berhenti, berusaha melakukan segala-galanya kerana mereka tidak mahu reform dan perubahan ini berjaya. Itulah sebabnya kita menjalankan semua perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Mengenai persoalan dan kenyataan yang dibuat oleh Pasir Mas kononnya saya tidak dan mempunyai pendirian yang berbeza dengan Bar Council itu saya telah pun perjelaskan banyak kali...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Ini pun kalau kita nak terima atau tidak terima, Yang Berhormat Pasir Mas susah sikitlah nak terima pandangan tetapi hakikatnya permasalahan pada masa itu bukan sama ada Tun Salleh Abas patut dipecat, tetapi permasalahan pada masa itu ialah Tun Hamid Omar. Itulah sebabnya saya merasakan pada masa itu Tun Hamid Omar tidak ada pilihan kerana beliau adalah next in line...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya minta penjelasan sikit lagi?

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

No, no. Saya akan terus, saya akan teruskan. Kalau tidak, tidak selesai.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri tidak bagi peluang Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas sila duduk.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya ingin sambung Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Bagan menyarankan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jerlun bangun Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya mohon penjelasan dulu.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Biar saya sambung dulu.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu yang atas reform. Mohon penjelasan dulu.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Jerlun bangun, Yang Berhormat.

Mana satu Yang Berhormat?

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Wangsa Maju.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat ya.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ya memang. Ini amat serius dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan soal reform di badan kehakiman kita.

Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri di dalam persidangan itu, Suruhanjaya Di-raja baru-baru ini di bawah Tan Sri Haidar ini, di sana skandal-skandal hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Lau Hock Beng telah timbul dalam itu hearing di sana. Sekarang, beliau masih dispend justice dengan izin, di Mahkamah Rayuan. Apa reform nak buat kalau ada bukti seperti itu telah dibawa dalam suruhanjaya ini, memang...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Memang seorang hakim itu...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Jalankan tugasnya sementara.

Terima kasih.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya ambil kira cadangan ataupun pandangan itu tetapi saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa reform ataupun perubahan ini memerlukan masa, memerlukan pelaksanaannya peringkat demi peringkat...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Kita tidak boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekali gus. Seperti juga pengalaman Yang Berhormat dari parti pembangkang.

Sekarang ini kita tahu parti pembangkang ada memerintah negeri-negeri. Yang Berhormat pun sedar parti pembangkang juga ataupun kerajaan-kerajaan pakatan juga menghadapi masalah tertentu dalam melaksanakan apa yang dijanjikan misalnya.

Ini menunjukkan bahawa realiti ataupun keadaan sebenar lebih lain daripada kehendak persendirian kita...

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Jadi saya mengambil kira apa yang dikatakan tetapi saya memberi jaminan bahawa...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk dahulu. Yang Berhormat Wangsa Maju Yang Berhormat Menteri tak bagi peluang.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan perkara ini. Ahli Yang Berhormat dari Bagan menyarankan...

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, ini ada satu sebab kedudukan hakim ini mesti...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Kedudukannya tidak dipersoalkan.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya terima cadangan itu, saya kata kita akan kaji dan kita akan meneliti.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ahli Yang Berhormat dari Bagan menyarankan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri dan ISA dihapuskan...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Seperti yang diumumkan oleh...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun bangun Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Saya akan habiskan dahulu.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu dia habis.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Seperti yang diumumkan...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun tunggu dia habis dahulu.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Topik sudah lain itu.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak, menteri sudah janji sudah.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Seperti yang diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk meminda atau memansuhkan ISA dan undang- undang lain yang dianggap keras oleh sesetengah pihak.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa peka terhadap tuntutan ramai, kita bersikap terbuka dalam semua perkara termasuk jugalah dalam isu-isu seperti undang-undang ISA dan sebagainya...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Sebagai...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Hit and run ini tak elok.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Sebagai...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya habiskan, saya habiskan.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Itu sudah topik lain dah itu.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Tahanan pencegahan preventive detention sebenarnya adalah perlu bagi masyarakat negara ini. Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri pada 2 Mei, juga bersetuju supaya saya dan menteri yang berkenaan dan juga Peguam Negara meneliti perkara-perkara tertentu dalam rang undang-undang itu untuk kita semak semula. Kalaulah kita perlu kaji ataupun perlu kita menambahbaikkan peruntukan-peruntukan tertentu, ini juga akan dilaksanakan.

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Mohon penjelasan.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerlun bangun.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih. Ingatkan tadi hendak hit and run sahaja. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.

Setelah dilantik menjadi menteri terus bergerak untuk merealisasikan manifesto pembangkang dan bukan manifesto Barisan Nasional. [Tepuk] [Dewan riuh]

final • 4:49 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Yang pertama sekali saya hendak tanya mengenai apa yang telah Yang Berhormat Menteri sebutkan prerogatif bertanggungjawab. Tidakkah benar bahawa pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebelum ini seorang peguam, sekarang ini Presiden Mahkamah Rayuan. Saya tak nafikan kewibawaan Tan Sri Zaki ini tetapi tidakkah itu daripada peguam menjadi Presiden Mahkamah Rayuan ini, pelantikan beliau adalah hasil daripada lobi-melobi juga oleh Perdana Menteri sekarang ini. Terima kasih.

[Tepuk] [Dewan riuh]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya bagi pihak kerajaan seperti yang saya katakan tadi kita melaksanakan atau cuba melaksanakan perubahan ini bukan kerana ini manifesto pembangkang.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2004 lagi, telah pun mengumumkan dasar-dasar mengenai transparency, accountability dan sebagainya.

Jadi ini adalah susulan daripada manifesto Barisan Nasional. Akan tetapi kalau ada dari orang Barisan Nasional sendiri yang merasakan ini ialah bukan dasar kita, mungkin orang itu tak selesa dalam Barisan Nasional. [Tepuk] [Dewan riuh] Kerajaan kita dan orang-orang Barisan Nasional dan UMNO mempersetujui perkara ini dilakukan, dan saya tidaklah seperti apa yang cuba disarankan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, iaitu pandai-pandai. Apa yang saya umumkan ada yang saya kata pandangan, ada yang saya kata keputusan...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Jadi kita harus pandai membezakan. Bila kita baca surat khabar kita harus pandai membezakan yang mana pandangan atau asas- asasnya dan di mana kedudukan...

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh bagi jalan tak?

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Saya ingin meneruskan Tuan Yang di-Pertua kerana saya masih lagi banyak perkara penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bagilah!

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya cadangkan menteri lain kali bertanding sahajalah dalam pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, bagi Pasir Salak.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat. Tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya kalau ada masa...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak pula.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Seperti yang saya katakan tadi...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Saya banyak lagi perkara-perkara pokok. Seperti saya katakan tadi saya minta kerjasama supaya saya selesaikan isu ini dan saya akan memberi ruang jika masa masih ada.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri tak bagi laluan Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Ahli Yang Berhormat dari Kulai, Yang Berhormat dari...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat, sila duduk.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Wangsa Maju menimbulkan isu tentang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ataupun yang selalu dikatakan IPCMC. Sebelum Dewan ini dibubarkan pada 3 Februari tahun ini, Rang Undang- undang Suruhanjaya Aduan Khas ataupun disebut sebagai Special Complaints Commission telah dibentangkan untuk bacaan pertama.

Walau bagaimanapun, banyak pihak merasakan ada kelemahan-kelemahan tertentu dalam rang undang-undang ini, termasuklah mereka yang menjadi pesuruhjaya-pesuruhjaya yang dipimpin oleh Tun Muhd Dzaidin sendiri. Sebab itu kerana ada timbul perasaan ini dan kerana rang undang-undang itu telah pun... kerana Parlimen telah dibubarkan, maka oleh sebab itu kerajaan dan Jemaah Menteri pada 23 April mengarahkan supaya saya mengkaji semula rang undang-undang itu dengan memasukkan input dan pertimbangan pihak-pihak tertentu.

Kerajaan tidak sesekali melupakan janjinya untuk melaksanakan rang undang- undang ini. Rang undang-undang yang telah dikaji semula untuk penambahbaikan ataupun Rang Undang-Undang Special Complaints Commission ini akan dibentangkan di Dewan ini sebaik sahaja ia selesai dipertimbangkan oleh kerajaan.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:49 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa tunjuk-tunjuk bagi sana?

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagi sinilah dahulu.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Saya akan beri kepada mereka yang betul-betul ada soalan.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini untuk pembangkang untuk kerajaan? Menteri pembangkang atau menteri kerajaan ini? [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tak disiplin langsung ini!

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kita ini sudah lama dalam Barisan Nasional dalam kerajaan, 30 tahun lebih.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tak lama lagi out juga. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Tak lamalah kalau bersikap begini Barisan Nasional mesti hancur punya.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

tak payah komen Yang Berhormat. Sila, sila.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri mengatakan soalan IPCMC ini...

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Banyaklah daripada pagi tadi.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tengok kita di sini hendak bincang dia hendak kacau. Tak serius. Halau keluar sahajalah!

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat Wangsa Maju. Silakan. Kalau tak saya pun berhentikan Yang Berhormat Wangsa Maju pula.

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, macam dia seorang sahaja yang pandai!

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tengok!

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tak apalah sini ada zoo. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan cakap macam itu Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat mengatakan... [Dewan riuh]

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tarik balik, zoo apa!

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Siapa kata? Saya kata ada zoo.

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Zoo apa?

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apa hal?

final • 4:49 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Zoo apa zoo? Ini Dewanlah bukan zoo!

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Orang cakap dia kacau. Dia tak serius.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dia takut.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, bukan soal takut Yang Berhormat. Bukan soal takut.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dia takut dengan apa yang kita hendak sebut.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila, silakan Yang Berhormat.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, mengatakan bahawa soal mengenai dengan IPCMC ini. Yang Berhormat sedar atau tidak, suruhanjaya diraja ini ditubuhkan oleh kerajaan juga, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sama juga, dan bila suruhanjaya diraja ini buat keputusan ataupun rekomendasi.

Namun sudah berapa tahun? Dua, tiga tahun sudah berlalu, tapi tidak dilaksanakan langsung! Apabila Perdana Menteri berkata hendak melaksanakan tetapi terdapat bantahan daripada pihak polis, maka dia kata “Okay, stop”. Kita mesti jalankan apa yang suruhanjaya diraja telah putuskan atau telah buat rekomendasi. Kalau tidak kita habis masa sahaja, habis wang negara. Terima kasih.

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, duduk.

final • 4:49 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bilakah rang undang-undang itu akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini? Terima kasih.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Seperti yang saya sebut tadi, kita sedang mengkaji semula, mengambil kira pandangan-pandangan yang saya sebutkan tadi khususnya dari pesuruhjaya-pesuruhjaya Tun Dzaidin sendiri, tetapi kita juga tidak boleh terima segala-galanya.

final • 4:49 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Banyak juga pandangan Jabatan Peguam Negara, polis dan dengan izin enforcement agencies yang lain. Akan tetapi, kita harus mendapat kompromi perkara ini dan saya percaya kita dapat bentangkan perkara ini dalam tahun ini. Itu jangkaan saya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut di sini bahawa...

final • 4:49 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Datuk Menteri sila duduk, ada usul.

final • 4:49 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Mahu kerja kuat sedikitlah.

final • 4:49 PM

Seorang Ahli

Malam Jumaat.

final • 4:49 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, saya faham malam Jumaat.

Malam Jumaat lelaki kena pulang. [Ketawa]

final • 4:49 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab dan diputuskan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin 26 Mei 2008”.

final • 5:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:22 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih. Yang Berhormat bagi Bintulu mencadangkan agar Majlis Peguam lebih peka terhadap aduan salah laku atau etika yang melibatkan peguam-peguam. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan inilah yang perlu kita kaji. Dan kita bersetujulah bahawa Majlis Peguam juga bertanggungjawab di bawah akta-akta yang berkenaan untuk mendisiplinkan, untuk memastikan peguam-peguam juga mengikut melakukan perkara-perkara yang hanya dibolehkan di bawah akta tersebut.

Mengenai cadangan Yang Berhormat bagi Gombak supaya Akta Rahsia Rasmi dimansuhkan, kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk memansuhkan akta-akta tersebut seperti yang dicadangkan. Jemaah Menteri boleh memutuskan mengenai dengan soal-soal rasmi ini, apa yang sulit itu, Jemaah Menteri boleh memutuskan pada bila-bila masa, kalau perlu jika dokumen-dokumen atau perkara- perkara yang tertentu boleh diclassifykan. Namun begitu kerajaan tidak mengetepikan kemungkinan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang tersebut untuk kita menambahbaikkan pada masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh minta jalan?

final • 5:22 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

...Tuan Yang di-Pertua, semua pembaharuan yang saya nyatakan tadi adalah pembaharuan law reform yang mempunyai implikasi yang besar. Semasa 25 tahun kita tidak pernah memberi tumpuan yang sepatutnya kepada perkara-perkara perundangan...

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 5:22 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Last question, terima kasih. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang...

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bagi Tumpat, Yang Berhormat.

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat bagi Tumpat? Tidak bagi juga?

final • 5:22 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri menyebut tadi tentang jawatankuasa yang terhad yang dianggotai oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara untuk mengkaji undang-undang yang berkaitan dengan ISA ini.

Jadi satu ayat dalam kenyataan Yang Berhormat tadi, boleh tidak dijelaskan lagi apakah terms of reference dia. Apakah had masa yang hendak dilaporkan dan adakah jawatankuasa tiga orang ini yang semuanya di pihak kerajaan akan membuka suatu peluang untuk rakyat, untuk peguam, untuk pembangkang, ahli-ahli berminat tentang hak asasi dan sebagainya, memberikan input kepada jawatankuasa tiga orang ini, terima kasih.

final • 5:22 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat bagi Tumpat. Pada peringkat sekarang adalah perlu kita dahulu berbincang, ini adalah peringkat awal, keputusan baru dibuat. Akan tetapi saya percaya, seperti yang kita lakukan dalam Suruhanjaya Kehakiman dan apa-apa perundangan yang mustahak, saya berpendapat bahawa kita perlu consultation.

Kita perlu input, kita perlu kepada pandangan ramai kerana undang-undang yang baik ialah undang-undang yang boleh diterima oleh ramai dan saya tidak menolak kemungkinan itu dan kita akan memikirkan cara-cara, mekanisme untuk mendapat input-input. Dari segi jangka masa saya juga tidak mahu terlalu kata orang definitive on this, kita tengoklah apa-apa isu yang timbul.

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, saya hendak tanya soalan.

Satu soalan sahaja saya minta.

final • 5:22 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 5:22 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

OSA... Kulim, Kulim.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bagi Kulim Bandar Baharu.

final • 5:22 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan berkenaan dengan pendekatan atau sikap yang akan diambil oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan OSA tadi.

Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk membawa kepada pemansuhan akta tersebut ataupun hendak membaik pulih akta tersebut? Oleh kerana pernah terjadi dalam sejarah kehakiman kita, seorang yang saya sebut namanya di sini saudara Ezam Mohd Noor pernah mendedahkan dokumen OSA berkaitan dengan perakuan oleh Yang Berhormat Peguam Negara masa itu, untuk memperkenakan pertuduhan jenayah terhadap seorang menteri yang masih berkhidmat masa itu.

Bukan sahaja tindakan tidak diambil terhadap menteri tersebut, tetapi saudara Ezam yang dikenakan tindakan di bawah OSA mengakibatkan dia dipenjarakan 18 bulan. Jadi pernah terjadi dalam sistem kita seorang yang cuba mendedahkan dokumen tersebut dikenakan tindakan. Sebaliknya orang yang patutnya dikenakan pertuduhan, dilepaskan. Jadi memberi persepsi OSA ini digunakan untuk melindungi orang-orang tertentu.

final • 5:22 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk menimbang semula peruntukan-peruntukan seumpama ini supaya tidak terjadi kes-kes sebagaimana yang terjadi kepada saudara Ezam cuba menunjukkan atau membuktikan perkara yang betul, akhirnya dia yang dihukum penjara. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:22 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, keputusan kerajaan setakat ini seperti yang saya jelaskan tadi, tidak melibatkan kajian OSA. Yang saya sebut hanyalah ISA dan soal kuasa Peguam Negara.

Jadi saya tidaklah wajar buat masa ini memberi kenyataan yang belum lagi secara prinsipnya diterima oleh kerajaan. Cuma dalam ayat saya tadi, saya kata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita terbuka kepada segala kemungkinan untuk mengkaji mana-mana undang-undang yang kita kira boleh meningkatkan kebaikan kepada rakyat. Jadi itu sahaja buat masa ini.

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, point of order 36(5)...

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apa itu Yang Berhormat?

final • 5:22 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Dengan 36(6). Ada kaitan tadi, sebelum Yang Berhormat Menteri jaga undang-undang jawab, waktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri jawab ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor ada menyebut nama Tun. Dr. Mahathir yang berkaitan dengan kekecohan sistem kehakiman sekarang ini.

Oleh kerana kajian video Lingam sudah pun selesai dan Tun. Dr. Mahathir sudah pun membuat kenyataan supaya dia sedia untuk didakwa bila-bila masa di mahkamah untuk membersihkan segala kekeliruan ini. Apakah dah bilakah pihak kerajaan akan mendakwa Tun Dr. Mahathir supaya perkara ini dapat diselesaikan once and for all? Terima kasih.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya buat keputusan ini dahulu. Saya tidak nampak relevan 36(5) dan 36(6) itu, nampaknya Yang Berhormat daripada Pasir Mas saja hendak bercakap. Jadi tiada apa. Sila Yang Berhormat.

final • 5:22 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan...

final • 5:22 PM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, kerana kesuntukan masa saya tidak lagi menerima teguran-teguran ataupun penjelasan. Saya hanya di antara dua perkara lagi untuk saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Soal pembaharuan yang saya sebutkan tadi, soal reform. Pada hemat saya, kita telah membelakangkan aspek ini dalam pentadbiran negara kita dan jika ada kelemahan-kelemahan dan kita telah dapati unsur-unsur kelemahan itu maka adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan ini, untuk memperbaiki soal pentadbiran mahkamah, soal susunan, undang-undang yang baik dan sebagainya.

Semua ini berlaku kerana kita ada Perdana Menteri yang mahu perubahan ini dilakukan. Kita sedar hasrat manifesto kita sendiri. Kita sedar apa yang kita janjikan kepada rakyat empat tahun dahulu. Kita sedar bahawa inilah yang perlu dilaksanakan.

Saya menyeru kepada pihak-pihak yang cuba menakut-nakutkan kumpulan- kumpulan tertentu bahawa kita akan rugi dengan perubahan ini. Sebenarnya kita rakyat Malaysia semuanya akan mendapat untung dari pembaharuan ini. Sekian terima kasih.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Datuk Senator Amirsham bin A. Aziz. Sila Yang Berhormat Senator.

final • 5:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Amirsham A. Aziz

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah mencadangkan dikaji semula konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mempersoalkan manfaat pengagihannya.

Semenjak DEB dilancarkan pada tahun 1971, ia berpaksi kepada konsep pertumbuhan dengan pengagihan. Tumpuan inisiatif di bawah DEB pada asasnya ialah untuk menyediakan peluang bagi golongan yang terpinggir dari segi pencapaian ekonomi untuk turut bersama menikmati arus pembangunan negara. Usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat adalah sejajar dengan senario sosioekonomi rakyat Malaysia dan nilai-nilai murni sejagat.

Hasil daripada inisiatif pembangunan nasional oleh kerajaan yang menerap semangat DEB dan memberi tumpuan kepada pengagihan yang saksama, tahap kemiskinan di Malaysia telah bertambah baik sekarang. Berasaskan kepada penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terbaru yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, insiden kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah berkurangan kepada 3.6% pada tahun 2007, berbanding 5.7% pada tahun 2004.

Dari segi nilai mutlak jumlah isi rumah miskin berkurangan sebanyak 33% daripada 311,300 kepada 209,000 dalam tempoh yang sama. Pengurangan bilangan isi rumah miskin ini adalah di sumbang oleh pertumbuhan ekonomi yang positif serta usaha kerajaan melalui pelaksanaan pelbagai program dan projek pembasmian kemiskinan. Berdasarkan pengurangan tersebut, kerajaan yakin sasaran Rancangan Malaysia Ke-9 atau RMK-9 untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun...

final • 5:32 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tumpat bangun.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya teruskan penjelasan ini baru saya selepas itu saya bagi jalan, pada tahun 2010 akan tercapai insya-Allah.

Pendapatan purata rakyat Malaysia juga telah meningkat daripada RM3,249 pada tahun 2004 kepada RM3,686 pada tahun 2007. Dengan semua kumpulan kaum juga mengalami peningkatan pendapatan purata. Pada masa yang sama ketidaksamaan pendapatan antara kaum juga telah berkurangan. Di sebalik kejayaan- kejayaan tersebut, kemungkinan terdapat kelemahan dari segi keberkesanan pelaksanaan terhadap pendekatan dan program pengagihan terutamanya berkaitan dengan pemantauan projek.

Oleh itu, kerajaan akan terus menjalankan kajian terhadap keberkesanan pendekatan dan program yang dilaksanakan dari semasa ke semasa...

final • 5:32 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Dengan adanya usaha yang berterusan untuk menambah baik pendekatan tersebut, matlamat pengagihan akan dapat mendorong masyarakat Malaysia terus bersatu padu untuk...

final • 5:32 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Mohon penjelasan Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Berganding bahu memacu negara ke arah negara maju menjelang tahun 2010...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang dan Tumpat bangun lagi, yang mana satu Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya akan teruskan jawapan ini selepas itu saya beri jalan. Dalam usaha mengimbangkan pengagihan dalam ekonomi yang berkembang, kerajaan berusaha memberi peluang kepada semua golongan, tanpa mengira kaum termasuklah bumiputera dan bukan bumiputera.

Kerajaan sedar banyak usaha yang dilaksanakan, ditujukan kepada pembangunan usahawan bumiputera. Ini adalah kerana usaha-usaha ini perlu bagi mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan Masyarakat, Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, (MPPB). Langkah ini juga akan dapat merapatkan jurang ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ya.

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas ya Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Soal pengagihan ekonomi.

Jawapan awal Yang Berhormat Menteri soal pengagihan kekayaan negara menarik perhatian saya. Dua perkara yang saya hendak minta komentar Yang Berhormat Menteri.

Satu, petunjuk tentang sama ada pengagihan kekayaan negara itu benar- benar teragih secara adil ialah yang kita sebut dalam istilah ekonominya ialah Gini Coefficient. Saya pasti Yang Berhormat Menteri sangat mahir tentang ini.

Gambaran yang saya teliti daripada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu membentangkan Rancangan Malaysia Ke-3 tidak menggambarkan seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut. Kalau boleh saya petik, dalam Rancangan Malaysia Ke-9, ukuran petunjuk Gini Coefficient ini yang mengukur income disparity dengan izin, tambah buruk daripada 0.452 pada tahun 1999 kepada 0.462 pada 2004 dan trend ini terus membimbangkan.

Dengan izin, the divide between the rich and poor has widen in all ethnic groups inequality among the bumi being the highest. Itu ada semacam percanggahan dan banyak sebenarnya daripada data-data ekonomi yang diberi jawapan oleh Yang Berhormat menteri sebentar tadi.

Perkara kedua, saya juga sempat sebenarnya Yang Berhormat Menteri meneliti laporan terkini 2007 berkenaan dengan United Nations Human Development Report muka surat 282, soal pengagihan kekayaan negara di Malaysia. Katanya, “Jurang pendapatan kaya miskin paling buruk di peringkat Asia Tenggara, the income share dengan izin, 40% rakyat kelompok bawahan cuma menikmati 13.5% kek ekonomi negara, berbanding 20% kelompok rakyat di lapisan atas yang menguasai 51.2%.” Bagaimana reaksi Yang Berhormat Menteri dalam merujuk kepada dua fakta ini? Soal gambaran keadilan kekayaan ekonomi negara?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan tadi, kita telah membuat survey dengan izin, untuk 2007.

Daripada keputusan survey itu, kita dapat mengatakan tentang pengagihan pendapatan, dari segi bumiputera dengan Cinalah misalnya. Bumiputera dengan Cina pada tahun 2004, agihan ialah 1:1.64 dan telah bertambah baik sekarang iaitu 1:1.54.

Antara luar bandar dan bandar juga telah bertambah baik daripada 1:2.11 ke 1:1.91.

Dari segi Gini Coefficient juga, Malaysia telah bertambah baik. Daripada tahun 2004, mengikut survey itu ialah 0.462 tahun 2004, telah bertambah baik kepada 0.441 pada tahun 2007.

Dari segi report United Nations yang telah dibangkitkan tadi, kita akan ambil perhatian tentang perkara itu tapi dari segi, saya juga mengatakan tadi kita punya survey menunjukkan adalah bertambah baik.

Yang Berhormat Sungai Petani ada menyatakan bahawa banyak projek mega dibangunkan...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Krai bangun Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sikit saja. Mengenai perkara yang sama saja.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Okey.

final • 5:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:32 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ringkas saja. Kita dah bangkitkan mengenai statistik HIS ini dalam beberapa soal jawab dengan wakil daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kita mengatakan bahawa penggunaan mean sebagai menunjukkan pendapatan ini tidak kena.

Oleh kerana mean ini sangat dipengaruhi oleh nilai-nilai ekstrem dan nilai ekstrem ini bukan kita buat-buat. Gini Coefficient menunjukkan bahawa ianya makin meluas, indeks itu makin meluas jadi nilai-nilai ekstrem itu makin berperanan menyebabkan nilai mean yang kita gunakan untuk pendapatan isi rumah itu tidak tepat.

Lebih baik kita gunakan nilai median, kita kata. Jadi hari ini berulang balik hujah yang sama jadi ke mana kita nak pergi? Kita rasa ini semua adalah fatamorgana, kerana yang jelasnya rakyat makin susah walaupun dikatakan peningkatan ekonomi.

Jadi macam mana penjelasan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Terima kasih. I think telah dijelaskan yang kalau keluar daripada perangkaan di Malaysia, kalau kita gunakan Median, in fact dia punya angka akan lebih, I will say optimistik kerana kita punya kebanyakan daripada pendapatan terlalu ramai orang Malaysia yang berpendapatan rendah. Jadi, untuk kegunaan ini kita dapati mean adalah lebih baik.

Saya nak sambung...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak bangun, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sikit Yang Berhormat.

Terima kasih. Zoo tak ada di Kampung Gajah ini, dekat Wangsa Maju ada.

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tak usahlah bercakap secara macam profesor di universiti. Medianlah, meanlah, itulah.

Pokoknya sekarang Dasar Ekonomi Baru yang telah begini lama, kita bawa dasar ini pelaksanaannya sejauh mana kita dah berjaya. Itu perkara pokok.

Bila saya bercakap begini, bunyi nada macam pembangkanglah tetapi this is dengan izin, self-criticism, self-correction. Nothing wrong! Dengan izin. Pokoknya sekarang ini, pencapaian kita tidak sebagaimana yang kita jangkakan, yang kita harapkan. Di kampung-kampung, rata-rata lagi miskin-miskin. Penguasaan harta, land holding, ekuiti jauh sekali, saham jauh sekali. There’s so many dengan izin, landless, tak bertanah! No asset!

Jadi dengan sebab itu, yang saya minat nak dengar Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab soal perancangan ekonomi ini, macam mana kita memperhebatkan. Memperhebatkan matlamat mencapai kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara ini di antara golongan yang miskin, golongan luar bandar tak kiralah Indiakah, Melayukah, Cinakah, tak ada perkauman!

Pembelaan kepada mereka yang masih lagi tertinggal. Saya nak dengar itu! [Tepuk] Saya tak mahu dengar retorik-retorik ini apa semua, teori-teori ini. Terima kasih.

final • 5:32 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk] Tiga bulan lagi pembangkang.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Pada bulan Mac itu hari, saya telah memberi kenyataan akhbar mengenai dengan kesimpulan ataupun finding dengan izin, HIS ini.

Saya akan memberi lagi angka-angka ini. Dari segi pendapatan luar bandar dan bandar...

final • 5:32 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri nak habiskan itu dulu Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

....Jurang perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera dan jurang perbezaan antara luar bandar dan penduduk bandar adalah telah dapat diseimbangkan dengan lebih baik lagi.

Dari segi pendapatan juga yang telah saya nyatakan tadi, seluruh Malaysia, pendapatan seisi rumah telah juga meningkat daripada RM3,200 pada tahun 2004, dan 2007 telah meningkat kepada RM3,600. Banyak lagi indeks-indeks yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita ada kemajuan dari segi mengimbangkan lagi jurang antara luar bandar dan bandar dan miskin dengan kurang miskin.

Saya dari segi kerana masa, saya nak teruskan isu yang kedua...

final • 5:32 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang penting.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Klang bangun lagi Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Yang Berhormat Sungai Petani menyatakan bahawa banyak projek mega dibangunkan, tetapi tidak membawa faedah kepada rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk menjana pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, ungkapan projek mega yang sering disebut-sebut oleh pihak pembangkang sebenarnya adalah sekadar retorik politik, dan digunakan semata-mata untuk meremehkan usaha ikhlas kerajaan untuk membawa pembangunan secara seimbang.

Sebagai contoh, pembangunan Projek Hidro Bakun merupakan projek yang amat penting bagi memastikan bekalan elektrik yang terjamin dalam jangka panjang, khususnya di Semenanjung Malaysia memandangkan bekalan sumber tenaga yang lain seperti gas semakin susut.

Di samping itu, ia juga penting dari aspek campuran sumber tenaga dalam penjanaan elektrik supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sumber tenaga sahaja. Sumber tenaga hidro juga merupakan sumber tenaga ‘venerable’, dengan izin serta lebih efisien dan lebih murah dalam jangka panjang.

Contoh kedua ialah Projek Landasan Berkembar. Pada masa ini, dua Projek Landasan Kereta Api Berkembar sedang dilaksanakan iaitu Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas. Sementara laluan KL-Ipoh dan KL-Seremban telah diguna pakai.

Pembinaan landasan kereta api berkembar adalah bertujuan menaik taraf perkhidmatan kereta api bagi membolehkan keselesaan kepada pengguna.

Selain itu, ia juga adalah untuk kegunaan pengangkutan barang-barang ke pelabuhan dan ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, ianya akan melengkapkan rangkaian infrastruktur negara menjadi lebih cekap dan menyeluruh ataupun holistik merangkumi cara pengangkutan yang lain.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tumpat bangun, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Yang Berhormat Tumpat.

final • 5:32 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan landasan kereta api itu, minat saya adalah amat tinggi tentang kereta api ini dan saya ingin bertanya, apabila mendengar rancangan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan dan landasan kereta api, ianya senantiasa tertumpu kepada Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja.

Tidak langsung melibatkan Pantai Timur, tidak langsung melibatkan negeri- negeri Sabah dan Sarawak yang amat saya sayang orang-orangnya di sini . Jadi saya ingin menanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah rancangan konkrit untuk meningkatkan perkhidmatan dan landasan kereta api ke Pantai Timur dan juga ke negeri Sabah dan Sarawak?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Dalam perancangan yang diadakan untuk Eastern Corridor dengan izin. Kita telah diberikan satu masa untuk membuat kajian bagi kegunaan atau pembaikan lagi landasan kereta api di Pantai Timur. Jadi harap dapat tunggu kajian yang akan dibuat tidak lama lagi juga. Ini juga merangkumi di Sabah juga.

Terima kasih.

Berhubung pendapatan garis kemiskinan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat angka PGK bagi tahun 2007 adalah RM750 sebulan berbanding RM690 sebulan bagi tahun 2004 bagi Malaysia. Kadar ini telah mengambil kira peningkatan kos barangan keperluan asas berdasarkan indeks harga pengguna.

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulan isi rumah tersebut adalah kurang daripada PGK iaitu pendapatan bulanan yang mencukupi untuk seisi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan untuk membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.

Penentuan barangan keperluan asas ini telah mengambil kira faktor-faktor seperti keperluan makanan rakyat Malaysia, saiz dan umur isi rumah. Kaedah penentuan PGK ini diterima pakai oleh beberapa negara lain...

final • 5:32 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu adakah tambang bas sekolah dan bayaran tuisyen sekolah adakah itu dianggap sebagai satu keperluan asas? Terima kasih.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Dari segi untuk PGK ia tidak mengambil kira tentang keperluan itu. Keperluan asas ialah untuk cara penghidupan satu keluarga dan itu dari segi makanan yang cukup, makanan yang cukup khasiatnya dan keperluan asas seperti baju dan...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjang Yang Berhormat Menteri?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Okey.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjang menjawab?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ada lagi, saya hendak teruskan.

final • 5:32 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ini satu yang penting. Bolehkah saya sambung sikit?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya hendak teruskan. Berhubung cadangan beberapa Ahli Yang Berhormat agar kerajaan menambah dan menggiatkan usaha- usaha mengurang jurang pendapatan. Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa prihatin dalam menangani masalah jurang pendapatan di kalangan penduduk di Malaysia.

Pelbagai usaha telah dan sedang diambil bagi mengurangkan jurang pendapatan di kalangan penduduk menerusi pelbagai usaha seperti meningkatkan pembangunan modal insan secara berterusan terutamanya dalam penyediaan peluang pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan. Selain itu perlaksanaan pelbagai projek seperti pembangunan koridor-koridor baru, program penjanaan ekonomi, pembinaan kemudahan infrastruktur asas dan kemudahan sosial juga telah membantu merapatkan lagi jurang pendapatan melalui penyediaan lebih banyak peluang dan aktiviti ekonomi terutamanya di kawasan luar bandar.

Dalam hal ini nisbah perbezaan bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 1:2.11 pada tahun 2004 pada 1:1.91 pada tahun 2007. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyediakan skim bantuan khas. Ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dalam ucapan penggulungan beliau.

Yang Berhormat Sungai Petani juga ingin mengetahui apakah langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani keadaan ekonomi negara apabila sumber minyak kita kehabisan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedar bahawa negara tidak boleh terus bergantung kepada minyak atau gas sebagai sumber utama pendapatan.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ini kerana rizab minyak negara hanya mampu bertahan dalam tempoh 22 tahun manakala gas 39 tahun, berdasarkan kadar pengeluaran semasa dan dengan andaian bahawa keseluruhan rizab dapat dikeluarkan. Dengan permintaan dalam negeri yang terus meningkat, negara dijangka menjadi sebuah negara pengimport bersih tenaga dengan izin, net energy importer menjelang tahun 2014.

Dua kesan nyata apabila negara menjadi negara pengimport bersih tenaga adalah, pertama hasil negara dari sumber petroleum akan berkurangan dan kedua keupayaan kerajaan untuk menyediakan subsidi yang besar bukan sahaja ke atas produk petroleum tetapi juga ke atas sektor-sektor lain dikhuatiri tidak akan dapat diteruskan.

Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah dan akan mengambil beberapa langkah. Antaranya, memperluaskan lagi asas cukai melalui perlaksanaan cukai barangan dan khidmat serta mengkaji semula keberkesanan insentif cukai yang diberikan oleh kerajaan. Kerajaan juga akan memastikan jentera kutipan hasil cukai di laksana dengan lebih berkesan.

Berhubung keupayaan kerajaan...

final • 5:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada yang bangun Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya habiskan. Berhubung keupayaan kerajaan menyediakan subsidi yang berterusan sukalah dimaklumkan bahawa isu tersebut perlu ditangani secara komprehensif dan objektif bagi memastikan penggunaan sumber tenaga yang lebih cekap dalam jangka panjang.

Dalam hubungan ini kerajaan akan menyemak struktur harga dan subsidi yang sesuai untuk diguna pakai bagi bekalan gas serta produk petroleum bagi mengurangkan bebanan tanggungan oleh kerajaan dan Petronas berikutan perbezaan harga yang amat besar akibat kenaikan harga minyak mentah dunia.

Namun begitu, sukalah ditekankan bahawa kepentingan golongan-golongan pendapatan rendah akan diberi perhatian khusus supaya kebajikan mereka terpelihara.

Penstrukturan semula subsidi akan dilaksanakan bagi memastikan hanya golongan berpendapatan rendah menikmati faedah subsidi manakala harga pasaran akan dikenakan kepada golongan berpendapatan tinggi.

Kerajaan berusaha mempelbagaikan dan merangsang aktiviti pertumbuhan ekonomi di masa hadapan melalui sumber pertumbuhan baru dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian melalui peningkatan dalam rantaian nilai lebih tinggi dan mewujudkan kekayaan baru menerusi peningkatan produktiviti, daya saing dan nilai tambah.

Selain daripada kerajaan berhasrat untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing yang berkualiti, berteknologi moden dan terkini serta membuat pelaburan dalam sektor yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi dijangka mengalami fasa transformasi yang lebih dinamik, di jana oleh peningkatan aktiviti sektor perkhidmatan khususnya dalam aktiviti kewangan dan insurans, perniagaan borong dan runcit, pengangkutan, komunikasi serta penginapan dan restoran. Sejajar dengan usaha ini, sumbangan sektor perkhidmatan pada ekonomi negara di unjur mencecah 54.5% pada tahun 2008 dan sepanjang tahun Rancangan Malaysia Kesembilan.

final • 5:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat telah menyebut tentang kecekapan mempercekap lagi proses kutipan cukai. Soalan yang saya minta terdahulu ringkas sahaja. Kalau di lihat daripada statistik yang ditunjukkan dari tahun 2004 sehingga 2007, kerajaan telah mengambil beberapa keputusan termasuk membuat keputusan menghapus kira cukai yang pada 2007 bernilai hampir RM1 bilion.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau kita lihat tahun-tahun sebelumnya 2006, 2005 dan 2004, angka kelulusan tersebut sangat signifikan jurangnya. Begitu juga tahun 2003. Jumlah yang dibenarkan dihapus kira hampir 800% bertambah. Memandangkan tahun 2003 dan 2007 adalah tahun-tahun sebelum pilihan raya umum diadakan, adakah keputusan ini mengambil kira kepada mana-mana syarikat ataupun institusi perniagaan, penghapusan kira cukai itu bermakna wujudnya kaitan di antara derma ataupun sumbangan yang diberi kepada syarikat-syarikat tersebut.

Saya mengatakan begitu Yang Berhormat Menteri kerana perkara ini sering kali dikaitkan oleh organisasi-organisasi perniagaan yang bahawa mereka terpaksa mewujudkan element kickback dengan izin,...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

...Dalam laporan-laporan kewangan mereka. Terima kasih.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Seperti yang saya katakan tadi, kita akan memperketat lagi berkenaan dengan hasil cukai yang kita dapati daripada bukan sahaja individu dan juga company-company. Itu akan tetap dijalankan dan Bahagian Hasil Dalam Negeri sentiasa memantau perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat mencadangkan komponen perbelanjaan Petronas dibincangkan di Parlimen. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Petronas diperbadankan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Tatacara pengurusan syarikat seperti laporan tahunan dan penyata kewangan tahunan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Laporan tahunan dan penyata kewangan tahunan Petronas yang telah diaudit boleh diakses dengan mudah di laman web syarikat. Secara amnya pengagihan keuntungan Petronas terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

(i) sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk royalti, dividen, cukai dan duti eksport;

(ii) agihan kepada pemegang saham minoriti; dan

(iii) selebihnya ialah pelaburan semula dalam industri petroleum.

Semenjak penubuhannya pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah mencatat keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Daripada jumlah itu, Petronas telah membayar sebanyak 62.8% atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada kerajaan Malaysia.

Sebanyak 7.2% atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukkan untuk pemegang-pemegang saham minoriti, manakala 30% daripada keuntungan atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, wang yang diterima oleh kerajaan dari Petronas sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai ataupun dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh kerajaan. Sumbangan Petronas tersebut yang dibayar pada tahun kewangan berakhir Mac 2007 adalah berjumlah RM48.3 bilion dan ia merangkumi kira- kira 35.4% daripada keseluruhan hasil kerajaan pada tahun 2007.

Hasil yang diterima ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan berikut, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Selain daripada sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik.

final • 5:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Penjelasan.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, apa yang menyebabkan Petronas tidak berhasrat langsung untuk mewujudkan downstream activity di Sabah dan ianya cuma berhasrat untuk membuat paip lain daripada Kimanis, Papar ke Bintulu.

Anggaran kosnya lebih kurang RM16 bilion kalau tak silap. Bukankah ini merupakan satu langkah yang tidak bijak. Cuma memproses minyak dan gas dan gas itu disalurkan ke Bintulu, sementara crude oil itu terus dieksport. Bukankah ini merupakan langkah-langkah yang merugikan rakyat Sabah itu sendiri?

Jadi apakah Yang Berhormat selaku yang bertanggungjawab di Petronas ini memberi jaminan bahawa Petronas akan menggandakan usaha, memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan di Sabah untuk turut serta supaya mereka juga boleh mempertingkatkan ekonomi. Jangan hanya mengambil minyak itu dan diasingkan ke tempat lain.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Terima kasih berkenaan soalan itu. Kalau dilihat dari segi perancangan Koridor Sabah, ada di dalamnya rancangan untuk membina atau mengadakan kepelbagaian dari segi downstream activity minyak dan gas di Sabah...

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Jadi ada perancangan yang akan diadakan. Selain itu ada juga yang gas akan dibawa ke Bintulu tapi tetap di dalam perangkaan perancangan Sabah Development, ada rancangan itu.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Machang Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau ada Yang Berhormat, saya minta untuk dibekalkanlah program-program tersebut. Sebab selalu kata ada tetapi tidak ada. [Ketawa] Jadi inilah yang menyukarkan kita untuk menjawab kepada rakyat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Kita akan menyediakan, laksanakan rancangan itu bila...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri yang mana Yang Berhormat?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Because of time, saya hendak teruskan.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sikit sahaja.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya hendak timbulkan fasal Petronas.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung lagi.

Pelaburan semula keuntungan adalah kritikal bagi Petronas untuk membolehkannya terus meningkatkan usaha-usaha cari gali minyak dan gas dalam negara, membina dan meningkatkan kapasiti pengeluaran loji-loji penapisan dan pemprosesan untuk memenuhi permintaan bagi minyak dan gas. Langkah ini secara langsung menambah nilai kepada sumber minyak dan gas negara.

Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007 umpamanya, Petronas membuat pelaburan semula bernilai RM21.6 bilion yang mana RM16.2 bilion dilaburkan semula dalam bentuk minyak dan gas. Manakala RM5 bilion dalam hartanah dan khidmat logistik...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya habiskan soalan ini. Dengan pelaburan ini Petronas telah dapat mencatat keuntungan yang baik yang membolehkan terus menyumbang kepada negara melalui pembayaran kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, cuti eksport dan royalti.

Oleh itu, pelaburan semula yang dibuat oleh Petronas adalah lebih memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang berbanding penggunaannya untuk memberi subsidi minyak seperti yang dicadangkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat kerana pemberian subsidi merupakan perbelanjaan hangus...

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Tuan Yang di-Pertua, perlu juga dijelaskan di sini bahawa selain daripada sumbangan-sumbangan yang disebutkan tadi, Petronas juga membayar balik pinjaman yang digunakan untuk mengembangkan operasinya. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, baki pinjaman...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Petronas adalah sebanyak RM35.9 bilion.

Petronas juga telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dalam sektor pendidikan, kesihatan, sukan dan kesenian.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat Menteri?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Yang Berhormat Machang.

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma memohon penerangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang polisi yang diguna pakai oleh Petronas bagi pihak kerajaan bila satu-satu telaga minyak atau gas ditemui di perairan dengan ataupun di kawasan pertindihan dengan negara jiran.

Amalan yang berlaku sekarang saya merujuk kepada Joint Development Authority antara Malaysia dan Thailand. Kemudian, Petronas ada usaha sama dengan HAAS Corporation. Gas itu di bawa ke Songkhla, Thailand. Jauh tu Yang Berhormat Menteri. Jaraknya 227 kilometer daripada Songkhla dan dari Songkhla hendak turun ke Bukit Kayu Hitam lagi jauh, sedangkan jarak daripada Blok A18 itu cuma 140 kilometer sahaja dengan Kelantan.

Jadi, polisi yang diguna pakai sebabnya Yang Berhormat Menteri, saya teliti bahawa kalau hendak bawa daripada telaga punca gas itu, kita kena pasang paip. Ia ada dua jenis paip; pipeline offshore dan pipeline onshore. Itu kena bayar. Sekarang ini bayarannya ialah sebanyak USD2.5 juta bagi setiap satu kilometer.

Yang Berhormat Menteri, kemudian bila paip itu hendak diletakkan di bumi Thailand, pihak berkuasa Songkhla, kena bayar throughput fee pula. Jumlahnya untuk tahun 2007 ialah sebanyak USD1.2 bilion. Jadi, asas-asas pertimbangan apakah yang diguna pakai kerana Kelantan lebih dekat daripada Songkhla sebenarnya. Mohon penjelasan kriteria yang diguna pakai.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Terima kasih. Sebenarnya kawasan Joint Development Authority (JDA) ini ialah kawasan yang masih didisputekan antara Thailand dengan Malaysia. Jadi kawasan itu masih dipertikaikan lagi tetapi kerjasama telah dipersetujui dengan pihak Thailand untuk menjalankan production di sana...

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dibuat sekarang ini, Yang Berhormat Menteri - HAAS Production. Saya buka laman web HSAS Corporation 26,000 barrel per day milik dia. Maknanya sudah diusahahasilkan sebenarnya.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat yang lain duduk dulu. Yang Berhormat Macang sedang bercakap.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Biar saya cakap dahulu. Fasa pertama gas yang melalui Songkhla itu disalurkan ke Malaysia tetapi dari segi kawasan itu, kawasannya masih dispute lagi. Jadi, kita tidak boleh ada hak untuk mengatakan yang ini kawasan kita...

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kalau dispute macam mana HAAS Corporation explore hasilnya itu?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

It’s a joint development. That is why we using dengan izin, the word “Joint Development Cooperation”.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat.

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat Menteri, 50 - 50 profit sharing kontrak ini. 50 to Petronas, 50 to HAAS Corporation. HAAS Cooperation telah pun mengeluarkan hasilnya dan portionnya dia sebut dalam laman web dia sedang diusahahasilkan dan telah menikmati hasilnya. Kalau dispute macam mana pula dia teroka hasil?

Yang Berhormat Menteri, saya fikir harus ada penjelasan yang lebih jelas.

Mohon masa sikit, tenang dan berikan.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Mungkin saya akan berikan jawapan secara bertulis nanti.

final • 5:32 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Okey. Terima kasih.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak bagi Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Oleh kerana kesuntukan masa...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, sudah banyak kali.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, satu soalan.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai royalti minyak serta cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa khas untuk mencatat pandangan-pandangan masyarakat Sabah mengenainya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini pembayaran royalti minyak oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah pada kadar 5% dan pembayaran royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan pula adalah pada kadar 5%. Bagi negeri Sabah sebanyak...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah beritahu tadi, Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Sebanyak RM1.2 bilion royalti minyak telah dibayar dari tempoh tahun 2004 hingga 2007...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, baca teks.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, sila duduk.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Seperti yang telah dinyatakan mengenai masalah sebelum ini, Kerajaan Persekutuan tidak ada rancangan untuk mengkaji royalti minyak yang dibayar kepada...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Baca teks. Fotostat sahajalah, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah buat komen macam itu, Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Kerajaan seperti yang...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat, ini kita hendak minta tanya.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta laluan.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi laluan, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ini kerana jika kerajaan negeri diberi royalti minyak yang lebih tinggi...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan ganggu Yang Berhormat Menteri yang sedang berucap. Hendak bagi laluan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Maka ia akan menyebabkan royalti minyak...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, sila duduk. Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk. Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Jadi tidak ada cadangan untuk menyemak semula royalti minyak.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, ada satu media report pada 11 Disember 2007. Dengan izin, oleh The Joint United Nations Development Programme bersama...

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, peraturan mesyuarat.

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di- Pertua. Perkara 36(2) “Tidak boleh sebutkan apa-apa yang sedang dalam timbangan mahkamah...”

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang mana satu, Yang Berhormat?

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Iaitu Yang Berhormat Menteri menyebutkan royalti minyak 5% termasuk negeri Terengganu. Negeri Terengganu ada kes di mahkamah mencabar kerajaan. Ini serius, tentang konsep royalti. Yang Berhormat Menteri tadi telah sebut bahawa Terengganu terima 5% royalti.

Jadi, ke mana perginya duit itu dan kenapa mahkamah belum selesai lagi tetapi kerajaan atau Petronas sudah bagi duit kepada Terengganu dan ke mana? Pergi kepada kapal Monsoon Cup?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Pergi ke Masjid Kristal atau ke mana duit ini? Ini perlu keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak pasti sama ada kes ini dalam mahkamah.

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Dalam mahkamah.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau kes ini dalam mahkamah bererti kita tidak boleh membincangkan kes ini di bawah Perkara 36(2).

final • 5:32 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ini serius. Ini berapa juta ini, bukan boleh main-main.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk, Yang Berhormat.

Saya sudah buat keputusan, jika kes itu dalam mahkamah yang saya tidak ada informationnya pada ketika ini, tetapi jika benar bahawa kes ini dalam pertimbangan mahkamah, maka kita diikat oleh Peraturan 36(2) untuk tidak membahaskannya.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Yang Berhormat Kimanis mencadangkan agar Petronas mengambil pelbagai langkah untuk...

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, sambung.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

...Memastikan pembangunan negeri Sabah melalui industri minyak. Tadi saya telah jawab soalan ini mengatakan Petronas ada merancang untuk membuat projek Sabah Oil and Gas Terminal dan di bawah Rancangan Koridor Sabah.

Yang Berhormat Kimanis juga mencadangkan ditubuhkan dana subsidi minyak khas...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri tadi bagi laluan kepada Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai belum habis lagi kerana ada peraturan Mesyuarat.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ini ada satu media report pada 11 Disember tahun lalu iaitu ada satu dengan izin, The Joint United Nations Development Programme bersama Economic Planning Unit melaporkan kadar kemiskinan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun adalah seperti berikut:

Sabah paling tinggi dengan peratusan 41.4%.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sedang bercakap pasal minyak tadi, kenapa kemiskinan.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini, I’m coming.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You’re coming! [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sorry. Kemudian, negeri pengeluar minyak satu lagi, Terengganu sebanyak 25.9%. Ini kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Kemudian Sarawak negeri pengeluar minyak lagi, 14.9%.

Saya sedih, Yang Berhormat Menteri, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri majoriti bumiputera dan Melayu dan juga pengeluar minyak. Ini satu keadaan yang sungguh sedih. Adakah Yang Berhormat Menteri ingin menyanggah apa yang saya cakap ini?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Seperti saya katakan tadi, dari segi peruntukan ataupun dari segi kemiskinan memang benar Sabah dan Sarawak masih perlu dimajukan lagi. Oleh sebab itu kerajaan telah memperuntukkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan dan rancangan-rancangan sebelumnya dengan peruntukan yang agak tinggi untuk negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ada kita nampak kejayaan daripada peruntukan yang besar untuk negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Ini telah saya tunjukkan dalam HIS. Sabah dan Sarawak juga telah dapat mengatasi dari segi kemiskinan. Sabah misalnya, pada tahun 2004, kadar kemiskinan adalah 24%. Untuk tahun 2007, dapat kita turunkan pada 16%. Memang benar masih lagi tinggi kerana average untuk Malaysia adalah 3.9%.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bukankah 23% Yang Berhormat, Sabah? Kadar kemiskinan di Sabah.

final • 5:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini selepas berbilion-bilion setiap tahun dan masih kadar tertinggi di negara Sabah. Sedih betul!

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Negeri Sabah, Yang Berhormat. [Ketawa]

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Okey.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat? Yang Berhormat Labuan dan Wangsa Maju.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, Wangsa Maju, okey?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ya.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan mengenai dengan akaun-akaun Petronas. Saya amat tertariklah dengan keuntungan dan sebagainya Petronas ini.

Bukankah kalau Petronas ini mengambil tindakan lebih tegas terhadap debtor- debtornya, saya rasa Petronas akan mendapat lebih banyak keuntungan. Seperti yang dua, tiga hari dahulu, sudah bangkitkan satu kes. AirAsia membeli minyak daripada Petronas, bertahun-tahun dan tidak membayar wangnya. Masih hutang RM30 milion.

Bukankah ini satu financial cost kepada Petronas, iaitu interest? Kenapakah Petronas tidak menuntut wang daripada AirAsia, sama ada Petronas pun seperti MAB Holdings, Malaysia Airports Authority memberi subsidi, indirect subsidy kepada AirAsia?

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Saya pasti. I think Petronas tetap akan menuntut hutang-hutang dari segi siapa yang berhutang dengan dia, tentu sekali.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

AirAsia ini Yang Berhormat...

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Termasuk AirAsia. Sesiapa juga yang berhutang dengan Petronas, tetap akan...

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi hutang ini sudah beberapa tahun sudah. Dari tahun 2004 hingga ke hari ini.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Itu kita refer to Petronas.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ataupun ini syarikat terlibat dengan menantu tertentu?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Boleh saya teruskan?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab tidak ada tindakan diambil?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang lagikah Yang Berhormat?

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Agak panjang juga Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin saya bagi jawapan dengan bertulis Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya serahkan kepada Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ya?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya serahkan kepada Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Ini memakan masa mungkin lagi 40 minit. [Dewan riuh] Saya beri jawapan bertulis kalau kesuntukan masa?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau itu keputusan Yang Berhormat. Saya cuma melaksanakan keputusan Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Datuk Amirsham A. Aziz

Okey, terima kasih.

final • 5:32 PM
MEMINDA USUL-USUL DI BAWAH P.M 30

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 30 dan 33 untuk kemukakan satu pindaan kepada masalah di hadapan kita, untuk meminda usul dengan menambahkan perkataan- perkataan “...dan memutuskan bahawa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menangani masalah berlarutan mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sehinggakan timbulnya kekhuatiran yang berasas...”

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak perlu baca, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, itu pindaan saya, “...bahawa bilangan orang asing kini melebihi jumlah bilangan rakyat Sabah di dalam negeri Sabah selepas perkataan-perkataan Penggal Pertama, Parlimen Yang Kedua Belas”. Dan saya kemukakan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 31 dan 33(3). Bolehkah saya memberi hujah-hujah mengenai perkara ini?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya buat keputusan Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita akan buat keputusan sekarang, usul ini perlu diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan saya akan buat keputusannya sekarang.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Pindaan, satu pindaan?

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Sila duduk Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu cadangan pindaan ke atas Usul Menjunjung Kasih dari Yang Berhormat Ipoh Timur pada 16 Mei 2008. Saya mendapati bahawa cadangan pindaan tersebut tidak berkaitan dengan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Cadangan pindaan Yang Berhormat Ipoh Timur adalah melebihi, exceeding dari Usul Menjunjung Kasih.

Cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu sepatutnya dibuat secara usul bersendiri. Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul tersebut dikemukakan. [Tepuk]

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua sedar bahawa ini adalah bercanggah dengan semua konvensi-konvensi Parlimen Komanwel.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, saya tahu saya tidak mahu masuk keputusan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi bolehkah Tuan Yang di-Pertua ada buat satu kajian. Oleh sebab sama ada di UK, Australia, India, ini adalah tradisi dan konvensi dan bukan sahaja oleh sebab usul menjunjung kasih ialah satu usul dasar. Usul dasar di mana apa-apa perkara yang bersangkut dengan dasar boleh dibincangkan.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Keputusan Yang Berhormat dibuat, ini adalah extra ordinary dan tidak pernah ada berlaku dalam Komanwel Parlimen.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah explain. Baik, Yang Berhormat.

Saya akan respons kepada Yang Berhormat. Kalau kita baca Peraturan 31, yang berbunyi, “Pada sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, boleh dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul itu”.

Kita ketika ini adalah untuk membahaskan usul Titah Ucapan Diraja.

Maknanya Ahli-ahli Parlimen mengucapkan terima kasih ke atas Titah Ucapan Diraja dan adalah tidak sopan bagi kita untuk mengucapkan terima kasih, tetapi memberi syarat kepada raja untuk mengaibkan satu usul yang tidak berkaitan dengan ucapan terima kasih kita kepada raja. [Dewan riuh] Itulah sebabnya Perkara 31 itu, tidak dipakai dalam penolakan ini kerana pindaan ini tidak berkaitan dengan usul yang sedang kita bahaskan. Inilah keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya saya tahu itu...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur, nanti Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dahulu Yang Berhormat. Saya belum habis lagi Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Dahulu, saya ada kemukakan pindaan kepada Usul Menjunjung Kasih dan pernah dibahas sungguhpun ditolak. Sekarang nampaknya adalah melanggari precedent itu.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu Yang Berhormat. Kita berpandukan kepada peraturan kita yang ada. Kita harus berpandukan jika peraturan berkata tidak berkaitan, kita tolak usul, kita tolak.

Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tahu Yang Berhormat Ipoh Timur prihatin terhadap masalah ini, tetapi saya ingin katakan bahawa Ahli-ahli Parlimen termasuk daripada Sabah termasuk saya adalah lebih prihatin terhadap isu ini dan kita melihat...

final • 5:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Kalau begitu...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Bahawa biarlah usul, kita ada tempat yang sesuai untuk kita membincangkan usul ini dan ketika ini adalah usul untuk mengucapkan terima kasih kepada Titah Ucapan Diraja. Maka kita tidak perlu meletakkan sebarang syarat terhadap ucapan terima kasih kita kepada raja.

final • 5:32 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, dahulu kita bahas, dia tidak sokong!!

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, oleh Yang Berhormat dari Kulai itu hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Kedua Belas”.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi, hari Isnin, 26 Mei 2008.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.28 petang.

final • 5:32 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026