May212008

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan terkini kementerian untuk menaikkan taraf perkhidmatan kereta api ke negeri- negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Tumpat.

Pada masa ini Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan projek bagi meningkatkan taraf kemudahan penumpang di dua buah stesen yang sedia ada iaitu di stesen Tanah Merah dan stesen Kuala Krai. Dan juga akan membina tiga buah stesen baru di negeri Kelantan iaitu stesen Wakaf Baru, stesen Pasir Mas dan juga stesen Gua Musang yang dijangka siap pada suku keempat 2008. Sebagai langkah bagi memperbaiki tahap perkhidmatan train di Pantai Timur.

Selain daripada itu kerajaan juga telah dan sedang melaksanakan projek-projek pengukuhan landasan dan jambatan di sektor Pantai Timur. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Projek Pengukuhan Landasan Gemas-Kerdau. Kos projek adalah RM30 juta dan projek ini telah pun siap pada tahun 2007;

(ii) Projek Pengukuhan Landasan Mentakab. Kos projek adalah RM4 juta dan projek ini telah pun siap pada tahun 2006;

(iii) Projek membaik pulih jambatan Gemas-Bahau. Kos projek adalah RM15 juta. Projek ini dijangka siap pada tahun 2009; dan

(iv) Projek membaik pulih jambatan Bahau-Teriang. Kos projek adalah RM17 juta. Projek ini dijangka siap pada tahun 2009.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan tadi.

Sebagaimana yang kita tahu kereta api adalah merupakan pengangkutan yang amat penting dan amat bertaraf tinggi pada satu ketika yang lalu. Sehingga ke hari ini satu kemudahan Ahli-ahli Parlimen mendapat pas percuma kereta api.

Hari ini, walaupun pengangkutan itu di seluruh dunia dianggap penting tetapi hari ini pengangkutan kereta api di Malaysia telah turun tarafnya dan tidak digunakan oleh penumpang-penumpang.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Statistik yang saya ada menunjukkan misalnya penumpang bagi perkhidmatan Ekspres Rakyat kalau dalam tahun 1990, jumlah penumpangnya ialah 833,000 orang.

Dalam tahun 2004 statistik yang terakhir saya ada hanya 270,000 orang menggunakan perkhidmatan Ekspres Rakyat.

Jadi kalau dari Tumpat ke Kuala Lumpur memakan masa 13 hingga 14 jam.

Walhal kita seharusnya pada hari ini hanya perlu 6 hingga 5 jam untuk dari Tumpat ke Kuala Lumpur. Maka ini membuktikan yang perkhidmatan kereta api amat rendah nilai dan mutunya pada hari ini. Tambah lagi kes harga minyak melambung tinggi.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

..Bas mahal, tol tinggi dan sebagainya.

Ini amatlah menyusahkan rakyat. Soalan saya akan sampai, insya-Allah kereta api ia lambat sikit hendak sampai. Jadi ini masalahnya.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Macam kereta api.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Harapan kita ialah misalnya di Terengganu walaupun wang royalti Petronas RM7,000 juta, tidak ada satu pun meter kereta api yang ada di Terengganu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Jadi ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua adalah masalah besar dalam negara kita.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Sabah yang sudah tentu mempunyai semangat yang bergolak untuk melihat perubahan besar bukan sahaja dalam negara tetapi dalam Dewan Rakyat ini juga [Tepuk].

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Saya ingin menanya soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah perubahan besar-besaran yang akan berlaku dalam sistem Keretapi Tanah Melayu kita di seluruh negara ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tumpat.

Ahli-ahli Yang Berhormat mengetahui bahawa kereta api ini rugi. Kenapa rugi?

Sebab, pertamanya sekarang ini kita sudah ada mempunyai jalan raya yang merupakan jalan raya yang cukup baik. Jadi itu antara punca penumpang-penumpang tidak lagi memilih untuk menaiki kereta api.

Saya juga ingin menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Keretapi Tanah Melayu ini telah rugi sebagai contohnya dari tahun 2001 hingga tahun 2007.

TahunKerugian (RM Juta)
2001188
2002140
2003131
200487
2005131
20061042007116
final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang bercadang untuk memperbaiki perkhidmatan kita. Terutama sekali mengganti coach atau pun kereta api yang sudah tua.

Namun demikian kementerian telah pun mengemukakan permohonan untuk mendapat dana untuk mendapat coach baru tetapi setakat ini kementerian belum dapat menerima sebarang jawapan sama ada lulus ataupun tidak lulus. Insya-Allah kalau sekiranya ada kelulusan daripada kerajaan, kementerian akan memperbaiki perkhidmatan kita untuk kepentingan rakyat. Terima kasih.

■1010

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soal rugi menggunakan perkhidmatan kereta api, saya kira rugi ini sebabnya tidak ada keselesaan. Stesen-stesen kereta api tak ubah macam kandang kambing, nak duduk pun susah. Perkhidmatan tak bermutu tinggi, keselesaan penumpang juga begitu. Di kawasan saya termasuk di Parlimen Temerloh ada Stesen Kereta Api Mentakab, Kerdau dan juga Kuala Krau. Ketiga-tiga begitu teruk sekali.

Jawapan kepada saya pada 8 Mei mengatakan bahawa satu perancangan untuk jajaran kereta api Kuala Lumpur-Mentakab-Kuantan-Kerteh-Pasir Mas-Tanah Merah- Butterworth. Soalan saya sejauh manakah kajian ini telah dibuat dan agensi manakah yang akan melaksanakan sama ada kerajaan atau swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana teman saya kepada wakil rakyat daripada Tumpat, kita mengakui bahawa sistem kereta api, perkhidmatan kita memanglah tidak sentiasa baik, tetapi kerajaan juga berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan kita dari masa ke semasa. Kalau kita lihat daripada apa yang saya utarakan tadi pada tahun 2004, kerugiannya menurun. Maknanya perkhidmatan kita baik dan juga passengers ataupun penumpang-penumpang selesa untuk naik kereta api.

Namun demikian sebagaimana juga saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita sekarang ini mempunyai rangkaian jalan raya yang baik dan cepat sampai walaupun kita kena bayar tol. Itu antaranya saya kira perkiraan rakyat supaya lebih cepat sampai walaupun bayar tol. Bukan disebabkan kerosakan atau pun stesen seperti kandang ayam seperti yang disebut oleh wakil daripada Kuala Krau, tetapi tidaklah sebegitu teruk....

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sebut kandang kambing.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Seperti kandang kambing itu tak betul dan kita akan berusaha untuk memperbaiki selepas sahaja kementerian ini memperoleh...

final • 10:00 AM

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Timbalan Menteri kena tengoklah kawasan tersebut.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

Insya-Allah saya akan. Saya telah pun bincang Tuan Yang di-Pertua kepada pegawai-pegawai KTMB daripada Penang saya akan menuju ke Singapura untuk melihat sendiri tentang landasan, stesen dan sebagainya, keselesaan rakyat. Insya-Allah, kita akan pergi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin bertanya soalan tambahan, terus saja menjurus kepada soalan tambahan. Jangan terlampau panjang mukadimah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat pun mahu juga nampak muka masing-masing dalam masa setengah jam ini. [Ketawa] Jadi bagilah peluang kepada Ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 10:00 AM

  1. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kaedah pengiktirafan yang digunakan oleh pihak kerajaan bagi mengawal institusi pengajian tinggi swasta yang tumbuh bagai cendawan dengan mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa memandang serius kualiti sesuatu sijil, diploma dan ijazah yang dikeluarkan sama ada daripada IPTA ataupun IPTS. Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi melalui MQA ataupun Agensi Kelayakan Malaysia mengawal penganugerahan sijil, diploma dan ijazah oleh IPTS melalui proses yang dipanggil proses akreditasi.

Proses akreditasi ini melibatkan penilaian kecemerlangan dalam keseluruhan aspek pengendalian sesuatu kursus pengajian. Ia merupakan satu program yang berterusan yang bertujuan mewujudkan kursus-kursus pengajian yang berkualiti tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, proses ini secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang sihat di dalam sektor pendidikan tinggi swasta dengan setiap IPTS berusaha meningkatkan kualiti dan daya saing masing-masing. Ini adalah kerana perakuan akreditasi yang dikeluarkan akan menjadi rujukan utama masyarakat di dalam mengikuti perkembangan pengajian di IPTS.

Kementerian ini juga yakin dengan adanya usaha yang berterusan serta kerjasama dari semua pihak, kualiti sijil-sijil yang dikeluarkan oleh IPTS akan sentiasa terjamin dan diyakini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, bagi IPTS yang memohon untuk mendapatkan akreditasi tadi, apakah sebenarnya proses yang perlu dilalui ataupun apakah kriteria yang perlu kita lihat untuk menilai setiap kursus serta program pengajian di IPTA, IPTS untuk memperoleh pengiktirafan. Seterusnya tadi Yang Berhormat ada sebut tentang MQA yang bertanggungjawab untuk memperakukan kursus-kursus di IPTS, bolehkah sebenarnya ia menjamin untuk mendapatkan pekerjaan kepada pelajar-pelajar supaya tidak ada pengangguran. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Yang Berhormat, kita di KPT percaya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu quality process will produce quality result. Kita percaya proses yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Dengan itu MQA mempunyai beberapa langkah. Antarnya adalah - menjawab soalan Yang Berhormat Jasin tadi, proses kelulusan pengendalian yang mana perlu diperoleh sebelum mana-mana kursus ditawarkan. Itu yang pertama.

Yang kedua, setiap pemohon perlu melalui proses akreditasi profesional yang merupakan perjanjian IPTS untuk mencapai syarat minimum akreditasi.

Yang ketiga, proses standard minimum yang merupakan prasyarat kepada penganugerahan graduan.

Proses yang keempat adalah proses akreditasi yang merupakan proses sukarela kecuali bagi kursus pengajian yang diwajibkan oleh kementerian.

Yang kelima, kelima-lima proses perlu dilalui, proses pematuhan akreditasi ke arah pengekalan standard pada tahap minimum akreditasi.

Ahli Yang Berhormat, apa yang perlu kita pastikan di sini ialah jaminan kualiti bagi semua IPTS untuk mengeluarkan graduan-graduan yang menepati kehendak dan kemahuan pasaran. Soalan Yang Berhormat berkaitan dengan apakah jaminan IPTS untuk mengeluarkan graduan-graduan yang marketable, employable dengan izin Tuan Yang di- Pertua, kita dapat melihat bahawa sedaya-upaya MQA, Agensi Kelayakan Malaysia ini berusaha ke arah IPTS untuk mengeluarkan graduan-graduan yang boleh bekerja tetapi ia lebih bergantung pada kehendak pasaran Yang Berhormat.

Jadi oleh sebab itu kita telah menawarkan kepada IPTS supaya mereka mempunyai satu sesi perbincangan di antara IPTS dan juga pihak industri ataupun pasaran bagaimanakah keadaan graduan yang mereka perlukan. Setakat hari ini kita dapat melihat bahawa employability di kalangan graduan IPTS melebihi daripada employability graduan- graduan IPTA. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Nasharudin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah atas alasan apa baru-baru ini MoU-MoU yang telah tandatangani oleh banyak kolej-kolej yang menawarkan pengajian Islam bersama Universiti Al-Azhar ditarik balik. Kita lihat begitu banyak koleh-kolej yang menjadi mangsa seperti KUIS, Kolej Universiti Islam Selangor, Insaniah di Kedah dan puluhan kolej-kolej di seluruh negara kita yang terpaksa menanggung satu kesan yang cukup hebat hasil daripada penarikan balik MoU-MoU yang telah ditandatangani bersama dengan Universiti Al-Azhar di mana melalui program ini pelajar-pelajar boleh belajar di sini sehingga tahun-tahun tertentu dan hanya menyambung peringkat yang terakhir saja di Universiti al-Azhar. Jadi saya ingin tahu atas alasan apakah MoU itu ditarik balik.

final • 10:00 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat dari Bachok. Antara proses yang perlu dilalui oleh pihak kementerian melalui MQA untuk meluluskan kursus-kursus yang dipohon oleh pihak universiti, dalam kes Yang Berhormat Bachok ini menyebut tentang pengajian Islam. Kita dapati pada hari ini apabila kita mengkaji pasaran dan kehendak serta kemahuan pasaran tentang graduan- graduan yang keluar kita dapati antara kursus yang kurang mendapat perhatian dari pasaran adalah kursus-kursus berkaitan dengan pengajian Islam.

Oleh kerana itu untuk mengawal volatility, pasaran ini kita telah mengehadkan beberapa kursus yang dipohon oleh pemohon-pemohon antaranya adalah kursus yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bachok tadi dan terdapat juga beberapa kursus lain yang kita hadkan seperti ICT dan sebagainya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: minta Perdana Menteri menyatakan, pelbagai projek pembangunan yang dijadualkan dan akan dilaksanakan di Perak pada masa yang terdekat dan adakah projek-projek ini akan ditangguhkan memandangkan kerajaan negeri baru di Perak.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tuan S. K. Devamany

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan negeri Perak telah diperuntukkan sebanyak RM8.37 bilion di bawah peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tersebut disediakan bagi melaksanakan projek-projek di pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi seperti pelancongan, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan komunikasi dan kemudahan awam serta projek sosial seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan, kebudayaan dan sebagainya.

Projek-projek yang berbentuk mesra rakyat yang memberi faedah langsung kepada penduduk serta yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tidak akan di tangguh walaupun Perak ditadbir oleh kerajaan negeri yang baru. Dengan siling keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berjumlah RM200 bilion dan kos bahan binaan yang kian meningkat, jika ada pun projek yang akan di tangguh ia adalah hasil penyusunan semula projek-projek mengikut keutamaan yang mana projek-projek yang bersifat mesra rakyat, dengan izin, people centered diberi keutamaan yang tinggi.

Penyusunan semula tersebut bukan hanya melibatkan negeri Perak sahaja tetapi meliputi semua negeri yang lain.

Walau bagaimanapun kejayaan pelaksanaan projek-projek tersebut juga bergantung pada kerjasama Kerajaan Negeri Perak terutamanya dalam meluluskan tanah bagi tapak projek dan kelulusan pelan perancangan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Oleh yang demikian kerajaan negeri perlu memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek-projek berkenaan demi kemajuan ekonomi dan sosial negeri Perak dan kesejahteraan rakyat negeri Perak keseluruhannya.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya kesal kerana menteri sendiri tidak ada di sini untuk menjawab soalan ini.

final • 10:20 AM

Tuan S. K. Devamany

Saya timbalan menteri yang mewakili menteri, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekejap, sekejap. Don’t get excited!

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat. Soalannya, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, walaupun nampaknya tidak ada rancangan untuk menangguhkan apa-apa projek di negeri Perak atau di kerajaan- kerajaan negeri Pakatan Rakyat tetapi yang benar adalah baru-baru ini selepas 8 Mac nampaknya dasar kerajaan menunjukkan lain daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, bila...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalannya. Ini bukan helah untuk berhujah!

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, soalan. Kita hendak beritahu fakta supaya dia dapat. Dia timbalan menteri, dia tidak berapa arif dalam hal macam ini...

[Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan S. K. Devamany

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi, saya perlu tunjuk ajar kepada beliau.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, ini sesi soal jawab bukan berbahas.

Soalannya.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, soalan. Soalan berkaitan adalah berkenaan di mana MoU pelancongan dengan kerajaan-kerajaan negeri telah dibatalkan, dengan JKKP yang disediakan sekarang di mana wang-wang disalurkan untuk mereka nampaknya adalah parallel government. Niat Kerajaan Persekutuan bukan ikhlas tetapi nampaknya dengan senang adalah untuk sabotaj kerajaan negeri... [Disampuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu kenyataan bukannya soalan.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Termasuk Kerajaan Negeri Perak di mana baru-baru ini...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Kerajaan Barisan Nasional telah cuba memberi tiga ahli Barisan Nasional.

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Ini ceramah kah?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okeylah, Yang Berhormat Ipoh Barat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Soalan yang berkaitan adalah apakah yang akan dibuat supaya perkara ini tidak terjadi di mana jangan kita adakan parallel government. Kerajaan Persekutuan sepatutnya ikhlas, kalau mereka boleh berbuat...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Soalan yang berkaitan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu bukannya soalan, itu kenyataan.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ini soalan. Jadi apakah yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk menolong, untuk jangan kita melambat-lambatkan projek- projek yang tertentu kerana saya difahamkan walaupun Kerajaan Persekutuan...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat. Itu kenyataan lagi. Silakan, Yang Berhormat Menteri jawab. Sila, sila. Yang Berhormat Ipoh Barat, sila duduk... [Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Tuan S. K. Devamany

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jawab.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Walaupun ada projek-projek itu tetapi akan dilambatkan oleh Kerajaan Persekutuan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan S. K. Devamany

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun tidak ada soalan yang jelas tetapi saya jawab juga. Daripada jumlah RM8.37 bilion yang diagihkan, sayugia diingatkan bahawa 30% daripadanya iaitu sebanyak RM2.5 bilion telah diberikan untuk pembangunan ekonomi, untuk sosial sebanyak RM3.3 bilion dan juga untuk keselamatan sebanyak RM2.4 bilion. Senarai ini semuanya ada pada saya. Ini bukan indah khabar dari rupa, kenyataan cuma. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Gopeng.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu siapa yang akan saya panggil tetapi saya suka mengingatkan balik, tolonglah, kalau boleh dalam sesi soal jawab terus sahaja kepada soalan jangan bagi mukadimah kerana itu tidak dibenarkan. Jangan buat helah untuk berbahas. Yang Berhormat Ledang.

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Ringkas sahaja. Yang pentingnya ialah rakyat telah pun membuat keputusan. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan mengubahsuai semula projek-projek termasuk di Perak iaitu projek yang lebih mesra kepada rakyat seperti jalan sempit, parit tersumbat, jambatan sempit, bahu jalan rendah di kampung-kampung berbeza dengan projek-projek yang besar di tempat-tempat lain. Ini yang saya maksudkan. Adakah ini maksud projek mesra rakyat tadi, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan S. K. Devamany

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya memang bersetuju dengan apa yang dikata oleh Yang Berhormat Ledang. Projek-projek yang akan disusun semula demi untuk memberi people centric focus, dengan izin, seperti jalan baru, jalan kampung PJK di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ICU, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar dan juga rancangan tebatan banjir serta projek- projek yang fokus kepada latihan dan human capital development, dengan izin, tetap akan menjadi fokus dalam penyusunan semula.

final • 10:20 AM

4. Datuk Eric E. Majimbun [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tugas utama Ketua Hakim Malaya dan Ketua Hakim Borneo dan sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menyatukan kedua-dua badan kehakiman ini. Apakah peranan Ketua Hakim Negara.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Sepanggar ingin mengetahui tugas utama Ketua Hakim Malaya, Ketua Hakim Borneo dan Ketua Hakim Negara. Beliau juga ingin mengetahui sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menyatukan kedua-dua badan kehakiman ini.

Sebenarnya, mengikut Perlembagaan kita hanya ada satu badan kehakiman.

Walaupun nama-namanya agak berbeza kerana faktor sejarah, kita ada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak; dan dua Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara bertanggungjawab kepada semua mahkamah. Mahkamah Rayuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan bertanggungjawab kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi Malaya diketuai oleh Hakim Besar Malaya dengan izin, Chief Justice of Malaya. Beliau bertanggungjawab bagi kesemua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Semenanjung. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Beliau bertanggungjawab kepada semua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

Kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah sama. Demikian juga kedudukan Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah sama. Mahkamah-mahkamah Rendah di Malaya juga sama kedudukannya dengan Mahkamah-mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim

Soal-soal penyatuan badan kehakiman tidak timbul kerana kita memang ada satu badan kehakiman sahaja. Saya percaya Perlembagaan mewujudkan dua mahkamah tinggi ini yang sama taraf untuk memudahkan pentadbiran dan menghormati perjanjian kita dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 dahulu.

final • 10:30 AM

Datuk Eric Enchin Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan bahawa Ketua Hakim Negara akan bersara. Persoalan di sini ialah, adakah peluang bagi ketua hakim daripada Sabah dan Sarawak ini dapat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Terima kasih. Memang benar Ketua Hakim Negara akan bersara pada hujung tahun ini. Oleh sebab itulah kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim-hakim yang mana kriteria-kriteria yang jelas, kemampuan, kebolehan hakim yang berintegriti akan dikemukakan oleh jawatankuasa atau suruhanjaya ini kepada Timbalan Perdana Menteri dan Raja-Raja Melayu. Jadi, sesiapa sahaja dari Semenanjung ataupun dari Sabah dan Sarawak, jika dipilih layak untuk menjadi Ketua Hakim Negara.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini, adakah ini akan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud ataupun kelemahan-kelemahan yang wujud di bidang kehakiman, termasuklah kes-kes yang tertunggak dan juga anggapan orang awam mengenai pelantikan kehakiman setakat ini yang menimbulkan begitu banyak kesangsian dan syak wasangka.

Apakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji dengan telitinya secara menyeluruh mengenai kelemahan-kelemahan yang wujud di bidang ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, soal kelemahan badan kehakiman ini telah pun banyak diperkatakan termasuklah dalam laporan suruhanjaya apa yang disebut sebagai Suruhanjaya V. K. Lingam. Jadi kelemahan ataupun ulasan mengenai prestasi badan kehakiman juga dibuat oleh badan-badan lain, Majlis Peguam, SUHAKAM dan sebagainya. Jadi, kita tahu benar permasalahannya dan saya merasakan tidak perlu kita tubuh satu lagi suruhanjaya.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kepong bahawa semata-mata kerana kita ada Suruhanjaya Pelantikan, tidak akan menyelesaikan masalah lain. Saya juga ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Kepong bahawa mengenai kes-kes tertunggak misalnya, saya telah pun mendedahkan perkara sebenar. Saya telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Implementasi yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan untuk memastikan kita merangka tindakan-tindakan susulan supaya kita dapat menyelesaikan kes-kes yang begitu lama terpendam di mahkamah dan belum diselesaikan.

final • 10:30 AM

Datuk Zaid bin Ibrahim

Mengenai soal prestasi hakim, kita ada apa yang disebut sebagai kod etika, di mana hakim-hakim tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ada di dalam kod etika tersebut. Ini terpulanglah kepada Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan untuk memastikan hakim-hakim yang cuai ataupun yang tidak melakukan apa yang sepatutnya dalam menjalankan tugas mereka. Ini terpulanglah kepada Ketua Hakim dan hakim-hakim kanan untuk memastikan kod etika ini dipatuhi.Ini kerana kita menghormati badan kehakiman dan kerana kita juga menghormati proses tindakan yang perlu diambil itu, mestilah diambil oleh dengan izin, the peers, kumpulan hakim-hakim sendiri. Maka kita akan meneliti keberkesanan.

Setakat ini saya merasakan terlalu awal untuk mengatakan kod etika ini tidak berfungsi dengan baik. Jadi, biarlah kita meneliti dan melihat bagaimana Ketua Hakim dalam melaksanakan pengawasan terhadap prestasi hakim-hakim ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

5. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah perancangan kementerian terhadap Stadium Jalan Raja Muda

(TCPA).

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua serta Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Untuk makluman Yang Berhormat Titiwangsa, Stadium TPCA telah pun ditukar namanya kepada Stadium Jalan Raja Muda. Pihak kementerian memang sedar bahawa kedudukan Stadium Jalan Raja Muda adalah strategik kerana mudah dikunjungi dan kedudukannya di tengah-tengah ibu kota dan pada hari ini kita sedar bahawa tidak banyak kemudahan-kemudahan yang ada.

Jadi pihak kementerian telah pun memohon daripada pihak kerajaan dan telah pun mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM10 juta untuk membangunkan stadium tersebut dengan kemudahan-kemudahan sukan yang lebih sesuai untuk kemudahan komuniti selain daripada untuk dijadikan pusat kecemerlangan sukan atlet-atlet remaja Kuala Lumpur dan juga atlet paralimpik. Di bawah kemudahan- kemudahan yang dikenal pasti untuk dibangunkan adalah seperti berikut:

(i) membangunkan pejabat yang siap dengan bilik-bilik mesyuarat;

(ii) asrama untuk seramai 40 orang;

(iii) gimnasium untuk latihan kesesuaian fizikal;

(iv) dewan latihan gimrama;

(v) pembinaan kolam renang sejauh 25 meter, seluas 20 meter;

(vi) dewan permainan indoor iaitu futsal, badminton dan lain;

(vii) membaik pulih padang yang sedia; dan

(viii) menambahkan infrastruktur luaran seperti tempat letak kereta, rumah pengawal dan lain-lain.

Kemudahan yang dibangunkan ini akan digunakan oleh atlet-atlet Kuala Lumpur seperti asrama tadi, gimnasium, dewan latihan dan lain-lain. Juga akan dibenarkan penggunaannya untuk atlet-atlet paralimpik seperti penggunaan gimnasium, kolam renang dan sebagainya. Masyarakat di sekitar juga dibenarkan untuk menggunakan padang bola sepak bagi kejohanan-kejohanan liga tempatan dan sebagainya. Gimnasium latihan dan lain-lain juga seperti badminton, futsal dan sebagainya juga akan dibukakan kepada public, kepada masyarakat di sekitar. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ada dua, iaitu bilakah projek ini akan bermula dan bilakah dijangka akan dapat disempurnakan?

final • 10:30 AM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Kedua, jika kerajaan telah bercadang untuk membina kompleks sukan komuniti seperti ini, apakah boleh dipertimbangkan supaya kompleks sukan ini agak tertutup supaya dengan ini ada masa dan hari-hari tertentu diperuntukkan khusus untuk kaum wanita yang memilih untuk bersukan dalam suasana eksklusif bersama wanita sahaja. Terutama bagi wanita Muslim yang menutup aurat, dan apakah juga boleh dipertimbangkan polisi yang lebih kurang sama kepada kompleks-kompleks sukan yang dikatakan dicadangkan untuk dibina di seluruh kawasan-kawasan Parlimen seluruh negara? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, tawaran terbuka telah pun dibuat pada 4 Februari 2008 dan telah ditutup pada 3 Mac 2008. Walau bagaimanapun, harga yang diberi oleh semua penender adalah melebihi daripada RM10 juta yang telah diperuntukkan.

Jadi, pihak kementerian terpaksa menender semula dan pihak kementerian setakat ini sedang mengkaji sama ada untuk mengubah skop projek ini iaitu memperkecilkan supaya sesuai dengan kos RM10 juta yang diluluskan oleh pihak kerajaan ataupun memohon peruntukan tambahan.

final • 10:30 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Setelah perkara ini dapat diselesaikan barulah projek ini akan ditender semula dan untuk soalan kedua, suka saya maklumkan bahawa pihak kementerian sehingga kini tidak mempunyai dasar yang umum untuk mengasingkan penggunaan stadium mengikut gender.

Jadi setakat ini memang semua penggunaan stadium adalah sama sahaja di antara kaum lelaki dan kaum wanita. Walau bagaimanapun atas cadangan Yang Berhormat tadi terutamanya dalam aktiviti-aktiviti tertentu yang saya lihat seperti di dalam gimnasium dan sebagainya, mungkin memerlukan pengasingan di antara wanita dan kaum lelaki. Jadi kita akan lihat, meneliti pandangan ini dan akan mempertimbangkan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar.

final • 10:40 AM

Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk bangun separuh jalan ini. Saya hendak tanya TPCA ini sebenarnya Tamil Physical Culture Association (TPCA), satu nama yang pada saya mempunyai sejarah yang besar dalam sejarah negara kita yang hari ini telah ditukar kepada Stadium Jalan Raja Muda.

Saya tahu pengambilan alih stadium ini dibuat pada tahun 1982 dan Yang Berhormat Menteri menyatakan, bahawa pada 4 Februari 2008 baru diadakan penambahbaikan stadium. Saya hendak tanya kenapa terlalu lama daripada 1982 sehingga 2008 baru kita hendak menambah baik, dan bagaimana kementerian mengambil alih stadium ini pada tahun 1982. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Muar yang nampaknya tahu benar tentang sejarah stadium ini. Memang stadium ini dulunya dimiliki oleh kelab iaitu Tamil Physical Culture Association (TPCA).

Walau bagaimanapun pihak kerajaan memikirkan bahawa oleh kerana kedudukan stadium yang begitu strategik dan lebih sesuai kalau digunakan untuk publik, untuk orang ramai, jadi pihak kerajaan telah pun berunding dengan pihak TPCA iaitu Kelab Tamil tadi untuk mengambil alih stadium ini dan pihak kerajaan telah pun membayar pampasan sebanyak RM1.2 juta kepada TPCA.

Pihak kerajaan, walaupun mengambil alih pada tahun 1982, tetapi oleh sebab masalah kewangan dan sebagainya untuk pembangunan ini seperti saya maklumkan tadi, bahawa kelulusan oleh pihak kerajaan hanya diterima di bawah RMK-9.

Jadi sebab itulah kita mengambil masa yang agak lama dan lebih-lebih lagi bahawa penyediaan pelan untuk pembangunan ini adalah agak mengambil masa yang panjang, kerana stadium ini berada di dalam kawasan hijau iaitu green lung dan ianya di bawah DBKL dengan kawalan-kawalan yang begitu ketat.

Banyak perkara yang mesti kita penuhi kehendak-kehendak DBKL kerana kawasan hijau tadi, dan salah satu perkara lagi yang menyebabkan sedikit kelewatan adalah disebabkan oleh masalah kekurangan tempat letak kereta yang mana ini merupakan

final • 10:40 AM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

satu syarat yang paling utama daripada pihak DBKL. Jadi kita juga mempertimbangkan supaya ada tempat riadah mesti juga cukup untuk tempat parking kereta dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ingin saya maklumkan, walaupun pembangunan baru akan dimulakan sekarang, tetapi tidak bermakna stadium itu tidak digunakan. Saya hendak maklumkan bahawa facilities masih ada di stadium itu seperti padang bola sepak, bola jaring, takraw dan juga dewan tinju dan penggunaannya adalah masih tinggi.

Misalnya pada tahun 2006 sebanyak 30,450 pengguna menggunakan stadium ini dan 2007 - 25,000 pengguna menggunakan stadium ini. Bermakna walaupun masih lagi belum dibangunkan secara yang lebih baik, tetapi tidak bermakna stadium ini tidak digunakan oleh orang ramai. Terima kasih.

final • 10:40 AM

6. Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, adakah kementerian sedar bahawa syarikat dari Amerika Syarikat, Halliburton adalah pembekal senjata terbesar bagi tentera Amerika Syarikat di Iraq, yang sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih satu juta rakyat Iraq yang tidak bersalah sejak tahun 2003, sila jelaskan kenapa Halliburton dibenarkan membuka kilang di Johor.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersama soalan daripada Yang Berhormat dari Jerlun juga pada 26 Mei 2008 kerana soalan adalah berkaitan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan teknologi tinggi. Ini termasuklah industri petroleum dan gas di mana dalam sektor perkilangan ianya melibatkan aktiviti pengeluaran, peralatan dan kelengkapan untuk kegunaan industri petroleum dan gas.

Malaysia berharap pelaburan dalam pengeluaran peralatan dan kelengkapan untuk industri petroleum dan gas dapat menyokong perkembangan Malaysia sebagai pusat serantau atau hab bagi pengeluaran dan perkhidmatan, peralatan dan kelengkapan untuk industri petroleum, gas di rantau ini.

Keputusan kerajaan untuk membenarkan Syarikat Halliburton Manufacturing dan Teknologi Malaysia Sendirian Berhad membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi daripada pelaburan tersebut.

Kementerian juga telah mengambil maklum bahawa Syarikat Halliburton tidak lagi terlibat dalam apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan.

Syarikat Halliburton telah diluluskan lesen pengilang pada 6 April 2007 dan telah beroperasi sejak bulan Oktober 2007 juga di Johor bagi mengeluarkan pelbagai jenis peralatan dan kelengkapan untuk industri petroleum dan gas iaitu dengan izin, oil well, complacent products such as packers, nipples, sliding, side doors, floor control equipment, safety valves , floats, cementing tools and other parts.

Syarikat tersebut dianggap salah satu daripada lima syarikat terkemuka dunia yang mengeluarkan pelbagai peralatan dan kelengkapan untuk industri petroleum dan gas.

Sekian.

final • 10:40 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada pandangan saya tidak ada alasan yang boleh diterima untuk membenarkan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penjajahan Amerika Syarikat ke

final • 10:40 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

atas Iraq membuka kilang di negara kita, yang berdaulat lagi bermaruah ini.... [Tepuk] Walaupun saya bersetuju kita perlu menarik minat syarikat-syarikat teknologi tinggi dari luar negara untuk melabur di negara kita ini.

Saya ingin bertanya, pertamanya tidakkah boleh kerajaan menyelidik latar belakang syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam negara kita dan menapis dari kita benarkan syarikat-syarikat yang mendapat untung dari war profit, dengan izin, buka kilang di Malaysia.

Keduanya, tidakkah apa yang telah Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi boleh dilakukan oleh syarikat tempatan kita sendiri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat dari Jerlun. Ini melibatkan saya rasa isu etika. Adakah kita perlu memberi peluang kepada syarikat-syarikat yang kita tahu bahawa membantu ketenteraan di sesebuah negara.

Seperti mana yang telah saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum lesen pengilang ini diluluskan kita membuat kajian yang teliti supaya kita tahu apakah latar belakang sesebuah syarikat itu.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Syarikat Halliburton ini telah ditubuhkan pada tahun 1919 dahulu yang dinamakan Halliburton Oil Well Cementing Company.

Sesudah itu tadi pada tahun 1960, Halliburton mempunyai sebuah syarikat iaitu Energy Services Group (ESG) ataupun Halliburton Energy Services.

final • 10:40 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Jadi, syarikat ini terlibat dengan technology exploration dalam bidang oil dan gas.

Namun, pada tahun 1962, Halliburton terus membeli Syarikat Brown & Root dan disebutkan sekarang ini Kellogg Brown & Root atau KBR. Anak Syarikat Brown & Root inilah yang terlibat pada Februari 2003 dalam membantu ketenteraan Amerika dengan logistik ‘support’ di Iraq lebih-lebih lagi semasa mereka cuba membuktikan apa yang disebutkan execute oil well firefighting di Iraq dahulu.

Jadi, oleh kerana banyak kecaman yang dilempar kepada Halliburton Company kerana mendapat kontrak yang sangat besar dan dakwah berlakunya penyelewengan salah guna kuasa dan kepincangan etika melalui anak Syarikat KBR dalam misi ketenteraan dan sivil Amerika Syarikat di Iraq, Kuwait dan Teluk Balkans, maka syarikat tersebut mulai November 2006 serta berperingkat-peringkat telah menjual dan mengurangkan penguasaannya ke atas KBR.

Pada Februari 2007, Halliburton Company akhirnya menjualkan sepenuhnya kepentingan di dalam KBR dan pada 5 April 2007, syarikat mengumumkan secara rasmi telah memutuskan hubungan government task dengan KBR. Namun, syarikat yang ada di Johor ini iaitu Halliburton Manufacturing and Technology Sdn. Bhd ialah sebuah syarikat yang mempunyai kaitan semata-mata dengan pengeluaran peralatan-peralatan dan kelengkapan dalam bidang oil and gas. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan tidak tahu ataupun tidak peka betapa syarikat di batuan ini ada kaitan dengan tokoh Zionis seperti Dick Cheney dan lain-lain. Satu kumpulan yang mempunyai agenda penjajahan bukan sekadar Iraq tetapi meluaskan penjajahan Israel. Impian Yahudi untuk menakluki Iraq, Palestin, Mesir termasuk Tanah Suci Madinah. Adakah kerajaan sedang mengambil kira perasaan umat Islam dalam menerima syarikat yang seperti ini ataupun adakah kerajaan menerima apa-apa tekanan politik daripada kuasa besar oleh kerana orang nombor dua di Amerika pernah ada hubungan dengan syarikat ini dan adakah kerajaan tidak ada pilihan yang lain untuk mengendalikan urusan pelaburan di negara kita?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat dari Marang.

Kementerian kita atau kerajaan kita Malaysia memang mempunyai pandangan pendapat

final • 10:50 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

yang mengambil perhatian dari semua bidang yang dilakukan untuk kebaikan negara ini termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Marang tadi.

Jadi, kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang kita jalankan untuk membangunkan negara ini. Ini termasuk prinsip yang terlibat dari segi prinsip Islam tadi dan juga prinsip-prinsip isu etika yang ada bagi negara kita ini. Walaupun demikian, seperti mana yang saya sebutkan tadi memang kerajaan kita ingin juga melihat supaya negara kita ini juga dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini dapat diadakan di kawasan kita ini.

Selain daripada Halliburton ini tadi, kerajaan juga telah meluluskan beberapa company-company yang lain iaitu seperti:

(i) Asia Flex Product Sdn. Bhd dari France;

(ii) ‘Elkem’ Cramer Malaysia Sdn. Bhd dari Norway;

(iii) Halliburton itu tadi dari US;

(iv) Cameron International Malaysia Sdn. Bhd dari Cayman Islands;

(v) Continental Alloy Services dari US;

(vi) FMC Wellhead Equipment Sdn. Bhd dari US; dan

(vii) O&I Oil Technology Sdn. Bhd dari British Virgin Islands.

Jadi semua syarikat-syarikat yang besar seperti ini yang mengeluarkan peralatan dan kelengkapan dalam industri oil and gas ini kita harap mereka akan menjadi satu hub pengeluaran auto oil and gas ini di rantau kita di Asian. Sekian terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: Minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) langkah-langkah awal yang diambil oleh kerajaan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang akan melanda dunia terutama Amerika Syarikat seperti mana yang dinyatakan oleh Pengerusi Federal Reserve mereka; dan

(b) apakah jaringan keselamatan yang telah kerajaan sediakan bagi memastikan rakyat tidak terbeban ekoran kemelesetan ekonomi tersebut.

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan II - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

(a) Ekonomi Amerika dijangka akan mengalami kemelesetan tahun ini dan negara-negara Eropah juga akan mengalami kelembapan ekonomi tahun ini. Walau bagaimanapun, ekonomi Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada kadar 5% sehingga 6%.

Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan yang positif dalam suasana global yang begitu mencabar oleh sebab banyak faktor. Antara faktor-faktor ini Tuan Yang di-Pertua, ialah Malaysia merupakan pengeksport komoditi dalam era harga komoditi yang tinggi. Harga komoditi yang tinggi memberi

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan II - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

manfaat melalui pendapatan yang tinggi kepada penduduk negara dan juga kepada kerajaan. Ini membolehkan kerajaan untuk terus melaksanakan projek-projek pembangunan untuk rakyat yang antara lain meningkatkan lagi pendapatan rakyat.

Pendapatan tinggi adalah asas kepada penggunaan swasta yang kini menjana ekonomi. Kelebihan Malaysia dari segi daya ketahanan ekonomi dan juga fleksibiliti ekonomi memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur dan pelaburan juga kini merupakan satu sumber penting pertumbuhan ekonomi.

(b) Malaysia juga telah mengamalkan langkah-langkah konsolidasi fizikal dalam lima tahun kebelakangan ini. Ini juga memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan sekiranya perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Antara kelebihan ekonomi negara Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi cabaran global yang begitu sengit ialah kadar simpanan yang tinggi di Malaysia iaitu 38%. Ini bererti bagi setiap ringgit pendapatan, kita menyimpan 38 sen. Ini budaya kita, tetapi di Amerika kadar simpanan adalah kosong. Mungkin juga negatif tetapi mungkin kosong. Dari 1USD pendapatan, mereka belanja 1USD atau lebih. Itu budaya mereka.

Kelembapan ekonomi negara Amerika dan Eropah bukan sahaja tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia tetapi mungkin menjadi satu hikmah untuk Malaysia mencapai perkembangan ekonomi yang lebih pesat.

Ini kerana, pelabur-pelabur yang biasanya melabur di Amerika Syarikat mungkin kehilangan kepercayaan kepada negara Amerika bukan sahaja kerana kelembapan ekonomi Amerika, tetapi juga kerana bank-bank di Amerika, dan juga bank-bank di Eropah menghadapi masalah liquidity dan lebih dari liquidity ada yang menghadapi masalah solvency, dengan izin. Memandangkan bahawa negara-negara Arab dan Islam...

final • 10:50 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Merupakan antara pelabur besar di Amerika...

final • 10:50 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Menteri sedang jawab.

final • 10:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

...Kemungkinan besar bahawa ada antara mereka yang akan.

final • 10:50 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua, kita bukan datang untuk mendengar syarahan. Sila senaraikan langkah-langkah yang diambil, itu sahaja… [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dulu Menteri, sekejap.

Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila dalam sesi soal jawab ini, satu soalan dikemukakan kemudian dijawab. Kita terpaksa dengar apa jawapan Menteri yang berkenaan, tidak dibenarkan untuk mencelah... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Tarik balik!

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri, sila. Jangan gunakan perkataan-perkataan yang unparliamentary. Siapa yang sebut lagi, siapa yang sebut saya dapati, saya tidak teragak-agak untuk gunakan kuasa, tolonglah. Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin ada di antara negara-negara Arab dan Islam ini yang akan mengalirkan pelaburan mereka ke Malaysia, lebih-lebih lagi kerana Malaysia mempunyai sistem perbankan dan kewangan Islam yang diminati oleh negara Arab dan Islam. Dan kita tahu semalam harga minyak telah naik sehingga USD130 setong. Ini akan memberi satu keuntungan yang begitu besar, hampir USD10 trilion kepada negara-negara Arab dan Islam dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu jaringan keselamatan, kita sedia maklum bahawa kerajaan membelanjakan RM50 bilion untuk subsidi minyak dan barangan makanan untuk mengelakkan rakyat menanggung beban kos hidup yang tinggi. Selain dari itu, kerajaan membelanjakan RM29 bilion setiap tahun untuk menyediakan pendidikan secara percuma kepada rakyat dan RM9 bilion untuk menyediakan kemudahan kesihatan percuma kepada rakyat. Ini antara jaringan keselamatan negara kita, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang menjawab. Bunyinya baik tetapi saya nak tanya.

Menurut IMF, keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat akan mengakibatkan kerugian sebanyak USD945 bilion atau lebih daripada RM3.2 trilion seluruh dunia. Soalan saya, berapa banyakkah serta jumlah nilainya institusi kewangan negara terdedah kepada keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat dan implikasi kepada ekonomi negara?

Yang keduanya, dengan penurunan walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan banyak pelaburan yang kita ada tetapi dengan penurunan pelaburan daripada 30% pada tahun 1996 kepada 9% sekarang ini, dan pelaburan langsung asing dari 8% pada 2002 kepada 4% sekarang. Apakah pendekatan baru diambil kerajaan untuk meningkatkan pelaburan baik tempatan mahupun pelaburan langsung asing dan keberkesanannya? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, memang benar krisis subprima di Amerika akan melibatkan kerugian yang pada awalnya dianggarkan sebanyak USD945 bilion seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi. Dan kini angka ini telah dikemaskinikan untuk menjadikan USD1 trilion. Akan tetapi yang menjadi isu sama ada krisis subprima ini akan juga melibatkan negara-negara di Asia dan khasnya di Malaysia. Setakat ini adalah jelas bahawa krisis subprima ini telah melibatkan negara-negara Eropah termasuk United Kingdom juga telah menghadapi masalah. Bank- bank di negara tersebut juga telah menghadapi banyak kerugian dan perlu bantuan bailout dari kerajaan.

Akan tetapi bila Malaysia, kerajaan membantu bank-bank melalui dana harta, dana modal, dahulu mereka sebut sebagai bailout tetapi kini 10 tahun kemudian, mereka juga bailout di Amerika, bank pusat bailout bank-bank di United Kingdom juga, bank pusat bailout bank-bank. Akan tetapi mujur Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas sekarang bahawa krisis subprima tidak melibatkan Malaysia. Tidak ada bank-bank di Malaysia yang mempunyai pendedahan kepada subprima atau memiliki bon-bon yang telah turun harga.

Jadi isu yang kita hadapi bukan dari segi subprima subprima memang tidak ada kesan langsung kepada negara kita. Akan tetapi kesan-kesan daripada subprima telah mula melibatkan ekonomi Amerika pada keseluruhannya. Ekonomi Amerika kini menghadapi kemelesetan begitu juga ekonomi-ekonomi Eropah menghadapi kelembapan. Dari segi negara Malaysia, eksport kita kepada negara-negara Amerika dan Eropah mungkin akan menurun sedikit sebab kita mengeksport barang-barang yang disebut dengan izin, tax export iaitu eksport-eksport yang berteknologi tinggi seperti electrical, electronically export, dengan izin.

Akan tetapi yang menjadi kelebihan Malaysia Tuan Yang di-Pertua, ialah peningkatan dalam eksport komoditi kita. Oleh sebab satu, permintaan dengan izin demand dari negara-negara China dan India telah meningkat, dan juga harga telah meningkat.

final • 11:00 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Peningkatan dalam eksport komoditi kita dengan izin, telah more than offset penurunan dalam eksport-eksport high tech kepada Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelaburan di Malaysia seperti yang saya pernah jawab dahulu. Pelaburan di Malaysia masih kukuh dan saya pernah memberi angka-angka dahulu bahawa kadar peningkatan dalam FDI masih tinggi. Dan mungkin kadar penambahan tidak setinggi tahun-tahun 90-an, tetapi kini pelaburan bukanlah dalam sektor pembuatan. Sektor pembuatan memerlukan pelaburan yang banyak. Kini banyak pelaburan adalah dalam sektor perkhidmatan. Di sektor perkhidmatan tidak memerlukan pelaburan yang banyak, tetapi memerlukan pelaburan yang mempunyai kualiti yang tinggi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Yang Berhormat, Tenggara.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi di dalam jawapan yang diberikan di dalam Dewan yang mulia ini memberitahu begitu banyak kelemahan-kelemahan daripada Amerika Syarikat. Contohnya bank-bank ini, bank subprima itu begitu teruk dan bermasalah. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, kenapa bank-bank kita sendiri ini daripada Malaysia terutama sekali Gabenor Bank Negara begitu berminat dan selalu nak mengikut polisi-polisi daripada Amerika Syarikat? Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengikut polisi-polisi Amerika Syarikat dan sebenarnya Amerika Syarikatlah yang mengikut polisi-polisi kita. Sebab polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat pada masa ini adalah sama dengan polisi-polisi yang kita laksanakan 10 tahun dahulu. Jadi mereka mempelajari daripada kita, itu satu kebanggaan kepada negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Shukri.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan sikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah faham bahawa cuma dibenarkan dua sahaja.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Perkara penting Tuan Yang di-Pertua, soalan ekonomi negara ini cukup penting.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Semua pun penting.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri nak jawab ni.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Puan Hajah Nancy bin Shukri.

final • 11:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Perdebatan kita di Parlimen ini touch and go saja Tuan Yang di-Pertua. Ini touch and go...

final • 11:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.

final • 11:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita nak penjelasan.

final • 11:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk.

final • 11:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya perhatikan debat ini hanya touch and go.

final • 11:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan. Terima kasih.

final • 11:10 PM

8. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah langkah-langkah diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.

final • 11:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri yang berkenaan sila. Sebelum menteri jawab, Ahli- ahli Yang Berhormat, semua Ahli-ahli Yang Berhormat sudah faham setakat ini berapa minggu sudah kita bermesyuarat. Kita mempunyai peraturan-peraturan tetap yang perlu dipatuhi. Kalau peraturan tetap tidak dipatuhi, macam mana kita bermesyuarat secara berhemah? Sila Menteri.

final • 11:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Tuan Yang di- Pertua, kehilangan kanak-kanak merupakan satu isu kompleks yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk komuniti dan ibu bapa sendiri. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2007, bilangan kanak-kanak hilang adalah seramai 1,649 kes. Bagi bulan Januari hingga Mac 2008 pula, 242 kes telah dilaporkan dan hanya 114 kes dijumpai semula. Ini menjadikan bilangan kanak-kanak yang masih hilang adalah sebanyak 128 kes bagi tahun 2008.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi perhatian serius kepada peningkatan kes kehilangan kanak-kanak di masa ini. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Pelajaran, agensi-agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin dan anggota masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah yang telah diambil oleh kementerian ini adalah seperti berikut.

(i) menubuhkan pasukan pelindung kanak-kanak di daerah-daerah;

(ii) menubuhkan jawatankuasa kebajikan kanak-kanak daerah yang mana antara peranannya adalah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dan salah laku di kalangan kanak-kanak;

(iii) mengadakan program-program kesedaran kepada ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat mengenai tanggungjawab masing- masing dalam memastikan keselamatan kanak-kanak;

(iv) mengadakan program latihan kemahiran kepada ibu bapa bagi memastikan agar mereka sentiasa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti Program Keluarga @ Kerja ataupun dengan izin, Parenting @ Work;.

(v) mengadakan program pencegahan melalui penubuhan taska komuniti;

(vi) mengadakan talian tele-dera yang berfungsi 24 jam sejak tahun 1992;

(vii) mengadakan talian Nur sejak November 2007 bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk membuat laporan jika terlihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan atau tidak berada dalam pengawasan ibu bapa ataupun penjaga; dan

final • 11:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Noriah binti Kasnon

(viii) meningkatkan kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan kanak-kanak ataupun inter agencies dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu kementerian melalui LPPKN atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, melaksanakan program pakej modul kasih dan smart start untuk memberikan pendidikan kepada ibu bapa dan bakal-bakal ibu bapa mengenai kemahiran keibubapaan termasuk aspek ekonomi, emosi, komunikasi berkesan dan tanggungjawab.

Ia dilaksanakan di peringkat negeri dengan kerjasama pintar dengan badan-badan bukan kerajaan. Daripada tahun 2003 hingga 2007, sebanyak hampir 1,800 program pendidikan keibubapaan ini telah diadakan dengan melibatkan lebih daripada 200,000 orang peserta. LPPKN juga mengadakan pusat untuk remaja iaitu Cafe@Teen dengan izin, dan selain dari itu program keibubapaan ataupun keluarga di tempat kerja yang saya sebutkan tadi telah dilancarkan pada tahun lalu telah melaksanakan sebanyak 15 buah program melibatkan penyertaan seramai hampir 1,000 orang ibu bapa.

Kementerian juga melaksanakan program advocacy melalui televisyen seperti menyiarkan iklan yang mengandungi panduan kepada kanak-kanak ketika berada di luar rumah dan langkah-langkah keselamatan yang harus diberi perhatian oleh kanak-kanak dalam bentuk animasi ataupun kartun. Pada tahun ini juga kementerian akan melaksanakan Program Selingkar Kasih yang juga disasarkan kepada ibu bapa di semua kawasan Parlimen insya-Allah dan salah satu pengisiannya ialah ceramah mengenai keselamatan kanak-kanak. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Kita sering mendengar maklumat yang tidak rasmi ini mengenai kehilangan kanak-kanak ini lebih ramai daripada apa yang telah dilaporkan.

Apakah pendapat kementerian mengenai perkara ini. Kedua ialah adakah kementerian membuat kajian di manakah kawasan yang mana kerapnya berlaku kehilangan kanak- kanak ini. Terima kasih.

final • 11:10 PM

Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Ini soalan terus kepada direct, straight to the point dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya laporan-laporan mengenai kehilangan kanak-kanak ini tidak dibuat kepada pihak kementerian kami tetapi kepada Polis Diraja Malaysia. Saya yakin tidak mustahil terdapat kes-kes kehilangan yang tidak dilaporkan oleh ibu bapa ataupun penjaga yang mungkin bimbang untuk diambil tindakan ke atas mereka ataupun bimbang diselar oleh masyarakat ataupun saudara-mara kerana cuai mungkin ataupun mungkin juga malu kerana mungkin anak-anak sendiri yang keluar ataupun lari daripada rumah mengikut teman lelaki misalnya ataupun mungkin kerana kanak-kanak itu disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang menyalahi undang-undang misalnya yang mungkin mengaibkan keluarga.

Maka itu, tidak mustahil penjaga mengambil keputusan untuk tidak melaporkan kepada pihak berwajib. Jika mengikut statistik yang saya peroleh daripada pihak berwajib, 86% untuk tahun 2007, 86% daripada jumlah kanak-kanak hilang ini adalah mereka daripada usia 14 hingga 17 tahun. Kemungkinan mereka sendiri yang keluar daripada rumah adalah besar.

Mengenai kajian ke atas kawasan yang kerap berlaku kehilangan ini Yang Berhormat, setakat ini kementerian belum membuat sebarang kajian ke atas kawasan yang kerap berlaku kehilangan tetapi juga melalui statistik yang kita peroleh daripada Polis Diraja Malaysia, bagi tahun 2005 sehingga 2007, jumlah kanak-kanak yang tertinggi hilangnya adalah daripada negeri Kedah sebanyak 16%, daripada Johor 12%, daripada Selangor, Kelantan dan daripada jumlah tiga tahun itu, hampir 5,000 kes telah dilaporkan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Rantau Panjang.

final • 11:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan, daripada

final • 11:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Apakah sebenarnya punca-punca utama yang menyebabkan kanak-kanak umur antara 14 dan 17 kerap kali terjadi kes kehilangan, apakah telah dibuat kajian sama ada lelaki ataupun perempuan yang sering berlaku kehilangan? Sejauh mana nasihat ataupun bimbingan yang telah dibuat kepada pelajar-pelajar sebab kita lihat umur antara 14 hingga 17 ini adalah di kalangan pelajar sekolah. Jadi sejauh mana program untuk mencegah kehilangan ini berlaku disasarkan juga kepada pelajar-pelajar sekolah. Minta penjelasan.

final • 11:10 PM

Puan Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau Panjang. Mengenai program-program yang dilaksanakan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Apabila saya nyatakan tadi kita wujudkan pasukan pelindung kanak-kanak di peringkat daerah dan juga jawatankuasa kanak-kanak daerah, kita ada sebanyak 131 pasukan pelindung dan juga 110 jawatankuasa kebajikan kanak-kanak daerah. Apabila kita mewujudkan kumpulan ini yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, profesional, ahli akademik dan juga mereka yang disegani di peringkat akar umbi, mereka telah bersama-sama dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah masuk antaranya ke sekolah- sekolah untuk mengadakan program-program ceramah tentang kesedaran dan juga pengaruh-pengaruh yang mungkin mereka akan hadapi apabila di luar kawasan sekolah.

final • 11:10 PM

Puan Noriah binti Kasnon

Selain daripada itu, kita juga mengharapkan komuniti dan ibu bapa sendiri sebagai mana saya katakan tadi memainkan peranan untuk memantau anak-anak kita sendiri di samping kementerian melalui rumah-rumah seperti rumah kanak-kanak kita ada Taman Tunas Harapan, kita ada Taman Sri Puteri dan sebagainya yang memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk kita pelihara. Kita pantau pergerakannya mereka ataupun kanak- kanak yang telah dikeluarkan perintah oleh mahkamah seperti terlibat dalam gejala akhlak yang tidak terkawal dan sebagainya Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: minta menteri Pengajian Tinggi menyatakan, apakah kerajaan akan mengkaji semula kursus-kursus yang tidak relevan dengan pasaran tenaga kerja tempatan untuk mengatasi masalah pengangguran yang berleluasa di kalangan graduan pusat-pusat pengajian tinggi.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong kerja kuat agaknya semalam.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat yang bertanya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan graduan yang dihasilkan adalah berkualiti dan berdaya saing agar mereka kompetitif dalam dunia pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kajian terhadap program yang ditawarkan di keseluruhan IPT merupakan satu proses yang berterusan melalui semakan kurikulum, penilaian oleh pihak industri dan juga penilai-penilai ketiga iaitu pihak luar. Sebelum sesuatu program pengajian dibangunkan, IPTA perlu mengadakan kajian pasaran ke atas program tersebut bagi memastikan graduan yang dihasilkan kelak akan menepati keperluan pasaran kerja semasa dan akan datang.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua pandangan dan input pihak industri serta badan-badan profesional merupakan komponen yang penting sebelum sesuatu program itu diluluskan. Tambahan lagi Yang Berhormat program-program pengajian yang telah berjalan di IPTA juga akan dinilai semula dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Bagi meningkatkan mutu graduan yang dihasilkan macam-macam langkah telah diambil oleh pihak kementerian. Antaranya:-

(i) menyediakan modul pembangunan insaniah atau soft skill yang direka bentuk khas untuk memberi nilai tambah kepada siswa-siswi supaya dapat memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa ini;

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

(ii) menerapkan elemen entrepreneurship atau keusahawanan dalam program pengajian yang mana dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai erti keusahawanan itu serta memantapkan budaya keusahawanan di kalangan graduan; dan

(iii) mewujudkan jalinan kerjasama yang baik di antara industri dan juga institusi pengajian tinggi awam melalui program- program internship.

Kementerian yakin proses penilaian dan penambahbaikan secara berterusan serta menyeluruh dalam sistem pendidikan tinggi negara ini akan dapat memastikan IPT sentiasa menghasilkan graduan yang informatif, yang kreatif serta bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dan seterusnya menghadapi cabaran-cabaran di masa akan datang. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menyedari bahawa program-program pengajian tinggi kursus-kursus keseluruhannya adalah relevan dan sangat berkaitan dengan pembangunan modal insan. Apa yang perlu difikirkan oleh kerajaan bukan untuk mengurangkan kursus, mengurangkan pelajar-pelajar, seboleh-bolehnya biar seramai-ramai rakyat yang berilmu yang paling mustahak ialah satu perancangan yang diadakan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan menanam semangat bekerja sendiri dan sebagainya sebagai satu contoh. Apakah perancangan terperinci yang dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan ini supaya graduan-graduan dimanfaatkan untuk pembangunan dan kemajuan negara kita dan tidak tercicir dengan begitu rupa.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Yang Berhormat Marang. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Marang di mana antara objektif menubuhkan kementerian ini ialah untuk menambah bilangan masyarakat yang mempunyai ilmu dan seharusnya pihak kementerian menambah bilangan kursus yang sedia ada di pasaran.

Untuk makluman Yang Berhormat, oleh kerana dasar kerajaan untuk membina masyarakat berilmu bagi mengisi negara maju di masa hadapan dan indicator nya adalah 60% daripada tahap masyarakat yang kohortnya di antara umur 18 ke 25 tahun mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sijil, diploma dan ijazah. Untuk mencapai ini kerajaan selari dengan prosedur yang ada iaitu menambah bilangan IPTA dan juga IPTS dan pada hari ini. Untuk makluman Yang Berhormat kita mempunyai 20 IPTA dan 468 IPTS yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan masyarakat berilmu di negara kita.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan tambahan saya ialah seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Marang tadi ia bukan sahaja berkaitan tentang kursus-kursus yang disediakan tetapi pengangguran siswazah ini juga berpunca daripada masalah diskriminasi dari segi peluang pekerjaan.

Saya ingin menyentuh soal siswazah OKU, orang kurang upaya ini. Tidakkah kementerian akan memberikan keutamaan supaya mereka ini dapat dijamin pekerjaan dengan membuat kerjasama khususnya dengan Kementerian Sumber Manusia ataupun industri-industri yang terlibat supaya siswazah OKU ini yang sekarang ini pengangguran di kalangan mereka semakin bertambah dapat diatasi.

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Batu Pahat bukan sahaja kita melihat dari aspek pengeluaran siswazah-siswazah OKU, kita juga melihat bagaimana hari ini prasarana yang wujud di IPTA dan IPTS kita adalah mesra kepada bakal-bakal graduan OKU.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah membuat kajian dan mengenal pasti antara sebab-sebab pengangguran utama bukan sahaja di kalangan siswazah biasa bahkan di kalangan siswazah OKU adalah:-

(i) hubungan di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan juga penawaran kerja kepada siswazah;

final • 11:20 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron

(ii) pertumbuhan ekonomi yang berasaskan intensif modal;

(iii) pertambahan mendadak jumlah tenaga siswazah;

(iv) kurangnya latihan bagi persediaan pekerjaan; dan

(v) kemahiran siswazah di dalam bidang-bidang tertentu penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi.

Kementerian telah mengambil kira kesemua asas-asas ini dan kita tidak mendiskriminasikan siswazah OKU. Insya-Allah pada masa yang akan datang di bawah pelan strategik pengajian tinggi negara kita mengambil kira semua tanpa ada batasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

10. Tuan Chua Tee Yong [Labis]: minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pekerja ladang sejajar dengan kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labis. Pekerja-pekerja di sektor perladangan di negara ini yang berkesatuan secara umumnya diliputi di bawah perjanjian kolektif antara MAPA ataupun Malayan Agricultural Producers Association dengan izin yang mewakili pihak majikan dan NUPW ataupun National Union of Plantation Workers yang mewakili pihak pekerja. Perjanjian kolektif yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak ini meliputi semua aspek tentang kontrak perkhidmatan yang melibatkan unsur-unsur kewangan dan bukan kewangan.

Perjanjian kolektif ini juga merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pekerja ladang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, NUPW dan MAPA telah pun mencapai persetujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan upah, elaun- elaun dan insentif-insentif untuk pekerja yang bekerja di ladang-ladang. Di dalam perjanjian bersama kedua-dua pihak ini masih boleh mengadakan perundingan untuk menentukan peningkatan pendapatan pekerja selaras dengan kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Noraini binti Ahmad

Juga untuk makluman Dewan yang mulia ini, pekerja ladang sama ada getah atau kelapa sawit menerima RM350 sebulan sebagai gaji asas atau minimum monthly guarantee, dengan izin. Selain daripada itu di bawah seksyen 16, Akta Kerja 1955 pekerja ladang dijamin diberi kerja tidak kurang 24 hari sebulan. Selain dari gaji asas, pekerja ladang juga dibayar pelbagai elaun, seperti elaun kedatangan, elaun bonus yang dibayar mengikut kadar harga getah dan kelapa sawit di pasaran. Kadarnya adalah seperti jadual yang dipersetujui dalam perjanjian kolektif antara MAPA dengan NUPW. Sebagai contohnya kadar gaji pekerja ladang dan kelapa sawit, seperti di dalam perjanjian pada tahun 2007.

Bagi penoreh getah atau pekerja ladang getah, gaji pokok sehari adalah RM13.50.

Terdapat juga insentif seperti insentif hitung panjang sehari RM7.30, sekerap purata sehari RM2, price bonus purata sehari adalah RM2.80, pendapatan sebulan dikira melalui RM25.60 untuk satu hari, elaun kedatangan pula adalah RM95, elaun rumah RM95.

Sementara untuk pekerja ladang kelapa sawit pula gaji pokok sehari adalah RM13.50 sementara insentif-insentif adalah price bonus purata sehari adalah RM2.30, price bonus tambahan pula adalah RM3.10. Pendapatan sebulan pula dikira melalui RM18.90 sehari, elaun kedatangan pula RM95 sehari, elaun rumah juga RM95 sehari. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat kepingin sangat untuk mengemukakan soalan tambahan, saya juga kepingin untuk memberi laluan. Akan tetapi

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

jam sekarang di dinding menunjukkan 11.32 iaitu tempoh untuk sesi soal jawab telah berakhir. Setiausaha sila.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan

final • 11:30 AM

Menteri Pelancongan - Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Zaid bin Ibrahim]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENCEN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Rang Undang-undang Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENCEN PIHAK- PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Pihak- pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di

final • 11:30 AM

Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas”.

[20 Mei 2008]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sila sambung perbahasan.

final • 11:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan menyambung sedikit lagi penggulungan bagi pihak MSCD atas dua isu sahaja iaitu teksi dan Giat MARA.

final • 11:35 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, semalam, di hujung semalam, penjelasan.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masih ingat yang di hujung semalam, kalau tidak ingat, tidak payahlah. [Ketawa]

final • 11:35 AM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Yang semalam itu, Yang Berhormat Menteri ada mengatakan ada Pegawai MARA dari Klang yang ditukarkan di atas isu mereka tidak cekap ataupun tidak kompeten.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Kemudian Yang Berhormat Menteri kata tindakan tegas telah pun diambil, mereka telah pun ditukarkan ke luar bandar. Itu mungkin sebagai langkah damage control, dengan izin, tetapi persoalannya adakah itu cara yang terbaik, pegawai yang dianggap tidak cekap dari Klang itu dihantar ke luar bandar. Tidakkah ini memberikan kesan kepada prestasi beliau besok di luar bandar, minta penjelasan.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Kita fikir dia sesuai ke luar bandar, sebab dalam bandar bangunan MARA lapan tingkat, kat luar bandar bangunan MARA satu tingkat sahaja. Jadi biarlah dia uruskan bangunan satu tingkat dahulu, besok kalau pengalaman sudah cukup kita bawa balik dia ke bandar.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa berhubung pertanyaan beliau mengenai skim pembelian teksi secara ansuran oleh MARA. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa skim pembelian teksi secara ansuran masih dijalankan oleh pihak MARA. Setakat 16 April 2008, MARA telah memberi pinjaman bernilai RM27.8 juta kepada 762 usahawan dengan syarat-syarat yang mudah dan mampu dibayar balik.

Seterusnya untuk makluman...

final • 11:35 AM

Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Minta penjelasan sedikit.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Bagi saya habiskan dahulu boleh tidak? Nanti saya bagi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, skim pembelian teksi ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak yang mana syarat pembelian teksi mestilah bumiputera, permit milik sendiri, terhad kepada teksi sahaja, umur tidak melebihi 60 tahun.

Untuk makluman ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui kementerian ini telah melancarkan Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam, TPPA yang dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak tanpa mengira kaum pada Mac 2007. Sehingga kini permohonan bernilai RM92 juta telah diluluskan dari RM200 juta yang telah diperuntukkan. Ya Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Dalam keterangan Yang Berhormat Menteri, apabila seseorang pemandu teksi mendapat permit baru diberi pinjaman daripada tabung tersebut, jadi saya hendak tanya adakah pihak kementerian boleh mengkaji semula supaya kementerian ini ataupun MARA mengurus sendiri pembelian kenderaan itu dengan sekali gus dengan tabung pinjaman itu khususnya untuk pemandu- pemandu yang lebih 15 tahun, yang susah sangat hendak dapat permit ini. Apabila tidak dapat permit dengan sendirinya pinjaman tidak dapat, terima kasih.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih...

final • 11:35 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang sama.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya?

final • 11:35 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Isu yang sama.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Isu yang sama?

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, menteri belum jawab lagi.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Tidak apa, isu yang sama sekali saya jawab.

final • 11:35 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Berkait dengan teksi juga, permit yang diberi kepada syarikat-syarikat besar, saya menerima rungutan daripada pemandu- pemandu teksi, charge yang dikenakan sebulan RM1,200. Bayaran untuk teksi cuma RM600, RM600 lagi itu diberikan kepada pemegang permit. Jadi adakah ini kementerian akan mengkaji supaya beban yang ditanggung oleh pemandu teksi yang benar-benar mencari makan melalui teksi ini akan dapat dikurangkan, terima kasih.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih dua-dua isu teksi. Seperti yang saya maklum, mulai Ogos 2004 semua lesen teksi ini telah dibekukan sama ada kepada syarikat ataupun kepada individu.

final • 11:35 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Oleh sebab itu, dalam tempoh empat tahun ini tidak ada dikeluarkan permit kepada syarikat ataupun kepada individu. Saya telah pun umumkan dalam Dewan yang mulia ini, kementerian saya akan membuat memorandum Kabinet untuk kita mengkaji semula supaya diberi peluang keluarkan permit yang baru. Di dalam kajian kita, kita memerlukan lebih kurang tiga ribu permit lagi dengan berdasarkan satu teksi 200 penumpang kecuali di Johor sudah berlebih.

Apabila Kabinet luluskan nanti kita akan beri keutamaan kepada individu secara peringkat-peringkat dan apabila lesen ini sudah diluluskan nanti oleh Lembaga Perlesenan

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Kenderaan barulah dia boleh memohon pinjaman kepada pihak MARA ataupun kepada Bank Rakyat untuk membeli teksi. Bukan sahaja pinjaman untuk beli teksi tetapi juga kalau mereka hendak convert daripada diesel kepada NGV itu pun kita berikan pinjaman RM5 ribu ataupun RM6 ribu untuk memberikan kemudahan kepada pemandu-pemandu teksi.

Jadi soalan yang dibangkitkan tadi saya ingat sudah pun saya jawab. Hanya saya hendak minta pihak pembangkanglah terutamanya DAP jangan hendak jadi jaguh kepada pembela nasib pemandu teksi ini. Semalam dia bawa dengan pemandu-pemandu teksi daripada LCCT hendak menghasut supaya buat tunjuk perasaan dekat depan Parlimen. Isu yang dah lapuk hendak dibawa, jadi jangan hendak menakuk di air keruhlah. Jadi besok bila kita bagi lesen ini kepada individu... Wah, DAP akan mendabik dada konon dialah perjuangkan!

Jadi saya harap DAP jangan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat, saya selalu baca kenyataan dalam surat khabar yang katakan di LCCT itu. Pemandu teksi kena tunggu lima, enam jam untuk mendapat di punya trip. Ada orang juga katakan mereka tidur selama 18 jam untuk dapat dua trip atau tiga trip sehari.

Jadi adakah satu angka berapa permit yang perlu untuk tiap lapangan terbang ini dan apakah ratio dia? Jika terlalu ramai orang berpangkalan teksi di situ mereka tidak dapat cukup business. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya dah nyatakan tadi bahawa kita sedang membuat kajian, satu teksi kepada 200. Mengenai LCCT ini dia ada sejarah, mula-mula kita membuka LCCT pada ketika itu penumpang belum ramai dan ramai pemandu-pemandu teksi tidak berminat untuk ke sana. Dari sebab itu kita kena menggalakkan pemandu- pemandu teksi pergi ke LCCT, malah kalau Yang Berhormat tengok teksi LCCT ini dia pakai meter. Apabila kita bagi dia pakai meter ini pun pemandu teksi lain dah kompelin patut di airport dia tidak perlu pakai meter sebab dia dah ada pakai kupon.

Namun, pada masa itu kita hendak menarik minat supaya pemandu datang ke LCCT kita bagi kemudahan. Ini pun kita sedang kaji balik sama ada perlu ataupun tidak, penggunaan meter ini dibenarkan kepada teksi-teksi LCCT. Ini kerana teksi-teksi bandar orang sudah boleh kompelin. Mereka bukan sahaja beroperasi di LCCT, malah di dalam bandar pun mereka ambil penumpang.

Jadi semua perkara ini Yang Berhormat, LCCT ini saya sendiri dah empat jam lebih saya, spend my own time, saya berjumpa. Mereka tidak satu persatuan, saya sendiri suruh tubuh persatuan bersama dengan pengusaha dan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya juga pada 14 hari bulan dah buat mesyuarat. Jadi bagi kita dah selesai. Hanya DAP saja jangan hendak menangguk di air keroh itu saya hendak maklumkan. Bagi sahabat saya ini, Yang Berhormat Machang.

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri secara peribadi saya tidak meragui kesungguhan Yang Berhormat Menteri untuk berusaha mengatasi maslah pemandu teksi. Sesekali dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan saya naik teksi airport juga. Apabila kerap naik teksi, bersembang dengan pemandu teksi saya semacam dapat memahami tentang frasa-frasa perjanjian di antara syarikat dan pemandu teksi yang kelihatan mengikat pemandu teksi untuk komitmen bayaran dalam item-item yang cukup banyak.

Misalnya cengkeram kereta, cengkeram radio trunk, cengkeram peralatan kecemasan, cengkeram kemalangan, yuran harian, komisen ticket outbound dan inbound, segala macam sampailah kepada caruman kebajikan. Caruman radio RM500, kena bayar dulu, cengkeram peralatan kecemasan RM150. Jikalau berlaku kemalangan sahaja pemandu kena bayar RM2 ribu dahulu.

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Kemudian saya perhatikan juga spare parts teksi, syarikat dah tentukan bengkel mana yang boleh dia tukar. Kalau katalah pemandu teksi itu tukar sendiri kerana kerosakan itu berlaku, kalau tidak tukar kereta dia tidak jalan. Oleh kerana itu, tukar sendiri tu dia kena bayar balik kepada syarikat walaupun jumlah bayaran alat ganti syarikat tentukan itu jauh lebih mahal daripada kalau pemandu teksi itu tukar sendiri. Point saya ialah perjanjian yang sedemikian rupa betul-betul membebankan pemandu teksi yang juga terpaksa bertarung dan bersaing untuk mendapatkan bilangan trip yang munasabah. Ini real, ini bukan persepsi. Ini real sebenarnya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri teliti perkara ini.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat naik teksi sekali saja dari Kota Bharu. Saya dengan Persatuan Teksi Kota Bharu ini saya dah berdialog dengan mereka ini dekat 40 minit dekat airport. Saya dah berdialog hampir tiga jam dengan semua persatuan-persatuan teksi-teksi di Kuala Lumpur, dari Johor.

Jadi segala masalah Yang Berhormat bangkit itu memang pengetahuan kita, terima kasih banyak. Sebab itu saya katakan tadi bahawa kita akan memberikan keutamaan kepada lesen-lesen individu ini. Namun, ini saya kena bawa kepada pengetahuan Kabinet. Ini kerana dulu perkara ini dibekukan oleh Kabinet.

Kedua, saya juga dapat laporan ada syarikat yang menjaga kebajikan, ada di antara bila saya kata hendak bagi individu; mereka datang jumpa saya dia kata pekerja syarikat-syarikat ini dia tidak nak, sebab ada syarikat yang menjaga kebajikan. Jadi ini semuanya di dalam perhatian kita, insya-Allah kita akan laksanakan sebaik mungkin untuk kita memberi, menjaga, membela nasib pemandu teksi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu pahat bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Saya takut tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi itu. Permit dan beli teksi. Saya tidak tahulah macam mana dua tahun yang lalu ada pemandu teksi yang menyewa teksi jumpa saya, dia kata dia ada permit tapi tidak boleh hendak beli teksi kerana bank tolak. Ini menimbulkan masalah kepada dia. Macam mana dia dapat permit itu saya tidak tahulah, ini bukan hendak jadi popular macam DAP.

Cuma saya hendak bangkitkan di sini ialah apakah tidak ada satu kaedah supaya kementerian sendiri menyediakan dana membantu pemandu teksi yang ada permit tapi tidak boleh beli teksi melalui pinjaman bank sebab bank banyak kerenah. Dia kata kepada pemandu teksi tersebut akaun dia tidak aktif. Jadi menyusahkan dia, macam dia kata dia hendak aktif akaun dia sebab dia baru.

Jadi sebab itulah saya harap barangkali cara yang terbaik kementerian sendiri menyediakan dana membantu pemandu teksi yang ada permit untuk membeli teksi secara ansuran. Apakah ini boleh dilakukan sebenarnya.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasih mungkin Yang Berhormat jumpa itu mungkin permit teksi eksekutif ataupun premier, sebab teksi ini ada tiga jenis eksekutif, premier dan juga budget. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya duit yang kita letak di MARA, di Bank Rakyat dan juga SME Bank itu ialah duit kementerian.

Hanya kita menggunakan ini sebagai agihan.

Sebagai contoh kita akan melaksanakan jika Kabinet lulus nanti. Bahawa kalau katalah pemandu teksi ini dia sekarang berhutang dengan syarikat kalau sekarang ini dia ada berhutang syarikat dengan RM30 ribu. Apabila besok dia dapat permit individu, kita terus bagi RM30 ribu itu untuk dia bayar terus kepada syarikat. Dia boleh ambil teksi dia ataupun dia nak beli teksi baru kita akan terus berikan. Kerjasama ini kita akan pastikan ada satu jawatankuasa yang akan menyelaraskan supaya pastikan setiap pemandu teksi yang mendapat permit tidak ada masalah untuk mendapatkan kewangan asalkan peruntukan kita cukup.

final • 11:40 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit penjelasan lagi. Kalau sekiranya kementerian meletakkan dana mereka itu di bank seperti yang disebut tadi, Bank

final • 11:50 AM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Rakyat, saya takut nanti bank itu anggap itu macam duit dia. Jadi menggunakan kaedah cara dia yang menyusahkan dan saya hendak tahu apakah ada pemantauan, takut nanti wang itu tak digunakan sepenuhnya untuk membantu mereka yang memerlukan seperti pemandu teksi tadi. Takut dia anggap itu duit dia.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah nyatakan semalam. Mulai 1 Jun ini, semua agensi di bawah MECD, jika mereka menolak mana-mana permohonan, semua agensi ini wajib memberikan sebab. Sebab apa dia tolak permohonan-permohonan ini.

Mereka yang ditolak permohonannya, boleh dalam tempoh sebulan merayu kepada kementerian kerana kita tubuh Jawatankuasa Rayuan dan apabila kementerian mendapati alasan-alasan penolakan permohonan ini tidak munasabah, maka Jawatankuasa Rayuan boleh meluluskan permohonan tersebut dan apabila diluluskan agensi di bawahnya mesti melaksanakan apa jua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Minta penjelasan sedikit ya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, soalan yang sama kali ini?

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Soalan yang sama?

final • 11:50 AM

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Sama, sama. Permit ini.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada tiga yang bangun Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Saya minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pontian duduk dulu.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Bila seseorang pemandu teksi secara individu hendak minta permit ini, hanky-panky. Sebab dia beritahu saya sendiri, terpaksa membayar RM10,000. Jadi bagaimana hendak mengelak supaya permit ini benar-benar dapat diberi? Bagaimana vehicle nya supaya tidak ada hanky-panky ini?

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Lebih kurang sama.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri saya ingat...

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Yang ini saya ingat secara detail ...

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Ada kaitan.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Memang kita ada syarat-syarat dan jika ada bukti Yang Berhormat kata ada hanky-panky ini kena laporkan kepada sayalah. Sebab kita juga ada satu Jawatankuasa Tatatertib. Kalau kata pegawai ada terbukti bahawa pegawai yang melakukan hanky-panky ini, maka kita tidak boleh bertolak ansur kerana niat kerajaan hendak tolong rakyat. Tidak ada sebab mengapa pegawai pula hendak menyusahkan rakyat. Duit kita bagi, polisi kita buat, jadi mereka kena melaksanakan dasar-dasar yang telah pun kita luluskan dan peruntukan yang kita telah sediakan mesti mereka belanjakan mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 11:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Teksi Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pontian bangun. Yang Berhormat Rantau Panjang bangun juga Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Pontian.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Dua-dua sekalilah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pontian dulu lepas itu Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Yang Berhormat ada maklumkan tadi bahawa mungkin ada 3,000 permit akan diberikan kepada individu, tapi mengikut pengalaman sudah, kalau kita buka kepada individu ini, berbelas ribu mungkin akan mohon. Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara itu dan bagaimana syarat-syaratnya itu hendak diketatkan supaya mungkin bekas-bekas tentera ataupun mereka yang telah lama memandu dan menggunakan permit orang lain boleh mendapat permit. Saya rasa Johor masih perlukan Yang Berhormat. Takkan Johor tak dapat langsung?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rantau Panjang. Sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan, adakah kuota pemberian permit kepada golongan ibu-ibu tunggal yang mungkin mereka boleh memanfaatkannya untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka.

Selain daripada itu saya juga ingin penjelasan tentang masalah yang diluahkan oleh pemandu teksi untuk mendapatkan bekalan gas bagi mengendalikan teksi mereka terutama dalam menghadapi situasi kenaikan harga minyak. Ada yang didapati sekarang ini stesen-stesen yang membekalkan gas ini amat terhad dan tidak menyeluruh di seluruh negara. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan supaya setiap pemandu teksi di seluruh negara dapat menikmati penggunaan gas NGV ini dan begitu juga saya ingin kepastian, adakah geran peruntukan khas kepada Persatuan Pemandu-pemandu Teksi untuk menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di seluruh negara? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Pontian mengenai 3,000 permit teksi. Permit kita akan bagi berperingkat-peringkat dan syarat-syaratnya dah tentulah kita akan beri, di antaranya ialah kepada mereka yang dah memang membawa teksi.

Yang kedua mesti melalui persatuan. Mesti menjadi ahli persatuan ataupun melalui koperasi, sebabnya dulu kita bagi kepada syarikat, kerana bila individu, teksi individu kita susah hendak kawal. Kadang-kadang mereka keluar. Dalam permit kita, teksi patut banyak di atas jalan raya, tapi mereka tak pergi, kotor dan sebagainya. Jadi sebab itu melalui persatuan ataupun koperasi, maka inilah syarat-syarat utama. Kalau tak ada jadi ahli persatuan, kalau tak ada jadi ahli koperasi, kita tidak akan pertimbangkan. Ini termasuklah ibu tunggal. Bukan sahaja ibu tunggal, ibu tinggal pun kita akan pertimbangkan. Kalau dia mempunyai syarat-syarat yang tertentu.

Ada bezanya ibu tunggal dengan ibu tinggal ini. Ibu tunggal ini kita dah tahu dia tak ada suami. Ini ibu tinggal ini. Suami ada, nak kata tak ada suami, tak ada suami. Jadi yang ada hanging ini pun kita akan berikan. Kita akan berikan perhatian dan bantuan kalau cukup syarat-syaratnya.

Cadangan Yang Berhormat mengenai penggunaan NGV gas, memang benar bahawa kalau teksi kita dapat menggunakan NGV ini sebenarnya dia boleh menjimatkan petrol. Saya difahamkan boleh menjimatkan lebih daripada 50% - lebih murah. Masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah NGV ini dibawa oleh Petronas dan ini juga telah saya bincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan kalau ikut perancangan Petronas, mereka menyatakan pada tahun ini 200 stesen, tetapi baru-baru ini telah diumumkan oleh Petronas, mereka setakat ini mampu menyediakan 100.

Jadi saya dengan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah bersependapat bahawa NGV ini mestilah diperbanyakkan.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat telah pun tadi saya jawab sekali. Begitu juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi telah pun saya jawab dalam penjelasannya. Sekarang saya hendak pergi ke Giat MARA...

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Teksi juga?

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya pohon Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan bezanya di antara kereta sewa dan teksi bermeter. Kenapa ada di kawasan-kawasan seperti kawasan saya, tidak ada permit untuk lulus teksi bermeter sedangkan kawasan tersebut memerlukannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Ya terima kasih Yang Berhormat. Teksi ini ia berjalan pakai meter di dalam kawasan bandar. Kereta sewa tak ada meter. Dia boleh ambil daripada Kuantan pergi ke Temerloh. Jadi dia tak ada teksi. Ia tak ada meter. Jadi, itu telah pun ditetapkan. Kalau kita sewa daripada Kuantan hendak pergi ke Cherok Paloh berapa tambang sebagai contoh. Namun kalau dalam bandar ini, ia kena pakai meter kerana kadang-kadang ia jam. Bila jalan sesak, jadi is unfair kalau kita tak ada meter. Kalau dalam bandar ini, jalan jam tetapi meter itu jalan. Jadi sebab itu ada bezanya. Walau bagaimanapun, dalam cadangan, kita hendak kereta sewa dan juga teksi ini kalau dapat kita akan satukan. Jadi saya ingat itulah Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey, banyak dah cerita teksi ini. Pindah kepada perkara kelainlah.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon Yang Berhormat Menteri ya.

Adakah Yang Berhormat Menteri tahu bahawa di Kuantan tidak ada teksi bermeter?

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Tahu. Tahu.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Sedangkan Persatuan Teksi ini memang banyak menyatakan bahawa mereka perlu permit demikian, sebab memang ada keadaan di sana public transport amat teruk sekali. Bas pun susah dan ramai pesara di sana yang memerlukan kemudahan teksi bermeter, sedangkan tidak ada permit langsung. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Saya dah nyatakan, bahawa yang akan datang kita akan satukan teksi bermeter dan juga kereta sewa.

Mengenai Giat MARA, saya ingin merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Batang Sadong supaya Pusat Giat MARA diwujudkan di Simunjan, iaitu kawasan di bawah Parlimen Batang Sadong. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Batang Sadong, Pusat Giat MARA telah pun beroperasi di Batang Sadong yang dapat memberi peluang kepada remaja-remaja di Simunjan. Semenjak Julai 1993, di mana tiga kursus yang sedang diajar iaitu membaiki motosikal, membaiki kenderaan bermotor dan juga menjahit pakaian wanita. MARA sedia menimbangkan untuk mewujudkan cawangan Giat MARA di Simunjan, jika ada permohonan dan jika ada keperluan di kawasan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Akhir kata saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, banyak yang berdiri kat belakang.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Silam.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Limbang.

final • 11:50 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Silam.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Noh bin Haji Omar

Okey, ini sebab Sarawak dia kena bagi.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kena bagilah orang Sarawak, sebab cerita orang Sarawak ini. Lepas itu Yang Berhormat Limbang dulu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya telah difahamkan oleh pegawai MARA di tempat saya di Limbang, bahawa ada proposal untuk menubuhkan Giat MARA di kawasan saya Limbang. Saya mohon kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan Pusat Giat MARA yang terdapat di kawasan saya di Daerah Kunak dan di kawasan Tungku, saya melihat peranan Pusat Giat MARA di kawasan saya ini nampak dari segi pengambilan peserta itu tidak begitu proaktif.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Jadi saya mohon dan berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Seterusnya saya juga berharap iaitu Majlis Pembangunan Usahawan Daerah yang diwujudkan sekarang ini kalau di seluruh negara mungkin ada 48 buah. Di Parlimen Silam, dari segi urus setia wujud di kawasan daerah Tawau. Ketika itu dipengerusikan oleh bekas Ahli Parlimen di kawasan saya. Apabila kita melihat dari segi ahli UMNO yang teramai di Malaysia ini datangnya dari Parlimen Silam. Jikalau kita melihat juga dari segi belia sama ada wanita ataupun pemuda yang teramai di Malaysia ini datangnya dari kawasan Parlimen saya.

Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri supaya dapat mewujudkan Majlis Pembangunan Usahawan di peringkat Parlimen Silam dan juga gerai-gerai MARA belum lagi wujud di kawasan saya.

Jadi saya merayu supaya pegawai kementerian Dato’ yang berada di kawasan saya supaya mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Banyak dah bagi Yang Berhormat Menteri tu.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih banyak. Pertama, mengenai Giat MARA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam perancangan kita akan mewujudkan Giat MARA ini di setiap kawasan Parlimen. Menjelang hujung tahun ini kita akan tambah lagi 14 buah kalau tidak silap, Pusat Giat MARA.

Menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan kita akan mewujudkan 243 Pusat Giat MARA. Kawasan Parlimen ada 222 buah tetapi kita wujud lebih iaitu 243 buah untuk memastikan bahawa Giat MARA ini wujud di tiap-tiap kawasan Parlimen. Berlaku kelebihan ini kerana ada kawasan Parlimen yang bila pecah kawasan dulu ia termasuk kawasan Parlimen baru. Jadi ini kita akan laksanakan di kawasan Limbang.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Mengenai cadangan Yang Berhormat Silam mengenai dua perkara yang dibangkitkan iaitu Giat MARA di Kunak katanya kurang diberi perhatian. Saya hendak menjelaskan bahawa kita sudah pun berusaha untuk mempromosi lagi Giat MARA ini...

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Batu Gajah bangun Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya hendak jawab ini dahulu. Lepas ini saya bagi. Giat MARA belum habis lagi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam tadi.

Sekarang ini Giat MARA akan berusaha untuk mencapai tiga matlamat. Pertama, kita hendak memastikan apabila pelajar-pelajar belajar di Giat MARA, mereka habis belajar mereka boleh mendapat pekerjaan. Ini kita sedang membuat usaha sama dengan syarikat- syarikat besar dan juga dengan GLC.

Kedua, kalau pelajar-pelajar Giat MARA ini berminat untuk melanjutkan pelajaran maka mereka boleh melanjutkan pelajaran dengan second chance. Ini kerana daripada Giat MARA mereka boleh masuk IKM, masuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan akhirnya mereka boleh masuk UniKL. UniKL sekarang ini ada pelajar-pelajar yang berasal dari Giat MARA di mana Giat MARA kita sedia maklum, syaratnya tahu membaca dan menulis sahaja.

Ketiga, kalau pelajar-pelajar Giat MARA ini minat berniaga, kita terus memberi kan mereka peralatan, contohnya kursus welding. Sementara dia hendak buka kedai, habis sahaja kursus kita bagi dengan tong gas dan welding ini buat balik. Supaya dia boleh beroperasi di rumah secara kecil-kecilan dan juga supaya ilmu yang mereka dapat di Giat MARA tidak disia-siakan.

Mengenai MECD saya hendak menjelaskan bahawa di Sabah kita wujudkan MPUP. Bukan sahaja mengikut daerah tetapi mengikut kawasan-kawasan Parlimen. Ini MPUP di Sabah, Selangor dan juga di Sarawak kerana kawasan Parlimennya begitu luas kita punya kawasan Parlimen, kita telah pun menyiapkan terma rujukan.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Segala masalah Yang Berhormat bangkit tadi bolehlah dibincangkan di dalam MPUP apabila diwujudkan nanti.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kriteria yang sama digunakan untuk Sarawak dan Sabah itu tidak selaras sangat kalau di Semenanjung kecil sangat kawasan tetapi di Sabah dan Sarawak besar Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya. Di Sabah dan Sarawak kita ikut kawasan Parlimen yang di Semenanjung kita ikut daerah. Ada beza itu. Jikalau satu daerah ada tiga atau empat kawasan Parlimen tetapi di Sabah dan Sarawak mengikut kawasan Parlimen masing-masing.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya saya ada bangkitkan berkenaan peruntukan kepada kementerian. Saya tidak tahu kementerian Yang Berhormat Menteri telah jawab di mana telah dialihkan peruntukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ini kepada MARA.

final • 12:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya rasa kementerian mesti berhati terbuka, berfikiran terbuka dan bukan sekadar kerana kutipan sewa dikenakan ke atas Pusat Giat MARA mengambil tindakan begitu drastik mengalihkan peruntukan dari perbadanan ke MARA.

Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu apakah sebab-sebab yang lebih serius sehingga mengakibatkan kementerian membuat keputusan yang begitu drastik? Apa sebab tidak boleh duduk berbincang demi kepentingan rakyat? Tadi Yang Berhormat telah berulang-ulang kali menggunakan perkataan kepentingan rakyat. Mengapakah sedemikian keputusan diambil?

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tengok banyak Ahli-ahli Pembangkang bangkit isu-isu yang tidak puas hati bila ada agensi tidak menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri yang bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Untuk MECD peruntukan-peruntukan yang sepatutnya kita beri kepada SEDC, kita telah pun memutuskan supaya ianya diberi melalui MARA. Pertama, saya hendak jelaskan.

Segala apa juga peruntukan dan juga baik pembangunan, perancangan yang kita buat kita tidak pernah batalkan. Hanya agensi yang melaksanakannya berbeza. Dulu SEDC kalau di Selangor PKNS. Kita sekarang laksanakan ini ialah MARA. Matlamat, apa yang kita susun di dalam Bajet RMK-9 ini disusun waktu masa itu Barisan Nasional! Selangor Barisan Nasional, Perak Barisan Nasional, kita duduk semeja.

Namun apabila pilihan raya, waktu membuat manifesto pembangkang tidak mahu duduk semeja dengan Barisan Nasional! Barisan Nasional ada manifesto kita sendiri!

Pembangkang ada manifesto mereka sendiri. Jadi sekarang bila sudah menang di negeri- negeri yang telah diberi janji maka itu tanggungjawab kerajaan pembangkang! Dia yang berjanji. Seperti yang di negeri Selangor ini... [Menunjukkan dokumen berkaitan]

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Apa ini? Yang Berhormat Padang Serai daripada pada mula sampai sekarang saya ingat Ahli Parlimen yang tidak reti peraturanlah.... [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai duduk dululah, tidak apalah.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya bagi contoh ini... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Manifesto ini, manifesto barisan alternatif, tetapi sekarang Parti Pakatan Rakyat.

Saya rasa ini pun sudah menipu rakyat dah, ini bukan saya buat ni! Ini gambar DAP, gambar PKR dan gambar PAS iaitu barisan alternatif. Tiba-tiba bila menang jadi Parti Pakatan Rakyat. Itu satu sudah menipu rakyat dah!

Ini janji-janji rakyat ini... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Ini manifesto ni! Bukan saya hendak tipu saya hendak baca apa yang dijanjikan oleh Parti Pakatan Rakyat.

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua, point of order sebab ini sesi untuk jawab soalan.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya lah saya hendak jawablah ni!

final • 12:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Bukan masa untuk berpolitik.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Ya lah, saya hendak jawablah ni!

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dulu.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Baik, Yang Berhormat saya hendak jawablah ni!

Janganlah kacau saya hendak jawab. Ini saya hendak cerita dia tanya tadi mengapa tidak boleh duduk semeja? Itu persoalan dia. Jadi saya hendak terangkan mengapa kita tidak boleh dudu semeja kerana manifesto kita berbeza.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya hendak baca apa yang, dulu peruntukan itu kita buat waktu kita duduk semeja dengan Kerajaan Barisan Nasional kita ada rancang! Sekarang ini saya hendak baca manifesto yang dijanjikan mengenai usahawan di negeri Selangor sebagai contoh menyediakan premis perniagaan yang cukup” sediakanlah tidak ada masalah. Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda”. Okey bimbinglah belia, kami pun ada juga program kita untuk bimbing, kita buat Pusat Giat MARA.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang lain diam Yang Berhormat, dengar Yang Berhormat Menteri dulu.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Itu cara kita. “Kemudian memberi galakan kepada belia dan wanita muda.” Wah! “Wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama sahaja.” Hebat! Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, bila yang bab mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis-premis sebanyak 20% tidak boleh dilaksanakan.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Jadi kita tidak mahu bersubahat. Kita Barisan Nasional tak mahu bersubahat dengan pembangkang. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Kita Barisan Nasional... Apa ni? [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduklah Padang Serai. Yang Berhormat Batu Gajah, duduklah dulu. Yang Berhormat Padang Serai, minta tolong duduklah.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya nak beritahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa...

[Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia sudah 50 tahun. UMNO sudah hancurlah! Ini sekarang sedang tenat, baru tiga bulan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dululah. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya cakap ni Barisan Alternatif... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dengar dulu! Bukan cakap, ini janji.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri boleh cakap apa saja dia suka. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat. Jangan buat macam dekat pasar Yang Berhormat. Di sini biar kita berperaturan sedikit.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa. Kita kena dengar seorang-sorang bercakap, kalau masa Yang Berhormat bercakap Menteri diam saja.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kasi saya peluang Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Pindah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Saya dah habis tadi dah sebenarnya, tapi Yang Berhormat Batu Gajah bangun bertanya. Jadi jangan marah saya. Marahlah manifesto Barisan Alternatif.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini bukan macam gelagat menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Akhir kata saya nak jelaskan Barisan Nasional tidak mahu bersekongkol dengan pembangkang tentang janji yang tak boleh ditunaikan.

Barisan Nasional kalau berjanji, kita mesti tunaikan. Sebab itulah duit MeCD kita tak boleh salurkan kepada SEDC, biar MARA yang boleh menunaikan janji kepada rakyat. [Tepuk] Terima kasih. [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dah habis Yang Berhormat. Menteri dah habis menjawab dah.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Ada soalan lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Menteri takut.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Nak minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Padang Serai sila duduk.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri cakap macam menjual di pasar malam. Kemudian terus duduk. Apa ni? Bagilah peluang kita jawab, minta penjelasan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cantik!

final • 12:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Takut kerana salah.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri cakap macam menjual goreng pisang di pasar malam. Aiseh! [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat ni jual apa pula? [Dewan riuh] [Ketawa] Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Pisang di pasar gelap.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri duduk, Yang Berhormat Padang Serai pun...

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Padang Serai dia sibuk dengan jual todi.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri dah jawab dah. Tak apa, tak apa.

final • 12:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya jemput menteri pergi minum todi lagi baik. [Ketawa] [Dewan riuh] Kalau menteri suka sangat dengan todi, saya bekalkan banyak-banyak. Mahu?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya minta bertenang dan duduk semua. Ini bukan menteri yang bercakap Yang Berhormat. Ini Tuan Yang di-Pertua yang bercakap. Minta duduk. Jadi menteri kata tak ada soalan tambahan lagi dan tak ada penjelasan nak diberi lagi. Menteri dah habis dah, dah tamat penggulungan. Jadi Yang Berhormat kalau tak puas hati, berhubung dengan menteri di pejabat, berjumpa di lobi ataupun di lounge. Ini boleh kita buat Yang Berhormat ya.

Kerana kita banyak kementerian lagi nak bincang dan kita nak habiskan hari ini juga. Kalau tidak tergendala kerja-kerja Parlimen ini kerana kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya nak menjemput...

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa point of order 37(1). Saya minta kali ini Tuan Yang di-Pertua lebih tegas sama ada sebelah sini atau sana yang buat bising, halau keluar. Saya peninglah! [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat, saya berasa terhutang budi dengan saranan Yang Berhormat itu, tapi kita kena beri peluanglah Yang Berhormat. Saya pun tahu Yang Berhormat baru-baru pun macam itu juga. Kita nak belajar semua Yang Berhormat. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada semua. Saya sekarang menjemput Kementerian Kerja Raya untuk meneruskan jawapan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, suka saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan ke atas bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya secara amnya. Keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengutarakan isu- isu yang mendatangkan faedah kepada rakyat amat saya hargai. Saya akan memberi penjelasan mengenai pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh membangkitkan isu mengenai peningkatan kos pembinaan Stadium Kuala Terengganu iaitu dari kos asalnya sebanyak RM200 juta kepada RM400 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan Stadium Kuala Terengganu adalah satu projek di bawah kerajaan negeri dan pembiayaannya juga ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek stadium utama telah dimulakan pada tahun 1996 dengan kos hampir RM200 juta. Projek berkenaan telah ditangguhkan pada tahun 1997.

Pada tahun 2004, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melaksanakan projek stadium utama dengan perubahan reka bentuk dan membina lain-lain kemudahan untuk tujuan Kejohanan Sukma 2008 di mana negeri Terengganu telah menjadi tuan rumah. Kos pembinaan stadium utama serta penambahan kemudahan-kemudahan lain dimasukkan adalah seperti berikut iaitu:

(i) membina stadium utama;

(ii) kerja-kerja tanah stadium tertutup;

(iii) stadium tertutup;

(iv) pavilion kompleks sukan;

(v) menaik taraf Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu;

(vi) Lapang Sasar Tok Jembal;

(vii) peralatan menembak di lapang sasar;

(viii) padang bola;

(ix) padang ragbi;

(x) padang hoki;

(xi) pemasangan lampu high mass; dan

(xii) menaik taraf Stadium Negeri Padang Wan Embun.

Jadi sekiranya Yang Berhormat ingin penjelasan yang lanjut, saya mohon supaya berhubung dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Machang telah menyentuh apakah kriteria yang diguna pakai dalam Kajian Separuh Penggal bagi projek Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menentukan keutamaan terhadap sesuatu projek.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keutamaan yang diberikan oleh kementerian ini

final • 12:14 PM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

adalah pelaksanaan projek-projek yang berupaya meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup dan memberi manfaat kepada rakyat iaitu bagi negeri Sabah terdapat tiga asas pemilihan projek-projek dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9, iaitu:

(i) untuk melengkapkan rangkaian jalan raya utama yang masih ada dengan izin, missing link. Contohnya; cadangan menaik taraf jalan dari Simpang Papar Sepa ke Bendongan;

(ii) untuk menyokong hasrat dan usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam membangunkan Koridor Pembangunan Sabah iaitu Sabah Development Corridor iaitu kawasan tumpuan perindustrian, pertanian dan ekopelancongan. Contoh; cadangan membina jalan dari Kota Kinabalu Industrial Park ke Sepanggar Bay; dan

(iii) untuk membuka kawasan baru khususnya untuk kegiatan pertanian seperti perladangan kelapa sawit dan penanam padi.

Contohnya; cadangan membina Jalan Segama modern bypass Palm Oil Industrial Cluster Lahad Datu iaitu POIC.

Untuk negeri Sarawak, keutamaan diberi kepada tiga kriteria seperi berikut:

(i) untuk melengkapkan serta menaik taraf rangkaian jalan raya utama seperti jalan raya pesisiran pantai yang masih terdapat missing link di bahagian Kuala Tatau ke Kuala Baling Gian iaitu dalam peringkat sedang dilaksanakan;

(ii) untuk menyokong usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Koridor Pembangunan SCORE dengan izin, Sarawak Corridor for Renewable Energy. Seperti cadangan projek pembinaan jalan akses ke tapak empangan hidroelektrik di Murong dan di Baram.

(iii) projek-projek jalan ke kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan jelapang padi di Sarawak seperti Jalan Sibu, Bawang Asan, Sereding iaitu dalam peringkat sedang dilaksanakan.

Projek-projek lain yang akan memberikan faedah kepada rakyat adalah seperti berikut:

(i) menaik taraf jalan Persekutuan iaitu jalan alternatif kepada lebuh raya bertol terutamanya menaik taraf 150 kawasan berbahaya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, blackspot di jalan Persekutuan;

(ii) jalan pesisiran pantai iaitu coastal road;

(iii) jalan Persekutuan laluan 5 khususnya penggantian 148 jambatan-jambatan lama yang didapati telah pun melebihi 50 tahun;

(iv) jalan antara bandar iaitu interland road iaitu dari Gemas, Kuala Pilah, Bahau...

final • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada yang bangun. Yang Berhormat Limbang bangun Yang Berhormat.

final • 12:14 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Bagi saya habis ni sekejap. Melebihi 50 tahun.

Yang ketiga jalan antara bandar... saya dah ulang tadi.

(v) jalan tulang belakang Semenanjung dengan izin, backbone road iaitu dari Bentong-Raub, Kuala Lipis-Gua Musang;

(vi) menyiapkan missing link dari Simpang Pulai-Gua Musang, Lojing-Kuala Berang-Telengu khususnya daripada Kampung Teris ke Telengu sejauh 18 kilometer dan daripada Kuala Betis ke Gua Musang iaitu 23 kilometer; dan

final • 12:14 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

(vii) pembinaan laluan khusus untuk motosikal iaitu fasa pertama di laluan Persekutuan 1, Semenanjung Malaysia yang meliputi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan juga laluan Persekutuan 1, di negeri Sarawak dengan jumlah panjang keseluruhan 217.6 kilometer.

final • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Limbang.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tentang black spot yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah 150 kawasan black spot di sepanjang dengan izin, first trunk road dari Kuching hingga ke Lawas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri sebenarnya bukan hanya black spot yang perlu dibaiki di sepanjang jalan utama itu kerana black spot itu kebanyakannya short term measures sahaja. Apa yang sebenarnya yang ada di jalan raya itu sekarang ialah banyak realignment yang terpaksa dibuat di mana peruntukan yang diperlukan bukanlah peruntukan penyelenggaraan tetapi adalah kalau boleh ia dibuatkan sebagai satu projek untuk realign kebanyakan black spot area tersebut. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih, Yang Berhormat Limbang.

Saya mengambil peringatan di atas saranan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, yang saya maksudkan, apa yang saya sebutkan tadi ialah projek-projek yang di luar daripada perbelanjaan selenggara yang telah pun ditetapkan ini adalah projek-projek yang menaik taraf terhadap jalan-jalan raya dengan izin, dalam “vote” pembangunan.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa

Minta penjelasan sikit.

Yang Berhormat Menteri mengatakan di antara Lojing - Gua Musang - Kuala Berang itu akan disudahkan. Saya hendak tahu status coastal road ini iaitu daripada Setiu - Besut - Pasir Puteh - Bachok - Pengkalan Chepa dan Tumpat, ini adalah untuk kepentingan rakyat di Kelantan Utara dan juga di kawasan yang mundur seperti Setiu, Besut dan Pasir Puteh.

Jadi, adakah ia termasuk dalam kajian semula ataupun peruntukan ini tidak akan diadakan ataupun tidak disudahkan, sedangkan rancangan ini mulai daripada Rancangan Malaysia Kelapan lagi.

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya secara latar belakangnya apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ini ialah jalan yang bermula daripada LPT1 - Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan sekarang kita dalam peringkat Lebuh Raya Pantai Timur II dan dengan izin, termination pointnya berakhir di Telemong, kalau tidak silap saya. Jadi apa Yang Berhormat maksudkan ialah adakah satu jajaran baru yang akan membawa dari Telemong melalui jalan pantai hingga ke Kota Bharu. Itu satu perancangan pembangunan fizikal jalan raya yang kita boleh lihat, tetapi yang paling penting dan mustahak sekarang ini jalan pesisiran pantai dari Kota Bharu ke menghala ke Besut, ia ada menghadapi masalah hakisan pantai dan setengah daripada jalan tersebut akan terhakis. Itu kita hendak cuba selesaikan dahulu cara mana hendak memperkukuhkan jalan tersebut. Dalam waktu yang sama proses untuk menyempurnakan Lebuh Raya Pantai Timur ini dalam perancangan dan saya rasa bahawa pembangunan Eastern Corridor mengambil kira untuk menentukan bahawa Lebuh Raya Pantai Timur I dan II dan Insya-Allah yang ke III ke Kota Bharu akan dapat diselesaikan dalam rancangan pembangunan Eastern Corridor.

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada tiga orang bangun, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Machang, Kota Melaka dan Pasir Mas.

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi mengenai jambatan-jambatan lama yang berumur 50 tahun akan di baik pulih. Saya hendak bertanya mengenai pelaksanaan Jambatan Sultan Yahya Putra yang sudah pun ditawarkan secara direct nego kepada Red Land dengan harga RM141 juta. Namun saya tengok pelaksanaan projeknya begitu lambat sekali dan harganya tidak munasabah. Jambatan Tendong yang dibuat dahulu lebih panjang sedangkan jambatan baru dengan pengambilan tanah hanya RM161 juta tetapi ini RM141 juta dan pelaksanaannya begitu lambat sekali.

Kedua, bila disebut coastal road ini, Yang Berhormat jangan lupa ada missing tadi iaitu Pasir Mas sebab kalau pergi ke Kelantan kalau tidak lalu Pasir Mas tidak sah. Jalan di Pasir Mas adalah jalan lalu lintas yang cukup sibuk iaitu dari Rantau Panjang sampai ke Kota Bharu dan hendak sambung ke coastal road kerana jalan ini berhampiran dengan Thailand yang menjadi pusat dagangan. Jadi bilakah jalan ini hendak dinaikkan taraf, dilaksanakan dengan secepat mungkin. Ada faham? Terima kasih. [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.

Saya akan memberi butiran lanjut kepada perkara-perkara Yang Berhormat bangkitkan secara spesifik. Saya terpaksa menyemak detail dari segi dengan izin, designnya, apa bebanannya, macam mana buka, sama ada spannya macam mana dan alignment itself.

Kita tidak boleh ambil secara purata tentang pembangunan sesuatu cost infrastruktur itu dengan izin untuk hendak buat benchmarking. We cannot compare dengan izin apple to apple - kalau apple to orange...

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, tetapi untuk...

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang ini saya faham, Yang Berhormat. Bagi saya...

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit sahaja. Untuk itu Yang Berhormat, Jambatan Sultan Yahya Putra ini yang hendak ditambah ialah dua lorong kiri dan kanan, hendak tambah sayap takkan RM141 juta?

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Kalau tambah sayap itu maknanya dengan izin bebanan reka bentuknya akan bertambah. Apabila bebanan reka bentuk bertambah kita hendak tengok piernya boleh bertahan ataupun tidak. Kalau piernya tidak boleh tahan kita kena tambah...

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri ...

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Saya hendak sebut, saya akan semak dan saya akan beri jawapan bertulis kepada soalan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga Ahli Yang Berhormat yang bangun, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Jadi, yang hendak menghubungkan... Saya belum habis selesai dengan Yang Berhormat Pasir Mas ini, nanti dia marah saya lagi.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, Pontian dan Kota Melaka dan Machang duduk dulu.

final • 12:20 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang lain saya akan beri peluang nanti.

Untuk hendak jawab sama ada to complete jalan di negeri Kelantan ini, untuk makluman Yang Berhormat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan telah pun memperuntukkan hampir sejumlah RM7.5 bilion pembangunan yang berhubung kait tentang pembangunan negeri Kelantan. Saya percaya salah satu peruntukan yang besar ialah untuk meningkatkan prasarana dan infrastruktur negeri Kelantan. Contohnya seperti jambatan di Dabong, satu jambatan yang telah pun siap dibina tetapi bila kita semak penggunaannya tidak secara optimum.

Jadi kita kena kaji balik tentang kemudahan infrastruktur ini supaya ia akan memberikan manfaat semaksima mungkin kepada para pengguna. Kita tentukan bila infrastruktur ini dibuat, bukan hendak tentukan sama ada rakyat yang sokong parti Bebas, PAS ataupun UMNO tetapi ia kepentingan rakyat. Ini saya akan semak dan maklumkan kepada Yang Berhormat sama ada kedudukan terkini jalan yang menghubungkan bandar Kota Bharu ke Pasir Mas hingga ke Rantau Panjang, Yang Berhormat sebutkan tadi mesti lalu, lalu hendak pergi ke mana saya tidak tahulah. Mungkin lalu terus sampai ke mana Yang Berhormat? Jadi yang itu Yang Berhormat boleh jawablah. [Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, Pontian.

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Saya bangun dulu.

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya sangat ....

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Saya sudah bangun dua kali.

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya sangat menyanjung semangat Yang Berhormat Menteri iaitu untuk melihat kepentingan rakyat keseluruhannya dan bukan melihat kepada kepentingan-kepentingan politik yang sempit. Saya bersetuju dengan semangat Yang Berhormat Menteri yang berhasrat supaya yang mendapat kesan positif daripada perkhidmatan kementerian Yang Berhormat Menteri ini ialah rakyat jelata.

Saya hanya sekadar ingin menyokong sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas tadi khusus berkaitan dengan Jambatan Sultan Yahya Putra II ini yang mana mungkin Yang Berhormat Menteri maklum bahawa manfaatnya sudah pun diperoleh iaitu oleh pemimpin- pemimpin UMNO, pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO di seluruh Kelantan. Sudah berjuta- juta saham, modal dividen diagih-agihkan keuntungan daripada projek itu.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya ada buktinya, yang lain boleh sebut di luar. Yang lain boleh buktikan kalau saya ada terima apa-apa, daripada projek-projek apa- apa daripada kerajaan, buktikan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tumpat, tolong jangan begitu, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya berani dan saya berani cabar saudara atas kes-kes yang lain lagi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tumpat, duduklah, duduklah. Ini soalan yang last Yang Berhormat, minta kepada menteri.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak buat penjelasan, tanya kepada saya.

final • 12:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ya, terima kasih. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan tumpuan kepada pembinaan Jambatan Sultan Yahya II ini kerana ia memberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat Kelantan, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan masyarakat yang menggunakan jambatan tersebut.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri hendak bagi semua dahulu ataupun satu-satu?

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Nanti saya jelas. Kalau Yang Berhormat mengikuti penjelasan saya awal tadi, saya kata salah satu dengan izin, priority utama, saya hendak selesaikan ataupun naik taraf jalan kita panggil spinal back bone, daripada Bentong-Kuala Lipis, Kuala Lipis-Gua Musang.

Yang Berhormat sendiri tahu ia banyak tahu kawasan black spot dan banyak kemalangan yang berlaku. Kalau kita boleh selesaikan itu, laluan alternatif hendak balik ke Kelantan, Yang Berhormat hendak jumpa rakyat Yang Berhormat, kalau tidak pakai perkhidmatan udara perjalanan akan jadi lebih cepat.

Yang kedua, daripada Simpang Pulai melalui Lojing dan Gua Musang. Walaupun Yang Berhormat tahu jalan itu sudah sedia ada, tetapi kerana kita menghadapi masalah kecerunan, itu kita akan selesaikan. Dalam waktu yang sama, Lebuh Raya Pantai Timur I dan II, Lebuh Raya Pantai Timur II ini dalam peringkat pelaksanaan dan perolehan dan kontraktor telah pun dilantik walaupun mereka sekarang ini menghadapi masalah steel dengan simen dan baru-baru ini dengan keputusan kerajaan supaya harga besi keluli, dia punya harga siling dimansuhkan dan kerajaan bersedia untuk dengan izin, V.O.P, variation on price, akan diambil kira.

Saya harap dengan insentif yang dibuat oleh kerajaan ini, maka pihak kontraktor yang terlibat untuk menyelesaikan LPT II ini akan dapat menyempurnakan tanggung jawab dia dan dalam waktu yang sama juga, saya telah minta pihak HPU dengan izin, Highway Planning Unit daripada kementerian untuk menentukan jajaran baru yang akan menyempurnakan Lebuh Raya Pantai Timur sampai ke Kota Bharu.

Tadi, saya juga sebut kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa bahawa sekarang ini, jalan pesisiran pantai daripada Kota Bharu melalui kawasan Besut itu, ia ada hakisan pantai yang serius Yang Berhormat. Jadi kalau kita hendak naik taraf jalan itu menjadi jalan utama, ia akan melibatkan perbelanjaan dan kos yang tinggi dan dia lebih murah kalau kita buat new alignment. Yang ini semua dalam perancangan dan jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Mas tadi, apakah bentuk supaya penguraian trafik di dalam kawasan Kelantan yang akan menentukan jajaran daripada Kota Bharu ke Pasir Mas, hingga ke Rantau Panjang akan diambil kira, jawapannya, ya. Saya akan semak dan melihat perkara ini secara dengan lebih teliti...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang, selepas ini Yang Berhormat Pontian.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat Machang.

final • 12:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sedang semak projek Rancangan Malaysia Kesembilan di bawah Kementerian Kerja Raya, 65 projek kerajaan dan 1 PFI, tetapi minat saya cuma Kelantan, khususnya.

Pertama, status jalan raya baru daripada Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ke Kuala Krai dan juga Gua Musang ini sebab kalau sebelumnya rundingan di antara kontraktor dengan kerajaan negeri itu rancak berjalan tetapi kebelakangan ini khabarnya cukup perlahan. Apakah benar sudah ada ura-ura akan berlaku pertukaran kontraktor dan ini menyumbang kepada kelewatan projek itu ketika kerajaan negeri bersedia untuk memberikan kerjasama dalam bentuk pengambilan alih tanah? Statusnya bagaimana sekarang ini?

final • 12:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang kedua, tertera juga dalam catatan ini ialah berkenaan dengan projek memperelok Jalan Gua Musang, Jelawang-Jeli, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, KM10, KM20 Kelantan, Jalan Keruak Hulu Besut, Kuala Krai dan juga Bangunan Gunasama Persekutuan di Kota Bharu. Secara khususnya, saya mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri tentang projek-projek ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab perkara yang dibangkitkan...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, dengar Yang Berhormat Pontian dahulu, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab sekali. Sila Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bangun berapa kali tadi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Yang Berhormat, saya lihat itu Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Johor juga adalah penting dan saya rasa lebih penting daripada Kelantan. Jalan Johor Bahru ke Pontian, dan Batu Pahat adalah laluan untuk ke Iskandar, Malaysia dan itu adalah satu jalan yang penting. Kalau Yang Berhormat pergi melawat Pontian, jalannya berombak- ombak macam naik motobot Yang Berhormat. Itu satu keperluan yang sangat mendesak supaya jalan itu diperbaiki, terutama di kawasan Pontian.

Juga saya ingin bertanya secara umum tentang laluan-laluan utama ini yang jalannya sebahagiannya ada laluan motosikal. Apa perancangan JKR untuk memastikan perkara itu dilaksanakan supaya kemalangan jalan raya melibatkan motosikal ini boleh dikurangkan?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri hendak dengar Yang Berhormat Kota Melaka dahulu? Yang Berhormat Kota Melaka, sila Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya dua perkara, iaitu yang pertama, tentang coastal road iaitu di negeri Melaka, di Limbungan ke Kota Laksamana yang dikatakan akan bermula tidak lama lagi. Adakah projek ini juga dalam projek Persekutuan atau kementerian Yang Berhormat? Adakah ini sebahagian dari Port Dickson ke Melaka, dua destinasi pelancongan yang dikatakan ada satu coastal road yang akan disambung dari Port Dickson ke Melaka?

Perkara kedua ialah tentang tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri iaitu penyenggaraan ataupun maintenance jalan-jalan ini. Adakah kontraktor untuk menjalankan kerja penyenggaraan ini ditandatangani oleh pihak kementerian dengan kontraktor atau kerajaan negeri yang buat begitu? Adakah dia mengehadkan untuk tempoh kontrak?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan Yang Berhormat Machang, yang membangkitkan jalan utama daripada Kota Bharu ke Kuala Krai sampai ke Machang. Untuk makluman kepada Yang Berhormat, projek ini masih lagi berjalan. Cuma sekarang ini, bila saya menilai balik semula kemudahan infrastruktur dan perancangan, saya punya pesan kepada mereka yang bertanggung jawab, kalau kita boleh dengan izin, downsizing the project itu kita akan downsize, tetapi dia tidak memudaratkan kepada pengguna. Contohnya, kalau jalan itu ia hanya memerlukan secara optimumnya lebih kurang 20,000 traffic vehicle per day, kita buat dia punya counting.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Jadi, dia tidak perlu dual carriageway, dua hala pergi, dua hala balik. Dia cukup sahaja dengan sama ada R5 ataupun R6 tender. R5, R6 ini maknanya 3.5 meter, 3.5 meter dengan hard shoulder 2.5 meter, 2 dan dia boleh menampung lebih kurang 20,000 kenderaan satu hari. Kalau traffic count dengan izin, dia punya projection boleh sampai dalam tempoh yang kira terdekat, 2, 3 tahun ke 40,000 then, dengan dia ada dia punya asas seperti pertimbangan utama, kenapa kita boleh buat dia sebagai dual carriageway.

Jadi, harga hendak buat single carriageway dengan dual carriageway ini, dia harganya tinggi. Jadi, jalan itu boleh dibuat lagi dengan memanjang, jadi kita tengah semak teknikal ini.

Secara spesifik yang lain itu, Yang Berhormat boleh berhubung dengan saya.

Saya akan beri jawapan secara spesifik. Daripada Yang Berhormat Pontian tadi sebut tentang jalan berombak ataupun tidak. Jadi Yang Berhormat, saya suka memaklumkan bahawa di bawah kementerian sekarang ini, saya telah pun memberikan penekanan supaya mewujudkan dengan izin, value engineering. Value engineering ini, kita hendak supaya setiap kemudahan infrastruktur dan prasarana negara ini ada semakan tentang nilai kejuruteraan yang akan memberikan optimum dan manfaat yang menyeluruh kepada masyarakat. Contohnya...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Labuan, duduk dulu ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Contohnya mungkin kenapa jalan di pesisiran pantai, dia berombak walaupun dalam dengan izin, defect liability period itu dia sudah selesai tetapi dia berombak.

final • 12:30 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Sebabnya selalu tanah kalau berhubung kait dengan tanah gambut dia kena ada surcaj. Surcaj maknanya kita letak tanah dalam sekian waktu contohnya enam bulan, lapan bulan sehingga ke 12 bulan, selepas itu dia korek balik dan letak bahan yang baru, baru dia boleh compact, baru dia boleh buat. Kadang-kadang tanpa ada applications of value engineering benda ini agaknya dia buat enam bulan oleh kerana hendak menyelamatkan kos tetapi maintenance dia akan mengambil satu masa yang agak lama.

Jadi saya harap dengan ada value engineering dan juga forensic engineering ini dapat menentukan bahawa setiap kemudahan prasarana...

final • 12:40 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Di belakang ramai yang berdiri Yang berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Pembangunan negara ini akan dapat memberikan manfaat secara maksimum kepada penggunaan itu dan oleh kerana jalan- jalan di persisiran pantai ini dia menghadapi tentang masalah gambut, dia ada punya surcaj yang besar dan dia akan melibatkan kos tabungan yang tinggi jikalau kita hendak. Jadi dia kena ada kategori penyelenggaraan yang disebut.

Jadi untuk jawapan kepada Yang berhormat Bandar Melaka, saya ingat yang akhirnya katakan semua penyelenggaraan-penyelenggaraan Jalan Persekutuan adalah dibuat di antara Kementerian Kerja Raya dengan pihak kontraktor. Jalan persekutuan, tetapi jalan negeri yang diserahkan kepada persekutuan kita akan ambil tanggungjawab tetapi jalan PPBT kerajaan tempatan ia di bawah tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada empat orang bangun di belakang.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat Pasir Salak boleh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak, Jempol, Labuan, Kapit Yang Berhormat. Bagi satu kalilah. Yang Berhormat Pasir Salak dulu selepas itu kita pergi belakang hendak dengar suara sebelah sana.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat sebut tadi tempat yang bergambut tetapi tempat yang tidak bergambut itu pun masalahnya begitu.

Banyak dalam pengamatan saya di kawasan dia compromise, dengan izin, material yang dipakai itu kadang-kadang itu tidak mencukupi dari sudut specification dengan izin, kerana kontraktor. Kontraktor ini jangan tuduh kontraktor UMNO, semua orang dapat kontrak. Banyak orang PAS pun dapat kontrak selepas itu bantai kita balik. Jangan tuduh-tuduh UMNO, Pemuda UMNO itu yang saya marah itu.

Berbalik kepada kontraktor ini buat untung banyak sampai satu projek kalau RM100,000 di kampung sampai 16% dengan izin, RM60,000 dia bantai tinggal RM40,000 tinggal apa. Begitu juga di jalan raya-jalan raya yang besar ini. Kita dapati kadang-kadang beralun-alun, mana ada gambut di Kuala Lumpur ini pun tetapi jalan begitu. Jadi saya rasa pihak pemantau, technician, engineers dia tidak turun pun, duduk dekat pejabat sahaja.

Apabila tiba claim, sign claim, buat bayaran. Jadi kita rakyat yang menerima akibatnya.

Kerajaan belanja ratus-ratus juta satu-satu jalan raya sama ada jalan baru atau pun maintenance.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri hendak jawab semua atau seorang demi seorang.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya kerana pabila yang jawabnya nanti dia punya point sudah hilang.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat duduklah, dengar jawapan menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Saya jawab kepada Yang Berhormat Pasir Salak.

Secara umumnya saya bersetuju tentang pandangan Yang Berhormat Pasir Salak kerana kita pun ada pengalaman meniaga sebelum menjadi pentadbir. Kalau orang berniaga, tiada siapa yang berniaga dia tak nak untung, semua orang berniaga dia hendak untung tetapi kalau dalam industri pembinaan ini kalau boleh dapat gross profit 20% that is reasonable. Gross ya, saya bukan bercakap tentang net tetapi kalau dia dapat gross 80% dan 20% bagi kepada rakyat dengan izin, that is daylight robbery yang itu kita tidak boleh hendak izinkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam perbincangan saya dalam perjumpaan saya dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya khususnya dengan Jabatan Kerja Raya saya berpesan dengan mereka kerana kebanyakan mereka ini sama ada daripada golongan profesional atau sub profesional tentulah sebagai seorang profesional dengan izin, dia ada code of ethic untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Namun yang paling penting dan mustahak, semua yang terlibat tentang pengawasan projek ini dia ada dua tanggungjawab. Pertama dia mesti mengambil tanggungjawab iaitu responsibility terhadap apa yang berlaku di bawah kawal selia dia terutama yang berhubung kait tentang dengan izin di tapak bina selalu yang gelar engineering dia kita panggil the in situ punya masalah. Kedua, they must be accountable maknanya responsibility and accountability. Untuk mewujudkan prinsip responsibility dan accountability ini Ahli-ahli Yang Berhormat dia mesti mendapat satu kajian yang saya sebut awal tadi dengan izin the value engineering supaya dia akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Labuan dahulu.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Di Labuan ada satu jalan yang seharusnya sudah dilaksanakan iaitu sambungan dual carriageway daripada bandar ke Tamu yang mana sambungan ini adalah dari Tamu ke Kampung Pohon Batu. Projek ini menelan belanja lebih daripada RM50 juta. Apa yang difahamkan yang kita lihat kontraktor yang seharusnya membuat jalan ini telah pun di award dia punya kontrak lebih daripada dua tahun yang lalu dengan izin.

Apa yang kita lihat sekarang, sampai saat ini tidak ada apa pun yang kita lihat pelaksanaan jalan tersebut. Apa yang ada cuma dia punya side clearing, dengan izin dan apakah sebab-sebabnya sehinggakan jalan tersebut belum dilaksanakan lagi?

Yang kedua, Yang Berhormat Menteri saya ingin juga menanyakan sekiranya Kementerian Kerja Raya involved untuk perancangan projek jambatan antara Labuan dan Tanah Besar Sabah di Membakut atau Menumbok. Setakat manakah perancangan tersebut telah pun di design atau dilaksanakan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, dalam penggulungan ini pihak kementerian dengan izin memberikan penjelasan tentang perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi kalau yang dibangkitkan itu adalah perkara-perkara yang spesifik dalam jawapan ini saya respond tetapi kalau dia di luar ini saya terpaksa hendak mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada pegawai.

Jadi yang ini saya minta maaf, saya akan bagi jawapan secara bertulislah tetapi kalau hendak bangkitkan perkara-perkara yang dasar saya bersedia untuk itu, kalau tidak ada saya tidak boleh pergi dengan perkara-perkara lain. Saya banyak perkara lagi hendak pergi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat menteri sudah jelas. Yang Berhormat Kapit.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan yang di-Pertua, baiklah menteri sudah menjelaskan. Sebenarnya saya ingin menjelaskan sesuatu yang begitu spesifik tetapi bolehkah Yang Berhormat Menteri saya gunakan peluang ini hanya memohon kepada kementerian agar sebuah atau sebatang jalan penghubung, satu jalan utama menghubungkan Pekan Kapit dan Pekan Song dalam kawasan Parlimen saya yang berjarak hanya 42 kilometer dimasukkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Kesembilan ini ataupun yang sepatutnya dibuat secepat mungkin kerana sebatang jalan ini adalah begitu penting untuk rakyat di sana.

Sekarang kita hanya bergantung pada sistem pengangkutan sebatang sungai sahaja walaupun sungai yang terbesar di Malaysia adalah Batang Rajang akan tetapi itu akan menimbulkan banyak masalah kepada rakyat oleh kerana kos pengangkutan kian bertambah. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, terima kasih. Last sekali. Yang Berhormat yang ini pun saya akan bagi jawapan yang terperincilah melalui jawapan bertulis.

■1250

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Menteri yang memberikan penerangan dan taklimat berhubung dengan value engineering, dengan surcharge, dan sebagainyalah.

Seolah-olah ia satu penemuan baru, tetapi sebenarnya ini benda yang telah lama wujud. Sebelum Yang Berhormat menjadi Menteri Kerja Raya pun, saya rasa semua jurutera-jurutera awam mengetahui bahawa tanah gambut memang memerlukan penanganan yang khusus. Kita di negara Malaysia dan di negara-negara yang lain sudah ada banyak pengalaman dalam soal pembinaan jalan raya atas tanah gambut. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah dengan ucapan Yang Berhormat Menteri pada pagi ini, merupakan satu pengakuan bahawa selama ini Kerajaan Barisan Nasional apabila dia membina jalan, dia tidak ambil kisah tentang soil test yang dibuat?

Adakah masalah yang kita hadapi sekarang ini hasil daripada design yang salah, yang mana pihak JKR dan konsultan-konsultan yang telah dibayar dengan jumlah wang yang begitu tinggi tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Ataupun adakah ianya disebabkan oleh apa yang dituduh oleh rakan saya daripada Pasir Salak yang hari ini saya tidak pakai jeans ya. Pakai seluar cantik.

Iaitu pelaksanaan di mana kontraktor menipu, di mana JKR, pegawainya semua tidak boleh diharap, technician semua duduk di rumah. Main sign membabi buta sahaja.

Dengan izin, I mean these are very serious allegations. Are we saying that the whole system is so corrupt ataupun berdasarkan daripada apa yang Menteri Kerja Raya menyebut ini satu penemuan baru kepada Kerajaan Barisan Nasional bahawa jalan atas tanah gambut perlu dibina dengan design yang berpatutan. Kalau kiranya, ianya satu penemuan baru. Maka, amat malanglah kerana ini bukan teknologi baru. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Itulah dia Yang Berhormat. Saya beri peluang Yang Berhormat dengan izin, trying to put things into my words. Jadi, saya tidak cakap penemuan baru. Saya sudah cakap prinsip responsibility and accountability. Kalau Yang Berhormat faham prinsip responsibility and accountability, saya fikir Yang Berhormat pun tidak buat andaian dan hubaya-hubaya Yang Berhormat tersendiri. Kalau kita hendak ambil ini sebagai satu peluang, hendak cari satu kebaikan dan hendak mentransformasikan Dewan Rakyat ini sebagai first class punya Dewan Rakyat. Jadi...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Itu satu tuduhan.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ini saya punya floor. Saya punya floor.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tuduhan itu.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Kalau Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Kalau Yang Berhormat tidak boleh...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Semasa Yang Berhormat bercakap, menteri diam.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tidak boleh ikut undang-undang yang basic.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Minta peraturan bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tetap, tidak ada Point of Order Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

So, janganlah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

I think saya sudah beri peluang. This is my floor.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Please lah. Janganlah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

What you said, what you said.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

You are the learned person.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

What you said,

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Please sit down, Tuan Yang di-Pertua, saya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya berhentikan suara ini selain saya punya suara sahaja Yang Berhormat. Jadi, kita bergilir gantilah bercakap. Seorang dengar, seorang duduk. Satu orang dengar, satu orang duduk.

Jadi, Yang Berhormat tidak perlu dengar, saya tidak boleh dengar Yang Berhormat lagi sudah. Jadi, sila menteri.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat, pada awalnya saya cakap the value engineering, responsibility and accountability dan sebagai seorang profesional di mana-mana peringkat dengan izin kita ada code of ethics. Jadi, apabila saya bercakap dalam dewan yang mulia ini, pertama just to remind myself juga tentang apakah value yang ada ini. Ini kita kata tambah nilai, bail capacity. Kita hendak jadikan negara kita ini sebagai negara yang mampu bersaing dalam satu cabaran dunia globalisasi dan liberalisasi.

Kita dahulu ada peningkatan nilai tambah. Jadi, apa salah saya sebut benda ini.

Jadi, apabila saya cakap ada benda ini, Yang Berhormat kata adakah ini semua berlaku rasuah, ini semua berlaku. Jadi, Yang Berhormat don’t cornerlah apa yang saya cakap ini.

Jadi, kalau Yang Berhormat hendak jadikan Dewan Rakyat ini sebagai...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dahulu.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Kalau Yang Berhormat hendak jadikan Dewan ini sebagai pentas politik, Yang Berhormat boleh name the place anywhere. Saya bersedia adakan debat terbuka dengan Yang Berhormat. Tidak ada masalah, tetapi ini, saya hendak beri jawapan tentang perkara yang dibangkit.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Jadi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam duduklah dahulu.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

We stick to this onelah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak baiklah macam ini. Saya rasa kecewa melihat. Biasanya kita boleh bercakap, orang lain diam.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi, Yang Berhormat minta tolong duduk dahulu.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yes.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Minta tolong duduk dahulu. Jadi, menteri boleh berhentilah jawapan itu. Kalau kita hendak buat style market, kita boleh dekat luar.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada subjek yang baru.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ahli Yang Berhormat dari...

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Satu lagi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri hendak beri ini?

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Sedikit sahaja.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini Yang Berhormat Hulu Baram dengan Putatan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Hulu rajang.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hulu Rajang, ya.

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Inspirasi baru, ada keyakinanlah sebab menteri ini menteri baru. Untuk menggantikan menteri yang lama. Masalah yang saya timbulkan ini, selalu ditimbulkan. Jadi, saya ingin bertanya dua perkara. Pertama, tentang jalan dari Bakun ke Bandar Belaga yang selalu dipohon oleh rakyat.

Jadi, jalan ini dari Jalan Belaga ke Kapit dan ke Bintulu, tidak ada cara lain melainkan melalui sungai sahaja. Ini, jika masa air besar atau wet season ataupun very wet season, jadi jalan ini terputus. Jadi, bermakna tidak dapat membawa pesakit dari Belaga ke hospital. Saya ingin tahu, sama ada kerajaan ingin membina jalan ini dari highway Bakun ke Bandar Belanga. This is first half of Belaga district.

Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya ingin menanya sama ada kerajaan dapat memberi sedikit allocation untuk menyambung jalan dari Sungai Nanga Mujong ke Sungai Gaat. Jalan ini sudah dibina dari Kapit ke Nanga Mujong. Apabila Empangan Ulu Baleh di

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

bina nanti, mungkin jalan ini akan dapat terus pergi ke sana. Apa yang peliknya dari Gaat ke Ulu Baleh sudah ada peruntukkan tetapi yang tidak ada peruntukkan ialah dari Mujong ke Nanga Gaat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Mereka menunggu peruntukan dari Federal.

Dari prinsipnya jalan ini sudah diluluskan. Okey.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sokonglah permohonan daripada Kapit serta sahabat saya Hulu Rajang. Yang Berhormat Menteri, ini perlu kerana saya pernah pergi tempat-tempat yang disebutkan tadi. Memang ketinggalan zamanlah, mungkin ini yang dahulu punya. Jadi, sokonglah permohonan dari Sarawak ini.

Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri, kerana saya rasa menteri yang paling prihatin pada kepentingan rakyat. Ini jam satu, belum lagi. Jadi, kerana membina jalan dari Kepayan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sudah tiga lane sekarang dan sekarang sedang dalam pembinaan. Namun, permasalahannya Yang Berhormat Menteri, masih ada jalan yang sesak kerana jambatan Pitagas itu menjadi bottle-neck. Walaupun ada cadangan daripada pihak kontraktor untuk menerbangkan jalan itu ke sebelah sungai.

Jadi permasalahannya adakah pihak kementerian melebarkan jalan, Pan Borneo Highway ini tidak jauh daripada lapangan terbang, ke ‘Taman Sabindur’ iaitu kawasan Papar tidak jauh dari Kinarut ataupun jalan alternatif yang melalui laut sebagaimana yang telah dirancangkan. Sebagaimana yang saya pernah memohon kepada kementerian, tetapi tidak mendapat jawapan atau alternatif jambatan yang lain melalui jalan lintas daripada.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkas Yang Berhormat. Ringkaskan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Dari Penampang ke Papar.

Adakah kementerian bersedia untuk mewujudkan jalan-jalan alternatif ini pada masa-masa yang terdekat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat. Salah satu teras utama dalam priority untuk midterm review Rancangan Malaysia yang Kesembilan ini ialah untuk kita menyokong hasrat dan usaha kerajaan negeri Sabah dalam membangunkan Koridor Pembangunan Sabah iaitu Sabah Development Corridor.

Tumpuannya kawasan perindustrian, pertanian dan ekopelancongan. Contohnya Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat bangkit masa jalan dengan izin hendak reduce traffic congestion di dalam kawasan lepas daripada airport.

Itu cadangan membina jalan dari Kota Kinabalu Industrial Park ke Sepanggar Bay.

Yang Berhormat pun sedia maklum, Sepanggar Bay akan jadi sebagai satu kawasan yang penting apabila kapal selam kita akan beroperasi dan itu menyebabkan banyak permintaan pengguna jalan raya. Seperti yang di Sarawak yang saya sebut, salah satu usahanya adalah untuk menyokong usaha kerajaan negeri untuk membangunkan koridor pembangunan SCORE iaitu Sarawak Corridor of Renewable Energy seperti cadangan projek pembinaan jalan akses ke tapak empangan hidroelektrik di Murum dan Baram.

Dalam waktu yang sama, kita akan menyediakan infrastruktur yang dikenal pasti sebagai kawasan jelapang padi di Sarawak seperti Jalan Sibu, Bawang, Assan dan Seredeng. Namun, Yang Berhormat saya sedia maklum tentang banyak lagi kemudahan prasarana terutama di Sabah dan Sarawak. Saya bercadang untuk beri taklimat yang khusus kepada wakil-wakil dewan undangan negeri. Untuk Sabah, satu taklimat dan untuk Sarawak, satu taklimat dan insya-Allah di Semenanjung Malaysia, satu taklimat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Itu kita akan jawab secara terperinci.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Berapa lama lagi Yang Berhormat punya penggulungan.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Saya ingat lebih kurang kalau tidak ada gangguan dalam 20 minit boleh selesai.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sambung tengah hari Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan dahulu persidangan sesi pagi dan kita akan menyambung semula pada jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:40 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membuat usul.

final • 12:40 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu, mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 22 Mei 2008”.

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

[Perbahasan disambung semula]

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Kementerian Kerja Raya untuk meneruskan jawapan.

final • 2:32 PM

Menteri Kerja Raya - Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bintulu dan Serdang telah membangkitkan isu mengenai penduduk meruntuhkan pengadang di Bandar Mahkota Cheras.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu meruntuhkan pengadang di laluan keluar masuk ke Bandar Mahkota Cheras, perkara ini saya telah jawab pada 12 Mei 2008.

Isu yang dipertikaikan oleh Syarikat Konsesi Grand Saga adalah jalan sambungan yang dibina oleh pihak pemaju iaitu Narajaya Sdn. Bhd. boleh menyebabkan kebocoran trafik, seterusnya boleh menyebabkan kerugian kutipan tol oleh Grand Saga.

Memandangkan perkara ini telah dibawa ke mahkamah, maka kementerian tidak boleh mengambil sebarang tindakan sehingga perkara ini diputuskan oleh mahkamah dan untuk makluman kepada Dewan yang mulia ini, perbicaraan pertama pada hari Rabu, 21 Mei 2008. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 12 Mei 2008, permohonan injunksi oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras untuk menghalang pembinaan semula pengadang jalan oleh pihak Grand Saga telah ditolak oleh mahkamah dan memutuskan Grand Saga boleh membina pengadang di dalam reserved lebuh raya.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kinabatangan dan Rasah pula telah mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil alih semua lebuh raya bertol di Malaysia sebagai bukti untuk membantu rakyat, dan mencadangkan kepada kerajaan mengambil alih Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat supaya kerajaan mengambil alih lebuh raya bertol di Malaysia sebagai bukti untuk membantu rakyat.

Kementerian Kerja Raya melihat cadangan ini merupakan satu opsyen yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat untuk membayar tol. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan mengambil alih lebuh raya tol ini memerlukan kajian yang lebih terperinci. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk mengkaji cadangan ini yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Ledang meminta supaya memperkukuhkan institusi pelaksana tentang syarat-syarat kontrak yang telah pun diguna pakai oleh Jabatan Kerja Raya selama ini, iaitu mengenai isu memperbaiki kecacatan di dalam tempoh tanggungan kecacatan bagi projek-projek yang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

final • 2:33 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta laluan.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Rasah bangun, Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih.

final • 2:33 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ini yang mana ini?

final • 2:33 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Lebuh Raya Tol-Seremban.

final • 2:33 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Lebuh raya? Ha, tadi lambat.

final • 2:33 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Saya ingat Yang Berhormat akan teruskan.

Saya hendak tahu, minta penjelasan bilakah kajian itu dapat diselesaikan. Adakah pengambilalihan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Bilakah ia dapat dilaksanakan?

Yang keduanya, untuk jangka masa pendek, apakah perancangan kementerian kerana plaza tol di Seremban ini, exit toll ini agak teruk, sebab plaza tol ini hanya ada dua lorong walaupun ini merupakan satu plaza tol yang sangat utama dan plaza tol yang sangat sempit ini menyebabkan kesesakan yang selalu berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan, khasnya apabila pada hari Ahad ramai orang yang balik dari Selatan ke Kuala Lumpur.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bila sampai Senawang itu tersekat, sebab lorong itu yang sangat sempit. Hanya ada dua lorong. Apakah perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini?

final • 2:33 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang pertama, bilakah kajian ini akan dapat diselesaikan, saya mohon mengambil masa lebih kurang tiga bulanlah untuk dengan izin, coming back dalam hendak mencari asas pertimbangan utama untuk kajian ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara ini dalam proses pelaksanaan. Ia melibatkan bukan hanya lebuh raya yang Yang Berhormat sebut tadi, ia melibatkan 22 konsesi yang terlibat dan kita bagi kajian mengikut peringkat demi peringkat.

Yang kedua, apakah langkah dan tanggungjawab yang dibuat oleh kementerian untuk mengurangkan kesesakan kepada exit ingress yang ada di Seremban. Saya ingat Seremban 2 yang Yang Berhormat maksudkan itu, ada dua lorong. Jadi saya akan mengarahkan Lembaga Lebuh Raya untuk melihat dari segi masalah yang mengakibatkan ini dan cara macam mana untuk kita selesaikan dalam waktu yang terdekat.

final • 2:33 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

[Bangun]

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Hulu Langat, Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tambahan sedikit sahaja. Saya ingin bertanya mengenai jalan Lebuh Raya Kajang-Seremban yang mungkin menjadi alternatif jalan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban yang dahulu dinamakan KASEH sekarang ini LEKAS. Jadi bila pembinaannya akan siap dan apa masalahnya?

final • 2:33 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Untuk makluman Hulu Langat, saya ingat ini lebuh raya yang sudah lama sepatutnya siap, tetapi tertangguh disebabkan macam-macam masalah. Yang mutakhirnya saya dimaklumkan bahawa perkara ini akan diselesaikan dalam waktu yang terdekat dan saya pun minta maaflah, belum sempat lagi hendak melawat di kawasan tersebut. Dalam waktu yang terdekat ini saya akan lawat dan mungkin saya akan membuat satu pengumumanlah supaya perkara ini akan dapat memudahkan rakyat di Hulu Langat. Saya ingat ini masalah yang selalu berbangkit. Sebelum ini pun Ahli Parlimen Hulu Langat selalu bangkitkan masalah ini, Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat dari Ledang meminta supaya memperkukuhkan institusi pelaksanaan tentang syarat-syarat kontrak yang telah pun diguna pakai oleh JKR selama ini, iaitu mengenai isu memperbaiki kecacatan dalam tempoh tanggungan kecacatan bagi projek-projek yang diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

final • 2:33 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam syarat-syarat kontrak Jabatan Kerja Raya, telah ada peruntukan mengenai memperbaiki kecacatan oleh kontraktor selepas pembinaan. Dalam syarat-syarat kontrak PWD 203 (a) iaitu revision pada 2007 fasal 48 iaitu untuk projek-projek konvensional telah memperuntukkan selama 12 bulan tempoh membaiki kecacatan oleh pihak kontraktor. Manakala dalam syarat-syarat kontrak PWD, Form DB (Revision) 2007, fasal 52 untuk projek-projek reka dan bina telah memperuntukkan selama 24 bulan tempoh memperbaiki kecacatan oleh pihak kontraktor.

Oleh itu, kontraktor bertanggungjawab untuk memperbaiki kecacatan tersebut mengikut syarat-syarat kontrak yang telah pun diguna pakai. Sekiranya kecacatan timbul, pihak kontraktor perlu memperbaiki dalam tempoh yang munasabah. Sekiranya kontraktor gagal untuk memperbaiki kecacatan tersebut, kontraktor lain boleh dilantik oleh kerajaan untuk memperbaiki kecacatan tersebut...

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Segala kos pembaikan yang terlibat akibat pelantikan kontraktor tersebut akan dituntut terhadap kontraktor utama.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ahli Yang Berhormat dari Pokok Sena telah membangkitkan...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Ledang.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat Ledang? Sila.

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ini yang sebelum ini?

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Soal yang syarat-syarat kontrak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memahami apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang tanggungjawab kontraktor, tentang tindakan yang boleh dibuat kepada kontraktor dan sebagainya tapi yang saya nak sebut di sini ialah tempoh masa yang lama diambil oleh kontraktor untuk memperbaiki kecacatan tetapi JKR ataupun jabatan yang berkaitan tidak mampu untuk mengarahkan kontraktor atau mengambil tindakan terhadap kontraktor sekiranya mereka lewat melakukan pembaikan.

Maksudnya JKR ataupun jabatan berkaitan perlu mengeluarkan surat amaran beberapa kali, notis, notis terakhir, barulah JKR boleh ambil alih dengan melantik kontraktor lain tapi tempoh itu lama. Yang menjadi masalah yang saya hadapi sekarang, saya yakin di tempat-tempat lain pun sama ialah orang ramai. Orang ramai tidak sabar untuk melihat bahawa kerja-kerja pembaikan itu dibuat segera.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Mereka menuntut supaya hari ini mereka membuat aduan, esok lusa kerja telah dilaksanakan sedangkan kontraktor jauh untuk dihubungi. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Selalunya perkara-perkara yang berhubung kait tentang yang hendak diperbaiki di dalam tempoh kecacatan dia satu perkara yang tidak melibatkan keselamatan infrastruktur dan bangunan tersebut dan dia adalah merupakan kecacatan yang lazimnya yang selalunya perkara-perkara yang lazim, dia tidak perlu memakan satu masa yang panjang.

Jadi kalau ada perkara-perkara yang tertentu yang memakan tempoh masa yang agak lama, dia bukan perkara yang berhubung dalam tempoh kecacatan. Dia mungkin ada perkara yang berhubung kait tentang masalah yang lain. Jadi atas sifat dengan izin, defect liability period ini, dia punya tempoh dia bila boleh diterima pakai dan apakah jenis pembaikan dia, dia dibuat secara tempoh masa yang munasabah.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Ya, silakan.

final • 2:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita merakamkan segala tahniahlah atas usaha penambahbaikan Yang Berhormat Menteri yang telah lakukan dalam waktu yang terdekat ini cumanya kalau boleh, saya tidak dapat penjelasan lebih awal apakah boleh kiranya Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan atas agreement dengan concessionaire ini dalam semangat disclosure dan ketelusan, apakah sudah sampai masanya agreement yang seperti ini boleh didedahkan kepada rakyat atas dasar access to information khususnya kerana ada yang membuat dakwaan dan juga tanggapan contohnya Lebuhraya Damansara-Puchong, harga kosnya RM1.3 bilion, dikatakan bahawa dengan kenaikan 60% baru-baru ini, pemilik concessionaire sudah mendapat unjuran keuntungan sebanyak RM18 bilion.

Oleh kerana mungkin pendedahan kepada maklumat kurang dan saya tidak nampak kenapa agreement seperti itu terlalu private dan confidential. Kalau atas perhitungan strategik pun, apakah boleh kiranya concessionaire ini, agreement seperti ini didedahkan kepada umum. Terima kasih

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Tadi agak dah terlewat, saya sudah selesaikan masalah tol yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tapi sebagaimana yang saya jawab sebentar tadi iaitu dalam tempoh tiga bulan, kita akan mengemukakan tentang cadangan-cadangan yang akan melihat perkara ini secara dengan izinlah, secara total dan holistik dan saya kira apa pandangan Yang Berhormat itu kita akan ambil kira sebelum saya mengangkatkan perkara ini ke peringkat Jemaah Menteri untuk ulasan. Jadi...

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sikit lagi, minta maaf ya. Sikit lagi, sedikit lagi. Ringkas sahaja. Maksud saya tadi, yang berbalik pada tempoh tanggung kecacatan ialah pegawai JKR sering memberi alasan bahawa projek ini masih dalam tempoh tanggung kecacatan, masih dalam tempoh dijamin oleh kontraktor tetapi pelaksanaannya lewat.

Maksud saya tadi, mesti ada satu klausa di mana pegawai JKR diberikan kelebihan ataupun diberikan perlindungan supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja pembaikan dengan melantik kontraktor lain dalam tempoh yang singkat ataupun apa-apa cara lain supaya rakyat mendapat faedah daripada projek tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Asas pertimbangan untuk kita menjalankan tugas dan tanggungjawab bila kita bersetuju berada dengan kontrak, dengan pihak yang lain, saya fikir bahawa dia tanggungjawab bersama iaitu kalau perkara yang berhubung kait tentang wang yang dibelanjakan oleh kerajaan dan pihak kontraktor yang melaksanakan, yang mengawal selia projek ini adalah agensi di bawah kawalan kementerian saya dan pegawai penguasa yang dipertanggungjawabkan oleh sebagai jurutera, tentulah dia ada bidang dan tanggungjawab masing-masing dan saya kira bahawa tempoh kecacatan yang saya sebut tadi, perkara yang berhubung kait tentang konvensional, dalam tempoh setahun, mana-mana ada kerosakan, dia ada bidang kuasa, dia boleh terus mengarahkan pihak kontraktor yang terlibat untuk memperbaiki kecacatan...

final • 2:40 PM

Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Dalam design and build, dia tempoh 24 bulan.

Itu bidang kuasa pegawai penguasa terhadap yang mengawal selia projek itu dan saya fikir dia tidak ada apa-apa masalah untuk menentukan supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pengalaman sayalah sebagai seorang guru yang menerima serahan bangunan ini daripada kontraktor dan JKR, mendapati bahawa bila ada kerosakan, pihak kontraktor melewat-lewatkan pembaikian supaya tempoh kecacatan itu dibaiki bila hampir dengan tempoh tamatnya.

Ini menyebabkan pelanggan, pengguna akan merasakan bahawa tidak ada tindakan yang diambilkan oleh pihak JKR. Jadi seolah-olah kita kena ada satu tempoh memberi masa kepada kontraktor di mana pihak JKR, jurutera umpamanya supaya memberi tempoh tertentu bila ada aduan daripada pelanggan supaya pihak kontraktor akan membaikinya sebab kalau tidak ada tempoh, menyebabkan dia lengah-lengahkan untuk pembaikan. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya dapati daripada perbualan saya dengan pihak jurutera, didapati bahawa penalti kelewatan menyiapkan kerja yang selalu akan di delay kan, dengan izin, bahawa penalti itu sebenarnya hanya di atas kertas sahaja. Tidak berlaku sebenarnya bila kelewatan itu berlaku. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, ada dua perkara Yang Berhormat bangkitkan. Pertama, dalam tempoh kecacatan, contohnyalah kalau sekolah ‘A’ ini, dia dalam konvensionalnya dia 12 bulan. Maknanya bulan 11 itu dia ada cacat, dan walaupun

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

kerja itu mengambil masa tiga bulan, dia masuk bulan yang ke-13, bulan ke-14, mengikut kontrak, dia mesti kena buat. Yang itu mesti dilaksanakan. Yang kedua ...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Minta maaf. Saya celah sikit. Yang cacatnya pada bulan satu tetapi dilewatkan pembaikian pada bulan 11 dengan alasan bahawa dia baiki hanya sekali sahaja di penghujung tempoh cacat tersebut.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tidak, tidak. Yang itu saya fikir ada kekeliruan. Dalam tempoh kecacatan itu, kalau masuk bulan 11, dia masih lagi ada berlaku kecacatan yang baru, saya fikir dalam tempoh kecacatan itu, pihak kontraktor bertanggungjawab untuk memperbaiki kecacatan tersebut walaupun kerja dia akan mengambil masa lebih daripada dua ataupun tiga bulan.

final • 2:40 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Perkara yang kedua Yang Berhormat bangkitkan dengan izin, LA, liquidated assorted damages yang telah pun dikenakan dalam tempoh penyiapan kerja. Yang ini saya fikir adalah satu perkara yang di dalam kontrak yang kita boleh enforce. Jadi sama ada benda itu on paper ataupun tidak, ia tidak ada masalah. Melainkan kalau benda itu memang termaktub dalam kontrak yang dipersetujui bersama, jadi kedua-dua pihak terpaksa untuk menentukan bahawa segala yang termaktub dalam terma kontrak itu hendaklah dilaksanakan.

Jadi Yang Berhormat Pokok Sena dah tunggu agak lama untuk saya menjawab.

Isu projek Istana Negara, kenapa telah diberikan kepada Syarikat Maya Maju Sdn. Bhd.

yang tidak berdaftar dengan PKK dan CIDB? Yang kedua, apakah mekanisme yang dipakai oleh kontraktor utama yang mendapat projek untuk menamakan mana-mana kontraktor Kelas ‘F’ bagi melaksanakan 10% daripada nilai projek tersebut?

Untuk menjawab bahagian ‘A’, Istana Negara merupakan bangunan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan adalah lambang kemakmuran negara. Projek ini perlu dibina dengan cepat dan kontraktor yang berwibawa dan berkemampuan sahaja berupaya untuk melaksanakan pembinaan Istana Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Maya Maju (M) Sdn. Bhd. telah pun berdaftar dengan Construction Industry Development Board atau CIDB, dalam kelas G7 berkuat kuasa dari 8 Ogos 2006 hingga 7 Ogos 2009. Syarikat berkenaan telah diberi pengecualian pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

Untuk menjawab bahagian B, Kementerian Kerja Raya telah memutuskan untuk mengagihkan 10% dari nilai projek di bawah pelaksanaan kementerian ini sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan. Polisi yang dikeluarkan ini akan diguna pakai bagi projek yang bernilai RM10 juta ke atas sahaja. Senarai nama kontraktor Kelas ‘F’ yang diberi kepada kontraktor utama adalah senarai kontraktor Kelas ‘F’ yang diperakui oleh CIDB.

Keutamaan akan diberi kepada kontraktor Kelas ‘F’ dari negeri berkenaan. Kontraktor utama akan melantik dan memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor Kelas ‘F’. Sehingga bulan Mei, sebanyak 31 projek yang bernilai RM2.18 bilion telah diluluskan untuk mengagihkan 10% nilai projek kepada kontraktor Kelas ‘F’. Hasil daripada polisi ini, seramai 1,015 kontraktor Kelas ‘F’ telah dilantik oleh kontraktor utama untuk menyiapkan projek ini.

Butiran projek di setiap negeri adalah seperti berikut:

NegeriNilai Projek (RM/Juta)Kontraktor Kelas ‘F’ Terlibat
Perak4424
Kelantan6936
Kuala Lumpur19298
Negeri Sembilan246123Sabah370100
final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Selangor12362
Terengganu702351
Johor5227
Pulau Pinang11057
Kedah12061
Pahang10754
Perlis137
Sarawak3215JUMLAH21801015
final • 2:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Sekejap, belum habis lagi. Dengan penglibatan kontraktor kelas F dalam projek-projek mega ini juga diharap kontraktor kecil dapat menimba pengalaman yang lebih luas serta mendapat bimbingan daripada kontraktor utama. Pelaksanaan polisi ini akan dipantau oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya sepanjang pelaksanaannya.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama fasal Istana Negara. Walaupun disebut tadi bahawa ia telah berdaftar dengan CIDB dan diberi pengecualian oleh Pusat Khidmat Kontraktor, tetapi pertama sekali, apa yang saya faham ialah prosedur kontrak untuk projek- projek kerajaan ini syaratnya tentulah ia kena berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor, sebab penilaian itu mestilah dibuat oleh satu board, satu body, satu badan yang hendak mengiktiraf dia sebagai kontraktor yang mempunyai pengalaman yang baik. Cuma apa yang saya nak tanyakan di sini, adakah Syarikat Maya Maju Sdn. Bhd. ini mempunyai pengalaman-pengalaman untuk mengendalikan projek-projek besar sebelum daripada ini?

Yang keduanya ialah, mengapa perlu dibuat dalam bentuk runding terus iaitu reka bina? Apakah ada sesuatu yang menjadi satu rahsia ataupun ini projek rahsia keselamatan yang saya kira bahawa dia boleh menggunakan kaedah-kaedah ataupun tender terhad ataupun sebagainya ataupun selektif tender. Akan tetapi yang saya hairan, kenapa ia dibuat dalam bentuk tender runding, dalam bentuk design and build? Saya minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, ada tiga perkara utama bagaimana perolehan kerajaan dapat dilakukan.

Pertama, sama ada tawaran tender terbuka. Yang kedua ialah, dengan izin tender terhad, selected tender. Yang ketiga secara direct nego. Untuk makluman Yang Berhormat, yang secara konvensionalnya pihak kerajaan menyediakan dia punya butiran-butiran kerja, kemudian kita akan maklumkan kepada orang awam bagaimana nak masuk proses ini.

Yang kedua adalah perkara-perkara yang berhubung tentang design and build.

Untuk membina Istana Negara ini, ia memerlukan satu kepakaran yang agak tinggi. Ia bukan hanya melibatkan tentang struktur bangunan serta infrastruktur dan kemudahan yang lain. Ia juga melibatkan tentang kemasan dalaman, dewan bankuet, kediaman dan juga tentang back up service untuk Istana Negara. Dan ia memerlukan satu kepakaran, dan kerajaan memikir bahawa dengan melakukan perolehan secara design and build dan reka bentuk secara runding terus, adalah satu proses yang akan menentukan bahawa segala matlamat akan tercapai dengan seoptimum mungkin. Oleh itu keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan sama ada kontraktor ini ada kemampuan atau tidak, tentulah kerajaan telah

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

pun memberikan pertimbangan yang sebaik mungkin, yang kita yakin bahawa memang dia boleh mampu untuk melaksanakan tugas ini.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Pertama, bahawa saya dimaklumkan dia tidak mempunyai rekod untuk membina projek-projek yang sebegini, projek-projek kerajaan khususnya, apatah lagi projek yang menjadi tempat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Yang kedua, yang berkaitan dengan soal runding terus ini. Saya difahamkan bahawa permulaan tawaran harga yang dibuat oleh syarikat ini adalah hampir RM1 bilion.

Selepas saya menghantar memorandum saya kepada Yang Berhormat Menteri pada waktu itu minta penjelasan, barulah ada arahan baru kepada pihak JKR supaya harga itu dirunding semula sehingga ia menjadi RM650 juta. Akan tetapi persoalannya sekarang ini, adakah harga baru RM650 juta ini untuk spec yang sama, yang ditawarkan, yang hampir RM1 bilion itu? Apakah spec yang sama dengan kos, dengan nilai yang sama, sebab saya katakan ia bukan satu yang bersifat konvensional yang ditawarkan oleh pihak JKR, ditentukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya?...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

...Sebab saya difahamkan bahawa sepatutnya harga yang ditawarkan, spec yang ditawarkan hampir RM1 bilion itu, kalau mengikut JKR harganya ialah dalam sekitar RM650 juta. Jadi persoalannya sekarang ini, adakah ia menggunakan spec yang sama?

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Yang Berhormat suruh saya memperincikan dia punya spesifikasi. Untuk saya bagi perincian secara lebih terperinci, saya memerlukan...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

...Memberikan butiran lanjut, tetapi untuk makluman Yang Berhormat, secara general sahaja ya, perkara yang berhubung kait dengan piling work lebih kurang RM22 juta.

Building work, melibatkan RM238 juta.

final • 2:50 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Interior design work dia melibatkan RM66 juta. Mechanical work melibatkan lebih kurang RM52 juta. Electrical and ICT work melibatkan RM63 juta. Civil and infrastructure work melibatkan RM105 juta, landscape and gardening melibatkan RM17.2 juta dan yang lain itu preliminaries dan jumlah total, kita bagi capping Yang Berhormat. Capping daripada ini adalah sebanyak RM650 juta.

Jadi ini telah pun dilakukan berasaskan dengan izin, value engineering yang kita buat terhadap Istana Negara ini. Kita rasa bahawa ini merupakan satu proses untuk kita mendapat apa yang terbaik daripada apa yang peruntukan yang kita ada.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Apa yang dengan izin, apa yang diperlukan oleh pihak Istana Negara untuk menjadikan...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pasir Mas Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Pasir Mas.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih. Saya nak tanya Yang Berhormat apakah projek-projek runding terus pihak kontraktor yang mendapat projek runding terus

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

menentukan pelantikan konsultan untuk menentukan harga ataupun ditentukan oleh QS daripada JKR dan bagaimanakah cara pihak kementerian Yang Berhormat nak menentukan bahawa tidak ada pakatan di antara konsultan di luar dengan pihak yang di dalam seperti dalam cerita Nujum Pak Belalang. Ini bahagian aku, ini bahagian kamu. Ini aku, aku ini kamu. Tidak adakah macam tu berlaku. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Sebagaimana yang saya sebut awal tadi kita akan mengamalkan prinsip value engineering terhadap satu perkara yang hendak diputuskan dan kita rasa bahawa dengan aplikasi prinsip ini kita akan mendapat apa yang terbaik daripada apa peruntukan yang sedia ada dan apakah dia bentuk dengan izin, end product yang harus kita dapat daripada apa ini. Jadi untuk nak kata orang berpakat apa itu semua...

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Jadi sebagaimana yang saya sebut awal tadi, kalau kita semua mengamalkan prinsip responsibility dan accountability, saya rasa kita akan dapat apa yang terbaik, apa yang kita harapkan. Untuk itu, saya rasa bahawa tanggungjawab pihak yang menguruskan perkara ini terutamanya yang melibatkan golongan profesional dengan izin saya mohon mereka discharge their responsibility secara profesional.

final • 3:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, soalan saya tadi quite specific.

Apakah pihak kementerian tidak bercadang untuk menentukan bahawa yang menentukan kos direct nego ini ialah ditentukan oleh QS daripada JKR bukan daripada konsultan yang dilantik daripada luar. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, memang itu kaedah perolehan yang diamalkan bahawa walaupun perkara itu berhubung kait tentang direct nego, dengan izin, penalty of the contract is still determine by the Jabatan Kerja Raya melalui bahagian perolehan yang diuruskan oleh juru ukur bahan. Itu dia punya final gatekeeper Jadi sama ada dia punya benda tu datang daripada golongan yang mana, tapi akhirnya dia mesti melalui proses itu dan pihak juru ukur bahan akan tentukan sama ada sesuatu projek yang dinilai itu adalah berpatutan ataupun tidak. Kalau kita fikir dia berpatutan, baru kita akan laksanakan. Kalau kita tidak patut opsyen yang kita ada sama ada kita ambil pilihan yang kedua ataupun kita batalkan kontrak itu. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Walaupun disebut kata bahawa QS yang akhirnya di bawah JKR ini yang akan menentukan, tapi saya lihat bahawa ada juga projek-projek yang kadang-kadangnya JKR hanya endorse terhadap arahan yang dibuat oleh Perbendaharaan untuk berikan kepada syarikat-syarikat tertentu dengan harga-harga yang telah pun diputuskan.

Walaupun Yang Berhormat golek kepala, tidak apalah tetapi saya nak balik kepada syarat bahawa sepatutnya projek-projek kerajaan ini mesti kontraktor yang berdaftar dengan PKK. Saya rasa bahawa tidak seharusnya diberikan pengecualian terhadap kontraktor untuk projek seperti ini. Ini seolah-olah menafikan hak dan kelayakan oleh kontraktor-kontraktor yang lain. Jadi sebab itu, saya kira bahawa contoh dalam projek Politeknik Banting diberikan kepada GPMS yang tidak ada lesen kontraktor. Tidak ada lesen kontraktor yang tidak berdaftar dengan PKK. Bila tidak ada nak daftar macam mana.

Jadi saya rasa kalau beginilah amalan kita selama ini, makna akhirnya kita menafikan kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dengan PKK yang bayar duit yuran sebagainya. Jadi ini satu perkara yang harus diberikan keutamaan apatah lagi sepatutnya bagi saya bahawa kita kembali kepada open tender sama ada dalam bentuk selective kontraktor yang terpilih itu ataupun secara umumnya.

Yang keduanya balik kepada Kelas ‘F’ tadi tu. 10% daripada projek Kelas ‘A’. Bagi saya bahawa kenapa mereka harus menandatangani aku janji kontraktor Kelas ‘A’ ini harus aku janji bahawa ini senarai kontraktor Kelas ‘F’ yang mesti diberi sebelum daripada pihak JKR mengeluarkan surat setuju untuk diberikan tender kepada syarikat tersebut...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Saya bimbang bahawa syarikat- syarikat Kelas ‘F’ ini kontraktor-kontraktor yang telah ditentukan untuk kepentingan- kepentingan pihak tertentu. Ini dibimbangkan yang akhirnya wujud amalan-amalan kronisme dan sebagainya. Jadi sebab itu bagi saya bahawa kalau sebelum ini kita lihat bahawa kontraktor itu selepas dia dapat surat setuju beri projek kepada dia, dia sendiri akan menamakan kontraktor Kelas ‘F’. Itu yang diamalkan sebelum ini tetapi ini saya anggap sebagai satu benda yang agak barulah.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama sama ada pihak kementerian menerima secara bulat dan total ataupun apa yang diserahkan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan dengan izin, dia menjaga Perbendaharaan dan kewangan. Kementerian Kewangan dia bukan technical ministry. Tentulah dia perlu bantuan teknikal dan perkara yang disampaikan kepada pihak technical operating ministry contohnya macam Kementerian Kerja Raya.

Kita ada kepakaran untuk kita menilai sama ada tawaran itu berpatutan ataupun tidak dan dengan izin, we are discharging our responsibility professionally yang dibuat oleh pihak JKR melainkan Yang Berhormat tidak percaya kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Kerja Raya dan perkara yang diperoleh oleh, dibuat melalui Kementerian Kewangan yang dibuat secara PMC, project management consultant yang itu di engaged secara direct oleh Kementerian Kewangan dan PMC adalah satu corporate body yang dianggotai oleh golongan profesional dan kita harap mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut ethic profesional yang mereka sendiri menjadi ahli pertubuhan tersebut. Itu tanggungjawab mereka.

Dipihak Kementerian Kerja Raya kita akan laksana mengikut yang saya sebut tadi.

Kita akan mengamalkan prinsip value engineering untuk kita mendapatkan apa dia punya peruntukan yang ada dan apakah rupa bentuk infrastruktur dan kemudahan awam serta amenity social yang ada dan dengan izin, value for money...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Itu yang kita akan amalkan. Jadi apa yang dibuat oleh pihak PMC Yang Berhormat pun tolong bagi saranan supaya pihak PMC akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kerana dia merupakan private entity. Yang juga ada peranan dan hak mereka untuk melaksanakan bahawa semua projek pembangunan awam akan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Shah Alam Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Saya sebenarnya tidak nak tanya, fasal tadi bila nak tanya tadi dia orang kata mengacau, mengganggu.

final • 3:00 PM

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Merajuk nampak.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita nak dapat penjelasan.

Tidak merajuk... [Ketawa] ...Tapi saya nak jelaskan juga apa ni Yang Berhormat Menteri yang kata tidak percaya pada technician-technician dan jurutera-jurutera JKR itu bukan kami tapi wakil daripada Pasir Salak... [Beberapa Ahli Ketawa] Dia yang cakap. Jangan tuduh pada kami.

Dalam soal nak kan yang value engineering ini, saya tidak nampak bagaimana mengadakan negotiated punya tender dengan izin, adalah cara, satu cara yang berkesan untuk menentukan kita dapat value for money. Saya sependapat dengan Yang Berhormat daripada Pokok Sena bahawa dalam soal pembinaan Istana Negara, ia bukan merupakan satu persoalan yang mempunyai isu-isu security yang tinggi dan sebagainya dan untuk kita menentukan bahawa kita benar-benar mendapat satu nilai kontrak yang berpatutan, cara tender yang terbuka ataupun yang terhad adalah lebih baik dan walaupun kita boleh kata bahawa semua orang profesional, semua niat baik dan sebagainya, tetapi kalau kita ikut

final • 3:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

yang dia punya kata-kata bijaksana, justice dengan izin, justice must not only be done but must also been seen to be done.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dan dalam kaedah di mana masalah rasuah...

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat hendak bagi ceramah atau hendak minta penjelasan ini?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Last, last ayat yang terakhir.

Ayat yang terakhir. Dalam suasana di mana persoalan amalan rasuah, kronisme dan sebagainya sering disebut oleh masyarakat bukan oleh pembangkang semata-mata tapi oleh masyarakat adalah baik bagi kerajaan untuk memperbanyakkan pemberian tender melalui satu proses yang telus untuk meyakinkan masyarakat bahawa tidak ada amalan- amalan yang seperti itu. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Yang Berhormat, amalan rasuah dan integriti dan cabarannya ia adalah menjadi tanggungjawab bersama. Yang Berhormat di sana dan kami di sini pun menjadi tanggungjawab bersama dan untuk kita mendapat hasil daripada ini saya fikir bahawa kita akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Kalau tadi Yang Berhormat kata value for money tentang Istana Negara ini bila kita amalkan prinsip value engineering tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata daripada RM1 bilion dia punya kempen, now kita boleh reduce kepada RM650 million. That is satu good indicator bagaimana prinsip value of engineering ini kita akan dapat memaksimumkan tentang apa yang ada dan dengan izin, we must pursue benda ini untuk mendapat hasilnya.

Untuk jawapan kepada Yang Berhormat tentang Kelas ‘F’ ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau mengikut senarai PKK ada lebih kurang 40,000 Kelas ‘F’ di seluruh negara tapi kalau mengikut kajian yang dibuat oleh CIDB iaitu Construction Industrial Development Board yang kita ada semakan yang kita nilai aktif semua itu ada lebih kurang 17,000 kontraktor Kelas ‘F’ dan mereka ini bertaburan di seluruh negara. Saranan saya kepada kontraktor-kontraktor besar yang mendapat kerja melebihi RM10 juta ke atas ini just to share 10% out of kontraknya untuk kita agihkan kepada Kelas ‘F’ dan cara macam mana kita agihkan ini ialah mengikut negeri-negeri yang berdaftar dalam CIDB.

Jadi kita akan ambil rankingnya. Contoh kalau Yang Berhormat negeri kedah ada 1,000. So, kalau projek itu ada melibatkan 100 Kelas ‘F’ di Kedah itu kita ambil nombor satu sampai ke 100. Selepas itu kalau ada peluang lagi yang ke depan ini kita ambil daripada nombor 100 sampai ke 200. Itu proses tapi syaratnya dia mesti berdaftar dengan CIDB.

CIDB untuk makluman Yang Berhormat sentiasa memantau dan menentukan bahawa mereka ini adalah satu kontraktor yang betul secara genuine nya membuat kerja sendiri ditapak bina tapi kalau dia sub 100% kepada pendatang-pendatang tanpa izin itu kita akan ambil tindakan.

Jadi kalau Yang Berhormat pun ada maklumat bahawa di kawasan Yang Berhormat ada kontraktor yang dia dapat peluang tapi tak buat mengikut prosedur yang ada sila maklumkan kepada saya, saya akan ambil tindakan. Kenapa kita nak? Supaya ada penurunan kuasa daripada kontraktor besar ini kerana kita tahu banyak juga yang kita dengar rintihan daripada pihak kontraktor kelas kecil ini bila dia buat kerja tak dapat pembayaran. Bila tak dapat bayaran bagaimana dia hendak berdaya maju? Untuk menentukan bahawa perkara ini terlaksana dengan izin, there must be a Letter of Undertaking daripada kontraktor. Itu sahaja. Jadi maklumat Yang Berhormat terima itu daripada kementerian itu kalau tak sahih jumpa menteri. Saya boleh bagi maklumat yang tepat. Jangan degar sahaja daripada penyokong Yang Berhormat di sana. Kena dapat penjelasan. Jadi...

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Mohon penjelasan.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Cukuplah itu ya.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Sedikit sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Saya minta maaf. Banyak lagi ini. Ahli Yang Berhormat dari Selayang memohon penjelasan banyak kontrak diserahkan kepada kontraktor yang tidak layak dan berjuta ringgit telah dibazirkan untuk pembaikan seperti MRR2, MATRADE, jambatan baru dari Johor ke Singapura.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemilihan kontraktor yang berjaya melaksanakan projek MRR2 dan MATRADE adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, memandangkan terdapatnya masalah teknikal yang timbul semasa pembinaan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan perlu dibuat sebelum projek dapat diguna sepenuhnya. Kerajaan sedang menuntut kos bagi pembaikan daripada kontraktor yang berkaitan. Contohnya MRR2 kerajaan telah failkan tuntutan RM74 juta ke atas kontraktor. Pembatalan kontrak jambatan baru dari Johor baru ke Singapura bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan pihak kontraktor tetapi disebabkan oleh kepentingan dua hala dengan kerajaan Singapura Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Limbang telah mencadangkan supaya:

(a) pihak Malaysia dapat berunding dengan Kerajaan Brunei bagi membina sebuah jambatan di Sungai Pendaruan di Limbang, di mana satu-satunya missing link di Jalan Persekutuan Malaysia Timur sedangkan kelebaran sungai ini hanyalah 50 meter.

(b) membangkitkan status pembinaan jalan yang menghubungkan rumah panjang Ulu Mendapit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab isu,

(a) Setakat ini tiada rundingan antara Malaysia dan Brunei untuk membina sebuah jambatan di Sungai Pendaruan Limbang.

Untuk menjawab isu,

(b) Bagi pembinaan jalan rumah panjang bagi Ulu Mendamit projek ini tidak tersenarai di bawah Kementerian Kerja Raya...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Lawas meminta penjelasan status pembinaan Jalan Bakelalan-Bario, jambatan Sungai Pengalih di Lawas dan Jalan Mengkalak Sundar yang penting bagi kemudahan asas rakyat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek jalan ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bermula dari Lawas dan melalui Long Lopeng, Long Semadu dan berakhir di Bekalalan sahaja. Projek diluluskan dengan siling peruntukan sebanyak RM12.45 juta meliputi kerja-kerja awalan seperti ukur tanah, reka bentuk dan siasatan geoteknikal. Pembinaan jalan ini akan dipertimbangkan apabila kerja-kerja awalan telah siap. Bagi jambatan Sungai Pengalih di Lawas tender untuk pembaikan jambatan tersebut telah diiklankan pada 20 April 2008 dan dijangka pelaksanaan projek akan bermula pada bulan Ogos 2008. Manakala status pembinaan Jalan Menkalab dan Sunda tiada dalam senarai projek Kementerian Kerja Raya...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Limbang bangun Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Jadi berkenaan dengan jambatan di Sungai Pendaruan ini, actually pada awal tahun 80an kita pernah dengar dahulu ada perundingan telah pun dibuat

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

dan perkara ini telah pun appeared dalam printed estimate dengan jumlah token some.

Masa itu, dalam perundingan, saya telah difahamkan bahawa ada perundingan bahawa kerajaan negara jiran kita akan bina dan the end penghujung dia akan bahagi dua perbelanjaannya.

Cerita ini, yang saya difahamkan dari JKR, dahulu perundingan pernah dibuat tetapi still on the drawing board, in the drawing board. Jadi seolah-olah missing link ini is not only a missing link but a forgotten missing link. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kerajaan kita untuk berunding dengan negara jiran, sebab saya juga difahamkan sekarang ada Malaysian base kontraktor di Brunei sudah bersedia, yang ingin, berminat membuat jambatan tersebut. Pada masa ini juga CIQ di sebelah Limbang sudah pun siap dan telah beroperasi dan di sebelah negara jiran pun CIQ sudah sedia tapak untuk pembinaan dan tanpa jambatan ini, saya rasa ianya is a very missing link dengan izin.

Jadi saya selaku wakil Limbang, persoalan ini telah dikemukakan bukannya cerita baru, tetapi sudah mencecah 20 tahun lebih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Jadi saya memohon kepada kerajaan Malaysia supaya menimbangkan perkara ini. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat prihatin tentang masalah Yang Berhormat bangkitkan ini. Ini melibatkan perhubungan dua hala dan ini memerlukan kerjasama dua hala. Sebelum kita pergi kepada peringkat itu saya fikir kajian teknikal hendaklah dimuktamadkan. Saya mohon maaf kalau off-hand saya boleh jawab soalan ini dia punya tempoh kawasan itu dia ada dolomit agregat. Jadi kos untuk membangunkan infrastruktur itu memerlukan belanja yang cukup besar...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Jadi Yang Berhormat saya akan semak dan kita akan maklumkan Yang Berhormat tentang perkara ini.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

Akhir sekali saya mengucapkan...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nanti dia bagi jawapan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed

...Setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menyentuh mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Jika ada perkara-perkara yang telah dibangkitkan tetapi tidak dijawab sila maklumkan supaya penjelasan secara bertulis dapat diberikan kepada Ahli Yang Berhormat. Sekian terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

final • 3:20 PM

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat, Kinabatangan, Permatang Pauh, Machang, Kuala Selangor, Batu, Kimanis, Putatan, Batang Sadong, Shah Alam, Sibuti, Wangsa Maju, Rasah, Lipis, Kapit, Lawas, Kalabakan, Tenom, Kota Melaka, Bagan, Bandar Tun Razak, Jempol, Labis dan Hulu Langat yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sepanjang sesi usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja tahun 2008.

final • 3:20 PM

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Pelbagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung dari 30 April hingga 13 Mei 2008 yang lalu dan pihak kementerian akan memberi perhatian dan tindakan susulan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Secara keseluruhannya antara isu-isu berkaitan kementerian yang telah

final • 3:20 PM

menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dirumuskan adalah merangkumi

(i) isu pemberian konsesi kepada IPP;

(ii) jumlah subsidi kepada TNB dan IPP;

(iii) kenaikan tarif elektrik;

(iv) dasar pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor;

(v) isu pelaksanaan projek penyaluran air mentah Pahang Selangor;

(vi) pertukaran meter pukal kepada meter individu;

(vii) pemansuhan bilangan-bilangan tertunggak IWK;

(viii) kemudahan bekalan elektrik dan air bersih luar bandar; dan

(ix) kesan perubahan cuaca dunia ke atas sumber air.

Manakala isu-isu yang melibatkan sektor komunikasi pula merangkumi:-

(i) Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP);

(ii) pembangunan infrastruktur jalur lebar atau high speed broadband;

(iii) gejala penipuan melalui SMS;

(iv) kemudahan pondok telefon; dan

(v) kesan radiasi dan pemancar telekomunikasi.

Saya ingin menyentuh tentang bekalan elektrik, pemberian konsesi kepada IPP dan subsidi yang diberikan kepada Tenaga Nasional Berhad dan IPP. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh, Kuala Selangor, Machang dan Bagan telah membangkitkan beberapa isu berhubung pemberian konsesi kepada IPP serta usaha kerajaan untuk merombak semula konsesi tersebut dan beban yang ditanggung oleh rakyat berikutan kenaikan takrif elektrik.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dasar penswastaan penjanaan elektrik telah diperkenalkan pada tahun 1990-an oleh kerajaan berikutan kekerapan berlakunya gangguan elektrik sehingga menjejaskan ekonomi dan imej negara. Insiden yang menyebabkan keseluruhan Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik pada tahun 1992 telah memaksa kerajaan untuk mengambil langkah drastik untuk mengimbangi permintaan dan penawaran bekalan elektrik negara. Kekurangan penjanaan elektrik yang menyebabkan sistem pembekalan elektrik beroperasi dengan margin simpanan yang kecil telah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama yang menyumbang kepada insiden tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah mengambil keputusan untuk menswastakan penjanaan elektrik kepada independent power producer atau dengan ringkasnya IPP. Daya maju projek adalah antara aspek yang diberi perhatian sebelum perakuan dibuat ke atas cadangan membina stesen jana kuasa elektrik secara penswastaan melalui konsep Bina-Kendali-Milik atau Build-Operate-Own dengan izin.

Penelitian juga dibuat terhadap pelbagai aspek termasuklah aspek kewangan dan komersial projek dengan mengambil kira kos keseluruhan projek, anggaran hasil projek, tahap risiko projek, dan tempoh konsesi. Di samping itu elemen pembayaran projek dan pembinaan syarat ekuiti juga merupakan kriteria yang diteliti semasa penilaian cadangan projek dibuat.

Oleh itu kerajaan dalam menimbang cadangan daripada IPP telah mengambil kira pelbagai kriteria bagi memastikan projek IPP yang dilaksanakan dapat membantu kerajaan mengatasi masalah pembekalan elektrik yang dihadapi pada masa itu. Tuan Yang di- Pertua, industri bekalan elektrik merupakan industri yang memerlukan perbelanjaan modal

final • 3:20 PM

menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dirumuskan adalah merangkumi

dan kos operasi yang tinggi. Kos bahan api merupakan komponen utama daripada keseluruhan kos operasi dengan peratusan mencecah 30%-40%. Menyedari hakikat ini, pada Mac 1994, kerajaan telah membenarkan Tenaga Nasional Berhad iaitu TNB, menggunakan formula pelepasan kos bahan api atau fuel cost pass through dengan izin, yang membolehkan TNB pass through, dengan izin, sebarang kenaikan dalam kos bahan api kepada pengguna melalui pelarasan dalam tarif elektrik.

Pelarasan tersebut telah dilaksanakan setiap tiga bulan dan menimbulkan kesulitan kepada pengguna-pengguna. Oleh itu kerajaan telah membuat keputusan untuk menghentikan pelaksanaan formula pelepasan kos bahan api kepada TNB pada tahun 1995 dan pihak TNB tidak lagi mempunyai mekanisme untuk menampung kenaikan bahan api yang tidak dapat dilepaskan kepada pengguna. Ekoran daripada masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997, kerajaan telah memperkenalkan struktur tarikh yang tetap kepada TNB dan menetapkan harga gas pada RM6.00 per unit MMBtu bagi mengawal kenaikan kos bahan api yang telah menjejaskan kedudukan kewangan TNB.

Dengan penetapan harga gas ini, Petronas pada hakikatnya menanggung subsidi bagi memastikan supaya para pengguna mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap pada kadar yang rendah. Ini bermakna bahawa subsidi yang diberikan oleh Petronas bukanlah untuk memberi keuntungan kepada pihak TNB atau IPP, tetapi membawa keuntungan kepada rakyat Malaysia dalam bentuk kadar takrif yang lebih rendah.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan tidak memperkenalkan konsep IPP pada ketika itu, negara kita sudah tentu mengalami krisis kekurangan bekalan elektrik yang serius yang sudah tentu akan mendatangkan kesan yang buruk kepada ekonomi dan imej negara.

Sungguhpun demikian, kerajaan juga sedar bahawa terdapat kelemahan-kelemahan penswastaan bekalan elektrik kepada IPP. Oleh itu kerajaan telah berusaha untuk mengatasi...

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan.

final • 3:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

...Masalah ini dengan mulakan rundingan dengan pihak IPP pada tahun 2006 untuk mengkaji semula terma-terma perjanjian, pembelian tenaga atau power purchase agreement atau PPA, dengan izin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut terpaksa dihentikan pada MAC 2007 oleh kerana prinsip-prinsip rundingan tidak dapat dimuktamadkan dan dikhuatiri rundingan semula PPA akan menjejaskan kedudukan saham IPP yang terlibat secara khususnya dalam pasaran saham Bursa Malaysia secara amnya, terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum beralih kepada tajuk baru..., tentang tarif TNB tadi. Saya baru sahaja terbaca baru-baru ini kenyataan Ketua Eksekutif TNB, dia menyatakan sekiranya kerajaan tidak membenarkan juga mereka memindahkan kos bahan api yang meningkat itu kepada pengguna, TNB akan mengalami kerugian yang begitu besar dan reserve kewangan mereka juga akan habis pada akhir tahun hadapan.

Itu kenyataan yang saya masih ingat lagi. Jadi dia mengharapkan bahawa kerajaan akan membenarkan mereka juga memindahkan kos mereka tersebut supaya mereka tidak mengalami kerugian yang besar. Saya ingat lagi tahun 2006 kita sudah naikkan sebanyak 12%.

Jadi saya ingin tahu apakah jaminan sebenarnya, jaminan bahawa kerajaan tidak akan melayan permintaan TNB ini supaya tarif elektrik ini tidak naik dan memberikan jaminan bahawa kita tidak tertekan dengan TNB. Saya harap ada satu pendirian yang tegas yang lebih awal dan kalau tidak adakah cara lain supaya TNB juga tidak mengalami kerugian besar ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun diberikan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2006, pada ketika itu harga minyak peringkat antarabangsa adalah lebih kurang USD70-USD80 satu tong, manakala harga coal ataupun arang batu adalah sekitar USD50-USD60 satu tan.

final • 3:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Manakala hari ini setelah dua tahun, harga minyak satu tong adalah lebih kurang USD120 begitu juga harga coal adalah USD110 satu tan harga arang baru. Ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dari segi kenaikan harga bahan bakar yang terpaksa ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad. Walaupun secara langsungnya kos gas ini ditanggung oleh Petronas yang memberi harga gas ini pada kadar RM6.40 satu unit MMBtu.

final • 3:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Suka saya nyatakan pada Dewan ini Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kos untuk mengeluarkan minyak ataupun gas itu untuk satu unit MMBtu itu sebenarnya adalah anggaran dalam RM15 hingga RM16 satu MMBtu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 3:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Ini menunjukkan bagaimana subsidi Petronas terhadap bekalan gas ini pada industri sektor electricity ini ataupun sektor tenaga ini begitu tinggi. Arang batu juga hari ini dengan peningkatan harga yang melebihi 100% menunjukkan peningkatan yang begitu besar. Maka hari ini kementerian sedang berusaha untuk memastikan bahawa industri bekalan elektrik ini menjadi satu industri sustainable.

Pada masa yang sama juga untuk memastikan bahawa gas yang ada di negara ini digunakan sebaik yang mungkin kerana sekiranya Petronas menjual gas kepada sektor industri dengan harga RM6.40 bagi satu unit MMBtu sedangkan kos pengeluarannya juga tidak boleh recover iaitu RM15 hingga RM16, ini menunjukkan satu persekitaran yang tidak sihat. Kerajaan cuba mengimbangkan keadaan ini.

Di masa yang sama juga keadaan kerajaan sedar ataupun ketahui bahawa kebanyakan syarikat IPP ataupun pengeluar tenaga bebas ini mereka memperoleh keuntungan yang agak baik maka kesempatan ini adalah masa terbaik bagi kerajaan mengimbangi segalanya seperti menyeimbangkan harga gas kepada sektor industri electricity. Setidak-tidaknya merapatkan lagi harga itu dengan harga kos yang diperlukan oleh Petronas.

Tidak sepatutnya Petronas menjual gas itu kepada sektor elektrik sehinggakan tidak mencapai tahap kos recovery nya dan pada masa yang sama juga kita perlu lihat bagaimana tidak begitu hanya membebankan rakyat tanpa mengambil kira pula keuntungan yang begitu banyak dinikmati oleh sektor-sektor jana kuasa bebas ini. Maka kerajaan dalam satu keadaan untuk mengimbangkan seluruh perkara ini untuk pengetahuan Yang Berhormat. Maka ketiga-tiga aspek ini perlu dikira dari segi Petronas dari segi tenaga Nasional Berhadnya supaya mereka boleh terus berjalan supaya maintenance dapat dilakukan sekiranya mereka mengalami kegawatan ekonomi ataupun kewangan maka kita khuatir nanti dari segi kualiti bekalan elektriknya tidak akan terjamin.

Maka inilah perlu dilakukan oleh kerajaan supaya tenaga boleh terus bergerak dalam keadaan baik dan IPP juga tidak boleh dibenarkan mengambil untung yang berlebihan dan juga Petronas tidak beri subsidi yang keterlaluan sehingga tidak dapat recover kos untuk menjual harga gas ini kepada IPP mahupun kepada industri sektor tenaga Yang Berhormat.

Sungguhpun demikian melihat kepentingan bagi menangani isu ini kerajaan pada September 2007 telah memutuskan supaya rundingan dengan IPP diteruskan semula dengan menetapkan supaya TNB menerajui rundingan ini sebagai pihak yang menandatangani PPA dengan IPP. Pihak TNB telah mengadakan persediaan untuk memulakan rundingan dan proses rundingan dengan pihak IPP dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mana satu Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak tanya secara spesifik. Apakah pihak TNB sudah berunding dengan pembekal IPP swasta iaitu YTL kerana masyarakat di luar tahu bahawa perjanjian ini menguntungkan YTL dan membebankan pengguna terutama dalam membayar bil yang dinaikkan oleh pihak TNB.

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih, sekali.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang panjang tadi yang saya kira satu usaha yang baik. Dewan yang mulia ini masih belum mendapat satu kata yang agak putus bagaimana pembelaan kepada rakyat dan pengguna setelah kita menyaksikan kenaikan tarif 2006 berlaku juga. Ketika itu yang kita lihat TNB sendiri mendapat keuntungan yang saya sebutkan dulu. Kenaikan profit before tax nya sehingga RM4.7 bilion ketika itu. Apakah jaminan kepada rakyat kepada pengguna, kepada consumer yang kali ini pihak kerajaan tidak akan memberikan keuntungan berlebihan kepada IPP, YTL dan sebagainya? Sementara TNB juga sebagai GLC tidak mengalami ataupun mengacapi sedikit profit yang munasabah. Saya belum dengar lagi satu jawapan yang agak jelas dan konkrit daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya memperingatkan Yang Berhormat Menteri kita ada sembilan Kementerian lagi.

final • 3:30 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya cuba ringkaskan jawapan saya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Biar saya jawab, ini soalan penting. Isu yang begitu penting dan menekan bagi rakyat negara ini. Suka saya jelaskan pertamanya sebagaimana saya katakan tadi, harga yang dibekalkan oleh Petronas kepada sektor bil elektrik itu adalah tidak munasabah kerana kos operasi untuk mengeluarkan satu unit gas itu, satu MMBTU dipanggil unit itu adalah RM15 hingga RM16 satu unit.

Manakala yang dijual oleh Petronas kepada IPP dan juga kepada jana kuasa yang dimiliki oleh Tenaga Nasional adalah RM6.40. Maknanya subsidi yang ditanggung hanya untuk recovery cost oleh Petronas itu adalah hampir RM9 untuk recover sahaja. Saya yakin Yang Berhormat yang ada di depan saya ini sama ada daripada Barisan Nasional ataupun pembangkang setuju dengan saya bahawa gas yang ada di negara kita ini bukan sahaja untuk kita gunakan untuk hari ini tetapi untuk masa yang akan datang untuk anak-anak kita, cucu-cucu kita.

Maka setidak-tidaknya kita perlu menilai gas ini dan untuk kita jual gas ini kepada sektor elektrik setidak-tidaknya harus lah dijual setidak-tidaknya harga kos recovery. Kalau hendak ikut harga pasaran pada hari ini, harga pasaran gas mengikut jual beli kontrak gas yang ada dengan Petronas adalah RM41 satu unit MMBtu. Maknanya begitu jauh jurang harga gas yang dibekalkan oleh Petronas kepada industri elektrik kalau hendak dibandingkan dengan pasaran.

Sekiranya kita tidak menggunakan sumber ini secara baik yang mungkin maka sudah pasti resources ini akan kehabisan. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bagaimana untuk memastikan IPP sebagaimana ramai mengatakan kebanyakan IPP ini mengaut keuntungan yang lebih. Kerajaan sedar bahawa pada peringkat awal kita memperkenalkan IPP pada awal 90an, 94 IPP sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, YTL keuntungannya berlebihan.

Perlu diingat itu adalah IPP kita yang pertama maka apabila kita melakukan pertama maka banyak kelemahan-kelemahan yang ada pada kita ketika itu tetapi untuk maklumat Yang Berhormat pada hari ini apabila kita hendak bagi IPP yang baru kita adakan konsep open book. Kita tengok berapa kos dia, kalau kosnya terlalu tinggi sepatutnya boleh diturunkan. Sekiranya ada unsur-unsur menunjukkan mereka telah menambah kos-kos tambahan dan terbukti kita ambil balik kos itu masukkan dalam PPA dan kemudian ini

final • 3:30 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

perkara-perkara asas yang kita timbangkan apabila kita hendak bagi PPA baru kepada syarikat IPP.

Ini menunjukkan bagaimana kita prihatin berhubung dengan Tenaga Nasional dan juga rakyat dan dari segi keperluan kenaikan tenaga suatu hari saya tidak tahu mungkin tarif ini tidak selama-lamanya berpanjangan. Perlu kita ingat, pertama pengguna juga bertanggungjawab kepada harga gas tadi. IPP juga, mereka juga rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab kepada rakyat negara ini. Apatah lagi kebanyakan semua IPP ini adalah milik rakyat ini. Maka sama-sama kena memainkan peranan supaya industri ini menjadi industri yang lestari ataupun satu sustainable industry.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Menteri, jawapan ukup baik. Saya hendak sikit sahaja minta, Yang Berhormat Menteri to consider, dengan izin, untuk mempertimbangkan pada akhirnya in final analysis, dengan izin, kalau berlaku apa pun, solution nya itu perlu dipertimbangkan subsidi yang diberikan seharusnya sampai kepada sasaran yang dimaksudkan.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Hari ini kita memberi subsidi tidak kena pada tempat. We are enriching the fat cat, dengan izin. Sasaran yang seharusnya ditujukan adalah kepada rakyat dan khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kita perlu kepada satu progressive subsidi yang saya ingat menteri lebih memahami.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rekodkan bahawa saya amat bersetuju 100% dengan cadangan Yang Berhormat daripada Kuala Selangor ini kerana subsidi yang hendak diberikan perlu disampaikan kepada golongan yang benar-benar berhak. Sebab itu, apabila kita mengadakan tarif review untuk Tenaga Nasional Berhad, kita pastikan bahawa golongan yang menggunakan electricity ke peringkat rendah dulu 200 kilowatt satu bulan, mereka inilah yang diberi kenaikan paling minimum ataupun tidak ada kenaikan tetapi bagi pengguna-pengguna yang menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 300, 400, 500, mereka ini kita bagi tips increase kepada tarif mereka.

Sebab itu saya katakan, saya bersetuju 100% dengan Yang Berhormat bahawa subsidi yang hendak diberikan oleh kerajaan ini perlu menjurus terus kepada mereka- mereka yang berhak untuk mendapat subsidi ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat Machang.

final • 3:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pertama kali dengar jawapan menteri secara life dan tak tengok nota. Ini cukup impressive, tahniah saya ucapkan.... [Tepuk] IPP generasi pertama bermula pada tahun 90-an pada waktu itu jual kuasa kepada TNB pada kadar RM0.15 satu kilowatt.

Kemudian kerajaan pernah sebenarnya semak balik perjanjian itu dan turun RM0.04.

Maknanya, point saya kerajaan pernah berdasarkan kepada alasan-alasan pada waktu itu berbincang dengan IPP dan menurunkan kadar harga daripada RM0.15 kepada RM0.11, kurang RM0.04.Ini kalau dipulangkan balik kepada pengguna, maknanya kita boleh sebenarnya mengurangkan kos elektrik kepada rakyat. Pertama ya.

Jadi, di satu sisi Yang Berhormat Menteri tadi menjelaskan bagaimana IPP sebenarnya adalah pihak yang paling banyak menikmati subsidi daripada pemerintah.

Paling banyak. Kalau boleh saya petik laporan daripada Petronas, “Sektor tenaga untuk tahun kewangan 2007, subsidi kepada TNB, subsidi kepada independent power producer dan juga kepada non power sector termasuk pengguna isi rumah atau residential users.

Didapati bahawa dalam kiraan bilion, IPP menikmati RM6.7 bilion subsidi. Manakala isi rumah, pengguna kecil industri dan komersial RM4 bilion dan TNB RM5”. Maknanya, IPP masih lagi merupakan pihak yang paling banyak menikmati keuntungan dan ini sudah berlarutan sekian lama.

final • 3:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat tadi membuatkan saranan yang tepat. Sekarang adalah masanya IPP kembali memulangkan dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia supaya kadarnya dinikmati oleh rakyat. Saya bagi contoh YTL misalnya. Saya semak rekodnya, ia ada dua pelan. Satu daripadanya ialah di Terengganu dan ia menghasilkan 800 megawatt dan ia mendapat keuntungan sehari, bersih lebih kurang RM1.5 juta. Kalau kita tengok, sebulan dia dapat untung lebih kurang RM40 juta. Setahun lebih kurang RM500 juta dan dia sudah bertahan begitu lama. Bilion nilai dia.

Kalau Yang Berhormat cadangkan tadi, bahawa sekarang masanya IPP memulangkan balik, tolong terangkan mekanisme dan kaedahnya sementara saya bagi contoh tadi, pada generasi awal IPP, pernah kerajaan menjalankan rundingan menurunkan kos jualan dia daripada RM0.15 kepada RM0.11, pernah. Apakah, apabila Yang Berhormat menyarankan supaya sekarang masanya untuk IPP memulangkan balik itu, bentuknya bagaimana? Mekanismenya bagaimana dan bila hendak mulakan? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat daripada Machang. Saya juga macam Yang Berhormat. Mungkin saya menteri, keluarga saya tak menteri, abang saya tak menteri, emak saya tak menteri. Hasrat saya juga sama dengan Yang Berhormat. Saya mahu rakyat, masyarakat menikmati harga bekalan elektrik yang baik. Kalau Yang Berhormat bimbang segi IPP mendapat keuntungan yang banyak, saya juga begitu Yang Berhormat bimbang.

Sebagaimana Yang Berhormat katakan YTL mungkin mendapat keuntungan yang banyak. Saya ingin terangkan secara kasar kita nampak Petronas itu memberi subsidi kepada syarikat IPP ini. Namun subsidi bagaimana? Subsidi yang diberi kepada IPP ini adalah dengan menjual gas kepada IPP ini dengan harga RM6.40 satu unit MMBtu. Hasil, sedangkan harga pasaran itu adalah sebagaimana yang saya katakan tadi, adalah lebih kurang RM41 MMBtu dan gas yang dikeluarkan oleh IPP ini tujuannya adalah untuk kegunaan orang ramai. Akhirnya subsidi ini menjurus kepada orang ramai ataupun masyarakat, rakyat secara umumnya.

Dari segi saya katakan, ini masa terbaik untuk kita membetulkan ketidakseimbangan yang berlaku dalam industri bekalan elektrik, saya sudah jelaskan tadi pertama dari segi harga gas itu sendiri tidak menggambarkan realiti kehidupan kita hari ini.

Saya sudah ceritakan dengan jelas. Harga gas pasaran RM41, harga kos untuk keluarkan unit gas ini adalah RM15 hingga RM16 tetapi harga gas yang ditawarkan kepada IPP dan juga kepada Tenaga Nasional Berhad adalah RM6.40.

Saya percaya Yang Berhormat Machang juga tak bersetuju dengan Petronas kalau dia jual dengan RM6.40 kerana itu tidak sampai cost recovering. Jadi masa ini kita perbetulkan ketidakseimbangan yang ada dalam industri ini pertamanya dari segi harga gas itu perlu hampir kepada harga recovering, kita fikir bagaimana. Keduanya dari segi kalau keuntungan IPP itu terlalu banyak, bagaimana kita boleh sama-sama supaya menyeimbangkan keuntungannya.

Ketiga barulah kita fikirkan bagaimana tidak menyusahkan masyarakat...

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Ketiga-tiga ini perlu diambil kira supaya industri bekalan elektrik di negara kita ini akan terus menjadi mantap dan sustainable Yang Berhormat daripada Machang. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Ya.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Silakan.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tadi, saya setuju dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Machang tadi. Yang Berhormat bersetuju, sebelah sini pun bersetuju dan sama-sama kita fikir. Yang kena fikir ini Yang Berhormat kita hendak tahu macam mana caranya, itu sahaja. Bagaimana cara dan bila pelaksanaan ini untuk mengurangkan yang disebutkan tadi. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Machang. Saya baru dua bulan setengah duduk kementerian ini. Kalau Yang Berhormat boleh bersabar 14 tahun daripada 1994 sampai 2008, 20 tahun Yang Berhormat bersabar, baru tiga bulan, bagilah saya sedikit, bagi pandangan kepada Kabinet bagaimana untuk kita perbaiki sistem ini. Kalau esok ada kesilapan-kesilapan, kita bincang sama-sama. Kita bincang macam mana kita boleh supaya menstabilkan keadaan bekalan elektrik di negara ini.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Timbalan menteri sudah lama, timbalan Menteri sudah lama. Yang Berhormat Menteri baru ini sahaja.

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Saya yakin abang saya daripada Pasir Mas ini mesti tolong saya kalau pandangan saya itu tak berapa baik. Walaupun dia Bebas tapi dia jiwanya itu kepada masyarakat.

final • 3:40 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat, bila ada masalah ada sahaja jawapan dan alasan. Kita hendak cari yang terbaik. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Insya-Allah Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya nyatakan tadi, pada hari ini tenaga memang dalam proses rundingan dan kita yakin rundingan ini akan berjalan dengan baik dan sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat hasil daripada rundingan ini. Terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Ini saya duk bandingkan yang tadi yang figure ataupun angka- angka yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Machang di mana subsidi yang telah diberikan kepada TNB adalah kurang daripada jumlah yang diberi kepada IPP. Sedangkan saya jangka bahawa jumlah tenaga yang dijana oleh TNB adalah jauh lebih banyak daripada jumlah tenaga megawatt yang dijana oleh IPP. Sekiranya benar jangkaan saya, adakah ini bermakna bahawa penjanaan dengan menggunakan gas, fire punya generator adalah lebih mahal kadar penjanaannya yang maka menyebabkan perlu kepada subsidi yang jauh lebih tinggi walaupun jumlah megawatt yang dikeluarkan oleh IPP adalah kurang.

Sekiranya ianya adalah benar jangkaan itu, bahawa penjanaan menggunakan gas ini tidak efisien maka adakah kemungkinan peranan IPP dan proses penjanaan yang digunakan oleh IPP itu boleh dikaji semula.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya difahamkan bahawa gas yang digunakan bukan semuanya dikeluarkan oleh Petronas sendiri, tetapi oleh kerana keperluan gas itu adalah melebihi daripada production yang kita buat maka sebahagian daripada gas diimport daripada Indonesia untuk digunakan untuk IPP dan sebagainya, adakah itu betul?

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, saya cukup senang mendengar soalan daripada Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya sarankan kita pendekkan soalan.

final • 3:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat, boleh jawab sekali? Chip in sedikit yang dekat situ tadi. Sikit saja.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan sedar bahawa IPP ini dia untung dua kali. Pertama, dia untung menikmati

final • 3:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

harga subsidi gas. Kemudian bila dia hasilkan tenaga, mengikut perjanjian purchasing power agreement ini TNB wajib beli. Sama ada dia boleh jual kepada orang ramai atau tidak itu bukan masalah IPP. Di sini IPP untung dua kali. Pertama menikmati harga subsidi gas, RM6.40 tadi itu, kemudian makcik di kampung pun RM6.40 juga.

Di satu sisi lain bila dia jana tenaga dia jual, TNB wajib beli. Ini menyebabkan akaun TNB terus sakit dan kerajaan tidak jumpa lagi jalan penyelesaian selama ini. Itu persoalan yang paling dasar sebenarnya sementara Yang Berhormat Menteri cuba mengambil jalan yang sangat accommodative tetapi itu persoalan pokok yang kita hendak dengar. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tambah sikit sahaja. Satu lagi.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Ada lagi? Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pasal ini sudah terakhir. Saya difahamkan bahawa ada juga stesen-stesen jana kuasa TNB yang ditutup oleh kerana TNB sendiri telah menjana tenaga, tetapi oleh kerana terpaksa membeli dari IPP maka kemampuan TNB untuk menjana kuasa itu adalah melebihi keperluan. Oleh kerana dia beli dari IPP maka dia tutup jana kuasa di Kapar, dia tidak menjalankan jana kuasa-jana kuasa yang lain dengan efficiency yang 100% dan sebagainya. Adakah benar perkhabaran yang kita dengar?

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam dua kali bangun, Yang Berhormat Machang sekali bangun. Walau bagaimanapun itu soalan yang baik kerana setidak-tidaknya memberi peluang kepada kementerian menerangkan kepada Dewan dan juga orang ramai.

Pertama, Yang Berhormat Shah Alam bertanya adakah betul kalau hendak diikutkan harga gas dengan harga coal ini sebenarnya sesuatu yang tidak baik untuk kita membakar generation plant menggunakan gas. Ahli Yang Berhormat, sebenarnya kalau semua IPP itu mendapat harga gas dengan harga pasaran, kalau hendak dibandingkan dengan harga coal hari ini lebih murah untuk kita gunakan coal.

Namun perlu juga kita ingat bahawa di sini kita perlu mengambil kira bukan sahaja dari harga, kita mengambil kira dari segi sekuriti bekalan elektrik negara kita. Jikalau kita bergantung sepenuhnya kepada coal, negara kita tidak ada coal. Kita ada coal hanya sedikit di Sabah ataupun di Sarawak...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Minyak bahan api, fuel oil dan sebagainya, bukan coal. Tidak semestinya coal.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Bagi saya terangkan. Kalau kita bergantung pada coal kita terlalu bergantung kepada negara-negara seperti Indonesia, Australia; yang mana seperti Indonesia mereka telah mengatakan kalau tidak silap saya, pada tahun 2020 mereka tidak mahu lagi mengeksport coal mereka. Ini kerana mereka tahu ini merupakan resources yang begitu penting untuk menjana kuasa di masa akan datang. Oleh sebab itu kalau kita benarkan Petronas menjual gas ini kepada IPP ataupun Tenaga Nasional dengan harga RM6.40, maka itu adalah satu pembaziran kepada negara kita. Saya amat berminat dengan soalan Yang Berhormat tadi.

Kita ada mixed fuel policy untuk sekuriti. Pada hari ini selain daripada gas, kita gunakan sebanyak 60%, kita ada gunakan coal sebanyak 30% dan hari ini hidro adalah lebih kurang 5%; tetapi kita sedar negara kita masih banyak potensi dalam bidang hidro.

Oleh sebab itu kita bangunkan Bakun dan kita cadangkan pada tahun 2013, kita bawa submarine cable, kita bawa bekalan elektrik ke Sarawak sampailah ke Peninsular lebih kurang 1,800 megawatt.

Inilah cadangan kita supaya potensi hidro itu dibangunkan supaya negara ini bukan sahaja bergantung pada gas mahupun arang batu tetapi juga kita menggunakan hidro elektrik yang banyak potensinya yang ada di negara kita ini, Yang Berhormat. Ini

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

untuk memastikan sekuriti dari segi bekalan elektrik di negara kita ini terjamin untuk hari ini dan juga masa akan datang, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Cuma sikit sahaja,

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sikit sahaja, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.

Kalau begitu saya hendak tahu apakah kerajaan akan membantu TNB untuk membina loji jana kuasa arang batu di Sabah yang ditolak. Saya tahu mereka merayu sebenarnya. Jadi, apakah akan dibenarkan?

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya walaupun ditolak, Kerajaan Negeri Sabah ini mereka pun bukanlah satu kerajaan yang tidak berfikir. Mereka tahu bahawa negeri Sabah pada hari ini mereka memerlukan bekalan elektrik. Di Sabah kalau dari segi demand nya adalah lebih kurang 700 megawatt, demand nya bagi satu hari. Bekalannya pada hari ini adalah lebih kurang 800 megawatt.

Walaupun menunjukkan lebihan dari segi bekalan sebenarnya di Sabah ini lebihan itu adalah lebihan dari segi pinjaman sebab dia pinjam daripada Sutera Harbour, dia pinjam daripada Petronas sikit, dia pinjam daripada segi dash, ada gunakan rakit untuk bekalkan elektrik. Mana boleh sebagai sebuah negeri pinjam menggunakan rakit. Kalau rakit itu tenggelam nanti, Kalabakan menjerit tidak ada bekalan elektrik di Sabah.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Minta laluan.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Oleh sebab itu saya minta beberapa projek bekalan elektrik di Sabah, generation ini, generation ini, perlu dibuat secara fast track supaya Sabah tidak lagi mengalami kekurangan bekalan elektrik di masa akan datang.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, di belakang ada Yang Berhormat yang berdiri.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan saya tidak masuk satu pun topik lagi. Kalau dibenarkan berucap tiga jam saya akan bagi semua peluang supaya boleh berbincang dengan Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, saya cadangkan, kita ada sembilan lagi kementerian. Saya faham Yang Berhormat belum lagi berpuas hati. Saya pun tidak puas hati kalau saya di sana, Yang Berhormat, tetapi kita kena menerima hakikat bahawa masa kita tidak cukup.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tanya satu soalan sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Silam, Sabah.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya hendak...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat di belakang.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Nanti dulu, Sebelum itu saya bagi - Saya belum habis lagi jawab soalan Sabah tadi. Untuk pengetahuan, Kerajaan Negeri Sabah bila saya berjumpa dia kata dia tidak menolak sepenuhnya. Dia hanya kata tempat itu tidak sesuai, carilah tempat yang lebih baik supaya tidak mengganggu alam sekitar kerana kawasan ini telah di rizab untuk kegunaan tertentu. Oleh sebab itu dia kata pindahkan ke tempat lain.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Namun bagi kementerian, bagi Tenaga Nasional Berhad, kita tidak boleh letak sesuka hati generation plant kita sebab kita mahu sistem grid itu pula stabil. Kalau semua generation plant di negeri Sabah kita letakkan di pantai Barat apa akan terjadi apabila terputus grid Timur - Barat yang ada di negeri Sabah itu? Sudah pasti tidak ada bekalan elektrik yang boleh diadakan di pantai Timur Sabah satu hari nanti. Ini perkara-perkara yang perlu diambil kira apabila kita hendak letak generation plant di negeri Sabah...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat Silam.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rancangan IPP yang sepatutnya diadakan di negeri Sabah itu adalah terletak di kawasan saya di Parlimen Silam. Saya hanya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sebab kita tahu dari segi guna tenaga yang akan digunakan di negeri Sabah terutamanya amat diperlukan melihat kepada pembangunan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya di kawasan saya yang terlibat dengan Sabah Development Corridor dengan izin, iaitu POIC. Ini memerlukan tenaga besar yang akan digunakan di kawasan saya.

Jadi, saya mohon penjelasan, apakah rancangan kementerian Yang Berhormat Menteri untuk bekalan tenaga di negeri Sabah di masa akan datang? Sebenarnya pada dasarnya di kawasan saya Parlimen Silam bersetuju untuk IPP ini dibuat tetapi bukan menggunakan arang batu sebab kita tahu ia boleh menjejaskan alam sekitar. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat Silam takut tidak cukup elektrik - macam mana untuk pastikan bekalan elektrik di Sabah itu cukup.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beli dari Sarawak, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Dari Sarawak tetapi dia kata dari Silam?...

[Disampuk] Silam, Sabah! Dia dari Silam, Sabah. Kalau Yang Berhormat hendak pastikan bekalan elektrik di Sabah, sokong saya kuat-kuat.... [Bercakap mengarah kepada Yang Berhormat Silam] Saya minta dua fast track di Sabah supaya...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, pandang ke sini!

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Satu SPR, satu Power Tron. Berhubung dengan generation menggunakan coal ini, suka saya nyatakan kebanyakan jana kuasa ataupun loji arang batu hari ini bukanlah seperti loji arang batu 50 atau 100 tahun dahulu.

Di Malaysia ini kita ada banyak loji arang batu yang moden di Semenanjung ini, di jana Manjung, di Port Dickson - Jimah, kemudian di Kapar. Ini semua loji arang batu yang moden. Ia tidak begitu mencemarkan alam sebab itu kita perlu prihatin dan peka. Kita lihat teknologi hari terkini, kita panggil dia teknologi clean coal.

final • 3:50 PM

Dato' Shaziman bin Abu Mansor

Ini perkara-perkara yang perlu diumumkan kepada orang ramai supaya orang ramai tidak takut ataupun fobia apabila mendengar loji arang batu yang...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tuaran dan Labuan bangun Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Silakan, silakan.

final • 4:00 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali berhubung dengan cadangan untuk mengadakan penjana elektrik menggunakan arang batu ini. Kami difahamkan secara tidak rasmi bahawa projek ini sudah pun secara lisan atau tidak dihadiahkan kepada satu syarikat dan ura-ura yang kita dengar

final • 4:00 PM

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

ialah syarikat itu sangat berminat tempat yang sama, walaupun ada cadangan untuk memindahkan ke tempat yang lain. Iaitu syarikat ini sangat berminat untuk terlibat dalam mengorek coal ataupun arang batu di Maliau Basin...

Untuk makluman Dewan ini, Maliau Basin ini telah disenaraikan sebagai satu conservation bertaraf antarabangsa dan cadangan untuk melombong atau mengorek coal itu secara dalam dan tidak melibatkan perlombongan atas paras tanah. Jadi, adakah cadangan ini untuk terus mencadangkan tempat itu semata-mata untuk memberi ruang kepada syarikat untuk melombong arang ataupun tidak? Kenapa tidak diambil kira untuk memindahkan ke tempat lain, di Tawau dan sebagainya, itu satu.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar Yang Berhormat Menteri selalu memberi penjelasan tentang masalah yang berterusan di Sabah ini. Kami selalu kegelapan.

Setiap minggu kami ini balik dari Parlimen, isteri mengeluh, “Kami selalu menghayati, menikmati kegelapan elektrik di Sabah.” Alasan yang diberikan ialah grid. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perlu untuk satu projek fast track. Jadi kami mahu tahu apakah Kerajaan Persekutuan memberi hadiah kepada Sabah dengan secepat mungkin supaya masalah grid ini diselesaikan? Itu sahaja masalah yang tidak dapat diselesaikan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik, baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sudah faham. Saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, dengar daripada Yang Berhormat Labuan, selepas itu gulungkan soalan api.

final • 4:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

No, no, Ranau.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Ini daripada Ranau.

final • 4:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Sama dengan Tuaran.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Ranau, saya telah jelaskan tadi berhubung dengan loji arang batu ini, saya katakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak menolak sebulat-bulatnya. Jadi di sini saya telah meminta SESB supaya berunding semula dengan Kerajaan Negeri Sabah di mana boleh diletakkan loji arang batu ini asalkan ia berada di Pantai Timur Negeri Sabah. Kalau tidak, berlaku ketidakseimbangan dari segi bekalan elektrik di negeri Sabah, Tuan Yang di-Pertua. Itu pertamanya.

Yang keduanya tadi, Yang Berhormat tanya dari segi grid. Pada masa ini memang beberapa langkah telah diambil oleh SESB atau syarikat yang mengendalikan bekalan elektrik di negeri Sabah ini, untuk memperbaiki sistem grid di negeri Sabah ini termasuk juga untuk membuat projek-projek CER ataupun reinforce di kawasan-kawasan town area seperti Kuching dan sebagainya. Sebab kita mengharapkan, sekiranya berlaku sesuatu perkara seperti tower tumbang dan sebagainya, tidak berlaku kekerapan yang menyeluruh di negeri Sabah. Perlu diingat Yang Berhormat, ini paling penting sekali, walaupun kita ada banyak duit sebanyak mana pun, untuk kita buat generation plant, transmission line di negeri Sabah ini, untuk buat satu pelan katalah pelan gas di Tuaran, katakanlah untuk sebanyak 200 megawatt, 300 megawatt, dia perlu mengambil masa. Setidak-tidaknya 18 bulan hingga 2 tahun.

Jadi, masa itu penting. Walaupun saya boleh perancangan, saya minta bijak pandai itu masuk Shah Alam duduk dengan saya berbincang bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Kalabakan sekali duduk, ini Batu Pahat duduk, bincang macam mana, masa masih diperlukan. Untuk buat generation plant, kalau pelan itu pelan daripada gas, perlu paling tidak 18 bulan. Sebab itu Yang Berhormat daripada Sabah, sabar sedikit. Kita perlu sedikit masa untuk selesai. Langkah ini sedang diambil oleh kerajaan, Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Jadi saya rasa sudah cukup jawab dari segi tenaga elektrik. Saya perlu berhijrah ke topik lain.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun setuju dengan Yang Berhormat Menterilah. Sudah cukuplah. Kalau Ranau hendak bangkit perkara-perkara yang sama, jawapan sudah diberi. Kalau tidak...

final • 4:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Ada lain sikit, ada lain sikit.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Cukup, cukup. Ada masakah Tuan Yang di- Pertua? Saya terpulang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Ranau duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri kata sudah cukup dah.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat daripada Shah Alam membangkitkan isu kekurangan kemudahan asas elektrik di sekolah-sekolah kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Shah Alam, suka saya nyatakan sebenarnya untuk bekalan elektrik kawasan pedalaman ini, terletak di bawah tanggung jawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya yakin Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam telah menyatakan jawapan dari segi bekalan elektrik luar bandar. Terima kasih.

Perkhidmatan bekalan air, pemberian 20 meter padu air percuma di negeri Selangor. Saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor juga ada di sana dan saya boleh menceritakan ataupun menerangkan serba sedikit.

Yang Berhormat Batu Pahat, Batu dan Bandar Tun Razak telah membahaskan berhubung isu pemberian 20 meter padu air secara percuma yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berhubung dengan isu ini, kementerian berpandangan bahawa pemberian 20 meter padu air secara percuma di negeri Selangor adalah keputusan dasar kerajaan di negeri tersebut.

Oleh itu adalah wajar kerajaan negeri memperhalus mekanisme pelaksanaannya terlebih dahulu supaya ia selari dengan perjanjian-perjanjian konsesi berkaitan bekalan air sedia ada, yang masih berkuat kuasa di negeri tersebut. Ini adalah disebabkan pihak SYABAS yang masih lagi perlu untuk menanggung kos rawatan dan pengagihan air yang disalurkan kepada pelanggan. Di samping itu, pelaksanaan dasar tersebut juga perlu selari dengan peruntukan-peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau IPA yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008. Selain daripada itu...

final • 4:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Okey, Yang Berhormat Batu Pahat. Silakan.

final • 4:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cuma tentang air percuma tadi, yang menjadi isu tentang harganya. Sebab Kerajaan Selangor kata, dia akan berbelanja menanggung kos sebanyak RM4 juta kalau bagi 20 cubic meter kepada setiap rumah. Ini bermakna kerajaan negeri akan bagi subsidi RM4.00 kepada setiap rumah. Dengan kata lain, setiap 20 cubic meter itu, harganya lebih kurang RM4.00, sedangkan kalau mengikut perjanjian yang sedia ada, tarif yang sedia dalam perjanjian yang sedia ada, sepatutnya kos 20 cubic meter itu ialah RM11.40 sen. Itu yang menjadi persoalan. Mana dia dapat harga RM4.00 ini? Dengan kata lain, kos yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan negeri nanti ialah RM11.4 juta. Ini tidak dibincangkan dengan SYABAS. Jadi bolehkah kerajaan negeri ini menentukan harga sesuka hati tanpa berbincang dengan SYABAS. Itu yang menjadi isu.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Pahat. Sebenarnya dari segi untuk menentukan tarif bekalan air ini terletak dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Apabila ingin diubah sesuatu struktur tarif itu, maka terlebih dahulu konsesi ataupun syarikat ataupun operator yang menjalankan perkhidmatan air ini perlulah mengemukakan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN.

Dalam konteks negeri Selangor, sekiranya mereka ingin mengubah struktur bekalan air mereka, SYABAS yang mana SYABAS dimiliki bersama antara syarikat kerajaan negeri KDEB dan Puncak Niaga perlulah mengemukakan cadangan mereka

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk dipertimbangkan, dan akhirnya dibawa kepada menteri untuk dipersetujui.

Sekiranya tarif itu hendak diubah, pendek kata perlu mendapat persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Jika hari ini pihak kerajaan negeri bercadang untuk membayar 20 meter padu itu menggunakan duit poket mereka sendiri, itu terpulang kepada Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Minta laluan, minta laluan.

final • 4:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit lagi, sedikit. Yang Berhormat, Yang Berhormat, cuma hendak memperbetulkan iaitu soalnya ialah dia hendak tentukan sendiri RM4.00 itu. Sepatutnya ialah RM11.40 sen. Sekiranya SYABAS tidak setuju, apakah nanti dia boleh ambil alih walaupun bayar dengan duit sendiri? Menteri Besar Selangor ada di sini, boleh jawablah.

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat daripada Batu Pahat, suka saya nyatakan...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu sekejap Yang Berhormat, duduk dahulu. Selepas itu saya akan jemput Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Yang Berhormat Menteri hendak dengar ini dahulu?

final • 4:00 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Bagi Yang Berhormat Bandar Tun Razak sekejap.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, bagi Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 4:00 PM

Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih.

Saya rasa dari segi harga itu, kita akan mengikuti tatacara yang diperlukan. Walau bagaimanapun, terdapat penyusunan semula syarikat-syarikat yang membawa air, yang membersihkan air dan juga menghantar air.

final • 4:00 PM

Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi saya ingat pihak Yang Berhormat Menteri tahu tentang penyusunan semula tersebut dan saya tidak tahu, rakan saya Yang Berhormat dari Batu Pahat yang mana dia tahu saya tidak berbincang dengan SYABAS tetapi saya sudah berbincang dengan SYABAS. Saya telah mengikuti sistem program yang dibuat oleh SYABAS. Walau bagaimanapun perbincangan ini mengambil kira sebab seperti Yang Berhormat Menteri telah katakan terdapat dalam penswastaan ini pengiraan yang agak melebihkan kepada usahawan walaupun saya daripada kumpulan usahawan dulu tetapi nampak sangat keuntungan itu terlalu berlebih.

Oleh sebab itu saya akan berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri, menerangkan cara kira-kira bersama dengan saya untuk mengira apakah pulangan yang sewajarnya dengan risiko yang begitu di guaranty oleh kerajaan boleh kita memberi kepada mereka yang memberi sumbangan untuk kegunaan awam...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Shah Alam, tiada interruption kepada yang interrupter Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Oleh sebab itu saya harap untuk masa ini biarlah Selangor membuat keputusan. Berikan saya masa untuk berbincang dengan Yang Berhormat Menteri dan semua risiko yang diambil adalah risiko negeri Selangor dan kebaikannya oleh rakyat negeri Selangor... [Tepuk]

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Tetapi sudah umum RM4!

final • 4:10 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Kita tidak ada cakap pasal RM4 dan lagi satu saya tidak tahu dari mana datang RM4, boleh jadi tidak payah bayar langsung. Jadi sebab penyusunan semula.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Lagi membazir!

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Lagi satu saya hendak terangkan hal ini supaya jangan kita menggunakan mekanisme harga. Mekanisme harga kalau kita membazir, orang yang membazir ingin membayar harga dua kali ganda daripada itu, apakah kita boleh sekat mereka? Tidak boleh!

Jadi mekanisme harga ini telah digunakan umpamanya pada harga ini. Ini bukan harga baru, ini semua harga sudah ada di SYABAS. Maknanya 20 liter padu dia kena bayar RM0.50, 50 perpuluhan berapa sen. Kemudian selebih daripada itu, RM1.03, lebih daripada 35 dia kena bayar RM2.00. Tujuannya ialah supaya mereka menjimatkan air. Jadi itu sebab saya rasa pengalaman di Johor agak mengecewakan jadi itu sebab...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak apa Yang Berhormat. Saya ingat.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tapi tidak mengapalah. Nanti saya akan bagi ceramah di luar untuk bagaimana, okey.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu Pahat sudah mencukupilah, saya ingat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Okey, terima kasih banyak.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Tuan yang di-Pertua, suka saya maklumkan ini penjelasan. Penjelasan saya akan terang sedikit. Yang Berhormat hari itu tidak bahas so saya terangkan. Cukup saya terangkan di sini bahawa ...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila duduk Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

... Pada hari ini, Selangor dari segi bekalan airnya adalah tidak holistik maknanya tidak menggambarkan keseluruhannya dari segi treatment plan nya diusahakan orang lain kemudian dari segi penghantarannya diusahakan oleh orang lain.

Kebanyakan kerugian ataupun kehilangan air berlaku dalam proses penghantaran.

Dari segi treatment selalunya berapa yang diproses itulah dapat dijual maka disebabkan sistemnya tidak holistik maka tidak sustainable sebab itu kita perlu menstrukturkan semula bekalan air di Negeri Selangor ini dan kita juga untuk memastikan bahawa tarif yang dikenakan di Negeri Selangor ini sama ada tarif yang dikenakan untuk memproses air di loji ini juga perlu diperlakukan sedikit perubahan supaya false, true nya nanti kepada consumer tidak keterlaluan.

Ini perkara-perkara asas yang telah persetujuan sebagaimana yang diperkatakan Yang Berhormat Bandar Tun Razak kita akan minta untuk menyelesaikan masalah ini.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat cukup yakin dengan Yang Amat Berhormat daripada Selangor dan akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri akan berbincang dengan MB. Saya ingat sudah cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Cuma yang saya katakan dari segi.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Cukuplah, selepas tiga bulan kita sampai sini, kita tanya apa keputusan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembaziran. Sekarang ini sudah guna 300LPD melebihi 165LPD dan sudah membazir.

Baik duit itu bayar RM1000 anak Selangor hendak masuk universiti yang dijanjikan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Cuma saya ingin katakan bahawa dari segi akhirnya dari segi menentukan tarif air adalah perlu kelulusan daripada suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan dipersetujui oleh menteri, itu penting. Akhirnya perlu mendapat kelulusan kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sahaja yang boleh mencadangkan siapa yang berhak untuk mendapat bekalan air secara percuma. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Saya akan terus ke struktur telekomunikasi.

Isu Pembangunan Struktur Infrastruktur High Speed Broadband atau HSBB.

Tuan Yang di-Pertua, yang Berhormat Machang sekali lagi membangkitkan isu pembangunan infrastruktur High Speed Broadband iaitu HSBB, berkelajuan 1 megabyte per second yang bernilai RM15 bilion yang diberikan secara rundingan terus kepada Syarikat Telekom Malaysia, TM yang mana tidak wujud elemen persaingan.

Peruntukan yang besar bagi pembangunan prasarana HSBB ini dilakukan menggunakan talian tetap sedangkan dunia sudah berada pada tahap tanpa wayar yang lebih mudah dan berteknologi tinggi.

Singapura juga membangunkan kemudahan seperti ini tetapi dengan kadar kelajuan yang lebih tinggi iaitu 1gigabyte per second malah peruntukan yang dibelanjakan adalah kurang dan melibatkan pembida dari negara luar seperti Kanada yang mana akan menggalakkan persaingan dalam proses bidaan.

Selain itu kekurangan aplikasi terhadap teknologi komunikasi terkini seperti 3G menyebabkan permintaan terhadapnya di negara ini kurang dan faktor ini juga perlu diambil kira dalam menyediakan pembekalan terhadap keperluan dalam jumlah peruntukan yang besar. Beliau meminta kementerian ini memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek infrastruktur High Speed Broadband atau HSBB adalah bukan dengan cara rundingan terus tetapi merupakan projek yang akan dilaksanakan secara usaha sama atau Public Private Partnership, PPP antara kerajaan dengan Telekom Malaysia.

Ia juga melibatkan perkongsian untung kewangan antara kerajaan dengan Telekom Malaysia hasil daripada pelaburan tersebut sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan Singapura. Kadar kelajuan yang sama sehingga 1gigabyte juga boleh dicapai di bawah projek HSBB dan penggunaan teknologi gantian optik fiber to the home FTTH bai penggunaan yang melebihi 10 megabyte per second yang melibatkan kawasan terpilih yang akan memberi impak ekonomi yang besar kepada negara.

Kaedah usaha sama ini adalah perlu memandangkan pelaksanaannya secara komersial semata-mata adalah tidak wajar manakala cadangan Telekom Malaysia sebagai ahli perkongsian dalam projek tersebut adalah berdasar kepada pemilikan sebahagian besar infrastruktur talian tetap sedia ada iaitu 95% oleh TM.

Pemilikan lebih daripada 90% broadband market share oleh TM dapat menjamin take up ke atas perkhidmatan dan kejayaan projek HSBB. TM juga selama ini telah menunjuk komitmen dalam perluasan infrastruktur jalur lebar dengan membuat jalur lebar dengan membuat pelaburan sekitar RM4 bilion bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara. Ini adalah penting bagi memastikan sasaran untuk mencapai penebusan

final • 4:10 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

jalur lebar isi rumah sebanyak 50% pada tahun 2020 di negara ini tercapai. Yang Berhormat Machang, silakan.

final • 4:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Alasan kerajaan untuk terus award kepada Telekom adalah kerana prasarananya yang sedia ada, intact, pengalamannya dan modalnya. Sebab itu dia akan menelan belanja di pihak TM sahaja lebih RM10 bilion. Saya suka mengajak Yang Berhormat Menteri melihat balik apakah betul kedudukan itu sebenarnya memberi kelebihan kepada Telekom.

Saya menyemak kad kemajuan - roadmap GLC Transformation plans khusus mengenai Telekom Malaysia sebagai satu syarikat GLC. Antara cabaran yang dikenal pasti:

(i) TM mengalami penurunan dalam pasaran fixed line. Maknanya dia ada kemudahan fix line tetapi dia kehilangan banyak pelanggan. Projek yang hendak dibuat ini adalah berasaskan kepada fixed line ketika dunia sedang menuju kepada wayarles;

(ii) disebut secara khusus cabaran dalam kad kemajuan ini ialah TM dengan izin, need more focus on cost cutting RM10 billion is huge. Ini bukan bercakap soal cost cutting seperti mana laporan kad kemajuan yang melibatkan TM; dan

final • 4:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

(iii) intents competition in cellular segment typified by price wars.

Negara yakni kerajaan telah memberikan lesen kepada tujuh syarikat telekomunikasi, wireless license.

Tujuh syarikat seperti DIGI, CELCOM, YTLE Solution dan segala macam, Green Pocket nya. Ketika, kumpulan ini sedang berusaha keras memenangi sektor pengguna dengan menawarkan servis yang berkualiti, tiba-tiba TM kembali kepada teknologi fixed line. Ini persoalan pokoknya.

Yang kedua, apakah ketika aplikasi program high speed broadband ini menjurus kepada bandar-bandar besar, apakah ini merupakan jawapan terhadap digital devised yang sedang dialami dalam negara kita? Apakah ini boleh menyelesaikan soalan Machang, soal Kuala Krai, soal Rantau Panjang, atau Hulu Kelantan atau Terengganu? Ini persoalannya, berbelanja besar RM15 bilion tetapi masih lagi tertumpu kepada sektor pengguna di kawasan bandar utama.

Sebab itu, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ia sangat memerlukan penjelasan yang telus dan bertanggungjawab di pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat dari Machang.

Pertama, saya ingin mengatakan kepada Yang Berhormat berhubung dengan penurunan fixed line ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara ini, malah berlaku hampir di seluruh dunia. Malah kita sendiri Yang Berhormat, kadang-kadang di pejabat kita, kita ada fixed line tetapi kalau kita hendak telefon kawan, kita gunakan cellular phone.

Saya yakin Yang Berhormat Machang satu hari berapa kali Yang Berhormat Machang menggunakan fixed line? Dua kali, tiga kali, empat kali atau tidak ada langsung.

Kalau saya telefon Yang Berhormat Machang fixed line Yang Berhormat Machang mungkin tidak ada. Sebab kita hari ini lebih menekankan kepada cellular phone.

Satu ketika dahulu Yang Berhormat, untuk pengetahuan, kita memberi license fixed line ini kepada semua syarikat termasuk MAXIS, DIGI. Mereka juga ada fixed line license, tetapi mereka tidak bangunkan fixed line mereka kerana perbelanjaan untuk buat fixed line itu begitu besar. Akhirnya, apabila mereka tidak bangunkan, maka ramai Ahli Yang Berhormat termasuk Dewan Rakyat, termasuk Dewan Negara, berkata pasal apa Telekom Malaysia tidak buat fixed line? Oleh sebab apabila fixed line sahaja, pemikiran

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

mereka ialah Telekom Malaysia. Sebenarnya, ada syarikat-syarikat lain yang dapat license fixed line ini.

Namun, kerana keuntungan yang dilihat kepada fixed line itu terlalu kecil ataupun lambat, memerlukan jangka masa yang panjang, maka banyak syarikat yang diberikan license fixed line, dia tidak buat rollup fixed line itu. Sebab itu, Telekom Malaysia diberi keutamaan untuk mereka melakukan dari segi roll-up high speed broadband ini. Kemudian, Yang Berhormat juga bangkitkan mungkin dari segi, mengapa kita seolah-olah kita bantu kawasan-kawasan bandar-bandar, bagaimana kawasan luar bandar Machang, Kalabakan, kampung-kampung.

Sebenarnya, di sini Yang Berhormat, ingin saya nyatakan ada tabung USP fund.

Dalam tabung ini, pada hari ini ada sejumlah wang hampir lebih kurang RM3 bilion. Namun, wang ini pada hari ini, hanya boleh digunakan untuk memberi basic perkhidmatan telefon kepada kawasan-kawasan under served area. Kawasan-kawasan under served area ini adalah kawasan-kawasan yang mana penetration telefon rate mereka 20% daripada nasional level.

Namun, hari ini bagi kawasan-kawasan luar bandar, bukan sahaja kementerian bercadang untuk memberi kawasan basic telefon. Kementerian ini bercadang supaya kawasan luar bandar termasuk Machang ini, mereka juga dapat menggunakan jalur lebar atau broadband. Maka, kementerian ini telah meminta supaya peraturan-peraturan yang ada khusus berhubung dengan USP fund ini diubah supaya membolehkan wang ini digunakan hanya untuk kawasan-kawasan luar bandar bagi memberi Perkhidmatan jalur lebar untuk kawasan-kawasan luar bandar.

final • 4:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Kepong tidak termasuk dalam buku sebab ia bukan kawasan luar bandar. Jadi, sila duduk dan tidak juga bercakap pada mesyuarat pada hari itu. Masa tidak mengizinkan untuk Yang Berhormat Kepong bangun, sila duduk. Ini jawapan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingin memperingatkan menteri lagi. Sudah satu jam Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Yang terakhir, kesan radiasi oleh pemancar telekomunikasi. Yang Berhormat Kota Melaka meminta penjelasan lebih terperinci daripada kerajaan berhubung jarak pemancar dengan kawasan penduduk yang boleh memberikan kesan radiasi.

Untuk makluman, ahli Yang Berhormat, setakat ini tiada hasil kajian yang jelas yang menunjukkan bahawa radiasi atau sinaran yang dikeluarkan oleh pemancar boleh memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dari segi keselamatan fizikal misalnya untuk mengelakkan alat perkakas terjatuh daripada menara menimpa kediaman penduduk, jarak minimum pembinaan menara adalah ditetapkan daripada 20 meter bagi ketinggian menara kurang daripada 45 meter.

Jarak minimum pembinaan menara pemancar telekomunikasi ditetapkan di bawah garis panduan pembinaan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi di kawasan pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2002. Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP), Yang Berhormat Wangsa Maju meminta agar kerajaan melaksana dan menitik beratkan Akta Perlindungan Data Peribadi, PDP bagi memastikan kesejahteraan rakyat...

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Minta sedikit penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Sekejap, sekejap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedar betapa pentingnya untuk mengadakan Akta Perlindungan Data Peribadi demi menjaga kesejahteraan rakyat. Buat masa kini, draf undang-undang data peribadi sedang dimuktamadkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi bersama Jabatan Peguam Negara. Kementerian telah menyasarkan untuk membentangkannya semasa Parlimen pada tahun 2008.

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Yang Berhormat dari Kuala Lipis pula, ingin mengetahui tindakan yang telah diambil oleh KTAK berhubung dengan gejala-gejala penipuan melalui SMS, khabar angin, fitnah yang disebarkan melalui SMS dan sebagainya melalui teknologi dan perkhidmatan telefon mudah alih.

Di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, KTAK melalui SKMM telah mengambil tindakan ke atas penghantar Sistem Pesanan Ringkas atau SMS, melalui perkhidmatan telefon mudah alih yang memasukkan apa-apa komen, permintaan, cadangan dan komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dalam kandungan mesej mereka kepada orang yang menerima mesej tersebut. Setakat ini, SKMM telah membuat pendakwaan sebanyak dua kes berkaitan penghantaran mesej yang bersifat lucah dan mengancam. Kes-kes tersebut, masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Seseorang yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih saya ucapkan atas segala pertanyaan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam tempoh Ucapan Menjunjung Kasih tempoh hari. Mana-mana soalan yang saya tidak sempat jawab, akan dikemukakan secara bertulis. Kementerian mengambil maklum secara isu dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan tindakan susulan akan diambil dengan sewajarnya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, minta penjelasan tadi.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, menteri. Hendak beri Yang Berhormat Melaka?

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Beri, silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya sedikit tentang kajian yang dikatakan menara pemancar yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk di sekitar. Saya ingin tanya kementerian, adakah kementerian sedang atau sudah buat kajian?

Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri katakan, tiada kajian.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat menteri sudah faham Yang Berhormat. Ini soalan sudah bangkit 10 tahun sudah.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Dan lagi satu, saya hendak tanya di mana agensi kerajaan yang boleh kita semak jika didapati menara pemancar ini tidak mengikut syarat seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor

Terima kasih Yang Berhormat. Berhubung perkara ini, saya akan bekalkan Yang Berhormat dari segi pamflet daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung dengan radiasi yang dihasilkan oleh pemancar- pemancar ataupun towers telekomunikasi ini. Di situ ada maklumat di mana Yang Berhormat boleh buat pengaduan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menggulung. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Ada lapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh Kementerian Kesihatan dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah

final • 4:29 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Diraja. Mereka adalah Yang Berhormat dari Muar, Yang Berhormat dari Titiwangsa, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, Yang Berhormat dari Gopeng, Yang Berhormat dari Sarikei, Yang Berhormat dari Maran, Yang Berhormat dari Kuala Krai dan Yang Berhormat dari Ampang.

final • 4:29 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Kementerian mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lapan orang ini dan saya kira Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun menyentuh pelbagai perkara tetapi perkara pokok yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah menyentuh tentang sistem penyampaian kesihatan di peringkat implementasi dan ke akar umbi.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, selamat datang Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya minta kebenaran daripada Tuan Speaker kerana ada lagi lapan lagi kementerian dan Jabatan Perdana Menteri ada tiga menteri akan menggulung. Saya minta izin, saya hanya akan beri floor, Tuan Speaker, kepada mereka yang lapan orang ini.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya amat bersetuju dengan permohonan itu. Saya perhatikan dari dalam bilik saya, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, menteri dia muda, dia bertenaga untuk jawab, saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat pun semua bertenaga dan komunikasi menteri tidak terhad. Jadi kalau boleh, sila menteri dan saya mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kecuali ada interjection yang betul-betul perlu untuk ditanya. Kalau tidak, kita tidak akan mempunyai masa untuk habiskan perbahasan malam ini. Sila menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Speaker. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi memang dia bertenaga, muda tetapi Tuan Speaker pun muda juga.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasihlah... [Ketawa]

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Izinkan saya menyentuh tentang perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Muar yang mencadangkan supaya kutipan kadar RM1 untuk pesakit luar dan RM5 untuk pesakit berjumpa dengan pakar di hospital-hospital awam dimansuhkan. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar RM1 dan RM5 adalah dikenakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pesakit tentang pentingnya perkhidmatan kesihatan kerana kita sedia maklum bahawa 98% daripada perkhidmatan kesihatan dan perubatan dari merdeka sehingga sekarang adalah disubsidi oleh kerajaan, dahulu Perikatan, sekarang Kerajaan Barisan Nasional.

Kadar berkenaan sebenarnya meliputi semua jenis rawatan pemeriksaan dan ubat-ubat yang diberikan. Pihak kementerian sebenarnya telah sedia maklum dan sedang mengkaji cadangan tersebut untuk menghapuskan caj RM1 kepada pesakit luar sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat Muar.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini tidak muktamad. Ia akan dibawa kepada Kabinet setelah kajian dibuat. Yang Berhormat Muar juga mencadangkan supaya golongan muda berusia seawal 16 tahun diberi pemeriksaan kesihatan percuma seperti ujian darah, ujian tahap kolesterol, ujian gula dalam darah dan lain-lain dan rasionalnya akan dapat membantu mengesan penyakit-penyakit yang menyerang golongan muda pada peringkat awal.

Beliau berpendapat bahawa penetapan pemeriksaan kesihatan pada usia 40 adalah tidak lagi relevan kepada rakyat di negara ini kerana penyakit tidak dapat dikesan dengan lebih awal. Kementerian Kesihatan prihatin terhadap golongan remaja dan

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

golongan muda dan telah pun melaksanakan program kesihatan remaja sejak tahun 1996 di bawah peluasan skop Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan remaja ini disediakan di semua klinik secara berperingkat di mana aktiviti meliputi promosi dan pendidikan kesihatan, saringan kesihatan remaja, khidmat nasihat, kaunseling, rawatan dan rujukan. Skop perkhidmatan yang disediakan meliputi kesihatan fizikal, kesihatan pemakanan, kesihatan mental, kesihatan seksual dan reproduktif serta tingkah laku berisiko. Umpamanya penyalahgunaan arak, dadah dan sebagainya.

Perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma di semua klinik kesihatan awam. Di samping itu remaja yang mempunyai risiko iaitu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik serta remaja yang mempunyai, umpamanya mempunyai masalah berat badan berlebihan akan disaring untuk penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Walau bagaimanapun, masalah kesihatan remaja juga berpunca daripada pelbagai faktor seperti faktor keluarga, sosioekonomi, budaya, persekitaran dan lain-lain.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dasar kesihatan remaja negara yang direalisasikan menerusi pelan tindakan kesihatan remaja kebangsaan telah menggariskan strategi serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan beberapa agensi dalam melahirkan golongan remaja yang sihat, berkualiti dan juga produktif di negara ini.

Yang Berhormat dari Titiwangsa meminta kementerian supaya dapat memastikan projek pertambahan petak meletak kereta di Hospital Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah letak kereta yang begitu meruncing di hospital berkenaan. Selain itu beliau juga meminta supaya projek tersebut dilakukan secara tender terbuka bagi menjamin ketelusan dan efektif. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Titiwangsa, Kementerian Kesihatan akan menjalankan projek penambahan petak letak kereta di HKL melalui tiga fasa.

Fasa pertama telah pun dilaksanakan di mana sebanyak 13 kontraktor Kelas ‘E’ telah dijemput untuk membida projek tersebut. Ia di dalam peringkat teknikal. Saya kira seawal bulan depan projek akan dapat dijalankan oleh kontraktor yang terpilih. Urusan perolehan untuk fasa pertama dijalankan secara terhad kerana hendak selesaikan masalah yang Yang Berhormat kompelin itulah supaya cepat, tetapi untuk fasa dua dan fasa tiga yang boleh memberi keselesaan, penambahan kepada tempat letak kereta yang kesemuanya akan berjumlah 300 petak akan dibuat secara tender terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Titiwangsa juga ingin mengetahui mengapakah terdapat kes pengamal perubatan yang didapati tidak mendaftarkan klinik mereka sehingga kini dan ada yang menjangkau tempoh 10 tahun disabitkan kesalahan dan dihukum oleh pihak kementerian dengan hukuman penjara dan dikenakan denda dengan jumlah yang amat besar, sedangkan Yang Berhormat Menteri sebelum ini berjanji tidak akan menghukum mana-mana pengamal perubatan yang masih tidak mendaftar, sebaliknya memberi kelonggaran sedikit untuk mendaftarkan klinik mereka dengan kementerian.

Suka dimaklumkan bahawa Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 atau Akta 586 yang telah diluluskan di Parlimen pada tahun 1998 tetapi regulasinya telah pun dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006. Kementerian sebenarnya telah memberi tempoh yang cukup lama iaitu enam bulan kepada klinik-klinik swasta untuk memohon pendaftaran mengikut peruntukan undang-undang tersebut.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Sebelum itu kita telah pun mengadakan pelbagai pertemuan dua hala dengan persatuan-persatuan profesional terdiri daripada MMA atau federasi doktor-doktor, dan pengamal perubatan swasta. Banyak kali kita adakan road show sehingga lebih daripada 50 kali ke seluruh negara....

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya dah cakap tadi. Sebab Yang Berhormat Pendang tak ada dalam list.

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Ada, TCM.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya percayalah Yang Berhormat Pendang ada cakap dengan saya tapi pegawai saya lupa. Saya bagi peluanglah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Ini termasuk dalam senarai lapan tadi?

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Ada Tan Sri, ada. Traditional and complimentary message. Bukan, saya nak sentuh tentang pendaftaran klinik-klinik swasta ini sebab saya juga terlibat dengan pendaftaran ini. Sebenarnya kita telah daftar tetapi oleh kerana pihak yang mengendalikan pendaftaran itu terlalu slow, terlalu perlahan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran. Kami sudah bayar RM500 permulaan, yang kedua kita kena bayar sebanyak RM1,000. Itu yang menjadi masalah mereka sekarang! Mereka tidak dapat menyelesaikan pemantauan terhadap klinik-klinik yang telah kita daftarkan pada permulaan. Jadi saya harap pihak kementerian meneliti perkara ini supaya ia tidak menjadi terlalu lewat dan besok nanti kami yang telah mendaftar akan kena denda pula. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sehubungan dengan itu saya menambah sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada masuk dalam lapan itu tadi?

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Ya, masuk. Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada? Sila.

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Di sebut tadi Tuan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Speaker.

Berkenaan perkara itu, saya bersetuju tentang pendaftaran dan road show malah saya sendiri pun telah mengikuti beberapa taklimat-taklimat yang diberi oleh Kementerian Kesihatan tetapi apa yang saya bangkitkan di situ adalah peringatan-peringatan ataupun amaran tidak diberi kepada doktor yang berkenaan. Ini memang saya tahu dengan betul tetapi terus ditangkap malah digari dan patrol car datang seolah-olah doktor itu seorang penjenayah. Ini adalah janji daripada Menteri Kesihatan yang dulu. We won’t crimanalise doctor! Jadi kita pun mohon, kalau dia tak janji pun tidak sepatutnya seorang doktor yang telah berjasa dan juga dia seorang profesional, seorang yang dianggap ahli masyarakat sepatut tidak...

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Titiwangsa mutiaraku, saya faham.

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Hah, jadi...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini macam sembang-sembang sudah ini, across doctor.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya faham.

final • 4:40 PM

Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali - Titiwangsa

...Jadi kita harap pada masa akan datang, ada lebih banyak lagi orang kata apa, timbang rasalah tentang perkara ini supaya doktor tidak dilihat sebagai penjenayah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Gopeng, nanti dulu.

Duduk dulu.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Isu yang sama, akta ini.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tak apa, duduk dulu. Duduk dulu. Yang Berhormat Gopeng sekali, satu kelas dengan saya dulu.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, membantu tugas saya untuk suruh dia duduk... [Ketawa]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Sebab itu saya kata tadi Tuan Yang di- Pertua, kita dah buat semua sekali, road show apa semua. Kes yang dirujuk oleh Yang Berhormat Titiwangsa ini adalah satu kes yang saya sendiri pun rasa pelik, kesian pun ada kerana beliau tidak tahu langsung. Itu maklumat daripada Yang Berhormat Titiwangsa, maklumat pada saya, bila kita interview dia, dia tak tahu langsung tentang wujudnya akta tersebut. Dia tak tahu langsung.

Kemudian kes ini timbul Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana ada satu client dia yang menulis surat melalui seorang peguam, menghantar kompelin dia kepada kementerian. Selepas kita beritahu enam bulan itu mereka patut berdaftar walaupun dia sudah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tetapi mengikut peraturan akta tersebut, dia kena daftarkan klinik dia. Jadi, mungkin kerana pengguna atau client dia tidak rasa confident atau yakin dengan wujudnya klinik ini, maka dia telah kompelin melalui lawyer. Ekoran daripada itu, kita ambil tindakan. Kita panggil dia dengan izin, ignorant of law is not an excuse.

Jadi, undang-undang ini adalah undang-undang di mana semangat dia adalah untuk melindungi pelanggan dan pesakit kerana Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat dari Gopeng, Yang Berhormat dari Sungai Siput, Yang Berhormat Pendang, termasuk saya, kita ini diberi license to heal and also licenses to kill! Jadi kita kena berkeras untuk memastikan yang pengguna sentiasa terpelihara daripada elemen-elemen penyalahgunaan praktis tersebut.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Ekoran daripada itu, kita tak boleh nak kecualikanlah. Sebab itu mahkamah sudah buat keputusan, dia tidak boleh membayar denda sebanyak RM130,000 lantas dia dikenakan hukuman penjara tapi sebenarnya dia sudah keluar. Lesen dia dengan Majlis Perubatan Malaysia masih kekal dan kalau tak ada apa hal dia masih boleh praktis.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Gopeng, silakan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lama dia tunggu. Sila.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masih dalam berkenaan dengan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998 itu.

Walaupun memang betul apa yang diperkatakan berkenaan dengan doktor yang berkenaan dipenjarakan tetapi setakat ini penguat kuasa yang dipenjarakan itu seorang doktor yang sebenarnya mempunyai sijil pengamal tahunan, seorang doktor yang sah, seorang doktor yang ada license to heal dengan izin, dan setakat ini tak ada penjenayah yang setahu saya diambil tindakan.

Kedua, dalam akta ini juga diberi kuasa untuk mendaftar organisasi jagaan yang diuruskan ataupun MCO dan nampaknya kementerian tidak begitu ketat dari segi penguatkuasaan akta ini terhadap MCO. Apa yang saya tahu, cuma 2 atau 3 MCO yang didaftar walaupun kementerian seharusnya mendaftar kesemua MCO. Sila jelaskan.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Terima kasih ingatkan saya dan pegawai-pegawai saya tentang pentingnya MCO ini didaftarkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Menteri yang baru ini, dia agak terbuka sedikit sebab dia tidak dilatih macam saya dan juga Yang Berhormat Gopeng. Jadi

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

beliau telah pun membuka ruang diskusi untuk menilai kembali regulasi-regulasi yang terdapat dalam akta tersebut. Apa yang paling penting bukan sahaja undang-undang yang ada, yang lebih penting ialah penguatkuasaan dan penguatkuasaan itu mesti dibuat secara adil dan dilihat adil...

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Sikit lagi Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat, sebab saya nampak Yang Berhormat Titiwangsa ini. Yang Berhormat Titiwangsa juga meminta pihak kementerian supaya dapat memberikan kelonggaran dan menyemak semula syarat-syarat yang membebankan seperti mewajibkan hepa filter aircond kepada hospital-hospital swasta atau rumah bersalin yang bersaiz kecil yang diwajibkan di bawah akta yang kita bincangkan tadi.

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Cuma saya nak maklumkan keperluan- keperluan medical engineering dengan izin, tidak ada kompromi. Sebab itu kecil atau besar perlu mempunyai minimum standard supaya pesakit terutamanya dalam dewan bedah, dalam ICU atau CCU perlu mematuhi standard-standard ini supaya akhirnya pesakit terpelihara. Pada waktu yang sama, pengamal perubatan juga akan dikawal mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh mereka. Ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 4:40 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Timbalan Menteri belum menjawab apa yang saya persoalkan tadi berhubung dengan pendaftaran sebab kebanyakan klinik dah daftar, kita dah bayar RM500 tetapi masalahnya di pihak kementerian. Mereka tidak menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di klinik dan menyebabkan pendaftaran yang kedua tidak dijalankan.

Jadi saya bimbang banyak klinik-klinik yang akan dikenakan tindakan seperti doktor tadi ini disebabkan oleh mereka tidak mendaftar. Sebenarnya yang tidak melakukan pemantauan adalah di pihak Kementerian Kesihatan sendiri. Jadi saya harap pihak Timbalan Menteri memberi perhatian kepada perkara ini.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Betul tu Yang Berhormat Pendang sebab sewaktu kita membentangkan regulasi ini, kita agak lambat memohon perjawatan.

Jadi kita kurang memantau. Jadi sekarang ini Bahagian Amalan ini sedang diperkuatkanlah dan kita akan pastikan. Bagi mereka yang telah pun mendaftar, tidak perlu rasa bimbang, kalau dia dah daftarlah. Ya, Yang Berhormat Gopeng.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Masih dalam akta ini, saya pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu bahawa dalam akta ini memberi syarat yang terperinci sehingga berapa besar tandas itu dan berapa besar pintu tandas itu dan bagaimana tandas itu buka dari dalam ke, buka dari luar telah pun ditetapkan dalam syarat itu. Saya rasa ini merupakan perkara-perkara yang tidak munasabah.

Selain daripada itu juga ubat-ubatan yang perlu disediakan di klinik itu pun ditetapkan. Ini saya juga rasa tak munasabah kerana dari segi perkembangan mungkin ada keputusan, research yang baru yang mengatakan setengah ubat itu dah ketinggalan zaman. Ini untuk orang yang terus mempraktikkan perubatan menjadi satu masalah.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Betul, betul Yang Berhormat Gopeng.

final • 4:50 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya kira sebab itu Yang Berhormat Menteri ...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nak jawab Yang Berhormat Gopeng dulu.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

...Yang Berhormat Menteri telah pun berlapang dada dan dia disokong oleh Timbalan Menteri dan juga DG agar kita melihat

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

kembali semua sekali peraturan dan regulasi supaya ia tidak menyusahkan pengamal dan juga mengambil kira keselamatan pesakit.

Jadi kalau ada ruang Yang Berhormat Gopeng, Titiwangsa, Pendang, siapa lagi bomoh boleh turut sertalah dalam kita menggubal kembali regulasi tersebut.

final • 4:50 PM

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya hendak menyokong, merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha daripada pihak kementerian, Menteri dan juga Timbalan Menteri untuk menyemak kembali penggubalan akta ini. Sekiranya spesifikasi-spesifikasi begitu ketat dalam akta ini mahu diimplementasikan dan penguatkuasaan mahu jalankan, saya ingat akan banyaklah hospital-hospital swasta yang akan tutup.

Saya kira akan bertambah banyaklah pula maknanya doktor-doktor dan juga hospital ini yang akan... sebab kalau tidak ikut spesifikasinya seperti kata pintu tidak begini, ini tidak begini, lifnya tidak ikut saiz ini, doktor itu akan salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dipenjarakan. Itu akhirnya dalam akta itu. Jadi saya harap perkara ini memang perlu diberi perhatian serius. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Mertajam meminta kementerian supaya segera menangani masalah kekurangan jumlah doktor dan juga pakar psikiatri yang meruncing di negara ini. Ini kerana mengikut beliau pesakit mental di negara ini semakin meningkat dan perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kementerian dan kerajaan.

Ingin dinyatakan bahawa sehingga 30 April, jumlah keseluruhan pakar psikiatri yang berkhidmat di hospital awam, jumlahnya 96 daripada 158 jawatan iaitu 61% pengisian.

Walau bagaimanapun jumlah ini akan ditingkatkan dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan taburan demografi penyakit atau gangguan mental di seluruh negara.

Dalam mengatasi masalah kekurangan pakar psikiatri ini, pesakit-pesakit mental yang semakin meningkat di negara ini, kementerian telah memperkenalkan beberapa langkah seperti menambah tempat pakar yang dulunya hanya 400 tiap-tiap tahun, sekarang kita tambah pakar doktor yang menjurus kepada kepakaran ditambah daripada 450 kepada 600 mulai tahun ini. Kita juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat pengkhususan dalam kepakaran psikiatri sebab kepakaran psikiatri ini dia ada sub-specialty nya. Ini memerlukan posting dan juga kepakaran pembelajaran yang agak lama bagi memastikan mereka-mereka ini betul-betul mempunyai keterampilan dan skil untuk menangani isu-isu gangguan mental di kalangan rakyat.

final • 4:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 4:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapit berdiri Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak termasuk dalam senarai itu tetapi ini saya anggap sebagai penting.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam, dia ada dalam senarai.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bersabar dulu Yang Berhormat Kapit.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Kapit, kita bincang kat tepi.

final • 4:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada satu soalan, apabila ada ahli keluarga yang mempunyai pesakit mental. Apabila dia nak hantar ke hospital dan hospital kata ini mesti

final • 4:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

hantar melalui polis, dapat bantuan polis. Akan tetapi polis kata ini bukan kerja mereka, harus dapat bantuan hospital.

Jadi selalunya mereka ditolak sini sana. Apakah ada satu dasar siapakah yang harus bantu mereka apabila nak hantar mereka ke hospital bahagia?

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, itu di bawah Mental Act, kuasa adalah kuasa polis dan juga kuasa pakar. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ada kes-kes yang tertentu, boleh rujuk pada saya, saya boleh facilitate. Saya rasa kes ini bukan semua, hanya kes-kes yang terpencil.

Yang Berhormat Bukit Mertajam juga melahirkan rasa bimbang mengenai mekanisme atau kaedah bagi menyelesaikan waktu menunggu yang Menteri demi Menteri datang, isu masa menunggu ini masih tidak selesai.

Tuan Yang di-Pertua, ia merupakan satu cabaran dan juga peluang untuk kami bekerja dengan lebih berkesan bagi memastikan bukan sahaja pelanggan dalaman tetapi juga pelanggan luaran puas hati dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, orang selalu kenal Menteri, orang tak berapa kenal Timbalan Menteri. Jadi kadang-kadang saya dalam banyak hal, pukul 1 pagi, 3 pagi, saya duduk singgah di Jabatan Kecemasan di mana-mana hospital sebab mereka tak kenal saya, itu yang mudah sikit. Jadi saya dapati interview saya dengan pelanggan-pelanggan kami, sebenarnya mereka tidak kisah sangat menunggu tetapi bila dia tunggu tanpa tujuan, dia tidak diberitahu kenapa dia kena tunggu, berapa lama pemeriksaan kencing itu dapat tahu, pemeriksaan darah, tidak diberitahu. Mungkin kerana beban kerja yang agak banyak dan pesakit yang ramai, maka inilah rasa tak puas hati pelanggan kami.

Ekoran daripada itu, Yang Berhormat Menteri telah pun bersetuju melantik pertama sekali pegawai penyelaras atau pegawai perhubungan di klinik pakar dan juga pesakit luar termasuk di Jabatan Kecemasan.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Pegawai-pegawai ini adalah staf yang terlatih. Jururawat atau penolong pegawai perubatan atau HA yang bertindak sebagai penyelaras di mana dia akan round dan berjumpa, interview pelanggan kita. Berapa lama dah tunggu, sakit apa , boleh tunggu atau tidak. Kalau tidak boleh tunggu dia akan merujuk kepada pegawai perubatan. Itu satu. Yang kedua kita akan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dengan melakukan deployment dari semasa ke semasa daripada klinik-klinik atau wad-wad apabila berlaku kesibukan di waktu-waktu tertentu umpamanya hujung minggu atau lepas waktu pejabat.

Kita juga sudah pun memulakan perkhidmatan pesakit luar hingga pukul sembilan malam dan kita dapati di 32 premis-premis yang menjalankan program-program tersebut selama dua bulan, ada peningkatan sebanyak 30% daripada pelanggan-pelanggan kita yang datang selepas waktu pejabat sehingga pukul 9.30. Kita juga akan terus memberi pendekatan seperti e-masa iaitu kita tetapkan dia datang pukul berapa Tuan Yang di- Pertua.

Masalahnya biasanya ibu bapa yang menumpang anak kerja, dia akan tumpang anak dia awal. Dia datang pukul tujuh walaupun dia tahu appointment pukul sembilan. Dia tidak kisah tunggu dua jam pun tidak apa. Dia nak dengan izin, ...beat the jam. Yang Berhormat Gopeng menanyakan tentang pelaksanaan Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, skim ini di peringkat kajian di Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan sememangnya prihatin tentang keperluan untuk mewujudkan mekanisme pembiayaan kesihatan yang bersesuaian bagi negara ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Cadangan mewujudkan insurans kesihatan nasional sedang dalam kajian dan butir-butir terperinci termasuk tarikh pelaksanaan belum dapat dimuktamadkan lagi.

Pelbagai model termasuk pengalaman pelaksanaan di negara-negara luar telah kita teliti dan kita dapati...

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tunggu sekejap Sungai Siput. Kita dapati bahawa terdapat halangan, ada juga implikasi negatif tentang pelaksanaan di negara-negara yang sudah pun menjalankan skim tersebut.

Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan sedang menggalakkan penglibatan lebih aktif dari semua agensi yang terlibat dalam kesihatan termasuk sektor swasta, badan- badan bukan kerajaan, badan-badan profesional dan juga pihak pengguna mengenai cara dan bagaimana kita dapat mengoptimumkan skim tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Pendang mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan integrasi perubatan tradisional dan complimentary.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Skim insurans, skim insurans. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam hal ini sebenarnya saya diberitahu ada satu agensi dari Australia, Care All Professional Consultancy telah buat kajian soal skim insurans kesihatan negara dan laporan telah siap tahun lepas dan barangkali mungkin kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat berkenaan keputusan laporan tersebut.

Kedua, Skim Insurans Kesihatan ini kalau dilaksanakan setiap warganegara Malaysia terlibat dan kita semua adalah stakeholders dengan izin, dalam hal ini dan saya sarankan supaya sebelum dilaksanakan skim ini ada satu public forum dengan izin, ataupun perbahasan public debate dalam hal ini agar semua terlibat berpeluang memberi input.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Gopeng, satu tadi tentang Care All Consultancy daripada Australia. Memang betullah consultant ini telah dilantik pada bulan Mac 2006 oleh UNDP dengan kerjasama kementerian dan UPU tetapi Yang Berhormat kena maklum yang Care All Consulting ini adalah syarikat yang berasal dari Australia. Sistem kesihatan Australia pun ada national health insurans tetapi dia ada juga loopholes dan sebab itu walaupun kajian telah ada tetapi Kementerian Kesihatan rasa laporan itu tidak memuaskan. Ada sebab. Apa yang baik untuk Australia tidak semestinya baik untuk kita. Malah di negara selatan Singapura pun sistem kesihatan melalui Medisave pun tidak bagus juga kerana ada elemen-elemen penyalahgunaan, overcharging, over billing dan macam-macam lagi.

Jadi sebab itu kita tidak puas hati dan perkhidmatan kepakaran perunding ini telah pun kita tamatkan. Saya berpendapat bahawa kita telah bercakap tentang national health insurance policy ini yang terasnya adalah kerajaan yang akan diperbadankan. Tidak seperti Amerika di mana dia menggunakan sistem terus menerus berasaskan kepada elemen- elemen kapitalisme. Kita nak pastikan yang rakyat tiap-tiap rakyat sentiasa terbela dalam penjagaan kesihatan dan sistem yang ada sekarang ini masih baik. Cuma kita kena betulkan sikit-sikit.

Kalau kita nak teruskan juga dengan mengadakan insurans kesihatan nasional, saya berlapang dada supaya Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut serta dalam public forum dan cara kita melaksanakan dari dulu sampai sekarang pun kita sentiasa terbuka kepada idea-idea. Dialog dua hala ini tidak pernah kita tidak adakan. Cuma sekarang sama ada kita nak buat atau tidak. Ada political will atau tidak. Sama ada rakyat rela membayar atau tidak dan bagaimana rakyat miskin adakah mereka akan terus dibayar insuransnya oleh kerajaan. Perkara ini perlu diambil kira daripada pengalaman-pengalaman pelbagai negara supaya kita boleh dengan izin adopt dan adapt dengan cara Malaysia.

Yang Berhormat Kota Raja tidak ada dalam list.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ada. Saya ada soalan.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tidak benarkan. Tidak ada.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya ada dalam Hansard.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Jadi, saya nak merujuk kepada Pendang. Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Kuala Krai mengenai

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

perubatan tradisional complimentary di hospital-hospital kerajaan. Kita semua tahu bahawa TCM ini adalah sebahagian daripada hidup kita. Mengikut laporan WHO, 50% daripada penduduk dunia mendapatkan rawatan tradisional dan complimentary dalam merawat jenis- jenis penyakit. Ekoran daripada itu...

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu masuk sebelum timbalan ke topik yang lain.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya tidak bagi. Saya tidak bagi.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya membangunkan, saya membangkitkan

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Saya tidak bagi. Ini floor saya. Saya dah cakap tadi dengan Tuan Yang di-Pertua. Nama tidak ada saya tidak bagi.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Membangkitkannya di dalam...

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Kementerian memperkenalkan amalan TCM di mana kita mengintegrasikan amalan ini dengan perubatan moden di mana program perintis kita dah buat di tiga hospital. Hospital Kepala Batas, Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari telah beroperasi di ketiga-tiga buah hospital. Yang terakhir di Hospital Putrajaya pada bulan Mac 2008. Amalan yang diperkenalkan pada peringkat permulaan ialah urutan tradisional Melayu, akupunktur bagi kes selepas mengalami strok, full stroke dan juga kes penyakit kronik. Selain itu diperkenalkan juga rawatan sampingan berasaskan herba cina untuk pesakit kanser.

Amalan TCM yang dipilih adalah berdasarkan kepada dengan izin, evidence based practice. Tiga amalan yang diperkenalkan adalah amalan yang telah diterima pakai oleh negara-negara maju di mana pelbagai kaji selidik telah dijalankan untuk menentukan keberkesanan amalan-amalan sedemikian.

Bagi amalan akupunktur terdapat laporan daripada Pertubuhan Sains Dunia dan National Institute of Health Consensus tentang keberkesanan amalan tersebut ke atas kes- kes selepas mengalami strok dan juga penyakit kronik. Oleh yang demikian selain daripada evidence based kita juga menggalakkan seperti clinical trial diadakan bagi beberapa kaji selidik di peringkat antarabangsa dijalankan bagi membuktikan keberkesanan amalan demikian.

Untuk memperkuatkan lagi kementerian bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan standard dan kriteria bagi mengenal pasti amalan-amalan TCM untuk memastikan kelayakan amalan yang ingin mengamalkan amalan-amalan yang telah dikenal pasti. Kementerian telah menetapkan beberapa kriteria untuk pengamal yang dipilih bekerja di Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari di hospital berkenaan.

Antaranya mereka mestilah mempunyai kelulusan akademik contohnya ijazah perubatan Cina dan pengamal perubatan Cina, mempunyai sarjana perubatan Cina onkologi bila dia hendak mengamalkan rawatan untuk pesakit kanser dalam sudut herba.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu-isu kekurangan sumber manusia, pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar...

final • 5:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

...Kakitangan sokongan sebagai mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Sarikei dan Yang Berhormat Maran kita memang sedar akan loophole dan juga masalah yang berterusan ini dan usaha telah, sedang dan akan terus dibuat bagi memastikan pakar, doktor yang ada di klinik dan juga perkhidmatan awam ini dia tidak keluar. Pada waktu yang sama yang luar negeri kita galakkan mereka balik. Pada waktu yang sama kita juga mengalu-alukan khidmat pakar luar untuk mereka berikan khidmat bakti mereka sebagai social responsibility di hospital-hospital awam. Yang Berhormat Pendang.

final • 5:10 PM

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada menyentuh tentang tiga disiplin yang telah dilaksanakan dalam TCM ini. Saya ingin tanya kepada pihak timbalan menteri apakah pihak kementerian berhasrat untuk membawa masuk lagi apa-apa complimentary medicine yang lain. Misalnya saya sebut contoh seperti homeopati yang telah pun berjaya di negara- negara maju seperti Germany, England, Pakistan, India, dan juga di Rusia. Apakah kita berhasrat untuk mengadakan kolej-kolej homeopati untuk mempersadakan teknik perubatan ini.

Yang kedua berhubung dengan komplimentari ini adakah kementerian juga berhasrat untuk menjadikan amalan-amalan yang lain seperti ozon terapi, chelating therapy, color vibration therapy ini sebagai salah satu daripada basic need kepada masyarakat kerana ramai di antara masyarakat kita yang beralih kepada perubatan-perubatan jenis ini di dalam masyarakat kita. Saya harap dapat respons daripada kementerian.

final • 5:10 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Pasal homeopati ini kita mulakan tiga di hospital dahulu iaitu akupunktur, urutan Melayu dan juga rawatan herba tapi kita akan kembangkan dan kita tak pernah sekat mana-mana sektor perubatan tradisional dan komplimentari ini umpamanya homeopati. Kita sudah wujudkan persatuan, persatuan induk untuk mereka mendaftarkan ahli-ahli mereka. Jadi kalau Yang Berhormat Pendang ada apa-apa masalah tentang susahnya ahli-ahli homeopati untuk mendaftar dan membangunkan sistem pendidikan dan pembelajaran Yang Berhormat boleh rujuk kepada saya.

Saya percaya kita manusia kita tak boleh buat kerja Tuhan. Kita hanya usaha untuk sembuh tapi yang sembuhkan itu Tuhan. Jadi segala usaha perlu dibuat bagi memastikan pengguna ada ruang untuk dapat perkhidmatan, pada masa waktu yang sama pengguna juga rasa selamat. Sebab itu perubatan-perubatan yang lain macam color therapy, ozone therapy ini dia perlu ada evidence base, ada bukti. Sekarang ini claim sahaja dan oleh kerana tidak ada perundangan, sekarang ini tak ada perundangan sebab itu akhirnya kita akan aktakan Complimentary and Traditional Medicine Act ini supaya semua yang mengamalkan sektor-sektor amalan perubatan komplimentari ini dia berdaftar, dia profesional dan jika mereka salah atau silap mereka boleh didakwa termasuk bomoh, Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Kuala Krai, akhir sekalilah. Yang Berhormat Kuala Krai meminta kementerian menjelaskan pemberian elaun kepada pakar-pakar kesihatan awam yang dikatakan tidak setaraf dengan pakar-pakar klinikal. Ini mengikut hujahnya hanya 80% sahaja daripada elaun-elaun yang diperolehi oleh pakar-pakar klinikal diperolehi oleh pakar- pakar kesihatan awam.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pakar kesihatan awam pemberian elaun ini sebelum ini telah ditolak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam oleh itu hanya diberi 80% sejak tahun 2003. Saya sama dengan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa sebab Yang Berhormat Kuala Krai juga pakar kesihatan awam kita tahu bahawa komitmen dan juga budi dan juga jasa pakar kesihatan awam ini memang tidak boleh kita pandang ringan. Sebab itu negara kita dari sudut dengan izin, maternal mortality rate atau infant mortality rate antara sama dengan negara maju dan ini adalah kesan daripada kerja-kerja yang dibuat oleh pakar kesihatan awam berbanding dengan pakar klinikal.

Oleh yang demikian, kita sudah berjumpa dengan JPA dan satu kertas telah pun dihantar kepada JPA dan Yang Berhormat Menteri pun bersetuju dan ekoran daripada itu JPA faham bahawa komitmen dan juga jasa pakar kesihatan awam ini tidak boleh kita pandang ringan sebab itu kita hendak bagi apa juga elaun yang patut diberi kepada pakar klinikal juga patut dinikmati pakar kesihatan awam.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Dengan sedikit-sedikit memperbaiki terma-terma yang patut dipenuhi oleh pakar-pakar kesihatan awam ini. Yang Berhormat Gopeng.

final • 5:10 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Saya hendak...

final • 5:10 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat Gopeng.

final • 5:10 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Selepas itu saya minta sebelum berakhir.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ada beberapa perkara sebenarnya yang saya bangkitkan yang belum dijawab oleh timbalan menteri.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya rasa dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini yang paling penting kita mesti tunjang kepada standard perkhidmatan yang first class, dengan izin, oleh hospital-hospital awam. Sekiranya kita dapat mencapai tahap yang baik di hospital awam, jadi kita ini saya rasa merupakan satu cara yang paling cost effective untuk negara ini. Saya pernah beri saranan supaya kita adakan satu suruhanjaya perkhidmatan khas untuk doktor- doktor dan nampak tidak ada respons dalam hal ini. Saya juga cadangkan supaya ada pendedahan khususnya kepada peringkat pengurusan di korporat atau institusi-institusi yang lain khususnya di swasta supaya boleh dapat perubahan budaya kerja.

Ketiga, saya juga menyarankan supaya menentukan piawaian perkhidmatan, misalannya jangka masa untuk menunggu pembedahan dan sebagainya. Juga ada satu perkara yang lain yang sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Raja. Saya ingin mengesahkan bahawa beliau pernah bercakap soal penswastaan beberapa bidang perkhidmatan di hospital kerajaan khususnya penyelenggaraan khidmat dan juga pembekalan ubat dan sebagainya dan saya rasa...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Tidak apa Yang Berhormat bagi Gopeng, Yang Berhormat bagi Gopeng ada empat tahun lagi, boleh tanya macam-macam. Saya hendak betulkan tanggapan Yang Berhormat bagi Gopeng mengatakan bahawa perkhidmatan kita tidak first class, tidak world class. Saya ingat tidak betul.

Banyak perkara yang kita sudah buat. IJN adalah yang terbaik di Asia Tenggara.

Banyak perkara yang kita sudah buat, perkhidmatan kita Tuan Yang di-Pertua first class.

Cuma kita tidak uar-uarkan. Itu silap kitalah. Jadi hendak kata selama ini third class tidak betul. Kita rawat 1.8 juta pesakit, sekarang dekat 2 juta. Orang yang datang ke klinik-klinik kita 50 juta orang satu tahun. Ada satu dua masuk surat khabar kompelin, tiak kanlah semua sekali tidak betul?

final • 5:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Kinabatangan dalam list kah Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Dia lain sedikit, daripada Sabah. Saya kena bagi.

final • 5:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oh, ada list pula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, Yang Berhormat Timbalan Menteri rakan saya. Saya memang tidak terkecuali daripada memberi kredit kepada Kementerian Kesihatan sebab telah memberi sumbangan kepada kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu ditangani secara segera dan bijaksana. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua saya berkesempatan kebetulan ada kawan sakit, admit di Hospital Kota Kinabalu. Jadi saya ternampak keadaan di hospital di Kota Kinabalu ini amat parahlah Yang Berhormat. Pesakit kadang-kadang terpaksa berkongsi peralatan yang ada sudah sakit sudah kronik, lebih kurang kena tahan sana, lebih kurang sudah tiga tahun.

final • 5:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia pun tidak tahu mana hendak pulang, keluarga dia pun tinggal satu orang menjaga yang sedihnya adik dia sakit, kakak dia terpaksa berhenti sekolah, keluarga dia semua tidak mahu melawat. Saya berkesempatan tanya ada keluarga lain datang melawat?

Tidak ada, sudah satu tahun setengah kami adik-beradik sahaja di sini. Bayangkan, jadi dia pun kena tidur, baring di lantai. Yang Berhormat boleh pergi Kota Kinabalu, saya bawa Yang Berhormat melawat. Apa sudah jadi?

Di Sandakan pun begitu. Kita ada rumah sakit mental, tetapi dia macam kandang- kandang sahaja kurungan dia. Jadi apabila datang mental dia sakit, orang sakit bukan tambah sembuh, tetapi tambah sakit pula. Jadi ini kerana kita tangani jangan sampai perkhidmatan yang baik ini disalah tafsirkan oleh masyarakat dan kita tidak boleh menangani isu-isu yang sebegini. Kalau ada peruntukan, binalah, tambahlah binaan hospital kita untuk kesenangan rakyat kita, terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu bukan penjelasan Yang Berhormat, dia buat saranan.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Boleh, boleh. Kita nanti..

final • 5:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya laporkan masalah Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Laporan pula itu.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Saya memang perlukan saranan dan sokongan daripada beliau, lagi dia Tuan Yang di-Pertua jerit, lagi cepat peruntukan turun.

Saya banyak kali sudah pergi Hospital Queen Elizabeth itu. Sekarang kita buat Tuan Yang di-Pertua, fasa 4 klinikal blok itu RM400 juta, pada waktu yang sama kita tambah dekat RM300 juta pusat kardiologi, dan juga pembedahan kardiotorasik jantung. Kemudian sedikit masa lagi apabila fasa 4 sudah siap, fasa 5 membabitkan dekat RM400 juta pertambahan bangunan.

Saya faham Tuan Yang di-Pertua, Hospital Queen Elizabeth itu tahun 1958, saya tengok dia punya plak Queen Elizabeth datang rasmikan tahun 58. Memang uzur betullah, tahun saya dilahirkan Tuan Yang di-Pertua. Sudah 50 tahun.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk kepada Yang Berhormat bagi Gopeng. Belum lagi kita tidak ada lagi cadangan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini macam SPP seperti perkhidmatan perguruan atau suruhanjaya-suruhanjaya yang lain. Kita masih dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Oleh sebab itu dengan adanya national health insurance policy ini, sistem pengajian, standard apa semua ini akan disatukan.

Oleh kerana kita masih belum pasti, mengenai implementasi ini, maka standard yang diutarakan oleh Yang Berhormat bagi Gopeng, saya tidak boleh komenlah. Jadi mana-mana saranan yang mana saya tidak sempat jawab, Yang Berhormat saya pastikan bahawa ini bukan peluang terakhir, saya akan bagi peluang dan saya akan janji untuk...

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Limbang di belakang.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

...Menulis kepada jawapan-jawapan, saranan-saranan yang tidak sempat saya hendak kemukakan dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Limbang di belakang itu?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Dia tidak masuk dalam list.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf Yang Berhormat, tidak ada dalam list.

final • 5:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Sedikit tadi janji. Boleh?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Titiwangsa?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Yang Berhormat bagi Titiwangsa bagi peluang.

final • 5:20 PM

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Timbalan Menteri. Saya menunggu-nunggu sehingga ke hujungnya kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu mengulas sedikit tentang amalan Ahli-ahli Parlimen merokok begitu bebas di kawasan Parlimen ini. Cuma alhamdulillah, saya lihat sudah naik sign dilarang merokok di kafeteria satu kemajuan. Saya mahu jugalah sedikit ulasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh panggil penguat kuasa kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang signage itu Yang Berhormat saya yang arahkan untuk ...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Tuan Yang di-Pertua, saya list apa yang dimaksudkan Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang list ada bangkitkan isu kesihatan sewaktu perbahasan.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Memang ada, 13 hari bulan saya membuat perbahasan kesihatan tentang Hospital Limbang. Mungkin pegawai dari kementerian tidak catat…

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Apa dia?

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis Yang Berhormat, lain kalilah Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Tanya sahajalah, jawab tidak apalah. Jawab, tidak jawab, tidak apalah. Bagi tahu sahaja. Sebab sudah ada dalam list.

Bagilah bukan ini…, itulah permintaan Tuan Yang di-Pertua, walaupun tidak jawab tidak apa. Saya luahkan sahaja.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silalah Yang Berhormat kalau begitu.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tempoh hari dalam perbahasan saya telah mengutarakan tentang kedudukan Limbang di tengah-tengah antara dua daerah negara Brunei Darussalam. Banyak keadaan di Limbang, emergency terutamanya sekali di hantar ke Miri

final • 5:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Masalah dia ialah sepertimana yang telah saya katakan dulu dalam perbahasan saya ungkapkan dengan beginilah bayangannya. Orang sakit sedang diusung pada pukul 1 pagi, di waktu hujan turun, menuju ke tebing sungai hendak dihantar ke hospital tetapi sungai jauh, terpaksa berjalan di tengah becak untuk naik ke perahu untuk dibawa ke hospital. Di hospital pula keputusan dibuat pesakit terpaksa dihantar ke Miri. Hendak terbang malam helikopter tidak boleh, hendak guna ambulans sempadan pula ditutup ditambah pula pesakit tidak ada pasport.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Bertawakal sajalah akhirnya sementara menanti hari esok. Apa yang dipohon oleh Limbang di sini ialah agar ada perkhidmatan pakar klinikal, klinik pakar diadakan di Bahagian Limbang supaya perkara begini tidak akan menjadi berpanjangan. Masalah ini telah berlarutan berbelas-belas tahun di Limbang sana. Permohonan telah pun diminta oleh Ahli Dewan Rakyat sebelum saya. Perkara ini yang sebenarnya saya telah mengambil maklumat daripada divisional medical officer, dengan izin bahawa dua tahun lepas sahaja dekat lima ratus orang telah di refer ke Miri, dan masalahnya ialah tentang persempadanan ini yang ditutup pukul 10 malam. Kes-kes emergency di waktu malam terpaksa menunggu besok, ada yang tidak sempat dihantar ke Miri.

Jadi permohonan daripada Limbang ialah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk menimbangkan sekiranya klinik pakar diadakan di Bahagian Limbang dan seorang pakar pun sudah mencukupi sekurang-kurang general surgeon. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Limbang.

Kita dah masukkan Hospital Limbang ini dalam Kajian Separuh Penggal. Jadi bila Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesembilan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya minta Yang Berhormat Limbang sokong supaya senang kita implementkan hospital tersebut.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Insya-Allah.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dah habis Yang Berhormat?

Saya jemput Kementerian Penerangan.

final • 5:30 PM

Menteri Penerangan - Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa perbahasan Titah Diraja 2008 di Dewan yang mulia ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Rembau terhadap isu-isu yang berkaitan dengan bloggers di negara ini. Kerajaan sentiasa melihat perkembangan blog sebagai salah satu media baru di kalangan rakyat. Kementerian kami beranggapan penulis blog adalah rakyat biasa Malaysia seperti saya dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain. Mereka juga tidak boleh lari dari tanggungjawab dan peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang.

Blog adalah kewartawanan rakyat, ia muncul setiap hari atas kerelaan hati mereka, ia tidak boleh dianggap sebagai satu profesion, maka adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mewajibkan latihan dan didikan khusus kepada mereka.

Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Taiping telah membangkitkan persoalan berkenaan kebebasan media di negara ini. Kerajaan menyedari bahawa media yang lebih bebas adalah trend di masa depan. Walaupun masih ada undang-undang yang mengawal perjalanan media dalam negara ini, namun secara keseluruhannya kerajaan telah banyak mempermudah melalui pelbagai kaedah penyampaian maklumat di kalangan rakyatnya.

Pada masa ini penyebaran maklumat tidak hanya dilihat melalui media cetak dan elektronik sahaja, malah kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat secara besar-besaran. Penggunaan jalur lebar dengan izin, broadband yang semakin meluas mesti dilihat secara positif sebagai binaan infrastruktur kerajaan bagi tujuan pengaliran maklumat yang lebih bebas di kalangan rakyat kita...

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan mengenai dengan blog, adakah Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa

final • 5:32 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

pada sekarang ini di negara kita ada banyak blog. Oleh kerana mainstream media, dengan izin tidak memberi peluang kepada parti pembangkang ataupun orang-orang yang ada fikiran yang tidak sama dengan kerajaan untuk menerbitkan pandangan mereka.

Sekarang ini kita sudah nampak semua mainstream media, permainan mereka pada masa pilihan raya terus 100% menyokong Kerajaan Barisan Nasional. Oleh yang demikianlah Barisan Nasional kalah oleh kerana rakyat nampak dengan terang, dengan jelas daripada blog yang mereka dapat maklumat yang lebih jelas, lebih adil, lebih bebas.

So saya harap Yang Berhormat bagi tahu saya sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak keadaan demikian. Terima kasih.

final • 5:32 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Kemunculan blog bukan disebabkan oleh kerana apa yang disebutkan ketidakadilan di dalam mainstream media. Ia adalah merupakan trend dalam seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri satu kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya satu ketika dahulu ada 500 ribu blog muncul. Itu lebih kurang saya ingat empat atau lima bulan yang lepas.

Tapi baru-baru ini ada seorang menunjukkan satu software kepada saya untuk mengesan kemunculan blog dalam negara kita, dikatakan bahawa sekarang ini mungkin ada 6 juta blog telah muncul.

Saya lihat ianya agak sama dengan trend yang berlaku dalam negara Asia yang lain, di mana seluruh Asia dianggap separuh daripada dengan izin, internet penetration ataupun penggunaan internet dalam negara kita, mereka itu sudah membuka laman blog masing-masing. Ini trend dunia bukan sahaja kita kata blog tidak ada di Amerika yang dianggap lebih bebas, blog tidak ada di Australia di mana media mereka lebih bebas. Blog ada di mana-mana dan tidaklah boleh dianggap bahawa kemunculan blog yang banyak dalam negara kita ialah kerana semata-mata media kita tidak bebas, saya rasa itu tidak begitu tepat.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat.

final • 5:32 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkit soal berkenaan dengan pandangan tadi yang diberi tentang kemunculan blog itu. Saya setuju kemunculan ramai blog ini adalah fenomena seluruh dunia, di merata negara, tetapi apa juga yang diterima adalah lebih peningkatan dan jumlah blog ini adalah terlalu tinggi di negara-negara di mana kebebasan media disekat, sebagai contoh adalah negara Iran, negara China dan juga Malaysia.

Ketiga-tiga negara ini menunjukkan blog yang jumlahnya adalah banyak dan dikaitkan dengan sekatan atas kebebasan.

Jadi, sebab itu apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat daripada Wangsa Maju ada asasnya, di mana kemunculan blog itu walaupun ada secara umumnya di banyak negara di dunia, tetapi fenomenanya di negara ini adalah berhubung terus dengan sekatan atas media.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya buat soalan tentang broadband yang disebut tadi. Saya mengalu-alukan usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk mempertingkatkan tahap broadband, khidmat broadband, walaupun sudah lewat kita sudah kebelakangan sebenarnya berkaitan dengan negara-negara di rantau ataupun di Asia, tetapi usaha ini dialu-alukan. Hari ini kita membaca di surat khabar bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah sanggup menyiarkan semua proceedings mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor melalui broadband, melalui laman internet secara terbuka, the whole session tanpa apa-apa sekatan. Jadi saya ingin tanya di sini sama ada Yang Berhormat Menteri setuju kalau kita boleh buat sedemikian dengan persidangan Dewan yang mulia ini. Sekian.

final • 5:32 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya tidaklah mengatakan bahawa saya setuju sepenuhnya kalau dikaitkan dengan kemunculan blog semata-mata kerana sekatan media.

Media mesti lihat dari tiga aspek, media elektronik sebagaimana saya sebutkan tadi, media cetak dan media baru internet.

final • 5:32 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Pada kenyataan bahawa kerajaan kita tidak menyekat pengaliran maklumat melalui internet berbanding China, berbanding dengan mungkin Saudi, berbanding Iran, berbanding dengan banyak negara lain dia blok terus penyaluran maklumat melalui internet.

Itu berbeza dengan Malaysia. Kita katakan bahawa hakikat dan kenyataan Malaysia tidak berbuat sebagaimana negara-negara lain itu adalah sebahagian daripada kebebasan yang telah wujud di Malaysia dan kita tidak ada undang-undang. Misalnya ada negara jiran dianggap maju, menjadi contoh kepada banyak parti-parti bertanding baru ini. Sebab itulah sebagai contoh negara yang baik.

Berbagai-bagai peraturan mereka lakukan terhadap blog misalnya. Terhadap internet. Orang yang hendak mengadakan blog mesti mendaftar dengan pihak pemerintah dan mesti ada blog-blog politik dan blog tak politik dan sebagainya.

Ini semua boleh dikatakan secara relatifnya Malaysia amat bebas kalau berbanding dengan negara-negara ini. Jadi janganlah kita menganggap bahawa kebebasan media tidak ada hanya kita melihat aspek-aspek tertentu tetapi kita tidak mengakui hakikat kebebasan media melalui saluran media baru ini dianggap tidak diiktiraf bahawa itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kebebasan media yang ada dalam negara kita.

Kemudiannya tentang soal yang disebutkan broadband. Terima kasih di atas saranan yang diberikan bahawa kenyataan yang diberikan bahawa kita adalah antara negara yang baik menyediakan saluran kemudahan ini melalui infrastruktur broadband yang menelan belanja yang banyak untuk semua orang bukan untuk kerajaan sahaja. Untuk semua orang termasuk bloggers, termasuk pembangkang dan sebagainya.

final • 5:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Tentang isu Kerajaan Selangor sebenarnya bukan Kerajaan Selangor sahaja. Kerajaan Negeri Terengganu sudah lama membuat liputan sidang Dewan mereka melalui internet, melalui website dan sebagainya. Tentang Parlimen saya serahkan kepada Parlimen sama ada ianya patut dibenarkan siaran langsung dibuat melalui internet, itu saya serahkan kepada pihak Parlimen. Saya ada bahagiannya mengenai tanggungjawab Kementerian Penerangan melalui RTM. Saya ada bahagian tersebut.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Ini dulu tak cakap Ya! Hari ini izinkan ya.

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya cakap juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Memang saya tahu Yang Berhormat Menteri baru jadi Menteri Penerangan ini dan ada improve banyaklah Jabatan Penerangan ini dan juga Yang Berhormat Menteri juga pernah pergi jumpa pemberita-pemberita dan sebagainya, saya faham. Itu saya ucapkan syabaslah kepada Yang Berhormat Menteri.

Apa Yang Berhormat Menteri katakan tadi mengenai kebebasan surat khabar. Ini saya tak berapa setuju. Oleh kerana Yang Berhormat Menteri tahu, boleh kata semua mainstream media yang besar, Star, NST, Utusan dan Berita Harian, semua itu dimiliki oleh parti politik. Seperti NST dimiliki oleh...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nanti kita kena kasi latar belakang sebab Yang Berhormat juga faham.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tahu Yang Berhormat.

Menteri. Menteri tahu background.

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mungkin dia tak tahu. Gerenti dia tak tahu. Saya hendak beritahu.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak boleh buat andai begitu Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dimiliki oleh UMNO dan Star dimiliki oleh MCA, Berita Harian UMNO, Utusan UMNO juga. Berbagai itu, janganlah sini Dewan bukan Zoo... [Dewan riuh] So, ini adalah seperti zoo sini. Kita hendak bincang soalan serius atas kebebasan akhbar, jadi semua ini...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat teruskan Yang Berhormat. Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila disiplinlah sikit. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, dalam hakikat ini, fakta-fakta ini, bagaimanakah kalau surat khabar tertentu ini dimiliki oleh parti politik, bagaimanakah mereka boleh bebas dan mereka tidak dapat tekanan daripada tokoh-tokoh politik Barisan Nasional? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Soalan yang lain daripada Yang Berhormat Batu Kawan. Saya berikan Profesor, Yang Berhormat Profesor.

final • 5:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ini soalan berkaitan dengan kemunculan blog. Cuma ini mungkin satu soalan yang lebih ekstraklah. Sama ada Yang Berhormat Menteri ataupun Kerajaan Malaysia ini memahami bahawa kemunculan blog-blog ini dalam zaman yang singkat ini akan melemahkan undang-undang yang ada sekarang sebab banyak undang-undang yang telah digubal untuk sekat ataupun mengawal media ini mungkin sudah lama dan kemunculan blog-blog ini telah merupakan satu cabaran terhadap undang-undang ini. Sama ada undang-undang ini terus kekal atau tidak, maka perluasan blog-blog ini akan memberi satu cabaran yang hebat kepada undang-undang yang ada sekarang. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat.

Satunya saya tidak mahu bercakap terlalu mendalam kerana akhbar adalah merupakan bukan bidang kementerian saya. Namun sebenarnya apa yang disebutkan tadi juga telah disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau sebelum ini tentang saranan beliau supaya mengkaji balik tentang beberapa peraturan dari segi peraturan yang lama. Tidak benar kalau kemunculan baru tetapi ini adalah peraturan lama yang saya rasa pada zaman pemimpin PKR dulu duduk dalam Barisan Nasional pun, itulah yang dipertahankan dulu.

Namun sekarang ini sudah disebut beberapa pandangan yang disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri misalnya, apakah soal melesenkan akhbar setiap tahun? Apakah masih wajar atau tidak? Apakah hanya perlu setahun ataupun tidak perlu lagi? Ini sudah ada perbincangan. Bukan sahaja sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi juga telah disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat di kalangan anggota Barisan Nasional.

Namun keseluruhannya, kita rasakan bahawa prinsipnya, maklumat ini seperti makanan. Saya pernah sebutkan sebelum ini. Seperti makanan. Maklumat ialah makanan pada minda kita dan makanan biasa itu ialah makanan kepada fizikal kita. Ada orang mengatakan hak untuk mendapat makanan, hak untuk mendapat maklumat sama dengan hak untuk makan.

Dahulunya kerajaan berfikiran bahawa makanan juga walaupun ianya adalah hak tetapi makanan ada yang racun. Ada yang baik. Makanan yang tertentu kalau terlalu banyak mungkin memberi mudarat dan sebagainya. Ada pandangan baru kata, itu terpulang. Kita mesti bebas. Siapa hendak hisap dadah, dadah. Siapa hendak racun, racun.

Siapa hendak jadi gemuk yang melampau pun itu terpulang. Biar orang mati dia dapat memilih sendiri untuk cara dia hidup dan sebagainya.

Selama ini kerajaan menganggap bahawa seperti makanan, maklumat juga perlu diuruskan. Perlu diuruskan, melihat sejauh manakah ianya semestinya baik. Pengaliran maklumat yang bebas semestinya baik dalam masyarakat. Kita lihat dalam dunia hari ini, ada negara yang ratingnya dari segi kebebasan medianya cukup baik. Misalnya dalam negara-negara Asian misalnya. Negara yang terbaik kalau melihat statistik yang dibuat oleh reporters without borders, yang mengukur manakah negara yang paling bebas misalnya.

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Di dalam Asian misalnya yang terbaik dianggap Timor Leste, itu yang paling bebas. Namun kebebasan maklumat, kebebasan media bukan bererti memberi jaminan bahawa kerajaan itu kerajaan yang baik kerana dalam masa sama kalau dilihat dalam ranking yang dibuat oleh transparency international - CPI Corruption Perception Index misalnya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, negara-negara seperti itu tidak semestinya baik daripada Malaysia. Namun ada negara yang rating dari segi medianya teruk misalnya negara jiran kita sebelah selatan. Ratingnya nombor 142 dalam dunia, Afghanistan 143 tetapi dari segi CPI ataupun Corruption Perception Index dia di antara terbaik dalam dunia.

Jadi itu sendiri kita perlu lihat bahawa tidak semestinya bahawa negara yang dianggap bebas dari segi medianya, bebas dari segi amaran akhbar, semestinya dianggap negara yang terbaik dan negara ini menjadi contoh yang disebut dalam manifesto parti-parti yang bertanding baru ini.

Jadi sebab itulah kita mencari balance di sini. Apakah kebebasan kita hendak beri kebebasan sepenuhnya ataupun ada pengurusan dari segi kebebasan ini supaya rakyat menerima dan bersedia untuk memilih mana yang baik dan mana yang tidak baik.

final • 5:40 PM

Dato' Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau juga membangkitkan cadangan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Media. Kerajaan melihat ini sebagai satu cadangan yang boleh dipertimbangkan demi kepentingan rakyat. Namun ia mestilah diambil perhatian bersama bukan sahaja kementerian kami tetapi juga kementerian- kementerian lain yang berkaitan.

final • 5:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Memandangkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, adakah pihak kerajaan bercadang untuk meminda dan menggubal undang-undang untuk menangani masalah ini dan juga adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa bukan sahaja blog dan friendster dan sebagainya ada sekarang, memang teknologi baru akan timbul termasuklah Web 2.0 juga akan timbul di negara ini dan di seluruh dunia. Apakah pendapat Yang Berhormat Menteri?

final • 5:50 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Ia sebenarnya terpulang kepada keikhlasan kerajaan yang berkenaan. Kalau kerajaan itu asasnya ingin menyekat segala-galanya, dia akan mencari apa jua cara untuk dengan izin, counter apa juga teknologi baru yang diadakan. Kita lihat ada banyak negara dalam dunia, misalnya, kalau kita lihat di Arab Saudi sebagaimana yang disebutkan. Mungkin agak atas alasan morality misalnya dikatakan banyak laman web terpaksa di block kerana dalam laman-laman web tertentu juga dimasukkan perkara-perkara yang bersifat lucah atau perkara-perkara yang dianggap tidak sihat dengan masyarakat yang berkenaan. Ini terpulang kepada negara yang berkenaan.

Namun bagi negara kita, kita lihat bahawa sudah ada keterbukaan sekurang- kurangnya sehingga sekarang ini tidak ada peraturan-peraturan khusus, kecuali apabila Yang Berhormat kata kena ada undang-undang barulah dikenakan kepada mereka. Itu tidak tahulah, mungkin perkara ini kita boleh kaji. Dahulu tidak perlu undang-undang tetapi sekarang ini, perlukan undang-undang pula.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 5:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Hendak bagi yang mana Yang Berhormat Menteri?

final • 5:50 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Silakan, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 5:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih sahabat saya dan tahniah di atas pelantikan sebagai Menteri Penerangan. Saya juga mengharapkan ada sesuatu perubahan dalam era penerangan dalam negara kita dengan terlantiknya menteri yang baru ini - harapan saya.

Kalau saya diizinkan Tuan Yang di-Pertua untuk sedikit berkongsi maklumat ini, suatu dapatan daripada kajian Centre for Dependent Honour Writers Aliance for Media Independents and Charter 2000 dalam laporannya baru-baru ini, berita-berita pihak pembangkang yang disiarkan oleh Utusan Malaysia sebagai contoh hanya 1.8%, The Sun cuma 1.6%, Makal Ossai 23%, Malaysian Nanban 9%, The Star 55% dan NST 5.9%.

Tadi, Yang Berhormat bercakap tentang dasar penyiaran dan media pada masa yang akan datang. Dan Yang Berhormat Menteri menyebut juga tentang tidak semestinya negara seperti Singapura yang mengambil contoh tidak semestinya negara yang mengamalkan media bebas itu, negara mereka baik segala-galanya. Kenapa kita tidak mengambil contoh negara yang medianya bebas dan kerajaannya pun bagus, di negara Barat seperti negara-negara Scandinavia, sebagai contohnya yang diberikan anugerah oleh UNDP setiap tahun, seperti Findland, Sweden dan seumpamanya. Negara mereka aman dan tidak ada rusuhan dan seumpamanya.

Jadi, adakah hasrat Yang Berhormat sebagai menteri yang baru ini supaya beberapa kebebasan akhbar ini dapat diperluaskan demi kebaikan negara dan rakyat yang lebih bermaklumat yang kita rasa ini amat penting untuk membangunkan modal insan rakyat dalam negara ini pada masa yang akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau bangun, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Izinkan saya jawab ini, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya jawab yang ini dulu. Tuan Yang di-Pertua, pertama kali saya kagum Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian yang menjadikan negara Scandinavia sebagai contoh negara yang baik dari segi medianya. Saya difahamkan di sana semua boleh ditayangkan bukan sahaja perkara yang lucah... Kalau itu saranan daripada PAS saya boleh beritahulah kepada semua, itulah contoh yang baik.

Filem Fitna misalnya, saya rasa PAS adalah antara yang tidak bersetuju. Karikatur yang memburukkan Nabi Muhammad misalnya ditunjukkan secara bebas dalam negara- negara yang menjadi contoh kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Kalau itu contohnya berdasarkan rating ataupun ranking yang dibuat oleh badan yang berkenaan, kita boleh beritahulah pada hari ini, inilah yang dikehendaki oleh Yang Berhormat dari PAS dalam soal itu. Bolehlah kita beritahu kepada rakyat. Silakan, Yang Berhormat Rembau.

final • 5:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Penjelasan sikit.

final • 5:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak lambung untuk Yang Berhormat Menteri smash, tetapi dia sudah smash dulu. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Sedikit sahaja penjelasan...

[Disampuk] Sedikit sahaja, be gentlemen. Apa yang saya sebut, Yang Berhormat Menteri juga seorang yang terpelajar, don’t be a slave to a printed word. Jangan jadi hamba kepada setiap apa yang dicetak dan seumpamanya. Saya ambil contoh, negara ini bebas, takkanlah filem porno, bogel atau mengenai Nabi itu kita hendak bawa ke dalam negara kita. Sebagai menteri seharusnya tahu hitam dan putih, halal dan haram. Jangan ambil semua untuk dibawa ke dalam negara kita, itu maksud saya.

final • 5:50 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Mungkin Yang Berhormat kena tengok kriterianya kenapa negara ini dianggap media bebas. Kena lihat kalau hendak katakan ranking. Saya terkejut, misalnya saya pergi ke Thailand, saya rasakan kalau baca The Nation, Bangkok Post di Thailand itu antara media yang dianggap jauh lebih bebas kalau dibandingkan dengan beberapa negara yang lain, tetapi ranking yang dibuat oleh misalnya yang saya sebutkan Reporters Without Borders sebagai satu badan, agensi yang memantau tentang kebebasan media dalam dunia, Thailand dianggap kurang bebas daripada Malaysia.

Saya pun terkejut. Kalau dilihat dari segi kritik, perbincangan dan sebagainya saya rasakan Thailand lebih bebas tetapi ranking yang dibuat adalah lebih rendah. Antara sebabnya ialah kerana di sana ada sekatan yang tidak langsung boleh mengkritik rajanya, misalnya. Oleh kerana satu sebab itu rankingnya jatuh. Antaranya sebabnya ialah langsung tidak boleh mengkritik. Kalaulah Yang Berhormat Bukit Gelugor misalnya, dia buat seperti itu di Thailand mungkin sudah lama dipenjarakan dalam soal itu.

Jadi, kalaulah antara sebab ranking-ranking yang diberikan termasuk tentang soal yang berkaitan dengan pornografi, ada negara yang menganggap ini adalah artistik, ditayangkan secara dibenarkan pada waktu prime time misalnya kerana ini adalah artistik.

Jadi, dengan sendirinya rankingnya jauh lebih naik berbanding dengan negara lain.

Kalaulah ini yang disarankan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat mestilah melihat perkara ini secara menyeluruh. Hendak ranking tinggi kita kena buat macam itu.

Kalau hendak ranking lebih terkawal, ini tidak boleh, itu tidak boleh, mungkin ranking kita jatuh sikit. Ini perkara yang sebenarnya, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi yang mana, Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat atau Yang Berhormat Shah Alam?

final • 5:50 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat Batu Pahat dulu.

final • 5:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang media council. Saya rasa ini yang perlu disegerakan dalam soal kebebasan media di negara kita ini. Yang menjadi isu kepada kita ialah apa pun kebebasan yang kita berikan jika sekiranya media itu tidak articulate dalam menyampaikan berita dan mesej, ia tidak akan bermakna juga.

Oleh sebab itulah kita sering mendengar kes-kes saman malu dan sebagainya.

Maksudnya ada orang menyalahgunakan kebebasan sebab dia tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita seperti ini yang masih kita rasakan perlu ada kawalan-kawalan tertentu. Kebebasan, kalau sekiranya media tidak articulate ia tidak akan membina pemikiran. Oleh sebab itulah bagi saya, kalau ada cadangan hendak menghapuskan Akta Printing, tidak perlu sebenarnya, yang perlu diselesaikan dulu ialah bagaimana media itu bertanggungjawab dan articulate.

Kalau kita lihat dari segi pelbagai kes, adakah setiap tahun empat hingga lima akhbar ditutup.

final • 5:50 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Kita lihat pembangkang pun, dia ada media dia tetapi dari segi articulate, tidak juga. Kadang-kadang dia menimbulkan cerita-cerita yang sepatutnya kita ambil tindakan saman malu. Sebab itulah, akhirnya media concern itu lebih penting sebenarnya untuk menyelesaikan masalah kebebasan akhbar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri apabila menyebut tentang perbandingan Ghana, nombor 15 berbanding dengan negara kita ini, jauh tetapi Ghana bukan sebuah negara yang maju dan membangun.

Sebab itu, dalam perkara ini saya rasa, yang menjadi isu ialah sama ada kita articulate ataupun kita bertanggungjawab.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Sebenarnya kalau melihat ranking, Israel itu dianggap sebagai antara negara yang baik dari segi kebebasan dan sebagainya.

Tentang media council ataupun suruhanjaya media, apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Rembau, sebenarnya bukan hanya media council tetapi suruhanjaya pengaduan media seperti PCCD di United Kingdom ataupun Press Conference Commission dengan izin, dan itu adalah satu perkara cadangan yang baik. Saya rasa itu bukanlah cadangan baru dan Insya-Allah akan saya bawa perkara ini bersama-sama dengan menteri-menteri yang lain. Ini banyaklah perkara lain, kalau ada masa nanti. Boleh saya masukkan, mungkin yang ini hendak tambah pasal RTM.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam yang melihat siaran langsung perbahasan Dewan Rakyat ini secara positif walaupun ia setengah jam. RTM sedia menimbangkan cadangan siaran langsung ini dipanjangkan selepas kerajaan mengkaji segala faktor untuk melanjutkannya.

Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang saya rasakan sepatutnya kita sama-sama dapat manfaatkannya. Silakan. Yang Berhormat Shah Alam dahululah ya.

final • 6:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Saya dahulu lah ya?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 6:00 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, sama ada menteri setuju bahawa siaran langsung persidangan Parlimen haruslah dipanjangkan, kesemua question time satu jam setengah, dan sama ada menteri setuju bahawa persidangan Parlimen yang lain haruslah disiarkan dalam internet dan radio.

Seterusnya sama ada menteri akan menyokong penubuhan satu jawatankuasa pemilih atau select committee untuk mengkaji isu-isu siaran langsung sidang Parlimen seperti apa yang dibuat oleh Parlimen Australia ataupun Parlimen Britain. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Semuanya kita kata kita berada di dalam kajian.

Saya bersedia mengkaji tentang perkara ini. Sebagaimana yang saya sebutkan, ini adalah merupakan satu perkara yang dilihat perkara yang baru. Saya tidak tahu apakah kesannya kepada keseluruhan rakyat. Mungkin kita suka, tetapi tidak tahu apakah rakyat suka kesannya? Sebab itulah kita katakan tempoh sekarang tempoh percubaan.

Saya juga telah sempat melihat negara-negara lain, misalnya, tidak semestinya semua negara di dalam dunia, negara yang baik menyiarkan sepenuhnya sidang Parlimen mereka dan ada negara yang menyatakan menyesal kerana membuat sepenuhnya dan akhirnya mungkin orang tidak tengok, itu satu.

Yang keduanya, terdapat trend di mana apabila sidang sepenuhnya dibuat, Ahli- ahli Parlimen berkenaan lebih berminat untuk bercakap kepada galeri, kepada orang-orang kampung dia. Isu bukan isu yang pokok, tetapi isu yang dikehendaki hendak tunjuk kepada orang-orang kampung dia. Sebab itulah kita dalam ujian kita pada hari yang pertama, saya terasa hampir-hampir keadaan itu berlaku Tuan Yang di-Pertua. Masing-masing lebih berminat hendak tunjukkan kebolehannya hingga sepanjang masa tersebut hanya perkara yang remeh-temeh.

Saya bimbang sekiranya perkara ini berlaku berterusan, pandangan orang, pandangan rakyat negara ini kepada Parlimen kita amat buruk dan amat negatif sekali.

Orang tidak percaya, bukan tidak percaya kepada kami sahaja, tidak percaya kepada Yang Berhormat di hadapan dan tidak percaya kepada seluruh Parlimen kita dan ini amat membahayakan.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hai, satu hari sahajalah.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sebab itulah saya rasakan bahawa ini adalah tempoh percubaan dan kita akan buat kajian sama ada ia berterusan atau tidak.

final • 6:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu. Hendak bagi Yang Berhormat? Hendak bagi yang mana Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Siapa dahulu tadi? Batu Gajah dahululah ya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa alasan diberi bahawa apa yang dibangkitkan pada hari pertama adalah perkara remeh- temeh, ada Ahli hendak tunjuk kehebatan kepada orang kampung, itu adalah alasan yang langsung tidak boleh diterima. Biar rakyat mengadilinya apabila pilihan raya umum sampai.

Kalau Dewan Undangan Negeri Selangor boleh adakan live, apakah boleh diterima alasan bahawa Ahli Parlimen akan membangkitkan hal remeh-temeh dan menjadi halangan untuk Parlimen membuat siaran langsung ini? Jadi saya rasa alasan itu sangat sukar diterima.

Bukan menteri untuk memutuskan apa yang kita bangkitkan adalah remeh-temeh. Biar pengundi yang memutuskannya. Jadi saya pohon penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat, kalau Selangor hendak buat siaran langsung melalui web, dia boleh teruskan. Begitu juga dengan negeri lain sudah banyak buat melalui web. Negeri Terengganu di bawah Kerajaan Barisan Nasional, sudah lama buat. Bukanlah satu perkara yang kata, Kerajaan PKR sahaja yang boleh buat benda ini, negeri lain pun ada, tetapi teruskan.

Dari segi hendak dapatkan maklumat, saya rasa semua orang boleh mendapat Hansard sepenuhnya secara bertulis. Boleh digunakan dan boleh didapati melalui internet.

Ini telah dibuat oleh Parlimen kita. Cumanya kita katakan secara terbuka, kita buat ujian.

Kalau kita hendak bercakap tentang remeh-temeh, saya tanya orang PAS, “Apakah setuju dengan misalnya pakaian sesetengah yang ada pada kita, misalnya?” Hendak hujah sampai bila, tidak habis, tetapi kita juga, kami juga daripada peringkat Kementerian Penerangan misalnya, yang RTM di bawah kami, yang mempunyai penonton yang luas, kami merasakan bahawa ini adalah tanggungjawab kami melindungi Parlimen. Melindungi Parlimen daripada kemungkinan rakyat menolak Parlimen keseluruhannya akibat daripada perlakuan yang dianggap tidak baik... [Dewan riuh]

final • 6:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Rembau Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah melihat bagaimana persepsi orang terhadap Ahli-ahli Parlimen di tempat-tempat yang tertentu.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Seputeh, diam Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Yang hari-hari mereka bergaduh, bertumbuk dan sebagainya, maka mereka pergi kepada syarikat-syarikat besar. Tidak lagi percaya kepada kerajaan, tidak lagi percaya kepada Parlimen, tidak percaya lagi kepada ahli-ahli politik. Ini berlaku dalam banyak negara-negara di dunia dan perkara inilah saya rasa kita perlu ingatkan.

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Alhamdulillah, dengan ingatan kita pada hari yang pertama, saya nampak Yang Berhormat begitu agak sopan, lebih berhati-hati semua dan saya ucapkan terima kasihlah kepada semua... [Dewan riuh]

final • 6:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat Shah Alam sahaja daripada tadi.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Penerangan dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa yang isu tentang pornografi, tentang nilai-nilai yang tidak secocok dengan masyarakat kita, saya rasa itu smoke screen untuk menutup persoalan yang lebih besar, yang lebih penting, yang mana kita inginkan kebebasan media ini ialah untuk ia menilai dan mengkritik kepimpinan negara, dasar-dasar dan sebagainya.

Janganlah kita hendak gunakan cara penilaian yang digunakan oleh reporters without borders, mereka ada penilaian mereka sendiri dan sebagainya tetapi dia punya inti patinya, persoalan, kebebasan media adalah persoalan hak demokrasi yang diberikan kepada setiap rakyat untuk mengetahui apa yang ingin dan sedang dilakukan oleh kerajaan supaya kita boleh menilai sejauh mana kerajaan yang dipilih untuk mewakili kita, mewakili rakyat menjalankan amanah kepimpinan dan pemerintahan itu dengan cara yang terbaik.

Lalu apabila kita timbulkan isu pornografi, ini semua smoke screen.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun faham daripada ucapan Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi apa yang dimaksudkan dengan dia memberikan statistik tentang laporan-laporan coverage yang diberikan dengan izin, coverage yang diberikan kepada pembangkang-pembangkang di dalam akhbar sekian- sekian, dan sebagainya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jadi, saya ingin daripada Yang Berhormat Menteri untuk mempunyai satu pendirian yang jelas. Kita bukan soal kepentingan parti masing-masing. Ini soal hak rakyat untuk mengetahui supaya dia dapat menilai dan dalam negara-negara...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Di mana corruption perception index nya adalah tinggi, di mana corruption perception index nya adalah tinggi, amat penting supaya media ini dibebaskan. Supaya persoalan corruption yang persepsi masyarakat ia berlaku, boleh ditangani dengan baik.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Akhirnya, persoalan RTM tadi, saya bersetujulah dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Biarlah kalau MP-MP yang datang, dia hendak berlagak, dia hendak timbulkan isu yang remeh-temeh, benda yang kita beri kepada rakyat, dia kata membazir, kalau dia beri kepada IPP tidak membazir, beri kepada concessionaire tidak membazir, beri kepada rakyat, membazir! Biar rakyat nilai.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Saya hendak tambah sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Rembau di belakang.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi yang mana Yang Berhormat?.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya bagi Yang Berhormat Rembau sebab dia terlibat dalam.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Ini cara yang beretikakah daripada Yang Berhormat Seputeh bising macam ini?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya telah tegur Yang Berhormat. Sila yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Soalan saya secara ringkas.

Saya hendak berbalik kepada isu siaran langsung daripada Parlimen iaitu question time.

Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah bilangan penonton kumulatif daripada kita mula siaran langsung daripada hari pertama sesi Parlimen sampai hari ini. Adakah trend atau perkembangannya menunjukkan peningkatan ataupun adakah sebaliknya? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya memerhatikan dan memantau perkara ini. Secara purata setiap hari ialah antara 240,000 hingga 300,000 viewers berdasarkan pada kajian yang dibuat oleh AC Neilson tentang perkara ini.

Tidak boleh saya katakan bahawa ia berlaku keadaan semakin merosot tetapi ada naik turunnya setiap hari ia diadakan. Jadi kita menganggap ini adalah satu sambutan yang baik kerana pada waktu pagi dan mungkin kerana baru setengah jam, ada orang membawa TV ke pejabat masing-masing dan dibenarkan untuk menonton kerana sekejap, kalau lama mungkin berbeza keadaannya. Jadi ini juga antara perkara yang kita perhatikan.

Satu perkara lagi yang kita dapati bahawa cara Tuan Yang di-Pertua mengaturkan supaya tidak dilihat, tidak difikirkan atau disalah tafsirkan bahawa rancangan tersebut diatur seperti kalau yang bertanya soalan daripada pembangkang, kemudian soalan tambahan daripada kerajaan, kalau soalan daripada kerajaan yang kemudiannya soalan tambahan daripada pembangkang telah memperlihatkan satu suasana yang lebih baik dan kita rasakan ini adalah satu perkara yang menggalakkan. Izinkan saya ingin menambah sedikit lagi yang tidak habis.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Yang Berhormat, sedikit lagi.

Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Biarlah saya ini dahulu.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi Yang Berhormat. Minta maaf, dia tidak bagi.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Penjelasan, sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Sedikit Sahaja.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Saya ini Yang Berhormat memang baca Harakah.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat

Saya baca Harakah tetapi Harakah ini hendak beritahu bebas tak bebas articulate atau tidak, bertanggungjawab atau tidak. Saya dapati tidak ada pun dia mengkritik Kerajaan Kelantan sedangkan saya tahu di Kelantan itu banyak masalah, masalah kroni dan sebagainya berlaku tetapi tidak pernah kritik pun! Jadi macam mana hendak katakan keadilan dan kebebasan... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Itu surat khabar parti, parti, tuan.

final • 6:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Saya difahamkan.

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta penjelasan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, pasal surat khabar kita serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan saya percaya bahawa itulah imej keadilan atau imej adil yang bebas yang ditunjukkan oleh PAS. Jadi, saya rasa rakyat boleh menilainya.

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Izinkan saya meneruskan Yang Berhormat Baling menimbulkan perkara yang.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kemudian Yang Berhormat, duduk dululah.

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Penjelasan, penjelasan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya jelas dululah, nanti tidak habis ni. Yang Berhormat Baling menimbulkan perkara berkenaan dengan program bercorak keislaman di RTM dengan mengambil contoh ulangan siaran rancangan Program Bicara Mufti dan Khutbah Jumaat Negara selepas jam 12.30 pagi.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Bicara Mufti disiarkan melalui RTM 1 pada jam 6.30 hingga 7.00 pagi dan 1.45 pagi itu hanyalah siaran ulangannya sebelum siaran ditutup. Siaran ulangan rancangan ini selama 30 minit pada jam 1.45 pagi adalah atas dasar kesesuaian bagi mereka yang tidur lewat. Rating rancangan ini bagi minggu ke- 18 misalnya antara 27 April hingga 3 Mei adalah 109,000 orang.

Jadi saya rasakan walaupun ditayangkan pada waktu pagi, rancangan Bicara Mufti ini telah melangkaui penonton saya rasa lebih besar daripada ceramah-ceramah yang PAS buatlah, 190,000 orang.

Jadi walau waktu pagi ramai orang yang sembahyang subuh, dia dapat menonton perkara ini. Bagi rancangan Khutbah Jumaat, RTM1 memang turut mengulang siaran.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ceramah UMNO berapa ramai?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Pada jam 1.45 pagi bagi memberi peluang penonton yang tidak berkesempatan mengikut siaran rancangan tersebut yang disiarkan pada jam 1 tengah hari.

Yang Berhormat Arau telah mencadangkan agar media elektronik menerbitkan rancangan yang berkualiti dan dapat mencerminkan jati diri Malaysia dan boleh dieksport keluar negara.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Kementerian telah memperkenalkan sistem perolehan baru bagi pembelian rancangan-rancangan RTM bagi memastikan hanya drama tempatan yang berkualiti dapat diterbitkan dan ditingkatkan kualitinya. Diharapkan permulaan ini dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan TV tempatan ke arah menembusi pasaran luar negara.

RTM juga memastikan bahawa lebih daripada 70% kandungan bahan siarannya adalah kandungan tempatan. Yang Berhormat Arau tidak hadir, saya ringkaskan.

Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kota Belud telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Slot berita dari Sabah dan Sarawak dalam Warta Negeri telah ditingkatkan.

Saya telah berkesempatan ke negeri-negeri tersebut sebaik sahaja dilantik menjadi menteri. Saya telah membuat pengumuman bahawa kalau dahulunya hanya lima minit setiap hari Tuan yang di-Pertua, untuk Sabah dan lima minit untuk Sarawak pada keesokannya. Akan tetapi mulai 18 April yang lalu telah ditingkatkan jumlah masa bagi liputan berita Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 15 minit daripada setengah jam Warta Negeri.

Jumlah penonton bagi Warta Negeri ialah sekitar 244,000 ke 250,000 orang. Itu hanya rating yang dibuat di Semenanjung sahaja dan sudah tentu akan bertambah kalau dicampurkan dengan Sabah dan Sarawak. Jadi, kalau alasan mengatakan masa tersebut tidak sesuai dan orang tidak menonton tidaklah tepat kerana jumlah penonton yang telah dilihat menonton waktu siaran tersebut adalah satu jumlah yang kita rasakan tinggi.

Bagi Warta Perdana pula terdapat berita-berita berkenaan dengan Sabah dan Sarawak ada dan setiap berita yang disiarkan adalah berdasarkan nilai berita, tidak lagi dibuat hanya berdasarkan kepada negeri dan sebagainya ataupun individu dan sebagainya.

Kementerian pada masa ini belum bercadang untuk menubuhkan stesen televisyen khusus bagi Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Putatan membangkitkan persoalan tentang pelantikan 30 pegawai awam Jabatan Penerangan yang ditempatkan di Sabah di mana ianya perlu diisikan oleh anak negeri.

final • 6:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Untuk makluman Yang Berhormat terdapat lebih daripada 1000 kakitangan kementerian di Sabah. Dari jumlah tersebut hanya 30 orang kakitangan kementerian dan agensi yang berada di bawahnya berasal dari Semenanjung.

Namun pihak kementerian bersedia membuat penyesuaian terhadap jumlah tersebut berdasarkan kepada keperluan sedia ada.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sila.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Saya tidak tahu kenapa Kerajaan Persekutuan tidak mahu menimbang untuk menubuhkan semula TV3 atau membentuk semula stesen TV untuk negeri Sabah ini.

Dalam ucapan saya, saya ada mengatakan bahawa keadaan di Sabah dan Sarawak agak unik sedikit dengan sistem Kabinetnya.

Di Sabah sendiri mempunyai 11 Kabinet, di mana menteri-menteri dipertanggungjawabkan untuk membentuk dasar-dasar kerajaan dan dalam masa 15 minit yang setahu saya diselang-selikan sehari Sabah, sehari lagi Sarawak. Saya tidak tahu sama ada itu boleh menyebabkan rakyat tahu tentang dasar.

final • 6:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi apa yang saya minta dari Yang Berhormat Menteri supaya menimbangkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan televisyen ini kerana selain daripada untuk menyebarkan maklumat ini perlu juga untuk kita ketahui bahawa di negeri Sabah ini ada juga kawasan-kawasan dan rakyat yang masih belum fasih dalam bahasa Melayu, bahasa Malaysia! Mereka fasih dalam bahasa ibunda. Jikalau kita gunakan bahasa ibunda itu dalam RTM1 dan RTM2 mungkin tidak begitu praktikal kerana dia adalah sebaran ke seluruh negara.

Selain daripada itu, dahulu juga RTM mempunyai satu stesen di Sabah dan dimansuhkan. Tidak ada sebab mengapa satu stesen yang baru di bawah kawal selia dan juga di bawah urusan RTM dan Kementerian Penerangan itu bukan di negeri Sabah.

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas ingatan yang diberikan. Kita sedia berbincang bagaimana untuk meningkatkan lagi penyiaran tentang berita-berita daripada Sabah yang dapat dikongsi bersama.

final • 6:10 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Saya bimbang sekiranya Sabah ada TV mereka hanya untuk Sabah sahaja, Sarawak untuk Sarawak sahaja. Ianya tidak membantu untuk merapatkan jurang perbezaan. Saya pergi ke Sabah dan Sarawak. Saya mengingatkan kepada mereka supaya sekarang ini mesti dipertingkatkan lagi corak pemberitaan dan kualiti pemberitaan.

Isu 15 minit selang sehari tidak timbul. Sekarang ini saya telah memberitahu bahawa sekurang-kurang 15 minit. Tidak ada lagi selang sehari bagi Sabah dan Sarawak, bergantung pada nilai berita. Sebenarnya, 15 minit itu boleh sampai kepada 15 cerita, 15 berita yang boleh dikeluarkan kalau diandaikan satu berita satu minit. Ia memerlukan kakitangan yang lebih ramai, lebih berkualiti untuk menambahkan, meningkatkan lagi siarannya.

Saya sudah mengingatkan supaya selepas ini lebih banyak drama-drama, acara- acara hiburan yang berlatar belakangkan Sabah dan Sarawak. Jadi, tidaklah saya katakan bahawa berlakunya berat sebelah di mana sebahagian drama-drama berasaskan kepada Semenanjung sahaja. Sila.

final • 6:20 PM

Dato’ Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Hendak tanya sedikit. Tuan Yang di-Pertua, kalau Kementerian Penerangan tidak merasakan ini adalah satu perkara yang serius ataupun perlu ditandatangani sekarang, apakah Kementerian Penerangan boleh memberi kebenaran kepada ASTRO untuk menyediakan satu saluran untuk negeri Sabah dan Sarawak. Saya sewaktu berada di luar negara contohnya Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang untuk komuniti-komuniti kecil di bandar-bandar besar, mereka mempunyai studio yang simple untuk menyiarkan berita mengenai komuniti tersebut.

Jadi, mungkin dalam saluran ASTRO ataupun kita boleh siapkan satu stesen ataupun studio di negeri Sabah khusus untuk berita sahaja. Saya tidak pernah mengatakan bahawa TV3 atau TV untuk negeri Sabah itu khusus untuk berita-berita ataupun rancangan- rancangan negeri Sabah tetapi perlu kalau mungkin ASTRO dibenarkan untuk membuat saluran khusus untuk negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi.

Pertamanya, ASTRO bukan di bawah Kementerian Penerangan. RTM insya-Allah akan mempertingkatkan kualitinya melalui pendigitalan di mana kita sendiri mempunyai keupayaan suatu masa nanti mempunyai 10 ataupun lebih saluran. Ini mungkin memberi peluang kepada pemuatan, content-content tempatan termasuklah yang bersifat kedaerahan, bersifat kenegerian dan sebagainya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan bahawa pada 23 hari bulan...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebelum berakhir itu, minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. RTM ini adalah merupakan lidah kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang apa yang kerajaan buat. Kerajaan sudah buat macam-macam dari segi ekonomi, sosial, pelajaran, macam-macam tetapi kita dapati rakyat merasakan seolah-olah tiada apa yang kerajaan buat. Apa fasal ini? Sebab ada communication gap dengan izin, mesej tidak sampai kepada rakyat.

Kalau kita tengok, dibandingkan dengan perkara-perkara yang membangun ini, Malaysia adalah negara yang paling ke hadapan sekali dari segi pembangunannya.

Namun, rakyat banyak yang tidak puas hati. Pergi undi parti pembangkang yang tidak buat apa. Fasal apa? Kalau mereka puas hati dengan apa yang kerajaan buat tentulah dia tidak akan mengundi parti pembangkang. Jadi, yang mengundi parti pembangkang ini mereka seolah-olah tidak dapat mesej. Telinga tidak dengar, mata tidak lihat, ini tidak masuk...

[Menunjukkan isyarat di kepala] Jadi saya dapati RTM sekarang ini lebih berjaya menjadi satu wadah kepada hiburan. Banyak hiburan, drama-drama, balik-balik filem. Balik-balik P. Ramlee, lepas itu filem-filem yang diimport daripada luar. Diimport daripada sampai Latin, Amerika, Mexico dan sebagainya. Kalau kita tengoklah, saya rasa tidak tahu berapa percent daripada air time pergi kepada hiburan. Tidak membawa manfaat kepada rakyat dan merugikan kerajaan. Undi kita berkurangan...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, dengan sebab itu, saya minta Tuan Yang di-Pertua kepada menteri yang baru ini, saya tahu seorang yang begitu kreatif, begitu terbuka, begitu gigih untuk membetulkan keadaan ini. Saya mintalah perbetulkanlah perjalanan RTM ini supaya ianya betul-betul menjadi saluran maklumat yang berkesan penyampaiannya kepada rakyat. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak di atas ingatan beliau. Kalau dilihat sebenarnya, drama 10% sahaja kalau dilihat dalam RTM.

Begitu juga hiburan; 7.5%. Yang lainnya ada remaja, kanak-kanak, komedi, movie; 5.71%.

Selepas itu, berita; 30.53%. Ertinya berita itu masih lagi mendominasi, cumanya bergantung pada waktu.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, sorry.

Berita itu tidak berkesan... [Ketawa] Berita ada, tetapi maklumat tidak sampai... [Ketawa]

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, perlu kita sedari pada waktu sekarang berbeza dengan 20, 30 tahun yang lalu di mana, sumber mendapatkan maklumat hanya daripada TV dan RTM. Sekarang rakyat ada pilihan. Ada TV3, ada ASTRO yang berpuluh channel, kita ada internet, kita ada broadband yang orang mempunyai pilihan begitu banyak sekali pada waktu sekarang.

final • 6:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sebab itulah, kita rasakan bahawa pendekatan nilai berita itu...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah ketuk Yang Berhormat. Nampak Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Ya, saya rasa...

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Kalau tidak ketuk, tidak dengar.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, tidak payah ketuk Yang Berhormat. Nanti mic rosak Yang Berhormat. Tidak payah ketuk.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Sudah hendak tutup dah ini.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah banyak.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta sedikit laluan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang, Teluk Intan dan Gopeng Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sedikit sahajalah. Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini bahawa kebanyakan tayangan yang dibawa dalam RTM banyak lebih menjurus kepada hiburan. Walaupun dalam bentuk macam-macam, movie dan sebagainya tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita hendak mendidik rakyat. Persoalan di sini ialah saya ingin tahu sejauh mana penapisan drama-drama yang ditayangkan, dilakukan, begitu juga dengan filem-filem yang dibawa masuk ke negara kita.

Kita melihat kebanyakan tayangan-tayangan yang ditayangkan itu tidak memberi kesan positif kepada rakyat di mana dengan pakaiannya, dengan gaya ceritanya yang tidak menaikkan semangat cintakan kepada agama, cintakan kepada negara untuk kita melahirkan kesedaran menjadi rakyat yang beretika.

Jadi, seolah-olah dalam drama-drama ada unsur keganasan, perkara-perkara yang tidak elok seperti percintaan yang boleh merosakkan moral remaja. Jadi, sejauh mana pemantauan dan penapisan dibuat terhadap filem-filem drama yang ditayangkan di dalam RTM. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Terima kasihlah di atas pandangan tersebut.

Sebenarnya, rancangan agama pun banyak tetapi maaflah disebutkan ada ramai orang, agama ada tetapi dia hendak tengok drama, movie, hiburan, maka lebih banyaklah dilihat RTM itu sebagai hiburan. Namun, jangan bimbang sebagaimana yang saya beritahu tadi, apabila proses kita mendigitalkan, kita banyakkan saluran. Sekarang ini kita bergantung pada dua saluran. Dua saluran semuanya hendak dimasukkan, itu yang jadi segala- galanya ada di situ.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Kita tahu trend dalam dunia sekarang, saluran TV yang bersifat rojak. Segala-galanya, dalam berita, hiburan, drama ada di situ, sudah dianggap agak ketinggalan zaman. Sekarang ini, zaman sekarang ialah zaman ada pengkhususan. Ada berpuluh channel. Kalau berita, berita sahaja. Sukan, sukan sahaja.

Kalau ada agama, agama sahaja.

final • 6:20 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Kita akan menuju ke arah itu dan akhirnya rakyat akan diberi pilihan sama ada yang tengok yang agama, yang agama dan seterusnya yang lain.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Indera Mahkota, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Di sini saya dapat rasakan terdapat percanggahan. Ada satu pihak hendakkan kebebasan, ada pihak hendakkan banyak penapisan. Jadi saya rasa jalan tengah yang terbaik ialah Kerajaan Barisan Nasional...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota?

final • 6:30 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Akhir sekali saya ingin ingatkan di Dewan yang mulia, tanggal 23 hari bulan ini ialah satu peristiwa yang penting iaitu keputusan mahkamah mengenai Pulau Batu Putih, RTM ingin mengorak sejarah untuk menayangkan ataupun untuk melaporkan secara langsung dari The Hague, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tentang seluruh perjalanan sesi penghakiman siaran tersebut dan sama-samalah kita mendoakan bahawa keputusan mengenai perkara ini memihak kepada Malaysia.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?

final • 6:30 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Itu sahaja.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri sudah habis, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Semua pandangan, saranan dan teguran akan diberi perhatian sewajarnya oleh warga kementerian ini. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Kementerian Sumber Manusia.

final • 6:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Batu Pahat dan Yang Berhormat dari Putatan minta kementerian menyediakan rancangan yang bersesuaian untuk memberi latihan tambahan kepada graduan kerana graduan kita kekurangan kemahiran tambahan yang menyebabkan pengangguran. Bagi mengurangkan pengangguran dan membantu graduan menganggur mendapatkan pekerjaan, kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah seperti pelaksanaan kursus Software Development Specialist Training Program yang dijalankan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan kursus ini memberi peluang kepada graduan menganggur yang berkelulusan dalam bidang ICT untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pembangunan pakar perisian. Sehingga bulan Mac 2008, seramai 1,256 orang telah diberi latihan di bawah kursus ini dan daripadanya sebanyak 96% pelatih yang telah menamatkan latihan berjaya mendapat pekerjaan.

Baru-baru ini kita mengkaji satu lagi konsep iaitu konsep corporate school di mana majikan akan menawarkan peluang kerja dan kemahiran pekerja kita akan dikaji dan apa- apa kelemahan mereka akan diambil kira dan latihan tambahan diberi kepada mereka untuk menyesuaikan mereka kepada kerja yang diberi itu.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ipoh Barat, Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Bagi saya habis dahulu...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Selain daripada latihan semula... I’ll give you a chance afterwards. Sit down... [Ketawa]

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk, Ipoh Barat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kementerian dengan kerjasama IPTA dan IPTS telah mengadakan Karnival Pekerjaan di IPTA dan IPTS untuk mendedahkan peluang-peluang kerja di pasaran kepada para graduan dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Sebanyak lapan Karnival Pekerjaan telah dijalankan di IPTA dan IPTS pada tahun 2007, manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Mei, sebanyak tiga karnival telah dijalankan dan seramai 5,264 graduan telah memperoleh pekerjaan melalui Karnival Pekerjaan pada tahun 2007, manakala 2,031 graduan telah memperoleh pekerjaan melalui Karnival Pekerjaan pada tahun 2008. Ipoh Barat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syabas kepada pelantikan Yang Berhormatlah kerana walaupun bukan presiden satu parti tetapi seorang yang layak.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa kita perlu retraining atau macam-macam program.

Let’s get the facts, dengan izin, ada sesuatu yang tidak kena. Saya selalu berpendapat bahawa kementerian Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat itu seorang pakar mata and all that, most qualified in that field tetapi saya rasa the most important yang kita lepas adalah bahawa kementerian telah terlepas tanggungjawab atau tidak ada tanggungjawab langsung kerana mengambil retraining selepas misfit.

Kita ada graduan-graduan yang pergi ke universiti, dapat macam-macam degree tetapi selepas itu tidak dapat kerja dan Kementerian Human Resources ingin menolong mereka. We got double, bukan double tragedy, double amount of payment to be done.

Kenapa ini berlaku? Bukankah satu usaha yang lebih positif diperlukan supaya satu di antaranya ialah kita dapat graduan-graduan yang dapat menjalankan kursus supaya mereka mendapatkan kerja. Bukankah ini lebih baik?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jimatkan wang rakyat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya pakar kulit, pakar mata... [Ketawa] Seperti Yang Berhormat telah beritahu, bidang di mana banyak graduan tidak mendapat kerja ialah yang mendapat ijazah di dalam ICT dan di dalam sains sosial. Soal mengapa ialah mengapa di dalam pilihan kursus dan isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat telah diambil kira di dalam jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan di mana tumpuan telah diberi kepada mewujudkan satu tuju arah yang baru di mana keperluan industri akan diambil kira dan institusi-institusi latihan kita termasuk IPTA dan IPTS akan diberi panduan dan nasihat supaya mengeluarkan tenaga kerja yang sesuai seperti yang diperlukan oleh industri pada masa sekarang.

So perkara ini diambil kira. Di dalam masa yang akan datang, tenaga kerja yang akan diwujudkan akan dikhususkan kepada keperluan industri. Baru-baru ini di kementerian kita, kita telah melancarkan blueprint untuk pembangunan kemahiran di mana asas blueprint ini ialah untuk kerja dengan industri di mana daripada apa yang saya boleh cakap, supply driven dahulu, sekarang latihan dalam bidang kemahiran melalui...

final • 6:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta laluan.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Skop yang dipanggil demand driven.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Pasir Salak.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Pasir Salak.

final • 6:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kita berasa berbesar hatilah dan ucap terima kasih kepada pihak kementerian dengan usaha yang berniat baik. Walau bagaimanapun, saya dapati melalui perbincangan saya dengan

final • 6:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

pegawai Kementerian Sumber Manusia, program yang dijalankan untuk siswazah ini, lepasan universiti ini diberi kursus ICT dan lain-lain, tidak ada tindakan susulan sama ada selepas itu mereka ini benar-benar mendapat kerja dengan jurusan yang dimaksudkan itu sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Pada kajian saya, yang mendapat untung besar daripada program ini ialah IPTS yang ditubuhkan macam cendawan tumbuh semata-mata untuk mengambil peluang bajet kementerian yang begitu besar. Kalau tidak silap saya, RM400 juta kah, suatu masa dahulu untuk program ini. Ada yang buat vocational institute di kedai-kedai, di merata Kuala Lumpur ini. Kedai-kedai, shop houses buat vokasional untuk buat ICT latihan itu. Apabila bajet sudah habis, suruh tutup. Jadi saya ingat pihak kementerian, Yang Berhormat Datuk...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Supaya betul-betullah ianya memberi manfaat...

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Bolehkah saya jawab?

final • 6:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Kepada pelajar yang lulusan universiti.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, di dalam program ini daripada bilangan pelatih yang berdaftar iaitu yang sudah habis mengikuti kursus, lebih daripada 96% telah mendapat kerja dan itu menunjukkan bahawa program ini telah mendapat kejayaan.

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun] ■1840

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat tentang apa yang berlaku pada masa dahulu di mana ada institusi-institusi swasta dibuka ialah satu perkara yang benar tetapi kita dah ambil kira perkara ini. Buat masa sekarang ...

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri,

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

... ya.

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...90% itu angka daripada mana itu? Sebab saya berjumpa dengan pegawai pengurus kementerian ...

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Menyampuk] Angka sendiri.

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

... Mereka sendiri tak boleh bagi laporan 90% ataupun berapa peratus. Ini angka betul ke ini?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini sangkaan yang tak baik.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Datuk Speaker, saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahak. Kalau seorang ahli Barisan Nasional mengatakan bahawa angka tidak boleh dipercayai...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, nak minta jalan Yang Berhormat?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka boleh membangkang perkara-perkara yang macam ini, tidak berasaskan kepada bukti saja, saya akan teruskan.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak minta jalan Yang Berhormat?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat mendapati Akta Kerja ....

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...itu dah lain.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Namun yang mustahak kalau Yang Berhormat Pasir Salak tak percaya kepada angka, kita perlu memberi satu penerangan yang tertentu. Something is wrong!

final • 6:31 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Menyampuk] Ha, ya lah!

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kerana mungkin Yang Berhormat perlu bagi tahu macam mana Yang Berhormat memperolehi angka-angka tersebut kerana kita fikir private entrepreneurs telah mendapat keuntungan dan mempunyai angka-angka 98%!

Saya sendiri tak percaya!

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah. Baik Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya pembangkang tapi saya percaya ini adalah yang benar. Yang Berhormat Pasir Salak, walaupun saya tak suka apa yang dinyatakan, banyak kalilah tapi dia kawan saya tapi tak apa. Kita hormat pandangan- pandangan beliau. Saya hormat. I respect you.

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bahagian mana yang tak suka itu?

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu cerita lainlah. You nice. [Ketawa]

final • 6:31 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa]

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, suka atau suka-suka di antara Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Salak dan Yang Berhormat Ipoh Barat itu terpulang kepada mereka. Bagi pihak kementerian, kalau ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat untuk membuktikan bahawa ...

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

So where do you get the figures? Where do you get the figures?

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak payah macam itu Yang Berhormat. Biar dia jawab Yang Berhormat. Biar menteri jawab.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita perlu pengesahan. Mana dapat statistik itu?

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Saya dah memberi bukti tapi kalau ada Ahli Yang Berhormat cakap ini ialah maklumat yang salah,...

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

No, we are not in the government! When we take over government, we will reveal.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Sama-sama masa Yang Berhormat menyalahkan ini boleh memberikan bukti, so yang menyalahkan ini boleh memberikan bukti. Saya akan teruskan.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan. Teruskan Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau tiap-tiap perkara yang kita cakap ini ada dipertikaikan, ada betul ke salah, kita tak boleh memberi jawapan di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

This is gutful truth man!

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat,..

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Jesus Christ is coming to say something.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, tak boleh mencelah macam ini Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...Very important. Kalau Yang Berhormat Menteri kata semua tak percaya, tak langsung, nothing to do with us. That’s it! You must say...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia dah katakan Yang Berhormat Ipoh Barat, kalau Yang Berhormat Ipoh Barat ada bukti yang sebaliknya, Yang Berhormat boleh buktikan.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...You must say, Yang Berhormat Menteri perlu bagi tahu mana asas, mana dapat asas itu? Macam fasal...

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kalau Ahli Yang Berhormat memerlukan maklumat ini secara tulis saya boleh beri kepada dia.

Terima kasih.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekarang. Sebagai seorang menteri, on the dot, off hand, off hand reveal!

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena minta jalan Yang Berhormat. Tak boleh bangun macam ini dan bercakap!

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan, saya perlu penjelasan.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Datuk Speaker,...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, saya tak beri jalan.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Oh tak bagi? Itu cari jalan penyelesaian.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jangan lari dari tanggungjawablah!

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya tahu tanggungjawab saya Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuala Langat mendapati Akta Kerja tidak pernah memperuntukkan umur persaraan. Beliau mencadangkan umur persaraan dilanjutkan ke usia 65 tahun untuk memperkasa dan menjana hak pekerja.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Akta Kerja tidak menetapkan had umur persaraan pekerja. Sektor swasta diberi kebebasan untuk menetapkan umur persaraan yang sesuai bagi pekerjanya. Penetapan umur persaraan bagi para pekerja di sektor swasta adalah mengikut terma kontrak perkhidmatan masing-masing. Manakala bagi para pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja, umur persaraan mereka ditetapkan di dalam perjanjian kolektif yang dipersetujui di antara majikan dan kesatuan sekerja.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat nak bagi jalan? Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:31 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat duduk Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang bangun saya dulu. Tak apa, dia kawan saya juga.

final • 6:31 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kerana memberi ruang kepada saya. Yang saya minta ialah apakah pandangan Yang Berhormat Menteri sekiranya kalau diwartakan umur persaraan itu dalam Akta Kerja yang melindungi hampir lapan juta orang. Collective agreement hanya segelintir, tak sampai 10%. Saya memohon Yang Berhormat Menteri prihatin kepada mereka-mereka yang tidak berpersatuan. Saya mencadangkan supaya ianya diwartakan. Semoga mereka-mereka yang tidak berkesatuan dibela nasib mereka dalam konteks persaraan. Terima kasih.

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Perkara-perkara yang sama, sedikit saja.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sedikit saja, sedikit saja. Pada tahun 1998, perkara yang sama saya bangkitkan kerana dalam Employment Act ada khusus menteri ada kuasa humanist akan setuju bahawa persaraan, age of retirement age boleh dinyatakan. Kenapa hingga sekarang tidak boleh dinyatakan kenapa menteri cari jalan yang lain mengatakan bahawa ini adalah persetujuan di antara pekerja dengan majikan?

Saya rasa itu salah guna terma atau Yang Berhormat mungkin tidak tahu bahawa ada section. If I not mistaken, section 63. Maybe you can look at it.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih ahli Yang Berhormat. Pada masa sekarang, peluang diberi kepada majikan dan pekerja untuk menentukan di dalam bidang- bidang tertentu, umur untuk bersara. Ini pandangan keseluruhan. Ada pelbagai jenis pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang berlainan yang memerlukan kebolehan yang berlainan dan di mana ada pihak-pihak tertentu memerlukan umur di mana umur yang lebih muda dan ada kerja di mana mereka boleh kerja untuk jangka masa yang lebih lama. Oleh itu, kebebasan diberi kepada majikan.

Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, perkara dan apa yang telah dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat ini, kedua-dua telah diambil kira oleh kementerian saya dan kita sentiasa bincang tentang isu ini untuk mendapat satu...

final • 6:31 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

... Satu penyelesaian yang sesuai supaya isu berkenaan dengan umur persaraan di swasta ini boleh ditetapkan. Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:31 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Saya rasa salah satu masalah untuk menentukan umur persaraan ialah bahawa tidak wujud sistem tripartite di Malaysia, apa yang wujud adalah satu sistem ad hoc. Akan tetapi seperti mana yang tadi Yang Berhormat bagi tahu, kita tidak boleh serahkan tanggungjawab kepada majikan dan pekerja di mana 10% pekerja yang ada dalam kesatuan sekerja dan perkara ini tidak meningkat walaupun ada hampir sembilan juta pekerja di Malaysia. Di mana kerajaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab yang begitu serius sekali. Janganlah katakan kita bagi kebebasan kepada majikan atau pekerja sebab kebetulannya pekerja ini tak ada kebebasan dalam Malaysia sebab kesatuan mereka telah disekat. Mungkin ada faktor sejarah dan sebagainya. Boleh?

Apa jawapan Menteri Sumber Manusia?

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini pandangan yang tak betul Tuan Yang di-Pertua.

Kesatuan sekerja diberi kebebasan untuk membuat kerja mereka. Asas kepada undang- undang yang ada di dalam negara kita, mereka diberi peluang untuk mewakili hak mereka

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

dan mewakili mereka di dalam apa-apa perjanjian atau perbincangan di antara pekerja dan majikan dan konsep tripartite memang hidup di dalam negara kita dan kerajaan, majikan dan pekerja sentiasa ada perbincangan di dalam pelbagai jenis forum termasuk sosial dialog yang kita sentiasa adakan di dalam kementerian kita...

final • 6:31 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:31 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 6:31 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Dan perkara ini memberi satu tumpuan yang berat dan saya berkongsi pandangan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Batu Kawan bahawa konsep tripartite mesti dikekalkan, diikut dan diamalkan untuk mewujudkan satu suasana industri yang baik. Terima kasih, Yang Berhormat Batu.

final • 6:31 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 6:31 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ini berkenaan dengan ...

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia bagi Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat. Tak apa, dia bagi Yang Berhormat Batu.

final • 6:31 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, dalam isu kebebasan kesatuan, adakah menteri sedar bahawa Malaysia hanya mempunyai tujuh hingga lapan peratus daripada pekerja kita yang berkesatuan dan dari segi, kita jangan banding dengan negara-negara Barat tetapi dengan negara-negara Asia juga, kita adalah kalangan yang paling rendah.

final • 6:31 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Lagipun kita adalah sebuah negara yang berindustri, industrialize nation dengan izin. Tetap banyak sekatan dalam undang-undang kita dengan pembentukan kesatuan.

Saya boleh ambil contoh elektronik kita sehingga hari ini, industri elektronik tidak dibenarkan untuk menubuhkan industrial union atau kesatuan kebangsaan. Ini adalah satu contoh yang jelas dan perkara ini sudah banyak kali dibawa kepada ILO dan kawan-kawan kita dari MTUC pun pernah bangkitkan isu sekatan kita terhadap kesatuan.

So saya harap menteri yang baru ini dapat jelaskan ini dan juga mengambil satu komitmen untuk menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan ini supaya kita juga boleh mengiktiraf konvensyen-konvensyen ILO tentang kebebasan konvensyen yang membenarkan kebebasan kesatuan. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, kebebasan untuk menubuhkan kesatuan sekerja diamalkan dalam negara kita. Apa yang diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat bahawa cuma 10% daripada tenaga kerja adalah ahli kesatuan sekerja adalah satu perkara yang betul. Akan tetapi pada masa sekarang, kerajaan tidak menghalang sesiapa pun untuk mewakili atau menjadi ahli di dalam mana-mana kesatuan sekerja, itu terpulang kepada pekerja. Mereka boleh pilih untuk menjadi ahli di dalam kesatuan sekerja. Ada saya tahu di mana tempat ada kesatuan sekerja, ada pekerja di tempat itu, tetapi mereka tidak mahu menjadi ahli. So ini adalah satu perkara kebebasan mereka.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Elektronik, elektronik.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Nanti, ini adalah kebebasan mereka, kita tidak boleh pada masa yang sama menggalakkan mereka menjadi ahli dan pada masa yang sama juga kita tidak boleh memaksa mereka menjadi ahli. Ini adalah kebebasan mereka. Oleh itu, kalau bilangan pekerja yang menjadi ahli itu ialah satu isu, itu terpulang kepada pekerja.

Tentang kesatuan sekerja elektronik ini, pada masa sekarang hak pekerja-pekerja di dalam bidang elektronik dikawal, kerajaan memberi peluang supaya mereka boleh membuat, menubuhkan kesatuan sekerja di dalam in-house union yang telah dibenarkan oleh kerajaan. Pada masa sekarang kita telah mengkaji kebolehan untuk menubuhkan kesatuan sekerja elektronik di dalam regional atau yang diasaskan kepada negeri dan ini

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

adalah satu perkara di dalam kajian kementerian. Jikalau kita sudah membuat satu keputusan muktamad, kementerian akan membolehkan perkara ini.

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, nak bagi jalan? Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Ipoh Barat?

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Subang.

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang baru. Tadi Yang Berhormat Menteri telah berkata ada kebebasan untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Saya faham menteri adalah baru, mungkin menteri belum fasih dengan peruntukan dalam Akta Kesatuan Sekerja. Saya cuba menjelaskan sedikit dan tanya satu soalan. Apabila kita kata ada kebebasan, kita kena faham maksud itu.

Saya ingin bandingkan dua keadaan di mana majikan sebagai satu syarikat, apakah kebebasan majikan menubuhkan satu company untuk berniaga? Kita banding dengan keadaan di mana pekerja-pekerja ingin menubuhkan kesatuan sekerja supaya mewakili mereka. Kita bandingkan perbezaan.

Untuk menubuhkan satu syarikat untuk berniaga, kita pergi ke Companies Commission, isi borang, bayar duit, terus dapat, tidak ada isu. Dalam 24 jam kita boleh membeli satu syarikat dengan harga RM2,000 tetapi apabila pekerja ingin menubuhkan satu kesatuan sekerja sama ada in-house ataupun khususnya di peringkat kebangsaan, mereka kena memohon dan penubuhan kesatuan sekerja itu terpulang kepada budi bicara menteri. Bukan menteri saja, director general, dengan izin. Jadi inilah bezanya, sebab itu ILO kita tahu sudah menganggap undang-undang yang menindas hak pekerja dan menyekat hak mereka menubuhkan kesatuan sekerja secara bebas ...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

... Seperti mana yang diperuntukkan di negara lain.

Jadi Tuan Yang di-Pertua dengan izin, saya mengatakan di sini dan untuk jawapan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tidak faham apakah maksudnya kebebasan menubuhkan kesatuan sekerja. Adalah jelas pekerja-pekerja tidak ada kebebasan itu sebab terpulang kepada budi bicara DG dan menteri itu. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana dunia pun ...

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat, nak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bersekali dengan soalan yang sama.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Permohonan mesti dibuat untuk mendaftarkan kesatuan sekerja.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bersekali dengan soalan yang sama.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya akan teruskan jawapan.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kemudian Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Di mana-mana tempat di dunia pun ada undang- undang dan ada pihak di dalam kerajaan yang mesti dirujuk dan kebenaran diberi sebelum sesuatu pertubuhan boleh ditubuhkan. Oleh itu, di dalam negara kita pun melalui akta yang

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

kita ada, semasa pekerja-pekerja mahu menubuhkan satu kesatuan sekerja, memanglah di bawah akta mereka kena membuat permohonan.

Akan tetapi ini tidak menghalang kebebasan mereka. Proses permohonan, proses kelulusan, itu adalah satu perkara yang biasa. So dengan inilah ada berapa ratus kesatuan sekerja di dalam negara kita yang semakin aktif, kalau tidak ada kebebasan, mana mereka boleh jadi aktif. Yang Berhormat Kuala Langat, cepat.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedar atau tidak Yang Berhormat Menteri pada Julai 2007, satu pindaan rang undang-undang di bawah Akta Perusahaan dan Akta Kesatuan 1959 telah berlaku di Dewan ini yang mana menyempitkan lagi dan menyusahkan lagi rakyat kaum pekerja ketika hendak menubuhkan kesatuan. Di bawah pindaan seksyen 9, diberi ruang 14 hari selepas mengusulkan pengiktirafan, selepas itu dianggap tidak sah. Namun pihak kementerian menunggu sehingga 7, 6 tahun untuk membuat proses pengiktirafan yang mana dalam secret ballot dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dikira pada 5, 6 tahun dalam isu tarikh pengiktirafan.

Di mana letaknya hak kaum pekerja untuk ditegakkan? Makin lama undang- undang, makin diketatkan dan disempitkan untuk kaum pekerja bergerak dalam kesatuan.

Mana mungkin dalam 5, 6 tahun kita boleh mengembalikan dalam suasana yang sebelum, ini menyukarkan. Saya percaya dengan pindaan ini, sebenarnya bukan merangsang tetapi menyekat dan membunuh pemimpin-pemimpin untuk ditubuhkan kesatuan mereka.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya mohon penjelasan adakah pindaan ini menyelesakan ataupun menyenangkan? Ianya tidak Yang Berhormat Menteri, sebenarnya ia membunuh kaum pekerja.

final • 6:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya support penuh-penuh Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak payah sokong-sokong Yang Berhormat, ini bukan usul.

final • 6:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya sokong kerana pada tahun dulu bila saya ...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak apalah, duduk Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

...You can check the Hansard, bila saya berhujah di sini Yang Berhormat Alor Gajah dia lari. Bila saya di sini, dia got maximum full power kerana kita ada 20 orang di sini, sekarang dan 82 orang, sudah lain.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Okey Yang Berhormat, terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya harap Yang Berhormat Menteri akan jawab soalan Yang Berhormat Kuala Langat, dia lebih arif tentang perkara ini. Saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahak, saya rasa we must acknowledge the truth, lets amend and lets work with the workers.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, selepas sesuatu kesatuan sekerja ditubuhkan, apa yang diperlukan ialah pengiktirafan oleh majikan supaya kesatuan sekerja ini boleh mendapat kuasa supaya mereka boleh mewakili pekerja di dalam apa-apa perbincangan yang diadakan di antara kesatuan sekerja dan majikan. Pada masa itu, satu perkara yang mustahak ialah kita sebagai satu kerajaan, kita mesti memastikan bahawa pekerja-pekerja yang ada kerja di dalam bidang itu memberi sokongan mereka supaya kesatuan sekerja ini boleh mewakili mereka di dalam apa-apa perbincangan.

final • 6:50 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Itulah asas pemindaan yang telah dibuat dan saya berharap saya boleh teruskan Ahli Yang Berhormat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:00 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Boleh bagi laluan?

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat. Teruskan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuala Langat pun telah membangkitkan isu pindaan seksyen 30 iaitu berkenaan dengan Akta Perhubungan Perusahaan ...

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Lari dari tanggungjawab.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah. Duduklah Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

... yang dikatakan membatasi dan menjejaskan hak pekerja. Seksyen 30 Akta Perhubungan Perusahaan telah dipinda dengan memperkenalkan satu subseksyen 6(a) yang memerlukan Mahkamah Perusahaan untuk mengambil kira faktor-faktor tertentu di dalam Jadual Kedua. Jadual itu mengadakan satu garis panduan dalam perkiraan gaji kebelakangan dan sebarang pampasan atau pembayaran yang hendak diberikan dalam kes pembuangan kerja. Pindaan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan dan kebaikan kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kementerian juga telah mengambil tindakan untuk mengurangkan masa penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan dengan meneliti semula proses dan meningkatkan usaha melalui conciliation.

Untuk makluman Yang Berhormat Mahkamah Perusahaan telah berjaya.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada dua.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya akan beri peluang. Saya akan beri peluang.

Telah berjaya menyelesaikan sebanyak 70% kes-kes pembuangan kerja dalam tempoh 24 bulan. Akta ini dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008 dan hanya kes-kes pembuangan yang dilaporkan pada atau selepas 28 Februari 2008 tertakluk kepada jadual dua jabatan yang mengehadkan gaji ke belakang kepada 24 bulan.

Jabatan Perhubungan Perusahaan dapat menyelesaikan pada tahun ini sebanyak 90% daripada kes yang diterima selepas 28 Februari 2008. Sebagai perbandingan di negara Australia di bawah Work Place Relations Act, mengehadkan gaji kebelakangan tidak melebihi 6 bulan gaji. Di United Kingdom gaji kebelakangan tidak melebihi 6 ½ bulan sahaja.

Pindaan kepada seksyen 30 Akta Perhubungan Perusahaan dalam konteks ini adalah untuk memperkemaskan undang-undang berkenaan bersesuaian dengan keperluan semasa. Subang.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, nanti dulu. Ahli Yang Berhormat, saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat ramai yang mudah lupa. Ini penggulungan perbahasan. Bermakna Yang Berhormat Menteri menjawab kepada isu-isu yang telah dibangkitkan sewaktu perbahasan. Yang minta untuk mengganggu interjection ini semata-

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

mata untuk minta apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri, daripada jawapan kepada isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan.

Bukan pada ketika ini Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri dan mengemukakan hal-hal baru selepas itu seolah-olah ia ada satu perbahasan balik. Bermakna kita berbahas dua kali. Jadi kalau ini Ahli-ahli Yang Berhormat faham mohon kerjasama, kerana apabila saya beri laluan ataupun Timbalan-timbalan Yang di-Pertua beri laluan, tidak ada penghujungnya. Kerana dalam perbahasan sememangnya tidak ada siapa yang mahu akur kalah kerana tidak ada pengadil yang kata siapa menang dan siapa kalah.

Menteri kalau boleh, kalau umpamanya tidak mahu beri laluan boleh tidak beri laluan kerana tugas Yang Berhormat Menteri ialah semata-mata menjawab kepada apa yang dibangkitkan dalam perbahasan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu perkara penting. Semasa perbahasan kita semua dihadkan masa. Beberapa perkara yang kita tidak boleh.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur jangan bagi tahu...

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ipoh Barat, Ipoh Barat.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Barat. Jangan bilang sekejap kerana sekarang saya sedang bercakap dan kalau boleh Ahli Yang Berhormat tolong duduk dulu.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua sudah habis. Untuk mendapat....

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Ipoh Barat kerana itu pemasyhuran mesyuarat kita. Duduk dulu Ipoh Barat baru saya mahu bercakap apa yang dikemukakan ini.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sudah cakap.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu. [Dewan riuh]

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Okey.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini ditimbulkan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini ditimbulkan bahawa sewaktu perbahasan kita tidak ada masa.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa tidak cukup oleh kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang kebanyakan menghabiskan masa. Apabila diberi ingat. Duduk dulu. Saya belum habis. [Ketawa] Macam sekarang inilah. Maka masa kita tidak akan selesai juga.

Jadi kalau bertanya, kita benarkan untuk bertanya tetapi cara bertanya jangan gunakan sewaktu penjelasan ini sebagai berbahas. Kerana kalau itu dibuat, bermakna perbahasan kita tidak pernah habis kerana ini penggulungan perbahasan. Sila, Ipoh Barat.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, with the highest respect to you, dengan izin.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan hormat juga. Maka itu Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaupun ada yang terkeluar daripada peraturan mesyuarat, kita biarkan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sudah beberapa kali. Ini bukan kali pertama dalam tiga minggu saya berbahas di sini. Saya telah berbahas.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat, dalam kamar saya perhatikan. Sebilangan masa yang dihabiskan lebih kurang sejam Ipoh Barat sahaja fasal

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

penjelasan. Kerana setiap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri, Ipoh Barat tidak setuju. Jadi bermakna itu perbahasan.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan. Tuan Yang di-Pertua, saya anak penoreh getah. For me is very important to take this human resources right to the end.

Untuk saya, untuk kementerian lain tidak berapa mustahak. Tuan Yang di-Pertua perlu memberi ruangan yang lebih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh beri ruang yang lebih, tapi jangan ruang itu ia menjangkaui peraturan mesyuarat.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok Hansard apabila saya berbahas, “Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Jangan.

Cukup, cukup.” Macam mana. Tidak cukup. Saya nak bahas mengenai hal-hal kepentingan masyarakat. Macam mana?

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Barat. Itu kita tahu.

Sekarang ini masa. Kalau dikira pun apabila saya bercakap begini, Ipoh Barat seharusnya duduk.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Setengah minit Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan setengah minit. Saya minta supaya Ipoh Barat minta penjelasan kepada isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan dan apabila samar- samar di situ dan tidak difahami oleh Ipoh Barat, baru tanya. Bukan bawa isu baru.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Okey, terima kasih. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa persaraan adalah tertakluk kepada qualitative agreement. Actually it’s not true. Kerana dari segi Employment Act, specific saya bukan kali pertama. Kalau tengok dalam Hansard, pada tahun 1998 saya telah bangkitkan Yang Berhormat Menteri ada hak untuk menentukan tarikh persaraan seseorang pekerja. The age of retirement. Kenapa ia tidak dibuat? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya dah jawab tadi Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya bagi kepada Subang.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dalam jawapan tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan kritikan yang dibuat terhadap pindaan yang dibuat pada tahun lepas. Pindaan yang menyekat pampasan kepada pekerja di Mahkamah Perusahaan kepada 24 bulan gaji. Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi adalah bahawa, Yang Berhormat Menteri buat perbandingan dengan negara-negara lain dan berkata di Australia adalah 6 bulan dan di United Kingdom adalah 61/2 bulan. Saya ingin memberi pendapat di sini dan minta penjelasan.

Perbandingan itu sebenarnya mengelirukan. It’s not, dengan izin tidak patutlah. Tidak wajar. Sebab perbezaan yang besar dalam negara-negara itu adalah bahawa pekerja boleh pergi terus kepada mahkamah untuk membuat saman mereka, perbicaraan mereka dijalankan dengan beberapa bulan sahaja. Kes-kes mereka habis dalam beberapa bulan, 3-4 bulan. Jarang melebihi 6 bulan.

Tetapi hakikat dalam negara kita, mereka pergi kepada conciliation dulu.

Conciliation pada hakikatnya sekarang kita sudah ada amalan umum. Kita ada realiti sekarang di mana kebanyakan kes dirujuk lepas 2 tahun daripada tarikh pemecatan. So, mereka sampai di mahkamah sudah 2 tahun atau 24 bulan. Selepas mahkamah habis perbicaraan, jadi lagi 2-3 tahun. So, ini bukan 2 bulan, 2 tahun. Proses di mahkamah ambil 2-3 tahun lagi. Jadi apabila mereka dapat award, penghakiman dalam Mahkamah Perusahaan, sudah sampai 5 tahun. So, jadi, apabila pampasan mereka disekat melalui pindaan ini yang diluluskan di Dewan yang mulia ini kepada 24 bulan gaji, itu merupakan satu ketidakadilan yang teruk kepada pekerja itu.

Jadi, itulah yang dibangkitkan. Jadi, jawapan yang diberi tadi dan perbandingan itu tidak patut dan saya minta pendapat Yang Berhormat Menteri, sama ada kerajaan akan

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

menimbang, mengkaji semula pindaan ini dan juga alih kepada keadaan dulu di mana tidak ada sekatan kepada pampasan mereka, satu.

Kedua, kita pinda skim sekarang dan membenarkan pekerja pergi terus kepada Mahkamah Perusahaan dan tidak melambatkan mereka melalui kes. Sekian.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Subang. Begitu caranya saya mahu dengar. Kerana minta penjelasan daripada apa yang telah dihujah oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan. Sila.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya menerima pandangan Yang Berhormat...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat kalau mahu bercakap berdiri point of order...

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini bukan kita bersembang-sembang.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sesi dahulu Yang Berhormat Subang tak ada sini. Saya susah. I was stranded. Satu orang saya 20 orang di sini.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, kalau Yang Berhormat Ipoh Barat punya tabiat sampai begini juga nanti lebih lagi.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Now 82 kita boleh affordable force.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lebih lagi nanti kalau Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

I suffered all this year.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tapi bukan cara begitu. Ada juga mungkin orang yang lebih suffering daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat sekarang ini sudah Ahli Yang Berhormat. Berkemungkinan suatu ketika nanti di sebelah kanan saya pula, dan akan juga mendapat soalan-soalan sebegitu dan mungkin juga anak Yang Berhormat nanti duduk di sini. Dia akan fire juga untuk macam mana menjalankan mesyuarat kalau semua tabiat macam Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila. [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Subang tadi telah memberi pilihan. Satu ialah boleh balik kepada keadaan dahulu atau memperbaiki sistem yang ada pada masa sekarang. So, apa yang kementerian sedang buat ialah untuk memperbaiki sistem yang ada pada masa sekarang untuk memastikan kalau boleh seberapa banyak... oleh sebab sekarang 70% daripada kes tidak diselesaikan di dalam tempoh 24 bulan. Kita berharap bilangan ini akan bertambah supaya kebanyakan, kalau boleh sampai 90% kes boleh diselesaikan dalam tempoh 24 bulan. Itulah harapan kementerian dan kita akan cuba di dalam proses ini.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau selepas beberapa tahun keadaan itu masih kekal bahawa kes memerlukan empat tahun atau lima tahun mungkin pada masa itu kita boleh kaji kemungkinan untuk pinda balik akta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat telah meminta...

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...supaya kerajaan memberi unemployment benefits kepada penganggur. Beliau juga mencadangkan supaya majikan membayar gaji 52 minggu kepada pekerja. Kementerian telah menjalankan beberapa karnival pekerjaan

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

untuk mendapatkan pekerjaan secara percuma bagi penganggur di mana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selain daripada peluang pekerjaan, latihan juga terbuka kepada penganggur untuk dilatih semula melalui institut latihan kemahiran di bawah kementerian ini. Ini adalah daripada beberapa langkah yang diambil oleh kementerian untuk membantu...

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Minta penjelasan.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Nanti selepas saya habis. Untuk membantu para penganggur mendapat pekerjaan secepat mungkin. Mesyuarat serta Majlis Penasihat Guru Kebangsaan yang terdiri daripada Kementerian Sumber Manusia, MTUC dan Persatuan Majikan Malaysia (MEF) pada akhir tahun 2007 telah bersetuju supaya kajian mengenai penubuhan Skim Faedah Pemberhentian Pekerjaan dibuat.

Kementerian dalam hubungan ini meneruskan perbincangan dengan pihak kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan mengenai cadangan penubuhan skim tersebut.

Persetujuan tiga pihak ‘tripartiteism’ dan kajian terperinci adalah perlu untuk membolehkan kementerian menubuhkan satu sistem yang berkesan, sustainable dan sesuai dengan keadaan di Malaysia.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Ya, terima kasih...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Barat. Ada seorang Ahli Yang Berhormat...

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

...Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang saya bangkit...

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Oh okey, okey.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai reconciliation tribunal sebelum seseorang pekerja itu pergi ke Mahkamah Perusahaan saya mendapati bahawa Menteri Sumber Manusia akan mengambil tahu tentang aduan oleh pekerja tersebut, dan mengeluarkan surat mengatakan... kadang-kadanglah, bahawa tuntutan itu tidak sewajarnya dirujuk kepada mahkamah.

Jadi adakah menteri sebenarnya memberi perhatian sepenuhnya kepada kes-kes sebegitu? Oleh sebab saya dapati bahawa ini adalah satu situasi di mana banyak masa dibuang, sebab di bawah kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, Kaedah 53 apabila pergi ke judicial review dengan izin, kerana ini mengambil masa yang lama. Jadi adakah cadangan oleh Yang Berhormat Menteri untuk meminda undang-undang untuk membenarkan pekerja- pekerja terus pergi ke Mahkamah Perusahaan tanpa pergi ke menteri dahulu. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, semasa satu pembuangan kerja dibuat contohnya; kadang-kadang perkara ini dibuat mengikuti dan mematuhi segala perkara yang ada di dalam undang-undang yang kita ada pada masa sekarang. Pekerja diberi pampasan mengikut apa yang dia patut dibayar dan majikan sebagai satu majikan yang bertanggungjawab, telah mematuhi segala syarat yang ada di dalam perjanjian mereka dan di dalam akta-akta tersedia yang ada pada masa sekarang.

Kalau di dalam keadaan sedemikian kalau pekerja itu masih memohon supaya dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan, pihak kementerian dan pengurusan perusahaan setelah mengkaji dan telah memuaskan bahawa apa yang dilakukan adalah mengikut segala syarat dan majikan telah menunjukkan sebagai majikan yang bertanggungjawab, telah menunaikan segala perkara yang patut ditunaikan oleh majikan ini, mengapa kes ini patut dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Ini ialah keadaan.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Pada masa sekarang pun dengan mengambil kira perkara ini lebih kurang 2,500 kes dirujuk tiap-tiap tahun kepada Mahkamah Perusahaan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau kita tidak buat sedemikian mungkin bilangan yang akan dirujuk ialah banyak kes-kes yang sebenarnya tak patut dirujuk kepada mahkamah. Ini ialah asas keputusan yang dibuat oleh kementerian di dalam usaha untuk mengesyorkan satu kes supaya pergi ke Mahkamah Perusahaan atau tidak. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Bagi laluan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Cadangan, cadangan.

final • 7:10 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Laluan.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Boleh? Boleh? Okey. Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, ini soalan saya pendek perlu penjelasan. Masalah yang terbesar dalam hubungan industri ialah dua akta iaitu Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan. Di dalam kedua-dua akta yang menentukan hubungan industri ialah menteri ada kuasa mutlak. Ini yang jadi punca masalah kenapa kes-kes ini tidak dipindah ke Mahkamah Perusahaan sebab menteri akhirnya akan menentukan mana akan dipindah, mana tak akan pindah.

So, saya ingin tanya sama ada, kerajaan bercadang untuk mengurangkan kuasa mutlak Menteri Sumber Manusia? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Banyak akta di dalam negara kita menteri diberi kuasa. Ini adalah asas Tuan Yang di-Pertua. Menteri diberi kuasa kerana akta menganggap dan ini adalah satu sangkaan yang baik bahawa menteri seorang yang bertanggungjawab dan akan menjalankan kerjanya sebagai seorang yang bertanggungjawab.

Jadi dalam hal ini, kuasa ini diberi bukan kepada menteri sebagai orang perseorangan, dia mewakili kementerian. Dengan mewakili kementerian sebagai satu unit telah membuat kerja untuk mengkaji kes, mengambil kira segala perkara yang berlaku di dalam kes dan selepas itu kementerian membuat keputusan. Maka keputusan ini dibuat oleh menteri sebagai menteri di kementerian itu. Itu adalah proses yang berlaku pada masa sekarang.

Walaupun sedemikian, kita sedang dalam usaha untuk mengkaji balik semua proses untuk melicinkan supaya kes-kes yang dirujuk dapat diambil tindakan secepat mungkin dan keputusan boleh dibuat dengan cepat supaya keadilan boleh diberi kepada pekerja-pekerja yang terlibat.

final • 7:10 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya minta untuk meneruskan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan keadaan rumah, kemudahan asas dan taraf hidup pekerja ladang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis, kementerian telah menjalankan pemeriksaan ke atas banyak ladang dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pemilik ladang...

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Mematuhi Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Asas Pekerja....

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Di bawah Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah panggil Yang Berhormat. Dia tak kasi laluan.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...1990 adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan bekalan air paip percuma...

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tak bagi?

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Dan mencukupi daripada sumber untuk pekerja dan tanggungan mereka.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita singkir sama dialah.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Wait. Melalui usaha kementerian, satu perjanjian bersama antara MAPA, NEPW telah dicapai di mana majikan diwajibkan menyediakan 35 gelen bekalan air daripada sumber awam secara percuma bagi tiap-tiap pekerja tertakluk kepada lima penghuni. Terdapat majikan yang mendapat bekalan air secara buckle meter dengan caj komersial.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Untuk kegunaan kilang, pejabat dan lain-lain kegunaan, charge kegunaan selebihnya akan dikenakan secara purata kepada setiap rumah pekerja. Syarikat-syarikat bekalan air bersedia untuk menyediakan bekalan air secara kadar domestik dengan syarat, majikan ladang perlu mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan dan menanggung kos bagi menyediakan saluran paip dari paip utama ke setiap rumah pekerja.

Sistem Mengupah Para Pekerja Ladang ditetapkan melalui perjanjian bersama antara pihak MAPA dan NEPW yang akan dikaji setiap tiga tahun melalui perundingan antara kedua-dua pihak tersebut. Berhubungan dengan insentif pula majikan akan membayar pekerja price bonus jika dapat kenaikan harga kelapa sawit pada kadar tertentu yang telah ditetapkan.

Pada masa sekarang purata pendapatan pekerja ladang iaitu penoreh getah ialah daripada RM800 sampai RM1,200 sebulan dan untuk pekerja di ladang kelapa sawit ialah lebih kurang RM1,200 sebulan. Kemudahan kesihatan turut disediakan dengan percuma oleh pihak ladang kepada para pekerjanya dan para pekerja boleh menggunakan klinik yang disediakan untuk mendapatkan rawatan.

Bantuan untuk melanjutkan pelajaran juga memang disediakan melalui pinjaman atau biasiswa daripada agensi yang berkaitan termasuk yang ada di dalam kementerian kepada para pelajar yang layak tanpa mengira sektor. Oleh kerana itu, anak-anak pekerja ladang yang layak, boleh memohon bantuan bertujuan untuk melanjutkan pelajaran. Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya telah bangkitkan bukan kali pertama mengenai pembayaran weekly based.

Saya rasa Yang Berhormat beralih kepada perkara yang lain mengatakan this, that, that, that tetapi you are not coming to the point.

Tuan Yang di-Pertua, kita bekerja selama 52 minggu. Kenapa kita hanya dibayar gaji hanya untuk 48 minggu sahaja? Itu soalan saya. Kalau di negara Barat, they don’t cheat us. The government is the first to safe guard dengan izin, safeguard the people.

Macam kita semua, kenapa kita perlu kerja 12 bulan dan bagi satu bulan bonus, semua ini tipukan?

They are lying to the people dengan izin. The truth is, kita perlu dibayar weekly based. Saya beberapa kali, bukan kali pertama dalam tiga tahun lalu, dahulu Datuk Seri Dr.

Fong Chan Onn bekas menteri, Yang Berhormat bagi Alor Gajah, dia tidak faham! Dia tidak faham langsung! Apabila saya cakap, ‘woo, ooo’ dia bingung Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak bingung, kalau begitu ‘woo, ooo’ sesiapa pun bingung, saya pun mulai bingung Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, dia tidak faham. I think its very important kerana apabila dia jawab, dia kata “perlu ambil rekod yang banyak, perlu paper work yang banyak”, tetapi senang sahaja, kita tahu. Kalau kita bayar dengan weekly base, ia akan menguntungkan pekerja-pekerja. Kenapa kita hanya dibayar gaji untuk 48 minggu sahaja, sedangkan pekerja-pekerja di negara ini bekerja untuk 52 minggu, itu soalan saya yang pertama.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar dia jawab dahulu yang pertama itu.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tolong habiskan kedua-dua soalan itu.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Belum habis. Yang kedua adalah Skim Tun Abdul Razak. I think Tuan Yang di-Pertua, tahun 1972, kita sudah bermula. Saya pernah tanya soalan ini sepuluh tahun dahulu. Mereka berkata ada macam-macam rancangan.

Langsung rancangan-rancangan itu tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pekerja- pekerja yang ada di ladang-ladang.

Itu kita kena akui dan kerajaan telah gagal dengan sepenuh-penuhnya kerana tidak mengambil perhatian kepada pekerja-pekerja. Kenapa hingga sekarang kita ada situasi di mana pekerja-pekerja di ladang-ladang perlu ada demonstrasi untuk mendapatkan apa? Bukan gaji saya? Rumah di ladang-ladang tersebut. Is that too much? Negara kita dikatakan full of employment. Semua itu ‘autakaralah’. Semua tipu. Yang Berhormat...

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang tipu ini Yang Berhormat?

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sudah sangkaan jahat. Siapa yang tipu....

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

... Menteri...

final • 7:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa tipu siapa?

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat bagi Kinabatangan ini dia tahu. Dia lebih arif tentang perkara ini. Dia buat-buat tidak tahu.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, saya rasa mesej sudah pun difahami oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang ketiga, mengenai MAPA dan NEPW, boleh bayar gaji RM300 lebih untuk seseorang hidup dalam negara ini. We go for dinner for RM600.

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

[Bersorak] [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan saya, Barisan Nasional punya orang.

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya RM1.80 kuetiau hari-hari. That’s what I can afford. Tetapi inilah yang benarkan! Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh bersetuju dengan perkara ini. Kita cannot allow the market to decide apa yang berpatutan. Kerajaan patut responsible. Adakah Yang Berhormat bersetuju kepada saya bahawa kita perlu membawa undang-undang yang tertentu yang saya kata dalam perbahasan saya minimum rate.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, sila menteri.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu berkenaan rumah pekerja-pekerja ladang. Satu ialah rumah yang disediakan untuk pekerja ladang semasa mereka bekerja di dalam ladang. Ini disediakan oleh majikan dan sebenarnya kena mematuhi akta yang telah disediakan.

Isu yang dibangkitkan ialah, apabila ladang ini dibangunkan. Semasa ladang ini dibangunkan isu perubahan ini ialah satu isu yang telah dibangkitkan beberapa kali di mana semasa membangunkan sesuatu ladang apabila menjadi satu projek perumahan atau projek perindustrian, pekerja-pekerja ladang wajib diberikan rumah. Perkara ini ialah di bawah kerajaan negeri kerana semasa mereka memperoleh kelulusan untuk projek-projek sedemikian, ada perbincangan dengan pihak majikan dengan Kesatuan Sekerja Ladang

(NEPW) dan mereka membuat keputusan apa yang sepatutnya disediakan untuk pekerja- pekerja yang terlibat.

Ada kadang-kadang saya tahu di mana...

final • 7:20 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Ada salah faham di dalam hal ini. Pekerja memerlukan rumah berderet tetapi majikan menyediakan rumah pangsa kos rendah.

Perkara-perkara ini telah wujud dalam persefahaman yang telah dibuat di antara kesatuan sekerja dan pihak majikan di dalam proses pembangunan.

Perkara ini ada berlaku dan tentang MAPA dan kesatuan sekerja. Sebentar tadi sahaja Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan dan telah memperjuangkan kesatuan sekerja. Sekarang Ahli Yang Berhormat menyoalkan mengapa kerajaan membenarkan kesatuan sekerja ini membuat satu collective agreement dengan MAPA.

Ini adalah hak kesatuan sekerja. Pekerja-pekerja telah menubuhkan kesatuan sekerja, mereka sudah menjadi ahli di dalam kesatuan sekerja, mereka telah memberi kuasa kepada kesatuan sekerja untuk mewakili mereka dalam segala perbincangan. Satu keputusan di buat di dalam perbincangan. Maka sebagai kerajaan kita menerima apa keputusan yang mereka telah buat melalui kolektif agreement mereka. Ini yang telah berlaku.

Oleh itu, apa yang sepatutnya dibuat ialah, Ahli Yang Berhormat kena merujuk kepada kesatuan sekerja mengapa kesatuan sekerja menerima apa yang telah diputuskan...

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

No need a government.

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Boleh bagi laluan?

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya teruskan jawapan saya.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang saya bangkitkan which...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, I'm coming to that. Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat bagi Pasir Mas telah membangkitkan gaji minimum diantaranya seorang telah mencadangkan RM900 seorang telah mencadangkan RM2,000 untuk mengawal kenaikan kos sara hidup rakyat supaya tidak membebankan mereka memandangkan kos harga barang yang semakin meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, penetapan kadar upah wajar ditentukan satu oleh kuasa pasaran atau market forces tertakluk kepada permintaan dan penawaran iaitu demand dan supply. Kerajaan yakin dengan cara sedemikian, kadar upah di negara ini adalah lebih munasabah realistik dan kompetitif. Di samping itu...

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Penjelasan.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Wait, saya habiskan dahulu.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar dia habiskan dahulu.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Gaji pekerja juga ditetapkan melalui perjanjian kolektif iaitu collective agreement dan Majlis Penetapan Gaji. Majlis Penetapan Gaji ditubuhkan di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji bagi golongan pekerja yang mudah terjejas iaitu yang bekerja di sektor di mana tiada satu mekanisme yang berkesan dalam menetapkan gaji dan syarat pekerjaan.

Sehingga kini kerajaan telah menubuhkan sebelas Majlis Penetapan Gaji yang akan menetapkan gaji minimum dan syarat-syarat pekerjaan bagi golongan pekerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan. Kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menentukan gaji minimum mengikut sektor pekerjaan sekiranya terdapat keperluan untuk penemuan tersebut.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kerajaan giat mempromosikan pelaksanaan sistem ukhuwah yang dikaitkan dengan produktiviti iaitu productivity link to wages system. Sistem ini bertujuan untuk menentukan para pekerja dibayar kadar upah yang lebih saksama berdasarkan produktiviti.

Dalam masa yang sama pihak majikan juga mendapat faedah dalam bentuk menghasilkan produk. Sehingga bulan April tahun ini bilangan syarikat yang telah melaksanakan konsep ini adalah sebanyak 71 ribu syarikat yang melibatkan lebih kurang 2.6 juta pekerja. Di samping itu kerajaan juga sedang meneliti semula sektor lain bagi memastikan gaji yang diterima oleh pekerja ....

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga Yang Berhormat yang berdiri.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sesungguhnya dalam Asia ada dua negara sahaja yang tidak ada minimum wages. Satu Singapore dan Brunei termasuk Malaysia tiga yang lain semua ada. Bersetujukah dengan saya Yang Berhormat Menteri dengan adanya gaji minimum ini dengan kuasa yang Menteri ada kita boleh mengelak daripada kemasukan pendatang-pendatang asing dengan mengawal selia mereka dengan memberikan lebih ruang banyak pada pekerja tempatan. Dalam masa yang sama kita juga boleh mengatasi kadar kemiskinan RM691.

Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri supaya meletakkan gaji minimum sebagai gazet, sebagai warta sebagai satu rang undang-undang pada saiz syarikat yang boleh ditentukan oleh menteri sendiri. Saya memohon gaji minimum ini demi untuk memartabatkan kaum pekerja. Saya kira ini bukan susah sangat, saya tidak nampak benda yang susah. Cuma kita tengok sektor mana, saya setuju dengan menteri tetapi dalam sektor keseluruhannya kita boleh mengawal selia banyak aspek terutama sekali pada pekerja tempatan dan pekerja asing.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkiefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya percaya kita boleh buat.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua pada masa sekarang saya bersetuju kita ada lebih kurang 2.2 juta pekerja asing di dalam negara kita tetapi semuanya bukan tidak boleh di cakap tidak diperlu. Mereka ada yang datang yang masih diperlu walaupun ada rancangan untuk mengurangkan kita berharap mungkin di dalam dua tiga tahun ini boleh dikurangkan satu tahap, satu tahap yang kurang contohnya 1.6 juta yang ialah satu harapan oleh kerajaan. So pada masa sekarang isu gaji minima ini ialah bukan satu isu yang baru kita dah berbincang ini. Tiap-tiap kali masa perbincangan dengan

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

kesatuan sekerja perkara ini dibangkit dan kementerian menjawab kerana kita kena mengambil pelbagai beberapa isu.

Satu apa-apa gaji tadi semasa dua orang Ahli Yang Berhormat mencadangkan, satu mencadangkan RM900 satu mencadangkan RM2,000. Kalau saya tanya sepuluh orang, sepuluh orang akan mencadangkan sepuluh jenis angka oleh itu tidak ditetapkan apa yang minima ini. So ini menyusahkan kita dan gaji minima ini kalau ditetapkan akan diguna dari Padang Besar sampai Bintulu, dari hutan atau di sungai. Gaji minima yang sama dan termasuk kepada pekerja-pekerja asing. Contohnya ialah kita ada menetapkan RM1,200 dan tiap-tiap pembantu rumah asing yang ada di dalam negara kita mesti dibayar RM1,200. Ini kerana sudah menetapkan satu gaji minima.

final • 7:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini isu yang patut diambil kira oleh kerajaan di dalam membuat keputusan di dalam hal ini. Bukan kerajaan tidak mahu membuat keputusan.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia nampak Ahli Yang Berhormat, bukan dia tidak nampak. Dia nampak ini saya tidak tahu dia mahu kasi laluan ke tidak.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Bukan kerajaan yang ada satu apa-apa agenda lain seperti Ahli Yang Berhormat kerajaan pun ada bertanggungjawab kepada rakyat. Tetapi keputusan yang dibuat mesti ialah satu keputusan yang tidak akan meninggikan kos kehidupan di dalam negara kita. Tidak mengurangkan peluang untuk orang yang datang melaburkan di dalam negara kita peluang untuk mewujudkan peluang kerja untuk rakyat kita. Beberapa isu kena diambil kira sebelum kerajaan boleh menetapkan satu gaji minimum. Walau sedemikian pun isu ini tidak ditutup, masih dibincangkan dan pada masa yang sesuai, bila formula yang sesuai, satu angka yang sesuai kerajaan akan membuat keputusan, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sabar dulu Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Ipoh Barat sudah banyak kali tanya. Saya melihat memang ada keperluan dia untuk kerajaan membuat kajian ini secara fast track. Sebab negara kita menuju wawasan kemajuan negara maju dalam 2020, pertama. Kedua keadaan dunia pada hari ini, kenaikan harga barang mendorong kepada pekerja-pekerja kita mungkin ke arah yang mungkin mundur apabila gaji yang minima yang diterima tidak mencecah kepada keperluan.

Justeru itu saya meminta kerajaan dan kementerian ini membuat kajian dengan segera tanpa menunggu bila. Sebab rakyat mahu tahu juga bila kerajaan nak umum hendak buat keputusan. Jangan tangguh-tangguh ini perkara, kalau boleh katakan boleh kalau tidak katakan kerajaan tidak berkemampuan itu saja. Jadi orang tidak tahu, inilah tidak tahu, inilah Yang Berhormat Ipoh Barat terpusing sana kiri kanan sebab dia hendak tahu bilakah kerajaan hendak buat keputusan sedangkan kita melihat apabila keadaan ini berubah maka gaji minima itu dan kerajaan juga harus tanya sebab manifesto pembangkang baru-baru di Pulau Pinang. Dia gaji minima RM1,500 dia kata ini sudah buat ke belum mahu tanya juga balik, terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar dia jawab dulu.Ini...

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya dah jawab actually apa yang dibangkitkan itu.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang jawapan menteri daripada tadi minimum wages ini beberapa kali sudah dia jawab. Saya perhatikan betul-betul tapi mahu juga Ahli Yang Berhormat minta dia jawab.

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita mahu bila dia boleh umum.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bila menteri boleh umum kalau bolehlah di bawah Kementerian Menteri

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua tadi saya sudah jawab, saya sudah jawab. Baru saja saya jawab bahawa pada masa yang kita sudah mendapat keputusan yang baik, angka baik keadaan yang....

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bila mahu dapat? Tiga bulan, tiga tahun.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya tidak boleh jawab.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang itu dia tidak boleh jawab Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, rakyat tanya, kita jadi kita selaku wakil rakyat tanya menteri.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh paksa dia jawab.

final • 7:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi kalau rakyat tanya kita saya cakap saya tidak boleh jawablah. Tidak ada jawapanlah.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ada jawapan, tukar kerajaan ada jawapan.

.. [Ketawa]

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Pada masa sekarang...

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan duduk dulu. Yang Berhormat Ipoh Barat jangan buat komen-komen seperti begitu... [Ketawa]

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kerana Yang Berhormat Menteri enggan jawab. Saya tolong untuk jawab Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini belum lagi saya panggil untuk bercakap sudah bercakap Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua kita akan menubuhkan kerajaan tidak lama lagi. Jadi saya hendak the situation make it easier lah. Tidak perlu Yang Berhormat, dia boleh jawab apa dia mahu lagi empat bulan kita ada di sana. Apa kita hendak buat, bukan saya mahu.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kalau begitu tunggulah empat bulan baru tukar.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan sekarang...

final • 7:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Itu tunggu empat buat baru buatlah.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

.....Dia baru jadi menteri.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Ipoh Barat Penang punya tunai dulu.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila menteri. Duduk dulu Yang Berhormat Ipoh Barat duduk.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Buat masa sekarang Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua ada satu isu.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mahu kasi laluankah satu isu?

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tidak ada, tidak ada.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua ada satu isu saya hendak bangkitkan...

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ini floor dia, sama ada dia mahu atau tidak.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri akan faham untuk saya...

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu, mana satu mahu kasi?

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekejap saja.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Penghabisan,penghabisan. Dia kata penghabisan.

final • 7:30 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Bagi Yang Berhormat Klang.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Saya selalu ada bangkit perkara dengan izin, why don’t we have weekly wages kenapa kita ada monthly wages. Soalan yang tepat straight forward tolong beri jawapan, terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Masa seorang pekerja mencari kerja Tuan Yang di- Pertua ada dia buat kerja lepas itu dibayar secara harian. Ada yang dibayar secara minggu ada yang dibayar secara bulanan. Ini sudah ditetapkan masa you masuk satu kerja ini sudah ditetapkan gaji akan dibayar secara minggu. So di dalam kerja-kerja di mana gaji dibayar secara minggu mereka dibayar secara minggu.

So 52 minggu di beri 52 minggu ada yang pada masa sekarang contoh di dalam sektor awam masa kita mula kerja sahaja bayaran dia pada hari asas kepada tiap-tiap bulan sekali. Oleh itu gaji dibayar sebagai tiap-tiap bulan. So isu ini tidak dipertikaikan semasa pekerja itu dah masuk kerja sudah tahu ini bayaran harian kah, bayaran mingguan kah atau bayaran bulanan. So mengapa itu menjadikan ini satu isu pada masa sekarang.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah membangkitkan...

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak bukan setakat, Yang Berhormat Menteri tidak ada dasar yang tertentu.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya sudah faham. Tuan Yang di-Pertua saya sudah faham dan saya sudah jawab.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kita tidak boleh bagi kepada bargaining power kepada pihak pekerja. Apa dasar kerajaan, bukankah tanggungjawab kerajaan untuk membela pekerja dalam negara ini.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sampai pukul meja, Yang Berhormat Ipoh Barat tidak payahlah.

final • 7:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mana boleh. Bukan Tuan Yang di-Pertua, itu yang mustahak. Kalau kita tidak membela pekerja-pekerja tidak perlu kita ada satu Kerajaan Barisan Nasional, no use.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sudah kenyataan politik ini.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan Politik.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat tolong duduk dulu.

final • 7:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tunggu menang pilihan rayalah baru kita boleh tukar!

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah jawab berapa kali? Yang Berhormat Kinabatangan.

Sudah dijawab berapa kali. Bermakna apa Yang Berhormat mahu dari Ipoh Barat ini supaya dia pun interfere dengan market forcers.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan. Kita...

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kerana itu adalah apabila seseorang dah kata...

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

..Masuk kerja, dia sudah tahu.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan tahu Tuan Yang di-Pertua. Kalau seorang mendapat RM300 gaji, pekerja Tuan Yang di-Pertualah, dia bertanya, “Tuan Yang di-Pertua saya mahu RM700. Saya ada hak!”.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Sudahlah.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh kah? Benar, benar.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah. Cukup sabar dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudahlah.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh kah Tuan Yang di-Pertua? Boleh ke?

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

We want to practical Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudah dijawab.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan Tuan Yang di-Pertua. Kita mahu praktikal. Bargaining power lain. Sebagai satu kerajaan bertanggungjawab, kita perlu tolong kepada pekerja-pekerja. Itu tanggungjawab satu kerajaan.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau Yang Berhormat Menteri tak boleh...

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Sudahlah.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Jadi, jadi...

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kerajaan memang bertanggungjawab...

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bersetuju jawab singkat. Bermakna kerajaan tidak ada tanggungjawab. Ini adalah satu kerajaan yang tidak ada guna langsung... [Ketawa].

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu. Nanti dulu. Lain kali saya tidak benarkan sesiapa sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap cara begitu. Ini kerana semua yang kita duduk sini adalah memegang amanah daripada rakyat. Jikalau berbincang dengan cara baik, baik, bagus! Yang Berhormat kata 10 tahun yang lalu pernah duduk di sini? Ini bermakna, gunakan pengalaman itu apabila mencadangkan sesuatu, mempertahankan pekerja, cerminkan bahawa Yang Berhormat sendiri juga fighting for these people dengan cara baik!

Ini floor dia. Kalau dia kasi laluan boleh, kalau tidak pun boleh. Saya tengok Yang Berhormat Menteri daripada tadi memberi laluan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat sahaja. Saya suka ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah. Saya minta kerjasama supaya patuh kepada peraturan mesyuarat mesti diambil kira dalam semua perbahasan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu berdiri ini pasal apa? Soal minimum wage setuju ke atau, dia belum lagi bercakap pun.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Hei.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan untuk minimum wage.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu?

final • 7:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya minta penjelasan. Bukankah kementerian kalau mahu buat satu keputusan untuk pekerja, kita bukan mahu two way traffic kah? Kalau kita buat keputusan, sebelah berat kepada pekerja, itu kebajikan kalau tengah jalan sudah tenggelam ke laut apa dapat kita dapat kedua-dua pihak? Macam Yang Berhormat Ipoh Barat dia sebelah berat sahaja.

Kebajikan dia tak mahu jaga tapi paling mustahak kita mesti mahu paling. Betul kah? Minta penjelasan sikit.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Memang betul Ahli Yang Berhormat. Ini adalah konsep praktisme di mana kerajaan sebagai orang tengah di dalam hal ini untuk memastikan hak kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan dibela. Melalui ini kita akan mewujudkan satu keadaan harmoni industri yang baik. Ya, sila.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan kerajaan ini tak guna. Namun mereka juga mengawal beberapa negeri, termasuk negeri dia, Perak. Saya hendak tanya, adakah ada halangan dari undang-undang kalau sesebuah negeri itu diberi tanah untuk industri, dia mensyaratkan bahawa syarikat itu membayar gaji minimum paling kurang RM1,500, RM900 kah, RM2,000 kepada pekerja.

Adakah ditegah di bawah undang-undang kementerian Yang Berhormat? Adakah boleh?

Kalau boleh kita hendak ajak mereka menggunakan itu dulu kuasa mereka yang ada pada hari ini di negeri dia... [Tepuk].

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila menteri.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

Kita hendak tengok dia berguna kah atau tidak? Dia boleh buat kah tak boleh buat?

final • 7:40 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Beri Klang dulu.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ada kerajaan negeri yang telah menjanjikan Tuan Yang di-Pertua, mereka akan memastikan bahawa pekerja-pekerja di dalam negeri mereka akan dibayar RM1,500 tetapi ini satu pengumuman sahaja. Namun pada masa sekarang, sampai masa sekarang tidak ada apa-apa tindakan positif kepada arahan ini. So, terpulanglah kepada kerajaan-kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan apa yang telah dicadangkan dan menunjukkan kepada mereka apa yang kesan daripada itu.

final • 7:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato' Seri Azmi bin Khalid - Padang Besar

You go back first... [Ketawa]

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang sebagai satu kementerian yang bertanggungjawab...

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Show an example.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Kepada semua pihak akan melaksanakan program yang berlandaskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam apa yang telah dikatakan sebagai decent work…

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua minta.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang ada Yang Berhormat Klang Bangun.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Saya mahu tanya.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Merangkumi aspek-aspek yang menjamin hak pekerja dan mewujudkan peluang pekerjaan, mengekalkan keharmonian perusahaan, menyelesaikan pertikaian secara adil dan saksama, melaksanakan amalan keselamatan

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

dan kesihatan pekerjaan yang dinamik, membangunkan sumber manusia yang berdaya saing dan menyediakan jaringan keselamatan sosial. Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bangun duduk, bangun duduk, 50 kali dah... [Ketawa].

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa? Yang Berhormat Subang. Subang.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Subang or Yang Berhormat Klang?

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tunggu dari pagi Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa].

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri...

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, kalau mahu keluar, keluarlah dulu pergi ke tandas... [Ketawa] Bagi sejuk dulu badan pergi tandas... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya ataupun penjelasan saya dalam isu gaji minimum, sebab saya ada buat beberapa kajian mengenai gaji minimum di Malaysia.

Pada pandangan saya, gaji pekerja tidak ditentukan oleh supply and demand forces ataupun the interaction between penawaran dan permintaan. Sebenarnya gaji itu ditentukan is delivered policy ataupun we keep wages law untuk mengadakan gaji yang kurang, its delivered policy by the government and the private sector.

Untuk itu, kita dapati mangsa itu adalah pekerja Malaysia. Sebab apa yang berlaku sekarang, di mana-mana kilang di Malaysia, pekerja-pekerja luar asing migran workers dibawa di Malaysia dan dibayar gaji yang terlalu bawah sekali, very lower wages dan pekerja Malaysia tidak ada kerja. Banyak di kawasan saya di Klang sekarang, ada satu factory, ada dua, tiga factory sebenarnya, di mana pekerja luar negara dibawa ke Malaysia dan pekerja Malaysia dikeluarkan, entrance kan.

So, ini merupakan satu, kalau kita lepaskan penentuan gaji dengan supply demand forces, kalau kita lepaskan penentuan gaji dengan supply demand forces, mangsa itu adalah pekerja Malaysia. Namun kalau kita ada gaji minimum, maka this is become the hinders dengan izin, the hinders untuk membawa pekerja-pekerja luar negara datang untuk

final • 7:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

kerja di Malaysia as a first choice. So, saya fikir gaji minimum itu adalah penting supaya pekerja Malaysia dapat dilindungi dan diselamatkan.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta laluan.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Seperti yang...

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Soalan tambahan. Just one soalan tambahan. Just one minimum wages.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Masa sudah habis.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya jawab Yang Berhormat Klang.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang dia mahu jawab Yang Berhormat Klang dulu.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey baik.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya jawab Yang Berhormat Klang dulu. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah terangkan tadi bahawa isu tentang minimum wages ini kerajaan tidak tutup cerita itu masih di dalam perbincangan. Masih kita telah sedia untuk menerima apa- apa pandangan daripada mana-mana pihak berkenaan dengan hal-hal ini supaya kita boleh membuat satu keputusan yang baik demi kepentingan semua orang termasuk majikan, pekerja dan negara pada keseluruhannya supaya apa-apa keputusan yang dibuat ialah baik untuk semua pihak.

Namun isu yang lain yang telah dibangkit ialah tentang pekerja asing. Perkara ini pun saya dah bincang. Saya berkongsi di dalam pandangan bahawa, kerajaan telah hadkan, mengusahakan untuk mengurangkan keperluan pekerja asing dan kalau pekerja asing menjadi satu punca mengapa pekerja tempatan mendapat gaji yang rendah? Kita akan mengusahakan untuk mengurangkan kedatangan pekerja asing dan melalui ini akan menambahkan lagi peluang kerja yang ada untuk pekerja-pekerja tempatan dan diharap melalui ini gaji pekerja-pekerja tempatan ini akan naik. Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak memperbetulkan statement yang dibuat oleh Yang Berhormat sebelum tadi mengatakan bahawa negeri- negeri kalau diberikan tanah, dibuat kilang dan diberikan gaji minimum. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semua pekerja terlindung di bawah Akta Pekerja 1955, tidak ada pengecualian. Untuk makluman, negeri tidak boleh kerana akta ini tidak diubah, untuk pembetulan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 7:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ahli Yang Berhormat tadi semasa membuat cadangan telah mengaitkan itu dengan satu kuasa negeri di dalam meluluskan pelan ataupun meluluskan satu pembukaan satu industri. Ini adalah satu kuasa yang ada di bawah kerajaan-kerajaan negeri. Ya, Yang Berhormat Subang.

final • 7:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Isunya itu sahaja sebab tadi dalam soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi, kenapa negeri Perak tidak melaksanakan syarat gaji minimum RM1,500 apabila meluluskan dan jawapan Yang Berhormat Menteri ialah Yang

final • 7:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Berhormat Menteri menunggu pelaksanaan itu. Akan tetapi bukankah keadaan sebenarnya dari segi undang-undang isu syarat-syarat pekerjaan adalah isu di bawah bidang kuasa Persekutuan dan tidak boleh dibuat oleh kerajaan negeri. Ini disahkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor mengumumkan satu levi RM9 terhadap pekerja asing. Dengan serta-merta Yang Amat Berhormat Menteri mengumumkan dia tidak ada kuasa untuk membuat pengumuman itu.

Jadi, jawapan tadi adalah mengelirukan. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju jawapan tadi memberi gambaran bahawa negeri Perak ada kuasa untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 adalah tidak betul dan ini adalah di luar bidang kuasa mereka dan adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan Barisan Nasional.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Subang.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang betul, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kerajaan-kerajaan negeri sudah faham bahawa ada perkara yang di bawah kuasa mereka dan ada perkara yang di luar kuasa mereka seperti perkara levi tadi, tetapi mereka mengumumkan seolah-olah ini adalah di bawah kuasa mereka.

Itulah sebabnya tadi semasa Ahli Yang Berhormat bangkitkan itu beliau telah mengaitkan itu dengan satu kuasa yang ada di bawah kerajaan negeri iaitu kuasa meluluskan perindustrian. Saya menerima bahawa di dalam akta dan dalam perlembagaan isu-isu berkenaan pekerja-pekerja adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Walaupun sedemikian, macam mana kerajaan negeri boleh mengumumkan satu perkara yang mereka tidak boleh melaksanakannya.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Mohon laluan. Lipis.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, Yang Berhormat Lipis.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya, ya, mana?

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Duduk dululah Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi dulu Yang Berhormat Lipis.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Menteri di sebelah itu tidak boleh bagi arahan.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Duduklah, Yang Berhormat Menteri sudah bagi saya, you duduklah. Apa ini?

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah dulu.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan, Menteri di sebelah dia macam mana boleh beri arahan.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Kalau kita lihat gaji minimum atau minimum wages, dan gaji yang kita ada sekarang ini semuanya ada buruk dan baiknya tetapi apa yang penting bagi saya ialah saya percaya bahawa Kementerian Sumber Manusia sentiasa memikirkan sesuatu yang baik untuk kepentingan negara dan pekerja di negara ini.

Kalau kita lihat di sebelah sana, pada pilihan raya mereka mencanangkan tentang minimum wages ini, RM1,500, di kawasan saya sendiri pun ada perkara ini. Adakah perkara ini memang benar-benar mereka boleh lakukan atau semata-mata mereka hendak membohongi pekerja dan rakyat negara ini agar...

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Spekulatif.

final • 7:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

... Minimum wages ini untuk kepentingan mereka. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, Yang Berhormat Menteri. Soalan-soalan seperti begini mesti diajukan kalau itu di bawah bidang kementerian. Kalau tidak, tidak payah jawab kerana itu adalah soalan yang merupakan tidak termasuk dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita sudah membincangkan perkara tentang minimum wages itu dalam jangka masa yang lama, oleh itu saya akan mengakhiri jawapan saya. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan...

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mengenai foreign workers tidak jawab...

[Disampuk] Saya ada khusus, Tuan Yang di-Pertua, mengatakan bahawa kita ada terlampau ramai pekerja-pekerja asing di negara ini. Kita tidak perlu mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menjadi menteri with no power kerana pekerja-pekerja asing semua dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri. Semua misfit yang pergi ke ...

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dia tidak ada kuasa kenapa Yang Berhormat Ipoh Barat tanya lagi!

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sebab bila saya ‘taruh’ baru dia boleh bawa kepada Kabinet. Saya belum masuk Kabinet lagi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, sudahlah. Sudahlah.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Itu masalah, bukan masalah saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah, Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudahlah, sudahlah.

Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Ipoh Barat selepas sahaja sesi ini duduk di kantin, di ruang legar sana bercerita dengan secara ikhlas panjang- panjang. Ini bermakna buat cadangan yang ikhlas. Kalau boleh, kalau cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat ikhlas, terima.

final • 7:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Dalam bahasa perbahasan saya, saya ada memohon Yang Berhormat Menteri untuk melihat seksyen 37, Akta Pekerja 1955 iaitu kaum ibu diberikan ruang setelah melahirkan anak tiga bulan. Saya minta itu diberi penjelasan sebab saya sudah masukkan ke dalam hujah saya dalam perbahasan. Mohon diberikan penjelasan.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tentang kaum ibu itu adalah di dalam perbincangan kementerian. Perkara ini dibangkitkan kepada pihak kita semasa pihak MTUC telah datang berjumpa dan satu keputusan muktamad belum dibuat. Walaupun demikian, kita simpati dengan perkara yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Ahli Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Satu perkara yang mustahak. Minta maaf.

Satu perkara yang mustahak. Bilakah kementerian Yang Berhormat akan mengadakan perbincangan dengan MTUC? Mereka telah mohon dalam masa empat tahun untuk berjumpa...

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Akan tetapi saya telah jumpa.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bila? Dia hendak berjumpa dengan Perdana Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tiga, empat minggu dahulu.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Dengan Perdana Menteri?

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Dengan sayalah!

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menterilah... [Ketawa]

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa eloklah kalau dibincangkan di luar.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini yang tidak sempat saya jawab dalam masa yang singkat ini saya ingin memaklumkan bahawa kementerian saya amat menghargai teguran, komen, cadangan dan pandangan yang membina dan akan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya terhadap isu, cadangan yang dikemukakan.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Sama-sama.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna. Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong di Dewan yang mulia ini.

Seri Paduka Baginda telah menyentuh pelbagai aspek kesejahteraan rakyat yang menjadi matlamat dasar dan strategi kerajaan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut berusaha menyumbang ke arah pencapaian kesejahteraan ini dengan membangunkan dan memajukan sektor perdagangan secara seimbang dengan kepentingan pengguna.

Sumbangan kementerian yang saya terajui ini terhadap kesejahteraan rakyat pastinya memerlukan penambahbaikan strategi dan program yang sedia ada termasuk juga penggubalan peraturan dan perundangan di bawah tanggungjawab kementerian ini.

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda tempoh hari di Dewan yang mulia ini turut menjadi rujukan dan ukuran kepada keberkesanan strategi dan program kementerian ini dan penambahbaikan tanggungjawab itu. Maka saya juga turut mengucapkan berterima kasih di atas segala pandangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat ke arah itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah bertujuan untuk mengulangi ulasan-ulasan yang telah dibuat dalam Dewan ini oleh rakan-rakan saya yang telah berucap sebelum saya terutamanya latar belakang kepada soal kenaikan harga bahan api dan makanan yang merupakan satu keadaan dan masalah sejagat.

final • 7:58 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad

Izinkan saya menyatakan langkah-langkah dan pendekatan kementerian khususnya dalam menambahbaikkan perdagangan pengedaran dan pengurangan beban pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dalam senario yang sedemikian.

Pertamanya, penubuhan Jawatankuasa Anti-Inflasi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara sendiri dengan Ketua Setiausaha Negara sebagai urus setia kepada jawatankuasa ini jelas menunjukkan kesungguhan pendekatan kerajaan kepada soal dan kesan inflasi terhadap kesejahteraan rakyat.

Secara langsung jawatankuasa ini berkebolehan untuk menyusun semula keutamaan strategi dan program di bawah bidang tanggung jawab kerajaan dalam menghadapi soal dan masalah inflasi.

Keduanya kekerapan mesyuaratnya dan pendekatannya yang seimbang dengan melihat bukan sahaja kepada penstabilan harga dan bekalan barangan keperluan tetapi juga kepada pengurangan tanggungan perbelanjaan dan penambahan pendapatan menegaskan kepada penyelesaian yang menyeluruh dan segera.

final • 8:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini boleh membuat penilaian dan keputusan secara segera terhadap strategi dan program yang melibatkan peruntukan kewangan. Kemampuan ini meningkatkan kecekapan intra-kementerian dan jabatan dalam pelaksanaan strategi dan program anti inflasi.

Seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Rembau, sememangnya usaha-usaha kerajaan adalah tertumpu ke arah mengurangkan beban kumpulan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan suasana kenaikan harga barang-barang keperluan pada masa kini. Dasar Jaminan Makanan Negara yang sudah pun dirangka bersama dengan peruntukan kewangannya yang tersendiri adalah bertujuan:

(i) ke arah memastikan penambahan bekalan makanan melalui tindakan-tindakan jangka masa terdekat, sederhana dan ke hadapan;

(ii) menambah baik pengurusan sistem subsidi kepada barangan perlu; dan

(iii) menambah baik penyampaian serta pengedaran barang-barang perlu yang dikawal harga atau bersubsidi agar sampai kepada golongan berpendapatan rendah.

Aspek yang pertama iaitu untuk menambah bekalan makanan telah pun diumumkan oleh Kementerian Pertanian manakala perkara-perkara yang kedua dan ketiga berada di peringkat penyusunan dan pertimbangan.

Penambah baik pengurusan sistem subsidi adalah suatu yang perlu dilakukan segera untuk mengurangkan ketirisan pembaziran dan penyalahgunaan serta menentukan agar subsidi yang diberikan itu memberi manfaat kepada golongan yang sepatutnya.

Ia juga bakal mengurangkan perbelanjaan subsidi agar penjimatan kewangan itu dapat pula digunakan bagi pembangunan infrastruktur fizikal dan perkhidmatan ataupun pemberian subsidi bagi barangan perlu terutamanya makanan untuk faedah rakyat.

Penambah baik penyampaian dan barang-barang perlu yang dikawal harga dan bersubsidi sedang dirangka.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Minta laluan.

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Kepong.

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Yang jauh dahulu.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, yang jauh dahulu, Yang Berhormat Putatan.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Menteri menyatakan soal intra-kementerian ini dan sistem bersubsidi. Baru-baru ini saya terbaca berita dalam surat khabar. Ia menyatakan kerajaan ini harus mereview sistem subsidi supaya aktiviti penyeludupan barangan atau benda-benda yang di subsidi oleh kerajaan kita tidak disalahgunakan ataupun di seludup kepada negara-negara jiran kita.

Adakah pihak kementerian bercadang untuk mereview subsidi ini supaya diubah dengan memberi secara wang tunai kepada pihak-pihak yang perlu dibantu iaitu sasaran kita yang patut dibantu subsidi ini.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini ialah mengenai dengan mengubahkan sistem subsidi yang ada sekarang, iaitu subsidi yang diberikan kepada barangan secara terus. Iaitu kalau pengeluar umpamanya kilang-kilang, diberikan subsidi kepada kilang untuk mengeluarkan barangan yang perlu itu.

Yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Putatan ialah supaya daripada diberikan subsidi kepada produk barangan, diberikan pula subsidi itu kepada pembeli atau

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

pengguna. Iaitu yang dari segi teori ekonominya memanglah lebih berkesan tetapi untuk saya hendak menjawab sama ada keputusan itu boleh atau tidak, itu saya rasa perkara ini masih lagi dalam perbincangan kerana yang pertamanya soal sistem pengurusan subsidi itu sendiri. Memang diakui bahawa umpamanya dari segi subsidi kepada minyak petrol, ia bukanlah memperlihatkan subsidi yang mengambil kira tentang soal masalah sosioekonomi. Lagi banyak kita pakai, lagi banyak subsidi kita dapat. Sepatutnya mereka yang memerlukan sepatutnya mendapat subsidi itu.

Jadi, buat masa ini ada cadangan dari segi pengurusannya, melalui penggunaan MyKad, ada cadangan untuk memberikan subsidi mengikut jenis kereta dan juga ada cadangan untuk diberikan subsidi secara terus kepada pengguna. Jadi perkara ini sedang dipertimbangkan dan ia memerlukan masa yang lebih sikit kerana dari segi intra- kementerian, memanglah saya hanya memberikan gambaran dan pandangan saya sebagai menteri yang bertanggung jawab tentang aspek saya tetapi pandangan ini sudah sampai ke peringkat Jawatankuasa Anti-Inflasi.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Banyak perkara, banyak perkara. Yang pertamanya, mengenai pengumuman pihak Kementerian Pertanian yang menyatakan iaitu satu sistem harga baru untuk beras kita. Memang lebih dua minggu, tiga minggu, sebelum dikuatkuasakan pada 1 Jun.

Adakah Yang Berhormat menyedari bahawa kalau itu dibuat di dalam masa dua, tiga minggu ini, pihak peniaga akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang banyak di dalam tempoh dua, tiga minggu ini? Baik kita mengadakan satu sistem harga yang baru, kita laksanakan dengan serta-merta. Kalau bagi mereka ruang dan peluang, mereka akan menggunakan dengan secara yang tidak baik, itu yang pertama.

Yang keduanya, mengenai subsidi ini. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan apakah jumlah subsidi yang sekarang diberi kerana mengikut Yang Berhormat Tasek Gelugor pagi tadi, dia kata dekat RM50 bilion. Apakah sebenarnya kadar ataupun jumlah subsidi yang diberi untuk makanan, untuk harga-harga yang berpadanan ini?

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena guna pakai pandangan dan jawapan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor ini, bukan Bukit Gelugor.

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

RM50 bilion?

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

RM50 bilion.

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ha!!

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Itu pun mungkin tidak betul, kerana bila harga minyak naik di pasaran antara bangsa, bila ketika itu harga minyak satu tong ialah kalau tidak silap saya ialah USD130, tetapi sekarang sudah naik USD137. Mungkin esok naik USD140 atau lusa. Jadi angka subsidi itu akan berubah. Jadi buat masa ini, kita gunakanlah pandangan atau jawapan daripada...

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak sampai 137, 138...

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

37, sudah 37.. USD137?

final • 8:00 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Jadi kalau begitu maknanya ia menjadi satu angka yang berubah mengikut kadar atau trend kenaikan harga dan sebenarnya memang menekankan soal betapa perlu kita segerakan pertimbangan kepada soal bagaimana hendak digunakan subsidi. Umpamanya kalau dikatakan masalahnya ialah kalau katakan kita hendak berikan subsidi secara

final • 8:10 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

individu, secara income, pendapatan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Putatan, tentunya proses untuk mendaftarkan mereka yang...

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Siapa yang duduk di tempat Yang Berhormat Ipoh Timur ini? Dia datang masuk ke dalam tidak ada bagi tunduk kepada Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Kurang ajar ini. Tidak hormat kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengiringi pula daripada...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak sudah saya tahu.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cakap bagi warning dekat dia. Tiada hormat, dia ingat dia sudah memerintah...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, sudah, sudah.

final • 8:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Pasir Salak ini sangat hormat kepada Tuan yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You diam, itu tiada hormat kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Menyampuk]

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You needs to be told, dengan izin.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, duduklah Pasir Salak.

Sudah saya.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua lembut sangat. Don’t be soft.

final • 8:10 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Kita lantik Yang Berhormat Pasir Salak menjadi seat watcher lah.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak saya tahu tugas saya.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini bukan dewan di Pulau Pinang.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, tolong duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat tolong duduk. Saya tahu tugas saya apabila tarik perhatian saya, saya tahu. Ahli Yang Berhormat Bagan, yang tempat duduk itu Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi kalau bolehlah minta dia supaya keluar pasal dalam peraturan mesyuarat kita apabila dalam waktu sesi mesyuarat ini cuma Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan boleh duduk.

Kalau di galeri boleh, kalau boleh Yang Berhormat Bagan.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih atas prihatin itu dari oleh Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Yang Berhormat dari Pasir Salak, ini orang baru dan mungkin dia tidak tahu apabila buat sementara waktu ini bukan untuk kedudukan tetap, ini buat sementara sahaja.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, apa kaitan baru dengan tidak ada ikut peraturan.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Untuk sementara waktu sahaja.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, boleh tolong duduk. Saya mahu dengar Yang Berhormat Bagan punya explanation dahulu. Tolong duduk dahulu, baru saya buat ketua.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau Tuan Yang di-Pertua perhatikan, kadang kala kita hendak bincang ada menteri pun pergi ke tempat yang lain. Ini satu kebiasaan dan kita tidak mengganggu mesyuarat.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Duduk dahulu Yang Berhormat Bagan.

Menurut konvensyen di mana-mana negara Komanwel kalau dia orang House of Commons umpamanya kalau boleh waktu tidak bersidang pun kalau pelawat datang dia tidak dibenarkan untuk duduk di tempat duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya pernah kena tegur pasal soal begitu jadi kalau boleh saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat Bagan alih tempat duduk Yang Berhormat Ipoh Timur ini, tolonglah siapa yang duduk sebelah kanan Yang Berhormat saya tidak kenal pun. Ini Mesyuarat Dewan Rakyat.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak mempertikaikan hal ini. Saya rasa ini satu perkara yang begitu remeh yang hendak timbul perkara ini macam tidak ada isu dan Yang Berhormat Menteri di sini pun boleh sahkan.

Kadang-kadang apabila hendak bincang seketika tentang sesuatu perkara dia akan pergi singgah sekejap. Ini tidak mengganggu mesyuarat langsung dan saya pun tidak faham mengapa ini jadi satu isu.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So saya harap Tuan yang di-Pertua, kita hendak lihat, kita tidak ganggu perbincangan atau perbahasan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri, kita hanya bincang seketika. Kalau hendak buat isu ini saya rasa kalau Tuan yang di-Pertua hendak layan perkara remeh-temeh macam ini sampai tengah malam, sampai esok pun tidak akan habis...

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Baru masuk...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu saya harap berikan nasihat kepada orang baru yang jahil perihal peraturan mesyuarat.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak dan Bagan, tolong duduk.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan ingat dia ketua menteri dia ada hak lebih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong dulu. Saya tahu tugas saya Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan ingat dia ketua menteri dia boleh cakap lebih. Apa ini?

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Batu Gajah.

Apa point of order.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Point of order, tadi yang Berhormat Pasir Salak...

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order apa? Kasi tahu dulu point of order apa.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bahawa setiap hari harus duduk di tempatnya. Itu point of order saya ada baca. Jadi Tuan Yang di-Pertua, hari ini yang Berhormat Menteri Dalam Negeri duduk di tempat Timbalan Perdana Menteri, berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan sedemikian saya harap ia tidak ada double standard. Kalau hari yang lain timbul ini kita akan buat yang sama. Kita bukan tukar tempat.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, duduk. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Hari ini Menteri Dalam Negeri juga duduk macam itu.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya sudah faham, saya sudah faham.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya haraplah.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat batu Gajah, sudah saya faham.

Duduk Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya bangkitkan, saya belum habis cakap.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah dengar, mesej itu sudah saya faham. Tugas saya memberi fatwa. Yang duduk sebelah Yang Berhormat Bagan ini Ahli Yang Berhormat dari mana?

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

Petaling Jaya Utara!

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bermakna tidak mengapalah dia duduk sekejap untuk berbincang, bukan daripada luar. Saya ingat tadi dia daripada luar, tidak mengapa. Yang Berhormat Pasir Salak duduklah.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kenapa saya tidak boleh bercakap, mereka boleh bercakap? Kenapa saya tidak boleh bercakap, mereka boleh bercakap... [Dewan riuh] Ini dia masuk Tuan Yang di-Pertua, tidak ada bagi tunduk hormat kepada Tuan Yang di-Pertua pun.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolonglah.

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak ada. Mana ada nampak. Tiadalah, you tiada hormat kepada Tuan Yang di-Pertua. Come on man... [Dewan riuh] Saya tengok, mata buta...

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap sesama sendiri] [Dewan riuh]

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia orang ini sudah mula tak hormat!

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa tak hormat?... [Dewan riuh] [Tuan Yang di-Pertua membiarkan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat berbalas cakap seketika]

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah puas? Sudah puas Ahli-ahli yang Berhormat? Sudah kasi lepas geram?... [Ketawa] Puas sudah?

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini soal maruah... [Dewan riuh semula]

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum siap lagi? Boleh, saya tidak akan tangguhkan Dewan di bawah bidang kuasa saya 15 minit masuk kamar, saya tidak akan buat begitu.

Bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat kasi puaskan diri. Belum cukup lagi? Saya cuma berdiam diri di sini. Ada lagi yang mahu berdiri untuk berteriak-teriak di antara satu sama lain? Yang Berhormat Batu Gajah, sudah puas hati?

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sudah.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak sudah puas hati?.

final • 8:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudah, terima kasih...

[Ketawa]

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila menteri.

final • 8:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau saya pun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pun mungkin ramai juga yang hendak duduk di sebelah saya.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baru saya kata semua sudah puas hati, bilang sudah puas hati... [Ketawa]

final • 8:10 PM

Tuan Chow Kon Yew - Tanjong

Tuan Yang di-Pertua tidak tanya saya.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua tadi saya tanya. Saya bilang semua sudah puas hati? Tidak ada pun yang cakap. Tidak mengapalah kalau sindir-menyindir yang kecil-kecil itu tidak mengapalah, kasi lalulah. Sila menteri.

final • 8:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Minta penjelasan.

final • 8:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Minta maaf, belum habis lagi. Walau pun ada pertalian saudara tetapi saya hendak selesaikan tugas saya kepada Ahli Parlimen, Yang Berhormat Kepong.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, dia minta maaf selesaikan tugas dahulu. Tugas kementerian bukan tugas keluarga. Silakan... [Ketawa]

final • 8:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tadi Ahli Yang Berhormat dari Kepong ada satu lagi soalan yang iaitu tentang soal pengumuman sistem atau harga baru bagi beras terutamanya iaitu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jun.

Yang Berhormat dari Kepong menyatakan bahawa kerana tempohnya terlalu lama ia memberikan peluang untuk pihak peniaga mengambil kesempatan dan menaikkan harga terutamanya bagi beras tempatan yang khusus iaitu 10% dan 5% hancur daripada paras yang ditetapkan oleh pihak kerajaan yang seperti mana yang telah diumumkan RM2.70 dan RM2.80 satu kilogram. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Kepong.

final • 8:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Satu antara masalah di negara ini ialah bukan sahaja pengguna umpamanya yang mendapat subsidi, tidak menilai subsidi yang disampaikan itu. Pihak peniaga pula, kalau berhadapan dengan sesuatu kemungkinan bahawa ada peluang untuk mencari keuntungan, maka akan mengambil peluang untuk berbuat demikian.

Namun, bagaimana saya diberitahu bahawa masalahnya dari segi perundangan, dari segi hendak menggazetkan, tetapi ia tidak menjawab gesaan daripada Yang Berhormat, sepatutnya mungkin kita tersilap untuk mengumumkan terlalu awal. Patutnya diumumkan pada lebih dekat dengan 1 Jun. Namun, bukanlah niat yang tidak baik, tetapi mungkin dari segi pelaksanaan satu keputusan itu ia tidak mengambil kira kemungkinan ada pihak yang akan menyalahgunakan dan menyeleweng dalam soal penyampaian subsidi ini.

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tadi, saya minta maaf. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya kena tanya dekat Parlimen pasal sebab dia semenjak jadi menteri, sibuk, tidak jumpa dekat rumah.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, kalau pertanyaan itu ada kaitan dengan kementerian.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya sebenarnya, saya kadang kala kalau datang ke Dewan ini. Mungkin oleh kerana kita ini orang baru, saya keliru.

Apabila datang Menteri Kewangan pagi tadi, apabila dia menjawab soalan dia menyebut bahawa kita ini pengeksport komoditi pada era komoditi yang tinggi. Lalu, bererti, bahawa dalam keadaan ini, dengan harga minyak naik, dengan harga kelapa sawit naik dan sebagainya. Maka, ekonomi kita kukuh, ekonomi kita kuat, kita mendapat pendapatan yang berlebih-lebihan.

Namun, apabila datang pada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, maka dia punya nada berbeza pula. Harga minyak naik, minyak kelapa sawit naik, lalu dalam konteks dia seolah-olah kenaikan harga minyak ini merupakan bukan satu rahmat, tetapi seolah-olah sebagai satu bala. Apabila Menteri Kewangan cakap, satu nikmat, satu rahmat. Apabila dia cakap, satu bala.

Apabila bercakap tentang subsidi sekarang ini baru RM50 bilion ataupun RM37 bilion tetapi itu berdasarkan kepada USD 130, 1 barrel. Sekarang ini sudah naik bermakna subsidi akan bertambah. Jadi saya rasa ada sedikit kekeliruan ataupun dengan izin, something not quite right dalam formulation ataupun dalam equation yang disebutkan.

Pokoknya, harga minyak naik, harga komoditi naik, negara kita bertambah kaya, bertambah mewah tetapi kekayaan dan kemewahan kita ini tidak sampai kepada rakyat jelata. Dalam sistem subsidi yang disebutkan tadi, hari itu saya dalam Perbahasan Titah Diraja, saya hendak beri contoh saya berada di Bahrain. Tuan Yang di-Pertua kata tidak ada masa. Ya, sekarang ini ringkas sahaja.

Saya berada di Bahrain, sekarang ini harga minyak RM0.80 seliter kerana dia kata harga pasaran antarabangsa ialah harga yang kita jual kepada negara-negara lain. Ianya bukan harga yang kita jual kepada rakyat kita sendiri, kerana rakyat adalah pemilik kepada khazanah negara kita ini. Sambil itu, apabila harga barang naik, oleh sebab ia tidak ada komoditi, dia tidak ada beras, dia tidak ada barang-barang yang lain dan sebagainya di padang pasir. Apa yang ada hanya minyak, maka Kerajaan Bahrain memberi kepada setiap satu keluarga Bahrain sebanyak RM4,000.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang penjelasan minta kepada menteri yang berkenaan ini, menteri sudah faham ini. Menteri sudah faham.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Soalannya yang saya hendak ialah berdasarkan kepada apa yang disebutkan dan sebagainya, saya inginkan satu penilaian yang lebih serius tentang kaedah bagaimana hendak kembalikan kekayaan negara itu kepada rakyat jelata. Bukan melalui satu sistem subsidi yang akan menguntungkan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kalau boleh ianya dikemukakan kepada rakyat.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dalam tempoh masa yang tertentu. Mungkin dalam tempoh enam bulan.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ataupun sebagainya. Baik, terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah ini, memandangkan adik-beradik bincang di rumah jelah. Tidak payahlah bincang di sini.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujahnya, gambarannya dan cakap yang agak lamalah. Agaknya sebab tiada peluang bercakap dengan saya jadi dia punya mukadimahnya panjang.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah mukadimah panjang.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Namun, akhirnya dia katakan sama seperti apa yang Putatan timbulkan, apa yang Kepong timbulkan, agaknya ini soal style, jadi mungkin saya tidak tahulah maknanya [Ketawa]

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Saya akan pergi, ini daripada.

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Teluk Intan.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta tempoh masa yang khusus. Saya tidak mahu yang menteri-menteri lain jawab tidak apa.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sudah sembang-sembang. Ini tidak ikut peraturan.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Namun, abang saya kena jawab mengikut beri tempoh yang khusus. [Ketawa]

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam. Sila, sila menteri.

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Saya rasa tidak ada bezanya, apa yang ditanya oleh Putatan, apa yang dicakapkan oleh Kepong. Saya ingat ada satu yang lebih luar biasalah pasal adikkan jadi tentulah lebih baik daripada sayakan. Namun, sama sahaja, hanya mukadimahnya berbeza, soalnya tempoh. Saya rasa kalau kita tidak sempat habiskan kerja kita sebelum bulan September, mungkin Ahli Yang Berhormat Shah Alam akan menjadi menteri yang jaga fasal subsidi. [Ketawa] Ini tempohnya, sebelum bulan September.

Sebelum bulan September mungkin Ahli Yang Berhormat daripada Kepong akan jaga pasal harga barang-barang. Jadi, itulah tempohnya. Kalau tidak boleh buat sebelum bulan September mungkin pihak lain yang tolong buat untuk kita. Agaknyalah Tuan Yang di-Pertua. Itu jawapannya.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Saya faham menteri.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Boleh saya beri peluang kepada yang.

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Teluk Intan.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ya.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Teluk Intan. Tambah Teluk Intan.

final • 8:20 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Mengenai salah gunaan subsidi ini, saya mendapat tahu bahawa diesel yang mempunyai subsidi yang tinggi telah dijual oleh nelayan-nelayan di high seas dengan izin, dengan untung yang lumayan dan juga syarikat-syarikat besar di Malaysia telah pun membeli diesel subsidi dan menjual dengan harga pasaran.

Apakah tindakan kementerian untuk menangani masalah ini. Saya juga difahamkan bahawa kementerian telah melantik sebuah syarikat swasta untuk membuat penyiasatan diesel yang di subsidi. Sila beri penjelasan.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya tertarik bahawa sebenarnya saya mendapat soalan penjelasan, permintaan untuk penjelasan semasa dan ketika para perkara itu saya bacakan. Saya memang bersetuju bahawa satu masalah dari segi subsidi diesel yang menyebabkan kita ini semua bekerja untuk memikirkan cara yang terbaik untuk mengurus subsidi yang diberikan pada bahan api terutamanya minyak petrol dan minyak diesel. Ia adalah kerana berlakunya ketirisan dan penyalahgunaan termasuk juga penyeludupan.

Jikalau saya hendak sebutkan bagi soal kesalahan diesel semata-mata dalam masa lima bulan tahun ini sahaja; nilai rampasan yang telah pegawai-pegawai kementerian

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

saya berjaya rampas dari segi kes sebanyak 235 kes, bermakna RM3.487 juta. Ini bermakna bahawa ini hanya sebahagian sahaja yang dapat ditangkap. Pada tahun 2007, jumlahnya satu juta tetapi pada tahun 2006 tujuh juta nilai rampasan yang dapat kita tangkap.

Oleh sebab itu, saya rasa ia menjadi satu masalah yang harus kita hadapi dan memang betul. Sepatutnya ianya dilaksanakan secepat mungkin, tetapi dalam keadaan sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya sudah mengisytiharkan bahawa siapa sahaja yang membuat laporan tentang soal penyeludupan diesel atau penyalahgunaan diesel, laporan itu akan diberikan ganjaran, ataupun imbuhan, reward.

Saya ingin menyatakan bahawa agak terasa malu sedikit kerana ada juga pegawai-pegawai kementerian saya yang telah terlibat di dalam kes penyeludupan atau penjualan secara haram diesel yang bersubsidi ini dan tindakan telah diambil oleh pihak BPR. Saya memang menjemput pihak BPR untuk memantau keadaan ini, kerana soal dugaan atau temptation itu dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah terlalu besar bagi barangan yang diberi subsidi yang begitu besar.

■2030

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Sama perkara subsidi?

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Minta sedikit. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Minta maaflah, sekejap lagi.

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan dengan aktiviti, dahulu Yang Berhormat Menteri pernah sebut berkenaan dengan “penelah naik, penelah turun”, iaitu aktiviti-aktiviti spekulasi tentang pengedaran barang-barang keperluan utama negara.

Saya masih ingat Yang Berhormat Menteri memberitahu, kerajaan sedang berusaha untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti spekulasi yang juga terlibat sebagai orang tengah untuk memberi nasihat kepada golongan yang terlibat untuk menyalurkan sumber kewangan kepada peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti pengedaran barang-barang keperluan asas utama.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Golongan spekulator ini biasanya lebih bersifat capital-oriented, dengan izin.

Mereka mempunyai dana yang cukup besar untuk mempengaruhi pembekal-pembekal dan aktiviti spekulasi dalam pengedaran barang-barang keperluan ini dilihat sebagai satu aktiviti yang mendatangkan keuntungan yang besar, dan apakah cadangan kementerian untuk mengklasifikasikan aktiviti speculating circle ini dari sudut tindakan untuk menghalang kenaikan kadar inflasi kita, yang mungkin datang secara mengejut daripada aktiviti besar ini. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Indera Mahkota.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

...tetapi sebenarnya saya belum masuk kepada bab soal spekulasi, penyimpanan dan penyorokan atau penggunaan wang untuk mempengaruhi soal bekalan dan harga tetapi biarlah. Bermakna bahawa saya boleh beralih. Kalau saya belum bercakap lagi, buat apa hendak kita jelaskan.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Boleh saya beralih kepada...

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tadi Pasir Salak bangun, Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Ya, Pasir Salak, silakan.

final • 8:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang penyeludupan. Penyeludupan diesel umpamanya. Cuma ada tangkapan sedikit sana dan sedikit sini bernilai saya rasa ada disebut RM1 juta, RM3 juta kalau saya dapat tangkap pendengaran saya ini betul. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bukankah ada sebuah syarikat yang telah dilantik oleh kerajaan menggunakan satu kaedah ataupun dipanggil nanotech, satu kaedah yang digunakan untuk membantu kerajaan daripada menghadapi masalah penyeludupan ini.

Saya diberitahu atau mendapat maklumat bahawa syarikat ini dibayar dengan bayaran yang begitu lumayan sekali, katanya sampai RM100 juta lebih setahun di atas kerja mereka menggunakan satu ‘additive’ untuk mengesan diesel-diesel yang diseludup ini. Jadi kalau tangkapan cuma sebanyak itu, bermakna syarikat ini tidak adalah faedahnya kepada kerajaan. Kalau begitu, adakah Yang Berhormat Menteri hendak meneruskan penggunaan syarikat ini untuk membantu kerajaan mengatasi masalah penyeludupan ini.

Sekian, terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak- banyak terima kasih atas penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya inilah di antara perkara yang sedang difikirkan di bawah soal menyeimbangkan kembali soal pengurusan subsidi. Yang saya berpuas hati, agak begitu ghairah dengan Jawatankuasa Anti Inflasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ialah, bahawa dalam jawatankuasa itu sebenarnya anggotanya dan Ahli Jemaah Menteri yang hadir sebenarnya bersikap Tuan Yang di-Pertua, tanpa sebarang dengan izin, hang-ups.

Bermakna kami berhadapan dengan masalah tanpa sebarang kepentingan dan kalau ada keputusan yang sudah dibuat pada satu ketika dahulu dianggap tidak menguntungkan dari segi pelaksanaan skim subsidi oleh kerajaan, maka keputusan itu boleh dibatalkan. Bermakna kalau akhirnya difikirkan bahawa ianya tidak menguntungkan, Jawatankuasa Anti Inflasi tidak ada halangan untuk membatalkan. Masalahnya seperti mana Ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak menyatakan ialah bahawa perbelanjaannya agak besar dan sudah tentu kalau diwujudkan satu skim subsidi yang lebih terurus, maka kita akan berjimat dengan satu jumlah perbelanjaan yang besar itu.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan jawapan saya iaitu aspek yang ketiga dalam dasar jaminan makanan ialah penambah baik penyampaian dan pengedaran barang-barang perlu yang dikawal harga bersubsidi, sedang juga dirangka. Di antara cadangan-cadangan baru yang mendapat pertimbangan ialah untuk mempertanggungjawabkan sebuah syarikat milik kerajaan atau GLC bagi menggerakkan semula pengedaran barang-barang itu ala BERNAS Edar dalam era 70-an.

Di antara langkah-langkah ke arah ini, sedang juga ditimbangkan penjenamaan yang tersendiri bagi barangan perlu ini agar penyampaian dan pengedaran mereka dapat dilakukan secara jelas dan tepat serta spesifik kepada golongan berpendapatan rendah. Di samping itu terutamanya apabila sektor peruncitan enggan menjual kerana memperolehi keuntungan yang tipis, penyampaian barangan-barangan ini boleh juga dilakukan sendiri oleh agensi dan badan kerajaan dan juga penyertaan daripada badan-badan bukan kerajaan.

Bagaimanapun penambah baik pengedaran dan penyampaian barang-barang perlu yang dikawal harga dan bersubsidi tidak termasuk penubuhan satu rangkaian pengedaran yang baru. Sebaliknya adalah menjadi harapan kerajaan agar dapat digunakan rangkaian pengedaran yang sedia ada bagi menentukan sampainya barang-

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

barang ini kepada semua yang layak membelinya. Saya tidaklah terlalu sangat bimbangkan soal pengedaran dan penyampaian barang-barang perlu tersebut di kawasan- kawasan bandar, kerana sistem pengedaran dan peruncitan di kawasan bandar agak efisien.

Pengedaran dan penyampaian barang-barang tersebut di kawasan luar bandar adalah lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang teliti kepada aspek logistik supaya harga mereka tidaklah terlalu berbeza. Oleh itu perlu ada cara-cara yang tersendiri turut difikirkan bagi mengatasi cabaran ini. Di samping menambah baik sistem pengedaran dan penyampaian, harus juga perhatian diberikan kepada masalah penyeludupan dan pembawaan keluar barang-barang perlu yang mendapat subsidi daripada kerajaan.

Perbuatan ini berlaku di sempadan negara dan sekiranya tidak dikawal, akan berlaku ketirisan, bukan sahaja barang-barang perlu itu tetapi juga kewangan negara yang dibelanjakan sebagai subsidi kepada barang-barang itu. Ke arah mengurangkan ketirisan ini, kementerian saya turut diwakili dalam sebuah pasukan petugas yang dipertanggungjawab untuk mengawal dan memantau di kawasan-kawasan sempadan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, Tawau, Kepong, Jerlun, Baling, Kapit, Parit, Bukit Bintang, Kulai, Ketereh dan Teluk Intan telah turut menyentuh isu kenaikan harga barang. Sukalah saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Sukalah saya menjelaskan bahawa kawalan harga dan bekalan barangan yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya meliputi sebanyak 11 jenis barangan sahaja di bawah kementerian saya dan beras yang menjadi 12, yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada 11 barangan asal ini, Jawatankuasa Anti Inflasi telah memutuskan untuk mengeluarkan besi keluli dan simen daripada kawalan harga dan bekalan.

final • 8:20 PM

Dato’ Shahrir Abdul Samad

Keputusan ini meletakkan kedua-dua bahan binaan ini dalam satu rejim ekonomi yang bebas dan terbuka tanpa kawalan import dan sebarang campur tangan daripada kerajaan. Soalan ini telah dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Gelang Patah dan juga Ahli Yang Berhormat dari Baling. Daripada sembilan barang di bawah kawalan harga dan bekalan, lima daripadanya adalah barangan makanan dan kalau dimasukkan beras, ini bermakna bahawa hanya enam barangan makanan sahaja yang berada di bawah kawalan dan pemantauan kerajaan. Daripada jumlah lima barangan makanan ini yang tidak termasuk beras, perbelanjaan subsidi...

final • 8:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah bin Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan.

Boleh? Sikit.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Yang mana dulu Tuan Yang di-Pertua?

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong nampaknya.

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Yang Berhormat Kepong ya? Okey, yang dulu.

final • 8:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang pertamanya, memandangkan beras ini dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan bagaimana kawalan itu dapat dipertingkatkan oleh pihak Yang Berhormat kerana ini bertindih-tindih. Saya percaya mungkin kita masukkan kawalan ke atas beras pun di dalam kementerian. Itulah cara yang lebih efisien. Yang pertama. Yang keduanya, Yang Berhormat pernah mengatakan hendak menyeragamkan ke atas harga barang- barang keperluan yang mendapat subsidi yang diselaraskan harga barang kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apakah terjadi dengan cadangan ini?

final • 8:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah bin Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya celah. Isu yang lebih kurang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga terpanggil untuk meminta penjelasan daripada pihak kementerian, kenapa beras tidak diletakkan di antara 11 barangan kawalan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedangkan beras merupakan makanan utama rakyat negara kita. Seharusnya ia diberi keutamaan dan diberi pemantauan oleh pihak kerajaan, yang mana kita lihat sekarang ini kenaikan harga beras sangat-sangat menjadi satu perkara yang cukup membebankan terutama bagi rakyat yang berpendapatan rendah. Minta penjelasan.

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ianya berkenaan dengan soal akta. Akta yang terlibat bagi soal beras ialah Akta Kawalan Padi dan Beras dan ianya diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kami kerajaan baru dan walaupun ia diletakkan di bawah satu kementerian yang berbeza daripada kementerian saya, kami juga sama satu kerajaan dan boleh berbincang, dan boleh berpakat walaupun bukan dalam satu pakatan tapi boleh pakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Hanya yang seperti mana yang saya sebutkan kepada Ahli Yang Berhormat dari Kepong sebentar tadi, masalahnya ialah kerana kesilapan kita kerana mungkin mengumumkan terlalu awal sehingga memberikan tempoh yang agak lama sehingga sampainya 1 Jun kerana perlukan kepada gazet dan tindakan-tindakan perundangan, maka tempoh yang lama itu memberi peluang kepada pihak yang menjual mengambil kesempatan dan menjualkan pada harga yang lebih tinggi.

Itu memang kita pastikan telah berlaku tetapi bagaimanapun, dari segi kerjasama di antara kementerian saya dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ianya tak menjadi satu masalah kerana siapa saja anggota saya sebenarnya di peringkat kementerian saya, juga merupakan anggota pentadbiran kerajaan. Anggota penguat kuasa di bawah kementerian saya memang sudah saya serahkan untuk penggunaan dan pertimbangan bagi pihak kementerian, untuk membantu dari segi soal kawalan harga beras walaupun belum sampai pada 1 Jun, tetapi sekurang-kurangnya kita masih mengawal beras tempatan hancur 15% pada harga yang telah ditetapkan, antara harga RM1.60 dan RM1.80 mengikut kawasan.

Akan tetapi malangnya seperti mana saya pernah sebutkan dalam satu ketika pada bulan Mac dan saya sebenarnya harap nak berjawab kepada Yang Berhormat Kubang Kerian pada pagi hari ini tapi tidak kesempatan, iaitu bahawa masalahnya saya sendiri agaknya secara tak sengaja menjadi pihak yang mempopularkan tentang beras 15% hancur kerana sebelum itu ramai yang tak tahu adanya beras 15% hancur sampai saya rasa di Rantau Panjang pun sibuk makan beras Siam.

Jadi pun tak tahu adanya beras 15% hancur hinggalah bila kita berhadapan dengan masalah kenaikan harga beras Siam pula. Dan ini saya rasa tugas dan tanggungjawab saya untuk mewakili para pengguna, memberi maklumat bahawa sebenarnya ada beras yang dikawal harga. Hanya 15% hancur yang pada ketika saya membuat lawatan kepada satu pihak pemborong, ialah digunakan, dijualkan kepada warung-warung, dijualkan kepada kedai makan dan juga dijual kepada para pekerja asing.

Jadi satu masalah yang mungkin kita kadang-kadang lupa ialah bahawa daripada 28 juta penduduk, kita juga mungkin kena tambah dua juta pekerja asing. Yang dua juta pekerja asing ini semua yang badan-badan tegap. Jadi, apa sahaja yang kita memberi subsidi kepada barang-barang keperluan, turut sama dinikmati oleh kumpulan ini. Jadi, hujah dan perbahasan yang saya ikuti tadi di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dengan Menteri Sumber Manusia, menunjukkan bahawa kesan daripada kehadiran pekerja-pekerja asing ada juga memberi kesan dalam usaha kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi, masalah kenaikan harga barang dan yang lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan yang disubsidikan oleh kerajaan, nikmatnya turut juga dirasakan oleh pekerja-pekerja asing yang datang ke negara kita.

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Jadi Alhamdulillah, ada jugalah keberkatan kita ini memberi sumbangan kepada golongan yang susah, yang datang ke negara kita tetapi ada kesannya. Kita harus menerima bahawa ia juga merupakan satu daripada subsidi yang kita berikan kepada negara yang dirasai dan dinikmati oleh berbagai-bagai pihak.

final • 8:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tentang soal penyeragaman...

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pontian bangun Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Saya belum habis lagi. Minta maaf, lepas ini saya bagi. Saya nak jawab soal penyeragaman harga yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kepong. Itu merupakan di antara prinsip soal kawalan harga, kawalan bekalan. Iaitu ia merupakan satu perkara yang baru, yang saya rasa tak kita buat pada ketika dahulu di mana kita harus menanamkan semangat bahawa dari segi barang keperluan. Ianya harus memperlihatkan satu harga yang sama bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan ini telah dimulakan bagi gas cecair, gas LPG di mana harganya sudah diseragamkan dan ia melibatkan kos subsidi daripada pihak kerajaan.

Bagi beras pun kerana ia merupakan makanan asasi, maka konsep yang sama akan juga dilaksanakan bahawa rakyat kita di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung akan menikmati penyeragaman harga bagi barang-barang yang bersubsidi, yang dikawal harganya oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah dari segi soal beban mereka dalam menghadapi inflasi. Yang Berhormat dari Pontian.

final • 8:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Terima kasih. Senarai barang kawalan. Saya pun baru tahu bahawa ada tiga jenis barang kawalan. Yang pertama, kawalan berjadual - 12 jenis barang. Kawalan secara pentadbiran - 11 barangan, jadi 9 sekarang ini dan senarai barang kawalan musim perayaan ada 25 jenis barangan.

Khususnya tentang senarai barang kawalan musim perayaan - 25 jenis barangan ini, saya kira pengguna ramai yang tak tahu. Oleh kerana ramai pengguna yang tidak tahu, maka pekedai-pekedai meletakkan harga sembarangan di atas 25 jenis barangan itu.

final • 8:40 PM

Tuan Ahmad Maslan - Pontian

Adakah kementerian bercadang untuk meletakkan senarai dan mewajibkan senarai itu di kaunter pekedai-pekedai, jadi pengguna boleh merujuk dan mereka tidak boleh menaikkan sesuka hati harga-harga barangan yang dikawal? Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya dari segi usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian untuk menentukan bahawa adanya harga berpatutan bagi barang-barang yang tertentu semasa perayaan, merupakan sesuatu yang telah dilaksanakan di negara kita ini semenjak tahun 2000.

Ia sebenarnya bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul dari mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Usaha ini akan dilaksanakan berterusan dan kita melihat dan akan mengkaji apa sahaja caranya. Akan tetapi ianya berkesan kerana bukan sahaja dilihat kepada soal harga semata-mata, tetapi juga diberi tumpuan kepada soal bekalan. Oleh kerana apabila bekalan sudah mencukupi atau melebihi, maka harga itu agak boleh dikawal. Ini dilakukan dalam soal pemantauan kepada harga, ayam umpamanya. Di mana bila sampai musim perayaan, pengimportan ayam telah dibenarkan lebih daripada biasa dan ini dapat mengurangkan harga barang makanan itu dalam pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, daripada sembilan barangan di bawah kawalan harga dan bekalan-bekalan, lima daripadanya adalah barangan makan dan kalau dimasukkan beras, ini bermakna hanya enam barangan makan sahaja yang berada di bawah kawalan dan pemantauan kerajaan. Daripada jumlah lima barangan makanan ini yang tidak termasuk beras, perbelanjaan subsidi untuk tepung gandum gunaan am iaitu general purpose flour dan roti putih, standard white bread berjumlah hampir RM365 juta setahun.

final • 8:50 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Saya ingin menyatakan bahawa matlamat kerajaan dalam mengawal harga dan bekalan barangan perlu adalah berasaskan kepada:

(i) satu kumpulan barangan yang terhad kepada barang-barang keperluan dan asas sahaja khususnya barangan makanan. Ini yang perlu saya sebutkan ialah gula, tepung gandum gunaan am, susu tepung, roti putih, ayam, petrol, diesel, LPG, minyak masak sawit dan beras;

(ii) subsidi yang diberikan kepada kumpulan tersebut harus menepati kumpulan sasar khususnya memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah; dan

(iii) penentuan harga kawalan bagi barangan bersubsidi haruslah juga mengambil kira bagi mencapai penyeragaman harga di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak atau satu pan Malaysian price walaupun ini bakal memerlukan perbelanjaan subsidi.

Penggunaan prinsip-prinsip ini dijangka dapat menentukan bahawa beban inflasi yang dipikul oleh rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dapat dikurangkan dan di samping itu ianya juga bagi menjawab sebahagian daripada permintaan Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian yang meminta kepada mekanisme baru dan dalam soal kawalan harga barang keperluan.

Tuan Yang di-Pertua, sungguh pun kumpulan barangan perlu yang dikawal harga dan bekalan adalah terhad dan tertentu. Namun kementerian terus memantau harga barang-barang yang lain dan terutamanya pada masa-masa perayaan, turut berusaha untuk menentukan bekalan yang cukup dan dijual pada harga yang berpatutan.

Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, terdapat dua akta yang boleh digunakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengawal harga dan bekalan khususnya bagi barangan perlu. Akta-akta ini adalah Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Penguatkuasaan peruntukan-peruntukan dalam akta-akta itu membolehkan pihak kementerian memastikan harga barangan berada di paras yang munasabah, berpatutan serta menghalang aktiviti- aktiviti mencatut.

Kementerian juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan di seluruh negara ke atas pembekal, pengedar, pemborong serta peruncit. Sebagai contoh, melalui Ops Gaji yang dimulakan pada 21 Mei 2007 sehingga 31 Disember 2007 iaitu dalam tempoh enam bulan sahaja, sebanyak 1,036,427 premis telah diperiksa dan sebanyak 1,060 kes telah dihasilkan di bawah kedua-dua Akta Kawalan Harga dan Bekalan dengan nilai rampasan sebanyak RM400,892 dan bayaran kompaun sebanyak RM226,200.

Akan tetapi mulai Januari 2008 sehingga 4 Mei 2008 iaitu bagi tempoh tiga bulan dalam tahun ini, sejumlah 384,019 pemeriksaan telah dijalankan. Sebanyak 1,092 kes telah dihasilkan di bawah kedua-dua akta dengan nilai rampasan keseluruhannya sebanyak RM11,692,034.

Kawalan harga dan kawalan bekalan pada musim-musim perayaan pada tahun ini akan terus dilaksanakan seperti pada masa-masa lampau. Barangan tertentu akan diisytiharkan sebagai barang harga terkawal dan ditetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi setiap barangan mengikut kawasan di seluruh negara. Usaha yang dimulakan sejak tahun 2000 telah berjaya membendung kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim perayaan. Pungutan harga ke atas 32 jenis barangan perlu telah dimulakan pada April 2008 dan ini bertujuan memantau kedudukan harga dalam pasaran serta mengenal pasti trend kenaikan harga.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Ledang, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kota Bharu telah membangkitkan soal dan isu NGV, atau natural gas for vehicles dan bertanyakan tentang galakan kerajaan dalam penggunaannya.

final • 8:50 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Beberapa insentif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan penggunaan bahan api alternatif ini. Di antaranya, pengecualian cukai import dan jualan ke atas conversion kit, gas cylinder, chassis, dan enjin lori yang menggunakan NGV.

Kedua, pemotongan cukai jalan sebanyak 25% bagi kenderaan yang menggunakan bio fuel, duel fuel dan 50% bagi mono gas. Sungguhpun kerajaan mengarahkan Petronas membina 200 stesen NGV menjelang penghujung tahun 2008, hanya sebanyak 73 buah stesen telah beroperasi dan dua buah stesen dijangka siap dalam bulan Mei ini. Sebanyak 25 buah stesen dijangka siap menjelang akhir tahun ini, dan baki 100 buah lagi dijangka siap dalam tahun 2009. Untuk membantu Petronas memenuhi arahan kerajaan, sebuah one stop agency yang dianggotai oleh semua jabatan kerajaan yang berkenaan, telah diwujudkan bagi mempercepatkan proses kelulusan.

Tuan Yang di-Pertua, kehadiran kita dalam satu suasana inflasi pastinya memerlukan sumbangan dan penyertaan masyarakat sebagai tambahan kepada usaha pemerintah sendiri untuk mengawal harga dan bekalan dan pelaksanaan Sistem Subsidi Bagi Barang-Barang Perlu yang telah ditentukan. Negara kita sahajalah di antara negara di kalangan negara-negara rantau ini yang mengamalkan Sistem Kawalan Harga dan Bekalan serta Sistem Subsidi Bagi Barangan Perlu.

Dasar dan strategi mengawal harga dan bekalan barangan perlu dapat dilaksanakan demi kepentingan kesejahteraan rakyat secara berterusan, oleh sebab kerajaan telah memilih untuk tidak memasuki rejim IMF semasa krisis kewangan melanda rantau Asia Tenggara pada 1997. Di antara syarat-syarat yang dikenakan oleh IMF kepada semua negara di bawah rejimnya, ialah penghapusan sebarang sistem subsidi dan pelaksanaan rejim ekonomi yang terbuka dan bebas.

Namun begitu Sistem Kawalan Harga dan Subsidi dengan sendirinya tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah rakyat dalam menghadapi suasana inflasi dan kenaikan harga barang-barang. Usaha kerajaan ini hendaklah juga diiringi dengan semangat penggunaan di kalangan rakyat. Semangat penggunaan bermakna kebijaksanaan dalam pengurusan belanja dan perbelanjaan. Sambil ini meminta seseorang pengguna itu mencari dan mendapat maklumat dari seluas mungkin punca dan sumber, ianya juga mencadangkan kepada perubahan dalam cara dan gaya hidup masyarakat kita.

Oleh yang demikian, peranan pertubuhan-pertubuhan pengguna menjadi penting untuk menyebarkan kefahaman penggunaan di kalangan masyarakat. Saya sangat menghargai peranan dan sumbangan persatuan-persatuan pengguna selama ini, dan berharap agar mereka akan meneruskan peranan tersebut. Saya berpendapat bahawa untuk menghadapi suasana inflasi pada ketika ini, haruslah kita terus mengamalkan dan kembali kepada satu cara hidup yang sederhana.

final • 8:50 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Kerajaan berusaha ke arah mewujudkan suasana kebajikan dengan menentukan golongan berpendapatan rendah, dilindungi dari beban inflasi, melalui skim subsidi kepada barangan perlu. Saya percaya bahawa pengamalan cara hidup yang sederhana di samping dasar dan strategi kerajaan terus tetap terjurus kepada menjaga kebajikan rakyat dan khususnya golongan berpendapatan rendah bakal menjamin kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudahi dengan mengucapkan banyak-banyak terima kasih.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kepong bangun Yang Berhormat. Kepong, Kapit dan Pasir Salak.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Mana yang dulu? Kapit, Pasir Salak?

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang jauh, Kapit.

final • 9:00 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Sila nyatakan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai atau praktikal bagi menangani masalah

final • 9:00 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

beban harga tinggi bahan api iaitu minyak petrol dan diesel di kawasan pedalaman di Sarawak umpamanya di daerah Song di Kawasan Parlimen saya ini.

Yang sebenarnya penduduk di pedalaman terpaksa menanggung beban kos pengangkutan yang tinggi. Mereka terpaksa berbelanja besar datang dari jauh ke pekan untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan termasuklah minyak dan petrol dan saya pohon pandangan atau cadangan dari Yang Berhormat Menteri bagaimana beban ini dapat kita ringankan bagi yang berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Pasir Salak nak tanya dulu?

final • 9:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan yang begitu panjang lebar dan amat bermakna kepada kita berhubung dengan kepenggunaan, consumers. More on consumers affairs dengan izin. Tetapi saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa kementerian Yang Berhormat bukan saja berhubung dengan hal ehwal pengguna ataupun kepenggunaan.

Kementerian Yang Berhormat Menteri adalah berhubung dengan domestic trade dengan izin iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang melibatkan bukan saja untuk menjaga harga barang, untuk menjaga kepentingan pengguna tetapi juga penyertaan dalam perdagangan dalam negeri itu yang melibatkan producers, distributors, retailers dengan izin, marketing dan sebagainya. Siapakah pengeluar? Siapakah pengedar?

Siapakah peruncit dalam industri domestic trade ini dengan izin.

Kita bercakap soal untuk mewujudkan equitable dengan izin, dalam banyak hal.

Dalam hal equitable, dalam pendidikan, dalam pekerjaan dan sebagainya. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengapa sudah terlepas pandangkah kementerian berhubung dengan perkara ini. Khususnya penyertaan bumiputera dalam perniagaan di peringkat pengeluaran, peringkat pengedaran dan peruncitan. Saya tidak membuat kajian yang begitu detail tapi pengamatan pada keseluruhannya kita mendapati bahawa permintaan bumiputera begitu kecil sekali. Menyedihkan. Pengeluaran barang- barang tertentu dikuasai oleh orang-orang tertentu. Pengedaran barang-barang tertentu dikuasai oleh orang-orang tertentu. Malah peruncit-peruncit pun dikuasai oleh orang tertentu. Bagaimana kita nak mewujudkan satu negara, satu bangsa yang dikatakan mendapat kesaksamaan. Selagi tidak ada kesaksamaan dari segi ekonomi, tidak wujud perpaduan. Tidak wujud integrasi perkauman. Percayalah.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya mengharaplah kepada kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri memberi perhatian kepada perkara yang serius ini. Kita sudah merdeka begitu lama. Mengapa penyertaan bumiputera dalam pengeluaran simen, pengeluaran besi, pengeluaran bahan-bahan binaan, makanan, machineries berapa percent? Berapa peratus?

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya lama dalam hal ini dari muda sampai sekarang, saya dah terlibat dalam perjuangan ini saya tidak nampak kejayaan. Daripada muda sampai sudah umur begini. Berapa lama lagi kita nak tunggu.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya, terima kasih.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi jalan Yang Berhormat? Teluk Intan.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Klang, Klang.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Klang, okey.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, memandangkan peranan penting persatuan pengguna-pengguna. Adakah pihak menteri atau kementerian bercadang untuk memberi sokongan kewangan untuk improve peranan persatuan-persatuan pengguna. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Itu yang paling mudah dijawab Tuan Yang di- Pertua sebenarnya kementerian bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna dan setiap tahun memberikan peruntukan kewangan dan bantuan bagi penggalakan.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Untuk meningkatkan lagi.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Oh, meningkatkan lagi. Menambahkan.

final • 9:00 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Menambahkan sebab peranan mereka adalah kritikal dan pada masa ini untuk mengatasi soal inflasi peranan mereka adalah penting.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Saya pun berharap bahawa peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada kementerian saya pun akan naik dengan inflasi akan tetapi prinsipnya, pada prinsipnya memang kementerian bekerja bersama-sama dengan persatuan pengguna dan setiap tahun diberikan peruntukan dari segi pentadbiran dan dari segi perjalanan pelaksanaan program dan bermakna bahawa ia menjadi satu kebiasaan bagi kementerian saya untuk bekerjasama dengan persatuan pengguna.

Saya nak menjawab soal yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kapit berhubung dengan satu apa yang saya telah sebutkan tadi dalam jawapan saya bahawa kadang kala kita perlu mempunyai penyelesaian secara yang berbeza kepada masalah yang unik atau masalah yang berbeza iaitu umpamanya bermakna, ini bermakna bahawa kita tidak boleh mempunyai mengambil satu template yang sama bagi menyelesaikan semua masalah. Lebih-lebih lagi kalau kita lihat kepada masalah di Sarawak terutamanya. Di mana bukan saja soal jalan raya menjadi cara perhubungan di dalam negeri itu, tetapi juga sungai menjadi cara perhubungan yang istimewa bagi negeri Sarawak dan sudah tentu apabila penggunaan bot diperlukan bagi perhubungan dari segi perhubungan yang menggunakan sungai, maka perlu ada juga macam stesen minyak di sepanjang sungai itu tetapi maklum sajalah dari kerana dari segi kependudukan dan sebagainya tidak ada kemudahan untuk mengadakan stesen minyak macam mana kita lihat di sebelah Semenanjung umpamanya stesen minyak sepanjang jalan raya.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada bekalan lampu Yang Berhormat. Tidak ada bekalan api.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tambah lagi tidak ada bekalan api perlu kepada menggunakan pam yang manual. Jadi masalah di Kapit umpamanya perlu kepada satu cara yang berbeza. Penyelesaian yang berbeza tambah lagi saya rasa bahawa ini membuka peluang pula bagi komuniti atau masyarakat di rumah panjang umpamanya diperkasakan untuk menguruskan satu keperluan bagi golongan dan masyarakat mereka.

Ini saya berharap bahawa Ahli Yang Berhormat daripada Kapit boleh mencadangkan kepada saya berbincang dengan timbalan menteri saya yang juga datangnya daripada Sarawak bagaimana umpamanya cara yang special itu dapat menyelesaikan masalah yang juga special dan unik.

Tentang soal yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Salak tentang soal penyertaan bumiputera dari segi pengedaran, dari segi peruncitan umpamanya. Saya ingin menjelaskan bahawa di bawah kementerian saya, saya tidak jaga, kementerian saya tidak jaga tentang soal pengeluaran. Itu kalau ditanyakan soal simen, pengeluar simen, kilang simen, kilang besi dan umpamanya. Ia terletak di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

final • 9:00 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Walau bagaimanapun saya bersetuju bahawa memanglah dari segi kementerian saya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut menjaga tentang soal perdagangan dalam negeri iaitu tentang pengedaran dan peruncitan, umpamanya pemborong dan juga peruncitan. Sebagai satu contoh Tuan Yang di-Pertua, dari segi apa yang mungkin juga boleh dipersetujui oleh Ahli Yang Berhormat daripada

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Pasir Salak. Pada satu ketika dahulu adanya sebuah badan syarikat milik kerajaan bernama Perbadanan Nasional Berhad atau PERNAS. Badan ini yang telah ditubuhkan dalam tahun 1970 tak silap saya selepas 13 Mei dan sebagai menyambut seruan dan matlamat Dasar Ekonomi Baru digerakkan untuk terlibat dalam berbagai-bagai bidang termasuk juga pelaburan dalam kilang besi, dalam kilang simen, pengedaran dan pemborongan umpamanya tetapi malangnya pada satu ketika selepas syarikat itu telah diswastakan.

Jadi sebenarnya bukan tidak ada penyertaan bumiputera tetapi penyertaan bumiputera telah dipindahkan daripada sebuah badan amanah kerajaan kepada individu dan maklum sahajalah bila dipindahkan kepada individu berbagai-bagai perkara boleh berlaku.

Jadi ketirisan itu pun turut berlaku apabila berlakunya pendekatan yang berbeza.

Sebenarnya bukan kerana kementerian tidak bertanggungjawab tentang soal ini tetapi hanya pada ketika itu bukanlah ianya dalam suasana hari ini iaitu kita berhadapan dengan berbagai-bagai masalah tetapi tentang soal penyertaan bumiputera ianya hanya dapat dilaksanakan kalaulah sesuatu permohonan itu perlu mendapat perhatian daripada kementerian. Saya rasa bahawa dari segi penyertaan bumiputera dilaksanakan oleh kementerian ini umpamanya dalam cara untuk menambahkan pemasaran barang-barang keluaran daripada IKS yang dipasarkan atau dijual di peringkat pasar raya umpamanya atau hypermarket, ia juga dibolehkan bagi keluaran ini dieksport ke luar negara kerana ia menggunakan saluran yang sama iaitu saluran pengedaran yang ada kaitannya dengan pasar raya-pasar raya berkenaan.

Cara ini ia menggalakkan kepada satu kefahaman bahawa digalakkan atau diberikan tumpuan dan perhatian kepada produk yang berjaya dalam pasaran iaitu ia adanya elemen persaingan dan penerimaan oleh pembeli. Sebab itu ia memberikan satu dorongan yang begitu realistik dan bukan semata-mata kerana dasar kerajaan. Saya rasa ini pun satu program yang boleh berjaya kerana daripada apa yang saya tinjau sama ada di pasar raya-pasar raya yang berkenaan yang menggalakkan barangan daripada IKS ini dijual di pasar raya bermakna mereka bersaing mereka berada dalam konteks pasaran yang nyata. Bukan yang virtual bukan yang ‘olok-olok’ tetapi yang berasaskan kepada permintaan dan penerimaan pasaran. Program ini bakal berjaya...

final • 9:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Kedua dari segi lesen stesen minyak ianya saya rasa begitu tinggi sangat penyertaan bumiputera dalam bidang ini dan ini telah berada di satu tahap sehinggakan saya rasa bahawa pengeluaran lesen-lesen stesen minyak sekarang akan perlu ditimbangkan untuk dibekukan.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya mengambil masa yang lama dalam menjawab...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Apa?

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sibuti.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti dari Sarawak.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Sarawak.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi?

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Saya boleh duduk saya ingat bukan pasal saya...

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Pendek sahaja Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Yakah? Okeylah.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap saya tidak terlambat untuk bertanya kerana tadi saya terdengar bahawa 200 stesen NGV hendak dibuka. Maka stesen itu tidak ternampak perancangan untuk negeri Sarawak.

Jadi saya hendak tanya sebab di kawasan saya Sibuti dan Miri adalah salah sebuah negeri yang mengeluarkan gas, mengapakah tidak ada perancangan Yang Berhormat Menteri untuk membenarkan satu stesen di sana?

Pagi tadi saya juga mendengar daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengatakan bahawa teksi boleh dipinjamkan untuk memasangkan tong gas supaya teksi-teksi di Sarawak juga ada menggunakan NGV dan mungkin orang perseorangan pun berminat. Oleh yang demikian saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar ada perancangan untuk dipasangkan di bahagian Miri di Sarawak. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato' Shahrir Abdul Samad

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih di atas pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Sibuti tentang soal penggunaan dan penambahan penggunaan NGV natural gas asli bagi kenderaan. Saya akan melihat kepada cara bagaimana hendak dilaksanakan. Sudah tentulah sebagai sebuah negeri yang mengeluarkan gas asli secara besar-besaran ia sekurang-kurangnya di Bintulu itu patut diadakan kemudahan untuk kenderaan-kenderaan bagi menggunakan enjin kereta yang berkuasa gas asli.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan banyak terima kasih dan sekiranya saya tak habis menjawab dan menyentuh perkara-perkara yang ditimbulkan dalam perbahasan tempoh hari saya minta maaf dan bolehlah kita seperti mana Tuan Yang di-Pertua biasa lakukan boleh kita berbual-bual atau mencari jawapan sambil kita minum kopi. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

final • 9:10 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan. Ada beberapa perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Yang pertama ialah Yang Berhormat dari Batu Pahat dan Yang Berhormat Hulu Langat telah pun membangkitkan isu penguatkuasaan terhadap pencemaran alam sekitar.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar memang sentiasa menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Pemeriksaan dijalankan ke atas kilang-kilang dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka yang mencemar alam sekitar. Pada tahun 2007 sebanyak 11,500 pemeriksaan telah dijalankan. Susulan daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 428 tindakan mahkamah telah diambil dan dikenakan denda RM5.12 juta serta sebanyak 2051 kompaun telah dikeluarkan melibatkan amaun jumlah RM2.5 juta.

Kerajaan memang memandang berat terhadap jenayah-jenayah alam sekitar.

Oleh itu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dipinda pada tahun 2007. Pindaan ini bertujuan untuk memperuntukkan hukuman penjara mandatori dan denda maksimum RM500,000 kepada pihak yang disabitkan melakukan pelupusan haram bahan buangan terjadual. Di samping itu ketua eksekutif syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh juga didakwa di mahkamah.

final • 9:18 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Saya suka memaklumkan Dewan ini bahawa berikutan pindaan kepada akta tersebut pada bulan Januari 2008 dua orang telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuching di bawah seksyen 34(b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, atas kesalahan mengangkut bahan buangan terjadual iaitu buangan bateri asid. Kedua-dua yang telah disaman ini telah mengaku bersalah dan telah dijatuhkan penjara selama lima bulan berkuat kuasa 16 Januari.

final • 9:18 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Batu Pahat juga ada menyentuh mengenai kajian EIA kedua yang perlu dilaksanakan bagi tujuan penilaian. Semua pembinaan terowong di bawah Banjaran Titiwangsa bagi menyalurkan bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor.

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian EIA bagi projek penyelenggaraan air mentah Pahang-Selangor ini telah dikemukakan pada 1 September 2000 dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 29 Februari 2001. Untuk makluman Dewan ini tempoh sah laku EIA telah pun dilanjutkan sebanyak dua kali dan berakhir pada Februari 29.

Bagi projek ini Framework of Environmental Management Plan telah pun diluluskan pada 7 Mei 2008. Yang Berhormat bagi Indera Mahkota membangkitkan isu berhubung pencemaran udara dan toksik di kawasan perindustrian Gebeng Pahang yang telah berlaku lebih 15 tahun. Pencemaran tersebut telah memberi kesan terhadap kesihatan pendudukan di kawasan berhampiran.

Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, sebuah kilang di kawasan Gebeng Pahang yang menghasilkan medium density fibre board telah dikenal pasti sebagai pencemar utama. Satu aduan mengenai kilang ini telah diterima pada tahun 2006 dan diikuti oleh dua aduan pada tahun 2007. Aduan yang diterima adalah mengenai habuk kayu dan bau pelekat. Berikutan penyiasatan tersebut, surat arahan dikeluarkan kepada pihak kilang berkaitan supaya mengambil tindakan mengawal pelepasan habuk dan bau.

Di samping itu satu notis arahan di bawah seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikeluarkan pada 14 Januari 2008 mengarahkan pihak kilang menjalankan kajian terperinci. Kajian ini hendaklah diberi fokus kepada punca pelepasan habuk dan bau dan juga pengukuran paras habuk di dalam kilang dan kawasan penempatan berhampiran.

Berdasarkan kajian ini pihak kilang juga dikehendaki mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Untuk makluman Dewan ini, langkah-langkah yang dicadangkan dalam kajian tersebut telah diterima pada 13 Mei 2008 dan sedang diteliti oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang untuk tindakan susulan sewajarnya.

Pada tahun 2008 Jabatan Alam Sekitar tidak menerima apa-apa aduan. Yang Berhormat bagi Hulu Langat membangkitkan isu mengenai pencemaran kualiti air di Sungai Langat dan Sungai Semenyih akibat sisa buangan industri, sisa kumbahan penduduk setempat dan aktiviti kuari. Beliau mencadangkan agar pengurusan sumber air bersih dijadikan agenda utama oleh kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan pengawasan kualiti air sungai yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2007, Sungai Langat adalah pada tahap sederhana tercemar dan Sungai Semenyih adalah bersih. Bilangan punca jenis industri di lembangan Sungai Langat yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah sebanyak 690. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kementerian mempunyai program untuk meningkatkan kualiti air sungai.

Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah termasuklah mempertingkatkan penguasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya di mana punca-punca pencemaran yang gagal mematuhi undang-undang ini dikenakan tindakan. Untuk makluman Dewan ini untuk lembangan Sungai Lengat sebanyak 26 notis arahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan pada pihak industri untuk mengambil tindakan mengawal pencemaran. Di samping itu, sebanyak 21 tindakan

final • 9:20 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

mahkamah telah diambil ke atas kilang-kilang yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

Yang kedua mempertingkatkan aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar di samping memberi khidmat nasihat dan mengadakan sesi dialog dengan pihak industri bagi membantu mereka menyelesaikan masalah dan mematuhi peruntukan undang-undang.

Yang ketiga melaksanakan program-program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Pertanian untuk meningkatkan kualiti air sungai. Yang Berhormat bagi Machang membangkitkan isu kesan pembinaan lapangan terbang Pulau Tioman terhadap alam sekitar.

Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya projek ini diteruskan, kementerian saya sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal alam sekitar akan memastikan kesannya kepada alam sekitar adalah di tahap yang minimum. Berdasarkan kepada isu-isu alam sekitar yang telah dikenal pasti di dlm laporan EIA, bagi cadangan projek ini pemaju projek telah dikenakan syarat-syarat yang ketat yang perlu dipatuhi bagi memastikan kesan cadangan projek adalah minimum kepada alam sekitar khususnya kepada terumbu karang dan kawasan sekitarnya.

Walau bagaimanapun kementerian ini sedang meneliti kajian yang telah menghasilkan beberapa penemuan baru mengenai keadaan ekologi khasnya terumbu karang di kawasan tersebut. Berdasarkan hasil kajian ini, kementerian jika perlu akan meminta pihak pemaju membukakan EIA tambahan.

Pada masa ini laporan EMP ataupun Environmental Management Plan dengan izin, untuk menggariskan tindakan dan langkah-langkah kawalan yang akan diambil untuk mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA belum diluluskan.

Yang Berhormat bagi Batu Pahat, Yang Berhormat bagi Mambong dan Hulu Langat membangkitkan isu berkaitan dengan perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memandang serius dan peka dengan fenomena perubahan iklim dan pemanasan global ini. Persiapan dan tindakan kerajaan bagi menangani perubahan iklim dan impak daripadanya terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan metigasi dan adaptasi. Pendekatan metigasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, karbon dioksida, metanol, manakala pendekatan adaptasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kesan perubahan iklim kepada manusia dan alam sekitar.

Melalui pendekatan ini, langkah-langkah yang diambil, bukan sahaja kementerian ini, tetapi kementerian-kementerian yang lain memandangkan isu ini adalah merentasi pelbagai sektor. Selain daripada itu saya juga ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai perubahan iklim yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menangani isu-isu yang timbul akibat daripada kesan perubahan iklim.

Di samping itu, kementerian juga sedang mempergiatkan kempen kesedaran alam sekitar dan kerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan bagi menyedarkan orang awam dan juga para pelajar dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghadapi masalah perubahan iklim.

Yang Berhormat bagi Sekijang telah membangkitkan tentang tindakan susulan yang diambil selepas banjir yang berlaku di Muar pada 7 Disember 2007 dan mencadangkan supaya retention pond dibina di Sungai Muar dan mendalamkan sungai tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah melantik juru perunding bagi menyediakan reka bentuk terperinci dan dokumen tender bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar Fasa 1 pada 30 April 2008. Penyediaan reka bentuk ini akan mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan. Kerja-kerja tebatan banjir yang akan dilaksanakan di bawah RTB ini adalah;

(i) kerja-kerja penambahbaikan sungai yang sedia ada;

final • 9:20 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

(ii) membina kolam-kolam takungan banjir;

(iii) membina lencongan untuk aliran sungai; dan

(iv) membina flood ban structure dengan izin, yang lain yang berkaitan.

Yang bagi Bukit katil membangkitkan isu perhubungan pelaksanaan projek tebatan banjir yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Melaka pada 2007. Walau bagaimanapun sehingga hari ini, projek tersebut masih belum dimulakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Tebatan Banjir Negeri Melaka Fasa 1A dijangka bermula pada Julai 2008.

Berdasarkan peruntukan yang disediakan, lokasi projek ini hanya bertumpu kepada Sungai Melaka sahaja. Antara skop kerja yang akan dilaksanakan dalam projek ini adalah mengenai taraf sungai dan pembinaan ban di sebelah kiri dan kanan sepanjang 6.5 kilometer. Tempoh menyiapkan projek ini adalah selama 12 bulan.

Yang Berhormat bagi Batu Pahat membangkitkan isu ranger sungai masih belum diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengaliran Saliran telah melaksanakan program penglibatan humanity. Program ini bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan, malah ia turut melibatkan badan-badan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Program ini bertujuan untuk;

(i) mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan muara sungai dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar;

(ii) melatih masyarakat tentang cara-cara mengurus dan memantau sungai;

(iii) melatih masyarakat menjadi eyes dan ears kerajaan serta mewujudkan smart partnership, dengan izin; dan

(iv) melatih masyarakat memulakan inisiatif dan berusaha mencari sumber kewangan sendiri.

. Untuk permulaan enam bengkel bagi melatih jurulatih yang terdiri daripada agensi kerajaan dan masyarakat telah dijalankan di enam zon di seluruh negara dan melibatkan bilangan peserta sejumlah 141 peserta daripada agensi kerajaan, 15 daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan 17 dari NGO. Yang Berhormat bagi Machang juga meminta penjelasan berhubung dengan penubuhan Akta Taman Laut bagi tujuan memelihara khazanah di taman laut.

final • 9:20 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sejumlah 42 perairan pulau negara telah diwartakan sebagai taman laut di bawah Akta Perikanan 1985. Menyedari akan kekayaan khazanah marin, kementerian telah melaksanakan pelbagai program untuk memelihara spesies dan habitat marin terutamanya spesies dan habitat yang terancang.

Kementerian komited juga untuk mengusahakan pemuliharaan sumber marin negara. Selaras dengan ini, satu undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Taman Laut sedang digubal. Rang undang-undang ini adalah susulan daripada penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia pada 16 Jun 2006 bagi menggantikan Bahagian 9, Akta Perikanan 1985 yang berkaitan dengan penubuhan taman laut dan rizab laut.

Tujuan utama rang undang-undang ini digubal adalah untuk memelihara dan mengurus perairan taman laut serta memberikan perlindungan kepada biodiversiti marin negara dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Rang undang-undang ini juga akan memberi identiti kepada Jabatan Taman Laut Malaysia. Rang Undang-undang Taman Laut ini dalam peringkat penelitian oleh Jabatan Peguam Negara agar ia tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada. Perbincangan akan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan,

final • 9:30 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Uggah Embas

badan-badan bukan kerajaan, institusi-institusi penyelidikan marin negara termasuk universiti-universiti tempatan bagi memperkemaskan rang undang-undang tersebut sebelum mendapat persetujuan Jemaah Menteri untuk seterusnya dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

final • 9:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 9:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, bagi rehat sekejap. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 tidak memperuntukkan pampasan bagi kerugian atau kerosakan pada harta benda. Kalau kita perhatikan kebanyakan kes-kes pencemaran tidak terkena kesan secara langsung pada harta benda. Ia lebih tertumpu pada perkara Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, maksudnya kerosakan kepada apa-apa yang bukan tangible.

Salah satu perkara yang saya telah sebutkan berkenaan dengan kawasan perindustrian yang berasaskan kimia di kawasan perindustrian Gebeng yang sering kali dikaitkan dengan kemusnahan ataupun pencemaran alam sekitar. Kawasan ini dimonopoli secara majoritinya oleh kilang-kilang yang dipunyai oleh foreign equity, dengan izin, atau pihak asing. Kita tahu kilang-kilang ini telah diperuntukkan banyak kemudahan seperti elaun pelaburan semula, elaun pembangunan industri dan sebagainya. Selain daripada mendapat manfaat daripada kemudahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan mereka juga dilihat terlepas daripada sikap yang perlu bertanggungjawab terhadap maintenance alam sekitar.

Aspek ini telah banyak diperkatakan, namun sebagaimana yang diberitahu oleh pihak kementerian tidak ada satu dasar setakat ini yang mensyaratkan syarikat-syarikat ini untuk dikenakan bayaran pampasan atau ganti rugi selain daripada yang jelas terkena kepada harta ataupun tangible asset semata-mata. Mungkin kementerian boleh fikirkan perkara ini, aspek-aspek yang tidak tangible juga perlu diambil kira untuk jangka masa panjang. Boleh berikan pandangan? Terima kasih.

final • 9:30 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang tidak ada klausa untuk memberi pampasan untuk barang-barang yang tangible ini. Oleh yang demikian kita akan melihat bagaimana kita dapat mencari jalan untuk menentukan bahawa Akta Kualiti Alam Sekeliling ini dapat kita kaji. Bagaimana pihak-pihak yang ada bermasalah ataupun mengalami apa-apa kerugian hasil harta mereka boleh mengambil tindakan sivil kepada syarikat-syarikat yang berkenaan. Jadi, setakat itulah yang ada termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling itu. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis, Yang Berhormat Menteri?

final • 9:30 PM

Datuk Douglas Uggah Embas

Ya. Oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan apa-apa perkara yang disentuh dan tidak dijawab akan diambil perhatian oleh kementerian.

final • 9:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Satu soalan.

final • 9:30 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Satu soalan, Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah gulung, Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 9:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul

final • 8:36 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPTG) di Dewan yang mulia ini.

Mengenai isu penempatan harga rumah kos rendah dan sederhana rendah seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dimaklumkan bahawa dasar harga siling jualan rumah kos rendah sedia ada adalah RM42 ribu bagi projek perumahan oleh pemaju swasta. Bagi perumahan kos sederhana dan pemaju swasta pula harga siling yang ditetapkan adalah antara RM42 ribu hingga ke RM100 ribu se unit.

Manakala bagi perumahan kos rendah yang dibina oleh kerajaan pula, harga jualan yang ditetapkan hendaklah tidak melebihi RM35 ribu di Semenanjung Malaysia dan RM42 ribu di Sabah dan Sarawak.

Dengan penetapan harga siling tersebut pembeli boleh membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan dan kelayakan pihak pembeli dengan jumlah pinjaman sebagaimana harga siling yang telah ditetapkan. Pembeli yang membuat pinjaman melalui bank-bank komersial akan membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM250 hingga RM350 sebulan tertakluk kepada jumlah pinjaman bagi tempoh bayaran balik. Kadar ini adalah mampu dibayar oleh golongan yang berpendapatan rendah iaitu tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan harga kawalan kerana kos pembinaan rumah semakin meningkat. Kos pembinaan bagi rumah kos rendah ketika ini adalah RM40 ribu hingga RM80 ribu seunit bergantung pada harga tanah dan jenis rumah sama ada rumah teres ataupun rumah pangsa. Ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi yang tinggi berbanding dengan harga jualan dan kos pembinaan.

Mengenai cadangan supaya disediakan kemudahan bagi menggalakkan pemilikan rumah sendiri, kementerian ini menyatakan bahawa di antara matlamat Dasar Perumahan Negara adalah untuk menyediakan perumahan yang mampu dimiliki atau disewa oleh semua golongan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, perbadanan kemajuan negeri-negeri dan beberapa agensi kerajaan lain telah melaksanakan program perumahan kos rendah dan sederhana untuk menyediakan kemudahan perumahan sama ada untuk dimiliki, dijual atau disewa kepada golongan berpendapatan rendah termasuk penduduk setinggan. Pemaju swasta juga dipertanggungjawabkan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana yang mampu dibeli atau dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dengan penetapan dasar sekurang-kurangnya 30% unit rumah-rumah yang dibina merupakan rumah kos rendah dan penetapan harga jualan tidak melebihi RM42 ribu seunit.

Dengan penjelasan ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengalu- alukan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Jempol supaya dewan bandar raya dan majlis perbandaran terlibat dan bergabung dengan pihak yang layak dan berminat untuk membina rumah kos rendah dengan peruntukan yang ada untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

final • 8:36 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Ini juga adalah selaras dengan kaedah usaha sama KPKT dan perbadanan kemajuan negeri dan agensi-agensi lain.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Batang Sadong bangun, Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya hendak bertanya, dalam kita ghairah hendak menjualkan rumah untuk membantu mereka yang dalam golongan berpendapatan rendah, adakah kementerian juga memainkan peranan dari segi social responsibility mereka dengan izin, untuk memastikan agar diberi syarat penghuni rumah terutama sekali di dalam golongan rendah, rumah pangsa atau apa, supaya ia tidak kata orang over crowded dengan izin. Ini

final • 9:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

adalah salah satu cara untuk kita mengelakkan kes, seperti kes sumbang mahram. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, memang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji, saiz rumah yang sedia adalah 650 kaki persegi diperbesarkan kepada 705 kaki persegi, dari dua bilik ke tiga bilik supaya memenuhi kehendak keluarga sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kedah, mengenai pembinaan rumah-rumah untuk orang miskin di bandar khususnya di Kuala Kedah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil maklum dan sentiasa prihatin akan permasalahan perumahan khusus untuk golongan setinggan dan berpendapatan rendah. KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang membina sebanyak 73,251 unit rumah kos rendah untuk disewa dan dimiliki di bawah program perumahan rakyat (PPR) di seluruh negara khususnya untuk menempatkan semua setinggan di rumah yang lebih selesa, serta menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah dengan kadar sewa sebanyak RM124 sebulan.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sibuti bangun, Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sila.

final • 9:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ulasan Yang Berhormat Menteri tadi ada kita mendengar bahawa rakyat miskin, rakyat sederhana, rumah pangsa dan sebagainya, tetapi saya belum ada mendengar lagi keperluan akan diberi juga kepada rumah-rumah panjang di mana kawasan kami ini banyak rumah panjang. Sebab golongan rumah panjang ini pun, orang yang tidak juga berpendapatan tinggi. Mereka harap daripada pertanian sahaja. Oleh yang demikian, adakah SPNB ini akan memanjangkan bantuan membuat rumah itu kepada kawasan-kawasan yang begini? Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, kita akan kaji permintaan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, SPNB di bawah kementerian Yang Berhormat kah?

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

JPN.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia cakap pasal SPNB Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Minta maaf, tetapi ada kerjasama, ada usaha sama.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di bawah program PPR, Kerajaan Persekutuan akan membina perumahan kos rendah di atas tapak tanah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri. Di negeri Kedah sahaja, sebanyak 1,894 unit rumah kos rendah di bawah program ini telah dibina iaitu PPR Kuah, Langkawi dan PPR Paya Nahu, Sungai Petani.

Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang juga turut membangkitkan isu perumahan kos rendah PPR yang tidak diberi secara saksama kepada rakyat termiskin di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat, penawaran pembelian rumah kos rendah dilaksanakan oleh kerajaan negeri harus dilaksanakan secara telus dan saksama. Penawaran adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:

(i) permohonan perlu dibuat melalui Sistem Pendaftaran Terbuka

(SPT) bagi rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri;

(ii) pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan pemohon hendaklah belum memiliki rumah...

final • 9:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Di samping itu proses temu duga dan pemilihan dibuat oleh jawatankuasa pemilih di peringkat daerah dan seterusnya dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Ahli Yang Berhormat dari Rasah telah membuat gesaan kepada kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mewujudkan jawatankuasa khas untuk menilai projek terbengkalai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya bertindak sebagai pemudah cara dengan izin, facilitator atau mediator untuk menyelaras usaha-usaha bagi mencari kaedah terbaik untuk membolehkan projek perumahan terbengkalai.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Padang Serai Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sila.

final • 9:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini di kawasan Parlimen Padang Serai, terdapat beberapa pekan-pekan satelit yang telah berkembang maju. Pekan-pekan seperti Paya Besar, Padang Serai, Merbau Pulas, Sungai Karangan, Bukit Karangan dan Kuala Ketil.

Oleh sebab pembangunan rumah-rumah murah dan juga pembangunan rumah-rumah sudah ada banyak penghijrahan orang-orang daripada Pulau Pinang dan persekitaran di mana pekan-pekan ini telah agak maju sekarang, tetapi pekan-pekan ini tidak ada kemudahan-kemudahan asas seperti bank dan juga facility kepada rakyat awam.

Jadi bolehkah kementerian membantu kawasan-kawasan ini dengan memberi sokongan dan sebagainya supaya bank-bank dapat dibuka di kawasan-kawasan pekan ini di mana perjalanan di antara pekan-pekan ini selalunya mengambil masa di antara setengah hingga satu jam dari satu pekan ke pekan yang lain. Terima kasih.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bank ini bukan di bawah bidang kuasa saya, tetapi saya rasa dengan permintaan pasaran, saya rasa sekiranya ada permintaan, bank-bank yang rasanya mendapat peluang perniagaan yang mencukupi, saya rasa mereka akan sanggup buka di tempat-tempat yang ditentukan.

Walau bagaimanapun, kementerian ini akan selaras dengan pihak berkuasa tempatan supaya permintaan ini dapat dilihat.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Kota Melaka, Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sila.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 9:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan mengenai dengan perumahan kos rendah. Memang di Kuala Lumpur ada banyak rumah kos rendah juga dan di sekitar Kuala Lumpur masalahnya adalah sampah sarap tidak dikutip dengan regularly, dengan izin. Kita pergi ke mana-mana, di Bukit Bintang, di Wangsa Maju, di Kepong, sampah sarap merata-rata tempat dan semua ini dikuasai oleh siapa? Alam Flora.

Juga kenapakah masalah kutipan sampah ini di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tidak diberi kepada DBKL iaitu sebuah kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan dan mereka boleh uruskan perkara ini lebih baik dan kerajaan tempatan sering di dalam Kuala Lumpur ini, Yang Berhormat pun tahu merata-rata tempat.

Masalah apa? Sampah sarap tidak dikutip dan ini menjadikan masalah apa? Mengancam kesihatan orang awam dan juga tikus banyak, ulat bermacam-macam-macam masalah.

Terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya sedang sentuh isu perumahan kos rendah. Walau bagaimanapun kita akan minta pihak yang berkenaan ambil perhatian tentang masalah ini.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat?

final • 9:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ambil perhatian. Kenapa perkara Alam Flora tidak diberi kontraknya kepada DBKL?

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita hendak...

final • 9:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kenapa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendak kawal?

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat, dia faham maksudnya.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Kalau kita menyeleweng, tidak boleh habislah. Kita hampir pukul 10 sudah.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi Kota Melaka Yang Berhormat? Ya, Kota Melaka.

final • 9:40 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sudah jawab, sudah jawablah ini. Sila, sila.

final • 9:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi tentang projek yang terbengkalai yang tadi dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sebab terdapat banyak projek terbengkalai ini. Terdapat banyak di antara projek terbengkalai ini ialah projek yang dibina shop office dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini mereka elak dengan perjanjian jual beli rumah kediaman. Sebab itu dia tidak dikawal atas standard SNP agreement oleh kementerian.

final • 9:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Adakah kementerian bercadang untuk membuat pindaan ini supaya termasuk dengan shop office ini, sebab di Melaka terdapat banyak projek yang terbengkalai dan semua mengelakkan di kawal atas perjanjian ini.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, memang betul bahawa rumah- rumah kedai, rumah-rumah perniagaan adalah tidak di bawah kawalan kementerian ini.

Walau bagaimanapun kementerian telah menggubal undang-undang baru ini sebahagian daripadanya terutamanya servis apartmen masuk dalam bidang kawalan kementerian ini dan kita akan kaji sama ada akan merangkumi rumah-rumah kedai dan tempat-tempat perniagaan pada masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Dalam keadaan syarikat pemaju masih belum...

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Ini isu rumah terbengkalai.

final • 9:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Rumah terbengkalai. Yang Berhormat Menteri dulu ada kerajaan telah pun membuat cadangan tentang rumah terbengkalai ini dengan cara siap dahulu baru jual. Jadi adakah rancangan itu dilaksanakan sekarang?.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, cadangan 10/90 ini bermaksud bayaran yang 10% untuk cagaran kemudian dibayar 90% yang bakinya dibayar sebaik sahaja bangunan itu disiapkan.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Ini sedang dimulakan di dalam peringkat percubaan kerana kita juga hendak ambil kira keadaan pasaran dan kemampuan sesetengah pemaju yang mungkin tidak mampu mengikuti kaedah ini. Namun kita bagi satu pilihan sekiranya mereka pilih cara bina kemudian jual, kita bagi galakan seperti kita kecualikan bayaran cagaran apabila pembayaran lesen sebanyak RM200,000 dikecualikan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan.

final • 9:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Dalam keadaan pemaju masih wujud KPKT melalui beberapa siri rundingan dan perbincangan dengan pemaju asal serta pihak-pihak berkepentingan akan mengkaji dan menentukan daya maju projek, menyediakan pelan pemulihan dan seterusnya memantau pelaksana pelan pemulihan tersebut. Dalam keadaan syarikat pemaju telah digulung, KPKT akan membuat satu penyelarasan dengan liquidator berhubung dengan pemulihan projek dan seterusnya memantau pelaksanaan pelan pemulihan tersebut.

Berkenaan dengan pandangan bahawa KPKT ini terlalu bergantung terhadap SPNB dalam usaha memulihkan projek terbengkalai. Ingin saya tegaskan bahawa usaha memulihkan projek rumah terbengkalai dilaksanakan secara bersama dengan pelbagai pihak termasuklah SPNB.

Misalnya mula tahun 1993 sehingga tahun 2007, hasil usaha kementerian selaku pemudah cara dengan kerjasama dengan SPNB, Jabatan Insolvensi Malaysia, liquidator, pemaju baru mahu pun pemaju asal sebanyak 118 projek terbengkalai yang melibatkan 23,209 pembeli telah berjaya di pulih dan disiapkan dengan sijil layak menduduki CFO.

Butiran terperinci adalah seperti berikut; pemulihan 77 projek terbengkalai oleh pemaju asal, 13,293 pembeli. Pemulihan 29 projek oleh pemaju baru iaitu 4,291 pembeli dan pemulihan 12 projek oleh SPNB, 4,995 pembeli.

Sehingga Mei tahun 2008, masih lagi terdapat 23 projek terbengkalai yang sedang dalam pembinaan yang melibatkan 9,399 pembeli dan butiran terperinci adalah seperti berikut. 99 projek dalam pembinaan oleh pemaju asal, 3,843 pembeli, 11 projek sedang dalam pembinaan oleh pemaju baru, 3,497 pembeli dan 3 projek sedang dipulihkan oleh SPNB 2,049 pembeli. Bagi 129 projek yang masih terbengkalai, 78 projek daripadanya adalah projek-projek yang masih lagi dalam peringkat pemudah cara KPKT manakala 51 projek lagi masih dalam kajian SPNB untuk tujuan pemulihan.

Berhubung dengan gesaan Ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan Jawatankuasa Penilai Projek Terbengkalai, KPKT akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perumahan Negara hanya berfungsi sebagai pemantauan dan pemudah cara dalam pemulihan projek-projek terbengkalai. Walau bagaimanapun perbincangan...

final • 9:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu

final • 9:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta laluan.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sedikit lagi. Perbincangan di antara KPKT dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti pembeli dan pemaju akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa. Silakan.

final • 9:50 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya hanya ingin tahu dalam angka yang tadi dikemukakan, yang dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Di kalangan projek-projek yang terbengkalai, berapa yang sudah melebihi 10 tahun dan berapa yang lebih daripada 15 tahun? Adakah menteri mempunyai data-data yang boleh dimaklumkan kepada kami. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Rasah.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sila, sila.

final • 9:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat, Tuan yang di-Pertua, bagi sesuatu projek yang terbengkalai saya rasa kementerian perlu mencari pendekatan yang baru iaitu saya bersetuju kita perlu ada white knight ataupun pemaju yang baru untuk mengambil alih. Ini kerana kalau kita bergantung sangat kepada pemaju asal kerana projek- projek terbengkalai ini kerana mungkin pemaju sudah lari ataupun menutup kedai.

Dalam Akta housing development section 11(C) - powers of the minister, dengan izin, “..direct a company to assume control and carry on the business of the housing developer upon such terms and conditions as the Minister may determine.” Maksudnya menteri ada kuasa untuk mengarahkan satu syarikat baru untuk mengambil alih projek yang terbengkalai itu. Pertanyaan saya ialah adakah menteri mengguna pakai kuasa ini untuk menyelamatkan projek-projek yang terbengkalai kerana memang diberi kuasa untuk mengarahkan syarikat lain untuk mengambil alih projek yang terbengkalai.

final • 9:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 9:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Dato’ minta penjelasan.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bagi laluan Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tidak mengapa.

final • 9:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan yang baru dibangkit daripada Yang Berhormat Rasah Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tadi tentang angka-angka projek yang di pulih. Adakah semua pembeli asal diakui oleh kementerian dan juga harga jualan itu tidak di naik atau sama yang original price dengan izin. Adakah projek-projek yang akan di pulih di negeri Melaka, boleh beri saya nampak jawapan angka ini.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, tentang projek terbengkalai sebenarnya kebanyakan berlaku dalam krisis ekonomi pada tahun 1990-an. Jadi projek terbengkalai ini saya ada angka di mana buat masa sekarang ada 43,606 buah masih dalam diiktiraf sebagai terbengkalai. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat angka itu memang besar tetapi dari segi projek yang telah siap dan diserahkan kepada pembeli adalah 2,715,722 unit.

Bermaksud terbengkalai ini dari segi peratusan tidak sampai 20% tetapi kementerian kita ini, saya masih tidak berpuas hati maka kita sentiasa akan berusaha untuk menyelamatkan rumah yang terbengkalai ini.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat Hulu Terengganu

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Saya hendak habis dahulu nanti keliru.

final • 9:50 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Projek terbengkalai ada.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan dahulu Yang Berhormat, sila habiskan ayat itu.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Saya hendak habiskan dahulu, nanti tidak boleh ingat.

Kemudian tentang kuasa menteri, memang kalau terapat syarikat penyelamat yang boleh dipercayai white knight company dengan izin ,maka kuasa menteri akan digunakan untuk supaya syarikat penyelamat ini dapat bantu supaya rumah-rumah terbengkalai ini dapat di pulih. Walau bagaimanapun kuasa menteri ini tidak boleh digunakan dengan selalunya.

final • 9:50 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Kita sedang mengusahakan satu, yang dinamakan special vehicle, special purpose vehicle atau SPV supaya dia akan diberikan kuasa yang cukup untuk campur tangan dan pemulihan terhadap projek-projek yang sakit atau menghadapi masalah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, itulah sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Penjelasan.

final • 10:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit.

Memandangkan banyak projek terbengkalai di negara kita, adakah kementerian Yang Berhormat berhasrat melaksanakan satu konsep build first sell later, dengan izin. Ianya boleh mengatasi masalah projek yang terbengkalai. Adakah kementerian Yang Berhormat akan melaksanakan konsep ini? Jika ya, bila ia akan dilaksanakan? Jika tidak, mengapa?

Minta penjelasan.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua, tadi yang saya bangkitkan minta penjelasan atas projek yang dipulihkan itu. Adakah harga jualannya sama, tidak dinaikkan dan pembeli asal semua akan dijamin?

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, saya ....

final • 10:00 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, sedikit.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Saya buat satu rumusan yang menyeluruh kerana ini bergantung pada keadaan projek. Tiap-tiap projek ada masalah-masalah yang tersendiri.

Memang ini adalah satu pemulihan dan projek rumah terbengkalai ini adalah satu proses yang rumit. Ia perlukan rundingan kerana mereka akan terlibat dengan masalah kewangan, masalah undang-undang. Banyak pihak terlibat termasuk pihak bank, pihak tuan punya tanah dan sebagainya.

Jadi, kita akan pulih. Kadangkala harga yang asal akan dapat dipeliharakan, kadangkala mungkin perlu ditambah sedikit. Jadi, ini perlu tolak ansur daripada semua pihak.

final • 10:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, sebab dahulu semasa tabung TPPT, semasa itu ia ada disyaratkan bahawa harga jualan tidak akan dinaikkan sebab kerajaan beri soft loan itu dan juga pembeli asal semua mesti dijamin akan di honour, dengan izin. Sebab itu, bila TPPT diberhentikan saya hendak tahu adakah syarat itu masih wujud?

Kalau tidak saya ingat ini tidak adillah untuk pembeli, pemilik asal sebab mereka kena tanggung interest lagi, sewa dan juga tanggungan yang lain sebab itu projek terbengkalai. Selain daripada kemerosotan ekonomi, saya ingat pihak kawalan iaitu pihak kerajaan pun sepatutnya bertanggungjawab juga.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, kaedah itu dipakai semasa economy crisis, dengan izin. Jadi, buat masa sekarang, kaedah itu tidak digunakan lagi.

Walau bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pembeli-pembeli yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Kota Melaka itu.

final • 10:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah Yang Berhormat bangun.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Sila.

final • 10:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebelum ini saya ada membangkitkan berkenaan keputusan pihak kementerian untuk mengalihkan peruntukan di bawah kementerian ke agenda menangani masalah krisis makanan. Sepatutnya, sejumlah wang diberi untuk projek-projek di negeri Perak dan negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat.

Saya hendak tahu bagi negeri Perak, berapakah wang yang telah dialihkan untuk projek yang lain? Itu krisis yang melibatkan krisis makanan. Yang Berhormat juga dilaporkan mengatakan akan menubuhkan saluran yang lain untuk menyalurkan peruntukan kementerian persekutuan ini dan tidak kepada agensi yang sedia ada di bawah Pakatan Rakyat. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri juga dari negeri Perak agar mempertimbangkan, menarik keputusan sedemikian.

Jika Yang Berhormat kata, “Oh, Yang Amat Berhormat meminta setiap kementerian mengurangkan perbelanjaan.” Saya hendak tahu, kementerian yang lain saya tidak dengar pun mereka mengatakan projek mereka kena ditangguhkan untuk menggunakan wang itu bagi tujuan krisis makanan. Jadi, hendak tahu melibatkan berapa jumlah wang, berapa jumlah projek bagi negeri Perak dan saya harap pertimbangkan semula keputusan untuk tidak menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri melalui agensi yang sedia ada. Biar kita bekerjasama. Saya pohon penjelasan.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, izin saya jawab soalan build and sell dahulu, nanti keliru. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya konsep build and sell, dengan izin ini pernah dicadangkan. Namun, kita kena kaji bahawa suasana di negara kita ini, pemaju-pemaju di negara ini, bukan kita melindungi kepentingan mereka kerana sektor pembinaan, sektor pembangunan perumahan juga adalah satu sektor yang sangat penting, kerana setiap rumah yang dibina ini mengandungi lebih daripada 50 komponen.

Ada pihak yang telah membuat penggiliran lebih daripada 50 komponen terdiri daripada pelbagai bidang pekerjaan ikhtisas termasuk jurutera, arkitek, pekerja-pekerja am dan juga bahan-bahan binaan dan sebagainya. Dia menyara hidup, rezeki ramai orang.

Kita pun rasa hendak memelihara industri ini. Maka apabila kita ada cadangan seperti mana yang pernah dibuat oleh negara-negara yang maju bahawa konsep bina dan kemudian dijual juga dilaksanakan di Malaysia. Maka, kita rasa ini boleh dicuba tetapi tidak boleh buat secara tergesa-gesa. Kita bimbang mungkin akan menjejaskan industri perumahan di negara kita ini. Maka, kita berikan satu pilihan kepada pemaju sekarang. Kalau mereka sanggup melakukan konsep build and sell, kita akan beri galakan, ganjaran dan sebagainya. Kita tidak akan paksa mereka, tetapi mungkin pada jangka masa panjang mungkin akan menghala ke konsep build and sell ini.

Berkenaan Ahli Yang Berhormat daripada Batu Gajah, sebenarnya ini bukan tentang masalah rumah yang terbengkalai. Saya rasa Ahli Yang Berhormat salah faham.

Saya pernah buat kenyataan bahawa kerana kita sedang menghadapi satu keadaan di mana kerajaan harus memberi tumpuan kepada stockpile makanan dengan izin, maka projek-projek yang mewah mungkin akan dikurangkan. Projek-projek people centric ini akan diutamakan. Maka, di negeri Perak, kita ada beri wang, peruntukan akan dikeluarkan, sebenarnya peruntukan pembangunan akan diteruskan, tidak akan dikurangkan. Jadi, itulah sahaja penjelasan saya.

final • 10:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Penjelasan, saya mahu penjelasan. Saya hendak tanya bahawa ada laporan menyatakan RM52 juta untuk pihak berkuasa tempatan, semua projek yang telah dijanjikan sebelum pilihan raya akan diteruskan dan tidak akan ketinggalan. Saya mohon penjelasan.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Projek yang telah dilaksanakan akan diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maksud saya dirancang. Yang telah dirancang, dijanjikan akan dijalankan.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Memang yang dijanjikan.

final • 10:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu, compare with the word..., ada laporan mengatakan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa RM52 milion tidak akan disalurkan. Apakah ini benar, untuk projek yang telah dirancang. I’m not talking about dilaksanakan, dirancang.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Baik Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya tidak boleh buat satu kenyataan menyeluruh. Ini bergantung pada projek tetapi projek yang dilaksanakan, projek yang dijanjikan akan diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan, KPKT akan menjadi mediator dalam pertemuan atau mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan. Ini adalah satu usaha untuk membantu membeli, mengatasi masalah yang mereka hadapi supaya segala kelewatan atau rumah-rumah terbengkalai tersebut dapat diserahkan kepada pembeli dengan secepat mungkin.

Bagi projek-projek lewat, bagi projek dalam corporation seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Puchong, pihak KPKT telah pun mengambil tindakan- tindakan yang sewajarnya. Beberapa pertemuan telah pun dibuat bagi membantu penyelesaian masalah pembeli projek perumahan tersebut.

Untuk pengetahuan dan makluman Dewan yang mulia ini, segala pertemuan dan perbicaraan antara pemaju dan pembeli adalah dibuat dengan teliti dan teratur. Ini adalah satu proses yang rumit dan kompleks kerana ia melibatkan banyak isu perundangan, kewangan dan teknikal.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Ranau telah membangkitkan tentang penyediaan rumah kos rendah dan sederhana rendah yang masih di tahap rendah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 24 projek, 18,514 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negeri Sabah, khususnya bagi Program Penempatan Semula Setinggan dan golongan berpendapatan rendah.

Di negeri Sabah, pelaksanaan program ini adalah di kawasan bandar dan di pinggiran bandar seperti di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat dan Lahad Datu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanggungjawab bagi pembinaan rumah kos rendah tidak hanya semata-mata terletak kepada pihak kerajaan sahaja tetapi pihak swasta juga perlu memainkan peranan tersebut bagi memastikan bekalan perumahan adalah mencukupi.

Mengenai isu kedaifan perumahan di Sabah, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan, KPKT ingin memaklumkan bahawa KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara telah dan sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat disewa, khususnya untuk Program Penempatan Semula Setinggan dan golongan berpendapatan rendah untuk menyewa perumahan yang lebih selesa di bandar.

Sehubungan itu, sehingga 30 April 2008, sebanyak 7,531 unit rumah merangkumi enam projek telah disiapkan, manakala sebanyak 10,983 unit rumah yang merangkumi 18 projek masih lagi dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini.

Bagi cadangan Ahli Yang Berhormat dari Labis supaya pekerja-pekerja diberi Skim Bantuan Rumah melalui pemberian tanah atau Skim Pinjaman Perumahan, KPKT ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara ada menyediakan rumah mampu milik dan Skim Pinjaman Perumahan kepada mereka yang layak iaitu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Melalui skim yang

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

disediakan ini, peminjam boleh membuat pinjaman maksimum sebanyak RM20 ribu bagi tujuan membina atau membeli rumah.

Kerajaan juga melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) juga ada menyediakan kemudahan jaminan pinjaman kepada mereka yang tidak mempunyai bukti pendapatan untuk membuat pinjaman bagi tujuan untuk membeli rumah. Pada masa sekarang, pinjaman ini hanya boleh diperolehi dari dua buah bank yang dilantik iaitu Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kulai, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Daripada jumlah tersebut, sehingga Mac 2008 sebanyak RM27 juta telah dibelanjakan bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinan bandar. Kementerian juga telah memohon agar peruntukan PPKB ditambahkan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian objektif PPKB.

Mengenai pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam berhubung dengan bantuan kepada ibu tunggal untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak semasa keluar bekerja, sukacita dimaklumkan bahawa bantuan kos jagaan anak-anak ke pusat jagaan semasa ibu keluar bekerja merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan di bawah projek pengurangan beban tanggungan keluarga. Ini merupakan salah satu daripada projek di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bantuan ini meliputi semua ibu yang layak termasuklah ibu tunggal yang berdaftar sebagai keluarga miskin dan miskin tegar di bandar berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang diguna pakai oleh kerajaan. Bantuan tersebut disediakan dalam bentuk bayaran bulanan kepada taska, tadika, jiran dan individu sebanyak RM200 atau kadar sebenar yang lebih rendah bagi memberi peluang kepada ibu-ibu keluar bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.

Ahli Yang Berhormat dari...

final • 10:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan, penjelasan. Tadi Yang Berhormat baru jawab mengenai ucapan Yang Berhormat dari Kulai, bukan sahaja adiknya, tetapi baru-baru ini menjadi menteri yang sama dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bukankah ini satu yang berbau sandiwara politik? Sandiwara politik oleh kerana menteri dalam kementerian ini baru-baru ini dia perlu ucap dapat jawapan. Adakah ini sandiwara politik?

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Saya rasa Yang Berhormat salah sangka sebab ini dalam Ucapan Menjunjung Kasih ada sentuh. Walaupun dia bekas menteri, tetapi dia hendak tahu kemajuan. Jadi apa salahnya kalau dia sentuh tentang...

final • 10:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tidak ada salah, tidak ada salah, tetapi ini sandiwara politik oleh kerana dia patut tahu. Dia baru habis jadi menteri.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apa, Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Izinkan saya teruskan.

final • 10:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Sandiwara politik!

final • 10:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apalah, tidak apalah. Sila menteri.

final • 10:10 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Penjelasan.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Papar...

final • 10:10 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Penjelasan.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

...Menggesa kerajaan supaya menyelesaikan segera masalah kemiskinan bandar dan luar bandar yang tinggi di Sabah.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Mengenai perkara ini, KPKT ingin memaklumkan bahawa mulai tahun 2006, KPKT melalui PBT adalah komited untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar...

final • 10:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta penjelasan.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

...Sekejap lagi, di seluruh negara termasuklah di negeri Sabah melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Rasah, Rantau Panjang bangun, Yang Berhormat. Mana satu, Yang Berhormat?

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Rantau Panjang dulu.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Okey.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Rantau Panjang.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan bagaimana program yang telah dilaksanakan untuk membangun Projek Perumahan Rakyat. Kami amat berterima kasihlah di atas usaha yang dibuat untuk membantu rakyat. Cumanya persoalan saya sebagaimana jawapan tadi, setiap program yang dibuat atas persetujuan termasuk juga persetujuan kerajaan negeri.

Saya ingin penjelasan apakah Projek Perumahan Rakyat yang dilaksanakan di negeri Kelantan disalurkan melalui kerajaan negeri atau melalui JPP sebab makluman yang saya dapat daripada kerajaan negeri, saluran tidak melalui kerajaan negeri.

Saya ingin juga penjelasan, berapakah peruntukan yang telah diberi untuk membantu golongan yang melibatkan ibu-ibu tunggal setakat ini dan berapakah jumlah bilangannya. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan kerana mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan dasar setiap rumah yang dibina mesti mempunyai tiga bilik iaitu satu bilik untuk ibu bapa, anak perempuan dan anak lelaki... [Disampuk] Jadi rupa-rupanya dalam keadaan yang kita lihat sekarang ini...

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Kerajaan BN mengikut jejak langkah yang dibuat oleh Kerajaan PAS.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:10 PM

Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau

Sudah lama buat.

final • 10:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Rasah bangun. Ya, pendekkan, Yang Berhormat Rasah.

final • 10:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Pendek sahaja. Saya hendak bertanya ini, penjelasan tentang PPKB.

final • 10:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tidak boleh behave sedikit ke? Saya hendak minta penjelasan tentang PPKB ini. Saya rasa memang PPKB ini satu program yang baik tetapi masalahnya ialah timeframe sampai kepada golongan sasar, sebab saya pernah membuat permohonan kepada PPKB untuk pengundi-pengundi kawasan saya. Saya tunggu 10 bulan baru dapat. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri boleh tak tetapkan satu timeframe. Paling lama tidak sampai dua bulanlah sebab saya rasa ini permohonan yang ringkas sahaja ataupun direct iaitu proses itu tidak sepatutnya begitu panjang. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri tentukan satu timeframe yang pendek supaya bantuan itu dapat disampaikan dan disalurkan kepada pemohon-pemohon dalam jangka masa pendek. Okey?

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 PM

Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang, saya tidak ada angka di sini. Mungkin saya boleh jawab secara bertulis kemudiannya.

Bagi Ahli Yang Berhormat dari Rasah, bahawa saya rasa program ini memang adalah satu program yang diambil alih oleh kementerian. Sebenarnya bukan ambil alih, dimulakan kerana pada masa yang lepas Program Pembasmian Kemiskinan ini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan, kerana tumpuan adalah di kawasan luar bandar tetapi kerana terdapat banyak penghijrahan dari luar bandar ke bandar, maka program ini dicadangkan dilaksanakan oleh KPKT ini.

Sebenarnya program ini dimulakan secara fizikalnya pada tahun 2006 sahaja.

Dalam tempoh tidak sampai dua tahun pun, maka kita menghadapi serba kekurangan dari segi kakitangan. Sekarang ini kita bergantung kepada kakitangan dari PBT, memang ada kekurangannya tetapi kita haraplah ia mungkin akan dapat diatasilah apabila kita dapat memperbaiki organisasi kita pada masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, negeri Sabah merupakan...

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lagi panjang Yang Berhormat?

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Panjang lagi.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita ada tiga kementerian lagi Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Ya, boleh. Saya akan laju.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi masa kita pun sikit saja lagi. Jadi, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Ya, ringkas. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, negeri Sabah merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan KPKT. Di antara projek- projek yang sedang dilaksanakan dan memberi manfaat secara langsung kepada keluarga- keluarga miskin adalah bantuan sewa rumah, bantuan pengurangan beban tanggungan keluarga yang terdiri daripada persiapan ke sekolah, bantuan pengangkutan ke sekolah dan tempat kerja, bantuan rawatan dialisis, bantuan kemasukan ke IPT, bantuan jagaan kanak- kanak dan lain-lain lagi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping itu bagi tujuan menambahkan pendapatan keluarga, bantuan bagi menjalani latihan kemahiran juga turut disediakan di samping membantu mengadakan networking dengan izin, untuk mendapatkan peluang pekerjaan bagi membolehkan ketua isi rumah atau ahli isi rumah mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuala Krau yang mencadangkan mengenai program meningkatkan pendapatan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Berkenaan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Pulai mengenai bentuk bantuan bagi membendung masalah kemiskinan bandar di Johor Bahru, KPKT ini memaklumkan bahawa bentuk-bentuk bantuan yang telah disalurkan adalah seperti bantuan ihsan, bantuan persiapan kemasukan ke sekolah dan IPT, bantuan rawatan dialisis dan bantuan sewa rumah. Semua bantuan-bantuan ini telah disalurkan melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Dengan bantuan yang sedemikian, KPKT berharap dapat mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di Johor Bahru.

Di samping itu, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, setakat ini terdapat 261 keluarga yang telah berdaftar dan menerima bantuan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar KPKT. Daripada jumlah tersebut, 194 keluarga adalah terdiri daripada keluarga miskin dan 67 keluarga adalah di bawah kategori miskin tegar.

Mengenai isu kemiskinan bandar yang dikatakan semakin meruncing oleh Ahli Yang Berhormat dari Batu, perlu dimaklumkan di sini bahawa insiden kemiskinan di kawasan bandar telah pun menurun dari 2.5% dalam tempoh 2004 kepada 2.0% pada tahun 2007. Senario ini berlaku hasil daripada usaha berterusan pihak kerajaan yang melaksanakan pelbagai program mengatasi masalah kemiskinan di bandar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat jumlah 13,143 keluarga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berdaftar dengan KPKT dan ...

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

...Menerima bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

final • 10:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Hanya sikit saja. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya hanya ingin tahu metodologi kita untuk menghitung kadar kemiskinan di kawasan bandar dan apakah trade trend yang menunjukkan penurunan.

Kalau tidak boleh jawab di sini, dalam tulisan pun okey. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Ini memang angka saya dapat daripada EPUlah.

Mungkin saya boleh jawab.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat Batu minta jawab secara bertulis Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Ya boleh. Saya akan jawab secara bertulis.

Mengenai isu peruntukan Kerajaan Pusat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak sama rata di antara negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Rantau Panjang, kementerian ini memaklumkan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat terhadap peruntukan bagi projek-projek kecil bagi PBT adalah dibuat secara adil, telus dan konsisten.

Pihak PBT perlu mengemukakan cadangan projek masing-masing mengikut perancangan dan keperluan mereka kepada Kerajaan Pusat. Kos projek pula akan bergantung kepada jenis pembangunan dan projek itu sendiri. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, purata bantuan bagi projek-projek kecil yang diterima oleh PBT adalah antara RM1 juta hingga RM1.5 juta. Untuk pembangunan setahun bagi PBT di kawasan Rantau Panjang, sebanyak RM1.2 juta telah pun diluluskan bagi tahun 2008 untuk disalurkan kepada PBT di kawasan melalui Majlis Daerah Pasir Mas.

Mengenai dakwaan Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah bahawa peruntukkan tidak diberi kepada PBT negeri Perak, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Ini adalah kerana tidak ada keputusan untuk menarik balik peruntukan pembangunan bagi projek- projek kecil di kawasan PBT negeri Perak, sebaliknya projek-projek sambungan masih diteruskan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Mengenai isu pemasangan lampu jalan di lorong belakang dan kawasan perumahan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Rasah, perlu diperjelaskan bahawa di dalam pembangunan sesuatu cadangan perumahan termasuk projek perumahan, pihak pemaju perlu mengemukakan permohonan berkenaan kebenaran merancang pelan bangunan dan kejuruteraan kepada pihak PBT untuk kelulusan.

Permohonan pelan lampu jalan yang merupakan salah satu komponen dalam permohonan kejuruteraan juga perlu dikemukakan untuk diluluskan oleh PBT. Melalui semakan PBT ke atas permohonan pelan-pelan tersebut, PBT boleh mensyaratkan lampu jalan dipasang di kawasan lorong belakang sekiranya perlu...

final • 10:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 10:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

...Dan syarat-syarat perlu dipatuhi oleh pihak pemaju.

final • 10:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta penjelasan.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Rasah bangun Yang Berhormat. Mana satu Yang Berhormat? Mana satu? Yang Berhormat Batu Gajah ataupun Yang Berhormat Rasah?

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 10:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat kata tidak ada menarik balik peruntukan terus diberi kepada projek yang sedang dijalankan. Yang saya tanya ialah berkenaan laporan RM52 juta itu untuk pihak berkuasa tempatan. Apakah benar laporan tersebut yang tidak akan diberi dan akan dialihkan untuk tujuan krisis makanan.

Saya pohon penjelasan dan Yang Berhormat juga tadi saya ada kata tapi Yang Berhormat tidak jawab. Berkenaan Yang Berhormat ada buat kenyataan menyatakan bahawa peruntukan akan disalurkan kepada saluran yang lain, kepada negeri di bawah Pakatan Rakyat. Apakah benar ini?

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Saya rasa ini tidak benar. RM52 juta ini kalau tak silap saya adalah projek yang sedang dilaksanakan. Maka dia akan diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masa tidak cukup. Izinkan saya teruskan.

Mengenai pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka mengenai dengan menara pemancar di Kota Melaka, KPKT ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa tiada sebarang pengecualian syarat dibuat terhadap pembinaan menara pemancar tetapi sebaliknya pemaju perlu mendapatkan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa perancang tempatan sebelum memulakan atau mengadakan sebarang pembinaan menara atau struktur sistem pemancar telekomunikasi.

Pemaju atau pembekal rangkaian hendaklah memastikan kawasan persekitaran pembinaan sentiasa diselenggarakan dengan baik termasuk kerja-kerja landskap dan pembersihan untuk memastikan ia sentiasa kemas dan teratur dan menara telekomunikasi ialah struktur yang dibina di atas muka bumi dan tidak di atas bangunan manakala struktur sistem pemancar ialah struktur atas bumbung atau mana-mana bahagian bangunan.

Pembinaan semua menara telekomunikasi tidak boleh dibina di mana-mana bahagian bangunan dan hendaklah berpandukan kepada syarat minimum yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pembinaan...

final • 10:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua,

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk dululah. Duduk dulu.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

....Sikit lagi, sikit lagi. Walau bagaimanapun, pembinaan struktur sistem pemancar boleh dipertimbangkan di atas bumbung bangunan

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

atau bahagian-bahagian bangunan lain yang sesuai. Semua jenis bangunan termasuk jenis kediaman boleh dipertimbangkan sekiranya dapat memenuhi semua syarat PBT yang ditetapkan.

Mengenai pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang,

final • 10:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Minta penjelasan.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Saya ingat tak ada masalah Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jadi ada bercanggah...

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tahu Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat pagi tadi pun dah bangkit soalan ini juga.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Yang Berhormat, kalau ada apa lagi, saya boleh jawab secara bertulis.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tapi menteri kata ...

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tak ada masa lagi.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

...Ha!

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Mengenai pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang berhubung dengan masa operasi pusat-pusat judi dan kelab malam dan tindakan kerajaan membendung masalah ini.

KPKT ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa sebarang aktiviti hiburan perlu terlebih dahulu mendapat lesen membuka tempat hiburan dan lesen mengadakan aktiviti hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri iaitu pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan melalui Undang-undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian serta Enakmen Hiburan Negeri.

Dalam memberikan kelulusan lesen hiburan ini, pihak berkuasa negeri akan mengenakan syarat-syarat tertentu termasuklah mematuhi tempoh waktu operasi yang telah ditetapkan. Tindakan boleh diambil oleh PBT berdasarkan peruntukan sedia ada seperti kompaun sekiranya pengusaha pusat hiburan melanggar syarat-syarat kelulusan yang diberikan oleh PBT bersama-sama dengan pihak polis.

final • 10:20 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bukit Katil, KPKT sedia maklum akan masalah pelupusan sampah di tapak pelupusan Sungai Udang berkenaan. Sehubungan itu, KPKT telah menilai cadangan teknologi insinerator yang dicadangkan bagi mengatasi masalah pelupusan di Sungai Udang dan kini dalam proses memuktamadkan penilaian terperinci yang meliputi cadangan teknikal dan modal kewangan bagi pembinaannya. Di samping itu, sebagai langkah sementara, tapak pelupusan di Kerubung akan dinaiktarafkan bagi menampung sisa pepejal yang dilupuskan di Sungai Udang.

Ahli Yang Berhormat dari Papar juga telah membangkitkan mengenai isu masalah kebersihan di Kem Kinarut, Sabah. Mengenai isu pengurusan Kem Kinarut, Sabah, KPKT ingin maklumkan bahawa ianya merupakan kem bagi penempatan pelarian di bawah kelolaan United Nation High Commissioners for Refugees, dengan izin, UNHCR dan urusan menjaga kebersihan dan penyelenggaraan sistem pelupusan sampah dan sistem perparitan di dalam kem adalah tanggungjawab pihak kem itu sendiri. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kem boleh memohon bantuan PBT sekiranya bantuan yang khusus dalam hal- hal berkaitan dengan kebersihan seperti masalah sisa pepejal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tanjong mengenai cadangan supaya disalurkan peruntukan kepada negeri Pulau Pinang bagi pemasangan CCTV. KPKT ingin menyatakan di sini bahawa KPKT telah pun mengenal pasti 24 lagi CCTV untuk dipasang di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai kadar jenayah yang tinggi di bawah

final • 10:30 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pemasangan 24 CCTV tersebut adalah tambahan daripada 31 CCTV yang sedia ada di Pulau Pinang. Manakala sebanyak 24 CCTV juga turut dipasang di Majlis Perbandaran Seberang Prai sebagai tambahan 31 CCTV di bawah majlis tersebut juga.

Mengenai gesaan Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat terhadap pemasangan CCTV di semua premis yang berisiko tinggi sebagai langkah mengurangkan kadar jenayah, KPKT telah mengambil inisiatif dengan mengenal pasti lokasi-lokasi yang kerap berlaku jenayah. Melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia, 25 pihak berkuasa tempatan dikenal pasti mempunyai crime incident yang tinggi, bagi PBT-PBT ini, pihak kerajaan akan menyediakan CCTV yang disewa untuk tempoh lima tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPKT telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai pemasangan CCTV dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Dengan adanya garis panduan tersebut, kualiti dan teknologi pemasangan CCTV dapat diselaraskan dan membantu usaha mengurangkan kadar jenayah. Bagi pemasangan CCTV yang menyeluruh di premis-premis perniagaan, beberapa perbincangan dan rundingan dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia telah diadakan bagi menggalakkan pemilik kompleks memasang CCTV mengikut garis panduan dan sambungan ke balai polis untuk pemantauan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Taiping, geran tahunan PBT yang telah disalurkan oleh KPKT kepada Majlis Perbandaran Taiping pada 2007 adalah sebanyak RM2,871,690. Jumlah yang sama juga akan disalurkan kepada Majlis Perbandaran Taiping pada tahun 2008 ini. Sehubungan itu tidak ada unsur-unsur diskriminasi yang wujud dalam pemberian peruntukan kewangan kepada Majlis Perbandaran Taiping.

Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam telah membangkitkan masalah pembinaan balai bomba yang baru di Simpang Renggam, Johor. Walaupun kawasan rizab bagi pembinaan balai bomba tersebut telah disediakan, selain daripada itu Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam juga turut meminta supaya KPKT mengambil berat akan perkara-perkara berkaitan dengan jumlah anggota dan kakitangan bomba yang mencukupi.

Penyediaan peralatan kebombaan yang canggih dan keupayaan bantuan bomba untuk sampai segera ke kawasan kebakaran. Untuk pertanyaan ini, KPKT telah mengambil maklum bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun mempunyai tapak seluas 13.16 ekar di kawasan Simpang Renggam, Johor bagi tujuan cadangan pembinaan balai bomba baru.

Walau bagaimana pun cadangan pembinaan balai bomba baru tidak termasuk dalam senarai projek-projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengkaji dan mempertimbangkan agar cadangan pembinaan balai bomba tersebut dimohon semula dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa di Simpang Renggam. Manakala mengenai perkara-perkara yang dititikberatkan oleh KPKT seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, KPKT akan memberi perhatian terhadap perkara-perkara tersebut khususnya dalam merancang pembangunan balai bomba, peralatan bomba dan keperluan perjawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ahli Yang Berhormat dari Selayang telah membangkitkan mengenai pembaziran wang oleh kerajaan terhadap projek insinerator Broga yang mana kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM500 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek insinerator Broga telah ditamatkan kerana kos pembinaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, adalah tidak benar bahawa kerajaan telah membayar kos pampasan sebanyak RM500 juta. Sebaliknya, pihak KPKT masih dalam proses rundingan dengan pihak kontraktor bagi menentukan satu jumlah pampasan yang adil dan saksama bagi kedua-dua belah pihak.

Selain daripada itu, perlu dimaklumkan bahawa bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku, KPKT telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Penilaian Teknologi di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar sejak tahun 2006 bagi menilai semua teknologi berkaitan

final • 10:30 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

pengurusan sisa pepejal dicadangkan supaya teknologi yang akan digunakan hendaklah bersifat mesra alam, terbukti dan kos efektif.

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tawau supaya KPKT memberi perhatian terhadap isu seperti pelupusan sisa pepejal, penyelenggaraan longkang dan parit serta pemantauan ke atas keberkesanan Majlis Perbandaran Tawau.

KPKT ingin menyatakan bahawa KPKT amat prihatin tentang masalah sampah atau sisa pepejal di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak walaupun Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 tidak diguna pakai di negeri-negeri tersebut.

Untuk itu, di atas keprihatinan KPKT, KPKT telah menyediakan peruntukan kewangan kepada negeri Sabah bagi maksud penyediaan kemudahan pembuangan sampah. Di samping itu, KPKT juga membantu untuk menaikkan taraf pelupusan sisa pepejal yang tidak sanitari kepada tahap sanitari.

Mengenai isu pemberi pinjam wang yang banyak yang mengundang masalah di Sabah seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sepanggar, kementerian ini menjelaskan bahawa Ordinan Beri Pinjaman Sabah 19(1), Bab 81 tidak pernah diketepikan seperti yang didakwa tetapi sebaliknya ordinan tersebut telah pun dimansuhkan pemakaiannya mulai 1 Januari 2008. Pemansuhan ini adalah berikutan daripada peluasan Akta Pemberi Pinjaman 1951 Akta 400 ke negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui perluasan Akta 400 ini ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, usaha untuk meningkatkan keberkesanan tindakan kawalan pelesenan dan penguatkuasaan akan dapat diseragamkan.

Berkenaan dengan pilihan raya di kerajaan tempatan, mengenai cadangan beberapa Ahli Yang Berhormat supaya diadakan semula pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin memaklumkan bahawa sistem pemilihan Ahli Majlis, Yang Dipertua Majlis dan Datuk Bandar melalui sistem pilihan raya PBT tidak semestinya menjamin tadbir urus yang baik.

Sebaliknya kecekapan PBT adalah berdasarkan gabungan pelbagai faktor seperti kepimpinan yang dinamik, tenaga kerja yang mahir dan terlatih, proses dan prosedur yang cepat dan mudah, perancangan bandar yang mampan, keseragaman undang-undang dan peraturan pengurusan sumber hasil dan kewangan yang cekap dan pelaksanaan projek pembangunan yang berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan ...

final • 10:30 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Penjelasan.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat? Yang Berhormat Menteri, panjang lagi? Saya tanya dulu ini.

final • 10:30 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Sikit lagi, sikit lagi.

final • 10:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sikit lagi Yang Berhormat ya.

final • 10:30 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Tan jong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan saya apabila membahaskan, saya ada menyeru kerajaan atau kementerian KPKT untuk menimbang semula pendirian ataupun ketetapan kementerian dan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya untuk kerajaan tempatan. Ini kerana sememangnya tuntutan daripada pengundi dalam pilihan raya yang lepas. Sama ada kementerian akan kaji semula dan menyediakan satu road map ke arah pemulihan pilihan raya kepada kerajaan tempatan.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya daripada 144 PPT sekarang ini kebanyakan mereka dalam keadaan defisit. Mereka tidak melalui kutipan cukai pintu itu tidak boleh menampung perbelanjaan mereka. Maka buat masa sekarang kita rasa sistem yang sekarang ini harus diteruskan kerana PPT 144 ini banyak bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang mengenai penggunaan dewan orang ramai.

final • 10:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

LPKP ingin memaklumkan kasi saya habis dulu. Ingin memaklumkan bahawa dewan orang ramai adalah di bawah seliaan PBT terdapat juga dewan orang ramai yang diselenggarakan oleh JKKK dan rukun tetangga bahawa tetangga kawasan yang terbabit untuk diuruskan. Antara aktiviti yang diadakan ialah sewa untuk permainan badminton, majlis keraian, majlis perkahwinan dan juga aktiviti kemasyarakatan.

Sehubungan dengan itu, aktiviti ini semua dapat menggalakkan interaksi bersama rakyat dan tidak timbul penggunaan dewan ini disalah guna. Mengenai pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancang...

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Bagi saya habis sikit lagi Yang Berhormat.

Perancang Bandar dan Desa telah menyediakan garis panduan dan piawaian perancangan tanah lapang dan rekreasi di kawasan lapang. Bilangan JPPD 7/2000 dan memerlukan secara dasarnya pihak berkuasa perancangan tempatan hendaklah menyediakan penyediaan 10% kawasan lapang dan rekreasi bagi semua jenis pembangunan sama ada perumahan, perdagangan, perindustrian dan pembangunan bercampur untuk tujuan tersebut. Manakala pihak berkuasa negeri juga hendaklah merizabkan dan mewartakan tanah lapang yang diluluskan dalam perancangan pemajuan mengikut peruntukan perundangan di bawah seksyen 62/2004(d), Kanun Tanah Negara. Silakan.

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa dewan orang ramai ini ada banyak tempat untuk orang ramai. Untuk aktiviti-aktiviti orang ramai. Di Kuala Lumpur di sini ada banyak dewan masyarakat dan juga dewan orang ramai telah digunakan untuk pejabat UMNO ataupun Barisan Nasional.

Di banyak tempat digunakan sebagai pejabat mereka dan sepanduk-sepanduk ataupun bendera Barisan Nasional dan juga itu UMNO dan juga... [Dewan riuh] Signboard ditampalkan didinding.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat Menteri dah faham dah Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sama ada Yang Berhormat Menteri akan mengarahkan DBKL dan juga kerajaan tempatan supaya dewan orang ramai ataupun dewan masyarakat ini mesti diguna dan dikawal oleh DBKL ataupun kerajaan tempatan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan UMNO atau Barisan Nasional.

Semua bendera mesti diturunkan dengan segara. Terima kasih.

final • 10:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Minta penjelasan. Yang Berhormat, nak penjelasan sekali gus. Tadi mengenai tanah lapang. Saya difahamkan bahawa pada tahun 2003 memang kementerian telah mengeluarkan satu arahan bahawa tanah lapang ataupun padang-padang tidak boleh digunakan membina bangunan-bangunan tetapi kementerian ini juga memberi peruntukan untuk membina bangunan RA, Resident Association punya bangunan ataupun RT di atas tanah lapang. Jadi, apakah kementerian akan buat supaya kementerian sendiri mengikut arahan sendiri? Ini yang pertama.

Yang kedua ialah mengenai pilihan raya kerajaan tempatan. Saya rasa apa yang alasan yang diberikan...

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Dah kena dah dibangkitkan tadi.

final • 10:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya. Saya dah tahu. Apakah alasan yang diberikan tidak boleh diterima bahawa ini kerana cukai ataupun kekurangan kewangan tapi saya rasa sekiranya ada mekanisme yang check and balance yang lebih baik iaitu melalui pilihan raya, saya rasa kelemahan itu mungkin boleh diatasi. Jadi saya rasa perlulah ditimbang sekali lagi supaya adakan pilihan raya kerajaan tempatan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Berkenaan dengan dalam satu perancangan sekeping tanah dia ada mengikut perancangan ada tempat dikhaskan oleh tanah lapang tetapi ada juga tempat dikhaskan untuk bangunan macam dewan orang ramai. Saya rasa peruntukan yang diberikan adalah untuk tujuan dewan orang ramai. Kalau padang dia tidak boleh bina bangunan.

Jadi berkenaan dengan pilihan ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada pemilihan pada tahun 1963. Lebih daripada 40 tahun pun tidak ada pemilihan. Saya di sini bukan nak bahas sama ada baik atau buruk, sebab benda ini sudah tidak diadakan 40 tahun. Lebih daripada 40 tahun. Jadi kalau perkara dibangkit bukan tidak boleh dibuat tergesa-gesa. Kita perlu kaji. Sekianlah. Tuan Yang di-Pertua, saya akhirnya saya sekali lagi.

final • 10:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya minta lagi sikit penjelasan bolehkah?...

[Dewan riuh]

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah sudahlah Yang Berhormat. Sudah sudahlah Yang Berhormat. Sudahlah.

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, dia tidak jawab lagi mengenai dengan itu.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dewan itu. Dewan orang ramai itu.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Minta maaf, minta maaf. Saya lupa. Banyak gangguan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa aduan yang secara umum ini susah saya layani.

Saya harap dia dapat beri lebih konkrit, lebih bukti yang lebih khusus. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bagi perincian la Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuantan, sudah duduk.

final • 10:40 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon penjelasan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Saya ingin mengucapkan.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduklah. Sudah, sudah Yang Berhormat. Dah panjang sangat. Satu jam lebih Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Sebab tadi Yang Berhormat Menteri minta penjelasan Yang Berhormat khusus. Saya ada penjelasan yang khusus.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini bukan macam itu Yang Berhormat. Bukan di Dewan ini. Kalau semua kerusi meja patah, habis kerja kita.

final • 10:40 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya pohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila, sila duduk Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Seorang Ahli

Bagi senarai, bagi senarai.

final • 10:40 PM

Dato' Seri Ong Ka Chuan

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi memberikan pandangan dan cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan segala cadangan dan pandangan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Menteri Belia dan Sukan. Saya berharap Menteri Belia dan Sukan memahami masa kita ini dan kalau perkara-perkara yang kecil dan perincian yang kecil-kecilan, prosedur dan sebagainya kita berurusanlah dengan kementerian. Sila Yang Berhormat.

final • 10:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjawab dengan ringkas dan jika tiada apa-apa celahan mungkin dapat disiapkan dalam masa 15 atau 20 minit sahaja.

final • 10:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 10:48 PM

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Papar, Batu Pahat, Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Putatan kerana telah memberi pandangan, pertanyaan dan juga cadangan yang membina ke arah memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan sempena perbahasan usul menjunjung kasih atas Titah Diraja ini.

Yang Berhormat dari Rasah mencadangkan mengenai penubuhan satu Majlis Perundingan Belia Kebangsaan yang dianggotai oleh semua golongan belia tanpa mengira fahaman politik. Yang Berhormat suka saya nyatakan bahawa pihak kementerian telah pun mewujudkan Majlis Perundingan Belia Negara atau lebih dikenali sebagai MPBN. Majlis ini telah pun diwujudkan sejak tahun 1971 lagi yang menjadi satu forum ala ‘parlimen belia’ yang membolehkan pemimpin belia bersemuka dengan pemimpin kerajaan bagi membincangkan dasar strategi, pendekatan isu serta program pembangunan belia.

Keanggotaannya terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik, ahli akademik dan juga ahli lantikan menteri yang mempunyai peranan besar dalam mencorakkan pembangunan belia di negara ini.

final • 10:48 PM

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

Akhirnya mengemukakan cadangan kepada Menteri Belia dan Sukan selaku pengerusi Majlis Pembangunan Belia Negara. Perjalanan persidangan ini berpandukan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk menjawab mengenai cadangan mengenai lantikan golongan belia menurut seksyen 37(1)(h) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang ada kaitannya mengatakan bahawa semua anggota dewan tertinggi dan anggota Jawatankuasa Kerja Badan Induk Pertubuhan Belia di peringkat kebangsaan. Maknanya sesiapa sahaja yang menjadi anggota dewan tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Induk di peringkat kebangsaan

final • 10:50 PM

Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

boleh dilantik menjadi anggota Majlis Perundingan Belia Negara ini. Bermakna sesiapa sahaja pemimpin belia boleh dilantik tak mengira fahaman politik dan sebagainya.

Yang Berhormat daripada Rasah juga mengatakan bahawa Program Rakan Muda yang diperkenalkan tidak menampakkan sebarang keberkesanan kepada golongan belia.

Saya ingin menafikan tentang perkara tersebut kerana program ini sudah pun diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial yang berjaya melahirkan golongan pewaris yang sempurna, bertanggungjawab, aktif, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya. Pendekatan kita adalah mengadakan program-program yang bersesuaian dengan cara hidup dan cita rasa golongan belia dan sehingga pada hari ini daripada 1994 hingga 2006, seramai 5.35 juta remaja telah pun menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti-aktiviti dan program ini mendapat sambutan di kalangan golongan belia dan pihak kementerian akan terus menganjurkan program ini.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 10:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Walau bagaimanapun, pihak kementerian sentiasa mengkaji keberkesanan program ini dan sentiasa menilai semula dan akan menganjurkan program-program yang dikira bersesuaian.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang pertamanya Yang pertamanya saya hendak minta penjelasan siapakah ahli-ahli politik yang menganggotai Majlis Perundingan Belia tersebut dan berapa kerap majlis perundingan belia itu bersidang sebab saya tak nampak apa-apa berita dalam media massa berkenaan dengan persidangan Majlis Perundingan Belia ini.

Tidak ada dengar pun mesyuarat...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Soalan cukup elok Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang keduanya berkenaan Rakan Muda.

Bukankah Yang Berhormat Menteri sendiri ada membuat kenyataan bahawa keramaian ataupun kedatangan yang ramai dalam sesuatu majlis itu tidak menunjukkan bahawa itu mesti berjaya. Kadang-kadang program yang dilakukan itu syok sendiri kata Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak tanya apakah kajian yang telah dibuat dalam melihat keberkesanan Rakan Muda itu. Adakah selepas menyertai Program-program Rakan Muda itu dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial yang menyelubungi belia kita? Adakah kajian telah dibuat? Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Sebenarnya dari segi lantikan itu telah saya sebutkan bahawa saya boleh sebutkan detail mengenai jenis keahlian Majlis Perundingan Belia Negara iaitu:-

(i) KSU kementerian;

(ii) Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara;

(iii) wakil daripada negeri-negeri yang bertanggungjawab tentang belia;

(iv) wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;

(v) tak lebih daripada 10 orang daripada wakil agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia;

(vi) tak lebih daripada 50 orang pegawai kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia;

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

(vii) semua anggota Dewan tertinggi belia seperti saya sebut tadi; dan

(viii) tidak lebih 20 orang daripada pendapat menteri yang boleh memberi sumbangan.

Jadi ianya tidak semestinya kepada ahli-ahli politik.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak semestinya dilantik di kalangan...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tak payah Yang Berhormat Rasah.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini kebanyakan pegawai kerajaan.

final • 10:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rasah.

final • 10:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Pegawai kerajaan, bukan pegawai kementerian, age bukan peringkat belia.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rasah tolong duduk Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sudah sebut age tadi semua anggota Dewan tertinggi dan anggota Jawatankuasa Kerja Badan Induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan. Jadi ada pegawai belia, wakil daripada belia dan sebagainya.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Dari segi persidangan, saya sebut tadi persidangan biasanya diadakan dua kali setahun, Saya suka saya maklumkan bahawa untuk tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu yang akan datang ini. Jadi ianya akan diadakan. Dari segi Program Rakan Muda memang saya pun akui bahawa...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Puteh hendak tanya cerita apa?

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

...Banyak program...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Hal apa ini?

final • 10:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Sekejap saya jawab Yang Berhormat Rasah dahulu. Banyak program yang dijalankan dari segi jumlah kehadirannya ramai tapi saya telah pun memberi arahan bahawa selepas ini setiap kali program yang melibatkan belanja yang besar mesti ada kajian keberkesanan dan apabila mendapat kajian nanti saya boleh maklumkan tentang bagaimana hasilnya. Setakat ini belum ada lagi.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Bandar Kuching bangun.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Pasir Puteh dahulu.

final • 10:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Persoalan belia ini nampak macam besar sekarang ini. Macam-macam hal yang kita hadapi sekarang. Saya rasa bahawa Majlis Perundingan Belia Negara ini perlu buat satu kajian yang menyeluruh tentang belia ini.

final • 10:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Apakah hal-hal yang berlaku ia termasuk juga dengan badan-badan belia selama ini yang memberi fungsi kepada peranan belia ini sebab kalau dahulu kita nampak 4B, kita nampak macam...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan berucap lagi Yang Berhormat kerana ini soal Rakan Muda Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh

Tak, tak sedikit sahaja. Jadi apa yang saya mahu ialah satu kajian yang agak menyeluruh tentang cita rasa belia yang ada hari ini. Kita takut apa yang kita buat ini macam tak kena sahaja dengan belia yang ada. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Pasir Puteh. Saya ambil perhatian kepada cadangan tersebut dan memang setiap program lepas ini akan diadakan kajian kesan daripada setiap program termasuklah mesyuarat Majlis Perundingan Belia tadi. Saya ingin...

final • 10:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya minta penjelasan. Boleh? Mengenai Rakan Muda. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tak payah terima kasih banyak sangat Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey, baik. Saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah Program Rakan Muda ini termasuk remaja berbasikal secara berkumpulan beramai-ramai? Sebab saya nampak remaja berbasikal beramai-ramai, beratus di tengah jalan. Adakah ini Program Rakan Muda?

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Dia ada program rakan kecergasan dan sebagainya. Jadi berbagai-bagai aktivitilah termasuklah berbasikal apa sahaja yang melibatkan kecergasan.

final • 10:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jika berbasikal dengan topi...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 10:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

...Dengan bendera UMNO, saya ingat ini tak sesuai dengan Rakan Muda.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 10:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak akanlah bendera UMNO you jadi sakit hati? Apalah you!

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, saya...

final • 10:50 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Itu mat rempitlah.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya pergi kepada cadangan daripada...

final • 10:50 PM

Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal - Labuan

[Menyampuk]

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

...Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar mencadangkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Belia selari dengan JKK agar suara dan pendapat golongan belia ada di semua peringkat masyarakat.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, memang kita sedang berbincang dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga pihak kerajaan negeri supaya dapat dimasukkan anggota belia di dalam setiap JKK dalam setiap daerah.

Walau bagaimanapun, dengan tiada di dalam JKK bukan bermakna tidak ada suara daripada golongan belia.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita mempunyai Majlis Perundingan Belia di peringkat daerah yang dipanggil Majlis Perundingan Belia Daerah yang mana sekarang ini dipengerusikan oleh pegawai daerah tapi kita telah menukarkan pengerusi ini. Untuk akan datang ini pengerusi Majlis Perundingan Belia daerah akan dipengerusikan bersama oleh pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah bersama dengan pegawai belia daerah. Jadi bermakna untuk Majlis Perundingan Belia Daerah ini akan dipengerusikan oleh belia sendiri.

final • 10:50 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi segala pandangan dari akar umbi di peringkat cawangan dan sebagainya boleh disuarakan melalui Majlis Perundingan Belia Daerah tadi yang dipengerusikan bersama oleh belia. Selepa itu suara ini boleh diangkat...

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

...Hingga ke peringkat negeri kerana ada lagi Majlis Perundingan Belia di peringkat negeri dan selepas itu boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi seperti saya sebut tadi ada Majlis Perundingan Belia Negara. Begitu juga pandangan-pandangan akar umbi, kita boleh bawa ke konvensyen-konvensyen yang telah diwujudkan. Misalnya kita telah menetapkan sebelum ada konvensyen belia di peringkat kebangsaan, akan ada konvensyen-konvensyen belia di peringkat negeri-negeri. Bermakna pandangan dan suara daripada akar umbi juga boleh didengar di dalam konvensyen- konvensyen belia di peringkat negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan tadi.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat bagi Indera Mahkota bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit, sedikit.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

20 minit Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ada sedikit lagi. Okeylah satu.

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya ada sedikit sahaja, tahniah kerana iltizam untuk membawa pembangunan belia ke tahap yang lebih baik. Soalan saya, apa pandangan Yang Berhormat Menteri dalam masa kita memberi peluang dan ruang kepada pembangunan belia ke satu sektor yang lain, ada penglibatan secara langsung daripada ahli-ahli politik dan ada juga dalam kategori yang lebih jauh daripada itu ahli-ahli politik yang mempunyai jawatan tertinggi dalam kerajaan juga menjadi penentu kepada perkembangan pertubuhan belia. Ada masa-masa tertentu jawatan tertinggi dalam negara kita ini campur tangan untuk menentukan hala tuju terutamanya dalam menentukan kepimpinan persatuan belia yang ada dalam negara kita.

Apa pandangan menteri? Terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat bagi Indera Mahkota yang juga bekas pemimpin belia. Dahulu dia dalam UMNO pun dia dari belia.

Saya sebenarnya hendak maklumkan bahawa tidak ada sekatan. Tidak ada peraturan di dalam pertubuhan belia yang menyekat sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli atau pemimpin persatuan belia. Kalau ditakdirkan yang menjadi pemimpin persatuan belia itu datang dari parti politik tertentu, maka pemimpin belia itu adalah ahli politik. Kita tidak ada sekatan. Tidak ada undang-undang yang menyatakan ahli politik tidak boleh menjadi pemimpin persatuan belia.

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Dia boleh menjadi pemimpin pembangkang mungkin...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]; Tidak payah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri....

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

...Selepas ini mungkin timbul....

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri masih memberi penjelasan.

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh saya interrupt?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Mungkin selepas ini di negeri pembangkang agaknya pemimpin dari parti politik pembangkang yang menjadi pengerusi persatuan belia.

Kita tidak tahu dan tidak ada sekatan.

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Menteri, Menteri, Menteri...

final • 11:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Maksud saya, jawatan tertinggi yang mensyaratkan bahawa kedudukan atau jawatan itu mesti dipegang oleh si anu-si anu.

Menentukan secara langsung.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak ada, tidak ada. Semua pemimpin belia adalah dipilih di dalam mesyuarat agung.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Indera Mahkota duduk.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi semua dipilih dalam mesyuarat agung. Jadi tidak ada ditentukan oleh pemimpin politik bahawa orang ini patut menjadi pemimpin belia dan sebagainya. Jadi saya terus kepada soalan kedua yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Papar mengenai had umur pemimpin belia sama ada merupakan salah satu faktor yang menyebabkan persatuan belia itu lesu. Saya ingin maklumkan bahawa memang pihak Kementerian Belia dan Sukan memandang bahawa salah satu punca yang menyebabkan kelemahan persatuan belia kerana umur yang tidak ada had satu ketika dahulu.

Oleh kerana umur yang begitu lanjut masih memegang pertubuhan belia maka kita kira ini menyebabkan ramai di kalangan golongan belia yang mungkin tidak berminat untuk menyertai persatuan belia dan kadang-kadang program yang diatur tidak sesuai dengan kehendak-kehendak golongan belia yang muda-muda tadi. Jadi sebab itulah Akta Pertubuhan Belia dan Penubuhan Belia 2007 telah pun dibentangkan di Parlimen ini dan telah pun diluluskan dan diwartakan dan selepas ini umur belia adalah daripada 15-40 tahun. Kita percaya apabila belia dipimpin oleh golongan yang dianggap belia, mengikut akta ini saya yakin persatuan ini akan aktif dan persatuan belia akan lebih diminati oleh golongan-golongan muda.

final • 11:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Mohon penjelasan. Saya ingin tahu ada lagi tidak persatuan belia yang masih orang tua menjadi ketuanya yang masih belum melepaskan jawatannya. Ada lagi tidak?

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 11:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bandar Kuching sini. Di Sarawak SABERKAS satu pertubuhan belia terbesar dia diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak yang berumur 71 tahun. Kenapa ini boleh berlaku sedangkan Yang Berhormat Menteri kata had umur belia adalah di antara 15-40 tahun tetapi sebuah persatuan belia terbesar SABERKAS pemimpinnya, pengerusinya adalah Ketua Menteri Sarawak yang berumur 71 tahun.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

80% ahli jawatankuasanya telah lebih 40 tahun. Kenapa ini boleh berlaku?

final • 11:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Sampuk]

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sudah faham.

final • 11:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Satu lagi.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri sudah faham.

final • 11:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Satu lagi.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Okey.

final • 11:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Adakah had umur 40 tahun ini diaplikasikan kepada Menteri Belia dan Sukan?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Apa dia?

final • 11:00 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Adakah had umur 40 tahun ini diaplikasikan kepada Menteri Belia dan Sukan?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Ha, ha, ha! Itu nakal Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu tidak perlu jawab Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang nakal-nakal saya tidak jawab.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payah jawab Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Kepada Yang Berhormat bagi Batu Pahat saya ingin maklumkan masih ada pemimpin belia yang lebih dari umur 40 tahun. Pemimpin ini akan berhenti sebagai pemimpin apabila sampai tempoh mesyuarat agung mereka akan datang. Jadi akhir kepada mesyuarat agung yang kita lihat adalah pada 2010, kalau saya tidak silap 2010 bermakna kita tidaklah mengarahkan apabila diwartakan harta ini bermakna terus berhenti. Mereka akan berhenti apabila sampai mesyuarat agung.

final • 11:00 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Tidak boleh buat arahankah? Tidak malu kah pemimpin itu?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Sebenarnya perkara ini telah dirundingkan dengan Majlis Belia Malaysia dan kita telah dapat persetujuan bahawa berhenti berperingkat-peringkat.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, jangan respons orang yang duduk tidak bagi laluan ini.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Kepada Yang Berhormat bagi Bandar Kuching, saya ingin maklumkan bahawa Sarawak tidak menerima Akta Belia yang kita terima ini.

Sabah dan Sarawak tidak mahu menerima pakai akta ini.

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa rasionalnya akta untuk membangunkan belia tidak diterima oleh kerajaan Sarawak.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Adakah Kerajaan Barisan Nasional...

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tanya dengan Sarawak Yang Berhormat. Jangan tanya menteri.

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, bukan, bukan. Ini adalah federal law

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ia haruslah dipakai seluruh Malaysia. Kenapa Sarawak dikecualikan?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat bagi Bandar Kuching banyak akta yang masih diterima oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak. SPAN, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang kita bentang di sini juga tidak diterima di Sabah dan Sarawak. So dalam akta ini juga Sabah dan Sarawak tidak mahu menerima pakai akta ini.

Itu adalah hak Kerajaan Sabah dan Sarawak.

final • 11:00 PM

Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

[Bangun]

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Habis sudah menteri.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Laluan sudah habis.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah habis.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Sudah hendak habis.

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak apalah, tidak apa.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Boleh?

final • 11:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak bagi Yang Berhormat bagi Papar?

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat bagi Papar dua soalan dia.

final • 11:00 PM

Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin mendapat pendapat daripada Yang Berhormat Menteri mengenai rungutan daripada para belia terutama sekali di dalam bidang pekerjaan ataupun dalam bidang perjawatan awam. Terdapat rungutan mengatakan daripada pihak belia ini bahawasanya mereka tidak begitu diberi ruang terutama sekali dalam perjawatan awam lebih-lebih lagi dengan penambahan had umur persaraan had umur persaraan ke 58 tahun. Saya ingin mendapat pendapat Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk para belia terutama sekali dalam menyediakan ataupun membantu para belia ini terutama sekali dalam perjawatan awam dan juga pekerjaan. Terima kasih.

final • 11:00 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, soal menjawat jawatan awam bukan soal kuasa Kementerian Belia. Ia bergantung pada prosedur biasa JPA, SPA dan sebagainya, tidak ada kena mengena dengan Kementerian Belia tetapi di dalam soal membantu mendapatkan pekerjaan selain daripada perjawatan-perjawatan penjawat awam, Kementerian Belia menyediakan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebagainya bagi melatih belia berkemahiran supaya lebih senang untuk mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.

Suka saya maklumkan bahawa di IKBN 56% daripada pelajar-pelajar IKBN pada tahun akhir telah pun mendapat pekerjaan. Mereka telah menandatangani jawatan untuk bekerja walaupun belum tamat pengajian mereka di IKBN dan sebagainya.

Untuk membantu belia bergerak cergas di dalam bidang perniagaan misalnya kita mempunyai Tabung Ekonomi Belia yang bertujuan untuk membantu belia dalam bidang perniagaan dan sebagainya.

final • 11:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Ini soal belia atau apa? Belia?

final • 11:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Soal sukan.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Sukan saya masuk nanti.

final • 11:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Adviser, adviser.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat mengenai isu rasuah bola sepak yang melanda negara baru-baru ini. Suka saya maklumkan bahawa tiga pasukan bola sepak terlibat dalam isu rasuah iaitu pemain daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak, pemain daripada Persatuan Bola Sepak Perlis dan juga pemain daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia sendiri. Bagi pasukan Sarawak, Perlis dan sebagainya pihak BPR telah menjalankan siasatan. Bagi Kementerian Belia dan Sukan, kita memang sentiasa menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak BPR di dalam menjalankan siasatan. Kita memberikan sokongan dan bantuan untuk mereka menjalankan siasatan.

Ada beberapa isu yang kita lihat yang menyebabkan berlakunya perkara ini seperti masalah pendapatan yang kurang ataupun kadang-kadang tidak menerima bayaran dan sebagainya daripada persatuan-persatuan tersebut. Oleh itu untuk mengelakkan perkara- perkara ini terus berlaku pihak kementerian telah pun berbincang dengan pihak persatuan- persatuan bola sepak dan sebagainya supaya memastikan pentadbiran mereka dijaga dengan baik dan kebajikan, welfare pemain-pemain dijaga dengan baik oleh persatuan- persatuan bola sepak ini supaya tidak timbul masalah rasuah dan sebagainya.

Baru-baru ini pihak FAM juga telah pun menetapkan bahawa setiap kali pemain menandatangani kontrak mereka hendaklah mengisytiharkan harta dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengurangkan peluang untuk menjual perlawanan, rasuah dan sebagainya.

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 11:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh sikit?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Rasah, duduk dulu.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau boleh saya hendak habiskan pukul 11.30 malam. Boleh?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kita ada dua kementerian lagi, Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Ada dua lagi? Jangan tidur, ya?

final • 11:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kita yang baru. Saya harap beliau akan memimpin belia dan sukan negara kita ke arah yang lebih baik. Cuma satu yang saya hendak tanya, apa penyakit yang menimpa kepada pasukan-pasukan sukan peringkat kebangsaan kita apabila di saat akhir mereka akan gagal? Contoh yang terdekat pada minggu lalu pasukan badminton, Thomas Cup kita macam tidak ada semangat. Pemain single yang akhir itu, Hafiz, macam tidak ada daya tahan, tidak ada daya juang. Apakah yang menyebabkan pemain-pemain kita seperti itu?

Kita amat kecewa. Kita sudah berazam bahawa kita akan dapat sekurang- kurangnya masuk dalam final sama ada dengan pasukan Cina atau Korea. Saya rasa ini mewakili rasa kecewa rakyat kita, apakah agaknya yang menyebabkannya? Boleh beri sedikit penerangan?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ringkaskan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Satu line sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung soalan tadi...

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada apa, Yang Berhormat?

final • 11:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Soal kelemahan-kelemahan...

final • 11:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mana boleh macam ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri seimbang dengan Kabinet, mana boleh! Tidak boleh!

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak payahlah, Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Satu soalan, Yang Berhormat. Labuan.

final • 11:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mana boleh! Tidak boleh. Langsung tidak boleh.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu.

final • 11:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

How can?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat yang elok sekali bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Kabinet itu bincanglah sesama kita di belakang. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya teruskan. Sebenarnya kita pihak kementerian merasa kecewa juga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain kita yang terakhir, Hafiz. Kita juga merasa kecewa. Alasan yang diberi ialah tidak mampu menghadapi tekanan, pressure dan sebagainya. Kalau kita lihat dua double kita yang terbaik, yang menjadi All England Champion itu.., saya berjumpa dia secara personel tanya dia why, kerana apabila selepas menjadi All England Champion tiba-tiba dia menurun, tidak konsisten. Dia kata, sewaktu dia menjadi All England Champion, dia menduduki tempat kelima dalam dunia tetapi selepas dia memenangi All England Champion, dia menjadi tempat pertama, the best in the world. Jadi tekanan kepadanya terlalu kuat sehingga dia tidak mampu menghadapi tekanan tersebut.

Begitu juga dengan Hafiz. Apabila semua mengharapkan dia untuk menang kerana dia semasa itu kedua-dua sama antara China dengan Malaysia dan dia mesti memenanginya. Oleh kerana terlalu kuat tekanan tersebut dia tidak mampu menghadapi tekanan. Sebenarnya kita mempunyai...

final • 11:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Masalahnya ini selalu berlaku.

Saat akhir kita berharap, dia gagal.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Oleh kerana sudah lewat, perkara ini kita akan ambil pandangan. Kita akan memberikan memberi penekanan tentang perkara ini.

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

[Bangun]

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Bola sepak, bola sepak. Apakah ranking terkini bola sepak negara? Adakah itu kerana ketidakmampuan Timbalan Presiden FAM yang baru?

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya rasa itu satu tuduhan yang tidak perlu saya jawab. Jadi, saya kira sudah habis tentang bola sepak.

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Boleh bagi Labuan, Yang Berhormat?

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Tentang apa itu?

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Sukan.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Bola sepak?

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Tidak, lawn bowl.

final • 11:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Oh, saya...

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Tidak, tidak. Ini bukan fasal rasuah atau apa.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya macam ini, bolehkah...

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Just one. Ini penting, Yang Berhormat.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafa

Saya faham, Yang Berhormat. Malam ini kita hendak ketawa sikit. Ceria sikit.

final • 11:10 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Apa ini, lawn bowl... [Ketawa]

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Ini perkara baru! I just want...

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun tidak tahu siapa yang bercakap...

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Dengar dulu, dengar dulu, jangan komen saja.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Labuan, saya minta maaf sebab kita sudah keluar daripada perbincangan kita mengenai bola sepak. Bila kita masuk lawn bowl mungkin ada orang lain yang hendak masuk mengenai perkara lain lagi. Jumpa saya di luar, kita bincang mengenai lawn bowl di luar.

final • 11:10 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Akhir sekali ialah pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan yang minta dipisahkan antara Kementerian Belia dan Sukan menjadi Kementerian Belia dan Kementerian Sukan. Saya hendak maklumkan bahawa itu bukan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan. Itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan untuk menentukan apa jenis kementeriannya.

Walau bagaimanapun saya hendak memaklumkan di negara-negara lain Kementerian Belia dan Sukan memang disamakan. Dahulu kementerian ini lebih besar iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tetapi kita sudah kurangkan menjadi Kementerian Belia dan Sukan. Di Singapura juga mereka samakan antara Kementerian Belia, Sukan dan ada lagi tambahannya. Di Indonesia ada Kementerian Belia dan Sukan cuma ia dipanggil Kementerian ‘Pria dan Olahraga.’

final • 11:10 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Ini pun Kementerian Belia dan Sukan kerana mungkin kerajaan melihat ada kaitan di antara belia dan juga sukan.

final • 11:20 PM

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat

Ada cadangan tak hendak menubuhkan jabatan bola sepak?

final • 11:20 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Saya akan pertimbangkan perkara tersebutlah.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau....

final • 11:20 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi akhirnya, akhirnya, saya ingin menjawab daripada Yang Berhormat Putatan, walaupun tidak ada. Minta supaya mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah ditukar kembali ke Sabah kerana berhadapan dengan kesulitan. Saya maklumkan bahawa perkara ini sedang dalam pertimbangan kementerian.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau menteri pandang dekat sini, tidak banyak orang soal.

final • 11:20 PM

Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi, akhirnya saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengemukakan pandangan kepada pihak kementerian ini. Terima kasih.

final • 11:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih. Saya menjemput Menteri Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri menjawab. Ya, sila Yang Berhormat Timbalan.

final • 11:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam Perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini. Di antara Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ahli Parlimen Batu Pahat dan juga Ahli Parlimen Kimanis.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyentuh beberapa perkara berhubung keanggotaan Malaysia dalam organisasi-organisasi serantau dan pelbagai hala seperti ASEAN, Komanwel, OIC, PBB dan sebagainya dan mengatakan bahawa Malaysia bersikap menyepikan diri daripada menyumbang dan memainkan peranan dalam arena dan forum antarabangsa dan tidak berani menegaskan pendirian.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan Yang Berhormat tersebut adalah tidak benar. Ini kerana semasa menjadi Pengerusi OIC, Malaysia telah menyumbang dan menerajui penstrukturan semula Sekretariat OIC termasuk penyemakan semula Piagam OIC,, pewujudan program bina upaya negara-negara OIC, Forum Ekonomi Islam Sedunia, penganjuran siri Dialog Tahunan, Islam and The West, Penganjuran Persidangan Zakat Antarabangsa ke arah penubuhan pertubuhan zakat antarabangsa serta usaha untuk menyelaras dan menyeragamkan pengeluaran pensijilan halal antarabangsa.

Di dalam isu Palestin pula, Malaysia sememangnya diakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang sentiasa aktif dan lantang dalam menyuarakan pendapat dan pandangan di pelbagai forum antarabangsa khususnya mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya lebih tegas dalam usaha melaksanakan resolusi-resolusi berkaitan Pelan Damai Israel-Palestin. Ia bagi memastikan kejayaannya serta menyokong inisiatif road map oleh Quarter Group iaitu USA, Russia, PBB dan EU dan inisiatif Annapolis Conference yang diadakan pada 27 November 2007 anjuran Amerika Syarikat yang ingin melihat pelaksanaan dua negara Palestin dan Israel yang demokratik dan merdeka.

Sidang ini juga dihadiri oleh Quarter Group, negara-negara Arab, negara-negara Islam dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia telah diwakili oleh Menteri Luar Negeri Malaysia. Jadi jelaslah bahawa Malaysia tidak membisu atau apologetik malah sentiasa membela nasib negara-negara dan masyarakat tertindas termasuk umat Islam di serata dunia di forum-forum antarabangsa khususnya di forum PBB, ASEAN, OIC dan NAM, di mana kita menjadi antara satu-satunya yang peka.

final • 11:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya, sila.

final • 11:21 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit mengenai pendirian kita. Adakah kita betul-betul ikhlas mengenai pendirian kita kepada Palestinian dan Jordan? Di mana baru-baru ini ada pertubuhan di antara Jordan dan Israel; di mana perbincangan mengenai Golden Heights.

Apakah pendirian Malaysia mengenai perkara tersebut?

final • 11:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penyelesaian isu Palestin, sememangnya negara kita ikhlas dalam usaha untuk melihat negara Palestin akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan juga menjadi sebuah negara yang dihormati.

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Berkaitan dengan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak mendapat maklumat berkaitan dengan pertemuan itu. Namun apa yang saya ketahui bahawa Golden Heights adalah sebahagian daripada wilayah yang ditakluki oleh Israel daripada Syria dan perkara ini masih lagi menjadi perbincangan. Di dalam rundingan- rundingan yang dilakukan juga iaitu dalam usaha untuk mencari penyelesaian di Timur Tengah, perkara berkaitan dengan Golden Heights ini sememangnya menjadi isu yang penting dalam usaha untuk memastikan bahawa kawasan Golden Heights ini dapat dikembalikan kepada pemiliknya iaitu Syria.

Tuan Yang di-Pertua, tentang isu Iraq, Malaysia tetap menentang penjajahan dan tindakan ketenteraan unilateral dengan izin Amerika dan sekutu-sekutunya terhadap Iraq.

Malaysia sentiasa menggesa agar PBB mengambil alih peranan bagi memulihkan keselamatan, keamanan dan reconstruction Iraq dan mengembalikan kedaulatan negara tersebut yang telah pun melalui penjajahan selama lima tahun...

final • 11:21 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ya.

final • 11:21 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya mengenai penglibatan kita Malaysia dalam arena International Criminal Court?

Di mana adakah Malaysia ini akan menandatangani sebagai seorang anggota ICC? Kalau tidak, kenapa tidak?

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya fikir Yang Berhormat, perkara itu tidak berkaitan dengan perkara yang saya bincangkan tadi. Jadi saya ingin meneruskan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu Hamas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, perlulah dijelaskan bahawa ini bukanlah sama ada mengiktiraf Hamas ataupun tidak. Malaysia menyokong kerajaan semasa Palestin ataupun Government of the Day, iaitu Palestinian National Authority, kerajaan yang diterajui oleh Presiden Mahmoud Abbas sebagai presiden yang telah dipilih oleh rakyat Palestin dalam pilihan raya presiden yang diiktiraf adil dan telus oleh rakyat Palestin dan juga masyarakat antarabangsa.

Dalam hal ini, Hamas dan Fatah merupakan parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Palestin yang sedang memerintah. Apa yang berlaku di antara Fatah dan Hamas selepas itu, ialah merupakan hal ehwal dalaman yang perlu diselesaikan di antara pihak yang bersengketa.

Malaysia juga sering menggesa pihak Fatah dan Hamas mengetepikan perbezaan dan bersatu padu serta mengelak sengketa sesama sendiri. Ianya agar menumpukan perjuangan terhadap mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat dan menyokong pelbagai inisiatif Liga Arab seperti Perjanjian Cairo 2005, Perjanjian Mekah 2007 dan juga terkini inisiatif reconciliation yang ditaja oleh Yamen bagi mewujudkan perpaduan Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang meminta supaya Malaysia mengambil langkah-langkah perlu melalui pertubuhan serantau ASEAN supaya junta tentera Myanmar membebaskan Aung San Suu Kyi dan tahanan yang berkaitan di Myanmar serta mengembalikan hak asasi mereka...

final • 11:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada dua bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu dengan Ipoh Barat.

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Saya selesaikan dahulu.

final • 11:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk.

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Pembebasan Aung San Suu Kyi dari tahanan Burma merupakan antara isu penting yang sering dibangkitkan Malaysia dan ASEAN kepada pemerintah Myanmar. Malaysia dan ASEAN sedar bahawa Aung San Suu Kyi boleh memainkan peranan dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah politik Myanmar melalui dialog dan perundingan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam

final • 11:21 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

proses perdamaian nasional dan pendemokrasian negara tersebut. Malaysia dan ASEAN akan terus memberikan dorongan, sokongan dan kerjasama kepada Myanmar untuk terus mengambil langkah positif ke arah road map pendemokrasian negara tersebut.

Pendekatan ini adalah bersifat constructive engagement dan tidak meminggir Myanmar dari komuniti antarabangsa sehingga memaksa mereka untuk mengamalkan Dasar Tutup Pintu ataupun Close Door Policy dan selain dari itu kita juga harus mengambil kira kepentingan negara dalam konteks hubungan dua hala dan juga menjaga kepentingan ASEAN.

Dalam konteks mewujudkan zon aman bebas dan berkecuali untuk mengelak direct intervention dengan izin, dari kuasa-kuasa besar di rantau ini.

final • 11:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batu dengan Ipoh Barat bangun. Yang mana satu Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Batu.

final • 11:21 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dua soalan saya.

Pertama, apakah pendirian Malaysia terhadap Hamas dan adakah kita sebagai negara yang berdaulat yang mempunyai persahabatan yang tersendiri memberi pengiktirafan yang sama kepada PLO, kepada kepimpinan Hamas yang kini memerintah di Palestin?

final • 11:21 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Kedua, apakah pendirian Malaysia yang kita mengatakan Aung San Suu Kyi dan parti yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi dan sama ada kita setuju bahawa kerajaan junta di Myanmar diberi tempoh untuk memulakan proses pendemokrasian. Kalau tidak, adakah kita mengambil pendirian supaya Myanmar harus dikeluarkan dari ASEAN. Terima kasih.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Batu tadi, iaitu berkaitan dengan isu Palestin.

Sebenarnya saya telah pun menjelaskan di sini bahawa berkaitan dengan apa yang berlaku di negara Palestin di mana pertelingkahan di antara Hamas dan Fatah itu adalah merupakan masalah dalaman, di antara Hamas dan Fatah yang perlu diselesaikan, dan kita meminta mereka untuk menyelesaikan sebaik yang mungkin supaya usaha-usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka akan dapat dilaksanakan.

Seperti mana yang saya jelaskan tadi juga ialah bahawa pengiktirafan kita kepada Kerajaan Palestinian National Authority adalah merupakan pengiktirafan terhadap Presiden Mahmoud Abas, yang telah pun dipilih oleh rakyat Palestin di dalam pilihan raya yang adil dan merdeka.

Berkaitan dengan isu Aung San Suu Kyi, seperti mana yang saya jelaskan tadi juga bahawa sebenarnya Myanmar khususnya Malaysia dan juga ASEAN sememangnya mempunyai pendirian untuk mengharapkan supaya satu usaha yang lebih konkrit dan juga..

final • 11:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada yang bangun, Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

...Usaha-usaha untuk mempercepatkan pendemokrasian Myanmar dapat dilaksanakan dan ini telah pun dizahirkan di dalam banyak pertemuan, yang telah diadakan dengan pihak Myanmar dalam usaha-usaha untuk melaksanakan roadmap bagi pendemokrasian itu dapat dilaksanakan, tetapi berkaitan dengan penyingkiran Myanmar daripada ASEAN sebagai satu tekanan kepada usaha untuk meminta mereka mendemokrasikan negara tersebut.

Sebenarnya kita tidak mempunyai mekanisme bagi menyingkirkan ahli-ahli yang terdapat dalam anggota-anggota ASEAN, kerana pada dasarnya ASEAN adalah merupakan satu pertubuhan serantau yang menerima ataupun mengiktiraf plurality ataupun

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

kepelbagaian di dalam sistem kerajaan di dalam pertubuhan ataupun organisasi ASEAN ini, dan kita juga sebagai sebuah negara anggota ASEAN sememangnya mempunyai satu treaty yang ditandatangani iaitu Treaty of Amity and Cooperation, iaitu tidak mencampuri urusan-urusan ataupun kedaulatan sesebuah negara.

Bagaimanapun ini tidak menghalang kita untuk meminta ataupun mengharapkan supaya Myanmar melakukan pembaharuan-pembaharuan politik, dan kita dapat melihat bahawa ada usaha-usaha yang dibuat ke arah itu, walaupun sebenarnya ianya adalah dilaksanakan melalui juga gesaan..

final • 11:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

[Bangun]

final • 11:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

....Dan framework yang diminta oleh PBB.

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, mana satu Yang Berhormat? Klang?

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Klang.

final • 11:30 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Dasar negara kita ialah untuk membebaskan Aung San Suu Kyi dan juga untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar, tetapi kita dapati beberapa GLCs negara kita yang melabur di sana dan juga dengan itu menyokong rejim di sana. Ini saya nampak ada satu percanggahan, satu contradiction. Mohon penjelasan.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soal pelaburan syarikat-syarikat ataupun GLC rakyat Malaysia yang mengadakan pelaburannya di Myanmar, saya fikir tidak ada banyak kaitannya dengan soal menyokong rejim di situ, kerana seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa sebagai sebuah negara yang berjiran dan menjadi anggota ASEAN, kita akan mewujudkan satu gagasan untuk mewujudkan ASEAN Free Trade Area, di mana perhubungan ekonomi adalah merupakan satu matlamat ataupun objektif yang ingin dicapai di dalam gagasan ASEAN ini. Saya fikir perkara itu haruslah dilihat daripada sudut yang berbeza bahawa kita tidak boleh mengambil tindakan.

Sebab itu kita menghalang ataupun kita tidak mahu sekiranya ada tindakan- tindakan untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada Myanmar, kerana perkara ini akan menyebabkan mereka, rakyatnya akan menghadapi lebih banyak masalah dan sudah tentu akan meminggirkan negara tersebut dan ini akan menyebabkan mereka akan melaksanakan dasar-dasar tutup pintu yang saya nyatakan sebelum ini, dan ini tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada usaha untuk mendemokrasikan ataupun membawa perubahan-perubahan politik di dalam negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Penjelasan.

final • 11:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 11:30 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu bangun, Yang Berhormat.

final • 11:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Minta penjelasan.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Bagi kepada Ipoh Timur.

final • 11:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut mengenai penahanan Aung San Suu Kyi yang sudah lebih daripada 17 tahun di dalam tahanan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa pada hari Ahad ini, satu hari yang mustahak oleh kerana military junta Myanmar akan buat keputusan sama ada akan membaharui penahanan Aung San Suu Kyi.

Adakah Kerajaan Malaysia ada menyampaikan seruan supaya Aung San Suu Kyi dibebaskan dan tidak ada tindakan untuk membaharui dan memanjangkan penahanan Aung San Suu Kyi, oleh kerana sungguhpun Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut

final • 11:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

mengenai Treaty of Amity and Cooperation, sebenarnya tidak sebut mengenai ASEAN Charter. Yang lebih mustahak untuk menegaskan mengenai hak asasi.

Pada hari Ahad ini pun ialah conference ASEAN untuk fund, mengenai bencana siklon. Adakah Yang Berhormat pun setuju bahawa dalam perkara ini prestasi ASEAN dan Malaysia sangat buruk oleh kerana sungguhpun United Nations ada menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya ada 100 ribu orang yang menjadi mangsa meninggal dunia, hilang nyawa dan ada suku juta orang yang hilang, tetapi dekat tiga minggu barulah...

Nyaris 75% mangsa-mangsa tidak dapat apa-apa bantuan oleh kerana sikap yang sangat zalim, sangat tidak berperikemanusiaan military junta yang tidak mahu membenarkan bantuan antarabangsa dan pekerja-pekerja antarabangsa.

Kenapa ASEAN dan Malaysia dalam keadaan ini ambil satu sikap yang begitu cowardly, pengecut, tidak berani ambil tindakan yang tegas supaya military junta dan Kerajaan Myanmar lebih berperikemanusiaan, khasnya apabila military junta ada melanggari United Nations Principe yang mewajibkan setiap negara untuk memberi segala bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, dan tidak halang apa-apa bantuan yang diberikan termasuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Kenapa Kerajaan Malaysia tidak rela buat begitu?

Dua perkara. Aung San Suu Kyi pada hari Ahad bahawa menyampaikan keputusan kepada military junta bebaskan Aung San Suu Kyi, tidak lagi membaharui atau memanjangkan penahanan. Kedua, mengenai siklon Nargis.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

Berkaitan dengan pembebasan Aung San Suu Kyi, seperti mana yang saya jelaskan bahawa memanglah ASEAN berhasrat untuk melihat supaya satu perdamaian ataupun satu usaha untuk memberikan peluang kepada Aung San Suu Kyi untuk terlibat dalam proses perdamaian ataupun penyelesaian politik di Myanmar.

final • 11:30 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ini adalah merupakan harapan ASEAN dan sebab itu kita telah pun sebenarnya menyampaikan di dalam beberapa persidangan-persidangan dan juga pertemuan- pertemuan yang diadakan dengan pihak Junta tentera untuk memberitahu dan juga menyampaikan hasrat untuk melihat supaya Aung San Suu Kyi diberikan peluang kerana kita dapat melihat bahawa sememangnya Aung San Suu Kyi memang boleh memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendemokrasikan Myanmar.

Akan tetapi seperti mana saya jelaskan juga bahawa sebenarnya dalam soal ini, kita tidak boleh memaksa kerajaan Myanmar dan kita juga United Nations ataupun Bangsa- Bangsa Bersatu sendiri pun telah pun berkali-kali untuk menyampaikan pandangan- pandangan kepada mereka dan telah pun mengutus Ambassador Gambari ke Myanmar untuk meminta mereka melakukan pembaharuan-pembaharuan politik dan apa yang berlaku, memang ada usaha-usaha ke arah itu dan sebab itu suatu referendum yang sedang diadakan pada masa ini, walaupun memang banyak pihak yang mempertikaikan tentang referendum ini berkaitan dengan ketelusan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya tetapi pada dasarnya ada komitmen daripada pihak Myanmar untuk melihat satu penyelesaian politik yang lebih baik.

final • 11:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

[Bangun]

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Jadi, selain daripada itu, untuk perkara yang telah dibangkitkan iaitu berhubung dengan bantuan kemanusiaan di Myanmar yang telah pun kita dapat melihat bahawa berlaku siklon Nargis...

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Belum lagi Yang Berhormat, duduk. Belum lagi Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

...Yang telah melanda Myanmar telah mengorbankan sebanyak 130,000 lebih nyawa di Myanmar. Apa yang dapat kita lihat memanglah pada peringkat awal, kita dapati bahawa kemasukan bantuan kemanusiaan itu

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

kelihatan agak begitu lembap tetapi berikutan desakan-desakan khususnya daripada masyarakat antarabangsa dan juga ASEAN sendiri yang baru-baru ini pada hari Isnin yang lalu, satu conference ataupun persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN yang telah diadakan di Singapura dan telah membuat beberapa perakuan yang penting berhubung dengan usaha untuk menyampaikan bantuan di Myanmar iaitu ASEAN akan dilantik sebagai koordinator bagi menyampaikan bantuan-bantuan antarabangsa ke Myanmar dan Setiausaha Agong ASEAN sendiri, Dr Surin Pitsuwan akan mengunjungi Myanmar dalam beberapa hari ini dan juga kerajaan Myanmar telah pun bersedia untuk menerima kedatangan Secretary General of PBB ataupun Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk melawat ke Myanmar.

Ini adalah merupakan satu kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dan kalau sebenarnya sebelum ini pun memang Myanmar telah pun membenarkan bantuan kemanusiaan di bawa masuk dan ada pekerja-pekerja kemanusiaan yang telah pun diberikan visa ataupun peluang untuk memasuki Myanmar iaitu pekerja-pekerja dari Bangladesh, Malaysia, China dan beberapa negara-negara yang lain.

Bagaimanapun, melalui inisiatif ASEAN ini, saya percaya segala usaha-usaha untuk membantu rakyat Myanmar yang menghadapi masalah taufan Nargis baru-baru ini akan kita dapat melihat kejayaan-kejayaan dan juga usaha-usaha untuk membantu mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

final • 11:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 11:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

....Menyentuh tentang isu hak asasi yang dibangkitkan, perlu dijelaskan ...

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ada tiga orang yang bangun. Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Belakang ini ha, Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:40 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sudah lompat ke belum? Sudah lompat ke belum?

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak payahlah Yang Berhormat, tak payahlah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:40 PM

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun

Saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai apa yang telah disebut oleh beliau mengenai Triti ZOPFAN tadi di mana saya sendiri telah bertanya mengenai kenapa kita membenarkan kapal-kapal perang Amerika Syarikat berkuasa nuklear melabuh di Pelabuhan Klang dan jawapannya ialah ZOPFAN hanya menyentuh mengenai senjata nuklear dan bukan kuasa nuklear, tetapi sudah tentu kapal-kapal perang ini tidak akan mengisytiharkan bahawa mereka membawa senjata-senjata nuklear dan kalau kita memang syak bahawa mereka membawa senjata-senjata nuklear ini, kenapa kita masih benarkan mereka berlabuh di Pelabuhan Kelang? Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu kapal perang yang membawa nuklear ini, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini. Saya akan menyampaikannya melalui tulisan tetapi apa yang saya ingin jelaskan di sini bahawa seperti mana yang kita ketahui bahawa negara ASEAN adalah komited dengan doktrin Zon Aman Bebas dan Berkecuali dan sudah tentu dalam konsep yang kita pertahankan ini, kita tidak membenarkan campur tangan daripada kuasa-kuasa besar untuk mencampuri urusan politik ataupun keselamatan di dalam negara kita.

final • 11:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Bagaimanapun, seperti mana yang kita ketahui bahawa kuasa-kuasa besar juga kadang-kadang mengambil tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan negara-negara ASEAN terpaksa berkompromi dalam soal-soal ini tetapi bagaimanapun yang penting di sini ialah sekiranya ianya tidak memudaratkan tentang keselamatan di ASEAN, saya percaya perkara ini kita akan teliti dengan lebih lanjut lagi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai tentang isu hak asasi yang dibangkitkan, perlu dijelaskan bahawa Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia atau Universal Declaration of Human Right telah diterima oleh negara-negara anggota pada 10 Disember 1948 melalui Resolusi 217A(3) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Deklarasi ini bersifat tidak mengikat.

Justeru, peruntukan-peruntukan di dalam deklarasi ini telah diterima pakai oleh Malaysia selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia memang memperuntukkan agar hak kebebasan bersuara dan hak berhimpun dihormati melalui Artikel 19 dan Artikel 20 tetapi dalam Artikel 29(2), deklarasi tersebut juga memperuntukkan “di dalam menggunakan hak dan kebebasan tersebut, keutamaan harus diberikan untuk menghormati, memelihara dan mengekalkan keselamatan negara”.

Perlu ditegaskan juga bahawa Malaysia telah pun melaksanakan banyak komitmen yang terkandung dalam deklarasi tersebut selaras dengan peruntukkan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi negara ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang memperhalus pelbagai treaty dan konvensyen antarabangsa termasuk International Governent on Civil and Political Right dan memastikan ianya tidak bercanggah dengan peruntukan perundangan dan perlembagaan atas dasar-dasar sedia ada dan aspek keselamatan negara tidak di kompromi.

Terdapat peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara yang tidak konsisten dengan peruntukkan dan obligasi di bawah ICCPR terutamanya bagi isu-isu yang melibatkan kes murtad agama, pelaksanaan penghapusan hukuman bunuh dan Artikel 15(2) ICCPR yang memperuntukkan tindakan-tindakan seperti pengguguran kandungan, perlakuan berbaur homoseksual dan perkahwinan sejenis serta kegiatan pelacuran yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia tetapi tidak di bawah undang-undang kebanyakan ahli-ahli atau state party kepada ICCPR. Selain Malaysia, negara Singapura dan Brunei juga adalah di antara negara yang belum menjadi state party kepada ICCPR.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh isu mengenai penahanan wanita Malaysia di luar negara di atas kesalahan dadah. Kementerian Luar Negeri memandang serius akan masalah tahanan wanita Malaysia di luar negara kerana tuduhan kesalahan dadah ini. Jika masalah ini tidak dibendung, ia pasti akan menjadi satu masalah yang besar dan lebih sukar untuk ditangani.

Di dalam menangani masalah ini, Kementerian Luar Negeri bersetuju supaya tindakan pencegahan bersepadu dari semua pihak diusahakan dengan segera yang melibatkan pelbagai pihak seperti anggota masyarakat, pihak berkuasa dan media massa.

Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga turut diperingatkan supaya berjaga-jaga dan mengelak diri daripada melakukan kesalahan. Sebagai langkah pencegahan awal, Kementerian Luar Negeri telah pun meletakkan satu nasihat perjalanan atau travel advisory dan kerjasama bersepadu daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan agensi yang lain juga akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan kesedaran.

final • 11:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dulu. Menteri ada usul.

final • 11:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) dengan tidak menghiraukan walau apa pun ketetapan yang telah dibuat pada tengah hari tadi supaya Majlis mesyuarat hari ini ditangguhkan sekarang dan ditangguhkan ke jam 10.00 pagi esok 22 Mei 2008 dan sesi perbahasan ini akan disambung selepas sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan”.

final • 11:51 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Saya menyokong Tuan Yang di- Pertua....[Ketawa]

final • 11:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan hendaklah tadi disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:51 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Datuk Speaker, saya perlu ingatkan di Parlimen-parlimen lain di luar negara, mereka bersidang sampai pagi. What is so wrong about we continuing the whole day?...[Dewan riuh]

final • 11:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lain kali Yang Berhormat. Keputusan dah buat, Yang Berhormat.

final • 11:51 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

We have to do our work!

final • 11:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, dengan ini kita tangguhkan Dewan ini dan kita akan bermula pada jam 10.00 pagi esok. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 11.52 malam.

final • 11:51 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026