Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Pelancongan menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk membangunkan sektor pelancongan di daerah Kota Belud.
Menteri Pelancongan - Datuk Seri Azalina binti Othman Said
Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sememangnya sentiasa mengambil inisiatif untuk membangunkan dan mempromosikan destinasi pelancongan tempatan bagi setiap negeri di Malaysia termasuklah di daerah Kota Belud, Sabah.
Di antara langkah-langkah yang telah diambil ialah dengan membawa masuk agensi pengembaraan, krew perfileman dan media-media asing di bawah Program Mega Fam bagi tujuan mempromosikan produk-produk yang terdapat di Kota Belud. Sebagai contoh pada tahun 2007, kementerian melalui Program Mansau Ansau telah membawa pihak media asing dan agensi-agensi pelancongan dari luar negara untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di kawasan persekitaran.
Dari segi periklanan dan publisiti, LPPN juga menjalinkan kerjasama dengan Sabah Tourism Board bagi membantu mempromosikan Pasar Tamu Kota Belud melalui penyediaan banting dan penyebaran risalah di pejabat-pejabat LPPN di luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat semua pada masa ini terdapat tiga Program Homestay yang telah diwujudkan di daerah Kota Belud iaitu, Homestay Kampung Melangkap Tiong, Homestay Taginambur dan Homestay Kampung Lobong-lobong. Bagi memastikan program-program ini berjaya, kementerian melalui Bahagian Perkhidmatan Pelancongan sentiasa menganjurkan latihan-latihan dari semasa ke semasa untuk melatih peserta-peserta yang terlibat dalam program ini.
Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk memberi geran bantuan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menaik taraf rumah pengusaha homestay yang berdaftar dengan kementerian, khasnya di bilik penginapan dan tandas untuk kegunaan pelancong.
Namun demikian ini tertakluk kepada beberapa kriteria bagi memastikan dengan izin, sustainability program-program homestay di kampung-kampung tersebut. Selain itu kementerian juga berhasrat untuk menambah bilangan Program Homestay di Kota Belud di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian agar pembangunan sektor pelancongan di kawasan-kawasan pedalaman dapat ditingkatkan, dan sekali gus mampu memberikan manfaat kepada rakyat di kawasan tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Perdana Menteri telah meminta supaya kerajaan mencari jalan yang kreatif untuk membangunkan negara kita. Kementerian Pelancongan khasnya tidak terlepas daripada usaha itu.
Saya ingin memberi contoh acara Tamu yang diadakan setiap minggu di seluruh Sabah, di mana orang kampung menjajakan hasil ternakan dan kraf tangan mereka, ia adalah satu tarikan pelancong. Malangnya kemudahan asas untuk keselesaan pelancong tidak ada, seperti ruang letak kereta, tandas dan sebagai. Pihak berkuasa tempatan mungkin tidak mempunyai tanah yang cukup untuk menyelesaikan masalah ini.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah Kementerian Pelancongan berhasrat untuk memberi peruntukan walaupun ia mungkin di luar bidang tanggungjawab kementerian untuk membantu pihak berkuasa tempatan membina prasarana ataupun kemudahan di lokasi-lokasi Tamu, supaya lebih ramai pelancong datang dan merasa selesa dan seterusnya merealisasikan objektif kementerian mengembangkan industri pelancongan.
Datuk Seri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Belud. Tuan Yang di-Pertua, memang isunya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan terdapat peruntukan yang telah diletakkan dalam penyelenggaraan ataupun dengan izin, maintenance iaitu apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kota Belud memang dapat dilaksanakan, di mana bagi kementerian asalkan tempat yang diletakkan itu adalah untuk kegunaan pelancong secara langsung ataupun tidak langsung, memang boleh diambil kira dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk kos penyelenggaraan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan mengenai pelancongan di Sabah. Saya sudah suarakan dalam Dewan mengenai kemudahan-kemudahan infrastruktur.
Soalan tambahan saya ini mengenai kelulusan, jika sekiranya ada promotion yang mahu dibuat, kerajaan mengambil masa yang lama. Misalan satu syarikat besar ingin membuat medical tourism di Sabah, tetapi medical tourism membawa doktor daripada luar mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jaminan, jika sekiranya ini ada dipohon melalui kementerian supaya dapat kelulusan dengan serta-merta, kerana kerajaan tidak rugi apa-apa pun. Syarikat ini akan mempromosi untuk membawa pelancong ke Sabah sebagai medical tourism kerana sekarang orang-orang yang hendak buat plastic surgery dan lain-lain ini, mereka pergi Singapura, Korea dan lain-lain tempat.
Jadi lebih baik mereka datang ke Sabah, di mana mereka boleh dapat layanan dan juga murah. Adakah kementerian boleh memberi kelulusan begitu cepat kerana kalau banyak kementerian yang terlibat ini memakan masa mungkin setahun, dua tahun. Ini saya minta kalau boleh cara yang lebih senang orang dapat permit seperti kemasukan doktor dan lain-lain.
Datuk Seri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat dari Kalabakan.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian menyedari di antara kelemahan yang sedang berlaku ialah tidak adanya satu one-stop-centre dengan izin, bagi promosi dan juga penggalakan prosedur-prosedur kemasukan dalam sektor-sektor pelancongan yang specific, dengan izin. Bukan sahaja medical tourism Tuan Yang di- Pertua tetapi juga dengan izin, education tourism, ecotourism dan seterusnya.
Itu sebabnya saya Tuan Yang di-Pertua, telah mengarahkan kementerian untuk melihat, mempercepatkan dan memperketat prosedur-prosedur ini. Ini kerana saya memang cukup bersetuju dengan Yang Berhormat, kalau kita bandingkan di Thailand dan juga Singapura, mereka secara tidak langsung mewujudkan satu pendekatan yang menyenangkan pesakit-pesakit dari luar negara untuk mendapat perkhidmatan perubatan di negara mereka.
Datuk Seri Azalina binti Othman Said
Namun begitu di dalam negara kita, saya memang cukup mengakui terdapat beberapa prosedur-prosedur yang kadang-kadang secara tidak langsung, tidak mewujudkan satu penggalakan yang positif bagi pelancong-pelancong yang ingin mendapatkan medical tourism dari segi aspek perubatan pelancongan.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedang mengkaji dan saya telah mengarahkan kementerian untuk mewujudkan sekretariat yang khas dalam aspek medical tourism, education tourism dan juga ecotourism. Insya-Allah, dalam pendekatan ini saya akan memaklumkan kepada Dewan apabila kita telah dapat berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian yang lain, yang memang melibatkan diri dalam sektor ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk Program Latihan Khidmat Negara mengikut tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan sama ada kementerian akan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan program ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya memohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan soalan 41 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Pasir Puteh pada 27 Mei 2008, kerana ianya menyentuh perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk Program Latihan Khidmat Negara semenjak mula perlaksanaan tahun 2004 sehingga berakhir 2007, adalah sebanyak RM2.37 bilion.
Pecahan perbelanjaan mengikut tahun adalah supaya berikut:
| Tahun | Perbelanjaan (RM/Juta) |
|---|---|
| 2004 | 608.6 |
| 2005 | 604.8 |
| 2006 | 588.2 |
| 2007 | 565.0 |
Setakat ini kerajaan amat berpuas hati dengan pencapaian, dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Kajian keberkesanan terhadap remaja telah pun menunjukkan respons yang positif, di mana kejayaan menunjukkan semangat patriotisme ialah 82.9%, pembinaan jati diri dan kepimpinan ialah 88.3%, memupuk semangat integrasi kaum ialah 86.7%.
Dari kaji selidik dan maklum balas yang diterima dari ibu bapa dan orang awam juga telah menunjukkan sokongan yang positif terhadap program ini. Ia juga dapat dibuktikan dengan peningkatan penyertaan secara sukarela di mana dalam tahun 2008 seramai 1,137 orang telah menyertai secara sukarela, berbanding seramai 929 orang dalam tahun 2007.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan. Kini kerajaan bercadang untuk menjalankan kajian ke atas modul-modul yang dilaksanakan. Jika didapati mana-mana modul perlu penambahbaikan, pihak kerajaan akan melakukan perubahan sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Sebenarnya soalan asal saya telah dipinda tanpa izin, kerana saya ada tanya pecahan perbelanjaan secara terperinci mengikut item-item yang dibelanjakan setiap tahun.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Nampaknya perbelanjaan yang telah dipakai itu telah melebihi anggaran asal sebanyak RM500 juta. Ini kerana, pada asalnya latihan ini dimulakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan ada mengatakan bahawa perbelanjaan melibatkan RM500 juta setahun. Namun nampaknya setiap tahun itu telah melebihi anggaran yang telah ditentukan.
Saya pohon disenaraikan semua syarikat-syarikat pembekal dan pengendali- pengendali kem. Apakah nilai kontrak yang telah diberikan kepada mereka? Saya pohon jawapan itu diberikan secara terperinci.
Keduanya, Yang Berhormat Menteri Pertahanan semasa mengumumkan latihan PLKN ini, beliau ada mengatakan bahawa PLKN ini bukan berbentuk ketenteraan. Namun nampaknya sekarang, latihan-latihan ialah ala ketenteraan, ada latihan M16, ada latihan fizikal yang mungkin tidak bersesuaian dengan golongan perempuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Juga ada golongan lelaki pun, kadang-kadang fizikal badannya tidak sesuai dengan latihan-latihan ini. Bukannya semua lelaki berbadan besar macam Yang Berhormat Bintulu… [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tunggulah dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalan Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya nak tanya, dengan kontroversi yang begitu banyak dalam Program Latihan Khidmat Negara ini, aduan-aduan yang begitu banyak terhadap kem, perbelanjaan yang begitu besar. Dengan 16 kematian!
Adakah tidak kerajaan bercadang untuk menukar pendekatan? Kita tidak mahu mempertikaikan objektif Program Latihan Khidmat Negara ini tetapi pendekatan itu, mungkin kita buat secara kerja amal diterapkan dalam Program Rakan Muda atau sistem pendidikan negara kita. Adakah kerajaan bersedia untuk menukar pendekatan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Itu soalan saya.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan perbelanjaan terperinci ianya merupakan senarai yang panjang. Jadi kalau perlu nanti akan dibekalkan secara bertulislah. Sehubungan dakwaan berkaitan dengan program ini adalah merupakan ala tentera.
Saya rasa ini tidak benar kerana apa yang kita lihat matlamat dalam PLKN ini adalah untuk:
(i) meningkatkan semangat patriotisme;
(ii) memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional;
(iii) memupuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni; dan
(iv) menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda.
Jikalau kita lihat dari segi program-program kita laksanakan adalah berbentuk fizikal, yang mana ada latihan-latihan yang dikelolakan oleh pihak jurulatih-jurulatih.
Berkaitan dengan latihan senjata, bahawa ini adalah program yang diberi kepada pelatih secara sukarela. Di mana ia adalah untuk menerapkan disiplin, supaya mereka ini patuh kepada peraturan-peraturan semasa menggunakan senjata. Jadi, bukan ianya untuk menanamkan ataupun membentuk program ini sebagai ala tentera, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya fikir saya tidak ada masalah untuk diterapkan ala tentera, lebih menerapkan nilai disiplin yang tinggi.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah soalan kefahaman di antara orang ramai dan juga PLKN serta kementerian. Kementerian pernah mencadangkan supaya semua parti-parti politik mengadakan lawatan ke pusat-pusat PLKN. Adakah tawaran tersebut telah disambut oleh parti-parti politik untuk melawat pusat-pusat PLKN tersebut supaya semua pihak faham tentang hasrat yang murni PLKN tersebut? Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kita lihat, walaupun pihak kementerian telah mempelawa pihak parti-parti pembangkang untuk melawat kem-kem ini, tetapi sambutannya tidak diambil endah oleh mereka. Mereka hanya membuat komen-komen yang negatif sahaja, itu sahaja yang mereka lakukan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Itu tidak tepat Tuan Yang di-Pertua! Tidak pernah jemput pun! Saya telah menjadi Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri semenjak penggal lepas, tidak pernah pun dijemput masuk ke kem.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tidak tepat! Tadi soalan pun tidak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Rasah.
3. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah kerajaan untuk membangunkan usahawan bumiputera di kawasan luar bandar dari segi:-
(a) Pembinaan premis perniagaan secara menyeluruh dengan sewa berpatutan di lokasi strategik; dan
(b) Memberi bantuan kursus kemahiran berniaga dan modal awal seperti memperhebatkan pinjaman TEKUN dan pinjaman lain.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MECD sentiasa melaksanakan langkah-langkah untuk membangunkan usahawan termasuk menyediakan premis-premis perniagaan, memberi kursus-kursus kemahiran dan kemudahan pembiayaan meliputi di kawasan-kawasan luar bandar.
Dalam menyediakan premis-premis perniagaan, MECD menerusi agensi-agensi di bawahnya menetapkan sasaran dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menyediakan sebanyak 18,000 unit premis perniagaan termasuk 3,500 unit premis perniagaan di kawasan luar bandar. Sehingga ke tarikh ini, MECD melalui MARA dan PKEN telah berjaya menyediakan 3,133 unit atau 89% premis perniagaan di luar bandar.
Premis-premis di luar bandar ini telah disediakan kepada usahawan-usahawan bumiputera dengan sewa yang berpatutan pada kadar 50% lebih rendah daripada kadar pasaran dalam tempoh permulaan perniagaan. Setelah usahawan tersebut boleh berdikari, kementerian akan exit daripada bantuan sewaan.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang kedua, bahagian (B), MECD melalui Institut Kemahiran Negara ataupun INSKEN dan MARA telah menganjurkan berbagai-bagai kursus kemahiran dan keusahawanan kepada usahawan bumiputera termasuk di luar bandar.
Kementerian ini berhasrat untuk memberikan latihan dan kursus kemahiran kepada seramai 275,000 orang usahawan bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan termasuk usahawan bumiputera di luar bandar.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Sehingga 31 Disember 2007, kementerian telah memberikan latihan kepada seramai 120,320 orang termasuk 10,204 orang usahawan di kawasan luar bandar.
Seterusnya MECD melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan bagi modal awal kepada seramai 44,176 usahawan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM1.06 bilion termasuk kepada usahawan-usahawan di luar bandar.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, bagaimana tentang kualiti ataupun mutu pencapaian usahawan desa yang dibangunkan itu, sama ada kita utamakan kualiti ataupun kuantiti? Bagaimana jika ada yang gagal? Adakah kementerian memberikan peluang kedua? Apakah langkah bersama kementerian dan agensi lain ada dibuat untuk melonjak gandakan pencapaian usahawan di luar bandar? Terima kasih.
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pontian.
Pendekatan kita dua-dua. Kuantiti dan juga kualiti dengan pendekatan yang baru akan dibantu dan yang cemerlang akan terus dijulang hingga menjadi gemilang dan terbilang.
Untuk program usahawan-usahawan yang baru, kementerian telah merancang, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membudayakan sahaja. Membudayakan masyarakat bumiputera termasuk daripada luar bandar ialah seramai 1.5 juta orang. Untuk kita hendak melahirkan usahawan baru ialah seramai 150,000 orang. Dalam masa yang sama, MECD juga akan memantapkan 25,000 usahawan-usahawan yang sedia ada.
Bagi usahawan-usahawan yang baru, kita akan membimbing mereka melalui inkubator untuk melatih mereka menjadi usahawan dan juga bagi mereka yang terlibat dalam usahawan pembekalan, kita juga ada program..., untuk labeling dan juga packaging, kita juga ada program exist policy, untuk memberi peluang mereka menyewa premis-premis daripada MECD.
Soalan yang kedua, mengenai usahawan yang gagal, saya ingin menjelaskan bahawa MECD akan membuat pendekatan yang baru di mana kita akan memperkenalkan skim peluang yang kedua. Kepada usahawan-usahawan yang gagal, yang mana usahawan yang gagal ini bukan berpunca daripada diri mereka sendiri, tetapi ialah sebab faktor-faktor luaran. Sebagai contoh, kalau dia seorang usahawan pertanian, dia mungkin gagal apabila dia menjadi usahawan bela ayam ataupun bela lembu dan kambing. Dia gagal, kerana diserang penyakit kuku dan mulut.
Boleh jadi dia diserang oleh selesema burung, sebab itu dia tidak meneruskan usahawan. Ini kita akan bantu. Ada juga usahawan yang gagal, bukan kerana dia, kerana orang lain berhutang banyak dengan dia, daripada dia berhutang dengan agensi. Jadi, usahawan-usahawan seperti ini, kita akan memberi peluang kedua dengan memberikan bantuan, termasuklah juga graduan-graduan yang mungkin disenaraikan hitam kerana gagal membayar pinjaman-pinjaman pelajaran.
Graduan-graduan seperti ini juga akan diberi peluang untuk membuat pinjaman menjadi seorang usahawan. Mudah-mudahan, bila dia menjadi usahawan yang berjaya nanti, dia akan mampu membayar hutang pinjaman sewaktu mereka belajar. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan tadi. Tujuan kementerian ialah untuk membudayakan masyarakat terhadap menjadi usahawan. Apa yang saya lihat di Alor Star misalnya, ibu pejabat MARA sendiri di Plaza Alor Star, di bawahnya banyak showcase-showcase yang diberikan kepada usahawan-usahawan untuk menunjukkan produk-produk IKS mereka tetapi lokasi tempatnya tidak strategik. Didapati kalau satu hari kita pergi itu, peniaga tersebut hanya tidur lebih banyak dari bangun kerana tidak ada orang yang pergi ke Plaza Alor Star tersebut.
Jadi, harapan saya kepada kementerian, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menggemilangkan Plaza Alor Star ini sebagai sebuah showcase MARA yang di bawah kementerian Yang Berhormat, untuk dia menjadi mereka yang berada di situ benar-benar menjadi seorang usahawan yang gemilang dan terbilang dan bukannya temberang. Terima kasih. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar memang terdapat ada premis di bawah MECD seperti Arked MARA, Bangunan MARA yang mungkin kita lihat malap. Ini mungkin tempat yang dibina premis tersebut kurang strategik, jauh dan juga agak terpencil. Ini kerana MECD membina bangunan-bangunan ini berpandukan kepada tanah yang ada ketika itu.
Untuk kita mengatasi masalah tersebut, yang pertama, kita hari ini bukan sahaja hendak membina bangunan-bangunan di tanah yang sedia ada, tetapi juga MECD melalui agensinya akan membeli bangunan-bangunan sama ada rumah kedai ataupun di shopping- shopping complex untuk memberikan ruang kepada bumiputera untuk berniaga. UDA sebagai contoh, menyediakan peruntukan hampir RM85 juta untuk diberikan subsidi kepada usahawan-usahawan yang baru berniaga di kompleks-kompleks sebagai contoh.
Yang kedua, bagi bangunan-bangunan yang sedia ada, kita akan mengadakan promosi-promosi dengan kita melantik event management dengan izin, untuk mengadakan program-program supaya dapat menarik orang ramai berkunjung ke premis-premis yang kepunyaan MECD. Semua yang kita buat hari ini, bukannya temberang.
Kalau kita temberang Tuan Yang di-Pertua, yang sebelah sana dahulu yang lahir daripada DEB hasil bimbingan daripada kerajaan, dia sudah berjaya, dia lupa. [Dewan riuh] Dia lupa daratan, dia lupa tongkat yang kita bagi. Ini bak kata pepatah Melayulah, ‘seperti melepaskan anjing tersepit’, selepas itu kita digigitnya balik. Terima kasih. [Tepuk]
4. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kes-kes jenayah yang mana kes itu ditutup sejak lima (5) tahun lalu kerana pesalah-pesalah dilepaskan tanpa dibebaskan (discharge not amounting to an acquittal) dan nyatakan sebab-sebab ianya sedemikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Zaid bin Ibrahim
Tuan Yang di- Pertua, jumlah keseluruhan kes-kes yang di mana orang yang kena tuduh ataupun yang dipanggil OKT dilepaskan tanpa dibebaskan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2003 hingga 2007 ialah seramai 23,191 orang. Pada tahun 2003, jumlah yang dilepaskan tanpa dibebaskan adalah seramai 7,275 manakala pada tahun 2004 seramai 5,448. Pada tahun 2005, jumlah OKT menurun kepada 4,000 dan telah menurun kepada 3,156 pada tahun 2006. Pada tahun 2007 angkanya 3,274.
Antara sebab-sebab OKT dilepaskan tanpa dibebaskan adalah seperti berikut:
(i) apabila pengadu meninggal dunia;
(ii) saksi penting tidak dapat dikesan;
(iii) pengadu tidak ingin meneruskan kes atas alasan-alasan kukuh; atau
(iv) apabila terdapat perkembangan baru semasa siasatan dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, adalah diakui terdapat masalah pendakwaan di Mahkamah Rendah sama ada dari segi bilangan dan kemampuan pegawai pendakwa.
Untuk mengatasi perkara ini, Jabatan Peguam Negara telah melantik 90 orang penolong pendakwa raya yang mempunyai ijazah undang-undang dan jabatan ini bercadang untuk menambah 100 orang lagi penolong pendakwa raya dalam masa terdekat.
Pihak yang terlibat dalam pengendalian dan penyelesaian sesuatu kes seperti pihak pendakwa, mahkamah, pihak pembelaan, penyiasatan dan sebagainya, semestinya perlu mempertingkatkan keupayaan mereka dan kapasiti mereka untuk menyelesaikan kes-kes ini dengan sempurna.
Berhubung dengan kes-kes di mahkamah, saya ingin memberitahu bahawa kerajaan sedang merancang satu pelan untuk memperbaiki sistem, dengan izin, case management ataupun pengendalian pengurusan kes. Ini bagi memastikan satu sistem yang lebih telus dan dapat menjejak perjalanan setiap kes sivil dan jenayah dari tempoh ia bermula sampai ia berakhir. Dengan sistem ini, kita harap orang ramai dapat mengetahui sebab-sebab sebenar dan status kes-kes tersebut. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kami semua sedar bahawa masalah jenayah menjadi satu masalah yang serius dalam negara ini.
Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa satu daripada masalah yang kita dapati ataupun yang menyumbang kepada kes-kes seperti ini ialah apabila pesalah dilepaskan oleh kerana terdapat masalah dalam pendakwaan. Di sini saya ingin tahu, masalah berkenaan dengan polis misalnya, kekurangan anggota, kekurangan balai polis, kekurangan kemudahan siasatan forensik. Ini menjadi masalah-masalah yang menyumbang kepada kekurangan minat kepada masyarakat untuk meneruskan dengan kes-kes.
Selain daripada itu juga kita dapati bahawa terdapat mahkamah-mahkamah yang tidak mempunyai hakim. Misalnya di Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Jenayah I lama tanpa hakim, di Johor Bahru setahun lebih tanpa hakim di mana semua kes dilepaskan. Ini menyebabkan masyarakat ataupun rakyat yang datang ke mahkamah sebagai saksi jadi letih, they get fed-up, they coming back and then...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan, Yang Berhormat, soalan.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita kena bagi penjelasan dahulu. Selain daripada itu, masalah berkenaan dengan keyakinan rakyat kepada menteri-menteri yang dilantik untuk menguruskan masalah ini. Misalnya menteri-menteri sendiri yang dalam tahun 2004 didapati ataupun disabitkan dengan kesalahan, you yourself were found guilty...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalannya, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Of money politics. Yes, in 2004 you yourself were found guilty of money politics... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalan, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi dalam UMNO itself. So soalan saya ini, apakah langkah-langkah kerajaan, khususnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa dalam sistem kehakiman bagi perubahan dapat dicapai? Itu soalan saya. Terima kasih.
Datuk Zaid bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong ini memberi ulasan sebenarnya, pendapat yang tidak sepatutnya diberi dalam soalan tambahan tetapi tidak apalah. Kita kerajaan yang bertanggungjawab mengakui kelemahan- kelemahan yang ada sebab itu saya telah pun sebelum ini pun mengeluarkan statistik memberitahu keadaan sebenar berapa kes yang ada masalah. Itu menunjukkan kita kerajaan yang berterus terang perkara yang berlaku.
Jadi soal polis, soal mahkamah tidak cukup kakitangan telah pun saya jawab tadi dan saya memberi jaminan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini bahawa kita akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan perkara-perkara ini untuk kebaikan rakyat.
Mengenai soalan ataupun kenyataan yang tidak ada kena mengena dengan soalan asal, saya telah pun beberapa kali dari dulu meminta Yang Berhormat Tuan Karpal dan anaknya, kalau perlu, pergilah kepada BPR, minta mereka siasat saya kerana saya dari dulu mengatakan saya tidak bersalah. Jadi soal ini saya rasa tidak perlu ditimbulkan. Kalau betul-betul ‘Encik Gobind’, buat laporan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Akan tetapi kamu disabitkan bukan?
Dalam tahun 2004.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You were convicted by UMNO.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong, sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Zaid bin Ibrahim
Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, bersedia untuk disiasat dalam soal ini. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri yang menjawab sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana kebejatan jenayah yang semakin parah dan membarah, kelemahan lingkaran tidak berhujung yang disebutkan oleh menteri tadi cukup menakutkan.
Di Dewan yang mulia ini seorang wakil rakyat BN dari Sarawak tahun lalu menyebut bahawa di negerinya terdapat samseng-samseng besar yang bermaharajalela sehingga menentukan barang-barang harian di pasaran. Ketika itu dakwaannya ditolak mentah-mentah. Dua minggu kemudian pihak pasukan PDRM bergegas ke sana dan mereka telah bertindak, 1,000 orang disoal siasat, 100 orang ditahan dan 87 orang akan didakwa ke mahkamah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, soalannya, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalannya, Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah seriusnya dan kerajaan punya kehendak political will, dengan izin, setelah Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, yang mengesyorkan 125 cadangan oleh Tun Dzaiddin? Apakah sehingga kini langkah-langkah yang diambil untuk menambahbaikkan, untuk mengembalikan imej PDRM, imej judiciary...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Yang kalau tidak dilakukan sedemikian akan teruk dan terhakis kepercayaan rakyat kepada institusi-institusi penting di negara ini, khususnya Tuan Yang di-Pertua, yang melibatkan, high profile cases termasuklah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang hingga hari ini kita mahu penjelasan yang jelas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah, ya, baik.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Daripada pihak-pihak pendakwaan.
Terima kasih.
Datuk Zaid bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena ada disiplin sedikit dalam Dewan. Kalau peraturan mesyuarat menetapkan bahawa soalan tambahan mestilah ada kaitan dengan soalan asal. Kalau kita tidak mahu ikut peraturan ini, maka kita akan terus mengungkit soalan-soalan lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak perlu jawab, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya...
Beberapa Ahli
Tidak payah jawablah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan cukup penting untuk dijawab, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan OKT.
Datuk Zaid bin Ibrahim
Saya hanya boleh menjawab soalan yang ada kaitan dengan soalan asal mengikut Peraturan Mesyuarat 24(3). Terima kasih.
5. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk mengubah polisi yang telah digubal berlandaskan semangat Dasar Ekonomi Baru, terutamanya yang menolong kaum bumiputera, sejajar dengan desakan pembangkang untuk menolak dasar ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Amirsham A. Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DEB telah digubal pada awal 1970-an dengan matlamat utama iaitu untuk mencapai perpaduan nasional dan pembentukan negara melalui strategi serampang dua mata.
Pertama, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kumpulan etnik dan kedua, penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Semangat DEB kemudiannya telah diterapkan dalam dasar-dasar ekonomi selepasnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan Misi Nasional di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menangani masalah jurang sosial ekonomi antara dan di kalangan kumpulan etnik bandar dan luar bandar.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan semangat DEB ditegaskan semula dengan izin, reaffirm menerusi Teras Ketiga Misi Nasional itu iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Antara langkah-langkah berkenaan ialah:
(i) membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 di samping mengurangkan kemiskinan keseluruhan;
(ii) mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar antara negeri dan antara wilayah;
(iii) memajukan wilayah kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah; dan
(iv) menangani jurang antara dan dalam kumpulan etnik terutamanya dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan Berlandaskan kepada Teras Ketiga Misi Nasional di atas, kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh pencapaian beberapa sasaran dasar pengagihan sehingga tahun 2020 iaitu pembasmian kemiskinan dan pencapaian sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti bumiputera menjelang tahun 2020.
Sehubungan dengan itu kerajaan tidak bercadang mengubah polisi yang telah digubal berlandaskan semangat DEB yang bertujuan meningkatkan taraf sosial ekonomi bukan sahaja golongan bumiputera, tetapi termasuk India, Orang Asli dan kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak. Malahan penyusunan semula masyarakat khasnya membela golongan miskin adalah merupakan affirmative action, dengan izin diguna pakai di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, India dan Afrika Selatan.
Kerajaan akan meneruskan komitmennya melaksanakan strategi-strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapus pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi. Sekiranya sasaran matlamat semangat DEB berjaya direalisasikan terutama dari segi pengagihan kekayaan negara dengan lebih adil antara dan dalam etnik, antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar.
Ia secara langsung akan mempercepatkan usaha untuk memastikan penyertaan yang lebih seimbang dan saksama di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Seterusnya ia akan menyumbang ke arah pemantapan perpaduan nasional yang menjadi salah satu aset terpenting dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia untuk melangkah maju jauh ke hadapan melepasi tahun 2020. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Ahli Yang Berhormat daripada bahagian yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah berikrar untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana DEB ini, “Breeds corruption, cronyism and systematic inefficiency”, dengan izin.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah adil untuk Yang Berhormat Bagan membuat rumusan umum seolah-olah rakyat yang mendapat faedah daripada DEB, yang miskin tidak kira kaum, berjuta-juta pelajar dan profesional bumiputera termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri yang menjadi produk DEB, yang menjadi ketua pegawai eksekutif bank yang terbesar di Malaysia seolah-olah kita semua ini kroni dan kaki rasuah. Adakah ini kenyataan yang adil, Yang Berhormat Menteri? Adakah ini adil?...
[Disorak]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak tepat dan langsung tidak memahami objektif DEB...
[Tepuk] Kalau itu kesimpulan beliau tentang DEB, maka sesiapa sahaja yang mendapat bantuan melalui DEB sama ada dalam bentuk pinjaman, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, biasiswa dan lain-lain itu adalah kroni dan kaki rasuah...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
Ini bermakna ahli profesional bumiputera sebagai contoh membentuk 40...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Panjangnya jawapan tambahan, siapa sediakan? Tengok!
Beberapa Ahli Pembangkang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur, jangan ganggu, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
...3.8% daripada keseluruhan struktur... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sila duduk, Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
...Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sila duduk, Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
...Dan 23.5% daripada keseluruhan akauntan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Soalan bocor. Soalan bocor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini soalan bocor, kroni kah?
Datuk Amirsham A. Aziz
Jadi...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Cukup jelas jawapan lisan. Jawapan sudah disediakan.
Seorang Ahli Pembangkang: Nampak sangat kroni.
Datuk Amirsham A. Aziz
Berhati-hati bila membuat apa-apa kenyataan semua dasar dan kelemahan tetapi jangan sampai segala kebaikan kepada sesuatu dasar...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Siap dengan jawapan dalam dua muka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat sila diam, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli Pembangkang
Kroni. Kroni.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila diam, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
Pada keseluruhannya DEB ini adalah dasar yang adil...
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Jawapan bertuliskah?
Datuk Amirsham A. Aziz
...Baik dan telah menyumbang kepada pembangunan mampan negara sampai hari ini....
Beberapa Ahli Pembangkang
[Bersorak]
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Siapa yang sediakan jawapan ini?
Beberapa Ahli Pembangkang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kulim.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan. Ya, silakan Yang Berhormat Batu Kawan.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa...
Beberapa Ahli Pembangkang
[Bertepuk tangan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, janganlah bertepuk tangan dalam Dewan.
Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menunjukkan bahawa Dasar Ekonomi Baru merupakan affirmative action, dengan izin. Saya rasa menteri ini tidak faham apa itu affirmative action sebab di dalam dunia, affirmative action ini diberi kepada minoriti mereka yang terpinggir tetapi di Malaysia diberikan kepada majoriti. Adakah ini affirmative action?... [Ahli-ahli pembangkang riuh] Soalan saya adalah, sama ada Dasar Ekonomi Baru sudah sesat daripada prinsip asalnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Baik.
Datuk Amirsham A. Aziz
Tuan Yang di-Pertua, affirmative action yang digunakan adalah untuk menangani...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Yang di Rembau tidak sempat siap...
[Ketawa]
Datuk Amirsham A. Aziz
...Kaum-kaum yang terpinggir seperti kaum-kaum miskin dan tidak berpendapatan tinggi. Itu yang ditujukan untuk Dasar Ekonomi Baru dan dasar-dasarnya adalah untuk menangani...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan ganggu, Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
...Untuk menghapus kemiskinan dan juga untuk memberi peluang yang saksama kepada semua rakyat Malaysia.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Inikah? Soalan tambahan tidak boleh pakai.
Jawapan disediakan oleh Yang Berhormat Rembau... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila duduk. Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau sila
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat Rembau, sila duduk.
Saya jemput Tuan Mohamad Azmin bin Ali.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Point of order.
Seorang Ahli
Isu penting Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Point of order Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Point of order Yang Berhormat.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Point of order 44.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
44 kuasa Speaker Yang Berhormat.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Saya, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat bagi Kalabakan.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Kita macam pasar. Orang nampak siaran TV langsung, orang nampak Parlimen ini macam pasar. Boleh kita minta kontrol sedikit...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Sudah control, under control sekarang Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Pasal...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Jangan terlalu control sehingga dikontrol oleh..., menteri pun mahu jawab apa yang hendak sediakan. Jangan terlalu control.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat bagi Gombak.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Padang Serai, duduk Yang Berhormat bagi Padang Serai.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tegas sedikitlah kepada pembangkang Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Pembangkang memang selalu menimbulkan kekecohan.
Seorang Ahli
Yang jadi macam pasar ini, sebab juru jual dia teruk... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan bising Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dewan Rakyat ini menjadi pasar sebab pengerusi pasar dari Rembau... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Janganlah komen macam itu Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan buat tuduhan melulu...
[Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Soalan peribadi.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Point of order Tuan Yang di- Pertua. 36(6).
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Duduk dahulu, duduk. Yang Berhormat bagi Rembau duduk.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Point of order, 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Padang Serai, cukup.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Tarik balik.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tarik balik. Kenapa pula saya dikatakan pengerusi pasar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Rembau, saya sudah tegur. Dia tidak perlu buat komen seperti itu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Dia pakai hentam sahaja...
[Dewan Riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat bagi Rembau mengaku, dia pengerusi pasar.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Dia tidak ada laluan, dia mengaku dia tunjuk contoh yang baik dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, jawab Yang Berhormat... [Dewan riuh]
6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah rasional kerajaan menjual 60% saham MOF dalam Bakun kepada Sime Darby; dan
(b) berapakah jumlah tuntutan tambahan yang dibuat oleh kontraktor bertaraf antarabangsa dari Argentina yang memperoleh pakej elektromekanikal (turbine) di Bakun. Apakah keputusan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) mulai tahun 2001, kerajaan telah melantik syarikat Sarawak Hidro Sdn. Bhd SHSB sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan untuk menyambung semula pelaksanaan Projek Hidroelektrik Bakun. Pelaksanaan projek tersebut melibatkan kos yang besar.
(b) bagi mengurangkan komitmen kewangan, kerajaan di dalam melaksanakan projek tersebut, kerajaan telah menerima cadangan Sime Darby Bhd. sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau GLC untuk mengambil alih 60% saham kerajaan dalam SHSB bagi memastikan komitmen berterusan di dalam projek ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kontraktor dari Argentina, BEMI-C Contract Consortium atau IMSA untuk pakej elektromekanikal, pakej EM2 telah membuat tuntutan tambahan pada 16 Ogos 2007 sebanyak RM349.46 juta.
Ia mengambil kira peningkatan kos bahan mentah, main buy out, kos pengilangan, dan pengangkutan dan kos lanjut masa bagi melaksanakan draft through erection. Lembaga Pengarah Sarawak Hidro sedang berbincang dengan IMSA untuk menyelesaikan isu ini dengan pembayaran yang lebih rendah daripada yang dituntut oleh IMSA. Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan wakil menteri yang menjawab soalan ini. Pertama, saya ingin meyakinkan diri saya bahawa kerajaan memahami bahawa prinsip penswastaan yang terbaik ialah kita menswastakan revenue dengan izin, dan bukannya kos.
Dalam kes Bakun ini ada tiga pakej utama yang ditawarkan. Pertama pakej sivil dan kedua seperti Yang Berhormat menteri menyatakan tadi ada dua pakej on elektromekanikal. Pakej yang pertama sivil ini telah pun diberikan kepada Sime Darby melalui Sime Engineering.
Jadi persoalannya mengapakah sebuah syarikat yang telah pun ditawarkan pakej sivil ini dibenarkan untuk membeli 60% saham di dalam Bakun. Pada peringkat menawarkan pakej sivil kepada Sime Engineering ini, apakah Kementerian Kewangan sedia maklum bahawa kos ataupun pakej yang diberikan itu adalah RM700 juta lebih tinggi daripada harga asal.
Keduanya, berhubung tentang kontraktor daripada Argentina yang mendapat pakej elektromekanikal ini. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa tuntutannya melebihi RM300 juta. Sedangkan maklumat yang kita peroleh daripada penilaian dalaman ataupun internal assessment ianya hanya mencecah harga kurang daripada RM50 juta dan Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan arahan untuk membayar RM225 juta.
Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum projek ini telah ditangguhkan dihentikan pada tahun 1997, kemudian dimulakan semula bermula tahun 2001 dengan penubuhan Sarawak hydro- electrically company ini. Di mana Kementerian Kewangan memiliki penuh syarikat ini. Idea untuk memulakan meneruskan projek ini adalah berasaskan kepada viability mengambil kira dua aspek.
Pertama, dari segi aspek penggunaan electricity negara yang dijangka tahun 2011 akan menghadapi kekurangan supplier.
Kedua dari segi sudut feasibility apabila siap nanti, projek ini boleh sekurang- kurangnya menawarkan sebanyak RM1700 megawatt satu jam. Sekiranya kita membuat satu andaian, sekarang TNB beli RM0.17 lebih. Pada tahun 2012, apabila projek ini on- stream, akan naik sampai RM0.18. Sekurang-kurangnya revenue di situ adalah sebanyak RM1.5 bilion.
Jadi dalam konteks viability projek ini diteruskan. Kemudian dari segi siapa kontraktor, kontraktor ini adalah joint venture syarikat Malaysia dengan syarikat China yang mana melibatkan beberapa kontraktor. Salah satu Yang Berhormat sebut adalah Sime Engineering. Mengapa pula kita menawarkan kepada Sime Darby. Kita tahu Sime Darby adalah sebuah syarikat besar.
Syarikat ini telah bergabung dengan Golden Hope dan Guthrie untuk mewujudkan Synergy Bhd. tetapi ini telah ubah nama kepada Guthrie Bhd. baru-baru ini. Syarikat ini telah berbincang dengan MOF dan kita dapati ada win-win situation di sini. Win-win situation dari sudut bahawa kerajaan tidak dapat menanggung kos yang besar dalam pelaksanaan projek ini seterusnya. Projek ini dari segi kos kontrak seterusnya adalah sebanyak RM7 bilion.
Ini belum lagi ambil kira under sea cable yang akan dibina akan menelan belanja yang banyak. Jadi dari segi perspektif kerajaan, projek ini elok diserahkan kepada GLC melalui Sime Darby kerana Sime Darby berminat untuk projek ini. Jika kita lihat dari segi di bagi kepada Sime Darby, Sime Darby tidak perlu untuk pinjam keseluruhan keperluan kewangan daripada pasaran kerana di dalam syarikat tersebut mempunyai cash flow yang begitu tinggi. Jadi ini adalah win-win situation.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah
Yang Berhormat juga menyentuh tentang soal tuntutan daripada IMSA tuntutan ini belum lagi finalize. Kita telah mengkaji, daripada sudut butir-butir keperluannya tentulah kerajaan akan bertindak berlandaskan kepada rationalism yang genuine. Ini masih lagi dalam rundingan, hanya syarikat itu menulis kepada kita untuk membuat tuntutan sebanyak RM349 bilion. Itu yang diminta dan rundingan ini masih lagi dijalankan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apakah justifikasi kerajaan untuk menjalankan projek ini yang begitu besar di Sarawak tetapi bukan kontraktor-kontraktor di Sarawak yang dapat kerja pembinaan ini dan bukankah kontraktor tempatan Sarawak dilupakan. Namun, orang Sarawak tidak dapat apa- apa manfaat daripada projek itu.
Penduduk pedalaman dihalau dari tempat projek itu. Alam sekitar semula jadi kita telah dimusnahkan dan selepas projek itu siap, electricity yang digeneratorkan bukan untuk dibekalkan kepada pengguna-pengguna Sarawak tetapi dibekalkan kepada Semenanjung Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching
Oleh itu soalan saya, bukankah pelaksanaan projek itu satu bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional menganaktirikan, menganiayai orang Sarawak?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Tuan Chong Cheing Jen - Bandar Kuching
Lebih baiklah Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak keluar dari Barisan Nasional... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Itu bukan soalan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan tadi mengapa kita teruskan projek adalah berdasarkan kepada kajian feasibility. Saya mengambil kajian tadi berteraskan kedudukan pada tahun 2013, itu pun saya gunakan 18 sen.
Pertama, kita mesti ingat dari segi penggunaan electricity negara kita. Kita gunakan 50% daripada gas dan fuel, kos semakin tinggi. Kemudian dari segi arang batu 40% dan dari segi hidroelektrik 10%... [Disampuk] Tidak payah Yang Berhormat. Biar saya jelaskan. Jadi projek ini dilihat viable, itu telah saya jelaskan.
Kedua, Yang Berhormat menyatakan bahawa projek ini patut bagi kepada orang Sarawak. Saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat. Kita bercakap tentang isu open tender, jadi kalau open tender maknanya kita bagi kepada the best leader terutamanya projek ini besar RM7 bilion.
Kita tidak boleh hendak mengaturkan individu-individu untuk dapat projek ini, jadi kita buat international tender dan syarikat yang telah memperolehnya adalah syarikat yang dipanggil Malaysia-China Hydro Joint Venture Consortium yang melibatkan agensi Sime Darby, Sinohidro dan ada beberapa syarikat lagi.
Yang ketiga, Yang Berhormat menyatakan tentang dihalau. Kita tidak boleh guna perkataan yang negatif di sini, kerana Parlimen bukan hendak berbincang, hendak mengguna vocabulary yang negatif. Kita tahu ada 11,000 penduduk di situ dan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk memindahkan mereka dalam proses pemindahan, bina rumah, bagi tanah tiga ekar dan kemudian bagi compensation kepada mereka.
Keempat Yang Berhormat menyentuh soal environment. Environment ini seperti mana kita biasa lakukan, kita membuat kajian EIA. Sekiranya kajian EIA itu melambangkan projek ini tidak viable, kita tidak akan buat. Kerajaan bertanggungjawab oleh sebab projek ini viable dan kita buat.
Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Kemudian Yang Berhormat menyatakan mengenai Sarawak dapat gunakan sedikit daripada megawatt tersebut. Megawatt tersebut pada peringkat awal akan ada 1770 megawatt. Terengganu akan gunakan 170 megawatt kerana keperluannya sebesar itu.
Takkanlah sampai 1770 megawatt hendak beri kepada Sarawak dan tidak digunakan, ini wastage, jadi yang lainnya 1600 megawatt akan digunakan untuk Semenanjung.
Jadi, kalau kita lihat dalam konteks masa depan negara kita, kita bercakap tentang RMK-9, Pelan Induk Perindustrian, koridor raya, kita hendak jadi sebuah negara yang besar dan negara besar ini memerlukan kepada penggunaan electricity yang cukup. Terima kasih.
7. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, bilangan rumah pangsa awam dan swasta termasuk PPR di KL dan masalah-masalah yang dihadapinya. Apakah sistem pengurusan atau penyelenggaraan untuk rumah-rumah ini.
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Sri Zulhasnan Rafique
Tuan Yang di-
Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kepong
(i) bilangan keseluruhan rumah pangsa awam termasuk rumah pangsa di bawah Program Perumahan Rakyat atau PPR di Kuala Lumpur berjumlah 72,013 unit;
(ii) jumlah tersebut terdiri daripada perumahan awam sewa atau PPR bandar 21,445 unit, rumah awam sementara atau rumah panjang sebanyak 4,469 unit;
(iii) PPR DBKL atau Program Perumahan Rakyat sebanyak 5,297 unit;
(iv) PPR MTEN Program Perumahan Rakyat sebanyak 27,102 unit dan 5,660 unit lagi akan diserahkan dan rumah jual sebanyak 13,700 unit; dan
(v) jumlah keseluruhan unit rumah pangsa swasta yang dibina secara khusus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula ialah 211,113 unit.
Masalah rumah pangsa awam atau PPR bandar yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, nombor satunya kos penyelenggaraan yang tinggi. Rumah pangsa awam telah dibina sejak tahun 1960-an sehingga 1988.
Kebanyakan rumah-rumah ini telah berusia dan oleh yang demikian ianya memerlukan perbelanjaan yang tinggi, melaksanakan kerja-kerja terutamanya penyelenggaraan terancang atau plan maintenance dan juga kerja-kerja naik taraf atau upgrading termasuk penggantian bumbung, tangki, paip saluran air, sistem kumbahan dan najis, lif dan mengecat. Pertama.
Keduanya, penambahan kos disebabkan kes-kes vandalisme yang kerap berlaku melibatkan kos baik pulih dan gantian yang serius bertambah dari tahun ke tahun. Antara kes-kes yang terlibat adalah kecurian kabel elektrik, kecurian nozzle, hose wheel, kecurian besi penutup longkang, perbuatan menconteng dinding dan kecurian pam.
Ketiganya, masalah PPR, Majlis Tindakan Ekonomi Negara atau MTEN.
Kebanyakan PPR MTEN sedia ada dalam proses dibina dengan kemudahan-kemudahan awam. Memandangkan kebanyakan rumah telah siap, maka penyediaan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan-keperluan penduduk tertanggung kepada DBKL.
Di antara kemudahan yang akan disediakan adalah pusat komuniti, dewan serba guna, tempat letak kereta berbumbung, surau dan lain-lain. Masalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Berhormat, adalah masalah tunggakan sewa atau caj perkhidmatan.
DBKL juga menghadapi masalah berhubung dengan tunggakan di mana segelintir penghuni gagal menjelaskan sewa.
Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kepong
Sehingga 31 Mac 2008, jumlah tunggakan sewa dan bil air adalah sebanyak RM36,140,258. Kebanyakan yang gagal menyediakan sewa ini adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah, tetapi terdapat juga mereka yang tegar untuk menjelaskan bayaran sewa dan caj perkhidmatan.
Kegagalan mereka menjelaskan sewa perkhidmatan menyebabkan DBKL menanggung perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan dengan menggunakan sumber kewangan DBKL sendiri.
Masalah rumah pangsa swasta, beberapa masalah yang telah dikenal pasti kerap berlaku di rumah-rumah pangsa swasta adalah seperti berikut:
(i) masalah dari segi pengurusan kewangan;
(ii) pertikaian mengenai perkongsian kos, pembaikan apabila berlaku masalah kebocoran lantai;
(iii) aduan oleh pemilik atau penghuni lambat;
(iv) kelewatan pindah milik, hak milik strata; dan
(v) kes-kes vandalisme.
Daripada hal soalan pengurusan atau penyelenggaraan. Untuk maklumat Yang Berhormat, perumahan awam atau PPR menggunakan sistem pengurusan yang berikut:
(i) penyelenggaraan terancang atau plan maintenance, dengan izin;
(ii) penyelenggaraan pencegahan atau preventive maintenance, dengan izin;
(iii) penyelenggaraan pembetulan atau corrective maintenance, dengan izin; dan
(iv) penyelenggaraan kecemasan atau emergency maintenance, dengan izin.
Kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan oleh 165 kontraktor berpenggal yang dilantik melalui tender terbuka untuk menjalankan kerja-kerja mechanical, electrical awam dan lif.
Kerja-kerja pembersihan pula dilaksanakan oleh 37 kontraktor berpenggal yang dilantik melalui tender terbuka dan yang terakhirnya bagi rumah pangsa swasta, urusan dan penyelenggaraannya dikawal selia oleh pihak pemaju daripada tarikh penyerahan milikan kosong sehinggalah tertubuh Badan Pengurusan Bersama atau JMB, Joint Management Body.
JMB ini merupa sebuah badan yang dianggotai oleh pemaju dan pemilik yang ditubuhkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 atau Akta 663 untuk menyelenggarakan, dan mengurus bangunan dalam tempoh sebelum diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan atau Management Cooperation (MC).
MC dibentuk apabila hak milik strata telah diluluskan dan 25% daripada jumlah rumah pangsa telah dipindah milik kepada nama pemilik dan hak milik strata mengikut peruntukan Akta Strata, Hak Milik Strata 1985 (Akta 318). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Nampaknya dengan unit awam dan swasta itu hampir lebih satu suku juta unit di Kuala Lumpur, memang menghadapi pelbagai masalah dan saya berharap tunggakan sewa dan sebagainya dapat dibayar balik.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Walau bagaimanapun, bolehkah Yang Berhormat mengkaji semula program- program yang telah disebutkan tadi untuk kos rendah dan kos sederhana rendah. Di sini, adakah benar bahawa di dalam RMK-9 puratanya satu tahun kita bina 6,480 unit rumah kos rendah, tapi laporan pasaran harta 2006 mencatatkan 11,390 unit? Ini bermakna sudah lebih daripada RMK-9.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Soalan? Soalan sudah itu. Ini sambungan soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah soal duduklah.
Sudah soal duduklah Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sambungan soalan itu, hendak pihak Yang Berhormat mengkaji semula dan juga susulan daripada kaji semula ini, kita mesti ada siasatan. Ini masalah ini. Soalan itu pelbagai soalan... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Lapan tahun sudah dengar jawapan begini Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Adakah Yang Berhormat sanggup menyiasat sama ada laporan-laporan bahawa flat-flat ataupun di dalam PPR itu ada sewa kepada orang lain pula, termasuk pendatang-pendatang. Kalau begitu, bolehkah kita tahu peratusan yang disewa kepada para pendatang termasuk Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Afrika juga.
Itu siasatan sahaja, itu soalan.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique
Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong. Dari segi tunggakan yang saya sebut RM36,140,258 tadi, tindakan-tindakan yang tertentu sentiasa akan diambil untuk menggalakkan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada berpendapatan rendah untuk membayar.
Ini adalah satu proses yang kita sering kali mendapat masalah. Akan tetapi pihak DBKL akan sentiasa berusaha untuk menentukan tunggakan yang saya sebutkan tadi, dapat dikurangkan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua oleh Yang Berhormat tadi adalah satu soalan yang spesifik di mana saya tidak ada angkanya, dan saya akan menjawab secara spesifik dengan cara bertulis.
Dari segi laporan flat-flat disewakan kepada pendatang-pendatang daripada Bangladesh dan lain-lain, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menggalakkan dan tidak menguruskan penyewaan kepada pendatang-pendatang asing. Kalau ada laporan-laporan yang tertentu, Yang Berhormat silalah kemukakan kepada saya atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kita akan menyiasat dan menentukan ini tidak berlaku. terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas peluang. Saya dapat merasakan beratnya beban dan tanggungjawab Yang Berhormat Menteri dalam menangani isu perumahan di Wilayah Persekutuan.
Rumah ini keperluan masa kita hidup. Bila kita mati rumah kita kubur ataupun pusara. Sementara masalah perumahan itu pelbagai. Tanggungjawab menyediakan bilangan yang mencukupi, kualitinya, menyelesaikan masalah sewa, tunggakan dan sebagainya.
Di satu sisi lain, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa rasionalnya Kementerian Wilayah Persekutuan ini, hendak buat pula pusara negara 500 unit kubur VVIP, dekat dengan tanah kerajaan, dekat Tugu Negara? Masalah rumah itu sudah pelbagai. Ini buat kubur atau dipanggil pusara negara 500 unit. 250 VVIP Muslim, 250 VVIP bukan Muslim. Projek tender telah dimulakan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Itukan rumah juga.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Ya betullah rumah! Itulah kaitannya dengan soalan kita ini, masalah perumahan. Saya hendak tanya apa rasional?
Kenapa itu diberikan keutamaan, di tengah-tengah masalah perumahan masih terus mencengkam kita? Terima kasih.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique
Terima kasih Yang Berhormat dari Machang.
Secara sebutannya Tuan Yang di-Pertua, soalan ini keluar daripada soalan asal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, tak payah jawab Yang Berhormat.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique
...Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Machang, projek ini datangnya daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi agen pelaksananya dan saya akan minta agensi yang relevan untuk menjawab kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad...
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Speaker, sebab itu soalan yang tak relevan, kena bagi peluanglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak boleh dah. Ia termasuk soalan yang kedua juga.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Sebab Tuan Speaker bagi Yang Berhormat Machang tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak apalah Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
8. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah syarikat yang membekalkan tenaga kerja asing yang menggunakan khidmat outsourcing agent dan jumlah syarikat outsourcing agent yang telah dihukum atau digantung lesen mereka.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sistem membekal dan mengurus ataupun dengan izin, outsourcing pekerja asing diperkenalkan pada 5 Julai 2005 dengan persetujuan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.
Sistem ini membenarkan mana-mana majikan atau syarikat yang memerlukan pekerja asing untuk mengambil pekerja asing melalui syarikat-syarikat membekal dan mengurus yang berlesen. Setakat ini mengikut rekod saya ialah sebanyak 277 buah syarikat outsourcing yang diberi kebenaran oleh kementerian ini untuk menjalankan aktiviti membekal dan menguruskan pekerja asing.
Mereka bertindak selaku majikan kepada pekerja-pekerja asing yang diluluskan kemasukan mereka sebagai dengan izin, outsource workers. Kerajaan mengenakan syarat- syarat kelulusan yang ketat kepada syarikat ini untuk mengelakkan mereka menyalahgunakan kebenaran yang diberi bagi menjalankan aktiviti bagi membekalkan tenaga kerja tanpa ada pengurusan yang tersusun.
Kesemua syarikat outsourcing adalah syarikat sendirian berhad dan perlu memastikan modal berbayar tidak kurang daripada RM100,000. Dengan kawalan kewangan yang kukuh dan pengurusan yang sistematik, pihak syarikat dijangka tidak menghadapi masalah bagi mengawal selia pekerja asing yang diluluskan kepada mereka.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Selain daripada itu syarikat juga diwajibkan membayar bon jaminan sebanyak RM500 bagi setiap orang pekerja asing yang dibawa masuk. Bon jaminan ini boleh dirampas oleh kementerian pada bila-bila masa, sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran syarat yang serius.
Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat yang dikesan menghadapi masalah sama ada di peringkat pengurusan atau pelaksanaan aktiviti syarikat. Oleh itu, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya, mengikut apa yang telah ditetapkan dalam syarat pemberian lesen. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya soalan saya, saya tanya jumlah syarikat outsourcing agent yang telah dihukum atau digantung lesen mereka dan soalan itu tidak dijawab.
Saya melihat bahawa daripada jawapan yang diberi, pihak syarikat outsourcing agent ini dia menjadi sebagai majikan kepada pekerja-pekerja asing yang dibawa ke dalam negara ini oleh mereka. Dan ini sebenarnya telah menimbulkan banyak masalah, di mana kedudukan yang seperti ini telah disalahgunakan.
Di Shah Alam, satu kes di mana kilang ShinEtsu telah melantik sebuah syarikat outsourcing agent mereka yang bernama Agenda Ceria dan telah membawa masuk seramai 250 orang pekerja Indonesia semenjak 2007. Didapati bahawa gaji yang dibayar oleh ShinEtsu adalah sebanyak RM468 sebulan, tetapi bayaran yang telah dibayar kepada pekerja-pekerja ini hanya RM438 tanpa apa-apa overtime dan tanpa apa-apa elaun kehadiran.
Lalu saya rasa ini merupakan satu kegagalan bagi pihak kementerian, sekiranya memberikan lesen kepada outsourcing agent ini, tetapi tidak mengawal dan menentukan bahawa peraturan-peraturan dan cara modus operandi, cara perjalanan syarikat itu dan hak pekerja-pekerja asing dilindungi. Maka soalan tambahan saya, kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri jawab soalan yang pertama dari segi jumlah itu.
Yang kedua, apakah tindakan-tindakan dan perubahan-perubahan terhadap peraturan ini yang akan dilakukan oleh pihak kementerian, memandangkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan kedudukan telah berlaku yang menyebabkan pekerja-pekerja asing ini dianiaya? Terima kasih.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Tuan Yang di-Pertua, tujuan asal outsourcing ini adalah satu tujuan yang baik. Ia adalah bertujuan untuk menentukan pengurusan dan pengendalian pengambilan pekerja akan dilakukan secara sistematik.
Walau bagaimanapun, oleh kerana ada pelanggaran dan mungkin salah penggunaan lesen-lesen tersebut, kita sekarang sedang menyiasat. Sebab itu saya tidak dapat memberi jumlah berapa syarikat yang telah dibatalkan, tapi kalau seperti syarikat Yang Berhormat sebut tadi kita akan menyiasat dan ambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri. Kalau saya terima pesanan daripada rakyat dia kata pengurusan membawa masuk pekerja asing melalui outsourcing ini dia kata seperti orang jual orang.
Kalau Yang Berhormat ada menonton wayang P. Ramlee, Tiga Abdul dia kata ”Wow!”... [Ketawa] Rupa-rupanya berniaga orang lebih untung daripada penjaga unta.
Memang benar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Soalan Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Salah laku dilakukan oleh agen- agen outsourcing ini walaupun kilang-kilang itu tidak berkehendakkan pekerja tetapi dia ada rundingan. Kemudian, kementerian pula luluskan, dia bawa orang luar jadi betullah. Jadi kementerian kena serius menangani masalah ini sebab pendatang tanpa izin di negara kita meningkat dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Tuan Yang di-Pertua, saya pun tengok cerita yang Yang Berhormat ceritakan ”Wow!”... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalnya ialah semenjak saya menjadi Menteri Dalam Negeri, saya tengok ada masalah berkenaan syarikat-syarikat outsourcing sebab itu saya membuat pelbagai kenyataan yang perlu dilakukan ialah supaya kita menyiasat sama ada ini dapat membawa manfaat kepada keperluan negara.
Kalau ada manfaat insya-Allah kita akan teruskan tetapi kalau tidak ia menjalankan atau menyalahgunakan, kita akan mengambil tindakan. Memang saya sendiri menganggap bahawa kalau kita membuat perniagaan begini ia seolah-olah kita berniaga manusia.
Apabila kita menyalahgunakan dalam perniagaan manusia ini adalah satu perkara yang tidak patut dan tidak perlu dilakukan.
Berikan kita peluang untuk kita menyiasat dan jangan Yang Berhormat menyentuh berkenaan pendatang tanpa izin, ini semua ada izin tetapi tidak ada kerja apabila dia datang. Itu saya fikir tidak betul sebab outsourcing sebenarnya mesti sudah ada kerja, sudah ada tempat. Syarikat outsourcing itu seharusnya menjaga kalau ada gap, ataupun lompang sebelum dia dapat masuk bekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
9. Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, kenapakah pengeluaran koko bagi negara ini semakin menurun.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengeluaran biji koko tempatan mula menurun pada tahun 1991 setelah mencatat jumlah pengeluaran tertinggi sebanyak 247,000 tan metrik pada tahun 1990. Penurunan ini adalah disebabkan oleh peralihan kepada tanaman lain oleh sebahagian besar estet dan pekebun kecil.
Faktor utama para penanam beralih kepada tanaman lain adalah kerana harga biji koko yang rendah dan ia tidak stabil bermula dengan tahun 1989. Kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia atau LKM terus memberi galakan kepada para pekebun kecil untuk meningkatkan pengeluaran koko. Ini termasuk menyediakan bantuan-bantuan seperti baja dan membekalkan bahan tanaman yang berkualiti tinggi serta memberi bimbingan melalui penganjuran kursus-kursus dan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita tahu 20 tahun yang lalu, bahawa negara kita merupakan pengeluar koko yang ketiga terbesar di dalam dunia tetapi kini berada di tangga ke-16.
Dahulu kerajaan menggalakkan tanaman koko ini secara integrasi kepada pekebun kecil di luar bandar dengan tanaman yang lain. Namun, nampaknya tidak berjaya.
Setelah ditanam, tidak lama selepas itu lima tahun, enam tahun selepas itu ditebang dan tidak keluar hasil. Masalahnya mungkin pemasaran, khidmat nasihat, kaunseling dan sebagainya.
Soalan saya di bawah ECER 6,000 hektar akan dibuka di negeri Pahang. Soalan saya adakah pekebun-pekebun kecil di luar bandar akan dijemput untuk menyertai Program Pembangunan Tanaman Koko di negeri Pahang melalui pembangunan ECER dan adakah kerajaan bersedia balik memberikan skim galakan secara tanaman integrasi kepada pekebun kecil di luar bandar. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sebenarnya walaupun kawasan penanaman koko semakin berkurangan. Di mana kalau kita lihat pada tahun 1990, keluasannya lebih kurang 393,000 hektar tetapi pada tahun 2007 hanya 29,000 hektar sahaja. Ini seperti mana saya sudah beritahu tadi iaitu persaingan dengan penanaman tanaman lain menyebabkan pekebun-pekebun ataupun estet-estet mereka beralih kepada tanaman lain.
Menyentuh tentang pengeluaran, walaupun pengeluaran berkurangan jika dibandingkan dengan tahun 1990, namun kita boleh lihat hari ini Malaysia menjadi negara yang walaupun menduduki tempat ke-13 dalam pengeluaran koko, namun dalam pengisaran kita menjadi pengeluar yang agak penting iaitu menduduki tempat ke lima. Jadi eksport kita juga walaupun kita lihat kita mengimport juga begitu banyak biji koko dan coklat tetapi eksport kita masih dalam keadaan memberangsangkan.
Menyentuh tentang Program ECER, memang benar di mana kita telah memulakan kerja-kerja. Di mana sebagai permulaan, sebanyak 1,000 hektar akan digunakan dan pada 2019 nanti kita akan mencapai sasaran 3,000 hektar. Seterusnya, sehinggalah memerlukan dua Rancangan Malaysia lagi dan sehingga kita mencapai sasaran yang kita sebutkan tadi iaitu 6,000 hektar. Sekian.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya begitu tertarik dengan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa penurunan jualan koko kita.
Namun, saya ingin tahu daripada kementerian sendiri yang pertama sejauh mana kualiti koko kita yang dikeluarkan oleh Malaysia ini dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kedua, walaupun tadi ada kesungguhan untuk membantu dengan baja dan benih daripada kementerian, sejauh mana bantuan ini sampai terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil koko di seluruh negara. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita lihat mengenai kualiti koko kita. Saya kena beri tahu beginilah iaitu koko kita “Pejal di tangan, cair di mulut”... [Ketawa] So memang berkualiti tinggilah. Itu yang boleh saya beritahu kerana kita boleh lihat dari segi eksport...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Negara lain bagaimana Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Apa dia? Tidak dengar tadi. So, sebab kalau kita lihat eksport kita, seperti yang saya beritahu tadi memang meningkat atau memang tinggi. Di mana kalau kita lihat seperti yang saya ada beritahu tadi iaitu kita ada import bukan tidak import. Kita import biji koko dari Indonesia misalannya. Kita import lebih kurang 1.269 bilion. Memang ramai tanya, “Wah, import banyak”. Namun, selepas kita import kita eksport pula sebanyak 2.593 bilion.
Jadi ini mencatatkan satu perdagangan yang sihat iaitu RM1.3 bilion. Yang kedua, soalan Yang Berhormat tadi iaitu bagaimana dengan bantuan-bantuan yang diberikan kepada pekebun-pekebun kecil khususnya sebab kita tahu hari ini ladang yang mengusahakan koko secara ladang ini semakin berkurangan. Boleh dikatakan 81% adalah pekebun kecil jadi memang kami, kementerian kami ada menyediakan program-program seperti program pemulihan tanaman koko kepada pekebun-pekebun kecil.
Ia ada beberapa program seperti PPTK 1, PPTK 2 dan PPTK 3 dengan program- program ini memanglah begitu ramai peserta yang telah mengikuti program pemulihan tanaman koko ini. Misalannya kalau kita lihat dalam PPTK 1, di Semenanjung Malaysia sahaja kita mempunyai peserta sebanyak 226 orang. Di Sabah, 656 orang dan di Sarawak seramai 607 orang. Jadi kita memang mempunyai peserta yang begitu ramai, ini untuk tanaman baru. Di samping itu kita juga ada cantuman dewasa seramai lebih kurang 507 orang yang mengikuti kursus-kursus dan sebagainya. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya Abdul Hadi Awang mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke-60 pendudukan haram Israel di bumi Palestin pada 15 Mei 2008.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa 15 Mei 2008 ini adalah genap 60 tahun hari Nakba, bencana yang menyayat hati yang merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin. Ini bermakna semenjak 60 tahun yang lalu, telah bermula sejarah kezaliman yang berpanjangan di mana pembersihan etnik pada 1948 itu oleh tentera Zionis yang mengakibatkan 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar.
3/4 populasi Palestin dari kampung halaman dan rumah mereka. Kini mereka menjadi pelarian di negara-negara jiran yang sudah mencecah bilangan seramai 4.5 juta orang. Keadaan kehidupan mereka adalah di luar perikemanusiaan, kemiskinan tegar, penafian keperluan asas tanpa makanan mencukupi, tempat berteduh, pekerjaan, pendidikan dan rawatan kesihatan.
Nasib mereka telah tidak diendahkan oleh kononnya komuniti antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Israel kini menguatkuasakan sekatan ekonomi dan pada musim panas 2006 telah melancarkan serangan bom di Gaza yang telah memusnahkan jambatan, kemudahan awam, bekalan air bersih dan tenaga elektrik, ratusan rakyat awam telah terbunuh.
Kami dengan ini mencadangkan dan merayu agar Tuan Yang di-Pertua dapat menerima usul khas di Parlimen mengenai bantahan Malaysia terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin. Kami berpendapat usul khas itu akan memberi mesej yang penting kepada Israel dan Amerika Syarikat serta seluruh kuasa Barat dan dunia amnya bahawa Ahli Parlimen Malaysia sangat tegas menentang kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.
Kami percaya usul ini dapat memberi mesej yang kuat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan rakyat Malaysia bersama pendirian Pakatan Rakyat dalam hal ini adalah jelas.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, pada 12 Mac 2008 yang lalu, Parlimen Australia telah meluluskan usul merayakan kelahiran Israel yang disokong pula oleh Ahli Parlimen pembangkang mereka. Ahli Parlimen Malaysia seharusnya mengutuk usul itu dan mengusulkan supaya Malaysia menyatakan bantahan kepada Kerajaan Australia. Saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada ahli Yang Berhormat Marang pada hari Selasa, 13 Mei tahun 2008. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat itu sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
oleh ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa syarat pertama tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Syarat kedua kepentingan orang ramai, ianya adalah bagi kepentingan orang ramai.
Syarat ketiga ia berkehendakkan untuk disegerakan. Pendapat saya perkara ini tidak perlu disegerakan. Malaysia amat bersimpati dengan nasib dan kesengsaraan yang menimpa rakyat Palestin dan sentiasa menggesa Israel meneruskan rundingan damai ke arah penyelesaian yang menyeluruh. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah peraturan mesyuarat 18(2).
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Ahli Geologi dan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Kedua belas”.
[14 Mei 2008]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Luar Negeri yang dijadualkan nombor 6 diturunkan ke nombor 26 dan digantikan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam susunan giliran Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja. Saya menjemput Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Tawau, Labis, Kuala Krau dan Lawas yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tawau membangkitkan soalan mengenai pelaksanaan skim, penstabilan harga minyak masak atau COSS dan mengenai percukaian dua kali yang dikenakan terhadap peladang kelapa sawit di Tawau dan Lahad Datu. Beliau juga meminta supaya SES ditamatkan dan wang SES tersebut dibayar semula kepada peladang-peladang secara rebat. Selain itu, beliau juga harap Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memberi peruntukan untuk membaiki jalan dan infrastruktur di ladang-ladang kelapa sawit di Tawau.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau Cooking Oil Subsidy Scheme (COSS) dengan izin ses hanya dikutip daripada perladangan sawit yang melebih 40.46 hektar iaitu 100 ekar.
Sejak skim ini dilaksanakan iaitu semenjak 1 Jun 2007, jumlah ses yang telah dikutip sehingga akhir bulan April 2008 adalah RM1.37 bilion.
Kutipan mengikut negeri adalah seperti berikut.
| Negeri | Kutipan Ses (RM/juta) |
|---|---|
| Kedah | 25.61 |
| Pulau Pinang | 1.83 |
| Perak | 116.04 |
| Selangor | 39.29 |
| Negeri Sembilan | 48.66 |
| Melaka | 19.54 |
| Pahang | 180.63 |
| Terengganu | 34.03 |
| Kelantan | 17.65 |
| Johor | 174.22 |
| Sarawak | 163.40 |
| Sabah | 546.87 |
Dalam jumlah tersebut, subsidi yang telah dibayar bagi tempoh Jun 2007 sehingga April 2008 adalah sebanyak RM970.4 juta meninggalkan baki yang dikutip ialah RM397.40 juta.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan supaya skim ini ditamatkan mulai 13 Mei 2008, perkara ini telah pun dijelaskan semasa saya menjawab soalan lisan Yang Berhormat daripada Tawau pada 7 Mei. Dalam hal ini saya sekali lagi memaklumkan bahawa kementerian saya sedang mengkaji hala tuju pelaksanaan skim ini.
Kajian ini termasuk mengurangkan beban ses serta memastikan penggunaan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan harga minyak masak yang tinggi di pasaran. Ini memerlukan masa dan pertimbangan dari kerajaan.
Saranan Yang Berhormat dari Tawau agar ses yang dikutip dikembalikan secara cukai rebat akan juga dipertimbangkan dalam kajian yang saya sebut itu.
Mengenai cadangan supaya kementerian memperbaiki jalan-jalan di ladang- ladang kelapa sawit di Tawau, ingin saya menjelaskan bahawa jalan-jalan pertanian yang dalam kawasan perladangan sawit adalah di bawah tanggungjawab pengusaha ladang- ladang tersebut. Dari segi jalan-jalan utama ke kawasan perladangan sawit, ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Labis telah membangkitkan soalan mengenai langkah-langkah yang wajar diambil oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi memastikan kebajikan para pekerja ladang sawit dijaga dengan baik.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan termasuk kementerian saya amat mengambil berat dan bersetuju supaya kebajikan pekerja ladang termasuk di subsektor sawit perlu diberi keutamaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, penyediaan kemudahan kebajikan pekerja ladang adalah dikawal oleh Akta Standard- standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 yang mana dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Semua majikan yang menyediakan kemudahan asas kepada pekerja mereka perlu mengikut garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh akta berkenaan.
Sehubungan dengan ini, kementerian saya sentiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Sumber Manusia untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pekerja di sektor ladang...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya juga mengambil langkah menggalakkan syarikat-syarikat perladangan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau CSR terutamanya kepada golongan pekerja mereka sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang bangun Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, sekejap. Nanti saya habiskan ayat ini.
Sehubungan dengan ini, beberapa syarikat perladangan besar telah memberikan komitmen bagi melaksanakan program peningkatan kebajikan, kemudahan dan prasarana di ladang bagi tempoh lima tahun dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 melibatkan peruntukan kira- kira RM1 bilion. Sekian.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja ladang dan peneroka-peneroka kita.
Saya ingin penjelasan adakah pemantauan dibuat terhadap kilang-kilang yang membeli bahan-bahan contohnya kelapa sawit daripada peneroka-peneroka ini yang mereka membeli dengan gred yang berbeza dengan harga yang berbeza dengan gred yang sebenar buah yang mereka jual sebagaimana kes yang berlaku di Felda Kemahang di Kelantan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya nak supaya perkara seperti ini, penganiayaan terhadap peneroka ini tidak berlaku sebab perkara ini berlaku bertahun-tahun lamanya baru diambil tindakan. Jadi sejauh mana pemantauan dibuat oleh kerajaan supaya kes yang seumpama ini tidak berulang di seluruh negara kita. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, saya pun ada menerima aduan daripada sesetengah pihak tentang perkara ini. Pokoknya ialah kita banyak kilang di seluruh Malaysia dan setiap kilang ini melaksanakan cara-cara pembelian mereka mengikut pemeriksaan mereka tentang buah-buah yang dihantar kepada kilang mereka.
Kadang kala kilang ini yang apabila kita menjalankan siasatan, kita perhatikan bahawa peneroka yang membuat aduan ini dia tidak faham. Dia menghantar buah yang terlalu masak seumpamanya. Satu contohlah.
Keduanya, buah yang tidak masak dan tidak cukup masak. Sebab itu pihak kilang kenalah uji buah-buah yang dihantar kepada kilang dan apabila mereka perhatikan bahawa buah itu tidak cukup masak seumpamanya, dia akan potong harganya rendah. Sebab itulah kita selalu meminta pihak peneroka dan - ladang-ladang tidak berlakulah.
Kebanyakan kes ini berlaku sebab pekebun kecil, peneroka. Mereka menghantar buah yang tidak cukup masak kepada kilang sebab dia nak duit cepat. Buah itu tidak masak dan mereka pun potong dan hantar pergi ke kilang. Akibatnya kilang itu sebab oil content, dengan izin dalam buah yang belum masak itu memang rendah.
Oleh sebab itulah kita selalu meminta pihak peneroka dan ladang. Ladang tidak berlakulah. Kebayakan kes-kes ini berlaku sebab pekebun kecil ataupun peneroka mereka menghantar buah yang tidak cukup masuk kepada kilang. Ini kerana dia hendak duit cepat.
Buah itu tidak masak, mereka pun potong dan hantar pergi kilang dan akibatnya kilang itu sebab oil content dengan izin, dalam buah yang belum masak itu memang rendah.
Dari itu, kilanglah yang akan potong dia punya harga yg ditawarkan kepada mereka, tetapi keseluruhannya Yang Berhormat, saya haraplah kalau ada kes-kes ini berlaku di kawasan Yang Berhormat...
Tuan Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
Silalah hantar laporan kepada saya atau aduan kepada saya dan kita akan hantarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat Labis. Duduk dulu.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Pegawai-pegawai pergi menyiasat perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Labis duduk dulu. Menteri masih menjawab.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Itulah jawapan saya tentang apa yang disebutkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Labis, ada apa hendak tanya?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin minta penjelasan sama ada syarikat besar yang terlibat dengan skim- skim yang telah Yang Berhormat Menteri mengatakan. Adakah syarikat persendirian atau mungkin SME ataupun small holders pun terlibat dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja-pekerja estet dan sejauh manakah kejayaan cara ini telah menolong kebajikan pekerja estet?
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Ini kerana seperti kawasan saya, saya perlu menjadualkan basic health check untuk estet-estet. Ini memang kurang memuaskan kerana selepas 50 tahun kemerdekaan masih ada masalah health basic facility dan tempat-tempat ibadat dan bumbungnya masih bocor dan mereka sering bergantung kepada wakil-wakil rakyat untuk menolong mereka.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri hendak dengar Yang Berhormat Sungai Siput dulu ataupun itu sahaja?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Boleh juga. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian sedar bahawa banyak syarikat besar, mereka ada pakai pekerja asing sebagai pekerja kontrak.
Ini menekan gaji dan kemudahan untuk pekerja tempatan. Jadi dia punya peluang kerja, you know dan peluang gaji ditekan. Jadi apakah cadangan untuk menyekat ini, untuk memastikan mereka betul-betul perlukan pekerja asing. Ini pakai sebagai satu cara untuk menekan pekerja tempatan. Thank you.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Mengenai skim yang diusahakan oleh pihak ladang besar ini, dalam pemantauan kita yang menjalankan atau satu survey yang kita usahakan dalam semua estet-estet di Malaysia, kita masih terima jawapan mereka tentang CSI ini.
Pada keseluruhannya kita perhatikan bahawa estet-estet yang dibawa syarikat besar atau syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, mereka menjalankan CSI yang baik. Saya setujulah kepada Yang Berhormat, tentang pengusaha-pengusaha kecil ini kerana kawasan mereka yang kecil dan juga jumlah pekerja yang mereka ada di dalam kebun mereka atau ladang mereka adalah juga tidak ramai. Maka dalam situasi itu untuk memenuhi semua kehendak-kehendak dalam CSI ini, maka memanglah unit sikit kepada mereka kerana keuntungan mereka pun terhad juga.
Oleh sebab itulah kita menggalakkan mereka ini untuk terus menyediakan asas, basic dengan izin. Kemudahan yang asas bagi pekerja-pekerja tersebut. Kalau tidak mereka akan menghadapi masalah dengan pihak Kementerian Sumber Manusia yang menguatkuasakan yang saya sebut itu Akta Minimum Standard yang kemudahan standard bagi ladang-ladang yang di seluruh Malaysia ini.
Standard-standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja, ya. Akta itu dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan kitalah bimbing mereka. Kita kenalah memberi nasihat dan sebagainya supaya ladang-ladang ini yang kecil itu dapat juga memenuhi kehendak-kehendak pekerja dari segi CSI.
Mengenai soalan Yang Berhormat Sungai Siput ini, Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput, saya inginlah jelaskan di sini bahawa kementerian saya pun sangat ambil berat tentang soal pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang di Malaysia. Oleh sebab itu kita terus menggalakkan skim mekanisasi di ladang-ladang supaya kita boleh kurangkan pekerja di ladang dan pada masa yang sama kita boleh upgrade kan peluang pekerjaan di ladang-ladang supaya mereka melibatkan skill atau kemahiran yang lebihlah bukan sahaja sebagai buruh kasar.
Dari itu, kita haraplah dalam jangka masa panjang, kita boleh kurangkan jumlah pekerja asing yang sekarang terlibat dalam ladang-ladang kita di seluruh Malaysia ini. Kita juga ada menjalankan usaha-usaha untuk merekodkan orang tempatan supaya mereka boleh mendapatkan sedikit sebanyak latihan dan kemahiran untuk mendapatkan skill yang minimum. Ini supaya mereka boleh memasuki peluang-peluang pekerjaan di ladang seperti yang saya sebut tadi.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Barangkali dia boleh jadi mekanik, boleh jadi pemandu kereta atau pemandu mesin-mesin yang diperlukan di dalam estet. Pekerja-pekerja yang lebih kemahiran yang tinggi itu, kita galakkan orang tempatan ini supaya mereka boleh ambil alih kerja-kerja ini.
Kerja-kerja ini dibayar dengan gaji yang lebih baik dan ini sekali gus menguntungkan orang tempatan.
Itulah sedikit sebanyak yang saya hendak jelaskan tentang apa kita buat di dalam kementerian untuk...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
[Bangun]
Datuk Peter Chin Fah Kui
...Supaya kita boleh menggalakkan...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Peter Chin Fah Kui
...Rakyat Malaysia kerja di peringkat ladang.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam usaha untuk menaikkan taraf pengurusan ladang ini, kita lihat FELCRA telah dikorporatkan. Satu benda yang saya hendak timbulkan di sini, bila dikorporatkan itu memanglah, korporat ini hendak untung. Bila hendak untung kita lihat cas yang dikenakan kepada pengurusan FELCRA ini agak tinggi.
Untuk pengurusan sahaja, FELCRA Berhad menggunakan cas atau mengenakan cas pengurusan sebanyak 5.5% ke atas untung kasar dari projek yang dilaksanakan dan 1% cas lagi dikenakan untuk tujuan pemasaran. Jadi keseluruhannya 6.5%. Semuanya diambil dari ladang peserta.
Adakah ini tidak membebankan peserta? Ini kerana sebelum ini dia satu badan berkanun diuruskan berdasarkan kepada peruntukkan kerajaan. Namun, ini seolah-olah bila dikorporatkan ianya amat menekan peserta-peserta ataupun kita katakan pekerja-pekerja di ladang berkenaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, itu saya tidak ada angka atau tidak ada maklumat yang terperinci untuk menjawab soalan ini, kerana dia berkaitan dengan FELCRA dan FELCRA tidak memasuki dalam bidang kuasa kementerian, sebab itu saya akan membawa perkara ini kepada pihak pengurusan FELDA untuk ditimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penjualan buah kelapa sawit ataupun FFB, daripada pekebun-pekebun kecil melalui orang- orang tengah berdasarkan daripada berat, tahun tanaman dan juga OER atau pun peratus perahan minyak.
Apa yang terjadi pada ketika ini, penjualan melalui orang tengah sebenarnya menetapkan harga yang sewenang-wenang ini. Seharusnya ialah, kalau boleh kerajaan kita mencadangkan supaya memperkenalkan satu agensi seperti FAMA yang boleh membeli semua keluaran terutama daripada pekebun-pekebun kecil supaya mereka tidak ditindas oleh orang-orang tengah. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kita akan menimbang cadangan itu dengan sedalam-dalamnyalah. Macam mana kita boleh memperbaiki lagi situasi yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang terjadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tunggu Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin
Boleh saya minta izin? Selain daripada pekebun-pekebun kecil, peserta-peserta yang mengikuti tanaman yang diperkenalkan oleh agensi RISDA pun juga terlibat, kerana agensi ini tidak mempunyai kilang penapis yang boleh memberikan satu harga yang berpatutan berdasarkan daripada tahun tanaman, berat buah dan juga peratus perahan minyak kerana melalui orang tengah. Sebenarnya mereka menekan kepada pekebun-pekebun kecil dan juga peserta-peserta daripada RISDA.
Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat saya faham perkara ini, sebab penguatkuasaan perlesenan kepada pembeli buah ini pun di bawah MPOB dan kita kenalah ada satu kaedah yang lebih efektif, supaya orang-orang yang membeli buah itu akan menggunakan cara yang ideal kepada pihak yang menjualkan buah sawit kepada mereka.
Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap lesen yang kita keluarkan kita pastikan bahawa orang yang dapat lesen itu dia diberikan latihan dan mengikuti kursus yang kita jalankan supaya mereka mempunyai kemahiran atau skill untuk menguji buah yang saya sebut tadi, yang tidak cukup masak dan sebagainya supaya mereka boleh meletakkan satu harga yang agak berpatutan kepada penjual. Walau bagaimanapun saya akan membawa perkara ini, iaitu cadangan daripada pihak RISDA dan sebagainya dan kita akan cuba tengok macam mana kaedah yang terbaiklah untuk melaksanakannya.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sibuti bangun lagi Yang Berhormat, belakang itu kawan lama.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana banyak membantu pekebun- pekebun kecil di kawasan saya. Apa yang saya hendak tahu, adakah seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, pekebun-pekebun kecil ini hendak dibantu dengan mengikuti kursus-kursus di tempat-tempat yang berkenaan.
Adakah pihak kementerian ini memberi batuan kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus itu, dan juga bolehkah pihak kementerian Yang Berhormat Menteri melalui MPOB memberi secepat-cepatnya benih-benih sawit kepada pekebun-pekebun kecil ini?
Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat, memang saya akan berusaha untuk menambahkan lagi bilangan kursus-kursus bagi pekebun kecil dan kepada kawasan-kawasan yang memerlukannya. Bantuan benih ini memang sekarang dilaksanakan dan masalah yang saya perhatikan buat masa sekarang ialah di Sarawak dan di Sabah, terutamanya di Sarawak ada kebun-kebun yang tidak mempunyai tittle atau geran.
Sebab itu adalah susah sedikit bagi pegawai-pegawai untuk memproses permohonan mereka, kerana mereka kenalah menggunakan kaedah-kaedah yang lain seperti hendak minta penghulu mengiktiraf, bahawa pekebun itu adalah disahkan dan tidak dimiliki oleh si pemohon itu, supaya ia tidak ada bercanggah di masa akan datang nanti.
Walau bagaimanapun kita akan cuba berusaha untuk mencepatkan lagi kelulusan bantuan di bawah skim ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kurau buat masa ini baja tidak disenaraikan sebagai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat daripada Lawas bangun. Yang Berhormat daripada Lawas ini berhubung perkara yang sama ke?
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Sama, mengenai benih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, di Lawas adalah sangat sukar untuk mendapat benih contohnya benih kelapa sawit, getah, baka ternakan dan anak-anak ayam dan juga anak- anak ikan, kerana datangnya daripada luar Lawas seperti Miri, Bintulu dan lain-lain tempat.
Jika mendapat benih pun harganya terlalu tinggi disebabkan kos pengangkutan.
Memandangkan masalah ini, adakah pihak kementerian bersetuju untuk membenarkan pengusaha-pengusaha dan juga MPOB untuk membawa benih ataupun membeli daripada Sabah.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kelulusan pembekalan yang diberi pada tahun lepas kepada pengusaha-pengusaha di Lawas setakat ini pun belum dapat dibekalkan oleh MOPB. Sekian, terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, sekejap nanti saya akan sampai giliran untuk menjawab apa Yang Berhormat huraikan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Termasuk benih ikan dan ayam ya?
Datuk Peter Chin Fah Kui
Tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ikan kementerian lain.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ini hanya sawit sahaja, saya akan jawab. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kurau, buat masa ini baja tidak disenaraikan di bawah harga barangan kawalan.
Walau bagaimanapun kementerian sedar bahawa harga semasa baja berasaskan kimia seperti urea, kalium dan phosphate telah melambung naik berbanding dengan tahun yang lalu. Bagi mengurangkan bebanan pekebun kecil ini kementerian telah pun menubuhkan Skim Kelompok Baja Terselia atau KBT yang mana keahliannya adalah terbuka kepada mana-mana pekebun kecil sawit.
Di bawah Skim KBT ini pekebun kecil boleh membeli baja secara kredit dan pembayarannya dibuat melalui potongan hasil jualan buah sawit pekebun kecil berkenaan.
Di samping itu juga bagi membantu pekebun kecil sawit, pihak kementerian sedang menimbang memperluaskan skop bantuan di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti untuk meliputi bantuan baja.
Pada masa ini, skim ini hanya memberi bantuan dari segi anak benih sahaja kepada pekebun kecil yang layak. Kementerian juga sedang mengkaji kesesuaian menggunakan baja organik yang dihasilkan daripada bahan-bahan buangan perladangan sawit. Baja dari sumber buangan ini adalah lebih murah berbanding dengan baja berasaskan kimia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Lawas membangkitkan perkara berkenaan masalah bekalan anak benih berkualiti yang sukar diperoleh di Lawas dan bekalannya agak terhad. Bekalan sedia ada diperoleh dari Miri. Beliau mencadangkan agar bekalan anak benih sawit berkualiti boleh diperoleh dari Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan masalah bekalan anak benih yang terhad di Lawas, pada masa ini hanya terdapat sebuah syarikat semaian anak benih di kawasan ini. Walau bagaimanapun syarikat ini tidak diiktiraf di bawah pensijilan Oli Palm Nursery Competency Certificate (OPNCC), dengan izin yang bertujuan menentukan kualiti anak benih sawit.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang membantu syarikat tersebut untuk memperbaiki amalan pertanian agar syarikat ini dapat diberikan pengiktirafan OPNCC di samping mengurangkan masalah kekurangan anak benih sawit yang berkualiti di lawas. Sementara itu bagi menangani masalah kekurangan bekalan anak benih di kawasan Lawas, ianya diperoleh dari dua buah syarikat semaian yang diiktiraf di bawah OPNCC di Beaufort, Sabah iaitu kira-kira satu setengah jam perjalanan dari Lawas.
Walau bagaimanapun bekalan anak benih sawit perlu mendapat kelulusan ‘phytosanitary’ dari Jabatan Pertanian Sarawak memandangkan bekalan dari Beaufort, Sabah perlu melalui negeri Sarawak. Ini kehendak Jabatan Pertanian dan bukan MPOB.Sebagai langkah jangka masa panjang, kementerian sedang mengkaji kesesuaian kewujudan tapak-tapak semaian anak benih sawit yang di bawah OPNCC di seluruh Sabah dan Sarawak bagi menangani masalah kekurangan anak benih sawit berkualiti di dua negeri ini.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini, saya ingin tegaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin bangun lagi Yang Berhormat.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Penjelasan sedikit.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar kelapa sawit yang terbesar dan soal pemasaran ialah satu soalan yang penting. Dalam masa yang sama kelapa sawit adalah tanaman bermusim. Ada musim melawas, ada musim tinggi, pick crop dengan izin.
Apa yang terjadi pada kilang-kilang pada ketika ini, pembelian dan harga ditentukan oleh mereka. Jadi pekebun-pekebun kecil sebenarnya dengan izin, at the mercy daripada kilang-kilang terutamanya apabila sampai musim tinggi ataupun pick crop dengan izin. Pada ketika tersebut, kebanyakan kilang membuat alasan. Katanya over capacity.
Dia tak boleh mengilang kerana pada musim tinggi.
Jadi pada ketika tersebutlah mereka menekan harga yang tidak sepatutnya walaupun harga sawit kita pada ketika ini berada pada tahap yang cukup baik sekali. Itu sebablah cadangan supaya selain daripada satu mekanisme pemasaran dijalankan oleh pihak kerajaan, kerajaan seharusnyalah memikirkan satu cara lain supaya dapat kita membantu pekebun-pekebun kecil supaya mereka terus yakin untuk meneruskan usaha dalam perladangan kelapa sawit.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Ya, Yang Berhormat. Saya faham juga masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat kerana kita tahulah cara perniagaan kadang-kadang kita tak dapat mengawal semua situasi yang Yang Berhormat sebut tadi.
Dalam musim tinggi ini memang banyak buah membanjiri kilang-kilang tersebut dan sebab itu kadangkala buah itu tunggu di luar kilang sampai setengah hari. Kalau buah tunggu di bawah matahari yang kuat, ia akan mengurangkan OER. Sebab itu kadang- kadang masalah ini yang kita faham. Saya cubalah akan memikirkan satu cara yang baik dan lebih efektif lagi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya berharap kementerian ambil kira secara serius cadangan ini oleh sebab membabitkan pengusaha kecil-kecilan iaitu grader, siapa yang grading, siapa yang memantau kerja-kerja grader sama ada perlu diterima sama ada muda, tua ataupun rosak buah di kilang.
Jadi kalau grading tak betul, dia kata buah ini murah. Jadi tak boleh diterima di kilang, kilang boleh turunkan dengan harga yang murah. Orang yang kecil-kecilan ini yang terkena, over supply juga mengenakan orang yang kecil-kecilan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.
Saya ingin bertanya kalau boleh dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Adakah Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian Yang Berhormat ada satu angka ataupun jumlah statistik penggunaan minyak sawit daripada Malaysia untuk membuat vitamin E kerana keperluan vitamin E begitu meningkat malah ia adalah satu keperluan di seluruh dunia dan ia sebenarnya adalah satu antioksida yang sangat baik. Jadi kalau sekiranya adalah angka tersebut jika tidak saya bersedia untuk menerima jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, memang kita giat untuk melaksanakan usaha ini untuk mendapatkan vitamin E, pharmaceutical value daripada sawit. Saya tidak ada angka pada hari ini dan saya akan kirimkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan-jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menghuraikan perkara-perkara di bawah kementerian saya. Kalaulah ada perkara-perkara yang saya tidak jawab, saya minta...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu penjelasan terakhir. Sebelum Menteri menggulung, satu soalan terakhir.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Saya dah habis dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini perkara baru kah Yang Berhormat? Kalau perkara baru tulislah dengan Menteri. Nanti Menteri boleh jawab.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Ini soal kelapa sawit fasal kita menjadi pengeluar terbesar di dunia.
Datuk Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kita boleh berbincang di luar lah ya.
Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana prihatin tentang usaha menanam sawit dan sebagainya di dalam kementerian saya.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dijadualkan No.10 dinaikkan kepada No.7 dan menggantikan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam suasana giliran menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah diraja.
Dengan itu saya menjemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan MOSTI untuk membentangkan ulasan-ulasan dan jawapan-jawapan kepada perkara-perkara terlebih awal daripada yang dijadualkan memandangkan program WCIT, World Congress on Information Technology yang diadakan mulai pada hari ini, sebenarnya minggu depan di mana saya telah pun mengedarkan jemputan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghadiri exhibition di situ.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semasa perbahasan Titah Diraja yang lalu di samping memberi pandangan dan teguran membina kepada kementerian. Kami di MOSTI berbesar hati atas minat serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dasar program dan strategi yang dilaksanakan oleh kementerian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meluluskan Modul Inovasi Negara pada bulan Disember 2007, yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memacu pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Modul Inovasi Negara ditafsirkan sebagai pendekatan seimbang di antara inovasi memajukan teknologi dan inovasi memajukan pasaran.
Di bawah Modul Inovasi Berasaskan Teknologi Penyelidikan, menerima pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan atau R&D dan teknologi akan dibangunkan sehingga idea bercambah ke tahap pengkomersialan untuk pasaran global.
Manakala di bawah Modul Inovasi Berasaskan Pasaran, permintaan pasaran yang belum diatasi atau dipenuhi oleh teknologi yang sesuai, perlu dikenal pasti terlebih dahulu oleh usahawan. Selepas itu usahawan-usahawan bersama dengan saintis mencari jalan secara inovatif memperoleh teknologi yang terbaik bagi memenuhi permintaan pasaran yang sudah tersedia. Ini akan menzahirkan proses pengkomersialan yang lebih pantas untuk memenuhi kehendak pasaran.
Kerajaan sedang memberi tumpuan untuk meningkatkan inovasi melalui perolehan teknologi dan pembangunan teknologi daripada sains. Langkah-langkah di bawah memperoleh teknologi termasuk:
(i) membantu proses perolehan teknologi oleh sektor swasta merangkumi tempatan dan antarabangsa, dengan menangani risiko pembiayaan kewangan melalui pemberian insentif dan geran; dan
(ii) memantapkan mekanisme perolehan teknologi di institusi global bagi menyediakan pengetahuan intelligent teknologi kepada institusi tempatan.
Kerajaan akan meneruskan pembangunan teknologi secara organik daripada sains dengan menumpukan peningkatan potensi untuk menterjemahkan pengetahuan sains dan teknologi, dengan menggalakkan pemberian dana kepada institusi penyelidikan awam berdasarkan merit bagi penyelidikan berasaskan sains dan teknologi. Keutamaan penyelidikan adalah berdasarkan keperluan teknologi negara dan keperluan untuk mengekalkan kepentingan teknologi di peringkat kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Parlimen telah pun menyatakan kebimbangan mereka terhadap krisis makanan dan harga petrol yang kian melambung tinggi dan menyebut berkenaan teknologi untuk mengatasi cabaran ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Bioteknologi Negara memberi penekanan kepada pembangunan agrobioteknologi. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu dalam usaha untuk menangani masalah yang berkaitan dengan sumber makanan. Melalui geran penyelidikan MOSTI, berbagai-bagai agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi telah menghasilkan penemuan dalam proses dan teknologi yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan. Seperti memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti makanan.
Penyelidikan teknologi bagi memproses kulit atau biji buah-buahan tertentu bagi dijadikan tepung atau cereal dengan izin, sebagai makanan sampingan telah pun dihasilkan oleh penyelidik dan saintis tempatan...
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Penemuan-penemuan ini akan diketengahkan dan diberi perhatian oleh semua agensi terlibat dalam membantu negara meningkatkan sumber makanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sungai Siput bangun, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Biar saya habiskan dulu helaian ini, terima kasih. Untuk meningkatkan dan menambahkan nilai kualiti makanan, MOSTI juga telah membiayai penyelidikan untuk menghasilkan ‘malt dextrin’ daripada sagu iaitu merupakan satu produk akhir yang diperoleh melalui proses fermentasi yang boleh dijadikan sebagai pemanis, perasa makanan atau digunakan dalam formulasi ubat-ubatan.
Begitu juga refined carrageenan daripada red ‘seewed’ sebagai penstabil, penentang, penghasilan agar ‘ferment’ for emulsion purposes dengan izin, peningkatan dan pencegahan pembentukan kristal dalam industri makanan dan minuman. Serta juga perihal farmasi, kosmetik dan lain-lain. Semua ini di peringkat pilot yang dibiayai oleh geran di peringkat MOSTI. Yang Berhormat Sungai Siput, sila.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menanyakan sama ada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi membuat satu kajian sama ada ini kos meresapkan teknologi baru ke Malaysia, kos itu akan ditingkatkan oleh syarat-syarat FTA dengan Amerika Syarikat dalam intellectual property rights yang dikandungi dalam FTA itu. Adakah FTA ini akan membantutkan ataupun melemahkan usaha kita untuk meningkatkan teknologi negara kita ini? So, adakah kajian dibuat dan apakah keputusan kajian itu. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput di atas sentuhan tadi. Pihak kementerian bersama dengan kementerian industri makanan dari dulu telah meneliti ini. Sektor-sektor pertanian ataupun bioteknologi pada mulanya difikirkan bahawa barangkali pengeluaran ataupun bekalan pembelian IP-IP ini dipengaruhi dengan item-item FTA.
Pada pandangan kita adalah, bagi sektor pertanian dan agrobioteknologi ini, oleh kerana sektor ini begitu khusus dan juga kerana sektor ini spectrum nya dengan izin, begitu luas sekali. Kita berpendapat bahawa tidaklah begitu mempengaruhi kos-kos tertentu. Lagi pun kebanyakan teknologi yang disentuh ini khususnya kalau dalam bidang ICT ataupun biotek, adalah teknologi yang belum lagi sempurna dan perlu diubahsuai ataupun perlu melaksanakan ujian seterusnya di peringkat kita. Jadi effect FTA ke atas kos itu masih dalam penelitian kita on case basis.
Tuan Yang di-Pertua, pengguna teknologi advanced reproductive biotechnology ataupun ARB oleh Institut Agro Bioteknologi Kebangsaan, di MOSTI bukan sahaja digunakan dalam haiwan seperti lembu atau kambing dalam meningkatkan bekalan daging negara tetapi juga diaplikasikan kepada haiwan-haiwan eksotik seperti napuh, rusa, kijang, pelanduk dan landak.
Saya berpendapat ruang-ruang dalam bidang ini cukup luas untuk mendapat perhatian khususnya pihak kementerian. Kita berharap saintis-saintis berkenaan yang berkaitan boleh memohon geran untuk tujuan bidang-bidang ini. Untuk memastikan ternakan yang sihat dan berkualiti, MOSTI juga telah membiayai penyelidikan untuk mengawal penyakit Newcastle Diseases iaitu NDV, dan adrenal virus terhadap ternakan ayam.
Penyelidikan ini telah menghasilkan kit diagnostic yang digunakan untuk mengesan penyakit NDV ke atas ternakan ayam dengan cepat dan tepat...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Melalui penyelidikan bioteknologi juga, penyelidik-penyelidik negara telah berjaya menghasilkan anak ikan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sila, Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, saya nak ulang balik soal bioteknologi tadi. Kita memang tahu bidang bioteknologi adalah terlalu mahal. Jikalau kita lihat negara maju, bioteknologi ini hasilnya begitu lambat dan memerlukan masa yang cukup panjang. Sebelum ini, kita memang sibuk menyebut tentang peralihan kita kepada bioteknologi tetapi apa yang saya lihat ialah kita seperti tidak fokus sebenarnya dalam bidang teknologi ini.
Jadi saya ingin tahu, bahawa sebelum ini kita ada mewujudkan satu badan unit yang kita letakkan di luar negara, kononnya untuk membangunkan bidang bioteknologi ini.
Jadi saya ingin tahu, apakah fokus kita sebenarnya dalam bidang bioteknologi ini dan apakah kita ada jangkaan pencapaian, bila sebenarnya kita yakin kita akan melihat hasilnya dalam pembangunan bidang bioteknologi ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Batu Pahat, di dalam perkara ini sebenarnya inilah yang kita fokuskan dalam Model Inovasi Negara yang baru sahaja diluluskan oleh pihak Kabinet pada penghujung tahun lalu. Dalam model ini ialah perubahan kepada model sebelum ini iaitu di mana pembangunan sektor teknologi dan inovasi itu adalah dipengaruhi oleh model apa yang kita sebut technology different model yang telah menjamin pertumbuhan ekonomi kita selama 20 tahun dengan peratusan 7% satu tahun.
Dalam model inovasi ini, kita shortcut that. Kita ada dua komponen, satu adalah model asal, iaitu technology driven innovation tetapi yang kedua komponen adalah market driven innovation. Ini membolehkan para pengguna kita dan industri kita to shortcut the technology model dengan membeli IP-IP tertentu, okey. Seterusnya mengkomersialkan IP- IP tertentu. Jadi ini adalah satu model yang driven by the market. Satu teknologi driven dengan demand supply driven tetapi the market driven inovasi komponen itu dengan izin, adalah market driven.
Jadi, dalam proses ini kita boleh shortcut proses-proses tertentu dan model inovasi ini dalam proses pelaksanaan dan sebenarnya hari lusa nanti, international advisory panel kita dalam bidang IT khususnya akan bertemu di Kuala Lumpur untuk perbincangan perisian-perisian model ini.
Dalam bidang bioteknologi sebenarnya semua jentera telah pun bersedia dari segi dasar, dari segi bills tertentu, namun memanglah bidang ini seperti mereka sedia maklum a bit slow process to take-off, tetapi infrastruktur, dasar dan model telah pun tersedia.
Sekarang ini adalah membekal insentif-insentif tertentu supaya kita membantu pihak swasta dan pihak pemain-pemain dalam industri to observe the risk.
Jadi saya yakin bahawa apabila Model Inovasi Negara ini all out dengan insentif, dengan risk taking program yang diberi untuk menampung risiko, kita boleh melihat kemajuan-kemajuan yang lebih cepat seperti mana dalam bidang ICT.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sedikit lagi penjelasan. Mengenai dengan insentif tadi, apakah kita sudah ada memanggil pakar-pakar luar untuk datang berada di negara kita dalam bidang bioteknologi dan memberi insentif kepada mereka seperti mana yang dilakukan oleh Singapura? Saya ingin tahu perkara tersebut. Kalau ada, siapa sekarang ini?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam bidang bioteknologi pada saat ini, fokus adalah satu agricultural biotechnology dan pharmaceutical biotechnology.
Dalam bidang pharmaceutical technology, kebanyakannya dalam proses pilot pada saat ini, walaupun ada juga yang sudah mencapai di peringkat antarabangsa. Dalam soal ini, dana-dana telah pun tersedia. Misalnya, technology fund itu adalah di antara fund yang kita uruskan di peringkat MOSTI untuk membolehkan pembelian IP serta juga pre market testing kepada teknologi-teknologi tertentu.
Selain daripada itu, badan-badan seperti Malaysia Technology Corporation juga membantu di dalam perkara ini untuk mengambil, memberi dana-dana tertentu melalui equity taking di tempat tertentu. Jadi dalam bidang ini, khususnya di Pulau Pinang dan beberapa nama-nama jenama yang besar di peringkat antarabangsa, yang dalam proses testing beberapa produk di situ.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kita ingin membantu memastikan supaya Jeanne Phillip terus dapat disokong di situ sebab apabila itu terjadi, maka lebih banyak lagi industri-industri farmaseutikal di peringkat dunia, datang untuk membuatkan testing-testing dan akhirnya mudah-mudahan pengeluaran produk-produk yang ditentukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Kalau ada lagi yang lebih spesifik nanti kita boleh beri taklimat khususnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di MOSTI mengenai bidang bioteknologi. Tuan Yang di-Pertua, melalui penyelidikan bioteknologi juga, penyelidik-penyelidik negara telah berjaya melahirkan anak ikan Kelah, fish fry secara saintifik dan konsisten.
Kajian ini amat bermakna sekali dan kita berharap bahawa langkah seterusnya adalah untuk memanjangkan kajian ini untuk menghasilkan anak ikan atau pun fish fry daripada ikan Amparau di Sarawak dan ikan Kelian di Sabah, di mana ikan-ikan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ikan Empurau Yang Berhormat. Ikan Empurau.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ikan Impurau kah apa? Di mana ikan-ikan itu high value fish. Satu kilo,... hanya orang-orang kaya boleh makan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ia sebutannya bukan ‘Impurau’ Yang Berhormat, ‘Empurau’.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Empura.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Empurau.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Empurau. Sama juga itu... [Ketawa] Okey itu orang Dayak, orang Iban punya Impurau. Kalau di Sabah, kami panggil ikan Pelian.
P.E.L.I.A.N.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ikan-ikan ini high value fish. Satu kilo, empat ratus ringgit, enam ratus ringgit. Kalau orang kaya lagi, seribu ringgit. Jadi, saya telah mengarahkan kepada pihak agensi kita untuk memberi penelitian kepada perkara ini, supaya kajian yang telah dijalankan dipanjangkan kepada jenis-jenis ikan yang lain.
Bagi memastikan pengeluaran ikan air tawar yang berkualiti tinggi, penyelidikan bioteknologi tinggi dalam bidang aquaculture juga telah dijalankan untuk menggunakan kit diagnostic PCR base atau polymer change reaction base untuk mengesan penyakit yang disebabkan oleh virus ke atas ternakan air tawar dan masin. Ini antara produk-produk bioteknologi yang telah kita usahakan dan akan terus berikan sokongan.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi per hektar kepada petani di mana pihak kerajaan telah menetapkan tahap 90% sara diri bagi pengeluaran padi negara. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan peningkatan padi, hasil padi yang berterusan. Oleh itu, bagi mencapai tahap sara diri yang memuaskan, maka padi yang berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi merupakan satu faktor penting.
Padi hibrid telah lama digunakan dengan meluas di Republik Rakyat China dan telah digunakan oleh negara lain seperti India dan Filipina, kerana variety ini mempunyai potensi mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Penamaan padi hibrid di Republik Rakyat China telah dibuktikan mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dengan penggunaan baja racun perosak yang optimum.
Sejumlah RM11.5 juta telah diperuntukkan oleh MOSTI bagi membiayai kos penyelidikan dan pembangunan iaitu RND bagi projek pembangunan Pusat Penyelidikan Padi Hibrid di Tebu Hitam, Rompin Pahang.
Kepada Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin, projek perintis ini melibatkan kawasan seluas 80 hektar di kawasan Tebu Hitam Rompin, Pahang. Objektif utama penyelidikan padi hibrid ini adalah untuk menghasilkan sasaran purata 10 sampai 15 tan metrik per hektar padi di kawasan jelapang padi dan benih hibrid yang berkualiti tinggi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Padi ini dihasilkan menerusi cantuman antara benih padi dari Jepun dan Basmati dari India yang lebih bersifat peroi atau tidak melekat, non-sticky dengan izin, dan memenuhi cita rasa tempatan. Padi ini dijangka dapat mengeluarkan hasil sehingga 15 tan metrik bagi setiap hektar berbanding purata hasil sebanyak dua atau tiga tan metrik yang dikeluarkan oleh kawasan di luar jelapang padi.
Secara kasarnya, menerusi pengeluaran benih padi ini, negara dijangka berupaya menjimatkan kira-kira RM760 juta kos mengimport beras untuk kegunaan tempatan, jika digunakan dan diusahakan dengan cara-cara yang ditetapkan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Titiwangsa bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kalau mengenai padi, saya habiskan satu para yang berkaitan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Ya, tentang padi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, okey saya habiskan baru masuk. Benih padi yang dihasilkan melalui RND pusat ini akan ditanam di jelapang-jelapang padi lain di negara ini bagi meningkatkan pengeluaran.
Penemuan teknik penanaman yang lebih efektif untuk meningkatkan pengeluaran akan turut diajar oleh pusat ini kepada petani-petani yang akan terlibat kelak. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi dan jabatannya akan mengenal pasti kesesuaian kawasan-kawasan lain dan mempertingkatkan kualiti benih padi hibrid dari semasa ke semasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sila.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya berminat tentang padi ini juga. Saya pernah pergi ke Kundasang di Sabah dan juga antara barang yang saya minat bawa baliklah ke Semenanjung sebagai buah tangan, adalah pelbagai jenis beras yang dihasilkan di sana terutamanya beras daripada padi huma dan juga beras merah, brown rice.
Jadi adakah usaha-usaha daripada kementerian terutama dalam keadaan krisis makanan sekarang untuk menggalakkan lebih banyak lagi penanaman padi huma dan juga padi daripada beras merah ini yang mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa yang menyentuh satu perkara yang penting. Dari segi hasil padi bukit ini, sememangnya sebenarnya ini wujud di Sabah dan Sarawak dan ia sememangnya mempunyai ciri-ciri yang memikat pengguna dari segi pasaran: satu, ia beras wangi; kedua, ia beras bermutu tinggi kerana ia dalam bentuk brown rice.
Masalahnya Tuan Speaker, ialah ada saingan dari segi penanaman padi bukit kerana pihak Jabatan Pertanian dan juga NGO mengatakan kerana ini adalah aktiviti pindah-randah, ia ada akibat kepada clearing of vegetation. Jadi ia perlu dibangunkan dengan seimbang supaya impak kepada alam sekitar dan clearing, dengan izin, itu adalah di peringkat minimum.
Namun ini satu sektor yang sebenarnya mempunyai potensi yang luas dan setakat ini malangnya saya rasa belum luas kemajuan kita untuk membentuk benih yang berkualiti tinggi untuk tanaman padi bukit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, di Sarawak itu dan Sabah juga disebut oleh menteri tadi bahawa tanam padi di bukit oleh kerana kebanyakan padi di Sarawak itu, umpamanya ia low tolerant dengan salinity. Jadi adakah research juga dibuat berhubung dengan mencari benih yang boleh high tolerant dengan salinity keadaan di Sarawak?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, terima kasih. Tuan Speaker pun berminat dengan padi. Di dalam perkara ini saya bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebab perkara ini telah pun dibincangkan begitu lama. Namun kita belum memperolehi dengan luas hibrid padi bukit yang...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu dulu Pendang. Dia hendak jawab saya punya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi ini penting sebab memang antara sebab mengapa padi bukit itu begitu popular kerana di kalangan penanam kita kerana dia very hardy, also disease resistant tetapi itu effect nya adalah land clearing, pindah-randah punya aktiviti, maka ini yang perlu diberi perhatian.
Namun kita akan susuli perkara ini juga untuk mendapatkan benih yang bermutu tinggi dan barangkali dengan plot-plot yang kecil, lebih produktif supaya tidak begitu luas pembukaan tanah, khususnya dalam bukit-bukit yang tinggi yang ada ini...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pendang bangun, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Jelapang padi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jelapang padi.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Nampaknya Tuan Speaker pun hendak berbahas sekarang ini. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
18 tahun selalu tanya, Yang Berhormat. [Ketawa] Sekali-sekala kena tanya juga.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Menteri. Kita dapati daripada laporan-laporan akhbar, MARDI telah mengadakan kajian berhubung dengan benih padi ini. Satunya, disebut padi hibrid oleh menteri tadi dan satu lagi ialah padi aerobik. Bukan sahaja senaman aerobik tetapi ada juga padi aerobik.
Jadi saya hendak tahu setakat ini, apakah kemajuan daripada pihak MARDI yang dikendalikan oleh kementerian dalam menyediakan benih-benih padi aerobik ini kerana disebut oleh MARDI, mereka telah menjalankan kajian ini sejak empat tahun yang lepas dan hasilnya adalah memberangsangkan, boleh memberikan hasil lebih daripada 10 tan sehektar. Itu yang pertama.
Yang keduanya tentang padi di Sarawak ini, saya telah pergi ke Sarawak dan mendapati mereka menanam padi di tepi-tepi jalan. Apakah ini sesuai untuk kita bawa ke Semenanjung, tanam di tepi-tepi lebuh raya untuk menambahkan hasil padi ini? Terima kasih menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Mengenai MARDI, saya rasa elok ditujukan kepada rakan saya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan nanti menggulung selepas saya ataupun seterusnya.
Peranan kami di MOSTI ialah dari segi bioteknologi dan penggunaan-penggunaan teknologi terkini walaupun banyak kajian itu adalah dengan kerjasama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Misalnya Institut Agrobioteknologi Kebangsaan dilokasikan di MOSTI secara fizikal. Pengawasan di bawah MOSTI tetapi dari fizikal mesti di MARDI. Jadi kerjasama itu mesti berterusan. Dana untuk kajian daripada kita tetapi penyelidik masih di MARDI. Jadi elok kalau macam padi aerobik ini dan seterusnya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Memanglah padi bukit itu sudah lama, khususnya di IRI, International Rice Institute di Manila tetapi penembusan dan penggunaan hibrid-hibrid tertentu belum meluas di Sabah dan di Sarawak. Jadi saya rasa perlu ada perhatian dalam perkara ini.
Mengenai dengan tanaman padi di tepi jalan, saya rasa di Jelapang Padi pun di tepi jalan juga semua termasuk di Sabah dan Sarawak tetapi barangkali yang dimaksudkan ini di situ sahaja ada irrigation, ada air yang mencukupi ataupun dry land paddy memanglah...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Atas darat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
...Ia tidak memerlukan irrigation. Siapa tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak ada, Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Ranau, Ranau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Oh Ranau.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kementerian beliau ada membuat penyelidikan terhadap kemungkinan untuk mempertingkatkan hasil secara komersial, terutama sekali ubi manis dan ubi kayu. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ranau.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Yang Berhormat kalau sudah habis soalan padi itu, baru kita pindah ke ubi, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ya, padi sudah habis... [Ketawa] Ubi – sebenarnya pihak Kabinet telah membincangkan minggu lalu sahaja untuk membawa dalam soal menangani masalah kekurangan makanan ini. Fokus tidak harus hanya kepada padi kerana ada sumber-sumber starch, dengan izin, yang lain seperti ubi kayu, ubi manis yang kami orang Sabah, di Sarawak, we consider as a basic staple kalau di perbukitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nama pun lain, Yang Berhormat, di Sarawak, Bandung.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Bandung, tetapi di kawasan bandar, Tuan Speaker, middle class families, dia consider ini as exotic yang mahal sebenarnya. Jadi mereka yang boleh shift, boleh pindah sebahagian daripada barangkali beras yang dimakan itu kepada sumber lain. Jadi kerajaan akan terus memberi perhatian supaya sumber- sumber starch yang lain ini diberi fokus untuk dibangunkan.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyentuh ini dalam penggulungan beliau. Seterusnya Tuan Speaker...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sibuti bangun, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, last one, sudah mahu tutup.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak hendak bercakap pasal padi. Saya hendak memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri kerana pada masa ini angkasawan kita telah pergi dari satu bandar ke satu bandar untuk memberi taklimat dan bertemu bual kepada pelajar-pelajar kita di tingkatan tinggi. Bolehkah diatur juga perkara ini di sekolah- sekolah di luar bandar agar mereka juga dapat menikmati maklumat-maklumat pasal angkasawan. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Speaker, saya belum sampai ke situ.
Saya fikir cerita angkasawan bawa padi beras ke kapsul kita di angkasa tetapi mengenai peranan angkasawan untuk program-program awareness di peringkat sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita masih di bumi, Yang Berhormat... [Ketawa] Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Speaker, selain penyelidikan ke atas hibrid, MOSTI juga telah membiayai penyelidikan untuk mengatasi masalah penyakit bena perang atau brown plant hopper, padi yang melanda tanaman padi di negara ini.
Penyelidikan dijalankan oleh MARDI dengan Vietnam dan sedang menjalankan kajian tersebut untuk tanaman padi transgenic yang tahan penyakit bena perang.
Tuan Speaker, penggunaan tenaga alternatif dan pasaran global memainkan peranan yang semakin penting dalam meningkatkan aspek keselamatan tenaga dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Selain itu yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, membangun dan juga negara maju.
Sumbangan sumber tenaga biomass kepada metrik tenaga diperbaharui atau metrik renewable energy dengan izin di peringkat dunia akan meningkat daripada 11% dalam tahun 2006 kepada 25% tahun 2010 sementara tenaga solar pada tahun 2006 adalah sebanyak 35%.
Penggunaan biofeul seperti biodiesel dan bioetanol bagi sektor pengangkutan akan meningkat kepada 75 bilion liter dari tahun 2007 kepada 170 bilion liter bagi tahun 2015 dengan 70% etanol dan 30% biodiesel. Negara-negara maju kini sedang mempertimbangkan penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga masa depan bagi menggantikan petroleum.
Bagi Malaysia penghasilan tenaga diperbaharui adalah daripada sumber-sumber seperti solar, biomass, angin, mini hidro¸ geothermal dan ombak. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan R&D tenaga alternatif semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh dan sehingga kini MOSTI telah membiayai sebanyak 106 buah projek bernilai RM49.5 juta yang diilhamkan oleh universiti dan institusi pengajian penyelidikan tempatan.
Kementerian juga sedang mengkaji sumber tenaga alternatif seperti solar dan biomass yang merangkumi biodiesel, bioetanol, biogas dan biohidrogen. Namun dalam bidang ini saya ingin sentuh di sini bahawa sambutan para penyelidik untuk mendapatkan geran-geran tertentu yang ditadbirkan oleh MOSTI, walaupun banyak tetapi tidak pada tahap yang memuaskan. Jadi, competition untuk geran tersebut tidak begitu hebat.
Jadi, kita mempelawa badan-badan penyelidik serta penyelidik-penyelidik peringkat universiti untuk tujuan tersebut...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sumber biomass daripada minyak dan pokok kelapa sawit serta sumber bukan konvensional dari tumbuhan lain seperti jatropha, sago, algae sedang dikaji keberkesanannya untuk menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharui. Bagi tujuan ini satu kumpulan kerja bagi tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy telah ditubuhkan untuk menetapkan memandu hala tuju tenaga diperbaharui.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l - Datuk Haji Idris bin Haji Haron
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Hala tuju yang akan dirangka ini adalah menyeluruh dan penyelidikan kepada pembangunan produk dan sehingga aplikasi kepada pengguna.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada yang bangun, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Eh, Timbalan Menteri sendiri juga bangun.
Ya, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Belum puas bertanya soalan, Yang Berhormat?
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l - Datuk Haji Idris bin Haji Haron
Minta maaf, Yang Berhormat Jasin. Saya, bila bercakap tentang tajuk tenaga ini saya berminat.
Saya hendak mengetahui tentang dunia hari ini menghadapi krisis tenaga, Yang Berhormat Menteri. Hari ini kita mendapati negara-negara Barat umpamanya Amerika dan Europe mereka go all out tentang sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini antaranya ialah tenaga solar.
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah rekomendasi daripada kementerian Yang Berhormat kepada pengeluar tenaga negara kita? Kita di Malaysia ini terlalu kaya dengan cahaya matahari dan tenaga elektrik yang berpunca daripada solar ini boleh kita luaskan. Adakah kementerian Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya kita membuka satu peluang perniagaan baru kepada pembekal-pembekal tenaga negara menjana electricity melalui tenaga solar?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya pun sudah lama tidak bercakap...
[Ketawa]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berlatarbelakangkan sains tidak sabar tanpa menyampuk. Seperti yang saya sentuh tadi bahawa satu jawatankuasa khas di peringkat kementerian baru sahaja ditubuhkan bagi tujuan tersebut untuk memberi fokus kepada sumber-sumber tenaga diperbaharui iaitu solar, biomass, angin, mini hidro, geoterma dan ombak.
Jawatankuasa tersebut sedang berfungsi dan antara cabaran yang kita beri daripada jawatankuasa ini ialah identify technology di peringkat dunia dalam sektor-sektor ini...
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin bangun lagi, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tunggu dulu. Dari segi teknologi solar ini sebenarnya sudah lama ada. Namun conversion ratio kepada energy itu masih tinggi dan kos teknologi pun masih tinggi. Jadi, inilah yang kita sedang pursue, dengan izin, supaya mendapatkan teknologi terkini yang murah dan lebih efektif dari segi conversion ratio kepada tenaga...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tadi Yang Berhormat Jasin dulu, Yang Berhormat, Yang Berhormat Titiwangsa kemudian.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua. Negara kita pada ketika ini sebenarnya menggunakan sebanyak 38% daripada keluaran minyak mentah sawit untuk tujuan biofuel. Kita mencadangkan supaya bahan makanan ini jangan digunakan untuk tujuan tersebut, kalau boleh kita cari bahan-bahan yang lain.
Soalan saya yang kedua, sebenarnya pada masa ini kerajaan telah memperkenalkan lima koridor. Negeri Melaka dan Negeri Sembilan tidak termasuk tetapi kita tidak cemburu kerana Melaka sebenarnya pada ketika ini menumpukan kepada pembangunan k-ekonomi iaitu tertumpu pada ICT dan juga biotek. Adakah pihak kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk merangsang kedua-dua bidang ini di Melaka? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri dengar dulu Yang Berhormat Titiwangsa selepas itu baru jawab.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey. Minta maaf. Sila.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya pada peringkat awalnya saya agak ragu-ragu sedikit untuk bertanya soalan ini tetapi rupanya ini bukanlah satu perkara yang cuma ada dalam fikiran saya.
Adakah kementerian menjalankan kajian berkenaan kerana kalau tadi daripada solar telah ada? Didapati petir dan kilat yang sering berlaku dalam negara kita menerusi kajian-kajian yang dibuat di luar negara misalnya Amerika telah mula menceburi bidang ini iaitu dengan mendapatkan sumber tenaga daripada kilat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada lagi yang bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Batu.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sepatutnya saya tutup untuk baca...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Cepatkan sikit, Yang Berhormat. Pendekkan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Selain daripada sumber-sumber tenaga alternatif yang disebutkan tadi, ada juga sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan yang dihasilkan oleh tamadun manusia seperti solid waste. Adakah pihak kementerian mengkaji kemungkinan menggunakan solid waste ini sebagai satu bahan bakar untuk menjana tenaga untuk negara.
Kedua, ada juga sekarang ini teknologi di mana diesel itu sendiri dicampur dengan air boleh sampai kepada tahap 30% isi padu yang mana selepas itu dibakar untuk menghasilkan tenaga hampir seolah-olah 100% daripada diesel itu juga, lalu dengan cara itu boleh menjimatkan penggunaan diesel kerana sudah dicampur dengan air biasa.
Adakah pihak kementerian mengetahui tentang teknologi ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang saya hormati. Saya juga dapati laporan sebelum ini bahawa kerajaan Malaysia sedang mengkaji sama ada menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga. Adakah ini sudah dikaji secara matang segala pros dan cons dan sama ada kerajaan akan membuat investment dalam projek ini? Boleh Yang Berhormat jelaskan?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, berapa lama boleh jawab ini. Boleh habis sebelum pukul 1?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dua minit lagi. Saya habiskan soalan-soalan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas minat-minat yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat walaupun tidak bangun semasa perbahasan dahulu.
Mulakan Yang Berhormat Jasin, perihal biofuel yang disentuh tadi saya rasa itu ditujukan kepada kementerian yang baru sahaja selesai menggulung kerana dari segi polisi penggunaan bahan makanan untuk tujuan biofuel. Mengenai dengan negeri Melaka, sebenarnya kita memberi perhatian kepada Melaka. Dalam bidang khususnya IT kita baru sahaja meluluskan satu geran yang begitu besar untuk tujuan animation di situ. Kita sudah maklum mengenai perkara ini dan terus memberi sokongan yang padu.
Kedua, Yang Berhormat Titiwangsa mengenai dengan guna tenaga kuasa petir dan kilat ini, biasanya kalau ada petir dan kilat orang berlarian kerana takut. Kami pun takut dengannya. Namun kita sedia maklum ada kajian yang diadakan dalam perkara ini tetapi masih dalam peringkat yang rendah. Kita belum lagi di situ tetapi kita akan monitor perkembangan dalam bidang ini. Tenaga yang ada sekarang ini adalah lebih kepada solar, wind dan ombak di laut. Namun ini suatu perkara yang perlu kita periksa untuk future dalam perkara ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Mengenai dengan solid waste saya akan menyentuh perkara itu dalam satu paragraf lagi. Mengenai dengan hidrogen ini saya hendak sentuh iaitu bahawa satu pendekatan terbaru itu they say, dengan izin, the future is in hydrogen atau water, dengan aluminium. So, they think satu part can only, go so far. Long term is mengenai dengan penggunaan hidrogen. Jadi, kiranya antara yang dengan diesel, ini yang diteliti oleh jawatankuasa yang saya maksudkan tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, hendak habis?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan dahulu dan kita sambungkan semula pada pukul 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Masalah pengurusan sisa termasuk sisa pepejal kumbahan ataupun sewage, radioaktif, elektronik dan kimia merupakan isu penting masa kini di dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini. Melalui sistem pengurusan sisa modal dan sistematik sisa boleh diubah menjadi pelbagai bentuk kitar semula tenaga dan penghasilan hasil sampingan dan mampu menjana pulangan yang lumayan.
Modul pengurusan sisa yang mampu menjana keuntungan dari pemprosesan sisa dikenali sebagai waste to wealth atau dengan singkatnya W2W. Banyak kejayaan telah dicapai sama ada oleh industri, organisasi ataupun individu dalam bidang W2W di Malaysia di mana the 1st W2W International Conference and Exhibition telah diadakan pada 26 sampai 28 November 2007.
Selain daripada itu kerajaan juga terus menggunakan kaedah bioteknologi melalui pendekatan waste to wealth ataupun W2W. Usaha telah dijalankan dalam W2W untuk menghasilkan makanan haiwan daripada hasil sampingan kelapa sawit. Beberapa produk telah dihasilkan termasuk Palm Kernel Cake ataupun PKC yang mudah dicerna oleh haiwan.
Selain itu projek ini telah menghasilkan enzim yang diperlukan untuk pencernaan PKC. Penyelidikan diteruskan dengan penggunaan mikrob dan enzim ke atas beberapa hasil sampingan pertanian untuk menghasilkan makanan haiwan berkualiti tinggi sebagai sumber protein. Hasil penyelidikan akan dapat mengurangkan nilai import negara untuk makanan haiwan di dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh telah mengatakan bahawa pembangunan koridor di Cyberjaya merupakan satu projek yang gagal. Sebelum saya ingin teruskan penjelasan dalam perkara ini, saya ingin menjemput dengan cara terbuka Yang Berhormat dari Permatang Pauh untuk sebenarnya melawat Cyberjaya dan pihak kita dan Kementerian Kewangan sedia menjadi host termasuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan pembangkang supaya dapat mengetahui dengan first hand dengan izin, kedudukan sebenar.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ini pernah dilakukan sebelum ini dua tahun yang lalu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan pembangkang dan saya rasa itu boleh menyelesaikan salah anggapan dari pelbagai segi. Adalah tidak benar dakwaan Yang Berhormat bahawa pembangunan Koridor Raya Multimedia di Cyberjaya tidak mencapai sebarang kejayaan.
Pada hakikatnya inisiatif Koridor Raya Multimedia yang kini dikenali sebagai MSC Malaysia dan berpusat di Cyberjaya merupakan antara inisiatif negara yang berjaya dilaksanakan dan masih membangun secara pesatnya berdasarkan kepada fakta-fakta yang saya ingin bentangkan. Dari aspek sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan industri ICT tempatan kini setelah 12 tahun MSC Malaysia telah berjaya menyediakan satu tapak yang kukuh untuk membimbing sebuah ekonomi dan komuniti berasaskan ilmu iaitu knowledge base economy dengan izin.
Sebelum MSC Malaysia diwujudkan pada tahun 1995, kadar penembusan personal computer, PC adalah seramai sekadar 888,000 orang. Selepas adanya MSC Malaysia untuk data 2007, kadar tersebut telah melebihi enam juta. Kadar penembusan internet juga telah meningkat dari 1.8% ke 44% selepas inisiatif MSC Malaysia. Syarikat berasaskan ICT pula bertambah dari 300 pada tahun 1995 ke hampir 4,000 pada tahun 2007. Syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia kini, kini berjumlah lebih 2,000 syarikat dan telah menyediakan lebih dari 57,000 peluang pekerjaan dan menghasilkan lebih dari 2,100 IP dengan izin, intellectual property.
Pada tahun 20047, syarikat berstatus MSC Malaysia ini telah menjanakan pendapatan melebihi RM16 bilion dan menghasilkan pendapatan eksport sehingga RM4.9 bilion. Sehingga kini sebanyak 52 daripada 126 syarikat yang tersenarai NASDAQ adalah syarikat berstatus MSC Malaysia. Salah satu program di bawah inisiatif kandungan multimedia kreatif telah menghasilkan siri TV animasi tempatan Saladdin keluaran syarikat berstatus MSC Malaysia.
Kejayaan terkini Saladdin ialah pada bulan Mac tahun lalu apabila ia memenangi Anugerah Tokyo Big Sight Award untuk kecemerlangan dalam imejan janaan komputer tiga dimensi, 3D Computer Generated Image ataupun CGI. Kesan visual khas dan animasi di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007. Pameran animasi terbesar di dunia. Anugerah itu menunjukkan bahawa bakat tempatan mempunyai keupayaan bertaraf dunia dan kemahiran teknikal untuk menghasilkan animasi yang boleh bersaing dengan bakat-bakat terbaik di dunia.
Tuan Yang di-Pertua, kedua ialah MSC Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan antarabangsa. Menurut kajian pakar perunding A.T. Kearney Malaysia secara amnya dan Cyberjaya secara khususnya merupakan lokasi terbaik ketiga di dunia pada tahun 2004/2005 bagi perniagaan shared services outsourcing (SSO). Kajian itu melaporkan bahawa infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang bertaraf dunia yang terdapat di MSC Malaysia khususnya di Cyberjaya merupakan faktor-faktor utama yang telah menaikkan Malaysia pada kedudukan yang tinggi ini.
Pengiktirafan peringkat global seperti ini sudah tentu mencerminkan kedudukan Cyberjaya sebagai hab ICT yang bertaraf dunia yang kompetitif. Ini merupakan antara faktor penggalak kepada kira-kira 85 syarikat multinasional yang terkemuka seperti HSBC, SHELL, SCOPS, Standard Chartered, CCcom, Ericson dan BMW untuk datang melabur di Cyberjaya dan telah menawar lebih 10,000 peluang pekerjaan ICT bernilai tinggi. Baru- baru ini beberapa syarikat antarabangsa seperti DELL, Satyam Services Limited, HP, TeleTech dan Al-Jazeera telah membuka operasi mereka di Cyberjaya dalam pelbagai kapasiti.
Dengan wujudnya lima syarikat ini perwujudan tenaga kerja dijangkakan melebihi 17,000. Syarikat-syarikat global seperti ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan penyelidikan dan pembangunan R&D di Cyberjaya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pembangunan modal insan, bukan sahaja dari segi pemindahan pengetahuan ataupun dengan izin, knowledge transfer dan global base practice tetapi mereka juga membawa teknologi terkini untuk dipelajari pekerja-pekerja tempatan.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembangunan modal insan pula inisiatif MSC Malaysia ini sudah pastinya memberikan impak yang besar terhadap perkara ini. Setakat ini lebih dari 27,000 pekerja berpengetahuan tinggi serta mempunyai kompetensi yang mantap telah dilahirkan hasil daripada inisiatif MSC Malaysia. MDeC telah pun menubuhkan MSC Malaysia, K-Workers Development Initiative (MSC Malaysia KDI) dengan singkat untuk membimbing sumber manusia yang berpotensi agar mereka menjadi pekerja mahir ICT bertaraf dunia.
Inisiatif MSC Malaysia ini memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan Malaysia supaya menjadi sumber utama bagi pekerja-pekerja bakat ICT di rantau ini. MSC Malaysia KDI bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan syarikat antarabangsa telah menjalankan satu program bagi melengkapkan dengan latihan khusus yang menjurus kepada keperluan industri...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Penjelasan
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Minta.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, tidak ingin diganggu selepas ini.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Penjelasan yang tadi mengenai bakal label yang, lupa I punya soalan. Okey, tadi menteri ada berkata bahawa MSC telah membawa ramai orang knowledge workers ke dalam ekonomi kita. Adakah menteri tahu bahawa ramai yang graduan-graduan yang daripada universiti tempatan yang menganggur sekarang, tidak dapat kerja sekarang adalah daripada fakulti-fakulti komputer di universiti- universiti tempatan.
Apakah pandangan menteri tentang kelayakan graduan-graduan yang ada sekarang di Malaysia dan pada masa yang sama banyak syarikat-syarikat di Malaysia mengenai komputer tidak dapat mencari computer engineer yang mencukupi untuk melaksanakan projek-projek mereka di Malaysia.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, itulah yang sedang saya ulaskan tadi. Mengenai dengan inisiatif MDeC untuk menjalankan program-program pengajian atau pun pengkhususan bagi graduan-graduan yang berkelayakan computer science dengan izin, ataupun ICT. Tujuan program-program ini akan saya ulas seterusnya ialah supaya skills yang mereka perolehi daripada institusi pengajian tinggi yang tidak semestinya serta-merta terkhusus kepada keperluan-keperluan para pelabur ICT di peringkat antarabangsa.
Mereka perlu penyesuaian kursus misalnya tiga bulan sampai enam bulan dan kita sedia memantau perkara ini. Kita berharap bahawa dengan inisiatif yang saya ulaskan seterusnya di sini nanti akan boleh menampung atau pun mengurangkan tempoh pengangguran itu atau tempoh penyesuaian skills yang diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi MSC Malaysia KDI bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan peringkat antarabangsa telah menjalankan program bagi melengkapkan kurikulum dan latihan khusus yang menjurus kepada keperluan industri.
Syarikat Infosys telah memulakan inisiatif kurikulum dan inilah dia, kejuruteraan pengisian, software engineering di bawah Infosys Campus Connect yang akan ditawar di universiti tempatan. Inisiatif ini telah dimulakan pada Julai 2007 dan telah melibatkan seramai 50 ahli universiti fakulti tempatan yang menjalani latihan di Infosys juga seramai 100 pelajar terpilih pula telah dihantar ke Infosys untuk latihan pada Februari 2007.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya siapkan ini dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Baru-baru ini MDeC dengan usaha sama syarikat Satyam’s Incorperated dari India telah melatih 22 pensyarah untuk melengkap kurikulum mereka dan subjek industri perisian dengan subjek industri perisian ataupun software industry melalui program Satyam’s Campus Link ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Program ini juga akan dirancang, akan diperluaskan ke beberapa IPT di seluruh negara. Para graduan yang akan dilatih oleh pensyarah-pensyarah ini kelak akan diambil bekerja bersama Syarikat Satyam yang juga beroperasi di Cyberjaya. Jadi pengkhususan post bachelor itu perlu diadakan untuk memenuhi skim-skim yang diperlukan oleh multinasional industri-industri yang bertapak dan Cyberjaya.
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih menteri yang menjawab. Saya ingin berterima kasih kepada menteri yang telah menjemput saya ke Cyberjaya. Saya mendengar ya, tetapi kerana lif yang hendak turun itu mengambil masa dan juga saya hendak tanya mungkin terlambat sedikit namun masih lagi di atas subjek yang sama.
Berapa banyakkah syarikat yang menggunakan komponen dan software buatan Malaysia, komputer di Cyberjaya dan sebanyak manakah syarikat-syarikat yang menggunakan komponen daripada software luar berbandingkan kita. Apakah kita di Malaysia ini pengguna sahaja ataupun assembler, hanya memasang dan kalau dibandingkan dengan Singapura, Singapura mengeluarkan sendiri softwarenya dan juga komponen-komponennya. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebut sememangnya penting dan dalam perihal bill of guarantees yang diberi oleh MSC misalnya ada jaminan-jaminan di situ yang diberi oleh kerajaan. Pada masa yang sama juga, dalam dokumen-dokumen yang berkaitan yang mana disarankan ataupun sebagai asas persetujuan bahawa perihal komponen-komponen itu bukan sahaja dari segi input-input teknikal atau barangan tetapi dari tenaga yang telah saya sentuhkan tadi.
Namun kalau hendak data yang lebih spesifik saya perlu notislah kerana Tuan Yang di-Pertua, kerana keperluan setiap industri itu berbeza dari industri yang lain. Jadi saya bersedia barangkali mengulangi jemputan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk melawat dengan rakan-rakan daripada orang pembangkang untuk melawat di situ dan kita boleh beri taklimat yang lebih terperinci.
Saya ingin katakan di sini bahawa dalam ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa lebih menjurus kepada perihal masalah-masalah yang sebenarnya untuk makluman dua agensi yang menjaga MSC ini. CyberView adalah pemegang harta di bawah Kementerian Kewangan; pentadbiran dari segi infrastruktur dan pengurusan tanah.
Di bawah kementerian saya adalah MDeC yang pengguna. Namun kita sentiasa bekerjasama supaya segala keperluan asas infrastruktur para pelabur itu hendaklah di bekal melalui bills of guarantees. Jadi perhubungan sentiasa rapat tetapi pemaju adakah di bawah Kementerian Kewangan. Okey, last one untuk Yang Berhormat.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri. Sedikit lagi. Saya ingin tahu kenapakah microsoft apabila Bills Gates datang mengunjungi kita dan Cyberjaya dia memang mengeluarkan kata-kata bahawa dia impress dengan infrastruktur tetapi apakah sebabnya microsoft tidak melabur atau menggunakan facility yang ada di Cyberjaya. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Semenjak pada mulanya dalam soal pembentukan MSC itu saya masih lagi duduk bersebelahan di situ, dalam ruang pembangkang waktu bills itu dibincang pada saat itu. Sebenarnya haluan pada waktu itu ialah pembentukan MSC dan Cyberjaya sebagai tapak industri-industri ICT, tetapi kita telah berubah selepas itu bukan berubah dari politik tetapi dari pendekatan kita bahawa tidak semestinya sesuatu syarikat itu bertapak di situ di dalam MSC.
Dengan itu, kita telah menubuhkan satelit-satelit MSC misalnya di Kulim seterusnya di Penang dan kita telah lebih terbuka tidak semestinya dia bertapak di situ.
Apa yang penting, bill of guarantees yang kita bekalkan itu adalah sama kepada syarikat- syarikat yang akan terus kekal di lokasi mereka sendiri. Itu bukan kerana tidak mencukupi infrastruktur tetapi atas pilihan dan kedudukan yang mereka telah pilih dan juga saya katakan tadi bill of guarantees itu boleh diberi di mana sahaja tempat yang telah direstui untuk lokasi sesuatu industri tersebut.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya rasa cukuplah Yang Berhormat Permatang Pauh nanti kita berjumpa di Cyberjaya untuk taklimat khusus.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Permatang Pauh
Sedikit sahaja dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya berapa banyak syarikatkah yang telah melabur di Cyberjaya tetapi tidak mendapati expertise tidak ada dan kita terpaksa import expertise daripada luar dan mereka relocate dengan izin, ke India. Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dalam perkara ini sebenarnya soal relocate itu tidak banyak dari segi syarikat-syarikat yang berkenaan.
Saya tidak mempunyai data yang spesifik tapi saya katakan di situ bahawa tidak ada syarikat yang pindah oleh kerana masalah keperluan mereka itu tidak terjamin di Cyberjaya. Sebelum mereka memilih untuk bertapak di Cyberjaya satu proses yang begitu teliti adalah perlu dilalui untuk tujuan tersebut sebelum perjanjian dan sebelum pembekalan bil senggara nanti yang kita beri kepada sesuatu syarikat itu.
Jadi apabila mereka mengambil ketetapan untuk bertapak dalam data yang ada pada kita tidak ada sebenarnya yang banyak yang telah pun pindah kerana apa yang ada pada kita di Cyberjaya saya katakan tadi ialah infrastruktur yang boleh bersaing dengan mana sahaja di dunia ini. Terima kasih. Nanti perkara lain yang berbangkit lebih spesifik sekali lagi saya ulangi jemputan selepas Dewan bersidang pada bulan Ogos bolehlah saya panjangkan jemputan rasmi.
Tuan Yang di-Pertua, semasa saya diganggu tadi saya ingin sambung bahawa dari segi penggunaan modal insan yang telah saya sentuh tadi Kementerian Pengajian Tinggi dan MSC dalam proses perbincangan ataupun menjalankan kursus-kursus yang tertentu. Penubuhan makmal pembangunan teknologi perisian bersama dengan Microsoft dan Sunmicrosystem serta universiti tempatan telah memberi manfaat kepada pemindahan teknologi terkini terutama dalam meningkatkan kepakaran tempatan dalam bidang pembangunan perisian lanjutan dengan izin, advance software development, embedded system, intelligent system, wireless dan mobility.
MSC Malaysia juga telah melancarkan Program ICT Careers Expo yang merangkumi seminar kesedaran, ekspo kerjaya serta khidmat nasihat di sembilan buah universiti tempatan, enam ekspo kerjaya tempatan serta bersempena enam program kesedaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran untuk menggalakkan generasi muda untuk memilih bidang ICT sebagai kerjaya pilihan. Lebih dari 2,600 pelajar, pendidik, ibu bapa dan kaunselor telah menyertai program ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maju terus bahawa sebagai kemuncak daripada penglibatan negara dalam ICT negara telah dipilih untuk menjadi hos kepada World Congress on IT iaitu ringkasnya WCIT 2008. WCIT 2008 adalah sebuah kongres antarabangsa yang akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin global di dalam bidang perniagaan, kerajaan dan akademia. Ianya boleh dipanggil Olimpik bagi dunia ICT oleh kerana impaknya kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui penukaran polisi-polisi dan idea untuk teknologi.
WCIT diadakan dua tahun sekali dan kali terakhirnya diadakan di Austin Texas di mana Kuala Lumpur mengambil alih sebagai tuan rumah untuk menjadi hos WCIT 2008.
Ianya akan diadakan pada 18 sehingga 22 Mei 2008 dengan terma dan impak, global dan teknologi informasi dan komunikasi, memantapkan perniagaan, memperkasakan masyarakat dan memperkayakan ekonomi. Untuk kongres ini lebih 3,000 orang telah mendaftar sebagai perwakilan daripada 80 buah negara dan lebih 100 orang penceramah yang akan mengambil bahagian dalam kongres ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Selain daripada WCIT 2008 terdapat 12 acara antarabangsa yang diadakan untuk memberi impak yang lebih besar kepada industri ICT global. Antaranya ialah Panel Penasihat Antarabangsa AIP yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, UN Global Alliances For ICT And Development, World Cyber Security Summit, Treat Computing Conference, Mobile Monday Global Summit, PC Fair International dan berbagai-bagai lagi.
Pada keseluruhannya dijangka 50,000 orang akan menghadiri program kongres dan pameran yang sudah pun mulai di Kuala Lumpur pada hari ini. Saya dengan hormat dan sukacitanya bagi pihak MOSTI telah pun mengeluarkan jemputan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk menghadiri pameran yang akan berjalan termasuk Tuan Yang di-Pertua dijemput hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lipis telah pun memberi pandangan mereka tentang kewajaran Program Angkasawan Negara. Sebenarnya saya telah pun menjawab ini dalam soalan pada hari ketiga permulaan Dewan namun saya sekadar tambah sedikit.
Kementerian mengucapkan ribuan terima kasih di atas pandangan Ahli Yang Berhormat ke atas program angkasawan ini. Ingin saya nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa kementerian sedang menjalankan kajian cost benefit analysis dengan izin bagi mengkaji pelbagai aspek berkaitan Program Angkasawan Negara. Kajian ini dijangka akan selesai dalam tempoh yang terdekat dan juga akan diambil kira oleh kerajaan di dalam membuat keputusan terhadap pengurusan program ini di samping pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
Dalam hal ini juga kerajaan menyedari bahawa sektor angkasa merupakan sektor yang merentas pelbagai bidang sains teknologi dan industri. Sektor ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai pemacu ekonomi dan pembangunan negara melalui penerokaan dan inovasi malah ia juga menepati strategi dan membuat penempatan strategik negara dirantau ini khususnya.
Sehubungan dengan perkara ini kerajaan telah memulakan usaha membangunkan dasar angkasa negara yang sedang dan akan menyediakan satu pelan tindakan bagi membangunkan pembangunan infrastruktur angkasa negara yang akan dapat mencapai wawasan Misi Nasional 2057...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang berdiri.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya habiskan dahulu ini and last interruption, dengan izin. Dasar ini akan menjadi rujukan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah pun bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dasar ini akan menjadi rujukan dalam program-program eksplorasi dan penerokaan angkasa bagi kerajaan dan industri tempatan dalam menyumbang kepada sosioekonomi negara. Ia juga akan menggariskan penggunaan dan penyelarasan berbagai-bagai sumber kewangan, modal insan, organisasi.
Bagi memaksimumkan pelaburan tersebut ke atas meningkatkan produktiviti dan keupayaan sektor ini bagi menghasilkan produk proses atau perkhidmatan dengan tambah nilai yang tinggi. So, the keeper dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ialah kita dalam proses membentuk dasar angkasa negara dan dengan itu program-program seperti angkasawan semua ini boleh diletakkan di situ dengan ada action plan yang lebih teratur daripada sekadar projek-projek ad-hoc. Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut tentang projek angkasawan.
Seperti mana yang kita tahu tiga ujian telah dijalankan atau dibawa oleh angkasawan kita ke angkasa lepas dan setelah dibawa balik dua daripada hasil ujian ini telah dibawa terus ke Jepun untuk dianalisa dan satu dianalisa di negara kita. Jadi saya hendak tahu setakat ini apakah hasil-hasil kajian itu yang telah ataupun hasil daripada kajian-kajian tersebut yang telah dianalisa dan akan digunakan untuk kebaikan ataupun untuk kebaikan rakyat negara kita. Setakat berapa bulan yang telah dibawa balik ini.
Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Sebenarnya saya telah jawab soalan ini dalam soalan di Dewan sebelum ini. Boleh rujuk di dalam Hansard tapi saya katakan bahawa peringkat ini kajian tersebut masih berterusan.
Essentially they pretending to microgravity studies berkaitan dengan makanan dan beberapa jenis lagi yang lain. Jadi satu seminar pada bulan Ogos akan diadakan khusus untuk membincangkan hasil-hasil tersebut tapi saya boleh katakan bahawa dari awal lagipun satu daripada kajian tersebut sudah tersedia untuk dijadikan sebagai satu IP untuk diambil oleh pihak industri. Jadi nampaknya begitu mempunyai potensi yang besar.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jika Yang Berhormat berminat nanti selepas bulan Ogos di mana ada perbincangan di antara universiti-universiti yang terlibat maka hasil itu saya boleh laporkan balik kepada mereka yang berminat nanti. Terima kasih.
Sila.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebelum Program Angkasawan ini diadakan tujuan utama yang diberi adalah untuk menaikkan minat di kalangan anak-anak kita dalam bidang sains angkasa. Jadi selepas menghantar angkasawan ini ke angkasa lepas apakah kajian ada dilakukan atau ada statistik menunjukkan minat di kalangan anak muda kita telah meningkat? Perkara satu.
Perkara kedua ialah sebelum ini, 15 tahun yang lalu, ini maklumat yang diberi pada saya, kerajaan menggunakan RM50 juta untuk membina Planetarium Negara yang kononnya untuk mempromosikan bidang sains. Apakah tujuan itu telah gagal dicapai memandangkan sekarang perlu ada Program Angkasawan ini?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saudara saya daripada Batu Gajah, terima kasih kepada di atas interaksi tersebut. Dari segi ujian impaknya, dari segi kesedaran dan seterusnya dari segi awareness di kalangan generasi muda mengenai dengan perihal angkasa dan seterusnya. Sememangnya bagi tahun ini kita akan terus mengatur program angkasawan kita untuk melawat sekolah-sekolah.
Pada saat ini sebenarnya terlampau banyak permintaan daripada peringkat sekolah dan generasi untuk mereka datang memberikan ceramah-ceramah. Namun, saya ingin katakan di sini bahawa terlampau awal untuk hendak membuat sesuatu gambaran mengenai success dari segi awareness ataupun peningkatan minat dalam bidang sains dan teknologi. Saya rasa ini hanya dapat kita peroleh dalam tahun-tahun seterusnya.
Namun, dari segi minat untuk bertemu angkasawan memang begitu tinggi sekali.
Kita mempunyai program untuk mencari slot-slot tertentu dengan izin, tetapi saya rasa tidak boleh digauge dalam tempoh terdekat. Kita mesti ingat dalam masa Neil Amstrong, pertama melangkah di bulan pada Julai 1969 ketika itu. Dia punya word dokumentator “One step for man, giant step for mankind”.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya pada waktu itu, saya baru dalam form two tetapi antaranya sebab kita minat untuk mempelajari sains kerana pada waktu awareness telah terbuka untuk mengejar menjadi...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, itu jangka panjang ertinya. Itu 30 tahun kemudian baru boleh digauge, boleh dapat disukat impak kepada kesedaran dan seterusnya dari segi minat pada tahap yang kita inginkan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas juga minat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Dia selalu tanya soalan yang lari daripada minatnya itu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat tidak pandai, kata tidak pandai.
Jangan sebut kata orang lari. Jangan jatuh standard, malu.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okey, bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Pasir Mas masa pembangkang dulu dia sama seperti kita, tetapi tidak lama dia lari terus.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[ketawa] Yang Berhormat, baru-baru ini saya ada tanya Yang Berhormat dan saya tidak puas hati dengan jawapan sebab saya ada maklumat.
Maklumat ini yang dibuat kajian oleh satu pertubuhan peminat-peminat meneroka angkasa. Pelajar-pelajar ini terlibat dalam hal-hal angkasawan yang menyatakan bahawa kos melatih angkasawan dengan menggunakan kapal Soyuz yang sudah berusia 50 tahun lamanya. Yang pasti kita tidak akan dapat pengalaman transfer technology, tetapi dengan membina kapal prototaip, kapal prototaip ini lebih murah dan juga diiktiraf sebagai suatu kenderaan meneroka angkasa.
Pihak persatuan ini telah pun menulis surat dan menghantar memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jangan Yang Berhormat pula main hendak jawab, hendak lepas tangan, baca pun tidak. Ini yang orang naik meluat dengan menteri-menteri Barisan Nasional ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
....Sekali hari ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang di hujung pertanyaan itu ada saya sekali Yang Berhormat
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi, Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tarik baliklah. [Ketawa]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat, kita menyertai Program Angkasawan itu bukan kerana mempelajari mesin atau Soyuz. Kita menyertai kerana eksperimen-eksperimen yang kita telah adakan bersama dengan saintis-saintis tersebut.
Dari soal vehicle nya, dia sudah tua dan begitu semua itu adalah perkara kedua bukan kita hendak test mesin boleh terbang kah dengan lebih efficient daripada mesin- mesin lain. Itu adalah soal daripada engineering. Apa yang telah kita pelajari ialah dari segi science of discovery dan eksperimen-eksperimen yang dijalankan.
Untuk membuat prototaip, saya telah tanya engineer-engineer dan pegawai kita.
Amat mahal sekali kerana buat start from scratch dengan izin when we can use existing technology yang sedia ada. Namun, kalau ada cadangan yang dicadangkan, saya tunggu sampai kepada meja kita. Yang Berhormat Ipoh, last, last.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Menyampuk]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Timur, dia kata last.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sudah sana, sudah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Program angkasawan ada dilihat dan dipandang sebagai satu pembaziran. Bukan sahaja oleh sebab adalah perkara-perkara yang lebih penting termasuk eksperimen- eksperimen sains yang lebih patut diberi keutamaan.
Namun, satu penyalahgunaan wang rakyat khasnya apabila angkasawan- angkasawan direkrut dalam pilihan raya besar baru-baru ini untuk kempen bagi pihak Barisan Nasional. Kalau kita mahu angkasawan sebagai satu hero nasional bukankah sangat mustahak bahawa kegunaan-kegunaan wang rakyat seperti itu tidak patut diadakan dan lebih sensitif mengenai perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi kalau angkasawan diberi pinjam juga waktu pembangkang ceramah boleh? Tak payah. [Ketawa] Sila, sila Menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya telah katakan tadi bahawa ada juga kos untuk menaikkan imej negara dan untuk membawa kesedaran kepada generasi muda dan kita semua tentang projek yang telah dijalankan.
Kedua, saya katakan tadi dia bukan space tourist. Dia adalah researcher yang mengikut bersama di situ untuk menjalankan eksperimen. Jadi dari segi costing, saya telah jelaskan di Dewan yang mulia ini memang ada ‘competing need’ dalam perkara ini tetapi ada juga kos-kos yang juga terlibat apabila kita involved dalam program seperti ini. Namun, feedback yang telah diberikan, saya telah katakan kita ambil kira apabila kita beri perancangan mengenai dengan projek kedua program ini. Okey, terakhirlah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Menyampuk]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya itu tuduhan sahaja, saya belum terima laporan khusus dalam perkara ini dan mereka begitu neutral kepada politik setakat mana yang saya telah tahu. Saya belum terima laporan yang khusus dalam perkara ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa Projek Angkasawan ini ialah bermula daripada offset dengan pembelian jet Sukhoi yang dikatakan bahawa ini merupakan tawaran daripada pihak Kerajaan Rusia dan sudah tentulah kita melihat kepada kepentingan dalam konteks pembinaan teknologi.
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah dengan Projek Angkasawan ini ada satu pemindahan teknologi yang boleh kita manfaatkan untuk kepentingan pembangunan industri angkasa lepas itu sendiri? Ataupun sebenarnya Rusia tidak pernah menawar kepada Malaysia untuk Projek Angkasawan ini. Sebaliknya, kita yang terhegeh- hegeh untuk meminta Projek Angkasawan ini.
Sebab, kalau mengikut kertas yang ada di tangan saya ini, offset and counter rate yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Rusia bahawa sebenarnya yang ditawar tidak ada satu item pun yang berkaitan dengan Projek Angkasawan. Akan tetapi sebaliknya yang ditawarkan ialah 29 item, yang kesemuanya saya lihat ia berkaitan dengan pembinaan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan industri angkasa lepas. Sebab itu yang saya katakan bahawa sebenarnya kita yang lebih terhegeh-hegeh untuk melihat kepada hanya satu persoalan yang terlalu kecil yang tidak boleh memberikan kebaikan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tidak apalah kalau dapat memberikan manfaat yang besar.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Pahat, dia minta penjelasan dari Menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Sampukan tadi itu sebenarnya itu juga ingin sentuh bahawa dokumen yang ada itu dan asas-asas itu peringkat pertama. Apabila telah berbincang seterusnya, maka timbul offer untuk partnership di dalam perkara ini.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jadi itu saya katakan tadi semasa perbincangan seterusnya, maka dalam peringkat itu kita melihat ruang untuk mengambil bahagian dalam eksperimen-eksperimen diadakan serta juga perihal kesedaran dan imej antarabangsa. Jadi, saya rasa benefit keseluruhan pada dasarnya bagi pandangan kita, kita tidak boleh sukat pada setakat ini.
Namun, ia adalah secara positif dan detail benefit cost analysis dilaksanakan. Saya harap dalam tempoh terdekat, kita boleh memperoleh laporan tersebut. Okey, terima kasih. Saya ingin teruskan dalam lima minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat Kulai dan Yang Berhormat Mambong, yang menyatakan kebimbangan terhadap fenomena global warming yang telah melanda dunia.
Saya sekadar untuk memberi penjelasan di sini bahawa perubahan cuaca yang berlaku pada masa sekarang adalah kesan daripada keseragaman iklim semula jadi dunia yang berlaku akibat daripada perubahan suhu air laut di kawasan tengah kawasan Lautan Pasifik ataupun fenomena El Nino dan La Nina. Perubahan suhu air laut di Lautan Hindi yang berdekatan dengan perairan Sumatera, fenomena Indian Ocean Dipole.
Di samping itu, perubahan cuaca juga dipengaruhi oleh kesedaran dari pemanasan global. Antara langkah-langkah yang telah pun dilaksanakan, saya sekadar untuk menekankan satu perihal di sini, iaitu satu Jawatankuasa Kabinet mengenai dengan perubahan iklim yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan November 2007 dan akan diurusetiakan di MNRE iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jawatankuasa ini akan mengganti Jawatankuasa Nasional Perubahan Iklim di bawah MOSTI yang ditubuhkan mulanya pada 1995 dan kini dipengerusikan oleh MNRE, dan ini akan diganti dengan Jawatankuasa Kabinet yang saya sebutkan tadi.
Satu perkara lagi timbul mengenai dengan cuaca ini Tuan Yang di-Pertua, adalah perihal kesedaran kerana kerajaan dengan jentera yang kita ada, kita boleh ramal setakat mana yang boleh, dan beri amaran-amaran melalui dengan instrumen-instrumen yang ada pada kita. Akan tetapi pihak umum, pihak rakyat mestilah juga memainkan peranan- peranan mereka sendiri dari segi mendapatkan maklumat ataupun menerima maklumat dan program kesedaran yang kita sampaikan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, ini perihal apa erti El-Nino dan La Nina. Ada satu cerita yang pendek sahaja daripada Kota Belud dan Kota Marudu. Dulu pada masa 1997 itu, masa El-Nino dijangkakan diikuti dengan kehadiran La Nina. Jadi perkataan “La Nina” itu dikatakan di sana sini, tetapi rakyat tidak mengerti apa itu La Nina. Jadi pada satu hari, seorang bapa duduk di luar rumahnya mengasah parang kerana dia hendak turun sebagai petani ke ladangnya.
Di sebelah rumahnya dia terdengar remaja bercerita tentang La Nina. Dia kata kalau La Nina datang, habislah kena serang kita semua. Jadi beliau ini yang sedang mengasah parangnya, mengatakan, “Siapa itu La Nina? Dari mana dia?” Dan remaja mengatakan, “Kita tidak tahu siapa dia, tetapi bila dia datang habis kita semua.” Beliau menjawab, “Saya tidak tahu siapa itu La Nina, dari mana dia, yang penting kalau dia datang ke kampung saya, lintas rumah saya, saya akan potong sama dia.”... [Ketawa] Jadi, apabila kita tidak mengerti tentang perkara-perkara ini, jadi kesedaran itu memanglah amat penting. “Saya akan potong dengan parang”, dia kata. Tuan Yang di- Pertua, seterusnya yang terakhir saya ingin sentuh di sini bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Cerita tadi itu dari Kota Marudu ke Kota Belud?
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Saya rasa di sempadan Kota Belud dan Kota Marudu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Patutlah...
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Kerana kawasan Tuan Yang di-Pertua dulu bersempadan dengan kawasan saya di Kota Marudu. Tuan Yang di-Pertua, dari segi keperluan standard pematuhan kepada akreditasi negara. Yang terakhir, ini termasuk perihal halal, Jabatan Standard Malaysia adalah badan yang diberi mandat oleh Akta Standard Malaysia 1996 di bawah Akta 549 untuk menjalankan kedua-dua tanggungjawab tersebut.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Melalui Program Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia akan menjalankan pengauditan ke atas badan-badan pensijilan, bagi memastikan proses pengauditan dan persijilan yang dijalankan oleh badan-badan persijilan ini ke atas syarikat-syarikat pengeluar atau pengilang adalah credible dan competent agar status produk yang mendapat persijilan adalah terjamin.
Hanya saya ingin laporkan di sini, satu lagi perkembangan baik mengenai standard halal ialah semasa berlangsungnya World Halal Forum yang dianjurkan oleh Halal Industry Development Corporation (HIDC) pada 12 - 13 Mei 2008...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, dia tidak mahu lagi. Tadi dah beberapa kali, dia sudah penat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Okay, last one.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, ini berhubung dengan persijilan Halal. Ini menjadi keraguan terutama sekali bagi masyarakat Islam sebab dalam negara kita ini, kita melihat terlalu mudah mana-mana syarikat yang ada kilang pengeluaran makanan misalnya mendapat logo Halal.
Sedangkan logo Halal ini kita pun dispute ataupun ada keraguan sama ada ia betul-betul halal ataupun ia punya label sahaja yang halal. Jadi persoalannya apakah enforcement itu ataupun penguatkuasaan itu melaksanakan kewajipan mereka. Membuat pemeriksaan secara teliti, dan juga secara saksama, ini untuk mengurangkan keraguan di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, di dalam perkara ini perkembangan terkini ialah hanya tanda ataupun simbol JAKIM Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah simbol yang sah.
Dan ini akan dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation sebagai certification agency. Ia akan diaudit oleh Jabatan Standard Malaysia. Jadi dalam perkara ini, sememangnya apa yang disentuh itu adalah sesuatu yang ditimbulkan oleh pihak orang ramai dengan sistem ataupun ketetapan-ketetapan yang terbaru itu, kita yakin bahawa perihal seperti yang dibangkitkan itu dapat diatasi.
Sememangnya nanti Jabatan Standard Malaysia akan menganjurkan, akan mengadakan audit misalnya kepada Halal Industry Development Corporation dari segi certification dan seterusnya. Dan JAKIM juga akan terlibat dari segi siasatan di mana aduan-aduan timbul. Jika itu berasas kepada salah guna ataupun sijil itu adalah sijil yang palsu, ada undang-undang yang sedia ada di bawah Jabatan Standard yang nanti kita akan gunakan.
Tuan Yang di-Pertua, antara resolusi yang dicapai semasa conference yang begitu penting, iaitu World Halal Forum yang berjalan pada minggu yang lalu itu adalah satu badan standard antarabangsa, iaitu IHI Alliance atau International Halal Integrity Alliance kini mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada Kerajaan Malaysia untuk membangunkan standard-standard halal peringkat global iaitu Global Halal Standards, dengan izin.
IHI Alliance ini adalah satu badan khusus bukan kerajaan, NGO dan beroperasi bukan bersifatkan keuntungan. Ia akan beribu pejabat di Malaysia. Standard-standard halal dan juga persijilan Halal peringkat global ini akan dibangunkan dengan mendapatkan bantuan teknikal dan sokongan daripada Jabatan Standard Malaysia, dan SIRIM yang kini mempunyai lebih daripada 30 tahun dalam aktiviti membangunkan standard-standard antarabangsa di peringkat antarabangsa.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat telah mencadangkan supaya nuklear dimasukkan sebagai sumber bahan api keenam negara.
Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa kementerian ini bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang bekerjasama menyediakan kertas cadangan untuk memajukan tenaga nuklear sebagai salah satu opsyen sumber tenaga negara, dan kerajaan akan memutuskan perkara ini dalam tempoh yang terdekat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
Akhir sekali, sekali lagi bagi pihak MOSTI, saya ingin mengalu-alukan input-input dan pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita telah ambil perhatian. Mana yang saya tidak sempat untuk mengulas dan memberi penjelasan, kita akan terus terbuka untuk apa-apa input yang ingin disarankan.
Juga sekali lagi saya bagi pihak kementerian dan kerajaan kita Malaysia, menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melawat exhibition WCIT yang akan bermula pada hari Isnin di KLCC, kerana ini salah satunya exhibition dan persidangan terbesar di dunia dalam bidang WCIT. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian Pengajian Tinggi, sila.
Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan Titah Diraja mengenai isu Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Rasah.
Ingin saya maklumkan bahawa AUKU adalah suatu akta yang menjadi sumber kuasa kepada penubuhan sistem governance dan juga tadbir urus sesebuah IPTA, termasuklah aspek tata laku pelajar dan bukan bertujuan untuk mengongkong mahasiswa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Justeru, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU, malah sedang mengkaji dengan teliti untuk menambah baik Akta ini, dan ia insya-Allah akan dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang berkaitan..
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Minta penjelasan. Penjelasan. Tahun lalu, prestasi Yang Berhormat dalam kementerian ini ada berjanji bahawa pindaan kepada AUKU akan dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat adalah Menteri Pengajian Tinggi yang ketiga dan ketiga-tiganya ada berjanji akan meminda AUKU dan mengemukakan di Parlimen, tetapi sampai sekarang belum ada.
Bolehkah kita mendapat satu jaminan bahawa apa-apa pindaan kepada AUKU itu akan membenarkan sama ada pensyarah-pensyarah atau mahasiswa mahasiswi mempunyai kebebasan untuk berfikir supaya ada budaya excellent kecemerlangan mewujudkan satu meritokrasi dan bukan sekarang mediocrity di universiti-universiti kita sehingga kita jatuh daripada semua petunjuk-petunjuk atau benchmarks mengenai best university in the world.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, buat ketika ini peringkat cadangan untuk meminda AUKU telah pun... Dalam minggu ini mungkin kita akan hantar kepada pihak AG untuk final drafting dan apabila selesai, akan dibentangkan ke Kabinet. Kemudian itu seboleh-bolehnya kita cuba untuk bentangkan pada bulan hadapan dan kalau tidak, pada sesi bajet iaitu bermula dalam bulan Ogos.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Dalam pindaan yang kita telah buat, memang kita mengambil kira soal untuk melahirkan persekitaran yang kondusif ke arah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, iaitu untuk membantu melahirkan kecemerlangan akademik universiti dan juga pelajar.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bolehkah senaraikan ciri-ciri utama dalam pindaan-pindaan itu, sungguhpun...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya ingat kita kena tunggulah semasa pembentangan. Tak perlulah saya untuk menjelaskan di sini.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Minta laluan Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Minta penjelasan. Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk sekejap. Duduk sekejap dulu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pasir Mas, saya nak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang mana satu? Yang mana satu?
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pasir Mas. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah cadangan pindaan AUKU ini juga dipanjangkan kepada ditambah baik nilai AUKU ini, dipanjangkan juga kepada IPTS? Oleh kerana selama ini setahu saya, AUKU juga tertakluk kepada IPTS dan sekarang ini, IPTS juga sudah bercambah malah melebihi jumlah angka IPTA.
Jadi, ada kita lihat sesetengah IPTS seperti Limkokwing University, Stamford College University, yang nampak ada begitu sekali kebebasannya. Apakah kecemerlangan mereka kerana tidak tertakluk di bawah AUKU, ataupun dari segi perkara-perkara lain?
Yang saya mengambil berat adalah sebab yang tiada double standard di mana IPTA dikawal, dan IPTS dibebaskan begitu saja. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Mas. Sebenarnya mengenai IPTS, kita mempunyai satu akta yang khusus bagi IPTS iaitu Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. Dan ia lebih kurang mempunyai peruntukan yang sama dalam AUKU dan kita mengambil kira setelah meminda AUKU untuk menentukan supaya ianya dapat diselaraskan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya saya mendengar hujah-hujah pihak pembangkang mengenai AUKU ini ialah mengatakan AUKU ini menyebabkan kita tidak bebas berfikir dan oleh kerana itu AUKU harus dihapuskan.
Bagi saya ini tidak betul, tidak tepat sebenarnya. AUKU bagi saya bukan menjadi faktor sebenar menyebabkan apa yang berlaku, mengatakan mahasiswa tidak boleh berfikir. Tidak ada kena mengena sebenarnya. Yang menjadi masalah mahasiswa itu sendiri yang sebenarnya, yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk berfikir. Sedangkan ramai di kalangan kita ini pun pemimpin pelajar, yang menjadi Ahli Parlimen ini kebanyakannya hidup pada zaman AUKU, tidak ada masalah pun. Dan ramai di antara mereka duduk di kalangan pembangkang.
Jadi kenapa kita mesti menghapuskan AUKU? Kalau untuk dipinda, untuk diubahsuai, untuk memberikan sedikit kelonggaran itu tidak apa. Akan tapi kita bimbang, apabila AUKU ini dihapuskan, diberi kebebasan seperti boleh berdemonstrasi, semua parti politik boleh masuk seperti dulu sampai ada kelab sosialis. Buat apa? Saya baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, berdebat di Universiti Utara Malaysia dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Parit Buntar tidak ada masalah pun.
Pembangkang boleh masuk...
Tuan Yang di-Pertua
Ini minta penjelasan dari menteri atau ini mahu berucap?
[Dewan riuh] [Ketawa]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jadi saya minta penjelasan kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Mesej sudah didapat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tak ada keperluan pun sebenarnya hendak dihapuskan...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Mesej sudah didapat pun.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Jadi, jangan dengar cakap, jangan dengar sangat cakap pembangkang ini. Semua salah. Pensel patah pun Barisan Nasional salah. [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Saya pohon.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, tolong duduk dulu. Tolong duduk... Yang Berhormat, ini memang Kementerian Pengajian Tinggi ini akan menarik banyak minat Ahli-ahli Yang Berhormat.
Apabila minta penjelasan nanti, seorang demi seorang berdiri. Sebelum bercakap, minta recognize dulu daripada Ahli Yang Berhormat yang bercakap. Jangan semua berdiri macam cendawan tumbuh secara automatik. Dia tidak akan dapat menjawab. Baru dia sebut “AUKU akan diperhalusi”... semua ada pendapat. Yang tadi Yang Berhormat berdiri, di Rembau sudah. Jadi sekarang, kasi panjangkan dulu AUKU ini. Nanti baru opinion kita boleh dapat secara jelas. Sila.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang telah saya katakan, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU.
Kita telah menyatakan bahawa AUKU adalah satu akta yang bukan semata-mata berkisar mengenai pelajar, tetapi ia merupakan akta yang menjadi sumber kuasa kepada penubuhan universiti.
Soal sistem governant universiti, tadbir urus universiti adalah perkara-perkara yang menjadi asas dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara kepada usaha kita untuk membawa kecemerlangan kepada universiti dan juga pelajar dalam negara kita. Jadi, atas sebab itulah AUKU perlu dipinda dan bukan semata-mata kepada soal pelajar dan sebagainya seperti yang telah dinyatakan.
Pada masa yang sama, oleh sebab saya telah memberi jaminan bahawa kita akan bentangkan pindaan kepada akta AUKU ini, maka tidak sewajarnyalah kita panjangkan mengenai perkara ini. Kita tunggu, bila sampai masanya, kita bahasa akta ini. Walaupun kita hendak...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Minta laluan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rembau sama Yang Berhormat Pasir Salak berdiri. Ini fasal AUKU ini.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi, saya bagi dualah. Lepas Yang Berhormat Rembau, saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Yang di-Pertua
Lepas Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah apa-apa kajian yang telah dibuat? Oleh kerana bila kita bercakap tentang AUKU ini, yang menjadi kontroversi, yang menjadi masalah adalah satu perkara dalam AUKU ini yang meletakkan kononnya menjadi kekangan kepada pelajar untuk terlibat dalam kegiatan politik dan memasuki parti politik.
Adakah apa-apa kajian yang telah dibuat yang mengatakan bahawa kalau mereka boleh melibatkan diri dalam kegiatan politik, maka kecemerlangan akademik mereka juga akan turut naik dan diperbaiki? Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Kajian dan juga pertemuan, perbincangan, dialog telah dibuat dengan semua pihak yang ada kaitan dengan soal akta ini dan kita dapat pelbagai pandangan dan sebagainya.
Apabila kita bentang akta ini untuk pindaan, kita akan tahu hasil daripada apa yang telah kita dapati mengenainya.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, Batu Gajah. Dia recognize Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Sila.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Selagi ada AUKU dan seksyen-seksyen yang melarang pelajar di universiti, hak mereka untuk bersuara, hak mereka untuk berpersatuan, selagi ada seksyen-seksyen ini, AUKU adalah mengongkong pelajar universiti. Adakah Yang Berhormat Menteri sudi sebelum pindaan kepada akta-akta ini, rang undang-undang tersebut dibentangkan dalam dewan, biarkan semua ahli ada sesalinannya terlebih dahulu.
Bagi kami beri pandangan sebab golongan cerdik pandai, mereka pelajar universiti adalah golongan cerdik pandai. Mereka adalah mampu untuk menilai segala yang dikemukakan untuk mereka. Jadi mengapa mahu hadkan hak-hak mereka ini? Jadi saya pohon penjelasan aspek ini.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pandangan ini memang biasa dah didengar dan perkara ini adalah sambungan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya mengambil, membuat tanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sambungan daripada dua mantan menteri sebelum daripada ini. Perkara ini telah juga di bawa ke Ahli-ahli Parlimen sebelum daripada ini untuk mendapatkan pandangan dan input.
Saya telah nyatakan bahawa kita sekarang di peringkat sudah siap bill, sekarang akan di hantar ke AG untuk diperhalusi dari segi peruntukkannya dan sebagainya.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri. Tadi dah sudahkan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sikit lagi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ah?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sikit lagi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak belum lagi.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah itu. Yang Berhormat Pasir Salaklah kalau begitu. Tak payahlah Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang lain duduk Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan saya, adakah betul bahawa dengan adanya AUKU itu melarang pelajar-pelajar daripada berpersatuan? Saya rasa tak betul dan juga melarang pelajar-pelajar untuk bersuara. Bersuara apakah yang dimaksudkan di sini?
Kalau Yang Berhormat Batu Gajah hendak memberi contoh yang dia itu bijak sangat, pandai sangat kerana dapat kebebasan bersuara, belum tahu bijak dalam bidang apa. Bijak bercakap sahaja mungkin. Bijak ke dalam ilmu yang lain? Kita berkehendakkan pelajar-pelajar yang bijak, pandai dalam ilmu-ilmu yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan kepada negara. Bukan setakat dalam bidang politik, bercakap maki hamun begitu begini. Ini bukannya pelajar yang hendak kita lahirkan. [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya sila Menteri. Sila.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Pindaan tiap-tiap...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kita dalam pindaan itu akan menjelaskan perkara-perkara yang mungkin boleh membawa kekeliruan atau tidak jelas.
Jadi sekurang-kurangnya melalui usaha pindaan itu ianya mungkin tidak dapat di politikkan AUKU itu. Jadi saya balik dari isu yang...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat sikit lagi penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas bangun lagi Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sikit lagi. Sikit lagi. Satu lagi. Please.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong pun bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, banyak yang bangun. Siapa yang hendak bagi ini?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya...
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kalau saya bawa Usul ini, hendak bagi semua, kalau hendak adil saya terpaksa bagi semua. Jadi lebih baiklah saya ingat, kita akan bentang akta ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dengar dulu cakap menteri.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Lepas itu kalau ada benda yang kritikal itu kita boleh bangkitkan.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okeylah last, Yang Berhormat Kubang Kerian, last.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya yang bawa isu ini. Tolong.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap sila duduk.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Bila Yang Berhormat Menteri dilantik menjadi menteri, saya ada harapan melihat warga universiti ini diberikan satu nafas baru, satu era baru.
Namun berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi saya kecewalah, sebab hanya mengatakan AUKU ini satu sumber kuasa untuk mengekalkan universiti. Tadi sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat mengatakan kerana AUKU lah kita berada di sini. Namun Yang Berhormat sedar atau tidak, kerana kita melawan AUKU itulah kita berada di sini. [Tepuk] Kerana keberanian kita melawan AUKU itulah kita berada di sini.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Ini floor saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita kena seorang-seorang bercakap Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Sabarlah, ini floor saya. Yang Berhormat Menteri, kalau tak ada AUKU itu, Yang Berhormat Batu Pahat lama dah jadi menteri dah. [Ketawa] Jadi saya minta supaya dalam sesi lepas, menteri memanggil kami daripada Parti-parti Pembangkang untuk mengadakan round table.
Saya bersetuju satu review mesti dibuat. Jadi kita memerlukan satu kebebasan autonomi universiti, pelajar diberikan suatu gelanggang yang luas, pemikiran mereka, janganlah maknanya diajak sebagai contoh kenapa saya kata AUKU ini zalim. Diajak berpilihan raya di kampus tapi bila ada pelajar yang tidak prokerajaan, laptop mereka dirampas, digantung pengajian, ini tak betul. Ini bercanggah dengan suasana dan senario university first class.
Ini yang saya maksudkan. Jadi kita perlu review supaya minda mereka, daya intelektual mereka ini mencapai ke arah modal insan yang Perdana Menteri sendiri harapkan kepada warga universiti kita. Jadi adakah Yang Berhormat bersedia supaya kita adakan satu round table di antara Yang Berhormat dan kami di sini supaya pindaan itu matang, masak untuk kebaikan negara dan sama ada mereka akan masuk pembangkang ataupun mereka akan menyokong kerajaan, itu demokrasi yang mesti kita suburkan. Apa pandangan Yang Berhormat? [Tepuk]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, perkara ini telah pun dibuat. Kerajaan yang ada, adalah kerajaan yang sama. Menteri sahaja yang berubah. Takkan hendak buat all over again? Nanti kalau lambat Yang Berhormat juga kompelin.
Kita dah sampai ke peringkat yang terakhir. Semua itu telah pun dibuat Yang Berhormat sendiri mengaku. Menteri sahaja yang berubah tetapi kerajaan sama. Kalau kerajaan berbeza barulah kita buat all over again. Jadi apa benda, bila lambat bising. Bila cepat dia kata tak boleh, tangguhkan lagi. Tak, kita sudah sampai ke peringkat itu, saya kata saya akan bawa dalam tahun ini supaya Yang Berhormat semua tidak boleh politikkan kerajaan takut dan sebagainya...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
...Kita akan bawa pindaan kepada AUKU dalam tahun ini juga, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat, saya minta laluan sikit.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah saya ingat AUKU.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya bawa isu ini malam tadi.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Sesiapa pun boleh bawa. Saya ingat cukuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri dah tak bagi jalan lagi Yang Berhormat. Dua Padang terap.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya yang bahas malam tadi.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Bahas ke apa itu sama sahaja semua.
Soalannya, pokoknya ialah bendanya akan dibawa dan masa itu boleh ditimbulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, saya ingat, menteri dah beritahu tadi. Perundangan itu, bill itu akan di bawa ke Dewan. Kita tunggulah bill sampai nanti. Bila sampai ketikanya, sebenarnya Yang Berhormat tak boleh bincang benda-benda yang belum sampai itu.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bukan hendak minta pindaan Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya dimansuhkan. Malam tadi 13 Mei...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak apalah, tunggu menteri jawab dulu.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Jawapan saya ialah kerajaan kita akan pinda. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju, tak setujulah. Itu jawapan kita. Kita akan pinda. Itu sahaja. Tak payah hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat Padang Terap. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey, Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang berkaitan dengan kualiti graduan dan ke boleh pasaran graduan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Batu Pahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia tak bagi laluan lagi Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ingin saya maklumkan seperti yang telah saya jawab semasa soalan lisan tempoh hari. Bahawa kementerian sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang berkualiti.
Bagi mencapai maklumat tersebut, langkah yang diambil termasuklah menggubal kokurikulum IPT berdasarkan pendidikan berasaskan hasil atau outcome based learning dengan izin. Membentuk standard program pengajian dan bidang yang memenuhi keperluan tempatan dan menepati amalan terbaik antarabangsa serta melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia ataupun Malaysian qualification framework, dengan izin.
Bagi memastikan graduan yang dihasilkan berkualiti dan ke boleh pasaran ataupun marketable, pelbagai langkah telah diambil di antaranya:
(i) menyediakan modul pembangunan insaniah atau soft skills dengan izin;
(ii) menerapkan elemen keusahawanan dalam program pengajian;
(iii) mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara IPTA dengan pihak industri melalui program sangkutan ataupun internship.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Mengenai isu kemasukan ke IPT yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Kimanis dan Yang Berhormat Serdang, ingin saya maklumkan bahawa dasar meritokrasi bagi pemilihan kemasukan ke IPTA telah diguna pakai mulai sesi akademik 2002, 2003. Mulai sesi akademik 2006, 2007, dasar ini mengguna pakai merit 90% akademik dan 10% kokurikulum.
Dasar ini tetap diteruskan kerana ia memberi peluang yang adil kepada mereka yang berkelayakan. Di samping itu, kepelbagaian kaedah kemasukan universiti yang diamalkan sekarang mampu menghasilkan graduan yang berkualiti. Oleh yang demikian, kaedah meritokrasi dan juga kaedah kemasukan melalui pelbagai kelayakan akan diteruskan...
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
[Bangun]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
...Mengenai isu kelayakan kemasukan ke IPT melalui unified examination certificate...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ada lagi yang bangun Yang Berhormat. Pontian. Mana satu Yang Berhormat?
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Yang Berhormat PJ Utara dulu.
Kemudian baru Pontian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat PJ Utara. Yang Berhormat Pontian duduk dulu.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya fasal sistem meritokrasi ini. Selalunya kita dah kata meritokrasi ini bukan meritokrasi yang sebenarnya sebab kita ada dua laluan untuk masuk ke dalam universiti, STPM dan juga matrikulasi. Bagi pihak matrikulasi kebanyakan yang bukan bumiputera tidak dapat menggunakan laluan seperti itu.
Oleh sebab itu meritokrasi ini macam managed meritocracylah tetapi yang soalan yang lebih penting bagi masuk universiti mengikut sistem managed meritocracy macam ini bagi pilihan subjek mengikut pilihan fakulti, adakah ianya mengikut meritokrasi? Kalau saya pilih engineering, adakah bagi fakulti engineering juga menggunakan sistem yang sama?
Penuntut memilih course yang disukai atau digemari oleh dia atau pun selepas masuk universiti selepas itu satu black box.
Saya dapat masuk universiti dengan gred ini tetapi saya tidak tahu saya akan dihantar ke Universiti Malaysia Sabah atau UNIMAS atau pun Universiti Perlis dan lain-lain, apakah sistemnya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Pontian bangun lagi Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pengajian Tinggi - Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Selepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila jawab dulu.
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat, walaupun mungkin dianggap atau pun diandaikan sebagai managed meritocracy dan sebagainya dan mungkin menjejaskan peluang atau pun kemasukan kaum bukan bumiputera dan sebagainya tetapi dari segi rekod ia menunjukkan tidak sebegitu.
Kalau kita lihat permohonan dan tawaran mengikut kaum pada sesi akademik 2006/2007 kalau kita ambil kaum Cina yang memohon peratus yang berjaya ialah 63.3%.
Bagi tahun 2007/2008 peratus kaum Cina yang berjaya ialah 78.2%. Manakala bagi bumiputera 53% dan bagi India 51.5%. So, tidak ada apa yang dikatakan sebagai managed meritocracy dan sebagainya.
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Semua permohonan akan diuruskan melalui unit pusat universiti dan berasaskan kepada permohonan mereka, berasaskan universiti, berasaskan kepada kekosongan tempat maka mereka akan ditawarkan pengajian yang telah mereka minta. Yang Berhormat Pontian.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dari segi kemasukan pelajar ke universiti, benarkah komposisi sekarang ini ialah 65% siswi dan 35% siswa. Bukankah untuk jangka masa panjang komposisi ini mengkhuatirkan daripada segi keseimbangan gender untuk pimpinan negara dan hal-hal yang seumpamanya?
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat, seperti yang telah dikatakan kemasukan ini berdasarkan kepada meritokrasi. Soal sama ada ini perlu diberi perhatian dan diperbetulkan tentulah kita kena lihat daripada sumber, daripada mana pelajar itu datang.
Jadi maknanya kena diberi juga perhatian di peringkat sekolah menengah kerana di situlah yang akan tentukan. Kalau kita bimbang ramai yang berjaya ialah daripada golongan siswi atau wanita maka untuk mengimbanginya perlu juga perhatian diberikan di peringkat sekolah menegah. Jadi mungkin itu akan dapat mengatasi kebimbangan yang telah kita bangkitkan itu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kelayakan kemasukan ke IPT...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak yang bangun lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Buat masa ini kelayakan penuntut- penuntut untuk permohonan biasiswa JPA agak ramai. Saya juga percaya dan mendapat maklumat daripada ramai yang tercicir tidak mendapat peluang untuk biasiswa JPA dan juga beberapa biasiswa yang lain.
Jadi saya mahu tanya adakah kerajaan ada satu pelan tindakan susulan or fall back plan dengan izin, untuk mereka-mereka penuntut-penuntut yang cemerlang tetapi tercicir. Ramai di antara penuntut-penuntut yang saya jumpa tadi di kalangan mereka ada yang 12A tetapi tidak tersenarai dalam mereka-mereka yang berjaya. Adakah kerajaan ada apa-apa tindakan susulan untuk mereka-mereka yang tercicir kerana saya jangkakan terdapat ratusan mereka-mereka yang memperoleh 9, 10 dan 11, 12A ini? Mohon perhatian daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Soal biasiswa ini dikendalikan di bawah tanggungjawab JPA dan JPM. Seperti Yang Berhormat sedia maklum yang gagal itu ialah permohonan mendapat biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kerajaan menyediakan sebanyak 2,000 sahaja biasiswa walaupun kita sedar bahawa yang memohon ini ialah begitu ramai lebih kurang dekat 16 ribu orang yang memohon.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berjaya kerajaan memberi biasiswa kepada yang cemerlang untuk pelajar di dalam negara sebanyak 10 ribu tempat. Jadi mungkin yang kita baca di akhbar akhir-akhir ini ialah mereka tidak berjaya untuk ditaja mendapat biasiswa pergi ke luar negara tetapi mereka akan mendapat tawaran dalam negara dan juga diberikan biasiswa. Jadi itu kedudukan yang saya difahamkan oleh pihak JPA.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Menteri tadi belum beri penjelasan bagi bagaimana kos dan universiti dibahagikan kepada penuntut-penuntut...
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya dah cakap tadi tempat dan juga universiti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Minta berdialog ya, Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Serai duduk dulu, Yang Berhormat Kuala Krai yang bercakap.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya ingin merujuk kepada jawapan kepada Yang Berhormat Pontian tadi itu kerana isu mengenai gender ini selalu dibangkitkan. Kalau kita sudah memutuskan untuk mengambil meritokrasi sebagai cara kita dan ada disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi managed meritocracy dengan beberapa weightage diberikan contohnya isu bandar, luar bandar, miskin, kaya.
Akan tetapi dalam bab gender ini Tuan Yang di-Pertua saya rasa kita tidak boleh mengambil kriteria itu. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri setuju kalau ia sendiri menyatakan kelayakan masuk tidak boleh dipengaruhi oleh gender. Jadi bukannya passing the buck dengan izin, kepada pendidikan menegah iaitu di bawah kementerian yang lain.
Jadi saya harap dapat diperbetulkan persepsi ini supaya adik-adik kita yang di atas sana siswi perempuan tidak berasa gementar kalau mereka terhalang kerana gender mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri dah faham Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya dah kata bahawa sistem kita ialah sistem meritokrasi. Jika hendak memperbaiki keadaan itu tidak bolehlah hendak ubah sistem meritokrasi. Jadi kita lihat juga supaya usaha dilakukan supaya pelajar-pelajar kita di peringkat sekolah menegah dapat kita bantu untuk mereka mencapai kejayaan dalam peperiksaan-peperiksaan mereka supaya apabila mereka memohon kerana kita menggunakan asas meritokrasi maka mereka juga layak untuk dapat masuk ke dalam universiti.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Masih subjek, sikit saja.
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okeylah, last sekali.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey. Tadi Yang Berhormat sudah menjawab mengenai komposisi kaum di IPTA. Saya hendak tanya mengenai dengan pelajar-pelajar di IPTS sebab komposisi kaum ini penting kerana kita lihat di IPTS tidak seimbang dan ini menyukarkan penyusunan semula masyarakat yang ditargetkan dalam Dasar Ekonomi Baru dulu. Itu satu perkara.
Kita lihat jumlahnya begitu kecil manakala ijazah-ijazah yang dikeluarkan oleh IPTS ini diiktiraf oleh kerajaan. Mengapa pula sampai sekarang jumlah pelajar Melayu begitu sedikit di Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Jadi kalau di IPTA lain banyak kali diungkit masalah komposisi ini tapi di universiti ini kenapa masalah pelajar Melayu kurang? Adakah kerana masalah tahap kemasukan dari segi minimum qualification atau pun seumpamanya? Kalau dah ada dasar yang jumlahnya mesti cukup dengan peratus yang ditetapkan, mahu tidak mahu mereka kena terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Telok Intan sudah banyak kali berdiri. Lagi sekali Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah, cukup, cukup, kalau tidak habis today.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
It’s okay, very important lah.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Semua important.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kalau Yang Berhormat tidak ada masa, selalu tidak ada masa, tidak payahlah kita datang berbicara. Ini pengajian tinggi penting.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kita banyak lagi, nanti tidak habis berbanding pertanian.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
It’s important lah. What is this? No time all the time.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, kemungkinannya ialah mungkin pelajar bumiputera lebih suka untuk mohon masuk ke IPTA dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kedudukan pelajar bumiputera di dalam IPTA negara adalah dalam lingkungan 70%.
Keduanya, mungkin kerana IPTS, kos pembelajarannya adalah amat tinggi berbanding dengan kos yang dikenakan di IPTA kerana kita sedia maklum bahawa di IPTA, kos pembelajarannya di subsidi oleh kerajaan. Setiap tahun, kerajaan subsidi lebih kurang RM5 bilion untuk membiayai kos-kos supaya ia tidak mahal harganya. Manakala di IPTS, ia tidak sedemikian. Maka atas sebab itulah, kecenderungan pelajar bumiputera untuk memohon belajar memasuki IPTA. Dari segi angka sebenar, saya tidak ada di sini. Saya akan berikan kepada Yang Berhormat selepas daripada ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Semua sedikit. Tadi saya sudah cakap, mereka sudah duduk. Nanti, tidak payahlah Yang Berhormat.
Saya hendak pergi kepada Unified Examination Certificate. Satu perkara baru yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman, kementerian sememangnya menerima Unified Examination Certificate yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School, tetapi sebagai kelayakan untuk masuk ke IPTS. Ia tidak diterima sebagai kelayakan masuk ke IPTA, ke Kolej Tunku Abdul Rahman dan program-program IPTS yang di franchise daripada IPTA.
Memandangkan sistem pengajaran dan pembelajaran MICSS ataupun Malaysian Independent Chinese Secondary School ini tidak mengguna pakai dasar dan kurikulum Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Penilaian UEC ini tidak memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana penilaian dibuat oleh badan penilaiannya sendiri dan bukan mengguna pakai penilaian yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang berkaitan dengan...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
On this subject?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Ya, on this subject.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Batu Gajah. Oh bukan, Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Serdang. Soalan saya, sekiranya universiti- universiti tempatan boleh terima pelajar-pelajar daripada luar negara, mereka juga menerima satu pendidikan yang berbeza dengan dasar kita dalam negara ini.
Kenapa universiti-universiti tempatan boleh terima pelajar-pelajar daripada luar negara dan tidak boleh menerima pelajar-pelajar yang menerima pendidikan di dalam negara ini walaupun saya tahu, dasarnya dan peperiksaan adalah berbeza. Apakah perbezaan yang terbesar di antara dasar pendidikan di Chinese Independent School, dengan izin dan dengan sekolah menengah kebangsaan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya katakan sebentar tadi, kita benarkan tetapi di IPTS. Mereka boleh memasuki IPTS sebagaimana juga kita benarkan pelajar-pelajar daripada luar negara untuk memasuki IPTS, jadi tidak ada masalah.
Hanya untuk universiti awam, kita melihat kepada soal bahasa penghantarnya, kepada kurikulum yang digunakan oleh sekolah-sekolah ini dan juga oleh badan penilaiannya. Jadi ini isu yang sebenarnya yang membuatkan mereka, walaupun boleh masuk, dibenarkan untuk masuk IPTS tetapi tidak dibenarkan untuk digunakan masuk ke IPTA.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Bukankah itu benar bahawa IPTS- IPTS sekarang termasuklah Universiti Malaya dan lain-lain, sedang ada cadangan untuk membawa penuntut-penuntut dari luar negara juga dengan qualification yang lain dan juga Unified Examination ini diterima oleh universiti-universiti terkenal di seluruh dunia sebagai entrance exam yang boleh digunakan. Kenapa Malaysia yang ingin menjadikan satu world class education centre tidak menerima UEC ini?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Dia soal kurikulum yang tidak menggunakan. Sebagai sekolah dalam negara yang tidak menggunakan kurikulum kebangsaan dan juga badan penilaian yang bukannya daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya rasa soalan saya belum dijawab lagi.
Soalan saya ialah kenapa universiti-universiti tempatan boleh menerima pelajar daripada luar negara di mana penilaiannya juga berbeza?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Standard daripada luar negara yang juga dilihat oleh kerajaan. Atas sebab itulah kita terima dari segi Lembaga Peperiksaan yang membuat penilaian terhadap pelajar-pelajar daripada luar negara yang mengambil peperiksaan di negara-negara mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat PJ Utara, duduk dahulu Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kita terima dia punya penilaian dan dia punya tahap standard yang digunakan. Begitu jugalah kurikulum yang diajar di sana. Jadi, itulah yang asas yang digunakan oleh kerajaan, tetapi yang penting ialah kita juga benarkan dia untuk memasuki IPTS.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah Yang Berhormat. Kalau tidak tak habis. Itulah jawapan. Okeylah, daripada Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Mengenai Unified Examination. Oleh sebab universiti-universiti terkemuka di dunia pun ada mengiktiraf peperiksaan ini dan menerima pelajar-pelajar Unified Examination. Kenapa kita tidak rela untuk satu mindset yang baru?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dan bukankah satu sebab kenapa Malaysia tertinggal di belakang dalam aliran persaingan, competitiveness ialah oleh sebab mindset kita mengenai sistem pendidikan dan lain-lain sangat retrogresif dan tidak boleh bersaing dengan dunia. Oleh kerana universiti- universiti terkemuka dianggap sebagai top university, boleh menerima common unified examination, bukankah masa sudah sampai untuk kita pun berubah fikiran kita.
Adakah selepas pilihan raya besar baru-baru ini, menteri-menteri, MCA, Gerakan, MIC kata mereka, satu sebab mereka tidak berani untuk kemukakan isu-isu penting semacam perkara ini. Adakah isu-isu sekarang dikemukakan ke dalam Kabinet supaya menteri-menteri MCA, MIC, Gerakan bukan berlagak sebagai apa Lim Keng Yaik berkata, ‘beggar ministers’ - pengemis, takut untuk kemukakan isu-isu yang penting. Adakah sekarang perkara ini dibangkitkan semula untuk dikaji perkara ini?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Perkara ini bukan sahaja dibawa oleh pihak pembangkang, tetapi juga oleh wakil-wakil rakyat daripada kerajaan. Seperti yang telah kita katakan, ketika ini pelajar-pelajar daripada sini diterima dalam IPTS dan kita akan buat kajian melihat sejauh manakah ia sebenarnya diterima di tempat-tempat lain dan ketika itulah baru kerajaan akan membuat keputusan.
Okey, mengenai isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pindah, pindah perkara yang lain Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah, Chinese school lagi? Soal related Chinese school?
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, bukan. Saya hendak bertanya berkaitan dengan IPTS Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Baru-baru ini, pihak kementerian ada membekukan pengambilan pelajar-pelajar daripada luar negara kerana mereka menggunakan visa pelajar tetapi bekerja di sini dan menjalankan aktiviti lain berupa sindiket dadah dan sebagainya. Apakah tindakan kementerian? Adakah hanya membekukan universiti-universiti berkenaan, IPTS berkenaan tetapi membiarkan pelajar itu bermaharajalela di Malaysia ini? Itulah sahaja saya hendak minta.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, perkara itu ada dibangkitkan di dalam perbahasan. Saya akan menjawab bila sampai soal pelajar antarabangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang berkaitan dengan prestasi IPT, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Padang Serai.
Ingin saya jelaskan bahawa kerajaan tetap meneruskan usaha untuk meningkat dan memperkasakan taraf dan mutu universiti-universiti tempatan melalui pelan tindakan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara seperti yang telah dijawab semasa soalan lisan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Telok Intan bangun lagi Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Soalan saya mengenai prestasi institusi pengajian tinggi di Malaysia di negara kita ini adalah sudah sampai tahap yang begitu serius di mana mahasiswa, graduan- graduan dari universiti tempatan, dengan izin, are no more employable. Majikan-majikan tidak mahu mengambil mereka as first choice, dengan izin.
Jadi apakah sebab ini berlarutan sampai pada satu temu duga yang diadakan pada tahun lepas, seorang graduan dari universiti tempatan dalam satu soalan pengetahuan am mengenai apakah ibu kota negara Amerika Syarikat, dia jawab New York.
Begitu serius, bukan capital of America begitu penting tetapi apa telah berlaku di negara kita ini. Saya minta jawapan dan penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Ini mengenai soal pengangguran yang berlaku yang mempunyai kaitan dengan kompetensi siswazah seperti soal dari segi kemahiran dan juga personaliti yang mereka miliki seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Kementerian memang memberi pandangan yang serius terhadap berlakunya soal- soal dan kekurangan seperti ini dan untuk itu beberapa strategi dan juga langkah-langkah diambil oleh kementerian bagi menentukan soal kompetensi siswazah dapat dipertingkatkan. Ini supaya soal dengan sendirinya dapat mengatasi isu pengangguran yang sedang dihadapi oleh siswazah-siswazah dalam negara kita.
Antara strategi dan tindakan yang kita sedang lihat ialah supaya kita kaji penawaran kursus-kursus baru di IPT agar ianya relevan dan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga. Kita juga memastikan IPT memasukkan elemen yang menjadi pelengkap ilmu kepada siswazah seperti soal penguasaan teknologi maklumat, seperti soal keusahawanan dan sebagainya. Ia juga supaya mereka boleh berdikari dan mempertingkatkan juga kerjasama yang telah wujud antara pihak universiti dengan pihak industri dengan akademik, profesional, alumni dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, Dengan ini, dapat memberi maklum balas mengenai keperluan kursus pengajian di IPT dan tenaga kerja di sektor-sektor ekonomi. Kita juga menggesa IPT meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang penting tanpa meminggirkan bahasa Malaysia serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bagi memberi nilai tambah kepada siswazah. Itu antara usaha yang kita lakukan yang merupakan usaha yang akan dilakukan secara berterusan supaya kita dapat mengatasi isu-isu dan juga kelemahan yang sedang dihadapi oleh graduan-graduan dalam negara kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut The Times Higher Education Supplement 2006, sebanyak dua buah universiti iaitu Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia berada dalam kedudukan 200 universiti terbaik dunia. Namun mengikut..
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak ini.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Namun mengikut The Times Higher Education Supplement 2007, tiada universiti di Malaysia berada dalam senarai 200 terbaik dunia. Kementerian sedar mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan bagi memartabatkan pengajian tinggi negara melalui pelaksanaan pelan strategik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Pasir Salak dan Kuala Selangor bangun lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kuala Selangor dulu, kemudian Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Baik.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlalu banyak isu yang bersabitan dengan pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan kita telah mengadakan beberapa round perbincangan, discourse, wacana dan paling mutakhir disebutkan oleh sahabat saya daripada Kubang Kerian sebentar tadi.
Apa yang hendak saya tumpukan sedikit, kalau boleh bagaimana Yang Berhormat Menteri dapat perjelaskan khususnya dari segi mengangkat universiti-universiti tempatan.
Paling tidaknya dalam waktu terdekat, lima atau sepuluh tahun ke depan nanti, strategi yang lebih fokus untuk melahirkan top notch university yang pernah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Yang pernah jadi. Jadi kalau boleh kita, recommendation KSU Pendidikan untuk menambah baik terlalu panjang but along with the recommendation shot on this strategic effort ataupun the strategic objective ataupun strategic methodologynya. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik, Yang Berhormat, saya hendak tanya dengan...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Jelaskan dalam langkah-langkah yang jelas, bukan open-ended begitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sudah sampai masanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya pun hendak tanya dengan menteri, berapa lama lagi boleh habis ini? [Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kalau tidak kacau, cepat, dalam setengah jam boleh habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya hendak tahu berapa minit, lima minit, sepuluh minit?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
30 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
30 minit?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
30 minit, okey. Pertamanya...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak macam mana?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Selepas ini. Pertamanya, kita lihat kepada kelemahan-kelemahan kita dalam soal ranking yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education Supplement. Kita sedar bahawa faktor utama yang menyebabkan kejatuhan ini ialah markah sitasi, citation dan juga peer review dan untuk itu kita cuba memperbaiki melalui universiti kita supaya dapat dilihat kelemahan ini supaya ianya dapat memperkukuhkan kedudukan kita.
Kedua, apa yang kita sedang buat sekarang ialah rating the university. Iaitu memberi taraf ataupun penarafan mengikut kategori-kategori yang telah pun diputuskan antara universiti-universiti yang terdapat dalam negara kita supaya kita tahu kedudukannya sekarang. Tujuan kita lakukan penarafan dan tidak melakukan ranking kerana kita bertujuan untuk menambah baik universiti-universiti tersebut. Jadi kedudukannya sekarang di mana tahap universiti kita – apakah kualitinya, apakah mutunya dan sebagainya.
Ketiga, apa yang kita lakukan ialah melalui program APEX, Accelerated Program For Excellent di mana universiti-universiti yang bersedia akan mohon untuk menyertai program ini supaya mana yang berjaya, mereka akan berada pada landasan yang betul untuk dipertingkatkan kedudukan mereka.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini bergantung kepada perancangan mereka itu sendiri, universiti itu sendiri, apakah yang mereka hendak lakukan dan apakah bantuan sokongan yang boleh kerajaan berikan supaya mereka berada pada kedudukan APEX iaitu Accelerated Program For Excellent; di mana kita sekarang sedang membuat penilaian permohonan daripada tujuh universiti, IPTA dan IPTS untuk menyertai program ini. Namun, hanya satu ataupun dua sahaja yang akan dipilih untuk menyertai program ini supaya menjelang 2010, kita ada dua APEX University yang akan membantu kita dari segi ranking dan sebagainya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Penjelasan sedikit lagi..
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Cukuplah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit lagi, menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ingat cukuplah, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Pasir Salak.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Giliran saya pula. Yang Berhormat Menteri bagi saya?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ya, ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh, menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Teruskan. Yang Berhormat, tidak boleh dua orang sekali bercakap, Yang Berhormat.
Minta tolonglah ya. Pasir Salak, sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri menyebutkan tadi bahawa hendak meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sebagainya, hendak memperkenalkan kursus-kursus baru dan juga penekanan dari segi bahasa dan sebagainya.
Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh beri pertimbangan kepada pandangan dan cadangan saya iaitu mengambil kira keadaan sekarang di mana pelajar-pelajar universiti kebanyakannya belajar hanya untuk mendapatkan ijazah sebagai pasport untuk bekerja dan tidak boleh berusaha dan berdikari.
Kalau kita hendak mengadakan peluang pekerjaan banyak mana sekalipun, saya rasa tidak mungkin kita akan dapat adakan. Tidak ada satu kerajaan dalam dunia ini yang boleh sediakan peluang pekerjaan kepada setiap pelajar-pelajar yang keluar dari IPTA ataupun IPTS. Dengan sebab itu, sebahagian daripada pelajar perlu mempunyai keupayaan untuk berusaha sendiri. Dengan sebab itu, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diperkuatkan program ataupun kursus yang boleh membina keupayaan ini.
Pertamanya sekali dari segi kursus keusahawanan. Keusahawanan ini kalau boleh biarlah bersungguh-sungguh, jangan setakat dari segi teorinya tetapi juga dari segi praktikalnya supaya mereka itu keluar, boleh berusaha sendiri. Kalau sudah belajar dalam pelbagai bidang yang dipelajari sama ada business, sama ada agriculture ataupun bidang IT dan sebagainya.
Selain daripada itu saya juga ingin mencadangkan dalam keadaan dunia yang global ini di mana negeri China dan India merupakan dua economic giant dengan izin di mana kita boleh mendapat peluang bagi pelajar sama ada mendapatkan pekerjaan ataupun untuk keusahawanan di negeri tersebut. Saya mencadangkan supaya diperkenalkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit sahaja, one second, dengan izin. Diperkenalkan kursus bahasa Cina dan kursus bahasa India supaya pelajar- pelajar kita ini boleh pergi ke India dan China sama ada untuk bekerja ataupun untuk berniaga. Di sana ada peluang yang amat besar, kalau boleh dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat.
Perkara-perkara itu terutamanya mengenai keusahawanan memang sudah pun dimulakan dalam universiti dan mengenai perkara lain kita sambut baik pandangan daripada Yang Berhormat.
Mengenai isu pelantikan pengurusan tertinggi IPT yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian ingin dimaklumkan bahawa pelantikan pengurusan tertinggi universiti khususnya Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor adalah dilaksanakan oleh satu badan bebas yang dilantik oleh kerajaan yang dipanggil Jawatankuasa Pemilih. Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi.
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Asas pemilihan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti visi dan misi, kepimpinan dan pengurusan, pencapaian akademik, pengiktirafan, keperibadian unggul dan kemahiran komunikasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Hulu Selangor bangun, Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Calon-calon yang dikenal pasti akan ditemu duga dan dinilai berdasarkan kriteria tersebut dan prestasi semasa temu duga.
Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad - Hulu Selangor
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam keadaan ranking universiti kita di mata dunia di tempat ke 200 terbaik, adakah kita mampu menubuhkan Universiti APEX? Minta penjelasan.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya berkeyakinan kepada tenaga akademik yang terdapat dalam negara ini. Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Penjelasan.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Mengenai isu pelantikan dan kenaikan pangkat di kalangan IPT adalah dimaklumkan bahawa kerajaan mengamalkan meritokrasi dalam pelantikan dan kenaikan pangkat staf-staf akademik di institusi pengajian tinggi awam. Antara kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat termasuklah telah disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap kecemerlangan akademik, lulus semua penilaian tahap kecekapan dan diperakui oleh ketua perkhidmatan.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah membangkitkan dalam ucapan saya tentang pelantikan seorang profesor di UKM yang mendapat gaji sebanyak RM168,000 sebulan.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya mengalu-alukan pakar-pakar dari luar negara terutama rakyat Malaysia untuk kembali berkhidmat di Malaysia. Mengenai pelantikan Profesor Dr. Tan Hock Lim ia merupakan sebahagian daripada program brain gain yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Khidmat beliau di HUKM mampu memberikan suntikan semangat baru dan juga perkongsian ilmu perubatan dengan pakar-pakar tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu perpaduan...
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Nanti, saya hendak masuk. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Kementerian Pengajian Tinggi telah pun mengadakan satu pertemuan dengan pihak pengurusan UKM untuk isu ini? Ini adalah merupakan satu isu yang menjadi suatu kontroversi besar sekarang ini di UKM.
Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
Saya bersetuju kalau ada pakar-pakar daripada luar negeri yang kita ambil dengan gaji yang sebesar ini, tetapi saya difahamkan dia hanya seorang pakar kulit biasa sahaja bukan suatu yang luar biasa kepakarannya. Ini menjadi satu kontroversi besar di UKM.
Adakah Yang Berhormat Menteri sendiri telah turun sebagai menteri ataupun ada satu task force daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat kontroversi ini! Ini menjadi satu kontroversi yang sedang berlaku di UKM.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah faham.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sebenarnya isu ini dibawa oleh hanya beberapa tenaga akademik dan tidak pun disampaikan kepada pihak kementerian.
Seperti yang telah dikatakan bahawa pelantikan Profesor Dr. Tan Hock Lim ini telah pun melalui pelbagai pertimbangan yang mana termasuklah soal-soal untuk mengkaji dari segi cost analyst benefit apabila pelantikan dibuat terhadapnya. Pada masa yang sama selain daripada bertanggungjawab apa yang beliau perlu lakukan dan sebagainya beliau juga telah memainkan peranan untuk membuat beberapa khidmat yang diperlukan oleh pihak universiti dan kerajaan.
Antara khidmatnya ialah menyelaras reka bentuk dan mengubahsuai empat buah bilik pembedahan bersepadu di UKM dan juga kita telah minta supaya membantu mereka bentuk bilik pembedahan bersepadu di Universiti Malaysia dan juga Universiti Sains Malaysia, membantu untuk membangunkan sebuah makmal kepakaran pembedahan yang canggih, membantu membangunkan perkhidmatan pembedahan pediatric menjadi pusat kecemerlangan serantau yang ulung dan sebagainya, membantu bersama-sama mempromosikan pusat kepakaran UKM sebagai hab pelancongan perubatan dan sebagainya.
Ini adalah antara khidmat daripada beliau yang kita minta, yang kita rasakan atas sebab itulah beliau telah diambil dan atas sebab itulah ganjaran diberikan kepadanya.
Memanglah mungkin ada yang tidak berpuas hati mengenai perkara itu. Saya memberi jaminan kementerian akan merujuk kepada UKM untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai ketidakpuasan jika ada dan jika benar daripada kalangan kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini last dan selepas itu saya hendak gulung.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa beginilah, apabila kita buat satu keputusan mesti ada akauntabiliti.
Maknanya apabila kita sudah sanggup untuk membuat keputusan untuk mengambil seorang tenaga pengajar yang kita katakan mempunyai kemampuan dan kelebihan sehingga sanggup membayar gaji RM160,000 lebih sebulan maka kita mesti lihat natijahnya.
Sekiranya tidak ada natijah selepas enam bulan ataupun setahun di mana ranking universiti sama ada UKM ataupun universiti-universiti yang lain yang disebutkan tadi yang mana beliau digunakan untuk memberikan perkhidmatan. Sekiranya tidak ada peningkatan dari segi ranking maka siapakah yang akan bertanggungjawab atas keputusan itu kerana sudah jelas bahawa ia merupakan satu keputusan yang meleset dan tidak tepat. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, saya boleh bersetuju jika apabila kita melantik pakar ini kita meletakkan KPI supaya ia dapat memenuhi keputusan kita untuk melantiknya tetapi saya tidak bersetuju jika pelantikan itu adalah semata-mata untuk membantu ranking.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tidak mungkin hanya seorang sahaja ini yang kita anggap boleh membawa kejayaan untuk memperbaiki kedudukan ranking Universiti Kebangsaan. Jadi, dari segi KPI bagi pakar ini saya akan lihat balik apa yang telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Menteri, kita boleh berpindah ke perkara lain.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ya. Jadi, saya ingat cukuplah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Berhubung dengan itu kalau bersetuju dengan KPI itu maka kena beritahulah apa KPInya. Di antara KPI yang terpenting ialah rankingnya.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya bersetuju dan kita akan balik ke UKM untuk mendapatkan itu.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan isu yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Sekijang yang ingin mendapat maklumat mengenai soal penyalahgunaan visa pengajian di kalangan pelajar antarabangsa berlaku kerana mereka mendapat pekerjaan dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sememangnya telah mewujudkan mekanisme pemantauan melalui penguatkuasaan dan inspectorate di samping menentukan supaya isu-isu yang dibawa oleh pelajar-pelajar antarabangsa ini akan dapat kita tangani dengan berkesan dan juga baik.
Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan membenarkan pelajar antarabangsa untuk bekerja selama 20 jam maksimum seminggu tetapi sewaktu cuti semester yang panjang iaitu lebih daripada seminggu dan sektor-sektor yang dibenarkan untuk mereka bekerja adalah dalam sektor restoran, stesen minyak, pasar raya dan juga hotel. Lain-lain tidak dibenarkan dan itu pun tertakluk kepada 20 jam maksimum seminggu.
Mengenai pelajar-pelajar antarabangsa sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang salah khususnya dalam soal pengedaran dadah dan sebagainya, jika ada maklumat kita akan sampaikan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Setakat itu sahajalah perkara-perkara yang ingin jelaskan mengenai kementerian saya. Saya sedia maklumkan banyak perkara yang tidak dapat dinyatakan pada hari ini.
Namun demikian, saya tetap pastikan isu mengenai pengajian tinggi yang dibangkitkan dan saranan yang dicadangkan itu akan diberikan perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil. Sekian.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, masa sudah habis Yang Berhormat bagi Sungai Siput. Sudah habis. Saya menjemput Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sila Yang Berhormat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, seramai 25 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan hal-hal yang berkaitan dengan pertanian dan bagi pihak kementerian saya merakamkan setinggi Ahli Yang Berhormat kepada kerajaan dan pembangkang kerana telah memberi beberapa teguran dan cadangan.
Insya-Allah kami akan memberikan perhatian. Mana yang membina akan kami laksanakan, mana yang perlu kaji, kami kaji. Mana yang tidak dapat, tidak dapatlah dilaksanakan. Minta maaf.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini akan mengambil kesempatan memberi penerangan penjelasan tentang beberapa isu yang dibangkitkan. Ada di antara isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun diambil tindakan oleh kerajaan. Maka kalau sudah ambil tindakan, saya tidak ambil masa panjang untuk menjawab kerana kita sudah pun membuat keputusan dan sedang laksanakan. Hal-hal lain insya-Allah saya akan beri penjelasan lanjut.
Tuan Yang di-Pertua, ada 12 isu yang dibangkitkan. Saya akan pergi satu persatu. 12 isu ini dibangkitkan adalah isu utama. Saya kumpulkan isu-isu ini dalam 12 kelompok. Yang pertamanya ialah berkaitan Dasar Jaminan Makanan Negara ataupun food security yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Papar, Rembau, Permatang Pauh dan Pokok Sena.
Saya ingin maklumkan bahawa ini satu perkara yang penting dan tiga empat tahun yang lalu, Perdana Menteri kita sudah pun menyatakan bahawa pertanian akan diberi nafas baru dan ia dijadikan sebagai enjin pertumbuhan yang ketiga bagi negara. Maka penekanan sewajarnya telah pun diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana pertanian diberikan satu penekanan yang begitu tinggi dan kita merasa amat bersyukur dengan penekanan itu.
Maka beberapa langkah sedang dilaksanakan untuk menjamin makanan negara mencukupi. Walau bagaimanapun krisis yang melanda baru-baru ini seluruh dunia, kita amat peka keperluan untuk bertindak tegas dan cepat. Maka kerajaan sudah bersetuju dan pada 2hb Mei yang lalu saya sudah pun mengumumkan Dasar Jaminan Makanan Negara .
Dasar ini adalah untuk menambah bekalan makanan supaya kita dapat mengurangkan pergantungan yang terlalu tinggi kepada negara asing. Ia meliputi empat tanaman utama yang penting sekali padi. Yang kedua sayur-sayuran. Yang ketiga ikan.
Yang keempat ialah daging khususnya daging lembu dan daging kambing. Ciri-ciri utama dasar ini ialah untuk menambah pengeluaran empat barang utama.
Ini merupakan penekanan yang kita berikan iaitu padi, sayuran, ikan, kambing dan lembu. Untuk ini kerajaan telah memperuntukkan RM2.5 bilion daripada RM4 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri. RM2.5 bilion telah diperuntukkan, tetapi isunya sekarang ialah pelaksanaan. Dasar sudah diumumkan dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Bintulu, Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang membangkitkan tentang pelaksanaan dasar-dasar ini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta laluan.
Dato' Mustapa bin Mohamed
Dasar sudah diumumkan dan kita akan pastikan bahawa ia dilaksanakan supaya kita akan dapat menambah pengeluaran makanan negara.
Bagi padi, pada masa ini kita cuma mengeluarkan 70% daripada keluaran beras negara, sayuran 89%, kambing 38%, lembu 23-24% dan ikan kira-kira 90%. Jadi matlamat kita ialah untuk menambah bekalan untuk empat jenis barangan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Kota Melaka bangun Yang Berhormat.
Dato' Mustapa bin Mohamed
Ini merupakan teras utama dasar makanan negara. Sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang daging lembu dan kambing. Apakah terjadi kepada daging khinzir dan ayam? Adakah ia juga akan ditambahkan?
Dato' Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, ayam kita keluar melebihi keperluan, khinzir pun begitu juga. Maka ia tidak termasuk dalam dasar jaminan makanan negara. Empat fokus tumpuan utama. Ayam dan khinzir kita keluarkan kira-kira 120% lebih daripada keperluan negara kita, melebihi 20% daripada keperluan negara.
Dato' Mustapa bin Mohamed
Jadi itulah jawapan ringkas, kerana saya sebut tadi sudah pun dibangkitkan oleh empat Ahli Yang Berhormat dan sudah pun dibuat keputusan pada 2 Mei. Cuma saya harap Ahli Yang Berhormat akan memantau setakat mana dasar-dasar ini dilaksanakan dan saya amat menghargai pandangan-pandangan membina untuk membantu kerajaan dalam memastikan ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato' Mustapa bin Mohamed
Yang Berhormat bagi Pokok Sena dan Yang Berhormat bagi Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Pokok Sena dahulu selepas itu Yang Berhormat bagi Pasir Mas.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya dahulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat dahulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya dahulu ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas beberapa pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan cara mengatasi masalah-masalah semasa dan jangka panjang ini.
Cuma bagi saya di sini isu yang berbangkit sebelum ini bukan sahaja dari sudut bekalan, tetapi juga dari sudut harga yang tidak menentu yang di peringkat pengguna. Jadi ini yang perlu dilihat oleh kerajaan. Jadi saya hendak minta penjelasan. Apa langkah- langkah hendak memastikan pengawalan. Kami boleh tengok dan report tetapi tidak ada penguatkuasaan yang boleh kami ambil tindakan.
Macam saya bangkitkan bahawa ada perubahan gred...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, saya ingat Menteri sudah faham Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
...Dan sebagainya yang dibuat ke atas beras-beras yang telah ditentukan sebelum itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Menteri boleh minta Yang Berhormat bagi Pasir Mas sekali.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi dan persoalan sekarang ialah pelaksanaan dan tanggungjawab menambah keperluan makanan ini termasuk padi terutamanya dan lain-lain tanaman bergantung banyak kepada agensi yang sudah wujud seperti MADA, KADA dan seumpamanya.
Peruntukan lebih daripada mencukupi. Apakah Yang Berhormat sedar agensi- agensi akan dikaji semula peranan agensi ini pelaksanaannya sebab kita tengok banyak program-programnya membazir, itu nombor satu. Pembaziran ini kerana banyak aktiviti yang tidak ada kaitan. Seperti contoh KADA di Kelantan. Tanam serai, serai tidak jadi.
Tanam ubi kayu, ubi kayu tidak jadi.
Apakah Yang Berhormat sedar benih padi dulu... sebab itu banyak tanah terbiar Tuan Yang di-Pertua di Kelantan terutamanya. Benih pada dahulu pesawah-pesawah boleh beli terus dengan Jabatan Pertanian dengan RM20 sekilo. Sekarang ini petani-petani kena beli dengan KADA. KADA beli dengan Jabatan Pertanian, kemudian jual kepada petani dengan harga RM28. KADA ambil untung RM8.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi sebab itulah penanam-penanam padi tengok industri ini tidak menguntungkan mereka. Jadi persoalannya peranan agensi itu sendiri. Apakah Yang Berhormat cadang macam KADA hendak revamp balik, hendak susun semula dan tenaga pekerja yang tidak begitu produktif dan kadang-kadang banyak juga bermain politik dalam agensi yang saya maksudkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato' Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan lebih besar, peranan pun lebih banyak dan kita menghadapi keadaan yang agak serius. Maka sudah tentulah agensi-agensi perlu di perkasa. Perlu dilihat semua peranan, perlu ditingkatkan keberkesanan, dan proses ini sudah pun bermula.
Itu sebabnya saya kata, oleh kerana dasar sudah diumumkan, maka saya mohon kerjasama Ahli Yang Berhormat supaya memberi pandangan dan maklum balas jika ada perkara-perkara yang dirasakan tidak dapat mencapai matlamat tersebut. Saya ingin memberi jaminan di sini bahawa agensi-agensi dan peranan mereka sedang dilihat semula dalam konteks yang lebih besar...
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunggu Yang Berhormat, Menteri belum jawab habis soalan.
Dato' Mustapa bin Mohamed
...Dan saya termasuklah dakwaan pembaziran, mengenai benih padi tadi, insya-Allah ini akan diambil perhatian.
Berkenaan dengan Yang Berhormat bagi Pokok Sena, ya kita bercakap tentang bekalan, tetapi apabila bekalan bertambah kita harap harga juga akan turut serta dalam erti kata ia akan lebih stabil. Kalau kita hendak kawal semua harga dalam negara ini Soviet system dengan izin, sudah jatuh menurun sudah tidak ada. Di Cuba pun masalah, Eastern Europe sudah tidak ada.
Jadi kita tidak boleh sustain, dengan izin kawalan-kawalan ini. Maka kerajaan membuat keputusan kita kawal barangan-barangan perlu seperti beras tempatan yang saya akan pergi sekejap lagi. Kalau hendak kawal semua, maka kerajaan akan belanja lebih banyak lagi. Yang Berhormat hendak jalan, hendak elektrik, hendak bangunkan kawasan tertentu.
Maka itu kita tidak mampu hendak kawal semua harga, kerana kalau kita kawal ada dua pilihan. Yang pertama, kerajaan bagi subsidi ataupun peniaga rugi. Peniaga tidak mahu rugi, dia meniaga. Buat apa dia hendak subsidi orang ramai, dia meniaga. Kerajaan, kita lihat kepada kemampuan dan kerajaan sudah membuat keputusan bahawa barangan- barangan perlu yang digunakan khususnya oleh masyarakat berpendapatan rendah, maka kita akan teruskan subsidi, itu dasar kita. Jadi itu yang pertama.
Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Cerita yang mana? Perkara yang sama?
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Pendek sahaja.
Dato’ Mustapa Mohamed
Saya bercakap dahulu. Okey, last.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Antara perkara yang disentuh sehari dua ini ialah cadangan beberapa bijak pandai kita termasuk institut kajian yang ada dalam negara kita ini, supaya rakyat Malaysia mengubah cara makan iaitu mengubah pemakanan daripada benda yang payah dapat macam beras dan nasi kepada benda-benda lain.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Apakah ini juga termasuk dalam pertimbangan kementerian ataupun ini seolah- olah kita menyusahkan rakyat bukan kerana masalah dia, bukan masalah beras atau nasi ini satu benda yang tidak sihat, tetapi kerana bekalan tidak ada yang berpunca dari perkara- perkara yang boleh kita elakkan. Jadi adakah kementerian bersetuju dengan cadangan pemikir-pemikir kita supaya habit makanan kita ini ditukar.
Dato’ Mustapa Mohamed
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai, memang pihak ISIS telah membuat cadangan kepada kerajaan dan kementerian kita akan pertimbangkan cadangan ini berdasarkan tiga pertimbangan.
Yang pertama, penerimaan rakyat sama ada boleh atau tidak makan ubi keledek, ubi kayu, itu penting Yang Berhormat Kuala Krai boleh atau tidak, kita akan tanya Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang kedua dari segi kos pengeluarannya sama ada kos hendak keluar keledek itu lebih murah daripada padi.
Yang ketiganya bekalan mencukupi. Itu tiga pertimbangan yang digunakan dan insya-Allah kita juga akan mengkaji cita rasa pengguna, kalau dia tidak mahu, maka tidak bolehlah kita teruskan. Jadi saya kira..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi Pokok Sena.
Dato’ Mustapa Mohamed
Itu yang pertama, saya ada dua belas perkara banyak lagi.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Pasal bekalan penyertaan...
Dato’ Mustapa Mohamed
Ada, ada banyak ni. Mungkin akan saya sentuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dia akan sentuh Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Baru satu, ada sebelas lagi. Insya-Allah.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Penyertaan, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dia tidak beri jalan Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, tadi dasar jaminan makanan.
Yang kedua, isu-isu padi dan beras, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Duduk Pokok Sena. Padi dan beras ini banyak dibangkitkan. Yang pertama saya hendak maklumkan bahawa keputusan telah dibuat oleh kerajaan dan Ahli Yang Berhormat Arau dan Rantau Panjang buat cadangan supaya kerajaan kawal juga jenis beras tempatan lain.
Sekarang ini yang ditawar cuma 15%, Yang Berhormat Arau dan Rantau Panjang buat cadangan, kerajaan kawal juga 5%-10% tempatan. Saya ingin maklumkan pada 12 Mei, hari Isnin lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun membuat pengumuman bahawa kita akan kawal juga beras tempatan jenis 5%-10%, dia tidak bangkit, sudah selesai. Tidak payah saya jawab yang itu.
Isu-isu lain, tadi Yang Berhormat Pokok Sena bangkitkan tukar gred BERNAS dan lain-lain. Ini kita ambil tindakan tegas, tidak guna Yang Berhormat Pokok Sena cakap sahaja, sebagai seorang yang bertanggungjawab kena bagi bukti di mana dan setakat ini kita sudah ambil tindakan terhadap lima peniaga yang buat perangai seperti Yang Berhormat Pokok Sena sebutkan dalam Dewan ini. Jadi saya mahu Yang Berhormat jangan cakap kosong, cakap biar ada substance dengan izin, berisi macam kami semua di sini. [Tepuk] Kalau ada kes-kes tertentu, maka kita bagi jaminan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, siapa sahaja, tidak kenal bulu siapa yang melakukan kerja yang tidak beretika ini, maka kita akan ambil tindakan tegas dan sudah pun tindakan diambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada kes tertentu yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Saya ucap terima kasih ambil tindakan tegas, itu fasal saya bangkit kalau tidak, tidak mungkin ambil tindakan. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya cadangan Yang Berhormat Arau dan Rantau Panjang mengenai MARDI supaya mainkan peranan yang lebih proaktif untuk menyediakan benih padi. Ini merupakan salah satu peranan MARDI, ini penting. MARDI mengeluarkan apa yang kita panggil benih asas, daripada situ dia keluarkan benih lebih 200 metrik tan, dikeluarkan setiap tahun dan ini menjadikan lebih 70,000 tan setahun benih yang dikeluarkan seluruh negara, maka insya-Allah MARDI akan terus memainkan peranannya untuk mengeluarkan benih.
Tuan Yang di-Pertua, juga dibangkitkan tentang kekurangan bekalan dan kenaikan harga beras, saya sudah jawab tadi, iaitu kerajaan sudah buat pengumuman dan keputusan pada hari Isnin lalu untuk membeli beras siap dari Thailand untuk menambah, dengan izin stockpile kita. Jadi kita sudah setuju untuk membeli 200,000 metrik tan, 100,000 grednya 5%, 100,00 lagi ialah 15% dan dalam masa dua minggu ini kita akan menerima penghantaran pertama 50,000 metrik tan 15% dan ini akan meredakan keadaan bekalan pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak bagi jalan.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan soal bekalan, berkaitan dengan stockpile, saya ada kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar kalau tidak silap saya Harian Metro.
Saya baca kenyataan Dato’ ini, bahawa 200,000 metrik tan beras yang akan dibawa masuk dan akan meningkatkan stok beras negara kita dan stok padi yang sedia ada sebanyak 464,000 tan. Cuma saya faham, dari segi stockpile dia mesti dalam bentuk beras bukan dalam bentuk padi, itu satu. Sebab kalau ikut laporan ini, dia bersekali dengan stok padi tetapi bagi saya, yang saya faham bahawa stockpile dia mesti dalam bentuk beras.
Yang kedua, saya faham bahawa mesti ada perbezaan antara current stock dengan stockpile. Stockpile ialah stok yang disimpan dalam tempoh tiga bulan kalau selepas itu baru bawa masuk yang baru, barulah dikeluarkan, bukan current stock, bukan stok semasa yang sentiasa ada jualan dan sebagainya. Jadi, saya minta penjelasan apakah ini termasuk stok padi dan juga stok semasa bukan stockpile yang sebenarnya, seperti mana yang diamalkan sebelum ini.
Dato’ Mustapa Mohamed
Baik. Yang Berhormat Pokok Sena, Tuan Yang di- Pertua. Ada dua terminologi, satu stok dan satu lagi stockpile. Stok ini kita simpanlah, stockpile ini dalam konteks negara kita, kita rujuk kepada nasional stockpile, stockpile negara.
Stockpile negara ikut undang-undang, peraturan simpanan BERNAS 92,000 metrik tan, itu stockpile. Apa Yang Berhormat baca kenyataan tadi, itu berkaitan dengan stok, stok yang mengandungi tiga elemen. Yang pertama ialah nasional stockpile, iaitu stockpile negara. Yang kedua ialah stok beras yang berada di BERNAS dan kilang-kilang dan ketiga stok padi yang boleh dikisar menjadi beras dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Jadi kenyataan Yang Berhormat baca tadi merujuk kepada tiga elemen dan beras ini tidak boleh simpan lama. Kalau lebih tiga bulan akan dimakan bubuk. Jadi kalau kita beli setahun untuk keperluan, habis rosak, habislah duit rakyat. Kalau kerajaan hendak beli stok kita belanja berbilion, beratus juta ringgit lebih tiga bulan kena hapus kira, kerajaan rugi. Itu antara lainnya kenapa stok tidak boleh lama-lama. Beras ini, itu dia punya characteristicnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak bagi jalan Yang Berhormat Kepong dan Pasir Mas.
Dato’ Mustapa Mohamed
Selepas ini saya laju-laju sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak bagi siapa?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Memang saya setuju beras kita tidak boleh simpan lama-lama. Walau bagaimanapun, semalam Yang Berhormat mengumumkan bahawa walaupun pihak Thailand menaikkan harga, tetapi kita masih membeli 200,000 tan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan berapa harganya kita beli sama ada satu kilo kita bayar lebih USD1,000.
Dato’ Mustapa Mohamed
Saya tidak dapat – ini atas pertimbangan perniagaanlah, ini atas request, dengan izin pihak sebelah sana, mereka mohonlah kita jangan umumkan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Mustapa Mohamed
Cuma saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa harga tadi lebih rendah daripada harga pasaran. Ia lebih rendah, jadi menguntungkan negara kita. Saya ucapkan terima kasih jadi harga sebenar kalau kita cerita nanti heboh seluruh dunia, maka ramai yang marah kepada dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak bagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai pengedaran beras ini oleh BERNAS, di mana wholesalernya sekarang ini diberi kepada CBU dan dinamakan Edaran Beras Nasional, di mana terdapat 120 syarikat kalau tidak silap saya dan daripada 120 ini hanya dua usahawan bumiputera sahaja.
Dahulu ada satu syarikat bumiputera yang sama dengan CBU yang asalnya, iaitu Formula Timur Sendirian Berhad yang akhirnya dimatikan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, saya percaya kepada peranan sorok ini dan 120 ini, mereka diberi kredit line oleh BERNAS begitu tinggi sekali dan membuat keuntungan yang cukup besar. Apakah Yang Berhormat bercadang untuk membuat penyiasatan rapi mengenai dengan peranan Edaran Beras Nasional di bawah BERNAS ini?
Dato' Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kita akan siasat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan supaya Sarawak dijadikan jelapang padi ini pun sudah dibuat keputusan. Jadi tak payah saya jawablah. Ahli Yang Berhormat Batang Sadong dan lain-lain yang membangkitkan perkara ini, saya tak payah menjawab kerana sudah pun dibuat keputusan oleh kerajaan. Berkaitan dengan penanaman padi secara moden, ini pun sudah kita laksanakan cuma perlu diperkasakan, diperhebat lagi.
Tak cukup. Di MADA ada mini estet kira-kira 150 mini estet.
Di KADA ada 100 mini estet umpamanya...
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
...Sudah pun ada dan begitu juga apa yang dipanggil precision farming dengan izin, di mana digunakan teknik-teknik terbaik dan terkini. Maka dengan itu, kita harap dapat meningkatkan lagi pengeluaran padi di negara kita.
Jadi satu lagi perkara berkaitan dengan perkara ini ialah projek 10 tan metrik. Pada masa ini lebih 40,000 hektar sedang kita tanam melalui projek 10 tan metrik tapi kejayaannya tidaklah sampai 10 tan metrik lagi dengan izin, its still a quit long way lagi, cuma sekarang ini sekitar lima, enam tan metrik. Yang lebih enam tan metrik itu cuma peratusan kecil sahaja. Jadi dengan penekanan baru daripada kerajaan kita akan pastikan bahawa kita dapat meningkatkan lagi pengeluaran beras melalui pertambahan hasil.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Dato' Mustapa Mohamed
...Saya mohon izin untuk teruskan. Lepas itu hujung- hujung saya akan jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia bagi lepas ini Yang Berhormat.
Dato' Mustapa Mohamed
...Hujung-hujung ya. Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan tentang peranan beras. Ini pun saya sudah jawab apabila usul Yang Berhormat Kubang Kerian dibentangkan dalam Dewan ini.
Mengambil kira pandangan Yang Berhormat, pihak EPU sekarang ini sedang menjalankan kajian tentang keberkesanan Bernas dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya. Bernas ada dua tanggungjawab. Satu ialah untuk memastikan bekalan beras mencukupi dan harga berpatutan. Yang kedua menunaikan tanggungjawab sosialnya. Ini dua tanggungjawab utama dan sekarang ini pihak EPU sedang menjalankan kajian. Maka saya tak mahu ulang apa yang telah pun saya sebut dalam negara kita.
Mengenai stok beras yang dibangkitkan Yang Berhormat Batu Pahat, tadi Yang Berhormat Pokok Sena saya sudah jawab. Dibangkitkan juga stok beras ini oleh Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Taiping. Jadi saya tak mahu ulang apa yang sebutkan tadi. Yang Berhormat Batang Sadong saya sudah sebut tadi mengenai Sarawak telah diumumkan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Arau menyebut tentang pertanian padi secara moden, telah pun saya selesaikan tadi...
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
...Jadi itu isu yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Yang Berhormat Jasin yang mahu variety yang terbaik untuk meningkatkan hasil padi, saya ingin maklumkan pada masa ini 70% penanam padi menggunakan jenis MR219. Ini merupakan yang paling popular tapi seperti celahan apabila Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berucap tadi mengenai padi hibrid, pihak MARDI sekarang ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan kajian bersama-sama pihak negara China.
Kita berharap menjelang tahun 2010, kerajaan akan dapat memperkenalkan dengan izin, hybrid rice daripada negara China ini. Dan kita bercadang oleh kerana MADA mempunyai sistem pengairan yang terbaik di negara kita, jika berjaya beberapa penyelidikan yang dibuat, maka padi jenis baru hibrid yang sedang dibangunkan oleh MARDI bersama-sama dengan profesor dari negara China ini, kita harap dapat diperkenalkan di kawasan MADA.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalankah Yang Berhormat?
Dato' Mustapa Mohamed
Boleh sedikit.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh ya.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Tuan Yang di-Pertua, Pasir Puteh ialah kawasan pertanian. Pada tiga tahun yang lalu Perdana Menteri telah merasmikan satu... disebut sebagai Baloh Negara. Jadi apa yang kita lihat sekarang ini bahawa Baloh Negara itu masih lagi nampak seperti tanah terbiar di situ.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
Jadi saya memerlukan satu penjelasan dari pihak Yang Berhormat, bagaimana boleh terjadi dan apakah peranan KADA khususnya ialah mengenai pertanian di Pasir Puteh? Terima kasih.
Dato' Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Baloh Negara ini belum lagi tercapai. Itu hasrat dan saya tahu ada banyak isu dan masalah yang perlu diselesaikan. Dibangkitkan juga mengenai KADA oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi dalam perbahasan. Maka saya tahu bahawa banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi saya memberi jaminan memandangkan penekanan baru kerajaan terhadap sektor pertanian khususnya padi maka kita akan melaksanakan secara lebih gigih usaha-usaha ini.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
Dua tindakan yang boleh kita lakukan. Yang pertama dengan memperbaiki kawasan sedia ada di mana Pasir Puteh ini sudah ada kawasan ini.
Jadi perlu kerja-kerja pemulihan. Satu lagi kawasan baru.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
Jadi ini dua cara yang kita lakukan untuk tambah pengeluaran padi iaitu di kawasan yang sedia ada dan kawasan yang baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak, Pasir Salak
Dato' Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Gombak, lepas itu saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak nampak agaknya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah, saya sudah nyatakan Pasir Salak tadi Yang Berhormat, tapi dia bagi Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Menteri, saya kira Yang Berhormat Menteri tampil semula dalam Dewan rakyat mengulangi jawapan yang sama, iaitu kerajaan ingin mengkaji keberkesanan peranan Bernas.
Sebenarnya jawapan ini telah pun diberikan ketika kita membahaskan usul daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Lanjutan daripada itu saya mencadangkan beberapa tindakan yang lebih proaktif. Bukan sekadar mengkaji semula keberkesanan Bernas kerana kita kira setelah puluhan tahun Bernas gagal menjalankan tanggungjawabnya.
Pertama, saya ada membahaskan pada hari itu, iaitu meningkatkan produktiviti tanaman padi di negara kita dengan membantu pesawah-pesawah ini melalui pembekalan jentera berteknologi tinggi, dengan menggalakkan syarikat-syarikat GLC membantu menyediakan peralatan tersebut dan menyewanya ataupun lease, memajak kepada pesawah-pesawah berkenaan, supaya tidak kita bebankan kepada mereka untuk memiliki jentera ini bagi meningkatkan produktiviti. Akan tetapi ini nampaknya tercicir daripada jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang kedua, saya juga mencadangkan supaya satu tindakan yang paling proaktif iaitu dengan mencari syarikat-syarikat di luar negara yang membekalkan beras supaya kita boleh mengambil pendekatan yang pernah dilakukan satu ketika dahulu melalui pendekatan down rate iaitu kita membeli syarikat-syarikat ini ketika pasaran ekuiti sekarang sedang berada di tahap yang rendah. Apakah ini tidak difikirkan oleh Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan, sebagai langkah jangka panjang untuk menangani masalah bekalan makanan dalam negara kita? Terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Belum bagi jalan Yang Berhormat.
Dato' Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Ringkas sahaja. Yang pertama, memang kita sudah pun mengadakan beberapa perbincangan mengenai apa yang dipanggil dengan izin, cross border investment. Kita hendak usahawan kita keluar negara untuk keperluan makanan negara.
Kalau kita lihat kepada minyak kelapa sawit ini sudah pun berlaku. Kira-kira 30% daripada keluasan kelapa sawit di Indonesia umpamanya, dimiliki oleh rakyat negara kita.
Dan sudah pun ada beberapa perbincangan di peringkat preliminary dengan Indonesia dalam bidang ternakan haiwan dan lain-lain. Sekarang ini kita perlu pula memulakan usaha dengan izin, cross border investment ini dalam bidang penanaman padi, seperti yang disebut Yang Berhormat Gombak tentang down rate tadi.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
Mengenai GLC, membeli mesin dan lease kepada petani saya hendak maklumkan bahawa memang GLC telah pun diarahkan untuk membantu menanam padi. Yang keduanya saya hendak maklumkan di sini bahawa di bawah universiti baru yang diumumkan oleh kerajaan, RM89 juta disediakan oleh kerajaan untuk mekanisasi ladang dan ini adalah bertepatan dengan cadangan Yang Berhormat tadi.
Maknanya kerajaan sudah pun mendahului Yang Berhormat. Kita sudah membuat keputusan untuk membeli mesin-mesin untuk petani RM89 juta. Ini sudah pasti tidak mencukupi untuk membeli segala keperluan, dan saya yakin ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh petani.
Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak hendak bagi Yang Berhormat Pasir Salak?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pasir Salak sedikit ya. Hendak tumpang tanya.
Dato' Mustapa Mohamed
Okey, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh tanya Yang Berhormat Menteri tidak, tentang usahawan tani ataupun kemudian?
Dato' Mustapa Mohamed
Ada, ada. Baru dua. Yang ketiga Tuan Yang di- Pertua. Insya-Allah Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Minta laluan Kuala Kedah.
Dato' Mustapa Mohamed
Ada lepas ini ya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berhubung usahawan tani kemudian ya.
Dato' Mustapa Mohamed
Itu yang kedua. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan input pertanian. Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Pendang membangkitkan tentang kenaikan input pertanian.
Dato' Mustapa bin Mohamed
Ini juga saya hendak maklumkan bahawa kita pun sudah buat keputusan. Tak payahlah saya buat penjelasan panjang lebar...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
...Saya hendak maklumkan bahawa pada 2 Mei kita telah mengumumkan peruntukan RM513 juta untuk meringankan beban yang ditanggung oleh petani akibat kenaikan kos input pertanian. Ia akan dimulakan mungkin pada pertengahan bulan Jun kita sedang merangka kaedah-kaedah, peraturan dan syarat- syaratnya. Saya ingin memberikan pecahan untuk membantu petani-petani ini. Untuk racun dan juga input pertanian yang lain, baja.
Untuk tanaman sayur, RM127.5 juta, akuakultur RM78 juta, ternakan lembu, kambing RM298 juta. Ini adalah komponennya, semuanya RM51 juta telah pun kita umumkan 2 Mei untuk membantu petani meringankan beban akibat kenaikan kos input pertanian akan dimulakan pertengahan bulan Jun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri Yang Berhormat Padang Serai Yang Berhormat?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Padang Serai satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kuala Kedah yang bangun tadi.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam hujah saya beberapa hari lalu mengenai padi supaya kita dapat mengatasi masalah kekurangan beras negara.
Keperluan negara hanya 70% sahaja dapat dihasilkan dalam negeri masa kini dan saya juga telah memberikan satu cadangan supaya MADA dan KADA mempertingkatkan ataupun kalau mereka dapat merangsang pengeluaran sebanyak 5%, bermakna pengeluaran padi negara akan mencapai 115% di mana kita juga dapat menjadi pengeksport beras. Apakah kerajaan merancang untuk melihat cadangan saya itu dan juga berkenaan dengan cadangan saya.
Dato’ Mustapa Mohamed
Cukup lah. Faham, faham saya faham dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia faham sudah Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini cadangan kedua, saya telah mencadangkan supaya subsidi yang diberikan kepada petani-petani, diberikan berdasarkan pengeluaran yang mereka lakukan. Pengeluaran hasil itu dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Mustapa Mohamed
Terlambat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Tertinggal kereta api. Sudah terlambat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah diperjelaskan tadi Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Memang kerajaan memberi salah satu subsidi daripada kerajaan kita panggil sebagai insentif pengeluaran. Jika pengeluaran padi bertambah maka kerajaan memberi insentif RM650 satu metrik tan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Mustapa Mohamed
Sudah beri dah Yang Berhormat. Mula tahun lepas.
Sudah beri dah, terima kasih. Yang kedua, dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan hendak tambah peruntukan untuk padi ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Mustapa Mohamed
...Pengeluaran bertambah 7%, Yang Berhormat baru 5% sahaja. 5%, dengan langkah-langkah yang kita ambil ini, pengeluaran akan bertambah 170,000 metrik tan. 7% peningkatan pengeluaran, lebih daripada Yang Berhormat. Terima kasih banyak.
Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri Kuala Kedah Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Yang ketiga, yang keempat Yang Berhormat, peranan FAMA membantu petani, penternak dan nelayan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat. Dia tidak beri. Sila duduk.
Dato’ Mustapa Mohamed
Dibangkitkan oleh Bintulu, Kinabatangan, Sepanggar, Sekijang dan Putatan. Saya ucapkan terima kasih. FAMA memainkan peranan penting untuk memasarkan keluaran pertanian. Kalau tidak ada FAMA, tidak ada pasar tani maka sudah pasti...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Mustapa Mohamed
...Petani-petani tidak dapat memasarkan keluaran mereka.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini berkenaan dengan...
Dato’ Mustapa Mohamed
Saya memberi jaminan di sini, bahawa FAMA akan terus memperkasakan usaha-usahanya bagi memastikan bahawa petani akan mendapat peluang yang setimpal. Isu utama yang selalu dibangkit ialah lambakan keluaran tertentu termasuklah buah-buahan dan FAMA telah diarahkan tahun ini untuk menyediakan satu pelan tindakan bagaimana hendak menangani lambakan buah-buahan.
Saya tahu ini suatu perkara yang sukar dan bukan senang untuk kita atasi tetapi kita harap dari semasa ke semasa kita akan dapat membawa perubahan dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang kelima nanas.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak
Dato’ Mustapa Mohamed
Sekejap.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Industri Asas Tani tadi.
Dato’ Mustapa Mohamed
Ada, ada. Baru empat, ada lapan lagi. Akan sampai insya-Allah. Yang kelima berkaitan dengan pasaran nanas dibangkit oleh Sekijang.
Memang kita bantu, setiap yang menanam nanas di dalam negara kita Tuan Yang di- Pertua, kita bantu. Peruntukan juga disediakan di bawah RMK 9 sebanyak RM52 juta.
Bagi setiap yang menanam nanas dibantu RM2,400 satu ekar.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Minta laluan Yang Berhormat
Dato’ Mustapa Mohamed
Jadi, nanas mempunyai potensi yang besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
12,000 ditanam nanas, eksport pun banyak. Yang diproses dan segar. Kalau eksportnya kira-kira RM65 juta. Nanas merupakan satu tanaman yang sedang diberi perhatian oleh kerajaan pada hari ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan yang kelima, ikan laut dalam.
Dicadangkan supaya Bintulu, Sepanggar, Putatan dicadang diberi kepada pemohon- pemohon yang betul-betul tulen. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat Bintulu, Sepanggar, Putatan. Memanglah itu menjadi matlamat kita yang tidak tulen tidak beri. Kalau beri pada yang tidak tulen dia buat benda lain, ataupun dia pajak ataupun dijual.
Jadi, Ini sering kali kita dengar dan jika ada aduan-aduan tertentu yang mana mereka yang ada lesen ini yang menyeleweng, maka saya memang mengalu-alukan Ahli Yang Berhormat untuk memberikan maklumat supaya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyeleweng.
Ahli-ahli Yang Berhormat juga mencadangkan supaya dipermudahkan permohonan lesen menangkap ikan ini. Memanglah kita cuba mempermudahkan tetapi Yang Berhormat harus sedar bahawa kita kena jaga juga sumber laut kita. Ia bukan satu sumber yang dengan izin, infinite. Ia merupakan satu sumber yang akan hapus, akan satu hari tidak ada lagi. Maka, kita harus jaga sumber ikan. Kalau yang minta semua beri belaka, maka satu hari kita tidak akan dapat tangkap seekor ikan pun.
Kita okey la, kita relaks hari ini, anak cucu kita hendak makan apa. Untuk kita, kita bagi semua. Minta 1,000, beri 1,000, maka dapat ikan banyak hari ini. Namun, nak kita hendak makan apa. Jadi kita kena beri pertimbangan kepada anak cucu kita. Jangan kita dalam Dewan ini kita bicara tentang keperluan kita hari ini. Kita harus bicara juga tentang keperluan masa depan anak cucu kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Dato’ Mustapa Mohamed
Yang Berhormat Pasir Salak. Ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan juga Datuk Menteri. Sebelum saya bertanya dengan soalan. Biar saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertanian yang baru. Nampaknya begitu gigih sekali dalam soal agenda pertanian. Pihak Pembangkang jangan la marah pula saya hendak beri puji sedikit. [Ketawa] Semalam dia puji saya kan, sekarang kita puji dia pula. Macam itu la caranya.
Ya, tajuknya Tuan Yang di-Pertua, ialah Industri Asas Tani. Pada pengamatan saya, walaupun kerajaan telah mengumumkan ini adalah satu agenda atau program yang sangat besar untuk mewujudkan sumber kekayaan baru kepada negara dan juga sebagai satu kaedah untuk membangunkan ekonomi, membela nasib orang luar bandar. Namun, kita dapati sekian lama, bukan salah menteri yang ada ini sebab dia baru. Maksud saya kerajaan, kita tidak pedulilah siapa menteri, kerajaan.
Nampaknya, kemajuan Industri Asas Tani ini sangatlah boleh dikatakan mendukacitakanlah. Sebab apa? Umpamanya apa jenis perindustriannya, yang saya tengok buat kerepek pisang, kerepek ubi, kemudian buat lagi industri buah-buahan. Ke mana hendak dijual benda ini, dan bagaimana kita hendak menghasilkan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan yang berjaya. Tidak usah hendak pergi peringkat global, peringkat local pun tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya haraplah dengan semangat yang ditunjukkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru ini, supaya agensi kerajaan yang berkenaan betul-betul serius, bukan sahaja dari segi cakap, dari segi perancangan tetapi juga dari segi pelaksanaan. Kalau tidak pandai, saya tengok banyak juga pegawai-pegawai pertanian ini yang diberi tanggungjawab yang besar ini, diorang kurang dari segi ilmu dan pengetahuan, kemahiran dalam bab ini.
Tolonglah, kalau sekiranya hendak buat betul-betul...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Pastikan orang-orang yang betul-betul ada kemampuan, kemahiran untuk merealisasikan agenda industri pertanian yang kita harap-harapkan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak atas pandangan tersebut. Memanglah kita memberi penekanan kepada Industri Asas Tani juga.
Itu sebabnya nama kementerian ditambah daripada pertanian, tambah lagi Industri Asas Tani empat tahun yang lalu.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pun sediakan peruntukan yang besar RM224 juta dan matlamat kita melahirkan 10,000 usahawan tani, dan setakat ini telah melahirkan 7,945 usahawan tani. Cumanya seperti Yang Berhormat katakan tadi, mungkin dari segi pendapatan mereka ini rendah, kira-kira 70% daripada mereka mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM50,000 setahun, jadi rendahlah.
Jadi, kita sekarang melaksanakan usaha dengan gigih untuk memastikan kita dapat meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang. Mengenai ubi, jangan Yang Berhormat salah anggap. Kerepek ubi merupakan satu perusahaan Industri Asas Tani yang begitu viable, dengan izin. Di Sepang, umpamanya ada sebuah syarikat di mana yang saya sudah pun melawat.
Jualan tahunannya lebih RM2.5 juta setahun dan tidak cukup ubi sehingga terpaksa membeli ubi dari Kelantan, Selangor sudah tidak cukup dah. Jadi kerepek ubi merupakan satu industri asas tani yang begitu besar potensinya dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sebenarnya mencapai keuntungan yang agak lumayan.
Yang keenam Tuan Yang di-Pertua, lima dah habis ialah pembangunan IKS pertanian industri asas tani dibangkitkan Yang Berhormat Pasir Salak baru sekejap tadi, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Batu Pahat. Dicadangkan supaya diselaraskan IKS pertanian dan industri asas tani dengan kementerian-kementerian lain.
Memanglah diselaraskan semua aktiviti IKS ini ataupun PKS, perusahaan kecil sederhana melalui sebuah majlis dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan saya pun juga menjadi salah seorang ahlinya.
Terima kasih atas cadangan supaya ditingkatkan lagi penyelarasan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai bangun.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, yang ketujuh mengenai Agro Bank, Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah pun menjawab. Agro Bank ini dulu nama Bank Pertanian tetapi hari ini ditukar jenama, nama glamour sedikitlah. Ia dikawal selia oleh Bank Negara.
Jadi Yang Berhormat Menteri Kewangan dah jawab, saya tidak mahu, kita juga ada tanggungjawab. Dari segi penyeliaannya, saya juga bertanggungjawab tetapi Bank Negara mengawasi perjalanan Agro Bank. Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah pun menjawab, saya tidak mahu mengulangi apa yang sudah disebutkan oleh Menteri Kewangan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, dia tak bagi Yang Berhormat.
Dato' Mustapa Mohamed
Yang kelapan, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kinabatangan menyebut tentang kekurangan pegawai pertanian dan teknikal di peringkat agensi dan kementerian. Kita mengakui memang tidak cukup pegawai, pegawai ini di dua peringkat.
Dato' Mustapa Mohamed
Yang pertama di peringkat Persekutuan, yang kedua di peringkat negeri. Di peringkat persekutuan, JPA meluluskan dua tahun 251 jawatan mengambil kira jabatan yang tidak mencukupi dan kita sekarang dalam proses untuk mengisi jawatan ini. Yang masih lagi kosong kira-kira 150 daripada 251.
Maknanya 100 sudah pun diisi dan yang penting pertanian ini ia merupakan agensi negeri, maka negeri-negeri sedang pun mengadakan perundingan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam kerana negeri pun berminat untuk menambah staf di Jabatan Pertanian masing-masing. Seperti yang kita tahu, pertanian merupakan satu senarai bersama ataupun current list dan gaji pegawai pertanian dibayar oleh pihak negeri.
Mengenai modal insan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, nak bagi Yang Berhormat Padang Serai?
Dato' Mustapa Mohamed
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kita kesuntukan masa, kawan-kawan sedang menunggu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, dia tak bagi Yang Berhormat.
Dato' Mustapa Mohamed
Jadi kita akan terus memperkasakan MARDI dalam bidang sains teknologi untuk menghasilkan penemuan bagi memajukan sektor pertanian.
Pada masa ini MARDI ada 547 orang pegawai dan menjelang 2015 kita nak tambah bilangan staf MARDI dengan tinggi dan ini penting.
Kalau tidak ada research development dengan izin, maka pertanian tidak akan maju kalau kita tanam sahaja, tidak ada penyelidikan. Kerajaan sedar tanpa pelaburan yang tinggi dalam sektor pertanian, tanpa penyelidikan dan penyelidikan ini perlu dijana, dihasilkan oleh tokoh-tokoh penyelidik yang berkemahiran di peringkat Ph.D. Sekarang ini MARDI cuma ada 80 orang ada Ph.D dan kita berharap dalam satu dua tahun lagi kita akan tambah bilangan ini kepada 100 orang. Ini penting supaya sektor pertanian, bidang penyelidikan diberikan keutamaan dan dengan itu dapat menghasilkan output keluaran yang disasarkan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
Yang kesembilan Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan import ayam ke negeri Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar.
Isu dibangkitkan ialah tarif yang dikenakan. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Sepanggar bahawa kerajaan sedang menimbang secara serius perkara ini dan saya akan maklumkan Ahli Yang Berhormat Sepanggar tentang keputusan kerajaan berkaitan dengan tarif yang dikenakan terhadap import ayam ke negeri Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita membenarkan 5,000 tan metrik setahun import ayam pada kadar tarif 20% dan pihak Yang Berhormat Sepanggar mohon supaya ditambah kuota import ayam ke negara kita dan kita sedang beri pertimbangan dan saya akan maklumkan Yang Berhormat Sepanggar tentang hasil kajian yang sedang dibuat oleh kerajaan tentang perkara ini.
Perkara sepuluh dibangkitkan Yang Berhormat Simpang Renggam adalah berkaitan dengan industri ikan hiasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat nak bagi Yang Berhormat Padang Serai?
Dato' Mustapa Mohamed
Tunggu-tunggu sekejap ya. Saya habis baru boleh cakap. Jadi Yang Berhormat Simpang Renggam membangkitkan tentang industri ikan hiasan. Ini satu industri yang penting bagi negara kita, mempunyai potensi yang besar.
Eksport tahun lepas ialah RM82 juta, ada beberapa buah syarikat utama yang terlibat dalam eksport ke luar negara. Kebanyakan eksport pergi kepada negeri Johor.
Dato' Mustapa Mohamed
Kerajaan telah pun mengenal pasti bidang ini adalah bidang yang penting. Oleh itu diadakan satu exhibition dengan izin, dua tahun lepas, tahun ini bulan Ogos akan diadakan satu lagi trade fair untuk kita mempromosikan ikan hiasan. Semoga bidang ini dapat dikembangkan termasuklah untuk eksport ke luar negara. Itu sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Perkara sebelas, mengenai status tanah pertanian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan memang sedar ini satu isu yang penting dalam pertanian iaitu tanah. Kalau tidak ada tanah, tidak boleh cocok tanam dan ini tanah adalah hak kuasa kerajaan negeri. Maka sebelum pilihan raya yang lalu kerajaan Barisan Nasional di Ulu Yam umpamanya telah meluluskan 220 hektar untuk 42 orang petani, tempoh sewaan 30 tahun.
Kerajaan Barisan Nasional di Bidor, Perak telah meluluskan 1,200 hektar untuk 220 orang peserta untuk tempoh 30 tahun. Jadi kita harap kerajaan-kerajaan yang hari ini memerintah negeri Selangor dan Perak akan mengikuti jejak langkah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk menganugerahkan, menyewa tanah-tanah pertanian kepada petani supaya mereka dapat bercucuk tanam maka dengan itu bukan sahaja membantu mereka meningkatkan pendapatan tetapi juga meningkatkan bekalan makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai bangun lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
[Bangun]
Dato' Mustapa Mohamed
Itu sahaja yang sebelas isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya boleh ringkas sahaja kepada Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Mas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, nak bagi ke tidak bagi Yang Berhormat?
Dato' Mustapa Mohamed
...Lepas itu saya tutup.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan status tanah tadi. Di Cameron Highland, beratus-ratus petani-petani sayur-sayuran jangka pendek, short crop dengan izin.
Mereka bercucuk tanam di kawasan tanah berpuluh-puluh tahun dalam status TOL.
Apakah langkah-langkah yang akan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ini isu baru Yang Berhormat. Yang Berhormat harus menyentuh perkara yang sedang dibahaskan.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, saya jawab.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Status tanah itu.
Dato' Mustapa Mohamed
Yang Berhormat kena berurusan dengan Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Perak sekarang, terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Cameron Highland negeri Pahang, bukan negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak apalah Yang Berhormat, isu ini isu baru Yang Berhormat. Kalau minta penjelasan, isu yang dibawa ialah isu yang sedang dibahas, sedang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, isu ini isu baru.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Terima kasih ya.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua, ini yang akhir Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sik, sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Yang Berhormat. Sik ya, bukan...
Dato' Mustapa Mohamed
Minta maaf, pakai songkok dua-dua.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih, soalan mengenai ikan emas, ikan hiasan. Ikan hiasan ini kalau tengok contoh di Sik, ia tidak mempunyai masa depan. Sebenarnya yang di Sik itu tidak pernah menjadi. Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke kawasan itu hari itu dia bawa ikan dari Pulau Pinang sekarang saya ingat seekor pun tidak ada dah. Jadi saya minta penjelasan mengenai keadaan ini kerana kalau projek itu tidak viable, saya ingat tak perlulah diselamatkan.
Terima kasih.
Dato' Mustapa Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Yang Berhormat hantar laporan kepada saya dan saya akan siasat perkara ini. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang menyertai perbahasan, 25 orang semuanya, 11 perkara dibangkitkan, dasar makanan negara, padi dan beras, dan hal-hal lain berkaitan.
Insya-Allah saya akan beri perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan. Seperti saya katakan tadi, saya harap Yang Berhormat akan membantu kerajaan dalam memastikan bahawa segala perancangan yang telah kita umumkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan saranan mengenai perkara-perkara yang berbangkit dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Yang Berhormat Sibuti pada 12 Mei, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat daripada Lenggong.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Sibuti berhubung kait dengan perpaduan adalah amat penting terutama di kalangan rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Sehubungan itu besarlah harapan semua untuk melihat segala usaha ke arah memupuk perpaduan dipertingkatkan. Perpaduan rakyat negara ini untuk makluman Dewan yang mulia ini tidak hanya tertumpu kepada sesebuah kawasan, negeri ataupun wilayah.
Perpaduan ini adalah untuk semua bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk. Program-program integrasi wilayah melalui lawatan, program kebudayaan, program kembar padu, Majlis Rumah Terbuka Malaysia, kursus orientasi pegawai persekutuan yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan juga sebaliknya telah banyak dilaksanakan.
Dalam tahun 2007, sebanyak 58 program yang melibatkan penyertaan seramai 2,672 orang peserta telah dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk menjalin dan mengeratkan hubungan antara masyarakat di kedua-dua wilayah. Usaha-usaha ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Parit Buntar pula mengikut statistik. Beliau membangkitkan beberapa statistik yang ada. Masalah perpaduan kaum di Malaysia bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.
Perbezaan sosiobudaya, geografi, perbezaan taraf hidup, ekonomi taraf kaum, dasar perjuangan dan fahaman politik turut menyumbang kepada proses pengukuhan perpaduan.
Isu-isu agama, hak keistimewaan sesuatu kaum, isu bahasa, pendidikan, kemiskinan kaum, tahap kesetiaan kepada raja dan negara telah menjadi tajuk pertikaian kaum-kaum yang disuarakan oleh segelintir pemimpin politik. Asas-asas persetujuan di antara pemimpin-pemimpin kaum terdahulu yang dizahirkan melalui Perlembagaan Persekutuan ke arah pembentukan negara Malaysia dalam tahun 1963 telah dipersoalkan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Prinsip-prinsip asas Rukun Negara juga seolah-olah turut diketepikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Jadi tidak hairanlah berlakunya perbezaan persepsi kaum tentang perpaduan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan sejak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pasir Salak Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Datuk Menteri. Saya ingin penjelasan yang sejelas-jelasnya berkenaan dengan apa yang disebut oleh orang-orang Melayu berhubung hak-hak mereka tidak kiralah istimewa, tidak istimewa dengan izin, it’s not important, tapi hak mereka.
Hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan. Saya tidak perlu sebut satu persatu. Saya rasa Datuk Menteri tahu. Adakah suara-suara sama ada lantang tidak lantang yang menyebut tentang mereka mahu mempertahankan hak-hak ini dianggap perbuatan berbaur perkauman. Tindakan yang menakut-nakutkan mana-mana pihak kerana ini menjadi satu perkara yang disalahertikan.
Saya orang Melayu, saya tidak mempertikaikan hak orang lain. Orang lain mereka dengan hak merekalah. Saya hak saya, saya orang Melayu. Saya menegaskan hak saya sebagai orang Melayu. Mengapa disalahertikan sebagai saya bercakap perkara yang berbaur perkauman.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini saya rasa perlu jelas Datuk Menteri dalam hal ini kerana saya tidak mahu dengar lagi ada orang bukan Melayu yang cuba memutarbelitkan, memutarbelitkan pendirian kita, mempertahankan hak kita sebagai orang Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ingin saya tegaskan di sini Datuk Menteri.
Beberapa Ahli
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, pendekkan Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Datuk Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertikaikan hak tuan-tuan. Saya tidak, orang Melayu tidak mempertikaikan hak orang lain.
Seorang Ahli
Kita tu yang mempertikaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Diam, diam Yang Berhormat. Tidak payahlah. Ya, pendekkan Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini floor saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Muhd. Leo M. Toyad - Mukah
[Menyampuk]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Kenapa...mempertikaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tolong diam Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Dia banyak masa. Kita orang mahu cakap tidak ada ruang. Kita mahu cakap tadi tidak ada masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini berjam-jam mereka cakap. Apa ini?
Bukan ini Parlimen dia satu orang saja. Bagilah semua orang peluang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Padang Serai janganlah kacau. Dia punya floor apa you kacau. Dia punya floor you dengarlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ya, pendekkan Pasir Salak.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
You boleh cakaplah apa you nak cakap.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, saya diberi kesempatan oleh Datuk Menteri untuk bercakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Untuk minta penjelasan Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, penjelasan. Saya sudah sebut penjelasan itu dan saya nak penegasan sekali lagi dan Datuk Menteri pun bagi peluang. Kenapa pula Padang Serai nak berlagak pula macam dia menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan, teruskan Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Padang Serai? Saya teruskan.
Tolong duduk. [Dewan riuh] [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Padang Serai, Padang Serai, saya sendiri pun confuse Padang Serai, Pasir Salak, Padang Serai, Pasir Salak. Ya, teruskan. Pasir Salak, ya, teruskan Pasir Salak.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Padang Serai.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengelakkan salah faham. Saya nak begini. Bukan kerana kita masalah berbeza duduk di sana atau duduk di sini. Kita nak supaya keadaan harmoni, keadaan aman, keadaan yang stabil dalam negara kita. Itu saja yang saya mahukan peluang ini untuk mendapatkan penjelasan Datuk Menteri berhubung perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita tidak mintak Datuk Menteri…
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Cukup, cukup.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kenapa pula cukup-cukup?
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sudah lamalah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskanlah. Pasir Salak, habiskan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kesimpulannya, jadi kesimpulannya.
Seorang Ahli
Cukuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Padang Serai, duduk Padang Serai. Dia nak habis dah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan bagi saya marah!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hey! jangan bagi saya marah!
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Tidak payah macam tu Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bercakap soal kepentingan orang lain!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, baiklah Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri. Padang Serai, duduk Padang Serai, tolonglah Padang Serai. [Dewan riuh] Ya, Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya mintak supaya…
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita cakap elok-elok.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Padang Serai, Pasir Salak.
Menteri nak jawab Pasir Salak. Menteri dah nak jawab. Dia dah faham Yang Berhormat.
Saya dah tegur dah, 80 kali dah tegur. Duduklah Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat teruskan Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya cukup faham apa yang Pasir Salak nak bangkitkan tadi tentang kebimbangan dan keraguan beliau.
Seorang Ahli
You minum todikah? [Dewan riuh]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Minta dia tarik balik. Itu Pasir Salak suka-suka cakap macam-macam.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, point of order.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Point of order, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila duduk Yang Berhormat. Ada point of order. Padang Serai duduk. Ada point of order Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Dia hina saya Tuan Yang di-Pertua.
Minta dia tarik balik. [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini mesti kaki judi. Genting Highlands punya kaki.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, Padang Serai duduk! [Dewan riuh] Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Kalau Pasir Salak mengatakan itu menyinggung perasaan, Padang Serai juga tidak harus mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan balik di sebelah sana Yang Berhormat. [Dewan riuh] Saya belum lagi mengambil tindakan terhadap apa yang di cakap oleh Pasir Salak tetapi Yang Berhormat juga mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang sebelah. Jadi kita pada keadaan ini Yang Berhormat, kita elakkan daripada mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Saya teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Point of order yang melibatkan tadi itu.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
36(4) Tuan Yang di-Pertua.
Pasir Salak saya rasa minta tarik baliklah kalau boleh. Ini adat Melayu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Menantu duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Rembau duduk Rembau. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudah putuskan.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk. [Dewan riuh]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta dia tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat menarik balik tuduhan ‘todi’ kepada seseorang. Ia berniat jahat Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, tarik balik apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan tuduh orang minum todi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tak menuduh siapa.
Saya kata minum todi ke? Siapa dia yang saya tuduh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak tuduh siapa-siapa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Hormat Tuan Yang di- Pertualah. Tuan Yang di-Pertua suruh tarik balik, tarik baliklah.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kata orang Melayu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak payahlah Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, ini...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan apa yang telah dibangkitkan oleh pertama Yang Berhormat Pasir Salak tadi iaitu...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Melayu tahu menyalak ya?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya ingat. Saya ingat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Biadab, sombong...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ‘biadab’ juga unparliamentary Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Biadab unparliamentary.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Padang Serai duduk dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebab itu saya kata, sebelah pihak mengatakan perkataan yang boleh diminta ditarik balik tapi Yang Berhormat juga mengeluarkan perkataan yang serupa. Kalau kita ambil tindakan, diam Yang Berhormat. Kalau kita ambil tindakan, ramai yang nanti keluar daripada Dewan. Itu tidak elok Yang Berhormat. Kita elakkan daripada itu berlaku di Dewan ini. Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pasir Salak tadi tentang kebimbangan beliau tentang hak-hak orang Melayu. Saya ingat di Dewan yang mulia ini kita tidak seharusnya sensitif ataupun tidak menghormati bila sesuatu kaum itu menimbulkan kehendak, perasaan dan hak mereka.
Saya agak kesal melihat bila perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Padang Serai turut bangkit menidakkan tentang itu. This is, Yang Berhormat Padang Serai...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ini, ini...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ini Dewan yang mulia. Saya ingat kita ada mempunyai hak untuk membangkitkan tentang pandangan dan tanggapan kita. Apa yang penting kepada kita ialah seperti yang saya katakan di peringkat awal, negara ini kita bentuk dimerdekakan dan beberapa perkara yang kita cukup jelas; hak-hak orang Melayu contohnya.
Tiga perkara yang telah diperakui iaitu di mana sebelum negara ini dimerdekakan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan 1957, merdeka, tiga perkara yang penting yang telah diperakui oleh semua kaum iaitu pertama kesetiaan kepada raja...
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...Kita memperakui bahawa agama Islam itu sebagai agama rasmi negara ini dan bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan.
Selepas itu kita juga telah memperakui bahawa waktu itu, zaman itu keadaan dia oleh kerana citizenship dengan izin, telah juga ada keredaan kaum Melayu untuk menerima pakai.
Ini supaya sebahagian besar daripada kaum-kaum yang lain yang berada di negara ini juga diberi hak sebagai penduduk di negara ini sama hak, sama taraf dalam ruang-ruang lingkup yang lain. Namun perkara yang tiga ini amat penting sekali. Harus dihormati dan ini kebimbangan saya bila ditimbulkan tentang hak-hak ini, mula dipersoalkan atau disalahtafsirkan.
Ini yang saya katakan ke arah itu kita perlu mempunyai pendekatan yang bukan hanya efektif, berkesan tetapi jangka masa yang...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...Diambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak beri jalan Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya tahu bukanlah kita boleh mencapai kejayaan ini dalam jangka masa yang pendek. Anak-anak kita perlu dididik. Perlu dimaklumkan tentang sejarah-sejarah terdahulu supaya mereka juga bila lahir di masa akan menjadi dewasa tidak akan mempunyai persepsi ataupun pengetahuan yang...
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
Penjelasan.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Belum habis ya.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya bagi laluan untuk Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Iaitu bahawa soal perpaduan adalah satu isu yang sememangnya rumit dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat, bersetujukah Yang Berhormat bahawa dalam soal perpaduan ini, kadang-kadang kita berhadapan dengan masalah pihak pembangkang ini yang tidak rasional dalam membangkitkan beberapa isu.
Seperti dalam isu sultan baru-baru ini... [Dewan riuh] Oleh sebab itu, ada di kalangan ahli pembangkang sendiri yang kecewa dengan tindakan pemimpin mereka. Ada dua daripada ahli pembangkang beritahu saya, mereka bersedia untuk melompat masuk BN kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti mereka sendiri. [Dewan riuh] [Tepuk]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta penjelasan tentang isu itu Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebenarnya...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya hendak...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab dua-dualah. Boleh?
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, saya sekali juga.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain duduk yang lain.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa mungkin dia punya tanggapan ada orang hendak terjun, hendak lompat atas kapal yang sedang tenggelam itu satu keadaan yang tak munasabahlah. [Tepuk] Saya rasa masalah perpaduan ini tak ada siapa yang mempertikaikan. Semua orang hendakkan perpaduan. Hanya masalah yang timbul ialah apabila UMNO Barisan Nasional dia anggap dia seorang sahaja yang hendak memperjuangkan perpaduan dan dia rasa dia seorang sahaja yang memperjuangkan orang Melayu. Sebenarnya ini merupakan satu pembohongan.
Mereka telah memerintah selama 50 tahun. Kalau ada masalah yang dihadapi di kalangan masyarakat orang Melayu, kita tidak boleh salahkan pihak yang lain. Kita kena cermin diri. Kerajaan yang memerintah. 50 tahun yang kamu telah pegang, teraju negara ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang telah kamu lakukan?
Sekiranya... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekiranya, kita masih berada di tahap yang sama seperti mana yang kita berada pada mulanya kita mencapai kemerdekaan, maka ini merupakan satu kegagalan yang cukup besar.
Tak boleh kita setiap kali bila ada orang mengkritik kita ataupun mempertikaikan dasar-dasar yang telah kononnya ingin dilaksanakan untuk kepentingan orang Melayu tetapi tidak mencapai matlamatnya, tak boleh kita menggunakannya sebagai satu isu perkauman untuk memukul bangsa-bangsa yang lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada satu keikhlasan dan satu kesungguhan daripada pihak kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam persoalan ini. Janganlah cerita tentang sejarah-sejarah. Saya telah sebut pada hari yang kelmarin, bahawa bukan UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dan jangan cuba hendak berlagak bahawa UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, cukup Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Bahawa sesungguhnya pejuang kemerdekaan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Baca sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak tak boleh begitu Yang Berhormat Pasir salak.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Telah wujud lama sebelum UMNO wujud. Terima kasih.
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato' Ismail Kasim - Arau
Itu Gerakan Nasionalisme.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih. [Dewan riuh] Terima kasih Yang Berhormat daripada...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Nasionalisme tak wujud pada zaman itu. Orang semua berjuang atas dasar Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Semangat Nasionalisme, minta maaf...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hanya diperkenalkan kepada tanah air, Tanah Melayu pada zaman British ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Cukuplah Yang Berhormat. Cukup.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebelum zaman itu tidak ada Nasionalisme.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Konsep...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri sudah faham Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Pertama, pertama saya...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun] [Menyampuk]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya hendak jelaskan sedikit tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Batu Pahat. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi, Tentang apa yang beliau telah bangkitkan.
Keduanya, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya amat kesal bahawa kita menggunakan perkataan seperti satu pembohongan. Kita jangan angkuh sangat dalam Dewan yang mulia ini. Kapal ini bukanlah satu kapal yang tenggelam.
Tidak semudah itu yang kita katakan kapal ini tenggelam.
Saya berani katakan... [Tepuk] 2004, Ahli-ahli Yang Berhormat 2004, kita menang dengan majoriti yang begitu tinggi tapi kita pun sedikit kekurangan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Itu sejarah. You lupa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
You lupa.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sejarah tapi kita tak ada takbur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita tak pernah besar kepala dan tak pernah takbur.
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Walaupun kita menang 90%.
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Teruskan Yang Berhormat Menteri...
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya ingat Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua apa yang penting kepada kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
...Yang lain sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri saya minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri Yang Berhormat Kota Raja Yang Berhormat?
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya minta laluan.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Yang hendak lompat lapan Yang Berhormat Menteri. Kita majoriti.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya hendak memperkatakan satu laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja, menteri belum bagi.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya beri laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya beri ruang. Sila duduk. Saya beri ruang. Let me finish first.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kepada yang lain sila duduk.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tunggulah dua orang hendak menyeberang nanti.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya tak beri ruang. Tuan Yang di-Pertua, saya beri ruang cuma saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila duduk. Yang lain sila duduk.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Bila saya buat penjelasan bagilah penghormatan untuk mendengar dan kalau semuanya hendak cakap, macam mana saya hendak beri ruang? Saya akan terus membaca sahaja jawapan ini seterusnya.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Namun apa yang saya hendak tegaskan di sini bahawa proses penyatuan bangsa di negara kita bukan satu proses yang mudah. Ia bukan hanya melibatkan Parti UMNO, kerajaan, melibatkan semua pihak. Bukan hanya perlu melibatkan ibu bapa, anak-anak, bahkan agensi semua peringkat. Pembinaan satu tamadun yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam bahawa itu sejarah...
Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...Maka sejarahlah yang boleh...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri ya.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
...Kita mengenal Rasulullah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Bagilah dulu.
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
No, no, no.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
No, no, no. Saya hendak beri penjelasan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun] [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai duduk. Duduk Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh]
Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Saya hendak beri penjelasan. Yang Berhormat Shah Alam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 20 Mei 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.