Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 44. Semalam Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Yang Berhormat Rembau membuat perbahasan, banyak gangguan-gangguan daripada BN dan juga daripada pembangkang.
Bila saya keluar Tuan Yang di-Pertua, ramai pemerhati luar termasuk kanak-kanak sekolah mengatakan, “Inikah Parlimen! Macam pasar”. Dia cakap.
Jadi kita minta mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh buat ruling. Yang tak boleh, tak boleh. Jangan teriak macam pasar. Kita malu Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita minta ruling yang betul-betul, perkara yang tidak baik, kita terus hentikan kerana kita malu pemerhati luar ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat bersetuju dengan apa Yang Berhormat cakap. Kita kena menunjukkan peradaban yang baik dalam Dewan yang mulia ini kalau kita hendak Dewan ini dihormati ramai. Jadi saya berharaplah kepada semua Ahli Yang Berhormat, lihat semula peraturan Dewan dan akur dengan peraturan Dewan walaupun perasaan melenting, ingatlah bahawa penghormatan kita, dipanggil Yang Berhormat di Dewan ini ialah berlandaskan peradaban yang kita tunjukkan pada masyarakat. Terima kasih Yang Berhormat.
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Perdana
Menteri menyatakan
(a) jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 mengikut pecahan negeri; Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta hasilnya mengikut pasaran dunia; dan
(b) berapakah jumlah ‘royalti’ yang diperoleh negeri-negeri tersebut sejak tahun 2004 berdasarkan kadar pengeluaran ini dan berapa lama lagi rizab minyak dan gas dapat bertahan di kawasan- kawasan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Amirsham A. Aziz
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi soalan pertama,
(a) Berkaitan jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 untuk negeri-negeri berkaitan, sukalah dimaklumkan bahawa bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, jumlah pengeluaran minyak mentah termasuk condensate dan gas di negeri-negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Amirsham A. Aziz
| Negeri | Minyak Mentah Condensate (Juta/Tong) | Gas (bilion/kaki padu) |
|---|---|---|
| Terengganu | 133.7 | 748.2 |
| Sabah | 28.6 | 41.2 |
| Sarawak | 79.0 | 1292.0 |
| Jumlah | 241.3 | 2081.4 |
Daripada jumlah pengeluaran minyak dan gas tersebut, 70% adalah dihasilkan oleh Petronas, manakala selebihnya dihasilkan oleh kontraktor-kontraktor perkongsian, pengeluaran atau pun PSC yang lain, dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, produk petroleum dan gas yang dieksport oleh anak-anak syarikat Petronas adalah berdasarkan harga pasaran semasa dunia.
Manakala harga produk petroleum dan gas yang dijual di pasaran domestik sebahagiannya adalah ditetapkan oleh kerajaan, seperti harga jualan gas sektor elektrik dan bukan elektrik. Hasil keseluruhan dari jualan produk petroleum dan gas oleh Petronas adalah sebanyak RM165.3 bilion pada tahun kewangan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, setakat ini tiada minyak dan gas yang dikeluarkan di negeri Kelantan.
(b) Mengenai royalti, ingin dimaklumkan bahawa jumlah royalti yang telah dibayar oleh Petronas kepada negeri-negeri berkaitan untuk tahun-tahun kewangan 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut:
Jumlah untuk Kerajaan Persekutuan kesemuanya RM13.419.5 juta; - Terengganu; RM7364.1 juta; - Sabah; RM1234.2 juta; dan - Sarawak; RM4821.3 juta.
Jumlah keseluruhannya RM26.6391 juta.
Berhubung rizab minyak dan gas, sukalah dimaklumkan bahawa pada kadar pengeluaran semasa dan dengan andaian bahawa keseluruhan rizab dapat dikeluarkan, rizab minyak mentah dan condensate dijangka akan bertahan selama 22 tahun. Manakala rizab gas selama 39 tahun. Walaupun pada zahirnya tempoh hayat rizab masih panjang, hakikatnya negara juga mengimport minyak dan gas untuk menampung sebahagian daripada pengeluaran tempatan.
Oleh itu, negara dijangka menjadi pengimport bersih tenaga, net energy importer dengan izin, dalam tempoh terdekat iaitu dianggarkan pada tahun 2014.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, daripada jumlah yang diberikan berapa banyak pengeluaran Petronas terikat pada harga lama kerana komitmen kepada kontrak jangka panjang atau long term contract yang telah ditandatangani sebelum kenaikan harga petroleum dan gas dunia dan berapa lama lagi? Berapakah jumlah opportunity loss dengan izin atau kerugian peluang sekiranya Petronas dapat menjual semua pengeluarannya pada harga pasaran dunia sekarang? Nyatakan kenapa Petronas memasuki perjanjian demikian?
Kenapakah negeri-negeri yang telah disebut yang dikurniakan hasil minyak dan gas seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia?
Terima kasih.
Datuk Amirsham A. Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran gas cecair untuk Petronas di Sarawak memerlukan pelaburan yang besar. Oleh itu Petronas harus mendapatkan kontrak yang panjang untuk menetapkan kedudukan kewangannya dari segi perbelanjaan untuk capex ataupun capital expenditure dengan izin.
Oleh itu kontrak-kontrak Petronas adalah kontrak jangka panjang yang dieksport ke Korea, Jepun dan juga Taiwan. Kontrak itu ada formula yang terapung mengikut kadar pasaran terkini, ada formulanya. Jadi tidak ada persoalan yang timbul mengenai kerugian Petronas dari kontrak itu kerana ini diadjust dengan izin mengikut pasaran.
Dari segi sumbangan Petronas ataupun royalti yang telah dibayar kepada negeri- negeri yang berkaitan, itu mengikut formula yang telah ditetapkan iaitu 5% ataupun setengah daripada royalti yang telah diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan. Royalti-royalti itu telah ditetapkan mengikut hasil yang dikeluarkan oleh tiap-tiap negeri itu.
Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Permatang Pauh
Soalan saya belum lagi terjawab. Berapa banyakkah opportunity loss dan kenapakah negeri-negeri itu dengan hasil minyak masih miskin?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri nak jawab?
Datuk Amirsham A. Aziz
Saya jawab boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Datuk Amirsham A. Aziz
Saya sudah jawab dengan mengatakan tidak ada opportunity lost kepada Petronas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ringkas sahaja. Saya pohon kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri jumlah sebenarnya oil fuel ataupun gas fuel yang terletak di wilayah Sarawak?
Adakah kerajaan bersetuju memberi Sarawak kadar royalti sebanyak 20% sekarang ataupun nanti, atas keluaran minyak dari new oil fuel? Adakah atau tidak wakil dari Sarawak duduk sebagai Ahli Lembaga Petronas. Kalau tidak, mengapa? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Datuk Amirsham A. Aziz
Saya tidak ada maklumat mengenai berapa banyak oil fuel yang ada untuk negeri Sarawak. Saya akan menjawab secara bertulis mengenai maklumat itu.
Dari segi lembaga pengarah juga saya tidak ada maklumat itu. Saya akan beri maklumat mengenai siapa lembaga pengarah, wakil Kerajaan Negeri Sarawak dalam lembaga pengarah Petronas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Amirsham A. Aziz
Oh ya, maafkan saya. Berkenaan dengan royalti yang dicadangkan itu sekarang ini kerajaan tidak ada rancangan untuk menyemak semula royalti.
Royalti yang didapati daripada production sharing itu adalah 10%. Jadi kalau nak bayar royalti lebih daripada 10% itu tidak ada timbullah. Timbul masalahnya kerana kita dapat 10% sahaja. Terima kasih.
2. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bilakah kerajaan akan dapat memberikan peruntukan yang secukupnya untuk melaksanakan projek naik taraf pengairan kawasan pertanian Sungai Manik dan Labu Kubong, Teluk Intan, Perak supaya produktiviti dapat ditingkatkan ke tahap sekurang-kurangnya 10 tan satu hektar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada sahabat saya dari Pasir Salak. Soalan ada dua bahagian, pertama spesifik yang berkaitan dengan peruntukan di kawasan Sungai Manik dan yang kedua, berkaitan dengan projek 10 tan satu hektar.
Tuan Yang di-Pertua, pertanian merupakan agenda terpenting negara pada hari ini, dalam keadaan semasa di mana negara dibebankan dengan beberapa isu termasuklah bekalan makanan, maka kerajaan telah menjadikan pertanian sebagai agenda terpenting.
Oleh itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Membendung Inflasi yang diadakan setiap minggu dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, isu ini diberi tumpuan khusus. Semalam umpamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan harga padi dan beras ialah untuk menjaga kepentingan pesawah dan juga pengguna. Harga beras tempatan ditetapkan, dikawal oleh kerajaan dan harga terjamin minimum dinaikkan kepada RM650 hingga RM750.
Pada 2 Mei yang lalu, saya telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan dasar bekalan makanan yang mencukupi. Dalam memperkenalkan dasar ini padi adalah perkara utama. Kita hendak memastikan bahawa Malaysia dapat mengeluarkan padi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan negara. Pada hari ini kita cuma mengeluarkan 72% daripada keperluan negara.
Memandangkan hal demikian kerajaan akan memberikan tumpuan yang lebih termasuklah dalam kajian projek-projek semasa kita melihat semula kepada Rancangan Malaysia Kesembilan - Kajian Separuh Penggal aspek padi dan hasil-hasil pertanian akan diberikan tumpuan yang lebih oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman projek Sungai Manik meliputi 6,318 hektar dan terdapat seramai 2,856 orang petani dalam kawasan berkenaan. Sejak diperkenalkan projek ini kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM500 juta untuk membina infrastruktur di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, yang dibelanjakan itu tidak mencukupi.
Satu kajian telah pun dilaksanakan kira-kira lima tahun yang lalu, di mana kerajaan telah dimaklumkan bahawa sekurang-kurangnya RM150 juta diperlukan untuk membina semula, membaiki infrastruktur di kawasan tersebut. Isu utama ialah resapan air.
Oleh kerana banyak daripada tali air ini ialah daripada tanah bukannya konkrit, maka air meresap dengan cepat.
Oleh yang demikian kerajaan telah menerima laporan yang telah disediakan itu tetapi malangnya peruntukan yang disediakan cuma RM15 juta untuk RMK-9 dan RM15 juta untuk RMK-10, walaupun keperluannya kira-kira RM150 juta.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan di bawah dasar yang diperkenalkan baru-baru ini seperti yang saya sebutkan tadi memberi tumpuan kepada pengeluaran padi. Oleh yang demikian kita akan melihat semula kepada kawasan ini kerana tumpuan kerajaan adalah untuk menambah pengeluaran padi dan beras. Sekiranya kita hendak tambah padi dan beras dalam tempoh terdekat kita tidak ada pilihan melainkan melihat pada kawasan- kawasan yang sedia ada, kawasan Sungai Manik merupakan salah satu daripada lapan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
jelapang padi yang ada maka kita akan bagi priority. Dalam kita melihat semula kepada keperluan infrastruktur ini kita akan bagi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang sedia ada. Selain daripada itu juga kita akan beri tumpuan kepada kawasan jelapang baru termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan bahagian yang kedua berkaitan dengan projek 10 tan diperkenalkan pada tahun 2002. Tuan Yang di-Pertua, di Sungai Manik ini ianya cuma RM3.5 metrik tan sahaja, rendah. Matlamat 10 tan ini ialah untuk menambah ianya kepada 10 tan. Pada masa ini petani-petani yang mendapat enam metrik tan di Sungai Manik cuma 100 orang sahaja daripada 2,856 orang petani yang mengusahakan sawah padi di kawasan tersebut cuma 100 orang yang mendapat hasil melebihi enam metrik tan satu hektar. Ini satu perkara yang memang tidak dapat kita terima.
Oleh hal yang demikian, Tuan Yang di-Pertua kerajaan, sesuai dengan tumpuan semasa akan melihat semula kepada peruntukan-peruntukan yang disediakan untuk memastikan bahawa kita akan dapat menambah pengeluaran padi di Sungai Manik dan kawasan-kawasan yang lain.
Dalam pengumuman yang dibuat pada 2 Mei yang lalu, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM803 juta untuk menambah bantuan kepada penanam padi dan daripada jumlah tersebut RM58 juta adalah untuk kawasan Kerian di Sungai Manik.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Mustapa Mohamed
Jadi, selain daripada jumlah RM1 juta yang telah diperuntukkan kita ada tambah sebanyak RM58 juta untuk Sungai Manik, itu yang sudah ada tetapi seperti yang saya maklumkan tadi memandangkan padi dan beras merupakan isu utama yang kita hadapi pada hari ini kerajaan akan melihat semula kepada semua projek jelapang padi yang sedia ada dan jelapang-jelapang baru untuk memastikan bahawa kita dapat meningkatkan pengeluaran padi dalam tempoh terdekat. Dengan itu kita tidak lagi terlalu bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan rakyat tempatan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut sendiri bahawa tidak boleh terima keadaan ini.
Saya hendak beritahu pendapatan di kalangan petani di sana boleh dikatakan 95% bergantung pada pertanian padi ini yang hasilnya kurang daripada RM500 sebulan. Saya sudah nampak masalah ini enam tahun dahulu. Saya sudah bawa perkara ini enam tahun dahulu dan buat memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun meluluskannya. Apa masalah yang besar sangat ini?
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalannya, Yang Berhormat. Beri soalannya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mengapa dia bagi hanya RM20 juta apabila peruntukan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM200 bilion. Adakah patut peruntukan yang sebanyak itu kalau kita mengatakan bahawa pertanian ini sebagai satu sektor yang penting dalam ekonomi negara buat masa ini?
Selain daripada itu saya hendak bertanya kerajaan janganlah bergantung pada duit Petronas sahaja. Hendak buat projek, Petronas. Hendak bagi rakyat, Petronas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi soalan, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Soalan saya, tidak adakah sumber lain, umpamanya tidak bolehkah menggunakan sumber kewangan swasta?
Bukanlah saya bermaksud mengatakan bahawa perlu diswastakan industri padi ini tetapi
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
kerajaan boleh menggunakan sumber kewangan swasta untuk projek-projek yang lain. Port Klang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan berucap. Yang Berhormat minta soalan, menteri sudah faham.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini bukan soal berucap. Saya hendak bercakap soal rakyat saya di Sungai Manik, tidak bolehkah? [Disorak]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua kena ikut point of order.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Point of order apa itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini soalan tambahan, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya kata kenapa tidak boleh dipertimbangkan sumber...
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Atau tidak tahu jangan tanya soalan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Soalannya, tidakkah boleh dipertimbangkan sumber kewangan lain selain daripada sumber kewangan daripada Perbendaharaan ataupun Petronas sahaja. Itu bukankah soalan? Soalankah itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Soalan, dan duduk Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu soalanlah itu. Kalau tidak faham pergi belajarlah lagi. Belajar tinggi-tinggi, lama, sudah veteran apa semua, soalan macam ini pun tidak faham. Inilah parti pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya rakyat Pasir Salak sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana wakil rakyatnya begitu gigih berjuang untuk kepentingan mereka. Tahniah kita ucapkan. Kita ucapkan syabas kepada Yang Berhormat kerana enam tahun lalu telah pun menyuarakan perkara ini. Yang Berhormat nampak apa yang kita semua tidak nampak. Jadi, kita mengucapkan tahniah.
Memanglah ada beberapa tokoh telah pun memberi amaran awal kepada kerajaan tentang dengan izin, impending food crisis ini tetapi mungkin pada masa itu kita tidak berapa peka dengan keadaan sekarang. Jadi, kita mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat pun pernah membangkitkan perkara ini tiga tahun yang lalu dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan lantangnya memperjuangkan petani miskin di kawasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat bertanya dua perkara. Pertama, apa masalahnya dan kenapa tidak dapat peruntukan yang lebih. Peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ini memang kecil. Saya sebutkan tadi yang pertamanya kita hendak kaji semua ini yang sedang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi memandangkan prioriti kita pada hari ini ialah untuk menambah bekalan padi.
Untuk menjawab soalan apakah masalah dan mengapa disediakan peruntukan yang tidak mencukupi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, ini adalah antara lainnya kerana pada masa itu yang pertamanya mungkin kerana kita belum lagi insaf dan sedar tentang betapa pentingnya perkara ini ditangani segera. Sekarang ini kita sudah pun insaf dan sedar. Insya-Allah kita akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keadaan ini dapat kita perbaiki. Saya harap Yang Berhormat bersabar.
Mengenai sumber-sumber lain, seperti Yang Berhormat sedia maklum di bawah Pembangunan Koridor Utara kerajaan ada mengesyorkan supaya beberapa GLC - pihak swasta terlibat dalam tanaman padi berskala besar. Antara lain Syarikat Sime Darby
Dato' Mustapa Mohamed
sedang merangka beberapa tindakan untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Kerajaan memanglah mengalu-alukan penyertaan pihak swasta, khususnya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC. Ini telah pun diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita akan memastikan bahawa arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu diikuti oleh GLC dan kita tidak mahu Pasir Salak dilupakan oleh GLC dalam membangunkan tanaman padi berskala besar yang sedang dirancang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat. Jangan lupa semua tempat juga, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih di atas jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Marang.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 1990 saya pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya merancang ke arah bidang pertanian yang menghasilkan makanan yang cukup bagi negara. Jawapan daripada Menteri Pertanian pada masa itu ialah ia tidak ekonomik dan mengimport adalah lebih menguntungkan daripada kita merancang begitu rupa. Saya pernah menyebut dengan adanya negara-negara maju seperti Jepun sebagai contohnya, bagi merancang dan menggalakkan pertanian yang mencukupkan bekalan negara sanggup memberi subsidi sehingga 99% kepada petani. Ia sampai begitu rupa kerana mereka boleh menampung keperluan melalui bidang yang lain. Untuk pertanian mereka sanggup memberi subsidi sebanyak 99% kepada petani. Adakah kerajaan mempunyai cadangan sampai ke peringkat itu untuk menghadapi kegawatan makanan yang berlaku dalam dunia hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 bilion untuk menangani masalah bekalan makanan yang dihadapi negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM2.5 bilion telah pun saya umumkan agihannya dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM803 juta adalah untuk sektor padi.
Saya ingin memaklumkan bahawa sektor tanaman padi merupakan satu sektor yang penting untuk negara. Di Malaysia terdapat kira-kira 140,000 orang petani, satu kumpulan yang penting yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan makanan bagi negara, maka kerajaan amat prihatin kepada kebajikan mereka. Oleh sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat pengumuman semalam berkaitan dengan perkara ini.
Saya ingin memaklumkan di sini bahawa setakat tahun ini kita akan membelanjakan sebanyak RM923 juta untuk memberi subsidi kepada penanam padi.
Dengan langkah yang diumumkan baru-baru ini sebanyak RM923 sedang dilaksanakan dan ini merupakan program yang sedia ada. Berikutan krisis makanan ini sebanyak RM803 juta sebagai tambahan. Ini bermakna kira-kira RM1.87 bilion disediakan untuk sektor tanaman padi.
Jadi, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan memang sedar tentang perkara ini. Kalau dilihat kepada jumlah subsidi yang diberikan, kalau kita bahagikan dengan bilangan petani ia adalah kira-kira RM2,500 seekar. Jadi setiap petani yang menanam padi akan mendapat subsidi padi, harga, baja, racun dan insentif yang lain kira-kira sebanyak RM2,500 seekar bagi seorang petani. Kalau tengok dari segi hektarnya, satu hektar juga diberi subsidi yang banyak. Minta maaf. Setiap petani mendapat kira-kira RM9,000 subsidi seorang memandangkan kita ada 140,000 orang petani dan bantuan yang diberikan ialah kira-kira RM1.7 bilion. Bagi satu hektar subsidi yang diberikan ialah sebanyak RM2,500. Ini bermakna setiap petani yang menanam padi mereka layak menerima subsidi sebanyak RM2,500 juta untuk subsidi harga padi, racun perosak, baja, membajak dan lain-lain. Ini adalah jumlah subsidi yang besar dan subsidi ini saya rasa kalau pun tidak setanding dengan negara-negara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah amat tinggi dan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menangani masalah terkini yang kita hadapi. Terima kasih.
3. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan mengikut seruan rakyat untuk membebaskan Badan Pencegahan Rasuah daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Parlimen. Jika tidak, mengapa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak yang minat Dato’?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya, tidak mengapa. I will be gentle.
Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanan usaha pembanterasan rasuah melalui penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah iaitu BPR kepada sebuah suruhanjaya. Kerajaan tidak berhasrat untuk meletakkan suruhanjaya tersebut di bawah tanggung jawab Parlimen secara khusus.
Dalam struktur baru suruhanjaya, akan diwujudkan satu Lembaga Penasihat Bebas Pencegahan Rasuah serta satu Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah. Ahli-ahli Lembaga Penasihat Bebas Pencegah Rasuah akan dimaklumkan oleh pihak suruhanjaya mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kepentingan umum. Ahli-ahli Lembaga tersebut dapat memantau dan membuat pertanyaan lanjut mengenai kes-kes tersebut dan memberi syor-syornya mengenai tindakan lanjut yang sewajarnya. Pihak suruhanjaya tersebut juga akan membentangkan laporan tahunannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah.
Dengan itu, Lembaga Penasihat Bebas dan Jawatankuasa Parlimen tersebut akan dapat memastikan ketelusan dan keberkesanan dalam pelaksanaan fungsi pelaksanaan suruhanjaya tersebut di samping wujud elemen akauntabiliti bagi setiap tindakan yang diambil.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga telah membaca daripada surat khabar bahawa suruhanjaya ini tidak mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas mahkamah. Pada pendapat saya, suruhanjaya ini menjadi sebuah badan yang bebas dan kebebasan itu bukan terletak kepada kebebasan untuk mengambil kakitangan sahaja, tetapi lebih kepada hak untuk mengambil tindakan undang-undang. Jadi, soalan saya kenapa Kerajaan Pusat tidak memikir ataupun tidak mengizinkan suruhanjaya ini untuk mengambil tindakan-tindakan mahkamah?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya sudah tentu, Parlimen juga tidak ada hak untuk mendakwa di mahkamah kerana mengikut Perlembagaan kita, segala pendakwaan itu hendaklah dibuat oleh Peguam Negara. Jadi, saya rasa untuk kita mendakwa mereka di mahkamah, itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Nombor dua, BPR tidak dibenarkan untuk mendakwa sebab kita mengamalkan prinsip undang-undang separation of duties. Iaitu orang yang menyiasat lain, yang mendakwa lain dan yang menghakimi lain. Ia mesti separate.
Kalau BPR sendiri diberikan kuasa untuk mendakwa, maka oleh sebab dia yang menyiasat, maka dia sudah mungkin dalam penyiasatan itu telah merapatkan hubungan dengan orang yang dia siasat. Maka oleh sebab itu, kita bimbang soal dia bertindak secara tidak ada conflict of interests itu tidak mungkin boleh berlaku. Atas sebab itu kita pisahkan.
Penyiasat satu badan, mendakwa satu badan dan juga yang menghakimi satu badan.
Itulah sebabnya mengapa pendakwaan itu kita tidak berikan kepada BPR.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyalahgunakan kuasa apabila mencampuri tangan dalam perkara Yang Berhormat Bukit Gelugor dan mengarahkan Peguam Negara mengenai siasatan dan mempercepatkan siasatan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ada menghina institusi Raja-raja.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kalau begitu, bagaimana kita boleh yakin bahawa ACA atau MCAC akan dapat kebebasan untuk siasat Kempen Melawan Rasuah tanpa apa-apa campur tangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pucuk pimpinan pentadbiran kalau MCAC masih di bawah bidang Jabatan Perdana Menteri? Bukankah perlu ini dikeluarkan langsung daripada Jabatan Perdana Menteri bertanggung jawab kepada Parlimen sahaja? Tunjuk bahawa bebas.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, lain kali bagi dekat orang lainlah. Lama, kasihan kepada yang baru belum dapat tanya. [Ketawa] Yang Berhormat, saya rasa apabila kita memberi arahan kepada seseorang, saya percaya ini satu perkara biasa. Saya percaya dalam kerjaya Yang Berhormat sebagai seorang ahli politik, Ketua Pembangkang, sekarang sudah tidak jadi Ketua Pembangkang, saya rasa dalam banyak kenyataan juga, Yang Berhormat pun pernah membuat kenyataan minta supaya AG siasat kes ini, BPR siasat kes ini. Apakah itu merupakan satu arahan? Apakah itu merupakan satu perkara kita mencampuri hak kuasa seorang AG untuk menjalankan tugas dia? Ini perkara biasa.
Soal sama ada AG hendak ikut atau tidak hendak ikut, dia bebas. Itu terpulanglah kepada dia. Jadi sebab itu, tidak berbangkit soal ini sebab kita semua boleh buat kenyataan. Kemudian soal MCAC diletakkan di bawah Perdana Menteri. Saya percaya ini satu perkara, bukannya dia merupakan Malaysia sticks out like a sore thumb. Banyak negara lain juga mempunyai sistem yang sama di mana dia tidak meletakkan soal penyiasatan itu di bawah Parlimen. Parlimen pun susah juga. Dahulu Yang Berhormat pernah dalam konvensyen di Perak, DAP punya apabila kita hendak siasat MP buat false claims.
Yang Berhormat sendiri cakap, “Apa hak BPR hendak siasat Ahli Parlimen?” Jadi, itu belum lagi letak di dalam Parlimen, Yang Berhormat sudah bercakap macam itu. Kalau diletakkan di Parlimen, maknanya kita...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Betulkan, betulkan. Perkara ini hal ehwal...
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Perbetulkan, perbetulkan. Patut diuruskan oleh Parlimen dahulu sebelum diserahkan kepada ACA. Belum lagi diperbetulkan, diperbetulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat, ini bukan mesyuarat kongsi gelap. [Ketawa] Kita ada peraturan, saya menjawab.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak boleh untuk memutar belitkan. Yang Berhormat ini memutar belitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Kita membetulkan Yang Berhormat.
Ini Parlimen Yang Berhormat. Ini Parlimen, jawablah. Jadi, kalau dahulu pun Yang Berhormat kata apalah hak BPR menyiasat Parlimen, alangkah bahayanya kalau kita letakkan BPR di bawah Parlimen.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak ada, tidak ada penjelasan Yang Berhormat. Tidak ada penjelasan Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat, sila duduk. Jangan hendak ubah peraturan yang biasa kita buat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
4. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan apakah langkah kementerian dalam membantu prasarana kemudahan rangkaian komunikasi dan jalur lebar terutamanya bagi daerah-daerah luar bandar seperti Kinabatangan.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini peka mengenai kepentingan penyediaan prasarana kemudahan rangkaian komunikasi dan jalur lebar di seluruh negara. Ini dapat dilihat dengan peningkatan ke atas langganan Internet jalur lebar sama ada melalui teknologi berwayar atau tanpa wayar di Malaysia.
Sehingga Disember 2007, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah adalah sebanyak 18% dan kadar penembusan telefon selular bagi setiap 100 penduduk pula adalah sebanyak 85.1%. Bagi negeri Sabah, kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah adalah sebanyak 11.9% dan kadar penembusan telefon selular bagi setiap 100 penduduk pula adalah sebanyak 39.6%. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui usaha merapatkan jurang digital di negeri Sabah, kementerian ini telah dan sedang melaksanakan beberapa program, projek, antaranya ialah:
(i) penyediaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan komunikasi luar bandar di 1,492 lokasi termasuk di sekolah, perpustakaan dan klinik desa yang dilaksanakan melalui lima fasa mulai tahun 2002. Ini bagi membolehkan masyarakat luar bandar di Sabah mendapat akses ICT sama rata seperti masyarakat di bandar. Secara khusus bagi Kinabatangan, sebanyak lima lokasi iaitu Klinik Kesihatan Kinabatangan, Klinik Desa Karamuak, Perpustakaan Desa Kg. Entilbon, Perpustakaan Desa Kg. Paris I dan Perpustakaan Desa Kg.
Warisan telah dibangunkan;
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
(ii) Program Internet Desa melibatkan pembangunan tiga buah pusat internet desa (PID) di Sabah. Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan, semua fungsi PID termasuk di Sabah sedang dipertingkatkan dari segi kemudahan perkhidmatan dan latihan serta promosi;
(iii) Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah kementerian ini telah dijalankan sejak tahun 2003 bagi menyediakan perkhidmatan talian asas telefoni dan internet di 89 daerah di seluruh negara termasuk 22 daerah di negeri Sabah. Program USP bagi projek-projek rangkaian komunikasi dan jalur lebar melibatkan 10 lokasi perintis di daerah Kinabatangan iaitu Kampung Paris Satu, Kampung Paris Tiga, Kampung Gumantong, Kampung Guang Sayang, Kampung Sogo Sogo, Kampung Minusuh, Kampung Mananam, Kampung Saguan, Kampung Temenggong dan Kampung Tambisan Darat;
(iv) Projek perkhidmatan internet jalur lebar yang dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Jalur Lebar Komuniti (PJK) telah dilaksanakan dan siap beroperasi pada awal tahun 2008 yang melibatkan sebanyak 12 lokasi projek perintis. Projek ini akan diperluaskan ke seluruh negara di mana kementerian telah pun mengenal pasti sebanyak 55 pusat PJK termasuk dua lokasi di Kinabatangan iaitu Pekan Kinabatangan dan Sukau; dan
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
(v) Projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) di 44 perpustakaan di seluruh negara yang telah siap beroperasi pada pertengahan tahun 2007 termasuk di Sabah.
Bagi mempertingkatkan lagi kemudahan rangkaian komunikasi serta penembusan internet jalur lebar termasuk di Sabah, kementerian sedang mengambil tindakan meluaskan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara bagi memastikan 50% kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar dapat dicapai pada tahun 2010.
Untuk perancangan sehingga 2010, Program USP SKMM mensasarkan pelaksanaan sebanyak 200 projek internet jalur lebar di kawasan luar bandar di seluruh negara yang akan turut melibatkan negeri Sabah dan menambah sebanyak 46 lokasi bagi liputan cellular awam di bawah Program T3 di Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, terima kasih di atas penjelasan yang boleh meyakinkan saya.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, saya ada dua kemusykilan yang bersamaan dan saya percaya Yang Berhormat mempunyai akal fikiran yang lebar dan juga Yang Berhormat rasa saya merupakan satu kementerian yang mengutamakan penyelesaian.
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, bagaimana hendak menyelesaikan masalah prasarana kemudahan rangkaian komunikasi, khususnya di luar bandar, di kawasan saya Kinabatangan dalam keadaan bekalan api elektrik begitu terhad, tidakkah mungkin kita menggunakan genset yang tidak boleh 24 jam ataupun mungkin tidakkah mungkin kita menggunakan bateri torchlight sebab kemudahan seumpama ini tidak ada.
Jadi sebab itu saya fikir yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan rakyat luar bandar dan di Kinabatangan, khususnya. Terima kasih.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat rakan saya dari Kinabatangan yang sentiasa menitikberatkan kebajikan masyarakat di kawasan beliau.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini dana USP ataupun Universal Services Provision Fund yang ada di bawah kementerian ini di dalam peraturannya hanya membenarkan dana ini digunakan untuk memberi perkhidmatan simple telephony, dengan izin, bagi kawasan-kawasan underserved di mana-mana di negara ini yang mana kawasan underserved ini ditakrifkan kawasan-kawasan yang mempunyai penetration, penembusan telefonnya 20% daripada national level, maka terbatas dari segi bantuan yang boleh diberikan bagi kawasan-kawasan luar bandar.
Walau bagaimanapun, menyedari hakikat itu kementerian ini telah pun mengemukakan cadangan kepada pihak Peguam Negara iaitu AG Chamber, dengan izin, untuk mengubah peraturan-peraturan yang ada dalam dana USP Fund ataupun Universal Service Provision Fund ini untuk membolehkan dana ini digunakan bukan sahaja untuk basic telephony tetapi kami mencadangkan supaya dana ini selain digunakan untuk basic telephony, boleh digunakan untuk perkhidmatan jalur lebar. Kementerian ini juga telah meminta supaya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi untuk memastikan kawasan- kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik diberikan sekali sistem solar hibrid iaitu satu sistem yang membenarkan tenaga solar, tenaga bateri dan juga genset menggunakan diesel digunakan sekali untuk memastikan sekolah-sekolah di luar bandar ataupun kawasan-kawasan yang memerlukan pusat internet ini boleh mendapat perkhidmatan internet.
Ini kerana jika sekolah-sekolah ini tidak mempunyai kemudahan generator yang bersesuaian dan tidak stabil, maka sudah pasti komputer ini ataupun internet ini tidak dapat digunakan sebaik mungkin, tetapi kadang-kadang masalah yang dihadapi setelah sistem ini atau generator ini diberikan, kadang-kadang berlaku sedikit kekurangan iaitu tidak kemampuan pihak sekolah untuk membeli bahan bakar iaitu diesel untuk digunakan untuk genset ini. Namun saya percaya dengan adanya rakan saya, Menteri Pelajaran yang berada di kiri saya ini, saya yakin kami boleh bekerjasama sebaik mungkin untuk memastikan masalah-masalah yang ada selama ini iaitu kadang-kadang pihak sekolah tidak mampu untuk membeli minyak untuk menghidupkan genset ini dapat diselesaikan pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertanyaan tambahan saya ialah apakah tindakan kementerian terhadap syarikat telekomunikasi yang masih memberikan coverage yang tidak memuaskan dari segi penggunaan telefon cellular ini dan kalau kita ambil contoh di Johor Bahru, kalau kita berada di Danga Bay, tiba-tiba line kita dimasuki oleh line Singapura. Itu satu. Yang kedua ialah... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kenapa suara tidak keluar, Yang Berhormat?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ada gangguan sedikit, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila, Yang Berhormat. Saya nampak okey.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Dia kata untuk Kinabatangan sahaja dan soalan ini sebenarnya secara umum.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak. Saya kata persoalan yang dikemukakan berhubung dengan streamyx...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk dulu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
... di Kinabatangan, kenapa pula...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nanti lain kali saya bagi peluang kepada Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Baik, baik. Saya bangun lebih awal daripada dia saya rasa, Tuan Speaker, patutnya soalan diberi kepada saya tadi.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang kedua ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam sila duduk. Sila, Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Ada kajian mengatakan bahawa pencawang-pencawang telekomunikasi ini membawa kesan kepada kanser. Jadi apakah kajian ini diambil kira dan peraturan dibuat supaya tidak ada pencawang di atas bangunan yang berdekatan dengan kawasan penduduk. Terima kasih.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berhubung dengan soalan yang pertama yang mengatakan ada kawasan-kawasan masih lagi tidak mendapat liputan telefon mudah alih, suka saya nyatakan bahawa kementerian ini bekerjasama dengan pihak telco ataupun syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan telefon mudah alih, kami mempunyai program yang tersendiri yang kita panggil Time1 - T1, T2 dan T3.
T1 adalah kawasan-kawasan yang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan sebagainya, manakala Time2 adalah kawasan-kawasan pelancongan dan jalan-jalan utama lebuh raya dan Time3 adalah kawasan-kawasan yang mana tidak ekonomik bagi syarikat-syarikat telco ini untuk membuat pelaburan, untuk membina based station mereka. Sebab itu apabila kawasan-kawasan T3 ini mungkin terdapat kawasan-kawasan luar bandar yang tidak menikmati kemudahan telefon mudah alih tetapi untuk kawasan-kawasan yang luar bandar yang masuk T3 ini, kementerian telah meminta sebagaimana saya katakan tadi, menggunakan wang Dana Perkhidmatan Sejagat ataupun USP Fund untuk memastikan tiada kawasan di seluruh negara ini yang akan tertinggal. Cuma ianya akan mengambil sedikit masa kerana program ini dilakukan secara fasa demi fasa, Tuan Yang di-Pertua.
Berhubung dengan kadang-kadang ada gangguan dari segi penerimaan di kawasan-kawasan sempadan sama ada di utara, mungkin di Perlis, kadang-kadang terdengar cakap Siam ataupun di Singapura terdengar hubungan dengan orang di
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Singapura, ini kadang-kadang dari segi kekuatan penerimaan atau pemancar yang digunakan.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Pihak kementerian sentiasa berusaha, khasnya di sempadan, di Johor Bahru, bagaimana untuk memastikan bahawa tidak ada gangguan frekuensi penerimaan antara negeri Johor dan juga di Singapura.
Berhubung dengan terdapat beberapa pihak mengatakan bahawa kononnya berlaku radiasi kepada pengguna-pengguna yang tinggal di kawasan yang berhampiran dengan pemancar. Suka saya nyatakan bahawa segala yang dilakukan dalam negara ini termasuk pemancar-pemancar yang ada dalam negara ini, mematuhi piawaian yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
5. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tahap pengambilalihan sisa pepejal di seluruh negara dan sistem yang sedang dilaksanakan termasuk peranan kerajaan-kerajaan tempatan. Bagaimana kementerian mengatasi permasalahan tempoh peralihan ini serta mewujudkan cara pembayaran.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sisa pepejal di negara ini akan mengalami satu perubahan yang begitu ketara apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuat kuasa kelak.
Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dari pihak berkuasa tempatan. Berikutan daripada senario ini, dua buah agensi telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi memastikan peralihan tanggungjawab ini terlaksana dengan teratur dan berkesan.
Dalam pada itu, kerajaan telah membuat keputusan supaya penswastaan dilaksanakan secara penuh di Wilayah Tengah dan Selatan manakala di Wilayah Utara akan dilaksanakan secara interim selama setahun. Sungguhpun Akta ini akan berkuat kuasa dan penswastaan dilaksanakan, PBT masih mempunyai peranan penting dalam memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti. PBT akan membantu perbadanan menjalankan peranan mereka dalam pemantauan dan penguatkuasaan akta berkenaan.
Berhubung dengan perwujudan cara pembayaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang melihat pelbagai kaedah umpamanya jumlah pembayaran yang perlu dikutip daripada PBT, jumlah yang perlu ditambah oleh Kerajaan Persekutuan, termasuklah pendekatan direct billing bagi tempoh jangka panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Bolehkah Yang Berhormat terangkan di dalam Dewan yang mulia ini, dua agensi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, adakah sudah berkuat kuasa, sudah beroperasi di seluruh negara?
Ekoran daripada dua agensi yang diwujudkan ini, kita nampak Malaysia peralihan ini pelbagai masalah timbul di seluruh negara dan termasuklah longgokan-longgokan sampah yang masih merata-rata kerana kekurangan kesedaran dan cara-cara untuk membayar bagi kutipan ini dan juga penswastaan yang sepenuhnya ke atas itu, misalnya Alam Flora yang merupakan salah satu syarikat berkaitan dengan kerajaan, GLC. Apakah keputusan yang telah dibuat untuk bayaran dan untuk penswastaan ini?
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tentang kuat kuasa, kedua-dua perbadanan ini, akta ini telah pun berkuat kuasa pada bulan Ogos 2007. Namun, untuk kita meneruskan diwartakan akta ini, kita perlu membuat beberapa
Dato’ Hamzah bin Zainudin
regulations. Terdapat 26 regulations, minta izin Tuan Yang di-Pertua, dan hari ini enam daripada peraturan-peraturan tersebut, kementerian telah pun meluluskannya dan menghantar kepada AG dan seterusnya akan menerima persetujuan daripada Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat ini.
Bagi mutu yang lebih baik, yang akan dibuat melalui akta ini, kita akan menentukan cara bayaran yang lebih baik sebab itu ia memakan masa lebih sedikit untuk kita menentukan fees yang lebih untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Sebab itu, Federal Government atau Kerajaan Pusat akan menentukan berapakah perbezaan di antara bayaran dulu dengan bayaran yang baru, bayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Tenggara.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tanjong, Tanjong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Ya, Tenggara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya saja pilih merah, kalau merah pun tak nampak, tak tahu lah saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan timbalan menteri, apakah kaedah dan pelan tindakan yang digunakan dalam tempoh jangka panjang bagi pengurusan pelupusan sisa pepejal dan apakah langkah kerajaan untuk memastikan sisa toksik di negara ini diurus dengan baik. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat merah dari Tenggara. Tentang kaedah jangka panjang, kerajaan seperti yang saya sebutkan tadi, sedang mengatur beberapa peruntukan. Ia melibatkan perkara-perkara baru seperti pembersihan awam bagi lebih baik daripada keseluruhan negara.
Apa yang kita hendak buat juga, adalah supaya KPI yang dibuat ini seragam di seluruh negara. Ianya tidak ada perbezaan di antara satu PBT dengan PBT yang lain dalam negara ini. Oleh sebab itu, perancangan yang kita buat adalah untuk menentukan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan adalah merupakan satu mutu yang lebih baik daripada apa yang ada hari ini.
Berkenaan dengan schedule waste ataupun pembuangan toksik ini, ini bukanlah di bawah peruntukan yang diberikan kepada akta yang kita telah pun luluskan kerana bagi pembuangan toksik ini, ia adalah di bawah DOE atau kementerian yang lain daripada kita, terima kasih.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, ini perkara penting. Jadi minta satu soalan tambahan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Masa Tuan Yang di-Pertua boleh bagi. Sebab kita mahu tanya menteri bahawa termasuk Sabah Sarawak ke ini di Semenanjung sahaja?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh] Timbalan menteri, cuba.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Kerana Tuan Yang di-Pertua, kerana di Sabah dan Sarawak ini bukan sisa pepejal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk, Yang Berhormat.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
...bukan sisa pepejal sahaja, pembetungan najis pun perlu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Betul, Yang Berhormat.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Jadi mahu tanya lah...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Anak tiri lagi.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
...apa tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila timbalan menteri jawab.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terhadap soalan Yang Berhormat itu, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini adalah berbeza daripada yang lain. Oleh sebab itu, yang kita luluskan hanyalah, akta ini telah pun diluluskan pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007 dan memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. [Ketawa] Itu perbezaannya, terima kasih.
Seorang Ahli
Anak tiri.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila Yang Berhormat...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tadi ada soalan tambahan, saya ada soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, tadi dapat soalan tambahan, saya hendak soalan tambahan juga tadi berhubung dengan streamyx di Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebab apa dia dibenarkan, kita tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat.
6. Tuan Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan menyediakan program-program khusus untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kadar penggantungan kepada pembantu rumah asing di negara ini.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Sumber Manusia belum mempunyai sebarang program untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah di negara ini. Tenaga kerja wanita tempatan kurang berminat bekerja sebagai pembantu rumah bukan kerana mereka mempunyai kekurangan latihan atau kemahiran dalam bidang tersebut tetapi atas sebab yang lain.
Kalau kita mahu lakukan perubahan di dalam keadaan ini, apa yang diperlukan ialah anjakan minda serta perubahan rakyat tentang pandangan dan nilai tentang kerja ini.
Seterusnya mengadakan perubahan kepada skop kerja ini serta satu kesediaan untuk meninggikan lagi, beberapa kali ganda gaji berpatutan bagi pekerjaan ini.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Ini akan menjadi langkah-langkah yang berpatutan untuk menarik minat pencari kerja tempatan terhadap pekerjaan ini. Walaupun demikian di atas cadangan oleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat dah cukup jawab itu.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih. Pendidikan awal termasuk dalam kandungan ibu dan juga semasa bayi adalah sangat penting. Jadi, jawapan Yang Berhormat Menteri tidak ada khusus kepada warganegara tempatan untuk menjadi pembantu rumah.
Soalan saya, selain daripada latihan kepada warganegara tempatan termasuk juga warganegara asing yang menjadi pembantu rumah, adakah kerajaan bersedia untuk mengadakan program dan juga latihan-latihan tertentu termasuk menubuhkan institut kemahiran bagi warganegara asing menjadi pembantu rumah?
Kita minta supaya perkara ini diberi perhatian serius kerana kita mahu anak-anak kita terjamin dari segi keselamatan, kesihatan dan juga pendidikan awal bagi membentuk akhlak dan juga sahsiah yang tinggi. Saya nak bagi pantun dan kata pepatah Melayu dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tak payahlah pantun Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Ini penting ini, tentang soalan, institut latihan kemahiran tadi kepada warganegara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat daripada Segamat tak boleh nak jawab pantun nanti.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kita tahu wakil pembangkang ini ramai wanita, dulu ibu-ibu kita selalu menyanyikan untuk anak-anak di dalam buaian. “Buai tinggi-tinggi sampai cucur tatap, belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”. Tetapi kita khuatir pantun alaf baru, “Buai tinggi-tinggi main tepi perigi, belum tumbuh gigi sudah baca dangdut gerudi”. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan banyak sangatlah pantun, habis pagi ini kita dengan pantun sahaja.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah tentang mewujudkan satu bidang kepakaran di dalam isu pembantu rumah. Pada masa sekarang walaupun kita tidak ada secara langsung berkaitan dengan pembantu rumah, tetapi untuk bidang-bidang berkaitan seperti bidang pengasuhan kanak-kanak, bidang penjagaan warga emas dan penjagaan orang hilang upaya, kementerian sedang menubuhkan program-program tertentu dan melalui ini kita akan meninggikan kepakaran di dalam bidang itu, kerana itu semua berkait dengan gaji yang diberikan kepada pekerja.
Kalau kita mengadakan satu latihan, mewujudkan satu bidang kepakaran di dalam hal ini, maka ini akan ikut dengan kenaikan gaji untuk pembantu-pembantu rumah. Dan kita kena tengok kesan-kesan daripada tindakan itu ke atas persediaan keluarga-keluarga yang ada sekarang untuk menerima pembantu-pembantu rumah ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya nak bagi peluang kepada wanita dengan soalan ini. Yang hujung itu.
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Rantau Panjang, sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa selepas 40 kali lebih saya bangun, pertama kali saya dapat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nasiblah 40 kali Yang Berhormat, pagi ini dapat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih kerana turut memberi peluang kepada saya untuk bertanya soalan tambahan.
Soalan tambahan saya, apa pendirian pihak kementerian, apakah penyelesaian jangka panjang terhadap pembantu-pembantu rumah asing, sebab kita melihat kesan daripada pengambilan pembantu rumah asing yang tidak terhad ini menyebabkan banyak perkara negatif berlaku. Di antaranya ialah pengaliran wang keluar ke negara-negara asing, begitu juga akhlak yang ditonjolkan kepada anak-anak kita yang mungkin tidak sesuai dengan budaya negara kita.
Jadi apakah cadangan dan perancangan jangka panjang pihak kementerian supaya menggalakkan pembantu-pembantu daripada rakyat tempatan diberi peluang.
Jangan kita fikirkan soal kewangan, iaitu bayaran yang murah sebab ini penting untuk generasi masa depan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang pun tidak ada apa-apa halangan bagi seseorang majikan membuat ketetapan untuk pilih pekerja tempatan untuk menjadi pembantu rumah. Pemilihan ini adalah dibuat oleh kita sendiri.
Jadi sekarang apa yang berlaku kerana ada banyak majikan yang mahu pilih pekerja- pekerja asing untuk menjadi pembantu rumah. Itu sebabnya agensi-agensi membawa mereka masuk. Dan kalau pada masa sekarang, kerajaan membuat satu penetapan untuk mengurangkan mereka, cuma kita kena kaji daripada risiko ini kepada peluang yang disediakan oleh pekerja-pekerja asing ini, kepada lebih kurang 250 orang wanita tempatan untuk mengambil peluang ini, untuk menjalankan kerja-kerja lain dan menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi.
So, ini ada beberapa isu yang berkaitan, oleh itu di dalam hal ini dari segi kementerian, kalau ada pekerja tempatan yang mahu menjadi pembantu rumah dan memerlukan bidang kemahiran dan memerlukan latihan di dalam bidang kemahiran, kita sentiasa bersedia untuk menyediakan ini supaya meninggikan kepakaran di dalam bidang itu, supaya mereka boleh mengambil alih tempat pekerja-pekerja asing yang ada pada masa sekarang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Dr. Che Rosli bin Che Mat.
7. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan status penggunaan LPG sebagai punca tenaga. Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaannya di seluruh Malaysia. Adakah infrastrukturnya cukup bagi menggalakkan pengguna mengalih penggunaan dari petrol kepada LPG.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuat pembetulan kepada soalan saya itu. Kalau mengikut soalan asal yang di dalam buku ini, bukan LPG tetapi CNG dan LNG.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
LNG?
Jadi macam mana Yang Berhormat Menteri tidak ada notis Yang Berhormat, perubahan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Kalau tak boleh, saya mintalah Yang Berhormat Menteri jawab soalan saya nombor 7 ini, kemudian mungkin kita minta Jabatan Perdana Menteri menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri dah berdiri, dia boleh jawab Yang Berhormat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya pun keliru kenapa ditanyakan tentang soal peralihan penggunaan dari petrol ke LPG. Jadi saya sangka baik bahawa inilah soalan asalnya. Walau bagaimanapun, saya rasa bahawa kalau kita lihat kepada keadaan di negara kita, penggunaan LNG dan CNG, LNG hanya dieksport ke negara lain seperti mana yang telah dinyatakan oleh sahabat saya dalam soalan yang pertama.
Yang kedua, gas asli ada digunakan bagi tujuan pembuatan dan juga penjanaan kuasa. Manakala dari segi CNG pula, iaitu Compressed Natural Gas atau lebih popular dikenali sebagai Natural Gas for Vehicles atau NGV digunakan sebagai bahan bakar alternatif bagi kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan, dan juga pengangkutan awam dalam negara kita.
Untuk menubuhkan atau menguatkan infrastruktur kepada penggunaan NGV di kalangan kenderaan, baru-baru ini kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk membina 200 lagi stesen NGV menjelang tahun 2008. Buat masa ini kita ada sebanyak 73 stesen yang telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, yang 200 ini di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masuk?
Dato' Shahrir Abdul Samad
Di Semenanjung sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebelum Yang Berhormat Kalabakan naik, bangun lagi.
Dato' Shahrir Abdul Samad
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 65 yang sedia ada dan ditambah dengan 8 pada bulan Mei ini, iaitu 73 dan dua lagi akan siap tak lama lagi menjadi 75 dan pada akhir tahun ini insya-Allah 25 lagi akan dapat disiapkan.
Dan pada tahun 2009, akan dijangka siap 100 lagi. Ia lebih kepada untuk menampung keperluan sebanyak lebih 10,700 lebih kuranglah kenderaan yang menggunakan NGV.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Soalan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagan, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tak bagi juga aku nak tanya. Adik nak tanya abang pun tak boleh?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha untuk mengalihkan penggunaan kepada sama ada LPG, CNG dan sebagainya gas dalam generik termnya pada gas. Adakah pihak kerajaan sedar bahawa bekalan yang diberikan selama ini, adalah jauh berkurangan sehingga sungguhpun Malaysia adalah sebuah pengeluar atau pengeksport gas utama di Malaysia, tetapi ia tidak dapat menampung keperluan tempatan.
Dari sini seperti yang sedia maklum Yang Berhormat Menteri bahawa kita ada gas pipeline yang telah dibina dengan perbelanjaan berbilion ringgit tapi apa gunanya ada paip gas bila ia tidak ada gas? Ini memberikan kesan yang begitu besar kerana kita telah kehilangan pelaburan sebanyak RM7 bilion. Dalam aspek ini saya tidak nampak usaha yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri akan berjaya, sekiranya kita tidak boleh memaksa Petronas untuk memastikan bekalannya sentiasa ada.
Bolehkah kita Tuan Yang di-Pertua, meminta Petronas kurangkan bekalan kepada IBP supaya dapat disalurkan kepada pengguna tempatan kerana pengguna tempatan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
hanya menggunakan 12% daripada bekalan gas, sedangkan 65% diberikan kepada TNB dan juga IBP. Bolehkah IBP dikurangkan supaya kita, pengguna tempatan boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi dan juga penggunaan gas yang bersih, penggunaan tenaga yang bersih bagi rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Tuan Yang di-Pertua, memang sebahagian besar daripada gas asli di sebelah Semenanjung digunakan untuk penjanaan kuasa elektrik, seperti mana Yang Berhormat menyatakan bahawa inilah bagi sebanyak enam puluh lebih peratus digunakan bagi penjanaan kuasa elektrik sama ada oleh TNB ataupun IBP.
Memang sebenarnya ia menjadi satu dasar di mana ia merupakan penjanaan secara bersih juga untuk penggunaan elektrik.
Saya lihat bahawa memang adanya persaingan permintaan di antara penggunaan untuk industri ataupun penggunaan untuk penjanaan kuasa. Kita tidak boleh lari daripada keadaan ini. Memang ia menekan kepada keperluan ataupun bekalan gas yang ada di sebelah Semenanjung khususnya, sehinggakan bekalan gas yang ada di Semenanjung didapati daripada luar daripada Malaysia sebenarnya iaitu daripada Natuna dan juga Joint Development Authority Area di antara Thailand, negara Thailand dan Malaysia.
Jadi bermakna bahawa sebenarnya di Semenanjung, penggunaan gas itu ditampung oleh gas asli yang datangnya daripada sumber-sumber bukan sumber negara kita semata-mata, tetapi sumber daripada Natuna di Indonesia dan juga daripada kawasan persamaan Thailand dan juga Malaysia. Jadi, itu keadaan yang sebenarnya, bahawa kapasiti ataupun hasil keluaran gas sudah pun ditampung oleh gas asli yang diimport dan dibeli daripada Indonesia dan daripada Thailand.
Jadi soalnya, sama ada ia lebih baik bagi kita mengalih daripada membekal gas asli ini kepada TNB dan IBP bagi penjanaan kuasa, ataupun lebih baik diberikan kepada penggunaan industri yang bukan menjanakan kuasa. Itu saya rasa satu keadaan yang harus kita lihat kembali. Tentu kerana pertamanya, penggunaan gas bagi jana kuasa menjanakan kuasa elektrik dibekalkan pada harga yang agak rendah, berbanding dengan apa yang dibekalkan kepada industri. Ada juga dan kerana ini tentunya membawa kepada berasakan kepada dasar dan strategi kerajaan untuk memberi bekalan harga elektrik yang rendah, yang mampu ditanggung oleh pihak pengguna sama ada pengguna biasa atau industri yang menggunakan kuasa elektrik.
Jadi ini persoalan yang harus dihadapi oleh kerajaan. Saya percaya bahawa seperti mana Yang Berhormat pun menyatakan kebimbangan tentang penggunaan gas bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik, perkara ini dikaji dari semasa ke semasa dan ia akan melibatkan perubahan strategi dan penekanan kita. Tentulah kalau kita beralih pula daripada penjanaan menggunakan gas asli untuk penjanaan kuasa elektrik, kita kena pula menggunakan bahan api yang lain. Jadi tentulah pula nanti ada Yang Berhormat pula mempunyai pertimbangan dari segi kesannya kepada alam sekitar dan bila digunakan pula soal arang batu, tentu ia juga menimbulkan pertanyaan kepada kita. Ini semua soalan dan pertimbangan yang ada, dalam kita membentuk dasar penggunaan sumber gas negara kita.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tuan Raime Unggi.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, baru satu soalan. Saya berhak untuk bertanya satu soalan sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Soalan daripada saya tadi Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya berhak menyambung sedikit. Soalan tambahan. [Dewan riuh]
Tuan Raime Unggi - Tenom
Dah jawab dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dalam Dewan ini Yang Berhormat, saya dengar jawapan dah cukup dah. Jadi hak Yang Berhormat saya yang putuskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Tenom.
8. Tuan Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana keupayaan kerajaan dalam meningkatkan penggunaan swasta yang kini berada pada kadar 14 peratus berjaya mengimbangi pergantungan negara kepada eksport.
Timbalan Menteri Kewangan l - Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, dalam persekitaran luar yang semakin mencabar berikutan kesan kenaikan harga minyak dan makanan, serta risiko pinjaman sub-prima di Amerika Syarikat, kerajaan telah mempelbagaikan sumber-sumber ekonomi negara supaya tidak terlalu bergantung kepada eksport.
Antara langkah yang dilaksanakan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi ialah meningkatkan perbelanjaan dalam negeri termasuk penggunaan swasta.
Sehubungan itu, penggunaan swasta telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14% pada suku ketiga dan 11.1% pada suku keempat tahun 2007. Secara puratanya penggunaan swasta bagi tahun 2007 telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11.7% lebih tinggi berbanding dengan pencapaian purata pertumbuhan bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan iaitu 8.2%.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2007, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3%. Permintaan dalam negeri menyumbang 8.8% kepada keluaran dalam negara kasar benar manakala eksport bersih menyumbang hanya 0.1% mata peratus. Ini menunjukkan bahawa sumbangan mata peratusan eksport bersih kepada pertumbuhan KDNK pada tahun 2007 adalah berkurangan manakala sumbangan permintaan domestik terutamanya penggunaan swasta telah meningkat. Bagi mengekalkan sumbangan penggunaan swasta kepada pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah melaksanakan langkah berikut:
(i) memastikan kadar faedah yang rendah dan memudahkan akses kepada kredit yang menyokong perbelanjaan isi rumah;
(ii) meningkatkan pendapatan kakitangan awam antara 7% hingga 35%;
(iii) melonggarkan peraturan yang membenarkan pengeluaran bulanan untuk pembayaran balik pinjaman perumahan daripada akaun dua Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan);
(iv) meningkatkan bayaran kadar dividen agensi anak-anak syarikat kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, FELDA dan seumpamanya; dan
(v) melaksanakan projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan dan pelbagai projek koridor ekonomi yang mendorong perwujudan peluang-peluang pekerjaan baru.
Dengan usaha ini, kerajaan yakin pengguna swasta akan terus kukuh dan mampu mengimbangi pengurangan eksport dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara tahun ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tenom.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat permintaan domestik yang kukuh, lebihan akaun semasa yang tinggi dan juga kestabilan politik, menjadikan Malaysia antara lokasi pelaburan yang paling selamat di dunia. Malah
Tuan Raime Unggi - Tenom
menerusi beberapa projek pembangunan koridor ekonomi termasuk di Sabah dan juga di Sarawak, dilihat boleh mengembangkan lagi momentum ekonomi negara.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah sejauh manakah penglibatan dan penggunaan swasta dalam memacu Projek Pembangunan Koridor Ekonomi seperti WPI, ECER dan sebagainya bagi memastikan kadar peratusan dapat dipertingkatkan lagi.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, dari segi statistik jumlah-jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk pembangunan di kelima-lima koridor iaitu:
| Jenis Koridor | Jumlah Perbelanjaan |
|---|---|
| Iskandar Development Corridor | RM4.3 bilion |
| Northern Corridor | RM69.6 bilion |
| East Coast Corridor | RM43.3 bilion |
| Sabah | RM42.6 bilion |
| Sarawak | RM15.3 bilion |
Mengenai dengan perbelanjaan daripada public private finance initiative:
| Jenis Koridor | Jumlah Perbelanjaan |
|---|---|
| Iskandar Development Region | RM15 bilion |
| Northern Corridor | RM86.2 bilion |
| East Coast Economic Region | RM29.5 bilion |
| Sabah | RM33 bilion |
| Sarawak | RM91 bilion |
Di samping itu, ada inisiatif daripada GLC iaitu:
| Jenis Koridor | Jumlah Perbelanjaan | |||
|---|---|---|---|---|
| Iskandar Development Region | RM27.7bilion | |||
| Northern Corridor | RM22.7 bilion | |||
| East Coast | RM32.8 bilion | |||
| Sabah | RM33.8 bilion | Sarawak Corridor | RM192 bilion |
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ialah negara Malaysia, ekonomi Malaysia sekarang amat bergantung kepada penggunaan public sector spending. Mengikut perangkaan yang saya ada daripada Merrill Lynch, Malaysia... penggunaan kerajaan adalah lebih kurang 24%, penggunaan kerajaan Taiwan hanya 15%, bagi Singapura 14%, bagi Thailand hanya 12% dan bagi Hong Kong hanya 10%. Adakah langkah-langkah yang akan diambil oleh
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
kerajaan untuk menurunkan pergantungan ekonomi kerajaan kita terhadap penggunaan oleh kerajaan. Terima kasih.
Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat dari segi KDNK kita melihat dari dua sudut. Satu dari sudut output iaitu pengeluaran. Yang ini sumbangan daripada sektor-sektor industri dan sektor-sektor industri di mana kita maklum, sektor perkhidmatan kita telah meningkat tinggi dan ini merupakan key driver dalam pembangunan negara kita. Dari segi perancangan Malaysia, sektor perkhidmatan yang sekarang menyumbang lebih kurang 53% kepada KDNK akan meningkat kepada 59% pada tahun 2020, itu target negara kita.
Kemudian kita lihat dari sudut GNP dari perbelanjaan. Perbelanjaan seperti mana yang saya nyatakan tadi, perbelanjaan swasta dari segi consumer begitu tinggi. Dari segi pembelian dan juga dari segi pelaburan. Buat masa ini kita masih bergantung kepada kerajaan kerana kita sebuah negara ekonomi yang sedang membangun. Jadi kita perlu input-input kerajaan seperti mana saya nyatakan tadi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kita belanja lebih kurang RM40 bilion pada tahun 2007 dan seterusnya dalam Koridor Raya nanti pelbagai lebih banyak perbelanjaan yang akan dilaksanakan. Ini kita nampak perbelanjaan oleh pihak swasta lebih tinggi daripada pihak kerajaan. Di samping itu input ketiga, dari segi sektor eksport dan import. Bagi tahun ini net eksport negara kita hanya 0.1% dan ini dijangka akan level pada tahun hadapan oleh kerana seperti mana yang kita tahu berlakunya recession di dunia jadi akan berlaku leveling di antara 0.1 dan mungkin negatif sedikit. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan, saya hendak tambah sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Telok Intan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat. Boleh bangkit dalam perbincangan selepas ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat.
9. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf dan mutu universiti-universiti tempatan.
Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian sentiasa berusaha ke arah memperkasa serta mempertingkatkan taraf dan mutu universiti-universiti tempatan.
Pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara pada 27 Ogos 2007 adalah bertujuan untuk mentransformasikan Pengajian Tinggi Negara agar dapat meningkatkan kualiti daya saing, kreativiti dan inovasi pengajian tinggi. Tujuh teras utama pelan strategik tersebut ialah:
(i) meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti;
(ii) menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
(iii) memperteguh penyelidikan dan inovasi;
(iv) memperkasa institusi pengajian tinggi;
Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
(v) mempergiatkan pengantarabangsaan;
(vi) membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan
(vii) mengukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.
Langkah-langkah yang akan diambil termasuk:
(i) meneruskan pengambilan pelajar ke IPTA menerusi sistem meritokrasi berdasarkan akademik dan kokurikulum;
(ii) menambahbaikkan kurikulum supaya relevan di mana jawatankuasa kurikulum IPT diberi flexiblity untuk menggubal kurikulum dan memastikan pelaksanaan ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan dan selari dengan kehendak industri;
(iii) memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menerusi kaedah pengajaran yang berinovatif, sentiasa relevan dan dinamik;
(iv) meningkatkan sistem jaminan kualiti di IPTA dan IPTS yang dilaksanakan oleh agensi kelayakan Malaysia;
(v) menambah bilangan penyelidik dan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi serta menggalakkan IPT menerajui aktiviti R&D bagi penerokaan dan penemuan ilmu baru dan termaju;
(vi) memantapkan struktur tadbir urus IPT dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, berkualiti dan berintegriti;
(vii) menambah bilangan pensyarah yang berkelayakan Ph.D; dan
(viii) memperluas dan memantapkan jaringan global IPT dengan IPT terkemuka luar negara serta kolaborasi antarabangsa dengan syarikat multinasional dan pihak swasta.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, walaupun terdapat pelan strategik untuk meningkatkan taraf pendidikan pengajian tinggi, kita masih mendapati kualiti graduan-graduan dari universiti tempatan amat teruk sampai majikan-majikan mendapati mereka dengan izin Tuan Yang di-Pertua not employable. Saya rasa pelan strategik ini tidak efektif. Adakah strategik lain yang akan membawa satu perubahan di universiti sebab pada masa ini graduan-graduan kita amat teruk kualiti mereka.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang kementerian sedar mengenai hakikat tersebut dan atas sebab itulah pada setiap masa diberi galakan untuk dilakukan penambahbaikan kepada usaha-usaha khususnya dalam soal untuk membentuk standard program pengajian dan juga bidang-bidang yang diajar di dalam universiti. Pada masa yang sama dalam soal untuk membangunkan program pengajian dan ditentukan juga standard, kementerian menggalakkan universiti untuk sentiasa mendapatkan input daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.
Antaranya yang diambil kira ialah dalam soal untuk menyediakan modul pembangunan insaniah ataupun soft skill yang sememangnya merupakan satu perkara yang kekurangan di kalangan graduan kita. Pada masa yang sama digalakkan untuk diterapkan elemen keusahawanan dalam program pengajian yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai entrepreneurship skill serta memantapkan budaya keusahawanan di kalangan mereka dan seterusnya mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara IPTA dengan pihak industri melalui program internship dan sebagainya, sekian terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sesi soal jawab telah tamat Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Peraturan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperbetulkan soalan nombor 62 soalan saya ada typing error pada bahagian (b) baris ketiga, SRJK(C) Ben Tek Pulau Pinang. “Tek” itu tiada di dalam. Nama sekolah tidak penuh. “Tek” tiada dalam soalan ini. Saya memohon untuk memasukkan “Tek” di dalam soalan ini. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejak Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan telah berlaku banyak masalah terutamanya yang melibatkan masalah keselamatan pelatih-pelatih yang sedang menjalani latihan tersebut.
Pada 7 Mei seorang lagi pelatih PLKN bernama Too Hui Min yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru telah meninggal dunia. Sebelum ini pada bulan April yang lalu pelatih bernama Afiq Zuhairi Ahmat Rozali pelatih di Kem Tasik Chenderiang juga telah meninggal dunia selepas mengalami demam. Seorang pelatih bernama R. Balammah pula meninggal dunia selepas 10 hari menamatkan program tersebut.
Sementara itu di Kem Jiwa Murni seramai 300 orang pelatih yang menjalani PLKN di kem tersebut terpaksa dikuarantin kerana dipercayai dijangkiti selesema. Ada di kalangan mereka telah menerima rawatan di Hospital Taiping.
Kekerapan berlakunya kematian, masalah kesihatan dan keselamatan pelatih PLKN sejak kebelakangan ini ia telah menimbulkan banyak persoalan kelemahan pengurusan dan pelaksanaan program ini. Adalah wajar PLKN ini dihentikan dengan serta- merta sementara Kementerian Pertahanan mengambil tindakan meneliti semula keberkesanan dan kemampuan pelaksanaannya kerana ia melibatkan isu nyawa dan keselamatan pelatih.
Bagi ibu bapa, anak mereka dihantar ke program ini kerana diwajibkan oleh undang-undang. Tambahan anak mereka ini adalah hidup atau sihat ketika dihantar ke kem tetapi sebaliknya mayatnya yang dibawa kembali ke rumah.
Oleh itu perkara ini adalah perkara yang tertentu, ia juga adalah perkara kepentingan orang ramai kerana program ini bagi sesi 2008 melibatkan 110,00 orang pelatih. Perkara ini perlu disegerakan memandangkan insiden kematian pelatih terlalu kerap sejak kebelakangan ini dan keperluan pihak kementerian bertanggungjawab ke atasnya dan bukan sekadar menyampaikan ganti rugi daripada pihak insurans kepada ahli keluarga. Saya mohon mengusulkannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli- ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Batu Gajah pada hari Jumaat, 9 Mei 2008. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa tertentu, perkara ini adalah satu perkara yang tertentu. Kepentingan orang ramai, ia adalah kepentingan orang ramai.
Berkehendak disegerakan, perkara ini tidak perlu disegerakan. Isu melibatkan nyawa dan kesihatan pelatih sememangnya merupakan perkara amat penting.
Pihak Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha mengambil pelbagai usaha dalam meningkatkan aspek kesihatan dan keselamatan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara dan masa untuk membangkit perkara ini masih ada ruang yang banyak dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dan juga pada rang undang- undang yang bakal dibentangkan di Parlimen nanti. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal
Pertama Parlimen Kedua Belas”. - 12 Mei 2008] Timbalan Yang di-Pertu
Yang Berhormat Papar sila sambung.
Puan Rosnah bte Haji Abdul Rashid Shirlin - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, izinkan saya untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia dan Minggu Belia kepada golongan belia di seluruh negara.
Saya teruskan melalui Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994, BERNAS mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan stok menimbal beras negara. Saya dimaklumkan bahawa BERNAS telah pun mengikat kontrak untuk membawa masuk 80% daripada jangkaan keperluan import negara sebanyak 720,00 tan metrik pada tahun ini.
Puan Rosnah bte Haji Abdul Rashid Shirlin - Papar
Namun apa yang menarik perhatian saya ialah kajian saya terhadap Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 menunjukkan betapa kita telah terlepas pandang tanggungjawab sosial yang sebenarnya boleh dipertanggungjawabkan kepada pengilang- pengilang swasta di negara ini selain mempertanggungjawabkan tugas ini sepenuhnya hanya kepada BERNAS.
Apakah maksud mana-mana orang di bawah Seksyen 4(2)(d) Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 ini melihatkan kepada BERNAS semata-mata? Pada pendapat saya, dari segi interpretasi undang-undang maksudnya boleh diperluaskan untuk merangkumi pengilang-pengilang atau pengeluar-pengeluar beras.
Namun pendekatan yang diambil oleh kebanyakan pihak adalah dengan menguatkuasakan seksyen ini terhadap BERNAS sahaja sedangkan fakta menunjukkan bahawa pengilang-pengilang swasta mempunyai 55% pasaran beras negara yang diperoleh daripada sumber beras tempatan dengan sepenuhnya.
Maka saya menyarankan kepada kerajaan agar tampil tegas dan berani menguatkuasakan Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 terhadap pengilang- pengilang swasta yang jelas berkemampuan menyumbang kepada stok penimbal bekalan beras negara.
Saya juga memohon agar kementerian mengadakan satu pertemuan dengan pengilang-pengilang swasta ini secepat mungkin dan mengeluarkan arahan kepada mereka supaya berkongsi tanggungjawab bersama-sama menyumbang kepada stok penimbal beras negara.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi krisis makanan sekarang kerajaan disarankan melaksanakan beberapa langkah yang saya pasti ada yang telah dilakukan bagi menangani isu kenaikan harga barangan makanan termasuklah harga beras.
Antaranya yang pertama, selain daripada menubuhkan stok penimbal kebangsaan bagi beras, stok simpanan beras negara untuk tujuan pengedaran perlu dikaji semula dari sebulan kepada tiga bulan.
Keduanya kerjasama pengilang swasta mestilah diwajibkan di dalam memenuhi stok penimbal beras mencukupi dan tugas ini tidak boleh dibebankan kepada BERNAS semata-mata kerana pada pendapat saya BERNAS hanya menguasai 45% daripada pasaran beras dalam negara di mana 30% adalah daripada sumber import dan 15% daripada sumber beras tempatan dan pengilang swasta menguasai 55% pasaran beras negara yang diperoleh daripada sumber beras tempatan sepenuhnya.
Ketiga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu menempatkan lebih ramai pegawai penguat kuasa di sempadan sebagai langkah segera membanteras penyeludupan beras termasuklah menjalinkan kerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia dan Unit Pencegah Penyeludupan atau UPP di sempadan negara khususnya Thailand. Kakitangan UPP juga perlu ditambah lagi.
Keempat, kerajaan juga perlu membenarkan harga padi tempatan dinaikkan selain daripada dapat mengekang penyeludupan beras, langkah ini akan menggalakkan 80,000 petani padi di negara ini untuk menceburi sektor tersebut secara lebih serius dan dapat mengoptimumkan beras negara. Betapa krisis ini menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh bergantung kepada beras import yang tinggi harganya.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Penjelasan.
Puan Rosnah bte Haji Abdul Rashid Shirlin - Papar
Yang kelima, kerajaan perlu membuka kawasan jelapang padi yang baru untuk meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung pengeluaran beras penduduk Malaysia yang semakin meningkat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Laluan, laluan.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Saya minta maaf Yang Berhormat kerana masa saya agak terhad pada hari ini.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tentang harga padi, harga padi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi jalan Yang Berhormat Pendang.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Tak, minta maaf. Pada masa ini kawasan penanaman padi hanya mencukupi untuk menampung 73% keperluan 27 juta penduduk Malaysia. Sehubungan itu cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Sabah dan Sarawak dijadikan negeri jelapang padi baru adalah langkah yang ke hadapan. Kawasan saya iaitu Papar bersedia menawarkan kawasan kami untuk dijadikan sebahagian daripada jelapang padi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya merasa sungguh terharu dengan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh mengenai usaha berterusan menangani isu kemiskinan di Sabah. Walaupun isu kemiskinan telah dibawa oleh sahabat-sahabat saya Ahli Dewan Rakyat daripada Sabah dan Sarawak sekali lagi saya akan membawa perkara kemiskinan untuk perhatian Dewan yang mulia ini kerana pada pendapat saya kemiskinan merupakan kekangan yang paling utama kepada usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju.
Tuan Yang di-Pertua, kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia adalah di Sabah dengan kira-kira 23% daripada isi rumah hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan.
Jika Malaysia mahu mencapai sasaran pembasmian kemiskinan yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah sangat penting untuk membawa lebih banyak pembangunan ke negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman.
Pada tahun 2004, Sabah mencatatkan tahap kemiskinan tegar yang tertinggi iaitu sebanyak 6.5% iaitu enam kali lebih tinggi berbanding Sarawak. Antara golongan miskin tegar adalah masyarakat luar bandar yang tinggal di pinggir sungai dan hutan di negeri Sabah dan sebahagian daripada mereka merupakan masyarakat peribumi negeri Sabah.
Sebilangan besar golongan miskin di Sabah bekerja di sektor pertanian secara relatif di kawasan yang jarang mempunyai penduduk padat. Mereka biasanya sukar dikunjungi dan terpisah daripada pasaran. Mereka kekurangan modal insan, pendidikan, zat makanan dan kesihatan yang baik. Golongan miskin di Sabah seolah-olah terkongkong oleh suatu kitaran kemiskinan antara generasi.
Pertumbuhan ekonomi di Sabah telah menunjukkan peningkatan tetapi pertumbuhan ini tidak seimbang dan memanfaatkan golongan miskin. Pendapatan meningkat dengan tidak setara dan kadar pengangguran adalah dua kali ganda daripada purata kebangsaan. Maka terdapat keperluan segera untuk mempelbagaikan ekonomi di negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri di dalam membasmi kemiskinan di negeri Sabah namun kadar kemiskinan di negeri ini masih tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung yang jauh lebih baik iaitu 3% berbanding 23% di negeri Sabah. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sejumlah RM189 juta di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau SPKR bagi menangani kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah.
Dalam hal ini pelaksanaan dasar kerajaan perlu diperhalusi oleh jabatan dan agensi kerajaan pelaksana yang dipertanggungjawabkan untuk menangani isu kemiskinan di Sabah agar tidak berlaku perbezaan dasar di antara Semenanjung dan Sabah. Maka kedudukan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah atau JPPS dan kehadiran agensi kerajaan...
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Papar, boleh minta laluan sekejap?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Membantu, membantu.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Minta maaf Yang Berhormat. Saya ada tiga isu lagi yang ingin dibincangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan sila duduk Yang Berhormat. Dia tak bagi.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ini membantu,
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Saya tahu Yang Berhormat sahabat saya tapi saya tak boleh benarkan. Dan kehadiran agensi Kerajaan Pusat yang lain diwujudkan semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang dahulu perlu diselaraskan kerana bila ada agensi yang bertindih ianya boleh melambatkan pelaksanaan dan kadangkala menimbulkan kesukaran apabila melaksanakan sesuatu program dan projek pembangunan di negeri Sabah.
Saya juga memohon kepada kerajaan agar diramaikan pegawai-pegawai daripada Sabah dalam perkhidmatan persekutuan dan pembangunan yang dilaksanakan terutamanya di kawasan luar bandar di negeri Sabah. Apa yang kita mahu dalam proses membangunkan negara ialah negeri Sabah diberi ruang dan peluang untuk menyertai semua aktiviti di semua peringkat kerajaan. Ini termasuk dipertimbangkan untuk tugasan diplomatik dan hubungan dagang di luar negara, tugasan yang lebih luas dalam pentadbiran pusat dan negeri, penyertaan dalam government-linked companies atau GLC dan sebagainya. Ini penting supaya negeri Sabah dapat merasakan bahawa Sabah juga berperanan menentukan destinasi pembangunan negara kita dan bukannya tersisih dan terpinggir. Saya penuh yakin rakyat negeri Sabah mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengalaman untuk memberikan sumbangan yang berkesan dalam bidang ini.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu masalah utama di negeri Sabah yang telah lama kita perjuangkan adalah masalah pendatang tanpa izin atau PTI yang nampaknya semakin kronik dan kompleks. Masalah ini telah berlarutan sejak awal 1970-an sehinggalah sekarang. Rakyat Sabah amat sedih dengan kemasukan ramai pendatang tanpa izin ke Sabah baik daripada Filipina dan Indonesia. Saya juga merasa sedih dan terkilan kerana beberapa kementerian yang berkaitan dan agensi-agensi yang berkenaan belum menemui jalan yang berkesan untuk menangani hal ini dengan memuaskan. Adalah dianggarkan lebih daripada dua juta warganegara asing sama ada halal atau haram sedang berada di negara kita.
Sesungguhnya masalah ancaman keselamatan dari pendatang asing ini sangat realistik dan jika tidak ditangani dengan berkesan pasti ianya akan membawa malapetaka yang lebih besar kepada negeri Sabah. Kebanjiran pendatang asing ini telah, sedang dan akan mendatangkan banyak implikasi negatif terutamanya di bidang keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat di negeri Sabah. Apa yang kita mahu ialah:
(i) jalan-jalan masuk ke negeri Sabah ditutup kepada pendatang asing yang ingin memasuki secara haram;
(ii) pendatang asing tanpa izin di Sabah dihantar balik ke negara mereka;
(iii) mereka yang telah memperoleh dokumen disiasat semula kesahihan dokumen-dokumen sokongan mereka; dan
(iv) jika mereka ingin masuk ke Sabah untuk tujuan pekerjaan mereka harus mendapat pas perjalanan dan permit kerja yang sah.
Menyentuh mengenai isu pemegang IMM13, Kerajaan Persekutuan haruslah mendapatkan angka yang sebenar secara terbuka dan mengumpulkan latar belakang serta kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh pemegang-pemegang IMM13 serta anak-anak mereka. Kerajaan juga memaklumkan angka sebenar jumlah pemegang-pemegang IMM13 ini yang telah diberikan status penduduk tetap dan apakah sebab-sebab mereka diberi status demikian memberikan tafsiran baru kepada pemegang dokumen IMM13 kerana pastinya ada had kepada status pelarian mereka ke negeri Sabah.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Jika kerajaan ingin mempertimbangkan pemberian PR atau dokumen tinggal tetap, prosedur-prosedur yang ketat haruslah dipatuhi. Ianya juga harus memenuhi garis panduan yang ditetapkan dan harus telus agar tidak dipertikaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat papar, boleh gulung Yang Berhormat.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Ya saya Tuan Yang di- Pertua. Saya tengah gulung ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pada sidang Dewan penggal yang lepas saya telah beberapa kali mencadangkan supaya kem penempatan pelarian Kinarut yang terletak di kawasan saya yang menempatkan pelarian kononnya daripada Filipina Selatan supaya ditutup atau dipindahkan di kawasan baru yang lain.
Kem Kinarut ini dikenal pasti sebagai punca masalah sosial dan kesihatan.
Malahan kem ini telah menjadi sarang syabu terbesar di daerah Papar dan sekiranya perkara ini tidak ditangani segera tidak mustahil ianya akan menjadi sarang syabu yang terbesar di negeri Sabah pada masa hadapan. Penempatan ini pada asalnya menempatkan seramai 2,834 pelarian UNHCR yang memegang dokumen IMM13 mengikut bancian Mac 2005.
Antara masalah lain di kem tersebut adalah mengenai sistem sanitasi, pelupusan sampah yang tidak teratur, bekalan air bersih yang tidak mencukupi dan pelbagai masalah sosial yang lain yang berlaku di kem berkenaan. Saya merasa kesal kerana sehingga kini belum ada tindakan positif yang diambil mengenai perkara tersebut. Masalah berkaitan kebersihan sangat daif menjadi punca kawasan kem berkenaan menjadi antara tempat insiden penyakit denggi dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kebersihan bermaharajalela.
Maka saya menggesa Kerajaan Pusat supaya beberapa perkara ditangani segera oleh pihak kerajaan yang menyangkut kepentingan kumpulan pelarian sendiri dan kesejahteraan penduduk tempatan yang tinggal di kampung-kampung berdekatan dengan kem pelarian tersebut.
Akhir kata secara keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, PTI ataupun kem ini telah menyebabkan anak-anak tempatan terlibat dengan dadah, pengedaran syabu, menghidu gam dan lebih teruk kem ini telah mencemarkan alam sekitar. Ianya merangkumi pelupusan najis tidak sempurna, pelupusan sampah tidak sempurna, bekalan air bersih tidak mencukupi, tiada sistem perparitan dan saliran, kesesakan akibat luas kawasan berbanding dengan kepadatan penduduk yang tidak seimbang, jangkitan penyakit dan yang paling ketara adalah masalah sosial dan jenayah.
Puan Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin - Papar
Dari sudut kesihatan, unsur penyakit yang direkodkan termasuklah yang berkaitan dengan nyamuk, kebersihan diri sehinggalah seksual. Oleh sebab masa tidak mencukupi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya Menjunjung Tinggi Ucap Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi pembukaan sesi mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen kedua 2008 dan saya mohon menyokong.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sedia maklum hari ini adalah hari terakhir kita membahaskan usul ini. Ahli-ahli Yang Berhormat juga maklum bahawa setakat ini hanya 41 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang sempat berbahas. Dengan demikian saya ingin menggunakan kuasa di bawah 35(7) untuk mengehadkan perbahasan bagi setiap Ahli Parlimen kepada 15 minit dan saya harap agar Yang Berhormat dapat mengurus masa yang diperuntukkan dengan baik. Saya beri kepada Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya berdiri di sini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di hadapan Dewan yang mulia ini. Izinkan saya bermula dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan kemenangan bersejarah kepada parti DAP dalam pilihan raya umum yang lalu; apabila DAP bersama dengan PKR serta PAS berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di samping memenangi lima kerajaan negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan.
Rakyat telah melihat bahawa kemenangan ini adalah tanda sokongan mereka kepada agenda perubahan untuk mewujudkan demokrasi sebenar yang prihatin kepada keperluan rakyat dan bukan segelintir pemimpin politik. Saya berharap kemenangan yang tidak terduga ini akan menjadi perintis kepada usaha mengakhiri dominasi dan diskriminasi Barisan Nasional dengan sistem dua parti yang menguarkan pilihan yang benar-benar demokratik kepada pengundi.
Tsunami politik pada 8 Mac adalah prestasi terbaik kami sejak hampir 40 tahun yang lepas. DAP bersama PKR dan PAS di Pulau Pinang telah berjaya menawan hati pengundi pelbagai kaum tanpa mengira baik Melayu mahupun bukan Melayu yang secara ikhlas telah memberikan kami mandat untuk membawakan perubahan yang mereka mahukan.
DAP memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN. Peratusan undi yang diterima untuk Parlimen adalah 12.8% manakala untuk DUN adalah 14%. Jika dicampurkan jumlah undi DAP, PKR dan PAS, peratusan undi yang diterima bagi Parlimen adalah hampir 48% dan untuk Semenanjung boleh dikira kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia. [Tepuk] Undi ini datang dari semua lapisan kaum dan begitu juga di peringkat DUN kalau kita lihat parti-parti yang menyokong PR di Pulau Pinang adalah sampai 60%, di Selangor 57%, di Perak 53.8%. Paling menakjubkan adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 62.1%. [Tepuk] Oleh itu, saya harap bahawa keputusan yang dibuat oleh rakyat di lima-lima negeri ini akan dihormati tanpa dianaktirikan atau dianiayai kerana menggunakan hak demokrasi mereka untuk membuat pilihan. Dengan semangat demokrasi, kami menerima juga Kerajaan Pusat sebagai kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.
Bersama ini juga kami harap BN akan menerima keputusan rakyat untuk memilih kerajaan negeri baru yang dipilih tanpa memberikan arahan-arahan kepada Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan tertentu baik kepada Jabatan Pelajaran sampai saya difahamkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah punya gambar pun tidak boleh letak di sekolah-sekolah ataupun menubuhkan satu parallel government di mana Jabatan Pegawai Persekutuan didirikan untuk menandingi JKKK negeri. Saya harap perbuatan seperti ini tidak harus menidakkan peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri dalam menguruskan hal ehwal kerajaan negeri.
Di sini, kami bukan sahaja mewakili pengundi yang menyokong kita, tetapi juga mereka yang menyokong Barisan Nasional khususnya di Sabah dan Sarawak yang terpinggir selama ini. Kami harap Kerajaan Pusat dapat menangani masalah kemiskinan dan keselamatan yang dihadapi oleh mereka sekian lama. Contohnya Sabah, sebuah negeri yang harusnya menjadi kaya kerana sumber asli yang begitu padat dan juga begitu banyak. Sungguhpun begitu, ia adalah negeri yang termiskin dan juga yang paling mundur.
Adakah ini balasan kepada Barisan Nasional terhadap kesetiaan yang mereka tunjukkan selama ini.
Oleh itu, nampaknya budi tidak dikenang dan pengundi Sabah harus meneruskan perubahan seperti mana yang diteruskan dalam tsunami politik di Semenanjung Malaysia di mana bahang-bahangnya dapat kami rasa di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan daripada Sabah sendiri.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di sini, saya ingin meminta bahawa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tidak cukup masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak beri Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta maaf. Di sini, kami harap bahawa isu-isu yang menjadi perkara pokok kepada pengundi-pengundi bolehlah diuruskan dengan segera oleh Kerajaan Pusat. Contohnya penubuhan IPCMC yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Polis harus didirikan dengan segera.
Kedua, undang-undang yang melanggari dan mencabuli hak asasi manusia baik ISA, OSA ataupun Akta Hasutan. Ia mesti dihapuskan dengan segera dan yang penting sekali ialah PPBA iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang mengongkong kebebasan akhbar. Ia juga harus dimansuhkan dengan segera.
Ketiga, pembahagian ekonomi yang adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia dalam menangani masalah inflasi. Rakyat Malaysia dalam kesusahan, dan di sini kami berharap bahawa kekayaan negara bolehlah dikongsi bersama. Saya tidak faham mengapakah keuntungan yang dikecapi oleh Petronas selama ini masih dikawal dan dimiliki oleh satu syarikat sahaja. Sudah sampai masanya bahawa kekayaan ini boleh dikongsi bersama dengan rakyat, khususnya rakyat miskin supaya sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban inflasi yang dihadapi oleh semua.
Jikalau RM80 bilion keuntungan oleh Petronas setiap tahun, kita hanya tuntut separuh sahaja bukan segala-galanya. RM40 bilion dibahagikan kepada orang miskin bukanlah lebih, bukanlah melampau hanya sebuah keluarga RM6,000 setahun sahaja bukankah ini sesuatu yang dapat menunjukkan kasih sayang, keprihatinan dan juga bahawa Kerajaan Malaysia adalah milik rakyat dan bukanlah milik satu atau dua orang.
Di samping itu, saya juga ingin menimbulkan tentang masalah yang harus diambil perhatian oleh kerajaan. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua tentang buku ‘The Tipping Point’ dan saya rasa Malaysia sekarang adalah satu contoh yang paling jelas bahawa kita mungkin dalam peringkat the tipping point.
Satu, ialah politik tsunami pada 8 Mac. Berikutan tsunami politik ini keadaan yang berubah telah menunjukkan kemungkinan bahawa ada perubahan yang lebih besar dan di antara agen-agen tipping point ini adalah selain daripada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk juga Yang Berhormat dari Gua Musang dan juga Yang Berhormat- Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan termasuk juga Yang Berhormat dari Rembau yang juga merupakan agen tipping point ini.
Satu lagi perkara bukan individu yang memungkinkan tipping point ini berlaku, yang boleh membawa perubahan yang lebih besar adalah masalah rasuah. Di sini kami boleh bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu kegagalan sebelum ini untuk menangani gejala rasuah dan telah mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk menunjukkan komitmen beliau dalam menangani rasuah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya bimbang bahawa usaha beliau tidak akan tercapai sekiranya tidak ada hasrat politik, sekiranya beliau tidak ada pembantu yang dapat menyempurnakan tugasnya. Apa gunanya kalau dia satu orang yang hendak hapuskan rasuah dan yang lain-lain tidak begitu committed. Dalam aspek ini ada banyak kes rasuah yang belum ditangani dan saya rasa kalau rasuah ini tidak ditangani, ia mungkin menjadi satu lagi unsur utama tipping point yang saya telah sebutkan tadi. Di antara contoh-contohnya ialah seperti yang saya sebut dalam soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri tadi.
Gas, subsidi gas yang telah diberikan oleh Petronas, sejak tahun 1997 sebanyak RM58.2 bilion dalam bentuk gas subsidi telah diberikan. RM48.8 bilion kepada sektor tenaga manakala RM9.4 bilion kepada sektor bukan tenaga dan dalam jumlah ini yang diberikan kepada sektor tenaga iaitu khususnya TNB dan IPP. Kebanyakan gas subsidi
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
dinikmati oleh IPP, saya bagi satu contoh untuk tahun 2007 gas subsidi yang telah diberikan oleh Petronas adalah sebanyak RM15.6 bilion.
Di mana TNB hanya mendapat RM5 bilion sahaja. Sektor yang bukan swasta RM3.9 bilion, tetapi yang paling banyak ialah IPP - RM6.7 bilion. Di sini Tuan Yang di- Pertua saya hendak mencadangkan kurangkanlah gas subsidi kepada IPP kerana mereka adalah syarikat-syarikat yang telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia yang boleh mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit. Mengapakah mereka boleh menikmati subsidi berbilion-bilion ringgit dan membolehkan mereka mendapat keuntungan berbilion- bilion ringgit? Manakah keadilan, manakah kesaksamaan, manakah keprihatinan kerajaan untuk rakyat-rakyat miskin?
Di sini kerana Malaysia kekurangan gas, di Pulau Pinang kerana ketidakadaannya bekalan gas, sungguhpun ada paip gas yang telah dibina dengan harga berbilion ringgit, tetapi kerana tidak ada gas, Pulau Pinang kehilangan pelaburan asing RM1 bilion. Saya difahamkan oleh pihak Kerajaan Pusat untuk satu Malaysia kita hilang RM6 bilion kerana tidak ada bekalan gas. Apa gunanya kalau kita adalah pengeluar gas, kalau kita tidak boleh menampung bekalan tempatan. Di sini saya juga hendak mempertikaikan macam mana Petronas menggunakan sumber kewangan yang sedia ada. Contohnya dalam keadaan di mana Kerajaan BN enggan memberikan wang Petronas kepada rakyat. Philharmonic Orchestra yang hanya dianggotai oleh 5% pemuzik tempatan.
Saya hendak tanya, adakah benar bahawa sejak Malaysia Philharmonic Orchestra itu bukan RM500 juta telah dibelanjakan? Kalau benar macam mana ia boleh membantu mereka yang miskin, mereka yang tidak ada beras sekarang yang tidak mampu beli sekarang. RM500 juta untuk menampung Malaysian Philharmonic Orchestra yang bukan dianggotai oleh orang tempatan, tetapi kebanyakan oleh orang asing. Sebanyak 95% pemuzik asing dibayar di antara RM16 ribu dan RM28 ribu sebulan. Setiap orang diberikan cuti berbayar 2 bulan setiap tahun. Ketua muzik atau konduktor dibayar RM130 ribu sebulan, manakala pembantunya RM50 ribu sebulan. Jumlah perbelanjaan orkestra Malaysia ini adalah RM33.5 juta sebulan. Adakah ini jumlah yang telah dibelanjakan?
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya harapkan bahawa konduktor muzik Malaysia Ooi Chean See telah meletak jawatan...
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...kerana tidak diberikan peranan penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dan saya hendak tahu bagaimana Petronas sanggup membazirkan wang begitu banyak, tetapi tidak diberikan banyak faedah kepada pemuzik tempatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Alangkah baik kalau wang ini bolehlah disalurkan untuk membantu orang miskin di Sabah kita tidak akan menentang, dan saya rasa yang Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah pun akan setuju.
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Masalah beras perlu diselesaikan dengan secepat mungkin sebagai langkah jangka panjang. Monopoli syarikat BERNAS harus dihentikan kerana mereka telah gagal menjalankan tugas mereka. Apa gunanya BERNAS mengecapi
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
keuntungan berlambung tinggi 2007 - RM107 juta, 2006 - RM135 juta. Mana wang itu pergi, bukankah ini masanya wang ini digunakan sebagai subsidi untuk membantu rakyat Malaysia dapat membeli beras dengan harga yang munasabah.
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di Pulau Pinang kami sungguhpun dalam sumber kewangan yang amat berkurangan, kami cuba mengambil prihatin.
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil berat tentang masalah mereka sungguhpun ini adalah satu usaha yang kecil.
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tapi kami telah memberikan secara percuma kepada orang miskin, orang fakir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekampit beg, sekampit beras 10 kilogram...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...secara percuma kepada orang-orang fakir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di samping itu seperti yang saya, hendak gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
15 minit, boleh gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak sebut tentang kapal selam dan jet Sukhoi pun tidak sempat, tapi mungkin hanya secara ringkas adakah benar pesawat Sukhoi yang kita beli dengan RM50 juta satu kapal terbang, sedangkan India beli dengan RM40 juta sahaja. Vietnam pula USD25 juta, mengapa kita beli sebegitu mahal dalam skop tugas, komisen yang melibatkan Syarikat Perimekar. Saya harap ini boleh diberikan penjelasan dan akhirnya untuk menggulung bahawa kita haruslah membuat pendekatan baru ialah dengan menghadapi cabaran globalisasi.
Sekarang dunia tidak akan sebut tentang geopolitik lagi, geopolitik dengan izin Tuan Yang di-Pertua, is a relationship between people and space, but when we are talking about globalization now, we are talking about human inter connectivity. When you talk about globalization it’s important that you must choose the best. Let us choose the best so that we can be on top of the rest. Dalam aspek ini Kerajaan Pulau Pinang telah mencadangkan satu urus tadbir berdasarkan tiga unsur utama iaitu CAT government. Competency, accountability and transparency. Di mana kita tidak akan berdiskriminasi kepada sesiapa tanpa mengira kaum, agama, jantina ataupun fahaman politik.
Di sini kami ikhlas, kalau ada mana-mana pihak termasuk daripada parti pembangkang di Pulau Pinang, tetapi parti kerajaan di Kerajaan Pusat yang boleh berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita tidak akan kira baik dia Gerakan, baik dia UMNO, baik dia dari parti Barisan Nasional kita akan meminta mereka berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tapi janganlah usaha ikhlas ini kami ditindas, kami ditekan dan juga berbagai-bagai yang berlaku. Saya dengan ikhlas Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak menghulurkan tangan, tangan rakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi - Batu Pahat
Janji-janji pilihan raya dah ditunaikan belum?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Hand of friendship to the government. Marilah kita sama-sama, bekerjasama untuk pembangunan negara. Politik sudah lepas, kempen pilihan raya besar sudah lepas, marilah kita sama-sama berganding bahu supaya Malaysia boleh lebih berdaya saing dan boleh lebih maju lagi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Bercakap dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di pagi yang berbahagia ini, di Dewan yang mulia ini saya berdiri bersama- sama dengan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain untuk turut menyampaikan Ucapan Menjunjung Kasih kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Yang Ke-12 pada hari bertuah, hari Selasa, 29 April yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya diberi 15 minit untuk berucap sedangkan banyak perkara yang ingin saya sentuh. Khususnya soal pembasmian kemiskinan, isu rasuah, isu tuntutan bonus dan sagu hati serta gaji minimum oleh CEUPACS dan MTUC. Isu meringankan beban rakyat dan sebagainya.
Datuk Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Namun saya akur kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya patuh kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana akur dan patuh kepada Yang di-Pertua adalah sebahagian daripada tatasusila yang mesti diamalkan di Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Oleh yang demikian, saya berharap tidak ada celahan dari rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, kerana masa yang sangat terhad. Saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu saya bagi menyudahkan ucapan, tanpa gangguan.
Tuan Yang di-Pertua, sangat menarik, sangat menarik kepada saya apabila seorang Yang Berhormat menimbulkan cerita antara rumah banglo dan rumah teres. Saya tidak terkejut Tuan Yang di-Pertua, kerana biasalah, adat dunia, adat manusia. Soal ini Tuan Yang di-Pertua, biasalah. Dalam masa kita susah, mana ada kawan menangis. Pada masa kita tersepit, mana ada kawan yang rapat. Dalam masa kita tertekan, mana ada kawan yang simpati. Akan tetapi zaman senang, kawan ketawa cukup ramai. Masa menang, semua kawan keliling pinggang. Masa kita menang besar, yang bukan saudara pun mengaku saudara, yang tidak kenal mengaku kenal, yang bukan adik-beradik pun mengaku adik-beradik.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang jauh mengaku dekat, yang dekat mengaku rapat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan, dia sudah minta tidak diganggu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
... kaulah bintang...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini kawan, kawan sama-sama menangis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia minta tak diganggu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
... kaulah bulan. Tuan Yang di- Pertua, inilah kisah dunia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kawan-kawan sama-sama menangis pun tak bagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat Kinabatangan, dia tak bagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah resam manusia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tak bagi Tuan Yang di- Pertua, saya keluarlah. [Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya biasa memberi laluan kepada kawan-kawan, tetapi masa yang diberikan kepada saya 15 minit Tuan Yang di- Pertua. Ramai kawan-kawan terutama yang baru, ingin hendak berucap di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya seorang yang begitu lama dalam Parti UMNO. Saya adalah warisan pemimpin-pemimpin terdahulu. Kebetulan kawasan yang saya wakili pernah diwakili oleh Bekas Perdana Menteri Ketiga. Allahyarham Tun Hussein Onn anak kepada Pengasas UMNO dan Presiden UMNO pertama Allahyarham Dato’ Onn Jaafar.
Saya mewarisi kepimpinan dulu dan saya cukup faham sejarah perjuangan dan tujuan penubuhan UMNO.
Darah, keringat, air mata, masa dan tenaga dikhususkan untuk parti keramat.
Harta benda, wang ringgit, emas, perak dan tembaga dikumpulkan untuk menjayakan perjuangan hasrat menubuhkan sebuah parti berjiwa kebangsaan, bermatlamat membela bangsa Melayu dan peribumi di negara bertuah ini. Yang paling ramai ketika itu mengorbankan segala-galanya ialah kebanyakannya orang susah, orang miskin yang duduk di desa-desa dan di kampung-kampung. Begitulah mulanya orang Melayu bersatu hati, mahu UMNO ditubuhkan mewakili bangsa.
Tuan Yang di-Pertua, UMNO dilahirkan dengan satu sahaja matlamatnya, iaitu membela nasib Melayu yang terjajah di tanah airnya sendiri. Sejarah ini semua orang tahu, yang tidak tahu sejarah ini mungkin mereka tidak mahu tahu. Yang buta sejarah atau sengaja buat-buat tidak tahu, bagi menghalalkan mereka terus menyindir, mengejek dan menghina UMNO yang banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Bila saya mendengar rakan-rakan di sebelah sini atau di sebelah sana berucap, masing-masing macam hendak mengubah dunia. Hendak mengubah negara, hendak mengubah pucuk pimpinan. Sibuk dengan cakap-cakap peralihan kuasa. Cerita lompat melompat, bunyinya macam mudah sangat. Soalannya, mudahkah? Soalannya, bolehkah atau soalannya benarkah? Sehingga mendorong seorang sahabat saya dari Jakarta bertanya. Sahabat lelaki Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, “Apakah benar pemerintahan di Malaysia, bisa digulingkan dengan segampang meminum cendol?” Cerita adalah cerita Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menyangka buruk kerana yang bermaruah, harga diri adalah segala-galanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berniat untuk menyerang mana-mana pihak, tetapi saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, termasuk saya. Jagalah parti masing-masing yang sekarang menang, bukan selama-lamanya kita boleh terus menang. Yang baru sekali menang, jangan ingat kerana kehebatan kita, kita menang.
Yang menang boleh kalah semula. Yang kalah boleh menang semula.
Kalau dikatakan UMNO itu lemah sekarang, bukan kerana UMNO itu tidak baik.
Bukan kerana pembangkang kuat dan baik, tetapi kita diberikan persepsi yang buruk kerana sikap keterbukaan kepimpinan kita sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, ketika kita melihat bintang-bintang di langit, jangan sekali- kali kita lupa rumput di bumi. Saya tidak menujukan kepada sesiapa, tetapi janganlah terlalu angkuh ketika kita menang. Kita anggap kita yang menyebabkan parti kita masih berkuasa. Kalau bukan kerana kita, parti-parti kita sudah hilang. Kenapa kita tidak mahu berfikir?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat, dia tak bagi Yang Berhormat Batu Pahat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita menang kita menumpang populariti parti kita, bukan menang kerana sendiri...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
.. akan tetapi kita menang kerana parti kita.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Sikit sahaja. Sikit sahaja.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang kalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
... kenalah beranggapan kerana kelemahan sendiri yang menyebabkan parti kita kalah, bukan kerana parti kita kalah. Berfikirlah cara itu supaya kita tidak jadi sombong, tidak jadi angkuh, tidak jadi bongkak.
Tuan Yang di-Pertua, saya cukup hairan bagaimana boleh timbul cerita, tidak ada gunanya duduk di rumah banglo, tetapi hanya dekat tandas. Saya harap Kerajaan Persekutuan boleh menjelaskan, apakah ada negeri yang dianaktirikan? Namun saya ingin bertanya, bagaimana pula kenyataan Yang Berhormat Menteri Pelajaran baru-baru ini, bahawa Sabah mendapat RM3.43 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membangunkan sistem pendidikan di negeri itu? Kebetulan saya datang dari Johor. Politik Johor ini sejak dahulu lagi, adalah benteng dan kubu kuat Barisan Nasional. Bukan setiap kali Perdana Menteri menyusun Kabinet hanya Johor sahaja yang terdapat ramai menteri.
Pernah dalam tahun 80-an, hanya ada dua orang sahaja menteri dari Johor ketika itu. Waktu itu Johor menyumbang kerusi terbanyak untuk Kerajaan Barisan Nasional Pusat.
Johor memberi kemenangan hebat kepada kemenangan Barisan Nasional Malaysia. Datuk Shahrir Samad, Datuk Ajib Ahmad adalah dua orang menteri dari Johor ketika itu. Bila kedua-duanya digugurkan, diganti dengan dua orang lain iaitu Datuk Mustapha Muhammad dan Tan Sri Datuk Muhammad Rahmat ketika itu.
Ketika itu, walaupun Johor hanya mendapat dua perwakilan dalam Kabinet, saya tidak ada dengar mana-mana Ahli Parlimen dari Johor yang bangkit di Dewan yang mulia ini, bercakap soal rumah banglo dan rumah teres. Apakah orang Johor ketika itu tidak layak menjadi menteri?
Tuan Yang di-Pertua, politik ini ada pasang surut. Ada ketika wakil dari Johor dapat banyak, ada ketikanya wakil dari negeri lain pula. Contohnya sekarang, walaupun Selangor tewas, dapat tiga menteri, janganlah pandang mereka dari Selangor. Mereka adalah rakan-rakan kita yang diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk membantu beliau menjayakan wawasan negara. Soal layak, semua layak dan semua pun layak, hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu, siapa yang terbaik dan paling layak antara kita.
Saya bercakap ini dengan satu tujuan. Mengingatkan diri saya dan kawan-kawan yang lain, bersyukurlah. Yang sudah merasa sebagai Yang Berhormat, bersyukurlah.
Sudah pernah merasa menjadi Setiausaha Parlimen, bersyukurlah. Yang merasa menjadi timbalan menteri dan menteri, lebih-lebih lagi patut bersyukur.
Kenapa kita tidak mahu bersyukur? Tidak puas? Soal puas ini soal subjektif.
Manusia biasanya tidak akan puas. Dapat jadi Yang Berhormat, memasang angan-angan hendak jadi Setiausaha Parlimen. Dapat jadi Setiausaha Parlimen mahu memasang angan-angan hendak jadi timbalan menteri. Dapat jadi timbalan menteri memasang angan- angan hendak jadi menteri. Sudah jadi menteri hendak terus jadi menteri, atau hendak lebih tinggi lagi. Ini soal hati. Soal perasaan. Soal cita-cita tetapi ingatlah, rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan dan tanah perkuburan itu kuasa mutlak Allah S.W.T.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak usahlah sombong, tidak usahlah bongkak. Janganlah apabila kita sekarang sudah hidup senang lenang kita beranggapan tidak perlu lagi rasa hormat, tidak perlu berbudi bahasa. Kita anggap kita boleh bercakap ikut suka hati sendiri tanpa mengambil kira kita ini ada parti dan kita ini ada pemimpin. Apabila kita masuk parti, parti kita ada perlembagaan. Kita kena akur dengan perlembagaan dan disiplin parti kita. Mana boleh bercakap dan bertindak ikut suka hati kita. Walaupun ada kebebasan bersuara dan bertindak tetapi tentulah ada had batasan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati. Tuan Yang di- Pertua, ada benda yang kita kena cakap ikut peraturan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ada masa kita kena cakap ikut undang-undang. Ada perkara kita kena cakap ikut akal dan ada perkara kita bercakap ikut adat dan adab. Kita tentunya tidak suka orang menggelarkan kita tidak beradab, tidak beradat.
Oleh yang demikian kematangan amat penting dalam hidup ini. Lebih-lebih lagi kita sebagai Yang Berhormat sepatutnya sudah bersedia untuk bercakap dan berfikir secara matang.
Ingatlah wahai sahabat-sahabat saya di Dewan yang mulia ini, kalau kita rasa diri kita hebat ada orang yang lebih hebat daripada kita. Jikalau kita rasa kita berkuasa ada orang yang lebih berkuasa daripada kita. Oleh kerana itu kalau kita bercakap, bercakaplah baik-baik. Sebaik-baiknya lagi kita berfikir sebelum bercakap. Jikalau kita tidak bercakap baik-baik orang pun boleh bercakap tidak baik kepada kita dan seterusnya semua jadi tidak baik.
Kita adalah manusia biasa, mana ada manusia yang sempurna. Kita banyak kekurangan. Oleh yang demikian berhati-hatilah kalau hendak bercakap, fikirlah mengikut keadaan kerana ada perkataan ada tempatnya dan ada tempat ada perkataannya. Jangan main hentam kromo sahaja, mengikut kata orang kampung saya.
Tuan Yang di-Pertua, ada orang mempertikaikan ketuanan Melayu, ada yang menganggap mana ada ketuanan Melayu kerana tidak ada perhambaan di negara ini.
Memang Melayu yang memperkatakan ketuanan Melayu tidak pernah mengatakan ada bangsa atau kaum lain menjadi hamba. Warganegara ini adalah rakyat negara ini yang berdaulat dan merdeka tanpa mengira bangsa atau keturunan. Apabila ada Melayu yang mengatakan ketuanan Melayu mereka semua menurut kepada sejarah, kepada fakta sejarah yang berkurun-kurun lamanya.
Negara ini dulu disebut negeri-negeri Tanah Melayu yang mempunyai Sultan dan Raja berdaulat. Kepada orang-orang Melayu, Raja atau Sultan adalah simbol ketuanan Melayu. Kepada orang Melayu Raja adalah payung negara yang sangat-sangat dihormati dan disanjung tinggi. Orang-orang Melayu sangat rapat dengan Rajanya, rapat Melayu dengan budinya, rapat Melayu dengan pekertinya, rapat Melayu dengan adatnya dan rapat Melayu dengan adabnya. Sehingga timbul ungkapan yang sangat keramat, ‘Tidak sekali- kali Melayu derhaka kepada Raja’,'Pantang Melayu derhaka kepada Sultannya’.
Dalam hubungan dengan Raja Melayu sangat beradab, Melayu sangat beradat.
Tidak datang kalau tidak dipanggil, tidak pergi kalau tidak disuruh, tidak meminta kalau tidak diberi, tidak bercakap kalau tidak dititah. Dalam hubungan ketuanan Melayu, dalam hubungan ketuanan Raja, dalam hubungan ketuanan pusaka Melayu ini dalam lipatan sejarah Melayu, Melayu sanggup berbuat apa sahaja, darah dan nyawa jadi taruhan.
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Mohon laluan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau, dia tidak bagi jalan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Nama-nama besar Melayu, pahlawan Melayu yang mengharumkan ketuanan Melayu dan Sultan Melayu menjadi sebutan-sebutan yang membanggakan zaman berzaman. Mereka berjuang menentang
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
penjajah. Melayu inilah yang berkorban dengan darah dan nyawa untuk negara dan ketuanannya. Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Datuk Mat Kilau, Tok Janggut, Rosli Dobi, Tok Gajah, Mat Salleh, Datuk Sagor, Datuk Raja Abdullah dan lain-lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila gulung, Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Itu adalah pahlawan zaman silam. Hendakkan contoh pahlawan Melayu zaman moden, taat kepada Raja dan ketuanan Melayu, antaranya sahabat saya dari Pasir Mas. Ada ribuan lagi boleh dibuat contoh. Oleh yang demikian janganlah dijadikan isu apabila Melayu memperkatakan ketuanan Melayu.
Kepada sesetengah Melayu, untuk makluman kepada sesetengah Melayu masih ada pesanan orang tua-tua yang masih dipegang menjadi azimat, “Biar basah kuyup badan ditimpa hujan akan kurela dengan senyuman dan ketawa tetapi tidak akan kurela walaupun sekecil mana pun renjisan air ludah ke muka kerana maruah, martabat, darah dan nyawa jadi taruhan.” [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk memberi ucapan Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-12 pada hari ini.
Saya menggunakan peluang keemasan ini bagi merafakkan sembah taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dengan penuh takzimnya menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 ini.
Sebagai pembuka kata saya secara peribadi dengan penuh takzimnya menyampaikan ucapan terima kasih terhadap, ucapan tahniah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada ahli-ahli Dewan yang terpilih dan saya melafazkan janji bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, setelah membaca teks Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertua Agong setebal 20 muka surat kini saya memohon izin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat ke muka 12 perenggan 30.
Dalam hal ini perhatian saya tertumpu pada perenggan 30 dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada muka surat 12 iaitu titah Baginda yang berbunyi:
“Lebih 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam pelbagai sektor ekonomi. Beta juga sukacita sehingga kini sejumlah RM30 bilion pelaburan akan dilaburkan dalam sektor hartanah, pelancongan dan rekreasi di Wilayah-wilayah Iskandar Malaysia”.
Berhubungan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan lebih 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Saya dengan ini mengemukakan maklumat lain yang disandarkan kepada Laporan Tahunan 2007 - Bank Negara Malaysia, bagaimana ia menunjukkan guna tenaga untuk negara kita bagi tahun 2007 adalah berjumlah 11,399,400 orang.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, persoalan yang saya bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan jangkaan dan kiraan guna tenaga iaitu sebanyak 11.4 juta pada tahun 2007 dengan 12 juta pekerjaan yang bakal ditawarkan sepanjang lima tahun yang mendatang. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun negara menawarkan lebih 23 juta pekerjaan dan saya mohon kerajaan memberikan andaian-andaian mengapa angka tersebut dapat dinyatakan dan ini memberikan kita kesan kerana andaian-andaian itu mestilah betul kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang ada sekarang andaian-andaian itu akan menunjukkan angka-angka tersebut boleh dan terpaksa ditukar.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Sebagai perbandingan, bagi guna tenaga di negeri Selangor, pada tahun 2007 sebanyak 2.94 juta tidak termasuk kiraan 1.5 juta pekerja asing. Projection ataupun unjuran guna tenaga negeri Selangor mulai tahun ini hingga tahun 2020, hanya pertambahan hampir satu juta iaitu dengan mengambil kira usaha Kerajaan Negeri Selangor mengurangi pergantungan kepada pekerja asing. Di antara misi dan usaha Kerajaan Negeri Selangor ialah usaha merealisasikan visi bagi golongan pekerja. Antaranya mengadakan latihan kemahiran bagi tenaga pekerja tempatan dan bakal pekerja di kalangan anak-anak lepasan sekolah dan penganggur yang berusia 25 tahun ke 35 tahun di samping mengkaji perubahan permintaan pasaran guna tenaga yang dinamik.
Berhubung dengan titah Seri Paduka Baginda yang berbunyi: “Beta juga sukacita sehingga kini sejumlah RM30 bilion pelaburan akan dilaburkan dalam sektor hartanah, pelancongan dan rekreasi di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia”. Saya dengan ini menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap malapetaka yang menimpa Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Pelabuhan Klang yang sudah diberi tahu mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit akibat pelbagai perilaku yang tidak jujur oleh pihak pelabur dan pihak yang bertanggungjawab.
Dalam pada rakyat terutama di Selangor tertanya-tanya terhadap malapetaka yang sudah pun menimpa projek Zon Perdagangan Bebas, Pelabuhan Klang (FTZ) yang masih belum terjawab. Kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat terutama yang baru di dalam Dewan yang mulia ini perlu bersikap berhati-hati dalam hal membelanjakan berbilion-bilion ringgit duit rakyat. Tegasnya, kita tidak sanggup lagi menanggung derita malah menanggung malu kehilangan berbilion ringgit yang sesuatu buruk berlaku. Mungkin kepada Wilayah Pembangunan Iskandar, Malaysia sebab banyak pihak kini sudah mula mempersoalkan yang wilayah itu akan lebih menguntungkan negara lain, bukan rakyat Malaysia.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Justeru itu, sehubungan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Pahat, hendak bagi?
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
...kemusykilan saya ini diharap pihak kerajaan prihatin dan memberi penjelasan tentang beberapa financial feasibility dan juga exit strategy pelabur-pelabur agar dapat rancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat terutamanya dalam usaha pembangunan negara akhirnya menguntungkan rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasakan ramai Ahli Dewan ini berminat tentang air percuma. Antara yang membincangkan perkara tersebut termasuk rakan-rakan saya daripada Batu Pahat dan juga dari Pontian. Mereka ini telah membangkitkan dengan adanya air percuma, mereka merasakan terdapat pembaziran penggunaan air yang lebih banyak dan akan memberi beban kepada masyarakat.
Yang sebenarnya untuk pengetahuan Ahli Dewan, walaupun kita bersedia memberi air percuma oleh sebab itu adalah sebagai satu usaha kebajikan Kerajaan Negeri
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Selangor, mungkin banyak kerajaan lain cemburu tentang kebolehan Kerajaan Negeri Selangor. [Tepuk] Kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan ketidakgunaan yang berlebihan oleh pengguna-pengguna suri rumah. Umpamanya sebagai contoh, mekanisme harga ini telah menekankan penggunaan 20 meter kiub yang pertama dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter kiub yang seterusnya sudah ada dibuat dalam bil air SYABAS ini sudah jelas menunjukkan harganya dinaikkan kepada RM1.03 sen. Kalau penggunaan itu melebihi lagi, harga itu akan naik kepada RM2.00.
Jadi, apabila mereka menggunakan air percuma 20 meter kiub dengan percuma, tetapi oleh sebab keghairahan untuk menggunakan air, dia menggunakan lebih banyak, bayarannya akan bertambah dua kali ganda. Jadi oleh sebab itu, kini kita melatih masyarakat kita berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara untuk menunjukkan bagaimana penggunaan harga itu dapat menentukan masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini satu pengajaran yang baik untuk negeri-negeri yang lain...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
...supaya mereka akan dapat menggunakan perkara ini. Walau bagaimanapun, saya juga berminat tentang beberapa kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Pontian yang menyatakan pada pemikiran mereka bahawa pemberian air percuma ini merupakan satu rasuah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor.
Walaupun kabilah ini tidak boleh dipastikan, tetapi saya berharap Yang Berhormat dari Pontian bolehlah menulis surat kepada Ketua Perhubungan Negeri UMNO Selangor supaya menyatakan pandangan tersebut dan jika mereka tidak berminat untuk mendapat air percuma bolehlah menulis surat kepada Menteri Besar [Tepuk] dan kita telah menyediakan satu program komputer untuk mengasingkan nama-nama mereka. Lebihan kewangan tersebut, saya akan berikan kepada Sekolah Agama Rakyat, sekolah Cina, sekolah Tamil untuk kegunaan mereka. [Tepuk] Jadi kalau...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Ismail Kasim - Arau
Mohon penjelasan.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan...
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Dewan ini berharap, mereka boleh menulis surat kepada Menteri Besar Selangor untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Maslan - Pontian
Pontian disebut selalu ini. Tan Sri, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi, tidak bagi Yang Berhormat. Pontian, Batu Pahat sila duduk.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Saya pun tidak mendapat penjelasan dahulu. Jadi oleh sebab itu, saya minta teruskan usul saya ini.
[Tepuk] Sebab saya fikir, ini adalah satu pengajaran bagaimana pengurusan social contract, kebajikan yang dapat dilakukan dengan cara teratur dan tertib yang boleh menolong rakyat terbanyak. Jadi, saya berharap perbincangan macam ini terus diteruskan supaya negara kita makmur, rakyat kita makmur dan cara penggunaan kita dengan cara ekonomi yang berkesan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labis.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua di atas pelantikan sebagai Tuan Yang di-Pertua kepada Dewan yang mulia ini.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara pertama yang saya ingin menyentuh ialah tentang kadar kemiskinan. Pada tahun 1957, pendapatan per kapita penduduk hanya sebanyak RM790. Kini ia telah meningkat kepada RM23,103 pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak lebih kurang 26 kali ganda. Lebih penting lagi kerajaan telah mampu mengurangkan kadar kemiskinan daripada 75% sewaktu mencapai kemerdekaan kepada sehingga 3.6% pada tahun 2007. Di samping itu, kadar kemiskinan tegar telah dapat diturunkan sehingga menjadi 0.7%, tetapi maklumat ini boleh dipertikaikan kerana kadar menentukan paras kemiskinan adalah terlalu rendah dan tidak munasabah.
Sebuah isi keluarga yang mengandungi empat ahli keluarga adalah dikategorikan sebagai miskin jika pendapatan keluarganya adalah kurang RM660 dan miskin tegar jika pendapatannya adalah kurang RM400. Kadar ini ditetapkan pada tahun 2004. Saya percaya bahawa dengan kadar inflasi yang menyebabkan kos sara hidup kian meningkat, kehidupan sebuah isi keluarga dengan empat ahli keluarga yang mempunyai pendapatan RM800 sebulan juga akan mengalami masalah. Amaun ini didapati dengan mendarab kadar inflasi sebanyak 5% setahun dari 2004 dengan RM660 iaitu garis panduan kemiskinan.
Kehidupan mereka tentulah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya tidak hairan jika kadang-kadang ibu atau bapa kena korbankan makanan mereka untuk anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar EPU bersama kementerian- kementerian berkenaan dapat mengkaji semula asas pengiraan paras kemiskinan supaya ia lebih mencerminkan keadaan sebenar. Ini adalah penting untuk memastikan skim-skim bantuan kerajaan kepada golongan miskin akan dapat disalurkan kepada semua pihak yang layak mendapat bantuan dengan harapan mengurangkan beban kehidupan harian mereka.
Kadar yang ditetapkan perlulah sekurang-kurangnya dikaitkan dengan Indeks Harga Pengguna atau CPI. Jika tidak, statistik yang menunjukkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar yang menurun tidak memberi apa-apa makna atau pencapaian yang boleh dibanggakan. Selain itu, borang-borang untuk memohon bantuan patut dimudahkan dan kerenah birokrasi dikurangkan supaya tidak mengelirukan dan merumitkan pemohon.
Pegawai-pegawai yang memberi perkhidmatan untuk permohonan skim bantuan atau kebajikan juga perlu bersikap lebih mesra pelanggan supaya pemohon tidak merasa keberatan untuk mengemukakan permohonan. Masa untuk memproses permohonan juga perlu disingkatkan atau dipercepatkan supaya bantuan dapat disalurkan secepat mungkin kepada pemohon.
Tuan Yang di-Pertua, topik kedua saya ialah tentang pekerja estet di ladang- ladang kelapa sawit. 30 tahun dahulu pekerja estet di ladang-ladang kelapa sawit boleh dikatakan mampu merasa selesa dengan pekerjaan mereka kerana tempat kediaman mereka telah disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas yang berpatutan. Boleh dikatakan kemudahan seperti klinik kesihatan, tempat perumahan, persekolahan untuk anak-anak, tempat ibadat dan jalan raya yang disediakan adalah memuaskan dan menepati piawaian taraf hidup pada masa itu.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
30 tahun kemudian harga minyak sawit mentah atau CPO telah naik mendadak dari purata RM700 hingga sekarang pada purata RM3,000 hingga RM3,500 setan. Malah pada satu masa ketika, harganya telah pun mencecah sehingga RM4,400 setan. Oleh itu syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri perladangan kelapa sawit akan mengaut keuntungan besar. Ramai penganalisis ekonomi yang juga telah meramalkan bahawa harga minyak sawit mentah tidak mungkin akan turun di bawah RM2,000 setan dalam jangka masa terdekat ini.
Namun apa yang menyedihkan kita ialah taraf hidup pekerja estet tempatan di ladang kelapa sawit tidak mencapai peningkatan seperti mana yang sepatutnya. Malah mereka boleh dikatakan tertinggal atau terpinggir daripada arus perdana pembangunan dan tidak mengecapi nikmat hasil daripada peningkatan harga komoditi tersebut. Hari ini jika kita pergi melawat ke ladang-ladang estet, kita akan dapati bahawa kemudahan yang diberi 30 tahun dahulu masih sama dan tidak ada sebarang penambahbaikan yang boleh dibanggakan.
Sebagai contoh, di kawasan saya, jalan raya ke sesetengah estet masih di dalam keadaan yang buruk dan banyak berlubang-lubang. Bekalan air kepada rumah pekerja estet di sesetengah ladang kelapa sawit masih adalah melalui bulk meter dan bukannya meter individu. Oleh itu pekerja estet dan ahli keluarga mereka tidak dapat memastikan bahawa mereka boleh menikmati sepenuhnya faedah 100 meter kiub air percuma setiap bulan untuk setiap ahli keluarga.
Kemudahan di klinik kesihatan dan infrastruktur di sekolah-sekolah berada dalam keadaan daif. Rumah-rumah ibadat dimasuki air ketika hujan turun kerana bumbung yang rosak dan tiada sumber kewangan untuk menyelenggarakan tempat-tempat beribadat ini.
Selain daripada tahap kemudahan asas yang kurang memuaskan, pekerja estet tempatan di ladang kelapa sawit juga berdepan dengan masalah kestabilan pekerjaan mereka.
Pada masa ini kebanyakan majikan lebih cenderung untuk mengupah pekerja warganegara asing yang lebih murah. Oleh itu majikan mempunyai pilihan atau alternatif dan ini menyebabkan pekerja estet mudah dieksploitasikan. Para majikan juga menggunakan kesempatan ini untuk mengupah pekerja-pekerja estet tempatan secara sementara yang mana mereka tidak menikmati taraf kebajikan yang sama seperti dengan pekerja tetap.
Isu ini sering dibangkitkan oleh pekerja tempatan ladang kelapa sawit di kawasan saya. Dengan sumber pendapatan yang rendah, maka ramai pekerja estet tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk dijimatkan bagi kegunaan di hari tua sama ada bagi tujuan menyara hidup harian atau membeli rumah kos rendah. Ini jelas kerana kita dapati ramai pekerja estet yang bersara telah memohon untuk skim bantuan kebajikan dari kerajaan dan juga memohon untuk mendapat rumah kos rendah percuma.
Ini adalah satu sebab pekerja dan anak-anak pekerja estet terpaksa mencari pekerjaan sambilan seperti kedi, mencuci pinggan mangkuk dan kereta dan sebagainya untuk mendapat duit tambahan untuk menampung perbelanjaan kehidupan. Oleh sebab terlalu berorientasikan keuntungan, kebanyakan majikan tidak mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk meringankan beban pekerja estet dan mereka sentiasa bergantung kepada desakan kesatuan sekerja atau kerajaan untuk bertindak. Memandangkan masalah yang dihadapi oleh pekerja estet tempatan di ladang kelapa sawit bertambah serius, maka saya menyeru dan berharap agar kementerian yang berkenaan dapat mengambil langkah- langkah yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup pekerja estet terjaga.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Selaras ini, saya ingin memberi tujuh cadangan yang saya percaya dapat menolong menyelesaikan masalah pekerja tempatan di estet kelapa sawit:
(i) kuota perlu ditetapkan supaya setiap ladang kelapa sawit perlu mengupah sejumlah pekerja tempatan;
(ii) majikan perlu mengadakan skim bantuan rumah dengan kerjasama kerajaan melalui pemberian tanah atau skim
Tuan Chua Tee Yong - Labis
pinjaman yang tidak membebankan mereka. Tanpa pekerja estet yang mencurah keringat mereka, majikan tidak akan dapat menjana keuntungan yang diharapkan;
(iii) gaji atau insentif kewangan yang dikaitkan dengan harga minyak sawit mentah mungkin harus dipertimbangkan supaya pekerja estet dapat menikmati kenaikan harga minyak sawit mentah dan lebih bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat;
(iv) majikan pula boleh mengagihkan sebahagian keuntungan untuk memperbaiki dan meningkat taraf hidup pekerja-pekerja estet sama seperti HRDF fund, dengan izin. Ini adalah selaras dengan Corporate, Social , Responsibility;
(v) kemudahan kesihatan dinaik taraf dengan adanya lawatan doktor berjadual dan perubatan percuma yang asas;
(vi) kerajaan atau majikan perlulah memberi lebih banyak bantuan kepada anak-anak pekerja estet supaya mereka yang layak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka; dan
(vii) jabatan air bersama majikan juga disarankan untuk menukar valve meter kepada individual meter dan kosnya tidak patut ditanggung oleh pekerja estet.
Cadangan-cadangan penyelesaian ini hanya boleh dicapai dengan kerjasama kerajaan, majikan dan mengambil kira hasrat pekerja-pekerja estet. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalih kepada topik ketiga iaitu subsidi bahan bakar. Kerajaan dijangka mengeluarkan subsidi bahan bakar sebanyak RM35 bilion pada tahun ini. Jika harga minyak mentah terus berada di paras USD100 setong.
Setiap hari harga minyak mentah mencecah rekod baru dan harga tertinggi ialah USD126 setong. Mengikut ramalan, harga minyak mentah mungkin naik sehingga USD 200 setong. Bayangkanlah subsidi yang perlu diberi untuk tahun 2008 kerana harga minyak mentah sentiasa di paras melebihi USD100 setong.
Saya bukan hendak mempertikaikan pemberian subsidi petrol kerana saya dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, tidak kira sama ada dari Parti Barisan Nasional atau Ahli Pembangkang juga turut menikmati subsidi ini. Akan tetapi saya berharap satu mekanisme pemberian subsidi petrol yang lebih adil dan saksama dapat dirangka.
Pada masa ini, orang yang kaya dengan kereta yang besar dan mewah, menikmati subsidi petrol yang sama seperti pemilik motosikal. Malah rakyat dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang mengepam petrol di Malaysia juga menikmati subsidi kita.
Bila harga petrol dinaikkan oleh kerajaan, siapa yang merasa tertekan atau kos sara hidup yang tertinggi.
Orang yang kaya tentu akan merungut tetapi mereka masih mampu membayar kenaikan harga petrol. Sebaliknya mereka yang bermotosikal atau berpendapatan rendah akan terasa terdesak kerana impak kenaikan harga akan mengubah cara hidup perbelanjaan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat, gulung.
Tuan Chua Tee Yong - Labis
Okey. Di sini saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia mencontohi mekanisme pemberian subsidi petrol yang dipraktikkan di sesetengah negara iaitu melalui pemberian subsidi terus dalam bentuk kewangan kepada mereka yang dikategorikan perlu dan juga penggunaan kad cip untuk pengangkutan awam dan aktiviti pengangkutan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Keningau.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya mengambil bahagian pada hari ini bagi merakamkan dan mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dilafazkan pada 29 April.
Tentu sekali Titah Ucapan Diraja itu adalah peringatan bagi kita, panduan bagi kita dan membawa satu perspektif dan nasihat kepada kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana kita juga dapat peluang untuk memberi sedikit sebanyak komen dan saya ingin merakamkan terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan mempunyai satu perhubungan yang baik dan rapat dan saya menghulurkan juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan yang telah sampai kepada negeri Sabah melalui kementerian- kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan termasuklah Kementerian Pelajaran kerana tentu sekali pendidikan ini adalah amat penting bagi masyarakat di negeri Sabah terus maju ke hadapan.
Walaupun demikian, Tuan Yang di-Pertua, tentu sekali kita semua sedia maklum di dalam Dewan yang mulia ini banyak perkara-perkara telah ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen, khususnya dari negeri Sabah tentang perkara- perkara yang masih perlu diberi tumpuan perhatian oleh pihak kerajaan supaya ianya tidak lagi menjadi perkara-perkara yang dipertikaikan ataupun menjadi kesakitan jiwa sanubari rakyat jelata di negeri Sabah.
Tentu sekali sebahagian daripadanya, Tuan Yang di-Pertua, adalah perkara yang lama iaitu mengenai dengan kehadiran pendatang tanpa izin. Perkara ini bukan perkara yang baru, tetapi selalu dibangkit-bangkitkan di mana-mana sahaja, di luar Dewan, di dalam Dewan, dalam pilihan raya dan memang sekali pada pilihan raya yang baru berlalu, ianya telah digunakan dengan sepenuhnya oleh pihak pembangkang. Ini menjadi satu perkara yang harus diberi tumpuan, perhatian yang berat kerana ini adalah berkaitan dengan kedaulatan negara sendiri.
Tentu sekali kalau pendatang tanpa izin senang sahaja masuk ke dalam negara kita, tanpa diketahui oleh kita ini menunjukkan bahawa pasukan-pasukan ataupun penjagaan sempadan-sempadan keselamatan negara kita ini tidak dikawal dengan baik dan ini juga bererti bahawa dalam soal enforcement, dengan izin, tidak begitu ketat dan tidak dilakukan dengan baik.
Oleh sebab itu, untuk benar-benar menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita selain daripada penduduk-penduduknya, rakyat Malaysia yang tulen yang begitu patriotik sekali di negara kita ini, kalau ianya tidak diambil berat, tidak dipedulikan, tentu sekali Tuan Yang di-Pertua, negara kita, keselamatan kita, kedaulatan kita akan terancam pada masa-masa akan datang. Ianya akan menjadi time bomb. Generasi yang akan datang apabila mereka merasakan begitu terhimpit sekali oleh kehadiran pendatang tanpa izin yang merebut peluang-peluang pekerjaan mereka dan juga tempat-tempat mereka.
Misalnya kita tahu bahawa sudah pun ada percubaan yang datang daripada pendatang tanpa izin yang telah mempunyai kad pengenalan palsu pula cuba masuk menjadi rekrut di dalam pasukan tentera kita tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat. Masa cukup untuk pagi ini, kita sambung.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Masa cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita sambung petang Yang Berhormat. Kita sambung petang nanti.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Oh, masa sudah cukup. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh sambung petang nanti.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, sekarang masuk jam 1.00 petang, kita akan sambung mesyuarat sehingga jam 2.30 petang ini.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Keningau untuk menyambung perbahasan. Saya difahamkan bahawa ada Usul daripada Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua Ahli yang ingin berbahas ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu 14 Mei 2008.
Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Tuan Teng Boon Soon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab masa untuk kita berbahas tidak mencukupi.
Jadi sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Keningau untuk berbahas, saya meminta perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 37(2) di mana kalau masa tidak mengizinkan maka Tuan Yang di-Pertua boleh tidak membenarkan celahan-celahan ataupun gangguan-gangguan.
Jadi saya sebetulnya sudah cukup bekerjasama kepada Ahli Yang Berhormat,, kali ini saya tidak bekerjasama lagi, saya tidak mahu gangguan-gangguan di bawah 37(2). Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat kena bersabar, saya pun terpaksa bersabar, walaupun boring, terpaksa bersabar kita semua supaya masa ada.
Sila Yang Berhormat Keningau, saya difahamkan ada masa 10 minit lagi tinggal.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebentar tadi saya telah menekankan bahawa kehadiran pendatang tanpa izin akan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara. Justeru itu, pihak kerajaan haruslah mengambil berat tentang perkara ini. Ini kerana tentu sekali apa yang kita sebagai
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
rakyat Malaysia yang tulen ini ingin sekali mengetahui dan melihat bahawa sebagai rakyat Malaysia kita dihargai dan dilindungi. Apabila kita membangkitkan perkara mengenai dengan masalah kehadiran pendatang tanpa izin ini, ini bererti bahawa kita cinta dan kasih sayang kepada negara kita. Selain itu, perlu benar-benar supaya pihak kerajaan mengambil tindakan untuk membanteras daripada masalah yang ada berkaitan dengan kedaulatan dan keselamatan negara.
Tentu sekali kita juga tahu bahawa kalau kita tidak mengambil tindakan untuk membanteras ataupun mengurangkan kehadiran pendatang tanpa izin ini, masalah dan gejala sosial yang lebih besar akan berlaku bersama-sama dengan soal masalah politik dan masa depan negara kita sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu menumpukan perhatian terhadap gejala dan masalah kehadiran pendatang tanpa izin ini yang sering kali dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada negeri Sabah terutama sekali supaya ia tidak akan menjadi penyakit tubuh badan negara Malaysia pada masa-masa akan datang.
Tentu sekali kita memahami bahawa pihak Kerajaan Persekutuan dengan adanya perhubungan yang baik di antara Kerajaan Negeri Sabah dan juga pusat, kita mempunyai bantuan-bantuan yang begitu baik sekali yang dihulurkan melalui kementerian-kementerian tertentu termasuklah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah misalnya.
Hanya perlu juga difikirkan bahawa apabila kita mencantikkan muka, tubuh badan Malaysia di negeri Sabah misalnya. Apabila kita memperbaiki keadaan kakitangan Malaysia terutama sekali di negeri Sabah, tentu sekali apa yang perlu juga ditumpukan perhatian oleh pihak doktor politik kita di pihak atasan ialah sama ada kita dapat melihat kesakitan di dalam hati, tubuh badan Malaysia itu di negeri Sabah dan juga di dalam perutnya yang memang memerlukan rawatan.
Jikalau kita sebagai doktor ingin sekali melihat supaya tubuh badan Malaysia terus sihat dan segar dan selamat. Inilah yang telah diutarakan oleh pihak Ahli-ahli Yang Berhormat kita dari negeri Sabah supaya perkara yang menyakiti hati masyarakat dan juga warganegara Malaysia terutama sekali di negeri Sabah mengenai dengan kehadiran pendatang tanpa izin ini perlu sekali diubati.
Kita juga tahu bahawa penyakit ini sudah pun merebak ke Semenanjung. Kita dapati bahawa tindakan-tindakan tertentu telah juga diambil apabila diketahui tentang masalah kehadiran pendatang tanpa izin di Semenanjung. Jadi apa yang kita kehendaki ialah supaya penyakit ini, masalah ini perlu diubati dan bukan pula disimpan di dalam peti mahupun under the carpet.
Ia tidak kelihatan ataupun tidak diambil endah sama sekali. Bahkan, apabila kita Ahli-ahli Yang Berhormat daripada negeri Sabah ini membangkitkan perkara ini berkali-kali, ia hanya meminta supaya masalah ini diambil berat dan tidak pula diketepikan begitu sahaja. Ini kerana memang apabila mahu mengatasi masalah ini, ia memerlukan banyak rangkaian-rangkaian tindakan dan yang boleh menyusahkan pihak berkuasa.
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masalah yang amat besar sekali yang ditanggung oleh rakyat di negeri Sabah dan yang sebenarnya, yang boleh menjejaskan ketenteraman, kedaulatan dan keselamatan negara pada keseluruhannya. Kita mempunyai undang- undang yang melindungi semua warganegara Malaysia, dan mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan orang-orang daripada luar negara yang masuk tanpa kebenaran dan menyusahkan masyarakat tempatan serta mengganggu kehidupan seharian mereka, dan juga terus merebut peluang-peluang pekerjaan, kerana mereka ini diambil sebagai pekerja dengan gaji yang murah sekali, sedangkan sekarang kita telah ditekankan oleh pihak kerajaan supaya kita mengurangkan ke pergantungan terhadap pengambilan pekerja- pekerja daripada luar.
Jadi apatah lagi dengan adanya pendatang-pendatang tanpa izin ini, mereka sama sekali tidak ada dokumen dan mereka tidak harus ada di sini. Kita semua sedia maklum mengikut pengalaman-pengalaman daripada lain-lain negara, betapa beratnya tanggungan ini untuk kita mengatasi, untuk mengelakkan masalah yang lebih besar lagi di masa-masa
Datu Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
yang akan datang. Bahkan Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mendengar banyak maklumat ataupun evidences yang dibawa masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk diketengahkan sebagai perkara yang amat penting untuk diambil kira.
Sehingga sekarang ini nampaknya evidence yang telah kita bawa di sini pun belum lagi diambil berat. Kita sangat-sangat memerlukan reaksi yang positif, kerana ini menyalahi undang-undang dan mereka yang terlibat untuk memasukkan pendatang- pendatang tanpa izin ini boleh dianggap sebagai pengkhianat negara. Justeru, kita tidak boleh memperkecil-kecilkan peringatan ini di dalam Dewan yang mulia ini. Ini juga ada berkaitan rapat dengan keluaran dan pemegangan kad-kad pengenalan palsu sehingga ada di antara mereka ini pula boleh masuk di dalam buku daftar pemilih sebagai pemilih, dan menjadi apa yang dikatakan phantom voters. Ini juga akan menjejaskan kedaulatan negara kita dan ini juga tidak akan membantu ataupun menguatkan patriotisme anak-anak kita di masa-masa akan datang, jika sekiranya kita tidak mengambil berat tentang hal ini.
Oleh sebab itu, amat penting sekali pihak kerajaan mengambil berat dan terus mengambil tindakan-tindakan untuk mengurangkan seperti mana yang banyak terdapat di dalam ucapan dan syor-syor yang datang daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi, Keningau.
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
Saya ingin menyatakan di sini bahawa, walaupun kita mengharapkan satu kestabilan politik seperti mana yang telah disarankan oleh Seri Paduka Baginda dalam Titah Ucapan Diraja, kita mengetahui bahawa kestabilan politik ini hanya boleh datang apabila kita mempunyai satu undang-undang.
Saya tidak tahu sama undang-undang Anti-Hop Law ini mahu dimasukkan di dalam Perlembagaan kita ataupun tidak, tetapi saya fikir ini adalah baik dan saya tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah dahulu, di mana ia mengatakan bahawa ini menyekat freedom of association. Saya tidak melihat sedemikian kerana kalau ia menyekat, itu bererti dia sama sekali tidak boleh lompat. Tapi dia boleh melompat. Dia boleh cross over, tetapi dia perlu terus berhadapan dengan rakyat untuk diminta mandat daripada rakyat sekali lagi.
Sebelum saya mengutarakan ucapan sokongan saya ini, sekali lagi saya juga turut serta untuk merayu supaya oil royalty negeri Sabah ini juga ditambah, dinaikkan daripada 5% kepada lebih daripada itu, dengan pewujudan satu jawatankuasa khas untuk mengambil, mengumpul segala-gala detail untuk digunakan sebagai asas perbincangan supaya ia akan menggambarkan satu tindakan positif terhadap keinginan dan hasrat daripada rakyat negeri Sabah.
Justeru, dengan itu saya dengan segala sukacitanya memohon...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau
...menyokong Usul Ucapan Titah Diraja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Keningau. Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak sudah nama-nama di atas meja ini. Jadi saya akan panggil nama-nama itu. Tidak payah Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri kerana semua ada nama di sini. Jadi itulah makanya saya tidak mahu diganggu. Saya sekarang menjemput Padang Serai. Selepas Padang Serai, Jerlun bersedia. Jadi saya akan agih-agihkan masa dengan seadil-adilnya. Terima kasih atas kerjasama. Insya-Allah semua akan dapat cakap.
Seorang Ahli
Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, insya-Allah. Diminta semua beri laluan bercakap. Sila Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada gangguan apa-apa ya. 37(2). Sudah saya beri tahu tadi. Saya menggunakan kuasa sekarang. Biar dipanggil kuku besi. Sila Padang Serai. [Dewan riuh][Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya satu peluang untuk mengambil bahagian dan turut serta membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang saya hormati Dewan yang mulia, negara kita negara Malaysia mempunyai satu iklim dan alam sekitar yang amat sesuai bagi pengeluaran pertanian serta ternakan. Malangnya kita masih mengimport bahan-bahan makanan daripada negara-negara lain bagi menampung keperluan negara.
Untuk makluman, negara kita dianggap sebagai satu rumah hijau dengan izin, green house yang sesuai untuk menghasilkan bahan pertanian sepajang tahun berbanding dengan negara-negara seperti Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.
Negara-negara ini hanya mempunyai masa yang terhad kerana iklim sejuk dengan izin, number of growing days are short, tetapi hasil keluaran keseluruhannya adalah lebih tinggi dan mereka juga dapat mengeksport ke serata dunia. Kerajaan gagal mencapai tindakan susulan terhadap dasar-dasar pertanian yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Kerajaan juga tidak mempunyai satu pelan yang berfungsi. Segala-galanya kucar-kacir.
Kerajaan hanya respond apabila satu-satu isu berlaku. Program-program pertanian yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya beroperasi sewaktu memotong reben tanpa tindakan susulan.
Pelan tindakan program serta aktiviti sering kali bertukar. Baru-baru ini berlaku pula isu kekurangan bekalan beras. Jumlah pengeluaran padi bagi tahun 2007 adalah 2.01 milion tan dengan purata hasil sebanyak 4.03 tan per hektar. Jumlah keluasan padi adalah 499,842 hektar. Ini merupakan 70% keperluan negara.
Untuk makluman, menggunakan statistik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hasil purata jelapang padi MADA adalah 4.46 tan sehektar, keluasan 193,056 hektar.
Hasil purata jelapang padi KADA adalah 3.6 tan sehektar, keluasan 52,401 hektar.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Akan tetapi, hasil purata jelapang padi, Projek Pembangunan Pertanian Integrasi Barat Laut Selangor (IADP PBLS) adalah 5.04 tan/hektar, keluasannya 36,530 hektar. Jika kerajaan dapat meningkatkan hasil padi MADA sebanyak 0.58 tan/hektar dan KADA sebanyak 1.44 tan/hektar sama seperti PBLS Sekinchan, Kuala Selangor itu, kerajaan dapat mengeluarkan lebih daripada 100% keperluan negara. Ini bermakna negara kita tidak akan mengalami kekurangan makanan bagi rakyat Malaysia, serta menjamin harga beras yang berpatutan.
Di samping itu, negara juga dapat mengeksport serta membantu negara-negara yang menghadapi kekurangan beras. Ini merupakan satu strategi yang mudah dapat dilaksanakan tanpa membuka kawasan baru serta tidak perlu perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan kawasan penanaman padi yang baru, selaras dengan program mengekalkan kehijauan negara dan dunia. Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil satu kaedah yang mudah bagi mengatasi isu kekurangan padi. Untuk makluman juga, saya hairan purata hasil kawasan Sekinchan, Daerah Kuala Selangor adalah 9-10 tan/hektar.
Ditambah pula, petani-petani di kawasan berkenaan dapat mengusahakan sebanyak lima musim dalam dua tahun. Adakah kerajaan sedar pengeluaran yang tinggi dari petani-petani ini? Jika ya, bilakah amalan-amalan kultura ataupun teknologi serta pengurusan dapat diperkenalkan di kalangan petani-petani jelapang padi dan di luar jelapang padi di negara ini. Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan melawat kawasan Sekinchan dan mempelajari amalan kultura dan pengurusan yang dipraktikkan oleh mereka serta menyebarkan maklumat kepada pengusaha-pengusaha padi dengan segera, bagi mengatasi isu kekurangan beras.
Kebiasaannya menteri serta rombongan akan melawat untuk pelajari teknik dan cara penanaman yang terbaik di negara-negara lain seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan sebagainya dengan satu perbelanjaan yang tinggi dengan menggunakan duit rakyat.
Eloklah kerajaan mempelajari daripada belakang rumah kita sendiri, dengan mengadakan lawatan ke Sekinchan, yang hanya akan mengambil masa satu jam dari Dewan yang mulia ini. Kerajaan harus memberikan subsidi tunai, kepada pengusaha-pengusaha padi dan bukan dalam bentuk input seperti baja, racun perosak dan sebagainya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Insentif dalam bentuk kewangan diberi untuk hasil padi. Untuk memastikan petani- petani terus mengusahakan penanaman padi, pendapatan yang diperoleh daripada padi mestilah lebih lumayan berbanding dengan komoditi lain. Kerajaan juga harus memberi permit AP untuk lebih banyak syarikat dan individu, supaya ada competition dan bukannya hanya dimonopoli oleh BERNAS untuk kepentingan beberapa pihak sahaja.
Bagi perhatian Dewan yang mulia ini, kerajaan telah gagal menghasilkan buah tempatan seperti pisang dan manggis dengan cara komersial yang berjaya. Di mana sahaja hidangan buah-buahan tempatan adalah terhad. Buah pisang berasal dari negara kita. Ia mengandungi banyak keistimewaan dan boleh memberi faedah serta mengandungi unsur kalium dan lain-lain zat makanan yang amat baik untuk kesihatan.
Hari ini negara-negara Amerika Selatan, Amerika Tengah serta negara-negara lain menjadi pengeksport pisang yang utama. Manggis juga yang mempunyai banyak faedah yang boleh mengurangkan darah tinggi, kencing manis, serta dengan izin ‘anti-ageing properties’ dan lain-lain faedah, hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh ahli-ahli saintis daripada Amerika Syarikat empat tahun lepas. Buah manggis diiktiraf sebagai buah yang terbaik di dunia. Oleh yang demikian permintaan dan harga pasaran di Amerika Syarikat adalah USD45 untuk seliter jus buah manggis. Malangnya keluasan dan hasil buah manggis adalah sangat menyedihkan.
Hari ini Australia, Thailand serta beberapa negara yang lain telah mengambil kesempatan ini dengan menanam beribu-ribu hektar pokok manggis. Pada hal kerajaan kita pula, sedang membazir duit rakyat dengan memperkenalkan buah-buahan dengan izin, temperate seperti anggur, epal dan kiwi. Buah-buahan ini memerlukan iklim yang sejuk.
Kerajaan harus fokus kepada kehendak negara. Saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya, supaya bekalan bahan makanan adalah mencukupi. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini....
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ataupun Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Setelah mendengar keluhan, rintihan rakan-rakan dari Sabah yang berasa dipinggirkan, saya dari Padang Serai melihat sendiri dalam zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional, bagaimana rakyat Melayu desa yang miskin, sama juga dengan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak dan di seluruh negara.
Beginilah juga keadaannya dengan masyarakat India di negara ini. Kini mereka hilang keyakinan sama sekali dengan Barisan Nasional.
Kerajaan Malaysia harus minta maaf kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga. Jelas kita nampak sumbangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia.
Beliau telah menyumbang kepada pembangunan rakyat miskin melalui dasar-dasar Amanah Ikhtiar, PPRT, Yayasan Basmi Kemiskinan dan pelbagai lagi. Beliau juga menyumbang kepada pembangunan keseluruhan negara ini, dan saya adalah di antara mereka yang kagum dengan kerja-kerja beliau, di mana saya sanggup meninggalkan jawatan saya dalam MIC dan menyertai dan berjuang bersama-sama dengan reformasi dan Parti Keadilan Rakyat. [Tepuk] Tidak ada di antara menteri-menteri yang duduk di hadapan saya ini, yang setaraf dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memecahkan benteng perkauman sama seperti apa yang berlaku pada Tembok Berlin di German. [Tepuk] Hari ini dengan bangganya, kita boleh menjadi ahli dalam satu parti politik yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tanpa sentimen perkauman. Beliaulah pengasas politik era baru di negara dengan satu harapan untuk masa hadapan negara ini. Beliaulah pemimpin yang membawa paradigma politik pada masa ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia, pendidikan di negara ini, ada dua sistem untuk sekolah-sekolah rendah iaitu sekolah bantuan modal dan sekolah bantuan
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
penuh. Saya mohon agar kerajaan hapuskan sistem bantuan modal supaya ada sama ratanya.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga minit lagi Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, tidak apa. Teruskan sahaja.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tsunami PRU-12 berlaku selepas masyarakat Malaysia merasakan mereka terpinggir. 10 November Bersih turun ke jalanan menuntut PRU yang adil.
Masyarakat Malaysia Sabah, Sarawak semuanya terabai oleh tindakan Barisan Nasional dan ditindas sama sekali. Mereka turun bersama-sana menuntut satu pilihan raya yang bebas dan bersih serta adil. Pada 25 November 2007, masyarakat India, iaitu melalui Hindraf sekali lagi turun dalam jumlah ratusan ribu menuntut keadilan serta kebebasan beragama, dan juga menuntut supaya tokong-tokong mereka dilindungi.
Pada 16 Februari 2008, dengan sedihnya saya mengatakan segolongan rakyat Malaysia turun ke kawasan Parlimen untuk memberikan bunga ros kepada Perdana Menteri memandangkan 14 Februari adalah Hari Valentine, dengan izin. Akan tetapi Perdana Menteri kita menyambut mereka, dengan menembak mereka dengan air asid, gas, dipukul lagi. Kerajaan harus sedar bahawa mereka melakukan kezaliman demi kezaliman dan kerajaan harus membebaskan semua tahanan ISA dengan segera, dan mansuhkan ISA di negara ini dan berikanlah kebebasan kepada keluarga-keluarga yang ditindas itu. [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ahli-ahli politik bertanggungjawab terhadap kemusnahan sistem pendidikan di negara ini sehingga taraf pendidikan dan status institusi pengajian tinggi telah jatuh ke taraf yang amat memalukan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Biarlah para profesional yang merancang serta...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Mohon penjelasan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
... melaksanakan sistem pendidikan negara ini sebelum ianya hancur. Biar saya habis dahulu, I wait for you. [Ketawa] Ahli-ahli politik mestilah berhenti campur tangan dalam isu sistem pendidikan negara...
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
... kerajaan menggunakan murid- murid sekolah bagi kepentingan politik. Padahal anak-anak mereka telah dihantar ke luar negara untuk dididik. Mereka tidak yakin terhadap sistem pendidikan awam negara.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tambahan pula, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah tidak merangsang pembentukan intelek khususnya sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan daif dan usang. Tahniah Barisan Nasional!
Adalah amat penting untuk memastikan bahawa hanya ada satu sistem iaitu sekolah bantuan penuh sahaja yang diamalkan bagi seluruh negara. Bantuan kewangan kepada semua pelajar, penuntut yang miskin perlu diberi kepada setiap rakyat Malaysia sehingga mereka mendapat ijazah.
Bantuan biasiswa penuh perlu kepada semua murid, penuntut yang cemerlang.
Masa kini para intelek dan para saintis dalam bidang-bidang profesional telah melarikan diri ke negara-negara lain. Kerajaan harus kaji semula keberkesanan Program Kembali Berkhidmat Untuk Negara.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita menunjukkan kemuliaan kita dengan menyokong supaya ISA dimansuhkan di negara ini dan juga marilah kita sedar bahawa di Dewan yang mulia ini pernah duduk seorang yang bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Beliau adalah timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan, minta laluan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Beliau dizalimi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, minta gulung.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Beliau dipukul.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Beliau dihina dan hari ini ada beberapa orang di dalam Dewan ini yang masih mahu meneruskan penghinaan itu dan sedarlah Ahli Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort
Point of order.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sedar, insaf.
Tuan Yang di-Pertua
Gulung Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin - Beaufort
Point of order.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Sedar, insaf. Kalau belum insaf saya akan minta Tok Guru Nik Aziz menunggu supaya kamu boleh pergi jumpa untuk ditarbiyah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan. Saya tidak bagi sesiapa. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta Pasir Salak jangan menghina dengan menggunakan perkataan ‘todi’ dan tarik balik perkataan ‘todi’.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berapa banyak minum ‘todi’ ooo! [Ketawa] Bagilah sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jerlun. Sila duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah saya sebutkan tadi saya akan panggil nama. Tidak payahlah bersusah- susah. Sila, Yang Berhormat Jerlun. Selepas Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Shah Alam bersedia. Semua akan dapat berucap kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bekerjasama dengan saya. Yang Berhormat Jerlun selepas itu, Yang Berhormat Shah Alam.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya saya pun minat dengan apa Yang Berhormat Padang Serai sebutkan tadi mengenai NT&G Properties tadi. Saya pun agak memerlukan dekat atas ini.. [Sambil menyapu kepala] [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya julung-julung kalinya peluang untuk saya membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Tuan Yang di- Pertuan Agong di Persidangan Penggal Pertama Parlimen Ke-12.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedari di era serba mencabar dalam ekonomi dunia, negara mesti menarik minat pelabur langsung asing atau FDI untuk
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
membuka kilang, untuk mewujudkan industri-industri dan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk pasaran global.
Kita lihat kebelakangan ini Malaysia tidak dilihat sebagai destinasi pelaburan utama bagi setiap pelabur yang meninjau rantau ini dalam usaha mencari lokasi untuk membuka businessnya.
Buat masa ini bukan sahaja negara penduduk ramai seperti China, India dan Indonesia yang dapat menawarkan harga buruh yang murah tetapi kita lihat kemunculan Vietnam, Cambodia dan juga Laos mendapat FDI yang lama-kelamaan akan melebihi FDI yang datang ke Malaysia.
Malah sekarang ini, China dan India sudah menarik perhatian pelabur-pelabur yang memberi penekan kepada keupayaan teknologi dan bukannya hanya kos buruh yang murah. Bagi Malaysia yang berhubung rapat dengan dunia perdagangan dan perniagaan sudah tentu kadar kemasukan FDI menjadi petanda survivability negara dengan izin.
Pada waktu yang sama dalam usaha kita menjadi negara maju pada tahun 2020, sudah tentu kita perlu memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan bilangan industri-industri besar dan juga IKS yang menjadi tulang belakang negara perindustrian.
Soalnya, adakah industri-industri besar dan juga IKS Malaysia boleh diiktiraf sebagai bertaraf dunia? Untuk menjadi negara perindustrian sudah tentu perlu wujudkan syarikat-syarikat perindustrian ala SONY, Hyundai, ACER dan sebagainya. Sudah tentu kita juga perlu lahirkan industrialist dengan izin seperti ‘Akio Morita’, ‘Chun Ju’ dan ‘Stan Shih’ untuk menerajui syarikat-syarikat ini.
Soalnya syarikat Malaysia yang manakah yang boleh kita banggakan sebagai syarikat teknologi tinggi yang diri dan duduknya sama tinggi sama rendah dengan syarikat- syarikat ternama di dunia dan siapakah industrialist Malaysia yang akan memacu negara ke arah menjadi negara perindustrian.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Tan Sri S. M. Nasimuddin S. M. Amin pengasas NAZA Motor yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Sebelum ini juga Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, pengasas DRB HICOM juga seorang tokoh yang dilihat sebagai industrialis negara telah meninggal dunia sebelum sempat membantu dalam usaha mengindustrikan negara.
Saya berharap kerajaan akan terus dengan pendekatan persyarikatan Malaysia ataupun Malaysia incorporated supaya jenama-jenama Malaysia industri besar dapat menerokai pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan hasil usaha Malaysia sekali gus merealisasikan aspirasi negara menjadi maju, berindustri.
Kita mahu lihat GLC memainkan peranan yang lebih bermakna dalam usaha memacu negara ke arah menjadi negara industri. Pada waktu yang sama kita harap ruang dan peluang akan diberikan kepada mana-mana usahawan pihak swasta untuk mengusahakan industri besar.
Dalam penglibatan GLC dalam industri besar, biarlah ia tidak bersaing dengan syarikat swasta yang mencebur diri dalam sektor industri yang sama. Ini adalah kerana perbelanjaan dan pelaburan yang diperlukan untuk industri besar punyai kos risiko yang tinggi. Sudah tentu merugikan negara sekiranya, syarikat-syarikat swasta ini berhadapan dengan saingan daripada GLC dalam sektor industri yang sama.
Kewujudan industri intensif buruh sudah tentu akan menyediakan banyak peluang kerja untuk anak-anak muda kita. Industri intensif kapital pula memerlukan tenaga kerja yang menguasai teknologi tercanggih. Negara China dan India makin hari makin berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya kreatif dan inovatif.
Banyak produk dari negara maju yang dulunya direka bentuk di Barat, dikeluarkan di kilang di India dan China. Kini kita lihat kerja-kerja reka bentuk juga dilakukan oleh syarikat design di kedua-dua negara India dan China.
Nilai tambah yang disumbangkan oleh kedua-dua negara ini mampu mengurangkan kos untuk syarikat induk di negara maju sambil itu membuktikan bahawa
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
syarikat India dan China juga mampu menyaingi Barat dalam fungsi mereka bentuk. Di mana Malaysia dalam soal ini?
Walaupun India dan China sudah kurang dilihat sebagai negara pengeluaran kos rendah, tetapi negara membangun yang lain telah mengambil alih tempat kedua negara tersebut. Indonesia, Vietnam dan Cambodia dilihat sebagai destinasi pelaburan baru yang menarik.
Mahu tidak mahu Malaysia tidak dapat mengelak daripada menarik pelabur yang lebih mementingkan kualiti produk dan tahap penguasaan teknologi tinggi daripada kos buruh yang rendah. Adakah tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menerima kehadiran pelabur-pelabur seperti ini? Sudah tentu dasar pendidikan negara memainkan peranan amat penting untuk merealisasikan matlamat ini.
Tuan Yang di-Pertua, sambil kita membina modal insan seperti yang kerap kali diuar-uarkan oleh kerajaan, kita juga perlu memastikan peluang kerja yang mencukupi untuk anak-anak muda kita termasuk graduan IPT tempatan dan juga yang menuntut di luar negara. Malangnya kita lihat kadar pengangguran yang masih membimbangkan.
Atas sebab-sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka dan ada juga yang masih menganggur.
Ramai graduan di luar negara pula mencari kerja di negara tersebut. Ada juga bakat terbaik di antara anak muda kita yang diambil kerja di luar negara, ramai juga yang ke Singapura.
Ada di antara mereka yang berpendapat bahawa gaji yang ditawar di Malaysia untuk kerja mengikut kelulusan mereka tidak memenuhi keperluan mereka. Maka itulah sebabnya mereka berhijrah ke luar negara untuk mencari nafkah.
Ini bermakna belanja yang banyak yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak kita tidak membawa hasil seperti yang diharapkan kerana peluang kerja yang tidak mencukupi.
Lebih merugikan lagi, apabila bakat-bakat terbaik antara mereka bekerja di luar negara menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di sana juga. Kalau trend ini tidak dibendung negara akan mengalami kerugian yang amat besar dan kesannya akan berpanjangan.
Tuan Yang di-Pertua, kita sering diberitahu bahawa ada di antara guru-guru di sekolah tidak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang secukupnya untuk mereka menjayakan Program Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI.
Apabila guru-guru ini dikehendaki menjalani Peperiksaan Tahap Proficiency atau PTP, kerap kali peperiksaan ini dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dan ianya menjadi satu bebanan kepada guru-guru.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Oleh itu, guru-guru ini tidak mempunyai tempoh waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini. Bagi mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris, saya cadangkan agar PTP ini diadakan sewaktu cuti penggal sekolah atau apabila guru-guru menghadiri kursus.
Sekiranya diberi masa yang mencukupi saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP ini akan lebih memuaskan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mewujudkan Program Pedagogi Enhancement and Reinforcement of Learning Strategy dengan izin atau PEARLS di mana guru-guru sains dan matematik berkumpul dan berbincang mengenai pendekatan-pendekatan yang terbukti membawa hasil yang diingini dalam menjayakan PPSMI. Program ini diterima baik oleh guru-guru tersebut dan nampaknya memberangsangkan mereka untuk terus berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Kebelakangan ini kita melihat begitu ramai belia yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Kita tidak memerlukan wang yang banyak. Sekadar RM10,000 hingga RM20,000 pun memadai untuk perniagaan mereka tetapi kerana tidak dianggap dengan izin credit-worthy mungkin kerana mempunyai hutang-hutang lain yang belum diselesaikan atau oleh kerana tidak ada aset yang boleh dicagarkan untuk pinjaman tersebut, maka bakal usahawan muda ini tidak dapat membuat pinjaman dari institusi-institusi kewangan atau dari agensi-agensi peminjam kerajaan.
Oleh itu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memansuhkan beberapa syarat untuk pinjaman di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia atau STEB. Ini membolehkan lebih ramai belia menyertai bidang keusahawanan sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia.
Untuk memastikan bahawa jumlah dana STEB sebanyak RM40 juta digunakan sepenuhnya bagi tujuan ini, saya cadangkan supaya pegawai Kementerian Belia dan Sukan turun mencari usahawan-usahawan kecil yang sudah berniaga seperti mereka yang mempunyai gerai makanan yang popular untuk ditawarkan pinjaman supaya dapat membantu meluaskan perniagaan yang mereka usahakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat dari Gombak dan juga Yang Berhormat dari Padang Serai tadi yang telah menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.
Yang pertama, mengenai artikel dalam majalah Time dalam edisinya bertajuk dengan izin The 2008 Time 100. Laporan mengenai Datuk Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategi perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Datuk Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih satu juta rakyat Iraq ini?
Yang keduanya, mengenai artikel dalam akhbar Israel iaitu Jerusalem Post yang menggambarkan Datuk Seri Anwar sebagai dengan izin Malaysia’s Future Prime Minister seperti yang telah disebut oleh kedua-dua Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi dalam Dewan yang mulia ini. Adakah ini juga bukti bahawa Israel juga setuju Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kalau setuju mengapa?
Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini.
Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya....
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
...dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini? Sudah tentu tidak.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
[Bangun]
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Selagi nyawa di kandung badan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa dia tidak beri jalan. Lagipun tadi saya ada menggunakan peraturan mesyuarat.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
...UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita. [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Tanya Yang Berhormat Jerlun dia bagi atau tak bagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tadi sebelum Yang Berhormat masuk, saya kata saya gunakan kuasa di bawah 37(2).
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Jerlun bagi tak?
Tuan Yang di-Pertua
Oleh kerana masa tidak mengizinkan jangan lagi ada gangguan. Sila, sila Yang Berhormat Jerlun.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Terima kasih. Saya hendak gulung sudah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah pakai kuasa Yang Berhormat 37(2).
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Sebenarnya saya benarkan kalau dibenarkan tapi biar saya habiskan dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kalilah di persidangan akan datang Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi - Batu Pahat
Yang Berhormat Jerlun bagilah Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun bagi.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Biar saya habiskan dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Dia memang tidak bagi pasal tadi sebelum Yang Berhormat masuk, saya kata saya gunakan kuasa di bawah 37(2) di mana masa tidak mengizinkan ataupun ada Ahli Yang Berhormat cuma berdiri untuk mengganggu saya tidak benarkan. Ini untuk kepentingan semua juga kerana semua mahu bercakap. Mahu seinci tebal sudah di sini mahu bercakap. Sila Yang Berhormat Jerlun.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir - Jerlun
Ya, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lepas sebenarnya memberikan hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. UMNO sudah mendengar dan memahami isi hati rakyat dan akan membuka satu lebaran yang baru. Sejarah UMNO telah membuktikan setiap kali ia jatuh ia akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. [Tepuk] UMNO tidak akan berpeluk tubuh berdiam diri dan membuang masa. Percayalah kami akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Setiap apa yang kami lakukan dan bakal lakukan, pembangkang harus gusar dan gentar kerana perubahan dan kebangkitan semula UMNO sudah bermula. [Tepuk] Ia akan mendatangkan 1001 impak positif kepada semua pihak. Pihak pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO kerana kami tahu bagaimana untuk mengurus dan menjaga parti yang kami cintai ini. [Tepuk] Sesungguhnya tsunami politik akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang cuma pada ketika itu pihak pembangkang pulalah yang akan dilanda badai tersebut.
[Tepuk] Oleh itu, di atas dasar perjuangan agama, bangsa dan tanah air, saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menyertai kami. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Tadi saya sudah sebut bahawa selepas Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Shah Alam. Selepas Yang Berhormat Shah Alam bersedia Tenggara. Yang lain akan dipanggil sudah ada nama di sini.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk mengizinkan saya untuk menjunjung kasih dengan terlibat dalam perbahasan Titah Diraja. Sebelum saya mulakan saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan terhadap ucapan daripada Yang Berhormat Sri Gading yang telah menyebut nama-nama patriot- patriot dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang termasuklah Dato’ Maharajalela, Mat Kilau,
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dato’ Bahaman. Tak ada seorang pun Ahli UMNO untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak. [Tepuk] Pada hari semalam apabila ditanya Yang Berhormat Pasir Salak tidak dapat menjawab memang tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO yang telah ditahan oleh Kerajaan British tetapi ada pemimpin PAS iaitu Allahyarham Profesor Dr. Burhanudin Hilmi dan juga Ustaz Abu Bakar Bakir pengasas Hisbul Muslimin. Lalu yang penting bagi kita apabila kita menyambut hari kemerdekaan seperti mana hari kemerdekaan ke-50 yang telah kita adakan baru-baru ini, janganlah kita sambut seolah-olah hari kebanggaan UMNO Barisan Nasional kerana umat Islam, orang Melayu rakyat Malaysia telah lama memperjuangkan kemerdekaan walaupun UMNO tidak wujud di atas muka bumi ini lagi.
Sambil itu pada mulanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Shah Alam ke atas kemenangan saya di Parlimen Shah Alam.
Mereka telah mengubahkan kekalahan dengan majoriti sebanyak 13,000 lebih untuk Barisan Nasional pada 2004 kepada kemenangan dengan majoriti sebanyak 9,000 lebih untuk Pakatan Rakyat pada 2008. Kemenangan ini menyumbang kepada kejayaan usaha menafikan Barisan Nasional penguasaan 2/3 di Parlimen dan oleh itu amat bermakna.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya bersetuju, bahawa keadaan seperti ini, seperti mana yang disebut oleh Kinabatangan adalah perkara yang biasa walaupun memeranjatkan kerana ia baru dan saya menganggarkan bahawa ianya akan menjadi satu kebiasaan selepas PRU ke-12 ini di mana tidak ada 2/3 majoriti bagi Barisan Nasional lagi selama sejarah negara Malaysia ini, insya-Allah.
Maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, saya merupakan orang baru di Dewan yang mulia ini walaupun telah lama menceburi bidang politik bersama PAS.
Oleh sebab saya baru, tidak peliklah sekiranya saya merasa hairan dan keliru dengan sebahagian dari perbahasan yang telah berlaku. Saya keliru dengan ucapan-ucapan terima kasih atas pembangunan yang dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Sarawak yang diakhiri pula dengan rungutan bahawa pembangunan yang telah dibawa jauh dari memuaskan. Begitu juga dengan ucapan tahniah kepada pihak polis dan dengan itu Menteri Dalam Negeri tetapi diakhiri pula dengan teguran bahawa kadar jenayah telah meningkat dengan begitu mengejut dan polis telah gagal membendungnya.
Saya keliru juga dengan pujian terhadap kewibawaan yang kononnya hanya terdapat pada pimpinan Barisan Nasional tetapi disimpulkan kemudiannya bahawa kewibawaan ini masih belum dapat dizahirkan setelah hampir 50 tahun memerintah.
Percakapan yang terlalu berlapik seperti ini mungkin adalah di antara faktor yang menyebabkan pihak pemerintah menjadi leka dan tidak sedar betapa prestasi mereka begitu lemah dan semakin meleset. Pakatan Rakyat ingin membina satu kesedaran baru di kalangan rakyat jelata. Kesedaran yang inginkan hanya yang terbaik dan menuntut hanya yang terbaik dari pimpinan mereka. Sambil kejayaan perlu diberikan pengiktirafan dan penghargaan, kegagalan perlu juga ditegur dan dikenakan tindakan. Sekiranya pembangunan kawasan luar bandar dan desa terabai, dan terdapat rakyat Malaysia yang masih meminum air perigi setelah 50 tahun merdeka maka Menteri Pembangunan Luar Bandar harus didesak meletak jawatan.
Sekiranya jenayah dan keselamatan awam tidak terkawal maka Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri harus didesak meletak jawatan. Seperti mana pegawai- pegawai kerajaan mempunyai KPI untuk mengukur prestasi mereka maka begitu juga sepatutnya menteri-menteri dan timbalan-timbalan mereka. Percakapan yang terlalu berlapik dan budaya berkompromi di atas kegagalan pemimpin harus dihentikan dan satu ketegasan baru diasas.
Saya juga kagum dengan kesetiaan dari sahabat-sahabat dari Malaysia Timur, Sarawak khususnya yang begitu tabah dan sabar dengan gelagat rakan-rakan mereka dari Barisan Nasional Semenanjung. Kesabaran dan ketabahan ini pada hakikatnya tidak patut dinikmati oleh Barisan Nasional kerana ketidakprihatinan mereka terhadap sahabat-sahabat mereka selama ini di Malaysia Timur. Mereka berada di rumah banglo yang sama tetapi Sabah dan Sarawak bagaikan dibiarkan tidur di tepi tandas dan di bilik yang tingkapnya
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
pecah dan bumbungnya bocor. [Tepuk] Sambil itu, sebahagian bilik-bilik lain dilakukan renovation dengan izin tahun demi tahun selama hampir 50 tahun. Kesetiaan ini wajib dikaji semula dalam keadaan Sabah dan Sarawak sekarang ini berada di kedudukan unik yang mampu mencari rakan kongsi kuasa yang baru untuk memerintah negara Malaysia yang amat kita cintai ini. Mempersia-siakan peluang ini dengan pemikiran yang simplistic dengan izin dan kesetiaan membabi buta boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat yang menaruhkan harapan yang begitu tinggi terhadap kepimpinan tuan-tuan yang daripada Barisan Nasional. Saya tercengang juga...
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...dengan soalan kurang bijak Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bertanya...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat, saya sudah sebutkan tadi jangan ganggu. Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...sama ada pembangunan di bawa oleh kerajaan atau pembangkang. Sudah pasti pembangunan hanya mampu dibawa oleh kerajaan yang memerintah kerana mereka pemerintah. Sekiranya pembangunan yang dibawa tidak diagihkan dengan cara yang adil ataupun dengan cara yang tidak cekap, membazir dan dihiasi rasuah dan salah guna kuasa, maka amat wajar kerajaan berkenaan ditukar dengan satu kerajaan yang lebih bersih, lebih amanah, lebih adil dan lebih berkebajikan.
Barisan Nasional sekarang ini mampu membawa pembangunan kerana mereka memerintah tetapi sekiranya mereka dijadikan pembangkang, semestinya Pakatan Rakyat pula yang akan menjadi pembawa pembangunan dan pembangunan yang dibawa akan semestinya lebih adil dan lebih bersifat berkebajikan. [Tepuk] Sememangnya Kerajaan Barisan Nasional begitu bangga dengan pembangunan yang dibawa mereka, namun pada hakikatnya pembangunan yang dibawa dipenuhi dengan amalan pembaziran, kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ada juga corak pembangunan yang meletakkan dengan izin the cart before the horse seperti mana yang disebutkan tadi tentang perkhidmatan jalur lebar tetapi genset digunakan lalu bila infranya tidak mencukupi mengapa dipentingkan persoalan perkhidmatan jalur lebar?
Wang yang dibazirkan seperti untuk jambatan bengkok, dan Kompleks CIQ, Customs, Immigration dan Quarantine yang sekiranya dijumlahkan, jumlahnya menghampiri RM2 bilion pasti mampu membawa perubahan yang begitu bermakna di kawasan-kawasan seperti Batang Sadong, Kinabatangan, Putatan dan Kalabakan. Laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan pembelian barang-barang dengan harga yang jauh lebih mahal dari yang sepatutnya merupakan bukti jelas bahawa rasuah merupakan amalan yang dibiasakan oleh pentadbiran Barisan Nasional. Malangnya, masih ada di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin menafikan hakikat ini dan mengatakan bahawa ini hanya satu persepsi. Pihak Pakatan Rakyat pula dituduh mengelirukan rakyat melalui ceramah-ceramah dan risalah-risalah mereka. Bagaimanakah ceramah dan risalah yang begitu terhad boleh mengatasi kuasa penerangan radio dan televisyen serta akhbar harian arus perdana yang dikuasai dengan mutlak oleh Barisan Nasional. [Tepuk] Pada hakikatnya, rakyat menyedari kebenaran dakwaan pihak Pakatan Rakyat kerana seperti mana peribahasa Melayu “ada bau, ada bangkainya” dan bau dari bangkai rasuah dan pembaziran Kerajaan Barisan Nasional telah memenuhi udara Malaysia sehingga ramai dari rakyat Malaysia telah menyatakan dengan izin enough is enough.
[Tepuk] Kalau ada yang mengelirukan rakyat Malaysia...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan. Boleh minta laluan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...ianya adalah pihak Barisan Nasional...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, tolong.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...melalui media yang dikuasai mereka yang mana telah menyelamatkan mereka untuk kali ini buat seketika.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta laluan boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat tolong duduk.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sudah pasti sekiranya Barisan Nasional menghormati rakyat dan menghormati dasar-dasar demokrasi yang mewajibkan media yang adil dan bebas...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...merupakan ucapan dengan izin sayonara kepada Barisan Nasional. Bagi kami dari PAS...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tanya Kerajaan PAS di Kelantan 20 tahun lebih memerintah apa buat?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Suruh Kerajaan PAS buat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, tolong duduk Pasir Salak.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...sukar diterima adalah pembelaan terhadap penyelewengan dan rasuah ini dengan bertopengkan Islam, walaupun Islam Hadhari itu bukan anutan kami. Begitu banyak lips service dengan izin yang diberi terhadap Islam dan usaha-usaha meninggikan syiarnya semata-mata...
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...sedangkan apa yang dituntut dan ditegaskan langsung tidak dihiraukan Kerajaan Barisan Nasional. Rasulullah SAW telah bersabda dengan izin, [Membaca sebuah hadis] “Perasuah dan penerima rasuah di dalam neraka” yang secara jelas menunjukkan sikap tiada kompromi terhadap amalan rasuah yang ditunjukkan oleh Islam namun rasuah terus ditegakkan dan dipertahankan oleh Barisan Nasional. Sambil itu ada pula Yang Berhormat Barisan Nasional yang ingin mengambil berat soal murtad yang menimpa umat Islam di negara ini. Tidakkah jelas kepada mereka bahawa di antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya murtad ini adalah kegagalan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional UMNO khususnya untuk menzahirkan corak kepimpinan yang menghayati Islam yang boleh dibanggakan oleh umat Islam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Gejala murtad ini akan dapat ditangani secara lebih berkesan sekiranya pemimpin di kalangan umat Islam menghayati sepenuhnya ciri-ciri kepimpinan Islam seperti adil, telus, amanah, berkebajikan, serta takut akan kemurkaan Allah. Kemunculan kepimpinan sedemikian akan menambah kukuhnya keyakinan terhadap kebenaran Islam dan kemampuan Islam di kalangan umat Islam itu sendiri. Pentingnya soal pemimpin dalam soal ini jelas mengikut sebuah hadis [Bercakap dalam bahasa Arab] “Manusia kebanyakan akan berada atas ugama pemimpin-pemimpin mereka.” Inilah sebab mengapa kepimpinan penting dalam Islam. Bukan sekadar pembangunan duniawi tetapi juga untuk menjaga kepentingan ukhrawi.
Sambil itu usaha mendidik umat Islam perlu dijalankan tanpa apa-apa sekatan kepentingan politik. Sebaliknya Barisan Nasional mengongkong Islam dengan mengenakan sekatan demi sekatan ke atas usaha membangunkan kefahaman Islam yang mantap di kalangan rakyat Muslim demi kepentingan politik UMNO sekolah-sekolah agama terabai, guru-guru agama diskriminasi dengan bayaran gaji yang rendah dan institusi-institusi seperti masjid dan surau dikongkong dan dikekang mengikut kepentingan UMNO. UMNO khuatir sekiranya rakyat Islam celik Islam, mereka akan menyokong PAS. Sebagai contoh sekiranya ingin melihat komitmen UMNO-Barisan Nasional terhadap pengajian Islam
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
bandingkanlah jumlah pelajar hafiz yang dibiayai, yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang melebihi 1,000 pelajar setahun dengan jumlah dihantar oleh Kerajaan Barisan Nasional Selangor sebanyak 84. Masya-Allah ramainya.
Sekolah-sekolah tahfiz di negeri Selangor yang berjumlah lebih dari 100 buah selama ini tidak diiktiraf dan tidak juga dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor-Barisan Nasional walaupun satu sen sehingga naiknya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di negeri Selangor baru-baru ini. Gejala murtad ini adalah gejala krisis keyakinan dan ianya tidak boleh ditangani melalui undang-undang semata-mata. Undang-undang boleh melambatkan proses ini tetapi ianya bukan penyelesaian. Memilih pendekatan undang-undang memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam seolah-olah Islam tidak mampu menangani krisis keyakinan ini melainkan dengan paksaan. Kecenderungan Barisan Nasional ke arah paksaan jelas apabila ISA itu sendiri yang merupakan undang-undang yang zalim dan bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dipertahankan dengan menggunakan hujah-hujah yang meleset dan mengelirukan. Pendekatan paksaan adalah pendekatan golongan bankrap idea, bankrap hujah dan bankrap moral. Saya ingin menyatakan syabas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah beberapa kali menyatakan hasrat beliau untuk mencontohi corak kepimpinan Umar bin Abdul Aziz. Saya ingin menyatakan dengan izin shame on you kepada UMNO-Barisan Nasional yang walaupun kecoh dengan retorik Islam Hadharinya tetapi hingga hari ini masih gagal menzahirkan kepimpinan seperti yang...
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
.....diperlukan oleh umat Islam.
Saya doakan semoga kesedaran yang seperti mana yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang akan dihayati juga oleh UMNO. Saya juga terhibur dan inilah di antara sebab kenapa saya senyum. Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahan tengok saya senyum. Dengan tayangan semangat kebangsaan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagilah chance tanya dulu kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak sebelum bercakap minta izin dulu.
Tuan Haji Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang berkobar-kobar oleh Ahli- ahli Parlimen UMNO apabila soalan DEB dibahaskan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tapi dia sebut nama saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tambah dua minit lagi ya Tuan Yang di-Pertua, kerana dia ganggu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dia sebut saya, saya mestilah respons.
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit lagi Yang Berhormat, satu minit. Tidak apalah kawan-kawan, tidak apa. Satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya juga terhibur dengan tayangan semangat kebangsaan Melayu yang berkobar oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO apabila persoalan DEB dibahaskan. Sebenarnya DEB telah lama diabaikan oleh UMNO Barisan Nasional dan telah lama secara senyap-senyap ditukarkan dengan satu dasar lain yang dinamakan DEC atau DEK iaitu Dasar Ekonomi Kroni. Laungan DEB hanya merupakan laungan berkepentingan politik yang bertujuan menimbulkan perasaan takut di kalangan masyarakat Melayu dan perasaan saling khuatir mengkhuatiri di antara kaum.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terakhir, saya hendak gulungkan. Saya hendak bagi tahu untuk makluman Ahli Dewan saya telah berada di sebuah negara kecil iaitu Bahrain pada tahun 2005. Ini pasal hendak ambil seminit. Harga minyak petrol di Malaysia pada masa itu RM1.60 satu liter di Bahrain RM0.80 satu liter.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kerajaan Bahrain menjelaskan bahawa harga minyak di pasaran antarabangsa adalah harga untuk menjual ke pelanggan antarabangsa. Bukan untuk rakyat negaranya sendiri kerana rakyat adalah pemilik sebenar harta negara ini. Baru-baru ini, tahun ini sahabat rapat saya iaitu isteri saya telah ke Bahrain. Dia menceritakan bahawa bukan sekadar harga minyak di stesen minyak kekal pada harga sama tetapi Kerajaan Bahrain memberikan bantuan kepada rakyat melalui kenaikan gaji sebanyak RM41...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, lain kalilah kita cerita hal Bahrain.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sikit saja, pasal dia ganggu tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih saya mencadangkan menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tenggara. Selepas Yang Berhormat Tenggara bersedia Yang Berhormat Sungai Petani. Kalau beginikan elok, masa kita jimatkan. Sila Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri membawa hati-hati dan perasaan wanita untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, hati wanita selalu tergores dan biarlah saya mulakan ucapan saya ini dengan nada yang negatif. Kenyataan itu bukan defeatist sifatnya, pun bukan menunjukkan tanda kelemahan pun bukan menunjukkan wanita mudah mengalah. Saya menyebutkannya kerana dalam abad 21 ini setelah begitu lama perjuangan meletakkan darjat dan maruah wanita pada tempat sebenar kaum wanita masih lagi perlu kepada pembelaan yang sewajarnya. Kaum wanita masih lagi perlu mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sudah tentu sekali soal wanita tidak boleh dilihat sebagai masalah pinggiran. Saya bukanlah pakar sosiologi atau psikologi saya juga bukan pengikut aliran feminisme barat yang percaya bahawa kaum lelaki mendominasi kaum wanita.
Mungkin ada benarnya dunia ini penuh dengan male chauvinists dengan izin dan dunia ini juga hanya untuk ‘misogynist’ dengan izin. Saya bercakap sebagai seorang wanita, sebagai seorang ibu, sebagai seorang adik perempuan, sebagai seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dan sebagai Ahli Parlimen wanita yang terbabit dalam soal-soal wanita. Kalau kita mendengar rintihan daripada wanita banyak sekali kekecewaan yang akan mereka luahkan. Sekiranya kita peka, banyak masalah mereka dapat dibantu. Itu belum lagi soal yang melibatkan stigma masyarakat terhadap kaum wanita, pada ibu-ibu tunggal selain daripada keganasan terhadap mereka. Saya melihat kesengsaraan wanita bukan hanya sebagai statistik kemiskinan atau pun sebagai mangsa penganiayaan tetapi saya turut menanggung kesedihan dan kekecewaan sebagai wanita. Hati saya turut tergores Tuan Yang di-Pertua. Penderitaan wanita harus menggores hati semua orang yang bernama manusia. Saya mendengar bagaimana seorang wanita yang berdepan dengan birokrasi menyelesaikan masalah penceraiannya untuk mendapatkan nafkah dan untuk meneruskan hidup sendirian dengan tanggungan yang ramai.
Saya melihat penanggungan wanita yang didera secara fizikal dan mental oleh orang-orang yang sepatutnya melindungi mereka. Kita mungkin mengatakan bahawa ini adalah cerita lama, cerita basi, cerita lapuk, cerita yang banyak diulang tayang itu adalah kenyataan di kalangan kaum-kaum lelaki. Percayalah saya hendak menyedarkan kepada semua yang ada pada hari ini. Cerita sebegini yang sebenarnya yang mencorakkan kehidupan manusia pada hari ini. Inilah drama hidup yang menunjukkan bagaimana sistem yang ada kononnya membela kaum wanita. Banyak yang menanggap semua itu masalah rumah tangga, masalah peribadi yang perlu diselesaikan sendiri. Tuan Yang di-Pertua kita
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
perlu tahu masyarakat kita sudah berubah. Nilai di dalam masyarakat itu sendiri juga telah berubah.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Kalau dahulu masyarakat tradisional hidup dengan sistem nilai bersama dengan ‘shared values’ dengan izin, yang mengutamakan rasa kekitaan dan kerjasama, hari ini lebih daripada 70% rakyat kita tinggal di bandar. Masyarakat desa juga telah berubah dan dipengaruhi oleh dasar langit terbuka yang kita amalkan.
Hari ini, isu yang dianggap peribadi, isu yang dianggap personal dengan izin, tidak lagi dapat dibantu melalui sistem masyarakat ataupun budaya sedia ada. Rasa tanggungjawab bersama dan patuhan kepada nilai-nilai yang sama tidak lagi diamalkan.
Sistem kerjasama dalam masyarakat mulai hancur. Malah institusi keluarga itu sendiri kini tercabar.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan semua ini kerana saya melihat sistem pembelaan selama ini yang disediakan oleh institusi kekeluargaan dan oleh sistem masyarakat menjadi semakin longgar. Maka kerana itu, sistem formal seperti kementerian, kerajaan, NGO dan sistem sokongan politik serta media massa harus memainkan peranan yang lebih aktif. Malangnya saya melihat semua sistem sokongan ini masih lagi dibelenggu oleh penjara masa. Tidak berubah nampaknya. Cara dan pendekatan untuk menangani masalah yang sebenarnya semakin kompleks pada hari ini.
Kita tahu, kita tahu banyak sistem formal untuk membantu kaum wanita. Banyak sistem yang baik, yang dibina oleh kerajaan atau yang digerakkan oleh NGO, tetapi tidak jauh berubah daripada apa yang telah dilaksanakan selama ini. Semuanya business as usual dengan izin. Sedangkan apa yang diperlukan ialah revolusi berfikir, bertindak dan melaksanakan dasar yang baru yang sesuai bagi menangani isu ini. Kita sebenarnya masih berada dalam kelongsong masa atau time capsule dengan izin, dalam soal menentukan nilai dan sikap kita.
Kita tidak boleh menyelesaikan masalah abad ke-21 dengan menggunakan kaedah abad ke-20. Kita juga tidak akan mampu menyelesaikan masalah semasa dalam masyarakat, sekiranya kita tidak bersedia untuk merubah mindset kita untuk mengenal pasti punca dan penyebab kepada masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan penilaian kepada semua kementerian, agensi dan badan kerajaan yang ada kaitannya dengan wanita. Sudah sampai masanya kita melihat isu wanita daripada kanta dan perspektif baru bukan lagi menggunakan nilai dan kayu ukur lama lagi. Sudah sampai masanya juga kita melihat semula dasar mengenai wanita, selain daripada mengkaji semula peranan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Saya berpendapat perlunya kementerian dan agensi berkaitan melihat kepada masalah wanita daripada kerangka yang berbeza. Pendekatan ad hoc, kaedah memadamkan api dan tindakan pasang siap tidak lagi relevan. Kita harus melangkah ke hadapan dengan cara dan pendekatan baru. Telah terbukti bahawa sistem yang sedia ada tidak begitu berkesan. Malahan wang jutaan ringgit telah pun kita belanjakan yang kita tahu tidak memberikan hasil seperti mana yang kita hasratkan.
Ada pandangan mengatakan segala usaha yang kita lakukan selama ini ibarat melepaskan batuk di tangga. Kita mahu semua kementerian dan agensi yang terlibat membuat kajian keberkesanan semua programnya dan mencadangkan kaedah-kaedah baru untuk memperbaiki perancangan yang sedia ada. Mereka sudah seharusnya berfikir di luar kotak. Saya menuntut bahawa penilaian semula ini dilakukan kepada peringkat yang paling tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, malah kerajaan seharusnya menubuhkan sebuah task force khusus baik apa nama sekali pun yang hendak dinamakan. Suruhanjaya ke, jawatankuasa ke, apa sahajalah. Bagi melihat secara tuntas atau komprehensif semua strategi, rancangan dan pendekatan yang membabitkan soal wanita di negara ini. Sudah sampai masa satu task force yang berkaliber ditubuhkan bagi tujuan ini dan tidak ada sebab, tidak ada sebab mengapa kerajaan boleh menubuhkan pelbagai task force untuk menggerak dan
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
menjana ekonomi tetapi tidak boleh menubuhkan sebuah task force untuk menjana pembangunan modal insan yang lahir daripada sebuah keluarga yang bahagia.
Tuan Yang di-Pertua, isu wanita melampaui isu politik, melampaui isu kaum, bangsa dan juga agama. Ia adalah isu serius yang memerlukan kepada perhatian yang serius dan perlu diselesaikan secara serius. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan berkata, “Kerajaan juga akan mengkaji semua undang-undang dan peraturan yang sedia ada yang mempunyai potensi untuk mendiskriminasikan wanita”. Sudah sampai masanya untuk Perdana Menteri menunaikan janjinya terhadap kata-kata yang telah pun diucapkan.
Soal gender bias ini akan hanya selesai sekiranya kita bermula dari bawah.
Tanamkan rasa hormat dan penghargaan terhadap kaum wanita sejak di bangku sekolah.
Malah, seluruh masyarakat perlu merubah sikap terhadap wanita. Saya berpendapat kita harus memulakan langkah dengan dua strategi utama.
Pertama, memberi peluang lebih besar kepada pembabitan wanita dalam membuat keputusan. Kerajaan harus menghantar mesej yang jelas kepada wanita negara ini bahawa mereka diperlukan dalam pentadbiran negara. Bahawa suara mereka dihargai.
Bahawa mereka juga boleh menjadi Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kewibawaan mereka, bukan kerana jantina ataupun gender mereka.
Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya. Lima minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Dengan melantik dua orang menteri wanita dengan tidak termasuk seorang penasihat yang bertaraf menteri.
Enam Timbalan Menteri tidak mencerminkan komposisi kaum wanita negara ini. Apa lagi gambaran kemampuan mereka yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya pada tahun 2004, kita mempunyai tiga Menteri Kabinet Wanita. Tiga Timbalan Menteri dan enam Setiausaha Parlimen, dua orang menteri daripada 27 kementerian, tentulah tidak menggambarkan pengiktirafan terhadap wanita.
Satu kajian yang telah pun dijalankan oleh World Economic Forum tidak lama dahulu, mendapati bahawa sekiranya wanita berada pada kedudukan pembuat keputusan, kaum wanita akan memberikan perhatian lebih besar kepada aspek penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial berbanding dengan kaum lelaki. Wanita yang berkuasa juga dikatakan juga kurang korup, kurang menyalahgunakan kuasa atau kurang cenderung untuk membawa negara kepada kancah peperangan.
Seorang tokoh pemikir terkenal Francis Fukuyama menulis dalam jurnalnya yang dihormati, Foreign Affairs dengan izin yang menyentuh kajian baru dalam bidang biologi yang antara lain merumuskan bahawa serangan keganasan perang dan perebutan untuk mendominasi banyak dikaitkan dengan lelaki daripada wanita. Tulis beliau, “Sebuah dunia yang dipimpin oleh wanita mungkin akan melalui laluan dan peraturan yang berbeza”.
Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tidak berminat untuk mengatakan bahawa dunia ini hanya akan selamat di tangan pimpinan wanita tetapi saya menghujahkan supaya dunia ini jauh lebih selamat di tangan wanita. Wanita yang mempunyai naluri keibuan yang mampu mencengkam mata membesarkan bayi dan memberikan kasih sayang sebaiknya kepada anak-anak. Kita perlukan sentuhan wanita dalam dunia yang semakin kacau bilau, kelam kabut serta hilang moralnya ini.
Saya ingin mencadangkan, yang pertama Tuan Yang di-Pertua. Cadangan yang pertama:
(i) Perdana Menteri mewujudkan sistem kuota untuk menteri dan timbalan menteri wanita;
(ii) Jabatan Perkhidmatan Awam harus juga mengadakan pelan bagi memastikan peluang kenaikan pangkat dalam semua kedudukan penting dalam sektor awam untuk wanita;
(iii) syarikat-syarikat swasta mengumumkan bilangan wanita dalam kedudukan membuat keputusan; dan
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
(iv) sebuah jawatankuasa bipartisan yang dianggotai oleh semua parti dan wakil NGO diwujudkan bagi memantau kedudukan wanita dalam semua kedudukan baik di sektor awam dan swasta.
Strategi yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sebelum saya membentangkan cadangan saya, apakah sistem perbankan selama ini dapat mengambil kira usaha niaga secara keci-kecilan kaum wanita, kita tahu memang banyak mempunyai pelbagai skim, begitu juga dengan kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, banyak sekali dana dan tabung yang telah disediakan seperti TEKUN, Program Usahawan Muda, skim mentor francais dan sebagainya. Tapi sejauh manakah bantuan ini sampai kepada yang memerlukan dan lebih penting sejauh manakah program ini dapat dimanfaatkan oleh kaum wanita yang memerlukannya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Sila gulung.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Bank ini menghormati orang miskin dan berusaha untuk memajukan ekonomi mereka. Saya juga mengharapkan agar diwujudkan koordinasi yang lebih di antara semua agensi dalam membantu kaum wanita. Ingatlah, sudah terlalu lama soal wanita dilihat hanya sebagai salah satu daripada sekian banyak masalah yang harus ditangani oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara
Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya kita mahu wanita dilihat sebagai keutamaan dan bukan lagi mematuhi dan memenuhi keperluan memenuhi janji politik. Ingatlah, kuasa di tangan kami.
Tangan yang menghayun buaian boleh merubah tamadun. Janganlah membuat kami merasa terluka dan tergores lagi.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong. Sekian, wabilallahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Sungai Petani teruskan, saya ingin penjelasan berkenaan dengan ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, iaitu berkenaan dengan siapa yang akan dibenarkan berucap. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua tahu siapa yang hendak berucap dan siapa yang tidak kalau mereka tidak bangun dalam Dewan ini?
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Ahli Yang Berhormat Puchong ada tadi dalam Dewan ini awal-awal, Ahli Yang Berhormat sudah tentu tahu di tangan saya ini adalah Ahli- ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap. [Menunjukkan sekeping nota] Jadi, saya telah menggunakan kuasa di bawah 37(2) supaya peraturan mesyuarat kita teratur.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tahu tetapi bagaimana Tuan Yang di- Pertua tahu siapa yang ingin berucap dan siapa yang tidak ingin berucap?
Tuan Yang di-Pertua
Nama-nama semuanya sudah dihantar di sini, di atas meja. Sama juga dengan apabila mereka berdiri, selepas itu saya tengok secara rambang, begitu juga. Ini bermakna seadil-adilnya semua dapat bercakap.
Yang Berhormat Puchong, tolong jangan ganggu lagi. Tolong, Yang Berhormat.
Sila duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Adakah senarai dibuat untuk sesiapa yang ingin berucap?
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
...Ahli Yang Berhormat sebagai discretion Speaker. Yang Berhormat Puchong, tolonglah duduk kerana ia mengganggu lagi. Masa tidak mengizinkan.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Masih berdiri]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, sila duduk. Saya mahu mendengar dulu point of order daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor ini. Sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Apakah point of order tersebut. Sebut dulu apa point of ordernya.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Peraturan 35(1) dan (2). Saya bacakan, Tuan Yang di-Pertua.
“35. (1) Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi.
Seseorang ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi.” Ini penting, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu itu penting tetapi apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor baca pula Peraturan 42 dan 43 sama juga pentingnya kerana yang mentafsir adalah Yang di-Pertua sendiri. Peraturan 43, apabila Yang di-Pertua telah membuat keputusan tidak boleh lagi untuk diulang kecuali ada usul.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis berkenaan Peraturan 35(2).
“35. (2) Jika dua atau lebih daripada dua orang ahli bangun serentak, maka Pengerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya.”
Tuan Yang di-Pertua
Yang itu kalau saya ikut peraturan mesyuarat di mana yang berdiri saya panggil, tetapi awal-awal tadi saya sudah sebut bahawa saya menggunakan Peraturan 37(2). Jadikan semua kalau dalam persidangan ini yang berkuasa, Speaker, untuk kelicinan mesyuarat.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Di dalam hal ini apabila saya gunakan Peraturan 43, apa Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap? Ada lagi yang lebih daripada Peraturan 43?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya rujuk kepada Peraturan 35.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau rujuk kepada Peraturan 35, saya rujuk kepada Peraturan 43 lebih penting lagi oleh kerana saya yang duduk di atas ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Apa lagi Yang Berhormat Batu Gajah? Point of order apa lagi?
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu bukan bermakna Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Sungai Petani. Sila.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Belum habis lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak akan lagi melayan point of order yang mengganggu persidangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila seseorang Ahli Yang Berhormat menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan point of order, bermakna kita cuma mencelah supaya mesyuarat itu berjalan dengan lancar bukan mengganggu peraturan mesyuarat dengan soal-soal teknikal kerana semua Ahli Yang Berhormat mahu bercakap. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Batu Gajah, duduk.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Point of order. Maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Sungai Petani. Sila.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, maaf.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, ini point of order.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 43.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, maaf. Saya hendak bangkitkan point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, saya tidak mahu dengar lagi oleh kerana saya sudah gunakan kuasa di bawah Peraturan 43. Tolong! [Disampuk] Kalau umpamanya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak lagi menghormati keputusan Tuan Yang di- Pertua, keputusan siapa lagi yang didengar?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali kita bangkitkan point of order, Tuan Yang di-Pertua kata ini keputusan muktamad. Yang kami bangkitkan point of order...
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila. Yang Berhormat Sungai Petani, sila. Yang Berhormat Batu Gajah, sila duduk.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Masih berdiri]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya menggunakan kuasa seterusnya, sila duduk.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu Gajah, sila duduk!
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Sungai Petani.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kita ada hak untuk bangun...
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Yang Berhormat Batu Gajah masuk, sebelum Yang Berhormat Bukit Gelugor masuk, sebelum Yang Berhormat Puchong masuk mesyuarat kita berjalan dengan lancar.
Tuan R. Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Sungai Petani, duduk.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kita tidak faham, tidak mengetahui. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila. [Mengarahkan Yang Berhormat Sungai Petani]
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Potong stim sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat ada masa sehingga pukul 4.10 petang sebab ada gangguan tadi. Saya mohon maaf.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dan turut sama membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, this land of ours is blessed with milk and honey.
Negara Malaysia tercinta ini memang mendapat limpahan rahmat dari Ilahi. Kita mempunyai tanah yang luas seluas 329,347 kilometer persegi yang jauh dari bahaya gunung berapi. Jauh dari gunung pasir yang kontang mahupun sejuk salji membeku.
Lautnya penuh dengan ikan dan tidak pernah berkurangan. Dasarnya ada minyak dan gas asli terbaik di dunia. Nun, yang letaknya di bumi bertuah Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Juga bumi menghijau yang subur, hutan belantara yang masih banyak di Sabah dan Sarawak, bumi bertuah ini telah menjadi negara pengeluar getah, minyak sawit dan juga nanas terbesar di dunia. Negara bertuah ini tidak pula kurang dengan bahan-bahan galian.
Tuan Yang di-Pertua, namun semua pemberian Yang Maha Esa ini suatu hari akan habis. Mengikut perkiraan Malaysia cuma mampu bertahan sekadar 15 - 18 tahun untuk minyak dan 35 tahun untuk gas asli. Oleh itu, apakah alternatif kita dalam menyediakan masa depan untuk rakyat Malaysia yang jumlahnya pada Februari 2007 ialah 26.6 juta orang.
Saya ingin memulakan dengan melihat isu pembangunan insan dan proses membina negara bangsa. Kita adalah pemimpin sama ada pembangkang atau pemerintah adalah manusia yang bertanggungjawab jika negara ini mundur, jika negara ini miskin ataupun jika negara ini hancur, kitalah yang bertanggungjawab.
Pemerintah pasti bertanggungjawab kerana gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemerintah, dan pembangkang kerana gagal memainkan peranannya sebagai menegur pemerintah. Jika pembangkang menegur, teguran itu bertindak bagi memastikan pemerintah tidak terbabas dalam tugasnya. Kita bukan maksum atau dengan izin, we can do no wrong. Kita semua manusia biasa.
Oleh sebab itu kita faham peranan masing-masing. Bercakap tentang insan, kita bercakap tentang manusia, tentang haknya, tentang masa depannya. Kita juga bercakap tentang membina negara bangsa. Sudah pasti dalam menyediakan masa depan rakyat di negara ini pemerintah mesti jelas tentang ke manakah kita hendak membawa rakyat negara ini? Apa jenis manusia yang akan menghuni negara ini? Adakah kita akan membawa negara ini ke pentas yang lebih tinggi dalam bidang pertanian atau pembuatan atau perkhidmatan?
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jawapannya ada di tangan pemerintah. Bila pemerintah sudah membuat keputusan, dalam bidang yang wajar diceburi oleh rakyat, maka sudah pasti keputusan itu datang dengan persiapan mental dan materialnya. Yang pasti, tidak mungkin kita boleh
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
bercakap tentang impian, jika kita tidak mampu melaksanakan ataupun tidak mahu melakukannya. Ini kerana jika retorik semata, yang menjadi mangsa ialah rakyat, bukan kita di Dewan ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010, terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia di muka surat 3, kata-kata aluan Perdana Menteri menyebut, saya quote, “Sesungguhnya kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Selaras dengan ini, salah satu agenda kerajaan ialah untuk membangunkan satu pendidikan bertaraf dunia.” Manakala di muka surat 4 pula, Menteri Pelajaran berkata, “Sesungguhnya sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan kelas pertama walaupun mengambil masa yang lama.” Itu kata-kata indah dan murni. Data asas laporan ini menyebut, pada tahun 2005 ada 7,601 buah sekolah rendah, 66% berada di luar bandar dengan jumlah murid pada tahun 2005 berjumlah 3.14 juta orang. Ada sebanyak 2,028 buah sekolah menengah yang 39.1% berada di luar bandar dengan bilangan murid pada tahun 2005, berjumlah 2.22 juta orang.
Namun Tuan Yang di-Pertua, bila merenung jauh ke dalam laporan ini, hati kecil akan berkata, “Mana mungkin kita boleh mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia jika sebanyak 767 atau 10% sekolah rendah di Malaysia masih tidak mempunyai bekalan elektrik. Sebanyak 28 buah sekolah menengah tiada bekalan elektrik, yang tadi sekolah rendah, sekarang sekolah menengah. Sebanyak 767 sekolah rendah tiada bekalan elektrik.
Baru-baru ini ditunjukkan di dalam siaran satu program televisyen yang menunjukkan anak-anak kecil, berjalan kaki ayam kerana jalan di sebuah negeri di Sabah, berjalan sejauh tiga kilometer dengan membawa beg untuk ke sekolah. Jarak dari rumahnya ke sekolah sejauh tiga kilometer. Mengikut jawapan yang diterima oleh saya, berat beg budak-budak darjah satu sekarang ini, ditolak bekalnya, airnya dan juga buku- buku tambahan yang lain, berat beg itu tiga kilogram. Anak kecil yang berumur tujuh tahun ini, terpaksa menjinjing beg dan kasutnya sejauh tiga kilometer.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat sekolah seperti yang dikatakan oleh Bapak Menteri pagi tadi, juga menggunakan jana kuasa elektrik berkuasa rendah yang tidak dapat digunakan untuk perkakasan ICT seperti TV dan komputer. Di samping itu, angka ini akan lebih mengejutkan. Terdapat 1,517 buah sekolah rendah yang tiada bekalan air bersih awam. Sebanyak 1,639 ataupun 20% sekolah rendah, tiada bilik Sains.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, yang lebih parah lagi, dalam laporan ini menyebut di peringkat pendidikan menengah, kadar keciciran ialah sebanyak 16.7% pada tahun 2000 hingga 2004, ataupun kira-kira 200,000 murid-murid yang tercicir.
Saya tidak ada angka untuk tahun 2007, mungkin lebih besar.
Persoalan yang kita hendak bawa Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian tidak mampu memberikan ini semua, kerana kerajaan tidak mempunyai wang ataupun wang yang sepatutnya mengalir kepada anak-anak kecil yang miskin ini, anak-anak kecil di luar bandar ini, digunakan di tempat yang salah? Seperti contoh; saya bawa kos asal untuk projek jalan MRRII yang sepatutnya RM120 juta, tetapi kos pemulihan akibat kerosakan jalan tersebut bertambah kepada RM70 juta. Kos asal membangunkan MATRADE ialah RM167 juta tetapi setelah MATRADE siap, kos naik kepada RM287 juta. Projek Jambatan Bengkok JB-Singapura batal, tetapi kita kena bayar pampasan RM360 juta. Begitu juga projek incinerator yang sepatutnya diwujudkan di Broga, Selangor juga dibatalkan.
Berapakah pampasannya? RM500 juta.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sejak Perbadanan Petronas diperbadankan, laporan menunjukkan Petronas telah menyumbang sebanyak RM340 bilion kepada kerajaan. Di samping itu, kerajaan mendapat pendapatan hasil daripada sumber- sumber lain. Rejim Dr. Mahathir selama 20 tahun, yang kini disambung oleh Perdana Menteri yang baru, Dato’ Seri Abdullah terlalu banyak mempelopori projek pembangunan mega yang hebat dilihat, tetapi tidak semestinya berfaedah kepada rakyat ramai.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tiada sesiapa yang tahu berapa banyak dana sebenar dibelanjakan untuk projek- projek ini. Ada yang berkata RM150 bilion atau ada yang mengatakan lebih daripada itu.
Apa pun jua jumlahnya, umum mengetahui kos dalam membina projek-projek tersebut jauh lebih tinggi dari kadar biasa. Soalan yang bermain di kepala kita, adakah rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa ini, benar-benar digunakan untuk rakyat terbanyak ataupun berlegar di kalangan kaum kerabat dan sahabat handai pemimpin-pemimpin perintah sahaja?
Jika kita melawat Langkawi Tuan Yang di-Pertua, saya orang Kedah. Terlalu banyak contoh bagaimana projek bernilai berjuta ringgit ditinggalkan tanpa beroperasi. Ada hotel yang dibina dalam masa yang singkat dengan kos berjuta bukan sahaja rosak dan usang, malah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, hilang dari muka bumi ini. Hotel hilang! Projek Formula One Litar Sepang yang tidak tahu apakah faedahnya, dan banyak lagi projek-projek yang hendak disenaraikan tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, kita tinggalkan di situ sahaja.
Di samping itu, pemerintah juga terlibat dengan kegiatan yang ajaib tetapi benar.
Pada tahun 1992 sehingga tahun 1993, pemerintah telah terlibat dengan kegiatan spekulasi mata wang Sterling British. Waktu itu, watak bernama George Soros turut terlibat dalam spekulasi mata wang ini. Soros untung berbilion, tetapi Kerajaan Malaysia rugi sekitar RM25 milion.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Sebagai ingatan, manusia George Soros yang selama inilah yang Dr. Mahathir panggil penyangak mata wang. Oleh kerana beliaulah ekonomi Malaysia hampir lumpuh pada tahun 1997 hingga 1998.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung, Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kegiatan spekulasi ini dicemuh habis- habisan oleh pemerintah. Rupa-rupanya dalam kegiatan tidak bermoral ini, pada tahun 1992 hingga 1993, Soros membuat keuntungan tetapi Malaysia juga rugi RM25 juta.
Akibatnya, Tuan Yang di-Pertua, pegawai Bank Negara yang terlibat dalam mengendalikan transaksi ini dan insan tidak bermoral ini bernama Encik Mohamed Nor Yakcop telah dipecat dari jawatannya. [Tepuk] Namun walaupun beliaulah yang bertanggungjawab dalam merugikan wang negara yang terlalu banyak ini, kemudiannya dilantik menjadi Penasihat Ekonomi oleh Dr. Mahathir dan selepas itu dilantik pula...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
...menjadi Menteri Kewangan oleh Dato’ Abdullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sila gulung, Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Di Malaysia, orang yang menggerhanakan masa depan rakyat rupanya boleh naik pangkat dan mendapat kehormatan. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih. Injury time tidak boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada lagi. Sudah habis, Yang Berhormat.
Tuan Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih dan saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Kuala Krau.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Sejak bermula dengan titah ucapan dan juga ucapan-ucapan menyokong sama ada daripada pihak kerajaan dan juga pihak Barisan Nasional dan juga pihak pembangkang, saya tidak pernah dan saya dapati tidak ada yang mengatakan tidak menyokong. Ini kerana di dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada mengatakan bahawa memberi teguran terhadap tata etika wakil-wakil rakyat, ada mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Ucapan-ucapan tahniah apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sama ada dari segi pembangunan, sama ada dari segi membasmi kemiskinan, mencegah rasuah juga telah disokong oleh parti-parti pembangkang yang telah berucap.
Saya melihat dan mendengar dengan teliti ucapan daripada sahabat saya sebelah saya, Yang Berhormat Shah Alam begitu hebat berucap, memberikan pandangan- pandangan, idea-idea yang bernas yang dikira bahawa Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa.
Parti pemerintah Barisan Nasional diberikan kuasa tidak melakukan apa-apa, bahkan kalau diberikan peluang kepada parti atau Pakatan Rakyat bahawa banyak pembangunan akan dilakukan. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat sahabat saya ini bercakap berpijak di bumi nyata atau sekadar untuk meluahkan perasaan, rasa syukur dan terima kasih kepada penyokong di kawasan Yang Berhormat. Akan tetapi kalau kita lihat yang disebut siapakah parti pemerintah, apakah peranan, tanggungjawab yang perlu dibuat, parti pemerintah diberi peluang memerintah dan membangunkan negara.
Seperti juga kerajaan-kerajaan negeri yang telah lama diperintah oleh sama ada Kerajaan Barisan Nasional dan juga Kerajaan Parti PAS di negeri Kelantan. Lebih daripada 18 tahun Kerajaan Parti PAS telah memerintah, diberi kuasa, diberi mandat dan Parti PAS adalah pemerintah. Soalnya, Mursyidul Am atau pemimpin Parti PAS juga mengakui bahawa selama 18 tahun paling senang contoh, mengakui bahawa tidak ada sebuah masjid pun dibina semasa pemerintahan PAS. Ini telah dinyatakan dan kita tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja dengan pendekatan-pendekatan...
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, kalau hendak bercakap itu janganlah...
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Saya tidak bagi laluan.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Adalah mustahil...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Mustahil masjid tidak ada. Yang Berhormat pergilah tengok.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini kenyataan yang telah disebut oleh...
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
100% menipu.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
...pemimpin Parti PAS.
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
100% menipu.
[Ketawa]
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ini pandangan saya.
Pandangan Yang Berhormat di sebelah saya menyatakan berbagai-bagai, saya tidak bangun. Saya tidak terasa pun siapa yang makan cili terasa pedas, tetapi kenapakah Yang
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Berhormat lain, parti pembangkang bila saya sebut satu isu tentang pembinaan masjid. Ini disebut oleh pemimpin PAS bahawa mengakui tidak ada sebuah masjid baru pun dibina sepanjang 18 tahun.
Ini yang dikatakan bahawa PAS memerintah kerajaan negeri dan yang disebut siapakah pemerintah, siapakah pembangkang? Kalau disebut tanggungjawab Parti PAS, hendak disebut negeri Kelantan negeri kebajikan, Kerajaan Selangor negeri kebajikan. Kita sebenarnya Barisan Nasional melalui Kementerian Pelajaran telah banyak memberi peruntukan untuk pendidikan secara percuma.
Persoalan saya, Kerajaan Negeri Kelantan, adakah telah memberikan pinjaman buku teks secara percuma? Kebajikan pelajar-pelajar, pelbagai lagi kemudahan- kemudahan sama ada Rancangan Makanan Tambahan, sama ada apa sahaja yang berbentuk secara percuma untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di bandar dan di luar bandar dilakukan oleh Parti PAS.
Disebut juga Barisan Nasional tidak membela guru-guru agama sekolah-sekolah agama. Saya hendak tanya, ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, sila nyatakan berapakah jumlah guru-guru agama lepasan daripada Timur Tengah yang telah diambil bekerja di dalam program j-QAF di dalam negara kita? Berapakah peruntukan-peruntukan yang telah disalurkan kepada sekolah agama rendah di dalam negara kita yang telah dinafikan secara bulat dan mentah-mentah oleh sahabat saya tetapi saya tidak merasakan itu pedas kerana saya tidak makan cili. [Ketawa] Saya balik kepada satu isu sahaja, Tuan Yang di-Pertua, kerana saya percaya dengan senyuman sahabat saya sebelah ini mengakui bahawa cakap-cakap itu kena berhati-hati.
Isu pertama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bangga atas kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 3.6% berbanding 7.5% semasa negara mencapai kemerdekaan.
Isu membasmi kemiskinan di dalam negara kita telah lama dilaksanakan bermula di era kepimpinan Perdana Menteri yang pertama hinggalah sekarang. Program membasmi kemiskinan telah menjadi satu agenda tetap dalam pembangunan ekonomi negara bermula dengan Program Rancangan Malaya Pertama-1956 sehingga 1960, Rancangan Malaya Kedua–1961 sehingga 1962, Rancangan Malaysia Pertama–1966 sehingga 1970 dan seterusnya Dasar Ekonomi Baru yang telah ditukar oleh sahabat saya, tidak tahulah macam mana dia dapat, “Dasar Ekonomi Kroni”. Rancangan Malaysia Keenam, Ketujuh, Kelapan dan hinggalah sekarang Rancangan Malaysia Kesembilan.
Biarpun berlainan kepimpinan Perdana Menteri, tetapi objektif dan matlamat utama rancangan tetap sama iaitu untuk membasmi kemiskinan dan juga untuk membangunkan sektor luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara sektor bandar dan luar bandar.
Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan ini telah berjaya dikurangkan dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, pada tahun 1990 kadar kemiskinan negara adalah sebanyak 16.5% telah berjaya dikurangkan kepada 8.5% pada tahun 1999 dan hanya 5.7% pada tahun 2004. Manakala golongan miskin tegar pula secara keseluruhannya telah dapat dikurangkan daripada 1.9% tahun 1999 kepada 1.2% pada tahun 2004.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Jumlah isi rumah miskin juga telah menunjukkan pengurangan dalam tempoh yang sama iaitu dari 409,300 kepada 311,300. Manakala pendapatan purata isi rumah miskin juga telah meningkat kepada RM656 pada tahun 1999 kepada RM764 pada tahun 2004.
Maklumat terbaru mengatakan kadar miskin tegar di dalam negara ini hanyalah sekitar 0.7% daripada jumlah penduduk kini yang berjumlah 27 juta.
Maklumat ini daripada Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Jabatan Perdana Menteri tahun 2007. Keazaman kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan diteruskan hinggalah sekarang dan di dalam Rancangan Malaysia kesembilan, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhannya kepada 2.8% dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.
Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Berbagai-bagai program yang telah diaturkan melalui kementerian-kementerian yang telah diwujudkan. Saya percaya yang pertamanya mengenai program PPRT. Banyak permintaan-permintaan setiap kali wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen, di peringkat Dewan Undangan Negeri berbincang di peringkat daerah melalui Mesyuarat Tindakan Daerah. Sekarang ini telah diwujudkan satu jawatankuasa khusus untuk membasmi kemiskinan dan kita dikehendaki untuk mengadakan perbincangan, bermesyuarat, berbincang setiap dua minggu sekali.
Saya percaya bahawa permintaan-permintaan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Namun begitu, harapan saya supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah meneliti semula tentang permohonan-permohonan yang begitu banyak setiap tahun. Contohnya, di dalam daerah Temerloh. Setiap tahun lebih daripada 200 permohonan daripada miskin dan juga miskin tegar di dalam kawasan daerah Temerloh.
Namun begitu, kemungkinan akibat daripada kekurangan peruntukan, kementerian ini hanya meluluskan sejumlah empat buah setahun. Jadi, bayangkanlah sampai bila masanya untuk kita menyelesaikan masalah perumahan rakyat termiskin dalam negara kita sedangkan kita mempunyai lebih kurang 18 bulan lagi menjelang tahun 2010.
Ini juga menimbulkan masalah krisis keyakinan yang disebut bahawa setiap tahun kita mengedarkan borang-borang kepada Pengerusi JKK, kepada penghulu untuk kita berikan, untuk kita luluskan projek-projek perumahan tersebut. Akan tetapi setiap tahun, jawapan yang diberikan kekurangan peruntukan. Saya berharap kementerian ini diberikan peruntukan yang besar daripada pihak Jabatan Perdana Menteri atau daripada Menteri Kewangan untuk didirikan, disediakan rumah perumahan rakyat termiskin di dalam negara kita.
PPRT juga bukan sahaja terlibat kepada kaum lelaki tetapi juga terlibat dengan ibu tunggal. Bukan sekadar kita memberikan perumahan kepada ibu tunggal ini tetapi kita mestilah juga mewujudkan satu perkara yang boleh menambah pendapatan seperti sama ada IKS, sama ada pertanian dan juga perniagaan.
Satu perkara bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang sederhana untuk memiliki rumah walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mewujudkan satu dana khas RM1 bilion menerusi Bank Islam Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional untuk diberikan kewangan, membantu rakyat yang mempunyai pendapatan sederhana tetapi masalah yang sama, masalah birokrasi begitu ketara sekali. Saya memohon Kementerian Kewangan meneliti semula syarat-syarat yang telah diberikan kepada kedua-dua bank tersebut.
Yang keduanya, di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga mewujudkan program peningkatan pendapatan. Bantuan yang disalurkan sangat baik.
Setiap keluarga miskin tegar telah diberi bantuan sejumlah RM10,000 dalam bentuk bantuan ternakan atau perniagaan atau alat-alat untuk bertani. Namun begitu, sejauh manakah bantuan ini dapat mengeluarkan mereka daripada kumpulan miskin tegar.
Pemantauan dan khidmat nasihat mestilah diberikan kepada mereka. Contohnya di Daerah Maran, baru-baru ini seramai 42 orang miskin dan miskin tegar telah diberikan bantuan. Soalan saya berapakah peruntukan yang telah disediakan dalam program peningkatan pendapatan ini dan apakah syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan tertentu bagi mendapatkan bantuan ini.
Yang ketiganya, program penyatuan dan pemulihan tanah, ini menerusi FELCRA sama ada di dalam bentuk bantuan perumahan kepada peserta FELCRA dalam bentuk saham, di mana tanah-tanah kerajaan di usahakan secara besar-besaran.
Yang keempatnya, menerusi pemulihan tanah-tanah hak milik yang terbiar milik orang kampung di luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Pemulihan tanah hak milik tidak begitu berjaya kerana FELCRA telah mengusahakan tanah hak milik sedangkan
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
dividen atau hasil hanya diberikan dalam dua kali setahun menjelang kita hendak menyambut Hari Raya Puasa dan menjelang kita hendak buka sekolah penggal pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, gulung Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Saya percaya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
...pendapatan RM200 ini tidak boleh membantu mengeluarkan keluarga miskin tegar daripada miskin tegar. Oleh itu, saya memohon supaya pihak FELCRA juga meneliti perkara ini.
Akhirnya tentang program tanaman semula getah dan kelapa sawit. Kita tahu bahawa alat-alat untuk bertani, racun, racun rumpai, baja dan sebagainya semakin hari semakin meningkat. Ini menimbulkan masalah kepada petani di luar bandar. Saya mencadangkan supaya harga baja dan juga racun rumpai ini ia disenaraikan di dalam barang-barang terkawal. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan ayat Yang Berhormat.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Satu lagi, tentang tanah terbiar di dalam kawasan di luar bandar khususnya di Pahang. Dahulu, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) telah diwujudkan tetapi telah dimansuhkan.
Saya mohon Kementerian Pertanian dan Asas Tani mewujudkan semula seperti juga Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka yang telah dimansuhkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
...hendaklah diwujudkan semula oleh Kementerian Pembangunan Luar bandar dan Wilayah. Terima kasih, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan harapan bahawa 8 Mac 2008 ini akan membuka lembaran baru dan membawa harapan kepada era baru demokrasi Malaysia.
Pada 8 Mac 2008, Tuan Yang di-Pertua, rakyat jelata telah menunaikan kewajipan dan menggunakan hak mereka untuk memilih sebuah kerajaan. Kita menghormati kebijaksanaan pengundi untuk memilih wakil rakyat dan gabungan parti-parti politik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.
Kita perlu menerima keputusan pengundi untuk menuntut perubahan politik yang akhirnya memperlihatkan kehilangan majoriti 2/3 parti pemerintah di Dewan Rakyat ini dan juga lima buah kerajaan negeri. Kita harus menyahut pesanan Seri Paduka Baginda supaya kita hendaklah menjadi kepentingan negara sebagai matlamat utama dalam menunaikan mandat rakyat yang diberikan kepada kita.
Bagi diri saya Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersyukur kerana pengundi di kawasan Parlimen Tanjong, Pulau Pinang, telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat untuk penggal ketiga. Saya berjanji akan menunaikan peranan ini dengan sedaya upaya saya. Pertamanya, saya menyeru pucuk pimpinan Kerajaan Pusat untuk menerima hakikat bahawa mereka perlu menguruskan dengan lima buah kerajaan negeri yang memilih parti pembangkang untuk menerajui kerajaan negeri ini.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Perlembagaan Persekutuan kita sejak merdeka dan penubuhan negara Malaysia. Dalam proses pembinaan negara selama 50 tahun ini, kita telah meletakkan rangka untuk menguruskan
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
perhubungan Kerajaan Pusat dengan negeri-negeri. Pada masa-masa dahulu, kita melihat pergolakan politik akibat daripada masalah dalam perhubungan antara Kerajaan Pusat dengan negeri-negeri. Misalnya di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Kita juga sering mendengar rungutan daripada wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak bahawa negeri mereka dilayani sekadar sebuah negeri dalam Persekutuan dan bukan sebagai satu wilayah daripada tiga wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Selepas penubuhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru, saya ada menyeru Kerajaan Pusat untuk menggunakan kebijaksanaan untuk menguruskan perhubungan di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Perhubungan ini haruslah dijalinkan mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan lebih-lebih lagi atas kematangan politik yang meletakkan kepentingan negara, kemakmuran dan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat dan integriti pemerintahan atas kepentingan individu atau kepartian yang sempit.
Tuan Yang di-Pertua, kita sering mendengar konsep kongsi kuasa di kalangan rakyat yang membentuk Malaysia. Sekarang kita perlu memperluaskan konsep kongsi kuasa ini di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk oleh gabungan politik yang berbeza. Saya ingin menegaskan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghormati mandat rakyat dan mementingkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat. Selepas Pilihan Raya Umum, kita ada mendengar kenyataan-kenyataan daripada menteri-menteri tertentu yang tidak dapat menerima keputusan rakyat dan mementingkan kepentingan parti daripada kepentingan rakyat. Ada pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di negeri Pulau Pinang mahu projek seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua dihentikan dan Kota Belud saya rasa hari itu pun merasa begitu kerana rakyat telah menolak Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bersikap sedemikian sebab beliau Perdana Menteri bagi semua rakyat dan semua negeri.
Walaupun pahitnya hakikat negerinya sendiri, negeri Pulau Pinang jatuh kepada DAP, PKR dan PAS, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih perlu menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang menerima keputusan rakyat dengan sikap yang boleh kita sanjung tinggi. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus embrace each other dengan izin demi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.. Kongsi kuasa Kerajaan Pusat dengan negeri dapat memberi keyakinan kepada dunia bahawa Malaysia sudah matang dan bersedia mengambil tempatnya di persada dunia maju.
Keyakinan ini amat penting untuk menjadikan Malaysia menarik kepada pelabur- pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia. Pertimbangan politik tidak seharusnya menjadi halangan kepada usaha untuk membangunkan negara dan memperkasakan rakyat. Malaysia akan gagal jika kita masih tidak dapat memecahkan kepompong lama sebab kita perlu menyatupadukan segala tenaga dan usaha untuk bersaing dengan negara- negara yang lain di dunia ini. Dunia tidak akan berhenti seketika untuk membolehkan Malaysia mengejar mereka. Sekali pun kita dapat mengekalkan tempoh pembangunan yang sedia ada, kita tidak dapat jamin kita masih boleh bersaing dengan cekapnya dengan negara-negara jiran kita.
Sektor swasta memainkan peranan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Sejauh manakah inisiatif pembiayaan swasta telah mencapai sasarannya.
Memandangkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan adalah terhad, kita perlu menggiatkan inisiatif pembiayaan swasta lagi. Saya menyeru supaya kerajaan-kerajaan negeri diberi lebih kuasa dan ruang untuk menggalakkan inisiatif pembiayaan swasta untuk menjana projek- projek yang sesuai untuk membantu Kerajaan Pusat membangunkan negeri-negeri. Di negeri Pulau Pinang, PFI boleh dibenarkan untuk melaksanakan projek infrastruktur utama untuk mengatasi kekangan asas supaya negeri Pulau Pinang dapat terus membangun sebagai negeri yang maju dalam perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan di samping menjadi pusat bagi wilayah NCER dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT- GT).
Tuan Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang terlalu penting untuk gagal. Gagalnya negeri Pulau Pinang, gagallah NCER dan IMT-GT.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Tuan Yang di-Pertua, keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang pertama diadakan selepas negara memasuki fasa 50 tahun yang kedua selepas kemerdekaan adalah sangat bermakna. Kita boleh mengesan pelbagai implikasi daripada keputusan politik ini. Demi masa depan negara kita, kita harus menyambut sekurang-kurangnya dua implikasi kepada pembangunan negara ini.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, keputusan politik yang telah membawa perubahan kerajaan tanpa menimbulkan impak, tanpa menimbulkan perkara seperti tercetusnya insiden berdarah 13 Mei selepas Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rakyat pada keseluruhannya menerima keputusan ini dengan tenang dan sebagai satu proses demokrasi yang perlu ditegakkan. Saya berharap semua pihak dapat memelihara semangat demokrasi dan membuktikan peralihan politik boleh berlaku tanpa perlunya insiden berdarah seperti 13 Mei.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, keputusan politik ini telah memperkasakan rakyat, empowerment untuk memilih kerajaan dengan mudahnya. Rakyat sudah sedar mereka mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan yang tidak dapat memenuhi aspirasi mereka.
Mesej penting adalah mana-mana gabungan politik tidak boleh take for granted dengan izin.
Mereka akan kekal sebagai parti pemerintah untuk selama-lamanya. Rakyat akan akhirnya menerima faedah kerana parti-parti pemerintah dan parti-parti pembangkang akan lebih bertanggungjawab. Wujudnya sistem dua parti ini memang akan memperkayakan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, satu tuntutan rakyat Malaysia adalah untuk memulihkan sistem pilihan raya dalam majlis-majlis perbandaran ataupun PBT yang dimansuhkan 40 tahun dahulu. Saya ada minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memulihkan sistem pilihan raya kepada kerajaan tempatan. Jawapannya adalah seringkas-ringkasnya iaitu kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Saya minta Kerajaan Pusat untuk menimbang semula keputusan ini supaya tidak menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan tempatan yang dapat menjaga kepentingan mereka. Kerajaan Pusat harus menyediakan satu road map ke arah pemulihan sistem pilihan raya termasuk meminda undang-undang yang menghalang proses ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan berhubung dengan persijilan halal yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena iaitu Penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal. Baru-baru ini saya ada menerima aduan daripada Persatuan Pengilang Kicap di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bahawa ekoran dengan rejim baru ini, mereka akan menghadapi... sebab diambil alih oleh perbadanan ini yang selama ini logo halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri Pulau Pinang tidak akan diperakukan lagi. Mereka menghadapi cabaran untuk menambah baik kemudahan-kemudahan untuk dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh perbadanan.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Saya berharap kerajaan dapat menimbang untuk memberi satu tempoh yang lebih panjang supaya mereka dapat membaiki kilang-kilang dan menambah baik peralatan supaya dapat memenuhi syarat-syarat ini dan akhirnya saya juga berharap demi mewujudkan negara dan negeri-negeri ataupun perbandaran yang lebih selamat. Saya menyeru Kerajaan Pusat untuk meluluskan perbelanjaan ataupun peruntukan untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan misalnya di negeri Pulau Pinang untuk memasang CCTV di seluruh negeri Pulau Pinang dan kawasan majlis perbandaran. Ini untuk menjadikan Pulau Pinang selamat sebab memang terbukti dengan pemasangan CCTV ini, kadar jenayah dapat dikurangkan dan memandangkan kita sedang menghadapi masalah- masalah berhubung dengan keselamatan dan jenayah, kadar jenayah yang semakin meningkat, peruntukan ini amatlah berguna untuk memastikan negeri dan perbandaran kita selamat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berapa minit Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Lima belas Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sesungguhnya amat bernas dan munasabah untuk kita ambil iktibar.
Tuan Yang di-Pertua, Pembangunan Koridor Sabah atau Sabah Development Corridor merupakan pembangunan yang telah diatur dan dirancang dengan baik.
Perancangan yang melibatkan seluruh negeri Sabah itu bertujuan untuk memberi kesaksamaan pembangunan kepada semua daerah dan wilayah di negeri Sabah. Rakyat Sabah berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sudi untuk melancarkan pada dua tiga bulan yang lalu. Saya berharap Kerajaan Pusat akan membangunkan koridor ini mengikut jadual kerana koridor ini adalah salah satu sebab kenapa rakyat Sabah mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini.
Antara lain yang kita terangkan kepada rakyat ialah Sabah Development Corridor atau SDC ini bakal mewujudkan 900 peluang pekerjaan dalam tempoh pembangunannya.
Di samping itu 13 MoU dengan izin telah ditandatangani oleh syarikat dari China, Jepun dan Amerika Syarikat. Skop SDC ini adalah luas sebab itulah ia perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Antara lainnya ialah pembinaan:
(i) stesen pusat kereta api; penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan; projek agro pelancongan, pembangunan, akuakultur di Teluk Darvel, Lahad Datu;
(ii) penyelidikan dan pembangunan pokok jarak;
(iii) projek jelapang padi di Kota Belud dan di Sipitang dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua, seluruh jentera kerajaan negeri dari Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sehinggalah kakitangan peringkat akar umbi telah bersedia untuk menjayakannya. Kata mesti dikota, janji mesti dipenuhi. Jangan sampai koridor ini nanti menjadi satu bahan jenaka di kalangan rakyat kerana sesungguhnya sudah banyak contoh di mana janji tidak ditepati.
Contohnya empat pusat-pusat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah dijanjikan kepada Sabah sampai sekarang ini belum tercapai lagi. Walaupun tujuannya baik iaitu membanteras penyeludupan, serangan lanun, pengambilan pasir dan pengawalan pesisiran pantai dari dibolosi oleh PTI tetapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda untuk bermula. Malah saya difahamkan bahawa tapak pun belum dikenal pasti lagi.
Tuan Yang di-Pertua, bak kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut.
Rakan-rakan saya daripada negeri Sabah telah banyak membincangkan soal pendatang asing tanpa izin. Saya cuma ingin memberi satu cadangan lagi. Kemakmuran negara kita telah menarik minat ramai tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang seperti pembuatan, pertanian dan perkhidmatan. Cadangan saya ialah agar kerajaan membuat kajian terperinci berkenaan perkara-perkara berikut bagi mengatasi masalah PATI.
Saya cadangkan supaya kita turunkan levi dan yuran proses pengambilan pekerja asing yang akan menggalakkan mereka datang ke Malaysia secara sah dan kadar bayaran yang dikenakan sekarang ini dirasakan terlalu tinggi oleh majikan disebabkan kenaikan kos- kos yang lain. Semakin ramai pekerja asing masuk secara sah, semakin mudah bagi kerajaan mengawal kegiatan dan aktiviti mereka di negara ini kerana kerajaan menyimpan database, latar belakang dan bilangan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya membangunkan industri penyiaran dalam negara kita. Kalau dulu kita hanya ada RTM1
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
dan RTM2. Sekarang kita mempunyai pelbagai saluran TV. Untuk tatapan kita saban hari dan malam. Tidak cukup dengan itu, kita juga sudah mempunyai satelit TV yang membuka jendela minda kita kepada perkembangan dunia luar. Banyak yang boleh dipelajari dari kepelbagaian saluran TV ini.
Malangnya Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai stesen TVnya sendiri. Dengan keluasan sebesar Semenanjung Malaysia, rakyat negeri Sabah dan Sarawak memerlukan saluran televisyen yang khusus untuk mereka. Berita kedua-dua wilayah ini amat terhad di saluran-saluran televisyen yang ada sekarang ini. Kalaupun ada ia disalurkan disiarkan pada jam yang kurang sesuai iaitu pada pukul lima petang.
Saya difahamkan baru-baru ini Menteri Penerangan telah mengumumkan penambahan masa siaran berita Sabah dan Sarawak dalam rancangan Warta Negeri dari tujuh minit kepada lima belas minit. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyaklah kepada menteri atas keprihatinan itu. Cuma yang saya pertikaikan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimanakah jutaan rakyat di Malaysia Timur mendapat maklumat tentang dasar-dasar dan program kerajaan negeri jika yang hanya diperuntukkan lima belas minit. Sabah contohnya mempunyai sebanyak sembilan kementerian dan begitu juga Sarawak, saya pasti. Takkanlah sembilan kementerian boleh menerangkan dasar-dasar mereka dalam lima belas minit. Apatah lagi kawasan yang dijaga begitu luas sekali.
Ada di kalangan rakyat di luar bandar tidak yang tidak fasih berbahasa Melayu, Bahasa Malaysia. Mereka masih lagi menggunakan pertuturan bahasa ibunda mereka.
Takkanlah kerana penggunaan bahasa Malaysia yang diwajibkan dalam RTM1 contohnya akan menidakkan hak rakyat yang mahu mengetahui apa yang berlaku dengan kerajaan negeri mereka.
Mewujudkan televisyen untuk Sabah dan Sarawak ini pun bukanlah perkara yang baru Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini Sabah mempunyai saluran RTMnya sendiri iaitu kalau saya tidak silap dipanggilnya TV3 tetapi telah dimansuhkan. Janganlah kerana kekhuatiran tentang keselamatan dan control dengan izin TV Sabah itu masih untuk pengetahuan, TV Sabah yang dicadangkan ini juga masih lagi di bawah kawalan dikawal selia oleh RTM Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk ke bab politik. Pada saya soal yang dikatakan oleh Ahli-ahli Dewan sebelum ini tentang soal lompat ataupun hijrah parti. Ini adalah sebenarnya simptom dan bukannya perkara pokok. Melompat ini bukanlah perkara pokok. Ia terjadi kerana faktor yang lain. Faktor yang lain ialah bila mana rakyat negeri Sabah dan Sarawak yang permasalahan mereka diluahkan oleh wakil-wakil rakyat di Dewan yang mulia ini, apabila mereka merasakan mereka tidak didengari atau masalah mereka tidak dipantau dan diusahakan untuk diselesaikan, itu masalah pokok.
Maka simptomnya ialah lompat-melompat ini. Jadi sebelum pihak pembangkang terlalu ghairah dan gembira dengan ucapan-ucapan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sabah, jika keluhan ini dapat diatasi oleh pihak kepimpinan kerajaan, saya percaya soal lompat ini tidak akan berlaku. Sememangnya semua permasalahan ini telah pun diberitahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau akan mengusahakannya. Takkanlah semua yang diminta itu terjadi dalam sekelip mata. We have to be rational dengan izin. [Tepuk] Kita bagi masa untuk Perdana Menteri membuat keputusan dan saya berharap sangat pada kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Sabah pada hujung bulan ini akan membawa berita gembira untuk rakyat Sabah. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang selalu menuntut supaya Kerajaan Malaysia mesti mempunyai minda dan etika kerja kelas pertama.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ada pula yang mengatakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 ini menjanjikan suasana politik yang lebih terbuka dan lebih berwibawa. Ada yang mengatakan sistem dua parti dengan sistem check and balance dan shadow cabinetnya akhirnya berjaya ditubuhkan di Malaysia. Maka dengan fenomena baru ini, delivery system ataupun sistem penyampaian kerajaan dan rasuah akan dapat dihapuskan. Saya secara peribadi Tuan
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang di-Pertua setuju tentang apa yang diajukan oleh parti pembangkang. Peluang yang muncul daripada keputusan Pilihan Raya Yang Ke-12 ini perlu digunakan sebaik mungkin.
Tidak kira kita di parti kerajaan ataupun parti pembangkang, kita mesti bersama- sama membina tamadun dan kemajuan Malaysia yang lebih bermakna dan modal politik yang berlandaskan minda kelas pertama. Parti-parti politik sepatutnya tidak statik, parti- parti ini sepatutnya dinamik dan ini pun telah terbukti, kalau dahulu contohnya PAS. Parti PAS berkonsepkan Islam, sekarang ini dalam Pakatan Rakyat. Mereka merubah konsep itu menjadi satu konsep yang tidak relevan. Begitu juga dengan parti DAP, dahulu songkok dan menerima anugerah daripada Tuanku Sultan-Sultan tidak diterima. Sekarang ini fenomena baru, songkok boleh dipakai, pangkat dan anugerah daripada Tuanku Sultan boleh diterima.
Ini bermakna politik Malaysia ini berubah. Begitu juga dengan parti Barisan Nasional. Kalau parti Barisan Nasional mahu berubah untuk kebaikan rakyat, saya minta rakan-rakan di sebelah sana menyokong perubahan yang dibuat oleh Barisan Nasional ini.
kerana yang penting ialah rakyat. Pada PRU13 nanti, parti pembangkang dan parti kerajaan akan menawarkan diri mereka kepada rakyat. Pada ketika itu rakyat akan menentukan modal politik yang mana boleh diterima oleh rakyat sama ada parti pembangkang atau parti Barisan Nasional. Kalau Barisan Nasional itu hendak berubah anggaplah itu dengan, ambillah cara itu dengan cara yang terbuka dan minda yang terbuka supaya kita boleh memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita mengambil contoh Kerajaan Pulau Pinang, mereka menjanjikan kerajaan kelas pertama, tetapi nyata hanya retorik apabila Exco-Exco Kerajaan Pulau Pinang yang dilantik tidak melambangkan kelas pertama. Ada yang terpaksa dihantar untuk berkursus tentang cara- cara bagaimana untuk mentadbir kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan, malah tidak mempunyai pengalaman mentadbir apa-apa jenis perniagaan.
Sungguh tertipu rakyat Negeri Pulau Pinang kerana mereka dijanjikan kerajaan kelas pertama, tetapi yang mereka dapat adalah kerajaan kelas ketiga. Ini bukan saya katakan Tuan Yang di-Pertua, ini dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Jelutong dalam satu temu ramah...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak ada laluan Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
... yang telah diberi dalam Malaysia Kini. Saya tidak ada masa. Yang Berhormat bagi Jelutong dalam artikel Malaysia Kini mengatakan “The state ministers - the Excos - some of them have not even had the experience of running a company, let alone running a state portfolio. So that is what we are worried about, the lack of experience”.
Jadi untuk over come the problem mereka mengadakan in house training maknanya mereka ini belum lagi masih lagi belum tahu bagaimana untuk mentadbir kerajaan tetapi telah menipu rakyat untuk menjadi kerajaan.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, telah diputuskan tidak ada penjelasan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Parti pembangkang juga Tuan Yang di-Pertua, selalu menuduh kononnya UMNO dan Barisan Nasional adalah rasuah dan tidak layak untuk menjadi kerajaan kelas pertama. Pakatan Rakyat sekali lagi cuba merabuni mata rakyat. Sementara mereka mahu Barisan Nasional bermindakan kelas pertama mereka menunjukkan kelas ketiga. Mereka mengajar orang, tetapi dia sendiri umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka minta Barisan Nasional jangan rasuah, tetapi mereka juga mengamalkan rasuah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada Ahli-ahli Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sila berhenti. Kita ada tetamu. Sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Honourable Mr. Evan Adamec Chairman of Senate’s Committee On National Economy Agriculture and Transport of the Czech Republic dan delegasi beliau. Moga-moga kehadiran beliau dan delegasi dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi perhubungan di antara Malaysia dan Republic Czech. [Tepuk] Sila sambung Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk melompat ini bukan rasuah namanya. Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya. Selepas itu mereka menawarkan jawatan...
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Yang Berhormat, sial rujuk kepada BPR dan kena ada fakta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Batu, tidak ada laluan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Siapa makan cili dia terasa pedas.
[Tepuk] Yang mahu sangat di luar sana. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Batu, sila duduk.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Point of order. Sangkaan jahat. Point of Order 36, tarik balik. Tidak ada apa-apa bukti. Jika ada laporan patut dibuat, kalau buat laporan...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dato’ Seri Anwar...
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tidak ada bukti, tidak ada bukti.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini adalah tanggungjawab sebagai seorang ahli...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu memberitahu kenapa saya membuat kesimpulan begitu kerana trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding timbalan presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dahulu. Duit berbakul-bakul projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan timbalan presiden. [Tepuk] Sejarah tidak boleh diubah, kami di Sabah masih ingat bagaimana perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin Agung PKR ini yang telah memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam UMNO Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalihkan ucapan saya kepada peralihan kuasa parti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai yang memikirkannya tetapi tidak ramai yang membincangkan secara terbuka. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat tepat sekali tanggapan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bercakap tentang isu peralihan kuasa Parti Keadilan rakyat. Ini penting kerana mereka mahu sangat Ahli-ahli Dewan Rakyat Parti Barisan Nasional untuk menganggotai parti pembangkang dan mereka beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri.
Jadi rakyat Malaysia mahu tahu susunan ini agar tidak menjadikan negara ini tidak stabil. Di merata pelosok negara kita Tuan Yang di-Pertua, ramai pemimpin Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 sebelum tanggal hari Malaysia pada 16 September 2008.
Saya berdoa semoga Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim panjang umur dan sihat tubuh badan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari kiamat. Namun,
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
sebagai salah seorang ahli Parlimen dari Sabah yang diuar-uarkan untuk melompat ke parti pembangkang, saya dihujani banyak soalan. Soalan dari orang ramai di kawasan saya yang bertanya siapakah yang akan menjaga rakyat dan negara ini jika Dato’ Seri Anwar tidak menjadi Perdana Menteri?
Adakah Yang Berhormat bagi Permatang Pauh yang selama ini takut untuk keluar dari bayang-bayang ketua partinya, yang hanya memanaskan kerusi Dato’ Seri Anwar, adakah Timbalan Presiden PKR yang akan diangkat menjadi Senator untuk dipilih menjadi Perdana Menteri, tetapi DAP akan marah juga kalau dilantik menjadi Senator, mengatakan masuk ikut dari pintu belakang. Apakah Yang Berhormat bagi Gombak Naib Presiden PKR yang dari dahulu sehingga kini masih lagi terlalu kepada seseorang pemimpin idolanya sehingga apa-apa yang di cakap oleh Ketua Partinya semuanya ‘okey bos, okey bos’.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, gulung Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sehingga meniru style dan cara berpakaian dan ucapan berintonasi Dato’ Seri Anwar. Apakah Yang Berhormat bagi Gopeng, atau Yang Berhormat bagi Subang atau apakah saya patut mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Jeffry Kitingan Naib Presiden PKR yang ke-5 kerana bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Dato’ Seri Anwar. Mungkin itu pun tidak kesampaian kerana Datuk Dr. Jeffry Kitingan pernah dikaitkan dengan skandal melesapkan duit Yayasan Sabah berjumlah berbilion-bilion ringgit. [Tepuk] Mana mungkin Dato’ Seri Anwar yang suci bersih itu mahu menjadikan seseorang seperti Datuk Dr. Jeffry Kitingan yang terpalit dengan dakwaan, tuduhan salah laku sebagai Pengarah Yayasan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, gulung Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Ketua Parti PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Rakyat hendak tahu, rakyat hendak tahu Tuan Yang di-Pertua. Mungkinkah Pakatan Rakyat akan membuat ‘kezutan’ meminjam kata-kata Akademi Fantasia pengacaranya atau mengubah sejarah dengan melantik Perdana Menteri yang pertama dari kaum Cina dan India.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dari DAP, kita tunggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Atau mungkinkah Pakatan Rakyat akan memberi peluang kepada Presiden PAS Yang Berhormat Marang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi dengan cara berpakaian serban dan jubah Yang Berhormat Marang mungkin akan kempunan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat cukup time Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Kerana beliau mempunyai masalah dengan imejnya.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini sudah melampau. Tuan Yang di- Pertua, ini sudah melampau.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Dengan berpakaian serban, jubah ala Taliban beliau dikatakan tidak sesuai. [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini telah melampaui batas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat cukup masa Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ini menghasut.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Saya ada satu artikel. Ini artikel daripada Malaysia Kini yang menjadi lidah rasmi pembangkang, yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS tidak layak untuk menjadi
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Perdana Menteri kerana memakai serban dan juga jubah. Bukan saya yang kata Tuan Yang di-Pertua, tetapi Malaysia Kini yang mengatakan. Tetapi dengan cara, [Disampuk] tidak mengapa you boleh jawab nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Jadi saya rasa dia akan kempunan. [Dewan riuh] Saya menggulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud masa habis Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
One minutes. Saya sudah hendak habis. [Dewan riuh] Jadi, siapakah yang menjadi Perdana Menteri selepas Dato’ Seri Anwar, saya tercari-cari jawapannya sehinggalah seorang kawan memberi sedikit clue atau andaian kepada saya bahawa Dato’ Seri Anwar sebenarnya sedang membina empayar nepotismenya yang bakal melantik Yang Berhormat Lembah Pantai sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Tahniah kerajaan anak- beranak. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, kita masih terikat dengan permintaan untuk mengurus masa dengan baik. Semua Yang Berhormat ada 15 minit sahaja Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, kita baru sahaja mendengar ucapan yang begitu bersemangat dan provokasi daripada Yang Berhormat Kota Belud. Tetapi kalau saya hendak menjawab kesemuanya pasti point saya tidak akan habis petang ini.
Namun saya ingin mengatakan bahawa parti PAS masih berkonsepkan Islam.
Parti PAS tidak lari daripada konsep Islam. Cuma kali ini parti PAS masuk di dalam pilihan raya dengan berkonsepkan, menterjemahkan konsep Islam yang kami pegang ke arah negara yang amanah, adil, berkebajikan dan bersih.
Saya rasa adalah satu penghinaan apabila kita mempersoalkan cara pakaian seseorang itu. Kita adalah manusia bertamadun yang boleh menghormati cara berpakaian orang lain. Bagaimana kita boleh menghina orang yang menutup aurat, berpakaian serban yang ingin mengikuti sunah sedangkan kita boleh tidak mengkritik orang yang berbogel.
Kalaulah Malaysia Kini itu mengatakan perkara-perkara begini, maka kita sebagai Yang Berhormat tidak harus keluar daripada mulut kita kerana kita dipandang sebagai pemimpin. Kalau pemimpin menghina, jangan harap rakyat juga tidak akan turut menghina.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kota Raja yang memberi keyakinan yang tinggi kepada saya dalam pilihan raya yang lepas. Saya tidak berniat untuk mendabik dada atau riak kerana pada awalnya memanglah kerusi yang saya tandingi bukanlah kerusi selamat untuk calon PAS.
Di dalam PAS, falsafah kami apabila masuk pilihan raya, menang belum tentu, kalah dalam tangan. Kalau kami kalah kami tidak menangis, tetapi kami terus berjuang selama 50 tahun tanpa kecewa. [Tepuk]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, kawasan yang saya tandingi Melayu Islam bukanlah majoriti hanya 47%. PAS sekarang ini alhamdulillah bukan setakat menang di kawasan Kota Raja ini, tetapi kami menang di kawasan BN dominan area dengan majoriti 20,000. Satu majoriti yang kedua tertinggi dalam BN dominan area.
Saya tidak hendak mendabik dada, tetapi saya ingin mengatakan bahawa ini adalah satu amanah yang amat berat bagi kami untuk tanggung. Namun kami lihat kesungguhan rakyat dan keyakinan rakyat setelah melihat PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun tidak ada satu pun kuil dan rumah ibadat yang diruntuhkan. [Tepuk] Mereka melihat di mana Kerajaan Kelantan, Menteri Besarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diiktiraf oleh GERAK sebagai Menteri Besar yang paling bersih.
Yang Berhormat sekalian, saya ingin bergerak kepada tajuk yang lain. Saya ingin menyambut kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi kerana sebagai wanita kami mesti memperjuangkan pemartabatan wanita.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada segolongan wanita yang apabila mereka ditanya apa pekerjaan mereka, maka mereka akan menjawab dengan suara dan nada yang perlahan, saya suri rumah sahaja atau saya tidak kerja, malah kita tahu padahalnya mereka ini adalah suri rumah yang tidak pernah kering tangan yang bekerja 24 jam dengan kerja-kerja yang mereka lakukan ini yang kita anggap mulia.
Setiap kali, setahun sekali kita menganugerahkan di antara mereka mungkin beberapa orang sebagai ibu-ibu mithali, women of the year dan sebagainya, tetapi kebanyakan wanita suri rumah tidak diberi penghargaan yang sepatutnya, hanya lips service.
Belum ada lagi kita lihat seorang atau sejenis pekerjaan yang ditanggung oleh suri rumah yang semua sedia maklum dia boleh melakukan dua atau tiga kerja pada masa yang sama.
Para ibu dan suri rumah ini sering disebut sebagai penyumbang kepada produktiviti negara, kerana merekalah yang membesarkan modal-modal insan yang selalu kita katakan mesti kita perkasakan demi untuk memajukan dan membangunkan negara ini.
Sumbangan mereka dikatakan tidak boleh diukur atau intangible, maka tidak cukup bagi kita hanya memberi sanjungan lips service dan award ataupun penghormatan setahun sekali, tetapi mestilah menunjukkan pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka dengan lebih konkrit.
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya mencadangkan kepada kerajaan dan membuat perancangan dan strategi, bagaimanakah kita boleh membalas budi modal-modal insan ini yang duduki di rumah, yang selama ini dipandang sebelah mata.
Mungkinkah kita boleh mewujudkan satu skim ala KWSP dan PERKESO untuk mereka, di mana sebahagian atau sejumlah kecil wang disumbangkan sama ada oleh suami mereka atau oleh pihak kerajaan sebagai penghargaan ke atas pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik anak-anak, dan wang ini seperti juga kakitangan-kakitangan kerajaan ataupun orang yang bekerja sebagai employee, dengan izin boleh mereka gunakan apabila mereka pencen dan sebagainya. Pencen maknanya sampai umur 56, tidak ada suri rumah yang pencen Yang Berhormat sekalian.
Kalau inilah penghargaan yang kita berikan kepada kaum wanita yang bergelar suri rumah, saya meminta seluruh Dewan ini supaya apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat datang dengan cadangannya, maka kita semua memberi sokongan yang jitu dan para suami janganlah rasa takut kerana apabila kita menyumbang kepada isteri yang kita iktiraf sebagai orang yang berjasa mendidik anak-anak kita, kita telah melakukan satu kebajikan yang amat besar kepada mereka. Jadi, janganlah kita pandang sinis kepada suri rumah ini.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ahli-ahli Yang berhormat, saya ingin bergerak kepada satu lagi isu, iaitu isu bahasa. Sebelum isu bahasa kita bercakap mengenai bahawa kita adalah satu masyakat yang prihatin, masyarakat yang ingin menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang yang kurang bernasib baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sedarkah kita apabila kita menganiayai suami-suami segolongan daripada mereka dengan menahan mereka di bawah ISA tanpa tuduhan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mereka tertanya-tanya, apakah kesalahan suami mereka yang mereka kenali sebagai suami yang penyayang dan bapa yang bertanggungjawab? Mereka ditinggalkan tanpa suami untuk menjaga dan melindungi mereka, dan mereka dibiarkan terkapai-kapai di dalam masyarakat. Keluarga ISA, isteri-isteri ISA dan anak-anak mereka dipinggirkan oleh kerajaan. Sekurang-sekurangnya sebagai satu tanda kasihan ataupun prihatinnya kita kepada mereka, kerana kerajaan mengatakan mereka kononnya selalunya ada bukti-bukti yang mengatakan orang-orang yang ditahan di bawah ISA ini telah membahayakan keselamatan negara dengan mengatakan ada bukti, tetapi tidak dibawa ke mahkamah. Ini adalah satu penganiayaan.
Jadi sebagai satu cara kita make-up dengan izin, di atas kelemahan ini maka saya harap sekali lagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi perhatian kepada isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA ini. Janganlah mereka dipinggirkan kerana kesusahan dan penderitaan yang mereka alami sekarang akan meninggalkan luka dan pahit di hati mereka dan akhirnya mereka juga akan membesar, memusuhi atau membenci kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bergerak kepada satu lagi topik iaitu isu bahasa.
Saya bekas tenaga pengajar UKM. Pada 18 Mei, UKM akan menyambut sempena 38 tahun penubuhannya. Universiti Kebangsaan Malaysia telah banyak berjasa kepada negara. Di antara matlamat penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri.
Selama 13 tahun saya di sana, saya melihat sendiri dan terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Tidak ada satu subjek atau satu kursus pun yang tidak dapat diajar di dalam bahasa Melayu. Kita ada istilah bahasa untuk semua kursus dan setiap kursus mampu diajar hampir 100% di dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan yang telah diterima oleh semua bangsa di dalam negara kita sebagai bahasa Malaysia.
Akan tetapi langkah kerajaan kita meletakkan program pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris, kononnya bahasa Inggeris itu adalah satu bahasa yang penting untuk ilmu dalam dunia yang bersifat global ini. Saya tidak menafikan kepentingannya, namun apabila kita menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik, ini bermakna apabila penuntut-penuntut sampai ke peringkat universiti mereka sudah tak ada lagi kemampuan untuk belajar, dan mungkin kemudian Universiti Kebangsaan Malaysia tidak lagi boleh mengajar di dalam Melayu. Maka kita dengan sendirinya, UMNO dengan sendirinya seperti apa yang telah mereka lakukan kepada tulisan jawi, telah membunuh tulisan jawi dan kini kita dalam proses untuk membunuh bahasa Melayu itu…. [Tepuk] Yang Berhormat sekalian, kita tidak menafikan bahasa Inggeris itu bahasa yang penting. Saya sendiri sebelum menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia berfikir di dalam bahasa Inggeris kerana saya datang daripada aliran Inggeris, tetapi oleh kerana rasa di dalam hati patriotisme yang kita ada, saya sanggup mempelajari semula semua istilah perubatan di dalam bahasa Melayu dan saya mampu melakukannya. Jadi saya harap, janganlah kita memberi apa yang dikatakan dengan izin, double whammy atau double jeopardy kepada anak-anak kita yang boleh memahami sains dan matematik lebih baik dengan bahasa ibunda.
Kajian telah menunjukkan bahawa untuk kita belajar mata pelajaran yang abstrak seperti matematik dan sains, adalah lebih baik kita belajar dengan bahasa ibunda dan bukan bahasa asing, kerana anak-anak kita terpaksa daripada Darjah 1, pertama untuk memahami, kedua menterjemahkan pula bahasa itu di dalam otaknya untuk memahami apa
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
yang diperkatakan di dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Maka kita telah memberi kesukaran yang amat sangat kepada mereka, tambahan di luar bandar ibu bapa tidak mampu untuk menolong mereka dalam sains dan matematik, apa lagi di dalam bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kalau kita katakan, bahawa kita perlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran matematik dan sains, supaya sains dan teknologi kita capai kepada satu tahap yang tinggi, maka saya ingin bertanya. Adakah negara-negara maju lain seperti Germany, Perancis, Jepun, Korea dan banyak lagi negara-negara lain China, Taiwan mengajar matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris? Tidak!
Kalau kelemahan bahasa Inggeris itu adalah disebabkan oleh kelemahan metodologi pengajarannya, maka perbaikilah metodologinya. Sekiranya kelemahan dalam bahasa Inggeris itu tidak cukup gurunya, maka tambahlah gurunya. Bukan kita mendaulatkan atau membesarkan bahasa Inggeris dan kemudian membunuh bahasa Melayu. Kalau kita tidak melakukan sesuatu dari sekarang, maka dalam 10 tahun lagi anak-anak Melayu, anak-anak Cina, anak-anak India, anak-anak Kadazan tidak akan mengetahui istilah-istilah sains, matematik, fizik dan sebagainya di dalam bahasa Melayu.
Jadi saya mohon Kementerian Pelajaran membuat perubahannya sekarang.
Janganlah mengambil 50 tahun seperti yang kita lihat, apa yang berlaku dengan tulisan jawi. Walau banyak mana pun kita bagi naskhah Utusan Melayu dengan percuma, kita tidak dapat menghidupkan kembali tulisan jawi itu sendiri….
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, satu isu lagi adalah, saya nak sebut sedikit mengenai doktor-doktor ataupun perkhidmatan kesihatan. Walaupun pun, saya mendapat jawapan daripada Kementerian Kesihatan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menswastakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan, namun tindak-tanduk kerajaan sedikit demi sedikit yang kita tahu telah menswastakan pembekalan ubat-ubatan. Telah menswastakan perkhidmatan kejuruteraan.
Telah menswastakan khidmat ambulan dan telah menswastakan kebanyakan perkhidmatan-perkhidmatan hospital. Dan terakhir sekali ialah menswastakan sebahagian daripada perkhidmatan doktor pakar itu sendiri. Kita telah bermula di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya.
Jadi kalau kita bayangkan doktor-doktor pakar ini, siapa jadi doktor dia tahu.
Kalau dia jadi pakar dia bukan sahaja merawat pesakit, dia juga mengajar doktor-doktor pelatih, dia juga mengajar penuntut-penuntut perubatan. Bila masanya dia hendak melihat pesakit-pesakit swasta ini? Jawabnya, selepas waktu kerja. Dan kita tahu apabila seseorang itu mula bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang, disambung sampai pukul 7.00 malam, maka dia mesti mengekalkan endurance stamina dia.
Maka, apa akan berlaku? Dia akan slow down, dia akan perlahan di dalam aktivitinya daripada pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang. Tanyalah di sini semua.
Itulah sebabnya kita lihat kadang-kadang, pekerja-pekerja kilang ataupun pekerja-pekerja kerajaan juga sedikit masa dahulu buat kerja lambat semasa waktu pejabat kerana hendak ambil overtime kerana overtimenya ada bayaran….
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi inilah sinonim atau analogi yang ingin saya berikan. Sekarang ini, saya kena sebut ini, dengan penswastaan ataupun kita mengatakan dengan promosi kerajaan untuk mewujudkan pelancongan kesihatan maka brain drain ataupun dengan izin, doktor-doktor pakar ini akan berhijrah kepada pihak swasta kerana ganjaran di sana lebih baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Baik. Sebenarnya kami telah mengemukakan gerakan membantah perkhidmatan penswastaan. Perkhidmatan kesihatan telah menyampaikan memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum pilihan raya lagi, minta perkara ini dibincangkan sehalus-halusnya, selumat- lumatnya, tetapi Perdana Menteri yang selalu berkata, “Saya sedia mendengar, telinga saya besar.” Tidak sekalipun mahu berjumpa gabungan NGO yang mempunyai 60 NGO....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kalau inilah yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami menangis dahulu bagi pihak tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya banyak lagi, saya harap kawan saya akan sambung. Wabillahi taufik, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Mambong.
Datuk Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ingin menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertua Agong kerana semasa Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-12 pada 28 April tahun ini. Beliau memberi titah yang amat bernas dan menyentuh banyak perkara yang amat penting yang ada kaitan dengan pembangunan ekonomi di negara kita. Namun, yang menarik kepada saya adalah isu kenaikan harga barang lebih-lebih lagi kenaikan mendadak harga barang makanan di peringkat global dan juga di negara kita.
Krisis makanan di banyak negara di dunia ini lebih-lebih lagi di negara-negara kurang maju di Afrika sudah di tahap yang amat serius. Krisis makanan juga berlaku di negara-negara maju, di mana rakyat miskin mereka menghadapi masalah kekurangan makanan kerana tidak mampu membelinya dengan harga yang begitu tinggi.
Oleh itu, krisis makanan dan keselamatan makanan adalah satu isu yang perlu ditangani oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pelbagai pihak telah pun menyuarakan pandangan, namun pandangan mereka hanya dikaitkan dengan:
(i) kos pengangkutan tinggi kerana kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia;
(ii) kekurangan kawasan ataupun tanah untuk tanam tanaman makan;
(iii) penurunan hasil tanam-tanaman;
(iv) kawasan tanam-tanaman makanan digunakan untuk tanaman bagi menghasilkan biofuel; dan
(v) keengganan beberapa negara mengeksport barang makanan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, lebih 800 juta orang di dunia dalam keadaan kelaparan setiap hari. Setiap minit dalam sehari 15 orang kanak-kanak dan 15 orang dewasa mati disebabkan kelaparan di negara-negara yang kurang membangun.
Bagi saya masalah pengeluaran makanan di seluruh dunia adalah dikaitkan dengan impak perubahan iklim ataupun global warming dengan izin.
Perubahan iklim ataupun climate change adalah sekarang satu ancaman yang besar melanda dunia kita. Perubahan iklim mengakibatkan kenaikan suhu yang menyebabkan kemarau, banjir, ribut kencang dan puting beliung dan kenaikan paras air laut.
Datuk Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Menurut intergovernmental panel in climate change, tempoh tahun 1995 hingga tahun 2006 didapati tempoh yang terpanas dalam sejarah dunia. Aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan pengeluaran gas-gas rumah hijau ataupun green house gases, GHG seperti gas karbon dioksida dan metana sekarang adalah RM6.5 bilion tan setiap tahun yang dihasilkan oleh manusia di peringkat global kerana pembakaran batu arang dan minyak fosil.
Gas karbon dioksida dengan sendirinya penyumbang 60% kepada GHG dan metana 20%. Oleh itu, iklim dunia akan lebih panas di antara 1.1oC hingga 6.4oC di dalam abad ke-21. Bahkan kenaikan suhu 1.5oC hingga 4.5oC akan dicapai pada tahun 2030.
Dalam tempoh tahun yang lepas, purata kenaikan suhu ialah 0.74oC di peringkat global.
Kenaikan paras air laut pula dalam tempoh 10 tahun yang lalu ialah 3.15 mm setiap tahun.
Ini bermakna banyak negara kepulauan dalam tempoh 60 tahun mungkin akan ditenggelami air. Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang rendah di negara kita sendiri seperti Pulau Ketam mungkin akan tenggelam dalam tempoh 60 tahun. Ini amat menakutkan dan kita harus peka kepada impak climate change ataupun perubahan iklim.
Penyumbangan yang terbesar bagi pengeluaran GHG, green house gases ialah Amerika Syarikat dengan 20% diikuti oleh negara China 60%, ketika ini. Begitulah gambarannya di peringkat global.
Namun Amerika Syarikat enggan berpihak kepada Kyoto Protokol iaitu satu treaty dunia di mana negara-negara maju seharusnya mengurangkan pengeluaran green house gases dengan 5% mulai daripada tahun 2008 hinggalah tahun 2012.
Di negara kita sendiri, pengeluaran gas karbon dioksida hanya dua tan metrik per kapita setahun. Ini tidak ada kesan sama sekali kepada perubahan iklim di peringkat global.
Sumbangan kita terlalu rendah, namun perubahan iklim dirasai di negara kita disebabkan negara-negara maju yang mengeluarkan banyak green house gases.
Peningkatan suhu di negara kita pada tempoh 50 tahun yang lalu ialah 0.78oC, ini lebih tinggi daripada purata dunia. Kenapa? Sedangkan kita tidak mengeluarkan banyak gas-gas rumah hijau. Kesannya adalah daripada negara-negara lain kerana di peringkat global semua gas ini tidak ada batasan.
Kenaikan paras air laut pada tempoh 20 tahun yang lalu di negara kita ialah 1.25 milimeter setiap tahun. Frekuensi hujan ataupun kekerapan hujan dalam setahun kini adalah 10%. Memang sudah lebih tinggi.
■1730 Insiden banjir kilat pula jika waktu hujan ialah 11% hingga 43% sekarang.
Perubahan iklim di peringkat global memang ada kesan ketara atau pun impak ketara terhadap pertanian.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Itulah yang saya ingin kaitkan dan seterusnya kepada pengeluaran makanan di peringkat global. Mungkin kenaikan suhu adalah baik untuk pertanian di negara-negara temperate kerana tempoh suhu sejuk sudah pendek. Namun kegunaan tanah untuk biofuel menjejas keluaran makanan di negara-negara maju. Sebagai contoh di Amerika Syarikat 30% keluasan tanah pertanian atau pun 9.5 juta ekar sekarang digunakan untuk menanam jagung bagi mengeluarkan bio etanol.
Oleh itu keluasan ladang untuk pengeluaran makanan yang diperlukan oleh manusia di dunia ini sudah berkurangan. Di Brazil, 2.3% keluasan tanah itu digunakan untuk tanaman tebu. Kedua-dua negara tersebut menghasilkan 90% bioetanol di dunia ini iaitu 40 bilion liter bioetanol. Negara-negara Eropah pula menghasilkan 75% biodiesel ataupun 6.5 bilion liter biodiesel. Draf Ini menyebabkan lagi pengurangan tanah ladang untuk tanam tanaman makanan.
Namun kalau kita lihat daripada pengurangan pengeluaran gas-gas rumah hijau, biodiesel mampu mengurang pengeluaran gas-gas rumah hijau dengan 50% hingga 60% tetapi bioetanol hanya mengurangkan pengeluaran GHG dengan 10% hingga 30% sahaja.
Datuk Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Suhu tinggi di negara-negara tropika memang menjejaskan pengeluaran makanan.
Di negara tropika termasuk Malaysia, peningkatan suhu menyebabkan tekanan air ataupun water stress yang seterusnya mengurangkan pengeluaran hasil tanaman makanan. Di negara kita sendiri perubahan iklim memberi impak kepada saiz tanaman makanan yang membuat tanaman makanan lebih rendah dan kecil iaitu started growth kerana tanaman ini disebabkan water stress, kekurangan air tanah dan kesuburan tanah maka hasilnya juga akan lebih kurang.
Oleh itu hasil pengeluaran tanaman termasuk pengeluaran padi berkurang di masa-masa bila suhu meningkat. Menurut kajian MARDI yang harus disebarkan kepada petani dan kerajaan harus peka kepada hasil kajian MARDI ini. Setiap satu darjah suhu meningkat sehari hasil padi menurun dengan 10%.
Ini disebabkan suhu tinggi di waktu malam mengurangkan simpanan ataupun reserve karbohidrat dan keadaan ini menyebabkan penambahan biji-bijian kosong atau pun empty grain. Jadi inilah yang mengurangkan hasil padi jika suhu tinggi. Di musim El Nino sebab musim El Nino hari adalah panas, fenomena kepanasan berlebihan mengurangkan hasil padi di negara kita dengan 6.8%. Sekarang oleh kerana impak perubahan iklim, pengurangan-pengurangan hasil padi di negara kita ialah 5.6%. Namun nasi adalah ‘stable food’ bagi kita di Malaysia. Kerajaan haruslah peka...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Mambong, masa sudah habis.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Masa sudah habis, saya gulung sekejap.
Namun kerajaan harus peka kepada perubahan iklim dan mengambil iktibar agar langkah-langkah yang sesuai haruslah di ambil. Bagi saya untuk tanam padi saya menyarankan kerajaan dengan langkah-langkah berikut. Pertama hasil kajian tentang variety baru haruslah diberi kepada petani agar ianya boleh ditanam dalam keadaan berubah iklim seperti sekarang.
Kedua pembangunan precision farming technology...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, gulungkan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit - Mambong
...haruslah dilakukan dan dipindah kepada sawah dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan duduk. Yang Berhormat Mambong dah habis masa Yang Berhormat Mambong.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Yang ketiga kaedah molekular dalam pembangunan variety padi transgenic agar ianya boleh tahan serangan makhluk perosak dan pelbagai penyakit. Yang keempat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Berapa banyak lagi hendak hitung Yang Berhormat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit - Mambong
...rice protection technology agar dapat mengurangkan keperluan air dan yang kelima Tuan Yang di-Pertua ini adalah saranan dan kerajaan harus mengambil iktibar supaya krisis makanan tidak berlaku di negara kita. Ini perkara yang penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Semuanya penting Yang Berhormat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit - Mambong
Kelima penyimpanan padi dalam tempoh jangka panjang dalam bekas yang air tight adalah penting bagi memastikan food security negara ini. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat daripada Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk bahas Titah Diraja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kita akan bagi peluang Yang Berhormat, jangan bimbang. Tunggulah sampai pukul 12.00 malam sama dengan saya.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, tsunami politik 8 Mac yang lalu merupakan satu peristiwa yang bersejarah. Malangnya sehingga sekarang ada pemimpin Barisan Nasional yang masih dalam keadaan denial dengan izin. Tsunami politik ini dibawa oleh rakyat berbilang kaum yang mengundi untuk tolak politik perkauman, tolak rasuah dan mengundi untuk menegakkan keadilan. Keberanian rakyat telah memberi satu pengajaran kepada pemimpin Barisan Nasional bahawa kuasa adalah di dalam tangan rakyat.
Kini Pakatan Rakyat telah diberi mandat untuk mentadbir lima negeri di mana dari segi saiz ekonomi peratusan KDNK dalam lima-lima negeri ini adalah 44.7% daripada KDNK Malaysia. Antaranya Selangor 21.6%, Pulau Pinang 8.3%, Perak 8.1%, Kedah 4.4% dan Kelantan 2.3%. Ini merupakan satu kekuatan ekonomi yang tidak boleh diketepikan.
Prestasi ekonomi kelima-lima negeri Pakatan Rakyat akan memberi impak yang besar kepada prestasi ekonomi keseluruhan negara. Justeru itu saya menyokong saranan daripada Yang Berhormat daripada Tanjong bahawa Kerajaan Persekutuan sepatutnya bekerjasama dengan kelima-lima negeri ini untuk membangunkan ekonomi demi kepentingan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, keberanian rakyat juga telah membangkitkan Yang Berhormat daripada Kulai dan juga Presiden MCA supaya prihatin dan mengambil berat tentang isu rakyat. Undi rakyat juga memberi keberanian kepada Yang Berhormat daripada Kulai untuk menyuarakan isu-isu rakyat yang sebenarnya semasa Yang Berhormat daripada Kulai mencadangkan usul menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 April yang lalu.
■ 1740 Beberapa cadangan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Kulai sebenarnya merupakan cadangan yang di dokong oleh Parti Keadilan Rakyat selama ini.
Isu ini seperti pengakuan bahawa rasuah merupakan musuh utama negara dan cadangan supaya BPR dan sekarang MCAC diberi kuasa untuk tindakan perundangan secara langsung dan juga langkah-langkah lain seperti tender terbuka dalam sistem pemerolehan kerajaan. Cadangan lain oleh Yang Berhormat Kulai juga seperti membantu sekolah- sekolah vernakular seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah bantuan seperti Sekolah Agama Rakyat, missionary school dan sebagainya berdasarkan kepada keperluan.
Cadangan beliau juga, menyarankan supaya membina sekolah vernakular dan sebagainya untuk masyarakat setempat mengikut keperluan. Beliau juga mencadangkan supaya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimansuhkan di sekolah rendah dan kembali kepada sistem asal iaitu menggunakan bahasa ibunda untuk mengajar Sains dan Matematik. Seterusnya beliau juga mencadangkan supaya menubuhkan IPCMC untuk reformasi pasukan Polis Diraja Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat Kulai. Akan tetapi, saya ingin memperingatkan Yang Berhormat Kulai yang juga presiden MCA bahawa terdapat empat orang menteri-menteri MCA dalam Jemaah Menteri sekarang. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional gagal melaksanakan cadangan-cadangan tersebut, adakah MCA akan mengarahkan supaya menteri-menteri dari MCA untuk meletak jawatan dari Jemaah Menteri? Adakah MCA bersedia untuk meninggalkan Barisan
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat untuk melaksanakan dasar-dasar dan cadangan- cadangan tersebut? Jawapan kepada persoalan ini akan memberi gambaran yang sebenar sama ada Yang Berhormat Kulai betul-betul jujur ataupun ucapan itu semata-mata satu muslihat dan sandiwara politik. Saya mendengar tadi Yang Berhormat daripada Jerlun pernah berkata bahawa tsunami politik mungkin boleh membangkitkan UMNO sekali lagi.
Saya rasa dalam ucapan Yang Berhormat Jerlun tidak memberi sedikit sebanyak rujukan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain khususnya kepada MCA gerakan MIC dan PPP sebenarnya yang kalah teruk dalam tsunami politik 8 Mac yang lalu. Ini menunjukkan bahawa, saya rasa mungkin dalam anggapan Yang Berhormat Jerlun, komponen parti-parti ini dalam Barisan Nasional tidak relevan.
Ingin saya alih kepada isu perkhidmatan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pada 27 April lalu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkata bahawa negara kita masih kekurangan seramai 9,000 pakar perubatan dan jumlah ini mewakili 40% jawatan yang diperlukan di pusat kesihatan awam. Sudah 50 tahun kita merdeka. Sudah 50 tahun Barisan Nasional mentadbir. Takkan masalah sedemikian pun masih tidak dapat diselesaikan? Saya pernah mengenali pesakit yang menghidapi penyakit jantung koronari yang perlu menunggu lebih satu tahun untuk giliran pembedahan coronary bypass di Hospital Pulau Pinang. Apakah sudah terjadi kepada mutu perkhidmatan kesihatan kita?
Sudah pasti perkara sedemikian tidak memenuhi piawaian perkhidmatan yang munasabah, reasonable standard of care, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa kos untuk perkhidmatan perubatan semakin tinggi akibat kenaikan harga ubat, alat-alat yang mahal dan masalah penyakit- penyakit kronik yang memerlukan rawatan yang mahal dan rawatan yang berlarutan. Akan tetapi, perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan masih rendah. Sekadar dari segi keseluruhannya 3.8% daripada KDNK pada tahun 2004 dan 3.5% pada tahun 2005. kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain, misalannya Amerika Syarikat 15.4%, United Kingdom 8.1%, Zimbabwe 7.5%, Korea 5.6% dan kalau ada berminat dengan Mongolia 6%.
Kini nampaknya ada kecenderungan trend atau trend kerajaan untuk melepaskan tanggungjawab dalam perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Kini beberapa bidang perkhidmatan di hospital telah diswastakan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi dan pembinaan hospital swasta nampaknya digalakkan dan trend ini agak membimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan pernah menubuhkan satu jawatankuasa khas beberapa tahun yang lalu untuk mengkaji Skim Insurans Kesihatan Negara. Iaitu Skim Kewangan Nasional or dengan izin National Health Financing Scheme.
Antaranya mencadangkan menubuhkan satu Badan Kewangan Kesihatan Nasional dengan izin National Health Financing Authority untuk meneruskan skim tersebut. Malangnya setakat ini, butir-butir berkenaan skim tersebut masih tidak dimaklumkan kepada orang ramai, mahupun persatuan-persatuan profesional dan pihak-pihak berkenaan. Skim insurans kesihatan ini sekiranya dilaksanakan akan membawa kesan yang besar dari segi penyampaian perkhidmatan kesihatan dan juga implikasi kewangan kepada semua rakyat tidak kira kaum, gender, umur, taraf sosioekonomi ataupun tahap pendapatan. Sebenarnya sebuah agensi perunding khas daripada Australia iaitu KAROL Professional Consultancy telah diupah oleh Kementerian Kesihatan untuk mengkaji isu ini dan laporan seharusnya siap pada akhir tahun 2007. Akan tetapi, sehingga sekarang tidak ada maklumat yang boleh diperolehi dalam soal ini dan saya hendak tanya di manakah ketelusan yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Saya mendesak supaya Kementerian Kesihatan memaklumkan keputusan cadangan daripada KAROL Professional Consultancy dan adakan perundingan dan diskusi secara terbuka dengan rakyat berkenaan Skim Kewangan Kesihatan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, kini kita mesti tolak sama sekali usaha-usaha untuk diswastakan perkhidmatan kesihatan, kerana kesihatan tidak boleh dianggap sebagai suatu komoditi yang ada harga yang tertentu yang boleh dijual beli. Perbelanjaan untuk merawat penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain mungkin berbeza ratusan kali ganda mengikut pilihan kaedah rawatan dan kemampuan untuk bayar. Setakat mana rawatan diberikan kepada setiap pesakit bergantung kepada kemampuan seseorang untuk bayar sekiranya perkhidmatan kesihatan diswastakan. Sekiranya kita membenarkan
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
ekonomi pasaran ataupun dengan izin market economy untuk menentukan permintaan dan pembekalan, maka pembekalan perkhidmatan kesihatan akan diberi kepada mereka yang mampu dan bukan kepada mereka yang perlu tetapi tidak mampu. Ini akan membentuk satu sistem dua cabang, dichotomy dengan izin yang tidak adil di mana orang yang kaya raya mendapat khidmat yang cemerlang, mana kala orang yang miskin pula tidak mampu untuk membiayai khidmat yang asas.
■1750 Tumpuan Kementerian Kesihatan seharusnya adalah meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital-hospital awam supaya ia bertaraf antarabangsa. Kita seharusnya menjadikan hospital Kementerian Kesihatan sebagai pilihan utama rakyat kerana mutu perkhidmatan yang cemerlang dan bukan kerana kos yang murah sahaja. Ini akan menjamin supaya kesemua rakyat dapat menerima rawatan yang baik, tidak kira sama ada daripada golongan yang kaya mahupun golongan yang miskin.
Dalam hal ini saya bersimpati dengan kakitangan di hospital awam khususnya doktor, jururawat dan kakitangan lain yang terpaksa berkhidmat dalam suasana yang agak kekurangan dan menekan. Sumbangan dan pengorbanan mereka harus diiktiraf.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila gulung, Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua, pada 2 April 2008 Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan menghantar pesakit kanak-kanak untuk rawatan pembedahan jantung di Hospital Narayanan Hrudayalaya Bangalore, India dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta setiap tahun. Jawapan yang diberikan kepada saya oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan adalah bahawa kementerian kekurangan kapasiti untuk menjalani pembedahan- pembedahan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila gulung, Yang Berhormat.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Ini jelas menunjukkan kepincangan dalam perancangan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya dalam masa singkat dan terhad ini memberi sedikit sebanyak cadangan dan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis. Tunggulah masa penggulungan nanti Yang Berhormat cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri terus.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon satu minit untuk saya habiskan ini. Saya cadangkan:
(i) supaya tubuhkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Khas untuk doktor-doktor di Kementerian Kesihatan supaya ganjaran diberikan kepada mereka lebih menepati hasrat doktor-doktor dan pakar-pakar di hospital awam;
(ii) supaya budaya kerja dan sikap di hospital kerajaan perlu diubah supaya lebih mementingkan dan menghormati hasrat pengguna dan pesakit; dan
(iii) supaya Kementerian Kesihatan menentukan piawaian perkhidmatan, standard of care untuk rawatan yang diberikan di hospital awam.
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini bagi menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah pun sudi merasmikan persidangan Dewan kita pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak bersama-sama untuk bekerja keras bagi mengatasi masalah kemiskinan masyarakat yang ada dalam negara kita. Tekanan hidup yang disebabkan kenaikan harga barang, beras, minyak dan sebagainya menuntut kita menjalankan satu kerja untuk memastikan golongan masyarakat yang termiskin ini akan dapat kita bela.
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan bagi melaksanakan Konsep Bumi Hijau di kampung-kampung. Dengan adanya Konsep Bumi Hijau ini akan dapat meringankan beban di kalangan petani kita di mana kos sara hidup para petani kita akan dapat dikurangkan.
Bagi melaksanakan Konsep Bumi Hijau ini kesemua sekali bantuan mestilah diberikan kepada masyarakat kampung seperti baja, pagar, benih dan juga kemudahan- kemudahan lain. Ia bukan sahaja akan dapat meringankan beban mereka tetapi juga memberikan pilihan kepada kekurangan beras dalam negara kita untuk mereka menanam jagung, ubi dan keledek untuk dijadikan bahan makanan.
Kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, rumah rakyat termiskin yang menjadi masalah kepada golongan rakyat termiskin khususnya PPRT dalam negara kita mestilah diberikan perhatian yang sewajarnya. Mereka duduk di rumah-rumah yang sangat daif, kekurangan kemudahan asas dan ini menuntut kerajaan memberikan pembelaan kepada kumpulan rakyat termiskin.
Walaupun kajian sudah dibuat, statistik telah pun diberikan, begitu banyak sekali angka yang telah pun dikemukakan tetapi peruntukan yang diberikan dalam bidang ini amat terhad. Saya mencadangkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan kementerian ini mestilah memberhentikan beberapa projek yang tidak penting tetapi menumpukan sebahagian besar daripada peruntukan ini bagi membina rumah-rumah rakyat termiskin di kawasan luar bandar.
Saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang membuat lawatan-lawatan ke kawasan-kawasan luar bandar dan mendapati sebahagian besar daripada mereka menerima masalah ini. Peruntukan yang terhad ini akan membantutkan usaha kita semua untuk membela kumpulan rakyat termiskin.
Bagi kemiskinan dalam bandar, saya mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bergabung dengan dewan bandar raya dan juga majlis perbandaran menggunakan sebahagian peruntukan masing-masing membina rumah untuk diberikan pembelaan kepada kumpulan miskin di dalam kawasan bandar. Mereka hidup dalam keadaan yang amat terhimpit dengan pendapatan yang terhad. Dalam masa yang sama mereka menyewa rumah dan menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk sewaan rumah.
Tuan Yang di-Pertua, homestay adalah merupakan satu bidang pelancongan yang sangat popular di kawasan luar bandar. Ini juga adalah merupakan satu bidang yang boleh membantu golongan rakyat termiskin di kawasan luar bandar. Sekarang ini Negeri Sembilan Darul Khusus menawarkan begitu banyak homestay terutama sekali menawarkan pakej istimewa kepada pelancong-pelancong Singapura di mana orang-orang Islam di Singapura tidak berkesempatan ataupun tidak boleh menyembelih haiwan korban seperti lembu, kambing dan sebagainya. Begitu juga dengan akikah, kerja kahwin dan juga berkhatan.
Mereka beramai-ramai datang melancong sambil menjalankan ibadah korban dan juga ibadah yang lain.
Dalam masa kita menjayakan homestay di kawasan-kawasan luar bandar kita akan dapat memberikan pendapatan tambahan kepada masyarakat di luar bandar. Di FELDA kawasan Serting terdapat homestay yang menjadi pilihan utama pelancong- pelancong dari Singapura. Saya mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
memperuntukkan peruntukan yang cukup bagi membantu menaikkan infrastruktur pelancongan ini. Mereka mestilah memberikan peruntukan pencahayaan supaya kawasan- kawasan FELDA ini dapat diterangi bagi menarik pelancong pada waktu malam. Mereka juga mesti memberikan kemudahan kepada pembangunan pekan-pekan kecil di rancangan tanah FELDA, bangunkanlah kedai-kedai secara tersusun, gerai-gerai secara sistematik, membina pasar yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan perniagaan menjual barangan kraf, makanan tradisional dan barangan lain untuk dijual kepada para pelancong.
Ini sekali gus akan meningkatkan tahap pendapatan masyarakat luar bandar.
Begitu juga dengan tahap kebersihan di kawasan perkampungan FELDA. Saya mencadangkan supaya FELDA meluluskan peruntukan khas bagi membina pusat pelupusan sampah. Pada hari ini sampah-sampah yang berada di kawasan FELDA sebahagiannya terbiar begitu sahaja dan dilupuskan di tempat-tempat yang sangat berbahaya kerana bahan-bahan toksin ini akan mengalir dalam air yang akhirnya menjadi bahan minuman kepada rakyat. Saya mencadangkan supaya pusat pelupusan sampah akan dapat dibina bagi mengatasi masalah yang saya sebutkan tadi. Begitu juga dengan produk-produk pelancongan yang mendukung homestay ini seperti Teratak Zaaba yang menjadi tempat yang diminati oleh pelancongan-pelancong dari Singapura dan juga dari luar negara. Binalah kemudahan-kemudahan di Teratak Zaaba ini bagi melengkapkan aktiviti yang ada di kawasan tersebut dengan membina dewan seminar, pameran dan juga gerai-gerai untuk jualan.
■1800 Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Orang Asli di negara kita harus juga kita berikan pembelaan yang sewajarnya. Mereka juga adalah merupakan rakyat dalam negara kita.
Mereka juga adalah kumpulan yang mesti kita bela. Masyarakat Orang Asli mesti kita bangunkan tanah rizab Orang Asli secara teratur oleh kerajaan. Janganlah biarkan golongan-golongan tertentu yang membangunkan kawasan rizab Orang Asli dan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepentingan masyarakat Orang Asli. Adalah lebih baik kerajaan sendiri membangunkan tanah rizab Orang Asli ini dan memberikan pulangan pendapatan yang baik kepada masyarakat Orang Asli.
Begitu juga dengan pelajaran yang masih lagi belum memuaskan hati kita di mana sebahagian daripada masyarakat Orang Asli ini masih lagi belum pergi ke sekolah dan kalau pun pergi ke sekolah, tidak menentu hari mereka ke sekolah dan tahap pencapaian pelajaran mereka amat mendukacitakan. Begitu juga dengan infrastruktur, jalan raya, balai raya dan masih ada lagi perkampungan Orang Asli yang tidak mendapat bekalan api dan juga bekalan air secara bersih. Saya mencadangkan supaya kementerian ini membina infrastruktur yang lengkap bagi membolehkan kualiti dan tahap hidup di kalangan masyarakat Orang Asli ini akan dapat kita bela.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan penempatan masyarakat India yang masih ada di kawasan estet yang mempunyai jalan-jalan yang berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Kemudahan-kemudahan air bersih yang terhad dan ini menuntut kita supaya melihat bagaimana kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli ini akan dapat dibela.
Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini rakyat melihat kekalutan yang berlaku di setengah-setengah negeri yang diuruskan oleh kerajaan parti-parti yang bergabung dalam kerajaan campuran. Kita melihat kekalutan yang berlaku di Perak mengheret sama bukan masalah kepada rakyat sahaja, tetapi terlibat juga kerajaan dan lebih mendukacitakan kita ialah penglibatan Institusi Istana. Ini adalah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran pengurusan seorang menteri besar.
Apalah salahnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar tersebut setiap hari Rabu pergi berangkat berjumpa dengan sultan dan menyatakan, apakah perancangan yang hendak dibuat, apakah keputusan yang hendak dibuat, apakah yang hendak dilakukan pada hari tersebut dan siapa pula pegawai yang tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan yang baru dibentuk? Dengan nasihat yang diberikan oleh sultan, saya yakin dan percaya ini semua tidak akan berlaku di negeri Perak dan juga melibatkan keresahan di kalangan rakyat.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Apa yang lebih mendukacitakan rakyat ialah pentadbiran tersebut bukan hanya satu nakhoda ataupun dua nakhoda tetapi terdapat tiga nakhoda. Peristiwa yang melibatkan Ahli Parlimen yang menegur ataupun mencabar kuasa sultan sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana Pengarah JKR tidak sama dengan Jabatan Agama Islam. Pengarah Pelajaran juga berbeza dengan Jabatan Agama Islam.
Apabila seorang pegawai yang bertugas di Jabatan Agama Islam kerana ia adalah merupakan pegawai yang bertanggung jawab terus kepada sultan yang menjadi ketua agama di dalam negara dan juga di negeri. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemarkan duli menjadi pengerusi Majlis Agama Islam di negeri. Ini bermakna Institusi Mufti iaitu mufti jawatankuasa bertindak agama, selalunya menteri besar yang menjadi pengerusi dan juga pengarah jabatan agama dan juga orang-orang yang alim berada dalam jawatankuasa majlis agama Islam.
Ini bermakna sultan mempengerusikan institusi yang sangat penting. Pertukaran pegawai ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam ini tidak boleh dipandang sama seperti pertukaran pengarah JKR ataupun pengarah pelajaran kerana ia adalah amat istimewa.
Oleh yang demikian, rakyat amat berasa resah dan gelisah di atas peristiwa yang berlaku ini dan menuntut supaya tindakan diambil. Jikalau adapun arahan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada golongan-golongan tertentu, bukanlah untuk mengambil tindakan, tetapi untuk mengambil tindakan hasil daripada siasatan polis. Kalau ada kes bolehlah kita mengambil tindakan. Kalau tidak ada kes mesti diberikan pembelaan.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan keresahan rakyat apabila Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan membina ladang khinzir moden yang sangat besar.
Dalam negara berbilang kaum, dalam negara berbilang agama, kerajaan kita membenarkan rakyatnya mengamalkan agama dan juga budaya masing-masing. Kita tidak pernah membantah mana-mana di kalangan rakyat kita ingin membina ataupun menternak khinzir untuk kegunaan kita. Amat malang kalau kita membina ladang khinzir yang besar; menjadikan negara kita sebagai ladang khinzir yang menyebabkan pencemaran air, pencemaran bau dan lebih menakutkan kita ialah apabila negara kita menerima satu peristiwa serangan virus JE di Bukit Pelanduk menyebabkan ratusan di kalangan rakyat mati tiap-tiap hari.
Mahukah kita melihat rakyat kita berada dalam keadaan airnya yang tercemar, airport nya yang berbau busuk ataupun serangan penyakit virus JE yang sangat berbahaya yang akan melanda rakyat dalam negara kita? Inilah keresahan yang ditimbulkan oleh rakyat, ekoran daripada keputusan-keputusan kurang bijak yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan pengumuman janji potongan 20% cukai pintu yang dijanjikan kepada rakyat negeri Selangor. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa luka rakyat hati rakyat Selangor dan juga rasa hampa mereka di atas mungkir janjinya Kerajaan Negeri Selangor yang menjanjikan perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan bagaimana sebuah kerajaan di Utara, Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru kerajaan. Dasar ini sebenarnya adalah merupakan dasar yang membela rakyat miskin di luar bandar. Tidak kiralah mereka Cina, India ataupun Melayu.
Dasar Ekonomi Baru kerajaan inilah yang menjadikan masyarakat Cina di kawasan luar bandar dapat menyertai rancangan tanah FELDA, rancangan tanah FELCRA, rumah rakyat, kedai-kedai hardware mereka menerima tempahan barang yang banyak dan juga petani-petani mendapat baja, benih dan juga bantuan-bantuan pertanian. Mereka semua memang menyokong Dasar Ekonomi Baru kerajaan. Kita juga dapat melihat pelajar- pelajar Cina dan juga India...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jempol, masa telah habis.
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Sudah habis?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat...
Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih dan akhir sekali saya menyatakan di Dewan yang mulia ini di atas cabaran yang diberikan oleh pembangkang. Saya tidak ada niat langsung untuk menyamakan taraf diri saya dengan Anwar Ibrahim. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tidak payah lambai-lambai Yang Berhormat. Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya juga lambai tangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Malam- malam ini, lambai-lambai, bagus juga Yang Berhormat, tetapi jangan selalu sangat. Nanti orang kata lambai siapa?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan Tuanku Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan persidangan kali ini.
Saya terpaksa berucap dengan cepat kerana saya datang daripada Parti Roket dan kerana kesuntukan masa. Persidangan kali ini berlangsung ketika tanah air kita masih ditenggelami dalam suasana kewujudan budaya politik yang baru, yang sedang melangkah menuju ke era transformasi sistem, dua parti yang penuh dengan harapan di samping cabaran.
Seperti titah Baginda, objektif Dewan yang mulia ini adalah untuk semua pihak, baik pemerintah mahupun pembangkang untuk membangunkan tanah air kita menjadi semua negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing. Sebagai wakil rakyat Parlimen Taiping, saya dengan penuh bangga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa bandar Taiping telah dikenal pasti sebagai Bandar Warisan oleh Northern Corridor Economic Region (NCER) untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar pelancongan.
■1810 Berbekal dengan pelbagai ciri-ciri istimewa yang penuh dengan unsur bersejarah sejak Perang Larut antara Gee Hin dan Hai San, Taiping kini telah menjangkau usia 134 tahun sejak tertubuhnya pada tahun 1874.
Tuan Yang di-Pertua, bandar Taiping adalah municipal township, dengan izin, pertama dalam negara ini. Ia mempunyai 32 perkara yang merupakan nombor satu dalam tanah air kita termasuk ia mempunyai kompleks kerajaan pertama dalam negara ini, jalan kereta api pertama di Port Well, clock tower pertama, Mahkamah Majistret pertama, pasar awam pertama dan lain-lain lagi. Selain itu, bandar Taiping mempunyai taman tasik yang paling menarik dan cantik dalam negara ini serta Zoo Night Safari yang ketiga dalam dunia selepas Quang Zhou dan Singapura.
Tambahan pula Taiping terkenal dengan flora dan fauna yang jelas ternampak di Bukit Maxwell serta pelbagai makanan yang enak dan menarik. Sebagai bandar yang mempunyai kadar hujan yang paling lebat di Malaysia, bandar Taiping dengan ciri-ciri istimewa yang sedia ada mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terunggul dalam tanah air kita. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini mempelawa semua Ahli Yang Berhormat melawat serta membantu mempromosikan bandar Taiping.
Yang lebih penting, saya ingin memohon jasa baik Menteri Pelancongan yang walaupun dikatakan oleh Tenggara, bukan bertaraf wanita, supaya memberikan perhatian yang serius serta meluluskan lebih peruntukan kepada Taiping supaya kesemua 32 perkara nombor satu dalam tanah air kita yang merupakan khazanah negara yang sedia ada dapat
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
dipelihara dan dipertingkatkan. Hasil daripada sektor pelancongan tahun lepas telah pun mendatangkan pendapatan sebanyak RM58.4 bilion. Maka apa salahnya memberikan RM200 juta iaitu 20.25% kepada pembangunan sektor pelancongan di Taiping, khususnya apabila lawatan saya ke Majlis Perbandaran Taiping telah pun mendapat banyak aduan, kerajaan tempatan tidak diberikan peruntukan yang mencukupi, malahan terpaksa mengalami defisit lima tahun berturut-turut di mana rizab yang ada telah pun jatuh daripada RM26 juta menjadi RM6 juta sahaja dalam tempoh lima tahun.
Saya ingin memohon Menteri Pelancongan dapat mengingat kembali Taiping sebagai satu intan yang belum digilap supaya Menteri Pelancongan bukan sahaja memberikan peruntukan yang lebih, maka menimbang semula keputusan memberhentikan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dalam lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Perbuatan sedemikian sedang dihalusi oleh rakyat jelata. Perbuatan sedemikian jelas ternampak unsur-unsur yang gagal memberikan penghormatan kepada demokrasi dan merupakan tindakan yang kurang kematangan.
Oleh yang demikian saya berharap pihak Kerajaan Persekutuan mematuhi penggesaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah semangat federalism mesti menjalin hubungan yang rapat dan intim dari segi pelaksanaan dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat kita.
Selaras dengan saranan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghormati pilihan rakyat. Jangan sekali-kali cuba mewujudkan kerajaan dalam kerajaan, iaitu mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di samping Jawatankuasa Keselamatan Sosial dan Masyarakat (JKKK) yang telah wujud sekian lama ini.
Tindakan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan adalah satu teladan yang buruk dan akan mendatangkan persepsi negatif di kalangan orang ramai, sekiranya pelaksanaan JPP yang jelas mempunyai “udang di sebalik batu” ini tidak dibendung, ia akan mendatangkan musibah dan mengakibatkan rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kerana tidak sanggup menerima keputusan pilihan raya oleh rakyat kita.
Tuan Yang di-Pertua, tahun ini merupakan Perayaan Kemerdekaan Ke-51 tanah air kita yang tercinta ini setelah melangkah menjangkau usia lebih lima dekad ini, negara kita pesat membangun daripada sebuah ekonomi berteraskan pertanian menjadi sebuah negara perindustrian, banyak cabaran dan halangan yang kita hadapi di bumi yang bertuah ini dan banyak iktibar yang perlu kita halusi dan hayati bersama sepanjang sejarah pembangunan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita mengimbas kembali ketika tanah air kita mencapai kemerdekaan, penduduk Malaya menikmati pendapatan per kapita sebanyak USD350 setahun jika dibandingkan dengan negara Korea Selatan. Pendapatan per kapita Korea Selatan ketika itu hanya mencecah angka USD170 sahaja. Bagaimanapun setelah lima dekad, pendapatan per kapita rakyat Malaysia walaupun mencapai USD5,149 tetapi kini pendapatan per kapita Korea Selatan adalah empat kali lebih daripada tanah air kita.
Jika perbandingan dibuat dengan negara pulau jiran kita, Singapura, jurang pendapatan per kapita adalah jauh lebih rendah lagi. Pendapatan per kapita negara tersebut adalah lima kali lebih daripada tanah air kita. Akibatnya ramai pemuda pemudi anak kita banyak yang menjelajah ke negara tersebut untuk mencari mata pencarian. Maka persoalannya adalah mengapa Malaysia sebagai bumi yang dikurniakan dengan pelbagai khazanah alam dan sumber asli, rakyat bumi yang bertuah ini terpaksa meninggalkan anak keluarga dan sanak saudara untuk bekerja di negara asing.
Sekiranya pihak kerajaan membuat penyelidikan dengan agensi pelancongan di sekitar Lembah Kinta, Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapati di mana pelawat yang berasal dari Ipoh, Lembah Kinta, Kampar telah dikenal pasti dalam senarai hitam kerana terkenal sebagai salah satu destinasi yang berpotensi tinggi menjadi sumber pekerja tanpa izin sama ada di European Union, Jepun mahupun Amerika. Ramai pemuda dan pemudi Lembah Kinta terpaksa mencari kerja di negara orang lain. Mengapa ini berlaku saban tahun?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Setiap masalah mesti ada puncanya dan akar umbinya adalah dasar diskriminasi Kerajaan Barisan Nasional yang tidak tahu menghargai kepakaran dan keistimewaan rakyat sendiri. Sisa-sisa berbaur perkauman yang sudah lama menjadi basi masih ternampak jejaknya dalam banyak dasar Kerajaan Barisan Nasional, produk zaman feudal yang sudah lama kuno masih dijadikan dampingan dan pedoman sebahagian parti politik pada zaman sains dan teknologi kini. Budaya tongkat mahupun budaya kerusi roda telah lama menghantui pembangunan bangsa Melayu akibat dasar Kerajaan Barisan Nasional yang digenggam oleh UMNO, dan ia merupakan batu halangan untuk sebuah negara mencapai kemajuan. Dengan sumber asli yang dikurniakan, Kerajaan Barisan Nasional kaya tetapi pimpinan BN miskin dari segi minda.
Tuan Yang di-Pertua, tanah air kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan budaya tersendiri dan ini sendiri merupakan satu kekuatan di era globalisasi ini. Umpamanya, sekiranya kita menguasai bahasa Melayu, kita akan berupaya berkomunikasi dengan Kepulauan Nusantara. Sekiranya kita mengetahui bahasa Cina, kita akan mampu berniaga dengan Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan. Sekiranya kita fasih bahasa Tamil, kita mampu berkawan dengan Benua India. Dengan mewarisi bahasa Inggeris dari bekas penjajah, kita dapat berkomunikasi dengan seluruh dunia.
Itulah sebabnya slogan Tourism Malaysia adalah dengan izin, “Malaysia Truly Asia”. Persoalannya sepanjang 51 tahun kemerdekaan, adakah Barisan Nasional sudah insaf? Adakah kerajaan pernah menghargai keunikan yang terpahat dalam sanubari rakyat sendiri dari dasar-dasar yang semakin berfikiran sempit. Saya berasa khuatir segala akhirnya menjadi “indah khabar dari rupa”, impian kekal impian tetapi tidak kesampaian.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum terlambat izinkan saya menjelaskan kedudukan Malaysia di dalam mata dunia. Menurut laporan PBB 2006, Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan dan kekayaan yang paling serius di rantau Asia Tenggara. Sebagai contoh, di kalangan penjawat awam, jumlah pendapatan di antara pembantu tadbir dan kelas pertama pegawai adalah setinggi 19.1 kali. Dengan erti kata yang lain, gaji Ketua Setiausaha Negara adalah 19.1 kali lebih banyak daripada pembantu tadbir kerajaan.
Dari segi freedom of economy, indeks tersebut menunjukkan kedudukan negara hanya berada di tangga 81, satu kedudukan yang merosot dan ketinggalan jika dibandingkan dengan Mongolia, negara asal Atlantuya. Dari segi freedom of press, mengikut Borderless Reporter yang bertapak di Paris, France, kedudukan negara kini menjunam dari tangga 92 bulan ini menjadi 141, satu kejatuhan mendadak yang mencerminkan pemerintahan ala kuku besi Barisan Nasional ke atas kebebasan media.
Oleh yang demikian, apabila Yang Berhormat Kulai yang merupakan Presiden MCA mencadangkan Kementerian Dalam Negeri memansuhkan dasar yang memerlukan setiap surat khabar memperbaharui lesen terbit tiap-tiap tahun. Ia adalah satu usaha yang telah lama, dengan izin, overdue seperti pepatah Melayu, “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Demi memelihara integriti media investment MCA, Huaren Holdings Berhad adalah digesa menarik diri segera dari memegang saham Nang Yang Press Holdings Berhad, UMNO juga harus menarik diri dari mempengaruhi Utusan Melayu, Media Prima dan lain-lain yang mengawal hampir semua media elektronik dalam tanah air kita ini.
Saya dengan ini ingin mengesyorkan kepada Dewan ini meluluskan rang undang- undang untuk melarang semua parti politik mempunyai saham atau mengawal mass media, dan undang-undang tersebut patut dikemas kini dengan menyemak semula Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain undang-undang, dengan izin, draconian yang sudah tidak menepati perkembangan era moden dan generasi laman web kini.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dari segi International Transparency Index, Tuan Yang di-Pertua, kedudukan negara menjunam ke tangga 44, jika dibandingkan dengan zaman Tun Dr. Mahathir yang berada di tangga ke 27. Kaji selidik antarabangsa terbukti, usaha dan janji-janji manis pilihan raya Kerajaan BN tinggal menjadi political rhetoric lips service. Adalah jelas slogan membanteras rasuah, hanya menjadi umpan untuk memancing undi.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Pada pagi ini, kita telah pun mendengar penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di mana MCAC akan ditubuhkan, tetapi tidak akan mempunyai kuasa pendakwaan.
Jika tidak, ia adalah sandiwara politik sekali lagi, di mana kita akan tukar senario ini apabila, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang, Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri Persekutuan.
Dari segi kedudukan pusat pengajian tinggi, buat pertama kali, Tuan Yang di- Pertua, dalam sejarah, tidak ada satu pun universiti tempatan yang menduduki di antara 12 buah universiti terbaik dalam senarai universiti unggul yang diumumkan oleh Team Studies.
Dari segi keselamatan negara, kes-kes jenayah yang ada dibuat laporan polis, Tuan Yang di-Pertua, telah mencecah melebihi 200,000 kes satu tahun. Yang lebih membimbangkan adalah kes rogol telah bertambah 115% dari 3.3 wanita dirogol setiap hari dalam tahun 2003 sehingga sekarang 8.2 orang wanita dirogol setiap hari di Malaysia.
Setiap hari di Malaysia, terdapat sebanyak 8.2 orang wanita dirogol. Statistik ini masih tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, keselamatan rakyat tidak lagi terjamin, pelabur asing akan menarik diri dan akhirnya kita semua akan menerima padah.
Dari segi pembangunan ekonomi, negara kita kini telah mengalami belanjawan defisit selama 11 tahun berturut-turut, dengan hutang negara mencecah paras RM198.2 bilion, iaitu setiap rakyat berhutang lebih kurang RM10,000 setiap orang. Yang lebih membimbangkan adalah mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang akhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan, hutang negara dijangka akan mencapai sebanyak RM351 bilion.
Dari segi pembangunan, sustenance development, mengikut laporan dari New Straits Times di seluruh Malaysia, antara bandar yang diselidik, hanya Kota Melaka satu- satunya bandar raya yang mempunyai, dengan izin, sustainability. Ibu kota kita termasuk Kuala Lumpur telah tercicir keluar dari senarai bandar raya yang boleh kekal membangun.
Saya harap semua datuk bandar akan segera melihat perkara ini dengan serius.
Dari segi inflasi, kini Kempen Inflasi Sifar pada satu masa dahulu diheboh- hebohkan sudah menjadi bahan ketawa. Sikap Kerajaan Barisan Nasional yang selalu hangat-hangat tahi ayam, terbukti kempen tersebut sudah menemui jalan buntu selepas BN menang ‘besor’ pada Pilihan Raya Umum 2004.
Harga minyak sudah naik lima kali sejak tahun 2000, diesel naik enam kali, harga gas naik empat kali, tol naik, cukai tanah naik, gandum naik, tepung susu naik, mi naik, roti canai naik dan Barisan Nasional sudah menjadi “Barisan Naik”. Saya bagi contoh; harga beras naik, salah satu faktor utama adalah kerana kerajaan memberi status monopoli kepada Bernas untuk mengimport beras. Monopoli mengakibatkan kehilangan daya saing menyebabkan keuntungan kosmetik sebuah syarikat, tetapi rakyat jelata pula yang hidup sengsara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melakarkan banyak strategi untuk mengurus kewangan negara. Dalam aspek ini saya ingin menyentuh tentang janji kerajaan menguruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habis masa dah.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu perkara yang amat penting, di mana hari ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya, saya dah dengar Yang Berhormat, semuanya penting.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya akan menggulung saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kawan- kawan dekat belakang hendak bercakap.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Saya tahu, Tuan Yang di-Pertua, saya akan menggulung. Hari ini merupakan ulang tahun yang ke-39, May 13th merupakan episod yang amat sedih sekali dalam sejarah pembangunan negeri. Tuan Yang di-Pertua, kita semua berdebat, kita bertukar-tukar fikiran dalam pelbagai perspektif.
Kita mungkin berbeza pendapat, berbeza latar belakang, berbeza fahaman politik, berbeza keturunan, budaya mahupun agama, tetapi selepas semua perbezaan ini, Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu persamaan yang besar iaitu kita semua adalah anak Malaysia. Saya mengaku dalam Dewan ini, saya bukan orang Cina, saya anak Malaysia keturunan Tionghoa sebab inilah tanah tumpah darah saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
... kita juga hormat kepada Rukun Negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
... kita hormat kepada Institusi Raja Berperlembagaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
... sebab ini kita tidak mahu lagi ada dasar bumiputera, bukan bumiputera, kita dijadikan second class citizen dalam negara ini. Kita cintakan negara ini, kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila menggulung atau merealisasikan impian Wawasan 2020 dalam pembentukan satu bangsa Malaysia tanpa mengira perbezaan agama, perbezaan kaum, perbezaan jantina menjadikan kita semua anak Malaysia yang cintakan tanah air kita ini. Sebab itu, berdasarkan prinsip ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
...Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan boleh di izinkan saya memetik satu surah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dah habis Yang Berhormat, dua minit sudah lebih Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
... saya tahu, saya tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
...
kalau tidak boleh habis, kawan-kawan yang lain hampir 20 orang lagi yang hendak bercakap Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Oh, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih banyak-banyak, sebab saya harap bahawa tidak ada lagi di mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
... politik perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC akan gulung tikar, akan ditutup, dimansuhkan. Tidak ada lagi parti politik perkauman dalam negara ini. Semua parti politik dalam negara ini adalah parti politik berbilang kaum seperti PKR, DAP mahupun PAS. Terima kasih banyak-banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dari Kapit.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang lain-lain sabar, Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tuan Yang di-Pertua,..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Macam sabarnya saya juga, Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama kali, terutamanya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang mana ucapan Tuanku telah mempamerkan satu ucapan yang memenuhi segala bentuk pandangan serta harapan Baginda, dalam menjamin kesejahteraan dan pembangunan rakyat jelata.
Keputusan Pilihan Raya Umum tahun 2008 memeranjatkan seluruh negara apabila Barisan Nasional menang dengan majoriti mudah. Kuasa 2/3 Barisan Nasional dinafikan. Ini pertama kali Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat sejak tahun 1969. Akan tetapi apa yang sebenarnya ialah Kerajaan Barisan Nasional masih berkuasa dan merupakan pilihan rakyat terutama di Sarawak dan di Sabah.
Walaupun Barisan Nasional berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan tetapi terdapat anjakan, satu perubahan di mana warga Malaysia telah mula menggunakan hak bersuara mereka melalui proses pilihan raya dan Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah keputusan rakyat. Oleh yang demikian, para pemimpin harus mendengar segala masalah terutama di peringkat akar umbi. Dulu, kita hanya sibuk dan tertumpu kepada projek-projek yang besar, yang mega sahaja hingga terlupa akan pembangunan masyarakat di luar bandar.
Apabila golongan tersebut merasa mereka diabaikan maka mereka pun tidak menyokong kita lagi. Kalau kita melakukan kesilapan yang sama, kita akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya yang akan datang. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 merupakan wake-up home bagi semua parti-parti politik, termasuk juga parti-parti di sebelah sana. Barisan Nasional harus mengubah, memperbetulkan dan meningkatkan daya kerja serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sewajarnya, demi kebaikan dan kejayaan bersama dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Kita harus menjauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang membawa kepada kemarahan rakyat. Kita harus bergerak ke hadapan dengan nilai perjuangan yang mementingkan suatu perkara sahaja iaitu menjaga kepentingan rakyat. Inilah pengorbanan yang diperlukan untuk memastikan mandat seperti yang kita dapat dalam tahun 2004, kembali kepada kita.
Pengorbanan dan kejujuran kita dalam mempertahankan kepentingan rakyat, akan dinilai pada pilihan raya yang akan datang. Kita perlu juga mengkaji hala tuju Barisan Nasional dan kalau kita gagal berbuat demikian, kita akan kehilangan majoriti ataupun kalah terus dalam pilihan raya yang akan datang.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Ini perlu kerana kita tidak mahu menang dalam peperangan tetapi kalah dalam perjuangan. Apa yang jelas ialah pengabaian kepentingan rakyat dikenal pasti salah satu punca Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu lebih lagi di peringkat Semenanjung. Seperti yang diramalkan, negeri Sarawak memberi peratusan kemenangan kepada Barisan Nasional dengan membolot hampir kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi. Barisan Nasional Sarawak memenangi 30 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan. Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan di sini Barisan Nasional Sarawak adalah penyelamat kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Ini adalah satu kemenangan besar kepada Barisan Nasional Sarawak dan sekali gus menggambarkan kepercayaan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional. Mandat yang
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
diberikan oleh rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional harus dihormati. Jangan kita melakukan kesalahan yang sama. Isu-isu berkaitan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan tol, minyak, peningkatan jenayah, isu berkaitan perkauman dan hak etnik dan beberapa isu lain telah membuatkan rakyat begitu menginginkan kepada angin perubahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta dan merayu kepada Kerajaan Pusat supaya tidak membazir dan tidak melaksanakan projek yang tidak membawa faedah kepada rakyat. Hanya projek-projek yang memberi faedah kepada rakyat perlu disokong dan diteruskan. Kerajaan juga harus membuat pertimbangan yang tepat untuk menghentikan projek yang tidak berdaya maju dan dianggap tidak berkesan. Kerajaan juga harus sama sekali mengelakkan pembaziran dalam apa juga perniagaan atau perusahaan asas kepada kemajuan adalah keuntungan. Tidak ada yang mahu berniaga jika perniagaan mereka tidak memberi pulangan apatah lagi menanggung kerugian. Kerajaan tidak perlu berfikir panjang untuk menutup projek yang sudah cuba dibantu dengan modal dan kepakaran tetapi masih tidak dapat menjana hasil.
Sebaliknya bagi projek yang berpotensi untuk berdaya maju tetapi rugi akibat kelemahan yang boleh diperbaiki, kerajaan perlu meneruskan juga bantuan. Mana-mana projek yang tidak boleh menyumbang kepada pendapatan negara, kerajaan tidak mampu lagi membazirkan masa dan tenaga untuk menunggu buah yang tidak masak. Rakyat sudah memberi pengajaran kepada kita melalui Pilihan Raya Ke-12. Kalau kita tidak mempertahankan mandat yang diberi oleh rakyat dan memastikan kualiti kehidupan mereka selalu terjamin, saya rasa kita tidak lagi layak untuk memimpin. Kalau kita tidak berubah mengikut realiti politik hari ini, kita pasti akan dikuburkan pada pilihan raya akan datang.
Saya perlu tegaskan di sini, Kerajaan Barisan Nasional perlu mempunyai the political will untuk melaksanakan projek-projek yang mempunyai kepentingan rakyat sahaja.
Pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri yang kita sanjungi hari ini harus hanya mementingkan projek-projek yang mementingkan rakyat atau people center development sahaja. Sesungguhnya komitmen kerajaan kita ialah untuk menghapuskan kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 nanti. Adalah satu perkara yang serius dengan status negeri Sarawak dan Sabah sebagai negeri-negeri yang mempunyai masalah satu insiden kemiskinan yang tinggi. Kerajaan Pusat perlu melipat gandakan usaha untuk membasmi kemiskinan khususnya kemiskinan tegar tanpa mengira kaum termasuk di kalangan kaum bumiputera minoriti.
Selain dari itu, penekanan juga harus diberikan kepada pembaikan sistem dan mekanisme penyampaian bantuan dan pemantauan yang berkesan ke atas program- program yang dilaksanakan demi memastikan kumpulan sasar menikmati faedah yang maksimum dan berkekalan.
Pada pendapat saya, kita sudah mempunyai satu modal yang berjaya iaitu satu petik daripada EPU tahun 2004, ‘model of development adopted by Malaysia was based on philosophy of growth with equity or more specially growth with equitable distribution. It’s stress the important of growth but the growth had to benefit all group in society in equitable manner. It emphasis that steps be taken to ensure this even if it might lead to slow growth.
This was seen as particularly crucial for the heterogeneous society like Malaysia where in the potential for the inter group conflict was inherent’. Itu saya petik daripada EPU.
Kejayaan model ini adalah amat jelas di Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun dan pada setiap pembukaan sesi Parlimen, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menekankan aspek keseimbangan pembangunan di antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah juga di antara kumpulan etnik. Perhatian khusus hendaklah diberikan kepada pembangunan negeri yang kurang maju. Dari sudut ini, pelaksanaan pembangunan prasarana asas dan utiliti seperti bekalan air, elektrik, jalan kampung harus diteruskan terutamanya di Sabah dan Sarawak dan kawasan-kawasan yang terpencil di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapannya telah menggariskan keperluan menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif melalui strategi berlandaskan tiga prinsip iaitu membasmikan kemiskinan, menjana arus pembangunan dan memastikan manfaat daripada pembangunan ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran yang telah melaksanakan projek bernilai lebih RM200 juta iaitu projek bekalan elektrik melalui generator untuk ke sekolah-sekolah dilaksanakan di seluruh Kapit, kawasan saya.
Walau bagaimanapun peruntukan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri masih tidak mencukupi lagi, belum lengkap lagi. Kita perlu fast track program pembangunan luar bandar di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya quote sesuatu iaitu, “every state has to rise to the challengers in their effort to narrow the development gap. If we are to secure people basic rights and truly enforce justice, to empower them and make them reach the high of their potential, we should push for greater commitment in narrowing the development gap which is turn will fast track our effort in poverty eradication”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Bunyi debate House of Common Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih. ‘Equity and human development lie at the very core and strong resilient of a nation state’ dengan izin.
Berhubung dengan perkara ini, penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha yang lebih jitu harus dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 25% menjelang tahun 2010 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan melaksanakan agenda pengagihan bagi memastikan penyertaan seimbang di kalangan dan di antara kumpulan etnik, masalah dalam etnik juga harus diberi tumpuan. Saya di sini ingin menekankan mengenai masalah- masalah yang dihadapi oleh bumiputera minoriti di bidang ekonomi dan pencapaian bumiputera minoriti adalah rendah daripada kaum Melayu. Walaupun masyarakat bumiputera menguasai lebih kurang 19.6% tetapi ia bukanlah gambaran sebenar ekuiti pemilikan seluruh masyarakat bumiputera. Masyarakat bumiputera minoriti hanya menguasai kurang daripada 1% dalam pemilikan ekuiti berbanding penguasaan keseluruhan bumiputera sebanyak 19.6% tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat dah habis.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya ada beberapa point lagi. Saya ikut yang rakan-rakan yang dulu tadi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kalau orang masuk longkang, jangan Yang Berhormat pun nak ikut sama. [Ketawa]
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Okeylah. Baik. [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat tu.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan padu Barisan Nasional Sarawak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Ini yang mesti saya berkesempatan untuk nyatakan. Oleh yang demikian, kononnya ada Ahli Parlimen dari Sarawak disebut akan melompat ke parti pembangkang adalah satu pembohongan [Tepuk] dan juga mengelirukan rakyat.
Saya berharap parti pembangkang akan menghentikan kempen kosong dan membuang masa ini kerana Ahli-ahli Parlimen termasuk saya yang dari Sarawak adalah pilihan rakyat di bawah panji Barisan Nasional. Kami menganggap apa yang disuarakan oleh penasihat PKR sebagai menganggap apa yang disuarakan oleh penasihat PKR sebagai suatu penghinaan [Tepuk] bukan saja kepada kami tetapi juga kepada rakyat yang telah memilih kami dan kepada proses demokrasi tanah air.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, ya, baik Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Saya habiskan. Saya habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat..
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Kehilangan 2/3 di Dewan yang mulia ini tidak bermaksud rakyat sudah hilang kepercayaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Kita akan kembali...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, banyak dah tepuk Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Bukit Gantang, Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
Kita akan kembali dengan majoriti dalam pilihan raya yang akan datang. Di peringkat kerajaan negeri di mana-mana parti pembangkang telah berjaya iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa dah habis Yang Berhormat.
Tuan Alexander Nanta Linggi - Kapit
...nasihat saya kepada rakan-rakan kita, bekerja keraslah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habis dah. Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi tahu Yang Berhormat, saya gilirkan. Kita ada tiga PKR, DAP dan PAS. Saya ada senarai Yang Berhormat. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin turut serta untuk berucap dalam perbahasan menjunjung kasih atas ucapan Seri Paduka Baginda semasa perasmian Dewan yang lalu. Kita harap pandangan-pandangan kita ini akan menjadi panduan kepada pihak kerajaan untuk mengatur program-program pembangunannya selepas daripada ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Krai yang boleh menerima kehadiran saya sebagai calon dan memenangkannya dan menempatkan saya di Dewan untuk menyampaikan suara hati penduduk di sana. Kita tidak dapat tidak kena bercakap juga mengenai tsunami politik itu walaupun sudah berulang kali disebut. Seperti yang Yang Berhormat Kapit sebut tadi, tsunami politik telah berlaku dan angin perubahan diminta oleh pengundi-pengundi termasuk di Sarawak. Cumanya angin perubahan itu tidak melanda keseluruhan.
Ertinya Pakatan Rakyat tidak sampai untuk memenangi Kerajaan Pusat tetapi sudah ada hasrat dan permintaan rakyat tadi yang tidak kesampaian yang boleh disampaikan kalau Yang Berhormat Kapit dan rakan-rakan yang lain mengambil keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk sama-sama merealisasikan harapan baru tadi. Dalam ramai- ramai yang berucap, saya suka dengan Yang Berhormat Kota Belud yang sangat positif.
Menanti mana rupa Perdana Menteri baru.
Seorang Ahli
Sindirkah?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Permatang Pauhkah, Marangkah, tidak kiralah sindir atau tidak, dalam Hansard dia akan tulis itu pandangan dia. Kalau melainkan Yang Berhormat Kota Belud tulis itu sindiran.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi kita berharap benda ini akan berlaku dan mengikut pandangan sayalah setelah kita mendengar ucapan-ucapan terutama daripada rakan-rakan kita dari Sabah khususnya. Maka, meyakinkan saya angin perubahan ini semakin deras Tuan Yang di- Pertua. Tak lamalah tu kerana dah lama dah, dah lama dah ya mereka tunggu dengan penuh harapan. Setiap kali pilihan raya mereka menyerahkan kepada Barisan Nasional undi mereka dan mengharapkan perubahan. Saya tidak tahu saya tidak berada dalam sesi- sesi Parlimen yang lalu sama ada pandangan yang sama dikemukakan sebegini keras dan pedas.
Kalau ini pertama kalinya, saya nampak ia merupakan satu perubahan yang besar.
Kita mempunyai rumah yang besar PPR di dalam pakatan ini. Banyak bilik-bilik kosong lagi. Walaupun tidaklah di air-cond, tidak cantik, tapi ruang kosong lebih baik daripada tandas. Saya gerenti itu.
Kita bersedia untuk menerima orang yang, ini bukan nak belikah, nak rasuahkah.
Atas dhamir masing-masing. Atas perasaan. Kalau sanggup berterusan dengan Barisan Nasional lagi lima tahun, ya, silakan saja. Nanti lima tahun dia bangun lagi. Jadi, saya bukan orang Sabah bah, tapi pernah belajar di Sabah. Jadi tahu juga cerita Sabah ni bah.
Ya, memang susah. Kita menyedari benda ni mesti diubah. Kalau mahu menunggu lima tahun di bawah BN tidak boleh, dengan segera kita boleh buat dengan pakatan. Jadi kita mengundang dengan segala rendah hati, segala rendah diri untuk mempelawa perubahan yang besar ini. Mudah-mudahan berlaku dengan segera.
Pilihan raya yang ke-12 baru-baru ini telah menghapuskan satu khurafat besar.
Satu benda yang sangat ditakuti. Kalau mengundi pembangkang, percayalah 13 Mei akan berlaku semula. Takut orang. Orang takut nak undi pembangkang, tetapi setelah mereka memberanikan diri, setelah kita pujuk, kita didik, kita bagi keyakinan, maka mereka kali ini mengundi. Ada cubaan-cubaan kecil-kecilan untuk membuat demonstrasi, untuk menimbulkan ketakutan di sana-sini, di Perak sikit, di Penang sikit. Yang turunnya Tuan Yang di-Pertua, 10 orang saja. Tak menjadi, tak menjadi sebab orang tak mahu lagi 13 Mei.
Jadi lepas ini jangan mana-mana ada pihak yang menggunakan bogey 13 Mei ini untuk menakut-nakutkan pengundi. Kita dah bebaskan pengundi daripada ketakutan ini.
Jadi, insya-Allah saya yakin kalau dah tidak takut lagi, pada masa akan datang, orang boleh mengundi pembangkang dengan tidak berasa takut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Titah Perasmian yang lalu, Seri Paduka Baginda menyebut tentang kesihatan. Satu perkara yang disebut. Satu saja perkara dalam banyak-banyak perkara tentang kesihatan satu saja iaitu kerajaan mahu mengintegrasikan perubatan tradisional dalam hospital dalam perkhidmatan kita. Ini bagus dan dah lama disebut pun. Semasa saya dalam perkhidmatan kerajaan dulu pun, dalam Kementerian Kesihatan kita dah bincang benda ni, tapi tidak tahu bila nak dilaksanakan.
Saya nak mengingatkan. Kalau nak dilaksanakan pastikan bahawa perkhidmatan yang nak diberikan itu adalah evidence base, bidang-bidang yang memang ada kajian.
Bukan letak sesiapa saja yang menggelar diri mereka pengamal perubatan tradisional boleh dapat satu bilik di hospital dan orang datang untuk mendapatkan perkhidmatan. Biar dia berasaskan ilmu yang ada pengkajian, ada penyelidikan, ada hasil. Ubat-ubatnya terbukti berkesan. Jangan sembarangan. Sebab itu kita yakin semasa kajian kita dulu sensei- sensei kita ini mempunyai sejarah ilmunya 5000 tahun.
Jadi memang mereka ada literature. Ubat-ubatnya memang berkesan. Begitu juga ayurvedik yang berasal dari India pun ada evidence tentang keupayaannya. Cuma kita risau setengah daripada perubatan-perubatan orang Melayu yang dapat daripada mana- mana yang kita tidak tahu, tidak ada literature dia. Yang ini kita kena hati-hati sebab dalam kita cari rawatan ini biarlah pergi kepada sistem yang boleh dipercayai dan ada hujah ilmu di sebaliknya.
Selain daripada itu kita juga bangga dengan ucapan. Saya juga berterima kasih dengan ucapan ataupun jawapan daripada Menteri Kesihatan mengenai kedudukan kesihatan dalam negara kita. Disebut senarai-senarai kes-kes ataupun punca-punca kematian yang tinggi. Tidak ada lagi dia sebut polio, difteria dah. Ertinya penyakit-penyakit
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
berjangkit kanak-kanak dah tidak ada dah. Ini adalah kesan daripada tindakan pencegahan yang dilakukan. Ini juga merupakan proses yang penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu promosi kesihatan, health education dengan izin.
Ini dimainkan oleh pakar-pakar kesihatan awam dan jenteranya. Seluruh jentera kesihatan awam yang ada di kementerian. Dulunya termasuk saya. Itu Yang Berhormat Titiwangsa suruh sambung. Semenjak tahun 90-an, pakar-pakar kesihatan awam ini telah digazetkan sebagai pakar setanding dengan pakar-pakar klinikal. Mereka mengikuti kursus empat tahun. Macam pakar-pakar klinikal yang lain.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Mana yang sebelum itu melalui sistem yang lama mereka diconsider diiktiraf sebagai pakar dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Tetapi saya telah bertanya kepada Menteri Kesihatan di dalam Dewan ini dalam sidang ini bagaimana kedudukan pakar-pakar ini dari segi pemberian elaun kepakaran. Maka saya dimaklumkan dan saya diberitahu, dan inilah juga keluhan pakar-pakar kesihatan awam seluruh negara bahawa mereka ini adalah 80%, pakar 80%. Ertinya elaun mereka hanya 80% daripada pakar klinikal. Saya mengatakan Kementerian Kesihatan sudah mengusahakan untuk menaikkan taraf mereka dari segi elaunnya setanding dengan pakar klinikal. Tetapi katanya JPA menolak kerana lain bidangnya. Memang lain Tuan Yang di-Pertua, macam mana hendak bandingkan epal dengan oren, tetapi masing-masing buah, ada peranan, ada vitaminnya.
Jadi mesti dinilai begitu. Jadi kalau JPA sendiri menganggap pakar kesihatan awam ini adalah 80% daripada pakar klinikal, tentulah semangat sentimen bukan sahaja pakarnya, seluruh struktur dalam kesihatan awam ini akan terjejas. Saya hendak maklumkan antara kumpulan pakar yang paling setia dalam Kementerian Kesihatan ini pakar kesihatan awamlah. Kadar attritionnya, kadar berhenti kerja, kadar pindahnya ke luar ke swasta paling kecil berbanding dengan pakar-pakar klinikal yang lain. Saya tidak hendak meminta supaya elaun klinikal itu turunkan, tidak, elaun pakar kesihatan awam dinaikkan.
Jadi kita mintalah Kementerian Kesihatan terus berjuang, pujuk JPA berikan bukti- bukti kejayaan Program Kesihatan Awam ini di seluruh negara pada hari ini sehingga menyebabkan negara kita sekarang ini bebas daripada penyakit-penyakit yang secara tradisinya menyebabkan kematian dan morbiditi yang tinggi dalam negara kita. Kita juga berterima kasih kepada sektor ini kerana beberapa kejadian wabak-wabak yang baru termasuk yang disebutkan tadi JE dan lain-lain penyakit telah dapat dikawal dengan baik.
Bukan at the ending point at the hospital, the peringkat source penyakit di ladang-ladang ternakan khinzir. Sebab itulah yang saya nampak Kerajaan Negeri Selangor hendak menguruskan segala kerosakan dan kesilapan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini supaya diatur pembelaan ataupun penternakan khinzir ini.
Tetapi disalahertikan bahawa inilah projek besar yang menimbulkan bau yang sekarang inilah yang buat bau busuk, yang sekarang inilah yang mencemarkan sungai, yang sekarang inilah yang menyebabkan suasana tidak baik. Yang hendak dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah untuk memperbetulkan balik kesilapan-kesilapan ini. Kalau ini pun salah, saya rasa kalau hendak tinggalkan macam itu KLIA pun akan berbau busuk, hendak biarkan begitu ke? Jadi kita terpaksa minum air yang dicemari dengan najis-najis khinzir. Adakah itu yang kita mahu? Jadi teknologi baru ini diharapkan dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah ini dan ini juga peranan Kesihatan Awam yang saya rasa mesti disokong bukannya dipertikai, dipermainkan, diberikan akronim-akronim PKRlah dan sebagainya.
Ini menghina, PKR nama yang baik, Parti Keadilan ditukar jadi benda-benda yang tidak baik. Kalau kita hendak main akronim Tuan Yang di-Pertua, saya rasa BN lagi banyak akronim dia. Banyak benda-benda yang kita boleh guna, tetapi bukanlah tempat yang mulia ini untuk kita mempermainkan benda-benda tersebut.
Di samping itu, saya juga ingin menegur tentang isu penggunaan dakwat kekal, indelible ink yang jadi tetapi tidak menjadi. Saya hendak mencadangkan mungkin kalau dalam sesi bajet kita saya boleh mencadangkan potong gaji beberapa orang ini. Tetapi hari ini kita berbahas mengenai ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Saya mencadangkan supaya ambil tindakan paling tidak pun kita cadangkan potong gaji Pengerusi SPR, seringgit pun jadilah. [Tepuk] Sebagai isyarat kepada beliau memberikan cadangan tetapi tidak menyertakan dalam cadangan itu satu keputusan yang tuntas. Supaya di samping memperkenalkan dakwat ini peraturan dan perundangannya dikemukakan sekali. Ini bagi half-past nine punya dengan izin cadangan-cadangan maka mereka sendiri menolak kemudian sudah hendak hampir jadi, kita hendak cadangkan juga supaya Ketua Polis Negara dipotong RM1 gaji dia kerana dia mengatakan ada anasir- anasir yang mengimport dakwat ini dan akan digunakan untuk menyeleweng, untuk menipu pengundi, mencalitnya dahulu.
Ini ada dalam jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada salah seorang Ahli Parlimen sebelah sini. Akhirnya mereka mengatakan itu hearsay sahaja. Cerita-cerita sahaja, tetapi dengan hearsay itulah satu keputusan yang besar terpaksa dibatalkan. Mana boleh negara kita ditadbir dengan khabar angin. Sebab itu saya mencadangkan kita potong RM1 daripada Ketua Polis Negara ini. [Tepuk] AG pun sama-sama menasihatkan kerajaan supaya menerima khabar angin yang dibawa oleh polis dan dengan keputusan itu seluruh usaha penggunaan dakwat ini terbatal. Kita potong RM1 duit AG ini. Kita dapat selamatkan RM3. [Ketawa] Sedangkan kita sudah belanjakan RM2.4 juta beli dakwat ini. Apa hendak buat dengan dakwat ini, hendak hantar ke sekolah kaligrafi? Saya pun tidak tahu. Jadi inilah benda-benda...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat bagi Kuala Krai sudah habis.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi sebagai tertibnya kena gulunglah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Banyak sangat yang dipotong. [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, kita hendak tambah gaji Tuan Yang di-Pertua.....[Ketawa] dengan duit yang kita selamatkan itu. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Gulung.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
...sebagai menggulungnya saya merasakan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Nanti gaji kena potong Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
... saya mengatakan bahawa perubahan dalam negara kita ini boleh dilakukan, bukan tunggu lima tahun lagi, dengan segera. Kalau kita semua sebelah sini, sebelah sana sama-sama berpakat untuk memperkuatkan perubahan yang kita bawa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Lanang.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mohon untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Perasmian Pembukaan Sidang Parlimen kali ke-12. Sehubungan itu saya ingin membentangkan beberapa isu seperti berikut. Yang pertama, projek pencegahan banjir di Sibu. Bagi pihak rakyat jelata di bandar Sibu saya ingin sekali lagi menarik perhatian Dewan ini terhadap masalah banjir yang kini sering berlaku di bandar Sibu dan kawasan sekeliling.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Banjir yang amat serius telah berlaku pada bulan Disember tahun lepas dan juga pada permulaan tahun 2008. Banjir tersebut telah mengakibatkan kerugian hartanah dan perkakasan sebahagian besar penduduk di Sibu. Ia turut menimbulkan masalah terputusnya komunikasi darat selama seminggu disebabkan jalan-jalan utama dibanjiri. Hal ini telah menjejaskan pelbagai aktiviti komersial mahupun sosial. Pada sidang Parlimen yang lepas, saya telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana telah meluluskan projek pencegahan banjir di Sibu dalam RMK-9.
Projek tersebut yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran meliputi kajian terperinci terhadap sifat-sifat utama berlakunya banjir di kawasan Sibu. Iaitu kedudukan bandar Sibu di atas lapisan tanah gambut yang mendalam serta paras bandar Sibu yang rendah di sisi Sungai Rajang. Projek pencegahan banjir mungkin meliputi pembinaan tembok di pinggir Sungai Rajang dan juga pemasangan pintu-pintu kawalan di beberapa lokasi untuk mengawal paras air pasang surut. Anggaran kos projek tersebut adalah RM400 juta. Walau bagaimanapun siling peruntukan yang telah diluluskan di bawah RMK-9 hanya RM24 juta.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Ini adalah terlalu kurang untuk mencapai objektif projek untuk mencegah berlakunya banjir di Sibu. Oleh itu saya merayu kepada kerajaan agar memberi pertimbangan utama terhadap pendekatan peruntukan projek banjir Sibu kepada RM 400 juta dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang akan datang nanti.
Ini akan membantu rakyat di bandar Sibu di mana ianya telah lama terkenal dengan banjir serius berlaku setiap tahun. Yang kedua, peruntukan khas penaikan taraf jalan di bandar Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, isu banjir telah memainkan peranan dan menjadi soal perbincangan yang hangat di Sibu. Wakil-wakil rakyat di Sibu ingin untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu lebih-lebih lagi pihak pembangkang selalu mencari peluang untuk mempolitikkan isu banjir di Sibu. Yang semakin membimbangkan rakyat Sibu sekarang adalah hakikat bahawa banjir serius berlaku bukan sekali setahun namun beberapa kali dalam setahun.
Sewaktu menunggu penyelesaian melalui projek pencegahan banjir oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun. Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar mempertimbangkan suatu pertimbangan khas sebagai satu tindakan segera untuk mengurangkan ketidakselesaan yang berlaku semasa banjir.
Ini akan melibatkan suatu projek untuk menaik taraf semua jalan utama di bandar Sibu di atas paras banjir dengan kadar yang segera. Projek ini yang dianggarkan sebanyak RM50 juta amatlah penting dan cemas memandangkan bandar Sibu selalu dibanjiri semasa banjir kilat. Jalan-jalan utama yang dinaikkan taraf akan memastikan aliran trafik yang tidak terganggu di bandar Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga kenaikan harga dan kekurangan beras.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa penghasilan pertanian termasuk beras, gandum, soya dan jagung adalah kurang memuaskan pada kebelakangan ini di peringkat antarabangsa . Ini disebabkan hasil pertanian berkurangan akibat perubahan iklim dan juga permintaan bekalan makanan.
Negara kita merupakan negara pengimport bagi hasil pertanian termasuk beras yang menjadi makanan utama bagi rakyat jelata. Secara tradisional negara India, Vietnam, Thailand dan negara China merupakan negara pengeksport beras yang utama kepada negara kita.
Berikutan hasil yang kurang memuaskan dan juga penambahan penduduk, negara ini telah mengurangkan eksport mereka maka harga beras antarabangsa telah menaik akibat kekurangan bekalan.
Rakyat berasa bimbang kerana bekalan beras negara kita masih bergantung pada beras import yang menduduki 30% dalam keperluan beras negara. Kalau tidak silap saya
Datuk Tiong Thai King - Lanang
semasa saya baru dipilih sebagai wakil rakyat pada 10 tahun yang lalu saya ada mengemukakan isu bekalan beras kepada kerajaan agar dapat memandang berat isu ini kerana negara kita kan menghadapi masalah dalam bekalan beras menjelang masanya.
Malangnya Jabatan Pertanian tidak berpandangan jauh dan tidak menerokai tanah untuk penanaman padi. Sampai sekarang kita masih perlu mengimport 30% beras untuk menampung keperluan beras negara kita.
Pada hakikatnya iklim negara kita sesuai untuk penanaman padi dengan air hujan yang mencukupi. Tambahan pula negara kita masih mempunyai tanah yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi. Negara pertanian yang maju seperti Vietnam, Thailand dan Argentina telah menghasilkan benih padi yang boleh ditanam dalam semua iklim dalam setahun. Dengan kemajuan dalam teknik pertanian saya percaya kita dapat mencapai matlamat membekalkan keperluan beras negara untuk diri sendiri. Saya berharap Jabatan Pertanian dapat merangka perancangan penanaman padi dalam tempoh yang paling pendek dalam usaha mengelak daripada bergantung kepada beras import.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Demi meningkatkan bekalan beras negara kita, saya ada beberapa cadangan.
Yang pertama, setiap kerajaan negeri menyediakan jumlah dana yang ditetapkan untuk penanaman padi.
Yang kedua, memberi galakan kepada rakyat yang menceburi dalam bidang penanaman padi dengan subsidi yang berpatutan dan juga teknik penanaman padi baru.
Yang ketiga, menghantar bakal petani ke negara pertanian maju untuk mempelajari teknik baru.
Yang keempat saya juga bercadang supaya kerajaan menyediakan skim pinjaman berfaedah murah untuk menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang pertanian padi.
Selain mendedahkan teknik penanaman padi, harga baja juga mesti diperkukuhkan. Sejak kebelakangan ini harga baja telah meningkat dan kos pertanian telah bertambah dan kerajaan mesti menggariskan rangka subsidi baja secara telus untuk menggalakkan rakyat menceburi dalam bidang pertanian. Di samping itu, negara kita banyak mengimport jagung dan soya untuk bidang penternakan. Kerajaan juga mesti memberi galakan dan subsidi kepada petani dan pengusaha yang menceburi dalam penanaman jagung dan soya agar negara kitab tidak perlu bergantung kepada jagung dan soya import.
Yang kelima, Tuan Yang di-Pertua dalam merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah negara yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai jenis bantuan kebajikan bulanan kepada mereka yang miskin dan kurang upaya.
Namun begitu, kami menerima rayuan daripada penerima-penerima bantuan kebajikan ini untuk mendapatkan bantuan bulanan ini memandangkan jumlah yang diberikan sekarang ini amat kecil dan tidak dapat membantu mereka yang teramat miskin ini dan kurang upaya ini dengan harga barangan dan perkhidmatan melambung naik adalah wajar niat kerajaan menyemak semula bantuan-bantuan kebajikan yang sedia ada demi manfaat golongan miskin dan kurang upaya.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Tiong Thai King - Lanang
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya peluang untuk menyertai perbahasan ini. Sebagai permulaan, Tuan Yang di-Pertua saya lihat khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah yang memberi
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
ucapan dalam Dewan ini nampaknya kesemua mereka memberi amaran kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya prihatin kepada masalah-masalah rakyat di Sabah.
Ini menjadi suatu yang mengaibkan walaupun semua daripada mereka terus- terang memberi amaran kepada Barisan Nasional tetapi nampaknya mereka masih menyokong Barisan Nasional.
■1910 Mereka ini tak inginkan perubahan dari segi membuat pilihan lain untuk memastikan bahawa perubahan akan diberikan atau dibawa ke Sabah dalam masa akan datang. Dalam ucapan Yang Berhormat Kinabatangan kita lihat ucapan dia sama. Setiap kali beri ucapan sama. Masalah-masalah sama ditimbulkan; tiada elektrik, macam-macam tidak ada. Persoalannya kenapa? Kalau macam itu kenapa pada tahun-tahun lepas ini Barisan Nasional tidak membawa sebarang perubahan. Nampaknya terdapat angin yang menunjukkan bahawa mungkin benar bahawa ramai daripada mereka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa yang akan datang supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi kerajaan dalam masa yang terdekat.
Dalam keadaan sedemikian kita beri jaminan kalau Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah menyertai Pakatan Rakyat; memang tidak perlulah kita mendengar ucapan-ucapan amaran, ucapan-ucapan yang sama setiap tahun di mana kita minta perubahan dibawa kepada negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya negara ini akan musnah sama sekali sekiranya kerajaan Barisan Nasional tidak ubah cara pimpinan mereka dalam masa terdekat ini.
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kimanis, duduk Yang Berhormat Kimanis.
Saya sudah buat ruling tadi Yang Berhormat bahawa tidak ada gangguan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaflah. Saya tak ada masa dan Tuan Yang di-Pertua telah pun buat ruling. Menurut Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa all persons are equal di dalam negara ini. Walaupun sedemikian kami masih melihat wakil-wakil UMNO menggunakan istilah-istilah seperti ketuanan di dalam Dewan yang mulia ini tanpa menghiraukan sama sekali perasaan rakyat bangsa lain mahupun dalam Dewan ini ataupun di negara ini. Pada minggu lalu Tuan Yang di-Pertua, seorang menteri MCA telah mencerca UMNO dengan menggunakan perkataan tersebut. Saya ucapkan syabas kepada menteri tersebut kerana menyatakan sedemikian dan saya yakin menteri tersebut menyatakan sedemikian kerana benar-benar hendak mengkritik UMNO dan bukan sahaja kerana takut hilang lebih sokongan rakyat Cina dalam pilihan raya yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa lalu sama keadaannya. Pemuda UMNO dengan jelas ingin mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dalam Barisan Nasional dan mereka menggunakan keris untuk menghantar mesej kepada rakyat. Apabila rakyat berkumpul untuk menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut pilihan raya bersih Naib Ketua Pemuda UMNO pula menggelarkan mereka beruk-beruk di jalan raya. Semalam Tuan Yang di-Pertua, pemimpin yang sama rapatkan lagi dirinya dengan khinzir pula.
Cara-cara UMNO ini memang dibiarkan oleh parti-parti komponen lain Barisan Nasional.
Parti MCA dan Gerakan memang lemah dan tidak berdaya untuk menentang ketuanan UMNO. Parti MIC yang kononnya mewakili orang India di Malaysia seperti biasa berdiam sahaja. Lama-kelamaan pemimpin ini telah pun menyebabkan end up rising dengan izin di antara rakyat. Tindasan berpuluh-puluh tahun ini memang terasa dan ianya telah pun menyebabkan rakyat bertindak balas dengan memberi sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini.
Di sini saya memohon Tuan Yang di-Pertua, supaya kita semua lihatlah keadaannya daripada sudut seperti mana yang dilihat oleh rakyat jelata. Kerajaan telah pun menangkap dan menahan lima pemimpin Hindraf di bawah undang-undang zalim ISA.
Ia seolah-olah mereka berlima sahaja yang bertanggungjawab untuk perarakan 25
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
November 2007. Namun kerajaan lupa bahawa sebenarnya masalah-masalah orang India di Malaysia adalah hasil daripada pimpinan lemah MIC dan Barisan Nasional dan inilah sebab sebenar munculnya HINDRAF. Pendek kata perarakan 25 November 2007 adalah hasil kelemahan Barisan Nasional dan bukannya hasil hasutan lima pemimpin HINDRAF seperti mana dinyatakan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya tanya di sini apakah perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh kerajaan sejak 25 November 2007 untuk masyarakat India sehingga sekarang melainkan Thaipusam dijadikan cuti umum. Kerajaan telah pun gagal sama sekali membawa sebarang perubahan untuk masyarakat India. MIC juga masih berdiam, tiada sebarang usaha dilaksanakan untuk mengkaji secara mendalam masalah-masalah orang India di Malaysia. Sepatutnya kerajaan bekerjasama dengan lima pemimpin HINDRAF untuk menyelesaikan masalah India, tapi mereka ditahan di bawah ISA pula.
Saya menyeru kepada kerajaan supaya bebaskan pemimpin HINDRAF ini tanpa syarat dengan serta-merta. Saya juga cadangkan supaya satu badan khusus ditubuhkan untuk menangani masalah-masalah rakyat miskin tidak kira bangsa atau kaum. Ini adalah perlu untuk kami meneliti dan mengkaji secara mendalam masalah-masalah golongan miskin di negara ini dengan secepat mungkin.
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sentuh sedikit berkenaan dengan undang-undang ISA. Adalah jelas bahawa undang-undang ISA ini memang telah pun disalahgunakan di negara ini. Sebagai contoh, tahanan pemimpin- pemimpin HINDRAF, satu daripada alasan yang diberikan untuk menahan adalah bahawa mereka terlibat dalam aktiviti terrorism.
Walhal, kita semua tahu bahawa pemimpin atau presiden MIC sendiri dalam satu wawancara yang diberi kepada pemberita di India beliau sendiri mengatakan bahawa tidak ada sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa mereka ini terlibat dalam apa-apa aktiviti terrorism. Jadi dia sebagai pemimpin kerajaan dia sendiri tahu tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan mereka ini terlibat dalam aktiviti terrorism, tapi tahanan mereka pula berasaskan alasan itu. Tidak masuk akal. Ini dalam masa pemerintahan Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Kemudian kita lihat juga satu lagi contoh. Baru-baru ini kita dengar bahawa terdapat satu keputusan dalam inquest case Dr Joe Fernandez di Pulau Pinang. Beliau telah dibunuh, ditembak pada 4 November tahun 2000. Saya ingin membuat petikan daripada apa yang dikatakan oleh Majistret apabila memberikan keputusan dalam inquest itu.
Beliau berkata bahawa tidak ada sebarang bukti menunjukkan siapa yang melakukan ataupun alasan-alasan atas mana pembunuhan itu dilakukan. Majistret yang mengendalikan enquiry berkata bahawa memang tidak ada sesiapa yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan yang berlaku pada tahun 2000. Saya ingin bacakan untuk Ahli Yang Berhormat di sini satu surat yang dihantar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 September 2001.
Tun Mahathir Mohamad telah menulis satu surat kepada Perdana Menteri United Kingdom, Honourable Tony Blair Prime Minister United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, London. Adalah seperti saya baca. “A Truly, terrorism is a heinous crime and it must be reduced to bearable levels if not stopped altogether. Malaysia has no love for terrorists”. Iaitu kita setuju yang ini tapi Tuan Yang di-Pertua ini yang penting. Ini perkataan-perkataan dalam surat Tun Dr. Mahathir. “At this very moment we have identified and put under detention a number of Malays who had fought with the Afghans against the Russians, have been trained and inspired by Osama bin Laden, and who have returned with the objective of overthrowing the present Malaysian Government which they consider as not being Islamic”. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. “They has assassinated a Christian member of the Kedah State Legislative Council, robbed banks, exploded a few bombs and tried to raid a police station to steal guns”, dengan izin.
Ini satu surat yang menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri pada masa itu berkata bahawa beliau tahu bahawa kumpulan ini yang terlibat dalam kes pembunuhan dan saya hendak tanya siapa yang betul. Perdana Menteri menulis surat kepada Perdana
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Menteri England adakah dia betul ataupun adakah Majistret betul. Kalau Majistret betul adakah sesiapa yang ditahan. Dia kata “a few Malays has been identified and detained under the ISA " oleh kerana pembunuhan itu. So, ini menjadi keadaan di mana memang terdapat skop keluasan untuk undang-undang ISA disalahgunakan.
Saya menyeru supaya kerajaan supaya melihat kembali sekiranya rakyat atau penama tersebut masih ditahan seperti mana dinyatakan oleh Tun Mahathir. Jikalau mereka masih dalam tahanan ISA memandangkan keputusan inquest ini saya memohon agar mereka dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan lagi di bawah undang- undang ISA ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada ucapan. Rakyat Malaysia inginkan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah bahawa kini tiba masanya untuk kerajaan meneliti dan menyelesaikan masalah rakyat dan bukan masalah politik mereka sendiri seperti siapakah yang harus menjadi Presiden UMNO.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, rakyat sudah bosan dengan politik dalaman Barisan Nasional. Ada ramai yang tidak peduli siapa yang menjadi Presiden UMNO. Yang perlu sekarang ialah untuk kami cuba meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di Puchong khususnya, rakyat menghadapi macam-macam masalah. Kerajaan telah pun menyokong pembangunan dan meluluskan beratus-ratus projek perumahan di Puchong, tetapi adakah kerajaan sedar berapa banyak masalah projek terbengkalai di Puchong.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kerajaan seharusnya sedar bahawa ramai daripada mereka yang membeli rumah-rumah ini bukan orang yang sekaya kerajaan.
Mereka mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah dan mereka terpaksa membayar ansuran bulanan untuk pinjaman tersebut. Di sini, sekiranya terdapat sebarang kelewatan, maka rakyatlah yang menderita kerana terpaksa membayar ansuran bulanan dan melihat rumah yang dibayar itu terbiar begitu sahaja.
Dalam surat khabar NST minggu lalu, perkara yang dibangkitkan dan saya rujuk kepada surat khabar tersebut. Di dalam abandon project - incomplete housing project in Puchong empat taman dirujuk kepada purchases in Taman Lestari Permai - 568, five years of delay, Lestari Puchong - 569, five years of delay, Saujana Puchong – 649, four years delay, Puncak Jalil – 200, four years of delay. Yang ingin saya tanya apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan kenapakah masalah ini dibiarkan berterusan selama ini. Kerajaan memang tidak pedulikan masalah ini sudah beberapa tahun dan sekiranya berterusan begini, apakah harapan rakyat untuk masalah ini ditangani dengan secepat yang boleh. Perlukah rakyat menggunakan kaedah-kaedah tersendiri? Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah seperti yang kita lihat di Cheras baru-baru ini, apakah pilihan yang diberikan?
Di sini ingin saya bangkitkan satu perkara. Semalam terdapat satu meeting di antara Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan rakyat daripada Puchong berkenaan dengan masalah ini dan saya hadir. Apabila saya hadir di meeting tersebut, Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut cuba menghalau saya. Saya wakil rakyat Puchong, saya diminta hadir ke situ untuk membantu mereka. Saya dipelawa, saya diminta hadir oleh rakyat. Saya pergi ke sana, dan beliau duduk di situ, apa yang dia buat?
Menggunakan perkataan yang kotor “Get out”, dia kata. Saya kata Yang Berhormat, “leave what should l?” Apabila saya tidak mahu keluar daripada mesyuarat itu, beliau telah pun mengarahkan pengawal peribadinya menggunakan kekerasan terhadap saya dan mengheret saya keluar daripada mesyuarat itu. [Dewan riuh] Dan adakah ini...
Seorang Ahli
Sikap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
No, dia hendak jawab. Saya hendak dengar jawapan. Adakah ini sikap Barisan Nasional, Prime Minister kata work with…
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tadi sudah saya buat ruling tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkenaan...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Penjelasan, sila. I will allow.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang ada di sini. Kalau saya mempunyai satu rumah dan rumah saya ini saya panggil untuk orang-orang yang berkenaan sahaja untuk hadir dalam mesyuarat saya, apakah orang lain yang tidak berkenaan boleh masuk dalam rumah saya? Maka sudah tentu tidak boleh masuk sekali- kalinya.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang itu dinamakan penceroboh. Orang ini adalah penceroboh. Inilah sikap seorang yang bernama Ahli Yang Berhormat Puchong yang menceroboh mesyuarat saya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Jadi sebab itu, saya minta supaya beliau jangan membangkitkan isu kerana dia telah pun menceroboh mesyuarat saya. Dia berkata konon- kononnya dia dijemput. Dia tidak tahu bahawa mesyuarat saya yang pertama beliau tidak dijemput. Yang dijemput ialah mesyuarat kedua. Dia belum boleh masuk.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Orang yang biadap masuk tanpa soal, saya boleh halau dia.
[Dewan riuh] [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Ini, ini...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat ..
[Dewan riuh]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Inilah dia sikap biadap yang ditunjukkan kepada kerajaan. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, timbalan....
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...seorang yang biadap jadi timbalan menteri. Saya wakil rakyat, wakil daripada Puchong.
Seorang Ahli
Kerjasama.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You kata tadi okey, kalau ada satu perkara di rumah Yang Berhormat sendiri. Yes, it is your home we won’t come, tetapi ini adalah satu masalah yang melibatkan rakyat Puchong. Saya wakil Puchong dan saya berhak ada di situ. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau Yang Berhormat tidak faham itu memang Yang Berhormat tidak layak menjadi timbalan menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat patut dihalau dari Dewan ini. Ini menjadi keadaan dia.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah berakhir.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tidak mahu gulung dia.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat, sudah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Macam ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah Yang Berhormat. Dia sudah dengar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Barisan Nasional di sini datang cakap okey what with us? Kita akan beri sokongan penuh.
Seorang Ahli
Bekerjasama.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah selesai. Yang Berhormat belum habis, tetapi masa Yang Berhormat sudah habis.
Yang Berhormat Puchong, dia sudah dengar tadi dia sudah jawab. Yang Berhormat Puchong ada lagi Ahli Yang Berhormat mahu bercakap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau boleh, kalau boleh.
Tuan Yang di-Pertua
30 saat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, taking 30 saat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh, taking 30 saat. Saya cadangkan di sini untuk kebaikan kesemua di sini kita dalam Pakatan Rakyat, kita amalkan satu prinsip, kalau ada mana-mana wakil yang ingin bantu kita, kita memang setuju, kita buka pintu. No problem anywhere.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Puchong. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya berharap Tuan Yang di-Pertua bahawa ucapan saya boleh diambil kira dalam perbahasan ini. Saya ucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Akan dimasukkan dalam Hansard.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, itu memang sudah parliamentary practice.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dengan penuh tanggungjawab, saya Ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu bukan sekadar mencatat kejayaan terbesar oleh Pakatan Rakyat, tetapi hakikat transisi kuasa yang berlaku secara tenang membuktikan generasi muda telah meletakkan tragedi tahun 1969 hanya sebagai nota kaki dalam sejarah negara. Yang membimbangkan generasi kami dan juga rakyat umumnya ialah jurang perbezaan pendapatan di antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar. Jurang di antara tauke Melayu, Cina dan India yang menghisap cerut cohiba dari Cuba dengan penjual sayur di Pasar Selayang, pemandu teksi di Pantai
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Dalam dan penjual teh tarik di Brickfields yang hanya mampu menghisap tembakau seludup dari Jawa semakin membesar.
Penagihan peluang ekonomi yang tidak adil dan dasar yang terlalu mengutamakan kepentingan mereka yang rapat dengan pemerintah telah melebarkan lagi jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan rakyat biasa. Inilah yang sering diperkatakan oleh rakyat. Kini dunia sedang menghadapi krisis makanan, kenaikan harga minyak yang mengheret kenaikan harga barangan keperluan yang lain memberi kesan yang perit terhadap rakyat bawahan.
Kalau diseret sejarah harga minyak yang rendah sekadar mencecah 12 sehingga 26 dolar setong sekitar zaman 1960-an dahulu, jangan lupa dijelaskan juga keadaan ekonomi yang mencatat peningkatan KDNK hingga 8.5% antara tahun 1981 hingga 1997, bukti bahawa pengekalan subsidi bukanlah penyebab longlainya peningkatan tahap ekonomi negara. Ini berbeza dengan keadaan di Malaysia yang sedia ada. Kenaikan harga minyak yang tidak dijangka sehingga mencecah 125 dolar setong, perolehan tinggi keuntungan negara selaku pengeksport minyak sepatutnya memberikan ruangan untuk pelaksanaan projek yang menambah nilai sumber-sumber untuk jangka masa panjang, termasuk pembinaan lebih banyak loji penapisan minyak di negara ini.
Seterusnya, menambah pendapatan bagi mengalih beban rakyat akibat kenaikan harga minyak. Pelaksanaan sistem ration atau resen bagi memastikan kecekapan pengagihan subsidi hanyalah menyambung beban pasca Perang Dunia Kedua sesuatu yang tidak dapat diterima apabila warga seharusnya memandang ke depan dan bukannya menjadi nostalgik dan mengikuti dasar-dasar masa silam.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang berkempen, saya juga melihat rumah-rumah yang didiami oleh anak-anak Melayu miskin di Pantai dalam. Anak-anak muda Cina dan India sekitar Bangsar. Saya tertanya-tanya apakah yang mereka mahukan? Pastinya mereka inginkan pendidikan dan latihan, peluang pekerjaan dan perumahan selesa. Namun, saya lebih terdorong untuk mengatakan bahawa apa yang mereka dahagakan ialah kebebasan.
Memperoleh mutu pendidikan dan keselesaan hidup, menginsafi segala permasalahan rakyat dan negara yang saya sebutkan tadi, ingin saya pancarkan di Dewan yang mulia ini faham ....
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
[Bangun]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
....tidak ada masa. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kimanis saya rasa dia tidak kasi laluan Yang Berhormat Kimanis. Lain kali, lain kali…
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Yang Berhormat bagi laluan kepada Yang Berhormat Menteri tadi.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Faham keafdalan kebebasan. Saya ulangi keafdalan kebebasan atau privacy of freedom dengan izin, yang telah lenyap di bumi Malaysia dan perlu dikembalikan.
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Takkan timbalan menteri beri laluan, Ahli Parlimen tidak bagi laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Dia menteri, dia terpaksa menjawab Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta maaf, suntuk! Saya harap dapat berikan saya masa.
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Itulah saya hendak ulas. Dulu Yang Berhormat pergi ke sekolah pakai Mercedes Benz… [Disorak] Kenapa sekarang baru cakap. Dulu pergi sekolah pakai Mercedes Benz….
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya sambung, anak muda di Malaysia dahagakan kebebasan dan ia diinjak-injak oleh pemerintah.
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Bharu
Bukan rumah kamu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Anifah bin Haji Aman - Kimanis
Anak orang Melayu lain jalan kaki, dia naik Mercedes Benz ke sekolah…
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya selaku ahli muda di Dewan ini bersedia menerima nasihat ikhlas...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kimanis, maiden speech Yang Berhormat Kimanis.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
… tetapi dalam masa yang sama saya menyeru agar pemerintah agar memberhentikan segala bentuk seperti cara ini...
Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Bharu
Apa ceroboh rumah orang ni?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Serta usaha menyalah, memperkecil serta memperlekehkan anak muda di Malaysia. Kita jangan senang-senang menuding jari tanpa memahami erti membara anak muda yang sentiasa mencari cara dan bentuk untuk menyalurkan letusan yang sekian lama terpendam.
Kerajaan lebih suka generasi masa depan terbelenggu dengan budaya kala bendu kata Orang Jawa yang bermakna kerana cenderung huru-hara menganjur pesta tapi tidak menganjur wacana bebas. Tidak ada kebebasan tanpa kepertanggungjawaban. Itulah yang ditegaskan oleh Haik dalam bukunya The Constitution of Liberty....
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, ini dia punya maiden speech Yang Berhormat Kinabatangan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
… dengan sinar kebebasan, generasi muda pastinya memandang serius indeks persepsi rasuah yang...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu hari saya bagi.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
... menempatkan Malaysia di tangga 43 pada tahun 2007.
Tuan Yang di-Pertua
Ini maiden speech, ini maiden speech dia. Kalau boleh jangan ganggu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
… sementara melihat Singapura berada di tangga keempat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya berpegang kepada peribahasa. Orang berbudi kita berbahasa…
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kita tidak hairan sebenarnya….
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu hari saya berucap dia minta.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya tidak ada masa, minta maaf.
Masa begitu suntuk.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu hari saya bagi.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kita kena hormati Ahli Parlimen lain yang mahu berucap.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
Maiden speech, maiden speech dia...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, tolong duduk.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kita tidak hairan sebenarnya….
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu hari…
Tuan Yang di-Pertua
Ini ucapan julung-julung kali.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Pemerintah di Malaysia terutamanya sebelum ini sering menggunakan nilai Asia… terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk meminggirkan kebebasan. Proses semacam indoktrinasi ini menggunakan alasan, kononnya kebebasan ini adalah nilai Barat tidak secocok dengan kita dari Timur akan tetapi kita tidak melihat kebebasan menjadi bahagian penting dari pemerintahan di Malaysia. Kita lihat sahaja akta kuno seperti ISA diwarisi dari kerajaan Kolonial British. Bertapa undang- undang ini sangat bersalahan dengan kebebasan yang dijamin oleh semangat keperlembagaan itu sendiri. Hakikatnya tanpa ISA pun sudah cukup undang-undang lain untuk mengadili sesiapa pun di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua melalui sistem pendidikan pula, pemerintah mengongkong pelajar dengan AUKU. Sistem di universiti bukan lagi untuk menjana kecemerlangan tetapi cara kemasukan ke universiti hari ini sebagai contoh, hanya menginstitusikan kelaihan atau kelembapan. Sistem kemasukan universiti hari ini hanya menggalakkan aliran keluar bakat- bakat cemerlang yang telah dinafikan kebebasan mereka untuk memasuki universiti di negara ini. Bukan rahsia lagi, ada negara jiran yang sudah memikat pelajar cemerlang kita semenjak di bangku sekolah. Usaha-usaha menginstitusikan ‘kelaihan’ atau dengan izin, institutionalizing mediocrity, sebenarnya juga telah menafikan kebebasan anak-anak muda kita untuk mendapat pengajian terbaik di institusi pengajian tinggi tempatan.
Ahli akademik sudah tidak lagi bebas menyuarakan pandangan ilmiah mereka yang tidak selaras dengan pandangan pemerintah. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Jomo Kwame Sundaram dan juga Edmund Terence Gomez yang hari ini berkhidmat di PBB.
Hari ini Akujanji menjadi surat ugutan untuk memaku pemikiran para ahli akademik. Saya percaya dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk penambahbaikan sistem pendidikan, elemen kebebasan dapat dikembalikan dalam sistem pendidikan kita.
suruhanjaya ini perlulah mempunyai bidang kuasa yang membolehkan mereka menyiasat dan mengkaji sistem pendidikan kita daripada sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Dan asas kepada tugas suruhanjaya ini haruslah untuk mengembalikan dan menghidupkan kebebasan dalam sistem pendidikan.
Saya hanya perlu merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Dewan yang mulia ini bagi menunjukkan bencana yang telah menimpa sistem pendidikan kita. Dianggarkan 60 ribu hingga 80 ribu graduan universiti tempatan yang menganggur dan jelas sekali, kebanyakan majikan lebih menggemari graduan luar negara. Universiti tempatan pula terus merudum kedudukannya di peringkat di antarabangsa. Pada tahun 2007, tidak ada satu pun universiti tempatan yang tersenarai dalam carta Times Higher Education Supplement. UM yang berada di tangga 162 pada tahun 2006 kini telah terkeluar.
Apa yang ingin saya katakan berkenaan perubahan sistem pendidikan ini bukanlah berbunyi sedap di atas kertas sahaja. Finland sebagai contoh, sebuah negara yang menikmati faedah kebebasan di dalam sistem pendidikan…
Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Laluan, laluan. Minta laluan. Lembah Pantai boleh tanya?
Puan Nurul Izzah Anuar - Lembah Pantai
Maaf, masa saya begitu suntuk.
Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Kita sama-sama muda ini.
Puan Nurul Izzah Anuar - Lembah Pantai
Mungkin dalam forum lain, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Razali bin Haji Ibrahim - Muar
Tidak boleh?
Puan Nurul Izzah Anuar - Lembah Pantai
.... pertumbuhan kerjasama ekonomi dan pembangunan OACD, berjaya mencapai tahap pendidikan tertinggi di dunia.
Terutamanya pencapaian dalam bidang sains, matematik dan minat membaca. Tidak ada formula khusus yang menjayakan sistem pendidikan di Finland....
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anuar - Lembah Pantai
Terima kasih, tetapi apa yang diperhatikan adalah bagaimana dijamin keterbukaan dan kebebasan yang diberikan untuk merangka kurikulum, sejajar dengan afdalnya kebebasan dalam pendidikan. Para guru diberi ruang untuk menentukan strategi mengajar di sekolah-sekolah. Kanak-kanak mula bersekolah dari umur tujuh tahun dan digalakkan untuk berdikari dan diajar untuk membuat keputusan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, penolakan kepada keafdalan kebebasan ini juga mengakibatkan negara semakin merosot daya saing untuk menarik kehadiran pelabur asing bagi mewujudkan peluang pekerjaan. Kawalan sempadan yang longgar membawa kepada kebanjiran buruh asing. Namun pada masa yang sama, kerajaan tidak bersungguh dalam membuka pasaran untuk pelabur asing bagi mewujudkan peluang pekerjaan. Saya sedar ramai yang takut dengan idea kebebasan ini. Sudah saya sebutkan awal-awal tadi bahawa kebebasan datang dengan tanggungjawab. Mereka yang takut dengan kebebasan adalah golongan yang sudah melupakan tanggungjawab individu.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj mengisytiharkan bahawa tanah air kita akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini sambil mengenangkan anak-anak muda dari pelbagai kaum dan agama, saya berharap suatu hari nanti supaya dapat memberitahu mereka bahawa mereka mempunyai tempat di negara ini.
Bahawa mereka boleh mengembalikan kedudukan mereka dalam masyarakat dan sememangnya kebebasan hak mereka yang asasi yang telah dijanjikan oleh pengasas negara kita. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Maran.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tanya Tuan Yang di- Pertua? Semua yang bercakap ini tidak boleh dicelahkah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, kalau point of order bilang point of order.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hendak tanya Tuan Yang di- Pertua, bolehkah?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Semua yang bercakap ini tidak boleh dicelah atau pun ada yang boleh dicelah juga?
Tuan Yang di-Pertua
Saya buat keputusan tadi Yang Berhormat, bahawa oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya kata saya gunakan kuasa di bawah 37(2). Kalau masa tidak cukup, kita tidak benarkan untuk mencelah ataupun tanya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kalau begitu biar dia cakap seorang dirilah yang lain keluarlah kalau tidak boleh tanya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Maran sila.
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi izin….
Datuk Bung Mohtar bin Radin - Kinabatangan
[Berjalan keluar Dewan]
Tuan Yang di-Pertua
Ini Yang Berhormat Kinabatangan, cari alasan sahajakan?
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
… pada saya untuk sama-sama membahaskan dan mempersembahkan Ucapan Junjung Kasih Atas Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Majlis
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Persidangan Parlimen Keduabelas, pada 29 April yang lalu. Duli Yang Mulia Tuanku telah menyentuh aspek kehidupan yang perlu diberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan dan juga kepada Yang Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Beluran kerana dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan.
Saya juga Tuan Yang di-Pertua ingin mengucapkan takziah dan juga rasa simpati kepada rakyat negara Myanmar dan juga China kerana dilanda puting beliung dan juga gempa bumi.
Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua sebelum itu sebelum menyambut Hari Ibu yang disambut oleh seluruh masyarakat di negara kita pada 11 Mei yang lalu, saya ingin mengambil mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat wanita yang berada dalam Dewan hari ini. Satu pengiktirafan yang sebenarnya yang telah diperoleh sejak kebangkitan Islam lagi.
Pengiktirafan ini hendaklah dihargai dengan cara berusaha membentuk keluarga bahagia bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Saya juga hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru pada 16 Mei yang akan datang.
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya merasa takut dengan kes kehilangan kanak-kanak di negara ini. Bagi tahun 2005 sahaja, seramai 1,598 orang kanak-kanak hilang; 2006, 1,247 orang; 2007, 1,029 orang; dan empat bulan pertama pada 2008 ialah 456 orang. Sempena menyambut Hari Ibu ini saya minta bukan sahaja kerajaan bahkan pembangkang memikul amanah yang sama. Jangan pandai bercakap kalau kita belum membuat kerja. Bekerja dahulu, nanti kita akan tahu betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Saya meminta kerajaan mengambil tindakan dan mengatur pendekatan kerja dalam kita menangani isu kehilangan kanak-kanak yang merupakan masa depan negara kita.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah berjaya menyelesaikan kes ini pada puratanya 62% bagi tiga, empat tahun yang saya sebutkan tadi. Namun ianya belum berjaya dan perlu dipertingkatkan lagi. Kerja ini tidak akan berjaya dilaksanakan kalau tanpa penglibatan semua pihak termasuk kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur kerana berada dalam negara Malaysia yang saya cintai. Negara yang saya lahir di dalamnya Negara yang saya dibesarkan. Negara yang saya mempelajari pengertian hidup dan kehidupan. Negara yang penuh dengan keamanan, kemakmuran, keselesaan hidup. Keamanan, kemakmuran dan keselesaan yang di kecapi tidak datang dengan sendiri tampa usaha dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh kerajaan iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh pemimpin- pemimpin kita yang dahulu. Juga pasukan keselamatan, polis, tentera dan mereka yang taat dan menyayangi negara dan tanah air sendiri sejak dahulu lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada pemimpin kita yang terdahulu, para pejuang negara dan pasukan keselamatan yang telah berjuang membawa kepada kemerdekaan negara yang kini sudah berusia 50 tahun. Ramai daripada mereka tidak sempat merasai dan menikmati hasil perjuangan mereka tetapi sebaliknya yang merasa faedah dan hasil perjuangan mereka terdahulu ialah kita pada hari ini, tetapi amat malang masih terdapat mereka yang tidak menghargai pengorbanan yang telah dilakukan itu. Hari ini masih terdapat mereka yang suka memburukkan, memperlekeh dan meragui prestasi perkhidmatan pasukan keselamatan termasuk pasukan polis. Ini adalah dipelopori oleh kumpulan pembangkang.
Setiap kali berlaku jenayah dan kemalangan, pantas mereka menuding jari dan menuduh polis tidak menjalankan kerja dan gagal menunaikan tanggungjawab. Inilah suara-suara negatif yang sering diluahkan pihak pembangkang.
Secara jujur saya ingin bertanya kepada Dewan yang mulia ini termasuk pemimpin pembangkang, siapakah yang menjaga keselamatan kita selama hari ini? Apakah kita sendiri yang tercegat di tengah panas di jalan raya? Apakah setiap malam kita yang meronda di sekeliling rumah kita, ataupun ada orang yang lain menjaga kita? Apakah
Dato’ Ismail bin Haji Abd. Mutalib - Maran
menjadi hina kita kalau melafazkan sedikit rasa terima kasih kepada mereka dan bukan menghina mereka? Janganlah menjadi orang lupa diri dan tidak bersyukur. Sebahagian pemimpin pembangkang bercakap tentang agama, menghormati orang tetapi bila bercakap tidak menampakkan rendah diri. Contoh seperti yang saya sebutkan ialah kepada wakil daripada Ampang.
Tuan Yang di-Pertua, secara jujur saya katakan bahawa saya merasa terlalu malu orang yang dikatakan pemimpin, Ahli Parlimen tetapi mempunyai hati budi yang amat rendah. Kita boleh mengutuk pemerintah dan kerajaan kerana kita belum memerintah. Kita boleh mengatakan apa sahaja yang tidak baik tetapi kita sering lupa apa yang kita peroleh dari kerja orang lain iaitu pekerjaan kita ini. Pemimpin pembangkang hari ini, saya ibaratkan seperti penonton perlawanan bola sepak yang tidak pandai bermain bola.
Di gelanggang pasukan kerajaan telah lama dan sedang bermain. Telah banyak gol dijaringkan. Ada yang terlepas tetapi apabila penonton di luar bertempik, mengutuk dan mengherdik pemain, tetapi mereka merasa gembira dapat menonton dengan bentuk permainan yang menarik. Hanya sekali permainan agak hambar lantas penonton, pemain dihempuk dan dikutuk.
Tuan Yang di-Pertua, stadium kita di Kelantan agak berbeza. Walaupun pemain- pemain Barisan Nasional kalah, tetapi sebenarnya kemudahan-kemudahan yang disediakan di stadium di sana adalah disediakan oleh Barisan Nasional, dari segi projek dan sebagainya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita pernah memberi peluang kepada pasukan pembangkang bermain bola di Terengganu, tetapi mereka tidak pandai bermain.
Mereka banyak curi ayam, akhirnya mereka dibuang di padang... [Tepuk] Ramai juga pemain-pemain persendirian yang kita benarkan bermain di negeri-negeri lain termasuk di Pahang, tetapi selepas satu kali permainan, mereka juga dikeluarkan padang kerana mencuri ayam. Kini lima pasukan baru telah masuk gelanggang. Pasukan Selangor telah melakukan curi ayam kerana telah membohongi rakyat Selangor untuk menurunkan kadar cukai taksiran 20% dan cukai perniagaan 10% sahaja....
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Macam mana kita menang, curi ayam pula...!
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Pengadil! Pengadil tak apa.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Kita tunggu dan lihat sahaja.
Apakah akhirnya pasukan dan pemain-pemain ini akhirnya nanti.
Tuan Yang di-Pertua, kini terdapat lebih kurang 20,000 orang bekas pasukan polis yang berada dalam kategori susah dan berpendapatan di bawah RM500. Saya minta pihak kerajaan agar memberikan perhatian kepada golongan tersebut di negara kita, kalau tidak silap saya termasuk pasukan polis dan keselamatan, mereka ini mendapat wang saraan mereka berdasarkan gaji akhir mereka sebelum bersara dan ada di antara mereka hanya menerima pencen kurang daripada RM500.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri kerana baru-baru ini memberikan insentif baru kepada kakitangan awam berupa melanjutkan umur persaraan kepada 58 tahun mulai 1 Julai 2008.
Membayar 100% pencen terbitan kepada ahli keluarga, kakitangan awam yang meninggal mulai 1 Januari 2009. Yang ketiga, bayaran pencen ikut tempoh perkhidmatan maksimum 30 tahun mulai 1 Januari 2009. Penambahan baikkan pelaksanaan PTK iaitu Penilaian Tahap Kecekapan kepada kakitangan awam dan juga ibu atau bapa kakitangan awam yang meninggal tanpa meninggalkan waris akan dibayar pemberian sekali.
Tuan Yang di-Pertua, hidup semakin mencabar. Harga barangan dan makanan semakin naik. Buat masa ini, dirasakan agak sukar untuk harga barang akan turun. Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan dan memikirkan, apakah tidak boleh kalau pesara-pesara di negara ini akan dapat dibayar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan. Ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan hidup pesara-pesara tersebut termasuk pasukan keselamatan.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, sekarang negara kita berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang-barang termasuk barang-barang keperluan harian masyarakat negara ini seperti beras. Begitu juga dengan kenaikan harga minyak dan sebagainya. Saya ingin mengemukakan soalan kepada pihak kerajaan. Kini lima negeri telah diperintah oleh pembangkang. Di antara manifesto yang dilaungkan oleh pembangkang ialah apabila mereka memerintah, mereka akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja mereka berjaya memerintah tetapi setelah dua bulan memerintah, keadaan harga minyak masih juga belum turun.... [Dewan riuh] Dalam menghadapi masalah kekurangan beras dan makanan di negara in Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, kita dapati beribu-ribu ekar tanah kosong termasuk kawasan-kawasan paya yang terbiar.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberikan tanggungjawab kepada mana-mana agensi seperti FELCRA dan sebagainya, supaya mengambil tanggungjawab bagi melihat, apakah cara dan tindakan yang boleh diambil bagi kita memajukan tanah terbiar ini.
Tuan Yang di-Pertua, pelancaran Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar, Pembangunan Wilayah Utara, Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur dan Pembangunan Wilayah Sabah, membuktikan tujuan baik kerajaan untuk mengimbangkan tahap pembangunan di antara wilayah. Walau bagaimanapun, saya minta pihak kerajaan membuat kajian semula dari segi projek-projek yang akan dilaksanakan. Pastikan projek- projek tidak mengutamakan projek-projek mega. Tentukan masyarakat miskin luar bandar diberi keutamaan dan dibela. Hari ini kita lihat masyarakat luar bandar masih lagi setia kepada kerajaan kerana mereka berterima kasih di atas pelbagai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka termasuk anak-anak mereka.
Namun, lain keadaannya dengan sebahagian penduduk bandar yang telah senang, mewah dan tidak lagi menyokong kerajaan. Walaupun mereka sebenarnya berada dalam kemudahan dan mendapat kemudahan daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi inilah sifat manusia yang sering lupa diri. Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan berikan tumpuan serius dalam membangunkan kehidupan masyarakat luar bandar, pembangunan fizikal dan pembangunan minda mereka....
Tuan Yang di-Pertua
Ada lima minit lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya peruntukan tambahan diberikan kepada Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, pelengkap kepada pembangunan wilayah dan pembangunan negeri-negeri, adalah kerana terdapatnya agensi-agensi pembangunan wilayah yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Johor dengan KEJORA, Kedah dengan KEDA, Pulau Pinang dengan PERDA, Kelantan dengan KESEDAR, Terengganu dengan KETENGAH, manakala Pahang tidak ada apa-apa lagi.
Sebagai anak Pahang saya merayu sekali lagi supaya kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah seperti yang disebutkan oleh sahabat saya daripada Kuala Krau, agar dapat menghidupkan semula agensi wilayah yang dahulunya dikenali dengan DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Walaupun dalam nama yang lain tetapi menjalankan fungsi yang sama. Saya dimaklumkan bahawa pada dasarnya kerajaan telah bersetuju untuk mengaktifkan semula peranan agensi-agensi tersebut. Terima kasih jika ini benar, kerana ia amat penting untuk pembangunan kampung- kampung tradisional di sekitarnya.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, terdapat kampung-kampung tradisional yang dahulunya diselia oleh agensi-agensi ini, agak terbiar. Banyak projek pembangunan yang dahulunya dibangunkan, agak kurang dari segi penyelenggaraannya. Walaupun ada pihak-pihak lain termasuk Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri, pejabat daerah dan sebagainya telah menjalankan tanggungjawab mereka bagi melaksanakan pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan tetapi dengan adanya agensi pembangunan wilayah ini, saya yakin bahawa kadar dan tahap pembangunan akan dapat dicapai dengan lebih baik.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, perpaduan antara kaum adalah faktor yang amat penting dalam menentukan keamanan, kemakmuran dan keselamatan di negara kita. Akan tetapi di akhir-akhir ini, perkara-perkara sensitif yang menggores hati dan perasaan sesuatu kaum sering dibangkitkan. Malangnya isu-isu yang menyentuh dasar undang-undang negara, contoh yang paling jelas ialah sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, yang mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertua Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.
Semua orang tahu isu yang membabitkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak ini bukan sahaja menyentuh institusi Raja-raja di negara ini, tetapi menggores hati dan perasaan orang Melayu. Bagi meredakan isu ini saya minta Tuan Yang di-Pertua, supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor memohon ampun daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Jangan berasa angkuh dan sombong, masyarakat boleh menilai diri kita. Jangan kita menjadi popular kerana sikap angkuh dan keras hati yang ada pada kita. Biarlah kita menjadi terkenal dengan sifat baik dan rendah diri yang ada pada kita sebagai manusia.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini semasa saya meninjau di salah satu kawasan, saya bertemu dengan seorang OKU yang telah berusia lebih kurang 40 tahun. Malangnya OKU ini belum lagi didaftarkan. Oleh itu saya minta supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan perhatian kepada perkara ini. Saya bertanya kepada bapa OKU ini, “Kenapa ini boleh terjadi?” Lantas beliau menjawab kepada saya, “Saja Datuk, dan segan.” Saya tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak, cuma saya hendak minta supaya pihak kerajaan terutama kementerian memberikan lebih perhatian dan bersikap lebih proaktif, supaya orang kurang upaya seperti ini tidak tertinggal dan mendapat faedah daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan walaupun sikap bapa tadi kita anggap mulia.
Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar jumlah OKU bagi setiap negara di dunia adalah antara 1% hingga 3%. Dalam konteks negara kita yang mempunyai penduduk seramai lebih kurang 27 juta orang, bermakna bilangan orang kurang upaya di negara kita ialah lebih kurang 220 ribu ataupun 250 ribu orang...
Tuan Yang di-Pertua
Ada seminit lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Berapa peratus OKU yang telah didaftarkan? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah Yang Berhormat Bukit Gelugor telah didaftarkan sebagai OKU, kerana saya difahamkan beliau belum lagi didaftarkan?
Tuan Yang di-Pertua, saya bukanlah hendak merendahkan kedudukan Yang Berhormat Bukit Gelugor tetapi sebagai seorang Ahli Parlimen, sebagai Ahli Yang Berhormat, saya minta supaya kerajaan, kementerian yang terlibat tidak mengambil enteng kepada perkara seperti ini dan memastikan supaya orang kurang upaya ini dapat kita daftarkan, dan mereka akan mendapat faedah daripada program-program kerajaan yang telah dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah dari segi kesihatan. Saya minta sangatlah kepada Kementerian Kesihatan dan kepada kerajaan supaya apa yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, bahawa kadar kesihatan negara kita terutamanya dari segi kemudahan kedoktoran dan juga kemudahan peralatan ini masih lagi rendah.
Saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian yang serius kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan masyarakat kita, tetapi dalam masa yang sama boleh menjejaskan misi kita untuk melahirkan modal insan yang akan berkhidmat pada negara kita bagi menjamin kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan negara.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Sudah lama menunggu, Tuan Yang di- Pertua, mikrofon pun macam tidak mahu “on” jadinya.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya untuk turut serta menyampaikan ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada Persidangan Parlimen Keduabelas, Penggal Pertama.
Tuan Yang di-Pertua, dengan segala hormatnya saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Negeri Sabah serta kepimpinan negara yang telah memberi peluang kepada saya untuk dipilih, seterusnya memenangi pilihan raya yang baru lepas.
Tidak lupa juga kepada seluruh pengundi kawasan P188 Silam, kerana telah memberi kepercayaan, mandat dan amanah kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Silam. Insya-Allah, saya berjanji akan melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya dengan penuh tanggungjawab, jujur dan insya-Allah saya akan bekerja kuat untuk memacu kemajuan dan memberi sepenuh tenaga untuk menyediakan kesejahteraan kepada rakyat di kawasan Parlimen Silam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjunjung kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong di dalam Dewan yang mulia ini pada tempoh hari. Saya menyokong penuh ucapan dan saranan Baginda untuk mencapai kesejahteraan dan kemajuan rakyat jelata. Ucapan Baginda sungguh bermakna kepada kita semua dan mampu menjana serta menyuntik semangat kepada kita semua untuk terus bekerja dan berkhidmat dengan penuh semangat dan beristiqamah dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan, dan seterusnya memperkasakan kekuatan untuk terus bekerja bagi memajukan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat negara kita yang merdeka, kalau negeri Sabah dan Sarawak mungkin kita baru mencapai usia 35 tahun, tetapi negara ini telah merdeka dalam usia yang pada tahun ini insya-Allah mencapai 51 tahun. Pengalaman saya ketika usia saya sudah lebih daripada setengah berada di luar negara dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada saya jelas membuktikan bahawa negara dan bumi bertuah ini adalah contoh teladan yang terbaik kepada kita sebagai negara yang berbilang kaum.
Saya tidak mempercayai bahawa apa yang telah disarankan, yang diucapkan pada hari pertama kita bersidang sehingga ke hari ini, Pakatan Rakyat, kalau pada pandangan saya, saya lebih suka sebutkan mereka ini sebagai “Pakatan Rojak” yang pakatannya hanya merosakkan pemikiran rakyat kita, kerana mereka tidak pernah mensyukuri serta berterima kasih bagaimana kehebatan Kerajaan Barisan Nasional itu sebagai sebuah kerajaan yang tertua di dunia ini. Kita kena terima hakikat, inilah bukti yang sebenarnya pembangkang ini cuba membutakan mata mereka, tidak mengetahui sejarah itu.
Tuan Yang di-Pertua dan yang dihormati sekalian, mereka bangkit dan perlu sedar daripada mimpi yang indah. Kadang-kadang memang pemandangan yang indah itu hanyalah mimpi semalaman. Mungkin hari ini mimpi itu akan bertukar menjadi mimpi yang hampa, sang puteri yang cantik rupa-rupanya nenek kebayan yang uzur. Saya pasti dan yakin Barisan Nasional akan kembali dengan lebih gah dan gagah daripada sebelum ini, insya-Allah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Tuan Yang di-Pertua, ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’, itulah bunyinya peribahasa Melayu yang menceritakan perihal perubahan yang mana perubahan ini adalah satu fenomena yang akan pasti terjadi yang tidak akan mampu dinafikan oleh sesiapa.
Akan tetapi perubahan itu adalah untuk menyuburkan tanah yang sama, kalau dulu negara kita tidak maju tetapi sekarang kita sudah berbangga dan bersyukur kerana negara kita sudah maju dan kita berbangga kerana parti kita yang pasti iaitu parti UMNO.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Siapa yang cuba menafikan? Kalau Parti Pakatan Rakyat ataupun pihak yang saya anggap sebagai ‘pakatan rojak’ ini tidak mengakui akan kehebatan UMNO walaupun UMNO itu hanya berada di Sabah baru berusia 13 atau 14 tahun. Namun saya menghargai dan bersyukur bagaimana kerajaan ini yang telah banyak berjasa, yang telah banyak membangunkan negara ini, yang telah banyak membawa perubahan kepada rakyat di negara ini.
Kita seharusnya jangan lupa diri kita, jangan cuba mengambil contoh negara- negara yang hanya baru merdeka. Kalau kita bandingkan dengan negara yang sudah beratus tahun dibandingkan dengan negara kita ini tetapi di Malaysia ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua yang dihormati dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, Malaysia ini kalau dibandingkan dengan negara yang telah lebih maju daripada kita, kita ini sebenarnya berada di tahap yang sangat terbaik dan menjadi contoh teladan kepada negara-negara yang lain, Tuan Yang di-Pertua. Kita berbangga dengan kemajuan di serata dunia, negara Malaysia khususnya tetapi apabila kita membelek statistik ekonomi bumiputera Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan terus prihatin terutamanya pada pilihan raya yang lepas, kita melihat keputusan yang telah diberikan dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat negeri Sabah dan di Sarawak, memberikan kemenangan yang besar. Ini membuktikan bahawa kita yakin dan percaya kerajaan yang hanya boleh mentadbir dengan baik Malaysia ini ialah Kerajaan Barisan Nasional.
Oleh itu saya berharap walaupun kadar kemiskinan Sabah merupakan negeri yang tertinggi dari segi fakta ataupun laporan peratusan kemiskinan tetapi kita berharap supaya pembangunan yang akan dibawa ke negeri Sabah ini apabila kita melihat iaitu dari segi pembangunan tanah-tanah yang telah dimajukan oleh pihak FELDA. Saya merayu, berharap kepada kerajaan supaya dapat membangunkan tanah FELDA ini dengan baik dan mengkaji semula dasar kerajaan yang telah dilaksanakan selama ini terutamanya dalam rancangan pembangunan FELDA.
Kita melihat bagaimana Allahyarham Tun Abdul Razak yang berjiwa rakyat, anaknya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib sekarang ini mengorak langkah untuk jauh berhadapan dan membawa FELDA ini kepada fasa yang seterusnya iaitu fasa kedua dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sehingga mampu membawa lebih 50 pembaharuan, penambahbaikan dalam masa 4 tahun.
Saya berharap dalam jangka masa yang waktu tersebut iaitu di Sabah sahaja, kita melihat tanah rancangan FELDA yang dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah 156,900 hektar di negeri Sabah. Dan kalau kita lihat daripada 156,900 ini, 137,593 hektar di Sahabat adalah di kawasan Parlimen Silam.
Saya merayu dan berharap kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya dapat mengkaji semula peranan FELDA dalam pembangunan tanah khususnya di negeri Sabah sebab kita melihat bagaimana kalau pembangunan ini dapat diagihkan dengan baik, kita akan dapat menghapuskan kemiskinan tegar.
Kita berharap juga dengan pembukaan tanah rancangan FELDA ini dan mengkaji semula peranan FELDA sebelum ini yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya kepada negeri Sabah bahawa mereka akan sama-sama cuba membantu dan menghapuskan kemiskinan itu dengan kadar yang baik.
Saya mencadangkan di sini supaya Tanah Rancangan FELDA terutamanya di Sahabat 16, di kawasan Parlimen Silam ia dibuka lagi dan ditambah supaya rakyat dan terutamanya penduduk di kawasan saya dapat tinggal di kawasan tersebut. Sebab kita melihat seramai 3,000 orang miskin tegar yang terdapat di kawasan Parlimen Silam ini perlu pembelaan daripada Kerajaan Persekutuan.
Itulah sebabnya mereka memberi keyakinan dan kepercayaan seterusnya menyokong Kerajaan Barisan Nasional sebab mereka faham dan mengetahui bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini adalah satu kerajaan yang boleh dipertanggungjawabkan dan boleh membawa perubahan kepada rakyat di negeri Sabah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dan dengan mudah-mudahan dengan rasa tanggungjawab dan kesedaran serta kita mensyukuri nikmat daripada Allah S.W.T ini, saya yakin dan pasti Kerajaan Barisan Nasional akan mengambil kira segala pandangan sahabat-sahabat saya, Yang Berhormat daripada negeri Sabah yang meluahkan perasaan. Bukanlah kita bererti menyatakan bahawa rasa tidak puas hati itu seolah-olah kita tidak menyokong ataupun tidak menyebelahi kerajaan tetapi inilah masanya apabila kita menerima teguran dan kritikan ini sebagai satu yang positif kepada kita untuk memberi kekuatan kepada kita untuk supaya kita tidak memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mencari kelemahan kita.
Sudah tiba masanya untuk sama-sama supaya system delivery yang diperkenalkan oleh kerajaan dapat dipertingkatkan. Sama-sama berkhidmat dengan penuh ikhlas terutamanya kepada pegawai-pegawai kerajaan. Dengan cara ini supaya kita sama- sama tidak ingin mencari kelemahan ataupun kekurangan ataupun kemunduran ataupun ketidakupayaan kita.
Untuk itu, saya Tuan Yang di-Pertua merayu supaya pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada pembangunan kerajaan sekarang ini dengan izin, in the knowledge based society of the 20th century university are well position to play and impartial role in shaping tomorrow role. Ini jelas dengan izin ...
Tuan Yang di-Pertua
You have another five minutes Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Pembinaan modal insan ataupun human capital adalah antara perkara teras yang dibincangkan dan sering kali diungkapkan dalam kepimpinan kerajaan. Modal insan ini sudah mula diketengahkan oleh ahli akademik yang terdahulu daripada kita memperkatakan tentang kelangsungan pendidikan ke atas pembangunan sumber manusia. Asas ini dapat diperkukuhkan hampir 20 tahun kemudian yang memperkatakan betapa pentingnya kurikulum pendidikan sebagai pendukung kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh. Kesedaran kepada pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan modal insan yang berkeperibadian mulia untuk negara merealisasikan Wawasan 2020 menjadi pendorong kepada agenda Perdana Menteri kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, modal insan ini akan dapat kita capai jika prasarana dapat kita buat untuk kemudahan.
Justeru itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya pembinaan pusat-pusat pengajian seperti politeknik yang memberi peruntukan dan mengajar masyarakat ataupun modal insan terutamanya generasi muda dari segi kemahiran sebab dengan cara ini kita akan memberi peluang kepada mereka untuk melatih mereka untuk menjadi insan ataupun individu yang ada kemahiran dan mereka ini akan laku di pasaran. Ini kerana kita melihat kumpulan umur 0 hingga 14 tahun, mempunyai penduduk adalah 34% pada tahun 2000, 32.6% pada tahun 2005 dan dijangka menjadi 31.7% pada tahun 2010.
Ini jelas membuktikan di sini bagaimana pentingnya modal insan ini dapat kita bangunkan dengan lebih fokus lagi supaya generasi pada hari ini akan menjadi pemimpin di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, graduan modal insan yang paling penting dikatakan tidak kompetitif hari ini kerana kesukaran mendapat pekerjaan memandangkan kebanyakan organisasi mahupun individu yang memiliki penampilan yang seimbang yakin bukan hanya memiliki ilmu tetapi teras kepada diri adalah kualiti dalam pembangunan sumber manusia itu.
Seterusnya juga, saya menyokong bagaimana kerajaan menekankan kepada pembangunan pelancongan terutamanya yang berasaskan kepada ekopelancongan. Di Parlimen Silam, di sini saya mencadangkan supaya projek pembangunan ekopelancongan Teluk Darvel di Lahad Datu yang pada tahun 1967 telah pun dikaji oleh penyelidik daripada kerajaan British yang menjelaskan bahawa, kebanyakan program pembangunan pelancongan terutamanya di kawasan pantai timur Sabah belum lagi dimajukan.
Oleh itu saya berharap supaya ekopelancongan ini dapat dimajukan. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan ekologi laut yang mampu melonjakkan kegiatan pelancongan peringkat nasional dan internasional.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Secara umumnya Teluk Darvel yang terletak di Parlimen Silam mempunyai 10 buah pulau yang masih berkeadaan asli dan belum diterokai. Inilah satu hasil dan keistimewaan yang terdapat di kawasan Parlimen Silam yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai zon ekopelancongan Sabah ataupun ringkasnya “zeps”.
Oleh itu saya mencadangkan di sini supaya Kerajaan Persekutuan dapat mewujudkan lebih banyak destinasi pelancongan di Malaysia, menubuhkan pusat penyelidikan ekopelancongan, mewujudkan one-stop-center ekopelancongan, memberi galakan kepada rakyat tempatan akan industri ekopelancongan ini. Seterusnya bekerjasama dengan semua agensi sama ada badan NGO ataupun badan-badan yang lain agar pelancongan ini akan menjadi satu produk yang ditekankan oleh rakyat kepada penyusunan semula masyarakat.
Saya berharap dan mencadangkan kepada kerajaan supaya program pembangunan terutamanya di kawasan Parlimen Silam, yang saya ringkaskan dengan perkataan Papar. Penekanan kepada aspek pembangunan secara holistik harus diberi tumpuan sewajarnya agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Pembangunan ini pada umumnya sebab kita mendapati iaitu 3,000 hingga 4,000 keluarga miskin tegar di Parlimen Silam dengan tujuan PAPAR ini mengeluarkan sebahagian daripada garis kemiskinan...
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
... bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dalam semua bidang. Tuan Yang di-Pertua, untuk pembangunan seterusnya juga kita akan mencadangkan kepada kerajaan dengan kerjasama daripada FELDA supaya dapat membangunkan kampung-kampung persekitaran yang berhampiran dengan FELDA.
FELDA berperanan sebagai mentor dan memajukan kampung-kampung yang daif yang berada di kawasan FELDA dan seterusnya mewujudkan ladang komuniti rakyat ataupun ringkasnya, LAKOR bermentorkan FELDA.
Ladang yang membabitkan empat buah kampung yang terbesar di kawasan Parlimen Silam terutamanya di kawasan DUN Tungku dan kita berharap juga dengan mewujudkan zon LAKOR tadi, kita mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya zon agriculture rakyat yang berjumlah RM3 juta supaya dapat dibangunkan di kawasan Parlimen Silam sebab ia mempunyai kawasan yang sesuai untuk dibangunkan zon agriculture ini. Koperasi agriculture ini akan berperanan dan zon ini akan berperanan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat dan khususnya di kawasan Parlimen Silam...
Tuan Yang di-Pertua
Masa habis, Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Selain daripada itu juga... Saya minta satu minit lagi, Tuan Yang di-Pertua, sebab ini ucapan yang julung kali bagi orang yang kali pertama berdiri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu, Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat segala rancangan dalam masa yang terhad ini yang saya ketengahkan ini, saya minta cadangan yang saya kemukakan ini, saya mohon kepada Dewan yang mulia ini supaya dapat dicatat bersama untuk kepentingan rakyat dan nota ucapan yang saya akan kemukakan. Mudah-mudahan dengan rancangan dan perancangan ini akan dapat membawa perubahan kepada kerajaan dan seterusnya memberi kekuatan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang berada di kawasan Parlimen Silam.
Tuan Yang di-Pertua
Masa cukup.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Dengan itu mudah-mudahan dengan pelaksanaan dan program yang akan dapat dilaksanakan ini saya yakin dan pasti kita tiada pilihan lain lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional itulah yang terbaik...
Tuan Yang di-Pertua
Masa, Yang Berhormat.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Kepada rakyat Malaysia. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan ucapan Titah Diraja untuk membuka Penggal Pertama bagi Parlimen Yang Keduabelas baru-baru ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk menduduki Kerusi Dewan Rakyat dan juga khususnya kepada seluruh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kerana telah berani membuat perubahan sehingga menguasai lima negeri.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru kepada sahabat-sahabat saya daripada Sabah dan Sarawak supaya berani melakukan perubahan kerana tidak ada erti kesetiaan yang telah ditunjukkan selama 45 tahun tetapi masih ada rintihan, masih ada tangisan yang mana masih ramai rakyat yang kesedihan kerana diabaikan, masih ramai pelajar sekolah yang masih berada di atas lantai dan masih ada elektrik dan air yang tidak diberi kemudahan kepada rakyat. Ini merupakan satu penganiayaan dan pengabaian yang tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang sudah merdeka lebih daripada 50 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, kepimpinan adalah satu amanah yang akan disoal oleh Allah di akhirat. Sebagai pemimpin sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan juga wakil-wakil rakyat akan disoal apa yang dilakukan terhadap amanah yang telah diberikan kepada mereka. Semua projek dan peruntukan yang diberi kepada rakyat seharusnya benar-benar sampai kepada rakyat supaya tidak ada satu sen yang tiris masuk kepada mana-mana poket-poket pemimpin sama ada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ataupun mana-mana pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya memetik satu kata-kata daripada Imam Al-Ghazali sebab Perdana Menteri kita, dia berminat untuk mencari Imam Al-Ghazali. Jadi saya mengambil petikan daripada Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa, “Agama itu satu asas.
Pemerintah adalah pengawal. Maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.” Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah telah menjadikan satu realiti, satu rujukan, pesanan Imam Al-Ghazali ini dalam pentadbiran negara Malaysia.
Apakah pengabaian penggubalan undang-undang murtad walaupun sudah 50 tahun kita merdeka yang sekarang ini sudah ratusan ribu rakyat yang murtad, yang masih tidak digubal undang-undangnya, apakah ini selaras dengan pesanan apa yang disebut oleh Imam Al-Ghazali? Apakah undang-undang yang tidak mengembalikan hak rakyat iaitu bagaimana kezaliman terhadap hak kemanusiaan itu sendiri seperti undang-undang ISA, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Adakah membebaskan perasuah atasan yang tidak didakwa, perasuah ikan bilis didakwa dan diambil tindakan, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali?
Menafikan hak per kapita sekolah agama rakyat, apakah ini selaras dengan pesanan Imam Al-Ghazali? Sebagaimana kita tahu bagaimana hak yang diberi kepada artis dan kumpulan orkestra lebih bernasib baik daripada pembelaan kepada sekolah agama rakyat. Begitu juga kita lihat banyak lagi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah agama. Di antaranya bagaimana ribuan tempat-tempat judi, kelab-kelab malam yang diberi lesen berleluasa yang boleh membawa kepada keruntuhan, yang membawa kepada masalah bertambahnya masalah sosial dalam negara kita.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Hari ini kita dapat mendengar pelbagai masalah yang sedang berlaku dalam negara. Bermula daripada masalah penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan, pembaziran, gejala sosial, masalah wanita, masalah kesihatan, pendidikan, pendatang tanpa izin, diskriminasi, keselamatan, kenaikan harga barang, kemiskinan dan sebagainya.
Semua ini adalah menuntut supaya kerajaan yang memerintah hari ini supaya berlaku adil dan bukan memandang remeh setiap isu yang telah dikemukakan oleh rakyat di Dewan yang mulia ini.
Saya mengambil kesempatan ini juga Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua ibu-ibu dan guru-guru yang ada di seluruh negara. Kita amat sedih bagaimana fenomena yang ada pada hari ini, kita lihat bagaimana masalah wanita seolah-olah tidak dihormati maruah mereka. Mereka digunakan sewenang-wenangnya sebagai bahan iklan. Begitu juga kita lihat bagaimana mereka tidak dijaga maruah mereka. Ada yang dinafikan hak mereka dalam menutup aurat dalam pekerjaan seperti pekerja-pekerja hotel, supermarket dan begitu juga dalam pengangkutan, penerbangan seperti Air Asia, MAS dan sebagainya yang mana mereka seolah-olah terpaksa mendedahkan aurat mereka.
Saya ingin penjelasan dengan pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini, apakah sikap dan stand kerajaan terutama yang melibatkan pekerja- pekerja wanita Islam. Saya amat sedih apabila ada Yang Berhormat dalam Dewan ini menghina pakaian serban dan jubah, sedangkan di masa yang sama mereka tidak mempertikaikan pakaian artis yang cukup menjolok mata yang menjadi idola para remaja hari ini.
Maka sekiranya perkara ini kita biarkan, kita menghina para ulama, kita menyanjung para artis, kita membiarkan kemungkaran berlaku, maka tunggulah saat kehancuran, bukan sahaja BN akan hilang kerusi, malah BN akan hilang sebuah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita amat sedih mendengar rayuan dan rintihan rakyat yang mengenang kenaikan harga beras yang semakin tidak terkawal. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah usaha untuk mengawal kenaikan harga beras supaya tidak terus membebankan masalah rakyat? Begitu juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan masalah pelancongan yang mana di antara pintu masuk utama yang membawa masuk pelancong ke negara Malaysia ialah satunya ialah melalui pekan Rantau Panjang iaitu kawasan pekan yang saya wakili.
Merujuk kepada statistik Lembaga Penggalakan Pelancongan didapati bahawa 1.8 juta pelancong masuk ke negara ini melalui pekan Rantau Panjang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Kementerian Pelancongan tidak mengambil sebarang peranan aktif di setiap pintu masuk sempadan, malah pihak kastam dan Kementerian Dalam Negeri yang lebih berperanan dalam meningkatkan tahap penyampaian dan perkhidmatan di sempadan pintu masuk.
Saya ingin penjelasan apakah usaha-usaha untuk melengkapkan infrastruktur khususnya supaya zon bebas cukai di Pekan Rantau Panjang ini setaraf dengan zon bebas cukai di pintu masuk di negeri-negeri yang lain di negara kita, Malaysia. Apakah usaha untuk membangunkan pekan Rantau Panjang yang saya kira walaupun sudah diisytiharkan sebagai pekan zon bebas cukai sejak daripada zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba jadi Timbalan Perdana Menteri lagi sampai sekarang, kita melihat bahawa suasananya masih tidak banyak berubah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Malah kita lihat jalan dalam pekannya masih sempit, pembangunannya dalam pasarnya masih tidak secanggih sebagaimana ada di kawasan sempadan yang lain seperti Johor dan di Kedah dan begitu juga sistem pengalirannya terutamanya sungai yang sentiasa terdedah dengan bencana banjir.
Saya ingin penjelasan juga bagaimanakah perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menyaingi sebagaimana kawasan sempadan yang ada di Bandar Golok. Kita lihat bagaimana sungai-sungai di Golok ditambak menyebabkan apabila setiap kali berlaku banjir maka hakisan hanya terkena kepada negeri di sebelah kita dan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
mereka selamat daripada hakisan sebab mereka sudah lama menambak di perairan sungai sebelah mereka.
Jadi, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian supaya perkara ini tidak menjadi masalah yang berpanjangan pada kami penduduk di Rantau Panjang. Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kerajaan, berapakah peruntukan yang telah diberi kepada PBT sebab di dalam kawasan kami, kita lihat banyak lagi masalah keperluan asas yang belum selesai seperti lampu jalan, traffic light dan begitu juga jalan-jalan yang masih belum diselenggarakan dengan baik dan saya mengharapkan supaya sokongan dan dukungan daripada kerajaan supaya masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada kedatangan pelancong malah memberi kebaikan kepada rakyat kita seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit lagi Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin juga penjelasan berkenaan dengan peruntukan rumah mesra rakyat yang diperuntukkan kepada negeri Kelantan. Berapakah peruntukan untuk membina rumah mesra rakyat yang disalurkan melalui kerajaan negeri bukan melalui JPP dan saya mengharapkan supaya kewujudan JPP ini dihapuskan bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat kerana seolah-olah kita menafikan hak dan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki.
Saya ingin juga penjelasan daripada kerajaan tentang apa yang berlaku pada baru-baru ini iaitu tentang kemalangan kereta api. Akhbar, 10 Mei 2008 melaporkan 20 lokomotif KTMB bermasalah walaupun baru dibeli hanya tiga tahun.
Sedangkan harganya bernilai melebihi daripada RM220 juta dan pembelian ini adalah pertukaran perdagangan melalui pengeksportan kira-kira 110 ribu tan minyak kelapa sawit ke China. Jadi, saya ingin penjelasan apakah di sini ada lagi skandal sebab sebelum ini kita dapat pendedahan bagaimana KTMB pernah mengalami kerugian melebihi RM150 juta.
Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan supaya menyiasat perkara ini dan supaya tidak berulang lagi kes yang sama di mana negara terpaksa membayar harga yang cukup mahal di atas pembelian barang yang sudah usang. Jadi dengan kata itu, Tuan Yang di-Pertua , saya turut menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Batu.
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Bukit Gantang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana membenarkan saya menyertai perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Agong...
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, boleh setiap orang pendek sedikit tak, ramai lagi Ahli Parlimen yang belum dapat...
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia?
Tuan Haji Roslan Shaharum - Bukit Gantang
Panjang sangat satu orang 15 minit, kalau dapat dikurangkan, boleh kita dapat semua sekali. Sebab saya sudah 100 kali bangun Tuan Yang di-Pertua. Dapat dikurangkan 5 minit seorang atau 10 minit seorang.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak dapat. Terima kasih. Sila, sila, teruskan.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada saya dan Pakatan Rakyat dan khususnya pengundi Batu. Sebelum saya mulakan, saya juga ingin ingatkan bahawa
Tuan Chua Tian Chang - Batu
bila kita bahas tadi tentang isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seolah-olah disifatkan sebagai agen Yahudi, Israel.
Saya ingin ingatkan dan juga mempersoalkan pendirian kerajaan yang membenarkan dua pemain Israel dari Chelsea yang berasal dari Israel dibenarkan bermain dalam negara kita dan juga di bawah tuntutan Amerika Syarikat, negara kita di bawah Menteri Pertahanan telah menghalau keluar penyertaan Iran dari menyertai Pameran Alat Tentera di Langkawi.
Adakah ini menunjukkan bahawa kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan juga bebas dari pengaruh negara-negara barat. Perkara yang ingin saya sentuh adalah mengenai satu kes kematian yang berhubung kait dengan Menteri Pertahanan. Baru-baru ini, seorang anak gadis yang tidak berdosa telah meninggal dunia kerana cita-cita menteri yang ingin menguasai agenda politik masa depan negara.
Kita kesal dengan sikap menteri berkenaan sehingga hari ini masih keras dan berdiam diri dalam isu ini. Saya renung adakah menteri faham dan bersimpati terhadap rintihan, kesedihan dan kegelisahan ibu-bapa gadis yang mati ini. Saya bukan saja merujukkan kepada Altantuya Shariibu, tetapi yang saya maksudkan juga adalah Too Hui Min, seorang gadis muda yang mati pada 07 Mei di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru.
Program Latihan Khidmat Negara yang telah dicadangkan pada tahun 2001 dan dilaksanakan pada 2003 di mana 85,000 anak muda mula mengambil bahagian dalam program latihan pada tahun itu.
Sepanjang pelaksanaan PLKN, banyak accident dan kecelakaan berlaku. 16 April yang lalu, adik Afiq Zuhairi yang menjalani latihan di Kem Sentosa, Chendriang, meninggal dunia setelah dihantar ke hospital. Sehingga hari ini, ibu-bapa adik Afiq belum lagi tahu punca penyakit dan kematian. Senarai kematian dalam kem latihan adalah panjang sekali.
Tahun 2004, Awang Mohamad Fadzil, 17 tahun mati dalam 23 April. T Saravanan yang berada di Kem Gua Musang juga lemas semasa ber picnic di Gua Musang.
Saya boleh bacakan list yang panjang yang merupakan peristiwa-peristiwa kemautan anak-anak muda kita. Dalam senarai yang panjang ini, belum lagi kita masukkan isu rogol, kecederaan dan kejadian-kejadian accident yang lain. Jika Dato’ Seri Najib adalah seorang menteri yang berwibawa, beliau seharusnya mengaku tanggungjawab terhadap kematian 20 lebih anak-anak muda ini.
Dibanding dengan Program Khidmat Negara di Singapura, yang telah dijalankan lebih daripada 30 tahun telah hanya mencatatkan kematian, satu kematian dalam tempoh empat tahun. Ini bukan satu rekod yang sangat membanggakan. Kalau program ini adalah program yang kita ingin membentuk generasi akan datang yang akan memimpin negara kita, program ini harus dikaji semula sehingga kita mendapatkan formula untuk menyelesaikan masalah dan mempertingkatkan keselamatan untuk anak-anak muda kita.
Ini bukan dosa yang paling besar bagi Menteri Pertahanan.
Bagi saya, Menteri Pertahanan gagal di banyak lagi bidang. Keselamatan negara bukan dijamin dengan alat-alat pertahanan yang canggih dan moden. Pembelian Sukhoi dari Rusia, Perancis yang membekalkan Scorpene, kereta kebal dari Poland, dan lain-lain senjata yang mahal bukan penjaminan keselamatan negara.
Pembelian peralatan moden atau yang hi-tech tidak semestinya memperkukuhkan kedudukan keselamatan negara. Dato’ Sri Haji Mohd. Najib telah menjamin kepada kita bahawa pembelian Sukhoi dan submarine ini adalah mengikut prosedur yang betul.
Sepatutnya kalau prosedur ini betul, saya harapkan pembelian senjata ini dapat diaudit di bawah supervision Parlimen. Keselamatan negara. Dalam isu keselamatan negara, yang lebih penting bukan senjata atau peralatan yang moden, kalau kita sering menyatakan modal insan di zaman ini kita seharusnya menjaga modal insan dalam industri keselamatan atau pertahanan.
Saya tidak bersetuju sama sekali dari Ahli Parlimen Maran yang telah mengkontradiksi sendiri bahawa kita sepatutnya menjaga kebajikan dan kesejahteraan tentera dan pasukan keselamatan kita dan cara kita berasa bersyukur kepada pasukan keselamatan bukan dengan membiarkan mereka hidup dalam keadaan sengsara. Bukan membenarkan mereka kehidupan yang tidak tentu selepas bersara, pencen yang tidak
Tuan Chua Tian Chang - Batu
mencukupi, peluang pekerjaan yang tidak ada, tidak ada peruntukan perumahan dan lain- lain lagi.
Sungguhpun kita mengkritik profesionalisme pasukan polis atau pasukan tentera kita, tidak bermakna kita tidak harus memberi jaminan kepada kebajikan dan kesejahteraan pasukan kita. Ini adalah satu tanggung jawab kerajaan kepada sesiapa yang berkorban dan berkhidmat kepada negara kita. Isu pokok dalam keselamatan negara adalah keutuhan dan kedaulatan nasional. Dalam isu ini, keutuhan nasional tidak boleh dikekalkan hanya melalui paksaan atau propaganda patriotisme yang kosong.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ancaman yang paling besar bagi keselamatan negara dan kedaulatan nasional adalah pembangunan yang tidak seimbang di antara timur dan barat. Diharap negara kita, kalau kita hidup di bawah sistem yang merupakan tidak seimbang, kita tidak akan dapat menjamin kedaulatan nasional. Bila negara kita tidak menjaga keseimbangan dalam pengagihan kekayaan di wilayah-wilayah yang kita anggap sebagai sempadan Malaysia ini, kita tidak merasa adil kepada rakyat kita sendiri dan secara indirect keselamatan negara kita akan terancam.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan negara kita selama ini, Barisan Nasional bangga dengan rekod pembangunan. Setiap kali ada pilihan raya, pembangunanlah disebut. Kita tidak nafikan pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh Malaysia selama sepanjang tahun hujung 80-an ke 90-an sebanyak dua digit. Kita juga tidak menafikan banyak pembangunan telah dibawa oleh kerajaan, tetapi ini adalah merupakan tanggung jawab kerajaan.
Kita harus meneliti adalah pengagihan dalam isu ini kalau kita memandang dengan gini coefficient yang kita mengukur sebagai standard pengagihan negara kita dapat kedudukan gini coefficient Malaysia dari segi ketidaksamarataan individu, Malaysialah paling teruk di Asia dalam gini coefficient satu posisi yang lebih baik dari Papua New Guinea di negara Asia. Kuala Lumpur penuh dengan gedung-gedung gergasi sky scrappers dengan izin, dan bangunan yang tertinggi di dunia, tetapi pembangunan ini kita telah dapat membiayai dengan dana dan sumbangan dari kebanyakan dari negeri-negeri yang mengeluarkan petroleum. Anehnya, negeri-negeri yang mengeluarkan petroleum seperti Sarawak, Sabah dan Terengganu merupakan negeri yang paling miskin di Malaysia.
Semua pembangunan fizikal dan apa yang kita nikmati hanya terhad kepada golongan-golongan tertentu. Kita dapati bahawa pembangunan merupakan gergasi dua mata. Pembangunan membawa kemajuan dan kemakmuran juga membawa peminggiran kepada masyarakat kita. Di kawasan saya, kawasan Batu terdapat warga emas, ibu tunggal, OKU yang hidup dengan peruntukan hanya RM300.00 sebulan. Di sebuah kota yang kita anggap sebagai world class city, masih terdapat ramai penduduk yang hidup di dalam kemiskinan. Itulah sebabnya kita harus mengingati perancangan perbandaran ini amat penting untuk memastikan bukan sahaja pengagihan kekayaan yang baik tetapi juga perancangan untuk memastikan mutu hidup penduduk-penduduk di kota kita.
Hakikat yang sebenar dalam pembangunan yang telah kita alami dalam 40 tahun yang lalu, kita telah menyaksikan kemiskinan di bandar semakin teruk. Jenayah berleluasa, masalah perumahan yang tidak diselesaikan, traffic jam yang telah memburukkan imej kota kita. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya di sini membawa satu kisah seorang pengundi saya. Sheikh Ahmad adalah seorang pengundi di kawasan saya, seorang penyokong UMNO turun-temurun selama tiga generasi. Dia juga seorang askar yang berpangkat mejar yang sudah bersara. Tiga generasi sebelum Encik Sheikh Ahmad ini berkhidmat untuk negara kita di dalam tentera. Mereka duduk di pinggir Sungai Batu berhampiran dengan Jalan Ipoh, berhampiran dengan KTM. Mereka telah mula, keluarga mereka telah membuka kawasan paya di kawasan KTM dan dibenarkan untuk mendirikan rumah keluarga mereka. Datuk dan nenek moyang mereka telah mula membangunkan sebuah kampung yang kemudiannya telah dibangunkan sebanyak dua ratus lebih keluarga....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya di bawah dasar setinggan sifar, rumah mereka dirobohkan dengan ganti duit RM2,000.00 sahaja. Ini adalah kisah banyak yang disifatkan sebagai setinggan di tanah kita. Sebenarnya banyak setinggan ini ada yang disifatkan setinggan ini duduk di atas tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu hari ini telah hilang di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang lama, Selangor telah hilang 9,000 hektar tanah rizab Melayu di bawah Akta Pengambilalih Tanah 1960. Pemilik tanah tidak diganti dengan tanah tetapi dibayar dengan pampasan yang begitu sedikit sahaja. Kampung tradisi di kawasan Batu, seperti Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Melewar, Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah akan menjadi nama-nama kenangan dalam sejarah kita....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Kalau kita betul-betul mempertahankan, sedikit lagi. Mempertahankan agenda Melayu, inilah nasib orang-orang Melayu yang kita harus bela.
Sedikit saja saya juga ingin membawa rintihan guru-guru Sekolah Agama di Wilayah Persekutuan. Guru-guru agama sekolah agama tidak dibayar gaji. Mereka dibayar elaun yang kurang RM600 hingga RM700 sebulan. Kita tidak akan harap guru-guru agama hidup di bawah taraf gaji minimum yang dicadangkan oleh MTUC.
Apa yang kita sebutkan semua ini, saya ingin memperingatkan seorang tokoh intelek yang baru meninggal dunia pada 23 April yang lalu iaitu Saudara Rustam Sani.
Rustam Sani telah menyifatkan nasionalisme yang kita telah laungkan dengan penuh semangat ketuanan Melayu, agenda Melayu ini sebagai failed nationalism. Kalau kita lihat di Dewan ini dengan perebutan tentang babi, dengan kekurangan negara kita minyak masak, beras dan inflasi yang tinggi bukan saja kita failed sebagai failed nationalism tetapi kita adalah sebuah failed nation….
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis masa Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ya, saya akan gulung. Kita selama ini telah gagal menjadi sebuah bangsa negara selama 44 tahun. Kemerdekaan Malaysia ini hanya 44 tahun kalau kita mengambil sensitif bahawa kemasukan Sabah Sarawak adalah tarikh permulaan kita membentuk sebuah negara yang dinamakan Malaysia....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Kita merasa malu bila kita melihat di Malaysia ini.... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Saya akan habiskan. Saya, Malaysia ini kita tidak dapat seimbangkan pembangunan negara kita. Saya harap, di sini saya ingin menyeru kepada semua kita mulakan satu yang disebutkan new deal dalam hari ini ulang tahun 13 Mei, kita mulakan, melupakan hantu 13 Mei dan kita move forward sebagai sebuah nation yang baru, dengan izin.
Saya menganggap sebagai apa yang kita laungkan dalam ketuanan rakyat iaitu kita membawa semula seluruh rakyat Malaysia baik pun dari Sabah dan Sarawak atau semua kaum di Malaysia ini untuk membentuk sebuah negara yang saksama dan tanpa, tanpa lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Dihantui oleh sejarah lama dan dibebani oleh sifat perkauman yang lama. Dengan itu saya mohon sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita ada ruang untuk 18 orang Ahli Parlimen saja. Jika kita kekal kepada perbahasan selama lima belas minit, saya ingin menggunakan kuasa di bawah 35(7) untuk mengehadkan masa perbahasan kepada sepuluh minit untuk memberi ruang lebih ramai Ahli-ahli Yang Berhormat berpeluang untuk membahaskan usul yang sedang kita bincangkan ini.
Ya, bagi Yang Berhormat Arau. Sepuluh minit Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana pandang saya pada hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama kali terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil masa yang seringkas boleh bagi membolehkan rakan-rakan yang sanggup menunggu hingga ke larut malam ini dapat turut serta dalam perbahasan titah ucapan pada kali ini. Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh pada masalah keselamatan. Masalah keselamatan adalah masalah yang cukup penting bagi sesebuah negara kerana kita melihat setiap pelaburan FDI yang akan masuk ke sebuah negara itu dia akan menilai dari segi aspek keselamatan.
Keselamatan ini kita lihat suatu perkara yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan terutamanya bukan saja tanggungjawab pegawai-pegawai yang menjaga persoalan keselamatan ini. Bahkan kepada pegawai-pegawai keselamatan yang telah ditugaskan untuk menjaga premis-premis supaya mereka ini benar-benar menjadi pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dan terlatih.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan bahawa pegawai-pegawai ini adalah pegawai-pegawai yang terdiri daripada rakyat negara kita. Ini kerana kita tidak mahu apabila pandangan pertama kita masuk ke hotel-hotel di negara kita, kita melihat seolah-olah kita melawat ke sebuah hotel yang berada di India, kerana pegawai-pegawai keselamatan ini terdiri daripada mereka yang berbangsa Nepal yang dibawa masuk ke negara kita.
Dia tidak ada imej orang Melayu, orang Cina atau orang India yang merupakan penduduk utama di negara ini. Bagi memastikan yang pegawai-pegawai keselamatan ini mendapat taraf ataupun gaji yang bersesuaian, maka dicadangkan supaya diwujudkan satu institut latihan bagi pegawai-pegawai keselamatan. Di mana diwajibkan bagi agensi pegawai-pegawai keselamatan ini menghantar pegawai-pegawai yang akan bertugas di premis-premis penting yang ditentukan ini supaya wajib mereka mengikuti latihan di institut latihan pegawai keselamatan ini.
Ini wajib dilaksanakan dengan kadar yang segera bagi memastikan kalau kita berada dalam tahap negara yang maju ini kita harus melihat ini sebagai satu perkara yang cukup penting untuk kita laksanakan. Ini kerana kita bimbang dengan lambakan kehadiran pekerja asing melalui kelulusan khas menteri yang dibuat sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada pegawai-pegawai imigresen yang berada di negara kita pada hari ini merasa bingung. Terlampau banyak kelulusan khas dan kita pohon pihak kementerian supaya memperjelaskan siapa ataupun syarikat mana yang telah diberikan kelulusan khas menteri ini, sehingga menyebabkan lambakan kemasukan yang mencetuskan pelbagai masalah keselamatan yang begitu banyak yang berlaku di negara kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu aspek iaitu tentang filem kerana kawan-kawan saya tidak pernah cakap tentang aspek ini. Ini Tan Sri Jins Shamsudin minta sampaikan perkara ini kerana tidak ada wakil daripada film star yang berada di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kebanyakan artis-artis yang dilihat juga berjasa dalam bidangnya. Mereka ini di akhir usia terutamanya artis-artis yang terdahulu yang filem- filem mereka kita menonton hampir tiap-tiap malam. Namun apa yang sedih, yang
Dato' Ismail Kasim - Arau
mendapat royalty daripada penayangan ini bukan mereka kerana semua filem ini adalah milik syarikat filem Shaw Brothers dan Cathay pada masa dahulu.
Jadi, apabila mereka berada di hujung usia, mereka berada dalam keadaan yang cukup daif, keadaan miskin dan sebahagian daripada mereka adalah berada dalam tahap yang cukup membimbangkan. Oleh sebab itulah, dalam keadaan ini kita minta pada setiap mereka yang ingin terlibat dalam industri ini, sama ada mereka sebagai pengarah, sebagai produser, sebagai penulis skrip, sebagai penyanyi, pelakon dan apa saja jurukamera. Pada mereka nak masuk ini, mereka mesti mendaftar dengan persatuan yang terlibat dalam industri ini supaya memastikan bayaran-bayaran tertentu dapat dibuat untuk masa depan mereka.
Begitu juga penerbit-penerbit yang menawarkan untuk artis-artis ataupun pelakon- pelakon yang terlibat dalam bidang ini perlulah membuat caruman EPF bagi jaminan masa depan mereka. Apabila mereka tidak lagi terlibat dalam industri ini, mereka dapat hidup dalam keadaan yang cukup baik.
Cuma kita minta dalam keadaan sekarang supaya pihak kementerian mempertimbangkan supaya stesen TV dia tidak akan menayangkan sesebuah filem cereka sebelum satu tahun. Ini kerana bagi membolehkan filem-filem cereka ini berada di pasaran dan filem-filem cereka ini dapat ditayangkan ataupun masih lagi berhak ditayangkan di pawagam-pawagam yang terdapat di negara kita kerana ini filem Melayu, filem Malaysia mencerminkan masyarakat Malaysia.
Sebab itulah rancangan-rancangan yang dikeluarkan oleh penerbit ataupun produser tempatan biarlah rancangan yang berkualiti, yang memaparkan jati diri negara kita. Kita minta dalam hal ini supaya rancangan-rancangan ini bukan saja ditayangkan di stesen televisyen di negara kita, bahkan dapat dieksport keluar negara.
Ini kerana kita tidak mahu filem-filem syndicated ataupun filem-filem daripada luar dari Indonesia, daripada Sepanyol, daripada Mexico,daripada lain-lain negara yang menjadi filem-filem yang diminati di negara kita sehingga boleh merosakkan budaya dan culture ataupun persekitaran yang terdapat di negara kita.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Selain daripada itu, kita minta Yang Berhormat Menteri Penerangan supaya bagi hours kepada karyawan ataupun persatuan filem supaya persatuan filem dia ada duit dan duit ini dia boleh agih kepada pelakon-pelakon di ambang sore ataupun di penghujung karya mereka, supaya mereka sekurang-kurangnya mendapat RM1,000 atau RM1,500 sebulan atas apa yang mereka nikmati dalam bidang mereka sendiri.
Saya ingin beralih kepada sektor pertanian, sektor yang menjadi perkara yang cukup hangat dan topik perbincangan kita hari ini. Satu masa dahulu apabila kita kekurangan makanan kita telah cuba mencapai satu tahap sara diri. Untuk mencapai tahap sara diri pada sekitar tahun 1970-an pada sekitar 1980-an, kita telah memperkenalkan revolusi hijau. Menurut Jeffrey Sachs satu faktor yang mengatasi masalah kemiskinan selama lebih 40 tahun ini adalah kerana kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif dan tegas iaitu dengan melancarkan Program Revolusi Hijau ini dan hasilnya kita melihat program ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah sara diri, malah pendapatan yang dihasilkan dapat dijual dan dijadikan pendapatan tambahan kepada para petani.
Sebab itulah sektor pertanian ini bukan sahaja sektor yang dilihat sebagai sekuriti makanan yang penting, malah ia boleh memberi peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan merupakan sumber rezeki yang paling penting kepada rakyat negara kita. Kita tidak mahu dalam keadaan krisis makanan sekarang kerajaan membuat pelbagai pendekatan dan pendekatan ini kalau tidak dibuat pemantauan yang begitu teliti, kita melihati ianya tidak akan mendapat ataupun tidak akan sampai ke sasaran yang kita harapkan.
Contohnya kita ingin mengatasi masalah harga beras di pasaran. Kita ingin lambakkan lebih 20,000 tan metrik beras yang kandungannya 15% beras di pasaran dengan harga yang tertentu, tetapi mekanisme pemasaran ini kalau ianya dijual secara terbuka kepada peruncit ataupun retailer dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ataupun terus kepada pemborong wholesaler kita melihat perkara ini boleh disalahgunakan kerana
Dato' Ismail Kasim - Arau
dengan modal 30 sen satu kampit plastik beras ini, mereka boleh tukar dan jadikan ia sebagai Super 5 atau Super 10 yang harganya tidak ada di bawah harga kawalan.
Jadi saya mencadangkan pihak kementerian dalam kita hendak mengatasi masalah dan menstabilkan harga ini di pasaran supaya kerajaan dapat mengadakan pusat jualan setempat di negeri-negeri dan di kawasan-kawasan Parlimen tertentu, yang mana pusat jualan setempat ini dapat dikawal oleh pihak kerajaan dan biasanya biarlah pusat jualan setempat ini di tempat-tempat yang berkaitan dengan agensi kerajaan di mana pemantauan secara langsung dapat dilaksanakan supaya setiap masa subsidi yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Gulung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Saya tidak hendak gulung Yang Berhormat, saya hendak teruskan.
Kedua saya hendak cakap atas sektor kereta nasional kita Proton. Proton ini walaupun dalam masa susah atau senang merupakan di antara syarikat gergasi negara kita dalam sektor automotif negara ini yang telah berjaya memberikan peluang-peluang vendor yang terbanyak kepada bumiputera kalau dibandingkan dengan syarikat-syarikat GLC yang lain. Walaupun di tengah masa susah atau senang, Proton lebih memilih untuk menjaga kepentingan rakyat tempatan di mana Proton boleh membuat pilihan sama ada mereka perlu membeli komponen-komponen atau parts daripada luar negara tetapi mereka memilih untuk vendor tempatan menghasilkan segala komponen penting.
Jadi kita berharap GLC yang lain supaya kerajaan mengambil tindakan tegas supaya dapat memberi peluang juga kepada syarikat-syarikat vendor-vendor tempatan ini lebih banyak lagi. Dalam RMK-7, 160 vendor telah berjaya dihasilkan tetapi kita minta dalam RMK-8 dan RMK-9 ini dapat ditingkatkan seperti mana yang dibuat oleh Proton dari masa ke semasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dato' Ismail Kasim - Arau
FAMA yang terakhir sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Sedikit, satu minit. Saya minta FAMA yang mengawal pasaran negara Tuan Yang di-Pertua, supaya ia dapat terbang selepas akta yang membolehkan pegawai-pegawai menjadi penjamin kepada peminjam bank iaitu dapat menjadi penjamin dalam melaksanakan urusan perniagaan. Ini kerana dahulu FAMA bagi alasan, dia tidak boleh terbang di peringkat antarabangsa kerana dia tidak ada wings.
Namun sekarang wings sudah ada, cuma kesedaran di kalangan pegawai-pegawai perlu ada membolehkan mereka menjadi badan pemasaran yang benar-benar dapat memasarkan hasil-hasil pertanian di negara kita bagi memastikan bukan sahaja food import bill dapat dikurangkan, tetapi kita dapat eksport segala barang-barang pertanian yang ada di negara kita terutamanya pada musim peak ataupun musim puncak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi laluan kepada saya untuk Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di mana Duli Tuanku Bertitah supaya kerajaan Baginda memastikan keselesaan penghidupan rakyat diberi perhatian sewajarnya.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di kawasan Limbang yang telah memberikan sokongan kepada saya lalu membolehkan saya berada di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan beberapa masalah di kawasan baru, iaitu kawasan Limbang.
Sebagaimana yang diketahui, kedudukan kawasan ini ialah terletak di antara dua daerah negara jiran iaitu negara Brunei Darussalam. Sebagai kawasan yang berkongsi sempadan dengan negara jiran yang kaya raya, maka amatlah ketara sekali apa jua perbezaan baik dalam aspek infrastruktur dan jua fasiliti. Rakyat dapat melihat apa jua perbezaan di hadapan mata mereka sendiri dan mereka dapat membuat perbandingan.
Bukan senang hendak berjiran dengan orang kaya apatah lagi ianya merupakan sempadan antarabangsa dan adalah salah satu pintu masuk ke negara kita yang tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, masih banyak lagi kawasan-kawasan kampung dan rumah- rumah panjang yang tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Kalau ada pun hanyalah bekas-bekas jalan balak yang daif. Dengan keadaan sekarang di mana harga minyak menaik, maka kos pengangkutan semakin meningkat terutama sekali di kawasan-kawasan yang hanya dapat dihubungi dengan menaiki perahu.
Saya selaku wakil rakyat di kawasan baru ini mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menambahkan lagi peruntukan dan mempercepatkan pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan raya untuk menghubungkan kawasan-kawasan luar bandar ini demi untuk keselesaan, keselamatan dan kemudahan rakyat seterusnya menyelesaikan masalah sosioekonomi. Jalan-jalan utama yang mesti dibina dan dinaiktarafkan di kawasan saya sekurang-kurangnya ke tahap R3 ialah:
(i) Jalan Telahak-Meritam-Bong Abai-Pengkalan Rejab;
(ii) Jalan Ipai-Pendam;
(iii) Jalan Bukit Sagan-Ulu Lubai; dan
(iv) jalan untuk menghubungkan rumah-rumah panjang di kawasan Ulu Madamit.
Tuan Yang di-Pertua, jalan utama persekutuan yakni federal road/trunk road dengan izin, dari Kuching hingga ke Limbang dan terus ke Sabah setakat ini hanya mempunyai satu laluan dan itu pun terpaksa merentasi dua daerah negara Brunei Darussalam. Di Sarawak sejak ianya dibina pada awal tahun 80-an, jambatan di Sungai Pendaruan di Limbang yang bersempadan dengan Daerah Temburong Negara Brunei Darussalam belum lagi dibina sehingga ke hari ini.
Bridge abutement dengan izin, di kedua belah tebing sungai sudah lama tersedia malahan sejak tahun 80-an lagi. Pada masa ini hanya dua buah feri yang beroperasi di sungai tersebut. Sebuah feri dimiliki syarikat dari Malaysia sementara sebuah lagi dimiliki dari syarikat dari negara jiran yang mana beroperasi secara bergilir-gilir atas dasar perkongsian di mana sungai merupakan sempadan. Inilah juga perkara yang menghalang pergerakan licin rakyat Malaysia dari Sabah ke Sarawak. Feri hanya beroperasi sehingga 9.00 malam dan ditambah pula dengan queue yang panjang dan akan menjadi bertambah teruk pada hujung minggu dan musim perayaan di mana panjang queue ini boleh mencecah dua kilometer jauhnya.
Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan agar dapat menjalankan rundingan dengan pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk membina jambatan merentasi Sungai Pendaruan yang dianggap sebagai dengan izin ‘the only missing link’ di sepanjang Jalan Persekutuan Utama, Malaysia Timur. Perkara ini telah menjadi masalah kepada rakyat kedua-dua negara dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini lebar sungai tersebut hanyalah 50 meter.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman pada masa ini masih banyak lagi tempat di kawasan Ulu Medamit di Bahagian Limbang yang belum mendapat bekalan elektrik dari
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
sistem grid, dan pada masa ini bekalan elektrik hanya dijana menggunakan generator yang mana kos semakin meningkat akibat kenaikan harga minyak.
Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, kerana sedang dalam proses saat ini membekal dan memasang generator ke 429 buah sekolah-sekolah rendah di pedalaman Sarawak dengan kos berjumlah mencecah RM1.005 bilion.
Dengan kemajuan fizikal setakat ini, 97%, 19 buah daripadanya di dalam kawasan saya dan ada lagi 15 buah yang perlu dibekalkan. Ingin saya mencadangkan juga agar pihak kerajaan tidak lupa untuk menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraannya agar ia dapat bertahan lama sementara menunggu bekalan sistem grid.
Saya memohon agar pihak kerajaan mempercepatkan untuk membekalkan bekalan elektrik luar bandar daripada sistem grid ke kampung-kampung, rumah-rumah panjang dan juga ke sekolah-sekolah di pedalaman.
Begitu juga halnya dengan bekalan air, pada masa ini kebanyakan kawasan di luar bandar menggunakan bekalan air hujan dan juga air sungai. Tempat yang terlibat adalah kawasan kampung dan rumah panjang di sepanjang sungai dan berdekatan dengan jalan- jalan raya yang dicadangkan seperti saya sebutkan tadi.
Saya merayu bagi pihak rakyat di kawasan saya ini supaya bekalan air bagi kawasan luar bandar ini dipercepatkan pelaksanaannya. Saya amat tertarik dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Putatan, Sabah untuk menggunakan kaedah dengan izin, vaporization and distillation process sebagai bekalan air alternatif yang kosnya hanya dianggarkan USD750,000.
Di sini saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar melaksanakan kaedah ini sebagai dengan izin, pilot project untuk kawasan Kampung Limpaku Pinang di Teluk Brunei di dalam kawasan saya.
Air di bawah tanah tidak sesuai sebagaimana dimaklumkan oleh Jabatan Geologi, apabila tiada hujan untuk tempoh dua hingga empat hari, penduduk terpaksa ke Pekan Limbang dengan menggunakan perahu selama 30 hingga 45 minit untuk mendapatkan bekalan air bersih. Dengan kenaikan harga minyak sekarang adalah menjadi beban yang terpaksa ditanggung oleh penduduk di perkampungan nelayan ini.
Saya juga mencadangkan agar Kampung Limpaku Pinang di Teluk Brunei ini dibekalkan dengan bekalan elektrik daripada sistem grid merentasi Teluk Brunei, daripada Pekan Limbang untuk keselesaan dan keperluan 300 orang penduduk nelayan dan sekolah di sana. Kosnya dianggarkan hanyalah berjumlah RM6 juta hingga RM7 juta.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kedudukan geografi kawasan Limbang yang terletak di antara dua daerah negara jiran, di mana sempadan negara jiran ini akan ditutup pada 10 malam, kecuali pada keadaan tertentu sehingga jam 12 malam jika queue terlalu panjang.
Jumlah pesakit yang dihantar ke Hospital Miri pada tahun 2006 dan 2007 sahaja ialah 427 orang untuk ‘referral’, dengan izin dengan doktor pakar di Hospital Miri. Ini adalah disebabkan ketiadaan klinik pakar di kawasan Limbang.
Kes-kes ini termasuklah kes-kes kecemasan baik malam mahupun di siang hari.
Kos menghantar pesakit-pesakit ini pada tahun-tahun yang disebutkan itu sahaja menelan belanja sebanyak RM269,640 tidak termasuk kos yang ditanggung oleh orang-orang yang ke sana secara persendirian.
Untuk ke Miri, kita terpaksa melalui negara jiran dan kes-kes kecemasan yang berlaku pada malam hari terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya. Itu pun ada di antaranya yang tidak sempat hendak dihantar.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pegawai kesihatan bahagian Hospital Limbang, adalah dicadangkan supaya sebuah klinik pakar berserta dengan sekurang- kurangnya seorang pakar atau general surgeon dengan perkakas dan peralatan yang lengkap dibina dan ditempatkan di Hospital Limbang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat gulung Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Di samping ini saya juga mencadangkan agar kerajaan membina sebuah klinik desa yang baru di perkampungan sepanjang Sungai Limbang, di mana tapaknya sudah disediakan oleh penduduk kampung degan percuma.
Sebelum saya mengundur diri, cuba bayangkan oleh Dewan yang mulia ini senario di mana orang sakit sedang diusung pada pukul satu pagi, di waktu hujan turun dengan lebatnya. Halilintar sabung-menyabung menuju ke tebing sungai. Sungai pula surut, tepi sungai jauh dan terpaksa berjalan di tanah becak untuk naik ke perahu dan di bawa ke hospital.
Di hospital pula, keputusan dibuat pesakit terpaksa dihantar ke Miri. Hendak naik helikopter, tidak boleh terbang malam, hendak guna ambulan sempadan pula sudah tutup ditambah lagi pesakit tiada pasport. Bertawakal sahajalah akhirnya sementara menanti hari esok...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Tuan Yang di-Pertua, pada pilihan raya yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Maaf, habis masa Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Tengah menggulung. Penduduk di kawasan Limbang ini sudah memberi sepenuh sokongan kepada saya untuk membawa masalah yang dihadapi oleh mereka ke Dewan yang mulia ini.
Justeru saya telah menyebutkan beberapa keadaan yang diharapkan akan mendapat pembelaan segera daripada pihak kerajaan. Adalah sewajarnya kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di kawasan Limbang ini dibalas dengan diberi perhatian dan tindakan segera bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi, yang bukan sahaja akan membawa kepada keselesaan dan kemakmuran penduduk setempat bahkan akan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap pihak kerajaan.
Sudah tiba masanya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini turut merasai nikmat kemerdekaan dan pembangunan. Kita belum berminat untuk main lompat-lompat, tetapi ingin kepada menambahbaikkan jentera kerajaan yang sedia ada. Tuan Yang di- Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Usul Terima Kasih Kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang merasmikan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang dalam masa yang terbatas ini untuk mengutarakan beberapa persoalan yang menjadi perhatian berat rakyat di atas perlakuan dan tindakan sesetengah pihak, kakitangan kerajaan terutama di Kuala Lumpur yang terlibat dengan DBKL.
Kita semua telah membaca pengumuman kerajaan untuk menaikkan umur bersara wajib kakitangan awam dari 56 tahun ke 58 tahun yang terdapat pandangan pro dan kontra daripada kalangan rakyat, serta insentif menambahbaikkan perkhidmatan yang diperjuangkan oleh CUEPACS.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa ia wajib menjadi titik tolak perubahan sikap kakitangan awam supaya menyumbang perkhidmatan yang lebih baik untuk kebajikan rakyat. Jangan terjadi selepas begitu banyak manfaat yang diberikan, cerita tentang pegawai dan kakitangan yang masih banyak kelemahan bila rakyat berjumpa mereka.
Titah Ucapan Diraja yang menyentuh komitmen perkhidmatan awam Malaysia 2008 berkonsepkan satu perkhidmatan satu penyampaian, dan dasar di atas pintu yang salah. Ke arah menyediakan perkhidmatan awam kelas pertama wajar menjadi ikrar harian mereka.
Tuan Yang di-Pertua, ini mengingatkan saya kepada satu Majlis Retreat anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada 17 dan 18 April 2008, yang bertujuan untuk bertukar pandangan, pendapat dan teguran wakil-wakil rakyat Wilayah Persekutuan.
Selepas kejayaan 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac tahun ini, bahawa apa jua resolusi yang diputuskan oleh retreat tersebut tidak hanya tinggal atas kertas sahaja, tetapi hendaklah dilaksanakan sepenuhnya menurut keutamaan dan peringkat.
Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi yang menyedihkan sebahagian rakyat Kuala Lumpur ialah walaupun DBKL dirayu supaya jangan bertindak keterlaluan dan kasar ke atas masyarakat peniaga di Kuala Lumpur, namun rayuan dan permintaan tersebut diketepikan.
DBKL dalam operasinya bernama operasi kerja telah menyita dan menahan apa sahaja kepunyaan para peniaga, penjaja, pengusaha restoran, kerusi, meja, motosikal, gerai, barang-barang jualan atas kesalahan berniaga melebihi hak kawasan yang dibenarkan. Tidak memiliki lesen sah DBKL dan sebagainya.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tindakan tersebut telah menyebabkan ramai penjaja dan peniaga terpaksa menutup perniagaan dan jualan, kerana barang-barang ditahan bagi tempoh yang lama seperti dua bulan dan dikenakan kompaun yang tinggi, sedangkan itu merupakan sumber pendapatan dan periuk nasi keluarga mereka. Saya ingin menegaskan di sini bahawa, selagi masalah dan dasar penjaja bandar raya yang jelas tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya, maka DBKL hendaklah bersikap tolak ansur. Apalah gunanya Bandar Raya Kuala Lumpur dengan megah mengumumkan banyak tangkapan dan penyitaan barang- barang perniagaan, tetapi tindakan itu tidak menghalang mereka dari terus berniaga untuk hidup.
Kita harus sedar bahawa di atas kerusi dan meja para penjaja di sekitar Kuala Lumpur adalah medan pertemuan pelbagai lapisan rakyat untuk bergaul, berbual dan kita melihat itu suatu medan mewujudkan integrasi antara kaum di Kuala Lumpur. Mereka akan menghabiskan masa pada sebelah petang dan malam untuk berjumpa rakan sambil menikmati makanan. Bolehkah kita nampak pada saat itu rakyat pelbagai lapisan dan keturunan berjumpa di dewan orang ramai yang dibina dan diduduki oleh pemimpin- pemimpin Barisan Nasional seperti di Kuala Lumpur melainkan dewan orang ramai-dewan orang ramai tersebut sepi tanpa sebarang aktiviti.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan merampas dewan orang ramai-dewan orang ramai yang telah disalahgunakan dan diserahkan kepada rakyat untuk ditadbir dan dijalankan aktiviti mengintegrasikan kaum. Cuba kita lihat lagi seperti rukun tetangga, rumah ibadat, padang permainan, persatuan semuanya sepi kecuali pada masa-masa tertentu sahaja. Jadi di manakah tempat rakyat di Kuala Lumpur boleh berkumpul dan bermesra bersama-sama mereka melainkan di restoran, pusat penjaja, gerai dan sebagainya. Semua lapisan rakyat boleh kita temui. Mengapakah kerajaan tidak mengambil kesempatan ini untuk menjalankan usaha mempererat hubungan rakyat di tempat-tempat ini, jika kita lihat sudah terdapat kemudahan TV, radio dan sebagainya yang mana mereka boleh menjamu selera pada harga yang berpatutan murah pula untuk mereka. Kita janganlah pandang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
... kesalahan para penjaja dan peniaga lakukan sahaja tanpa melihat aspek positif ke arah menggiatkan hubungan kaum dan rakyat di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, datuk bandar dan pegawai di Kuala Lumpur malah juga di majlis perbandaran yang lain jangan cepat melenting dengan mengambil tindakan penguatkuasaan. Para penjaja dan peniaga masih boleh diajak berunding, tidak dikasari supaya perniagaan mereka sedikit- sebanyak mesti selaras dengan kehendak undang-undang sedia ada. Gunakanlah tindakan berhemah, beradab dan bukan tindakan biadab merampas kehidupan mereka. Tiada rakyat yang tidak marah jika hak milik mereka dikasari.
Yang Berhormat Menteri hendaklah bertindak ke atas direktorat dalam DBKL.
Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Lega rasanya, alhamdulillah. Saya tak sangka untuk berucap ini sama peritnya untuk menang dalam pilihan raya Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang Ahli
Waalaikumusalam.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan junjung kasih ucapan dan Titah Yang di-Pertuan Agong dengan memulakan satu statistik yang mengisyaratkan tentang perlunya negara kita ini maju ke hadapan untuk memastikan perpaduan kaum, perpaduan nasional berlaku dalam negara ini. Statistik yang telah dijalankan oleh salah satu daripada badan yang membuat kajian telah menunjukkan bahawa 42% daripada rakyat Malaysia, mereka lebih suka untuk mengecam diri mereka mengikut masing-masing iaitu seramai 42%. Manakala yang mengecam diri mereka sebagai rakyat Malaysia pula ialah sebanyak 45%.
Saya menganggap bahawa peratus ini menuntut kita supaya membuat satu penilaian semula kepada usaha-usaha perpaduan kerana mengikut statistik juga, Ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Yang di-Pertua, bahawa tanggapan kepada usaha-usaha perpaduan ini bagi orang Melayu yang menganggap usaha-usaha perpaduan ini ikhlas ialah sebanyak 62%, kaum Cina menganggap perpaduan ini ikhlas 35%, orang India yang menganggap perpaduan ini ikhlas ialah 75%. Tanggapan ini sudah tentulah merupakan satu yang menuntut kita sebagai pembuat dasar di dalam Dewan Parlimen yang mulia ini untuk kita mencari formula dan jalan keluar bagi kita memperkasakan dan memantapkan perpaduan nasional di dalam negara ini.
Saya mencadangkan tiga langkah yang boleh diambil sebagai usaha-usaha memurnikan perpaduan dalam negara ini, iaitu pertama, mentakrifkan dan men tajdid kan semula makna perpaduan kerana sudah 50 tahun kita merdeka dan kalau kita berlegar di sekitar cara yang sama, saya khuatir keputusan yang kita dapat juga adalah keputusan yang sama.
Oleh itu kita harus keluar daripada daerah ini dan mencipta apa yang saya namakan sebagai third graph social reengineering dengan izin, iaitu penstrukturan semula kemasyarakatan graf ketiga untuk kita keluar daripada daerah kongkongan yang selama ini kita terima pakai dan kita harus mencipta satu graf yang baru untuk memastikan perpaduan nasional di negara kita ini tercapai. Untuk melaksanakan sedemikian, saya menyeru kepada seluruh Ahli Dewan ini untuk memikirkan dan melibatkan tak kiralah kita daripada pembangkang atau daripada kerajaan, apa cara yang baik untuk kita duduk dan kita bincang dan kita bersepakat. Kita buanglah kepentingan parti kita, kita buangkanlah apa sahaja kepentingan yang selama ini kita perjuangkan, kita meletakkan prioriti negara kita ini untuk mencapai kata sepakat bagi kita membina dan memperkasakan perpaduan nasional.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang kedua ialah menilai semula doktrin patriotisme yang selama ini diamalkan, yang saya anggap pada satu tahap terlalu sempit dan dangkal. Contohnya, apabila Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional menyebut menyokong pembangkang itu seolah-olah terpengaruh dengan putar-belit dan fitnah, ada yang sampai tahap berani menyatakan kalau tidak menerima pengorbanan yang dilakukan oleh Barisan Nasional ini maka seolah-olah kita tidak beriman.
Bagi saya ini satu nilai fahaman yang sempit, kerana bagi kami apa yang kita faham dalam konteks patriotisme itu ialah menyanggah pandangan, menyanggah pendapat itu sendiri bukanlah merupakan satu bentuk penentangan, tetapi ia adalah di atas dasar kasih dan cinta kita kepada negara ini dan tiada siapa yang berhak di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita mempertikaikan patriotisme dan kasih sayang kita terhadap raja dan negara ini.
Yang ketiganya ialah, membuang fahaman politik yang sempit yang diamalkan.
Iaitu menganggap bahawa ada hak cipta terpelihara bagi kumpulan tertentu sahaja di dalam negara ini yang mampu mentadbir negara dan oleh kerana itu walaupun tarikhnya sudah expired, tapi mereka masih lagi merasakan mereka ada stamina sehingga perbuatan mereka ini boleh memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran negara itu sendiri.
Oleh itu, kami menganggap bahawasanya umur UMNO yang baru-baru ini telah diraikan setelah sampai kepada 62 tahun kita menganggap bahawa tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak, kepada cucu-cucu supaya bermuafakatlah, berbincang dengan baik, tapi janganlah menunjukkan ataupun menceritakan rumah tangga itu di hadapan khalayak ramai sehingga ia memalukan bukan sahaja orang UMNO, tapi seluruh rakyat Malaysia.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Oleh itu saya mengharapkan supaya selesailah masalah dengan anak-beranak, dengan anak isteri elok-elok dan janganlah dedahkan masalah itu kepada pengetahuan umum. Ini kerana saya khuatir kalau mereka sibuk dengan ini dan didedahkan kepada rakyat akan hilang perhatian untuk mereka ini mentadbir negara. Jikalau mereka rasa mereka sudah tidak mahu tadbir negara, hendak sibuk dengan parti, bagi orang lain pula yang tadbir negara ini.
Yang keduanya pula, saya hendak menyebut sedikit tentang Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan menterinya pun ada di sini bahagian agama Islam. Saya harap dapat mengambil nota-nota supaya dapat dikemaskinikan kedudukan Islam dalam negara kita ini dengan kita mengambil kira bahawa agama lain itu bebas untuk diamalkan tetapi Islam itu sendiri dalam konteks kenegaraan seperti mana yang disalah anggap oleh ramai wakil-wakil Yang Berhormat terhadap perjuangan kami daripada parti PAS. Kami menganggap bahawasanya kemuncak kepada suatu sistem pemerintahan ialah apa yang disebutkan dengan izin... [Membaca sepotong hadis] atau menegakkan keadilan dan menjalankan consensus ataupun dengan izin, syura. Itulah substance yang dikatakan sebuah negara yang menuju kepada keredaan Allah S.W.T.
Dalam konteks kontemporari hari ini.... [Membaca sepotong hadis] ataupun menegakkan keadilan dan syura itu diterjemahkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita menggubal dasar-dasar, apa sahaja yang memastikan bahawa matlamat tertingginya dan nilai tertingginya ialah menegakkan keadilan. Inilah yang kita perjuangkan dalam konteks bahawa Islam itu lebih substantif daripada formatif seperti mana yang difahami oleh ahli-ahli yang tidak memahami perjuangan Islam ini.
Seterusnya, saya ingin mencadangkan kepada beberapa langkah untuk kita memperkasakan apa yang dinamakan sebagai kedudukan Islam dalam pentadbiran negara ini.
Pertama ialah pengukuhan institusi agama Islam dalam pentadbiran setanding dengan Institusi-institusi yang lain. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa pengarah-pengarah daripada Jabatan Agama Islam ini kebanyakan malah hampir mungkin kesemuanya tidak ada latar belakang daripada pengajian Islam. Kalau kita tengok untuk menjadi Pengarah Haiwan Veterinar, pengarah hospital contohnya mereka mesti datang dari latar belakang yang mereka wakili. Kalau begitu, sebagai Pengarah Jabatan Agama
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Islam, kita tuntut juga kalau boleh biarlah pengarah-pengarah ini datang daripada latar Islam yang layak dari sudut jawatan dan sebagainya. Ini kerana saya tidak mahu apa yang berlaku di Jabatan Agama Islam Perak iaitu pengarahnya yang ada hari ini bukan daripada kalangan yang ada latar belakang Islam dan yang lebih buruk daripada itu, grednya itu pula tidak sesuai dan tidak cocok dengan kedudukannya sebagai pengarah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, gulung Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi, saya mengharapkan. Saya hendak ambil satu lagi, yang ini saya rasa saya potong yang lain saya ambil yang itu. Iaitu mengukuhkan institusi fatwa melalui pembentukan pemikiran fatwa, acuan fiqh Malaysia.
Saya rasa ini telah dibincangkan oleh para ahli akademik bahawa kita tidak mahu terkongkong dengan fiqh yang datang daripada suasana ataupun negara lain. Kita mahukan fiqh yang dinamakan sebagai acuan Malaysia selagi mana perkara itu tidak bercanggah degan perkara-perkara yang prinsip.
Oleh itu, sebuah jawatankuasa perlu diwujudkan bagi kita mentransformasikan fiqh ala Malaysia ini, supaya dokumentasi pengkaedahan fiqh yang bersifat lokal ini dapat menyumbang kepada perkembangan fiqh di peringkat antarabangsa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik, baik.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya dengan itu mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tenom.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan mengenai isu pembasmian kemiskinan yang telah lama kita perjuangkan untuk menaik taraf kehidupan masyarakat kita. Saya melihat kerajaan menjalankan pelbagai program untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia dan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita. Kita melihat kadar penurunan 8.5% pada tahun 1999 kepada 5.7% pada 2004 dan 3.6% pada tahun 2007.
Walau bagaimanapun angka tersebut masih besar terutama di kawasan luar bandar iaitu 7.1%. Sabah terutamanya masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri yang lain iaitu sebanyak 23% daripada isi-isi rumah hidup di bawah garisan kemiskinan kebangsaan. Ini memerlukan perhatian yang serius daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan di negeri Sabah. Sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan pasti tidak akan berjaya sekiranya negeri Sabah masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Saya melihat usaha ini kurang berjaya di kawasan luar bandar kerana masih banyak program yang dilaksanakan tidak sampai ke peringkat akar umbi.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum bahawa negeri Sabah di bawah bayu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber-sumber pertanian. Malah, jika kita lihat para petani merupakan golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan golongan yang bekerja degan sektor awam mahupun swasta.
Namun, jika kita pergi ke kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian amat mendukacitakan, bahawa mereka masih lagi mengusahakan dengan kaedah pertanian tradisional.
Adakah kaedah ini yang diwarisi turun menurun dapat mengeluarkan penduduk peribumi Sabah daripada kepompong kemiskinan tegar? Ini dapat dilihat dalam statistik
Tuan Raime Unggi - Tenom
yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah adalah sebanyak 5.5% berbanding dengan negeri-negeri lain yang tidak melebihi 2% kadar kemiskinan tegar.
Kita tahu bahawa terdapat banyak program yang telah dijalankan untuk membantu golongan ini. Namun, sejauh manakah ia sampai ke peringkat akar umbi adalah sukar dipastikan kerana masih banyak lagi di kawasan di negeri Sabah mempunyai jalan raya yang tidak dinaik taraf dan masih dalam status tanah merah dan juga ‘gravel’ malah tidak disenggarakan dengan baik menyebabkan keadaan ini bertambah teruk apabila musim hujan. Terutamanya kawasan-kawasan pedalaman seperti di daerah Pitas, Kota Merudu, kawasan saya sendiri dan juga Pensiangan begitu juga kawasan-kawasan yang lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Termasuk Beluran Yang Berhormat.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Ya, termasuk Beluran Tuan Yang di-Pertua.
Keadaan ini juga merupakan salah satu faktor menyebabkan mereka sukar untuk melepasi PGK, Paras Garis Kemiskinan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik kemiskinan tegar di negeri Sabah sehingga 30 September 2007, bilangan golongan miskin tegar di negeri Sabah adalah berjumlah 21,514 orang. Daripada jumlah ini seramai 13,802 orang dikategorikan sebagai miskin tegar produktif. Sementara 3,708 orang pula sebagai miskin tegar tidak produktif, manakala 4,004 orang diletakkan di bawah kategori miskin tegar, orang kurang upaya, OKU.
Walaupun begitu, masih ramai lagi yang sebenarnya yang belum berdaftar Tuan Yang di-Pertua, dan sekiranya diteliti dan direkodkan semula angka ini hanya sedikit berbanding dengan yang belum berdaftar.
Saya berharap agar agensi-agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan program-program yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan lebih telus agar golongan ini dapat dikurangkan jumlahnya.
Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti FAMA, JPPS, FELDA dan banyak lagi haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan program yang telah diatur dapat dilaksanakan dengan baik. Ini kerana hanya sebilangan kecil sahaja kawasan-kawasan di negeri Sabah yang diberikan perhatian untuk diusahakan walaupun masih bayak lagi kawasan-kawasan yang memerlukan.
Secara amnya, di Sabah masih banyak lagi kawasan-kawasan yang berpotensi yang dimajukan bagi industri asas tani terutamanya pertanian berasaskan tani.
Saya yakin penduduk luar bandar ini akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan sekiranya bantuan-bantuan ini dapat diberikan dalam bentuk latihan dan juga pemberian benih-benih yang bermutu dan juga modal. Sebagai contoh, para petani yang mengusahakan tanah sawah yang hanya bergantung kepada pembajakan tanah daripada Pertubuhan Peladang khususnya di kawasan saya, malah mesin pembajak traktor yang dimiliki oleh Persatuan Peladang Tenom tidak mampu memberi perkhidmatan kepada semua para petani di daerah Tenom. Secara tidak langsung mereka hanya dapat mengeluarkan hasil yang hanya dapat menampung keperluan mereka sendiri.
Tuan Raime Unggi - Tenom
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM589.5 juta telah dibelanjakan bagi 10 program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Program tersebut memberi tumpuan kepada projek ekonomi dan sosial yang melibatkan golongan miskin tegar. Oleh yang demikian saya yakin bahawa keutamaan ini adalah untuk golongan luar bandar yang mana masih mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi. Saya berharap agar program-program ini akan dapat memberi manfaat kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh saya tidak faham mengapakah peruntukan yang telah diberikan kepada JPPS pada tahun lalu iaitu sebanyak lebih kurang RM200 juta telah dikurangkan kepada hanya RM56 juta pada tahun ini sedangkan di negeri Sabah
Tuan Raime Unggi - Tenom
masih memerlukan peruntukan yang banyak untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan modal insan adalah merupakan satu keutamaan yang harus dan perlu diberikan kepada masyarakat luar bandar terutama dari segi latihan pendidikan. Apa yang berlaku pada ketika ini program latihan dari segi kemahiran lebih tertumpu di kawasan yang berdekatan dengan pekan mahupun bandar.
Saya percaya sekiranya lebih banyak program yang berteraskan kemahiran dilaksanakan di kawasan luar bandar pasti akan dapat memberikan pengetahuan dan juga kemahiran kepada golongan sasar dalam memperbaiki taraf ekonomi mereka. Secara tidak langsung pasti akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar terutamanya di negeri Sabah yang masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Kemiskinan juga merupakan salah satu faktor kenapa ramai ibu bapa di kawasan pendalaman tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ini disebabkan oleh pendapatan yang diperoleh sekadar cukup untuk menampung keperluan sekeluarga.
Walaupun kerajaan pada ketika ini memperkenalkan satu akta yang mewajibkan anak-anak dihantar ke sekolah, namun adalah sukar bagi kita untuk melaksanakan disebabkan kekangan kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah di luar bandar juga amat mendaifkan ibarat penduduknya yang juga adalah di bawah belenggu kemiskinan. Adakah masalah ini dapat diselesaikan? Saya juga telah berulang kali membawa dan juga menyuarakan masalah ini di Dewan yang mulia ini. Kita ingin melihat anak-anak kita bersekolah yang mempunyai kemudahan yang baik, barulah mereka yakin yang kita betul-betul ingin membantu mereka untuk memberikan ilmu yang terbaik bagi anak-anak mereka. Hasrat kerajaan untuk menjadikan sifar buta huruf juga akan tercapai apabila kita benar-benar ikhlas dalam menyediakan kemudahan yang baik untuk golongan ini.
Saya yakin bahawa ada di antara guru-guru yang tidak mahu dihantar ke kawasan pedalaman disebabkan oleh keadaan jalan yang tidak baik dan juga kekurangan kemudahan infrastruktur yang baik. Pihak kerajaan mempunyai banyak program untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar. Banyak kawasan luar bandar di Sabah masih tidak mempunyai bekalan elektrik, air bersih dan juga klinik. Saya berharap agar kawasan-kawasan ini dapat diberikan perhatian yang serius dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil dalam mengatasi masalah ini.
Adalah menyedihkan setelah kita merdeka 50 tahun namun masih terdapat rakyat kita yang masih hidup di bawah kepompong kemiskinan. Saya sedar kerajaan amat memandang serius masalah ini dengan menyediakan pelbagai program. Namun sejauh manakah berkesannya program-program tersebut dan juga adakah program-program ini sampai ke peringkat akar umbi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila gulung, Yang Berhormat.
Tuan Raimi Unggi - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap agar program yang telah dijalankan di Pulau Bangi dapat diteruskan di kawasan pedalaman di negeri Sabah yang masih mundur. Masih banyak lagi kawasan-kawasan yang terdapat di negeri Sabah dapat dimajukan melalui program-program yang berasaskan kepada pertanian. Suntikan tambahan peruntukan kepada negeri Sabah amat diperlukan ekoran daripada sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan kerana dahagakan pembangunan dan hasrat ingin keluar daripada kepompong kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya juga ingin memohon agar sistem perkhidmatan awam dapat dikaji semula bagi memastikan apa juga program yang dilaksanakan oleh kerajaan sampai ke peringkat akar umbi. Kawasan luar bandar merupakan kawasan yang selalu ketinggalan dari segi program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam membantu mereka. Saya percaya bahawa terdapat agensi- agensi kerajaan yang terlibat dalam hal untuk memastikan ia sampai ke peringkat akar umbi. Namun ia tidak jelas kerana ia tidak sampai ke peringkat akar umbi. Saya yakin dan percaya apa jua yang kita usahakan untuk membantu golongan miskin ini tidak akan
Tuan Raimi Unggi - Tenom
kesampaian apabila sistem penyampaian dan perkhidmatan yang diberikan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap agar konsep satu perkhidmatan, satu penyampaian dan dasar tiada pintu yang salah berjaya dilaksanakan dengan pemantauan yang lebih teratur. Saya percaya bahawa konsep ini akan berjaya sekiranya penjawat-penjawat awam yang telah dipertanggungjawabkan dalam hal ini dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan sesuai dengan sumpah dan janji yang telah dibuat. Kita tidak mahu dikatakan indah khabar dari rupa kerana sasaran kita sekarang adalah memperbaiki sistem penyampaian bagi memastikan keberkesanan dan juga pelaksanaan sampai kepada kumpulan sasar.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pulai.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh mengenai masalah inflasi dan bebannya kepada rakyat negara ini. Kadar inflasi yang tinggi merupakan fenomena yang melanda semua negara di dunia dan nampaknya tidak ada satu kerajaan di dunia ini yang mempunyai cara penyelesaian ala magic bullet, dengan izin, untuk menyelesaikan masalah ini.
Di Malaysia pihak pembangkang yang menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak sebelum pilihan raya, sekarang ini senyap apabila ditanya cara penyelesaian ini masalah ini selepas menjadi kerajaan di beberapa negeri. Sebelum pilihan raya yang lepas isu penggunaan duit Petronas yang mendapat keuntungan luar biasa atau windfall profits, dengan izin, sejak kenaikan harga minyak yang mendadak menjadi antara isu utama yang digunakan oleh pembangkang untuk melemparkan tuduhan salah guna kuasa dan pembaziran keuntungan Petronas tersebut. Akan tetapi kedudukan sebenarnya adalah kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan masyarakat dan memberikan subsidi kepada rakyat untuk barang makanan asas dan juga bahan bakar seperti petrol dan gas.
Rakyat sebenarnya sudah menerima hakikat ataupun nikmat keuntungan minyak ini sejak lama tanpa disedari. Kerajaan sebenarnya telah lama memberikan subsidi ini kepada rakyat dan telah meringankan beban kehidupan kepada rakyat. Hanya selepas kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini yang memaksa kerajaan untuk mengkaji semula pemberian subsidi, barulah kerajaan terpaksa menjelaskan kepada rakyat kesulitan untuk mengekalkan sistem subsidi ini dalam bentuk yang sedia ada.
Saya sebagai wakil rakyat di kawasan bandar raya seperti Johor Bahru juga sedar bahawa keadaan ekonomi sekarang ini tidak makmur seperti dahulu. Pendapatan rakyat di Johor Bahru tidak naik selari dengan kadar kenaikan kos kehidupan. Tekanan kehidupan sekarang bukan sahaja melibatkan golongan orang miskin yang meningkatkan jumlah kemiskinan bandar, malah tekanan hidup ini juga melibatkan golongan pendapatan menengah di bandar raya Johor Bahru.
Sebagai contoh, sekarang ini seorang pekerja yang mendapat gaji sebanyak RM10 ribu pun merasakan beban untuk meneruskan taraf kehidupan atau standard of living, dengan izin, yang dinikmati sebelum ini. Selepas membayar kos instalment ataupun sewa rumah, kos memiliki kereta, kos membeli belah untuk makanan dan pendidikan awal kanak-kanak mereka telah hampir membelanjakan kesemua pendapatan mereka dan tidak mempunyai baki yang banyak untuk simpanan hari tua ataupun pendidikan anak-anak di peringkat universiti. Oleh itu keadaan ekonomi di Johor Bahru sekarang ini melibatkan golongan pendapatan menengah pun merasakan kesulitan hidup dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.
Saya juga merasakan bahawa perasaan tidak puas hati ini juga merupakan sebab utama golongan middle class ini dengan izin, mengambil keputusan untuk mengundi pembangkang pada pilihan raya yang lepas. Oleh sebab itu Barisan Nasional mengalami kekalahan besar di kawasan bandar raya utama.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya menyokong dasar kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat miskin negara ini. Kerajaan telah berjaya menurunkan jumlah kemiskinan tegar kepada 3.5% pada tahun 2007. Kerajaan telah melaksanakan banyak dasar untuk membantu rakyat miskin melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Rakyat termiskin mendapat bantuan perumahan, pendidikan dan wang tunai untuk meringankan beban kehidupan tetapi sekarang ini kerajaan juga harus memberikan perhatian kepada golongan middle class yang tidak puas hati ini. Mereka juga memerlukan bantuan.
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan dan juga Unit Perancang Ekonomi untuk melihat trend ataupun dynamic dengan izin, baru ini dan menyesuaikan Pelan Tindakan Ekonomi Negara untuk mengambil kira nasib golongan menengah ini juga. Penyelesaian jangka panjang untuk membantu golongan ini bukanlah dengan cara menahan kenaikan harga barang sahaja kerana inflasi merupakan side effect kepada pertumbuhan ekonomi yang cergas.
Saya ingin memberikan tumpuan bahawa penyelesaian jangka panjang yang berkesan hanyalah dengan melaksanakan dasar yang boleh menyegarkan ekonomi dan lebih penting lagi untuk menaikkan pendapatan golongan middle class ini supaya mereka dapat mengatasi masalah kenaikan kos penghidupan. Saya juga ingin mencadangkan pendekatan jangka pendek yang boleh digunakan untuk membantu golongan middle class ini. Cadangan ini juga adalah berkaitan dengan reformasi pemberian subsidi bahan bakar seperti petrol dan gas yang dianggarkan sebesar RM40 bilion pada kadar harga minyak USD70 se tong yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.
Cadangan saya juga ada kaitan dengan penggunaan windfall profits hasil Petronas yang berlaku disebabkan oleh perbezaan harga pasaran sekarang iaitu lebih kurang USD120 se tong berbanding dengan tahap harga minyak USD70 se tong yang digunakan sewaktu menyediakan bajet ataupun Pelan Ekonomi Negara. Kerajaan sekarang menghadapi masalah untuk menarik semula subsidi yang diberikan secara serta-merta.
Pada waktu yang sama, kerajaan pula perlu menangkis tuduhan bahawa ia membazirkan windfall profits ini daripada Petronas.
Kerajaan juga menghadapi masalah untuk menstrukturkan subsidi petrol dan gas supaya pembahagian subsidi petrol boleh dibuat dengan adil. Ada beberapa cadangan sistem pembahagian subsidi petrol yang diketengahkan. Akan tetapi sistem yang dicadangkan tersebut rumit seperti kuota dan ketidakadilan dari segi pengguna kereta besar dan sebagainya. Juga akan memakan belanja yang besar untuk menguruskan sistem tersebut. Untuk mengatasi masalah kos dan pentadbiran rumit ini, saya mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian mengenai jumlah subsidi yang terlibat dan juga jumlah windfall profits yang terhasil dan memberikan terus kedua-dua jumlah subsidi dan windfall profits ini terus kepada rakyat atas dasar per kapita penduduk berdasarkan satu formula yang mengambil kira pendapatan dan juga aset mereka.
Formula pengagihan pembayaran tersebut perlu memastikan rakyat termiskin dan middle class akan mendapat bahagian yang terbesar. Subsidi tersebut juga boleh diberi terus kepada rakyat melalui EPF. EPF merupakan mekanisme terbaik untuk mengedarkan subsidi tersebut kerana EPF sekarang mempunyai 11 juta orang pencarum atau lebih kurang 91% daripada jumlah pekerja di Malaysia. Sebahagian besar rakyat Malaysia juga telah mempunyai akaun dengan EPF yang memang lama telah menguruskan wang mereka. EPF merupakan institusi tunggal di negara kita yang mampu melaksanakan cadangan ini tanpa masalah pentadbiran dan kos yang tinggi. Pada pendapat saya, penggunaan EPF untuk mengedarkan subsidi ini akan lebih berkesan kerana bantuan tersebut akan mengelakkan karenah birokrasi dan akan masuk terus kepada akaun pencarum EPF yang boleh dikeluarkan serta-merta bagi tujuan-tujuan khusus seperti pendidikan atau perumahan.
Saya juga faham bahawa penggunaan EPF sebagai mekanisme pengedaran ini mempunyai masalah-masalah yang tertentu untuk melaksanakan cadangan ini seperti larangan perundangan melalui Akta EPF, masalah pentadbiran seperti pendaftaran rakyat yang tidak bekerja atau berniaga sendiri. Akan tetapi pada pandangan saya, masalah- masalah ini boleh diatasi kerana ia merupakan masalah pentadbiran. Yang penting, rakyat
Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai
akan mendapat wang straight to the pocket. Rakyat tidak mengira kaum atau pendapatan akan mendapat bantuan secara langsung dan tidak lagi perlu ragu-ragu mengenai wang tersebut kerana mereka akan menerima wang tersebut dengan secara terus. Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang membahas Titah Diraja dan Menyokong Usul Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam ucapan ringkas ini, saya ingin menumpukan kepada tema perlunya reformasi beberapa institusi-institusi penting. Pada hemat saya, kemerosotan, kewibawaan beberapa institusi penting telah menjadi isu-isu yang penting di dalam pilihan raya dan keputusan pilihan raya baru-baru ini adalah satu mesej yang jelas kepada semua, kepada Kerajaan Barisan Nasional dan juga kepada kita di Pakatan Rakyat bahawa rakyat Malaysia mahu reformasi atau reform dengan izin, dalam beberapa institusi- institusi penting ini. Institusi yang saya maksudkan ada termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya ataupun SPR, institusi PDRM, Polis Diraja Malaysia, institusi Jabatan Peguam Negara dan juga institusi Kehakiman.
Saya tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua, untuk membincangkan semua ini tetapi saya ingin bermula dengan memberi pandangan sedikit tentang SPR dan pengendalian pilihan raya. Ada pandangan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga beberapa pemimpin Barisan Nasional bahawa kemenangan besar oleh Pakatan Rakyat 82 Kerusi dan lima buah kerajaan negeri bermaksud bahawa pilihan raya kita adalah bebas dan adil. Bagi saya inilah satu tanggapan atau pendapat yang salah, yang tidak ada asas.
Inilah satu misconception, dengan izin. Inilah seolah-olah berkata dengan izin, cancer is not a killer sebab some patients survived the disease.
Inilah dan bagi saya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya proses pilihan raya yang dikendalikan di dalam negara kita masih tidak bebas dan adil dan saya boleh cakap di sini bahawa sekiranya prosesnya dijalankan mengikut piawaian ataupun nilai-nilai antarabangsa untuk pilihan raya bebas dan adil, ada kebarangkalian besar bahawa Pakatan Rakyat telah menang jauh lebih kerusi daripada yang dicapai.
Ada kemungkinan besar bahawa kita penduduk di tempat yang berbeza daripada yang ada sekarang. Inilah hakikatnya. Jadi kita tidak boleh menafikan bahawa dari segi perundangan, dari segi legal, Barisan Nasional telah menang di sana, tetapi ada timbul isu kesahan, ataupun legitimacy. Legal legitimacy memang ada, tetapi dari segi moral legitimacy, dari segi legitimacy of the government, itu masih ada satu persoalan. Apakah isu yang dalam pengendalian pilihan raya yang mengakibatkan atau membawa persepsi bahawa pilihan raya ini tidak bebas atau adil.
Ada beberapa aspek, saya menumpukan kepada tiga sahaja. Satu ialah pengendalian undi pos. Undi pos sekarang berjumlah 221,885 undi. 221,000 undi, 2% lebih daripada jumlah keseluruhan dan dalam pilihan raya yang baru ini, ada beberapa penyelewengan yang kita lihat. Saya bagi dua, tiga contoh sahaja Tuan Yang di-Pertua di sini. 72,000 kertas undi pos ini telah hilang. Bermaksud diambil oleh pengundi, selepas itu tidak dikembalikan. Mana mereka pergi, kita belum tahu. Ada contoh di Kuala Lumpur, di mana pemerhati daripada Pakatan Rakyat dipaksa memerhati 100 meter dari tempat pengundian.
Proses membuang undi tidak sulit lagi dan di beberapa tempat, proses pembuangan undi dibuat tanpa satu daftar undi diberi kepada pemerhati Pakatan Rakyat.
Ini serius sebab dalam 30 Kerusi di mana Barisan Nasional menang dengan majoriti-majoriti yang tipis, jumlah perbezaan undinya hanya 56,822 undi. Jadi ini menunjukkan begitu besar pengaruh undi pos ini yang berjumlah 221,000 undi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, isu ini dengan jelas mencemar proses pengendalian pilihan raya kita. Gelaran undi pos ini juga satu misnomer, dengan izin, sebab mereka,
Tuan R. Sivarasa - Subang
anggota polis dan anggota tentera yang membuang undi menggunakan undi pos ini sebenarnya tidak perlu menggunakan undi pos. Mereka boleh membuang undi seperti kita semua, seperti pengundi biasa di tempat-tempat yang biasa.
Hanya 1% daripada undi pos dalam negara ini adalah pengundi pos sebenarnya, dengan izin, actual postal voters yang duduk di luar negara sama ada mereka bekerja atau belajar di luar negara. Yang 99% itu ada di sini. Jadi tidak ada asas untuk SPR menggunakan amalan undi pos untuk mereka. Selain daripada undi pos, kita juga ada masalah liputan media yang berat sebelah dan inilah satu punca terus atau langsung daripada Akta Mesin Cetak yang memerlukan lesen diperbaharui setiap tahun.
Saya gembira mendengar di Dewan yang mulia ini pandangan daripada Yang Berhormat daripada Barisan Nasional beberapa kali termasuk Kulai dan Rembau di mana kita mendengar bahawa akta ini perlu dimansuhkan.
Kita sangat mengalu-alukan dan kita setuju dengan pandangan itu. Sudah tiba masanya, in fact sudah terlewat pandangan itu diberikan tetapi dialu-alukan pandangan itu diluahkan dan kita setuju, tetapi kita juga kena faham bahawa untuk kebebasan media yang tulen, Akta Rahsia Rasmi dan juga Akta Hasutan perlu juga dimansuhkan ataupun dipinda.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang mencemarkan pengendalian pilihan raya di negara kita adalah daftar undi yang tidak bersih. Atas sebab itu ada desakan untuk penggunaan dakwat kekal untuk memastikan pengundi tidak boleh membuang undi lebih sekali, tetapi malangnya seperti disebut tadi dalam ucapan lain tiba-tiba pada saat-saat terakhir SPR telah membatalkan kegunaan dakwat kekal ini walaupun telah dipersetujui pada pertengahan tahun lepas pada bulan Julai selepas kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan diberikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kesimpulannya, adalah bahawa negara kita tidak boleh mengambil ruang di dunia ini dalam kumpulan negara-negara yang betul-betul demokratik yang sebenar-benarnya melakukan satu pilihan raya yang bebas dan adil selaras dengan piawaian nilai antarabangsa sehingga kita buat satu reformasi sistem pilihan raya kita.
Jadi saya ingin mencadangkan bukan sahaja kepada pemerintah, kepada kita semua di Dewan yang mulia ini yang bertanggungjawab atas isu ini bahawa kita perlu satu muafakat di sini bahawa sistem ini mesti diubah dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan oleh kerajaan untuk kaji isu yang cukup penting ini.
Kita perlu satu suruhanjaya untuk menyiasat daftar undi yang sedia ada sebab adalah jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini tidak lagi mempunyai wibawa, tidak lagi mempunyai kewibawaan yang cukup untuk melakukan tugas penting itu.
Jadi, saya menggulung Tuan Yang di-Pertua. Saya ulanglah cadangan itu sebagai satu seruan juga bahawa negara kita perlu move on, dengan izin, kepada satu era demokrasi yang baru dan reformasi sistem pilihan raya ini adalah satu unsur utama dalam perkembangan itu. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Kepong.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Jerai.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak berucap, Kepong?
Sudah berucap?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Boleh, boleh.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, dengan secara ringkas.
Yang pertama, kita sentiasa menekankan bahawa tidak ada sebarang kaum..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah berucapkah, Kepong?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Belum berucap?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Belum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, dia kata belum.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Buang masa ya. Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa menekankan bahawa tidak ada sebarang kaum yang boleh mencabar hak-hak kaum lain di dalam masyarakat yang majmuk ini. Yang kedua, Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi haruslah memastikan keberkesanannya untuk membendung kenaikan harga. Yang ketiga, kita mengesyorkan supaya mengadakan lebih banyak pusat latihan polis, bilangan pelatih disiplin dan kemudahan-kemudahan untuk menambahkan 12,000 rekrut polis setiap tahun dari 2008 hingga 2013. Syor-syor Suruhanjaya Polis termasuk IPCMC patut dilaksanakan. Ini tidak tahulah kali yang ke mana kita menyerukan supaya IPCMC diadakan.
Yang keempat mengumumkan keberkesanan Skim Latihan Graduan yang setakat ini telah membelanjakan lebih RM214 juta mewujudkan peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk latihan vokasional dan teknik dan juga untuk mengadakan satu kajian yang menyeluruh, mengenal pasti pertukangan kayu, pertukangan emas, besi, simen dan sebagainya supaya pihak kerajaan dapat menggalakkan semua pertukangan ini, semua kraf ini dapat diiktiraf dan dapat mewujudkan satu pertandingan di dalam negara bagi memberi hadiah kepada apprentices yang terbaik di negara ini.
Yang kelima kerajaan patut mengumumkan cara-cara yang digunakan untuk mengurus serta menyelaraskan 88 buah sekolah bestari dan 30 buah sekolah kluster dan bagaimana 10 ribu buah sekolah akan menjadi bestari pada tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak merakamkan di dalam bencana ribut puting beliung di Myanmar dan malapetaka gempa bumi di China, kerajaan mestilah menyampaikan simpati dan bantuan dari negara ini. Kita sangat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada rakyat di negara masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, pada sesi ini kita mengalu-alukan 99 ahli yang menghadiri Dewan ini buat kali yang pertama. Kita nampak ada yang mempunyai potensi dan isi kandungan ucapannya bererti. Selepas Pilihan Raya Umum pada 8 Mac, Dewan ini menjadi lebih hangat. Ketika kempen pilihan raya, setiap parti menonjolkan dasar politik masing- masing. Setiap rakyat sudah membuat keputusan. Kita dari semua parti boleh berusaha untuk sama-sama membangunkan negara ini.
Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.
Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya, UMNO menjorokkan hak-hak, adat dan sejarah Melayu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
MCA menyorongkan hak-hak dan pendidikan Cina dan MIC menyodorkan hak-hak dan kewarganegaraan warga India. Mereka menganjurkan tonggan menjadi dapur diperbuat dengan mengorek tanah untuk kawah atau periuk besar. Tonggan UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional ini memasakkan isu-isu perkauman, semua isu diperkaumankan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pada zaman teknologi maklumat dan kemunculan negara-negara seperti negara China dan India, tonggan UMNO dan sebagainya seumpama ini adalah tidak praktikal lagi.
Di dalam pilihan raya yang lepas, kita boleh menyaksikan dengan sendiri tonggan seumpama ini tidak guna lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jaga parti sendiri.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tak laku tonggan ini kot.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jaga parti sendiri, jangan jaga tepi kain orang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sekarang kita tepi siapa, tepi kain siapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Sekarang kita menggunakan ketuhar gelombang mikro dan lain-lain yang lebih canggih, apa berlaku lagi kita bercita-cita mencapai tahap negara maju pada 2010. Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah mengelakkan amalan untuk melayang-layang keris semasa perhimpunan parti dan kita nampak...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu hak kita, orang Melayu punya You gaduh pasal apa. Keris itu, you punya barang kita tidak kacau pun.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Datuk-datuk, mujurnya Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat..
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
...Menteri Pelajaran sudah insaflah mengenai hal ini. Semua kaum mempunyai hak di dalam politik, ekonomi...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan pertikaikan hak orang Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...pertikai hak orang Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat. Dengar sajalah.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Semua kaum mempunyai hak dalam politik, ekonomi, kesihatan, pertanian dan sebagainya tidak ada sebarang kaum yang boleh mencabar hak-hak kaum yang lain. Tak payah nak melihat di dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita tak pernah mencabar hak orang lain.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bagi yang miskin, yang lemah mesti dibantu tanpa mengira kaum. Kita haruslah sentiasa berikhtiar untuk mengurangkan jurang sama ada jurang kekayaan, jurang digital atau jurang wilayah, dengan berani dan penuh komitmen.
Tuan Yang di-Pertua, kerana masa yang tidak mengizinkan, di sini saya hendak mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi yang bermula pada 1 April 2008 ini dan pasukan petugas khas menangani kenaikan harga mestilah menambahkan usaha untuk membendung inflasi. Dari tempoh Januari 2008 hingga 20 April 2008, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membuat 328,352 pemeriksaan ke atas kilang, pemborong, kedai runcit, pasar raya, pasar malam, pasar awam dan lain-lain mengenakan rampasan RM731,000 terhadap 55 kes.
Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya ini memang nampaknya usaha yang dibuat oleh kementerian ini belum mencukupi. Saya berharap usaha yang lebih gigih dikenakan
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
ke atas kedai-kedai yang tidak mematuhi itu kehendak rakyat. Faktor-faktor antarabangsa seperti harga petroleum, USD122 setong, sorokan beras di banyak negara termasuk China, India, Vietnam, Rusia dan Thailand memburukkan keadaan. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya Yang Amat Berhormat sudah berjanji untuk memberi 500,000 tan beras dari Thailand tapi dengan harga USD800 setan.
Namun, pihak Thailand menaik harga sekarang itu, dia hendak lebih USD1000 setan. Kita pun tidak boleh beli lah itu. Saya berharap Yang Amat Berhormat cari pasaran yang lain, mungkin daripada Vietnam, mungkin daripada Kemboja pun, daripada Amerika Syarikat dan sebagainya untuk membeli bekalan 500,000 tan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Lagi berapa orang, banyak lagi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Seorang Ahli
Orang paling muda.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat kita ada senarai Yang Berhormat. Kita nampak adil, cukup adil. Sebelah sana, sebelah sini, sebelah sana, sebelah sini. Jadi, tidak payah buat bantahan. Yang Berhormat, Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang berucap di dalam Dewan yang mulia ini. Saya menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu bomba. Kita mengakui akan kepentingan peranan pihak bomba dalam usaha membantu memadamkan kebakaran sama ada yang melibatkan kebakaran premis, rumah kediaman, bangunan perniagaan dan hutan. Peranan yang dimainkan bukan sahaja dapat membantu menyelamatkan nyawa, malah mengurangkan kadar kerugian akibat kemusnahan harta benda akibat berlakunya sesuatu kebakaran. Pihak bomba sentiasa berusaha menambah cekap mutu perkhidmatan ke tahap yang maksimum dengan meningkatkan kemahiran dan kualiti peralatan menyelamat.
Di sesetengah tempat seperti di kawasan Simpang Renggam, terdapat kawasan tanah yang telah lama diwartakan untuk pembinaan bangunan balai bomba, tetapi malangnya sehingga kini bangunan tersebut masih belum didirikan atas alasan keperluan pembinaan balai bomba tersebut kurang mendesak. Saya mencadangkan agar keperluan pembinaan balai bomba ini diputuskan keperluan pembinaannya sama ada mengikut ramainya bilangan penduduk kampung dan taman-taman perumahan. Mungkin juga balai bomba ini perlu dibina di setiap Dewan Undangan Negeri supaya kes-kes kebakaran yang berlaku dapat ditangani segera.
Ini kerana kedudukan balai bomba yang jauh tentunya menyukarkan pergerakan mereka sekiranya ada berlaku kebakaran dan ditambah pula kesukaran mendapatkan bekalan air kerana pili bomba tidak disediakan. Bagi kebakaran di kebun-kebun atau belukar, biasanya pihak bomba menghadapi kesukaran kerana jalan yang sempit, tidak membolehkan jentera bomba masuk ke kawasan kebakaran, api yang marak, mudah memusnahkan kawasan tanaman atau bangunan dalam tempoh yang singkat.
Harapan kita adalah agar pihak bomba dapat datang dengan segera apabila menerima telefon tentang kebakaran, berjaya membantu menghalang kebakaran daripada merebak dan bukannya datang apabila kebakaran sudah pun memusnahkan sebahagian besar harta atau kehilangan nyawa.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Justeru, pihak berkenaan wajar memastikan:
(i) bilangan kakitangan anggota bomba dan kekuatan jenteranya hendaklah sentiasa mencukupi;
(ii) pembinaan balai bomba yang jaraknya tidak jauh dengan kawasan kawalannya; dan
(iii) peralatan pemadam kebakaran yang sentiasa canggih dan terkini.
Tuan Yang di-Pertua, isu penternakan ikan hiasan. Jika suatu masa dahulu Malaysia menjadi pengimport ikan hiasan terutamanya jenis ikan emas tetapi kini negara ini dikenali sebagai antara pembekal ikan hiasan tropika utama dunia. Hidupan akuatik ini adalah menjadi industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Menyedari industri boleh memberikan keuntungan, negara Malaysia telah bergerak berusaha menjadi salah sebuah negara pengeluar ikan hiasan yang berorientasikan eksport dan berjaya mencatatkan pertumbuhan tinggi iaitu 40% setahun.
Ketika ini, negara berada di tempat kedua selepas Singapura dari segi eksport global dengan pasaran tumbuh sebanyak 9%. Secara purata, industri tempatan mengalami pertumbuhan eksport 24% sejak dua dekad lalu. Industri ikan hiasan tempatan bernilai RM190 juta mencatatkan pertumbuhan luar biasa sejak 15 tahun lepas dengan pengeluarannya mencecah hampir 500 juta ekor setahun. Daripada jumlah itu, lebih 70% dieksport secara langsung atau tidak langsung dengan nilai RM140 juta setahun. Terdapat 550 jenis ikan tempatan dan eksotik yang 250 spesies daripadanya diternak di Malaysia untuk pasaran tempatan dan global.
Menjelang tahun 2010 atau hujung Rancangan Malaysia Kesembilan, Malaysia dijangka mengeluarkan 800 juta ikan hiasan bagi pasaran dunia bernilai RM190 juta. Buat masa ini lebih 70% daripada pengeluaran tempatan dieksport ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, Hong Kong, Sepanyol, Jepun dan Taiwan. Pada setiap tahun perdagangan ikan hiasan dunia dianggarkan bernilai RM8.06 bilion dengan 98% tertumpu pada ikan tropika. Permintaan global bagi industri ikan hiasan telah meningkat selepas krisis ekonomi Malaysia 1997 dan dijangka berkembang antara RM100 juta berbanding RM81.9 juta dalam RMK-8. Dengan jumlah pengusaha akan ditingkatkan kepada 500 orang.
Bagi mencapai semua matlamat tersebut, antara strategi yang dirangka dengan membangunkan industri ikan hiasan ialah dengan melaksanakannya secara cluster, memberi latihan teknikal, membuka pasaran luar negara melalui penyertaan ekspo serta menubuhkan pusat pemasaran ikan hiasan. Sebenarnya perusahaan ikan hiasan juga boleh membantu kepada kerancakan industri pelancongan dengan menjadikan kawasan ternakan ikan hiasan sebagai destinasi untuk pelancongan tempatan dan asing. Kawasan- kawasan ini boleh dilengkapkan dengan kedai pameran atau akuarium ikan hiasan. Jalan yang baik dan kemudahan lain ialah seperti perkhemahan, restoran, rumah rehat dan pusat penerangan hidupan akuakultur.
Bagi Parlimen Simpang Renggam, di kawasan DUN Layang-layang terdapat sebanyak 70 syarikat yang telah mengusahakan penternakan ikan hiasan. Ikan-ikan yang diternak sebahagian besarnya dieksport ke Singapura kerana kedudukannya hanya memakan masa lebih kurang 45 minit untuk membolehkan ikan di pasarkan ke negara jiran tersebut. Penternakan ikan hiasan di sini bukan sahaja telah memberikan keuntungan kepada syarikat pengusaha, malah juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di sini.
Memandangkan kedudukan Layang-layang yang tidak jauh dari negara Singapura, maka pengeksportannya ikan hiasan ini tidak melibatkan kos pengangkutan yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak. Saya mencadangkan Layang-layang dijadikan hab atau center ikan perhiasan dengan membina pusat perdagangan atau memberi insentif untuk melonjakkan ekonomi di kawasan tersebut.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, satu masa dulu pengusaha tanaman betik menghadapi ancaman penyakit bintik cincin sehingga sejumlah besar pokok-pokok betik terpaksa dimusnahkan. Pada masa kini, pengusaha tanaman makanan juga menghadapi masalah yang baru. Bagi pengusaha pertanian penanam pisang, para pengusaha berdepan dengan masalah penyakit pokok pisang akibat serangan virus yang boleh menyebabkan pokok pisang itu mati. Penyakit itu begitu mudah merebak sehingga boleh memusnahkan keseluruhan kawasan penanaman pokok pisang tersebut.
Penanaman pokok buah naga yang dikatakan boleh menguntungkan para penanam kini berdepan juga dengan masalah serangan penyakit yang sukar untuk diatasi yang menyebabkan seolah-olah pokok-pokok buah naga ini ‘hidup segan, mati tak mahu’.
Tentunya pengusaha akan mengalami kerugian. Di samping usaha Jabatan Pertanian untuk mengenal pasti penawar dan kaedah rawatan kepada penyakit tanaman ini, mungkin juga kerajaan boleh mempertimbangkan memberikan sagu hati kepada pengusaha yang menghadapi masalah serangan penyakit pada tanaman mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat dah habis dah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Akhir ucapan saya Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan satu mesej kepada pihak pembangkang. Saya mengharapkan pihak pembangkang janganlah selalu mengulangi perkataan tsunami politik lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat kita tidak ada masa lagi Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Politik tsunami dalam bahasa Jepun ialah bencana alam. Ia memusnahkan, merosakkan, melupuskan segala-galanya apa yang baik yang bagus tanpa ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, dah jauh malam Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Sudah, sudah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kami tahu apa maksud yang hendak disampaikan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Duduk Yang Berhormat, duduk.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
... Kerajaan Barisan Nasional tidak ...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Habis-habis, dua ayat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sekijang, duduk Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dah lupa button kat bawah.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Ish, apa nak jadi ni?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ...
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Duduklah, bagi seorang lima minit.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
... di dalam pembukaan sidang Parlimen penggal pertama tahun 2008.
Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini sindiket dadah antarabangsa telah menggunakan rakyat Malaysia sebagai pengedar dadah antarabangsa. Mengikut kenyataan laporan bahawa kebanyakan daripada sindiket ini berwajah gelap dan berbibir tebal yang berasal daripada Benua Afrika dan ada juga yang mempunyai hidung yang cukup mancung dan macho berasal daripada timur tengah.
Oleh sebab itu, wanita-wanita tempatan kita banyak yang tertarik dengan mereka ini dan mudah dipujuk rayu dan dijanjikan dengan pelbagai kemewahan dan kewangan.
Akhirnya terperangkap dengan sindiket ini yang kebanyakan daripada mereka yang terperangkap ini adalah terdiri daripada graduan-graduan lepasan daripada universiti- universiti kita iaitu mereka daripada golongan yang terpelajar.
Kegiatan mereka yang licik ini telah menyebabkan ramai rakyat kita ditahan di penjara-penjara di luar negara dan sesetengahnya pula menunggu masa untuk dijatuhi hukuman mati. Persoalannya saya percaya bahawa mereka ini amat mudah dikenali apabila masuk ke dalam negara kita.
Mengapa pihak berkuasa kita apabila mereka ini masuk ke dalam negara ini dengan paras rupa yang saya sebutkan tadi tidak dapat mengenal pasti mereka ini.
Kenapa agensi penguat kuasa kita gagal mengenal pasti golongan ini? Ini kerana kumpulan ini juga banyak terlibat dengan bukan sahaja penyalahgunaan dadah, pengedar dadah tetapi juga dengan black money, jenayah-jenayah lain, peras ugut, kegiatan ganas mereka yang berlaku di bandar-bandar besar di dalam negara kita.
Sepatutnya kemasukan mereka ini harus ditapis, disaring dan dipantau. Apa juga tujuan kemasukan mereka sama ada untuk pelancongan, perniagaan ataupun menjadi penuntut-penuntut pengajian tinggi di negara ini harus diteliti dan dipantau kegiatan mereka ini. Golongan ini tidaklah begitu ramai dan mudah dikenal pasti masuk ke dalam negara kita.
■ 2220 Tuan Yang di-Pertua, walaupun dalam pilihan raya yang ke-12 yang lalu bahawa banyak rakyat daripada kawasan-kawasan bandar terutamanya, mereka tidak terpikat dengan pembangunan dan lebih-lebih lagi mereka ini banyak terpikat dengan khabar- khabar angin. Namun bagi saya yang mewakili kawasan luar bandar, perkara ini amat penting bagi saya iaitu pembangunan. Ini seperti mana kawan-kawan saya daripada Sabah dan Sarawak. Bukan semua kawasan di Semenanjung ini lengkap dengan kemudahan asasnya. Banyak lagi yang masih belum menerima pembangunan dan amat memerlukannya terutamanya di kawasan saya dalam Parlimen Sekijang yang terletak di Johor Utara yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan bersempadan dengan selatan Pahang.
Seorang Ahli
Kesian.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Berikanlah pembangunan yang seimbang dan saksama kerana kita sama-sama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Peruntukan pembinaan jalan luar bandar, lampu-lampu, jalan luar bandar perlu diberikan peruntukan yang secukupnya supaya selepas 51 tahun kita merdeka, rakyat kita di luar bandar juga dapat mengecapi dan menikmati pembangunan yang perlu dan patut kita bagikan kepada mereka ini. Bagi mereka yang tidak mahukan pembangunan, tidak apalah. Tinggalkan mereka.
Permohonan saya untuk membina sebuah MRSM di kawasan Sekijang yang telah pun dikenal pasti tapak pembinaannya mestilah diteruskan. Sekiranya tiada peruntukan
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
yang disediakan dan pada ketika ini saya difahamkan bahawa mid-term review dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini sedang dibuat, maka saya minta ia dimasukkan.
Pembinaan pelebaran jalan daripada Tangkak ke Segamat sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada akhir tahun lalu, ia juga perlu direalitikan supaya janji-janji kita kepada rakyat sebelum daripada pilihan raya ini dapat ditunaikan dan tidak diabaikan. Saya juga ingin tahu daripada menteri, Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kementerian apabila pada 7 Disember 2007, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan satu kajian menyeluruh dibuat kepada Sungai Muar supaya banjir yang berlaku di Daerah Segamat dan yang juga berlaku di Daerah Muar yang setiap tahun ia berlaku melibatkan lebih kurang 50,000 penduduk dapat diatasi.
Saya mencadangkan supaya satu dengan izin, retention pond ataupun pembinaan dam yang baru harus dibina di kawasan-kawasan tersebut supaya air hujan yang turun di masa-masa tertentu dengan lebatnya dapat ditakung sementara dialirkan ke laut. Sungai Muar juga yang merupakan satu-satunya sungai utama yang melalui di dalam kawasan saya dan juga di Pagoh, Muar dan Ledang saya percaya. Dari segi sejarahnya ia hanya dikorek ataupun didalamkan sebelum Perang Dunia Kedua dulu Tuan Yang di-Pertua.
Sehingga pada hari ini tidak ada berlaku pengorekan atau mendalamkan sungai ini dibuat kepada sungai ini. Sebab itulah limpahan air sungai ini amat mudah ataupun mudah menenggelami kawasan-kawasan di sekitarnya. Jadi saya mohon supaya pendalaman ataupun pengorekan Sungai Muar ini dapat dibuat supaya mendapan-mendapan yang terdapat di dalam sungai tersebut dapat dikeluarkan untuk memudahkan aliran air untuk keluar ke laut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon kepada pihak kerajaan yang telah mengeluarkan tender-tender kepada kontraktor yang mendapat tender daripada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Sikit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Habiskan perkataan itu.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Saya gulung. Sebelum ini yang telah dapat kepada kontraktor-kontraktor kerana dapat kita membantu kepada kontraktor-kontraktor ini kerana kenaikan harga besi yang cukup hebat di pasaran pada ketika ini. Tuan Yang di-Pertua yang mana kalau kita boleh mengambil contoh misalnya besi keluli 10mm yang harga diluluskan oleh kerajaan ialah RM1,962 setan metrik tetapi hari ini kadarnya telah meningkat kepada RM3,600 iaitu kenaikan 83.49% Tuan Yang di- Pertua. Manakala besi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
...32mm pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sekijang. Habis Yang Berhormat masanya.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Ya. Habis dah Tuan Yang di-Pertua. Yang dulunya harga RM1,837 yang kini juga harganya lebih kurang...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
...RM3600.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi sudah habis masa.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
... kenaikannya ialah 95.97%. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar ia dapat dilihat agar. Sekian, Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat. Yang hujung sekali tu. Jerai.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Allah, boleh buat kenduri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberi kesempatan untuk berucap pada lewat malam ini, mudah-mudahan insya-Allah. Saya ingin juga menjunjung kasih di atas Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin mengambil masa yang singkat ini untuk berkongsi dengan semua Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian terutama isu yang membabitkan golongan belia. Golongan belia merupakan golongan yang paling penting dalam negara kita. Di mana kita melihat golongan belia berhadapan dengan pelbagai isu krisis kehidupan yang dapat kita sebut pada malam ini, Dewan yang mulia ini berlakunya pelbagai isu antaranya samseng, isu dadah, penceraian, buang anak, mangsa rogol, mencuri, meragut, bohsia, merempit, pengangguran, lumba haram dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, semua kita Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tentulah di kawasan masing-masing terdapat golongan muda. Golongan ini merupakan golongan yang teramai. Maka sebab itu, kita mesti melihat isu-isu melibatkan golongan muda ini perlu diambil perhatian terutamanya bawah Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang disebut oleh menteri pada tempoh hari yang lalu, dia telah menyatakan Kementerian Belia dan Sukan sudah pun melaksanakan 5,000 aktiviti di bawah Rakan Muda.
Maka kita ingin penjelasan apakah dengan 5,000 aktiviti ini belum cukup ataupun masih gagal untuk mengeluarkan golongan muda daripada keadaan yang cukup membimbangkan kita semua. Maka sudah mestinya pihak Kementerian Belia dan Sukan bukan sekadar memikir tentang sukan di peringkat nasional ataupun antarabangsa tapi mesti menjelajah, mencemar duli turun ke kampung-kampung desa untuk melihat keadaan sebenarnya golongan muda yang ada pada hari ini yang terjebak dalam pelbagai isu yang disebut sebentar tadi.
Saudara sekalian, saya memetik dengan izin kata Iman Shafie Rahimallahalaih ..
[Bercakap dalam bahasa Arab] ■2230 Identiti anak muda adalah dengan ilmu dan takwa. Maka kementerian ini perlu melihat kalau membina anak muda mengikut lunas-lunas ilmu dan ketakwaan iaitu hidup dengan maruah, hidup dengan kekuatan jati diri sebagai anak muda yang membebaskan mereka dari belenggu, perkara-perkara yang boleh menghancurkan masa hadapan mereka.
Apabila anak muda hancur sudah mestilah negara akan turut hancur kerana anak muda pewaris kepada negara ini. Apa yang kita inginkan ialah anak muda yang akan lahir ini, anak muda bukan setakat bangga dengan perkara-perkara yang lama, tetapi anak muda yang bangga dengan kekuatan jati diri mereka. Seperti disebut oleh kata-kata ulama....
[Bercakap dalam Bahasa Arab] yang bermaksud: “Bukanlah anak muda mereka berkata mereka mempunyai keturunan orang-orang yang hebat-hebat sebelum kami, tetapi merekalah anak muda yang akan melakukan kehebatan di zaman mereka”.
Tuan Yang di-Pertua, dan semua Ahli Yang Berhormat sekalian, pada masa ini marilah kita melihat dengan penuh bertanggungjawab untuk kita keluarkan golongan belia
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai
ini daripada belenggu permasalahan agar mereka juga sihat, dan mereka juga adalah merupakan golongan yang penting dalam sesebuah negara. Jadi pada masa ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada golongan muda yang berjaya menyisihkan diri mereka dari hal-hal yang boleh merosakkan diri mereka.
Malam ini saya menyebut, mengucapkan Selamat Hari Belia kepada semua belia- belia negara supaya kita menyambut dengan penuh rasa syukur dan sama-sama menyelamatkan diri kita selaku golongan belia, yang paling penting supaya kita dapat mengurangkan jenayah-jenayah di kalangan golongan belia dan anak-anak muda.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Persatuan Belia pada 2006 mempunyai 4,647 Persatuan Belia yang telah terbatal pendaftarannya 1,532, yang ditolak pendaftarannya 322 pendaftaran. Maka yang tinggal hanya 1,191 sahaja Persatuan Belia dalam negara kita.
Mana mungkin sebanyak ini membolehkan Persatuan Belia lebih aktif untuk menyelamatkan golongan belia yang keadaannya cukup kritikal. Jadi saya ingin tahu, kenapa dan mengapa golongan belia, anak muda kurang minat dengan Persatuan Belia, dan apakah cadangan pihak kementerian untuk memenangi jiwa belia agar mereka rasa kasih dan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan belia yang ada dalam negara kita ini.
Akhirnya bagi menjimatkan masa yang ada pohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menyoal berkaitan dengan isu-isu yang ada di kawasan Jerai, kawasan saya.
Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Jerai yang memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan rakyat. Insya-Allah amanat akan ditunaikan sebaik mungkin.
Yang kedua, ini kita soal kepada pihak kementerian yang melihat bagaimana terdapat pembangunan Kereta Api Tanah Melayu yang sedang mula masuk, yang terdapat di sana lebih 144 buah rumah, yang belum dipindah dan dibayar pampasannya. Saya ingin soal dan ingin tahu bagaimana status keadaan masyakat setempat yang mereka menumpang tanah KTM ini, dan bilakah pembayaran pampasan itu diberikan kepada mereka.
Yang ketiga mewakili petani-petani di kawasan Parlimen Jerai. Mereka merungut bukan sekadar harga padi tidak dinaikkan, bahkan terpaksa menanggung kos-kos racun, bahkan termasuk lesen-lesen racun juga melambung tinggi dari RM25 ke RM700. Ini menyebabkan kos petani makin hari makin bertambah, maka pohon pihak kementerian mengkaji semula agar rakyat lebih selesa dengan keadaan apa yang ada pada waktu ini.
Saya menyokong dan mengucapkan terima kasih serta memberi laluan kepada rakan-rakan yang lain.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap, Padang Terap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat bagi Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pemilih di Kota Melaka yang mengembalikan wakil DAP ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini hasrat rakyat untuk satu perubahan amat jelas. Perubahan ini demi satu kerajaan yang lebih bersih, adil, saksama dan efisien dalam menentukan polisi dan pelaksanaannya. Perubahan untuk menghapuskan semua kelemahan dan ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan, terutamanya akta-akta yang menjejaskan hak kemanusiaan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa perkara dan harap dapat dijawab oleh pihak kerajaan. Perkara yang pertama
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua ialah tentang syarat-syarat dan juga penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan tempatan memperoleh syarat-syarat tentang pembinaan projek-projek termasuk membaik pulih atau diubahsuai di setiap bangunan, dan syarat-syarat ini seperti perlu mohon permit untuk menjalankan kerja dan juga perlu mendirikan papan tanda dengan jelasnya, siapa tuan punya atau pemaju, nama kontraktor, tarikh memulakan kerja dan juga tarikh siap dan nombor permit yang diluluskan.
Saya amat bersetuju dengan syarat-syarat ini, sebab ini bukan hanya boleh menjalankan penguatkuasaan atau pengawalan, tetapi jika pembinaan ini melanggar dengan syarat-syarat tertentu dan juga jika ada sebarang kemalangan berlaku memang ada pihak yang akan bertanggungjawab. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah syarat-syarat ini atau permit ini ada pengecualian kepada pihak yang membina menara pemancar. Mengapa di negeri Melaka pembinaan menara pemancar ini dikecualikan dari memohon permit dan tidak perlu mengikut seperti yang disyaratkan kepada lain-lain kontraktor.
Mengapa projek membina menara ini yang besar juga dan membahayakan orang awam ini tidak perlu memohon permit dari Majlis Perbandaran atau Bandar Raya Melaka?
Saya ingin dapat satu jawapan dari pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Dewan yang mulia ini telah diberitahu tentang satu insiden berlaku di Melaka, di kawasan Kota Melaka. Saya ingin memberikan latar belakang tentang perkara ini supaya Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mendapat satu gambaran yang berlainan atau yang salah.
Tuan Yang di-Pertua, memang di Taman Kampung Lapan ada satu projek mendirikan satu menara pemancar. Atas bantahan dari penduduk-penduduk tempatan termasuk Yang Berhormat Exco pada masa itu juga bersama-sama dengan penduduk, projek itu diberhentikan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Pada 2 Mac, saya hendak tunjukkan surat khabar yang menunjukkan bahawa menara itu dipindah keluar dari kawasan tapak menggunakan treler-treler yang ada bendera Barisan Nasional. Tengok semua bendera Barisan Nasional. [Menunjukkan keratan akhbar] Ada nampak? Tengok ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tunjuk sini cukup Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Cukup ya? Kenyataan oleh calon Barisan Nasional Kota Melaka dan juga calon untuk DUN ke sidang ini, amat jelas mengatakan projek itu telah dipindah ke tempat lain tiada lagi projek pembinaan menara pemancar akan diadakan di sana.
Akan tetapi apa yang berlaku selepas ini, apa yang tertinggal... saya tunjuk lagi satu kepada Tuan Yang di-Pertua. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Inilah yang ditinggalkan ditapak iaitu beberapa skru besi di tepi jalan. Ini yang tinggal. Bukan ada projek di sana, tapi beberapa batang skru besi yang ditinggalkan di tepi jalan dan murid- murid Sekolah Kebangsaan Tun Tuah menggunakan jalan tersebut, sama ada berbasikal atau berjalan kaki. Begitu juga dengan papan-papan yang berpaku, saya ingat tidak kurang daripada 50 keping papan berpaku ditinggalkan di sana.
Sejak bulan Ogos 2007 sampai 1st May dengan izin, Tuan Yang di-Pertua masih di sana dan kita, demi permintaan dari penduduk-penduduk Kampung Lapan berharap kita dapat berbuat sesuatu untuk membersihkan tempat tersebut supaya tidak membahayakan keselamatan penduduk dan juga murid-murid.
Kita tanya kepada MICT iaitu agensi kerajaan yang menguruskan pemindahan menara pemancar. Mereka kata, “Tiada sesiapa akan bertanggungjawab sebab permohonan telah dibatalkan”. Saya percaya semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini jika diminta oleh rakyat atas perkara begini, tiada satu pihak yang mahu mengaku
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
dan bertanggungjawab atas perkara ini. Demi keselamatan penduduk dan murid-murid, kita potong skru-skru ini sahaja supaya tidak membahayakan. Ini memang sudah pernah berlaku di Melaka, di mana pelancong ‘trip’ dengan skru yang tegak di tepi jalan dan menyebabkan kecederaan badannya. Kita tidak mahu ini berlaku lagi dan berulang.
Oleh sebab itu saya tidak mahu Ahli Yang Berhormat ini memberi satu gambaran yang salah mengatakan kita sabotaj kepada projek kerajaan, atau kita curi besi-besi ini.
Besi-besi yang hanya 10 batang bernilai RM7 sahaja dan kita tidak ambil satu besi pun, semua masih di sana. Kita akan menguruskan perkara ini dengan meminta lori membersihkan semua papan yang berpaku tersebut, tetapi terlambat sebab polis telah mengambil tindakan dengan menahan dan menggari seorang wakil rakyat.
Saya hendak tahu, mengapa pembinaan menara pemancar ini boleh dikecualikan dengan mendapat permit? Begitu juga dengan meletakkan papan tanda supaya kita tahu siapa yang bertanggungjawab dan kita boleh mencari pihak tersebut untuk membersihkan kawasan tapak demi keselamatan penduduk. Oleh sebab itu saya merasakan amat hairan, mengapa pihak Kerajaan Negeri Melaka mengatakan kita ini take law on the own hand dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita ambil undang-undang di tangan kita sendiri dan memotong besi kepunyaan Kerajaan Negeri Melaka. Saya amat kesal dengan perkara ini.
Satu lagi mengenai menara ini juga, saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua.
Mengapa di Malaysia ini kita nampak dan juga saya ingat telah disebutkan oleh Yang Berhormat dari Batu Pahat, mengapa kita nampak di atas bumbung bangunan berdiri begitu banyak menara pemancar? Seperti di Melaka, mereka membuka bumbung rumah pangsa melalui bilik untuk menaikkan menara begini. Begitu juga di rumah kediaman dan rumah kedai. Adakah ini dibenarkan? Mengapa kita dapati terdapat beratus menara pemancar, tetapi di negara lain langsung kita tidak nampak? Namun begitu, mereka punya cell phone masih boleh berfungsi.
Tuan Yang di-Pertua, adakah kita ada melalui satelit? Kalau melalui satelit, mengapa ia masih diperlukan? Tadi saya juga nampak dalam jawapan dari pihak kerajaan mengatakan kesan-kesan radioaktif ini adalah mengikut piawaian antarabangsa. Akan tetapi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini tidak boleh dengan senang hati menerima kenyataan dari pihak kerajaan. Saya ingat, saya hendak puji Profesor Madya Dr. Arina Sulaiman bersama dengan seorang bekas jurutera untuk membantu mencipta alat pengukur kadar radiasi (elektro magnetik) dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab itu, saya minta jawapan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, saya faham. Teks-teks yang saya sudah siapkan nampaknya, tak dapat saya bahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dia akan pindah sebelah sana Yang Berhormat ya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya gulungkan Tuan Yang di-Pertua.
Saya harap kita sama-sama mengambil berat... [Masalah pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat. Mana satu yang jem itu Yang Berhormat?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
...Tuan Yang di-Pertua, nampaknya bangunan UMNO ini juga telah disewakan untuk menara pemancar. Begitu juga di Jasin.
[Menunjukkan sekeping gambar]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Banyak lagi Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita kena menitikberatkan perkara ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Okey Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
... dan kita berharaplah supaya mendapat satu jawapan yang jelas dan penuh dari pihak kerajaan. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Kali ini saya bagi Yang Berhormat Lawas. Selepas itu Yang Berhormat Lenggong. Ya, saya faham Yang Berhormat, saya faham. Yang Berhormat Lawas dahulu.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Akhirnya dapat juga. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lawas, ini dipanggil forgotten division Yang Berhormat. Kadang-kadang terlupa.
Sila Yang Berhormat.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini pada 29 April 2008 sempena pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-12. Tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas kemenangan dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu dan tahniah syabas kepada Tuan Yang di-Pertua di atas pelantikan sebagai Speaker Dewan dan Timbalan Speaker-Timbalan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SPR dan kerajaan kerana telah menjalankan semakan semula berhubung persempadanan kawasan Parlimen Bukit MAS dahulu. Hasil daripada semakan persempadanan kawasan tersebut kerusi Parlimen P221 Limbang diwujudkan, sementara Parlimen P222 Lawas menggantikan Parlimen Bukit MAS yang tidak wujud lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain Parlimen Limbang, dua lagi kawasan Parlimen yang baru di Sarawak ialah Sibuti di bahagian Miri dan Tanjong Manis di Bintulu.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melahirkan harapan agar Malaysia terus maju dalam semua bidang dan berupaya menghadapi cabaran-cabaran di era globalisasi. Pada masa yang sama, rakyat mengharapkan kerajaan dapat merealisasikan hasrat dan kehendak mereka terutama untuk membawa pembangunan yang seimbang.
Maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, di dalam persidangan Parlimen penggal yang lalu pada bulan Julai 2007, saya telah mencadangkan melalui satu ucapan penangguhan di Dewan yang mulia ini, untuk menubuhkan Wilayah Pembangunan Malaysia Timur (ERMADA), East Malaysia Regional Development Area dengan izin, meliputi wilayah Miri, Limbang dan Lawas di Sarawak dan Sipitang, Beaufort dan Kuala Penyu di Sabah.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Apa yang perlu Tuan Yang di-Pertua, pembangunan yang menyeluruh di semua kawasan tidak kira di mana di bumi bertuah ini, khususnya setelah mencapai 50 tahun merdeka rakyat dapat menikmati secara saksama pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.
Jika faktor seperti population and economic return dengan izin terus menjadi asas bagi EPU dan kerajaan untuk mempertimbangkan permohonan projek yang dipohonkan maka sudah tentu peluang untuk kawasan luar bandar mendapatkan projek sangat tipis.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Dalam hubungan ini, perlu diimbas kembali kenyataan yang sering dinyatakan apa yang dulu, ‘anak ayam dulu atau telur ayam dulu’. Jika kawasan luar bandar dibangunkan dengan infrastruktur asas yang baik maka rakyat dan pelancong akan tertarik mendiami serta melawat kawasan berkenaan dan dapat manfaat serta mendatangkan faedah yang berpanjangan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai senarai projek jalan kampung ataupun PJK dan jambatan di bawah Parlimen Lawas membabitkan peruntukan lebih kurang RM10 juta.
Saya akan serahkan senarai projek tersebut kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam sedikit masa lagi dan berharap pertimbangan sewajarnya diberikan terhadap permohonan tersebut.
Sementara itu, projek penting yang dinanti-nantikan rakyat di Lawas ialah:
(i) pembinaan Lapangan Terbang Lawas;
(ii) jalan raya Bakalalan, Bario;
(iii) Jambatan Sungai Pengalih;
(iv) Jalan Mengkalap, Kampung Sinan Paun Sundar; dan
(v) bekalan elektrik ke kawasan Bario, Bakalalan, Long Semado, Long Sukang dan Long lalang.
Saya tidak akan memberi ulasan tentang projek-projek tersebut kerana sudah banyak kali saya sentuhkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap projek tersebut dapat dilaksanakan dalam RMK-9 jika tidak dimasukkan di dalam kajian separuh penggal RMK-9 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan sekarang di mana negara menghadapi krisis kenaikan harga bahan bakar, makanan dan beras. Kerajaan perlu melipatgandakan hasil pengeluaran tempatan termasuk penghasilan padi dan beras, ikan dan ternakan serta sayur-sayuran sekali gus menaik taraf ekonomi rakyat jelata untuk mengimbangi perbelanjaan rakyat yang meningkat. Untuk tujuan ini, galakan kepada pengusaha pertanian berskala besar atau secara komersial harus diberi perhatian.
Saya mencadangkan agar subsidi kewangan secara tunai diberi kepada setiap pengusaha sawah padi, kolam ikan,sangkar dan ladang ternakan secara berkelompok serta perseorangan sebagai galakan dan dorongan kepada mereka untuk menambah luas lagi usaha mereka. Subsidi baja yang biasa diberi perlu diteruskan.
Selain itu, penanaman kelapa sawit, getah, pisang, ubi kayu dan nanas yang memberi pulangan lumayan kepada petani dan nelayan perlu diberi keutamaan, galakan dan bantuan.
Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Parlimen Lawas ialah sukar bagi mereka mendapat pelbagai jenis benih yang diperlukan. Contoh, kelapa sawit, getah, baka ternakan dan anak ikan kerana harus didatangi dari kawasan lain di Sarawak seperti Miri, Bintulu dan Bandar Kuching.
Walaupun mendapat bekalan, kadang-kadang harga benih tersebut termasuk kos pengangkutan terlalu tinggi. Saya minta kementerian supaya membenarkan kemasukan bekalan benih dari negeri jiran Sabah secara bebas tanpa halangan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan untuk membayar elaun bulanan kepada ketua-ketua kaum di seluruh Malaysia. Malangnya di Sarawak khususnya di kawasan saya, elaun ini tidak dibayar mengikut jadual iaitu pada setiap bulan. Kadang- kadang tiga bulan sehingga setengah tahun, baru elaun itu dibayar kepada mereka. Ketua kaum kita merungut kerana setiap hujung bulan mereka pergi check dekat bank kerana elaun tersebut dibayar melalui akaun bank. Saya minta supaya perkara ini diambil perhatian dan tindakan pihak yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek kampung tidak dilaksanakan, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek lampu jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa yang Berhormat sudah habis.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Sekejap. Lampu jalan kampung tidak dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut sehinggalah sekarang. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada projek ini diteruskan atau diberhentikan sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Lagi sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Mana sikit Yang Berhormat.
Tuan Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, ini yang penghabisan kerana ini penting. saya minta penjelasan dari Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.
Bilakah Projek Info Desa yang telah diluluskan oleh mantan menteri semasa Pilihan Raya DUN 2006 di kampung Long Tuan, Lawas akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah berjanji dengan Yang Berhormat Lenggong tadi.
[Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasrah - Lenggong
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang lain duduk dulu Yang Berhormat. Saya akan lihat selepas ini Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasrah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan dalam perbahasaan Titah Diraja pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sungguh baik dan meliputi berbagai-bagai perkara.
Tuan Yang di-Pertua, perpaduan kaum adalah kunci kepada kejayaan negara ke tahap yang ada sebagaimana hari ini. Semua pihak, termasuk Pakatan Rakyat tidak boleh menafikan perkara ini.
Kita pernah melalui sejarah hitam 13 Mei 1969. Sejarah yang mengubah landskap sosioekonomi dan politik negara ketika itu. Alhamdulillah, hari ini negara telah berada dalam keadaan yang baik walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Malah kita akan menuju dan bergerak lebih jauh selepas ini, kerana itu perpaduan kaum dalam sebuah negara yang majmuk masyarakatnya mesti dikekalkan serta dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi.
Justeru itu, semua pihak mesti berganding bahu dalam soal ini. Banyak negara yang mempunyai berbagai-bagai faktor dan sumber untuk menjadi negara maju tetapi tidak mampu melakukannya kerana rakyatnya tidak bersatu padu malah ia hancur walaupun hidup sebagai sebuah bangsa dan agama yang sama.
Justeru itu, dalam Dewan yang mulia ini saya mohon supaya usaha-usaha yang lebih konkrit, gigih dan kukuh dipertingkatkan di semua peringkat, di sekolah, institusi kemahiran, kolej, IPTA, IPTS atau di mana sahaja melalui pelbagai kementerian, agensi dan NGO supaya perkara yang amat berharga ini dapat kita kekalkan dan dipelihara.
Kerana itu, saya juga mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia mesti terus memberikan penekanan dan peningkatan pelajaran Sejarah kepada para pelajar di semua
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasrah - Lenggong
peringkat termasuk melalui sekolah rendah lagi. Ini amat penting supaya generasi muda memahami sejarah negara.
Sementara itu, pendidikan sivik dan kewarganegaraan mesti diberikan perhatian serius. Buat masa ini kerana ia tidak diwajibkan dalam peperiksaan awam maka ianya tidak diberikan penekanan oleh golongan pendidik di sesetengah sekolah. Sedangkan melaluinya nilai-nilai cintakan negara, melahirkan masyarakat patriotik, bertanggungjawab kepada negara, memahami kepelbagaian budaya, menyayangi alam persekitarannya dan sebagainya dapat diberikan penekanan kepada generasi muda yang bakal mewarisi negara ini.
Saya percaya dalam situasi yang sudah berbeza dan semakin mencabar, maka penekanan perlulah diberikan terhadap perkara ini. Bukan itu sahaja, saya harap Jabatan Perpaduan Negara mempertingkatkan usaha melalui program-program pertukaran pemimpin dalam pelbagai bidang, pertukaran belia antara Semenanjung Sabah dan Sarawak mesti dipertingkatkan. Program-program bersama antara kaum mesti dipergiat dan dilipatgandakan oleh Jabatan Perpaduan Negara di semua peringkat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasrah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, generasi muda amat penting kepada kelangsungan pembangunan negara. Kalau kita sayangkan mereka, maka kita mesti memenuhi kehendak dan keperluan mereka dan untuk menyediakan generasi muda menghadapi cabaran masa depan, kita memerlukan belia yang dibangunkan secara menyeluruh dalam ketika mereka diberi peluang menikmati keseronokan di usia muda mereka tetapi amat penting kita membina kemahiran, kepimpinan dan kecekapan mereka dalam pelbagai bidang supaya mereka menjadi orang dewasa yang produktif dan bertanggungjawab kepada dirinya, kepada bangsanya, agama dan juga negara. Saya mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya tidak percaya bahawa semua generasi muda menolak atau akan terus kekal menolak Kerajaan Barisan Nasional. Sebahagian besar mereka masih bersama Barisan Nasional, sebahagiannya beralih sementara tetapi saya yakin jika kita memenuhi dan mendengar suara mereka insya-Allah mereka akan kembali bersama kita kerana mereka tahu bahawa yang mampu memenuhi keperluan dan tuntutan mereka ialah Kerajaan Barisan Nasional dan ianya boleh dilihat di hadapan mata mereka.
Oleh itu, dalam Dewan yang mulia ini, sekali lagi saya minta supaya kementerian atau agensi yang terlibat mesti melipatgandakan usaha, program, dan kegiatan bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan belia dan generasi muda, isu pengangguran, memenuhi keperluan rekreasi dan riadah, meningkatkan keperluan dan tahap pendidikan serta kemahiran di kalangan belia, isu peluang pekerjaan, isu sosial dan moral dan sebagainya kerana dalam suasana iklim, sosial, politik dunia yang semakin berubah dengan kenaikan harga minyak dan sebagainya keadaan dan kedudukan mereka juga berubah. Cabaran di hadapan mereka juga semakin hebat dan mencabar, ia mesti ditangani dengan betul supaya ia tidak menjadi halangan kepada mereka untuk menjadi aset berkualiti kepada negara ini.
Langkah Kementerian Belia dan Sukan yang membatalkan beberapa projek besar sebaliknya memberi tumpuan kepada projek dan aktiviti di peringkat akar umbi amat dialu- alukan. Cadangan melaksanakan gelanggang serba guna di peringkat akar umbi suatu yang amat tepat, cuma, dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin cadangkan supaya Kementerian Belian dan Sukan melaksanakan pembinaan Pusat Kegiatan Belia di semua Parlimen yang lengkap dengan pejabat, pusat aktiviti belia, remaja, pusat IT termasuk gelanggang serba guna yang boleh dijadikan oleh belia sebagai satu tempat untuk melakukan kegiatan mesyuarat, berbincang, beridah, bersukan dan berinteraksi bersama mereka.
Kita tahu bahawa dasar belia negara mentakrifkan usia belia adalah antara 15 hingga 40 tahun dan dengan jumlah lebih daripada 11.1 juta adalah terdiri daripada hampir separuh daripada penduduk Malaysia, maka mereka adalah penting bagi kita. Golongan ini berada di dalam kelompok yang berbeza-beza mengikut minat dan cita rasa mereka. Minat,
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasrah - Lenggong
cita rasa, keperluan belia baru ini sudah berbeza dan sudah berubah dan tidak sama lagi.
Maka pendekatan kita mesti berbeza, berubah mengikut keadaan keperluan mereka.
Namun, matlamat yang mesti hendak kita capai harus kita laksanakan dengan baik. Oleh itu, saya menyokong cadangan kementerian dan berharap program-program rakan muda, program jati diri kesukarelaan nasional, program kepimpinan, rekreasi dan keusahawanan dan termasuklah program-program lain mesti sentiasa disegarkan dan sentiasa memenuhi kehendak dan cita mereka yang hari ini sudah berubah-ubah dan sudah pun berbeza.
Belia mesti diberi peluang bersuara dan di ajak sama membuat keputusan untuk masa depan mereka. Mereka mahu suara mereka didengar dan ingin sama membuat keputusan untuk kelompok mereka, justeru itu program dan mesyuarat majlis perundingan belia negara, majlis perundingan belia negeri dan daerah mesti dengan bersungguh di perkasa dengan sistem pelaksanaan kepegawaian, sistem kewangan yang dipertingkatkan.
Biar belia mempunyai ruang untuk menyuarakan isu kepentingan mereka dalam ruang yang cukup sempurna. Wakil mereka di JKKK kampung, JKKP, mesyuarat perbandaran, majlis bandaran dilantik supaya berupaya dan mampu untuk menyuarakan kepentingan mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat dah habis Yang Berhormat.
Dato' Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya gulung. Namun demikian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Semua juga bergantung pada sumber kewangan. Justeru itu, saya mohon kepada kerajaan supaya tidak lagi menganggap Kementerian Belia dan Sukan ini sebagaimana dahulu. Situasi sudah berubah, belia amat penting kepada kita. Maka, saya mohon kepada kerajaan supaya mempertingkatkan peruntukan dan memperkasakan kementerian ini supaya ia dilihat penting kepada generasi muda.
Tuan Muhammad bin Haji Husain - Pasir Puteh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Dato' Samsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih dan saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mengalu-agalukan kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di hujung-hujung malam.
Tuan Yang di-Pertua, masa begitu pendek, persiapan begitu panjang tetapi izinkan kepada saya untuk memulakan mukadimah kepada Menjunjung Kasih Ucapan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa statistik kemiskinan yang telah dinyatakan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia berbeza dengan statistik oleh pihak kerajaan.
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah ucapannya, talah menyentuh berkaitan dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan lima koridor pembangunan ekonomi dengan hasrat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan menggiatkan lagi ekonomi dan
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
mengurangkan jurang pendapatan antara kaum, negeri, dan wilayah serta membasmi kemiskinan serta menjayakan kejayaan, mengurangkan kadar kemiskinan negara sehingga 36%. Statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan bahawa bilangan kemiskinan dalam negara sekitar 4 juta rakyat lebih dan kemiskinan tegar sekitar 1 juta. Merujuk kepada statistik ini, menunjukkan bahawa perbezaan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga Titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, suasana kemiskinan di dalam negara begitu membimbangkan. Kalau di kawasan Kuala Kedah, masih ada lagi rumah-rumah yang dibuat daripada menggunakan kayu-kayu, plywood-plywood yang pungut daripada kawasan sampah. Tidak perlu kita pergi jauh ke Sabah dan ke Sarawak, tetapi cukup dengan kita melihat di kawasan Kuala Kedah, di kawasan tepi sungai, tepi laut kita boleh membayangkan suasana kemiskinan di dalam negara kita. Oleh sebab itu, kita ingin menggesa supaya bantuan kerajaan yang berjuta-juta ringgit itu diberi keutamaan dalam membina infrastruktur kemiskinan, menyelesaikan masalah kemiskinan khususnya rumah- rumah orang-orang miskin di sekitar kawasan bandar dan juga di kawasan laur bandar di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu projek mega “gajah putih”. Projek “gajah putih” yang dibuat oleh pemerintahan dahulu, bukan pemerintahan sekarang adalah projek Marina. Ingin saya sebutkan statistik di sini, projek Marina ataupun Yacht Harbor dengan nilainya sebanyak RM26 juta. Projek ini tidak ada manfaatnya kepada rakyat di negeri Kuala Kedah. Projek ini hanyalah menjadi tontonan oleh rakyat-rakyat miskin yang melihat.
Projek ini tidak ada faedah kepada mereka dan baru-baru ini berlaku pembaikan bumbung ke atas projek tersebut yang bernilai sebanyak RM 5.7 juta. Projek ini sebenarnya merupakan satu projek yang tidak memberikan apa-apa significant kepada pembangunan dan sehingga sekarang tidak dapat digunakan oleh rakyat di negeri Kedah dan juga dalam kawasan Kuala Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam persidangan Langkawi International Dialog dengan izin bertemakan “Membasmi Kemiskinan Melalui Keupayaan” pada 4 Ogos yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebutkan bahawa Malaysia telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 5% dan fakta ini juga menyebutkan bahawa penduduk Malaysia yang berjumlah lebih daripada 26 juta dengan kemiskinan sebanyak 4.6 juta dan sekitar 1 juta miskin tegar. Dalam masa yang sama kita telah berjaya mewujudkan sebanyak 40 orang termasuk dalam kategori jutawan.
Apa yang menjadi kemusykilan kita ialah program-program untuk membasmi kemiskinan sering dibentangkan di dalam bajet negara dengan peruntukan jutaan ringgit.
Namun belum mampu untuk sampai ke akar umbinya dan di bawah naungan Koridor Raya Utara sahaja melibatkan Utara Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan Perlis sahaja terdapat 57,760 keluarga di bawah PGK, Pendapatan Garis Kemiskinan dengan berjumlah 116,900 keluarga adalah miskin tegar dan kini kewujudan golongan termiskin dan berpendapatan rendah adalah di kalangan para petani dan nelayan dalam negara kita.
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Mereka sedang mengalami persaingan dengan suasana ekonomi yang serba tidak menentu. Kenaikan harga barang termasuk kenaikan harga petrol, maka merekalah yang paling terasa kesannya. Kesemua pendapatan dan hasil daripada sumber pertanian dan nelayan yang masih tidak berganjak daripada takuk lama, manakala bahan input pertanian seperti racun makhluk perosak dan racun rumpai naik sehingga 50% hingga kadar 90%.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan tentang kadar racun yang begitu mendadak perubahannya iaitu perbandingan musim lalu hingga musim sekarang. Sebagai contohnya, racun jenis ‘facet’ 250 ml., pada masa musim yang lalu berharga RM42 tetapi kini RM43; ‘Amine’ 1 liter dulu berharga RM11 dan kini RM13; ‘Sindax’ berharga RM70.50 sekarang ini RM78; dan yang paling ketara ialah ‘Cleansher’ 500 gram dulu berharga RM40 naik kepada RM56.50, bermakna naik lebih daripada 100%.
Boleh kita membayangkan kedudukan para petani yang menghadapi isu lambakan beras pada tahun 2001 dan begitu juga isu padi kini, begitu mendesak dan lebih menekan lagi suasana kemiskinan yang dihadapi oleh mereka. Peningkatan kos input pertanian
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
termasuk kos-kos perkhidmatan pertanian seperti upah membajak yang kalau dihitung pada setiap relung membayangkan bahawa petani-petani di seluruh negara pada umumnya berada di bawah paras kemiskinan iaitu pada pendapatan kurang daripada RM250 serelung. Sekiranya petani itu mempunyai satu hektar sahaja, barulah pendapatannya sebanyak RM1000 untuk tempoh enam bulan.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu beberapa isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan dengan isu padi, isu beras negara, saya ingin menekankan dalam tempoh yang pendek ini iaitu tentang stok penimbal. Oleh kerana latar belakang saya dalam bidang pertanian dan saya pernah bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda jadi mempunyai sedikit autoriti untuk membicarakan berkaitan dengan isu padi dan stok penimbal. Saya begitu menghargai pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila menaikkan tempoh stok penimbal kepada tempoh tiga bulan. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh tiga bulan ini dilanjutkan ataupun ditambah sebanyak tiga bulan lagi menjadikan stok penimbal negara kepada tempoh selama enam bulan.
Kenapa ataupun apa rasionalnya enam bulan? Ini kerana usia padi di sekitar 112 hari sehingga 120 hari. Itu umur padi. Bermakna memakan masa selama empat bulan.
Kalau berlaku krisis di luar negara kita memerlukan masa yang lebih daripada usia padi supaya produktiviti padi itu dapat dihasilkan pada setiap musim.
Oleh kerana kerajaan melaksanakan dasar tanaman secara serentak untuk menghadapi serangan penyakit, masalah rumpai dan kawalan air yang lebih mudah, itu semestinya menjadi satu amalan baik dalam pertanian oleh kerana tanaman serentak ini membolehkan tanaman padi hidup selama tempoh empat bulan dan kalau dimasukkan proses awal tanaman padi, maka tempohnya memakan masa selama lebih daripada empat hingga lima bulan. Oleh sebab itulah cadangan supaya tempoh stok penimbal tiga bulan itu dinaikkan kepada tempoh enam bulan.
Begitu juga dengan projek 10 tan yang dicadangkan. Kajian mengenai projek 10 tan ini menunjukkan hanya 0.6% sahaja berjaya dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, kawasan yang paling subur dengan tanaman padi. Sekiranya projek 10 tan ini berjaya sepertimana pengeluaran padi di Amerika Syarikat 8 tan dan keluaran purata negara sebanyak 2.1 tan. Keluaran dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, sekitar 3.5 sehingga 4.5 tan. Sekiranya kita naikkan kepada kadar 10 tan bermakna negara bukan sekadar mampu untuk sara diri tetapi juga mampu untuk mengeksport padi.
Oleh sebab itulah kita minta supaya kajian yang terperinci berkaitan dengan projek 10 tan ini dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana ia memberikan pulangan yang baik kepada negara. Begitu juga dengan penambahan di dua kawasan di Sabah dan Sarawak.
Umumnya sekiranya kita membuat perbandingan antara kawasan penanaman pada di Jawa dan juga di Kalimantan Selatan, menunjukkan bahawa hasil pertanian di Jawa melebihi sebanyak 20 kali daripada hasil di Kalimantan. Mungkin selepas ini pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh membuat kajian secara terperinci tentang perbandingan hasil di kawasan yang bermutu, tanah lanar laut yang sesuai seperti mana di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda berbanding dengan kawasan di Sabah ataupun juga di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebelum saya membuat rumusan satu lagi isu yang melanda kemiskinan dalam negara kita ialah kawasan nelayan. Para nelayan ini perlu diberi perhatian yang agak terperinci kerana merekalah golongan yang paling daif dan memberi kesan kepada kemiskinan dalam negara. Di antara masalah mereka ialah mengenai berkaitan subsidi diesel yang hanya dikeluarkan untuk pemilik-pemilik ataupun nelayan yang hanya mempunyai lesen sahaja. Berdialog dengan nelayan membuktikan bahawa mereka minta supaya kerajaan melonggarkan ataupun memberi lesen kepada seluruh nelayan di kawasan zon ‘A’ iaitu kawasan nelayan pantai kerana merekalah yang paling aktif mengeluarkan ataupun menghasilkan produk perikanan yang paling tinggi berbanding nelayan laut dalam.
Begitu juga apabila mereka keluar ke laut, mereka menghadapi ancaman daripada penguat kuasa yang begitu keras melaksanakan Akta Perikanan 1985.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah
Akhir sekali saya ingin memberikan rumusan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa perkara.
Pertama dicadangkan supaya memberikan subsidi diesel dan petrol ini kepada semua nelayan di bawah persatuan nelayan yang betul-betul menjadi nelayan. Kedua ialah supaya membuat projek penempatan baru kepada nelayan dan petani yang akan mengusahakan pertanian supaya mereka berpindah dari kawasan pantai terus ke kawasan ikan air tawar; dan yang keempat ialah supaya beberapa duti import untuk bahan input pertanian khususnya racun yang kita import daripada luar negara dikurangkan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat yang di hujung sana, Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Padang Terap.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat hendak saya bercakap sekali lagikah? Sudah habis, sudah bercakap dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat yang di belakang itu.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perbahasan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pertama sekali saya hanya ada beberapa isu yang hendak diketengahkan dalam Dewan yang mulia ini. Isu yang pertama ialah berkaitan dengan Akta Kolej dan Kolej Universiti. Secara peribadi saya menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin untuk menilai semula Akta Kolej dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 1974. Namun untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebelum daripada ini pun dua menteri daripada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Dato' Mustapa bin Mohamed dan Datuk Dr. Shafei Salleh sudah pun menyebut bahawa akta ini akan dipinda. Namun kita belum melihat apa-apa perubahan yang berlaku kepada akta ini. TV3 juga ada melancarkan kutipan responden dan 80% bersetuju supaya Akta AUKU ini dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya AUKU ini patut dimansuhkan bukan sekadar dipinda kerana pandangan umum rakyat Malaysia tetapi kerana substance, dengan izin, AUKU itu jelas zalim dan langsung tidak menjunjung tradisi keintelektualan mahasiswa dan universiti, yang zalim tetap zalim walaupun tiada yang menyokongnya. Kertas Putih telah diterima oleh Kementerian Pengajian Tinggi daripada Jawatankuasa Mengkaji dan Meratifikasi Kedudukan IPTA Tempatan sebelum ini. Kalau kita melihat bagaimana jawatankuasa tersebut ditubuhkan di mana kejatuhan ranking IPTA daripada tangga, kalau kita merujuk Universiti Malaya, daripada tangga 192 kepada 246.
■ 2320 Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, jadi kita hendaklah melihat perkara ataupun cadangan-cadangan yang dikemukakan supaya akta ini dimansuhkan dengan secara serius.
Perkara yang kedua, saya hendak sebutkan berkenaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti ini yang sudah pun berusia lebih kurang 37 tahun dan selama itu dikuatkuasakan ke atas anak-anak kita yang berada di kampus. Kita telah melihat bagaimana perkembangan generasi muda dan juga IPTA di Malaysia. Kita telah melihat bagaimana dalam akta ini kita dapati bahawa terdapat banyak perkara yang jelas
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang dijamin oleh Deklarasi Sejagat Hak-hak Asasi Manusia 1948 dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Sejagat 1981.
Saya ingin memetik beberapa seksyen yang ada di dalam AUKU ini dengan izin Dewan yang mulia ini. Iaitu merujuk kepada seksyen 15(3) dan juga 15(4) – “AUKU melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan”. Ini merupakan sesuatu yang bertentangan terhadap hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan pertubuhan sebagaimana yang dijamin oleh hak asasi manusia dan kita telah melihat bagaimana mereka yang berada di luar universiti pun tidak dilayan seperti mana mahasiswa yang berada di universiti seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya hendak sebut ialah berkenaan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara ataupun PTPTN. Di tempat saya disebut sebagai ‘PTPTipu’. Ditubuhkan pada tahun 1999 untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar yang mereka ini memasuki ataupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta dalam negara kita.
Namun dipersoalkan dan diperdebatkan sejak daripada awal lagi penubuhan tabung ini dari sudut halal dan haram. Bagi kami ataupun bagi umat Islam, isu ini sangat penting kerana ia melibatkan kezaliman kepada orang yang tidak berada. Sudahlah mahasiswa akan berhadapan dengan pelbagai bayaran selepas daripada mereka graduasi, pada masa yang sama mereka tidak akan mampu untuk membahaskan dan juga memikul atau pun bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam negara kita.
Kita telah melihat bagaimana pelbagai pertubuhan telah mendesak termasuklah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memberikan hukum terhadap caj yang dikemukakan oleh PTPTN, sama ada riba ataupun tidak. Sampai sekarang polemik itu berterusan walaupun Conference Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 5 dan 6 Mei yang lalu sudah pun berlaku namun keputusannya tidak pernah dihebahkan kepada umum.
Laporan akhbar baru-baru ini juga berkenaan dengan caj perkhidmatannya menarik perhatian saya sekali lagi. Pengerusi PTPTN katanya akan membawa isu caj ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membersihkan salah faham dan kekeliruan berkenaan dengannya. Saya menghargai hasrat Pengerusi PTPTN itu, namun kita apabila disebut bahawa akan dibawa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, sudah tentulah ia sekali lagi menimbulkan polemik terhadap halal ataupun haram caj yang dikemukakan oleh PTPTN. Kita semua mengetahui bahawa dengan jelas PTPTN menggunakan akad pinjaman kepada para pelajar. Ini sudah jelas termaktub dalam laman web PTPTN sendiri.
Keputusan Persidangan Ulama Antarabangsa di bawah Badan Kewangan dan Perakaunan Islam Antarabangsa, AAOIFI menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui atau disyaratkan dalam kontrak ataupun akad pinjaman yang dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan ataupun apa-apa manfaat adalah dilarang sama sekali kerana ia adalah merupakan riba.
Namun begitu, dalam masalah kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidang yang ketiga pada tahun 1986 Masihi berpendapat dibenarkan untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah kos sebenar. Malangnya, cara caj perkhidmatan yang kita dapat lihat di PTPTN, tidak menepati cara yang digariskan oleh Majlis Ulama dunia ini. Faktor terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada di caj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia sama sahaja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad ataupun kontrak pinjaman.
Justeru oleh sebab itulah, kita melihat bukan sekadar isu kezaliman yang dikenakan kepada peminjam-peminjam PTPTN pada masa yang sama kita juga menuntut Dewan yang mulia ini untuk kita memberikan semula hak yang sepatutnya diperoleh oleh kaum bumiputera yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Perkara 153.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, PTPTN juga mempunyai ruang untuk mengenakan caj perkhidmatan seperti mana yang diperdebatkan oleh ahli-ahli akademik yang berada di universiti-universiti tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.
Sebagai contohnya, PTPTN boleh mengenakan caj dengan sekiranya mereka membeli terlebih awal atau mendapat hak milik terlebih awal terhadap seat ataupun tempat di universiti. Maka dengan mengadakan MoU dengan universiti tempatan dan mereka menyewa misalnya 100 kerusi, maka pada masa yang sama mereka boleh menyewakan semula dalam bentuk sublease. Maka ini adalah diberikan keringanan oleh syariah.
Perkara yang ketiga saya hendak sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu berkaitan dengan universiti yang saya cintai, Universiti Malaya yang menggunakan cogan kata, ‘Ilmu Punca Kemajuan’ yang ditubuhkan pada tahun 1949 iaitu universiti yang tertua di Malaysia. Baru-baru ini kita merujuk kepada laporan media Bernama.Dot.Com bertarikh 19 Februari 2008, Utusan Online dan beberapa sumber yang lain.
Kita telah mendengar ataupun mendapati Universiti Malaya telah mengemukakan satu cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan tanah yang kurang digunakan dengan keluasan 11 hektar daripada keseluruhan tanah kampus utamanya, iaitu seluas 360 hektar.
Menurut Universiti Malaysia, penyelesaian projek pembangunan itu dengan jayanya akan dapat menyediakan Universiti Malaya dengan pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM312 juta atau pun nilai tanah sebanyak RM200 juta di campur satu bahagian keuntungan pemaju yang mana nilainya akan menjadi lebih tinggi.
Justeru itu, Dewan yang mulia ini ingin melihat dengan cadangan untuk memajukan tanah di kawasan strategik terutamanya sebahagian daripada kawasan Universiti Malaya ini. Adakah Universiti Malaya ataupun Kementerian Pengajian Tinggi sedar bahawa kita sudah pun hilang fokus?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya akan simpulkan. Justeru itu, terdapat banyak lagi isu berlaku di Universiti Malaya. Di antaranya masalah ranking, masalah kurang kolej kediaman kerana tidak cukup tempat kediaman sedangkan mereka perlu untuk mendapat tempat yang kondusif untuk menjadi atau pun membina minda kelas pertama. Pada masa yang sama, universiti ialah tempat untuk kita mengadakan penyelidikan dan antaranya ialah untuk membangunkan bidang integriti pendidikan dan akademik dalam negara kita. Justeru kita memandang serius perkara yang berlaku dan seolah-olah ia telah mengkhianati core business Universiti Malaya yang sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap!
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya akan menyimpulkan.
Yang terakhir saya hendak sebut tentang Padang Terap sedikit sebanyak satu daerah yang begitu cantik, jenayah yang paling kurang di negeri Kedah 1.43% sahaja tetapi saya melihat bagaimana di sana penduduk atau rakyat Padang Terap berhadapan dengan kemiskinan ilmu, kemiskinan maklumat di samping kemiskinan harta. Pada masa yang sama mereka berhadapan dengan tindakan politik sempit. Terdapat guru-guru yang diugut, peserta- peserta atau rumah-rumah rakyat miskin....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sarikei.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kami lebih banyaklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sebab kenapa dia banyak oleh sebab veteran daripada Barisan Nasional bagi peluang dengan yang baru-baru berucap. Ya, sebabnya.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sila, sila Yang Berhormat Sarikei. Selepas itu kita balik ke sebelah sini Yang Berhormat, jangan bimbang.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Tuanku yang telah pun disampaikan pada 29 April 2008 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, pada pertengahan tahun 2001, kerajaan telah membina Hospital Sarikei di atas tapak pembinaan dengan keluasan 38 hektar dan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM250 juta sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Hospital Sarikei mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Februari 2006 dan kemudahan ini bukan sahaja dinikmati oleh penduduk Bandar Sarikei, malah juga dinikmati oleh rakyat di sekitar kawasan. Hospital Sarikei juga dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk 212 buah katil, blok perubatan, kemudahan kakitangan, tempat pendaratan helikopter dan sebagainya. Syabas dan tahniah Kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan kemudahan ini.
Namun demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan bahawa penggunaan kemudahan Hospital Sarikei perlu dimaksimumkan terutamanya penyediaan bidang pakar perubatan dan sakit puan di Hospital Sarikei berdasarkan keperluan semasa. Menurut maklumat Hospital Sarikei bagi tahun 2006 dan 2007, kes keperluan seperti pembedahan, O&G, mata, ortopedik dan sebagainya juga telah meningkat iaitu dari 1,705 kes kepada 2,545 kes, tetapi buat masa ini hanya kepakaran pembedahan sahaja disediakan di Hospital Sarikei Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya juga mencadangkan kepada kerajaan bahawa bilangan kekosongan kakitangan khasnya Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Pegawai Perubatan di Hospital Sarikei perlu diisi segera dan dipandang serius oleh kementerian berkenaan. Ini memandangkan jumlah rawatan pesakit ke Hospital Sarikei telah meningkat dengan mendadak dari setahun ke setahun. Mengikut angka rawatan pesakit menjalani fisioterapi di Hospital Sarikei bagi 2002, hanya 2,205 orang telah meningkat kepada 19,165 orang bagi tahun 2007.
Sehubungan itu keperluan jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Hospital Sarikei juga jauh berkurangan, khasnya Pegawai Perubatan hanya diisi tujuh jawatan daripada 33 jawatan yang diperlukan pada masa ini. Sementara Pegawai Kepakaran Perubatan hanya satu jawatan diisi daripada empat jawatan yang diperlukan.
Sementara itu menurut laporan Hospital Sarikei, angka kematian di hospital ini juga adalah tinggi iaitu sebanyak 125 pesakit bagi tahun 2006 dan 127 pesakit bagi tahun 2007.
Kesemua angka ini menunjukkan kerajaan perlu memberi perhatian serius dalam pengisian jawatan ini supaya rakyat dapati menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan pelancaran Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak atau Sarawak Corridor of Renewable Energy, dengan izin, atau SCORE pada 11 Februari 2008 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bahawa negeri Sarawak, khasnya kawasan zon tengah akan membangun dengan pesat. Secara langsung, Bahagian Sarikei yang terletak di kawasan tersebut juga terlibat. Dengan ini menyediakan kemudahan infrastruktur seperti
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
dalam rancangan fasa pertama, khasnya kemudahan jalan raya yang teratur dan lancar perlu dipertingkatkan dan diberi keutamaan dalam pelaksanaannya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan menambahbaikkan jalan raya dari sempadan Sarikei-Betong hingga ke simpang Jalan Bulat sepanjang 17.5 kilometer dan diberi peruntukan sebanyak RM81.8 juta mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan perlu disegerakan dan diberi perhatian serius. Ini memandangkan sepanjang jalan ini juga merupakan sebahagian lebuh raya Borneo mempunyai selekoh jalan yang tajam, bengkang-bengkok dan kelebaran jalan yang sempit....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, gulung, Yang Berhormat.
Tuan Ding Kuong Hiing - Sarikei
Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini harga runcit baja terus meningkat. Pada akhir tahun 2007, harga runcit baja yang kira-kira RM70 per bag, tetapi pada bulan Mei ini harga runcit baja telah meningkat ke RM130 per bag. Sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini saya mencadangkan kepada kerajaan bahawa harga baja perlu disenaraikan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan pekebun kecil diberi tambahan subsidi baja supaya dapat menikmati agenda hala tuju pertanian negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Dengan ini saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menziarahi kita semua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ada 10 minit, Yang Berhormat ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
... pada waktu ini, sehingga ramai di antara Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional tidak berani balik.... [Ketawa] [Disampuk] Oleh kerana kesuntukan masa, yang mana saya hanya diberi 10 minit sahaja untuk berucap, saya ingin terus masuk ke tajuk yang saya ingin bentangkan.
Isu pertama ialah berkenaan dengan projek Government Integrated Radio Network
(GIRN). Mesyuarat Kabinet pada 6 Disember 2006 memutuskan bahawa projek Government Integrated Radio Network (GIRN) dianugerahkan kepada Sapura Research Sdn. Bhd. Persoalan saya ialah, adakah proses penganugerahan dibuat secara telus?
Kenapa ianya hanya dibuat secara rundingan terus sedangkan agensi-agensi terlibat telah banyak menyoal isu teknikal Sapura. Apakah ini benar bahawa projek GIRN melibatkan kos yang melebihi RM5 bilion bagi tempoh konsesi 20 tahun.
Saya terima maklum balas daripada pengusaha industri tersebut bahawa projek tersebut hanya memerlukan kos yang kurang daripada RM2 bilion sahaja. Beberapa syarikat telah menghantar kertas cadangan skop kerja yang sama dengan Syarikat Sapura kepada EPU tetapi cadangan mereka langsung tidak dipertimbangkan. Apakah ini menunjukkan bahawa berlakunya ketirisan yang ketara dalam projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan pada peringkat awal projek ini diberi kepada Special Purpose Vehicle (SPV) yang melibatkan beberapa agensi seperti EPF, Amanah Raya, Koperasi Polis dan LTAT.
Kenapakah ia kemudian dianugerahkan kepada Sapura, sebuah syarikat persendirian? Kenapakah pihak EPU terus menganugerahkan projek ini kepada Sapura tanpa kira tentangan daripada agensi-agensi terlibat, khususnya bantahan daripada Polis
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Diraja Malaysia yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap projek-projek GIRN kerana ia tidak sesuai bagi mereka.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Parlimen yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada saya berkenaan dengan isu ini pada 12 Mei, ia berbunyi, “Perjanjian penswastaan GIRN telah ditandatangani pada 4 Januari 2007 dengan kos projek yang dianggarkan sebanyak RM2.7 bilion. Jumlah tersebut adalah termasuk kos sewaan rangkaian sebanyak RM1,833 juta dan RM956.1 juta kos penyenggaraan bagi lima tahun pertama untuk tempoh konsesi selama 20 tahun.” Soalannya, kos RM2.7 bilion cuma untuk peralatan dan kos penyenggaraan selama lima tahun sahaja tetapi konsesi GIRN adalah selama 20 tahun. Bagaimanakah kos penyenggaraan bagi baki 15 tahun berikutnya. Kenapakah kos penyelenggaraan 15 tahun ini tidak dimasukkan ke dalam kontrak nilai tersebut. Apakah ini merupakan kos tersembunyi ataupun hidden cost yang belum didedahkan bagi projek ini.
Selain itu, saya juga meragui jawapan tersebut yang menyatakan, tawaran Sapura memberi litupan ke seluruh negara. Saya difahamkan, dalam Kertas Cadangan Sapura, kawasan liputan Sapura hanya sekitar 60% sahaja manakala bagi PDRM kawasan liputan seluruh negara termasuk liputan yang merangkumi lebih daripada 95%. Soalannya ialah, kenapakah setelah kontrak ditandatangani selama 6 bulan, jumlah base station ditambah dua kali ganda untuk liputan Semenanjung Malaysia iaitu daripada 446 base station kepada lebih daripada 700 base station.
Bukankah ini merupakan kenaikan kos ataupun hidden cost bagi kerajaan.
Jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada saya telah menjustifikasikan penggunaan GIRN, juga ia menyebut bahawa, ”Autonomi bagi agensi yang mana setiap agensi dapat mengendalikan kumpulan pengguna masing-masing melalui pengurusan dan pusat dispatch agensi masing-masing.” Masalahnya mengikut Kertas Cadangan Sapura, Sapura akan mengawal dan menguruskan rangkaian tersebut. Di manakah autonomi bagi pihak agensi kerajaan dan PDRM dalam sistem ini. Selain itu, jawapan tersebut juga..., mengenai sistem, Sapura juga sebut bahawa sistem GIRN mempunyai ciri keselamatan yang tinggi seperti ‘user authentification’, air interface encryption dan end to end encryption bagi menjamin keselamatan suara dan data dari diintip oleh pihak ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Pengurus Industri, teknologi ini tiada kemudahan end to end encryption. Ini adalah di antara sebab kenapa Ketua Polis Negara ataupun PDRM tidak setuju dengan penggunaan rangkaian radio tersebut yang dikemukakan oleh pihak Sapura.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin minta pihak kerajaan untuk memberitahu Dewan yang mulia ini, siapakah yang membuat penilaian teknikal untuk projek ini. Apakah pihak agensi kerajaan seperti MAMPU terlibat dalam penilaian teknikal ataupun penilaian hanya dilakukan oleh syarikat yang diragui ketelusan. Selain itu, jawapan diberi oleh Perdana Menteri tersebut berkata bahawa PDRM telah bersetuju untuk menggunakan GIRN. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Saya difahamkan bahawa Ketua Polis Negara pernah menghantar surat bantahan terhadap penggunaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 5 Disember 2006 dan kepada Unit Perancang Ekonomi pada 10 Disember 2007.
Di antara alasan bantahan yang dikemukakan oleh PDRM ini ialah, sistem GIRN ini tidak dapat memberi autonomi sepenuh kepada PDRM dan kemungkinan akan berlaku kebocoran maklumat. Oleh itu saya ingin mencadangkan pihak kerajaan melalui EPU dan MAMPU melantik pihak ketiga untuk mengkaji semula Perjanjian Kontrak Konsesi GIRN yang telah dianugerahkan kepada Syarikat Sapura khususnya kajian dari segi kesesuaian teknologi yang digunakan dan juga harga kontrak yang ditawarkan kepada mereka. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya ketirisan dan tiada hidden cost serta menjamin keselamatan negara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu kedua ialah masalah teksi bajet, KLIA dan LCCT. Yang Berhormat Segambut dan saya pernah berjumpa dengan sekumpulan pemandu teksi bajet LCCT yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan LCCT pada bulan lepas. Bantahan para pemandu teksi bajet ini adalah pertama, 70% daripada pemandu teksi di kalangan 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang, terpaksa menyewa ataupun membeli teksi daripada syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional. Sedangkan permohonan permit teksi persendirian telah pun dibeku sejak tahun 2006.
Jadi soalan mereka ialah, kenapakah pihak kerajaan membiarkan syarikat- syarikat besar untuk mengeksploitasi mereka manakala pemandu teksi yang mencari nafkah dinafikan permit teksi individu sehingga mereka terpaksa menjadi hamba abdi kepada syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional yang dikawal oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional. Dan mereka dipaksa membayar sewa teksi yang lebih kurang RM20 lebih tinggi sehari kepada syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional tersebut.
Bantahan mereka yang kedua ialah pihak LPKP tidak mengenakan kawalan kereta dalam pasaran pengangkutan awam di lapangan terbang. Sekarang pemandu teksi bajet lapangan terbang terpaksa menghadapi saingan daripada kenderaan lain seperti van, bas AirAsia, bas yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, limousin hotel, limousin KLIA dan juga teksi sapu persendirian. Jadi, pewujudan kesemua teksi dan bas ini menunjukkan para agensi kerajaan seolah-olah hilangnya koordinasi dan seolah-olahnya lebih mementingkan keuntungan syarikat kroni Barisan Nasional daripada pemandu teksi yang mencari makan....
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, satu minit Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi akhirnya, saya ingin menyeru pihak kementerian untuk mendengar rintihan daripada pemandu teksi bajet sebelum mereka datang protes ke Parlimen, dengan menghentikan pengeluaran permit teksi kepada syarikat kroni Barisan Nasional, tetapi permit teksi harus diberi kepada kesemua pemandu teksi individu.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat....
Tuan Yang di-Pertua
Gulung Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Menteri Perumahan..., sedikit sahaja, ....Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru yang mewarisi jawatan daripada adiknya, berkata bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Beliau hanya akan mengkaji kemungkinan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Jadi saya ingin tanya, apakah masalah yang menegah kerajaan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan apakah pihak kementerian telah menetapkan jadual ataupun time-line untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
... supaya rakyat boleh memilih Datuk Bandar dan juga Ahli Majlis Kerajaan Tempatan...
Tuan Yang di-Pertua
Gulung Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
... dengan menggunakan undinya sendiri.
Memandangkan kita sudah lima negeri telah pun dikawal oleh parti yang bukan daripada Barisan Nasional, dari Pakatan Rakyat...
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Itu sementara sajalah, sementara saja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi kalau adanya Pilihanraya Kerajaan Tempatan, jadi ahli-ahli politik dari Barisan Nasional juga boleh bertanding. Jadi saya cadangkan untuk kebaikan bagi negara dan juga demokrasi adalah lebih baik kerajaan memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, cukup Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...untuk memulangkan undi ketiga kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Seorang Ahli
Lima negeri kasi pinjam sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ada usul daripada Menteri, sila Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Yang Berhormat Kepong tidurkah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), dengan tidak menghiraukan walau apa pun ketetapan yang telah dibuat pada tengah hari tadi, supaya Majlis Mesyuarat hari ini ditangguhkan sekarang dan ditangguhkan ke jam 10.00 pagi esok, 14 Mei 2008 dan sesi perbahasan ini akan disambung selepas Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hingga jam 1.00 tengah hari.”
Tuan Yang di-Pertua
Menyokong, menyokong Yang Berhormat.
Menteri Penerangan - Dato’ Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Penjelasan sedikit boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada penjelasan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Rabu, 14 Mei 2008.
Dewan ditangguhkan pada pukul 11.49 malam.