Aug032026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita memulakan Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, ketetapan dibuat di bawah Peraturan 23(3) bahawa soalan tambahan hanya terhad dua.

Penyoal asal satu. Yang selain daripada penyoal asal, satu. Ini dibuat sebab sesi kita hari ini agaknya memakan masa. Satu, sebab dua rang undang-undang akan dibahas dan mesti— atau hendak dilulus. Dua dan 24 orang yang akan membahas.

Dan kedua, ada usul di bawah Peraturan 16 oleh dua Ahli Yang Berhormat, menyusul selepas dua rang undang-undang ini telah diputuskan oleh Dewan. Maka bukan sahaja 23(3) kita tetapkan, kita tetapkan hari ini kita tak ada lunch break. Setuju atau tidak setuju itu keputusan majoriti.

draft10:00 AM

Beberapa Ahli

[Setuju]

draft10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat bagi soalan pertama, Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell.

draft10:00 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

draft10:00 AM

1. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bersedia untuk menggunakan lampu jalan solar bagi menggantikan tiang-tiang lampu lama yang rosak dan sukar untuk diselenggara memandangkan lampu solar lebih mudah diselenggara serta menggunakan teknologi hijau.

draft10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Senator Datuk Anna Bell. Kementerian Kerja Raya sentiasa menyokong usaha kerajaan ke arah pelaksanaan teknologi hijau termasuk penggunaan lampu jalan jenis integrated solar LED ya. Ini sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kecekapan tenaga dan kelestarian infrastruktur awam. Walau bagaimanapun, penggunaan lampu jalan solar bagi menggantikan tiang lampu lama yang rosak tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Sebaliknya pelaksanaan dibuat mengambil kira faktor kesesuaian lokasi, keperluan teknikal dan penilaian kos kitaran hayat.

Pada masa ini, penggunaan lampu jalan solar lebih sesuai dilaksanakan di lokasi yang jauh daripada grid bekalan elektrik. Kawasan yang kerap mengalami kecurian kabel atau vandalisme, serta jalan kampung dan kawasan pedalaman. Pendekatan ini dapat mengurangkan keperluan pembinaan infrastruktur bekalan elektrik yang baharu serta memudahkan aspek penyelenggaraan.

Bagi kawasan yang mempunyai bekalan elektrik sedia ada, penggantian lampu jalan LED konvensional yang rosak masih merupakan pilihan yang lebih ekonomi kerana kos pemasangan lampu jalan solar adalah lebih tinggi. Di samping itu, komponen bateri merupakan antara komponen yang paling kerap memerlukan penggantian dan kosnya dianggarkan sekitar 60 peratus daripada harga keseluruhan kelengkapan lampu.

Sehubungan dengan itu, KKR akan menilai penggunaan lampu jalan solar secara bersasar dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian teknikal, keberkesanan kos, aspek penyelenggaraan dan manfaat teknologi hijau bagi memastikan pelaburan memberi nilai terbaik kepada kerajaan dan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft10:00 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Yang Berhormat Dato Menteri, di atas jawapan yang begitu komprehensif dan cukup jelas. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian mempunyai perancangan khusus untuk memberi keutamaan kepada pemasangan lampu jalan solar khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang sering kali berhadapan dengan masalah bekalan elektrik serta kos penyelenggaraan yang begitu tinggi? Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Kerja Raya memang bertanggungjawab bagi pemasangan lampu jalan termasuklah lampu jalan solar di Jalan Persekutuan ya, di Jalan Persekutuan. Manakala di kawasan luar bandar dan pedalaman adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Jadi, bagi pemasangan lampu jalan solar ataupun Integrated Solar Light-Emitting Diode (ISLED) yang dilaksanakan oleh KKDW, kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan Jalan Negeri, MARRIS ya. Jadi, lampu jalan solar merupakan inisiatif hijau selaras dengan pembangunan lestari yang lebih mesra alam kerana penjanaan tenaga elektrik dari sumber yang boleh diperbaharui. Jadi, lampu jalan solar telah mula dipasang oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2019 melalui pelaksanaan projek rintis.

Kementerian ini amat mengambil beratlah akan isu keselamatan jalan raya khususnya yang melibatkan Jalan Persekutuan di seluruh negara. Dan kementerian ini melalui Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap. Jadi, antara kriteria utama yang dipertimbangkan untuk pemasangan lampu solar LED adalah di kawasan kerap kemalangan atau berisiko tinggi kemalangan. Jadi, akibat jalan gelap seperti di persimpangan, di selekoh dan jambatan, kawasan yang jauh dari sistem grid elektrik dan kawasan yang sering berlaku kecurian kabel dan vandalisme tadi.

Pemasangan lampu jalan solar akan dibuat secara setempat, berskala kecil dan tertumpu kepada lokasi yang memenuhi keperluan pencahayaan. Jadi berdasarkan rekod, bagi tempoh tahun 2023 kepada ataupun hingga 2025, sebanyak 61 lokasi di Jalan Persekutuan di negeri Sabah dengan kos berjumlah RM6.4 juta telah siap dipasang lampu jalan di bawah program ini.

Jadi, kesemua pemasangan tersebut menggunakan lampu jalan solar LED. Jadi pada tahun 2026, tahun ini ya, sebanyak RM34.19 juta telah diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di 362 lokasi terpilih di Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia.

Jadi, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan bagi 28 lokasi di Jalan Persekutuan di negeri Sabah. Dan arahan kerja telah dikeluarkan kepada Jabatan Kerja Raya Sabah dan kerja-kerja fizikal akan disiapkan pada tahun ini juga.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasalah menyokong inisiatif pemasangan lampu jalan solar ini. Teknologi lampu jalan solar yang berada di pasaran sedang menuju ke arah kematangan produk yang didorong oleh penglibatan pemain industri dan agensi kerajaan dengan mengambil kira keperluan reka bentuk, teknikal dan penyelenggaraan.

Jadi, Kementerian Kerja Raya bersama-sama Jabatan Kerja Raya sentiasa komitedlah dalam memastikan tahap keadaan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa sepanjang tahun bergantung kepada kelulusan dan ketersediaan kewangan. Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM

Puan Tiew Way Keng

Tuan...

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.

draft10:10 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya pihak kerajaan sama ada telah menetapkan satu piawaian secara teknikal dan jaminan minimum terhadap tiang-tiang lampu solar yang telah dipasang? Terima kasih.

draft10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sudah tentu ada lah Yang Berhormat, sebab apa-apa yang kita laksanakan semestinya ada piawaian supaya kita menjaminkan kualiti dan integriti produk-produk itu. Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im.

draft10:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft10:10 AM

2. Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah strategi kerajaan bagi meningkatkan bahagian pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 seperti yang disasarkan di bawah RMK13, serta sejauh manakah pencapaian semasa berada di landasan untuk mencapai sasaran tersebut.

draft10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dato Yang di- Pertua, terima kasih kepada Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im yang bertanyakan mengenai strategi kerajaan untuk kita tingkatkan pampasan pekerja.

Jadi, kalau kita tengok dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ataupun RMKe13, kita menyasarkan sumbangan pampasan pekerja ataupun CE ini kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030. Dan ketika ini kalau kita teliti sumbangan CE kepada KDNK, untuk tahun 2024 telah pun mencatatkan 33.6 peratus iaitu sedikit peningkatan berbanding tahun 2023 iaitu pada 33.5 peratus.

Jadi, dalam usaha untuk kita tingkatkan CE ini, kerajaan dalam tempoh RMK13 perlu mempercepatkan transformasi struktur ekonomi ataupun economic structural change ini ke arah ekonomi bernilai tinggi yang dipacu oleh inovasi, teknologi, pendigitalan dan juga peningkatan produktiviti melalui teknologi termaju dan juga aktiviti berintensiti pengetahuan. Transformasi struktur ini mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Selain itu, kita juga menggerakkan usaha ini melalui pelaksanaan hala tuju strategik negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu ataupun NIMP 2030, Strategi Semikonduktor Negara (NSS) dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun NETR yang mana usaha ini dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti.

Pelaburan baharu berkualiti ini berupaya untuk kita wujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih baik. Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan bakat masa hadapan melalui pemerkasaan TVET, peningkatan kemahiran dan juga latihan semula tenaga kerja serta pengukuhan padanan pekerjaan bagi memenuhi keperluan industri.

Seterusnya, kita juga seharusnya memberi tumpuan kepada usaha untuk tingkatkan ataupun lonjakan industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi ataupun yang disebut HGHV (High-Growth High-Value) dan juga sektor strategik berimpak tinggi. Langkah ini tujuannya untuk kita mempercepatkan lagi peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai dan seterusnya mewujudkan ekosistem pekerjaan yang lebih dinamik dengan lebih banyak penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih tinggi.

Bagi meningkatkan CE ini, kita juga boleh melihat daripada usaha penyelarasan gaji secara menyeluruh yang mana kita laksanakan melalui pemerkasaan peranan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mana merangkumi penyelarasan semula perkara berkaitan gaji termasuk penempatan ataupun penetapan gaji pemulaan bagi siswazah dan juga lepasan TVET.

Semakan semula gaji minimum akan dilaksanakan secara berkala sebagai mana pematuhan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan mengambil kira gaji kehidupan wajar bagi memastikan golongan pekerja mendapat gaji yang setimpal dengan kos sara hidup. Pelaksanaan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti

(PLWS) pula akan diteruskan bagi membolehkan pekerjaan menerima pendapatan yang lebih tinggi dan juga memperoleh agihan pendapatan yang lebih saksama.

draft10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dan akhir sekali Dato Yang di-Pertua, kerajaan juga akan meneliti pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ataupun DGP dalam usaha untuk kita tingkatkan CE tadi. Setakat kini, seramai 4,025 majikan yang melibatkan 51,363 orang pekerja telah menyertai Dasar Gaji Progresif dan menerima manfaat sehingga Disember 2027. Pelaksanaan DGP ini akan diperluas sekiranya memberi impak positif ke atas pendapatan pekerja.

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci ya yang diberikan sebentar tadi.

Soalan tambahan saya berkaitan dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan, Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang gaji progresif tu. Soalan berkaitan dengan penilaian kerajaan terhadap keberkesanan Sistem Gaji Progresif selepas pelaksanaannya.

Dan Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi jika impaknya positif ya, kerajaan bercadang perluaskan pelaksanaan sistem ini kepada lebih banyak sektor dan syarikat bagi meningkatkan pendapatan pekerja serta mencapai sasaran pampasan bekerja sebanyak 40 peratus daripada KDNK.

draft10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Setia Senator.

Dato Yang di-Pertua, bila kita melaksanakan Dasar Gaji Progresif itu, ia merupakan satu inisiatif usaha daripada kerajaan untuk kita reformasikan pasaran buruh dengan matlamat untuk kita tingkatkan pendapatan selari juga dengan produktiviti pekerja. Dan kalau kita lihat pelaksanaan DGP ini, kita peruntukkan sebanyak RM300 juta untuk pelaksanaan dari tahun 2025 hingga 2027 yang mana kita sasarkan 50,000 pekerja. Itu sasaran yang ditetapkan.

Jadi sehingga 31 Disember seperti yang mana saya nyatakan, dari segi angka itu pun kita dah melebihi iaitu seramai 51,363 orang pekerja. Dan penilaian yang kita awalan ini kita lihat bagi pekerja entry level yang menyertai DGP pada tahun 2025, gaji penengah sebelum menyertai DGP adalah RM1,900 sebulan dan kini meningkat kepada RM2,200 sebulan selepas menyertai DGP. Yang mana ia menunjukkan terdapat kenaikan gaji sebanyak RM300 sebulan ataupun 15.79 peratus.

Manakala untuk pekerja non-entry level pula, gaji penengah sebelum menyertai Dasar Gaji Progresif ini adalah RM2,199.15 sen sebulan dan didapati meningkat kepada RM2,438 sebulan setelah menyertai DGP ini. Jadi secara statistiknya, terdapat kenaikan gaji sebanyak RM238.86 sen sebulan ataupun peningkatan sebanyak 10.86 peratus.

Jadi secara umumnya, memang dapatan kita awalan ini DGP telah menyumbang kepada peningkatan gaji pekerja dan melebihi sasaran penyertaan yang ditetapkan.

Cuma laporan impak pelaksanaan DGP sedang disediakan untuk kita teliti sama ada pelaksanaan DGP akan diperluaskan pada masa hadapan tertakluk kepada kedudukan fiskal negara. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, YB Abun.

draft10:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih untuk jawapan yang agak baik ya. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan KDNK per kapita negara telah meningkat kepada 59,167 pada tahun 2025.

Jadi bagaimanakah kerajaan memastikan peningkatan kekayaan negara ini benar-benar diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan pendapatan rakyat memandangkan sasaran Bahagian Pampasan Pekerja ialah 40 peratus daripada KDNK menjelang 2030? Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih YB Senator, terima kasih Dato Yang di-Pertua. Satu indikator yang kita pakai tadi memang melalui Compensation to Employees ataupun CE yang mana kita telah meletakkan sasarannya untuk mencapai 40 peratus, tapi cabarannya yang macam mana yang kita nyatakan awalan tadi, perubahan itu perlu dilihat dari segi struktur ekonominya.

Maka sebab itu, antara usaha yang dilakukan adalah kita melihat secara menguruskan industri dalam negara iaitu fokusnya kepada HGHV, kepada dasar-dasar yang kita telah ketengahkan bagaimana untuk mewujudkan ruang ataupun peluang pekerjaan yang akan memberi pulangan gaji yang lebih tinggi.

Dan pada masa yang sama juga kita juga melihat secara keseluruhan.

Maksudnya perlaksanaan melalui akta ataupun penguatkuasaan dan perkara ini perlu dilakukan secara berkala. Sebagai contoh, dalam pendekatan untuk gaji minimum, memang perkara itu telah pun diwartakan Perintah Gaji Minimum yang mana berkuat kuasa 1 Februari 2025 untuk kadar gaji minimum itu meningkat kepada RM1,700 sebulan berbanding dengan RM1,500 sebulan.

Cuma pada masa yang sama selain daripada sudut CE yang kita nilaikan, kita juga melihat kepada keperluan untuk kita naikkan median ataupun gaji dan upah penengah ini kepada RM3,500 sebulan. Jadi perkara ini juga merupakan another ataupun indikator yang berikutnya supaya penilaian yang kita buat itu lebih menyeluruh.

Maka sebab itu, usaha-usaha yang kita lakukan ini mengambil kira juga ketersediaan dari segi demand ataupun permintaan yang perlu kita cipta ataupun kita hasilkan.

Jadi sebagai satu lagi contoh dalam usaha mutakhir di peringkat kerajaan ketika ini, kita juga bukan sekadar melalui dasar tetapi juga pelaksanaan ataupun ke arah pembangunan yang diperlukan. Contohnya dari segi pembangunan untuk Johor- Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) ataupun dari segi Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP). Jadi perkara itu perlu digerakkan juga melalui permintaan-permintaan yang kita perlu wujudkan. Bukan semata-mata penambahan dari segi KDNK tetapi juga bagaimana pertumbuhan itu turut dapat dipanjangkan ataupun dipastikan kepada peningkatan gaji. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih YB Senator.

draft10:20 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Soalan tambahan?

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan— Yang Berhormat Senator, kita had pada dua soalan tambahan seperti saya tetapkan tadi bawah Peraturan 23(3). Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey bin Suan.

draft10:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft10:20 AM

3. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan minta Menteri Kewangan menyatakan, impak penjimatan tahunan daripada pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

draft10:20 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut.

Dato Yang di-Pertua, pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 bertujuan memastikan rakyat yang layak terus dilindungi daripada turun naik harga bahan api di pasaran, di samping mengurangkan ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya menerima manfaat itu.

Oleh itu, harga RON95 tanpa subsidi yang berubah mengikut harga pasaran hanya terpakai kepada pembeli yang tidak layak menerima subsidi termasuk bukan warganegara dan pihak yang tidak memenuhi kriteria kelayakan BUDI95. Sejak pelaksanaan BUDI95 sejak 31 Julai 2026, lebih 14.2 juta rakyat daripada 16.7 juta individu yang layak telah menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 sen seliter melibatkan penggunaan lebih daripada 13.4 bilion liter.

Berdasarkan data penggunaan sebenar BUDI95 antara Oktober 2025 sehingga Jun 2026, kurang daripada satu peratus pengguna BUDI95 menggunakan lebih daripada 200 liter RON95 secara konsisten.

draft10:20 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Secara purata, penggunaan RON95 adalah sekitar 100 liter sebulan. Ini menunjukkan had kelayakan semasa didapati mencukupi untuk menampung keperluan majoriti penerima tanpa menjejaskan corak penggunaan harian mereka.

Pada masa ini, rakyat Malaysia yang layak terus menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 bagi liter kelayakan semasa sebanyak 200 liter sebulan melalui mekanisme pengesahan berasaskan MyKad dan lesen memandu yang dihubungkan kepada pangkalan data berpusat.

Melalui pelaksanaan BUDI95, subsidi yang tidak lagi dinikmati secara pukal oleh golongan yang tidak layak termasuklah bukan warganegara serta pengguna komersial.

Berdasarkan pelaksanaan semasa, penjimatan fiskal dianggarkan antara RM2.5 bilion sehingga RM4 bilion setahun tertakluk kepada harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar.

Kerajaan ingin menegaskan bahawa penjimatan terhasil tidak disimpan semata- mata sebagai lebihan fiskal. Sebaliknya, ruang fiskal yang diwujudkan dimanfaatkan semula kepada rakyat hasil daripada pelaksanaan penyasaran subsidi yang membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat yang terbanyak.

Dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif.

Antaranya, peningkatan peruntukan kepada RM15 bilion untuk Sumbangan Tunai Wang Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah, merupakan peruntukan yang tertinggi pernah disediakan. Peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bagi tahun 2026 juga meningkat kepada RM3.1 bilion berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Peruntukan RM1 bilion untuk program menangani kos sara hidup. Antaranya, program Jualan Rahmah MADANI yang telah ditingkatkan peruntukan kepada RM600 juta berbanding RM100 juta sejak ia diperkenalkan pada tahun 2023. Ini menawarkan barangan keperluan asas kepada harga berpatutan di semua 600 Dewan Undangan Negeri dan juga 40 lokasi lokaliti di Wilayah Persekutuan dengan peningkatan kekerapan daripada tiga kali sebulan kepada empat kali sebulan di setiap DUN yang akan memanfaatkan golongan sasar.

Program Bantuan Awal Persekolahan berjumlah hampir RM800 juta disediakan tanpa mengira golongan yang menyediakan keperluan asas persekolahan anak-anak.

Inisiatif pas bulanan My50 dengan peruntukan RM216 juta turut disediakan bagi meringankan beban kewangan kepada rakyat yang menggunakan pengangkutan awam dan kad 30 hari dan kad konsesi di bawah BAS.MY dengan peruntukan sebanyak RM200 juta dapat memanfaatkan pengguna perkhidmatan bas henti-henti termasuk golongan kurang upaya, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa warganegara Malaysia.

Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 berdasarkan data penggunaan sebenar, harga pasaran tenaga global, kedudukan fiskal negara dan maklum balas rakyat. Sebarang penambahbaikan dalam masa hadapan akan dibuat secara berhemah bagi memastikan subsidi terus melindungi rakyat yang layak tanpa menjejaskan kemampanan fiskal negara. Terima kasih.

draft10:30 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Menteri. Datuk Seri, sebenarnya tadi memang saya ada soalan tentang mengekang kenaikan harga barang ini, mengurang kos sara hidup rakyat di Sabah. Tetapi, sudah dijawab. Terima kasih, Datuk Menteri.

draft10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Soalan tambahan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Robert, soalan tambahan yang terakhir sebab dianggap soalan tambahan nombor satu dah dijawab.

draft10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah Pengerusi Pengarah Kajian Negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi iaitu dengan izin, The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) minggu lepas pada pelancaran Tinjauan Ekonomi OECD bagi Malaysia 2026 menggalakkan Malaysia supaya secara beransur-ansur meninggalkan rasionalisasi BUDI95 dan menggunakan mekanisme lain seperti memindah terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Soalan tambahan, adakah kementerian akan melaksanakan dasar sedemikian di masa yang sederhana? Terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Yeah, OECD has dengan izin, last week, they released a report on the Malaysian economy and the suggestion is that Malaysia should move away from the BUDI95 and do a more direct subsidy to those who need it. Thank you.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Menteri.

draft10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Senator ke atas soalan yang tersebut. Sebenarnya, kerajaan telah melihat cara pemberian subsidi yang dibuat dalam negara dan kita telah berganjak daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

Dengan adanya subsidi bersasar yang ada, kita melindungi mereka yang terkesan seperti apa yang kita nampak dalam program BUDI95, di mana kelayakan diberi kepada semua orang 200 liter tapi warga bukan negara tidak berhak mendapat subsidi. Ini telah dapat menjimatkan ruang fiskal kepada kerajaan dan sebahagian daripada ruang fiskal ini dijimatkan dipulangkan kepada rakyat melalui mekanisme- mekanisme yang menyambut seperti cash transfer yang disebutkan tadi.

Ini kerana, kalau kita lihat dari segi pemberian STR dengan SARA, kita telah menaikkan kepada RM15 bilion. Kita juga telah memberikan program-program seperti Jualan RAHMAH yang dinaikkan sehingga RM600 juta untuk tahun ini, jauh lebih tinggi daripada apa yang kita ada sebelum mula untuk menolong rakyat dengan lebih baik kepada golongan yang kita sasarkan.

Kita faham yang OECD telah menggalakkan untuk menarik balik semua subsidi.

Tapi, kita tak boleh buat macam itu dalam negara ini. Yang pentingnya kalau kita buat, kita buat secara bersasar dan bukan secara mendadak seperti yang dicadangkan oleh OECD. Yang pentingnya kita hendak menolong rakyat dengan secara baik dan pendekatan yang kita telah perkenalkan telah dapat mencapai matlamat tersebut. Terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah.

draft10:30 AM

4. Tuan Michael Mujah Lihan minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, langkah-langkah mitigasi dan adaptasi yang telah dirancang oleh Kementerian bagi menghadapi impak fenomena El Nino berintensiti kuat sehingga awal 2027 khususnya terhadap sumber air, keselamatan makanan dan kesihatan awam.

draft10:30 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Pagi indah cuaca ceria, Hijau hutan menjadi warisan; Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Soalan nombor empat mohon penjelasan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menjelas pantun kah apa?

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, kepada Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan. Soalan ini soalan serius, saya tak jawab pantun.

Saya jawab soalan.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama kementerian serta agensi berkaitan sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang berintensiti tinggi sehingga awal tahun 2027.

Antara langkah mitigasi dan adaptasi yang dilaksanakan adalah lima perkara.

Pertama ialah memperkukuh sistem pemantauan ramalan dan unjuran fenomena El Nino. NRES melalui MET Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, kita sentiasa memantau perkembangan fenomena El Nino serta mengemas kini maklumat kepada kerajaan dan orang awam secara berkala.

MET Malaysia turut menyediakan laporan status cuaca panas, laporan hujan hari tanpa hujan, laporan pemantauan kemarau serta tinjauan cuaca jangka panjang sehingga enam bulan ke hadapan bagi membolehkan kementerian, kerajaan negeri dan agensi berkaitan merancang langkah kesiapsiagaan, pengurusan sumber air dan mitigasi risiko kemarau yang lebih awal.

Kedua ialah memperkasakan Sistem Amaran Awal Cuaca dan Iklim. MET Malaysia mengoperasikan Sistem Amaran Awal Cuaca dan Iklim secara 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memastikan maklumat dapat disalurkan dengan pantas kepada agensi seperti NADMA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar serta pihak berkepentingan yang lain.

Di samping itu, MET Malaysia menyebarluaskan amaran kepada orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk laman sesawang rasmi, media massa, media sosial, aplikasi MyCuaca.

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Pendekatan ini selaras dengan pelaksanaan inisiatif early warning for all bagi memastikan amaran awal sampai kepada semua komuniti yang berisiko. Langkah yang ketiga, Dato Yang di-Pertua ialah melaksanakan langkah mitigasi bagi menjamin sumber air.

Bagi mengurangkan impak cuaca kering dan kemarau terhadap bekalan air, Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan dengan kerjasama NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia tertakluk kepada kesesuaian keadaan atmosfera.

Operasi ini bertujuan meningkatkan potensi hujan bagi menambah paras air empangan, mengurangkan impak kemarau serta membantu menangani episod jerebu. Bagi tempoh Februari hingga Jun 2026, sebanyak 35 penerbangan OPA telah dilaksanakan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Yang keempat ialah memperkukuh keselamatan makanan melalui penyediaan maklumat metrologi pertanian. METMalaysia menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Pertanian, MARDI, MADA, KADA, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia.

METMalaysia menyediakan laporan analisis dan tinjauan metrologi pertanian setiap bulan yang mengandungi analisis cuaca serta nasihat metrologi untuk membantu sektor pertanian merancang jadual penanaman, pengurusan pengairan, penggunaan sumber air dan langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan cuaca panas terhadap pengeluaran makanan negara.

Dan, langkah yang kelima, memperkukuh langkah adaptasi kesihatan awam. Ini terkait dengan KKM— Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita terus— METMalaysia meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan cuaca panas terhadap kesihatan melalui pelbagai saluran media, sesi perkongsian bersama pakar kesihatan awam dan pakar perubatan keluarga, di samping ada juga aktiviti pendidikan kesihatan yang turut diperkukuh melalui kerjasama dengan pemimpin masyarakat, NGO, Sukarelawan Kesihatan MyCHAMPION iaitu Malaysian Health Community Agent.

Jadi, Dato Yang di-Pertua secara keseluruhannya, pendekatan bersepadu ini membolehkan kerajaan melaksanakan langkah mitigasi dan adaptasi secara lebih awal, lebih selaras dan berasaskan yang pentingnya adalah bukan hanya cakap-cakap ataupun media sosial, tetapi melalui maklumat saintifik untuk kita mengurangkan impak fenomena El Nino untuk sumber air, keselamatan makanan dan juga kesihatan awam.

Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi.

Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah kementerian telah menyediakan unjuran risiko nasional seperti mengenal pasti negeri dan sektor yang paling terendah, sekiranya fenomena El Nino ini terus berlarutan sehingga awal tahun 2027, dan apakah indikator yang akan digunakan untuk penyediaan tindakan mitigasi yang lebih awal? Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Ini terkait dengan soalan yang lebih khusus, yang berkenaan dengan negeri dan sektor yang paling terdedah di samping kita juga nak lihat apakah ada indikator-indikator yang boleh digunakan untuk membuat persediaan awal.

Dato Yang di-Pertua, kementerian melalui METMalaysia, kita melaksanakan pemantauan, penilaian risiko, unjuran impak ini secara berterusan melalui analisis indikator iklim global dan juga model ramalan iklim. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah kita ada pencerapan yang dilakukan secara menyeluruh melalui maklumat- maklumat, yang juga dikongsi oleh agensi-agensi peringkat global.

Melalui indikator, melalui model itulah, maka kita boleh membina unjuran yang lebih tepat. Penilaian ini membolehkan kita untuk mengenal pasti kawasan dan sektor yang berpotensi terjejas lebih awal supaya kita boleh ambil tindakan awal. Unjuran ini kita kemaskinikan secara berkala dan kita kongsi dengan kementerian, kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berkaitan.

Antara indikator utama yang digunakan ialah El Nino Southern Oscillation

(ENSO). Biasakan dengan kalimah-kalimah ini nanti, akan banyak keluar. El Nino Southern Oscillation ataupun ENSO dan juga Indian Ocean Dipole (IOD), suhu permukaan laut— sea-surface temperature (SST), taburan hujan, anomali suhu udara, bilangan hari tanpa hujan, indeks kemarau serta output model ramalan iklim bermusim dan jangka masa panjang daripada pusat-pusat metrologi antarabangsa dan juga model ramalan iklim METMalaysia.

Maknanya, bila kita sebut tentang unjuran, kajian saintifik, itu maksudnya. Dia bukan hanya berdasarkan kepada tengok angin dan udara dan suhu, ya. So, berdasarkan kepada unjuran itulah, maka kita boleh agak kawasan yang dijangka menerima taburan hujan yang kurang 20 hingga 40 peratus daripada purata iaitu di selatan Semenanjung dan, barat dan tengah Sarawak pada Ogos dan September, beberapa kawasan di Sabah pada bulan Oktober, November dan Disember.

Walau bagaimanapun, tahap risiko adalah dinamik. Ia bergantung kepada kekuatan serta tempoh fenomena El Nino ini, di samping kita dipengaruhi oleh faktor lain, iklim yang lain seperti IOD tadi yang saya sebut, dan juga corak monsun semasa.

Dari segi sektor, unjuran METMalaysia memberi tumpuan kepada sektor yang sensitif terhadap perubahan cuaca dan iklim seperti terutamanya sumber air, pertanian dan juga, keterjaminan makanan, perhutanan pengurusan, kebakaran hutan dan tanah gambut, serta juga kesihatan awam. Kita akan sentiasa bekalkan maklumat ini kepada kementerian dan kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Untuk memastikan semua pihak sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan fenomena El Nino ini serta kesannya, maka kerajaan melalui METMalaysia melaksanakan pendekatan proaktif melalui program taklimat, libat urus, penyelarasan secara berterusan dengan kementerian, kerajaan negeri, agensi teknikal serta pihak yang berkepentingan.

Sehingga kini, untuk makluman Yang Berhormat, METMalaysia telah melaksanakan sebanyak 87 sesi taklimat, mesyuarat, bengkel teknikal dan lain-lain, dan saya ingin suka sebutkan di sini bahawa di peringkat tertinggi iaitu di Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah pun dibincangkan dan dibawa perkara ini sebagai agenda pada 11 Jun yang lepas, yang menunjukkan kepentingan dan keseriusan kerajaan untuk melihat apakah kesannya kepada negara secara keseluruhan, dan saya perasan bahawa Yang Berhormat Menteri Ekonomi pun ada di sini tadi, yang menyebutkan bahawa antara perkara yang boleh memberi kesan utama kepada ekonomi juga dilihat apabila adanya peningkatan bekalan elektrik. Kemudian, ada mungkin gangguan dari segi food-supply chain, dan begitu juga dari segi kadar tekanan-tekanan kepada inflasi.

Jadi, perkara-perkara macam ini serius dan pihak MTEN telah membincangkan, malah Kabinet dari semasa ke semasa akan mendapat laporan-laporan berkenaan dengan cuaca supaya ianya dapat ditangani dengan lebih terperinci dan juga dengan lebih tepat, tetapi pokok-pangkalnya, ini tidak boleh bergantung hanya kepada cakap- cakaplah, tetapi kepada maklumat saintifik, kemudian kepada langkah-langkah yang teratur dan tersusun supaya perkara ini dapat kita tangani. Akhirnya, kita nak pastikan supaya kesejahteraan rakyat itu terjamin. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina...

draft10:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Okey. Terima kasih, Dato Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan sudah ada satu pelan perancangan untuk menyediakan pelan rizab air alternatif, seperti kolam takungan luar sungai, ataupun air bumi di negeri-negeri yang khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air permukaan tunggal? Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Yang Berhormat atas soalan tersebut. Dari segi tindakan, kebanyakannya tindakan ini dilaksanakan oleh pihak agensi-agensi yang berkaitan. Misalnya, kalau yang berkaitan dengan air, empangan dan sebagainya, ia nya terkait dengan JPS dan pihak-pihak yang berkenaan.

Dari segi kementerian sendiri, kita boleh berusaha untuk menyediakan air bawah tanah ini ya, telaga tiub dan sebagainya, tetapi yang itu berdasarkan kepada keadaan suasana setempat, apakah ada kemampuan air bawah supaya kita dapat benar, akhirnya untuk kita ada backup ya, tindakan-tindakan untuk mempertahankan diri kita, menyiapsiagakan diri kita dengan keadaan yang bertambah kering pada masa akan datang.

Jadi, saya nak beri keyakinanlah kepada Yang Berhormat bahawa apabila maklumat yang kita berikan ini kepada kementerian, kepada kerajaan negeri, kepada agensi-agensi, tindakan itu kita harus pastikan dilaksanakan. Kalau tidak, sia-sialah segala maklumat saintifik dengan bekalan-bekalan data ini, tetapi tidak dimanfaatkan secara lebih meluas.

Jadi, insya-Allah, kita ambil pandangan daripada Yang Berhormat untuk perkara ini juga dibawa kepada peringkat kementerian, kepada peringkat kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang, dipersilakan Tuan Mohd Hasbie.

draft10:40 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft10:40 AM

5. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah masjid baharu yang telah dibina atau sedang dalam pelaksanaan pada era MADANI ini, dan sejauh mana ia memenuhi keperluan pertambahan komuniti Islam.

draft10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Dato Yang di-Pertua, pembinaan masjid merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh syiar Islam serta memenuhi keperluan umat Islam di negara ini.

draft10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Pendekatan ini berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan di bawah Perkara 3(1), di samping menghormati pembahagian kuasa yang meletakkan hal ehwal agama Islam di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Senarai Kedua iaitu Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, selaras dengan keputusan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-139 pada 28 Jun 2022, kos pembangunan masjid dipersetujui untuk ditanggung secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Mengikut rekod yang kita ada, sejak tahun 2023 sehingga Jun 2026, sebanyak 92 projek berkaitan pembinaan masjid telah diluluskan di seluruh negara dengan jumlah peruntukan sebanyak RM160.82 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 projek telah siap dilaksanakan, 16 projek kini sedang dalam pelaksanaan manakala 22 projek lagi berada di peringkat prapelaksanaan atau dalam proses perolehan. Sebagai contoh, di Wilayah Persekutuan, kerajaan telah berjaya menyiapkan pembinaan Masjid Az- Zahrawi Hospital Kuala Lumpur dengan kos keseluruhan sebanyak RM15 juta.

Pertimbangan pembinaan masjid baharu dibuat berdasarkan perakuan dan pengesahan pihak berkuasa agama negeri dengan mengambil kira keperluan sebenar kariah. Antara faktor utama yang dinilai iaitu pertambahan dan kepadatan penduduk Islam di sesebuah tempat, kapasiti serta jarak masjid sedia ada, kesesuaian tapak, status tanah dan komitmen pembiayaan daripada kerajaan negeri. Pendekatan ini memastikan pembinaan masjid benar-benar memenuhi keperluan komuniti setempat.

Di samping pembinaan baharu, kerajaan juga bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih masjid serta surau yang sedia ada dapat dilaksanakan secara berperingkat melalui kaedah pembiayaan bersama, tertakluk kepada keutamaan, keperluan dan kemampuan kewangan.

Justeru, kerajaan akan terus memperkukuh institusi masjid sebagai nadi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah, malah berfungsi sebagai pusat penyatuan ummah, pendidikan, dakwah, kebajikan dan pembangunan komuniti. Insya-Allah, dengan komitmen berterusan daripada Kerajaan MADANI ini, Islam akan terus tumbuh mekar dan subur di bumi Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi.

Cuma soalan saya ialah kita tahu yang masjid ini biasa selain daripada menjadi pusat ibadah, tetapi juga menjadi tumpuan kepada kelompok-kelompok yang memerlukan. Jadi, apakah peranan yang lebih besar yang boleh dimainkan oleh masjid di bawah era MADANI ini, dalam menyantuni kelompok gelandangan, kelompok miskin bandar dan juga mereka yang berpendapatan rendah? Terima kasih.

draft10:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, YB Senator untuk soalan tadi berkenaan dengan golongan rentan, golongan gelandangan dan golongan berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa institusi masjid ini mempunyai peranan yang sangat besar. Alhamdulillah, melalui kerjasama bersama JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, NGO dan pihak-pihak lain, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Contohnya, agihan bantuan kepada golongan asnaf, penyediaan bakul makanan, Program Dapur Komuniti. Kami juga ada melakukan bantuan kecemasan kewangan untuk golongan-golongan rentan, bantuan pendidikan, juga pusat khidmat kaunseling.

Saya bagi contoh, ada banyak masjid-masjid utama yang telah melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini. Contohnya Masjid Al-Muqarrabin. Kemudian ada juga pengurusan jenazah untuk golongan-golongan rentan dan tempat perlindungan sementara. Pihak JAKIM dengan kerjasama yang lain juga ada melakukan program pemulihan dadah iaitu program ini dengan kolaborasi bersama JKM— Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pelbagai program kebajikan lain untuk menyantuni golongan-golongan yang memerlukan ini.

Kerajaan juga menggalakkan semua masjid yang sedia ada dan juga surau untuk menjadi pusat penyelarasan sukarelawan dan jaringan komuniti agar bantuan dapat disampaikan secara lebih cepat, tersusun dan menyeluruh kepada semua golongan, bukan sahaja golongan yang mampu, tetapi golongan yang tidak mampu. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Yang di-Pertua.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Profesor.

draft10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Boleh ya? Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Antara isu besar yang dihadapi oleh sebahagian masjid ialah kesesakan ketika solat jemaah dan proses membina masjid seperti yang dinyatakan tadi ternyata mengambil masa. Adakah jabatan ataupun kementerian mempunyai rancangan untuk melaksanakan sembahyang berjemaah terutamanya Jumaat dan juga hari perayaan sebanyak beberapa kali, sebagaimana yang diamalkan di beberapa buah negara?

Dalam kunjungan saya ke Australia, Dato Yang di-Pertua, dalam kunjungan saya ke Australia, di Melbourne, Australia, mereka mengadakan solat Jumaat dua kali atau tiga kali untuk mengelakkan berlakunya kesesakan ketika waktu solat. Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengadakan solat sedemikian bagi membolehkan— mengelakkan kesesakan berlaku di sesetengah masjid? Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, YB Isaiah. Saya fikir yang nak ditanya, adakah kemudahan untuk OKU?

draft10:50 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Ya.

draft10:50 AM

Seorang Ahli

Tak tahu soalan.

draft10:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Insya-Allah. Terima kasih YB Senator. Bagi saya ini bukanlah soalan, tapi cadangan. Cadangan— adakah pihak kerajaan ada merancang untuk membuat sesi solat secara jalan sekali, tapi beberapa sesi solat untuk memastikan isu kesesakan dapat diatasi. Terima kasih kepada YB Senator. Isu ini kami akan bawa, kami akan kaji dan nilai kerana bukan menjadi kebiasaan di negara kita ya untuk buat banyak sesi solat jemaah, tapi insya-Allah, kami akan teliti perkara ini dan terima kasih sekali lagi untuk cadangan yang bagi saya sangat baik ya. Mudah-mudahan masyarakat juga dapat menerima cadangan seperti ini, tapi kami akan tetap bawa dulu, nilai dan kaji terlebih dahulu agar sesuai dengan keadaan masyarakat kita di Malaysia...

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Termasuk OKU lah?

draft10:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Untuk OKU, saya pernah jawab soalan ini, tapi saya tidak ingat di mana, tapi untuk OKU, ada— saya boleh jawab sekarang, Dato Yang di-Pertua?

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh.

draft10:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Untuk OKU, di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, saya bagi fokus kepada Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sudah bermula untuk penaiktarafan agar masjid-masjid dan surau-surau lama ini mengikut kriteria ataupun spesifikasi bagi membantu keperluan para OKU. Namun, untuk masjid- masjid baharu, atau surau-surau yang baharu, spesifikasinya memang wajib untuk diikuti. Ini untuk makluman YB Senatorlah. Bermaksud, pihak kerajaan memang mengambil berat terhadap keperluan masyarakat OKU ini. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Sri Mohamad Zaini.

draft10:50 AM

Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6, Yang Berhormat Menteri.

draft10:50 AM

6. Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah pihak kementerian bagi meningkatkan kapasiti, tahap keselamatan dan kelancaran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, termasuk kerja-kerja pelebaran jalan, pemasangan lampu jalan di kawasan gelap serta penambahbaikan kemudahan pengguna; dan

(b) adakah kementerian akan memperluas penggunaan teknologi pintar seperti sistem pemantauan trafik dan lampu.

draft10:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator yang bertanya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa komited dalam memastikan tahap keselamatan kapasiti dan kelancaran trafik di semua lebuh raya bertol termasuklah di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK) berada pada tahap yang optimum.

Antara langkah yang sedang dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut.

Pertama, meningkatkan kapasiti lebuh raya melalui pelaksanaan projek pelebaran Lebuhraya KLK yang bermula dari Plaza Tol Gombak sehingga Persimpangan Mempaga yang telah diluluskan kerajaan dan akan dilaksanakan oleh AFA Prime Berhad selaku syarikat konsesi. Projek ini bertujuan menambah kapasiti laluan bagi mengurangkan kesesakan trafik khususnya ketika musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu yang merekodkan peningkatan ketara jumlah kenderaan.

Kerja-kerja pelebaran Lebuhraya KLK dari kilometer 19.2 Plaza Tol Gombak sehingga kilometer 64.5 Persimpangan Mempaga telah pun bermula pada Mac 2026 ini dan dijangka siap pada tahun 2030 dengan tempoh pelaksanaan projek empat tahun.

Sehingga 25 Julai 2026, kemajuan bagi projek kelebaran Lebuhraya KL-Karak adalah di tahap 6.4 peratus.

draft10:50 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang kedua, untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna lebuh raya melalui pelaksanaan audit keselamatan jalan raya di peringkat lima secara berkala oleh juruaudit keselamatan jalan raya— road safety auditor. Jadi, sebarang penemuan hasil audit akan diteliti dan tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi berdasarkan syor juruaudit keselamatan jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan keselamatan pengguna.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKR dan LLM sentiasa menggalakkan syarikat konsesi untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi pintar di lebuh raya bagi meningkatkan keselamatan, kecekapan operasi serta kualiti perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya. Selaras dengan era pendigitalan, reka bentuk sistem lampu di sepanjang jajaran pelebaran lebuh raya KLK telah dirancang untuk menggunakan sistem lampu pintar ataupun smart lighting system. Pelaksanaan sistem lampu pintar ini membolehkan pemantauan dan kawalan operasi lampu jalan dilaksanakan secara berpusat serta real-time.

Selain itu, penggunaan teknologi closed-circuit television system (CCTV) dan vehicle incident detection system (VIDS) turut akan diperkenalkan dan dilaksanakan dalam projek pelebaran lebuh raya KLK. Bagi mengoptimumkan sistem pemantauan keadaan trafik dan pengesanan insiden yang melibatkan kenderaan pengguna yang berlaku di sepanjang jajaran lebuh raya. Jadi, pelaksanaan teknologi ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengaplikasikan teknologi pintar yang bersesuaian bagi meningkatkan pemantauan, keselamatan, kecekapan pengurusan aset dan kualiti perkhidmatan di lebuh raya. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Dato Yang di-Pertua, saya ingin untuk bertanya pada Yang Berhormat Menteri. Dari segi lebuh raya LPT ini sekarang ini lampu jalan daripada Plaza Tol Gombak sehinggalah ke Tol Genting Sempah telah pun dilaksanakanlah. Saya tak pasti sama ada oleh pihak konsesi ataupun pihak kerajaan.

Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada, ada bajet ataupun perancangan untuk mengadakan, untuk melaksanakan lampu jalan daripada Terowong Genting Sempah sehingga Plaza Tol Karak kerana ini adalah sangat penting, sangat mustahak kerana dari segi kemalangan ini dapat kita kurangkan apabila adanya ataupun dilaksanakan lampu jalan ini. Sekian Dato Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pemasangan lampu jalan di lokasi yang telah dikenal pasti bermula dari kawasan selepas Terowong Genting Sempah sehingga Persimpangan Mempaga. Melibatkan jarak kira-kira 26 kilometer. Ia turut termasuklah dalam skop kerja yang di bawah Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak.

Jadi, pemasangan lampu jalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat selaras dengan pembukaan jajaran pelebaran mengikutlah fasa pembinaan projek pelebaran lebuh raya tersebut. Di samping itu, Kerajaan MADANI menerusi belanjawan tahun 2026 juga telah memperuntukkan RM30 juta menggunakan peruntukan dalaman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memasang lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berisiko atau kerap berlakunya kemalangan pada waktu malam.

Jadi, bagi lebuh raya KL-Karak sebanyak 297 unit lampu jalan LED berkuasa solar akan dipasang di lokasi-lokasi seperti berikut iaitu di Bentong Timur, Karak. Arah Timur ya, 43 tiang. Di Bentong Timur, Kampung Sungai Dua. Arah Timur ya, 69 tiang dan di Bentong Timur, Kampung Sungai Dua arah Barat, 39 tiang dan juga di satu lagi lokasi dia dari kilometer 68.7 ke kilometer 79 di arah Barat juga, 73 tiang.

Keseluruhannya, 297 unit tiang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan LED ini berkuasa solar berkenaan telah dilantik dan kerja-kerja pemasangan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2026 ini ya. Jadi, inisiatif yang dilaksanakan bersama antara Kerajaan MADANI, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia

(LLM) ini mencerminkan komitmen teguh lah daripada kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan lebuh raya sekali guslah melindungi nyawa pengguna dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jadi, banyak lagi makluman saya boleh kongsikan di sini Yang Berhormat, Tuan Speaker kalau izinkan. Okey. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerja KKR melalui LLM dan syarikat konsesi lebuh raya juga sentiasa melaksanakan pemantauan serta penambahbaikan di lokasi-lokasi kerap berlakulah kemalangan dan black spot atau black spot berdasarkan analisis data kemalangan pada setiap tahun. Bagi tahun 2026, sebanyak 13 lokasi black spot di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) telah dikenal pasti untuk dilaksanakan tindakan penambahbaikan dan mitigasi ya. Jadi, antara langkah yang sedang dan telah dilaksanakan ialah:

(i) pemasangan gravel, coal plastic, rumble strips;

(ii) kerja-kerja rehabilitasi turapan menggunakan stone mastic asphalt (SMA); dan

(iii) penambahbaikan perabot keselamatan jalan di lokasi berisiko.

Jadi, sehingga kini kerja-kerja melibatkan pemasangan gravel, coal plastic, rumble strips di beberapa lokasi telah siap 100 peratus. Manakala, kerja-kerja rehabilitasi turapan sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijadualkan setiap ataupun dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini. Jadi oleh sebab itu, banyaklah kita buat untuk pastikan jalan raya kita selamat dan selesa bagi penggunanya.

Jadi setakat ini dahululah Tuan Yang di-Pertua, jawapan daripada kementerian.

draft11:00 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan.

draft11:00 AM

Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Ya. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penjelasan yang begitu jelas dan berharap bahawa lampu jalan itu dapat disegerakanlah. Kalau mengikut Yang Berhormat Menteri tadi, pada akhir tahun 2026. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalan tambahan terakhir. Tan Sri Low.

draft11:00 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian sedang mengkaji semula peraturan Berat Dengan Muatan (BDM) agar selaras dengan spesifikasi terkini kenderaan berat sekali gus meningkatkan kecekapan logistik tanpa menjejaskan aspek keselamatan jalan raya dan pengurangan infrastruktur. Terima kasih.

draft11:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil apa yang dinyatakan untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Itu yang paling penting. Jadi, had muatan ini kita memang semak, selama ini kita lihat bagaimana had berat muatan ini berperanan penting dalam kita memastikan tahap keselamatan jalan raya kita sebab jalan raya kita di seluruh negara ini menua, ageing ya yang spesifikasinya dalam tahun-tahun yang lampau. Jadi, dia tak tahan untuk kalau kita sesuka hati kita menaikkan tahap had berat muatan itu.

draft11:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sebab itu kita tidak boleh ambil mudah sebegitu sahaja sebab akan merosakkan jalan raya kita. Dalam masa yang sama juga, jambatan-jambatan di jajaran kita pun banyak jambatan yang tualah. Jadi dah agak tak berapa kukuh lagi. Itu pun risiko tinggi.

Sebab itu kami KKR bersama juga Kementerian Pengangkutan bersama melihat kepada keseluruhannya bagaimana kita boleh memenuhi kehendak kesemua pihak sektor ekonomi, sektor infrastruktur kita dan sebagainya. Sebab itu memang kita ada buat apa yang kita panggil PCA, Pavement Condition Assessment. Jadi ini sedang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy.

draft11:10 AM

7. Puan Saraswathy a/p Kandasami minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah mekanisme dan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk mengenal pasti, mendokumentasikan dan mengarkibkan karya-karya muzik, lirik serta lagu ciptaan artis dan penggiat seni Tamil Malaysia yang telah berkembang sejak lebih 70 tahun lalu sebagai khazanah seni dan warisan negara yang mencerminkan kepelbagaian identiti masyarakat Malaysia

draft11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Senator. Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyediakan pelbagai mekanisme serta peruntukan yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat seni tempatan pelbagai kaum bagi tujuan untuk pendokumentasian dan pemeliharaan khazanah seni dan karya mereka.

MOTAC menawarkan sokongan dana melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) kepada pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat bagi menganjurkan program serta aktiviti seni budaya seperti festival, pameran, pertandingan dan pementasan seni persembahan.

Inisiatif ini menjadi wahana strategik untuk mendokumentasi dan memelihara karya muzikal, tarian, lirik, irama serta lagi ciptaan artis tempatan yang mencerminkan kepelbagaian identiti masyarakat Malaysia. MOTAC melalui Istana Budaya pula membantu penggiat seni dalam mendokumentasikan karya persembahan termasuklah naskhah, komposisi muzik, kolograf dan reka bentuk produksi.

Istana Budaya turut berperanan sebagai pemudah cara dan sumber rujukan kepada penggiat seni berkaitan urusan pendaftaran hak cipta melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan agensi berkaitan. Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara membangunkan portal pemetaan budaya sebagai pangkalan data nasional bagi mendokumentasikan profil tokoh, kumpulan kesenian serta elemen warisan budaya tidak ketara dalam bentuk digital sebagai sumber rujukan untuk generasi masa hadapan.

Selanjutnya, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pengesanan, pengumpulan dan pemerolehan arkib persendirian daripada tokoh, orang perseorangan, institusi dan organisasi bukan kerajaan.

Dalam hal ini, ANM telah menerima pelbagai sumbangan bahan berkaitan seni persembahan, muzik Tamil daripada persatuan dan pertubuhan komuniti India dan Tamil. Antaranya teater klasik India, Sumpahan Kannagi oleh JKN, pementasan muzik tradisional dan tarian klasik India, “Inside Out: A New Take Out on Contemporary and Classical Dance a Music” oleh Persatuan Temple of Fine Arts dan persembahan Citra Budaya Malaysia 2023 oleh Kesenian India Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Kesemua koleksi bahan arkib ini boleh diakses dan dirujuk oleh para penyelidik. Sekian, terima kasih.

draft11:10 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas jawapan tadi. Tuan Yang di-Pertua, karya-karya muzik dan lagu Tamil Malaysia khususnya berlatarbelakangkan kehidupan di ladang bukan sekadar karya hiburan sebaliknya karya-karya ini menjadi khazanah secara lisan berkenaan pengalaman mereka dalam pembukaan hutan belantara untuk pembangunan ladang, kehidupan yang serba daif, penderaan dan penindasan oleh penjajah, kesengsaraan semasa pendudukan Jepun serta pelbagai episod penting yang membentuk sejarah sosial negara.

Karya-karya ini merupakan dokumentasi tidak ternilai kerana mencatatkan pengalaman hidup yang jarang direkodkan dalam dokumen rasmi. Jadi soalan susulan saya adalah memandangkan karya muzik dan lagu Tamil Malaysia selama tujuh dekad telah menjadi khazanah secara lisan yang mendokumentasikan kehidupan masyarakat India Malaysia termasuk pengalaman di estet, pembinaan landasan Kereta Api Maut Siam-Burma yang mengorbankan ratusan ribu pekerja serta pelbagai peristiwa penting dalam sejarah negara.

Adakah kementerian bersedia memulakan proses pengiktirafan karya-karya tersebut sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan menterjemahkan dalam Bahasa Melayu bagi memastikan khazanah yang tidak ternilai ini dipelihara, didokumentasikan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

draft11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut.

Kementerian Pelancongan dan Kesenian (MOTAC) menerusi Jabatan Warisan Negara bersedia untuk mempertimbangkan karya muzik dan lagu Tamil Malaysia untuk diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan atas nilai seni, budaya, sejarah yang signifikan.

Walau bagaimanapun, untuk pengiktirafan sebagai warisan kebangsaan yang perlu dikenal pasti dengan jelas menerusi penyelidikan, pendokumentasian dan seterusnya dinilai berdasarkan kepentingan nilai warisan dan sejarah selaras dengan subseksyen 67(2), Akta 645 iaitu antaranya kepentingan sejarah, hubungan dengan ataupun perhubungan dengan sejarah Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dan Dato Yang di-Pertua, antara usaha yang telah dijalankan oleh JWN bagi mengangkat budaya masyarakat India di negara kita dengan pengiktirafan di bawah akta ini adalah seperti berikut. Saya bagi sedikit contoh iaitu makanan warisan seperti laddu, putu mayam, muruku, roti canai, tosei, kari kepala ikan, apom dan capati dan seni pertahanan diri seperti silambam, permainan tradisional seperti kabaddi, seni persembahan seperti tarian giddha, tarian katak, tarian kipas.

Sehubungan itu, Jabatan Warisan Negara sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kerjasama dengan persatuan kebudayaan, komuniti, penggiat seni, ahli akademik, penyelidik atau mana-mana pihak berkaitan untuk kita mengenal pasti khazanah warisan masyarakat India seperti karya-karya yang berpotensi untuk dicalonkan untuk diiktiraf di bawah Akta 645 ini.

Usaha ini penting untuk kita dapat memastikan khazanah warisan dan sejarah semua masyarakat di negara kita terus didokumentasikan, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang. Terima kasih.

draft11:10 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih. Dato Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya sasterawan kita Datuk Awang.

draft11:10 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya berkaitan dengan adakah pihak kementerian mempunyai rancangan berkolaborasi dengan Kementerian Komunikasi dan kementerian lain dalam rangka menyediakan filem atau pun menerbitkan filem dokumentari bagi mengangkat warisan tamadun negara pelbagai keturunan di peringkat antarabangsa seperti yang kita saksikan berkesannya Discovery Channel dan juga National Geographic. Ini saya kira soalan yang pernah saya timbulkan, tapi belum tampak reaksi kerajaan setakat ini untuk menyediakan dokumentari demikian. Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan tambahan Prof. Sememangnya kita ada kerjasama dengan Kementerian Perpaduan menerusi Arkib Negara Malaysia yang berperanan memastikan khazanah arkib negara sentiasa terpelihara, didokumentasikan, dimanfaatkan sebagai sumber rujukan sejarah atau warisan. Dan untuk peringkat MOTAC pula, untuk dalam memperkasakan ekosistem pelancongan budaya Malaysia, kita telah mempromosikan 11 rangkaian memorial di bawah seliaan Arkib Negara Malaysia.

Di samping itu, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara dan juga Arkib Negara Malaysia memainkan peranan dalam saling melengkapi dalam usaha mengetengahkan warisan dokumentari negara di bawah program Memory of The World UNESCO dan Memory of The World Committee for Asia and the Pacific sebagai nilai tambah kepada sejarah dan warisan Malaysia.

draft11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man

Antara yang telah diiktiraf adalah termasuklah karya-karya Hamzah Fansuri pada tahun 2025, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Genealogical History of Kedah State) pada tahun 2024 dan Misa Melayu (2023). Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak-pihak penyelidik akademik untuk mana-mana dokumentari untuk diangkat sebagai warisan. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.

draft11:20 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Dengan penuh sopan dan dengan harapan, dapat jawapan soalan nombor 8...

[Ketawa]

draft11:20 AM

8. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah kes yang menyebabkan gangguan perjalanan akibat kecurian kabel dan apakah langkah mitigasi yang akan dilakukan oleh pihak kementerian dalam menjamin infrastruktur pengangkutan awam terjamin.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh tiga tahun yang lalu, statistik kecurian kabel yang direkodkan adalah seperti berikut.

Di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad, bagi tempoh tahun 2024 hingga Jun 2026, sebanyak 432 kes kecurian kabel telah direkodkan melibatkan anggaran 19,756 meter kabel dengan nilai kerugian dianggarkan RM16.3 juta. Insiden tersebut telah menjejaskan sistem persemboyanan yang mengawal pergerakan tren dan menyebabkan kelewatan operasi. Bagi tahun 2025, kelewatan akibat insiden kecurian kabel direkodkan sebanyak 246 jam bagi perkhidmatan ETS dan 135 jam bagi KTM Komuter, manakala tiada kelewatan direkodkan bagi perkhidmatan antara bandar.

Di bawah Prasarana Malaysia Berhad pula, iaitu LRT dan MRT, bagi rangkaian rel bandar kendalian Prasarana, sebanyak 163 kes kecurian kabel telah direkodkan dengan anggaran jumlah kerugian mencecah RM29 juta. Kes-kes tersebut melibatkan jajaran MRT Kajang, MRT Putrajaya serta LRT Ampang, Sri Petaling dan telah memberi kesan kepada kebolehpercayaan operasi serta memerlukan tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera.

Di bawah Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sehingga 8 Jun 2026, sebanyak 71 kes kecurian kabel telah direkodkan di sepanjang jajaran projek ECRL melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM4.06 juta.

Selain itu, sebanyak 13 kes kecurian serta kerosakan peralatan dan bahan lain berkaitan sistem turut dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM0.69 juta menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM4.75 juta.

Walaupun ECRL masih berada dalam fasa pembinaan dan belum melibatkan gangguan perjalanan kepada pengguna, insiden tersebut berpotensi menjejaskan jadual pelaksanaan projek termasuk kerja-kerja pemasangan, pengujian, pentauliahan dan persediaan operasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian memandang serius peningkatan kes kecurian kabel yang memberi kesan kepada keselamatan aset rel, kebolehpercayaan perkhidmatan serta kelancaran operasi pengangkutan awam. Bagi membendung isu ini, kementerian melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad, Prasarana Malaysia Berhad, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. telah melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bersepadu.

Antaranya iaitu, pertama, memperkukuh kawalan keselamatan dan penguatkuasaan melalui rondaan 24 jam oleh polis bantuan, pengawal keselamatan dan Polis Diraja Malaysia di samping operasi risikan serta pemeriksaan premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan kabel curi. Sebagai contoh, KTMB telah memperoleh 20 unit motosikal scrambler juga bagi kegunaan polis bantuan KTMB bagi memperkukuh rondaan keselamatan, mempercepat tindak balas terhadap insiden serta meningkatkan kehadiran penguatkuasaan di kawasan landasan dan aset rel yang berisiko.

Keduanya ialah mempertingkat perlindungan fizikal aset rel melalui pemasangan pagar keselamatan, penutup manhole berkeselamatan tinggi, perlindungan palung kabel, penutupan laluan akses, pemasangan kawad berduri serta pelaksanaan projek penambahbaikan infrastruktur secara berfasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko.

Ketiganya ialah memanfaatkan teknologi pintar seperti kamera litar tertutup termasuk berkuasa solar, integrasi sistem pemantauan di pusat kawalan, penggunaan dron bagi rondaan serta anjing pengesan K9 untuk memperkukuh kawalan keselamatan.

Keempat ialah memperkukuh kerjasama strategik bersama PDRM, APAD, Agensi Antidadah (AADK), syarikat utiliti dan pengendalian rail line seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Express Rail Link (ERL) dan pengendali lebuh raya bagi meningkatkan perkongsian maklumat serta operasi bersepadu membanteras sindiket kecurian kabel.

Seterusnya ialah meningkatkan penglibatan komuniti melalui sesi libat urus bersama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, pihak media dan juga key opinion leaders bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan kecurian kabel terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel.

Seterusnya adalah memastikan setiap insiden ditangani dengan segera melalui pelaporan kepada pihak berkuasa, penyelarasan bersama pasukan projek dan pelaksanaan tindakan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian berulang.

Insya-Allah, kementerian akan terus memperkukuh aspek keselamatan fizikal, penggunaan teknologi moden, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama strategik bersama semua agensi berkaitan bagi membendung kegiatan kecurian kabel.

Langkah-langkah ini penting bagi memastikan infrastruktur rel negara sentiasa selamat, berdaya harap dan mampu menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap, selamat dan berterusan kepada rakyat. Terima kasih.

draft11:20 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih. Soalan tambahan, Dato Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri.

Saya rasa melalui jawapan ini, kita telah melihat respons yang cukup memuaskan daripada pihak KTMB dan juga agensi-agensi yang berkaitan. Namun, kita belum tahu bagaimana kesan daripada tindakan ini. Adakah trendnya semakin berkurangan? Dan berapa kes yang telah didakwa? Apa yang lebih disebut ialah kerugian-kerugian bagi pihak KTMB dan juga rakyat.

Saya rasa KTMB merupakan mangsa yang cukup teruk dalam kes ini. Walaupun ramai yang menuntut supaya kerugian terhadap penumpang pun diambil kira, saya rasa kita perlu melaksanakan tugas-tugas pencegahan ini dahulu sebelum kita merasa pampasan itu didahulukan. Saya rasa tindakan pencegahan dan juga tindakan segera perlu dilakukan. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa soalannya?

draft11:20 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Soalannya, berapakah kes-kes yang telah dapat diselesaikan dan apakah ini mengurangkan trend kejadian?

draft11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, berkaitan dengan― ada lagi maklumat tambahan sedikit ya, YB.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah selepas apa yang telah dilaksanakan...

draft11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Nak dikatakan turun itu tidak, tetapi memang ada kes-kes yang telah pun didakwa. Saya tak ada the figure. Mungkin kalau dapat segeralah ya.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, kesannya memang ada. Dan keduanya ialah tentang juga berkaitan dengan― sekarang ini, seperti ECRL inilah.

Keadaan ini― sementara menunggu the figures-lah. The figures of this one. Kesan dia, iaitu ECRL ini pun merisaukan kita juga. Belum beroperasi pun kena curi jugalah kabel- kabelnya.

Selain daripada itu iaitu usaha tentang pindaan undang-undang. Sekarang ini, kita sedang meminda di bawah akta rel, akan dibawa ke Dewan juga, iaitu untuk mengetatkan lagi hukuman-hukuman yang akan dikenakan kepada kes-kes kecurian kabel dan banyaklah kesalahan-kesalahan yang akan― seperti saya lihat di sinilah, kita ada akan meminda undang-undang iaitu berkaitan dengan hal-hal pengendalian lesen, kecurian. Untuk sekarang ini, sedang diperhalusi dia punya hukuman-hukuman yang lebih berat lagi.

Jadi, yang telah pun diselesaikan, Yang Berhormat, kalau di bawah KTMB, jumlah tangkapan― di Negeri Sembilan ada 4, Selangor ada 5 dan jumlahnya sekarang...

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] YB Menteri, apa trend yang menaik ke, menurun?

draft11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jumlah kes kecurian 141, jumlah tangkapan 14, rasanya sama.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sama?

draft11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Mendatar dan seterusnya ialah, tapi kita berharap dengan pindaan undang-undang nanti, lebih...

[Tidak jelas] Kita akan berharap— akan melihat penurunan, mungkin they are not— apa nama, bagi dia undang-undang ini— mungkin setakat ini, hukuman-hukuman yang kena, ringan ya.

Just imagine ya, kalau berkaitan dengan kecurian ini, dendanya dalam— hanya, ada yang RM1,000 sahaja. Di mana kita akan meminda undang-undang ini sampai mencecah RM100,000 tiap-tiap kesalahan, tapi sedang dalam proses sekarang ini dan insya-Allah, mungkin hujung tahun ini, dalam sesi seterusnya akan dibawa ke dalam Dewan ini, pindaan undang-undang yang lebih ketat ya.

Mungkin, kita yakin, mungkin dengan pindaan itu, undang-undang yang lebih ketat ini nanti, insya-Allah kita akan melihat very significant punya penurunan ya, tentang kecurian-kecurian kabel ini. Jadi, yang tadi, jadi, saya bagi di sini jumlah tangkapan lah ya yang ada, mungkin untuk rekod semualah ya. Iaitu kalau di negeri yang saya katakan tadi, jumlah kecurian kes di Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor, 141 kecurian kabel, jumlah tangkapan hanya 14 ya, yang dapat ditangkaplah setakat ini ya. Ini rekod yang ada pada kita pada masa ini.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

CCTV sekarang ini kita sedang pun memasang daripada Johor sampai ke Utara, 1,146 CCTV dan sekarang ini dalam pemasangan sudah 256 biji CCTV. Ini juga harapan kita akan memberi kesan juga apabila sudah semua pemasangan ini disiapkan, mungkin, insya-Allah, kita berharap untuk melihat— we hope that with this CCTV akan menimbul rasa inilah, apa nama...

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Turun.

draft11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Turunlah ya, kecurian, gerun dalam pencuri-pencuri ini jugalah tentang perbuatan mereka ini, insya-Allah. Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang di per— ya, ada yang nak soalan tambahan lagi?

draft11:30 AM

Dato' Ng Keng Heng

Satu, boleh ya?

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Johor.

draft11:30 AM

Dato' Ng Keng Heng

Ya. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kes yang berlaku di ECRL oleh ancaman hidupan liar seperti gajah dan apakah kaedah mitigasi yang diambil oleh kementerian? Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

[Ketawa] Terima kasih. Memang betul, kita juga bukan hanya ECRL, yang lain pun banyak menerima ancaman daripada binatang liar.

Jadi, macam-macam usaha sedang dibuatlah sekarang ini juga sebenarnya iaitu untuk pemasangan pagar, pemasangan pagar elektrik dan sebagainya dan inilah harapan kita. Kita ada bekerjasama dengan PERHILITAN juga tentang bagaimana untuk mengalihkan habitat binatang-binatang itu, especially those along the railway lines-lah dan ini sedang dibuat sebenarnya. Memang ancaman itu memang ada ya, terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Larry Anak Asap.

draft11:30 AM

Tuan Larry Anak Asap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 9.

draft11:30 AM

9. Tuan Larry anak Asap minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, langkah-langkah terkini kerajaan di dalam menarik kehadiran pelancongan asing di kawasan Zon Tengah Sarawak seperti Sibu, Kanowit, Kapit dan Hulu Rajang.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia sentiasa komited mempromosikan keseluruhan destinasi negara di bawah jenama Malaysia Truly Asia berpandukan produk-produk pelancongan yang dikenal pasti dan dibangunkan oleh kerajaan negeri.

Melalui sinergi strategi ini dan selaras dengan Kempen Melawat Malaysia 2026, Tourism Malaysia kini giat memperhebat promosi bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke destinasi berpotensi tinggi di kawasan Zon Tengah Sarawak, khususnya di Sibu, Kanowit, Kapit dan Hulu Rajang.

Bagi merealisasikan sasaran ini, sinergi pemasaran ditumpukan kepada keunikan produk berasaskan alam semula jadi, warisan budaya, tradisi rumah panjang dan pelancongan komuniti dan gastronomi tempatan. Antara langkah terkini yang digerakkan termasuklah mempromosikan Borneo Cultural Festival di Sibu sebagai platform utama mengetengahkan kepelbagaian budaya Sarawak ke persada dunia.

Selain itu, produk pelancongan di kawasan ini telah dipromosikan ke pasaran antarabangsa melalui pameran ITB Berlin 2026 serta penglibatan dalam pameran- pameran berimpak tinggi di peringkat domestik. MOTAC turut memperkukuh strategi promosi melalui penganjuran program lawatan suai kenal (fam trip) bersempena sambutan Perayaan Gawai, Dayak baru-baru ini.

Kerajaan telah membawa masuk belasan wakil media antarabangsa dari China, Vietnam, Filipina, Korea Selatan dan India ke Zon Tengah Sarawak bagi merasai sendiri pengalaman autentik di sana dan mempromosikannya ke pasaran negara masing- masing.

Sehubungan itu, kerjasama bersepadu bersama kerajaan negeri, syarikat penerbangan dan penggiat industri ini akan sentiasa meningkatkan keboleh lihatan ataupun visibility, dengan izin, Zon Tengah Sarawak secara global. Lantas, merangsang pertumbuhkan ekonomi dan perusahaan komuniti setempat.

MOTAC juga sentiasa mengalu-alukan cadangan bernas daripada Yang Berhormat Senator bagi terus memperkukuh sektor pelancongan di kawasan ini. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Larry Anak Asap

Soalan tambahan saya untuk Yang Berhormat. Zon Tengah Sarawak seperti Sibu, Kanowit, Kapit dan Hulu Rajang mempunyai potensi besar produk pelancongan berasaskan kekayaan alam sekitar semula jadi.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan daya saing kawasan Zon Tengah ini sebagai sumber tarikan kepada pelancong asing? Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita, MOTAC sentiasa melihat potensi yang besar, terutamanya di Sarawak, dalam sektor ekopelancongan yang menjadikan sebagai pemacu utama pembangunan sektor pelancongan di negara kita yang terutamanya Sarawak ini kaya dengan pelbagai alam semula jadi, biodiversiti dan warisan budaya seperti yang saya kongsi kan tadi.

Dan menerusi Pelan Ekopelancongan Kebangsaan, sebanyak sembilan kluster ekopelancongan telah dikenal pasti di seluruh negara sebagai fokus pembangunan.

Antaranya ialah kluster Sibu, Kapit, Tungoh, Baleh, Pelagus yang meliputi sebahagian besar Zon Tengah Sarawak dan terletak dalam landskap Heart of Borneo, sebuah kawasan yang memiliki keunikan biodiversiti bertaraf dunia.

Pendekatan pembangunan secara kluster ini boleh membolehkan destinasi dan produk pelancongan yang saling melengkapi dibangunkan, dihubungkan dan dipromosikan secara bersepadu bagi menggalakkan pelancong untuk tinggal lebih lama di sini dan meningkatkan perbelanjaan mereka di destinasi-destinasi ini.

Kerajaan negeri juga boleh menggunakan pendekatan kluster ini sebagai panduan utama untuk pembangunan pelancongan dan memberi penekanan khusus kepada penambahbaikan infrastruktur, kebolehcapaian sistem pengangkutan serta penyediaan perkhidmatan sokongan.

Di samping itu, kawasan yang telah bersedia dari segi produk dan kemudahan juga akan dipromosikan oleh Tourism Malaysia menerusi kempen yang memberi tumpuan kepada ekopelancongan, pengembaraan alam semula jadi, eco adventure dan pelancongan minat khas (niche tourism) yang dapat menarik lebih ramai pelancong berkualiti tanpa berbelanja tinggi. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang soalan terakhir ya. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.

draft11:30 AM

Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan. Ya Yang Berhormat Tan Sri.

draft11:30 AM

Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft11:30 AM

10. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah sebab-sebab makanan segar dikecualikan daripada pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA); dan

(b) apakah rasional pengecualian saluran runcit tertentu seperti kedai serbaneka dan pasar mini di stesen minyak daripada penyertaan sebagai peniaga di bawah program bantuan walaupun turut menjual barangan yang layak.

draft11:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut.

Dato Yang di-Pertua, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan atau MyKad.

Ia boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi pembelian 15 kategori barangan keperluan asas, termasuk barangan makanan asas, barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah dan ubat-ubatan.

draft11:30 AM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar memanfaatkan bantuan bagi tujuan yang dinyatakan. Pendekatan peruntukan STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.

Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan oleh kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding hanya RM10 bilion pada tahun 2024. Bantuan kewangan ini khususnya SARA yang bermula pada tahun 2023 merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar. Bagi barangan basah, kerajaan sedang menjalankan kajian lanjut bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna dapat dipelihara sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil tindakan untuk meluaskan senarai kategori barangan SARA sedia ada kepada kategori makanan sejuk beku (frozen foods) terlebih dahulu pada bulan Februari 2026 sebagai kategori terbaru.

Pada ketika ini, kerajaan telah berjaya meningkatkan penglibatan lebih 14,000 kedai runcit dan pasar raya sebagai rakan niaga SARA. Dari jumlah ini, terdapat lebih 6,000 kedai runcit kecil dan koperasi peruncitan yang turut mendapat limpahan ekonomi daripada program SARA. Selaras dengan sasaran tahunan semasa yang memfokuskan penyertaan kedai runcit kecil sebagai rakan niaga SARA.

Pendekatan ini penting kerana SARA bukan sahaja bertujuan untuk memaksimumkan kuasa beli pembeli untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian pada harga yang berpatutan, tetapi juga membantu meningkatkan penyertaan dan pertumbuhan peniaga kecil dalam ekosistem peruncitan tempatan. Selain itu, kebanyakan kedai serbaneka juga tidak menepati syarat penjualan barang asas yang ditetapkan di bawah program SARA yang antaranya juga membekalkan beras dan minyak masak.

Dengan ketetapan perutusan tahun baru 2026 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah menyasarkan untuk meningkatkan kedai runcit kepada 10,000 kedai menjelang hujung tahun ini. Dan jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer ke tujuh kilometer. Bilangan rakan niaga SARA ini akan terus bertambah dari masa ke semasa bagi memudahkan akses kepada penerima SARA.

Dalam masa yang sama, terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi di bawah pelaksanaan SARA. Antaranya beras, kicap, tepung, biskut, garam, gula, roti, telur, susu formula baby, lampin dewasa dan bayi, sabun mandian, produk cucian lantai, alat tulis, pakaian sekolah dan ayam sejuk beku serta makanan laut sejuk beku bagi memanfaatkan hampir sembilan juta penerima SARA bulanan serta 22 juta penerima SARA untuk semua.

Berdasarkan kadar penggunaan bulanan SARA yang mencecah 99 peratus, pendekatan pelaksanaan SARA melalui penggunaan MyKad terbukti berkesan, mudah digunakan oleh penerima serta memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar. Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft11:40 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci. Soalan tambahan saya, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada bercadang untuk mengkaji semula di caj pemprosesan sebanyak satu peratus yang dikenakan ke atas peniaga bagi transaksi SARA iaitu sama ada menghapuskannya atau mengurangkannya kepada kadar yang lebih rendah seperti 0.5 peratus?

Dan juga sama ada kerajaan bercadang untuk memperluaskan skop penggunaan SARA untuk meliputi kategori perbelanjaan yang lebih luas seperti bayaran utiliti dan pembelian petrol. Terima kasih.

draft11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan susulan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, pelaksanaan SARA tidak melibatkan sebarang kos yang ditanggung oleh penerima bantuan. Pendekatan ini memastikan bantuan yang disalurkan sampai sepenuhnya kepada rakyat yang layak dan memberikan perlindungan maksima kepada golongan berpendapatan rendah dalam menangani kos sara hidup.

Dari segi pelaksanaan, kos ini ditanggung oleh rakan niaga SARA melalui kadar diskaun peniaga atau merchant discount rate pada kadar satu peratus daripada nilai jualan. Kadar MDR ini adalah selaras dengan amalan pasaran serta kadar yang lazim dikenakan ke atas perniagaan bagi transaksi bukan tunai seperti penggunaan kad kredit dan kad debit. Dan justeru tidak mewujudkan beban tambahan yang tidak munasabah kepada peniaga.

Namun, kerajaan sentiasa menilai dan mengkaji cadangan bagi semua pihak termasuk daripada Yang Berhormat berkaitan pengurangan caj yang dikenakan dan nilai ini akan disemak dari semasa ke semasa terutamanya kepada peniaga dan peruncit kecil agar tidak membebankan mereka.

Dalam masa yang sama, ingin saya jelaskan bahawa kutipan MDR tersebut digunakan semula oleh Yayasan MyKasih bagi menampung kos operasi pelaksanaan SARA. Antaranya kos pembangunan dan penyelenggaraan sistem pangkalan data, kos integrasi dan sokongan sistem point of sale, kos peralatan pengimbas, kos sambungan rangkaian dan pembayaran sim atau data komunikasi, kos bahan guna habis seperti kertas resit dan penyelenggaraan peralatan.

Selain itu, ia juga digunakan untuk menampung kos sumber manusia termasuk latihan kepada rakan niaga, sokongan teknikal, pemantauan transaksi, pengurusan aduan serta langkah-langkah kawalan dan audit bagi memastikan integriti, keselamatan data dan kelancaran pelaksanaan program SARA secara berterusan di seluruh negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, program SARA dibentuk sebagai program bantuan bersasar untuk pembelian barangan asas termasuk barangan makanan asas, barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah dan ubat-ubatan.

Kerajaan kekal dengan pendekatan bantuan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan dan dari masa ke semasa akan turut memastikan agar isu kos sara hidup dapat ada dalam kawalan— terkawal. Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft11:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

[Bangun]

draft11:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Selamat pagi Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah, adakah kementerian ada usaha untuk memantau sama ada terdapat kecenderungan kenaikan harga bagi barangan yang layak di bawah program SARA berbanding dengan barangan yang tidak layak memandangkan permintaan terhadap barangan tersebut dijangka meningkat hasil pemberian bantuan? Dan jika ada, sama ada sehingga hari ini ada bilangan ataupun apa tindakan dan seterusnya usaha kerajaan bagi yang menyeleweng salah guna kemudahan SARA ini. Terima kasih.

draft11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut. Kalau kita melihat daripada segi kemudahan program SARA bawah MyKasih ini, kita melihat dari segi pemantauan, antara apa yang kita melihat ialah kebolehan sistem mencari apakah barangan yang dibenarkan untuk dijual.

So, buat masa sekarang ada lebih 140,000 barangan yang dibenarkan dijual melalui sistem SARA. Tiap-tiap barangan itu ada barangan yang diberikan, harga yang ditetapkan. Jadi daripada data yang kita dapat dari setiap pembelian, MyKasih membuat pemantauan berkala memastikan ia berjalan dengan lancar.

Buat masa sekarang, kita tak nampak ada isu-isu yang menjurus kepada penipuan atau apa yang berlaku dari sini. Apa yang penting buat masa sekarang, pendekatan kita ialah untuk memastikan yang pertama, siapa yang layak mendapat SARA terus menggunakan ia. Jadi alhamdulillah, buat masa sekarang, kita nampak 99 peratus pada mereka yang layak telah menggunakan SARA dan menggunakan sepenuhnya apa yang dia layak.

Kedua, kita nak mengurangkan jurang di mana senang untuk orang mendapat akses kepada SARA.

draft11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi, mengurangkan distance daripada kedai runcit kepada rumah dia untuk kurangkan daripada 10 kilometer ke tujuh kilometer paling tinggi. Dan meningkatkan lagi penglibatan peniaga-peniaga kecil.

Jadi, fokus daripada MyKasih dan juga kementerian ialah untuk meningkatkan yang ini. Pemantauan kita akan terus membuat, tapi usaha sekarang ialah memastikan bantuan yang kita berikan secara bersasar capai kepada apa matlamat yang diberikan.

Terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat membentang rang undang- undang ini, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5) tadi telah kita menyatakan bahawa kita tak ada pada pukul 1 ditempohkan untuk lunch break dan kita akan terus bersidang sehingga di selesai dan diputuskan serta diluluskan DR.18/2026 iaitu Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 dan DR.19/2026 Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026. Dan kemudian ada dua lagi perkara kita iaitu di bawah Peraturan 16, Usul yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator selain Menteri.

Semua ini mesti selesai, maka selepas itu baharu ditangguh hingga ke pagi esok, pukul 10, hari Selasa, 4 Ogos 2026. Sekarang dijemput Yang Berhormat Menteri.

draft11:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 588— boleh saya teruskan? Okey.

Tan Sri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] merupakan suatu akta yang mengadakan peruntukan tentang pengawal seliaan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam perihal pemberian perkhidmatan sejagat yang diperuntukkan di bawah Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588.

Secara amnya, kerangka pemberian perkhidmatan sejagat bertujuan untuk menggalakkan ketersediaan dan juga penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara meluas di seluruh negara melalui pemasangan kemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi terutamanya di kawasan yang tiada atau kurang liputan perkhidmatan atau bagi kumpulan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.

Sejak pelaksanaannya, pelbagai inisiatif di bawah kerangka pemberian perkhidmatan sejagat telah berjaya dilaksanakan bagi memperluas liputan infrastruktur dan juga perkhidmatan komunikasi di seluruh negara. Hasilnya, perkhidmatan komunikasi asas kini menjadi lebih mampu milik dan mudah di akses oleh rakyat, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi digital serta menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat teknologi dan juga perkhidmatan digital baharu.

Namun demikian, landskap komunikasi dan juga multimedia kini semakin kompleks berikutan perkembangan pesat teknologi, ketegangan geopolitik global, peningkatan risiko keselamatan siber serta kebergantungan negara yang semakin tinggi terhadap rangkaian perkhidmatan aplikasi dan juga infrastruktur komunikasi.

[Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman **mempengerusikan Mesyuarat****] . Perkembangan ini menuntut suatu kerangka kawal selia yang lebih responsif, bersasar dan juga selaras dengan keperluan semasa. Rakyat sebagai pengguna akhir berisiko berdepan gangguan perkhidmatan, pelanggaran keselamatan, kebocoran data, penyalahgunaan akses, gangguan kepada sistem kritikal dan ketidak tentuan kesinambungan perkhidmatan sekiranya inisiatif yang melibatkan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi tidak diselaraskan dan dikawal selia dengan sewajarnya. Sehubungan dengan itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ekosistem komunikasi dan multimedia negara kekal selamat, berdaya tahan dan boleh dipercayai.

Pada masa ini, Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588 tidak memperuntukkan secara khusus mengenai pelaksanaan inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat yang bersifat kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara. Justeru, terdapat keperluan untuk meminda Bab 5, Bahagian VIII, Akta 588 bagi membolehkan kerangka pemberian perkhidmatan yang sejagat turut merangkumi inisiatif sedemikian.

Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini memperkenalkan konsep inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan— Nasional Universal Service Provision Initiative dengan izin, atau inisiatif PPS Kebangsaan. Melalui pindaan yang dicadangkan, Menteri diberi kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong inisiatif PPS Kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara.

Inisiatif PPS kebangsaan yang dicadangkan hendaklah mempunyai hubungan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua- duanya melalui galakan pemasangan kemudahan rangkaian dan juga penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi ataupun kedua-duanya.

Pendekatan ini memastikan inisiatif PPS Kebangsaan kekal berlandaskan kerangka pemberian perkhidmatan sejagat yang diperuntukkan di bawah subseksyen 202(1), Akta 588 serta selaras dengan objektif Akta 588 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3.

Justeru, inisiatif PPS Kebangsaan tersebut tidak memperkenalkan rangka kerja PPS yang baharu, tetapi mengguna pakai rangka kerja PPS yang sedia ada. Sebagai mekanisme semak dan imbang, penentuan mengenai aspek keselamatan negara hendaklah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Pindaan yang dicadangkan ini akan memberi asas perundangan yang lebih jelas kepada MCMC untuk menyokong inisiatif PPS Kebangsaan. Dari aspek industri, pindaan yang dicadangkan ini tidak mengetepikan peranan pemegang lesen dalam pelaksanaan inisiatif PBS Kebangsaan. Sebaliknya, pemegang lesen kekal sebagai pihak penting di mana kriteria pelaksana inisiatif tersebut adalah sama dengan inisiatif PPS sedia ada iaitu dari kalangan pemegang lesen di bawah Akta 588.

Dato’ Yang di-Pertua, RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 ini mengandungi dua fasal secara keseluruhannya. Fasal-fasal adalah seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa pindaan yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 202 [Akta 588] untuk memasukkan subseksyen 202(1A) dan juga (1B) serta meminda subseksyen 202(2) Akta 588.

Subseksyen 202(1A) yang di cadangkan bertujuan untuk memperkenalkan kategori tambahan berkenaan pemberian perkhidmatan sejagat bagi maksud memelihara keselamatan negara, di mana penentuan keselamatan negara itu hendaklah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut seksyen 4, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

draft11:52 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Kategori tambahan ini adalah bagi mewujudkan langkah kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif dengan mengambil kira evolusi di dalam industri komunikasi dan multimedia.

Sub seksyen 202(1B) yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588 bagi memastikan inisiatif yang dilaksanakan kekal dalam konteks rangka kerja komunikasi dan multimedia.

Sub Seksyen 202(2) dipinda untuk memperuntukkan bahawa Menteri juga boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 16 Akta 588 bagi pelaksanaan subseksyen baharu 202(1A).

Secara tuntasnya RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 bertujuan memastikan kerangka pemberian perkhidmatan sejagat kekal relevan, responsif dan mampan di samping terus menyokong agenda pembangunan negara dan memperkukuh pemeliharaan keselamatan negara. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

draft12:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft12:00 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Ahli Yang berhormat, di hadapan saya ada seramai 15 orang ahli yang berhak untuk berbahas. Maka saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah lapan minit seorang. Jadi, saya harap patuhi masa dan saya juga harap agar perbahasan ini berlandaskan kepada Akta 37(1) Akta Pengurusan Mesyuarat.

Dengan ini saya meminta Yang Berhormat Dato’ Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam. Silakan.

draft12:00 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya bangkit hari ini untuk menyatakan sokongan saya terhadap Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Landskap ancaman hari ini tidak sekadar melibatkan ancaman fizikal di sempadan malah telah beralih ke ruang siber dan rangkaian digital. Maka integrasi Akta 588 dan Akta Majlis Keselamatan Negara [Akta 776] adalah satu langkah strategik yang proaktif dan tepat pada masanya. Keselamatan negara adalah garisan merah yang tidak boleh dikompromi. Apabila negara memanggil untuk memperkukuhkan benteng kedaulatan, kita tiada pilihan melainkan menyokong.

Namun, sokongan Dewan yang mulia ini tidak bermakna kita memberi cek kosong tanpa semak dan imbang.

Dato’ Yang di-Pertua, kebimbangan terbesar saya tertumpu pada seksyen 202 di mana Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) atau Kumpulan Wang PPS kini boleh di arahkan oleh Menteri untuk menyokong inisiatif keselamatan negara di bawah arahan MKN. Kita semua sedia maklum falsafah penubuhan Dana USP adalah sebagai instrumen keadilan sosial iaitu merapatkan jurang digital (digital divide) bagi komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di pedalaman Sabah, Sarawak dan kawasan luar bandar di Semenanjung.

Syarikat-syarikat telekomunikasi menyumbang kepada dana ini bukan untuk membiayai aset ketenteraan atau perisikan, tetapi untuk membina menara telekomunikasi bagi anak-anak luar bandar belajar dan bagi pesakit klinik kesihatan desa untuk mendapatkan akses teleperubatan. Penyata implikasi kewangan menyatakan RUU ini tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan. Ini bermakna kos infrastruktur keselamatan baharu ini akan di resap sepenuhnya di bawah Dana USP.

Mari kita imbas kembali satu titik sejarah yang pernah menarik perhatian seluruh negara kita. Ketika pandemik melanda beberapa tahun yang lepas Veveonah Mosibin seorang pelajar dari Pitas, Sabah terpaksa memanjat pokok dan memasang kelambu di atas dahan tinggi di dalam hutan semata-mata untuk mencari isyarat internet bagi menduduki peperiksaannya di universiti. Kisah beliau bukan sekadar berita tular, ia adalah manifestasi dan bukti nyata tentang jurang digital yang sangat parah dan menghukum anak-anak luar bandar kita.

Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang kita bincangkan hari ini diwujudkan dengan satu janji suci bahawa tidak akan lagi anak-anak bangsa kita baik di pedalaman Borneo mahupun di ceruk rantau Semenanjung terpaksa menggadai nyawa memanjat pokok demi kelangsungan masa hadapan mereka. Itulah salah satu sebab mengapa berbilion ringgit dikutip daripada syarikat telekomunikasi. Saya juga sendiri mengalami isu ketidakcapaian rangkaian telekomunikasi dalam perjalanan saya dari Johor Bahru ke Paloh semasa pilihan raya negeri. Banyak kawasan sepanjang perjalanan yang tidak mempunyai rangkaian komunikasi.

Jika hari ini Dewan yang mulia membenarkan pindaan ini memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk menggunakan Dana USP ini bagi membiayai operasi keselamatan di bawah MKN, kita secara sedar sedang mengkhianati janji tersebut. Kita sedang memberitahu anak-anak pedalaman ini bahawa menara telekomunikasi mereka harus ditangguhkan dan mereka mungkin perlu memanjat pokok semula semata-mata kerana kerajaan enggan menggunakan bajet Kementerian Pertahanan untuk membina kemudahan dan keselamatannya sendiri.

Persoalan saya mudah, adakah kita sedang merompak peruntukan internet anak-anak kampung demi membiayai infrastruktur keselamatan negara? Jangan sampai kita ghairah dengan membina kubu keselamatan di awan, tetapi rakyat kita di bumi yang terus terputus talian. Kos keselamatan negara sepatutnya datang dari kantung Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bukannya menggunakan dana pembangunan luar bandar. Saya mohon jaminan Yang Berhormat Menteri sejauh manakah jaminan kerajaan bahawa projek penambahbaikan liputan luar bandar seperti JENDELA tidak akan tertangguh atau dikurangkan bajetnya semata-mata untuk memberi laluan kepada arahan baharu MKN ini.

Dato’ Yang di-Pertua, isu kedua adalah mengenai tadbir urus ataupun kedaulatan undang-undang. Di bawah subseksyen 1A yang mencadangkan MKN mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan apa itu keselamatan negara seterusnya menteri boleh mengarahkan SKMM untuk bertindak, ini menunjukkan satu rantaian kuasa eksekutif yang sangat luas tanpa sebarang mekanisme semak dan imbang yang jelas di RUU ini.

Kita tidak mahu taksiran keselamatan negara yang terlalu luas di Akta 776 disalahgunakan atau tersasar fokus. Tanpa pengawasan legislatif, dana dan kemudahan rangkaian ini dikhuatiri disalahgunakan untuk tujuan pengawasan politik— political surveillance atau mengekang kebebasan bersuara digital yang sah.

Ketulusan bukan musuh kepada keselamatan. Ketelusan adalah benteng keselamatan yang sebenar. Di negara maju seperti Australia dan United Kingdom, sebarang libat urus keselamatan melibatkan rangkaian telekomunikasi diwajibkan melalui proses audit yang ketat dan telus. Mengapa Malaysia tidak mahu memilih jalan yang sama?

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini masih kabur dari segi operasi apabila SKMM diarahkan untuk menyokong pemasangan kemudahan rangkaian bagi maksud keselamatan negara. Siapa yang akan memiliki, menyelenggara, menanggung kos jangka panjang aset tersebut? Jika fasiliti berteknologi tinggi dibina menggunakan dana industri, adakah beban kos penyelenggaraan ini akhirnya akan dipindahkan kepada syarikat telekomunikasi. Dan jika syarikat telekomunikasi terbeban dengan kos luar jangka ini sudah pasti kos tersebut akan beralih kepada poket pengguna melalui peningkatan tarif pelan data.

draft12:03 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Rakyat marhaen yang sedang bergelut dengan kos sara hidup tidak sepatutnya dibeban dengan lagi kos keselamatan yang terselindung ini. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan Negara yang bertanggungjawab dan setia kepada aspirasi membina Malaysia MADANI yang adil, saya menawarkan tiga cadangan konkrit.

Satu, letakkan had siling kewangan, financial gap. Kerajaan mesti menetapkan komitmen bertulis atau peraturan bahawa Dana USP bagi tujuan keselamatan negara di bawah seksyen 202(1A) tidak melebihi had maksimum 10 peratus daripada jumlah kutipan tahunan tabung tersebut dan baki mesti kekal diwajibkan untuk pembangunan digital kawasan pedalaman.

Kedua, mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Sebarang arahan pengeluaran dana ataupun binaan kemudahan rangkaian atas nama keselamatan negara, ini di bawah akta ini mesti dilaporkan secara berkala kepada Jawatan Pemilihan Khas Parlimen mengenai keselamatan atau komunikasi demi memastikan ketelusan tatakelola.

Dan ketiga, kementerian bersama SKMM dan juga MKN perlu membentangkan garis panduan operasi, operational guidelines yang jelas mengenai jenis kemudahan rangkaian yang dimaksudkan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dengan agensi yang sedia ada.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat murni kerajaan untuk memelihara keselamatan negara melalui RUU ini. Langkah penting, tetapi biarlah kita melangkah dengan cermat. Mari kita pastikan kedaulatan negara terpelihara tanpa sedikit pun mengabaikan hak digital rakyat di luar bandar.

Dengan saranan ini, saya memohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan tuntas dalam penggulungan nanti. Saya dengan ini menyokong RUU ini.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft12:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih YB. Saya cuma ingin mengingatkan kepada badan-badan pelaksana khususnya Menteri dan agensi-agensi kerajaan. Setiap RUU yang diluluskan haruslah berlandaskan kepada kelulusan yang kita buat di Dewan Negara dan Dewan Negara ini bukan endorsement body. Kita ada profesional, NGO dan juga politician yang membincangkan khusus untuk rakyat. Saya mengharapkan agar bila dilaksanakan, keutamaan mestilah diberi kepada kesejahteraan rakyat.

Okey, saya persilakan Yang Berhormat Tuan Haji Hussin bin Ismail.

draft12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Yang di-Pertua, tahniah. Mungkin training untuk ke Speaker Johor. Dato’ Yang di- Pertua, saya mulakan dengan satu ayat al-Quran yang terkait langsung dengan telekomunikasi ini. Allah SWT telah berfirman.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Perkara pertama yang saya nak highlight-kan dalam perbahasan saya ini Dato’ Yang di-Pertua ialah RUU ini perlu mencapai keseimbangan di antara membanteras kandungan berbahaya dengan menjamin keadilan, ketelusan dan akauntabiliti. Rang undang-undang ini bertujuan memperkukuhkan kawal selia komunikasi dan multimedia dalam menghadapi peningkatan ancaman di ruang siber yang sedang berat, besar, mengancam negara dan dunia sekarang ini di samping banyaknya manfaat yang kita peroleh.

Saya menyokong usaha kerajaan untuk membendung penyebaran kandungan yang memudaratkan. Namun, sebarang kuasa tambahan yang diperuntukkan melalui pindaan ini hendaklah dilaksanakan secara adil, telus dan mempunyai mekanisme semak imbang yang mencukupi. Apakah kandungan ataupun perincian untuk memastikan bahawa ruang semak imbang terhadap nilai kandungan berbahaya dan jaminan keadilan dan ketelusan akauntabiliti ini diperincikan dengan cara yang jelas?

Apa yang saya maksudkan, Islam menuntut setiap maklumat diselidiki sebelum ia nya diambil tindakan. Ayat yang saya bacakan tadi dalam Surat al-Hujurat, ayat 6.

Saya ulangi dengan maksud— dengan matan ayat itu. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu sesuatu berita atau seorang fasik yang membawa suatu berita, selidiklah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan lalu menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan kamu di kemudian nanti.” Ayat ini Dato’ Yang di-Pertua, menjadi asas bahawa setiap maklumat perlu disemak dan disahkan sebelum sesuatu tindakan diambil dan prinsip ini amat relevan dalam era digital yang menyaksikan maklumat disebarkan dengan begitu pantas.

Kadang-kadang begitu susah untuk dikesan kesahihan dan kebenarannya.

Dalam perkara yang terkait, Islam turut menuntut keadilan di setiap bentuk penguatkuasaan. Allah berfirman.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah SWT turut berfirman dalam Surah Al-Nahl ayat 90 bahawa, “Allah memerintah supaya kamu berlaku adil dan bahawa Allah memerintah supaya kamu berlaku adil dan melakukan ihsan.” Oleh itu, usaha membendung kandungan berbahaya hendaklah dilaksanakan secara saksama, telus dan bertanggungjawab agar kuasa yang diberikan tidak disalahgunakan oleh yang memegang kuasa di setiap masa. Ancaman kandungan berbahaya dalam talian semakin serius.

Dato’ Yang di-Pertua, keperluan memperkukuhkan undang-undang sememangnya tidak boleh dinafikan dan diringankan. Berdasarkan data Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebanyak 95,503 kandungan berunsur penipuan dalam talian telah diturunkan sepanjang tahun 2025. Lebih membimbangkan, dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2026 sahaja iaitu setakat 30 jun 2026, sebanyak 93,599 kandungan berunsur penipuan telah diturunkan, hampir menyamai jumlah keseluruhan tahun sebelumnya.

Ertinya, kes ini kes penipuan dalam talian dan lain-lain ini terlalu serius dan terus mencangak dan ia nya amat-amat memberi impak serius kepada negara. Keberkesanan penguatkuasaan perlu diseimbangkan dengan perlindungan hak dan kebebasan yang sah. Peningkatan yang ketara kandungan yang berbahaya menunjukkan keperluan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan.

Namun, dalam usaha tersebut rang undang-undang ini juga perlu memastikan atau memastikan setiap kuasa yang diberikan mempunyai sempadan yang jelas, telus dan tertakluk kepada prinsip akauntabiliti supaya kerana keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan terus terpelihara.

Soalan saya kepada Menteri, apakah mekanisme semak imbang yang disediakan dalam rang undang-undang ini bagi memastikan kuasa penguatkuasaan digunakan secara adil, telus dan berkadar, di samping terus berkesan membendung peningkatan kandungan berbahaya dalam talian ini?

Dalam kesempatan masa yang ada, saya ingin sentuh satu poin yang saya harap boleh diberi perhatian. Dalam rujuk fasal 202 Akta 588, pindaan ini memperkenankan kategori baharu di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) iaitu Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan bagi menyokong keperluan keselamatan negara.

Walaupun hasrat ini sangat wajar disokong, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan kategori baharu ini tidak mengalih fokus atau mengurangkan keberkesanan objektif asal Dana USP iaitu memperluaskan akses komunikasi kepada rakyat khususnya di kawasan yang masih ketinggalan dari segi liputan telekomunikasi.

draft12:12 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya menyambung hujah yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Apa yang kita perlu tekankan di sini, Dana USP diwujudkan untuk merapatkan jurang digital.

Sejak diperkenalkan Dana USP, menjadi instrumen utama bagi membiayai penyediaan kemudahan telekomunikasi di kawasan luar bandar, di pedalaman, di pulau, di penempatan yang kurang mendapat penilaian komersial daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Masih terdapat jurang liputan yang— dan kualiti perkhidmatan yang sangat nyata. Walaupun liputan rangkaian mudah alih semakin meningkat, rakyat di kawasan- kawasan pedalaman masih berhadapan dengan masalah capaian internet yang lemah, panggilan yang sering terputus serta kelajuan internet yang tidak memuaskan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran, urusan perniagaan dan akses perkhidmatan digital di kawasan yang berkenaan yang mungkin pada syarikat telekomunikasi, dia tidak menjadi akses untung yang besar.

Kategori baharu ini tidak seharusnya mengurangkan keutamaan kepada projek rakyat. Dengan penambahan inisiatif berkaitan dengan keselamatan negara, timbul persoalan sama ada sebahagian Dana USP akan digunakan bagi tujuan baharu ini.

Walaupun mungkin berulang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, tapi saya memberikan penekanan ini, sekiranya tiada peruntukan tambahan disediakan, dikhuatiri projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat akan menjadi kurang diberikan keutamaan. Keseimbangan di antara keselamatan negara dan keterangkuman digital perlu dipelihara.

Dato’ Yang di-Pertua, keselamatan negara memang sangat penting dan penting sangat, terpenting. Namun, pada masa yang sama, akses kepada komunikasi dan internet juga merupakan keperluan asas yang menyokong pendidikan, kesihatan, ekonomi digital dan kesejahteraan rakyat. Kedua-duanya, objektif ini harus perlu dilihat dan diseimbangkan atau bergerak secara seimbang.

draft12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

YB, masa.

draft12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya direct kepada akhir, cadangan akhir ini. Dato’ Yang di-Pertua, celah waktu yang ada untuk manfaat semua.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Kebangsaan, tidak mengurangkan peruntukan atau melambatkan pelaksanaan projek Dana USP yang bertujuan untuk memperluaskan liputan komunikasi, telekomunikasi di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Akhirnya, soalan saya kepada Menteri, bolehkan Menteri memberi jaminan bahawa pelaksanaan inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan ini, tidak akan mengurangkan peruntukan Dana USP bagi projek liputan telekomunikasi di luar bandar dan pedalaman? Jika melibatkan penggunaan dana yang sama, apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan kepentingan rakyat untuk menikmati akses komunikasi berkualiti terus menjadi keutamaan?

Dan satu point akhir yang saya nak sebut dalam mentafsirkan soal keselamatan dan juga yang berbahaya tadi. Apakah masuk kira tentang satu faktor, sekarang ini kebejatan sosial lahir daripada telekomunikasi, membunuh generasi masa depan, porno dan lain-lain, di masuk kira dalam pentafsiran bahawa ia juga unsur berbahaya dan keselamatan negara? Dia adalah keselamatan generasi akan datang. Mohon juga diambil penjelasan, diberi penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri.

draft12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Okey, YB. Masa dah tamat.

draft12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan ini, diminta YB Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff. Dipersilakan.

draft12:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Udang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun RUU ini nampak ringkas iaitu hanya meminda satu seksyen sahaja iaitu seksyen 202, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kandungannya membawa satu implikasi dasar yang tidak boleh dipandang ringan. RUU ini memperkenalkan subseksyen baharu 202(1A) yang membenarkan Menteri mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyokong inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat bagi maksud pemeliharaan keselamatan negara dengan penentuan keselamatan negara itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah seksyen 4, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Saya faham dan menghormati keperluan negara untuk memastikan infrastruktur komunikasi dan rangkaian turut menyokong keselamatan negara terutamanya dalam era ancaman siber dan geopolitik yang semakin kompleks. Namun, sebagai badan yang mewakili semak dan imbang di peringkat Dewan ini, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan penting.

Yang pertama, pergantungan sepenuhnya kepada penentuan MKN, isu ketelusan dan akauntabiliti. Subseksyen 202(1A) yang dicadangkan meletakkan penentuan keselamatan negara sepenuhnya di bawah budi bicara Majlis Keselamatan Negara menurut Akta 776 iaitu sebuah akta yang seperti sedia dimaklumi Dewan yang mulia ini, telah lama dikritik kerana kekurangan mekanisme semakan kehakiman dan pelaporan awam yang menyeluruh terhadap keputusannya.

Memandangkan keputusan MKN, lazimnya tidak disiarkan secara terperinci kepada awam atas sebab kerahsiaan, bagaimanakah rakyat dan Ahli Parlimen dapat menilai sama ada penggunaan kuasa di bawah subseksyen 202(1A) ini adalah wajar, berkadar dan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan keselamatan negara sebenar? Adakah terdapat had atau kriteria am, walaupun tidak terperinci yang akan digariskan dalam akta atau peraturan berkaitan untuk membimbing skop keselamatan negara bagi maksud seksyen ini supaya ia tidak ditafsirkan secara terlalu luas sehingga meliputi perkara yang sepatutnya kekal di bawah pertimbangan dasar telekomunikasi biasa?

Saya mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan mekanisme pelaporan tahunan yang tidak terperinci kepada Parlimen mengenai bilangan dan jenis am inisiatif yang dilaksanakan di bawah subseksyen 202(1A) ini bagi memberi sekurang- kurangnya tahap ketelusan minimum tanpa menjejaskan kerahsiaan operasi keselamatan negara yang sah.

Yang kedua, potensi pengalihan Dana Perkhidmatan Sejagat daripada liputan luar bandar. Seksyen 202, Akta 588 sedia ada berkait rapat dengan Dana Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dikutip melalui levi daripada industri telekomunikasi dan digunakan khusus untuk memperluas liputan rangkaian ke kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih kurang mendapat capaian internet dan telekomunikasi yang mencukupi termasuk banyak kawasan di Sabah, Sarawak dan pedalaman Semenanjung.

Adakah inisiatif keselamatan negara baharu di bawah subseksyen 202(1A) ini akan dibiayai daripada Dana Sejagat yang sama? Dan jika ya, apakah jaminan yang dapat diberikan oleh kementerian bahawa peruntukan projek liputan luar bandar sedia ada yang masih menjadi keutamaan mendesak bagi banyak komuniti tidak akan terjejas atau dikurangkan akibat pengalihan tumpuan dan sumber kepada keperluan keselamatan?

Memandangkan huraian RUU menyatakan bahawa RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan, bolehkah kementerian mengesahkan sama ada ini bermakna kos pelaksanaan inisiatif baharu ini akan ditanggung sepenuhnya daripada peruntukan sedia ada Dana Sejagat dan jika ya, apakah kesan sebenarnya kepada baki dana yang tersedia untuk projek connectivity luar bandar yang telah lama menunggu giliran?

Saya mencadangkan supaya sebarang penggunaan Dana Perkhidmatan Sejagat bagi bermaksud subseksyen 202(1A) ini diasingkan secara jelas daripada peruntukan sedia ada bagi projek liputan luar bandar atau sekurang-kurangnya dilaporkan berasingan dalam penyata kewangan tahunan SKMM supaya Dewan ini dapat memastikan agenda keselamatan negara tidak mengorbankan agenda merapatkan jurang digital luar bandar yang masih menjadi keutamaan rakyat.

draft12:24 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Ketiga, kuasa mengarah berbanding berunding, kesan kepada autonomi SKMM.

Perkataan yang digunakan dalam subseksyen 202(1A) ialah Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya, bukan berunding dengan atau menasihati Suruhanjaya. Ini bermakna SKMM sebagai badan pengawal selia bebas industri komunikasi dan multimedia negara tidak mempunyai budi bicara untuk menolak atau mempersoalkan arahan sedemikian sebaik sahaja MKN membuat penentuan keselamatan negara.

Adakah pendekatan arahan mandatori ini konsisten dengan peranan SKMM sebagai badan pengawal selia bebas yang sepatutnya membuat keputusan berdasarkan pertimbangan teknikal dan kepentingan awam industri komunikasi dan bukan semata- mata sebagai pelaksana arahan kementerian.

Keempat, skop perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi bagi maksud keselamatan. Subseksyen 202(1A) merangkumi kedua-dua perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi adalah skop yang agak luas memandangkan perkhidmatan aplikasi di bawah Akta 588 boleh merangkumi pelbagai perkhidmatan digital bukan sekadar infrastruktur rangkaian fizikal semata-mata.

Bolehkah kementerian memberi contoh konkrit mengenai jenis inisiatif perkhidmatan aplikasi yang mungkin disokong di bawah peruntukan ini supaya Dewan dapat memahami dengan lebih jelas skop sebenar pindaan ini di luar konteks infrastruktur rangkaian fizikal tradisional.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat murni untuk memperkukuhkan keselamatan negara melalui rangka kerja komunikasi dan multimedia yang lebih responsif kepada ancaman semasa. Namun kuasa yang diberikan mestilah disertai dengan mekanisme akauntabiliti yang mencukupi dan tidak sepatutnya mengorbankan agenda merapatkan jurang digital yang masih menjadi keutamaan bagi jutaan rakyat di kawasan luar bandar dan pendalaman negara kita.

Saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan terhadap persoalan yang saya bangkitkan dan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan. Sekian Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

draft12:30 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih Yang Berhormat Dr.

Hajah Wan Martina. Perbahasan tadi juga memikirkan tentang kerisauan dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri dan juga pegawai-pegawai. So, teguran dan pandangan ini harus diambil kira supaya bila pelaksanaannya ini tidak berlaku seperti mana yang kita risaukan di Dewan Negara ini setelah kita putuskan untuk diluluskan.

Okey, saya dengan ini meminta Yang Berhormat Dato’ Senator Setia Salehuddin bin Saidin, saya persilakan. Jangan lama-lama sangat ini dua orang ini saya nak kawal ada berat sikit ini. Silakan.

draft12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa] Boleh hentikan saya kalau terlepas masa. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam membahaskan satu akta meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 2026.

Pertamanya saya menyampaikan penghargaan kepada pihak Kementerian Komunikasi kerana telah berusaha membawa pindaan ini yang mana kita mengakui bahawa landskap komunikasi hari ini adalah jauh berbeza kalau kita bandingkan dengan tahun 1998 ketika Akta Komunikasi Multimedia ini diperkenalkan.

Kita hari ini berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI), deepfake, penipuan digital, eksploitasi terhadap kanak-kanak, eksploitasi data, buli siber serta yang paling membahayakan adalah manipulasi algoritma yang mengancam keselamatan negara dan juga kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang perlu kita teliti sekarang ini adalah untuk kita bertanggungjawab bukan sekadar meluluskan undang-undang tetapi kita juga perlu memastikan bahawa undang-undang yang kita luluskan hari ini benar-benar dapat menahan atau tahan uji untuk satu tempoh masa, 20 ke 30 tahun yang akan datang.

Sebab kita tak mahu setiap kali kita pinda undang-undang, kemudian selepas setahun atau dua tiga tahun kita memindanya semula. Kita seharusnya memikirkan satu jangka masa yang lebih panjang supaya akta ini dapat menangani segala masalah yang berkaitan dengan AI, deepfake dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, hujah utama kerajaan dalam meminda ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan keselamatan komunikasi negara, memastikan penyediaan perkhidmatan lebih bertanggungjawab serta membolehkan kerajaan untuk bertindak pantas terhadap ancaman digital.

Saya amat setuju dengan prinsip ini, sebab kita mahukan mereka yang bertanggungjawab di dalam isu-isu yang berkaitan dengan era digital ini diadili dan diheret ke mahkamah. Namun izinkan saya membawa beberapa perspektif yang mungkin perlu diberikan penekanan.

Pertamanya daripada aspek mengawal kandungan kepada mengawal algoritma.

Hari ini bukan manusia semata-mata yang menentukan apa yang kita lihat di media sosial. Algoritma menentukan kandungan yang menjadi tular. Jika algoritma memberi ganjaran kepada kemarahan, fitnah serta berita palsu dengan cara menghasilkan lebih banyak klik, maka kita sebenarnya menghukum pengguna tetapi kita tidak pernah memikirkan bagaimana kita nak mengatasi punca kepada masalah ini.

Dan saya mencadangkan supaya kerajaan pada masa hadapan memperkenalkan kewajipan ketelusan algoritma bagi platform digital utama yakni kita berikan satu set arahan dan formula digunakan— yang akan digunakan oleh platform- platform YouTube, FB, TikTok, Instagram dan sebagainya supaya kita dapat mengawal.

Platform perlu menjelaskan secara berkala bagaimana kandungan dipromosikan dan bagaimana kandungan berisiko tinggi dikenal pasti serta apakah langkah bagi mengurangkan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan maklumat yang berbahaya.

Kita tidak boleh selama-lamanya menyalahkan pengguna sedangkan reka bentuk platform sendiri menggalakkan penyebaran kandungan sensasi. Kita tahu apabila the trend itu kalau sekiranya satu-satu isu yang disensasikan isu-isu yang tidak benar, dan apabila dilihat trend pengguna menggunakan maklumat-maklumat yang palsu tadi, maka pihak platform, pihak pengguna, syarikat-syarikat yang bertanggungjawab ini menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan perkara- perkara yang disukai oleh para pengguna.

Seterusnya, saya ingin menekankan kepada isu berkaitan dengan hak rakyat untuk mendapatkan penjelasan. Kita tahu bahawa apabila sesuatu kandungan palsu dimasukkan di dalam media sosial, dimasukkan di dalam platform-platform tertentu, kemudiannya didapati bahawa ianya adalah merupakan kandungan palsu dan pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menurunkan kandungan tersebut, tetapi malangnya dia boleh turunkan, tetapi apakah kesannya kepada mereka yang telah tercemar nama mereka disebabkan oleh dengan segala maklumat palsu yang telah dimuat turunkan ke dalam media-media sosial?

Jadi apakah tindakan pihak kerajaan di dalam menangani isu-isu begini?

Tidakkah kita boleh meletakkan satu syarat untuk syarikat-syarikat ini bertanggungjawab untuk memberikan sebab kenapa ianya dimuat turunkan dan kenapa ia nya dipadamkan.

Sebab ini adalah bagi memastikan kita bukan sahaja mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mengedarkan maklumat palsu tetapi kita juga memelihara nama mereka yang telah dicemarkan melalui muat naik turunnya nama- nama mereka di dalam media-media sosial.

Ketiga, ancaman baharu berkaitan dengan deepfake. Hari ini seseorang boleh menghasilkan satu video palsu, contohnya Perdana Menteri kononnya bercakap mengisytiharkan darurat kepada negara ini. Satu hari nanti kita lihat bahawa Ketua Polis Negara mengarahkan sesuatu tindakan kerana berlakunya sesuatu kejadian yang boleh mengancam keselamatan negara.

Persoalan ini, mungkin hari ini deepfake ini mungkin teknologi ini bukan tidak terlalu kemas lagi, mungkin kita boleh membezakan antara yang benar dan yang palsu, tetapi kita kena ingat bahawa era digital ini berkembang setiap hari. Setiap hari ia nya advance dia akan meningkat tahap keberkesanan, tahap kualitinya akan dipertingkatkan dari hari ke sehari.

Pada suatu ketika nanti bila ancaman deepfake ini dipergunakan dengan sebaik mungkin dan teknologinya begitu tinggi sekali, kita akan sukar untuk mengenal pasti apa bezanya antara yang genuine dan yang tidak genuine. Jadi ini, adakah kerajaan telah bersedia untuk mengatasi masalah deepfake di masa-masa akan datang dan kalau kita tidak address isu ini sekarang, saya percaya di masa akan datang ianya akan menimbulkan satu ancaman besar kepada negara. Sebab kita tahu bahawa tujuan utama kita memperkenalkan pindaan ini adalah bagi memastikan bahawa ancaman negara di masa akan datang tidak terjejas oleh sebab wujudnya isu-isu yang berkaitan dengan deepfake, AI dan sebagainya.

draft12:33 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Seterusnya, yang keempat, literasi digital. Ianya perlu menjadi sebahagian daripada penguatkuasaan. Undang-undang yang keras tanpa rakyat yang celik digital hanya akan menyebabkan kesalahan terus berulang. Ini apa yang saya ingin cadangkan supaya perkara ini tidak akan berlaku.

Saya mencadangkan sebahagian daripada hasil kompaun ataupun denda yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat ini perlulah digunakan bagi membiayai Program Pendidikan Literasi Digital Nasional di peringkat sekolah, di peringkat universiti dan kepada komuniti. Sebabnya kita tidak mahu menghukum 1,000 orang, tetapi jika sejuta orang lagi tidak tahu membezakan antara fakta dan penipuan digital, masalah tetap tidak akan selesai. Kita seharusnya menyelesaikan masalah kepada masyarakat ini, bukan sekadar menghukum mereka yang dikatakan bertanggungjawab di dalam mengedarkan berita-berita palsu ini.

Seterusnya, yang kelima, kalau diizinkan dua minit Tuan Yang di-Pertua.

draft12:40 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Dua minit. Tak boleh panjang, tak boleh pendek.

draft12:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Kita perlu mengukur kepercayaan undang-undang. Saya mencadangkan kerajaan membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen yang mengandungi jumlah aduan yang diterima, jumlah kandungan yang diturunkan, tempoh purata sesuatu tindakan diambil, jumlah rayuan berjaya dan yang paling penting sejauh manakah pihak kerajaan mampu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat luar yang menerajui media-media sosial ini?

Sebab kalau kita lihat baru-baru ini, isu yang berkaitan dengan imej Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dipergunakan sedemikian rupa, dihina, tiada siapa pun yang diheret ke mahkamah. Atas alasan ketiadaan kita boleh mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab. Bermakna kita belum bersedia untuk menangani masalah ini dan adakah undang-undang yang sedia ada ini nanti apabila kita memikirkan tentang ancaman kepada negara, kita ada mekanisme untuk kita membanteras masalah sebegini.

Itu sahaja yang sempat saya hujahkan Dato’ Yang di-Pertua. Saya ada hujah lain, tetapi saya ada satu lagi undang-undang yang berkaitan dengan yang ini, mungkin saya boleh sambung hujah saya, perbahasan saya nanti. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum.

draft12:40 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih. Tak apa, yang petang itu, kita sama-sama nanti. Sebelum ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kehadiran rombongan UMNO Tebrau, seramai lebih kurang 35 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Nordin Omar dan Dato’ Sri Haji Abu Bakar bin A. Rashid. Ini semua daripada bahagian saya, menjadi mata, telinga dan penyampai kepada apa yang kita bahaskan pada tengah hari ini. Juga, saya setuju dengan pandangan daripada Dato’ Seri Setia tadi supaya perkara ini diambil kira dalam kita memperkukuhkan kepercayaan rakyat dengan polisi yang bakal kita luluskan pada hari ini.

Dengan ini, saya [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas] Puan Tiew Way Keng.

draft12:40 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026. Saya bangun menyokong rang undang-undang ini pada prinsipnya atas hasrat yang baik daripada pihak kementerian.

Namun, sokongan saya datang bersama satu penegasan penting iaitu apabila kita memperluas sesuatu kuasa atas nama keselamatan negara, kita mesti memperluas juga ketelusan, akauntabiliti dan perlindungan terhadap kepentingan rakyat. Rang undang- undang ini kelihatan ringkas, tetapi kesannya amat besar.

Dato’ Yang di-Pertua, hari ini keselamatan negara bukan lagi sekadar soal sempadan, kapal perang, kem tentera atau kawalan ruang udara. Rangkaian telekomunikasi, pusat data, sistem awam, kabel gentian optik, stesen pemancar, sistem komunikasi kecemasan dan aplikasi digital kerajaan telah menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan moden.

Serangan atau gangguan terhadap satu lot rangkaian boleh melumpuhkan urusan hospital, transaksi perbankan, operasi pelabuhan, sistem peranggotaan, perkhidmatan kerajaan dan komunikasi pasukan penyelamat. Maka, matlamat pindaan ini adalah tepat pada masanya. Pencapaian negara dalam memperluaskan kesalinghubungan juga tidak boleh dinafikan. Setakat 30 Jun 2026, JENDELA Fasa 1 telah menyediakan capaian gentian optik kepada 10.02 juta premis.

Liputan internet di kawasan penduduk telah mencapai 99.73 peratus manakala kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih mencecah 154.37 megabytes. JENDELA Fasa 2 pula melibatkan 1,000 tapak bagi kumpulan pertama dan dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun 2026. Menggunakan penyelesaian 4G, gabungan 4G dan 5G ataupun satelit mengikut kesesuaian lokasi. Namun, angka liputan yang tinggi tidak bermaksud sistem kita sudah kebal. Ada liputan tidak semestinya bermaksud rangkaian itu berdaya tahan. Ia tidak semestinya mempunyai laluan gentian alternatif, bekalan kuasa sokongan, pusat pemulihan bencana dan keupayaan untuk dipulihkan dengan segala apabila berlakunya serangan siber, sabotaj kebakaran atau bencana alam. Perkara ini amat penting kepada negeri Selangor.

Dato’ Yang di-Pertua, Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Pada tahun 2025, KDNK Selangor bernilai RM460.1 bilion dengan pertumbuhan sebanyak 6.3 peratus. Selangor mempunyai lebih tujuh juta penduduk, dua lapangan terbang utama, kawasan perindustrian yang luas, hospital-hospital rujukan utama serta pusat operasi perniagaan dan kerajaan yang kritikal. Lebih penting, Selangor mempunyai kepadatan pusat data tertinggi di Malaysia dengan kuasa utama di Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya. Selangor juga menghampiri liputan 5G penuh dan menjadi destinasi utama pelaburan pusat data serta infrastruktur awam.

Kerajaan Negeri Selangor turut melaporkan bahawa kadar liputan internet dan komunikasi kawasan berpenduduk negeri Selangor telah mencapai hampir 100 peratus setakat 30 September 2025 iaitu 99.99 peratus.

Namun, dalam negeri yang sangat padat dan pesat membangun, ukuran peratusan liputan sahaja tidak mencukupi. Kawasan perumahan baharu, kawasan industri, bangunan bertingkat, laluan lebuh raya dan kawasan pinggir bandar masih boleh mengalami kesesakan rangkaian, gangguan dalaman bangunan, panggilan terputus atau tempoh pemulihan yang terlalu lama. Oleh itu, ukuran kejayaan tidak boleh hanya berdasarkan berapa banyak kawasan mempunyai isyarat. Kita perlu mengukur juga kualiti, kestabilan, kapasiti dan tempoh gangguan.

Selangor bukan sekadar pengguna rangkaian digital, Selangor ialah nadi digital dan ekonomi negara. Sekiranya berlaku gangguan besar di Cyberjaya, Port Klang, Shah Alam, Petaling Jaya atau koridor industri Klang-Sepang, kesannya tidak akan berhenti di sempadan negeri, ia boleh menjadi gangguan nasional.

Atas sebab itu, saya mencadangkan supaya kementerian dan SKMM menggunakan kuasa baharu ini untuk mewujudkan satu pelan ketahanan rangkaian kritikal Selangor sebagai projek perintis nasional. Pelan ini hendaklah mengenal pasti infrastruktur komunikasi kritikal di Cyberjaya dan pusat-pusat data, Port Klang dan kawasan logistik KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, hospital dan pusat rawatan kecemasan, pusat kawalan bencana, loji rawatan air serta kawasan perindustrian dan perumahan berkepadatan tinggi.

Bagi setiap lokasi kritikal, mesti tersedia laluan gentian optik alternatif, bekalan kuasa sandaran, keupayaan serta atau rangkaian mudah alih kecemasan, pusat pemulihan bencana dan sasaran masa pemulihan yang boleh diukur. Ketika banjir, kebakaran, sabotaj kabel atau serangan siber berlaku, rakyat tidak mahu mendengar bahawa agensi masih sedang meneliti. Rakyat mahu talian kecemasan yang berfungsi, pusat pemindahan mesti boleh berhubung, hospital mesti boleh mengakses rekod, pihak berkuasa mesti dapat menyampaikan amaran dengan segera.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong objektif pindaan ini, terdapat tiga jaminan yang saya mohon daripada pihak Menteri. Pertamanya, takrifan operasi keselamatan negara mestilah jelas. Akta ini menyentuh kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi. Saya memohon supaya setiap arahan Menteri di bawah subseksyen 202(1A) menyatakan secara bertulis tujuan inisiatif skop dan tempohnya, anggaran kos, hasil yang hendak dicapai dan asas penentuan oleh Majlis Keselamatan Negara dan saya juga menyokong cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang bahawa kementerian wajar menjelaskan parameter yang akan digunakan bagi menentukan keadaan yang memerlukan pelaksanaan inisiatif tersebut bagi mengelakkan persepsi awam bahawa kuasa luas ini boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kuasa ini hendaklah digunakan untuk memperkukuh keselamatan, daya tahan, kebolehpercayaan dan kesinambungan rangkaian, bukan untuk mentafsir kritikan politik, perbezaan pandangan, aktiviti masyarakat sivil atau kewartawanan yang sah sebagai ancaman keselamatan negara.

Kedua, lindungi tujuan asal pemberian perkhidmatan sejagat. Huraian rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Dalam penggulungan di Dewan Rakyat, kementerian menjelaskan bahawa Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Dana PPS datang daripada sumbangan pemegang lesen di bawah seksyen 204 Akta 588 dan hanya boleh digunakan bagi tujuan pemasangan kemudahan serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi.

draft12:44 PM

Puan Tiew Way Keng

Maka, saya memohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan berapakah siling penggunaan dana PPS bagi inisiatif keselamatan negara? Apakah akaun atau lejar pengasingan akan diwujudkan? Apakah jaminan bahawa Projek JENDELA kawasan sekolah luar bandar, perumahan baru, komuniti orang asli dan kawasan kurang liputan tidak akan kehilangan peruntukan?

Saya mencadangkan satu prinsip yang jelas iaitu prinsip tiada pengurangan.

Setiap ringgit yang digunakan bagi inisiatif keselamatan negara tidak boleh menyebabkan pengurangan sasaran atau kelewatan program merapatkan jurang digital yang telah diluluskan.

Ketiganya, wujud sistem audit tiga lapis. Lapis pertama audit kewangan oleh juruaudit bebas. Lapis kedua audit teknikal dan keselamatan siber oleh pihak pakar- pakar. Lapis ketiga ialah semakan Parlimen. Laporan tahunan hendaklah menyatakan jumlah perbelanjaan kategori projek pemegang kontrak, petunjuk prestasi dan kesiapsiagaan terhadap hasil yang dicapai.

Bagi maklumat terperingkat, taklimat tertutup boleh diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Keselamatan negara tidak boleh menjadi alasan untuk menutup sumber maklumat kewangan. Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya saya menyokong rang undang-undang ini kerana negara memerlukan rangkaian komunikasi yang selamat, berdaya tahan dan mampu terus berfungsi ketika krisis. Izinkan saya mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Dari Klang ke Pekan Segamat, Singgah sebentar membeli suasa; Rangkaian kukuh negara selamat, Kuasa dipagar rakyat terbela. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

draft12:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih. Saya jawab dua rangkap pantun.

*Ikan jaws ikan yu, Thank you I love you.

[Ketawa]* Dengan ini saya persilakan Yang Berhormat Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub.

draft12:50 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam Malaysia MADANI. Pertamanya saya ucapkan setinggi tahniah kepada Kerajaan Perpaduan. Hari itu kita dengar RUU Jenayah Kesalahan Siber, hari ini ialah RUU berkenaan dengan infrastruktur, connectivity, dengan izin yang menunjukkan bahawa Malaysia, Kerajaan Perpaduan sangat menitik beratkan keselamatan negara dan juga perkara-perkara yang mendatangkan ketidaksenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Untuk RUU kali ini saya tidak akan repeat apa yang Senator lain sudah bahaskan. Cuma saya nak sentuh beberapa perkara yang penting iaitu isu keselamatan negara. Perkataan ‘keselamatan negara’ pada hemat saya mempunyai konotasi yang pelbagai dan kita harus meletakkan parameter yang jelas, Menteri ya. Siapakah yang menentukan bahawa sesuatu projek komunikasi benar-benar merupakan sesuatu yang relevan kepada keselamatan negara? Berdasarkan kriteria apa yang kita akan benarkan? Bagaimana keputusan tersebut boleh dipertanggungjawabkan?

Banyak kes-kes mahkamah telah berlangsung. Saya ulas di sini, ada beberapa keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yang telah memberikan nasihat kepada kita bahawa persoalan berkenaan yang diperuntukkan dalam seksyen baharu iaitu 202(1) mestilah dikaitkan dengan keperluan proportionality, kesahan undang-undang dan matlamat yang jelas untuk keselamatan negara.

Seterusnya, keselamatan negara tidak sewajarnya menjadi satu frasa yang boleh memberikan penelitian yang ada noktah. Maksud di sini, ia sepatutnya menjadi satu alasan yang sangat memerlukan kepada justifikasi undang-undang yang amat tinggi.

Yang kedua Yang di-Pertua, arahan Menteri seperti yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Senator tidak sepatutnya menjadi kuasa yang sangat terbuka kerana perkataan frasa ‘Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya’ mestilah mempunyai dengan izin, threshold-nya sebelum sesuatu arahan dilakukan. Apakah matlamat arahan itu diberikan? Apakah dia diberikan secara oral, lisan ataupun bertulis? Siapa pula selepas itu akan menyemak arahan itu, sama ada bertempoh atau tidak? Kesannya adalah seluruh rakyat Malaysia.

Kemudian, seperti yang saya selalu bahaskan dalam beberapa RUU, kita perlu memastikan bahawa RUU yang bersifat national security ini mestilah dalam acuan perlembagaan kerana prinsip constitution, dengan izin, mestilah berguna untuk kita melihat kepada beberapa pendekatan yang dibawa oleh beberapa mahkamah termasuk beberapa mahkamah yang berkenaan dengan kebebasan berhimpun, tetapi walaupun bukan berkaitan dengan teknologi dan komunikasi, tetapi gist ataupun inti pati daripada keputusan Mahkamah Persekutuan terutama pada tahun 2014 dan juga 2023 sebelum ini benar-benar memperuntukkan bahawa kepentingan awam itu perlulah mekanismenya digunakan untuk mempunyai hubungan dengan proportionality objektif RUU.

Seterusnya, lindungilah kebebasan Suruhanjaya daripada menjadi sekadar pelaksana arahan Menteri. Ini bermaksud perbezaan yang sangat penting di sini adalah Menteri boleh memberikan arahan dasar. Sudah tentu sebab kuasa Eksekutif amat perlu. Tetapi adakah Menteri menentukan national security necessity itu overlap, berlapis pula dengan tugas dan fungsi MKN.

Suruhanjaya menentukan technical implementation atau substance implementation, dengan izin. Kerana kita akan— sekiranya berlaku apa-apa dispute, percanggahan, kita akan balik semula kepada mahkamah yang lebih melihat kepada legality sesuatu arahan dibuat dan kesan kepada public interest yang asalnya disebut begitu dalam memberikan arahan.

Saya tidak akan mengambil masa yang lama Yang di-Pertua kerana ada satu lagi RUU yang saya akan bahas petang ini, tetapi saya amatlah berharap pihak Menteri memberikan perhatian melebihi 100 peratus berkenaan dengan laporan khas kepada Parlimen secara tahunan. Sekurang-kurangnya kita melihat bahawa RUU ini mempunyai dan mencapai kepentingan yang serentak iaitu security confidentiality dan juga democratic accountability, dengan izin.

Yang terakhir Yang di-Pertua, yang paling besar dan yang paling penting, sekiranya RUU ini tidak memperuntukkan— tidak melibatkan kerajaan dalam apa-apa belanjawan tambahan— selain daripada sahabat saya Senator sebentar tadi menyebut, siapa pula yang membayarnya? Bagaimana pula urusan auditnya? Adakah audit itu dibuat berbeza dengan akaun yang berbeza? Bagaimana pelaporan audit itu bagi tidak melanggar apa yang kita faham, mengelak daripada tidak integriti dan sebagainya?

Sangat penting jika kerajaan tidak menanggung perbelanjaan tambahan, sumber mana yang akan kita ambil? Adakah daripada pihak industri? Pun kita perlu kepada governance yang jelas, supaya tidak dilihat matlamat asal tadi sangat baik untuk meletakkan satu prasarana, connectivity di bawah kerajaan kita, bawah Kementerian Komunikasi, tetapi harus diingat, segala benda yang kita akan buat untuk menambah baik keadaan keselamatan negara, mestilah tidak bersifat locality sahaja kerana teknologi ini seperti pada hari pertama kita membahas tentang kesalahan siber, sudah menular.

Mungkin hari ini, pada tanggal hari ini, kita tahu bahawa kesalahan siber itu setakat A, B, C. Mungkin di dunia luar yang tidak ada sempadan untuk memasuki Malaysia dan sebagainya, adakah boleh menampung apa yang kita hajatkan dalam RUU ini? Kerana teknologi bersifat global, tidak ada sempadan, tidak termasuk lagi beberapa aplikasi yang menerobos shield ataupun anti-virus atau sebagainya, itu sudah tidak menjadi sesuatu untuk safeguard negara kita pun.

Jadi, saya harap di sini mestilah persoalan fiduciary governance itu perlu diperhalus-kan supaya Parlimen Dewan Negara boleh mendengar selepas ini. Saya amat berterima kasih kepada Yang di-Pertua kerana sentiasa memberikan ingatan mesra kepada kita semua terutama pihak kementerian. Setelah mendengar perbahasan daripada Ahli Senator, mungkinlah apa yang kami harapkan ada timbal balik. Mungkin tidak sesuai dimasukkan dalam RUU ini kerana kita nak luluskan tetapi kita harapkan dalam tindakan ataupun kaedah-kaedah dan strategic plan kementerian dimaklumkan kepada Dewan Negara.

Terima kasih Yang di-Pertua, saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah.

draft12:51 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih. Satu fakta dan juga pandangan setelah apa yang berlaku di bawah yang kita rasakan. Jadi, saya harap Menteri dan juga badan pelaksana mengambil kira pandangan dan fakta-fakta ini untuk diperbaiki di masa yang akan datang.

Dengan ini saya persilakan Yang Berhormat Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali.

Dipersilakan.

draft12:51 PM

Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, saya bangun pada hari ini untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Dato’ Yang di-Pertua, perbahasan kita pada hari ini menunjukkan bahawa komunikasi bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan telefon atau untuk menghantar mesej. Ia telah menjadi tulang belakang kepada ekonomi digital, sistem kewangan, penyampaian perkhidmatan kerajaan, pendidikan, kesihatan, logistik, keselamatan awam dan juga hubungan sosial sesama rakyat.

Dalam dunia yang semakin saling berhubung, kegagalan sistem komunikasi bukan sekadar akan menyebabkan talian telefon terputus, ia boleh melumpuhkan operasi hospital. Contohnya, mengganggu sistem pembayaran digital, menjejaskan operasi lapangan terbang, menghalang koordinasi pasukan keselamatan dan akhirnya memberi kesan kepada kestabilan dan juga keselamatan negara. Sebab itu komunikasi pada hari ini, kita perlu lihat sebagai infrastruktur strategik negara, sama sepertimana kepentingan bekalan elektrik, air dan juga rangkaian pengangkutan.

[Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu **mempengerusikan Mesyuara****t] Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya berikan beberapa pandangan. Yang pertama ialah keselamatan negara dan pembangunan komunikasi tidak boleh lagi kita pisahkan.

Hari ini, peperangan bukan semata-mata menggunakan senjata. Serangan siber juga mampu melumpuhkan sistem komunikasi, sistem kewangan, rangkaian tenaga dan operasi berkerajaan. Justeru, saya bersetuju bahawa kerajaan perlu memastikan rangkaian komunikasi negara mempunyai tahap daya tahan yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan yang kedua, saya melihat pindaan ini sebagai peluang memperkukuhkan keterangkuman digital. Apabila kerajaan membina infrastruktur komunikasi di kawasan-kawasan terpencil atau luar bandar misalnya, manfaat bukan hanya kepada pasukan keselamatan atau aspek-aspek keselamatan negara semata-mata, tetapi ia boleh membuka ruang kepada peluang pendidikan yang lebih luas kepada anak-anak luar bandar. Ia boleh membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan digital. Ia boleh membolehkan petani, nelayan dan pekebun mengakses maklumat pasaran secara masa nyata ataupun real time, dengan izin. Ia akan memudahkan penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui teleperubatan dan sebagainya.

Oleh itu, saya berharap setiap projek di bawah seksyen 202 bukan sahaja dinilai dari sudut keselamatan semata-mata, tetapi limpahannya juga ataupun impaknya terhadap pembangunan komuniti khususnya di kawasan luar bandar.

Pandangan ketiga saya, saya menghargai bahawa penentuan berkaitan keselamatan negara tidak dibuat secara bersendirian oleh Menteri, tetapi dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara. Ini menunjukkan bahawa adanya semakan institusi dalam proses membuat keputusan. Namun begitu, dalam sebuah negara demokrasi berparlimen, kewujudan institusi sahaja masih belum memadai. Apa yang lebih penting ialah keyakinan rakyat bahawa kuasa tersebut dilaksanakan secara telus, profesional dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Pandangan yang keempat, saya melihat bahawa pembangunan komunikasi negara pada masa hadapan tidak boleh hanya tertumpu kepada pembangunan infrastruktur fizikal. Negara juga perlu melabur dalam pembangunan modal insan, dalam penyelidikan, keselamatan siber dan inovasi teknologi. Ancaman pada masa hadapan bukan sekadar kerosakan kabel komunikasi. Kita sedang berhadapan dengan ancaman kecerdasan buatan. Kita berhadapan dengan penipuan digital, manipulasi maklumat dan serangan terhadap infrastruktur kritikal negara. Semua ini kita perlukan tenaga pakar tempatan yang benar-benar mencukupi.

Pandangan saya yang kelima, saya berpandangan bahawa kejayaan sesuatu undang-undang tidak bergantung kepada kuasa yang diberikan semata-mata.

Sebaliknya, kejayaan itu bergantung kepada tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi yang melaksanakan undang-undang tersebut. Apabila rakyat yakin bahawa sesuatu kuasa digunakan secara adil, telus dan mengikut undang-undang, mereka akan menjadi rakan strategik kepada kerajaan dalam mempertahankan keselamatan negara.

Dan saya percaya inilah matlamat yang ingin dicapai melalui pindaan yang dilakukan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selepas mengemukakan pandangan-pandangan tadi, izinkan saya buat beberapa kritikan. Saya harapkan ini suatu kritikan yang membina terhadap pelaksanaan rang undang-undang ini.

Pada saya, pindaan ini memberi kuasa kepada Menteri. Ini telah pun disebut oleh beberapa Ahli Senator yang lain tadi. Pindaan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaksanakan inisiatif tertentu bagi tujuan keselamatan negara. Saya faham bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu, kerajaan perlu bertindak dengan pantas. Namun demikian, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, setiap kuasa yang diberikan kepada pihak eksekutif hendaklah disertai dengan mekanisme semak dan imbang yang jelas.

Ini bukan kerana kita meragui kerajaan ini, sebaliknya undang-undang digubal bukan hanya untuk kerajaan hari ini, tetapi ia digubal untuk pentadbiran pada masa yang akan datang ataupun untuk jangka masa panjang. Undang-undang yang baik ialah undang-undang yang mampu bertahan merentasi perubahan pentadbiran kerana ia dibina atas prinsip tadbir urus yang baik.

Saya percaya rakyat akan menjadi lebih yakin, rakyat akan menjadi lebih percaya terhadap mekanisme pelaporan, pemantauan dan semakan terhadap pelaksanaan kuasa di bawah seksyen baru ini. Dalam banyak negara demokrasi maju, aspek keselamatan negara tetap tertakluk kepada bentuk semakan tertentu oleh badan legislatif atau jawatankuasa yang diberikan kuasa. Pendekatan ini bukan bertujuan menghalang tindakan kerajaan, sebaliknya untuk memastikan setiap tindakan mempunyai legitimasi yang tinggi dan mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, masa saya terhad. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan iaitu kerajaan boleh mempertimbangkan penyediaan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai pelaksanaan inisiatif di bawah seksyen 202 yang baru ini. Laporan ini tidak semestinya mendedahkan maklumat sensitif berkenaan keselamatan negara, sebaliknya ia boleh memberi gambaran umum mengenai jumlah projek yang dilaksanakan, impaknya kepada rakyat serta pencapaian objektif dasar yang telah pun digariskan. Ini akan meningkatkan ketelusan tanpa menjejaskan keselamatan negara.

Yang kedua, saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan garis panduan operasi atau standard operating procedure ataupun SOP bagi pelaksanaan subseksyen baru ini. SOP tersebut boleh menjelaskan proses untuk membuat keputusan, peranan yang dimainkan setiap agensi, mekanisme penyelarasan serta tanggungjawab pihak- pihak yang berkaitan. Dengan SOP yang jelas, pelaksanaan akan menjadi lebih konsisten dan akan mengurangkan risiko tafsiran yang berbeza atau berlainan.

Ketiga, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan semakan berkala. Contohnya, mungkin setiap lima tahun terhadap keberkesanan penggunaan kuasa ini. Teknologi berubah begitu pantas. Apa yang sesuai pada tahun ini mungkin memerlukan penyesuaian ataupun adjustment dengan izin, pada beberapa tahun yang akan datang atau yang berikutnya. Semakan berkala akan memastikan undang-undang sentiasa relevan dengan pembangunan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Dalam sistem ini, keselamatan negara bukanlah matlamat yang berdiri sendiri. Keselamatan adalah prasyarat kepada kemakmuran, pelaburan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Namun, dalam usaha mempertahankan keselamatan, kita juga perlu memastikan bahawa setiap kuasa yang diberikan melalui undang-undang sentiasa dilaksanakan secara bertanggungjawab, telus dan menghormati hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

Dengan semangat itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft1:00 PM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya menjemput YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

Terima kasih.

draft1:00 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terma kasih Dato’ Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Dengan cuba membataskan perbahasan berdasarkan keperluan RUU berkaitan dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini, saya akan berusaha menyingkatkan perbahasan.

draft1:09 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Dato’ Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat Yang Berhormat Senator sekalian.

Pada hemat saya, kata kunci yang penting dalam perbahasan rang undang-undang ini ialah soal pemeliharaan keselamatan negara dan atas lunas itu, tentulah kita perlu memberikan dukungan dan sokongan penuh pada RUU ini kerana soal keselamatan negara tidak harus digadaikan, tidak harus ada tolak ansur dan kompromi, termasuk dalam soal kebocoran data yang akan menimbulkan masalah keselamatan negara dalam soal rahsia-rahsia kenegaraan, baik soal kewangan, ketenteraan dan yang lain- lain.

Berkaitan dengan itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya mendukung RUU ini dengan kepercayaan bahawa ini adalah satu langkah penting untuk kita menghindari suatu fenomena yang kita kenal sebagai neokolonialisme ataupun perjanjian bentuk baharu kerana melalui teknologi canggih yang tidak terkawal, maka akan berlaku soal penjajahan bentuk baharu dalam bidang ideologi, termasuk ideologi politik, dalam soal budaya, dalam soal pandangan sarwa ataupun worldview, dengan izin, yang menjejaskan soal kestabilan sistem nilai dan peradaban kita.

Maka, berkaitan dengan itu, RUU ini penting dalam konteks juga untuk suatu langkah ikhtiar pembinaan peradaban yang unggul, yang luhur, yang tidak tercabar oleh faktor-faktor teknikal seperti teknologi moden. Maka itulah dalam hal ini, sangat penting RUU ini untuk suatu langkah atau ikhtiar pengawalseliaan yang lebih berkesan bagi bidang komunikasi negara ini dan dengan demikian, mudah-mudahan dapat kita melakukan penapisan teknologi canggih dalam komunikasi negara, sama ada teknologi yang mendatangkan manfaat mahupun teknologi yang mendatangkan mudarat. Maka dalam hal ini, saya kira RUU ini sangat penting disokong.

Namun demikian, sebagaimana juga pandangan beberapa orang anggota yang berbahas itu tadi, saya juga menegaskan bahawa perlu diberi takrif yang jelas tentang soal keselamatan negara agar benar-benar keselamatan negara itu berkaitan dengan soal yang fardu, soal yang penting tapi tidak sampai disalah tafsirkan untuk tujuan-tujuan politik, tujuan-tujuan pihak penguasa semata-mata yang mungkin berlindung di balik istilah pemeliharaan keselamatan negara. Jadi, hal ini juga sangat penting diberi perhatian dan diberi jaminan oleh pihak Kementerian Komunikasi.

Dalam hal ini juga, saya ingin mengulang berapa kali pandangan ataupun saranan saya supaya dilakukan suatu bentuk usaha bagi mengadakan kawalan pelantar ataupun platform yang menjadi wahana ataupun saluran pelbagai maklumat dan juga dalam soal kawalan keselamatan negara, soal kebocoran data dan sebagainya.

Saya menyebut sebagai contoh, bukan dengan maksud untuk mengagungkan mana-mana negara tetapi dalam pengalaman beberapa tahun saya ditugaskan oleh kerajaan di Republik Rakyat China, mereka itu sangat tegas dalam soal kawalan keselamatan dengan mengawal platform-platform ataupun pelantar-pelantar komunikasi.

Mereka mewujudkan pelbagai aplikasi dan pelbagai platform yang dengan sendiri dapat mengawal keselamatan negara. Soal kebocoran, soal juga nya saya katakan pengaruh neokolonialisme. Jadi, soal pengaruh ideologi, soal pengaruh pandangan sarwa ataupun worldview, dengan izin. Soal pengaruh sistem nilai asing yang tidak cocok dan tidak serasi dengan masyarakat di negara itu.

Maka, sudah sampai saatnya, pada hemat saya juga, Kementerian Komunikasi melakukan satu upaya agar kita juga melakukan langkah yang sama dengan membina platform-platform dan aplikasi bagi kepentingan negara kita yang serasi, yang cocok dengan sistem nilai dengan peradaban masyarakat di negara kita. Saya bukan orang undang-undang, Dato’ Yang di-Pertua tetapi saya melihat bahawa dalam RUU ini tidak ada sama sekali disentuh soal apakah langkah tindakan undang-undang yang patut atau boleh diambil pada mana-mana pihak yang mengingkari ataupun tidak mematuhi peraturan dan akta ini.

Jadi, apakah penjelasan pihak Menteri Kementerian Komunikasi, bentuk-bentuk tindakan undang-undang yang patut ataupun boleh diambil berkaitan dengan pelaksanaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang baharu ini kelak ya? Demikian juga, saya menyertai pandangan beberapa orang rakan tadi.

Dengan demikian, besarnya saya kira atau perubahan ini kelak yang juga nanti akan terkait dengan soal RUU berkaitan dengan Suruhanjaya Komunikasi. Perlu dikatakan tiada perbelanjaan tambahan ini juga agak menimbulkan satu kesangsian, mengapakah tidak sama sekali dipertimbangkan untuk keperluan andainya, perlunya tambahan dalam konteks pelaksanaan rang undang-undang yang akan menjadi akta baharu ini kelak.

Jadi, itulah sebahagian beberapa pandangan yang ingin saya lontarkan dalam perbahasan berkaitan rang undang-undang ini. Mudah-mudahan, akan dapat diberi penjelasan dan dapat ditimbangkan oleh Kementerian Komunikasi. Dato’ Yang di- Pertua, demikianlah perbahasan saya. Saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft1:10 PM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih, Yang Berhormat.

Dijemput YB. Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan.

draft1:10 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang berbahas. Saya juga menyokong Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 ini yang bertujuan meminda seksyen 202, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pemberian perkhidmatan sejagat atau universal service profession.

Dato’ Yang di-Pertua, fasal 2 memperkenalkan subseksyen baharu 202(1A) yang membolehkan inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat dilaksanakan bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara dengan penentuan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara. Saya melihat pindaan ini amat relevan kerana ancaman keselamatan hari ini bukan lagi tertumpu kepada ancaman fizikal semata-mata tetapi turut melibatkan jenayah siber, penipuan dalam talian dan gangguan terhadap sistem komunikasi itu sendiri.

Menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan, lebih 37,000 panggilan berkaitan penipuan dalam talian diterima dengan kerugian melebihi RM2003 juta setakat Mei 2026. Statistik ini menunjukkan bahawa rangkaian komunikasi yang cekap dan berdaya tahan kini menjadi sebahagian daripada keperluan keselamatan dalam negara kita.

Bagi Sabah pindaan ini amat penting memandangkan wilayah ini mempunyai kawasan sempadan yang luas. Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) serta kawasan pedalaman dan kepulauan yang memerlukan sistem komunikasi yang boleh menyokong operasi keselamatan pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada fasal 2 ini melalui subseksyen baharu 202(1B). Fasal ini turut memperkenalkan subseksyen baharu. Yang subseksyen baharu ini yang menetapkan bahawa setiap inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat adalah selaras dengan matlamat Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Peruntukan ini penting bagi mekanisme semak dan imbang supaya pelaksanaan atas alasan keselamatan negara tetap berpandukan kepentingan rakyat dan objektif asal akta. Dalam konteks kami di Sabah, keperluan ini jelas apabila masih wujud jurang capaian digital. Oleh itu, pelaksanaan inisiatif di bawah seksyen ini perlu memastikan kawasan pedalaman luar bandar dan pulau-pulau penghuni tidak terus ketinggalan dalam arus pendigitalan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam fasal yang sama melalui subseksyen 202(2) juga menarik. Fasal 2 juga meminda subseksyen ini bagi membolehkan Menteri membuat peraturan untuk melaksanakan subseksyen baharu 202(1A).

draft1:16 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Saya menyokong pindaan ini kerana pelaksanaan yang berkesan memerlukan kerangka peraturan yang jelas dan responsif terhadap perkembangan teknologi semasa.

Saya berharap kuasa ini dimanfaat untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur komunikasi di kawasan strategik seperti sempadan, pulau dan pedalaman Sabah dan Sarawak. Kemudahan komunikasi bukan lagi sekadar alat perhubungan tetapi turut menjadi talian hayat kepada bencana, medium pendidikan, platform ekonomi digital dan aset penting bagi keselamatan di negara kita.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya menyokong rang undang-undang ini kerana fasal 2 berjaya mewujudkan rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif dan mengambil kira keperluan keselamatan negara, kemajuan teknologi dan kepentingan rakyat. Saya berharap pelaksanaannya kelak memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya di wilayah Sabah dan Sarawak agar pembangunan digital dan keselamatan negara dapat diperkukuhkan secara serentak. Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft1:20 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput YB Senator Tuan Abun Sui Anyit.

draft1:20 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 pada hari ini.

Saya menyokong rang undang-undang ini kerana pindaan yang dicadangkan bertujuan memperkukuh pelaksanaan Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah seksyen 202 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk memperkenalkan kategori tambahan yang membolehkan Menteri mengarahkan Suruhanjaya menyokong Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan, selaras dengan keperluan negara dan matlamat akta tersebut.

Walau bagaimanapun saya ingin memberi perhatian kepada dua perkara utama.

Yang pertamanya, jurang liputan Internet di kawasan pedalaman Sarawak. Walaupun negara semakin maju dalam bidang komunikasi dan digital, hakikatnya masih banyak kawasan pedalaman Sarawak yang berhadapan dengan masalah liputan telekomunikasi yang sangat lemah.

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada kawasan Sungai Asap, Belaga.

Penduduk di kawasan ini sering menghadapi masalah liputan telefon dan Internet. Ada tempat langsung tiada Internet, tidak ada isyarat, menyebabkan penduduk terpaksa mencari kawasan tinggi ataupun bergerak beberapa kilometer hanya untuk mendapatkan talian telefon. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan komunikasi harian, malah menjejaskan keselamatan penduduk apabila berlaku kecemasan seperti banjir, kebakaran atau kemalangan.

Jadi, sekiranya rang undang-undang ini bertujuan memperluas pemberian perkhidmatan sejagat, maka saya berhadap kawasan-kawasan seperti pedalaman Belaga di Sungai Asap ke Long Gang, Long Urun, Long Luar, Long Menapa dan kawasan pedalaman yang lainnya diberi keutamaan. Kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini adalah kawasan yang berpenduduk. Jadi, adalah sangat penting supaya kawasan-kawasan yang ada penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak ini perlu ada Internet, sebab untuk membina atau untuk memasang Internet ini tidaklah terlalu sukar.

Hanya untuk pacakkan tiang dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah masalah utama untuk menyediakan Internet ini? Sebab tiada halangan seperti kita membina jalan raya yang perlu kita tebang pokok dan ratakan tanah dan sebagainya. Ini hanya pacakkan tiang dan adalah liputan.

Keduanya, liputan Internet mesti sampai ke sekolah dan rumah panjang. Tuan Yang di-Pertua, kemudahan Internet hari ini bukan satu kemewahan tetapi satu keperluan asas. Saya berharap kerajaan memastikan bahawa semua sekolah di pedalaman mendapat liputan Internet yang stabil. Kalau 5G di Kuala Lumpur, 5G juga di Long Menapa, contoh ya.

Saya berharap begitu kerana rumah-rumah panjang ini merupakan pusat kehidupan luar bandar. Jika rumah panjang mempunyai liputan Internet yang baik, seluruh komuniti akan mendapat manfaat. Anak-anak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian, guru juga dapat menggunakan pembelajaran secara digital, penduduk dapat mengakses maklumat kerajaan dengan lebih cepat, usahawan luar bandar juga boleh memasarkan hasil pertanian dan produk tempatan melalui platform digital. Internet mengurangkan kos logistik rakyat pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, bagi rakyat di bandar, mengisi borang kerajaan secara dalam talian mungkin perkara biasa. Namun, masyarakat pedalaman, ia membawa kesan yang sangat besar. Sekiranya liputan Internet tersedia baik, rakyat tidak lagi perlu mengeluarkan kos perjalanan atau logistik yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan atau menghantar borang kepada agensi kerajaan.

Sebaliknya, mereka boleh memohon bantuan secara online ataupun dalam talian, memperbaharui lesen dan permit, membuat permohonan biasiswa, memohon bantuan kebajikan, membuat semakan status permohonan dan berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan tanpa perlu meninggalkan kampung atau rumah panjang. Ini akan mengurangkan kos pengangkutan, kos penginapan dan kehilangan masa bekerja, khususnya bagi penduduk pedalaman Sarawak yang terpaksa menempuh perjalanan yang berjam-jam untuk sampai ke bandar.

Tuan Yang di-Pertua, penduduk pedalaman tidak meminta layanan istimewa.

Mereka hanya mahu menikmati kemudahan komunikasi yang setara dengan rakyat di bandar. Jika kita benar-benar mahu merapatkan jurang digital, maka pelaksanaan Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision dengan izin, hendaklah benar- benar memberi manfaat kepada kawasan yang paling memerlukan khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan tujuan pindaan rang undang-undang ini, dengan itu saya tidak ragu-ragu untuk menyokong rang undang-undang ini untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, termasuk yang di pedalaman. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft1:22 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput YB Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian.

draft1:22 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] khususnya seksyen 202 yang berkaitan dengan memberi perkhidmatan sejagat atau universal service. Walaupun pindaan yang dibawa kelihatan bersifat khusus, hakikatnya ia mempunyai implikasi yang amat besar terhadap negara, pembangunan ekonomi digital, akses pendidikan, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta kebebasan rakyat untuk berkomunikasi.

Dato’ Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan merangkumi tiga perkara utama. Pertama, penambahan kategori baharu, universal service bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara yang penentuannya dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kedua, memperjelaskan bahawa semua inisiatif universal service hendaklah sentiasa selaras dengan matlamat Akta 588.

Ketiga, memberikan kuasa kepada Menteri untuk menggubal peraturan bagi melaksanakan peruntukan baharu tersebut. Saya melihat ketiga-tiga pindaan ini mempunyai asas yang baik serta bertujuan untuk memastikan sistem komunikasi negara menjadi lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran baru.

Namun demikian, Dato’ Yang di-Pertua, apabila kita membahaskan rang undang-undang berkaitan komunikasi, kita sebenarnya sedang membincangkan nadi kehidupan sebuah negara. Hari ini komunikasi bukan sekadar panggilan telefon atau capaian Internet semata-mata. Ia menjadi asas kepada sistem kewangan digital, operasi hospital, pendidikan dalam talian, keselamatan awam, operasi pasukan keselamatan, urus niaga perniagaan, malah penyampaian bantuan kerajaan.

Justeru, kita tidak hanya boleh menilai rang undang-undang ini berdasarkan niat yang baik semata-mata. Kita perlu melihat kesan pelaksanaannya. Adakah pindaan ini benar-benar memperkukuhkan keselamatan negara serta memperluaskan akses rakyat ataupun ia berpotensi membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa pada masa hadapan?

Dato’ Yang di-Pertua, keselamatan negara memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh. Izinkan saya menggunakan satu analogi yang mudah. Jalan raya biasanya dinilai berdasarkan keluasan, keadaan permukaan serta liputannya

draft1:27 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Namun, apabila berlaku bencana atau ancaman keselamatan, jalan raya bukan lagi dinilai hanya berdasarkan keselesaan pengguna. Ia mesti mampu menampung laluan kecemasan, pergerakan aset keselamatan dan operasi penyelamat. Begitu juga dengan komunikasi.

Dalam era digital pada hari ini, rangkaian komunikasi ibarat salur darah kepada negara. Sekiranya salur darah ini terganggu akibat bencana, peperangan siber atau serangan terhadap infrastruktur kritikal, implikasinya bukan sahaja menjejaskan rakyat tetapi— malah boleh melumpuhkan operasi kerajaan dan pasukan keselamatan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kadar penembusan jalur lebar mudah alih di Malaysia telah melebihi 140 peratus, manakala liputan rangkaian 4G kini meliputi lebih 97 kawasan ke penduduk hasil pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Kebergantungan yang tinggi terhadap infrastruktur komunikasi ini menunjukkan bahawa sebarang gangguan akan memberi impak yang sangat besar kepada negara.

Oleh itu, saya melihat cadangan memperkenalkan kategori tambahan universal servis bagi tujuan keselamatan negara merupakan satu langkah yang mempunyai rasional tersendiri bagi memastikan perkhidmatan komunikasi kekal beroperasi ketika negara memerlukannya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai seksyen 233, Akta Komunikasi Multimedia 1998 iaitu peruntukan yang berkaitan penggunaan tidak wajar, kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak dapat dinafikan bahawa seksyen ini memainkan peranan penting dalam membendung gejala seperti buli siber, penyebaran berita palsu, ucapan berunsur kebencian, penipuan dalam talian dan fahaman ekstremisme yang semakin membimbangkan.

Namun begitu, peruntukan ini juga sering menjadi polemik kerana skop tafsirannya agak luas sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, sama ada ia boleh digunakan terhadap kritikan awam yang dibuat secara sah, pandangan yang berbeza ataupun wacana demokratik yang sihat.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, kita perlu memastikan bahawa usaha melindungi ruang digital tidak mengorbankan hak rakyat untuk bersuara secara bertanggungjawab. Undang-undang yang baik bukan sahaja tegas terhadap penyalahgunaan, malah cukup jelas supaya tidak menimbulkan tafsiran yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan.

Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah kementerian komited untuk meneliti dan meminda seksyen 233, Akta 588 bagi memastikan ia tidak disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara atau kritikan awam yang sah, namun pada masa yang sama, kekal berkesan dalam menangani isu yang sebenar.

Saya percaya, antara keselamatan digital dan kebebasan bersuara merupakan asas penting dalam membina ekosistem komunikasi yang matang, selamat dan diyakini oleh seluruh rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga bersetuju bahawa perincian pelaksanaan lebih sesuai dibuat melalui peraturan. Teknologi komunikasi berubah begitu pantas. Hari ini, kita berbicara tentang 5G. Esok, mungkin 6G. Komunikasi satelit orbit rendah, Internet optik, kecerdasan buatan serta teknologi kuantum. Jika setiap perubahan memerlukan pindaan akta di Parlimen, kita akan sentiasa ketinggalan.

Oleh itu, kuasa membuat peraturan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk bertindak pantas terhadap perkembangan teknologi. Namun demikian, sebagai Ahli Dewan Negara, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kuasa yang diberikan mempunyai sempadan yang jelas.

Dato’ Yang di-Pertua, keselamatan negara sememangnya merupakan kepentingan tertinggi, sebagaimana yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Senator yang lain sebentar tadi. Analoginya mudah, seperti sebuah rumah yang mempunyai pengawal keselamatan. Dalam keadaan biasa, pengawal menjaga rumah tetapi jika pengawal itu diberi kuasa tanpa garis panduan yang jelas untuk menentukan siapa yang boleh masuk rumah, keluar, masuk sesuka hati, maka akhirnya isu ini bukan lagi soal keselamatan tetapi soal kebebasan.

Begitu juga dengan pindaan ini. Saya ingin mendapatkan jaminan bahawa kategori penambahan universal servis bagi tujuan keselamatan negara tidak akan menjadi alasan untuk menyekat akses komunikasi rakyat yang sah, termasuk kritikan yang membina, perbahasan awam, penyelidikan akademik dan kebebasan mendapatkan maklumat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan yang pertama, apakah kriteria yang digunakan bagi mengisytiharkan sesuatu kategori yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Kedua, apakah keputusan tertakluk kepada semakan bebas atau audit berkala?

Ketiga, bagaimanakah industri komunikasi boleh mengemukakan bantahan sekiranya suatu arahan memberi implikasi besar terhadap operasi mereka? Seterusnya, adakah laporan pelaksanaan akan dibentangkan kepada Parlimen secara berkala?

Tanpa mekanisme yang jelas, kita berisiko mewujudkan budaya komunikasi yang tidak boleh dipersoalkan, sedangkan semangat demokrasi menuntut keseimbangan antara kuasa dan akauntabiliti.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya berharap rang undang-undang ini bukan sahaja diluluskan dengan atas niat yang baik, tetapi juga turut diperkukuhkan melalui prinsip ketelusan, akauntabiliti, indikator prestasi yang jelas serta mekanisme semakan yang berkesan.

Biarlah universal servis benar-benar menjadi hak setiap rakyat Malaysia untuk menikmati akses komunikasi yang selamat, berkualiti dan inklusif, bukannya menjadi instrumen yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan yang dijamin oleh sistem Demokrasi Berparlimen.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia.

Sekian, terima kasih.

draft1:30 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat.

Dijemput YB. Senator Tuan Michael Mujah Lihan.

draft1:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Secara prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem komunikasi negara melalui pindaan RUU ini. Pindaan ini memperkenalkan kategori baharu iaitu pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang mempunyai elemen keselamatan negara.

Serangan siber, sabotaj terhadap rangkaian telekomunikasi serta gangguan terhadap infrastruktur komunikasi kritikal boleh memberikan implikasi langsung kepada keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Namun begitu, sokongan saya terhadap RUU ini disertai dengan beberapa persoalan bagi tujuan penambahbaikan yang lebih baik untuk kerajaan.

Persoalan pertama, apakah definisi dan skop sebenar inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang dikaitkan dengan keselamatan negara?

Walaupun Menteri diberi kuasa mengarahkan SKMM melaksanakan inisiatif ini, skop pelaksanaannya masih belum diperincikan. Oleh itu, penjelasan yang lebih jelas amat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaannya.

Adakah ia hanya melibatkan komunikasi ketika bencana atau turut merangkumi perlindungan pusat data kerajaan, hospital, lapangan terbang dan infrastruktur kritikal lain? Skop yang terlalu umum tanpa garis panduan yang jelas boleh menimbulkan ketidakpastian dalam pelaksanaan.

Persoalan kedua, apakah mekanisme semak dan imbang bagi memastikan kuasa yang diberikan kepada Menteri dilaksanakan secara telus? Memandangkan pelaksanaan berasaskan penentuan Majlis Keselamatan Negara, bagaimanakah kerajaan memastikan kuasa ini tidak disalahgunakan?

Sebagai contoh, sekiranya berlaku ancaman terhadap sistem komunikasi ketika bencana besar atau serangan siber, tindakan pantas sememangnya diperlukan. Namun, adakah kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme pelaporan kepada Parlimen atau Jawatankuasa Khas bagi memastikan akauntabiliti? Pendekatan sebegini penting supaya kepercayaan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara.

Ketiga, sejauh manakah pelaksanaan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kawasan luar bandar di pendalaman Sabah dan Sarawak yang masih berdepan dengan masalah liputan komunikasi dan Internet?

Walaupun kita sering membincangkan aspek keselamatan komunikasi negara, hakikatnya masih terdapat sekolah, klinik kesihatan, balai polis dan infrastruktur di kawasan pendalaman yang berdepan masalah liputan atau capaian Internet yang tidak stabil.

Sekiranya komunikasi dianggap sebagai aset strategik negara, maka kawasan sempadan dan pendalaman seharusnya menjadi antara keutamaan utama pelaksanaan inisiatif ini.

draft1:36 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Keselamatan negara bukan hanya tertumpu di bandar-bandar besar tetapi turut bermula di kawasan sempadan negara. Misalnya ketika banjir atau bencana alam, kegagalan sistem komunikasi di kawasan pedalaman boleh menjejaskan operasi penyelamat dan penyampaian bantuan. Justeru, pengukuhan liputan komunikasi di kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan keselamatan negara.

Keempat, apakah implikasi kewangan kepada industri telekomunikasi dan pengguna sekiranya penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu membangun infrastruktur tambahan? Apakah mekanisme pembiayaan yang akan digunakan?

Memandangkan RUU ini tidak melibatkan tambahan perbelanjaan kerajaan, adakah kos tersebut akan ditanggung melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau sumber lain tanpa membebankan pengguna? Kita tidak mahu usaha mengukuhkan keselamatan negara akhirnya membebankan rakyat, khususnya golongan B40, pelajar dan perusahaan mikro.

Persoalan kelima, bagaimanakah kerajaan mengukur keberkesanan pindaan ini selepas dilaksanakan? Saya turut ingin mencadangkan supaya kerajaan menetapkan beberapa indikator yang boleh diukur bagi menilai keberkesanan pelaksanaan pindaan RUU ini. Antaranya, termasuk tempoh pemulihan rangkaian, pendekatan liputan di kawasan strategik dan sempadan serta kesiapsiagaan menghadapi ancaman terhadap infrastruktur komunikasi.

Persoalan keenam, sejauh manakah kerajaan bersedia memastikan teknologi baru seperti AI, IoT, 5G dan bakal 6G disokong oleh infrastruktur komunikasi yang berdaya tahan dan selamat? Memandangkan teknologi ini bakal menjadi pemacu ekonomi digital negara, tahap keselamatan komunikasi perlu diperkukuh seiring dengan pembangunan teknologi tersebut. Apakah langkah jangka panjang kerajaan bagi memastikan infrastruktur komunikasi negara sentiasa bersedia menghadapi ancaman baru pada masa hadapan?

Persoalan terakhir saya ialah apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan penyelarasan yang berkesan antara semua agensi berkaitan dalam melaksanakan inisiatif ini. Ini termasuk kerjasama dengan SKMM, MKN, ATM, PDRM serta syarikat telekomunikasi. Bagaimanakah kerajaan memastikan semua pihak dapat bertindak secara pantas dan bersepadu sekiranya berlaku gangguan terhadap rangkaian komunikasi negara?

Kesimpulannya, saya berharap pelaksanaan pindaan ini akan sentiasa mengimbangi tiga perkara utama, iaitu keselamatan negara, hak pengguna dan pembangunan ekonomi digital. Ketiga elemen ini tidak seharusnya dilihat sebagai saling bercanggah, sebaliknya perlu bergerak seiring bagi membina sebuah negara digital yang selamat, berdaya tahan dan dipercayai oleh seluruh rakyat.

Terima kasih sekali lagi. Dengan ini, saya menyokong.

draft1:40 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih. Sekarang dijemput YB.

Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli.

draft1:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin turut sama berbahas untuk menyokong rang undang-undang ini yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan negara kita separas, sama level dengan kemajuan yang bergerak di seluruh dunia dan akhirnya nanti akan merapatkan di antara kita, sesama kita dalam negara ini tanpa mengira kawasan kita, jarak kita tapi kita boleh berhubung, kita boleh bertukar-tukar maklumat dengan kadar yang segera tanpa apa- apa halangan.

Saya yakin usaha yang dibuat oleh kementerian ini adalah untuk melengkapkan lagi bukan sahaja peranan akta ini tetapi juga untuk melihat jauh ke hadapan, seperti yang telah disebutkan oleh hampir semua pembahas pada hari ini, mengenai kepentingan sistem komunikasi sejagat ini di negara kita.

Dato’ Yang di-Pertua, definisi keselamatanini kita serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara. Ada pandangan yang kontroversial mengenai MKN, kerisauan tentang sama ada pelaporan dibuat secara tetap untuk dimaklumkan kepada rakyat ataupun MKN membuat keputusan-keputusan dalaman tanpa disebarkan.

Kita memahami bahawa MKN ini suatu organisasi yang sangat penting dalam negara kita yang dianggotai oleh hampir semua orang-orang yang perlu berada di situ, dengan Perdana Menteri sebagai pengerusi, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga pentadbir tertinggi negara, Ketua Setiausaha Negara dan kepimpinan pihak- pihak keselamatan seperti Angkatan Tentera, Polis Diraja dan juga disertai oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara. Ertinya, lengkap di sana dengan kementerian- kementerian yang juga relevan ya. Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi.

Jadi, apa yang diperlukan oleh rakyat ialah maklumat yang keluar dari keputusan-keputusan perbincangan dalam MKN ini. Walaupun ia bertaraf sulit, rahsia dan sebagainya tetapi rakyat juga harus dimaklumkan supaya kita dapat memahami suasana keselamatan yang ada dalam negara kita. Kalau beritanya baik, dia akan melegakan rakyat. Kalau ada sesuatu kecemasan dan isu keselamatan yang patut didedahkan, biar rakyat peka dan memahami apa tindakan-tindakan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah hasil daripada perbincangan tersebut.

Dan dengan sistem komunikasi yang canggih pada hari ini, amat bersesuaianlah apa yang telah diputuskan di dalam rang undang-undang ini untuk memastikan rangkaian-rangkaian komunikasi ini terlibat sama dengan aktif, bukan sekadar menyediakan prasarana tetapi juga menyumbang segala teknologi-teknologi yang terbaru dan memberikan jaminan kepada rakyat bahawa apa juga perubahan ini tidak melibatkan tambahan kepada kos hidup kita rakyat Malaysia. Ertinya, persoalan yang dibangkitkan oleh para Senator tadi siapa yang nak menanggung kos ini dan sebagainya adalah sangat relevan, yang memerlukan penjelasan daripada kementerian dalam penggulungannya selepas daripada ini.

Kita juga berhadapan dengan isu-isu keselamatan dari semasa ke semasa, sama ada ancaman daripada luar negara. Yang ini perlu segera dikomunikasikan kepada rakyat supaya rakyat tidak waswas dengan keupayaan kita dan rakyat boleh memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi. Tetapi seandainya yang keluar adalah khabar-khabar yang tidak pasti, maka rakyat sendiri akan berbalah sesama sendiri dan mengancam keselesaan perpaduan di kalangan rakyat kita.

Di samping itu, kita juga harus bersedia menerima kawalan supaya apa yang dibincangkan, apa yang dikeluarkan melalui rangkaian komunikasi yang ada pada hari ini tidak menjejaskan perpaduan negara kita.

Negara kita ini, Dato’ Yang di-Pertua, spesialnya dia ialah kerana sebagai masyarakat yang berbagai kaum, berbagai kepercayaan ini boleh hidup dalam satu negara kerana kita menerima kehadiran masing-masing bukan dengan mengorbankan mana-mana kaum tetapi menerima dan memahami bahawa setiap kaum dan kepercayaan itu ada premisnya sendiri dan memerlukan suatu kelonggaran dan keluasan untuk beramal dengannya.

Jadi, kalau kita boleh menerima masing-masing kekuatan ini ataupun kelemahan ini yang saya rasa boleh menjamin keadaan kehidupan kita yang lebih selamat, maka apa juga yang disebut di dalam pindaan ini dan juga undang-undang lain yang berkaitan boleh menyelesaikan pertelingkahan di antara kaum, di antara kepercayaan dengan mudah, di samping mendidik kita, rakyat, supaya kita menghargai, kita appreciate suasana yang kita ada ini dengan kita sedikit melenturkan semangat kita berkobar-kobar yang kadang-kadang kalau tidak dikawal, akan menyebabkan kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kecil hati, kemarahan dan kerisauan berbagai-bagai kaum yang ada di Malaysia ini.

draft1:44 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Jadi, kita harapkan dengan rang undang-undang yang akan kita luluskan ini, kita akan mendapat satu sistem rangkaian sejagat pemakluman yang cost effective, yang boleh membantu bukan hanya isu-isu keselamatan tetapi juga segala hal kehidupan kita, termasuk ekonomi kita, pendidikan kita dan pembangunan sosial yang ada di dalam negara kita ini.

Jadi Dato' Yang di-Pertua, itulah sahaja yang saya ingin sumbangkan. Mudah- mudahan kita akan dapat jalan yang terbaik dan keputusan yang terbaik dalam kita memutuskan rang undang-undang yang ada ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft1:50 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat.

Dijemput YB Senator Datuk Edward Linggu Bukut.

draft1:50 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Salam Sabah maju jaya. Saya dahului dengan pantun.

Dari Tuaran menuju Ranau, Singgah sebentar di Pekan Nabalu; Jika rangkaian gagal menjangkau, Rakyat terputus, negara terganggu. Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam peperangan moden, negara tidak semestinya kalah kerana kekurangan tentera. Negara boleh kalah hanya kerana komunikasi terputus selama beberapa minit sahaja.

Oleh itu, sokongan terhadap keselamatan negara mestilah disertai jaminan bahawa kawasan yang masih ketinggalan tidak terus tercicir. Dato' Yang di-Pertua, namun sokongan terhadap rang undang-undang ini mestilah disertai dengan beberapa penambahbaikan. RUU ini memberikan kuasa yang lebih luas kepada Menteri untuk mengarah SKMM melaksanakan Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat Kebangsaan bagi tujuan keselamatan negara.

Namun, ada kelemahan yang saya lihat ialah teks pindaan ini tidak menetapkan dengan jelas kewajipan pelaporan, ketelusan perbelanjaan dan akauntabiliti kepada Parlimen. Oleh itu, saya mencadangkan agar setiap arahan Menteri di bawah subseksyen baharu 202(1)(a), termasuk skop perbelanjaan dan hasil pelaksanaannya dilaporkan secara berkala kepada Parlimen ataupun Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang berkaitan, tertakluk kepada keperluan kerahsiaan keselamatan negara.

Dato' Sri Yang di-Pertua, hari ini benteng negara bukan lagi hanya pagar, kapal dan anggota keselamatan. Sebaliknya, negara akan diuji ketika banjir, gempa, pencerobohan, gangguan bekalan elektrik dan bencana berlaku serentak. Ketika itulah kita mengetahui sama ada sistem kita benar-benar tahan atau sekadar kelihatan baik di atas kertas.

Kekuatan negara diukur pada rangkaian paling lemah di sempadan, pulau, pesisir dan pedalaman. Dato' Yang di-Pertua, bagi wilayah Sabah sebagai wilayah yang berhadapan sempadan antarabangsa dan cabaran geografi yang luas, Sabah kini memperkukuh keselamatan The East Zone. Namun, teknologi sepintar mana pun tetapi bergantung pada rangkaian dan jika sambungan gagal, maklumat tidak akan sampai kepada pusat kawalan pada waktu yang diperlukan.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah pelaksanaan Inisiatif PPS Kebangsaan ini akan mempunyai satu rangka kerja yang jelas bagi menentukan keutamaan kawasan yang akan diperhatikan? Jika tiada kriteria yang telus, terdapat risiko bahawa keputusan pelaksanaan akan berbeza-beza mengikut keadaan, sedangkan keperluan keselamatan negara memerlukan perancangan yang konsisten dan berasaskan risiko.

Di sinilah saya berpendapat bahawa kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak, wajar dilibatkan secara lebih tersusun dalam menentukan keutamaan pelaksanaan dan inisiatif ini memandangkan mereka lebih memahami keperluan dan risiko di peringkat tempatan.

Sehubungan itu, saya mencadangkan sebuah koridor ketahanan komunikasi keselamatan Sabah diwujudkan sebagai projek rintis di bawah pelaksanaan pindaan ini.

Koridor ini bukan sekadar membina menara, ia seharusnya memastikan lokasi kritikal mempunyai sambungan alternatif bekalan kuasa sokongan keupayaan satelit apabila rangkaian darat gagal dan tempoh pemulihan perkhidmatan yang jelas.

Dato' Yang di-Pertua, satu kawasan boleh ditanda sebagai diliputi tetapi jika ia hanya bergantung pada satu menara, satu laluan penghantaran data atau satu sumber kuasa, satu kerosakan sahaja boleh memutuskan seluruh kawasan. Justeru itu, saya mencadangkan SKMM menerbitkan indeks ketahanan komunikasi mengikut negeri dan daerah. Indeks ini hendaklah mengukur tempoh gangguan, masa pemulihan, ketersediaan kuasa sokongan, laluan rangkaian alternatif dan keupayaan komunikasi kecemasan.

Dato' Yang di-Pertua, kita mesti juga melindungi tujuan asal Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Kumpulan wang ini ditubuhkan di bawah seksyen 204, Akta 588, dibiayai melalui sumbangan pemegang lesen dan khusus bagi pemasangan kemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi.

Dalam pengurusan dana awam, perlu ada jaminan terhadap ketelusan dan pelaburan. RUU ini tidak menyatakan satu mekanisme pelaporan berkala berhubung penggunaan dana dan ini bagi tujuan keselamatan negara. Saya mencadangkan agar SKMM menerbitkan laporan tahunan yang membezakan dengan jelas perbelanjaan bagi tujuan pembangunan luar bandar dan perbelanjaan bagi inisiatif keselamatan negara.

Ini bagi memastikan tujuan asal dana tidak terjejas dan keyakinan pemegang taruh dapat dikekalkan.

Dato' Yang di-Pertua, sehubungan itu, bagi memastikan pindaan ini mencapai hasratnya tanpa menjejas prinsip ketelusan dan keadilan, saya ingin mengemukakan empat cadangan penambahbaikan kepada kerajaan.

(i) utamakan koridor keselamatan dan kawasan berisiko di Sabah;

(ii) ukur ketahanan dan masa pemulihan, bukan peratus liputan semata-mata;

(iii) asingkan dan laporkan penggunaan dana supaya pembangunan luar bandar tidak terjejas; dan

(iv) menetapkan kriteria pelaksanaan yang telus dan berasaskan tahap risiko agar kawasan sempadan pulau dan pedalaman tidak tercicir daripada keutamaan nasional.

Dato' Yang di-Pertua, RUU ini memberikan satu landasan baru untuk memperkukuhkan ketahanan komunikasi negara. Dengan penambahbaikan ini dapat diberikan pertimbangan, saya yakin pindaan ini bukan sahaja akan memperkukuh keselamatan negara, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara. Dengan itu Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang- undang ini. Sekian, terima kasih.

draft1:52 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang selesai sesi perbahasan. Dengan ini dijemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft1:52 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah bagi sokongan dan juga pandangan terhadap rang undang-undang ini. Saya tidak akan menjawab ikut giliran pembahas kerana saya rasa ramai Ahli Yang Berhormat Senator sebenarnya dalam ucapan mereka, perbahasan mereka, ulangi isu yang sama.

draft1:59 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Jadi saya akan cuba untuk menjawab mengikut isu dan selepas itu sekiranya saya ada isu-isu yang belum jawab, saya juga hendaklah Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk bangkit sekali lagi supaya saya boleh jawab di sini ataupun secara bertulis. Terima kasih Dato' Speaker.

Beberapa orang Ahli Yang Berhormat Senator tanya tentang penentuan keselamatan negara seperti Senator Dr. Lingesh, Senator Dr. Hajah Wan Martina, seperti Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah. Saya nak tegaskan di sini, penentuan keselamatan negara yang akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut seksyen 4, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 iaitu Akta 776. Elemen keselamatan ini merupakan pertimbangan utama yang menjadi asas kepada pelaksanaan Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS Kebangsaan) yang dicadangkan. Bagi komponen keselamatan yang menjadi teras, Inisiatif PPS Kebangsaan, aspek keselamatan negara ataupun national security, dengan izin adalah suatu perkara yang mempunyai implikasi yang kritikal dan juga signifikan terhadap kepentingan dan juga kedaulatan negara yang tidak boleh diputuskan di peringkat kementerian ataupun Suruhanjaya iaitu MCMC.

Secara amnya, perkara-perkara yang menyentuh aspek keselamatan negara adalah perkara yang berada di bawah bidang kuasa dan juga pertimbangan MKN.

Sebenarnya apabila kita wujudkan— biarlah MKN untuk tentukan definisi ataupun skop keselamatan negara, bagaimana MCMC menjadi seorang pelaksana. Saya rasa ini sebenarnya juga merupakan satu mekanisme semak dan imbang kerana MKN adalah badan yang bebas daripada Kementerian Komunikasi dan MCMC yang mewujudkan elemen semak. Jadi ini boleh mewujudkan elemen semak dan imbang.

Pendekatan ini memastikan bahawa kuasa Menteri dan juga MCMC digunakan secara terarah dan tidak dibaca sebagai kuasa terbuka untuk menentukan perkara berkaitan keselamatan negara. Bagi maksud penentuan keselamatan negara di bawah Akta 776, saya ingin merujuk kepada Penyata Rasmi Dewan Negara bagi RUU tersebut iaitu takrif keselamatan negara tidak diperuntukkan dalam rang undang-undang ini kerana bentuk ancaman keselamatan negara adalah dinamik dan berubah-ubah mengikut situasi semasa. Ini adalah selaras dengan norma dan amalan antarabangsa kerana kebanyakan negara turut tidak mentakrifkan keselamatan negara dalam undang- undang keselamatan mereka.

Yang Berhormat Senator Martina juga tanya tentang dana PPS ini akan diguna pakai untuk projek— untuk kegunaan dana PPS ini. Saya nak jelaskan di sini bahawa kerangka PPS yang sedia ada adalah bertujuan bagi menyediakan kemudahan rangkaian, kemudahan rangkaian— perkhidmatan rangkaian dan juga pemberian perkhidmatan aplikasi bagi capaian kepada perkhidmatan telefon asas dan juga perkhidmatan capaian internet. Dana PPS adalah diwujudkan dan dikawal selia oleh MCMC berdasarkan sumbangan yang dibuat oleh semua pemegang lesen yang memenuhi keperluan. Jadi ia tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan.

Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini, memperkenalkan satu kategori baharu iaitu Inisiatif PPS Kebangsaan yang membolehkan dana PPS digunakan bagi menyokong inisiatif komunikasi dan kesalinghubungan keselamatan negara selaras dengan matlamat Akta 588.

Pindaan ini ia tidak mengubah rangka kerja PPS sedia ada. Berbeza dengan Inisiatif PPS sedia ada di bawah Akta 588, Inisiatif PPS Kebangsaan yang diperuntukkan— diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta 588 tidak terhad ataupun tidak tertakluk kepada kawasan yang kurang liputan perkhidmatan ataupun kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat, bergantung kepada keselamatan negara yang berkaitan.

Pelaksanaan Inisiatif PPS Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia. Selain daripada itu, saya nak memberi jaminan di sini bahawa pindaan ini, dia juga tidak akan menjejaskan ataupun mengambil alih projek sedia ada untuk memperluas liputan internet di kawasan luar bandar, pedalaman dan juga kawasan yang masih kurang mendapat perkhidmatan.

Usaha untuk merapatkan jurang digital kekal sebagai matlamat utama PPS.

Sebagai contohnya, MCMC telah mulakan Projek JENDELA 2 di mana lebih daripada 2,700 tapak baharu telah dikenal pasti iaitu kita akan tambah baik liputan internet dekat kawasan itu dengan mengguna pakai dana PPS. Untuk kumpulan satu, sebanyak 1,000 tapak telah pun dikenal pasti. Antaranya, 337 adalah dari Sarawak, 352 adalah dari Sabah dan 311 adalah tapak-tapak di Semenanjung. MCMC telah mengeluarkan pelawaan pertama bagi penyerahan draf pelan bagi kumpulan satu yang merangkumi 1,000 tapak di seluruh negara pada 31 Mac yang lalu. Dateline ataupun hari terakhir untuk penyerahan draf pelan ini adalah pada 19 Jun, dan projek ini dijangka bermula seawal suku ketiga, 2026.

Jadi, saya boleh tegaskan di sini bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat Senator tak perlu risau bahawa liputan internet dekat kawasan pedalaman itu akan diabaikan selepas kita meluaskan skop untuk dana PPS ini. Saya nak tegaskan di sini bahawa setiap infrastruktur komunikasi yang disediakan di bawah dana PPS perlu juga kita mementingkan ciri kedaulatan dan juga keselamatan infrastruktur tersebut. Tidak cukup jika kita hanya menyediakan infrastruktur ataupun menara komunikasi tetapi tidak memastikan kedaulatan dan juga keselamatan ciri-ciri infrastruktur dikawal oleh kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Senator Haji Hussin telah bangkit satu isu yang sangat bagus iaitu apabila liputan internet ditambah baik, apabila kelajuan internet ditambah baik tetapi sebenarnya kita juga nampak bahawa penipuan dalam talian juga menjadi semakin serius. Saya boleh kongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa untuk kes- kes penipuan dalam talian, ini adalah angka-angka ataupun social media posting yang telah kita turunkan sejak tahun 2022.

Pada tahun 2022, kandungan yang bersifat penipuan dalam talian yang telah diturunkan adalah sebanyak 242, tetapi angka yang telah diturunkan telah meningkat ke 6,297 dan untuk tahun 2024 angka ini tambah lagi kepada 63,652. Pada tahun yang lalu, angka ini sekali lagi meningkat ke 98,503 kandungan social media.

Saya nak kongsi, untuk tahun ini, setakat 31 Julai sahaja, kami telah turunkan 99,693 kandungan platform media sosial. Sebenarnya walaupun tak sampai hujung tahun lagi, tetapi kandungan yang telah diturunkan oleh sebab bersifat penipuan dalam talian, sebenarnya angka ini telah melebihi angka yang kita turunkan pada tahun yang lalu. Jadi ini telah menunjukkan bahawa sebenarnya keselamatan dalam talian ini juga merupakan satu aspek yang kita perlulah bagi fokus dan juga perhatian yang sepenuhnya.

draft2:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Yang Berhormat Senator Haji Hussin juga, takut ada kerisauan bahawa bagaimana kita hendak mengimbangkan kuasa MCMC, kementerian dan juga kerajaan untuk turunkan sesuatu kandungan. Apa yang akan berlaku sekiranya kandungan itu walaupun kita MCMC ataupun kerajaan menganggapnya bersifat sebagai satu ancaman ataupun kandungan yang memudaratkan tetapi sebenarnya untuk pengguna ataupun orang yang buat posting tersebut tidak setuju dengan pandangan ataupun finding, dapatan MCMC.

Saya juga hendak kongsi di sini bahawa sebenarnya memang ada satu mekanisme semak dan imbang iaitu di bawah Akta 588. Memang kita telah wujudkan satu Tribunal Rayuan yang kita panggil Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia dan Keselamatan Dalam Talian. Jadi, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terkesan dengan keputusan ataupun arahan MCMC, pihak tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Tribunal Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta 588 dan Tribunal Rayuan ini dia dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan pihak yang tidak setuju ataupun tidak gembira dengan keputusan Tribunal Rayuan ini juga boleh bawa kes ini pergi ke mahkamah untuk judicial review.

Jadi, saya hendak tegaskan di sini bahawa apabila kita tegaskan bahawa keselamatan dalam talian perlu diberi fokus yang serius tetapi kami juga faham bahawa kuasa MCMC, kuasa kerajaan tidak boleh tidak ada unsur check and balance. Oleh sebab itu, Tribunal Rayuan ini telah diwujudkan. Dan saya ingin menggalakkan untuk sesiapa yang rasa mereka tidak setuju dengan arahan MCMC, keputusan MCMC, sila guna pakai platform ini untuk kemukakan rayuan mereka.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat Senator juga tanya sama ada laporan tahunan penggunaan dana PPS ini akan disediakan, akan di— untuk pastikan bahawa dana ini diguna secara telus. Saya hendak jelaskan di sini bahawa, dalam perkara melibatkan pengurusan, pengauditan dan juga pelaporan kewangan PPS, mekanisme pelaporan dan juga tadbir urus kewangan berhubung dengan dana PPS ini semua telah diperuntukkan di bawah Peraturan PPS 2002 yang telah diwujudkan sebagai perundangan subsidiari kepada Akta 588.

Sebagai contoh di bawah Peraturan 36, laporan tahunan dan juga penyata akaun Kumpulan Wang PPS akan disediakan bagi memastikan ketelusan dan juga akauntabiliti dalam pengurusan dana. Kumpulan Wang PPS juga di audit oleh juruaudit bebas bagi memastikan penyata kewangan yang disediakan mengikut piawaian perakaunan dan juga memberi gambaran yang saksama terhadap kedudukan kewangan dana.

Mekanisme audit, laporan kewangan, tadbir urus ini berfungsi sebagai semak dan imbang bagi memastikan penggunaan dana PPS adalah terus, telus dan juga mematuhi objektif penubuhan dana ini.

Dan untuk setiap laporan tahunan dana PPS ini, yang setelah diaudit oleh juruaudit bebas, dia sebenarnya akan diterbitkan kepada orang awam dalam laman web MCMC untuk tujuan ketelusan. Jadi banyak Ahli-ahli Yang Berhormat Senator cadangkan kita bawa ke Parlimen. Sebenarnya kita buat lebih baik. Kita terus letak dekat website supaya semua orang, sesiapa yang berminat termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semua ada akses kepada laporan tahunan tersebut. Jadi, this is also untuk tunjukkan bahawa kita hendak pastikan pengurusan dana ini adalah secara bagus, accountable, bertanggungjawab dan juga telus.

Selain daripada itu, saya rasa ada juga, let me check, okey. Selain daripada itu, memang ada Ahli-ahli Yang berhormat juga minta supaya kementerian ini juga mengemukakan laporan kepada Parlimen tentang penurunan kandungan. Saya rasa sebenarnya kita tidak perlu tunggu laporan tahunan. Setiap kali Ahli-ahli Yang Berhormat tanya tentang kadar penurunan ataupun jumlah penurunan yang telah dibuat ataupun permohonan yang telah pun kita terima, sebenarnya kita setiap kali bersedia untuk menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Jadi sekali lagi saya rasa ini adalah ketelusan yang kita hendak tunjuk kepada Parlimen kami. Kita tidak ada masalah untuk hendak kongsi kan maklumat tersebut seperti tadi apabila ditanya tentang penipuan dalam talian, saya telah kemukakan angka penurunan sejak tahun 2022 hingga tahun ini. Jadi, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat Senator mempunyai pertanyaan secara spesifik, kami adalah— we are more than happy untuk membekal angka tersebut kepada YB-YB Senator.

Memang kita juga ada usaha untuk meningkatkan lagi literasi digital. Oleh sebab itu, kita telah wujudkan satu kempen yang kita panggil “Kempen Internet Selamat”.

Kempen ini telah dilancarkan pada tahun 2025 dan sehingga 30 Jun kempen ini telah dilaksanakan di 10,303 buah sekolah dan juga IPT yang melibatkan murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar IPT. Manakala 2,143 program juga telah dilaksanakan kepada masyarakat umum dengan jumlah keseluruhan penyertaan yang lebih daripada dua juta di seluruh negara.

Biar saya semak ada tidak soalan-soalan lagi yang saya belum jawab. Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit tadi tanya tentang keadaan ataupun situasi liputan internet dekat Sarawak. Seperti saya sebut tadi, tidak perlu risau kerana dana ini juga akan terus kita gunakannya untuk tambah baik liputan internet sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat khasnya yang datang dari Sabah dan Sarawak ataupun kawasan- kawasan tertentu ingin tahu tentang angka-angka statistik tertentu untuk kawasan tersebut, kami boleh sediakan porsi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat Senator.

Itu sahaja saya rasa isu-isu yang utama yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Tidak pasti ada yang saya tertinggal atau tidak? Kalau tidak, saya sekali lagi hendak ucap jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bagi sokongan dan kritikan yang membina dan juga pandangan yang bernas untuk perkara-perkara ataupun cadangan-cadangan yang boleh saya bawa balik ke MCMC ataupun kementerian. Saya akan bawanya supaya kita boleh bincangkan dekat kementerian dan juga bersama dengan MCMC secara lebih terperinci. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft2:10 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibaca kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Tuan Chiew Choon Man) dan diluluskan].

draft2:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Dipersilakan YB Menteri.

draft2:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

Dato’ Yang di-Pertua, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589] merupakan suatu akta yang memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mempunyai kuasa untuk menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia dan menguatkuasakan Undang-undang Komunikasi dan Multimedia dan juga perkara yang berkaitan.

Dalam beberapa dekad ini, industri komunikasi dan multimedia telah melalui perubahan yang pesat dipacu oleh kuasa ekonomi dan inovasi dalam pelbagai bidang teknologi. Pada masa ini, peranan MCMC dalam industri komunikasi dan multimedia tidak hanya terhad kepada fungsi kawal selia, malah merangkumi fungsi pemantauan terhadap keperluan membangunkan industri komunikasi dan multimedia agar selari dengan perkembangan dan juga kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Bagi memastikan MCMC kekal mampan dalam mengawal selia dan membangunkan industri, Akta 589 wajar dipinda untuk memperkukuh keupayaan MCMC dalam mengawal selia industri yang berkembang pesat dan berdepan dengan pelbagai cabaran.

Secara amnya, cadangan pindaan ke atas Akta 589 melibatkan perkara-perkara berikut. Pertama, fungsi pembangunan. Memperjelaskan kuasa MCMC untuk membangunkan dan mengawal selia piawaian berhubung perkara-perkara yang berikut:-

(a) infrastruktur dan juga platform yang mempromosikan kesalinghubungan, memperkukuh kepercayaan dan juga memacu perkembangan industri komunikasi dan multimedia sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh;

(b) keselamatan, perlindungan keselamatan, kewibawaan dan juga keutuhan aset maklumat rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi. Perkara ini berkait rapat dengan perihal keselamatan rangkaian dan siber di bawah bidang kuasa MCMC.

Kedua, tadbir urus. Perubahan kepada komposisi keanggotaan MCMC dengan meningkatkan bilangan maksimum wakil daripada pihak selain Kerajaan Persekutuan kepada tujuh orang sekali gus menambahkan bilangan maksimum anggota MCMC daripada sembilan orang kepada 11 orang. Selain itu, pindaan ini turut memperuntukkan secara khususnya bahawa Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab terhadap portfolio komunikasi dan multimedia hendaklah dilantik sebagai anggota ex- officio mewakili Kerajaan Persekutuan.

Memperuntukkan keperluan kepakaran dalam kalangan anggota MCMC bagi wakil daripada pihak selain daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang akan dilantik agar suatu standard yang jelas dan juga telus berhubung pelantikan anggota MCMC dapat diperlihatkan.

Pengerusi MCMC tidak dibenarkan menjadi Ahli Parlimen ataupun mana-mana Dewan Undangan bagi memastikan kebebasan Pengerusi MCMC. Memandangkan Pengerusi MCMC juga menjadi sebahagian daripada pihak yang mentadbir MCMC dalam kapasitinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Bagi tujuan kejelasan, turut dinyatakan bahawa Pengerusi MCMC merupakan pekerja MCMC.

Menjelaskan tempoh jawatan Pengerusi dan juga anggota MCMC yang lain kecuali anggota ex-officio di mana Pengerusi dan juga anggota MCMC yang lain hendaklah dilantik untuk tempoh dua tahun dan layak dilantik semula bagi tempoh yang sama, tetapi tidak boleh memegang jawatan untuk lebih daripada lima tempoh.

Pengerusi dan juga anggota MCMC yang lain kecuali anggota ex-officio boleh dilantik memegang jawatan yang lain sama ada sebagai Pengerusi ataupun anggota MCMC tertakluk kepada lima tempoh.

Pelantikan orang lain oleh Menteri sebagailah Pengerusi MCMC sekiranya Pengerusi MCMC tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya selama tempoh enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri. Dengan pelantikan ini, Pengerusi sebelumnya akan terhenti daripada menjadi anggota MCMC.

Memperuntukkan keperluan untuk mendaftarkan arahan Menteri yang dikeluarkan di bawah seksyen 18 Akta 589 yang mana keperluan yang serupa telah pun diperuntukkan bagi arahan-arahan Menteri yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jugalah Akta Perkhidmatan Pos 2012. Selain itu, turut diperuntukkan keperluan untuklah mewujudkan suatu daftar bagi arahan Menteri yang dikeluarkan.

Ketiga, operasi MCMC. Memperjelaskan kuasa MCMC untuk menjalankan audit ke atas sebarang maklumat dan juga aktiviti pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi. Ini adalah selaras dengan kuasa mengaudit yang terkandung di bawah seksyen 37A dan juga― minta maaf 73A dan juga 73B Akta 588.

Penjelasan mengenai pembayaran penalti kewangan yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini adalah selaras dengan pengenaan penalti kewangan bagi kesalahan-kesalahan tertentu seperti ketidakpatuhan kepada standard mandatori-mandatori dan juga kod industri sukarela yang diperkenalkan di bawah Akta 588.

Pemberian kuasa kepada MCMC untuk menerbitkan maklumat berhubung antara lain kesalahan yang dilakukan di bawah Undang-undang Komunikasi dan Multimedia yang dikawal selia oleh MCMC. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu peralatan penguatkuasaan, enforcement tools dengan izin, bagi mengekang perlakuan kesalahan di bawah Undang-undang Komunikasi dan Multimedia.

Peningkatan nilai had kewangan sedia ada ke atas kontrak yang boleh dimasuki oleh MCMC. Pada masa ini, MCMC perlu mendapatkan persetujuan daripada Menteri Kewangan untuk sebarang kontrak yang bernilai lebih daripada RM5 juta.

Had ini dicadangkan untuk dinaikkan kepada RM50 juta dengan mengambil kira peningkatan nilai kontrak yang melibatkan MCMC dan juga Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

draft2:21 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Memberikan fleksibiliti kepada MCMC berhubung syarat perkhidmatan pekerjanya selaras dengan kedudukan autonomi yang diberikan kepada MCMC dalam perihal pengambilan kerja.

Dato’ Yang di-Pertua, RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(Pindaan) 2026 ini mengandungi 17 fasal secara keseluruhannya. Fasal-fasal adalah seperti berikut:

Fasal 2 meminda seksyen 3, Akta 589 untuk memasukkan tarif baharu sistem komunikasi dan pindaan rujukan silang dalam tarif sedia ada Pengerusi.

Fasal 3 menggantikan seksyen 6, Akta 589 berhubung dengan komposisi keanggotaan MCMC iaitu seorang Pengerusi hendaklah bukan anggota mana-mana Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan.

Kedua, tiga orang anggota MCMC yang mewakili Kerajaan Persekutuan yang mana salah seorang daripadanya hendaklah Ketua Setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia anggota ex-officio. Ketiga, bilangan maksimum anggota lain iaitu selain daripada yang mewakili Kerajaan Persekutuan dinaikkan daripada lima kepada tujuh anggota. Anggota lain yang dilantikkan hendaklah seseorang yang mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbir awam, persaingan dan perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai yang ditentukan oleh Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kelima, anggota MCMC hendaklah bukan merupakan pekerja MCMC melainkan Pengerusi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.

Menggantikan seksyen 10, Akta 589 mengenai tempoh jawatan Pengerusi dan juga anggota MCMC lain, iaitu selain daripada Pengerusi di mana peruntukan mengenai tempoh jawatan tersebut diperuntukkan dalam peruntukan yang berasingan dengan kedua-dua Pengerusi dan juga anggota MCMC lain, iaitu selain daripada ex-officio hendaklah dilantik selama tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama tetapi tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh sama ada terus menerus atau selainnya.

Pindaan ini juga memperjelas bahawa seseorang yang telah dilantik sebagai Pengerusi di bawah perenggan 6(1)(a) atau sebagai mana-mana anggota lain di bawah perenggan 6(1)(b) atau (c) kecuali anggota ex-officio selepas melengkapkan tempoh maksimum jawatannya selama lima tempoh di bawah perenggan 10(1)(a) atau (b) sama ada secara berterusan atau selainnya adalah layak untuk dilantik sebagai Pengerusi di bawah perenggan 6(1)(a) atau sebagai anggota MCMC di bawah perenggan 6(1)(b) atau

(c) dan hendaklah memegang jawatan ini bagi tempoh yang sama yang dinyatakan dalam perenggan 10(1)(a) atau (b).

Fasal 5 meminda seksyen 13 Akta 589 untuk memperuntukkan asas pengosongan jawatan Pengerusi sekiranya dilantik atau dipilih sebagai Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan selaras dengan pindaan kepada seksyen 6 Akta 589.

Fasal 6 memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 589 bagi mengadakan peruntukan pemberhentian pelantikan Pengerusi sekiranya Pengerusi tidak hadir bertugas atau daripada Malaysia atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran menteri kerana apa-apa sebab dan Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi Pengerusi menurut Akta 589 dan selepas pelantikan tersebut, bekas Pengerusi adalah terhenti daripada menjadi anggota MCMC.

Fasal 7 meminda seksyen 16 Akta 589 untuk memperjelaskan fungsi MCMC berhubung perkara-perkara berikut:

(i) membangun dan juga mengawal selia piawaian berkenaan:

(a) infrastruktur dan juga platform yang akan menggalakkan saling kendalian, kepercayaan dan memacu pembangunan industri komunikasi dan multimedia dan ekonomi Malaysia yang lebih luas;

(b) keselamatan, perlindungan keselamatan, kewibawaan dan keutuhan aset maklumat rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi.

(ii) mengaudit mana-mana pemegang license atau mana-mana orang lain yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi.

Fasal 8 pindaan editorial kepada seksyen 17 Akta 589.

Fasal 9 meminda seksyen 18 Akta 589 untuk memperuntukkan mengenai keperluan untuk setiap arahan Menteri didaftarkan oleh MCMC tarikh kuat kuasa, tarikh arahan Menteri dan kuasa Menteri untuk mengubah, mengubahsuai atau membatalkan arahan tersebut.

Fasal 10 memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran arahan Menteri dan keperluan untuk menyelenggara suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan juga media elektronik.

Fasal 11 pindaan editorial kepada seksyen 20 Akta 589.

Fasal 12 pindaan editorial kepada seksyen 21.

Fasal 13 pindaan seksyen 23 untuk memberikan fleksibiliti kepada MCMC dalam menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.

Fasal 14 meminda seksyen 38 untuk membolehkan penalti kewangan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Fasal 15 meminda seksyen 45 untuk menaikkan had nilai kontrak yang boleh dibuat oleh MCMC tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan menteri dan persetujuan Menteri Kewangan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM50 juta.

Fasal 16 memasukkan seksyen baharu 53A untuk memberi MCMC kuasa untuk menyiarkan maklumat mengenai perkara-perkara tertentu termasuk mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang diambil oleh MCMC atau kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC.

Dan fasal 17 memperuntukkan mengenai kecualian dan juga peralihan. Secara tuntasnya cadangan pindaan Akta 589 ini adalah sebagai usaha untuk mengukuhkan peranan, fungsi, tadbir urus dan perjalanan operasi MCMC dalam memantapkan aktiviti pengawalseliaan berkaitan komunikasi dan multimedia dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih bertumpu, kompeten dan juga efisien.

Dato Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada sesiapa menyokong?

draft2:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya mohon menyokong.

draft2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, jam 2.40 petang, di hadapan saya ada seramai 10 orang ahli yang hendak berbahas. Maka saya buat ketetapan bahawa masa diberikan adalah lapan minit seorang. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin.

draft2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker atas kesempatan yang diberikan kepada saya, lapan minit. Saya cuba habiskan lapan minit. Yang tadi pun tak habis lagi sebenarnya.

[Ketawa]

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya, saya ambil apa— sangka baiklah.

[Ketawa]

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri dan seluruh pegawai kementerian atas usaha memperkukuhkan kerangka perundangan negara yang selari dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas berkembang sejak kebelakangan ini.

Di ruang ini ya Datuk Yang di-Pertua, pihak kerajaan sedang mencadangkan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mana tumpuan pindaan ini adalah kepada membuat perubahan kepada komposisi suruhanjaya, memperluaskan fungsi suruhanjaya dan juga meningkatkan nilai wang bagi kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Di Dewan Rakyat, saya berkesempatan untuk meneliti dan juga mengikuti perkembangan perbahasan di Dewan Rakyat dan apa yang dibangkitkan ketika perbahasan adalah lebih menumpukan kepada penyebaran maklumat palsu, eksploitasi kanak-kanak, perjudian dalam talian, penyalahgunaan teknologi yang dikaitkan dengan pindaan undang-undang ini. Dan saya juga menyokong bahawa ancaman ini memerlukan sebuah pengawal selia yang cekap, profesional dan mempunyai kuasa yang mencukupi.

Dan kalau dilihat kepada pindaan yang dibawa dalam undang-undang ini kita lihat kepada fasal 4 yang mempromosikan komposisi mereka yang menjadi anggota itu di kalangan mereka yang— dia di kalangan pegawai Kerajaan Persekutuan dan salah seorangnya daripada ketua setiausaha bagi kementerian dan kemudian jumlah komposisinya dipertingkatkan. Dan yang paling penting di para (c) menyatakan bahawa anggota yang dilantik itu terdiri daripada mereka yang berkemahiran dan berpengalaman dalam isu-isu yang melibatkan komunikasi dan multimedia serta kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi dan sebagainya.

Ini adalah satu pindaan yang merangkupi aspek-aspek bagi memantapkan peruntukan di bawah undang-undang ini yang seharusnya kita berikan sokongan kepada cadangan pindaan ini. Namun, apa yang saya cuba bawakan perbahasan pada pagi ini adalah dimensi dalam dunia digital ini, kuasa bukan lagi pada sesiapa yang memiliki senjata, tetapi siapa yang dapat mengawal maklumat. Dan apa yang penting sekarang ini, kepercayaan rakyat terhadap regulator ataupun pihak penguat kuasa adalah lebih penting daripada kuasa regulator itu sendiri.

Undang-undang yang baik bukan yang paling keras, tetapi undang-undang yang baik adalah yang paling sukar untuk disalahgunakan dan dimanipulasikan. Jika kita memberi lebih kuasa kepada regulator, kita juga mesti memberi lebih akauntabiliti kepada regulator dan teknologi sentiasa bergerak ke hadapan dan persoalannya sama ada undang-undang yang perlu dipinda ini sama ada ianya cukup anjal, fleksibel untuk menghadapi perubahan yang belum wujud yang kita tahu bakal datang nanti.

Dan kalau kita fikirkan tentang keselamatan negara. Keselamatan negara tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup ruang kritikan yang berasaskan daripada fakta.

Tugas kita sebenarnya ialah untuk mencari titik keseimbangan di antara kuasa yang diberikan kepada regulator dan kebebasan juga kepada pihak pengguna. Ini aspek yang perlu kita telitikan.

Untuk maksud itu, izinkan saya menyentuh tentang persoalan pertama. Adakah kita sedang mengawal teknologi semalam untuk menghadapi cabaran esok?

Kebanyakan undang-undang digubal setelah sesuatu masalah timbul. Apabila berlaku sesuatu kejadian yang mungkin sukar untuk ditangani melalui penguatkuasaan undang- undang yang sedia ada, kita lahirkan sebuah— sesuatu undang-undang, tetapi dunia digital bergerak pantas dan proses penggubalan undang-undang kadang-kadang terkebelakang jika dilihat kepada perkembangan proses digital yang sedang, yang berlaku begitu hebat sekali.

Jadi, bila kita bercakap tentang media sosial, esok kita akan berhadapan dengan ejen AI yang boleh berunding, membuat keputusan dan menghasilkan kandungan tanpa melibatkan campur tangan manusia. Lima tahun lagi, kita tak tahu. Mungkin teknologi kuantum mungkin mengubah keseluruhan landskap keselamatan siber. Dan persoalannya adakah pihak MCMC, SKMM ini bersedia atau mempunyai mekanisme untuk menjaga, menjangkakan ancaman yang belum wujud yang belum kita ketahui tetapi kita akan expect ianya berlaku?

Dan oleh itu, saya mencadangkan supaya pihak SKMM menubuhkan satu unit pemantauan trend digital iaitu unit yang bertanggungjawab mengenal pasti teknologi baharu, menilai risikonya kepada pengguna kepada masyarakat dan mengemukakan syor dasar kepada kerajaan sebelum sesuatu teknologi menjadi satu ancaman.

Dan untuk maksud itu juga kita juga perlu memikirkan bahawa sama ada undang- undang yang sedia ada, of course. kita tahu bahawa pindaan undang-undang ini hanya mencakupi aspek-aspek tertentu, tetapi di masa akan datang, adakah kita bersedia untuk kita menggubal, kita meminda semula undang-undang yang sedia ada bagi menghadapi cabaran masa depan? Itu cadangan saya yang pertama.

Seterusnya, apabila kita nak mencadangkan, saya juga ingin mencadangkan berkaitan dengan apakah ukuran kejayaan kepada penggubalan sesuatu undang- undang ataupun pindaan kepada sesuatu undang-undang? Kita sering melihat ataupun mengukur kejayaan itu dengan berapa ramai orang yang telah kita seret ke mahkamah.

Berapa orang yang telah kita tuduh dan akhirnya mendapat sabitan di mahkamah, tetapi persoalannya, adakah ini matlamat dia?

Adakah kita nak memikirkan pula daripada perspektif yang lain iaitu adakah rakyat lebih selamat dengan adanya undang-undang yang kita pinda ini ataupun apabila kita menggubal sesuatu undang-undang baharu, adakah rakyat lebih selamat? Dan adakah penipuan di dalam talian ini semakin berkurangan akibat pindaan undang- undang yang kita perkenalkan ini? Dan adakah kanak-kanak lebih terlindung apabila pindaan dilakukan? Adakah rakyat semakin yakin terhadap ekosistem digital negara?

Dan adakah Malaysia menjadi destinasi pelaburan digital yang boleh dipercayai oleh masyarakat luar sana?

Jika jawapannya adalah satu jawapan yang positif, maka pihak MCMC, SKMM telah berjaya untuk menimbulkan suasana kepercayaan masyarakat ataupun masyarakat di luar negara untuk mempercayai kekuatan negara kita dalam menangani isu-isu begini. Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, kecerdasan buatan akan mempengaruhi pendidikan, ekonomi, pilihan raya, kewangan, media dan keselamatan negara.

Dan persoalannya, siapakah yang akan memastikan teknologi ini digunakan secara bertanggungjawab? Dan of course, ianya dah di bawah tanggungjawab MCMC, SKMM dan perlu diberikan mandat untuk membangunkan kod etika AI iaitu bagi menyelaraskan dan mencadangkan pemantauan dan bekerjasama dengan pihak academician, pihak industri dan masyarakat sivil.

Malaysia tidak seharusnya menunggu sehingga berlaku sesuatu krisis sebelum kita menggubal ataupun meminda sesuatu undang-undang.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dah habis masa ya? Oh, saya tadi apa— bila dengar ucapan Dato’ Salehuddin, saya memang sentiasa tertarik. Ada sebut pasal quantum computing tadi.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Thank you.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya rasa boleh tambah masa sikit lagilah.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tapi jangan banyak sangatlah.

[Ketawa]

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Seterusnya, apabila kita bercakap tentang isu-isu yang saya bangkitkan tadi, kadang-kadang kita kena lihat mungkin kita punyai pengalaman tetapi pengalaman kita mungkin pengalaman yang tidak seperti mana pengalaman negara-negara luar. Contohnya, paling dekat Singapura. Kita, Singapura mengamalkan satu konsep memperkukuhkan penguatkuasaan dengan cara memberi penekanan kepada pendidikan literasi digital dan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan masyarakat sebab mereka adalah mempunyai masyarakat citizen yang celik IT, celik digital.

Maka, rakyat lebih mudah untuk memahami sesuatu undang-undang yang dikuatkuasakan dan sukar untuk mereka ini dipergunakan oleh sindiket-sindiket ataupun syarikat-syarikat besar yang memanipulasikan digital moden ini. Dan inilah juga kalau kita ambil contoh Kesatuan Eropah yang telah memperkenalkan pendekatan yang menekankan tanggungjawab platform digital terhadap risiko sistemik. Masalahnya sekarang ini, kita ada syarikat-syarikat pengendali komunikasi ini yang kadang-kadang kita sukar untuk mengawal mereka.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mereka bukan base di sini, mereka base di luar negara. Dan andai kata kita tidak ada satu jaringan, kita tidak ada satu sistem yang boleh mengawal dan mengikat mereka ini untuk lebih bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan media-media sosial ini, kita akan gagal untuk melaksanakan apa saja penguatkuasaan undang-undang yang kita gubal dan yang telah kita pinda.

Untuk itu saya— Datuk Yang di-Pertua, bagi memberi ruang kepada rakan-rakan saya yang lain juga, saya dengan ini menyokong pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Saya juga memohon supaya pihak kementerian mengambil kira cadangan untuk memperbaiki, bukan sekadar untuk melihat kepada rang udang-undang ini, bukan sekadar melihat kepada pindaan ini, juga perlu melihat kepada mechanism bagaimana kita nak melaksanakan sesuatu undang-undang yang telah kita gubal dan juga telah yang kita telah pinda.

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Dato’ Setia Salehuddin kerana memahami keadaan.

[Ketawa] Sekarang saya jemput Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub.

draft2:50 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

Tahniah kepada kementerian kerana dengan wujudnya pindaan RUU ini, lima perkara sudah pun dibuktikan berjaya. Antaranya, memperkukuh SKMM, menambah baik fungsi audit, memperluaskan bidang kuasa suruhanjaya dengan lebih bijaksana dan juga mewujudkan daftar arahan Menteri, antara kejayaan dengan mewujudkan pindaan ini.

Walau bagaimanapun Yang di-Pertua, saya mohon izin, saya lebih berminat untuk membawa perkara-perkara yang berkaitan dengan keputusan mahkamah yang diputuskan yang terkini berkaitan dengan SKMM...

draft2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey.

draft2:51 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Sebelum itu, daftar arahan Menteri, saya tertarik dengan pandangan Menteri sebentar tadi, adalah berkenaan dengan betapa drastik dan tetapi sangat bijaksana kementerian ini kerana telah mewujudkan sistem arahan Menteri yang didaftarkan dalam web yang menunjukkan transparensi, tapi nasihat saya, kadang-kadang transparensi tidak sama dengan akauntabiliti.

Bermaksud di sini, publication of power with due respect, tidak sama dengan justification of power. Di sini, mestilah menjelaskan bahawa sesuatu arahan hanya memberitahu masyarakat bahawa kuasa yang bagaimana yang digunakan. Mengapa arahan itu diberikan, mengapa objektif itu diberikan prioriti dan apakah alternatif yang telah dipertimbangkan dan bagaimana mewujudkan bahawa SKMM ini benar-benar memahami RUU pindaan yang telah diperkenalkan.

Janji saya tadi, adalah merujuk kepada kes terkini Yang di-Pertua, yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Pada tahun ini 2026, yang merujuk kepada seksyen 233(1) yang tidak dipinda. Bermaksud, ia sangat relevan kerana rakan-rakan yang bijaksana Senator sebelum ini, mewujudkan satu ilustrasi, tetapi keputusan mahkamah ini, perlulah dijadikan cerminan kepada kementerian kerana ia boleh memandu kementerian supaya tidak mengulangi apa sahaja yang telah diputuskan di dalam seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia sebelum ini yang kita bincangkan.

Mahkamah Persekutuan menekankan bahawa masalah sebenar, boleh berlaku ya. Bukan semata-mata pada teks undang-undang tetapi kepada bagaimana kita mengaplikasi pindaan yang dibuat kepada RUU ini. Mahkamah telah pun menyebut bahawa keputusan kes ini bernama— sangat mudah untuk kita ingat ya— Government of Malaysia dan Heidy Quah Gaik Li, Mahkamah Persekutuan. Kalau tak silap saya, Februari 2026.

Mahkamah menyatakan bahawa pendakwaan terhadap Heidy ini sepatutnya tidak dibawa di atas kandungan Facebook-nya semata-mata. Bermaksud, kita telah besarkan kuasa di bawah pindaan ini, tetapi kita harus berhati-hati bahawa setiap peruntukan yang diperlukan seperti penekanan sebelum pendakwaan dibuat, bagaimana kedudukan niat pesalah tersebut haruslah dibuat dengan kadar yang very proportionate, yang saya sebut daripada awal minggu lepas. Maka di sini, fungsi Parlimen masih dan sangat relevan untuk membina arkitek against kepada penyalahgunaan kuasa.

Seterusnya Yang di-Pertua, had kontrak 5 juta dinaikkan kepada 10 kali ganda kepada 50 juta. Saya memahami realiti ekonomi dan saya juga sangat memahami bahawa perkara-perkara berkaitan kos teknologi, cybersecurity infra dan kepelbagaian yang berkaitan dengan teknologi ini, sangat-sangat memerlukan belanjawan yang besar, tetapi kenaikan 5 juta kepada 50 juta ini, bukan incremental adjustment semata-mata. Ia adalah tenfold increment, Yang di-Pertua.

Jadi kalaulah— persoalan saya amat mudah, apakah empirical justification untuk mendapatkan angka ini— kenapa tidak 51, kenapa tidak 70, kenapa tidak 30 dan sebagainya?

draft2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft2:51 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Mungkin saya nak dengarlah, pandangan Menteri terhadap pemilihan angka ini, lebih besar kuasa kewangan yang diberikan, lebih kukuhlah yang kita expect, harapkan mekanisme integriti yang diperlukan.

Jadi saya melihat berdasarkan kes-kes mahkamah yang telah berlaku, yang perlu menjadi cerminan kepada kementerian adalah kontrak melebihi threshold tertentu tertakluk kepada mekanisme tambahan seperti yang kita dah bina dalam kedua-dua akta hari ini, RUU hari ini, iaitu bidang kuasa audit, disclosure mengelakkan misrepresentation— salah nyataan dan juga pengaruh tidak wajar— unduly influenced dengan memberikan kontrak perkhidmatan kepada orang yang nak membuat permohonan. Prinsipnya di sini adalah financial autonomy dengan izin Yang di-Pertua, must travel together with financial accountability.

Yang di-Pertua, kepakaran teknologi masa hadapan, belum dinyatakan secara tegas. Saya mengalu-alukan peruntukan seksyen 6 (1)(c) yang memperluas bidang kuasa anggota, tetapi kita sedang menggubal struktur penambahbaikan perundangan untuk masa hadapan. Jadi, keadaan seperti artificial intelligence dengan izin, cybersecurity dan sebagainya, termasuklah ability of brain yang kita bincang last minggu lepas berkenaan ability manusia untuk membuat keputusan apabila berlakunya perkara- perkara berkaitan teknologi perlu dititikberatkan. Bukan semata-mata— tidak hanya berbentuk penyaluran maklumat semata.

Prinsip yang terakhir ya— saya tidak mengambil masa yang 8 minit, sebab telah pun diinfakkan kepada Senator YB Dato’ Setia Salehuddin tadi.

[Ketawa] Prinsip Heidy Quah dalam kes Mahkamah Persekutuan tadi, adalah masalah masa hadapan. Mungkin bukan kekurangan kuasa, tetapi cara kuasa digunakan.

Federal Court— Mahkamah Persekutuan dalam kes ini, memberikan pengajaran yang sangat relevan dan dia sangat baharu dan sangat terkini.

Mahkamah menerima kepentingan keselamatan dalam talian, tetapi pada masa yang sama, menekankan perlunya keseimbangan dengan kebebasan bersuara. Dalam kes ini, hak bersuara, hak asasi mestilah diharmonisasikan dengan keseimbangan kuasa diberikan kepada eksekutif. Lebih signifikan, mahkamah menyatakan bahawa masalah boleh terletak pada misguided dengan izin, dan unwarranted enforcement.

Bukannya semata-mata pada kewujudan undang-undang itu sendiri.

Saya tetap menyokong RUU ini, YB Menteri, tetapi saya berharap kes janganlah berlaku banyak lagi kes sepertimana kes Heidy Quah Gaik Li ini yang bila sampai ke level Mahkamah Persekutuan, barulah kita merobah dan merobek bentuk regulator. Itu saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi.

draft2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Profesor. Satu ucapan yang saya pun kurang memahami tapi relevan kerana melibatkan keputusan mahkamah.

[Ketawa] Sekarang, saya jemput Senator Tuan Niran Tan Kran.

draft2:51 PM

Tuan Niran Tan Kran

Salam sejahtera dan salam Sawadee. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian di dalam pembahasan RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026.

Pada mulanya, saya ingin mengatakan bahawa saya menyokong RUU ini kerana saya melihat usaha kerajaan memperkukuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah selaras dengan perkembangan pesat dunia, komunikasi dan teknologi digital hari ini. Kini, komunikasi bukan lagi sekadar televisyen, radio atau akhbar.

draft2:59 PM

Tuan Niran Tan Kran

Dunia digital telah berkembang kepada media sosial, platform, penstriman, aplikasi, komunikasi, kecerdasan buatan dan pelbagai medium baharu yang mampu mempengaruhi pemikiran serta persepsi masyarakat di dalam sekelip mata.

Oleh yang demikian, saya menyambut baik pindaan-pindaan yang dicadangkan khususnya dalam memperkukuhkan struktur Suruhanjaya, memperluaskan fungsi SKMM dalam aspek pembangunan piawaian, keselamatan rantaian komunikasi, integriti maklumat, kuasa pengauditan, ketelusan pentadbiran serta keupayaan suruhanjaya melaksanakan tugas-tugasnya dengan lebih berkesan.

Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan komunikasi sebenarnya kita membincangkan soal pengaruh. Apabila kita membincangkan media, sebenarnya kita sedang membincangkan pembentukan persepsi masyarakat dan apabila kita membincangkan kandungan digital, kita sebenarnya sedang membincangkan bagaimana rakyat Malaysia memahami sesuatu agama, sesuatu kaum dan sesuatu budaya.

Sebab itulah saya mengambil kesempatan ini pada hari ini untuk membawa satu perkara amat dekat di hati masyarakat Siam-Malaysia. Baru-baru ini masyarakat Siam- Malaysia telah melahirkan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap paparan dalam suatu drama tempatan bertajuk Santau Perempuan Terlarang terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. yang disiarkan menerusi TV3.

Dalam drama tersebut, dipaparkan satu watak berjubah yang menyerupai sami Siam namun watak tersebut dikaitkan dengan amalan pembomohan, isu mistik dan ilmu hitam. Perkara ini telah mengundang rasa kecewa dalam kalangan masyarakat Siam kerana pakaian, imej dan penampilan yang digunakan begitu sinonim dengan institusi Sangha Buddha Siam sedangkan peranan sebenar sami Siam adalah jauh berbeza daripada gambaran yang dipersembahkan.

Sebagai Senator yang mewakili masyarakat Siam, saya merasa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa suara masyarakat yang berasa tersinggung dan bimbang terhadap kesan jangka panjang paparan seperti ini. Saya tidak berniat mempertikaikan kebebasan berkarya, saya tidak berniat menghukum mana-mana pihak, tetapi saya percaya bahawa setiap kebebasan turut datang bersama tanggungjawab.

Persoalannya, apakah tindakan kerajaan supaya perkara ini tidak diulangi?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ramai mungkin tidak mahu mengetahui bahawa...

draft3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh mencelah sedikit, boleh mencelah?

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh bagi laluan, Tuan Niran?

draft3:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Yes.

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

draft3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih.

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Niran duduk dulu. Biar Dato’ Salehuddin.

draft3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Menarik saya....

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Seri Na’im pun tadi senyum saja bila sebut fasal sami ini— paparan sami ini. Silakan.

draft3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, cuma sedikit saja saya nak minta pencerahan daripada Yang Berhormat Niran. Itu satu isu yang mungkin dikata— boleh dikategorikan sebagai isu sensitif yang mana pihak autoriti perlu ambil tindakan. Cuma persoalannya adakah sebarang laporan dibuat berkaitan dengan isu drama yang memaparkan satu bentuk penceritaan yang boleh— agak sensitif kepada kumpulan warga Siam? Silakan. Terima kasih.

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ini pandangan daripada Pengerusi MAIS ke ini?

Silakan YB Niran.

draft3:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Sebenarnya mereka dah betulnya nak buat laporan.

tetapi saya sebenarnya telah tulis surat kepada Menteri kerana kita tak perlu uar-uarkan dan kita settle senyap-senyap sahaja. Saya berharap bahawa kementerian akan mengambil tindakan tegas kepada perkara inilah. Boleh saya teruskan?

draft3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Next, silakan.

draft3:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa sami Siam ini bukan bomoh. Sami Siam ialah anggota Sangha Buddha Trioda yang menjadikan kehidupan berasaskan disiplin beragama yang sangat ketat. Mereka mendidik masyarakat dengan nilai moral. Mereka mengajar anak-anak mengenai nilai-nilai murni, membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang penuh belas kasihan, kasih sayang dan keamanan.

Wat Siam pula merupakan rumah ibadat, pusat pendidikan agama, pusat pembangunan masyarakat serta tempat masyarakat mendapatkan bimbingan kerohanian. Inilah hakikat sebenar institut Sangha Buddha Siam yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama. Oleh itu, apabila pakaian sami digunakan bagi menggambarkan watak bomoh yang menjalankan ritual ilmu hitam, persepsi masyarakat akan mudah terpesong.

Lebih membimbangkan lagi apabila drama tersebut disiarkan mulai siaran televisyen dan kemudiannya tersebar pula di pelbagai platform digital sehingga ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat yang tidak pernah mengenali kehidupan sebenar sami Siam akan menyangka bahawa gambaran dalam drama itulah realiti sedangkan hakikatnya sama sekali tidak.

Datuk Yang di-Pertua, saya— masa tidak cukup. Saya terus kepada rang undang-undang ini. Sehubungan itu cadangan pindaan RUU ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri.

Pertama, isu kebebasan Suruhanjaya sebagai badan pengawal selia. Cadangan pindaan seksyen 6 menyentuh keanggotaan SKMM walaupun bertujuan memperkukuhkan tadbir urus, terdapat beberapa isu dasar dan tadbir urus yang wajar diberi perhatian supaya pindaan ini benar-benar meningkatkan kebebasan, integriti dan kredibiliti SKMM sebagai badan pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Kedua, semua anggota dilantik oleh Menteri tanpa mekanisme semak imbang.

Persoalannya, adakah ini akan benar-benar mencerminkan kebebasan institusi?

Sebuah badan pengawal selia yang membuat keputusan terhadap syarikat telekomunikasi, menyediakan platform digital dan media seharusnya dilihat bebas daripada pengaruh politik atau eksekutif.

Justeru, saya mencadangkan pelantikan pengerusi dan anggota mendapat pertimbangan untuk mulai proses semakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai satu bentuk semak dan imbang bagi meningkatkan ketelusan dan kebebasan SKMM.

Kedua, pertimbangan wakil kerajaan dalam suruhanjaya. Pindaan ini memperuntukkan tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan termasuk Ketua Setiausaha kementerian sebagai ex-officio menjadi Ahli Suruhanjaya.

Persoalannya, adakah komposisi menyebabkan Suruhanjaya lebih cenderung melaksanakan kehendak kementerian berbanding dengan bertindak sebagai pengawal selia yang bebas? Kita perlu memastikan SKMM bukan sekadar pelaksanaan dasar kerajaan, tetapi sebuah institut yang membuat keputusan berdasarkan undang-undang, bukti dan kepentingan awam.

Ketiga, kuasa budi bicara Menteri yang terlalu luas. Saya ingin menarik perhatian kepada fasa yang memboleh Menteri menentukan apa-apa kelayakan yang lain yang bersesuaian. Peraturan ini terlalu umum dan boleh membuka ruang pada pelantikan berdasarkan pertimbangan subjektif. Mengapa tidak dinyatakan dengan jelas syarat kelayakan seperti pengalaman dalam keselamatan siber, kecerdasan buatan, perlindungan data, hak penggunaan digital atau tadbir urus platform digital.

Pindaan fasal 15, saya ingin mendapat penjelasan Menteri mengenai fasal 15 pindaan menaikkan had nilai kontrak yang boleh dibuat oleh SKMM tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan lebih RM5 juta— kepada RM50 juta iaitu peningkatan sebanyak 10 kali ganda.

draft3:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Apakah justifikasi kenaikan yang begitu besar? Apakah mekanisme semak dan imbang yang akan menggantikan keperluan kelulusan tersebut bagi memastikan ketelusan integriti dan nilai terbaik kepada rakyat? Saya juga mencadangkan agar semua kontrak bernilai tinggi terus tertakluk kepada proses tender terbuka, audit berkala dan pelaporan kepada Parlimen supaya keyakinan awam terhadap tadbir urus SKMM terpelihara.

Saya menyokong hasrat kerajaan memperkukuhkan SKMM. Namun, perkukuhkan institusi bukan hanya bergantung kepada pertambahan anggota atau perubahan sosial, yang penting ia memastikan suruhanjaya ini bebas daripada campur tangan, telus dalam pelantikan, bebas daripada konflik berkepentingan serta benar- benar mempunyai kepakaran dalam yang diperlukan untuk menghadapi cabaran komunikasi dan ekonomi digital masa depan.

Saya percaya media mempunyai kuasa yang amat besar. Media mempunyai penyatuan— mampu menyatukan rakyat. Media juga mampu memecahbelahkan rakyat jika kandungan-kandungan yang tidak ditangani dengan penuh tanggungjawab. Justeru, saya berharap rang undang-undang ini bukan sahaja memperkukuhkan struktur dan fungsi SKMM, tetapi turut menjadikan pemangkin kepada pembentukan satu ekosistem media yang lebih bertanggungjawab, lebih beretika, lebih berintegriti dan lebih menghormati kepelbagaian agama, budaya serta identiti masyarakat Malaysia.

Selain daripada itu, jika pindaan ini benar-benar bertujuan memperkukuh tadbir urus, maka ia juga perlu memperkukuh kebebasan akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap SKMM. SKMM yang menjadi sebuah pengawal selia yang dihormati*...

[Dicelah]*

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Niran, panjang lagi?

draft3:10 PM

Tuan Niran Tan Kran

Habis. Sudah habis.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Habis dah ya?

draft3:10 PM

Tuan Niran Tan Kran

Habis dah.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Kita amat menghargai tadi banyak penjelasan mengenai peranan sami dan juga Wat ya. Ini bukan masyarakat Siam, tapi dah panjang masa ini...

[Ketawa]

draft3:10 PM

Tuan Niran Tan Kran

Itu patutnya dah habis. Okey. Dah habis. Satu ayat lagi.

Dengan itu, SKMM akan menjadi sebuah pengawal selia yang dihormati, berwibawa dan sedia menghadapi cabaran ekonomi digital negara. Dengan harapan tersebut, saya menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tuan Niran. Sekarang saya jemput YB Senator Tuan Azahar bin Hassan.

draft3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.

Pertama sekali, kita nak ucap tahniah kepada Kerajaan BN-PN yang telah menjadi kerajaan di Negeri Sembilan. Tahniah.

draft3:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft3:13 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Boleh nah?

draft3:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dah sebut, dah terlepas.

[Ketawa]

draft3:13 PM

Tuan Azahar bin Hassan

[Ketawa] Okey, kita akan bincangkan suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia 1998.

Dalam masa kini, memang media memainkan peranan penting di dalam seluruh dunialah termasuk di Malaysia dengan pelbagai kelebihan dan juga berbagai kelemahan dan juga berbagai masalah yang telah menyeliputi di Malaysia ini jugalah. Okey, jadi hari ini kita kena tengok bagaimana suruhanjaya ini dapat berfungsi untuk membantu mengawal keadaan supaya Malaysia menjadi lebih baik dari segi media massa.

Beberapa perkara perlu diperjelaskanlah untuk kita memastikan bahawa media- media ataupun suruhanjaya ini dapat berfungsi dengan baik. Antaranya ialah memperkukuhkan kebebasan dan tadbir urus MCMC, menjelaskan mekanisme pelantikan pengerusi dan juga anggota suruhanjaya, memastikan keputusan MCMC bebas daripada campur tangan yang tidak wajar, memperkukuhkan akauntabiliti melalui pelaporan kepada Parlimen.

Kemudian, kita tengok yang kedua, kuasa penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Keupayaan bertindak pantas terhadap kandungan yang berbahaya, penipuan dalam talian dan ancaman keselamatan siber, memperkukuhkan kerjasama antara MCMC, PDRM, Bank Negara Malaysia dan juga agensi lain. So, kita kena pastikan bahawa setiap langkah yang kita ambil dapat membantu. Kaitan antara agensi ini penting. Jadi, suruhanjaya ini saya harap dapat memberi satu sinar barulah dari segi— sebab dia daripada zaman dahulu, Internet, AI, semuanya tak ada. Sekarang ini semuanya memang macam-macam kepandaian manusia.

Kemudian, cabaran teknologi baru yakni kesan AI generatif dan Deepfake terhadap penyebaran maklumat palsu, keperluan garis panduan yang jelas untuk platform digital dan juga penyedia perkhidmatan. Kemudian, kita perlu juga perlindungan pengguna. Memastikan pengguna mendapat akses kepada Internet yang berkualiti, selamat dan mampu milik. Kita tengok Internet hari ini pun masih mahal lagi. Sebulan RM200, RM300. Mahal lagi. Kalau di negara-negara lain saya rasa lebih murah. Di Thailand, di Laos, di Cambodia, lebih murah.

Kemudian, tindakan lebih tegas terhadap panggilan dan mesej penipuan scam calls ataupun SMS dan phishing, sebagainya. Jadi, cadangan penambahbaikan.

Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bebas bagi menilai pelaksanaan kuasa MCMC, mengadakan semakan berkala terhadap akta agar sentiasa selari dengan perkembangan teknologi, memperkukuh program literasi digital khususnya kepada warga emas, belia dan kanak-kanak.

Soalan kepada Menteri. Bagaimanakah kerajaan memastikan kuasa tambahan kepada MCMC tidak menjejaskan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan?

Soalan kedua, apakah kerajaan bercadang mewajibkan platform media sosial utama mempunyai pegawai pematuhan atau wakil sah di Malaysia bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan? Soalan ketiga, apakah petunjuk prestasi (KPI) baharu MCMC selepas pindaan ini diluluskan khususnya dalam mengurangkan kes penipuan dalam talian, kandungan berbahaya dan penyebaran Deepfake? Bagaimanakah kerajaan memastikan tindakan MCMC dilaksanakan secara telus serta tertakluk kepada semakan dan proses rayuan yang adil?

Kita tengok hari ini benda-benda yang perlu dijelaskan, diselamatkan, adakah— saya nak tanya satu soalan lagi, MCMC berjaya mengawal judi online? Saya tak rasa MCMC berjaya mengawal judi online yang boleh dimainkan di mana sahaja. Jadi, mungkin suruhanjaya ini boleh bertindak untuk memastikan bahawa semua judi online ini tak dapat diakses walaupun kanak-kanak dan sebagainya.

Kemudian, kita nak tengok satu lagi Buy Now, Pay Later. Kita menggalakkan rakyat berhutang. Okey, bagi yang berusia 18 tahun ke atas. Bagaimana yang bawah umur? Adakah mereka juga boleh menyertai Buy Now, Pay Later dan terlibat dengan hutang dan tak bayar dan dia punya interest meningkat dan sebagainya? Ini kena tengok balik.

Kemudian, yang lain-lain itu saya rasa tak ada masalah apa dah. Cuma, kita nak tengok kebaikannya selepas suruhanjaya ini ada, Malaysia yang lebih baik. Mengawal, supaya anak-anak terlindung dan warga Malaysia terlindung dengan segala malapetaka yang ada. Bukan sahaja kebaikan, kebaikan itu banyak. Malapetaka pun banyak. Jadi, saya menyokonglah rang undang-undang untuk Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Terima kasih.

draft3:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Azahar. Insya-Allah, dengan penstrukturan semula pengurusan dan juga lembaga pengarah MCMC ini, dia akan membawa kepada penyelesaian masalah yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Sekarang saya jemput YB Senator Puan Tiew Way Keng.

draft3:13 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam menyertai perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026. Saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini secara prinsip kerana landskap komunikasi negara hari ini sudah jauh berbeza daripada keadaan ketika Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 mula digubal.

Pada ketika itu, media sosial belum menguasai kehidupan rakyat. Penipuan digital belum mencapai skala hari ini. Pusat data belum menjadi infrastruktur strategik negara dan kecerdasan buatan belum digunakan untuk menghasilkan penipuan suara, video serta identiti palsu. Maka, SKMM memang perlu diperkukuh. Namun, apabila kuasa sebuah badan pengawal selia diperluas, kebebasan integriti dan akauntabilitinya juga mesti diperkukuh pada kadar yang sama.

draft3:19 PM

Puan Tiew Way Keng

Rang undang-undang ini bertujuan mengubah komposisi suruhanjaya, memperluas fungsinya dan meningkatkan had nilai kontrak yang boleh dibuat oleh SKMM.

Datuk Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan cadangan bahawa Pengerusi SKMM tidak boleh menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Pindaan ini juga menambah bilangan maksimum anggota bukan wakil Kerajaan Persekutuan daripada lima kepada tujuh orang dan menetapkan bidang kepakaran seperti komunikasi, kejuruteraan, kewangan, perundangan, ekonomi, persaingan, perlindungan pengguna dan sains sosial. Ini ialah satu langkah yang baik dan bijak.

Akan tetapi, persoalan saya ingin nak tanya kepada pihak kementerian ialah kenapa penambahan dua orang anggota dan bukan empat ataupun enam orang anggota memandangkan kita perlu anggota daripada latar belakang yang berlainan?

Namun, menjauhkan pengerusi daripada politik kepartian hanyalah satu bahagian daripada kebebasan institusi.

Kita juga perlu melindungi SKMM daripada persepsi bahawa keputusan pengawalseliaannya boleh dipengaruhi oleh pihak eksekutif, kepentingan industri atau kedudukan individu tertentu. Dalam hal ini, saya ingin membandingkan SKMM dengan beberapa suruhanjaya penting yang lain. Jika kita dibandingkan dengan Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Tenaga mempunyai seorang pengerusi dan seorang ketua pegawai eksekutif sebagai dua kedudukan yang berasingan.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) juga mempunyai pengerusi dan anggota suruhanjaya pada peringkat tadbir urus, sementara pengurusan hariannya diketuai oleh seorang ketua pegawai eksekutif. Sebaliknya di bawah rang undang- undang ini, Pengerusi SKMM juga merupakan ketua pegawai eksekutif. Ini bermakna individu yang mempengerusikan badan yang sepatutnya menyelia dasar, risiko dan prestasi organisasi ialah individu yang sama yang mengetuai pelaksanaan operasi harian.

Saya tidak menyatakan model ini semestinya gagal. Namun dari sudut tadbir urus, ia menimbulkan persoalan. Siapakah yang menyelia ketua pegawai eksekutif apabila ketua pegawai eksekutif itu sendirinya ialah pengerusi suruhanjaya?

Suruhanjaya Sekuriti memberikan satu lagi contoh yang berguna. Lembaganya bertanggungjawab menyemak pelan strategik, bajet, sistem kawalan risiko dan prestasi suruhanjaya. Ia juga mempunyai tatacara khusus berhubung kebebasan anggota, pendedahan konflik kepentingan dan penarikan diri daripada sesuatu keputusan apabila wujud kepentingan langsung atau tidak langsung.

Oleh itu, saya mencadangkan sama ada jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM dipisahkan ataupun sekurang-kurangnya diwujudkan seorang anggota bebas kanan, Jawatankuasa Audit dan Risiko yang dipengerusikan oleh anggota bukan eksekutif serta prosedur konflik kepentingan yang diwajibkan oleh undang-undang.

Pelantikan anggota juga wajar dibuat melalui proses pencalonan yang telus.

Nama calon pengerusi boleh dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk sesi pendengaran sebelum pelantikan dimuktamadkan. Kuasa melantik boleh kekal pada Menteri, tetapi proses penilaian hendaklah lebih terbuka kepada semakan demokratik.

Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menetapkan tempoh jawatan selama dua tahun dan membenarkan pelantikan semula sehingga lima tempoh. Ia juga membolehkan seseorang...

draft3:20 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Yang di-Pertua, boleh mencelah?

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada pencelahan, YB?

draft3:20 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Satu ya?

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh?

draft3:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Boleh.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

draft3:20 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Yang Berhormat Tiew. Dalam pemilihan jawatankuasa suruhanjaya ini, ada apa-apa pandangan Yang Berhormat kalau kita syorkan supaya Sabah dan Sarawak juga diambil perhatian untuk sebahagian daripada jawatankuasa suruhanjaya nanti? Terima kasih.

draft3:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Memang saya rasa dalam penggubalan ini, memang wakil daripada Sabah, Sarawak diambil kira.

Saya juga menyambut baik atas cadangan yang diberikan, tetapi tertakluk kepada pihak kementerian untuk menjawab.

Jadi, saya memohon pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan apakah tempoh maksimum kumulatif seseorang boleh berada dalam SKMM apabila beliau bertukar antara jawatan pengerusi dan anggota suruhanjaya. Pelantikan semula perlu bagi mengekalkan pengalaman, tetapi tempoh yang terlalu panjang boleh menjejaskan pembaharuan idea dan kebebasan membuat keputusan. Saya mencadangkan had kumulatif yang jelas, contohnya tidak melebihi 10 tahun dalam apa- apa jua kapasiti kecuali anggota ex officio.

Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong perluasan fungsi SKMM untuk membangunkan piawaian keselamatan, integriti aset maklumat dan rangkaian komunikasi serta mengaudit maklumat dan aktiviti pemegang lesen atau pihak yang menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi. Kuasa ini sangat penting kepada Selangor.

Selangor menyumbang RM460.1 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan berkembang sebanyak 6.3 peratus menjadikannya penyumbang ekonomi terbesar negara. Pertumbuhan negeri turut disokong oleh sektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan teknologi maklumat serta komunikasi.

Selangor juga mempunyai sekurang-kurangnya 39 pusat data yang sedang beroperasi iaitu 33 di Sepang dan enam di Petaling. Rekod MIDA menunjukkan sektor pusat data membawa maksud kira-kira RM23.8 bilion pelaburan asing langsung antara tahun 2022 hingga tahun 2024. Sebanyak 18 syarikat pusat data diluluskan pada tahun 2025 dan dua lagi pada suku pertama 2026.

Apabila begitu banyak pusat data, hospital, sistem perbankan, perusahaan dan perkhidmatan kerajaan beroperasi di Selangor, kegagalan rangkaian bukanlah lagi sekadar masalah panggilan telefon terputus. Ia boleh menjejaskan urusan ekonomi dan keselamatan negara. Oleh itu, audit SKMM mesti merangkumi daya tahan rangkaian dan laluan gentian alternatif, tempoh pemulihan selepas gangguan, keselamatan pusat data dan infrastruktur awam, perlindungan data pengguna, kapasiti rangkaian di kawasan kapasiti tinggi dan prestasi sebenar perkhidmatan bukan sekadar angka liputan di atas kertas.

Walaupun liputan di kawasan seperti DUN Dusun Tua dilaporkan mencapai satu peratus, masih terdapat aduan khususnya di Sungai Lui dan kawasan sekitarnya. Ini menunjukkan bahawa liputan tidak semestinya sama dengan kualiti, kestabilan dan kapasiti perkhidmatan.

Ancaman digital terhadap daerah Selangor amat serius. Data yang dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor merekodkan keseluruhan 18,525 kes dalam kategori penipuan dalam talian yang disenaraikan sepanjang tahun 2025. Dalam tempoh Januari hingga Mac 2026 sahaja, sebanyak 4,300 kes lagi direkodkan.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon dua minit lagi.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Silakan.

draft3:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Pada peringkat nasional pula, jumlah kandungan berunsur penipuan yang diturunkan meningkat daripada 6,297 pada tahun 2023 kepada ‘63,652’ pada tahun 2024 dan 98,500 pada tahun 2005. Setakat 30 Jun 2026 sahaja, sebanyak 93,599 kandungan sedemikian telah diturunkan. Angka ini membuktikan bahawa pemadaman kandungan semata-mata tidak mencukupi. Malahan, kita juga nampak sekarang kita juga ada atlet sukan yang telah menjadi pempengaruh yang menggalakkan judian atas talian yang mana adalah secara salah di sisi undang-undang.

SKMM mesti mengaudit bukan sahaja syarikat telekomunikasi, tetapi juga tahap keberkesanan platform dan mengesan iklan pelaburan palsu, akaun penyamar, pautan berbahaya dan kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan. Saya mencadangkan SKMM menerbitkan satu indeks keselamatan platform setiap suku tahun yang menunjukkan jumlah kandungan penipuan yang dilaporkan, tempoh tindak balas setiap platform, jumlah akaun berulang yang gagal disekat, tahap kerjasama platform dengan pihak berkuasa dan tindakan penguatkuasaan yang diambil.

Saya mengalu-alukan kewajipan supaya setiap arahan Menteri didaftarkan serta di wujud daftar dalam bentuk fizikal dan elektronik yang boleh diperiksa oleh orang awam. Namun, orang ramai tidak sepatutnya perlu hadir secara fizikal atau membayar fi semata-mata untuk mengetahui arahan dasar yang mengikat sesebuah badan pengawal selia. Daftar itu hendaklah disiarkan secara percuma, boleh dicari dalam talian serta menyatakan tarikh, tujuan, skop, tempoh kuat kuasa dan sektor, sesuatu arahan.

Saya juga bimbang bahawa jika sesuatu arahan tidak menyatakan tarikh luput, ia akan terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan. Prinsip yang lebih baik ialah setiap arahan mempunyai tarikh tamat dan perlu dikaji semula secara berkala. Kuasa yang tidak mempunyai tarikh tamat mudah berubah menjadi kuasa tanpa semakan.

Datuk Yang di-Pertua, disebabkan masa tidak mengizinkan, saya dengan ini saya menyokong ketelusan rang undang-undang ini, tetapi dengan cadangan yang telah diberikan. Maka, saya mengakhiri perbahasan saya juga dengan serangkap pantun.

Terbang merpati ke Tanjong Karang, Hinggap sebentar di pohon sena; Suruhanjaya telus negara gemilang, Digital selamat rakyat dibela. Maka, saya terima kasih Datuk Yang di-Pertua yang selalunya kita kata bertimbang rasa.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey.

[Ketawa]

draft3:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Maka, saya dengan ini memohon. Sekian, terima kasih.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Dato’ Halim bin Suleiman. Kalau boleh jawab sekali pantun YB Tiew tadi.

[Ketawa]

draft3:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Assalamualaikum warahmatullahi

draft3:30 PM

taala wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam.

draft3:30 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Selamat petang. Tak ada masa untuk rehat. Jadi, pantun ini sebenarnya Speaker yang cakap ya.

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.

Perubahan ini menjadikan komunikasi dan multimedia bukan lagi sekadar satu sektor ekonomi, tapi telah menjadi infrastruktur strategik negara kita. Melalui rang undang-undang ini, kerajaan mencadangkan beberapa perubahan penting antaranya memperbaharui komposisi keanggotaan suruhanjaya, memperjelaskan tempoh pelantikan anggota, memperluaskan fungsi suruhanjaya khususnya dalam aspek piawaian infrastruktur, keselamatan, rangkaian komunikasi dan kuasa audit, mewujudkan mekanisme pendaftaran arahan Menteri, menaikkan had nilai kontrak tertentu yang boleh dibuat oleh suruhanjaya serta memperuntukkan kuasa untuk menyiarkan maklumat berkaitan tindakan penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada fasal 3 hingga fasal 6 rang undang-undang yang menyentuh aspek keanggotaan suruhanjaya, pelantikan pengerusi, tempoh jawatan serta pemberhentian pelantikan pengerusi. Pindaan-pindaan ini merupakan teras kepada struktur tadbir urus suruhanjaya kerana ia menentukan siapa yang membuat keputusan dan bagaimana keputusan itu dibuat.

Fasal 3 menggantikan seksyen 6 Akta Ibu dengan menetapkan komposisi baharu suruhanjaya.

Pengerusi hendaklah bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.

Selain itu, terdapat tiga wakil Persekutuan termasuk ketua setiausaha kementerian sebagai anggota ex officio serta antara dua hingga tujuh anggota lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan seperti komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan ekonomi, pentadbiran awam, persaingan, perlindungan pengguna, sains sosial atau kelayakan lain yang ditentukan oleh Menteri.

Saya menyokong pendekatan memperluaskan kepelbagaian perkara ini. Dalam era digital, keputusan MCMC bukan sahaja bukan sahaja melibatkan aspek teknikal, tetapi juga implikasi ekonomi, hak pengguna, persaingan pasaran dan keselamatan negara.

Walau bagaimanapun, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan garis panduan pemilihan yang lebih telus bagi pelantikan anggota suruhanjaya. Ketelusan dalam proses pelantikan akan meningkatkan keyakinan industri pelabur dan rakyat terhadap kebebasan institusi ini.

Fasal 7 meminda seksyen 16 akta ibu dengan memperluaskan fungsi suruhanjaya. Antara fungsi baharu yang diperuntukkan ialah membangunkan dan mengawal selia piawaian bagi infrastruktur dan platform komunikasi. Membangunkan piawaian berkaitan keselamatan, perlindungan keselamatan, integriti aset maklumat oleh pemegang komunikasi di samping mengkaji semula maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen serta mengaudit aktiviti mereka.

Peruntukan ini menunjukkan hasrat kerajaan, memperkukuhkan peranan MCMC selaras dengan perubahan landskap komunikasi digital. Saya menyokong perluasan fungsi MCMC dalam menetapkan piawaian keselamatan. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri sama ada piawaian tersebut akan disemak secara berkala mengikut perkembangan ancaman baharu dan amalan terbaik antarabangsa.

Teknologi berkembang pantas. Justeru, piawaian yang statik akan cepat menjadi lapuk. Kuasa audit yang dicadangkan juga amat penting, audit bukan sekadar bertujuan mengesan kelemahan, tetapi membina budaya pematuhan dan penambahbaikan berterusan. Pada masa yang sama, pelaksanaan audit hendaklah telus, konsisten dan berasaskan risiko agar tidak menumbangkan industri atau menghalang inovasi.

Kesimpulan kejayaan pindaan ini tidak hanya bergantung kepada kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, tetapi kepada keupayaan MCMC melaksanakan fungsi tersebut secara profesional, telus dan berkesan demi melindungi kepentingan rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara. Bahagian 3, versi diperkaya. Fungsi baharu MCMC, keselamatan siber dan audit.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 meminda seksyen 16 akta ibu dengan memperluaskan fungsi suruhanjaya. Antara fungsi baharu ialah membangunkan dan mengawal selia piawaian bagi infrastruktur dan platform komunikasi, membangun piawaian berkaitan keselamatan, pelindung keselamatan, integriti aset, maklumat dan rangkaian komunikasi di samping mengkaji semula maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen serta mengaudit aktiviti mereka. Peruntukan ini menunjukkan hasrat kerajaan, memperkukuhkan peranan MCMC selaras dengan perubahan landskap komunikasi digital.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya kejayaan pindaan ini tidak hanya bergantung kepada kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, tetapi kepada keupayaan MCMC meletakkan fungsi tersebut secara profesional, telus dan berkesan.

Saya juga ingin beralih kepada fasal 9 dan fasal 10 rang undang-undang ini yang meminda seksyen 18 serta memasukkan seksyen baharu 18A berhubung arahan Menteri kepada suruhanjaya.

Pindaan ini memperuntukkan bahawa setiap arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh suruhanjaya, mempunyai tarikh kuat kuasa, boleh ditetapkan tempoh tamatnya dan boleh diubahsuai atau dibatalkan oleh Menteri mengikut tatacara yang ditetapkan. Selain itu, suruhanjaya diwajibkan menyenggara suatu daftar arahan dalam bentuk fizikal dan media elektronik yang boleh diperiksa oleh orang awam tertakluk kepada fi yang dikenakan.

Saya juga ingin mendapatkan pengesahan Menteri sama ada kerajaan bercadang mengeluarkan garis panduan mengenai tatacara pendaftaran, pemeriksaan dan penyimpanan daftar tersebut supaya amalan pentadbiran adalah seragam dan konsisten.

Seterusnya, saya beralih kepada fasal 16 rang undang-undang yang memasukkan seksyen 53A ke dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Peruntukan ini memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat yang difikirkan perlu atau sesuai manfaat demi kepentingan awam termasuk maklumat berhubung pemberian, pembatalan atau penggantungan lesen, pengeluaran arahan dan garis panduan, tindakan sivil, pengkompaunan, kesalahan serta prosiding sivil atau jenayah yang diputuskan. Saya juga berpandangan bahawa MCMC boleh menggunakan kuasa ini sebagai instrumen pendidikan awam selain memaklumkan tindakan penguatkuasaan, suruhanjaya boleh menerbitkan ringkasan kes, modus operandi, kesalahan yang dikesan serta pengajaran yang boleh diambil oleh pengguna dan industri.

Cadangan ini merupakan syor dasar dan bukannya kandungan yang diperuntukkan secara khusus dalam rang undang-undang. Kesimpulannya, saya menyokong fasal 16 ini dan ia— kerana ia berpotensi meningkatkan ketulusan dan keyakinan awam terhadap MCMC, hak individu, kerahsiaan dan lindungan undang- undang serta prinsip keadilan agar objektif pindaan ini dapat dicapai.

Akhir sekali, masa yang diperuntukkan ini amat pendek. Ini mungkin sidang yang terakhir saya dalam Dewan yang mulia ini. Tamat tempoh pada bulan November, sidang akan datang bulan Disember. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberikan tunjuk ajar, pengalaman dan kepada Dewan Negara ini, saya amat berbangga kerana kita memiliki profesionalisme yang tinggi dalam kita membahaskan rang undang-undang dan juga apa dasar yang kita tetapkan.

Kepada semua, selamat maju jaya, semoga kita berjumpa lagi. Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa komitmen saya setelah diberi mandat akan saya lakukan terbaik mungkin demi masa depan negara dan rakyat kita khususnya dengan mengambil kira penjelasan, cadangan dan pemerhatian yang telah saya kemukakan sepanjang perbahasan ini. Saya menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih.

[Tepuk]

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Dato’ Halim. We will miss you, tapi itulah YB Halim lebih memandang Dewan Undangan Negeri Johor lebih menarik daripada Dewan Negara. Jadi, lepas ini tak boleh nak bahas undang-undang MCMC ini di DUN Johor nanti.

[Ketawa] Baik, terima kasih Dato’ Halim. Sekarang saya jemput YB Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda.

draft3:30 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut sama membahaskan RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 2026 ini.

draft3:39 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Pertamanya, saya menyokong secara prinsip RUU ini kerana kita melihat beberapa penambahbaikan penting terhadap tadbir urus dan fungsi SKMM. Berkaitan soal pelantikan anggota suruhanjaya pada pandangan saya, aspek kepakaran dan merit perlu diberikan perhatian yang serius. Pindaan ini sendiri telah menyenaraikan beberapa bidang kepakaran yang boleh dipertimbangkan dalam pelantikan anggota suruhanjaya.

Jadi, adakah kerajaan pada masa akan datang bersedia untuk mempertimbangkan satu mekanisme yang lebih terbuka dalam menilai dan memilih calon-calon tersebut supaya keyakinan rakyat terhadap proses pelantikan dapat diperkukuhkan?

Kedua, berkait dengan kenaikan had kontrak daripada RM8 juta kepada RM50 juta. Saya faham bahawa perubahan ini mengambil kira perkembangan teknologi serta peningkatan kos. Namun, apabila had perolehan dinaikkan sebanyak 10 kali ganda mekanisme pemantauan juga perlu diperkukuhkan.

Ketiga, saya juga ingin bertanya kepada tentang isu akaun palsu yang semakin menjadi cabaran dalam ruang digital. Kita melihat akaun-akaun sebegini bukan sahaja digunakan untuk penipuan, tetapi juga digunakan untuk menyebarkan fitnah, scam dan juga manipulasi. Apakah pendekatan yang sedang dirangka oleh kerajaan untuk menangani perkara ini tanpa menjejaskan hak rakyat untuk menggunakan media sosial secara bebas?

Seterusnya yang keempat, pindaan ini turut memperkukuhkan fungsi SKMM untuk menjalankan audit terhadap pemegang lesen dan pihak yang menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi. Saya melihat kuasa ini sebagai satu langkah yang baik kerana audit yang berkesan boleh membantu mengenal pasti risiko lebih awal.

Namun, apakah kementerian mempunyai sasaran tertentu bagi memastikan hasil audit tersebut benar-benar membawa kepada tindakan pembetulan dan peningkatan tahap pematuhan industri?

Kelima, RUU ini juga memberikan ruang kepada SKMM untuk menyiasat maklumat tertentu berkait dengan lesen, arahan, keputusan, kompaun serta prosiding.

Saya melihat ini satu langkah yang baik ke arah ketulusan. Namun, apakah garis panduan yang akan digunakan bagi menentukan maklumat yang wajar disiarkan supaya kepentingan awam dapat dilindungi serta tanpa menjejaskan hak individu atau proses perundangan yang masih berjalan?

Seterusnya pindaan ini juga memperluaskan fungsi SKMM dalam menetapkan piawaian berkaitan infrastruktur, keselamatan, perlindungan dan integriti berkaitan komunikasi. Pada pandangan saya, ini penting kerana teknologi komunikasi berkembang dengan begitu pantas dan risiko yang kita hadapi juga semakin kompleks.

Kita bukan sahaja berdepan dengan isu keselamatan rangkaian konvensional, tetapi juga perkembangan kecerdasan buatan, automasi dan teknologi baharu yang boleh mewujudkan bentuk ancaman yang berbeza.

Justeru, apakah langkah kerajaan untuk memastikan piawaian yang ditetapkan oleh SKMM sentiasa dikemas kini dan tidak ketinggalan berbanding perkembangan teknologi. Adakah SKMM mempunyai mekanisme semakan berkala terhadap piawaian ini supaya industri bukan sahaja mematuhi standard yang ditetapkan pada hari ini, tetapi sentiasa bersedia menghadapi risiko dan teknologi baharu pada masa hadapan?

Pada prinsipnya saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah ke hadapan.

Namun, reformasi bukan sekadar memberikan banyak fungsi dan kuasa kepada SKMM.

Reformasi juga mesti memastikan setiap kuasa itu dilaksanakan secara telus, berkesan dan boleh dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Justeru Dato Yang di-Pertua, saya menyokong RUU ini. Terima kasih.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Oh. Terima kasih YB Hasbie. Ringkas sahaja.

[Ketawa] Sekarang saya jemput YB Senator Datuk Rosni binti Sohar.

draft3:40 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih kepada Datuk Timbalan Speaker memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas untuk perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi pindaan 2026.

Pada prinsipnya, saya menyokong rang undang-undang ini kerana saya berpandangan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun SKMM perlu terus diperkukuh demi perkembangan seiring yang pesat teknologi digital.

Justeru, saya mengambil maklum bahawa pindaan ini bertujuan memperkukuh komposisi suruhanjaya memperluas fungsinya serta meningkatkan kecekapan pentadbiran agar MCMC lebih bersedia menghadapi perubahan landskap komunikasi dan multimedia negara. Walau bagaimanapun, saya ingin memberikan fokus kepada persoalan pokok dan cadangan penambahbaikan untuk pertimbangan Yang Berhormat Menteri.

Pertama, saya ingin menyentuh fasal 3 yang menggantikan seksyen 6, Akta 589 berhubung komposisi keanggotaan suruhanjaya. Saya mengambil maklum bahawa pindaan ini menambah bilangan anggota suruhanjaya sehingga tujuh orang di samping memperluaskan bidang kepakaran yang boleh dipertimbangkan dalam pelantikan anggota. Saya melihat pendekatan ini sebagai sesuatu yang positif kerana cabaran yang dihadapi oleh SKMM hari ini memerlukan kepelbagaian kepakaran serta pengalaman daripada pelbagai bidang. Namun persoalannya, selain kepelbagaian kepakaran adakah kerajaan turut mempertimbangkan aspek kepelbagaian dari sudut representasi gender dalam pelantikan anggota suruhanjaya?

Kerajaan komited untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam jawatan pembuat keputusan selaras dengan Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita serta komitmen Malaysia terhadap matlamat pembangunan mampan khususnya SDG 5 berkaitan dengan kesaksamaan gender. Saya mencadangkan supaya pelantikan anggota suruhanjaya turut mengambil kira sasaran penyertaan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus dalam kalangan anggota yang dilantik. Berdasarkan kepada komposisi yang dicadangkan, sasaran ini boleh diterjemahkan kepada sekurang-kurangnya dua orang anggota wanita tertakluk kepada kelayakan dan kepakaran yang diperlukan.

Ini bukan soal kuota semata-mata, tetapi memastikan bakat dan perspektif wanita turut diwakili dalam proses pembuat keputusan. Kepelbagaian perspektif dalam suruhanjaya juga akan membantu menghasilkan dasar yang lebih inklusif, seimbang dan responsif.

Kedua, saya ingin menyentuh fasal 7 yang meminda seksyen 16, Akta 589 bagi memperluaskan fungsi suruhanjaya. Melalui pindaan ini SKMM diberikan fungsi baharu termasuk membangunkan piawaian berkaitan infrastruktur komunikasi, keselamatan rangkaian, integriti akses maklumat serta menjalankan audit terhadap pemegang lesen atau pihak berkaitan dalam sistem komunikasi. Saya berpandangan pindaan ini amat signifikan kerana peranan SKMM hari ini bukan lagi terhad kepada penyediaan perkhidmatan telekomunikasi, tetapi turut merangkumi aspek keselamatan digital, ketahanan rangkaian dan keyakinan pengguna.

Namun persoalannya, adakah SKMM mempunyai kapasiti kepakaran dan sumber manusia yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang semakin kompleks ini? Sebagai contoh ya. Audit yang melibatkan AI, teknologi awam dan infrastruktur digital kritikal memerlukan kepakaran teknikal yang sentiasa berkembang.

Cadangan saya, peranan SKMM harus terus diperhebatkan melalui pembangunan kepakaran dalaman, latihan berterusan serta kerjasama strategik dengan industri, institusi pengajian tinggi dan agensi teknikal berkaitan khususnya dalam bidang keselamatan siber, AI dan tadbir urus digital.

Ini penting supaya perluasan fungsi melalui pindaan ini dapat dilaksanakan secara berkesan dengan kepakaran yang mencukupi.

Ketiga, saya ingin menyentuh fasal 15 yang meminda seksyen 45, Akta 589.

Melalui pindaan ini, had nilai kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Saya memahami rasional ini di sebalik pindaan ini. Had RM5 juta tersebut ditetapkan dalam konteks tahun 1998 sedangkan landskap ekonomi kos pembangunan infrastruktur digital serta nilai projek teknologi hari ini telah berubah dengan ketara.

Justeru, saya berpandangan kenaikan harga kepada RM50 juta adalah realistik yang boleh dipertimbangkan bagi memberikan fleksibiliti dan kecekapan kepada suruhanjaya dalam mengawal selia keselamatan siber dan pembangunan sistem komunikasi yang semakin kompleks. Namun persoalannya, apabila kuasa kewangan dan nilai kontrak diperluaskan begitu ketara apakah mekanisme semak dan imbang yang akan memastikan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti terus dipelihara?

draft3:44 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Cadangan saya walaupun kontrak dalam had baharui ini tidak lagi memerlukan kelulusan terdahulu daripada menteri dan Menteri Kewangan, kerajaan mempertimbangkan supaya laporan berkaitan kontrak bernilai tinggi dibentangkan dalam secara berkala kepada Parlimen. Laporan tersebut boleh merangkumi nilai kontrak tujuan projek dan status pelaksanaan tanpa menjejaskan maklumat komersial atau sensitif.

Dengan pendekatan ini, suruhanjaya dapat menikmati kecekapan yang diperlukan manakala Parlimen dan rakyat terus mempunyai keyakinan bahawa kuasa yang diberikan secara telus dan bertanggungjawab.

Datuk Yang di-Pertua, secara keseluruhan saya menyokong rang undang- undang ini kerana ia merupakan satu langkah ke hadapan dalam memperkukuh peranan MCMC sebagai badan pengawal selia, komunikasi dan multimedia negara.

Saya percaya dengan penambahbaikan ini pindaan ini bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan MCMC dalam mendepani cabaran era digital dan kecerdasan buatan malah akan terus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pengawal seliaan negara. Tapi sebelum saya tamat, saya ingin membalas pantun daripada YB tadi.

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

[Ketawa]

draft3:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

...

Pergi bersidang ke Dewan Negara, Berbahas bersama demi kesejahteraan; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kena dipinda, Demi masa depan digital negara yang lebih baik dan berkesan. Terima kasih. Saya menyokong, Datuk Speaker.

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput Dato' Haji Mohd Na’im bin Mokhtar.

draft3:50 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

[Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.

RUU ini bukan sekadar pindaan teknikal semata-mata. Ia mampu memperkukuh kuasa, struktur tadbir urus dan fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya lebih bersedia mengawal selia ekosistem komunikasi, telekomunikasi dan platform digital yang semakin kompleks.

Dalam era ekonomi digital dan kecerdasan buatan hari ini, MCMC kini berhadapan dengan ekosistem komunikasi dan multimedia yang jauh lebih kompleks termasuk keselamatan rangkaian, perlindungan data, kecerdasan buatan, penipuan siber serta kandungan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan keharmonian masyarakat. Oleh itu, saya memahami keperluan untuk memperkukuh struktur, fungsi dan keupayaan MCMC agar institusi ini dapat bertindak dengan lebih cekap dan berkesan.

Namun demikian, setiap perluasan kuasa mestilah disertai dengan peluasan akauntabiliti. Setiap peningkatan autonomi mesti disertai dengan semak dan imbang yang lebih kukuh. Setiap tindakan penguatkuasaan pula mesti dilaksanakan secara adil, telus dan tidak terpilih.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-58 [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil”.

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kuasa ialah satu amanah. Kuasa bukan sekadar memberikan hak untuk membuat keputusan, tetapi mewujudkan tanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana keputusan itu dibuat dan kepada siapa institusi tersebut harus dipertanggungjawabkan.

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pindaan fasal 3 mengenai keanggotaan suruhanjaya yang memperkemaskan komposisi suruhanjaya dengan melibatkan pengerusi yang bukan Ahli Parlimen ataupun ADUN, tiga anggota mewakili Kerajaan Persekutuan yang salah seorang hendaklah Ketua Setiausaha dan minimum dua atau maksimum tujuh ahli daripada pelbagai bidang kepakaran seperti undang- undang, ekonomi, kejuruteraan, perlindungan pengguna persaingan dan sains sosial.

Namun saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Apakah mekanisme pemilihan anggota suruhanjaya supaya benar-benar berasaskan merit, kepakaran dan integriti serta tidak dipengaruhi oleh pertimbangan politik atau kepentingan tertentu.

Selain itu RUU MCMC 2026 juga mengembalikan kuasa pengerusinya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah seksyen 20 yang sebelum ini di dalam pindaan RUU MCMC 2024 bercadang mengasingkan kuasa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk meningkatkan tadbir urus korporat.

Hal ini juga saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah justifikasi mengekal struktur yang Pengerusi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ini mampu memastikan tadbir urus yang lebih berkesan apabila skop dan beban tugas MCMC semakin kompleks dari tahun ke tahun.

Saya masih berpandangan pengasingan kuasa Pengerusi ini wajib dipisahkan dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif seperti suruhanjaya lain di antaranya Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. MCMC perlu membuat keputusan yang adil tanpa tekanan politik yang memberi kesan kepada jutaan pengguna dan industri digital negara sekali gus meningkatkan keyakinan awam terhadap kebebasan suruhanjaya.

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyokong penambahan fungsi MCMC untuk ditambah kuasa audit, standard keselamatan, integriti rangkaian dan piawaian platform seperti fasal 7, subseksyen 16. Pindaan ini amat penting memandangkan ancaman siber pada hari ini semakin kompleks namun saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah MCMC telah mempunyai tenaga pakar dalam forensik digital yang mencukupi untuk melaksanakan fungsi audit baru ini atau adakah kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan bagi memperkukuhkan kapasiti tersebut.

Kedua apakah piawaian audit yang akan digunakan oleh MCMC? Adakah audit tersebut akan berpandukan standard antarabangsa yang diiktiraf bagi memastikan proses audit dilaksanakan secara profesional, konsisten dan telus. Kuasa yang lebih besar mestilah diseimbangkan dengan keupayaan institusi kompetensi pegawai dan mekanisme akauntabiliti yang mencukupi supaya keyakinan industri serta rakyat terhadap MCMC terus terpelihara.

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pindaan yang menaikkan had kontrak yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya daripada RM5 juta kepada RM50 juta tanpa memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.

Saya memahami hasrat kerajaan untuk mempercepatkan proses perolehan supaya MCMC dapat bertindak lebih pantas dalam menghadapi perkembangan teknologi dan ancaman siber yang sentiasa berubah. Namun demikian, saya berpandangan bahawa kenaikan had adalah terlalu besar dan memerlukan justifikasi yang lebih kukuh.

Apa yang menarik perhatian saya ialah dalam rang undang-undang pindaan tahun 2024 kerajaan hanya mencadangkan had ini dinaikkan kepada RM10 juta sahaja.

Kini melalui RUU MCMC (Pindaan) 2026 had tersebut terus dinaikkan kepada RM50 juta iaitu lima kali ganda daripada cadangan tahun 2024 dan 10 kali ganda daripada had asal.

Persoalannya bukan sama ada had itu perlu dinaikkan atau tidak, tetapi apakah perubahan yang begitu signifikan dalam tempoh yang singkat sehingga memerlukan peningkatan sehingga RM50 juta. Semakin tinggi kuasa kewangan yang diberikan tanpa kelulusan di peringkat lebih tinggi, semakin besar juga risiko yang perlu diuruskan.

Walaupun saya tidak berniat mempertikaikan integriti mana-mana pihak, prinsip tadbir urus yang baik menuntut supaya kuasa yang besar disertai dengan mekanisme semak dan imbang yang setara.

Perolehan bernilai sehingga RM50 juta bukan lagi perolehan berskala kecil. Nilai tersebut melibatkan dana awam yang besar dan berpotensi memberi kesan langsung kepada kewangan negara sekiranya berlaku kelemahan dalam proses perolehan, pembaziran atau konflik kepentingan. Oleh itu saya berpandangan bahawa jika kerajaan ingin memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada MCMC maka pada masa yang sama, mekanisme akauntabiliti juga perlu diperkukuhkan.

Setiap keputusan perolehan yang menggunakan kuasa di bawah had baharu ini sewajarnya tertakluk kepada proses audit dan pelaporan yang lebih telus bagi mengasingkan keyakinan rakyat terhadap pengurusan dana awam terus terpelihara.

Kecekapan memang penting, tetapi dalam menguruskan wang rakyat kecekapan tidak boleh mengatasi prinsip akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Datuk Yang di-Pertua, saya percaya pindaan ini akan memperkukuhkan keupayaan MCMC menghadapi cabaran dunia digital yang semakin kompleks. Namun sebesar mana kuasa yang diberikan kepada sesuatu institusi lebih besar lagi tanggungjawab untuk memastikan kuasa tersebut dilaksanakan secara telus, berintegriti dan sentiasa tertakluk kepada semak dan imbang yang berkesan. Saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan pantun.

Anak merbah terbang ke rawa, Hinggap sebentar di hujung dahan; Integriti jangan dipandang biasa, Kerana amanah menjadi ukuran.

draft3:51 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Dengan itu, Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang- undang ini berdasarkan komen-komen yang telah diberikan oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Dato’ Naim. Oh, Haji Hussin ada? Ada.

Masih nak membahas?

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Last.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Masih. Baik. Sekarang ini saya jemput pembahas terakhir kita pada petang ini, YB Haji Hussin...

[Ketawa]

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana masih ada kesempatan menjadi pembahas terakhir dalam pindaan undang-undang RUU Suruhanjaya Multimedia ini.

Saya ingin menukilkan satu ayat yang saya fikir menjadi asas besar kepada tanggungjawab urusan kementerian yang terkait dengan multimedia ini. Allah SWT menyebut...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang maksudnya, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat...” Kalau kita fokus multimedia, ia melalui bidang kementerian ini. “Yang mengajak kepada kerja yang makruf, mencegah perkara-perkara yang mungkar, dan merekalah sebenarnya orang yang berjaya.” Kalau kita menggerakkan kementerian ini untuk tujuan kebaikan dan kita olah kementerian ini untuk tujuan yang baik, maka sangat besar duduknya di sisi Allah SWT.

Langsung kepada isu RUU ini. Perkara pertama yang saya nak tekankan ialah memperkukuhkan kebebasan dan akauntabiliti Suruhanjaya demi melindungi hak rakyat dengan merujuk fasal 4— pindaan seksyen 10, dan fasal 5— pindaan seksyen 13.

SKMM atau MCMC bukan sekadar badan pengawal selia telco, tetapi pembuat keputusan berimpak tinggi. SKMM ini bukan sekadar badan yang regulate syarikat telco.

Setiap keputusan yang SKMM buat daripada isu internet access, kandungan media sosial, cybersecurity hinggalah kepada hak pengguna digital sebenar-benarnya memberi kesan secara langsung kepada rakyat Malaysia seluruhnya dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya perlu bebas daripada campur tangan politik. Banyak sahabat- sahabat Senator telah pun sebutkan tadi, tetapi saya mengulanginya. Sebab itulah Suruhanjaya ini mestilah bebas daripada sebarang persepsi political interference. Rakyat perlu ada confidence bahawa di setiap tindakan dan enforcement SKMM dibuat berlandaskan undang-undang dan kepentingan awam atau public interest, bukan dipengaruhi oleh percaturan politik atau kepentingan mana-mana pihak tertentu semasa.

Yang keduanya, saya ingin menekankan keyakinan awam terhadap kebebasan pengawal selia adalah asas kebebasan bersuara. Kita setiap masa berbicara tentang isu kebebasan bersuara tetapi kadang-kadang rakyat terasa kebebasan bersuara makin menyempit dan makin menekan. Dalam era di mana media sosial menjadi main platform untuk rakyat mendapat maklumat dan menyuarakan pandangan, keyakinan awam terhadap kebebasan badan pengawal selia amat-amat penting bagi memastikan kebebasan bersuara terus dihormati selaras dengan undang-undang yang sedia ada.

Skop kuasa yang semakin meluas menuntut institusi yang independent yang lebih tinggi. Peranan SKMM semakin besar dalam mengawal selia kandungan dalam talian, termasuk pelaksanaan pelesenan platform media sosial, pematuhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 serta arahan take down kandungan berbahaya.

Dalam keadaan kuasa Suruhanjaya yang semakin luas ini, institusi yang independent menjadi semakin penting agar rakyat yakin setiap keputusan dibuat berlandaskan rule of law, bukan kepentingan politik semasa atau pertimbangan kepentingan politik semasa.

Saya ingin mencadangkan agar pelantikan ahli Suruhanjaya mestilah berasaskan merit, berasaskan integriti, berasaskan pengalaman serta proven track record yang diiktiraf di dalam industri yang kita bicarakan ini.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Bagaimana kerajaan dapat meyakinkan rakyat bahawa keputusan SKMM akan terus bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh politik tertentu? Sehingga kuasa pelantikan ahli Suruhanjaya kekal tertumpu kepada Menteri. Ini semua sahabat-sahabat bicarakan. Ertinya, perlu diambil perhatian supaya biar lebih profesional, tidak tertumpu Menteri yang menentukan segala-gala arah tuju. Sebab, pelantikan ini menggambarkan adalah kepentingan dan telunjuk Menteri yang mengambil campur tangan.

Yang keduanya, saya ingin menyentuh tentang kuasa audit dan penguatkuasaan perlu melindungi rakyat, bukan menimbulkan kebimbangan rakyat. Bicara ini juga disentuh oleh banyak sahabat-sahabat Senator. Saya merujuk fasal 7 – pindaan seksyen 16 – kuasa menyemak dan mengaudit maklumat.

Kita menyokong penuh untuk membanteras jenayah siber. Itu tak khilaf. Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan membanteras cyber crime. Rakyat setiap hari menjadi mangsa online scam, identitif buli siber dan data breach yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit duit rakyat, duit negara setiap tahun. Perluasan kuasa audit tanpa garis panduan yang jelas berisiko menjejaskan hak- hak privasi rakyat dalam negara. Namun, dalam usaha melindungi rakyat, hak asasi asas mereka juga mesti dipelihara.

Fasal 7 memperluaskan kuasa SKMM untuk mengaudit maklumat pemegang lesen tanpa clear prosedur dan safeguard yang jelas. Rakyat mungkin bimbang sama ada personal data mereka benar-benar dilindungi atau terlindung daripada risiko penyalahgunaan atau overreaching power yang mungkin akan berlaku.

Kehidupan digital yang menyeluruh memerlukan mekanisme check and balance. Hari ini, rakyat berkongsi hampir seluruh kehidupan mereka setiap hari secara digital.

Kita sangat terasa. Daripada urusan online banking, rekod kesihatan, pendidikan anak- anak sehingga komunikasi harian mereka. Telefon hampir tak terlepas sebahagian daripada tangan rakyat Malaysia. Ertinya, SKMM mempengaruhi sebahagian besar dalam kehidupan sedar rakyat Malaysia.

Justeru itu, sebarang kuasa yang melibatkan akses kepada digital data ini mestilah disertai dengan mekanisme check and balance yang kukuh bagi menjamin privasi rakyat.

Ada sikit lagi dan ini last perbahasan kut. Ada sikit lagi ruang?

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Teruskan. Teruskan.

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Belum tegur lagi?

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bila Tuan Haji Hussin baca dari ucapan...

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih, Datuk.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Maknanya ini Haji Hussin memang meneliti isu ini dengan lebih mendalam.

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab, saya nak stress. Ya, selama ini saya terus sahaja.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sila teruskan...

[Ketawa]

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Cadangan saya, Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua, supaya kementerian menggubal standard operating procedure (SOP) audit yang jelas dan telus, mewajibkan sebarang audit terhadap sensitive data, mendapatkan kebenaran mahkamah, setentunya, terbaiknya atau court warrant terlebih dahulu sebelum kita nak explore tentang kita mengeksplorasi data-data mereka-mereka atau rakyat-rakyat yang tertentu. Memperkukuhkan rayuan, right to appeal kepada mana- mana pihak atau individu yang terjejas akibat tindakan penguatkuasaan tersebut.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah jaminan kerajaan bahawa kuasa audit yang diperluaskan melalui fasal 7 tidak akan menjejaskan hak privasi rakyat? Dan adakah kerajaan bersedia memperkenalkan mekanisme pengawasan bebas bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa?

draft4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Point ketiga yang terakhir saya ialah tadbir urus kewangan SKMM mestilah hendaknya memberikan manfaat kembali maksimum kepada rakyat. Saya merujuk fasal 14, pindaan seksyen 38— Kumpulan Wang Suruhanjaya dan fasal 15, pindaan seksyen 45— had nilai kontrak. Perbahasan RUU ini secara terasnya adalah mengenai hak digital 34 juta lebih kurang rakyat negara kita, Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan RUU ini, kita bukan sekadar membincangkan struktur atau birokrasi SKMM, kita sedang membincangkan hak digital lebih 30 juta rakyat Malaysia, hak mereka menggunakan saluran digital, hak untuk berkomunikasi dengan selamat, hak untuk menikmati kualiti internet, hak untuk melindungi daripada jenayah siber dan hak untuk memastikan data privasi mereka tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Autonomi kewangan yang lebih besar, yang digambarkan dalam RUU ini mesti diimbangi dengan akauntabiliti yang cukup tinggi atau yang lebih tinggi. Oleh itu, setiap pindaan yang memberi kuasa lebih besar kepada suruhanjaya mestilah hendaknya disertai dengan akauntabiliti yang lebih tinggi.

RUU ini mesti memberi greater financial autonomy kepada SKMM melalui kemasukan hasil penalti terus ke dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya dan peningkatan had nilai kontrak daripada RM5 juta kepada RM50 juta. Ruang untuk collect dana direct kepada tabungan ini adalah suatu ruang untuk pelbagai ruang. Kadang-kadang bila kita tak cukup, kita penaltikan lebih cepat. Ini jangan sampai disalah guna, disalahlakukan sebab yang terkesannya adalah rakyat 34 juta yang menggunakan saluran yang kita bincangkan pada hari ini.

Dan yang terkait dengan itu juga, peningkatan autonomi. Kewangan perlu memulangkan manfaat langsung kepada rakyat Malaysia. Persoalan utamanya ialah, apakah peningkatan autonomi kewangan ini akan diterjemahkan kepada internet coverage yang lebih baik? Di kawasan luar bandar, harga perkhidmatan telekomunikasi yang lebih affordable, peningkatan keselamatan siber atau pengurangan gangguan perkhidmatan yang hari ini masih tak selesai. Bercakap hilang, bercakap hilang dan macam-macam. Sedang bercakap pun putus, kemudian datang balik. Ertinya, kita masih memerlukan peningkatan yang besar.

Collect duit, masuk tabung. Apakah ruang ini juga harus kembali terus kepada peningkatan kualiti yang bakal dibayar oleh pengguna? Dana awam yang dikendalikan oleh SKMM mesti memberikan pulangan berasaskan value of money, because yang kita kutip itu adalah money.

Rakyat hari ini masih berdepan dengan pelbagai isu seperti broadband coverage yang belum memuaskan di kawasan pedalaman. Masalah capaian di sekolah, gangguan rangkaian serta kos bulanan yang masih membebankan sebahagian isi rumah. Justeru, setiap ringgit yang diuruskan oleh SKMM perlu benar-benar memberi pulangan dan direct impact kepada rakyat umumnya, bukan sekadar meningkatkan autonomi kewangan institusi yang terbabit sahaja.

Saya mencadangkan supaya kerajaan menetapkan petunjuk prestasi utama

(KPI) yang jelas kepada SKMM seperti peningkatan liputan internet berkualiti di kawasan luar bandar, pengurangan aduan pengguna dan peningkatan keselamatan siber supaya rakyat dapat menilai keberkesanan penggunaan dana awam.

Dan soalan akhir yang saya mahu pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, dengan kuasa kewangan yang lebih besar diberi kepada SKMM melalui fasal 14 dan fasal 15, apa jaminan kerajaan bahawa rakyat akan dapat menikmati peningkatan yang nyata dari segi kualiti liputan internet, kemampuan harga perkhidmatan telekomunikasi dan keselamatan digital, bukan sekadar pertambahan kuasa pentadbiran hanya tertumpu kepada suruhanjaya? Saya dengan ini menyokong RUU ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Haji Hussin. Macam talian prabayar, sebelum dipotong line kerana tak cukup kredit, YB dah berhentikan ucapan dahulu.

Terima kasih. Sekarang YB Menteri, jawapan berapa minit, YB Menteri? 20, 30?

draft4:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

20 saya rasa boleh.

draft4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

20 minit ya. Baik.

draft4:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Speaker dan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah memberi sokongan ataupun komen yang membina dalam perbahasan RUU pindaan kepada Akta 589 ini.

Saya tidak akan menjawab ikut giliran perbahasan tetapi kerana saya rasa Ahli- ahli Yang Berhormat Senator dalam perbahasan mereka sebenarnya ada beberapa isu yang sudah beberapa kali diulang balik, jadi saya akan cuba untuk rumuskan ataupun bagi jawapan ikut topik. Sekiranya ada isu-isu yang saya terlepas pandang, minta Ahli- ahli Yang Berhormat Senator untuk kemukakan lagi.

Isu pertama yang saya rasa saya nak address atau saya nak jawab adalah isu yang dibangkit oleh beberapa Ahli Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat Senator Tuan Niran, YB Puan Tiew, YB Senator Haji Hussin, semua tanya tentang kuasa Menteri Komunikasi untuk melantik pengerusi dan juga anggota suruhanjaya.

Pertamanya, saya nak tegaskan di sini, dalam akta sedia ada memang kuasa untuk melantik pengerusi dan juga anggota MCMC adalah tertakluk kepada Menteri.

Jadi, bukan kita nak melalui pindaan ini sekarang wujudkan kuasa baharu kepada Menteri Komunikasi untuk melantik pengerusi dan juga anggota-anggota. Jadi, ini yang saya nak tegaskan. Kuasa Menteri untuk melantik pengerusi dan juga anggota suruhanjaya bukan kuasa baharu yang diwujudkan melalui pindaan ini tetapi peruntukan tersebut telah wujud sejak Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589] mula berkuat kuasa pada tahun 1998.

Kedua, sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap sektor komunikasi dan multimedia, Menteri perlu mempunyai keupayaan untuk memastikan suruhanjaya yang dipimpin oleh individu yang berkelayakan, berintegriti serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan tanggungjawab kawal selia industri.

Jadi, melalui pindaan yang kami cadangkan pada hari ini, sebenarnya pindaan ini adalah untuk memperkukuh perlindungan tadbir urus dengan menetapkan bahawa pertama, pengerusi tidak boleh terdiri daripada anggota badan perundangan. Ahli Parlimen tak boleh, Ahli Dewan Undangan Negeri tak boleh. Kedua, untuk anggota- anggota yang bukan wakil kerajaan, mereka juga perlu mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam bidang yang berkaitan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3, RUU pindaan ini.

Jadi, saya tidak akan ulang lagi apa yang tertulis dalam fasal 3, tetapi sebenarnya pindaan yang kita nak bawa sekarang adalah untuk pastikan bahawa kita hadkan kuasa seseorang Menteri untuk pastikan orang yang beliau lantik memanglah berkelayakan dan saya nak buat perbandingan dengan badan-badan berkanun yang lain di Malaysia.

Ini kerana kita nampak bahawa peruntukan undang-undang memang lazimnya memperuntukkan bahawa pengerusi dan juga ahli-ahli suruhanjaya atau lembaga dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian berkenaan.

Bagi suruhanjaya, peruntukan yang tertakluk dalam Akta 589 ini sebenarnya adalah amalan pelantikan yang diamalkan oleh beberapa badan berkanun seperti Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jadi, semua suruhanjaya ini memang Menteri yang bertanggungjawab mempunyai kuasa melantik pengerusi atau anggota-anggota suruhanjaya ataupun lembaga.

draft4:15 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Saya tak akan henti dekat sini, saya juga nak buat perbandingan dengan counterpart MCMC di negara-negara yang lain. Jadi, sekiranya kita buat perbandingan dengan badan pengawal selia komunikasi dan multimedia atau badan yang seumpamanya di beberapa negara ASEAN dan juga United Kingdom, ia turut menunjukkan bahawa mekanisme pelantikan lazimnya melibatkan pihak eksekutif.

Sebagai contohnya Singapura, InfoComm— Info-Communication Media Development Authority. Inilah counterpart MCMC dekat Singapore. Jadi, setiap anggota juga dilantik oleh Menteri. Kalau di Brunei, dia ada Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei, juga pengerusi, ketua eksekutif dan juga anggota pihak berkuasa juga dilantik oleh Menteri.

United Kingdom, dia juga ada Office of Communications. Sama juga counterpart MCMC dekat UK. Pengerusi dan juga anggota lembaga juga dilantik oleh Secretary of State. Jadi, ini tunjukkan bahawa undang-undang yang sedia ada di bawah Akta 589 ini, pertamanya, bukan satu amalan baharu yang kita hendak bawa melalui pindaan ini dan kedua, ini memang merupakan satu amalan yang cukup biasa bagi kuasa kepada seseorang Menteri untuk melantik pengerusi dan juga anggota-anggota MCMC. Jadi, isu kedua di sini adalah...

draft4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Boleh saya mencelah sebelum masuk isu kedua?

draft4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Yes.

draft4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Boleh, Datuk Speaker? Terima kasih YB Timbalan Menteri. Cuma saya ingin dalam perbahasan saya tadi, saya ada mencadangkan dua wanita dalam jawatankuasa suruhanjaya ini. Apakah pandangan YB Timbalan Menteri?

Terima kasih.

draft4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya setuju. Saya harap bahawa Menteri, apabila kita nampak anggota ditambah, bolehlah pastikanlah bahawa dalam suruhanjaya ini, anggota-anggotanya juga ada perwakilan wanita dan juga perwakilan dari Sabah dan Sarawak.

draft4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB kena bisik-bisik dekat Menteri lah cadangan itu.

draft4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya, saya perlulah. Itu bukan sahaja sayalah, semua orang boleh. Bagilah sokongan kepada perwakilan wanita.

Okey, dan kedua— jadi kita sekarang risau, cakap bahawa Menteri mempunyai kuasa yang terlalu besar. Bagaimana kita nak pastikan bahawa MCMC ini adalah bebas daripada campur tangan politik. Saya nak tegaskan di sini bahawa pertamanya, memang kerajaan sentiasa menghormati dan melindungi hak kebebasan bersuara yang tertakluk di bawah Perkara 10(1A) Perlembagaan Persekutuan, tetapi saya rasa kita juga semua setuju bahawa hak bersuara hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan juga tertakluk pada lunas undang-undang dan juga kepentingan negara.

Seperti satu kes yang disebut oleh Yang Berhormat Senator Dr. Noor Inayah tadi iaitu kes yang dibawa oleh Heidy Quah ke mahkamah. Kita dapat keputusan daripada Mahkamah Persekutuan yang menyatakan bahawa sebenarnya seksyen 233 di dalam Akta 588 ini, dia bukan unconstitutional, dia bukan unconstitutional.

Jadi, memang kerajaan memang berhak ataupun MCMC memang berhak untuk pastikan ambil tindakan terhadap kandungan-kandungan yang kita rasa lucah, bersifat lucah ke, kandungan-kandungan yang jelik melampau dan sebagainya, tetapi kami juga setuju bahawa peruntukan yang lama itu memang ada ruang untuk tambah baik. Jadi, kementerian dan juga MCMC sebenarnya telah bawa pindaan terhadap seksyen 233 dan seksyen 233 itu telah pun dipinda dengan memasukkan enam huraian untuk membantu pihak penyiasatan, pendakwaan dan juga badan kehakiman dalam mentafsirkan elemen-elemen kandungan memudaratkan dalam seksyen 233.

Melalui pindaan seksyen 233 ini, skop kejelikan kandungan telah dijelaskan untuk hanya meliputi kandungan yang jelik melampau dan bukan hanya semata-mata jelik. Terdapat juga penambahan dari segi niat bagi turut merangkumi niat untuk melakukan kesalahan yang melibatkan fraud dan juga kecurangan bagi menangani kesalahan-kesalahan berkaitan dengan penipuan dalam talian seperti scam. Huraian juga telah dimasukkan bagi menerangkan sifat-sifat kandungan dalam subseksyen 233(1) tersebut.

Jadi, kami percaya bahawa pindaan ke atas seksyen ini dilihat dapat mengimbangkan keperluan untuk mengekang peningkatan kemudaratan dalam talian serta keperluan untuk memastikan seksyen ini tidak disalahgunakan ataupun MCMC tidak akan terlalu banyak campur tangan politik dan mengancam kebebasan bersuara.

Walau bagaimanapun, seperti saya sebut dalam perbahasan untuk RUU yang pagi tadi, di bawah Akta 588 memang ada— kita telah wujudkan satu tribunal rayuan di mana ia dipengerusikan oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi. Jadi, sesiapa yang terkesan, selanjutnya juga boleh merujuk kepada semakan kehakiman terhadap keputusan dan arahan tersebut.

Jadi, memang ada check and balance terhadap kuasa MCMC. Sesiapa yang terkesan oleh keputusan ataupun arahan MCMC, bolehlah pergi ke tribunal rayuan ini.

Kita wujudkan tribunal ini supaya pertama, orang yang terkesan, mereka tak perlulah lantik peguam, jimat duit. Kedua, dalam bentuk tribunal, dia akan dinilai dan dia akan dapat satu keputusan dengan lebih cepat. Jadi, ini adalah untuk pastikan bahawa memang ada check and balance (semak imbang) terhadap kuasa MCMC.

Saya sekarang nak pergi ke satu tajuk yang lain kerana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat Senator juga tanya, kenapa kita meningkatkan hak kontrak dari RM5 juta kepada RM50 juta. Pertamanya, saya nak nyatakan di sini bahawa seksyen 45 Akta 589 ini, kita cadangkan untuk dipinda untuk meningkatkan had nilai kontrak yang boleh dibuat oleh MCMC tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan iaitu daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM50 juta. Peningkatan had nilai kontrak dipertingkatkan selaras dengan Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan (WP 7.5) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkaitan penggunaan dana oleh badan berkanun.

Berdasarkan peraturan tersebut, Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana dalaman sepenuhnya sebenarnya boleh meluluskan perolehan sehingga nilai RM499 juta, tetapi kami pun rasa had itu sangat-sangat tinggi, tinggi melampau. Oleh sebab itu, cadangan kita adalah kita hanya meningkatkannya dari RM5 juta ke tidak melebihi RM50 juta. Jadi, bukan sahaja MCMC ataupun bukan sahaja melalui pindaan ini, kita nak meningkatkan had kontrak bagi MCMC, tetapi sebenarnya untuk seperti SPAN.

Mereka juga telah meningkatkan had nilai kontrak yang memerlukan persetujuan Menteri Kewangan kepada RM50 juta melalui pindaan kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] yang telah pun dipinda pada tahun 2024. Jadi, suruhanjaya yang lain pun dua tahun dahulu sudah buat pindaan yang sama. Jadi sekarang, kita hanya meningkatkannya ikut peraturan daripada MOF. Okey.

YB. Senator Tiew Way Keng juga tanya kenapa kita hanya tambah dua orang bukan empat orang, bukan lima orang? Banyak sebabnya.

Pertamanya, kalau kita nak tambah anggota suruhanjaya, mestilah ada implikasi kewangan juga, tetapi yang lagi penting adalah kita juga tak mahu menjadi terlalu drastik untuk menambah anggota suruhanjaya. Kalau kita buat perbandingan dengan suruhanjaya-suruhanjaya yang lain seperti Suruhanjaya Tenaga, anggota mereka adalah 11 orang. Untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, anggota mereka 12 orang. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, anggota mereka 12 orang. Suruhanjaya Persaingan Malaysia, anggota mereka 10 orang.

draft4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Jadi, rasa bahawa sekarang kita meningkat ke11 orang adalah satu angka yang cukup munasabah. Kalau ada keperluan kita boleh bawa pindaan lagi.

Tentang caj yang dikenakan untuk carian daftar. Saya nak jelaskan di sini bahawa penggunaan fi yang diperuntukkan berkaitan pemeriksaan atau pencabutan daftar yang dibuat hanya akan dikenakan sekiranya pemeriksaan atau cabutan itu dibuat secara fizikal, okey. Jadi, jumlah yang dikenakan itu juga adalah jumlah yang minimum untuk menampung kos pentadbiran.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, kalau dia buat carian daftar secara fizikal, ya fi akan dikenakan tetapi adalah untuk menampung kos pentadbiran, tetapi sekiranya dibuat secara online jadi tak ada sebarang kos pun.

Beberapa Ahli Yang Berhormat juga sentuh tentang isu keselamatan dalam talian. Seperti isu perjudian dalam talian. Saya nak tegaskan di sini sebenarnya aktiviti ataupun kegiatan judi sama ada dalam talian ataupun luar talian pada umumnya adalah di bawah bidang kuasa PDRM berdasarkan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

MCMC memberikan bantuan teknikal berhubung siasatan pembekalan maklumat, analisis forensik digital dan juga melaksanakan permohonan tindakan sekatan terhadap website laman sesawang ataupun kandungan yang berunsur judi dalam talian berdasarkan permintaan rasmi daripada agensi-agensi.

Kalau saya boleh tunjuk dari satu hari untuk tahun 2022, kita sebenarnya MCMC telah turunkan dua social media posting yang berunsur perjudian dalam talian. Angka ini meningkat ke 18,814 kandungan dan angka ini sekali lagi meningkat ke 189,484 pada tahun 2024. Dan untuk tahun yang lalu angka ini, penurunan ini meningkat ke 289,486.

Dan tahun ini setakat 31 Julai sahaja penurunan yang telah dibuat untuk kandungan- kandungan yang bersifat perjudian dalam talian adalah sebanyak 222,257.

Tindakan penurunan ini adalah dibuat atas permintaan daripada MCMC tetapi dia juga dibuat oleh pemberi perkhidmatan. Pada masa yang sama, bagi tempoh yang sama iaitu sejak 2022 hinggalah 31 Julai tahun ini sebanyak 6,982 laman sesawang judi telah pun turut disekat.

Jadi, saya percaya ialah MCMC akan ambil tindakan sekiranya kita dapat permohonan daripada orang awam ke ataupun daripada pihak PDRM tetapi siasatan ataupun dakwaan terhadap mereka yang terlibat seperti promoting online gambling, endorsing online gambling itu akan dilaksanakan oleh pihak polis. MCMC sedia untuk membantu, bagilah sokongan teknikal, tetapi kami juga harap bahawa PDRM boleh ambil satu tindakan yang lebih drastik, agresif dan terhadap mereka yang endorse ataupun promote online gambling. Memang pada masa yang sama kita perlu akui bahawa pada zaman ini AI juga menjadi satu cabaran yang cukup besar. Barulah pagi tadi sebenarnya saya terima satu aduan kerana di mana kita nampak bahawa ini adalah gambar sebenarnya dari Sin Chew Daily [Sambil menunjukkan telefon bimbit] Tetapi topik-topik ini gambar yang asas dia sebenarnya merujuk kepada satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Digital juga merangkap Pengerusi DAP yang menyatakan bahawa, “DAP akan berbuat muhasabah diri selepas PRN NS.” Tetapi ada orang yang edit dan dia tukar, “DAP akan buat muhasabah kepada pemilih ataupun pengundi perlulah cermin diri”. Jadi, ini dan ada orang yang percaya. Masalahnya ada orang yang percaya. Ada orang yang hantar kepada saya ada dalam gambar ini juga viral dalam group. Ini semua sebenarnya gambar-gambar yang telah diedit mengguna pakai AI. Jadi, saya percaya sangat penting ialah apabila MCMC boleh lipat ganda usaha kita untuk meningkatkan literasi digital. Pada masa yang sama semua pengguna perlulah menjadi lebih celik digital supaya pandai membezakan dan jugalah buat semakan untuk pastikan sebarang informasi yang terima itu adalah informasi yang sahih.

Setakat ini jawapan saya. Kalau tak ada pertanyaan-pertanyaan tambahan untuk mungkin ada satu dua yang saya terlepas pandang, saya akan bagilah jawapan bertulis.

Kalau tak, sekian sahaja.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang bagi sokongan dan juga pandangan yang bernas kepada Kementerian Komunikasi dan juga MCMC. Thank you, banyak terima kasih.

draft4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan ke itu? Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula****] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

draft4:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 15(3)

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan Usul.

draft4:38 PM

Puan Marhamah binti Rosli - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

draft4:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft4:38 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft4:38 PM
USUL DI BAWAH P.M 16

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16 oleh dua orang Ahli. Inilah kali pertama selepas tahun 2022 usul begini dikemukakan di Dewan Negara.

Maka, ucapan penangguhan dibuat di dalam Mesyuarat Kedua ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 16 hanya dua ucapan boleh dibuat pada hari ini. Silakan Setiausaha.

draft4:38 PM
UCAPAN PENANGGUHAN Ancaman e-Dagang Rentas Sempadan Harga Ekstrem (Pinduoduo/Temu) Terhadap Ekosistem PMKS dan Peruncitan Negara

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah Peraturan 16, Usul boleh dibuat oleh mana-mana Ahli Yang berhormat selain Menteri tetapi terhad kepada apa yang disebut hal pentadbiran berkaitan dengan kerajaan. Usul itu dibentang hanya terhad kepada 400 perkataan dan hanya 8 minit dibenarkan untuk pembentangan. Begitu juga untuk menjawab, hanya 8 minit. Menteri bolehlah menjawab. Perkataannya “Bolehlah menjawab”, bukan “Hendaklah menjawab.” Tafsiran terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat masing- masing.

Yang Berhormat Senator Datuk Phoong Jin Zhe.

draft4:41 PM

Datuk Phoong Jin Zhe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk Peraturan Mesyuarat 16(2), saya bangkit memohon penangguhan Dewan bagi menarik perhatian kerajaan berkenaan satu isu yang sedang membawa implikasi besar ke atas ekonomi kita. Kemasukan platform E-dagang rentas sempadan yang mengamalkan modal harga ekstrem seperti Pinduoduo menerusi Temu sedang mengancam kestabilan ekonomi domestik dan rantaian pembekalan negara.

Dari segi mikroekonomi, model perniagaan terus dari kilang ataupun dengan izin, customer to manufacturer, dengan subsidi modal gergasi yang ini mencetuskan persaingan yang tidak sihat. Penguasaan pasaran melalui penetapan predatory pricing bukan sahaja membunuh peruncit tempatan malah menjejaskan pendapatan cukai negara, kadar penyewaan hartanah komersial serta meruntuhkan ekosistem logistik dan pekerjaan tempatan. Trend pemusnahan peruncitan tempatan akibat persaingan yang tidak saksama ini telah pun mencetuskan tindakan drastik di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Indonesia dan lain-lain.

Kesan negatif ini amat dirasai oleh perusahaan mikro kecil dan sederhana

(PMKS) serta kedai-kedai kecil di seluruh negara. Sebagai contoh yang spesifik, yang melampau, sebuah fon telinga atau pun earphone dihantar terus dari kilang di China ke pintu rumah pengguna di Malaysia pada harga RM2.63 lengkap dengan penghantaran percuma.

Saya khuatir peniaga tempatan kita tidak mungkin mampu bersaing secara adil atau di skala yang seimbang. Mereka perlu menanggung kos sewa premis, gaji pekerja, caruman KWSP, pelepasan kastam dan pelbagai lagi cukai perniagaan sedangkan syarikat gergasi itu beroperasi di lapang di luar negara mungkin langsung tidak payah bayar cukai dan sebagainya. Manakah keadilannya?

Tuan Yang di-Pertua, isu ini turut disuarakan secara tegas oleh pemimpin- pemimpin persatuan perniagaan. Mereka menyuarakan kebimbangan para perniagaan PMKS negara kita khususnya golongan peruncitan. Mereka menyeru bahawa kerajaan perlu berani mendatangkan intervensi perundangan demi melindungi periuk nasi rakyat.

Oleh itu, saya mendesak kementerian berkenaan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menilai serta mengkaji langkah-langkah intervensi yang bersesuaian. Kerajaan boleh meneliti contoh- contoh pendekatan yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa, antaranya termasuk: pertama memperketat regulasi E-dagang rentas sempadan, menerokai kawal selia terhadap jualan terus dari pengeluar luar negara bagi memastikan perlindungan kepada saluran pengedaran tempatan.

Kedua, kajian semula polisi cukai dan ambang import. Meneliti kelemahan pelepasan cukai barangan nilai rendah atau pun LVTT serta jurang ketidakseimbangan cukai antara produk import terus dan produk peniaga tempatan.

Ketiga, penguatkuasaan persaingan saksama. Mengemas kini undang-undang persaingan bagi mengekang amalan penetapan predatory pricing oleh platform modal gergasi.

Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas saya hendak menyatakan sedangkan rakyat diberi pilihan membeli barangan dengan harga yang lebih murah itu perkara yang baik.

Tetapi ekosistem perniagaan kita mesti diberi keadilan kepada peniaga-peniaga sedia ada. Justeru, saya mohon kerajaan bertindak bagi mewujudkan satu pelan tindakan yang menyeluruh bagi memastikan ekonomi kita terus berdaya tahan dan semakin berkembang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft4:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehlah menjawab.

draft4:42 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Bolehlah menjawab. Saya diminta menjawab.

draft4:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lapan minit.

draft4:46 PM

Puan Marhamah binti Rosli

Lapan minit. Bismillah. Saya mewakili Yang Berhormat Menteri KPDN.

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dato Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Senator atas keprihatinan yang dibangkitkan mengenai perkembangan E-dagang rentas sempadan serta implikasinya terhadap perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), peruncit tempatan dan ekosistem perdagangan negara.

Kerajaan memandang serius isu ini kerana perkembangan pesat perdagangan digital bukan sahaja membuka peluang kepada pengguna untuk menikmati pilihan produk-produk yang lebih pelbagai dengan harga yang kompetitif malah turut membawa cabaran baharu seperti pematuhan penjualan asing, tanggungjawab platform digital, perlindungan pengguna, keselamatan produk serta persaingan yang adil kepada peniaga tempatan.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan ingin menjelaskan bahawa perkara pokok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator bukan lagi berada di peringkat cadangan atau kajian awal sebaliknya telah memasuki fasa pelaksanaan dasar. Jemaah Menteri telah meluluskan dasar untuk menggubal akta E-dagang yang baharu bagi menyediakan satu kerangka perundangan yang lebih menyeluruh selaras dengan perkembangan ekonomi digital. Pada masa yang sama Jemaah Menteri turut bersetuju supaya jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal ditubuhkan bagi menyelaras proses penggubalan akta tersebut agar dapat disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan.

Melalui penggubalan akta ini, kerajaan akan meneliti secara menyeluruh aspek tanggungjawab platform E-dagang, transaksi rentas sempadan, pematuhan penjual asing, perlindungan pengguna, ketelusan maklumat penjual dan produk, mekanisme penyelesaian, pertikaian serta kaedah penguatkuasaan terhadap entiti yang tidak mempunyai kehadiran fizikal di Malaysia. Pada masa yang sama kepentingan PMKS dan peruncit tempatan akan terus diberi perhatian bagi memastikan mereka dapat bersaing dalam ekosistem perdagangan digital yang lebih adil dan mampan.

Dato Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan juga melibatkan bidang kuasa beberapa kementerian dan agensi. Antaranya ialah aspek percukaian, kastam, persaingan, standard produk dan perlindungan pengguna. Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan whole-of-government dengan izin, bagi memastikan setiap isu ditangani mengikut bidang kuasa kementerian dan agensi yang berkaitan. Aspek percukaian termasuk LVGT, ambang import dan dasar percukaian rentas sempadan berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF), serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pada masa yang sama KPDN melalui penggubalan akta E-dagang yang baharu akan memperkukuh aspek tadbir urus platform digital, perlindungan pengguna dan ekosistem perdagangan yang adil. Kerjasama rentas kementerian ini akan memastikan tindakan yang diambil lebih menyeluruh, bersepadu dan berkesan dalam menangani cabaran E-dagang rentas sempadan.

Berhubung dakwaan mengenai predatory pricing dengan izin, kerajaan berpandangan bahawa harga yang rendah semata-mata tidak boleh secara automatik dianggap sebagai amalan anti persaingan. Penentuan sama ada sesuatu amalan merupakan predatory pricing memerlukan penelitian yang menyeluruh berdasarkan fakta, data pasaran dan bukti yang mencukupi termasuk struktur kos sebenar, sumber subsidi atau pembiayaan, kedudukan pasaran, tempoh harga rendah ditawarkan serta kesannya terhadap pesaing.

draft4:46 PM

Puan Marhamah binti Rosli

Contoh harga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi, boleh dijadikan input untuk penelitian lanjut. Namun, satu contoh sahaja belum memadai untuk membuktikan bahawa keseluruhan model perniagaan sesuatu platform merupakan amalan anti persaingan.

Dato Yang di-Pertua, prinsip kerajaan adalah jelas. Malaysia kekal mengamalkan ekonomi pasaran terbuka yang menggalakkan perdagangan, pelaburan, inovasi dan persaingan. Persaingan yang sihat memberi manfaat kepada pengguna melalui harga yang lebih kompetitif, pilihan produk yang lebih luas dan peningkatan kualiti perkhidmatan.

Namun begitu, ekonomi pasaran terbuka bukan bermaksud pasaran dibiarkan tanpa kawal selia. Sebaliknya, kerajaan akan memastikan wujudnya medan persaingan yang sama rata supaya semua pemain industri sama ada peniaga tempatan, penjual asing, mahupun platform digital tertakluk kepada undang-undang dan tanggungjawab yang sama.

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana amalan perdagangan yang bertujuan menyingkirkan pesaing secara tidak adil, menyalahgunakan kedudukan pasaran atau akhirnya memudaratkan pengguna dan ekosistem perniagaan negara.

Pada masa yang sama, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pengguna terus menikmati manfaat daripada persaingan yang sihat tanpa menjejaskan keselamatan, kualiti produk dan hak mereka sebagai pengguna dan tidak mengabaikan PMKS.

Kerajaan juga amat mengambil kira kepentingan PMKS dan perlu memastikan kelangsungan perkembangan PMKS tidak terjejas. Di samping itu, hak dan kepentingan pengguna tidak diabaikan.

Dato Yang di-Pertua, selain penggubalan Akta E-Dagang yang baharu KPDN juga sedang melaksanakan libat urus bagi meminda dan memperkukuh garis panduan penyertaan asing dalam sektor dagangan pengedaran iaitu WRT. Penambahbaikan ini bertujuan memastikan penyertaan pelabur asing terus memberikan nilai tambah pada ekonomi negara melalui pelaburan, pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan penyertaan perusahaan tempatan dalam rantaian bekalan di samping memastikan kepentingan PMKS dan peruncit tempatan terus dipelihara.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari bahawa semakan garis panduan WRT sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, ia dilaksanakan secara saling melengkapi dengan penggubalan Akta E-Dagang yang baharu serta tindakan kementerian dan agensi berkaitan. Dato Yang di-Pertua kesimpulannya, kerajaan berpandangan bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator telah pun diambil tindakan melalui keputusan Jemaah Menteri untuk menggubal Akta E-Dagang yang baharu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal serta garis panduan WRT.

Kerajaan tidak memilih antara kepentingan pengguna atau peniaga tempatan.

Pendekatan kerajaan adalah memastikan kedua-duanya dilindungi melalui ekosistem perdagangan digital yang terbuka, kompetitif tetapi pada masa yang sama adil, telus dan bertanggungjawab. Inilah komitmen kerajaan dalam memastikan perdagangan digital terus berkembang tanpa mengorbankan kelangsungan PMKS, kepentingan pengguna dan kemakmuran ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

Kemudahan Undi Awal Ataupun Undi Pos Bagi Anggota Polis Bantuan di Malaysia

draft4:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk bangun bercakap di bawah Peraturan Mesyuarat 16 untuk membawa satu perkara iaitu isu penting yang dalam tanggungjawab kerajaan iaitu berkaitan dengan kemudahan undi awal ataupun undi pos bagi anggota polis bantuan di Malaysia.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan agar Dewan yang mulia ini membahaskan satu perkara yang melibatkan kepentingan negara, keselamatan awam serta hak demokrasi warganegara iaitu keperluan menyediakan kemudahan undi awal atau undi pos kepada anggota polis bantuan di seluruh Malaysia.

Polis bantuan merupakan satu komponen keselamatan negara yang penting yang telah diwujudkan di bawah undang-undang yakni Akta Polis 1967 dan diberikan kuasa dan tugas khusus dan bukan sebagai anggota tetap PDRM yang sepenuhnya.

Namun, mereka melaksanakan fungsi kepolisan dalam kawasan yang diluluskan oleh kerajaan.

Hari ini ribuan anggota polis bantuan lebih kurang seramai 27,000 orang berkhidmat di kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pengendali pengangkutan awam, lapangan terbang, pelabuhan, sektor tenaga utiliti, institusi kewangan, industri minyak dan gas serta pelbagai infrastruktur kritikal negara.

Mereka bertugas secara syif 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa mengira cuti umum, hujung minggu ataupun musim pilihan raya.

Tanggungjawab mereka bukan sekadar menjaga premis, bahkan memastikan kelangsungan operasi, aset-aset strategik negara daripada ancaman jenayah, pencerobohan, sabotaj, keganasan dan sebarang insiden yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Namun begitu, sehingga hari ini anggota polis bantuan masih tidak diberikan kemudahan undi awal atau undi pos sebagaimana yang dinikmati oleh beberapa kategori petugas keselamatan negara.

Keadaan ini menimbulkan dua implikasi besar. Pertama, sekiranya mereka tidak diberikan pelepasan bertugas pada hari pengundian, terdapat kemungkinan sebahagian daripada mereka gagal untuk menunaikan hak mereka sebagai pengundi berdaftar. Hak mengundi merupakan hak asas setiap warganegara dalam sistem demokrasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya terjejas hanya kerana seseorang sedang menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Kedua, sekiranya semua anggota diberikan pelepasan atau cuti untuk keluar mengundi secara serentak, maka organisasi yang mengendalikan aset-aset strategik negara akan mengalami kekurangan anggota keselamatan yang amat ketara. Ini boleh menjejaskan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan risiko keselamatan dan memberi implikasi kepada perlindungan infrastruktur kritikal negara.

Justeru itu, saya mencadangkan agar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Kementerian Dalam Negeri serta agensi-agensi yang terlibat dan berkaitan dalam menjalankan satu kajian menyeluruh bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

(i) memberikan kelayakan undi awal kepada anggota polis bantuan yang bertugas pada hari pengundian;

(ii) sekiranya pelaksanaan undi awal tidak sesuai bagi semua anggota menyediakan mekanisme undi pos kepada anggota yang tidak dapat meninggalkan tugas atas faktor operasi.

Cadangan ini bukan bertujuan mewujudkan layanan istimewa kepada polis bantuan, sebaliknya untuk mencapai keseimbangan antara dua kepentingan utama negara iaitu memelihara hak mengundi setiap warganegara dan memastikan keselamatan aset-aset kritikal negara terus terjamin sepanjang tempoh pilihan raya.

Saya percaya bahawa negara yang menghargai petugas keselamatannya, bukan sahaja memastikan mereka menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, malah turut menjamin hak demokrasi mereka sebagai rakyat Malaysia.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar pindaan kepada peruntukan- peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1981 dengan memasukkan kategori anggota polis bantuan yang sedang bertugas menjaga aset strategik atau infrastruktur kritikal negara pada hari pengundian sebagai kumpulan yang layak menerima kemudahan undi awal ataupun undi pos.

Pendekatan ini bukan sahaja menyelesaikan isu semasa, malah mewujudkan penyelesaian yang kekal bagi setiap pilihan raya pada masa hadapan. Malah, seksyen 27A(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1981 pernah dipinda bagi memasukkan beberapa kategori lagi untuk membolehkan mereka mendapat undi awal ataupun undi pos.

Sekian, izinkan saya untuk mengusul, terima kasih Dato Speaker.

draft4:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Senator Utama.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kemudahan undi awal adalah merujuk kepada Peraturan 27A(1)(a) hingga (d), Peraturan-peraturan Pilihan Raya

(Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Iaitu, “mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau negeri di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan ialah;

draft4:59 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

(a) seorang yang disebut dalam perenggan (a) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 iaitu seorang anggota yang berkhidmat dengan mana-mana angkatan tentera laut tetap, angkatan tentera biasa tetap atau angkatan tentera udara tetap Malaysia, Komanwel atau negara lain;

(b) seorang yang disebut dalam perenggan (b) dalam takrif “pengundi tidak hadir” dalam Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 iaitu isteri atau suami kepada seseorang mana-mana angkatan tentera yang disebut di dalam perenggan (a) yang memilih untuk menjadi seorang pengundi tidak hadir;

(c) seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia selain anggota pasukan polis, sukarelawan simpanan; atau

(d) isteri atau suami kepada seorang pegawai polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am.

Manakala kemudahan undi pos adalah mengikut— merujuk kepada perenggan 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 iaitu kepada:

(a) seseorang yang disebut dalam perenggan 27A(1)(c), Peraturan- peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 yang tidak dapat hadir mengundi pada hari mengundi awal;

(b) seorang yang diperakui oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi awal atau hari mengundi;

(c) seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan; atau

(d) seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan sebagai pengundi pos oleh SPR dari masa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.

Buat masa sekarang, terdapat tiga kategori orang yang diberikan kemudahan undi pos seperti berikut. Nombor satu, kategori 1A:

(i) ahli dan pegawai SPR;

(ii) petugas pilihan raya;

(iii) pegawai dan anggota tentera yang bertugas pada hari mengundi awal;

(iv) pegawai dan anggota polis yang bertugas pada hari pengundi mengundi awal; dan

(v) pengamal media yang bertugas pada hari mengundi.

Nombor dua, kategori 1B , warganegara Malaysia yang menetap di luar negara.

Tiga, kategori 1C, kakitangan yang bertugas pada hari mengundi bagi 11 jabatan, agensi seperti berikut:

(i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;

(ii) Jabatan Penjara Malaysia;

(iii) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;

(iv) Sukarelawan Simpanan Polis;

(v) Jabatan Imigresen Malaysia;

(vi) Jabatan Kesihatan Malaysia;

(vii) Jabatan Pendaftaran Negara (UTC)

(viii) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia;

(ix) Agensi Pengurusan Bencana Negara;

(x) Tenaga Nasional Berhad; dan

(xi) Sabah Energy Sdn. Bhd.

Maka, kemudahan undi pos adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta pertimbangan terhadap kategori pengundi yang perlu menjalankan tugas semasa pilihan raya tanpa menjejaskan kelancaran proses pilihan raya dan operasi perkhidmatan penting kerajaan.

Sehubungan itu, walaupun kategori pengundi yang layak untuk undi awal dan undi pos adalah sebagaimana yang diperuntukkan pada masa ini, SPR mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator dan akan meneliti serta mengkaji kesesuaian untuk menambah kategori pengundi undi pos termasuk melibatkan anggota pos, anggota polis bantuan yang bertugas menjaga aset strategik dan infrastruktur kritikal negara dengan mengambil kira keperluan operasi aspek perundangan dan pelaksanaan pilihan raya.

Polis pada masa yang sama, SPR menggalakkan pengundi termasuk anggota polis bantuan untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat bermastautin semasa bagi memudahkan urusan pengundian dalam sesuatu pilihan raya.

Sekian, terima kasih.

draft5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Ogos 2026.

draft5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.05 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026