Jul302026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mula sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, I would like to exercise my guillotine under Peraturan 23(3), soalan tambahan dua sahaja. Satu daripada penyoal asal dan selainnya daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain. Sebab, banyak soalan pagi ini, saya hendak banyak soalan dapat dijawab dan kedua, kita ada rang undang-undang yang penting untuk diputus dan dilulus iaitu Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim

draft • 10:00 AM

Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah status pembangunan industri pertahanan tempatan dalam bidang dron, sistem Maritime Domain Awareness (MDA), radar, sensor, kecerdasan buatan dan teknologi pengawasan sempadan; dan

(b) adakah kerajaan mempunyai sasaran jangka panjang untuk meningkatkan penggunaan teknologi tempatan bagi memperkukuh pemantauan kawasan maritim dan sempadan negara, khususnya di Sarawak dan Sabah yang mempunyai kawasan operasi yang luas dan mencabar.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim atas persoalan yang dikemukakan.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan komited membangunkan industri pertahanan tempatan selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dengan memberi tumpuan kepada teknologi strategik seperti dron, radar, sensor, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pengawasan sempadan bagi mempertingkatkan kesedaran domain maritim atau Maritime Domain Awareness (MDA). Keutamaan kementerian adalah melaksanakan DIPM melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), Program Kolaborasi Industri, Industrial Collaboration Programme (ICP), pemindahan teknologi, pemindahan pengetahuan, pembangunan modal insan serta pengukuhan rantaian bekalan domestik.

Selaras dengan DIPN, setiap perolehan pertahanan baharu diwajibkan mengandungi elemen ICP bagi membolehkan pemindahan teknologi dan pengetahuan kepada syarikat-syarikat tempatan sekali gus meningkatkan keupayaan negara membangun dan menghasilkan serta menyelenggara aset pertahanan di dalam negara.

Dato Yang di-Pertua, contoh yang boleh kita ambil adalah dalam bidang dron, rancangan perolehan sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) ANKA-S fasa yang kedua dari Turkiye, bukan sahaja bertujuan meningkatkan keupayaan operasi ATM, malah akan dimanfaatkan melalui ICP untuk memperkukuhkan industri pertahanan negara menerusi pemindahan teknologi, pemindahan pengetahuan dan pembangunan kapasiti syarikat tempatan.

Dalam hubungan ini, syarikat seperti TUSAS Malaysia Sdn. Bhd. telah dikenal pasti sebagai technical delivery partner bagi pembangunan UAV nasional melalui pelaksanaan pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan. Selain itu, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bersama ATM sedang memuktamadkan Strategi Pembangunan Dron Pertahanan Negara (SPDPN).

Bagi jangka masa panjang, kerajaan komited untuk terus membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan dan meningkatkan penggunaan teknologi tempatan bagi memperkukuhkan pemantauan kawasan maritim dan sempadan negara termasuk di Sabah dan juga di Sarawak. Dan antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan projek-projek pertahanan nasional yang merangkumi perkhidmatan satelit pertahanan, Sistem Perisikan Elektronik Pasif (Passive) dan Loitering Munition System ataupun dron kamikaze.

Pendekatan ini akan mempertingkatkan keupayaan Maritim Domain Awareness dan pengawasan sempadan secara lebih berkesan, berterusan dan dalam masa yang

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

nyata dan di samping mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar serta membangunkan ekosistem industri pertahanan tempatan yang lebih berdaya saing dan mampan. Itu sahaja jawapannya.

draft • 10:00 AM

Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim

Dato Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selaras dengan usaha kerajaan membangunkan industri pertahanan tempatan seperti yang dinyatakan tadi, apakah pengajaran yang telah diambil daripada pengalaman perolehan aset strategik pada masa lalu supaya setiap perolehan baru bukan sahaja memenuhi keperluan operasi, malah mengambil kira aspek penyelenggaraan alat ganti, latihan, pemindahan teknologi, penglibatan industri tempatan serta jangka hayat aset agar kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berada pada tahap optimum? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan ini. Apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Senator adalah tentang pengajaran kita daripada pengalaman-pengalaman lalu tentang bagaimana kita memperoleh aset-aset di Kementerian Pertahanan itu melalui ATM itu kerana kita tahu antara cabaran-cabaran kita adalah tentang keupayaan kita untuk memastikan bahawa aset itu kekal boleh kita manfaatkan untuk tempoh jangka masa panjang.

Sebab itu kalau kita lihat antara usaha yang kita buat melalui Dasar Industri Pertahanan Negara ini adalah kita harus tidak ada cara lain melainkan kita mesti mengupayakan industri kita. Ini antara perkara-perkara yang kita berikan tumpuan.

Memang kita lihat bahawa Malaysia banyak memberikan tumpuan kepada MRO— maintenance, repair, overhaul, tetapi dalam masa yang sama, keupayaan kita untuk menghasilkan aset-aset pertahanan ini memang harus kita pertingkatkan kerana dia memang terkait dengan kedaulatan, keselamatan negara kita dan sebenarnya kita ada keupayaan itu. Sebab itu kalau kita lihat macam jawapan awal saya, antara yang kita pastikan bahawa dalam setiap pembelian aset-aset kita, kita mesti ada apa yang disebut sebagai ICP— Industrial Collaboration Program.

Di mana kita harus pindahkan pengetahuan dan dalam masa yang sama kita harus boleh melatih anggota-anggota kita dan dalam masa yang sama teknologi juga adalah merupakan satu perkara yang harus kita lakukan. Sebab itu kalau kita lihat, bila kita membeli aset ini memang kita tahu bahawa kita perlukan buat masa ini, tetapi untuk jangka masa panjang, pemindahan teknologi dan pemindahan pengetahuan itu dan kesediaan anggota-anggota kita untuk memastikan bahawa aset itu boleh diguna pakai adalah satu keutamaan kita. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih, Yang Berhormat Dato Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, apakah langkah-langkah kerajaan bagi menjamin keselamatan makanan di Malaysia dalam menghadapi fenomena Super El Nino dalam bulan-bulan akan datang, termasuk usaha memperkukuh daya tahan pengeluaran, kestabilan rantaian bekalan serta strategi mitigasi bagi komoditi agromakanan utama.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa bersiap siaga dan berada dalam tahap kesediaan yang optimum dalam mendepani impak fenomena iklim El Nino. KPKM amat prihatin terhadap risiko ketidaktentuan cuaca yang berupaya menjejaskan hasil pengeluaran agromakanan serta mengancam tahap keterjaminan makanan negara. Bagi memperkukuh daya tahan pengeluaran agromakanan, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah persediaan seperti berikut.

Membuat penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran secara berterusan termasuk parit, tali air dan komponen berkaitan bagi memastikan kelancaran saliran air ke kawasan sawah. Pada tahun ini, sebanyak RM140 juta telah di peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran di semua kawasan jelapang dan luar jelapang padi seluruh Malaysia. Pelaksanaan Sistem Amaran Awal Digital dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) untuk menyalurkan ramalan cuaca dan amaran awal gelombang haba secara berkala kepada komuniti tani melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Melaksanakan penjadualan semula aktiviti penanaman padi bagi memastikan penanaman dapat diteruskan dengan mengambil kira ketersediaan sumber air dan keadaan cuaca semasa. Melaksanakan sesi libat urus bersama agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi sokongan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA). Untuk tahun 2026, empat OPA telah dilaksanakan di kawasan MADA iaitu pada:

(i) 13 ke 14 Februari 2026, fasa 1;

(ii) 6 ke 7 April 2026, fasa 2;

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

(iii) 10 ke 12 Mei 2026, fasa 3; dan

(iv) 17 ke 19 Mei 2026, fasa 4.

Melaksanakan kaedah pengurusan air alternatif dan mampan dalam sistem pengeluaran padi dengan mengoptimumkan kecekapan penggunaan air di peringkat ladang. Antara kaedah pengurusan air termasuklah Alternate Wetting and Drying

(AWD), System of Rice Intensification (SRI), Mid-season Drainage (MSD) dan kawalan air tanah, debu dan lembap. KPKM juga telah melaksanakan beberapa langkah mitigasi seperti berikut.

Pelaksanaan sistem pengairan alternatif seperti penggunaan pam bergerak dan telaga tiub serta sumber air bawah tanah bagi kawasan yang terjejas, penyelarasan pelan kontigensi bersama agensi penyelaras di kawasan bagi penyusunan jadual ke bekalan air mengikut keadaan semasa termasuk pemantauan paras air empangan utama jelapang padi dan menyelaras pelepasan air bersama-sama agensi berkaitan bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan secara optimum ke kawasan tanaman padi. Sikit lagi.

Memperkenalkan varieti padi yang lebih sesuai seperti MR380, MR381, MR382 bagi menghadapi kemarau dan suhu tinggi serta menggalakkan kaedah penanaman secara tabur kering bagi menjimatkan penggunaan air di peringkat awal penanaman dan pertanian persekitaran terkawal (controlled environment agriculture).

Dengan menggalakkan penanaman sayur-sayuran bernilai tinggi di dalam Struktur Pelindung Hujan atau rumah hijau untuk mengurangkan tekanan haba terus.

KPKM yakin usaha yang dilaksanakan mampu memperkukuh daya tahan pengeluaran agromakanan dan menjamin kestabilan rantaian bekalan dalam mendepani impak fenomena iklim El Nino terhadap sistem makanan negara. Terima kasih. Sekian.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tan Sri dahulu.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Oh, dia dahulu. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Okey, terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Soalan tambahan saya. Sejauh manakah keberkesanan dan pencapaian Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) berfungsi sebagai zon pengeluaran untuk menyokong pertanian berskala besar dan mempertingkatkan penawaran guna tanah untuk pertanian agromakanan? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih. Yang untuk isu TKPM— Taman Kekal Pengeluaran Makanan, yang sehingga kini terdapat 74 Taman Kekal Pengeluaran Makanan di seluruh negara dengan keluasan yang keseluruhan sekitar lebih kurang 13,000 hektar yang melibatkan pengeluaran pelbagai komoditi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan dan tanaman yang bernilai tinggi dan soalan TKPM ini dia macam mana dia berkait balik dengan soalan asalnya iaitu El Nino.

El Nino ini dia ada kesan yang lebih untuk segala jenis aktiviti pertanian yang terdedah kepada alam sekitar. Kalau kita buat tanaman sayur-sayuran di dalam controlled environment seperti di bawah ini green house ia sebenarnya dia lebih berdaya tahan dengan isu kenaikan haba, kenaikan suhu yang ekoran daripada El Nino ini dan model TKPM yang di antaranya kita banyak menggalakkan untuk meningkatkan penggunaan teknologi pertanian moden seperti fertigasi, pertanian tepat (precision farming) dan juga automasi dan ada juga kita yang menggalakkan usahawan tani yang menyewa atau memajak lot-lot tertentu di TKPM untuk menghasilkan sayur-sayuran dengan cara tertutup atau controlled environment.

So, TPKM ini amat dekat dengan macam mana kita nak mitigasikan impak-impak dari El Nino ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Sri Mohamad Zaini.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya. Adakah kementerian mempunyai pelan kontigensi khusus termasuk peruntukan stok penimbal (buffer stock) bagi bekalan makanan asas seperti beras, sayur-sayuran dan ayam sekiranya fenomena Super El Nino berlarutan sehingga menjejaskan pengeluaran tempatan?

Kedua, apakah bantuan segera yang akan disalurkan kepada petani dan penternak yang terjejas akibat kemarau dan memastikan pengeluaran makanan segera tidak merosot? Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih. Ya, untuk jawapan yang untuk bahagian yang pertama untuk stockpile. Kita sentiasa memastikan kecukupan stockpile untuk beras yang berada di negara ini adalah selalu pada tahap enam bulan.

Kepenggunaan untuk enam bulan. So, tak kira ada El Nino, tak ada El Nino itulah yang kita kekalkan sebagai dasar untuk yang stockpile ini.

draft • 10:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Yang kedua, sama ada apa yang kita akan tolong jikalau berlakunya ini kerugian atau apa jenis bantuan yang akan kita berikan kepada golongan petani yang terjejas akibat perubahan iklim seperti El Nino.

draft • 10:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

Di antaranya, Skim Takaful Tanaman Padi (STTP). Kita telah lancarkan pada bulan September 2024 bersama dengan Agrobank. So, skim ini menyediakan pampasan sehingga RM3,000 per hektar bagi kerosakan tanaman kepada pengusaha padi kecil yang terjejas akibat bencana.

So, inilah merupakan di antara cara-cara kita untuk membantu sesiapa yang terpengaruh oleh El Nino. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Senator Nelson.

draft • 10:20 AM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Datuk Nelson W Angang minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah usaha KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperluas akses Rawatan Persenyawaan In-Vitro (IVF) di Sabah termasuk penambahan pusat subfertiliti, subsidi rawatan, kerjasama hospital kerajaan dan swasta berikutan penurunan kadar kelahiran negara dan keperluan sokongan kesuburan terhadap Golongan Berpendapatan Rendah (B40) dan Golongan Berpendapatan Pertengahan (M40).

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Antara usaha mendepani cabaran penurunan kadar kelahiran serta membantu pasangan berkahwin menangani masalah ketidaksuburan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan perkhidmatan subfertiliti yang berkualiti dan berpatutan kepada pasangan berkahwin di Malaysia.

Rawatan subfertiliti di fasiliti LPPKN kini beroperasi di empat klinik subfertiliti mengikut zon iaitu:

(i) Klinik Subfertiliti Pulau Pinang bagi Zon Utara;

(ii) Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur, Zon Tengah;

(iii) Klinik Subfertiliti Johor Bahru, Zon Selatan; dan

(iv) Klinik Subfertiliti di Kuching Sarawak, Zon Malaysia Timur.

Di Sabah, perkhidmatan konsultasi dan subfertiliti LPPKN disediakan melalui tiga Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau yang menawarkan perkhidmatan konsultasi dan kaunseling. Manakala, perkhidmatan rawatan lanjutan seperti penilaian dan saringan kesuburan serta tawaran Timed Intercourse (TI) disediakan di Klinik Nur Sejahtera.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Selain itu, melalui Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti atau Program BuAI yang diperkenalkan pada tahun 2025, pasangan yang layak di Sabah boleh mendapatkan rawatan Intrauterine Insemination atau IUI di fasiliti kesuburan swasta yang dilantik oleh LPPKN menerusi pendekatan Public-Private Partnership dengan izin, PPP.

Kerjasama strategik ini bertujuan memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesuburan, meningkatkan kapasiti penyampaian perkhidmatan, mengurangkan jurang akses antara kawasan serta memberi lebih banyak pilihan kepada pasangan untuk mendapatkan rawatan lebih cepat dan berkesan.

Untuk makluman, Program BuAI ini merangkumi dua inisiatif iaitu subsidi ke atas fi rawatan seperti ubat dan prosedur dan kedua, program advokasi dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta.

Program BuAI di Sabah telah memberi manfaat kepada seramai 2,641 pasangan yang telah menerima subsidi rawatan IUI dan yang memperoleh peningkatan pengetahuan melalui program advokasi melebihi sasaran awal iaitu lebih kurang seramai 1,700 pasangan. Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha KPWKM dan LPPKN dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesuburan di Sabah.

Selain perkhidmatan yang disediakan LPPKN, terdapat beberapa fasiliti kesihatan di Sabah yang turut menawarkan perkhidmatan saringan dan rawatan kesuburan secara komprehensif. Antaranya Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, SabahCare Fertility & Specialist Centre dan Alpha IVF & Women’s Specialists Kota Kinabalu. Penyertaan fasiliti daripada sektor kerajaan dan swasta ini memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesuburan di Sabah, sekali gus memperluaskan akses pasangan kepada pilihan rawatan yang berkualiti mengikut keperluan serta pilihan masing-masing.

KPWKM komited untuk terus memperluas akses kepada perkhidmatan kesuburan menerusi perluasan fasiliti LPPKN, kerjasama awam swasta dan inisiatif seperti Program BuAI agar akses rawatan subfertiliti yang berkualiti yang mampu biaya dapat turut dinikmati oleh pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesuburan di fasiliti swasta. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, berapakah kapasiti rawatan yang mampu disediakan di Sabah setiap tahun? Apakah purata tempoh menunggu bagi pasangan yang memohon di bawah Program BuAI ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Pada setakat ini, kita memang bagi Program BuAI terutamanya kita memang ada sasaran bagi setiap negeri. Untuk tahun 2026, sasaran kita untuk Sabah melebihi— yang kita telah merawat melebihi daripada sasaran kita.

Sebab setengah-setengah, kita memang ada memberi subsidi untuk rawatan, tetapi setengah-setengah pasangan hanya mendapatkan advokasi dan mereka dapat— tidak perlu melalui rawatan yang diperlukan yang akan mengambil kos yang lebih tinggi, tetapi di sini memang dalam Program BuAI, kita LPPKN akan memberikan subsidi.

Jadi, sebab itu, target kita melebihi sasaran kita yang kita nak kita rancangkan.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, memang banyak pasangan telah datang untuk mengetahui tentang program ini, tapi kita ada saringan. Seperti umur, kita memang ada kelayakan tertentu, tetapi jika— terutamanya seperti jika umurnya tidak dalam kelayakan kita. Kita tidak akan merangkumi mereka dalam Program BuAI, tetapi kita akan memberi advokasi. Mungkin mereka perlu mencari jalan lain. Mungkin ke— untuk rawatan yang lain, tapi, kita akan terus membuat advokasi dan terus akan menolong sebanyak yang kita boleh. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita bagi wanitalah. Dr., dia juga doktor.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Okey, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab ini soalan terakhir, tambahan.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Memandangkan negara kita menghadapi kadar kelahiran atau kadar kesuburan yang semakin menurun yang di bawah paras penggantian penduduk. Adakah kerajaan sudah merancang satu kerangka kesuburan nasional ataupun dasar kesuburan nasional yang menyeluruh, yang merangkumi sokongan rawatan IVF yang kita bincangkan tadi, insentif kepada keluarga muda dan juga dasar yang lebih mesra kepada keluarga bagi meningkatkan kadar kelahiran? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Martina. Memang kadar kelahiran semakin menurun atau pada tahap yang membimbangkan, tetapi pada masa yang sama, kita juga ada kadar kesuburan di Malaysia juga tidak memuaskan.

Jadi, kita memang terutamanya dalam LPPKN, kita memang ada banyak program untuk menolong pasangan yang menghadapi masalah kesuburan infertiliti ini untuk datang terutamanya yang tidak mampu kepada hospital swasta sebab macam itu program rawatan ini bukan murah, tapi kita akan buat sebanyak yang kita mungkin untuk menolong pasangan yang menghadapi masalah ini.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Kita ada banyak itu klinik infertiliti yang kita ada di semua kawasan zon dan kita memang ada rancangan untuk memperluaskan lagi klinik infertiliti ini di seluruh negara.

Kita memang pada masa ini, kita nak perluaskan sekurang-kurangnya dua pada setiap tahun. Kita harap setiap tahun kita dapat menambahkan dua klinik infertiliti ini di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell.

draft • 10:20 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

draft • 10:20 AM

4. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, adakah kerajaan bercadang mempergiatkan lebih banyak latihan kemahiran TVET di kawasan luar bandar dan pedalaman secara outreach melalui institusi di bawah MARA seperti GIATMARA, IKM dan KKTM.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan melalui MARA sentiasa komited memperluaskan akses Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui pendekatan outreach yang lebih fleksibel, bersasar dan inklusif menerusi institusi di bawah MARA seperti GIATMARA, dan TVET MARA yang merangkumi KKTM, MJII dan juga IKM.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Menerusi GIATMARA, pelbagai program outreach dilaksanakan melalui kursus jangka pendek, latihan berasaskan komuniti serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, industri dan juga institusi pendidikan. Antaranya ialah program TVET Komuniti, TVET Junior, TVET Tahfiz dan GIAT Dekat Rakyat yang memberi pendedahan awal secara praktikal seperti selenggaraan motosikal, pastri dan confectionary bagi memupuk minat dan juga membina keyakinan generasi muda terhadap bidang TVET.

Pendekatan ini juga turut membuka peluang upskilling dan juga reskilling kepada golongan bekerja di luar bandar mengikut potensi ekonomi setempat, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dan peluang keusahawanan mereka. Semakan dan penambahbaikan kursus turut dilaksanakan secara berterusan berdasarkan permintaan industri dan juga perkembangan teknologi semasa.

Seterusnya, melalui TVET MARA, pelaksanaan outreach diperkukuhkan melalui program promosi dan pendedahan kerjaya TVET di sekolah dan juga komuniti,

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

penyertaan dalam karnival pendidikan, program Jom Masuk IPMA, kursus jangka pendek dan program sepanjang hayat, selain program khidmat masyarakat dan CSR berasaskan pemindahan ilmu dan kemahiran.

Latihan teknikal turut disepadukan dengan keperluan pasaran kerja dan kehendak industri. Sebagai contoh, TVET MARA Bintulu yang berasaskan industri minyak dan gas menawarkan kursus seperti scaffolding, pipe fitting dan juga working at height dengan keutamaan kepada belia luar bandar dan pedalaman di Sarawak. Ini membolehkan peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran bersijil, malah peluang pekerjaan segera dalam industri strategik di samping menerima pendapatan yang lebih kompetitif.

Penglibatan pelajar dan juga pensyarah TVET MARA dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat termasuk penyelenggaraan kemudahan awam dan baik pulih sistem elektrik turut disalurkan terus kepada komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, pendekatan bersepadu GIATMARA dan juga TVET MARA ini memastikan latihan kemahiran TVET dapat menjangkau masyarakat tanpa dibatasi kekangan lokasi, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar dan negara. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Penyoal asal dulu. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:30 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu baik dan komprehensif.

Soalan tambahan saya, apakah mekanisme kementerian untuk memastikan model kursus outreach yang dibawa ke kawasan pedalaman ini benar-benar relevan dengan keperluan industri dan ekonomi setempat? Adakah kementerian bekerjasama dengan pemain industri tempatan untuk menjamin peluang pekerjaan atau padanan kerjaya setelah selesai tamat latihan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan. Dato Yang di-Pertua, kementerian melalui MARA memastikan model kursus outreach disesuaikan dengan potensi ekonomi setempat, keperluan komuniti dan juga permintaan industri. Penentuan kursus-kursus dibuat melibatkan libat urus bersama dengan komuniti, agensi kerajaan dan juga pemain-pemain industri serta semakan berkala terhadap perkembangan teknologi dan pasaran pekerjaan.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sebagai contoh, GIATMARA menawarkan latihan seperti selenggaraan motosikal serta pastry and confectionary manakala TVET MARA di Sarawak menawarkan bidang seperti teknologi elektrik, penyelenggaraan industri, kimpalan, scaffolding, pipe fitting dan working at height bagi menyokong sektor tenaga, minyak dan juga gas.

Bagi mengukuhkan padanan pekerjaan, MARA melaksanakan Ensuring Employability Programme, program on-job training yang memadankan latihan dan juga persijilan terus dengan keperluan majikan-majikan. MARA juga turut melaksanakan learning bersama dengan industri ya, seperti CTRM Aero Composites, Sakura Ferroalloys dan juga VS Industry.

Untuk makluman Yang Berhormat, GIATMARA juga membuat padanan program.

Contohnya, GIATMARA Labuan. Kita bekerjasama dengan Labuan Shipyard dalam bidang pembuatan kimpalan, yang mana pelatih-pelatih GIATMARA ini mendapat latihan terus daripada Labuan Shipyard.

Selain daripada itu, program perantisan antarabangsa juga dilaksanakan.

Antaranya, MARA— OISCA yang menyediakan latihan bahasa, perantisan selama tiga tahun di Jepun dengan peluang yang – untuk diserap peluang-peluang pekerjaan. Sejak tahun 1967 hingga Disember 2026, program ini melahirkan seramai 1,514 alumni.

Pendekatan ini adalah bagi memastikan bukan sahaja memperoleh sijil, tetapi turut mempunyai kemahiran yang relevan serta laluan yang lebih jelas kepada pekerja dan juga dalam bidang keusahawanan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Mohamad Zaini.

draft • 10:30 AM

Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian memastikan lepasan TVET di kawasan luar bandar mendapat peluang pekerjaan ataupun keusahawanan yang setara dengan keperluan industri di kawasan masing-masing?

Kedua, adakah kerajaan bercadang menyediakan lebih banyak elaun pengangkutan dan kemudahan asrama bagi menggalakkan penyertaan belia luar bandar bagi mengikuti latihan TVET ini? Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua atas soalan tambahan tadi.

Seperti yang saya maklumkan tadi ya, bahawa pihak MARA sentiasa berusaha untuk memastikan kebolehpasaran pelatih-pelatih MARA ini, GIATMARA ataupun TVET MARA ini dalam tahap yang terbaik. Setakat ini, adalah 99.2 peratus. Figure ini kita ambil— untuk makluman Yang Berhormat, angka ini kita ambil daripada satu sistem di

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

bawah Kementerian Pendidikan iaitu padanan pekerjaan ataupun pemantauan lepasan- lepasan pelajar di institusi pendidikan dan setakat ini, 99.2 peratus.

MARA menekankan penglibatan, maksudnya engagement dengan komuniti ya, dalam menentukan TVET-TVET ataupun kemahiran bagi satu-satu GIATMARA itu dilaksanakan mesti berdasarkan satu, komuniti masyarakat setempat. Yang kedua, industri yang berada di kawasan berkenaan dan yang ketiga, potensi dari sudut bidang- bidang keusahawanan yang boleh kita lahirkan melalui latihan-latihan kemahiran tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah membuat banyak engagement. Setakat ini, kita dah buat lebih daripada 500 memorandum bersama dengan pemain- pemain industri ya, untuk memastikan pelatih-pelatih ataupun graduan daripada GIATMARA dan TVET MARA ini mendapat peluang-peluang pekerjaan.

Contohnya tadi seperti yang saya maklumkan, padanan pekerjaan. Kalau TVET GIATMARA Miri, kita berkolaborasi dengan Berjaya Shipyard di Kuala Baram, yang mana modul kursus kita 33 bulan di GIATMARA, tiga bulan lagi di shipyard yang mendapat latihan dan ada yang mendapat pekerjaan terus daripada shipyard berkenaan.

Begitu juga dengan Labuan tadi dan begitu juga beberapa bidang lain, ya. Kita telah pun mempunyai banyak koordinasi dengan syarikat-syarikat lain ya. Contohnya, baru-baru ini kita ada dari sudut kerjasama industri. Contohnya, Samsung SDI. Yang ni bahagian E&E— electrical dan electronic dan juga EV yang memfokuskan tentang dari sudut pekerjaan yang boleh memberi gaji dalam RM3,500 ke RM6,000 sebulan.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Begitu juga, kita ada kerjasama baru-baru ini dengan Silverlake Sdn. Bhd. yang ini berkaitan dengan kemahiran data centre. Seterusnya, kita ada juga GIATMARA Jasin.

Kita ada kerjasama dengan APEC Global dalam oil and gas welding yang mana kita ada program khas dari zero kepada hero yang juga memberi income dalam lingkungan RM3,000 ke RM6,000.

Banyak lagi padanan-padanan bersama industri yang kita telah laksanakan di samping TVET-TVET komuniti dan juga TVET-TVET berbentuk tahfiz yang kita laksanakan bagi memastikan belia-belia luar bandar tidak tercicir dan mendapat pendidikan dan kemahiran selaras dengan keperluan tenaga kerja pada masa ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Soalan kedua berkaitan dengan peluang, lebih banyak peluang lagi ke GIATMARA dan juga TVET MARA dan juga elaun.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, niat perancangan kita memang ada. Kita nak buka lebih banyak lagi ruang kepada belia-belia luar bandar untuk mengikuti kursus ataupun kemahiran di GIATMARA dan juga TVET MARA. Bukan sahaja dari sudut peluang atau jumlah dia, malah juga dari sudut elaun.

Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya GIATMARA dan TVET MARA ini free, percuma, tapi untuk kita naikkan peruntukan untuk elaun ini agak sukar sikit, bergantung dengan kewangan kerajaan. Namun, usaha kita untuk menaikkan setiap tahun, kita cuba menaikkan elaun-elaun ini khususnya dari sudut elaun harian dan juga perumahan, kita akan teruskan Yang Berhormat. Insya-Allah, kita mohon kalau perkara ini boleh dipertimbangkan pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya menjemput Datuk Wira, saya nampak tadi Dr. Hajah Wan Martina ambil gambar yang di sana, di atas sana. Dari mana itu? Hijab dia sama warna. Tudung dia sama warna.

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih kepada Dato’ Yang Di- Pertua. Saya nak mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada DUN Kelaboran, Tumpat, Kelantan.

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dialu-alukan kehadiran dan dimaklumkan bahawa kita sekarang di Dewan Negara. Dewan yang penggubal undang-undang yang tertinggi di Malaysia.

[Tepuk] Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Datuk Wira Koh Nai Kwong minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sama ada kerajaan merancang untuk menubuhkan sebuah majlis konsultasi keharmonian kaum menggabungkan pihak eksekutif dan jawatankuasa di peringkat Parlimen bagi menangkis polarisasi yang semakin membimbangkan kesan fitnah 3R di media sosial agar platform wacana sihat dan berfakta dapat diketengahkan.

draft • 10:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan beberapa jawatankuasa yang berperanan sebagai platform untuk mengurus dan menyelaras isu perpaduan dan keharmonian antara agama.

draft • 10:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Di peringkat kerajaan, kita mempunyai Majlis Penasihat Perpaduan Negara ataupun MPPN. Ini adalah bagi menasihati kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan dan usaha-usaha penyatuan nasional, dan majlis ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri dan kita di kementerian sebagai sekretariat.

Di peringkat kementerian, kita ada Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama ataupun short form HARMONI, yang dianggotai oleh semua pemimpin pertubuhan pelbagai agama yang berperanan untuk memantapkan hubungan baik antara penganut pelbagai agama, berteraskan semangat saling hormat-menghormati dan bekerjasama di semua peringkat. Dan, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sebagai Menteri Perpaduan dan juga Menteri Agama.

Di peringkat negeri, kita ada MExUnity ataupun Mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan yang berfungsi sebagai platform perbincangan strategik antara Menteri- menteri dan Exco, Exco berkaitan dengan perpaduan di peringkat Negeri. Mesyuarat ini adalah untuk menyelaras dasar dan juga membincangkan isu perpaduan serta memperkukuhkan integrasi nasional di peringkat Persekutuan dan negeri. Dan ini, mesyuarat ini dipengerusikan oleh saya sendiri dan ahlinya adalah semua Exco, Exco negeri dan Menteri Sabah dan Sarawak.

Di peringkat whole-of-government approach di kementerian, kita mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu-isu Perpaduan ataupun JPIP dan ini adalah untuk menangani isu perpaduan secara lebih sistematik yang melibatkan 12 kementerian, jabatan dan agensi termasuk juga pakar-pakar akademik. Ini adalah dipengerusikan oleh KSU Kementerian Perpaduan Negara.

Selain daripada itu, Parlimen Malaysia telah menubuhkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia ataupun KRPPM dan ini adalah jawatankuasa bipartisan ataupun kalau in English, disebut All-Party Parliamentary Group (APPG). Ini mempunyai ahli daripada kesemua parti-parti di Malaysia ini, ada sembilan ahli dalam itu. Kumpulan ini berfungsi sebagai platform untuk membincangkan, untuk mengadakan penyelidikan dan juga advokasi untuk mengukuhkan hubungan antara kaum. Projek utama yang diadakan pada tahun ini adalah Simposium Harmoni yang diadakan pada 26 Jun di Parlimen ini dan dianjurkan oleh kumpulan ini sendiri dengan Architects of Diversity.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu jelas tadi.

draft • 10:40 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Soalan tambahan saya adalah memandangkan kini Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) telah wujud bagi menggantikan fungsi Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sebelum itu. Sejauh manakah MPPN akan berupaya membangunkan protokol bebas dan telus bagi membezakan antara ucapan kebencian, maklumat palsu dan wacana politik yang sah?

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. MPPN ini seperti saya telah sebut tadi adalah Majlis Penasihat Perpaduan Negara, ini di peringkat kerajaan. Memang betul apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat, tetapi apabila sampai kepada penguat kuasa di mana diketahui bahawa ada pelbagai isu sensitif.

Dari segi penguatkuasaan kandungan 3R, spesifik 3R, iaitu melibatkan kaum, agama dan institusi diraja, di media sosial atau di mana-mana, ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Media Malaysia (MCMC). Mereka memang mempunyai tindakan di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang tertakluk kepada siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain daripada itu juga, pelbagai akta kita ataupun yang kita dapat laksanakan di bawah KDN, banyak Akta Penal Code, banyak peruntukan di bawah Penal Code yang dapat kita gunakan untuk mengatasi masalah isu-isu 3R ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias bin Hamid.

draft • 10:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Memandangkan Jabatan Perpaduan Negara dan juga Integrasi Nasional kini sedang membangunkan Kajian Indeks Ketegangan Masyarakat sebagai instrumen amaran awal serta pada masa yang sama, mengadakan sesi libat urus berhubung dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional.

Soalan saya, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan peranan kedua-dua inisiatif ini dengan Majlis Konsultasi Keharmonian Kaum yang dicadangkan supaya wujud satu mekanisme nasional yang bersepadu melibatkan aspek pengesanan awal, mediasi, penggubalan dasar dan juga tindakan susulan dan bukannya beroperasi secara berasingan di antara kedua? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sedia maklum peranan kita di kementerian adalah untuk mewujudkan satu ekosistem dan platform dan juga tapak integrasi yang dapat meningkatkan interaksi sosial ataupun perpaduan antara rakyat berbilang bangsa dan agama. Dan dasar kita pun menjuruskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sebagainya.

draft • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dari segi Indeks Ketegangan Masyarakat, yang disebutkan, sedang dibangunkan oleh JPNIN ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi. Kita masih dalam peringkat libat urus dan memang tujuan kita adalah untuk melihat bagaimana di sesetengah tempat di mana isu yang sensitif ini boleh menjadi lebih besar. Kita mencari hotspot. Hotspot ketegangan ini di mana kalau kita dapat hotspot itu, kita boleh menggerakkan tindakan untuk meredakan keadaan. Itu masih dalam kajian.

Dan kedua, soalan berkenaan SKN ini, Suruhanjaya Keharmonian Negara ini.

Memang kita juga telah mengadakan dua libat urus dan sekarang ini kita masih dalam mempertimbangkan sama ada kita akan few opsyen, ada tiga opsyen sama ada kita akan terus mengadakan ataupun cadang untuk mengadakan Suruhanjaya Keharmonian Negara ini. Sebab, ini bukan perkara yang baru. Ini telah pun dicadangkan semenjak 2018, the previous government, tetapi sebab desakan di social media oleh pelbagai aktivis, juga lawyers dan sebagainya dan kita sangat proaktif dan kita mula mengadakan dua libat urus yang sudah kita adakan.

Mungkin terdapat makluman dalam libat urus itu bahawa ada juga kumpulan- kumpulan yang tidak bersetuju dan sebab itu kita sudah sampai ke peringkat di mana kita akan bawa mungkin ke Kabinet untuk membuat keputusan sama ada kita teruskan ataupun kita — opsyen kita adalah kita teruskan ataupun kita tambah baikkan undang- undang yang sedia ada di bawah KDN, di bawah MCMC, di bawah printing press dan sebagainya untuk kita masukkan akta-akta yang dapat kita mengatasi keadaan keharmonian di negara ini.

Juga di peringkat kita sendiri di Jabatan Perpaduan dan Integrasi ini, kita juga mempunyai rukun tetangga. Di bawah rukun tetangga itu, kita boleh ― sesetengah peruntukan untuk kita bersama-sama dapat mengatasi masalah keharmonian dan perpaduan negara ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ng Keng Heng.

draft • 10:50 AM

Dato’ Ng Keng Heng

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Dato’ Ng Keng Heng minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan:

(a) apakah mekanisme pemantauan non-tariff barriers (NTB) yang wujud di peringkat ASEAN serta sejauh mana keberkesanannya dalam menangani produk atau perkhidmatan Malaysia yang berdepan diskriminasi pasaran; dan

(b) adakah inisiatif Digital Economy Framework Agreement (DEFA) membantu memudahkan urusan perdagangan rentas sempadan ASEAN.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

ASEAN telah mewujudkan beberapa mekanisme bagi memantau, mengenal pasti dan menangani isu halangan bukan tarif (non-tariff barriers) yang wujud di kalangan negara-negara anggota secara berterusan.

Antara yang utama adalah, nombor satu, ASEAN Trade Facilitation Joint Consultative Committee (ATF-JCC) yang berfungsi sebagai platform penyelarasan antara sektor awam dan sektor swasta bagi membincangkan isu fasilitasi perdagangan termasuk NTB iaitu non-tariff barriers, prosedur kastam dan cabaran akses pasaran. Isu- isu yang dibangkitkan dipantau secara berterusan sehingga penyelesaian dicapai.

Nombor dua, Coordinating Committee on Implementation of ASEAN Trade in Goods Agreement (CCA) yang memantau pelaksanaan komitmen di bawah ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) bagi memastikan langkah perdagangan dilaksanakan secara telus dan tiada kewujudan halangan perdagangan yang bercanggah dengan obligasi di bawah ATIGA.

Nombor tiga, ASEAN Trade Repository (ATR) yang menyediakan pangkalan data berpusat mengenai peraturan perdagangan, prosedur kastam dan langkah bukan tarif (non-tariff measures) yang dilaksana oleh setiap negara anggota ASEAN. Portal ini meningkatkan ketelusan dan memudahkan komuniti perniagaan mendapat maklumat yang diperlukan sebelum memasuki pasaran ASEAN.

Nombor empat, ASEAN Solutions for Investments, Services and Trade (ASSIST) iaitu platform consultative dalam talian yang membolehkan syarikat mengemukakan aduan berkenaan halangan perdagangan secara terus. Aduan yang diterima akan disalurkan kepada pihak berkuasa negara berkenaan untuk tindakan dan dipantau melalui ATF-JCC sehingga penyelesaian dicapai.

Nombor enam, ASEAN Single Window yang menghubungkan sistem National Single Windows setiap negara anggota bagi mempercepat pertukaran dokumen

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

perdagangan secara elektronik sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan mengurangkan kelewatan di sempadan.

Nombor tujuh, Mutual Recognition Arrangement yang membolehkan produk yang telah dinilai dan diperakui di negara asal diterima oleh negara anggota lain tanpa perlu menjalani ujian atau pensijilan semula sekali gus mengurangkan halangan teknikal kepada perdagangan.

Dan kelapan, Guidelines for the Implementation of ASEAN Commitments on Non-Tariff Measures on Goods yang menekankan ketelusan, pelaporan berkala serta semakan terhadap NTM yang dilaksanakan oleh negara anggota ASEAN. Dari segi keberkesanan, mekanisme ini telah menyediakan saluran yang lebih telus, lebih tersusun bagi mengenal pasti, memantau serta menyelesaikan isu non-tariff barriers yang menjejaskan perdagangan serantau termasuk yang melibatkan produk perkhidmatan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua yang ditanyakan very interesting. Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital atau Digital Economy Framework Agreement (DEFA) ialah inisiatif strategik ASEAN untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan bagi memangkin perdagangan serantau yang lebih lancar dan selamat. DEFA akan menjadi perjanjian digital serantau yang pertama seumpamanya. The first in the regional ya.

Berdasarkan komitmen di bawah DEFA, negara anggota ASEAN akan melaksanakan dasar serta peraturan pendigitalan masing-masing yang diseragamkan dan saling kendali, interoperability. Perjanjian yang dijangka akan ditandatangani pada hujung tahun ini bertujuan menjadikan ASEAN rantau yang berdaya saing dan kondusif untuk perniagaan ke arah menjana nilai ekonomi digital serantau sebanyak USD2 trilion menjelang 2030.

DEFA menekankan komitmen ASEAN terhadap usaha memudah cara urusan perdagangan menerusi beberapa aspek utama. Nombor satu, harmonisasi sistem pembiayaan digital rentas sempadan yang menyokong integrasi sistem pembiayaan elektronik, e-payments dan transaksi QR rentas sempadan yang lebih lancar. Peniaga dan pengguna tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pertukaran mata wang fizikal atau sistem perbankan tradisional yang lambat. Ini mengurangkan kos transaksi dan mempercepatkan aliran tunai perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, lain kali, selepas ini disain, Tuan Yang di-Pertua pergi ke Thailand ke, pergi ke Indonesia pakai QR code sahaja boleh bayar apa-apa. Tak payah pakai cash lagi. Tak payah tukar Indonesia Rupiah atau Thai Baht. Jadi, ini adalah sesuatu yang sangat mudah untuk rakyat Malaysia dan untuk pelancong-pelancong

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

daripada luar negara datang Malaysia mereka pakai QR code untuk bayar segala apa transaksi.

Kedua, aliran data rentas sempadan yang selamat dan dipercayai dengan mewujudkan rangka kerja standard untuk perlindungan data peribadi dan keselamatan siber bagi membolehkan maklumat perniagaan dialirkan secara selamat antara negara anggota, syarikat logistik, dan e-dagang dapat menjejaki inventori memproses pesanan dan menganalisis pasaran serantau secara real-time tanpa sekatan birokrasi data yang rigid.

Ketiga, memudahkan prosedur dokumen e-invoicing dan paperless trading dengan menggalakkan penggunaan e-Invoice electronic, e-invoicing dan pengiktirafan keabsahan dokumen-dokumen kastam dalam format elektronik setara dengan dokumen dan format fizikal.

Keempat, memperkasa daya saing perusahaan mikro kecil dan sederhana

(PMKS) di mana langkah-langkah pemerkasaan ini akan mengurangkan kos pematuhan operasi melalui peraturan pendigitalan yang seragam dan saling kendali. Perniagaan kecil, usahawan luar bandar dan perniagaan tradisional kini mempunyai akses langsung kepada 680 juta pengguna ASEAN tanpa perlu membuka cawangan fizikal di luar negara.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Jadi, contohnya barang-barang di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung, luar bandar, boleh kita jual kepada pasaran 680 juta di seluruh ASEAN dengan menggunakan QR code dan sebagainya. Perlindungan pengguna dan kepercayaan standard dengan cara menyelaraskan Undang-undang Perlindungan Pengguna Dalam Talian (Online Consumer Protection), pembeli dari Malaysia boleh membeli barangan luar dari Indonesia atau Thailand dengan yakin kerana mengetahui hak mereka dilindungi oleh standard undang-undang perlindungan undang yang setara.

Secara keseluruhan, DEFA adalah lebuh raya digital (digital highway) yang akan memecah tembok birokrasi fiskal serta pengurangan non-tariff barriers antara negara anggota ASEAN. Dengan penyelarasan kerangka perundangan digital ini, fragmentasi pasaran dapat dikurangkan, menjadikan rantau Asia sebagai blok ekonomi digital tunggal yang lebih cekap, murah, kompetitif di peringkat global. Saya ingin tegaskan bahawa ini adalah inisiatif yang pertama di dunia, di mana satu rantau menggunakan Digital Economy Framework yang Free Trade Agreement, yang memudahkan segala pembayaran transaksi secara digital. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato' Ng Keng Heng

Dato Yang di-Pertua, terima kasih jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, atas komitmen khusus di bawah Digital Economy Framework Agreement tadi. Tahniah diucapkan. Bagus. Soalan tambahan saya ada satu sahaja. Berapakah jumlah anggaran kerugian perdagangan yang berpunca daripada non-tariff barrier melibatkan produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran ASEAN bagi tempoh lima tahun terkini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih atas soalan. Ini agak teknikal dan perlukan sedikit kajian daripada pegawai dan saya akan hantar secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Senator Puan Tiew.

draft • 11:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya pihak kerajaan, memandangkan bagi DEFA ini merupakan— kita kata, langkah yang pertama yang baik untuk— kita kata, memastikan atau memperkasakan PMKS daripada menggunakan digitalisation. Jadi, saya ingin nak tanya pihak kerajaan, sama ada telah merancang apa-apa langkah supaya memastikan pihak PMKS ini tidak membebankan kos, memandangkan kos pendigitalan rentas negara adalah tinggi. Termasuk apa yang telah dibentangkan, dikongsi oleh Yang Berhormat Menteri ialah e-invoicing dan selainnya. E-invoicing yang dalam negara. Macam mana pula dengan di rantau? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi pendigitalan, pendigitalan ini adalah satu trend yang tidak dapat dihalang ya. Setiap yang buat perniagaan, dia perlu digitalisation dan segala transaksi dan kita sudah tahu pergi ke mana-mana tempat, sehinggakan ke penjaja kecil pun, yang jual goreng pisang pun kita boleh bayar dengan QR code sekarang. Ya, ini adalah sesuatu di mana PMKS kita ini amat maju sekali, di mana mereka— adoption of digitalisation itu sangat-sangat tinggi.

Saya cukup yakin bahawa dengan kecelikan peniaga kita, walaupun sekecil-kecil di kampung-kampung pun, mereka telah menggunakan digital payment dan saya rasa, mereka amat sedia untuk menembusi pasaran 680 juta ini. Dari segi e-Invois dan segala- galanya, Malaysia pun agak ke depan, di mana kita telah melaksanakan e-Invois supaya kita boleh adakan satu— sebab kita, kalau kita nak ke satu tahap dunia, e-Invois dan ini harus disediakan.

Walau bagaimanapun, kerajaan pun tahu bahawa e-Invois itu bukan semuanya bersedia, maka pengecualian telah diberikan kepada threshold mengikut Kementerian Kewangan. Maka, itu telah memberikan sedikit masa untuk mereka slowly untuk mencapai ke e-Invois yang ke tahap tersebut. Jadi, saya rasa kerajaan mengambil langkah yang berhati-hati dan mesra kepada PMKS supaya mereka boleh selesa dan

draft • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin

tidak tertekan dengan segala compliance cost atau kerja-kerja untuk mencapai e-Invois tersebut. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah jawab soalan compliance cost tadi. Ya, sekarang dijemput Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Dato Yang di-Pertua...

Tujuh hari sabar sungguh; Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah jawablah Yang Berhormat, bagi blackthorn sahaja.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) sejauh manakah pelan jangka panjang kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan utama, termasuk sasaran tahunan nisbah kecukupan pengeluaran domestik; dan

(b) bagaimanakah tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gangguan rantaian bekalan antarabangsa.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

[Ketawa] Okey, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030, sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif jangka panjang dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran agromakanan tempatan bagi menampung keperluan domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

Keberkesanan usaha ini dipantau melalui beberapa indikator utama, di antaranya kadar sara diri (SSR) serta prestasi ekonomi sektor agromakanan. Dari segi pencapaian SSR, Malaysia mencatatkan SSR melebihi 100 peratus bagi 24 komoditi terpilih pada tahun 2024. Pencapaian ini menunjukkan bahawa pengeluaran domestik bagi komoditi berkenaan mampu memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Kejayaan tersebut didorong melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti pengembangan pertanian berskala besar, penggunaan teknologi moden, mekanisasi serta peningkatan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran makanan.

Walau bagaimanapun, kerajaan terus memberikan tumpuan kepada beberapa komoditi strategik yang masih mempunyai tahap kebergantungan import yang tinggi

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

melalui pelbagai inisiatif seperti Projek Penanaman Padi Lima Musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), peningkatan penggunaan teknologi dan mekanisasi pertanian, pembangunan industri ruminan melalui program pembiakbakaan serta pengukuhan subsektor sayur sayuran dan akuakultur bagi meningkatkan kapasiti bekalan makanan tempatan secara mampan.

KPKM sentiasa memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gangguan rantaian bekalan global melalui langkah-langkah berikut. Memastikan kecukupan bekalan makanan strategik seperti beras melalui pengurusan stok penimbal serta pemantauan bekalan secara berterusan. Sehingga 7 Julai 2026, stok fizikal beras negara berjumlah 1.05 juta tan metrik, termasuk 200,000 tan metrik stok penimbal yang mencukupi untuk menampung keperluan negara selama 6.23 bulan. Menjamin kesinambungan pengeluaran domestik melalui pelbagai insentif bagi mengurangkan kos operasi pengusaha agromakanan, di antaranya Bantuan Tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM400 sebulan dan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM300 sebulan dan mengekalkan subsidi diesel dan petrol kepada nelayan.

Memperkukuh pemantauan pasaran melalui pelaksanaan sistem amaran awal (early warning system) berasaskan kecerdasan buatan (AI) di bawah Sistem Intervensi Penawaran Dan Permintaan Agromakanan (SISDA) bagi membolehkan pengesanan awal isu bekalan dan permintaan serta pelaksanaan intervensi yang lebih tepat, proaktif dan pantas.

Memperkukuh kerangka perundangan melalui penggubalan Rang Undang- undang Keterjaminan Makanan Negara dan Rang Undang-undang Baja bagi memastikan jaminan bekalan makanan dan input pertanian yang berterusan, menstabilkan harga, mengurangkan kebergantungan kepada import serta meningkatkan akses rakyat kepada makanan yang selamat, sihat dan berkhasiat dan meningkatkan pengeluaran domestik komoditi, kebergantungan import tinggi seperti jagung, bijian dan bawang.

Program penanaman jagung berskala besar akan dilaksanakan dari 2026 sehingga 2040 dengan sasaran 1.25 juta tan metrik. Bagi bawang, penanaman bawang merah kecil varieti tempatan (BAW-1) akan dijalankan sebagai projek rintis komersial seluas 1,447 hektar menjelang 2030.

Melalui pelaksanaan strategik ini, kerajaan yakin akan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan daya tahan sistem makanan negara agar lebih responsif terhadap sebarang gangguan rantaian bekalan global, di samping memastikan bekalan makanan negara kekal stabil, mencukupi dan terjamin. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Jumlah import agromakanan negara kita, dikatakan mencecah RM93.7 bilion pada tahun 2024.

Soalan saya, apakah komoditi utama yang menyumbang kepada nilai import yang begitu tinggi? Seterusnya, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan, adakah Kerajaan Pusat tidak bercadang untuk memberikan insentif ataupun bayaran khusus kepada negeri Kedah atas pengorbanan negeri Kedah mengekalkan tanah sawah?

Untuk makluman, kalau kita convert tanah tersebut kepada kediaman ataupun industri, mungkin nilai dia dapat tinggi, tapi atas pengorbanan kita, kita masih mengekalkan tanah tersebut sebagai tanah sawah, walaupun dia punya pendapatan dia tidak begitu kompetitif. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, untuk isu tentang pampasan yang lebih berpatutan untuk negeri Kedah, saya rasa itu tidak termasuk dalam skop jawapan saya kerana dia melangkaui batasan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Untuk isu di manakah komoditi utama yang memerlukan import yang besar, saya tiada jawapan secara detailed sekarang. Cuma saya nak memperkatakan yang di antara 24 komoditi yang kita telah mencapai 100 peratus itu, saya berikan beberapa contoh seperti tuna (108.3 peratus) SSR, tomato (113 peratus), telur ayam (107 peratus). So, ini di antara komoditi-komoditi yang memang kita tanam lebih daripada keperluan untuk tempatan sahaja.

Kalau kita lihat yang di antara lingkungan SSR daripada 50 peratus kepada 99.9 peratus, di antaranya seperti beras. Beras, dia lebih kurang 52 peratus dan susu segar, 66.7 peratus. Ini di antara komoditi yang kita sedang usahakan untuk mempertingkatkan.

Cuma, ada juga yang SSR yang memang kurang daripada 50 peratus seperti halia. Halia setakat 15.5 peratus, mangga setakat 20 peratus. Cuma, bukan kesemua makanan ini kita boleh tanam, yang sesuai ditanam di Malaysia. So, dia ada faktor-faktor komersial yang lain.

So, di antara yang inilah yang saya boleh memberikan gambaran, di antara jenis- jenis komoditi yang kita selalu memantau di mana apa yang kita rasa boleh kita kejarkan, terutama jagung bijian supaya input penternakan itu sentiasa terjaga. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dato Yang di-Pertua, soalan tambahan

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Musoddak bin Ahmad

Dato Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Pertanian.

draft • 11:10 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kedah dah jawab. Itu Perak. Ini...

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Musoddak bin Ahmad

Perak, Terengganu, Kedah.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Sarawaklah. Sarawak.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Musoddak bin Ahmad

Sarawak pula.

draft • 11:10 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan, apakah perancangan terbaru kementerian dalam memperkukuhkan rantaian bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah yang masih berdepan cabaran logistik dari kos pengangkutan yang tinggi? Dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan hab simpanan makanan strategik atau pusat pengedaran di Sarawak dan Sabah bagi menjamin kemampanan bekalan, khususnya ketika berlakunya gangguan rantaian bekalan antarabangsa atau bencana? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, terima kasih. Secara amnya, sekarang kita bekerjasama dengan PLANMalaysia untuk membangunkan Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara bagi menyokong Dasar Keterjaminan Makanan Negara dan melindungi kawasan pengeluaran makanan. So, ini akan bantu mengurangkan pembukaan tanah pertanian kepada pembangunan lain. Ini secara general atau secara amnya.

Untuk Sabah dan Sarawak, kita selalu menghormati autonomi yang dipegang oleh Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Sabah. So, sekarang jenis pembangunan penggunaan tanah yang khususnya di Sabah dan Sarawak ini, sentiasa Kerajaan Pusat kita dengarlah apa yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Di bawah KPKM, kita ada satu program PPAN— Program Pemerkasaan Agromakanan Negara, di mana Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak dan juga kerajaan-kerajaan negeri yang lain di Semenanjung boleh memajukan proposal, proposal tertentu, kertas cadangan yang tertentu supaya mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat untuk kita sama-sama membangunkan pertanian di kawasan-kawasan yang telah terpilih dan telah dirancang oleh kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Penting sangat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pada guillotine tadi, kita terpaksa mengikuti dan patuh.

Kita ini penggubal undang-undang. Kita buat undang-undang, kita mesti patuh. Minta maaf.

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang, sebelum kita jemput penyoal yang seterusnya, saya nak menjemput Senator Thiagarajah untuk mengalu-alukan kehadiran murid-murid sekolah dari kawasan beliau.

draft • 11:10 AM

Tuan Thiagarajah a/l Rajagopal

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan kedatangan 120 murid dan guru dari 11 sekolah menengah mewakili Kelab Malaysia-ku dari Daerah Hulu Langat. Selamat datang.

[Tepuk] Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi pihak Dewan, kita juga mengalu-alukan kehadiran semua. Ini adalah Dewan penggubal undang-undang yang tertinggi di Malaysia. The Upper House of the Malaysian Parliament. Yang Berhormat Senator Tuan Sheikh 'Umar Bagharif. Betulkah— sebutan nama Bagharif?

draft • 11:10 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

Sheikh 'Umar Bagharib.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bag-harib?

draft • 11:10 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

...Bin Ali. Ya.

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan Bagharif? Minta maaf.

draft • 11:10 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

Bukan Bag-harip.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:10 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Sheikh `Umar Bagharib bin Ali minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, langkah memperkukuhkan ekonomi luar bandar melalui pendigitalan usahawan desa, koperasi serta perusahaan mikro.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Dato Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan ekonomi luar bandar melalui pendigitalan usahawan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi-agensi di bawahnya menyediakan pelbagai program yang bersesuaian untuk membantu usahawan luar bandar mengadaptasi teknologi digital, meningkatkan daya saing dan juga mengembangkan perniagaan dalam ekonomi digital.

Bagi tahun 2026, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, KKDW sedang melaksanakan dua program memperkasakan usahawan desa iaitu pertama, Program MOFA— Management, Operation, Financial, and Administration yang dilaksanakan sebanyak 12 siri dan melibatkan seramai 1,000 orang usahawan. Melalui program ini, usahawan akan didedahkan kepada elemen pendigitalan seperti pengenalan dan penggunaan sistem aplikasi artificial intelligence (AI) dan pelbagai lagi elemen yang

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dapat memudahkan mereka menjalankan perniagaan, di samping meningkatkan hasil jualan.

Program kedua, Program Bangkit Desa yang melibatkan seramai 360 orang usahawan dengan peruntukan sebanyak RM583,200. Program ini mendedahkan usahawan dengan ilmu pengetahuan, bimbingan dan latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan operasi perniagaan serta memperkukuhkan jaringan perniagaan dan memperluaskan lagi akses pasaran. Peserta akan mengikuti sesi mentoring bersama industry coaching yang dilantik selama tiga bulan selepas sesi bengkel.

Manakala Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melaksanakan Program Pemasaran Digital Usahawan Bimbingan KEMAS. Program ini memberi pendedahan dan latihan kepada usahawan dalam aspek pemasaran digital seperti copywriting, penciptaan kandungan digital, pemasaran, media sosial serta strategi promosi dalam talian. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital usahawan.

Sebanyak 44 siri latihan telah dilaksanakan pada tahun ini, Seterusnya, Program Pendigitalan MARA merupakan inisiatif strategik yang mana MARA bertujuan untuk membantu usahawan bumiputera melaksanakan transformasi digital, memperkukuhkan operasi perniagaan serta memperluaskan capaian pasaran.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan bagi merealisasikan inisiatif ini yang merangkumi dua komponen utama iaitu Program DIGITALBIZ, iaitu program yang menyediakan geran dan pembiayaan disertai dengan bimbingan berterusan kepada usahawan bagi mengintegrasikan operasi perniagaan mereka dengan platform e-Dagang dan pemasaran digital, seterusnya meningkatkan daya saing dalam ekonomi digital.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Yang kedua, Program BizNetwork, ya. Platform yang berfungsi sebagai rangkaian perniagaan yang menghubungkan usahawan bumiputera dengan peluang pasaran, rakan strategik dan rantaian bekalan dengan matlamat memperluaskan capaian dan juga potensi pertumbuhan perniagaan mereka. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk tahun ini yang menyasarkan 310 orang usahawan.

Seterusnya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(RISDA), menganjurkan kursus pendigitalan seperti Kursus AI Dalam Perniagaan dan Kursus Pendigitalan Perniagaan dan e-Dagang 2026 sebanyak 11 siri kursus telah dilaksanakan dan seramai 336 usahawan yang terlibat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya FELCRA Berhad telah melaksanakan dan melaksanakan kursus- kursus Pendigitalan Usahawan dan AI Siri 1 dengan kehadiran 30 usahawan dan Kursus Peningkatan Penguasaan Digital dan AI dalam Perniagaan Siri 2 dengan kehadiran 30 orang juga usahawan. Dan seterusnya FELCRA juga melaksanakan Bengkel Kesedaran e-Invois dan juga Aplikasi AI sebanyak empat siri dengan sasaran penglibatan 100 orang usahawan. Jumlah peruntukan yang ditetapkan untuk program FELCRA 2026 adalah RM110,000 yang melibatkan 160 orang usahawan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Memandangkan sekarang ini musim Pilihan Raya Johor dan Negeri Sembilan, jadi pengalaman kita turun ke kampung dan kawasan luar bandar, kita lihat sunyi aje. Yang ada itu tinggal orang tua, orang muda dah tak ada. Membawa saya kepada satu fakta daripada DOSM ataupun Jabatan Statistik secara konsisten melaporkan bahawa migrasi dalaman iaitu daripada negeri— kampung ke bandar ke pekan dia di dorong oleh dua faktor iaitu yang pertama pendidikan dan yang kedua pekerjaan.

Jadi kesannya dia akan menyebabkan penuaan penduduk di kampung- kampung, kemudian kurang tenaga kerja yang produktif, dan juga kelembapan ekonomi setempat, dia menyebabkan tidak ada kelestarian kepada masyarakat luar bandar.

Soalan saya ialah bolehkah Menteri ataupun Timbalan Menteri nyatakan sejauh mana inisiatif pendigitalan KKW ini, ia betul-betul berjaya menarik penyertaan anak muda? Itu kata kunci saya, menarik anak muda untuk kembali ke desa, kembali ke luar bandar dan terlibat dengan inisiatif pendigitalan ini supaya mereka boleh beroperasi di dalam kawasan kampung dan desa ataupun luar bandar. So, di akan menghidupkan semula kampung-kampung dan kawasan-kawasan luar bandar kita. Silakan.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan tadi.

Untuk makluman Dato Yang di-Pertua, inisiatif pendigitalan KKW terus mendapat sambutan daripada golongan belia sebenarnya. Berdasarkan rekod Program Pendigitalan Usahawan Desa Tahun 2025, tahun lepas Yang Berhormat ya, seramai 490 orang berbanding 1,000 orang peserta yang telah hadir dalam kursus pendigitalan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun, 40 tahun. Jadi ini menunjukkan bahawa pendekatan pendigitalan ini mampu berusaha— berjaya menarik penglibatan belia dalam ekonomi desa.

Bagi aspek pengekalan belia di luar bandar, KKW dalam masa ini belum mempunyai data yang khusus, Yang Berhormat. Kita masih memperincikan peratusan belia yang kekal menetap di desa hasil peluang ekonomi digital berbanding dengan kadar penghijrahan. Hal ini, seperti Yang Berhormat maklumkan tadi, migrasi

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dipengaruhi oleh faktor rentas sektor, peluang pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan juga kemudahan sosial yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.

Namun suka saya maklumkan di sini Yang Berhormat, sebenarnya berdasarkan data DOSM, migrasi luar bandar ke bandar telah berkurangan. Tahun 2022 sebanyak 2.4 peratus tetapi latest figure yang kita dapat daripada DOSM adalah 0.6 peratus.

Walau bagaimanapun KKW terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan ekosistem ekonomi desa supaya tinggal bekerja dan menjalankan perniagaan di luar bandar menjadi pilihan berdaya maju khususnya di golongan belia.

Sehingga kini kementerian kita telah pun membimbing lebih 68,000 usahawan luar bandar dalam pelbagai pembangunan kapasiti termasuk latihan pendigitalan, penggunaan platform e-Dagang dan juga pemasaran digital bagi meningkatkan daya saing produktiviti dan juga pendapatan usahawan. Untuk makluman Yang Berhormat, dari sudut KPI kita, pendekatan kementerian adalah kepada tiga aspek utama iaitu:

(i) peningkatan bilangan usahawan luar bandar yang menerima latihan dan bimbingan terutama golongan belia;

(ii) pertambahan perusahaan luar bandar yang mengadaptasikan teknologi digital, menyertai platform e-Dagang dan pemasaran digital; dan

(iii) penilaian peningkatan nilai jualan dan pendapatan luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebab itulah fokus KKW dalam usaha kita melestarikan kawasan luar bandar menjadi kediaman yang lebih mampan, lebih holistik, kita telah memfokuskan bukan sahaja dari sudut pembangunan infrastruktur luar bandar. Maksudnya dari sudut connectivity, kemudahan dan keselesaan, tetapi kita juga memfokuskan dua, tiga perkara. Antaranya ialah dari sudut mempelbagaikan peluang- peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, khasnya dalam memperkasakan TVET luar bandar kita melalui TVET, MARA dan juga agensi-agensi kita.

Yang kedua memperkasakan bidang sosioekonomi keusahawanan. Sebab kita tahu keusahawanan ini merupakan fokus ataupun keutamaan ataupun minat khususnya golongan belia dalam meningkatkan pendapatan di kawasan luar bandar. Dan apa yang penting juga kita melibatkan golongan belia bukan sahaja dari sudut pendigitalan, terlibat dalam Program Sosioekonomi Komuniti dengan mengenalkan Program Desa Kirana, dengan memperkenalkan Desa Lestari dan juga program-program yang memberi pendapatan dan juga membuka peluang pekerjaan secara keseluruhannya kepada penduduk luar bandar. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang Yang Berhormat Tuan Senator Tuan Isaiah.

draft • 11:20 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua.

Air mengalir jernih ke muara, Bersyukur bumi sepanjang zaman; Demi memelihara hak yang setara; Izinkan saya kemuka soalan sembilan.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Isaiah a/l D. Jacob minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Parlimen OKU, Suruhanjaya Hak Orang Kurang Upaya supaya setaraf dengan SUHAKAM serta Tribunal Khas OKU memandangkan jumlah Orang Kurang Upaya

(OKU) yang berdaftar di bawah JKM telah mencecah 843,759 orang sehingga 31 Mei 2026.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Akta Orang Kurang Upaya 2008 menyediakan asas perundangan yang komprehensif bagi melindungi hak OKU serta menggalakkan penyertaan mereka secara penuh dan saksama dalam masyarakat. Akta ini turut memperuntukkan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang berperanan menyelaras dasar, menasihati kerajaan dan memantau pelaksanaan inisiatif berkaitan OKU secara rentas kementerian dan agensi.

Selain ini kerajaan telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) sebagai agensi khusus yang bertanggungjawab merancang dasar, menyelaras program, membangunkan komuniti serta menyampaikan pelbagai perkhidmatan kepada golongan OKU. Peranan ini melangkaui fungsi pemantauan semata-mata kerana JPOKU terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan. Sekali gus membolehkan isu-isu yang dihadapi oleh komuniti OKU ditangani secara lebih menyeluruh.

Daripada perspektif hak asasi manusia, fungsi pemantauan turut diperkukuh melalui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUKAHAM). Mandat SUHAKAM di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 atau Akta 597 telah merangkumi pemajuan dan perlindungan hak semua individu termasuk OKU. Ini diperkukuhkan lagi dengan pindaan Akta SUHAKAM pada tahun 2024, yang telah memperuntukkan sekurang-kurangnya seorang Pesuruhjaya OKU sekali gus memperkukuh perhatian terhadap hak OKU dalam struktur sedia ada.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Puan Bathmavathi a/p K. Krishnan seorang OKU fizikal telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya bagi tempoh tiga tahun mulai Ogos 2025 sehingga 2028. Pada masa yang sama, individu OKU mempunyai saluran untuk mengemukakan aduan kepada SUHAKAM berkaitan pelanggaran hak asasi. Manakala isu berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kerajaan boleh disalurkan melalui sistem pengurusan aduan awam. Suruhanjaya lazimnya bersifat pemantauan dan nasihat, manakala cabaran utama OKU di Malaysia pada masa ini ialah pelaksanaan atau dengan izin implementation gap, bukannya kekosongan institusi dengan izin, institutional gap. Sehubungan itu, dalam keadaan semasa pendekatan yang lebih wajar ialah memperkukuh kapasiti institusi dan mekanisme sedia ada serta meningkatkan koordinasi di antara kementerian dan agensi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Soalan tambahan saya Yang di-Pertua. Apakah mekanisme penguat kuasa sebenar yang disediakan oleh kerajaan bagi melindungi hak Orang Kurang Upaya apabila berlaku diskriminasi atau pelanggaran hak? Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah aduan yang diterima, berapakah yang telah berjaya diselesaikan dan apakah bentuk remedi atau tindakan yang telah diberikan kepada mangsa?

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685], suatu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya atau MKBOKU telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan keahlian majlis ini terdiri daripada pelbagai kementerian agensi kerajaan serta wakil-wakil dari komuniti Orang Kurang Upaya.

MKBOKU juga telah menubuhkan enam jawatankuasa yang memberi fokus kepada isu-isu berkaitan dengan pendaftaran OKU, pendidikan, kesihatan, pekerjaan, pengangkutan dan reka bentuk sejagat. MKBOKU dan enam jawatankuasa yang ditubuhkan ini menerima semua pandangan, cadangan, serta aduan daripada komuniti OKU dan boleh mendapatkan penjelasan serta maklum balas berkaitan untuk setiap isu yang dibahaskan. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berdasarkan fungsi yang disenaraikan di bawah Akta 597 boleh menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

Antara 2023 sehingga 2025, SUHAKAM telah menerima sebanyak 13 aduan berkaitan pusat tahanan yang menempatkan OKU serta empat aduan berkaitan dengan kanak-kanak OKU. Berdasarkan pemantau yang dilaksanakan oleh SUHAKAM, pandangan, ulasan serta pemerhatian telah disampaikan kepada setiap pihak berkaitan

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

untuk tindakan penambahbaikan. Elemen penguatkuasaan hak-hak OKU merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan MADANI dengan kerjasama semua persefahaman bersama sektor swasta, NGO, komuniti setempat dan juga keluarga OKU.

KPWKM bersedia untuk memudahkan penyelesaian isu atau aduan yang dikemukakan oleh komuniti OKU berdasarkan struktur KPWKM yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Dr. Lingesh. Soalan tambahan yang terakhir.

draft • 11:30 AM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Bilangan kanak-kanak dengan gangguan spektrum autism semakin meningkat.

Apakah usaha dan perancangan kerajaan untuk membantu individu autism untuk mencapai potensi mereka melalui intervensi awal, pendidikan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan serta sokongan kepada ibu bapa dan penjaga? Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Lingesh. Memang kumpulan autistik OKU ini, memang kian bertambah. Saya di sini ada satu data iaitu sehingga Jun 2026, kita ada seramai lebih kurang 850,000 orang OKU yang telah berdaftar dengan JKM. Dan daripada jumlah ini kita ada lebih kurang 93,000 yang merupakan OKU autistik.

Jadi pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan dalam membantu OKU autism mencapai potensi mereka. Antaranya ialah menyokong pengoperasian taska OKU dan PDK di seluruh negara melalui khidmat nasihat serta bantuan kewangan. Selain itu juga, kerajaan telah menyalurkan Subsidi Yuran Pembelanjaran Kanak-kanak Autism yang untuk membantu mereka meringankan beban kos pembelajaran dan terapi, sebab mereka memerlukan banyak terapi bagi kanak-kanak ini.

Mulai tahun 2026, kadar subsidi adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap kanak- kanak autism yang layak dan diberikan secara one off. Dan juga terkini, KPWKM telah membangunkan satu Pusat Perkhidmatan Autism di Bangi dengan objektif utama untuk menyediakan sebuah pusat sehenti (one stop center) yang menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mampu dan mudah diakses.

Langkah ini diambil bagi memenuhi penambahan permintaan terhadap keperluan sokongan intervensi, mengambil kira jumlah pendaftaran OKU yang menunjukkan trend yang kian meningkat. Jadi melalui inisiatif ini, JKM bersama pertubuhan bukan kerajaan seperti National Autism Society of Malaysia, kita bertujuan memastikan golongan autism ini tidak dipinggirkan dan juga diberikan–– sebab ada yang mereka high function.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Jadi mereka boleh juga, pada masa kalau dilatih dengan penuh dapat juga berfungsi atau boleh mendapatkan peluang pekerjaan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan terakhir untuk sesi-sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.

draft • 11:30 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 10.

draft • 11:30 AM

10. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, sejauh manakah pelaburan domestik telah meningkat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berbanding pelaburan asing serta sama ada dasar sedia ada benar-benar berkesan dalam menggalakkan syarikat tempatan melabur semula dan berkembang atau masih terlalu bergantung kepada pelaburan asing untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, nombor 10— soalan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan pendekatan seimbang dalam menarik pelaburan asing iaitu Foreign Investment (FI) dan memperkukuhkan pelaburan domestik, Domestic Investment (DI) memandangkan kedua-duanya saling melengkapi dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini, iaitu dari tahun 2021 hingga Mac 2026 jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM1.8 trilion.

Daripada jumlah ini DI menyumbangkan sebanyak RM818.5 bilion, manakala FI berjumlah RM996.4 bilion iaitu 54.9 peratus dan DI adalah 45.1 peratus. Nisbah ini membuktikan bahawa pelaburan negara adalah relatively seimbang dan pertumbuhan ekonomi negara digerakkan bersama-sama oleh kedua-dua FI dan DI.

Malahan sekiranya dilihat data dari tahun ke tahun, nilai DI mencatatkan trend pertumbuhan yang memberangsangkan dengan peningkatan melebihi dua kali ganda iaitu daripada RM100.8 bilion pada tahun 2021 kepada RM222.4 bilion pada tahun 2025.

Selain itu, dari segi sumbangan peratusan, prestasi DI juga diperhatikan semakin mengukuh, yang mana ianya melonjak daripada 32.6 peratus pada tahun 2021 kepada 55.4 peratus pada tahun 2024. Dan kekal melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelaburan pada tahun 2025, iaitu 51.6 peratus.

Perkembangan positif ini mencerminkan bahawa dasar kerajaan berkesan dalam menyokong syarikat tempatan untuk terus berkembang. Di antara aspek yang dapat membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan membuahkan hasil dalam merangsang syarikat tempatan mengembangkan operasi dan melabur semula adalah seperti berikut.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Nombor satu, kelulusan projek tempatan. Bagi tempoh 2021 hingga Mac 2026 sebanyak RM4,242 projek pemilikan Malaysia bernilai RM116.1 bilion telah diluluskan dengan pelaburan pelbagai insentif di bawah MIDA yang mewujudkan lebih kurang lebih 37,000 pekerjaan baharu.

Contoh komitmen pelaburan semula syarikat tempatan antaranya QL Food Sdn.

Bhd. melibatkan pelaburan bernilai RM1.3 bilion serta mewujudkan sebanyak 3,000 pekerjaan baharu. Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJN) melibatkan pelaburan bernilai RM260 juta serta mewujudkan sebanyak 920 pekerjaan baharu.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

ViTrox Technologies Sdn. Bhd. melibatkan pelaburan bernilai RM250 juta serta mewujudkan sebanyak 1,889 pekerjaan baharu dan Ain Medical Sdn. Bhd. di Kelantan melibatkan pelaburan bernilai RM170.9 juta serta mewujudkan sebanyak 82 pekerjaan baharu. Kejayaan pelaburan semula yang dilaksanakan oleh syarikat tempatan turut menggambarkan hubungan simbiotik antara FI— Foreign Investment dan DI— Domestic Investment. Dalam konteks ini, FI berperanan membawa masuk teknologi termaju dan akses pasaran global, manakala syarikat tempatan manfaatkan peluang rantaian bekalan bagi menerusi Program Fasilitasi Vendor dan Pemadanan Perniagaan MIDA untuk terus menaik taraf kapasiti dan seterusnya melabur semula secara mampan. Kesimpulannya Dato' Yang di-Pertua, kerajaan tidak bergantung kepada FI semata-mata. Dasar kerajaan yang merancakkan kerjasama strategik di antara FI dan DI berhasil memanfaatkan FI sebagai pemangkin bagi mengukuhkan keupayaan pelabur domestik untuk melabur semula dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Soalan tambahan. Kerajaan sebelum ini memaklumkan komitmen besar GILC terhadap pelaburan domestik melalui Program GEAR-uP. Jadi apakah pelaburan domestik yang telah disalurkan oleh GLC dan GILC, serta impaknya terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan perusahaan tempatan dan juga Yang Berhormat ada maklumat, apakah pelaburan domestik yang telah disalurkan oleh GLC dan GILC di Sarawak sejak tahun 2023? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Senator ini adalah berkaitan dengan MOF ya, yang saya rasa, saya tidak dapat menjawab dengan baik, tapi Senator kita— MK II ada di sini mungkin boleh jawab suatu hari nanti. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato' Wu Him Ven

[Bangun] .

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Dato’, soalan tambahan terakhir ya.

draft • 11:40 AM

Dato' Wu Him Ven

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Apakah sasaran khusus MITI untuk meningkatkan pelaburan domestik berbanding pelaburan asing dalam tempoh lima tahun akan datang dan apakah KPI yang ditetapkan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih, Senator. Dari segi DI dan FI, kita tidak meletakkan apa-apa KPI dan sebagainya, ia mengikut keadaan. Contohnya, sekarang kita tahu bahawa ada banyak syarikat-syarikat luar negara sangat berminat dengan Malaysia. Mereka masuk kerana usaha PMX kita untuk menarik pelaburan daripada seluruh dunia. Maka Malaysia ini dilihat sebagai satu negara yang sangat berpotensi kerana dilihat sebagai satu destinasi untuk dalam keadaan geopolitik dan juga neutrality Malaysia yang boleh akses kepada pelbagai pasaran.

Maka banyak pelaburan telah masuk ke Malaysia. Ini adalah satu berita baik untuk Malaysia dan untuk pengetahuan Yang Berhormat di bawah Perdana Menteri, PMX kita tiga tahun jadi sebagai Perdana Menteri kita berjaya menarik RM1.14 trilion ke Malaysia. Dan untuk— oleh sebab itu, kerana pelaburan masuk secara banyak maka domestic company mereka pun rasa confident, maka mereka mula melabur. Dan itulah disebabkan bahawa domestic investment ini pun meningkat dengan baik dan sekarang lebih kurang 45 percent daripada total investment.

Ini adalah satu nisbah yang amat baik. Untuk kerajaan kita selalu memberi insentif melalui New Incentive Framework kepada domestic investor di mana mereka boleh memohon pelbagai investment kepada insentif melalui New Incentive Framework yang telah dilancarkan Mac 2026. Dan satu lagi usaha adalah kita memadankan syarikat-syarikat domestik dengan syarikat-syarikat internasional MNC supaya mereka boleh menjadi vendor dan part of the supply chain supaya syarikat tempatan itu boleh mendapat manfaat daripada this foreign investor. Jadi secara keseluruhannya dia adalah satu simbiotik. Kalau foreign investor datang, domestik syarikat pun akan mendapat manfaat dan oleh kerana mereka nampak foreign investor ada confident dengan Malaysia, maka domestik pun melabur juga. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat positif buat masa sekarang untuk negara Malaysia sekarang. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan. Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat Menteri mencadangkan rang undang-undang ini untuk diputuskan dan diluluskan, ditetapkan bahawa Mesyuarat kita tidak ditangguh mengikut Peraturan 11(5). Hendak lunch break kah atau tidak?

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

Tak payah...

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah lunch break? Hendak buat undi kah?

[Ketawa] Siapa yang hendak lunch break? Kita— sebab 22 mengikut rekod kita nak berbahas, twenty two want to debate, dan undang-undang ini penting, Profesion Kerjaya Sosial, isu yang penting bagi rakyat. Jadi tak payah lunch?

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

...Tak payah lunch.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, mengapa tadi masa Menteri pertanyaan tak minta apakah, blackthorn kah, musang king kah?

[Ketawa] Untuk paket kan untuk semua.

Okey, kita tak akan tangguh, no lunch break for you dan selepas diputus dan dilulus akan ditangguh sehingga pagi besok ataupun besok jam 10 pagi. Minta maaf hari Isnin, tersilap tidak ada blackthorn lah itu.

[Ketawa] Isnin, 10 pagi, 3 Ogos 2026.

Dipersilakan, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, kerja sosial merupakan satu bidang tugas yang murni bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan atau komuniti agar mereka dapat kembali berfungsi dan meneruskan kehidupan secara berdikari.

Namun begitu, kerja sosial adalah tidak sama dengan tugas sukarelawan atau kerja kebajikan dengan izin, welfare work semata-mata, seperti tanggapan kebanyakan orang. Kerja sosial ialah satu profesion yang memerlukan kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan latihan secara formal. Ia melibatkan proses-proses yang perlu dilaksanakan secara teratur, bermula daripada penglibatan dengan izin, engagement

draft • 11:47 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

dengan individu atau kumpulan yang hendak dibantu, penilaian, perancangan, intervensi, pelaksanaan intervensi, penilaian semula keadaan individu atau kumpulan sehinggalah penamatan perkhidmatan yang diberikan.

Oleh itu kerja sosial haruslah dilaksanakan dengan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kaedah-kaedah tertentu agar benar-benar membantu klien dalam mengembalikan dan meningkatkan kefungsian sosial dan kesejahteraan mereka.

Justeru, individu yang melakukan kerja sosial perlu dipastikan memiliki kompetensi dan pengetahuan asas sekurang-kurangnya mengenai tingkah laku manusia, psikologi kanak-kanak, sistem sosial serta undang-undang sedia ada untuk membantu rakyat. Ini penting kerana keputusan yang dibuat oleh pekerja sosial boleh memberi kesan kepada kehidupan klien secara langsung.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menempuh cabaran lebih 10 tahun dalam membangunkan kerangka perundangan bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang kerja sosial ini. Selaras dengan iltizam reformasi Kerajaan MADANI, KPWKM telah mengambil pelbagai usaha dan inisiatif termasuk pelbagai siri bengkel, mesyuarat dan sesi libat urus berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk pihak kerajaan negeri, NGO dan pihak- pihak lain yang berkaitan.

draft • 11:47 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Semua ini diusahakan dengan sasaran agar Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial atau RUU PKS ini akhirnya boleh melintasi garisan penamat dan RUU dibentangkan di Parlimen pada tahun ini juga. Berdasarkan pertimbangan terhadap semua input bengkel dan sesi libat urus tersebut, KPWKM telah membuat penambahbaikan berterusan kepada dasar-dasar dalam RUU PKS. Tindakan ini diambil agar keperluan semasa dan akan datang dalam bidang kerja sosial ini dapat dipenuhi dan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua perubahan dalam landskap demografi negara yang menuju ke arah negara tua, urbanisasi yang pesat, peningkatan kos sara hidup, akses teknologi maklumat dan kecerdasan buatan yang meluas menimbulkan pelbagai cabaran hidup baharu. Dapatan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2022 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa antara cabaran utama yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia ialah masalah sosial dengan sebanyak 40.2 peratus responden bersetuju dengan fakta ini.

Sementara itu Kajian Pengurusan Organisasi JKM ke arah perwujudan ekosistem perkhidmatan sosial yang cemerlang oleh pasukan Unit Pemodenan Tadbiran

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun 2019 menunjukkan nisbah pekerja sosial JKM kepada populasi penduduk Malaysia ialah seorang pekerja sosial kepada 8,576 penduduk. Nisbah ini memang besar jika dibangkitkan dengan negara-negara lain seperti di Amerika Syarikat di mana nisbahnya ialah seorang pekerja sosial kepada 490 orang penduduk di Australia seorang pekerja sosial kepada 1,040 orang penduduk, di United Kingdom seorang pekerja sosial kepada 3,025 orang penduduk dan di Singapura seorang pekerja sosial kepada 3,448 orang penduduk.

[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol mempengerusikan Mesyuarat] Jumlah kes yang dikendalikan oleh JKM juga telah berlipat ganda dalam tempoh lima tahun iaitu sebanyak 1,013,466 kes pada tahun 2025 berbanding dengan 663,628 kes pada tahun 2020. Angka ini menunjukkan cabaran isu sosial yang semakin kompleks dihadapi oleh rakyat. Kes isu sosial menunjukkan trend meningkat dan jika berlanjutan ia seterusnya boleh meningkatkan lagi permintaan terhadap perkhidmatan sosial di masa hadapan. Peningkatan dalam jumlah kes sosial ini tidak seharusnya terus menerus ditampung sepenuhnya oleh pegawai pembangunan masyarakat di bawah JKM atau pegawai awam sedia ada dalam sektor awam di masa hadapan.

Oleh itu penggubalan RUU PKS ini adalah penting agar kita dapat meningkatkan jumlah pekerja sosial yang berkelayakan di Malaysia daripada sektor swasta atau badan bukan kerajaan yang boleh sama-sama berganding bahu dengan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan sosial kepada rakyat. Ini kerana melalui penggubalan RUU PKS pekerja sosial yang kompeten akan diberikan perakuan oleh badan kawal selia iaitu Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan sosial. Dalam erti kata lain, RUU PKS menyediakan suatu ruang bagi mewujudkan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua walaupun profesion kerja sosial semakin berkembang di peringkat global, pada masa ini kita masih tidak mempunyai takrifan perkhidmatan kerja sosial yang jelas dalam mana-mana akta di Malaysia. Perkhidmatan kerja sosial yang ditawarkan oleh kerajaan dilaksanakan oleh pegawai awam merentasi pelbagai kementerian dan agensi berdasarkan akta serta peraturan di bawah kementerian atau agensi masing-masing.

Di samping itu pelbagai perkhidmatan sosial juga disediakan oleh sektor swasta yang merangkumi badan bukan kerajaan (NGO), organisasi berasaskan komuniti

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

dengan izin community-based organisation (CBO), syarikat korporat serta orang perseorangan tanpa takrifan yang jelas. Walau bagaimanapun, pada masa ini kerajaan tiada sebarang data mengenai jumlah kompetensi atau profil pekerja sosial ini. Oleh itu, kerajaan dan rakyat tiada mekanisme untuk mengenal pasti siapa pekerja sosial yang benar-benar layak memberikan bantuan kepada rakyat selain daripada pegawai awam.

Melalui RUU ini ketiadaan mekanisme ini boleh diatasi. Ini juga boleh mengelakkan berlakunya isu sosial yang lebih kompleks seperti kes pedofilia. Contoh perkara yang ingin dikekang adalah seperti kes orang warganegara British bernama Richard Huckle pada tahun 2016 yang pada mulanya memasuki Malaysia atas alasan bertujuan melaksanakan aktiviti kerja sosial tetapi akhirnya disabitkan kesalahan merogol dan serangan seksual ke atas 23 orang kanak-kanak di negara ini.

Puan Yang di-Pertua, selaras dengan perkembangan masyarakat dan isu sosial yang semakin kompleks sudah tiba masanya untuk kerajaan meningkatkan taraf profesion kerja sosial di Malaysia melalui undang-undang dan peraturan. Ini penting untuk mengawal selia amalan kerja sosial supaya kerajaan dapat memastikan profesionalisme serta akauntabiliti pengamal kerja sosial terpelihara.

Oleh itu, perkara utama yang ingin dilaksanakan melalui RUU PKS ini adalah pembentukan satu kerangka tadbir urus yang sistematik dan jelas bagi mengawal selia pekerja sosial dan meningkatkan kompetensi dan kualiti perkhidmatan kerja sosial yang disampaikan kepada rakyat agar lebih terjamin, berkesan dan selamat. Ini akan dilakukan melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia di bawah RUU PKS di mana badan ini akan melaksanakan beberapa fungsi penting.

Pertama, majlis ini bertanggungjawab meluluskan dan mengeluarkan perakuan amalan, perakuan amalan sementara dan perakuan interim kepada pengamal kerja sosial. Pengamal kerja sosial yang menerima perakuan amalan ini akan disenaraikan dalam daftar yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia. Seterusnya, data ini boleh diakses oleh rakyat untuk tujuan pengesahan kelayakan agar mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada pengamal kerja sosial yang berdaftar dan menghindarkan diri daripada mana-mana orang yang hanya menggelarkan diri sebagai pekerja sosial tanpa kelayakan atau kompetensi sebenar.

Kedua, majlis ini akan membangunkan standard kompetensi profesional dan memastikan jaminan kualiti program-program yang ditawarkan dalam bidang kerja sosial. Dengan ini, kualiti program-program yang disampaikan kepada pengamal kerja sosial dapat dipastikan mutunya agar setiap individu yang melaksanakan perkhidmatan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

sosial memiliki kemahiran yang sewajarnya dan menjalankan tugas mereka berdasarkan keperluan piawaian kompetensi yang ditetapkan.

Ketiga, Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia juga bertanggungjawab melaksanakan fungsi bagi mengawal selia etika dan disiplin pengamal kerja sosial melalui pengurusan aduan, tatacara siasatan dan tindakan tatatertib yang teratur.

Justeru, RUU PKS ini dapat memberi perlindungan undang-undang kepada rakyat yang menerima perkhidmatan sosial dan mengawal isu salah laku atau eksploitasi pekerja sosial semasa memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Pada masa yang lama ― eh, pada masa yang sama― maaf, RUU PKS juga menjadi platform bagi melindungi pekerja sosial dengan asanya penubuhan Jawatankuasa Siasatan dan Tatatertib di bawah Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia bagi melaksanakan siasatan ke atas setiap aduan yang diterima dengan adil dan saksama tanpa terus menuding jari atau membuat tohmahan yang tidak berasaskan terhadap pekerja sosial.

Keempat Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia juga diberi kuasa dan boleh melaksanakan perundingan dan menilai perluasan pemakaian akta ini pada masa hadapan. Perkara ini diperuntukkan dengan jelas dalam RUU agar perluasan pemakaian kepada mana-mana kumpulan pekerja sosial dapat dibuat secara berfasa mengikut keperluan dan ketersediaan di lapangan. Perkara ini adalah penting agar kualiti dan kelangsungan penyampaian perkhidmatan sosial dalam negara terjamin dan perluas pemakaian dapat dibuat mengikut peredaran masa.

Dan kelima, majlis ini juga bertanggungjawab melaksanakan promosi dan advokasi berkaitan profesion kerja sosial. Perkara ini amat perlu memandangkan takrifan perkhidmatan kerja sosial masih belum difahami sepenuhnya oleh masyarakat kita.

Puan Yang di-Pertua, dalam usaha melahirkan pekerja sosial yang kompeten, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini turut menawarkan khusus dalam bidang kerja sosial.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Sehingga Jun 2026, tiga buah IPTA menawarkan Ijazah Doktor Falsafah, tiga buah IPTA dan sebuah IPTS menawarkan Ijazah Sarjana Kerja Sosial, tujuh buah IPTA menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, tiga buah IPTS menawarkan Diploma Kerja Sosial dan sebuah IPTA menawarkan Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima menerusi sesi libat urus dengan ahli-ahli akademik, kebanyakan graduan kerja sosial terpaksa beralih ke bidang lain seperti

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

pentadbiran dan pemasaran berikutan peluang kerjaya dalam bidang kerja sosial yang terhad.

Selain daripada kelulusan akademik, pengalaman dalam bidang kerja sosial juga perlu diambil kira untuk membolehkan perkhidmatan dan kompetensi yang terbaik diberikan kepada masyarakat. Profesion ini juga memerlukan dan menekankan interaksi sesama manusia, empati serta belas ihsan atau dengan izin compassion yang tinggi dan tidak boleh diambil alih oleh teknologi kecerdasan buatan atau AI.

Oleh itu, RUU ini turut memberi laluan kepada graduan baharu yang mendapat perakuan interim bagi memperoleh dan membina pengalaman yang diperlukan dalam perkhidmatan kerja sosial. Kerja sosial merupakan bidang yang penting, namun belum lagi menjadi satu industri yang besar di Malaysia.

Oleh itu, RUU PKS bukan sahaja diperlukan bagi menjaga kebajikan penerima perkhidmatan kerja sosial tetapi juga untuk menjadikan profesion kerja sosial sebagai satu kerjaya yang bereputasi dan penting dalam masyarakat. Penggubalan RUU PKS ini diyakini boleh menjadi salah satu pemangkin utama untuk menghasilkan peluang pekerjaan baharu serta menggalakkan penyertaan golongan muda dalam menceburi bidang tersebut di Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 36 fasal yang dibahagikan kepada tujuh bahagian seperti berikut.

Bahagian I mengandungi dua fasal meliputi tajuk dan takrifan perkataan atau ungkapan dalam RUU ini.

Bahagian II mengandungi 14 fasal yang memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia.

Bahagian III mengandungi enam fasal yang memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan pengamal kerja sosial dan pelatih kerja sosial.

Bahagian IV mengandungi enam fasal yang memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan prosiding tatatertib.

Bahagian V mengandungi dua fasal yang memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan pengeluaran daripada dan kemasukan semula ke dalam daftar.

Bahagian VI mengandungi dua fasal yang memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan-kesalahan.

Bahagian VII mengandungi empat fasal yang memperkatakan peruntukan am.

Puan Yang di-Pertua, cadangan penggubalan akta baharu ini akan mewujudkan satu mekanisme perundangan khusus bagi mengawal selia dan memperkasakan profesion kerja sosial di Malaysia. Penggubalan RUU PKS merupakan reformasi yang

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

amat signifikan bagi memastikan perkhidmatan kerja sosial di negara ini dilaksanakan oleh pengamal yang kompeten, beretika dan memenuhi standard profesional yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, perundangan ini akan memberikan pengiktirafan kepada pengetahuan, kemahiran serta kelayakan kepada pengamal kerja sosial di negara ini.

Secara keseluruhannya, penggubalan RUU ini adalah inisiatif penting dalam memperkukuh ekosistem kesejahteraan sosial negara selaras dengan dasar dan hala tuju pentadbiran Kerajaan MADANI yang berteraskan nilai kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat. Jadi, saya di sini ingin mencadangkan RUU PKS ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia untuk mengawal selia pengamal kerja sosial, pelatih kerja sosial dan perkhidmatan kerja sosial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 22 orang ahli yang hendak berbahas. Maka saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah 15 minit seorang. Jadi, pertamanya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana keizinan untuk memberikan saya laluan menjadi pembahas pertama dalam rang undang-undang yang sangat penting ini. Izinkan saya untuk menukilkan satu pengiktirafan Allah dalam kalam-Nya melalui al-Quranul Karim dalam surah al-Ma’idah ayat kedua yang berbunyi [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Dan bertolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan jangan sekali-kali kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”

draft • 12:05 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Diperkukuhkan lagi dengan satu ayat lain, Allah sebutkan dalam surah al-Insan, ayat 8 hingga 9 yang sekira-kira maksudnya, “Dan mereka memberi makan walau mereka sendiri memerlukannya kepada orang-orang miskin, anak yatim, tawanan dan lain-lain.” Dan berkata, “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan keredaan Allah. Kami tidak mengehendaki balasan mahupun ucapan terima kasih daripada kamu.” Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, demikian hebatnya duduk orang yang menjadi pekerja sosial. Berkhidmat untuk kemanusiaan yang diiktiraf oleh Allah SWT malah Rasulullah SAW menyebut [Membaca sepotong hadis] “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak memberi manfaatnya kepada manusia yang lain.” Puan Yang di-Pertua, saya tadi mendengar beberapa data dan fakta yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung dengan fakta dan data tentang kes yang melimpah, yang meningkat, yang berganda, yang berterusan pertambahannya dari tahun ke tahun di Malaysia. Mungkin saya mungkin tambah sikit lagi fakta-fakta ini untuk menggambarkan seriusnya suasana. Cabaran sosial negara semakin membimbangkan.

Menurut statistik rasmi, kes keganasan rumah tangga terhadap wanita meningkat daripada 4,294 kes tahun 2023 kepada 5,251 kes pada tahun 2024.

Manakala kes terhadap lelaki pun turut meningkat. Jangan ingat orang laki-laki tak kena.

Lelaki, 1,213 kes kepada 1,865 kes pada tahun senggang masa yang sama. Ertinya, tak terlepas. Orang laki-laki yang konon gagah perkasa, jangan anggap bahawa dia terlepas daripada gangguan yang berlaku hari ini. Jumlah individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menjalani rawatan serta pemulihan di seluruh negara pada tahun lepas mencatat 191,832 orang. Ini search yang saya buat. Kalau tak betul, mohon diperbetulkan.

Statistik kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seramai 9,624 kanak-kanak direkodkan memerlukan penjagaan dan perlindungan pada tahun 2024, peningkatan 12.7 persen berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Kes gangguan seksual pula misalnya menunjukkan trend yang sangat membimbangkan apabila sebanyak 1,038 kes direkodkan. Itu yang direkodkan, pada tahun 2025 berbanding kes 788 kes sahaja pada tahun 2024.

Angka ini menunjukkan bahawa semakin ramai golongan rentan memerlukan intervensi kerja sosial yang profesional dan berkesan. Kes-kes seperti pengabaian, penderaan dan konflik keluarga memerlukan pekerja sosial yang kompeten dalam

draft • 12:05 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

penilaian intervensi dan pemulihan. Justeru, pengiktirafan profesion kerja sosial melalui RUU ini amat penting bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan beretika.

draft • 12:05 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tambahan pula 40.2 persen keluarga di Malaysia menganggap dalam anak kajian yang pernah dibuat masalah sosial sebagai cabaran utama malahan penggubalan RUU ini tidak boleh dilihat sebagai soal pentadbiran semata-mata tetapi perlu dilihat juga sebagai suatu tindak balas terhadap realiti sosial negara yang sedang kita bimbang, membimbangkan dan bertambah kompleks. Cuma, yang saya ingin mencadangkan supaya kerajaan perlu memastikan PKS ini bukan sekadar mewujudkan kerangka perundangan tapi benar-benar memperkukuhkan kapasiti negara bagi menangani kes sosial yang semakin meningkat.

Dalam waktu yang sama, saya ingin juga untuk memberi, memohon pihak kementerian untuk ada satu fleksibiliti yang agak khusus kerana pekerja sosial ini datang dia sebenarnya menjadi sebahagian, dia menjadi compliment kepada tugas kerajaan.

Mereka datang membantu kerajaan dengan pendekatan yang mereka buat. Jangan sampai RUU ini juga mengekang dan mengikat mereka untuk tujuan khidmat walaupun niat kita yang besar adalah untuk memastikan profesional mereka ditingkatkan dan lain- lain.

Saya mohon supaya dipermudahkan. Walaupun kita ketat dari sudut peningkatan profesionalismenya tapi jangan sampai usaha baik dan murni kelompok ini dilihat menjadi ancaman atau menyekat mereka untuk berfungsi di tengah lapangan menyantuni masyarakat yang memerlukan dan mereka akhirnya dilihat kadang-kadang sampai RUU ini menghalang mereka untuk terus berfungsi.

Di antara dua perkara ini, saya mohon supaya pihak kementerian, pihak kerajaan ada imbangan yang wajar, semak imbang yang tepat supaya dalam mengasuh mereka untuk lebih profesional tapi dalam waktu yang sama memastikan ruang untuk kita menggalakkan mereka tumbuh dengan lebih laju kerana angka yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berbanding dengan negara maju kita very far ke belakang, satu per 9,000 berbanding dengan orang satu per 3,000 daripada penduduk dan lain-lain.

Soalan saya kepada Menteri, bolehkah Menteri menjelaskan bahawa RUU ini akan mempercepatkan penambahan kapasiti tenaga sosial kerja supaya keperluan rakyat dapat dipenuhi dengan lebih berkesan atau mungkin sebaliknya sebab makin ketat RUU ini. Saya tidak menafikan penting tapi saya nak sebut itu imbangannya.

Yang keduanya kalau merujuk Perkara 19, fasal 19 ke 21, pengiktirafan profesion kerja sosial mesti diisi dengan standard kompetensi dan laluan amalan yang jelas.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Baguslah definisi perkhidmatan kerja sosial dalam RUU ini menekankan proses penglibatan, penilaian, perancangan intervensi, pelaksanaan intervensi, penilaian semula, penamatan perkhidmatan dan ini menunjukkan profesion ini memerlukan ilmu kemahiran dan juga disiplin yang tersusun. Bagus, terbaik.

RUU ini juga menetapkan bahawa tujuan utama penubuhan ialah untuk mewujudkan kerangka lebih urus, mengawal selia, meningkatkan tahap kompetensi pekerja sosial dengan Majlis Profesion Kerja Sosial sebagai badan pengawas atau badan pengawal selia. Oleh kerana itu— dan juga perakuan amalan. Perakuan amalan sementara, perakuan interim menunjukkan bahawa kerajaan meningkatkan perlunya kuantiti latihan dan pengamalan dalam profesion ini.

Saya cuma juga ingin mencadangkan supaya kerajaan hendaklah memastikan standard kompetensi latihan dan penilaian kelayakan disusun dengan jelas, dengan terperinci, dengan SOP yang terang supaya profesion kerja sosial benar-benar diangkat sebagai profesion berkualiti, diyakini dan dirasai mulianya oleh petugas-petugas sosial ini.

Cuma, satu juga yang saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah mekanisme yang digunakan oleh Majlis untuk memastikan standard kompetensi pengamal kerja sosial ditetapkan secara seragam ataupun tidak terlalu longgar atau tidak terlalu keras atau tidak terlalu rigid kerana komuniti profesional kerja sosial yang saya maksud ini mereka adalah mempunyai— adalah satu pasukan yang duduk nilai bukan sekadar kita pandang dia mulia tapi pelanggan yang mulia. Walaupun kadang-kadang ada kes-kes yang sangat kita tak suka berlaku tapi kadang-kadang jangan kes yang tidak bagus ini menyekat untuk yang lain lebih besar dan lebih positif.

Saya berhasrat untuk nak sebut fasal 19, tapi saya rasa dalam tempoh waktu yang ada itu mungkin tak sempat saya habisi. Cuma, saya juga nak tanyakan sedikit perkara. Cadangan saya ialah kerajaan perlu memastikan pelantikan ahli majlis dibuat atas asas kepakaran, integriti dan representasi yang seimbang bukan semata-mata pada kedudukan dan jawatan.

Dalam susunan ahli jawatankuasa majlis itu, saya nampak lebih kepada posisi di kementerian. Ada dua jer, ada beberapa nama, berapa lagi peruntukan daripada kalangan yang bukan daripada perjawatan rasmi kerajaan. Saya fikir kerja ini adalah kerja lapangan. Jadi kalau boleh, boleh tak supaya kita tambahkan lebih lagi kepelbagaian bidang profesion kerja sosial di lapangan itu diserap masuk menjadi anggota kerana mereka lebih faham sebab mereka orang lapangan berbanding kita yang duduk di meja memang kita perancangan yang baik tapi dalam menjadi...

draft • 12:10 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Dato’ Yang di- Pertua, boleh saya ingin mencelah?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Izin tapi mohon tambah.

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Silakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Baik. Berkaitan dengan keanggotaan disebutkan tadi, yang pertama disebut anggota daripada badan kerajaan dan kedua swasta. Apa pandangan Yang Berhormat kalau kita masukkan satu peraturan khas bahawa mereka itu sepatutnya juga dalam kalangan NGO?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya nak sebut di antara nak sebut tapi takut.

Saya ini orang NGO.

draft • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Mohon kalau boleh mencelah juga Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ada lagi?

draft • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Ada.

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Dia nak jawab soalan Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dah kalau ianya berkaitan, boleh disatukan.

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Okey, silakan Datuk Nelson.

draft • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Ini berkaitan juga dengan keanggotaan tetapi persoalan saya berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib.

Kita melihat dalam seksyen 23 anggota Jawatankuasa Tatatertib adalah di kalangan pengerusi dan lima orang anggota lain, anggota majlis dan pegawai awam yang mempunyai pengalaman. Namun, sebelum sampai ke Jawatankuasa Tatatertib terdapat juga Jawatankuasa Penyiasatan. Dalam anggota Jawatankuasa Penyiasatan ini, terdapat keanggotaan seorang daripada pengamal kerja sosial. Tetapi dalam anggota Jawatankuasa Tatatertib ini tidak pula dinyatakan keanggotaan pekerja sosial.

Dalam keanggotaan majlis juga ada wakil-wakil pekerja sosial.

Jadi, adakah YB Senator bersetuju bahawa keanggotaan dalam Jawatankuasa Tatatertib ini perlulah juga dianggotai oleh wakil daripada pekerja sosial kerana mereka lebih memahami tahap kerja-kerja yang dibuat dari segi sosial, psikologi yang di lapangan ini. Jadi, mereka juga boleh mempertimbangkan dan mungkin lebih memahami apa yang dilakukan oleh pekerja-pekerja sosial ini terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Prof dan juga Datuk yang memberikan nafas untuk tambah sikit masa saya.

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

[Ketawa] Silakan, silakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dengan izin Puan Yang di-Pertua. Sebenarnya itu antara perkara yang bukan kata cadangan, saya cadang benda itu diwajibkan sebab ini sikit pengalaman sayalah Yang Berhormat Menteri. Orang yang kerja di lapangan ini, minta maaf jauh daripada tujuan untuk nak memandang rendah. Orang yang bekerja di lapangan ini dia tak ada – dia tak letak nilai ancaman. Dia turun ke lapangan. Kita orang pegawai ini kadang-kadang tak turun sebab kita ada limitation dia.

Saya pernah turun ke jauh di kawasan di Afrika. Kementerian call jangan pergi, jangan pergi tapi tahu ini tanggungjawab ummah, humanity, kita pergi. Tapi bila dah sampai balik, dia call balik, “Haji, boleh tak singgah kejap?”. Dia dah tahu kita pergi. Kita tanya balik, “Boleh tak singgah kejap?” Kata, “Kenapa dah tadi tak bagi pergi?” Dia kata, “Minta report sikit.” Ini minta maaf. Bukan bermaksud nak underrate, tidak.

Maksudnya, NGO yang sebahagian besarnya adalah pelopor kepada kerja sosial mereka jauh berada di hadapan even di tengah peperangan. Siapa kita mungkin pegawai kalaupun tentera kita tak apa hal lah. Yang nak turun ke Syria, nak turun ke dulu di Syria, sekarang di Palestin. Yang turun naik kapal turun pergi ke Palestin itu, pergi ke Gaza itu, itu semunya NGO.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Nyawa mereka, ancaman mereka. Sebab itu saya fikir, bidang kerja mereka di lapangan harus diberi pengiktirafan, duduk dalam majlis, duduk dalam jawatankuasa.

Terima kasih kepada dua-dua, Datuk. Cuma, dalam ruang lingkup yang terakhir ni, saya nak juga sebut sikit dalam ruang ini, apakah juga termasuk kerja sosial ini membabitkan institusi pendidikan bukan kerajaan, tadika dan lain-lain.

Jadi, minta pencerahan juga sikit daripada Menteri. Dan, bagaimana kerajaan akan memastikan komposisi Majlis ini benar-benar mencerminkan kepelbagaian tadi?

itu yang saya sebut tadi dan saya harap— selalunya tak ada pindaan, tapi please masukkan dalam Hansard Parlimen menyatakan ini tuntutan kita supaya dia akan jadi lebih berwibawa kerana mereka lebih berada di lapangan. Luaskan skop yang kita lihat kerja sosial ini sebab kerja sosial ini dia ada dua. Satu kerja sosial yang berbayar, satu kerja sosial yang tak berbayar, tapi Yang Berhormat sebut tadi, tak membabitkan relawan, sukarelawan.

Terkait dengan isu-isu ni, saya nak minta sikit pencerahan berhubung dengan NGO. Ada sebut tadi tentang NGO, tapi saya mahu pengukuhan. NGO di Malaysia

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

khususnya sekarang di antara NGO yang terkedepan. Saya Yang Berhormat, saya duduk dalam medan NGO ini dah lebih 25 tahun. Dan, kita lalui kerja NGO ni, sacrifice- nya sangat tinggi. Tempat orang tak masuk, kita masuk sebab, tanggungjawab kita is humanitarian. Working for humanity. But for me, I put it another word, serving God, serving Allah. Maknanya di mana sempadan yang kita boleh berkhidmat, walaupun berisiko tinggi, jaminan mati bukan daripada kita, Allah yang dah tentukan, kita sampai, tetapi dalam kebanyakan kerja NGO yang mendukung NGO adalah relawan. Relawan ni ribu- ribuan, pergi mereka tidak berbayar, mereka bayar sendiri, tetapi nak tanya kemahiran, mereka bukan orang yang pakar, kerana orang yang pakar, kena dibayar. Minta maaf saya sebut. Saya bawa doktor pergi ke lapangan. Doktor tanya, saya dah bawa kepakaran, tambang saya kena bayar lah. Minta maaf Dr. Wan Martina.

draft • 12:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya pergi bayar sendiri.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

...Tak masuk Dr. Wan Martina dah, tapi sebutkan perkara ini, kebanyakan sukarelawan yang menjadi pekerja sosial dalam NGO, humanitarian ke apa bidang sekalipun, mereka adalah relawan yang sangat ikhlas. Saya baca ayat yang sebut tadi dalam al-Quran.

Saya harap skop ini tak masuk dalam Akta ROS 1966. Saya harap dia tak redundant dengan skop yang ada dalam Akta ROS 1966. Kalaupun nak di complementary-kan, tetapi dia mendukung satu sama lain, bagus untuk pihak kementerian boleh tambah dari sudut membantu untuk meningkatkan upaya dan kapasiti dan juga profesion, profesionalisme yang menjadi petugas-petugas di dalam NGO, yang menjadi— saya fikir sekarang bukan third force lagi, NGO ni dah jadi second force. NGO turun sebelum pegawai kita turun.

Kami sampai ke China masa gempa bumi di China. Dua minggu lepas itu, minta maaf, tidak bermaksud nak kata tentera kita sampai. Tentera dia ada protokol dia, ada prosedur dia, tapi NGO hari ini sampai berita, esok terus pergi. First thing dia gi recce, second thing dia bawa tim.

Jadi, bagus sangat-sangat kalau boleh ambil kira untuk membantu meningkatkan profesionalisme tenaga-tenaga sukarelawan yang bergerak di NGO, tapi kalau nak diikat dengan tempoh masa kena bayar dan lain-lain, dia turun pun tak kita bayar, apatah lagi kalau ini memerlukan lesen dan lain-lain itu, saya harap dia tak dimasuk kira. Saya harap dia tak di masuk kira dan saya harap walaupun ini mungkin tidak termasuk di dalam akta ini, tapi saya nak masukkan ucapan saya ini dalam Hansard sebagai satu daripada

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

pandangan saya bagi pihak rakan-rakan NGO yang ribuan sekarang ini di negara ini.

Bukan ribuan orangnya, ribuan NGO.

Dan masuklah— tak pasti masuk dalam kementerian ini ataupun tidak, supaya gerak kerja NGO ini dimudahcarakan oleh kerajaan kerana dia merupakan orang yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, mahupun di peringkat lokal.

Sebab itu kadang-kadang perginya di tempat paling terancam balik lalu disambut...

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Yang Berhormat Tuan Haji Hussin.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, dah habis.

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Saya rasa semua di dalam Dewan ini dah convinced.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Alhamdulillah. Kalau dah convinced...

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

...Tentang apa nama...

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Cukuplah, jadi saya...

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

...Perbahasan Tuan Haji, jadi saya rasa dah berapa kali nak diulang-ulang.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak apa Dato’.

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih. Jadi kalau tak ada lagi, saya sila gulung.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sekejap sikit. Saya hendak yang itu supaya ambil kira perkataan yang NGO itu Puan.

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Sudah. Saya rasa sudah maklum, sudah berkali-kali disebut. So, saya bagi satu minit saja tambahan.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sekian. Wabillahi taufiq wal-hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tak pakai yang 1 minit itu.

draft • 12:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji atas kerjasama yang diberikan. Sentiasa lively ya. Sentiasa suka untuk mendengar perbahasan Tuan Haji ya. Dan, selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran.

draft • 12:20 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya bangkit hari ini untuk menyatakan sokongan saya terhadap prinsip dan niat murni di sebalik Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

draft • 12:26 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Selepas 16 tahun terperangkap dalam bilik-bilik birokrasi, hari ini di bawah payung Kerajaan MADANI, kita akhirnya melihat keberanian politik untuk membawa RUU ke Dewan yang mulia ini. Bagi pihak pengamal media, aktivis kanak-kanak dan seluruh rakyat Malaysia, kita ucapkan syabas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sebagai seorang pengamal perubatan dan juga bekas pengarah hospital, saya sangat faham medical social work atau kerja sosial perubatan adalah tiang seri yang kepada sistem sokongan kesihatan dan kebajikan kita. Kita amat memerlukan profesionalisme, kita amat memerlukan standard. Kita tidak mahu lagi mendengar kes- kes kegagalan perlindungan kanak-kanak di pusat-pusat perlindungan atau pengabaian warga emas yang semakin meruncing, tetapi Dato’ Yang di-Pertua, sokongan saya ini bukan sokongan membuta tuli. Tugas kita di Dewan Negara adalah sebagai penapis dan penyemak terakhir bagi memastikan undang-undang ini, yang kita lulus tidak tempang apabila dilaksanakan di bumi yang nyata.

Dato’ Yang di-Pertua, kebimbangan terbesar saya yang juga disuarakan secara lantang oleh tokoh aktivis kanak-kanak negara, Datuk Dr. Amar-Singh adalah kewujudan dua darjat atau double standard yang amat ketara di RUU ini. Cuba lihat fasal 19(8).

Fasal ini memberikan pengecualian mutlak kepada pegawai awam daripada keperluan memiliki perakuan amalan atau kelayakan profesional kerja sosial semasa menjalankan tugas rasmi mereka.

Bagaimana kita boleh mendesak sektor swasta atau NGO untuk mematuhi standard profesional yang ketat, tetapi pada masa yang sama kita menghalalkan pegawai kerajaan sendiri untuk bertindak tanpa sijil kelayakan? Bukannya kes-kes pelindungan kanak-kanak yang paling kritikal, kes penderaan domestik dan kes reman kebajikan kesemuanya dikendalikan oleh pegawai JKM. Di mana logiknya kita mengecualikan barisan hadapan kerajaan daripada standard kompetensi?

Lebih membimbangkan, saya telah dimaklumkan oleh NGO SWAM, Social Workers Alliance Malaysia bahawa sektor awam menggaji majoriti pekerja sosial di Malaysia, contohnya 3,790 pegawai di bawah JKM sahaja yang menjalankan kuasa mandatori pelindungan kanak-kanak tetapi hanya 26.6 peratus sahaja yang memiliki kelayakan kerja sosial yang diiktiraf kan. Menteri di Dewan Rakyat menyatakan bahawa ini kerana kekangan koordinasi antara kementerian dan juga kerajaan negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, ini alasan birokrasi. Kebajikan mangsa dera tidak akan mengira birokrasi. Rakyat yang melangkah masuk ke pejabat JKM berhak untuk mendapatkan standard penilaian psikososial yang sama hebat dengan mereka yang

draft • 12:26 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

membayar ribuan ringgit di pusat swasta. Saya mendesak agar fasal 19(8) dipadamkan, gantikan ia dengan garis masa translasi yang telus, tiga hingga lima tahun bagi membolehkan semua pegawai JKM yang sedia ada dilantik dan di lengkap dengan ijazah sosial yang diiktiraf kan.

draft • 12:26 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Kerajaan memimpin. Kerajaan mesti memimpin melalui teladan. Bukan menyorok di sebalik pengecualian undang-undang.

Dato' Yang di-Pertua, satu lagi masalah yang saya lihat dalam RUU ini adalah kegagalan membezakan antara seseorang pegawai kerja sosial profesional dengan seorang sukarelawan kemanusiaan. Kerisauan saya juga turut dikongsi oleh SWAM. DI bawah fasal 2, takrifan perkhidmatan kerja sosial dibuat terlalu luas dan juga kabur.

Mana-mana proses penglibatan, penilaian atau intervensi untuk memastikan kefungsian sosial dianggap sebagai kerja sosial.

Seterusnya, fasal 31 memperuntukkan hukuman jenayah— denda sehingga RM20,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang tidak berdaftar yang memberikan perkhidmatan. Fasal 32 pula mengancam majikan atau NGO dengan denda sehingga RM50,000.

Dato' Yang di-Pertua, sewaktu banjir besar melanda negara, sewaktu dapur- dapur komuniti memberi makanan kepada gelandangan, sewaktu NGO Befrienders menyantuni mereka yang mahu membunuh diri, siapa yang turun ke padang terlebih dahulu? Sukarelawan. Mangsa krisis yang memberi bantuan kecemasan tanpa sijil pendaftaran, mereka boleh dipenjarakan dua tahun. Adakah kita mahu menghukum good Samaritan yang membantu rakyat sewaktu agensi kerajaan sendiri kekurangan kakitangan.

Malaysia kini mengalami defisit kritikal dengan nisbah satu pekerja sosial bagi setiap 8,576 penduduk. Jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju. Kita tidak boleh menyekat ekosistem NGO kita. Saya mohon agar taksiran di dalam fasal 2 diperkemaskan. Lindungi gelaran profesional atau professional title dengan izin, pekerja sosial berdaftar, tetapi jangan sesekali jenayahkan aktiviti membantu manusia atau the act of helping others, dengan izin.

Dato' Yang di-Pertua, sebuah badan kawal selia profesional yang matang mestilah mempunyai kebebasan profesionalisme untuk menjaga etika. Lihat saja Majlis Perubatan Malaysia atau Malaysian Bar Council.

draft • 12:30 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Namun di fasal 3, Majlis Profesional Kerja Sosial Malaysia bakal dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Timbalan Pengerusi ialah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan kesemua ahli lain dilantik oleh Menteri.

Malah, di bawah fasal 10(1), Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan pelantikan Ahli Majlis tanpa perlu memberi sebarang sebab. Ini bukan Majlis Pengawal Selia Profesional Dato' Yang di-Pertua, ini kelihatan seperti sebuah cawangan jabatan kerajaan.

Bagaimana seorang pekerja sosial mahu menegur kelemahan sistem kebajikan kerajaan sekiranya license amalan mereka dikawal sepenuhnya oleh sebuah majlis yang didominasikan oleh birokratik kementerian. Kita memerlukan sekurang-kurangnya separuh daripada Ahli Majlis ini dipilih secara demokratik oleh komuniti pengamal kerja sosial sendiri.

Badan penting seperti Persatuan Pekerja Sosial Malaysia atau ahli akademik fakulti kerja sosial tidak diberikan kerusi rasmi di Majlis ini. Kesemua Ahli dilantik oleh Menteri tanpa ada seorang pun yang dipilih secara demokratik oleh rakan seprofesional.

Di manakah kebebasan profesionalisme yang kita laungkan?

Dato' Yang di-Pertua, sektor ini wajib diprofesionalkan demi masa depan anak- anak kita, komuniti OKU kita dan negara kita yang sedang menuju status negara menua menjelang tahun 2048. Namun, saya mohon agar kementerian terbuka untuk membawa pindaan susulan sebelum akta ini diwartakan. Khususnya melibatkan isu pengecualian Pegawai Awam, keselamatan undang-undang bagi NGO sukarela dan kebebasan fungsi majlis.

Janganlah kita membiarkan penanti 16 tahun ini berakhir dengan undang- undang yang indah khabar dari rupa. Ketat kepada rakyat marhaen tetapi longgar kepada sang penguasa. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Dr.

Lingesh. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.* Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 iaitu satu rang undang-undang baharu yang bertujuan menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia dan mengawal selia pengamal serta pelatih kerja sosial di negara kita.

draft • 12:35 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Puan Yang di-Pertua, kerja sosial adalah satu bidang yang amat mulia di mana ia menyentuh golongan yang paling memerlukan dalam masyarakat kita iaitu kanak- kanak yang diabaikan, mangsa keganasan rumah tangga, warga emas yang terpinggir, golongan berkeperluan khas dan keluarga yang bergelut dengan kemiskinan.

Dalam kerangka Islam, kerja sosial amat selari dengan semangat Ta’awun, tolong-menolong dalam kebaikan dan merupakan salah satu manifestasi maqasid syariah iaitu Hifz al-Nafs— pemeliharaan nyawa dan juga maruah insan.

Justeru, usaha untuk mengiktiraf profesion ini secara rasmi, menetapkan piawaian kompetensi dan melindungi orang awam daripada perkhidmatan yang tidak berkelayakan adalah usaha yang amat disokong.

Namun begitu Puan Yang di-Pertua, sebagai RUU yang menubuhkan suatu rangka kerja profesion yang sama sekali baharu, terdapat beberapa perkara struktural dan prosedur yang perlu diteliti dengan mendalam.

Izinkan saya mengemukakan beberapa persoalan dan juga cadangan. Yang pertama, autonomi majlis dan kuasa kawalan Menteri. Fasa 3 memperuntukkan bahawa Pengerusi Majlis ialah Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan Timbalan Pengerusi ialah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Kedua-duanya jawatan kakitangan awam. Bukan dilantik daripada kalangan pengamal profesion itu sendiri.

Ini berbeza dengan model badan profesional lain seperti Majlis Peguam atau Majlis Perubatan Malaysia yang lazimnya mempunyai unsur pemilihan dalam kalangan ahli profesion sendiri.

Jadi persoalan saya, apakah rasional kerajaan memilih model kepengerusian oleh kakitangan awam berbanding model pemilihan dalam kalangan pengamal kerja sosial sendiri? Adakah ini bertujuan memastikan penyeliaan kerajaan yang lebih ketat pada peringkat awal penubuhan profesion ini dan jika ya, adakah dijangka beralih kepada model tadbir urus yang lebih berautonomi selepas profesion ini matang?

Fasal 12 turut memperuntukkan bahawa Majlis bertanggungjawab kepada Menteri dan mesti melaksanakan arahan bertulis Menteri, digabungkan dengan fasal 10(1) yang membenarkan Menteri membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(c) hingga (g) termasuk pengamal kerja sosial dan pakar sektor swasta tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Adakah ini menjejaskan kebebasan profesional majlis untuk membuat keputusan tatatertib dan dasar tanpa gangguan terutamanya dalam kes yang mungkin sensitif secara politik?

draft • 12:35 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Saya mencadangkan supaya kuasa pembatalan pelantikan tanpa sebab di bawah fasal 10(1) disemak semula untuk sekurang-kurangnya mensyaratkan alasan bertulis direkodkan. Walaupun tidak perlu didedahkan secara terbuka, bagi melindungi anggota Majlis daripada tindakan sewenang-wenangnya dan memastikan akauntabiliti keputusan sedemikian.

Yang kedua, kuasa rayuan tunggal kepada Menteri yang berpotensi menimbulkan konflik kepentingan. Fasal 28 memperuntukkan bahawa sebarang rayuan terhadap keputusan Majlis sama ada penolakan permohonan perakuan penggantungan atau hukuman tatatertib hanya boleh dibuat kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dari segi struktur akta ini.

draft • 12:35 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Memandangkan Menteri yang sama turut mempunyai kuasa memberi arahan am kepada majlis di bawah fasal 12 dan kuasa membatalkan pelantikan anggota majlis di bawah fasal 10, tidakkah ini mewujudkan persoalan mengenai ketidakberpihakan apabila Menteri turut bertindak sebagai badan rayuan terhadap keputusan sebuah badan yang diselianya sendiri.

Berbeza dengan profesion lain seperti perubatan dan guaman yang mempunyai tribunal rayuan berasingan dengan penglibatan unsur kehakiman. Mengapa RUU ini tidak mengadakan peruntukan bagi tribunal atau saluran rayuan yang lebih bebas atau sekurang-kurangnya laluan kepada mahkamah bagi pengamal kerja sosial yang terkilan dengan keputusan Menteri?

Saya mencadangkan kementerian mempertimbangkan mengadakan peruntukan hak rayuan lanjut ke mahkamah bagi keputusan Menteri di bawah fasal 28 khususnya bagi kes pengeluaran nama daripada daftar yang membawa kesan kekal kepada mata pencarian pengamal kerja sosial.

Yang ketiga, skop takrifan perkhidmatan kerja sosial yang luas dan kesan kepada NGO serta badan kebajikan. Fasal 2 mentakrifkan perkhidmatan kerja sosial secara amat luas iaitu merangkumi apa-apa perkhidmatan bagi memastikan kefungsian sosial dan kesejahteraan individu, kumpulan dan masyarakat melalui proses penglibatan, penilaian, perancangan intervensi, pelaksanaan intervensi, penilaian semula dan penamatan perkhidmatan.

Fasal 31 dan 32 pula menjadikannya suatu kesalahan bagi sesiapa yang bukan pengamal berdaftar untuk memberikan perkhidmatan kerja sosial atau untuk majikan menggaji orang sedemikian dengan denda sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun. Malaysia mempunyai suatu ekosistem yang luas terdiri daripada NGO

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

kebajikan, badan kariah masjid, jawatankuasa kebajikan surau dan sukarelawan komuniti yang menjalankan kerja-kerja seumpama kerja sosial seperti kaunseling asas, bantuan kecemasan, sokongan kepada keluarga miskin tanpa kelayakan akademik formal dalam kerja sosial.

Bolehkah kementerian memberi jaminan yang jelas bahawa takrifan luas ini tidak akan mengkriminalisasikan kerja-kerja kebajikan komuniti dan keagamaan yang telah lama dijalankan secara sukarela termasuk oleh badan seperti baitulmal, lembaga zakat dan jawatankuasa kariah. Adakah sempadan yang jelas akan digariskan antara perkhidmatan kerja sosial profesional yang memerlukan pendaftaran berbanding kerja kebajikan sukarela berasaskan komuniti dan agama yang sepatutnya kekal bebas daripada keperluan pendaftaran ini?

Saya mencadangkan supaya kementerian menerbitkan garis panduan yang jelas melalui peraturan-peraturan di bawah fasal 35 mentakrifkan dengan tepat pengecualian bagi kerja kebajikan sukarela, aktiviti keagamaan dan komuniti supaya semangat gotong-royong dan ihsan dalam masyarakat kita tidak tersekat oleh keperluan pendaftaran profesional yang sepatutnya disasarkan kepada perkhidmatan kerja sosial bertaraf klinikal atau profesional sahaja.

Keempat, pengecualian bagi pegawai awam subseksyen 19(8). Subseksyen ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai awam yang memberikan perkhidmatan kerja sosial dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai awam tidak perlu memegang perakuan amalan.

Memandangkan matlamat utama RUU ini adalah menjamin kualiti dan piawaian kompetensi profesion kerja sosial, bagaimanakah jaminan kualiti akan dikekalkan bagi pegawai kebajikan masyarakat, pekerja sosial perubatan di hospital dan kaunselor sekolah yang merupakan pegawai awam jika mereka dikecualikan sepenuhnya dengan rangka kerja persijilan dan pengawalan tatatertib profesional yang sama yang dikenakan ke atas pengamal sektor swasta? Adakah ini akan mewujudkan sistem dwipiawaian, satu bagi pengamal sektor swasta yang diawasi dengan ketat oleh majlis dan satu lagi bagi pegawai awam yang tidak tertakluk kepada pengawalseliaan yang sama?

Saya mencadangkan kementerian mempertimbangkan mekanisme jaminan kualiti dalaman yang setara bagi pegawai awam yang menjalankan fungsi kerja sosial supaya rakyat menerima perkhidmatan daripada agensi kerajaan turut menikmati piawaian perlindungan yang sama seperti yang diterima daripada pengamal berdaftar sektor swasta.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Saya turut juga ingin menyentuh fasal berkaitan continuous professional development, dengan izin. Profesion kerja sosial sentiasa berkembang selaras dengan perubahan cabaran sosial. Oleh itu, pembangunan profesional secara berterusan merupakan elemen penting dalam memastikan mutu perkhidmatan sentiasa relevan.

Persoalan saya, adakah CPD diwajibkan sebagai syarat pembaharuan sijil pendaftaran? Siapakah yang akan mengawal selia penyeliaan latihan CPD? Adakah kerajaan menyediakan dana latihan khusus bagi pekerja sosial di sektor awam dan juga NGO? Saya mencadangkan menjadikan CPD sebagai syarat wajib pembaharuan lesen profesional dan kerajaan perlu menyediakan geran latihan nasional bagi meningkatkan kompetensi pekerja sosial.

Yang kelima, ketiadaan peruntukan peralihan bagi pekerja sosial sedia ada. RUU ini tidak mengandungi peruntukan peralihan yang jelas bagi golongan yang telah lama berkhidmat dalam bidang kerja sosial sebagai kakitangan NGO, pegawai kebajikan kontrak atau pekerja sosial komuniti tetapi tidak memiliki ijazah sarjana muda formal dalam kerja sosial sebagaimana disyaratkan di bawah perenggan 19(1)(b).

Walaupun subperenggan ini membenarkan apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang ditetapkan termasuk kehendak bagi piawaian kompetensi yang diakreditasi, adakah ini akan dilaksanakan sebagai laluan pengiktirafan pengalaman terdahulu yang jelas dan praktikal bagi pekerja sosial berpengalaman sedia ada supaya mereka tidak kehilangan mata pencarian akibat kekurangan kelayakan akademik formal semata-mata?

Saya mencadangkan supaya tempoh peralihan khas misalnya dua hingga tahun diperuntukkan bagi pekerja sosial sedia ada yang berpengalaman untuk memohon pengiktirafan melalui laluan piawaian kompetensi yang diakreditasi sebelum penguatkuasaan penuh keperluan ijazah formal.

Seterusnya, penggantungan sementara tanpa had masa jelas, fasal 26. Fasal 26 membenarkan majlis menggantung perakuan amalan seseorang pengamal sementara menunggu siasatan dan prosiding tatatertib selesai tanpa menetapkan had masa maksimum bagi tempoh pergantungan ini. Sepanjang tempoh ini, pengamal berkenaan dilarang sama sekali daripada memberikan perkhidmatan kerja sosial dengan risiko kehilangan pendapatan sepenuhnya.

Walaupun fasal 24 dan 25 menetapkan had masa bagi Jawatankuasa Penyiasatan selama dua bulan dan Jawatankuasa Tatatertib, tiga bulan untuk menyelesaikan proses masing-masing, tiada had masa keseluruhan dinyatakan bagi tempoh pergantungan itu sendiri. Bolehkah kementerian menjelaskan sama ada

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

terdapat had masa tersirat atau adakah ini akan dibiarkan mengikut budi bicara majlis sepenuhnya yang berpotensi membawa kesan kewangan yang teruk kepada pengamal yang mungkin akhirnya terbukti tidak bersalah?

Saya mencadangkan suatu had masa maksimum keseluruhan bagi tempoh penggantungan sementara ditetapkan secara jelas dalam akta atau peraturan-peraturan berkaitan selaras dengan jumlah tempoh siasatan dan prosiding tatatertib yang telah ditetapkan.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Kuasa mencipta kesalahan jenayah melalui peraturan subsidiari subseksyen 35(3). Subseksyen ini membenarkan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan sebagai kesalahan dengan penalti sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun. Seperti mana-mana peruntukan perwakilan, kuasa mencipta kesalahan jenayah melalui subsidiari, saya ingin menegaskan kepentingan mekanisme semakan yang mencukupi.

Adakah peraturan-peraturan yang mencipta kesalahan baharu di bawah subseksyen ini, akan dibentangkan di Parlimen untuk makluman atau kelulusan sebelum berkuat kuasa?

Boleh saya, sentuh satu lagi isu?

draft • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Bagi beberapa minit. Sila gulungkan ya Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Okey. Berbeza dengan sesetengah RUU lain yang dibentangkan sesi ini, huraian RUU ini secara jujur mengakui bahawa ia akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Fasal 16 turut mewajibkan kerajaan memperuntukkan dana yang mencukupi bagi majlis secara tahunan.

Bolehkah kementerian memberikan anggaran awal mengenai kos penubuhan dan operasi tahunan majlis, termasuk kos mewujudkan daftar kebangsaan, memproses permohonan perakuan bagi puluhan ribu pekerja sosial sedia ada di seluruh negara dan menjalankan fungsi-fungsi tatatertib supaya Dewan yang mulia ini dapat menilai kesediaan fiskal kerajaan bagi menampung tanggungjawab baharu ini.

Datuk Yang di-Pertua, RUU Profesion Kerja Sosial 2026 ini adalah satu langkah yang telah lama dinanti-nantikan oleh komuniti kerja sosial di Malaysia dan ia membawa harapan besar untuk meningkatkan piawaian perkhidmatan kepada golongan yang paling memerlukan dalam masyarakat kita. Namun, sebagaimana mana-mana rangka kerja profesion baharu, kejayaannya bergantung kepada keseimbangan yang wajar

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

antara pengawalseliaan yang berkesan dengan autonomi profesional antara perlindungan orang awam dengan tidak menyekat semangat kesukarelawanan dan kebajikan komuniti yang telah sedia berakar umbi dalam masyarakat kita.

Saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan terhadap persoalan yang saya bangkitkan dan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan demi memastikan profesion kerja sosial di Malaysia dapat berkembang dengan kukuh, adil dan inklusif.

Sekian, Puan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Yang Berhormat.

Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.

draft • 12:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Yang di-Pertua.

*Burung kenyalang terbang tinggi, Hinggap sebentar di pohon meranti; Profesion mulia kita hormati, Membela insan penuh empati.

Bismillahirrahmanirrahim*. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam Sarawak-ku Sayang. Benarkan saya, segulai sejalai. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi— maaf. Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Pada prinsipnya, saya menyokong rang udang-undang ini kerana profesion kerja sosial memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan masyarakat, pelindungannya, golongan rentan serta kesejahteraan negara.

Sering kali kita memberi penghargaan kepada doktor, jururawat, guru, anggota polis, anggota bomba dan pasukan penyelamat. Namun, pada masa yang sama, kita juga tidak boleh melupakan pekerja sosial yang setiap hari berhadapan dengan pelbagai cabaran kemanusiaan yang amat kompleks. Mereka membantu kanak-kanak yang didera, warga emas yang terbiar, mangsa keganasan rumah tangga, OKU, keluarga yang hidup dalam kemiskinan, mangsa bencana, individu yang mengalami masalah kesihatan mental, serta keluarga yang sedang berhadapan dengan pelbagai krisis.

Apabila sesebuah keluarga berhadapan dengan masalah yang sukar diselesaikan sendiri, pekerja sosial sering menjadi antara individu pertama yang hadir

draft • 12:53 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

memberikan bantuan dan bimbingan dan harapan. Mereka bukan sekadar membantu menyelesaikan masalah, malah membantu memulihkan kehidupan. Oleh itu, sudah tiba masanya profesion ini diberikan pengiktirafan yang sewajarnya melalui satu rangka kerja perundangan yang jelas, komprehensif dan diyakini.

Yang di-Pertua, profesion kerja sosial hari ini bukan lagi dianggap sebagai kerja kebajikan semata-mata, ia telah berkembang menjadi satu profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan, latihan profesional, pengalaman, etika serta kemahiran khusus.

Seorang pekerja sosial bukan sekadar memberi nasihat, mereka membuat penilaian risiko, mengendalikan trauma, melindung kanak-kanak, mengurus konflik keluarga, membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental, menjalankan intervensi krisis serta menyediakan laporan profesional kepada mahkamah dan agensi kerajaan. Dalam banyak keadaan, penilaian mereka mampu mempengaruhi masa depan seseorang individu ataupun sesebuah keluarga. Semua ini memerlukan standard profesional yang tinggi.

Justeru, saya menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan satu sistem kawal selia yang lebih tersusun melalui RUU ini, serta penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial. Saya berharap majlis ini bukan sahaja bertanggungjawab menyelenggara daftar pengamal, malah menjadi peneraju dalam menetapkan standard amalan, memperkukuhkan pembangunan profesion serta memastikan setiap pekerja sosial sentiasa mengutamakan kepentingan klien dan masyarakat. Pelaksanaan sistem pendaftaran juga hendaklah dilaksanakan secara teratur.

Ramai pekerja sosial telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman yang luas. Sumbangan mereka wajar dihargai. Namun, pada masa yang sama, profesion ini perlu memastikan hanya mereka yang memenuhi standard. Profesional dibenarkan mengguna gelaran pekerja sosial profesional. Dalam hubungan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan sistem pendaftaran ini berjalan lancar, termasuk tempoh peralihan kepada pekerja sosial yang sedang berkhidmat?

Yang di-Pertua, pada pandangan saya, profesion ini perlu di kosong oleh beberapa komponen utama iaitu piawaian pendidikan yang seragam, latihan profesional yang berkualiti, Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuing Professional Development (CPD) yang disebut oleh Yang Berhormat Dr. Wan Martina tadi, kod etika yang jelas, mekanisme tindakan tatatertib yang tulus, serta pembaharuan pendaftaran secara berkala. Langkah ini penting bagi memastikan masyarakat menerima

draft • 12:53 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

perkhidmatan daripada individu yang benar-benar kompeten, berintegriti di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap profesion kerja sosial.

Saya juga berharap institusi pengajian tinggi dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan dan Majlis Profesion Kerja Sosial bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan cabaran semasa. Apa yang dipelajari di universiti mestilah selari dengan realiti di lapangan. CPD pula tidak seharusnya dilihat sekadar syarat pembaharuan pendaftaran tetapi sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat agar pekerja sosial sentiasa bersedia menghadapi perubahan masyarakat dan cabaran baharu.

Golongan yang menerima perkhidmatan pekerja sosial lazimnya terdiri daripada mereka yang paling memerlukan perlindungan seperti kanak-kanak, wanita, warga emas, OKU, mangsa penderaan, mangsa pemerdagangan orang, individu yang mengalami masalah kesihatan mental dan keluarga yang hidup dalam kemiskinan.

draft • 12:53 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Atas sebab itu, pekerja sosial bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran malah integriti, empati, kesabaran dan akauntabiliti yang tinggi. Kesilapan kecil dalam membuat keputusan boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang. Sebab itulah saya menyambut baik penekanan rang undang-undang ini terhadap kod etika serta mekanisme tatatertib yang telus dan profesional bagi memastikan kepentingan golongan rentan sentiasa dilindungi.

Yang di-Pertua, izinkan saya membawa sedikit perspektif dari Sarawak. Sarawak mempunyai keluasan melebihi 124,000 kilometer per segi dengan banyak penempatan yang berada jauh di pedalaman. Ada yang hanya boleh di akses melalui sungai, jalan balak, pacuan empat roda atau pengangkutan udara.

Keadaan geografi ini menjadikan tugas pekerja sosial jauh lebih mencabar berbanding di kawasan bandar. Ada kalanya mereka perlu menghabiskan sehari suntuk hanya untuk menemui sebuah keluarga yang memerlukan bantuan atau bermalam di rumah panjang kerana faktor logistik.

Namun, mereka tetap menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Mereka bukan sekadar membawa bantuan tetapi membawa harapan. Oleh itu, saya berharap kerajaan memberi perhatian khusus kepada keperluan Sabah dan Sarawak melalui penempatan pekerja sosial yang mencukupi, allowance mesti ya. Allowance lebih sikit minta maaf. Kawasan pedalaman yang bersesuaian, kemudahan logistik yang lebih baik, latihan berkaitan masyarakat pelbagai budaya serta penggunaan teknologi digital dan tele kaunseling bagi melengkapkan penyampaian perkhidmatan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Keadilan sosial bukan sahaja bergantung kepada undang-undang yang baik tetapi juga kepada kemampuan kita menyampaikan perkhidmatan secara adil kepada rakyat. Tanpa mengira sama ada mereka tinggal di bandar ataupun di pendalaman.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah khusus kerajaan bagi memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan pekerja sosial yang mencukupi khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Yang di-Pertua, Malaysia sekarang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Eh, negara menua, maaf. Saya pun menua juga ni. Pada masa yang sama isu kesihatan mental, tekanan kos sara hidup, penyalahgunaan dadah, penceraian, kesunyian warga emas, buli serta tekanan dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Dalam keadaan seperti ini, pekerja sosial memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada sistem sokongan mereka. Mereka tidak menantikan doktor atau ahli psikologi sebaliknya melengkapkan sistem sokongan yang disediakan oleh hospital, sekolah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Pendekatan secara bersepadu akan menghasilkan intervensi yang lebih berkesan. Lebih awal seseorang dibantu lebih besar peluang untuk memulihkan kehidupannya. Dunia juga sedang berubah dengan amat pantas. Cabaran seperti buli siber, penipuan dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak, ketagihan media sosial, teknologi deepfake serta perkembangan pesat kecerdasan buatan atau artificial intelligence memerlukan pekerja sosial yang sentiasa bersedia dengan ilmu dan kemahiran baharu.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kerajaan memastikan program CPD sentiasa dikemas kini agar meliputi cabaran semasa seperti kesihatan mental, keselamatan digital, penggunaan AI secara beretika dan isu-isu sosial baharu. Kita tidak boleh melatih pekerja sosial hanya untuk menghadapi cabaran hari ini sahaja. Kita mesti melatih mereka supaya bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Yang di-Pertua, dalam kita menjaga kebajikan masyarakat, jangan pula kita mengabaikan kebajikan pekerja sosial sendiri. Setiap hari mereka berhadapan dengan kisah penderitaan manusia, tekanan emosi yang berpanjangan boleh menyebabkan burnout, dengan izin, dan menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Oleh itu, kerajaan perlu memberi perhatian kepada beban kes yang munasabah.

Sokongan psikologi, latihan berskala serta laluan kerjaya yang jelas supaya profesion ini terus dihormati dan mampu menarik lebih ramai anak muda yang berkualiti.

Saya juga berharap Majlis Profesion Kerja Sosial akan terus memperkukuhkan pembangunan kerjaya, penyelidikan, amalan terbaik dan standard profesional agar profesion ini berkembang seiring dengan keperluan masyarakat. Dalam hubungan ini, saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan bercadang menetapkan sasaran nisbah pekerja kepada jumlah penduduk sebagai penanda aras pembangunan negara bagi membantu perancangan tenaga kerja pada masa hadapan.

Yang di-Pertua, kesejahteraan masyarakat bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia memerlukan penglibatan keluarga, sekolah, rumah ibadat, pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, sektor swasta dan komuniti setempat. Pekerja sosial jadi penghubung yang menyelaras semua pihak supaya bantuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Apabila masyarakat, kerajaan dan pekerja sosial bergerak seiring kita bukan sahaja membantu penyelesaian sesebuah atau sesuatu masalah malah membina sebuah masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya tahan.

Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 bukan sekadar mewujudkan satu sistem pendaftaran atau mengawal selia satu profesion, ia merupakan satu pelaburan jangka panjang negara untuk memperkukuhkan perlindungan sosial, meningkatkan profesionalisme serta memastikan setiap rakyat yang memerlukan bantuan menerima perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan diyakini.

Akhirnya, ukuran sebenar sesebuah negara bukan hanya pada kekuatan ekonominya tetapi juga pada bagaimana ia melindungi mereka yang paling memerlukan.

Di situlah letaknya nilai kemanusiaan sebuah negara MADANI. Kerajaan ingat kejayaan undang-undang ini tidak akan diukur melalui bilangan mereka yang berdaftar semata- mata. Sebaliknya, ia akan diukur melalui berapa ramai kanak-kanak yang dapat dilindungi, berapa ramai keluarga yang dapat dipulihkan, berapa ramai warga emas yang dapat dibela serta berapa ramai individu yang berjaya bangkit semula untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah. Atas sebab itulah, saya menyokong RUU Profesion Kerja Sosial 2026. Pantun akhir, dengan izin.

Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menumpang mandi; Jika pekerja sosial terus di sayang; Masyarakat sejahtera negara diberkati. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Isaiah.

draft • 1:00 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan MADANI untuk kemukakan RUU Profesion Kerja Sosial 2026. Profesion kerja sosial diiktiraf, dikawal selia dan diperkasakan bagi melindungi kebajikan rakyat termasuk komuniti OKU, warga emas, kanak-kanak, mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang memerlukan intervensi sosial.

Saya menyokong RUU ini sambil menekan bahawa pekerja sosial yang mengendalikan kes OKU perlu latihan khusus termasuk pemahaman hak OKU, komunikasi inklusif dan Akta OKU 2008.

draft • 1:09 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Saya cadangkan juga nisbah pekerja sosial kepada populasi ditambah baik dan lebih ramai OKU digalakkan menyertai kerja sosial.

Selain itu, pastikan elemen pemantauan dan tadbir urus yang jelas supaya perkhidmatan benar-benar berkesan. Bukan sekadar bersifat bantuan sementara, tetapi menjadi sistem sokongan jangka panjang. Dengan itu, RUU ini bukan sahaja mewujudkan satu profesional yang diiktiraf, tetapi turut menjadi pemangkin kepada sistem kebajikan negara yang lebih profesional, inklusif dan berkesan selaras aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen negara terhadap hak asasi dan kesejahteraan rakyat.

Saya juga ingin membawa isu Jawatankuasa Majlis ini. Saya cadangkan dan diwajibkan ada seorang OKU dalam Majlis ini juga, tidak ditinggalkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin pastikan OKU, profesion sosial OKU wajib memahami dan mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti yang diperlukan apabila mereka turun di padang juga, dia mesti dilindungi juga.

Dan kebanyakan nota poin-poin saya sebenarnya telah dinyatakan oleh YB Senator Lingeshwaran tadi seperti yang dikatakan double standard itu kena pastikan.

Saya dapati juga memang kita kena rujuk perkara itu dan teliti dengan fasal 19(8) itu.

Dengan ini saya memohon dan menyokong RUU Profesion Kerja Sosial 2026.

Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat.

Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mustafa.

draft • 1:10 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri dan warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas pembentangan RUU ini dan sangat bertepatan dengan apa yang diperlukan di khalayak masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 2 rang undang-undang ini, perkhidmatan kerja sosial difahami sebagai suatu perkhidmatan yang disediakan untuk memastikan fungsi sosial individu, kumpulan atau masyarakat dan tahap kesejahteraan melalui proses libatan teratur, penilaian dan intervensi agar kehidupan mencapai tahap sejahtera dan lebih sempurna. Dalam meneliti aspek pembangunan sosial dan kebajikan rakyat serta masyarakat, khidmat pekerja-pekerja di dalam sektor sosial merentasi sektor awam, sektor hospital dan kesihatan, sektor kesihatan mental, sektor pemulihan dadah atau pemulihan akhlak serta sektor sosial swasta, CSR atau advokasi sosial.

Justeru, adalah sesuai RUU ini dibentangkan dan amat penting agar senarai perjawatan dan penetapan kelayakan minimum serta kerangka latihan kompetensi diwujudkan secara jelas.

Soalan saya kepada kementerian, apakah perancangan kerajaan sesuai dengan peranan keanggotaan Ahli Majlis dan fungsi Majlis Profesion Kerja Sosial diwujudkan?

Penetapan perjawatan kerja sosial mengikut sektor dibuat secara statutori dan diwartakan di bawah peraturan-peraturan akta ini. Dan penetapan syarat minima kelayakan akademik dan juga latihan praktikal agar tahap kompetensi pekerja sosial ditetapkan secara teratur dan sempurna.

Dalam suasana dan cabaran kehidupan kini, ancaman dan risiko masalah sosial menjadi satu beban sosial yang perlu diurus dan dikawal selia secara praktikal dan profesional. Gejala sosial seperti penderaan kanak-kanak, keganasan dan ancaman domestik rumah tangga, masalah kesihatan mental, jenayah dadah dan juvana memerlukan profesion kompeten dan latihan spesifik menangani masalah ini.

Justeru, sebagai menjalankan fungsi Majlis bagi menetapkan prosedur standard dan kaedah intervensi bagi kesejahteraan dan kawal selia individu yang mengalami masalah sosial ini, sejauh manakah kerajaan dapat memberi kerangka jangka masa khusus menyiapkan dokumen standard dan intervensi menangani sektor kerja sosial secara khusus dan mula dikuatkuasakan secara statutori di bawah seliaan kementerian?

draft • 1:12 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Soalan saya juga, sejauh manakah aktiviti pendaftaran serta penetapan latihan induksi bagi tempoh peralihan apabila akta ini diwartakan berkuat kuasa? Semua personal yang berkecimpung dalam sekor pemulihan sosial ini didaftar dan diberi latihan induksi bagi memahami kehendak, peraturan dan pendekatan kompetensi yang bakal ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek kerja sosial bagi pemulihan dan intervensi, kerajaan juga perlu serius menetapkan bahawa segmen pemulihan sosial ini disertai oleh sukarelawan masyarakat. Untuk itu, kerajaan perlu ada dan wujudkan satu standard dan tata kelola serta tatacara bagi menyesuaikan peranan profesion dan juga sukarelawan. Ini penting agar proses pemulihan dan intervensi masalah sosial negara dapat diatur secara sistematik dan mewujudkan Malaysia sebuah negara sejahtera masyarakatnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menyokong usul ini kerana ia merupakan satu RUU yang sangat baik untuk diberi sokongan kerana buat pertama kalinya, Malaysia mempunyai undang-undang khusus bagi mengawal selia profesion kerja sosial melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, Sistem Pendaftaran, Perakuan Amalan dan Kod Etika Profesional.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pengiktirafan profesion kerja sosial kerana selama ini pekerja sosial memainkan peranan penting, tetapi masih belum mempunyai akta khusus. Mereka berdepan kes penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, warga emas, orang kurang upaya, gelandangan dan isu kesihatan mental. Sudah tiba masanya profesion ini diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor, jurutera dan peguam.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini mampu melindungi golongan rentan, RUU ini bukan semata-mata menjaga pekerja sosial, tetapi melindungi kanak-kanak, melindungi wanita, melindungi OKU, warga emas, keluarga miskin, mangsa bencana, mangsa penderaan, mangsa pemerdagangan manusia. Golongan ini memerlukan bantuan daripada pekerja sosial yang benar-benar kompeten dan RUU ini juga mampu menangani isu individu yang tidak bertauliah yang mengambil kesempatan daripada RUU ini.

Hari ini, sesiapa saja boleh mengaku diri mereka social workers. Sesiapa sahaja boleh memberi khidmat tanpa piawaian dan juga tanpa pemantauan. Ini boleh menyebabkan berlakunya nasihat yang salah, eksploitasi keluarga, penyalahgunaan maklumat sulit dan risiko keselamatan kepada crime. Dengan adanya pendaftaran dan

draft • 1:12 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

perakuan amalan, hanya individu yang memenuhi syarat bertauliah dan layak sahaja dibenarkan menjalankan amalan profesional.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia mungkin tepat dan amat penting kerana menentukan standard profesion, menetapkan kod etika, mengawal disiplin, mengurus latihan profesional, meningkatkan kompetensi pekerja sosial.

draft • 1:12 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem kebajikan negara.

Sesungguhnya, cabaran kesihatan mental semakin meningkat terutamanya selepas pandemik dan tekanan kos sara hidup negara yang menyaksikan peningkatan kes kemurungan, konflik keluarga, penderaan, penceraian dan masalah remaja. Pekerja sosial menjadi barisan hadapan benteng yang boleh membantu komuniti sebelum masalah ini menjadi serius.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar pertama latihan profesional wajib diadakan bagi pemain industri ini. Latihan mengenal AI dan teknologi digital dalam pengurusan kes latihan intervensi krisis, latihan pengendalian trauma dan latihan kes penderaan seksual kanak-kanak. Profesion ini memerlukan pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran yang boleh bermanfaat kepada klien.

Tuan Yang di-Pertua, kebajikan pekerja sosial juga perlu kita perhatikan. Ramai pekerja sosial juga menghadapi tekanan emosi, bebas beban kes yang tinggi, risiko keselamatan terutamanya ketika lawatan ke rumah dan juga keletihan mental. Kerajaan perlu memberi perhatian kepada masalah ini. Nisbah pekerja sosial kepada penduduk, sokongan psikologi kepada pekerja sosial dan sokongan dan bantuan keselamatan ketika menjalankan tugas.

Tuan Yang di-Pertua, kolaborasi bersesama merentas agensi perlu ditingkatkan.

Kerjasama lebih erat antara kementerian dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, sekolah-sekolah, NGO dan pusat sokongan sosial setempat amat penting. Pendekatan bersepadu akan memberikan hasil yang lebih baik kepada mangsa.

Tuan-tuan─ Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin pencerahan beberapa soalan

draft • 1:20 PM

kepada Menteri

(i) berapakah jumlah pekerja sosial profesional yang ada di Malaysia pada ketika ini?

(ii) adakah kerajaan mempunyai sasaran nisbah pekerja sosial kepada penduduk?

draft • 1:20 PM

kepada Menteri

(iii) bagaimana proses peralihan pekerja sosial sektor awam kepada sistem baharu?

(iv) apakah mekanisme tindakan terhadap individu yang menjalankan amalan tanpa perakuan; dan

(v) adakah kerajaan bercadang mewujudkan laluan kerjaya dan skim perkhidmatan yang lebih menarik untuk pekerja sosial.

Tuan Yang di-Pertua, profesion kerja sosial bukan sekadar satu pekerjaan, tetapi satu amalan untuk memulihkan maruah insan, memperkukuh institusi keluarga dan membina masyarakat yang lebih penyayang, cakna dan prihatin. Dengan kelulusan rang undang-undang ini, kita bukan sahaja mengiktiraf satu profesion, malah memperkukuh sistem perlindungan sosial negara agar lebih tersusun, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Kita tidak mahu pembangunan yang rancak dan tersusun menimbulkan pelbagai gejala impak negatif bukan sahaja kepada masyarakat, tetapi juga pada pandangan dunia terhadap kemajuan dan juga nilai moral, adab dan nilai keinsanan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, tiga minit. Mengambil kesempatan hari ini sebagai hari terakhir, ucapan terakhir dan sesi akhir saya membahaskan undang-undang ini. Izinkan saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada setiap individu yang membawa saya ke Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut hati saya yang jauh dan dalam saya ingin merakamkan ucapan terima kasih menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Tun Gabenor Melaka atas perkenan saya berada di Dewan ini selama tiga tahun lamanya.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan kabinet atas sokongan, bantuan dan jawapan-jawapan lisan dan bertulis tentang segala isu dan hal ehwal negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya yang saya bawa dan saya lontarkan di Dewan yang mulia ini sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang Senator.

Tuan Yang di-Pertua, tentunya rakaman penghargaan dan setinggi-tinggi apresiasi saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Abdul Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atas pencalonan dan kepercayaan dan mandat kepada saya

draft • 1:20 PM

kepada Menteri

mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka selama tiga tahun di Dewan yang bersejarah dan mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, rangkuman penghargaan saya juga kepada seluruh Ahli- ahli Parti. Ahli-ahli Parti saya. UMNO seluruh negeri Melaka dan teristimewa kepada kepimpinan dan Ahli-ahli Parti UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Alor Gajah yang memperjuangkan nama saya di bawah kepimpinan Ketua UMNO Bahagian Yang Berhormat Datuk Fairul Nizam bin Roslan juga Exco Kerajaan Negeri Melaka. Tentunya seorang insan yang amat saya kagumi yang telah berjuang menggadaikan segala kepentingan dirinya dalam saat susah dan dalam saat dihimpit dengan pelbagai fitnah Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang turut mendorong pelantikan saya di dalam Dewan yang mulia ini.

Terima kasih tidak terhingga pada semua pihak terutamanya juga Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara, urus setia Parlimen serta barisan pegawai, bentara dan staf Parlimen serta Unit Keselamatan Parlimen yang tidak jemu-jemu membantu saya. Terima kasih tidak terhingga pada semua pihak sama ada di nyata ataupun tidak, tetapi sedikit pun tidak menghilangkan rasa hormat saya tentunya mulai esok kerinduan saya untuk bersama teman-teman di dalam Dewan ini akan mula bercambah. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak seluruh yang mendoakan saya. Insya-Allah, ada umur dan kesempatan kita pasti berjumpa lagi.

Saya akhiri Tuan Yang di-Pertua dengan tiga rangkap pantun. Boleh ya Tuan Yang di-Pertua? Last. Tiga rangkap pantun.

*Kalau putus ikatan benang, Benang berganti tali belati; Kenangan di Dewan Negara tetap dikenang, Bagai tali tersimpul mati...

[Tepuk] Sungguh manis buah rambutan, Enak dimakan di hujung dahan; Tiga tahun mesra bertemu berteman; Lalu hari ini detik perpisahan.

Orang memukat ikan tenggiri, Tenggiri dijual di pasar pekan; Izinkan hamba berundur diri, Salah dan silap mohon maafkan.*

draft • 1:20 PM

kepada Menteri

Terima kasih Dewan yang mulia. Terima kasih sahabat-sahabat Senator atas perkenalan dan persahabatan merentasi kaum dan merentasi ideologi politik. Saya doakan Dewan yang mulia ini akan terus dirahmati dan keputusan yang tepat dan semua yang terdahulu dan sekarang dan yang akan datang di Dewan yang mulia ini menjadi orang yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat dan Dewan ini akan terus berfungsi sebagai Dewan tertinggi dalam penggubalan undang-undang negara.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

draft • 1:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa. Yang Berhormat akan dirindui oleh— You will be miss oleh semua Ahli-ahli Dewan sini— sentiasa menggegarkan Dewan dengan ceramah yang berkualiti dan pandai berpantun dan sebagainya.

draft • 1:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Jadi, saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan mengucapkan selamat maju jaya kepada Yang Berhormat di lapangan yang baharu dan kehidupan yang baharu nanti ya.

Jadi, saya tak pandai sangat berpantun. Ingatkan masa muda-muda dulu ini yang teringat. Jadi, saya nak balas pantun kejap ya.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Semoga umur kita panjang, Dapat kita bersua lagi. Jadi, terima kasih. Dan, selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

draft • 1:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Sedih juga mendengar perbahasan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa tadi. Ucapan, perbahasan beliau yang terakhir. Jangan susah Yang Berhormat Senator Datuk, kita akan jumpa di arena atau platform yang lain.

Dan, selamat maju jaya.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dan ruang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Puan Yang di-Pertua, saya seperti rakan-rakan yang lain juga mengalu-alukan rang undang-undang ini dibentangkan kerana beberapa pendekatan yang penting di bawah RUU ini sangat relevan bagi memperkasakan perkhidmatan kemasyarakatan

draft • 1:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

kepada rakyat. RUU ini juga mengangkat bidang kerja sosial setaraf dengan profesional lain menerusi penetapan standard kelayakan akademik yang jelas. Ini diperjelaskan secara terperinci di bawah fasal 19 iaitu akan menjadi seksyen 19 nanti sekiranya diluluskan khususnya di bawah seksyen 19(1)(b)(1)(2) dan (3).

Puan Yang di-Pertua, mewujudkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia di bawah Bahagian II sememangnya dialu-alukan juga kerana ia akan mengeluarkan satu perakuan amalan, memelihara kod etika dan ada peruntukan mengambil tindakan tatatertib.

Dengan adanya pengamal kerja sosial dan pelatih kerja sosial yang terlatih dan kompeten, dengan pelaksanaan Bahagian III dan Bahagian VI di bawah RUU ini akan diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat di mana orang awam boleh mengesahkan kelayakan pengamal berdaftar bagi mengelakkan kes pengabaian atau penyelewengan, kes perlindungan kanak-kanak dan warga emas. Dan, contoh pun telah diberikan, diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Bila kita merujuk kepada RUU ini Puan Yang di-Pertua, saya ingin pihak kerajaan, pihak Timbalan Menteri untuk menjelaskan apakah penanda aras menggubal RUU ini? Adakah kita, apa nama, mengikut akta yang sama atau serupa dari negara- negara lain yang telah membuktikan bahawa RUU ini memang pelaksanaannya akan mencapai objektif yang telah ditetapkan?

Puan Yang di-Pertua, kerangka RUU ini melalui fasal 19 khususnya juga dijangka menarik minat lebih ramai graduan universiti tempatan untuk menceburi bidang kerja sosial bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar di lapangan. Walaupun demikian Puan Yang di-Pertua, dengan memperketatkan kemasukan sebagai pekerja sosial melalui RUU ini, adakah kerajaan telah membuat kajian menyeluruh sama ada RUU ini akan mengurangkan nisbah pekerja sosial berbanding dengan masyarakat di luar sana ataupun menambahkan jurang nisbah ini nanti? Ini amat penting bagi memastikan pelaksanaan akta ini nanti mencapai objektif yang ditetapkan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan apakah hasil survey atau input dari lapangan berkenaan dengan peruntukan penalti dan kesalahan jenayah ke atas pengamal yang tidak berdaftar dikhuatirkan oleh NGO yang boleh menyekat atau menghukum aktiviti murni sukarelawan, barisan hadapan, pejuang hak asasi dan komuniti akar umbi? Kesalahan ini diperjelaskan di bawah fasal 31(1)(a) hingga (d) dan seksyen, fasal 31(2).

draft • 1:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Niat seksyen ini adalah baik, tetapi implikasi pelaksanaannya harus mengambil kira aktiviti murni sukarelawan, barisan hadapan, pejuang hak asasi dan komuniti akar umbi yang tidak memenuhi kriteria pendaftaran di bawah RUU ini khususnya fasal 19.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya juga mohon penjelasan daripada pihak kerajaan adalah berkenaan dengan fasal 19 itu sendiri. Apakah rasional dan justifikasi mengecualikan pegawai awam seperti pegawai JKM daripada syarat wajib memiliki perakuan amalan? Memang kita sedia maklum, mereka tertakluk dengan arahan, general order dengan arahan-arahan pekeliling berkaitan sebagai penjawat awam. Cuma, saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan pengecualian ini. Ini mencetuskan kritikan kerana kes kritikal dikendalikan sektor awam, tetapi syarat ketat diletakkan kepada pihak swasta dan NGO.

Puan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan adalah berkenaan dengan syarat kelayakan berasaskan ijazah di bawah fasal 19 yang dikhuatiri meminggirkan pengamal senior NGO yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun di lapangan, tetapi tiada kelayakan akademik formal seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 19. Bagaimanakah kerajaan menyerapkan mereka ini seperti yang dikehendaki oleh Bahagian III RUU ini?

Puan Yang di-Pertua, saya cadangkan juga supaya mewujudkan mekanisme Recognition of Prior Learning (RPL) untuk mengiktiraf, memberi akreditasi dan mendaftarkan pengamal NGO veteran berdasarkan merit pengalaman lapangan mereka.

Puan Yang di-Pertua, persoalan saya yang seterusnya kepada kerajaan adalah berkenaan dengan Sarawak dan Sabah yang mempunyai masalah kritikal untuk mengisi kekosongan pakar pegawai perubatan di hospital dan di klinik di kawasan pedalaman.

Begitu juga, kekosongan guru-guru di sekolah-sekolah di pedalaman. Justeru, dengan ada akta ini, apakah jaminan jawatan-jawatan yang akan diterbitkan di bawah RUU ini nanti akan diisi dan mereka ini setuju ditempatkan di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak supaya RUU ini Profesion Kerja Sosial 2026 akan mencapai objektif yang telah ditetapkan?

Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup perbahasan saya bagi RUU ini. Saya cadangkan pemberian insentif dan geran khas yang lebih tinggi sebagai insentif penempatan kepada pegawai pekerja sosial di bawah RUU ini nanti di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak dan mempercepatkan Borneonisasi di bawah MA63 bagi memastikan tujuan murni RUU ini mencapai objektif yang ditetapkan.

draft • 1:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Puan Yang di-Pertua, saya mohon untuk sama-sama menyokong RUU yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Sekian, terima kasih.

draft • 1:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Yang Berhormat.

Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan.

draft • 1:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya bangun pada hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

Pada hemat saya, rang undang-undang ini bukan sekadar bertujuan mewujudkan satu sistem pendaftaran atau pelesenan bagi profesion kerja sosial. Lebih besar daripada itu, ia merupakan satu langkah penting dalam usaha membina sebuah negara yang bukan sahaja maju dari sudut ekonomi, malah tinggi nilai kemanusiaannya, kukuh institusi keluarganya dan berdaya tahan masyarakatnya.

Sering kali, apabila kita berbicara mengenai pembangunan negara, tumpuan diberikan kepada pertumbuhan keluaran negara kasar atau KDNK, kemasukan pelaburan asing, pembangunan infrastruktur dan kemajuan teknologi. Semua ini amat penting kerana menjadi asas kepada kemakmuran negara.

Namun begitu, sejarah juga mengajar kita bahawa sesebuah tamadun akan terus teguh apabila pembangunan ekonominya disertai dengan pembangunan insan, pengukuhan institusi keluarga dan pembinaan masyarakat yang saling mempercayai serta saling membantu.

Puan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini sedang melalui perubahan sosial yang amat pantas. Kita sedang berhadapan dengan peningkatan populasi warga emas, perubahan struktur keluarga, tekanan kos hidup, peningkatan isu kesihatan mental, penyalahgunaan dadah, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan pelbagai cabaran psikososial yang semakin kompleks.

Pada masa yang sama, perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan telah mengubah cara manusia berinteraksi, bekerja dan menjalani kehidupan seharian.

Kemajuan ini membawa pelbagai manfaat, tetapi turut mewujudkan bentuk-bentuk

draft • 1:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

kerentanan sosial yang baharu khususnya dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan rentan.

Persoalannya ialah adakah mekanisme sokongan sosial negara berkembang seiring dengan perubahan tersebut? Saya berpandangan bahawa jawapannya mestilah melalui pengukuhan profesion kerja sosial yang profesional, beretika dan diiktiraf.

Masyarakat hari ini memerlukan intervensi yang sistematik, berasaskan ilmu, kemahiran dan standard profesional yang tinggi bagi membantu individu, keluarga dan komuniti keluar dari kitaran masalah yang mereka hadapi.

Atas faktor inilah, saya melihat Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 ini hadir tepat pada masanya. Kehadirannya bukan sekadar mengiktiraf satu profesion, tetapi mengukuh salah satu institusi penting dalam membina ketahanan sosial negara.

Puan Yang di-Pertua, dalam tradisi Islam, tanggungjawab terhadap golongan yang memerlukan bukanlah pilihan, tetapi satu amanah. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, disebutkan tadi oleh beberapa Yang Berhormat; “Dan, hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan ketakwaan,” ataupun, dalam prinsip yang dikenali sebagai ta’awun. Namun begitu, dalam konteks negara moden yang semakin kompleks, semangat tolong-menolong sahaja tidak akan mencukupi jika tidak disokong oleh kepakaran, latihan dan standard profesional yang tinggi.

Sebab itulah, saya menyimpulkan bahawa rang undang-undang ini sebagai usaha menginstitusikan nilai-nilai murni yang telah lama menjadi teras kepada tamadun Islam. Dalam Kerangka Maqasid Syariah antara tujuan utama syariat ialah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Apabila seseorang pekerja sosial melindungi seseorang kanak-kanak daripada penderaan, membantu seseorang keluar dari penagihan dadah, menyelamatkan sebuah keluarga dari keruntuhan atau memulihkan kesejahteraan mental seseorang, maka pada hakikatnya beliau telah membantu merealisasikan maqasid tersebut.

Oleh sebab itu, saya berpandangan profesion kerja sosial bukan sekadar memenuhi tuntutan pentadbiran moden, bahkan merupakan manifestasi nilai rahmah yang dianjurkan oleh Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

Puan Yang di-Pertua, lebih enam dekad yang lalu, sarjana ulung Islam, Ibnu Khaldun telah mengemukakan satu pemerhatian yang masih kekal relevan hingga ke hari ini. Beliau menjelaskan bahawa kekuatan sebuah tamadun bukan hanya bergantung pada kekayaan, kekuasaan atau kemajuan fizikal semata-mata. Sebaliknya,

draft • 1:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

tamadun akan terus bertahan apabila masyarakat yang mempunyai semangat kebersamaan, saling percaya-mempercayai, saling bantu-membantu dan berkongsi rasa tanggungjawab terhadap kepentingan bersama.

Kekuatan inilah yang dihuraikan oleh beliau melalui konsep asabiah. Dalam amalan kehidupan seharian, konsep tersebut boleh difahami sebagai modal sosial atau social capital. Modal sosial tidak dapat dilihat seperti bangunan atau lebuh raya, tetapi mempunyai kesan yang lebih jauh besar kerana membentuk tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Ia mengukuhkan hubungan antara keluarga, jiran dan komuniti. Ia menyuburkan budaya kesukarelawanan, saling membantu dan rasa tanggungjawab terhadap golongan yang memerlukan. Apabila modal sosial kukuh, masyarakat menjadi lebih stabil. Apabila modal sosial mula terhakis, pelbagai masalah sosial akan muncul satu demi satu.

Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik cadangan penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial melalui rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, saya berharap majlis ini tidak hanya berfungsi sebagai sebuah badan yang menguruskan pendaftaran atau pengeluaran sijil amalan. Sebaliknya, majlis ini perlu berkembang sebagai sebuah institusi nasional yang menerajui pembangunan profesion kerja sosial negara.

Majlis ini sewajarnya menjadi peneraju dalam menetapkan standard kompetensi, memperkukuh kod etika, menggalakkan pendidikan, membangun latihan profesional secara berterusan serta menjadi pusat rujukan kepada kerajaan dalam menggubal dasar-dasar sosial negara.

Dalam konteks penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, di sini saya ingin mencadangkan sedikit penambahbaikan berhubung dengan keanggotaan majlis yang ditubuhkan, sebagaimana yang dinyatakan di fasal 3, Perkara F dan G dan Perkara 4(c) dan (d). Dalam fasal ini, dinyatakan tentang kuasa Menteri melantik mereka yang mempunyai pengalaman, kelayakan dan kepakaran yang bersesuaian bagi perkara yang berhubungan dengan kerja sosial dari sektor awam dan swasta, bagi menganggotai majlis yang dibentuk.

Walaupun ruang tetap ada untuk dilantik, namun di sini saya ingin mencadangkan supaya dimasukkan peruntukan secara khusus anggota yang dilantik dalam kalangan NGO yang menepati kriteria yang ditetapkan. Mereka yang dilantik wajar mewakili kaum, agama, belia, OKU, dari Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

draft • 1:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Puan Yang di-Pertua, pengukuhan profesion kerja sosial juga memerlukan pengukuhan tadbir urus pertubuhan yang mengendalikan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan. Malaysia mempunyai rekod yang amat membanggakan dalam bidang ini.

Sejak tragedi Tsunami Aceh pada tahun 2004, pelbagai NGO seperti MAPIM, Global Peace Mission Malaysia, Malaysian Relief International (MRI), MERCY dan banyak lagi telah memainkan peranan penting dalam misi-misi kemanusiaan.

Pelbagai NGO ini telah memainkan peranan aktif dalam kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan kemanusiaan seperti di Gaza, Afghanistan, Yaman, Sudan, Syria serta beberapa kawasan konflik yang lain. Sumbangan yang mereka sumbangkan ini bukan sahaja membawa bantuan kemanusiaan, malah mengangkat nama Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa prihatin terhadap penderitaan insan sejagat.

Namun begitu, beberapa kes yang didakwa melibatkan penyalahgunaan dana kebajikan kebelakangan ini yang melibatkan beberapa NGO telah menimbulkan kebimbangan masyarakat dan sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan terhadap sektor kemanusiaan. Saya percaya, majoriti NGO di negara ini dan juga pekerja sosial melaksanakan amanah mereka dengan penuh integriti.

Justeru, saya berharap kerajaan mempertimbangkan satu kerangka perundangan yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa berkaitan dengan pengawal selia kutipan dana, meneliti sumber dan penggunaan dana serta mengehendaki laporan audit kewangan secara berkala atau pada bila-bila masa yang diperlukan.

Pengawalseliaan ini hendaklah bersifat risk-based dan facilitative iaitu memperkukuhkan integriti tanpa membebankan NGO yang benar-benar melaksanakan amanah kemanusiaan di lapangan. Apabila sesuatu profesion diperkasakan melalui ilmu, pendidikan dan pembangunan profesional yang berterusan, barulah profesion tersebut akan terus dihormati dan diyakini oleh masyarakat.

Puan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, saya menaruh harapan supaya pelaksanaan akta ini mengambil kira pengalaman luas yang dimiliki oleh ramai aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada rakyat sejak sekian lama.

Di negara kita, terdapat ramai individu yang telah mendedikasikan puluhan tahun kehidupan mereka membantu masyarakat melalui NGO, pertubuhan dakwah, pertubuhan kebajikan, pusat perlindungan, pusat pemulihan, badan sukarela dan sebagainya.

draft • 1:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Mereka mungkin tidak mempunyai kelayakan akademik formal dalam bidang kerja sosial ketika memulakan khidmat, namun pengalaman lapangan yang mereka miliki merupakan satu khazanah yang amat bernilai kepada negara.

Saya berharap, kerajaan mempertimbangkan satu laluan peralihan ataupun dengan izin, traditional pathway ataupun grandfathering provision yang telus dan berintegriti. Melalui pendekatan ini, pengalaman luas yang dimiliki boleh digabungkan dengan latihan tambahan, penilaian kompetensi dan pematuhan kepada kod etika profesional sebelum seseorang diberikan pengiktirafan di bawah akta ini. Dengan pendekatan sedemikian, kita bukan sahaja menjaga standard profesion, malah menghargai jasa mereka yang telah lama berbakti kepada masyarakat.

Puan Yang di-Pertua, dalam mengiktiraf sumbangan besar NGO dan aktivis- aktivis masyarakat, saya juga ingin membuat satu penegasan. Kepercayaan masyarakat merupakan aset penting terhadap— berharga kepada sektor kebajikan dan kemanusiaan.

Justeru itu, walaupun aspek tadbir urus pertubuhan, kutipan dana awam dan pengurusan dana kebajikan berada di bawah kerangka perundangan yang berbeza seperti Akta Pertubuhan ataupun Pemegang Amanah serta undang-undang lain di bawah bidang kuasa agensi berkaitan, saya berharap kerajaan juga akan terus memperkukuhkan penyelarasan dan penguatkuasaan kerangka tersebut. Langkah ini bukan bertujuan membebankan NGO yang berintegriti, tetapi untuk melindungi reputasi ribuan pertubuhan yang selama ini berkhidmat dengan penuh amanah daripada dicemari oleh tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri perbahasan ini dengan satu dorongan. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun-tamadun besar tidak runtuh kerana kekurangan bangunan yang megah atau kelemahan ekonomi semata-mata.

Sebaliknya, tamadun mula merosot apabila masyarakatnya semakin kehilangan nilai- nilai kemanusiaan, apabila isi keluarganya menjadi rapuh, apabila golongan yang lemah dibiarkan tanpa pembelaan dan apabila rasa tanggungjawab terhadap sesama insan semakin terhakis.

Saya melihat rang undang-undang ini bukan sekadar mengenai pengiktirafan terhadap satu profesion. Ia mengenai usaha memperkukuhkan salah satu institusi yang mempertahankan maruah kemanusiaan, mengukuhkan keluarga, membina komuniti yang saling mendukung dan memperkasakan modal insan negara. Apabila seorang insan yang hilang harapan berjaya dibimbing untuk bangkit semula, kita sebenarnya mempertahankan maruah sesebuah negara.

draft • 1:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Pada hemat saya, rang undang-undang ini juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar iaitu membina negara MADANI. Apabila kerajaan memperkenalkan Gagasan MADANI, penekanannya bukan sekadar kepada pertumbuhan ekonomi dan kecekapan pentadbiran. Gagasan ini meletakkan pembangunan insan, nilai kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat sebagai teras kepada pembinaan negara. Hakikatnya, enam nilai teras MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa masyarakat yang mempunyai ketahanan sosial yang kukuh.

Di sinilah saya melihat profesion kerja sosial memainkan peranan yang amat signifikan. Pekerja sosial membantu menterjemahkan nilai insan kepada tindakan.

Mereka membina keyakinan dalam kalangan individu dan keluarga yang berhadapan dengan kesukaran hidup. Mereka memupuk budaya hormat terhadap maruah setiap insan tanpa mengira latar belakang. Mereka menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui intervensi dan profesional yang beretika. Mereka membantu mewujudkan kemampanan sosial dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan komuniti. Melalui pendekatan yang kreatif serta berasaskan ilmu, mereka turut menyuburkan daya cipta dalam mencari penyelesaian kepada cabaran sosial yang semakin kompleks.

Puan Yang di-Pertua, dengan keyakinan bahawa rang undang-undang ini akan menjadi salah satu langkah penting ke arah membina negara yang lebih penyayang, lebih inklusif dan lebih bertamadun, maka saya dengan ini, dengan penuh sukacitanya, menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat.

Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi.

draft • 1:50 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana akhirnya membawa rang undang-undang ini ke Dewan yang mulia, setelah profesion kerja sosial sekian lama menantikan suatu kerangka perundangan yang khusus.

Kewujudan akta ini merupakan satu pengiktirafan kepada profesion kerja sosial sebagai satu profesion yang mempunyai kepakaran tersendiri dan memainkan peranan

draft • 1:55 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

penting dalam pembangunan sosial negara dan turut membuka ruang kepada— pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Justeru, RUU ini dibentangkan adalah tepat pada waktunya.

Profesion kerja sosial bukan sekadar menghulurkan bantuan kebajikan. Mereka mengendalikan pelbagai kes yang kompleks seperti penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pengabaian warga emas, kesihatan mental, kemiskinan tegar, penagihan dadah serta pengurusan krisis bencana. Justeru, profesion ini memerlukan piawaian kompetensi, etika dan akauntabiliti yang tinggi.

RUU ini digarapkan— RUU yang digarapkan ini telah merangkumi semua aspek utama yang diperlukan dalam mentadbir dan mengawal selia profesion ini. Ia termasuklah yang pertama, dengan memberi tafsiran jelas terhadap perkhidmatan kerja sosial. Fasal 2 mentafsir dengan begitu teliti maksud perkhidmatan kerja sosial.

Seseorang hanya akan diperakukan sebagai pengamal kerja sosial apabila mereka melaksanakan perkhidmatan kerja sosial secara profesional daripada proses awal penglibatan, penilaian, perancangan intervensi, pelaksanaan intervensi sehinggalah penilaian semula diikuti penamatan perkhidmatan. Mereka perlu melalui proses perkhidmatan yang lengkap dengan memenuhi syarat serta piawaian kompetensi yang dihendaki sebelum mereka mendapat perakuan amalan bagi warganegara dalam seksyen 19 dan perakuan amalan sementara bagi bukan warganegara di bawah seksyen 20. Ini dapat merungkai kekeliruan di kalangan masyarakat umum perbezaan antara profesion kerja sosial dan juga sukarelawan sosial.

Yang kedua, RUU diperkukuhkan dengan menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia yang menjadi nadi kepada RUU ini. Ia telah diperuntukkan dalam fasal 3 sehingga fasal ke-16. Majlis menjalankan fungsi kawal selia termasuk sistem pendaftaran pengamal dan juga pentadbiran. Majlis diberikan tanggungjawab membangunkan piawaian kompetensi profesional serta memastikan jaminan kualiti latihan.

Ini akan menghasilkan pekerja sosial yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran masyarakat yang semakin kompleks. Melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, profesion ini akan mempunyai standard yang jelas sebagaimana profesion doktor, jururawat, peguam dan jurutera. Ia meningkatkan martabat profesion dan keyakinan masyarakat terhadap mereka yang memberikan perkhidmatan kerja sosial.

Puan Yang di-Pertua, yang ketiga, Bahagian IV iaitu Prosiding Tatatertib yang merangkumi fasal 23 sehingga 28, merupakan antara peruntukan yang paling penting

draft • 1:55 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

bagi menentukan bagaimana integriti profesion dipelihara. Ia memberi kuasa tatatertib kepada Majlis terhadap semua pengamal kerja sosial dan pelatih kerja sosial dan bukan hanya bergantung kepada tindakan majikan semata-mata.

Proses siasatan dibuat secara berperingkat. Sesuatu yang amat baik, memisahkan jawatankuasa penyiasatan dan juga jawatankuasa tatatertib. Ia akan mengurangkan risiko orang yang menyiasat turut menjadi pihak yang menjatuhkan hukuman. Namun, walaupun terdapat dua jawatankuasa berasingan, kedua-duanya masih ditubuhkan oleh Majlis dan bertindak bagi Majlis.

Bagi mengelakkan persepsi Majlis mengawal proses tatatertib, dicadangkan agar diwujudkan dalam peraturan sekurang-kurangnya seorang anggota bebas seperti bekas hakim ataupun peguam ataupun tokoh masyarakat atau wakil SUHAKAM dalam jawatankuasa ini. Selain itu, mereka juga diberi peluang dalam Bahagian IV ini untuk membuat representasi sebelum keputusan dibuat. Juga mempunyai hak untuk rayuan.

Manakala fasal 26 pula memperuntukkan Majlis, kuasa untuk menggantung amalan kerja sosial sementara menunggu siasatan selesai. Peruntukan ini terlalu luas.

Ia boleh menjejaskan pendapatan dan boleh juga merosakkan reputasi pengamal tersebut.

[Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya mencadangkan supaya dihadkan kuasa ini kepada beberapa kes sivil seperti penderaan, gangguan seksual atau penyelewengan kewangan yang memberi ancaman kepada keselamatan klien.

draft • 1:55 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

Yang keempat, RUU ini memberi jaminan kukuh bagi melindungi golongan rentan daripada individu yang tidak berkelayakan. Fasal 31 memperuntukkan bahawa hanya individu yang berdaftar boleh menggunakan gelaran pengamal kerja sosial serta menawarkan perkhidmatan kerja sosial. Ini penting kerana pada hari ini ramai yang mengaku sebagai pekerja sosial walaupun tidak mempunyai latihan profesional dan ia boleh menyebabkan intervensi yang salah sehingga menjejaskan keselamatan klien.

Yang kelima, RUU ini juga boleh membuka ruang pekerjaan yang baharu kepada rakyat Malaysia yang berminat dalam profesion kerja sosial terutama kepada para graduan baharu melalui peluang yang disediakan di bawah seksyen 21. Peruntukan ini membolehkan para graduan baharu mendaftar sebagai pengamal kerja sosial dengan perakuan interim bagi mendapatkan pengalaman, perkhidmatan kerja sosial bagi

draft • 2:00 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

tempoh satu tahun dengan syarat memegang ijazah sarjana muda atau apa-apa kelayakan lain sebagai mana ditetapkan.

Manakala frasa “apa-apa kelayakan lain” sebagaimana yang ditetapkan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menetapkan kaedah pengiktirafan kelayakan selain Ijazah Kerja Sosial termasuk melalui mekanisme pengiktirafan pengalaman atau recognition of prior learning (RPL). Dengan adanya peruntukan ini, ia dapat menampung kekurangan pekerja sosial di Malaysia, juga turut membuka ruang kepada pekerja sosial sedia ada dan juga sukarelawan yang berpengalaman untuk memperoleh pengiktirafan rasmi melalui mekanisme yang akan ditetapkan.

Yang keenam, RUU ini memberi jaminan kewajipan kerahsiaan. Seksyen 33 subseksyen 1 merupakan peruntukan penting kerana mewajibkan pengamal kerja sosial menjaga kerahsiaan maklumat klien bagi melindungi privasi, membina kepercayaan dan memastikan amalan profesional yang beretika. Walau bagaimanapun, seksyen ini boleh diperkukuh dengan memperincikan situasi pengecualian kerahsiaan, pengurusan data digital seperti penyimpanan rekod elektronik serta hak-hak klien terhadap maklumat mereka agar pelaksanaannya lebih jelas dan berkesan.

Yang ketujuh, RUU ini meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang telah lama mengawal selia profesion kerja sosial. Negara seperti United Kingdom, Australia dan jiran kita juga Singapura telah mempunyai sistem pendaftaran profesional bagi pekerja sosial. Malaysia tidak boleh lagi ketinggalan sekiranya ingin meningkatkan mutu sistem kebajikan negara.

Datuk Yang di-Pertua, profesion kerja sosial di Malaysia tidak bergerak secara bersendirian, sebaliknya disokong oleh jaringan sukarelawan yang melengkapkan penyampaian perkhidmatan sosial negara. Tanpa sumbangan sukarelawan yang turun ke lapangan, pelbagai program kebajikan dan intervensi sosial berisiko menghadapi kekangan pelaksanaan, kelewatan penyampaian bantuan serta jurang perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukan.

Justeru, adalah wajar sekiranya rang undang-undang ini turut mengiktiraf peranan sukarelawan sebagai kumpulan sokongan yang melengkapi profesion kerja sosial. Pengiktirafan tersebut boleh dizahirkan dengan memperincikan kedudukan, peranan, tanggungjawab serta keperluan mereka melalui peruntukan atau peraturan yang bersesuaian di bawah seksyen 35 akta ini. Langkah ini bukan sahaja memberikan penjelasan mengenai fungsi mereka dalam ekosistem kerja sosial negara malah meningkatkan motivasi dan menggalakkan lebih ramai individu untuk terus bersama dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara.

draft • 2:00 PM

Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani

Datuk Yang di-Pertua, saya percaya rang undang-undang ini merupakan suatu langkah penting dalam memperkukuhkan sistem perlindungan sosial negara serta meningkatkan profesionalisme kerja sosial di Malaysia. Pada masa yang sama, akta ini mesti dijamin ketelusan, akauntabiliti, hak penerima perkhidmatan serta kebebasan institusi yang melaksanakannya.

Dengan beberapa penambahbaikan, saya yakin akta ini akan menjadi asas yang kukuh dalam melahirkan pengamal kerja sosial yang profesional, berintegriti dan diyakini masyarakat demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wong You Fong.

draft • 2:00 PM

Datuk Wong You Fong

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Pada prinsipnya, saya menyokong rang undang-undang ini kerana sudah tiba masanya profesion kerja sosial di Malaysia mendapat pengiktirafan melalui satu kerangka perundangan yang jelas, tersusun dan berwibawa.

Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, pewujudan sistem pendaftaran pengamal, perakuan amalan serta mekanisme kawal selia dan tatatertib merupakan langkah-langkah signifikan dalam memartabatkan profesion ini.

Tuan Yang di-Pertua, pekerja sosial merupakan antara barisan paling hadapan yang berdepan secara langsung dengan pelbagai isu setempat dan cabaran masyarakat. Mereka mengendalikan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, keganasan rumah tangga, individu yang mengalami masalah kesihatan mental, warga emas yang terbiar, orang kurang upaya, keluarga miskin, mangsa bencana serta pelbagai kumpulan rentan yang memerlukan bantuan segera.

Dalam banyak keadaan, pekerja sosial merupakan individu pertama yang mengenal pasti sesuatu krisis, membuat penilaian risiko, menyelaras bantuan antara pelbagai agensi dan memastikan setiap individu menerima perlindungan serta intervensi yang sewajarnya. Oleh sebab itu, profesion ini memerlukan tahap kompetensi, integriti, kemahiran dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

draft • 2:05 PM

Datuk Wong You Fong

Justeru, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk meletakkan profesion kerja sosial setaraf dengan profesion-profesion lain yang dikawal selia melalui undang- undang. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan profesionalisme pengamal kerja sosial, malah dapat memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia sebagai badan yang akan mengawal profesion kerja sosial. Namun demikian, berdasarkan rang undang-undang ini, sebahagian besar keanggotaannya terdiri daripada pegawai kerajaan atau individu yang dilantik oleh Menteri.

Di samping itu, Menteri turut mempunyai kuasa yang luas untuk melantik anggota, membatalkan pelantikan, memberi arahan kepada Majlis serta memutuskan rayuan terhadap keputusan Majlis. Persoalannya, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa Majlis ini bukan sahaja bebas dari segi fungsi malah turut dilihat bebas oleh masyarakat dan para pengamal profesion?

Saya berharap pada masa hadapan, kerajaan dapat mempertimbangkan supaya lebih ramai wakil profesion kerja sosial dipilih daripada kalangan pengamal yang berdaftar di samping mengekalkan wakil kerajaan. Pendekatan ini akan memperkukuh autonomi profesion serta meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap sistem kawal selia yang bakal diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini terdapat ramai pegawai kebajikan dan individu yang telah pun menjalankan tugas-tugas kerja sosial selama bertahun-tahun dengan penuh dedikasi. Mereka memiliki pengalaman yang luas dan telah banyak berjasa kepada masyarakat walaupun sebahagian daripada mereka mungkin tidak mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang ditetapkan dalam rang undang-undang ini.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah mekanisme peralihan yang akan disediakan kepada kumpulan ini? Adakah pengalaman mereka akan diiktiraf sebagai sebahagian daripada syarat pendaftaran?

draft • 2:05 PM

Datuk Wong You Fong

Adakah mereka akan diberikan tempoh tertentu untuk memenuhi syarat-syarat tambahan, jika ada? Saya berharap pelaksanaan rang undang-undang ini tidak menyebabkan negara kita kehilangan tenaga kerja yang berpengalaman, sebaliknya memberi ruang buat mereka agar terus menyumbang melalui satu proses peralihan yang adil, munasabah dan tersusun.

draft • 2:10 PM

Datuk Wong You Fong

Tuan Yang di-Pertua, menggubal undang-undang adalah satu langkah penting.

Namun demikian, keberkesanan RUU ini akhirnya bergantung kepada sama ada kita mempunyai bilangan pekerja sosial yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Berapakah jumlah pekerja sosial profesional yang berdaftar di Malaysia pada hari ini? Selain itu, berapakah jumlah sebenar yang diperlukan bagi memenuhi keperluan negara? Adakah kerajaan bercadang menyediakan satu pelan tenaga kerja sosial nasional? Pelan tersebut akan menetapkan sasaran bilangan pekerja sosial, keperluan latihan serta pembangunan kepakaran bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Rang undang-undang ini juga perlu dilihat dalam konteks cabaran sosial negara yang semakin kompleks. Dalam kebanyakan keadaan, pekerja sosial merupakan individu yang menghubungkan mangsa dengan pelbagai agensi kerajaan. Oleh itu, koordinasi di antara agensi dalam menangani kes-kes adalah begitu mustahak.

Apakah langkah kementerian bagi memperkukuh kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi-agensi lain yang berkaitan? Kesefahaman rentas kementerian dan agensi-agensi adalah begitu mustahak supaya setiap kes yang melibatkan kanak-kanak, wanita, warga emas, orang kurang upaya dan golongan rentan dapat ditangani secara lebih rentas, lebih pantas, lebih bersepadu dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan membangunkan satu piawaian kebangsaan bagi penyampaian perkhidmatan kerja sosial. Sebagai contoh, bolehkah kementerian menetapkan garis panduan mengenai beban kes yang munasabah bagi setiap pekerja sosial, tahap penyeliaan profesional, tempoh tindak balas terhadap kes-kes berisiko tinggi serta mekanisme penilaian berkala bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa dipertingkatkan.

Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan meneliti keperluan untuk menempatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja sosial profesional yang berdaftar di setiap hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan serta di setiap pejabat pendidikan daerah. Langkah ini membolehkan kes-kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, masalah kesihatan mental, keciciran persekolahan dan pelbagai isu sosial dikenal pasti serta ditangani dengan lebih awal melalui intervensi profesional.

Selain itu, pengurusan kes-kes sosial semakin bergantung kepada sistem digital, persidangan video serta penggunaan teknologi AI. Penggunaan teknologi ini menimbulkan cabaran baru berkaitan keselamatan data, privasi, kerahsiaan maklumat

draft • 2:10 PM

Datuk Wong You Fong

serta akauntabiliti profesional. Sehubungan itu, saya ingin bertanya sama ada kerajaan bercadang menyediakan garis panduan khusus mengenai penggunaan teknologi digital dan AI dalam amalan kerja sosial supaya kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan hak dan kepentingan golongan yang menerima perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong RUU ini kerana ia merupakan satu langkah penting ke arah memartabatkan profesion kerja sosial di Malaysia. Namun, kejayaan akta ini tidak seharusnya diukur hanya melalui jumlah pengamal yang berdaftar ataupun bilangan perakuan amalan yang dikeluarkan. Sebaliknya, kejayaannya hendaklah diukur melalui sejauh mana ia benar- benar berjaya memperkukuh sistem perlindungan sosial negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Wong You Fong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Dr. Jufitri bin Joha.

draft • 2:10 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Belum Datuk lagi, Yang di-Pertua.

draft • 2:15 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Belum ya? Saya bagi awal hari ini. Insya- Allah. Itu doa itu.

draft • 2:15 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Saya dah dapat BCM Melaka.

draft • 2:15 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Doa. Okey.

draft • 2:15 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. *Bismillahirrahmanirrahim...

[Membaca sepotong doa]* Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli Dewan yang mulia sekalian, sesebuah negara tidak hanya diukur melalui kemajuan ekonomi ataupun kecanggihan infrastrukturnya, tetapi juga melalui keupayaannya melindungi golongan yang paling memerlukan. Ini mengingatkan kita kepada konsep Society 5.0 yang diperkenalkan oleh Jepun di mana kita mahukan kemajuan fizikal bersama dengan kemajuan pembangunan insaniah.

Di sebalik setiap krisis keluarga, penderaan kanak-kanak, cabaran kesihatan mental, kemiskinan dan bencana kemanusiaan, sentiasa ada insan yang tampil

draft • 2:15 PM

Dr. Jufitri bin Joha

menghulurkan harapan, memulihkan maruah dan mengembalikan fungsi sebenar kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan. Mereka ialah pekerja sosial profesional.

Justeru, profesion ini bukan sekadar suatu bentuk kebajikan ataupun kesukarelawanan― dan sudah tentu sebagai sebuah negara maju, kita sudah bergerak daripada arena hanya menjadi sukarelawan, tetapi juga menjadi sukarelawan yang profesional. Kita lihat di negara-negara maju, sektor ketiga ini juga menyumbang kepada GDP negara. Sebagai contoh, United Kingdom.

Justeru, profesion ini bukan sekadar suatu bentuk kebajikan ataupun kesukarelawanan, sebaliknya ia satu profesion yang berteraskan ilmu, kompetensi yang dibina mengikut bidang kerja sosial, etika dan latihan formal demi memastikan setiap intervensi memberikan impak yang terbaik kepada masyarakat.

Kita lihat masyarakat sekarang ini semakin membangun, maka masyarakat semakin hilang kasih sayang, hilang sifat keinsanan dan kemanusiaan. Maka, kerja- kerja yang berkaitan dengan kemanusiaan termasuk kerja sosial ini sangat crucial dan sangat penting bagi memenuhi keperluan insaniah dan pembangunan kemanusiaan.

Saya ingin memulakan ucapan ini dengan menegaskan bahawa kerja sosial bukanlah sekadar satu usaha kebajikan ataupun aktiviti kesukarelawanan semata-mata.

Sebaliknya, ia merupakan satu profesion yang berteraskan ilmu, kompetensi, kemahiran dan etika latihan formal.

Dan saya dimaklumkan bahawa, pihak Universiti Putra Malaysia sedang menyiapkan Model Kompetensi Pekerja Sosial bagi menyokong rang undang-undang ini bagi memerlukan dan membentuk profil pekerja sosial di Malaysia bagi tujuan meningkatkan profesionalisme pekerja sosial dari segi pengiktirafan, pendidikan dan profesional berterusan, ataupun CPD, dan kawal selia kod amalan pekerja bagi membantu Majlis Profesion Kerja Sosial.

Sebab itu saya ingin membawa satu cadangan daripada Social Workers Alliance Malaysia yang turut dibawa pagi tadi oleh sahabat saya, YB Lingesh, di mana antara yang dicadangkan oleh SWAM ini adalah mengapa— persoalannya, mengapa tidak dimasukkan sekali pekerja-pekerja di sektor kerajaan? Mengapa hanya difokuskan kepada sektor NGO ataupun sektor swasta? Sepatutnya mereka yang terlibat dalam kerja-kerja di bidang kerajaan ini juga dimasukkan kerana mereka mengharapkan mereka ada dari sudut peningkatan, dari sudut pengiktirafan, dan juga kemahiran yang mereka harapkan dan di sebalik itu juga untuk melindungi mereka ketika menjalankan kerja-kerja sosial.

draft • 2:15 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Ini antara persoalan penting yang ditimbulkan oleh― kebanyakan rakan-rakan saya dalam kerja sosial timbulkan, mengapa tidak melibatkan? Dan juga telah ditimbulkan oleh sahabat-sahabat saya sebelum ini. Mengapa tidak dilibatkan juga rakan-rakan kita yang berada di sektor kerajaan?

draft • 2:15 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Yang di-Pertua Dewan Negara, di Malaysia, profesion ini telah menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat sejak penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1946. Selama lebih lapan dekad, para pekerja sosial berada di barisan hadapan menangani pelbagai isu yang semakin kompleks, termasuk perlindungan kanak-kanak, sokongan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya, kesihatan mental, pemulihan komuniti serta pelbagai krisis sosial dan kemanusiaan.

Namun demikian, sumbangan besar profesion ini masih belum disokong oleh satu kerangka perundangan dan hari ini kita menunggu-nunggu setelah sekian lama.

Saya pun dalam bidang kerja belia dan sosial juga, menunggu-nunggu RUU ini dibentangkan. Dan alhamdulillah, hari ini kita melihat dan menyaksikan satu sejarah penting untuk rakan-rakan kita dalam kerja sosial untuk meregulasi kerja sosial dan mengiktiraf pencapaian dan kemahiran mereka dalam bidang ini.

Rang undang-undang ini merupakan satu detik bersejarah yang bukan sahaja mengiktiraf profesion kerja sosial sebagai satu kerjaya profesional yang berpiawaian tinggi, malah memperkukuhkan tadbir urus, tata kelola, akauntabiliti dan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kepentingan rakyat dan negara.

Atas asas itulah saya mengambil bahagian pada petang ini untuk menyatakan pandangan, sokongan dan beberapa kritikan dan juga cadangan-cadangan daripada rakan-rakan pengamal kerja sosial ini. Kerana saya berkesempatan untuk mengadakan sesi libat urus dengan mereka di lapangan dan mereka telah memberikan input-input dan keprihatinan untuk pihak kementerian mempertimbangkan.

Yang di-Pertua Dewan Negara, saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang ini yang menjadi titik permulaan kepada pembentukan kerangka perundangan yang lebih tersusun bagi profesion ini. Saya mengharapkan juga di bidang-bidang kemanusiaan yang lain, sebagai contoh, kerja belia. Kerja belia juga merupakan satu juga bidang yang sangat penting untuk kita iktiraf dan perlu dibezakan di antara kerja sosial dan kerja belia. Ini juga yang saya mahu cadangkan supaya di dalam akta ini, RUU ini dimasukkan takrifan kerja sosial supaya ia meletakkan satu garis batas yang jelas. Apa beza kerja sosial dan mungkin kawan-

draft • 2:20 PM

Dr. Jufitri bin Joha

kawan, rakan-rakan akan terkeliru dengan kerja kemanusiaan, mungkin akan terkeliru dengan kerja kesukarelawanan dan mungkin akan terkeliru dengan kerja belia.

Jadi, sudah tentu penting untuk kita letakkan satu definisi yang jelas dalam RUU ini supaya semua pengamal kerja belia dan masyarakat faham apa itu kerja sosial. Kalau boleh saya bezakan di antara kerja belia. Kerja sosial merupakan satu profesion Tuan Yang di-Pertua, yang menggalakkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan serta memperkasa individu dalam mencapai kesejahteraan hidup.

Saya bandingkan dengan kerja belia, satu profesion yang berkhidmat untuk menyerlahkan potensi belia di pelbagai peringkat sebagai rakan strategik pembangunan negara. Kerana ini yang selalu kami bahaskan apabila menceritakan tentang kerja belia kerana ada pihak yang terkeliru, beza di antara kerja sosial dan kerja belia dan mungkin dengan kerja kemanusiaan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan kemanusiaan.

Jadi, justeru itu Tuan Yang di-Pertua, walaupun pengawal seliaan pada peringkat awal akan memberikan tumpuan kepada kerja sosial di sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan juga organisasi berasaskan komuniti, saya amat mengalu-alukan iltizam kerajaan untuk memperluaskan penyelarasan ini kepada sektor awam.

Ini permintaan rakan-rakan kita di lapangan. Ini kerana pegawai-pegawai di sektor awam turut memikul tanggungjawab mengendalikan pelbagai kes berisiko tinggi dan kompleks yang memerlukan tahap kompetensi. Saya yakin kompetensi ini pun ada kompetensi tahap satu, tahap dua, tahap advance, dengan izin, yang memerlukan mereka untuk mereka mengendalikan kes-kes kerja sosial ini dengan penuh profesional dan juga penuh dedikasi.

Sudah tentu sebagai sebuah negara maju, kita perlukan pekerja-pekerja yang profesional sebaris dengan peguam, dengan arkitek dan sebagainya. Dan kita berbangga ada pekerjaan-pekerjaan yang berasaskan kemanusiaan yang sebelum ini tidak difikirkan oleh masyarakat kerana mereka risau pekerjaan ini banyak ditelan oleh kecerdasan buatan. Kita tahu bahawa di sebalik kemajuan teknologi, semakin banyak isu-isu kemanusiaan yang memerlukan pekerja-pekerja sosial, pekerja belia dan pekerja kemanusiaan untuk menangani permasalahan sosial ini.

Keseragaman prosedur standard amalan dan kod etika antara sektor awam dan swasta bukan sahaja meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sosial, malah akan memperkukuhkan ekosistem perkhidmatan sosial negara secara menyeluruh.

Sesungguhnya RUU ini— kelulusan ini merupakan— kelulusan RUU ini merupakan satu langkah yang penting bagi mematangkan profesion kerja sosial di

draft • 2:20 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Malaysia serta meletakkan setaraf dan sebaris dengan profesion yang lain, yang diiktiraf dan dikawal selia demi kepentingan rakyat dan negara.

Izinkan dengan lima minit yang terakhir ini Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan beberapa persoalan yang sangat penting daripada rakan-rakan kita di lapangan.

Antaranya yang sempat saya libat uruskan dengan pekerja sosial di hospital yang mana mereka bertanyakan adakah Majlis Profesion Kerja Sosial ini yang bakal diwujudkan di dalam RUU ini bakal melindungi pekerja sosial JKM dan pekerja sosial perubatan di hospital? Ini kerana setakat pemahaman kami, untuk mereka, ia hanya melindungi pekerja sosial swasta, NGO dan pekerja sosial awam secara separuh masa iaitu di luar pejabat.

Yang kedua, yang mereka timbulkan adalah bagaimana RUU ini dapat mengawal, menyelia pekerja sosial di bawah skop sukarelawan tanpa gaji? Adakah satu, dengan izin, blanket rules system yang majlis nanti boleh membatalkan lesen untuk praktis kerja sosial? Ini persoalan yang sangat menarik sebenarnya.

Yang ketiga, secara umum, rata-rata pekerja sosial perubatan atau JKM di sektor awam yang kita jumpa mahukan agar mereka turut dilindungi di bawah RUU ini.

Keempat, mengapa draf awal RUU ini dibentangkan— mereka bertanyakan mengapa draf awal ini berbeza dengan RUU yang dibentangkan pada hari ini? Mungkin ketika mereka mendengar input ketika itu lain dan bila mereka memberikan respons dan mereka mendengar dan membaca RUU yang ada pada hari ini berbeza dengan apa yang mereka dengar pada awalnya dan yang dibentangkan di Parlimen pada hari ini.

Saya ingin mencadangkan sebagaimana saya merujuk kepada Akta Belia, mengapa— kalau dalam Akta Belia mengiktiraf Majlis Belia Malaysia sebagai— ataupun pemegang taruh yang penting, mengapa dalam RUU ini tidak dimasukkan, tidak diiktiraf, dengan izin, Malaysian Association of Social Workers, diiktiraf di bawah akta ini? Kerana mereka merupakan antara persatuan yang mewakili suara terbesar pekerja sosial dalam bidang ini. Mengapa kita tidak memberikan pengiktirafan, bahkan memasukkan sebagai salah satu anggota wajib dalam Majlis Profesion Kerja Sosial ini?

Saya melihat banyak pihak-pihak yang mendukung tentang kerja sosial ini dengan mereka telah menyediakan sebagai contoh, diploma dalam social work dan sebagainya. Tadi disebut oleh Timbalan Menteri, ada universiti yang telah menawarkan kerja sosial. Dan ini kita kena uar-uarkan kepada anak-anak muda kita bahawa ada peluang pekerjaan, pembelajaran dalam bidang kerja sosial. Saya lihat MySDG

draft • 2:20 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Academy telah pun Tuan Yang di-Pertua, telah menawarkan Diploma of Social Work, di samping beberapa tawaran-tawaran yang telah ditawarkan oleh pihak universiti awam.

Kemudian, persoalan yang ketujuh. Penubuhan majlis selepas RUU diluluskan nanti, biarlah dia di kalangan— ini concern dan permintaan mereka supaya yang dilantik dalam penubuhan majlis ini— ditegaskan bahawa mereka yang ada pengalaman kerja di lapangan supaya hanya tidak teori, tetapi apa yang kami pengamal-pengawal kerja belia dan sosial yakinkan bahawa mesti seimbang di antara teori, polisi dan praktis supaya kerana ia merupakan dengan izin, applied social sciences yang diamalkan di lapangan. Dia bukan sekadar teori, tetapi ia merupakan satu bidang yang hands-on di lapangan.

Ada beberapa lagi persoalan sebelum saya rumuskan. Ada juga menyebut daripada kalangan rakan-rakan kita, RUU ini nak bagi— diharapkan supaya memberikan kuasa kepada majlis untuk memberikan lesen praktis bukan sahaja kepada pekerja- pekerja di sektor NGO, di sektor swasta, tetapi juga mereka mengharapkan diberikan juga kepada pekerja di sektor kerajaan.

Ini saya pelik, mengapa sektor kerajaan sekali tidak dimasukkan sebagaimana perbincangan kami dalam membangunkan kompetensi kerja belia? Di mana kita memang mahu memastikan pekerja belia di sektor kerajaan, terutamanya di Kementerian Belia dan Sukan, dia juga diiktiraf dan di kompetensi kan, dengan izin, sebagaimana juga kerja sosial ini.

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Dalam satu minit setengah ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa lagi persoalan. Kerana— ini daripada pekerja sosial perubatan. Kerana banyak bidang ini terkait dengan hospital perubatan.

Enam, sebelum saya rumuskan. Yang pertama sekali, sesuai dengan perkembangan masalah sosial yang semakin meruncing berlaku di negara kita. Mereka menyebutkan bahawa RUU ini sangat signifikan untuk memastikan pekerja sosial di Malaysia termotivasi dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jadi, pengiktirafan ini sebenarnya memberikan motivasi kepada mereka. Jadi, sebab itu mereka yang berada di sektor kerajaan sangat mengharapkan supaya mereka dilibatkan dalam pengiktirafan RUU ini.

draft • 2:20 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Kedua, kami berharap iaitu pekerja sosial perubatan berharap agar diterima pakai juga kepada penjawat awam yang sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Yang ketiga, RUU ini amat penting bagi peningkatan profesionalisme di kalangan pekerja sosial penjawat awam melalui peningkatan latihan yang dirancang. Peningkatan

draft • 2:30 PM

Dr. Jufitri bin Joha

latihan dapat membantu pekerja sosial meningkatkan kompetensi, mengurangkan burnout Tuan Yang di-Pertua. Banyak sekarang ini burnout ya. Ahli Dewan Negara rasa tak burnout ya, tapi banyak yang di luar itu burnout dan menambah motivasi mereka untuk terus berkhidmat.

Keempat, RUU ini juga mampu memperkasa perjawatan dan laluan kerjaya pekerja sosial penjawat awam agar sebaris dengan profesion lain.

Kelima, RUU ini juga boleh bertindak sebagai pelindung yang saya sebutkan pada awal tadi. Menjadi pelindung kepada pekerja sosial kerajaan.

Dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan RUU ini, ilmu kerja sosial yang diajar di universiti tempatan kini menjadi kurikulum yang dapat terus berkembang dan diperkasakan.

Dengan itu, saya mohon mendukung dan menyokong RUU ini dengan beberapa pindaan dan juga kritikan-kritikan tadi. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr.

Jufitri bin Joha. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan, dipersilakan YB.

draft • 2:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 yang memperkukuhkan profesionalisme standard dan tadbir urus kerja sosial melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial.

Peningkatan kes Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada lebih satu juta pada tahun 2026 serta kekurangan pekerja sosial jelas menunjukkan keperluan memperkukuhkan profesion ini. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk pertimbangan pihak kementerian bagi memastikan pelaksanaan rang undang- undang ini benar-benar mencapai matlamatnya.

Datuk Yang di-Pertua, pertama, saya ingin menyentuh mengenai kapasiti pekerja sosial di Sarawak dan Sabah. Di Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan geografi yang besar serta taburan penduduk yang berselerak. Ini menyebabkan akses untuk mendapatkan bantuan dan intervensi daripada perkhidmatan kerja sosial mengambil masa yang lama. Justeru, penempatan pekerja sosial di Sabah dan Sarawak tidak boleh ditentukan berdasarkan jumlah penduduk sahaja, tetapi juga perlu mengambil kira cabaran geografi dan akses.

Selain penambahan perjawatan, pembangunan kompetensi pekerja sosial di Sabah dan Sarawak juga perlu diperkasakan. Adakah kementerian mempunyai pelan

draft • 2:31 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

khusus untuk menambah perjawatan pekerja sosial profesional di Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan sebenar, bukan jumlah penduduk?

Datuk Yang di-Pertua, kedua, saya menyambut baik penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia di bawah fasal 4 bagi membangunkan piawaian kompetensi, etika dan pembangunan profesional secara berterusan. Kejayaan majlis ini bukan sahaja bergantung kepada kuasa diperuntukkan, tetapi juga kapasiti pentadbiran, sumber manusia dan peruntukan kewangan yang mencukupi.

Saya juga berharap piawaian ini disokong oleh garis panduan yang jelas bagi terus meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion kerja sosial.

Realitinya, pengukuhan standard profesion sahaja belum mencukupi kerana ramai graduan kerja sosial belum mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka. Keadaan ini menyebabkan pembaziran modal insan dan menjejaskan usaha melahirkan lebih ramai pekerja sosial profesional pada masa hadapan.

Adakah langkah konkrit kementerian untuk memastikan graduan kerja sosial memperoleh peluang pekerjaan dan laluan kerjaya yang lebih jelas? Pekerja sosial turut berdepan tekanan emosi dan risiko burnout kerana mengendalikan pelbagai kes yang kompleks. Apakah langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan, kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja sosial agar mereka dapat terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti?

Datuk Yang di-Pertua, ketiga, saya melihat kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi, badan profesional, persatuan dan NGO perlu diperkukuhkan. Bagi memastikan profesion ini mampu menangani isu sosial yang semakin kompleks, kerjasama melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan kompetensi perlu diperkasakan.

Saya juga mengiktiraf peranan persatuan dan NGO di dalam menyampaikan isu kebajikan masyarakat. Namun, usaha tersebut perlu disokong dengan pembangunan kompetensi dan amalan profesional agar perkhidmatan yang diberikan selaras dengan standard profesion kerja sosial.

Hasil penyelidikan dan amalan terbaik boleh dimanfaatkan bagi memperkukuh penggubalan dasar dan meningkatkan keberkesanan intervensi sosial. Bagaimanapun, kementerian bercadang memperluaskan kerjasama strategik ini melalui latihan, penyelidikan berasaskan bukti, pembangunan model dan perkongsian kepakaran.

Datuk Yang di-Pertua, keempat, pelaksanaan sistem pendaftaran baru perlu memastikan pengamal kerja sosial sedia ada tidak terpinggir. Ramai pengamal mempunyai pengalaman luas, tetapi mungkin tidak memiliki kelayakan akademik formal

draft • 2:31 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

dalam bidang kerja sosial. Oleh itu, proses peralihan ini perlu dilaksanakan secara teratur supaya tidak menjejas kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Pengalaman lapangan yang diperoleh selama bertahun-tahun juga wajar diberi pertimbangan di dalam tempoh peralihan pelaksanaan akta ini. Adakah pelan tindakan telah disediakan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar? Bagaimanakah kementerian akan melaksanakan mekanisme grandfathering atau pengiktirafan pengalaman bagi memastikan pengamal sedia ada terus dapat menyumbang kepada profesion kerja sosial.

Datuk Yang di-Pertua, kelima, saya menyambut baik fasal 4(b) yang turut memperuntukkan pembangunan piawaian kompetensi profesional serta jaminan kualiti program dalam bidang perkhidmatan kerja sosial. Piawaian yang jelas akan membantu memastikan kurikulum, latihan, praktikal dan kompetensi graduan adalah lebih seragam serta memenuhi keperluan sebenar profesion kerja sosial. Adakah kementerian bercadang menyeragamkan standard program pengajian kerja sosial di institusi pengajian tinggi?

Kesimpulannya, saya berharap rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuhkan profesion kerja sosial serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kejayaan akta ini akhirnya bergantung kepada pelaksanaannya yang berkesan, penyediaan tenaga kerja yang mencukupi serta kerjasama semua pihak agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 2:31 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan yang mengambil bahagian dalam perbahasan sebentar tadi.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew, dipersilakan.

draft • 2:31 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua untuk peluang membahas mengenai Rang Undang-undang Profesion Pekerjaan Sosial 2026. Ini adalah satu perundangan yang telah lama dinanti-nantikan dan saya mengalu-alukan pembentangannya kerana ia bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang dinyatakan dalam penyata keterangan.

Saya menyokong rang undang-undang ini pada dasarnya. Walau bagaimanapun, saya mempunyai beberapa kebimbangan dan persoalan yang sebahagiannya juga telah dibangkitkan atau akan dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat Senator yang lain.

draft • 2:39 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Kebimbangan pertama saya berkaitan dengan tafsiran “perkhidmatan pekerjaan sosial” di bawah fasal tafsiran dalam fasal 2. Tafsiran perkhidmatan pekerjaan sosial adalah terlalu luas, saya akan baca tafsiran ini di dalam rang undang-undang.

Perkhidmatan kerja sosial ertinya “Perkhidmatan yang disediakan bagi maksud untuk memastikan kefungsian sosial dan kesejahteraan individu, kumpulan dan masyarakat melalui proses penglibatan, penilaian, perancangan intervensi, pelaksanaan intervensi, penilaian semula dan penamatan perkhidmatan itu.” Ia begitu luas sehingga berpotensi meliputi sebagai contoh pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO yang menyediakan bantuan kebajikan, sukarelawan berasaskan agama, yayasan-yayasan kebajikan, kumpulan sokongan rakan sebaya, talian bantuan krisis dan organisasi advokasi Orang Kurang Upaya.

Pada pandangan saya tafsiran ini memerlukan penambahbaikan. Ia hendaklah membezakan dengan jelas antara amalan pekerjaan sosial profesional yang memerlukan kelayakan yang diiktiraf dan akauntabiliti profesional dengan perkhidmatan sukarelawan kebajikan, kemanusiaan dan sokongan komuniti yang dijalankan oleh sukarelawan, organisasi berasaskan agama dan organisasi masyarakat sivil.

Tanpa perbezaan yang jelas terdapat kebimbangan nyata bahawa aktiviti kebajikan berasaskan komuniti mungkin secara tidak sengaja terangkum dalam skop kawal selia profesional. Walaupun amalan pekerjaan sosial profesional wajar dikawal selia, kegiatan kesukarelawan dan perkhidmatan kemanusiaan hendaklah terus digalakkan.

Kebimbangan kedua saya berkaitan dengan komposisi Majlis Profesion Pekerjaan Sosial. Tiada peruntukan bagi perwakilan melalui pilihan raya oleh profesional berdaftar sendiri, yang mana rang undang-undang ini bertujuan untuk mengawal selia mereka. Sebaliknya semua ahli Majlis sama ada terdiri daripada penjawat awam atau orang yang dilantik terus oleh Menteri.

Walaupun saya menghargai keperluan untuk “mengwakilan” kerajaan, saya percaya bahawa Majlis juga harus menikmati tahap kebebasan profesional yang munasabah. Soalan saya kepada Menteri ialah mengapa tiada perwakilan demokratik oleh ahli-ahli profesion itu sendiri?

Kebimbangan ketiga saya yang seterusnya berkaitan dengan fasal 10 dan fasal 11(b). Kedua-dua fasal ini nampaknya berurusan dengan perkara yang sama iaitu penanggalan seorang Ahli Majlis. Fasal 10 memberi kuasa kepada Menteri untuk

draft • 2:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

membatalkan sesuatu pelantikan tanpa memberikan sebarang alasan bagi pembatalan tersebut.

Pada pandangan saya Yang Berhormat, peruntukan sedemikian sukar untuk disejajarkan dengan prinsip keadilan semula jadi kerana ia membenarkan pelaksanaan kuasa budi bicara tanpa memerlukan sebarang alasan diberikan. Kuasa sedemikian hendaklah dilaksanakan hanya atas dasar statutori yang jelas.

Saya ingat lagi bahawa isu yang sama ini telah saya membangkitkan semasa perbahasan mengenai Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan)

(No.2) 2025, yang dibentangkan pada persidangan Disember 2025 di mana perkataan yang tepat sama telah muncul dalam fasal 7A tersebut.

Saya kini merujuk kepada fasal 11(b) yang memperuntukkan penanggalan seorang ahli kerana sebab-sebab tertentu. Persoalan saya ialah jika fasal 10 sudah memberikan Menteri kuasa yang begitu luas untuk membatalkan sesuatu pelantikan tanpa memberikan sebarang alasan mengapakah fasal 11(b) masih diperlukan? Lagi pun adalah lebih mudah bagi Menteri untuk menggantung kepada fasal 10 sahaja. Tidak perlu untuk membuktikan penipuan, ketidakjujuran, rasuah atau melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Oleh itu, saya memohon penjelasan daripada Menteri mengenai perbezaan yang dimaksudkan antara kedua-dua fasal ini. Dengan izin, the clause 10 is too wide of power, we fought natural justice given to the ahli-ahli yang akan dibuat, why are we still going back to that era of total power without responsibility and accountability? Seterusnya fasal 19(8) memberikan pengecualian menyeluruh kepada penjawat awam daripada keperluan untuk berdaftar atau mempunyai kelayakan profesional.

Persoalan saya ialah jika pendaftaran bertujuan untuk melindungi individu yang terdedah dengan memastikan standard profesional dan kecekapan, mengapakah mereka yang bekerja di bawah kerajaan dikecualikan daripada standard yang sama yang dikenakan ke atas semua orang lain?

Pada pandangan saya ini mewujudkan piawaian dua darjat yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Ia boleh menghakis keyakinan awam dan berpotensi menjejaskan standard profesional yang cuba ditegakkan oleh rang undang-undang ini.

Sebagai contoh, kanak-kanak di institusi kerajaan boleh dikendalikan oleh pegawai yang tidak terlatih secara profesional mahupun tidak berkelayakan dalam amalan pekerjaan sosial sedangkan kanak-kanak di bawah jagaan NGO hanya akan dijaga oleh pengamal pekerjaan sosial berdaftar.

draft • 2:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Datuk Yang di-Pertua, maklumat rang undang-undang ini bukan semata-mata untuk mengawal selia sesuatu profesion tetapi akhirnya untuk melindungi golongan yang paling rendah dalam masyarakat kita. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa perundangan yang kita luluskan hari ini adalah teguh dari segi standardnya dan adil dari segi pelaksanaannya. Dan sebelum saya akhir saya mahu mengucapkan satu pantun tentang hal ini.

Air mengalir tenang ke muara, Jernih bersih sepanjang titi; Undang digubal penuh bicara; Yang lemah dilindungi profesion dihormati. Dengan itu saya menyokong sokong dan terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew yang mengakhiri perbahasannya dengan serangkap pantun ya, tetapi saya belum bersedia untuk membalas pantun itu, mungkin selepas ini.

Dan seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit untuk meneruskan perbahasan pada petang ini. Dipersilakan Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Salam sejahtera, salam perpaduan dan Salam Segulai Sejalai. Tuan Yang di-Pertua terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

draft • 2:49 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya menyokong hasrat kerajaan untuk memartabatkan profesion kerja sosial melalui penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia serta mewujudkan sistem pengawalseliaan yang lebih tersusun. RUU ini merupakan satu langkah penting untuk memastikan pengamal kerja sosial mempunyai standard kompetensi, etika dan profesionalisme yang tinggi. Namun demikian, dalam semangat memperkukuh tadbir urus yang baik ataupun good governance, dengan izin, saya ingin memberi tumpuan kepada tujuh fasal iaitu fasal 4, 5, 10, 11, 12, 13 dan 34. Pada pandangan saya fasal- fasal ini menyentuh soal kuasa, akauntabiliti serta semak imbang, perlu diperhalusi.

Fasal 4 memperuntukkan Majlis mempunyai fungsi yang amat luas termasuk meluluskan perakuan amalan, membangunkan piawaian, kompetensi, mengawal selia etika profesion, menyediakan latihan pembangunan profesional dan menjalankan aktiviti-aktiviti, apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu bagi melaksanakan fungsinya.

draft • 2:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya bersetuju dengan fungsi tersebut, namun saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah mekanisme pemantauan terhadap pelaksanaan fungsi Majlis?

Siapakah yang akan menilai sama ada Majlis telah menjalankan tanggungjawabnya secara telus, profesional dan bebas daripada konflik kepentingan?

Memandangkan Majlis akan menjadi badan yang mengawal profesion kerja sosial di seluruh negara, saya berpendapat perlunya penilaian prestasi secara berkala supaya keyakinan masyarakat terhadap institusi ini sentiasa terpelihara.

Fasal kelima iaitu kuasa Majlis. Fasal 5 pula memberikan kuasa yang sangat luas kepada Majlis untuk mengenakan fi dan caj, melantik mana-mana badan bagi menjalankan latihan serta membuat rundingan bagi melaksanakan fungsinya. Persoalan saya ialah adakah kuasa ini disertakan dengan garis panduan yang jelas? Sebagai contoh, bagaimana kadar fi akan ditentukan? Adakah ia akan dirunding bersama dengan badan profesional atau persatuan kerja sosial ataupun NGO?

Selain itu, sekiranya Majlis melantik mana-mana institusi atau organisasi untuk menjalankan latihan dan pembangunan profesional apakah proses pemilihannya?

Adakah melalui proses telus atau terbuka? Ini penting bagi mengelakkan sebarang persepsi, pilih kasih atau konflik kepentingan. Selain itu, saya berharap rang undang- undang ini bukan sahaja mengawal selia profesion kerja sosial, malah dapat memperkukuhkan pemantauan terhadap organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) yang menjalankan aktiviti kebajikan dan kerja sosial.

Kita mengalu-alukan sumbangan NGO kerana mereka merupakan rakan strategik kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan. Walau bagaimanapun, kita juga boleh menafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang menyalahgunakan nama kebajikan dan kemurahan rakyat Malaysia untuk mengutip derma tanpa tadbir urus yang baik. Ada dakwaan bahawa kutipan derma mencecah jutaan ringgit tetapi manfaat yang disampaikan kepada golongan sasaran amat sedikit. Malah ada individu tertentu yang didakwa meraih keuntungan peribadi daripada aktiviti tersebut.

Oleh itu, saya berharap Majlis yang bakal ditubuhkan dapat memainkan peranan dalam menetapkan standard etika, integriti dan akauntabiliti kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan kerja sosial termasuk bekerja dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan aktiviti kebajikan dijalankan secara telus, berintegriti dan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Fasal yang ke-10, pembatalan pelantikan. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada fasal 10, fasal ini memperuntukkan Menteri boleh membatalkan pelantikan

draft • 2:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

mana-mana anggota tanpa memberi apa-apa sebab. Saya berpandangan bahawa peruntukan ini terlalu luas. Dalam mana-mana badan profesional, prinsip keadilan asasi atau natural justice, dengan izin, hendaklah dipelihara. Sekurang-kurangnya seorang anggota yang ingin dibatalkan pelantikannya perlu diberikan sebab serta peluang untuk membuat representasi sebelum sebarang keputusan dibuat. Jika tidak, akan timbul persepsi bahawa anggota Majlis boleh digugurkan pada bila-bila masa tanpa perlindungan sewajarnya. Ini boleh menjejaskan kebebasan mereka dalam membuat keputusan yang profesional.

Fasal yang ke-11, pengosongan jawatan. Fasal 11 pula menyatakan pelbagai keadaan yang menyebabkan jawatan seseorang anggota menjadi kosong dan Menteri akan melantik penggantinya. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah kriteria pemilihan pengganti? Adakah proses itu akan dibuat secara telus dan berdasarkan merit? Saya percaya profesion kerja sosial memerlukan individu yang benar-benar berpengalaman serta mempunyai kredibiliti selain daripada ingin berkhidmat dengan jujur dan berintegriti kepada masyarakat.

Fasal 12 arahan oleh Menteri. Fasal 12 memperuntukkan bahawa Majlis bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh mengeluarkan arahan bertulis yang wajib dipatuhi oleh Majlis. Saya memahami bahawa setiap badan berkanun perlu bertanggungjawab kepada Menteri, namun demikian saya ingin mendapat penjelasan sama ada terdapat had terhadap kuasa Menteri ataupun kuasa memberi arahan ini khususnya dalam perkara-perkara profesional, disiplin dan teknikal. Sekiranya segala keputusan Majlis boleh dipengaruhi melalui arahan Menteri, adakah ini akan menjejaskan kebebasan profesional Majlis sebagai badan pengawal selia?

Fasal 13 laporan dan maklumat. Inilah perkara yang sangat saya ingin tekankan, fasal 13 yang hanya memperuntukkan bahawa majlis hendaklah mengemukakan laporan dan maklumat kepada Menteri apabila dikehendaki oleh Menteri. Persoalan saya ialah, mengapakah laporan tahunan Majlis tidak diwajibkan dibentangkan di Parlimen? Majlis ini diwujudkan melalui Akta Parlimen, dana Majlis pula diperuntukkan oleh kerajaan setiap tahun. Oleh itu saya berpandangan bahawa Parlimen mempunyai hak untuk mengetahui prestasi Majlis.

Pembentangan laporan di Parlimen akan membolehkan Ahli-ahli Dewan meneliti perkara-perkara seperti jumlah pengamal kerja sosial yang berdaftar, jumlah permohonan yang diluluskan atau ditolak, tindakan tatatertib yang diambil, penggunaan dana awam, pencapaian program pembangunan profesional dan cabaran yang dihadapi oleh Majlis? Ini bukan bertujuan untuk mencampuri urusan majlis, tetapi untuk

draft • 2:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

memperkukuhkan akauntabiliti kepada Parlimen sebagai institusi tertinggi yang meluluskan undang-undang dan peruntukan kewangan negara.

Banyak badan berkanun dan suruhanjaya diwajibkan menyediakan laporan tahunan yang dibentangkan di Parlimen. Saya berpendapat Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia juga sepatutnya mengamalkan standard tadbir urus yang sama. Oleh itu saya mencadangkan fasal 13 dipinda dengan memasukkan peruntukan membawa Menteri– – bahawa Menteri hendaklah membentangkan laporan tahunan Majlis di kedua-dua Majlis Parlimen dalam tempoh yang munasabah selepas laporan tersebut diterima.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 34 yang memperuntukkan perlindungan terhadap guaman ataupun prosiding undang-undang kepada anggota Majlis, Setiausaha Majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah akta ini.

Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah adakah peruntukan ini secara praktikal menjadikan pegawai-pegawai tersebut kebal daripada tindakan undang-undang walaupun klausa ini mengecualikan perlindungan sekiranya dapat dibuktikan terdapat niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah, beban untuk membuktikan perkara itu tersebut adalah amat tinggi

draft • 2:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya bersetuju bahawa pegawai yang menjalankan tugas secara jujur, in good faith dengan izin, perlu diberikan perlindungan supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa takut, tindakan saman yang tidak berasas. Namun, perlindungan tersebut tidak seharusnya menjadi suatu bentuk kekebalan sehingga menyukarkan pihak yang benar-benar teraniaya mendapat keadilan.

Oleh itu, saya mohon penjelasan Timbalan Menteri mengenai skop perlindungan yang di bawah klausa 34. Bagaimanakah kerajaan memastikan peruntukan ini melindungi pegawai yang bertindak dengan jujur, tetapi pada masa yang sama tidak menutup ruang untuk mangsa mendapat remedi atau sekiranya berlaku kecuaian serius, penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang melampaui bidang kuasa.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang ini. Namun, sokongan ini hendaklah disertai dengan penambahbaikan supaya Majlis yang bakal ditubuhkan benar-benar bebas, profesional, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Saya percaya dengan sedikit pindaan terhadap aspek akauntabiliti, semak dan imbang, khususnya berkaitan fasal 10, 12, 13 dan 34, rang undang-undang ini akan menjadi lebih mantap dan mampu memperkukuh profesion kerja sosial di Malaysia.

draft • 3:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 dengan cadangan-cadangan yang telah saya sampaikan sebentar tadi. Terima kasih.

Saya mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat, YB Senator Tuan Abun. Yang Berhormat Menteri, kebanyakan ucapan tadi berfokus kepada mengelakkan kekebalan dan melindungi rakyat. Saya boleh simpulkan YB Abun, tiga peribahasa. Pertama mengelakkan berlakunya insiden musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan memasang lukah di pergentingan iaitu mengambil kesempatan terhadap mangsa yang teraniaya khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai hak dan tauliah untuk mengendalikannya. Terima kasih YB dan kebanyakan YB menyentuh isu-isu tersebut.

Sekarang majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng untuk berbahas. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 ini. Saya menyokong rang undang-undang ini pada dasarnya kerana negara tidak boleh terus menggagap kerja sosial sebagai sekadar aktiviti kebajikan, kesukarelawan atau mengagihkan bantuan.

Kerja sosial merupakan satu profesion yang memerlukan ilmu, latihan, penilaian risiko, intervensi, etika dan akauntabiliti. Keputusan seseorang pengamal kerja sosial boleh menentukan sama ada seorang kanak-kanak terus berada dalam persekitaran berbahaya, sama ada mangsa keganasan rumah tangga mendapat perlindungan dan sama ada seorang warga emas, orang kurang upaya atau individu yang mengalami krisis kesihatan mental menerima bantuan yang betul.

Rang undang-undang ini bertujuan menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, mengawal selia pengamal dan pelatih kerja sosial serta menetapkan kerangka bagi penyampaian perkhidmatan kerja sosial. Namun, saya ingin menegaskan bahawa pengiktirafan profesion sahaja belum mencukupi. Akta ini mesti menghasilkan tiga perubahan nyata:

(i) rakyat rentan menerima perlindungan yang lebih cepat dan berkualiti;

(ii) pengamal kerja sosial mendapat pekerjaan, gaji, latihan dan perlindungan yang setimpal; dan

draft • 3:02 PM

Puan Tiew Way Keng

(iii) masalah sosial ditangani lebih awal sebelum berubah menjadi krisis yang jauh lebih mahal kepada negara.

Datuk Yang di-Pertua, dalam perbahasan Dewan Rakyat dinyatakan bahawa jumlah kes dikendalikan oleh JKM meningkat daripada 663,628 kes pada tahun 2020 kepada lebih 1.01 juta kes pada tahun 2025 iaitu peningkatan melebihi 50 peratus dalam tempoh lima tahun seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi.

Sehingga suku pertama 2026 pula hanya terdapat sekitar 3,480 perjawatan skim pembangunan masyarakat JKM bagi penduduk Malaysia seramai 34.4 juta orang. Ini menghasilkan nisbah kira-kira seorang pekerja sosial bagi setiap 9,885 orang penduduk.

Ini adalah jauh besar atau lebih berbeza daripada negara-negara yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi.

Angka ini menunjukkan bahawa masalah utama kita bukan hanya ketiadaan peraturan. Masalah kita juga kekurangan kapasiti manusia. Pendaftaran tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya seorang pengamal masih dibebani terlalu banyak kes. Perakuan amalan tidak akan membawa perubahan sekiranya aduan penderaan lewat disiasat, lawatan susulan tidak dapat dibuat dan mangsa terpaksa menunggu terlalu lama untuk intervensi. Justeru, saya minta kerajaan menetapkan sasaran nasional dan negeri mengenai jumlah pengamal kerja sosial yang diperlukan, nisbah pengamal kepada penduduk, had beban kes mengikut tahap risiko dan tempoh tindak balas bagi kes kecemasan.

Datuk Yang di-Pertua, keperluan ini amat mendesak di Selangor. Selangor mempunyai kira-kira 7.4 juta penduduk pada tahun 2025, menjadikannya negeri paling ramai penduduk. Daerah Petaling sahaja mempunyai sekitar 2.4 juta penduduk, manakala daerah Hulu Langat mempunyai sekitar 1.5 juta orang penduduk. Petaling juga mencatatkan kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu 4,858 orang bagi setiap kilometer persegi.

Kepadatan dan mobiliti penduduk yang tinggi membawa cabaran tersendiri.

Tekanan kos sara hidup, keluarga bandar yang terasing daripada rangkaian sokongan, keganasan rumah tangga, pengabaian kanak-kanak, masalah kesihatan mental, warga emas yang tinggal bersendirian dan keluarga yang memerlukan penjagaan jangka panjang.

Statistik rasmi Selangor menunjukkan sebanyak 3,353 orang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Hulu

draft • 3:02 PM

Puan Tiew Way Keng

Langat sebanyak 734 kes, diikuti pula dengan Klang sebanyak 524 kes dan Gombak sebanyak 520 kes. Bagi keganasan rumah tangga pula sebanyak 1,300 kes dilaporkan yang melibatkan 871 mangsa wanita, 286 mangsa lelaki dan 143 orang kanak-kanak.

Lebih membimbangkan sepanjang tahun 2024, Selangor merekodkan 778 kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak termasuk 436 kes di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan 312 kes rogol yang melibatkan kanak-kanak.

Angka-angka ini bukan sekadar statistik. Setiap angka mewakili seorang manusia yang memerlukan penilaian, perlindungan, rawatan trauma, pemulihan keluarga dan pemantauan jangka panjang.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya negeri Selangor dijadikan negeri perintis, model kerja sosial daerah bersepadu khususnya di daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak. Model ini perlu menyatukan JKM, PDRM, hospital dan one stop crisis centre dengan izin, sekolah, pihak berkuasa tempatan, pejabat kesihatan, pusat perlindungan dan NGO melalui satu sistem rujukan serta pengurusan kes yang selamat.

Mangsa tidak sepatutnya dipaksa mengulangi ceritanya kepada lima agensi berbeza sebelum mendapat pertolongan.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai seorang Senator yang mementingkan ekonomi, saya ingin menegaskan bahawa perbelanjaan untuk kerja sosial bukan perbelanjaan kebajikan semata-mata. Ia merupakan pelaburan ekonomi dan modal insan. Apabila seorang mangsa keganasan rumah tangga mendapat perlindungan, khidmat pemulihan dan bantuan pekerjaan, beliau mempunyai peluang untuk kembali berdikari.

Apabila seorang kanak-kanak yang didera menerima intervensi awal, kita mengurangkan risiko trauma berpanjangan, keciciran pendidikan, penyalahgunaan dadah dan konflik dengan undang-undang. Apabila warga emas atau orang kurang upaya menerima penyelarasan penjagaan yang baik, ahli keluarga terutamanya wanita tidak semestinya perlu berhenti kerja sepenuhnya untuk menjaga, penjaga.

Intervensi awal mengurangkan kos jangka masa panjang yang terpaksa ditanggung oleh hospital, mahkamah, polis, penjara, institusi perlindungan dan sistem bantuan sosial.

draft • 3:02 PM

Puan Tiew Way Keng

Justeru, kejayaan akta ini tidak seharusnya diukur hanya melalui jumlah perakuan amalan yang dikeluarkan. Ia perlu diukur berdasarkan hasil seperti tempoh tindak balas terhadap aduan, pengurangan kes berulang, kejayaan penyatuan semula

draft • 3:10 PM

Puan Tiew Way Keng

keluarga yang selamat, pemulihan mangsa, penempatan pekerjaan dan pengurangan tempoh kebergantungan kepada bantuan.

Datuk Yang di-Pertua, kementerian memaklumkan bahawa sehingga Jun 2026, tujuh IPTA menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial. Namun, ramai graduan kerja sosial beralih ke bidang pentadbiran dan pemasaran kerana peluang kerjaya dalam profesion ini amatlah terhad. Ini merupakan satu pembaziran modal insan. Kerajaan melatih graduan tetapi pasaran pekerjaan tidak menyediakan jawatan profesional yang mencukupi. Pada masa yang sama, JKM, hospital, sekolah, pusat jagaan dan NGO berhadapan kekurangan tenaga terlatih. Saya mencadangkan kerajaan membangunkan satu pelan tenaga kerja sosial nasional dengan sasaran perjawatan mengikut negeri dan sektor.

Di negeri Selangor, pengamal kerja sosial berdaftar wajar ditempatkan secara berperingkat di hospital dan pusat kesihatan, pusat perlindungan wanita dan kanak- kanak, pusat jagaan warga emas dan OKU, sekolah berisiko tinggi, pusat pemulihan dadah, pihak berkuasa tempatan dan pusat komuniti di kawasan perumahan rakyat.

Pemegang perakuan interim yang perlu memperoleh pengalaman selama satu tahun juga mesti diberikan penempatan latihan yang berbayar, diselia dan mempunyai standard yang jelas.

RUU menyediakan perakuan interim untuk membolehkan seseorang memperoleh pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial tetapi pelaksanaannya tidak boleh bergantung kepada latihan percuma atau eksploitasi graduan muda. Kerajaan juga perlu menetapkan gaji permulaan yang munasabah, elaun risiko, bayaran tugas panggilan, cuti gantian dan sokongan kesihatan mental. Kita tidak boleh meminta pengamal menjaga trauma orang lain sedangkan trauma serta keletihan emosi mereka sendiri tidak dijaga.

Datuk Yang di-Pertua, di bawah fasal 19, pegawai awam yang menjalankan perkhidmatan kerja sosial sebagai sebahagian tugas rasminya tidak diwajibkan memegang perakuan amalan, sebaliknya pengamal sektor swasta dan NGO diwajibkan berdaftar. Saya memahami penjelasan Menteri bahawa pelaksanaan dimulakan dengan sektor swasta kerana sektor awam sudah mempunyai penyeliaan SOP dan peraturan perkhidmatan dan bahawa peluasan kepada sektor awam akan dilakukan secara berfasa. Namun, rakyat berhak menerima tahap kompetensi yang sama tanpa mengira sama ada mereka berurusan dengan pegawai kerajaan, NGO atau penyedia swasta.

Oleh itu, saya meminta pihak kerajaan menerbitkan satu pelan hala tuju yang mempunyai garis masa untuk membawa pengamal sektor awam kepada standard

draft • 3:10 PM

Puan Tiew Way Keng

pendaftaran yang setara. Pegawai berpengalaman yang tidak mempunyai ijazah khusus tidak perlu diketepikan. Pengalaman mereka boleh diiktiraf melalui kaedah grandfathering, penilaian kompetensi, kursus modular atau akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman. Akta ini mesti menaik taraf pengamal sedia ada, bukan meminggirkan mereka.

Datuk Yang di-Pertua, fasal 31 memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak berdaftar, tidak boleh memberikan perkhidmatan kerja sosial atau menggunakan gelaran pengamal kerja sosial. Pelanggaran boleh membawa denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Majikan yang menggaji individu yang tidak layak pula boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun. Saya bersetuju bahawa gelaran profesional mesti dilindungi namun takrif perkhidmatan kerja sosial perlu dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tidak menakutkan sukarelawan yang mengagihkan makanan, membantu mangsa banjir, membawa warga emas ke hospital atau mengendalikan pusat komuniti.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa aktiviti kesukarelawan dan amal tidak termasuk dalam pemakaian akta tetapi perkhidmatan profesional yang diberikan secara sukarela tetap tertakluk kepada undang-undang profesion. Penjelasan ini hendaklah dimasukkan dengan terang dalam peraturan dan garis panduan. Jangan biarkan NGO kecil membuat tafsiran sendiri dalam ketakutan.

Saya juga mencadangkan tempoh peralihan subsidi fi pendaftaran dan latihan peningkatan kompetensi disediakan khususnya kepada NGO kecil dan pusat perlindungan komoditi.

Datuk Yang di-Pertua, Majlis mempunyai fungsi yang luas. Meluluskan perakaunan, membangunkan piawaian kompetensi, mengawal etika dan melaksanakan pembangunan profesional berterusan. Setiap negeri di Semenanjung termasuk Selangor akan diwakili oleh seorang pengamal kerja sosial namun Menteri boleh membatalkan pelantikan anggota Majlis tanpa memberi sebab manakala rayuan terhadap keputusan pendaftaran pergantungan atau tatatertib dibuat kepada Menteri.

Bagi menjamin keyakinan profesion, saya mencadangkan:

(i) setiap pembatalan pelantikan mestilah disertai alasan bertulis;

(ii) keputusan tatatertib mesti memberikan hak yang jelas untuk mendapatkan dokumen, diwakili peguam, memanggil saksi dan mencabar keterangan; dan

draft • 3:10 PM

Puan Tiew Way Keng

(iii) dalam jangka masa sederhana, rayuan patut didengar oleh suatu tribunal rayuan profesion kerja sosial yang bebas dan bukan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Menteri.

Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah sangat penting. Ia bukan sekadar memberi gelaran profesional kepada pekerja sosial. Ia juga akan memberi impak yang penting kepada masyarakat, kepada negara kita. Ia berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak, maruah wanita, kesejahteraan warga emas, hak orang kurang upaya dan daya tahan keluarga.

Bagi Selangor yang mempunyai penduduk paling ramai dan cabaran sosial bandar yang kompleks, pelaksanaan akta ini mesti membawa lebih ramai pengamal ke lapangan, bukan menambahkan lapisan birokrasi di pejabat. Kita mesti memastikan bahawa setiap keluarga yang meminta pertolongan tidak hanya menerima borang, tetapi menerima seorang manusia terlatih yang mendengar, menilai dan bertindak dengan pantas.

Izinkanlah saya mengakhiri perbahasan dengan serangkap pantun.

Pergi ke kilang membawa bekal, Singgah berteduh di tepi perigi; Kerja sosial diperkasa profesional, Rakyat dilindungi, ekonomi diberkati. Dengan ini, saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng yang pintar untuk mengungkapkan puisi ataupun pantun. Tahniah Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami. Silakan.

draft • 3:10 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berpeluang untuk mengambil bahagian untuk menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Di peringkat awal, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana akhirnya membawa rang undang-undang ini ke Dewan yang mulia ini. Sudah hampir dua dekad profesion kerja sosial di Malaysia memperjuangkan satu kerangka perundangan yang mengiktiraf profesion ini sebagai satu profesion yang benar-benar profesional, mempunyai standard amalan etika dan akauntabiliti yang jelas.

draft • 3:17 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Akta ini bukan hanya mengenai pendaftaran pengamal kerja sosial. Akta ini adalah mengenai martabat profesion, perlindungan masyarakat dan peningkatan mutu sistem kebajikan negara. Pada hemat saya, rang undang-undang ini merupakan satu reformasi penting dalam pembangunan sistem kebajikan sosial negara.

Selama beberapa dekad, profesion kerja sosial berkembang tanpa suatu kerangka perundangan yang khusus bagi mengawal selia profesion tersebut. Akibatnya, terdapat ketidakseimbangan dari segi standard, kompetensi, etika, pengiktirafan profesional dan akauntabiliti. Dengan adanya rang undang-undang ini, profesion kerja sosial akhirnya diletakkan setaraf dengan profesion lain yang dikawal selia seperti profesion perubatan, kejuruteraan, arkitek, akauntan dan juga guaman. Ini merupakan perkembangan yang amat dialu-alukan.

Datuk Yang di-Pertua, kerja sosial bukan sekadar memberi bantuan kebajikan.

Pengamal kerja sosial hari ini mengendalikan pelbagai isu yang semakin kompleks seperti pekerja sosial berada bersama kanak-kanak yang didera, mereka berada bersama wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, mereka membantu warga emas yang ditinggalkan, mereka mengurus keluarga miskin bandar, mereka membantu orang kurang upaya. Mereka mengendalikan kes pemerdagangan manusia, mereka mengurus mangsa bencana, mereka membantu individu yang mengalami tekanan mental. Mereka membantu membanteras penyalahgunaan dadah, mereka membantu mengurus remaja berisiko dan individu yang menghadapi krisis sosial, mereka berada di barisan hadapan membantu rakyat ketika masyarakat berhadapan pelbagai cabaran sosioekonomi.

draft • 3:17 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Pendek kata, mereka adalah wajah kemanusiaan negara. Oleh sebab itu, profesion ini memerlukan satu sistem kawal selia yang jelas. Justeru, saya menyokong penuh hasrat kerajaan menubuhkan satu sistem kawal selia profesion ini.

Datuk Yang di-Pertua, fasal 3 memperuntukkan penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia manakala fasal 4 memperincikan fungsi Majlis termasuk meluluskan perakuan amalan, membangunkan standard kompetensi, mengawal etika profesion dan pembangunan profesional berterusan.

Namun, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Saya menyokong penuh penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia. Didapati Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian manakala Timbalan Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, terdapat wakil sektor awam

draft • 3:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

dan swasta yang dilantik Menteri. Komposisi Majlis pada masa ini banyak bergantung kepada pelantikan Menteri.

Saya mencadangkan supaya wakil Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, universiti awam, NGO kebajikan, wakil Sabah, wakil Sarawak, wakil orang asli, wakil masyarakat India, wakil masyarakat Cina, wakil komuniti orang kurang upaya dan pakar kesihatan mental diberikan representasi yang lebih seimbang. Ini akan meningkatkan kredibiliti Majlis.

Seterusnya saya juga menyokong keperluan supaya seorang pengamal mempunyai kelayakan akademik serta pengalaman sebelum diberikan perakuan amalan. Namun, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap ribuan individu yang telah berkhidmat selama puluhan tahun dalam NGO, institusi kebajikan, pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak, rumah orang tua serta organisasi masyarakat.

Mereka mengurus rumah perlindungan, mereka mengurus pusat pemulihan, mereka mengurus NGO, mereka membantu keluarga miskin. Namun, mereka mungkin tidak mempunyai ijazah kerja sosial walaupun mempunyai pengalaman yang sangat luas. Sekiranya syarat akademik dilaksanakan secara terlalu ketat, kita mungkin kehilangan tenaga kerja yang amat berpengalaman.

Inilah isu paling penting pada pandangan saya. Saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan laluan peralihan selama lima tahun melalui sistem Recognition of Prior Learning ataupun RPL, penilaian kompetensi dan latihan tambahan.

Melalui mekanisme RPL atau laluan peralihan ini, pengamalan profesional mereka dapat diiktiraf. Minta maaf, pengalaman profesion mereka dapat diiktiraf. Ini penting bagi memastikan transformasi profesion berlaku secara inklusif.

Datuk Yang di-Pertua, saya amat bersetuju bahawa pembangunan profesional berterusan perlu diwajibkan. Namun, latihan hari ini tidak boleh lagi hanya berkisar kepada teori kerja sosial tradisional. Pengamal perlu diberikan latihan mengenai artificial intelligence, keselamatan digital, eksploitasi seksual atas talian, jenayah siber terhadap kanak-kanak, trauma psikologi, pengurusan kesihatan mental, intervensi krisis, pengurusan bencana, perlindungan data peribadi dan berkenaan dengan cabaran masyarakat yang berubah dengan sangat pantas. Latihan juga harus berubah.

Saya juga mencadangkan supaya kementerian membangunkan sistem digital profesion kerja sosial. Sistem ini boleh mengintegrasikan pendaftaran pengamal, pembaharuan sijil, latihan profesional, rekod pembangunan kompetensi, pengurusan aduan, statistik kebangsaan, analisis trend sosial dan dashboard pemantauan.

draft • 3:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Melalui penggunaan AI, kerajaan juga boleh mengenal pasti kawasan yang mempunyai peningkatan kes penderaan, kemiskinan atau masalah sosial bagi membolehkan intervensi lebih awal oleh pengamal.

Datuk Yang di-Pertua, kita sering bercakap mengenai kebajikan rakyat dan perlindungan mangsa. Namun, kita jarang bercakap mengenai perlindungan pekerja sosial sendiri. Ramai pekerja sosial memasuki rumah yang berisiko dan ada yang memasuki kawasan penagihan dadah. Ada yang berhadapan dengan individu agresif, ada yang diugut, ada yang berdepan ancaman fizikal.

Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan garis panduan keselamatan, perlindungan insurans, latihan pengurusan konflik dan sokongan psikologi kepada pekerja sosial ini? Saya berharap kementerian menyediakan SOP keselamatan kebangsaan, termasuk penggunaan kamera badan, penilaian risiko sebelum lawatan lapangan dan prosedur lawatan berpasangan bagi kes berisiko tinggi.

Isu burnout dalam kalangan pekerja sosial juga perlu diberi perhatian serius.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah nisbah pekerja sosial profesional berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia? Adakah Malaysia mempunyai sasaran tertentu seperti negara-negara maju?

Jika tidak, apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pengamal dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Kita tidak boleh hanya mempunyai akta tanpa pelan pembangunan tenaga kerja profesion. Ramai mengendalikan puluhan sehingga ratusan kes.

Saya juga berharap kerajaan memperkenalkan program psychological support, critical incident debriefing, employee assistance program, latihan pengurusan trauma dan pemeriksaan kesihatan mental berkala terhadap mereka yang mengamalkan profesion ini.

Datuk Yang di-Pertua, saya berharap rang undang-undang ini tidak dilihat sebagai mengambil alih fungsi NGO sebaliknya ia hendaklah memperkukuhkan kerjasama. NGO mempunyai pengalaman luas di lapangan, kerajaan mempunyai kuasa dasar. Kedua-duanya perlu bergerak sebagai rakan strategik.

Dalam konteks ini, saya rujuk kepada fasal 12 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan kepada Majlis. Saya memahami keperluan akauntabiliti, pada masa yang sama saya berpendapat bahawa Majlis perlu bebas membuat keputusan profesional tanpa campur tangan yang boleh menjejaskan integritinya. Maka, saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah terdapat garis pemisah yang jelas antara kuasa pentadbiran Menteri dan autonomi profesional Majlis.

draft • 3:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Saya turut menyokong penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib. Namun, saya ingin mencadangkan tempoh siasatan dipatuhi dengan ketat, semua keputusan diberi alasan bertulis, pengamal diberi hak representasi, wujud mekanisme semakan bebas terhadap proses tatatertib kerana ini adalah penting bagi memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan, malah dilihat dilaksanakan.

draft • 3:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, fasal 16 memperuntukkan kerajaan menyediakan dana yang mencukupi kepada Majlis, namun huraian rang undang-undang menyatakan implikasi kewangan masih belum dapat ditentukan. Saya ingin mendapatkan penjelasan berapakah kos penubuhan Majlis? Berapakah kos operasi tahunan yang dijangka?

Berapakah jumlah pegawai yang akan ditempatkan dan berapakah bilangan pengamal kerja sosial yang dijangka didaftarkan dalam tempoh lima tahun pertama?

Berapakah bilangan universiti yang kini menawarkan Program Kerja Sosial yang memenuhi piawaian yang dicadangkan? Adakah kerajaan bercadang memberi biasiswa atau pinjaman kepada pelajar yang mengikuti Pengajian Kerja Sosial memandangkan permintaan terhadap profesion ini dijangka meningkat.

Datuk Yang di-Pertua, negara yang benar-benar maju ialah negara yang melindungi golongan paling lemah. Rang undang-undang ini adalah satu langkah penting ke arah itu. Namun saya berharap kerajaan melihat akta ini sebagai permulaan kepada reformasi yang lebih besar. Reformasi yang melibatkan pembangunan modal insan, reformasi yang memperkukuh Sistem Perlindungan Sosial Negara, reformasi yang menjadikan pekerja sosial sebagai profesion yang dihormati, mempunyai laluan kerjaya yang jelas, latihan bertaraf antarabangsa dan kebajikan yang setimpal.

Pada pandangan saya, rang undang-undang ini bukan sekadar mengenai pendaftaran profesion, ia adalah mengenai membina satu profesion yang dihormati, diyakini dan mampu memenuhi cabaran masyarakat Malaysia yang semakin kompleks.

Namun, kejayaan akta ini akhirnya tidak bergantung kepada undang-undang semata- mata. Kejayaannya bergantung kepada pelaksanaan, ia bergantung kepada latihan, ia bergantung kepada peruntukan kewangan.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026.

Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami. Satu ungkapannya tadi, “RUU ini adalah wajah kemanusiaan Malaysia.” Saya tambah sikit YB. Bukan sahaja wajah kemanusiaan

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Malaysia, tetapi RUU ini adalah jiwa keinsanan sejagat yang meniup dan menghidupkan nyala rasa keihsanan insan. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Setuju itu Datuk Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Baik. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, dipersilakan YB.

draft • 3:30 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Alhamdulillah [Membaca doa] . Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026. Seperti beberapa rakan saya yang sebelum daripada ini, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan potongan ayat dalam surahtul Ma'idah ayat yang kedua. Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa, maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahnya.” Ayat ini menjadi asas bahawa Islam menggalakkan kerjasama yang tersusun dalam melakukan kebajikan. Membantu golongan yang memerlukan bukan sekadar suatu amalan sukarela tetapi merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan secara teratur, berintegriti dan penuh amanah.

Perkara ini turut diperkukuhkan oleh sabda baginda Nabi SAW [Membaca hadis] “Sebab baik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” Hadis riwayat Tabarani. Hadis ini mengingatkan kita bahawa ukuran kemuliaan seseorang bukan hanya pada kedudukannya tetapi sejauh mana manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain. Atas dasar itulah, profesion kerja sosial mempunyai kedudukan yang amat mulia kerana tugas utamanya ialah membantu mereka yang memerlukan, mengurangkan penderitaan dan mengangkat martabat insan.

Datuk Yang di-Pertua, selama ini kita sering memberi perhatian kepada golongan yang menerima bantuan tetapi jarang memberi perhatian kepada mereka yang berada di barisan hadapan membantu masyarakat. Hakikatnya, pekerja sosial merupakan individu yang setiap hari berhadapan dengan kanak-kanak yang didera, warga emas

draft • 3:32 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

yang terabai, keluarga miskin, mangsa keganasan rumah tangga, individu yang mengalami kesihatan mental dan pelbagai lagi kes sosial yang semakin kompleks.

Oleh itu, profesion ini sememangnya memerlukan satu standard profesional yang jelas serta satu badan yang mengawal selia etika, kompetensi dan amalan mereka.

Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia melalui rang undang-undang ini adalah tepat pada masanya.

Datuk Yang di-Pertua, saya melihat rang undang-undang ini bukan sekadar untuk menubuhkan sebuah majlis baharu. Lebih penting daripada itu, rang undang- undang ini merupakan satu usaha untuk mengangkat martabat profesion kerja sosial sebagai sebuah profesion yang diiktiraf, dihormati dan diyakini masyarakat. Hari ini hampir semua profesion utama di negara kita mempunyai badan profesional yang mengawal selia standard, etika dan kompetensi masing-masing.

Sebagai contoh, jurutera dikawal selia oleh Lembaga Jurutera Malaysia, Board of Engineers Malaysia, dengan izin. Akauntan dikawal selia oleh Malaysian Institute of Accountants, doktor perubatan dikawal selia oleh Majlis Perubatan Malaysia, Malaysian Medical Council (MFC), jururawat pula dikawal selia oleh Lembaga Jururawat Malaysia, manakala peguam dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar) bagi Semenanjung Malaysia.

Semua badan profesional ini mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan hanya individu yang berkelayakan dibenarkan mengamalkan profesion tersebut, menetapkan kod etika, meningkatkan kompetensi melalui latihan berterusan, mengendalikan tindakan tatatertib serta memelihara keyakinan masyarakat terhadap profesion masing-masing. Ia sangatlah bertepatan Datuk Yang di-Pertua dengan kaedah fiqah yang sangat relevan, yang berbunyi, [Berucap dalam bahasa Arab] Yang bermaksud, “Tindakan atau pentadbiran pemerintah terhadap rakyat, hendaklah berasaskan kepada kemaslahatan.” Dalam konteks ini rang undang-undang yang kita perkenalkan dan kita bahaskan pada hari ini, memberi isyarat kepada kita tentang tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua. Bukan sahaja kerajaan, Kabinet, tetapi juga kita di— sebagai Yang Berhormat di Dewan Negara ini, seperti mana yang disebut oleh hadis Nabi tadi, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemaslahatan rakyat itu terpelihara.

Maka dalam konteks inilah, rang undang-undang ini bukan sahaja melihat kepada mereka yang akan melakukan profesion khidmat sosial ini, tetapi yang lebih penting ialah mereka-mereka yang akan dijaga, dipelihara oleh golongan ataupun mereka yang mengendalikan profesion khidmat sosial ini.

draft • 3:32 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Maka apa yang disebut dalam kaedah tadi jelas bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan ataupun mengadakan peraturan-peraturan tertentu yang digubal dalam konteks ini, rang undang-undang ini, untuk memastikan supaya rakyat kebanyakan di kalangan kanak-kanak, golongan rentan yang perlu dipelihara oleh kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terpelihara melalui satu rang undang-undang yang akan mengawal selia profesion khidmat sosial ini.

draft • 3:32 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Inilah yang sedang cuba diwujudkan, seperti mana yang saya sebutkan tadi melalui Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 dengan penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga melihat penubuhan Majlis ini mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap organisasi dan individu yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Kebelakangan ini, kita sering membaca laporan mengenai penyalahgunaan dana kebajikan, kutipan derma yang tidak telus serta dana awam yang tidak disalurkan kepada penerima seperti dijanjikan.

Walaupun tidak semua kes melibatkan pengamal kerja sosial profesional, namun persepsi negatif akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan sektor kebajikan. Saya berharap Majlis yang bakal ditubuhkan bukan sahaja mengawal selia kompetensi individu, malah menjadi pemangkin kepada budaya profesionalisme, integriti dan akauntabiliti dalam sektor kerja sosial.

Apabila masyarakat melihat profesion kerja sosial mempunyai piawaian yang jelas, kod etika yang tegas dan budaya akauntabiliti yang tinggi, saya yakin profesion ini akan mendapat penghormatan yang setanding dengan profesion-profesion profesional yang lain. Justeru, saya menyambut baik fasal 4, yang memberikan fungsi kepada Majlis untuk membangunkan piawaian kompetensi profesional, mengawal etika serta memastikan pembangunan profesional berterusan pengamal kerja sosial.

Dato Yang di-Pertua, dalam fasal 19 mengenai syarat mendapatkan perakuan amalan, terdapat beberapa persoalan yang saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertama, mengenai syarat pemohon mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial bagi suatu tempoh yang akan ditetapkan. Persoalannya, apakah tempoh pengalaman minimum yang akan ditetapkan oleh Majlis? Dan yang kedua, adakah pengalaman tersebut hanya diiktiraf jika diperolehi melalui agensi kerajaan sahaja seperti di institusi zakat, pusat perlindungan, hospital, penjara atau organisasi kebajikan lain turut akan diambil kira?

draft • 3:40 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Kedua, mengenai seseorang yang mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang ditetapkan. Persoalannya, apakah kriteria yang akan digunakan bagi menentukan kelayakan lain tersebut? Dan, bagaimanakah kerajaan akan memastikan kelonggaran ini tidak menjejaskan standard profesional profesion kerja sosial?

Saya berharap penjelasan Timbalan Menteri terhadap persoalan-persoalan ini dapat memberikan keyakinan kepada perakuan amalan bukan sekadar untuk satu keperluan pentadbiran, tetapi benar-benar menjadi instrumen untuk meningkatkan profesionalisme, kompetensi dan kredibiliti profesion kerja sosial di Malaysia.

Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya fasal 33 berkaitan kerahsiaan maklumat kerana pengamal kerja sosial mengendalikan maklumat yang amat sensitif seperti identiti mangsa penderaan, keganasan rumah tangga, kanak- kanak, warga emas dan individu rentan yang memerlukan perlindungan.

Namun, penggunaan teknologi seperti Sistem Pengurusan Kes Digital dan Pangkalan Data Bersepadu wajib digunakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Penggunaan teknologi perlu disertai dengan kawalan keselamatan siber yang kukuh bagi mengelakkan kebocoran data sensitif.

Hukuman di bawah fasal 33(2) iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi mana-mana pihak yang melanggar kewajipan kerahsiaan. Hukuman ini wajar kerana kebocoran maklumat bukan sahaja menjejaskan privasi malah boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan golongan rentan. Saya berharap kerajaan akan memastikan peruntukan ini disokong dengan sistem keselamatan data yang mantap serta pemantauan yang berterusan agar kepercayaan masyarakat terhadap profesion kerja sosial terus terpelihara.

Datuk Yang di-Pertua, dalam kita sibuk memperkasakan profesion kerja sosial melalui RUU ini, janganlah kita terlupa untuk turut memperkasakan kebajikan mereka yang berada di barisan hadapan membantu golongan rentan.

Pengamal kerja sosial setiap hari berhadapan dengan kes penderaan kanak- kanak, keganasan rumah tangga, kemiskinan, kesihatan mental dan pelbagai krisis kemanusiaan. Beban emosi dan tekanan yang mereka tanggung adalah amat besar kerana mereka bukan sahaja menyelesaikan masalah orang lain malah sering membawa pulang tekanan tersebut ke dalam kehidupan mereka sendiri.

Justeru, pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perancangan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan pengamal kerja sosial termasuk menyediakan sokongan psikologi serta perlindungan keselamatan ketika menghadapi masalah? Jika kita mahu melahirkan pengamal kerja sosial yang

draft • 3:40 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

profesional dan berintegriti, maka kebajikan mereka juga mesti diberikan perhatian yang sewajarnya. Hanya dengan menjaga mereka, mereka akan terus mampu menjaga masyarakat.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai penutup izinkan saya mengakhiri perbahasan ini sekali lagi dengan memetik Firman Allah SWT dalam surah Ali-‘Imran ayat yang ke-110.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] , “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik- baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji serta kamu pula beriman kepada Allah”.

Dan, sudah tentu Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang yang kita bahaskan pada hari ini adalah sebahagian daripada isyarat yang menunjukkan bahawa kita adalah umat terbaik, umat yang menyuruh ke arah kebaikan dan juga untuk mencegah sebarang bentuk kemungkaran dengan cara kita menggalakkan golongan pengamal khidmat sosial ini untuk membantu masyarakat yang— golongan rentan yang memerlukan bantuan tersebut.

Saya percaya profesion kerja sosial merupakan manifestasi kepada tuntutan ini.

Mereka hadir membantu insan yang terpinggir, melindungi golongan rentan dan mengembalikan harapan kepada mereka yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Justeru, saya berharap Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 ini, bukan saja berjaya melahirkan pengamal yang kompeten dan berintegriti, malah mampu memartabatkan profesion kerja sosial sebagai satu profesion yang dihormati, diyakini dan menjadi tunggak kepada kesejahteraan sosial negara.

Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 ini. Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar. Sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran untuk meneruskan perbahasan. Dipersilakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Niran Tan Kran

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam sawadee. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dan ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan RUU Profesion Kerja Sosial 2026.

draft • 3:48 PM

Tuan Niran Tan Kran

Saya tidak akan mengambil masa yang panjang kerana point, point yang saya sediakan hampir semua telah dibahaskan. Jadi saya bagi pantun sikit.

Hari sudah lewat petang, Burung-burung berterbangan kembali ke sarang; Saya tidak berniat ambil masa yang panjang, Teman-teman sila tunggu sebentar sama-sama sekali kita pulang. Prinsipnya, saya menyokong RUU ini. Secara ringkas RUU ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia untuk mengawal selia pengamal kerja sosial, pelatih kerja sosial dan perkhidmatan kerja sosial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

draft • 3:48 PM

Tuan Niran Tan Kran

Pada keseluruhannya, RUU ini untuk akta yang dicadangkan ini mempunyai 36 fasal atau klausa. Antara lain, RUU ini bercadang wujudkan daftar untuk pekerja sosial profesional dan keperluan untuk pendaftaran dan persijilan amalan yang akan diselia oleh suatu badan kawal selia yang dinamakan sebagai Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia.

Penubuhan Majlis tersebut akan membuka satu jalan kepada akauntabiliti dan kualiti kerja sosial yang lebih berkesan serta latihan dan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja sosial di seluruh Malaysia. Pekerja sosial boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu memberikan sokongan perlindungan pada mereka- mereka yang menghadapi krisis atau pada golongan rentan yang mengalami pelbagai situasi traumatik dan keganasan rumah tangga dan penderaan.

Oleh itu, pekerja sosial merupakan ibarat wira yang tidak didendang. Pekerja sosial adalah— yang berkelayakan adalah suatu perlu terlatih secara profesional kerana ia— mereka merupakan satu aset penting kerana kadangkala keputusan mereka boleh menyelamatkan nyawa dan juga mengubahkan hidup seseorang.

Oleh itu, mereka perlu dilengkapi dengan pengetahuan yang mendalam mengenai tingkah laku manusia dengan undang-undang sistem sosial untuk membantu seseorang mengatasi cabaran kompleks seperti sistem mahkamah serta penyediaan sokongan yang profesional. Antara sasaran yang perlu dilihat atau yang perlu mereka mengalami ialah mangsa keganasan rumah tangga, orang kurang upaya yang berusaha untuk hidup berdikari, kanak-kanak yang diabaikan, bekas pengguna dadah dan orang muda yang berkonflik dengan undang-undang.

Walau bagaimanapun, kekurangan kawalan selia dalam bidang kerja sosial berpotensi untuk menghalang pekerja sosial untuk menyumbang secara berkesan. RUU

draft • 3:50 PM

Tuan Niran Tan Kran

ini merupakan satu langkah positif ke arah pengiktirafan dan sokongan peranan penting kerja sosial dan seterusnya memastikan penduduk Malaysia mendapat akses kepada pekerja sosial yang terbaik.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang saya— yang telah pun dibangkitkan dan saya ingin sebut sekali lagi iaitu pertama, saya melihat bahawa RUU ini tiada perbezaan antara— tidak membezakan antara pengamal sosial profesional dari sukarelawan am. RUU ini tidak menunjukkan perbezaan yang nyata antara pekerja sosial profesional yang terlatih dari seorang yang terlibat dengan kerja-kerja sosial seperti pekerja komuniti, kakitangan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sukarelawan.

Klausa 31 menggariskan kesalahan dan RUU ini memperkenalkan penalti- penalti jenayah. Klausa 31(b) mengatakan “seseorang perlu menjadi pengamal kerja sosial atau pelatih kerja sosial di bawah akta ini untuk membolehkan perkhidmatan kerja sosial”. Ini bermakna seorang individu yang tidak berdaftar jika memberikan perkhidmatan kerja sosial boleh didenda sehingga RM20,000 dan atau dipenjarakan selama tempoh dua tahun. Manakala, majikan boleh didenda sehingga RM50,000.

Oleh itu, oleh sebab definisi perkhidmatan kerja sosial dalam klausa 2 terlalu luas, RUU ini akan criminalise dengan izin, beribu-ribu sukarelawan yang tidak terlatih tetapi perlu, yang terdapat di dalam Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, Sukarelawan Sahabat (Befrienders) dan pekerja bantuan krisis ataupun sukarelawan krisis atau organisasi keagamaan dan kebajikan. Jika sukarelawan yang tidak berdaftar ini memberi bantuan intervensi atau sokongan komuniti, mereka dan Pertubuhan Bukan Kerajaan mereka akan menghadapi pendakwaan jenayah.

Adalah dicadangkan agar definisi perkhidmatan kerja sosial dalam clause 2 secara eksplisit mengasingkan kerja-kerja sosial yang berbentuk khusus dan profesional dari bantuan kemanusiaan dan pertolongan sukarelawan komuniti. Undang-undang perlu mempertahankan pengamal kerja sosial yang profesional dari dipergunakan secara fraud bukan menjenayahkan (criminalising) kelakuan atau acting, memberi pertolongan kepada orang lain.

Isu kedua ialah klausa 19(8) memberikan pengecualian secara menyeluruh kepada pegawai awam. Ini bukan satu tindakan yang profesional, ia merupakan kelompongan loophole diberikan kepada pegawai awam. Mereka tidak perlu sijil amalan atau kelayakan yang memberikan perkhidmatan kerja sosial dalam menjalankan tugas mereka.

draft • 3:50 PM

Tuan Niran Tan Kran

Pengecualian pegawai awam dari keperluan memegang sesuatu— perakuan amalan secara efektifnya mengecualikan mereka dari memenuhi piawaian kompetensi yang mandatori, kelulusan kerja sosial yang profesional, kemajuan profesional berterusan dan kod etika yang tegas yang dikuatkuasakan pada sektor swasta dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan. Ini telah mewujudkan double standard dengan izin, yang membahayakan, memandangkan pegawai JKM dan agensi kerajaan yang lain menguruskan keselamatan kanak-kanak yang kritikal, keganasan rumah tangga dan kes-kes kebajikan.

Penjawat awam JKM perlu dijawatkan oleh individu yang telah mendapat latihan profesional sebagai pengamal kerja sosial dan bukan dipertugaskan oleh individu yang tidak terlatih dengan ilmu yang sewajarnya. Individu yang terdedah (vulnerable individual) berhak mendapat penjagaan profesional yang sama dari pegawai awam atau pekerja sosial swasta. Pengecualian secara blanket perlu digantikan dengan suatu tempoh masa transisi yang jelas dan telus untuk melengkapi pegawai awam dengan kelayakan dan standard kompetensi yang diperlukan. Manakala, pegawai-pegawai latihan baharu perlu disyaratkan mempunyai kelayakan profesional sebagai pengamal kerja sosial.

draft • 3:50 PM

Tuan Niran Tan Kran

Ketiga, klausa 3 tidak memperuntukkan pemilihan Majlis dari profesion itu sendiri.

Walaupun badan yang ditumpukan ini bertujuan mengawal selia etika profesion dan standard pengamal kerja sosial, jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi dilantik oleh Menteri. Oleh yang demikian, badan yang ditubuhkan ini lebih kurang sepertimana jabatan kerajaan yang lain. Bukan self-regulating counsellor.

Profesion yang lain seperti profesion Bar Council, pengamal undang-undang, anggota-anggota mereka dipilih oleh peers, oleh kawan-kawan mereka. Ada dicadangkan satu mekanisme pemilihan diadakan, agar anggota mereka dipilih dari pengamal pendaftar, dari individu yang dilantik oleh Menteri secara unilateral.

Klausa 10, kuasa Menteri untuk membatalkan pelantikan seseorang anggota tanpa perlu memberikan apa-apa sebab. Klausa ini perlu dikaji semula agar hak right to be heard, hak pendengaran diberikan selari dengan trend sistem keadilan semasa dan agar dapat dielakkan pertimbangan berunsur politik yang menjadi amalan.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Panjang lagi?

draft • 4:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Dah habis dah. Pengecualian secara— pengecualian— nanti saya.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Pendekkan.

draft • 4:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Pendek saja. Dah habis dah. Mana tadi, tak jumpa.

Dengan itu, saya menyokonglah rang udang-undang ini.

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Niran Tan Kran

Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran. Cepat dia habis tadi, sebab pantun dia tadi itu ya. Jadi, saya dah banyak beri pantun. Ini kali ini, saya balas. Sebab pantun balik awal itu, saya balaslah. Okey.

Banyak mambang antara mambang, Mambang kuning hidupnya lama; Jangan ragu dan jangan bimbang, Lulus RUU, kita pulang bersama. Terima kasih.

[Ketawa] Okey. Dan sekarang Majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin untuk menjadi pembahas yang terakhir dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 pada hari ini. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Setia.

draft • 4:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, saya diberikan 15 minit. Saya kali pertama, saya menjadi pembahas terakhir. Jadi pembahas terakhir ini, maklum sajalah semua kupasan isu-isu yang nak dibangkitkan telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan saya.

Jadi saya tak pasti, sama ada saya perlu hujah berbahas lagi atau tidak, tapi dah dibagi floor kepada saya. Waktu pun masih awal lagi. Izinkanlah saya kalau dapat cakap lima minit kah, 10 minit kah.

[Ketawa] Campur pantun lebih kurang, mungkin tambah sikit lagilah.

draft • 4:03 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya. Boleh. YB Senator kita ini, memang kaya dengan idea dan kemahiran. Pasti boleh membantu.

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yang arif, Datuk Speaker.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Datuk Speaker, izinkan saya.

draft • 4:03 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Lima minit.

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya...

draft • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Khas untuk Dato’ Salehuddin.

[Ketawa]

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. Sepertimana yang saya katakan tadi, semua point saya telah diambil oleh rakan-rakan saya. Jadi saya akan— kalau boleh saya rumuskan saja, apa yang mereka telah katakan.

draft • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial ini bertujuan pada asasnya, mana-mana undang-undang sekalipun, mesti ada tujuan murninya iaitu bagi mengiktiraf profesion kerja sosial secara rasmi dan menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia, serta mengawal selia semua pengamal kerja sosial, pelatih kerja sosial dan juga pendaftarannya dan juga menjaga etika pengamal sosial ini.

Dan semua badan profesional yang kita semua tahu, ada badan majlis profesional yang mengawal profesion mereka. Kita ada Bar Council, kita ada Malaysian Medical Board (MMC). Kita ada contohnya, Lembaga Arkitek Malaysia dan sebagainya.

Semuanya bertujuan untuk mengawal mereka yang mengamalkan profesion yang dikhususkan.

Now, kalau kita fikirkan tentang RUU ini, memang bagus. Mungkin ada yang mengatakan bahawa timely dengan izin, untuk diwujudkan satu mekanisme bagi mengawal profesion seperti yang kita ada sekarang ini, profesion kerja sosial, tetapi persoalannya, profesion kerja sosial ini, bukan sepertimana profesion arkitek, engineers, lawyers, doctors. Mungkin agak berbeza sedikit sebab penekanannya lebih kepada kerja-kerja sosial dan kebetulan mereka ini punyai pengalaman dan sekarang kita nak letakkan pula syarat mereka ini mestilah berkelayakan akademik.

Jadi, kalau kita anggap ini sebagai satu undang-undang nak mengawal mereka yang di dalam profesion kerja sosial ini, kita perlu juga memikirkan impak negatifnya kepada mereka yang mengamalkan kerja sosial ini secara sukarela, yang sebenarnya banyak membantu masyarakat di Malaysia ini.

Jadi saya mulakan pertama sekali, bahawa profesionalisme tidak semestinya menjamin akses pekerja sosial ini kepada masyarakat. Sebab semakin tinggi standard profesion yang diperlukan di bawah undang-undang ini, semakin tinggi jugalah risiko kita akan kekurangan mereka yang sanggup datang ke hadapan ataupun mereka yang berkelayakan untuk tujuan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Baik.

Kita lihat ya. Kalau kita lihat kepada seksyen 9 kepada rang undang-undang ini, atau— maafkan saya. Seksyen— fasal 19 yang memperlakukan amalan kepada mereka

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

yang layak untuk diberikan lesen untuk menjadi— untuk mengamalkan kerja sosial ini.

Pertama, dia mestilah warganegara Malaysia.

Yang kedua, sama ada dia ini, seorang yang berijazah sarjana muda dalam kerja sosial ataupun apa-apa ijazah sarjana muda yang berhubungan dengan kerja sosial atau dia seorang pekerja sosial berdaftar di suatu negara asing yang diiktiraf oleh Majlis ataupun memegang apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang ditetapkan termasuk kehendak bagi piawaian kompetensi yang diakreditasikan. Now, ini persoalan dia.

Kalau dia tidak ada kelayakan akademik sepertimana requirement (b)(i) dan— ataupun dia tidak ada kelayakan ataupun berdaftar dengan mana-mana Majlis di luar negara, kita bergantung kepada yang ketiga iaitu kelayakan yang ditetapkan bagi piawaian kompetensi. Persoalannya, di dalam undang-undang ini, RUU ini, tidak ada.

Apakah yang dikatakan kelayakan yang memenuhi syarat-syarat piawaian kompetensi?

Saya percaya ianya mungkin dibuat di bawah Peraturan 35 yang membenarkan seorang— Peraturan 35 yang membenarkan seorang Menteri untuk membuat peraturan. Mungkin termasuk juga penetapan syarat-syarat yang memenuhi di bawah fasal 19 (1)(b)(iii) dan syarat yang kedua— syarat yang ketiga selain daripada warganegara Malaysia ataupun yang tiga tadi, salah satu, dia telah memperolehi pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

draft • 4:03 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ini pun tidak ditetapkan di bawah RUU ini berapa tahun yang dikatakan pengalaman tersebut. Persoalannya, yang kita ada sekarang ini pekerja sosial ini kebanyakannya mungkin mereka tiada kelayakan akademik, tetapi mereka mempunyai syarat yang ketiga itu iaitu mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial ini.

Jadi andai kata kita meletakkan syarat yang ketat seperti mana fasal 19 ini tidakkah nanti kalau kita start implementing the law dengan izin, kita tidak ada satu tempoh transitional, tempoh peralihan ataupun tempoh yang— sekarang ini kita tak adapun majlis yang mengawal, tiba-tiba kita nak impose satu majlis yang mengawal pekerja-pekerja profesional pekerja sosial ini, tiba-tiba mereka tak layak.

Persoalannya, adakah kita bersedia untuk berada dalam keadaan mereka ini dah tak akan boleh lagi bekerja untuk membantu masyarakat di luar sana? Mereka yang dikatakan mempunyai masalah psikologi akibat daripada penderaan rumah tangga, mereka yang sekarang ini kita lihat banyak kes-kes dadah, yang berhadapan dengan isu-isu kemurungan, mereka yang dirogol, anak-anak kecil yang dirogol, kemudiannya telah mencapai umur 15, 16, 17, mereka merasakan trauma dalam kehidupan mereka.

draft • 4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Bagaimana kalau dikatakan dengan implementation of this law, profesional ini tak boleh lagi berkhidmat disebabkan mereka tidak layak? Bersedia kah kita berhadapan dengan keadaan sedemikian?

Ini persoalan yang pihak kementerian, pihak kerajaan kena fikirkan. Jadi mungkin nanti dalam syor cadangan saya pada akhir ini mungkin saya nak cadangkan kalau kita luluskan sekalipun undang-undang ini kita mesti ada satu tempoh untuk kita menyediakan ruang untuk pekerja sosial ini melengkapkan diri dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang ini. Ini mungkin ada rakan saya, salah seorang Senator ada sebutkan tadi, di sini saya kupas dengan lebih lanjut kesan implikasi negatif andai kata kita terus mengimplementasikan undang-undang tanpa memikirkan keadaan sebenar yang bakal kita hadapi di masa hadapan nanti.

Kita perlu ingat ya, kita perlu tahu, saya bagi satu contoh di Selangor. Kami di MAIS, kita ada NGO yang menguruskan pusat-pusat pemulihan seperti Baitul Ehsan, Baitul— saya pun lupa dah nama dia. Jadi pusat-pusat pemulihan ini adalah merupakan pusat-pusat jagaan bagi mereka yang rosak akhlak, bagi anak-anak muda, anak gadis- gadis yang merupakan yang telah dinodai dan ada anaknya sekali, kita tempatkan di pusat-pusat pemulihan ini.

Dan mereka yang dikatakan pekerja sosial ini mereka bertugas untuk mengawal dan memberikan segala intervensi kepada mereka yang terjejas ini. Jadi kalaulah sekiranya kita ada undang-undang ini, mereka itu nanti kena membuat permohonan bagi melayakkan mereka menjadi pekerja sosial. Andai kata mereka tidak memenuhi syarat ini, sedangkan mereka ada pengalaman yang lama.

Dan hubungan, hubungan baik antara pekerja sosial dengan mereka yang nak dipulihkan akhlak ini memang telah ada. Jadi bila kita putuskan rantaian ini kita putuskan hubungan ini, bagaimana boleh seorang yang menjadi mangsa itu tadi dapat dipulihkan dengan datangnya pekerja lain, pekerja sosial yang lain mungkin tidak serasi dengan mangsa ini.

Jadi ini juga perlu difikirkan sebab kesannya kalau kita nak bina, kita nak pulihkan keadaan mentaliti seseorang yang telah berada dalam kemurungan, dia perlu ada orang yang dipercayai. Orang tersebut biarlah orang yang serasi dengan dia. Barulah dia ada keyakinan untuk dia mencurahkan segala apa yang dialami selama ini.

Dan kalau kita tidak memikirkan tentang siapa yang layak untuk memimpin, memulihkan akhlak mereka, kita akan berhadapan dengan masalah si mangsa itu akan terus mengalami kemurungan akibat tidak serasinya dia dengan pekerja sosial yang bakal diberikan untuk memulihkan kesihatan beliau. Jadi untuk itu, untuk tujuan itu Datuk

draft • 4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yang di-Pertua, saya mohon pihak Menteri dapat memikirkan tentang beban yang bakal diterima oleh mangsa dan juga kita kena fikirkan juga apabila kita dah bina Baitul-baitul Ehsan ini, kita bina pusat-pusat pemulihan yang begitu banyak ini, tiba-tiba kita tidak ada pekerja sosialnya. Jadi mengakibatkan juga tempat-tempat ini tidak akan ada orang yang menjaga mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan ini.

Dan saya suka juga menarik perhatian ada salah seorang daripada rakan Senator saya ada juga menyebut tentang satu peruntukan yang berkaitan dengan keanggotaan pihak berkuasa tatatertib. Dia di sini kalau kita lihat kepada fasal 23, dia ada dua peruntukan yang memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Penyiasatan bagi menyiasat segala isu-isu berkaitan dengan prosiding tatatertib dan juga suatu Jawatankuasa Tatatertib yang menganggotai ataupun mendengar kes-kes yang berkaitan dengan isu-isu tatatertib di bawah rang undang-undang ini.

Persoalan yang dibangkitkan apabila di bawah satu peruntukan yang mengatakan bahawa Jawatankuasa Penyiasatan tersebut boleh terdiri daripada anggota majlis dan juga mereka yang terdiri daripada pengamal kerja sosial dan pegawai am.

Bermaknanya kalau kita lihat kepada keperluan di bawah peruntukan fasal 3 yang menggariskan siapakah yang menganggotai majlis itu tadi dan mereka yang duduk di dalam anggota Jawatankuasa Penyiasatan boleh terdiri daripada mana-mana orang yang di dalam seksyen fasal 3, tetapi di bawah suatu Jawatankuasa Tatatertib tidak dimasukkan pekerja seorang pengamal kerja sosial daripada setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Nelson sebentar tadi.

Cuma apa yang saya nak kupaskan sedikit di sini kalau boleh mendapat sedikit penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan peruntukan ini, disebabkan walaupun dia ada menyatakan bahawa mereka yang menganggotai Jawatankuasa Tatatertib tersebut boleh dipilih di kalangan ahli anggota majlis di bawah seksyen 3, tetapi tidak dikhususkan kepada pengamal kerja sosial. Sebabnya kenapa tidak diberikan peluang kepada mereka secara khusus, sedangkan mereka mempunyai pengalaman dalam menentukan segala tindak tanduk seseorang yang dikatakan telah melanggar tatatertib di bawah peruntukan ini. Mereka adalah orang yang lebih layak untuk mendengar kes-kes sedemikian.

Walaupun dikatakan boleh juga dipilih di kalangan mereka tetapi ia nya bukan satu syarat mandatori untuk memilih mereka menjadi anggota Jawatankuasa Tatatertib.

Ini yang dikatakan bahawa andai kata kita tidak ada orang yang berkemahiran untuk mendengar kes-kes yang melibatkan tindakan tatatertib bermakna satu keputusan yang

draft • 4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

mungkin tidak tepat dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib. Itu yang dikatakan bahawa perlunya ada ketulusan, perlunya ada keadilan kepada mangsa ataupun kepada mereka yang diambil tindakan tatatertib di bawah rang undang-undang ini.

Memandangkan masa pun dah cukup. Apa lagi isu yang saya nak bangkit itu telah pun juga dibangkitkan oleh rakan-rakan saya, jadi saya tak perlu lagi menyatakan sedemikian. Maka saya nak mengakhiri dengan dua rangkap pantun kalau diizinkan.

Yang lain semua asyik berpantun saja takkan saya biarkan saya saja tak berpantun kan.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tapi saya bukan pakar bahasa macam Datuk Mustafa jadi saya tak menjawab.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tak apa Datuk Yang di-Pertua.

*Burung merbah hinggap di dahan, Terbang berkawan mencari makan; Pengamal sosial ikhlas menghulur bantuan, Harap jasa mereka dilupa jangan.

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu; Undang-undang digubal manfaat rakyat, Syor kami jangan dibiarkan berlalu.

[Tepuk]* Terima kasih Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ayat terakhir itu macam peringatan kepada Menteri supaya jangan lupa apa yang Dato’ utarakan ya.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Benar, tepat sekali Yang di-Pertua.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dijemput Menteri menjawab.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Datuk Yang di-Pertua, saya mulakan sesi penggulungan saya, ada had masa tak?

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB nak berapa minit?

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

I pun tak tahu sebab tebal sangat. Tapi saya secepat mungkin.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak perlu jawab semua YB.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang mana yang perlu saja.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Boleh.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dan kalau tengok dalam Dewan ini, siapa yang ada dalam Dewan — siapa yang tak ada dalam Dewan, YB boleh skip jawapan.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Sebab seperti yang disebutkan oleh ramai YB sana, kita kumpulkan dari segi kluster sebab topik-topik lebih kurang semua adalah lebih kurang sama.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Itu terpulang YB nak jawab.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya di atas pentas menunggu je jawapan YB.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

[Ketawa] Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Nak 30 minit ke?

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

30 minit, boleh?

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey baik. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Saya mulakan sesi penggulungan saya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada 19 orang Ahli Senator yang telah membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial 2026 sebentar tadi. Saya juga menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah diutarakan. Semuanya kami ambil maklum dan tindakan sewajarnya akan diambil dalam memastikan pelaksanaan akta ini kelak boleh mencapai objektif yang ingin dikecapi.

Secara keseluruhan, perbahasan kesemua Yang Berhormat Senator pada hari ini telah menyentuh beberapa perkara dasar utama. Oleh itu, saya akan memberikan maklum balas mengikut kluster perkara dasar tersebut dan persoalan-persoalan susulan berkaitan dengannya berbanding— dan tidak menyebut sebab masa terhad.

Jadi terlebih dahulu, perkara pertama yang saya ingin berikan maklum balas adalah berkenaan dengan takrifan dan perbezaan antara perkhidmatan kerja sosial, sukarelawan serta pekerja penjagaan dengan izin, caregivers. Sebab perkara ini telah pun dibangkitkan oleh lebih kurang 12 Yang Berhormat Senator.

Seperti yang boleh dirujuk dalam fasal 2 RUU ini, mentakrifkan perkhidmatan kerja sosial sebagai perkhidmatan yang disediakan bagi maksud untuk memastikan kefungsian sosial dan kesejahteraan individu, kumpulan dan masyarakat melalui enam proses yang tersusun iaitu:

(i) penglibatan atau dengan izin, engagement dengan individu atau kumpulan;

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

(ii) penilaian;

(iii) perancangan intervensi;

(iv) pelaksanaan intervensi;

(v) penilaian semula; dan

(vi) penamatan perkhidmatan.

Keenam-enam proses ini perlu dibaca secara bersepadu atau end-to-end, dengan izin. Ini adalah kitaran kerja seorang pekerja sosial. Oleh itu, kerja sosial merupakan satu profesion yang memerlukan kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan latihan secara formal. Individu yang melakukan kerja sosial perlu memiliki sekurang- kurangnya pengetahuan asas mengenai tingkah laku manusia, psikologi kanak-kanak, sistem sosial, undang-undang dan juga dasar-dasar yang sedia ada.

Ini adalah penting kerana keputusan yang dibuat oleh seorang pekerja sosial boleh memberi kesan secara langsung kepada kehidupan klien. Misalnya sama ada seorang kanak-kanak terus selamat dan dilindungi atau seorang mangsa keganasan rumah tangga mendapat perlindungan atau sebuah keluarga terselamat daripada kemelut sosial.

Takrifan ini telah dibincangkan bersama semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pelaksanaan kerja sosial dan sesi libat urus antaranya pada 30 Mac yang telah dipersetujui secara sebulat suara. Walaupun definisi International Federation of Social Workers (IFSW) serta perundangan negara serantau turut dirujuk, penetapan takrifan ini telah dibuat mengikut konteks semasa kerja sosial di Malaysia.

Dan juga sini nak tekankan antara— apakah perbezaan. Kerja sukarela ialah tindakan ikhlas yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang mengambil berat terhadap kebajikan orang lain atas dasar agama, kepercayaan dan nilai-nilai murni untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat. Ia dilakukan dalam bentuk sumbangan tenaga, kewangan, kebendaan dan sokongan sosial. Sukarelawan bukanlah satu profesion, namun ia adalah satu bentuk tindakan yang amat diperlukan dan amat dihargai oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa.

Kerja penjagaan atau care work atau caregivers, dengan izin, merujuk kepada tugas menjaga klien mengikut keperluan dan ketidakupayaan mereka dalam aspek penjagaan peribadi, pengurusan harian dan pergerakan seperti memandikan mereka, menolong mereka pakai pakaian, memberi makanan dan membantu pergerakan mereka. Ini lebih bersifat sokongan fizikal dan ini tidak adalah— ini bukan adalah profesion kerja sosial.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Kerja sosial melibatkan aktiviti yang bertujuan memberikan respons kepada— serta meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial individu, kumpulan atau komuniti dengan menggunakan kaedah kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti berpandukan himpunan pengetahuan nilai dan prinsip kod etika serta kemahiran kerja sosial dan mematuhi proses yang khusus bermula daripada penglibatan sehinggalah penamatan perkhidmatan. That means satu kes sudah complete, then close case. Jadi atas perbezaan yang jelas ini, kerajaan menetapkan bahawa RUU PKS tidak terpakai kepada sukarelawan yang menawarkan kerja kebajikan atau individu yang menjalankan kerja penjagaan. Jadi sukarelawan jangan bimbang, kumpulan ini tidak— not affected, tidak akan— not bounded under RUU ini. Jangan takut, saya buat apa yang baik nanti, saya kena hukum pula, tak ada. Okey.

Jadi, tidak perlu timbul kekhuatiran langsung sama ada dakwaan atau akan menyekat apa-apa yang mereka ingin lakukan. Jadi sukarelawan— saya akan skip seperti tadi kata yang memberi makanan, yang membantu bersihkan rumah dan sebagainya.

Jadi seterusnya, kluster kedua. Isu kedua adalah berkaitan dengan maklum balas yang berkaitan dengan pemakaian RUU PKS kepada sektor awam dan sektor swasta seperti mana juga yang dibangkitkan oleh lebih kurang lapan orang Yang Berhormat Senator. Datuk Yang di-Pertua berhubung dengan rang undang-undang ini kepada sektor awam dan sektor swasta, saya ingin jelaskan tiga ketetapan utama.

Pertama, pendaftaran adalah wajib kepada semua individu di sektor swasta yang mengamalkan kerja sosial. Fasal 19(1) memperuntukkan bahawa kehendak perakuan amalan terpakai kepada seseorang selain daripada pegawai awam yang berhasrat memberikan perkhidmatan kerja sosial. Skop pemakaian ini merangkumi pekerja sosial di badan bukan kerajaan atau NGO, CBO atau organisasi berasaskan komuniti syarikat korporat, industri kesihatan swasta dan pengamal secara persendirian. Justeru, semua pengamal kerja sosial yang bukan pegawai awam adalah wajib berdaftar di bawah akta ini.

Yang kedua, ketetapan kedua, pendaftaran ini juga wajib kepada pegawai awam yang mengamalkan kerja sosial di luar tugas rasmi kerajaan. Bagi pegawai awam ini, prosedur dan peraturan sedia ada sektor awam seperti permohonan kebenaran oleh ketua jabatan untuk bekerja di luar tugas rasmi selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam.

Jadi yang ketiga, tiada halangan langsung kepada pegawai awam yang lain yang ingin berdaftar dengan majlis. Ini kita tidak langsung menghalang golongan ini untuk

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

memberi perkhidmatan kerja sosial untuk menjalankan tugas rasmi tanpa memegang perakuan amalan. Bermaksud jika seseorang pegawai JKM selepas mungkin satu hari nanti dia tidak lagi bekerja, kalau dia tidak berdaftar di bawah akta ini, dia tidak boleh teruskan sebagai pekerja sosial. Jadi jika dia sudah berdaftar, dia boleh teruskan perkhidmatan dia.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, kementerian maklum terhadap pandangan yang menganggap pendekatan ini boleh mewujudkan dua darjat yang berlainan atau dua standard dengan izin. Oleh itu, suka saya jelaskan bahawa akta ini tidak mengecualikan pegawai awam daripada mendaftar untuk selama-lamanya. Pendekatan semasa ini merupakan pendekatan pragmatik yang dicadangkan berdasarkan penilaian yang teliti atas beberapa pertimbangan.

Yang pertama tiada sebarang struktur perundangan tadbir urus atau kawalan dan sokongan bagi pengawal kerja sosial sektor swasta. Jadi kita ingin mengadakan satu— at least satu majlis untuk mengawal selia.

Kedua pegawai awam telah sedia ada beroperasi dalam satu sistem yang berstruktur dan dikawal selia melalui Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993.

Ketiga pendaftaran mandatori sektor awam pada peringkat ini memerlukan penyelarasan antara agensi yang kompleks dan intensif untuk membangunkan kerangka kompetensi dan kelayakan yang dipersetujui oleh semua. Ini kerana terdapat pelbagai kategori pekerja sosial yang berbeza di pelbagai kementerian dan agensi dalam perkhidmatan awam termasuk yang sedang berkhidmat di bawah kerajaan negeri.

draft • 4:20 PM

Puan Lim Hui Ying

Mewajibkan semua pada masa ini akan melambatkan proses penggubalan undang-undang serta penubuhan majlis. Apabila majlis ditubuhkan kelak, majlis ini akan diwakili oleh anggota dari sektor kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang kerja sosial termasuk ahli akademik dan juga mereka yang melaksanakan kerja sosial itu sendiri. Himpunan anggota-anggota yang berkepakaran dan berpengalaman ini akan membolehkan kerangka kompetensi dan lain-lain peraturan dibangunkan dengan mengambil kira realiti di lapangan dan kepentingan terbaik bagi pekerja sosial.

Jadi, ini tidak bermakna ia tidak boleh berubah di masa hadapan kerana itulah kerajaan telah menyediakan perkara— seterusnya iaitu yang keempat, RUU ini telah memperuntukkan secara nyata di fasal 4(f) berkaitan fungsi majlis untuk berunding dan menilai perluasan pemakaian akta ini. Mekanisme statutori inilah yang akan menjadi asas kepada perluasan pemakaian pada masa hadapan. Jadi, termasuk kemungkinan

draft • 4:30 PM

Puan Lim Hui Ying

pendaftaran mandatori bagi pekerja sosial sektor awam secara berperingkat mengikut keperluan dan ketersediaan di lapangan tertakluk kepada rundingan majlis bersama dengan kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.

Jadi, seterusnya— ada banyak lagi tetapi saya akan pergi seterusnya. Kluster ketiga iaitu berkenaan berhubung dengan standard dan kompetensi pekerja sosial seperti mana yang telah disebutkan oleh lebih kurang 10 atau 11 orang Yang Berhormat Senator.

Saya ingin menjelaskan bahawa standard kompetensi pekerja sosial di sektor awam akan dipastikan setara dengan pengamal kerja sosial berdaftar di bawah akta ini.

Rakyat berhak menerima standard profesional yang sama. Tidak kira sama ada perkhidmatan itu diberikan oleh kerajaan, NGO atau sektor swasta dan itulah komitmen kerajaan. Pegawai awam yang melaksanakan kerja sosial dalam sektor kerajaan akan dipastikan kekal mempunyai kemahiran, pengalaman dan latihan yang sewajarnya.

Profesionalisme mereka dikawal selia dan juga antaranya adalah Peraturan- peraturan Pegawai Awam 1993, piawaian kompetensi kebangsaan praktis kerja sosial yang dibangunkan oleh JKM dan juga penilaian prestasi tahunan serta kewajipan menghadiri latihan berkaitan dengan tugas hakiki selama sekurang-kurangnya 40 jam setahun di bawah Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam dan juga kita ada training roadmap, dengan izin, melalui Pelan Pembangunan Profesional Skim Pembangunan Masyarakat.

Jadi, seterusnya, kluster seterusnya adalah mengenai— Ini banyak ramai yang juga sentuh tentang jenis-jenis perakuan dalam RUU ini seperti mana yang dibangkitkan oleh lebih kurang 10 orang Yang Berhormat Senator.

Setelah pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh majlis, pemohon akan didaftar dan dikeluarkan dengan izin, issued satu perakuan oleh Pendaftar. Semua permohonan yang dikemukakan kepada majlis perlu dalam bentuk dan cara yang ditetapkan. Pada masa sekarang, kita ada fi yang akan ditetapkan tetapi pada masa ini kita akan, majlis akan tetapkan fi yang berpatutan dan izinkan saya huraikan satu demi satu.

Yang pertama dalam fasal 19 ialah perakuan amalan. Seperti yang disebut oleh ramai Yang Berhormat Senator di sini. Antaranya adalah warganegara Malaysia yang memberikan perkhidmatan kerja sosial. Kelayakan yang diperlukan ialah pemohon perlu seorang warganegara dan juga memegang ijazah sarjana, merupakan pekerja sosial berdaftar, memegang apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang ditetapkan. Juga,

draft • 4:30 PM

Puan Lim Hui Ying

memperoleh pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial bagi tempoh yang ditetapkan oleh majlis. Perakuan ini sah selama dua tahun dan perlu diperbaharui.

Saya ingat ini tak ada masalah. Renewal ini adalah satu kelayakan atau satu syarat yang kita perlu adakan dan juga kita ada perakuan amalan sementara untuk individu bukan warganegara Malaysia. Ini untuk makluman sebab saya pun tak dengar ramai yang sebut tentang ini. Jadi, ini tak ada masalah. Perakuan interim juga adalah kita ada satu fasal 21 iaitu perakuan interim di mana seseorang itu ada, dia tak ada pengalaman tetapi dia ada dari segi akademik. Jadi, kita memberikan mereka satu tahun untuk mengadakan pengalaman dan seterusnya mereka boleh memohon untuk mengadakan perakuan amalan.

Jadi, dalam tiga perakuan ini laluan kerjaya yang menjadi sangat jelas di mana seorang graduan bidang kerja sosial yang belum memiliki sebarang pengalaman, contohnya graduan baru boleh memohon perakuan interim untuk menimba pengalaman sebagai Pelatih Kerja Sosial dan juga tadi ramai juga risau tentang seseorang pekerja sosial yang sudah banyak tahun melakukan kerja sosial tetapi sekarang dia tak ada accreditation. Dia tak ada akademik.

Saya pun dengar banyak ramai daripada Yang Berhormat Senator sudah menyebutkan tentang ini. Jangan risau. Majlis di sini majlis akan menentukan kita akan— pada masa ini, belum ada. Biar kita setup majlis itu, tubuhkan majlis itu dan perkara- perkara ini majlis akan menimbangkan dan tentu kita akan mengambil semua yang berpengalaman sebagai satu prioriti. Sebab pengalamanlah yang amat-amat penting untuk pekerja sosial. Jadi, jangan risau di sini saya komited. KPWKM juga komited untuk memastikan tidak ada orang yang berkelayakan menjadi seorang pekerja sosial akan hilang kerja, yang itu amat penting.

Dan seterusnya, juga ini topik pun ramai. Lebih kurang 19 Ahli Yang Berhormat telah menyebut tentang isu-isu berkaitan dengan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia yang akan ditubuhkan melalui RUU ini.

Jadi, fasal 3(2) RUU ini memperuntukkan komposisi Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia yang telah dirangka bagi memastikan keseimbangan dan keterangkuman bagi memastikan ia mempunyai representasi atau perwakilan yang menyeluruh iaitu Ketua Majlis itu adalah KSU atau Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pengarah JKM adalah Timbalan Pengerusi.

Pekerja sosial dari setiap negeri dan juga Wilayah Persekutuan di Malaysia dan juga kita ada wakil daripada sektor awam dan juga sektor swasta.

draft • 4:30 PM

Puan Lim Hui Ying

Ini bermakna pengamal kerja sosial mempunyai keanggotaan yang terjamin di dalam akta dan peruntukan pakar dari sektor swasta membuka ruang yang luas kepada wakil persatuan profesional, wakil NGO, pendidik kerja sosial dan juga ahli akademik untuk dilantik oleh Menteri berdasarkan merit dan kepakaran.

Anggota yang dilantik akan memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak dilantik semula bagi tidak melebihi dua penggal berturut-turut. Jadi, di sini juga tadi ramai ada mencadangkan yang ramai pekerja sosial harus dimasukkan ke dalam majlis kerana pengalaman mereka. Ini sebab kita memang merangkumi dari pihak swasta dan juga dari pihak NGO dan pihak awam. Jadi, jika kita menjemput NGO-NGO itu boleh recommend sesiapa yang mereka anggap amat berpengalaman untuk menyertai Majlis ini.

Selain itu juga, berhubung dengan persoalan mengapa Majlis ini diterajui oleh Ketua Setiausaha, KSU KPWKM. Saya ingin memaklumkan bahawa perkara ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang teliti mengambil kira cabaran dan kekangan yang ada pada masa ini. Ini juga telah dibincangkan melalui pelbagai sesi libat urus yang diadakan bersama semua pihak berkepentingan.

Seterusnya, selain daripada penubuhan majlis dan penggubalan peraturan- peraturan di bawahnya memerlukan penyelarasan antara agensi yang kompleks memandangkan kerja sosial adalah satu profesion yang merentas agensi. KSU selaku Pegawai Pengawal dan peneraju tertinggi pentadbiran kementerian mempunyai kedudukan dan kewibawaan untuk menggerakkan penyelarasan ini dengan berkesan.

Manakala, Ketua Pengarah JKM Kebajikan Masyarakat selaku Timbalan Pengerusi membawa kepakaran teknik Jabatan Kerajaan yang paling berpengalaman dalam praktis kerja sosial di Malaysia.

Malaysia tidaklah bersendirian dalam mengambil pendekatan ini kerana ia juga ada diamalkan di peringkat antarabangsa. Di Hong Kong contohnya, Pengerusi Social Workers Registration Board, dengan izin, dilantik oleh ketua eksekutif dan bukannya dipilih oleh pekerja sosial berdaftar.

draft • 4:30 PM

Puan Lim Hui Ying

Juga, perlu diingatkan bahawa sebagai pengerusi, individu ini tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian kerana ia akan dibuat secara kolektif oleh Majlis.

Seperti yang saya nyatakan tadi, majlis itu kelak akan mempunyai representasi atau perwakilan yang menyeluruh dan terangkum. Jadi, termasuklah pakar dan pengamal kerja sosial dari pelbagai sektor.

draft • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

RUU yang dibentangkan ini tidak menamakan terus asal secara khusus mana- mana organisasi secara tetap sebagai untuk menjadi ahli majlis. Jadi, ini kita lebih fleksibel dan kita dapat memilih dalam dengan lebih luas lagi.

Okey, seterusnya berkenaan dengan kuasa Menteri di bawah RUU juga terdapat lebih kurang enam Ahli Yang Berhormat Senator yang membangkitkan perkara ini.

Berhubung dengan kuasa pelantikan anggota dilantik oleh Menteri berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.

Dan bagi anggota pengamal dari negeri, ia akan dibuat setelah berunding pihak kerajaan negeri supaya setiap negeri mempunyai perwakilan. Kaedah ini memberikan fleksibiliti untuk memastikan komposisi majlis sentiasa mencerminkan kepakaran semasa merentasi sektor awam, swasta, NGO dan juga ahli akademik. Secara amnya, kuasa Menteri untuk membuat pelantikan anggota ini merupakan satu peruntukan lazim dalam akta-akta lain di Malaysia, seperti dalam Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 dan yang lain-lain.

Dalam RUU PKS ini, antara sebab utama pelantikan anggota majlis ditetapkan di bawah kuasa Menteri adalah kerana pemilihan secara undian atau election atau demokratik dengan izin, oleh ahli profesion hanya boleh berfungsi apabila wujud pengamal kerja sosial berdaftar dan daftar ahli yang lengkap, tetapi, perkara ini belum lagi dimiliki oleh profesion kerja sosial kerana senarai daftar hanya akan diwujudkan di bawah RUU ini apabila pendaftaran dimulakan. Jadi, bilangan atau poll dengan izin, taburan pengamal kerja sosial masih belum dikenal pasti selagi daftar belum dibangunkan sepenuhnya.

Justeru, pelantikan oleh Menteri memberikan fleksibiliti untuk memastikan majlis diisi oleh individu yang benar-benar berkepakaran termasuk ahli akademik, pengamal kerja sosial yang berpengalaman dan pentadbir kebajikan kanan tanpa terikat kepada dinamik pemilihan dalam kumpulan yang masih tidak dapat dipastikan taburannya.

Selain itu, seterusnya berkenaan dengan pembatalan pelantikan anggota. Kuasa Menteri untuk membuat pembatalan pelantikan anggota ini merupakan peruntukan lazim dalam akta-akta lain juga. Selain itu, aturan ini juga selaras dengan prinsip baharu kuasa melantik membawa bersama kuasa membatalkan kepada Menteri.

Jadi seterusnya, berkenaan dengan rayuan. Fasal 28 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mempertimbangkan rayuan berhubung dengan keputusan yang dinyatakan dalam perenggan 28(1)(a) hingga (c) iaitu keputusan tertentu yang dibuat oleh majlis dan Jawatankuasa Tatatertib ini melibatkan isu aduan dan tatatertib.

draft • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi seterusnya, ada beberapa Ahli Senator yang bertanya tentang statistik pekerja sosial swasta yang kita ada sekarang. Jadi, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sehingga Julai 2026 terdapat 58— maaf. 54,585 NGO yang aktif yang berteraskan kebajikan dan sosial di Malaysia.

Oleh itu, bilangan pekerja sosial di NGO dijangka signifikan. Namun begitu, sehingga kini kerajaan tiada data atau maklumat menyeluruh mengenai individu pekerja sosial swasta dan maklumat seperti di mana mereka berada, apa jenis perkhidmatan yang diberikan dan apa kelayakan mereka masih belum diketahui.

Kita hanya, kata hanya ada data— kita ada data NGO yang aktif sahaja. Kita andaikan satu NGO yang aktif, ada seseorang pekerja sosial. Jadi, dari sini kita boleh anggap kita ada lebih kurang 54,000 pekerja sosial. Ini satu andaian. Mungkin kalau NGO yang lebih besar, mereka mempunyai lebih ramai lagi pekerja sosial yang layak.

Jadi, mungkin jumlah ini akan lebih banyak.

Jadi— juga kita anggarkan seramai lebih kurang 450 orang pelajar diambil bagi mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kerja sosial oleh IPTA setiap tahun, lebih kurang begitu. Jadi, ini juga merupakan taburan, the poll yang mungkin kita akan tap. Dari segi statistik pekerja sosial awam. Statistik Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat di sektor awam berdasarkan dasar HRMIS dalam kajian yang telah dibuat Institut Sosial Malaysia. Pada tahun 2024, kita ada 11,987 orang. Manakala JKM sahaja, terdapat 3,480 perjawatan di mana 3,329 telah diisi, yang lain masih kekosongan. Jadi dari sini, kita memang ada satu poll yang amat besar juga.

Baik seterusnya, berkenaan dengan, berkenaan dengan— nanti ya. Berkenaan dengan fi dan caj, tahap kompetensi, kriteria kelayakan dan sebagainya yang disebutkan oleh beberapa orang Senator. Jadi, di sini kita nak beritahu pendekatan ini digunakan untuk tujuan fleksibiliti dan untuk membolehkan perubahan mengikut peredaran masa.

Sebab ini bidang— ini kerana bidang kerja sosial adalah dinamik dengan meletakkan semua butiran teknikal dalam peraturan, berbanding menyatakan terus dalam akta.

Semua ini kita akan sebut dalam peraturan. Jadi, yang sangat-sangat detail kita tidak akan letakkan dalam akta.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Datuk Yang di-Pertua, ada 30 minit ya. Ada lagi mungkin— ada juga— sebab sini tak ada masa, saya pun tak tahu sudah sampai masa dah.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak apa YB, kita sedia mendengar YB.

[Ketawa]

draft • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi ada juga lagi yang individu yang— sini saya tengok, ah ada, yes. Ada, ada beberapa isu yang saya nak bangkitkan di sini terutamanya nanti ya.

Okey, YB Senator Saraswathy tak ada ya?

Okey, satu tentang Yang Berhormat Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada di sini.

draft • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ada satu isu di sini. YB Senator bertanya tentang garis panduan keselamatan. Okey, sistem digital dan juga kecerdasan AI.

Jadi berhubung dengan keselamatan sistem digital dan AI ini. Kementerian— kita memang bersetuju bahawa pengurusan kes secara digital memerlukan kawalan yang khusus. Jadi, garis panduan keselamatan data pengguna AI dalam pengurusan kes serta etika media sosial bagi pengamal akan ditetapkan oleh majlis. Dengan mengambil kira kerangka perundangan sedia ada termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan juga dasar-dasar Keselamatan Siber Negara.

Lagi satu berkenaan dengan— okey, Yang Berhormat Senator Hajah Wan Martina ada sebab selalu sangat juga— amat-amat berkenaan dengan KPWKM. Jadi saya nak juga di sini, berkenaan dengan Continuing Professional Development dengan izin, pembangunan profesional yang berterusan, berkenaan dengan soalan ini.

Jadi, berhubungan dengan ini sebagai syarat pembaharuan perakuan, pendekatan RUU ini adalah untuk meletakkan syarat tersebut dalam peraturan- peraturan yang dibangunkan oleh majlis dan bukan secara statutori di dalam akta.

Jadi, ini bukan bermakna CPD atau Continuing Professional Development tidak wajib. Okey, majlis boleh menetapkan jumlah jam CPD sebagai satu syarat pembaharuan perakuan melalui peraturan di bawah fasal 35. Pendekatan ini akan membolehkan kehendak jam latihan, bentuk latihan dan pengiktirafan penyedia latihan ditambah baik dari masa ke semasa mengikut perkembangan bidang dan juga tanpa memerlukan pindaan akta. Semua akan ditentukan atau dibincangkan dalam majlis.

draft • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi, saya ingat begitu sahaja. Jadi, sebagai penutup Datuk Yang di-Pertua, jadi apa yang tidak dapat dimasukkan dalam akta pada hari ini, tidak bermakna pintunya sudah tutup. RUU ini menyediakan ruang untuk penambahbaikan secara berterusan melalui peraturan, garis panduan dan juga mekanisme yang akan dibangunkan oleh majlis kelak.

Mungkin, ada yang beranggapan RUU ini tak sempurna. Namun begitu, RUU yang baik yang mempunyai ruang untuk terus ditambah baik adalah jauh lebih

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

bermanfaat daripada kita terus menangguhkannya dan menunggu kesempurnaan yang tidak diketahui haknya.

Oleh itu, saya dengan ikhlas memohon semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk meluluskan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial ini. Jadi, semua ada pantun. Saya pun ada dua pantun.

draft • 4:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Datuk Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya, Yang Berhormat.

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sebelum pantun, boleh tak saya nak tanya satu soalan? Sebab, YB Menteri tadi tak jelaskan saya punya persoalan tadi tentang tempoh peralihan sebelum kita enforce the law ini. Apa jadi? Adakah cadangan- cadangan kami ini untuk diberikan satu ruang, satu tempoh sehingga kita benar-benar memantapkan, menyediakan pekerja sosial profesional ini? Apa jawapan dia?

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Macam seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tentang tempoh peralihan, jadi ini semua akan ditentukan, akan ditimbangkan oleh Majlis. Majlis akan bincang dan akan menentukan satu tempoh.

Seperti saya tegaskan tadi, semua pekerja sosial yang berpengalaman walaupun tidak ada sijil yang berkelayakan seperti yang ditentukan, kita akan juga— we need more. Kita mahu sebanyak pekerja sosial yang berpengalaman baik dari pengalaman atau dari segi akademik, kita perlu banyak.

Jadi, kita akan— Majlis akan tentukan mungkin satu tempoh dan juga, kita akan mengambil recommendation daripada NGO yang seseorang itu sudah banyak, sudah lama berkhidmat dan sebagainya. Ini semua akan ditentukan oleh Majlis, tetapi cadangan Yang Berhormat Senator, kita alu-alukan. Boleh tulis kepada kita apakah cadangan, bagaimana kita nak terus— apakah cadangan yang boleh kita berikan kepada Majlis?

*Mengurus masyarakat penuh cabaran, Membela insan yang memerlukan; RUU PKS menjadi landasan, Mengikut jasa pekerja sosial dalam perkhidmatan.

[Tepuk] Membina dasar penuh keprihatinan, Memperkasa khidmat sosial negara; Terima kasih atas teguran dan pandangan, Menjadi pedoman memperbaiki usaha bersama.* Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Nampaknya, saya pun kena belajar membuat pantunlah ini. Datuk Mustafa, dia macam air sahaja, kalau dia nak tulis pantun.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tetapi, saya kena belajarlah. Kalau YB Menteri pun dah pandai berpantun sekarang ini, [Ketawa] saya pun kena belajar jugalah.

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 36 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula****] [Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) [Puan Marhamah binti Rosli] dan diluluskan]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kerana dapat hadir sampai habis pada hari ini. Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 3 Ogos 2026.

draft • 4:50 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.56 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026