Jul292026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum, salam sejahtera. Untuk memulakan Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Leong Ngah Ngah.

draft10:00 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih Dato Speaker. Izinkan saya kemukakan soalan nombor 1.

draft10:00 AM

1. Dato' Leong Ngah Ngah minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan fiskal serta memastikan kestabilan ekonomi negara memandangkan nisbah hutang kerajaan kini menghampiri 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

draft10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato Yang di- Pertua, terima kasih Senator Dato’ Leong Ngah Ngah.

Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara dan memastikan paras hutang kekal terurus tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Komitmen kerajaan dalam pelan pembaharuan ekonomi dan fiskal telah membuahkan hasil apabila defisit fiskal Kerajaan Persekutuan telah mengecil selama lima tahun berturut- turut iaitu daripada 6.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2021 kepada 5.5 peratus pada tahun 2022. Berkurang kepada 5 peratus pada tahun 2023, seterusnya 4.1 peratus pada tahun 2024 dan 3.7 peratus pada tahun 2025.

Selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, pinjaman baharu kerajaan turut berkurang iaitu daripada RM100 bilion pada 2021 dan 2022, berkurang kepada RM92.6 bilion pada 2023, seterusnya RM77 bilion pada tahun 2024 dan RM75.6 bilion pada tahun 2025.

Hasil pelaksanaan dasar fiskal yang lebih berhemah, kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan trend penurunan yang konsisten iaitu daripada 11.4 peratus pada tahun 2021 kepada 10.2 peratus pada tahun 2022, berkurang kepada 8.6 peratus pada tahun 2023, seterusnya 6.4 pada tahun 2024 dan 5.9 peratus pada tahun 2025.

Kerajaan kekal komited untuk memastikan kadar pertumbuhan hutang terus berada pada paras yang lebih rendah bagi tahun 2026 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sehingga akhir Mac 2026, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan mencatatkan 63.1 peratus daripada KDNK, lebih rendah berbanding 65.2 peratus daripada KDNK pada akhir tahun 2025. Pelaporan nisbah ini adalah berdasarkan KDNK tahun semasa dan kaedah ini juga diguna pakai bagi pelaporan tahun terdahulu. Dalam hubungan ini, kerajaan kekal berdisiplin dan mematuhi semua had statutori hutang yang telah ditetapkan seperti berikut:

(i) hutang statutori yang merangkumi instrumen MGS, MGII dan MITB sehingga akhir tahun 2025 ialah 63.9 peratus iaitu tidak melebihi 65 peratus daripada KDNK dan sehingga akhir Mac 2026 berada pada paras 61.9 peratus daripada KDNK iaitu masih di bawah had 65 peratus;

(ii) pinjaman luar pesisir berjumlah RM20.8 bilion jauh di bawah siling RM35 bilion; dan

(iii) Bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM4.5 bilion kekal di bawah had RM10 bilion.

Komitmen kerajaan dalam menguruskan hutang secara berhemah turut diperkukuh melalui pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau FRA dan di bawah FRA, kerajaan mempunyai sasaran yang jelas iaitu mengurangkan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana serta memastikan paras hutang tidak melebih 60 peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana. Akta ini juga memperkukuh disiplin fiskal dengan memastikan pinjaman baharu digunakan khusus bagi tujuan pembangunan yang produktif dan memberi manfaat kepada ekonomi negara. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:00 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang memberikan penjelasan yang cukup memuaskan. Oleh itu, saya tiada soalan tambahan.

draft10:10 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Soalan tambahan.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Robert.

draft10:10 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Ya, soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula GST dalam jangka sederhana sebagai cukai yang lebih cekap dan telus berbanding dengan SST bagi membantu mengurangkan hutang negara? Kita semua tahu GST ialah lebih dapat kutip yang lebih jelas dan lebih adil dan dalam masa sederhana dan panjang GST akan mengutip lebih dari SST. Itu ialah satu cara untuk mengurangkan hutang negara. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Senator Datuk Robert. Sebenarnya soalan ini telah dijawab beberapa kali di Dewan Rakyat, di Kamar Khas dan juga di Dewan Negara.

Pendirian kerajaan ialah, pertama: kerajaan tidak berhasrat untuk membawa balik GST buat setakat ini kerana kalau GST dilaksanakan dalam konteks sekarang dia akan mengakibatkan mereka yang tidak berpendapatan tinggi, kehidupan mereka akan terancam dan juga middle class sebenarnya kehidupan mereka juga akan terancam. Kerana walaupun ramai ingat GST ini adil ataupun saksama, tetapi semua literature dan di seluruh negara bersetuju bahawa GST adalah sistem cukai yang regresif.

Kenapa regresif? Kalau seorang dia dapat pendapatan RM20,000 sebulan dan dia mengguna pakai consumption RM2,000. Seorang yang mendapat pendapatan RM5,000 sebulan dan juga mengguna consumption RM2,000. Seorang dia dapat RM2,000 gaji ataupun pendapatan sebulan, dia juga guna consumption RM2,000. Tiga-tiga orang ini walaupun tahap pendapatan mereka berbeza, tetapi sebenarnya mereka bayar cukai yang sama kerana cukai ini berasas consumption dan bukan berasas pendapatan.

So, dalam pemikiran percukaian kalau GST dilaksanakan dia harus dilaksanakan semasa kita sudah ada lebih ramai rakyat dalam kategori middle class. Itu adalah asas pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kalau medium wage gaji, gaji median sampai RM4,000 kita boleh pertimbang untuk melaksanakan GST.

Saya nak bawa balik ke konteks apa yang telah ditanya tadi, soalan asalnya.

Sebenarnya nisbah hutang kepada– daripada KDNK, dia ada dua bab. Satu ialah untuk menguruskan hutang di mana saya telah gariskan tadi, dia ada lagi satu bab di mana kita perlu juga memastikan ekonomi kita berkembang, KDNK kita berkembang lebih baik.

Kita telah menyaksi bahawa– estimate awal untuk suku kedua mencecah 5.8 peratus yang sangat memberangsangkan dan ini juga asas pemikiran kerajaan untuk memastikan ekonomi kita berkembang lebih pesat dan dengan KDNK kita berkembang maka nisbah hutang kita juga akan kurang. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Azahar bin Hassan.

draft10:10 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 2.

draft10:10 AM

2. Tuan Azahar bin Hassan minta Menteri Ekonomi menyatakan:

(a) apakah penilaian kementerian terhadap jurang antara data inflasi rasmi dan pengalaman sebenar pengguna; dan

(b) adakah kementerian bercadang membangunkan indeks kos sara hidup yang lebih mencerminkan keadaan isi rumah mengikut kumpulan pendapatan dan wilayah?

draft10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Azahar bin Hassan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum bahawa terdapat persepsi wujudnya jurang antara data inflasi rasmi dan pengalaman sebenar pengguna.

Berdasarkan pencapaian Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Jun 2026, kadar inflasi ialah terkawal dengan peningkatan sederhana kepada 1.9 peratus berbanding 2.0 peratus pada Mei 2026. Kadar ini disumbangkan Yang Berhormat terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih perlahan dalam kumpulan pengangkutan iaitu 2.8 peratus berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya. Kumpulan makanan dan minuman yang mempunyai wajaran terbesar pula kekal stabil pada kadar 1.4 peratus.

Namun demikian Dato Yang di-Pertua, kadar inflasi keseluruhan yang terkawal tidak semestinya menggambarkan pengalaman kos sara hidup yang dirasai oleh semua isi rumah.

Kadar ini disebabkan IHP mengukur purata perubahan harga pada bakul barangan dan perkhidmatan yang mewakili keseluruhan isi rumah di Malaysia, manakala pengalaman sebenar isi setiap isi rumah dipengaruhi oleh corak perbelanjaan, lokasi tempat tinggal serta tahap pendapatan individu.

Secara umumnya Ahli Yang Berhormat, kesan inflasi terhadap seseorang pengguna dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya:

(i) komposisi perbelanjaan isi rumah, khususnya perbelanjaan terhadap makanan, perumahan dan pengangkutan;

(ii) tahap pendapatan iaitu isi rumah berpendapatan rendah lazimnya membelanjakan peratusan pendapatan yang lebih tinggi kepada keperluan asas seperti makanan dan pengangkutan yang lebih sensitif kepada perubahan harga;

(iii) lokasi tempat tinggal termasuk perbezaan kos antara bandar, luar bandar serta antara negeri;

(iv) corak perbelanjaan individu termasuklah pilihan jenama, kekerapan pembelian dan lokasi pembelian.

Ahli Yang Berhormat, sebagai contoh sekiranya harga makanan meningkat lebih pantas berbanding kumpulan barangan lain, isi rumah yang memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan kepada makanan akan merasai tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi keseluruhan.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan telah membangunkan Indikator Kos Sara Hidup (IKHS) pada tahun 2024. Indikator ini mengukur kos sara hidup secara lebih terperinci berdasarkan serta berasaskan data survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas serta IHP bagi memastikan analisis yang dihasilkan lebih mencerminkan corak perbelanjaan sebenar isi rumah. Sehingga kini Ahli Yang Berhormat, indikator kos sara hidup seperti Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), Indeks Kos Sara Hidup dan purata PAKW telah tersedia sehingga peringkat daerah pentadbiran.

Susulan itu Ahli Yang Berhormat, kerajaan turut menggunakan pelbagai indikator seperti survei pendapatan isi rumah, statistik gaji dan upah serta Indeks Kesejahteraan Rakyat MyWI─ Well-Being Index untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai kesejahteraan rakyat.

Kerajaan berpandangan bahawa kadar inflasi rasmi merupakan salah satu petunjuk penting dalam menilai perubahan harga. Namun, indikator ini perlu dilihat bersama dengan indikator lain bagi memberi gambaran yang menyeluruh mengenai keadaan sebenar isi rumah.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memperkukuhkan pembangunan statistik rasmi termasuk penghasilan indikator yang lebih granular mengikut kumpulan pendapatan, lokasi dan demografi bagi memastikan dasar dan intervensi yang dilaksanakan adalah lebih bersasar serta berkesan dalam menangani kos sara hidup rakyat. Sekian, terima kasih Dato Yang di- Pertua.

draft10:10 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang sangat baik. Cuma kita nak pergi kepada satu soalan lagi berkaitan dengan pendapatan sebenar rakyat. Selain mengawal inflasi, apakah langkah kementerian untuk memastikan pertumbuhan pendapatan isi rumah mengatasi kadar peningkatan kos sara hidup agar kuasa beli rakyat benar-benar meningkat dan juga rakyat tidak perlu lagi membuat dua atau tiga kerja bagi menampung kelangsungan hidup? Indeks sebahagian rakyat perlu ditingkatkan. Terima kasih.

draft10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Azahar atas persoalan yang saya kira merupakan kebimbangan rakyat di bawah sana. Kerajaan amat memahami dan merasai keresahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup dan kita komited untuk memastikan pertumbuhan pendapatan isi rumah mampan mengatasi kadar peningkatan harga barangan.

draft10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bagi mencapai hasrat tersebut Dato Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, kerajaan menggunakan dua pendekatan melalui kerangka utama, kerangka Ekonomi MADANI dan yang keduanya Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kita menaikkan siling dan menaikkan lantai.

Yang Berhormat Senator, apabila kita bercakap tentang menaikkan siling, kita menumpukan usaha pertumbuhan ekonomi berteraskan penciptaan nilai, produktiviti, pelaburan kualiti tinggi supaya industri tempatan mampu menawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat. Apabila kita memperluaskan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi melalui pelaburan berkualiti seperti pembangunan industri high-growth, high-value, kita perkasakan TVET, kita buat upskilling, kita buat reskilling, kita pastikan PMKS kita berdaya saing, itu dari segi menaikkan siling.

Apabila kita nak menaikkan lantai pula Yang Berhormat Senator, kita menumpukan usaha untuk menjaga kebajikan rakyat, memperkasakan pasaran buruh dan menyediakan perlindungan sosial yang saksama bagi memastikan no one left behind. Kita agihkan STR, kita agihkan SARA, kita kekalkan BUDI95, RM1.99 per liter, kita lancarkan BUDI Diesel, RM2.10 per liter dan juga kita laksanakan dasar gaji progresif bagi menyokong pertumbuhan gaji mesti seiring dengan pertumbuhan produktiviti.

Itu sebabnya dalam ucapan asal― itulah sebabnya jawapan asal saya tadi, Well-being Index (MyWI) ini kita menggunakan pelbagai kaedah untuk melihat bukan sahaja satu indikator, dilihat melalui inflasi tetapi kita menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kita dapat kejelasan apa yang sedang berlaku di bawah sana. Terima kasih Dato Yang di- Pertua.

draft10:20 AM

Tan Sri Dato' Low Kian Chuan

Soalan tambahan.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Tan Sri.

draft10:20 AM

Tan Sri Dato' Low Kian Chuan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas tadi jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kerajaan boleh memastikan rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana

(PMKS) merasai limpahan ekonomi memandangkan peningkatan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan iaitu pada 5.6 peratus bagi separuh pertama tahun ini? Terima kasih.

draft10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tan Sri atas persoalan berkait hampir— soalan yang dua hari lepas saya jawab di Dewan ini. Apabila angka KDNK itu nampak bagus, tetapi bagaimana ia tidak berlaku di peringkat bawah. Itu sebabnya Yang Berhormat Senator, ini yang kita namakan, apabila kita membuat KDNK ia adalah nilai agregat, tetapi bagaimana nilai KDNK itu disumbangkan adalah dia bergantung kepada sectoral, sectoral, lima sektoral yang menentukan kepada KDNK sama ada sektor perkhidmatan, pengkuarian, agriculture dan pembinaan.

Jadi, apabila kita pergi ke level, level setiap sektor ini Dato Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, kita melakukan penambahbaikan dari segi daya saing mereka. Yang paling penting bagi kita untuk PMKS kita mesti memastikan kecekapan kerajaan itu berada di tahap optimum sehingga menyebabkan mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menguruskan kos pentadbiran, kos production yang mereka lakukan supaya mereka mempunyai margin yang tinggi. Itu sebabnya kita wujudkan Akta Iltizam untuk memastikan kita kurangkan kerenah birokrasi, kita tingkatkan kecekapan kerajaan, kita tingkatkan juga kecekapan agensi-agensi yang menyokong kepada PMKS tersebut.

Sekiranya ini berlaku Yang Berhormat dan semua the whole-of-nation approach itu dapat dilaksanakan dengan baik, kita bagi jaminan, kesan akhirnya akan berlaku kepada masyarakat kerana mereka akan mendapat pendapatan tinggi, mereka akan dapat gaji yang tinggi.

Jadi, apabila kita naikkan siling tersebut, nilai inflasi lebih tinggi daripada pertumbuhan gaji, ini akan memberikan sikit kelegaan kepada rakyat di bawah sana. Apa sekalipun Yang Berhormat, kerajaan sedang meneliti pelbagai kaedah untuk memastikan kita sentiasa meletakkan rakyat berada di hadapan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan tambahan yang terakhir. Kita masih di bawah Peraturan 23(3). Hanya tiga soalan tambahan boleh dikemukakan. Ya, Yang Berhormat Senator Datuk Edward.

draft10:20 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci juga. Soalan tambahan ialah adakah kementerian mempunyai perancangan atau bersedia menilai semula kadar inflasi nasional sebagai asas penggubalan dasar memandangkan negeri seperti Sabah dan Sarawak berdepan dengan struktur kos yang jauh berbeza akibat faktor logistik, geografi dan rantaian bekalan? Terima kasih.

draft10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Dato Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Edward tadi, saya sikit keliru dari segi mana Yang Berhormat nak? Yang Berhormat lihat dari segi inflasi ke atau Yang Berhormat nak melihat dari segi bagaimana untuk kita improve infrastruktur di kawasan-kawasan yang saya sebut dua hari lepas LDA— least developed area seperti mana di negeri Sabah, di negeri enam yang termiskin Sarawak?

Jadi, sekiranya Yang Berhormat melihat adakah kita bersedia untuk mengubah inflasi, saya kira itu bukanlah satu perkara yang kecil kerana bakul makanan (basket food) yang kita ambil itu sentiasa kita tambah. Kita bukan hanya statik kepada amount of basket. Kerana apa?

Kerana pada setiap lima tahun kita melakukan dua survey yang kita panggil HIES, household income survey. Kali terakhir kita buat pada 2024.

Di situ kita melihat bagaimana penentuan paras garis kemiskinan dahulunya X value, tetapi apabila kita laksanakan survey, kita tingkatkan nilai tersebut. Kerana apa? Kerana jumlah yang kita lihat itu bukan indikator yang statik tetapi ia bertambah, tetapi sekiranya kita melihat kaedah untuk kita rombak inflasi itu, ia ada— kaedahnya kita tak rombak, yang cumanya kita rombak adalah berapakah jumlah barangan yang kita masukkan dalam food basket tersebut untuk kita nilai.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, kita ada pegawai di setiap daerah. Kita ada pegawai di setiap negeri yang mengambil dapatan itu pada setiap masa dan mereka turun ke lapangan untuk mengumpul data dan data tersebut dibawa ke Putrajaya oleh Jabatan Statistik untuk kita menaksir apakah data yang dikumpul itu akan memberi kesan kepada polisi yang kita akan lakukan, tetapi kita bagi jaminan Yang Berhormat, apa jua sekalipun RMK13 adalah untuk kita mengurangkan jurang di antara wilayah terutamanya di negeri Yang Berhormat sendiri. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin.

draft10:20 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Waktu pagi makan roti, Roti disapu dengan mentega; Tujuh hari sabar menanti, Soalan saya nombor tiga.

draft10:20 AM

3. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah pencapaian dan rekod kejayaan terkini Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dalam mengurus hal pentadbiran harta wakaf di seluruh negara secara lebih tersusun, sistematik dan efektif.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Macam mana Menteri, nak jawab pantun kah?

draft10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

*[Ketawa] Industri wakaf adalah identiti; Harap jawapan saya akan puas hati.

Masya-Allah.* Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan. Dato Yang di-Pertua, pembangunan dan pentadbiran harta wakaf adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negara ini. Bagi memperkukuh usaha ini di peringkat Persekutuan, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji iaitu (JAWHAR) pada 27 Mac 2004 untuk menyelaras, memperkasa dan memajukan pembangunan wakaf secara lebih tersusun, sistematik dan berkesan.

Antara pencapaian utama JAWHAR sepanjang 22 tahun penubuhannya kerana soalan tadi berkenaan dengan pencapaian dan rekod kejayaan JAWHAR kan. So, saya akan sebut satu persatu dengan izin ya Dato Yang di-Pertua.

Yang pertama, penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia pada tahun 2008 sebagai entiti wakaf kebangsaan yang bekerjasama dengan MAIN okey, dalam pembangunan aset wakaf.

Itu yang pertama.

Yang kedua, membangunkan 19 projek wakaf berimpak tinggi di seluruh negara melibatkan kos keseluruhan bernilai RM321 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan hingga RMK13 termasuk hotel wakaf, pangsapuri, pusat hemodialisis, premis-premis perniagaan, kompleks pendidikan dan asrama anak yatim yang memberi manfaat kepada asnaf, pelajar, usahawan serta masyarakat.

draft10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Yang ketiga, menyediakan pelbagai garis panduan dan manual tadbir urus wakaf termasuk berkaitan dengan istibdal, pengurusan tanah wakaf dan wakaf muakkad bagi menyeragamkan amalan pengurusan wakaf di seluruh negara. Wakaf muakkad ini untuk makluman semua ialah wakaf bertempoh, okey.

Yang keempat, memperkenalkan Pekeliling Am JPM Bilangan 1, Tahun 2020 yang membolehkan penjawat awam menyumbang wakaf tunai melalui potongan gaji secara sukarela. Saya mengajak penjawat awam termasuk Dato Yang di-Pertua dan para YB Senator sekalian, untuk memanfaatkan kemudahan ini demi memperkasa pembangunan wakaf di negara kita.

Yang kelima, melaksanakan kajian...

draft10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Dato, ada boleh ruang sikit?

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Okey.

draft10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ingin komen Yang Berhormat Menteri. Dalam institusi wakaf yang sedia ada dah ada ini, ada tak intention— soalan. Ada tak intention atau ruang untuk dibangunkan bank wakaf di negara kita?

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Bank wakaf ya. Saya jawab kemudian Dato Yang di- Pertua boleh? Saya teruskan dulu dengan senarai-senarai, dengan izin.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

[Ketawa] Saya mohon.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang pada Menteri untuk jawab ke tidak.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Okey, baik. Saya minta mohon selesaikan dulu jawapan yang utama ya.

Melaksanakan kajian ilmiah berkaitan hukum wakaf kontemporari seperti hukum wakaf tunai dan hukum wakaf muakkad yang saya sebutkan seperti yang tadi bagi tujuan pelaksanaannya di Malaysia.

Yang keenam, memperkukuh promosi wakaf melalui kerjasama strategik dengan MAIN, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta termasuk penganjuran Bulan Wakaf Kebangsaan dan Zakat and Wakaf Run.

Kemudian yang ketujuh, membangunkan pelan induk wakaf nasional (PIWN) 2025 hingga 2030 sebagai hala tuju pembangunan wakaf negara yang lebih berstruktur, mampan dan berimpak.

Dan saya juga suka untuk berkongsi dengan semua Ahli Yang Berhormat, di peringkat antarabangsa, alhamdulillah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Yang Berusaha Dr. Ridzwan bin Bakar telah dilantik sebagai penasihat wakaf di Kesultanan Oman baru-baru ini sahaja, masya-Allah. Dan saya sendiri telah menyaksikan majlis penandatangan— mereka menandatangani MOU antara Yayasan Waqaf Malaysia dan wakil daripada Kesultanan Oman. So, alhamdulillah pelantikan ini membuktikan keyakinan antarabangsa terhadap ekosistem wakaf negara kita dalam mengukuhkan kerjasama Malaysia-Oman dan pembangunan dan tadbir urus wakaf.

Ini antara senarai pencapaian JAWHAR sepanjang 22 tahun dan diharap dapat menjawab soalan Yang Berhormat Senator. Dan kami harapkan semoga lebih ramai yang peka dan tahu betapa institusi wakaf di Malaysia ini sebenarnya sedang berjalan dengan sangat baik, bahkan telah menempa nama di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Senator Baharuddin Ahmad.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Oh, tapi soalan utama...

draft10:30 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Soalan tambahan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf, penyoal asal dulu. Keutamaan diberi penyoal asal untuk soalan tambahan iaitu satu. Dia ada dua lagi soalan tambahan yang dibenarkan.

draft10:30 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Ya, terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Walaupun berpuas hatilah dengan jawapan, tapi soalan tambahan mesti adalah.

Tadi ada disebutkan berkaitan dengan pelan induk wakaf nasional (PIWN). Apakah statusnya? Sudahkah ia dilancarkan? Yang mana pelan induk ini 2025 hingga 2030 yang saya rasa macam masih belum dilancarkan lagi sehingga kini. Dan sejauh manakah komitmen negeri-negeri dalam Malaysia terhadap pelan ini? Terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dato Yang di- Pertua, betul PIWN 2025 hingga 2030 ini belum dilancarkan. Namun, ia telah dibentangkan kesemua Majlis Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia dan mereka telah mengambil maklum tentang kandungan PIWN ini yang mana akan dilaksanakan dalam tempoh tersebutlah. Dan PIWN akan dibentangkan untuk pemakluman dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Jemaah Menteri pada tahun ini juga.

Suka juga untuk saya berkongsi, ada empat pelan ya. Empat teras utama dalam PIWN:

(i) mentransformasi institusi berkaitan wakaf;

(ii) memperkasakan perundangan wakaf;

(iii) menambah sumber pendapatan dan pembiayaan wakaf; dan

(iv) meningkatkan kesedaran dan pembudayaan wakaf.

Jadi bagi menjawab soalan YB Senator tadi, betul belum dilancarkan, tetapi semua Majlis Agama Islam Negeri telah dimaklumkan, telah dibentangkan dan alhamdulillah menyokong PIWN 2025 hingga 2030. Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Soalan tambahan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Senator Anna Bell dan kemudiannya, soalan tambahan Profesor.

draft10:30 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Oh, banyak soalan tadi.

draft10:30 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah produk-produk wakaf yang diperkenalkan di bawah YKW seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat dan seterusnya pembangunan komuniti? Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dato Yang di- Pertua, kebetulan pada saya ada data untuk menjawab soalan daripada YB Senator.

Antara impak positif produk-produk wakaf yang diperkenalkan di bawah Yayasan Waqaf Malaysia ini antaranya ya.

Yang pertama, Wakaf Masjid Hijau. Ia ada sembilan projek keseluruhan dan jumlah agihan sebanyak RM450,000 yang mana impaknya memberi penjimatan bil elektrik dan air hampir 50 peratus. Itu yang pertama.

Yang kedua, wakaf air sebanyak 92 projek yang berjumlah RM4,380,087.38 yang mana memberi impak kepada 8,232 rumah yang menerima manfaat bersamaan dengan 53,748 individu. Wakaf air ini maksudnya memberi manfaat kepada isi-isi rumahlah.

Kemudian yang ketiga, dana wakaf armalah. Mungkin ramai yang tidak familiar dengan armalah ini, tetapi saya ingin berkongsi impaknya ialah ibu tunggal yang mendapat dana wakaf armalah ini, mereka berjaya memperolehi pendapatan bulanan melebihi RM1,500 sebulan, yang mana jumlah agihan sebanyak lebih RM179,000 okey.

Dan seterusnya kalau ada masa lagi saya ingin share tentang Wakaf Halal PKS, yang mana impaknya memberi bantuan kepada usahawan PKS dari sektor pembuatan makanan dan farmaseutikal, yang mana jumlah agihan melebihi RM500,000. Ada lebih kurang 25 syarikat yang telah menerimanya.

Dan rasanya saya boleh berikan data ini yang lebih lanjut kepada YB Senator untuk mendapat jawapan yang lebih terperincilah tentang impak daripada produk-produk wakaf Yayasan Waqaf Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir, Prof. Dr. Noor Inayah.

draft10:30 AM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, YB yang dihormati. Saya ingin melihat bagaimana 13 buah negeri yang sebenarnya wakaf itu adalah di bawah bidang kuasa masing-masing, disatukan di bawah entiti identiti JAWHAR.

Dan kita dengar tadi ada Yayasan Waqaf Malaysia. Yang kita nak lihat lebih ke hadapan adalah bagaimana wakaf produk-produk yang disebut tadi itu boleh membawa kepada kemakmuran ekonomi negara kerana wakaf ini bukan untuk umat Islam semata-mata.

Kita faham wakaf ini untuk semua. Dia berbeza. Even zakat pun kalau diperincikan secara ulama tafsirnya, boleh sehingga satu peringkat diberikan kepada bukan Islam, tetapi wakaf satu dalam teknologi sekarang, pemeliharaan data-data penerima manfaat itu bagaimana kita nak satukan memandangkan ada 13 komponen negeri? Bagaimana support setiap negeri terhadap JAWHAR dan juga satu lagi entiti Yayasan Waqaf Malaysia? Terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih YB Senator. Berkenaan dengan wakaf ini satu, perkara utamanya memang dia di bawah bidang kuasa negerilah. Cuma JAWHAR ini sentiasa ada— JAWHAR dan Yayasan Waqaf Malaysialah ya, kedua-duanya sekali mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua negeri. Dan JAWHAR sebagai pembuat dasar sentiasa menambah baik kaedah-kaedah standard yang boleh diikut ataupun dimanfaatkan oleh semua negeri.

Tadi YB Senator ada sebutkan tentang wakaf ini penerimanya bukan orang Islam sahaja, betulkan? Okey. Di Yayasan Waqaf Malaysia, kita ada banyak produk dan antara negeri-negeri yang telah bekerjasama, saya bagi contoh hotel wakaf. Hotel wakaf ini sudah ada di Terengganu, Melaka. Ini antara yang saya pernah pergi sendiri dan kami sendiri pernah interview pekerja-pekerja di sana yang mana mereka ini di kalangan asnaf dan yang boleh mendapatkan manfaat daripada hotel-hotel ini juga bukan sahaja yang Islam, tetapi yang bukan Islam. Jadi bagaimana untuk memastikan 13 negeri ini berada dalam satu bumbung?

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Yang pertama, kita boleh selaraskan. Namun tetap tertakluk kepada setiap negeri sama ada untuk ya, mengikuti ataupun mempertimbangkan ataupun tidak, dasar-dasar yang kita tetapkan.

Namun, kerjasama antara JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dengan negeri-negeri adalah sangat baik dan mereka sangat terbuka dengan apa juga cadangan dan pendekatan dan sayalah— kalau boleh kita ingin mengalu-alukan ya semua negeri untuk bersama-sama ya dalam kita membangunkan industri wakaf ini, kerana industri wakaf ini, mungkin tidak berapa dikenali, tetapi jika ia dibangunkan dengan betul, ia akan memberi impak yang sangat luar biasa, bukan sahaja kepada negeri-negeri, kepada negara keseluruhannya.

Dan untuk soalan Bank Wakaf tadi sedikit ya. Insya-Allah, ini kira cadangan daripada pihak YB Senator, kami akan melakukan penilaian dan kajian. Dan untuk makluman, ada data real-time sebenarnya. Cakap pasal bank, mesti tentang duit tunaikan? Di Yayasan Waqaf Malaysia, kita ada satu dashboard real-time merekodkan berapa jumlah wakaf tunai yang sedang masuk sekarang, yang terkinilah.

Jadi sebelum ada Bank Wakaf ini, kita sudah ada satu dashboard yang boleh dirujuk untuk melihat berapa jumlah wakaf tunai yang sudah dikumpulkan. Harap membantu dan harap menjawab. Terima kasih.

draft10:40 AM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Dato, ada satu soalan belum dijawab tadi. Tentang data penerima manfaat wakaf ini...

draft10:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Okey. Maaf, maaf.

draft10:40 AM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

...Bagaimana dipelihara dalam zaman teknologi ini?

draft10:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Okey.

draft10:40 AM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Ada kebocoran dan sebagainya?

draft10:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Baik.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft10:40 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Data penerima daripada dashboard, kita ada, kita ada data-data itulah. Saya rasa Dato Yang di-Pertua, saya prefer untuk bagi jawapan secara bertulis. Since, data-data setiap negeri dipegang oleh setiap negeri, tetapi JAWHAR, insya- Allah boleh mendapatkannya. Namun, perlu mendapatkan kerjasama daripada negeri juga.

Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina.

draft10:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft10:40 AM

4. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk memanfaatkan kemudahan projek infrastruktur utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ini bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Kelantan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

draft10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia, bersedia untuk memanfaatkan projek Laluan Rel Pantai Timur

(ECRL) termasuk jajaran Seksyen A yang melibatkan Stesen Kota Bharu dan Stesen Pasir Puteh, serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) sebagai pemangkin kemudahsampaian pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Kelantan. Inisiatif ini dijangka merangsang pertumbuhan sektor pelancongan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

MOTAC akan memperkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi pelancongan, pengusaha produk dan masyarakat setempat untuk membangunkan pakej pelancong yang bersepadu. Pakej-pakej baharu ini, boleh direka khusus untuk menghubungkan terus stesen-stesen ECRL utama seperti Stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh dengan destinasi tarikan popular tempatan termasuk Bandar Kota Bharu, Jeram Pasu dan Lata Jeram Linang.

Pada masa yang sama, produk pelancongan bertema seperti pelancongan warisan sejarah dan kebudayaan turut diperkasakan sejajar dengan Inisiatif Jejak Warisan dan Jejak Adiguru bagi mengetengahkan identiti unik dan produk kraf komuniti tempatan. Bagi memastikan kesediaan fasiliti di kawasan-kawasan jajaran ini, pihak kerajaan negeri perlu mengenal pasti dan mengemukakan cadangan projek kemudahan infrastruktur pelancongan kepada pertimbangan MOTAC di bawah Rancangan Malaysia lima tahun, bagi menaik taraf kemudahan asas sedia ada agar bersedia menampung jangkaan kemasukan pelancong yang lebih tinggi kelak.

Dari aspek promosi, MOTAC melalui Tourism Malaysia akan meneruskan Program Familiarisation Trip (Fam Trip) yang melibatkan media dan pempengaruh serta penyertaan dalam pameran pelancongan seperti MATTA Fair dan Cuti-cuti Malaysia bagi memperkenalkan pakej pelancongan Kelantan menjelang pengoperasian ECRL. Promosi Kelantan sebagai negeri serambi budaya juga akan terus dipergiat melalui pelbagai program Tourism Malaysia termasuk program Pesta Pantai Timur dan enam program di bawah geran sokongan sektor pelancongan yang dilaksanakan pada tahun ini.

Pada masanya yang sama, MOTAC juga mengalu-alukan kerjasama padu dan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Senator supaya projek Laluan Rel Pantai Timur

(ECRL) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama kelak akan memanfaatkan semua pihak lebih-lebih lagi dalam mendapatkan industri pelancongan di negeri Kelantan khususnya dan Wilayah Pantai Timur amnya. Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.

Untuk soalan tambahan, kita tahu Kelantan adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya yang unik dan yang paling popular adalah makanan. Makanan yang sangat unik dan pelbagai, yang setanding dengan negara jiran.

Jadi saya ingin tahu, setakat ini, apakah promosi yang menjurus kepada program- program untuk menarik perhatian ataupun menarik pelancong untuk ke negeri Kelantan? Dan apakah program-program yang bakal ataupun sedang dilaksanakan oleh pihak MOTAC untuk— kepada pengusaha-pengusaha pelancongan, terutama pengusaha homestay, pengusaha makanan, pemandu pelancong? Adakah geran-geran khusus yang disediakan untuk mereka mendapat persijilan ataupun kemahiran tertentu? Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan yang diberikan.

Untuk memastikan Kelantan menjadi destinasi pilihan utama dan bukan sekadar transit, sekadar perancangan di bawah MOTAC, kita akan berpandukan kepada Pelan Induk Rangkaian Bersepadu Guna Tanah ECRL. Dan untuk itu, kita akan fokuskan kepada kluster pelancongan warisan sejarah dan budaya di stesen ECRL Kota Bharu yang kita jangkakan dapat melengkapi Pakej Jejak Warisan dan Jejak Adiguru. Program-program yang telah kita anjurkan sebelum ini yang melibatkan budaya dan astronomi adalah seperti berikut:

Contohnya pada tahun 2025, Jabatan Warisan Negara telah melaksanakan Festival Citra Rasa Warisan di Pantai Timur Kelantan dengan kehadiran 10,000 pengunjung. Dan secara dasarnya, program ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan makanan warisan di Kelantan, tetapi juga mengangkat identiti makanan warisan Pantai Timur dari negeri Pahang dan juga Terengganu.

Dan selain itu, penganjuran program-program yang berskala besar seperti Festival Kesenian Rakyat Kelantan, baru sahaja dianjurkan pada 1 hingga 4 Julai 2026 di Jeti Pelancongan Tok Bali yang merupakan satu nature of event yang telah berjaya dianjurkan oleh JKKN Kelantan dan program ini telah mengetengahkan warisan budaya Kelantan yang meliputi seni kraf, gastronomi dan sebagainya kepada 150,000 orang pengunjung yang datang. Dan melihat kepada sambutan yang luar biasa ini, program-program, kami percaya dapat diketengahkan sebagai program utama negeri Kelantan setelah perkhidmatan ECRL berfungsi sepenuhnya kelak.

Dan bagi menyempurnakan pengalaman percutian pelancong, kita juga akan teruskan promosi-promosi pakej pelancongan yang sedia ada seperti Pakej Dabong by Jungle Train, River Cruise and Wetland Trail di Tumpat, Day Visit Homestay Seterpah dan The Durian Safari Package. MOTAC juga akan sentiasa membangunkan pakej bersepadu yang menghubungkan stesen ECRL dengan destinasi pelancongan utama di negeri Kelantan.

Dan kita juga akan teruskan lagi program-program penganjuran Fam Trip yang melibatkan pempengaruh dan juga key opinion leader, media untuk mereka membantu mempromosikan produk tempatan apabila ECRL mula beroperasi kelak. Terima kasih.

draft10:40 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Dato Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Soalan tambahan.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] . Ini hal Kelantan.

draft10:40 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Ya. Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Berkaitan dengan soal ECRL ini, walaupun barangkali terlalu awal. Untuk memungkinkan ECRL ini berkesan sebagai wahana pelancongan, jadi, adakah pihak kementerian termasuk barangkali Menteri Pengangkutan telah mula merancang tambang yang munasabah lagi ‘”munasarawak” supaya jangan sampai perbandingannya menyamai tambang pesawat kapal terbang. Ini barangkali akan menjejaskan perlaksanaannya. Terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan dan nanti saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan, Ministry of Transport. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.

draft10:50 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 5.

draft10:50 AM

5. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) apakah strategi kementerian untuk meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada sekurang-kurangnya 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); dan

(b) apakah langkah bagi menggalakkan penyertaan sektor swasta serta sejauh mana keberkesanan mekanisme sedia ada dalam memastikan hasil penyelidikan dapat dikomersialkan seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan pertumbuhan Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) meningkat dari 1.01 peratus KDNK atau RM18.16 bilion pada tahun 2022 kepada 2.5 peratus KDNK menjelang tahun 2030, sekali gus melebihi sasaran sekurang-kurangnya dua peratus yang dinyatakan.

Bagi mencapai sasaran tersebut, kerajaan memberi tumpuan kepada empat strategi utama. Pertama, meningkatkan pelaburan R&D sektor swasta melalui inisiatif cukai bagi rizab Malaysia Science Endowment (MSE) serta sistem pengiktirafan R&D Industri Malaysia

(MyRDI) bagi memudah cara akses industri kepada pembiayaan bakat dan sokongan teknikal.

Kedua, memfokuskan dana R&D kepada bidang berimpak tinggi melalui pendekatan berorientasikan misi atau mission-oriented yang berasaskan STI khususnya kedaulatan dan keterjaminan makanan, penciptaan nilai dalam industri sawit, menerajui masa depan kuantum, pemerkasaan penjagaan kesihatan digital, industri semikonduktor termaju, kesejahteraan dan pemerkasaan masyarakat menua dan kedaulatan dan keterjaminan tenaga.

Ketiga, memperkukuh kerjasama kerajaan, industri dan akademia melalui perkongsian kemudahan penyelidikan konsortium strategik serta penyelarasan pelaburan R&D merentas kementerian dan agensi. Keempat, mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan melalui technology commercialisation accelerator (TCA), National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), dana Cradle serta program pembangunan syarikat pemula dan technopreneur. Pendekatan ini memastikan peningkatan GERD tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata, sebaliknya dipacu bersama oleh sektor swasta dan industri serta menghasilkan teknologi, produktiviti dan pekerjaan berkemahiran tinggi. Bagi menjawab kepada soalan kedua Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan Kajian R&D Kebangsaan 2023 bagi tahun kewangan 2022, sektor swasta menyumbang 51.4 peratus daripada GERD negara meningkat daripada 34.2 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini menunjukkan tindak balas positif industri namun penyertaan tersebut perlu terus dipertingkat bagi mencapai sasaran GERD 2.5 peratus KDNK menjelang tahun 2030.

Langkah utama untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta lain, pertama menyediakan galakkan kewangan melalui potongan cukai dua kali bagi sumbangan kepada rizab MSE.

Kedua, memudah cara penyertaan industri melalui MyRDI yang mengiktiraf syarikat pelaksana R&D dan menghubungkan mereka kepada insentif pembiayaan pembangunan bakat serta sokongan teknikal yang berkaitan.

Ketiga, menghubungkan penyelidikan dengan keperluan pasaran melalui TCA, NTIS, Cradle, program syarikat pemula dan kerjasama konsortium industri bagi menguji, meningkatkan kesiapsiagaan dan membawa teknologi ke pasaran. Mekanisme sedia ada telah membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan teknologi, menyediakan ruang ujian dan pengesahan, memperluas kerjasama industri serta mempercepat pemindahan teknologi.

Namun, keberkesanannya tidak hanya dinilai berdasarkan bilangan projek yang dibiayai. MOSTI sedang memperkukuh pemantauan berasaskan hasil dengan mengukur nilai jualan dan pengkomersialan pelaburan swasta yang digerakkan, pelesenan dan harta intelek, penubuhan syarikat pemula serta pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Keutamaan dan kesinambungan pembiayaan akan diberikan kepada program yang menunjukkan impak pasaran dan ekonomi yang jelas. Secara keseluruhannya, mekanisme sedia ada menunjukkan kemajuan khususnya melalui peningkatan sumbangan sektor swasta tetapi pelaksanaannya akan terus diperkemas supaya hasil penyelidikan benar-benar diterjemahkan kepada produk perkhidmatan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Terima kasih.

draft10:50 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan saya. Terima kasih, Dato’ Menteri atas jawapan yang begitu progresif. Jadi soalan saya, selain mengukur kejayaan R&D melalui bilangan paten dan pengkomersialan, adakah MOSTI turut menetapkan indikator bagi meningkatkan penyertaan wanita sebagai ketua penyelidik, pemegang harta intelek dan pengasas syarikat berasaskan teknologi? Jika belum, adakah kementerian bersedia memasukkan elemen tersebut sebagai sebahagian daripada KPI ekosistem inovasi negara?

Terima kasih.

draft10:50 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Datuk Rosni. Kita di pihak Kementerian MOSTI ini, sentiasa membuka ruang kepada semua jantina.

Kalau saya boleh sebutlah di sini ya. Kita tak kira dia lelaki kah perempuan kah, wanita ini dia diberikan ruang untuk turut serta dalam apa juga usaha kerajaan dalam memperkasakan inovasi ataupun research dan development yang kita ada yang kita galakkan penyertaan usahawan berbilang jantina ini.

Maka itu, untuk makluman Yang Berhormat Senator pun dari sudut mengetuai agensi pun terutamanya agensi inovasi negara yang kita panggil Yayasan Inovasi Malaysia itu seorang wanita dan tentu dalam program kita menggalakkan peningkatan dan pembangunan inovasi negara saya sering bersama dengan CEO wanita ini dan melihat bagaimana kita juga menggalak usahawan-usahawan wanita untuk kita majukan mereka.

Dan termasuk jugalah dia mengundang kepada lebih mudah kepada penyelidik- penyelidik wanita ini untuk berhubungan dengan agensi yang berkaitan terutamanya dari sudut inovasi sebab ketuanya itu wanita, tapi walau bagaimanapun terima kasih banyak atas lebih kurang sokongan Yang Berhormat Senator lah kepada menggalak lagi lebih ramai wanita diberikan ruang dan peluang. Insya-Allah kementerian kami mewakili kerajaan akan sentiasa mengambil berat terhadap cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.

draft10:50 AM

Datuk Nelson W Angang

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Soalan tambahan.

draft10:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah hasil penyelidikan sama ada memberi impak mungkin disebabkan oleh brand drain, dengan izin.

Soalan tambahan saya adalah bagaimana strategi Mission-Oriented Initiatives yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatasi isu brain drain atau penghijrahan pakar penyelidik tempatan ke luar negara? Dan apakah inisiatif khusus yang disediakan bagi memastikan bakat R&D tempatan kekal dalam ekosistem negara? Terima kasih.

draft10:50 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Pele Tinggom atas soalan tambahan yang amat baik ini. Untuk makluman Dato Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang muliakan, konsortium penyelidikan semikonduktor menghasilkan teknologi untuk dikomersialkan akan membangunkan ekosistem dan permintaan untuk tenaga pakar kemahiran tinggi yang akan menjadi penyelesaian kepada isu brain drain. Melalui pelaksanaan projek R&D strategik pembungkusan termaju seperti dengan izin, advanced packaging di bawah inisiatif berorientasikan MOI, industri semi konduktor termaju ia dapat meningkatkan keupayaan dan memperkukuh ekosistem sektor pembungkusan termaju negara serta berpotensi menarik pelaburan asing.

Pengkomersialan akan mewujudkan permintaan kepada— terhadap penyelidik, jurutera dan tenaga mahir sekali gus dapat menawarkan peluang kepada kerjaya bernilai tinggi dalam negara.

Selain insentif kewangan, bakat tempatan turut diberi peluang menyertai projek strategik menggunakan kemudahan penyelidikan termaju dan bekerjasama dengan pihak industri. Ini akan menarik minat, bakat dan pakar tempatan untuk balik dan berkhidmat dalam negara bagi sektor ini. Pendekatan ini diharap dapat mengekalkan bakat R&D dalam ekosistem semikonduktor negara. Terima kasih.

draft10:50 AM

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Boleh?

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pembahas terakhir― Profesor Dr. Redzuan.

draft11:00 AM

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Antara isu besar yang berkaitan dengan R&D ini ialah dari segi jumlah yang selesai. Kalau saya boleh bagi contoh. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, diperuntukkan sebanyak RM3.56 bilion, tetapi dari jumlah ini, menjelang pertengahan 2025, cuma 87.54 peratus sahaja yang berjaya diselesaikan.

Oleh itu, apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan bahawa wang yang dibelanjakan itu sebenarnya berjaya menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan? Terima kasih.

draft11:00 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih soalan Yang Berhormat Senator Profesor Emeritus. Bagi tujuan kita melihat kepada pencapaian dana yang telah kita belanjakan ini, kita dapat menilai bahawa kerajaan ini, terutama dari segi usaha kitalah dari peringkat awal, kerajaan telah menyasarkan perbelanjaan GERD ini meningkat daripada 1.01 peratus yang bernilai RM18.6 bilion pada tahun 2022 kepada 2.5 peratus KDNK kalau menjelang tahun 2030. Dalam usaha ini, memang kita telah berbelanja banyak untuk tujuan kita membangunkan perkembangan penyelidikan kita di negara ini.

Dan mengikut pencapaian kita, kita memfokuskan dana R&D kepada bidang-bidang berimpak tinggi iaitu melalui pendekatan MOI, seperti yang saya sebutkan awal tadi dalam jawapan saya, sebagai kaedah untuk kita mempertingkatkan pencapaian dalam usaha kita untuk memastikan bahawa wang yang kita belanjakan ini akan mendatangkan faedah terutamanya dalam kita untuk mencapai dana yang kita belanjakan.

Mengikut ukuran return on investment, secara komprehensif, MOSTI melaksanakan rangka kerja penilaian berikut: pertama, kita menggunakan pendekatan menilai kejayaan projek bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga daya maju inovasi itu.

Kedua, melalui kecekapan dan daya tarikan pasaran di mana kita menggunakan KPI seperti bilangan teknologi yang berjaya dikomersialkan, penembusan pasaran dan penarikan pembiayaan lanjutan.

Ketiga, melalui penanda aras kewangan iaitu penilaian berteraskan hasil jualan atau revenue, nilai kontrak komersial, pembiayaan swasta serta time to market. Keempat, intelektual dan produktiviti. Pengukuran kejayaan melalui penghasilan harta intelek, lesen teknologi dan ciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Ini kita gunakan supaya apa juga dana yang kita belanja itu akan mencapai sasaran, tetapi sasaran itu not necessary return on monetary. It could be― because, macam kita hendak sasar kepakaran kerja yang kita wujudkan, pasaran yang kita kembangkan, produk yang kita akan tambahkan lagi kualiti, itu juga antara usaha kita selain daripada monetary basis. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Wu Him Ven.

draft11:00 AM

Dato’ Wu Him Ven

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft11:00 AM

6. Dato’ Wu Him Ven minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah status terkini gubalan garis panduan kerangka kawal selia ekonomi altitud rendah (LAE); dan

(b) sejauh manakah kesediaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam menetapkan garis panduan keselamatan serta pembahagian ruang udara bagi pengoperasian pesawat electric vertical take-off landing (eVTOL) dan dron komersial berskala besar.

draft11:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) senantiasa mengambil langkah proaktif dalam membangunkan kerangka kawal selia ekonomi altitud rendah ataupun low altitude economy (LAE) yang komprehensif bagi memastikan pembangunan sektor ini dapat dilaksanakan secara selamat, tersusun dan mampan. Kerangka ini merupakan usaha strategik kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penerapan teknologi baharu penerbangan di samping menyokong pertumbuhan industri dan inovasi tempatan, dan ianya dijangka akan diumumkan pada akhir tahun 2026 ini.

Pembangunan LAE dilaksanakan berdasarkan kerangka atau pelan tindakan secara berfasa dan terselaras yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor ini secara berstruktur, selamat dan terkoordinasi di samping mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penyertaan industri dan pelaburan. Pendekatan ini bertujuan memastikan Malaysia berada pada kedudukan yang bersedia untuk memanfaatkan peluang ekonomi baharu yang terhasil daripada penggunaan teknologi sistem pesawat tanpa pemandu atau unmanned aircraft system (UAS) dan mobiliti udara termaju, advanced air mobility (AAM). Kerangka kawal selia LAE yang sedang dibangunkan akan memberi tumpuan kepada komponen utama, antaranya:

(i) mekanisme integrasi operasi UAS dan teknologi penerbangan baharu secara selamat dalam ruang udara Malaysia;

(ii) sistem pengawasan, pemantauan dan pengurusan operasi bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan yang tinggi;

(iii) pembangunan ekosistem industri LAE; dan

(iv) persediaan terhadap penerapan teknologi mobiliti udara masa hadapan termasuk pengoperasian pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak ataupun electric vertical take-off and landing (eVTOL). Kerajaan merancang untuk membolehkan perkhidmatan dron kargo dan penumpang komersial altitud rendah beroperasi menjelang tahun 2030 dengan operasi pengangkutan barangan terhad dijangka bermula seawal tahun 2027.

Kerangka tindakan LAE ini juga merupakan salah satu inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam usaha kerajaan memperkukuh sektor ekonomi berasaskan teknologi tinggi serta mewujudkan sumber pertumbuhan baharu negara. Melalui pembangunan ekosistem LAE, Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan potensi penggunaan dron dan teknologi penerbangan generasi baharu bagi menyokong pelbagai sektor seperti logistik, pertanian pintar, pemeriksaan dan penyelenggaraan infrastruktur, pemantauan alam sekitar serta perkhidmatan mobiliti udara termaju.

Kementerian Pengangkutan melalui CAAM sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam menyediakan kerangka keselamatan, pengurusan ruang udara dan kawal selia bagi menyokong perkembangan teknologi penerbangan masa hadapan termasuk pesawat tanpa pemandu serta pesawat electric vertical take-off and landing. Pendekatan CAAM dalam perkara ini dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil kira perkembangan teknologi, piawaian dan amalan terbaik keselamatan penerbangan antarabangsa di samping memastikan integrasi teknologi ini dapat dilaksanakan secara selamat, teratur dan tidak menjejaskan keselamatan serta kecekapan operasi ruang udara sedia ada.

Antara langkah utama yang telah dilaksanakan oleh CAAM adalah seperti berikut― Yang di-Pertua, habiskan. Panjang sikitlah.

CAAM dengan kerjasama Futurise Sdn. Bhd. sedang membangunkan dokumen Advanced Air Mobility Concept of Operations (ConOps) yang menggariskan model operasi, penggunaan ruang udara, peranan pihak berkepentingan dan keperluan kawal selia bagi pelaksanaan AAM yang selamat di Malaysia.

Pada Disember 2024, CAAM telah melantik Futurise Sdn. Bhd. sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pemandu Mobiliti Udara Termaju memanfaatkan kepakaran mereka dalam regulatory sandbox untuk inovasi baharu termasuk teknologi dron, kenderaan autonomi, mikromobiliti dan perkhidmatan kesihatan dalam talian.

CAAM telah melancarkan program Regulatory Sandbox Nasional untuk persijilan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) dan pesawat eVTOL bermastautin bagi mempercepatkan pembangunan industri secara terkawal dan selamat.

Pada masa ini, operasi dron di Malaysia dikawal selia di bawah Bahagian XVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016, Civil Aviation Regulation 2016 ataupun CAR 2016. Kerangka kawal selia sedia ada menetapkan keperluan operasi dan keperluan penerbangan dalam jarak pandang ataupun visual line of sight serta keperluan mendapatkan kelulusan CAAM bagi operasi berisiko lebih tinggi termasuk penerbangan di luar jarak pandang ataupun beyond visual line of sight (BVLOS).

Kerangka ini akan terus diperkemas dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi, keperluan industri serta rujukan kepada piawaian dan amalan antarabangsa.

draft11:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bagi memastikan operasi UAS dapat dijalankan secara selamat dan terkawal, CAAM menyediakan mekanisme kelulusan operasi khas berdasarkan tahap risiko sesuatu operasi.

Antaranya, termasuk kelulusan bagi Projek UAS Khas atau pun Special UAS Project yang melibatkan operasi dengan ciri tertentu atau tahap risiko yang memerlukan penilaian keselamatan, langkah mitigasi serta pemantauan tambahan oleh CAAM.

Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan oleh CAAM menunjukkan tahap kesiapsiagaan dan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan teknologi eVTOL dan dron komersial berskala besar di Malaysia. Melalui pembangunan kerangka kawal selia, penyediaan konsep operasi, pendekatan berasaskan risiko serta kerjasama strategik bersama pihak industri, CAAM berada pada kedudukan yang baik untuk memastikan teknologi penerbangan masa hadapan dapat diintegrasikan ke dalam ekosistem ruang udara Malaysia secara selamat, mampan dan berdaya saing. Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:10 AM

Dato’ Wu Him Ven

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang mewujudkan satu unit atau pusat kawalan khusus bagi menyelaras operasi ekonomi [Tidak jelas] Memandangkan aktiviti ini melibatkan pelbagai agensi seperti CAAM, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.

draft11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Secara umumnya, kita pada masa ini - mungkin ini maklumat tambahan yang saya ingin nak kongsilah sebelum saya menjawab soalan itu ya.

Sekarang ini, di negara kita sudah ada 250,000 unit dron yang sudah berdaftar dengan CAAM ya. Jadi, dengan banyak program yang sedang dibuat sekarang ini iaitu— apa nama, untuk kerangka persediaan ini, banyak lokasi di Sandbox telah pun dibuat. Di Meranti Park, di Iskandar Malaysia, SELATI drone port di bawah Universiti Selangor dan juga Universiti Malaysia Perlis.

Dan fasa pembangunan framework, kita akan mulakan pada Ogos 2026 ini, public consultation. Dan juga September 2026, kelulusan framework. Oktober, konsep operasi advance air mobility akan dilancarkan semasa Program TXA nanti iaitu Transport Asia. Dan akhirnya pada tahun 2026, pelancaran framework tersebut.

Jadi, apabila pelancaran - dalam framework ini, memang banyak agensi akan terbabit.

Sebab ianya bukan hanya setakat untuk digunakan untuk berniaga, tetapi keselamatan juga.

Sudah pastinya nanti dalam framework itu, dalam proses pembangunannya, semua perkara ini akan dilihat.

Apakah keperluan ada pusat khas di bawah CAAM juga, tak boleh larilah daripada CAAM tu, mungkin ada unit khas untuk mengendali sebab sambutannya memang baik, memang sekarang ini pun sudah mencecah 250,000 dron. Itu baru untuk kegunaan peribadi dan juga— ada juga yang buat untuk pertanian dan sebagainya, tetapi bila sudah ia dilancarkan nanti, di mana sekarang ini ya— before that Yang Berhormat, semua kemasukan dron ini sama ada untuk kerja atau pun untuk berniaga dan sebagainya, ianya diluluskan oleh— di bawah bidang kuasa MCMC dan dilaksanakan oleh SIRIM untuk frequency use dan lepas itu, di bawa kepada CAAM untuk pendaftaran jenis operasi, kawasan, pilot-nya, height dan apa kegunaannya.

Jadi, semua ini banyak. Jadi, sudah pastinya pusat itu nanti bila tiba masanya, sudah memang dalam kerangka juga. Mungkin akan di— ada kerjasama di bawah CAAM, mungkin dalam itu juga ada daripada PDRM juga, mungkin tentera dan sebagainya, untuk melihat secara menyeluruhlah ya. Terima kasih.

draft11:10 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Susulan kejadian baru-baru ini, di Sibu hari Sabtu lepas. Sebuah penerbangan AirAsia terpaksa berpatah balik ke Kuching selepas gagal mendarat di Lapangan Terbang Sibu akibat kabus tebal. Adakah Kementerian akan mengkaji semula keperluan menaik taraf sistem instrument landing system dan kemudahan pendaratan berketepatan tinggi di lapangan-lapangan terbang yang sering berdepan keadaan cuaca sedemikian, khususnya di Sarawak dan Sabah? Terima kasih.

Saya difahamkan, dua kali they try to land.

draft11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Keluar sikitlah soalan ya. Tapi tak apa, it’s okay. Jadi, yang sudah pastinya, keputusan to land or not to land is the pilot-lah dan juga dengan ATC kitalah ya. The head of CAAM pun ada sini, he is also a 747 pilot also, I think he knows. Jadi, saya akan bertanya secara detail dengan CAAM, apa sebenarnya berlaku ya.

Disebabkan oleh apa, is it because of extreme weather atau pun apa-apa sebab. I need to get the details from this CAAM dulu, then I will give you the answer in writing ya, apa sebenarnya yang berlaku.

draft11:10 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

It’s related to the ILS, thank you.

draft11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

We will give you the answer dalam bentuk bertulis.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Larry Anak Asap.

draft11:10 AM

Tuan Larry Anak Asap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.

draft11:10 AM

7. Tuan Larry anak Asap minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, status terkini kebolehpasaran belia lepasan Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Miri dalam memperoleh peluang pekerjaan selepas menamatkan latihan.

draft11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Larry Anak Asap untuk soalan nombor 7 yang sangat spesifik tentang IKBN di Miri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kita ada 21 buah IKBS atau pun IKBN yang beroperasi di seluruh negara dengan fokus bidang pengkhususan yang berlainan bagi setiap IKBN itu ya. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat juga, status terkini kadar kebolehpasaran graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri bagi tahun 2025 adalah sebanyak 95.6 peratus. Sekali gus, menunjukkan graduan IKBN Miri terus mendapat permintaan daripada industri.

Kajian juga menunjukkan bahawa graduan IKBN Miri memperoleh purata gaji sebanyak RM1,852.62 sebulan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui IKBN Miri menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang teknologi automotif, hospitaliti dan mekanikal. Jadi, ada tiga kursus yang ditawarkan di IKBN Miri.

Jadi, bagi tempoh 2010 hingga 2025, IKBN Miri telah melatih seramai 4,172 orang belia. Sekali gus, menyumbang kepada penyediaan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri. Dan bagi memperluaskan peluang kebolehpasaran kepada semua golongan belia, IKBN Miri turut melaksanakan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas melalui Program My Autisme dalam bidang pembuatan pastri dan roti.

Dan program ini merupakan inisiatif TVET KBS yang memberi peluang kepada belia autisme dan berkeperluan khas memperoleh kemahiran, membina keyakinan diri serta meningkatkan potensi untuk mendapatkan pekerjaan atau menjana pendapatan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan authentic learning. Dan bagi memastikan graduan memiliki kompetensi yang memenuhi kehendak industri, KBS melaksanakan pendekatan latihan sepenuh masa secara holistik melalui nisbah 80 peratus latihan kemahiran dan 20 peratus pembangunan bina insan.

Komponen pembangunan bina insan merangkumi pembentukan nilai jati diri, keusahawanan, kepimpinan serta aktiviti sukan dan kawad. Dan pendekatan ini memastikan graduan bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal, malah mempunyai sahsiah diri, disiplin, daya tahan serta kemahiran insaniah yang tinggi. Sekali gus, meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam bidang atau pun dalam pasaran pekerjaan.

KBS akan terus memperkukuhkan pembangunan modal insan dengan menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti dan berorientasikan keperluan industri. Inisiatif ini akan terus melahirkan graduan yang kompeten, memenuhi kehendak pasaran pekerjaan serta menyumbang kepada pembangunan tenaga mahir negara. Sekian, terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas YB Larry, YB Tuan Haji ya.

draft11:10 AM

Tuan Larry Anak Asap

Terima kasih YBTM. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada YBTM di atas lantikan Timbalan Menteri KBS yang pertama— anak Bidayuh yang pertama menjawat jawatan KBS ini.

Dan saya melihat banyak program yang dibawa oleh YBTM ke Sabah dan Sarawak untuk merancakkan pembangunan belia di sana. Jadi, besar harapan belia di Sabah dan Sarawak ini agar YBTM lebih membawa banyak pembangunan ke Sabah dan Sarawak demi manfaat kami di sanalah.

draft11:10 AM

Tuan Larry Anak Asap

Soalan saya kepada YB TM, apakah perancangan jangka masa panjang oleh pihak kementerian di dalam menambah baik program kemahiran sedia ada di IKBN Miri agar para pelajar ini kekal relevan pada masa hadapan dan adakah pihak kerajaan melalui KBS mempunyai cadangan untuk membuka sebuah lagi IKBN di wilayah Sarawak bagi memenuhi keperluan para belia di Sarawak untuk menceburi bidang TVET di sana dan mungkin sesuai juga kalau IKBN yang baru itu kita buat di kawasan Parlimen Mas Gading, di kawasan YB TM sendiri. Jadi, apa komentar YB mengenai perkara ini? Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Senator, antara perancangan dan dasar jangka panjang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menambah baik program kemahiran di IKBN Miri adalah melalui inisiatif yang selaras dengan aspirasi TVET 2.0 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Jun 2026, antaranya, melalui pengukuhan kerjasama strategik dengan industri seperti peluasan latihan berasaskan industri, pelaksanaan program Akademi Dalam Industri, Latihan Sangkutan Industri, pembangunan kurikulum bersama industri serta penyediaan peluang penempatan pekerjaan kepada graduan.

Di samping itu, kurikulum latihan di IKBN Miri sentiasa di semak dan dikemas kini bagi memastikan program dan kursus yang ditawarkan kekal relevan serta memenuhi kehendak industri semasa. Pelaksanaan latihan di IKBN Miri adalah berpandukan Standard Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan (SPKK) yang disemak dan dikemas kini secara berkala bagi setiap lima tahun bagi memastikan kandungan latihan selaras dengan perkembangan teknologi, perubahan keperluan industri dan standard pekerjaan semasa. KBS juga memperluaskan pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) melalui penawaran kursus jangka pendek (KJP) dan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan kemahiran semula (reskilling) bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

Selain itu, KBS berusaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui peluasan jaringan kerjasama dengan majikan, pelaksanaan program padanan pekerjaan, pembangunan kemahiran insaniah, keusahawanan dan literasi digital bagi meningkatkan daya saing graduan dan selaras dengan aspirasi TVET 2.0, IKBN Miri akan terus memperkukuh latihan berasaskan industri, memperluaskan pembelajaran sepanjang hayat, menawarkan program kemahiran lanjutan serta meningkatkan kerjasama strategik dengan industri bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan ekonomi dan pasaran pekerjaan masa depan.

Bagi soalan kedua, pada masa kini, Kementerian Belia dan Sukan belum bercadang untuk membangunkan sebarang ataupun sebuah lagi institut kemahiran belia negara di Sarawak ya dan KBS akan terus memperkukuhkan peranan IKBN di Miri sebagai institusi TVET KBS di negeri Sarawak dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.

Selain itu, belia di Sarawak turut mempunyai akses kepada pelbagai institusi TVET.

Kita ada banyak lagi institusi TVET di Sarawak yang sedia ada di bawah kementerian dan agensi lain seperti di ADTEC JTM Kampus Serian, Kolej Vokasional Sibu, Politeknik Kuching dan Kolej Poly-Tech MARA Sibu yang menawarkan pelbagai bidang latihan kemahiran dan ini menunjukkan ekosistem TVET di Sarawak disokong oleh pelbagai penyedia latihan di bawah kementerian yang berbeza.

Walau bagaimanapun, KBS akan terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan dalam memperkukuhkan ekosistem TVET negara. Perancangan pembangunan institusi TVET baharu akan dilaksanakan berdasarkan permintaan semasa, berdasarkan keperluan industri, kapasiti institusi sedia ada dan keutamaan pembangunan kerajaan negeri serta kemampuan kewangan semasa sebelum sebarang cadangan dipertimbangkan. Untuk apa-apa projek pun di peringkat negeri, perlu diangkat oleh kerajaan negeri itu sendiri dahulu. Sekian, terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Saya alu-alukan.

[Ketawa]

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Haji Nasir.

draft11:20 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

[Bangun]

draft11:20 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Dato Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan kerjasama strategik IKBN dengan institusi kemahiran bina negara ini dengan syarikat swasta dan GLC ataupun mana-mana pelaburan baru yang masuk bagi memenuhi tenaga kerja dalam syarikat berkenaan dan bidang latihan ataupun sektor manakah yang menjadi permintaan tinggi di pasaran sekarang ini dari lepasan graduan IKBN tersebut? Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Okey. Kerjasama dengan pihak industri sentiasa kita lakukan daripada semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan industri semasa di negara ini malah di negara luar dan untuk menjawab tentang kursus-kursus yang menjadi keutamaan ataupun yang menjadi pilihan industri-industri sekarang ini, yang paling hangat adalah teknologi fotografi dan teknologi marin yang mencapai kebolehpasaran 100 peratus bagi dua kursus inilah.

Akan tetapi secara purata, semua kursus yang ditawarkan di IKBN mendapat kebolehpasaran 95 peratus ke atas secara purata. Jadi, sangat menggalakkanlah hasil ataupun kualiti graduan di IKBN di seluruh negara. Jadi untuk belia-belia di luar sana, kalau nak sambung belajar, digalakkan sambung di IKBN. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir. Michael Mujah, YB...

draft11:20 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

Apakah langkah proaktif kementerian untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara IKBN di Sarawak dengan syarikat-syarikat utama di Sarawak seperti syarikat berkaitan tenaga, minyak dan gas, pembinaan serta pembuatan, agar lebih ramai graduan dapat diserap terus ke dalam pasaran pekerjaan melalui program latihan industri dan jaminan penempatan kerja.

draft11:20 AM

Tuan Mordi anak Bimol

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tentang kerjasama strategik di antara IKBN ataupun ILKBS dengan mana-mana agensi ataupun industri di luar sana, seperti di Sarawak khususnya. Kita ada banyak program-program bukan sahaja melalui pembekalan pelajar untuk peluang untuk bekerjasama daripada segi praktikal malah kursus- kursus dari semasa ke semasa oleh pihak industri itu sendiri ke IKBN untuk ditawarkan kepada pelajar-pelajar dan malah tenaga pengajar sendiri. Itu adalah antara kerjasama antara mana- mana industri dengan pihak IKBN untuk memastikan IKBN sentiasa up to date dengan perkembangan semasa.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Phoong Jin Zhe.

draft11:20 AM

Datuk Phoong Jin Zhe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft11:20 AM

8. Datuk Phoong Jin Zhe minta Menteri Pendidikan menyatakan, pelan tindakan khusus kerajaan bagi menangani isu kekurangan guru dan infrastruktur pendidikan di Sabah supaya prinsip kesaksamaan pendidikan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat direalisasikan.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Phoong Jin Zhe. KPM sentiasa komited memastikan murid di Sabah mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti selaras dengan prinsip kesaksamaan pendidikan dan semangat Perjanjian MA63.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM melaksanakan pelan tindakan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan penempatan dan pengisian guru serta memperkukuh infrastruktur pendidikan melalui pendekatan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Dari aspek pengisian guru, KPM sentiasa memastikan keperluan guru di Sabah dipenuhi berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran. Bagi tujuan tersebut, Dasar 90:10 telah pun dilaksanakan dengan memberikan keutamaan kepada penempatan guru kelahiran Sabah untuk berkhidmat di Sabah. Dasar ini menetapkan 90 peratus guru di Sabah terdiri daripada anak negeri yang mana baki 10 peratus diisi oleh guru dari negeri lain berdasarkan keperluan perkhidmatan.

Sehingga 30 Jun 2026, pelaksanaan Dasar 90:10 ini telah pun mencapai 89.72 peratus di Sabah manakala kadar pengisian guru di semua sekolah di Sabah telah pun mencapai 97.45 peratus. Bagi mempercepat pengisian kekosongan guru, KPM bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi telah menubuhkan sekretariat bersama KPM-KPT mulai Mac 2025 bagi menyelaras unjuran keperluan guru serta pengambilan graduan pendidikan secara bersepadu.

Di samping itu, KPM melaksanakan pengambilan guru sebanyak dua kali setahun manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan membuka permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara dalam talian sepanjang tahun sebagai langkah segera melalui surat siaran Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 Bil. 3/2026 bertarikh 21 Mei 2026.

Semua JPN telah pun diarahkan supaya memberikan keutamaan kepada pengisian guru baharu di sekolah rendah dan sekolah menengah yang berada di kawasan luar bandar dan juga pedalaman.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dari aspek infrastruktur pendidikan, KPM melaksanakan pelan tindakan secara berfasa dengan memberi keutamaan kepada penyelenggaraan sekolah yang memerlukan tindakan segera serta pembangunan semula bangunan sekolah daif. Permohonan penggantian atau pembangunan semula sekolah tersebut dikemukakan secara berfasa di bawah RMK lima tahun berdasarkan tahap risiko keutamaan.

Di bawah RMK13, Rolling Plan Pertama, Tahun 2026, sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah diluluskan RM437 projek pembangunan di Sabah terdiri daripada 31 projek baharu dan 406 projek sambungan. Bagi mempercepat pelaksanaan projek, KPM telah memperkukuh mekanisme pelaksanaan melalui pemberian perwakilan kuasa kepada pengarah pendidikan negeri di bawah seksyen 6, Akta Perwakilan Kuasa 1956.

Bermula 3 Mei 2024, pengarah pendidikan negeri diberikan kuasa melulus projek pembinaan bangunan gantian ataupun tambahan, kerja ubah suai dan naik taraf sekolah yang menggunakan peruntukkan negeri ataupun sumber selain Kerajaan Persekutuan. Mulai 12 Jun 2024, skop perwakilan sumber selain daripada skop perwakilan kuasa ini diperluaskan bagi meliputi projek yang dibiayai oleh agensi Kerajaan Persekutuan selain daripada Kementerian Pendidikan. Langkah ini membolehkan proses kelulusan dan pelaksanaan projek disegerakan, sekali gus mempercepat pemulihan infrastruktur sekolah di Sabah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Datuk Phoong.

draft11:30 AM

Datuk Phoong Jin Zhe

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan projek-projek dan juga program-program yang sedang dilaksanakan di Sabah dan saya menyambut baik inisiatif kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi usaha untuk meneruskan bagi memastikan Sabah terus diberikan keutamaan dari segi pendidikan. So, saya juga melihat ada progress yang baik...

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, teruskan kepada soalan tambahan.

draft11:30 AM

Datuk Phoong Jin Zhe

Saya nak tanya, apakah usaha yang spesifik bagi menangani isu sekolah daif di Sabah kerana saya melihat memang ada banyak lagi ketinggalan dan sekolah-sekolah daif di Sabah ini memang memerlukan dana yang besar untuk menangani.

So, apakah usaha yang spesifik bagi memastikan sekolah-sekolah daif di Sabah ini dapat kita diberikan dibaik pulihkan. Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Phoong atas soalan tambahan yang telah pun diajukan. Apabila kita bincang berkenaan dengan sekolah yang mempunyai bangunan daif Tuan Yang di-Pertua, data sekolah yang mempunyai daif sememangnya bersifat dinamik, iaitu ia akan bertambah dan berkurangan dari semasa ke semasa, bergantung kepada kerja-kerja pembaikpulihan yang dilaksanakan dan juga bergantung kepada situasi sekolah masing-masing.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk, berkenaan dengan penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah, sememangnya dalam beberapa tahun lepas, peruntukan yang tinggi telah pun diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan di Sabah. Pada tahun 2024, jumlah peruntukan yang disediakan untuk penyelenggaraan institusi pendidikan adalah sebanyak RM135.42 juta.

Tahun 2025, RM196.14 juta merangkumi RM174.1 juta untuk sekolah dan RM21.95 juta bagi institusi bukan sekolah. Pada tahun 2026, peruntukan juga telah pun mencecah RM175.18 juta sehingga 17 Julai 2026. Ini adalah penyelenggaraan peruntukan yang paling besar diturunkan kepada semua wilayah ataupun negeri. Sabah memperoleh peruntukan yang paling tinggi.

Berkenaan dengan lebih spesifik lagi, untuk sekolah yang mempunyai bangunan daif, projek-projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah-sekolah telah pun mula pada tahun 2016 dan sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, daripada data yang saya ada, jumlah peruntukan yang telah pun diluluskan, jumlah kos projek yang telah pun diluluskan bagi Sabah adalah sebanyak RM6.6 bilion dari tahun 2016 sampai tahun 2026, tetapi saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Senator, dari tahun 2023 sehingga tahun 2026, empat tahun di bawah pemerintahan Kerajaan MADANI, tadi saya sebut 10 tahun RM6.6 bilion.

Empat tahun dari tahun 2023 sehingga tahun 2026, jumlah projek yang diluluskan adalah dengan kos sebanyak 4.6 bilion dan projek-projek ini ada yang dalam status pra bina, ada yang dalam status pembinaan dan juga ada yang dalam status telah pun siap. Terima kasih Tuan Speaker.

draft11:30 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan tambahan.

draft11:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

[Bangun]

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebab kita nak sampai ke soalan nombor 10, kita hadkan soalan tambahan hanya kepada penyoal asal. I want to finish until question number 10. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr.

Mohammad Redzuan.

draft11:30 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 9 .

draft11:30 AM

9. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, apakah langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan pendaki gunung semasa melakukan aktiviti pendakian, serta bagi mengelakkan kejadian sesat yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos operasi mencari dan menyelamat

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Senator Dato' Prof. Emeritus Dr.

Mohammad Redzuan bin Othman atas soalan.

Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ataupun NREST menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sentiasa memperkukuh langkah pencegahan bagi memastikan aktiviti pendakian dilaksanakan secara lebih selamat.

Fokus utama kerajaan ialah mengurangkan risiko kejadian sesat dan kemalangan, sekali gus untuk meminimumkan keperluan operasi mencari dan menyelamat ataupun search and rescue yang melibatkan kos serta sumber yang tinggi. Sebab itulah soalan daripada Yang Berhormat Senator berkaitan dengan bagaimana kita untuk memastikan selain daripada keselamatan pendaki, tapi tidak menyebabkan kos operasi.

Kejadian kecemasan dan isu keselamatan semasa aktiviti pendakian antara puncanya ialah daripada kecenderungan sikap kendiri sesetengah pendaki yang mengambil muda persediaan untuk pendakian. Kadang-kadang terikut juga dengan trend media sosial untuk meraih perhatian dengan content, melalui kandungan dan juga sentiasa ada juga semangat ataupun keinginan untuk ingin meneroka laluan-laluan baru tanpa kebenaran. Walaupun dah ada trail, tetapi mereka akan menggunakan laluan-laluan baru.

Isu ini menjadi lebih berisiko apabila digabungkan dengan tahap kecergasan fizikal yang kurang optimum. Maksudnya ada faktor-faktor manusia juga serta kekurangan kelengkapan asas iaitu ada kaitan dengan faktor peralatan terutamanya bila berdepan juga dengan perubahan cuaca yang mendadak dan bentuk bumi yang mencabar. Jadi ada juga faktor alam.

Antara langkah utama yang telah dilaksanakan ialah memperketatkan kawalan terhadap tempoh pendakian dengan mengehadkan aktiviti day hike ataupun compress hike sebab kalau ramai yang terlibat dengan aktiviti pendakian ini Dato' Yang di-Pertua, mereka ini ada track untuk berlumba juga walaupun tempoh pendaki itu ambil masa yang tujuh hari tetapi mereka nak tiga hari. So, compress hike atau day hike ini menambah kepada risiko terutama di kawasan-kawasan pergunungan yang berisiko tinggi yang telah dikenal pasti di Semenanjung Malaysia. Pendekatan kita ini bertujuan untuk kita mengurangkan risiko keletihan yang melampau, kesesakan laluan dan juga kejadian kecemasan sebelum ia berlaku.

Selaras dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menguatkuasakan larangan pelaksanaan aktiviti day hike atau compress hike di kawasan pendakian yang berisiko. Manakala Jabatan PERHILITAN turut tidak membenarkan aktiviti compress hike di kawasan ekopelancongan di bawah seliaannya.

Kerajaan juga sedang memperkukuh mekanisme saringan sebelum pendakian melalui pengisytiharan status kesihatan, rekod perubatan, perlindungan insurans serta cadangan pelaksanaan saringan gejala high altitude illness (HAI) dan acute mountain sickness (AMS) terutama di kawasan Gunung Kinabalu negeri Sabah dan Gunung Tahan, negeri Pahang.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Langkah ini membolehkan pendaki yang berisiko dikenal pasti lebih awal sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti pendakian.

Untuk memperkukuh tadbir urus keselamatan pendakian, PERHILITAN sedang melaksanakan Adventure Tourism— Safety Management ISO 21101:2014 manakala JPSM membangunkan Mountain Risk Assessment and Management Guide ataupun MoGRAM dengan sokongan United Nations Development Programme (UNDP) sebagai rujukan teknikal untuk kita menilai dan mengurus risiko aktiviti pendakian di hutan simpanan kekal.

Di Sabah pula, Jabatan Perhutanan Sabah telah menguatkuasakan prosedur pengendalian standard ataupun SOP pusat sejadi bagi memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan hutan simpan di bawah seliaannya. Selain itu, kerajaan juga memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keupayaan pemantauan dan pengurusan keselamatan.

JPSM sedang membangunkan sistem pengurusan trek pendakian dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia ataupun MYSA yang menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS) dan penderiaan jauh ataupun remote sensing untuk pemetaan laluan, pemantauan kawasan berisiko serta pengurusan keselamatan pendaki secara lebih sistematik.

Dan untuk makluman Dewan, pada masa yang sama, JPSM akan bekerjasama dengan pihak MYSA untuk juga menguji peranti komunikasi dan penjejakan iaitu GPS tracker. Kadang-kadang kita fikir yang besar-besar tapi sebenarnya mungkin cara yang paling mudah quick win ini adalah dengan menggunakan GPS smart tracker yang mungkin mudah untuk diperolehi oleh mana-mana pendaki ataupun disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab supaya ia nya boleh digunakan dalam aktiviti pendakian pada masa akan datang.

JPSM juga mewajibkan khidmat malim gunung perhutanan ataupun MGP di 189 kawasan pendakian yang berisiko tinggi. MGP yang berperanan sebagai jurupandu arah bertauliah turut menyokong aspek keselamatan pendaki, tindak balas kecemasan serta pematuhan kepada amalan pendakian.

Sehingga kini, seramai 2,322 orang daripada komuniti setempat termasuk masyarakat orang asli telah ditauliahkan sebagai MGP melalui Program Pembangunan Kemahiran MGP.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga memperkukuh kompetensi malim gunung dan komuniti setempat melalui latihan pertolongan cemas, pengurusan kecemasan, penilaian risiko dan simulasi operasi menyelamat untuk meningkatkan keupayaan tindak balas awal di lapangan.

Kita sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk melesenkan malim gunung perhutanan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 supaya meningkatkan profesionalisme serta standard kompetensi pengiring-pengiring pendakian.

Dato Yang di-Pertua, keseluruhannya, langkah-langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk kita memperkukuh budaya keselamatan pendakian melalui pendekatan yang lebih bersepadu berasaskan pengurusan risiko menggunakan teknologi, sekali gus mengurangkan kejadian mendaki sesat serta keperluan operasi-operasi SAR pada masa hadapan dan tentunya pihak rakyat sendiri juga perlu ambil kesedaran untuk memastikan keselamatan masing-masing. Terima kasih.

draft11:40 AM

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Soalan tambahan, Dato Yang di-Pertua. Kita lihat bahawa pendakian gunung semakin popular. Cuma nak tanya, Dato Yang di-Pertua dan pernah naik Gunung Santubong?

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak pernah.

draft11:40 AM

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tak pernah ya?

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Turun pun tak pernah.

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

[Ketawa] Dato Yang di- Pertua, walaupun dengan risiko kesusahan dan sebagainya, bagi mereka yang mendaki gunung itu dianggap sebagai satu kepuasan. Bagi kita rasa penat, risiko, susah dan sebagainya, tapi bagi mereka, ini suatu perkara yang mereka cuba lakukan.

Cuma, Dato Yang di-Pertua...

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Saya gunung rendah- rendah. Yang tinggi-tinggi, tak.

[Ketawa] Bukit bolehlah. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua ya...

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Saya nak sebut begini ya. Contohnya dalam tahun 2021 hingga 2025, sebanyak 1,500 kemalangan yang melibatkan 63 kematian. Menunjukkan satu aktiviti yang berisiko. Soalan saya...

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Ya?

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Gunung mana...

[Tidak jelas]

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Gunung Kinabalu yang paling berisiko sebab masanya tertentu ya, tapi itulah yang disebutkan tadi bahawa berbagai langkah yang diambil itu sekiranya membantu dari segi mengurangkan risiko kematian dan sebagainya.

Soalan saya Dato Yang di-Pertua, memandangkan kos yang tinggi yang terpaksa digunakan bagi tiap-tiap usaha menyelamat, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewajibkan setiap pendaki gunung mengambil insurans bagi membolehkan kalau berlaku kes-kes sedemikian termasuk kematian dan sebagainya, kosnya ditanggung secara bersama?

Terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Insurans...

draft11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Baik, terima kasih Senator, Yang Berhormat Senator. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Saya percaya bahawa kita semua adalah sangat prihatin tentang keadaan semua pihak pendaki, terutamanya supaya mereka ini tidak sesat ataupun tidak mengalami kemalangan jiwa. Oleh kerana itu, memang kerajaan memberi perhatian kepada langkah- langkah untuk kita pastikan keselamatan pendaki.

Oleh kerana itu, memang sekarang ada usaha-usaha supaya memberi galakan kepada pendaki untuk mengambil lindungan insurans. Tetapi tidak ada satu kewajipan yang wajib untuk mengambil insurans, tapi sekarang ini digalakkan. Pada masa akan datang, saya percaya kita akan tengok sejauh mana perkara ini boleh dilaksanakan secara dengan lebih ketat.

Namun sepertimana tadi juga, Yang Berhormat Senator sebut ramai sebenarnya pendaki ini, dia makin popular. Mereka ada satu kepuasan naik. Jadi, kalau ada kekangan- kekangan pula, kita bimbang mungkin ada pemberontakan pula kerana terlalu ketat peraturan- peraturan yang dikenakan. Kita akan ambil balance, kita kena seimbangkan di antara peraturan, undang-undang dengan kepuasan pendaki, di samping kita mempopularkan ekopelancongan kita. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terakhir untuk sesi kita pagi ini. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin.

draft11:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft11:40 AM

10. Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Kewangan menyatakan, senarai lengkap kementerian yang diarahkan membuat penjimatan bajet kementerian masing-masing, jumlah peruntukan kementerian yang dipotong, kriteria penilaian yang digunakan serta sama ada kajian impak telah dilaksanakan ke atas pemotongan tersebut.

draft11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail.

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, langkah kawalan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh separuh pertama tahun 2026 telah berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan awam tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

Hasil intervensi awal yang telah dilaksanakan kerajaan, Malaysia kekal stabil walaupun berdepan krisis rantaian bekalan global dan sebenarnya kita mengalami kesan daripada perang di Iran. Kementerian Kewangan pada 29 April 2026 telah mengeluarkan arahan pelarasan peruntukan berjumlah RM10 bilion bagi perbelanjaan mengurus atau OE tahun 2026 merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

Susulan itu, Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan agensi bagi memberikan penjelasan mengenai kriteria kawalan perbelanjaan yang perlu dilaksanakan berkuat kuasa berikutan krisis rantaian bekalan global yang berlaku.

Sehingga 14 Julai 2026, hampir RM5 bilion jumlah sekatan telah diperoleh. Bermakna, setengah daripada apa yang diminta dan kementerian dan agensi diberi ruang untuk menyusun semula perbelanjaan masing-masing berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan sentiasa terbuka untuk meneliti dan membincangkan sebarang keperluan mendesak yang dikemukakan oleh kementerian dan agensi, tertakluk kepada kedudukan fiskal kerajaan serta keutamaan perbelanjaan semasa.

Pelarasan perbelanjaan hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal.

Antaranya termasuk menangguh dan mengecilkan skala atau skala acara, majlis keraian rasmi kerajaan ataupun persidangan, mengehadkan perjalanan petugas rasmi kepada perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan pegawai yang minima, melaksanakan mesyuarat secara dalam talian dan menangguhkan perwujudan perjawatan baru serta pengambilan perjawatan awam baru, kecuali jawatan-jawatan kritikal sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara dengan kawalan ketat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan komited dalam memastikan pelarasan perbelanjaan ini dilaksanakan tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal, terutamanya perkhidmatan kesihatan, subsidi bantuan dan insentif kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA), bantuan kebajikan masyarakat, insentif kepada sektor pertanian, bantuan persekolahan dan lain-lain bantuan yang telah diberi komitmen oleh kerajaan.

Umumnya, sekatan perbelanjaan mengurus ini tidak melibatkan program-program teras di setiap kementerian dan peruntukan bagi sektor-sektor utama seperti kesihatan, pendidikan, keselamatan, kebajikan rakyat dan pelaksana projek pembangunan berimpak tinggi terus diberi keutamaan.

draft11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Setakat ini adalah bersifat sementara dan sebarang pengagihan semula peruntukan akan dipertimbangkan semula apabila kedudukan fiskal negara kembali stabil. Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Soalan tambahan Dato Yang di-Pertua. Hakikatnya kita menerima program ataupun langkah keselamatan bukan di sini sahaja, bila-bila masa pun.

Cuma yang disenaraikan ini sekitar dalam lapan kementerian, saya rasa yang paling besar adalah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Cuma apabila disebutkan tentang ini, bergantung melihat lebih kepada sifat pengurusan dan seumpamanya, saya nak tanya.

Misalnya, contoh di Kementerian Kesihatan. Sekarang ini dari sudut mendesak tak mendesak ini, hampir kesemua hospital kerajaan, senarai orang yang menunggu pesakit untuk dirawat sangat ramai. Orang yang menanti giliran pembedahan sangat lama sehingga akhirnya mereka terpaksa berpindah ke kos yang lebih tinggi ke swasta dan lain-lain.

Peralatan-peralatan yang lain yang dah lama kritikal seperti ambulans dan lain-lain saya rasa masih tertangguh.

Jadi, saya mungkin pergi secara lebih umum berapa sebenarnya. Jumlah tadi disebut RM5 bilion, tapi boleh tak diberikan pecahan mengikut kementerian dan apakah terdapat sebarang impak penyampaian terhadap penyampaian perkhidmatan awam, khususnya dalam kesihatan, keselamatan, pendidikan dan juga keselamatan. Mohon pencerahan.

draft11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Senator Haji Hussin. Sebenarnya untuk KKM hanya RM500 juta terlibat dalam penyelarasan dan ini adalah lebih kurang 1 peratus daripada jumlah yang diluluskan kepada KKM iaitu RM46.52 bilion. Dan ini tidak terlibat dalam semua perkhidmatan asas. Hanya melibatkan pentadbiran dan untuk hadkan program-program seperti apa yang saya sebut tadi, termasuk acara antarabangsa ataupun program, majlis yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan kesihatan.

So, ini adalah apa yang telah berlaku dan saya minta kesabaran semua memang kita dalam keadaan krisis dan kita harap boleh menangani isu ini tanpa mengganggu apa sahaja perkhidmatan yang telah diberi oleh kerajaan. Terima kasih.

draft11:50 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft11:50 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya rasa tidak menjawab lagi. Saya tadi tanya, boleh tak list-kan berapa jumlah pengeluaran?

draft11:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Boleh. Itu— itu saya jawab secara bertulis. Terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, di bawah peraturan, bila ada dah terjawab dianggap dijawab. Kalau nak detail, ada saluran yang boleh digunakan. Under the rule, once it is answered, it is answered. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan. Kita teruskan urusan kita.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 2026 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum memanggil Menteri, kita tetapkan bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 11(5).

[Telefon bimbit berbunyi] Itu apa itu? Ditetapkan bahawa kita tidak akan menangguhkan Mesyuarat kita sehingga dipersetuju dan diluluskan setelah diputuskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Kita akan ada lunch break pukul 1 dan akan disambung 2.30 sampai tamat sesi kita iaitu bila diputuskan dan diluluskan rang undang-undang tadi dan selepas itu ditangguh hingga hari esok, jam 10, Khamis, 30 Julai 2026.

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:53 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Dato Yang di-Pertua, Malaysia telah menikmati hasil daripada kekayaan dan sumber asli negara sejak sekian lama. Hasil ini telah menyokong pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara. Namun sebahagian daripada sumber yang kita nikmati hari ini merupakan sumber menyusut yang tidak akan kekal selama-lamanya.

Sebahagian daripada hasil yang dijana daripada sumber menyusut ini wajar dipelihara dan dilaburkan supaya manfaatnya dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Berteraskan prinsip keadilan antara generasi— inter-generation justice, inilah Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai suatu simpanan dan rizab jangka panjang negara bagi memastikan negara mempunyai rizab kewangan yang berkekalan untuk generasi Malaysia sekarang dan masa hadapan. Setelah hampir empat dekad, aset bersih Kumpulan KWAN telah berkembang kepada RM20.43 bilion pada tahun 2024.

Sejak penubuhannya, PETRONAS kekal sebagai satu-satunya penyumbang kepada KWAN dengan jumlah sumbangan sebanyak RM13.5 bilion dan sepanjang tempoh tersebut, KWAN hanya digunakan sebanyak dua kali termasuk bagi membiayai pembelian vaksin COVID-19 yang berjumlah RM5 bilion pada tahun 2021 hingga 2023 dan projek Malaysia Wetland Sanctuary pada tahun 1998 yang berjumlah RM42 juta. Rekod ini mencerminkan hasrat asal penubuhan KWAN sebagai satu simpanan jangka panjang negara yang hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Datuk Yang di-Pertua, pengalaman mentadbir KWAN menunjukkan bahawa walaupun akta sedia ada telah membolehkan kumpulan wang berfungsi dengan baik, hasrat asal tersebut perlu diperkukuh melalui suatu kerangka perundangan yang lebih menyeluruh agar simpanan antara generasi ini terus mampan. Sehubungan itu, kerajaan mencadangkan supaya Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 339) dimansuhkan dan digantikan dengan suatu akta baharu.

Langkah ini bukan sekadar mengemas kini kerangka perundangan sedia ada malah memperkukuh institusi KWAN melalui penubuhan Kumpulan Wang Amanah Diperbadankan sebagai badan pentadbir kumpulan wang yang ini. Struktur tadbir urus ini dibangunkan dengan mengambil kira amalan terbaik tadbir urus institusi pelaburan awam, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Selaras dengan struktur baharu ini, rang undang-undang ini memperkenalkan pembaharuan KWAN dalam tiga aspek utama iaitu pertama, meletakkan sumbangan kepada kumpulan wang kepada satu asas perundangan berkanun yang luas dan mandatori berbanding kepada sebelum ini secara sukarela, menggantikan pembayaran secara sukarela.

RUU ini mengehendaki Kerajaan Persekutuan membuat sumbangan tahunan sekurang- kurangnya 0.1 peratus daripada anggaran hasil tahunannya.

Memperuntukkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada dividen yang diterima daripada PETRONAS dan dua peratus daripada duti eksport ke atas sumber menyusut selepas serahan kepada kerajaan negeri. Bermakna kerajaan negeri tidak terlibat hanya bahagian Kerajaan Persekutuan perlu disumbang ke dalam KWAN.

Kedua, memelihara model kumpulan wang dengan mengehadkan pengeluaran tahunan kepada separuh daripada jangkaan kadar pulangan sebenar. Pengeluaran yang melebihi had ini hendaklah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan tujuan penggunaan ini dihadkan kepada pendidikan, penjagaan kesihatan serta mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim yang turut dikawal secara peraturan.

draft11:54 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Ketiga, menubuhkan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) dengan kewajipan dan kuasa yang jelas serta mengukuhkan fungsi berkenaan dengan pelaburan Kumpulan Wang.

Kerajaan juga mengambil pendekatan yang pragmatik dalam melaksanakan struktur baru ini, walaupun Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) ditubuhkan di bawah akta ini, Bank Negara Malaysia akan terus melaksanakan fungsi pentadbiran dan pengurusan kewangan Kumpulan Wang bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri atas syor lembaga.

Pendekatan peralihan secara berperingkat ini akan memastikan kesinambungan operasi serta membolehkan fungsi-fungsi tersebut dipindahkan secara tersusun apabila saiz dan keperluan pengurusan Kumpulan Wang berkembang pada masa hadapan.

Pembaharuan ini akan memperkukuhkan kedudukan KWAN sebagai simpanan antara generasi melalui tatakelola yang lebih kukuh, sumber aliran masuk yang lebih konsisten serta disiplin pengeluaran yang lebih ketat. Dengan asas tersebut, Kumpulan Wang dijangka mampu meningkatkan aset bersihnya sebanyak dua kali ganda dalam tempoh sekira 10 tahun, sekali gus memastikan lebih banyak kekayaan daripada sumber menyusut yang dinikmati pada hari ini dapat dipelihara sebagai rizab kewangan yang berkekalan bagi generasi Malaysia sekarang dan masa hadapan.

Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi enam bahagian dan 44 fasal seperti berikut.

Bahagian I mempunyai dua fasal dan memperuntukkan perkara-perkara permulaan termasuk tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa akta serta tafsiran bagi ungkapan yang digunakan dalam akta.

Bahagian II mempunyai 21 fasal dan memperuntukkan mengenai penubuhan Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) termasuk sumber sumbangan, tadbir urus, fungsi dan kuasa lembaga serta pentadbiran Kumpulan Wang.

Bahagian III mempunyai tiga fasal dan memperuntukkan mengenai penggunaan Kumpulan Wang termasuk tujuan penggunaan, had pengeluaran, tatacara permohonan serta pelaporan penggunaan dana.

Bahagian IV mempunyai tiga fasal dan memperuntukkan mengenai pelaburan Kumpulan Wang termasuk jenis pelaburan yang dibenarkan, perumpukan aset strategik

(strategic asset allocation) serta pelantikan pengurus dana.

Bahagian V mempunyai enam fasal dan memperuntukkan perkara-perkara pelbagai termasuk tatacara kewangan, pelaporan, kuasa Menteri membuat peraturan dan arahan serta obligasi kerahsiaan.

Bahagian VI mempunyai sembilan fasal dan memperuntukkan mengenai pemansuhan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 atau Akta 339 serta peruntukan peralihan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran, aset, hak, liabiliti, kontrak dan prosiding di bawah akta baru.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa menyokong?

draft12:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara untuk memperbadankan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) sebagai badan pentadbir Kumpulan Wang Amanah Negara, untuk mengadakan peruntukan bagi pelaburan Kumpulan Wang Amanah Negara, untuk memastikan rizab kewangan yang berkekalan bagi generasi Malaysia sekarang dan masa hadapan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 14 orang ahli yang nak berbahas. Maka saya buat ketetapan bahawa masa diberikan adalah 15 minit seorang.

Dipersilakan Dr. Hajah Wan Martina.

draft12:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat perbahasan bagi Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Apabila kita bercakap mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara, kita sebenarnya sedang membicarakan soal keadilan intergenerasi dan kemampanan fiskal jangka panjang negara. Pengajaran daripada pandemik COVID-19 ialah apabila RM5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Negara digunakan untuk perolehan vaksin pada tahun 2021. Ia membuktikan betapa pentingnya rizab negara ini diuruskan dengan tadbir urus yang kukuh, berdisiplin dan berkanun. Secara prinsipnya, saya menyokong penuh usaha murni kerajaan untuk memperbaharui kerangka perundangan Kumpulan Wang Amanah Negara melalui pemansuhan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 ataupun Akta 339 dan menggantikannya dengan penubuhan entiti baharu Kumpulan Wang Amanah Negara

(Diperbadankan).

Sesungguhnya Islam mengajar kita supaya merancang untuk masa depan dengan penuh hikmah. Izinkan saya membawa maksud firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat yang ke-18 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang di kehendak, yang telah disediakannya untuk hari esok.” Ayat ini menjadi asas bahawa pengurusan kewangan negara tidak boleh bersifat jangka pendek semata-mata sebaliknya mestilah berpaksikan kemampanan dan tanggungjawab kepada generasi yang akan datang.

Datuk Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 4(1) menetapkan bahawa Kerajaan Persekutuan wajib menyumbang setiap tahun sekurang-kurangnya yang pertama 0.1 persen daripada unjuran hasil tahunan Kerajaan Persekutuan. Yang kedua, dua peratus daripada dividen Petroliam Nasional Berhad ataupun PETRONAS. Dan yang ketiga, dua peratus daripada duti eksport yang diterima atas sumber menyusut selepas penyerahhakan negeri. Ini merupakan satu kemajuan ekonomi yang amat positif berbanding Akta 1988 yang bergantung kepada sumbangan sukarela sahaja.

Datuk Yang di-Pertua, persoalan saya adalah berdasarkan unjuran kadar minimum ini, berapakah anggaran aliran masuk ataupun annual inflow tahunan baharu ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara melalui tahun kewangan akan datang? Adakah nisbah minimum 0.1 persen hasil dan dua peratus dividen PETRONAS ini cukup signifikan untuk membina semula saiz aset Kumpulan Wang Amanah Negara yang berada pada tahap RM22.43 bilion setakat Disember 2024 dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang?

Yang kedua, fasal 4(3) menyatakan pemindahan sumbangan dilakukan selewat- lewatnya pada akhir tahun kewangan. Sejauh manakah ketegasan mekanisme pematuhan sekiranya Kerajaan Persekutuan mengalami tekanan defisit fiskal pada tahun berkenaan?

Untuk itu, saya mencadangkan supaya kerajaan perlu mewujudkan jadual peningkatan berperingkat bagi peratusan sumbangan mandatori. Ini seiring dengan pemulihan atau pertumbuhan hasil fiskal negara pada masa hadapan.

draft12:04 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Datuk Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 24 dan 25, pengambilgunaan dana dan formula pengeluaran. Fasal 24 mengehadkan maksud pengeluaran Kumpulan Wang Amanah Negara hanya kepada pendidikan, penjagaan kesihatan serta mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Manakala fasal 25(1) menetapkan had pengeluaran tahunan maksima ialah 50 peratus daripada kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangkakan.

Secara ekonomi, ini menerapkan prinsip antarabangsa seperti Norwegian Government Pension Fund Global bagi memelihara modal teras. Persoalan saya, definisi dan pengiraan kadar pulangan sebenar. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menentukan dan mengesahkan penanda aras bagi kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka di bawah fasal 25(5) ini? Adakah ia ditentukan oleh lembaga atau Bank Negara Malaysia atau penilaian bebas juruaudit?

Yang kedua, pengecualian Dewan Rakyat di bawah fasal 25(2) yang membenarkan pengeluaran melebihi had 50 peratus tersebut sekiranya Menteri mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat melalui usul. Adakah peruntukan ini menetapkan sebarang ambang krisis atau takrifan keadaan terdesak yang khusus bagi mengelakkan peruntukan pengecualian ini dijadikan pintu belakang pengeluaran berasaskan dorongan politik jangka masa pendek?

Dengan itu, saya mencadangkan supaya dimasukkan klausa kriteria kecemasan nasional yang lebih ketat dalam peraturan di bawah fasal 33 untuk mentakrifkan situasi di mana fasal 25(2) boleh diguna pakai, contohnya hanya semasa bencana nasional atau kemerosotan ekonomi yang sangat teruk.

Fasal 11, 12 dan 28, tadbir urus lembaga dan peranan Bank Negara Malaysia. Merujuk fasal 11, penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara Diperbadankan, manakala fasal 28 membolehkan Menteri melantik, mengurus dana utama atau syor lembaga. Huraian RUU ini menjelaskan bahawa Bank Negara Malaysia akan meneruskan peranannya sebagai pengurus dana utama dalam tempoh peralihan.

Saya mendapati bahawa semua anggota lembaga dilantik oleh menteri, manakala menteri juga mempunyai kuasa meluluskan perumpukan aset strategik, membatalkan pelantikan anggota serta memberi arahan kepada lembaga. Walaupun kuasa tersebut diberikan atas kapasiti Menteri Kewangan, persepsi mengenai kebebasan institusi tetap perlu diberi perhatian. Di negara-negara yang mempunyai dana kekayaan negara bertaraf dunia seperti Norway, New Zealand dan Australia, terdapat pemisahan yang jelas antara fungsi kerajaan sebagai pembuat dasar dengan pengurus profesional yang membuat keputusan pelaburan.

Saya ingin mencadangkan supaya pada masa hadapan, kerajaan mempertimbangkan pelantikan majoriti ahli lembaga terdiri daripada individu profesional yang bebas, mempunyai kepakaran dalam pelaburan, ekonomi, kewangan dan tadbir urus korporat serta bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Persoalan saya, pengurusan risiko dan autonomi pelaburan.

Fasal 12(1)(c) mengehendaki lembaga merangka perumpukan aset strategik untuk diluluskan oleh menteri. Sejauh manakah tahap autonomi lembaga dalam membuat keputusan pelaburan harian di bawah fasal 27 tanpa berlakunya campur tangan.

Yang kedua, kapasiti pengurusan internal. Bilakah julat tempoh sasaran kerajaan untuk mentransisikan pengurusan dana daripada Bank Negara Malaysia kepada kapasiti dalaman Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) sepenuhnya sebagaimana yang dikiaskan di dalam huraian rang undang-undang?

Merujuk kepada fasal 35, obligasi kerahsiaan dan ketulusan awam. Fasal 35 mengenakan kewajipan kerahsiaan yang ketat dengan penalti denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun. Sebaliknya, penubuhan entiti baharu ini perlu menyeimbangkan kerahsiaan dengan prinsip Santiago Principles bagi dana kekayaan berdaulat.

Persoalan saya, adakah laporan tahunan penyata kewangan yang diaudit di bawah Akta 240, fasal 32 serta perincian strategik asset allocations Kumpulan Wang Amanah Negara akan dibentangkan di Parlimen dan diakses secara terbuka kepada umum demi menjamin ketelusan tadbir urus?

Datuk Yang di-Pertua, pindaan dan pemerbadanan Kumpulan Wang Amanah Negara menerusi RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 ini merupakan satu langkah reformasi institusi kewangan yang amat signifikan dan wajar dipuji. Kerangka ini bukan sahaja memelihara modal asas Kumpulan Wang Amanah Negara daripada susut, tetapi memastikan hasilnya benar-benar dipulangkan untuk pembangunan modal insan, pendidikan, kesejahteraan rakyat, kesihatan dan kelangsungan alam sekitar, perubahan iklim bagi generasi akan datang.

Izinkan saya membawa firman Allah SWT dari Surah an-Nisaa', ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil.” Harapan saya, lembaga yang bakal dilantik kelak menjalankan amanah ini dengan tahap profesional, integriti dan akauntabiliti yang tinggi demi mencapai rizab kewangan yang berkekalan bagi generasi Malaysia sekarang dan masa hadapan sebagaimana yang dihasratkan di dalam mukadimah akta ini dan saya ingin mengaitkan dengan ayat yang dibaca tadi, yang memberi peringatan bahawa setiap amanah lebih-lebih lagi amanah menguruskan harta negara wajib dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan dan juga keadilan.

Dengan harapan dan cadangan pembetulan tersebut Datuk Yang di-Pertua, saya sudahi dengan menyokong. Mudah-mudahan segala usaha ini menjadi amal yang memberi manfaat kepada generasi Malaysia pada hari ini dan khususnya kepada generasi anak cucu kita di masa hadapan. Sekian, terima kasih.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dr. Wan Martina. Sekarang saya jemput Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

draft12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Datuk Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik pembentangan RUU ini yang menggantikan Akta KWAN 1998, bertujuan untuk memperketatkan tadbir urus dana kekayaan negara, mengurangkan kebergantungan tunggal kepada syarikat PETRONAS serta memastikan simpanan generasi akan datang terpelihara.

Datuk Yang di-Pertua, apabila meneliti RUU ini dan juga telah diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, di mana saya akan menyentuh dua aspek utama iaitu adanya sumbangan berkanun mandatori seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 3 dan fasal 4 RUU KWAN ini.

draft12:19 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Dengan adanya fasal ini, ia nya akan menamatkan kebergantungan hampir empat dekad kepada PETRONAS sebagai penyumbang tunggal sukarela. RUU ini mewajibkan sumbangan berkanun tahunan daripada Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya, fasal 5 RUU ini mengadakan peruntukan bagi sumbangan lain yang boleh dibayar secara sukarela ke dalam KWAN ini.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya RUU ini juga memperuntukkan disiplin had pengeluaran. Ini telah diperincikan di bawah fasal 24 dan fasal 25. Fasal 25 dengan jelas menetapkan had siling pengeluaran tahunan dan sebarang pengeluaran melebihi had itu wajib mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Fasal 24 juga menyatakan skop kegunaan luar jangka iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan serta mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Walaupun demikian, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, saya memohon supaya akta ini diberi penambahbaikan dan kalau boleh, pindaan lanjut boleh dibuat supaya ia nya betul-betul akan mencapai objektif sebenar penubuhan.

Datuk Yang di-Pertua, saya cadangkan fasal 25 tidak perlu menetapkan had siling sebesar 50 peratus. Kes di mana trauma pengeluaran hanya RM5 bilion pada tahun 2021 yang hanya mewakili kurang daripada 10 peratus daripada 50 persen tersebut yang ditetapkan di bawah RUU ini bagi pembelian vaksin COVID-19 pada tahun 2021 sudah jelas membazirkan wang rakyat dan terus telah membuktikan kelonggaran kawal selia perlindungan khazanah negara.

Berkenaan dengan had siling tersebut, sebagai contoh Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Ordinance 2022 dengan izin, yang menetapkan 25 persen. Kalau boleh, kita tetap rendahkan siling tersebut ke 25 persen atau rendah lagi daripada itu.

Section 8 of the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Ordinance 2022 dengan izin, Section 8, “the amount to be withdrawn from the Investment Fund Account for such purpose shall not exceed twenty-five percent of the credit balance in the Investment Fund Account.” 50 peratus pengeluaran dana di bawah RUU ini adalah besar dan impak pengeluaran tersebut mempunyai implikasi yang tinggi kepada dana tersebut.

Datuk Yang di-Pertua, bagi penambahbaikan kepada fasal 25 pada RUU ini, for future amendment juga dengan izin, saya cadangkan supaya menetapkan had siling pengeluaran lebih rendah seperti yang saya terangkan tadi, ke 25 peratus atau lebih rendah dan apa-apa pengeluaran haruslah dengan izin, laid on the table di Parlimen. Bukan di Dewan Rakyat sahaja. Seharusnya di institusi Parlimen yang akan merangkumi Dewan Negara.

Sekarang, kerajaan melalui Kementerian Kewangan memohon kelulusan Dewan Negara yang mulia ini untuk penggubalan RUU ini, tetapi fasal 25 hanya meminta kelulusan Dewan Rakyat. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan perkara ini.

Kedua, kegunaan luar jangka di bawah fasal 24 haruslah diperketatkan lagi, di mana pengeluaran hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan Parlimen sahaja dan sekiranya Parlimen digantung di bawah Akta Darurat, pengeluaran hanya boleh dibuat setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri setelah dinasihat oleh jawatankuasa khas di Parlimen.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga merayu supaya kerajaan membuat penambahan kepada fasal 7 dan fasal 26 berkenaan dengan kuasa Menteri. Saya cadangkan, kuasa Menteri di bawah fasal 7 dan fasal 26 ini haruslah diberikan kepada Jemaah Menteri setelah mendapat nasihat daripada satu jawatankuasa khas yang bebas, di mana ahlinya daripada golongan profesional yang bebas yang ditubuhkan.

Keputusan kolektif Jemaah Menteri atas nasihat jawatankuasa khas ini amatlah kritikal bagi memastikan akauntabiliti yang telus, bukan sekadar dengan keputusan seorang Menteri dan kementerian di bawah seliaan beliau sahaja.

Datuk Yang di-Pertua, saya cadangkan juga kuasa Menteri melantik Lembaga Pengarah di bawah fasal 11 ini haruslah diberikan kepada Jemaah Menteri, setelah dinasihatkan oleh jawatankuasa khas Parlimen. Keputusan kolektif Jemaah Menteri setelah dinasihatkan oleh jawatankuasa khas Parlimen ini juga amatlah penting untuk mengelakkan kelonggaran proses pelantikan Lembaga Pengarah KWAN nanti.

Datuk Yang di-Pertua, beberapa penambahan yang saya sebutkan ini adalah mengikut best practices di Sarawak, dengan izin. Sarawaklah satu-satunya wilayah di Malaysia yang telah menubuhkan sovereign wealth fund, full-fledged sovereign wealth fund dengan izin, di negara ini. Sejak diluluskan pada tahun 2022, hanya berusia empat tahun dan setakat April 2026...

draft12:20 PM

Datuk Nelson W Angang

Mohon mencelah.

draft12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Datuk Yang di-Pertua, minta mencelah.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Orang Sabah itu nak tanya, mungkin dia jealous dengan Sarawak ada sovereign wealth fund. Silakan.

[Ketawa]

draft12:20 PM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya. Saya menyambut baik dan saya bersetuju cadangan yang diberikan bahawa kuasa Menteri ini perlu diserahkan kepada Kabinet. Saya melihat kepada seksyen 27 dalam RUU ini, secara khususnya berkaitan dengan pelaburan-pelaburan yang boleh dibuat. Ya, kita melihat 27 bahagian sub (1)(a) sehinggalah perkara (k).

Namun, satu kekhuatiran wujud dalam kuasa untuk melabur di bahagian (k) ini yang mana, dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri. Kita mempunyai seksyen 27 ini yang secara spesifik jenis-jenis pelaburan yang boleh dilakukan.

Namun, pada bahagian (k) pula menyatakan apa-apa pelaburan. Bermaksud, apa-apa jenis pelaburan pun boleh dibuat. Kita maklum bahawa cadangan-cadangan pelaburan ini boleh diberikan oleh pihak lembaga kepada Menteri, itu kita faham. Kita lihat balik kepada seksyen 11.

Seksyen 11 menunjukkan lembaga yang dilantik dan saya melihat tidak ada dinyatakan secara spesifik seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi Kementerian Kewangan, seorang daripada Jabatan Perdana Menteri dan tidak kurang dua, tetapi tidak lebih dari empat orang yang mempunyai pengetahuan.

Bolehkah dalam bahagian 11D ini mungkin ditambah baik untuk menyatakan tidak kurang daripada dua, tetapi tidak lebih dari empat orang anggota yang mempunyai pengetahuan, pengalaman, kepakaran dalam perniagaan, pelaburan dan perbankan kewangan? Mungkin daripada contoh private sector secara spesifik, yang boleh membawa kepada kepakaran bukan sahaja daripada pihak kerajaan tetapi juga daripada pihak private sector. Kerana, seperti yang dinyatakan oleh rakan Senator saya, untuk memberi kuasa ini kepada seorang Menteri, ini adalah sangat luas dan kita lihat kepada 11— minta maaf, kepada seksyen 27 ini, walaupun kriteria ada tapi yang terakhir itu, that means it can be any other investments. So, ada sedikit di sana. Jadi mungkin sejarahlah, kita tak mahu sejarah yang lama berulang. So, mungkin ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

draft12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Kalau boleh, saya mencelah juga sedikit sebab saya tak bahas hari ini.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah. Silakan.

draft12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh dua rakan Senator saya tadi, saya nak tambah sedikit, nak bertanyakan Yang Berhormat Dato' YB Pele. Andai kata seksyen 27 dan seksyen 11 tadi dikekalkan tanpa apa-apa pindaan, kalau nak pinda pun mungkin kemudian. Dengan peruntukan yang ada ini, adakah memadai Ahli Lembaga yang dilantik ini cukup untuk mempertimbangkan kuasa yang begitu besar?

Kalau kita lihat di bawah 27 itu, kuasanya begitu besar. Daripada (a) hinggalah kepada

(j), dan ditambah satu lagi peruntukan (k) yang mana, kalau sekiranya yang digariskan di dalam ini nak dilaburkan dan tak cukup, ada satu lagi investment yang nak dilaburkan wang kumpulan wang ini, mereka boleh menyarankan kepada Menteri, ya. Jadi, makna kuasa itu begitu besar.

Jadi persoalannya, kalau dengan peruntukan sedia yang ada ini, memadai kah ahli lembaga itu sepertimana yang dinyatakan? Tidakkah perlu ianya diberikan kuasa lebih ramai kepada orang-orang yang pakar, mereka yang pakar? Dan kalau yang ada sekarang ini, tidakkah ada kemungkinan peristiwa yang berlaku sekarang ini akan berulang kembali?

Terima kasih Timbalan.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Setia Salehuddin, kalau terlalu banyak sangat pakar, kadang-kadang dia orang tak boleh buat keputusan. Pasal semuanya orang pandai-pandai.

[Ketawa]

draft12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa] Ada kemungkinan juga. Betul.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

draft12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Datuk.

draft12:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini bukan bersubahat ya.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft12:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Kebetulan dua-duanya ada isu nak diutarakan. So...

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dia negeri Sabah dengan negeri Selangor, dia memang kalau boleh dia nak satu juga apa ini, sovereign wealth fund dia.

[Ketawa]

draft12:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, saya mohon Datuk Yang di-Pertua, untuk hujah- hujah mereka tadi dimasukkan dalam ucapan saya dan saya mohon pihak Timbalan Menteri, pihak kementerian untuk merespons kepada hujah mereka tadi.

Okey seterusnya— mana saya tadi. Ha, okey. Seterusnya seperti yang contoh yang saya berikan tadi, Sarawak Sovereign Wealth Fund, yang full-fledged sovereign wealth fund di negara ini sejak diluluskan pada tahun 2022, hanya berusia empat tahun. Dan setakat April 2026, Sarawak Sovereign Wealth Fund mempunyai melebihi RM8 bilion dana berbanding dengan KWAN yang mempunyai RM23.4 bilion sejak 1988 iaitu berumur 38 tahun. Bayangkan kalau Sovereign Wealth Future Fund Sarawak ini berumur 38 tahun.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Janganlah banding-bandingkan, tak baik itu. Sangka buruk itu.

[Ketawa]

draft12:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Ketawa] Okey Datuk Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Pele. Sekarang saya jemput Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa.

draft12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Tuan Yang di-Pertua, melalui RUU ini, keutuhan nilai kumpulan dan aset KWAN sebanyak RM22.43 bilion akan diperkukuh teras dan asas berkanunnya agar memenuhi tiga matlamat utama iaitu:

(i) perkara tatakelola berkanun dan komitmen tabungan sumbangan KWAN dapat ditetapkan secara tahunan;

(ii) memelihara integriti dan urus tadbir modal dan pegangan aset strategik KWAN; dan

(iii) penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara yang diperbadankan agar tadbir urus dan kawal selia tabung amanah ini lebih tersusun, berintegriti, bertatakelola, bertunjangkan amanah yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam akta ini, perkara sumbangan wajib asas kepada Tabung KWAN adalah dari tiga sumber utama iaitu sumbangan 0.1 peratus hasil daripada pendapatan Kerajaan Persekutuan selaras dengan Perkara 99, Perlembagaan Malaysia.

Dua— dua peratus daripada dividen tahunan keuntungan PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan dan dua peratus daripada hasil duti eksport yang direkod pada tahun semasa. Walaupun sumbangan yang ditetapkan asas berkanun ini hanya pada tiga sumber di seksyen 4, kita ingin mendapatkan penjelasan dari YB Menteri agar kutipan sumbangan ini selaras dengan seksyen 5, sumber wang lain perlu juga diambil perhatian.

Soalan saya, apakah elok sekiranya tiga sektor bajet pembangunan dan bekalan perolehan di sektor pendidikan, kesihatan dan perubahan iklim atau bencana alam dikenakan levi pada kadar munasabah sebagai mana CIDB yang mengutip levi pembangunan industri binaan dan TNB mengutip Tabung Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu dalam bil tenaga elektrik pengguna?

Pada pandangan saya, adalah perlu diwajibkan kepada kontraktor atau pembekal bekalan perolehan bagi sektor pendidikan, kesihatan dan perubahan iklim dan persediaan bencana kerana manfaat KWAN ini bakal digunakan ketiga sektor. Ini juga bila kita menghadapi krisis seperti RM5 bilion kumpulan wang ini diguna semasa COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara diperbadankan ini, beberapa aspek dalam RUU ini perlu diberi perhatian iaitu yang pertama, syarat ketat dan setiap individu yang akan dilantik menganggotai Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara melalui semakan dan tapisan kelayakan, pengalaman dan merit profesionalisme yang tinggi serta bebas kes rasuah dan isu-isu yang terkait dengan integriti dan salah laku jenayah.

Dua, apabila lembaga ini ditubuhkan, maka perlu ada badan kuasa melantik atau jawatankuasa bebas dalam mengawal selia tatakelola perjawatan, emolumen dan penggajian serta kenaikan pangkat atau tatatertib. Ini penting supaya tatakelola badan kuasa melantik atau perjawatan pegawai dan kakitangan amat perlu dititikberatkan dan dizahirkan secara tepat dalam jadual di bawah akta ini selaras penggunaan garis panduan badan berkanun tetapan Warta Perlembagaan dan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, semoga badan kuasa melantik CEO dan pegawai lembaga serta lantikan anggota Lembaga KWAN dapat dizahirkan dan ditetapkan, dibentangkan dan diwartakan di Parlimen agar integriti dan keutuhan personal yang memegang amanah wang negara terus terpelihara. Dan ini amat penting bagi mengekang silap tadbir dan kerugian aset dan risiko rugi pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita punya sebuah Lembaga KWAN, maka panel pelaburan dan penyertaan sebahagian Tabung KWAN, pelaburan industri negara yang berisiko rendah dan lestari perlu diberi peluang. Justeru, amat penting profil panel pelaburan perlu disertai oleh pakar ekonomi dan kumpulan rakyat profesional yang cemerlang dan berpengaruh dalam industri untuk menunjangi panel pelaburan KWAN.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah ada usaha kerajaan melantik panel ini diwujudkan jawatankuasa khas peringkat Parlimen untuk semak imbang individu yang dicadang untuk menganggotai panel pelaburan? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, apakah boleh kerajaan mempertimbangkan agar KWAN diberikan keistimewaan untuk memiliki ekuiti khas di sektor IPP dan sektor yang menguntungkan negara agar Tabung KWAN ini terus diperkasa kutipan sumbangannya?

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan memperkukuh KWAN sebagai dana simpanan strategik negara melalui caruman yang lebih tersusun, kawalan pengeluaran yang lebih ketat serta tadbir urus yang lebih telus. Saya menyokong RUU ini atas paksi-paksi yang berikut.

Pertama, RUU ini sebagai usaha kerajaan memperkukuhkan KWAN sebagai tabung simpanan antara generasi. Hasil negara daripada sumber tidak boleh diperbaharui perlu dimanfaatkan bukan sahaja untuk generasi hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang selaras dengan prinsip kemampanan fizikal dan pengurusan kewangan negara yang berhemah.

Kedua, RUU ini demi memperkukuh disiplin fizikal negara. RUU ini menetapkan mekanisme yang lebih jelas berkaitan caruman dan pengeluaran, mengelakkan penggunaan dana secara sewenang-wenangnya ketika berlaku tekanan kewangan, tragedi-tragedi di luar jangka dan RUU ini sekali gus mampu meningkatkan keyakinan pelabur terhadap disiplin fizikal negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil iktibar daripada KWAN pada tahun 2021. Episod pengeluaran RM5 bilion daripada KWAN pada tahun 2021 menunjukkan perlunya garis panduan yang lebih ketat dan lebih jelas. Dana amanah negara hendaklah kekal sebagai simpanan strategik dan hanya digunakan dalam keadaan yang benar-benar memenuhi syarat- syarat dan terma yang ditetapkan. RUU ini memperbaiki segala kelemahan yang wujud, segala kepincangan yang pernah berlaku melalui pengeluaran yang lebih ketat, berhemah dan lebih jelas.

draft12:32 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, caruman minimum 0.1 walaupun kecil, ia mewujudkan budaya simpanan negara secara konsisten. Sebarang perubahan kadar, hanya boleh dibuat melalui kelulusan Parlimen sekali gus menjamin kestabilan dasar.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini juga mencerminkan tadbir urus yang lebih telus.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Laporan Prestasi KWAN dibentangkan setiap tahun di Parlimen untuk tujuan semak dan imbang. Selain itu juga, kita perlu memastikan audit tahunan oleh Ketua Audit Negara mendedahkan prestasi pelaburan secara berkala kepada rakyat dan mengukuhkan pemantauan terhadap risiko pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu belajar amalan dan kejayaan negara-negara jiran dan negara-negara lain dalam menentukan kesinambungan dan juga menentukan ketepatan langkah dan tindakan KWAN. Kita belajar daripada amalan negara luar. Banyak negara mempunyai dana kekayaan seperti Norway dan Singapura yang berjaya membina simpanan jangka panjang. Malaysia juga perlu mengamalkan tadbir urus bertaraf antarabangsa supaya KWAN akan terus berkembang.

Justeru, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan— lima penjelasan utama bagi menghilangkan keraguan di kalangan rakyat jelata:

(i) apakah sasaran nilai aset KWAN dalam tempoh 10 hingga 20 tahun yang akan datang?

(ii) bagaimanakah kerajaan memastikan semua caruman dipatuhi setiap tahun?

(iii) apakah kriteria yang membolehkan pengeluaran itu dibuat dan SOP- SOP yang perlu dipatuhi?

(iv) apakah kerajaan bercadang mempelbagaikan sumber caruman selain daripada PETRONAS; dan

(v) bagaimanakah risiko pelaburan akan dipantau untuk mengelakkan risiko kerugian dan masalah-masalah yang terkait dengannya.

Selain itu, saya juga mohon mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang bebas, tetapkan semakan akta setiap lima tahun supaya akta kita sentiasa relevan dengan peredaran dan tuntutan masa. Perkenalkan laporan prestasi suku tahunan supaya pemantauan akan lebih teliti dan lebih telus. Mengguna pakai piawaian tadbir urus antarabangsa bagi dana kekayaan negara.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukan sekadar mengenai pengurusan sebuah dana amanah, tetapi mengenai tanggungjawab kita untuk memastikan kekayaan negara yang dijana hari ini terus memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.

Kita bertanggungjawab untuk menyediakan satu peluang, ruang dan kemudahan serta kekayaan kepada generasi yang sedang menanti pada masa yang akan datang. Kegagalan kita mengurus dan berlakunya kebocoran dan ketirisan akan menyebabkan generasi masa depan akan menderita dan negara akan sengsara.

Saya mohon Yang di-Pertua untuk meminjam kata-kata keramat daripada pakar Sasterawan Negara yang mencipta sebuah puisi yang bertajuk, “Anak Muda Masa Depan.” Dalam puisi itu, ada diungkapkan perkataan ini:

*“Suatu hari nanti, kita akan melihat sekumpulan anak-anak kecil berlari, dan terus berlari dalam keadaan badannya yang penuh luka, kudis dan nanah, meraung sambil air matanya tumpah ke bumi.

Anak-anak kecil ini menuju ke pusara, kubur datuk nenek dan pemimpin-pemimpin hari ini, lalu mereka kencingkan batu-batu nisan itu sambil berkata.

Kerana kaulah ayah, kerana kaulah ibu, kerana kaulah pemimpin, yang gagal melunas tanggungjawab dengan ikhlas dan menyatakan rang undang-undang yang tidak dilaksanakan dengan jujur dan berintegriti.

Maka, kami anak-anak kecil itu menderita, hidup terbangsat di tanah air mereka sendiri.”* Ya, mungkin keadaan itu belum berlaku pada hari ini, tetapi akan berlaku akibat kegagalan pemimpin hari ini. Kekayaan negara perlu dikongsi, penuh dengan adil dan saksama. Kewangan negara perlu diperhatikan, perlu diteliti, dijaga dengan rapi seperti kepunyaan kita sendiri untuk anak-anak masa depan kita.

draft12:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh saya mencelah sedikit?

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Sila.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

draft12:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Datuk Speaker. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Datuk ya, bila kita katakan bahawa wang ini adalah untuk masa depan generasi kita. Dan kalau kita lihat kepada preamble-nya pun, memang tujuannya adalah untuk memastikan rizab kewangan berkekalan bagi generasi akan datang, tetapi soalan saya kepada Yang Berhormat ya.

Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa di bawah Peruntukan 4 yang mengatakan sejumlah minimum 0.1 peratus daripada hasil tahunan Kerajaan Persekutuan, minimum dua peratus daripada dividen yang diterima daripada PETRONAS, minimum dua peratus daripada duti eksport oleh Kerajaan Persekutuan dimasukkan dalam kumpulan wang ini?

Sedangkan kita tahu bahawa kalau kita hendak memikirkan tentang rizab masa depan anak generasi muda ini, adakah ia nya memadai? Walaupun saya tahu ada minimum, tetapi cukup kah minimum tersebut dalam nilai yang begitu rendah? Barang-barang diingat juga bahawa dalam bawah seksyen 27 tersebut, tidak dinyatakan pula wang rizab ini perlu dilaburkan kepada pelaburan yang ada jaminan dan pelaburan yang ada risiko.

Sebab kadang-kadang kalau kita dah ada pelaburan untuk masa depan, kita laburkan dalam investment yang ada risiko atau risiko yang tinggi sebab tidak dihadkan. Ia nya satu hari nanti ditakdirkan berlaku sesuatu perkara, wang itu akan meleset dan tidak akan tercapai hasrat asal untuk menjadikan dia sebagai satu simpanan untuk generasi akan datang.

Jadi, memadai kah dengan peruntukan 4 ini jumlah minimum dan memadai kah tidak dimasukkan di bawah seksyen 27, pelaburan yang dikatakan selamat dan berapa peratus yang dikatakan pelaburan yang berisiko? Terima kasih. Terima kasih Datuk Speaker.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Satu poin yang baik tu Datuk Mustafa.

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau tak nak anak-anak kita kencingkan batu nisan kita...

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Betul.

[Ketawa]

draft12:40 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Jadi, biar tambah lagi jumlah pelaburan.

[Ketawa]

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih YB. Itu yang saya nyatakan dalam awal tadi, saya setuju dengan Yang Berhormat. Bahawa kalau ikutkan memang tak cukup tetapi, saya ada katakan juga bahawa dia perlu juga sumbangan-sumbangan lain selaras dengan seksyen 5, sumber wang lain yang perlu untuk menambah jumlah dana yang terkumpul.

Selain itu, YB Menteri bolehlah masukkan juga dalam ucapan saya bahawa perlu ada penambahan ataupun perlu difikirkan kadar yang lebih baik, lebih banyak, lebih tinggi supaya dana masa depan untuk generasi masa depan akan dapat kita pertingkatkan.

Satu persoalan yang dibangkitkan oleh YB Senator Dato’ Setia Salehuddin tadi yang perlu diberikan perhatian bahawa kita perlu menabung ketika ada. Maksudnya, peribahasa Melayu kata beringat— “berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.” Masa kita ada, kita tabung lebih, gunakan lebih, peratusan yang lebih supaya bila kita kurang nanti, kita akan dapat. Ya, Datuk?

draft12:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ah, tak sikit sahaja.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya benarkan. Masa pun tinggal lagi 12 minit. Tak adil untuk saya nak panggil Datuk...

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya, sila.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Senator Tuan Haji Hussin untuk apa...

draft12:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Minta...

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Jadi, silakan.

draft12:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Setia tadi ada sebut cadangan untuk menaikkan lantai.

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya.

draft12:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Tetapi saya mohon Yang Berhormat bertanya kepada kementerian. Berapa sebenarnya yang disumbangkan oleh pelbagai agensi tadi tu yang sebenarnya supaya kita dapat menilai sama ada mereka bermain di atas lantai begitu ataupun sebenarnya memang tinggi disumbangkan? Boleh bertanya kepada Menteri, ya?

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Menteri dengar Datuk Dr. Hatta. Menteri dah dengar.

[Ketawa]

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Datuk Dr. Hatta dan bolehlah juga dimasukkan sebagai isi kandungan perbahasan saya bahawa berapakah peratus sebenarnya boleh diberi juga dalam Ringgit Malaysia supaya kadang-kadang bila sebut peratus itu, kita tak dapat angka yang tepat.

draft12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Tadi bila kata satu peratus berjumlah RM2 bilion, kita akan dapat satu angkat yang lebih tetap. Seperti yang saya katakan tadi bahawa kita berada di sini untuk seketika supaya kita dapat merencana satu peraturan masa depan, undang-undang masa depan untuk anak cucu kita.

Sebab itu saya ingin tegaskan kepada Menteri dan juga pada Kabinet bahawa wujudkan jawatankuasa penasihat pelaburan. Ini amat penting supaya jawatankuasa itu boleh memantau dalam kalangan pelbagai disiplin keilmuan. Ia tidak hanya orang politik, tidak hanya orang pendidikan, dia mesti dalam terutamanya orang-orang yang terlibat secara langsung dengan lapangan industri ini supaya mereka boleh memberi pemikiran yang bernas dan saya juga perlu kajian semula.

Dia ketetapan satu peratus, dua peratus, tiga peratus itu mungkin pada hari ini YB.

Menteri tetapi tidak sesuai pada masa-masa yang akan datang, pada keadaan ekonomi global yang begitu berubah, yang dia begitu orang kata sentiasa berubah. Mungkin keadaan ini perlu, bahawa dikaji semula dalam tempoh-tempoh tertentu supaya kadar ini boleh kita tingkatkan mengikut kemampuan dan juga tidak ada ruginya kita menabung...

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Mustafa, ada sedikit pencelahan.

draft12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Sikit sahaja nak mencelah. Pandangan Datuk, saya nak tanya dalam kita berjaga-jaga ini ada pemantau lah, ada audit lah, ada nak bentang di Parlimen lah tapi kita masih lagi hilang pelaburan sepertimana yang kita tahu. Jadi, adakah benda- benda macam ini akan berlaku juga selepas ini? Apa pandangan Datuk?

[Ketawa]

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itu mendoakan tak baik itu, YB Azahar.

[Ketawa]

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih YB dan Tuan Yang di-Pertua, seingat saya dalam kehidupan ini tidak ada satu peraturan pun yang boleh menidakkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

Kerajaan berusaha sedaya mungkin mengadakan pelbagai peraturan tetapi masih ada ketirisan kerana pokok persoalan di atas segala-galanya ini adalah iman dan diri manusia itu sendiri. Sejauh manakah peraturan itu dipatuhi, sejauh manakah keimanan untuk membendung ketirisan atau rasa kebertanggungjawaban yang tinggi? Ini akan menentukan setiap dasar yang kita buat itu akan mencapai maksudnya.

Saya tidak menolak bahawa kehilangan berbilion, berjuta dalam pelbagai agensi bukan kerana kesilapan peraturan tetapi pertama YB, yang bertanya tadi YB sahabat saya. Pertama, mungkin penguatkuasaan yang kurang, pemantauan yang kurang dan insan yang kita letakkan di tempat itu sebenarnya adalah bukan permata terpilih sebaliknya dia adalah batu yang tak memberi apa-apa makna kepada pemerintahan. Pemilihan itu penting sebab itu letakkan orangnya— dalam Islam kata letakkan orang kepada tempatnya supaya peraturan dapat kita buat dan keputusan dapat lebih tepat.

Sekiranya mereka bersifat materialistik, individualistik, mementingkan diri dan meraut— selalu kita guna perkataan “sakau”. Saya pun tak tau siapa yang sakau sebenarnya.

Selalu kata sakau sana, sakau sini, tapi siapakah yang sakau, nyatakan. Buat laporan polis.

Ini tadi satu daripada pertanyaan sahabat kita bahawa apa pun berlaku, ini boleh berlaku asal selagi mana manusia. Sebab itu Jepun sekarang tuan-tuan jual apa sahaja pun dah pakai mesin. Lagi senang.

Tak ada— selagi kita menggunakan kudrat dan pemikiran manusia, sebijak mana pun peraturan itu, sebaik mana pun peraturan itu, tetap akan berlaku kerana manusia lebih bijak daripada peraturan. Sebab itu kita tengok antara polis dan penjenayah, contohnya. Selagi banyak undang-undang penjenayah bertambah ramai sebab penjenayah itu lebih advanced pemikirannya daripada kita.

Jadi itulah Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang saya katakan tadi bahawa apa yang paling penting, apa pun peraturan, apa pun undang-undang, pantau kah tak pantau, yang penting diri kita perlu ada iman, takwa dan tahu hukum dosa dan pahala dan yang paling penting penjawat awam dah buat yang terbaik, itu sebabnya saya potong...

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang lagi nak mencelah fasal masa dah...

draft12:50 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Kalau boleh saya nak...

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya rasa elok Datuk Mustafa habiskan sampai pukul 1.

Boleh ya?

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya, boleh.

draft12:50 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh saya mencelah walaupun dah dua kali dah saya mencelah. Boleh ya? Soalan ini berbangkit juga di bawah seksyen 24, pengambilan kumpulan wang. Kumpulan wang hanya boleh diambil bagi maksud yang berikut, pendidikan, penjagaan kesihatan, mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim, tetapi kalau saya lihat kepada versi English, “The fund may only be appropriated for the following purposes. Dia agak lain sikit makna dia.

Jadi di sini saya nak minta melalui Yang Berhormat untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri. Apakah yang dimaksudkan hanya untuk— adakah ia hanya maksud tiga sebab ini sahaja? Tidak boleh sebab lain, tapi kalau benar itu yang dimaksudkan kenapa kita kata hanya boleh?

Dia nya bukan mandatori, bermakna adakah kuasa Lembaga dan Menteri untuk mewajarkan pengeluaran selain daripada sebab tiga ini, disebabkan perkataan hanya boleh.

Dia undang-undang ini kalau “shall” itu maknanya mandatori. Kalau “may” because di sini kata “may” di belakang sini, maknanya boleh untuk sebab lain pun mungkin boleh. Jadi, ini persoalan yang mungkin pihak Menteri boleh perjelaskan.

Kedua, berkaitan dengan jumlah pengeluaran. Had pengeluaran di bawah seksyen 25 yang mengatakan bahawa had maksimum adalah sebanyak 50 peratus. Banyak itu tapi saya tak pasti 50 peratus daripada the whole sum principle kah ataupun daripada kadar dividen yang di expected for that year. Itu kita tak pasti. Jadi, saya nak juga minta, Yang Berhormat Senator boleh minta penjelasan daripada pihak Menteri. This is your floor untuk bertanyakan apakah maksudnya had pengeluaran sepertimana dinyatakan di bawah perkara 25 fasal (1).

Terima kasih. Terima kasih Datuk Speaker.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bill ini memang teknikal jadi sesuailah untuk soalan-soalan yang terperinci ini diutarakan.

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Okey, terima kasih. Kalau kita lihat perkara 24 seperti yang dinyatakan oleh YB. Senator Dato' Setia tadi bahawa memang kumpulan wang ini dia kata hanya boleh. Hanya boleh digunakan untuk tiga tujuan itulah iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan dan mitigasi dan juga penyesuaian perubahan iklim. Itu dalam ini.

Dari segi peraturan dan undang-undang mungkin perkataan itu boleh dipertikaikan.

Saya nak sentuh dari segi bahasa.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bahasa.

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Dia bukan undang-undang. Dari segi undang- undang Dato' Setia orangnya, tapi kalau dari segi bahasa, mungkin sebagai mantan guru bahasa saya boleh.

Kalau dari segi bahasa ‘hanya boleh’. Perkataan ‘hanya boleh’ itu begitu longgar maksudnya. ‘Hanya boleh’ maksudnya boleh juga kepada, kepada yang lain, tapi kalau dia kata wajib hanya kegunaan itu sahaja, atas perkara-perkara ini sahaja, ada ‘sahaja’ di belakang. Contoh maka dia hanya boleh yang tiga itulah. So, mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan.

Satu persoalan yang baik juga, sebab kadang-kadang bila sampai masa keadaan berlakunya bencana dan sebagainya, perkataan-perkataan itulah yang akan diguna pakai untuk membolehkan wang itu dikeluarkan atau digunakan. Lebih baik sebelum kita luluskan undang-undang ini dapat kita perbetulkan istilah dari segi undang-undangnya tadi dan juga dari segi bahasa. Sila.

draft12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

draft12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Saya rasa saya setuju bahawa perlu dilihat semula kerana seandainyalah kita berada dalam suasana nak berperang contohnya ya.

Serangan ataupun kepungan negara lain. Mungkin kita memerlukan dana ini untuk meningkatkan keupayaan pertahanan kita. Jadi, longgar itu kadang-kadang bagus. Kalau ketat sangat sampai tak boleh nak bergerak, kita akan ada dilema. Macam mana?

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih YB. Dr. Hatta. Ya, saya setuju dan sepatutnya kalaupun kita nak longgar tapi biarlah dia longgar itu longgar berterma. Misalnya tiga perkara itu namun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu maka wang ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan itu. Itu perlu kita masukkan sebab manusia terlampau bijak pandai. Menteri pun banyak— kadang-kadang terlebih pandai pun ada. So, terlebih pandai jadi dia akan manipulate dari segi peraturan, manipulate dari segi bahasa. Itu akan berlaku bila dunia ini semakin moden.

So, saya cadangkan YB Menteri supaya menilai balik istilah dan kalaupun perlu dikekalkan istilah itu perlu juga ditambah baik dengan seperti Dr. Hatta kata tadi bahawa kita tak tahu apa yang berlaku. Semalam adalah sejarah yang kita sudah lihat keberkesanannya.

Hari ini adalah bukti, tetapi esok kita belum pasti apa yang berlaku.

draft12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh saya mencelah Datuk?

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

12.59. Haji Hussin, saya bagi pencelahan kali terakhir.

draft12:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Sila.

draft12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, terakhir.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekali lagi.

draft12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tapi ayatnya itu, kalau boleh, saya sering kali dengar Menteri, ending-nya masa penggulungan, tanpa— RUU diluluskan tanpa perubahan. Hari ini, ucapan Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh, ayat apa yang lebih kukuh daripada perkataan kalau boleh*...

[Dicelah]*

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Untuk membolehkan apa yang ditegur itu diambil kira dan dilaksanakan— boleh tak tegur, boleh tak beri pandangan?

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya, dari segi istilah bahasa ya, kalau kita tengok bahasa, Profesor, kalau kita kata kalau boleh itu maknanya kesantunan bahasanya lembut.

Kita ada kesantunan bahasa, budi bahasa dalam pertuturan, pengucapan. Jadi saya kata kalau boleh, tapi kalau kita nak kepastian, sebab cikgu yang bertanya tadi, kalau kita nak kepastian, kita kata wajiblah, mesti boleh ataupun perlu wajib ataupun satu istilah sahaja, wajib. Betul juga.

Selalu juga saya setuju dengan— selalunya Menteri minta diluluskan, sebutlah diluluskan dengan pindaan-pindaan yang telah dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan.

Jadi, itu baru dia buat pindaan, kalau tak ada, lulus buta sahaja. Jadi, kita pun tak tahu. So, Datuk Yang di-Pertua...

[Dicelah]

draft1:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Guru, saya belum dijawab lagi.

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dah. Dah. Dah.

draft1:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Had pengeluaran. Had pengeluaran. Had pengeluaran, tak bagi komen.

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Oh. Had pengeluaran 50 peratus. Had pengeluaran, 50 peratus. Jadi, saya minta Menteri, beri penjelasan, adakah 50 peratus itu, bagaimana kaedah cara tak lah terlalu tinggi, tentu juga diperincikan supaya seperti mana tiga yang pertama tadi kita perincikan dalam keadaan tertentu, jawatankuasa ini mempunyai hak untuk di bawah Menteri, jawatankuasa ini mempunyai hak untuk menggunakan wang ini, bagi tujuan-tujuan apa dan tujuannya yang berikutnya itu pertahanan negara dan sebagainya.

Kalau boleh, juga diluluskan di Dewan Rakyat dan sekali gus Dewan Negara sebab kuasa itu pada Menteri kan, kuasa itu pada YB Menteri. Jadi makna YB Menteri bawalah ke dalam Dewan, tidak sahaja boleh diluluskan dalam jawatankuasa selain daripada yang tiga itu.

Okey, Datuk Yang di-Pertua...[Dicelah]

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh gulung ya?

[Ketawa]

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Saya gulung. Seronok pula ya. Hari-hari terakhir, ya. Esok, hari terakhir saya.

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Kalau nak sambung, pukul 2.30 petang cakap sahaja.

[Ketawa]

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Okey. Betul. Ramai terperanjat esok hari terakhir.

Besok saya buat ucapan terima kasih.

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Kejap lagi, Haji Hussin akan berbahas.

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Okey.

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Mus boleh mencelah masa itu.

[Ketawa]

draft1:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Baik. Datuk Yang di-Pertua, akhirul kalam, saya dah berikan perbidalan, juga penceritaan tentang harapan masa depan anak dan bangsa, anak Malaysia. Kegagalan kita merencana wang, kalau di rumah tangga, runtuh rumah tangga kerana duit tak dicatur dengan betul. Dalam kehidupan kita, runtuh kehidupan jika wang itu juga tidak kita guna dan kaedah yang betul sama seperti negara. Jangan biarkan masa depan kita dipertaruhkan, dengan penggunaan tanpa batas dan tanpa peraturan.

Akhirnya, rang undang-undang ini sangat penting untuk kita memastikan kekayaan negara dijana untuk hari ini dan untuk masa depan generasi yang mendatang. Dengan tadbir urus yang telus, disiplin fizikal yang kukuh dan pengawasan Parlimen yang berterusan, KWAN mampu menjadi benteng kewangan negara ketika berdepan dengan cabaran tsunami ekonomi yang tidak menentu dan di luar jangka mungkin berlaku secara tiba-tiba tanpa dipinta pada masa-masa yang akan datang.

Dengan itu, saya mohon menyokong dengan pindaan-pindaan yang perlu dinyatakan secara jelas terhadap apa yang telah dibahaskan oleh rakan-rakan saya dan saya sendiri.

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Mustafa. Di saat-saat akhir ini memang terserlahlah apa ini– apa kepandaian Yang Berhormat untuk berbahas. Dalam bil yang berkenaan dengan kewangan pun ada apa ini– belajar bahasa.

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Datuk Mustafa.

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

draft1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua

[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Mesyuarat]

draft2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita sambung perbahasan kita dengan memanggil pembahas yang keempat. Saya persilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail, 15 minit ya.

draft2:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita— Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN dan atas namanya amanah, saya ingin menukilkan satu potongan ayat kalam tuhan dalam surah al-A’raf, ayat 27 yang bermaksud...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasulnya dan jangan kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui salahnya.” Dato' Yang di-Pertua, dalam bicara ini saya fikir— kita ada sedikit sahaja orang lagi masa Dato' yang akan turut berbahas. 10 orang, ada ruang untuk sedikit fleksibel dari segi masa untuk saya sempat sampai dari sudut kepentingan negara dan kepentingan negeri dalam isu perkara RUU KWAN yang kita bahaskan. Saya merujuk kepada fasal 4 (1)(b), fasal 4 (1)(c) yang mengaitkan tentang keadilan— yang saya nak sebutnya situ ialah dari sudut keadilan fiskal, saya fikir perlu didahulukan mendahului pembentukan simpanan negara.

Saya sebutkan ini kerana kerajaan tidak menuntut disiplin— kerajaan tidak boleh menuntut disiplin dalam menyimpan hasil negara, tetapi pada masa yang sama gagal memberi keyakinan bahawa hak negeri pengeluar petroleum telah disempurnakan sepenuhnya terlebih dahulu. Saya bicarakan ini sebab KWAN ini fokusnya satu persen— lima persen, lima persen— satu, dua dan dua. Dua peratus adalah sumber daripada petroleum ataupun sumber asli negara.

Saya nak sentuh juga ini dulu sebelum saya bicara yang lain Dato' Yang di-Pertua.

Sekarang, betul kita petroleum menjadi fokus utama kepada sumber dana ini, tetapi dalam dua hari yang lepas bila saya membicarakan tentang REE, Menteri menjawab dekat REE akan melintasi petroleum dan REE bakal menjadi sumber utama hasil negara.

Dan apakah REE ini juga akan dijadikan sumber yang bakal dijadikan untuk tabungan Kumpulan Wang Amanah Negara ini? Kalau itu juga akan diambil kira, tetapi dalam catatan sebutan Menteri, dia belum sebut sebab belum berlaku, tetapi dia sudah bakal berlaku. Dan apabila saya sebut kepada Yang Berhormat Menteri hari itu, Menteri menjawab, “Insya-Allah, perkara yang pernah berlaku terhadap isu petroleum, royalti petroleum tidak akan berlaku kepada REE”. Saya akan sebut semula selepas ini.

Yang keduanya, saya ingin menyentuh juga dari sudut dalam perkara yang disebut tadi, Terengganu telah menyumbang— Terengganu, Sarawak, Sabah sebelum ini, Kelantan selepasnya, menyumbang kepada kemakmuran negara hampir 50 tahun, sejak 1975, 1976, sekarang sudah tahun 2026. Kalau saya lihat sikit dari sudut sumber yang kita bicarakan ini, sumber petroleum yang kita bincang ini sedang menurun. Depositnya sedang mengecil.

Deposit apa yang sedang membesar? Deposit REE.

Dato’, sumber petroleum, minyak dan gas dalam 10 tahun menyusut daripada 700,000 tong sehari kepada 350,000 tong sehari. Petroleum telah lama menjadi penyumbang, tetapi dia bakal juga mengurang demi mengurang kerana ia merupakan sumber tenaga yang tidak boleh baharu. 2019, data akhir, petroleum menyumbangkan RM81.2 bilion iaitu 23.8 persen.

2020, sebanyak RM50.5 bilion, 15.1 persen. 2023, RM69.8 bilion, 20.6 persen. 2024, sumber petroleum RM61.8 bilion, 18.4 persen.

Tahun 2025— kalau saya tak betul fakta ini, Menteri tolong tegur. Tahun 2025, RM62.0 bilion, lebih kurang 18.3 persen. Ertinya, petrol kalau ikut jangka yang pernah beberapa tahun dulu kata kita bakal hilang dalam tempoh 30 tahun, tetapi sekarang angka itu masih terus dapat keluar. Kita doakan supaya mudah-mudahan dia akan terus keluar, terus memberi kemakmuran kepada rakyat.

Yang saya nak sebutnya ialah negara-negara yang menjadi pengeluar bahan utama yang bakal nanti mengisi tabung Kumpulan Wang Amanah Negara, ini amanah Allah, juga untuk rakyat di situ, tetapi saya ulang dulu pun dah banyak kali. Negeri inilah, negeri-negeri utama inilah negeri ini termasuk dalam kelompok negeri yang dianggap mundur; Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah. Mungkin Sarawak dan Sabah dah tak mundur lagi, tetapi Terengganu masih kekal sebab hak dia masih dinafikan. Kalaulah sumber ini dimasuk ke tabung ini, tetapi hak negeri yang menjadi penyumbang kepada tabung ini tidak diambil kira, apakah itu suatu amanah? Saya sebutkan ini sebab tabung ini nama dia tabung amanah. Dia harus dilihat— dia harus amanah dan dia harus dilihat amanah.

draft2:32 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Datuk Yang di-Pertua, sebab itu saya nak kaitkan bahawa royalti petroleum itu bukan hak— dia adalah hak, dia bukan ihsan. Berpuluh tahun— 22 tahun dia bernama royalti, berasaskan daripada Akta Petroleum 1975, diikuti dengan satu perjanjian yang di akta— berasaskan kepada akta.

Datuk Yang di-Pertua, walaupun namanya perjanjian, adanya akta, perjanjian itu terus juga dilanggar. Apakah nanti— kita selalu sebut minta Menteri memberi jaminan. Menteri jawab, “Saya memberi jaminan”. Kalau Menteri beri jaminan, alhamdulillah, tetapi kalau akta juga memberi jaminan, tapi juga tidak terjamin, apa nak kata?

Bila kita bahas dulu, misal contoh isu petroleum sumber ini datang daripada negeri, asasnya tiga batu nautika, 5.6 kilometer, tetapi kena ingat, konvensyen laut di Geneva tahun 1982 sudah mengalih daripada tiga batu nautika kepada 12 batu nautika. Saya kira-kira 20 kilometer, tapi masa dulu bila saya soal, Menteri jawab, “Kita tak nak pakai yang itu walaupun kita sign konvensyen itu. Kita nak pakai yang tiga kilometer”. Semangat federalisme itu harus diambil kira. Ini saya sebut ini negeri-negeri yang lain, yang nanti kalau REE ini bakal menjadi bahan utama, perkara ini akan berulang, tapi isu mungkin REE atas darat. Adakah mungkin satu hari akan ada REE di bawah laut?

Tuan Yang di-Pertua, kalau ini berlaku, saya nak sebut jugalah ini sikit dan sebut federalisme. Sebelum berlakunya Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, tahun 1948, negeri- negeri mempunyai kedaulatan sampai sempadan antarabangsa. Diberi hak kepada negara demi ada timbal balas, tapi akhirnya, negeri-negeri dinafikan hak walaupun ditandatangani Persekutuan Tanah Melayu menyerahkan sebahagian hak demi penyatuan.

Saya harap benda ini harus diambil perhatian untuk menjadi— mungkin tidak terlalu direct dengan apa yang kita bahas, tetapi dia ada kesan kepada penabungan ini terutama sekali melalui sumber-sumber yang akan datang.

Perkara lain juga saya nak sentuh yang memberi perlindungan undang-undang kepada KWAN tidak— dalam hal ini, terkait dengan perlindungan KWAN tapi RUU ini tidak mengaitkan dengan hak-hak negeri. KWAN akan lebih diyakini jika diwujudkan atas dasar kepercayaan antara Persekutuan dan negeri sebab sumber bahan ini di negeri. Persekutuan tak ada tanah melainkan Wilayah Persekutuan. Lain daripada Wilayah Persekutuan, tanah itu di negeri.

Maka, persefahaman yang betul, win-win di antara negeri dan pusat– Persekutuan harus diambil kira.

Saya tak tahu mungkin satu hari Melaka, Datuk Cikgu Mustafa akan ada bahan petroleum. Tak tahu. Mungkin REE, tapi apakah Melaka akan terasing apabila bahan tersebut nanti ditemui kononnya di Melaka? Saya nak sebut itu sebab saya ingat Datuk macam tak nak soal jer, saya sebutlah dulu.

Prinsip amanah. Hak oleh yang menuntut harus disempurnakan terlebih dahulu sebelum bahagian sumber hasil negeri utama ini di masuk ke dalam tabung amanah. Saya mencadangkan supaya kerajaan memberi komitmen bahawa semua pembayaran royalti petroleum atau apa-apa royalti lain daripada sumber negeri yang bakal menjadi bahan kepada KWAN ini diselesaikan sepenuhnya mengikut jadual sebelum di-tap-kan— di apa tap? Diambil daripada sumber tersebut.

draft2:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator, boleh saya mencelah sikit?

draft2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dengan izin.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh, sila YB.

draft2:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, Yang Berhormat Senator Haji Hussin ada menyebut berkenaan dengan REE. Kemungkinan pada suatu hari nanti hasil REE adalah sebahagian daripada dana KWAN ini. Jadi persoalan saya, adakah baiknya sekiranya seksyen 11 di bawah RUU ini nanti, ahli lembaga pengarah diwajibkan ada ahli lembaga pengarah dari Kelantan, dari Terengganu, dari Sabah dan Sarawak untuk memastikan hasil ini betul-betul membawa manfaat kepada negeri ini?

draft2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, terima kasih atas cadangan. Malahan, saya pun dah masuk di dalam bahan yang akan saya sebut bahawa sepatutnya dalam ahli lembaga ...

draft2:40 PM

Seorang Ahli

Mic, mic.

draft2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, terima kasih. Sebenarnya saya dah masuk dalam bahagian akhir dalam ucapan saya dan saya tak akan berulanglah kalau begitu.

Saya mencadangkan supaya negeri-negeri yang menjadi pengeluar utama bahan-bahan hasil bumi utama yang bakal membekalkan kepada tabung kewangan amanah negara ini, nanti harus dimasukkan sebagai ahli lembaga di situ juga supaya hak dan kepentingan negeri terbabit perlu diambil kira.

Kalau sekarang dalam segi petroleum, saya cadangkan wakil daripada Sarawak, Sabah, Terengganu, Kelantan— ke Abun tak setuju? Masuk dalam ahli lembaga. Jangan di peringkat Federal saja sebab puncanya daripada sana.

Soalan saya kepada Menteri, bolehkah Menteri memberikan jaminan bahawa— ini perkataan “jaminan”, tapi jaminan itu bertulis dalam bentuk perakuan yang sahih semua obligasi kewangan Persekutuan terhadap negeri pengeluar petroleum mahupun produk yang saya pre-aim kan tadi? REE ini saya pre-aim dulu, tak masuk dalam penyataan di sini.

Pengeluar-pengeluar petroleum mahupun bahan-bahan yang lain nanti telah dipenuhi sepenuhnya sebelum hasil petroleum tersebut digunakan sebagai asas penyelenggaraan caruman kepada KWAN.

Saya nak sebut ini— kena lajulah Datuk.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

draft2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Perkara yang kedua ini ialah kerajaan perlu memberikan komitmen pembayaran royalti petroleum pada Terengganu dan negeri-negeri yang terbabit, walaupun negeri terbabit yang lain daripada Terengganu sudah dipenuhi dua kali setahun seperti yang dijanjikan perlu disempurnakan.

Ini yang mungkin yang perlu saya kaitkan sebenarnya dari sudut kapasiti pembayaran penting, bukan sekadar pengiktirafan. Kita bercakap hak-hak negeri mesti diambil kira. Hak negeri kami ambil kira. Hak negeri diambil kira, tapi bayaran itu adalah hak. Mesti juga dibayar, bukan hak dideklarasikan sahaja. Sama juga pembayaran dua kali setahun membolehkan negeri-negeri mempunyai hak untuk merancang dan lain-lain. Ini kena dilihat secara fokus.

Banyak perkara lain, tajuk-tajuk yang saya harap Menteri boleh tengok. Negeri seperti Terengganu dan negeri-negeri pengeluar memerlukan aliran tunai yang boleh diramal. Semua ini memerlukan persefahaman negeri-negeri.

Jadual pembayaran yang tetap yang meningkatkan keyakinan pelabur. Kalau kita tak bayar, kita tak follow apa yang di janji, bukan dalam negeri sahaja kita tak diyakini. Pelabur yang nak melabur dekat kita pun tidak meyakini tindakan kita sebab kita tidak akur dengan amanah dan perakuan yang kita buat.

Mengurangkan polemik yang berulang. Polemik politik, kita tengok macam mana sekarang. Banyak benda yang sebenarnya bagus, tapi dalam polemik politik kadang-kadang mengambil kesempatan dan kepentingan untuk menafikan apa-apa yang saya sebut.

Dengan selaras dengan semangat federalisme ini, saya harapkan mudah-mudahan, insya-Allah penyatuan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pele tadi diambil kira. Sekurang- kurang saya kata Terengganu ada seorang, Kelantan ada seorang, Sabah ada seorang, Sarawak ada seorang. Saya harap sahabat-sahabat daripada negeri-negeri yang saya sebut, menyokong cadangan saya...

draft2:40 PM

Seorang Ahli

Kedah ada seorang.

draft2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kedah ada seorang. Sebab Kedah ada REE nanti, insya- Allah. Soalan saya pada Menteri, adakah kerajaan bersedia untuk memberi komitmen rasmi bahawa pembayaran royalti petroleum dan bahan-bahan nanti yang akan datang kepada negeri-negeri yang terbabit dibayar...

draft2:40 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Mohon mencelah Yang di-Pertua.

draft2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh, Dato’? Ya, sila.

draft2:40 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Terima kasih. Saya tertarik dengan pandangan bahawa hak negeri juga perlu dinobatkan, tapi bagaimanakah pandangan YB, kita ada dua peruntukan di sini di bawah Constitution, Schedule 9 dan juga Perkara 74 yang meletak hak-kan kepada negeri. Kalau sekiranya kita menyebut hak-hak negeri perlu berada dalam lembaga KWAN ini, pada hemat saya, kita terpaksa mengkaji terlebih dahulu Perkara 74 dan Schedule 9 yang memberikan hak-hak komersial kepada Federal dan juga penggubalan perundangan khas terutama petroleum untuk memberikan royalti dan sebagainya.

draft2:40 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Saya amat bersetuju tapi kita terpaksa harmonikan sebab yang ada itu di peringkat atas perlembagaan. Maksud saya, boleh kita mohon KWAN ini mengambil kira keanggotaan lembaga, tetapi perkara dasar terletak dalam undang-undang yang paling tinggi negara YB.

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Prof, saya fikir apa yang Prof. yang cadangkan itu, itu suatu cadangan yang baik dan apa-apa ruang di dalam undang- undang RUU ini yang boleh membawa semangat kerjasama bersepadu negeri-negeri dan Persekutuan itu perlu diambil, dinilai, dikaji semula supaya ia akan menjadi suatu yang tidak menyinggung rasa negeri.

Saya sebutkan ia sebab saya tak bercakap konteks Terengganu Prof, saya bercakap ini dalam konteks kita seluruh anggota Malaysia. Sekarang mungkin saya cakap dalam konteks ini, hak-hak ini, konteks Terengganu sebab Terengganu sedang dinodai dari sudut hak ini. Why— apa nanti? Apa kata, suatu hari nanti sama juga dia jumpa di Pulau Pinang, dia jumpa di Bukit Mertajam? Apakah waktu itu Pulau Pinang tak merasa nak menuntut hak?

Apakah haknya diberikan pada pertanyaan, tapi tidak sampai kepada realiti? Jadi, sebab itu saya harap perkara ini harus diambil perhatian.

Poin yang ketiga yang saya nak sentuh ialah KWAN ini perlu memberi pemangkinan kepada pembaharuan federalisme fiskal, bukan sekadar tabung simpanan negara sahaja. Baik itu— yang ini yang terkait dengan soal memperkukuhkan simpanan wang negara, tapi tidak memperkukuhkan hubungan fiskal Persekutuan dan negeri. Negeri bukan sekadar penerima manfaat bahkan negeri adalah rakan strategik, tidak sekadar kita mengutip manfaat terutama negeri-negeri pengeluar. Tidak sekadar menjadi platform institusi untuk menyelesaikan isu hasil sumber asli, tapi harus dilibatkan sekali. Tidak, negeri lain— negara lain mengamal pendekatan yang eksklusif. Saya nak sebut nanti, contoh benchmark negara lain Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Federal fiskal yang kukuh meningkatkan keyakinan pelabur. KWAN boleh menjadi simbol perkongsian kekayaan negara. Ertinya, kalau ini diolah dengan tepat, orang dan negeri dan pusat, kita akan merasa dia adalah our own, rasa ownership terhadap tabungan ini akan melonjakkan kedudukan KWAN dari segi kepercayaan kita mahupun kepercayaan antarabangsa dan menyokong pendekatan menang-menang harus diambil kira.

Saya mencadangkan— saya sikit mengemukakan, mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, tapi sebenarnya saya cadangkan kalau boleh menubuhkan Majlis Federalisme Fiskal Malaysia. Majlis Federalisme Fiskal Malaysia yang menghimpunkan kekayaan— menghimpunkan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri bagi membincangkan dasar berkaitan hasil petroleum dan hasil-hasil mineral, mineral nadir bumi, karbon dan sumber-sumber yang lain supaya boleh dijadikan sebahagian daripada sumber besar untuk menjadi keperluan dalam KWAN ini.

Soalan saya, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan sebuah mekanisme tetap antara Persekutuan dan negeri bagi membolehkan, membincang pengagihan hasil sumber asli supaya hasil— supaya isu ini tidak terus menjadi polemik politik setiap kali melibatkan petroleum dan mineral?

Saya juga nak sentuh sikit tentang negeri-negeri...

draft2:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Banyak lagi ke Yang Berhormat? Banyak lagi ke?

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tinggal poin ini, saya pergi kepada poin yang saya nak hajati.

draft2:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, sila. Silakan.

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada empat lagi poin besar yang saya nak kongsi untuk tujuan nantinya menjadikan penubuhan KWAN ini menggembirakan semua orang, tapi saya tinggallah dulu dengan masa, saya raikan, tetapi saya nak sebut di sini Dato’ Yang di-Pertua, kita bicarakan tentang KWAN, ada tak kita punya benchmark? Kita tubuh tahun 1988, dah tubuh dah. Hari ini kita nak perkasakan, rombak akta baru, nak bina yang baharu untuk perkasakan.

Pengalaman yang lalu tidak kata gagal, tapi tidak memberangsangkan. Ada tidak ruang atau tempat Menteri dalam pelaksanaan? Nanti Menteri akan kata ini tak ada kaitan ini, ini soal ini tak kaitan, bincang fasal lah, tapi saya nak sebut ini supaya apa yang kita bincang, kita bakal berjaya. Kalau kita nak tengok, kita ada harus ada benchmark. Sarawak baru tubuh, Sarawak Sovereignty Future Fund ke apa?

draft2:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yes, Wealth Future Fund.

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Wealth Future Fund. Baru lagi tubuh, tapi peningkatannya dah dua kali ganda. Baru berapa tahun? Baru empat tahun, tapi berbanding dengan apa yang kita bincang— tadi Yang di-Pertua sebut jangan banding-bandinglah. Bukan soal membanding dari segi kelemahan, tapi nak banding untuk kita cipta kejayaan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada melihat, saya mengkaji satu model yang perlu dijadikan benchmark iaitu Norway Sovereign Wealth Fund ataupun SWF Norway. SWF Norway ditubuhkan tahun 1990, diputuskan oleh Parlimen Norway, tetapi dia bermula pada tahun 1996 dengan modal permulaan dia 1.9 bilion, 1.9 something bilion, duit Norway, sekitar-kitar 350 ke 400 juta duit USD, currency masa itu.

Tuan-tuan tahu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Norway kini mencatatkan satu catatan tersejarah, bukan bersejarah, tersejarah di peringkat dunia. Dalam tempoh 1996, hari ini 2026. Ertinya, tempohnya 30 tahun. Norway mempunyai aset sebanyak 20 trilion Krone Norway, 20 trilion daripada dua bilion atau sama dengan USD1.8 trilion atau sekira-kira 8.01 trilion Malaysia Dolar. Dia adalah negara terbaik dalam catatan wealth fund ini.

SWF Norway ini sebagai dana kekayaan berdaulat terbaik dunia. Saya sebut bukan untuk nak compare-kan sudut ini. Boleh tak kita ambil letakkan ini sebagai benchmark supaya kita nanti bila kita bangunkan ini kita juga setara ataupun tidak setara pun, kurang sikit menjadi nombor dua selepas Norway.

Norway hari ini mempunyai 1.5 peratus saham syarikat tersenarai dunia. Ada 70 negara yang Norway involve di dalam penglibatan saham menggunakan Sovereign Fund Norway ini. Di 70 negara ini, Norway membuat catatan yang terus terkawal, tetapi kenapa Norway mencapai kejayaan yang sebegitu hebat. Saya tengok dalam susunan, dalam susunan Menteri harus begini, ini kawalan Menteri dan kawalan Menteri, tapi saya studi sikit tentang punca kejayaan Norway atau SWF Norway.

Dia mencatatkan dalam catatan kejayaan Norway. Yang nombor satu tiada campur tangan politik harian dalam keputusan pelaburan. Ertinya, ini tabung amanah untuk anak-anak kita masa depan, sekarang dan akan datang, tetapi dia dah meletakkan orang yang berubah setiap lima tahun tidak menjadikan satu faktor utama dalam pemegang lembaga ini. Orang politik tidak menjadi tonggak.

Yang kedua, semua pelaburan didedahkan kepada umum. Yang ketiga, dilaporkan terus kepada Parlimen. Yang keempat, audit dan semakan bebas, tetapi tetap dan berkala dan kod-kod pelaburan yang ketat. Yang menariknya saya melihat, dia diurus oleh satu jawatankuasa pelaburan yang dipantau langsung oleh Bank Pusat Norway.

Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ertinya apa yang penting di situ namanya pun amanah, pentingnya integriti. Dia mempunyai integriti tinggi, dia governance yang terbaik, dia tiada campur tangan politik dan dia meletakkan rate yang tertentu hasil daripada dividen SWF ini yang boleh diguna oleh kerajaan. Jadi, saya rasa saya dah sampai panjang lebih.

draft2:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Dah setengah jam dah.

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Cuma saya Dato’ Yang di-Pertua, saya ambil data ini apabila Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu pergi ke Norway untuk melihat dan mengkaji tentang SWF Norway ini dan dia mengisytiharkan Terengganu akan menubuhkan Terengganu Sovereign Wealth Fund untuk negeri Terengganu.

draft2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Cuma saya dok fikir Dato’, nak buat Terengganu punya ni sumbernya daripada petroleum, tapi kalau royalti petroleum pun tak turun dengan betul, nak ambil sumber mana lagi Dato’ Haji Mustafa? Jadi, yang ni kena betulkan dulu. Jadi, sampai situ sahaja, Dato’. Saya minta maaf kerana lebih masa sebab saya fikir saya bicarakan ini mewakili bukan sekadar di peringkat negara, tetapi kepentingan negeri yang saya wakili. Terima kasih banyak-banyak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, terima kasih YB Senator Tuan Haji Hussin.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah.

draft3:00 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Terima kasih Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. 20 minit telah kita dengar, insya-Allah saya boleh stick kepada masa sebab banyak telah diulas oleh YB-YB Senator sejak pagi tadi.

Saya menyokong sepenuhnya RUU ini, Menteri kerana tiga perkara utama. Yang pertama, sudah menjadi satu statutory mandatory tidak berdasarkan kepada discretion sahaja untuk membawa sumbangan negara dalam akaun yang besar ini. Yang kedua, sudah pastilah kita melihat bahawa sudah ada skala-skala tertentu 0.12 percent, two percent daripada PETRONAS, duty exports, sumber yang menyusut. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memastikan ada contribution dalam fund yang ditubuhkan sebagai bentuk KWAN ini.

Dan menyambut baik juga bahawa pengeluaran dana ini dihadkan kepada tiga perkara yang menjadi keutamaan iaitu pendidikan, kesihatan dan perubahan iklim. Ini semua sangatlah pada hemat saya perlu di sokong dan pengeluaran setakat had 50 persen menunjukkan bahawa kerajaan memastikan bahawa penggunaan dana ini tidak diselewengkan dan mempunyai prinsip asas iaitu yang kita buat adalah spend the return but not the capital. Jangan pula kita spend capital maka return nya kita harapkan selepas ini punya government. Dan tujuan diadakan KWAN ini adalah untuk memastikan generasi 50 tahun ke hadapan, 100 tahun ke hadapan, tetapi kita nak pastikan di sini sebagai Ahli Dewan Negara empat perkara iaitu, check and balance, accountability, transparency, dengan izin, dan juga institutional independence. Baik, maka saya mulakan dengan beberapa isu yang saya boleh memberikan sebagai tambahan kepada rakan-rakan YB Senator telah pun mengusulkan.

Yang pertama, siapa sebenarnya paling berkuasa dalam Akta KWAN ini? Kalau dilihat daripada beberapa perincian seksyen 11, 7, 12, 13, 27, 24 semuanya balik kepada Menteri.

Jadi, kita risau adakah Menteri begitu besar tanggungjawab beliau walaupun ada lembaga, tetapi pada seksyen terutamanya seksyen yang bagus di sini seksyen 26, seksyen 23, seksyen 33, 34 seolah-olah memberikan kebijaksanaan kepada lembaga, tetapi bila dibaca bersama dengan beberapa seksyen yang lain, semuanya kena mendapat kelulusan Menteri.

Walaupun ada peruntukkan khas untuk mendapat syor daripada lembaga, Menteri boleh, tetapi syor itu bukan sesuatu yang highest responsibility untuk kita akur sebab syor adalah kami recommend, kami syorkan nak terima boleh, tak terima boleh.

Jadi, yang kita risau di sini adalah terlalu luas kuasa Menteri dalam KWAN ini kerana kita menghormati institusi Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan. Kita tidak mempertikaikan tentang integriti Menteri yang mengawal selia KWAN, tetapi kita perlu mengambil beberapa perkara yang penting terutama seperti yang termaktub dalam beberapa seksyen yang jelas tentang pelantikan lembaga dibuat oleh Menteri.

Kalau kita dilantik oleh seseorang ataupun oleh sesebuah independent, walaupun independent agency, Yang di-Pertua kita akan rasa yang lantik ini A, yang lantik aku ni B, yang lantik kita C, D, E. Secara manusia yang lumrahnya kita akan dependency, dependency appointment di situ. Bagaimana kita nak mengelakkan perkara-perkara ini daripada membuatkan keseluruhan lembaga ini akan rasa terhutang budi kepada yang melantik?

Kerana dia akan membuat kacau bilau kepada perluasan kuasa di bawah lembaga untuk menguruskan dana yang besar ini.

Kita tak nak melihat berapa banyak, berapa besar dana ini, tetapi kita nak melihat berapa transparentnya pengurusan dana KWAN ini, Yang di-Pertua. Kemudian, satu lagi kekuatan tadbir urus dan ketelusan pelaburan. Di sini juga memerlukan kuasa Menteri untuk meluluskan apa-apa permohonan daripada agensi-agensi selain daripada yang terlibat di bawah kementerian, contohnya.

Walaupun daripada negeri-negeri yang disebut oleh YB Senator sebentar tadi. Adakah tanpa kelulusan Menteri tidak boleh memohon? Sebab ada jelas peruntukan di sini mengatakan mesti melalui kelulusan Menteri, Menteri bukan lembaga. Jadi, kuasa untuk buat peraturan seksyen 33 khasnya pun kuasa Menteri atas syor lembaga. Again, saya sebut tadi dengan izin, atas syor itu bukan sesuatu yang punchier yang kita boleh rubber stamp begitu.

Dia walaupun bunyinya besar, syorkan itu berhemahnya tatabahasa bahasa Melayu ini kita ada Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan di sini. Syor, syor itu bukan sesuatu yang punctually to be followed okey.

Seterusnya, jika keseluruhan kuasa kita bundarkan, pusatkan kepada Menteri bagaimanakah kita nak memastikan bahawa kredibiliti itu sentiasa dijamin? Sebab KWAN ditubuhkan untuk memelihara, mengawal selia generasi yang akan datang supaya hinggakan embrio dalam kandungan ibu yang belum keluar pun kita dah pelihara sekarang, tetapi sekiranya kuasa terlalu luas untuk Menteri, mungkin tidak akan sampai hajat yang kita nak buat dengan suci hati ini.

Seterusnya Yang di-Pertua, prinsip fiduciary. Fiduciary ini bahasa istilah undang- undang yang sebenarnya susah kita nak letakkan satu benchmark kerana duty of care kita walaupun disebut dalam RUU ini tentang niat dan suci hatinya kita tak boleh nak kata fiduciary itu kita memang jaga betul-betullah. Tunai, cash flow pelaburan dalam KWAN ini kerana fiduciary itu dalam bahasa biasa bermaksud kita menjaga amanah di dalam KWAN ini melebihi daripada diri kita sendiri. Melebihi daripada harta yang kita ada walaupun tak banyak mana, tetapi fiduciary ini tidak ditonjolkan dengan berstruktur.

Memandangkan semuanya di bawah kuasa Menteri. Isu seterusnya adalah melapor, pelaporan status penyata kewangan, penyata pelaburan, Yang di-Pertua, seluruhnya mestilah dilaporkan kepada Menteri. Saya setuju dengan pandangan YB Senator daripada pagi dan sebentar tadi YB Senator Tuan Haji Hussin mencadangkan kenapa tidak melaporkan kepada Parlimen?

Kerana kita nak pastikan biar KWAN ini mendapat sesuatu yang kita rasa seronok nak bantu dan kita nak bantu kerajaan sekarang yang niat dia untuk menjaga kekayaan sovereign wealth supaya tidak lupus. Kalau lupus pun banyak lagi bahan-bahan mineral yang mungkin lambat dilombong, tetapi sudah pun ada dalam struktur strategik para Menteri yang dilantik untuk melihat bagaimana untuk menjaga harta kekayaan negara.

Jadi, pada pandangan saya, saya lebih menekankan kepada aspek bidang kuasa Menteri di sini melebihi sepatutnya. Tidak betul-betul menjaga sebuah amanah trust fund sebagai trusty ya. Dan kita sudah pun ada kalau saya boleh kongsi sedikit, Yang di-Pertua, kita sudah ada agensi yang sudah lebih 100 tahun iaitu Amanah Raya Malaysia. Lebih 100 tahun, tapi kita tidak termasuk, KWAN tidak termasuk Amanah Raya kerana dia ada statute yang khas.

Kita belajar daripada 100 tahun fund dan Sarawak pun sudah buat empat tahun yang lalu, tapi dalam KWAN ini saya melihat terlalu besar sangat kuasa eksekutif iaitu kuasa Menteri. Baik, apabila itu sudah pun ditonjolkan Yang di-Pertua, cadangan saya menyokong pandangan rakan-rakan YB-YB sebelum ini.

Pertama, pelaporan kepada Parlimen. Yang kedua, keanggotaan lembaga yang ditubuhkan di dalam KWAN ini patutlah tidak terhad kepada, tidak lebih daripada empat orang dan apalah salahnya jika sama ada untuk memilih satu cadangan oleh YB Peter tadi berkenaan ada satu lagi badan bebas daripada mungkin dengan izin Yang di-Pertua Dewan Negara, contoh. Dewan negara lebih essence. Tidak berpihak kepada mana-mana sama juga dengan Dewan Rakyat, tetapi Dewan Negara perlu ada satu badan bebas yang dianggotai oleh para Senator untuk memberi timbal balik, check and balance kepada Kementerian Kewangan. Satu.

draft3:50 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

Yang kedua, di dalam peruntukan lantikan lembaga tadi yang tidak lebih empat orang itu, tambah lagi dua orang mewakili Dewan Negara supaya di sana pun ada check and balance. Masuk bahagian satu lagi pun, Yang di-Pertua, pun tally dari sudut governance. Urus tadbir itu haruslah diberi pandangan serius, YB Menteri, kerana Kerajaan Perpaduan sudah semestinya perlu lebih dinamik berbeza dengan sebelum ini.

Kita ada pengajaran yang banyak di luar negara, kita ada wealth fund for sovereign yang tidak berjaya. Di mana? Sudan, Angola dan beberapa lagi, tapi Norway memang betul, ramai yang melihat tadbir urusnya kerana dia tidak mengongkong. Akta itu dibuat hanya kepentingan waktu itu sahaja. Sebab, kita nak jaga yang 50 tahun lagi. Baby dalam embrio pun kita nak pastikan dia ada hak untuk benda itu. Sebab, ini semua hak rakyat. Hak rakyat patut dijaga oleh rakyat dan rakyat diwakili oleh House of Commons dan house of upper house.

Jadi, saya— itu sahaja saya rasa sebab...

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, sebelum tutup, boleh saya sikit mencelah?

draft3:10 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Boleh.

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab dah nak tutup itu, ada empat minit lagi...

[Ketawa] Sebab saya begini. Dato’, izinkan saya sikit. Sebab, bila kita bicara tentang Norway, apa yang berlaku? Kita dulu ada Terengganu *integrity fund...

[Tidak jelas]* Petroleum sehingga tertubuhnya 1MDB. 1MDB sampai sekarang tak selesai-selesai. Menjadi hantu dalam politik negara Malaysia, tapi Norway ini, satu yang spesial. Apa yang terkait dengan masalah ini ialah masalah corruption. Di Norway ini satu yang sangat spesial. Boleh tak kita tiru? Norway adalah negara pertama dunia dari segi amalan korupsinya paling minima. Dan itu antara sebab kenapa integritinya tercapai. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft3:10 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Sudah tentu saya amat bersetuju dengan YB. Kerana, Norway memisahkan― ahli politik tidak menentukan saham mana nak dibeli. Ahli politik di Norway tidak menentukan apa yang berkaitan dengan kemajuan sesuatu dana negara itu. Ahli politik menentukan dasar. Pelaburan, kewangan, di mana nak dilombong, bagaimana nak menentukan 50 persen ataupun 60 persen, one percent, two percent or three percent, Yang di-Pertua, datangnya daripada ahli profesional.

Dan yang lebih baik daripada Norway ini, apabila kita meletakkan dua wing tadi, house of— Upper House punya satu badan yang bebas dan juga keahlian daripada Parlimen dalam seksyen yang diperuntukkan mengenai keahlian anggota lembaga. Kerana kita nak report kepada Parlimen. Parlimen mewakili rakyat. Itulah yang terbaik yang kami akan sokong sebenarnya RUU ini. Cuma, kami nak tambah supaya ia lebih terus kekal sehinggalah melebihi 50 tahun.

Kita tak tahu kita ini hidup sampai bila. Kalau kita, dengan izin Yang di-Pertua, kaji sikit daripada ahli-ahli pakar, ahli falak, astronomi, mungkin tak sampai 100 tahun lagi, tapi kita tak boleh fikir benda itu. Yang kita nak buat, adakah KWAN ini memenuhi apa yang kita nak buat untuk generasi akan datang? Siapa generasi yang akan datang?

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ tadi ada dua kali soal.

draft3:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Siapa tanya soalan ini?

draft3:10 PM

Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub

[Ketawa]

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Ketawa] Boleh saya? Ada sikit masa lagi itu, Dato’.

Sebab dia gini. Tadi saya minta nak tambah. Selalunya, penutup kepada penggulungan itu, RUU ini diterima tanpa...

draft3:10 PM

Seorang Ahli

Perubahan.

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

...Berubah. Tanpa pindaan.

draft3:10 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Pindaan. Ya.

draft3:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Jadi, apakah kuat kuasa kepada cadangan Prof. yang mengatakan supaya saya nak cadang, nak tambah, nak tambah, nak baiki ini sebelum daripada RUU ini diterima, dia sebenarnya mengambil kira daripada pandangan-pandangan supaya perkara-perkara yang dibangkitkan ini dimasuk kira dalam RUU nanti?

draft3:10 PM

Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub

Baik. Itu juga apa yang dirasai dalam jiwa saya, bila pertama kali membuat perbahasan pada Isnin lepas. Apabila mendengar pandangan Yang Berhormat, kebijaksanaan kementerian kita, tutup dengan mohon diluluskan dengan pindaan.

Saya berpandangan, inilah proses― YB ya, ini proses. Kalau kita nak mohon lagi, dimasukkan segala permohonan dan cadangan kita, itu mestilah kita pastikan janji-janji mereka dibuat selepas ini. Kerana, kekhuatirannya, dia akan membawa perjalanan itu lebih jauh ke depan. Daripada nak buat, dua tahun lagi pun tak ada— ini. Itu kita tak nak juga, YB ya.

Jadi, kita memahami proses perundangan itu. Kita memang sokong. Daripada tak ada― berapa tahun dah kita merdeka? Tak ada lagi akta yang sebegini ya untuk menjaga generasi akan datang secara diluluskan di Parlimen. Kita sokong, tapi pelaksanaan dia. Sudah tentu dalam mana-mana kodifikasi perundangan tidak akan ada akta yang cukup dan sempurna. Melainkan fahaman agama masing-masing.

Dan kita orang Islam, hanya Islam sahaja yang syumul. Dan begitu juga dengan pandangan agama-agama yang lain, tetapi dari sudut undang-undang secondary ini, walaupun dia bersifat primary, memang akan ada kelemahan dia, tetapi pada saya, YB, daripada tak ada, eloklah kita mencadangkan dia diluluskan, tetapi pihak Menteri sudah semestinya yang berada bersama kita sejak pagi tadi akan memahami aspirasi yang kita harapkan.

Perkara-perkara seperti badan bebas, keahlian daripada Parlimen, tidak kuasa Menteri sahaja tidak berhenti pada pukul 6 nanti apabila diluluskan tanpa pindaan. Kita menuntut untuk mendengar semula apakah pandangan-pandangan pindaan kita. Boleh YB share, apakah kelak, dalam tempoh enam bulan, perkara yang bagaimana akan diambil tindakan? Dan ada milestone. Adakah kami ini hanya bercakap tanpa respons, tanpa apa-apa tindakan? Kita pun tak nak.

Dan saya pasti Yang di-Pertua pun turut bersetuju dengan saya, dengan izin, kerana beliau adalah orang yang arif dalam perundangan. Kita nak apa yang kita sampaikan benar- benar menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal-hidayah. Terima kasih. Dan saya menyokong.

Terima kasih.

draft3:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah. Seterusnya, saya menjemput, mempersilakan YB Senator Tuan Haji Abdul Nasir.

draft3:10 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang dan ruang juga kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2026.

Pada prinsipnya, saya menyokong kerajaan untuk memperkukuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sebagai simpanan strategik untuk manfaat bagi generasi akan datang. Namun, sokongan ini mestilah disertai dengan semangat semak dan imbang supaya setiap sen, setiap ringgit yang disimpan itu hari ini benar-benar memberi manfaat kepada generasi akan datang, kepada anak cucu kita masa akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua― nak sebut Dato’ Setia kah Dato’ saja?

draft3:17 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mana-mana pun boleh...

[Ketawa]

draft3:17 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Biasanya Tuan Yang di-Pertua saja.

draft3:17 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

draft3:17 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Kerajaan memaklumkan bahawa sehingga akhir 2024, aset KWAN telah mencecah sehingga RM22.43 bilion, manakala PETRONAS kekal sebagai penyumbang terbesar dengan sumbangan sukarela sebanyak RM13.5 bilion.

Kerajaan juga menyatakan bahawa pulangan purata tahunan KWAN adalah sekitar enam peratus sejak penubuhannya. Frasa lain, memperkenalkan mekanisme caruman minimum yang berkanun sebanyak 0.1 peratus serta mewajibkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada dividen yang diterima Kerajaan Persekutuan daripada PETRONAS disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah negara ini.

draft3:17 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Langkah ini baik kerana ia menjadikan aliran masuk dana yang lebih konsisten dan tidak lagi bergantung pada budi bicara seumpamanya.

Dato’ Yang di-Pertua, ada beberapa persoalan ataupun aspek yang perlu saya nak sebut di sini dalam kerangka semak dan imbang di dalam Dewan yang mulia ini berhubung dengan Kumpulan Wang Amanah yang kita bahaskan pada hari ini.

Yang pertamanya, berhubung dengan aspek pengeluaran dana. Dato’ Yang di-Pertua, kita masih ingat bahawa tahun 2021, sebanyak RM5 bilion telah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Amanah Negara, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai tujuan asal dana tersebut. Episod ini menunjukkan bahawa dana generasi masa depan boleh digunakan apabila tiada kawalan yang cukup ketat. Oleh itu, saya mencadangkan setiap pengeluaran melebihi jumlah tertentu hendaklah mendapat kelulusan Parlimen.

Kedua, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu diberi kuasa untuk meneliti setiap permohonan pengeluaran tersebut. Laporan penggunaan dana dibentangkan secara berkala sehingga projek selesai. Perkara yang kedua, berhubung dengan ketelusan pelaburan. Saya dimaklumkan bahawa pulangan pelaburan dijangka berasaskan strategi aset jangka panjang.

Persoalan kita ialah, berapakah peratus pelaburan berada dalam ekuiti bon aset antarabangsa dan aset domestik? Apakah penanda aras iaitu— penanda aras prestasi iaitu benchmark yang digunakan? Tanpa pendedahan yang mencukupi ini, Parlimen sukar menilai sama ada prestasi KWAN itu benar-benar kompetitif.

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan laporan tahunan turut memaparkan prestasi mengikut kelas aset.

Yang kedua, kos pengurusan risiko pelaburan, seterusnya pulangan sebenar selepas inflasi.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya suka sebut di sini ialah perlindungan daripada campur tangan politik. Dana seperti ini bukan diwujudkan untuk menampung kekurangan fizikal tahunan, kita tidak mahu KWAN berubah menjadi tabung kecemasan kerajaan apabila berlaku setiap kali tekanan kewangan. Sebab itu syarat pengeluaran hendaklah di tafsir secara sempit dan hanya digunakan bagi keadaan luar biasa seperti yang diperuntukkan di dalam akta.

Perkara yang keempat, akauntabiliti kepada rakyat. Kerajaan menyatakan bahawa laporan beraudit akan dibentangkan di Parlimen pada setiap tahun dan kita sudah pasti mengalu-alukan perkara tersebut. Namun, saya juga mencadangkan laporan ini turut disiarkan pada umum melalui portal khas yang akan memaparkan jumlah aset semasa, jumlah caruman tahunan, jumlah pengeluaran, prestasi pelaburan, projek yang menerima pembiayaan.

Sehubungan dengan itu, rakyat berhak mengetahui bagaimana dana milik generasi ini diuruskan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kelima iaitu kepelbagaian sumber caruman. Pada masa ini, sejarah menunjukkan pergantungan yang tinggi kepada PETRONAS. Dalam jangka panjang, kerajaan perlu meneroka sumber lain seperti hasil daripada sumber asli baharu, seperti REE, pelaburan strategik, sumbangan kerajaan negeri, agar KWAN lebih mampan dan tidak terlalu bergantung pada sesuatu sumber, satu entiti sahaja.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara keenam yang saya akan sebutkan di sini ialah memastikan manfaat supaya ia— manfaat ini sampai kepada generasi akan datang. RUU ini memperuntukkan pengeluaran bagi pendidikan, kesihatan serta mitigasi iaitu penyesuaian perubahan iklim. Kita bersetuju— saya bersetuju, namun perlu diwujudkan juga petunjuk prestasi yang jelas. Contohnya, jika dana digunakan untuk pendidikan, apakah peningkatan pencapaian yang ingin dicapai? Jika ianya untuk kesihatan, apakah indikator yang diukur?

Dan jika bagi perubahan iklim, apakah hasil yang boleh dinilai? Tanpa KPI yang jelas, sukar untuk menilai keberkesanan penggunaan dana.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita mempunyai dana kekayaan. Negara berjaya bukan sekadar negara yang mempunyai dana kekayaan, negara berjaya bukan sekadar kerana jumlah wang yang besar, tetapi kerana disiplin tadbir urus yang tinggi, ketelusan, akauntabiliti yang terbaik dengan konsisten.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan supaya menjadikan Kumpulan Wang Amanah Negara ini benar-benar sebuah institusi yang bebas daripada pengaruh politik dan kekal sebagai simpanan strategik negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat memperkukuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara ini. Namun, kesempatan ini saya menggesa kerajaan menerima cadangan semak dan imbang berikut:

(i) pengeluaran besar perlu mendapat kelulusan Parlimen;

(ii) pengawasan berkala oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen;

(iii) pendedahan penuh prestasi pelaburan dan risiko setiap masa;

(iv) portal awam yang memaparkan laporan tahunan secara telus; dan

(v) KPI yang jelas bagi setiap pengeluaran dana.

Hanya dengan tadbir urus yang telus, disiplin fiskal yang tinggi dan pengawasan Parlimen yang berkesan, insya-Allah KWAN akan benar-benar menjadi amanah kepada generasi Malaysia pada masa akan datang. Sekian, saya pohon menyokong.

draft3:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Senator Tuan Haji Nasir.

Seterusnya, saya mempersilakan YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

draft3:20 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Untuk mendukung semangat Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026, saya mulakan perbicaraan berkaitan dengan bahawa RUU ini berkaitan rapat dengan strategi perancangan negara yang luhur. Dan ternyata bahawa cadangan untuk mengetengahkan RUU ini bukan sekadar suatu upaya lahiriah, akan juga merupakan suatu yang memenuhi tuntutan agama.

draft3:29 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Kalau kita menyemak Al-Quran Al-Karim sendiri jelas bahawa ada keselarasan tentang strategi untuk merancang masa hadapan negara dan juga rakyat dengan mengambil iktibar pada surah Surah Yusuf ayat 47 hingga 49, menegaskan keperluan kita merencanakan pembangunan dan juga penyimpanan lebihan ataupun hasil daripada negara dengan analogi atau bayangan tujuh tahun musim yang subur dan itulah ketikanya kita bekerja keras tetapi harus ingat untuk melakukan penyimpanan dalam konteks yang terkait dengan RUU ini.

Dato’ Yang di-Pertua, KWAN ataupun Kumpulan Wang Awam Negara ini merupakan dana simpanan kekayaan sumber asli negara untuk tiga perkara yang telah pun disentuh dalam huraian RUU ini iaitu untuk generasi akan datang. Dan ini saya kira suatu yang— kerana kita tidak harus memikirkan hanya keselesaan dan nasib kehidupan kita, tetapi harus memikirkan nasib generasi akan datang sebagai suatu tanda ihsan kepada generasi mendatang kita.

Yang kedua, tentang soal keperluan untuk projek pembangunan dan ketika keperluan di luar jangka. Saya melihat signifikannya RUU ini dalam konteks ekonomi MADANI yang selalu disebut-sebut untuk menjamin kesejahteraan sosioekonomi rakyat dalam jangka panjang yang saya katakan tadi. Tidak harus hanya memberikan perhatian kepada keselesaan ataupun keadilan sosial dalam tempoh yang pendek.

Dan jaminan kelestarian sosioekonomi negara ini juga suatu tanggungjawab besar pimpinan dan pentadbir, juga kita, generasi hari ini untuk memastikan bahawa ada kesinambungan keadilan sosial bagi generasi-generasi yang akan datang. Saya kira ini soal semangat ataupun roh yang perlu dihayati oleh pihak yang nanti diberi amanah untuk melaksanakan perbadanan ataupun lembaga berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Negara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga saya kira semua menyambut baik cadangan untuk pemerbadanan KWAN sebagai satu langkah praktis dan strategik, tetapi barang diingat bahawa dalam soal kita hendak mendasarkan KWAN ini pada manipulasi ataupun usaha eksploitasi kekayaan sumber asli, janganlah sampai kita lupa akan amanah kita melaksanakan eksploitasi kekayaan sumber asli itu dengan penuh berhemah dan berhikmah.

Jangan sampai kerana untuk memenuhi keperluan tabung ini, kita dengan rakusnya melaksanakan pembangunan tanpa hikmah dan hemah. Ini sekarang sudah menjadi suatu fenomena yang selama ini kita persoalkan, kita pertikaikan pembangunan ini tidak terencana dalam soal menjamin keseimbangan alam dan juga kelestarian muka bumi itu sendiri.

Dan saya kira, semua pihak juga menyokong soal syarat dan tatacara yang ketat yang ditetapkan atau dikemukakan dalam RUU ini. Seterusnya dalam penggunaan KWAN untuk menjamin rizab kewangan negara yang teguh. Namun dalam pada itu hendaklah kita memastikan bahawa syarat dan tatacara ini benar-benar dapat mengatasi dan menghindari insiden-insiden lalu yang masih segar dalam ingatan dan keperitan kita soal KWAP sebagai contoh, yang mengalami masalah kerugian sekitar RM170 juta atau RM163.4 juta yang juga dikatakan hampir mencecah RM200 juta dalam soal pelaburan yang gagal eFishery di Indonesia.

Jadi, kita berharap bahawa syarat dan tatacara ini benar-benar dapat mengekang kemungkinan berlaku insiden seperti itu yang saya kira tidak patut dibiarkan berlaku terus dan ini harus dipastikan dengan syarat dan tatacara yang sesungguhnya ketat tetapi bukan ketat pada kertas mata-mata, ketat dalam soal pelaksanaannya.

Saya juga mencatat perkara yang disebut oleh Dato' Seri Dr. Inayah itu tadi. Takdirnya ada fikiran sama tentang soal tampak kuasa yang agak besar atau terlalu besar kepada Menteri dalam banyak klausa itu, Menteri disebut berulang kali sebagai autoriti atau badan di wibawa yang akan banyak menentukan soal keputusan. Saya tidak begitu selesa untuk memetik kata-kata Lord Acton pada abad 19 tetapi sebagai rekod, beliau mengatakan “Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely.” Ini saya kira harus dijadikan peringatan bukan untuk kita mendakwa atau menuduh akan berlaku corruption ataupun rasuah, tetapi itulah kalau suatu kuasa diberikan terlalu besar kepada seorang manusia yang memang jelas banyak kelemahannya, maka ini harus dijadikan suatu sandaran pertimbangan semula oleh pihak kementerian dan kerajaan, agar kuasa Menteri itu harus diimbangi dengan autoriti ataupun wibawa-wibawa yang lain.

Seterusnya yang ingin juga saya sentuh ialah soal tiga aspek pembaharuan yang tidak payah saya singgung lagi, tetapi tumpuan pada soal mengehadkan pengeluaran atau penggunaan hanya untuk pendidikan, kesihatan, mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim.

Perkara ini penting dan harus menjadi pelajaran, jangan sampai kerajaan membuat keputusan seperti yang baru-baru ini. Membuat potongan yang besar kepada peruntukan pendidikan dan kesihatan, sedangkan itu dua sektor yang asas yang perlu bukan sahaja soal dinikmati, tetapi itu hak rakyat. Maka itu ketetapan untuk mengehadkan pengeluaran hanya— perkataan “hanya” itu hendaklah betul-betul dipastikan berlaku dan tidak ada alasan untuk kerajaan nanti memotong peruntukan bagi sektor pendidikan dan keperluan kesihatan.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, soal penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara ini yang diperbadankan. Saya juga seperti rakan-rakan Senator sebelum ini menimbulkan persoalan tentang soal asas-asas pelantikan Lembaga KWAN ini.

Kita banyak bercakap tentang soal pelantikan yang ada kepentingan politik yang harus dihindari dengan sebersih-bersihnya dalam konteks penubuhan Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 ini. Harus menjadi suatu catatan penting kerajaan agar tidak melakukan kesilapan berulang, melantik individu-individu yang ada kepentingan politik.

Dan terkait dengan itu, adakah ataupun adakah pihak kementerian telah mempunyai suatu asas kriteria yang rinci, yang jelas tentang kelayakan anggota-anggota yang akan dilantik? Saya kira ini perlu dirincikan oleh pihak kementerian. Dan adakah juga kementerian mempunyai rancangan untuk menubuhkan semacam satu badan pemantau yang tadi secara lebih realistik telah pun disarankan penubuhan atau penglibatan jawatankuasa pilihan khas di Parlimen.

Soalnya, adakah itu satu badan pemantau ataupun bidang kuasa yang telah sedia ada di Parlimen? Ini harus dijelaskan oleh pihak kementerian. Apakah langkah untuk memastikan bahawa Lembaga ini betul-betul memenuhi hala tuju ataupun arah yang seharusnya?

Ini Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak akan memanjangkan kalam kerana saya lebih berminat bercakap tentang soal memenuhi roh atau semangat [Tidak jelas] Tetapi ingin menutup dengan suatu pertanyaan dan harapan, saya kira ini harapan semua pihak, rakyat dan semuanya. Adakah perbadanan KWAN ini nanti benar-benar dapat memenuhi tatakelola dan integriti? Ini dua perkara yang senantiasa perlu menjadi kata kunci untuk memastikan apa saja badan, apa saja prasarana dan mekanisme yang digerakkan atau diinisiatifkan oleh kerajaan hendaklah benar-benar memenuhi tatakelola dan integriti.

Kita tidak mahu melihat berlakunya seperti kata peribahasa, “harapkan pegar, pegar makan padi” dan adanya gunting dan lipatan, adanya api dalam sekam dan ini saya kira ialah racun besar dalam masalah nasional yang kita hadapi termasuk soal rasuah, integriti dan salah guna kuasa.

draft3:30 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Dato Yang di-Pertua, dengan demikian saya menyokong RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft3:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Senator Datuk Seri Dr. Awang Sariyan. Seterusnya saya menjemput YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.

draft3:40 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Setia, Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 di Dewan yang mulia ini.

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus KWAN bagi memastikan rizab kewangan negara terpelihara dan terjamin menerusi simpanan antara generasi yang mampan.

Walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan tiga isu yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Pertama, RUU ini memberikan kuasa yang besar kepada cabang eksekutif dari segi pengurusan serta tadbir urus KWAN. Di antaranya termasuk melantik ahli lembaga dan pengurus dana utama serta memberi kebenaran untuk menumpukan penubuhan syarikat pelaburan.

Fasal 7 mewajibkan KWAN untuk mengemukakan laporan dan penyata kewangan hanya kepada Menteri Kewangan. Dengan itu, saya berpendapat bahawa kuasa Menteri mestilah diimbangi dengan mekanisme semak dan imbang mendahului peranan Parlimen untuk memastikan kuasa Menteri dilaksanakan secara terus dan berakauntabiliti.

Dato’ Setia Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan untuk mewajibkan laporan dan penyata kewangan dibentangkan secara terus kepada Parlimen. Di samping itu, proses pelantikan ahli lembaga atau jawatan penting KWAN perlu melibatkan penelitian oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi memastikan ketelusan, integriti dan akauntabiliti perlu disahkan atau diperkenalkan.

Saya ingin menegaskan bahawa keperluan kelulusan Dewan Rakyat bagi pengeluaran melebihi had yang ditetapkan adalah langkah yang baik, memastikan ketelusan dan semak imbang perbelanjaan rizab negara. Dengan itu, mekanisme semak dan imbang mesti dipatuhi bagi memastikan setiap keluaran dana KWAN diteliti demi pematuhan peruntukan RUU ini.

Kedua, saya ingin menyentuh peruntukan aset strategik. Memandangkan KWAN merupakan dana simpanan jangka panjang, maka pengeluaran turun naik pulangan KWAN adalah penting untuk memastikan kestabilan nilai prinsipal kesinambungan antara generasi dan urusan risiko pelaburan yang berhemah.

Oleh itu, saya ingin menegaskan peruntukan aset strategik yang berpandukan perlindungan nilai prinsipal dengan mempelbagaikan portfolio dan mematuhi ambang risiko yang ditetapkan.

Untuk memastikan ketelusan tadbir urus dana dan kebertanggungjawab tentukan. Aset strategik, saya mencadangkan untuk mewajibkan penerbitan peruntukan aset strategik perlu umum secara terbuka. Dibentangkan di Parlimen dan diauditkan. Ini memastikan integriti kewangan dan mengelakkan sebarang ketirisan.

Ketiga, mengenai peruntukan pengeluaran di bawah fasal 24 yang membenarkan pengeluaran dihadkan kepada tiga sektor utama iaitu pendidikan, kesihatan dan perubahan iklim. Pada hemat saya, pengeluaran dana di bawah fasal 24 perlu dihadkan kepada keadaan luar biasa atau terdesak adalah bernas.

Memandangkan tiga faktor utama tersebut sudah mempunyai peruntukan bajet tahunan yang khusus menerusi peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Khasnya bagi perbelanjaan sektor pendidikan bersifat pelaburan modal insan jangka panjang yang menuntut perancangan strategik dan peruntukan belanjawan berterusan berbanding keperluan kecemasan serta tindak balas yang reaktif seperti krisis kesihatan dan bencana alam sekitar.

Justeru, saya ingin mendapatkan jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa sebarang bentuk pengeluaran atau pelan mitigasi tidak akan dijadikan sebagai kaedah atau mekanisme pembiayaan yang bersifat rutin.

Kesimpulannya, saya mohon menyokong pembaharuan menyeluruh dalam RUU ini untuk memastikan tadbir urus yang lebih kukuh, disiplin fiskal dan daya tahan kewangan negara demi menjamin kesejahteraan generasi masa depan. Sekian, terima kasih Dato’ Setia Yang di-Pertua.

draft3:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Tan Sri. Seterusnya saya menjemput YB. Senator Tuan Abun.

draft3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Salam Malaysia MADANI, salam perpaduan dan salam segulai sejalai. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyokong Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kewangan Kerajaan MADANI kerana membentangkan rang undang-undang ini yang saya lihat sebagai satu reformasi penting dalam memperkukuh kedudukan fiskal negara untuk jangka panjang.

Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai termasuk Timbalan Menteri Kewangan dan pihak Bank Negara Malaysia yang telah mengadakan libat urus bersama kami sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Semakan Undang-undang Dewan Negara pada 22 Julai yang lepas berkaitan perkara ini.

Matlamat akta ini amat jelas, iaitu untuk memastikan Malaysia mempunyai rizab kewangan yang berkekalan demi manfaat generasi hari ini dan juga generasi yang akan datang melalui tadbir urus yang lebih kukuh, sumbangan yang lebih tersusun dan juga pelaburan yang profesional.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila membaca bahawa mulai sekarang sumbangan kepada kumpulan wang ini bukan lagi bergantung pada sumbangan sukarela semata-mata, tetapi diwajibkan melalui undang-undang termasuk sumbangan minimum daripada hasil Kerajaan Persekutuan, dividen PETRONAS dan duti eksport sumber menyusut.

Ini merupakan satu pembaharuan yang amat baik.

Untuk itu saya pun ingin bertanya kepada kerajaan bahawa sama ada kerajaan mengundang pihak yang, syarikat swasta terutamanya mereka yang billionaire, millionaire untuk menyumbang kepada tabung ini kerana ini juga akan melibatkan generasi anak, cucu, cicit mereka juga.

draft3:47 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Begitu juga dengan had pengeluaran yang saya anggap sangat berhemat, di mana sebahagian daripada pulangan sebenar boleh digunakan dan hanya untuk pendidikan, kesihatan dan mitigasi perubahan iklim. Ini menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mahu memelihara modal kumpulan wang ini untuk jangka panjang.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa Dewan yang mulia ini melihat sebuah negara yang sering dijadikan contoh seperti yang dikatakan juga oleh rakan Senator sebelum ini iaitu negara Norway. Saya menyebut negara ini bukan untuk membandingkan secara negatif atau untuk memalukan negara kita Malaysia tetapi saya menyebutnya sebagai sumber inspirasi. Kalau Norway boleh melakukannya, saya percaya Malaysia juga mampu melakukannya.

Norway mula menubuhkan Government Pension Fund Global pada tahun 1990 hasil pendapatan petroleum laut utara berbanding Malaysia yang telah bermula lebih awal pada tahun 1988 dengan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 iaitu Akta 339. Hari ini, dana Government Pension Fund Global Norway merupakan antara dana kekayaan negara terbesar di dunia, nilai melebihi USD2 trilion atau lebih kurang, lebih RM8 trilion mengikut kadar pertukaran semasa.

Dana ini merupakan pelaburan dalam ribuan syarikat seluruh dunia dan pulangannya juga digunakan untuk memastikan kebajikan rakyat Norway. Kalau dibahagikan kepada seluruh rakyat Norway, mereka semua adalah jutawan. Setiap individu, mereka adalah jutawan sedangkan mereka— penduduk-penduduk mereka adalah sekitar 5.6 juta orang berbanding Malaysia, 34 juta penduduk.

Kita juga mempunyai petroleum, gas asli, kelapa sawit, getah, bijih timah, nadir bumi, biodiversiti, lokasi strategik pelabuhan dan tenaga kerja yang baik. Persoalannya, mengapa kita masih belum mampu membina sebuah dana kekayaan negara yang setanding? Tepuk dada tanya selera, tepuk dahi tanya hati. Saya tidak bertanya soalan ini untuk menyalahkan sesiapa, saya bertanya supaya kita berani belajar daripada negara yang telah berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, jawapan bukan kerana Malaysia kekurangan sumber, Malaysia tidak miskin sumber. Sebaliknya, apa yang paling penting ialah disiplin dalam tadbir urus integriti, konsistensi dasar dan juga keberanian berfikir untuk jangka panjang. Dana seperti ini bukan dibina untuk masa tempoh lima tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada PETRONAS yang telah mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa. Kejayaan PETRONAS memeterai perjanjian baharu untuk mengembangkan operasi huluan di Turkmenistan melalui pengambilalihan kepentingan dalam Blok Luar Pesisir di Laut Kaspia membuktikan bahawa syarikat milik negara kita masih diyakini dan dihormati di peringkat global. Kejayaan ini bukan sahaja membuka peluang kepada PETRONAS untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatannya, malah memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Turkmenistan yang turut membawa manfaat ekonomi kepada kedua-dua negara.

Saya berharap kejayaan-kejayaan seperti ini akan terus meningkatkan keuntungan PETRONAS. Apabila keuntungan PETRONAS bertambah, dividen kepada kerajaan juga berpotensi meningkat dan secara tidak langsung, sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dapat diperkukuhkan selaras dengan peruntukan rang undang- undang ini yang menetapkan sumbangan minimum berdasarkan dividen PETRONAS.

Inilah yang kita mahukan. Satu keadaan yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Turkmenistan memperolehi manfaat melalui pelaburan, pembangunan industri tenaga, pemindahan teknologi dan peluang pekerjaan manakala Malaysia pula memperoleh pulangan ekonomi melalui kekayaan— kejayaan PETRONAS yang akhirnya menyumbang kepada pengukuhan Kumpulan Wang Amanah Negara demi generasi akan datang. Ini adalah contoh sebenar kerjasama antarabangsa yang bersifat menang-menang atau win, win dengan izin.

Kejayaan sebegini bukan dalam masa yang singkat ataupun satu penggal kerajaan. Ia dibina secara beransur-ansur selama puluhan tahun. Sebab itu saya amat bersetuju dengan pendekatan rang undang-undang ini. Saya selalu percaya kepada prinsip yang mudah kerana biar lambat asal selamat dan terus berkembang. Lebih baik kita membina sedikit demi sedikit tetapi kukuh daripada mengejar keuntungan cepat tetapi akhirnya menghakis dana negara.

Dana ini bukan untuk kita, dana ini ialah untuk milik cucu cicit kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap pelaburan dana ini sentiasa berlandaskan prinsip profesional. Saya melihat rang undang-undang ini telah memberikan kuasa kepada lembaga untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang secara berhemat serta mengambil kira reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Itulah yang kita perlu pertahankan.

Pelaburan tidak boleh dipengaruhi politik, pelaburan hendaklah dipandu oleh data, analisis risiko dan kepakaran profesional.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan satu harapan yang besar kepada mereka yang bakal diamanahkan menganggotai Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara

(KWAN) ini. Di bahu tuan-tuan dan puan-puan terpikul satu amanah yang amat besar. Tugas saudara, saudari bukan sekadar meneruskan pelaburan atau meningkatkan pulangan kewangan. Di bahu saudara, saudari sebenarnya terletak masa depan negara dan masa depan anak cucu-cicit kita.

Akta ini sendiri memperuntukkan bahawa lembaga yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus, melaburkan kumpulan wang secara berhemat serta demi kepentingan Kumpulan Wang. Oleh itu, saya amat berharap setiap anggota lembaga melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, kejujuran, profesional dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati kepercayaan rakyat, jangan biarkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara.

Kita tidak boleh membiarkan negara terus membawa beban hari ini ke masa depan.

Hakikatnya, apabila kita gagal menguruskan kejayaan negara dengan baik, kita sebenarnya sedang meminjamkan kemakmuran masa depan untuk menampung kepentingan ataupun keperluan kita pada hari ini. Saya tidak mahu selepas ketiadaan kita sebagai ahli ataupun mantan Ahli Dewan Negara ini, apabila kita tidak lagi ada di dunia ini nanti, anak cucu kita mewarisi hutang yang melebar daripada tabungan Kumpulan Wang Amanah Negara.

Sebaliknya, biarlah kita mewarisi— biarlah mereka mewarisi sebuah negara yang mempunyai rizab kewangan yang kukuh, ekonomi yang mampan dan sebuah dana kekayaan negara yang terus berkembang hasil amanah dan kebijaksanaan generasi kita hari ini. Itulah legasi sebenar yang patut kita tinggalkan kepada generasi yang akan datang. Bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi juga kestabilan kewangan yang mampu menjamin kesejahteraan mereka untuk puluhan tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh satu perkara yang menjadi semangat Malaysia suatu ketika dahulu. Kita melihat Norway sebagai satu contoh tadi, kita pun boleh.

Saya masih ingat slogan yang pernah membakar semangat negara kita satu ketika dahulu.

‘Kita Boleh, Malaysia Boleh’. Slogan ini telah menjadi— menyebabkan kita berjaya mengubah mentaliti rakyat kita. Ia memberi keyakinan bahawa rakyat Malaysia juga mampu bersaing di pentas dunia seperti juga PETRONAS tadi di luar negara.

Pada hemat saya, semangat kita ‘Malaysia Boleh’ ini perlu dihidupkan semula. Kita jangan cepat mengatakan Malaysia tidak mampu, kita jangan cepat mengatakan Malaysia sudah terlambat. Tidak. Kalau Norway boleh membina kekayaan dana, kekayaan negaranya, kalau Singapura juga boleh, kalau negara-negara lain juga boleh, mengapa kita tidak boleh?

Saya percaya Malaysia pasti boleh.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa keyakinan saya terhadap pentadbiran hari ini.

draft3:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya percaya bahawa di bawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui pendekatan Malaysia MADANI, kerajaan yang sedang berusaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan ketelusan dan membanteras ketirisan, inilah asas yang paling penting dana kekayaan negara tidak akan berkembang jika tidak ditadbir urus dengan baik, tetapi apabila pentadbiran bersih diwujudkan, apabila integriti diperkukuhkan, apabila pelaburan dibuat secara profesional, maka saya sangat percaya dana ini mampu berkembang dengan lebih berkesan, dengan lebih pesat lagi.

Saya ingin menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa jika pentadbiran bersih seperti ini dapat dikekalkan secara konsisten, jika negara dipimpin oleh pemimpin yang berkualiti, berintegriti dan berwawasan, saya amat yakin Kumpulan Wang Amanah Negara ini akan meningkat dengan sangat ketara dalam tempoh lima ke 10 tahun ataupun 20 tahun akan datang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, adakah kerajaan mempunyai sasaran aset Kumpulan Wang Amanah dalam tempoh lima, 10, 20 tahun akan datang? Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi sumber sumbangan daripada dana selain PETRONAS dan juga hasil sumber menyusut supaya pertumbuhan lebih pantas.

Inilah yang saya katakan tadi bukan sahaja GLC, tetapi juga swasta yang kaya raya.

Adakah kerajaan juga bercadang membentangkan laporan prestasi pelaburan ini secara berskala di Parlimen untuk memastikan ketelusan dan keyakinan rakyat?

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukan sekadar menubuhkan sebuah dana, ia sebenarnya membina harapan. Harapan bahawa kekayaan negara hari ini tidak akan habis digunakan oleh generasi kita semata-mata, sebaliknya diwariskan kepada anak cucu kita. Marilah kita menjadikan negara kita seperti Norway sebagai sumber inspirasi, bukan sebagai alasan untuk tidak berasa rendah diri.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengingatkan Dewan ini, kekayaan sumber semata-mata tidak menjamin kejayaan sesebuah negara. Kalau kita mempunyai pemimpin yang amanah, berintegriti, God willing dengan izin Kumpulan Wang Amanah Negara akan berkembang dengan baik dari tahun ke tahun, tetapi sebaliknya, jika pemimpin tidak amanah, menyalahgunakan kuasa, saya percaya hasil tidak akan bertambah seperti yang kita harap- harapkan dan boleh menyusut sedikit demi sedikit.

Inilah yang sebenarnya kerisauan kita demi masa depan anak cucu cicit kita. Saya percaya jika kita berjaya mengekalkan pentadbiran yang baik dan berintegriti, kita akan berjaya seperti negara lain juga. Dengan ini Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Terima kasih.

draft4:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Tuan Abun. Seterusnya saya mempersilakan YB. Senator Tuan Azahar.

draft4:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Selang banyak.

draft4:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tak perasan.

draft4:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Tak perasan. Okey Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Orang tua-tua ada mengatakan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jadi inilah yang Kerajaan Malaysia nak buat, menyimpan dan akhirnya menjadi bukit. Baguslah dan kita tak mahu yang gunung itu menjadi bukit, dia pelan turun, turun dan akhirnya kita dah tak ada apa.

Okey, untuk Kumpulan Wang Amanah Negara ini kita alhamdulillah kita ada sumber yang akan masuk dalam akaun itu dan ada juga yang kita akan belanjakan. Ada juga pengawalnya, pegawainya dan ada juga disiplinnya. Ini satu pakej yang lengkap untuk kita bawa ke generasi yang akan datang.

Okey, kita bayangkan 100 tahun lagi, tahun 2126, kita ni semua dah tak ada dah. Betul tak? Tak taulah yang ada lagi, tapi tahun 2126 ini kita semua dah tak ada. Kereta kita pun tak ada, orang rumah kita tak ada, semua tak ada tapi yang ada akhirnya ialah ini Kumpulan Wang Amanah Negara ini, sesuatu yang difikirkan amat baik untuk generasi akan datang, sesuatu yang akan ditinggalkanlah.

Okey, jadi hari ini saya menyokong rang undang-undang ini. Pada prinsipnya saya menyokong hasrat kerajaan memperkukuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara. Penubuhan KWAN pada tahun 1988 adalah suatu langkah yang berpandangan jauh bagi memastikan hasil dari sumber asli yang semakin menyusut dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Hari ini, selepas empat dekad kerajaan mencadangkan pembaharuan yang besar melalui penubuhan KWAN diperbadankan. Penetapan sumber secara berkanun dan mekanisme tadbir urus yang lebih tersusun. Namun Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan Dana Amanah Negara yang bakal menguruskan aset berbilion Ringgit, kita bukan sekadar membincangkan soal kewangan. Kita sedang menentukan masa depan generasi akan datang terutama mengenai kadar caruman minimum.

RUU ini menetapkan sekurang-kurangnya 0.1 peratus daripada hasil tahunan Kerajaan Persekutuan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah ini. Persoalannya, adakah kadar ini benar-benar mencukupi? Jika dibandingkan dengan dana kekayaan negara ini beberapa negara lain, hari ini saya banyak dengar pasal Norwaylah, hebatnya Norway ini. Kadar ini agak konservatif.

Saya berharap kerajaan mempunyai unjuran yang jelas tentang berapakah nilai aset Kumpulan Wang Amanah Negara ini dalam tempoh 10, 20 atau 30 tahun akan datang berdasarkan kadar caruman tersebut. Sekiranya sasaran ini terlalu rendah, maka matlamat membina kekayaan antara generasi mungkin akan sukar dicapai.

Kedua, kebebasan lembaga pengarah. Lembaga KWAN akan membuat keputusan perlembagaan yang besar. Oleh itu, proses pelantikannya mestilah telus, bebas dan berasaskan merit. Saya mencadangkan supaya calon-calon lembaga diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dilantik bagi memastikan hanya individu yang mempunyai pengalaman dalam ekonomi, kewangan, pelaburan dan pengurusan risiko diberi amanah mengurus dana negara.

Ketiga, ketelusan pelaburan. Rakyat bukan sahaja ingin mengetahui jumlah keuntungan, tapi juga ingin mengetahui bagaimana keuntungan itu diperolehi. Adakah Kumpulan Wang Amanah ini akan menerbitkan polisi pelaburan? Adakah rakyat boleh mengetahui pecahan pelaburan dalam ekuiti, bon, hartanah, infrastruktur dan aset luar negara.

Ketelusan seperti ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pengurusan dana.

Keempat, pengurusan risiko. Dalam dunia hari ini, pasaran kewangan sangat tidak menentu. Perang perdagangan, konflik geopolitik, inflasi dan turun naik kadar faedah boleh memberi kesan besar kepada pulangan pelaburan. Adakah Kumpulan Wang Amanah ini mempunyai rangka kerja pengurusan risiko yang setanding dengan dana pelaburan antarabangsa? Saya berharap nanti Menteri dapat menjelaskan perkara ini.

Kelima, skop penggunaan dana. RUU ini mengehadkan penggunaan dana kepada pendidikan, penjagaan kesihatan juga mitigasi perubahan iklim. Ketiga sektor ini sememangnya sangat penting. Namun, bagaimanakah sekiranya negara berhadapan dengan cabaran baru seperti keselamatan makanan, keselamatan air, kecerdasan buatan atau keselamatan siber. Apakah kerajaan bercadang menyemak skop penggunaan dana secara berkala agar selari dengan keperluan negara?

Keenam, perlindungan daripada campur tangan politik. Dana amanah ini tidak boleh dijadikan alat memenuhi kepentingan politik jangka pendek. Keputusan pelaburan mesti dibuat secara profesional, bebas daripada sebarang tekanan politik. Inilah asas kepada kejayaan mana-mana dana kejayaan di seluruh dunia. Semoga kita dapat dihindarkan dengan kesilapan dalam pelaburan yang akhirnya merugikan negara seperti mana yang dah berlaku sebelum- sebelum ini.

Berikutnya ialah akauntabiliti kepada Parlimen. Saya mengalu-alukan cadangan supaya laporan tahunan dibentangkan di kedua-dua di Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Namun saya berpendapat, laporan tahunan saja tidak mencukupi. Laporan prestasi secara berkala juga wajar dibentangkan supaya Ahli Parlimen dapat menilai prestasi sebenar Kumpulan Wang Amanah ini dari semasa ke semasa.

Berikutnya ialah kos pengurusan. RUU ini juga perlu memastikan kos pengurusan dana sentiasa berada pada tahap yang munasabah. Pulangan yang tinggi tidak memberi makna sekiranya sebahagian besar keuntungan digunakan untuk membayar yuran pengurusan dan kos pentadbiran.

Berikutnya ialah pembangunan modal insan. Sekiranya pendidikan menjadi antara tujuan utama Kumpulan Wang Amanah ini, saya berharap sebahagian manfaat dana ini dapat digunakan untuk memperkukuhkan penyelidikan universiti, latihan TVET, pembangunan teknologi strategik serta biasiswa dalam bidang kritikal seperti kecerdasan buatan, semikonduktor, tenaga hijau dan bioteknologi. Pelaburan terbaik sesebuah negara ialah pelaburan terhadap rakyatnya sendiri.

Berikutnya ialah kita minta, saya mencadangkan supaya RUU ini dimasukkan peruntukan supaya keberkesanan Kumpulan Wang Amanah ini disemak setiap lima tahun oleh Parlimen. Langkah ini penting bagi memastikan dasar pelaburan, tadbir urus dan objektif dana sentiasa relevan dengan perubahan ekonomi dunia.

draft4:03 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan satu persoalan.

Apakah yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita apabila hasil petroleum dan sumber asli negara semakin berkurangan? Jika jawapannya ialah sebuah Kumpulan Wang Amanah Negara yang kukuh, telus dan secara profesional, maka RUU ini mestilah dibina atas prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik.

Kita tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu dalam pengurusan dana awam.

Sebaliknya, kita mahu meninggalkan legasi yang akan dikenang sebagai keputusan yang berjaya melindungi kekayaan negara untuk generasi akan datang. Dengan penambahbaikan yang saya cadangkan, saya yakin Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 akan menjadi antara pembaharuan institusi yang paling penting dalam sejarah kewangan negara. Sekian, terima kasih. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft4:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Sekejap saja Tuan Azahar. Baik, seterusnya saya mempersilakan YB Senator Tuan Larry anak Asap. Silakan.

draft4:10 PM

Tuan Larry anak Asap

Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan di atas ruang dan peluang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 bagi menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 [Akta 339]. RUU KWAN 2026 mempunyai hala tuju yang jelas iaitu bagi memperkukuh pengurusan rizab simpanan kewangan negara secara mampan demi memberi manfaat kepada generasi yang akan datang.

Kita tidak boleh bergantung kepada PETRONAS semata-mata untuk menyumbang kepada dana ini memandangkan sumber asli kita menyusut setiap tahun. Kita harus mengembangkan strategi diversifikasi perolehan sumber dana menerusi pelbagai bidang pelaburan bagi memastikan sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara. Berdasarkan laporan tahunan dan penyata kewangan KWAN 2024 yang telah diaudit, yang telah dibentangkan kepada Parlimen, kedudukan terkini aset KWAN telah mencecah RM22.44 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Bahagian II, fasal 5(a) hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang. Apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia yang mendapat apa-apa bentuk royalti daripada pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut yang lain.

Persoalannya adalah, adakah sumbangan daripada kerajaan negeri ini bersifat sukarela atau mengikut budi bicara atau satu kewajipan? Jika sumbangan ini merupakan satu kewajipan, berapa peratus yang harus disumbangkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) oleh negeri-negeri yang terlibat?

Tuan Yang di-Pertua, pada Bahagian II, fasal 11(d) rang undang-undang ini mencadangkan agar Menteri hendaklah melantik anggota Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) seperti yang berikut. Tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan. Saya mencadangkan dan mohon pertimbangan daripada Menteri pada fasal 11(d) ini agar Wilayah Sarawak ini diperuntukkan satu keanggotaan manakala Wilayah Sabah diperuntukkan satu keanggotaan ke dalam Lembaga Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) ini.

Kita percaya bahawa Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah turut mempunyai kepakaran atau individu yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, pelaburan, perbankan dan kewangan. Kita dan Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah mahu berpartisipasi secara aktif di dalam menguruskan rizab kewangan jangka panjang ini demi kelangsungan generasi anak muda pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, pada Bahagian III, fasal 24 pula telah memperuntukkan bahawa kumpulan wang hanya boleh diambil guna bagi maksud yang berikut: pendidikan, kesihatan, mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Saya bersetuju bahawasanya dana kumpulan ini Wang Amanah Negara (KWAN) ini diperuntukkan khusus untuk ketiga-tiga sektor penting bagi negara kita ini. Namun demikian, saya mempunyai beberapa persoalan kepada pihak kementerian berkait dengan isu penggunaan dana KWAN di dalam sektor pendidikan negara dan di dalam sektor perubahan iklim.

Jika pada tahun 2021, sebanyak RM5 bilion telah dikeluarkan dan dibelanjakan bagi mendepani cabaran COVID-19, krisis kesihatan pada ketika itu jelas iaitu COVID-19, tetapi di dalam sektor pendidikan ini, kita mahu tahu apakah bentuk krisis atau kriteria kritikal sektor pendidikan yang membolehkan agar dana ini diguna pakai pada masa hadapan? Adakah sekolah daif itu dikira sebagai salah satu aspek yang membolehkan dana KWAN ini untuk dikeluarkan dan dibelanjakan bagi tujuan baik pulih atau baik pulih sekolah daif berkenaan masih lagi menjadi tanggungan perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?

Persoalan saya yang kedua adalah adakah dana ini boleh juga diguna pakai untuk tujuan pembangunan sumber tenaga manusia khususnya para belia di institusi pendidikan pengajian tinggi bagi memenuhi sektor kritikal negara khususnya di dalam bidang sains dan teknologi untuk melahirkan pakar mendepani isu mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim?

Sebagai contoh, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengunjurkan keperluan tenaga profesional sebanyak 1,200 orang dalam bidang nuklear bagi memastikan kesiapsiagaan negara daripada pelbagai aspek sekiranya tenaga nuklear diputuskan sebagai salah satu sumber tenaga penjanaan elektrik negara yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bebas asas atau dengan izin, baseload yang bersih, stabil dan rendah karbon bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara dan seterusnya mencapai pelepasan gas rumah kaca sifar bersih seawal tahun 2050.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sektor tenaga nuklear ini merupakan salah satu metodologi, adaptasi, mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Tanpa pembangunan model insan, perancangan dasar penggunaan tenaga nuklear negara turut terbantut jika perancangan dasar tenaga nuklear berjalan dengan kadar yang perlahan, maka proses mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim turut menjadi perlahan. Oleh yang demikian, kita mohon penjelasan daripada kementerian sama ada dibolehkan atau tidak dana ini dikeluarkan pada masa hadapan untuk membangunkan sumber tenaga pakar bagi mendepani isu mitigasi dan perubahan penyesuaian iklim.

[Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa **mempengerusikan Mesyuarat****] Secara tuntasnya Tuan Yang di-Pertua, kita mohon butiran, tatacara dan perincian konteks penggunaan serta pengeluaran dana ini bagi kedua-dua sektor yang telah dinyatakan sebentar tadi. Mohon Menteri untuk memberikan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran tahunan dana Kumpulan Wang Amanah Negara telah ditetapkan tidak boleh melebihi 50 peratus daripada kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka supaya prinsipal terpelihara dan terus berkembang. Pengeluaran melebihi had yang dibenarkan pula memerlukan kelulusan di peringkat Dewan Rakyat. Saya bersetuju dengan tatacara had pengeluaran dan tatacara permohonan bagi pengeluaran dana ini yang dinyatakan jelas melalui Bahagian III, fasal 25 dan fasal 26. Kaedah ini memperkukuh akauntabiliti proses pengeluaran dana.

Namun demikian, Bahagian II, fasal 7 yang berkait rapat dengan penyata laporan akaun dan maklumat lain telah menyatakan satu garis panduan kepada siapa laporan dana ini harus dibentangkan nanti. Bahagian II, fasal 7 menyatakan lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan aset dan aktiviti Kumpulan Wang sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Persoalan berbangkit yang kita ingin bawa adalah adakah penyata laporan dan akaun Kumpulan Wang Amanah Negara ini hanya dibentangkan kepada Menteri sahaja? Bagaimana dengan Parlimen, adakah akan turut dilibatkan bersama sebagaimana Parlimen itu dilibatkan bersama semasa melakukan proses pengeluaran dana? Adakah Parlimen mempunyai hak untuk melihat segala apa jua pelaporan dana di atas prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban bersama?

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, RUU KWAN 2026 ini memperkukuh simpanan antara generasi melalui sumbangan yang konsisten dan mengembangkan strategi diversifikasi pelaburan serta memberikan tatacara pengeluaran yang berdisiplin bersama dengan tadbir urus kewangan yang lebih kukuh.

Kejayaan mengimplementasi RUU KWAN 2026 ini bergantung kepada tekad dan iltizam kita bersama. Kekayaan dan hasil negara ini harus terus dipelihara dan dilaburkan bagi memenuhi keperluan masa depan. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft4:11 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Larry.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami.

draft4:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Pada prinsipnya, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkukuhkan mekanisme pengurusan kekayaan negara melalui satu kerangka amanah yang lebih tersusun, telus dan berpandangan jauh.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara, kita sebenarnya bukan hanya membincangkan soal kewangan ataupun pelaburan. Kita sedang membincangkan satu persoalan yang lebih besar iaitu apakah bentuk amanah yang ingin kita tinggalkan kepada generasi akan datang?

Kekayaan negara bukanlah hak eksklusif generasi hari ini. Ia merupakan hasil usaha pengorbanan dan sumber yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu serta menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan generasi akan datang turut menikmati manfaatnya.

Sehubungan itu, saya ingin menyatakan bahawa puisi yang dibacakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa sebelum ini semasa membahas RUU membawa maksud dan mesej yang amat mendalam.

Bukan kepada yang menggubal RUU ini, bukan kepada hanya yang membahas RUU petang ini tetapi juga kepada mereka yang akan melaksanakannya pada masa akan datang.

Sebuah negara yang matang tidak hanya melihat kepada keperluan fiskal semasa tetapi juga mempunyai visi jangka panjang untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Negara-negara yang mempunyai sumber asli yang besar telah lama memperkenalkan mekanisme sovereign wealth fund atau dana amanah negara bagi memastikan hasil daripada sumber negara tidak habis digunakan dalam satu tempoh sahaja, tetapi dilaburkan untuk manfaat masa hadapan. Oleh itu, konsep Kumpulan Wang Amanah Negara adalah satu langkah yang tepat dari sudut prinsip.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, sesuatu dana amanah hanya akan mempunyai nilai sebenar bukan kerana kewujudannya dalam undang-undang tetapi kerana tahap tadbir urus, integriti pengurusan dan keyakinan rakyat terhadap cara ia dikendalikan.

Dalam hal itu perkara pertama yang ingin saya tekankan ialah soal ketelusan dan akauntabiliti. Apabila melibatkan dana awam dan kekayaan negara, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana wang tersebut diuruskan? Di mana dilaburkan? Apakah pulangannya? Apakah mekanisme kawalan yang diwujudkan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan?

Sejarah telah menunjukkan bahawa dana yang besar tanpa sistem semak dan imbang yang kukuh boleh menimbulkan risiko yang besar. Tiada kira sama ada ia melibatkan dana kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau institusi pelaburan negara. Perkara yang paling penting ialah memastikan keputusan kewangan dibuat berdasarkan kepentingan negara bukan kepentingan jangka pendek mana-mana pihak.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai tahap kebebasan dan kuasa badan pemegang amanah yang akan menguruskan Kumpulan Wang Amanah Negara ini.

Apakah struktur tadbir urus yang diwujudkan benar-benar memberi ruang kepada pengurusan profesional untuk membuat keputusan berdasarkan kepakaran kewangan dan pelaburan atau adakah terdapat ruang campur tangan yang boleh menjejaskan objektif asal dana ini seperti mana yang kita sering dengar dalam perbicaraan kes-kes profil tinggi?

Kita perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman antarabangsa. Dana kekayaan negara yang berjaya seperti yang kita dengar sebelum ini Government Pension Fund Global dibina atas prinsip ketelusan, disiplin pelaburan dan laporan awam yang konsisten. Kepercayaan rakyat terhadap dana tersebut bukan semata-mata kerana jumlah asetnya yang besar tetapi rakyat yakin terdapat sistem yang mengawal pengurusan dana tersebut.

Malaysia juga perlu membina standard keyakinan yang sama. Jika kita mahu Kumpulan Wang Amanah Negara menjadi satu institusi dihormati, laporan prestasi dan kedudukan kewangannya perlu dibentangkan secara berkala kepada Parlimen. Ini bukannya satu pilihan, ini adalah satu kemestian. Parlimen tidak boleh hanya diminta meluluskan kerangka undang-undang tetapi perlu mempunyai peranan dalam memastikan amanah ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah persoalan sumber dana. Sumber dana amanah tidak boleh hanya bergantung kepada suntikan awal atau peruntukan sekali sahaja. Ia mesti mempunyai strategi pertumbuhan yang jelas dan mampan.

Persoalan ialah apakah mekanisme jangka panjang yang akan memastikan Kumpulan Wang Amanah Negara terus berkembang? Adakah terdapat formula khusus untuk menyalurkan sebahagian hasil negara kepada dana ini selain daripada apa yang dicadangkan buat masa sekarang?

Adakah hasil daripada sumber strategik negara, dividen pelaburan atau lebihan tertentu akan menjadi sebahagian daripada mekanisme pengumpulan data? Jika kita benar- benar mahu membina satu dana antara generasi, kita perlu memastikan ia mempunyai sumber pendapatan yang konsisten. Tanpa strategi ini, terdapat risiko dana ini hanya menjadi satu struktur pentadbiran tanpa kekuatan kewangan yang mencukupi untuk mencapai matlamat asalnya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah bagaimana hasil pelaburan dana ini akan digunakan? Saya berpandangan bahawa pulangan daripada dana amanah negara kita seharusnya tidak digunakan, minta maaf.

Saya berpandangan bahawa pulangan daripada dana amanah negara tidak seharusnya digunakan untuk menampung perbelanjaan biasa kerajaan semata-mata, sebaliknya hasil pelaburan tersebut perlu digunakan untuk membina kapasiti negara.

Antaranya ialah pelaburan dalam pendidikan berkualiti, penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu, kecerdasan buatan dan yang paling penting sekali kesihatan awam serta pembangunan modal insan.

Negara hari ini tidak lagi bersaing hanya berdasarkan sumber asli. Negara yang berjaya ialah negara yang mampu menukar kekayaan kepada ilmu, inovasi dan keupayaan manusia. Minyak, gas, mineral dan aset negara pada akhirnya akan berkurangan tetapi ilmu dan teknologi yang dibina akan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Malaysia, kita perlu melihat Kumpulan Wang Amanah Negara ini sebagai suatu instrumen strategik untuk memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara.

draft4:20 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil komoditi, kutipan cukai atau pinjaman kerajaan untuk membiayai keperluan pembangunan masa hadapan.

Dunia sedang berubah dengan pantas. Revolusi teknologi perubahan iklim, ketidaktentuan geopolitik dan persaingan ekonomi global menuntut negara mempunyai simpanan strategik yang kukuh. Negara yang mempunyai dana amanah yang mantap akan mempunyai lebih banyak ruang untuk menghadapi krisis tanpa terlalu membebankan rakyat melalui peningkatan hutang atau langkah penjimatan yang drastik.

Oleh itu, saya berpandangan bahawa Kumpulan Wang Amanah Negara bukan sekadar satu dana kewangan, tetapi perlu menjadi sebahagian daripada strategi keselamatan ekonomi negara. Ia mesti berfungsi sebagai benteng kewangan yang membolehkan Malaysia menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih yakin.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai aspek profesionalisme pengurusan pelaburan. Dana yang besar memerlukan kepakaran dalam analisis risiko, strategi diversifikasi, pemilihan aset dan pemantauan prestasi yang berterusan.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pengurusan Kumpulan Wang Amanah Negara melibatkan tenaga profesional yang mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan antarabangsa, pengurusan dana, ekonomi, teknologi dan pembangunan mampan. Kita perlu memastikan keputusan pelaburan dibuat berdasarkan merit dan kepakaran, bukan pertimbangan selain daripada kepentingan negara.

Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa profesionalisme tidak bermaksud kurangnya pengawasan, sebaliknya semakin besar kuasa dan tanggungjawab yang diberikan, semakin kuat semak dan imbang perlu diwujudkan.

Datuk Yang di-Pertua, rakyat perlu melihat Kumpulan Wang Amanah Negara sebagai milik mereka. Oleh itu, tahap ketelusan perlu melebihi amalan biasa. Keyakinan rakyat adalah aset paling penting bagi mana-mana dana amanah negara.

Maka, saya mencadangkan supaya satu mekanisme pelaporan tahunan yang lebih komprehensif diwujudkan. Laporan tersebut bukan hanya menyatakan jumlah dana dan pulangan pelaburan, tetapi turut menjelaskan strategi pelaburan, tahap risiko, prestasi berbanding penanda aras serta langkah kawalan yang diambil.

Selain itu, saya berpandangan bahawa peranan Parlimen perlu dikukuhkan. Walaupun pengurusan harian dana ini perlu dilakukan oleh profesional, Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat perlu mempunyai ruang untuk meneliti prestasi dan hala tuju dana ini.

Saya mencadangkan supaya Laporan Tahunan Kumpulan Wang Amanah Negara dibentangkan secara berkala di Parlimen dan dibincangkan melalui mekanisme yang sesuai.

Ini bukan bertujuan untuk mencampuri urusan operasi tetapi untuk memastikan amanah rakyat terus dipelihara.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan aspek pelaburan beretika dan mampan. Dunia kewangan hari ini semakin memberi perhatian kepada prinsip ESG iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Malaysia juga perlu memastikan dana negara dilaburkan dalam sektor yang bukan sahaja memberi pulangan kewangan tetapi turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Kita tidak mahu dana amanah negara melabur semata-mata untuk keuntungan jangka pendek tetapi mengambil kira kesan sosial dan alam sekitar. Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang membina masa depan negara. Sebagai contoh, sebahagian daripada manfaat yang diperoleh daripada dana ini boleh disalurkan kepada bidang yang mempunyai nilai strategik seperti pendidikan dan penyelidikan sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik, pembangunan kecerdasan buatan, penyelidikan universiti, kesihatan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

Datuk Yang di-Pertua, jika Kumpulan Wang Amanah Negara diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi satu warisan ekonomi yang amat bernilai, tetapi jika gagal ditadbir dengan prinsip amanah dan ketelusan, ia boleh menjadi satu lagi institusi yang kehilangan keyakinan rakyat. Oleh sebab itu, saya telah mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kepada kerajaan.

Dengan itu, saya pohon menyokong Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 sambil menyeru agar segala mekanisme kawalan, ketelusan dan akauntabiliti diperkukuhkan supaya amanah besar ini benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft4:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih, Yang Berhormat Senator Puan Puan Saraswathy a/p Kandasami dan sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

draft4:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Hasrat untuk mewujudkan satu dana yang mampu memelihara kekayaan negara bagi manfaat generasi akan datang merupakan satu langkah yang wajar dan berpandangan jauh. Banyak negara telah membuktikan bahawa dana kekayaan negara yang diurus dengan baik mampu menjadi instrumen penting untuk menjamin kemampanan fiskal dan kestabilan ekonomi dalam jangka panjang.

Walau bagaimanapun, kejayaan sesebuah tabung berdaulat tidak hanya bergantung kepada niat penubuhannya, tetapi lebih penting lagi kepada kualiti tadbir urus dan pelaksanaannya.

Kerajaan menyatakan bahawa tabung ini akan ditadbir berdasarkan Santiago Principles iaitu prinsip-prinsip antarabangsa yang menekankan aspek tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pengurusan risiko. Namun, saya ingin menegaskan bahawa pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut tidak seharusnya hanya dinyatakan di atas kertas.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana prinsip-prinsip tersebut diterjemahkan dalam pelaksanaan sebenar. Apakah mekanisme yang akan memastikan tadbir urus tabung ini benar-benar bebas daripada campur tangan politik, mempunyai tahap ketelusan yang tinggi dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara? Adakah prestasi pengurusan dana akan dinilai secara bebas dan telus?

Saya mengajukan pertanyaan-pertanyaan ini kerana sebagai Ahli Dewan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh menutup mata terhadap rekod dan pengalaman negara sendiri. Malaysia bukanlah sebuah negara yang baharu dalam menguruskan dana atau tabung amanah. Kita mempunyai pengalaman yang panjang melalui pelbagai institusi seperti 1MDB, Lembaga Tabung Haji dan FELDA. Malangnya, sebahagian daripada pengalaman tersebut meninggalkan pengajaran yang amat pahit kepada negara.

Dalam kebanyakan keadaan, kerajaan pada ketika itu turut memilih individu yang mempunyai kelayakan profesional, pengalaman yang luas dan reputasi yang baik untuk menganggotai Lembaga Pengarah serta jawatankuasa pengurusan. Namun hakikatnya, kewujudan individu yang berpengalaman dan berkepakaran semata-mata tidak menjamin bahawa penyelewengan, salah guna kuasa atau kelemahan tadbir urus tidak akan berlaku.

Oleh yang demikian, saya menyarankan selain kelayakan yang diperuntukkan dalam seksyen 11(d), anggota Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai integriti yang tinggi.

Datuk Yang di-Pertua, saya akui amat sukar untuk menilai sama ada seseorang individu mempunyai tahap integriti yang tinggi kerana tiada ujian atau instrumen khusus yang dapat mengukur integriti secara tepat. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap integriti seseorang masih boleh dibuat melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, tindakan, consistency dalam membuat keputusan serta cara individu tersebut mengamalkan nilai-nilai etika dalam kehidupan dan pekerjaan seharian.

draft4:36 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Pengajaran yang perlu kita ambil ialah isu sebenar bukan sekadar siapa yang dilantik, tetapi apakah mekanisme semak dan imbang yang diwujudkan untuk memastikan mereka sentiasa bertanggungjawab kepada rakyat. Tadbir urus yang baik memerlukan sistem yang mampu mengesan kelemahan lebih awal, mencegah konflik kepentingan, memastikan ketelusan dalam setiap keputusan pelaburan serta menyediakan ruang pengawasan yang berkesan oleh Parlimen dan institusi audit yang bebas.

Dalam perkara ini Datuk Yang di-Pertua, kita perlu bersedia untuk belajar daripada negara-negara yang telah membuktikan kejayaan mereka menguruskan dana berdaulat.

Negara seperti Norway dan Singapura bukan sahaja berjaya menjana pulangan pelaburan yang mampan, malah lebih penting mereka berjaya membina keyakinan rakyat dan pelabur antarabangsa melalui sistem tadbir urus yang kukuh, telus dan berakauntabiliti. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya laporan tahunan merangkumi pulangan pelaburan, penanda aras ataupun dengan izin, benchmark berbanding indeks pasaran, kos pengurusan, tahap risiko dan pematuhan kepada mandat pelaburan dibentang kepada Parlimen secara tahunan.

Model Norway mengamalkan pengasingan kuasa. Kerajaan membuat objektif, lembaga pengarah membuat dasar dan pengurusan dana membuat keputusan pelaburan.

Menteri tidak boleh memberi arahan pelaburan. Apabila kuasa dipisahkan, setiap cabang boleh saling menyemak dan mengimbangi dan ini membantu mengelakkan penyalahgunaan kuasa, mengurangkan risiko konflik kepentingan dan memastikan keputusan dibuat berdasarkan undang-undang dan kepentingan awam.

Oleh yang demikian, saya sarankan supaya pelaburan yang dibuat berdasarkan seksyen 27(1)(k) RUU yang memberi kuasa kepada Menteri untuk meluluskan apa-apa pelaburan lain hendaklah dinilai secara objektif supaya tidak membuka ruang kepada manipulasi dan eksploitasi kreatif yang disalah guna. Begitu juga lembaga pengarah hendaklah memastikan klausa tersebut tidak digunakan untuk campur tangan politik.

Ketiga, saya juga mencadangkan supaya Lembaga KWAN menubuhkan majlis etika atau dengan izin, ethics council untuk menapis pelaburan demi mengelakkan pelaburan dalam syarikat yang rasuah, pencabulan hak asasi, kerosakan alam sekitar dan senjata tertentu.

Keempat, saya cadangkan supaya prestasi lembaga pengarah dinilai secara berkala, misalnya setiap lima tahun. Mengikut peruntukan yang ada, seseorang ahli lembaga pengarah boleh menyandang jawatan tersebut sehingga tempoh maksimum sembilan tahun. Jadi, prestasi lembaga pengarah hendaklah dinilai oleh pihak bebas berdasarkan pulangan pelaburan, pengurusan risiko dan pematuhan tadbir urus.

Datuk Yang di-Pertua, kita juga mempunyai pengalaman melalui Khazanah Nasional.

We don’t have to look far dengan izin. Secara objektif, walaupun banyak kritikan terhadap Khazanah Nasional, tetapi Khazanah Nasional telah menunjukkan prestasi yang agak baik dengan aset bersih meningkat daripada sekitar RM33 bilion pada tahun 2004 kepada lebih RM100 bilion hari ini iaitu tempoh 22 tahun serta menjana pulangan tahunan sekitar enam peratus dalam jangka panjang.

Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan untuk menguruskan dana strategik negara. Kejayaan tersebut dibina melalui proses penambahbaikan tadbir urus yang berterusan. Oleh itu, penubuhan KWAN ini juga mesti disertai dengan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh supaya ia bukan sahaja berjaya dari segi pulangan, tetapi juga mendapat keyakinan penuh rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, seksyen 24 rang undang-undang ini membenarkan pengeluaran kumpulan wang dengan kelulusan Menteri bagi amaun yang tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kadar pulangan benar jangka masa panjang dan hanya dirujuk untuk kelulusan Dewan Rakyat bagi amaun yang lebih daripada nilai ambang tersebut.

Datuk Yang di-Pertua, memandangkan negara telah melalui pengalaman yang pahit daripada kes-kes yang telah saya sebutkan tadi, saya syorkan supaya kerajaan menimbang semula peruntukan ini dan menggantikannya dengan peruntukan supaya setiap pengeluaran hendaklah diluluskan oleh Parlimen. Jika kita melihat amalan terbaik antarabangsa seperti di Norway dan di Singapura, setiap pengeluaran adalah diluluskan oleh Parlimen.

Dan seperkara lagi, walaupun pengeluaran dibenarkan bagi tiga perkara sahaja, tetapi ia merangkumi perkara yang luas. Pendidikan, apa yang dibenarkan untuk dikeluarkan bagi tujuan pendidikan? Begitu juga dengan kesihatan dan begitu juga dengan perubahan iklim.

Jadi, apakah skop yang dibenarkan atas bagi ketiga-tiga kategori tersebut? Oleh itu, penelitian Parlimen adalah diperlukan sebagai langkah semak dan imbang yang wajar.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara yang lebih fundamental. Dalam teori kewangan awam, sesebuah tabung amanah negara berdaulat lazimnya diwujudkan apabila sesebuah negara mempunyai lebihan sumber kewangan yang boleh dilaburkan bagi manfaat generasi akan datang. Sumber tersebut biasanya datang daripada lebihan hasil fiskal, eksport komoditi strategik seperti petroleum dan gas atau lebihan akaun semasa negara. Norway misalnya, membiayai Government Pension Fund Global melalui lebihan hasil petroleum dan gas. Singapura pula membina rizab negara melalui lebihan fiskal, pulangan pelaburan dan pengurusan aset negara secara berhemat selama beberapa dekad.

Keadaan Malaysia agak berbeza. Negara kita masih merekodkan defisit-defisit fiskal hampir setiap tahun sejak tahun 1998. Ini bermakna kerajaan masih berbelanja melebihi hasil yang dikutip. Dalam keadaan ini, persoalan yang wajar dibangkitkan ialah sama ada sumbangan tahunan minimum sebanyak 0.1 peratus daripada unjuran hasil kerajaan dan sumbangan minimum sebanyak dua peratus dari dividen yang diperolehi dari PETRONAS dan minimum sebanyak dua peratus dari duti eksport yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan atas sumber menyusut benar-benar mampan untuk jangka panjang.

Saya bukan mengatakan kerajaan tidak mampu menyumbang pada hari ini, persoalannya ialah adakah kerajaan mampu mengekalkan sumbangan tersebut secara konsisten selama 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau 50 tahun yang akan datang khususnya apabila negara berdepan kelembapan ekonomi, krisis kewangan atau bencana yang memerlukan perbelanjaan awam yang lebih besar.

Seperkara lagi Datuk Yang di-Pertua, memandangkan...

draft4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Datuk, boleh sikit mencelah?

draft4:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Ya.

draft4:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh Datuk? Saya tadi disebut, saya sendiri, kita sendiri didedahkan tadi bahawa kita ada tiga sumber, satu, dua, dua. Dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi bahawa antara sumber yang ada itu ialah kita punya lebihan daripada duit perbelanjaan negara. Dengan keadaan yang ada sekarang ini, kita defisit dan kita juga mempunyai hutang yang terus meningkat. Adakah peruntukan ini sebenarnya realistik dalam tempoh dekat atau hanya peruntukan untuk dilihat pada tempoh yang jauh? Apa pandangan Yang Berhormat?

draft4:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Itulah persoalan saya Yang Berhormat, tentang kemampuan kerajaan untuk menampung, menyumbang, terus menyumbang kepada dana ini untuk tempoh supaya ianya untuk satu tempoh yang mampan. Sebab sebenarnya apa yang kita nak buat ini berbeza. Keadaan kita berbeza daripada negara-negara lain.

Mereka laburkan apa yang lebih daripada perbelanjaan, tetapi kita dalam keadaan fiskal yang defisit, tapi kita menubuhkan ini. Mungkin ada satu perkara yang elok kita ingat adalah kita bukan mula, bermula daripada kosong ya. Kita memang sudah ada dana sebanyak RM23 bilion yang ada pada KWAN sekarang, yang memang ada.

Jadi, kita tak lah perlu memulakan daripada permulaan kosong. Itu sudah ada dan hanya memerlukan peningkatan tadbir urus dan struktur yang lebih baik supaya ia nya menjanakan pulangan yang lebih daripada pulangan yang telah diperolehi selama ini. Saya harap itu menjawab soalan Yang Berhormat. Alright.

Seperkara lagi, memandangkan bajet tahunan berada dalam keadaan defisit, penguntukan sumbangan kepada KWAN akan menjadikan ruang fiskal negara lebih sempit.

Oleh itu, pengurangan hasil yang boleh dibelanjakan akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk memenuhi keperluan pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.

draft4:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Justeru soalan saya, bagaimana kerajaan memastikan keseimbangan akan dicapai antara usaha membina simpanan untuk generasi masa hadapan dengan keperluan membiayai pembangunan dan kebajikan rakyat pada hari ini. Janganlah sampai usaha menabung untuk masa depan akhirnya mengurangkan keupayaan kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat pada masa ini.

Datuk Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan satu mekanisme pembiayaan yang lebih mampan. Sebagai contoh, sumbangan kepada tabung ini boleh dikaitkan dengan pencapaian sasaran fiskal tertentu seperti apabila kerajaan mencapai lebihan fiskal apabila kutipan hasil melebihi sasaran ataupun melalui sumber luar biasa serta dividen khas dari syarikat berkaitan kerajaan.

Pendekatan ini lebih berhemat kerana tabung tersebut akan berkembang apabila kemampuan kewangan negara benar-benar mengizinkan dan tidak menambah tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan.

Datuk Yang di-Pertua, kita harus melihat RM23.4 bilion yang telah tersedia di dalam KWAN sebagai satu amanah dan peluang yang besar. Kita bukan bermula daripada kosong, kita telah mempunyai asas yang kukuh— minta...

draft4:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Boleh, sila.

draft4:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih. Kita mempunyai asas yang kukuh untuk membina nilai yang lebih besar dengan syarat dana ini diurus secara telus, profesional dan bertanggungjawab.

Datuk Yang di-Pertua, semasa saya baru kerja dahulu— I was a young executive, dengan izin. Satu nasihat yang ketua saya berikan yang saya masih pegang sehingga hari ini adalah ikut contoh yang baik, jangan ikut contoh yang tidak baik. Oleh itu saya syorkan kepada KWAN supaya menerima pakai amalan terbaik antarabangsa dan berani untuk mengatakan tidak kepada sebarang tekanan yang tidak wajar, khususnya tekanan politik di dalam urusan pelaburannya dan juga di dalam urusan hariannya.

Datuk Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini.

Saya berharap supaya KWAN nanti akan berjaya dan menunjukkan bahawa, membuktikan bahawa kita ada rakyat Malaysia yang betul-betul berintegriti, yang betul-betul really work is the heart for the nation, dengan izin, dan menjayakan tabung ini supaya ia nya bolehlah kalau tidak setanding pun, tidak jauh daripada kejayaan yang telah dicapai oleh negara jiran kita. Terima kasih.

draft4:50 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng untuk mengambil bahagian dalam ucapannya— perbahasan ini. Silakan Yang Berhormat.

draft4:50 PM

Dato' Ng Keng Heng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Sejarah telah mendidik kita bahawa kekayaan sumber asli bukanlah hak mutlak generasi hari ini. Ia adalah amanah yang dipinjamkan oleh anak cucu kita pada masa hadapan.

Akta terdahulu iaitu Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 [Akta 339] telah berkhidmat hampir empat dekad dan dengan nilai aset mencecah RM22.43 bilion pada penghujung 2024. Maka wajar ia dinaik taraf dengan kerangka tadbir urus yang lebih mampan. Secara prinsipnya saya menyokong hasrat penggubalan RUU baharu ini yang bermatlamat melembagakan caruman mandatori dan mengehadkan pengeluaran.

Walau bagaimanapun, RUU ini mempunyai unsur-unsur pemusatan kuasa eksekutif yang keterlaluan dan mekanisme unjuran subjektif yang kemungkinan boleh disalahgunakan oleh mana-mana kerajaan pada masa hadapan.

Datuk Yang di-Pertua, pertama RUU ini menyatakan bahawa KWAN kini diperbadankan dan ditadbir oleh sebuah Lembaga, tetapi mengikut fasal 11, Menteri yang melantik Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah. Berdasarkan fasal 26, Menteri juga bertanggungjawab meluluskan permohonan pengeluaran KWAN yang berada di bawah had.

Pada fasal 29 pula, Menteri jugalah yang meluluskan peruntukan aset strategik.

Soalan saya, di manakah letaknya konsep semak dan imbang? Kita sedang bercakap tentang sebuah sovereign wealth fund, dengan izin, atau dana kekayaan negara masa hadapan milik negara. Sebuah tabung yang menguruskan puluhan bilion ringgit tidak wajar diletakkan di bawah telunjuk dan budi bicara mutlak seorang individu di cabang eksekutif, walau sebaik mana pun Menteri Kewangan pada hari ini.

Sekiranya benar-benar mahu menjadikan KWAN sebuah institusi yang kebal daripada campur tangan politik, pelantikan setiap Ahli Lembaga KWAN dan keseluruhan strategi pelaburan mestilah melalui saringan ketat daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, contohnya JKPK Kewangan dan Ekonomi. Kita tidak boleh ulangi kesilapan sejarah terdahulu di mana sebuah dana strategik negara disalah urus akibat pemusatan kuasa yang tidak terkawal.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya merujuk kepada fasal 25 berhubung had pengeluaran yang mengehadkan pengeluaran tahunan kepada maksimum 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka. Di atas kertas, syarat ini kedengaran seolah-olah sangat-sangat konservatif dan berdisiplin dari segi pengurusan fiskal. Persoalannya, siapakah yang menentukan unjuran 20 tahun tersebut? Ia adalah Ahli Lembaga KWAN yang dilantik oleh Menteri Kewangan.

Bayangkan senario ini. Jikalau sesebuah kerajaan di masa hadapan berhadapan satu krisis lalu terdesak mencari dana tambahan, Menteri boleh menetapkan tekanan ke atas Lembaga KWAN yang dilantiknya untuk meletakkan unjuran yang terlampau optimistik. Jika mereka mengunjurkan pulangan nominal 10 peratus dan inflasi 22 peratus, kadar pulangan benar menjadi lapan peratus. Maka, 50 peratus daripadanya membolehkan pengeluaran empat peratus daripada aset KWAN.

Lembaga KWAN itu berupaya mengunjurkan satu jangkaan pulangan nominal untuk membolehkan pengeluaran berjumlah berbilion ringgit tanpa melanggar RUU ini.

Justeru, saya mencadangkan kerajaan menetapkan parameter khusus iaitu kadar pulangan benar bagi memastikan setiap kelompangan yang ada tidak menjadi satu beban kewangan di masa hadapan. Parameter ini wajib diaudit dan ditentusahkan secara bebas oleh Ketua Audit Negara atau badan aktuari antarabangsa yang berkecuali dan kaedah pengiraannya mesti dibentangkan di Parlimen.

Datuk Yang di-Pertua, isu ketiga menyentuh tentang subseksyen 25(2) dan 25(3) menyatakan bahawa jika Menteri Kewangan mahu mengeluarkan lebih daripada had 50 peratus tersebut, Menteri hanya perlu membentangkan satu usul di Dewan Rakyat dan ia boleh diluluskan melalui ketetapan majoriti mudah. Saya menzahirkan kekhuatiran bahawa pengeluaran sebuah dana yang bertujuan merentas generasi tidak boleh diluluskan semudah meluluskan suatu akta biasa. Sesebuah kerajaan yang memiliki kelebihan 112 kerusi secara teknikalnya boleh sewenang-wenang mengosongkan KWAN sebagai dana kecemasan negara melalui majoriti mudah di Parlimen.

draft4:53 PM

Dato' Ng Keng Heng

Jikalau pun terpaksa dikeluarkan melebihi had, ia hanya layak bagi krisis-krisis besar tertentu yang menggugat atau mengancam keselamatan negara seperti pandemik berskala global atau peperangan luar jangka.

Oleh demikian, RUU ini mesti mewajibkan bahawa apa-apa unsur-unsur pengeluaran melampaui had KWAN mestilah secara jelas dan perlu mendapat kelulusan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat, bukannya sekadar majoriti mudah. Hanya dengan menetapkan syarat sukar memperoleh majoriti dua pertiga, kita dapat menjamin bahawa keputusan untuk melampaui had KWAN tersebut mempunyai kepentingan awam dan sokongan rentas parti demi kelangsungan negara, bukannya disalah guna untuk agenda politik sempit oleh mana- mana pihak.

Sebagai contoh, dalam Bahagian III, fasal 24, kumpulan wang hanya boleh diambil guna bagi maksud pendidikan, penjagaan kesihatan dan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Semuanya secara umum dan tidak jelas. Mohon kementerian memberikan takrifan lebih jelas berkenaan fasal 24 yang dilihat terlalu umum. Apakah butiran terperinci yang dimaksudkan bagi tujuan kegunaan sektor-sektor berikut, (a) pendidikan. Adakah untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah, pembinaan institusi awam, tujuan geran penyelidikan, peruntukan biasiswa pengajian atau membaik pulih sebarang institusi pendidikan seperti maktab perguruan?

Seterusnya penjagaan kesihatan. Adakah untuk pemberian kad medical waktu tertentu, membiayai skim insurans nasional atau perolehan alatan dan ubatan khas?

Ketiga, mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. Adakah untuk pemasangan panel solar dengan kos-kos tertentu, rancangan tebatan banjir atau subsidi kos bagi pengalihan tenaga kepada sumber boleh diperbaharui? Kementerian wajib memberi justifikasi dan tidak boleh membiarkan ia terbuka seperti sedia ada.

Datuk Yang di-Pertua, berdasarkan fasal 4, RUU ini mewajibkan mekanisme sumbangan Kerajaan Persekutuan ditetapkan pada kadar minimum 0.1 peratus daripada unjuran atau forecasting dengan izin, hasil tahunan Kerajaan Persekutuan untuk dimasukkan ke dalam KWAN. Persoalan saya, apakah justifikasi kerajaan dalam memilih untuk caruman menggunakan kaedah unjuran hasil dan bukannya hasil sebenar atau actual revenue dengan izin?

Misalnya, sekiranya pada tahun tersebut unjuran hasil negara diletakkan pada RM300 bilion, kerajaan akan wajib memindahkan RM300 juta ke dalam KWAN selain tambahan dividen dua peratus dari PETRONAS dan dua peratus duti eksport atas sumber menyusut, tetapi bagaimana jika pada pertengahan atau menjelang penghujung tahun, berlaku perubahan drastik dalam hasil sebenar dan jumlah yang diramal menjunam akibat kegawatan ekonomi global ataupun konflik geopolitik lalu menyebabkan negara mengalami defisit yang jauh lebih besar.

Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan caruman mandatori ini disandarkan kepada penyata kewangan sebenar dari tahun sebelumnya yang telah diaudit bagi mencerminkan kedudukan fiskal yang lebih realistik.

Datuk Yang di-Pertua, Kumpulan Wang Amanah Negara adalah benteng kewangan terakhir bagi negara ini, mengubah aspek pengukuhan tatakelola dari sukarela kepada mandatori adalah sesuatu yang kita alu-alukan. Namun, memusatkan kuasa di tangan cabang eksekutif tanpa pengawasan cabang legislatif yang mengikat sebenarnya mengundang malapetaka dengan mencipta formula pulangan yang boleh terdedah kepada manipulasi dan membiarkan pintu pengeluaran luar biasa dibuka hanya dengan majoriti mudah adalah ibarat menconteng arang di muka sendiri kepada prinsip amanah itu sendiri.

Saya menyeru agar kerajaan bertindak dengan jiwa besar, terimalah cadangan mewajibkan kelulusan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi pengeluaran lebihan dan patuhilah prinsip pengawasan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Saya memohon pandangan- pandangan, cadangan-cadangan yang telah disebutkan oleh YB sebentar tadi termasuk saya dengan pindaan susulan. Sekian, terima kasih.

draft5:00 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng dan sekarang sampailah kita ke pembahas yang terakhir untuk RUU ini.

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven.

draft5:00 PM

Dato' Wu Him Ven

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Menurut Laporan Tahunan Kumpulan Wang Amanah Negara, aset bersih Kumpulan Wang telah berkembang daripada RM12.9 bilion pada tahun 2014 kepada RM23.4 bilion pada tahun 2025.

Mewakili tumbuhan tahunan purata sebanyak 5.7 persen. Namun, sepanjang hampir empat dekad sejak penubuhan pada 1988, PETRONAS kekal sebagai satu-satunya penyumbang kepada dana ini dengan jumlah kumulatif sumbangan sekitar RM14 bilion. Ini bermakna KWAN telah bergantung sepenuhnya kepada budi bicara satu entiti sahaja selama 38 tahun. Ini ialah satu structure yang jelas rapuh dan tidak mampan.

Datuk Yang di-Pertua, kita semua ingat peristiwa pada tahun 2021 apabila kerajaan pada masa itu menggunakan Ordinan Darurat untuk mengeluarkan RM4 bilion daripada KWAN bagi pemberian vaksin diikuti tambahan RM896 juta pada tahun 2022. Ini bukan sekadar isu teknikal, ia adalah bukti konkrit bahawa tanpa had pengeluaran berkenaan.

Kumpulan Wang Amanah Negara boleh menjadi mesin ATM kerajaan pada bila-bila masa krisis tanpa pengawasan penuh Dewan yang mulia ini. Oleh itu, saya menyokong prinsip di sebalik rang undang-undang ini, tetapi saya ingin menyeru kerajaan memastikan mekanisme baru benar-benar menutup lubang tersebut, bukan sekadar retorik perundangan.

Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menetapkan sumbangan minimum sebanyak 0.1 persen daripada hasil tahunan Kerajaan Persekutuan, dua peratus daripada dividen PETRONAS dan dua peratus daripada duti eksport sumber susut yang dianggarkan bersamaan hampir RM1 bilion setahun berdasarkan angka 2025.

Bandingkan ini dengan dana pencen kerajaan global Norway yang telah berkembang menjadi lebih daripada USD1.7 trilion melalui sumbangan berkanun yang konsisten daripada hasil petroleum negara sejak 1990-an.

draft5:06 PM

Dato' Wu Him Ven

Disokong oleh peraturan fizikal tetap mengehadkan perbelanjaan tahunan kepada anggaran pulangan jangka panjang dana tersebut. Malaysia kini mengambil langkah pertama ke arah disiplin yang sama, tetapi segalanya masih jauh lebih kecil dan soalan saya kepada kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai pelan jangka panjang untuk meningkatkan kadar sumbangan ini melangkau paras minimum memandangkan perbincangan sedia ada menunjukkan sumbangan RM1 bilion setahun tidak mencukupi untuk mengejar segala dana serantau yang lain?

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada mekanisme had pengeluaran tahunan yang ditetapkan pada 50 peratus daripada pulangan pelaburan sebenar jangka panjang. Berdasarkan perkiraan jika pulangan nominal ialah enam peratus dan kadar inflasi tiga peratus, maka pulangan sebenar hanya tiga peratus dan had pengeluaran tahunan sebenar hanya 1.5 persen daripada nilai aset dana.

Ini adalah pendekatan yang jauh lebih konservatif berbanding beberapa dana kekayaan negara lain, dan ini adalah perkara yang patut dipuji. Namun, pulangan pelaburan purata KWAN pada masa ini dilaporkan hanya sekitar 4.3 peratus, jauh lebih rendah daripada sasaran enam peratus yang digunakan dalam contoh pengiraan kerajaan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan Lembaga KWAN diberi mandat untuk menyemak semula pengukuhan aset dan strategi termasuk meningkatkan pendedahan kepada ekuiti tempatan dan antarabangsa bagi mengejar pulangan nominal yang lebih realistik dan kompetitif.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal perbadanan KWAN dan penubuhan lembaga baharu yang menggantikan panel pelaburan sedia ada dengan ahli lembaga dilantik oleh Menteri Kewangan. Saya ingin bertanya apakah kriteria pelantikan yang terus akan diubah untuk mengelakkan sebarang persepsi kronisme. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft5:10 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Wu Him Ven. Alhamdulillah, selesai 15 Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Sekarang dijemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft5:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada lebih daripada 15 Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026. Saya akan menjawab perkara- perkara yang telah dibangkitkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Rita Sarimah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang Dewan Negara yang telah memberi input yang sangat membantu. Dan saya harap untuk masa hadapan, hubungan di antara eksekutif dengan Jawatankuasa Khas Dewan Negara boleh lebih kerap dan kita boleh dapat lebih banyak input daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator melalui mekanisme jawatankuasa.

Sebelum saya membaca teks, saya ingin letak sedikit mukadimah dan asas. Undang- undang ini sebenarnya untuk mengetatkan proses dan juga mengehadkan kuasa-kuasa Menteri. Itu asas, dan undang-undang ini bukan untuk mengembang ataupun memberikan kuasa yang lebih besar. Ha, itu saya rasa asas yang penting.

Undang-undang ini ada tiga aspek. Satu ialah untuk meletakkan sumbangan mandatori. Sebelum ini, sukarela dan hanya PETRONAS satu-satunya yang memberi sumbangan. Sekarang ini secara mandatori, kerajaan perlu memberi sumbangan.

Kedua adalah mengehadkan pengeluaran tahunan. Sebelum ini tak ada had untuk amaun dan juga tak ada had untuk tahunan. Sekarang ini sebenarnya pengeluaran adalah untuk tahunan. Saya dengar tadi ada perbahasan tidak semestinya menggambarkan pengeluaran itu untuk tahunan daripada hasil satu tahun sahaja.

Ketiga adalah untuk mengetatkan tatakelola. Ini adalah hasrat dan tujuan rang undang- undang ini.

Saya juga dengar hampir semua orang sebut tentang Norway. Saya tinjau pertumbuhan. Pertumbuhan Norway memang GPF fund year 13.9 peratus compound annual growth rate. Sangat tinggi, tapi kita juga ada contoh yang kira baik. KWSP compound annual growth rate adalah 10.6 peratus. Bermakna KWSP hampirlah— tak semacam Norway, tetapi hampirlah. KWAP— CAGR dia 8.6 peratus, dan ini saya rasa ialah asas perbahasan kita bahawa kita harap boleh memastikan dengan rang undang-undang ini, kita memastikan sekurang-kurangnya KWAN akan semacam KWSP dan KWAP.

Saya memang faham kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita tidak ingin KWAN menjadi 1MDB, tapi saya rasa sebagai rakyat Malaysia, kita juga boleh bangga bahawa kita ada institusi seperti KWSP, KWAP— Kumpulan Wang Persaraan, PNB, KHAZANAH, PETRONAS, Bank Negara dan institusi-institusi sedemikian walaupun semasa kerajaan terdahulu di mana Perdana Menteri ingin guna dana-dana kerajaan wujudkan 1MDB, tetapi institusi-institusi ini kekal dan tidak diganggu.

Mereka menjalankan tugas mereka dengan profesionalisme yang memuaskan dan saya rasa ini adalah tujuan dan asas kita supaya selepas ini tak kira siapa jadi kerajaan, kita ingin teruskan tatakelola yang ditahap yang paling tinggi seperti KWAP, KWSP dan institusi- institusi sedemikian.

Lagi satu poin yang penting ialah ini adalah KWAN adalah dana simpanan, bukan dana perbelanjaan kerajaan dan saya harap— saya memang ada yang kata, “Oh, boleh guna pakai untuk pelbagai tujuan.”, tetapi untuk pelaburan boleh, tetapi, asasnya ialah ini adalah dana simpanan dan bukan dana perbelanjaan kerajaan. Dana-dana walaupun tiga bidang digariskan— pendidikan, kesihatan dan juga iklim, tetapi ketiga-tiga bidang ini kalau ada pengeluaran, ia adalah dikeluarkan untuk tujuan luar jangka, okey.

draft5:14 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Walaupun bidang-bidang telah digariskan tapi itu bukan untuk perbelanjaan biasa, tetapi untuk perbelanjaan luar jangka. Dan peraturan akan diketatkan supaya hanya dalam keadaan luar jangka dana boleh dikeluarkan dan dikeluarkan hanya hasil tahunan sahaja.

Dan Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat― mungkin saya tak nak sebut nama terlalu banyak. Saya cuba cepatkan. Saya nak menegaskan bahawa kadar yang dimaktubkan adalah kadar minimum. So, kadar-kadar yang sumbangan yang semua dimaklum, kadar-kadar sumbangan ini adalah kadar-kadar minimum. Dan it is a floor, it is not a ceiling. Bermakna kalau dalam suasana ekonomi yang sangat baik, dalam keadaan fiskal yang sangat baik, sangat memuaskan kerajaan boleh sumbang lebih banyak, tapi ini adalah floor, ini bukan siling.

Penetapan kadar dalam akta adalah reka bentuk yang disengajakan supaya obligasi sumbangan kekal teguh merentasi kitaran fiskal dan kerajaan yang saling berganti dan hanya boleh diubah oleh Parlimen melalui akta pindaan. Kerajaan sentiasa boleh dan berhasrat menyumbang melebihi kadar minimum apabila keadaan mengizinkan. Dan ini adalah faktor yang saya harap boleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dimaklumkan bahawa itulah hasrat rang undang-undang ini.

Juga dibangkit bahawa sumbangan berkanun di bawah fasal 4(1) merangkumi tiga aliran. Minimum 0.1 peratus daripada hasil tahunan yang diunjurkan kira-kira RM343 juta berdasarkan anggaran Belanjawan 2026. Kedua ialah minimum dua peratus daripada dividen PETRONAS yang diterima kerajaan kira-kira RM400 juta untuk tahun lepas dan minimum dua peratus daripada duti eksport sumber menyusut selepas penyerahan kepada kerajaan negeri.

Jumlah hampir― ketiga-tiga jumlah ini hampir RM800 juta setahun buat setakat ini konsisten berbanding corak sumbangan sukarela sedia ada yang tidak menentu.

Aliran masuk konsisten ini ditambah pulangan pelaburan terkumpul dijangka meningkatkan aset bersih kumpulan wang dua kali ganda dalam tempoh sekitar 10 tahun. Bagi jaminan pelaksanaannya pula sumbangan ini ialah kewajipan berkanun bukan hasrat dasar.

Ini adalah design rang undang-undang ini supaya ia dikenakan dipindahkan ke dalam kumpulan wang sebelum berakhirnya tahun kewangan berkenaan di bawah fasal 4(3).

Amaunnya dinyatakan dalam penyataan kewangan tahunan yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan ini dimaktubkan di bawah fasal 4(2) dan kadarnya hanya boleh diturunkan melalui akta pindaan.

Yang Berhormat Senator Dr. Haji Mustafa menyentuh kebergantungan kumpulan wang kepada PETRONAS dan mencadangkan sumber sumbangan dibuka kepada pihak lain. Reka bentuk RUU ini menjawabkannya. Sumbangan tidak lagi bergantung kepada budi bicara satu pihak kerana ketiga-tiga aliran berkanun diwajibkan buat pertama kalinya dan fasal 5 mengekalkan wang sumbangan sukarela yang luas termasuk daripada kerajaan-kerajaan negeri, geran, derma, endowment dan wasiat serta mana-mana pihak yang menjalankan penyelidikan sumber menyusut.

Yang Berhormat Tuan Haji Hussin menyoal sama ada unsur nadir bumi akan menjadi sumber sumbangan kepada kumpulan wang. Memandangkan hasil petroleum semakin menyusut— okey, jawapannya ialah takrif sumber menyusut dalam rang undang-undang ini merangkumi apa-apa sumber asli lain yang boleh menyusut maka apabila duti eksport bagi sumber seperti unsur REE dikenakan kelak, hasilnya mengalir masuk ke dalam kumpulan wang secara automatik tanpa memerlukan apa-apa pindaan kepada akta.

Izinkan juga saya menjelaskan skopnya. Sumbangan itu dikira ke atas duti eksport yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan sahaja. Selepas ditolak penyerahankan kepada— penyerah-hak-kan kepada kerajaan negeri di bawah fasal 4(1)(c) dan bukan ke atas keseluruhan hasil sumber tersebut. So, tiada isu federalisme di sini.

Dengan susunan itu, akta ini tidak menyentuh apa-apa hasil yang menjadi hak kerajaan negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk bahagian negeri daripada duti eksport hasil galian di bawah Perkara 110. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana kerajaan negeri memilih untuk menyumbang kepada kumpulan wang atau KWAN, sumbangan sentiasa dialu-alukan di bawah fasal 5(a) dan ia adalah sepenuhnya secara sukarela. Bagi hasil karbon pula, rangka dasarnya masih di peringkat pembangunan. Apabila matang Parlimen boleh memperluas sumber sumbangan melalui pindaan.

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mustafa mencadangkan supaya levi dikenakan ke atas tiga sektor penggunaan iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan serta mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim supaya sektor-sektor ini turut menyumbang kepada kumpulan wang. Saya mengambil maklum cadangan tersebut. Reka bentuk RUU ini berasaskan prinsip bahawa sebahagian daripada kekayaan sumber asli yang semakin menyusut hari ini disimpan untuk generasi akan datang. Atas sebab itulah, sumbangan berkanun dikira atas hasil Persekutuan dan hasil sumber menyusut.

Manakala ketiga-tiga sektor itu adalah maksud penggunaan kumpulan wang bukan sumbernya. Pengenalan mana-mana levi baru pula merupakan keputusan dasar percukaian yang memerlukan pertimbangan dan perundangannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, fasal 5 mengekalkan wang sumbangan sukarela yang luas dan Parlimen sentiasa boleh memperluas sumber sumbangan kumpulan wang melalui pindaan apabila keadaan mewajarkannya.

Datuk Yang di-Pertua saya terima kasih kepada— ada yang menyentuh pengeluaran penggunaan dana KWAN khususnya pengalaman pengeluaran RM5 bilion pada tahun 2021.

Berhubung dengan jumlah tahunan tertakluk kepada had 50 peratus daripada kadar pulangan benar jangkaan jangka panjang iaitu fasal 25(1) dan Menteri dilarang oleh akta daripada meluluskan apa-apa yang melebihi had seperti termaktub di bawah fasal 26(2). Sebagai ilustrasi, dengan aset RM22.43 bilion dan pulangan benar tiga peratus had pengeluaran tahunan ialah 1.5 peratus ataupun kira-kira RM340 juta sahaja.

Pengeluaran berskala RM5 bilion bersamaan kira-kira 15 tahun pengeluaran pada had maksimum dan satu-satunya laluan baginya ialah usul Menteri yang dibahaskan dan diluluskan dengan ketetapan Dewan Rakyat. So, ini untuk tahunan sahaja. Dan kalau apa melebihi 50 peratus jangkaan benar. So, tak ada soalan— tadi ada Senator tanya oh ini jangkaan. Sebenarnya ini jangkaan benar dan jangkaan benar 20 tahun dan ini dikira sebagai 50 peratus daripada itu boleh diguna pakai, tetapi kalau apa sahaja yang melebihi memerlukan usul di Dewan Rakyat.

Yang Berhormat Tuan Pele Peter Tinggom memberi pandangan bahawa had 50 peratus daripada kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka masih terlalu tinggi dan mencadangkan supaya ia diturunkan kepada 25 peratus atau lebih rendah. Izinkan saya menjelaskan bahawa had itu adalah siling, bukan sasaran. Yang Berhormat merujuk kepada Ordinan Kumpulan Wang Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022 yang mengehadkan pengeluaran kepada 25 peratus daripada baki kredit dalam akaun kumpulan wang pelaburan.

draft5:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

So, ada perbezaan. Apa yang YB sebut tadi ialah di dalam ordinan Sarawak ialah 25 peratus daripada baki kredit, tapi dalam kes KWAN, sebenarnya hanya tahunan sahaja.

Tahunan— tahun itu sahaja. Kesan reka bentuk ini ialah sekurang-kurangnya separuh daripada pulangan benar yang dijangka kekal terkumpul dalam kumpulan wang setiap tahun, di samping sumbangan berkanun yang terus mengalir masuk. Maka, kumpulan wang dijangka terus berkembang dari segi nilai benar walaupun pada tahap pengeluaran maksimum.

Kadar 50 peratus itu dimaktubkan dalam akta dan sebagaimana parameter utama yang lain, ia sentiasa boleh disemak oleh Parlimen melalui akta pindaan. Dengan itu, siling had pengeluaran di bawah RUU ini sudah lebih konservatif berbanding dengan ordinan Sarawak kerana ia hanya membenarkan pengeluaran daripada lebihan pulangan tanpa menyentuh baki pokok dan ia tidak boleh carry forward. Akta telah— rang undang-undang telah termaktub bahawa tidak boleh carry forward kalau tidak dikeluarkan.

Terdapat pandangan bahawa laluan melebihi had ini menjadi pintu belakang.

Hakikatnya, ia adalah pintu hadapan. Usul yang dibahaskan secara terbuka dan diputuskan oleh Dewan Rakyat berbanding kedudukan sedia ada adalah di mana pengeluaran besar boleh diluluskan oleh Menteri sahaja tanpa had. Ini keadaan sebelum rang undang-undang ini.

Ketetapan Dewan juga bukan cek kosong. Penggunaan tetap terikat kepada tiga maksud dan wajib didedahkan. Bermakna, walaupun usul di bentang dalam Parlimen, tetapi kegunaannya, had penggunaannya terhad kepada tiga-tiga maksud yang sedia ada.

Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina dan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin menyoal bagaimana kadar pulangan benar jangka panjang yang dijangka asas kepada had pengeluaran ditentukan. Takrif akta adalah kawalan.

Pertama, kadar tahunan dilaraskan untuk inflasi dan dijangka dalam tempoh 20 tahun mengikut fasal 25(5) iaitu jangkaan yang konservatif dan stabil dengan sifatnya. Kadar ini selaras dengan amalan terbaik industri dalam kalangan dana kekayaan berdaulat yang lain.

Sebagai contoh, Government Investment Corporation Singapore (GIC) secara rasminya melapor prestasi pulangannya berdasarkan purata pulangan tahunan bagi tempoh 20 tahun.

Falsafah asas RUU ini adalah hanya sebahagian pulangan pelaburan yang dibelanjakan manakala dana pokok atau prinsipal kekal terpelihara dan terus berkembang untuk generasi akan datang.

Yang Berhormat Senator Pele Peter Tinggom meminta penjelasan mengapa ketetapan bagi penggunaan melebihi had diletakkan pada Dewan Rakyat sahaja dan mencadangkan supaya setiap pengeluaran dibentangkan kepada Parlimen sebagai satu institusi, bermakna termasuk Dewan yang mulia ini, serta memerlukan kelulusan sebuah jawatankuasa khas Parlimen. Kawalan ke atas perbelanjaan wang awam mengikut susunan Perlembagaan negara kita terletak pada Dewan Rakyat.

Dan, atas sebab itulah kunci bagi penggunaan melebihi had diperuntukkan sebagaimana ternyata dalam fasal 25(2) dan (3) dan mekanisme sama ada melibatkan kelulusan bagi suatu had oleh Dewan Rakyat turut diperuntukkan dalam perundangan lain sedia ada seperti Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Saya bagi konteks sikit. Apabila AGC mendrafkan undang-undang atau rang undang- undang, dia tertakluk kepada precedent yang sedia ada. Kuasa Menteri ataupun pembentangan kepada Dewan Rakyat, semua ini dia tertakluk kepada precedent. Kalau satu hari nanti ada precedent yang baru, yang dipersetujui oleh Dewan Negara, Dewan Rakyat dan semua dan prinsip itu diterima, maka kita boleh ada keadaan yang baru di semua undang- undang, tetapi apabila kita membentang satu rang undang-undang, dia tertakluk kepada precedent yang sedia ada. Ini sama dengan isu kuasa Menteri dan juga isu-isu lain kerana dia— kita kena baca ni secara keseluruhan, body of work that the— yang sedia ada.

Walaupun demikian, pengawasan Dewan ini sama sekali tidak terkecuali. Kaunter audit dan laporan tahunan kumpulan wang dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen setiap tahun mengikut fasal 32 dan laporan itu wajib mendedahkan setiap pengeluaran yang diluluskan serta amaun sebenar yang digunakan. Ternyata di bawah fasal 26(5).

Setiap pengeluaran akan berada di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dan tiada apa-apa dalam akta ini yang menghalang mana-mana jawatankuasa Parlimen sedia ada daripada menelitinya. Justeru, kerajaan berpendapat kelulusan jawatankuasa tidak perlu dijadikan syarat berkanun tambahan di atas ketetapan Dewan Rakyat yang sudah pun terbuka dan muktamad.

Semasa perbahasan ini berlangsung di Dewan Rakyat, ada bertanya— ada Yang Berhormat bertanya adakah laporan boleh dibahaskan di Dewan. Dan, sebenarnya sekarang ini di Dewan Rakyat seperti Laporan SUHAKAM ataupun beberapa agensi, Speaker yang membenarkan perbahasan. So, itu tidak perlu dinyatakan dalam undang-undang sekiranya Yang Berhormat Speaker bersetuju untuk membentangkan yang mana-mana laporan yang telah di lay on the table untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, ini boleh diuruskan di peringkat Dewan.

Bagi persoalan Yang Berhormat Senator Haji Mustafa dan Yang Berhormat Senator Tuan Larry berkenaan dengan pengeluaran, setiap pengeluaran terikat kepada tiga maksud yang termaktub fasal 24 dan Menteri dilarang oleh akta daripada meluluskan apa-apa permohonan di luar maksud tersebut. Ikatan yang sama terpakai walaupun bagi penggunaan yang diluluskan melalui ketetapan Dewan Rakyat.

Di dalam ruang lingkup tiga maksud itu, terma dan syarat pengeluaran akan ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah fasal 33(2)(a) meliputi tatacara permohonan, kriteria kelayakan serta syarat pelaporan oleh penerima dan peraturan- peraturan tersebut akan disediakan seiring dengan permulaan operasi kumpulan wang.

Berhubung dengan soalan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mengenai fasal 24 berkaitan penggunaan perkataan “...hanya boleh diambil guna..” berbanding hendaklah diambil guna. Dalam hal ini, pengambil gunaan dana hanya boleh dibuat bagi mana-mana maksud yang disenaraikan. Maka, perkataan, “hanya boleh” di sini bermaksud “hendaklah.” Selain itu, skim RUU jelas memperuntukkan bahawa pengambil gunaan hanya boleh dibuat bagi ketiga-tiga maksud tersebut dan bukan bagi maksud lain dan tertakluk kepada syarat dan kehendak berhubung dengan had pengeluaran iaitu fasal 25 dan tatacara permohonan bagi pengeluaran fasal 26. Malah fasal 26(2)(a) memperjelas bahawa pengeluaran tidak boleh dibenarkan sekiranya bukan untuk diguna pakai bagi mana-mana maksud yang disenaraikan dalam fasal 24. So, it has to be read together. Dua-dua kena dibaca sekali.

Datuk Yang di-Pertua, terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat Senator yang membangkitkan persoalan tadbir urus seperti komposisi lembaga, kuasa Menteri dan integriti badan baharu.

Bagi cadangan dan pandangan Yang Berhormat Senator— dan beberapa Yang Berhormat Senator berkenaan pelantikan ahli lembaga bebas, lembaga terdiri daripada lima hingga tujuh anggota, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi daripada Kementerian Kewangan, seorang pegawai Jabatan Perdana Menteri dan dua hingga empat anggota pakar dalam perniagaan, pelaburan, perbankan dan kewangan dengan keanggotaan pakar diwajibkan oleh akta di bawah fasal 11. Tempoh lantikan tidak melebihi tiga tahun dan maksimum sembilan tahun secara keseluruhan termaktub di bawah fasal 14, selaras dengan amalan badan berkanun pelabur seperti KWSP.

draft5:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Bagi cadangan dan pandangan berkenaan dengan akauntabiliti kepada Parlimen di bawah RUU ini, sudah anggap menyeluruh. Akaun beraudit dan laporan tahunan dibentangkan di kedua-dua majlis— ini sudah jawablah tadi [Ketawa] Ini kira sudah jawab.

Okey.

Izinkan saya menjelaskan bahawa RUU ini sebenarnya mengetatkan. Okey, RUU ini sebenarnya mengetatkan lagi kuasa Menteri berbanding kedudukan di bawah akta tahun 1988 yang membenarkan penggunaan diluluskan oleh Menteri tanpa sebarang had jumlah. Dalam perkara yang paling penting iaitu wang kumpulan wang itu sendiri, akta melarang Menteri daripada meluluskan apa-apa permohonan di luar tiga maksud yang termaktub dan melarang Menteri daripada meluluskan apa-apa jumlah yang melebihi had tahunan iaitu di bawah fasal 26(2). Ini bukan panduan dasar, sebaliknya larangan berkanun dan apa-apa kelulusan sedemikian adalah di luar kuasa yang diberi oleh akta.

Bagi penggunaan melebihi had pula, Menteri tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memutuskan. Kuasa itu milik Dewan Rakyat di bawah fasal 25(2) dan (3). Kuasa arahan Menteri juga terhad kepada arahan bersifat umum sahaja dan yang tidak berlawan dengan peruntukan akta ini iaitu fasal 34 yang menentukan bahawa Menteri tidak boleh mengarahkan lembaga membuat mana-mana pelaburan atau urus niaga tertentu. Setiap kelulusan pula meninggalkan jejak yang boleh diteliti, boleh traceability. Setiap pengeluaran wajib didedahkan dalam laporan tahunan seperti apa yang dinyatakan di bawah fasal 26(5).

Akaun beraudit oleh Ketua Audit Negara dan laporan tahunan dibentangkan di kedua- dua Majlis Parlimen setiap tahun iaitu fasal 32 dan Menteri bertanggungjawab kepada Dewan ini atas setiap keputusannya. Soalan yang pernah dibangkitkan pada tahun 1987, perbezaan ialah RUU ini menjawabnya dengan seni bina kawalan yang tidak wujud ketika itu. Struktur pelantikan dan akauntabiliti lembaga ini pula mengikut konsep yang sama seperti akta-akta lain seperti KWSP.

Dari segi integriti, setiap anggota lembaga wajib bertindak dengan suci hati demi kepentingan terbaik kumpulan wang seperti disebut oleh Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui. Kegagalan mendedahkan kepentingan adalah kesalahan jenayah dan dengan denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun mengikut fasal 19(3). Manakala perlanggaran kewajipan kerahsiaan membawa denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun di bawah fasal 35(3).

Setiap anggota pegawai dan kakitangan turut disifatkan sebagai penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan fasal 22. Dengan itu turut tertakluk kepada kesalahan pecah amanah jenayah di bawah seksyen 409 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Akta SPRM 2009 juga terpakai sepenuhnya ke atas mereka— kepada mana-mana individu yang terlibat.

Saya rasa yang lain terjawab dah. Okey, sikit sahaja. Okey. Laporan tahunan itu wajib mendedahkan setiap pengeluaran— okey, setiap penerima— okey, sudah. Selain itu, badan yang akan ditubuhkan ini ialah badan berkanun dengan satu fungsi termaktub iaitu mentadbir, mengurus dan melabur kumpulan wang yang sedia wujud seperti apa yang ternyata dalam fasal 9(1). RUU ini tidak memperuntukkan sebarang kuasa meminjam, menerbitkan bon dan atau menerima jaminan kerajaan.

Bagi badan berkanun, ketiadaan peruntukan bermakna ketiadaan kuasa, dengan izin no debt, no guarantees. So, badan berkanun ini tidak boleh terima jaminan dan tidak boleh menerbitkan bon ataupun meminjam. Ditambah dengan audit Ketua Audit Negara, pendedahan setiap pengeluaran dan kunci Dewan Rakyat, ruang-ruang yang menjadi risiko punca kegagalan ditutup satu demi satu.

Okey. Saya rasa cukuplah. Kalau tak— ada yang saya belum jawab lagi, saya jawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang terlibat dalam perbahasan. Seperti apa yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, ini memang satu rang undang-undang yang bersejarah dan kita harap dengan rang undang-undang ini kita boleh simpan untuk masa depan dan memastikan intergenerational justice. Terima kasih.

draft5:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pencerahan dan jawapan itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 44 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Hajah Hanifah Hajar Taib) dan diluluskan]

draft5:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, 15 Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dan semua Ahli Yang Berhormat yang menunggu untuk membentang dan meluluskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 30 Julai 2026.

draft5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.21 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026