Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum, salam sejahtera. Sekarang kita mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Soalan nombor 1, dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib.
Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Dato Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1.
1. Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan perkembangan pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu
(NIMP) 2030 serta pencapaiannya dalam meningkatkan produktiviti dan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana PKS.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Senator Sheikh ‘Umar, kawan saya. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang diluncurkan pada 1 September 2023, telah menetapkan tiga sasaran utama menjelang tahun 2030:
(i) nilai tambah sektor pembuatan dijangka mencecah RM587.5 bilion didorong oleh sektor berimpak tinggi seperti E&E, kimia, aeroangkasa, farmaseutikal dan peranti perubatan serta bidang berpotensi baharu iaitu bahan termaju (advanced materials), kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS);
(ii) jumlah pekerjaan dijangka meningkat kepada 3.3 juta selari dengan pertumbuhan industri bernilai tambah tinggi; dan
(iii) gaji penengah atau medium wages sektor pembuatan dijangka meningkat kepada RM4,510 hasil peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Setelah dua tahun pelaksanaan NIMP, sektor pembuatan terus menunjukkan pencapaian positif seperti berikut:
(i) nilai tambah KDNK sektor pembuatan mencatat peningkatan 5.9 peratus atau RM5.6 bilion pada suku pertama 2026, iaitu peningkatan kepada 101.3 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu;
(ii) sektor elektrikal dan elektronik terus menjadi pemaju utama pertumbuhan disokong oleh kitaran peningkatan permintaan teknologi global serta peningkatan pengeluaran semi konduktor.
Selain itu, subsektor produk petroleum bertapis turut mencatat sumbangan nilai ditambah kedua tertinggi berikutan kadar penggunaan kapasiti yang lebih tinggi. Manakala segmen bahan kimia dan produk kimia berkembang selaras dengan pengukuhan permintaan industri. Bilangan guna tenaga sektor pembuatan turut menunjukkan peningkatan tetapi marginal sahaja iaitu sebanyak 0.0 peratus atau 1,000 orang pada suku pertama 2026, kepada 2.835 juta pekerja berbanding dengan 2.834 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan kecil ini mencerminkan pendekatan berhati-hati industri dalam pengambilan pekerja, berikutan ketidaktentuan ekonomi global selain peralihan kepada teknologi digital dan automasi.
Gaji penengah (medium) dalam sektor pembuatan meningkat daripada RM2,659 pada 2024 kepada RM2,775 pada tahun 2025, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.0 peratus. Peningkatan dalam kadar upah ini adalah selari dengan pertumbuhan sektor tersebut yang menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya sukacita untuk memaklumkan bahawa, pada first half tahun 2026— kerana pelaksanaan NIMP, total export negara— total trade negara telah meningkat 22.4 peratus atau kepada RM1.796 trilion dan eksport telah meningkat sebanyak 27.5 peratus iaitu bersamaan dengan RM971.59 bilion.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin
Jadi, dari segi sektor E&E yang sangat berdaya maju dan sangat thriving, peningkatan adalah 42.5 peratus atau bersamaan dengan RM467.9 bilion. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kejayaan-kejayaan di bawah NIMP.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu inisiatif utama NIMP untuk PKS adalah program automasi dan digitalisasi iaitu program Smart Tech Up. Program ini disokong menerusi Dana Pembangunan Industri NIMP, dilaksanakan sebagai intervensi ke arah peningkatan produktiviti serta mempercepatkan transformasi PKS dan MTC. MTC adalah mid-tier companies ke arah digitalisasi, selaras dengan sasaran NIMP untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030. Setakat 30 Jun 2026, sebanyak 32 kilang telah dikenal pasti sebagai kilang pintar di bawah program Smart Tech Up ini.
Selain itu, 61 syarikat telah diiktiraf sebagai kilang pintar di bawah program pengiktirafan kilang pintar oleh SIRIM dan MARii. Secara keseluruhannya, 93 syarikat telah menerima pengiktirafan kilang pintar setakat 30 Jun 2026, manakala tambahan 68 syarikat lagi dijangka akan mencapai tahap pengiktirafan tersebut menjelang akhir tahun 2026, menjadikan jumlah keseluruhan kilang pintar kepada 161 syarikat menjelang Disember 2026.
Selain itu, PKS dan MTC juga telah menerima manfaat daripada Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP 2030, iaitu dinamakan CoSIF, iaitu satu skim padanan pelaburan yang diperkenalkan di bawah NIMP 2030. Di bawah model pembiayaan ini, kerajaan melabur bersama-sama pelabur swasta mengikut nisbah tertentu kepada syarikat yang melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang menyokong misi NIMP 2030.
Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 40 syarikat PKS dan MTC dari sektor seperti E&E, bahan kimia, farmaseutikal, pemprosesan makanan dan ICT telah mendapat pembiayaan di bawah dana ini dengan jumlah suntikan kerajaan sehingga RM75 juta. Sekian, terima kasih.
Tuan Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Pertama sekali, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi, tetapi jika kita lihat ya, memandangkan ketidaktentuan ekonomi global termasuk perubahan dasar perdagangan, tarif-tarif yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar, ia memberi kesan kepada rantaian bekalan dunia.
Jadi, kalau kita menyedari aspirasi NIMP 2030 ini untuk membangunkan industri bernilai tinggi serta memperkukuh penyertaan PKS, jadi soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah segera oleh kerajaan bagi kita memastikan PKS kita ataupun PKS tempatan kita ini kekal berdaya saing?
Saya ambil contoh sektor agromakanan. Kerana— kita suka ataupun tidak, sektor ini masih sektor yang strategik dan di mana-mana negara pun masih membincangkan soal keterjaminan makanan pada masa kini. Dalam konteks Malaysia, agromakanan ini dia menjana pendapatan kepada ratusan ribu usahawan, pekebun-pekebun kecil dan juga ia nya mempunyai potensi yang besar untuk kita eksport dengan nilaian eksport bernilai tinggi.
Jadi, untuk memperkukuh industri hiliran mengeluarkan produk bernilai tambah, berjenama dan menembusi pasaran antarabangsa ini, secara mudahnya ia nya akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan PKS-PKS kita. Jadi, bagaimana satu pelan besar kerajaan, seumpama NIMP 2030 ini, kerajaan boleh memperkukuh mereka khususnya dari segi pendapatan itu, Timbalan Menteri? Jadi, ini soalan saya. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Untuk menjawab Yang Berhormat Senator— tentang apakah dasar-dasar kerajaan untuk membantu PKS terutamanya dalam sektor agromakanan, pemprosesan makanan merupakan salah satu sektor utama yang di bawah NIMP 2030, di mana kerajaan cuba membantu untuk meningkatkan kompleksiti dari segi kompleksiti sektor pemprosesan makanan.
Bagaimana kita membantu adalah, nombor satu, kita menggunakan NIF –new incentive framework. Maksudnya, kita memberi insentif kepada syarikat-syarikat atau kilang-kilang pemprosesan untuk meningkatkan daya maju mereka dan mereka akan diberi insentif dan tax break dan sebagainya.
Kedua adalah pelbagai automation, Smart Tech Up, yang tadi saya telah― bantu untuk meningkatkan kilang pintar. Saya bagi satu contoh. Dulu saya Timbalan Menteri Pertanian. Saya pernah pergi ke Johor, saya tengok pemprosesan sayur-sayuran yang dieksport ke luar negara. Saya masih nampak ramai lagi pekerja-pekerja, terutamanya pekerja asing, yang buat packaging, tetapi kalau kita menggunakan Smart Tech Up, automation, pekerja-pekerja boleh dikurangkan dan dia akan lebih baik.
Saya nak bagi satu contoh sektor lagi adalah dari segi sektor palm oil. Palm oil kita mempunyai daripada upstream sampai ke downstream. Upstream adalah *palm oil.
Midstream―* proses. Downstream adalah produk-produk palm oil. Kerana rantaian kita lengkap kerana kita mempunyai pemprosesan dan juga downstream, maka kita berjaya mengeksport RM120 bilion satu tahun. Kalau hanya bergantung kepada upstream atau hanya palm oil saja atau raw material, kita tidak dapat nilai yang begitu tinggi. Kerana ada tambahan nilai dan sebagainya, maka negara boleh mendapat RM120 bilion dari segi sektor palm oil. Untuk menjawab tentang gaji pekerja, saya nampak bahawa gaji pekerja perlu ditingkatkan kerana sekarang kita nampak bahawa ada ramai pengilang, mereka merungut tentang kekurangan pekerja dan meminta supaya, secara general, adalah pekerja asing untuk membantu mereka, tetapi dengan menggunakan automation dan juga Smart Tech Up ini, pekerja asing boleh dikurangkan dan pekerja tempatan boleh dilatih untuk menjadi supervisor atau juga technician yang menguruskan mesin-mesin yang lebih berdaya maju iaitu automasi. Jadi, dari segi itu, mereka boleh mendapat pekerja dengan gaji yang lebih tinggi.
Dan satu sektor, Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ini agropertanian, kan? Agropertanian. Agromakanan.
Tuan Sim Tze Tzin
Betul. Ya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh sektor E&E yang baru-baru ini mencatat pertumbuhan yang begitu tinggi, eksport naik 42.5 peratus. Ini sektor E&E— sekarang sangat-sangat lumayan. It’s like a boom, terutamanya dari segi semiconductor chip, memory chip yang banyak multinasional bertapak di Malaysia ini. Dengan keuntungan yang tinggi, saya rasa tibalah masanya untuk mereka share the keuntungan mereka kepada pekerja-pekerja kita. Pekerja-pekerja kita yang membantu mereka mendapat keuntungan yang tinggi itu harus dihargai. Ini adalah masanya.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada syarikat-syarikat MNC dan juga syarikat-syarikat hi tech yang berada di Malaysia ini untuk meningkatkan gaji pekerja tempatan supaya kita boleh mencapai gaji median yang disasarkan dalam NIMP 2030.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
YB. Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri untuk jawapan yang sangat menarik. Jadi, ini menarik perhatian saya untuk memberi soalan tambahan.
Jadi, apakah langkah khusus yang telah dan akan diambil oleh kementerian, untuk memastikan negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak hanya menjadi pembekal bahan mentah tetapi turut menikmati pembangunan industri hiliran bernilai tinggi di bawah NIMP 2030, termasuk pemindahan teknologi, peluang pekerja berpendapatan tinggi serta penyertaan PKS? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin
Terima kasih Senator sahabat saya, Senator Abun Sui. Dari segi kawasan Sabah dan Sarawak dan juga di luar bandar, kita dipanggilkan less developed area (LDA). Dan di bawah NIMP, di bawah new incentive framework yang baru-baru dilancarkan pada bulan Mac 2026, kerajaan telah menitikberatkan tentang pembangunan dan juga perindustrian di kawasan LDA— less developed area.
Kita memberi insentif yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat yang ingin membuka di kawasan— bukan setakat Sabah dan Sarawak, tetapi juga termasuk Kelantan, Terengganu. Even dalam satu negeri pun, dia bukan semua kawasan, contohnya negeri Johor. Dia bukan sahaja...
Tuan Yang di-Pertua
Johor bukan LDA punya country...
Tuan Sim Tze Tzin
Betul. No— not necessary ya, Tuan Yang di-Pertua. Kita pun micro separate kan. Contohnya, kawasan Mersing dikira sebagai LDA supaya ada kilang- kilang yang ingin buka di Mersing, mereka boleh dapat more incentives. Ini cara kita untuk memajukan kepada tempat-tempat lain.
Apabila saya jumpa dengan kilang-kilang di tempat yang selalu minta saya bantu mendapatkan pekerja asing, saya selalu menegur supaya mereka memindahkan kilang- kilang atau processing lines yang baru itu ke kawasan LDA, supaya mereka boleh senang mendapat pekerja tempatan. Ini adalah cara kerajaan untuk membantu kawasan LDA.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah. Kita nak banyak soalan dijawab pada sesi jawab lisan ini. Kita hadkan soalan tambahan kepada penanya asal dan seorang sahaja lagi dan kalau boleh, soalan tambahan jangan panjang sangat mukadimahnya. Rumuslah soalan itu. Misalannya tadi, agropertanian menghadapi— dan terjejas oleh keadaan semasa, tidak ketentuan tenaga dan sebagainya ataupun *disruption in supply chain.
And then*, kalau boleh yang jawab itu juga fokus kepada apa yang ditanya. Jadi, kita dapat sebanyak soalan terjawab dan peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya pada sesi ini. Sekarang kita jemput Senator Dr. Hajah Wan Martina.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 2.
2. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah perancangan dan persediaan kerajaan untuk membiayai kos penjagaan warga emas yang semakin meningkat, khususnya bagi mereka yang memerlukan penjagaan rapi, penjagaan jangka panjang serta rawatan penyakit kronik, memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara menua.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Sepertimana semua sedia maklum, Malaysia sedang mendepani cabaran negara menua, di mana bilangan warga emas akan mencapai 15 peratus daripada populasi rakyat. Kerajaan menyedari bahawa peningkatan kos penjagaan warga emas, terutamanya bagi kes rawatan penyakit kronik dan penjagaan jangka panjang atau long-term care, dengan izin, merupakan isu yang memerlukan pendekatan pembiayaan mampan.
Kerajaan tidak lagi melihat isu ini sebagai satu isu kebajikan semata-mata.
Sebaliknya sebagai satu agenda keselamatan sosial negara yang holistik. Dalam hal ini, pendekatan whole-of-nation perlu diambil memandangkan isu ini perlu didepani melalui pelbagai sudut yang melibatkan bidang kuasa dan kepakaran merentasi pelbagai kementerian dan pihak swasta.
Di pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peranan yang ditumpukan pada masa ini adalah untuk melahirkan penjaga yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan masyarakat. Bagi tujuan ini, KPWKM telah membangunkan Pelan Tindakan Warga Emas Negara iaitu PTWEN 2026–2030 bagi memandu pelaksanaan dasar, program dan inisiatif berkaitan warga emas dalam tempoh 2026 sehingga 2030.
Pelan ini dibangunkan sebagai langkah persediaan Malaysia menghadapi status negara tua serta bagi memperkukuh kesejahteraan, perlindungan dan penyertaan aktif warga emas dalam masyarakat. Antara tumpuan dalam PTWEN 2026–2030 ini adalah menyokong pembangunan ekosistem penjagaan warga emas, meliputi penjagaan jangka panjang. Salah satu inisiatif yang telah dilancarkan oleh KPWKM berhubung long-term care ini adalah membangunkan kerangka strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030.
Selain daripada sasaran untuk melahirkan 50,000 penjaga berkemahiran menjelang 2030, kerangka strategik ini juga turut meliputi inisiatif dan penglibatan pihak swasta yang boleh dilaksanakan menerusi usaha perkongsian awam swasta (PPP) dengan matlamat meningkatkan penawaran perkhidmatan penjagaan harian di rumah dan pusat jagaan swasta yang kompetitif dan mampu diakses.
Penempatan warga emas di institusi atau hospital secara jangka panjang bukan sahaja menyumbang kepada kos fiskal yang amat tinggi kepada negara, tetapi pada masa yang sama, ia adalah tidak selari dengan prinsip penuaan setempat atau, dengan izin, aging in place dan penjagaan berasaskan keluarga dan komuniti, dengan izin, family and community-based care. Ini kerana prinsip yang dipegang oleh KPWKM ini bukan sahaja untuk memastikan kesejahteraan warga emas dari segi penjagaan fizikal semata-mata tetapi juga memupuk nilai-nilai murni serta memperkukuhkan institusi keluarga yang sebelum ini sememangnya sinonim dengan budaya kita, rakyat Malaysia.
Selain itu, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif komprehensif bagi menangani beban kewangan dan memperkukuh perlindungan sosial rakyat, khususnya menerusi pendekatan RESET yang diterajui bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk menangani punca utama inflasi perubatan secara menyeluruh.
Bagi memperkasakan lagi sistem perlindungan negara, MOF turut memimpin Jawatankuasa Kerja Insurans Sosial di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia yang meneliti isu perlindungan berasaskan insurans kesihatan, di samping terus menawarkan pelbagai pelepasan cukai individu bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam penjagaan warga emas.
Cabaran warga menua ini bukan hanya terletak di bahu KPWKM semata-mata, namun memerlukan pendekatan whole-of-nation. Langkah bersepadu ini amat penting demi memastikan kemampanan kewangan negara, di samping memelihara kesejahteraan, maruah dan nilai kekeluargaan warga emas kita. Sekian, terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang sangat komprehensif dan agak lengkap. Cuma saya ingin tahu, sejauh mana libat urus Kementerian Wanita bersama dengan kementerian-kementerian seperti Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Kewangan dalam mengadakan atau mewujudkan satu insurans khas kepada warga Malaysia, terutamanya dalam kita hendak dalam segi pembiayaan kewangan bagi penjagaan penyakit-penyakit kronik?
Sebab penyakit-penyakit kronik ini, bila dah warga emas, so dia semakin meningkat kosnya. Terutamanya kepada pesakit-pesakit yang terlantar ataupun bedridden. Jadi setakat ini, sejauh mana sudah diadakan libat urus dan sejauh mana pencapaian telah dibuat setakat ini? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Ya, memang isu ini seperti saya telah katakan, bukan hanya melibatkan Kementerian KPWKM, juga terutamanya Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Kewangan. Jadi setakat ini, selain daripada satu RESET, sebab satu daripadanya adalah perubatan. Semua tahu perubatan dari segi swasta, terutamanya perubatan swasta kian meningkat iaitu bukan hanya warga emas tetapi secara keseluruhan, rakyat juga menghadapi premium insurans yang kian menaik.
Jadi, sebab itulah ketiga-tiga agensi iaitu KKM, MOF dengan Bank Negara telah mewujudkan satu skim atau satu projek iaitu RESET.
Jadi selain daripada itu, kita memang kerjasama dengan MOH iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia kerana penjagaan jangka masa panjang bukan hanya kebajikan, tetapi juga kesihatan. Jadi walau bagaimanapun, kerjasama ini merangkumi penyelarasan dasar berkaitan dengan warga emas, penuaan yang aktif, juga penjagaan komuniti kepada penyakit kronik seperti yang disebut berapa kali oleh Yang Berhormat Senator.
Puan Lim Hui Ying
Jadi, pendekatan rentas kementerian ini amat penting. Kita memang dalam sesi yang selalu kita dalam perundingan bagaimana nak menambah baik lagi terutama dari segi ini, tetapi dasar kita adalah sejauh— baiknya warga emas itu dapat diiringi oleh keluarga dan bukan diletakkan mereka di private institution atau di hospital, tetapi pada masa yang sama, kerajaan akan memberi bantuan kepada keluarga untuk memastikan warga emas yang sakit atau yang tidak ada waris akan dijaga dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Lelaki pula.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, terakhir.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Satu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Satu sahaja.
Semalam Hari Sarawak bagi yang Sarawak ini.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah usaha terbaharu kerajaan dalam mengukuhkan akses penjagaan jangka panjang kepada warga emas di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah yang jauh daripada hospital dan pusat jagaan dan apakah kerajaan bercadang memperluaskan perkhidmatan mobile care dan penjagaan di rumah untuk kawasan pedalaman? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Rural area. Ya, terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Kita memang mengambil kira perbezaan akses antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar dalam perancangan dasar kita.
Melalui (DWAN) Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara, kita memberikan tumpuan terutamanya kepada perkhidmatan yang berasaskan komuniti, termasuklah PAWE atau program yang kita dapat outreach kepada— melalui kerjasama bersama dengan NGO.
Kalau semua berharap kepada kerajaan, kita tidak dapat menumpukan pusat di setiap kawasan luar bandar. Jadi, kita memerlukan kerjasama yang amat erat dengan NGO atau dengan— walaupun dengan pihak swasta pun kita mengalu-alukan. Jadi, terutamanya seperti PAWE yang kita memang banyak ada di seluruh negara. Di Sarawak, let me check di Sarawak kita juga ada PAWE di Sarawak.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, PAWE merupakan satu pusat aktiviti yang kita ada untuk warga emas untuk at least, actively aging. Jadi, di Sarawak kita.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sarawak yang ada di luar bandar?
Puan Lim Hui Ying
Sarawak di, oh maaf Sarawak yang di luar bandar saya tak ada data tetapi di negeri Sarawak, kita ada pada masa ini kita ada 11 buah PAWE dan kita memang dalam proses untuk menambah lagi PAWE di semua tempat, tapi satu daripada program yang kita ada adalah PAWE 3A iaitu tidak perlu ada satu premis yang kekal.
Kita boleh adakan kerjasama dengan NGO untuk mengadakan aktiviti atau at least someone di sana untuk menjaga warga emas yang ada. Kita kalau ada suggestion atau cadangan daripada Yang Berhormat Senator, kita mengalu-alukan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Sri Vell Paari.
Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sama ada PERKESO bercadang menyemak semula garis panduan pengiktirafan penyakit pekerjaan bagi mengambil kira penyakit kronik yang berpunca daripada tekanan pekerjaan dan faktor pekerjaan jangka panjang selaras dengan perubahan corak pekerjaan serta peningkatan usia tenaga kerja negara.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Dato Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, suatu penyakit yang terbit daripada pendedahan kepada faktor risiko spesifik di tempat kerja adalah dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan, Akta keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] dan ditakrifkan sebagai penyakit khidmat.
Dalam hal ini, jemaah doktor khas dan jemaah doktor rayuan mempunyai kuasa untuk memutuskan suatu kes tersebut sebagai penyakit khidmat, sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 28 [Akta 4] dengan syarat penyakit tersebut diketahui terjadi akibat pendedahan risiko tempat kerja dan dibuktikan berdasarkan siasatan dan pembuktian pendedahan risiko berkaitan.
Manakala bagi kes kesihatan yang tidak jatuh di bawah penyakit khidmat atau tidak disebabkan oleh faktor pekerjaan seperti kemurungan ataupun skizofrenia, mereka adalah dilindungi di bawah skim keilatan, di mana orang berinsurans yang layak boleh menerima faedah-faedah seperti pencen ilat dan faedah pemulihan.
Selaras dengan perubahan corak pekerjaan yang sentiasa berubah mengikut kehendak pasaran serta peningkatan usia tenaga kerja negara, kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk melihat keperluan bagi menambah baik garis panduan kesihatan berkaitan secara keseluruhannya. Garis panduan ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa dan PERKESO akan menganjurkan kursus untuk melatih ahli jemaah doktor sebanyak tiga kali setahun.
Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan penyakit khidmat dan kaedah menguruskannya. Di samping itu bagi tujuan menangani isu tekanan pekerjaan di tempat kerja, PERKESO turut menjalankan program-program berikut.
Seminar Work Place Wellbeing dilaksanakan secara bersemuka di setiap negeri tanpa sebarang kos kepada majikan. Seminar ini bertujuan membantu majikan mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan pekerja melalui peningkatan kesedaran mengenai kesihatan mental, pengurusan risiko psikososial di tempat kerja.
Kedua, adalah siri webinar promosi kesihatan pekerja siri webinar dalam talian yang memberi pendedahan kepada pekerja mengenai kesihatan mental, pengurusan stres, kesejahteraan emosi, kesihatan umum dan pencegahan penyakit tidak berjangkit non- communicable disease (NCD), dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Platform ini akan memudahkan akses kepada ilmu kesihatan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja di seluruh negara.
Program yang ketiga adalah Program Activ@Work Challenge 2025, menggalakkan majikan membudayakan aktiviti fizikal, gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental di tempat kerja. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu
Dato Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, izinkan saya membuat satu kenyataan.
Saya berasa bangga kerana dulu saya pernah bertanya soalan kepada anak saudara saya ini, ketika beliau adalah Timbalan Menteri dan hari ini pada sidang terakhir saya, beliau menjawab sebagai seorang Menteri.
Tahniah, semoga terus berjaya Yang Berhormat. Yang Berhormat, masih ramai masyarakat India tidak mendapat maklumat mengenai pelbagai insentif yang telah dilaksanakan Kerajaan MADANI bagi membantu masyarakat India, termasuk insentif untuk perlindungan di bawah PERKESO.
Dalam hal ini, mohon YB. Menteri menyatakan langkah intervensi strategik kementerian khususnya melalui PERKESO bagi menangani isu kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat India terhadap program perlindungan dan peluang bekerja yang disediakan oleh kerajaan melalui PERKESO. Terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih atas soalan tambahan. Dato Yang di-Pertua, izinkan saya mengucap terima kasih kepada mama saya sebab jarang kita dapat puji, sebab dia pun seorang yang sangat berjaya. Jadi, saya sangat bangga hari ini dapat puji daripada beliau. Terima kasih, mama.
Kementerian menyedari perubahan landskap pasaran buruh negara, terutama dalam job patterns dan trend pasaran, tetapi kita mengambil satu peranan di mana melalui PERKESO dengan kerjasama Unit Transformasi MITRA Malaysian Transformation Process, kita telah memperluaskan akses masyarakat India kepada perlindungan sosial.
Peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sebagainya dan juga pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi mereka melalui portal khususnya MYFutureJobs di bawah PERKESO. Kita boleh cari peluang pekerjaan yang sedia ada hampir 600,000 peluang pekerjaan telah kami sediakan di situ lebih kurang 390,000 telah diambil manfaat diguna pakai, ada lebih hampir kurang 100,000 peluang pekerjaan masih yang boleh diberikan melalui MYFutureJobs tersebut.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Melalui kerjasama strategik ini, PERKESO serta MITRA akan memperkukuhkan usaha advokasi program libat urus, komuniti serta sesi-sesi penerangan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat India mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial ini.
Ini juga termasuk perlindungan terhadap kemalangan pekerjaan, penyakit nikmat kehilangan pekerjaan, program rehabilitasi dan juga return to work (RTW). Jadi, dengan pelbagai usaha ini, kami melihat tiada golongan masyarakat yang akan tercicir daripada jaringan keselamatan sosial dan peluang pekerjaan di negara. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Tuan Che Alias bin Hamid
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Berdasarkan data terkini PERKESO iaitu sehingga pertengahan Julai 2026, memperuntukkan lebih 52,000 pekerja telah memohon faedah pengangguran di bawah Skim Insurans Pekerja (EIS) dengan golongan profesional iaitu dah melibatkan pengurus eksekutif, juruteknik, ianya membentukkan lebih separuh daripada keseluruhan kes pemberhentian ini.
Soalan saya, jika trend ini berterusan, adakah pihak kementerian melihat bahawa risiko psikososial akibat ketidaktentuan pekerjaan kini wajar dipertimbangkan dalam semakan garis panduan pengiktirafan penyakit pekerjaan oleh PERKESO? Dan, apakah mekanisme PERKESO untuk mengesan serta membantu pekerja lebih awal sebelum tekanan tersebut berkembang menjadi— iaitu lah menjadi gangguan kesihatan, khususnya kesihatan mental dan penyakit kronik yang menjejaskan keupayaan mereka untuk terus bekerja? Terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan penyakit- penyakit yang kami telah senaraikan tadi, kementerian telah meneliti dan juga mengemas kini senarai penyakit-penyakit yang diiktirafkan. Kajian-kajian pun kami telah lakukan dan kami telah mengadakan satu sesi libat urus, tetapi semua khidmat yang kami lakukan adalah berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengikut standard ILO— Pasaran Buruh.
Senarai penyakit pekerjaan yang diguna pakai oleh dua agensi utama iaitu PERKESO dan JKKP pada masa ini adalah selaras dengan piawaian antarabangsa.
Memang kita pun ada menjalankan kajian-kajian up-to-date dan semasa, tetapi yang paling penting adalah latihan-latihan.
We are creating awareness and kita cuba bagaimana kita boleh menyelesaikan ini sebelum dia jadi kepada tahap yang lebih teruk ataupun parah, tetapi buat masa ini, kita ada kerjasama-kerjasama bukan sahaja dengan majikan di tempat kerja, tetapi juga di universiti-universiti tempatan. Jadi, mungkin untuk masa yang akan datang, kita akan lebih teliti selepas kita dapat data-data untuk mendapatkan satu proses penambahbaikan yang lebih baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dijemput Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, status pelaksanaan projek tebatan banjir di Sabah di bawah peruntukan RM22 bilion serta kawasan berisiko tinggi yang terlibat
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang dan akan melaksanakan sebanyak 15 projek serta kajian berkaitan tebatan banjir di Sabah dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM1.49 bilion. Daripada jumlah tersebut, empat projek berada di peringkat prapelaksanaan, 10 projek sedang dalam pelaksanaan manakala satu kajian di peringkat pascapelaksanaan.
Projek-projek ini merangkumi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas serta perancangan di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Daripada 10 projek yang sedang dilaksanakan, enam projek telah mencapai kemajuan fizikal melebihi 90 peratus dan dijangka siap secara berperingkat antara Julai hingga Disember 2026.
Antaranya melibatkan RTB Sungai Rampayan di Menggatal, RTB Sungai Ketiau di Putatan, RTB Kawasan Persekitaran Lido, PLSB Sungai Moyog di Penampang, RTB Sungai Padas di Tenom serta RTB Sungai Anip di Sandakan. Manakala RTB Sungai Likas di Kota Kinabalu, RTB Sungai Damai di Kota Kinabalu projek mengatasi banjir pantai di Sabah dan program ramalan banjir fasa 3 sedang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi projek di peringkat prapelaksanaan pula, PETRA melalui JPS sedang melaksanakan penyediaan dokumentasi dan penyediaan reka bentuk terperinci melibatkan projek RTB Sungai Tawau fasa 1A, pakej 4. RTB Sungai Kedamaian dan Sungai Abai Kota Belud, RT Sungai Tangulan Tuaran serta PLSB Sungai Moyog pakej 2A, 3A dan 4.
Bagi kawasan berisiko tinggi, keutamaan pelaksanaan berdasarkan kajian pelan induk tebatan banjir khususnya di rekod kejadian banjir berulang, kepadatan penduduk, pendedahan aset awam serta keperluan intervensi teknikal dan lembangan sungai berkaitan.
Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Kota Kinabalu, Menggatal, Putatan, Penampang, Sandakan, Tenom, Tawau, Kota Belud, Pitas, Kota Marudu, Beaufort dan Tuaran. PETRA akan terus memberikan keutamaan kepada pesanan projek tebatan banjir di Sabah secara berfasa berdasarkan tahap risiko kelulusan peruntukan dan keperluan teknikal bagi mengurangkan impak banjir serta meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci tadi.
Namun, menurut rekod NADMA, di Sabah masih terdapat beberapa daerah seperti Penampang, Kota Belud, Beaufort, Tenom yang disebutkan tadi terus merekodkan kejadian banjir yang berulang. Jadi, mungkin ada masalah ataupun— apakah kelewatan projek tebatan banjir di kawasan-kawasan ini dan bilakah projek ini sebenarnya dijangka siap?
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat, saya tak dapat tangkap tadi. Di mana kawasan nak disiapkan tadi?
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Maksud saya, di daerah-daerah yang disebutkan tadi itu masih berulang lagi banjir-banjir di sana. Jadi, mungkin ada masalah- masalah tentang projek ini belum siap. Jadi, apakah masalahnya?
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya, melalui kajian yang kita lakukan adalah melalui kelebatan hujan. Kelebatan hujan— dan kelebatan hujan itu kita mengambil kira yang paling lebat kita ambil kira 20 peratus lebih daripada kelebatan hujan.
Dan sekiranya masih berlaku, kemungkinan ia melebihi daripada kelebatan hujan tersebut. Tetapi walau bagaimanapun, kajian kami itu mengikut fasa-fasa yang kami lakukan itu dan sudah pasti melalui kajian ini, kalau melebihi kelebatan hujan tersebut, maka kemungkinan boleh berlaku banjir lagi dan boleh berulang-ulang.
Dan sebagaimana Yang Berhormat katakan sebentar tadi, bahawa kebanyakan yang kita lakukan dapat mengatasi, mengurangkan banjir yang berlaku, tetapi dalam hal ini, saya bersama rakan-rakan pegawai saya, insya-Allah, kita akan pastikan bahawa tempat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan kembali untuk melihat keadaan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat.
Ini adalah sebahagiannya daripada teknikal-teknikal yang perlu kita lakukan dan kajian-kajian secara menyeluruh harus kita melihat kembali sekiranya masih lagi berlaku sedemikian rupa. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Wanita, *ladies first.
[Ketawa]*
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Timbalan Menteri.
Memandangkan proses tender dan pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) memakan masa yang lama, apakah langkah interim, short-term relief, serta status pemasangan sistem amaran awal banjir, sistem telemetri JPS di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat di Sabah sentiasa terjamin sepanjang tempoh pembinaan tersebut? Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell mempersoalkan yang perkara tersebut. Dan kita pihak JPS sebenarnya ada melaksanakan projek-projek jangka pendek yang kita turunkan kepada negeri-negeri untuk kita membuat proses kerja-kerja jangka pendek seperti membaiki sungai supaya kelancaran air-air tersebut dan program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat iaitu Program Ramalan dan Amaran Banjir ataupun PRAB fasa 3 di Sabah kita telah laksanakan dengan kos RM142 juta dan program yang dinyatakan tersebut telah mencapai tahap ke 24 peratus dan dijangka siap pada Julai 2029.
Dan sebenarnya bukan hanya di Sabah sahaja kita laksanakan, kebanyakannya amaran banjir ini di banyak tempat-tempat yang kita ambil kira sebagai hotspot supaya masyarakat lebih peka dalam keadaan amaran banjir ini berbunyi dan mereka boleh menyiapkan diri untuk memastikan harta benda mereka ini dapat diselamatkan Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang sudah dua sebab penyoal asal ada bagi dua, Datuk Anna Bell satu. Jadi, saya stick to my ruling. I have to be consistent, all right.
Sekarang dijemput Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Buah nangka buah delima; Soalan saya nombor lima.
5. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan program latihan TVET atau latihan pekerjaan dalam sektor pembinaan kepada banduan yang sedang menjalani hukuman di peringkat akhir pemenjaraan di penjara-penjara di negara ini, khususnya melalui kerjasama strategik dengan syarikat swasta atau GLC.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Penjara sentiasa memberi penekanan terhadap kualiti dan pemulihan prospek berjadual melalui pelaksanaan program Latihan Kemahiran TVET sebagai salah satu pendekatan strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran, keupayaan berdikari serta peningkatan kolik prospek selepas dibebaskan kelak. Pelaksanaan latihan TVET ini adalah sebahagian daripada proses pemulihan prospek yang berada di fasa 3 iaitu kemahiran dan vokasional sebelum mereka kembali semula ke masyarakat.
Pertimbangan utama Jabatan Penjara adalah untuk memastikan prospek yang berada di peringkat akhir pemenjaraan, dilengkapi dengan kemahiran pekerjaan yang diiktiraf, pengalaman industri serta kompetensi yang bersesuaian dengan keperluan pasaran semasa.
Pada masa ini Yang Berhormat, terdapat sebanyak 33 institusi merupakan institusi TVET yang bertauliah dan dikenal pasti sebagai Pusat Vokasional Industri (PVI). PVI ini dilaksanakan latihan kemahiran melalui teaching factory dan work-based learning, yang memberi pendedahan secara langsung kepada suasana pekerjaan sebenar.
Yang berhormat, pelaksanaan program latihan TVET kepada prospek adalah melalui pengiktirafan tiga badan pensijilan utama iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA), Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan yang ditauliah oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Sijil Modular melalui kerjasama dengan pengiktirafan pihak industri.
Melalui 33 PVI ini, Jabatan Penjara menawarkan latihan kemahiran TVET dalam enam sektor utama iaitu makanan, perkhidmatan, pembuatan fabrik, pertanian dan penternakan. Bagi sektor pembinaan khususnya latihan pekerjaan yang dilaksana melalui pensijilan kompetensi CIDB melibatkan kursus, antaranya adalah welding, electrical, mobile crane operation, plaster dan sebagainya.
Selain itu Yang Berhormat, pendekatan latihan kemahiran TVET di institusi penjara turut dilaksana melalui pendekatan akademi dalam industri. Perintisan yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, di samping pensijilan kompetensi CIDB serta sijil modular yang dilaksana bersama pihak industri.
Yang Berhormat, kerajaan juga mengambil kira kepentingan jaringan kerjasama strategik bersama pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan GLC bagi menyediakan peluang latihan, penempatan pekerjaan serta proses re-integrasi prospek selepas tamat menjalani hukuman. Sehingga kini Yang Berhormat, terdapat lebih 430 syarikat swasta telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia termasuk SW Corp, Metro Driving, Academy, Lotus, Shopee dan lain-lain dalam membantu menyediakan peluang pekerjaan serta sokongan pemulihan kepada prospek yang terpilih.
Yang Berhormat, pelaksanaan program TVET dalam sektor pembangunan ini telah mendapat penyertaan seramai 180 orang prospek pada tahun 2024, meningkat 234 pada 2025, manakala seramai 55 orang telah mengikuti Program TVET Pembinaan sehingga Jun 2026, menjadi jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 473 orang prospek.
Dan tentunya melalui pelaksanaan program ini, Jabatan Penjara yakin bahawa latihan TVET yang disokong oleh kerjasama strategik bersama industri dapat perkukuhkan proses pemulihan prospek, mengurangkan kadar residivis, meningkatkan keboleh pasaran serta memastikan prospek mempunyai kemahiran dan peluang ekonomi yang lebih baik apabila kembali kepada masyarakat. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan tersebut. Cuma saya hendak panjangkan sedikit persoalan yang saya bangkitkan iaitu bagaimanakah sekiranya kalau seseorang pesalah tersebut dia telah sampai kepada penghujung tempoh tahanan dan adakah boleh sekiranya pihak swasta atau pun pihak GLC mengambil mereka ini untuk memulakan kerja di sektor- sektor pembinaan bagi tujuan mereka expose diri mereka dengan peluang pekerjaan dan skil pekerjaan.
Dan akhirnya apabila mereka benar-benar telah keluar, mereka ada tempat untuk mereka mencari pendapatan, bekerja agar mereka ini tidak lagi terlibat di dalam segala tindakan jenayah yang pernah mereka lakukan. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, memang dalam program ini, mereka-mereka yang— prospek yang terlibat dalam program sebagai mana yang disebutkan tadi memang telah pun di tempatkan di syarikat-syarikat berkenaan.
Maknanya sewaktu mereka masih berada di dalam penjara mereka telah pun mengikuti latihan bersama dengan syarikat-syarikat. Kita ada lebih kurang saya sebutkan tadi ada lebih kurang 430 syarikat yang terlibat.
Dan kalau mengikut rekod yang kita ada, kebanyakan mereka ini hampir 100 peratus banduan yang telah layak dibebaskan, pembebasan serta 10 [Tidak jelas] Latihan TVET direkod mendapat tawaran pekerjaan sebaik sahaja mereka dibebaskan. Banyak rekod kita mereka dilatih oleh syarikat, keluar daripada tembok penjara, mereka terus bekerja dengan syarikat berkenaan. Ini menunjukkan bahawa pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Penjara dalam memperkasakan program ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya program yang dibuat oleh Jabatan Penjara ini telah pun kita mulakan sejak sekian lama dan sebab itu program-program TVET ini kita rebrand daripada program-program yang telah diarusperdanakan. Maksud saya ialah kita telah memulakan program-program latihan kemahiran sejak begitu lama dan fokus kepada hukuman penahanan ini sudah berlalu begitu lama dan kita telah pun beralih kepada correctional dan meliputi kemahiran vokasional dan fasa perkembangan dan rebarand pula ialah bila berlaku program TVET ini.
Dan memang tahap kebolehpasaran yang begitu tinggi dan memang dibuktikan bahawa mereka telah melalui latihan di industri, sewaktu dalam penjara memang mendapat peluang pekerjaan. Hampir 100 peratus kita ada dalil dan bukti yang telah direkodkan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekejap. Sebentar tadi Yang berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan lebih kurang 400 lebih syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada banduan ini.
Datuk Edward Linggu Bukut
Saya ingin bertanya sama ada kerajaan ada menetapkan petunjuk prestasi (KPI) bagi mengukur keberkesanan program ini seperti kadar bekas banduan yang berjaya memperoleh pekerjaan serta kadar residivisme selepas mengikuti latihan TVET supaya pelaburan kerajaan dapat dinilai berdasarkan hasil sebenar? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato Yang di-Pertua, sebenarnya untuk membolehkan seorang prospek mengikuti latihan ini, ia mesti melalui proses tertentu dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ada syarat-syarat dia.
Maknanya saya boleh bagi contoh, untuk syarat Program Pembangunan Insan (PPI), pelaksanaan latihan kemahiran ini dikhususkan kepada prospek yang sedang berada dalam fasa dua iaitu pengukuhan sahsiah.
Fasa ketiga ialah kemahiran vokasional di bawah Program Pembangunan Insan, kelayakannya direkod dan dikemas kini dalam sistem pengurusan pesalah apabila banduan mencapai fasa tiga. Memang ada kaedah yang kita buat.
Datuk Edward Linggu Bukut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ya, nanti sekejap. Saya akan masuk sampai bab itu. Kemudian, kita ada pemilihan jawatankuasa banduan. Yang layak, dia melalui sesi-sesi temu duga dan sebagainya oleh jawatankuasa pemilihan untuk banduan kerja. Untuk menentukan kesesuaian mereka mengikuti latihan-latihan kemahiran berasaskan model S4P, maklumat-maklumat, soal-soal kesihatan dan sebagainya— dan ini menunjukkan bahawa untuk mereka memasuki program-program latihan ada syarat- syarat tertentu.
Kemudian, syarikat-syarikat yang mahu terlibat dalam program ini juga perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Saya dah sebut tadi, bidang-bidang kemahiran yang ada. Maknanya, dalam fasa satu, dua dan tiga memang ada bidang-bidang tertentu.
Untuk itu juga, Jabatan Penjara memang sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa untuk melihat keberkesanan dan juga menentukan bidang-bidang kemahiran yang nak dilatih untuk menyesuaikan dengan pasaran yang ada.
Maknanya, kita tak buat latihan kepada prospek kepada bidang-bidang yang kebolehpasarannya tidak ada. Kerana itu Yang Berhormat sekalian, kita memang ada rekod dari segi jumlah mereka yang terlibat, berapa mereka yang telah pun mendapat peluang pekerjaan termasuklah syarikat-syarikat yang terlibat sebagainya. Detilnya boleh saya bagi kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah langkah konkrit yang sedang diambil oleh ASEAN bagi memastikan pelarian Rohingya dapat kembali ke Myanmar dengan jaminan keselamatan, pengiktirafan hak dan kehidupan yang bermaruah memandangkan krisis tersebut telah berlarutan lebih sedekad.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol atas pertanyaan yang dikemukakan. Izinkan saya menjawab empat lagi pertanyaan secara bersekali daripada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani bertarikh 28 Julai 2026, Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar bertarikh 30 Julai, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa bertarikh 30 Julai 2026 dan Yang Berhormat Senator Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar bertarikh 4 Ogos memandangkan semua pertanyaan tersebut mempunyai dan juga menyentuh isu-isu yang sama berkaitan tentang Rohingya.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berpandangan bahawa penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya hanya dapat dicapai dengan menangani punca utama krisis di Myanmar. Malaysia juga kekal berpendirian bahawa penyelesaian jangka panjang terhadap isu Rohingya tidak boleh diletak kepada pentadbiran Malaysia semata- mata, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan daripada pihak berkuasa Myanmar serta sokongan masyarakat antarabangsa.
Sehubungan itu, Malaysia terus melaksanakan pelbagai usaha diplomatik dengan pihak Myanmar bagi membolehkan repatriasi yang selamat, sukarela, bermaruah dan mampan ke Myanmar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, di peringkat dua hala, Malaysia terus menggesa pentadbiran Myanmar bagi mengembalikan persekitaran yang kondusif untuk komuniti Rohingya kembali ke tempat asal mereka secara selamat. Malaysia juga sering menekankan kepada pihak berkuasa Myanmar untuk menyelesaikan konflik dan menangani isu Rohingya dengan segera.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa pertemuan beliau dengan Menteri Luar Negeri Myanmar, U Tin Maung Swe pada 19 Mei 2026.
Di peringkat serantau ataupun multilateral, Malaysia secara konsisten menggunakan platform ASEAN untuk menggesa pelaksanaan Konsensus Lima Perkara
(5PC) ataupun dengan izin, Five-Point Consensus serta penyelesaian aman terhadap krisis Myanmar.
ASEAN terus memberikan keutamaan kepada pelaksanaan kemuafakatan lima perkara secara menyeluruh dan berkesan sebagai kerangka utama untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di Myanmar serta mewujudkan keadaan yang kondusif agar komuniti Rohingya dapat kembali ke negara asal mereka. Dalam hal ini, Malaysia akan terus bekerjasama dengan ASEAN bagi menyokong pelaksanaan 5PC ke arah penyelesaian krisis di Myanmar.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat antarabangsa, Malaysia terus membangkitkan isu Rohingya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) dan platform antarabangsa lain bagi menggesa masyarakat antarabangsa memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani punca krisis serta meningkatkan perkongsian tanggungjawab termasuk melalui penempatan semula ke negara ketiga atau dengan izin, third-country resettlement. Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan UNHCR, pertubuhan antarabangsa untuk migrasi serta negara-negara berkaitan bagi memudahkan proses penempatan semula pelarian sementara menunggu keadaan di Myanmar membolehkan repatriasi dilaksanakan secara selamat, sukarela, bermaruah dan mampan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan negara pihak kepada konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Sehubungan itu, sebarang dasar dan mekanisme pelarian dan permohonan suaka di Malaysia adalah berlandaskan kepada Arahan MKN No.
23 (Semakan 2023), mekanisme dan pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia yang menetapkan fungsi dan peranan kementerian serta agensi kerajaan yang terlibat.
Selaras dengan mekanisme tersebut, kerajaan sedang melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memperkukuhkan pengurusan pelarian dan pemohon suaka.
Melalui DPP, kerajaan dapat mengurus data dengan lebih tersusun termasuk bagi tujuan penyelarasan data, pengesahan identiti, pemantauan dan kawal selia tanpa bergantung kepada rekod-rekod mana-mana entiti asing. Dalam melaksanakan Arahan MKN No. 23, Kementerian Luar Negeri berperanan sebagai agensi penyelaras utama hubungan Kerajaan Malaysia dengan UNHCR serta masyarakat antarabangsa yang terlibat dalam isu pelarian dan pemohon suaka. Dalam hal ini, kementerian memastikan setiap bentuk libat urus dan kerjasama dengan UNHCR dilaksanakan selaras dengan dasar undang-undang dan mekanisme yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, kerajaan sentiasa menilai dan memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap operasi pejabat UNHCR di Malaysia bagi memastikan segala urusan berkaitan pelarian dan pemohon suaka dilaksanakan mengikut dasar kerajaan. Kerajaan juga akan terus mengadakan libat urus secara berkala dengan UNHCR, khususnya dalam perkara berkaitan pendaftaran, dokumentasi, penempatan semula dan penyelesaian jangka panjang selaras dengan peranan dan fungsi UNHCR di Malaysia.
Dalam hubungan ini, kerajaan turut meneliti hala tuju operasi pejabat UNHCR di Malaysia agar selaras dengan pelaksanaan program DPP serta mekanisme nasional yang diterajui oleh kerajaan. Kerjasama dan penyelarasan ini turut memperkukuhkan penyelarasan maklumat dan pemantauan bagi memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka dilaksanakan secara lebih teratur serta selaras dengan mekanisme yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, melalui pelaksanaan Arahan MKN No. 23 dan program DPP, kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka tidak menjejaskan sistem sosial, ekonomi dan keselamatan negara. Dalam hal ini, semua pemegang kad UNHCR adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia, manakala sebarang bantuan atau pertimbangan kemanusiaan dilaksanakan secara terkawal, bersasar dan tidak menjejaskan keutamaan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dato Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan, tapi memandangkan ada ramai yang berminat tentang perkara ini, jadi saya bagikan peluang kepada mereka yang nak bertanya soalan. Terima kasih.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya— soalan saya Dato.
Tuan Yang di-Pertua
Kita bagi kepada...
Tuan Azahar bin Hassan
[Tidak jelas]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan, satu Dato.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya mohon, sebab saya terlibat dalam penganjuran International Conference on Rohingya tahun 2017 bersama dengan Kerajaan Malaysia, Dato. Buat masa itu KDN, Kementerian Dalam Negeri.
Isu yang saya nak sebut ialah kroniknya isu Rohingya ini Yang Berhormat Menteri, sebab UNHCR sendiri memperkatakan bahawa ia— mereka ini adalah orang yang tidak punya kerakyatan, tidak ada IC. Satu-satunya bangsa yang tidak ada kerakyatan, tak diberi IC oleh kerajaan mereka sendiri dan tidak diiktiraf sebagai rakyat. Bagaimana kita nak hantar mereka balik ke negeri mereka? Dan ertinya, penghantaran balik mestilah rakyat yang disahkan. Keseluruhannya itu adalah tidak ada IC dan penghalauan mereka keluar ini adalah satu strategi penghapusan etnik.
Jadi, saya mahu komen daripada ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana penyelesaian secara yang lebih menyeluruh, lebih holistik terhadap sekelompok manusia yang semacam ini? Sebab diiktiraf oleh UNHCR dalam kami perbincangan itu, mereka satu-satu bangsa di dunia yang tidak diiktiraf kerakyatan dan tidak diberi IC.
Penghantaran ertinya penghapusan nyawa mereka juga dan perkara ini terus berlaku sudah berpuluh tahun. Dan saya fikir, dia perlu menjalankan satu pendekatan yang lebih terperinci demi menjaga nyawa dan juga nilai kemanusiaan mereka. Kita sebagai negara jiran dalam ASEAN, penyelesaian melalui ASEAN, perundingan secara itu mungkin lebih penting. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Minta maaf ya YB. Apa soalannya?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan saya, apa penyelesaian yang lebih dekat nak berayat Menteri, nak hantar balik? Mereka tidak ada IC. Mereka tidak diiktiraf sebagai rakyat oleh Myanmar. Penghantaran juga sudah dibincang lama dan mereka tidak boleh diterima.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi— apa, apa, apa soalan dia?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Apa langkah kita sebagai kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua
Macam mana nak hantar orang yang tak ada?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya. Tak ada IC dan tak ada kerakyatan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Itu soalannya.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Satu persoalan yang ketika ini memang agak membebankan pihak kerajaan dan juga disebabkan itulah kita sering mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak UNHCR.
Dan juga kita telah pun melalui keputusan Kabinet, kita juga telah pun mengarahkan agar pihak UNHCR untuk menghentikan sebarang pendaftaran pelarian ketika ini, di mana kita sedang dalam proses untuk menyusun semula program DPP yang kita perkenalkan.
Dan juga ketika ini, kita mempunyai tiga penyelesaian jangka panjang bagi pelarian tersebut iaitu:
(i) repatriasi apabila negara asal terbukti selamat iaitu Myanmar;
(ii) penempatan semula ke negara ketiga dengan kerjasama organisasi antarabangsa; dan juga
(iii) pemindahan ataupun pengusiran tindakan mandatori akibat pelanggaran undang-undang tempatan.
Dan disebabkan itulah, kad DPP itu adalah sangat-sangat penting. Di mana kita tidak ingin melihat bahawa pelarian-pelarian khususnya Rohingya ini menyalahgunakan kad UNHCR yang sedia ada. Walaupun demikian, pendaftaran DPP ini melalui proses yang sangat ketat. Dan juga memang benar, kita mempunyai bilangan yang agak besar pelarian Rohingya ini.
Dan kita juga mempunyai sesi libat urus untuk melihat dan juga mendengar pandangan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain, yang mempunyai kuasa penguatkuasaan untuk menghalang bagaimana kemasukan pendatang ataupun pelarian Rohingya ini pada masa yang akan datang. Kerana kita telah mempunyai satu proses yang agak besar untuk mengkategorikan dan juga untuk memberikan status pelarian kepada mereka ini.
Dan disebabkan itu juga, kita sering mengadakan proses kerjasama dan yang terkini, kerjasama yang berterusan. Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan bahawa lebih kurang kira-kira 5,000 warganegara Myanmar yang sedang ditahan di depot buat masa ini akan dihantar pulang kepada pihak Kerajaan Myanmar. Walaupun demikian, dalam sesi perbincangan tersebut, Kerajaan Myanmar juga telah memaklumkan bahawa kesediaan Kerajaan Myanmar untuk menerima pulang warganegara Myanmar untuk menggunakan kapal Tentera Laut tertakluk kepada proses penyelesaian.
Walaupun demikian, apa yang dimaksudkan Yang Berhormat Senator tadi adalah individu pelarian yang tidak mempunyai identiti, memandangkan pelarian-pelarian ini juga tidak diiktiraf oleh negara asal mereka. Disebabkan itu, melalui pendekatan multilateral, kita juga memberikan tekanan kepada pihak Kerajaan Myanmar supaya melihat isu ini secara mendengar rakan-rakan di peringkat serantau, khususnya negara ASEAN. Kita tidak mahu membebankan Malaysia kerana kita bukan penandatangan konvensyen dan juga rakyat ketika ini sudah mula rasa terbeban dengan isu-isu pengurusan masyarakat Rohingya ketika ini.
Walaupun demikian, saya mengharapkan agar Yang Berhormat Senator dapat meneruskan sesi libat urus bersama dengan kementerian-kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri untuk melihat dan juga mencari kaedah, bagaimana untuk kita mempercepatkan proses penghantaran ataupun repatriasi warganegara Myanmar yang ditahan di depot dan juga negara-negara pelarian-pelarian Rohingya yang sedia ada yang berada di luar sana. Sekian, terima kasih.
Tuan Azahar bin Hassan
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Kita bagi Datuk.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Tadi jawapan Timbalan Menteri berkaitan dengan isu Rohingya ini adalah sehingga pada waktu ini, ada perbincangan multilateral antara negara Malaysia dengan Kerajaan Myanmar, tapi persoalan saya, ini worst case scenario. Kerana, kita ambil pedomanlah daripada Sabah, di mana kita pun mempunyai isu pelarian Filipina yang sudah hampir 50 dekad masih belum diselesaikan. Sama juga dengan isu pelarian Rohingya ini, yang mereka tidak diiktiraf.
Dan adakah pihak kerajaan, ada mengambil kira worst case scenario jika mereka ini tidak diterima dan mereka— dan mereka tinggal di sini dan berkeluarga di sini, yang mana anak-anak mereka akan dilahirkan di sini tanpa warganegara, tidak diiktiraf oleh negara asal mereka Myanmar? Adakah pihak kerajaan mempunyai pendekatan atau penyelesaian jika perkara seperti ini berterusan, tidak ada penyelesaian jangka masa panjang? Sama juga seperti di Sabah lah, tiada jangka panjang. Apakah yang pihak kerajaan pertimbangkanlah dalam senario— worst case scenario ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Worst case?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Nelson W Angang
Worst case scenario.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
...Senator, berkenaan tentang, apakah worst case scenario yang akan diambil oleh pihak kerajaan. Berkenaan tentang isu yang berlaku di Sabah, saya tidak akan menyentuh keadaan dan juga senario yang berlaku di Sabah.
Walaupun demikian, isu teras adalah berkenaan tentang pendatang tanpa izin, tanpa dokumen dan juga yang Rohingya ini adalah spesifik di mana Kerajaan Myanmar tersebut mempunyai masalah dalam pengurusan masyarakat ataupun rakyat dalam kategori Rohingya tersebut. Dan juga kita kena faham bahawa Malaysia bukan merupakan pihak Konvensyen Status Pelarian 1951 dan juga Protokol 1967.
Dan juga buat ketika ini antara Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Tentang Tenaga Kerja Asing, di bawah Arahan MKN No. 23, berkenaan dengan Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023). Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah menyediakan satu mekanisme kebenaran bekerja kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan yang mempunyai dokumen pendaftaran DPP yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Ini perkara yang saya boleh kongsikan.
Walaupun demikian, dokumen pendaftaran pelarian ini baharu dalam peringkat permulaan. Kita sedang dalam proses saringan, proses pendaftaran dan saya difahamkan pihak agensi yang melaksanakan DPP ini mempunyai kekurangan tenaga untuk melakukan saringan yang sangat komprehensif.
Bermaksud, kita ingin memastikan bahawa pelarian-pelarian ini adalah merupakan pelarian-pelarian yang genuine, dengan izin. Bukannya pelarian yang mempunyai pasport di kalangan Rohingya yang datang menggunakan pintu-pintu-pintu ataupun jalan-jalan tikus. Dan ini akan membolehkan golongan pelarian ini mendapatkan satu mekanisme ataupun pathway dengan izin, untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang dikawal oleh kerajaan.
Bermaksud, pekerjaan-pekerjaan ini tidaklah sesuka hati, boleh— it's not about kerja-kerja yang spesifik ataupun teknikal, tetapi kerja-kerja mudah untuk membolehkan pelarian-pelarian ini mendapatkan makanan yang bermaruah ataupun mendapatkan pendapatan untuk mereka membolehkan membayar perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang ketika ini, terbeban oleh bayaran-bayaran yang tidak dapat dikutip disebabkan pelarian-pelarian Rohingya yang mendapatkan rawatan di klinik dan juga di hospital.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Ini adalah salah satu mekanisme worst case scenario yang sedang difikirkan.
Walaupun demikian, saya merasakan kerajaan akan konsisten untuk memberikan tekanan kepada Kerajaan Myanmar untuk menerima semula dan kita juga perlu melakukan kerjasama dengan pihak UNHCR yang kita arahkan untuk menghentikan pendaftaran, tetapi untuk memberikan fokus kepada mendapatkan penempatan di negara yang ketiga kerana itu adalah merupakan tanggungjawab UNHCR. Bukan tanggungjawab Kerajaan Malaysia untuk mencari negara ketiga untuk penempatan Rohingya ini.
Demi kemanusiaan kita menerima pelarian Rohingya ketika ini, tetapi kita kena memikirkan kesejahteraan rakyat kita, iaitu supaya pelarian-pelarian ini tidak mengganggu keselamatan rakyat kita, tidak mencuri peluang-peluang ekonomi rakyat-rakyat kita, tetapi kita kena juga memikirkan bagaimana kaedah terbaik. Yang itu yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Senator. The worst-case scenario sekiranya mereka kekal, kita mempunyai beberapa mekanisme tertentu untuk memastikan mereka tidak menjejaskan ekosistem yang ada di Malaysia ketika ini. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya soalan nombor 7.
7. Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah pelan tindakan nasional kerajaan untuk meningkatkan keselamatan wanita dan kanak-kanak di ruang awam melalui pendekatan bandar selamat, termasuk penambahbaikan pencahayaan awam, perluasan liputan kamera litar tertutup
(CCTV) di lokasi berisiko selain penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang responsif terhadap isu keselamatan gender.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua ada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator kita adalah berkaitan dengan adakah pelan tindakan nasional terkait dengan bagi memastikan keselamatan wanita dan kanak-kanak khususnya di ruangan awam dan dikaitkan dengan program bandar selamat?
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan bandar yang mampan, selamat dan inklusif demi kesejahteraan rakyat. Kerajaan MADANI sentiasa memastikan keselamatan wanita dan kanak-kanak diberi perhatian dalam perancangan pembangunan dan juga pengurusan bandar.
Selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah pun memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan persekitaran hidup yang selamat dam inklusif dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat. Hala tuju ini seterusnya diterjemahkan dalam draf rancangan fizikal negara yang kelima melalui strategi perancangan special yang memberi penekanan kepada penyediaan ruang awam yang selamat, penerapan prinsip Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) dan pendekatan pencahayaan awam, pengukuhan mobiliti komuniti serta pembangunan bandar yang lebih inklusif dan juga berdaya huni.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertemakan melakar semula pembangunan, menggariskan hala tuju, pengukuhan persekitaran hidup yang selamat, inklusif dan berdaya huni melalui pendekatan pembangunan yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar. Di bawah Tonggak D, meningkatkan— mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar khususnya fokus lima pengukuhan keselamatan dan pertahanan sebagi usaha pencegahan jenayah dan kesiapsiagaan dalam menghadapi krisis akan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, program Bandar Selamat dan juga CPTED berperanan secara tidak langsung sebagai instrumen pelaksanaan perancangan fizikal yang melengkapi strategi penguatkuasaan penggunaan teknologi, pendidikan awam dan juga penglibatan komuniti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat dan kondusif.
Selaras dengan hala tuju tersebut juga Tuan Yang di-Pertua, draf rancangan fizikal negara yang kelima melalui fokus kelima, peningkatan kualiti persekitaran hidup yang inklusif menterjemahkan elemen bandar selamat kepada tindakan spesial yang lebih terperinci menerusi sub tindakan PK 3.3 iaitu persekitaran selamat dan CPTED.
Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengukuhan persekitaran yang selamat melalui program bandar selamat terutamanya di kawasan yang tinggi jenayah.
Selain daripada itu pendekatan ini turut menekankan penerapan prinsip CPTED dalam perancangan dan reka bentuk persekitaran bandar yang selamat khususnya di kawasan kediaman, kawasan-kawasan taman rekreasi, laluan-laluan pejalan kaki, perhentian bas dan juga lain-lain komponen kegunaan dan ruang awam.
Pada masa yang sama di dalam rancangan fizikal negara juga di bawah sub tindakan PK4.1 iaitu reka bentuk dan kemudahan sokongan rangkaian mobiliti aktif turut menekankan prinsip reka bentuk sejagat iaitu universal design oleh semua lapisan masyarakat termasuk OKU, warga emas dan kanak-kanak. Ini juga secara tidak langsung menyokong matlamat pembangunan yang mampan khususnya pada sasaran 11.2 iaitu menjelang tahun 2030. Akses kepada sistem pengangkutan yang lebih selamat, berpatutan dan mudah digunakan dan mampan untuk semua perlu disediakan.
Pada masa yang sama, ini juga meningkatkan keselamatan jalan raya melalui perluasan pengangkutan awam dengan mempertingkatkan, memberikan perhatian khusus kepada keperluan golongan yang berisiko termasuklah wanita dan kanak-kanak, orang kurang upaya dan juga warga emas.
Kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua inisiatif untuk meningkatkan keselamatan ruang awam ini tidak bergantung semata-mata kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi memerlukan sinergi, komitmen dan kerjasama yang lebih erat di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan termasuklah agensi- agensi yang mengikut bidang tugas masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adakah kerajaan mempunyai pangkalan data bersepadu yang mengenal pasti lokasi berisiko tinggi terhadap keselamatan wanita dan kanak-kanak ini. Dan bagaimanakah data tersebut digunakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam merancang intervensi keselamatan. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, ada data— adakah data bersepadu dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan oleh pihak PBT khususnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, soalan ini sangat bagus sekali. Bagaimana kementerian ini boleh membantu ialah melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, PLANMalaysia yang telah pun daripada peringkat awal Tuan Yang di-Pertua menyediakan satu pangkalan data yang bersepadu bagi tujuan pemantauan dan pelaksanaan inisiatif bandar selamat.
Melalui satu yang kita sebut sebagai Sistem Pemantauan Bandar Selamat. Dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Sistem Pemantauan Bandar Selamat itu 1.0 telah pun diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tujuan penambahbaikan dan pembangunan semula sistem supaya yang disebutkan tadi bersepadu. Kita boleh masukkan sekali maklumat-maklumat berkaitan dengan─ daripada pihak polis untuk memastikan Sistem Pemantauan Bandar Selamat 2.0 ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Dan ia telah pun bermula pada tahun 2021 dan digunakan secara rasmi pada tahun 2024. Di mana Sistem Pemantauan Bandar Selamat Bersepadu ini Tuan Yang di-Pertua berfungsi sebagai platform bersepadu untuk kita integrasikan tiga perkara, tiga sumber data utama iaitu melalui pelantar sistem maklumat geografi di mana dia ada di situ data jenayah daripada sistem laporan polis bersepadu. Mana-mana kawasan yang jenayah disebutkan.
Dan keduanya adalah data pelaksanaan program bandar selamat di peringkat kita, di peringkat PBT dan pada masa yang sama juga maklumat tentang guna tanda.
Di mana menerusi modul analisis sistem pemantauan bandar selamat bersepadu ini di situ juga ada analisis hot spot crime pattern analysis dan repeat location finder, pihak PDRM dapat mengenal pasti kawasan-kawasan yang mencatatkan kepadatan dan juga kadar jenayah yang tinggi seperti mana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Senator kita tadi. Terima kasih. Dan ini akan diserah pula balik, digunakan oleh PLANMalaysia dan juga pihak PBT untuk kita melihat apa lagi yang perlu dibuat di kawasan-kawasan yang berkepadatan ataupun tinggi jenayah yang berlaku statistik jenayah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Jufitri bin Joha
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain menyediakan kemudahan CCTV dan pencahayaan, adakah terdapat mekanisme di pihak kementerian untuk mengukur sejauh mana rasa selamat ini khusus di kalangan kanak- kanak dan wanita kerana selamat ini dia satu persoalan yang sangat subjektif. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Terima kasih Yang Berhormat. Di peringkat kita Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan program bandar selamat ini dinilai melalui gabungan pertama, indikator fizikal. Keduanya, sosial dan ketiganya persepsi masyarakat. Di peringkat pelaksanaan PBT mestilah melaporkan status kemajuan fizikal dan juga kewangan secara berkala untuk kita lihat daripada semasa ke semasa dan apabila sesuatu projek itu siap Tuan Yang di-Pertua, laporan akhir mesti dihantar kepada kita dan hasil kajian fear of crime memang ada.
Diadakan di dalam sistem pemantauan ini, dia ada yang disebutkan sebagai fear of crime kajian itu dan di situlah sebenarnya kita akan melihat dari semasa ke semasa bagaimana sistem program bandar selamat ini betul-betul memberi manfaat kepada rakyat kita. Dan pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita mengingatkan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan CCTV, pencahayaan dan infrastruktur yang disediakan itu sentiasa di selenggara dan berada dalam keadaan baik bagi memastikan ia nya betul-betul dapat dimanfaatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr.
Awang.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih, Dato Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Pertahanan menyatakan:
(a) apakah rancangan dan langkah penyelarasan yang diambil dalam pelaksanaan PLKN 3.0 di IPT daripada segi modul, tenaga fasilitator dan yang lain agar mencapai hala tuju dan kemahiran yang mencapai piawai yang sama; dan
(b) apakah unjuran yang dilakukan untuk memastikan bahawa program itu meliputi semua kategori IPT, awam dan swasta.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato Yang di-Pertua.
Pertamanya, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan dan juga kenapa Senator Tuan Haji Musoddak bin Ahmad dan juga Senator Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar di atas soalan-soalan yang dikemukakan serta keprihatinan terhadap Program Latihan Khidmat Negara kerana soalan ini bersekali pada hari ini. Dengan izin, memandangkan ketiga soalan ini dibangkitkan mempunyai skop yang saling berkaitan, saya akan menjawabnya secara bersekali.
Untuk makluman Dewan, pelaksanaan PLKN 3.0 dilaksanakan secara berfasa dengan memberikan penekanan kepada penyelarasan modul latihan, kesiapsiagaan infrastruktur, tenaga pengajar, kaedah pemilihan peserta serta perluasan pelaksanaan ke institusi pengajian tinggi.
Pelaksanaan PLKN 3.0 di institusi pengajian tinggi dilaksanakan secara berfasa dengan kerjasama erat antara Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pelaksanaannya seragam serta mencapai objektif yang telah kita tetapkan. Bagi memastikan standard latihan yang sama di semua institusi, kedua-dua kementerian telah memuktamadkan pemetaan modul yang merangkumi 30 peratus modul kenegaraan, 30 peratus modul kepimpinan dan 40 peratus modul ketenteraan.
Selain itu, kursus Training of Trainers (ToT) turut dilaksanakan bersama JLKN, KPT dan Akademi Kenegaraan Malaysia bagi memastikan pensyarah dan fasilitator mempunyai kefahaman, kemahiran serta piawaian penyampaian yang seragam.
Sebagai langkah pelaksanaan PLKN 3.0 di institusi pengajian tinggi, kerajaan telah memulakan program rintis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Jun 2026 yang lalu melibatkan 996 pelajar. Program rintis ini turut dilaksanakan di tiga politeknik iaitu Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Politeknik Banting dan Politeknik Seberang Perai melibatkan 4,000 pelajar. Program ini akan diperluaskan ke tiga kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mulai Ogos ini yang melibatkan 1,184 pelajar.
Dato Yang di-Pertua, berdasarkan penilaian awal ini, pelaksanaan program rintis memperoleh maklum balas yang positif khususnya berkaitan modul kenegaraan, patriotisme, kepimpinan serta pembentukan sahsiah. Justeru, sebelum diperluaskan ke IPT swasta, kerajaan perlu menilai keberkesanan modul, pencapaian objektif, maklum balas peserta dan institusi, kesiapsiagaan prasarana serta tenaga pengajar dan keupayaan pelaksanaan secara mampan. Dan buat masa ini, keutamaan diberikan kepada institusi pendidikan awam.
Bagi memastikan sasaran pelaksanaan PLKN 3.0 dapat dicapai secara berperingkat, kementerian turut memberikan perhatian kepada kesiapsiagaan infrastruktur, kapasiti latihan, tenaga pengajar dan peruntukan kewangan. Pada tahun 2027, kapasiti pengambilan di kem latihan diunjurkan seramai 10,520 pelatih tidak termasuk kapasiti pengambilan melalui penggunaan kem alternatif seperti Kem MALBATT Village dan juga pusat latihan RELA.
Dato Yang di-Pertua, untuk makluman, pemilihan peserta pula dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu kaedah pemilihan secara undian rawak dan juga penyertaan secara sukarela. Untuk makluman, berdasarkan perancangan semasa, pelaksanaan PLKN 3.0 di 20 IPTA yang terlibat pada tahun 2027, iaitu pada tahun akan datang, diunjurkan melibatkan 191,126 pelajar dan 10,520 pelatih di sembilan lokasi kem khidmat negara, yakni melebihi sasaran 100,000 yang kita anggarkan pada tahun 2027. Bilangan pelatih dijangka akan terus meningkat secara berperingkat selaras dengan ketersediaan dan kesiapsiagaan kem latihan termasuk tenaga pengajar dan juga infrastruktur yang disediakan. Itu sahaja jawapan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih, Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Pertahanan atas perancangan yang rapi dan sekiranya akan membuahkan hasil dalam pembentukan warganegara.
Pertanyaan tambahan saya ialah tentang soal belia ataupun golongan muda dalam konteks di luar kerangka IPT dan institusi yang formal. Saya kira ini jumlah belia yang juga cukup besar yang perlu diberi peluang untuk mengikuti program PLKN. Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai unjuran ataupun perancangan untuk melibatkan golongan belia di luar konteks yang rasmi? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas persoalan tambahan. Memang kalau kita lihat di Program Latihan Khidmat Negara, kita ada dua segmen. Satu di kem-kem wataniah kita yang kalau kita lihat perancangan kita di kem wataniah kita boleh mencapai sehingga 25,000 orang. Ini sebenarnya tumpuan kepada kem-kem wataniah ini adalah kepada belia-belia kita. Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi, kalau ikut perancangan tahun hadapan sebanyak 191,000, kebanyakannya di institusi-institusi pendidikan awam kita iaitu sama ada di politeknik, macam saya sebutkan tadi, termasuk di universiti-universiti awam.
Selain daripada itu, untuk makluman Dato Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator juga, kita juga mencari juga pusat-pusat latihan baru kita seperti mana pusat latihan RELA kita kerana kita yakin bahawa pusat-pusat latihan di peringkat negeri ini juga dapat menampung keperluan-keperluan belia seperti mana yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Senator tadi. Dan dalam masa yang sama, untuk makluman juga, kita juga bekerjasama dengan TVET dan saya yakin TVET juga akan dapat memberikan nilai tambah juga dalam memastikan bahawa lebih ramai belia-belia terutamanya di kawasan luar bandar untuk mereka terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara. Itu sahaja jawapannya, Dato.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Soalan tambahan.
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Pertama, saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan kerana menganjurkan PLKN 3.0.
Persoalan saya ringkas saja, Dato Yang di-Pertua. Bagaimana proses pemantauan dilakukan terhadap mereka yang pernah mengikuti program ini dan apakah usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan bahawa modul yang telah dijalani itu akan dapat dilaksanakan ataupun dihayati secara berterusan setelah menjalani latihan?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus atas persoalan yang dikemukakan.
Kita tahu bahawa antara cabaran kita, Dato Yang di-Pertua, adalah tentang alumni ataupun mereka yang telah melalui proses Program Latihan Khidmat Negara ini. Sebab itu, buat masa ini, kita di khidmat negara kita memang membangunkan sistem untuk memantau keseluruhan daripada apa yang telah kita laksanakan kepada belia-belia ataupun mereka yang terlibat dalam program khidmat negara.
Sebagai contoh, memang kita antara― contohnya macam pada tahun 2025, 2026 ini, kita pantau seramai 2,035 peserta di kem wataniah kita. Kalau kita lihat daripada pemantauan kita ini, daripada jumlah itu, seramai 615 orang melanjutkan pengajian mereka sama ada di pelbagai bentuk. Dan ada 203 yang kekal menjadi sukarelawan kita kerana sukarelawan inilah penting bagi kita kerana dia penghubung antara Program Latihan Khidmat Negara dengan boleh kita katakan alumni-alumni daripada Program Latihan Khidmat Negara. Kalau kita lihat daripada 2,000 ini, 1,197 orang memulakan alam pekerjaan. Makna mereka mula mendapat pekerjaan dan sebagainya. Dan kalau kita lihat, kita juga pantau daripada 1,100 itu, 32 orang dalam sektor kerajaan dan 1,165 orang dalam sektor swasta.
Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita laksanakan di samping kita juga melihat, macam tadi Yang Berhormat Profesor juga ada menyebut, bahawa bagaimana kita boleh melihat dalam bentuk latihan, kesinambungan latihan dan sebagainya. Itu pun juga kita cuba tingkatkan kerana melalui sukarelawan ini juga kita boleh berhubung dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan sama ada PDRM, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan seumpamanya. Dan ini sebenarnya boleh memberikan kita suatu kesinambungan daripada Program Latihan Khidmat Negara itu. Itu sahaja jawapannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Persilakan Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri.
Dr. Jufitri bin Joha
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerana PRN Negeri Sembilan pada ketika ini, soalan saya nombor 9...
[Ketawa]
9. Dr. Jufitri bin Joha minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, adakah terdapat perancangan memberikan autonomi kepada setiap universiti awam mengendalikan proses pengambilan pelajar mereka sendiri dan tidak melalui Unit Pusat Universiti (UPU) bagi memastikan ketelusan dan pencungkilan bakat sebenar.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua...
[Dicelah] Tak apa, kita raikan demokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan pengambilan pelajar ke institusi pendidikan tinggi awam melalui sistem yang kita tahu sebagai UPU Online. Ini mekanisme penyelarasan nasional untuk kita pastikan bahawa proses kemasukan itu kita laksanakan secara teratur, telus, adil dan berasaskan kepada prinsip meritokrasi supaya ianya boleh bagi peluang kepada semua pelajar-pelajar dalam negara kita yang berkelayakan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Kita juga pastikan bahawa akses yang saksama kepada semua calon warga negara Malaysia yang layak serta membolehkan penawaran tempat dilaksanakan secara optimum berdasarkan kapasiti program pengajian di universiti, kelayakan calon dan penggunaan sumber yang dibiayai oleh kerajaan.
UPUOnline ini berperanan sebagai platform penyelarasan nasional bagi proses permohonan dan penawaran kemasukan ke IPTA. Seperti yang kita sebut tadi, pelaksanaannya berasaskan kepada prinsip-prinsip dan juga syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan serta institusi mengikut bidang kuasa masing-masing dan diselaraskan di peringkat kebangsaan.
Dalam masa yang sama, institusi juga melaksanakan penilaian akademik mengikut syarat dan keperluan program pengajian itu. Maka, bagi program tertentu, institusi ada syarat-syarat khas kemasukan serta laksanakan penilaian tambahan seperti temu duga, ujian khas atau kaedah penilaian lain yang bersesuaian.
Dan semua proses pemilihan ini turut mengambil kira kapasiti pengambilan setiap program. Kepakaran, kemudahan institusi, keperluan untuk badan profesional bagi program berkaitan serta keperluan akreditasi dan standard kualiti seperti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA.
Dan ini juga selaras dengan pelaksanaan autonomi IPTA dalam bidang pengurusan akademik dan kemasukan pelajar, yang mana ada fleksibiliti kepada institusi untuk laksanakan pemilihan akademik mengikut keperluan program dalam kerangka dasar yang telah ditetapkan oleh KPT.
Dan melalui pendekatan sedia ada, KPT kekalkan keseimbangan antara penyelarasan pengambilan pelajar di peringkat nasional dengan autonomi institusi dalam melaksanakan penilaian akademik dan juga pemilihan calon-calon mahasiswa.
Dan pendekatan ini memastikan bahawa proses kemasukan ke IPTA terus kita laksanakan secara telus, adil dan berintegriti dan membolehkan institusi memilih calon yang paling berpotensi untuk memenuhi keperluan pembangunan bakat negara.
Di samping pengambilan pelajar melalui UPUOnline, IPTA turut melaksanakan pengambilan pelajar melalui kaedah kemasukan lain yang diluluskan oleh KPT bagi memenuhi keperluan program pengajian tertentu dan kumpulan sasaran yang ditetapkan.
Dan begitu pun, pelaksanaan kaedah kemasukan ini tidak menjejaskan peranan UPU sebagai mekanisme penyelaras nasional untuk pengambilan pelajar ke IPTA. Terima kasih.
Dr. Jufitri bin Joha
Soalan tambahan, Yang di-Pertua. Saya mendengar ura-ura ada inisiatif untuk meminda atau menukar AUKU kepada akta yang lebih segar? Dan kemungkinan adakah pihak kementerian akan mempertimbangkan bahawa salah satu perkara yang mahu diubah adalah sistem UPU ini ke dalam akta yang baharu? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Perbincangan tersebut masih lagi tentu sekali di peringkat awal, walaupun ia bukan perbincangan baharu. Berkait dengan kemasukan pelajar, ini perlu kita selaraskan dengan beberapa prinsip lain seperti autonomi kepada universiti.
Kalau kita katakan bahawa jika ada perubahan terhadap keseluruhan kerangka sistem pendidikan tinggi itu sendiri, ia tidak semestinya menjejaskan. Contohnya, sistem sedia ada seperti UPUOnline yang telah pun membantu dari sudut penyelarasan dan melancarkan kemasukan serta membuka akses dan peluang kepada pelajar-pelajar daripada pelbagai latar ini.
Begitu pun, kita terima bahawa penambahbaikan sama ada kepada UPUOnline ataupun kepada mekanisme di universiti-universiti itu sendiri. Jika ada kaedah-kaedah baharu yang lebih telus, lebih berintegriti, yang menjamin, terutama sekali keupayaan untuk universiti itu diangkat martabatnya dan kedudukannya dengan lebih baik. Maka, itu tentulah sekali tidak boleh kita kesampingkan.
Jika ada, contohnya, cadangan atau pandangan yang boleh kita dapatkan daripada pakar-pakar akademik, rakan-rakan sarjana. Malah, ada rakan-rakan Yang Berhormat Senator dan sebagainya, tentu sekali kita amat meraikan dan kita sentiasa pandang itu sebagai penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan perubahan terhadap landskap dan kerangka sistem pendidikan tinggi itu boleh kita laksanakan bersama-sama.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kita panggil Profesor Inayah yang baharu— Senator baharu.
Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat, data terkini kemasukan ke sistem UPUOnline 2025/2026 menunjukkan lebihan lebih kurang 150 ribu pelajar tidak terpilih untuk memasuki mana-mana pengajian.
Langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat, saya pasti tetap menjadi tujahan utama. Cuma, saya perlukan penjelasan KPT.
Adakah dasar-dasar kerajaan ini turut mengambil kira prestasi universiti selain daripada awam yang turut menepati kriteria yang dibuat sendiri oleh KPT seperti penarafan setara, reseach university yang turut mendapat penarafan yang baik untuk disalurkan juga lebihan pelajar ini?
Kerana kita bimbang, yang mendaftar SPM pun sudah melebihi 400 ribu lebih. Yang duduk peperiksaan hanya 300 lebih. Yang memohon 334 ribu ini, hanya 68 persen daripada STPM yang diterima. Dan STPM 71 persen. Maknanya, ada lebih kurang 100 ribu lebih yang tidak mendapat tempat. Pandangan saya, harap diberi penjelasan juga dalam beberapa kajian-kajian yang dibuat secara tuntas oleh KPT. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di- Pertua, sebab itu sekarang ini kita mulakan dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia yang mana kita letakkan atau kita gariskan satu matlamat iaitu untuk memastikan bahawa kita address cara kita menerima pelajar, tidak terhad hanya kepada yang kita sebut sebagai secara konvensional kemasukan ke IPTA untuk mengikuti kursus-kursus sepenuh masa, tiga tahun, empat tahun, tapi sebaliknya, untuk kita tidak menafikan beberapa potensi ataupun lepasan SPM, STPM dan beberapa sistem pendidikan yang lain agar mereka boleh dapat pendidikan tinggi dalam bentuk lain yang masih lagi setidaknya, mungkin pada stigma sekarang ini seolah tidak sama tahapnya atau tarafnya dengan pelajar-pelajar dalam ijazah sarjana muda atau diploma sepenuh masa.
Sebaliknya, sekarang kita ada amalan-amalan baharu, micro credential dan juga - kita juga adaptasi beberapa kursus-kursus yang sekarang mungkin lebih banyak - mungkin ditawarkan di kolej ataupun institusi TVET dan sebagainya.
Kenapanya tidak ianya dinaik taraf sebagai salah satu pilihan lain agar ianya boleh diperluaskan lagi. Maka, tidaklah lebihan pelajar yang mungkin tidak mendapat tempat seperti yang ditawarkan oleh universiti ini, ada peluang di tempat lain yang mungkin course- nya tidak sebesar institusi swasta.
Kita faham isunya juga adalah berkait dengan bagaimana untuk kita pastikan pelajar-pelajar ini ada akses kepada pendidikan awam kerana dalam negara kita, pendidikan awam ini adalah antara— boleh dikata sebagai salah satu tunjang kepada sistem pendidikan kita. Kita memang amat bangga dengan sistem pendidikan awam kita.
Kita harus nyatakan yang ini kerana ia memberi peluang dan juga memberi pendidikan yang agak lengkap kepada pelajar-pelajar kita.
Bagaimana untuk kita memperbanyakkan? Ada cadangan, contohnya, untuk kita menambah IPTA ke-21. Ada juga cadangan dan pertimbangan oleh kementerian— yang itu bukanlah pertimbangan, itu cadangan daripada banyak pihak. Saya tak boleh kata itu adalah cadangan daripada kementerian, tapi cadangan lain daripada kementerian, apa dia? Institusi sedia ada kita yang tidak terhad hanya kepada 20 IPTA ini, politeknik, kolej komuniti dan sebagainya, tidak harus hanya jadi sebagai second choice. Sebaliknya, harus dijadikan juga sebagai pilihan-pilihan utama. Sesuai juga dengan sekarang ini, keperluan industri, keperluan pasaran pekerjaan yang menuntut kita untuk melahirkan lebih banyak pekerja yang berkemahiran tinggi dalam juga teknologi tinggi. Maka, kenapa tidak?
Saya kira itu antara jalan yang boleh kita ambil. Di samping, macam yang kita sebut tadi di peringkat awal, menerusi RPTM sekarang kita cuba ubah untuk agar peluang- peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi ini tidak hanya mengikut kefahaman konvensional kita. Sebaliknya, kita boleh cuba untuk bagi ruang yang lebih fleksibel agar banyak lagi peluang boleh ditawarkan, lebih ringkas ataupun lebih compact lagi pelajar- pelajar ini dapat tamatkan pengajian dan kita boleh pastikan lebih banyak terima pendidikan seperti yang kita inginkan. Terima kasih.
Saya harap soalan itu membantu. Untuk angka-angka lainnya, saya akan cuba minta untuk diberi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan yang terakhir bagi sesi jawab lisan. Dijemput Yang Berhormat Senator Dr. Lingesh.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih, Dato Yang di- Pertua.
Rumah dibina sekadar hiasan, Tempat berteduh selepas berbakti; Kuarters rosak perlukan perhatian, Agar kebajikan petugas terus dihargai. Soalan saya nombor 10.
10. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan unit kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia yang didiami oleh kakitangan serta bilangan unit yang kosong kerana tidak sesuai untuk didiami disebabkan kerosakan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato Yang di-Pertua.
Mohon maaf, saya tidak menjawabkan pantun, memang tak pandai berpantun, tapi akan menjawabkan soalan Yang Berhormat Senator.
Terima kasih diucapkan kepada YB Senator Dr. Lingeshwaran atas soalan yang dikemukakan mengenai status kuarters KKM. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2026, KKM mempunyai 21,197 unit kuarters di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16,836 iaitu 79.5 peratus unit sedang didiami, 1,606 iaitu 7.6 peratus unit masih belum diisi dan 2,725 iaitu 12.9 peratus unit dikategorikan sebagai tidak sesuai didiami disebabkan kerosakan struktur, masalah penyelenggaraan atau faktor keselamatan.
Sejumlah RM100 juta peruntukan pembangunan bagi kerja-kerja pembaikan naik taraf dan penyelenggaraan kuarters KKM telah diluluskan bagi tempoh lima tahun bermula 2026 hingga 2030 di bawah RMK13. Pada tahun ini 2026, RM34 juta telah diperuntukkan di bawah Rolling Plan 1 untuk memperbaiki pulih, menaik taraf dan menyelenggara 760 unit kuarters iaitu 27.9 peratus daripada keseluruhan kuarters yang rosak.
Pembaikan baki 1,965 iaitu 72.11 peratus kuarters lagi akan dilaksanakan secara berfasa sepanjang RMK13. Keutamaan pelaksanaan projek adalah di bawah Jabatan Kesihatan Negeri di negeri masing-masing. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih, Dato Yang di- Pertua. Baru-baru ini dilaporkan lebih daripada 50 peratus pegawai perubatan menolak penempatan di Sabah dan juga Sarawak. Saya terbaca di media sosial salah satu alasan adalah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, you refer to media sosial.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Ya, ia memang betul. Ia salah satu reason why they don’t go is because of the keadaan kuarters yang sangat teruk di luar bandar juga Sabah dan Sarawak. Bolehkah kerajaan memberi jaminan untuk menyemak semula elaun kadar perumahan wilayah atau memberi subsidi sewaan khas sementara menunggu kuarters siap. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator.
Memang perlulah diperbaiki dari segi kuarters juga untuk memastikan bahawa kuarters- kuarters yang amat memerlukan dari segi penaikan taraf, pembaikan itu dilihatkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.
Jadi, dari segi Jabatan Kesihatan di Sabah dan Sarawak juga melihat kawasan yang perlu bukan sahaja dinaiktarafkan kuarters, tetapi penambahan kerana ada juga dari segi tambahan jawatan yang memerlukan dari segi kuarters. Mereka juga jikalau kita mempunyai akses kita akan juga memanjangkan dari segi kuarters itu kepada bahagian yang lain seperti farmaseutikal punya pegawai dan ada juga jikalau keadaan tidak mengizinkan kuarters itu untuk didiami maka mereka diberikan dari segi peruntukan untuk sewaan di luar juga.
Jadi, ini adalah antara yang telah dilaksanakan, tetapi saya percaya dengan kita makin memahami keadaan sebenar di setiap lokasi, maka kita sudah boleh menambahbaikkan keperluan secara keseluruhan juga. Sekian, terima kasih Dato Yang di- Pertua, Yang Berhormat Senator.
Tuan Yang di-Pertua
Mengenai kuarters ya.
Dato' Wu Him Ven
Kuarters, okey. Okey soalan saya, adakah kementerian mempunyai jadual penyelenggaraan berkala bagi mengelakkan kuarters terus rosak dan tidak dapat didiami?
Tuan Yang di-Pertua
Itu sahaja?
Dato' Wu Him Ven
Ya.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua serta Yang Berhormat Senator. Ini adalah satu jadual yang kita sentiasa ingin memperbaiki kerana mungkin daripada dulu tidaklah keperluan kita serumit yang kita perlukan sekarang.
Sepertinya kita dulu taklah mempunyai komputer-komputer, kita tak ada dari segi perlukan akses penambahan dari segi power points dan juga kita perlulah menaikkan taraf dari segi equipment, equipment seperti wiring, wiring. Jadi, ini kita akan melaksanakan jadual yang tetap, tetapi kita juga ingin memastikan bahawa bukan sahaja dari segi jadual, tetapi kewangan untuk disediakan supaya memudahkan dari segi semua daerah yang menjagakan kawasan-kawasan kuarters itu termasuk sekali di dalam bajet yang diperlukan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan Lisan. Setiausaha.
Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), Bahawa Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguh sehingga diputus dan diluluskan Rang Undang-undang DR 9/2026 iaitu Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026.
Kita akan ada lunch break ya Yang Berhormat Menteri, pukul 1 dan akan ditangguh, seterusnya bermula 2.30 tengah hari.
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya jamin bacaan saya akan selesai sebelum...
Tuan Yang di-Pertua
Pukul 1.
[Ketawa]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Pukul 1, Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017 [Akta 792] mula berkuat kuasa, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak daripada eksploitasi dan jenayah seksual. Namun hampir sedekad kemudian, landskap jenayah telah berubah dengan ketara. Perkembangan teknologi komunikasi media sosial, aplikasi pesanan segara dan platform digital telah membuka ruang baharu yang turut dieksploitasikan untuk pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Rang undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026 selepas melalui beberapa perbahasan yang menyeluruh dan konstruktif oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Antara perkara yang dibangkitkan ialah berhubungan aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan pindaan ini, khususnya bagi kes yang melibatkan elemen rentas sempadan.
Kerajaan mengambil maklum pandangan tersebut dan ingin menegaskan bahawa keberkesanan pelaksanaan pindaan ini memerlukan kerjasama yang erat serta penyelarasan yang bersepadu antara kementerian, agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa yang berkaitan. Melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi termasuk dengan rakan kerjasama antarabangsa mengikut mekanisme yang berkuat kuasa, kerajaan yakin pelaksanaan pindaan ini dapat dilaksanakan secara berkesan bagi memastikan pelaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang di samping memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual yang melibatkan elemen rentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, keperluan pindaan ini disokong oleh fakta yang membimbangkan. Laporan Disrupting Harm Malaysia yang diterbitkan oleh UNICEF, INTERPOL dan ECPAT International menganggarkan lebih 100,000 kanak-kanak penggunaan internet berumur antara 12 hingga 17 tahun di Malaysia pernah mengalami eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian dalam tempoh setahun sebelum kajian tersebut dijalankan. Ancaman ini turut dicerminkan melalui peningkatan ketara bahan penganiayaan seksual kanak-kanak atau dengan izin, child sexual abuse material (CSAM).
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Menurut data Internet Watch Foundation yang dilaporkan pada tahun 2025, sebanyak 16,238 laporan CSAM yang melibatkan kanak-kanak Malaysia direkodkan pada tahun 2024 meningkat lebih 225 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, sebanyak 12,656 laporan telah direkodkan.
Angka-angka ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap kanak-kanak bukan lagi terbatas kepada ruang fizikal, malah semakin berkembang dalam persekitaran digital serta merentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, maklumat yang ditekankan oleh Polis Diraja Malaysia, menunjukkan bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian kini semakin kompleks. Pelaku menggunakan platform tertutup; teknologi penyulitan atau dengan izin, encryption; identiti palsu serta beroperasi merentasi pelbagai negara, sekali gus menyukarkan pengesanan, penyiasatan dan pengumpulan bukti oleh pihak berkuasa.
Keadaan ini menunjukkan bahawa kerangka undang-undang sedia ada perlu diperkukuhkan agar mampu menangani realiti jenayah seksual masa kini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, telah menyediakan satu kerangka perundangan yang kukuh bagi menangani pelbagai bentuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pengalaman pelaksanaan menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuh peruntukan berkaitan pemakaian luar wilayah dan dengan izin, extraterritorial jurisdiction.
Pada masa ini, seksyen 3, Akta 792 ini memperuntukkan bahawa kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia boleh diambil tindakan seolah-olah dilakukan di Malaysia sekiranya pelaku merupakan seorang warganegara Malaysia. Namun, perkembangan semasa menunjukkan bahawa skop tersebut perlu diperluaskan. Persoalannya, adakah perlindungan undang-undang Malaysia harus terhenti hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara atau pelaku berada di luar bidang kuasa Malaysia? Kerajaan berpendapat bahawa jawapannya mestilah tidak.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini mencadangkan pindaan pada seksyen 3, Akta 792 bagi memperluaskan bidang kuasa luar wilayah. Pindaan yang dicadangkan akan memastikan bahawa akta ini bukan sahaja terpakai terhadap warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan di luar negara, malah turut meliputi pemastautin tetap Malaysia serta individu yang lazim bermastautin di Malaysia.
Pada masa yang sama, perlindungan turut diperluaskan kepada kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia, pemastautin tetap Malaysia atau yang lazimnya bermastautin di Malaysia. Pendekatan ini akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih menyeluruh serta selaras dengan sifat jenayah seksual terhadap kanak-kanak akan semakin merentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun rang undang-undang ini ringkas dari segi bentuknya, kesannya amat signifikan. Melalui pindaan ini, bidang kuasa akta akan diperluas supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil dalam keadaan-keadaan yang sebelum ini tidak diliputi oleh peruntukan yang sedia ada. Perincian lanjut mengenai pindaan yang dicadangkan telah dihuraikan dalam naskhah rang undang-undang yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pindaan ini menghantar mesej yang jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. Dengan izin, you touch, you go. Tiada toleransi dan tiada kompromi terhadap mereka yang merosakkan masa depan anak-anak kita. Kerajaan juga akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsa serta penyelarasan domestik melalui pendekatan dengan izin, whole-of- government approach, melibatkan agensi penguatkuasaan, pendakwaan, perlindungan kanak-kanak, keselamatan siber dan komunikasi bagi memastikan akta ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita tidak memilih untuk menjadi mangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan mereka sentiasa dilindungi melalui undang-undang yang tegas, moden dan berkesan. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan demi kepentingan terbaik kanak-kanak dalam negara kita, saya menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dapat memberikan sokongan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 21 orang yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa diberikan adalah sembilan minit seorang. Kalau saya bagi 10 ini kang, Haji Hussin akan ambil lebih daripada 10 minit.
Jadi saya tetapkan sembilan. Dipersilakan Tuan Haji Hussin bin Ismail.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada saya dan insya-Allah, saya cuba perlajukan ucapan saya ini, perbahasan saya ini untuk dapat menepati 9 minit.
Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang sangat buruk”. Datuk Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan ini dengan penyataan sokongan terhadap undang-undang ini, RUU ini. Namun, saya ingin memberikan beberapa aspek ataupun perspektif yang sedikit— beberapa perkara yang sedikit kritikal supaya kita dapat renung dan fikirkan bersama.
Yang pertamanya, bicara undang-undang ini lebih menjurus kepada persoalan, perlakuan rentas sempadan. Namun, dalam laporan media BERNAMA bertarikh 13 Jun 2026, melaporkan data terkini daripada bahagian D11 Bukit Aman yang mendedahkan satu hakikat yang amat membimbangkan, lebih 80 peratus kes jenayah seksual kanak-kanak dikesan melibatkan suspek yang dikenali atau individu yang dipercayai mangsa daripada ahli keluarga, pengasuh sehingga kepada guru-guru di sekolah-sekolah.
Ancaman terbesar anak-anak kita hari ini bukan sahaja daripada orang asing di luar sana, tetapi datang daripada mereka yang memegang amanah, yang berada dalam lingkungan kepercayaan mangsa itu sendiri. Modus operandi pemangsa itu in group, ini berlaku dalam tempoh yang lama, secara halus dan selalunya melibatkan ramai mangsa yang sebelumnya kantoi dan terkantoi.
Datuk Yang di-Pertua, justeru saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan mekanisme pencegahan yang lebih menyeluruh selari dengan pindaan RUU ini khususnya dengan memperkukuhkan proses saringan latar belakang (background screening) dan semakan rekod bagi individu-individu yang bekerja atau berurusan secara langsung dengan kanak-kanak seperti guru-guru, pengasuh, jurulatih sukan, tenaga pengajar institut termasuk institusi agama dan petugas-petugas pusat jagaan kanak-kanak.
Langkah demikian penting kerana apabila lebih 80 peratus pelaku datang daripada lingkungan ini yang dipercayai mangsa, maka sistem perlindungan kita juga perlu memberi tumpuan kepada kelompok yang tersebut. Undang-undang yang baik bukan sekadar menghukum pesalah ataupun penjenayah yang melakukan jenayah, tetapi mestilah mampu menghalang pemangsa daripada mendapat akses kepada kanak-kanak sejak awal lagi. Prevention is better than cure, suatu ungkapan yang disebut-sebut dan merupakan ungkapan yang sangat-sangat popular.
Poin kedua yang saya nak bangkitkan ialah dalam seksyen 3, adakah mekanisme tangkapan dan ekstradisi kerajaan cukup proaktif? Pindaan fasal 2 melibatkan penggantian seksyen 3 yang meluaskan kuasa undang-undang kita di luar negara. Jika sebelum ini hanya terpakai kepada warganegara, kini merangkumi pemastautin tetap atau PR, pemastautin lazim dan mana-mana warga asing yang memangsa kanak-kanak warganegara atau pemastautin Malaysia.
Dan, langkah-langkah ini memang bagus, tetapi perlu juga diambil kira beberapa perkara untuk diambil perhatian. Soalan saya, bagaimana kerajaan mahu membawa penjenayah termasuk penjenayah-penjenayah siber warga asing ini ke mahkamah Malaysia? Meluaskan ruang kuasa undang-undang suatu hal, tetapi membawa pesalah dari luar negara masuk ke Malaysia untuk didakwa adalah satu cabaran yang saya kira sangat-sangat besar.
Adakah kerajaan sudah mempunyai perjanjian ekstradisi, perjanjian menyerah penjenayah yang kukuh dengan negara-negara di mana pemangsa siber ini sering bersembunyi? Yang berada di dalam negara pun sukar untuk dikesan, yang berada di luar negara ini berganda sukarnya untuk dikesan dan diekstradisikan. Kita mahu seksyen 3 yang baru ini sekadar— kita tidak mahu seksyen ini sekadar untuk menjadi undang-undang tapi kesukaran untuk melaksanakannya berada di hadapan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Namun, itu merupakan satu cabaran yang perlu diberikan dukungan sekuat- kuatnya, sesungguh-sungguhnya supaya mereka yang dimaksudkan ini tidak terus bebas dan suatu usaha yang sangat positif perlu diperkasakan. Maka orang-orang yang didakwa di luar sana ini, orang yang kena tuduh, belum lagi orang yang bersalah. Orang yang kena tuduh, belum tentu lagi bersalah. Maka kesukaran untuk mengekstradisi orang yang belum disahkan bersalah, mungkin menjadi satu tanda tanya yang perlu difikirkan lebih serius.
Perkara ketiga yang saya nak highlight-kan ialah isu beban pembuktian digital dan kekurangan kepakaran forensik. Apabila skop undang-undang diluaskan ke luar negara, cabaran terbesar dalam pendakwaan adalah beban pembuktian digital (digital burden of proof). Jenayah digital hari ini bukan sekadar menghantar gambar melalui e-mel. Dan tuan- tuan, lagi-lagi gambar bukan menjadi bahan yang cukup kukuh untuk setakat ini sebab pembuktian gambar boleh dieksploitasi dalam AI yang sangat-sangat berkembang.
Penjenayah siber menggunakan teknologi penyamaran identiti yang canggih seperti penukaran IP address secara rawak atau IP hopping, penggunaan rangkaian tidak berpusat, rangkaian gelap dan transaksi mata wang kripto yang sukar dikesan. Mengikut trend global, kes online grooming ataupun ugutan seksual ini kini banyak beralih ke aplikasi sembang yang mempunyai ciri penyulitan hujung ke hujung ataupun end-to-end encryption. Bahagian forensik digital tempatan seperti di CyberSecurity Malaysia dan PDRM D11 sentiasa bertungkus-lumus, tetapi kerisauan saya adalah keupayaan mereka untuk berhadapan dengan lambakan peranti digital yang perlu dianalisis bagi satu-satu kes domestik dan juga antarabangsa ini. Bayangkan beban kerja mereka apabila undang- undang ini dibuka kepada kes luar wilayah. Rantaian pemilikan bukti (chain of custody) digital di luar negara akan menjadi sangat rapuh dan mudah dicabar oleh peguam bela di mahkamah atas alasan integriti data yang dikemukakan.
Justeru, persoalan saya untuk Yang Berhormat Menteri, berapa jumlah pegawai forensik digital yang sedang berkhidmat di PDRM, CyberSecurity Malaysia dan agensi- agensi yang berkaitan ketika ini? Apakah mencukupi? Dan kalau perlu ditambah, berapa banyak ditambah dan juga implikasi kosnya yang ada? Adakah jumlah tersebut memadai untuk mengendalikan peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak yang kini semakin kompleks, yang kini semakin banyak dan lebih-lebih lagi apabila pindaan ini memperluaskan bidang kuasa hingga membabitkan dan melibatkan bukti digital di luar negara?
Selain itu, adakah kerajaan mempunyai sasaran untuk menambah bilangan pakar forensik digital, memperkukuhkan makmal forensik serta meningkatkan peruntukan kepada PDRM dan CyberSecurity Malaysia bagi memastikan bukti digital dapat diproses dengan tepat, dengan cepat tanpa menjejaskan kualiti siasatan?
Tambahan cadangan penambahbaikan saya ialah yang pertama, melatih pegawai penyiasat D11 PDRM dengan kemahiran lebih moden dan lebih ke depan. Yang kedua, pelaburan kuasa untuk memperolehi alat serta— pelaburan khusus untuk memperolehi alat serta perisikan forensik terkini gred antarabangsa, gred yang lebih ke depan supaya proses analisa bukti dapat dipercepatkan. Yang ketiga, minta izin setengah minit Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Ha, saya diam jer. Sebab tu saya dah tau dah...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Oh, diam maknanya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua
Akan lebih 9 minit punya.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Diam ertinya setuju tuan-tuan. Langkah ini saya nak sebut dari segi holistik. Saya baca tadi ayat al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran] Pencegahan yang disebut dalam al-Quran, langkah yang disebut dalam Quran itu, cegah itu lebih mendahului hukuman. Dalam bab ini, Allah sebut tadi, “Jangan Kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. Persoalan yang ada di hadapan kita, dorongan untuk berlakunya perlakuan zina, tambah-tambah eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak ini berlaku sangat berleluasa tanpa mampu dibendung. Sebelum ini kita bincang tentang jaringan jenayah siber dan jenayah siber ni, makin hari makin dahsyat dan bagaimana kita nak tangani pencegahan, dorongan terhadap jenayah siber yang berlaku, yang setiap hari bukan sekadar pakcik, tok ki, yang tua-tua ni terdorong akibat daripada pemaparan perlakuan dorongan seksual termasuk kanak-kanak dan siapa-siapa saja ni. Pakcik tua umur 80 pun menjadi kes.
Jadi oleh kerana itu, saya fikir, saya nampak dalam kes ini, mungkin dia lari daripada RUU ini, tapi kementerian harus ambil kira ini sebagai suatu perkara yang perlu sangat serius untuk dipandang supaya kita dapat menyekat, membendung.
Saya tengok kenapa ada sebahagian aplikasi di negara ini, di negara besar US, disekat di China. Ada aplikasi yang dibuat di US, disekat di Iran, tak mampu menguasai masuk ke negara Iran. Apakah ruang ini boleh diambil kira oleh kerajaan untuk membendung sekatan program memula langkah, menggerak semangat untuk perlakuan- perlakuan seksual ini?
Sebab ini disebut banyak jelas, secara sangat jelas oleh Ibnu Qasir yang menyebut larangan dekati zina itu lebih luas daripada larangan zina. Yang berlaku dalam siber ni, program untuk manusia, umat ini mendekati zina. Juga yang disebut oleh Qurtubi menghuraikan sekadar haram, bukan sekadar haramnya zina, tapi segala pendahuluan untuk berlakunya perlakuan. Dan siber adalah merupakan senjata ampuh musuh untuk berlakunya perkara ini. Saya rasa itu sahaja. Dah dilihat, walaupun tak larang, saya faham.
Saya berhenti di situ...
Timbalan Yang di-Pertua
Tak payah sebut, YB.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih atas ruangan.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya tengok jer, tak payah sebut pun.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya. Dan dengan ini, saya menyokong sekali lagi RUU ini. Wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Haji Hussin. Jangan takut Haji Hussin. Lepas ni boleh mencelah lagi. Jangan takut. Siapa-siapa bagi poin nanti, YB boleh mencelah. Ada peluang lain nak ketengahkan poin.
Sekarang saya jemput Senator Dr. Lingeshwaran.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Saya bangkit hari ini untuk menyatakan sokongan padu saya terhadap Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Usaha memperluaskan bidang kuasa extraterritorial ini adalah salah satu langkah moral yang wajib kita ambil. Di era digital dan dunia tanpa sempadan hari ini, pemangsa kanak-kanak tidak lagi mengenal pasport atau garis sempadan geografi.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada skandal Global Ikhwan Services and Business Holdings yang telah menggemparkan negara pada September 2024. Daripada pasar raya halal sehingga kepada buruh kanak-kanak paksa dan penderaan sexual systemic, kejatuhan GISB telah menggoncangkan negara sehingga ke terasnya— 41 laporan polis 13 tahun selepas amaran awal tentang skandal ini, 625 mangsa yang diselamatkan, skandal GISB bukan sekadar kisah sebuah kumpulan ajaran sesat. Ini adalah satu pendedahan jelas terhadap kegagalan sistemik yang amat parah.
Namun, sewaktu kerajaan menggunakan pendekatan tegas SOSMA untuk menahan pemimpin GISB, timbul satu pertikaian baru di mahkamah serta kebimbangan daripada pemantau hak asasi manusia iaitu tatkala tokoh utama berdepan dengan pertuduhan jenayah terancang, kelonggaran institut dan dalang peringkat bawahan yang membiarkan kezaliman ini berleluasa bertahun-tahun lamanya berisiko terlepas daripada hukuman yang setimpal. Bagaimana kita telah membiarkan sebuah empayar berjuta ringgit berselindung yang mengorbankan masa depan anak-anak kecilnya. Berapa kertas siasatan yang telah kita buka untuk kes ini?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Berapa kes skandal ini yang sedang dibicarakan di mahkamah? Berapa kanak- kanak yang telah dikenal pasti mengalami eksploitasi seksual untuk skandal ini? Sejauh mana RUU ini dapat mengelakkan skandal ini daripada berulang?
Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sendiri telah melihat kesan trauma fizikal dan psychological yang mendalam terhadap mangsa-mangsa eksploitasi seksual kanak-kanak. Oleh itu, hasrat kerajaan untuk memastikan tiada mana-mana warganegara, pemastautin tetap mahupun pemastautin lazim, kita terlepas daripada cengkaman keadilan apabila melakukan jenayah di luar wilayah adalah satu yang sangat progresif dan perlu dipuji.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini tentang tiga kelompongan yang perlu ditangani dengan serta-merta. Fokus pertama saya ialah berkaitan dengan kenyataan dalam RUU yang menegaskan bahawa rang undang- undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan tambahan.
Bagaimana kita mahu mengejar mangsa-mangsa— bagaimana kita mahu mengejar pemangsa kanak-kanak merentasi benua jika poket agensi penguat kuasa dibiarkan kosong? Undang-undang hebat memerlukan dana yang kuat, bukan sekadar janji di atas kertas.
Secara logik, perundangan dan operasi apabila kita meluaskan bidang kuasa kepada warga asing, pemastautin tetap dan pemastautin lazim di luar negara, beban kerja Polis Diraja Malaysia, khususnya Bahagian D11 akan meningkat secara mendadak. Kos mengekstradisi jenayah, kos mengurus saksi antarabangsa, kos penterjemahan dan kos risikan siber rentas sempadan bukanlah murah.
Jika kerajaan menyatakan tiada implikasi kewangan tambahan, saya bimbang pindaan ini akan tersangkut di peringkat operasi kerana bajet PDRM. Saya mohon penjelasan daripada kementerian, adakah terdapat komitmen untuk mewujudkan satu tabung bagi memastikan setiap laporan di luar negara dapat disiasat secara tuntas?
Datuk Yang di-Pertua, pindaan fasal 2, memasukkan fasa seseorang yang mempunyai pemastautin lazim di Malaysia atau habitual resident. Persoalannya, apakah takrifan tetap dibawa Akta 792 ini? Berapa lamakah tempoh masa seseorang warga asing atau individu tetap— individu luar dianggap lazim bermastautin di Malaysia? Adakah 60 hari? Adakah 183 hari? Kekaburan ini bahaya, penjenayah kolar putih atau pemangsa siber antarabangsa yang bijak undang-undang boleh mencabar technicality ini di mahkamah dan untuk melepaskan diri. Kita memerlukan interpretasi statutori yang jelas untuk mengelakkan kelompongan perundangan, legal loopholes. Bukan itu sahaja Datuk Yang di-Pertua, bagaimana nasib kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, stateless children di Malaysia? Jika seseorang kanak-kanak stateless yang dibesarkan di Malaysia dibawa ke luar negara dan dieksploitasi oleh warga asing, adakah mereka dilindungi di bawah pindaan ini? Berdasarkan draf RUU, perlindungan luar wilayah terhadap pelaku warga asing hanya terpakai jika mangsa itu adalah warganegara, PR atau habitual resident. Adakah kita sengaja membiarkan kanak-kanak stateless terdedah daripada diskriminasi perlindungan di luar negara? Saya mohon pencerahan.
Datuk Yang di-Pertua, sebagai seorang yang sentiasa menekan kepentingan digitalisasi dan integrasi sistem, saya melihat cabaran terbesar RUU ini adalah dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak digital, online grooming atau cyber- paedophilia. Penjenayah hari ini tidak perlu terbang ke luar negara, mereka hanya menggunakan pelayar atau server dengan izin, di luar negara. Mengubah IP address dan mengeksploitasi anak-anak kita dari bilik tidur mereka.
Semasa perbahasan di Dewan Rakyat, pihak kerajaan mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai kuasa mutlak atau— kuasa mutlak dan negara tempat kejadian mengelakkan bidang kuasa utama. Jika berlaku dilema, laporan berganda atau dual reporting, proses mutual legal assistant menerusi Jabatan Peguam Negara memakan masa bertahun-tahun disebabkan oleh birokrasi diplomatik.
Di alam siber, bukti digital boleh dipadam dalam masa sesaat, tetapi birokrasi undang-undang antarabangsa kita mengambil bertahun-tahun. Kita tidak boleh menentang penjenayah siber pada abad ke-21 dengan menggunakan sistem birokrasi abad ke-19.
Apakah kesiapsiagaan aset forensik siber PDRM D11 untuk mengesan data merentasi sempadan? Adakah kita mempunyai sistem amaran awal yang telah diintegrasi antara Jabatan Imigresen, INTERPOL dan PDRM untuk bagi memastikan penjenayah yang disiasat di luar negara tidak menjadikan Malaysia sebagai safe haven atau tempat persembunyian mereka?
Datuk Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mengulangi sokongan saya kepada RUU ini. Namun, demi memastikan undang-undang ini benar-benar bertaring dan melindungi masa depan anak-anak kita, saya mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan empat cadangan ini:
(i) mengkaji semula implikasi kewangan dan menyediakan peruntukan khas operasi kepada PDRM D11 untuk siasatan rentas sempadan;
(ii) mengeluarkan garis panduan SOP perundangan yang jelas bersama Jabatan Imigresen bagi mendefinisi terma habitual resident;
(iii) memperkasakan integrasi digital forensik siber antara PDRM, INTERPOL dan MCMC bagi pintas real-time jenayah seksual digital; dan
(iv) menempatkan pegawai atase PDRM D11 khusus di kedutaan- kedutaan Malaysia di negara berisiko tinggi bagi memintas birokrasi diplomatik yang meleret.
Anak-anak Malaysia tidak kira di mana mereka berada berhak mendapat perlindungan mutlak daripada kita. Jangan biarkan kelompongan pelaksanaan— jangan biarkan kelompongan pelaksanaan merampas keadilan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Dr. Lingesh.
Ada pertukaran sikit. Saya sekarang minta YB Rita Sarimah untuk berbahas.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Datuk Yang di-Pertua, dalam bidang perundangan terdapat satu ungkapan yang sering digunakan iaitu dengan izin, the long arm of the law. Ungkapan ini membawa maksud bahawa kuasa undang-undang dan penguatkuasaan mampu mencapai sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan walau sejauh mana mereka cuba melarikan diri, bersembunyi atau mengelakkan diri daripada tindakan pihak berkuasa.
Saya melihat pindaan kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak ini sebagai satu langkah yang menterjemahkan prinsip dengan izin, the long arm of the law. Prinsip ini menggambarkan bahawa kuasa undang-undang tidak seharusnya terhenti di sempadan negara, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Pendekatan ini menghantar mesej yang jelas bahawa pelaku tidak boleh menjadikan sempadan negara sebagai tempat berlindung atau mekanisme untuk mengelakkan keadilan.
Di mana sahaja jenayah itu dilakukan, jika undang-undang memperuntukkannya, pelaku tetap boleh dibawa ke muka keadilan.
Datuk Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini amat baik, saya ingin menegaskan bahawa pelaksanaannya bukanlah sesuatu yang mudah. Memberikan bidang kuasa extraterritorial hanyalah langkah pertama. Cabaran sebenar adalah memastikan kuasa tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Apabila kesalahan dilakukan di luar negara, proses penyiasatan dan pendakwaan akan menjadi jauh lebih kompleks. Pengumpulan, pemeliharaan dan pengendalian bahan bukti atau keterangan perlu mematuhi kehendak undang-undang Malaysia, di samping mengambil kira undang-undang negara tempat kesalahan itu berlaku.
Sebarang kelemahan atau kecuaian dalam rantaian pengendalian keterangan berisiko menjejaskan kebolehterimaan keterangan di mahkamah, sekali gus boleh menggagalkan pendakwaan. Selain itu, penguatkuasaan yang berkesan amat bergantung kepada kerjasama rentas sempadan. Malaysia perlu memperkukuh hubungan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang di negara-negara lain, termasuk memperluaskan rangkaian perjanjian ekstradisi dan perjanjian bantuan perundangan bersama dengan izin, mutual legal assistance.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Pada masa ini, Malaysia hanya mempunyai perjanjian ekstradisi dua hala dengan beberapa negara sahaja antaranya Australia, Amerika Syarikat, India, Indonesia, Thailand dan Hong Kong. Oleh itu, kerajaan wajar mempertimbangkan usaha memperluaskan rangkaian perjanjian ekstradisi serta perjanjian bantuan perundangan bersama dengan lebih banyak negara. Tanpa kerjasama sedemikian, kuasa undang-undang yang diperluaskan melalui pindaan ini mungkin sukar diterjemahkan kepada penguatkuasaan yang benar-benar berkesan.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengambil kira aspek perlindungan mangsa dan saksi. Apabila kes melibatkan beberapa bidang kuasa, tempoh penyiasatan dan pendakwaan lazimnya menjadi lebih panjang. Keadaan ini boleh membuka ruang kepada pelaku untuk mengugut, mempengaruhi atau menekan mangsa serta saksi agar menarik balik kerjasama atau mengubah keterangan mereka. Oleh itu, mekanisme perlindungan saksi dan sokongan kepada mangsa perlu diperkukuh seiring dengan perluasan bidang kuasa extraterritorial. Perkara yang ketiga, tadi dah disebut oleh Yang Berhormat Dr. Lingesh berkaitan dengan takrif pemastautin tetap dan permastautinan lazim. Saya faham mengapa ia nya tidak ditakrifkan di dalam rang undang-undang ini kerana jika ditakrifkan tempoh tertentu, besar kemungkinan pesalah laku nanti boleh memanipulasikan tempoh pemastautin mereka di sesuatu tempat dan biarlah kehakiman membuatkan satu dapatan berdasarkan konteks dan berdasarkan faktor-faktor bagi sesuatu kes. Jadi, ini juga memerlukan kesiapsiagaan pihak kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang melibatkan extraterritorial jurisdiction, dengan izin.
Justeru, kejayaan pindaan ini tidak boleh diukur hanya melalui kelulusan undang- undang semata-mata. Ia memerlukan kesiapsiagaan institusi, kerjasama antarabangsa yang kukuh, peningkatan kapasiti agensi penguatkuasaan serta komitmen berterusan untuk memastikan setiap kes dapat disiasat dan didakwa dengan berkesan demi menegakkan keadilan kepada mangsa.
Perkara yang ketiga Datuk Yang di-Pertua adalah satu persoalan kepada kementerian. Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan memberikan perlindungan terhadap pendakwaan berganda ataupun double jeopardy bagi kesalahan yang sama. Persoalan saya kepada kementerian ialah sama ada perlindungan tersebut terpakai apabila seorang telah melalui prosiding jenayah di negara asing bagi kesalahan terhadap mangsa yang sama.
Perkara 7(2) secara literal merujuk kepada keputusan mahkamah dalam konteks undang-undang Malaysia. Justeru, timbul isu sama ada sabitan oleh mahkamah asing mempunyai kesan menghalang pendakwaan di Malaysia. Terdapat sesetengah negara yang masih melakukan pendakwaan walaupun kes tersebut telah didakwakan, dikemukakan ataupun dah diputuskan di mahkamah asing.
United Kingdom secara tradisinya mengiktiraf prinsip dengan izin, double jeopardy, tetapi pendekatannya tidak semestinya memberikan pengiktirafan mutlak terhadap semua keputusan mahkamah asing. Dalam undang-undang UK, terdapat mekanisme tertentu yang membenarkan perbicaraan semula bagi kes serius dalam keadaan terhad.
Contohnya, apabila terdapat bukti baharu yang kuat, begitu juga di Amerika Syarikat. jadi, saya mohon penjelasan dari kementerian berkenaan dengan perkara ini.
Yang terakhir sekali Datuk Yang di-Pertua, saya melihat pindaan ini sebagai satu reformasi undang-undang yang signifikan. Reformasi bukan sekadar menggubal undang- undang baharu, tetapi juga memastikan undang-undang sentiasa relevan dengan perubahan zaman perkembangan teknologi dan corak jenayah yang semakin kompleks.
Pada masa lalu, bidang kuasa jenayah lazimnya terhad kepada kesalahan yang dilakukan dalam sempadan negara. Namun, dalam era digital hari ini jenayah seksual kanak-kanak tidak lagi mengenal sempadan. Pelaku boleh melakukan eksploitasi pemangsaan atau penyebaran bahan penderaan seksual dari satu negara terhadap mangsa di negara lain hanya melalui internet.
Justeru, pembaharuan ini merupakan satu reformasi yang tepat pada masanya.
Dengan memperkenalkan bidang kuasa extraterritorial, undang-undang Malaysia tidak lagi bersifat pasif atau terikat semata-mata kepada sempadan geografi sebaliknya undang- undang berkembang mengikut realiti semasa, memastikan tiada pelaku yang dapat mengambil kesempatan daripada jurang bidang kuasa antara negara untuk mengelakkan bertanggungjawaban.
Datuk Yang di-Pertua, apabila sesuatu pindaan jelas membawa kebaikan, memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak dan menutup ruang yang boleh dieksploitasi oleh penjenayah, maka menyokongnya bukan lagi satu pilihan, tetapi menjadi kewajipan moral dan tanggungjawab kenegaraan setiap ahli badan legislatif.
Atas pertimbangan tersebut, saya menyokong rang undang-undang ini dengan harapan pelaksanaannya kelak disokong oleh institusi yang cekap, kerjasama antarabangsa yang kukuh dan komitmen yang berterusan agar setiap kanak-kanak dapat menikmati perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Rita. Sekarang saya jemput Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana membuat pertimbangan dan memberi peluang kepada saya berbahas sebelum jam satu.
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin berkongsi rasa dan juga pengalaman seperti juga disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Lingesh tadi. Sebagai seorang doktor perubatan yang pernah sepanjang kerjaya klinikal saya berhadapan dengan kes-kes kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual. Pengalaman ini mengajar saya bahawa trauma yang dialami oleh kanak-kanak sebegini bukan sekadar isu perundangan, tetapi juga satu krisis kesihatan awam dan psikologi yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial mangsa.
Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya hasrat rang undang-undang ini untuk meminda seksyen 3 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 ataupun Akta 792 bagi meluaskan skop pemakaian luar wilayah akta ini. Pindaan ini adalah satu langkah yang wajar dan tepat pada masanya. Sebagaimana yang dijelaskan dalam huraian undang-undang ini, seksyen 3 sedia ada hanya memperuntukkan pemakaian luar wilayah bagi kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia di luar negara terhadap mana-mana kanak-kanak. Pindaan yang dicadangkan ini meluaskan skop tersebut kepada dua kategori tambahan yang sangat penting.
Yang pertamanya dari segi pesalah, skop diperluaskan untuk turut merangkumi pemastautin tetap Malaysia dan mereka yang mempunyai permastautinan lazim di Malaysia bukan sekadar warganegara sahaja.
Kedua, pada pandangan saya yang lebih signifikan rang undang-undang ini memperkenalkan satu asas baru bidang kuasa luar wilayah berdasarkan status semasa iaitu jika kanak-kanak yang menjadi mangsa itu seorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau mempunyai permastautinan lazim di Malaysia, kesalahan itu boleh diuruskan seolah-olah dilakukan di dalam negara Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan pesalah.
Ini bermakna buat pertama kalinya undang-undang kita memberi lebih keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak Malaysia di mana jua mereka berada berbanding hanya menyekat bidang kuasa berdasarkan kewarganegaraan pesalah semata-mata. Ini selari dengan prinsip the best interests of the child yang termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang mana Malaysia adalah negara pihak.
Walau bagaimanapun Datuk Yang di-Pertua, sokongan saya terhadap rang undang-undang ini tidak bermakna saya tidak mempunyai persoalan yang wajar dijawab oleh kementerian khususnya berkenaan pelaksanaan praktikal pindaan ini.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Pertama, dari segi keupayaan penguatkuasaan. Bagaimanakah pihak berkuasa Malaysia, khususnya polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengumpul keterangan bagi kesalahan yang dilakukan sepenuhnya di luar negara? Adakah terdapat mekanisme kerjasama undang-undang bersama yang mencukupi dengan negara-negara di mana, kesalahan sedemikian mungkin berlaku, terutamanya destinasi popular pelancongan seksual kanak-kanak?
Kedua, berkenaan takrifan permastautinan lazim. Rang undang-undang ini tidak mentakrifkan istilah ini secara khusus. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kayu ukur yang akan digunakan untuk menentukan status permastautinan lazim seseorang dan adakah ini akan diperjelaskan melalui peraturan-peraturan subsidiari?
Ketiga, yang penting dari sudut perspektif perubatan. Saya mohon kepastian apabila seorang kanak-kanak mangsa dibawa pulang ke Malaysia untuk tujuan siasatan dan pendakwaan, adakah terdapat protokol pemeriksaan forensik dan sokongan psikologi yang bersepadu bagi memastikan mangsa tidak mengalami trauma secondary, akibat proses perundangan yang berlarutan termasuk kelewatan disebabkan oleh proses luar wilayah ini?
Keempat, dari segi sumber dan latihan. Adakah pegawai penguat kuasa dan pendakwa raya kita telah dilengkapi dengan latihan khusus mengenai siasatan kes-kes rentas sempadan termasuk kerjasama dengan INTERPOL dan agensi antarabangsa seperti ICMEC— International Center for Missing and Exploited Children? Kelima, saya juga ingin bertanya tentang statistik semasa. Berapakah anggaran bilangan kes kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa kesalahan seksual di luar negara dan berapakah kes sebegini yang gagal didakwa akibat kelompongan bidang kuasa sebelum pindaan ini dibuat?
Datuk Yang di-Pertua, berdasarkan persoalan-persoalan yang dikemukakan tadi, saya ingin bertanya– saya ingin memberi beberapa cadangan dan pandangan:
Yang pertama, kementerian perlu mewujudkan prosedur operasi standard ataupun SOP khusus bagi siasatan dan pendakwaan kes-kes luar wilayah di bawah Akta 792, termasuk garis panduan kerjasama dengan misi diplomatik Malaysia di luar negara.
Yang kedua, saya mencadangkan agar peruntukan diperkukuhkan untuk memastikan setiap kanak-kanak mangsa yang terlibat dalam kes luar wilayah mendapat akses kepada pemeriksaan forensik bersepadu dan khidmat sokongan psikologi mengikut standard yang diamalkan di One-Stop Crisis Center (OCSCC) di hospital-hospital kerajaan tanpa mengira di mana kesalahan itu berlaku.
Ketiga, kerjasama antarabangsa perlu diperkukuhkan melalui perjanjian dua hala dan pelbagai hala berkenaan bantuan undang-undang bersama dan ekstradisi, khususnya dengan negara-negara yang menjadi destinasi utama pelancongan seksual kanak-kanak.
Keempat, saya mencadangkan usaha kesedaran awam diperhebatkan khususnya kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Malaysia yang menetap atau kerap melancong ke luar negara mengenai perlindungan yang kini diperluaskan di bawah akta ini.
Sebagai penutup Datuk Yang di-Pertua, sebagai seorang doktor sebelum ini dan sebagai seorang Ahli Dewan Negara, saya melihat rang undang-undang ini sebagai satu langkah yang betul ke arah memastikan tiada kanak-kanak Malaysia yang terkecuali daripada perlindungan undang-undang hanya kerana lokasi kejadian.
Namun, undang-undang yang baik mesti disertai pelaksanaan yang berkesan, termasuk sokongan perubatan dan psikologi yang menyeluruh kepada mangsa. Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Dr. Wan Martina. Sekarang, jam 12.44.
Pembahas seterusnya, Dato’ Salehuddin Saidin. Masa sembilan minit. Boleh ke Dato’ Salehuddin?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dah alang-alang 12.44 itu, lanjutkanlah sampai pukul 1 [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh ke Datuk Ahmad Ibrahim? Boleh. Datuk Ibrahim kata boleh.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Ahmad Ibrahim kata boleh. Jadi, macam itulah.
Sila bahas sampai jam 1 [Ketawa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator. Terima kasih YB Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya mulakan perbahasan saya dengan merujuk kepada satu kes yang pernah saya kendalikan 20 tahun yang lalu.
Seorang kanak-kanak berumur lima tahun. Beliau telah dikatakan, dilakukan amang seksual terhadap beliau oleh seorang penjaga di sebuah tadika. Penjaga ini seorang lelaki dan apabila lelaki tersebut dituduh dan diheret di mahkamah, kita ada satu sistem buat kali pertamanya diadakan perbicaraan in-camera, yang bermakna saksi kanak-kanak tersebut diletakkan dalam satu bilik dan menggunakan kamera untuk memberikan keterangan.
Isu dia, dalam kes ini, kita telah berjaya membuktikan bahawa si pelaku tersebut melakukan amang seksual. Cuma, pada satu ketika agak kritikal disebabkan oleh saksi yang merupakan saksi utama kepada kes ini, telah dihantar pulang ke negara asal di Indonesia. Persoalannya, bagaimana kita nak memanggil saksi Indonesia ini yang tinggalnya di Indonesia, tanpa menggunakan peruntukan undang-undang yang ketika itu tidak ada?
Kalau ada sekali pun, ia nya menyentuh tentang ekstradisi memanggil mereka yang dikatakan melakukan kesalahan, bukan saksi kepada sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan terhadap pesalah.
Jadi, isunya andai kata perkara ini tidak kita lihat pada masa sekarang ini, bermakna walaupun kita ada peruntukan yang menyatakan bahawa seseorang yang dituduh walaupun dia telah lari ke luar negara, dia masih boleh dipanggil, tetapi kalau kita tidak menyentuh juga isu berkaitan dengan saksi yang boleh membuktikan kes sebagai bukti sokongan, maka niat asal untuk kita wujudkan akta ini tidak akan tercapai, sebab itulah perkara pokok dia.
Dan akhirnya, kes tersebut walaupun dah tiga kali dibawa ke peringkat rayuan, walaupun isu kritikalnya berkaitan dengan corroboration, iaitu keterangan sokongan tidak ada, namun mahkamah berpegang kepada keterangan anak kecil ini tadi untuk mensabitkan tertuduh. Itu nasibnya baik menyebelahi dia.
Now, balik kepada senario sekarang ini. Kita ada satu peruntukan undang-undang yang di bawah Akta 792 ini. Kita nak bawa satu peruntukan pembaharuan yang mana membolehkan kita ini menuduh dan membawa balik mereka yang melakukan kesalahan sama ada di luar negara ataupun mereka yang lakukan kesalahan di negara kita, tetapi mereka telah keluar berhijrah ke negara mereka.
Persoalannya sekarang, bagaimana dan sejauh manakah pihak kerajaan memikirkan tentang keberkesanan pindaan yang dibawa kepada akta berkaitan dengan seksual ini? Apakah tindakan yang boleh kita ambil bagi memperkemaskan peruntukan ini?
Kita tahu tadi, YB Martina juga telah bincangkan tentang extradition treaty. Kita mesti ada MLA— Mutual Legal Assistance dan sebagainya, tetapi semua ini adalah merupakan satu peruntukan yang memang boleh ada dan sepatutnya ada, tetapi kalaupun kita ada MLA dengan sesuatu negara, walaupun kita ada extradition treaty bersama dengan negara lain, perlu kita ingat bahawa kalau sekiranya peruntukan di sesebuah negara lain tersebut, peruntukannya tidak menyatakan bahawa ia menjadi satu kesalahan bagi sesuatu sexual offenses, contohnya liwat. Kalau mungkin di Malaysia, liwat adalah satu kesalahan, tetapi di luar negara, di Australia umpamanya, liwat bukan menjadi satu kesalahan.
Jadi, kalau sekiranya kita nak memanggil perpretrator ataupun mereka yang melakukan kesalahan itu berhijrah ke luar negara, kita nak extract dia balik, kalau sekiranya di negara yang di mana di tempat tersebut tidak ada kesalahan liwat sebagai satu kesalahan, maka kita tak boleh bawa dia balik ke negara kita.
Jadi, ini fit the very purpose of the intentions of the Parliament, dengan izin. Jadi, oleh itu, bagaimanakah mekanisme yang kita nak perlu fikirkan? Adakah perlu kita juga membuat satu perjanjian bersama dengan negara luar untuk juga memasukkan bahawa andai kata tiada peruntukan yang sama, yang dikatakan itu boleh melakukan satu kesalahan, boleh tak kita ini imposed juga negara tersebut untuk bawa pesalah ini balik ke negara Malaysia?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ini adalah satu perkara yang saya rasa perlukan pihak Kementerian Luar Negeri, pihak kementerian undang-undang membincangkan isu dengan negara-negara yang kita adakan triti bersama supaya apa sahaja peruntukan yang kita nak masukkan ini menjadi berkesan dan efektif.
Seterusnya, Datuk Yang di-Pertua, berkaitan dengan keterangan yang kita katakan bahawa berada di luar negara. Kita banyak berlaku― isu yang sekarang ini berlaku adalah melibatkan kesalahan melibatkan online. Apabila seseorang― contohnya, dalam kes yang melibatkan sexual grooming. Sexual grooming ini, untuk makluman semua, ini adalah berkaitan dengan perlakuan oleh seorang pesalah, mereka cuba untuk memujuk mangsa untuk berjinak-jinak untuk akhirnya melakukan satu kesalahan seks.
Now, andai kata kalau sekiranya seseorang pelaku tersebut berada di luar negara menggunakan online, digital untuk melakukan sexual grooming terhadap mangsa yang di negara kita ini, bagaimana caranya untuk kita bawa keterangan tersebut ke mahkamah di Malaysia? Andai kata― sekarang ini, kita tahu ada AI. Bila AI, dia katakan bila seseorang dituduh mengatakan bahawa kamu punya imej keluar menunjukkan kamu sedang melakukan sexual grooming terhadap tertuduh, tetapi mahkamah mengatakan bahawa, “Oh, tidak boleh. Sebab ada isu tentang AI, prosecution kena proof bahawa ini bukan satu imej yang fake.” Inilah berbalik kepada soalan mereka mengatakan bahawa SOP, tetapi dari segi sudut undang-undang, dia bukan SOP. Daripada sudut undang-undang, adakah pihak kementerian telah memikirkan untuk juga meminda Kanun Prosedur Jenayah? Yang mana, Kanun Prosedur Jenayah ini meletakkan prosedur berkaitan dengan bagaimana kita nak buktikan sesuatu kes di mahkamah.
Contohnya, berkaitan dengan beban pembuktian, standard of proving. Bila kita kata standard of proving, honest is always on the prosecution ataupun bebannya balik kepada pihak prosecution untuk membuktikan bahawa imej tersebut adalah genuine. Boleh tak kita kemudiannya sekarang ini kita pinda pula bahawa honest is on the other side? Honest is on the perpetrator untuk mengatakan bahawa that image adalah fake. Instead of kita mengatakan bahawa ia genuine, kita letakkan honest ini kepada pihak sana untuk mengatakan bahawa that image were actually fake, it is an AI punya imej.
Jadi, dalam keadaan sedemikian, kita ringankan sikit beban kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa seseorang ataupun pelaku tersebut melakukan satu kesalahan tanpa kita perlu membawa segala elemen-elemen membuktikan bahawa imej tersebut adalah genuine. Sebabnya, ia agak sukar kalau prosecution were to do that.
Jadi, dengan itu, Datuk Yang di-Pertua, saya menyeru dan memohon kepada pihak pendakwaan, pihak kementerian, adakah pihak kementerian memikirkan kaedah untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah ini supaya kita perkemaskan prosedur? Supaya pihak pendakwaan diringankan beban mereka untuk membuktikan pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan melalui online ini dan mereka juga yang berada di luar negara, kesukaran kita untuk mendapatkan keterangan daripada mereka yang berada di luar negara ini.
Ada 16 minit lagi— 16 saat...
Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub
Yang di-Pertua, boleh mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Siapa dia? Sila.
Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub
Terima kasih, Dato’ Seri. Cuma saya nak minta pandangan Dato’ Seri. Bagaimanakah kalau dalam block chain evidence itu terdapat metadatanya di pelbagai jurisdiction?
Contoh, saya sendiri terlibat dengan membawa peguam yang mengadili pasangan Malaysia di Sweden pada 2014. Nak bawa peguam sahaja, bukan nak bawa balik keluarga kita itu. Metadata, pangkalannya di Ireland, contoh, tetapi server-nya di Amerika dan bahagian-bahagian lain itu, paling dekat, dengan negara jiran di Singapore. Adakah Dato’ Seri mengkaji bahagian ini untuk kita bantu kerajaan? Terima kasih, Dato’.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dari segi mendapatkan keterangan berkaitan dengan— keterangan ini dia ada dua. Satu, keterangan sama ada melalui saksi sendiri ataupun keterangan melalui equipment digital, segala equipment yang berkaitan dengan kesalahan. Ini tidak termaktub di bawah jurisdictional gap. Bermaknanya, di bawah dari segi undang-undang, memang kita boleh mendapat bantuan daripada negara luar yang mana dikatakan server-nya berada di luar negara. Kita boleh minta bantuan daripada pihak sana untuk memanggil, membawa pulang keterangan tersebut. Sebab, dia tidak melibatkan saksi, dia tidak melibatkan tertuduh.
Yang kita bimbangkan sekarang ini adalah apabila melibatkan tertuduh dan juga melibatkan saksi. Kesukaran kita memanggil saksi tersebut kerana perlu mendapat persetujuan daripada negara luar, tetapi kalau equipment kalau sekiranya digital, server dan sebagainya, memang tiada masalah untuk kita mendapatkan bantuan daripada negara, walaupun kesalahan itu melibatkan banyak negara. Tiada masalah untuk memperoleh keterangan sedemikian.
Begitu ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya pula menjawab bagi pihak Timbalan Menteri...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Salehuddin memang ada understanding nak jawab soalan itu, tetapi...
[Ketawa] Amat menarik. Pakar undang-undang kita berbahas dalam hal ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Seterusnya, saya ingin bertanyakan beberapa persoalan. Isu ini banyak sebenarnya dalam hal ini, tetapi masa tidak mengizinkan, tetapi saya ingin juga mendapatkan sedikit maklumat daripada pihak kementerian. Apabila pihak kementerian, pihak kerajaan berhasrat untuk meminda, untuk melebarkan sayapnya supaya kita dapat menangani isu-isu mereka di luar sempadan, adakah kita pernah mendapatkan statistik berkaitan dengan berapa orang kah orang luar ini yang bukan warganegara Malaysia ini yang telah terbabit dalam kes-kes yang melibatkan sexual grooming ini?
Sebab, sexual grooming ini saya tahu bahawa ia telah mencapai satu rekod yang begitu tinggi yang berada di luar negara― dia tak payah jauh pun, di Thailand, di Indonesia dan di Singapore― terhadap mangsa-mangsanya di Malaysia ini. Jadi, sejauh manakah kita telah berjaya menangkap ataupun membawa mereka yang terlibat ini ke muka pengadilan dan sejauh manakah mahkamah bersedia untuk mensabitkan mereka ini?
Adakah kita ada statistik yang menunjukkan the rate of conviction, rate of charge terhadap pesalah-pesalah ini? Mungkin pihak Yang Berhormat Menteri dapat memberikan pencerahan kepada kami di sini.
Dan begitu juga dengan isu yang berkaitan dengan pesalah yang memang ada series of conviction berkaitan dengan seksual terhadap kanak-kanak ini. Sebab, dia melibatkan warganegara Malaysia, dia juga melibatkan warganegara asing. Dan apabila― contohnya, warganegara Malaysia ini yang pernah terlibat dan convicted atas kesalahan seksual, mereka ke luar negara. Adakah kita mempunyai mekanisme untuk memantau mereka ini? Supaya bila mereka ke luar negara, mereka berhasrat untuk melakukan satu kesalahan melibatkan kanak-kanak di Malaysia, mereka beroperasi pula dari luar negara.
Jadi, kalau kita ada trend pesalah yang pernah disabitkan ataupun pesalah yang telah dituduh, tetapi masih bebas atas jaminan, adakah kita punyai mekanisme untuk memantau pergerakan mereka? Kalau kita ada mekanisme untuk memantau pergerakan mereka, kita tahu mereka di mana dan kita akan perhatikan gerak langkah mereka supaya mereka tidak berterusan melakukan jenayah ini.
Begitu juga dengan mereka yang bukan warganegara. Mereka-mereka keluar ke negara mereka dan mereka akan kembali ke negara kita, adakah kita pantau kegiatan mereka, pergerakan mereka? Supaya mereka ini dapat kita banteras daripada terus melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Ini pandangan saya dan mohon pencerahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Saya rasa itu sahaja yang sempat saya hujahkan, bahaskan...
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Salehuddin ada lagi 30 saat.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Ada apa-apa lagi nak cakap?
[Ketawa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
30 saat itu sempat pantun sahaja, tetapi pantun pun tak siap lagi...
[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Kalau sebelum itu, saya mohon juga pihak kementerian apabila meminda peruntukan asas ini perlulah juga dilihat kepada pemindaan terhadap CPC iaitu Kanun Prosedur Jenayah dan juga Akta Keterangan yang melibatkan admissibility dan juga relevansi sesuatu keterangan untuk dimasukkan di mahkamah sebagai satu keterangan corroboration ataupun sokongan, dengan izin. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Dato’. Memandangkan masa nak sampai pukul 1 ini, saya nak maklumkan bahawa Dato’ Ahmad Ibrahim akan sambung semula perbahasan jam 2.30 petang nanti ya.
Pukul 1 tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua
[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan menyambung semula perbahasan ke atas Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Jadi sekarang, mengikut senarai yang ada pada saya adalah giliran Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad untuk berbahas dan sepertimana yang telah ditetapkan terdahulu daripada ini, tempoh yang diberi kepada seseorang pembahas adalah sembilan minit sahaja. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Yang di-Pertua.
Burung Kenyalang megah terbang, Tinggi melayang di angkasa raya; Dewan bersidang penuh timbang, Demi anak bangsa dan masa depannya. Terima kasih sekali lagi Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Yang di-Pertua dan rakan- rakan Ahli Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, segulai sejalai.
Bismillahirrahmanirrahim. Tiada seorang pun dalam Dewan yang akan mempertikaikan bahawa keselamatan dan kebajikan kanak-kanak mesti menjadi keutamaan negara. Kanak-kanak bukan sahaja merupakan aset negara, malah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua untuk dipelihara dan dilindungi. Jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara jenayah yang paling kejam kerana kesannya tidak hanya mencederakan tubuh badan mangsa, malah meninggalkan trauma emosi, psikologi dan sosial yang boleh menghantui mereka sepanjang hayat.
Luka fizikal mungkin sembuh tetapi luka pada jiwa seorang kanak-kanak boleh kekal selama bertahun-tahun, malah sehingga mereka dewasa. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai penggubal undang-undang untuk memastikan sistem perundangan negara sentiasa mampu memberikan perlindungan yang terbaik kepada mereka.
Yang di-Pertua, hari ini, bentuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak juga telah berubah dengan begitu pantas. Bukan lagi sekadar berlaku di kawasan kejiranan atau melibatkan individu yang dikenali mangsa. Hari ini, seorang pemangsa boleh mendekati mangsa melalui media sosial, melalui permainan dalam talian, melalui aplikasi pesanan segera, malah melalui platform yang menggunakan psikologi penyulitan atau encryption.
Pelaku mungkin berada beribu-ribu kilometer jauhnya, sedangkan mangsa berada di Malaysia.
Dalam keadaan seperti ini, sempadan negara tidak lagi menjadi penghalang kepada penjenayah. Maka, undang-undang juga tidak boleh lagi dibatasi oleh cara pemikiran lama.
Ia mesti berkembang seiring dengan perubahan bentuk jenayah yang semakin kompleks.
Yang di-Pertua, pindaan yang dibawa melalui RUU ini kelihatan ringkas, namun implikasinya amat besar.
Inti patinya ialah pindaan kepada seksyen 3, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperluaskan pemakaian luar wilayah atau extraterritorial jurisdiction. Melalui pindaan ini, pemakaian akta bukan lagi terhad kepada warganegara Malaysia semata-mata. Ia turut meliputi pemastautin tetap serta individu yang lazim bermastautin di Malaysia.
Pada masa yang sama, perlindungan juga diperluaskan kepada kanak-kanak yang mempunyai hubungan sedemikian dengan Malaysia. Saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah yang tepat dan sangat diperlukan. Ia memperlihatkan bahawa Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana individu melepaskan diri daripada tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara.
Yang di-Pertua, pindaan ini juga menegaskan satu prinsip undang-undang yang amat penting. Seseorang tidak boleh mengelakkan tanggungjawab jenayah hanya dengan melintasi sempadan negara. Dalam dunia hari ini, sempadan geografi semakin kabur, pergerakan manusia semakin mudah. Komunikasi berlaku secara masa nyata, transaksi kewangan dilakukan secara digital, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku walaupun pelaku dan mangsa berada di negara yang berbeza. Atas sebab itulah, undang-undang juga mesti berkembang mengikut realiti semasa. Kita tidak boleh membiarkan penjenayah sentiasa berada selangkah di hadapan, sedangkan undang- undang sentiasa mengejar di belakang.
Pindaan ini menghantar mesej yang jelas bahawa Malaysia bukan tempat perlindungan bagi mana-mana pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Yang di- Pertua, walau bagaimanapun, saya juga ingin menegaskan bahawa pindaan ini hanyalah permulaan. Kejayaannya tidak hanya bergantung kepada apa yang tertulis di dalam undang-undang, sebaliknya ia bergantung kepada bagaimana undang-undang itu dilaksanakan. Cabaran pertama ialah kerjasama rentas sempadan. Kita boleh mempunyai undang-undang yang paling baik sekali pun, namun sekiranya bukti berada di luar negara, saksi berada di negara lain atau pelaku berada di luar bidang kuasa kita, proses pendakwaan akan menjadi jauh lebih mencabar.
Oleh sebab itu, bidang kuasa luar wilayah mesti disokong oleh kerjasama antarabangsa yang kukuh. Saya berharap kerajaan akan terus memperkukuhkan kerjasama melalui INTERPOL, ASEANAPOL, mekanisme mutual legal assistance serta proses ekstradisi apabila diperlukan. Kerjasama ini penting bagi membolehkan pertukaran maklumat perkongsian bukti digital, pengesanan suspek serta penyelarasan siasatan antara negara.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Tanpa kerjasama sedemikian, bidang kuasa yang diperluaskan ini mungkin sukar dilaksanakan secara efektif. Yang di-Pertua, cabaran kedua ialah keupayaan forensik digital. Hari ini hampir setiap siasatan berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak mempunyai elemen digital. Mangsa didekati melalui media sosial. Proses grooming berlaku melalui aplikasi pesanan, rakaman serta bahan eksploitasi disimpan di dalam cloud storage, pelaku pula menggunakan akaun palsu, teknologi penyulitan, mutual private network dan pelbagai kaedah bagi menyembunyikan identiti mereka.
Semua ini memerlukan penyiasat yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang forensik digital. Mereka perlu mampu mengesan bukti elektronik, mengekstrak data daripada peranti digital, menganalisis meta data dan mengesan jejak digital yang ditinggalkan oleh pelaku.
Justeru, saya berharap kerajaan akan terus memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi memperkukuhkan keupayaan forensik digital negara melalui latihan berterusan, pembangunan kepakaran serta perolehan teknologi yang bersesuaian. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu memperkukuhkan kerjasama dengan syarikat teknologi dan penyedia platform digital supaya proses mendapatkan bukti elektronik dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan selaras dengan kehendak undang-undang serta prinsip perlindungan data.
Yang di-Pertua, undang-undang yang baik mestilah disokong oleh keupayaan penguatkuasaan yang sama baik. Undang-undang ini penting. Tanpa keupayaan tersebut, undang-undang yang kita luluskan hari ini tidak akan dapat mencapai matlamat yang kita hasratkan.
Yang di-Pertua, selain daripada penguatkuasaan, kita juga tidak boleh melupakan satu lagi aspek yang amat penting iaitu pemilihan mangsa. [Menunjuk isyarat tangan meminta tambahan masa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Boleh, silakan.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih. Dalam membahaskan sesuatu RUU, kita sering memberi tumpuan kepada pesalah. Bagaimana mereka disiasat, didakwa dan dihukum. Namun, di sebalik di setiap kes, terdapat seorang kanak-kanak yang hidupnya telah berubah. Ada yang kehilangan keyakinan diri, ada yang mengalami trauma sehingga sukar untuk kembali ke sekolah, ada yang berhadapan dengan tekanan emosi, kemurungan dan gangguan kebimbangan yang boleh berlarutan hingga dewasa.
Justeru, keadilan pada mangsa tidak seharusnya berakhir selepas sabitan di mahkamah sahaja. Mangsa memerlukan sokongan yang menyeluruh. Mereka memerlukan rawatan psikologi dan psikatri apabila diperlukan. Mereka memerlukan kaunseling yang berterusan. Mereka memerlukan perlindungan identiti supaya tidak menjadi mangsa buat kali kedua akibat penyebaran maklumat atau stigma masyarakat. Mereka juga memerlukan sokongan pendidikan agar masa depan mereka tidak terjejas hanya kerana jenayah yang dilakukan oleh orang lain.
Saya berharap, kerajaan akan terus memperkukuhkan peranan pusat sehenti atau one stop crisis centre memperluaskan akses kepada kaunselor, pegawai kebajikan dan pakar psikologi serta memastikan bantuan yang diberikan benar-benar berpusat kepada keperluan mangsa dan keluarga mereka. Akhirnya, matlamat kita bukan sekadar menghukumkan pesalah, matlamat kita ialah membantu mangsa bangkit semula dan meneruskan kehidupan mereka dengan penuh bermaruah.
Saya ada tiga pages lagi. Saya skip. Yang di-Pertua, pada akhirnya RUU yang kita bahaskan hari ini bukan sekadar mengenal perluasan, bidang kuasa mahkamah atau pindaan kepada satu seksyen undang-undang. Ia mencerminkan nilai yang kita pegang sebagai sebuah negara bahawa setiap kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan selamat, bahawa setiap kanak-kanak berhak menikmati zaman kanak-kanak yang bebas daripada ketakutan dan eksploitasi, bahawa tiada sesiapa walau di mana sekalipun mereka berada, boleh melarikan diri daripada bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak.
Saya percaya pindaan ini menghantar mesej yang jelas. Malaysia tidak akan berkompromi dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana pelaku dan Malaysia akan terus memperkukuhkan sistem perundangannya agar sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Namun demikian, kejayaan pindaan ini tidak akan diukur semata-mata melalui bilangan pendakwaan atau sabitan yang dicapai.
Kejayaan sebenar ialah apabila semakin sedikit kanak-kanak menjadi mangsa, apabila ibu bapa semakin yakin bahawa anak-anak mereka dilindungi, apabila masyarakat lebih peka untuk melaporkan jenayah, apabila mangsa benar-benar mendapat keadilan serta peluang untuk membina semula kehidupan mereka. Itulah ukuran sebenar sebuah negara yang bertamadun. Itulah ukuran sebenar sebuah masyarakat yang meletakkan kepentingan kanak-kanak sebagai keutamaan.
Yang di-Pertua, saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih, Yang Berhormat.
Seterusnya saya mempersilakan Tuan Pele Peter Tinggom.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026.
Yang di-Pertua, RUU ini seperti yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, secara dasarnya boleh memperkukuhkan perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual. Ini adalah kerana kebelakangan ini peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak secara dalam talian termasuk online grooming, keganasan seksual, sextortion, dengan izin, dan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak semakin meningkat.
Yang di-Pertua, RUU ini juga sebagai pelengkap kepada undang-undang atau akta- akta yang berkaitan yang sedia ada, selari dengan perkembangan teknologi digital termasuk jenayah seksual yang dilakukan melalui media sosial, aplikasi pesanan dan platform dalam talian, khususnya apabila kesalahan dilakukan di luar wilayah.
Ini direalisasikan dengan membentangkan RUU ini dengan menggantikan seksyen 3, Akta 792 yang sedia ada. RUU ini diharap sekiranya diluluskan di Dewan yang mulia ini, dapat memberikan kesan pencegahan deterrence, dengan izin, yang lebih tinggi terhadap pelaku jenayah seksual yang bukan saja merupakan seorang warga Malaysia tetapi termasuk seorang pemastautin tetap Malaysia atau yang mempunyai pemastautin lazimnya di Malaysia. RUU ini juga membuktikan komitmen Malaysia terhadap pematuhan piawaian antarabangsa mengenai hak dan perlindungan kanak-kanak.
Yang di-Pertua, walaupun demikian, kerajaan melalui RUU ini harus menyelesaikan kesukaran mengesan penjenayah yang menggunakan identiti palsu, akaun tanpa nama dan teknologi penyulitan dan cabaran mendapatkan bukti digital yang sah untuk tujuan pendakwaan. Ini sudah pasti disebabkan agensi yang berkaitan kekurangan kepakaran forensik digital dan pegawai yang terlatih dalam mengendalikan kes jenayah seksual siber.
Kerajaan harus mengambil perhatian yang serius berkenaan dengan kekurangan pakar dan pegawai yang terlatih ini nanti. Saya cadangkan kerajaan mempertingkatkan keupayaan forensik digital dan latihan khusus bukan saja di pihak kementerian tetapi juga kepada pihak PDRM, pendakwa raya dan pegawai penyiasat.
Dua, sekiranya seorang yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang di negara ini, di luar negara atas kesalahan bukan jenayah siber yang tidak memerlukan pakar forensik tidak dapat dikesan dan tidak dapat dibawa ke muka pengadilan, apakah jaminan daripada kerajaan pindaan kepada seksyen 3 ini berkesan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
Tuan Pele Peter Tinggom
Kes yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan penjenayah terkemuka Jho Low yang pernah secara tidak langsung melumpuhkan ekonomi dan imej sebuah kerajaan yang berdaulat beberapa tahun yang lalu. Perkara yang ketiga adalah saya ingin kerajaan mempertimbangkan supaya memperkukuhkan lagi akta ini supaya adanya seksyen yang baharu, di mana ibu bapa atau penjaga sama-sama diberi tanggungjawab untuk memastikan anak-anak di bawah 15 tahun tidak dibenarkan mempunyai akses kepada hand phone atau telefon bimbit tanpa kebenaran ibu bapa.
Pindaan boleh dibuat, khususnya untuk melindungi kanak-kanak di bawah akta ini dengan bertindak proaktif. Sekiranya kementerian yang sama-sama bertanggungjawab mengambil masa yang sangat lama mengkaji perkara ini— baru tiga hari yang lepas, Parlimen di Perancis meluluskan undang-undang mengehadkan umur penggunaan telefon bimbit bagi kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga harus memperkukuhkan kerjasama antara polis, pendakwa raya, penyedia platform digital, kerajaan dan agensi antarabangsa. Ini dibuktikan apabila beberapa kes yang berkaitan seperti membawa balik Sairul Azhar dari Australia tidak berjaya setakat ini dan Jho Low belum lagi dikesan sampai ke hari ini.
Yang di-Pertua, kerajaan harus memperkenalkan peruntukan yang lebih khusus berkaitan dengan grooming, sextortion, dengan izin, penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej atau video eksploitasi seksual kanak-kanak serta teknologi deepfake, meningkatkan hukuman kepada pesalah berulang dan sindiket eksploitasi seksual kanak-kanak. Ini sebagai pelengkap kepada Akta Jenayah Siber 2026 yang baharu sahaja diluluskan di Dewan yang mulia ini pada tiga hari yang lepas.
Saya ingin cadangkan supaya akta ini menambah seksyen khusus bagi memperkukuhkan mekanisme perlindungan identiti mangsa serta menyediakan sokongan psikologi, kaunseling dan bantuan guaman. Saya ingin cadangkan juga supaya akta ini menambah seksyen yang khusus, mewajibkan penyedia platform digital mengambil tindakan pantas untuk memadam kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Seterusnya saya memohon supaya kerajaan memperluaskan Program Pendidikan Keselamatan Siber dan Literasi Digital kepada murid, ibu bapa dan guru di sekolah dan juga mengukuhkan perkongsian maklumat serta kerjasama rentas sempadan bagi membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang melibatkan rangkaian antarabangsa.
Yang di-Pertua, merujuk kembali kepada RUU ini iaitu berkenaan dengan seksyen 3. Seksyen 3 yang baru ini tidak mentakrifkan pemastautin tetap dan pemastautin lazim.
Kita mohon perkara ini ditentukan oleh akta ini. Janganlah membiarkan mahkamah menentukan perkara yang boleh ditetapkan oleh akta itu sendiri.
Yang di-Pertua, kesimpulannya RUU Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 merupakan pindaan yang amat penting bagi memastikan undang-undang negara kekal relevan dalam menghadapi ancaman jenayah seksual moden, khususnya yang melibatkan teknologi digital. Walau bagaimanapun, keberkesanan akta ini bergantung bukan sahaja kepada hukuman yang lebih tegas, tetapi juga kepada penguatkuasaan yang cekap, pendidikan awam, sokongan kepada mangsa serta kerjasama erat antara kerajaan, penyedia platform digital dan masyarakat.
Yang di-Pertua, dengan hujah saya tadi, saya sesama menyokong RUU ini. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pele.
Selanjutnya, saya mempersilakan Senator Dato’ Sri Mohamad Zaini, 9 minit.
Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Saya bangun bagi menyokong Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 yang dibentangkan oleh kerajaan pagi tadi. Rang undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Rakyat dan antara pindaan utamanya ialah memperluaskan bidang kuasa Akta 792 supaya kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan di luar negara oleh individu yang mempunyai kaitan dengan Malaysia tetap boleh diambil tindakan undang-undang.
Yang di-Pertua, kanak-kanak adalah amanah Allah SWT. Aset paling berharga kepada negara. Mereka berhak membesar dalam suasana yang selamat, bebas daripada eksploitasi, penderaan dan jenayah seksual. Namun realitinya, jenayah seksual terhadap kanak-kanak kini semakin kompleks. Ancaman bukan sahaja berlaku secara fizikal, malah melalui media sosial, aplikasi komunikasi, permainan dalam talian serta penggunaan teknologi kecerdasan ataupun AI. Penjenayah tidak lagi mengenal sempadan negara. Oleh sebab itu, saya menyambut baik pindaan yang memperluaskan pemakaian luar wilayah kerana ia menutup ruang kepada pelaku daripada terlepas hanya kerana jenayah dilakukan di luar Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Pertama, dari aspek pencegahan mesti diperkasakan, undang-undang yang tegas penting tetapi lebih penting ialah memastikan jenayah ini tidak berlaku. Saya mencadangkan supaya pendidikan keselamatan diri dan keselamatan digital diperkukuhkan di sekolah-sekolah. Kanak-kanak perlu diajar mengenali grooming, ancaman dalam talian dan cara melaporkan sebarang gangguan.
Kedua, ibu bapa juga perlu diberikan pendidikan. Ramai ibu bapa masih kurang memahami bahaya dunia digital. Mereka perlu didedahkan melalui pemantauan penggunaan internet, media sosial dan permainan dalam talian agar anak-anak sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat.
Ketiga, saya berharap sesama di antara pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi antarabangsa diperkukuhkan bagi membanteras rangkaian eksploitasi rentas sempadan.
Yang di-Pertua, mangsa jenayah seksual bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal malah trauma boleh berpanjang sehingga dewasa. Justeru itu, saya mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan perkhidmatan sokongan psikologi, kaunseling, rawatan kesihatan mental dan bantuan guaman kepada mangsa serta keluarga mereka. Selain itu, saya berharap proses siasatan dan pendakwaan dapat dipercepatkan supaya mangsa tidak terus menanggung tekanan akibat proses perundangan yang terlalu lama.
Yang di-Pertua, saya juga ingin untuk mencadangkan supaya kerajaan meneliti serta mewajibkan semakan latar belakang bagi individu yang bekerja atau menjadi sukarelawan dalam sektor melibatkan kanak-kanak seperti sekolah, taska, pusat jagaan, rumah kebajikan dan akademi sukan. Langkah ini turut dibangkitkan semasa perbahasan di Dewan Rakyat sebagai usaha mencegah yang lebih menyeluruh.
Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh
Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan saya untuk mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan hukuman yang lebih tegas dan maksimum terhadap pesalah kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi tempoh penderaan ataupun kadar denda selaras dengan peruntukan undang-undang.
Jenayah ini bukan satu kesalahan yang jenayah biasa tetapi merupakan pengkhianatan terhadap masa depan seorang kanak-kanak. Kesan trauma yang dialami oleh mangsa boleh berpanjangan sehingga dewasa, menjejaskan emosi pendidikan, hubungan sosial dan kehidupan mereka secara keseluruhannya. Pada masa yang sama, ibu bapa serta ahli keluarga turut menanggung penderitaan, tekanan emosi dan beban psikologi yang amat berat.
Oleh itu, hukuman yang berat bukan sahaja memberikan keadilan kepada mangsa malah menjadi mesej yang jelas bahawa negara tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Saya berharap kerajaan akan terus memperkukuhkan undang-undang ini demi melindungi anak-anak kita kerana mereka adalah amanah dan masa depan negara.
Akhirnya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas komitmen memperkukuhkan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 melalui pindaan ini. Malaysia memerlukan undang-undang yang sentiasa relevan dan cabaran semasa demi memastikan setiap kanak-kanak di dunia ini dari sebarang bentuk eksploitasi dan jenayah seksual.
Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang D.R.9/2026 ini. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Tiew Way Keng.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 ini.
Izinkanlah saya memulakan perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Ke Klang membeli delima, Singgah berteduh di tepi hutan; Anak dilindung tanggungjawab bersama, Pemangsa diburu merentas sempadan. Puan Yang di-Pertua, saya menyokong RUU ini. Walaupun pindaan ini hanya melibatkan satu peruntukan utama, kesannya amat besar terhadap keselamatan kanak- kanak.
Fasal 2 menggantikan seksyen 3, Akta 792 untuk meluaskan pemakaian undang- undang Malaysia di luar wilayah negara. Undang-undang Malaysia boleh digunakan apabila kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan di luar negara oleh warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau seseorang yang lazimnya bermastautin di Malaysia.
Undang-undang ini juga boleh terpakai apabila mana-mana orang di luar negara melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau lazimnya bermastautin di Malaysia.
Prinsipnya mudah. Sempadan negara tidak boleh menjadikan sempadan kepada perlindungan kanak-kanak. Seseorang pemangsa tidak boleh melakukan jenayah di luar negara, kemudian pulang ke Malaysia dan menjadikan lokasi kejadian sebagai perisai daripada keadilan.
Puan Yang di-Pertua, sebagai Senator wanita dari Selangor, saya membawa suara keluarga-keluarga dari sebuah negeri yang mempunyai jumlah kanak-kanak tertinggi di Malaysia. Anggaran rasmi tahun 2025 menunjukkan bahawa Selangor mempunyai kira-kira 1.81 juta orang kanak-kanak.
Oleh itu, isu perlindungan kanak-kanak bukan isu pinggiran bagi Selangor. Ia merupakan isu keselamatan rakyat. Jawapan rasmi Dewan Negeri Selangor merekodkan sebanyak 778 kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak sepanjang tahun 2024.
Daripada jumlah tersebut, sejumlah 436 kes direkodkan di bawah Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 manakala 312 lagi melibatkan kes rogol kanak-kanak.
Bagi tempoh Januari hingga September 2025 pula, sebanyak 390 kes seksual melibatkan kanak-kanak direkodkan berbanding 324 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024. Di Petaling Jaya, jumlah kes meningkat daripada 28 kepada 52 kes. Di Klang Selatan, daripada 21 kes kepada 35 kes. Di Serdang pula, daripada 10 hingga 22 kes.
Angka ini bukan sekadar statistik. Di belakang setiap angka, ada seorang anak yang mungkin takut untuk bercakap, malu, diugut atau bimbang bahawa dirinya tidak akan dipercayai. Sebagai seorang wanita, saya ingin menegaskan bahawa mangsa tidak boleh dipersalahkan. Kanak-kanak tidak mengundang penderaan. Tanggungjawab sepenuhnya terletak pada pelaku yang menyalahgunakan kuasa, kepercayaan dan kelemahan seseorang anak.
Puan Yang di-Pertua, pindaan ini juga amat relevan dengan ancaman semasa.
Pemangsa kini tidak perlu berada di hadapan rumah atau pun di sekolah. Mereka boleh mendekati anak-anak melalui telefon pintar, permainan dalam talian, media sosial atau aplikasi sembang. PDRM melaporkan bahawa sebanyak 1.47 juta fail bahan eksploitasi seksual kanak-kanak telah dikesan melalui operasi bersepadu PDRM dengan MCMC sejak tahun 2024.
Kajian Disrupting Harm pula menganggarkan bahawa kira-kira 100,000 kanak- kanak pengguna Internet berumur 12 hingga 17 tahun di Malaysia mengalami bentuk eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian dalam tempoh setahun, sepertimana telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi. Yang mana sehingga separuh daripada kanak-kanak yang mengalaminya tidak memberitahu sesiapa pun.
Oleh itu, sesuatu jenayah mungkin melibatkan mangsa di Selangor, pelaku di negara lain dan platform digital yang pelayannya berada di negara ketiga. Peluasan bidang kuasa ini amat diperlukan. Namun, bidang kuasa di atas kertas sahaja belum mencukupi.
Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu saluran pelaporan rentas sempadan yang jelas dan mesra kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak Malaysia menjadi mangsa ketika belajar, bercuti atau tinggal di luar negara, ibu bapanya perlu mengetahui sama ada laporan boleh dibuat kepada PDRM, Kedutaan Malaysia, Wisma Putra atau melalui satu portal khas. Jangan biarkan keluarga mangsa dihantar dari satu agensi kepada agensi yang lain. UNICEF mendapati bahawa kekurangan pengetahuan mengenai saluran pelaporan merupakan antara halangan utama dalam menangani eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.
Puan Yang di-Pertua, mesej boleh dipadamkan, akaun boleh ditutup dan data boleh dipindahkan dalam beberapa minit. PDRM, MCMC, Jabatan Peguam Negara dan penyedia platform mesti mempunyai protokol kecemasan untuk memelihara alamat IP, rekod akaun, komunikasi data awam serta transaksi yang berkaitan.
Saya minta kerajaan menjelaskan, adakah pasukan khas rentas sempadan akan diwujudkan? Adakah bilangan pegawai D11 dan pegawai forensik digital akan ditambah?
Apakah mekanisme segera untuk mendapatkan bukti daripada platform atau negara asing sebelum bukti tersebut dipadamkan? Malaysia tidak boleh mempunyai undang-undang abad ke-21, tetapi masih menggunakan kelajuan pentadbiran abad yang lalu.
Puan Yang di-Pertua, matlamat undang-undang ini bukan hanya untuk menghukum pelaku. Matlamat ini juga adalah untuk melindungi dan memulihkan mangsa. Kanak-kanak tidak sepatutnya diminta mengulangi pengalaman yang sama kepada terlalu ramai pegawai. Gunakan rakaman keterangan, temu bual oleh pegawai terlatih, jurubahasa, individu sokongan serta kemudahan berhubung langsung video apabila sesuai.
Kita juga mesti menyediakan kawasan rawatan perubatan, perlindungan identiti dan bantuan pemulihan. Kejayaan undang-undang ini tidak boleh diukur hanya berdasarkan jumlah tangkapan dan sabitan. Ia juga mesti diukur berdasarkan kemampuan seseorang kanak-kanak untuk meneruskan kehidupannya dengan selamat dan bermaruah.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini, tetapi kerajaan perlu memberikan komitmen yang jelas terhadap perkara-perkara yang telah dibentangkan tadi. Maka, saya dengan ini menyokong. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Niran Tan.
Tuan Niran Tan Kran
Salah mic dah ini, pi pegang mic orang lain.
[Ketawa] Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam sawasdee. Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak (Pindaan) 2026.
Pada prinsipnya, saya menyokong penuh rang undang-undang ini. Sepertimana disebut oleh rakan-rakan sebelum ini, kanak-kanak bukan sekadar aset negara dan amanah negara, mereka merupakan generasi pewaris yang bakal menentukan masa depan Malaysia. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan setiap kanak-kanak membesar dalam keadaan selamat, bebas daripada penderitaan, penderaan, eksploitasi dan jenayah seksual.
Sebab itulah saya melihat pindaan ini— pindaan yang dibawa hari ini amat penting walaupun hanya melibatkan satu seksyen. Jangan kita lihat bilangan seksyen yang dipinda, lihatlah kepada impaknya. Pindaan ini memperluaskan pemakaian akta supaya kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku di luar Malaysia masih boleh diambil tindakan, sekiranya melibatkan warganegara Malaysia, pemastautin tetap Malaysia atau mangsa yang mempunyai hubungan dengan Malaysia.
Ini merupakan satu langkah yang sangat tepat kerana jenayah seksual hari ini tidak lagi mengenali sempadan negara. Pelaku boleh membawa mangsa ke luar negara. Pelaku boleh melarikan diri ke luar negara. Pelaku boleh mengambil kesempatan atas kelemahan bidang kuasa. Dengan pindaan ini, mesej kerajaan sangat jelas. Tiada tempat yang selamat untuk pemangsa seksual kanak-kanak. Walaupun di mana sekalipun jenayah itu dilakukan, jika terdapat hubungan dengan Malaysia, undang-undang negara kita tetap boleh bertindak.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah seksual terhadap kanak-kanak bukan sekadar mencederakan tubuh badan mangsa, tapi menyebabkan gangguan emosi yang panjang, menghancurkan keyakinan diri, menjejaskan perkembangan mental, mengganggu pembelajaran, malah ramai mangsa membawa trauma tersebut sehingga ke dewasa. Ada yang mengalami kemurungan, hilang kepercayaan terhadap manusia, ada yang sukar membina hidup berkeluarga apabila dewasa nanti. Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah antara jenayah paling kejam yang boleh dilakukan oleh manusia.
Yang di-Pertua, perlu juga ditekankan di sini bahawa perkembangan teknologi hari ini telah membolehkan pemangsa tidak lagi mendekati mangsa secara fizikal pada peringkat awal. Mereka menggunakan media sosial, mereka menggunakan permainan dalam talian, mereka menggunakan aplikasi sembang. Mereka membina kepercayaan dengan kanak-kanak sedikit demi sedikit dan akhirnya, mengeksploitasi mangsa. [Tidak jelas] Online grooming dengan izin, semakin membimbangkan. Justeru, semua agensi berkaitan seperti PDRM, SKMM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan terus memperkukuhkan kerjasama yang menangani ancaman baharu ini.
Yang di-Pertua, cabaran pendakwa raya dan agensi penguat kuasa undang-undang dalam mana-mana negara sekali pun dalam membanteras jenayah menghadapi isu kedaulatan sovereignty dengan izin, sempadan, frontier atau border dan perbezaan sistem perundangan antara negara. Penjenayah akan bergantung kepada halangan kedaulatan dan keterangan yang melindungi jenayah mereka dari dikesani.
Mereka mengambil kesempatan dari perbezaan sistem perundangan, konflik birokrasi dan perlindungan kedaulatan serta ketidakupayaan negara-negara bekerjasama mengatasi perbezaan ini. Saya setuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Dato’ Setia Salehuddin tempoh hari ketika beliau membahaskan RUU Jenayah Siber iaitu kebimbangan bahawa peruntukan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Isu keberkesanan pelaksanaan perlu juga diberi perhatian sewajarnya.
Persoalannya, sama ada kita mempunyai cukup instrumen dan pegawai terlatih dan mempunyai kepakaran untuk menguatkuasakan peruntukan ini secara berkesan. Sama ada wujud perjanjian mutual legal assistance dan ekstradisi atau reciprocity dengan izin, untuk membawa pulang pesalah-pesalah tersebut untuk dibicarakan di Malaysia.
Walaupun kita telah wujudkan mekanisme kerjasama antarabangsa seperti Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 [Akta 61] (MACMA), syarat-syarat yang ditetapkan perlu dipatuhi sebelum kerjasama dan bantuan timbal balas dapat dipanjangkan kepada kita.
Mengambil kira perkembangan semasa mengenai MLA dan usaha berterusan untuk memperbaiki keberkesanan agensi penguat kuasa oleh negara-negara yang menyiasat jenayah dan prosiding berkaitan jenayah melalui kerjasama dan MLA, Malaysia perlu juga menyemak semula undang-undang berkaitan MLA iaitu Mutual Legal Assistance dan model treaty agar kita tidak ketinggalan dari segi amalan semasa yang dilaksanakan negara lain.
Selain MACMA, Malaysia juga memasuki perjanjian antarabangsa iaitu bilateral and multilateral atau perjanjian formal yang lain. Melalui bilateral MLAT on mutual assistance in criminals matters yang mengenakan obligasi legal ke atas Malaysia untuk memperolehi dan memberi bantuan timbal balas berkaitan hal-hal jenayah kepada rakan kongsi perjanjian.
Keperluan dual criminality dan threshold dengan izin, adalah syarat penting perlu dipenuhi sebelum bantuan daripada— dapat diberikan kepada negara— daripada negara lain. Dual criminality adalah keperluan mandatori sebelum Malaysia memberi bantuan kepada negara asing. Ini adalah bagi menentukan kesalahan yang dipohon selari dengan peruntukan undang-undang di Malaysia. Peguam Negara hendaklah menolak permintaan jika perbuatan atau omission itu tidak terjumlah kepada satu jenayah di Malaysia jika perbuatan omission itu berlaku di Malaysia. Bukan itu sahaja, syarat-syarat lain iaitu isu reciprocity, timbal balas dan partiality yang perlu diketahui.
Isu berkaitan keterangan dan beban pembuktian telah dijelas dengan terperinci oleh YB Dato’ Setia. Saya tidak bertujuan untuk tambah lagi.
Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membawa pindaan ini. Undang-undang ini menghantar satu mesej yang jelas, Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak walaupun di mana sekalipun jenayah itu dilakukan, walaupun siapa pun pelakunya, walaupun siapa pun mangsanya yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. Kepentingan kanak-kanak mesti senantiasa mengatasi segala kepentingan lain.
Tuan Niran Tan Kran
Kanak-kanak tak mampu mempertahankan diri mereka. Sebab itulah Dewan yang mulia ini mesti menjadi suara yang mempertahankan mangsa. Ringkasnya, pindaan ini menutupkan ruang pelaku melarikan diri, melindungi kanak-kanak Malaysia di luar negara, menangani jenayah seksual secara dalam talian, memperkukuhkan kerjasama antarabangsa, meningkatkan kapasiti agensi penguat kuasa dan pemantauan yang berkesan, menjalinkan kepentingan terbaik kanak-kanak. Segala tindakan penguatkuasaan adalah berdasarkan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak.
Saya ada satu soalan sebelum saya tamatkan perbahasan ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan mekanisme kerjasama Malaysia dengan negara asing dalam mendapatkan bukti, membawa pulang pesalah serta memastikan pendakwaan dapat diteruskan apabila kesalahan dilakukan di luar negara? Apakah kerajaan mempunyai sasaran tempoh masa bagi pelaksanaan mechanism tersebut.
Dengan sehubungan itu, saya sekali lagi mengatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Wong You Fong.
Datuk Wong You Fong
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang mengambil bahagian membahaskan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak ini.
Pada asasnya, saya menyokong RUU ini kerana pindaan yang dicadangkan merupakan satu langkah tepat dan signifikan dalam memperkukuh perlindungan undang- undang bagi kanak-kanak. Ia penting khususnya dalam menghadapi jenayah seksual yang semakin kompleks merentasi sempadan negara dan dipermudahkan oleh perkembangan teknologi digital.
Yang di-Pertua, pindaan yang dibentangkan hari ini memperluaskan pemakaian luar wilayah atau extraterritorial application, Akta 792. Sebelum ini, pemakaian tersebut hanya terhad kepada kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia oleh warganegara Malaysia terhadap mana-mana kanak-kanak.
Melalui pindaan ini, skopnya diperluaskan meliputi pemastautin tetap, individu yang mempunyai tempat kediaman lazim di Malaysia serta mana-mana individu yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau mempunyai tempat kediaman lazim di Malaysia walaupun kesalahan itu berlaku di luar negara.
Saya percaya pindaan ini akan menutup kelompongan undang-undang yang sebelum ini mungkin memberi ruang kepada penjenayah untuk mengelakkan tindakan hanya kerana kesalahan dilakukan di luar bidang kuasa Malaysia. Walaupun pindaan seksyen 3 ini memperluaskan bidang kuasa luar wilayah Malaysia, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk menangani isu dua criminality dalam proses ekstradisi dan bantuan perundangan bersama iaitu mutual legal assistance, dengan izin.
Keduanya, istilah habitual residence atau tempat kediaman lazim sepatutnya diperuntukkan tafsiran yang jelas bagi memastikan keputusan penguatkuasaan dan pendakwaan dibuat secara konsisten serta selaras dengan objektif pindaan ini.
Yang di-Pertua, realitinya kita kini berhadapan dengan jenayah rentas sempadan seperti eksploitasi seksual kanak-kanak melalui Internet, hasilan dan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, online grooming, live streaming sexual abuse, pemerdagangan kanak-kanak serta pelancongan seks melibatkan kanak-kanak.
Oleh itu, undang-undang kita juga perlu berkembang seiring dengan perubahan teknologi tersebut supaya tiada penjenayah dapat berselindung. Pindaan undang-undang yang baik perlu disokong oleh mekanisme penguatkuasaan yang berkesan. Oleh demikian, saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk pertimbangan kerajaan bermula dengan aspek penguatkuasaan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah rangkaian penguatkuasaan serantau yang sedia ada mencukupi bagi menyokong pelaksanaan pindaan ini serta apakah kerajaan— langkah-langkah yang sedang dirangka untuk mengatasi cabaran tersebut.
Seterusnya, apakah bentuk kerjasama yang telah diwujudkan di antara Polis Diraja Malaysia dengan INTERPOL bagi menyiasat kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku di luar negara, tetapi berada dalam bidang kuasa akta ini. Saya percaya persoalan-persoalan sedemikian penting kerana kejayaan sesuatu undang-undang bukan bergantung kepada gantungan peruntukannya, tetapi juga kepada keberkesanan pelaksanaannya.
Yang di-Pertua, tentang cabaran teknologi baharu. Kemajuan teknologi kecerdasan buatan atau AI telah membawa manfaat yang besar kepada masyarakat. Namun pada masa yang sama, teknologi ini juga membuka ruang kepada penyalahgunaan yang amat membimbangkan. Kini wujud teknologi yang mampu menghasilkan imej dan video palsu atau deepfake menggunakan wajah seseorang kanak-kanak tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka.
Walaupun isu ini mungkin belum luas di negara kita, perkembangan teknologi berlaku telah begitu pantas. Saya berharap kerajaan akan terus memantau perkembangan ini dan meneliti keperluan untuk memperkukuhkan kerangka perundangan sedia ada agar sentiasa relevan dalam menghadapi bentuk-bentuk jenayah baru terhadap kanak-kanak.
Seterusnya, apabila kita membaca naskhah pindaan ini, kita mendapati hanya satu sahaja perkara yang dipinda iaitu tentang bidang kuasa luar wilayah. Hari Isnin yang lalu, RUU Jenayah Siber telah pun dibahas dan diluluskan dengan konteks luas demi keselamatan negara.
Sehubungan itu, saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pindaan lanjut kepada Akta 792 pada masa hadapan dengan memasukkan peruntukan yang khusus dan lebih jelas bahawa kesalahan-kesalahan di bawah akta ini meliputi bahan eksploitasi seksual kanak-kanak yang dijana oleh AI, imej dan video deepfake yang melibatkan kanak- kanak, bahan eksploitasi seksual kanak-kanak yang dihasilkan secara sintetik atau dimanipulasi secara digital, eksploitasi seksual kanak-kanak yang dibantu atau dipermudahkan oleh teknologi AI dan perbuatan menghasilkan, memiliki, mengakses, menyimpan, mengedar atau menyebarkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak yang dijana oleh AI.
Cadangan pindaan sedemikian akan menghapuskan sebarang keraguan dari segi tafsiran undang-undang serta memastikan Akta 792 terus relevan dan berkesan dalam menghadapi cabaran teknologi baru. Ia juga akan memperkukuhkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak selaras dengan objektif utama RUU ini iaitu mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi dan jenayah seksual dalam era digital.
Justeru, saya menyarankan kepada kerajaan agar melakukan kajian, sama ada peruntukan undang-undang dapat digubal untuk mewajibkan syarikat-syarikat gergasi teknologi dan platform media sosial seperti Meta, Telegram, TikTok mematuhi dan melaporkan secara automatik kepada apa-apa kandungan berbentuk child sexual abuse materials kepada pihak berkuasa.
Datuk Wong You Fong
Yang di-Pertua, sebagai seorang wanita yang sentiasa memperjuangkan usaha memperkasa serta melindungi hak wanita dan kanak-kanak, saya percaya bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek hukuman semata-mata. Kita juga perlu memastikan setiap mangsa mendapat sokongan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka boleh untuk meneruskan kehidupan dengan lebih yakin.
Saya berharap kerajaan akan terus memperkukuhkan perkhidmatan sokongan kepada mangsa melalui bantuan psikologi, kaunseling, perlindungan kebajikan, bantuan guaman serta pemulihan bersesuaian dengan keperluan mereka. Kita bukan sahaja mahu melihat pesalah dihukum, tetapi juga mahu memastikan mangsa benar-benar dipulihkan.
Yang di-Pertua, penguatkuasaan tanpa kapasiti adalah satu fantasi. Huraian RUU ini menyatakan ia tidak melibatkan sebarang perbelanjaan kewangan tambahan kepada kerajaan. Persoalan praktikal saya adalah bagaimanakah siasatan rentas sempadan, ujian forensik siber, penterjemahan dokumen asing dan ekstradisi penjenayah antarabangsa boleh digerakkan tanpa bajet tambahan?
Jabatan Kebajikan Masyarakat pada hari ini sudah pun lumpuh dengan kekurangan pegawai perlindungan. Nisbah pegawai dengan kes amat tidak masuk akal. Justeru saya memohon komitmen kerajaan bilakah bajet khas keselamatan kanak-kanak dan penubuhan suruhanjaya kanak-kanak mandiri, yang benar-benar bebas akan direalisasikan sepenuhnya? Dan bukan sekadar menumpang bajet SUHAKAM yang sudah sedia ada sempit.
Perkara kelapan, saya ingin mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan untuk membentangkan laporan berkala di Parlimen mengenai pelaksanaan akta ini termasuk statistik siasatan, pendakwaan dan sabitan yang melibatkan kesalahan rentas sempadan. Laporan sedemikian bukan sahaja meningkatkan ketelusan, malah membolehkan Parlimen menilai keberkesanan pindaan yang kita luluskan hari ini serta mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kelemahan yang memerlukan penambahbaikan pada masa hadapan.
Yang di-Pertua, sebagai penutup saya mengucapkan syabas kepada kementerian atas pindaan ini. Ia menggambarkan niat murni kerajaan untuk melindungi kepentingan kanak-kanak kita semua. Namun demikian, saya berharap usaha ini tidak terhenti di sini, kerajaan perlu terus memperkukuhkan perlindungan kepada mangsa serta sentiasa menilai keperluan untuk menambah baik undang-undang apabila berhadapan dengan cabaran baharu pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Rita Sarimah anak Patrick Insol: Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Selanjutnya Yang Berhormat Tuan Abun Sui tidak ada di sini, so saya bagi giliran Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri untuk berbahas.
Dr. Jufitri bin Joha
Baik, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang di-Pertua.
Saya melihat pindaan yang dibentangkan pada hari ini bukanlah satu pindaan yang bersifat terasing atau pun terpisah, sebaliknya ia merupakan satu kesinambungan kepada reformasi akta-akta, Akta Kesahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang telah melalui beberapa siri penambahbaikan sejak ia berkuat kuasa.
Semasa akta ini diperkenalkan pada tahun 2017, fokus utama adalah untuk mewujudkan satu undang-undang khusus yang menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Namun, perkembangan jenayah seksual yang semakin kompleks menyebabkan undang-undang ini perlu sentiasa dikemas kini sebagaimana kita telah bahaskan sebelum ini dalam akta jenayah siber, jenayah sangat pantas berkembang.
Penjenayah sangat advance atau pun maju ke depan maka sebagai penguat kuasa atau pun pembuat polisi kita haruslah dua atau pun tiga langkah ke hadapan.
Pada asasnya, saya menyokong dan saya kira rakan-rakan Ahli Dewan juga turut menyokong sepenuhnya pindaan yang dicadangkan kerana ia merupakan satu langkah yang sangat-sangat penting dalam memperkukuhkan perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak yang kita anggap sebagai golongan yang rentan, khususnya dalam era globalisasi, era pasca puros society dengan izin, kemajuan teknologi dan peningkatan jenayah rentas sempadan.
Pindaan ini menggantikan seksyen 3 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi memperluaskan pemakaian di luar wilayah atau pun dengan izin, extraterritorial jurisdiction. Sudah tentu melalui pindaan ini kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan di luar sempadan Malaysia boleh dibicarakan di Malaysia bukan sahaja apabila dilakukan oleh warganegara Malaysia, bahkan turut meliputi bermastautin tetap, individu yang mempunyai pemastautin yang lazim di Malaysia serta mana-mana orang yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak yang mempunyai hubungan perundangan dengan Malaysia. Strategi ini selaras dengan prinsip bahawa perlindungan terhadap golongan rentan ini iaitu kanak-kanak ini hendaklah mengatasi kekangan sempadan geografi.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada hari ini yang kita sama-sama saksikan hari ini tidak lagi mengenal sempadan negara. Pelaku boleh bergerak merentasi sempadan menggunakan teknologi digital dan menyalahgunakan platform media sosial dan aplikasi komunikasi bagi mengeksploitasi kanak-kanak.
Jadi sekiranya bidang kuasa Malaysia hanya terhad kepada kesalahan yang dilakukan di dalam negara semata-mata, maka akan wujud ruang yang boleh dimanipulasi oleh penjenayah untuk mengelakkan pendakwaan. Malaysia sebagai sebuah negara pihak kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak atau pun dengan izin, Convention on the Rights of the Child (CRC), mempunyai tanggungjawab melindungi golongan rentan ini daripada sebarang bentuk eksploitasi, penderaan seksual serta mengambil langkah- langkah perundangan yang proaktif, pentadbiran dan sosial bagi melindungi sekali lagi golongan rentan ini daripada sebarang bentuk keganasan dan eksploitasi.
Sebagai aktivis bekas pemimpin belia, kemenjadian seorang belia itu bermula dengan kemenjadian kanak-kanak yang sihat. Sudah tentu mekanisme RUU pindaan ini sangat penting untuk kita pastikan kemenjadian kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya yakin kita dengar semua rakan-rakan Ahli Dewan mendukung pindaan ini, izinkan saya mengemukakan empat cadangan:
Yang pertama, kerjasama antarabangsa. Perluasan bidang kuasa semata-mata tidak mencukupi sekiranya Malaysia tidak mempunyai mekanisme yang efektif untuk mendapatkan bukti daripada luar negara. Sehubungan itu, kerajaan perlu memperkukuhkan kerjasama yang erat dan padu sudah tentu dengan agensi antarabangsa yang terkait seperti INTERPOL, ASEAN POL dan Mutual Legal Assistance Treaty atau pun ringkasnya MLAT dan memperkukuhkan mekanisme ekstradisi dan perkongsian bukti digital merentas negara. Tanpa kerjasama demikian pendakwaan mungkin sukar dan agak payah dilaksanakan walaupun bidang kuasa telah diperluaskan.
Cadangan yang kedua, garis panduan pendakwaan. Justeru saya mencadangkan supaya Jabatan Peguam Negara menyediakan garis panduan khusus mengenai pendakwaan kes-kes luar wilayah ini termasuk yang:
(i) piawaian pembuktian;
(ii) penerimaan bukti asing;
(iii) pengendalian saksi luar negara;
(iv) penggunaan rakaman digital; dan terakhir sekali adalah
(v) perlindungan mangsa sepanjang proses pendakwaan.
Cadangan yang ketiga Tuan yang di-Pertua. Pindaan ini mesti memberikan tumpuan kepada aspek bidang kuasa, namun perlindungan terhadap mangsa tidak harus terhenti selepas pendakwaan. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa mangsa memperoleh:
(i) bantuan psikologi;
(ii) kaunseling trauma;
(iii) bantuan guaman;
(iv) perlindungan identiti; dan yang terakhir yang turut juga penting iaitu
(v) sokongan sosial sehingga proses perbicaraan selesai.
Keempat dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, jika kita melihat perkembangan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di peringkat antarabangsa banyak negara kini memberikan tumpuan kepada isu-isu. Sebagai contoh penggunaan kecerdasan buatan atau pun dengan izin, artificial intelligence bagi menghasilkan imej eksploitasi seksual kanak-kanak, deepfake, dengan izin, yang menggunakan wajah kanak-kanak tersebut, eksploitasi seksual melalui permainan dalam talian ataupun, dengan izin, online gaming serta live streaming— penstriman langsung eksploitasi seksual kanak-kanak.
Dr. Jufitri bin Joha
Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan akan terus dengan serius, dengan cermat meneliti keperluan memperkukuhkan undang-undang berkaitan dan undang-undang ini perlu sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang sangat-sangat pesat berkembang, dan apa yang saya sebutkan pada RUU yang lepas, perbahasan RUU yang lepas, sebagai satu alat yang dikenali sebagai scary smart. Smart— pintar, tetapi sangat menakutkan. Khususnya apabila penggunaan itu melibatkan kanak-kanak yang rentan dan terdedah kepada sebarang eksploitasi.
Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua. Kanak-kanak tidak memilih di mana mereka dilahirkan, ke mana mereka dibawa ataupun sesiapa yang mengeksploitasi mereka.
Namun, mereka berhak mendapat perlindungan undang-undang yang paling tinggi dan, alhamdulillah, Malaysia merupakan negara yang sangat melindungi kanak-kanak.
Sesiapa sahaja pihak yang melakukan eksploitasi terhadap kanak-kanak akan diberikan hukuman yang setimpal. Dengan ini menghantar mesej yang sangat jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, sebagaimana yang kita dengar sebelum ini, termasuk berita yang menyedihkan melibatkan selebriti dan sebagainya. Jadi, kita tidak boleh membenarkan lagi kanak-kanak yang sangat mulus, yang sangat hijau ini mereka telah dieksploitasi bahkan dirosakkan kepada masa depan mereka.
Saya percaya pindaan ini akan memperkukuhkan sistem keadilan jenayah negara, meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perlindungan hak kanak-kanak serta mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap prinsip bahawa kepentingan terbaik kanak- kanak, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, best interest of the child hendaklah sentiasa menjadi pertimbangan utama dalam setiap tindakan negara.
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mendukung dan menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih. Assalamualaikum.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih, Yang Berhormat.
Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Edward Linggu.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih, Yang di-Pertua. Salam Sabah maju jaya. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang turut membahas Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Pastinya rang undang-undang ini begitu penting dan amat serius kerana ia melibatkan keselamatan, maruah dan masa depan kanak-kanak.
Hari ini seksual terhadap kanak-kanak tidak lagi terbatas kepada satu lokasi.
Pelaku, mangsa dan bahan bukti boleh berada di negara yang berbeza. Manakala komunikasi dan penyebaran bahan pula berlaku melalui ruang digital.
Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan perkenalkan undang-undang ini bagi memperluaskan pemakaian luar wilayah undang- undang Malaysia terhadap kesalahan seksual kanak-kanak yang dilakukan di luar negara.
Ini merupakan pindaan yang penting kerana sempadan tidak boleh dijadikan tempat berlindung oleh pesalah. Seorang pelaku yang mempunyai hubungan dengan Malaysia tidak seharusnya terlepas hanya kerana kesalahan itu dilakukan di negara lain. Begitu juga seorang kanak-kanak yang mempunyai hubungan dengan Malaysia tidak seharusnya kehilangan perlindungan hanya kerana dia menjadi mangsa di luar negara. Namun, bidang kuasa yang lebih luas mesti disertai dengan keupayaan penguatkuasaan yang setara.
Puan Yang di-Pertua, saya ambil sedikit statistik seperti Jabatan Perangkaan Malaysia untuk negeri Sabah. Kira-kira 1.12 juta kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun iaitu jumlah kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor, seperti yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Senator Puan Tiew sebentar tadi. Pada tahun 2024, sebanyak 1,181 kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak direkodkan di Sabah. Angka ini bukan semua kes seksual, tetapi menunjukkan besarnya tanggungjawab sistem perlindungan kanak- kanak di negeri ini.
Untuk itu, dalam konteks Sabah dan Sarawak, adakah mempunyai pegawai, peralatan dan kemudahan forensik digital yang mencukupi untuk melaksanakan pindaan ini dengan berkesan? Banyak kes hari ini bergantung kepada pemeriksaan telefon bimbit, komputer, akaun awan, mesej, gambar, video dan rakaman audio. Justeru itu, berapakah tempoh purata untuk menganalisis sesuatu peranti dan berapakah jumlah kes yang masih tertunggak? Serta, sekiranya bahan bukti masih perlu dihantar ke makmal di Semenanjung, apakah sasaran masa yang ditetapkan?
Kelewatan bukan sekadar masalah pentadbiran. Dalam kes ini, Yang di-Pertua, melibatkan kanak-kanak. Kelewatan boleh menyebabkan data dipadamkan, akaun ditutup, suspek melarikan diri dan mangsa terus berada dalam bahaya.
Yang kedua, saya ingin menyentuh pelaksanaan rentas sempadan. Pindaan kepada seksyen 3 memberikan asas bidang kuasa kepada Malaysia, tetapi tidak secara automatik memberikan akses kepada suspek, saksi atau bukti yang berada di negara lain.
Pelaksanaannya masih memerlukan kerjasama antara pihak polis, bantuan bersama dalam perkara jenayah, saluran diplomatik Interpol dan kerjasama pihak berkuasa asing.
Untuk itu, saya ingin bertanya, bagaimanakah penyelarasan dibuat antara PDRM, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen, agensi perlindungan kanak-kanak? Dan apakah saluran yang perlu digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang berada di luar negara untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa Malaysia? Kerajaan mesti memastikan bahawa tiada kes terhenti hanya kerana satu negara menunggu negara yang lain untuk bertindak.
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta penjelasan mengenai kanak-kanak tanpa kewarganegaraan atau tanpa dokumen pula. Fasal 2 menggunakan frasa mana-mana kanak-kanak, apabila pelaku ialah warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau seseorang yang lazim bermastautin di Malaysia. Ini merupakan pendekatan yang wajar kerana perlindungan kanak-kanak tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada status dokumen mereka.
Sebab, isu ini yang bukan warganegara ini sudah menjadi cakap-cakap atau nyata, kalau di negeri Sabah, Yang di-Pertua. Terdapat kanak-kanak yang lahir dan membesar di negeri ini, tetapi tidak mempunyai dokumen lengkap. Apakah mereka boleh dianggap sebagai kanak-kanak yang lazim bermastautin di Malaysia bagi tujuan seksyen 3 yang baharu? Dan apakah bentuk bukti yang boleh diterima sekiranya mereka tidak mempunyai sijil kelahiran atau rekod imigresen yang lengkap? Kekurangan dokumen tidak boleh menyebabkan seorang kanak-kanak kehilangan perlindungan undang-undang.
Seterusnya, saya ingin menyentuh ancaman kecerdasan buatan dan deepfake.
Pindaan ini perlu dilihat dalam konteks perkembangan pesat teknologi artificial intelligence
(AI). Hari ini, teknologi generative AI mampu menghasilkan imej dan video berunsur eksploitasi seksual kanak-kanak yang kelihatan sangat realistik tanpa melibatkan mangsa sebenar. Walaupun ia dihasilkan secara sintetik, kandungan sebegini tetap mendorong normalisasi eksploitasi kanak-kanak dan digunakan oleh rangkaian jenayah untuk tujuan grooming, ugutan dan perdagangan kandungan haram.
Oleh itu, saya ingin mohon penjelasan, sama ada skop pindaan ini telah mencukupi untuk meliputi kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak yang dihasilkan melalui AI atau deepfake termasuk pemilihan, penghasilan, pengedaran dan penawaran kandungan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini turut melibatkan kesalahan yang melibatkan platform digital dan penyedia perkhidmatan luar negara.
Datuk Edward Linggu Bukut
Oleh itu, sejauh manakah Malaysia mempunyai mekanisme kerjasama operasi yang berkesan dengan penyedia platform digital global bagi memastikan permintaan pemeliharaan data, pendedahan maklumat pengguna serta mengalihkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang pantas? Dalam kes jenayah siber, kelewatan beberapa hari sahaja boleh menyebabkan bukti digital hilang atau dimusnahkan.
Tuan Yang di-Pertua, perlindungan kanak-kanak tidak boleh berakhir dengan penangkapan atau sabitan pesalah semata-mata. Mangsa memerlukan pemulihan yang menyeluruh, meliputi rawatan psikologi, sokongan sosial, pembelaan undang-undang dan program pemulihan jangka panjang bagi memastikan mereka dapat membina semula kehidupan dengan selamat dan bermaruah. Kejayaan pindaan ini tidak seharusnya diukur melalui bilangan tangkapan ataupun pendakwaan semata-mata, tetapi melalui keupayaan negara mencegah berlakunya seorang lagi mangsa baharu.
Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak adalah amanah negara. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ruang digital yang mereka gunakan setiap hari menjadi ruang yang selamat. Bukan ruang yang membuka peluang kepada mangsa melakukan eksploitasi.
Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Datuk. Right on time ya. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Michael Mujah.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya menyokong RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026, khususnya pindaan seksyen 3 yang memperluaskan bidang kuasa Malaysia terhadap kesalahan yang dilakukan di luar negara. Pindaan ini tepat pada masanya bagi mengukuhkan usaha membanteras eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak serta memastikan pelaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang hanya kerana jenayah dilakukan di luar negara.
Namun begitu Yang di-Pertua, undang-undang yang baik akan benar-benar berkesan jika disokong oleh mekanisme pelaksanaan yang mantap.
Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan dan cadangan penambahbaikan.
Pertama, soal kapasiti penguatkuasaan dan kesediaan teknologi forensik digital. Di Sarawak, saya melihat cabaran ini mempunyai dimensi yang lebih besar kerana faktor geografi Sarawak yang luas serta berkongsi sempadan darat dengan Kalimantan, Indonesia serta Brunei. Keadaan ini menuntut kesiapsiagaan yang lebih tinggi daripada agensi penguatkuasaan, khususnya dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak- kanak yang melibatkan elemen rentas sempadan dan penggunaan teknologi digital. Hari ini, jenayah eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak bukan lagi berlaku secara fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia semakin berleluasa di alam siber melalui pemujukan kanak- kanak secara dalam talian, ugutan seksual, penstriman langsung, eksploitasi seksual kanak-kanak serta penggunaan dark web dan teknologi penyulitan.
Persoalannya, adakah agensi penguatkuasaan kita benar-benar bersedia? Adakah PDRM, khususnya Unit D11, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk memperoleh teknologi forensik digital terkini? Atau apakah kita masih perlu bergantung kepada teknologi forensik dari luar negara? Adakah pegawai kita menerima latihan bertaraf antarabangsa bagi mengesan pelaku yang beroperasi merentas sempadan dan berselindung di sebalik identiti palsu?
Adakah kerajaan akan memperkukuhkan penguatkuasaan di sempadan melalui penempatan pakar forensik digital serta kerjasama yang lebih erat dengan negara jiran dalam siasatan dan perkongsian maklumat? Jika kapasiti digital kita masih terhad, maka pindaan ini berisiko menjadi sekadar peruntukan undang-undang tanpa keupayaan sebenar untuk mengheret penjenayah ke muka pengadilan.
Kedua, saya ingin menyentuh mengenai cabaran bantuan bersama dalam perkara jenayah atau mutual legal assistance dengan izin. Hubungan rentas sempadan yang aktif, kerjasama dengan negara jiran perlu diperkukuhkan bagi mempercepatkan siasatan dan memastikan pesalah tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Kerajaan memaklumkan bahawa pelaksanaan bidang kuasa extraterritorial ini akan disokong melalui mekanisme bantuan perlindungan bersama, tetapi realitinya, proses ini sering mengambil masa yang sangat lama. Malah, ada kes yang berlarutan bertahun-tahun. Bagaimana pula jika pelaku berada di negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia?
Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Rakan kerjasama sedang mengusahakan mekanisme fast track atau kerjasama dua hala dengan negara-negara berisiko tinggi bagi mempercepatkan proses membawa penjenayah ke Malaysia tanpa terhalang oleh birokrasi antarabangsa.
Ketiga, saya berpandangan bahawa kita tidak boleh hanya menghukum pelaku, tetapi juga perlu meletakkan tanggungjawab yang lebih besar kepada penyedia platform digital. Hari ini, platform seperti Meta, Telegram, TikTok dan penyelia perkhidmatan internet mempunyai kemampuan teknologi untuk mengesan hubungan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak secara automatik. Persoalannya, adakah mereka diwajibkan oleh undang-undang Malaysia untuk bertindak secara proaktif? Saya bercadang agar kerajaan mewajibkan platform digital mengesan dan melaporkan kandungan child sexual abuse material, dengan izin, kepada pihak berkuasa dengan segera tanpa menunggu laporan daripada pengguna.
Akhir sekali Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal hak mangsa. Kerajaan perlu memastikan mangsa yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat akses yang sama kepada kaunseling, bantuan psikologi dan perlindungan tanpa mengira lokasi mereka. Pendakwaan rentas sempadan mungkin mengambil masa yang panjang, tetapi setiap hari gambar dan video eksploitasi itu terus beredar di internet. Trauma mangsa akan terus berulang. Kerajaan juga perlu memastikan kandungan tersebut dapat dipadamkan segera daripada pelayan antarabangsa bagi melindungi hak mangsa. Kita bukan saja mahu menghukum pesalah, tapi kita juga mesti memulihkan maruah dan masa depan kanak- kanak yang menjadi mangsa.
Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya menyokong penuh rang undang-undang ini dengan harapan pindaan ini disokong oleh penguatkuasaan yang berkesan, teknologi yang mencukupi, kerjasama rentas sempadan yang lebih kukuh serta perlindungan menyeluruh kepada semua mangsa, termasuk di kawasan pedalaman. Hanya dengan itu kita dapat memastikan tiada lagi kanak-kanak Malaysia menjadi mangsa eksploitasi seksual walau di mana sekalipun jenayah itu dilakukan. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas seterusnya adalah Yang Berhormat Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah.
Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub
Terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Ucapan tahniah saya kepada pihak kerajaan kerana telah pun menongkah arus yang begitu baik sekali dengan memperluaskan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan seksual, terutama kepada kanak-kanak.
Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub
Yang di-Pertua, saya mempunyai lapan buah fikiran, tetapi saya akan cuba ringkaskan di sini. Yang pertama berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah. Adakah pendekatan Malaysia terhadap peluasan bidang kuasa mahkamah ini turut merangkumi beberapa aspek yang memaksikan prinsip utama bidang kuasa antarabangsa seperti gabungan prinsip rasionaliti dan pasif personaliti.
Memang agak sukar untuk kita menggabungkan mana-mana prinsip ataupun notion antarabangsa supaya kita boleh masuk untuk membawa rights yang sepatutnya, tetapi kita— saya yakin kerajaan dan pihak kementerian sudah pun meneliti supaya kita dapat dielakkan untuk dilihat oleh kuasa negara-negara luar bahawa Malaysia sedang mengembangkan bidang kuasa secara berlebihan iaitu jurisdiction overreach kerana kita tidak mahu dilihat melibatkan prinsip international committee yang akan menjadi asas hubungan antarabangsa tersebut.
Yang kedua Yang di-Pertua, apabila kita memperluaskan sesuatu bidang kuasa mahkamah, adakah kita memperluaskan bidang kuasa itu dengan kuasa kerana kita tidak mahu sekadar meluaskan bidang kuasa, tetapi kita tidak ada kuasa. Jadi, pindaan ini diharapnya dapat memperluaskan bidang kuasa penyiasatan juga dan kita juga perlu memperluaskan kuasa mendapatkan bukti, memperoleh saksi dan memperluaskan kuasa forensik digital supaya kita boleh menghasilkan apa yang disebut sebagai normative jurisdiction, tetapi tidak mempunyai operative capacity. Isu yang ketiga yang saya ingin ketengahkan adalah perkara penting yang termaktub dalam setiap Perlembagaan iaitu proportionality. Ini penting kerana setiap sekatan terhadap hak individu mestilah mempunyai tujuan yang sah dan mempunyai hubungan rasional dengan objektif dan seimbang antara kepentingan awam dan kepentingan hak individu. Jadi, pindaan ini menjelaskan objektif supaya kita dapat memberikan keadilan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa, tetapi kita perlu menerangkan bagaimana kuasa pelepasan wilayah ini memberikan kita bidang kuasa yang luas akan dilaksanakan tanpa menjejaskan prinsip due process. Sebagai contoh, daripada pagi tadi kita sentiasa bertanya pihak kerajaan bagaimana hak tertuduh untuk mendapatkan saksi luar negara? Bagaimana hak untuk mencabar bukti digital luar negara? Pengalaman saya sendiri seperti saya sebut pagi membawa peguam yang mengadili keluarga Malaysia sewaktu kes di Sweden pada 2014 kita tidak mempunyai lagi Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak kita hanya berpandukan pada ketika itu Penal Code— Kanun Keseksaan.
Itu dilihat hanya berlaku di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapanya.
Apatah lagi apabila mengakibatkan kesalahan sexual offences ini terhadap kanak-kanak yang bukan ibu ataupun ayahnya. Semestilah kita lebih berhati-hati untuk mengadakan SOP ataupun apa sahaja garis panduan yang pihak kerajaan belajar daripada pengalaman lepas.
[Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa mempengerusikan Mesyuarat] Isu yang keempat, ketiadaan standard mengenai digital evidence. Rakan saya Senator Jufitri tadi menyebut tentang offences sexual untuk kanak-kanak ini tidak terhad kepada fizikal sekarang, lebih kepada keupayaan artificial intelligence. Apabila menyentuh tentang kesalahan yang dikaitkan melalui artificial intelligence ini kita sudah pasti bahawa beberapa perkara yang berkaitan dengan artificial intelligence ini tidak hanya tertumpu di sebuah negara. Seperti saya sebut tadi bersama Dato’ Sri Salehuddin berkenaan dengan server berada di negara A, cloud-nya berada di negara B, digital evidence-nya di negara C.
Adakah kita turut mengambil inisiatif untuk melihat keadaan ini untuk mendapatkan digital evidence apabila kuasa kita diperluaskan.
Yang kelima adalah again, on dengan izin, pemastautin lazimnya. Kadang-kadang isu pelajar walaupun kita jelas pelajar itu ada tempoh berada di luar negara, tapi keadaan sekarang sudah pun membolehkan pelajar itu menjadi pelajar yang hibrid, bermaksud berada di negara yang memberikan sijil selama tempoh enam minggu sahaja lepas itu boleh pulang ke tanah air, kemudian pergi semula.
Adakah kelaziman pelajar itu dilihat lazim seperti yang kita telah memberikan tafsiran sebelum ini ataupun kita belum lagi mengambil kira beberapa pendekatan- pendekatan yang terbaru dan terkini berkenaan dengan status pelajar dan juga PR dan juga pemastautin cukai. Tidak boleh kita letakkan hanya ada periodical yang khas kerana sekarang sudah pun agak fleksibel dari sudut lazimnya itu.
Yang keenam adalah comparative jurisprudence yang saya ingin bawa dengan izin.
Contoh di United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand mereka tidak hanya memperluaskan kuasa, bidang kuasa mereka, tetapi mereka turut memperkukuh beberapa perkara seperti national sex offender register, mandatory reporting online child exploitation kita mungkin dah ada. Digital forensic capability, dengan izin, international cyber taskforce yang menunjukkan perluasan bidang kuasa bukan hanya peluasan dia perlu diwujudkan dengan kuasa.
Yang ketujuh ialah berkenaan dengan izin, preventive justice lebih penting daripada punitive justice. Saya lihat RUU ini sangat baik walaupun majoritinya boleh saya dengan izin, we do respect boleh mengatakan RUU ini bersifat reaktif. Maknanya, kesalahan ini berlaku dan kita wujudkan selepas ada kesalahan, tetapi pendekatan sekarang ini lebih menekankan kepada preventive justice. Negara maju sekarang mula menggunakan detection yang berbentuk AI. Detection yang berbentuk behavioral analytics, dengan izin, mereka sudah ada detection sebelum berlakunya pornografi sudah ada detection. Detection on algorithmic, dengan izin.
Maknanya, sebelum berlaku apa-apa kesalahan yang berkaitan jenayah ataupun sexual offences kepada pelajar ada sistem yang sudah pun mengesan akan berlaku perkara itu dan juga child online safety framework. Jadi, kita seolah-olah masih memberikan fokus sepenuhnya kepada pendakwaan.
Saya mohon izin, Yang di-Pertua dan rakan-rakan Senator agar pihak kerajaan juga meneliti bagaimana kita boleh memberikan fokus kepada selain pendakwaan, tetapi lebih kepada cure sebelum berlakunya kesalahan tersebut.
Yang terakhir adalah human dignity, dengan izin, sebagai falsafah undang-undang.
Kanak-kanak ini sekelompok makhluk Allah yang kita perlu beri perhatian kerana mereka ini baru sahaja keluar ke dunia. Jadi, mereka sebenarnya sangat penting untuk kita memikirkan tentang martabat manusia itu. Kanak-kanak bukan hanya objek perlindungan undang-undang mereka adalah subjek hak asasi yang sangat penting dan falsafah undang- undang moden menuntut supaya negara bukan sahaja menghukum pesalah, tetapi membina sistem yang mampu mencegah eksploitasi daripada berlaku.
Secara yang terakhirnya Yang di-Pertua, pengamatan saya sebentar tadi daripada lapan perkara penting yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan adalah berkenaan dengan mengaplikasi metodologi analisis yang kita harus buka di Malaysia antaranya adalah asas dan prinsip bidang kuasa. Harapnya kita ada taring dengan peluasan mahkamah itu, jurisdiction mahkamah.
Kemudian, melihat juga bagaimana pendekatan negara-negara lain tidak hanya memperluaskan kuasa tapi mewujudkan kepelbagaian dalam memastikan jenayah itu terbendung dan juga seperti biasa proportionality dan juga rule of law masih lagi dipelihara dan international criminal law, dengan izin, bagaimana kita memastikan extra territorial ini dan juga international committee dan akhirnya adalah digital evidence jurisprudent yang saya sebutkan tadi.
Berselerakannya evidence, evidence apabila terkait dengan artificial intelligence perlu juga kita sediakan framework sebelum kita memastikan sama ada kita benar-benar boleh mengekstradisi apa sahaja bentuk yang kita perlukan untuk memastikan peluasan wilayah ini benar-benar membawa maknanya. Sekian Yang di-Pertua. Assalamualaikum.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub. Dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Silakan.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat petang. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, atas peluang untuk kita turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 ini.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana membawa pindaan ini. Langkah memperluaskan bidang kuasa undang-undang supaya Warganegara Malaysia ataupun pemastautin tetap yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara masih boleh didakwa di negara ini. Ini merupakan satu isyarat yang jelas bahawa Malaysia tidak berkompromi terhadap pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Prinsip ini amatlah saya sokong.
Namun begitu Datuk Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa kekuatan sesebuah undang-undang bukan hanya bergantung kepada apa yang tertulis dalam lembaran kertas akta, tetapi ia juga bergantung kepada sejauh mana ia mampu dilaksanakan. Kerajaan menjelaskan bahawa pelaksanaan pindaan ini akan disokong melalui kerjasama antarabangsa, bantuan perundangan bersama dan perkongsian maklumat antara negara. Persoalan saya, adakah mekanisme tersebut benar-benar cukup pantas apabila melibatkan mangsa kanak-kanak?
Dalam kes eksploitasi seksual, kelewatan mendapatkan bukti digital boleh menyebabkan bukti dipadam, identiti pelaku berubah dan siasatan menjadi lebih sukar.
Justeru, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan penubuhan satu unit khas yang mengabungkan kepakaran Polis Diraja Malaysia. Sekarang ini, kita ada D11, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak. Digabungkan dengan Jabatan Peguam Negara dan pakar-pakar forensik digital yang boleh memberi fokus kepada kes eksploitasi seksual kanak-kanak merentas sempadan. Kita bukan setakat memerlukan undang-undang yang kuat, tetapi juga kepakaran kapasiti dalam melaksanakan kuasa tersebut.
Datuk Yang di-Pertua, sebagai mana yang kita maklum, kanak-kanak ialah populasi yang besar dalam negara kita. Walaupun kita tidak ada wakil di Dewan Rakyat atau Dewan Negara, tetapi 9.03 juta daripada 34.3 juta rakyat kita ialah kanak-kanak. Maknanya jumlah ini Yang di-Pertua lebih daripada 26 peratus. Dan, kita juga harus melihat bahawa siapakah yang mewakili kanak-kanak ini? Kalau kita merujuk dalam struktur di SUHAKAM umpamanya. Kita ada Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak, tetapi sejauh mana kuasa Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak yang ada?
Saya difahamkan ia bukan satu jawatan yang tetap. Dia hanyalah sambilan. Kita ambil pensyarah universiti, kita lantik. Jadi, saya mencadangkan Datuk Yang di-Pertua, dengan akta yang kuat ini, kita juga memerlukan satu kumpulan sokongan ataupun satu pihak yang betul-betul mampu menjaga hak dan masalah dan juga apa juga isu yang berkait dengan kanak-kanak ini supaya setiap isu yang berlegar itu dapat diuruskan dengan pantas. Itu cadangan saya Datuk Yang di-Pertua.
Seterusnya yang ketiga, Datuk Yang di-Pertua. Perkara yang semakin membimbangkan perubahan bentuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini juga ialah berkait dengan perkembangan teknologi. Hari ini, eksploitasi tidak semestinya berlaku secara fizikal. Ada sekarang ini grooming, sextortion, penyebaran bahan eksploitasi seksual kanak-kanak secara atas talian. Malah, penggunaan AI untuk menghasilkan berunsurkan seksual terhadap kanak-kanak merupakan ancaman yang semakin kompleks.
Persoalannya, adakah undang-undang kita mampu bergerak sepantas perkembangan teknologi? Janganlah kita hanya meminda undang-undang selepas jenayah baharu mula berleluasa. Sebaliknya, kerajaan perlu mempunyai mekanisme semakan berkala supaya akta ini sentiasa relevan dengan cabaran teknologi yang sentiasa berubah.
Selain itu, saya juga berpandangan bahawa kejayaan pindaan ini tidak hanya boleh diukur semata-mata melalui bilangan pendakwaan ataupun sabitan kes yang dijatuhkan.
Ukuran sebenar kejayaan ini ialah semakin sedikit kanak-kanak menjadi mangsa.
Oleh itu, saya berharap kerajaan memberikan penekanan yang lebih besar kepada aspek pencegahan, pendidikan keselamatan digital di sekolah, program kesedaran kepada ibu bapa serta taktik grooming serta kerjasama lebih erat dengan platform media sosial perlu diperkasakan. Kita tidak boleh menunggu jenayah berlaku sebelum kita bertindak.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai kebajikan mangsa. Di dalam banyak keadaan, mangsa mengalami trauma yang berpanjangan walaupun kes telah selesai dibicarakan. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan sistem sokongan kepada mangsa melalui perkhidmatan kaunseling jangka panjang, bantuan psikologi serta pemantauan berterusan supaya proses pemulihan mereka tidak terhenti sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman.
Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan menerbitkan laporan tahunan yang lebih komprehensif berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Laporan tersebut bukan sekadar memaparkan jumlah kes, tetapi turut memperincikan corak jenayah, modus operandi, kategori umur mangsa, medium eksploitasi serta kadar sabitan. Data yang berkualiti akan membolehkan kerajaan termasuk juga kita penggubal undang-undang untuk merangka dasar yang lebih tepat dan berasaskan bukti. Setakat semakan saya, kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak ini kalau 2022, 1,239 kes. Meningkat kepada 1,567 kes tahun 2023.
Jadi, kalau Menteri ada data boleh dikongsikan dengan kita apa jadi pada tahun 2024 dan 2025. Begitu juga dengan bilangan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan juga meningkat— 2022, 6,770 orang, meningkat kepada 8,535 orang untuk tahun 2023.
Apa jadi pada tahun 2024 dan 2025?
Seterusnya, Datuk Yang di-Pertua. Okey, untuk akhirnya, saya menyokong RUU ini kerana ia akan memperkukuhkan perlindungan undang-undang kepada kanak-kanak.
Namun, saya berharap pindaan ini akan menjadi titik permulaan kepada reformasi yang lebih menyeluruh. Undang-undang yang baik mestilah disokong oleh penguatkuasaan yang cekap, teknologi yang terkini, kerjasama yang berkesan, pencegahan yang menyeluruh serta perlindungan yang benar-benar mengutamakan kepentingan terbaik untuk kanak- kanak.
Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong RUU ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan. Dipersilakan Datuk Seri.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat Senator. Saya kira semua telah mengungkapkan bahawa kanak-kanak merupakan salah satu aset ataupun salah satu modal insan negara yang sangat penting kerana mereka inilah yang kelak menjadi pemimpin negara, pemimpin institusi bahkan menjadi pemimpin keluarga dan pemimpin diri serta pelbagai lembaga sosial yang lain. Maka itu, perhatian yang penting mestilah diberikan kepada nasib, kebajikan dan keselamatan mereka dalam merangka untuk membentuk masyarakat yang sejahtera.
Walaupun rang undang-undang pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak ini merupakan atau menegaskan unsur terpentingnya iaitu langkah rentas sempadan dalam konteks menangani pesalah-pesalah yang berada di luar negara, tapi saya kira perhatian kita, mahu tidak mahu perlulah terus diberikan kepada isu yang lebih penting iaitu isu untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan nasib anak-anak kita daripada kesalahan-kesalahan berkaitan dengan kesalahan seksual.
Walaupun negara kita dikatakan terkehadapan dalam pengenalan dan penguatkuasaan Rang Undang-undang Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, tetapi saya kira banyak aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan.
Datuk Yang di-Pertua, saya mendukung cadangan sekian banyak pakar dalam bidang undang-undang keluarga, wanita dan kanak-kanak yang menyebut keperluan penambahbaikan itu khusus dalam aspek perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian seperti yang ditegaskan ataupun diberi penegasan yang kuat di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Dalam konteks ini kita perlu bertanya dan meminta kerajaan menyatakan apakah langkah kerajaan untuk melakukan penambahbaikan secara lebih terperinci agar masalah ini dapat dibendung. Benar ada usaha dan juga peranan SKMM sebagai contoh dalam meminta Meta menutup akaun Facebook yang menyiarkan gambar-gambar yang tak bersesuaian, yang berkaitan dengan kesalahan seksual kanak-kanak, tetapi sejauh manakah misalnya SKMM akan bertindak proaktif, bertindak tangkas dalam melaksanakan tindakan-tindakan seperti itu dan ini saya kira perlu ada jaminan daripada kerajaan sendiri untuk memastikan perencanaannya rapi dalam mengambil tindakan yang seumpama itu.
Demikian juga terhadap pernyataan Menteri Komunikasi yang tidak bersedia untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak. Saya kira perlu kita mendapat penjelasan Menteri apakah bentuk kawal selia yang— oleh beliau untuk memungkinkan kanak-kanak terus diberi izin menggunakan media sosial dan ini saya kira juga satu pertanyaan yang mesti dijawab secara terang dan jelas oleh Menteri Komunikasi.
Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, telah juga disebut isu dalam pembentangan Menteri sendiri, isu seksual oleh anggota keluarga kerana 80 peratus daripada mangsa yang dikaji ternyata menjadi mangsa orang yang dikenal dan melibatkan anggota keluarga sendiri dan ini merupakan laporan dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
Dalam konteks ini pada hemat saya soal untuk kita mengatasi agar tidak berlaku kesalahan seksual pada kanak-kanak yang dilakukan oleh anggota keluarga sendiri. Hal ini tidak akan mungkin dapat semata-mata dibendung dengan undang-undang melainkan dengan sesuatu program besar-besaran seluruh negara, program nasional untuk membentuk sesuatu iklim pendidikan kekeluargaan yang menyeluruh kepada ibu bapa, kepada anggota keluarga, kepada keluarga besar. Ini juga saya kira ada kaitan dengan perubahan struktur sosial kita yang dahulu bukan semata-mata bergantung kepada keluarga nukleus ataupun keluarga asas tapi banyak juga peranan yang dimainkan oleh keluarga besar ataupun extended family untuk melakukan kawalan sosial bagi membendung hal-hal seperti yang berkaitan dengan kesalahan seksual kepada kanak- kanak.
Demikian juga dalam soal keperluan untuk memastikan perumahan yang kondusif yang tidak menyebabkan timbul ruang bagi berlakunya sumbang mahram dan sebagainya.
Maka sekiranya juga adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan perumahan yang memberikan suasana yang dapat mengelakkan ataupun mengatasi ruang kemungkinan berlaku sumbang mahram dan sebagainya.
Terhadap isu pemastautin tetap yang terlibat dalam kesalahan berkaitan. Kita juga meminta kerajaan agar dapat menyatakan sikap secara jelas mungkin kah ada tindakan yang cukup tegas agar pemastautin tetap yang telah diberi taraf itu dicabut atau ditarik balik status ataupun haknya sebagai pemastautin tetap. Ini saya kira perlu ditimbangkan dengan sebaik-baiknya oleh kerajaan.
Datuk Yang di-Pertua, dalam kaitan dengan usaha untuk membendung kesalahan seksual kepada kanak-kanak ini, saya juga ingin menimbulkan pertanyaan adakah ataupun apakah langkah-langkah kerajaan dalam kawalan bahan-bahan jelik seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah negara lain. Dalam pengetahuan saya, seperti di Republik Negara China, ada 14 aplikasi media yang berkaitan dengan media sosial yang digunakan untuk menyekat siaran media sosial dari barat yang sebahagiannya berkaitan dengan soal-soal kejelikan sosial termasuk soal seksual ataupun gangguan seksual kepada kanak-kanak.
Seperti kalau saya sebut beberapa contoh, adanya aplikasi QQ, WeChat, Sina Weibo, Xiaohongshu, Douyin dan sebagainya. Dan aplikasi ini sebahagian besarnya memang dibina sendiri oleh kerajaan atau pemerintah China untuk mengawal atau membendung pengaruh-pengaruh ataupun unsur-unsur jelik yang dapat dengan sendirinya atau sebahagiannya menampung keperluan untuk mengelakkan anak-anak kita ataupun masyarakat kita daripada unsur-unsur yang buruk atau unsur yang tidak baik itu.
Maka, saya kira dalam konteks ini, Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital perlu memikirkan satu perencanaan besar agar kita walaupun tidak perlu sampai menutup pintu kepada media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, tetapi sampai saatnya untuk difikirkan oleh kerajaan keperluan membina aplikasi atau platform yang bercirikan citra kenegaraan, citra tempatan. Ini satu pandangan yang umum tapi terkait dengan pelbagai masalah sosial termasuk soal kesalahan seksual kepada kanak-kanak.
Yang terakhir Datuk Pengerusi, sebagaimana yang telah disentuh oleh sejumlah sahabat-sahabat Senator. Kita berbicara tentang soal rentas sempadan tapi banyak isu yang telah ditimbulkan oleh sahabat-sahabat Senator bagaimana tampak sangat banyak lagi ruang dalam soal mekanisme dan kaedah bagi membawa pulang pesalah ke Malaysia.
Ini bukan contoh yang kecil dan bukan satu, dua contoh, tapi sudah banyak contoh di negara kita bagaimana pesalah atau penjenayah yang sepatutnya sudah dapat dibawa kembali, sampai kini tak dapat dikesan di mana beradanya.
Jadi, tidak mustahil pesalah-pesalah yang terlibat dengan soal kesalahan seksual berkaitan dengan kanak-kanak ini pun nanti menghadapi atau berhadapan dengan masalah kesulitan untuk kita membawa pulang bagi tindakan undang-undang selanjutnya.
Jadi, dalam hal ini saya kira kerajaan perlu memberikan perhatian yang sangat berat agar ada kaedah dan mekanisme yang cukup tuntas dan jauh ke hadapan bagi memenuhi hasrat pindaan akta ini.
Datuk Yang di-Pertua, demikianlah pandangan saya dan dengan ini saya menyokong rang undang-undang berkaitan dengan pindaan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. Terima kasih. Assalamualaikum.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven. Silakan Yang Berhormat.
Dato' Wu Him Ven
Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak ini. Secara prinsipnya, saya menyokong pindaan ini kerana ia memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak dan menutup kelompongan dalam Akta 792.
Antara pindaan penting ialah perluasan bidang kuasa luar wilayah kepada pemastautin tetap Malaysia yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara. Langkah ini penting supaya Malaysia tidak menjadi tempat perlindungan kepada pesalah yang melakukan jenayah di luar negara sebelum kembali menetap di sini.
Pindaan ini juga mengambil kira realiti bahawa jenayah seksual terhadap kanak- kanak kini bersifat rentas sempadan. Peraturan seksual dalam talian, pemerasan seksual, penyebaran bahan, penderaan seksual kanak-kanak dan eksploitasi melalui platform digital boleh melibatkan pelaku mangsa dan pelayan yang berada di negara berbeza. Oleh itu, undang-undang kita perlu mempunyai jangkauan yang mencukupi untuk menghadapi ancaman digital ini.
Dato' Wu Him Ven
Namun begitu Datuk Yang di-Pertua, pindaan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Kerajaan bukan sahaja perlu menghukum pesalah, tetapi juga mencegah mereka daripada mendapat akses semula kepada kanak-kanak. Malaysia telah mempunyai daftar kanak-kanak dan sistem e-DKK. Persoalannya ialah sama ada daftar tersebut lengkap, sentiasa dikemas kini dan digunakan secara konsisten oleh semua institusi yang mengendalikan kanak-kanak.
Saya menggesa kerajaan memperkukuh data pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak melalui beberapa langkah. Pertama, setiap sabitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak hendaklah didaftarkan secara mandatori dan automatik termasuk kesalahan pengantunan seksual, pemerasan seksual dan eksploitasi seksual dalam talian.
Kedua, daftar tersebut perlu disepadukan dengan sistem mahkamah, polis, penjara, imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya maklumat pesalah sentiasa tepat dan terkini.
Ketiga, saringan latar belakang hendaklah diwajibkan bagi individu bekerja atau menjadi sukarelawan di sekolah, tadika, pusat tuisyen, pusat jagaan, ekonomi sukan, institusi keagamaan dan sektor lain yang melibatkan kanak-kanak. Keempat, pesalah berisiko tinggi yang telah dibebaskan perlu dipantau dan diwajibkan melaporkan perubahan alamat serta pekerjaan yang memberikan akses kepada kanak-kanak.
Pada masa yang sama, daftar ini tidak seharusnya dibuka kepada umum tanpa kawalan. Akses hendaklah diberikan hanya kepada pihak berkuasa dan institusi yang mempunyai keperluan sah yang membuat semakan. Pendedahan tanpa kawalan boleh mencetuskan tindakan sendiri, menjejaskan ahli keluarga yang tidak bersalah dan secara tidak langsung mendedahkan identiti mangsa. Maklumat-maklumat data ini bukan untuk menghukum pesalah buat kali kedua, tetapi untuk mengurus risiko, mencegah pengulangan kesalahan dan memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.
Silakan YB.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih atas beri peluang kepada saya untuk sama berbahas dalam Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak bagi pindaan 2026.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap rang undang-undang ini. Saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri kerana membawa pindaan yang amat penting dan tepat pada masanya dalam usaha memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak daripada jenayah seksual yang semakin kompleks dan merentasi sempadan.
Pindaan ini jelas memperluaskan pemakaian luar wilayah akta dengan membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap warganegara Malaysia, malah pemastautin tetap dan individu yang lazim bermastautin di Malaysia yang melakukan kesalahan di luar negara. Pada masa yang sama, ia turut melindungi kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau yang lazim bermastautin di Malaysia walaupun pelakunya ialah warga asing. Ini merupakan satu langkah yang amat wajar.
Datuk Yang di-Pertua, realiti jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada hari ini telah berubah sama sekali. Pelaku tidak lagi perlu berada dalam negara yang sama dengan mangsa. Mereka boleh mendekati mangsa melalui media sosial, permainan dalam talian, aplikasi pesanan atau platform digital yang beroperasi merentasi pelbagai negara.
Malah, dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence (AI), ancaman terhadap kanak-kanak menjadi semakin rumit. Teknologi deepfake kini membolehkan imej dan video yang kelihatan sangat realistik dihasilkan dalam tempoh yang sangat singkat. Kandungan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh dimanipulasi, disebarkan dan dipadam hanya dalam beberapa minit. Justeru, saya melihat pindaan ini bukan sekadar memperluas bidang kuasa, tetapi merupakan satu mesej yang jelas bahawa Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana individu mengelak daripada tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara.
Datuk Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, izinkan saya mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan yang saya harap dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Pertama, berkaitan kapasiti forensik digital negara. Undang-undang yang baik hanya akan berkesan sekiranya disokong oleh keupayaan penguatkuasaan yang mencukupi. Hari ini hampir semua kes eksploitasi seksual kanak-kanak melibatkan bukti digital. Bukti tersebut bukan sekadar gambar atau video, tetapi juga metadata, komunikasi melalui aplikasi yang disulitkan, storan awan, transaksi aset digital serta kandungan yang dijana menggunakan AI. Di dalam dunia digital, setiap saat amat berharga. Kelewatan beberapa jam sahaja boleh menyebabkan bukti dipadam, akaun ditutup atau data dipindahkan ke pelayan negara lain.
Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa dalam Ops Cyber Guardian 2026, Polis Diraja Malaysia telah merampas hampir 500,000 fail digital, termasuk lebih 204,000 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak atau child sexual abuse material ataupun CSAM. Malah, empat operasi utama sejak tahun 2024 dilaporkan melibatkan lebih 1.4 juta fail digital untuk dianalisa. Ini menunjukkan skala cabaran yang sedang dihadapi oleh penguat kuasa kita.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah bilangan pegawai yang mempunyai kepakaran khusus dalam forensik digital bagi kes eksploitasi seksual kanak-kanak? Apakah purata tempoh yang diperlukan untuk menjalankan analisis terhadap telefon bimbit, komputer riba atau pelayan yang dirampas? Dan adakah kapasiti makmal forensik digital negara mampu menampung pertambahan kes apabila bidang kuasa akta ini diperluas?
Saya mengambil maklum bahawa kerajaan telah memperkukuh Bahagian D11 PDRM dengan menubuhkan Malaysia Internet Crime Against Children atau MICAC.
Langkah ini amat dialu-alukan. Namun, teknologi berkembang jauh lebih pantas daripada pembangunan kapasiti manusia. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan satu pasukan pakar forensik digital yang memberi tumpuan khusus kepada eksploitasi seksual kanak-kanak dengan kepakaran dalam AI, deepfake, analisis storan awan, teknologi penyulitan dan pemulihan data digital.
Datuk Rosni binti Sohar
Ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan. Cadangan kedua ialah memperkukuh mekanisme pemeliharaan bukti elektronik.
Datuk Yang di-Pertua, pindaan ini memberikan bidang kuasa kepada Malaysia tetapi bidang kuasa semata-mata tidak mencukupi bukti yang telah hilang. Dalam kebanyakan kes rentas sempadan, bukti berada di platform media sosial atau syarikat teknologi yang beroperasi di luar negara. Kita semua maklum bahawa proses mutual legal assistance mengambil masa. Sedangkan data digital boleh dipadam dalam tempoh beberapa minit atau beberapa jam.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya kementerian meneliti mekanisme yang lebih pantas bagi mendapatkan electronic evidence preservation order atau perintah pemeliharaan bukti elektronik supaya data dapat dipelihara terlebih dahulu sementara proses bantuan perundangan antarabangsa sedang berjalan. Dalam era AI, kelajuan bertindak adalah sama penting dengan kuasa untuk mendakwa.
Cadangan ketiga ialah memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan. Saya percaya peluasan bidang kuasa ini perlu disusuli dengan pengukuhan kerjasama bersama negara-negara lain. Ini termasuk mempercepat proses bantuan perundangan bersama, perkongsian risikan digital, latihan bersama agensi penguat kuasa luar negara serta hubungan yang lebih tersusun dengan penyediaan platform digital antarabangsa. Jenayah seksual terhadap kanak-kanak ialah jenayah tanpa sempadan, maka tindak balas kita juga mestilah tanpa sempadan juga.
Cadangan keempat ialah memperkukuhkan pendekatan berpusatkan mangsa.
Apabila kesalahan berlaku di luar negara, mangsa mungkin melalui proses yang panjang dan rumit. Saya berharap kementerian akan terus memperkukuh sokongan psikologi, bantuan guaman, perlindungan identiti serta penggunaan teknologi seperti rakaman kenyataan awal dan prosiding melalui sidang video bagi mengurangkan trauma yang perlu ditanggung oleh mangsa. Keadilan bukan sahaja bermaksud menghukum pelaku tetapi juga memastikan mangsa tidak terus menjadi mangsa sepanjang proses keadilan berlangsung.
Cadangan kelima ialah memastikan Parlimen menerima laporan pelaksanaan secara berkala. Saya ingin mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan penyediaan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai pelaksanaan akta ini. Laporan tersebut boleh merangkumi jumlah siasatan yang melibatkan bidang kuasa luar wilayah, tempoh purata penyiasatan, cabaran mendapatkan butir rentas sempadan, bilangan permohonan bantuan perundangan yang berjaya serta kadar pendakwaan dan sabitan.
Dengan adanya data sedemikian, Parlimen dapat menilai secara objektif sama ada pindaan yang kita luluskan hari ini benar-benar mencapai matlamatnya atau memerlukan penambahbaikan yang lanjut.
Datuk Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa pindaan ini bukan sekadar soal memperluaskan bidang kuasa. Ia adalah mengenai memastikan tiada kanak-kanak yang mempunyai hubungan dengan Malaysia terbiar tanpa perlindungan undang-undang hanya kerana jenayah berlaku di luar negara. Namun, kejayaan pindaan ini akhirnya bergantung kepada sejauh mana kita mampu melaksanakannya. Undang- undang yang kukuh perlu disokong oleh kapasiti forensik digital yang mencukupi, akses pantas kepada bukti elektronik, kerjasama antarabangsa yang berkesan, latihan berterusan kepada penguat kuasa dan sistem sokongan yang menyeluruh kepada mangsa.
Saya yakin dengan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sistem keadilan jenayah dan memastikan kepentingan terbaik kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.
Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar. Dengan perbahasan daripada Yang Berhormat Datuk Rosni tadi, selesai 19 orang Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.
Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada 19 Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan ke atas Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026.
Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Saya akan menjawab soalan berdasarkan isu.
Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin telah bertanya tentang statistik kes melibatkan pesalah warga asing. Berdasarkan statistik dari tahun 2021 hingga 2025 yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes yang dilaporkan melibatkan warga negara asing menunjukkan peningkatan berterusan daripada 1,095 kes pada tahun 2021 kepada 2,385 kes pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 117 persen lebih dalam tempoh lima tahun. Jumlah suspek warga asing menunjukkan trend peningkatan daripada 67 orang pada tahun 2021 kepada 148 orang pada tahun 2025 dengan majoritinya terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.
Dalam keadaan sedemikian, Malaysia tidak boleh bergantung kepada kerangka bidang kuasa yang terhad. Pindaan ini memastikan bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubungan substantif dengan Malaysia tidak dapat mengelakkan tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan tersebut dilakukan di luar negara.
Kedua, perkara mengenai isu— mengenai mengukuhkan mekanisme bagi membawa pulang pesalah yang berada di luar negara. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin dan Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran telah membangkitkan berkenaan mekanisme tersebut.
Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini memperluaskan bidang kuasa mahkamah Malaysia terhadap kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan di luar negara, perlaksanaan penguatkuasaan rentas sempadan tetap tertakluk kepada prinsip kedaulatan negara. Malaysia tidak boleh mengambil tindakan penguatkuasaan secara unilateral di wilayah negara lain.
Bagi membawa seseorang pesalah ke Malaysia untuk menghadapi pendakwaan, kerajaan akan memanfaatkan empower mekanisme kerjasama antarabangsa yang sedia ada, antaranya melalui perjanjian ekstradisi, mutual legal assistance (MLA) serta bekerjasama melalui INTERPOL termasuk penggunaan Notis Merah, Red Notice bagi tujuan mengesan dan menahan individu yang dikehendaki.
Namun, saya ingin menegaskan bahawa Notis Merah INTERPOL bukanlah satu perintah ekstradisi yang mengikat. Pelaksanaan ekstradisi bergantung kepada undang- undang domestik negara yang menerima permintaan serta mewujudkan kewujudan perjanjian ekstradisi antara kedu-dua negara berkenaan. Dalam hal ini, Malaysia telah memeterai beberapa perjanjian ekstradisi dengan negara-negara seperti Republik Korea dan Ukraine, di samping terus memperkukuh rangkaian bekerjasama antarabangsa dalam usaha memastikan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dapat mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan tersebut dilakukan di luar negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol telah membangkitkan berkenaan dengan isu perkara 7— isu mengenai perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan dan prinsip double jeopardy dan kes rentas sempadan. Datuk Yang di-Pertua, perkara 7(2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang tidak boleh dibicarakan sekali lagi bagi satu kesalahan yang sama setelah disabitkan atau dibebaskan mengikut undang-undang.
Persoalan yang dibangkitkan melibatkan situasi yang mempunyai elemen rentas sempadan dan implikasi undang-undang antarabangsa yang perlu dinilai berdasarkan fakta serta keadaan setiap kes. Dalam konteks tersebut, pihak berkuasa akan mengambil kira keseluruhan fakta kes termasuk sama ada prosiding telah dijalankan di negara lain, sifat kesalahan yang terlibat, keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah berkenaan serta prinsip-prinsip undang-undang yang berkaitan.
Keputusan sama ada pendakwaan boleh atau wajar diteruskan adalah tertakluk kepada kerangka perundangan yang berkuat kuasa serta budi bicara pendakwa raya menurut perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Pindaan yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini bertujuan memperkukuh bidang kuasa luar wilayah (extraterritorial jurisdiction) supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang mempunyai hubungan mencukupi dengan Malaysia dan tidak mengubah prinsip-prinsip asas keadilan jenayah yang sedia terpakai termasuk perlindungan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang- undang berkaitan.
Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dr. Lingeshwaran dan Yang Berhormat Datuk Wong You Fong antara lain-lain Senator telah membangkitkan berkenaan dengan isu mengenai implikasi kewangan yang bakal dihadapi sekiranya pindaan diluluskan.
Kerajaan ingin menegaskan bahawa pindaan rang undang-undang ini tidak melibatkan implikasi kewangan baharu yang signifikan kepada kerajaan.
Hal ini kerana perlaksanaan akan memanfaatkan struktur organisasi, kepakaran, mekanisme pentadbiran dan penguat kuasa yang telah sedia ada. Tiada perwujudan jawatan baru atau pembangunan sistem teknologi baharu yang diperlukan secara khusus bagi melaksanakan pindaan ini.
Sekiranya terdapat keperluan untuk memperkukuh aspek operasi atau teknologi pada masa hadapan, penambahbaikan tersebut boleh dilaksanakan melalui mekanisme dan peruntukan sedia ada mengikut keperluan semasa. Begitu juga dengan kos berkaitan siasatan rentas sempadan. Perlaksanaannya akan terus diuruskan melalui saluran kerjasama antarabangsa yang telah lama diamalkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan tanpa memerlukan mekanisme baharu yang memberikan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin dan Yang Berhormat Senator Datuk Wong You Fong membangkitkan tentang isu prinsip dual criminality dan isu perbezaan undang-undang (conflict of laws) dalam perlaksanaan pindaan ini. Datuk Yang di-Pertua, pindaan seksyen 3 yang dicadangkan bertujuan memperluaskan bidang kuasa jenayah Malaysia secara pemakaian luar wilayah (extraterritorial jurisdiction).
Melalui peruntukan ini, kesalahan yang dilakukan di luar negara akan dianggap telah dilakukan di Malaysia dan boleh dituduh di negara ini. Namun, pindaan ini sama sekali tidak menghapuskan prinsip dual criminality, sekiranya ia melengkapkan komponen — sebaliknya, ia melengkapkan komponen undang-undang domestik selaras dengan proviso kepada perenggan 6(2)(b) Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479].
Isu dual criminality dan perbezaan undang-undang (conflict of laws) akan dinilai pada peringkat prosiding ekstradisi dan bukannya pada peringkat penentuan bidang kuasa jenayah di bawah akta ini. Pendekatan memisahkan peruntukan bidang kuasa jenayah dan proses ekstradisi ini adalah amalan di Malaysia. Dalam proses ekstradisi kelak, prinsip asas kekal terpakai di mana negara pemohon masih perlu membuktikan bahawa perlakuan tersebut turut diiktiraf sebagai satu kesalahan di negara yang diminta (requested state). Sebagai tambahan bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub tentang kemungkinan berlakunya jurisdictional overreach. Kerajaan ingin menjelaskan bahawa pindaan ini tidak memperluaskan bidang kuasa Malaysia secara tanpa had.
Sebaliknya, ia memperkukuhkan bidang kuasa extraterritorial berdasarkan prinsip- prinsip yang diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa dan hanya terpakai bagi kesalahan yang mempunyai kaitan yang jelas dengan Malaysia. Pendekatan ini juga selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia sebagai negara pihak kepada Convention on the Rights of the Child (CRC), Optional Protocol on the Involvement of Children in Armed Conflict (OPAC) and Optional Protocol on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography (OPSC) yang disertai pada 12 April 2012.
Sehubungan ini, pindaan ini merupakan langkah kerajaan untuk memastikan kerangka perundangan domestik terus selaras dengan obligasi antarabangsa tertakluk kepada reservasi yang dikekalkan oleh Malaysia terhadap CRC dalam usaha memperkukuh lindungan kanak-kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual termasuk yang melibatkan elemen rentas sempadan.
Dari aspek perlaksanaan berkesanan pindaan ini, bergantung kepada keupayaan penguatkuasaan forensik digital serta kerjasama antara agensi di dalam dan luar negara.
Oleh itu, kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti agensi penguatkuasaan melalui peningkatan kepakaran penggunaan teknologi dan kerjasama statistik— strategik bagi memastikan siasatan dan pendakwaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Sebagai sebuah negara pihak, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerangka perundangan domestik sentiasa selaras dengan obligasi antarabangsa yang telah diterima pakai tertakluk kepada reservasi yang dikekalkan oleh Malaysia terhadap CRC. Sehubungan dengan itu, pindaan yang dicadangkan merupakan antara langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh undang-undang negara selaras dengan komitmen antarabangsa dalam melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual termasuk yang melibatkan elemen rentas sempadan.
Yang Berhormat Dr. Lingeshwaran, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol, Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom dan Yang Berhormat Senator Datuk Wong You Fong, membangkitkan isu berkenaan penakrifan, dengan izin, actual— habitual residence pemastautin lazim.
Datuk Yang di-Pertua, istilah habitual residence tidak ditakrifkan secara khusus dalam akta bagi mengekalkan fleksibiliti dalam menentukan terma tersebut berdasarkan fakta dan keadaan yang setiap kes untuk unik— keadaan unik setiap kes. Penentuan tersebut melibatkan pertimbangan berbagai faktor, tempoh tinggal, pusat kehidupan keluarga, pendidikan, pekerjaan serta tahap integrasi seseorang dengan Malaysia.
Sekiranya satu takrif terperinci dimasukkan dalam akta, ia berpotensi mengehadkan budi bicara serta mewujudkan takrifan terlalu sempit sekali gus menjejaskan objektif utama akta untuk memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada kanak-kanak. Takrifan bagi permanent residence tidak ditakrifkan dalam cadangan pindaan kerana takrifan tersebut akan merujuk kepada mana-mana perundangan sedia ada.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail, Yang Berhormat Datuk Wong You Fong dan lain-lain telah membangkitkan mengenai isu pelaksanaan dan penguatkuasaan.
Datuk Yang di-Pertua, kes melibatkan kanak-kanak di luar Malaysia memerlukan tindakan yang lebih peka dan berkesan. Justeru, pindaan ini bertujuan memperkukuh kerangka perundangan agar pihak berkuasa mempunyai asas undang-undang yang lebih jelas untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan yang mempunyai elemen rentas sempadan.
Pindaan ini melibatkan sesi libat urus dengan agensi penguatkuasaan, antara lain, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kerajaan turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam aspek pencegahan, pendidikan dan kesedaran bagi melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian.
Penekanan kepada usaha memperkukuh pendidikan dan keselamatan digital di sekolah-sekolah yang meningkatkan kesedaran murid terhadap risiko dalam talian termasuk jenayah, seperti online grooming, serta memperkasakan amalan penggunaan internet yang selamat dapat dibuat melalui kerjasama antara agensi terutamanya KPM, KPT, MARA, K-KOMM dan JKM memandangkan skop tersebut adalah di bawah pengawalseliaan kementerian tersebut.
Pindaan yang dibentangkan pada hari ini adalah terhad kepada peluasan pemakaian luar wilayah akta bagi memperkukuh bidang kuasa terhadap kesalahan yang mempunyai elemen rentas sempadan dan tidak melibatkan semakan terhadap kadar hukuman yang diperuntukkan di bawah akta. Namun, kerajaan akan terus meneliti keperluan untuk menambah baik peruntukan undang-undang dari semasa ke semasa termasuk aspek hukuman dengan mengambil kira perkembangan jenayah, dasar jenayah negara serta pandangan semua pihak berkepentingan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, pindaan ini tidak bermaksud Malaysia akan secara automatik mengambil alih semua kes yang berlaku di luar negara. Negara tempat kesalahan berlaku kekal mempunyai bidang kuasa utama untuk menyiasat dan mendakwa mengikut undang-undang mereka. Sekiranya laporan dibuat di kedua-dua negara, pihak berkuasa akan berunding dan berkerjasama melalui saluran kerjasama antarabangsa bagi menentukan tindakan yang paling sesuai berdasarkan fakta kes, keterangan, lokasi, saksi dan kepentingan keadilan. Matlamat adalah untuk mengelakkan pertindihan prosiding dan memastikan pelaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Sekiranya seseorang warganegara Malaysia ditahan di luar negara termasuk di lapangan terbang berkenaan, tindakan awal adalah tertakluk kepada undang-undang negara tersebut. Jika individu itu kemudiannya dibawa pulang ke Malaysia, sebarang pendakwaan di Malaysia akan bergantung pada sama ada syarat-syarat pemakaian luar negara di bawah akta dipenuhi, kecukupan keterangan serta keputusan pendakwa raya berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa. Setiap kes akan dinilai berdasarkan fakta dan keadaan kes masing-masing.
Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin, Yang Berhormat Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, Yang Berhormat Tuan Pele Peter Tinggom, Yang Berhormat Datuk Wong You Fong dan Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu Bukut dan Yang Berhormat Tuan Michael Mujah Lihan membangkitkan mengenai isu keterangan melibatkan, dengan izin, artificial intelligence. PDRM sememangnya telah mengendalikan kes-kes yang melibatkan penggunaan teknologi, dengan izin, artificial intelligence (AI), kecerdasan buatan, termasuk kandungan deepfake dan child sexual abuse material (CSAM) yang dijana menggunakan AI. Dalam prosedur mahkamah, keterangan berkaitan kandungan digital tersebut akan dikemukakan melalui proses forensik digital yang dijalankan oleh pegawai atau juru analisa forensik yang berkelayakan. Juru analisa berkenaan akan hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan dan menerangkan dapatan analisis yang telah dijalankan ke atas bahan bukti digital yang berkaitan.
Bagi tujuan siasatan, PDRM akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting, antaranya:
(i) rampasan dan pemeliharaan barang kes digital termasuk peranti elektronik, media storan dan akaun digital yang berkaitan di samping memastikan dengan izin, chain of custody sentiasa dipelihara;
(ii) pemeriksaan forensik digital termasuk pelaksanaan forensic imaging analysis log system, sejarah penggunaan aplikasi AI dan pengesahan integriti data melalui nilai hash;
(iii) analisis kandungan yang dijana AI bagi mengenal pasti sama ada imej atau video tersebut merupakan kandungan deepfake atau dijana menggunakan AI serta mengesan aplikasi model AI atau kaedah yang digunakan;
(iv) pengumpulan keterangan sokongan termasuk rekod telekomunikasi, alamat IP log platform digital, sejarah komunikasi transaksi dan maklumat akaun yang boleh mengaitkan dengan suspek kesalahan yang disasar; dan
(v) laporan pakar forensik digital bagi menyokong dapatan saintifik berhubung asal usul dan sifat kandungan digital yang diperolehi.
Fokus utama siasatan adalah untuk membuktikan kaitan antara kandungan digital tersebut dengan suspek melalui keterangan digital yang sah, analisis forensik yang boleh dipercayai serta rantaian jagaan barang kes yang lengkap dan tidak terputus.
Dalam konteks rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini, perkembangan teknologi termasuk penggunaan AI turut menunjukkan bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak semakin kompleks dan boleh berlaku merentasi sempadan fizikal negara. Justeru, pindaan ini penting bagi memastikan Malaysia mempunyai bidang kuasa yang mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap pelaku kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang nyata dengan Malaysia walaupun kesalahan tersebut melibatkan elemen rentas sempadan.
Yang Berhormat Tuan Pele Peter Tinggom dan Yang Berhormat Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh membangkitkan berkenaan dengan perlunya untuk diwujudkan latihan dan pendedahan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Datuk Yang di-Pertua, kerajaan turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam aspek pencegahan, pendidikan dan kesedaran bagi melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian.
Kerajaan turut menyarankan agar penekanan kepada usaha memperkukuh pendidikan dan keselamatan digital di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap risiko dalam talian termasuk jenayah seperti online grooming serta memperkasakan amalan penggunaan internet yang selamat dapat dibuat melalui kerjasama antara kementerian dan agensi terutamanya KPM, KPT, MARA, KKOM dan JKM memandangkan skop tersebut adalah di bawah pengawalseliaan kementerian tersebut.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri juga terus melaksanakan pelbagai sesi perkongsian mengenai intipati-intipati kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak bagi meningkatkan tahap kesedaran berhubungan dengan perkara ini. Pihak SUHAKAM melalui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak juga turut bekerjasama memastikan sesi perkongsian dilakukan dengan kerap di seluruh Malaysia.
Keberkesanan penguatkuasaan bergantung kepada tindakan yang pantas, keupayaan forensik digital serta kerjasama antara agensi di dalam dan di luar negara khususnya bagi kes rentas sempadan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Justeru, pindaan ini bertujuan memperkukuhkan rangka perundangan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan dilaksanakan dengan lebih berkesan, di samping memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan melalui meningkatkan kepakaran teknologi dan kerjasama strategik.
Yang Berhormat Dr. Lingesh, Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Haji Ibrahim, Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran, Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu Bukut dan Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan membangkitkan mengenai keperluan untuk melibatkan mutual legal assistance (MLA) bagi memastikan keberkesanan pindaan ini.
Kerajaan MADANI pada hari ini mengambil maklum kepentingan mutual legal assistance dalam menangani kes jenayah-jenayah kompleks ini. Malaysia mempunyai pelbagai saluran kerjasama termasuk MLA, INTERPOL, kerjasama polis ke polis dan saluran diplomatik.
Malaysia mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat daripada luar negara melalui mekanisme kerjasama antarabangsa yang sedia ada, termasuk kerjasama antara agensi penguatkuasaan mutual legal assistance serta saluran polis antarabangsa dan rangkaian kerjasama serantau.
Walau bagaimanapun, akses kepada maklumat tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang negara yang berkenaan, perjanjian antarabangsa yang terpakai dan tahap kerjasama pihak berkuasa asing. Kerajaan sentiasa menilai keperluan untuk memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa, termasuk melalui pemeteraian perjanjian ekstradisi, dengan izin, mutual legal assistance tertakluk kepada kesesuaian kepentingan negara serta kesediaan negara rakan.
Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi yang berkuat kuasa dengan beberapa buah negara. Antaranya, Thailand, Republik Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia, Republik India, Republik Korea, Ukraine, Republik Pakistan, Romania dan Republik Islam Iran. Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan bekerjasama dengan negara-negara lain dan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan mekanisme ekstradisi dan bantuan perundangan bersama dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Yang Berhormat Senator Lingeshwaran, Yang Berhormat Datuk Edward Linggu Bukut dan lain-lain Senator membangkitkan mengenai isu stateless child, sama ada kanak- kanak tanpa kewarganegaraan dan dokumentasi akan termasuk dalam ruang lingkup pindaan.
Datuk Yang di-Pertua, tujuan utama fasal 2 rang undang-undang ini adalah untuk memperluaskan pemakaian luar wilayah akta bagi memastikan pelaku yang mempunyai kaitan dengan Malaysia tidak dapat mengekalkan tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara.
Berhubung isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan (stateless child), fasal 2 dengan jelas menggunakan frasa ‘mana-mana kanak-kanak’ bagi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang warganegara Malaysia, dengan izin, permanent residence Malaysia atau seseorang yang mempunyai habitual residence di Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa fokus pindaan ini adalah untuk melindungi mangsa kanak- kanak serta memastikan pelaku tidak terlepas daripada tindakan undang-undang disebabkan isu bidang kuasa atau sempadan negara.
Yang Berhormat Senator Datuk Wong You Fong membangkitkan mengenai keperluan untuk mengadakan undang-undang yang khusus berkaitan dengan kesalahan- kesalahan digital terhadap kanak-kanak. Kerajaan berpandangan bahawa Akta 792 telah pun menyediakan rangka perundangan yang komprehensif bagi menangani pelbagai eksploitasi seksual kanak-kanak, termasuk berlaku melalui platform yang – dan teknologi digital.
Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff telah membangkitkan persoalan sama ada terhadap contoh dan pola kes yang menunjukkan keperluan kepada pindaan seksyen 3 bagi memperluas bagi bidang kuasa extraterritorial. Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa kes yang memperlihatkan dengan jelas keperluan untuk memperkukuh bidang kuasa extraterritorial, khususnya dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan melalui platform dalam talian dan melibatkan mangsa serta pesalah yang berada di negara.
Antara contoh yang signifikan adalah kes Pendakwa Raya lawan Zubaidul Amin, melibatkan seseorang warganegara Bangladesh yang merupakan pelajar perubatan tahun akhir di sesebuah universiti swasta di Seremban. Pada tahun 2022, Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat telah memulakan siasatan berhubung eksploitasi seksual dalam talian terhadap beberapa mangsa kanak-kanak di bawah umur di Amerika Syarikat melalui aplikasi Snapchat dan Instagram.
Hasil siasatan mendapati pesalah telah memperdaya mangsa-mangsa tersebut untuk menghasilkan dan menghantar imej serta video, dengan izin, child sexual abuse materials (CSAM) melalui platform media sosial. Susulan kerjasama erat antara PDRM, FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, pesalah telah ditangkap di Malaysia pada September 2022.
Pesalah kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lapan pertuduhan di bawah seksyen 5 dan lima pertuduhan di bawah seksyen 10, Akta 792. Kes ini melibatkan seramai 28 orang mangsa yang kesemuanya merupakan warganegara Amerika.
Dalam masa yang sama, Malaysia turut menerima permohonan ekstradisi daripada Kerajaan Amerika Syarikat bagi membolehkan pesalah dibicarakan di negara tersebut dan pesalah kemudiannya dipindahkan ke Alaska pada 4 Mac 2026 bagi menghadapi pertuduhan di Amerika Syarikat.
Kes seperti ini jelas menunjukkan bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada hari ini bersifat rentas sempadan dan tidak lagi terhad kepada lokasi fizikal, terutama— justeru, pindaan seksyen 3 penting bagi memastikan undang-undang Malaysia mempunyai skop bidang kuasa yang komprehensif untuk menangani kesalahan sedemikian, memperkukuh kerjasama antarabangsa dan siasatan dan pendakwaan serta memastikan pelaku tidak dapat mengekalkan tindakan undang-undang hanya kerana elemen jenayah tersebut melibatkan lebih daripada satu negara. Mereka sembunyi.
Datuk Yang di-Pertua, saya minta maaf kepada YB-YB yang lain, yang saya tidak sempat untuk menjawab hari ini. Saya memberi aku janji bahawa dengan seberapa segera, semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang tidak saya memberi ulasan hari ini, kita akan memberi secara bertulis.
Datuk Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala pandangan yang telah dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator.
Datuk Edward Linggu Bukut
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oleh itu— namun demikian, izinkan saya berkongsi mengikut Peraturan Mesyuarat 37(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara yang menyatakan bahawa perbahasan hendaklah bertumpu kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang sahaja dan saya percaya ramai di antara Ahli-ahli Senator telah menghujah dengan yang ada kena-mengena dengan rang undang-undang ini.
Oleh kerana tidak cukup masa, saya akan memberi secara bertulis. Oleh itu, kerajaan akan memberikan jawapan bertulis sekiranya tidak dijawab terhadap isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan fasal-fasal pindaan yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis dan bukan peruntukan lain dalam akta induk yang tidak dipinda melalui rang undang- undang ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu terperinci dan panjang lebar. Dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh) dan diluluskan]
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Alhamdulillah. Segalanya selesai dengan jayanya. Seramai 19 Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2026 dan telah pun diluluskan dengan jayanya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan meluluskan rang undang-undang pada petang ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 27 Julai 2026. Terima kasih. Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.24 petang]