Mar122026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

draft10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Tuan Yang di-Pertua, “Saya mohon mencadangkan bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai semua urusan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputus dan diluluskan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.”

draft10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft10:04 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Saya mohon menyokong.

draft10:04 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat [Pembesar suara dimatikan] Masalahnya ialah Usul seperti yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi hendaklah disetujukan.

draft10:04 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

.

draft10:04 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

draft10:04 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

draft10:04 AM

1. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, apakah penilaian kementerian terhadap pencapaian Malaysia setakat ini berhubung sasaran Net Zero 2050, dan apakah langkah konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan sasaran pengurangan intensiti gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang 2030 serta mencapai sifar bersih menjelang 2050 dapat direalisasikan.

draft10:04 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Dato Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI, salam sejahtera.

Kepada soalan daripada Yang Berhormat Senator Puan Rita, kita jelas bahawa Malaysia telah pun meratifikasikan Perjanjian Paris pada 16 November 2016. Antara obligasi utama kepada Perjanjian Paris sebagai kita sebagai negara anggota ialah untuk menyediakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang dinamakan sebagai Nationally Determined Contributions (NDCs), yang merupakan sasaran pengurangan pelepasan GHG sesebuah negara anggota kepada Perjanjian Paris.

Dalam hal ini, Malaysia telah mengemukakan komitmen NDC Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG yang merentas ekonomi sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding tahapnya pada tahun 2005.

Berdasarkan Laporan The Biennial Transparency Report (BTR) pertama negara, Malaysia telah pun mencapai pengurangan intensiti karbon sebanyak 37.12 peratus terhadap KDNK pada tahun 2021 berbanding tahap pada tahun 2005.

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan positif dan kemajuan ke arah sasaran NDC menjelang 2030. Selain sasaran NDC, Malaysia juga meletakkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050. Walau bagaimanapun, buat masa ini, pencapaian ini adalah masih terlalu awal untuk dinilai. Namun begitu, dengan mengambil kira perkembangan semasa dasar dan perundangan di Malaysia serta strategi sedia ada, kementerian positif bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang tepat untuk mencapai aspirasi jangka masa panjang tersebut.

Sebagai langkah untuk memastikan sasaran-sasaran ini dapat direalisasikan kementerian telah pun membangunkan Dokumen Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon ataupun dengan izin, Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS) Malaysia. LT-LEDS merupakan dokumen penting yang menjadi asas merujuk dasar bagi pelaksanaan strategi penyahkarbonan seperti tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, mobiliti elektrik, sumber tenaga alternatif seperti bio bahan api dan hidrogen. Teknologi baharu seperti inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon ataupun dengan kata lain carbon capture utilization and storage dan juga penyelesaian berasaskan alam semula jadi: nature based solutions.

Pelaksanaan strategi penyahkarbonan ini disokong oleh pelbagai dasar dan perundangan antara lain seperti Pelan Hal Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Dasar Tenaga Negara 2040, Pelan Induk Perindustrian Baharu ataupun NIMP dan perundangan seperti Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga: Energy Efficiency and Conservation Act dan juga Akta Pemerangkapan Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 ataupun CCUS Act.

Dalam masa yang sama, kementerian juga sedang memuktamadkan pembangunan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara ataupun RUUPIN yang dijangka akan dibentangkan di sesi kedua Parlimen pada bulan Jun 2026 ini dan juga kita juga ada pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan ataupun DPKK. Kedua-dua dasar dan perundangan ini penting untuk kita kukuhkan takbir urus perubahan iklim di Malaysia dan untuk kita sokong perlaksanaan usaha penyahkarbonan di bawah sektor-sektor lain yang berkaitan. Terima kasih.

draft10:04 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah Kerajaan Pusat mempunyai sistem pemantauan atau pangkalan data khusus untuk menjejak pencapaian NDC di peringkat negeri termasuk mekanisme akauntabiliti sekiranya sesebuah negeri tidak mencapai sasaran yang ditetapkan?

draft10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih kepada soalan tambahan kepada Yang Berhormat Senator. Dari segi pemantauan dan juga penjejakan, di peringkat Pusat atau pun di peringkat kementerian, ini dilaksanakan melalui pengumpulan daripada sektor-sektor yang berkenaan, terutamanya daripada lima sektor ya, sektor energy, sektor agriculture dan sebagainya.

Kalau lihat dari segi pengumpulan data-data ini melalui sektor-sektor ini, kita akan dapat keseluruhannya gambaran berkenaan dengan tahap karbon dalam negara kita. Ini termasuk jugalah data daripada negeri yang juga merupakan sektor-sektor tertentu. Ada sektor-sektornya sektor tenaga dan sebagainya. Adapun dari segi penjejakan itu, ini diteruskan dan dilaksanakan melalui apa yang saya sebutkan tadi, melalui NDC dan juga Biennial Report yang kita sediakan setiap dua tahun ya, setiap dua tahun.

NDC setiap lima tahun tetapi BTR ini disediakan setiap dua tahun supaya ada kaedah untuk kita jejak sebelum kita boleh mencapai NDC yang ditetapkan. Dengan cara begini kita harap kita terus dapat mematuhi obligasi kita di bawah Paris Agreement. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Abun.

draft10:10 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih untuk jawapan Timbalan Menteri. Saya nak tanya, apakah bentuk insentif program kesedaran atau sokongan kewangan disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan komuniti tempatan termasuk masyarakat orang asli dan masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak dalam usaha kita untuk pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon di peringkat komuniti? Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Senator Abun. Bila kita sebut tentang insentif, kita juga menyebutkan tentang strategi kementerian untuk kita kukuhkan kebersamaan dan juga kesedaran daripada segi kelestarian alam dan juga terhadap apa-apa bencana yang boleh menyebabkan suasana perubahan iklim global dan juga negara. Berdasarkan kepada itu, kita melihat bahawa kementerian telah pun melaksanakan beberapa program kesedaran awam, perubahan iklim melalui Communication, Education, and Public Awareness (CEPA) secara ringkasnya, untuk kita bentuk kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat.

Program ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan sasar seperti contohnya sesi bersama golongan belia, pembangunan kapasiti dan kesedaran bersama kementerian, agensi, kerajaan-kerajaan negeri, sektor swasta dan akademik serta NGO, penganjuran seminar dalam talian, sesi temu bual dan program temu bual di media elektronik dan media cetak. Bekerjasama dengan agensi antarabangsa seperti UNDP dan UNICEF, memperkasakan peranan NGO, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan sebagainya.

Inisiatif untuk mengatasi perubahan iklim ini juga memerlukan jangka masa panjang yang teliti. Namun saya ambil positif cadangan Yang Berhormat tadi supaya kita ada insentif tertentulah untuk menggalakkan lebih ramai lagi pihak yang memberi kerjasama dan mainkan peranan untuk memastikan supaya ada kelestarian alam dan juga mencapai ke arah Net Zero Emissions 2050.

Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh.

draft10:10 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 2.

draft10:10 AM

2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, mengapakah penyeludupan e-sisa masih berleluasa di pelabuhan negara walaupun pelbagai penguatkuasaan telah diumumkan dan siapakah pihak yang perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan mengekang kemasukan e-sisa haram serta apakah indikator prestasi utama yang digunakan bagi mengukur kejayaan penguatkuasaan terhadap penyeludupan e-sisa.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

draft10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Macam maraton ya, terus bersambung. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh, rakan saya juga yang telah pun mengemukakan soalan. Soalan berkenaan, dia ada tiga dalam satu soalan dia Dato Yang di- Pertua.

Pertama, berkenaan dengan bagaimana kita— mengapa penyeludupan ini masih berlaku? Yang kedua, kenapa, siapa pihak yang perlu dipertanggungjawabkan? Dan yang ketiga, apa indikator prestasi yang boleh kita ukur kejayaan penguatkuasaan? So, tiga dalam satu. Saya cuba jawab sebaik yang boleh.

Pertamanya dari segi faktor-faktor yang mendorong kemasukan. Yang mendorong kemasukan secara berterusan e-waste ke Malaysia ini. Pertama, Kita harus faham bahawa Asia Tenggara dan Malaysia sekarang ialah destinasi eksport popular negara maju. Selepas China umumkan larangan import untuk pelbagai jenis sisa pepejal seperti plastik, kertas, tekstil, sisa logam dan e-waste pada tahun 2018.

Jadi China pertama awalnya telah membuat larangan sejak 2018 dan dasar China ini memaksa negara maju untuk cari destinasi yang baru untuk mereka eksport sisa negara masing- masing. Sebab faktor yang kedua ialah kerana memang terdapat individu ataupun sindiket yang tidak bertanggungjawab, yang sengaja untuk membuat pengisytiharan palsu. Dia hantar lain, dia sebut lain. Dan dia memanipulasikan, manifest ataupun maklumat barangan yang dibawa masuk untuk memperdaya dan mengelirukan pihak berkuasa. Itu faktor yang kedua.

Faktor yang ketiga ialah sebab ada permintaan yang tinggi oleh kilang haram dan tidak berlesen dalam negara yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste sebab bahan yang e- waste ini adalah mengandungi logam yang bernilai tinggi. Logam antaranya seperti emas, perak dan kuprum serta palladium yang boleh diperolehi semula setelah diproses bahan-bahan e-waste tersebut.

Jadi kalau tengok inilah tiga faktor yang mendorong berlakunya masih lagi berleluasa penyeludupan e-waste ini. Kita juga wajar faham dan saya telah sebutkan ini juga masa penggulungan Titah Diraja baru-baru ini. Ada rantaian yang kompleks. Rantaian aktiviti yang kompleks dan dia rentas pelbagai bidang kuasa. Bermula daripada negara pengeksport, sekarang ini kita tahu negara pengeksport yang paling tinggi yang hantar bahan-bahan ini adalah daripada Amerika Syarikat, 90 peratus daripada Amerika Syarikat.

Dan melibatkan pengangkutan oleh syarikat perkapalan yang diuruskan pula oleh ejen penghantaran dan pemilik kontena. E-waste ini dibawa masuk secara haram melalui pelabuhan, disimpan secara sementara di gudang-gudang, kemudiannya dihantar ke kilang-kilang haram untuk diproses. Hasil residue ataupun sisa yang dijana daripada aktiviti ini, masalahnya ialah akan dilupuskan secara haram.

Jadi secara keseluruhannya dapat difahami bahawa tanggungjawab terhadap operasi perkapalan dan pelabuhan, faham bahawa ia nya berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

Manakala kawalan kemasukan kontena dan sempadan pula ialah di bawah bidang kuasa Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan (AKPS) dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia termasuklah dari segi mengawal selia ejen penghantaran.

Jadi ada banyak pihak juga yang terlibat untuk dalam proses ini. Kilang-kilang haram pula yang memproses e-waste tanpa sebarang kelulusan itu di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah yang berkaitan. Isu ini memerlukan pendekatan, maknanya pendekatan penguatkuasaan yang sepadu dan kerjasama rentas agensi supaya kita dapat putuskan rantaian secara menyeluruh. Dan usaha memerangi e-waste haram ini bukanlah tanggungjawab kementerian ataupun secara khusus bawah Jabatan Alam Sekitar saja. Ia nya kerjasama dan pendekatan daripada semua, whole-of-nation approach untuk kita menangani rangkaian kemasukan e-waste secara haram supaya akhirnya kita dapat putuskan rangkaian, rantaian permintaan dan penawaran.

Jadi untuk secara ringkasnya, jawapannya ialah memang banyak pihak. Susah kita nak letakkan satu pertanggungjawaban penuh kepada satu pihak sahaja. Ia nya memerlukan satu usaha yang bersungguh secara keseluruhan oleh semua pihak yang terlibat. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang saya rasa sampailah pada maksud soalan saya berangkai tadi. Saya nak merujuk peranan mengenai penguatkuasaan. Saya juga merujuk kepada tangkapan oleh SPRM baru-baru ini ke atas beberapa individu termasuk individu penting di Jabatan Alam Sekitar berkaitan penyeludupan ini.

draft10:10 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Memandangkan penyeludupan e-sisa memberi kesan langsung kepada pencemaran alam sekitar dan reputasi negara kita di peringkat antarabangsa, manakala negara kita mempunyai beberapa undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekitar serta komitmen antarabangsa di bawah Konvensyen Basel mengenai pergerakan rentas sempadan sisa berbahaya. Maka soalan tambahan saya, adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan reformasi institusi melalui penubuhan satu badan penyelaras tunggal pengurusan e-sisa nasional yang mempunyai kuasa rentas agensi agar penguatkuasaan undang-undang benar-benar berkesan, telus dan cepat bagi memastikan negara kita tidak lagi menjadi destinasi mudah kepada sindiket sisa toksik global. Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Nik Abduh di atas soalan tambahan tersebut. Saya syukur bahawa kita amat prihatin tentang perkara ini kerana ianya adalah satu fenomena yang merbahaya dan boleh mengancam bukan sahaja dari segi kesihatan awam tetapi dari segi keseluruhan agensi-agensi yang terlibat dan keberkesanan mereka.

Justeru bila kita sebut tentang reformasi institusi dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ini benar keprihatinan, kesungguhan itu sudah pun ditunjukkan oleh pelbagai pihak. Di pihak kerajaan sendiri telah pun menubuhkan pelbagai jawatankuasa yang dilihat secara tuntas, melihat secara tuntas sama ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSN sendiri dan juga Peguam Negara dan juga SPRM dalam hal ini. Di peringkat kementerian kita sendiri, untuk maklumat Yang Berhormat dan Dato’ Yang di-Pertua kita juga telah mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa kebangsaan untuk melihat secara khusus berkenaan dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan e-waste barangan buangan terjadual dan yang seangkatan dengannya.

Di peringkat kementerian sendiri, peringkat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kita juga menubuhkan sebuah jawatankuasa petugas khas ataupun taskforce, special taskforce untuk melihat dari segi penguatkuasaan di bawah kementerian yang saya sendiri pimpin jawatankuasa ini. Jadi ini satu jawatankuasa yang juga akan menyokong apa-apa jawatankuasa di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat nasional. Ada pun yang dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat supaya adanya reformasi institusi dan ditubuhkan sebuah badan penyelaras tunggal e-waste. Saya rasa ini cadangan yang baik dan saya akan ambil maklum untuk dibawa kepada peringkat kementerian. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Boleh soalan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Perkara yang banyak dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi ialah perkara berkaitan dengan e-waste haram. Saya nak tanya Timbalan Menteri berkaitan dengan lambakan pakaian terpakai, adakah haram ataupun halal sebab setengah negara tidak membenarkan kemasukan pakaian terpakai ini kerana seolah-olah Malaysia menjadi tempat dumping kepada pakaian terpakai terutamanya dari negara barat Amerika dan sebagainya.

Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Kalau dari segi kementerian ini kita lihat kepada yang berkaitanlah dengan elektronik e-waste, maksudnya sisa-sisa elektronik. Pakaian terpakai tidak termasuk bawah isu yang berkenaan dengan isu dia panggil mungkin kelestarian alam, pencemaran. Saya tak pasti sama ada pakaian terpakai boleh mencemarkan udara Dato’ Yang di-Pertua, tapi dia di bawah lain bidang kuasa yang berlainanlah. Jadi, apakah ada tindakan untuk adanya lambakan-lambakan pakaian terpakai ini mungkin kena dilihat bawah kementerian yang berkenaan. Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri.

draft10:20 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

draft10:20 AM

3. Dr. Jufitri bin Joha minta Perdana Menteri menyatakan, statistik jumlah bekas isteri yang telah mendapat manfaat dari Bahagian Sokongan Keluarga (2020-2025) yang diwujudkan kerajaan bagi memastikan perintah nafkah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan bekas suami/bapa kepada bekas isteri/anak-anak.

draft10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memandang serius isu kegagalan membayar nafkah kerana ia merupakan pengabaian langsung tanggungjawab yang menjejaskan kebajikan bekas isteri dan anak-anak.

Oleh itu, JKSM melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya, yang pertamanya khidmat perundingan dan guaman syarie. BSK melaksanakan hikmat perundingan menerusi sesi runding cara yang dikendalikan oleh pegawai BSK bersama bekas isteri dan penghutang iaitu bekas suami bagi mendapatkan persetujuan terhadap pembayaran nafkah yang tertunggak. Selain itu, pegawai BSK yang mempunyai tauliah peguam syarie boleh mewakili bekas isteri di Mahkamah Syariah bagi menuntut tunggakan tersebut menerusi proses undang-undang seperti saman penghutang penghakiman, tahanan pendapatan, komital, sita dan jual serta Prosiding Hiwalah iaitu sekatan akaun bank. Dan alhamdulillah kes tunggakan nafkah bekas isteri yang berjaya diselesaikan dari tahun 2020 sehingga 2025 adalah berjumlah 13,920 kes.

Untuk perkhidmatan yang kedua, khidmat dana pendahuluan iaitu perkhidmatan yang ditawarkan untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terus terpelihara sementara menunggu pelaksanaan perintah mahkamah atau penyelesaian tunggakan nafkah. Pendahuluan nafkah yang disalurkan akan dikutip semula melalui tindakan penguatkuasaan terhadap bekas suami. Bagi kategori ini, sejumlah RM1,732,094 telah disalurkan sehingga Disember 2025.

Perkhidmatan yang ketiga pula, bantuan nafkah sementara. Ini adalah sumbangan kewangan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada bekas isteri dan dari keluarga yang kurang berkemampuan, khususnya di kalangan asnaf fakir miskin, sementara menunggu pelaksanaan perintah mahkamah atau penyelesaian tunggakan nafkah. Dan alhamdulillah sehingga Disember 2025 jumlah yang telah disalurkan bagi kategori ini adalah sebanyak RM1,734,202.

Perkhidmatan yang keempat pula perkhidmatan BSK Transit. Yang mana perkhidmatan ini disediakan sejak tahun 2022 lagi bagi menampung kos perjalanan, makan minum, dan penginapan bekas isteri untuk menghadiri prosiding mahkamah berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Selain JKSM, Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) juga turut menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal termasuk bekas isteri di kalangan asnaf yang layak.

Untuk makluman semua, sepanjang tahun 2025, seramai 7,683 ibu tunggal di Wilayah Persekutuan telah menerima bantuan di bawah 10 skim bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM62.73 juta. Masya-Allah.

Untuk makluman, aduan berkaitan pengabaian atau kegagalan membayar nafkah boleh disalurkan kepada Bahagian Sokongan Keluarga melalui pelbagai saluran seperti Facebook, panggilan telefon, e-mel, kehadiran secara terus di kaunter Mahkamah Syariah berhampiran, serta melalui outreach atau reruai promosi BSK yang diadakan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

draft10:20 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Terima kasih Timbalan Menteri. Dari statistik yang disebutkan sebentar tadi, berapakah kes yang diselesaikan melalui perintah hiwalah ataupun dengan izin, garnishment order. Memandangkan kaedah ini baru saja diperkenalkan sebagai salah satu mekanisme penguatkuasaan perintah nafkah. Saya juga ingin bertanya apakah cabaran-cabaran yang dihadapi terutamanya apabila ia membabitkan institusi kewangan ataupun majikan. Terima kasih.

draft10:20 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan. Ada dua soalan. Yang pertama, berapakah kes yang diselesaikan? Dari tahun 2022 sehingga 2025, alhamdulillah sebanyak 166 kes yang telah diselesaikan melalui perintah hiwalah ataupun dengan izin garnishment order. Mungkin jumlah ini terlihat sedikit ya dan saya ingin menjawab soalan kedua daripada Yang Berhormat. Apakah cabaran dalam melaksanakan Prosiding Hiwalah ini?

Yang pertama, kurangnya kerjasama daripada pihak penghutang penghakiman di dalam kes tersebut sehingga sukar untuk pihak BSK atau mahkamah mengesan maklumat berkenaan dengan majikan serta akaun penghutang penghakiman yang terkini. Itu yang pertama ya.

Yang kedua, jumlah wang di dalam akaun penghutang penghakiman adalah tidak mencukupi bagi membayar tunggakan nafkah berdasarkan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Yang ketiga, jenis akaun penghutang penghakiman tidak dinyatakan dengan jelas, sama ada berskim Islamik atau konvensional.

Cabaran yang keempat adalah apabila pihak majikan penghutang kehakiman adalah pihak swasta atau bukan beragama Islam yang tidak mahu terikat dengan undang-undang Mahkamah Syariah.

Dan cabaran kelima yang kita boleh nyatakan di sini ialah apabila pihak majikan mendapat nasihat daripada peguam atau bahagian perundangan di organisasi masing-masing dengan memberi pendapat bahawa perintah atau penghakiman tersebut tidak mengikat mereka. Sekian, terima kasih.

draft10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peguam juga dengan Encik Alias.

draft10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.

Sebenarnya, saya nak ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri kerana inilah masalah yang telah lama berlaku di negara kita yang mana kebanyakan suami ni culas untuk membayar nafkah kepada bekas isteri dan juga anak-anak mengakibatkan ramai mereka yang mengadu. Saya di MAIS juga menerima pelbagai aduan berkaitan dengan suami yang culas.

Cuma saya tertarik apabila ada pendekatan oleh pihak kementerian ataupun pihak Menteri Agama untuk meneliti masalah ini dari segi menguatkuasakan perintah mahkamah kepada bekas suami melalui majikan. Now, melalui majikan mungkin tak ada masalah bagi majikannya merupakan kerajaan atau agensi kerajaan, tapi kalau ia melibatkan majikan swasta, ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak terikat dengan perintah mahkamah syariah.

Jadi, apakah pendekatan pihak Yang Berhormat Menteri berkaitan untuk mengatasi masalah ini? Sebab kalau kita tak boleh biarkan majikan mengatakan bahawa mereka tidak terikat dan tidak mahu melaksanakan, mereka seharusnya bekerjasama dengan pihak mahkamah bagi memastikan bahawa bekas suami ini mematuhi segala tanggungjawab mereka.

Sebab ini merupakan tanggungjawab dan perintah mahkamah. Apa pun, ianya satu perintah mahkamah yang perlu dipatuhi. Jadi, bagaimana pihak kementerian melihat isu ini dalam mengatasi masalah yang begitu meruncing ini? Terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat. Betul, ini adalah cabaran yang agak besar ya di pihak JKSM secara spesifiknya di Unit BSK. Untuk memastikan pihak majikan ini memberi kerjasama penuh. Namun, untuk makluman Yang Berhormat, di pihak BSK dan JKSM sendiri sedang memperkasakan undang-undang sedia ada dan mengkaji serta menilai agar pihak majikan ini dapat memberikan kerjasama melalui saluran undang-undang yang sedia ada.

Selain daripada itu, Unit BSK juga giat membuat pemantauan dalam memastikan mekanisme pembayaran nafkah ini kepada bekas isteri dapat dijalankan dengan baik. Antaranya dengan mengadakan sesi libat urus dengan para majikan untuk memantau pembayaran nafkah melalui potongan gaji. Kemudian melalui kes-kes yang berlaku, pihak BSK juga melakukan analisis-analisis kes agar undang-undang sedia ada dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, itu yang pihak BSK jalankan dan kita mohon ada peluang di sini untuk saya bercakap agar pihak majikan di luar sana lebih-lebih lagi yang beragama Islam untuk menjadi pemudah cara dan tidak menjadi rantaian kezaliman kepada keluarga-keluarga yang sedang mengalami ujian seperti ini. Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya Timbalan Menteri berkenaan dengan sejauh manakah kepantasan tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan. Sebab kita nampak ada ramai ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka sengsara akibat daripada apabila suami tidak membayar nafkah.

Contohnya, saya sendirilah ialah seorang peguam, tapi bukan peguam syariah. Ada antara ibu yang susah apabila mereka tidak terima nafkah dan terpaksa kita katakan membuat pinjaman daripada institusi kewangan. Jadi bagi saya, sesungguhnya percaya, bagi undang- undang syariah juga, adalah penting kita melindungi ibu tunggal dan saya juga ambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya kepada pihak MAIS, daripada Dato’ Setia Salehuddin dengan menawarkan khidmat guaman juga di negeri Selangor untuk menolong ibu-ibu ini, tapi soalan saya, sejauh mana kepantasan pelaksanaan itu boleh dilakukan?

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tanya dengan Menteri ka tanya dengan MAIS?

draft10:30 AM

Puan Tiew Way Keng

Tanya dengan Timbalan Menteri. Terima kasih.

[Ketawa]

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat. Berkaitan dengan berapa pantas proses permohonan ini, untuk makluman saya boleh berkongsi, proses kelulusan berlaku perlu bermula dengan permohonan terlebih dahulu. Pegawai BSK akan menjalankan siasatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pendaftaran kes untuk menentukan kelayakan penerima.

Bermaksud, kelayakan penerima perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Kemudian, akan ada proses kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah yang mana ini akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari. Dan insya-Allah, selepas proses ini dijalankan, kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk proses-proses yang seterusnya.

Dan berkaitan dengan berapa pantas, bergantung juga kepada pihak-pihak yang terlibat.

Ada kalanya apabila proses mahkamah berlangsung ada pihak yang tidak hadir, kes terpaksa disebut semula dan perkara ini menunjukkan bahawa untuk memastikan pelaksanaan berjalan dengan baik perlu kepada kerjasama daripada semua pihak bukan saja di pihak JKSM semata- mata dan alhamdulillah buat masa ini dalam tempoh satu bulan pun sudah ada tindakan yang boleh diambil daripada kes-kes yang ada dalam rekod kita setakat ini. Sekian, terima kasih. Satu bulan. Alhamdulillah.

draft10:30 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, kajian menunjukkan bahawa tindakan penguatkuasaan yang sedia ada masih berdepan dengan cabaran teknikal. Soalan saya, apakah kekangan kerajaan untuk meminda prosedur kelulusan poligami khususnya dengan mewajibkan semakan status nafkah yang daripada bahagian sokongan keluarga ini, BSK sebagai syarat mandatori.

Dan jika seseorang suami punya rekod tunggakan nafkah terhadap isteri dan anak-anak mereka, adakah kerajaan bercadang untuk menyekat permohonan perkahwinan baharu nya di mahkamah syariah sehingga hutang tersebut dapat diselesaikan dahulu?

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, soalan tu ada kena mengena dengan soalan asal?

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Masya-Allah.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia masuk poligami ni.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Dia jauh tersasar, Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong jawab la.

draft10:30 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Kita memilih untuk menjawab secara bertulis ya Yang Berhormat. Semoga dipermudahkan semua ingin berpoligami.

draft10:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada? Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran.

draft10:30 AM

Tuan Niran Tan Kran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft10:30 AM

4. Tuan Niran Tan Kran minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan:

(a) berapakah jumlah pengusaha pelancongan komuniti dalam kalangan bumiputera Siam yang telah memohon dan menerima insentif promosi desa setakat ini; dan

(b) apakah peluang-peluang untuk komuniti bumiputera Siam mendapatkan manfaat daripada inisiatif ini.

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih. Soalan yang diberikan daripada Yang Berhormat Senator. Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) memperkasa sektor pelancongan luar bandar dengan membuka peluang kepada semua kaum termasuk bumiputera Siam untuk mengetuai program ini.

MOTAC membantu kluster homestay PPHM dari aspek promosi pakej pengalaman bagi memastikan kunjungan pelancong berterusan serta menjana pendapatan komoditi. Selain itu, pembangunan kapasiti pengusaha homestay diperkukuh melalui kursus seperti Kursus Refresher Homestay, sementara komuniti tempatan dilibatkan dalam Program Hos Komuniti Setempat

(HKS) sebagai pembantu pelancong, mempromosikan budaya dan warisan tempatan serta meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pelancongan.

Perlaksanaan program HKS diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan peserta terpilih berpotensi dan bersedia. MOTAC turut menyediakan insentif kewangan melalui Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi menggalakkan penganjuran lebih banyak aktiviti seni, budaya dan pelancongan di kawasan homestay dengan layanan dan peluang yang sama rata untuk semua kaum yang terlibat. Sekian, terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Niran Tan Kran

Soalan tambahan. Memandangkan komuniti bumiputera Siam mempunyai keunikan budaya, makanan tradisi dan warisan tersendiri, apakah usaha khusus kementerian untuk menjadikan sebahagian produk pelancongan niche yang mampu menarik pelancongan domestik dan antarabangsa?

Dan adakah benar bahawa ramai pengusaha kecil dalam kalangan komuniti bumiputera Siam tidak memohon insentif tersebut kerana kekangan maklumat birokrasi atau syarat yang terlalu ketat? Jika ya, apakah langkah-langkah kementerian untuk mempermudahkan akses ini?

Terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut. Kementerian Pelancongan Seni Budaya memang sentiasa melaksanakan beberapa usaha khusus untuk kita mengangkat keunikan khususnya untuk komuniti bumiputera Siam sebagai produk pelancongan niche, terutamanya dengan usaha pemerkasaan seni budaya, promosi warisan dan kerjasama strategik.

draft10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man

So, antara inisiatif yang MOTAC telah ambil adalah seperti berikut. Pertama sekali, MOTAC telah menyediakan geran GSSK, iaitu Geran Sokongan Sektor Kebudayaan setiap tahun untuk kita membantu persatuan pelancongan, seni dan warisan termasuklah komuniti Siam dalam penganjuran acara kebudayaan dan festival makanan yang mampu menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa.

Geran ini, GSSK, turut meliputi sokongan dalam aspek pembangunan kapasiti yang melibatkan penganjuran program seperti bengkel latihan untuk belia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti-komuniti termasuklah komuniti Siam dan khususnya dalam seni persembahan juga dan ataupun pembuatan kraf. Dan ini juga dapat meliputi aspek dokumentasi dan penyelidikan seperti penyediaan resipi warisan atau sejarah yang berpotensi untuk jadi sebagai produk pelancongan.

Selain itu, kita juga ada mengiktiraf produk pelancongan berasaskan komuniti melalui anugerah peringkat antarabangsa seperti Asian Community Based Tourism Awards. Dan MOTAC memang sentiasa bersama-sama dengan semua pihak untuk kita sama-sama mengangkat kebudayaan dari setiap kaum.

Dan berkenaan dengan soalan kedua Dato Yang di-Pertua, MOTAC sentiasa komited untuk memberi peluang yang adil dan saksama kepada semua pihak, termasuklah komuniti Bumiputera Siam untuk memohon insentif ataupun menyertai sebarang program pembangunan, pelancongan ataupun kebudayaan.

Bagi memastikan ketelusan, maklumat lengkap mengenai semula bantuan dan kriteria standard tersedia secara berbuka di laman web rasmi MOTAC dan dalam masa yang sama, Pejabat MOTAC di setiap negeri juga sentiasa bersedia memberi khidmat dan sihat, serta bimbingan teknikal secara bersemuka.

Dalam erti kata ini, kami percaya tiada sesiapa pun yang akan terpinggir daripada arus perdana pelancongan dan kebudayaan dan sekali gus membolehkan pengusaha kecil, termasuklah Bumiputera Siam untuk bersaing secara profesional dan mencapai piawaian kualiti yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven.

draft10:40 AM

Dato’ Wu Him Ven

Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

draft10:40 AM

5. Dato’ Wu Him Ven minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) kadar sara diri (SSR) daging khinzir pada tahun 2025 serta langkah- langkah intervensi kerajaan dalam mengawal kenaikan harga daging khinzir di pasaran yang didorong oleh kenaikan kos dedak ternakan global; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim harga siling atau subsidi dedak khusus untuk sektor ini bagi memastikan harga kekal kompetitif dan stabil serta adakah kerajaan sedang menjalankan kajian rintis penggunaan bahan alternatif tempatan seperti palm kernel cake

(PKC) atau Black Soldier Fly (BSF) secara komersial untuk industri ini bagi menstabilkan kos pengeluaran daging khinzir tempatan.

draft10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang nombor 5 ini ada dua bahagian.

Yang pertamanya jawapan untuk bahagian (a). Kadar sara diri (SSR) daging khinzir pada tahun 2024 adalah sebanyak 67.8 peratus dan kerajaan menyasarkan SSR daging khinzir adalah sebanyak 90 peratus pada tahun 2030 nanti. SSR 67.8 peratus ini menunjukkan bahawa sebahagian keperluan domestik adalah bergantung kepada bekalan import bagi menampung permintaan pasaran.

Walau bagaimanapun, pengeluaran tempatan terus diperkukuh bagi meningkatkan tahap kecukupan bekalan negara melalui pengeksportan khinzir hidup dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan memperkukuh pencegahan penyakit haiwan dan zoonotic bagi meningkatkan produktiviti dan hasil ladang. Bagi menangani impak turun naik harga tetap ternakan global terhadap kos pengeluaran dan harga pasaran, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), melaksanakan langkah-langkah seperti berikut.

Pemantauan berterusan dilaksanakan terhadap harga jualan khinzir hidup di peringkat ladang serta kos ternak ternakan. Pada tahun 2025, harga purata khinzir hidup di ladang adalah sekitar RM17.80 per kilo dan penanaman jagung bijian dalam negara berskala besar dan komersial bagi mengurangkan 30 peratus kebergantungan jagung import dari luar negara menjelang tahun 2040. Kawalan harga runcit daging khinzir adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Lazimnya, kawalan harga runcit daging khinzir hanya dilaksanakan semasa musim perayaan melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan oleh KPDN.

Untuk jawapan untuk bahagian (b). Dalam industri penternakan, kos input makanan ternakan merupakan komponen terbesar yang menyumbang kepada 70 peratus— sehingga 70 peratus daripada jumlah kos operasi keseluruhan pengeluaran. Terdapat tiga komponen utama sumber nutrisi dalam pemakanan ternakan, iaitu komponen sumber tenaga, komponen sumber protein dan juga komponen sumber serat atau fiber khususnya untuk ternakan ruminan.

Komponen tenaga merupakan komponen terbesar dalam pemakanan ternakan khinzir dan menjadi komponen utama dalam formulasi makanan ternakan. Sumber yang popular dan utama dalam komponen tenaga ini adalah jagung bijian. Manakala palm kernel cake (PKC) merupakan sumber makanan alternatif untuk komponen tenaga, namun kurang sesuai diberikan kepada ternakan khinzir kerana khinzir adalah ternakan yang berperut satu, monogastrik yang kurang efisien untuk mencernakan kandungan fiber yang tinggi dalam PKC.

PKC kini lebih banyak digunakan untuk ternakan ruminan di Malaysia sebagai sumber tenaga. Walau sedemikian, medium-chain triglyceride (MCT), adalah hasil produk derivative daripada isirung sawit atau palm kernel sesuai diguna bahan tambahan makanan haiwan. Kajian MPOB mendapati MCT dapat meningkatkan kesihatan usus, imuniti dan penghadaman, khususnya untuk babi dan ayam.

Ada dua lagi, komponen kedua yang penting adalah sumber protein. Sumber utama bagi protein untuk makanan ternakan khinzir adalah daripada mil kacang soya: soybean meal dan mil ikan: fish meal. Malaysia mengimport lebih 99 peratus sumber protein dalam makanan ternakan iaitu sebanyak 22,080 tan metrik mil kacang soya dan sebanyak 2,676 tan metrik mil ikan untuk keperluan negara. Menurut kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Black Soldier Fly Larvae

(BSFL) boleh mengambil sumber protein, namun kos penternakan BSFL adalah lebih tinggi daripada sumber protein mil kacang soya. Kerajaan sentiasa membuat pemantauan terhadap trend harga sumber makanan termakan dari semasa ke semasa. Buat masa kini, harga sumber makanan termakan masih lagi stabil. Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Dato’ Wu Him Ven

Dato Yang di-Pertua, hari ini penternak khinzir berhadapan dengan realiti bahawa kerajaan negeri sangat sukar untuk meluluskan kawasan ternakan PFA baharu atau ladang moden MPF, khususnya di negeri-negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Kita sedia maklum bahawa pertanian bukanlah satu perniagaan yang dapat menjamin keuntungan tanpa risiko. Dan oleh itu, sokongan daripada kerajaan amat diperlukan. Negara jiran seperti Vietnam telah memberikan subsidi dan sokongan pelaburan kepada penternak khinzir bagi memastikan industri khinzir terus bertahan. Justeru, soalan tambahan saya, adakah kerajaan benar-benar mempunyai political view untuk menyalurkan subsidi secara langsung kepada industri khinzir bagi meningkatkan kadar sara diri khinzir dan bukannya hanya bergantung kepada pembiayaan swasta?

draft10:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Yang ini soalan agak panjang. So, KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selalu komited untuk memastikan kelangsungan industri penternakan secara mampan dan berdaya tahan termasuklah juga sektor penternakan khinzir selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara dan kerajaan sentiasa bersedia untuk meneliti keperluan semasa industri supaya pembangunan industri ini selari dengan pembangunan industri ternakan lain yang berkembang secara mampan dan menuju ke arah pemodenan industri.

So, untuk memastikan kelangsungan industri ini dalam jangka masa panjang, beberapa langkah sedang dilaksanakan dan diperkukuhkan seperti berikut. Yang pertama, menggalakkan transformasi industri ternakan khinzir ke arah penternakan moden melalui pelaksanaan sistem ladang tertutup: closed house system, pengurusan sisa yang lebih efisien serta pematuhan terhadap keperluan alam sekitar. Dan bagi menyokong penternak yang melaksanakan transformasi ini, skop insentif galakan cukai bagi sistem ladang tertutup telah diperluaskan kepada industri ternakan khinzir, puyuh, itik dan padi.

Insentif ini meliputi manfaat elaun Accelerated Capital Allowance (ACA) serta pengecualian cukai pendapatan sebagai galakan kepada penternak yang menukar ladang terbuka kepada ladang tertutup bagi tempoh tahun 2023 sehingga tahun 2027. Dan kita juga menggalakkan pembangunan pig farming area (PFA), dan pelaksanaan modern pig farming

(MPF) dalam satu pendekatan yang bersepadu bagi memperkukuh kawalan penyakit seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti daging.

draft10:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Dan kita juga selalu melihat kepada macam mana kita meningkatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dalam aspek untuk pewartaan kawasan penternakan, pelesenan serta pematuhan syarat operasi. Memang urusan pengiktirafan tapak operasi sebahagian besarnya tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, pendekatan libat urus serta penyelarasan dasar terus diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih teratur dan lebih berkesan.

draft10:50 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Bangun]

draft10:50 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Dato Yang di-Pertua, boleh?

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Datuk Edward dulu kemudian Tuan Haji Hussin.

draft10:50 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada disebut banyak sudah pasal khinzir ini.

Cuma saya sedikit pencerahan tambahan. Bagi maksud Dasar Agromakanan Negara 2.0, sejauh manakah khinzir ini dimasukkan dalam kerangka Dasar Agromakanan Negara bagi 2021 hingga 2030?

Dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada juga menyebut tentang insentif, cuma saya ingin bertanya, untuk penternak-penternak yang kecil khususnya di peringkat luar bandar, sama ada kementerian masih memberi insentif ataupun bantuan modal untuk mereka dapat memperkasakan penternakan mereka. Terima kasih.

draft10:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

So untuk menjawab soalan ini, pertamanya saya nak menegaskan bahawa penternakan khinzir ini, kita lihat ini sebagai satu isu keterjaminan makanan okey. So, it’s for the food security. Kalau untuk food security, kita letakkan SSR target kita adalah 90 peratus menjelang tahun 2030. So itu maksudnya, ini memang telah diterapkan sebagai sebahagian daripada agenda keterjaminan makanan negara kerana target atau sasaran 90 peratus menjelang tahun 2030 telah diletak pun.

Okey, untuk jawab soalan yang untuk penternak yang kecil-kecilan ini, memang sekarang kita nak menggalakkan penternak ini dia kena transformasi daripada ladang terbuka kepada ladang tertutup. Kalaulah penternak kecil ini, kalau setakat mereka menjalankan perniagaan mereka atau perladangan mereka masih dalam cara ladang terbuka, memang kita tak boleh tolong apa-apa kerana hala tuju kita adalah hendak beralih ke closed farming.

Kalau sesiapa pun nak mentransformasi daripada ladang terbuka ke ladang tertutup, mereka dapat qualify— mendapatkan Accelerated Capital Allowance atau Elaun Modal Dipercepat dan juga pengecualian cukai pendapatan apabila kita meluaskan insentif dan cukai ini kepada industri ternakan khinzir tak kira dia besar atau kecil, selagi dia beralih ke sistem tertutup. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya turut bersama dalam isu babi ini...

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Khinzir.

draft10:50 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Khinzir, khinzir. Tarik balik. Saya pun agak terkagum juga dengar tadi itu untuk bila masuk ladang tertutup, ertinya pelepasan cukai pendapatan. Ada berapa jenis penternakan dalam negara ini kalau masuk dalam bidang itu yang diberikan ruang untuk pelepasan cukai pendapatan? Nombor satu, belum lagi Yang Berhormat.

Yang kedua, isu khinzir ialah isu kebebasan, tetapi yang saya hendak highlight-kan ialah isu sosial. Tertutup atau terbuka, nantinya ialah isu yang besar ialah isu pencemaran alam sekitar, kelestarian alam, pencemaran sungai. Kesan yang keduanya ialah bukan sekadar nanti menambahkan produktiviti babi, tetapi— tarik balik.

Tak pe tak tarik balik ya, boleh? Dua-dua itu boleh pakai. Bukan sekadar menambahkan itu, tetapi kesannya juga ialah nelayan-nelayan sungai yang menggunakan sungai untuk mendapatkan bekalan ikan akan turut juga terjejas sebab usaha mereka dengan sendirinya mereka tidak akan involve di tempat-tempat yang tadi.

Ertinya, apakah ini menjadi suatu imbangan apabila pihak tertutup dan terbuka, saya agak tertutup itu ertinya akan lebih terkawal lagi lah daripada segi air itu, tetapi kesan negatif juga kepada penggunaan nelayan sebab kalau saya lihat di sini, penggunaan ini ialah sekitar dalam maksimum pun dalam 40 peratus lebih, tak sampai 40 peratus sebab yang Muslim di Malaysia ini 63 persen. Ertinya, tapi kesan kepada penggunaan.

Nampak Puan Tiew nak soal tambahan. Semalam saya sebut ini secara khusus sebab sekarang ini contoh Selangor, kenapa negeri Selangor termasuk juga Sultan membuat teguran terhadap kes ini? Sebabnya rantaian kesan. Ada tidak ruang untuk lebih banyak mengelakkan isu sosial ini supaya kerajaan lebih fokus untuk menambahkan import? Dengan import itu mungkin juga akan memberi kurang kesan negatif sosial ini.

Terkait juga bila import, tolong juga ambil perhatian sebab bila import, masuk dalam satu peti sejuk, kurung, tapi campur pula. Bila campur, dua-dua pula jadi tak boleh. Ha, itu minta pencerahan lah. Saya minta pencerahan sahajalah. Terima kasih.

draft10:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, untuk menjawab soalan yang panjang lebar ini...

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Are you going to answer for isu on environment?

draft10:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, will review. Okey, yang pertama untuk industri ternakan.

Tadi saya mengatakan dia diperluaskan untuk termasuk juga khinzir dan itik dan juga beberapa ternakan ini. Maksud dia, yang original dia, dia terpakai untuk industri ternakan ayam.

So memang yang untuk penggalakan ladang terbuka kepada ladang tertutup ini, kita terpakai untuk ke semua jenis ternakan kerana memang itu sesuatu cara yang lebih moden untuk mengawal penyakit dan juga untuk mengawal pencemaran.

Yang kedua, untuk isu pencemaran. Baru-baru ini, 14 Februari di Pulau Pinang, saya sendiri telah pergi dan melihat satu kilang biogas yang berasaskan pencernaan najis atau air kumbahan daripada ladang ternakan babi atau khinzir dekat Kampung Selamat di Pulau Pinang.

So, dengan peralihan teknologi, ada cara dia untuk kita mengawalkan pencemaran dan dari segi pencemaran bau busuk itu.

So, selepas adanya yang biogas digester itu, bau busuk di Kampung Selamat sudah berkurang banyak. So, ini adalah salah satu contoh apabila kita lihat ada cara-cara teknologi moden untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana seperti contoh, kalau di China pun, di negara- negara moden di Eropah pun, Denmark kah, Spain kah, mereka semua pun ada penternakan babi juga dan macam mana mereka nak menguruskan? Mesti melalui ladang tertutup dengan kawalan alam sekitar yang lebih ketat.

Seperti contoh, kalau untuk sungai ini, bukan sahaja penternakan babi. Kalau ladang sawit dengan kilang sawit juga, ada juga efluen daripada kilang sawit yang membawa Biochemical Oxygen Demand (BOD) yang kena memenuhi piawaian yang kita tetapkan seperti 50 ppm baru satu piawaian untuk mengawal daripada segi pencemaran air sungai.

So, kalau kilang sawit kita pun boleh adakan satu piawaian yang lebih objektif, sama juga dengan penternakan tak kira apa jenis pun. So, inilah sesuatu yang kita selalu nak menjalankan dan untuk menangani isu ini secara menyeluruh, kita kena memperhalusi kerangka pembangunan industri penternakan khinzir secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan teknikal, sensitiviti komuniti setempat dan juga kepentingan ekonomi.

So, ini sesuatu yang tengah kementerian tengah jalankan. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Abun, kemudian Dato’ Leong.

draft10:50 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua mengizinkan saya memberikan soalan tambahan. Memang ini perkara yang sensitif dan selalu disebut-sebutkan dan ini tidak pernah berlaku dulu, tidak pernah berlaku. Dulu kita boleh nampak babi berkeliaran, sekarang tak apa. Kita ikut, ikut kemajuan negara. Ikut sahaja.

Jika terdapat ada air cemarkan sungai, kita boleh ambil tindakan, tapi jika ladang yang tidak ada pencemaran sungai, tak akan kita tutup semua-semuanya? Jadi sekarang sudah kaedah baru. Najis ini pun boleh diproses dan boleh dibersihkan dan boleh juga dimasukkan dalam sungai, tetapi jika kita fikir tak perlu, tak apalah, kita proses supaya dia tidak masuk ke sungai, tapi saya minta, saya cadangan juga, saya cadang jangan nak tutup semuanya ternakan babi ini yang mengatakan dia cemar alam sekitar...

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kadang-kadang tanah itu bidang kuasa negeri. Ini Kementerian Persekutuan. Menteri nak jawab kah? Sebab soal tanah penternakan bidang kuasa negeri. Ini kementerian Persekutuan dia tak nak jawab, jawab bertulis pun tak nak. Cubalah. You write something to explain.

draft11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey saya mengikut perintah daripada Tuan Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Abun.

draft11:00 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Cuma, Dato― oh okey.

draft11:00 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, di beberapa negara contohnya di China ya, penternakan khinzir ini yang moden telah dilaksanakan melalui sistem ladang bertingkat dalam bangunan yang menggunakan teknologi automasi kawalan bio sekuriti dan juga pengurusan sisa yang lebih teratur.

Jadi, sehubungan dengan itu, adakah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bercadang untuk meneliti atau memperkenalkan model penternakan moden seperti ini di Malaysia khususnya bagi meningkatkan tahap bio sekuriti, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memastikan bekalan protein ternakan yang lebih stabil dalam negara? Terima kasih.

draft11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Pihak KPKM selalu terbuka untuk meneliti cara-cara pembangunan industri khinzir ini di tempat-tempat yang lain, negara-negara lain supaya kita juga mengambil contoh dan teladan dia untuk macam mana kita memajukan industri penternakan ini.

Dan sebagai contoh kalau di Sarawak— Sarawak sudah ada satu PFA: pig farming area dan sekarang Sarawak nak merancang mengembangkan kepada tiga, tiga PFA: pig farm area dekat Sarawak. So, memang ini maksud dia sesuatu industri ini kalau kita merancang dan melaksanakan dengan betul, dengan cara yang proper, dengan kawalan alam sekitar yang lebih baik dan ketat, segala-gala isu ini kita dapat memanggil bersama. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh tambah satu lagi Dato?

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Khinzir saja ya.

draft11:00 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Khinzir saja. Saya fikir gini. Mungkin kita ada confused. Dia bukan isu kotor, kan. Selalu kita duk lihat ini bila pencemaran ini kerana kotor Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Isunya itu, dalam Quran sebut,“Lahmun khinzir.” Itu cerita jelas itu ialah dari segi orang Islam hukum, hukum haram halal tu. Jadi, kalau masalah kotornya macam tadilah— tak apa, ambil yang itu cuci bersih-bersih masuk ke dalam itu. Bukan isu itu.

Jadi, isu yang saya sebut sosial— isu tadi itu adalah, masalah kedudukan khinzir itu kepada 64 peratus masyarakat Muslim di Malaysia yang timbul sensitivitinya nanti apabila kawalan terhadap air. Kalau kita kata buat di tengah-tengah tempat yang tak ada kaitan, yang timbul di Selangor ini sebab di situ masyarakatnya bercampur. Jadi, itu isu yang besar. Saya rasa mungkin tak boleh jawapan, tapi saya— pandangan saya lah. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu pandangan saja.

draft11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ulasan sikit sahaja. So, isu itulah soal macam mana nak pemilihan tapak itu adalah, satu perkara yang kita juga kena lihat dari segi sosial. So, kena jalankan social impact assessment apabila kita memilih tapak tersebut. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Social impact assessment. Senator Tuan Mohd Hasbie.

draft11:00 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum, terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 6.

draft11:00 AM

6. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Kesihatan menyatakan, berapakah jumlah Pegawai Perubatan yang berhenti sewaktu housemenship antara tahun 2023 hingga 2025 dan apakah punca utama.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri ada di sini.

draft11:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Senator Tuan Hasbi. Saya mulakan dengan lafaz yang mulia. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semuanya. Salam Ramadan Mubarak.

Dato Yang di-Pertua, housemenship atau apa yang diistilahkan sebagai latihan siswazah adalah latihan wajib yang perlu dijalani oleh graduan perubatan bagi melayakkan seseorang itu dapat beramal sebagai seorang Pegawai Perubatan.

Setiap Pegawai Perubatan Siswazah namanya atau PPS dalam bahasa Inggeris dengan izin, House Officer (HO), perlu menempuh tempoh latihan selama dua tahun ya di hospital yang diistilahkan sebagai Hospital Latihan Siswazah (HLS) yang terpilih dan menjalani latihan lima posting wajib dan satu posting elektif— pilihan ya. Lima posting wajib itu adalah perubatan, pembedahan, O&G dan pediatrik serta ortopedik. Salah satu daripada elektif daripada empat yang boleh dipilih adalah emergency medicine (perubatan kecemasan), anestesia, psikatri, psikiatri dan kesihatan primer (primary health). Pada masa ini, sejumlah 48 hospital telah diakreditasi sebagai Hospital Latihan Siswazah yang merangkumi 45 hospital KKM dan tiga hospital pengajar HPU Universiti ya. Dan hospital- hospital ini Dato Yang di-Pertua, dia perlu punya beberapa kriteria antara lainnya adalah cukup case mix yang mengizinkan seseorang pelatih terdedah daripada pelbagai jenis penyakit dan juga prosedurnya.

Untuk makluman semua, kalau kita perhatikan Yang di-Pertua, pengambilan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) telah dan sedang merekodkan trend penurunan ya. Tertinggi, kita perhatikan tahun 2019 kali pertama saya mengemudi KKM, jumlahnya adalah 6,139. Dan kalau kita perhatikan setiap tahun, dia berkurangan daripada 2020, 2021, 2022 tinggal 3,245. Itu antara yang terendah. Maaf ini belum lagi yang terendah dan sedikit hovering ataupun sekitar jumlah itu 2023- 3,265; 2024- 3,288; dan 2025- 3,294 ya. Dan ini menunjukkan trend yang rata-ratanya adalah kurang lebih 50 peratus reduction dari sudut supply side bekalan graduan ya untuk masuk kepada Program Latihan Siswazah ini.

Dan untuk sehubungan langsung dengan soalan yang dibangkitkan oleh Senator, bagi tempoh 2024-2025, dua tahun senggang waktunya, seramai 206 PPS ya yang telah― HO yang telah meletakkan jawatan ya— Pegawai Pelatih Siswazah itu, 206 yang telah meletakkan jawatan. Manakala bagi tahun 2023, data yang ada tersedia ini adalah menunjukkan pegawai- pegawai ini telah tamat dengan latihan siswazah berjumlah 254 ya.

Jadi, 2026, 2025 dan 254 saja ya yang keluar pada tahun 2003. Trend pelepasan jawatan ini merekodkan penurunan, sedikit penurunan— 114 pada tahun 2004 dan manakala 92 pada tahun 2005 Dato Yang di-Pertua ya.

Antara sebab atau punca utama peletakan jawatan ini bersekitar faktor-faktor ini multifactorial. Apa pun pertama adalah pelbagai sebab peribadi seumpama masalah keluarga, pegawai belum bersedia menjalani latihan siswazah ataupun kadang-kali berminat untuk menceburi bidang-bidang yang lain.

Kedua, melanjutkan pelajaran.

Ketiga, berhijrah keluar negara.

Dan keempatnya, masalah-masalah kesihatan khususnya ya.

Itu dahulu Dato Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Kalau tengok pada punca-punca yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, memang tidak jelas bahawa adakah kerana tempoh housemanship itu satu tempoh yang ada disebut sebagai tempoh yang sangat mencabar, ada istilah digunakan, “Neraka” bagi Pegawai-pegawai Perubatan Siswazah ini kerana ada budaya ragging yang kita dengar sejak dulu sehingga ke hari ini dan saya nak kaitkan sedikit Yang Berhormat Menteri dengan kes bunuh diri di Kelantan.

Sebagaimana yang kita tahu, secara purata negara kita ini, kes bunuh diri dalam seribu setahun. Dan di kalangan mereka yang beragama Islam, kes― jumlah itu, peratus itu yang paling rendah berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Negeri Kelantan, negeri Terengganu antara negeri yang terendah kerana dalam kepercayaan orang Islam, mereka yang bunuh diri ini, mereka akan mengulangi tindakan bunuh diri itu di akhirat, menyebabkan kes itu rendah.

Cuma, bila berlaku kes melibatkan doktor pelatih Islam di Kelantan pula, memberi gambaran kepada rakyat bahawa ada masalah besar dalam tempoh housemanship itu.

draft11:00 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Jadi— dan Menteri juga telah jawab di Parlimen ini dan juga di Dewan Rakyat tentang langkah-langkah yang diambil, platform kaunseling, talian iHEAL dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanan langkah-langkah yang diambil itu? Kerana kita dengar kes-kes sebegini seolah- olah tak ada noktah. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB, you dah sahkan bunuh diri kes di Kelantan itu? Siasatan telah selamat?

draft11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya jawab.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Insya-Allah ya. Terima kasih Senator ya. Satu kepekaan yang tinggi oleh— saya yakin oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara, juga begitu Dato' Yang di-Pertua semua Ahli-ahli Dewan Rakyat, merakamkan keprihatinan yang tinggi. Dia tidak perlu ramai, satu pun sudah cukup untuk membuat all of us to have a wakeup call, dengan izin.

Allah SWT menyebutkan menyelamatkan satu nyawa. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Menyelamatkan satu nyawa itu seolah-olah kamu menyelamatkan seluruh umat manusia itu”. Jadi perkara hal yang terkait dengan buli ini, pada penggal pertama lagi, penggal pertama saya Dato’ Yang di-Pertua mungkin ada yang masih ingat bagaimana saya pernah memecat seorang HoD: head of department sebuah hospital besar, akan dijelas setelah saya jalankan investigation atau siasatan dalaman dahulunya dan selepas daripada itu, satu siasatan bebas terdiri daripada pakar-pakar autoriti. Akhirnya saya mengesyorkan pecat dan beliau telah dipecat pada kedudukan yang sangat tinggi dalam perkhidmatan dan services.

Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini Dato' Yang di-Pertua dan apa yang mustahaknya ya, setelah kali kedua saya sampai ini, saya mengemudi KKM tahun lepas ada satu kes Lahad Datu. Pastinya kita belum lupa. Kemudian itu disusuli dengan beberapa kes yang lain di HTAR. Bukan meninggal seperti kes Lahad Datu dan juga kes Kuala Krai itu, tetapi buli pada tahap yang sehinggakan aduan dibuat dan di HTAR. Terkini di Pulau Pinang GH dan juga satu lagi di— satu lagi di mana, Bainun, di hospital di Ipoh.

Dato' Yang di-Pertua, hal yang terkait ini saya telah awal-awal lagi melepaskan X saya, melepaskan tweet saya dan saya telah merakamkan ya perkara ini dengan sangat serius dan saya nyatakan, kalau boleh izinkan saya membaca apa yang telah sebutkan. Dengan izin Dato' Yang di-Pertua, “Mesej saya kepada seluruh kepimpinan fasiliti KKM amat jelas. Setiap warga KKM berhak bertugas dalam persekitaran yang profesional, selamat dan bermaruah. Kita tidak boleh merawat rakyat dengan ihsan jika sistem kita gagal memberikan ihsan kepada petugas- petugas kita sendiri. Pengarah hospital dan ketua jabatan, bahkan pengarah JKN, Jabatan Kesihatan Negeri juga bertanggungjawab sepenuhnya mewujudkan budaya kerja yang harmoni, yang adil, adjust environment, just working environment, adil dan harmoni. Setiap aduan wajib”.

Saya sebutkan, “Setiap aduan wajib disiasat segera tanpa kompromi atau melindungi mana- mana individu.” Dan saya sebutkan, “KKM akan memperkasakan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan JPA sebagai rujukan mandatori, tindakan tatatertib dan tiada lagi kompromi terhadap hal yang terkait dengan maki hamun, bahasa kasar atau public shaming seperti yang ternyata dalam Pekeliling JPA itu.” Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kalau saya rumuskan ya, apa yang sedang dilaksanakan adalah Pengarah JKN Kelantan telah pun— di samping siasatan oleh pihak PDRM Dato' Yang di-Pertua, adalah siasatan dalaman kami dulu untuk establish kes prima facie dan andainya perlu, kita akan lakukan secara jawatankuasa independent. Sementara saya tidak mahu be presumptuous istilahnya, membuat apa-apa tuduhan awal, tetapi untuk kita meletakkan apa-apa telahan dan cerapan atas kes ini, kita perlu tahu dan perlu ada maklumat 360 degree, dengan izin, untuk kita dapat letakkan apakah ia benar-benar buli dan pada tahap apa dan sebagainya. Itu dalam siasatan dan di situ, tetapi saya ingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi andainya wujud anasir-anasir ataupun element of bullying dan sebagainya yang meletakkan Almarhumah ini meragut nyawanya.

Kita tahu— saya tahu, saya sangat sedar akan kes ini walaupun saya tidak boleh memberikan apa-apa butiran. Jadi itu adalah perkara yang telah saya sebutkan, saya letakkan failure to take action is a failure in itself. Jadi itu yang saya tegaskan dan perkara ini sedang dalam siasatan polis dan juga dalam siasatan kami. Terima kasih Senator Tuan Hasbie.

draft11:10 AM

Puan Tiew Way Keng

[Bangun]

draft11:10 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya turut berdukacita dengan kehilangan yang besar bagi sayalah kepada pihak KKM apa yang berlaku di Kelantan. Cuma saya ingin berkongsi dan mohon tindakan daripada KKM, saya berada dalam dunia perubatan dan saya sangat faham budaya kerja di hospital dan apa yang dihadapi oleh pegawai perubatan siswazah ataupun kita namakan housemanship ataupun HO.

Salah satu faktor kekurangan, kembali kepada soalan kekurangan houseman yang bagi saya sangat kritikal daripada 6,000 kepada 3,000 lebih sahaja pengambilan setiap tahun. Jadi, adakah pihak kementerian boleh buat sesuatu terutamanya dalam memastikan budaya kerja yang bagus di dalam KKM supaya boleh menarik kembali pelajar-pelajar muda ini untuk minat, untuk mengambil kursus perubatan? Dan, apakah kerajaan juga berhasrat untuk memendekkan tempoh latihan housemanship daripada dua tahun kepada satu tahun?

Saya ingat kalau saya dulu saya menjalani tempoh ini selama satu tahun sahaja dan mungkin dengan kaedah ini, dengan suasana persekitaran profesional di hospital tanpa perkataan-perkataan yang toksik kepada houseman dan tempoh masa yang lebih singkat boleh menarik lebih ramai pelajar-pelajar muda untuk mengambil kursus ini. Terima kasih.

draft11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Senator Dr. ya. Saya yakin perkara ini menjadi perbualan nasional. It’s our national conversation hari ini dengan izin terutama dalam fraternity perubatan. Persoalan supply side ataupun bekalan doktor itu bukan satu yang mudah. There is no quick fix. Bukan ada satu ‘elastoplast’ yang boleh kita guna segera untuk atasi masalah yang berakar dan bersumber. Susur galurnya adalah kerana pada suatu masa 2016, kita mempunyai lambakan. 2019 pada penggal pertama saya, saya berdepan dengan lambakan dan istilah itu digunakan sebagai lebihan bekalan dan seseorang fresh graduate terkadang kali menunggu satu tahun lebih untuk melalui program housemanship. Di situ juga kita mulakan program apa yang dikatakan sebagai interim contract doctors, yang hari ini ketika kita berdepan dengan kekurangan pun, ini sudah rejim ataupun cara kontrak ini masih lagi diteruskan. Ini antara perkara yang saya sedang tangani untuk saya tamatkan dan noktahkan contract doctors ini telah saya sebutkan beberapa kali. Antara lainnya, untuk menyuntik maruah kepada doctors, doctors baharu ini, generasi ini supaya mereka apabila mendapat satu lantikan, is not a contract for service tetapi contract of service. They are permanent dan tetap.

Berbagai cara untuk kita menangani soalan bekalan ini dan ia tidak hanya terkait dengan KKM, kerana hal yang terkait dengan pendidikan perubatan ini adalah di bawah Kementerian KPT, tetapi kami akan mengambil pendekatan whole of government, dengan izin, untuk kita saling melihat sama ada dengan MOF, dengan KPT dan juga KKM kerana perkara itu adalah satu polisi.

draft11:10 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dan kita tidak boleh short-sighted dalam hal ini, ketika kita meletakkan moratorium satu masa dahulu 2018, 2017, dan inilah yang sedang kita hadapi. It is legacy issue yang saya warisi dan saya bertegas untuk menyelesaikan masalah ini.

Antara lainnya juga adalah untuk kita memberikan apa yang diistilahkan sebagai apa pun cara yang telah saya dapat lakukan. Mungkin Senator dengar bagaimana saya telah mendapatkan kenaikan ITAP, on-call punya allowance dan sebagainya yang tidak di-visit, tidak ditimbal semula ya, hampir 12 tahun lebih. Dan juga hal-hal yang terkait dengan keperluan untuk membuat lanjutan siswazah, master dan sebagainya.

Saya sedang sebenarnya memerhatikan at what point dalam laluan kehidupan mereka itu, bermula dengan dua tahun housemanship ya, dua tahun yang dikatakan sebagai khidmat wajibnya dan sampailah two plus five, ia diberikan peluang untuk mendapatkan kedudukan tetap.

Kesemua ini sedang saya perhatikan at what point attrition rate ataupun mereka keluar meninggalkan kami itu pada tahap yang paling tinggi.

Dan saya perhatikan adalah, apabila mereka mendapat kedudukan daripada contract doctors kepada tetap dan di mana mereka akan diberikan satu penempatan termasuklah― pilihan hari ini, kita bagi tiga. Dua di Semenanjung dan satu mesti di Sabah dan Sarawak, ya.

Jadi, di situlah attrition rate empat bagi 10 akan tidak membuat― that, no show. Mereka tidak akan datang untuk meneruskan kerjaya mereka. Ini pada saya sangat malang Dato Yang di- Pertua, dan saya telah ada satu formula untuk saya― mungkin tidak boleh berkongsi lagi di sini, tetapi kalau waktu yang terdekat, saya akan isytiharkan.

Balik kepada persoalan satu tahun housemanship itu, ramai yang juga melalui program itu. Setahun yang kita ambil yang wajibnya medical, surgical dan O&G, dan yang lain itu sebagai elektif ya, tapi hari ini, kita wajibkan lima. Apa yang menjadi kegusaran MMC ya, Majlis Perubatan Malaysia: Malaysia Medical Council, adalah kualiti. KKM berdepan dengan medicolegal, tuntutan medicolegal yang semakin meningkat, Dato Yang di-Pertua. Dan ex-gratia ini dibayar bukan sikit ya, puluhan juta sekarang ini. Always in the― dalam kuantum yang juta. Dan ini juga adalah mungkin juga terkait dengan clinical skills, kompetensi, standard equipment dan sebagainya.

Jadi, kita sentiasa menimbang, apakah dalam konteksnya ya. Kita harus agile, harus robust, harus adaptive ya, responsif ya. Pada waktu yang sama, kita juga mesti mengekalkan, tidak berkompromi dari sudut kualiti. Jadi, kesemua ini sedang kami perhatikan dan saya telah pun berbincang dengan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan untuk hal perkara ini.

Dan itu bukan hanya senya caranya kerana kesemua pihak ada kecenderungan- kecenderungannya. Menyebut saja setahun, ada pihak yang menentang, ada yang menyokong.

Itu pada saya adalah munasabah. Apa pun polisi, dia tidak ada― dia sentiasa ada, apa istilahnya, two sides of the same coin, baik buruknya ya. Jadi, oleh kerana itu, saya masih lagi dalam pertimbangan untuk― saya sendiri awalnya cenderung untuk, dalam konteks hari ini, bila kita berdepan dengan drastic reduction, penurunan yang ketara tentang supply side bekalan doktor ini, saya cenderung untuk memulakan kembali one year housemanship, tetapi kita perlu mengatasi beberapa faktor-faktor yang lain.

Dato Yang di-Pertua, mungkin itu saja dahulu. Ada perkara-perkara yang lain boleh saya pertimbangkan dan perkembangkan. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Haji Halim. Kemudian...

draft11:20 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih...

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Yang terakhir, Puan Tiew.

draft11:20 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

...Yang Berhormat Dato Speaker. Saya nak jawapan yang pendek saja. Sebab saya nak tanya pendek.

Pertamanya, kekurangan houseman. Apa tindakan kita? Sebab, hearsay banyak menyatakan bahawa dia kena ragging oleh doktor-doktor yang sedia ada untuk mendapatkan ulasan kepada houseman. Saya sebagai seorang pesakit, dijaga oleh houseman. Pagi masuk, besok pagi datang dengan baju yang sama. Saya tanya, “Kenapa?” Dia kata, “Saya tak ada masa untuk balik dan saya kesal kenapa saya masuk sini.” Ini menyebabkan kekurangan bagi pelatih- pelatih.

So, saya nak satu tindakan untuk kita mengatasi masalah yang berlaku di hospital- hospital. Kerana, ada pilih kasih dalam menentukan ataupun laporan kepada houseman, houseman yang bertugas untuk mendapatkan dia punya merit pekerjaan selama dua tahun tersebut. Terima kasih.

draft11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Senator ya.

Kita boleh membuat apa pun telahan dan boleh juga membuat apa pun pandangan ya.

Namun, pada akhirnya, pandangan-pandangan kita itu dan sikap kita itu jangan hanya berdasarkan anecdotal sources saja ya. Sebagai orang yang profesional di Dewan Negara ini mahupun di Dewan Rakyat, kenyataan-kenyataan yang kita sebutkan itu, ia mesti pada asasnya, pada akhirnya, in the final analysis, mesti berpasak dengan evidence.

Ya, saya sangat faham akan wujudnya buli, wujudnya apa yang dikatakan sebagai bahasa kasar dan sepertimana yang telah saya sebutkan lebih awal tadi ya. Dan ini adalah benar.

Persoalannya, apakah itu menjadikan houseman tidak datang untuk mendaftar sebagai house officer? Itu satu hal yang lain ya.

Jadi, persoalan untuk― istilahnya tadi, houseman tinggalkan perkhidmatan kerana mereka dibuli. Ada cases ya, dan ada cases. Sebenarnya houseman banyak tahapnya, Dato Yang di-Pertua, kalau boleh saya sebutkan. The first is, apabila mereka kembali, mereka kena buat registration ke SPA, mereka kena register dengan MMC dan untuk mendapat apa yang dikatakan sebagai temporary annual practicing certificate mereka. Mereka belum lagi diiktiraf, tetapi ada provisional kedudukan mereka itu.

Provisional certificate mereka, tetapi ada yang belum lagi kena buli, sudah pun tidak datang. No show. Mereka tamat kursus perubatan mereka, tapi mereka tidak mahu, mereka tidak berminat untuk mengamalkan perubatan. Ini adalah antara sebabnya, kerana mereka telah bersama dalam kursus perubatan kerana permintaan ayah dan ibu, parents dan sebagainya. And there are few cases. No show. Pada awal lagi ya. Dan ada yang― Jadi, itu perkara-perkara yang kita kena tahu secara lebih empirikal, secara lebih khusus dengan tidak saya menafikan bahawa ada― baik, saya satu lagi poin yang saya terlupa tadi.

House officer ini bukanlah an extra pair of hands. Saya ulang sekali lagi. House officer bukan satu tenaga untuk dikerah dalam perkhidmatan hospital. Mereka berada di hospital adalah khususnya secara sifat hakikinya adalah untuk dilatih. Bukan untuk di-push around to do the daily chores, errands of sesiapa pun. Jadi, itu perkara yang penting. Dan head of departments, Pengarah Hospital perlu memerhatikan perkara-perkara ini.

Saya tidak menafikan bahawa dalam satu pokok epal itu, ada yang bad apples yang lazimnya merosakkan nama baik seluruh perkhidmatan. Jadi, yang ini yang kita nak kenal pasti dan saya mahu Pengarah Hospital dan sesiapa pun head of department, khususnya ketua-ketua jabatan, mengambil tindakan segera dan jangan cuba melindungi sesiapa pun yang membawa apa yang dipanggilkan istilahnya “toxic culture” ini ataupun budaya yang sangat toksik ini, sama ada dalam bentuknya harassment, sama ada dalam bentuknya kata-kata, verbal harassment, verbal bully dan sebagainya ya.

Saya sebutkan kes yang saya akhirnya pecat head of department itu adalah kerana went to the extent of sexual transgression ataupun sexual misconduct terhadap house officer, dan bukan saja house officer, tetapi medical officer juga. Jadi, kita nak lindungi house officer, kita nak lindungi MOC kita, kita nak lindungi jururawat kita, kita perlu mewujudkan satu suasana working yang dikatakan working environment, satu ambience, satu suasana kerja yang adil, yang harmoni, yang tahu untuk respect karamah insaniah, kemuliaan manusia, terutama dalam apabila kita bekerja sebagai satu pasukan.

Top consultant, senior consultant, jangan pandang enteng dengan yang jururawat who is only at your disposal for dalam OT, dalam apa juga setting, tapi mereka juga ada kepakaran those basic apabila mereka bersama.

draft11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

So, dengan mutual respect ini, saling hormat-menghormati ini, satu pasukan akan dapat berperanan untuk memberikan ihsan kepada pesakit, sementara mereka juga diberikan ihsan sesama sendiri. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya Yang Berhormat Menteri yang telah memberitahu kita berkenaan dengan budaya toksik yang berlaku.

Di mana bagi anak-anak muda yang telah belajar sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang perubatan, saya rasa mereka juga tidak ingin melepaskan lanjutan khidmat mereka dalam bidang perubatan.

Akan tetapi saya ingin nak tanya bagi pihak kementerian Yang Berhormat Menteri, sama ada, adakah sebarang langkah-langkah proaktif supaya mengurangkan kadar letak jawatan daripada doktor-doktor, khususnya bagi doktor-doktor muda ini, selain daripada tempat yang selamat dan tempat yang mereka tidak dibuli oleh mana-mana pihak? Terima kasih. Proaktif, langkah-langkah proaktif.

draft11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Sangat mustahak ya Tuan Yang di-Pertua, yang membangkitkan hal ini. Pada akhirnya, langkah-langkah ini terkait dengan beberapa amalan.

Pertama, of course adalah yang terkait dengan apa yang dikatakan sebagai maruah kerjaya dan karier mereka. Bayangkan, graduan-graduan kita yang belum lagi menempuh peperiksaan yang terakhir di tahun akhir, didatangi oleh ejen-ejen daripada Singapura untuk ‘menculik’ mereka dan diberikan satu tahap remuneration atau upah yang sangat tinggi dan pelbagai lagi perks dan benefits.

Saya berjumpa baru-baru ini. Saya berada di Sultanah Bahiyah minggu lalu dan mengambil masa untuk menyantuni kakitangan saya dan bersama dengan mereka semasa sahur. Saya sengaja mahu duduk dengan house officer yang berkebetulan beberapa daripada Universiti Malaya (UM). Mereka saling memberikan pandangan dan juga memberikan input kepada saya.

Antara perkara yang mereka sebut adalah, sebelum lagi peperiksaan, dia sendiri pun menerima tawaran yang agak mewah dan dijamin kedudukan mereka itu. Sejurus mereka sampai ke Singapura ataupun belum lagi, mereka telah mendapat tawaran pekerja yang contract of service dan bukan contract for service ataupun yang diangkat sebagai contract doctors. They are doctors. Tetap.

Jadi, itu satu unsur maruah diri kerjaya seorang doktor. Saya cenderung dalam waktu yang sesegera untuk menamatkan apa yang dikatakan sebagai arrangement atau regime contract doctors ini. Itu legacy. Mendahului saya. Saya kembali dengan— berdepan dengan cabaran bekalan doctors yang telah berkurangan lebih daripada 50 peratus.

Intake kami Januari untuk 2026, kita tawarkan 5,000 slot, yang datang hanya 529 graduan ataupun PPS yang telah graduate ataupun yang— ya, itu yang hanya ada 529 saja daripada 5,000 lebih yang kita— slot yang kita tawarkan. Jadi, kita berdepan dengan satu yang serius dan saya telah memberikan faham kepada Kabinet, kepada juga KSN, KPPA bahawa andainya human resource, sumber manusia ini tak kita tangani, kita akan berdepan dengan satu situasi— pada saya, sudah lama dah krisis ini.

Saya boleh berdepan dengan digitalisation, saya boleh datangkan reform on healthcare financing, care models. Semua on my— atas pundak dan bahu saya. tapi kalau sumber manusia, itu melepasi my pay grade, dengan bahasanya.

Jadi, it must be a whole-of-government untuk kita selesaikan. Antara lainnya, Senator ya, untuk kita secara proaktif adalah juga pada awal lagi, on the supply side, di peringkat pendidikan KPM dan juga that is where STEM— interest of STEM, pelajar-pelajar yang hilang minat dengan STEM.

So, if you are not dalam jurusan STEM, sains dan engineering dan mathematics itu, then this is why the supply side is going to be dwindled. Ia sangat berkurangan, ya. Kita juga mengambil pendekatan-pendekatan proaktif yang lain. Saya tahu. Remunerasi, saya tahu.

Beberapa pendekatan yang kita mahu berikan kepada doctors kita over the perks yang kita boleh— kita sedang melalui beberapa perbincangan dengan airlines, dengan banking, dengan apa pun untuk memberikan doctors a bit of— apa yang dikatakan sebagai perks dan benefits sebagai seorang doktor, tambahan kalau seorang konsultan dan pakar.

Jadi, kita akan terus ya dan saya berpandangan dengan cara saya sebutkan, isyaratkan lebih awal tadi, saya mempunyai satu formula untuk mengelakkan attrition, pengaliran keluar ataupun mereka tinggalkan perkhidmatan awam ini kerana mereka diberikan beberapa benefits yang lain.

Saya memandang kepada keperluan. Ada yang mendesak saya supaya meletakkan moratorium kepada private sector. Itu sudah hal yang terkait dengan kepakaran. Aspek-aspek specialist, itu lain, tapi kita bercakap hari ini tentang housemanship, house officers.

Jadi, terpaling baik adalah bila mereka telah tujuh tahun dan dua tahun dalam house— as house officers, saya kira sangat mustahak aset negara ini diberikan segala pertimbangan dan kewajaran oleh the whole-of-government. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan MK II, dengan MKs, Menteri-Menteri Kewangan dan yang lain untuk membantu dan menyokong kami untuk memberikan yang terbaik atas khidmat, kebajikan dan juga untuk mereka kekal bersama perkhidmatan awam di fasiliti-fasiliti— 151 hospital kami, 3,300 lebih klinik-klinik kesihatan kami di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang.

draft11:30 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7, secara ringkas.

draft11:30 AM

7. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, sama ada penilaian terhadap pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] telah dijalankan dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan akta tersebut dipatuhi serta dilaksanakan sepenuhnya.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara melaksanakan mekanisme semak dan imbang secara berkala bagi

draft11:30 AM

menilai keberkesanan Akta Warisan Kebangsaan 2005 - Akta 645

. Penilaian merangkumi audit lapangan warisan serta kajian impak perundangan bagi memastikan warisan negara terus terpelihara.

Bagi memastikan pematuhan mutlak, Jabatan Warisan Negara menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk menasihati pihak berkuasa perancangan tempatan berhubungan dengan atau apa-apa permohonan, kebenaran merancang melibatkan tempat warisan atau kawasan sekitar.

Di samping itu, Jabatan Warisan Negara juga melaksanakan tiga strategi utama iaitu pertama, intervensi teknikal melalui keperluan penilaian impak warisan ataupun heritage impact assessment bagi pembangunan lestari di tempat sensitif dan warisan dunia.

Kedua, memperkasa kuasa pewartaan untuk melindungi aset warisan dan ketiga, mempergiat libat urus bersama pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pelaksanaan akta konsisten di semua peringkat pentadbiran. Sekian, terima kasih.

draft11:30 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, atas jawapan yang persis dan ringkas. Soalan tambahan saya, adakah kementerian telah atau akan melaksanakan kolaborasi dengan badan-badan penyelidikan seperti IPT atau badan lain untuk memesatkan kajian bagi pendokumentasian atau inventorisasi yang tuntas dan komprehensif tentang pelbagai aspek warisan negara kerana banyak lagi tapak warisan, unsur-unsur warisan lain yang belum didaftarkan ataupun belum dikaji. Apakah pelan jangka panjang untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara? Terima kasih.

draft11:30 AM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih atas soalan tambahan. Dato Yang di-Pertua Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara sentiasa memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak Institusi Pengajian Tinggi dan agensi berkaitan dalam usaha untuk kita memperkasa penyelidikan, pendokumentasian dan pemeliharaan warisan negara. Sebagai contoh pada tahun lepas, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara telah menandatangani memorandum persefahaman dengan empat universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta ikatan ahli arkeologi Malaysia.

Selain itu Jabatan Warisan Negara juga mempunyai hubungan kerjasama dengan UKM dan USM dalam penyelidikan arkeologi di Lembah Bujang. Pada masa yang sama kita juga telah— Jabatan Warisan Negara telah menandatangani nota kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi kita memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, kepakaran teknologi terkini yang berkaitan dengan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan negara.

Sebelum itu pada tahun 2023, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan 11 universiti awam bagi memperluas kerjasama penyelidikan dan pembangunan ilmu berkaitan warisan negara. Sekian terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan warisan hari ini, kita nak tengok jika kementerian ada sedikit data jumlah tapak ataupun bangunan warisan di Negeri Perlis yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan setakat ini. Adakah kementerian bercadang menambah lagi tapak warisan di Perlis memandangkan negeri tersebut ada potensi arkeologi dan sejarah yang tinggi? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

Memandangkan soalan yang diajukan adalah spesifik berkenaan dengan Perlis, saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

draft11:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Okey saya nak tambah sikit sahaja. Boleh Dato Yang di-Pertua? Hari ini Dato Yang di-Pertua agak pemurah lah. Banyak soalan dia bagi. Dato Yang di-Pertua, sebenarnya banyak tapak warisan yang saya kira perlu diberi perhatian. Saya beri satu perkara yang lebih khusus. Walaupun pendudukan Jepun di Tanah Melayu cuma tiga tahun lapan bulan, tetapi banyak tempat yang sebenarnya memberikan satu signifikan bagi sejarah.

Saya ambil contoh umpamanya Pantai Sabak di Kelantan. Itu merupakan tapak pendaratan tentera Jepun di Malaysia atau Tanah Melayu pada bulan Disember 1941.

Kedua pertempuran di Kampar sebagai contoh pertempuran besar sebelum Jepun mara ke selatan, tapi ada satu lagi tapak yang saya kira cukup penting Yang di-Pertua iaitu Kubu British di Pengerang. Bagaimana British telah menyediakan suatu persiapan yang mengandaikan bahawa Jepun akan menyerang dari laut, tetapi Jepun menyerang dari darat dan tidak ada sebarang pertempuran berlaku.

Persoalan saya Yang di-Pertua, adakah pihak kementerian memberi cadangan untuk menyediakan suatu bentuk pemulihan, penjagaan, tempat-tempat ini bagi memberikan suatu pengajaran kepada generasi akan datang dalam episod sejarah yang penting kepada negara kita. Terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Chiew Choon Man

Kementerian MOTAC memang mengalu-alukan cadangan kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator tentang tapak yang penting untuk kita menjaga atau berpotensi sebagai warisan. Lepas ini mungkin saya boleh bincang dengan Yang Berhormat Senator dengan lebih lanjut tentang maklumat ini. Terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir.

draft11:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Dato Yang di-Pertua, hari ini hari terakhir sidang Dewan. Tentu semua bersiap sedia untuk pulang.

Pertanyaan saya untuk jawapan; YB Timbalan Menteri nombor lapan. Terima kasih.

draft11:40 AM

8. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, kaedah penetapan harga padi semasa serta pertimbangan kerajaan untuk menetapkan harga jaminan bagi melindungi pengeluaran dan pendapatan pesawah.

draft11:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua saya tiada pantun untuk balas ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat harga minimum terjamin (HMT) belian padi diperkenalkan oleh kerajaan adalah, bagi memastikan pesawah dapat menikmati hasil tanaman padi dijual kepada pembeli dan pengilang padi dengan harga yang tinggi serta berpatutan. HMT ini mula diperkenalkan dengan kadar RM750 setiap tan dan telah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi menampung kenaikan kos pengeluaran padi.

Berkuat kuasa pada 16 Februari 2025, kerajaan sekali lagi telah menyelaras harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik. Penetapan kadar HMT padi di sebanyak RM1,500 per tan metrik ini juga telah mengambil kira kesan di sepanjang rantaian industri termasuk harga beras yang akan dihasilkan di peringkat kilang, runcit dan pengguna.

Justeru penetapan HMT perlu mengimbangi kesan terhadap setiap pihak dalam rantaian industri padi dan beras termasuk pengguna.

Pada masa yang sama, pesawah juga mempunyai hak untuk memilih dan menjual hasil padi mereka di mana-mana pengilang padi atau pemegang lesen membeli padi. Di kalangan pengilang ada pembeli padi pula mereka bebas menawarkan tawaran harga yang terbaik bagi menarik pesawah menjual hasil padi namun perlu mematuhi HMT yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM1,500 bagi setiap tan metrik. Oleh itu turun naik harga belian padi dan perbezaan harga antara negeri-negeri yang terlibat adalah keputusan perniagaan berdasarkan dinamik pasaran setempat dan tidak ditetapkan oleh kerajaan.

Kementerian mengambil maklum mengenai kenaikan kos input, pengeluaran padi yang agak tak seimbang dengan kenaikan HMT pada masa kini. Namun begitu peningkatan kadar harga input pertanian seperti baja, racun, ubat baja dan ubat duai adalah ditampung melalui peningkatan jumlah subsidi kerajaan bagi membantu menstabilkan kos input yang perlu ditanggung oleh pesawah.

Selain itu kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif bantuan baru kepada pesawah seperti insentif penuaian padi sebanyak RM50 satu hektar per musim bagi menampung kenaikan kos jentera penuaian. Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak RM2.62 bilion dalam pelbagai bentuk input dan output pertanian yang meliputi bantuan baja, racun dan lain-lain. Ini bagi membolehkan pesawah untuk terus menikmati pendapatan yang baik walaupun berdepan dengan kos yang tinggi untuk mengerjakan sawah padi. Pemantauan terhadap kos pengeluaran dan harga padi akan dipantau rapi dan dilaksanakan secara berterusan sekiranya terdapat perubahan ketara yang menjejaskan kebajikan pesawah. Perkara ini akan diambil tindakan intervensi oleh kerajaan dengan kadar segera. Sekian terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Soalan tambahan saya. Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan tambahan saya apakah mekanisme ataupun pemantauan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kilang padi dan juga pihak pembeli padi mematuhi harga yang ditetapkan oleh pesawah? Harga yang ditetapkan supaya pesawah kita tidak menerima harga yang lebih rendah daripada harga yang jaminan tadi. Terima kasih.

draft11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Kita melalui pasukan kawal dan selia padi, mereka selalu turun ke padang ada kan ini sesi libat urus bersama dengan pesawah dan juga pengilang untuk kes- kes yang tersebut. Cuma macam mana pun kita akan memastikan harga minimum terjamin adalah RM1,500 untuk satu tan metrik. Sekian terima kasih.

draft11:40 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan harga padi ini. Memang tetapkan harga lantai dan harga kawalan, tetapi apa yang berlaku ini pengilang-pengilang ini dia memberi insentif atau memberi imbuhan kepada pemandu lori yang membawa padi ke kilang masing-masing. Jadi kita bimbang ataupun ada rungutan bahawa apabila padi itu dibawa ke kilang berkenaan dan diberi imbuhan kepada driver itu, potongan ke atas padi itu kadang-kadang tidak setimpal ataupun tidak sesuai. Kita bimbang hasil daripada potongan itu lah diberikan kepada pemandu lori dan yang menerima akibat kerugian adalah pesawah itu sendiri.

draft11:40 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Adakah pihak kementerian membuat kawalan terhadap sistem potongan ke atas padi yang di bawa untuk dijual di kilang-kilang?

draft11:50 AM

Datuk Chan Foong Hin

Sistem potongan untuk padi ini, sepatutnya dia berdasarkan Rice Check, okey dan cuma apa yang dikatakan oleh YB Senator itu adalah mungkin dari segi persaingan di antara business ini, mereka adakan dinamik perniagaan yang setempat. Sama ada, ada kilang-kilang tertentu akan memberikan tawaran yang lebih untuk transporter dan kalau ada kes spesifik di mana ada berlakunya ini apa, yang faedah atau manfaat pesawah adalah dibelakangkan, sila lapor kepada pihak kami. Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin.

draft11:50 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9. Terima kasih.

draft11:50 AM

9. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar celik Al-Quran dan memperkasakan lagi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan umat Islam di negara ini.

draft11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat mengambil berat dan sentiasa mempergiat usaha meningkatkan kadar celik Al-Quran dan pemerkasaan tulisan jawi.

Antara usaha utama yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah melalui penyelarasan kurikulum serta penambahbaikan garis panduan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan memberi penekanan kepada penguasaan bacaan Al-Quran, tajwid serta asas kefahaman Al-Quran.

Selain daripada itu, latihan dan kursus pemantapan kompetensi guru KAFA terus diperkukuh bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan tulisan jawi sepenuhnya di dalam buku teks bagi semua mata pelajaran, program KAFA Tahun 1 hingga Tahun 6, turut menjadi antara faktor penting dalam memperkasakan penggunaan tulisan tersebut.

JAKIM turut memperluas inisiatif seperti penganjuran Majlis Ihtifal Ilmi sekolah rendah dan sekolah agama bagi menyemarakkan minat murid dan masyarakat terhadap pembacaan dan penghayatan Al-Quran serta penggunaan tulisan jawi. Selain itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melaksanakan Program Kelas Pengajian Al-Quran 2025 melalui Institut Latihan Dakwah (INDAH) yang melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak. YADIM juga menggerakkan Daie Komuniti untuk komuniti miskin bandar, Daie Orang Asli serta Daie Sabah dan Sarawak. YADIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyantuni golongan OKU melalui sesi libat urus.

Dalam bidang penyiaran pula, stesen televisyen kerajaan seperti TV AlHijrah, turut menyediakan pelbagai program berkaitan Al-Quran yang merangkumi pembelajaran asas bacaan dan tajwid melalui program seperti Mai Ngaji Quran@114 dan slot mengaji diadakan di dalam program Assalamualaikum. Sempena Ramadan ini, terdapat juga program kandungan khas seperti Tadarus On The Go dan Quran Challenge. Radio Televisyen Malaysia turut menyiarkan program Al-Quran seperti Kalam Wahyu, Tadarus Al-Quran, liputan sambutan Nuzul Al-Quran serta liputan Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Selain daripada itu, stesen televisyen swasta juga menampilkan program seperti Geng Ngaji dan My #QuranTime 2.0. Di radio juga ada banyak ya slot-slot berkaitan dengan Al-Quran dan pemerkasaan tulisan jawi.

Usaha memperluas pembelajaran Al-Quran merupakan tanggungjawab bersama dan tidak terhad kepada kerajaan semata-mata. Pelbagai program pengimarahan dilaksanakan di peringkat NGO, masjid, surau dan komuniti seluruh negara seperti kelas pengajian Al-Quran, program Tadarus serta inisiatif Celik Al-Quran yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.

Sehubungan dengan itu, kerajaan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan usaha ini, pemerkasaan celik Al-Quran dan tulisan jawi adalah satu amanah kolektif bagi memastikan generasi umat Islam terus dekat dengan Al-Quran serta memelihara tulisan jawi sebagai warisan. Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Soalan tambahan, Dato Yang di-Pertua. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk meneruskan kesinambungan program J-QAF daripada peringkat sekolah rendah kepada peringkat sekolah menengah dan (b) tadi (a), (b) bagaimana pula usaha Kerajaan Persekutuan melalui kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara dalam memartabatkan tulisan jawi pada tanda nama premis dan iklan di papan tanda agar tulisan jawi ini tetap kekal terpelihara sebagai identiti negara yang tidak luput di telan zaman.

Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan.

Kerajaan melalui JAKIM dan lain-lain agensi sentiasa mengambil berat tentang pemerkasaan tulisan jawi dan penguasaan bacaan Al-Quran di kalangan umat Islam di Malaysia ya, namun berkaitan pertanyaan Yang Berhormat tentang kedua-dua perkara tersebut, bukanlah di bawah bidang kuasa Hal Ehwal Agama dan kita memohon pihak Yang Berhormat untuk merujuk kepada kementerian ataupun jabatan yang berkaitan. Terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan. Saya dululah.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dululah.

draft11:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Wakil pakai songkok.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft11:50 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Saya, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Tak. Dua-dua pakai songkok ini, mana satu? [Dewan riuh]

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Ini pakai batik ini, saya pakai baju melayu.

draft11:50 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Hari ini hari Khamis, batik. Bagi orang batiklah.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Batik. Sebab hari ini Hari Batik. Batik dulu.

draft11:50 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Ah, bagi batik dulu.

draft11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Musoddak bin Ahmad

Masalah langgar undang- undang ini...

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Nasib saya tak pakai batik hari ini. Salah ya.

draft11:50 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Yang di-Pertua, yang memberi laluan kepada saya untuk soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat telah bertanya tentang celik Al-Quran, tapi soalan tambahan saya tentang buta Al-Quran, khianat Al-Quran, hina Al-Quran.

Jadi, soalan saya, apakah pihak kementerian mewujudkan satu akta baru yang khas terhadap mereka-mereka yang menghina Al-Quran ini. Setakat ini, akta yang kita ada lebih kepada Akta Multimedia sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

draft11:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat dan atas keprihatinan soalan- soalan berkaitan dengan buta Al-Quran, khianat Al-Quran dan pelbagai perkara yang kita faham terkini menjadi isu yang agak hangat ya.

Berkaitan dengan perkara ini ya, apakah akta baru yang akan dipinda berkaitan dengan isu-isu seperti ini? Ini berkaitan dengan undang-undang dan perkara ini perlu diselaraskan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan kita harapkan ya untuk berkaitan dengan akta, kita bagi pihak yang berkaitan untuk menjawab dan berkaitan dengan buta Al-Quran dan hina Al- Quran, semua bermula dengan diri kita. Kita tidak mahu Al-Quran dihina, maka sama-samalah kita hidupkan Al-Quran dalam hidup kita, semoga dengan indahnya Al-Quran yang dipertontonkan dalam jiwa orang Islam itu sendiri menjadi asbab orang lain juga melihat Al-Quran itu adalah satu yang mulia dan tidak dipandang hina. Terima kasih.

draft11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Yang ini, soalan yang berkaitan, saya lebih berminat Tuan Speaker untuk bertanya tentang tulisan jawi. Saya kira dalam program Al-Quran ini dah banyak sangat dah— baik di pihak NGO, baik di pihak kerajaan.

Cuma saya lebih berminat untuk bertanya soal jawi ini. Jawi ini telah melalui beberapa fasa. Saya adalah generasi yang lahir daripada dasar kerajaan yang telah mengharamkan jawi iaitu pada tahun 70-an ya. Masa itu, saya adalah antara generasi yang buta jawi. Kemudian dihidupkan balik dan fasa jawi ini terus berkembang.

Cuma, soalan saya, macam mana pihak Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Islam nak menimbulkan nombor satu: budaya jawi ini bahawa ia tidak ada kaitan budaya jawi ini dengan sekadar ianya satu simbol Islam, tetapi dia adalah warisan bangsa yang sepatutnya semua orang Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dari Sabah dan Sarawak juga perlu menghayati jawi ini sebagai warisan bangsa. Apakah konsep jawi ini betul-betul dihayati sebagai satu warisan atau sekadar dikaitkan jawi hanya untuk orang Melayu dan tidak betul sebenarnya itu.

Seterusnya, apakah konsep menjawikan budaya jawi ini, ada tak hari-hari tertentu?

Semasa saya jadi Menteri saya telah isytiharkan hari Jumaat adalah Hari Jawi dan semua orang mesti tulis jawi hari itu, surat antara agensi pun mesti tulis jawi dan kita telah kemukakan ini kepada Kabinet supaya dijadikan satu hari khas kepada semua kementerian untuk meraikan jawi sebagai warisan bangsa. Dan, jangan jawab kita serah kepada agensi yang lain. Itu jawapan standard lah itu. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

draft11:50 AM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih, Yang Berhormat. Ada dua perkara ya. Yang pertama, bagaimana supaya Jawi ini bukan sekadar untuk orang Melayu atau orang Islam sahaja, dan bagaimana supaya ia menjadi satu rasa kebersamaan untuk semua kaum yang ada di Malaysia.

Untuk memartabatkan tulisan Jawi ini, betul. Jangan jawab serahkan kepada agensi, tapi kita perlu faham ya, ini bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ini memerlukan kepada kesedaran masyarakat sendiri sebab kita ada lakukan pelbagai aktiviti, pelbagai program untuk memperkasakan Jawi, dan suka untuk saya membawa satu contoh, ya.

Baru-baru ini, tular tentang kisah cikgu di Sabah, Cikgu Lorenica yang mana mengajar di SK Bawang K9, Beluran yang mana beliau ini menguasai Jawi dan dapat menulis Jawi dengan sangat kemas, dan boleh lihat di media sosial beliau, beliau mempromosikan Jawi hampir setiap hari.

Dan, kita lihat ini antara contoh rentas kementerian ya, di mana beliau mempelajari Jawi di maktab perguruan ataupun institusi perguruan, di tempat beliau mengajar— eh, belajar sebelum ini dan ini antara contoh yang baik, yang mana kita ingin mengajak selain daripada program-program kesedaran daripada pihak kerajaan sendiri, untuk kita mengajak sama-sama seluruh masyarakat.

Kita memperluaskan ilmu dan kemahiran, dan semoga dengan pemerluasan ilmu dan kemahiran ini dapat menambah baik kualiti kehidupan kita sebagai masyarakat majmuk di negara ini.

Untuk perkara yang kedua, cadangan untuk tambah baik supaya Jawi ini bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Untuk makluman, kita memperkasakan Jawi bukan hanya pada hari-hari tertentu. Di poster, kita boleh lihat. Poster bukan hari-hari tertentu, ya. Di poster, setiap poster juga kita letakkan tulisan Jawi.

Pada banner, pada banting dan pada mana-mana media sosial kita, kita ada promosikan tulisan Jawi juga, dan berkenaan dengan cadangan satu hari untuk khusus Jawi dalam surat dan perkara-perkara lain, ini Insya-Allah akan dipertimbangkan dan akan ditambah baik, insya-Allah.

Terima kasih.

draft12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB Senator Azahar.

draft12:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Okey, terima kasih Yang di-Pertua. Sebenarnya, kita bertuah.

Hari ini, kita adapun dua bekas Menteri Agama lah ini. YB Mujahid dengan Dato’ Naim ini, kan.

Okey. Kembali kepada memperkasakan al-Quran lah, bacaan dan juga Jawi lah. Sejauh mana kita bagi emolumen yang mencukupi ataupun income, ataupun pendapatan kepada guru- guru KAFA ini dalam meningkatkan semangat mereka untuk terus berkarya, mengangkat Jawi dan juga al-Quran ini sebagai satu medium utama sebab kalau kita— emolumen itu sikit, dia orang pun terpaksa buat kerja lain juga. Fokus tak ada, kan? Saya nak tahu, berapa hari ini emolumen untuk guru KAFA?

draft12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Emolumen. Gaji dia or allowance.

draft12:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih.

draft12:00 PM

Puan Marhamah binti Rosli

Baik-baik. Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau ikutkan untuk emolumen ini, dia tajuk lain, tetapi saya boleh jawab di sin. Untuk makluman semua, guru- guru KAFA ini mengajar dalam seminggu, tiga hari. Ya, tiga hari dan bila tiga hari, dalam tempoh tiga hari itu, tiga jam dalam sehari, ya.

Dan, bila kita lihat purata gaji atau emolumen guru KAFA ini, satu jam itu lebih kurang RM30 dan kalau kita lihat, ini adalah satu nilai yang agak tinggi sebenarnya cuma, mungkin dilihat sedikit sebab dia di bawah gaji minima. Cuma, kalau tengok dari tempoh mengajar itu, dia agak banyak, RM30 per jam, ya.

Dan untuk makluman, di peringkat Majlis Agama Islam Negeri, ada menambah elaun.

Saya boleh berikan contoh. Contoh Selangor, Wilayah Persekutuan. Even, Sabah dan negeri- negeri lain ada memberi tambahan elaun kepada guru-guru KAFA ini untuk menambahkan motivasi mereka mengajar al-Quran dan menyampaikan ilmu-ilmu KAFA tersebut.

Dan, Insya-Allah, di pihak JAKIM, dalam proses meneliti dan mengkaji dan ingin menambah baik melalui program Rintis KAFA, yang mana ini saya rasa wajar untuk dijawab dalam soalan berkaitan dengan KAFA lah. Insya-Allah. Terima kasih.

draft12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Sri Vell Paari.

draft12:00 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft12:00 PM

10. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, strategi kerajaan untuk menarik pelancong berkualiti tinggi serta memastikan sektor pelancongan terus mampan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

draft12:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi memenuhi pelawat berkualiti tinggi sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia telah menawarkan 1,324 pakej eksklusif dalam katalog Malaysia Show Experiences yang tertumpu kepada segmen premium seperti golf, spa, wellness dan bird watching.

Bagi memaksimumkan perbelanjaan pelawat, pendekatan ini turut disokong dengan penganjuran Midnight Sale di pusat beli belah utama sempena Kempen Jualan Mega Tahunan untuk merangsang pembelian barangan bernilai tinggi.

Selain itu, promosi produk ekopelancongan dan geopark, termasuk Geopark Lembah Kinta dan Lenggong dilaksanakan untuk memastikan pelancongan bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi juga meningkatkan kesedaran pelawat terhadap khazanah alam dan budaya Malaysia, seterusnya menyokong pembangunan pelancongan yang berdaya saing dan mampan.

Sekian, terima kasih.

draft12:00 PM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Ya. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang begitu komprehensif. Soalan tambahan saya ialah bagaimana kerajaan menimbang peningkatan jumlah pelancong dengan isu kesesakan, keselamatan dan kos sara hidup di destinasi tumpuan. Terima kasih.

draft12:00 PM

Tuan Chiew Choon Man

Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut. Kerajaan memang telah mengamalkan pengurusan pelancongan yang berkesan untuk kita menyeimbangkan peningkatan jumlah pelancong melalui sistem kita panggil sebagai batasan sistem pelancongan, ataupun carrying capacity di setiap kawasan tumpuan ataupun destinasi pelancongan.

Ini dapat membantu kita untuk membantu mengendalikan jumlah pelancong dan mengurangi kesesakan, dan umpamanya kita telah melaksanakan sistem ini di Pulau Sipadan, Pulau Kota Kinabalu, dan termasuklah juga di Sky Bridge KLCC dan pelbagai lokasi yang lain.

Kerajaan juga melalui pelbagai agensi dan juga, termasuklah PBT akan sentiasa meningkatkan infrastruktur di destinasi tumpuan pelancong untuk kita menambah fasiliti seperti tempat parkir, tandas dan pusat informasi, dan kami percaya, ia dapat membantu untuk kita meningkatkan pengalaman pelancong dan mengurangkan kesesakan.

Selain itu, kerajaan juga biasa memastikan bahawa masyarakat setempat juga mendapat manfaat daripada industri pelancongan seperti melalui program homestay dan juga peluang pekerjaan yang diwujudkan, dan dengan cara ini, kerajaan dapat menyeimbangkan manfaat daripada peningkatan jumlah pelancong dan juga, keperluan masyarakat setempat melalui faedah dan kesan baik supaya kesan baik dan manfaat pelancongan dapat dimaksimumkan.

Sekian, terima kasih.

draft12:00 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan.

draft12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft12:00 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih, Dato’ Speaker. Soalan saya, mengambil kira ketegangan politik yang sedang berlaku di rantau Timur Tengah yang menjejaskan laluan udara, laluan udara antarabangsa dan menyebabkan pembatalan penerbangan, apakah langkah mitigasi yang telah dirancang oleh kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan terus tidak terjejas dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026 dapat dicapai. Terima kasih.

draft12:00 PM

Tuan Chiew Choon Man

Kementerian Pelancongan, Seni Budaya sentiasa mengambil maklum dan juga meneliti tentang perkembangan global semasa mengenai peperangan di Asia Barat, terutama dari segi implikasi khususnya Kempen Melawat Malaysia dan strategi promosi bagi memastikan sektor pelancongan kekal mampan, dan kementerian akan mengumumkan langkah-langkah yang secara rasmi, yang akan diambil bagi memastikanlah Pelan Promosi Pelancongan Negara dapat diteruskan dan dilaksanakan secara berkesan dan stabil.

draft12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan panjang.

draft12:00 PM

Dato' Wu Him Ven

Okey. Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa limpahan pelancong asing kini terlalu tertumpu di hotspot tradisional seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang sehingga menimbulkan isu over tourist. Kita lihat Negeri Sembilan, mempunyai destinasi pelancong yang menarik seperti Muzium Negeri Sembilan yang kaya dengan sejarah Minangkabau, Muzium Tentera Darat Port Dickson.

draft12:00 PM

Dato' Wu Him Ven

Soalan tambahan saya, apakah mekanisme yang strategi pemasaran digital yang disasarkan oleh kementerian untuk menarik pelancong berkualiti tinggi di destinasi underrate ini adalah— dan penarikan destinasi ini?

draft12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Digital sahaja. Digital promotion.

draft12:10 PM

Tuan Chiew Choon Man

Digital promotion. Okey, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Sememangnya, memang cadangan yang sangat baik sekali kerana isu untuk kita tackle isu overtourism ini, MOTAC sentiasa mempromosikan pelbagai tempat merentas segmen- segmen tertentu.

Contohnya, kalau untuk pantai, kita nak promote-kan bukan sahaja satu pantai, dua pantai, tapi semua pantai yang menarik di negara kita. Begitu juga untuk gunung dan bandar dan sebagainya. Ini supaya kalau pelancong yang nak datang untuk pantai jangan tertumpu di satu tempat sahaja, tetapi juga mereka akan memilih di tempat-tempat lain.

Dan berkenaan dengan fokus destinasi ini yang sebagai untuk kita promote melalui platform digital ini, memang kementerian kita mengutamakan kepelbagaian produk pelancongan negara kita secara menyeluruh. Betul, Kuala Lumpur memang diposisikan sebagai hab metropolitan dengan tarikan pencakar langit dan pusat beli-belah bertaraf antarabangsa, tapi juga bagi negeri-negeri seperti Melaka, Perak, Pulau Pinang, kita memang mem-promote sebagai...

draft12:10 PM

Seorang Ahli

Negeri Sembilan.

draft12:10 PM

Tuan Chiew Choon Man

Oh, okey, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan juga kita promote sebagai gabungan elemen warisan dan pemodenan. Dan saya percaya EXCO Pelancongan di Negeri Sembilan juga sentiasa kita bekerjasama rapat untuk kita sama-sama mem-promote-kan destinasi pelancongan di seluruh— di Negeri Sembilan juga. Terima kasih.

draft12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang terakhir untuk sesi jawapan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy.

draft12:10 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11. Terima kasih.

draft12:10 PM

11. Puan Saraswathy a/p Kandasami minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, apakah langkah konkrit dan bersasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian untuk menarik penglibatan belia dalam sektor pertanian, khususnya belia yang berminat, tetapi tidak mempunyai akses kepada tanah pertanian dan modal kewangan.

draft12:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa komited dalam merancakkan penglibatan anak muda dalam sektor pertanian.

Sehubungan itu pelbagai usaha galakan dan sokongan telah dilaksanakan. Antaranya, menyediakan program latihan berstruktur di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian. Program berstruktur untuk tempoh pengajian dua tahun ini bertujuan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang agromakanan dengan melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran dan berdaya saing.

Program TVET Pertanian ini menawarkan 10 bidang di bawah Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) dan lima bidang di bawah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Kos pengajian, penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Dan pelatih juga diberi wang saku bulanan sebanyak RM200 bagi SKM dan RM300 bagi DKM.

Pada masa ini, pelaksanaan program ini dijalankan di 16 buah Institut Latihan TVET Pertanian di bawah KPKM di seluruh Malaysia. Menyediakan kursus dan latihan teknikal jangka pendek yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berdasarkan bidang pengkhususan. Penyertaan adalah terbuka kepada kumpulan sasar, usahawan, penternak, petani, peladang dan nelayan serta orang awam.

Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti fertigasi dan vertical farming, teknologi internet of things, kilang tanaman, kursus aplikasi image satellite, bidang pertanian, sistem kandang tertutup bagi ternakan. IoT dalam pembenihan udang galah, penggunaan teknologi yang recirculating aquaculture system (RAS), penternakan ikan dan udang secara super intensive dan teknologi biofloc dalam akuakultur.

Aktiviti promosi TVET Pertanian dilaksanakan secara menyeluruh di serata negara.

Pelbagai program menarik seperti ekspo, forum, karnival dan seminar telah diadakan bagi memperkenalkan program TVET Pertanian kepada orang awan. Selain itu, program outreach ke kawasan-kawasan pedalaman juga dijalankan bagi menyasarkan keluarga belia daripada keluarga petani, peternak, ladang komuniti orang asal.

Pada tahun 2025, AGRO Bank melalui Dana Pembiayaan Agromakanan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta dan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan 2025 memperuntukkan sebanyak RM30 juta pada kadar faedah yang rendah iaitu 300 peratus kepada usahawan tani, berumur 18 sehingga 70 tahun bagi menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam perusahaan sektor agromakanan di negara ini.

Dan selain itu juga, KPKM turut memberi sokongan kepada graduan universiti, politeknik dan institusi TVET yang berhasrat menceburi keusahawanan agromakanan melalui panduan Geran Agropanel NextGen. Program ini menyasarkan golongan berumur antara 18 sehingga 45 tahun di mana kementerian menyediakan sebanyak dua jenis geran iaitu GAN Start-up sehingga RM30,000 dan juga GAM Scale-up sehingga RM50,000 dalam bentuk peralatan atau barangan input.

KPKM juga membangun dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi membolehkan penyertaan orang awam khususnya golongan belia yang berminat untuk menjalankan penternakan, akuakultur melalui kaedah model pengoperasian berskala kecil. Penyewaan lot atau penyertaan sebagai pengusaha kontrak dan rakan industri.

Pendekatan ini membolehkan belia mendapat akses kepada infrastruktur asas. Selain itu juga, KPKM memberi peluang kepada golongan belia menyertai projek-projek pembangunan di bawah Jabatan Pertanian khususnya sebagai peserta projek dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan di seluruh negara. KPKM komited untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan tani dari kalangan generasi muda bagi memenuhi keperluan industri yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor pertanian negara. Sekian, terima kasih.

draft12:10 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih, Yang Berhormat atas jawapan tersebut tetapi Yang Berhormat soalan saya adalah lebih khusus kepada penyediaan ataupun penyediaan tanah pertanian untuk belia dan jawapan adalah yang lebih menjurus kepada TVET, kemahiran dan penyediaan infrastruktur.

Tetapi jawapan yang diberikan itu adalah baik dan saya ingin bertanya secara tambahan.

Adakah kementerian bersedia mewujudkan satu platform land bank, dengan izin, yang memaparkan maklumat tanah seperti lokasi, pemilik dan kadar sewaan dan pajakan untuk diakses oleh belia yang berminat dalam pertanian?

Dan dalam konteks itu, adakah kementerian sedia bekerjasama dengan rentas kementerian ataupun agensi ataupun badan-badan kerajaan bagi menyediakan maklumat tanah berpotensi untuk pembangunan pertanian. Terima kasih. Kalau perlu dapat apa-apa data, boleh diberi secara bertulis. Terima kasih.

draft12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk menjawab secara ringkas, secara ringkas. Untuk isu tanah ini KPKM memberi peluang kepada golongan belia melalui TKPM, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

Ini adalah usaha sama di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Seperti contoh, kalau di negeri Johor ada sembilan TKPM. Di seluruh negara ini ada 76 TKPM— projek dana kekal pertanian Malaysia TKPM. Ini yang diberikan lot-lot dana kepada golongan-golongan yang seperti anak muda untuk memohon dan mendapatkan dana tersebut untuk kerja dalam ini bidang pertanian.

Saya menyeru kepada pihak belia ini selalu ikut ini website atau sosial media daripada Jabatan Pertanian Negeri masing-masing kerana selalu ada iklan di sosial media di mana ada terbukanya peluang untuk permohonan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft12:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Last boleh? Last, last sebelum kita nak balik hari raya ini.

[Ketawa] Sebelum balik raya ini. Sikit sahaja. Okey, pada tahun 1974, Rancangan Buku Hijau telah dibuat oleh Tun Razak saya rasa. Dan dasar itu memberi impak yang sangat berkesan kepada— pada masa itu. Adakah kerajaan bersedia untuk buat semula Rancangan Buku Hijau untuk 2.0 ataupun untuk dasar terbaharu bagi meningkatkan minat dari segi bantuan, dari segi semua untuk memajukan pertanian kita di kalangan belia ataupun semua? Terima kasih.

draft12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk jawapan yang ringkas, baru-baru ini kita baru melancarkan Dasar Keterjaminan Makanan Negara, itu merupakan dasar yang terbaharu. Terima kasih.

draft12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Dasar Keterjaminan Negara yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kedua.

draft12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah pertanyaan —sesi pertanyaan jawab lisan. Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

draft12:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, selepas ini disebut sebagai Akta 800 telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018. Akta 800 telah dipinda sebanyak dua kali dengan pindaan terakhir dibuat pada tahun 2024. Dua pindaan sebelum ini adalah untuk meningkatkan had siling gaji daripada RM4,000 kepada RM5,000 dan seterusnya daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Pada masa Akta 800 ini digubal, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mempunyai dua matlamat utama iaitu pertama, membantu orang berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan dengan bantuan kewangan segera bagi menampung kehidupan semasa mencari pekerjaan baharu. Dan kedua, memberi sokongan program penempatan pekerjaan semula termasuk program latihan kepada OB bagi meningkatkan kebolehgajian: employability mereka.

Sejak perkenalannya, SIP telah membantu lebih 430,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan menerusi pelbagai faedah kewangan yang berjumlah lebih RM1.93 bilion. Setakat 31 Disember 2025, seramai 74,841 orang pekerja telah kehilangan pekerjaan meningkat 29.5 peratus berbanding pada tahun 2024 sebanyak 57,794 orang. Jumlah kehilangan pekerjaan lebih tinggi ini berpunca daripada beberapa faktor seperti ketidaktentuan ekonomi global, gangguan rantaian bekalan dan perkembangan drastik kecerdasan buatan. Kesannya, pihak majikan khususnya syarikat multinasional (MNC) telah melaksanakan pengecilan organisasi: downsizing dan penstrukturan semula tenaga kerja mereka.

Semasa berdepan cabaran getir pandemik COVID-19, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan melebihi RM20 bilion melalui PERKESO kepada pihak majikan di bawah Program Subsidi Upah bagi mengekang peningkatan kehilangan pekerjaan dan memperkukuh daya tahan industri. Program Subsidi Upah ini telah memberi manfaat kepada hampir 2.9 juta orang pekerja dan lebih 358,000 majikan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sehubungan itu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), berpandangan bahawa sudah tiba masanya Akta 800 dipinda selaras dengan tanggungjawab dan peranan SIP yang semakin kompleks, dinamik dan komprehensif.

Dalam meminda Akta 800 ini, KESUMA telah mengadakan sebanyak 12 sesi libat urus dan 24 sesi perbincangan dengan pemegang-pemegang taruh melibatkan persatuan majikan, kesatuan sekerja dan kementerian, agensi kerajaan yang berkaitan.

Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini bertujuan untuk memperuntukkan empat aspek utama seperti berikut:

(i) menaikkan amaun bagi faedah-faedah tertentu yang diterima oleh OB yang kehilangan pekerjaan;

(ii) menggalakkan mobiliti dan meningkatkan peluang OB mendapat pekerjaan yang sesuai;

(iii) menambah baik tatakelola pengurusan dan kecekapan operasi SIP; dan

(iv) memperuntukkan secara jelas dan nyata mengenai peranan PERKESO dalam melaksanakan perkhidmatan pekerjaan kepada mana-mana orang dan program pasaran buruh aktif yang diarahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, RUU ini telah dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025. Secara keseluruhannya, RUU ini mengandungi 17 fasal. Sebanyak 11 fasal adalah peruntukan baharu manakala enam fasal lagi meminda peruntukan sedia ada.

Fasal 3 akan meminda tajuk RUU ini daripada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 kepada tajuk baharu iaitu Akta Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan 2017. Ini akan memperluaskan peranan PERKESO sebagai penyedia perkhidmatan pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia. Melalui peranan ini akan memudahkan pencari-pencari kerja untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pihak majikan sejajar dengan dasar pasaran buruh yang aktif.

Fasal 8 akan mewujudkan seksyen baharu 37A bagi Elaun Bantuan Mobiliti yang merupakan salah satu daripada faedah yang dibayar secara sekali gus kepada yang telah menerima tawaran pekerjaan daripada majikan. Seksyen ini akan memperuntukkan kelayakan OB menerima Elaun Bantuan Mobiliti seperti yang berikut.

Pertama, seorang OB menerima suatu tawaran pekerjaan yang baharu dan kedua, OB itu telah melapor diri untuk bekerja dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan selepas menerima Elaun Mencari Pekerjaan terakhir atau dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan selepas menerima Elaun Bekerja Semula.

Melalui fasal 8 ini juga, PERKESO boleh menetapkan syarat untuk meluluskan permohonan OB bagi Elaun Bantuan Mobiliti. Sebagai contoh, jarak tempat pekerjaan baharu hendaklah melebih 100 kilometer untuk layak menerima elaun mobiliti. Elaun Bantuan Mobiliti ini juga tidak akan diberikan kepada orang berinsurans yang menerima Elaun Pendapatan Berkurangan, iaitu orang yang berinsurans yang mempunyai lebih daripada satu majikan semasa kehilangan pekerjaan yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 11 akan mewujudkan bahagian baharu iaitu Bahagian VIA yang mengandungi lapan seksyen iaitu seksyen 45A sehingga seksyen 45H yang memperuntukkan skop pemakaiannya kepada majikan yang berdaftar dengan PERKESO dan pencari pekerjaan secara keseluruhan supaya komponen perkhidmatan pekerjaan dapat dilaksanakan dan diseragamkan kepada mana-mana orang.

Seksyen 45F(1) memperuntukkan pengenalan mewajibkan majikan untuk melaporkan kekosongan jawatan atau jawatan baharu kepada PERKESO. Berikutan itu, Seksyen 45F(4) mencadangkan denda sehingga RM10,000 bagi majikan yang gagal mematuhi peruntukan 45F(1). Setelah RUU ini diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025, pihak kementerian telah menerima reaksi bahawa denda bagi kegagalan mematuhi seksyen 45F ini boleh membebankan para majikan khasnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Mengambil kira perkara ini, Jemah Menteri di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2026 telah bersetuju agar fasal 11 rang undang-undang ini dipinda untuk mengurangkan amaun denda dalam subseksyen 45F(4) yang dicadangkan daripada RM10,000 kepada amaun denda berdasarkan bilangan kesalahan yang dilakukan oleh majikan di bawah subseksyen 45F(4) yang dicadangkan dengan denda tidak melebih RM1,000 bagi kesalahan pertama, denda tidak melebih RM3,000 bagi kesalahan kedua dan benda tidak melebih RM5,000 bagi kesalahan ketiga atau yang berikutnya bagi kegagalan untuk memberitahu Pertubuhan Keselamatan Sosial secara bertulis tentang kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum pengambilan pekerja untuk menyisi kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu.

Selain itu, saya menjelaskan bahawa Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 83 Akta 800 mempunyai kuasa untuk mengecualikan pemakaian seksyen 45F ini kepada kelompok majikan tertentu seperti PMKS. Setelah merujuk dan mendapat nasihat daripada Peguam Negara, fasal 11 khususnya seksyen 45F(4) akan dibuat pindaan di peringkat jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, fasal 12 dan fasal 14 adalah untuk memindah seksyen 47 dan seksyen 67. Seksyen 47 adalah daripada aspek tatakelola pengurusan dan kecekapan operasi SIP yang memperuntukkan penggunaan dana Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan oleh PERKESO untuk program penempatan pekerjaan semula kepada OB.

Seksyen 67 pula memberi kuasa kepada pegawai perkhidmatan pekerjaan untuk menjalankan perkhidmatan pekerjaan menyediakan dan menyebarkan maklumat pasaran buruh.

Pindaan-pindaan lain tidak saya nyatakan secara khusus di sini kerana ia merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin.

draft12:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan Akta 800 ini adalah dan seiring dengan strategi meningkatkan kesejahteraan pekerja di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13) yang memfokuskan komitmen kerajaan untuk memperkukuh perlindungan sosial kepada golongan pekerja bagi memastikan perlindungan yang menyeluruh termasuk risiko kehilangan pekerjaan.

Setelah hampir sembilan tahun Akta 800 ini dikuatkuasakan, buat julung-julung kalinya tiga faedah sedia ada ditambah baik dan satu faedah baharu iaitu elaun bantuan mobiliti diperkenalkan. Pendekatan yang diambil ini dijamin akan:

(i) meningkatkan kecekapan padanan kerja dan mobiliti buruh;

(ii) menyelaras keperluan latihan kemahiran yang sejajar dengan keperluan pasaran buruh;

(iii) menggalakkan pembangunan guna tenaga yang berterusan;

(iv) memastikan keseimbangan antara penawaran dan permintaan buruh; dan

(v) menyumbang kepada kestabilan sosioekonomi dan pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Ada sesiapa menyokong?

draft12:30 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 12 orang yang hendak berbahas.

Maka saya buat ketetapan bahawa masa diberikan adalah 15 minit seorang. Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Wan Martina.

draft12:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya, terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan bagi Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) bagi tahun 2025. Pindaan yang dinanti-nantikan oleh ramai pekerja. Saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah yang sudah lama dinantikan, namun masih menyimpan 1,001 persoalan yang perlu diperhalusi oleh pihak kementerian.

Objektif pindaan ini adalah untuk menggalakkan pekerja kembali bekerja awal melalui latihan berkemahiran tinggi. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian atas usaha ini, namun mari kita lihat pada realiti di lapangan. Pertamanya, keberkesanan insentif kembali bekerja awal. Kerajaan mencadangkan kenaikan insentif daripada 25 peratus kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan bagi mereka yang mendapat kerja awal.

Persoalan saya, adakah lonjakan peratusan ini benar-benar mampu menangani punca utama pengangguran? Berdasarkan data pada Oktober 2025, sebanyak 68 peratus atau 34,790 orang masih gagal mendapat pekerjaan. Adakah mereka ini tidak mahu bekerja awal atau sememangnya pasaran kerja kita sedang mengecil?

Sejauh manakah RM3,307.50 ini bagi gaji RM2,500 mampu menjadi talian hayat yang mampan jika kualiti pekerjaan yang ditawarkan di luar sana bersifat tidak menentu atau precarious work, dengan izin.

Yang keduanya, isu pekerja berusia dan diskriminasi umur. Data menunjukkan seramai 18,065 orang yang belum mendapat kerja adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Golongan ini lebih ramai berbanding mereka yang di bawah umur 40 tahun. Jadi persoalan saya adalah mengapa rang undang-undang ini tidak menyentuh skim perlindungan khusus atau insentif tambahan kepada majikan untuk mengambil pekerja-pekerja veteran ataupun yang berumur lebih 40 tahun ke atas?

Latihan kemahiran sehingga RM7,000 itu adalah sangat bagus, tetapi jika majikan masih mengamalkan diskriminasi umur, adakah sijil itu hanya akan menjadi hiasan? Ada sijil tapi tak dapat pekerjaan baru.

Yang ketiga, latihan kemahiran quantity versus quality. Peningkatan siling latihan daripada RM4,000 kepada RM7,000 dengan sasaran 30 peratus dalam kategori profesional ataupun micro credential adalah satu pelaburan besar. Jadi persoalan saya, bagaimana PERKESO memastikan kursus-kursus future ready seperti artificial intelligence ataupun IoT:

Internet of Things, dengan izin dan teknologi satelit ini benar-benar diiktiraf oleh industri?

Kadar elaun latihan dinaikkan kepada RM30 sehari secara rata (flat rate). Pengiraan pekerja terjejas bergaji RM2,500 yang menghadiri latihan akan menerima RM30 sehari lebih kurang RM900 bagi tempoh 30 hari menjalani latihan. Jadi Datuk Yang di-Pertua, dalam keadaan kos sara hidup yang mencanak sekarang, adakah RM30 sehari ini cukup untuk menampung makan, minum dan juga pengangkutan pekerja yang sedang bergelut tanpa gaji tetap?

Yang keempat, bantuan mobiliti dan penempatan pekerja. Terima kasih juga kepada kementerian yang mengadakan bantuan mobiliti sebanyak RM1,000 dalam RUU ini bagi mereka yang mendapat kerja di luar kawasan tempat tinggal, di mana sebelum ini tiada bantuan ini. Jadi persoalan saya, adakah RM1,000 ini realistik untuk menampung kehidupan dalam situasi semasa di mana kos sara hidup yang makin meningkat?

Realitinya, mereka perlu– bila dia berpindah ke tempat baru, mereka perlu menyediakan jumlah yang agak besar contohnya untuk deposit rumah, kos perpindahan dan juga kelangsungan hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur bagi seorang pekerja yang baru kehilangan punca pendapatan. Data menunjukkan mobility rate di Sabah hanya 29 peratus manakala di Sarawak pula 48 peratus. Mengapakah kadarnya begitu rendah berbanding di negeri-negeri Semenanjung? Adakah kerana kurangnya peluang pekerjaan atau kurangnya infrastruktur bantuan?

Yang kelima, saya membawa isu penalti terhadap majikan. Seperti pindaan yang dibuat di peringkat jawatankuasa, fasal 11 memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 terhadap majikan yang gagal melaporkan kekosongan jawatan berimpak tinggi bagi kesalahan pertama, tidak melebihi RM3,000 untuk kesalahan kedua dan RM5,000 bagi kesalahan kali ketiga dan berikutnya.

Persoalan saya, saya merasakan denda ini terlalu ringan bagi syarikat gergasi. Kalau PMKS, atas budi bicara boleh dikecualikan, tapi kalau syarikat-syarikat besar, syarikat gergasi, konglomerat rakyat yang besar-besar, maka RM1,000 itu macam kacang je lah bagi dia orang.

Ringan sangat. Adakah denda ini benar-benar mampu memberi pengajaran agar majikan lebih telus dalam menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan?

Datuk Yang di-Pertua, pindaan ini mempunyai 17 fasal dan dua bahagian baharu perkhidmatan pekerjaan dan pasaran buruh yang aktif. Saya mahu kepastian, adakah perkhidmatan pekerjaan ini akan melibatkan wakil kesatuan sekerja dalam jawatankuasa bagi memastikan suara pekerja tidak dipinggirkan? Kita tidak mahu RUU ini nampak sangat cantik di dalam kertas dan rang undang-undang, tetapi dari segi pelaksanaannya, hambar.

draft12:32 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Pekerja bukan sekadar statistik 32 peratus telah kembali bekerja, tetapi mereka adalah manusia yang mempunyai tanggungjawab, yang mempunyai keluarga untuk diberi dan disuap.

Oleh itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Saya jimat 7 minit Datuk Yang di-Pertua.

Terima kasih.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput Senator Low Kian Chuan.

draft12:40 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 di Dewan yang mulia ini. Pindaan RUU terhadap Akta Keselamatan

draft12:40 PM

Sosial Pekerja 1969 - Akta 4] dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 201

yang meliputi penambahbaikan secara menyeluruh merupakan reformasi ke depan untuk memperkukuhkan struktur sistem perlindungan sosial negara bagi pekerja dan mempertingkatkan daya tahan pasaran buruh.

Namun, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan. Yang pertama, saya menyambut baik penambahbaikan SIP termasuk peningkatan had yuran latihan, elaun latihan harian dan elaun bekerja semula awal. Di samping itu, mengukuhkan Dasar Pasaran Pekerja Aktif (ALMP) Malaysia. Namun, kita seharusnya memastikan kelestarian penggunaan dana melalui pengurusan yang cekap dan berhemat. Persoalannya, adakah dana semasa cukup untuk menampung peningkatan manfaat yang dipinda? Adakah pihak PERKESO menyarankan simulasi terhadap kenaikan elaun-elaun dan kadar tersebut? Saya bimbang bahawa penambahbaikan ini akan menyebabkan semakan caruman bagi SIP yang akan membebankan pihak majikan pada masa depan.

Yang kedua, pengenalan elaun bantuan mobiliti adalah bertepatan untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja dan ketidakseimbangan bakat. Membolehkan penggerakan pekerja sekali gus mengurangkan jurang wilayah dan meningkatkan fleksibiliti pasaran buruh.

Persoalannya, kadar elaun sebanyak RM1,000 harus diperhalusi memandangkan kos pengangkutan dan pemindahan yang tinggi, terutamanya di bandar dan negeri yang mempunyai kos sara hidup tinggi.

Yang ketiga, berkenaan kemasukan seksyen 45F(1) iaitu kewajipan bagi majikan untuk memaklumkan kepada PERKESO setiap kekosongan atau jawatan baharu sebelum proses pengambilan. Langkah ini bertujuan membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif untuk mengukuhkan pasaran buruh dan melancarkan pemadanan tenaga kerja iaitu manpower matching, dengan izin.

Maka, pihak majikan terutamanya perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) menyambut baik keputusan Kementerian Sumber Manusia untuk menarik balik peruntukan penalti di bawah seksyen 45F rang undang-undang tersebut. Namun, dalam bil, blue bill dengan izin, klausa seksyen 45F(4) masih dinyatakan. Justeru, saya memohon pencerahan sama ada klausa tersebut akan dikeluarkan bagi mencerminkan keputusan kementerian untuk menghapuskan peruntukan penalti tersebut sesuatu yang diperlu diperjelaskan secara hitam putih.

Walaupun pihak industri mengalu-alukan perundingan dengan pihak kementerian yang mencukupi sebelum melaksanakan pelaporan kekosongan jawatan mandatori ini, keberkesanan dan persepsi pelaporan kekosongan jawatan mandatori bergantung pada mengimbangi faedah pasaran buruh yang terus sepadan dengan keperluan perniagaan untuk feasibility operasi dan beban pematuhan dan kos pentadbiran yang minimum.

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang bagi memperkukuh ekosistem pasaran buruh negara dan memantapkan sistem perlindungan sosial bagi pekerja di samping mempertingkatkan produktiviti tenaga kerja negara. Namun, adalah penting bahawa pelaksanaan penambahbaikan manfaat mesti selari dan disokong oleh pengurusan dana yang mampan dan telus. Sekian, terima kasih.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tan Sri Low.

draft12:40 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Okey, jimat masa.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tujuh minit saja?

draft12:40 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Cukuplah.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Memang ahli perniagaan memang tumpukan kepada penjimatan masa. Lebih pada untung, kurang kepada masa. Terima kasih. Sekarang YB Abun.

YB Abun ada masa lebih 15 minit tu, nak tambah kah nak kurang?

[Ketawa]

draft12:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya juga untuk mengambil peluang dalam perbahasan untuk membahaskan Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Ini nak mencelah kah apa ni?

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana peluang yang diberikan dan mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Jadi, secara asasnya rang undang-undang ini memang bertujuan untuk menambah baik Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dengan memperluaskan skopnya supaya bukan sahaja memberi perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan tetapi juga merangkumi perkhidmatan pekerjaan serta pelaksanaan program pasaran buruh yang lebih aktif. Jadi, saya sudah tentu menyambut baik usaha kerajaan ini kerana perlindungan sosial pekerja merupakan satu komponen yang penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

Realiti di pasaran buruh masa kini. Datuk Yang di-Pertua, pasaran buruh hari ini sedang mengalami perubahan yang sangat pantas. Perkembangan teknologi, automasi, kecerdasan buatan, serta perubahan struktur ekonomi global, serta telah mengubah landskap pekerjaan secara drastik. Pekerjaan yang wujud hari ini juga mungkin tidak lagi relevan pada masa depan.

Dalam keadaan ini, risiko kehilangan pekerjaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila seseorang pekerja kehilangan pekerjaan, ia bukan sekadar kehilangan gaji. Ia boleh memberi kesan kepada kestabilan ekonomi keluarga, kesejahteraan isi rumah dan masa depan anak-anak mereka. Oleh itu, sistem perlindungan seperti sistem insurans pekerjaan sangat penting untuk memastikan pekerja yang kehilangan pekerjaan tidak terbiar tanpa sokongan.

Elaun bantuan mobiliti. Datuk Yang di-Pertua, saya juga menyambut cadangan untuk memperkenalkan elaun bantuan mobiliti bagi membantu pekerja yang menerima tawaran pekerjaan baharu selepas kehilangan pekerjaan. Langkah ini amat penting kerana dalam banyak keadaan peluang pekerjaan mungkin berada di lokasi yang jauh dari tempat tinggal pekerja.

draft12:47 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Namun begitu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Menteri mengenai keberkesanan elaun ini. Elaun mobiliti yang dicadangkan adalah RM1,000. Dan saya juga ingin menanya kepada kementerian, sama ada elaun ini adalah berdasarkan dalam negara dan ada juga di tempat lain di mana seseorang yang kehilangan pekerjaan. Contohnya di Australia, mereka dibayar elaun tetap sehinggalah mereka mendapat pekerjaan. Adakah kerajaan sudah membuat perbandingan ini dengan negara seperti di Australia?

Persoalannya ialah sama ada jumlah ini benar-benar mencukupi yang 1,000 ini tadi untuk membantu pekerja berpindah dari satu tempat tinggal dia atau untuk memulakan pekerjaan baru.

Bagi pekerja dari negeri yang luas seperti Sabah dan Sarawak, kos perjalanan dan perpindahan boleh menjadi lebih tinggi lagi. Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat menilai semula kadar elaun ini dari semasa ke semasa supaya bantuan ini benar-benar membantu pekerja yang kembali bekerja.

Perkhidmatan pekerjaan dan pemadanan kerja. Datuk Yang di-Pertua, rang undang- undang ini juga memperkenalkan perkhidmatan pekerjaan yang lebih aktif termasuk pemadanan pekerjaan antara pencari kerja dan majikan. Langkah ini sangat penting kerana cabaran utama pada pasaran buruh hari ini ialah ketidakpadanan kemahiran antara pekerja dan keperluan industri.

Ramai majikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang sesuai berdasarkan keperluan mereka. Pada masa yang sama juga, pencari kerja pula sukar mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka. Oleh itu, sistem pemadanan ini— pekerjaan ini cekap amat diperlukan supaya proses penempatan pekerjaan dapat dipercepatkan.

Fasal 11, pengurangan denda majikan. Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini kepada fasal 11 dalam rang undang-undang ini. Fasal ini mencadangkan supaya kadar denda terhadap majikan yang gagal memaklumkan kekosongan jawatan pada pertubuhan dikurangkan. Denda yang dicadangkan ialah 1,000 bagi kesalahan pertama, 3,000 bagi kesalahan kedua, 5,000 bagi kesalahan ketiga dan seterusnya.

Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Menteri mengenai rasional pengurangan kadar denda ini. Sebelum ini kadar maksimum denda mencapai sehingga RM10,000. Persoalannya ialah sama ada pengurangan kadar denda ini akan menjejaskan tahap pematuhan majikan. Dan maklumat mengenai kekosongan jawatan amat penting kerana ia membantu kerajaan memahami keadaan sebenar pasaran buruh dan membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan.

Jika majikan tidak melaporkan kekosongan jawatan, maka pemadanan pekerjaan yang ingin diwujudkan melalui pindaan ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Ia cuma cantik di atas kertas.

Isu pekerja gig ataupun yang kita panggil sebagai kerja sementara atau kerja projek.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh satu isu yang semakin penting di dalam ekonomi moden iaitu pekerja gig. Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia bekerja sebagai pemandu e-hailing, penghantar makanan serta pekerja digital bebas. Namun, kebanyakan mereka tidak mempunyai perlindungan sosial yang mencukupi sekiranya kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sama ada terdapat percanggahan untuk memperluas perlindungan sistem ini kepada pekerja gig pada masa hadapan.

Pengangguran belia. Datuk Yang di-Pertua, satu lagi isu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan iaitu pengangguran dari kalangan belia dan graduan kita. Walaupun ramai graduan menamatkan pengajian setiap tahun, sebahagian daripada mereka masih menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelulusan mereka. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang antara sistem pendidikan dengan keperluan industri. Oleh itu, program pasaran buruh yang aktif perlu memberi penekanan kepada latihan, kemahiran serta kerjasama yang lebih erat dengan sektor industri.

Pekerja luar bandar dan pedalaman. Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa kepentingan memastikan program ini memberi manfaat kepada pekerja di kawasan luar bandar dan pedalaman juga. Bagi negeri Sarawak, ramai pekerja yang tinggal jauh dari pusat bandar dan menghadapi cabaran untuk mendapatkan akses kepada latihan, kemahiran serta peluang pekerjaan.

Kerajaan perlu memastikan bahawa program latihan serta perkhidmatan penempatan pekerjaan dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar supaya rakyat di kawasan tersebut tidak ketinggalan. Dalam hal ini, saya percaya dan berharap supaya kerajaan lebih kerap untuk memperkenalkan kekosongan yang akan dilaporkan kepada pihak kerajaan.

Perbandingan dengan negara-negara lain. Datuk Yang di-Pertua, jika kita melihat pengalaman negara lain seperti Singapura, Korea Selatan dan Australia, sistem perlindungan pekerjaan mereka bukan sahaja memberi bantuan kewangan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan, sebaliknya mereka juga memberi penekanan kepada latihan semula, peningkatan kemahiran serta pemadanan pekerjaan yang lebih aktif. Pengalaman negara-negara ini menunjukkan bahawa perlindungan pekerjaan bukan sekadar bantuan sementara. Ia merupakan satu pelaburan penting untuk memastikan tenaga kerja sentiasa bersedia menghadapi perubahan ekonomi.

Datuk Yang di-Pertua, secara keseluruhan pindaan ini merupakan satu langkah yang positif usaha memperkukuh sistem perlindungan sosial pekerja di negara kita ini. Namun, kejayaan undang-undang ini bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan serta pematuhan yang baik oleh semua pihak termasuk majikan. Saya berharap pindaan ini benar-benar membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk kembali kerja dengan lebih cepat dan berkesan.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa Dewan ini kepada pekerjaan–– bagaimana pekerjaan ini ataupun rang undang-undang ini akan membantu mereka yang dibuang secara beramai-ramai oleh syarikat-syarikat yang besar. Contohnya, perladangan. Adakah pemadanan telah dibuat untuk mereka? Mereka yang dibuang secara beramai-ramai oleh syarikat perladangan tertentu juga menyebabkan mereka tidak ada sumber pendapatan terutamanya bagi keluarga ataupun bapa–– ibu bapa yang baru untuk keperluan anak mereka yang masih kecil.

Jadi, justeru itu, saya berharap dengan rang undang-undang ini akan lebih aktif untuk dilaksanakan dengan sebaiknya terutamanya bagaimana pula— adakah satu maklumat perlu diberi kepada mereka yang dibuang bekerja? Supaya mereka segera untuk melaporkan bahawa mereka dibuang kerja oleh syarikat-syarikat tertentu supaya ada peluang di tempat lain boleh menampung ataupun mengambil mereka bekerja dengan secepat mungkin. Ini supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini apabila kesan ketidaktentuan mereka tidak ada pendapatan, mereka boleh terjerumus ataupun terpaksa melakukan sesuatu pekerjaan ataupun sesuatu jenayah terutamanya mereka yang mungkin terpaksa mencuri milo ataupun mencuri susu hanya untuk memberi kepada anak mereka.

Justeru itu, ini adalah satu pindaan yang sangat baik dan saya berharap ianya benar- benar dilaksanakan dengan berkesan supaya orang yang dibuang bekerja, yang diambil bekerja dan supaya majikan yang benar-benar ada kekosongan, mereka tidak segan-segan untuk menawarkan ataupun memaklumkan kepada kerajaan apa yang mereka perlukan.

Begitu juga dengan–– saya berharap dengan rakyat di bawah sana, terutamanya mereka yang dibuang pekerjaan atau yang tidak ada kemahiran atau yang masih menganggur supaya jangan malu untuk menyampaikan keadaan situasi kita kepada pihak kerajaan. Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini. Sekian, terima kasih.

draft12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Abun. Sekarang saya jemput Dato’ Sivaraj a/l Chandran.

draft12:50 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan

(Pindaan) 2025 ini.

Sesungguhnya apabila kita bercakap tentang sistem insurans pekerjaan, kita sebenarnya bercakap tentang suatu yang sangat asas dalam kehidupan rakyat. Rakyat bekerja, mereka mencari rezeki, mereka menyara keluarga. Maka, apabila seseorang itu kehilangan pekerjaan, dia bukan sekadar kehilangan gaji, dia kehilangan keyakinan dan dia kehilangan kestabilan hidup.

Oleh sebab itu, sistem seperti sistem insurans pekerjaan ini diwujudkan. Tujuannya jelas― apabila rakyat kehilangan pekerjaan, negara tidak boleh sekadar melihat dan berkata, “Itu masalah kamu”, negara mesti membantu. Maka, pindaan kepada undang-undang ini mempunyai niat yang baik. Ia ingin memperluaskan peranan sistem ini supaya bukan sahaja memberi bantuan kewangan, tetapi juga membantu rakyat kembali bekerja. Tetapi, dalam membina dasar negara, kita tidak boleh hanya melihat niat yang baik. Kita juga mesti melihat sama ada kaedah yang digunakan benar-benar berkesan.

Izinkan untuk menyentuh beberapa perkara penting, Tuan Yang di-Pertua. Perkara pertama ialah mengenai peranan baru PERKESO dalam pembrokeran pekerjaan. Melalui pindaan ini, khususnya dalam seksyen 45C, PERKESO diberikan kuasa untuk menjalankan perkhidmatan pembrokeran pekerjaan. Apa maknanya? Maknanya, PERKESO bukan lagi sekadar agensi yang mengurus caruman dan memberi faedah apabila seorang kehilangan kerja, PERKESO kini juga boleh membantu memadankan pekerja dengan majikan. Ia boleh mengiklankan kekosongan kerja, ia boleh memberi nasihat kerjaya, ia boleh membantu seseorang mendapatkan pekerjaan yang baru.

Secara prinsipnya, ini bukan idea yang salah. Di negara-negara maju, sistem seperti ini memang wujud. Umpamanya di Jerman, agensi pekerjaan mereka memainkan peranan aktif dalam memadankan pekerja dengan pekerjaan. Di negara seperti Singapore pula, negara mempunyai sistem yang sangat agresif dalam membantu rakyat mencari kerja, tetapi di Malaysia, kita juga perlu bertanya satu soalan yang sangat mudah― adakah kita sudah mempunyai institusi yang melakukan perkara yang sama? Kita sudah ada portal kerajaan, sudah ada agensi kerajaan, pekerjaan swasta. Kita sudah ada pelbagai platform digital yang memadankan pekerja dengan majikan.

Maka, persoalannya bukan sekadar sama ada PERKESO boleh melakukan perkara ini.

Persoalannya ialah bagaimana PERKESO boleh melakukan perkara ini dengan lebih baik daripada sistem kita yang sudah ada.

Di sini, kita perlu berfikir sedikit di luar kotak. Jika PERKESO mempunyai data caruman berjuta-juta pekerja, maka sebenarnya PERKESO mempunyai satu kekuatan yang tidak dimiliki oleh platform lain atau agensi lain. PERKESO boleh melihat perubahan pasaran buruh secara langsung. PERKESO boleh tahu sektor mana yang sedang berkembang. PERKESO boleh tahu sektor mana yang sedang kehilangan pekerjaan. Maka, jika data ini digunakan dengan bijak, kita sebenarnya boleh membangunkan satu peta tenaga kerja negara secara masa nyata, real-time information. Maka, bukan sekadar memadankan kerja yang kosong, tetapi meramalkan pekerjaan yang akan wujud lima atau 10 tahun yang akan datang. Inilah peranan yang sepatutnya dimainkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin disentuh ialah berkaitan seksyen 45F iaitu kewajipan majikan memaklumkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial mengenai kekosongan jawatan sebelum pengambilan pekerja dibuat. Pada pandangan ini, prinsip seksyen ini adalah suatu yang boleh disokong. Kerana, hakikatnya, negara perlu mengetahui di mana peluang pekerjaan wujud dalam ekonomi supaya rakyat tempatan boleh dipadankan dengan pekerjaan tersebut. Jika maklumat kekosongan pekerja tidak dikumpulkan secara sistematik, maka kita berdepan dengan satu keadaan yang aneh. Pekerjaan sebenarnya ada, tetapi rakyat yang mencari pekerjaan tidak mengetahui kewujudannya.

Maka sebab itu, seksyen 45F ini disokong. Namun, sokongan ini perlu disertai dengan beberapa prinsip supaya pelaksanaannya benar-benar adil dan praktikal.

Pertama, penalti mestilah munasabah. Sebab itu pindaan yang dibuat oleh jawatankuasa yang mengubah denda kepada sistem berperingkat― RM1,000 bagi kesalahan pertama, RM3,000 untuk kesalahan kedua dan RM5,000 bagi kesalahan seterusnya― adalah satu pendekatan yang lebih seimbang berbanding dengan cadangan asal yang boleh mencecah RM10,000.

Kedua, majikan perlu diberi ruang masa yang mencukupi untuk mematuhi keperluan ini.

Dalam dunia perniagaan hari ini, pengambilan pekerja sering berlaku dengan cepat. Maka, sistem pelaporan perlu mudah dan tidak membebankan.

Ketiga, wajar juga dipertimbangkan supaya satu ruang rayuan diberikan kepada majikan sekiranya terdapat alasan yang kukuh mengapa kewajipan tersebut tidak dapat dipatuhi dalam suatu keadaan.

Dan, yang paling penting sekali, semangat di sebalik seksyen ini mestilah jelas.

Kekosongan pekerjaan dalam negara ini harus terlebih dahulu ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum majikan mengambil langkah menggantikan kekosongan tersebut dengan tenaga kerja dari luar negara.

Jika seksyen 45F ini dilaksanakan dengan betul, ia boleh menjadi satu mekanisme penting untuk memastikan peluang pekerjaan dalam negara benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah mengenai Elaun Bantuan Mobiliti. Seksyen 37A. Pindaan ini memperkenalkan elaun bantuan mobiliti kepada pekerja yang menerima pekerjaan baru selepas tuntutan faedah diluluskan. Elaun ini ditetapkan sebanyak RM1,000 sebagai bayaran sekali. Apabila seseorang kehilangan pekerjaan dan mendapat pekerjaan baru, kadang-kadang dia perlu berpindah tempat, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Maka, elaun ini diperkenalkan untuk membantu peralihan tersebut dan ini adalah satu langkah yang baik, tapi kita juga perlu melihat gambaran yang lebih besar.

Masalah sebenar dalam pasaran buruh bukan sekadar kehilangan pekerja. Masalah sebenar ialah ketidakpadanan pekerja. Kadang-kadang pekerjaan wujud di satu tempat, tetapi pekerja berada di tempat yang lain. Umpamanya, kilang memerlukan pekerja di suatu negeri, tetapi pekerja yang menganggur berada di negeri yang lain. Di sinilah mobiliti tenaga kerja menjadi penting.

Mungkin, pada masa hadapan, kita boleh memikirkan satu sistem yang lebih besar. Bukan sekadar elaun mobiliti RM1,000, tetapi satu program mobiliti tenaga kerja nasional. Jika seorang anak muda dari suatu negeri sanggup berpindah ke kawasan industri yang memerlukan tenaga kerja, kerajaan boleh membantu dari segi pengangkutan, tempat tinggal sementara atau latihan tambahan. Dengan cara ini, mobiliti tenaga kerja bukan sekadar slogan, ia menjadi dasar yang benar-benar menggerakkan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat ialah mengenai konsep buruh yang aktif. Pindaan ini diperkenalkan di Bahagian VIB, khususnya seksyen 45H yang membolehkan pertubuhan melaksanakan program berkaitan pasaran buruh yang aktif apabila diarahkan oleh kerajaan.

Konsep ini sebenarnya sangat penting kerana dalam ekonomi moden, pekerjaan sentiasa berubah. Teknologi berubah, industri berubah. Kemahiran yang diperlukan hari ini mungkin tidak relevan 10 tahun yang akan datang.

Oleh itu, kerajaan tidak boleh hanya membantu rakyat selepas mereka kehilangan pekerjaan, kerajaan juga membantu rakyat sebelum mereka kehilangan pekerjaan. Umpamanya, jika satu industri mula merosot, pekerja dalam industri tersebut perlu dilatih semula lebih awal.

Jika teknologi baharu muncul, pekerja perlu diberi kemahiran baru sebelum mereka ketinggalan.

Inilah maksud sebenarnya pasaran buruh yang aktif. Ia bukan sekadar memberi bantuan selepas masalah berlaku, ia mencegah masalah sebelum ia berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya rang undang-undang ini membawa beberapa pembaharuan penting kepada sistem perlindungan pekerja di negara kita. Ia memperluaskan peranan PERKESO. Ia memperkenalkan faedah baru. Ia membuka ruang kepada pendekatan yang lebih aktif dalam pengurusan pasaran buruh, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita melaksanakannya. Jika ia dilaksanakan dengan pemikiran lama, ia hanya akan menjadi satu lagi sistem pentadbiran, tetapi jika dilaksanakan dengan pemikiran yang berani dan inovatif, ia boleh menjadi asas kepada satu sistem tenaga kerja nasional yang lebih dinamik dan lebih berdaya saing.

Dengan harapan bahawa pelaksanaan pindaan ini akan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara, maka saya sokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dato’ Sivaraj. Sekarang saya jemput YB Senator Tuan Michael Mujah Lihan.

draft1:00 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Saya menyambut baik pindaan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 sebagai langkah progresif memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial pekerja di negara ini dalam menghadapi perubahan pesat pasaran buruh global.

draft1:09 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Walaupun kadar pengangguran kini rendah sekitar tiga peratus, realitinya masih terdapat ratusan ribu rakyat yang berhadapan dengan ketidaktentuan pekerjaan, termasuk mereka yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan akibat perubahan struktur ekonomi, automasi serta perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI). Berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, walaupun kadar pengangguran berkadar sekitar tiga peratus, lebih 500,000 rakyat berada dalam kategori penganggur atau bekerja di bawah potensi sebenar mereka.

Tambahan pula, pertumbuhan sektor ekonomi baharu seperti ekonomi gig, ekonomi digital dan pekerjaan fleksibel menuntut sistem perlindungan sosial yang lebih responsif serta inklusif. Justeru, pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan ini dilihat sebagai langkah yang penting bagi memastikan sistem perlindungan pekerjaan negara kekal relevan dengan perubahan landskap pasaran buruh. Sehubungan itu, terdapat beberapa peruntukan penting dalam pindaan RUU ini yang wajar diberi perhatian kerana ia memberi implikasi langsung kepada sistem perlindungan pekerja serta keberkesanan pasaran buruh negara.

Datuk Yang di-Pertua, di antara perubahan penting dalam pindaan ini ialah peluasan skop akta yang bukan lagi hanya tertumpu kepada perlindungan apabila berlaku kehilangan pekerjaan tetapi turut merangkumi penyediaan perkhidmatan pekerjaan kepada mana-mana orang, termasuk pemadanan kerja, kaunseling kerjaya dan nasihat pekerjaan. Perubahan ini menjadikan PERKESO bukan lagi sekadar agensi yang menyalurkan faedah kepada pencaruman yang kehilangan pekerjaan tetapi turut memainkan peranan sebagai pusat penyelarasan peluang pekerjaan serta penempatan semula tenaga kerja. Pendekatan ini amat penting memandangkan cabaran utama dalam pasaran buruh hari ini bukan sekadar kehilangan pekerjaan tetapi juga— malah, ketidaksepadanan kemahiran atau skil match-to-match di antara graduan, pencari kerja dan keperluan sebenar industri.

Namun demikian, persoalan saya kepada pihak kementerian. Apakah indikator atau ukuran keberhasilan yang akan digunakan oleh kerajaan bagi menilai keberkesanan perkhidmatan pekerjaan yang dilaksanakan oleh PERKESO ini? Khususnya dari segi kadar penempatan semula pekerjaan dan tempoh masa yang diambil oleh pencari kerja untuk memperoleh pekerjaan baharu. Selain itu, bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa latihan semula dan program peningkatan kemahiran yang disediakan benar-benar selari dengan permintaan sektor industri semasa? Khususnya dalam sektor ekonomi digital, teknologi baharu serta tenaga hijau yang sedang berkembang pesat.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik cadangan memperkenalkan elaun bantuan mobiliti yang bertujuan membantu pekerja yang menerima tawaran pekerjaan baharu untuk berpindah ke lokasi pekerjaan tersebut. Berdasarkan pindaan yang dicadangkan, elaun bantuan mobiliti ditetapkan sebanyak RM1,000 sebagai bayaran sekali gus kepada pekerja yang layak. Walaupun bagaimanapun, saya berpandangan bahawa jumlah ini mungkin kurang mencukupi bagi pekerja yang perlu berpindah merentasi wilayah, khususnya bagi pekerja dari Sabah dan Sarawak yang perlu menanggung kos penerbangan serta kos pemindahan yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula kadar elaun mobiliti ini pada masa depan dengan mengambil kira faktor jarak, wilayah serta kos sara hidup yang berbeza antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Selain itu, apakah mekanisme pemantauan yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan bantuan mobiliti ini benar-benar sampai kepada pekerja yang memerlukan dan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan dalam pelaksanaannya?

Datuk Yang di-Pertua, satu lagi pindaan penting ialah kewajipan majikan untuk memaklumkan kepada PERKESO mengenai kekosongan jawatan sebelum proses pengambilan pekerja dilakukan. Langkah ini bertujuan membolehkan kerajaan membangunkan pangkalan data peluang pekerjaan negara yang lebih komprehensif dan telus. Melalui mekanisme ini, pencari kerja dapat memperoleh maklumat yang lebih jelas mengenai peluang pekerjaan yang tersedia, sekali gus membantu meningkatkan keberkesanan sistem perbadanan pekerjaan negara.

Namun begitu, pindaan ini turut diperuntukkan penalti maksimum sebanyak RM10,000 kepada majikan yang gagal mematuhi kewajipan tersebut. Persoalan yang ingin saya bangkitkan sama ada jumlah penalti ini mencukupi untuk memastikan pematuhan sepenuhnya, khususnya dalam kalangan syarikat besar yang mempunyai jumlah pengambilan pekerja yang tinggi?

Selain itu, saya juga ingin bertanya kepada strategi penguatkuasaan yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan semua majikan benar-benar mematuhi kewajipan melaporkan kekosongan jawatan. Ini supaya pangkalan data pekerjaan negara dapat dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan. Di samping pendekatan penguatkuasaan, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif tertentu kepada majikan yang aktif melaporkan kekosongan jawatan melalui sistem ini sebagai galakan kepada pemantauan yang lebih baik?

Datuk Yang di-Pertua, pindaan ini juga memperkenalkan peruntukan berkaitan pelaksanaan program pasaran buruh aktif yang membolehkan PERKESO melaksanakan program skim atau bantuan berkaitan pasaran buruh apabila diarahkan oleh kerajaan.

Peruntukan ini amat penting dalam membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk menjalani latihan semula serta beralih kepada sektor pekerjaan baharu yang lebih relevan dengan keperluan ekonomi semasa.

Walau bagaimanapun, kita juga sedia maklum bahawa terdapat beberapa agensi lain seperti HRD Corp yang turut memainkan peranan dalam menyediakan latihan kemahiran kepada tenaga kerja negara. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian.

Apakah bentuk penyelarasan yang akan dilaksanakan antara PERKESO dan agensi seperti HRD Corp bagi memastikan program latihan semula yang dijalankan tidak bertindih, sebaliknya saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa program pasaran buruh ketika ini turut memberi manfaat kepada pekerja di luar bandar dan kawasan pedalaman yang sering menghadapi— berhadapan dengan kekangan akses kepada latihan, kemahiran dan peluang pekerjaan?

Datuk Yang di-Pertua, secara keseluruhannya pindaan ini merupakan satu langkah yang positif dalam memperkukuhkan sistem perlindungan pekerjaan negara. Ia bukan sahaja memberi pelindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan, malah turut memperluaskan peranan kerajaan dalam membantu rakyat mencari peluang pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pemadanan kerja, latihan semula serta pelaksanaan program pasaran buruh aktif. Namun begitu, kejayaan sebenar pindaan ini bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan penyelarasan antara agensi serta keupayaan sistem ini untuk benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sehubungan itu, saya berharap segala persoalan dan cadangan yang dibangkitkan dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya pelaksanaan rang undang- undang ini benar-benar mencapai matlamatnya.

Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Michael. Ucapan yang ringkas, 10 minit sahaja. Sekarang saya jemput Senator Datuk Anna Bell binti Perian.

draft1:10 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya. Saya mengucapkan terima kasih di atas ruang, peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini.

Datuk Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa usaha yang dibawa oleh kerajaan melalui pindaan ini merupakan satu langkah yang amat baik dan mencerminkan komitmen kerajaan terhadap usaha memperkukuh sistem keselamatan sosial pekerja di Malaysia. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk menyokong rang undang-undang ini setelah meneliti impak dan kesan positif yang dijangka terhasil daripada pindaan ini, khususnya dalam memperkukuh perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan serta meningkatkan keberkesanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam menyokong proses penempatan pekerjaan semula.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dilaksanakan pada tahun 2018, ia telah menjadi antara instrumen utama perlindungan sosial kepada pekerja di Malaysia. Menurut laporan PERKESO, sehingga tahun 2024, lebih daripada lapan juta pekerja telah dilindungi di bawah skim SIP melibatkan kira-kira lebih 500,000 majikan berdaftar di seluruh negara. Dalam tempoh tersebut juga, lebih 800,000 individu yang kehilangan pekerjaan telah menerima pelbagai bentuk bantuan SIP, termasuk elaun mencari pekerjaan serta program latihan dan peningkatan kemahiran. Justeru, pindaan yang dicadangkan ini amat relevan dalam memastikan sistem perlindungan sosial negara terus kekal responsif terhadap perubahan ekonomi semasa, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi global, perubahan struktur pekerjaan serta perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa kini.

[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, melalui pindaan ini, kerajaan juga memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan pendapatan yang lebih mampan, peluang latihan kemahiran yang lebih baik serta program penempatan pekerjaan semula yang lebih berkesan bagi pencarum yang kehilangan pekerjaan. Pendekatan ini amat penting kerana kehilangan pekerjaan bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah turut memberi impak kepada kesejahteraan keluarga serta kestabilan ekonomi negara secara keseluruhan.

Sebagai contoh, ketika negara berhadapan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik sebelum ini, kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada sekitar 5.3 peratus pada tahun 2020 melibatkan lebih 800,000 individu menganggur. Dalam situasi tersebut, skim SIP melalui PERKESO telah memainkan peranan penting dalam menyediakan bantuan kewangan sementara serta membantu pekerja kembali ke pasaran pekerjaan melalui program penempatan semula.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada fasal 2 rang undang-undang ini yang memperuntukkan perluasan ruang lingkup SIP supaya merangkumi perkhidmatan pekerjaan untuk mana-mana orang. Saya bersetuju sepenuhnya dengan pindaan ini kerana ia memperluaskan fungsi SIP bukan sahaja sekadar kepada pembayaran elaun mencari pekerjaan semata-mata, tetapi juga memberi penekanan kepada usaha kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan pekerjaan baru yang lebih sistematik. Pada masa kini, laporan menunjukkan bahawa melalui portal kerajaan PERKESO seperti MYFutureJobs lebih daripada 1.5 juta peluang pekerjaan telah dipadankan dengan pencari kerja sejak pelancarannya. Ini menunjukkan bahawa pendekatan integrasi antara perlindungan sosial dan penempatan pekerjaan merupakan satu langkah yang tepat bagi memastikan pekerja yang kehilangan pekerjaan tidak terpinggir daripada pasaran buruh.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada Fasal 4 pindaan ini yang memasukkan takrif elaun bantuan mobiliti. Pada pandangan saya, cadangan ini merupakan satu langkah yang amat baik kerana ia dapat membantu pekerja yang memperolehi pekerjaan baru tetapi perlu berpindah ke lokasi lain. Manakala, bagi kos perpindahan seperti kos pengangkutan, penempatan sementara atau kos penyesuaian hidup di kawasan baharu sering kali menjadi beban kepada pekerja, khususnya mereka yang baru kehilangan pekerjaan.

Oleh yang demikian Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat meneliti semula kadar bayaran elaun mobiliti ini agar lebih bersesuaian dengan jarak mobiliti pekerjaan pekerja tersebut. Ini kerana kos perpindahan bagi pekerja yang berpindah dalam negeri adalah berbeza dengan pekerja yang perlu berpindah antara negeri atau ke kawasan yang lebih jauh. Oleh itu, saya mencadangkan agar ada satu mekanisme kadar bayaran yang lebih fleksibel diperkenalkan, mengambil kira faktor jarak serta kos sebenar perpindahan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai fasal 6 dalam pindaan ini khususnya berkaitan subseksyen (1B) yang memperuntukkan bahawa majikan tidak boleh memotong caruman majikan daripada mana-mana gaji yang dikenakan kepada pekerja atau mendapatkan balik caruman tersebut daripada pekerja dengan apa-apa cara lain. Saya menyokong sepenuhnya peruntukan ini kerana ia bertujuan melindungi hak pekerja dan memastikan majikan memikul tanggungjawab sebenar terhadap caruman yang diwajibkan oleh undang-undang. Kita sedar bahawa terdapat kes di mana majikan cuba memindahkan kos caruman kepada pekerja secara tidak langsung sama ada melalui potongan gaji ataupun mekanisme lain.

Oleh itu, bagi memastikan peruntukan ini benar-benar berkesan, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan mewujudkan satu mekanisme pemantauan dan kawalan yang lebih sistematik termasuk pelaksanaan audit berkala terhadap majikan serta penguatkuasaan yang lebih tegas bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peruntukan undang-undang ini.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu berkaitan fasal 11 yang memasukkan seksyen 45F dalam rang undang-undang ini. Saya menyokong usaha kerajaan untuk memastikan majikan memaklumkan kekosongan jawatan yang ada kepada pihak berkuasa berkaitan. Langkah ini amat penting kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses pemadanan antara pencari kerja dengan majikan yang mempunyai kekosongan tersebut.

Walaupun bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kesalahan pertama haruslah didahului dengan notis amaran serta arahan tunjuk sebab barulah disusuli dengan denda yang bertingkat bagi kesalahan seterusnya. Perkara ini dilihat lebih rasional dan memberi ruang tambah baik kepada majikan yang terlibat lebih-lebih lagi dalam Sektor Kecil dan Sederhana (SME).

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sektor SME merupakan tulang belakang ekonomi yang menyumbang kira-kira 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta menyediakan lebih daripada 48 peratus peluang pekerjaan di Malaysia. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan pendekatan lebih seimbang.

Contohnya, saya ulang. Contohnya, memperkenalkan notis amaran seperti yang saya maklumkan sebentar tadi sebelum denda dikenakan atau menyediakan kadar denda yang lebih rendah bagi kesalahan pertama. Pendekatan ini bukan sahaja lebih adil kepada majikan SME, malah dapat menggalakkan pematuhan secara lebih konstruktif tanpa memberi tekanan berlebihan kepada sektor perniagaan.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya berpandangan bahawa Rang Undang- undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini merupakan satu langkah reformasi yang amat penting dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara. Pindaan ini bukan sahaja menambah baik manfaat kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan, tetapi juga turut memperkukuhkan ekosistem penempatan pekerjaan semula, meningkatkan kecekapan sistem padanan pekerjaan dan memastikan majikan memainkan peranan lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab dalam sistem perlindungan sosial negara.

Reformasi ini juga menggambarkan misi Kerajaan MADANI untuk membina ekosistem pekerjaan lebih positif, progresif, mampan dan berdaya saing dengan memastikan kesejahteraan pekerja terus terjamin dalam menghadapi perubahan ekonomi global, kemajuan teknologi serta cabaran pasaran buruh masa hadapan. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2005 ini. Sekian, terima kasih.

draft1:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Senator Datuk Anna Bell.

Seterusnya, saya menjemput Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.

draft1:20 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Dato’ Setia Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullah. Pertamanya, saya ucap terima kasih diberi peluang untuk berbahas pada hari terakhir sesi sidang kali ini.

draft1:29 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Untuk makluman jugalah, ya, ini merupakan hari terakhirlah saya berada dalam Dewan ini. Melainkan minggu depan ada sidang khas ke Datoʼ ya, itu kita datang baliklah.

draft1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa]

draft1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Kalau tak ada, saya dan 18 rakan-rakan lain akan tamat...

draft1:30 PM

Tuan Abun Sui Anyit

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Semua 19 orang, ya. Jadi, saya dan 18 orang rakan-rakan lain akan menamatkan khidmat kita pada tanggal 19 Mac ini termasuk YB Hasbie, Tan Sri Low, Datuk Seri Awang Sariyan, Abun Sui, kelompok ni kosong ni nanti. Tan Sri Anifah, ya. Musoddak pun sekali. Jadi, kosong Dewan ni, tapi kami tak ada pelindungan insurans ni.

draft1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa] Nanti boleh mohon.

draft1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Kami bukan OB, orang yang berinsurans.

Jadi, tak adalah pampasan PERKESO, ya.

draft1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh mohon dekat Menteri nanti.

draft1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Boleh aja, kita pinda segera, ya. Dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang berada selama tiga tahun di sidang ini dan diharapkan tempoh yang begitu telah dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan di dalam urusan pentadbiran negara kita dan kita harap kita semua yang ada ini dapat meneruskan tanggungjawab kita, kalau bukan di dalam Dewan ini di mana-mana saja.

Datoʼ Yang di-Pertua, insurans pekerjaan ini yang akan dipinda ini berkaitan dengan orang-orang yang diberhentikan kerja kerana perkara-perkara yang melibatkan industri tersebut.

Pengecilan ke ataupun automasi ke, tetapi ada kumpulan yang diberhentikan kerana tindakan- tindakan disiplin. Alasannya lah, alasannya ialah tindakan disiplin pekerja tersebut. Dan juga diberhentikan juga kerana dikatakan, the allegation, pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang ditetapkan. Mungkin ini boleh diukur, mungkin ia nya subjektif ya, tetapi kumpulan-kumpulan ini yang berhenti, dimaklumkan bahawa mereka ini tidak di, di-cover, dilindungi oleh insurans ini.

Adakah ini benar? Dan kalau benar, bagaimana kita nak menentukan bahawa pembuangan pekerjaan ini berlaku tepat atau pun betul dengan alasannya? Ataupun mungkin kerana syarikat menggunakan alasan ini untuk mengecilkan dan mengurangkan kos mereka dengan kesannya terhadap pekerja-pekerja yang dibuang. Jadi, saya harap kementerian boleh memberikan penjelasan kepada kita kerana kita tidak mahu dalam suasana ekonomi ini yang ada sekarang ini, kehilangan pekerjaan ini merupakan satu trauma yang cukup besar, yang boleh menyebabkan kesan-kesan psikologi yang berat. Jadi, jangan kita bermudah-mudah dalam menangani isu pembuangan pekerjaan.

Dan juga tidak dilindungi adalah mereka yang meletak jawatan secara sukarela ataupun mereka-mereka yang tamat tempoh, kerja yang ada had dia. Macam kontrak, misalnya. Jadi, saya mencadangkan supaya mereka ini juga diberikan perhatian kerana semasa mengambil jawatan atau pekerjaan di tempat tersebut, memang mereka tahu ini kontrak dua tahun, tiga tahun. Jadi, andaian kita ialah menjelang tempoh tamat kontrak itu, dia pandai-pandailah cari pekerjaan, tetapi kita pun tahu bukan senang ya nak memulakan semula satu pekerjaan.

Jadi, apakah boleh dipertimbangkan mereka yang tamat tempoh kerja terhad tersebut ataupun kontrak tersebut, juga dilayan seperti orang yang telah hilangkan pekerjaan tersebut, diberikan juga peluang untuk mencari pekerjaan yang baru dan ditanggung oleh insurans berkenaan supaya mereka dapat kembali bekerja. Kalau pun tidak di situ ada peluang-peluang lain yang boleh membantu menangani kehidupan mereka.

Dalam Kertas Biru asal, jumlah denda, perkara 11 yang disebut, jumlah denda terhadap syarikat yang gagal untuk memaklumkan ya, kekosongan ataupun kekosongan jawatan ini kepada pihak berkuasa boleh didenda sehingga RM10,000. Sehingga, ertinya maksimumnya RM10,000 lah. Dan inilah yang antara perkara yang menggemparkan dan antara perkara yang menyebabkan rang undang-undang ini tidak dapat dibawa kepada Dewan kita di sidang Disember yang lalu. Bunyi ini RM10,000 itu besarlah, tapi bagi syarikat yang besar, RM10,000 denda ini tak ada hal. Bagi syarikat kecil, ya. Jadi atas pertimbangan semula, atas desakan dan juga engagement yang disebut tadi, ramai apa namanya, pemegang taruh yang telah dirujuk atau dibuat perbincangan. Maka, yang kita lihat adalah denda yang hampir-hampir tersangat minimal lah ya.

First time, second time, third time, RM1,000, RM3,000 dan lebih daripada itu RM5,000. Ia nya merupakan satu jumlah yang tidak menggambarkan keseriusan di dalam akta ini. Memang betul kalau syarikat kecil RM10,000 memang aniaya lah, tetapi bagi syarikat besar, dengan sejumlah pekerjaan— pekerja-pekerja, jumlah pekerja. Tentulah jumlah RM1,000 ini chicken feed lah pada dia, dengan izin. Oleh yang demikian apakah tidak boleh denda ini diperkadarkan kepada saiz industri mereka, kilang mereka, syarikat mereka, supaya tidak sekata untuk semua syarikat. Yang RM1,000 ini bagi syarikat kecil, saya rasa kita boleh sokong, tapi bagi syarikat besar, kilang-kilang besar yang mempunyai pekerja-pekerja yang ramai, RM1,000 ini macam negligible.

Jadi, saya harap pun dia pertimbangkan pada masa akan datang supaya digredkan juga denda itu berkadaran dengan besar atau industri tersebut untuk supaya adalah kesan kegerunan sedikit untuk mengabaikan satu daripada syarat untuk memaklumkan kekosongan jawatan. Ini sangat penting. Mungkin bagi kita yang tidak bekerja di bidang tersebut tak terasa apa-apa, tapi bagi orang yang sedang mencari pekerjaan dan bagi kerajaan yang memerlukan satu dashboard untuk mengetahui suasana dan jumlah kerja-kerja kosong yang boleh disebarkan dan dimaklumkan kepada pencari-pencari pekerjaan, ini penting. Jadi, tidak boleh syarikat mengambil mudah kerana benda yang berlebih kurang ini.

Jadi, saya mengharapkan bahawa insurans ini ya, suatu insurans yang saya rasa telah mengubah suasana industri kita, membantu orang yang baru nak bekerja setelah kehilangan pekerjaan, mungkin dapat kerja tempat yang jauh, bukan senang ya untuk merubah kehidupan.

Jadi, apa-apa bantuan mobiliti yang disebutkan tadi ini sangat bermakna kepada mereka.

Cumanya, ada yang menyebut tadi sedikit sangat jumlah yang diberikan. Jadi dengan keadaan inflasi kita, walaupun inflasi di Malaysia kecil, tetapi setiap tahun inflasi ada. Jadi jumlah- jumlah tersebut, takkan kita nak fix-kan saja di dalam bill kita ini, sedemikian untuk beberapa tahun. Mungkin 10 tahun akan datang dipinda oleh kerana suasana lain, maka jumlah mungkin bantuan mungkin ditambah.

draft1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Boleh tak kita incorporate-kan, saya pun tak pasti sama ada, ada mana-mana undang- undang yang boleh memasukkan, kenaikan bantuan-bantuan ini secara satu percentage bagi suatu tempoh masa. Jadi, tak adalah kita bawa bil ini semula tetapi sudah dimasukkan, built in into the bill supaya bila tiba satu peringkat katalah compound kali lima, lima peratus kenaikan maka bantuannya pun automatik akan berubah kepada satu jumlah yang baru. Ini akan memberikan satu kelegaan, satu apa nama ni ya, kemudahan kepada mereka yang mendapat pekerjaan baru, tetapi memerlukan pergerakan ke tempat yang baru dan memerlukan kehidupan yang baru.

Jadi untuk Dato’ Yang di-Pertua, itulah sumbangan terakhir saya di sidang kali ini.

Semoga rakan-rakan kita yang terus berada di sini, selamat maju jaya dan terus menjalankan amanah yang besar bagi sistem pentadbiran dan demokrasi negara kita. Assalamualaikum warahmatullah. Saya mohon menyokong.

draft1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Senator Datuk Wira Dr.

Mohd Hatta. Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Dr. Hatta dan juga yang rakan-rakan Senator yang lain dan juga turut akan mengakhiri penggal ini dan insya-Allah kita doakan semuanya dapat dilanjutkan semula untuk sama-sama berbakti kepada rakyat dan negara, insya-Allah.

Seterusnya, saya menjemput Senator Datuk Rosni untuk berbahas.

draft1:40 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Pada prinsipnya, saya menyokong rang undang- undang ini kerana ia merupakan langkah penting untuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja serta menyesuaikan fungsi sistem insurans pekerjaan negara dengan realiti pasaran buruh yang semakin dinamik dan mencabar.

Pengalaman negara menghadapi krisis ekonomi dan pandemik menunjukkan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bukan saja memberi perlindungan kewangan sementara tetapi juga penting membantu pekerja kembali bekerja melalui latihan dan pemadanan pekerjaan. Justeru, usaha kementerian meminda akta ini untuk memperluaskan skop kepada perkhidmatan pekerjaan serta memperkukuh program pasaran buruh aktif merupakan satu langkah yang tepat pada masanya.

Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin memuji keputusan Kabinet memansuhkan klausa penalti sebanyak RM10,000 di bawah seksyen 45F. Namun kena mengikut saiz industri, besar kecil industri tersebut. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan mendengar suara majikan dari PKS, tetapi juga selaras dengan semangat Malaysia MADANI, memastikan keadilan, keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam melaksanakan dasar pekerjaan tanpa membebankan pihak yang terlibat.

Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya menyentuh pindaan Jadual Ketiga yang menaikkan elaun latihan kepada RM30 sehari berbanding kadar sebelum ini iaitu sekitar RM10 hingga RM20 sehari. Saya mengalu-alukan kenaikan ini kerana ia mengambil kira kos pengangkutan, makan minum dan perjalanan mereka ke pusat latihan. Namun, persoalannya sama ada kadar RM30 ini mencukupi? Kalau di bandar besar di mana kos pengangkutan dan sara hidup lebih tinggi. Saya rasa mungkin kementerian boleh mempertimbangkan kadar yang lebih dalam sekitar RM50 ke RM60 sehari bagi peserta di bandar yang besar.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini saya memastikan tentang pemerkasaan wanita dalam perlindungan insurans ini iaitu saya ingin menekankan bahawa pindaan ini boleh memberi impak positif kepada penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Kita sedia maklum bahawa kadar penyertaan tenaga kerja wanita masih rendah jika berbanding dengan lelaki dan lebih membimbangkan ramai wanita menghadapi kesukaran untuk kembali bekerja selepas bersalin.

Dalam konteks ini, sokongan yang disediakan oleh sistem latihan dan elaun mobiliti boleh menjadi faktor penting untuk memastikan wanita terutamanya ibu tunggal dapat kembali bekerja tanpa terbeban dengan kos penjagaan anak, pengangkutan atau penempatan semula. Saya memuji inisiatif kementerian memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti di bawah seksyen baharu 37A yang sangat relevan. Kalau kita lihat golongan ibu muda atau ibu tunggal, cabaran mereka bukan saja jarak perjalanan, tetapi juga soal keselamatan, tempat tinggal dan pengurusan keluarga.

Jadi, sokongan tambahan ini sebenarnya sangat penting. Bukan sekadar membantu mereka kembali bekerja, tetapi juga menyokong pembangunan sumber manusia negara. Lebih- lebih lagi bila kita ambil kira TFR dan kadar kelahiran yang sangat menurun serta masyarakat kita yang semakin menua.

Oleh itu, saya cadangkan kementerian mempertimbangkan elaun mobiliti khas untuk ibu muda dan ibu tunggal serta bantuan penjagaan anak sementara atau kerjasama dengan taska komuniti bagi peserta latihan wanita. Ini akan beri peluang sebenar untuk kembali bekerja tanpa terbeban.

Dato’ Yang di-Pertua, selain itu bahagian baharu berkaitan perkhidmatan pekerjaan memberi kuasa kepada PERKESO menjalankan pembrokeran pekerjaan kaunseling berjaya dan pemadanan kerja kepada mana-mana orang. Ini merupakan satu perubahan besar yang menempatkan PERKESO sebagai pemain utama dalam pasaran buruh negara. Namun, kementerian perlu memastikan penyelarasan dengan agensi lain agar tidak berlaku pertindihan fungsi ataupun pembaziran sumber. Peruntukan kewajipan majikan memaklumkan kekosongan jawatan juga wajar dipermudah bagi perusahaan kecil dan sederhana agar tidak menjadi beban pentadbiran.

Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, saya berpandangan bahawa pindaan ini merupakan langkah progresif untuk memperkukuh sistem perlindungan pekerjaan negara dan membantu pekerja kembali bekerja dengan lebih cepat dan berdaya saing. Dengan penambahbaikan yang mengambil kira realiti kos latihan, mobiliti kerja serta sokongan khas untuk wanita, rang undang-undang ini akan memberi manfaat lebih besar kepada pekerja, majikan dan ekonomi negara secara keseluruhan.

Saya berharap agar segala cadangan-cadangan yang dilontarkan tadi diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Sekian, saya menyokong Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Terima kasih.

draft1:41 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ringkas ya YB.

draft1:41 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Ya, tapi khas untuk wanita. Paling penting sekali.

draft1:41 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Terima kasih YB Datuk Rosni. Seterusnya, saya menjemput Senator Tuan Mohd Hasbie.

draft1:41 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini.

RUU ini merupakan satu pindaan penting dalam usaha memperkukuhkan sistem perlindungan sosial negara khususnya kepada golongan pekerja yang berdepan risiko kehilangan pekerjaan. Sistem insurans pekerjaan yang diperkenalkan melalui Akta 800 pada tahun 2017 merupakan antara reformasi dasar buruh yang signifikan kerana ia mengiktiraf bahawa kehilangan pekerjaan bukan sekadar isu ekonomi tetapi juga isu kesejahteraan sosial dan kestabilan keluarga.

Dalam konteks ekonomi yang semakin mencabar akibat perubahan teknologi, automasi, ekonomi gig dan perubahan struktur industri global, sistem pelindungan seperti ini amat penting bagi memastikan pekerja mempunyai jaringan keselamatan yang mencukupi ketika berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran buruh. Oleh itu, secara prinsipnya saya menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik akta ini agar ia lebih responsif kepada perubahan landskap pekerjaan pada masa kini.

Namun begitu, dalam meneliti RUU ini secara lebih mendalam, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan wajar untuk dibangkitkan sebagai sumbangan perbahasan di Dewan Negara ini agar pelaksanaan akta ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan.

Yang pertama, salah satu perubahan besar dalam pindaan ini ialah perluasan skop Akta Sistem Insurans Pekerjaan supaya turut merangkumi perkhidmatan pekerjaan kepada mana- mana orang bukan hanya kepada orang yang berinsurans.

draft1:48 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ini merupakan perubahan dasar yang signifikan kerana akta ini pada asalnya tertumpu kepada perlindungan pekerja yang mencarum. Dengan perluasan ini, PERKESO bukan sahaja berfungsi sebagai pentadbir insurans pekerjaan, tetapi juga sebagai penyedia perkhidmatan pasaran buruh seperti urusan pemadanan kerja dan nasihat kerjaya. Langkah ini boleh memberi manfaat besar kerana ia meletakkan PERKESO sebagai pusat data dan penyelaras pasaran buruh yang lebih menyeluruh.

Namun, persoalan yang wajar dibangkitkan ialah sejauh mana kapasiti institusi sedia ada untuk memikul fungsi yang lebih luas ini. Adakah sesuatu agensi diberi tanggungjawab? Apabila sesuatu agensi diberi tanggungjawab tambahan yang besar, perkara seperti sumber manusia, kepakaran teknikal dan infrastruktur digital juga perlu diperkukuh supaya fungsi tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sekiranya tidak diteliti dengan baik, kita bimbang perluasan fungsi ini akan menyebabkan fokus asal sistem insurans pekerjaan menjadi terlalu mencapah.

Yang kedua berkait dengan kewajiban majikan untuk melaporkan kekosongan jawatan.

Pindaan ini memperkenalkan kewajiban majikan perlu dibuat sebelum— mengenai kekosongan jawatan sebelum pengambilan pekerja dibuat. Dari sudut dasar pasaran buruh, langkah ini sebenarnya amat penting kerana ia boleh membantu kerajaan membina pangkalan data kekosongan pekerjaan yang lebih tepat dan terkini. Data seperti ini amat berharga untuk analisis ekonomi, rancangan tenaga kerja serta penentuan dasar pendidikan dan latihan negara.

Namun pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan mekanisme pelaporan ini tidak menjadi terlalu birokratik kepada majikan khususnya perusahaan kecil dan sederhana. Bagi syarikat kecil yang tidak mempunyai jabatan sumber manusia yang formal, proses pelaporan yang rumit boleh menjadi beban tambahan kepada mereka. Oleh itu, wajar dipastikan bahawa sistem pelaporan ini benar-benar mesra pengguna digital sepenuhnya dan tidak memerlukan proses pentadbiran yang kompleks.

Seterusnya, berkait dengan elaun mobiliti yang ditetapkan RM1,000 bagi mereka yang mendapat pekerjaan baru melebihi 100 kilometer jarak. Bagaimanakah mekanisme penentuan ini ditetapkan? Dan adakah ada budi bicara untuk mereka yang mungkin pada jarak kurang sedikit daripada 100 kilometer, umpamanya 98 kilometer, mungkin ada ruang untuk budi bicara itu diberikan.

Seterusnya, berkait dengan arah masa depan pasaran buruh Malaysia. Saya juga ingin menyentuh satu perspektif yang lebih luas iaitu bagaimana sistem ini boleh berkembang seiring dengan perubahan pasaran buruh masa hadapan. Hari ini kita menyaksikan pertumbuhan pesat ekonomi gig, pekerjaan kontrak jangka pendek dan pekerjaan digital. Ramai pekerja muda tidak lagi bekerja dalam pekerjaan tradisional yang stabil seperti dahulu. Persoalannya ialah sejauh manakah sistem insurans pekerjaan sedia ada mampu melindungi golongan pekerja dalam bentuk pekerjaan baru ini? Jika kita benar-benar mahu membina sistem pekerjaan sosial yang inklusif, perbincangan mengenai perluasan pelindungan kepada pekerja gig, pekerja bebas dan pekerja digital juga perlu menjadi agenda besar pada masa yang akan datang.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh mengenai kehilangan pekerjaan yang mungkin akan berlaku berkait dengan keadaan geopolitik yang terjadi pada masa sekarang. Saya ingin mencadangkan mungkin kerajaan boleh melihat, saya pernah juga sebut perkara ini sebelum ini berkait dengan penetapan dasar upah ataupun dasar gaji minimum yang kita tetapkan tanpa membezakan mengikut wilayah. Sebab rungutan yang kita dapat ialah di kawasan-kawasan yang agak jauh dari bandar, kawasan-kawasan negeri yang agak perlahan ekonomi, penetapan yang seragam itu sebenarnya membebankan mereka. Dan apabila mereka tidak dapat menampung kos itu, mereka akan cenderung untuk memberhentikan pekerja.

Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan, kepada kementerian, untuk pada masa yang akan datang, sekiranya dasar upah gaji minimum kita ini nak dinaikkan kepada satu tahap yang lebih tinggi, maka saya mencadangkan supaya ianya mesti mengambil kira wilayah-wilayah tertentu kerana ada negeri-negeri yang mungkin tidak boleh selari dengan negeri-negeri yang lebih maju ataupun kawasan-kawasan yang agak pedalaman yang agak di luar bandar itu tak boleh ikut dasar yang sedia ada bagi mengelakkan pemberhentian pekerja yang dibuat semata- mata untuk menampung kenaikan kos pada waktu itu.

Dato’ Yang di-Pertua, secara umumnya RUU ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara serta meningkatkan keberkesanan sistem padanan pekerjaan di Malaysia. Namun, seperti mana-mana dasar awam yang melibatkan jutaan pekerja dan majikan, kejayaan sebenar undang-undang ini bukan hanya terletak pada teks perundangan semata-mata, tetapi pada kecekapan pelaksanaan, ketelusan tadbir urus dan keupayaan institusi yang melaksanakannya.

Dengan mengambil kira beberapa persoalan dan cadangan yang telah dibangkitkan, saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan lanjut bagi memastikan pindaan ini benar-benar memperkukuh sistem pelindungan pekerja, dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan pasaran buruh negara yang lebih dinamik dan inklusif.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong RUU ini.

draft1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Senator Tuan Mohd Hasbie.

Short and sweet. Ada tujuh minit lagi. Seterusnya, saya menjemput Senator Tuan Haji Hussin. Ini mungkin lama kut. Banyak masa Tuan Haji.

draft1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas kesempatan untuk turut berbahas di RUU terakhir. Kita selesa sebab satu RUU satu hari.

Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma nak tukar sikit the persepsi daripada melihat pekerja yang hilang pekerjaan ataupun dibuang. Sebenarnya, pekerja ini sudah masuk gelanggang penganggur. Ringan sikit dibuang kerja, berat apabila menganggur. Lagi berat tuan-tuan, bukan sekadar untuk kehidupan dia nak bagi masuk ke pusat latihan baharu, bagi memikirkan ruang untuk masuk ke pekerjaan yang lain. Dalam keadaan, lepas keluar daripada latihan pun belum tentu lagi ada pekerjaan.

Dalam waktu yang sama, waktu yang sama juga, dia juga sedang menanggung keluarga dia. Entah berapa ramai ahli keluarga. Bukan ada tetap umur dia baru— pekerja ini baru belasan, dan mungkin umur dah 40-an, anak dah tujuh, lapan. Kalau itu berlaku, apa beban lagi selepas daripada itu? Bayaran rumah sewa je yang mesti juga ditanggung. Kali tidak, nak duduk di mana?

Bakal jadi gelandangan. Juga bayaran kereta, kalau mungkin dia dah ada kereta. Bayaran perbelanjaan keluarga, kos-kos kehidupan keluarga dan lain-lain. Ertinya, bila saja masuk dalam ruang ini, mula rasa kegelapan yang mencengkam.

Dalam waktu yang sama, kita tengok dengan peruntukan yang diperuntukkan ini, dengan sekitar RM30, ertinya RM900 sebulan. RM900 sebulan ini jauh daripada kedudukan tahap miskin bandar. Ini fakir bandar. Jadi, Saya fikir banyak perlu dinilai juga perkara ini, Yang Berhormat Menteri supaya— terima kasih sebenarnya dengan usaha ini. Bagus, tapi dengan realiti ekonomi yang ada, dengan ancaman kemelesetan ekonomi yang sedang dihadapi, angka yang kita berterima kasih ini saya fikir juga perlu dilihat dalam bentuk yang lebih positif demi untuk rakyat yang kita cintai.

Tuan-tuan, bila tadi dia sebut tentang pekerja yang dibuang ataupun pekerja yang diberhentikan, orang mula melihat satu lagi. Habis majikan, majikan macam mana? Sepatutnya majikan kena lebih tinggi lagi, kena tambah lebih lagi. Sebab pekerja ni sudah hilang pekerjaan.

Saya cuma nak ambil selalunya kita dalam membuat satu perbincangan, kita bagus membela pekerja, tapi Tan Sri, mungkin— saya selalu bab ini, saya tengok kepada Tan Sri. Bagi orang yang mengendalikan pekerjaan, dia bukan buang pekerja kerana dia buang pekerja. Dia buang pekerja kerana dah tak mampu nak tanggung pekerja. Dia buang pekerja, mungkin dia sendiri dah bankrap atau akan bankrap. Untuk jalan selamat, dia kena buang pekerja. Habis siapa dia yang nak ditanggung sekarang? Tauke dah tak mampu, nak bayar denda lagi, lagi teruk lagi kadang-kadang kita tak mampu. Rakyat dan pekerja, hilang pekerjaan. Tak ada tempat lain mahu mengadu, hanya kepada yang lebih sayang, iaitu kerajaan.

Jadi, saya rasa kerajaan kena tengok sebab PERKESO adalah pusat pengumpulan insurans yang dikutip setiap waktu. Dan kadang-kadang PERKESO juga— bukan kadang- kadang, melabur di beberapa tempat yang tertentu demi untuk menambahkan dia punya income PERKESO dan lain-lain.

draft1:56 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Maka mungkin dari sudut itu, wajar bagi PERKESO fikir, janganlah RM30, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. RM30 itu, kalau kita letak— cuba bayang dia anak kita, anak kita.

Kita mungkin tidak dah, ini anak kita dapat RM30 sehari dalam hendak tanggung segala masalah dalam pekerjaan, semua hilang dalam, dalam, dalam kegelapan yang belum menentu, apa bayangan kita?

Selalu kita dok tengok orang lain, kita tak tengok kalau dia itu anak kita, misal contoh.

Yang seterusnya, tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Negara yang saya hormati sekalian. Dalam perbincangan yang kita bincang, kita hanya tengok kepada pekerja- pekerja yang berdaftar dengan PERKESO. Ada lagi satu kelompok yang tak formal yang tak berdaftar dengan PERKESO. Ini rakyat yang lagi ramai.

Bagaimana kita nak melihat mereka ini sebagai satu kelompok, anak Malaysia yang besar, yang berdepan dengan juga ekonomi yang sedang gawat. Pekerja— peniaga kecil, yang berapa ramai yang gulung tikar. Pekerja gig yang belum tentu dia punya income. Banyak yang lain.

Jadi, termasuk juga pekerja-pekerja kontrak, yang kontraknya entah bila-bila masa saja ada, entah tidak. Jadi, itu lagi belum lagi yang belum kerja sendiri yang kerja entah, entah ke mana-mana. Jadi ada tak ruang, walaupun ini memang untuk tujuan PERKESO, kita sebagai sebuah kerajaan dalam kegawatan dan pandemik ekonomi dan lain-lain meleset ini, harus tidak untuk kita melihat ini sebagai satu rangkuman perkara yang perlu diambil kira dan turut diselesaikan.

Saya tadi juga bila sebut ini kalau kita tengok sepintas tuan-tuan, kita bercakap dalam konteks sama rata. Macam semalamlah saya bicara tentang satu keputusan untuk sama rata.

Betul orang kata kalau begitu kita nak ubah-ubah. Ya, apakah tidak mungkin untuk kita membuat sedikit perbedaan. Kos dan elaun tambahan ini berbeza dengan orang yang duduk dalam bandar dengan orang yang duduk di kampung.

Pekerja di kampung boleh tahan sikit, masih boleh bergantung paku-pakis keliling rumah, tapi orang bandar, bayangkan yang duduk ini, yang hilang pekerjaan orang di sekitar Dang Wangi, misal contoh. Orang yang sekitar di Subang Jaya, misal contoh ataupun pusat-pusat yang besar. Bagaimana mereka nak menyerap hentakan, serap hentak terhadap gejala yang sedang berlaku?

Dalam waktu contoh, kalau tuan-tuan kata sekarang ini, saya tak tahu, makan satu hari.

Makan yang pertama, contohlah sekarang saya pergi Bazar Ramadan, sekali hendak makan nasi ayam. Nasi ayam itu ada nasi, ada ayam seketul, ada kuah, harganya RM16. Habis kalau RM30, dua kali makan tak cukup untuk nasi sahaja, tak termasuk air. Tak apalah kita minum air paip, kan.

Jadi, bila kita tengok pada sudut— itu tak masuk lagi minyak motosikal. Kalau ada kereta, minyak kereta pula, nak bayar ansuran kereta pula. Cuba bayangkan sempitnya kehidupan dalam suasana yang macam ini. Itu tak masuk lagi pula ada rumah, rumah sewa Dato’. Macam mana nak bayar sewa? Itu tak masuk lagi— banyak perkara yang lain. Bayar insurans kereta dan lain- lain.

Memang kita tak akan mampu nak selesai semua hal, tetapi wajar kalau sekurang- kurangnya, saya, kalau bolehlah saya cadang setidak-tidak pun bolehlah RM60 sehari. RM60 sehari. RM60 sehari ini kalau kita pergi pasar, angkat sejari, satu jari telunjuk pun nak angkat barang RM60, tak berat lagi pun. Jadi, saya cadang Yang Berhormat Menteri terima kasih atas pindaan, semangat pindaan tapi fikirkan supaya menyelesaikan...

[Ketawa] Solusi sebenar kepada masyarakat.

Yang seterusnya, kalau kita tadi melihat pada beberapa perkara yang kita sentuh secara umum, saya juga ingin melihat pada sudut selepas latihan. Terima kasih kerana kita sudah memberikan dia sedikit peruntukan untuk membolehkan dia dalam latihan. Apa ruang selepas itu? Saya bercakap ini bukan sekadar atas roh perubahan kepada, kepada ataupun pindaan kepada RUU ini sahaja.

Macam mana selepas mereka menamatkan latihan beberapa bulan? Dan selepas itu, pekerjaan tak datang. Duduknya di bandar, kalau mungkin jadi setinggan. Kalau ada rumah di setinggan. Kalau tak ada rumah di setinggan, dia duduk di tepi jalan. Dia akan jadi gelandangan.

Apa penyelesaiaan kita? Ada tak ruang macam mana kita mahu melihat negara ini sebagai negara berkebajikan yang bermasalah pada ketika dia bermasalah, ada tempat dia mengadu.

Sekurang-kurang, dia menyelesaikan masalah yang dia ada.

Tuan-tuan, oleh kerana itu, saya sebenarnya tidak berhasrat hendak cakap panjang.

Masing-masing dah niat hendak balik ini, Dato’, kan.

draft2:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Mohon, mohon penjelasan sikit.

draft2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, boleh Haji Hussin? Sila.

draft2:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cikgu Hussin. Latihan ini dalam pengetahuan Yang Berhormatlah, katalah orang ini hilang pekerjaan, dalam masa menunggu itu dia dapat pergi ke satu latihan masuk universiti. Latihan juga kan? Adakah ini termasuk juga dalam kalangan yang boleh dibantu oleh insurans ini? Baik dia dapat kos diploma ataupun mana tahu degree. Kalau boleh tolong cadangkan. Terima kasih.

draft2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Dr. Hatta.

Sahabat selama-lama ini. Puak lama dah ini Yang Berhormat kawan. Kita bicara tentang pengangguran ini. Sekarang ini ialah isu yang dibuang kerja ataupun yang terberhenti kerja dan lain-lain.

Itu belum cerita lagi anak-anak kita yang keluar universiti dengan diploma dengan ijazah, dengan PhD. PhD menganggur. Saya tengok apabila— tapi mungkin tak boleh nak banding Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke Qatar dan lain-lain. Mereka ada skim selagi mereka tak dapat pekerjaan, mereka ada satu— bukan kerana tak nak kerja, tak. Sehingga dia mendapat suatu— apa ini, nak ganggu. Semalam— sila. Semalam dia ganggu saya tak sempat hendak beri ruang. Silakan.

draft2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin hendak tanya setuju kah Yang Berhormat— sebab buat masa kini, kerajaan memang ada bagi subsidi ataupun ada melalui PERKESO. Sekiranya seseorang tidak ada kerja berturut-turut ada diberikan wang supaya meringankan beban mereka. Kemudian, kerajaan juga ada mengadakan pelbagai job fair. Adakah ini dapat membantu bagi mereka yang sedang mencari kerja? Terima kasih.

draft2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat dan saya tadi pun dengan Yang Berhormat Dr. Hatta yang sebut tadi pun. Saya pun nak highlight-kan itu juga. Sekarang ini selain daripada ini, yang semua yang diberi sekarang Rahmahlah, apa itu semuanya baguslah.

Kita jangan tolak. Itu bagus, tetapi yang kita sebut sekarang ini, dalam ruang lingkup kesempitan yang ada ini, Dr. walaupun dia graduate dah pun, PhD pun masih menganggur kan.

Itu yang tadi itu dia kata belajar dekat universiti, keluar jadi doktor, tapi tak masuk kerja dengan pelbagai alasan, tetapi yang kita sebut nanti, boleh lihat dari sudut-sudut yang lain.

Contoh, ini yang kritikal, yang kritikal. Jangan tengok pada sudut personal seorang sahajalah, tetapi dia itu kalau dah ada tanggungan berapa, ada isteri, ada anak-anak, rumah sewa dan lain- lainnya. Di situ takut ada sedikit ruang untuk kita subsidikan tadi bagi pekerja ini. Subsidi rumah, subsidi ini dan lain-lain itu dengan cara begitu, dia akan lagi mengurangkan, mengurangkan. Saya bercakap dari sudut roh untuk mewujudkan sebuah negara lebih berkebajikan.

Mungkin orang katakan, “Oh, ini bukan urusan PERKESO kot.” Ya lah, insurans kan?

PERKESO ini Pertubuhan Keselamatan Sosial. Kalau nak masuk yang itu mungkin nama dia pertubuhan keselamatan dan kebajikan sosial. Bolehkah Dr. Hatta kita tambah macam itu? Dr.

Hatta setuju, Dato’. Maksudnya, dalam melihat secara keseluruhan ini, mungkin kita akan jadikannya melihat secara lebih holistik supaya rakyat akan terasa sebenarnya memerlukan rasa pembelaan yang lebih.

Sekarang kita berdepan dengan isu global yang besar. Peperangan yang makin nak merebak dan lain-lain. Ertinya, kita semua harus melihat benda ini secara yang lebih menyeluruh.

Saya dalam satu minit lagi ni saya cuma nak sebut ada dua tiga perkaralah saya kalau boleh diambil kira.

Yang pertama sekali, saya nak minta supaya pihak kementerian cuba juga tengok yang pertamanya apakah sandaran atau kajian kos sara hidup— yang hidup yang kita buat sekarang ini? Dia buat kajian berasaskan pada tahun bila? Yang kita akhirnya meletakkan, kita meletakkan angka RM30 itu. Latest punya kajian, dan kalau betul kajian sekarang, betul kah tidak, tepat kah tidak angka RM30 itu?

draft2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang keduanya, adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan elaun sara hidup latihan yang lebih fleksibel? Yang bandar lain, yang dalam kampung lain, supaya dia lebih realistik dengan semasa dan setempat.

Yang ketiga, wang tunai yang RM30 adalah PERKESO bercadang menjalinkan. Ada tidak ruang untuk PERKESO misalnya mewujudkan satu lagi program jalinan sosial tadi itu? Daripada hanya melihat duit, mungkin juga boleh melihat dengan syarikat bas kah, syarikat kereta api kah, syarikat LRT kah supaya boleh ada ruang untuk subsidi ataupun dalam tempoh tertentu mendapat pelepasan.

Misal contoh inilah, kalau yang berumur, yang berumur kan nak balik pergi ke Kedah dia ada special cost. Jadi kalau yang berumur dapat special cost, yang berumur mungkin dah ada income, tetapi yang ini, yang hilang pekerjaan, ada tidak ruang untuk mereka diberikan sedikit peruntukan dalam bentuk tambang murah dan lain-lain.

Yang keempat, memandangkan pelatih ini orang yang hilang punca pendapatan, apakah terdapat bantuan tambahan untuk keluarga mereka? Bukan sekadar pelatih itu saja sebab balik rumah dia berdepan dengan mungkin isteri dengan anak-anak. Dia lepas lah makan untuk hari itu, anak dengan isteri tak lepas lagi, Yang Berhormat Menteri.

Dan saya akhir juga nak sebut, kalau bolehlah wujud sistem insurans pekerjaan untuk pekerja gig juga dan juga yang self-employed ini. Yang bekerja sendiri. Perlu juga kalau boleh panjangkan tempoh elaun kehilangan pekerjaan ini sehingga tempoh yang wajar untuk dia rasa walaupun kita tak pasti jamin bahawa dalam tempoh tertentu dia boleh dapat balik pekerjaan, sekurang-kurangnya tempoh bernafas dia tu dipanjangkan.

Terutama sekali dalam waktu krisis ekonomi dan juga tadi ialah bantuan perumahan sementara bagi tempat-tempat pekerja yang terpaksa berpindah ke tempat baru, pekerja baru, income-nya tak menentu lagi atau pun sangat sedikit tetapi dia terpaksa untuk menanggung penyelesaian yang segera.

Jadi saya Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya juga sebenarnya menyokong dengan hasrat Yang Berhormat Menteri dan kementerian menilai di samping usaha perubahan kepada pindaan ini supaya ditambahnilaikan lebih baik lagi khusus untuk masyarakat dan rakyat kita yang duduk dalam kelompok majoriti khususnya fokus ini B40 dan lain-lain. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Senator Tuan Haji Hussin.

Seterusnya saya menjemput Senator Dato’ Wu Him Ven.

draft2:10 PM

Dato’ Wu Him Ven

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang untuk— yang diberikan untuk membahaskan pindaan Akta Sistem Insurans Pekerja. Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah menyatakan tahun 2026 sebagai zon survivor bagi PKNS.

Ini adalah amalan sinis daripada komuniti perniagaan yang mewakili majoriti tenaga kerja negara.

Mungkin keuntungan PKNS hari ini tidak terhimpit ke tahap membimbangkan hanya antara 10 hingga 15 peratus. Kos operasi meningkat beban, pematuhan peraturan semakin berat dan ruang untuk bernafas semakin sempit. Dalam keadaan sebegini, apakah yang kerajaan lakukan?

Mereka menambah satu lagi beban melalui seksyen 45.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah peruntukan baharu ini, setiap majikan wajib melaporkan kekosongan jawatan kepada PERKESO secara bertulis sebelum mengambil sebarang pekerja.

Sekiranya syarikat gagal membuat demikian, mereka akan didenda. Bayangkan seorang pemilik kedai runcit kecil di pekan yang ingin mengambil seorang pembantu kedai dengan segera beliau terpaksa terlebih dahulu mengisi borang, menghantar laporan kepada PERKESO.

Jika bersara, langkah mereka dikena denda. Bagi PKS dengan margin keuntungan yang tipis, walaupun denda telah dikurangkan namun denda sebegini boleh menggugat kelangsungan perniagaan mereka. Ini bukan kaedah membantu ekonomi, ia adalah kaedah menghukum peniaga.

Dato’ Yang di-Pertua, PKS hari ini sudah terpaksa bergelut dengan pelbagai sistem laporan baharu adalah CP500, ada e-PCB Plus, ada e-Invoice dan ada sistem MBRS oleh SSM.

Setiap sistem ini membawa kos pematuhan yang tersendiri. Kini, SIP pula ditambah ke dalam senarai yang semakin panjang itu.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, ini ease of doing business atau hand sieve of doing business? FMM terus menyuarakan kebimbangan ini. Mereka menegaskan bahawa amaran antarabangsa tidak menggunakan denda sebagai mekanisme penguat kuasa bagi notifikasi kekosongan jawatan. Negara lain menggunakan langkah pentadbiran yang lebih lembut dan munasabah, mengapa Malaysia perlu berbeza?

Tuan Yang di-Pertua, lebih memburukkan lagi cara kerajaan mengendalikan RUU ini sendiri mencerminkan ketidakmatangan dalam proses perundangan negara. RUU ini di lulus di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025 dalam masa dua hari. Pada 4 Disember, kerajaan mengumumkan moratorium dua tahun atas tekanan pihak industri. Kemudian pada 10 Disember, Kabinet pula mengumumkan keputusan untuk menarik balik RUU ini. Namun, hari ini RUU ini masih juga dibawa ke Dewan Negara.

Jika moratorium diperlukan, ini sendiri mengakui bahawa peruntukan dalam RUU ini tidak praktikal, tetapi moratorium itu tidak menghapuskan undang-undang denda ini, itu masih akan dikuatkuasakan pada akhirnya. Ini bukan penyelesaian, ini sekadar menangguhkan masalah.

Dato’ Yang di-Pertua, kita menyokong hasrat untuk meningkatkan kebajikan pekerja.

Kenaikan elaun bantuan mobiliti kepada RM1,000 atau meningkatkan hak yuran latihan kepada RM7,000 adalah langkah yang baik dan kami tidak membantahnya. Namun, jangan gunakan manfaat ini sebagai alasan untuk membebankan majikan. Dalam peruntukan yang menghukum kebajikan pekerja tidak patut datang dengan mengorbankan kelangsungan PKNS.

draft2:13 PM

Dato’ Wu Him Ven

Oleh itu, saya menyeru kerajaan untuk menarik balik RUU ini atau merujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas membuat perundingan yang teliti bersama pihak industri dan pembentangan semula rang undang-undang yang lebih seimbang di Dewan Rakyat. Kerajaan harus memilih pendekatan insentif bukan ancaman denda. Jangan biarkan PKNS kita terus tersepit antara niat baik kerajaan yang realiti perniagaan yang semakin mencabar. Jika kita gagal menjaga PKNS, kita gagal menjaga ekonomi rakyat. Sekian dan terima kasih.

draft2:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik YB Senator Dato’. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Senator Puan Tiew.

draft2:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Hari ini saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerja Pindaan 2025 ini. Pada prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan. Namun dalam masa yang sama, parlimen juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap dasar yang digubal adalah seimbang, adil dan praktikal bukan sahaja kepada pekerja, tetapi juga kepada majikan yang menjadi cipta peluang pekerjaan di negara kita.

Bagi prioriti di pasaran buruh— Maaf Dato’ Yang di-Pertua. Bagi realiti di pasaran buruh, untuk memahami kepentingan pindahan ini, kita perlu melihat realiti pasaran buruh di Malaysia.

Statistik DOSM menunjukkan bahawa tenaga buruh negara kini mencecah sekitar 17.6 juta orang dengan lebih 17.1 juta rakyat pekerja manakala lebih kurang 500,000 rakyat yang masih tidak ada pekerjaan tetap.

Namun dalam masa yang sama, terdapat banyak kekosongan jawatan dalam pasaran ekonomi negara kita. Ini membawa kepada satu persoalan penting. Jika peluang pekerjaan ini wujud, mengapakah masih terdapat ratusan ramai rakyat yang tidak ada pekerjaan yang tetap?

Jawapannya ialah masalah ketidakpadanan pekerjaan ataupun job missmatch dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua. Oleh itu, sistem insurans pekerjaan ini tidak boleh sekadar menjadi sistem bantuan kewangan, ia mesti menjadi sistem yang membantu rakyat kembali bekerja dengan cepat.

Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini memperluaskan skop akta supaya merangkumi perkhidmatan pekerjaan seperti pembrokeran pekerjaan, pemadanan kerja dan kaunseling kerjaya. Ini adalah satu langkah yang baik. Namun, persoalannya ialah adakah sistem ini akan menjadi satu platform padanan pekerjaan yang benar-benar cekap atau ia hanya akan menambah satu lagi lapisan pentadbiran. Jika kita benar-benar mahu membantu rakyat mendapatkan pekerjaan, maka sistem ini mestilah berdasarkan konsep pendigitalan, cekap dan mesra majikan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga perlu mendengar suara sektor industri. Hakikatnya ialah lebih 90 peratus pekerjaan di Malaysia diwujudkan oleh sektor swasta. Sebahagian besar majikan pula adalah perusahaan kecil dan sederhana iaitu PKS yang merangkumi lebih 97 peratus perniagaan di negara kita. PKS inilah yang mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun, PKS juga merupakan sektor yang paling sensitif kepada kos pematuhan dan birokrasi. Jika dasar yang diperkenalkan terlalu rigid atau membebankan kesannya bukan kepada majikan sahaja, tetapi kepada peluang pekerjaan rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini mewajibkan majikan memaklumkan kepada pertubuhan mengenai kekosongan jawatan sebelum pengambilan pekerja dibuat.

Kegagalan berbuat demikian boleh dikenalkan denda sehingga maksimum RM5,000. Majikan tidak menentang ketelusan pasaran pekerjaan, namun kebimbangan mereka ialah jika kewajipan ini menambah satu lagi lapisan birokrasi yang melambatkan proses pengambilan pekerja.

Dalam dunia perniagaan hari ini, keputusan pengambilan pekerja kadangkala perlu dibuat dengan cepat. Kita juga hadapi saingan apabila rakyat kita mendapat tawaran daripada negara lain seperti mana yang telah diberitahu oleh Menteri-Menteri atau pun kerajaan kita. Jika prosedur terlalu rigid, ia boleh menjejaskan daya saing negara kita khususnya bagi syarikat tempatan yang merupakan PKS.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini berkenaan dengan pindaan satu seksyen yang sangat penting iaitu seksyen 59 di mana memperuntukkan bahawa Akta Keterangan 1950 iaitu Akta 56 tidak terpakai bagi prosiding jemaah rayuan dan bahawa jemaah rayuan boleh mengawal selia prosidingnya sendiri. Pindaan ini menyatakan bahawa Akta Keterangan tidak terpakai. Ia menimbulkan persoalan berkaitan dengan prinsip keadilan. Jika Akta Keterangan tidak terpakai, apakah standard pembuktian yang akan digunakan? Walaupun tribunal boleh diberikan flexibility, prinsip natural justice dengan izin, mesti tetap dipelihara.

Dato’ Yang di-Pertua, jika kita melihat negara lain, kita dapat melihat pendekatan yang lebih menyeluruh. Di Singapura, sistem pekerjaan dijalankan melalui platform digital yang memadankan pencari kerja dengan majikan secara pantas. Di Jerman pula, sistem insurans pekerjaan digabungkan dengan program latihan semula bagi membantu pekerja memasuki sektor baru. Malaysia juga perlu bergerak ke arah model seperti ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah kajian impak yang telah dilakukan terhadap sektor PKS sebelum kewajipan pelaporan kekosongan jawatan ini diperkenalkan?

Keduanya, dengan kebanyakan kekosongan jawatan dalam pasaran ekonomi negara kita, apakah strategi konkrit kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat dipadankan dengan peluang pekerjaan ini dengan lebih cepat?

Ketiga, adakah kerajaan akan memastikan bahawa sistem perkhidmatan pekerjaan ini memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia sebelum majikan dibenarkan mengambil pekerja asing?

Dato’ Yang di-Pertua, dasar pekerjaan yang baik bukan sekadar melindungi pekerja selepas mereka kehilangan pekerjaan. Dasar pekerjaan yang baik ialah dasar yang memastikan rakyat dapat kembali bekerja dengan cepat, bermaruah dan dengan kemahiran yang lebih tinggi.

Kita tidak mahu sistem yang hanya membayar elaun kepada penganggur semata-mata.

Kita mahu sistem yang membantu rakyat kembali bekerja dan membina masa depan mereka. Saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Pergi pekan membeli selasih, Singgah sebentar makan ramen; Dasar pekerjaan mesti teraskan kasih, Adil pada pekerja majikannya terjamin. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

draft2:21 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat Tiew. Bakat berpantun YB ni— dah makin bagus sekarang ni.

draft2:21 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

[Ketawa]

draft2:21 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput pembahas terakhir Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Anifah. Silakan.

draft2:21 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Haji Aman

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Namun, memandangkan semua isi yang hendak saya sampaikan Dato’ Yang di-Pertua, telah pun dibahaskan oleh rakan-rakan kita dan saya ingin hanya ingin menyokong dalam undang-undang ini.

draft2:29 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Haji Aman

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan semua rakan-rakan Ahli Dewan Negara atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat di atas platform yang diberikan untuk menyampaikan suara rakyat.

Saya percaya saya dengan Datuk Hatta pernah bersama-sama di Parlimen dan saya telah pun pernah menyuarakan dan benda-benda yang berlaku di dunia, di United Nations dan saya pernah mempengerusikan United Nations Security Council, but this is what the best for a mine [Tepuk] Kita well behaved, well researched dan sedap didengar dan banyak yang dipelajari. Dan oleh itu, terima kasih atas peluang yang diberikan bersama-sama tuan-tuan dan Yang Berhormat sekalian.

Dan tadi Dato’ Yang di-Pertua— terima kasih juga dengan Dato’ Yang di-Pertua dan insya-Allah, berkemungkinan kita akan berjumpa lagi di forum-forum yang lain dan saya juga mengucapkan semua rakan-rakan yang baru tempoh pertama ya, mudah-mudahan disambung semula...

draft2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Amin.

draft2:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Dan sama-sama kita doakan, amin. Jadi itu saja hendak saya sampaikan Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih pada YB Senator Tan Sri yang punyai banyak pengalaman bukan sahaja di dalam Dewan ini malah di serantau dunia pun, ke mana- mana pun Tan Sri sentiasa memberikan sumbangan bagi pihak negara. Terima kasih YB dan tahniah kepada YB Tan Sri. Juga kepada yang lain, terima kasih kerana telah memberikan perbahasan yang amat bermutu dan selepas ini kita akan mendengar Timbalan Menteri untuk memberikan jawapannya. Silakan.

draft2:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, bagi pihak Kementerian Sumber Manusia saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 di Dewan Negara pada hari ini. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah tampil menyumbang pandangan serta hujahan berhubung rang undang-undang ini, tapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya diperuntukkan berapa minit?

draft2:32 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Berapa minit yang YB mahu, setengah jam?

draft2:32 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tak perlu setengah jam Yang di-Pertua.

draft2:32 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Then 15 minit.

draft2:32 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Hari terakhir kita akhiri dengan suasana yang ceria.

draft2:32 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Kita tetapkan 15 minit YB.

draft2:32 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terbaik Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih pada Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Senator Tuan Abun Sui Anyit, Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran, Senator Tuan Michael Mujah Lihan, Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian, Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli, Senator Datuk Rosni binti Sohar, Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail, Senator Dato' Wu Him Ven, Senator Puan Tiew Way Keng dan juga Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara keseluruhannya Ahli- ahli Yang Berhormat Senator telah membangkitkan persoalan yang meliputi beberapa perkara berkaitan.

Pertama, ada perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan elaun bekerja semula awal dibangkitkan oleh Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff dan juga Tuan Abun Sui Anyit.

Merujuk kepada elaun bekerja semula awal. Berdasarkan laporan yang telah kita dapati, iaitu Laporan Kembali Bekerja sebanyak 38.75 peratus orang berinsurans (OB) telah mendapat pekerjaan dan kembali bekerja. Dengan angka yang saya sebutkan tadi, kementerian menjangkakan peningkatan EBSA dapat melonjakkan peratusan kembali bekerja sekurang- kurangnya sebanyak 50 peratus untuk kita pastikan OB yang kehilangan pekerjaan mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Bukan sahaja mendapat pekerjaan yang bersesuaian, tetapi juga diberikan latihan yang bersesuaian mengikuti keadaan semasa.

Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, dan Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran ada membangkitkan perkara berkenaan perkhidmatan pekerjaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, PERKESO melaksanakan program advokasi.

Program ini diwujudkan dan dilakukan bersama dengan majikan sebagai salah satu cara untuk kita meningkatkan kualiti pekerjaan bukan sahaja untuk kita pastikan peluang pekerjaan itu dapat dinikmati oleh para pekerja, tetapi juga ia adalah untuk kita pastikan OB itu mendapat hak mereka.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, PERKESO juga sentiasa melaksanakan libat urus dengan pelbagai sektor, baik sektor PKMS, baik sektor syarikat besar untuk kita pastikan jawatan premium itu dapat ditawarkan dan apabila jawatan itu dapat ditawarkan, ia juga dapat dipadankan dengan gaji yang berkualiti.

PERKESO juga sentiasa melakukan tindakan yang proaktif iaitu menggalakkan majikan untuk menawarkan jawatan premium dalam portal MyFutureJobs supaya setiap penawaran pekerjaan itu dapat kita lakukan secara telus dan yang paling penting mudah untuk diakses.

Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Senator Tuan Abun Sui Anyit, Senator Tuan Michael Mujah Lihan, Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian, Senator Datuk Rosni binti Sohar, Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda dan Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail mohon untuk pihak kementerian memberikan penjelasan berkenaan dengan kadar elaun latihan dan elaun mobiliti.

Kerajaan dan juga pihak kementerian menjelaskan bahawa elaun latihan RM30 sehari adalah sokongan asas bagi membantu menampung sebahagian kos makan dan pengangkutan semasa latihan. Ini hanya untuk mereka mengeluarkan dengan pembiayaan yang diberikan itu supaya setiap kali mereka hadir ke latihan, ada sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang mereka rasai. Kadar ini ditetapkan, bukannya kita tetapkan kadar ini mengikut pemikiran pihak kita sendiri, tetapi ia mengambil kira kelestarian dana SIP dan juga untuk kita berlaku adil kepada OB. Setiap waktu dari masa ke semasa kita akan lakukan kajian selaras dengan kos sara hidup.

Kerajaan mengambil maklum pandangan Ahli Yang Berhormat berhubung kadar elaun latihan dan elaun mobiliti di bawah pindaan Akta 800 yang dianggap masih kecil berbanding kos sara hidup semasa. Ini kita sedar dan itu sebabnya yang saya sebutkan tadi, kajian akan dilakukan dari masa ke semasa. Bukannya apabila kita telah tetapkan RM30 ataupun elaun mobiliti yang telah kita bentangkan pada hari ini, bermaksud ia akan kekal selama-lamanya.

Tidak, bukan sebegitu rupa.

draft2:32 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenaikan elaun latihan kepada RM30 kadar rata sehari serta elaun mobiliti RM1,000 secara one-off kepada orang berinsurans yang kehilangan pekerjaan dan berjaya kembali bekerja merupakan langkah permulaan dalam usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja. Ini adalah kali pertama pindaan berkenaan faedah SIP diusulkan selepas berkuat kuasanya Akta 800 pada Januari 2018.

Saya tekankan lagi, penetapan kadar ini mengambil kira kelestarian dana, liputan pencaruman yang lebih luas serta keupayaan pelaksanaan secara berperingkat sambil memberi sokongan awal kepada pencari kerja menampung kos asas latihan. Asas yang perlu kita fahami ialah untuk pencari kerja menampung kos asas latihan dan peralihan pekerjaan. Kerajaan menegaskan bahawa kadar ini tidak bersifat statik dan akan terus dipantau, dikaji, ditambah baik selaras dengan kos sara hidup, keadaan pasaran buruh dan kedudukan kewangan dana.

Berhubung jarak 100 kilometer elaun mobiliti, penetapan jarak ini digunakan ada sebabnya. Ia untuk kita selaraskan, untuk kita tetapkan dan satukan sebagai kriteria kelayakan yang jelas dan seragam. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas menerima EMP atau EBSA.

Program latihan. Ada dibangkitkan oleh Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan dan Senator Tuan Abun Sui Anyit. Pelbagai kursus-kursus telah dianjurkan dan dilakukan oleh PERKESO yang berimpak tinggi turut meliputi artificial intelligence dan kursus berkaitan digital communication industry. Kursus sebegini ini sememangnya bersesuaian dengan keadaan semasa dan juga permintaan semasa. Itu yang saya katakan, PERKESO bukannya bergerak secara statik, tetapi PERKESO bergerak mengikuti pasaran, mengikuti permintaan dan, yang paling penting, kita harus yakin dengan pasukan PERKESO yang selama ini telah terbukti kewibawaan mereka untuk mempelopori perkara- perkara yang telah diamanahkan kepada PERKESO.

Latihan-latihan kursus yang ditawarkan SIP adalah mengikut kepada standard industri, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Malaysia Qualification Agency. Dan latihan yang disenaraikan dan ditawarkan kepada OB telah melalui Jawatankuasa Latihan. Apa maksudnya?

Setiap perancangan itu perlu diperhalusi oleh pelbagai pihak. Setiap perjalanan itu perlu dirancang dan diluluskan oleh pelbagai pihak, barulah pihak PERKESO mendapat mandat untuk melakukan kursus-kursus yang mahu ditawarkan.

Selain itu, PERKESO juga terlibat dalam Jawatankuasa Kelulusan Program dan kursus bersama Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan keperluan pasaran buruh Malaysia. Di sini dengan jelas kita nampak PERKESO telah berjaya mengadakan hubungan dan jalinan strategik dengan pelbagai agensi merentasi kementerian. Ini adalah salah satu langkah proaktif yang PERKESO telah lakukan sejak sekian lama.

Apa lagi PERKESO buat? PERKESO juga memastikan kursus latihan upskilling dan reskilling yang ditawarkan selaras dengan keperluan industri semasa, secara tidak langsung memberikan impak yang cukup tinggi kerana gaji yang diterima oleh individu setimpal dengan kemahiran yang mereka miliki.

Berhubung dengan latihan di bawah HRD Corp, agensi ini memberi fokus latihan kepada pekerja yang masih aktif bekerja. Program latihan yang dilaksanakan lebih memfokuskan pekerja sedia ada dengan penggunaan levi. Manakala latihan yang dilaksanakan oleh PERKESO adalah khusus kepada orang berinsurans (OB) yang telah diberhentikan dan perlu peningkatan kemahiran sebelum kembali bekerja.

Ada dua perbezaan yang nyata. HRD memberikan latihan kepada pekerja yang masih berkhidmat di dalam syarikat yang mereka sedang berkhidmat atau sedang digajikan. Manakala PERKESO pula memastikan orang yang berinsurans yang telah diberhentikan dan perlu peningkatan kemahiran sebelum bekerja. PERKESO sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan program-program penempatan pekerjaan.

Isu kemampanan dana ataupun topik kemampanan dana yang dibangkitkan oleh Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan. Kerajaan melalui PERKESO telah menjalankan penilaian aktuari dan kewangan yang mendalam sebelum membentangkan pindaan ini. Sekali lagi perlu saya tekankan, PERKESO mempunyai pasukan yang cukup berwibawa, mempunyai pasukan yang mempunyai latar belakang pelbagai yang bersesuaian dengan kemahiran ilmu masing-masing yang perlu, yang harus ada untuk kita pastikan kewangan kita sentiasa mampan. Setiap penambahbaikan manfaat dibuat berdasarkan unjuran data yang mengambil kira profil risiko pasaran buruh. Penilaian ini untuk kita pastikan bahawa kadar caruman sedia ada masih mencukupi untuk menampung peningkatan manfaat tanpa memerlukan menaikkan kadar caruman dalam masa terdekat.

Kemampanan dana dipantau secara berkala bagi memastikan nisbah rizab sentiasa berada pada tahap yang sihat untuk mendepani sebarang ketidaktentuan ekonomi. Pertambahan keseluruhan perbelanjaan faedah hasil daripada pindaan ini dianggarkan sebanyak RM45.38 juta. Jumlah ini adalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah pendapatan. Maka, di sini kita boleh katakan pindaan ini, impak dari segi kewangan, masih lagi PERKESO dalam keadaan yang cukup sihat.

Kesimpulannya, pindaan ini tidak akan memberikan tekanan negatif kepada dana SIP.

Sebaliknya, ia mewujudkan satu ekosistem perlindungan sosial yang lebih dinamik di mana dana digunakan secara efisien dan efektif untuk kita pacukan semula tenaga kerja ke dalam kitaran ekonomi dengan kadar segera.

Cadangan untuk mengekalkan denda di bawah seksyen 45F(4) adalah hasil daripada pelbagai sesi libat urus. Pelbagai sesi libat urus kita telah wujudkan, adakan. Hasil daripada libat urus yang kita lakukan, barulah kita rangkumkan, barulah kita persetujui supaya seksyen 45F(4) harus kita teruskan. Kementerian juga telah mendapatkan ulasan daripada kementerian dan agensi berkaitan yang menyatakan peruntukan denda adalah perlu sebagai mekanisme kawal selia yang berkesan.

Seksyen 45F yang telah dibangkitkan oleh Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan, Senator Tuan Abun Sui Anyit, Tuan Michael Mujah Lihan, Datuk Anna Bell Suzieana binti Perian, Senator Datuk Rosni binti Sohar, Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda dan juga Senator Dato' Wu Him Ven, tidak dilupakan juga Senator Puan Tiew Way Keng.

draft2:40 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tujuan utama seksyen 45F adalah untuk memastikan pengumpulan maklumat pasaran buruh yang komprehensif, tepat dan berterusan. Maklumat yang diperolehi ini akan menjadi sumber strategik kepada negara dalam membangunkan sistem maklumat pasaran buruh: labor market intelligence yang lebih mantap dan tersusun. Kerajaan menegaskan bahawa tujuan seksyen 45F bukanlah untuk menghukum majikan, sebaliknya untuk membina budaya pematuhan dan kerjasama dalam ekosistem pasaran buruh negara. Sesi penerangan dan bimbingan kepada majikan yang gagal mematuhi seksyen 45F akan dilaksanakan terlebih dahulu. Khidmat nasihat dan notis pematuhan: notice of compliance akan dikemukakan kepada majikan bagi membolehkan tindakan pembetulan dilaksanakan. Tindakan penguatkuasaan dendaan ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir: last resort. Di sini dengan jelas bukannya kita perkenalkan seksyen 45F hanya semata-mata untuk kita mencari kesalahan ataupun mahu menghukum para majikan tetapi ia adalah salah satu langkah proaktif untuk kita pastikan ekosistem yang mahu kita wujudkan ini benar-benar tercapai.

Dan pengenalan seksyen 45F ini adalah salah satu formula ataupun resepi untuk kita pastikan ekosistem ini dapat dicapai. Kerisauan berkenaan dengan denda yang diperkenalkan sebenarnya perlu kita perhalusi dan kita perlu fahami dahulu apakah ekosistem yang kita mahu wujudkan.

Ekosistem yang kita mahu wujudkan ini mahu pastikan supaya setiap rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran, yang mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan dapat dihasilkan pekerjaan kepada mereka.

Apakah ekosistem ini benar-benar mampu tercapai kalau tidak ada kelangsungan dari sudut ataupun setiap sudut ekosistem itu dapat kita rangkaikan bersama? Itu sahaja yang saya mahu sampaikan berkenaan dengan 45F. Kalau saya sampaikan panjang berkenaan dengan 45F, perkara-perkara yang lain, saya tak dapat sentuh. Dato Yang di-Pertua, saya rasa masa yang ada pada saya, lima minit lagi kan, Dato Yang di-Pertua, setuju?

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kurang 5 minit.

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kurang 5 minit? Terima kasih Dato Yang di- Pertua.

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan, 1 minute lagi.

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Satu minit?

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, 1 minit lagi.

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Satu minit. Masya-Allah.

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sampai 5 minitlah.

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Satu minit tak apa Dato Yang di-Pertua, bulan Ramadan ini kita perlu patuhi masa.

[Ketawa]

draft2:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Dato Yang di-Pertua, boleh saya?

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mencelah?

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya belum bagi, Datuk. Duduk dulu, Yang Berhormat.

[Ketawa]

draft2:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Okey, okey.

draft2:50 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tindakan tatatertib yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli— oh, beliau tiada di sini, Dato Yang di-Pertua.

Saya tidak perlu jawab. Okey, Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

draft2:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih. Saya ingin bertanya tentang jawapan daripada YB. Timbalan Menteri tentang sokongan khas kepada wanita dan ibu tunggal. Terima kasih.

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kerajaan mengambil maklum cadangan dan akan mengkaji secara menyeluruh dan komprehensif berhubung cadangan elaun kepada ibu muda dan ibu tunggal.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebelum Yang Berhormat Senator bangkitkan isu ini, Yang Berhormat Menteri sendiri telah menekankan betapa pentingnya untuk kita menjaga ibu muda ataupun ibu tunggal ataupun wanita untuk kita pastikan mereka juga diberikan hak, diberikan keselamatan sosial, terutamanya juga kita mahu mereka ini diperkasakan di setiap sudut berkaitan dengan keselamatan sosial.

Insya-Allah, kita doa mungkin dalam sesi yang akan datang, ada pengumuman ataupun ada pelan tindakan yang kita mahu lakukan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli- Ahli Yang Berhormat.

draft2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Menteri, ada yang nak sebut nama saya tadi?

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dah terlepas tadi itu, ada sebut, tapi tak apa Yang Berhormat, demi Yang Berhormat, saya sebut juga.

draft2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih, terima kasih. Dato Yang di- Pertua, bagi seminit untuk dia?

draft2:50 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kena cari balik ini. Okey, ada. Berkenaan dengan tindakan-tindakan tatatertib yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli, permohonan kehilangan pekerjaan yang dikemukakan oleh orang berinsurans (OB) kebiasaannya sama ada disebabkan oleh pemberhentian secara sukarela ataupun pemberhentian konstruktif. OB yang diberhentikan atas sebab salah laku atau tindakan disiplin tidak layak menerima faedah SIP.

Penentuan sama ada pemberhentian benar-benar berkaitan tindakan disiplin adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan— serta Mahkamah Perusahaan. Makanya di sini, setiap keputusan itu bukanya dibuat oleh pihak PERKESO, tetapi berdasarkan, berlunaskan ketiga-tiga bidang kuasa yang saya sebutkan tadi.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator kerana saya yakin akan memberikan sokongan seribu peratus berkenaan dengan pindaan RUU ini dan saya harap setiap persoalan yang dibangkitkan tadi, kalau ada perkara yang tidak memenuhi cita rasa, boleh berjumpa dengan pihak kementerian. Kita akan cari, kita akan jumpa satu penyelesaian yang memenuhi cita rasa semua. Sekian, terima kasih.

draft2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [****Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft2:50 PM

Fasal 11 - Pindaan] - Tuan Pengerus

Silakan Yang Berhormat, untuk mengemukakan pindaan.

draft2:50 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Pengerusi.

Sebagaimana yang saya huraikan dalam pembentangan saya tadi, fasal 11 telah memperuntukkan subseksyen 45F(1), mewajibkan majikan untuk melaporkan kekosongan jawatan atau jawatan baharu kepada PERKESO. Sekiranya majikan gagal mematuhi kewajipan ini, subseksyen 45F(4) telah memperuntukkan denda sehingga RM10,000. Atas situasi yang telah berlaku, fasal 11, subseksyen 45F(4)— RUU dicadang untuk dipinda seperti berikut:

(4) mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan:

(i) bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi RM1,000.

(ii) bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM3,000 dan

(iii) bagi kesalahan ketiga atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM5,000.

draft2:59 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Di sini saya menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat membebankan pihak majikan sebaliknya peruntukan ini bertujuan mengoptimumkan pemadanan antara pekerjaan dan pencari kerja yang berkelayakan. Sekian.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri terbuka untuk dibahas. Ada yang nak berbahas?

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Menteri.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Nak bahas juga kah?

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Sedikit saja, nak tanya balik.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Tadi dah bahas, ni nak bahas lagi.

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ini dalam Peringkat Jawatankuasa ini.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Boleh, 5 minit.

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Boleh. Terima kasih Pengerusi atas peluang untuk bertanya semula ya. Bagi kesalahan kali pertama, dia tidak melaporkan didenda tidak melebihi RM1,000. Daripada RM10,000 turun RM1,000. Maksimum, RM1,000 itu maksimum.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Tidak melebihi.

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Tidak melebihi RM1,000. Ertinya boleh RM100, RM50 bolehlah kan ikut sini. Jadi soalan saya, semasa mula menstruktur, men-design pindaan ini antara RM10,000 itu semacam pada pandangan kementerian sangat serius offence ini, tapi tiba-tiba less than RM1,000. Tak pe lah, itu kerana kesalahan pertama, kesalahan pertama. Kalaulah ini dibiarkan dalam semua for the first offence, semua mengambil sikap begini, tidakkah ini akan tidak menstabilkan data-data yang diperlukan oleh kementerian.

Ertinya, bagaimana kita nak memastikan tidak ada yang gagal untuk melaporkan perkara yang sepatutnya mereka laporkan, tidak mengambil mudah kerana satu kali tidak ada pelaporan, dia tak bayar. Boleh tak kita syaratkan tak bayar dalam tempoh something, wang itu dinaikkan, pelaporan kesalahan pertama itu? Kita expect dia bayarlah tetapi dia tak mahu bayar. Macam mana kita nak mengambil tindakan? Itu saja Pengerusi...

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Bayar apa, denda?

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ya?

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Bayar denda, kah?

draft3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Dia tak nak bayar denda. Memang asal pun dia tak bayar.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, boleh jawab dulu.

draft3:00 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Berkenaan dengan persoalan yang diajukan, kita tahu pengenalan berkenaan dengan denda ini baru kita mahu lakukan. Beberapa aspek perlu kita fikirkan sebelum kita boleh membuat satu rumusan mengatakan perkara ini tidak baik ataupun baik. Itu sebabnya dahulu kita perkenalkan RM10,000, tapi apabila pelbagai sesi libat urus kita lakukan, beberapa pendekatan baharu kita perkenalkan seperti apa yang kita bentangkan tadi.

Kedua, berkenaan dengan pesalah atau majikan yang tidak mahu membayar denda apabila mereka telah didenda. Sebenarnya mereka boleh didakwa kerana tidak membayar denda, tapi perkara yang perlu kita fahami di sini dan perlu kita tahu pengenalan denda ini bukan semata-mata mahu menghukum, tetapi kita mahu perkara yang baik itu dapat kita lakukan dengan cepat dan keduanya juga ini adalah salah satu bentuk pendidikan supaya kita mahu lihat ekosistem baik untuk masyarakat kita di negara ini. Itu dia punya keutamaan.

Bab denda ini hanya sedikit sakit dalam kerangka ekosistem itu, tapi kalau ini tidak kita lakukan, maka ekosistem itu kita tidak dapat wujudkan dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Ada lagi yang nak bahas atau pun ada yang tak mahu bayar denda ataupun didenda? Dijemput sebab perbahasan telah tamat. Satu saja dari Yang Berhormat Senator Datuk Mohd Hatta tadi. Maka dijemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Dah dijawabkan tadi?

draft3:00 PM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Sudah, sudah.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi hendaklah disetujukan.

Macam sebulat suara saja bersetuju, tapi untuk catatan rekod, suara yang ramai majoriti yang bersetuju. Setiausaha, maka pindaan disetujukan.

draft3:00 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Pengerusi

[Fasal 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 12 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dan diluluskan]

draft3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah pujian dan syukur kepada Allah SWT pada petang ini Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, Majlis Dewan Negara selesai bersidang selama 12 hari sepanjang bulan Ramadan bermula 23 Mac?... 2 Mac ke 23 Mac? Dalam sini cakap 2 Mac— 22 Mac 2026, ‘22 Februari’, saya sendiri yang salah, tersasullah. Tak payah didendalah Dr. Hatta lah itu. Jadi ‘22 Februari’, ‘23 Februari’. Terima kasih, mohon maaf atas kesilapan tadi. Sudah— tengok Timbalan saya itu tak pakai baju batik hari ini, pakai coat.

Syabas dan tahniah kepada 47 orang Yang Berhormat Senator yang membahas Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan— Tuan Niran Tan Kran dan disokong oleh Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

draft3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pada Mesyuarat ini juga Ahli-ahli Yang Berhormat telah menimbang dan memutuskan sebanyak enam rang undang-undang. Termasuk yang diputuskan sebentar tadi, Rang Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang akan diserahkan kembali kepada Dewan Rakyat kerana pindaannya dibuat di Dewan Negara oleh Jawatankuasa Majlis Dewan Negara.

Pada Mesyuarat kali ini juga, tiga Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas telah dibentangkan— Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat serta Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah dan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang. Diharap semua pihak yang terlibat terhadap syor dikemukakan dapat mengambil perhatian dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan— enam bulan, kan Setiausaha. Six months ya? Enam bulan. Jadi, kita buat the clock ticking enam bulan daripada bila dikemukakan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Masyarakat kali ini juga menyaksikan Ahli-ahli Yang Berhormat telah meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Negara selepas kali terakhir dipinda iaitu pada tahun 2023. Pindaan ini penting serta inklusif sebagai persediaan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dijangka akan berkuasa pada tahun ini. Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat juga turut meliputi 19 pindaan substantif. Hal ini sekali gus memperkukuhkan prinsip akauntabiliti Badan Eksekutif kepada Dewan Negara. Ini akan memperkukuhkan lagi prinsip semak dan imbang.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga diharapkan dapat meneliti serta memahami pindaan- pindaan Peraturan Mesyuarat Dewan Negara ini untuk meningkatkan lagi kredibiliti Dewan Negara yang mulia ini serta menonjolkan fungsi Dewan ini sebagai the Upper House, bukan the House of Lords, it’s the Upper House.

[Tepuk] Antara pindaan adalah perwujudan lima jawatankuasa tetap dan sudah pasti dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan yang baharu ini serta tiga lagi Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedia ada akan dapat lagi kita memperkukuhkan serta menjalankan tanggungjawab seperti yang dituntut daripada kita serta menzahirkan kewibawaan peranan semak dan imbang kepada proses penggubalan undang-undang negara. Jumlah 12 Jawatankuasa Pilihan Khas ini pasti akan menuntut komitmen yang tinggi daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat serta Pengurusan Sumber Manusia di Dewan Negara.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dua orang Senator yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka bagi penggal yang pertama iaitu Yang Berhormat Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam dan Yang Berhormat Tuan Amir bin Md Ghazali yang merupakan pilihan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pada sesi ini juga, seramai 14 orang lagi yang akan menamatkan tempoh mereka dan dalam masa yang dekat ini. Diucapkan kalau tak dipilih semula, tak dilantik semula, selamat maju jaya dalam apa-apa bidang yang akan diceburi selepas tidak berkhidmat di Dewan ini, tetapi Dewan ini sentiasa terbuka untuk khidmat kepada semua kita. Yang bersara dan yang masih berkhidmat. Maka, jasa semua akan dikenang oleh kita semua dan negara kita.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Bahagian Pengurusan Dewan Negara dan pentadbiran Parlimen Malaysia khususnya kepada Setiausaha Dewan Negara.

[Tepuk] Yang telah mengetuai dan melancarkan sesi Mesyuarat pada kali ini dengan baik dan teratur serta kepada media massa dan semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Nampaknya kebelakangan ini, liputan Dewan Negara mendapat meluas dalam YouTube, TikTok dan sebagainya sampai mencecah 6,000.

[Tepuk] Jadi, kalau berbahas atau berucap jaga adab sedikit lah, kita tampak more gentleman. Itu komen general daripada publik. They are the professional gentlemen politician. Nothing against the Lower House. This is the Upper House.

[Ketawa] Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli Yang Berhormat Senator sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Selamat berpuasa serta beribadah untuk tempoh berapa hari lagi kita berpuasa bah?

draft3:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

10 hari.

draft3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang dapat tune, bekas Menteri agama? Kita raya 20 ke 21?

draft3:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Oh, yang itu saya tak tahu. Saya tak...

[Ketawa]

draft3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Macam mana mantan Menteri tak boleh jawab soalan yang asas?

[Ketawa]

draft3:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Kalau saya sebut 21, boleh jadi 22 ke, 19 ke...

draft3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Malah baki tempoh kita berpuasa saya fikir lebih kurang seminggu lagilah, lebih seminggu sedikitlah.

Dalam bulan Ramadan ini saya juga ingin merakamkan ucapan Selamat Aidilfitri kepada semua umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga sambutan Hari Raya bakal disambut dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

*Juadah raya menarik selera, Sedap rasanya hati berkenan; Andai terkhilaf tutur bicara, Sepuluh jari memohon keampunan.

Jelita si dara di pagi hari, Sopan bersimpuh di atas tangga; Selamat menyambut Aidilfitri, Meriah disambut bersama keluarga.* Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan Negara hari ini di tangguh ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. *Adjourned, sine die.

[Tepuk]*

draft3:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.17 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026