Mar112026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

Untuk mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan, dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

draft • 10:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Dato Speaker. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Ekonomi menyatakan, strategi kementerian dalam memastikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak sekadar meningkatkan pelaburan asing tetapi juga benar-benar meningkatkan pendapatan serta memperluas peluang ekonomi bagi belia, wanita dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan serta mengelakkan manfaat tertumpu kepada syarikat besar sahaja.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni bin Sohar yang bertanyakan soalan berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang menyuruh bagi memastikan keseimbangan pembangunan di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Pelbagai inisiatif dan produk pembangunan telah dikenal pasti bagi menarik pelaburan asing berkualiti tinggi yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Kerajaan juga sedar pembangunan JS-SEZ tidak akan lengkap tanpa penglibatan pelbagai pemegang taruh tempatan bagi memastikan pelaburan tempatan tidak terpinggir serta mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi di kawasan JS-SEZ. Langkah-langkah berikut akan dilaksanakan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang pertama, pengukuhan rantaian bekalan tempatan. Langkah ini dapat membantu mengukuhkan rantaian bekalan domestik dan memastikan syarikat tempatan mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan asing. Antara tumpuan utama dalam RMKe13 adalah meningkatkan kecekapan rantaian bekalan tempatan dalam kawasan JS-SEZ.

Yang kedua, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti. Syarikat tempatan akan mendapat akses kepada program pembangunan kapasiti dan pemindahan teknologi yang akan dibawa oleh syarikat pelabur asing yang akan memberi manfaat pelaburan dan pembangunan industri sokongan termasuk IKS.

Yang ketiga, peluang pekerjaan dan latihan kemahiran. Johor Talent Development Council (JTDC) ditubuhkan sebagai platform penyelarasan dalam merangka program latihan serta peningkatan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga tempatan berkualiti di kawasan JS-SEZ.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif ini akan mendapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan, terutamanya golongan belia di Johor.

Selain itu Dato Speaker, Ahli Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2026, kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan geran sokongan, geran padanan serta pembayaran pembiayaan khusus kepada usahawan bumiputera wanita dan belia melalui MARA, PUNB, BSN, SME Bank dengan peruntukan sehingga RM5 bilion Malaysia secara keseluruhan.

Selain daripada itu Ahli Yang Berhormat, beberapa program lain seperti peluang latihan di bawah HRD Corp terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital peralihan tenaga dengan peruntukan RM3 bilion Malaysia dan Program Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (LiKES) oleh Talent Corp yang berjumlah RM10 juta Malaysia turut disediakan.

Ahli Yang Berhormat ketersediaan pelbagai program ini, Kementerian Ekonomi berharap dapat menyediakan peluang untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan dalam menyokong pembangunan JS-SEZ. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua

draft • 10:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan saya kepada YB Menteri, khas untuk wanita ini YB. Bagaimana kementerian memastikan PMKS yang dimiliki atau yang diusahakan oleh wanita dapat disepadukan secara strategik dalam rantaian bekalan dan memperoleh pendapatan bernilai tinggi, sejajar dengan matlamat HGHV untuk mengukuhkan peranan wanita dalam ekonomi berteknologi dan berinovasi? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni yang sentiasa bangkitkan isu yang berkaitan wanita. Saya kira dia ini pejuang wanitalah Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Kerana fokus kita, dalam kita merangka sesuatu tindakan gerak kerja, bahawasanya JS-SEZ ini direka untuk memastikan faedah pelaburan asing tidak terhad kepada syarikat besar dan juga akan diagihkan pendapatan kepada peluang ekonomi wanita, belia dan PMKS tempatan seperti mana yang kita sebut di awal tadi.

Namun Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Ekonomi MADANI, penglibatan wanita dalam pembuat keputusan dan swasta kita target 30 peratus agar melebihi sasaran yang tetapkan. Namun, perniagaan milik wanita menyumbang besar kepada ekonomi negara. Itu sebabnya dalam Agenda Malaysia MADANI, kita letakkan kepentingan wanita ini kepada penglibatan 60 peratus.

Kalau kita lihat Dato Yang di-Pertua pada 2020, penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan hanya 55.1 peratus, tetapi setakat Disember, quarter four 2025 kita sudah melihat penglibatan wanita dalam sektor-sektor pekerjaan sudah meningkat hingga 56.9 peratus. Ini bermakna bukan hanya JS-SEZ sahaja, tetapi banyak lagi peluang-peluang ekonomi yang kita tumpukan untuk wanita. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya adalah berkenaan dengan bagi jawatankuasa yang menggariskan strategi bagi JS-SEZ ini sama ada, ada perancangan khas untuk wanita, bagi meningkatkan kegiatan ekonomi wanita. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Ahli Yang Berhormat, sudah pasti pertamanya JS-SEZ kita nak menarik pelabur asing untuk melabur di kawasan kita di selatan tanah air. Itu yang pertama.

Yang kedua, untuk mengatakan adakah khusus kepada wanita, sudah pasti dalam Ekonomi MADANI, kita telah meletakkan 60 peratus penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan dan seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita juga menetapkan 30 peratus sasaran pembuat dasar dan pembuat keputusan di kalangan wanita, itu dari segi dasarnya, tetapi yang kita nak lihat sekarang ini adalah bagaimana pengkhususan kepada ekonomi wanita itu. Itu sebabnya Kementerian Ekonomi sentiasa berkerjasama dengan Kementerian Wanita untuk melihat ruang-ruang pemerkasaan agar wanita juga dapat disediakan, agar guna tenaga yang berkualiti.

Perkara pokok Yang Berhormat, apabila kita sebagai contoh, setakat hari ini kita ada RM77.0 bilion bagi tahun 2025. Bermakna kita ada 393 projek yang— project approved dan lebih kurang 18,406 peluang pekerjaan yang bakal dicipta.

Namun Yang Berhormat, peluang pekerjaan ini ialah pekerjaan yang berkualiti dan bagaimana kerajaan melihat peningkatan kualiti guna tenaga daripada wanita itu mesti

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

diutamakan lebih dahulu. Daripada kita meletakkan sasaran, meletakkan kuota, tetapi peluang pekerjaan itu kerana pelaburan ini pelabur nak untung berdasarkan produktiviti yang datangnya daripada pekerja. Itu sebabnya kerajaan berbincang rapat dengan Kementerian Wanita untuk melihat seperti mana yang saya sebut di awal tadi, bagaimana untuk kita meningkatkan pengupayaan wanita dalam segi latihan dan juga dari segi pembiayaan kepada usahawan-usahawan wanita, itu sebabnya kita ada JTDC. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Puan Tiew Way Keng

Dato Yang di-Pertua, soalan saya belum dijawab. Bagi soalan ini ada khusus kepada Johor-Singapura bagi projek ini, strategi. Apabila kita katakan kita nak memastikan penglibatan wanita dalam sektor pasaran iaitu 60 peratus pembuat dasar adalah 30 peratus daripada wanita. Jadi sama ada dalam kita katakan jawatankuasa ini ada 30 peratus penglibatan wanita untuk membuat dasar nombor satu ialah.

Nombor dua ialah walaupun kita tahu strategi ini untuk menarik pelabur, apabila kita menarik pelabur, bukankah kita katakan kalau wanita ialah kita kata pemangkin, peneraju, kita juga harus ada strategi khususnya untuk wanita supaya mereka dapat tampil ke depan.

Wanita selalunya kita kata shine behind— belakang tabir Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Khusus pada JS-SEZ.

draft • 10:10 AM

Puan Tiew Way Keng

Projek ini, strategi ini, ya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sama ada khusus untuk ini, hak dasar wanita.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Yang Berhormat, Tuan Speaker.

draft • 10:10 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Dato Speaker, pandangan Ahli Yang Berhormat Senator mengatakan wanita ini agak ketinggalan, ia tak sama persepsi mengatakan wanita ini agak malu, agak ke tepi. Sebenarnya Yang Berhormat, daripada data yang kita ada usahawan wanita mencatatkan banyak kejayaan-kejayaan. Cumanya yang kita nak tingkatkannya adalah bagaimana kita tingkatkan wanita lagi. Kerana itu sebabnya kita sentiasa membuka peluang untuk usahawan wanita, tetapi usahawan wanita bagaimana?

Kita tidak hanya mahu wanita berada dalam sektor-sektor yang berprestasi rendah.

Kita nak lonjakkan mereka untuk mendapat prestasi yang tinggi, tapi dalam konteks ini, itu sebabnya kita beritahu, yang paling penting bagi kita adalah bagaimana untuk kita bagi latihan, bagaimana untuk kita buat pembiayaan kerana bukan hanya JS-SEZ sahaja tempat untuk kita memperkasakan wanita, tetapi kita ada the whole spectrum yang ada dalam usaha kerajaan untuk memastikan usaha kita ini berterusan dan kita beri penekanan kepada wanita kerana kita ada sasaran yang telah kita tetapkan secara makronya. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Azahar.

draft • 10:10 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Azahar bin Hassan minta Menteri Kewangan menyatakan, bagaimanakah insentif kewangan dan cukai diselaraskan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Azahar bin Hassan.

Dato Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif cukai dan kewangan bagi menarik pelaburan langsung asing

(FDI) dan pelaburan domestik termasuk pengecualian cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan, geran padanan, kemudahan pembiayaan mudah serta bantuan automasi.

Pendekatan ini berjaya meningkatkan daya saing industri, merangsang pertumbuhan sektor strategik dan mewujudkan peluang pekerjaan. Seiring perubahan landskap ekonomi global serta keperluan meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat, kerajaan telah menilai semula pemberian insentif kewangan dan cukai agar lebih bersasar, berimpak tinggi dan memberi peluang ekonomi yang optimum.

Sebagai langkah transformasi ini, kerajaan memperkenalkan New Incentive Framework atau Kerangka Insentif Baharu di mana kadar, jenis dan tempoh insentif diselaraskan berdasarkan pendekatan outcome base melalui penilaian komitmen pelabur melalui National Investment Aspirations atau aspirasi investment — Aspirasi Pelaburan Negara dengan scorecard dia. Kriteria scorecard utama ialah penilaian termasuk kompleksiti ekonomi, perwujudan pekerjaan bernilai tinggi, pengukuhan rantaian nilai tempatan, pembangunan kluster baru dan sedia ada, peningkatan inclusivity serta amalan ESG.

Pendekatan ini memastikan insentif diberikan secara langsung menyokong pelaburan berkualiti tinggi dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi. Pelaksanaan NIF bermula bagi sektor perkilangan pada 1 Mac 2026 diikuti sektor perkhidmatan yang dijangka bermula suku kedua tahun yang sama atau tahun ini.

Di bawah New Incentive Framework (NIF), syarikat berpotensi menikmati kadar cukai sehingga kosong peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus dengan tempoh sehingga 15 tahun, bergantung kepada tahap komitmen dan pencapaian yang diberikan oleh syarikat pelabur.

Selain itu, mekanisme pematuhan dan penilaian diperkukuh bagi memastikan setiap syarikat yang menerima insentif cukai memenuhi komitmen mereka. Dengan penyelarasan insentif cukai melalui NIF, kerajaan berhasrat memastikan pelaburan yang diterima adalah berkualiti tinggi, menyokong transformasi ekonomi ke arah berpendapatan tinggi dan

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

berasaskan inovasi serta mewujudkan lebih banyak peluang kerja berpendapatan tinggi untuk rakyat di samping membantu pembangunan di kawasan kurang membangun. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan. Bagaimana kerajaan memastikan insentif ini dapat membantu dalam perkembangan bakat tempatanlah dari segi peningkatan kemahiran tenaga kerja dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Memang dalam insentif baru ataupun scorecard, yang penting ialah bagaimana kita, pelabur mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi dengan gaji yang berpatutan. Dan ini salah satu di antara enam kriteria yang ditetapkan dalam scorecard. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah.

draft • 10:10 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Izinkan saya kemukakan soalan nombor 3.

draft • 10:10 AM

3. Dato' Leong Ngah Ngah minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kerajaan merancang untuk menaik taraf Pelabuhan Kuantan agar ia mampu beroperasi sebagai pelabuhan kargo dan penumpang secara lebih menyeluruh setanding dengan pelabuhan- pelabuhan utama lain di negara ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan pembesaran Pelabuhan Kuantan telah bermula pada tahun 2013 dengan memberi tumpuan kepada pembangunan Terminal Baharu Laut Dalam KP2.

Pembangunan ini telah dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu fasa 1 dan fasa 2.

Pembangunan fasa 1 yang bermula pada April 2013 telah pun siap dibina dan mula beroperasi pada Ogos 2018. Untuk pengendalian kargo pukal kering. Manakala fasa 2 pula masih di peringkat perancangan iaitu antara lain untuk membangunkan kira-kira 1 kilometer dermaga untuk pengendalian kargo kontena tambahan dan tapak simpanan kontena berkeluasan hampir 50 hektar. Selain itu, di bawah projek East-Coast Rail Link (ECRL) perancangan pembinaan jajaran sisihan ke dalam kawasan operasi Pelabuhan Kuantan dijangka akan siap pada hujung tahun 2026.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Pelaksanaan jajaran ini dijangka dapat mengukuhkan rangkaian logistik darat nasional. Terutama di Pantai Timur, terdapat peningkatan kapasiti pengendalian kargo di Pelabuhan Kuantan. Namun demikian, berhubungan dengan pengendalian penumpang pula, Pelabuhan Kuantan pada masa ini lebih memberi tumpuan kepada usaha memantapkan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

operasi kargo dan kontena selaras dengan peranan sebagai hab perdagangan utama di Pantai Timur. Walau bagaimanapun dalam perancangan jangka panjang, Kementerian Pengangkutan turut melihat potensi Pelabuhan Kuantan untuk dibangunkan sebagai cruise home port selaras dengan aspirasi kementerian untuk membantu memperkasa pembangunan industri pelancongan maritim negara. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datoʼ Leong Ngah Ngah

Yang Berhormat, Datoʼ Yang di-Pertua saya tiada soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong.

Roderick Wong Siew Lead: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:20 AM

4. Tuan Roderick Wong Siew Lead minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah punca berlakunya keadaan sampah sarap yang berleluasa di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo. Senaraikan kontraktor yang dilantik, nilai kontrak yang diberikan dan skop kerja sebenar, serta apakah langkah segera kerajaan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan pengguna jalan raya dipelihara.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tuan Roderick Wong. Isu kebersihan di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan perkara yang sentiasa diberi perhatian yang serius oleh pihak kementerian memandangkan lebuh raya ini merupakan infrastruktur strategik negara yang menjadi nadi penghubung utama di Sarawak selain berperanan memperkukuh jaringan perhubungan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi wilayah. Lebuhraya Pan Borneo juga melambangkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang.

Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian di lapangan, masalah sampah sarap yang berlaku di sepanjang jajaran lebuh raya ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya ialah sikap segelintir pengguna jalan raya yang membuang sampah dari dalam kenderaan secara tidak bertanggungjawab. Selain itu, terdapat dua kenderaan berat khususnya lori yang berhenti di kawasan P-turn, perhentian bas dan bahu jalan bagi tujuan berehat serta makan namun meninggalkan sisa makanan dan sampah di lokasi berkenaan.

Peningkatan jumlah trafik di kawasan tertutup turut menyumbang pada keadaan ini kerana semakin tinggi jumlah kenderaan melalui satu laluan, semakin meningkat risiko perbuatan buang sampah oleh pengguna yang tidak berdisiplin. Dari sudut penyelenggaraan, kerja-kerja penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo telah diserah secara berperingkat kepada kontraktor yang dilantik iaitu PBH, Aset Management Sendirian Berhad. PBH itu Pan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Borneo Highway. Sehingga kini sebanyak 15 daripada keseluruhan 26 seksyen lebuh raya telah diserahkan sepenuhnya bagi penyelenggaraan nilai kontrak selama tiga tahun, 1 September 2024 hingga 31 Ogos 2027 jumlah RM69.248 juta. Skop penyelenggaraan tersebut merangkumi kerja-kerja rutin termasuk kutipan sampah sebanyak dua kali seminggu, penyelenggaraan berkala serta tindakan kecemasan bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pengguna.

Kementerian juga memastikan aspek tadbir urus pemantauan dilaksanakan secara berterusan pemeriksaan berkala serta peningkatan prestasi kontraktor. Di samping pelaksanaan kerja-kerja fizikal, kementerian turut mengadakan pendekatan advokasi dan pendidikan awam dalam meningkatkan kesedaran sivik masyarakat, antaranya termasuklah penganjuran kempen Jaga Pan Borneo Bait-Bait pada 18 Ogos 2025. Bait-bait itu baik-baiklah Yang di-Pertua ya yang bertujuan memupuk kesedaran hadap kepentingan menjaga kebersihan jalan raya.

Selain itu, kempen keselamatan balik kampung sempena Krismas pada 23 Disember turut dimanfaatkan sebagai platform untuk mengedar risalah berkaitan kebersihan kepada orang awam. Kementerian menyeru supaya pengguna jalan raya agar bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan Lebuhraya Pan Borneo sentiasa terpelihara dan bersih. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Terima kasih atas jawapan yang terperinci tentang sampah dan seterusnya soalan tambahan saya adalah tentang had laju Pan Borneo.

Memandangkan Lebuhraya Pan Borneo merupakan lebuh raya utama di Sarawak, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengemas semula had laju 90 kilometer per jam? Supaya ia selaras dengan piawaian lebuh raya lain di Malaysia seperti Lebuhraya Utara- Selatan yang membenarkan 110 kilometer per jam tertakluk kepada aspek keselamatan jalan raya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Setakat ini Dato Yang di-Pertua, kita tak ada perancangan untuk meningkatkan 90 kilometer ke 110 kilometer. Puncanya Lebuhraya Pan Borneo ini lebuh raya tanpa tol dan Lebuhraya Pan Borneo ini di kiri kanan ada banyak kampung dan Lebuhraya Pan Borneo ini ada 376 P-turn. P-turn ni tidak ada di lebuh raya di Semenanjung. P-turn ini ialah untuk memudahkan pergerakan kenderaan daripada kampung ke kampung untuk singgah dan sebagainya.

Dan Lebuhraya Pan Borneo ini ada 641 stesen atau perhentian bas yang tidak ada di Lebuhraya PLUS di Semenanjung. Jadi oleh kerana ada perhentian bas, ada P-turn, dia tak boleh lebih 110 kilometer itu tak boleh digunakan. Lebuhraya Pan Borneo ini sebenarnya

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jalan Persekutuan yang diperbesarkan— dia tanpa tol. Oleh kerana itu, dia bukanlah beroperasi sebagaimana lebuh raya yang ada 33 konsesi yang ada di Semenanjung.

draft • 10:20 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Priority to Abun. Ini dia tempat dia banyak guna jalan raya Saratok.

draft • 10:20 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ya, betul. Okey, terima kasih Dato Yang di-Pertua. Seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua memang betul saya menggunakan Pan Borneo sebanyak tiga hingga enam kali seminggu balik ke Saratok.

Soalan saya adalah, di antara tempat-tempat P-turn tersebut, terdapat tempat P-turn yang mengambil masa sampai 15 minit 20 minit untuk sampai ke P-turn yang seterusnya dari Simpang Roban ke Selalang. Ini amat jauh dan menyukarkan penduduk-penduduk setempat rumah panjang yang setempat yang berada di kawasan tersebut. Adakah perancangan untuk kementerian untuk menambahkan P-turn terutamanya dari Simpang Roban ke Selalang di Sarikei dan dari Pekan Saratok menuju ke di Melugu? Sekian terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu soalan spesifik, tapi dari segi maklumat umum Tuan Peter Tinggom, oleh kerana kita ada 376 P-turn daripada 965 kilometer lebuh raya itu, daripada Telok Melano ke Miri, baru ni saya pun lalulah. Dato Yang di-Pertua pun tahu isteri saya orang Sarawak. Jadi, saya.... [Ketawa]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tak ada, tak ada. Tak ada P-turn, tak ada U-turn. Kalau isteri Sarawak, Sarawaklah satu-satunya, selama-lamanya. Alhamdulillah bahagia.

Jadi, kalau nak menambah lagi P-Turn ini bolehlah buat cadangan bertulis kepada kami. Okeylah...

[Ketawa] Supaya ada cadanganlah daripada Ahli Yang Berhormat kenapa dan menyatakan rasionalnya sebab kalau kita nak menambah lagi P-turn itu— dah 376 daripada 965 kilometer.

Satu lagi Yang Berhormat, P-turn ini ada masalah dari segi keselamatan. Kadang- kadang dijadikan U-turn. P-turn sepatutnya tak boleh jadi U-turn, dia kena masuk P itu barulah dia keluar balik. Kalau dia masuk dalam kawasan P dan keluar balik, maka agak kecil sahaja kemalangan yang kemungkinan berlaku, tetapi dia buat U-turn di P-turn dia terus masuk ke jalan besar. Itu yang menyebabkan kemalangan. Setakat ini, kita memberikan pendidikanlah secara media sosial dan sebagainya kepada masyarakat menggunakan Pan Borneo supaya berhati-hati ketika P-turn.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tambah lagi— sila membuat cadangan secara rasmi Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Senator Abun kemudian Datuk Rosni. Itu tambahan terakhir Datuk Rosni.

draft • 10:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Ini berkaitan dengan Pan Borneo yang memang ada sampahnya dan saya berusaha juga untuk buat sesuatu— pernah saya buat dan upload dalam TikTok saya, untuk mengutip sampah.

draft • 10:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Jadi, adakah cadangan kerajaan untuk buat satu gotong royong besar-besaran di Sarawak untuk membersihkan Pan Borneo itu? Sempena saya cadangkan kalau Hari Bumi 22 April. Kalau tak tahun ini mungkin tahun yang akan datang. Sebab, kalau kita melihat sampah itu di kiri, kanan, itu akan mendorong orang lain. Orang lain buat, saya pun buat.

Kalau dia nampak bersih, mungkin malu nak buanglah. Jadi, ini cadangan saya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu cadangan yang baik. Setakat ini ada gerakan media sosial. Contoh, Puan Tracey Hughes bersama dengan suami ada gerakan media sosial, #cleanupanborneo dan juga nasihat simpan dulu sampah dalam kereta, bila tiba waktunya ada tempat pembuangan sampah, maka barulah dibuang.

Jadi, ialah saya bawa ke pengetahuan kementerian mengenai cadangan gotong royong ni. Walaupun demikian, sebagaimana kita sebut tadi bahawa, kita telah ada konsesi yang dipertanggungjawabkan dan apa yang dilakukan oleh konsesi itu sedang mengutip sampah.

Masalahnya saya ingin nyatakan di sini bahawa ada 11 lagi seksyen yang masih dalam defect liability period. Itu puncanya yang mana sudah selesai defect liability period, kita telah lantik konsesi ini, tetapi yang kawasan yang belum lagi masih di bawah kontraktor yang bertanggungjawab membina lebuh raya itu, belum lagi dilantik. Di situ saya kira sampah itu berlaku yang banyak yang tidak dikutip, tapi saya, saya ya lah apabila berkahwin dengan orang Sarawak ni, orang Sarawak ni pembersih sebenarnya Dato Yang d-Pertua, yang ini terikut-ikutlah sebagaimana Senator Abun tadi sebut. Bila nampak berlonggok, maka dilonggokkan lagi. Itu sikap yang tidak betullah, yang perlu diubah.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bahan yang terakhir.

draft • 10:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih, Dato Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pan Borneo sahaja ya, Datuk Rosni.

draft • 10:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Ya?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mengenai Pan Borneo.

draft • 10:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Ya, Pan Borneo. Walau pun kamik bukan orang Sarawak, kami mahu tanya jua demi kebajikan orang Sarawak. Soalan saya kepada YB Menteri, apakah

draft • 10:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

tindakan apabila disebut sampah tadi tindakan undang-undang yang boleh diambil kepada pembuang sampah di lebuh raya itu dan berapa ramai yang sudah dikenakan tindakan? Dan adakah tong sampah disediakan di kawasan tertentu dan kalau ada di mana, kawasan mana?

Dan mungkin ada gerakan NGO atau personal individu yang suka membantu dan apakah nama NGO ini? Dan sikap-sikap seginilah patut digalakkan untuk kebersihan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, kalau LLM, Dato Yang di-Pertua, kita ada Akta Lembaga Lebuhraya, kita ada akta yang mengenakan denda kepada mereka yang buang sampah di lebuh raya. Namun, di Lebuhraya Pan Borneo ini belum ada akta. Jadi, kita boleh guna akta PBT, pihak berkuasa tempatan, tetapi di sepanjang 95 kilometer ini ada banyak PBT. Sepanjangan itu sebab daripada Telok Melano sampai ke Miri itu adalah rangkaian PBT yang sepatutnya mereka yang menguatkuasakan undang-undang.

Pada ketika ini, ada beg-beg hitam sampah itu diletakkan di stesen dan juga di hentian bas. 641 hentian bas itu ada tempat disediakan plastik-plastik yang kemudian akan dikutip oleh konsesi yang telah dilantik tadi, Pan Borneo Highway Asset Management tadi. Dan saya dah sebut nama individunya, Tracuy Hughes. Gerakan media sosial, #cleanuppanborneo. Saya harap lebih ramai lagi orang yang berkaitan dengan beliau itu.

Dan satu lagi, kita harap di tempat-tempat yang 11 lagi seksyen yang belum ada penyelenggaraan, PBT patut mengambil alih. PBT. Sebab jalan itu milik kita bersama. Jalan itu jalan di bawah PBT. Dia bukan jalan di bawah konsesi. Dia jalan di bawah JKR. Oleh itu, saya menyeru di sini bahawa PBT yang berkaitan yang belum lagi tempatnya diselenggarakan hendaklah mengambil alih tugas untuk mengutip sampah. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng.

draft • 10:30 AM

Puan Tiew Way Keng

... Harum mekar di atas para, Bunga melur kembang berlima; Dengan izin Dato Yang di-Pertua, Soalan saya nombor lima. Kepada Timbalan Menteri kementerian.

draft • 10:30 AM

5. Puan Tiew Way Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) mekanisme memantau projek sekolah baharu/naik taraf (terutama di kawasan pertumbuhan pesat Selangor) supaya tiada projek sakit dan tiada kelewatan kritikal; dan

(b) garis panduan perlindungan murid daripada buli siber/penipuan dalam talian (termasuk literasi digital, modul AI / deepfake) yang akan diperkasakan pada 2026.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Izin diberikan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Senator Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan dijalankan dengan baik mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan mengambil langkah proaktif terutamanya dalam menangani projek lewat jadual melibatkan projek sekolah baharu ataupun projek naik taraf, khususnya di kawasan pertumbuhan pesat termasuklah di negeri Selangor.

Sesuatu projek di kategori sebagai projek sakit apabila kemajuan kerja fizikal mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20 peratus mengikut mana yang terlebih dahulu berbanding jadual yang telah pun ditetapkan dalam kontrak. Antara mekanisme pemantauan projek dan langkah proaktif yang diambil oleh KPM dalam meningkatkan kualiti pentadbiran kontrak termasuklah:

(i) pemantauan rapi projek di tapak;

(ii) penglibatan aktif dalam mesyuarat pemantauan projek bersama agensi pusat terutamanya ICU, JPM; dan

(iii) di peringkat negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri juga kerap diadakan bagi membincangkan kemajuan prestasi projek di sesuatu negeri.

Selain itu, KPM juga sentiasa mengadakan sesi libat urus dan mesyuarat berkala dengan agensi pelaksana. Dalam perkara ini JKR Malaysia yang merangkumi pelbagai aspek antaranya urusan pentadbiran dan juga pengurusan kewangan yang berkaitan dengan obligasi kontrak. Di samping itu, Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) di peringkat kementerian juga diadakan secara bulanan bagi memantau kemajuan fizikal dan juga menetapkan hala tuju projek lewat jadual ataupun sakit bagi memastikan projek dapat kembali ke landasan yang sesuai dan disiapkan dalam tempoh mengikut obligasi kontrak. Kesemua langkah ini diambil secara berterusan agar sasaran pelaksanaan projek dapat dicapai dan projek dapat disiapkan mengikut perancangan.

Berkenaan dengan bahagian kedua soalan ini, KPM komited memperkukuhkan pendidikan keselamatan digital dan etika siber di sekolah bagi menangani ancaman teknologi alaf baharu seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyalahgunaan data dan eksploitasi digital AI. Dan bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM bersama dengan Kementerian Digital melalui CyberSecurity Malaysia Malaysia dalam membangunkan Modul Etika Siber Nasional yang menyokong pelaksanaan Program CyberSAFE di sekolah bagi murid ke usia tujuh hingga 17 tahun.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Modul ini merangkumi enam topik utama termasuk kesihatan dan kesejahteraan digital, fasa digital, adab digital, privasi dan juga keselamatan digital, hak dan tanggungjawab digital serta perdagangan digital. Topik ini disusun secara progresif untuk membentuk kefahaman dan menyeluruh murid merangkumi aspek teknikal, emosi, sosial dan moral dalam penggunaan teknologi.

Terkini, KPM telah membangunkan panduan literasi kecerdasan buatan AI bagi membimbing murid dan guru menggunakan AI secara beretika dan juga bertanggungjawab, termasuklah memberikan penekanan terhadap etika AI, keselamatan data dan juga integriti akademik. Panduan ini kini, panduan ini sedang dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan kita jangka bahawa akan dimuktamadkan pada bulan April pada tahun ini. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan. Terima kasih atas memberi jawapan yang komprehensif. Tapi saya masih ada satu soalan tambahan. Kita tahu bahawa di Selangor kita mempunyai kawasan-kawasan yang membangun dengan pesat dan padat dengan penduduk.

Salah satu sekolah padat yang selalunya disebut-sebut adalah SMK Kota Kemuning.

Saya dengan ini memohon kementerian nyatakan apakah rancangan dan status kementerian untuk membina sekolah menengah baharu di sekitar Kota Kemuning untuk menampung keperluan setempat dan sama ada setakat hari ini masih ada projek sakit di negeri Selangor atau tidak? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Senator Puan Tiew Way Keng atas soalan yang diajukan. Bahagian kedua soalan ini berkenaan dengan projek sakit di Selangor. Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia daripada semakan dan senarai yang saya ada, Selangor tidak ada projek pembangunan pendidikan di Selangor yang dikategorikan sebagai projek sakit. Itu nombor satu.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Nombor dua berkenaan dengan keperluan sekolah menengah baharu di kawasan Kota Kemuning. Suka untuk saya nyatakan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor telah pun diluluskan dalam RMKe13 RP1 tahun 2026, iaitu dalam belanjawan dalam tahun ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada akhir tahun lepas.

Dan projek ini mengandungi 42 bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai termasuklah blok pentadbiran, bengkel elektif, kantin, surau, dewan sekolah, blok PPKI, 15 bilik darjah dan enam bengkel PPKI dan juga kemudahan serta peralatan termasuk perabot, peralatan dan juga kelengkapan yang lain.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan daripada rekod KPM, projek pembinaan baharu SMK Kota Kemuning (2) ini akan dilaksanakan di atas Lot 131198 seluas 4.6112 hektar mukim Klang, daerah Klang, negeri Selangor. Dan status dia pada 5 November 2025, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia telah pun dilantik sebagai pengurus program dan kesemua kerja-kerja awalan telah pun dilaksanakan termasuklah lawatan awalan bersepadu.

Dan status yang seterusnya termasuk kerja-kerja siasatan tanah akan dilaksanakan schedule of accommodation, anggaran kos awal turut akan dilaksanakan sebelum projek ini dibawa ke dalam makmal value engineering. Jangkaan makmal value engineering kerana di peringkat Kementerian Ekonomi. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah.

draft • 10:40 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Michael Mujah Lihan minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, berapakah jumlah keseluruhan koperasi di luar Bandar Sarawak dari 2023 hingga 2025 yang telah dibatalkan, apakah sebab-sebab kegagalan koperasi tersebut dan apakah perancangan kerajaan untuk menghidupkan semula koperasi tersebut.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini.

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat selaras dengan peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membatalkan pendaftaran sebanyak 61 koperasi di kawasan luar bandar di negeri Sarawak bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025. Berdasarkan penelitian antara cabaran atau kekangan yang dihadapi oleh masyarakat di luar bandar atau pedalaman sehingga menyebabkan kegagalan dalam mengoperasikan koperasi adalah seperti berikut:

(i) kegagalan memenuhi keperluan bersama common needs yang ingin dicapai dalam sesebuah komuniti serta kurang kerjasama dan penglibatan dalam kalangan anggota koperasi untuk bergiat aktif;

(ii) kekurangan pengetahuan dalam aspek keusahawanan dan perniagaan dalam kalangan anggota lembaga koperasi;

(iii) kelemahan tadbir urus dalam kalangan ahli lembaga koperasi yang kurang pendedahan kepada pengurusan bersistematik;

(iv) aktiviti koperasi yang tidak konsisten akibat ketiadaan modal syer mencukupi; dan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin

(v) kedudukan geografi di luar bandar menyebabkan perhubungan terhad dan kesukaran mendapatkan bahan mentah dengan kos yang munasabah.

Dato Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, antara langkah yang diambil bagi mengaktifkan semula koperasi adalah seperti berikut:

(i) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan bagi memperkukuh tadbir urus dengan memastikan pematuhan kepada keperluan perundangan;

(ii) Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melaksanakan pelbagai program pemulihan dan pengukuhan koperasi melalui inisiatif pembangunan kapasiti;

(iii) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA melaksanakan bengkel pemulihan bagi mengenal pasti punca ketidakaktifan dan intervensi khusus termasuk penyelesaian penyata kewangan tahunan yang tertunggak, dan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan dan pengaktifan semula aktiviti perniagaan.

ANGKASA turut menyediakan bantuan masa agung tahunan kepada koperasi- koperasi yang terpilih. Dan setakat ini sebanyak 30 koperasi yang terpilih dan mereka memberikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap koperasi yang tidak aktif. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme pemantauan dan bimbingan yang dilaksanakan oleh agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan koperasi di Sarawak terutama di kawasan luar bandar kekal aktif dan berdaya maju khususnya dari segi tadbir urus, pengurusan kewangan dan keupayaan pengurusan koperasi itu sendiri?

Dan memandangkan banyak koperasi di luar bandar berdepan isu kekangan modal, sejauh manakah kementerian bercadang untuk menyediakan skim pembiayaan khas atau program pemulihan koperasi bagi membantu koperasi yang tidak aktif untuk disusun semula dan kembali beroperasi secara mampan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas soalan tambahan. Terdapat 15 buah pejabat operasi SKM di negeri Sarawak. Ini antara langkah- langkah bagaimana kita membuat mekanisme pemantauan dan bimbingan yang dilaksanakan oleh SKM. 15 buah pejabat operasi SKM di negeri Sarawak, bahagian dan daerah. Mereka

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

akan turun padang untuk membantu bagi tujuan konsultasi, pendaftaran, kawal selia dan pembangunan koperasi.

Yang keduanya, Dato speaker, SKM juga akan mengadakan program turun padang ke lapangan di seluruh negara termasuk Sarawak untuk mengadakan program yang kita namakan sebagai Sesi Asas Penerangan Koperasi (SPEAK) untuk menggalak dan membudayakan koperasi baharu yang sedia ada.

Dan yang ketiga antara apa yang dibuat ialah kita akan terus memberi bimbingan, khidmat nasihat kepada mereka secara hands-on untuk membantu koperasi menyelenggara rekod perakaunan melalui Program Pemerkasaan Akaun Koperasi. Program ini turut menyediakan sistem perakaunan secara percuma kepada koperasi mikro. Kita ajar mereka bagaimana menggunakan excel accounting system. Ini antara koperasi yang mikro sajalah, yang besar-besar ini mereka menggunakan sistem yang lain.

Dan Dato Yang di-Pertua, contohnya SKM ini. Dia mempunyai beberapa dana untuk melaksanakan program-program terutamanya program berkaitan bantuan perakaunan dan pengauditan koperasi kecil ini dan mikro. Jadi kita berikan bantuan sehingga RM3,000 untuk di Semenanjung Malaysia. Manakala RM3,500 untuk Sabah dan Sarawak. Kenapa kita mementingkan dokumen pengauditan? Kerana ini adalah dokumen yang mesti diserahkan, di-submit setiap tahun, minit mesyuarat tahunan dan juga laporan pengauditan kewangan. Ini antara dokumen yang cukup penting berdasarkan seksyen 7 Akta Koperasi.

Tadi Yang Berhormat juga bertanya tentang adakah skim disediakan untuk membantu koperasi-koperasi untuk terus bergiat aktif ataupun bagaimana untuk memulihkan. Yang saya sebutkan tadilah ya. Di Semenanjung kita akan berikan sehingga RM3,000. Di Sabah, Sarawak RM3,500 untuk mereka menyediakan dokumen-dokumen pengauditan kewangan ini dan juga apa-apa dokumen berkaitan ya.

Dan pada tahun ini Dato Speaker, kita punya program yang baru. Program yang dinamakan sebagai Cooperative in Transformation Program ataupun CiTRA ringkasnya. Kita menyediakan geran sehingga RM20,000 kepada koperasi yang baharu memulakan perniagaan, start-up koperasi dan atau mana-mana koperasi yang sudah ditubuhkan tetapi agak lemah, tidak aktif. Dan kita sediakan dana ini, geran ini untuk mereka memulihkan semula koperasi yang tidak aktif itu.

Jadi, kita di SKM juga menyediakan tabung modal pusingan. Ini akan diteruskan.

Program ini sudah lama kita adakan untuk semua koperasi-koperasi mikro. Dan kita berikan pembiayaan terbuka kepada koperasi kluster mikro dengan had pembiayaan sehingga RM100,000 tanpa cagaran bagi menjalankan aktiviti baharu atau modal pusingan bagi aktiviti

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

yang sedia ada. Ini antara apa yang kita telah buat dan akan terus lakukan. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:50 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Ya, okey. Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan di Sarawak ada lebih kurang 61 koperasi yang gagal. Andai kata Yang Berhormat Timbalan Menteri ada rekod untuk Sabah, boleh juga dikongsikan. Dalam tempoh yang sama, berapa koperasi yang gagal?

Dan pada masa yang sama, saya ingin juga bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan satu model koperasi yang baharu ataupun pendekatan konsolidasi atau sama ada bercadang untuk membuat penggabungan koperasi-koperasi kecil di luar bandar supaya dapat memperkukuhkan kapasiti pengurusan dan sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti ekonomi koperasi khususnya di luar bandar. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk data yang diperlukan untuk Sabah, saya akan memberikan secara bertulis dalam masa terdekat.

Cuma, cadangan yang kedua itu, saya amat setuju untuk kita mengelakkan lebih banyak koperasi kita akan ditutup, dibatalkan, why not kita consolidated. Satu cadangan yang baik dan saya fikir dia salah satu perkara yang sedang dilihat oleh SKM dan kita akan lihat di seluruh negara, mungkin kita akan buat intervensi-intervensi tertentu untuk bagaimana kita mengelakkan itu, tetapi kita nasihatkan supaya kita buat consolidation.

Jadi, mungkin satu perkara yang perlu kita explore, kita terokai, untuk― satu, mengelakkan ianya ditutup; yang kedua, untuk menambahkan lagi daya perniagaan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi tertentu. Mungkin dia bidang lain, yang ini bidang lain, kita satukan, dia menjadi bidang yang besar.

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan. Saya akan ambil maklum. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan yang terakhir. Senator Tuan Azahar.

draft • 10:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli koperasi di seluruh negara ini kita anggarkan dalam tuju juta lebih, iaitu banyak jugalah, kalau dalam Malaysia ini.

Dan kepentingan koperasi ini memang banyak yang membantulah ahli-ahli ini.

Cuma, saya nak tanya sini, adakah kementerian ataupun kerajaan bersedia untuk mengangkat seorang Senator daripada orang-orang koperasi ini― contohnya macam

draft • 10:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

koperasi yang besar-besarlah― untuk lebih berjuang mengangkat tahap dan martabat koperasi di seluruh negara? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ahli koperasi ke? So, wakil daripada penggerak koperasi juga sebagai seorang Senator. Tahniah.

Itu adalah contoh..*.

[Ketawa]*

draft • 10:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Bukan, bukan, bukan. Saya ahli pun dah expired dah.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Oh, bukan? Okey.

draft • 10:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Yang lebih baik. Macam contoh, Presiden ANGKASA ke.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ha, okey, okey. Terima kasih. Betul, Dato Speaker, 7.4 juta anggota koperasi seluruh negara. Banyak. Jadi, penglibatan atau sumbangan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara begitu besar. Sejarah koperasi ini di seluruh dunia memang hebat. Sejarah berkurun-kurun lamanya. Jepun dan negara-negara barat juga, mereka juga hebat dalam koperasi. Kita juga hebat. Sudah lama kita mengaktifkan kita punya industri koperasi di negara kita.

Jadi, saya setuju dengan pandangan itu. Kalau boleh, ada wakil seorang. Nanti kita akan bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri kita bagaimana untuk mengusulkan seorang wakil penggerak koperasi dilantik sebagai Senator. Insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah.

draft • 10:50 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Isaiah a/l D. Jacob minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) adakah kerajaan merancang untuk menaikkan kadar elaun bulanan kepada orang kurang upaya (OKU) yang tidak bekerja; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil atau dirancang bagi meningkatkan kadar elaun kepada pelajar-pelajar pendidikan khas, termasuk penjelasan mengenai jangka masa pelaksanaan serta mekanisme kerajaan bagi memastikan kelestarian bantuan tersebut.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menyediakan bantuan kewangan untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan.

Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari. Semakan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

kadar-kadar bantuan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa agar ia kekal relevan seiring dengan keadaan semasa.

Bagi OKU yang tidak berupaya bekerja, JKM menyediakan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja kepada OKU yang berumur 16 tahun ke atas. Kadar bantuan BTB ini telah disemak dan dinaikkan beberapa kali dengan kadar bantuan terkini adalah sebanyak RM300 sebulan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Bagi OKU yang bekerja, kerajaan turut menyediakan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya sebanyak RM450 sebulan. Elaun ini diberikan kepada OKU yang berpendapatan bulanan minimum RM100 sehingga RM1,700 sebulan sebagai insentif kepada mereka agar terus bekerja, mampu berdikari dan produktif.

Insentif dan bantuan kerajaan kepada rakyat bukan hanya terhad dan disalurkan menerusi JKM sahaja, malah boleh turut disalurkan menerusi pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Budi MADANI dan sebagainya. OKU yang menerima bantuan BTB masih boleh mendapat akses kepada bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Sementara itu, Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Pendidikan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya dan memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kadar bantuan EMBPK juga melalui proses semakan dari masa ke semasa seperti mana bantuan atau insentif kewangan lain yang disediakan oleh kerajaan. Pada masa ini, kadar EMBPK yang diberikan adalah RM150 sebulan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Bantuan kebajikan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat penting dalam membantu golongan yang memerlukan menghadapi tekanan kos sara diri. Namun begitu, pada masa yang sama, usaha juga perlu diberikan untuk memastikan penerima bantuan dapat meningkatkan keupayaan diri dan keluar daripada kitaran kemiskinan secara berperingkat.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya, apakah rancangan terperinci Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengimbangi pemberian bantuan secara berkala kepada penerima di samping terdapat peningkatan taraf hidup masyarakat dari segi keupayaan dan kemahiran?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator. JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

beban kumpulan sasar buat sementara waktu untuk mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan yang disediakan adalah secara bulanan dan bukan secara berkala mengikut syarat dan kelayakan seperti yang telah ditetapkan dengan asas pendapatan isi rumah PGK RM1,236 sebulan atau per kapita RM322 sebulan bagi individu.

Bagi memastikan peningkatan taraf kehidupan kumpulan sasar, beberapa usaha dan inisiatif dilaksanakan seperti berikut.

Yang pertama, program 2 Years Exit Programme, dengan izin, atau 2YEP. Program 2YEP merupakan satu pendekatan kebajikan produktif bagi memperkasakan penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari dan kelangsungan hidup agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa bergantung kepada bantuan kebajikan secara berterusan.

Yang kedua, kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan, korporat dan IPTA untuk bersama-sama dalam membantu meningkatkan taraf hidup klien melalui latihan dan kemahiran yang ada disediakan. Antara program kerjasama yang telah dan sedang diusahakan adalah bersama PERKESO, UUM, UMK, LPPKN, UiTM Machang, Agrobank dan BSN.

Namun, JKM bukanlah agensi tunggal yang menguruskan usaha basmi kemiskinan secara menyeluruh dalam negara ini.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terdapat pelbagai pihak dan agensi lain yang mempunyai program bagi membantu menaik taraf pendapatan dan kehidupan, seperti Program Inisiatif Pendapatan Rakyat di bawah Kementerian Ekonomi, Program Amanah Ikhtiar Malaysia, Jabatan Pembangunan Wanita seperti Program Wanita Bangkit dan pelbagai lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Roderick.

draft • 11:00 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Ya, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini hal OKU.

draft • 11:00 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Ya, saya tanya tentang dalaman. Pelbagai skim bantuan bulanan dan program pemerkasaan telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu JKM, bagi membantu golongan yang memerlukan peningkatan taraf hidup.

Namun begitu, cabaran masih wujud untuk memastikan makluman mengenai bantuan dan program ini sampai kepada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang tinggal di pedalaman atau kawasan luar bandar yang mempunyai akses terhad kepada capaian internet.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya. Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh JKM bagi memastikan maklumat mengenai skim bantuan bulanan serta program

draft • 11:00 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

pemerkasaan ini dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman supaya tiada golongan yang layak tercicir daripada menerima bantuan dan peluang yang disediakan oleh kementerian? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Isu capaian maklumat adalah penting bagi memastikan prinsip tiada yang tercicir dalam masyarakat dapat direalisasikan sepenuhnya. JKM tidak bergantung kepada satu saluran semata-mata, sebaliknya pelaksanaan strategi serampang pelbagai saluran atau, dengan izin, multi-channel outreach strategy.

Seperti saya dalam ringkasan, kewujudan pejabat JKM di peringkat negeri atau di setiap negeri, di setiap daerah dan juga kita ada Program Turun Padang dan unit mudah alih, di mana JKM secara proaktif melaksanakan Program Turun Padang, termasuk membuka kaunter khidmat nasihat di lokasi-lokasi tumpuan utama.

Dan juga kita ada Program Penggerak Komuniti Setempat, di mana kita menggembleng tenaga sukarelawan JKM yang menjadi mata dan telinga kami di dalam komuniti. Selain itu, kita ada talian hotline, talian kasih dan telefon iaitu talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam setiap hari, adalah sangat penting untuk dibuka untuk sebarang pertanyaan. Dan juga kita ada kerjasama melalui Pusat Sokongan Sosial Sementara (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Justeru, melalui gabungan pendekatan fizikal, jangkauan proaktif dan penglibatan komuniti, kementerian telah berusaha untuk memastikan tiada halangan penyampaian maklumat dan penyampaian perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Sri Vell Paari.

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Dato Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 8.

draft • 11:00 AM

8. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta Menteri Pertahanan menyatakan, status terkini pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara termasuk hala tuju strategik, keutamaan sektor serta sasaran jangka pendek dan jangka panjang dalam membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Vell Paari atas soalan yang dikemukakan. Dato Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) kini berasa pada fasa awal pelaksanaan secara berstruktur dan melibatkan empat fasa.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

DIPN bertindak sebagai kerangka strategik nasional untuk membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing, berdikari dan mampan, selaras dengan keperluan keselamatan negara serta aspirasi Kertas Putih Pertahanan 2020 hingga 2030.

DIPN menetapkan hala tuju ke arah pengukuhan kemandirian strategik negara melalui pembangunan keupayaan industri tempatan, pengurangan kebergantungan kepada pembekal dan teknologi asing bagi keupayaan pertahanan yang kritikal serta pengukuhan ekosistem industri pertahanan yang bersepadu.

Dan keutamaan pelaksanaan DIPN adalah kepada sektor berimpak tinggi seperti ruang angkasa, maritim, automotif, ketenteraan, persenjataan dan amunisi, dan keselamatan siber serta elektromagnetik serta teknologi baru. Dan pelaksanaan jangka pendek, tumpuan akan diberikan kepada penstrukturan tadbir urus, pemetaan keupayaan industri tempatan dan pengukuhan mekanisme pelaksanaan.

Manakala untuk pelaksanaan jangka masa panjang, sasaran adalah kepada peralihan industri daripada peranan sokongan kepada pembuatan bernilai tinggi dan penyertaan dalam rantaian bekalan pertahanan serantau dan juga global. Itu saja jawapan.

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya, apakah tahap penglibatan syarikat tempatan PKS dan industri berteknologi tinggi dalam rantaian bekalan industri pertahanan? Bagaimana dasar ini memastikan pemindahan teknologi yang sebenarnya serta pembangunan bakat tempatan?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri atas soalan tambahan yang diperlukan. Dua perkara yang dibangkitkan, tentang bakat tempatan dan yang kedua adalah kalau kita lihat tahap peringkat industri pertahanan kita.

Untuk makluman Dato Yang di-Pertua, kita melihat bahawa bila kita lancarkan dasar industri pertahanan negara pada tahun ini, kita berada pada fasa yang pertama.

Fasa asas kita adalah kita melaksanakan audit kepada keseluruhan industri pertahanan kita yang ada. Kerana kita tahu bahawa buat masa ini memang kita ada banyak penumpuan industri-industri kita adalah kepada MRO: maintenance, repair, overhaul, tapi dalam masa yang sama, kita tahu bahawa ada juga syarikat-syarikat tempatan kita ada keupayaan, contohnya dalam menyediakan radar pasif, contohnya.

Jadi, kita sedang mengaudit dan kita akan melihat fasa-fasa ini. Dan bahagian industri pertahanan di MINDEF akan memantau melalui Majlis Industri Pertahanan Negara. Jadi melalui itu, kita akan tahu apa industri yang ada dan bagaimana kita mengklasifikasikan industri-industri ini yang mana dia terkait juga dengan apa yang dipersoalkan tadi, tentang kepakaran yang ada.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang kedua adalah bahan-bahan tempatan yang digunakan dalam industri kita. Jadi, melalui fasa satu inilah kita akan pergi ke fasa yang seterusnya iaitu kita akan melihat kepada R&D yang ada, kerjasama kita dengan universiti-universiti tempatan, juga termasuk industri- industri dan yang seterusnya, barulah kita pergi fasa yang seterusnya, dari segi pembuatan, keupayaan R&D kita, sebelum kita pergi lebih jauh untuk komersial di peringkat tempatan dan juga di peringkat global. Itu saja jawapan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Boleh kah?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Fasa pertahanan negara.

draft • 11:00 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dua dari Sarawak. Saya bagi Selangor dulu.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya mudah saja. Dah ditanya pun, tetapi saya nak dapatkan penjelasan sedikit. Kita tahu apabila Kementerian Pertahanan memperolehi aset-aset daripada luar negara, membeli aset-aset dari luar negara, kita ada perjanjian. Dan di dalam perjanjian, ada klausa yang menyatakan tentang pemindahan teknologi.

Pemindahan teknologi ini sebenarnya satu perkara yang amat penting untuk memastikan bahawa pakar-pakar tempatan dapat mengambil segala teknologi tersebut untuk dilaksanakan di peringkat kita, pakar-pakar tempatan. Persoalannya, sejauh manakah pihak kementerian memastikan bahawa klausa yang mengatakan bahawa pemindahan teknologi oleh syarikat luar itu, dilaksanakan 100 peratus?

Sebab saya pernah ada pengalaman dekat Kementerian Pertahanan dulu sebagai penasihat undang-undang, kita ada klausa yang sedemikian, tetapi siapa yang nak memastikan bahawa klausa tersebut dipatuhi iaitu teknologi yang dibawa oleh syarikat luar itu di-transfer 100 peratus kepada pakar-pakar tempatan supaya kita dapat menaikkan kita punya engineer, kita punya technician, technical people. Sebab kita sendiri pun sebenarnya ada kepakaran dan terbukti bahawa Kementerian Pertahanan banyak bergantung kepada pakar- pakar kita untuk menyelenggara, untuk menaik taraf aset-aset kita dan sebagainya. Jadi, mohon sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia atas soalan yang dikemukakan iaitu tentang pemindahan teknologi. Dato’ Setia ada pengalaman sebagai pembina kepada kontrak itu sendiri. Memang kita tahu bahawa dalam kontrak kita, kita ada antara klausa yang kita letakkan adalah ICP: Industrial Collaboration

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Program kita. Semua ada. Kerana kita tahu bahawa dalam setiap pembelian kita, kita mahu bahawa kita ada kolaborasi dari segi kepakaran teknologi itu sendiri, tapi ada banyak cabaran kepada kita juga. Kerana yang pertama adalah, kalau kita lihat industri-industri yang kita beli ini, mereka juga mesti melihat apa kerjasama yang nak kita buat dan apa persediaan kita di sini.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Itu antara cabarannya. Kalau kita tak bersedia, kita buat satu kontrak dan ada kolaborasi, dan kita tahu bahawa contohnya pembelian pesawat kita, dia bukan sahaja melibatkan teknologi, dia melibatkan faktor keselamatan. Jadi, kita mesti bersedia untuk itu.

Sebab itu, kalau kita lihat contohnya dalam― saya ambil contoh yang mudah, bila kita membeli LCA kita, combat aircraft kita daripada Korea Selatan, so kita melihat bahawa apa yang kerjasama yang boleh kita buat. So, antara benda yang kita boleh buat dan kepakaran yang kita ada adalah dari segi simulator.

So, sebab itu kalau kita lihat dalam isu pembelian pesawat FA50 ini, kita melihat bahawa kita akan bangunkan simulator tempatan kita di mana syarikat tempatan akan bangunkan bagi tujuan latihan kita, bagi tujuan masa depan kita.

Dan saya tak nafi macam disebut oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia tadi, dia menyebut tentang kita kebanyakannya banyak tertumpu kepada MRO ya— maintenance, repair, overhaul, tapi untuk masa ke depan, kita tak boleh tertumpu pada aspek itu sahaja kerana kita mesti tertumpu juga pada aspek pembuatan kerana dia melibatkan bukan sahaja tentang perbelanjaan kita, tapi dia sebenarnya melibatkan kedaulatan kita. Pengalaman kita lihat peperangan hari ini, negara yang ada teknologi, kepakaran dan pembuatan, negara itu boleh bertahan dari segi kedaulatan mereka. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau dan kemudian Dato’ Ahmad Ibrahim sebagai tambahan terakhir.

draft • 11:10 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Ya. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya ialah tentang perang sekarang dia berubah dengan pantas. Kalau kita nampak perang sekarang berlaku di war zone, kita ada tengok teknologi yang baharu yang sangat destruktif.

Dan soalan saya ialah, konflik moden menunjukkan bahawa dron yang relatif murah mampu mengenakan kos yang tidak seimbang terhadap platform ketenteraan tradisional. Kita melihat trend di Iran dan di Middle East sekarang dan juga dalam perang— Perang Rusia- Ukraine. Dalam konteks ini, bagaimanakah kementerian menilai semula keutamaan pelaburan antara sistem legasi dengan keupayaan baharu seperti dron munisi, loitering dan teknologi counter drone dengan izin, selection of interceptor drone? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Tidak jelas]

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Robert Lau atas persoalan yang dikemukakan tadi tentang― memang kita tak dapat nafikan Dato Yang di-Pertua ya, tentang model ataupun legasi ketenteraan kita. Kita tahu kalau dulu kita banyak tertumpu kepada pesawat-pesawat tempur, tapi kalau kita tengok model peperangan hari ini, penggunaan kepakaran ataupun human itu pun sendiri makin hari makin berkurang.

Kebanyakannya digunakan teknologi. Sebab itu, kalau kita lihat dalam Dasar Industri Pertahanan Negara, antara perkara pertama yang kita masukkan dalam fasa satu ini kita ada tujuh teknologi yang kita berikan tumpuan.

Antaranya adalah dron kerana kita tahu bahawa peperangan hari ini sudah banyak berbeza dan keperluan itu ada, tetapi kita harus ingat bahawa teknologi ini berkembang begitu pantas. Kadang-kadang kalau kita lihat, kalau kita tak mengambil masa yang singkat, kita mengambil masa yang terlalu panjang, teknologi akan berubah. Kita sedang melaksanakan R&D. Orang lain sudah ubah dia punya model ataupun teknologi pertahanan.

Sebab itu, kita tak dapat nafikan bahawa kalau kita mahu bangunkan teknologi tempatan kita, kita harus ada juga kerjasama. Sebab itu bila kita rangka ini, kita lihat dalam fasa ketiga kita, bila kita sudah memeta apa yang teknologi yang kita ada, bila kita boleh melihat apa R&D yang kita ada. Yang ketiga memang kita harus adakan kerjasama dari segi teknologi. Pemindahan teknologi harus dibuat dan kita harus bersedia dari segi kepakaran- kepakaran itu.

Dan saya tak nafikan apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Senator, memang kita dalam Kertas Putih Pertahanan kita, kita melakukan review juga ya. Kalau kita lihat lima tahun ini, kita sudah lakukan review kepada Ketas Putih Pertahanan, ada aspek-aspek baharu yang kita masukkan dalam itu. Bukan sahaja tentang dron ataupun anti-dron, tapi kita masukkan juga dalam aspek siber kerana peperangan siber juga penting untuk hari ini dan juga masa depan kita. Itu saja jawapan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Ahmad.

draft • 11:10 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya Timbalan Menteri, mengambil kira situasi geopolitik semasa dan konflik yang berlaku di beberapa rantau dunia termasuk pengalaman negara-negara yang menghadapi kekurangan bekalan peluru khususnya semasa konflik berpanjangan, adakah kapasiti pengeluaran peluru kecil tempatan Malaysia seperti kaliber 5.56 mm, 7.62 mm dan 9 mm pada masa ini mencukupi untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, PDRM serta agensi keselamatan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau gangguan rantaian bekalan global?

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berkenaan peluru.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Peluru ya. Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad ya atas persoalan. Kita, untuk makluman Dato Yang di-Pertua ya, kita dalam negara kita, kita ada enam syarikat pembuat peluru. Cuma, bila disebut tentang syarikat tempatan yang membuat peluru ini dalam saiz-saiz yang tertentu macam tadi disebut, saya fikir antara perkara adalah, kita melihat apakah pembuatan itu secara 100 peratus ataupun mungkin kepakaran kita itu berapa peratus.

Sekarang ini kita tengah audit keenam-enamnya kerana kita nak tahu tahap kemampuan mereka menghasilkan peluru. Memang kita lihat bahawa keperluan kita memang buat masa ini cukup bagi keperluan kita ya, tapi kita harus melihat bahawa peluru keperluannya bergantung kepada keadaan keperluan semasa itu, keadaan kita ataupun cabaran-cabaran yang kita hadapi.

Sebab itu macam saya sebut dalam dasar industri pertahanan, buat fasa yang pertama ini, bukan sahaja kita memberikan tumpuan kepada pembuatan peluru, tetapi kita juga memberikan tumpuan kepada pembuatan senjata-senjata kecil kita supaya negara sendiri boleh menghasilkan senjata kita bukan sahaja dari segi peluru kerana kita tahu bahawa kita ada bahan-bahan yang cukup untuk menghasilkan ini semua.

Cuma, yang harus kita lakukan adalah macam saya sebutkan tadi, kerjasama dari segi teknologi itu. Kalau kita bermula daripada zero, saya fikir kita akan mengambil masa yang panjang. Sebab itu salah satu strategi kita dalam Dasar Industri Pertahanan Negara adalah kita akan melaksanakan dalam bentuk kerjasama. Sebab itu saya fikir macam dron tahun lalu, kita sudah mulakan dan insya-Allah saya fikir dalam tempoh dua tahun ini, kita akan pergi fasa di mana kita akan mengeluarkan dron kita sendiri.

Dari segi peluru, memang kita menghasilkan peluru kita sendiri, tetapi dari segi persenjataan ringan itu, saya fikir kita sudah memulakan melalui Boustead Holding dan saya fikir melalui Dasar Industri Pertahanan Negara ini memang akhirnya bukan sahaja kita menghasilkan senjata untuk keperluan kita, tapi kita tahu bahawa untuk sustain industri ini kita juga harus melihat dari segi aspek komersial juga. Itu harus diambil kira. Itu saja.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Nelson.

draft • 11:10 AM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Datuk Nelson W Angang minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah senarai kawasan jalan dan kampung di Sabah yang telah dipasang lampu solar mengikut kuota projek Persekutuan dan apakah sebab masih terdapat jalan raya utama yang terlalu gelap.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Datuk Nelson W Angang. Untuk makluman Senator, kementerian ini mengambil berat isu keselamatan jalan raya melibatkan Jalan Persekutuan,

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya, melaksana skop pemasangan lampu jalan bagi kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap seperti di persimpangan, selekoh dan jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan yang dikenal pasti. Pemasangan lampu jalan akan dibuat secara setempat, berskala kecil dan tertumpu pada lokasi yang memenuhi keperluan pencahayaan.

Berdasarkan rekod dari tahun 2023 hingga 2025, sebanyak 61 lokasi yang memerlukan di negeri Sabah telah siap pemasangan lampu jalan dengan kos RM6.4 juta.

Pada tahun 2026, sebanyak RM28.15 juta telah diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di 292 lokasi Jalan Persekutuan terpilih di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, RM2.2 juta diperuntukkan bagi 22 lokasi di Jalan Persekutuan di negeri Sabah. Arahan kerja telah dikeluarkan pada 12 Januari 2026 kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan kerja-kerja fizikal perlu disiapkan secepat mungkin.

Bagi jalan yang beroperasi tanpa pencahayaan, kementerian ini ada menyediakan kemudahan fasiliti keselamatan jalan raya yang mematuhi spesifikasi seperti garisan jalan, papan tanda jalan yang sesuai, perabot jalan seperti road studs dan delineator post di kawasan dikenal pasti berisiko berlaku kemalangan. Fasiliti keselamatan ini berfungsi untuk mengenal pasti geometri jalan, sempadan lorong serta halangan di hadapan melalui pantulan cahaya lampu kenderaan sekali gus memastikan tahap kebolehlihatan (visibility) yang optimum walaupun tanpa pencahayaan lampu jalan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pengoperasian jalan tanpa lampu adalah selamat selagi kemudahan fasiliti keselamatan ini berada dalam keadaan baik. Lampu jalan akan dipasang sebagai intervensi tambahan sekiranya memenuhi justifikasi teknikal seperti yang saya sebutkan tadi selekoh berbahaya, elemen fasiliti keselamatan tidak lagi mencukupi, persimpangan antara contoh- contohnya. Pemantauan di lokasi-lokasi yang berisiko berlaku kemalangan akan dilaksanakan secara berterusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Sebenarnya soalan tambahan saya separuh sudah dijawab. Namun, adakah terdapat perancangan secara khusus untuk memasang lampu jalan di sepanjang lebuh raya bagi pakej, kalau tidak silap saya WP05 Jalan Papar Spur dari Kampung Manggis sehingga sebelum Pekan Benoni?

Dan jika belum ada perancangan, apakah tindakan yang diambil untuk memastikan keselamatan pemandu yang menggunakan laluan tersebut? Sebab saya lihat ada di kawasan-kawasan dalam laluan tersebut di mana garis jalan itu pun sudah pudar, tidak

draft • 11:20 AM

Datuk Nelson W Angang

nampak. Apalagi lampu pun tidak ada. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan kalau perancangan untuk memasang lampu tidak ada di laluan tersebut? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dato' Yang di-Pertua, saya sudah melalui jalan itu. Dalam perjalanan saya ke seluruh Sabah tahun lepas, kita tahu bahawa jumlah laluan di negeri Sabah ini terbahagi pada dua kalau kita pecahkan, iaitu Jalan Persekutuan 1,536 kilometer, jalan negeri 22,807 kilometer. Bayangkan kalau kita nak pasang lampu di 22,807 kilometer itu sangat sukar dan kita tidak ada keupayaan kewangan untuk itu.

Jadi, sebagai cara pilihan seterusnya ialah menggunakan road studs atau dipanggil pepaku jalan yang mana kita tahu lah apabila kita lihat macam mata kucing, dia boleh memberikan pantulan cahaya semula untuk keselamatan. Satu lagi, kita ada delineator post atau pun tiang-tiang merah putih tanda sempadan laluan. Itu juga kita boleh pasang untuk memastikan, membantu kenderaan-kenderaan. Saya harap kenderaan kita mempunyai lampu yang sempurna supaya kita boleh melalui jalan dengan selamat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Tambahan Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ada soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi YB Manolan, kemudian Tuan Haji Mustafa.

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Baik.

draft • 11:20 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja. Berkenaan dengan lampu solar jalan, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ini, di antara Simpang Cinta Manis ke Sungai Dua. Saya melalui jalan ini memang keraplah.

Malam dia Yang Berhormat Timbalan Menteri, sangat gelap. Jadi, mohon supaya dipasang lampu solar juga. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

You dah buat permohonan kah?

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, seperti jawapan saya sebentar tadi, bagaimana kita perlu melakukan sedikit inisiatif tambahan selain daripada bertanya di sini, pegawai-pegawai saya ada lah ya, tentunya mencatat di belakang, tetapi adalah lebih elok jika difailkan dengan teratur bersama surat-surat permohonan. Termasuklah piton yang saya sebut di Pan Borneo Sarawak tadi. Yang ini lampu solar di tempat Tuan Manolan di kawasan yang disebutkan itu. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Datuk Dr. Haji Mustafa.

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soal lampu solar ini bukan saja berlaku di Sabah, jalan gelap ini juga berlaku di seluruh negara. Jadi satu langkah yang segera ialah memasang lampu solar untuk mengatasi kemalangan. Cuma Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan lampu solar yang dipasang oleh JKR harganya jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Jadi, berapakah sebenarnya kos satu lampu solar dan

draft • 11:20 AM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

mengapa ada rumours mengatakan bahawa lebih tinggi. Sebab kalau harga pasaran, tentu lebih banyak boleh dipasang dengan harga yang lebih rendah. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bukan hanya Yang Berhormat Datuk Mustafa yang menimbulkan perkara ini, pihak lain pun ada menimbulkan ya. Saya ingin maklum bahawa satu lampu solar di JKR kosnya ialah RM10,000. Eh, kita boleh beli yang RM200, tetapi beli RM200 di Shopee itu boleh rosak dua hari, tiga hari, dua minggu.

Yang ini kita ada jaminan lima tahun dan kita ada spec yang tertentu. Antara spec-nya itu ialah diuji di makmal tempatan dan antarabangsa. Kena ada safety and performance. Dan dia boleh dengan bateri yang ada itu menyimpan dua hari. Jika matahari gelap, tidak ada matahari selama dua hari, dia masih berfungsi. Kalau yang RM200 itu tak boleh fungsi dah.

Kalau dua hari tidak ada cahaya matahari masih boleh berfungsi, dia memberikan elemen keselamatan.

Saya kira selepas dua hari tentu matahari muncul kembali. Kalau matahari tak muncul dua minggu, itu tanda kiamatlah Dato' Yang di-Pertua. Jadi, spec maintenance, labour dan sebagainya ini dan ketinggian tiangnya itu. Dia mesti ada ketinggian tiang yang tertentu. Jika tidak sampai mencapai ketinggian yang tertentu, dia tidak boleh memberikan. Satu lagi ialah jumlah pencahayaannya sehingga boleh sampai ke bawah dalam lingkungan dan keluasan tertentu. Itu semua dikira. Maka itulah yang jadi RM10,000. RM100, RM200 Shopee pun ada, tetapi tidak ada segala elemen yang saya sebut. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

10. Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, keberkesanan inisiatif subsidi taska dan sokongan penjagaan anak dalam menggalakkan wanita kembali bekerja.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab memastikan sistem penjagaan kanak-kanak yang selamat, berkualiti dan mampu bagi menyokong penyertaan wanita dalam pasaran buruh.

Inisiatif subsidi taska dan sokongan penjagaan anak merupakan sebahagian daripada agenda memperkasa institusi keluarga serta menyokong keseimbangan kerja keluarga.

Dalam menyokong perkhidmatan taska, kerajaan telah memberikan insentif pemberian subsidi yuran pengasuhan iaitu RM180 sebulan kepada ibu bapa yang menghantar anak- anak ke taska yang berdaftar termasuk taska tempat kerja mengikut kelayakan berdasarkan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying

pendapatan per kapita ibu bapa atau penjaga iaitu RM800 sebulan bagi kawasan bandar dan RM500 sebulan bagi kawasan luar bandar.

Berdasarkan pemantauan KPWKM dan JKM, impak utama pemberian subsidi ini adalah seperti berikut:

(i) menggalakkan wanita kembali bekerja. Subsidi taska mengurangkan halangan kos yang menjadi sebab utama wanita berhenti kerja selepas melahirkan anak. Ramai ibu khususnya penerima bantuan JKM dapat kembali bekerja secara formal atau menceburi keusahawanan kecil kerana mempunyai penjagaan anak yang terjamin;

(ii) kestabilan ekonomi keluarga. Pendapatan isi rumah meningkat apabila kedua-dua ibu bapa dapat bekerja dan seterusnya kebergantungan kepada bantuan kebajikan jangka panjang dapat dikurangkan; dan

(iii) pelindungan dan kesejahteraan kanak-kanak. Kanak-kanak ditempatkan di taska berdaftar yang dipantau JKM mengurangkan risiko pengabaian dan penderaan. Seterusnya, perkembangan awal kanak-kanak lebih terancang melalui modul asuhan yang diselia dan sokongan kepada klien JKM bagi keluarga yang berhadapan isu sosial seperti kemiskinan, keganasan rumah tangga atau ibu tunggal, subsidi taska menjadi intervensi kerja sosial untuk memutuskan kitaran kerentanan.

Kesimpulannya, inisiatif subsidi yuran pengasuhan taska dan sokongan penjagaan anak telah terbukti sebagai instrumen perkhidmatan sosial yang berkesan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pekerjaan, menstabilkan ekonomi keluarga dan menjamin perlindungan serta perkembangan kanak-kanak. KPWKM akan terus memperkukuh ekosistem penjagaan kanak-kanak sebagai pelaburan strategik negara demi kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Soalan asal dahulu.

draft • 11:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Ya. Sabar, sabar YB. Selepas ini boleh.

draft • 11:30 AM

Puan Tiew Way Keng

...Boleh ya?

draft • 11:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan inisiatif yang telah diberikan sehingga RM180 kepada keluarga yang menghantar ke taska. Cuma beberapa hari ini, laporan kes yang melibatkan keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan semakin menjadi-jadi. Kes tragis kematian seorang bayi baru dua hari lepas, yang berusia empat bulan ketika berada dalam jagaan sebuah taska di Hospital Selayang— oh Hospital Seberang Jaya.

Kejadian ini telah menimbulkanlah banyak kerisauan, kebimbangan masyarakat mengenai tahap pemantauan. Mungkin yang nak hantar ke taska itu ada rasa risau dengan sebab kes-kes umpama ini. Jadi, apakah langkah-langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan aspek keselamatan kanak-kanak di taska ini diperkukuhkan termasuk dari segi piawai kelayakan pengasuh, sistem pemantauan berskala serta mekanisme aduan dan tindakan segera sekiranya berlaku kecuaian atau penderaan dalam premis jagaan kanak-kanak. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan taska berdaftar, kita memang ada mengikut, menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, kita ada banyak garis panduan yang kita— pertama berkenaan memantau.

Jadi, pemeriksaan akan dilakukan kepada taska yang berdaftar di bawah JKM sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dan juga di sesebuah taska, kebanyakan seperti pengusaha, penyelia dan juga pengurus, mereka mesti mempunyai didikan atau Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Dan untuk pengasuh, pengasuh itu bagi pengasuh yang dilantik untuk menjaga kanak-kanak di taska, hendaklah memenuhi beberapa syarat utama.

Pertama, pengasuh hendaklah seorang warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Dan selain itu, mereka diwajibkan untuk mengikuti dan lulus Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA dalam tempoh 12 bulan dari tarikh mula bekerja. Ini adalah diwajibkan untuk semua pengasuh. Ini bagi memastikan mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam bidang asuhan dan didikan kanak-kanak.

Selain itu, pengasuh yang dilantik juga perlu lulus semakan dan kesalahan jenayah seksual kanak-kanak untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah penjagaan mereka. Kesemua syarat ini amat-amat penting untuk memastikan standard penjagaan yang tinggi dan perlindungan kepada kanak-kanak. Dan juga jika ada apa-apa kes penderaan, kita akan boleh dilaporkan serta merta kepada JKM ataupun boleh membuat laporan polis dan pihak JKM akan memantau segera. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang kes kematian itu di Sebarang Perai tadi? Dia ada nyatakan Seberang Prai. Kematian, kan?

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Sebab Yang Berhormat bertanya tentang piawaian, tentang langkah-langkah. Kalau nak tanya tentang kes— sebab masih dalam siasatan, kan?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Senator Tiew dahulu kemudian YB Hajah Martina.

draft • 11:30 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, saya ingin tanya berkenaan dengan pusat asuhan yang tidak berdaftar Dato Yang di-Pertua. Memandangkan jawapan telah diberi oleh Timbalan Menteri adalah berkenaan yang telah berdaftar.

Jadi, soalan saya adalah, apakah langkah dan perancangan penguatkuasaan oleh kementerian bagi membendung pengoperasian taska yang tidak berdaftar serta menangani kes penderaan dan kecuaian terhadap kanak-kanak memandangkan bilangan kes meningkat sejak kebelakangan ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Berkenaan dengan taska yang tidak berdaftar, KPWKM melalui JKM yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 sentiasa memandang serius sebarang kes yang melibatkan kecuaian, pengabaian ataupun penderaan terhadap kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di premis taska.

Untuk memastikan pengoperasian taska mematuhi peruntukan undang-undang serta menjamin keselamatan kanak-kanak, JKM melaksanakan beberapa langkah penguatkuasaan secara berterusan. Antaranya adalah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan berkala...

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dia cakap fasal yang tak berdaftar?

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Tidak berdaftar?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Ini mengenai penguatkuasaan yang tidak berdaftar.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang mendaftar okey, yang tidak berdaftar?

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Tidak berdaftar, kita akan melakukan pemantauan secara mengejut kepada taska. Bila kita menerima aduan, kita akan melakukan pemeriksaan dan kita akan juga, kalau untuk taska yang tidak berdaftar, di bawah Akta 308, kita memang ada peruntukan undang-undang yang telah menetapkan tindakan penguatkuasaan boleh diambil.

Kita boleh sita. Di bawah akta ini, kita boleh— atau sita, kita boleh kompaun dan kita boleh dakwa taska yang tidak berdaftar itu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan terakhir daripada Hajah Wan Martina.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Untuk membantu wanita yang kembali bekerja, sesetengah wanita ini dia suka menghantar anak-

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

anak mereka kepada pengasuh-pengasuh persendirian di rumah. Maksudnya, pengasuh tersebut hanya mengasuh anak dia seorang.

Jadi, untuk menjamin keselamatan anak-anak ini, adakah kerajaan berhasrat untuk supaya pengasuh-pengasuh ini mendaftar dan kursuskan mereka sama seperti kursus PERMATA yang dibuat untuk pekerja di taska. Jadi, dengan ini, kita boleh memberi jaminan kepada wanita supaya lebih berkeyakinan untuk menghantar kepada pengasuh-pengasuh yang single-lah. Maksudnya dia mengasuh seorang anak, tetapi berdaftar dan dia dikursuskan dan pada masa yang sama, dia boleh menjamin keselamatan dan pada masa yang sama, dia boleh juga diberi peruntukan subsidi khas. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang kita memang tahu dalam situasi yang sebenar, mungkin macam jiran, kita akan memberikan anak kita untuk diasuh, tetapi di bawah Akta 308, kita ada empat kategori taska, iaitu taska institusi iaitu 10 kanak-kanak yang ke atas, taska di tempat kerja, taska komuniti dan taska di rumah, tetapi taska di rumah, kita hanya daftar taska di rumah di mana mereka mengasuh empat sehingga sembilan kanak-kanak dalam jagaan.

Jadi, yang di bawah empat orang, tidak didaftar, tetapi kita memang— saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat, kita juga mesti mendalami perkara ini untuk supaya menjamin semua anak-anak kita yang utama adalah selamat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Nik Mohamad.

draft • 11:30 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 11.

draft • 11:30 AM

11. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Digital menyatakan, keberkesanan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 berikutan peningkatan insiden kebocoran data, penipuan kewangan dan kecurian identiti pada tahun 2025 serta apakah strategi kementerian untuk memperkukuhkan keselamatan digital negara serta membendung peningkatan jenayah siber dan kerugian mencecah bilion ringgit.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Nik Muhammad. Bagi menjawab Yang Berhormat Senator, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] merupakan undang-undang yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta ini menetapkan tujuh prinsip perlindungan data peribadi iaitu prinsip am, prinsip notis, prinsip pilihan, prinsip penzahiran dan juga prinsip keselamatan dan prinsip penyampaian, prinsip integriti data serta prinsip akses bagi memastikan pemprosesan data dilaksanakan secara selamat, berintegriti dan bertanggungjawab.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Selaras dengan perkembangan teknologi digital dan amalan perlindungan data peribadi, di peringkat global, Akta 709 telah dipinda pada tahun 2024 dengan memperkenalkan peruntukan baharu yang memperkukuhkan tadbir urus keselamatan data termasuk kewajipan pelantikan pegawai pelindungan data iaitu DPO dan juga pemberitahuan insiden pelanggaran data (DBN) serta di peringkat mekanisme pematuhan dan penguatkuasaan bagi meminimumkan risiko terhadap data peribadi pengguna kita.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Bermula pada 1 Jun 2025, sejak peruntukan DPO dan DBN mula dikuatkuasakan, sebanyak 2,932 organisasi telah melantik DPO dan juga seramai 3,743 DPO telah berdaftar dengan Pesuruhjaya DPO dibuat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam pekeliling dan garis panduan pelantikan Pegawai Perlindungan Data. Manakala bagi DBN, sebanyak 221 kes pelanggaran data peribadi telah direkodkan hingga Mac 2026.

Strategi Kementerian Digital yang memperkukuhkan keselamatan digital negara adalah dipandukan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang meletakkan kepercayaan nilai— yang meletakkan kepercayaan digital untuk di-trust sebagai salah satu daripada aspek pembangunan menuju negara berteraskan kecerdasan buatan (AI). Kepercayaan digital diperkukuhkan dengan penghasilan Strategi Kepercayaan Digital dan Data oleh kementerian ini pada suku pertama tahun 2026.

Pada masa yang sama, Dato Yang di-Pertua, inisiatif ke arah penubuhan Suruhanjaya Data sedang dilaksanakan oleh kementerian ini bagi mewujudkan satu badan kawal selia yang akan mengoperasikan tadbir urus data dan pelaksanaan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data tersebut. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini sentiasa dipandukan kepada aspek tatakelola dan tadbir urus yang berkesan bagi melindungi hak rakyat dan juga menggalakkan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dan beretika serta memastikan pembangunan ekosistem digital yang selamat, inklusif dan berdaya saing.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita tahu bahawa ancaman jenayah siber dan digital nampaknya semakin kompleks. Ekosistem digital negara kita ini nampaknya begitu terdedah kepada serangan musuh dan juga manipulator. Kalau ikut di sini, data KDN, tahun lepas sahaja kita rugi sampai RM2.7 bilion dalam isu ini. Kelihatannya Yang Berhormat Menteri, senjata utama menghadapi serangan jenayah siber ini selain daripada akta dan juga penguatkuasaan adalah kesedaran diri setiap rakyat.

Soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan subjek literasi keselamatan siber sebagai sebahagian daripada kurikulum wajib di sekolah dan

draft • 11:40 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

institusi pengajian tinggi bagi membina imuniti digital dalam kalangan generasi muda hari ini yang semakin terdedah dengan serangan ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ya, ada.

Yang Berhormat Senator, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa komited dan juga kita akan memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan bagi menangani jenayah melibatkan siber transnasional ini selaras dengan usaha ini. Dan Kementerian Digital melalui Agensi Siber Sekuriti Malaysia juga turut mengadakan kerjasama di peringkat global juga Yang Berhormat, kerana mereka ini dari luar negara kita. Dalam Yang Berhormat...

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap Yang Berhormat, dia cakap fasal literasi.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Ya, ini belum lagi. Kita akan — ini keselamatan dia dan literasi. Jadi inilah Yang Berhormat dan juga dalam perkara ini juga kita juga program literasi AI. AI seperti CyberSAFE Awareness Talk dan juga Siber Rakyat, Modul Etika Siber Nasional, Hari Keselamatan Internet Yang Berhormat, iaitu Safer Internet Day (SID) dan infografik keselamatan siber, video ringkas kesematan siber juga, temu bual media juga Yang Berhormat Speaker, iaitu untuk orang awam dan juga sebagainya, dan juga kita pergi ke sekolah-sekolah.

Kawasan saya Yang Berhormat, saya sentiasa pergi ke kawasan luar bandar. Kita duduk di luar bandar, kita akan memberikan apa nama, pendedahan mengenai scammer ini dan sebagainya. Jadi, saya minta juga kepada Yang Berhormat juga, kita sebarkan bahawa awareness itu mesti kita perketatkan juga, bertanggungjawab dalam tindakan yang lebih tegas pada akan datang.

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan. Boleh soalan tambahan Dato Speaker?

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey, lepas itu saya.

draft • 11:40 AM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan, apakah strategi Kementerian Digital dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan data rakyat yang disimpan di platform pengkomputeran awam kerajaan dan bagaimana perkhidmatan Siber Sekuriti Malaysia menyokong usaha tersebut? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan untuk Kementerian Digital sentiasa Yang Berhormat. Melalui Kementerian Digital sekarang, sentiasa memastikan data rakyat dan juga maklumat kerajaan yang dihoskan di platform pengkomputeran awam atau cloud computing berada dalam keadaan selamat dan juga dilindungi dengan mematuhi prinsip kedaulatan negara kita iaitu data sovereignty negara.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Bagi tujuan itu Yang Berhormat, Siber Sekuriti Malaysia memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai penilaian dan audit keselamatan awam bagi memastikan sistem yang digunakan oleh agensi kerajaan serta penyedia perkhidmatan awam mematuhi standard keselamatan yang ketat Yang Berhormat. Saya ingat jelas.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Setia.

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita akur bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai langkah di dalam memastikan bahawa sekuriti siber kita ini terjamin, tapi apa yang kita lihat, masih ada kebocoran. Kita selalu terima panggilan telefon, data-data kita dah ada pada pihak scammer dan sebagainya.

Persoalannya, bila kita dah ada teknologi, kita dah ada juga kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah ini, pernah tak pihak kementerian atau pihak kerajaan melihat kepada negara-negara maju? Umpamanya United States ke ataupun European countries, bagaimana mereka mengatasi masalah pencerobohan kepada sekuriti data ini. Bagaimana mereka mengatasinya? Adakah masalah mereka itu hampir sama dengan masalah di negara kita ataupun mereka dapat mengatasi kepada tahap peratusan yang lebih tinggi daripada negara kita? Dan kalau benar, adakah kita belajar daripada mereka cara-cara bagaimana mereka mengatasi masalah sekuriti yang kita alami di Malaysia ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa komited Yang Berhormat, dalam mengukuhkan kerjasama rentas seperti yang saya katakan tadi, sempadan bagi menangani jenayah melibatkan siber transnasional. Selaras dengan usaha ini Yang Berhormat, Kementerian Digital melalui agensinya Siber Sekuriti Malaysia juga turut mengadakan kerjasama di peringkat global dalam bidang keselamatan siber menerusi platform Organisation of Islamic Cooperation – Computer Emergency Response dan juga telah dilantik sebagai sekretariat tahap— sejak tahun 2013.

OIC–CERT bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong kerjasama antara pasukan tindak balas kecerdasan komputer di negara anggota OIC serta juga Yang Berhormat, pihak kita berkepentingan lain. Ia juga berperanan mengukuhkan hubungan antara negara anggota dan menggalakkan perkongsian maklumat serta membantu dalam pembangunan dasar dan juga undang-undang keselamatan siber kita.

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tak dijawab ya, minta maaf Datuk...

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Ini mengenai keselamatan juga.

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Maksud saya, adakah negara luar itu kita belajar dari negara luar. Adakah masalah mereka ini lebih dapat mereka atasi dibandingkan dengan kita? Adakah penggunaan teknologi yang lebih canggih yang mana mereka mampu untuk

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

mengesan para scammer, para intruder terhadap sekuriti data kita ini? Adakah itu berlaku?

Adakah pernah kita belajar atau mengambil pengalaman daripada mereka? Itu maksud saya.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Okey Yang Berhormat. Saya ingat saya menjawab secara bertulis.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Yang terakhir untuk sesi kita, dipersilakan Senator Dato’ Haji Abdul Halim. Soalan terakhir ya.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, soalan saya nombor 12.

draft • 11:40 AM

12. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman minta Menteri Pendidikan menyatakan, pelan jangka panjang kementerian bagi mengurangkan beban tugas bukan pengajaran guru yang menjejaskan kualiti PdP di sekolah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Senator Dato’ Haji Abdul Halim Haji Suleiman. KPM komited memastikan warga pendidik dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kesejahteraan guru. Sehubungan itu, KPM melaksanakan pelbagai langkah berstruktur dan juga berterusan bagi mengurangkan beban tugas bukan pengajaran supaya guru dapat memberikan tumpuan kepada tugas hakiki mereka di bilik darjah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Melalui pengukuhan dasar dan juga kerangka strategik pendidikan sebagai pelan jangka masa panjang, usaha ini diperkukuhkan melalui Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 khususnya di bawah Teras Strategik 3: Mentransformasikan Pendidik Agar Berkeupayaan Tinggi dan Berorientasikan Masa Hadapan.

Melalui teras ini, KPM memberikan penekanan kepada usaha memperkasakan kesejahteraan pendidik melalui keseimbangan tugas yang lebih holistik serta memastikan peranan guru tertumpu kepada teras utama pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2023, KPM telah pun melaksanakan Tujuh Langkah Kesejahteraan Guru, bertujuan mengurangkan beban tugas bukan pengajaran supaya guru dapat memberikan tumpuan kepada PTP. Langkah ini merangkumi:

(i) pemansuhan majlis atau sambutan yang tidak memberikan impak kepada pembelajaran;

(ii) pengurangan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah melalui SKPM;

(iii) penetapan waktu yang lebih fleksibel bagi pengisian data kajian murid;

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

(iv) pelantikan pengawas peperiksaan dibuka kepada individu bukan guru;

(v) Sambutan Hari Guru dihad kepada peringkat kebangsaan dan sekolah;

(vi) penyediaan RPH dipermudahkan; dan

(vii) guru diberikan autonomi untuk merancang pelaksanaan PTP serta pentaksiran bilik darjah berdasarkan DSKP.

Seterusnya, pengukuhan sumber manusia turut menjadi perhatian bagi mengimbangi agihan tugas di sekolah. KPM secara— KPM terus memperkukuh kapasiti guru melalui pengisian perjawatan secara berterusan. Dari tahun 2023 sehingga 2025, seramai 52,948 orang guru baharu telah pun ditempatkan di sekolah di seluruh negara dengan kadar pengisian perjawatan mencecah hampir 98 peratus. Langkah ini membantu mengurangkan tekanan beban waktu mengajar yang berpunca daripada kekurangan guru serta memastikan pengagihan tugas yang lebih seimbang.

Mulai tahun 2025, KPM turut melaksanakan penempatan personel MySTEP Pembantu Guru di sekolah menengah harian yang mempunyai enrollment yang tinggi.

Seramai 564 personel MyPG membantu melaksanakan tugas pengkeranian, pengurusan peperiksaan dan penyelarasan program sekolah telah pun dilantik. Sokongan ini membolehkan guru memberikan tumpuan kepada PTP tanpa dibebani urusan pentadbiran harian.

Bagi sekolah asrama pula, Kementerian Kewangan telah meluluskan pengambilan 300 personel MySTEP Pembantu Warden Asrama yang akan mula ditempatkan di sekolah berasrama mulai 1 April 2026 bagi membantu pengurusan pemantauan asrama. Dan pada masa yang sama, KPM juga telah memansuhkan sistem SPLKPM: Sistem Pengurusan Latihan KPM selepas meneliti keberkesanan pelaksanaannya. Keputusan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KPM untuk menilai semula sistem yang sedia ada dan memastikan hanya proses yang benar-benar memberikan nilai tambah kepada profesion keguruan dikekalkan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita kementerian menurunkan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Negeri dan juga PPD di tiap-tiap negeri. Cuma kalau kita lihat, bagaimanakah peranan pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam membantu mengurangkan tugasan bukan pengajaran di peringkat sekolah kerana jenis bukan pengajaran yang dikenal pasti paling banyak membebankan guru ketika ini.

Dan apakah langkah khusus kementerian untuk mengurangkannya. Sebab dalam pelan jangka panjang, apakah langkah kementerian bagi memastikan guru dapat

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

menumpukan lebih masa kepada aktiviti pengajaran, bimbingan murid dan pembangunan profesional mereka. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Senator Haji Dato’ Halim atas peranan berkenaan dengan peranan PPD dan juga JPN dalam isu yang dibangkitkan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak KPM bagi melindungi masa instruksional guru di bilik darjah.

KPM sememangnya telah pun melaksanakan Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan melalui garis panduan yang telah pun diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap program dan aktiviti di setiap peringkat perlu dirancang supaya tidak mengganggu masa PTP dan juga untuk melindungi masa instruksional. Ini secara spesifik untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Senator.

Nombor dua juga KPM telah pun turut menyusun semula takwim program pendidikan dengan menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mungkin bertindih, mengehadkan pergerakan pegawai serta menangguhkan program yang berimpak rendah. Dan kesemua ini juga memerlukan pemantauan daripada PBD dan JPN bagi memastikan bahawa pelan tindakan MMI ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kita buka satu lagi untuk terakhir. Jadi kita jemput Menteri Pengangkutan— ada di sini, kan?

draft • 11:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Boleh?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nasiblah baik. You ada soalan tambahan?

draft • 11:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan dulu?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tambahan dulu, tambahan dulu. Ah, tambahan. Ya bekas guru dan juga ahli koperasi ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Ah, semua kita. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Kita cuma nak satu spesifik beban tugas guru ini memang kita tengok. Okey, okey, saya teruskan saya terkejut sat ni tengok Menteri bangun. Saya ingatkan dia dah tahu soalan saya.

[Ketawa] Okey, beban tugas ini memang sinonimlah dengan guru-guru yang berdasarkan usaha kementerian dari semasa ke semasa. Cuma kita hendak tengok hari ini, sejak Kerajaan MADANI memerintah, berapa peratus kah beban tugasan itu menurun dengan jayanya sebab kita tengok cikgu-cikgu ini masih lagi, seolah-olah masih lagi dia beban tugas yang sama.

Saya nak tengok berapa persen yang berjaya diturunkan, beban tugas guru ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan daripada Senator Tuan Azhar Hassan. Sememangnya pihak KPM ada mengukur

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

keberkesanan inisiatif seperti inisiatif khasnya inisiatif Tujuh Langkah untuk Mengurangkan Beban Guru.

Yang mana keberkesanan inisiatif jangka panjang diukur melalui Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) yang mana dapatan setakat tempoh November 2024 sehingga Januari 2025, menunjukkan skor purata yang tinggi iaitu 77.65. Dia pada skor yang tinggi.

Daripada 60 sehingga 79, dia adalah skor tinggi dan selepas itu adalah sangat tinggi.

Maka ukuran ataupun skor yang kita dapati adalah 77.65 dan apa pun, pihak KPM akan terus memantau keberkesanan langkah-langkah yang diambil. Bukan sahaja tujuh langkah yang saya sebut tadi, tetapi kita ada langkah-langkah jangka masa pendek ataupun langkah-langkah dari segi pelaksanaan dari masa ke semasa untuk memastikan kita dapat kurangkan beban tugas guru ini dan memastikan kesejahteraan guru tercapai. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan yang terakhir. Yang Berhormat Senator Prof.

Emeritus Dr. Mohammad Redzuan.

draft • 11:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Terima kasih Dato Speaker. Jarang dapat nombor 13 ini. Saya rasa mungkin kerana ramai yang terkesan daripada Selatan, oleh itu saya kemukakan soalan nombor 13.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Menteri ada sana dan hanya satu rang undang- undang sahaja kita akan bahas.

draft • 11:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Ya, silakan, soalan 13.

draft • 11:50 AM

13. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kesesakan trafik yang serius dan berulang di laluan Kuala Lumpur-Seremban melalui Tol Sungai Besi, yang merupakan pintu masuk dan keluar utama ke Kuala Lumpur dari arah selatan dan sebaliknya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan sememangnya memandang serius isu kesesakan trafik di laluan Kuala Lumpur-Seremban khususnya di sekitar Tol Sungai Besi.

Isu ini telah dibincangkan di peringkat tertinggi kerajaan dan turut dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan analisis trafik yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban merekodkan jumlah aliran trafik yang tinggi dengan purata sekitar 117,000 kenderaan sehari melalui Tol Sungai Besi.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Manakala pada waktu puncak pagi, antara jam 6 pagi hingga 10 pagi, kira-kira 31,000 kenderaan menggunakan laluan tersebut. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila aliran trafik dari lebuh raya lain seperti MEX, SPE, SUKE dan BESRAYA serta jalan-jalan dari kawasan perumahan sekitar seperti Desa Petaling, Bukit Jalil dan Taman Desa, bertembung di koridor ini sebelum memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sehubungan itu, beberapa langkah intervensi telah dan sedang dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai agensi bagi mengurangkan kesesakan serta memperbaiki penyuraian trafik di kawasan tersebut. Antaranya termasuklah pengoptimuman, pengoptimum penggunaan Variable Message Signs (VMS) bagi menyalurkan maklumat keadaan trafik secara masa nyata kepada pengguna jalan raya supaya mereka dapat merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Selain itu, kawalan dan penyuraian trafik di lapangan turut diperkukuh melalui penempatan anggota polis trafik secara berkala di lokasi-lokasi strategik khususnya di laluan susur masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban bagi mengurangkan kesan kesesakan yang berpunca daripada bottleneck di titik ketemuan trafik. DBKL telah merancang untuk melebarkan jalan dengan penambahan satu lorong. Satu lorong dari Jalan Kuchai Maju dan NPE masuk ke KL–Seremban dan kerja dijangka akan bermula pada Ogos 2026 ini.

Projek ini akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap pada tahun 2028.

Kerajaan juga telah meneliti cadangan pelaksanaan laluan kontra, tidal flow pada waktu puncak pagi bagi meningkatkan kapasiti laluan. Walau bagaimanapun, ujian percubaan yang dijalankan mendapati aliran trafik keluar dari Pusat Bandar Raya Bandar Kuala Lumpur ke arah Tol Sungai Besi juga adalah tinggi sekali gus menyebabkan pendekatan tersebut tidak dapat memberikan penyelesaian yang berkesan kepada kedua-dua arah aliran trafik.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut menyokong inisiatif penggunaan teknologi baharu dalam pengurusan lebuh raya. Pihak PLUS Malaysia Berhad kini sedang melaksanakan projek perintis sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) yang menggunakan teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) bagi membolehkan kutipan tol dilaksanakan tanpa keperluan kenderaan berhenti di plaza tol.

Projek perintis ini sedang dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih di rangkaian Lebuhraya Utara–Selatan termasuk di kawasan sekitar Juru dan Senai bagi menilai keberkesanan teknologi tersebut dalam keadaan trafik sebenar. Sekiranya hasil projek perintis ini menunjukkan keberkesanan yang positif, teknologi MLFF berpotensi diperluaskan secara lebih menyeluruh di rangkaian lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol serta meningkatkan kelancaran aliran trafik. Dalam jangka masa sederhana dan panjang,

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

kerajaan turut memberi penekanan kepada usaha mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian melalui pengukuhan sistem pengangkutan awam serta peningkatan integrasi rangkaian rel, bas dan kemudahan first mile dan last mile. Pendekatan ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019 hingga tahun 2030.

Kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan serta pihak berkaitan bagi menilai langkah-langkah tambahan yang bersesuaian termasuk penggunaan teknologi pengurusan trafik pintar, penyuraian laluan alternatif dan penambahbaikan pengangkutan awam bagi memastikan kesesakan di koridor utama ini dapat dikurangkan secara berperingkat. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Tambahan?

draft • 12:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Terima kasih Timbalan Menteri kerana jawapan yang saya kira cukup komprehensif. Cuma saya ingin menyatakan bahawa saya adalah pengguna lebuh raya sejak 30 tahun yang lalu Dato Yang di-Pertua. So, bayangkan dia punya jammed nya hampir setiap hari ya.

Dan pada pengamatan saya Timbalan Menteri, keadaan ini semakin serius sejak berapa tahun kebelakangan ini. Dan yang berlaku ini disebabkan oleh beberapa faktor sebagaimana saya sebutkan tadi. Cuma di sini saya ingin membuat satu cadangan supaya dapat disediakan satu penyuraian sebelum ke persimpangan UPM kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya dapati limpahan kenderaan daripada tol ini ke lebuh raya semakin serius yang menyebabkan kesesakan berpanjangan sampai ke Tol Kajang. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator. Cadangan itu kita ambil dan insya-Allah kita boleh membawanya kepada peringkat jawatankuasa ini juga untuk melihat kajian. Memang betul, memang adalah cadangan-cadangan, tapi not written lah apa nama pendapat bahawa highway kita ini banyak sangat jalan susuk yang melimpah ke dalam.

Adalah antaranya yang disebut iaitu tentang penutupan yang jalan ke Cheras itu jangan dibagi masuk, tetapi daripada kajian, itu akan mendatangkan backlash lah juga akan mendatangkan kemarahanlah kalau kita tutup jalan tu . So saya yakin kalau jalan ke Cheras itu ditutup, tak dibenarkan masuk rasanya insya-Allah akan memberi sangat pelonggaran dalam laluan ini, tetapi kajian telah pun dibuat juga, it looks like the feedback is that, itʼs not an option lah yang akan mendatangkan apa nama, mendatangkan sesuatu yang menyenangkanlah hati dan perasaan pengguna jalan. Jadi insya-Allah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu juga insya-Allah kita akan bawa oleh perkara ini. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Tambahan. Ya. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya juga ialah pengguna bagi lebuh raya yang melalui Tol Sungai Besi ini hampir setiap minggu [Dicelah] Ya, saya ingin memberi cadangan juga memandangkan sistem MLFF ini telah— bermula digunakan di Lebuhraya Utara-Selatan, selalunya saya nampak kejadian kesesakan di tol memang ialah terlalu banyak kenderaan dengan rekod 31,000 kenderaan dalam sesi pagi sahaja.

Jadi soalan saya ialah sama ada kementerian boleh bersedia ataupun mula menggunakan Sistem MLFF ini di Tol Sungai Besi ini bukan hanya sekadar di tol— di Lebuhraya Utara–Selatan semata-mata? Memandangkan hampir lima lebuh raya seperti mana Yang Timbalan Menteri tadi sebut, melimpah masuk ke Tol Sungai Besi ini yang menjadi kesesakan yang amat serius di kawasan itu setiap hari. Terima kasih

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Itulah kita menunggu POC yang di Juru dengan Senai ini selesai. Memang itulah niat kita sebenarnya. Akan kalau positif, akan insya-Allah dibawa kepada di jalan Tol Sungai Besi ini, tetapi memang rasanya, memang itulah hala tuju kita sebab di mana ianya sudah tidak perlu— macam di Juru dan Senai ini palang masih ada. Palang itu masih ada tetapi the test is going on, tetapi ialah dia jenis RFID juga dengan ada satu sistem yang di-combine supaya memudahkan— cepat perjalanan itu.

Jadi inilah yang insya-Allah akan dibawa ke Sungai Besi after the POC are completed dalam tahun ini juga insya-Allah. Jadi rasanya itu boleh dapat mempercepatkan clearance dekat tol ini. Mungkin itu juga dapat membantu salah satu kaedah untuk mengurangkan trafik itu, dia punya kesesakan itu. Time— lah daripada segi masa. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan- pertanyaan jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini yang kita akan gunakan, selaras dengan Peraturan 11(5) ditetapkan bahawa Majlis Dewan Negara tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga diputuskan dan diluluskan D.R.2/2026, Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguh sehingga besok hari Khamis, 12 Mac 2026 jam 10 pagi. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2026 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda peruntukan Bahagian I, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali kedua sekarang.

Terima kasih.

draft • 12:09 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

draft • 12:09 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dato Yang di-Pertua, cadangan pembentangan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang ini merupakan satu inisiatif di bawah Kerajaan MADANI untuk menyemak semula pemberian mengikut bilangan orang atau capitation grant yang diperuntukkan di bawah Bahagian I, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.

draft • 12:09 PM

Tuan Liew Chin Tong

Kali terakhir pindaan kepada kadar pemberian ini dibuat adalah 24 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002. Pindaan kadar pemberian ini lahir daripada persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hasil rundingan yang dimuktamadkan melalui Majlis Kewangan Negara bertarikh 4 April 2024.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Majlis Kewangan Negara pada 6 Mac 2025 juga telah bersetuju dengan cadangan pindaan kadar baharu bagi pemberian mengikut bilangan orang. Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya kadar pembelian ini akan disemak semula setiap 10 tahun bagi memastikan ia kekal relevan dan selari dengan keperluan semasa.

Datuk Yang di-Pertua, penggubalan akta yang dicadangkan adalah bersifat pentadbiran atau administratif bagi tujuan untuk menguatkuasakan kadar pemberian mengikut bilangan orang yang baru. Bilangan satu Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan kadar baru tersebut dilaksanakan.

Selain itu, untuk membatalkan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002, secara keseluruhannya, rang undang-undang ini mengandungi dua fasal iaitu fasal pertama bertajuk Tajuk Ringkas dan Permulaan Kuat Kuasa dan fasal kedua bertajuk pindaan Bahagian I

draft • 12:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan. Fasal satu adalah untuk menetapkan nama akta dan tarikh kuat kuasa akta seperti berikut.

Pertama, akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026. Kedua, akta ini mulai berkuat kuasa pada 1 April 2026.

Fasal 2 adalah untuk memindah subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan

(d) A dengan perenggan yang berikut:

(i) (a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM102 bagi tiap- tiap orang;

(ii) (b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM14 bagi tiap-tiap orang;

(iii) (c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM13.50 bagi tiap-tiap orang; dan

(iv) (d) bagi yang selebihnya mengikut kadar RM13 tiap-tiap orang.

Secara keseluruhannya, tindakan pada pemberian mengikut bilangan orang menggunakan struktur kadar baru ini bertujuan untuk menambah baik dan pemberian kepada negeri-negeri bersesuaian dengan usaha Kerajaan MADANI untuk terus menyokong kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Datuk yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

...Ada yang menyokong?

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Peruntukan Bahagian I, Jadual Kesepuluh, pada Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 15 orang ahli yang hendak berbahas. Maka, saya buat ketetapan bahawa masa diberikan adalah 15 minit seorang.

Sekarang ini, saya jemput Dato’ Ahmad bin Haji Ibrahim.

draft • 12:10 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

Segulai Sejalai.

draft • 12:14 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Batang teras di dalam hutan, Ditebang dibuat tiang rumah; Bukan sekadar angka dan peruntukan, Ini tentang keadilan dan maruah. Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini yang dibentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini walaupun kelihatan seperti satu rang undang-undang rutin tahunan seperti dan bersifat teknikal sebenarnya adalah antara instrumen kewangan yang amat penting dalam faktor federalisme fiskal Malaysia. Ia bukan sekadar dokumen kewangan biasa, tetapi merupakan mekanisme Perlembagaan yang menterjemahkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Rang undang-undang ini— maaf. Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 ini memperuntukkan geran kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah penduduk seperti yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Artikel 109(1)(a) of the Federal Constitution dibaca bersama Tenth Schedule Part I of the Federal Constitution. Peruntukan ini menetapkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang menyediakan pemberian kepada negeri-negeri berdasarkan bilangan penduduk negeri masing-masing. Saya ingin menegaskan bahawa pemberian ini bukanlah wang ihsan atau bantuan bersifat budi secara semata-mata.

Sebaliknya, ia merupakan kewajipan Perlembagaan yang mesti ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Geran ini dibayar daripada Federal Consolidated Fund dan merupakan sebahagian daripada struktur kewangan Persekutuan yang memastikan negeri- negeri mempunyai sumber asas bagi melaksanakan pentadbiran serta menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, tahun ini juga amat signifikan kerana negara sedang memasuki tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan menentukan halat tuju pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang. Belanjawan Persekutuan 2026 yang diluluskan semalam menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh pembangunan negara.

Namun begitu, kekuatan sebenar sebuah negara Persekutuan tidak hanya diukur melalui jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan semata-mata. Sebaliknya, kekuatan itu diukur melalui sejauh mana kemakmuran negara dapat dirasai secara seimbang di seluruh Persekutuan dari Kangar ke Kota Kinabalu, dari Pulau Pinang hingga ke Miri. Dalam konteks inilah, pemberian kepada negeri-negeri seperti yang dibahaskan hari ini memainkan peranan yang amat penting.

Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini tentang kerangka Perlembagaan yang menjadi asas kepada rang undang-undang ini. Seperti yang

draft • 12:14 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

dinyatakan tadi, Perkara 109(1)(a) memberi kuasa kepada Parlimen untuk memperuntukkan pemberian kepada negeri-negeri berdasarkan bilangan penduduk.

Bahagian I Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan mula memperincikan bahawa pemberian ini dikira berdasarkan formula per kapita iaitu kadar tertentu bagi setiap orang yang didarabkan dengan jumlah penduduk negeri berkenaan. Formula ini mudah. Lebih ramai penduduk, lebih besar geran yang diterima oleh negeri tersebut.

Namun begitu, persoalan penting yang perlu kita renungkan bersama ialah adakah formula yang mudah itu semestinya adil dalam semua keadaan? Malaysia bukan sebuah negara yang homogen.

Malaysia adalah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri yang sangat berbeza dari segi geografi, demografi dan tahap pembangunan. Sebagai contoh, negeri padat penduduk seperti Selangor dengan lebih 7 juta penduduk dan Pulau Pinang sekitar 1.8 juta penduduk, negeri yang luas, tetapi yang mempunyai kepadatan penduduk rendah seperti Sarawak dengan keluasan kira-kira 124,450 kilometer persegi dan penduduk sekitar 2.9 juta serta Sabah dengan keluasan kira-kira 73,904 kilometer persegi dan penduduk sekitar 3.9 juta, kos membina satu kilometer jalan raya di Kuala Lumpur tidak sama dengan kos membina jalan di pedalaman Baram, Belaga atau Ulu Kapit.

Begitu juga kos menyediakan klinik kesihatan di bandar tidak sama dengan kos menghantar peralatan perubatan ke kawasan pedalaman yang hanya boleh diakses melalui sungai atau jalan balak. Oleh itu, dalam konteks Persekutuan yang pelbagai seperti Malaysia, keadilan fiskal tidak semestinya bermaksud kesamaan jumlah. Sebaliknya, keadilan fiskal bermaksud kesamaan kemampuan untuk menyediakan tahap perkhidmatan asas yang setara kepada rakyat di mana sahaja mereka berada.

Datuk Yang di-Pertua, selain daripada faktor jumlah penduduk, satu realiti penting dalam ekonomi fiskal ialah kos penyampaian perkhidmatan awam.

draft • 12:14 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Dalam wilayah luas, tetapi berpenduduk jarang, kos penyampaian perkhidmatan bagi setiap orang adalah secara semula jadinya lebih tinggi. Sebagai contoh, projek bekalan air atau elektrik di bandar padat boleh memberi manfaat kepada ribuan penduduk dalam radius yang kecil, tetapi projek yang sama di kawasan pendalaman mungkin hanya memberi manfaat kepada beberapa ratus penduduk walaupun kos pemindaannya hampir sama.

Ini bermakna kos pembangunan per kapita di kawasan pendalaman selalunya lebih tinggi. Realiti ini sangat ketara di negeri-negeri seperti Sarawak dan Sabah yang mempunyai kawasan pendalaman yang luas serta penempatan yang bertaburan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Datuk Yang di-Pertua, dalam pembahasan ini juga penting untuk kita membezakan beberapa jenis pemberian Persekutuan kepada negeri.

Pertama, pemberian mengikut bilangan orang di bawah Perkara 109(1A).

Kedua, pemberian penyelenggaraan jalan negeri di bawah Artikel 109(1B) of the Federal Constitution yang diperincikan dalam Tenth Schedule Part 2 of the Federal Constitution. Ketiga, yang amat penting bagi Sabah dan Sarawak ialah geran khas di bawah Article 112C of the Federal Constitution yang mana Article 112D of the Federal Constitution memperuntukkan bahawa jumlah geran tersebut hendaklah disemak secara berkala melalui rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Datuk Yang di-Pertua, pengaturan kewangan khas ini tidak muncul secara kebetulan.

Ia lahir daripada rundingan panjang sebelum Pembentukan Malaysia khususnya melalui laporan Inter-Governmental Committee Report 1962. Laporan ini menjadi asas kepada struktur perlembagaan bagi Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

Peruntukan ini juga perlu dilihat dalam konteks lebih luas pembentukan Malaysia di bawah Malaysia Agreement 1963 yang menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dibina atas prinsip perkongsian antara wilayah.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan jangka panjang. Pertama, kajian semula formula per kapita. Formula pemberian boleh dikaji semula dengan mengambil kira faktor seperti keluasan negeri, kos penyampaian perkhidmatan dan tahap pembangunan luar bandar.

Kedua, modal fiscal equalisation. Datuk Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada kajian perbandingan antarabangsa dalam buku bertajuk “Fiscal Federalism and Equalisation: Transfer Balancing Regional Autonomy and Solidarity” yang disunting oleh Mikel Erkoreka.

Terdapat banyak pengajaran berharga yang boleh kita pelajari di sini. Negara seperti Australia menggunakan horizontal fiscal equalization yang dikendalikan oleh Commonwealth Grants Commission yang bebas, dan matlamatnya adalah untuk memastikan setiap negeri mempunyai kapasiti fiskal yang sama untuk menyediakan perkhidmatan awam pada tahap yang sama setelah mengambil kira perbezaan kos dan keperluan.

Kanada pula menggunakan sistem yang mengabungkan Equalization Program untuk wilayah yang kurang mampu dengan Territorial Formula Financing untuk wilayah utara yang mempunyai kos penyampaian perkhidmatan yang sangat tinggi. Malaysia boleh meneliti model ini untuk memperkukuh federalisme fiskal negara.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Datuk Yang di-Pertua, geran yang besar memerlukan akauntabiliti yang tinggi. Saya mencadangkan laporan penggunaan geran dibentangkan di Dewan Undangan Negeri atau negara— atau di negara, atau di Dewan Rakyat, akaun geran diaudit oleh Ketua Audit Negara, maklumat penggunaan geran dipaparkan secara terbuka kepada rakyat. Ini bukan soal ketidakpercayaan. Ini soal amanah kepada rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, Persekutuan Malaysia dibina atas semangat perkongsian.

Persekutuan yang kuat bukanlah persekutuan yang memusatkan segala kuasa di satu tempat. Persekutuan yang kuat ialah Persekutuan yang mampu mengimbangi keperluan semua wilayah.

Jika federalisme fiskal ini dilaksanakan dengan adil dan berimbang, maka setiap negeri sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak akan mempunyai keupayaan yang lebih seimbang dengan membangunkan rakyatnya. Apabila semua wilayah berkembang bersama, maka Persekutuan Malaysia akan menjadi lebih kukuh, lebih stabil dan lebih makmur.

*Batang melentur hujungnya jatuh; Jatuhnya ke permatang padi; Jika bertimbang rasa federalisme kukuh; Bukan kuasa di pusat sendiri.

Anak ikan di Sungai Tanjung; Hilang disambar udang karang; Sabah Sarawak juga Semenanjung; Bersatu kita jadi terbilang.* Saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Tadi saya dengar YB cadangkan formula lain pula, tapi pada waktu yang sama lepas tutup perbahasan, YB kata YB sokong.

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Hj. Ibrahim

If I was in the— kalau saya dalam committee, insya-Allah, kita bagi pandangan itu, tapi kita tak dijemput.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik YB.

draft • 12:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Hj. Ibrahim

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang, saya jemput YB Pele Peter Tinggom.

draft • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan rang undang-undang yang dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

draft • 12:26 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Datuk Yang di-Pertua, saya menyambut baik rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan pindaan yang dibuat— berkenaan dengan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang baru saja dibentangkan oleh beliau sebentar tadi.

Rang undang-undang ini amatlah diperlukan memandangkan negeri-negeri di persekutuan yang kita ada memerlukan peruntukan tambahan bagi merealisasikan RMKe13 dari aspek persekutuan, begitu juga bagi negeri-negeri merealisasikan RMKe13 yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Ini juga bertepatan dengan prinsip federalisme yang kita ada, iaitu untuk kita memastikan semua negeri-negeri dan wilayah mendapat peruntukan yang setimpal untuk negeri-negeri dan wilayah di Persekutuan Malaysia, melaksanakan tanggungjawab, memberi pembangunan yang lebih cepat dan lebih efektif kepada rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, walaupun akta ini telah— walaupun akta ini memang sangat diperlukan sekiranya peruntukan ini disalurkan nanti, saya berharap akta ini akan memberi peluang kepada negeri-negeri memajukan negeri masing-masing walaupun, dengan izin, better late than never for the State to have more funds for them to develop their State. Walaupun demikian Datuk Yang di-Pertua, saya ada persoalan berkenaan dengan formula yang digunakan untuk mendapat angka-angka yang telah dipinda, yang dinaikkan di dalam akta ini.

Seperti contoh, seperti yang kita lihat dalam subseksyen 1 perenggan dua, kenaikan bagi Bahagian A hanya RM30 dan kenaikan Bahagian B hanya RM3.80, dan Bahagian C naik sebanyak RM2.70 dan Bahagian B naik sebanyak RM11.40. Kalau kita melihat cost of living sekarang dengan izin, dan juga inflasi sekarang berbanding pada tahun 1963, saya rasakan kenaikan ini tidak mencukupi.

draft • 12:26 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Sebagai contoh dia, pada tahun 1963, inflasi adalah antara 0.2 persen ke 3 persen dan kos sara hidup― kalau kita beli satu kati beras ataupun 600 gram beras pada masa itu, kosnya adalah dalam 30 sen ataupun 40 sen. Sekarang kos sara hidup― kalau kita beli satu kati atau 600 gram beras sekarang, kosnya berpuluh ringgit.

Oleh yang demikian, saya mohon― walaupun akta ini akan diluluskan nanti dengan angka yang telah ditetapkan, saya mohon pihak kerajaan untuk to have a look at this again, dengan izin, untuk menaikkan kadar ini lebih tinggi lagi.

Kalau kita melihat dari segi financial implication yang ada berkaitan dengan akta ini, kenaikan financial expenditure, dengan izin, akan melibatkan RM548 juta. Kalau ini dibahagikan kepada populasi penduduk di semua negeri di Malaysia, saya rasa tiap-tiap

draft • 12:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

negeri, mengikut kepadatan penduduk, hanya mendapat dalam RM20-30 juta. Saya rasa ini tidak mencukupi untuk kerajaan menambahkan mengikut kadar yang telah ditetapkan yang diperuntukkan di bawah RUU ini.

Seterusnya, Datuk Yang di-Pertua, saya mohon juga― sebagai penutup― kepada pihak kerajaan supaya melihat kepada Jadual Kesepuluh, yang sama, untuk menambah peruntukan kepada Part I, Part II, Part III, Part IV and Part V di bawah peruntukan yang sama kerana, seperti yang telah disebut oleh rakan saya tadi, Yang Berhormat Dato’ Ahmad, Jadual ini hanya memperuntukkan untuk menaikkan kadar bagi bahagian berkenaan dengan bilangan penduduk. Bilangan penduduk. Iaitu mengikut bilangan orang 2026 ini― penduduk― untuk kadar dinaikkan.

Bahagian yang saya sebutkan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan pada masa akan datang adalah Part II berkenaan dengan capitation grant― Part I tadi. Part II berkenaan dengan state road grant; Part III berkenaan dengan sources of revenue assigned to states; Part IV berkenaan dengan special grants to States of Sabah and Sarawak; dan Part V berkenaan dengan additional sources of revenue assigned to States of Sabah and Sarawak.

Saya mohon pihak kerajaan untuk melihat benda-benda ini sekali lagi untuk dipertimbangkan untuk dibuat satu akta juga untuk menaikkan kadar kepada part yang saya sebut tadi.

Dengan itu, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Pele. Sekarang saya jemput Senator Dr.

Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Datuk Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan Rang Undang- undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

Pemberian ini yang juga lebih dikenali sebagai pemberian ikut kepala merupakan nadi utama bagi operasi kerajaan negeri untuk membiayai pengurusan harian, yang mana kali terakhir kadar ini disemak secara menyeluruh adalah pada tahun 2002 melalui Akta 622.

Sejujurnya, selama 24 tahun ini, kadar ini digunakan pada kadar pada tahun 2002.

Maksudnya, 24 tahun kita menggunakan kadar yang sama walaupun kadar inflasi kita makin meningkat. Jadi, semakan ini adalah satu langkah yang sangat kita nanti-nantikan.

Namun, dalam kita menyokong, terdapat beberapa persoalan fundamental dari perspektif kewangan dan kemampanan fiskal yang perlu diperincikan oleh pihak kementerian.

draft • 12:33 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Persoalan pertama saya, kecukupan kadar dalam mendepani inflasi terkumpul. Kita melihat kadar bagi 100,000 penduduk pertama dinaikkan daripada RM72 kepada RM102.

Walaupun nampak besar secara peratusan, persoalan saya ialah adakah nilai RM102 pada tahun 2026 ini benar-benar mempunyai kuasa beli yang sama atau lebih baik berbanding RM72 pada tahun 2002? Jika kita mengira kadar inflasi tahunan dan kenaikan kos bahan binaan serta penyelenggaraan infrastruktur negeri selama dua dekad ini, adakah kenaikan ini sebenarnya hanya satu bentuk pampasan susut nilai dan bukannya satu penambahan nilai yang signifikan kepada kantung kerajaan negeri?

Persoalan kedua, implikasi terhadap jurang fiskal antara negeri. Seperti yang kita maklum, pindaan RUU ini penting, antara lainnya, adalah untuk membantu kerajaan negeri menangani peningkatan perbelanjaan operasi khususnya selepas pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang melibatkan kenaikan emolumen penjawat awam negeri, mengurangkan jurang kewangan antara negeri-negeri yang mempunyai hasil yang terhad berbanding negeri-negeri maju melalui struktur kadar progresif dan untuk memastikan kerajaan negeri mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa terbeban oleh kekangan kewangan yang meruncing.

Dari sudut kewangan, RUU ini mengekalkan struktur tier atau peringkat penduduk.

Persoalan saya, adakah formula ini masih relevan untuk merapatkan jurang antara negeri kaya dan juga negeri miskin?

Apabila kita melihat unjuran, negeri seperti Selangor mendapat tambahan RM14.88 juta, manakala Perlis mendapat RM6.86 juta, walaupun Perlis mencatatkan peratusan kenaikan yang tinggi iaitu 40.8 peratus. Jurang nilai mutlak antara negeri tetap melebar.

Sejauh manakah pemberian ikut kepala ini mampu menangani isu horizontal fiscal imbalance atau ketidakseimbangan fiskal mendatar di mana negeri berpenduduk sedikit, tetapi mempunyai keluasan tanah yang besar terpaksa menanggung kos perkhidmatan per kapita yang lebih tinggi seperti yang dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat Dato’ Ibrahim tadi, negeri Sarawak besar, tapi penduduk tinggi. Jadi, kosnya menjadi terlalu tinggi kalau kita bilang ikut per kapita.

Persoalan ketiga, kekerapan semakan dan ketentuan masa hadapan. Datuk Yang di- Pertua, kerajaan mencadangkan agar pemberian ini dikaji setiap 10 tahun. Mengapa kita mengambil kira 10 tahun? Dalam dunia ekonomi yang sangat dinamik dan tidak menentu hari ini, bukankah tempoh 10 tahun ini terlalu lama? Mengapa tidak diwujudkan satu mekanisme pelarasan automatik yang berasaskan indeks harga pengguna atau peratusan tertentu daripada hasil Persekutuan? Adakah Kerajaan Persekutuan bersedia untuk melihat formula

draft • 12:33 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

yang lebih fleksibel supaya kita tidak perlu lagi menunggu sehingga 20 tahun akan datang untuk perdebatan yang sama?

Persoalan keempat saya adalah mengenai integriti data penduduk DOSM. Pemberian ini bergantung sepenuhnya kepada angka penduduk. Persoalan saya, sejauh manakah kementerian memastikan bahawa data penduduk yang digunakan adalah real time dan inklusif? Bagaimanakah dengan negeri-negeri yang mempunyai mobiliti penduduk yang tinggi atau kehadiran penduduk bukan warganegara yang signifikan yang turut menggunakan infrastruktur negeri?

draft • 12:33 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Adakah kos penyediaan perkhidmatan kepada golongan ini diambil kira dalam kepala yang dikira atau adakah kerajaan negeri terpaksa menanggung kos tersembunyi ini dengan peruntukan yang sangat terhad?

Persoalan kelima saya adalah mengenai kebergantungan dan autonomi kewangan negeri. Datuk Yang di-Pertua, dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM109 juta setahun kepada Persekutuan, adakah ia akan meningkatkan kebergantungan negeri kepada Pusat? Persoalan besarnya, adakah kenaikan pemberian ini akan diikuti dengan pengurangan dalam geran-geran lain seperti geran tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup? Kita tidak mahu ia menjadi senario, tangan kanan memberi, tangan kiri mengambil kembali. Kita memerlukan jaminan bahawa tambahan ini adalah bersih ataupun net gain kepada negeri.

Datuk Yang di-Pertua, saya memohon penjelasan tuntas daripada pihak kementerian mengenai persoalan-persoalan fiskal ini sebelum rang undang-undang diluluskan di Dewan yang mulia ini. Dengan itu, sekian. Saya memohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Dr. Martina. Tangan kanan memberi, tangan kiri tarik balik.

[Ketawa] Sekarang saya menjemput Tuan Michael Mujah Lihan.

draft • 12:40 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang akan meminda Bahagian I, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan kuasa bawah Perkara 109 pada hari ini.

Perkara 109, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan capitation grant sebagai salah satu bentuk perkongsian kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam sistem Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini dilihat bukan sekadar mekanisme fiskal tetapi merupakan lantai penting dalam struktur federalisme negara kita yang dibina atas

draft • 12:41 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

semangat memastikan setiap negeri mempunyai sumber minimum untuk mentadbir dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

Namun realitinya pada hari ini, kadar sedia ada tidak lagi selari dengan perkembangan semasa. Ia tidak mengambil kira tekanan inflasi, pertambahan fungsi pentadbiran negeri serta peningkatan kos operasi dalam pentadbiran moden. Dari satu aspek yang lain, kita juga harus melihat bahawa pemberian ini tidak sepatutnya dinilai sebagai suatu bentuk ihsan politik. Ia adalah tanggungjawab Perlembagaan di bawah Perkara 109(1)(a). Hakikatnya, kadar pemberian ini tidak pernah disemak secara menyeluruh sejak tahun 2002, melalui Akta 622 sejak hampir 24 tahun yang lalu.

Dalam tempoh tersebut, pastilah pelbagai perubahan telah berlaku, kos pengurusan kerajaan negeri meningkat, inflasi melonjak dan kini, pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam turut menambah beban emolumen penjawat awam di peringkat negeri.

Oleh itu, saya melihat wujudnya kewajaran dalam pindaan yang dibawa pada hari ini.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya menyentuh perihal bagi Wilayah Sarawak, di mana isu ini jauh lebih besar daripada sekadar kenaikan kadar antara 15 hingga 42 peratus seperti yang dicadangkan dalam pindaan. Saya ingin menegaskan bahawa pemberian per kapita ini tidak boleh dilihat secara berasingan daripada hak constitutional Sarawak di bawah Perkara 112, Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Yang di-Pertua, kita harus memastikan Sarawak menerima jumlah keseluruhan yang saksama tanpa wujudnya pertindihan atau pengurangan di bawah skim pemberian yang lain. Janganlah pemberian per kapita ini dijadikan alasan untuk mengurangkan komitmen fiskal terhadap hak-hak Sarawak di bawah MA63. Bagi Sarawak, semakan ini selaras semangat MA63 yang menuntut pengiktirafan kewangan yang lebih adil bagi negeri-negeri Borneo yang mempunyai keluasan geografi yang besar, namun kepadatan penduduk yang berbeza.

Sesuatu baharu yang diperkenalkan mengenai pindaan ini telah diperkenalkan sistem [Tidak jelas] Yang bersifat progresif. Pendekatan ini sememangnya membantu negeri yang mempunyai bilangan penduduk kecil melalui kadar lebih tinggi pada 100,000 orang pertama, manakala negeri-negeri besar yang akan menerima jumlah keseluruhan yang lebih tinggi berdasarkan populasi mereka.

Namun, persoalan utama ialah sejauh manakah formula berasaskan bilangan orang semata-mata ini benar-benar mencerminkan realiti kos pentadbiran dan penggunaan di wilayah yang luas, tetapi berpenduduk jarang seperti Sarawak? Sebagai contoh, Sarawak, keluasan lebih daripada 124,000 km persegi yang menjadikan negeri terbesar di Malaysia. Di

draft • 12:41 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

kawasan pedalaman seperti Parlimen Hulu Rajang, termasuk Belaga, Murum dan Baleh. Kos membina satu kilometer jalan raya adalah berlipat ganda, lebih mahal berbanding di Selangor.

Di kawasan pedalaman, faktor logistik seperti pengangkutan, sungai, jalan balak, jarak penempatan yang jauh serta kekangan infrastruktur menjadi kos sebenar per kapita jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri yang padat di Semenanjung. Faktor logistik yang ekstrem melalui jalan balak, pengangkutan sungai dan jarak penempatan yang jauh mewujudkan anomali geografi. Formula RM102 bagi 100,000 orang pertama mungkin nampak besar di kertas, tetapi tidak mampu menampung kos menjangkau rakyat di pedalaman Sarawak yang mencabar.

Jika kita hanya mengira jumlah kepala kepada mengambil kira keluasan wilayah dan kepadatan penduduk, kita berisiko untuk terus mengekalkan ketidakseimbangan infrastruktur dalam sistem fiskal antara Persekutuan dan negeri.

Oleh itu, saya mencadangkan agar formula dalam Jadual Kesepuluh ini disemak semula untuk memasukkan faktor keluasan. Pemberian tidak seharusnya hanya berdasarkan jumlah kepala, tetapi juga mengambil kira kos tinggi untuk menyediakan infrastruktur di kawasan pedalaman yang luas.

Datuk Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya hendak mengemukakan beberapa perkara yang pada hemat saya perlu diperincikan oleh kerajaan. Pertama, saya ingin merayu, menyeru agar mekanisme kajian berkala setiap 10 tahun hendaklah melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak secara institusi dan bukan sekadar satu simbolik. Penglibatan yang bersignifikan akan dapat memastikan formula yang dibangunkan benar-benar mengambil kira realiti pentadbiran di peringkat wilayah dan negeri.

Seterusnya, kita sedia maklum capitation grant ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhan ekosistem fiskal antara Persekutuan dan negeri. Justeru, saya ingin menegaskan bahawa pada masa akan datang, pemberian ini tidak boleh menggantikan atau mengurangkan komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah pemberian khas serta geran pembangunan yang lain.

Dan saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan agar capitation grant ini terus dikekalkan di dalam Perlembagaan tanpa mengambil kira siapa yang mentadbir negara di suatu hari nanti.

Datuk Yang di-Pertua, saya turut melihat pindaan ini sebagai satu langkah permulaan yang sangat baik. Namun, usaha yang konsisten perlu diteruskan ke arah memperkukuhkan semangat federalisme rakan kongsi yang sebenar. Di mana kerajaan-kerajaan negeri diiktiraf sebagai rakan setara dalam pertadbiran negara dan bukannya sekadar penerima peruntukan yang bergantung kepada ihsan dan kelulusan daripada Kerajaan Pusat.

draft • 12:41 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri perlu diberikan autonomi yang lebih luas untuk mengurus sektor penting seperti pengangkutan, perumahan, kebajikan masyarakat mengikut keperluan setempat.

draft • 12:41 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Pelaksanaan bertanggungjawab― tanggungjawab ini juga perlu disokong oleh kedudukan kewangan yang kukuh termasuk dengan meneroka mekanisme bagi menyalurkan sebahagian hasil cukai seperti cukai pendapatan, cukai syarikat secara terus kepada negeri.

Datuk Yang di-Pertua, selain itu kita juga melihat dimensi demografi dalam pengagihan fiskal terutamanya pada Malaysia sedang menuju ke arah negara tua. Kadar penuaan ini tidak berlaku secara seragam antara semua negeri. Negeri yang mempunyai peratusan warga emas lebih tinggi pastinya akan menanggung kos kesihatan kronik yang lebih besar, memerlukan lebih banyak kemudahan penjagaan jangka panjang fasiliti, komuniti warga emas serta tenaga kerja penjagaan.

Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kerajaan.

Sejauh manakah kerajaan menilai komponen demografi ini dalam menentukan nilai yang ada diberikan agar kerajaan juga bersedia untuk mengkaji faktor migrasi antara negeri dalam perkara ini?

Datuk Yang di-Pertua, pindaan ini merupakan langkah yang positif dan perlu bagi memperbaharui kadar geran kapasiti yang sudahlah terlalu lama tidak disemak. Dan saya memuji semangat Kerajaan MADANI hari ini yang telah menunjukkan kesungguhan untuk memperkukuh hubungan fiskal antara Persekutuan dan wilayah serta negeri. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang saya gariskan tadi, kita bukan sahaja memperbaiki sistem pemberian kepada negeri, tetapi juga memperkukuhkan asas federalisme Malaysia untuk generasi akan datang.

Dengan ini, saya menyokong pindaan RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Michael Mujah. Suara selari je macam Dato’ Ahmad Ibrahim tadi.

[Ketawa] Sekarang saya jemput Tuan Azahar bin Hassan.

draft • 12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dia tajuk hari ni dia ringkas sangat noh.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Saya nak cadang yang pertama ni nama kita buat pindaan sikit boleh lepas ni. Nama akta ni pun, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang. Kalau kita tukar nama sedap sikit boleh tak? Akta grant per kapita kah.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tu nak kena buat pindaan.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Pindaanlah, tapi saya cadang itulah.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak cukup masa nak buat pindaan.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Saya hanya untuk perbahasan sayalah. Pandangan saya selepas ni.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] [Tidak jelas] Pandangan boleh. Nak mohon pindaan tak boleh.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Dak, dak. Ini pandangan saya. Kita bagi nama akta pun bagilah sedap sikit kan macam tajuk lagu.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Itu kena tanya Datuk Awang Sariyan. Dia pakar bahasa.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Insya-Allah. Isu dari segi perbahasan sajalah. Okey, akta ini kita tengok lebih menumpukan pada jumlah penduduk di setiap negeri. Kalau kita tengok di Perlis ni, kita ada lebih kuranglah. Yang terkini 284,885. Tak sampai 500,000 pun. Tak sampai 300,000 pun. Kalau kira dengan peruntukan yang akan dibagi ini, lebih kurang dapat dalam RM12.79 juta, setahunlah. Dengan dia punya data-data tu lebih kurang RM44.88 seorang. Jika di-calculate semua sekali dengan dia punya jadual yang dibagi itu.

Banding dengan Selangor, jumlah Selangor kalau kira-kira dia dapat RM105 juta.

Lebih kuranglah noh. Johor RM64 juta, Sabah Sarawak ni mungkin Sabah mungkin RM58 ke RM64 juta, Sarawak mungkin RM40 ke RM45 juta. Ha, ini yang cerita P. Ramlee kata, “Ini tidak adil!”.

[Ketawa] Bukan sebab apa. Kita tengok hari ini, Perlis dah lah kecik kan. Depa kata negeri ada lapan orang, miskin, tapi masa ni lah kena bantu banyak sikit.

Jadi saya cadangkan, kita buat satu ketetapan. Ada dipanggil geran minimum tetap.

Ha, mungkin ada angka siling bawah lantai, harga lantailah. Bukan harga siling, harga lantai kan. Kalau tengok-tengok, kira-kira ada RM12 juta setahun, mungkin harga siling ni mungkin RM20 juta. Ha, dapatlah banyak sikit kan untuk orang Perlis. Jadi...

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tapi boleh tambah anak lagi, beranak lagi.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Ya.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh?

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Kalau beranak pun dia tak cukup sebab dia punya jumlah tu kan dengan penuaan pun dah orang tua-tua pun banyak la ni kan.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Dia dulu kalau sekolah― sekolah dulu kadar 700, 800 orang pelajar, sekarang tinggal 100 lebih je sebab tak produktiflah. Dia...

[Ketawa] mak pak pun dah tua-tua banyaklah kan.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Jadi, geran per kapita ini sebenarnya dia lebih macam di sekolah-sekolah juga. Contoh dia kalau sekolah kecil, geran per kapita dia rendah. Kalau sekolah tu besar, geran per kapita dia tinggi. Ini konsep yang sama sebenarnya, tapi kita tengok hari ini, dengan kecil dengan besar ni, dia ada beza dia dari segi persembahan dan sebagainya, dari segi untuk pencapaian dan aktiviti dan sebagainya. Duit sikit, walaupun dia orang sikit, aktiviti dia sama juga.

Pembangunan kena buat. Semua kena buat. Jadi, eloklah kita kalau boleh selepas ini mungkin diubahsuai sedikit supaya negeri-negeri yang kecil ini dapat juga bantuan kewangan daripada Pusat yang dapat membantulah noh. Orang kata, tengok Selangor dah lah kaya.

Dapat RM100 juta lebih pula bantuan. Itu bantuan yang biasa ni. Bantuan yang luar biasa belum lagi kan, tapi kita nak ucap terima kasih juga kat PMX. Ada juga bagi sumbangan baru ni untuk Perlis kan. Terima kasih. Dapat jugalah orang Perlis rasa sikit kan tambah-tambah nak raya ni...

draft • 12:52 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Bangun]

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Hasil usaha Menteri Besar kita yang barulah jumpa dengan PMX dan terima kasih. Jadi...

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ha, YB Pele nak mencelah.

draft • 12:52 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh ya Yang Berhormat?

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Boleh, boleh, boleh. Lama sikit tak apa.

draft • 12:52 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Tuan Azahar, adakah Yang Berhormat Tuan Azahar bersetuju kerana seperti dalam ucapan saya tadi, kerana pindaan ini untuk menaikkan kadar ini hanya untuk satu bahagian saja dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesepuluh tersebut. So, adakah Yang Berhormat setuju seperti dalam ucapan saya tadi untuk dinaikkan, untuk dikaji semula Jadual Kesepuluh 4(1) berkenaan dengan capitation grant yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi berkenaan dengan sources of revenue assigned to state, dengan izin dinaikkan juga? Apa pendapat Yang Berhormat?

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Okey, boleh masuk dalam Hansard. Kita bersetuju sebab apa yang terbaik ni, kita nak yang terbaiklah. Dia sebab semakan ni pun dah lama tak buat.

Jadi, kita ambil masa 24 tahun. 2002, ha 24 tahun. Jadi mungkin selepas ni kita minta semakan setiap lima tahun. Semakan, kerajaan buat semakan balik review balik setiap lima tahun.

Dia geran per kapita ni dia memang akan ada masalah dia dari segi jumlah. Sebab macam Sarawak, contoh dia setujulah. Dia besar. Orang dia punya ramai. Tapi ada kawasan

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

yang tak ada orang dan sebagainya, tapi bagaimana kita nak pastikan bahawa agihan kepada negeri-negeri ni lebih adil, saksama demi satu kemajuan yang setara di semua negerilah.

Kalau ikut jumlah orang, Perlis akan terus tertinggal sampai bila-bilalah dengan RM12 juta setahun, tapi costing hidup, costing program― program-program ataupun pembangunan perlu dijalankan, dia tidak cukup. Orang sakit macam biasa noh. Orang makan nasi pun sama juga. Dia makan sepinggan nasi, orang Sabah makan sepinggan nasi, orang Sarawak makan sepinggan nasi.

[Ketawa] Jadi, kita mohon selepas ini mungkin ada satu harga lantai, peruntukan harga lantailah untuk negeri-negeri yang kecil ni.

Kemudian dari segi kelemahan-kelemahan sikitlah noh. Kelemahan-kelemahan kalau boleh kita nak minta― kita tidak ambil kira faktor geografi dan infrastruktur juga noh. Kena ambil kira lepas ni, kena ambil kira sebab formula ni semata-mata berdasarkan penduduk tidak mempertimbangkan keluasan negeri, lokasi terpencil atau kos penyelenggaraan infrastruktur. Negeri kecil atau pedalaman mungkin memerlukan kos lebih tinggi untuk jalan raya, bekalan air, hospital, sekolah walaupun penduduk dia sikit. Keperluan dia tak sama, dia tak balance noh.

Jadi walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan kita punya RUU ni. Semoga yang terbaik itu dapat diberikan kepada setiap negeri kan. Kita bagi yang terbaik dan saya minta review tu kalau boleh setiap lima tahun ataupun biar setiap kali tukar kerajaan ya...

[Ketawa] Review. Tukar kerajaan, review.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Nanti dasar tak menentu, YB.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Ya. Sekarang ni...

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sebab setiap kali tukar kerajaan, dia tukar dasar.

draft • 12:52 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Betul. Dasar akan berubah pada masa yang diperlukan mengikut keperluan tertentu, tapi bagaimanapun negara akan terus membangun, negara masih memerlukan kewangan, negeri-negeri perlukan kewangan dan tanpa duit, apa pun tak boleh buat depa katalah. Ada duit, apa pun boleh buat. Walau bagaimanapun terima kasih atas peluang ada hari ini, saya menyokong usul ataupun rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih YB Azahar. Sekarang saya jemput Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

peluang yang diberikan untuk saya ambil bahagian untuk turut sama mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

Pada asasnya, RUU ini adalah selaras dengan Perkara 109, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pemberian kewangan Persekutuan kepada negeri- negeri berdasarkan formula tertentu mengikut bilangan penduduk. Prinsip ini penting bagi memastikan keseimbangan fizikal antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Datuk Yang di-Pertua, mesyuarat majlis kewangan negara tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan kadar baru bagi Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant). Kadar baharu yang tersebut berkuat kuasa mula tahun 2026 yang melibatkan kenaikan sehingga 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta yang merupakan julung kali kadar ini dikaji sejak tahun 2002.

Datuk Yang di-Pertua, buat masa ini kadar pemberian Kerajaan Pusat kepada negeri- negeri masih belum mencukupi, terutamanya kepada negeri-negeri yang perlu diberikan perhatian supaya pembangunan negeri tidak ketinggalan seiring dengan negeri-negeri maju jika dibandingkan dengan hasil kutipan cukai yang dikutip daripada rakyat. Atas semangat, semak dan imbang, izinkan saya membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian dan penambahbaikan pihak kerajaan.

Yang pertamanya, prinsip keadilan. RUU ini berpaksikan jumlah bilangan orang sebagai asas pengiraan pemberian. Secara teorinya ia adil, lebih ramai penduduk lebih besarlah peruntukkannya, tapi persoalannya adakah formula ini benar-benar mencerminkan keperluan sebenar negeri-negeri?

Sebagai contoh, negeri seperti negeri Kedah mempunyai keluasan geografi yang besar, kawasan luar bandar yang luas serta taburan penduduk yang berselerak. Kos penyampaian perkhidmatan awam di kawasan-kawasan seperti di Baling, di Sik atau di Padang Terap jauh lebih tinggi berbanding kawasan bandar yang padat. Sebaliknya negeri- negeri yang padat seperti Selangor mungkin menikmati ekonomi skala dalam penyampaian perkhidmatan.

Justeru, saya mencadangkan agar formula pemberian bukan hanya berasaskan bilangan penduduk semata-mata tetapi ia nya juga mengambil kira yang pertamanya tahap kemiskinan negeri, indeks pembangunan wilayah, keluasan geografi, kos infrastruktur asas luar bandar. Ini penting supaya konsep keadilan dapat memberikan mengikut bilangan orang benar-benar tercapai.

Yang kedua, ketelusan data dan sumber rujukan. Datuk Yang di-Pertua, RUU ini bergantung pada angka populasi semasa. Persoalan yang timbul, apakah angka ini berdasarkan bancian rasmi terkini? Bagaimana dengan pertambahan penduduk mengikut

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

migrasi dalaman dan pekerja asing? Adakah terdapat mekanisme penyelarasan tahunan?

Kita maklum bahawa bancian rasmi terakhir yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, namun perubahan demografi berlaku terlalu pantas khususnya di kawasan industri dan bandar-bandar utama.

Saya mencadangkan supaya formula ini disemak sekurang-kurangnya tiga tahun.

Laporan tahunan dibentangkan kepada Parlimen bagi memastikan ketelusan. Parlimen tidak boleh sekadar meluluskan peruntukan ini tanpa akses kepada justifikasi angka yang telus.

Yang ketiga, jurang pembangunan antara negeri. Sekiranya pemberian ini terlalu mekanikal sifatnya, kita bimbang ia akan memperkukuhkan jurang sedia ada antara negeri maju dan negeri kurang membangun. Negeri-negeri yang mempunyai hasil dalaman tinggi mungkin kurang bergantung kepada pemberian ini, tetapi bagi negeri-negeri yang berpendapatan rendah pemberian ini amat kritikal bagi membiayai yang pertamanya, projek bekalan air luar bandar, penyelenggaraan jalan-jalan negeri, kemudahan kesihatan dan pendidikan. Saya ingin menegaskan bahawa semangat federalisme menuntut solidariti fizikal.

Negeri-negeri yang kurang berupaya perlu diberikan ruang untuk membangun secara seimbang.

Yang keempat Datuk Yang di-Pertua, akauntabiliti penggunaan dana. Selain formula agihan, aspek pengawasan penggunaan dana juga penting. Adakah terdapat Mekanisme audit khusus pelaporan berkala kepada Parlimen? Seterusnya, penanda aras keberhasilan KPI. Kita tidak mahu pemberian ini hanya menjadi pemindahan fiskal tanpa impak yang boleh diukur. Saya mencadangkan supaya setiap negeri mengemukakan laporan prestasi penggunaan dana, mengaitkan pemberian dengan hasil pembangunan tertentu. Ini selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik dan integriti kewangan awam.

Datuk Yang di-Pertua, kelimanya keseimbangan kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri. RUU ini harus dilihat dalam konteks hubungan Persekutuan dan negeri. Pemberian kewangan tidak boleh dijadikan alat tekanan politik. Ia mesti dilaksanakan secara objektif, berasaskan formula yang jelas. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia perlu memastikan bahawa pengagihan dibuat secara profesional, tidak dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan lain seperti pertimbangan parti politik kepartian.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan, kita dalam konteks semak dan imbang.

Tanggungjawab kita bagi memastikan bahawa supaya tidak berlaku diskriminasi antara negeri, tidak berlaku kelewatan penyaluran dana tanpa sebab yang munasabah.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai akhirnya ada sedikit cadangan penambahan untuk kebaikan RUU ini supaya:

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

(i) semakan formula perlu ditambah elemen indeks pembangunan dan kemiskinan;

(ii) ketelusan data laporan tahunan kepada Parlimen;

(iii) audit berkala laporan penggunaan dana oleh negeri;

(iv) mekanisme pelarasan mengambil kira pertumbuhan penduduk semasa; dan

(v) Jawatankuasa Pemantauan Parlimen untuk menilai keberkesanan pemberian ini.

Datuk Yang di-Pertua, akhirnya sekali, saya tidak menolak kepentingan RUU ini, malah saya turut menyokong atas prinsipnya demi memastikan kelangsungan fungsi negeri dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tuan Haji Abdul Nasir. Sekarang saya jemput Puan Tiew Way Keng.

draft • 1:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.

Pada asasnya saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia membawa satu pembetulan yang sudah lama tertangguh iaitu menyemak semula kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada negeri-negeri. RUU ini memperkenalkan kadar baru yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026, dengan tujuan menambah pemberian kepada negeri. Dan pada masa yang sama memastikan layanan yang lebih adil kepada negeri yang kurang penduduk serta negeri yang ramai penduduk.

Kadar baru yang dicadangkan ialah RM100.02 bagi 100 ribu orang yang pertama, RM14 bagi 500 ribu orang yang berikutnya dan RM13.50 bagi 500 ribu orang seterusnya dan RM13 bagi yang selebihnya. Keseluruhannya dikaitkan dengan kenaikan 25 peratus pada sekitar jumlah RM548 juta.

Namun, Datuk Yang Di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa perbahasan ini tidak harus dilihat sebagai soal angka semata-mata. Ia mesti dilihat sebagai soal demokrasi, soal keadilan fiskal dan soal penghormatan kepada struktur federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam sesebuah negara demokrasi, rakyat ialah sumber legitimasi kuasa negara.

Maka apabila jumlah rakyat bertambah, apabila kawasan menjadi semakin padat, apabila lebih ramai pengundi menuntut perkhidmatan asas kemudahan awam, jaringan jalan raya, sistem pengangkutan, saliran sekolah, klinik, keselamatan dan kebersihan, maka

draft • 1:10 PM

Puan Tiew Way Keng

pembiayaan yang sampai kepada negeri juga mestilah bergerak selari dengan realiti tersebut.

Kalau tidak, kita bercakap tentang demokrasi di atas kertas tetapi keadilan perkhidmatan di lapangan tidak benar-benar sampai kepada rakyat.

Kita mahu bercakap tentang realiti itu secara jujur. Kita mesti bercakap tentang Negeri Selangor. Mengikut anggaran rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2025, Selangor ialah negeri paling ramai penduduk di Malaysia dengan kira-kira 21.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara.

Pada peringkat daerah pula, Petaling mencatat sekitar 2.4 juta penduduk dan Hulu Langat sekitar 1.5 juta penduduk. Ini bukan angka yang kecil. Ini menggambarkan tekanan yang sangat besar ke atas infrastruktur pengangkutan, perumahan, perkhidmatan tempatan dan kemudahan orang di Negeri Selangor.

Dari sudut demokrasi pilihan raya pula, beban representasi di Selangor juga sangat ketara. Data rasmi SPR bagi PRU Ke-15 menunjukkan bahawa bagi kawasan Parlimen Bangi mempunyai 303,430 orang pemilih. Kawasan Kota Raja mempunyai 244,712 orang pemilih.

Manakala dibandingkan dengan Sabak Bernam, hanya terdapat 51,609 orang pemilih.

Ertinya, ada kawasan di Selangor yang menanggung beban pengundi berapa kali ganda lebih besar daripada kawasan lain. Maka, persoalannya ialah adakah wajar negeri yang menampung kawasan-kawasan padat seperti ini terus terlihat melalui formula kewangan yang terlalu lambat disemak? Pada pendapat saya, jawapannya adalah tidak.

Dalam semangat demokrasi, kita tidak boleh membiarkan rakyat di kawasan yang sangat padat terasa bahawa bilangan mereka besar, tuntutan mereka besar tetapi berat fiskal yang diterima tidak berkembang dengan adil. Kalau dibuat anggaran kasar menggunakan populasi rasmi Selangor bagi tahun 2025, negeri ini akan menerima sekitar RM89.6 juta di bawah formula yang lama. Tetapi sekitar RM105.9 juta di bawah formula yang baru, iaitu pertambahan kira-kira RM16.34 juta.

Saya akui angka ini adalah anggaran yang berdasarkan populasi semasa tahun 2025.

Namun ia cukup untuk menunjukkan bahawa pindaan ini bukan sekadar pindaan kosmetik, ia memberi implikasi kewangan yang nyata. Akan tetapi, bagi saya untuk negeri seperti Selangor yang memikul beban urbanisasi dan kepadatan rakyat yang luar biasa, ini masih perlu dilihat sebagai permulaan bukannya penamat.

Datuk Yang di-Pertua, apabila kita membicarakan soal keadilan fiskal, Malaysia tidak perlu malu untuk belajar daripada negara-negara lain. Di Australia, hasil GST kepada negeri- negeri tidak diagihkan secara rambang atau sesuka hati kerajaan semasa. Commonwealth Grants Commission memberi nasihat bebas kepada Kerajaan Persekutuan tentang cara hasil

draft • 1:10 PM

Puan Tiew Way Keng

GST harus diagihkan kepada negeri dan wilayah berasaskan prinsip Horizontal Fiscal Equalization.

Tujuannya ialah supaya setiap negeri walaupun mempunyai keupayaan hasil yang berbeza, tetap mampu menyediakan tahap perkhidmatan awam yang munasabah kepada rakyatnya. Ini penting. Prinsipnya bukan semua negeri mendapat jumlah yang sama, tetapi semua rakyat berhak kepada peluang perkhidmatan yang lebih seimbang walaupun mereka tinggal di negeri-negeri yang berbeza.

Di Kanada pula, pendekatannya juga sangat jelas dan berasaskan formula. Canada health transfer dibuat atas asas equal per capital basis dengan izin, iaitu secara per kapita yang sama. Manakala program equalization pula dikira secara per kapita dan kemudian dilaraskan mengikut populasi wilayah-wilayah tersebut bagi menangani jurang kapasiti fiskal.

Maksudnya, negara itu membezakan antara keperluan asas yang perlu diagih secara sama per orang dan jurang keupayaan hasil yang perlu diseimbangkan secara formula. Ini menunjukkan satu kematangan dalam federalisme fiskal. Ada unsur kesamarataan, ada unsur penyamarataan dan kedua-duanya berlandaskan kaedah yang telus.

Di India pula, Suruhanjaya Kewangan Keenam Belas tidak bergantung pada satu faktor saja. Agihan mendatar antara negeri dibuat berdasarkan beberapa kriteria serentak termasuk populasi, prestasi demografi, keluasan hutan, jarak pendapatan per kapita dan sumbangan negeri kepada KDNK. Malah untuk agihan geran kepada badan tempatan luar bandar, mereka menggunakan nisbah 90 kepada 10 antara unjuran populasi luar bandar dan keluasan.

Bagi badan tempatan bandar, nisbah 90 kepada 10 digunakan antara unjuran populasi bandar dan hasil sumber sendiri. Ertinya, negara besar yang kompleks seperti India mengiktiraf bahawa keadilan fiskal memerlukan formula yang lebih cermat daripada sekadar pembahagian data tanpa mengambil kira realiti. Maka, apabila kita kembali kepada Malaysia, persoalannya bukan sama ada negeri-negeri harus menerima jumlah yang serupa secara mutlak.

Persoalannya ialah sama ada formula kita cukup responsif kepada realiti rakyat yang diwakili. Negeri yang padat seperti Selangor memerlukan lebih banyak jalan raya diselenggarakan dengan baik, lebih banyak sistem tebatan banjir, lebih banyak pengangkutan awam, lebih banyak penyelarasan pihak berkuasa tempatan dan lebih banyak perkhidmatan untuk rakyat yang bergerak, bekerja dan tinggal di bandar-bandar besar.

Oleh itu, saya menyokong pindaan ini kerana ia mengiktiraf-kan sebahagian daripada realiti tersebut. Tetapi saya juga ingin menyeru supaya selepas ini, kerajaan mempertimbangkan formula yang lebih halus termasuk unsur tekanan urbanisasi, kepadatan

draft • 1:10 PM

Puan Tiew Way Keng

penduduk siang hari, kos penyelenggaraan infrastruktur bandar dan keperluan perkhidmatan di kawasan berintensiti tinggi.

Datuk Yang di-Pertua, perbandingan dengan negara lain juga penting dari sudut demokrasi perwakilan. Di Australia, persempadanan semula kawasan Pilihan Raya Persekutuan di jalankan secara bebas daripada kerajaan dan Parlimen. Australia Electoral Commission mentadbir proses itu tetapi keputusan dibuat oleh jawatankuasa bebas. Dalam satu proses agihan semula yang sedang berjalan, undang-undang mewajibkan jumlah pengundi bagi setiap kawasan tidak menyimpang lebih daripada 10 peratus di atas atau di bawah kotak agihan.

Di England pula, peratusan rasmi menetapkan bahawa pengundi bagi suatu kawasan Parlimen hendak tidak kurang daripada 95 peratus dan tidak lebih daripada 105 peratus daripada kuota Pilihan Raya United Kingdom. Ini menunjukkan bahawa dalam demokrasi yang matang, nilai undi dan beban wakil rakyat tidak boleh dibiarkan terlalu tidak seimbang untuk tempoh yang terlalu lama.

Saya menyebut hal ini kerana apabila kita bercakap tentang Bangi, Kota Raja dan kawasan-kawasan padat lain di Selangor, kita sebenarnya sedang bercakap tentang satu isu demokrasi yang lebih besar. Adakah suara rakyat yang lebih ramai benar-benar diterjemahkan kepada keupayaan sistem untuk berkhidmat kepada mereka?

Kalau bilangan pengundi besar, tekanan perkhidmatan besar, aduan banyak, tuntutan pembangunan besar, tetapi saluran fiskal tidak cukup cepat menyesuaikan diri, maka demokrasi itu menjadi tempang dari sudut pengalaman rakyat biasa. Maka, RUU ini patut dipuji kerana sekurang-kurangnya ia menggerakkan formula lama ke arah yang lebih munasabah.

draft • 1:10 PM

Puan Tiew Way Keng

Dalam masa yang sama, perbahasan ini juga mesti dibaca dalam konteks isu semasa dan keputusan mahkamah. Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan membenarkan Ahli Parlimen Muar iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dan pengundinya meneruskan rayuan mereka berhubung keputusan kerajaan menghentikan peruntukan kepada kawasan parlimen tersebut.

Saya tidak mahu mendahului merit kes itu tetapi satu mesej besar sudah pun jelas.

Isu agihan dana awam kepada kawasan pilihan raya bukan lagi isu politik semata-mata, ia juga menyentuh persoalan keadilan. Semakan kehakiman dan hubungan antara rakyat yang diwakili dengan kuasa eksekutif. Begitu juga dengan isu hak kewangan di Sabah. Pada 11 November 2025, peguam negara mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu keputusan berhubung geran khas berdasarkan bahagian 40 peratus hasil bagi Sabah

draft • 1:20 PM

Puan Tiew Way Keng

seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan rundingan dengan Sabah akan diteruskan.

Ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa dalam hubungan kewangan antara Persekutuan dengan negeri asas akhirnya ialah Perlembagaan, bukan ihsan politik. Jika hak kewangan negeri diiktiraf oleh Perlembagaan, maka pelaksanaannya hendaklah dilihat sebagai kewajipan undang-undang bukan hanya bermusim. Oleh itu, bagi Selangor khususnya mesti saya jelas, di negeri yang menjadi nadi ekonomi negara yang menampung penduduk paling ramai, daerah paling padat dan kawasan pilihan raya yang sangat besar dari segi pengundi tidak harus berasa bahawa beban yang besar tetapi timbangan fiskalnya bergerak atau terlalu perlahan.

Keadilan fiskal kepada Selangor bukanlah layanan istimewa. Ia ialah pengiktirafan terhadap realiti demokrasi dan tanggungjawab perkhidmatan yang dipikul setiap hari.

Akhirnya, Datuk Yang di-Pertua, demokrasi yang bermakna bukan sekadar memberi hak mengundi. Demokrasi yang bermakna ialah apabila negara mengiktiraf bahawa di sebalik setiap angka penduduk itu ada manusia, keluarga, anak-anak sekolah, warga emas, peniaga kecil, pengguna jalan raya, pembayar cukai dan pengundi yang mengharapkan perkhidmatan awam yang setimpal.

Oleh itu, saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini sambil menyeru agar ia menjadi langkah pertama ke arah keadilan fiskal yang lebih telus, federalisme yang lebih matang dan demokrasi yang lebih jujur kepada bilangan rakyat yang sebenar. Sekian, terima kasih.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Tiew. Satu perbahasan yang mencerminkan YB sebab sebagai Wakil Rakyat di kawasan bandar. Laju macam kereta api.

[Ketawa] .

draft • 1:20 PM

Puan Tiew Way Keng

[Ketawa] .

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tapi saya sebagai bekas Wakil Rakyat di kawasan bandar juga di Johor Bahru, saya amat bersimpati dengan perbahasan tadi yang juga mencerminkan kesan impak negatif urbanisasi yang terlalu cepat di kawasan bandar yang juga memerlukan peruntukan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur dan juga sosial dan sebagainya...

draft • 1:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Ya.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB.

draft • 1:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Satu ucapan yang baik.

draft • 1:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dia kalau orang luar bandar ni dia slow cakap. Orang bandar dia cakap macam kereta api laju, tapi saya faham. Saya dengar saya faham.

[Ketawa] Sekarang saya jemput Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.

draft • 1:20 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca doa] Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama turut berbahas RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Pindaan) 2026 yang mana seperti diperkatakan oleh sahabat-sahabat Senator yang lain, ia merupakan satu yang sepatutnyalah dilakukan pindaan untuk kepentingan bukan saja kepentingan negeri-negeri tertentu, tapi sebuah negeri di dalam Malaysia.

Yang mana pada saya, RUU ini merupakan satu usaha atau inisiatif perundangan yang penting atau kritikal bagi memperkukuhkan sistem fizikal antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di Malaysia yang mana berdasarkan kepada Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pemberian ini yang juga dikenali sebagai pemberian ikut kepala yang mana merupakan sumber utama kerajaan negeri bagi membiayai pengurusan harian. Kadar pemberian ini seperti mana yang telah disebutkan, secara menyeluruh telah pun dibuat kajian, terakhirnya pada tahun 2002 iaitu 24 tahun yang lalu melalui Akta 622. Dan pindaan ini diharap dapat memberi kelegaan kepada kerajaan negeri dari sudut fiskal yang mana mencerminkan realiti ekonomi masa kini, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi oleh pentadbiran kerajaan negeri.

Melalui pengagihan sumber yang lebih saksama, ini diharap pembangunan yang lebih lestari dapat direalisasikan oleh semua negeri. Matlamat RUU ini iaitu ada lima matlamatnya:

(i) mengemas kini kadar pemberian yang lapuk;

(ii) menampung kos pengurusan negeri;

(iii) mewujudkan keseimbangan fiskal antar negeri;

(iv) menjamin kelestarian perkhidmatan awam; dan

(v) institusi kajian yang berkala.

Daripada kelima-lima matlamat ini, saya ingin menyentuh atau tertarik untuk membahas berkaitan matlamat atau perkara yang ketiga iaitu mewujudkan keseimbangan fiskal antara negeri. Untuk mengurangkan jurang kewangan antara negeri-negeri yang

draft • 1:23 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

mempunyai hasil yang terhad berbanding negeri-negeri yang maju melalui struktur kadar yang progresif.

Di sini saya ingin memberi contohlah, negeri Perlis, negeri sayalah. Negeri yang paling kecil, yang paling kurang sumber pendapatannya dan berbanding dengan negeri Selangor, negeri yang paling maju dan negeri yang lebih besar daripada negeri Perlis.

Negeri Perlis mendapat kenaikan sebanyak 40.8 peratus. Merupakan kenaikan yang tertinggi daripada semua negeri. Diikuti oleh Melaka 36.0 peratus, manakala negeri yang paling rendah dari sudut peratusannya ialah Selangor 18.5 peratus, diikuti oleh Sabah 21.2 peratus, tetapi dari sudut ringgitnya, walaupun negeri Perlis 40.8 peratus peningkatan, di sudut RM nya cuma RM3,703,000 sahaja. Menjadikan keseluruhan selepas pindaan ini, Perlis akan mendapat RM12,790,000. Berbanding dengan Selangor, walaupun kenaikannya 18.5 peratus, tetapi dari sudut RM nya, dari sudut ringgitnya, peningkatan sebanyak RM14,878,640. Iaitu keseluruhannya RM94,057,700.

Jadi, perbandingan antara dua ini, kalau nak berdasarkan kepada matlamat yang ketiga tadi untuk mewujudkan keseimbangan fiskal, marilah kita lihat sama-sama. Pada tahun 2025 tahun lepas, sebelum pindaan, negeri Perlis akan mendapat RM9,044,160. Berbanding dengan Selangor, RM78,725,340.

Jadi perbandingan ini, saya buat bukanlah kerana saya rasa iri hati ataupun cemburu kepada mana-mana negeri. Dan memanglah Selangor ini dia layak mendapat sebab dia mempunyai bilangan penduduk yang ramai, tetapi sebab saya nak relate-kan, nak kaitkan dengan apa matlamat yang ketiga tadi untuk menunjukkan keseimbangan.

Manakala untuk tahun 2026 selepas kajian, selepas pindaan ini, negeri Perlis akan mendapat RM12,790,000 berbanding dengan Selangor RM94,057,700. Perbezaannya, tahun 2025, perbezaan antara Perlis dan Selangor adalah RM69,681,180 dan perbezaannya selepas pindaan, lebih tinggi iaitu RM81,267,700. Bermakna di sini, matlamat untuk mewujudkan keseimbangan fiskal itu tidak tercapai. Ia nya bukannya menguncup, tetapi perbezaannya makin melebar. Jadi saya berharap supaya perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya dapat diambilkan satu tindakan supaya betul-betul matlamat yang telah dicadangkan itu, yang kita hasratkan itu untuk mewujudkan keseimbangan fiskal ini dapat dicapai.

draft • 1:23 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Walau bagaimanapun, saya sokonglah pindaan ini, tetapi bagi merealisasikan hasrat ini, mungkinlah saya ingin cadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan satu pemberian khas, kuantum khas kepada negeri-negeri yang kecil ini seperti Perlis, Melaka dan juga Negeri Sembilan. Tiga negeri yang dapat sumbang apa— kenaikan yang sedikit, yang

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

mendapat peruntukan yang sedikit ini, satu kuantum khas, tak kira lah dalam bentuk apa pun yang boleh diberikan supaya memberi kelegaan kepada negeri-negeri ini, khususnya kepada negeri Perlis berbanding dengan Selangor. Selangor dia beruntunglah, nasib dia baik, duduk di tengah-tengah Semenanjung, ada segala-galanya. Airport yang terbesar, lapangan terbang terbesar di Malaysia ada di Selangor.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB, YB, kat Selangor banyak orang dari Perlis, orang daripada negeri lain datang ke Selangor.

[Ketawa]

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terpaksa datang Selangorlah sebab segala- galanya ada di sini.

[Ketawa]

draft • 1:30 PM

Puan Tiew Way Keng

[Ketawa] Sebagai Senator dari Selangor saya mohon mencelah.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

[Ketawa]

draft • 1:30 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Senator bersetuju, di Selangor kita ada banyak universiti yang mana pelajar-pelajar daripada ke seluruh Malaysia datang untuk belajar dan kita juga ada banyak institusi ataupun kemudahan awam yang mana juga dinikmati oleh warga-warga lain negeri-negeri lain. Kita juga ada Senator yang berasal dari negeri Perak, kita ada juga Senator yang berasal daripada negeri-negeri lain, tetapi tinggal di Selangor juga.

Setuju kah dengan kita katakan kepadatan ataupun kesibukan. Kita kata urusan yang berlaku di Selangor. Jadi memang berbaloi kita mendapat satu peruntukan yang lebih. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Wah, kalau nak buat formula baharu ni kompleks ni, nak kira berapa orang, orang Sarawak dekat Selangor, orang Perlis dekat Selangor*.

[Ketawa]*

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Betul. Itulah tadi saya katakan bukan kerana saya cemburu atau iri hati. Memang selayaknya Selangor dapat lebih sebab dia mempunyai bilangan penunduk yang amat ramai, tetapi rayuan supaya negeri Perlis juga diberi perhatian kerana segala-galanya kita kekurangan. Selangor ada segala-galanya di sini. Universiti ada di sini. Lapangan terbang ada di sini. Pelabuhan terbesar pun ada di sini. Segala-galanya di sini.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Jadi, sudah tentu menjadi tempat tumpuan. Jadi, saya pun suka datang ke Selangor ini*.

[Ketawa]* Jadi, itulah saya cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan untuk memberi satu bentuk pemberian khas kepada negeri-negeri yang bilangan penduduknya kecil sebagai tambahan kepada pemberian mengikut bilangan orang ini untuk

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

memberi kelegaan. Saya rasa tidak memberi implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Persekutuan. Bagilah RM10 juta ke RM20 juta ke tambahan, itu pun sudah memadai dan kita akan kenanglah*.

[Ketawa]* Jadi, ringkas saja ucapan saya. Saya minta supaya pihak Menteri dapat memberi penjelasanlah, adakah betul-betul kita dapat mencapai matlamat seperti yang diharapkan hasil daripada pindaan ini ataupun apakah maksud sebenarnya untuk mewujudkan keseimbangan fizikal ini, dari sudut mana pada pandangan Menteri sendiri?

Jadi, bukan tak sokong, saya sokong. Itu apa? Sekadar itulah ucapan saya Dato' Yang di-Pertua. Semoga sama-samalah kita menikmati pemberian yang akan diberikan nanti.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Insya-Allah rezeki melimpah di Perlis*.

[Ketawa]* Sekarang saya jemput Dato' Salehuddin bin Saidin.

draft • 1:30 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Kali ini saya tak ambil masa lama, saya mungkin akan tak ambil 15 minit. Sekejap saja. *Alhamdulillah.

[Ketawa]*

draft • 1:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tetapi YB Senator dari Selangor, kena juga memberikan pandangan dari negeri Selangor, seperti yang diberikan oleh YB Tiew tadi*.

[Ketawa]*

draft • 1:34 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Tadi saya tak dengar tadi YB cakap tentang Selangor tadi, saya baru mesyuarat tadi, tapi tak apa, apa pun apa yang saya nak maklumkan dekat sini bahawa terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk saya berbahas, turut sama berbahas.

Rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang saya percaya setelah sekian lama kerajaan mengambil pendekatan. Kerajaan MADANI mengambil pendekatan untuk review, review Perkara I Jadual Kesepuluh ini untuk menentukan jumlah bantuan ataupun bantuan kewangan yang diberikan kepada negeri-negeri seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Jadual dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, walaupun mungkin kritiknya, ia terlalu kecil. Jumlah komitmen kerajaan lebih kurang RM500 juta lebih sahaja, kalau dibahagi dengan 13, dah tinggal RM50-RM40 juta sahaja. Jadi itu sahaja penambahannya daripada yang asal.

Namun, daripada tak ada langsung itu, sekurang-kurangnya setelah berpuluh tahun Jadual 10 itu dah ada, akhirnya kerajaan telah review kadar yang diberikan peruntukan kepada kerajaan negeri. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan.

draft • 1:34 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Apa yang saya nak, ingin tekankan di sini sebenarnya, kalau kita lihat kepada jumlah yang diperuntukkan, mungkin kekangan kerajaan adalah kerana keadaan ekonomi kita yang tak berapa stabil, keadaan pasaran dunia, ekonomi dunia juga yang tidak stabil. Tambah sekarang pula ada dengan isu peperangan yang mungkin lagi negara kita juga akan terjejas ekonomi ini sebabkan oleh peperangan berskala besar di Middle East. Cuma isu dia, sebenarnya Malaysia ini, kita ni sebuah negara yang kaya. Memang kita dikurniakan Allah dengan segala sumber rezeki daripada galiannya, petrolnya, tanamannya, dalam keadaan cuaca kita, tanah kita yang subur, kita ada segala-galanya. Dan kalaulah sekiranya kita melakukan satu reformasi yang besar terhadap ketirisan rasuah di Malaysia ini, saya percaya lebih banyak peruntukan dapat diberikan kepada kerajaan negeri di bawah perkara ataupun jadual yang ke-10 ini. Daripada 500 juta sahaja, saya percaya bilion kita boleh tambahkan kalau sekiranya reformasi yang sebenarnya dilakukan terhadap ketirisan, terhadap apa yang kita belanjakan.

Mana tidaknya Datuk Yang di-Pertua, kalau kita nak beli body worn camera pun dah sampai RM30,000 satu, nak beli, tahun lepas, dua, tiga tahun lepas, dalam laporan audit pun kata beli sebatang pen pun sampai RM200. Tadi pun kita dengar nak pasang lampu solar pun sampai RM10,000. Jadi saya, kalaulah sekiranya kita ambil berat tentang isu-isu perolehan ini, kita lihat, kita teliti dengan mendalam supaya tidak ada ketirisan harga-harga yang ditawarkan untuk kita membeli. Ini adalah satu harga yang munasabah dan saya percaya kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan yang kadang bagi saya yang tidak munasabah ini, untuk kita peruntukkan lebih kepada rakyat.

Dan apa yang kita tahu bahawa fasiliti di setiap negeri bukan sahaja di Selangor, malah Selangor kalau kita lihatkan kepada population negeri Selangor ni, kita bukan sahaja ada penduduk tempatan di Selangor, tidak ada orang mendatang, macam saya orang Perak datang bekerja di Selangor, mencari nafkah di Selangor, begitu juga dengan rakyat-rakyat dari luar negara, immigrant, illegal immigrant, pelbagai jenis manusia duduk di Selangor. Jadi bayangkan kalau mereka duduk dekat Selangor, kita lihat satu sahaja, fasiliti hospital di Selangor itu sendiri. Walaupun kita ada hospital yang canggih, kita ada hospital yang banyak, tetapi tidak cukup untuk menampung jumlah kepadatan penduduk di negeri Selangor.

Selangor adalah sebuah negeri yang telah memberikan hasil yang banyak kepada Kerajaan Persekutuan. Sebenarnya negeri Selangor ini tak bising sangatlah nak tuntut lebih walaupun mereka telah memberikan sumbangan yang besar kepada Kerajaan Persekutuan.

Namun, kalau apa pun sekali, apabila nak diberikan distribution berdasarkan kepada kepadatan penduduk, kemungkinan negeri Selangor ini kita kena ambil kira juga mereka yang datang secara illegal ini. Sebab illegal immigrants atau mereka-mereka PATI ini datang

draft • 1:34 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

menggunakan fasiliti kita juga. Menggunakan jalan-jalan raya kita, menggunakan hospital- hospital kita, menggunakan jabatan, pejabat-pejabat kesihatan kita dan sebagainya.

Jadi, ini menunjukkan bahawa kepadatan penduduk bukanlah merupakan satu kriteria yang bertepatan untuk kita nilaikan berapa banyak jumlah yang patut kerajaan sumbangkan kepada negeri di bawah jadual yang ke-10. Namun persoalannya, apa yang lebih, kriteria yang lebih sesuai? Bukan senang kita nak tentukan kriteria yang sesuai untuk kerajaan tentukan berapa jumlah sesebuah negeri itu patut layak dapat. Ada yang mengatakan bahawa kita kena lihat kepada faktor geografi, faktor kepadatan, faktor luasnya kawasan sesebuah negeri, faktor gunung-ganangnya sesebuah negeri nak buat development, akan melibatkan jumlah kos yang begitu tinggi. Adakah itu nak diambil kira?

draft • 1:34 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi ini adalah satu perkara yang terlalu subjektif. Apa yang ingin saya sarankan, apa yang kerajaan sepatutnya ambil berat adalah lihat kepada taraf ekonomi negeri tersebut.

Kalau kita lihat kadang-kadang ada negeri-negeri yang taraf ekonomi begitu rendah, begitu mundur. Mungkin ia boleh diberikan penekanan yang lebih.

Dan kadang-kadang kita lihat juga bahawa kadar inflasi kita yang semakin tinggi. Bila kadar inflasi yang semakin tinggi, kadar kemiskinan yang semakin tinggi di kawasan-kawasan pendalaman. Mungkin itu boleh diambil juga kriterianya untuk diberikan lebih, lebih peruntukkan kepada negeri-negeri berkenaan.

Saya tidak mengatakan bahawa ianya akan merupakan satu kriteria yang tidak adil kepada negeri-negeri yang mungkin membangun dan mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi apa pun, kita nak memikirkan bahawa konsep federalism ini adalah Kerajaan Persekutuan memelihara kebajikan kerajaan negeri dan kerajaan negeri untuk sama-sama membantu Kerajaan Persekutuan.

Jadi, kita nak harmonikan, kita nak pastikan bahawa semua rakyat Malaysia, tak kira duduk di Perlis ke, duduk di Sabah ke, Sarawak ke, Kedah, Kelantan ke, tetap menikmati kekayaan negara. Dan kekayaan negara ini kalau kerajaan reformasi yang saya katakan tadi reformasi secara berkala besar, insya-Allah kita dapat kurangkan masalah ketirisan dan apabila masalah ketirisan dapat kita atasi bermakna kita akan ada lebih wang untuk kita agihkan dan kita share, kita kongsikan bersama dengan negeri-negeri yang kurang pendapatannya. Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker. Datuk Speaker senyum tu saya risau...

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak, tak, tak ada.

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Suruh berhenti ka.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Banyak penjimatan masa daripada pembahas yang sebelum ini. Jadi, YB boleh ambil masa sikit, sikit lagi.

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Apabila kita bercakap tentang pembahagian wang bantuan oleh Kerajaan Persekutuan, kita tahu bahawa Kerajaan Persekutuan melalui perlembagaan ada banyak salurannya untuk membantu. Selain daripada perkara 10, kita ada bantuan kepada jalan negeri, jalan-jalan negeri ini bergantung kepada Jalan Persekutuan dari segi maintenance, dari segi nak baik pulih, dari segi nak membina jalan yang baru juga ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kita juga ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan pentadbiran penyelenggaraan institusi di bawah sesebuah negeri juga Kerajaan Persekutuan bantu. Dan itu kita tidak dapat ragui bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah banyak membantu negeri. Cuma persoalannya mungkin dalam perlembagaan ada dua peruntukkan mengatakan bahawa adanya keperluan untuk diberikan bantuan khas kepada Sabah dan Sarawak.

Seperti mana dibawa MA63. Ini juga pihak Kerajaan Persekutuan perlu lihat dan teliti sebab ini adalah satu perjanjian yang perlu dikotakan, tetapi dalam masa yang sama, Sabah dan Sarawak juga mungkin memikirkan juga sama ada kemampuan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai jumlah tuntutan yang begitu besar ya. Dan proses untuk, proses rundingan yang diadakan adalah dari segi, dari aspek bagi saya, biarlah kedua pihak ini saling memahami antara satu sama lain.

Dan kalau sekiranya kerajaan tidak mampu untuk membayarkan dari segi tunai, mungkin cara-cara lain, pembayaran lain boleh difikirkan untuk memastikan bahawa beban kepada Kerajaan Persekutuan tidak sangat terbeban. Sebab perlu diingatkan bahawa kerajaan-kerajaan negeri lain selain daripada Sabah dan Sarawak di Semenanjung ini juga memerlukan bantuan juga.

Jadi, kita kena berlaku adil kepada semua pihak seperti mana yang Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selalu mengatakan bahawa kita kena fikirkan bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang berpaksikan kepada Kerajaan Persekutuan, federalism.

Bermakna federalism, state government and federal government, we have to work together dengan izin sebab inilah konsep yang betul-betul kita kena fahami bukan sekadar federal saja untung, state tak untung dan ataupun state, satu-satu state nak mengaut keuntungan daripada federal tidak seharusnya diberikan sama rata.

Dan of course ada rungutan. Kita tahu bahawa ramai Yang Berhormat sama ada di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ada yang buat rungutan bahawa ada state yang dipinggirkan, ada state yang sepatutnya mendapat royalti petrol, minyak dan sebagainya itu

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

tidak diberikan ataupun diberikan mungkin kepada kadar yang tidak mencukupi. Ini adalah persoalan yang saya rasakan perlukan rundingan.

Kefahaman daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan sekadar tuntutan, perlu juga dilihat kepada kemampuan kerajaan dari segi membantu atau membayar royalti yang dituntut. Saya sebenarnya saya bukan seorang ahli politik, tetapi saya memikirkan tentang dari segi rasional dari segi keberuntungan kepada keseluruhan rakyat Malaysia di negara ini. Itu adalah satu pendekatan yang mungkin boleh kerajaan pertimbangkan untuk memastikan bahawa perkara 10 dan beberapa perkara lagi dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan secara efektif dan berkesan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. YB Hussein nak bertanya tu, macam nak bertanya je? [Ketawa]

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ini pembahas menjemput pencelah.

[Ketawa]

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sebab dia dah bangun tadi.

[Ketawa]

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya terasa ghairah bila sebut royalti tu. [Ketawa]

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Dah agak dah.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tapi, tapi saya, saya ambil sedikit ruang la Yang Berhormat, fasal nampak masa panjang lagi ni.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh. Boleh.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kita melihat hari ini pada sudut Capitation Grant ataupun geran peruntukkan pembayaran base kepada jumlah penduduk. Tetapi kita melihat pada sudut Yang Berhormat Dato’ Setia, tapi, yang saya dok terfikir tapi tunggu giliran nombor 12. Bukan pada sudut ini, tapi pada sudut yang lain-lain pun yang sebenarnya kelihatan tak imbang. Negeri miskin terus— apa ni tertepi, bukan sekadar sudut geran, tetapi juga dari sudut bantuan dan backup, backup lain yang sepatutnya dibantu bukan diketepikan. Saya tak pastikan bahawa tepat atau tidak dengan sentuhan yang tadi dikaitkan dengan royalti sampai sekarang pun tak selesai-selesai. Itu lebih besar daripada capitation grant.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya, saya tadi risau YB Hussin terus berbahas nanti karang masa, masa YB pada giliran ke-12 akan dipendekkan. Sila Dato’ Setia.

[Ketawa]

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya, dan juga Datuk Yang di-Pertua. Sukar untuk saya nak menjawab persoalan tersebut Sebab apa yang saya bincangkan hari ini adalah berkaitan dengan peruntukan di bawah perlembagaan. Apakah kuasa Kerajaan Persekutuan dan apakah hak yang boleh dituntut oleh kerajaan negeri?

Kalau kita nak cakap tentang kadar kemiskinan di negeri-negeri tertentu, jauh lebih tinggi daripada negeri lain dan tiada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, terpulanglah

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

pada parti-parti kerajaan-kerajaan tertentu untuk berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa hak mereka juga diberikan sama rata.

Cuma dalam hal yang saya bangkitkan pada hari ini adalah berkaitan dengan peruntukkan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dan kalau kita lihat, kita tahu bahawa di bawah Jadual Kesembilan, ada bahagian-bahagian yang mana kerajaan negeri bertanggungjawab, kerajaan negeri boleh kutip cukai, dari segi lesen dari segi cukai tanah dan sebagainya, itu hak kepada kerajaan negeri, tetapi kebanyakannya mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan mengaut sebahagian besar daripada hasil bumi daripada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Persekutuan, tapi saya lebih memikirkan bahawa Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab kepada keseluruhan negara sebab mereka kena memikirkan tentang soal pendidikan, memikirkan tentang pertahanan.

Tuan-tuan kena fikir, YB— Yang Berhormat semua kena fikir bahawa pertahanan negara adalah merupakan satu perkara yang amat penting untuk menjaga kedaulatan negara.

Jadi, bucks of the budget itu datangnya daripada hasil kutipan untuk tujuan pembiayaan untuk membeli aset-aset menjaga pertahanan negara.

Dan begitu juga dengan, dengan pendidikan. Kita tahu pendidikan adalah satu aspek yang mana kerajaan perlu memberikan penekanan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar bukan sahaja di peringkat Persekutuan tapi di semua negeri, semua daerah dapat diberikan pembelajaran yang sempurna. Membina infrastruktur, membina sekolah, membina universiti dan sebagainya.

Jadi, ini jugalah peranan kerajaan. Itu sebab kita katakan bahawa yang kita lihat di bawah Perlembagaan Persekutuan itu cuba mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh mengambil mengutip cukai dan sebagainya daripada sendiri bagi tujuan pembiayaan tersebut. Saya bukan nak membela pihak Kerajaan Persekutuan tetapi sekadar mengatakan bahawa itu adalah fakta.

draft • 1:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Boleh saya mencelah?

draft • 1:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yang telah ditetapkan di bawah undang-undang.

Silakan YB Yang Berhormat.

draft • 1:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Yang Berhormat adalah seorang peguam.

Jadi soalan saya, adakah sebagai seorang peguam Yang Berhormat bersetuju bahawa setiap perjanjian itu hendaklah dikotakan dan sekiranya ia nya tidak dikotakan, mengikut cara seperti mana yang dinyatakan dalam itu, apakah tindakan Kerajaan Persekutuan dalam perkara tersebut supaya ia nya tidak meneruskan rasa tidak puas hati khususnya rakyat Sabah dan Sarawak ke atas janji-janji yang tidak dikotakan.

draft • 1:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Kalau kita lihat cara bagaimana misalnya Oil and Gas diambil daripada bidang kuasa perundangan Sarawak, ke bidang kuasa Kerjaan Persekutuan adalah amat menyedihkan menggunakan kuasa emergency powers untuk meng-extend The Mining Act dan juga di Continental Act kepada Sabah dan Sarawak dan selanjutnya meng-enact Petroleum Development Act.

draft • 1:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Jadi, sedangkan kalau Sarawak dan Sabah, negeri yang maju, sebenarnya negeri- negeri di sini, no problem. Kita tidak. Kita boleh terima, kita boleh. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. We must think like Persekutuan, must think big dan sebagainya.

Itu saya setuju. Kalau saya datang daripada negeri Selangor, kalau saya datang dari negeri Pulau Pinang, duduk di negeri maju di Kuala Lumpur, tetapi dari perspektif Sabah dan Sarawak, adakah Yang Berhormat setuju? Di mana keadilannya sebagai seorang peguam ya? Itu, itu soalan saya. Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya. Soalan itu amat menarik sekali ditujukan oleh YB Rita. Dan saya sebagai seorang peguam, kalau tanya saya sebagai seorang peguam, memang kita kena patuhi segala klausa yang telah kita putuskan. Malah pagi tadi pun, saya bercakap tentang agreement MINDEF dengan luar negara. Kita kena pastikan bahawa setiap klausa yang kita persetujui bersama, dimanfaatkan dan dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi perlu kita ingat ya, bahawa perjanjian MA63 adalah antara Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak ini, adalah lebih kepada perjanjian adik-beradik.

Kita ini Kerajaan Persekutuan. Kita ada kerajaan negeri. Kita duduk di bawah satu feudalisme. Dan bila perjanjian adik-beradik ini, saya tidak kata kita tidak boleh enforce.

Memang kita perlu enforce, kalau sekiranya ia adalah hak kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, tetapi walau bagaimana sekalipun, kedua-dua pihak kena saling mengerti bahawa negeri Sabah dan Sarawak memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri, memerlukan royalti yang telah dijanjikan. Benar, tetapi kena lihat juga daripada perspektif mampukah pihak Kerajaan Persekutuan untuk melayani segala tuntutan?

Dan kita tak katakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh ignore saja. Itulah yang pentingnya diadakan satu rundingan. Rundingan, orang katakan rundingan adik-beradik antara adik dan abang. Untuk menentukan, apakah yang terbaik untuk Kerajaan Malaysia dan juga untuk Sabah dan Sarawak tanpa dipinggirkan hak Kelantan dan Terengganu yang juga ada hak royalti mereka.

Jadi, ini yang kita perlu pertimbangkan secara orang kata, secara lebih holistik dan secara lebih berhemah supaya kita tidak timbul perasaan tidak puas hati. Saya faham kalau saya juga warga Sabah dan Sarawak. Saya juga akan merasakan hak saya perlu dituntut,

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

tetapi kita sebagai seorang yang berpelajaran, sebagai seorang Senator yang mewakili rakyat-rakyat di Sabah dan Sarawak, perlu juga membincangkan dan menyatakan kepada rakyat di sebelah sana bahawa kenapa ini tidak mungkin dapat kita penuh 100 peratus, tetapi tidak bermakna kita ignore langsung hak kita sejak berapa tahun dah, semenjak kita merdeka sehingga sekarang. Sabah, pihak kerajaan Sabah dan Sarawak mungkin dulu, ada menyuarakan tetapi tidak sehebat sekarang.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi, jadi sebenarnya penyelesaiannya kalau tak melalui perundangan, political will, ya?

draft • 1:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

[Bangun]

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yes, political will.

[Ketawa]

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya tidak kata political, political will, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Boleh saya mencelah?

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh. Silakan YB Halim.

draft • 1:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Saya tertarik tadi Yang Berhormat Datuk Speaker mengenai dengan adik-beradik ini. Adik-adik kalau pasal wang, duti-duit ini kadang- kadang gaduh.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa]

draft • 1:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Jadi, RUU ini tujuan dia adalah untuk kita menyemak kadar pemberian ya mengikut bilangan orang, satu.

Yang keduanya, meningkat keupayaan kewangan kerajaan negeri supaya dapat menampung kos pentadbiran dan memperkukuh kerjasama fizikal antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dan sokongan RUU ini bergantung kepada adalah untuk menambah sumber kewangan negeri. Pertama.

Yang kedua, menyesuaikan keadaan kadar pemberian kepada pertambahan penduduk, meningkat kesejahteraan rakyat. Ini fokus poin. Dan dalam masa yang sama, kebimbangan isu yang, yang, yang dibangkitkan ya, mengenai dengan ketidakseimbangan antara kita dah disebut oleh sahabat kita dari Perlis. Mungkin dari Kelantan, ya.

Selepas itu, faktor kos pembangunan dan ketelusan dan pemantauan penggunaan dana ini. Bila kita kena ketelusan dan pemantauan perundangan dana ini, kita kena tengok spesifik. Apakah yang boleh kita lakukan dalam kita mengawal selia supaya ianya telus dan pemantauan dari segi dana untuk diberikan.

draft • 1:50 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Tadi kita persoalkan soal solar yang 10,000 dengan 200. Memang jauh 2,000 dengan 200, tetapi pelaksanaan ini, kadang ada 2,000, ada 8,000, ada 5,000. Jadi, win-win situation yang terbaik untuk kita selaraskan.

Begitu juga dengan RUU ini. Kita kena melihat dari skop, expect yang lebih besar dan meluas. Dan, ada juga yang bertanya mengenai kaedah pengiraan populasi yang akan digunakan termasuk sama ada ia berdasarkan bancian rasmi atau anggaran terkini. Dan ini penting untuk pemberian yang dibuat benar-benar mencerminkan keadaan semasa. Itu yang saya cakap tadi, adik-beradik itu. Bila keadaan sekarang tak ada duit, semua okey. Bila dah ada duit, nanti jadi masalah. Ini tak cukup. Seperti yang berlaku lepas. Jadi, kita tengok sejarah. Contohnya, macam perjanjian-perjanjian terdahulu yang sekarang ini dipertikaikan.

Itu menjadi masalah pada kita pada masa akan datang.

So, saya harap, kalau boleh, kepentingan kepada sistem kewangan Persekutuan dan negeri ini, ianya adalah bertujuan untuk memperkukuh sistem hubungan fizikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri, termasuk memastikan negeri mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan menyokong pembangunan yang lebih seimbang.

Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Senator.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sambung.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya sambung sikit. Boleh, Yang Berhormat?

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh sekejap. Okey, nak sambung.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab mungkin jawapannya sama.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Minta kebenaran daripada YBB Speaker.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak Dato’ Salehuddin ini, dia cakap saja, “Saya nak berucap pendek saja.”

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa] Sebab ada soalan.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Tapi akhirnya lain juga.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, sila.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab itu dijemput orang lain untuk mengganggu dia.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Dia jemput orang lain untuk mencelah.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tadi agak. Saya nak tanya tadi Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, bila disebut tentang lampu jalan tadi, Dato’. Harganya RM10,000 atas alasannya gini, gini. Tahannya, baterinya tahan lebih berapa hari?

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Lima tahun, Datuk.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya. Lima tahun, tapi baterinya akan tahan berapa hari?

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Dua hari. Dua hari.

draft • 1:50 PM

Seorang Ahli

Dua hari.

draft • 1:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dua hari saja. Kan? Kita, kita depani benda yang sama Yang Berhormat Dato’ Setia. Apabila tengok kamera badan yang harganya RM28,000 ke RM29,000. Saya tak tahu, kualiti apa itu sampai kamera badan itu besar itu sehingga kita punya keupayaan untuk nak beli itu sampai jadi hilang. Jadi, ini yang kita sebutkan tadi juga.

Mulanya, terkait dengan capitation grant saja, tapi bila sebut tentang penilaian semula keseluruhan termasuk pembelian-pembelian dan pembayaran ini, harus dikaji lebih teliti supaya lebih tepat, lebih adil, lebih menjurus kepada yang betul-betul memerlukan. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada kedua-dua YB yang bertanya.

Sebenarnya, isu apa yang dibangkitkan itu, itulah sebenarnya aspirasi Kerajaan Persekutuan. Mereka nak pastikan bahawa ada keharmonian antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Itu sebenarnya matlamat dia. The fact that, pada kali ini, dia review jumlah berdasarkan kepada jumlah penduduk dan juga dipertingkatkan sikit kadarnya, walaupun kecil, tetapi walaupun bukan signifikan, tetapi cukup menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan prihatin tentang apa yang sedang dialami oleh kerajaan negeri.

Dan untuk kita mengatakan bahawa, saya ambil contoh, sebab YB Halim mengatakan bahawa tadi, bila kita dah luluskan sesuatu peruntukan, kita kena pastikan bahawa jumlah yang diperuntukkan itu dipergunakan sebaik mungkin. Jangan pula dah kita naik, kan sikit, ada lagi berlakunya ketirisan dan tak digunakan kepada tempat yang memerlukan. Ini ialah penting sebenarnya. Walaupun 50 juta sekalipun, kalau 50 juta itu digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki hospital-hospital, fasiliti-fasiliti yang ada, sekurang-kurangnya menampakkan bahawa ada sedikit pembaharuan hasil daripada peningkatan kadar bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Ini yang kita mahukan, tetapi ini tidak. Kadang-kadang kalau kita tidak ada, tidak ada pemantauan, jumlah yang terlalu kecil akan dilute begitu sahaja. Hilang begitu saja. Kita tak tahu ke mana perginya. Inilah yang saya katakan, reformasi bagi mengatasi ketirisan ini perlu dilakukan sepenuh penuhnya. Sebenar-benarnya. Kita tak boleh sekadar on paper. Sekadar bercakap. Sekadar kita menangkap dua, tiga orang, kita gembar-gemburkan. Kita telah melaksanakan tanggungjawab kita. Sebenarnya, tidak. Rakyat melihat kita. Sejauh manakah janji kita untuk me-reform-kan institusi ini dilaksanakan.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi ini yang saya katakan, kalaupun Kerajaan Persekutuan memberikan jumlah apa nama, penambahan yang kecil, tetapi kalau kita boleh manfaatkan penambahan tersebut ke maksimum yang mungkin, insya-Allah saya rasa mungkin di masa-masa akan datang Kerajaan Persekutuan boleh menimbangkan.

Dan saya juga ingin mencadangkan pihak Kerajaan Persekutuan untuk bukan sekadar memberikan satu apa nama, bantuan pada kali ini ataupun penambahan pada kali ini.

Mungkin setiap lima tahun perlu dirombak, perlu di-review semula. Sebab setiap tahun, kita tahu, harga barangan ini tak akan turun. Dia akan berterusan naik. Jadi, apabila harga berterusan, kalau kita tak review every five years, memang senaklah kerajaan negeri untuk menanggung apa yang mereka terpaksa tanggung dengan revenue yang mereka ada begitu terhad.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sebentar tadi, YB Nasir pagi tadi ada berbincang dengan saya, ada mengatakan bahawa adil kah kalau kita nak berdasarkan kepada jumlah penduduk, peruntukan yang kita tambah ini berdasarkan kepada jumlah penduduk. Kerana kalau kita lihat di Sabah, di Sabah illegal immigrants itu dekat hampir satu per tiga memenuhi negeri Sabah.

Jadi, bagaimana? Mereka pun menggunakan fasiliti yang sama yang digunakan oleh rakyat negeri Sabah. Jadi, ini yang dibangkitkan, mungkin ianya tidak bertepatan untuk maksud negeri Sabah atau pun negeri Selangor terutamanya yang juga mempunyai jumlah immigrants yang ramai, yang mengguna pakai facilities yang sedia ada.

Jadi, untuk tujuan itu mungkin ada sedikit pengecualian, mungkin ada sedikit kajian yang lebih mendalam, mungkin ada pengecualian oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi negeri-negeri yang mungkin menghadapi masalah lambakan penduduk luar yang menduduki kawasan atau pun negeri-negeri tersebut.

Jadi, ini mungkin pihak Kerajaan Persekutuan, pihak kementerian boleh menimbang semula kalau nak review di masa-masa akan datang, ambil kira juga faktor-faktor wujudnya, ramainya penduduk-penduduk asing yang mendiami negeri-negeri dan daerah-daerah tertentu.

Untuk menjawab YB Hussin tadi adalah berkaitan dengan ketirisan yang kita kata harga yang tidak sembang. Saya tidak mengatakan bahawa macam contoh, saya telah berikan contoh tadi, lampu harga RM1,000. Mungkin ada faktor-faktor dia. Umpamanya, ia nya dari segi keupayaan dia tahan, lima tahun waranti. Kemudian, limpahan lampunya mengawal kawasan yang lebih luas. Kalau kita beli kat Shopee, mungkin harga RM200. Saya tak suruh minta beli dekat Shopee. Apa yang kita cadangkan, harga itu biarlah berpatutan.

draft • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ada pihak, ada rungutan mengatakan bila JKR buat, harganya lebih tinggi daripada kalau kita beli daripada cara biasa. Adakah ini satu kebenaran? Tidak pun dijawab. Jadi, kita kena lihat. Kalau benar, kata-kata mengatakan apabila JKR melakukan sesuatu projek ataupun membeli perolehan, ia nya lebih tinggi. Kalau benar, ia perlu dikaji. Adakah ia juga munasabah untuk harga yang diberikan?

Bila kami turun padang, bila kita lihat kepada body one camera dan bukan sahaja...

[Tidak jelas] Machine dan sebagainya, harganya berpuluhan ribu. Kalau kita dapat reduce- kan kepada satu, sebab kalau kita bagi satu kontrak kepada dua, tiga company, dua, tiga company akan supply jumlah yang besar.

Mungkin mereka, disebabkan mereka boleh supply dalam jumlah yang besar, harga dapat dikurangkan. Kita standardize-kan harga kepada harga yang lebih munasabah tanpa kita compromise daripada segi kualiti.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin, sebelum Dato' Salehuddin menyimpang kepada ketirisan pula, yang tidak berkenaan dengan rang undang-undang ini kan.

draft • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik, saya minta maaf.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya mohon Dato' Salehuddin dengan Haji Hussin bincang dalam mesyuarat JK dengan secara panjang lebar.

[Ketawa]

draft • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik, terima kasih YB. Kadang-kadang kita excited. Tapi sebenarnya benda ini ada related kepada isu yang sebenar, sebab saya nak memastikan bahawa jumlah peruntukan yang diberikan, penambahan tersebut dapat kita manfaatkan secara optimum, tidak berlaku ketirisan di mana-mana. Itu yang maksud saya.

Minta maaf kalau saya telah menyimpang daripada apa yang telah – yang sepatutnya kita bincangkan.

Oleh itu, walau bagaimanapun saya again, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan telah review setelah sekian lama dan saya dengan ini menyokong rang undang- undang ini. Mungkin, di masa-masa akan datang boleh dibuat secara berkala dan juga mungkin boleh pertimbangkan cadangan-cadangan yang telah saya utarakan.

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Maaf masa lebih daripada 15 minit. Seperti yang saya janjikan, saya tak tepat janji, minta maaf. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Dato' Salehuddin. Kali ini merupakan salah satu kalilah ucapan Dato' Salehuddin pada kadar yang terpendeklah, 30 minit.

[Ketawa] Selalu sejam. Baik, sekarang saya jemput Tuan Haji Hussin Ismail. Berapa banyak masa Tuan Haji Hussin perlukan?

[Ketawa]

draft • 2:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pun nak cakap pendek saja, Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua.

draft • 2:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah, kita pegang. Itu janji.

[Ketawa]

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Insya-Allah. Pendek yang relatif.

draft • 2:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya pun sebenarnya, ini yang ke-12. Kalau ikut senarai 18 atau 15. Jadi, saya rasa sebahagian pun dah sahabat-sahabat sentuh. Cuma, saya nak pergi fokus sedikit sahaja dalam fokus saya ini, Yang Berhormat Datuk. Ini straight line ini.

[Ketawa] Memang terancang.

[Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita bicarakan ini. Saya akan terus pergi kepada pokok perbincanganlah. Isu tentang capitation grant ataupun peruntukan pembayaran bil per sekepala. Saya ingin bawa kepada satu pokok yang besar iaitu kita nak fokus nilai keadilan berasaskan kepada kesamarataan, sama rata atau meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Formula capitation grant ini ialah letak sama rata. Sebab itu, dulu saya pernah berbahas contoh dalam isu negara ini, dalam sosial kontrak pun dia tak sebut dari sudut sama rata. Dia sebut beberapa perkara yang perlu diambil kira, yang ini, yang ini, semuanya perlu diambil hal. Dalam konteks kita yang sekarang....

draft • 2:04 PM

Puan Tiew Way Keng

Mohon mencelah.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Belum lagi start ini, nak sambung dah?

draft • 2:04 PM

Puan Tiew Way Keng

Pasal katakan tidak ada sama rata, itu yang...

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Nanti dulu, saya jawab.

draft • 2:04 PM

Puan Tiew Way Keng

Baik.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey, bukan nak jawab. Baru nak terang. Sama rata ertinya kita ada anak perempuan, anak laki-laki. Kita beli songkok belaka sorang satu. Yang perempuan pakai songkok, yang laki-laki pakai songkok. Itu betul sebab sama rata tetapi tak boleh. Dalam Islam, ini kena pakai songkok, yang ini kena pakai tudung. Itu pada hak. Itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sama juga dalam konteks kita ini di Selangor. Rakyat dia ramai. Di Terengganu, rakyat dia ciput. Perlis lagi ciput. Tahu “ciput”? Sedikitlah. Perlis cuma 300,000. Nasiblah kerana jumlahnya sedikit. Nak sama rata, akhirnya capitation grant dia, peruntukan dia hanyalah sekadar menurut jumlah dia tanpa mengambil kira keperluan.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kita mungkin boleh katakan sekarang ini, kita berasaskan kepada jumlah penduduk tetapi bukan kepada jumlah duit berasaskan kepada keperluan penduduk dengan masalah demografinya, dengan masalah kemiskinannya. Sebab itu tadi orang Sarawak sebut, dia luas, jumlah penduduk macam itu.

Tempat yang hendak dibangunkan, kawasannya sangat luas berbanding dengan Selangor yang segala-galanya dah crowded dah. Sebut contoh macam di Bangi, Kota Raja, nak buat jalan baru pun tak boleh dah. Terpaksa naik tingkat dua, tingkat tiga, Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab semput dah kawasan itu, tapi....

draft • 2:04 PM

Puan Tiew Way Keng

Mencelah, pasal Selangor.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ganggu lagi.

draft • 2:04 PM

Puan Tiew Way Keng

Pasal Selangor.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak habis lagi.

draft • 2:04 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Tiew, Yang Berhormat Haji tak bagi.

draft • 2:04 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya nak singkat saja ini. Bukan tak bagi, saya nak bagi juga, tapi saya takut nanti saya niat nak singkat saja. Jadi, maksudnya kepentingan itu, kepentingan orang di Johor Bahru berbanding dengan di Kota Tinggi, tentu tak sama, tapi keperluan rakyat sama mendesak. Jadi, sebab itu saya katakan tadi letakkan sudut keadilan, meletakkan jumlah berasas keperluan sebenar. Letak sesuatu betul pada tempat, bukan sama rata kerana semata-mata penduduk.

Akibatnya, dengan sama rata itu kadang-kadang, kita orang yang sedia dah cukup dah, kita longgok sebab dia atas asas sama rata. Saya pernah satu hari pergi ke Qatar, di Doha, satu hari raya. Saya pergi, seorang jutawan yang sangat pemurah. Hari raya itu dia bagi duit, tiap-tiap hari bulan puasa. Berapa dia bagi? Satu, dia bagi RM5,000 Datuk. Saya tanya yang datang bawa kereta besar. Kata apa, dengan nak mari minta derma apa? Dia kata this is for my second wife. Wah, walhal tuntutan sebenarnya yang di pedalaman, yang sebenarnya masih memerlukan.

Contoh, kami di Terengganu, di Sarawak, di Sabah, di pedalaman, kita bukan nak menuntut kehebatan macam orang kampung di Kota Raja. Saya nak sebut lagi itu, dia bangun lagi. Tapi kita sebenarnya nak minta daripada menggunakan lampu pelita, sekurang- kurangnya ada sel solar sebab kita rakyat punya kepentingan dan keperluan yang sama walaupun kita duduk di bandar.

Jangan orang bandar merasakan bahawa, jangan negeri maju merasakan bahawa yes, kami nak jumlah kami ini biar sama rata sebab itu hak dalam Perlembagaan, tetapi tidak mengambil kira kepentingan, keperluan rakyat seluruhnya, nombor satu.

draft • 2:04 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Boleh tambah sikit? Sikit sahaja.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak jadi pendek dah saya. Sila.

draft • 2:10 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Kita tahu berapa, bahawa terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dan majoriti Parlimen setuju tentang RUU. Tapi dalam masa yang sama, kita setuju, saya setuju dengan pandangan daripada YB Senator Tuan Haji Hussin tadi mengenai keadilan dan kesaksamaan yang mesti berlandaskan kepada kawasan luar bandar dan geografi dan cadangan supaya faktor tambahan seperti keluasan negeri, tahap pembangunan dan kos pentadbiran juga harus dipertimbangkan supaya keseimbangan, keadilan dan kesaksamaan ini dapat kita laksanakan secara bersama.

Tadi sentuh pasal nak kasi duit, pergi kasi bini nombor dua. Subjektif ini kalau keadilan ini fasal nombor satu dah lama, nombor dua baru. Tapi dapat benda yang sama. Ini antara perkara yang perlu dilihat dan kena ada laporan berkala mengenai penggunaan dana dan pemantauan oleh pihak berkuasa kewangan dan audit yang teliti bagi mengelakkan penyalahgunaan penggunaan peruntukan yang sering berlaku. Jadi kalau ini dapat diseimbangkan, maka RUU ini akan menjadi pemangkin kepada keseragaman kepada negeri untuk mendapatkan pulangan bagi pembangunan di negeri masing-masing. Saya minta kalau boleh, YB Senator untuk memikirkan tentang itu.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Macam tak adil sebab, oh tak ada dah. Jadi, kira adil lah. Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, kalau nak lihat pada sudut ketulusan dan lain- lain, saya dah ulang masa dalam ucapan perbahasan Titah Tuanku, dekat mana poin nya bagi sesetengah negeri yang kalau nak dihujah pada sudut ketulusan dan juga pengagihan, tapi saya nak sebut, saya bagi contoh, saya nak pergi tajuk lain sikitlah. Capitation grant ini pun benda yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, tapi pengagihan-pengagihan pun kadang-kadang terpilih-pilih. Terengganu punya pengalaman, Terengganu punya pengalaman. Capitation grant diberi hujung tahun. Walaupun tidak dinyata bila tarikh diberi dalam Perlembagaan, saya rasa begitu lebih kurang, tapi umumnya capitation grant ini diberi pada awal tahun atau penggal pertama.

Semua perkara-perkara ini harus juga diambil perhatian. Saya tidak kata tidak berterima kasih dengan perubahan yang kita buat hari ini, dengan lonjakan perubahan, tetapi lonjakan perubahan ini selepas 24 tahun, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya takut nanti kita bimbang pula nanti 25 tahun yang akan datang, tahun 2050 pula baru berubah balik. Tak ada kemungkinan ke kita sentiasa pinda untuk melihat keperluan dan ke-urgency-an ini dibuat setiap lima tahun atau 10 tahun.

Yang ketiga hari ini, kita bicarakan tentang kita seronok ini bahas dengan kenaikan, kita rasa kebanggaanlah, tapi bagi negeri-negeri yang kecil, Perlis, negeri-negeri yang miskin,

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terengganu— saya sebenarnya sangat tak setuju saya negeri miskin, Terengganu ini.

Terengganu ini tak miskin tapi dimiskinkan. Mungkin kalau yang YDP tak duduk di situ pun tanya saya balik. Terengganu bukan negeri miskin. Tahun 2000, Petroleum, PETRONAS waktu itu. Saya masa itu jadi seorang staf di pejabat Menteri Besar. Saya tanya dekat PETRONAS masa itu. 50 persen income petroleum masa itu, not now, daripada Terengganu tapi kenapa dikekang? Kenapa negeri-negeri yang mempunyai jumlah-jumlah pengeluar, jumlah hasil bumi yang kaya tapi kekal miskin? Tiada faktor lain termasuk dalam pengagihan capitation grant yang kadang-kadang di-delay, delay-kan. Termasuk juga royalti yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Setia tadi.

draft • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya.

draft • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Kita punya RUU ini berkenaan dengan bilangan orang.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, tapi saya nak sebut itu. Hujah saya, jangan base sahaja pada bilangan orang.

draft • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, okey.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Poin saya tadi, tidak hanya melihat kepada kesamarataan jumlah penduduk. Wajar ke tidak kerajaan memikirkan lebih daripada itu?

Kenapa saya hujahkan poin ini? Tuan- tuan, hari ini kita rasa seronok hari ini sebab kita ada kenaikan. Saya nak sikit compare, tapi kalau saya salah, tolong betulkan saya. Ini data saya ambil melalui internet. Negara-negara federal, federalism, federalisme di dunia. Saya nak cuba kita tengok banding. Sebenarnya kita ini masuk dalam patut berbangga tak dengan kenaikan yang kita bincangkan hari ini. Terima kasih dengan kenaikan itu tapi boleh berbangga ataupun tidak? Kalau tak betul, betulkan. Lepas ini, tak apa.

Kanada, namanya equalisation transfer. Dia punya jumlah per head dia, USD300 ke USD500 per head. Kalau banding, RM1,300 ke RM2,200 per head. Yearly capitation grant.

Australia, USD700-USD1,200 per head atau RM3,100 ke RM5,200. Jerman, antara USD700 ke USD1,200 per head atau RM3,600 ke RM6,700. Federal grant di USA, USD1,000 ke USD2,500 per head atau RM4,500 ke RM11,000. India, bukanlah negara kaya. Nama dia finance commission transfer, USD120 ke USD200. Walaupun kecil tapi far from kita. Jauh sangatlah, saya terus lajulah. Brazil. Brazil pun USD200 ke USD400, nama dia federal revenue sharing. Malaysia, namanya capitation grant. Berapa dolar ke berapa dolar? Kira sendiri per head. Jangan tengok kepada yang pertama itu tapi kalau kita sebut nanti hitung panjang, average daripada keseluruhan RM100 ribu yang pertama, yang kedua, yang ketiga, total keseluruhan, kita hanya beberapa ringgit, tak sampai RM20 saja per head.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dalam senarai itu, bila saya tengok, Malaysia antara capitation grant terendah, antara.

Saya tak kata yang paling, antara capitation grant yang terendah. Apakah wajar kita menduduki kedudukan ini? Selalunya, kita selalu dalam banyak-banyak perbahasan, kita akan katakan, kita compare. Tengok compare negeri lain, tengok compare negeri lain, oh kita duduk kita di sini. Tengok harga minyak negeri lain, tengok harga minyak yang lain, kita duduk harga kita macam ini, tapi capitation grant ataupun bayaran per kepala yang dibuat oleh negara-negara federal di tempat lain, sangat besar. Adakah kita terus harus berada di sini ataupun kita perlu— saya nak cadangkan dalam tempoh yang tak jauh, revise-lah juga contoh negara-negara yang sudah hebat ini.

Saya nak sebut contoh yang juga di Australia. Australia, dia tidak berdasarkan kepada jumlah populasi sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua. Australia berdasarkan kepada pertama, populasi. Yang kedua ialah kemampuan hasil negeri. Itu termasuklah itu, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Sarawak, dia kaya dah. Termasuk kos penyediaan perkhidmatan, termasuk geografi sehinggakan Australia, negeri terkecil Tasmania, mendapat capitation grant. Dalam istilah dia ialah Commonwealth grant, terbesar berbanding dengan jumlah penduduk di seluruh Australia.

Jadi, saya sebut-sebutkan perkara ini supaya kita turut mengambil kira perbandingan itu supaya hari ini bila kita bincang, kita juga nanti bercita-cita untuk setidak-tidak setanding, setaraf dengan sumbangan federal yang diperuntukkan untuk tiga, empat perkara kenapa capitation grant ataupun pembayaran per jumlah penduduk ini dibuat dan kita harap mungkin satu tempoh yang akan datang, kita tidak duduk di belakang sebab bangun sesebuah negeri adalah lambang untuk bangunnya sesebuah negara. Saya macam nak sentuh satu saja poin lagi, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.

draft • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh, boleh. Saya bagi lima minit, okey?

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kurang daripada lima minit.

draft • 2:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, bagus. Terima kasih ustaz.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih [Ketawa] . Yang saya nak sebut, ini capitation grant dan kebebasan negeri untuk berkreatif dan mengolah. Kita tak— capitation grant kita sikit. Jumlah kita kalau macam kami, kalau di Perlis, berapa sahaja, Perlis? Perlis, sekitar RM10 juta. Dengan penambahan baharu ini, RM10.4 juta sahaja untuk nak membangun Perlis.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Infra dia memang itu, tetapi keperluan pengurusan dan lain-lain. Dan kalau tuan-tuan pergi ke Perlis, sangat-sangat jauh, sebab itu yang tak nak balik ini. Haji Baharuddin kita kalau

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

boleh, nak duduk Selangor terus ini, tapi orang Selangor pula jeles. Macam Dato’ tak apalah, dia dah dapat pengiktirafan balik duduk Selangor.

Saya nak sebutkan perkara ini dari segi tadi, dari segi kita katakan— apa ini, keupayaan negeri-negeri untuk menambah. Dahlah capitation grant kita tak— sikit, tapi kebebasan kita untuk meneroka ruang bagi menambah hasil negeri sangat tersekat dengan dasar Federal fiscal kita.

Sehubungan dengan ini, kalau kita nak membangunkan, saya cadangkan juga supaya dasar Federal fiscal negara mesti dinilai dan biarkan orang— kalau itu boleh dibuat, kreativiti kerajaan yang memerintah pula diberi penghormatan untuk mereka berkreatif membangunkan sumber hasil negeri yang sebenarnya juga sumber hasil negara. Yang sekarang ini Federal fiscal ini kalau saya studi, mungkin saya tak tepat, tolong betulkan akan datang. Federal fiscal ini sangat limit. Ada hanya ruang-ruang tertentu saja yang boleh kita explore, tetapi, dengan izin, dengan persetujuan di peringkat Federal dan lain-lain.

Kalau dinilai Federal fiscal Malaysia ini pun antara yang satu-satunya di dunia yang punya cara Federal fiscal di Malaysia berbanding negara-negara lain. Kalau nak kata terbaik, kuranglah. Jadi, kalaulah juga dilihat pada sumbangan Federal terhadap capitation grant ataupun bantuan per head ini, cuba juga kita melihat pada sudut-sudut yang lain. Supaya nanti negeri-negeri dengan kebebasan yang lebih besar turut membangun dalam usaha mereka, dalam pengolahan Federal fiscal yang lebih adil, juga dengan, dengan capitation grant yang lebih terbuka berasaskan kepada keperluan sebenar, realiti masyarakat.

Kalau nak tengok negeri termiskin— lari pula sikit. Satu minit. Negeri termiskin, ada orang Sabah kata, dia negeri termiskin. Ada yang Sarawak kata, dia daerah termiskin. Di Terengganu pun kita kata, antara di-declare-kan negeri yang termiskin. Maka, kekallah dia dengan kemiskinannya dengan suatu pengiktirafan peruntukan yang kita ada ini. Walaupun kita kata ini baru satu, banyak lagi yang lain, tapi satu itu juga harus dilihat untuk menjadi pelengkap kepada yang lain-lain bagi meng-accelerate, meluncurkan gerakan pembangunan ekonomi negeri yang bersepadu dengan peringkat Federal secara lebih adil, lebih telus dan saksama.

Adil dalam maksud yang saya maksudkan tadi, letak sesuatu kena pada tempatnya.

Minta maaf, kalau sedikit lari daripada tajuk, tapi saya masih mengharapkan dia masih melengkapkan tajuk. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Tuan Yang di- Pertua. Boleh sebelum— satu sahaja, boleh?

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Seram pula Datuk. Tan Sri sila.

draft • 2:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik oleh kerana ucapan Yang Berhormat bahawa Terengganu itu sebenarnya bukan negeri miskin, tapi kita dimiskinkan. Sama juga dengan Sabah. Kita kaya dengan minyak, kita kaya dengan gas, kita kaya dengan balak, kita kaya mineral-mineral.

Siapa yang memiskinkan kita Yang Berhormat? Sabah dengan Terengganu ini, siapa yang memiskinkan kita? Boleh tolong bagi penerangan.

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ini soalan tambahan Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Saya tak nak jawab Tan Sri, siapa yang memiskinkan kita dan saya serahkan jawapan ini bukan kepada Menteri, kepada semua Ahli-ahli Dewan yang ada pada hari ini.

Dengan ulasan yang saya sebut itu, saya rasa saya sudah dapat menggambarkan beberapa polisi tertentu menyebabkan kita negeri yang kaya, tapi kekal miskin. Bukan kerana kita nak miskin, tapi— maaf saya sebut, kita dimiskinkan.

Ini Terengganu, saya nak sebut contoh, REE. Tuan-tuan boleh check dalam data di mana-mana peringkat. Terengganu adalah yang sedang dinilai sekarang mempunyai peratusan REE terbesar di Malaysia. Ini sumber baru yang tidak kurang, malah lebih tinggi daripada petroleum. Apakah nanti REE ini juga terus mengekalkan Terengganu negeri miskin walaupun sumber hasil bumi antara yang terkaya?

draft • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji.

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sama-sama. Assalamualaikum.

draft • 2:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding, dipersilakan.

draft • 2:20 PM

Puan Susan Chemerai Anding

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk membahas RUU ini. Kelulusan Rang Undang-undang Capitation Grant 2026 di Dewan Rakyat yang bertujuan menggantikan akta lama, merupakan satu langkah yang dialu-alukan. Ia menunjukkan kesediaan kerajaan untuk mengemas kini mekanisme kewangan yang telah lama tidak disemak sejak penggubalan Capitation Grant Act 2002.

Saya berharap ini satu permulaan kepada pemberian kewangan yang lebih adil dan mencerminkan sistem federalisme yang lebih moden. Sistem yang lama di bawah Capitation Grant 2002 tidak disemak untuk suatu tempoh yang agak panjang iaitu 24 tahun. Jadi, sudah tentu banyak perkara sudah berbeza sekarang berbanding dengan dahulu. Saya terpanggil

draft • 2:25 PM

Puan Susan Chemerai Anding

untuk bertanya, mengapakah kerajaan tidak melihat kepada formula yang berbeza daripada apa yang dicadangkan untuk RUU ini supaya lebih bertepatan dengan keadaan semasa?

Kalau mengikut banci iaitu tiap 10 tahun, ini bermakna sudah masuk dua kali bancian.

Namun, masih belum ada perubahan dari segi formula atau model yang digunakan. Sekarang dunia semakin kompleks. Jadi, kemungkinan besar formula capitation yang semata-mata berdasarkan jumlah penduduk tidak mencukupi untuk menangani realiti pembangunan antara negeri di Malaysia. Malaysia pada zaman ini seharusnya menggunakan sistem pemindahan fiskal yang lebih dinamik, lebih adil dan lebih selaras dengan prinsip federalisme yang moden.

Saya rasa ramai sudah menyentuh perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita mempunyai struktur ekonomi yang sangat berbeza antara negeri. Negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor mempunyai asas ekonomi industri dan perkhidmatan yang lebih kukuh. Jadi, kalau kita lihat sebaliknya, seperti negeri Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak, negeri-negeri ini masih menghadapi cabaran dari segi pembangunan infrastruktur, kemiskinan relatif dan keluasan geografi.

Sebagai contoh, kos penyediaan kemudahan awam di kawasan pedalaman di Sarawak yang terpencil, jauh lebih tinggi berbanding penyediaan kemudahan yang sama di kawasan di Semenanjung. Oleh itu, jika kita hanya menggunakan formula yang terlalu mudah seperti jumlah penduduk semata-mata, kita berisiko mengabaikan faktor sebenar yang menentukan kos pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dari segi sektor-sektor juga, ada banyak perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar, umpamanya. Saya ambil contoh seperti pendidikan. Untuk pendidikan, capitation grant berasas kepada student enrollment numbers: jumlah kemasukan murid sebagai contoh— semata-mata, berkemungkinan tidak sesuai sebab sekarang sudah banyak keperluan moden pembelajaran yang penting untuk diambil kira.

Sekolah zaman sekarang juga mesti ada dana mencukupi untuk alat pembelajaran baru seperti alat multimedia, software subscription, alat pembelajaran digital, alat STEM dan sebagainya. Kos sebenarnya adalah amat tinggi dan sekolah selalunya tidak ada dana mencukupi. Dan untuk merapat jurang dana ini, mereka memerlukan sokongan dana dari PIBG atau sponsor korporat. Dan jika kita melihat kepada sekolah luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak, ini satu masalah besar untuk sekolah pedalaman. Sebab sekolah ini dan PIBG memang tidak ada dana mencukupi dan tambahan pula, tidak mudah mendapat sponsor korporat.

draft • 2:25 PM

Puan Susan Chemerai Anding

Di bandar, saya rasa ini bukan satu masalah yang begitu besar. Kapasiti sekolah luar bandar untuk mendapat dana itu memang terhad. Saban kali, guru pedalaman terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli bahan dan alat pembelajaran demi untuk murid- murid mereka.

Ini belum lagi kalau kita bincang soal kos logistik yang tinggi di pedalaman. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah dana capitation yang seimbang mungkin bagus atas kertas dan sebagai satu formula, tetapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan hasil yang tidak seimbang, terutamanya ketidakadilan kepada negeri atau wilayah yang mempunyai kawasan pedalaman yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah supaya kerajaan menggunakan prinsip yang memastikan setiap rakyat negara ini mempunyai akses yang hampir setara kepada perkhidmatan awam asas tanpa mengira negeri tempat mereka tinggal.

Banyak negara persekutuan yang maju telah lama mengamalkan sistem ini seperti yang disebut oleh rakan-rakan tadi seperti Australia dan Kanada. Kanada umpamanya melaksanakan program equalization yang memastikan wilayah yang kurang berkemampuan tetap mampu menyediakan perkhidmatan awam yang setara. Rakyat tidak boleh dihukum hanya kerana mereka tinggal di negeri yang mempunyai kapasiti ekonomi yang lebih kecil.

Tuan Yang di-Pertua, negeri yang mempunyai kapasiti fiskal yang lebih rendah wajar menerima sokongan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan supaya mereka mampu menyediakan perkhidmatan awam yang setanding. Ini bukan soal politik. Ini adalah soal keadilan fiskal dalam sebuah negara persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, perlu diambil kira juga ialah penggunaan indeks pembangunan seperti kadar kemiskinan, tahap pembangunan infrastruktur, peratusan penduduk luar bandar, akses kepada kemudahan asas dan sebagainya. Pendekatan ini akan memastikan negeri yang masih membangun mendapat sokongan tambahan untuk mengejar kemajuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan pemberian insentif prestasi sebab ini satu pendekatan yang semakin popular dalam pengurusan kewangan awam. Negeri yang menunjukkan kemajuan dalam bidang seperti pengurusan kewangan, pengurangan kemiskinan, peningkatan kualiti pendidikan, pembangunan ekonomi tempatan boleh diberikan insentif tambahan. Ini akan menggalakkan persaingan sihat antara negeri dalam meningkatkan prestasi pentadbiran.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan mencadangkan dengan adanya, tertubuhnya jawatankuasa baharu di bawah Dewan Negara ini nanti, jawatankuasa yang bersesuaian dari kedua-dua Dewan Parlimen, dapat diberi mandat untuk mengkaji dan menyemak formula dan mengemukakan cadangan formula yang lebih adil. Pendekatan ini

draft • 2:30 PM

Puan Susan Chemerai Anding

akan membantu mengurangkan persepsi bahawa pengagihan kewangan antara negeri dipengaruhi oleh pertimbangan politik.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperbaharui sistem capitation grant melalui rang undang-undang baharu ini. Namun, saya berharap bahawa reformasi ini tidak berhenti sekadar menukar kadar atau formula asas.

Sebaliknya, kita harus melihatnya sebagai permulaan kepada reformasi yang lebih menyeluruh terhadap sistem pemindahan fiskal negara. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 2:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan. Dipersilakan.

draft • 2:30 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 di Dewan yang mulia ini.

Pindaan untuk menaikkan kadar pemberian grant mengikut populasi adalah wajar.

Memandangkan kadar tersebut tidak pernah dikaji semula selama 24 tahun sejak tahun 2002, mesti ditekankan bahawa betapa pentingnya grant ini untuk memastikan setiap negeri diberi sumber yang mencukupi untuk pembangunan dan perusahaan seiring dengan pembangunan ekonomi nasional.

Pindaan ini walaupun bersifat administratif, ia membolehkan penyelarasan sistem fiskal negeri supaya mencerminkan realiti sosioekonomi moden dan memastikan pembangunan yang seimbang serta inklusif. Dengan sekian lamanya tidak ada semakan kadar pemberian grant, ia telah membebankan kewangan kerajaan negeri berikutan kadar inflasi terkumpul, compound third inflation rate dengan izin, dari tahun 2002 hingga tahun 2023 telah melebihi 56 peratus dan dijangka lebih 60 peratus pada tahun 2025.

Oleh itu, saya menyokong langkah proaktif Kerajaan MADANI untuk menetapkan semakan setiap 10 tahun. Walaupun komitmen ini telah diumumkan, ia tidak membantu dengan rang undang-undang. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pindaan ketara Perlembagaan akan dilaksanakan untuk menyertakan semakan kadar pemberian grant per kapita setiap 10 tahun.

Bukan itu sahaja, apabila kita meneliti kadar pemberian grant per kapita yang disemak semula iaitu RM102 bagi 100,000 penduduk pertama, RM14 bagi 500,000 penduduk seterusnya, RM13.50 bagi 500,000 penduduk berikutnya dan RM13 bagi baki penduduk.

Timbul persoalan mengenai mekanisme kadar kenaikan baharu di mana bilangan penduduk

draft • 2:35 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

dalam setiap peringkat tidak dikemas kini. Berbeza dengan pindaan baharu yang menyesuaikan mengikut kadar terkini iaitu mengemas kini bilangan penduduk dalam setiap peringkat. Hal ini menimbulkan persoalan mengenai implikasi agihan-agihan sumber yang mungkin tidak mencerminkan realiti demografi semasa.

Jadi, negeri yang kurang penduduk akan menanggung kos per kapita yang lebih tinggi untuk membina sekolah, hospital dan sebagainya. Walaupun struktur sedia ada akan memperuntukkan penerima per kapita yang lebih tinggi bagi mereka, struktur penduduk yang tidak diubah, mengabaikan realiti demografi dan tidak mencerminkan realiti kos yang berubah.

Maka, saya minta pencerahan mengapa struktur penduduk tidak berubah dan adakah terdapatnya sebarang kajian komprehensif yang dilaksanakan untuk mengekalkan strukturnya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan cadangan agar sebuah suruhanjaya grant bebas ditubuhkan untuk mengawasi pentadbiran peruntukan grant kepada kerajaan negeri.

draft • 2:35 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Model ini boleh diambil contoh daripada dengan izin, Commonwealth Grants Commission di Australia yang berfungsi untuk memastikan proses peralihan geran adalah telus, adil dan bebas. Langkah ini bukan sahaja akan memperkukuhkan integriti sistem kewangan negara dan memperkasakan keyakinan negeri-negeri terhadap ketelusan dan keahlian dalam pengagihan sumber.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk menyertai perbahasan RUU ini yang pada terasnya bertujuan memperkukuh prinsip-prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan sumber kewangan awam. Dengan penuh keyakinan bahawa perubahan kadar geran akan mendatangkan jangka panjang kepada ngeri-negeri dan rakyat. Saya menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tan Sri Datoʼ Low Kian Chuan. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Datoʼ Wu Him Ven. Dipersilakan.

draft • 2:40 PM

Datoʼ Wu Him Ven

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang untuk diberikan— untuk membahaskan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif pindaan ini terutamanya selepas kadar pemberian ini tidak disemak selama 24 tahun sejak kali terakhir pada tahun 2002.

draft • 2:41 PM

Datoʼ Wu Him Ven

RUU ini diperkenalkan structure empat peringkat yang dilihat sebagai satu rangka yang amat baik. Structure ini akan memberikan manfaat kerana kepada Negeri Sembilan yang mempunyai populasi sekitar 1.2 juta orang.

Bagi peringkat pertama, untuk 100,000 orang pertama, kadar dinaikkan 41.7 peratus daripada RM72 kepada RM102.

Seterusnya, peringkat kedua untuk 500 orang. Berikutnya menyaksikan kenaikan 37.3 peratus kepada RM14.

Manakala bagi peringkat ketiga kadar dinaikkan 25 peratus kepada RM13.50.

Akhir sekali, bagi peringkat keempat untuk baki penduduk, kenaikan adalah yang terendah hanya 14 peratus daripada RM11.40 kepada RM13.

Hampir 90 peratus penduduk Negeri Sembilan berada dalam lingkungan peringkat satu hingga tiga, menjamin purata kenaikan yang jauh lebih tinggi berbanding negeri yang memiliki populasi yang lebih besar.

Datuk Yang di-Pertua, Negeri Sembilan mempunyai visi besar seperti Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) yang menarik pelaburan berbilion ringgit. Namun, pelaburan ini tidak akan masuk jika kerajaan negeri gagal menyediakan prasarana utama yang mencukupi seperti bekalan air yang stabil. Sebagai contoh, projek infrastruktur air seperti LRA Ngoi-Ngoi 2 menelan kos RM200 juta. Angka ini sahaja sudah mewakili kira-kira 36 peratus daripada keseluruhan bajet tahunan Negeri Sembilan. Ini adalah cabaran besar.

Apabila MVV 2.0 berjaya, syarikat dan pekerja akan membayar cukai syarikat dan cukai pendapatan. Ironinya, kesemua hasil cukai ini mengalir sepenuhnya ke Putrajaya, manakala kerajaan negeri yang menyediakan tanah dan infrastruktur asas, hanya ditanggungkan dengan hasil tanah yang bersifat strategik. Ini menunjukkan ketidakseimbangan yang ketara bajet tahunan Negeri Sembilan yang sekitar RM640 juta adalah kecil berbanding Bajet Persekutuan yang mencecah RM470 bilion iaitu lebih kurang 700 kali ganda perbezaannya.

Kekangan fiskal ini ada menyebab urusan di bawah kuasa negeri seperti pengurusan air dan sisa pepejal terpaksa bergantung sepenuhnya kepada agensi Persekutuan. Justeru, RUU ini hanyalah permulaan— apa yang lebih penting ialah usaha ke arah autonomi fiskal yang agihan hasil cukai yang lebih adil.

Saya ingin mengemukakan dua tuntutan utama. Pertama, institusikan kajian 10 tahun komitmen kerajaan untuk menyemak kadar di setiap 10 tahun perlu dimaktubkan dalam undang-undang melalui pindaan Perkara 109, Perlembagaan Persekutuan. Ini harus mencontohi semangat yang memaktubkan Perkara 112D bagi Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan buku 24 tahun tidak berulang.

draft • 2:41 PM

Datoʼ Wu Him Ven

Kedua, federalisme rakan kongsi Kerajaan Persekutuan perlu melihat negeri sebagai rakan kongsi yang saudara. Saya mencadangkan agar Putrajaya meneroka mekanisme perkongsian hasil bagi sebahagian kecil daripada cukai pendapatan dan cukai syarikat yang dipungut dari wilayah negeri itu sendiri.

Dana ini akan membolehkan negeri membangunkan pengangkutan awam, perumahan, menaik taraf loji air dan memelihara warisan adat tanpa perlu sentiasa meminta peruntukan dari Pusat. Saya menyokong RUU ini sebagai titik permulaan yang murni. Marilah kita jadikan ia pemangkin kepada reformasi federalisme yang lebih besar demi masa depan Malaysia yang lebih mampan. Sekianlah, terima kasih. Saya menyokong.

draft • 2:41 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Wu.

Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.

Dipersilakan.

draft • 2:41 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang meminda Bahagian I, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan selaras dengan kuasa di bawah Perkara 109(2).

draft • 2:49 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Roh rang undang-undang ini menekankan aspek keadilan fiskal, autonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. Persoalannya, adakah semakan pemberian ini benar-benar mencerminkan kos sebenar kadar inflasi sumbangan ekonomi negeri dan keperluan rakyat hari ini? Atau adakah ia sekadar angka di atas kertas tanpa menilai realiti yang dihadapi oleh kerajaan negeri?

Sejak semakan terakhir pada tahun 2002, iaitu 24 tahun yang lalu melalui Akta 622, nilai Ringgit telah berubah secara signifikan. Jika kita kira inflasi kumulatif selama 24 tahun, kadar ini mencecah kira-kira 65 peratus. Nilai RM72 pada 2002 sepatutnya setara dengan nilai RM118 pada hari ini. Namun cadangan kadar baru sebanyak RM102 bagi menghadapi defisit kuasa beli 14 peratus berbanding nilai sebenarnya hari ini.

Persoalannya, adakah angka ini benar-benar memberi kelegaan kepada kerajaan negeri? Lebih-lebih lagi, apabila negeri perlu memperuntukkan kos tambahan bagi pelarasan emolumen kakitangan awam di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ataupun SSPA. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Selangor perlu memperuntukkan kira-kira RM20 juta tambahan dalam Belanjawan 2026 untuk menyelaraskan pelaksanaan SSPA fasa kedua kepada penjawat awam negeri yang terlibat. Ini merupakan satu beban kewangan yang

draft • 2:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

perlu ditanggung oleh kerajaan negeri sendiri walaupun dasar SSPA datang daripada Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya, formula pemberian sedia ada dilihat hanya berdasarkan populasi. Saya ingin bertanya, adakah pendekatan pemberian yang hanya berdasarkan jumlah penduduk wajar bagi negeri-negeri yang produktif sumbangan ekonominya kepada negara seperti Selangor? Contohnya, Selangor mencatatkan KDNK sebanyak RM432.1 bilion pada 2024 menyumbang 26.2 peratus kepada jumlah KDNK negara. Namun, berdasarkan kadar pemberian semasa, seorang penduduk hanya menerima RM14.49 setahun.

Persoalannya, adakah pengiraan sekadar berdasarkan jumlah penduduk ini mencerminkan sumbangan sebenar negeri-negeri yang menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia? Adakah ini benar-benar adil apabila sumbangan ekonomi kapasiti hasil dan kos penyediaan perkhidmatan di kawasan bandar yang padat tidak diambil kira? Persoalan yang lain, yang wajar dibangkitkan juga, adakah kita cukup peka terhadap jurang hasil antara negeri?

Sarawak, Sabah, Johor, Perak dan Selangor menjana yang hampir 84 peratus daripada keseluruhan hasil kerajaan negeri manakala baki negeri yang lain hanya menyumbang 16 peratus. Kedah dengan 220,000 hektar tanah pertanian, hanya menjana RM2.6 juta setahun. Adakah sistem ini secara tidak langsung mengekalkan negeri-negeri tertentu dalam kemiskinan yang terancang?

Tuan Yang di-Pertua, faktor demografi juga tidak boleh diabaikan. Malaysia sedang menua, tetapi harus diingat kadar penuaan berbeza antara negeri. Negeri dengan warga emas yang tinggi akan menghadapi kos kes kesihatan yang kronik. Penjagaan jangka panjang dan perkhidmatan komuniti yang lebih besar pada masa yang akan datang. Persoalannya, adakah pemberian per kapita semata-mata mencerminkan beban sebenar rakyat di negeri- negeri yang menua?

Persoalannya juga adakah semakan pemberian ini setiap 10 tahun cukup responsif?

Saya berpendapat semakan berkala setiap lima tahun selari dengan kitaran Rancangan Malaysia lebih sesuai supaya kerajaan negeri boleh menyusun belanjawan dengan tepat dan selari dengan strategi pembangunan nasional. Paling penting, pemberian ini juga mesti dilihat sebagai hak Perlembagaan yang dijamin di bawah federalisme bukan ihsan politik. Ia juga tidak boleh sesekali menggantikan sebarang grant pembangunan yang lain.

Persoalannya, adakah kerajaan bersedia memastikan pemberian ini memberikan kestabilan jangka panjang, mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan tahunan yang berubah dan memperkukuh autonomi fiskal negeri?

draft • 2:50 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk diberikan pertimbangan yang sewajarnya iaitu mekanisme audit terus dan berasaskan prestasi. Setiap ringgit pemberian per kapita mesti sampai terus kepada unit penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah tanpa tersekat dalam birokrasi pusat.

Persoalannya, adakah kerajaan bersedia memperkenalkan laporan prestasi yang terbuka dan berasaskan indikator objektif seperti kadar capaian perkhidmatan, penggunaan bajet mengikut projek dan pengurangan kebocoran perbelanjaan. Contohnya, kerajaan boleh mencontohi amalan performance-based grant seperti di Kanada di mana peruntukan Federal dipautkan kepada pemantauan prestasi sebenar negeri.

Perkara yang kedua, semakan wajib dan berkala. Pemberian juga perlu diwajibkan secara undang-undang dengan semakan setiap lima tahun agar pemberian sentiasa relevan dengan pertumbuhan penduduk, inflasi dan kos pentadbiran semasa. Persoalannya, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia menetapkan kerangka undang-undang yang mengikat supaya pemberian tidak tertangguh supaya setiap negeri dapat merancang bajet dengan stabil.

Sebagai perbandingan di Australia dan Kanada, sistem equalisation payment disemak dengan secara berkala bagi memastikan negeri atau wilayah yang menyumbang lebih dan yang menghadapi kos tinggi mendapat agihan yang adil dan mampan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukan sekadar membicarakan soal angka dan peratusan. Ia adalah soal keadaan fiskal, kesejahteraan rakyat dan penghormatan terhadap prinsip federalisme rakan kongsi yang sebenar.

Negeri-negeri harus dipandang sebagai rakan setara dalam pengurusan negara bukan sekadar penerima bantuan yang menunggu ihsan kelulusan dari Putrajaya. Mereka perlu diberi ruang untuk merancang dan melaksanakan permohonan sendiri selari dengan keupayaan dan sumbangan negeri masing-masing. Semoga rang undang-undang ini membuka laluan kepada sistem pemberian yang lebih adil, mampan dan berjiwa rakyat selaras dengan visi Malaysia MADANI di mana setiap negeri, setiap rakyat dihargai dan diberi peluang untuk berkembang seiring dengan kemajuan negara. Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar. Seterusnya, kita pergi ke pembahas kita yang terakhir sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Dengan itu saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit.

Dipersilakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 ini. Izinkan saya yang turut mengambil bahagian di dalam perbahasan ini, iaitu Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang bertujuan untuk meminda Bahagian I, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan berhubung kadar pemberian Persekutuan kepada negeri berdasarkan bilangan penduduk.

Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa usaha kerajaan ini untuk menambah kadar pemberian kepada negeri-negeri adalah sesuatu yang wajar dihargai. Kita memahami bahawa peruntukan kewangan kepada negeri merupakan komponen penting dalam memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tambahan perbelanjaan sehingga RM548 juta seperti yang dinyatakan dalam implikasi kewangan rang undang-undang ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuh hubungan fiskal antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Dewan ini kepada satu persoalan penting berkaitan prinsip asas pemberian ini, iaitu pemberian berdasarkan bilangan penduduk. Mengikut pindaan yang dicadangkan berbanding peruntukan sedia ada, bagi 100,000 orang pertama, RM102 setiap orang berbanding RM72 sahaja yang sekarang ini.

Bagi 500,000 orang berikutnya dalam RM14 setiap orang berbanding RM10.20 seorang. Bagi 500,000 orang berikutnya, RM13.50 setiap orang berbanding RM10.80 seorang.

draft • 2:58 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Bagi selebihnya iaitu RM13 setiap orang berbanding RM11.40 seperti sedia ada.

Struktur ini sememangnya memberi kelebihan kepada negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang besar kerana jumlah keseluruhan pemberian ini akan meningkat selaras dengan jumlah penduduk di negeri-negeri yang berkenaan.

Namun, persoalan ini timbul. Persoalan yang timbul ialah bagaimana pula dengan negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil tetapi mempunyai keluasan wilayah yang sangat besar dan cabaran pembangunan yang jauh lebih kompleks. Sebagai contoh, terdapat negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai kawasan geografi yang luas, jaringan pengangkutan yang terhad, serta penempatan penduduk yang bertaburan di kawasan pedalaman.

[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 3:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Dalam keadaan seperti ini, kos pengangkutan untuk menyediakan jalan raya, kemudahan kesihatan, sekolah, bekalan elektrik dan air selalunya jauh lebih tinggi berbanding negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak Menteri ataupun kerajaan.

Pertama, apakah mekanisme yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan negeri yang kurang penduduk tidak berada dalam kedudukan yang kurang adil dalam formula pemberian ini? Walaupun kadar RM102 bagi 100,000 orang pertama kelihatan memberi sedikit kelebihan kepada negeri kecil, persoalannya ialah, apakah ia benar-benar mencukupi untuk menampung pembangunan di kawasan yang luas dan mencabar?

Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula kaedah pemberian ini pada masa hadapan dengan mengambil kira faktor lain selain daripada penduduk seperti keluasan negeri, tahap pembangunan infrastruktur, kadar kemiskinan dan cabaran geografi?

Pendekatan yang lebih komprehensif mungkin dapat memastikan supaya setiap negeri mendapat sokongan kewangan yang lebih seimbang.

Yang ketiganya, saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada telah membuat kajian impak terhadap negeri-negeri yang mempunyai penduduk kecil bagi memastikan bahawa pindaan ini benar-benar mencapai matlamat seperti yang dinyatakan di dalam huraian rang undang-undang ini iaitu untuk memberikan layanan lebih kecil— lebih adil kepada negeri yang kurang penduduk.

Kita semua bersetuju bahawa prinsip keadilan adalah wilayah— antara wilayah adalah sangat penting dalam sebuah Persekutuan seperti negara kita Malaysia. Negeri yang mempunyai populasi yang besar memerlukan peruntukan yang besar untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat mereka. Namun pada masa yang sama, negeri yang mempunyai populasi kecil seperti Sarawak dan Sabah tidak boleh dipinggirkan kerana mereka juga menghadapi cabaran pembangunan yang tersendiri dan unik.

Berikutan itu, perbandingan untuk berbanding keluasan negeri di Malaysia, kita gunakan dalam hujahan perbahasan seperti yang saya nyatakan seperti berikut.

Di Sarawak contohnya, keluasan 124,000 kilometer persegi, penduduk lebih kurang 2.45 juta, jadi maknanya kepadatan adalah 20 orang saja per kilometer persegi.

Di Sabah 73,619 kilometer persegi, penduduknya 3.42 juta bermakna penduduk hanya 46 orang sahaja per kilometer persegi.

Berbanding dengan Pulau Pinang dan Selangor— saya terus ke dua negeri yang padat ini. Selangor 7,960 kilometer persegi, penduduknya 6.9 juta. Maknanya kepadatan 879 orang per kilometer persegi.

draft • 3:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Pulau Pinang 1,031 keluasan negeri kilometer persegi, bermakna penduduknya 1.74 juta, kepadatannya adalah 1,688 orang per kilometer.

Jadi, sumber statistik kepadatan penduduk negeri Malaysia menunjukkan bahawa Sarawak mempunyai paling rendah sekitar 20 orang per kilometer persegi, manakala Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Selangor mempunyai kepadatan yang tinggi.

Sarawak negeri terbesar di Malaysia, tetapi hanya 20 orang setiap kilometer persegi.

Sabah 46, setiap kilometer persegi ini bermakna penduduk yang berselerak di kawasan yang sangat luas.

Akibatnya, kos kerajaan negeri untuk menyediakan jalan raya di pedalaman, sekolah di luar bandar, klinik kesihatan, bekalan elektrik dan air menjadi jauh lebih mahal bagi setiap orang.

Negeri kecil seperti Selangor, Pulau Pinang mempunyai kepadatan yang tinggi akan mendapat faedah daripada pindaan rang undang-undang ini. Ini menjadikan kos penyediaan kemudahan lebih efisien kepada mereka yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding dengan kawasan yang lebih kepadatan kecil.

Tuan Yang Di-Pertua, Sarawak mempunyai keluasan 124,000 kilometer persegi, tetapi kepadatannya tadi adalah 20 orang setiap kilometer persegi. Ini bermakna, kerajaan perlu membina jalan raya dan klinik untuk penduduk yang jauh di antara satu sama lain.

Persoalannya, jika formula pemberian hanya berdasarkan bilangan penduduk, adakah ini benar-benar adil bagi negeri yang luas seperti Sarawak berbanding negeri yang kecil? Jadi, cadangan penyelesaian adalah, kerajaan boleh mempertimbangkan formula tiga komponen.

Yang pertama, peruntukan asas kepada setiap negeri.

Yang kedua, peruntukan berdasarkan bilangan penduduk seperti yang kita bentangkan pada hari ini.

Dan yang ketiga, peruntukan berdasarkan keluasan dan kos geografi.

Dato’ Yang Di-Pertua, dalam konteks pembangunan negara secara keseluruhan, kita memerlukan— kita perlu memastikan bahawa jurang pembangunan antara negeri tidak semakin melebar. Sekiranya formula pemberian terlalu bergantung kepada bilangan penduduk semata-mata, maka kemungkinan bahawa negeri yang sudah mempunyai kelebihan dari segi pembangunan akan terus mendapat peruntukan yang lebih besar, manakala negeri yang masih memerlukan pembangunan asas makin lama makin ketinggalan.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerajaan pada masa hadapan, mempertimbangkan satu pendekatan yang lebih seimbang yang juga dinyatakan oleh rakan- rakan Senator sebelum ini yang mungkin boleh menggabungkan beberapa elemen seperti

draft • 3:00 PM

Tuan Abun Sui Anyit

yang didapati, contoh daripada negara-negara yang dinyatakan oleh rakan Senator sebelum ini juga.

Jadi, yang pertamanya, pemberian asas kepada setiap negeri tanpa mengira bilangan penduduk. Pemberian berdasarkan populasi seperti yang dicadangkan dalam rang undang- undang ini, ini saja yang ada. Pemberian berdasarkan keperluan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kalau kita melihat kepada pedalaman terutamanya di Sarawak, di daerah Belaga sendiri, banyak jalan raya tidak sampai ke pelosok-pelosok di mana ada penempatan.

Kita selalu melihat bahawa di Baram juga masalah keperluan-keperluan untuk membangunkan daerah di mana jalan balak putus apabila musim hujan. Jadi, oleh sebab itulah kepentingan geografi ini perlu diambil kira dalam setiap pemberian perbelanjaan oleh kerajaan. Jadi, pendekatan seperti ini akan membantu bahawa setiap negeri mempunyai keupayaan kewangan minimum untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun saya mengalu-alukan kerajaan untuk menambah kadar pemberian ini, saya berharap penjelasan daripada pihak Menteri dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai, bagaimana kerajaan merancang untuk menyeimbangkan keperluan antara negeri yang ramai penduduk dan negeri yang kurang penduduk.

Kalau kita tidak mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, saya risau, saya bimbang Sabah dan Sarawak akan terus ke belakang dari segi pembangunan kerana kita berdasarkan kepada setiap orang.

Justeru itu, ini sangat penting bagi semangat Persekutuan yang ada dan inklusif kepada negeri-negeri supaya dapat terus dipelihara kemajuan yang seimbang untuk semua wilayah kita di dalam negara kita ini. Sebagai penutup...

Ke Putatan membeli rotan, Singgah sebentar di tepi taman; Jika tersilap dalam ucapan, Kemaafan jua saya hulurkan. Sekian, terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada YB Senator Tuan Abun Sui Anyit. Maka, dengan itu selesailah berbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua dan kini saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan, setengah jam ya YB.

draft • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Okey. Terima kasih Dato’ Seri Setia. Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya 15 orang Ahli Yang Berhormat Dewan Negara telah membahas rang undang-undang ini dan saya bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Saya mula dengan menceritakan asas kita. Undang-undang ini telah 24 tahun tidak dikaji semula dan saya rasa ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kerajaan bersedia untuk mengkaji semula dan ini bukan sahaja keputusan Kerajaan Persekutuan, tetapi keputusan yang dicapai di Majlis Kewangan Negara yang dihadiri ataupun disertai oleh semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dan juga Premier dari Sarawak.

Ini adalah keputusan bersama yang dicapai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan keputusan Kerajaan Persekutuan ialah untuk men-review ataupun mengkaji semula pemberian atau rang undang-undang ini atau undang-undang ini setiap 10 tahun.

Asas setiap 10 tahun ialah kerana DOSM akan membuat bancian setiap 10 tahun dan berasaskan ataupun berdasarkan apa yang dikaji oleh DOSM setiap 10 tahun, kerajaan berikrar untuk mengkaji semula rang undang-undang ini. Adakah kita bersedia untuk memaktubkan ini dalam Perlembagaan, tempoh dalam Perlembagaan? Itu boleh dibincang di Dewan ini ataupun melalui kerajaan-kerajaan negeri dalam konteks atau dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya sebenarnya sangat minat isu federalisme sejak dulu. Saya pernah jadi Ahli Parlimen di Pulau Pinang dan semasa saya menjawat sebagai Ahli Parlimen di Pulau Pinang, saya menyertai diri dalam pengurusan kerajaan negeri dan saya pada masa itu penasihat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya juga sekarang masih ADUN di Johor dan so memang saya minat isu federalisme dan memang federalisme kita ada isu yang perlu dikaji semula. Federalisme kita dimaktubkan dalam konteks— Perlembagaan kita dimaktubkan pada tahun 1957 dan 1963. Konteks pada masa itu memang sesuai, tapi sekarang ini memang perlu kita bincang semula, tetapi mungkin bukan dalam konteks rang undang-undang ini.

Saya cadang kepada Ahli-ahli Dewan Negara supaya tubuhkan jawatankuasa.

Tubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula, untuk memahami isu juga. Memahami isu, memahami apa yang dikehendaki masa terkini dan wujudkan suasana— mungkin dalam satu konteks jawatankuasa Dewan Negara supaya isu-isu ini boleh dibincang secara mendalam.

Di dalam konteks Komanwel, Dewan Negara adalah Dewan, *The House of States.

The House of States*. So ada wakil negeri, ada— dalam konteks kita, kita ada wakil yang

draft • 3:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong juga, tapi memang Dewan Negara adalah tempat yang sesuai untuk membincang hala tuju federalisme kita. Ada isu yang baru semasa perbahasan rang undang-undang ini di Dewan Rakyat. Ada yang bawa bahawa masalah masyarakat menua di negara kita, tidak difikir dalam konteks federalisme kita. Betul juga.

Ada juga yang membawa isu bahawa faktor iklim: climate change tidak difaktor dalam konteks federalisme kita kerana dalam konteks federalisme kita, kerajaan negeri memegang tanah dan juga sumber-sumber asli dan mungkin ini ada keadaan di mana faktor-faktor sumber asli ataupun balak ataupun urban spur. Semua ini akan menyumbang kepada masalah iklim. So, ini adalah isu-isu di mana saya harap Ahli-ahli Dewan Negara boleh memikir untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengkaji secara mendalam untuk masa depan federalisme kita.

Penting ialah saya ingat tadi apa Dato’ Seri Setia kata, federalisme kita ataupun negara kita adalah satu gabungan, abang adik. Adalah satu gabungan persaudaraan dan apabila kita bicarakan federalisme kita, saya harap kita tidak ambil sikap zero sum game. Ini bukan kita ambil daripada Selangor untuk lawan Sabah ataupun Perlis lawan siapa. Kita juga bukan satu konteks di mana negeri lawan Persekutuan. Saya haraplah. Hujah-hujah atau narrative adversarial ini boleh kita kurangkan. Kalau kita boleh kurangkan narrative adversarial, kita boleh cari jalan untuk cari federalisma yang sesuai dengan masa terkini. Ini adalah lebih baik untuk negara kita dan kita boleh menyelesaikan lebih banyak masalah dan kita boleh membangun secara serentak.

Pemerhatian saya ialah hampir semua Ahli-ahli Dewan Negara membicara isu keadilan dan membicarakan isu federalisme dari segi atau rang undang-undang ini dari perspektif keadilan. Saya ingin petikkan apa yang ahli falsafah John Rawls yang berkata, “Justice required maximum attention to the needs of the least fortunate.” Ini prinsip keadilan di mana yang paling tidak dalam keadaan yang baik perlu diberikan perhatian yang lebih.

Dalam konteks rang undang-undang ini, guidance ataupun pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Kabinet, kepada MOF ialah kita membantu negeri-negeri yang mempunyai penduduk yang sedikit. Bermakna dalam konteks ini, sebenarnya kalau kita buat matematik, Perlis dapat lebih banyak dari segi setiap bilangan rakyat kerana prinsip ini.

Prinsip di mana rang undang-undang ini adalah untuk memberikan pemberian yang paling banyak setiap orang kepada negeri yang mempunyai penduduk yang sedikit.

Ini prinsip dia, tapi ini tidak bermaksud bahawa ini adalah hanya— tiada lagi ada apa saja pemberian lain. Hanya pemberian ini saja. Saya rasa mungkin dalam pembahasan kita ada sebut naratif sebahagian Ahli-ahli mungkin cenderung terhadap bahawa, tidak lagi ada

draft • 3:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

apa-apa pemberian dari Kerajaan Persekutuan, tapi itu tidak benar. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pemberian berasas Perlembagaan Persekutuan adalah berikut.

Pertama, pemberian mengikut bilangan orang, capitation grant dan apa yang kita bahas sekarang. Pemberian penyelenggaraan jalan negeri (MARRIS). Itu pun juga penting.

Pemberian di bawah Senarai Bersama: Joint List. Bayaran perkhidmatan kepada negeri- negeri. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi infrastruktur dan kesejahteraan hidup ataupun bernama— pemberian tahap.

draft • 3:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Pemberian kepada negeri menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus. Ini adalah pemberian di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pemberian lain termasuk pemberian berasaskan peruntukan akta atau undang-undang termasuk pemberian pertambahan hasil, grant tahunan berasaskan kaedah keseimbangan kepada PBT, pemberian tahunan kepada negeri Selangor, Kedah, Sabah dan Sarawak dan juga ada pemberian berasas keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Jemaah Menteri atau Kerajaan Persekutuan termasuk pemberian pembayaran bil elektrik lampu jalan dan lampu isyarat PBT, pemberian cukai pelancongan ataupun ecological transfers (EFT) dan juga pemberian kepada perpustakaan- perpustakaan negeri.

Jumlah pemberian daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri secara jumlahnya untuk hanya untuk capitation grant, RM560 juta, tapi jumlah secara keseluruhan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri ialah RM9.2 bilion secara keseluruhan untuk tahun 2024.

So ini bermakna dia ada pelbagai pendekatan, pelbagai cara dan juga pelbagai mekanisme di bawah Perlembagaan dan juga di bawah pendekatan lain dan saya harap konteks ini penting. Konteks ini penting untuk kita apabila kita memberi hujah, saya harap ini boleh diambil kira dan tidak— kalau tidak mungkin penjelasan kita tidak, tidak jelas dan mungkin akan memesongkan persepsi di luar.

[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan saya ingin juga memberi pencerahan sikit tentang kaedah DOSM. Ada yang risau bahawa individu yang telah— negeri yang besar dengan ramai yang hijrah dari negeri lain, mungkin mereka rasa capitation grant mereka tidak mewakili apa yang sebenar di on the ground, tapi itu tidak betul kerana kaedah DOSM ialah setiap orang yang telah bermastautin selama tempoh enam bulan atau lebih, akan dikira sebagai penduduk di negeri itu.

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong

Bermaksud, kalau seorang individu yang berasal dari Kelantan dengan nombor Kad Pengenalan negeri Kelantan ataupun Johor 01, tetapi telah bekerja dan menetap di Selangor selama lebih daripada enam bulan, adalah dibanci sebagai penduduk Selangor. Ini saya harap ini jelas supaya kita semua faham apabila kita sebut tentang capitation grant, ia berasas kepada kajian bancian DOSM dan bancian DOSM berasas kepada mereka yang bermastautin di satu tempat atau satu negeri selama melebihi enam bulan.

Dan akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya, saya juga dengar ada beberapa Ahli Yang Berhormat sentuh tentang contoh-contoh dari negeri lain— negara lain. Ada yang sebut tentang contoh di Australia, India, Kanada, Brazil. Mungkin konteks dia berlain. Konteks dia berlain kerana federalisme kita sebenarnya Kerajaan Persekutuan mengambil banyak fungsi- fungsi kerajaan.

Kalau kita buat perbandingan di Australia, kepolisan adalah fungsi negeri walaupun dia ada federal police, tetapi setiap negeri ada polis dia dan dibiayai oleh kerajaan negeri. Di Australia juga, di India juga, di Kanada, kesihatan, fungsi kesihatan adalah fungsi negeri.

Bukan fungsi persekutuan. Bermakna hospital di negeri Victoria, di Australia ataupun hospital di Gujarat, dibiayai oleh kerajaan negeri secara penuh. Dan di dalam bidang pendidikan, universiti-universiti di Australia atau universiti-universiti India selain daripada satu dua federal university seperti alma mater saya di Australian National University, yang lain dibiayai sekolah atau universiti, dibiayai oleh kerajaan negeri.

So, konteks dia lain sikit di mana fungsi-fungsi Persekutuan, Kerajaan Persekutuan di Australia, Kanada ataupun Brazil ataupun India sebenarnya lebih kurang daripada fungsi yang dipegang atau diamanahkan kepada Kerajaan Persekutuan di Malaysia. So itu konteks, saya harap boleh diingati supaya apabila kita membuat perbandingan, kita berbanding dengan apple to apple.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli lagi sekali.

Dan dengan ini saya— Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon untuk membentang apa ni— mengakhiri jawapan saya. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 3:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 3:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perladangan dan Komoditi (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]

draft • 3:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Sebelum kita tangguhkan mesyuarat ni, ada satu pantun daripada saya.

Main mercun membawa padah, Kalau cedera tak boleh raya; Rang undang-undang dibahas sudah, Amanah dipikul tanggungjawab dilaksana. Terima kasih. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 12 Mac 2026. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 3.30 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026