Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed
Dipersilakan penyertaan pertama oleh Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa - Melaka
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Saya mulakan soalan pada awal pagi dapat bonus untuk soalan nombor satu. Dengan serangkap pantun YB...
Indahnya rumah cik nyonya, Dibina dari kayu dan batu; Demi rakyat, saya bertanya, YB soalan saya nombor satu.
1. Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah langkah dan strategi kerajaan ke atas pembangunan ekonomi wilayah di Semenanjung agar peluang kerja serta aktiviti ekonomi dirancakkan selaras dengan data anggaran Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) isi rumah 2025 di setiap daerah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed
YB Menteri, sila jawab. Soalan dan pantun*.
[Ketawa]*
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Pantun?
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa atas persoalan berkaitan aktiviti pembangunan ekonomi wilayah di Semenanjung yang terkait data perbelanjaan asas kehidupan wajar isi rumah.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Berhormat Senator, kerajaan komited memastikan pembangunan ekonomi wilayah di Semenanjung dilaksanakan secara yang imbang dan inklusif bagi merancakkan peluang pekerjaan serta aktiviti ekonomi setempat, selaras dengan
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
variasi kos hidup yang ditunjukkan melalui anggaran perbelanjaan asas kehidupan wajar isi rumah di setiap daerah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhan pertumbuhan purata pendapatan berada pada kadar 3.8 peratus lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak 1.8 peratus pada tahun 2024, sedikit sebanyak membantu meningkatkan kuasa beli isi rumah.
Walaupun bagaimanapun, purata pertumbuhan perbelanjaan adalah lebih tinggi secara marginal, iaitu pada kadar 3.9 peratus, menunjukkan isi rumah masih terus berdepan dengan kos cabaran sara hidup.
Sehubungan dengan itu Ahli Yang Berhormat, kerajaan melaksanakan strategi pembangunan wilayah yang mengambil kira keunikan dan kelebihan setiap wilayah bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan. Antaranya melonjakkan industri high grove high value dan sektor strategi berimpak tinggi seperti mereformasi industri semi-konduktor tempatan, melonjak subsektor agro-makan dan agro- komoditi dan memantapkan pelancongan berpendapatan tinggi dan lestari.
Yang kedua Ahli Yang Berhormat, kita memberi penekanan kepada pembangunan sumber pertumbuhan baharu melalui potensi tempatan termasuk ekonomi biru, hijau, jingga dan ekonomi digital. Tumpuan juga akan diberikan kepada pengukuhan ekosistem yang sedia ada, industri strategik terpilih serta pemeliharaan khazanah alam dan kelestarian biodiversity. Dan yang ketiga mempercepatkan pembangunan infrastruktur strategik termasuk jaringan pengangkutan, logistik dan kemudahan digital bagi meningkatkan keboleh capaian dan tarikan pelaburan di negeri kurang membangun. Dalam hubungan ini, kerajaan menyasarkan pengurangan kebergantungan tenaga kerja asing kepada 10 peratus daripada keseluruhan teraga kerja menjelang tahun 2030 dan seterusnya 5 peratus menjelang tahun 2025 melalui mekanisme levi pelbagai peringkat mulai tahun ini, 2026. Langkah ini Yang Berhormat, dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat tempatan di seluruh negara.
Bagi menangani tekanan kos sara hidup yang berbeza antara wilayah, kerajaan turut melaksanakan intervensi bersasar seperti perumahan, pengangkutan dan makanan. Ini termasuk memperluaskan penyediaan rumah mempunyai milik, menambah baik sistem pengangkutan awam serta memperkukuhkan keterjaminan makanan melalui pembangunan rantaian bekalan domestik khususnya di kawasan luar bandar.
Kesimpulannya Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited memastikan peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi rancakkan sebaik mungkin berdasarkan pembangunan ekonomi wilayah di Semenanjung selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI dan aspirasi Rancangan Malaysia Yang Ketiga Belas yang menekankan prinsip menaikkan lantai serta
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
pertumbuhan inklusif agar tiada rakyat yang tercicir dari arus kemajuan negara. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed
Terima kasih, soalan tambahan?
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa - Melaka
Terima kasih YB Menteri atas jawapan yang cukup baik. Tuan Yang di-Pertua, antara perancangan utama kerangka ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 adalah mengubah pendekatan struktur ekonomi kepada teknologi AI, meningkatkan keupayaan digital dan peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Soalan saya, soalan tambahan, sejauh manakah kerajaan dapat menetapkan liberalisasi, tarif tenaga elektrik domestik, cas lebih rendah langganan data dan komunikasi digital, dan insentif lantai skim subsidi pengangkutan darat bagi mengekalkan daya saing harga barangan pengguna agar inflasi dapat dikawal, khususnya dalam situasi tegang di Timur Tengah dan untuk menjamin kelestarian, kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator.
Antara strategi yang kita rangka bagi memastikan jurang pembangunan ekonomi wilayah dan memperkukuhkan pembangunan seperti mana Yang Berhormat sebutkan adalah yang pertama, kita akan mempercepatkan pembangunan kawasan yang kurang membangun dan kita juga seperti mana yang kita sebut, kita akan melaksanakan pembangunan infrastruktur dan kemudahan berasaskan kepada Rancangan Malaysia yang kita telah rancang 5, tahun-5, 5 tahun.
Melalui Rancangan Malaysia Kesebelas, kita telah melaksanakan penambahbaikan infrastruktur. Yang kedua, kita lakukan untuk merapatkan jurang di antara wilayah. Dan yang ketiga, untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini Yang Berhormat, kita menaikkan juga nilai tambah seperti mana Yang Berhormat mahukan cas yang rendah, tetapi ia juga bergantung kepada ketersediaan demand atau market kepada masyarakat itu sendiri, tetapi berbalik kepada apa yang sedang berlaku hari ini konflik di Middle East, kerajaan sedang melihat dan memantau perkembangan ini dan sudah pasti langkah yang sedia ada, kerajaan sedang lakukan adalah untuk membantu sekiranya ada perkara-perkara yang terkesan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Seperti mana yang saya sebut di jawapan asal tadi, inflasi kita okey. Kadar pertumbuhan pendapatan itu yang menjadi persoalan kerana corak perbelanjaan yang kita survey pada setiap Rancangan Malaysia melalui HIES, kita lihat corak perbelanjaan juga meningkat lebih tinggi daripada marginal. Ini perkara-perkara yang sedang kita pantau dan sudah pasti kerajaan komited untuk memastikan kebajikan rakyat itu terjamin.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Dan di Melaka sahaja Yang Berhormat, kita akan pastikan supaya ekonomi semikonduktor tempatan, antara syarikat yang ada di sana, Texas Instruments untuk mereka beralih daripada back end kepada front end bagi mencipta nilai ekonomi yang baharu. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan?
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Tiew.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, sejauh manakah kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap bekalan pasaran di Middle East memandangkan isu-isu yang sedang berlaku di Middle East ini. Sebab ia akan menjejaskan ekonomi juga. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Itu sebab yang saya sebutkan tadi kerana negara Iran merupakan antara negara pengeluar minyak yang utama. Sudah pasti ia berpotensi untuk memberi tekanan kepada kos bahan api. Dan sudah pasti apabila trading dibuat, import dan eksport ini menggunakan logistik dan dia berpotensi untuk meningkatkan harga. Ini yang kita panggil Yang Berhormat sebagai cost-push inflation.
Dan cost-push inflation ini sedang kerajaan melihat bagaimana perkembangan terkini dan terdekat, kita dapatkan maklumat yang sahih daripada semua sumber-sumber yang boleh kita kenal pasti bagi kita melihat adakah perkembangan itu benar-benar merebak. Kerana, untuk makluman Yang Berhormat, negara kita masih mempunyai kecukupan dalam tempoh terdekat dari segi bekalan minyak dan bekalan gas. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya jemput— Terima kasih Menteri.
Sekarang saya jemput Senator Dato' Leong Ngah Ngah.
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya kemukakan soalan nombor 2.
2. Dato' Leong Ngah Ngah minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah pelan atau langkah konkrit kerajaan untuk menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas yang berlarutan di Cameron Highlands dan adakah pembinaan jalan alternatif seperti jejambat (flyover) sedang dipertimbangkan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator yang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, isu kesesakan trafik di Cameron Highlands telah mendapat perhatian pelbagai pihak dan turut dibangkitkan dalam Pelan Strategik Pembangunan Spatial iaitu Rancangan Struktur Negeri iaitu RSN
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
negeri Pahang 2050. Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 serta juga Highway Network Development Plan (HNDP) 2030.
Lanjutan isu tersebut, pihak kementerian telah melaksanakan kajian kesesakan lalu lintas Cameron Highlands pada September 2020 melibatkan kawasan tumpuan utama seperti Ringlet, Habu, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Simpang Pulai.
Hasil daripada kajian tersebut, cadangan dan pelan penyuraian trafik telah dibentangkan kepada kerajaan dan bersetuju meluluskan permohonan pelaksanaan projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands. Menaik taraf jalan dari bulatan McDonald’s ke persimpangan Brinchang/Time Tunnel FT59 dan membina one-way loop di Kea Farm Cameron Highlands, Pahang di bawah Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kementerian Kerja Raya ini.
Skop utama projek adalah meliputi kerja-kerja naik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong di kawasan Brinchang/Time Tunnel sepanjang satu kilometer serta pembinaan one-way loop dua lorong sehala di Kea Farm sepanjang tiga kilometer. Jadi, status semasa projek masih dalam peringkat pembinaan dengan kemajuan fizikal semasa sebanyak 38 peratus dan dijangka siap pada Februari 2028.
Kesinambungan daripada projek ini, kerajaan melalui RP3, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lepas turut meluluskan permohonan pelaksanaan projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands iaitu membina jalan pintasan Tanah Rata dan menaik taraf Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm.
Jadi, bagi Seksyen 62.7 ke 64.4 dari Seksyen 66.0 ke 68 dan Seksyen 69.8 ke 70.8 jadi, serta menaik taraf Jalan Persekutuan FT434 Jalan Griddle. Jadi, skop utama projek merangkumi jalan pintasan Tanah Rata iaitu jalan alternatif dan naik taraf Jalan FT59 serta FT434 Jalan Griddle sedia ada dengan anggaran sepanjang keseluruhan 10 kilometer. Jadi, projek ini dilaksanakan secara reka dan bina dengan surat setuju terima (SST) ya, kepada kontraktor telah dikeluarkan pada 11 Februari 2026 baru-baru ini dan tarikh milik tapak pada 16 Februari 2026.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dan sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani isu kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara holistik, strategik dan berkesan.
Dan setiap perancangan dan pembinaan projek akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira kepentingan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar, termasuklah perlindungan flora dan fauna agar keseimbangan pembangunan dan
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kelestarian alam sekitar terus terpelihara demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Dato’ Leong.
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih juga usaha pihak JKR yang mengatasi masalah selama ini. Ini memang masalah lamalah, saya pernah berada di sana lima tahun. Yang saya difahamkan, kesesakan Cameron Highlands berasal daripada Kea Farm. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membina jejambat dengan izin, flyover dan terowong untuk mengurangkan ancaman kepada tanah tinggi dan kebun-kebun sedia ada? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, semakan Kementerian Kerja Raya— Ya, saya ulang Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman pada Yang Berhormat Senator, jadi semakan kami di Kementerian Kerja Raya mendapati tiga permohonan projek diterima daripada kerajaan negeri sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas sehingga Rolling Plan 1 ya.
Jadi, Rancangan Malaysia Ketiga Belas Rolling Plan 1 bagi membina jejambat (flyover) yang diminta tadi dan terowong yang dibangkitkan. Jadi, untuk makluman Senator juga, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan di negeri, dari negeri ya, yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi negeri dan Jabatan Kerja Raya negeri.
Jadi, sehubungan itu, disyorkan juga supaya cadangan projek tersebut dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri atau JKR negeri untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang.
Jadi, kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri dan akan diberi pertimbangan sewajarnya untuk diangkat kepada agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal dan dilaksanakan tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada Kementerian Kerja Raya ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. YB sila.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Untuk pelan jangka masa pendek Datuk Yang di-Pertua, adakah kerajaan berhasrat untuk nak membina dulu signboard digital memaklumkan bahawa kalau di Simpang Pulai, turun Simpang Pulai tu kita ada dah signboard di situ maklumkan perjalanan ke Cameron ambil masa hingga empat jam,
Tuan Musoddak bin Ahmad
lima jam? Jadi pengguna akan patah balik pasai dah, pasai sesak. Sekarang ini tidak ada ya menyebabkan pengguna terus.
Yang kedua adakah pelan ini mengehadkan kenderaan-kenderaan berat di waktu- waktu cuti ini untuk tidak berada di jalan raya? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Datuk Yang di-Pertua, kita ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Senator iaitu papan tanda digital ya, itu mungkin cadangan baiklah untuk kita membantu pengguna jalan raya.
Yang kedua itu, apa mengehadkan kenderaan berat. Kita pernah ada dulu buat apa macam itu. Banyak juga kita menerima aduan. Ada juga yang marah kerana kita buat sekatan kenderaan berat di waktu-waktu yang dalam siasatan kita sepatutnya kenderaan berat ini tak, jangan diberi peluang untuk melalui untuk menjaminkan keselesaan dan keselamatan kenderaan ringan, tapi kita boleh semak semulalah. Semak balik Yang Berhormat atas cadangan itu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih YB Menteri. Sekarang saya jemput Dato’ Ng Keng Heng.
Dato' Ng Keng Heng
Salam sejahtera Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
Terima kasih.
3. Dato' Ng Keng Heng minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah rancangan kerajaan bagi menyelesaikan isu krisis kekurangan simpanan dana hari tua bagi warganegara menjelang umur persaraan serta apakah mekanisme kewangan yang dicadangkan untuk meningkatkan jumlah simpanan terutamanya golongan rentan memandangkan kos sara hidup dan perubatan terus meningkat.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut. Datuk Yang di-Pertua, Malaysia kini dalam fasa peralihan daripada negara menua kepada negara tua menjelang 2048 apabila 14 peratus atau 5.88 juta penduduk dijangka berumur 65 tahun ke atas. Bilangan ini adalah lebih dua kali ganda berbanding 2.7 juta penduduk berumur 65 tahun ke atas pada tahun 2025. Penubuhan demografi ini memberi kesan yang besar kepada sistem persaraan, kedudukan fiskal dan persediaan jangka panjang negara.
Dari sudut pengukuhan ekonomi, pelbagai dasar dan inisiatif dilaksanakan dan bagi merancakkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat. Ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan majikan aktif berdaftar dengan KWSP sebanyak 4.2 peratus kepada 640,391 setakat Disember 2025. Berbanding 614,563 pada 2024.
Selari dengan itu, bilangan pekerja sektor formal yang mencarum kini meningkat 3.3 peratus kepada 8.2 juta berbanding kepada 7.9 juta tahun sebelumnya. Tahap pendapatan turut menunjukkan peningkatan apabila gaji median ahli aktif sektor formal warganegara Malaysia meningkat 6.3 peratus pada RM2,764 pada tahun 2025 berbanding pada RM2,600
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pada tahun 2024. Perkembangan positif ini menyumbang kepada pertumbuhan caruman tahunan ahli KWSP warganegara kepada RM120 bilion pada tahun 2025. 12 peratus lebih tinggi berbanding RM107.1 bilion pada 2024.
Bagi meningkatkan kecukupan simpanan, KWSP melaksanakan beberapa langkah utama. Pertama, penstrukturan semula akaun KWSP. Sejak Mei 2014, yang menambah RM15.7 bilion ke dalam akaun persaraan susulan daripada peningkatan pecahan agihan caruman akaun persaraan daripada 70 peratus kepada 75 peratus.
Kedua, caruman melebihi kadar berkanun atau pun i-Topup. Setakat Disember 2025, seramai 364,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun.
Ketiga, program i-Sayang. 187,000 suami telah menyertai melibatkan jumlah pindahan caruman RM371.3 juta pada setakat Disember 2025.
Peningkatan bagi caruman sukarela pula adalah seperti berikut.
Caruman sukarela i-Saraan, i-Simpanan, pada tahun 2005, seramai 687,000 ahli telah membuat caruman secara sukarela tanpa inisiatif kerajaan, insentif kerajaan. Dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM15.25 bilion. Program i-Saraan pada tahun 2025, i-Saraan merekodkan jumlah caruman sebanyak RM3.97 bilion daripada 720,056 ahli. Bersamaan dengan peningkatan sebanyak RM50.8 peratus berbanding daripada RM2.64 bilion serta peningkatan RM35.9 bilion− 9 peratus bagi ahli daripada RM529,667 pada tahun 2024.
Insentif kerajaan meningkat RM80.1 peratus berbanding RM114.77 juta pada 2024 kepada RM206.75 juta. Setakat akhir 2025, seramai 3.1 juta ataupun 41.2 peratus ahli aktif sektor formal warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 55 tahun telah mencapai tahap simpanan asas mengikut umur. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan berbanding 30 peratus pada tahun 2022. Walaupun pencapaian ini menunjukkan tren peningkatan, tahap kecukupan simpanan persaraan masih belum pulih sepenuhnya.
Ini terutamanya setelah mengambil kira implikasi pengeluaran khas semasa pandemik COVID-19 berjumlah RM146 bilion yang telah menjejaskan tahap simpanan sebahagian ahli.
Apabila seorang ahli mencapai umur persaraan dan layak membuat pengeluaran penuh, ahli mempunyai pilihan untuk mengeluarkan simpanan secara sekali gus atau secara berperingkat. Dalam hal ini, KWSP menggalakkan ahli supaya tidak membuat pengeluaran penuh secara sekali gus sebaliknya mempertimbangkan pengeluaran secara bulanan.
Pendekatan ini boleh membagi peluang bagi baki simpanan akan terus mendapat peningkatan daripada pulangan dividen tahunan yang ada. Melalui kaedah ini, simpanan ahli berpotensi terus berkembang hasil daripada kesan penggandaan dividen. Sekali gus membantu memastikan simpanan persaraan bertahan lebih lama bagi menampung keperluan perbelanjaan semasa persaraan.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Usaha untuk memperkukuhkan simpanan memerlukan pendekatan berterusan dan jangka panjang bagi memastikan kesejahteraan hidup pada usia persaraan selaras dengan matlamat dan mandat utama KWSP. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Dato’ Ng dulu lepas tu baru Dato’ Ahmad.
Dato’ Ng Keng Heng
Ya, terima kasih YB Menteri. Jawapan yang begitu padat sampai saya minta soalan tambahan. Kalau boleh lepas ni minta bertulis juga. Terlalu banyak.
Okey, soalan tambahan saya berapakah anggaran rasmi kerajaan mengenai peratusan warganegara yang dijangka tidak mencapai tahap simpanan minimum yang mencukupi menjelang umur persaraan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang? Dan bagaimana kerajaan dapat memastikan tidak berlaku hakisan simpanan asas akibat pengeluaran awal dana hari tua atas faktor kecemasan? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut. Datuk Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, setakat akhir 2025, sebanyak 3.1 juta ataupun 41.2 peratus ahli sektor formal warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 55 tahun telah mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.
Ini menunjukkan bahawa masih terdapat 4.42 juta atau 58.8 peratus ahli sektor formal warganegara yang masih belum mencapai tahap simpanan minimum yang disasarkan bagi memastikan kecukupan simpanan apabila bersara. Walau bagaimanapun, berdasarkan unjuran semasa menjelang tahun 2030, dianggarkan sekitar 60 peratus ahli berpotensi mencapai tahap simpanan asas iaitu sekitar RM390,000, pada umur 60 tahun sekiranya ahli terus mencarum secara konsisten dan mengekalkan simpanan mereka dalam akaun persaraan.
Kerajaan melalui KWSP komited untuk memastikan hakisan simpanan asas akibat pengeluaran awal dapat dikawal dengan memperkenalkan penanda aras RIA: Retirement Income Adequacy.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
RIA berfungsi sebagai panduan kecukupan simpanan persaraan bagi membantu ahli menilai kedudukan simpanan mereka sebelum membuat keputusan pengeluaran, sekali gus menggalakkan perancangan kewangan jangka panjang yang lebih berhemah.
Pada masa yang sama, pelbagai langkah memperkukuhkan simpanan yang dilaksanakan termasuk penstrukturan akaun termasuk pengenalan akaun fleksibel, galakan caruman sukarela serta promosi lebih aktif melibatkan i-Simpanan, i-Saraan, i-Topup seperti yang saya telah nyatakan sebentar tadi. KWSP juga mempergiatkan lagi kempen kesedaran bagi menggalakkan ahli tidak membuat pengeluaran penuh atau secara lump sum yang boleh
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
menjejaskan pendapatan mereka semasa persaraan sebaliknya memilih opsyen pengeluaran secara bayaran bulanan.
Peningkatan ini bertujuan untuk memastikan aliran pendapatan lebih stabil selepas persaraan serta mengurangkan risiko kehabisan simpanan serta menggalakkan ahli mengekalkan simpanan lebih lama dalam akaun persaraan supaya simpanan tersebut dapat terus berkembang melalui kesan penggandaan dividen dan seterusnya menjamin kesejahteraan kewangan rakyat pada usia persaraan. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Dato’ Ahmad dulu.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, selain meningkatkan simpanan persaraan, adakah kerajaan bersedia mengkaji pengurangan kos sara hidup warga emas melalui pengecualian atau diskaun SST bagi ubat-ubatan supplement, makanan asas dan pengangkutan awam bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan memastikan kemudahan ini diberikan secara terus menggunakan MyKAD di tempat pembelian tanpa perlu tempahan awal. Kerana saya difahamkan kalau pengangkutan awam airline, kita kena booking awal. Itu pun dapat, tak dapat, cerita lain. Jadi, on the spot, dengan izin. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas persoalan tersebut. Walaupun kita bermula bercakap fasal dana persaraan, ini mungkin tersimpang sikit lah, tapi saya cuba menjawabnya dengan melihat apa yang kerajaan membuat dalam usaha-usaha untuk memastikan ada keseimbangan dalam menangani isu kos sara hidup.
Dari segi pendekatan kerajaan, yang pertamanya kita hendak memastikan yang kita dapat meningkatkan darjat rakyat. Dalam usaha kita, dalam kerangka Ekonomi MADANI, kita berusaha untuk meningkatkan siling di mana pekerjaan menjadi lebih baik dan dari segi meningkatkan lantai. Jadi, usaha untuk meningkatkan penggajian yang ada kepada rakyat.
Yang ini lah usaha yang penting kerana kalau kita menangani isu penggajian, simpanan masa tua or persaraan akan juga naik.
Namun, kita faham yang kadang-kadang usaha ini mengambil masa yang lebih lama dan kita juga faham mungkin kita kena memberi sokongan yang berterusan. Jadi, dalam usaha ini kita telah memperkenalkan banyak insentif-insentif yang diberikan. Insentif yang menyeluruh seperti MyPASS, My50 diperkenalkan di Klang Valley untuk public transport yang ada. Bayar RM50 aje, boleh pakai semua public transport yang ada.
Kita juga memberi kadar yang lebih rendah kepada mereka yang telah bersara untuk menggunakan kereta api, penerbangan dengan ini semua. Jadi, usaha ini lah untuk membezakan tekanan penggajian yang tidak setara bila orang telah sampai zaman
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
persaraan, tapi yang lebih pentingnya saya rasa ialah usaha yang kita kena muat masa kita masih muda. Usaha untuk meningkatkan simpanan yang kita ada, jadi bila kita dah bersara, ada cukup. Dan cara kita untuk memanjangkan simpanan yang kita ada.
Jadi, dari segi kerajaan, kita berusaha untuk meningkatkan dana persaraan tapi kita juga akan mengambil kaedah-kaedah yang sepatutnya bila ada peluang dan boleh dilihat terutamanya daripada inisiatif-inisiatif belanjawan yang akan dibuat setiap tahun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Memandangkan saya pun baru jadi warga emas dan Yang Berhormat Menteri pun bekas CEO KWSP dulu, memang mahir hal ini. Dan yang bertanya ni pun banyak yang dah warga emas yang mungkin ada kekhuatiran, ya mengenai hal caruman mereka. Jadi, saya nak benarkan soalan tambahan. Kalau siapa-siapa nak tanya lagi, boleh.
Saya nak benarkan Tan Sri Low tanya soalan tambahan lagi.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Okey. Adakah kerajaan pada masa ini mempunyai sebarang garis masa atau perancangan untuk mengkaji semula dan berkemungkinan meningkatkan umur persaraan wajib? Dan apakah perkembangan terkini perbincangan atau kajian yang sedang dijalankan oleh kementerian berhubung perkara tersebut? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Tan Sri untuk soalan tersebut. Soal umur persaraan adalah satu persoalan yang agak kompleks. Buat masa sekarang ia telah sedang dikaji oleh Kementerian Ekonomi dan juga dalam kajian bawah JPA untuk melihatnya kerana implikasinya kena dilihat dengan cara yang lebih mendalam. Kalau orang tu kita panjangkan umur persaraan, dia ada implikasi untuk mereka yang masih dalam servis, yang masih bekerja untuk peluang untuk menaikkan pangkat dengan ini semua.
Jadi, kerajaan harus habis membuat kajian yang ada. Bila kita habis buat kajian dan kita boleh ambil pendekatan yang lebih mendalam lagi untuk hala tuju yang lebih baik ke depan. Jadi, saya tak nak mendahului kajian yang sedang dilakukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan lagi?
Tuan Che Alias bin Hamid
Datuk, satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Che Alias.
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Pun warga emas juga.
[Ketawa]
Tuan Che Alias bin Hamid
Ha, warga emas ini.
[Ketawa] Soalan saya, apakah reformasi struktur yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk memastikan sistem persaraan kita ini terus kekal mampan dan juga berdaya tahan dalam jangka masa yang panjang termasuk dari sudut keseimbangan antara tanggungan fiskal kerajaan dan kecukupan simpanan rakyat serta perubahan demografi negara pada hari ini. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Soalan yang agak kompleks kalau kita melihatkan daripada keseluruhannya. Jadi, tadi saya berbincang fasal KWSP untuk sektor formal, tapi kita pun telah melihat dari segi perkembangan dalam KWSP di mana mereka mula menjurus kepada sektor tidak formal di mana kita menggalakkan juga simpanan secara sukarela.
Dari segi pendekatan kerajaan juga, kita memahami yang the gig worker ini adalah satu komuniti yang besar dan mungkin ada kesan kalau kita tak menolong mereka membina dana persaraan yang mencukupi. Jadi, bawah inisiatif kerajaan, kita ada program kita dengan KWSP di mana kita menggalakkan simpanan dan kerajaan bagi insentif bawah i-Saraan. Dan seperti saya ceritakan tadi, kita telah menampak peningkatan yang baik daripada sektor ini di mana lebih 50 peratus peningkatan daripada setahun ke setahun. Jadi, ini akan menolong membawa masuk lebih banyak orang untuk mula mencarum untuk membina dana persaraan mereka.
Yang keduanya, inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan kecelikan kewangan. Ini satu benda yang penting. Kadang-kadang, terutamanya bila kita muda, kadang-kadang kita lupa.
Saya, masa saya muda dulu pun saya tak ingat masa zaman persaraan, tapi sekarang, saya pun dah berumur, tahun depan saya 60 tahun, so, kira saya dah pun mula dah sampai kat tahap persaraan...
Timbalan Yang di-Pertua
*Welcome to the club.
[Ketawa]*
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
[Ketawa] Jadi, masalah kita ialah kalau kita start hujung tu, dia dana tu mungkin kurang. Jadi, meningkatkan kecelikan kewangan itu ialah satu benda yang penting dan kita mula usaha meningkatkan kecelikan kewangan daripada umur yang muda. Daripada budak-budak yang masuk ke sekolah, masuk ke universiti, kita buat pencerahan dan menggalakkan mereka dan juga kita ada inisiatif. Inisiatif yang kita buat dengan PNB di mana ada tabungan dibuat untuk mereka dalam universiti di mana ada padanan yang dibuat daripada kerajaan untuk menggalakkan pembukaan akaun yang pertama.
Jadi, saya rasa ini mengambil approach whole-of-nation di mana lebih banyak usaha- usaha kita kena buat bersama untuk meningkatkan kefahaman dan meningkatkan lagi cabang-cabang yang membolehkan simpanan itu dinaikkan. Terima kasih.
Puan Tiew Way Keng
Tambahan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Dah ramai.
Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Orang muda dulu, Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak beri peluang pada orang muda yang belum lagi jadi warga emas.
Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Ya, betul.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, Dr. Lingesh.
Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih, Tan Sri. Tan Sri, seperti Dato’ Ahmad menyatakan bahawa kos perubatan semakin meningkat. So, adakah— saya nak tanya Menteri ada ke— boleh ke kerajaan mempertimbangkan agar Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) dan juga eMADANI yang selalu diumumkan, bolehkah digunakan di klinik- klinik swasta atau farmasi swasta? Boleh dipertimbangkan tak? Thank you, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Kalau kita tengok daripada segi medical, seperti semua orang pun sedia maklum, di bawah usaha Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara kita ada MHIT program kita. Kerana kita nak meningkatkan kepelbagaian usaha-usaha di mana insurance cover itu boleh diperlebarkan.
Jadi, insya-Allah bulan Jun ini kita akan membuat mengadakan program rintis dan insya-Allah tahun depan bulan Januari kita akan introduce the MHIT Program Asas. Dari segi MHIT Program Asas ini, kita berharap juga kita akan ada peluang untuk melihat sama ada base MHIT ini boleh juga menggunakan akaun sejahtera dalam EPF tanpa menjejaskan akaun persaraan. Di mana kita berharap dengan pendekatan ini kita dapat lebih banyak orang yang masuk dalam mekanisme ini.
Jadi, untuk mendapat peluang menambahkan opportunity menampung kos perubatan dia akan melebarkannya lagi, tapi dari segi dasarnya, public health adalah satu tanggungan kerajaan. Dan kerajaan akan terus memberi penambahbaikan daripada apa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.
Dari segi SARA, SARA pun dah ada, kita benarkan penggunaan untuk membeli ubatan-ubatan over the counter yang dibenarkan dalam kedai-kedai dan kita boleh melihat apa-apa yang lagi kita boleh penambahbaikan, tapi biarlah bahagian yang membuat ini dalam Kementerian Kewangan membuat selidikan yang lebih mendalam untuk tengok cara mana lagi ya untuk dibuat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Ada siapa lagi yang tanya soalan tambahan?
Okeylah. Yang Berhormat Tiew sebagai orang muda dan lepas itu dia akhiri dengan Datuk Edward sebagai warga emas.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua, walaupun saya belum mencapai umur warga emas, tetapi saya dalam perjalanan. Daripada penjelasan daripada Menteri berkenaan dengan kecilikan kewangan. Yang mana, biasanya golongan kita katakan anak muda belum ada yang capai kecilikan pengurusan kewangan.
Jadi sama ada bagi pihak kerajaan, ada polisi untuk mewajibkan caruman KWSP bagi mereka golongan warga emas yang masih bekerja pada masa kini. Sebab buat masa kini,
Puan Tiew Way Keng
caruman KWSP bukan tidak mewajibkan majikan untuk membayar caruman, ia hanya berdasarkan kesukarelawan, bagi golongan warga emas yang sudah tahu kepentingan kecilikan kewangan pengurusan kewangan adalah penting untuk mereka juga dilindungi.
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Senator, pasal soalan itu kan. Kalau kita tengok usaha kita seperti saya ceritakan, kalau dalam dana persaraan kita kena mula masa dia muda. Jadi compounding effect ini akan menolong bila sampai zaman persaraan. Itu satu prinsip yang penting, tapi juga penting untuk kita melihat usaha-usaha di mana kita boleh menggalakkan mereka yang sampai dah zaman persaraan tapi mungkin dah masih boleh bekerja.
Jadi dari segi dasar kerajaan, dasar kerajaan ialah untuk menggalakkan mereka diberikan peluang kalau dia orang masih nak bekerja. Jadi kita dah dapat pendekatan di mana ada insentif-insentif cukai yang diberikan di mana mereka yang menggaji mereka lepas tahap persaraan dia dapat extra deduction.
Jadi, menggalakkan majikan untuk mengambil mereka yang telah bersara. Itu satu usaha yang telah pun diadakan. Yang keduanya, kita juga melihat daripada segi apa yang boleh kita buat dari segi insentif cukai yang dibuat dalam MOF. Jadi, kita boleh melihat dari segi pemberian insentif di mana deduction mungkin boleh kita lihatkan.
Kita akan pertimbangkan dalam belanjawan yang akan datanglah. Mungkin dapat menggalakkan mereka yang telah sampai zaman persaraan simpan lebih lah untuk masa itu.
Jadi apa-apa cadangan semua, sila hulurkan kepada MOF. Jadi kita boleh melihat yang mana yang boleh sambut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, soalan tambahan terakhir Datuk Edward.
[Ketawa]
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan saya warga amas jauh sedikit daripada Menteri. Dalam konteks umur saya terpanggil untuk buat satu soalan tambahan.
Yang Berhormat Menteri bercakap pasal yang ada mencarum dengan KWSP juga.
Dalam konteks ini saya ingin bersuara dalam yang tua saja lah, yang tua general ini sama saya setuju dengan Yang Berhormat Datuk Ahmad. Untuk yang tua sahaja. So, maksud dia bagi mereka-mereka yang menua, yang tidak ada caruman EPF dan sebagainya. Macam tua di kampung saja begitu.
Adakah cadangan daripada pihak kerajaan supaya mereka ini juga diberi perhatian sama ada diberi bentuk bantuan sebagai warga emas kah, bantuan kebajikan kah atau mereka didaftarkan untuk menerima juga bantuan daripada kerajaan selain daripada SARA dan sebagainya seperti mana yang akan dinikmati untuk mereka-mereka yang ada caruman KWSP. Apa juga jenis bantuan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat, Senator. Kalau kita tengok peningkatan yang kita ambil daripada segi kerajaan, kita kena mula daripada segi dasar kerajaan juga. So, di bawah kerajaan, kita melihat dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita memberi fokus kepada isu-isu penuaan yang ada.
Antara isu-isu yang kita buat sekarang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ialah untuk mewujudkan pertama, ekosistem penjagaan jangka panjang yang mampan. Yang kedua, untuk mempersiapkan pasaran buruh, kemahiran dan pendidikan. Ketiga, untuk menyesuaikan keutamaan fiskal dan menambah baik pelindungan sosial. Dan keempat, meningkatkan kesejahteraan warga yang berusia.
Jadi, ini ialah prinsip-prinsip yang guide kerajaan ke jalan ke depan. Dari segi area yang ni, macam mana di translate kan untuk benda yang rakyat boleh merasa yang penting.
Jadi kita tahu dalam untuk mewujudkan ekosistem penjagaan yang lebih baik, kita harus mengadakan lebih banyak care workers yang akan menolong mereka yang dah berusia.
Biasa kadang-kadang pendekatan baru ialah untuk membenarkan atau menggalakkan age in place. Kita tak pindahkan orang yang betul tua itu duduk kat rumah orang tua. Jadi kalau orang tua dah biasa duduk dekat rumah dia, each care worker boleh datang ke rumah untuk melihat, menanya khabar, melihat apa yang boleh dibuat dalam bantuan.
Jadi dari segi Kementerian Kewangan, usaha kita adalah memberi insentif dari segi cukai untuk menggalakkan peningkatan lebih banyak supply daripada care workers yang kita nak, and kita harap yang itu dapat menolong satu area ekosistem. Kedua, bawah sistem yang dibuat oleh KPWKM, ada banyak-banyak program-program dibuat untuk mereka yang lebih berusia, untuk center, center baharu yang diadakan.
Jadi, ini memberi peluang untuk warga tua kita mendapat akses untuk masih berada dalam masyarakat, mendapat peluang untuk interaksi dengan lebih banyak orang dan menjadi persekitaran yang lebih baik untuk mereka. Jadi, usia itulah untuk membina society yang lebih baik ke depan.
Ketiga, ialah dari segi pendekatan untuk menggalakkan pasaran buruh untuk berkembang di mana kita meningkatkan peluang-peluang untuk mereka yang sudah sampai tahap persaraan, tapi mungkin rasa dia boleh bekerja tapi taklah bekerja sepenuh masa. Dia boleh part time, dia boleh buat itu. Kita menggalakkan juga.
Jadi usaha kerajaan adalah untuk memberikan insentif untuk menggalakkan itu seperti saya katakan dari segi cukai. Jadi, cara kita buat intervensi ialah menggunakan empat pendekatan yang kita mentioned tadi, tapi juga dengan usaha-usaha yang di bawahnya agar effectiveness of empat pendekatan itu dapat dilebarkanlah. Dan saya harap di masa-masa depan, lebih banyak lagi sokongan yang akan diberikan untuk meningkatkannya, kerana isu menua adalah satu isu yang penting dalam negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri atas kerjasama menjawab begitu panjang dan juga dengan pelbagai isu yang telah berjaya meredakan kerisauan saya mengenai usia tua. Terima kasih, YB Menteri.
Sekarang saya menjemput Senator Tuan Nik Mohamad Abduh.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Kembali kepada warga muda.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey.
[Ketawa]
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah status terkini pelaksanaan dasar penurunan had umur belia kepada 30 tahun yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 serta impak sebenar dasar ini terhadap jumlah keahlian dan kelangsungan persatuan-persatuan belia khususnya di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah.
Timbalan Yang di-Pertua
Sila YB Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
1 Januari 2026 merupakan titik perubahan landskap pembangunan belia di Malaysia, apabila Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 Akta [A1602] berkuat kuasa. Jadi antara pindaannya adalah penurunan had umur belia kepada 15 hingga sebelum mencapai umur 30 tahun.
Kedua adalah penetapan had umur Ketua Pertubuhan Belia atau pemegang jawatan kepada 18 tahun hingga sebelum mencapai umur 30 tahun. Ketiga adalah pengehadan tempoh Ketua Pertubuhan Belia selama empat tahun sahaja.
Dari segi impak terhadap jumlah keahlian, Kementerian Belia dan Sukan sedia maklum bahawa pelaksanaan had umur baharu memberi kesan langsung kepada komposisi keahlian pertubuhan belia. Berdasarkan rekod Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, jumlah keahlian sebelum tarikh kuat kuasa pindaan had umur adalah sebanyak 991,729 orang.
Sehingga 28 Februari 2026, jumlah belia berumur di bawah 30 tahun direkodkan seramai 544,940 orang iaitu penurunan sebanyak 45 peratus. Penurunan ini berlaku kerana individu berumur 30 hingga 40 tahun tidak lagi dikategorikan sebagai belia dan tidak boleh menjadi ahli biasa dalam pertubuhan belia.
Walaupun berlaku penyusutan ke jumlah keahlian, pelaksanaan dasar ini menunjukkan beberapa kesan positif terhadap struktur dan kelangsungan pertubuhan belia.
Dasar ini membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda untuk memimpin, mengurangkan dominasi golongan yang berusia serta mempercepatkan proses pembaharuan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
dan penyegaran kepimpinan belia. Pelaksanaan dasar dan program menjadi lebih tersasar kepada keperluan belia sebenar dan pertubuhan menjadi lebih dinamik serta relevan dengan cabaran masa.
Bagi menggalakkan penubuhan pertubuhan belia baharu, terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar atau berpendapatan rendah, KBS telah mengumumkan penepian fi bagi pendaftaran pertubuhan belia baharu dan pindaan Perlembagaan pertubuhan belia. Inisiatif ini membolehkan sebarang pendaftaran baharu dan pindaan Perlembagaan dilakukan secara percuma tanpa sebarang bayaran hingga 31 Disember 2027.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, KBS menerusi ROY turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memastikan pematuhan kepada pindaan akta seperti Program Santuni Pertubuhan Belia, Bengkel Pemantapan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Bengkel Akta 668 dan sebagainya. Jadi KBS percaya inisiatif ini berupaya menyuntik sinergi bagi kelangsungan pertubuhan belia terutamanya dengan penguatkuasaan Akta A1602.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Soalan tambahan. YB Nik Abduh.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan.
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa pelaksanaan dasar penurunan had umur belia kepada 30 tahun ini, tidaklah mendapat sokongan menyeluruh daripada persatuan- persatuan belia atas alasan-alasan yang diberikan.
Soalan tambahan saya, apakah perancangan dan komitmen kementerian, jika sekiranya dalam tempoh 12 bulan akan datang, didapati lebih 25 peratus persatuan belia luar bandar mengalami kemerosotan fungsi ataupun berlaku pembubaran? Serta sejauh manakah penurunan had umur ini, benar-benar mampu membantu menyelesaikan isu ekonomi dan pengangguran belia negara kita? Terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator.
Jadi, sebagaimana telah dijelaskan, KBS memang menjangkakan sedikit penurunan keahlian belia bila akta ini dipinda atas faktor fasa peralihan dan penstrukturan semula kelayakan keahlian. Jadi untuk itu, KBS telah mengambil langkah intervensi bagi mengatasi situasi ini dengan mengumumkan penafian fi sehingga 31 Disember 2027. Jadi golongan belia boleh mengambil peluang ini untuk menubuhkan pertubuhan belia baharu tanpa dikenakan apa-apa bayaran ataupun yuran serta meminda Perlembagaan bagi pertubuhan belia sedia ada.
Selain itu, KBS juga akan menggerakkan 113 pejabat belia dan sukan daerah di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara untuk mempromosi serta menarik minat
Tuan Mordi anak Bimol
belia untuk menganggotai pertubuhan belia selain pelaksanaan program-program sedia ada di bawah ROY.
Bagi intervensi isu ekonomi dan pengangguran belia pula, pertubuhan belia kini, terutamanya di luar bandar, boleh memainkan peranan yang signifikan menerusi inisiatif SejaTi MADANI X Belia. Inisiatif ini telah diluncurkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan pada 8 Februari lalu yang membuka peluang kepada pertubuhan belia berdaftar untuk memohon dana sehingga RM100,000 tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Ia merupakan peluasan kepada program Sejahtera Komuniti MADANI iaitu SejaTi MADANI yang mana membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa pembangunan ekonomi belia.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Soalan tambahan.
Tuan Azahar bin Hassan
Soalan tambahan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
[Bangun] Bagi saya dulu.
Timbalan Yang di-Pertua
Doktor. Prof dulu, lah.
Tuan Azahar bin Hassan
Okey.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Okey. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Prof dulu. Selepas itu YB Azahar, selepas itu Datuk Mustafa.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Sebagaimana yang disebutkan tadi bahawa penurunan usia had belia ini adalah sesuatu yang tidak popular dan tidak disokong sepenuhnya oleh persatuan belia.
Sudah tentu mereka mempunyai alasan-alasan tersendiri kenapa mereka tidak menyokong penurunan had umur belia ini.
Antara Yang di-Pertua, kalau kita melihat dalam perkembangan masyarakat kita, sebahagian besarnya menghabiskan pengajian di peringkat universiti khususnya sehingga usia 20 hingga 24 tahun. Selepas itu, mereka akan membina karier. Oleh itu, apabila mereka mula terlibat dengan belia, sudah sampai umur 30.
Persoalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk meneliti sedalam- dalamnya? Daripada 40 kepada 30 satu jumlah yang drastik, tetapi mungkin boleh dipertimbangkan kepada umur 35 kerana ini memberi peluang kepada mereka yang baru memulakan karier dalam kehidupan, berumah tangga, membeli rumah dan sebagainya untuk terlibat dengan pertubuhan belia. Kerana disebutkan tadi, penurunan sebanyak 46 peratus itu merupakan jumlah orang besar. Oleh itu, saya mohon pandangan daripada Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di- Pertua, pada mulanya memang pindaan akta ini mendapat sedikit tentangan, tetapi selepas ia dipinda, libat urus kita lakukan menerima respons yang agak positif ya, di mana platform ini walaupun sudah di turun— bila had umur diturunkan, kita memberi peluang kepada golongan- golongan muda khususnya daripada umur 17 hingga 30 untuk lebih aktif dalam aktiviti berpersatuan.
Jadi, tidak ada isu mereka untuk tidak berpersatuan, sebab bila di universiti pun mereka sudah boleh berpersatuan dan ini memberikan ruang ataupun platform kepada mereka untuk lebih aktif untuk menggunakan potensi-potensi yang ada pada merekalah.
Tidak perlu menunggu sampai habis universiti untuk terlibat dalam aktiviti berpersatuan.
Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. YB Azahar.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih Datuk Speaker. Okey. Bila sebut pasal belia ini, memang dari dulu payah pemimpin belia nak turun menjadi orang biasa ataupun tak terlibat dengan belia. Dan sampai kini pun kita ada banyak alumni belia-belia yang ada, veteran belia-belia yang ada, sukar. Kan? Sebab jiwa itu, dia bila dalam belia ini, dia sentiasa rasa muda. Okey. Cuma, saya nak tengok di sini, dalam Majlis Belia Malaysia, peralihan ini mestilah bermula dengan Majlis Belia Malaysia, kan.
Adakah berlaku perubahan untuk umur yang kita maksudkanlah, 30? Sebab saya rasa belum dengar lagi ada peralihan di peringkat persatuan belia yang di peringkat kebangsaan.
Sebab kalau kita nak bergerak ke bawah, dia mesti mula dengan di kebangsaanlah, di peringkat nasional. Terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih YB Senator. Sememangnya, perubahan sudah bermula di peringkat belia, di semua peringkat belia even di peringkat kebangsaan. Cumanya, dari segi perjawatan, mereka masih boleh teruskanlah walaupun sudah tidak belia. Walaupun mereka berumur lebih daripada 30 tahun. Cuma dari segi ahli biasa, dihadkan kepada 30 tahun ke bawah. 17 hingga 30 tahun, tapi kalau mereka masih memegang jawatan, mereka masih boleh teruskan, tapi selepas itu, tidak boleh sudahlah sebab had umur belia itu sampai 30 tahun sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang bertanya ini banyak semua dah umur lanjut dah.
Tuan Mordi anak Bimol
Dia nak lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
Badan apa, fikiran masih, semangat masih belia, tapi badan tak terdaya.
Tuan Mordi anak Bimol
Tak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Soalan tambahan yang terakhir, Datuk Mustafa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Kalau kita lihat, perubahan ini sangat baiklah. Kalau kita tengok negara-negara jiran kita. Kalau Australia pun 12 hingga 21. Di Indonesia pun sama. Cuma apabila kita melakukan perubahan umur mengikut akta belia yang baharu, tentulah persatuan-persatuan belia juga terpaksa melakukan pindaan Perlembagaan. Daripada lebih 8,000 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah pendaftaran pertubuhan belia, bolehkah dimaklumkan berapa yang sudah meminda Perlembagaan untuk umur itu? Jika tidak, tak bermakna. Sebab pindaan Perlembagaan tidak diubah, maka orang tak boleh masuk. Itu satu.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Kedua, dalam proses untuk melenyapkan keraguan rakyat, adakah kementerian mengadakan libat urus atau pelan transisi yang terancang seperti mentorship untuk memastikan anak muda yang mengambil alih kepimpinan adalah anak muda yang sudah terlatih untuk menjalankan aktiviti belia? Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Tuan Mordi anak Bimol
Okey, untuk jawapan kepada soalan YB Senator itu, saya rasa saya akan masukkan dalam jawapan bertulislah sebab ia melibatkan data dan statistik, melibatkan jumlah angka. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya jemput Senator Puan Susan Chemerai Anding.
Puan Susan Chemerai Anding
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Puan Susan Chemerai Anding minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah langkah proaktif kementerian untuk mempersiapkan infrastruktur penerbangan dan pelabuhan nasional negara ke arah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab logistik kargo udara dan maritim serantau sekali gus memastikan penyesuaian kapasiti pelabuhan negara dengan realiti perkapalan dan rantaian bekalan baharu.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sentiasa merangka pelbagai inisiatif untuk pembangunan sektor logistik, khususnya menaik taraf jaringan infrastruktur pengangkutan dan memperbaiki kemudahan dan perkhidmatan asas.
Bagi mencapai hasrat Malaysia sebagai pusat pengedaran serantau seperti mana yang direncanakan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, berikut merupakan langkah yang diambil oleh kementerian bagi menambah baik perkhidmatan sektor kargo, udara dan maritim.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bagi sektor udara, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan, termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad bagi merangka strategi untuk memperkasa industri kargo udara. Pelan reformasi berperingkat terhadap ekosistem kargo udara bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah dirangka untuk penambahbaikan dasar dan prosedur serta pendigitalan dan digitalisasi proses operasi kargo udara.
Usaha sama ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan telah bermula sejak suku keempat tahun 2025. Seterusnya pula, Pulau Pinang International Logistics Aeropark merupakan projek naik taraf dan pertambahan kapasiti terminal kargo baharu secara berfasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Fasa satu menyasarkan pertambahan kapasiti pengendalian kargo daripada 0.16 juta tan metrik kepada 0.5 juta tan metrik setahun melalui pembangunan baharu terminal kargo, pembinaan taxiway dan dua parking apron. Projek pembangunan ini telah bermula pada suku pertama tahun 2026. Manakala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula, Kementerian Pengangkutan sedang menjalin kerjasama dengan Kerajaan Sabah untuk membangunkan sebuah infrastruktur future ready yang menyokong ekosistem kargo udara di dalam kawasan lapangan terbang tersebut.
Di sektor maritim pula, lembaga-lembaga dan Suruhanjaya Pelabuhan Persekutuan memberikan komitmen untuk mencari ruang dan menyokong inisiatif pembesaran pelabuhan:
port expansion. Antara projek pembesaran yang sedang berlangsung dan dalam perancangan adalah pembangunan Fasa 1, new deep-water terminal oleh Lembaga Pelabuhan Kuantan pada tahun 2018 dan Fasa 2 masih dalam perancangan. Manakala Lembaga Pelabuhan Johor sedang merancang pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas Fasa 3 yang dijangka bermula tahun 2026 dan pembangunan dermaga baharu bagi mencapai 16 juta TEUs menjelang 2029.
Bagi memastikan keterhubungan langsung antara pelabuhan dan hab industri utama, pembinaan spur line daripada jajaran utama kereta api merupakan langkah yang strategik.
Antara projek yang berkaitan adalah spur line yang menghubungkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan Pelabuhan Klang dan juga Pelabuhan Kuantan serta pemanjangan landasan sisian di Pangkalan Kontena Butterworth Utara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Puan Susan Chemerai Anding
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada YB Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, saya memohon pencerahan daripada kementerian, status terkini berkenaan cadangan Trans-Borneo Railway. Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang dimaksudkan berangkali berkaitan dengan soalan ini adalah tentang di mana peranan Trans- Borneo Railway, mungkin dengan pelabuhan-pelabuhan dan juga pangkalan udara. Yang sebenarnya, sekarang kajian feasibility study sedang dilaksanakan dan bermula Jun tahun lepas dan akan tamat pada Jun 2026 ini.
Ya, sekarang ini sudah pun Laporan Interim 3 telah pun siap dan insya-Allah, tak lama lagi dalam beberapa hari ini, Interim 4 akan di-submit kepada kerajaan. Dua, tiga hari lepas, semalam kami berada di Sarawak, saya menjadi ketua pasukan kami daripada MOT berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak untuk melihat input daripada Kerajaan Sarawak, khususnya daripada Premier dengan inspirasi Sarawak itu sendiri. Dan pada minggu depan pula, kami akan ke Sabah untuk berbincang dengan Menteri Pengangkutan di Sabah pula tentang briefing, tentang feasibility study ini, hasil kajian dan sebagainya dan juga mengambil input daripada Sabah juga dalam kajian ini.
Jadi, sudah pastinya dalam kita membangunkan railway ini, di mana pun juga, sudah pasti ianya melibatkan di mana seperti yang contoh sekarang lah, ECRL 70 peratus adalah untuk kargo, 30 peratus adalah penumpang. Jadi, begitu juga rasanya di Trans-Borneo Railway ini juga sudah pasti kombinasi freight dengan passenger ini juga akan— sudah menjadi the main component-lah dalam kajian. Dan juga laluan-laluan ini sudah pasti akan melalui all the important nodes dalam sepanjang jajaran daripada Sabah hingga ke Sarawak dan insya-Allah juga akan melalui Negara Brunei Darusssalam.
Kita akan juga berbincang apabila kajian ini siap, the study will be presented also to Brunei. Mereka pun berminat untuk melihat dan bagaimana mereka boleh turut serta. Insya- Allah itulah harapan kita juga. So, ianya memainkan peranan penting sebab kalau kita nak bypass negara Brunei, that will be a very treacherous terrain untuk melalui.
Jadi, itu mungkin akan boost up the costing berlipat-lipat ganda. Jadi, mungkin melalui negara Brunei, insya-Allah. Insya-Allah, kita— semua perkara ini— semua kita mengambil kira. Jadi, di mana dalam perkembangan pelabuhan dan dermaga pelabuhan dan juga lapangan terbang ini sudah pasti menjadi antara nodes, nodes yang akan dilalui oleh railway ini. Termasuklah satu hari mungkin juga ke Nusantara di sebelah Pulau Borneo juga. Itu juga memainkan peranan tentang port. Jadi, itu yang dapat saya bagi gambaran setakat ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Mengikut berita terkini, Thailand akan memulakan projek landbridge iaitu seperti Suez Canal, yang akan
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
menghubungkan Ranong di pesisiran Laut Andaman dengan Chumphon di pesisiran Teluk Thailand, akan dimulakan pada tahun ini. Dan jika projek ini siap nanti, ianya akan— pada pendapat saya, akan memberi satu ancaman yang besar kepada trafik perkapalan dan potensi kemerosotan penggunaan pelabuhan-pelabuhan utama di negara Malaysia, khususnya pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka.
Jadi soalan saya, apakah langkah dan tindakan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk menangani ancaman tersebut? Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, ini satu perkara yang kita belum tengok lagi lah ya, tapi rancangan mereka sama ada ianya menjadi kenyataan ataupun tidak ya. Jadi, ini masih lagi di peringkat— apa kata orang, di negara kita khususnya, kita melihat— we follow the situation dan melihat apakah impaknya kalau betul- betul ianya dilaksanakan. Sebab bukan negara kita saja yang terlibat, negara jiran kita di sebelah selatan pun juga terlibat. Dan mungkin Indonesia juga terlibat dalam hal ini.
Jadi, kita— di peringkat negara kitalah, ada pengangkutan logistik— pusat logistik kita dan bersama-sama dengan negara lain juga. Dalam semangat ASEAN itu, memang perkara ini menjadi salah satu topik yang sudah pastinya yang mesti dibincangkanlah sebelum perkara ini akan menjadi kenyataan.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 6.
6. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta Menteri Pendidikan menyatakan, penjelasan pihak kementerian berkaitan statistik terkini murid-murid yang berdaftar dengan aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan julat perbezaan seorang guru dengan murid aliran PPKI in
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, terima kasih Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli. Kementerian Pendidikan sentiasa komited memastikan murid berkeperluan pendidikan khas yang berdaftar dengan institusi pendidikan di bawah KPM menerima akses pendidikan yang berkualiti dengan menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif kepada murid berkeperluan pendidikan khas di sekolah pendidikan khas, sekolah arus perdana dan sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan juga Program Pendidikan Inklusif.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sehingga 31 Januari 2026, jumlah murid berkeperluan pendidikan khas di seluruh negara adalah seramai 154,557 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 3,299 orang berada di sekolah pendidikan khas, diikuti 127,005 orang di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan yang bakinya 24,253 orang adalah dalam Program Pendidikan Inklusif.
Sehingga 31 Julai 2026 juga, pengisian jawatan guru pendidikan khas adalah seperti berikut. Jumlah perjawatan yang kita ada― 21,876. Jumlah pengisian― 20,420 orang.
Dengan kadar pengisian― 93.3 peratus. Daripada jumlah tersebut, 19,037 orang adalah guru program integrasi di PPKI merangkumi 10,577 orang guru program integrasi sekolah rendah dan 8,460 orang guru program integrasi sekolah menengah. Secara keseluruhannya, nisbah guru program integrasi kepada murid berkeperluan pendidikan khas di PPKI sekolah rendah adalah satu kepada 6.8. Satu guru nisbah kepada 6.8 orang murid. Manakala nisbah guru Program Integrasi kepada murid berkeperluan pendidikan khas di PPKI sekolah menengah adalah satu kepada 6.4. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Dr. Hatta.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Kalau mengikut jawapan Menteri tadi, ratio yang dicapai ini hampir seperti yang disasarkan. Kerana, kalau tak silap saya, mengikut sasarannya, satu guru kepada 6.5 orang, tapi ini cukup baik banding dengan keadaan di negara lain ataupun setimpal ataupun setanding dengan beberapa negara moden seperti UK ataupun US.
Soalan saya. Adakah kita bersedia untuk menangani kekurangan, bukan mengikut jumlah, tetapi mengikut lokaliti, dengan bekerjasama dengan pihak-pihak swasta kalau ada mereka mengendalikan sistem yang sama dengan urusan rasmi? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli.
Yang mana, nombor satu, seperti Yang Berhormat Senator sebut tadi, nisbah yang kita set kan ataupun tetapkan adalah satu kepada 6.5. Namun demikian, pihak KPM juga mengakui bahawa di sesetengah daerah, juga di sesetengah negeri, khasnya di Selangor dan juga seperti di Daerah Petaling, sememangnya kita mempunyai satu perbandingan ataupun nisbah yang agak tinggi. Itu adalah disebabkan oleh, nombor satu, permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa dan juga murid berkeperluan pendidikan khas; dan nombor dua adalah kekangan dari segi kebersediaan dari segi guru.
Walaupun bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak KPM mempunyai rancangan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang bagi tujuan untuk pengambilan guru-guru pendidikan khas. Sebagai rancangan jangka masa pendek, sememangnya pihak KPM mempunyai satu kursus yang kita namakan sebagai Kursus
Tuan Wong Kah Woh
Pendedahan Pendidikan Khas. Kita mengenal pasti guru-guru yang ada di arus perdana dan meminta sama ada guru-guru tersebut berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada guru- guru pendidikan khas, khasnya untuk program PPKI. Dan program ini mengambil masa tidak lama, hanya tiga hari dua malam, dan dengan pendedahan tersebut, guru-guru ini akan layak menjadi guru-guru pendidikan khas.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pada tahun lepas sahaja, kita mempunyai 224 orang guru dari arus perdana yang telah diserap sebagai guru pendidikan khas. So, cara ini adalah satu cara short term, jangka masa pendek yang kita akan dapat sumber guru dengan segera.
Sebagai jangka masa panjang, kita mempunyai beberapa pendekatan termasuklah pengambilan IPG untuk program PISMP. Ini mengambil masa lima tahun untuk melatih seorang guru, katakan dalam bidang pendidikan khas, lima tahun juga dan untuk bidang- bidang yang lain. Pada masa yang sama juga, apabila ada keperluan, kita akan mengambil guru-guru secara COS.
Namun, sebelum saya akhiri, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator, pihak KPM cakna berkenaan dengan keperluan yang semakin meningkat. Dan untuk makluman, dalam masa terdekat ini, pihak KPM akan menggerakkan 533 orang calon simpanan yang sekarang telah pun diperakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan akan ditempatkan, kita jangka, pada bulan April ini.
Pada masa yang sama juga, kita ada 287 orang lagi yang juga telah pun dilantik. Tadi itu calon simpanan yang telah pun menjadi calon simpanan untuk sesetengah tempoh dan kita ada 287 orang lagi yang kita akan buat lantikan pada bulan April. Ini adalah on top daripada 533 orang itu.
Pada tahun ini juga, keluaran PISMP dari IPG yang akan graduate ataupun graduan, kita akan mengadakan convention pada bulan Jun ini, jumlah dia adalah 205 orang. Pada masa yang sama, untuk calon simpanan tadi saya sebut 533 orang, kita ada khas untuk Pendidikan Islam, 268 orang lagi.
Maka, secara keseluruhan, kita jangka bahawa pada tahun ini, sekurang-kurangnya kita akan menempatkan 1,293 orang guru pendidikan khas baharu. Ini belum lagi termasuk untuk lantikan-lantikan yang mungkin berlaku pada bulan September, Oktober, November dan sampai akhir tahun nanti. So, pihak KPM sedang dalam usaha untuk memastikan kita mempunyai guru yang mencukupi. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Dah banyak kali. Saya jemput YB Isaiah.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
[Bangun]
Tuan Isaiah a/l D. Jacob
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya sedikit tentang nisbah yang tadi Menteri katakan satu nisbah 6.8 untuk sekolah rendah, manakala sekolah menengah satu nisbah 6.4. Memandangkan saya mendapat beberapa aduan daripada ibu bapa yang mengatakan golongan OKU ini dimasukkan dalam satu― dia ada tujuh kategori. Dan semua kategori ini dimasukkan dalam satu bilik darjah. Kadang- kadang ia akan menimbulkan banyak masalah untuk memberi pendidikan yang begitu tepat kepada mereka. So, apakah langkah-langkah yang diambil untuk langkah-langkah panjang untuk mengelakkan perkara ini?
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih atas makluman daripada Yang Berhormat Senator Isaiah. Yang mana, berkenaan dengan itu, kita sememangnya mempunyai tujuh kategori seperti masalah penglihatan dan juga berkenaan dengan masalah pembelajaran dan sebagainya. Dalam susunan ataupun aturan daripada pihak KPM, sememangnya pihak KPM akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa ada pengasingan dari segi kelas berkenaan mengikut ketidakupayaan masing-masing, tetapi pada masa yang sama, kita juga mempunyai kekangan dari segi sumber pengajar dan sebagainya. Inilah yang mana berlaku di sesetengah kelas, tetapi tidak banyak, yang mana terpaksa ada situasi seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator itu berlaku.
Pihak KPM akui ada kekurangan dari segi pelaksanaan PPKI ini, tetapi kita berharap dengan usaha pihak KPM dalam menempatkan lebih ramai guru pendidikan khas, maka kita boleh ada peluang untuk kita membuka lebih banyak kelas PPKI dan pada masa yang sama untuk menempatkan murid-murid MBPK ini mengikut kategori masing-masing.
Pada masa yang sama juga, saya juga berharap supaya Ahli-ahli Yang Berhormat Senator membantu pihak KPM untuk membuat saranan dan juga seruan kepada anak-anak kita di luar supaya apabila anak-anak kita memohon untuk menjadi guru sama ada secara COS ataupun secara ambilan IPG untuk program PISMP, seruan dan juga galakan untuk mereka menjadikan bidang pendidikan khas ini sebagai satu bidang pilihan utama juga. Ini saya memerlukan bantuan daripada semua. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Sekarang saya jemput Tuan Abun Sui Anyit.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Abun Sui Anyit minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal harga, rantaian bekalan dan kos pengangkutan barangan keperluan ke kawasan pedalaman.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Abun Sui di atas soalan itu.
Tiga perkara yang dipohon daripada Yang Berhormat Senator, berkenaan dengan langkah-langkah untuk mengawal harga, mengawal rantaian bekalan dan juga memastikan kos pengangkutan barang keperluan ke kawasan pedalaman ini dapat kita kawal.
Datuk Yang di-Pertua, pihak kementerian mengakui bahawa faktor-faktor utama yang merupakan cabaran di dalam mengawal ketiga-tiga faktor ini ialah tiga perkara iaitu geografi, infrastruktur dan juga logistik. Contoh, Yang Berhormat Senator, kalau kita nak kawal harga ini, kita tengok contoh bawang Yang Berhormat Senator, bawang ini pun kita import, dia sampai ke Port Klang. Daripada Port Klang baru dia pergi ke pelabuhan Kuching ataupun pelabuhan Kota Kinabalu.
Jadi dari segi itu pun, ia sudah ada kos untuk membawa ke kawasan-kawasan Sabah Sarawak, apatah lagi ke kawasan pedalaman. Bila dah sampai port, nak bawa kawasan pedalaman pula. Jadi, apa yang kementerian telah lakukan ialah yang pertama, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM67 juta pada tahun 2026 untuk penyeragaman harga Sabah dan Sarawak. Ini kita panggil port to port.
Ini adalah subsidi untuk port to port, di mana kalau kita bawa gula daripada Port Klang ke Kuching, ada subsidi setiap kilogram gula yang kita bawa. Kemudian, bila kita dah sampai ke pelabuhan itu, kita perlu pula bawa ke kawasan pedalaman. Jadi, kawasan pedalaman ni kita ada bajet lain pula. Ini yang kita panggil peruntukan untuk pengedaran barang perlu Yang Berhormat Senator. RM250 juta diperuntukkan pada tahun 2026 untuk pengedaran barang perlu ke kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman ni kita telah kenal pasti 1,570 kawasan yang memerlukan satu point of sale, di mana 1,480 berada di Sabah dan Sarawak dan di Baram kawasan YB Abun, ada 142 point of sale.
Jadi, ni kawasan pedalaman ya. Jadi, apabila kita bajet RM250 juta tadi, kita berikan kepada transporter yang perlu melalui proses tender untuk mendapat subsidi untuk membawa barang-barang keperluan asas tadi ke kawasan pendalaman ke point of sale. Jadi, ini yang kita lakukan sekarang ini untuk memastikan kita boleh mengawal harga, bekalan dan juga mengawal kos pengangkutan.
Ke hadapan, kementerian telah pun menyiapkan kajian kestabilan harga. Tadi, kita nak seragamkan, kita nak pastikan stabil, telah pun menyiapkan kajian dan kita memang sahkan lah bahawa faktor-faktor ini adalah faktor yang memang benar dan telah pun ditubuhkan satu kumpulan kerja teknikal untuk penstabilan harga di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan yang melibatkan— pertama, Kerajaan Persekutuan, kedua kerajaan negeri dan ketiga pemain industri. Jadi, technical working group ini akan melihat bagaimana nak menstabilkan harga lagi lebih ke masa hadapan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Kedua pula, satu kajian program pengedaran barang perlu akan dilakukan dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Jadi, maksudnya kita nak kaji lagi point of sale yang ada RM1,570 itu, sama ada perlu ditambah, sama ada perlu, kita tengok lokasi- lokasi yang mungkin tidak ada apa orang kata liputan ya barang-barang keperluan ini. Jadi, mungkin akan ditambah dalam kajian program nanti. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih YB Timbalan Menteri, atas jawapan yang begitu baik. Terlebih dahulu, ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana apa yang dikatakan Menteri itu memang benar-benar berlaku, di mana barang keperluan itu dihantar sampai ke pedalaman sekali, di Long Busang. Itu tempat lahir saya. Jadi, mohon diperbanyakkan lagi.
Kemudian, mereka sampaikan salam, banyak terharu kerana sampai barang-barang keperluan ini. Dengan 100, tak mungkin mereka akan dapat beli itu di Kapit. Ini cerita dia.
Jadi, soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan mekanisme yang lebih bersasar bagi mengawal dan menstabilkan harga barangan keperluan asas ini di kawasan pedalaman, termasuk mempertimbangkan subsidi ataupun inisiatif pengangkutan serta langkah-langkah konkrit yang sedang atau akan dilaksanakan untuk memendekkan rantaian bekalan melalui kerjasama dengan koperasi tempatan dengan pengusaha pengangkutan setempat, di samping memastikan pemantauan yang berkesan supaya penjimatan kos logistik tersebut benar-benar diterjemahkan kepada harga jualan yang lebih rendah kepada pengguna di pedalaman. Terima kasih banyak.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Senator Abun.
Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Senator itu, mekanisme subsidi bersasar pengangkutan. Itu yang kita katakan tadi, yang kita berikan kepada transporter tadi RM250 juta dalam program penghantaran barang perlu.
Cuma, ada lagi satu aspek yang kita sedang kaji Yang Berhormat. Sekarang ini Program Jualan RAHMAH kita, Jualan RAHMAH MADANI, kadang-kadang tidak sampai ke kawasan pendalaman kerana alasan kita punya operator kita, tidak sanggup untuk sampai ke kawasan pedalaman kerana cabaran untuk sampai— kos. Jadi, kos pengangkutan mereka untuk sampai. Jadi, mereka selalu tolak. Datuk Speaker kalau dengan saya, selalu potong masa.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, kenapa?
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Potongkan masa.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, ya, ya.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Selalu dengan saya potong masa. Bagi masa sikit.
Jadi, kita Yang Berhormat, kita sedang mencadang bahawa untuk mengkaji sama ada transporter ini boleh menjadi operator untuk Jualan RAHMAH. Jadi, sebab mereka dah ada
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
subsidi untuk logistik di situ, pengangkutan, mungkin mereka boleh menjadi operator Jualan RAHMAH. Itu antara apa-apa yang kita sedang kaji sekarang. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak terus pada soalan ini daripada YB, Puan Tiew Way Keng.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ke-8.
8. Senator Puan Tiew Way Keng minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) sama ada kerajaan memberi insentif kepada wanita yang perlu mempunyai kerjaya sendiri pada masa yang sama perlu menjaga hal ehwal rumah tangga termasuk menjaga anak-anak selain ibu bapa yang uzur; dan
(b) senarai bantuan kerajaan yang ditawarkan kepada golongan wanita tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.
Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Tiew, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkasa dan memberi sokongan kepada wanita dalam menangani cabaran utama wanita bekerja dari aspek beban penjagaan kanak-kanak dan warga emas yang mampu milik serta mudah diakses.
Justeru itu, dalam usaha untuk memperkukuh ekosistem penjagaan negara, kerajaan menyediakan Subsidi Yuran Pengasuhan (SYP) sebanyak RM180 sebulan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi seorang kanak-kanak yang menghadiri taska berdaftar tertakluk kepada kelayakan pendapatan.
Selain itu, ibu bapa juga layak menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun bagi yuran pusat jagaan kanak-kanak untuk anak berumur 12 tahun ke bawah serta pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun bagi anak OKU tanpa had umur.
Dari sudut pelindungan pekerjaan pula, kerajaan pada tahun 2022 telah meminda Akta Kerja 1955 dengan menaikkan cuti bersalin, berbayar sehingga 98 hari bagi pekerja wanita sekali gus menjamin kestabilan pendapatan sepanjang tempoh kritikal penjagaan awal anak.
Sementara itu menerusi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Talent Cooperation Malaysia Berhad, kerajaan menyediakan insentif kewangan kepada majikan yang mengaji wanita yang kembali bekerja melalui program Carrier Comeback Program iaitu
(CCP). Pada masa yang sama, wanita itu sendiri berpeluang menikmati pengecualian cukai
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
pendapatan selama 12 bulan sehingga tahun 2028 sekiranya beliau memperoleh pekerjaan tetap bergaji sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.
Sebagai tambahan bagi wanita yang merupakan suri rumah, Program Caruman Sukarela i-Suri KWSP menawarkan satu bentuk perlindungan kepada wanita untuk membantu meningkatkan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Manakala bagi wanita yang memilih untuk bekerja sendiri, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) oleh PERKESO juga menyediakan perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam sektor informal, termasuk pekerja gig dan penjaja.
Dengan adanya bantuan dan perlindungan seumpama ini, ia dapat meringankan beban golongan wanita dalam memperkasa ekonomi keluarga dan negara. Di samping itu, kerajaan juga menerusi agensi-agensi merentasi kementerian turut menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan untuk usahawan wanita meliputi geran dan pembiayaan mikro seperti Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) oleh MARA, Skim Pembiayaan Ikhtiar serta skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional.
Selain insentif kewangan, sokongan bukan kewangan turut diberikan melalui menggalakkan majikan melaksanakan polisi cuti bersalin yang fleksibel serta memperkenalkan cuti paternity berbayar sekurang-kurangnya tujuh hari kepada pihak bapa.
Tempat kerja mesra keluarga turut diberi perhatian termasuk penyediaan ruang penyusuan, bilik nurseri serta program kesejahteraan dan kesihatan pekerja.
JPW iaitu sebuah agensi di bawah KPWKM melaksanakan inisiatif seperti program Memberdaya Akar Umbi Wanita (MEKAR) dalam memberi bimbingan literasi kewangan, pembangunan diri dan sokongan psikososial untuk membantu wanita meningkatkan keyakinan serta daya tahan dalam menjalani peranan berganda. Sementara itu, KPWKM melalui JKM juga menyediakan bantuan kewangan bersifat sementara bagi membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban wanita dan keluarga yang layak sehingga mereka mampu hidup berdikari.
Penilaian semula kadar dan syarat kelayakan bantuan turut dilaksanakan agar kekal relevan dengan peningkatan kos sara hidup. Kerajaan telah menaikkan kadar serta meluaskan syarat kelayakan pendapatan. Antara skimnya adalah Bantuan Kanak-kanak
(BKK) sebanyak RM200 sehingga RM250 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga, Bantuan Warga Emas sebanyak RM600 sebulan, Bantuan Am Persekutuan sebanyak RM150 sehingga RM500 sebulan...
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri, panjang lagi, panjang lagi jawapan?
Puan Lim Hui Ying
Empat lagi.
[Menunjukkan isyarat tangan] Bantuan Penjagaan OKU sebanyak RM500 sebulan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Sila.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih atas Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan memberi penjelasan begitu komprehensif. Kita nampak ada pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Soalan tambahan saya ialah apakah bentuk bantuan psikososial yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, yang telah dibekalkan kepada golongan wanita, memandangkan isu cabaran kesihatan mental adalah sangat kritikal dan penting buat masa kini. Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. KPWKM sentiasa mengambil langkah holistik bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan mental wanita terus terpelihara dalam menghadapi bebanan berganda, mengimbangi kerjaya serta bertanggungjawab penjagaan keluarga. Langkah-langkah yang diambil merangkumi penyediaan program kesihatan mental dan sokongan psikososial seperti kaunseling, individu dan keluarga, bengkel pengurusan stres serta help line sokongan psikologi melalui talian KASIH iaitu 15999.
Dalam menangani isu tekanan mental, kementerian turut memanfaatkan peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebagai pusat berhenti di peringkat komuniti bagi saringan psikososial, kaunseling asas, seterusnya rujukan kepada perkhidmatan kesihatan mental sekiranya diperlukan. Jabatan— JPW juga melaksanakan Program Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita atau dengan pendek MATAHARI, sebagai inisiatif bantuan sokongan psikososial yang dapat memperkukuh daya tahan dalaman dan luaran, meningkatkan keupayaan adaptasi terhadap perubahan serta mengurangkan kerentanan mereka terhadap kesan situasi atau musibah yang berlaku.
Sebagai tambahan, program mamogram. Mamogram di bawah lembaga LPPKN juga telah— adalah langkah penting dalam penjagaan kesihatan wanita yang membolehkan wanita menjalani pemeriksaan kesihatan awal untuk mengesan kanser payudara. Program ini direka supaya dapat diakses oleh wanita tanpa mengganggu rutin harian mereka, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan. Sekian, terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
[Bangun] Soalan tambahan.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua
Saya sebenarnya pada pagi ini nak menamatkan sesi dengan memohon maaf kepada Menteri Komunikasi. YB Mujahid dia ada hal, dia tak dapat
Timbalan Yang di-Pertua
hadir. Jadi, dia tak dapat untuk mengemukakan soalannya dan juga YB Amir pun dia tidak dapat hadir ke Dewan pada hari ini dan saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Amir dan juga Dr. Lingesh yang akan menamatkan tempoh mereka sebagai Ahli Dewan Negara, sebagai wakil daripada ADUN Pulau Pinang [Tepuk] Dua-dua dari Pulau Pinang, penggal pertama dan kita menunggulah, kembalinya kedua-dua rakan kita ini dalam Dewan selepas keputusan dibuat oleh DUN Pulau Pinang.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya menamatkan sesi soalan lisan pada pagi ini.
[Soalan No. 9 – YB. Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya nak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara pada hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai diputuskan dan diluluskan (D.R. 44/2025) Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Perantaraan 2025 dan (D.R. 1/2026) Rang Undang- undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 9 Mac 2026. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Dato' Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Undang-undang Pengantaraan Domestik yang seragam dengan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
standard antarabangsa bagi menyokong usaha untuk meratifikasi (ratification) dengan izin, to rectify The United Nations Convention on International Settlement Agreement Resulting from Mediation, yang juga dikenali sebagai dengan izin, The Singapore Convention on Mediation.
Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, termasuk Dr.
Lingeshwaran. Malaysia telah pun menandatangani Konvensyen Singapura pada 7 Ogos 2019. Sejurus selepas itu Malaysia telah memulakan inisiatif untuk menetapkan parameter- parameter yang boleh diterapkan ke dalam Undang-undang Domestik melalui adopsi dengan izin, Model Law United Nations Commission on International Law (UNCITRAL).
Usaha ini merupakan lambang komitmen pihak kerajaan dalam mengiktiraf dan menyokong peranan pengantaraan dalam menyelesaikan pertikaian rentas sempadan.
Konvensyen ini menyediakan satu kerangka kerja yang harmoni untuk penguatkuasaan dan kebolehterimaan penggunaan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang dimeterai oleh pihak-pihak terlibat untuk menyelesaikan pertikaian komersial terhadap daripada pengantaraan.
Pengantaraan merupakan satu bentuk mekanisme dengan izin alternative dispute resolution (ADR) yang semakin luas diterima di peringkat global dan telah diguna pakai di kebanyakan negara maju bagi menyelesaikan tuntutan domestik dan antarabangsa dengan efektif tanpa melalui proses litigasi di mahkamah yang biasanya mengambil tempoh yang panjang dan melibatkan proses-proses perundangan yang rumit serta adakala memakan kos dan perbelanjaan yang tinggi.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oleh itu, pengubahan rang undang-undang ini merupakan salah satu usaha reformasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang terus komited dalam mengukuhkan serta menyokong transformasi sistem perundangan Malaysia melalui Agenda Reformasi Institusi Perundangan yang selaras dengan prinsip tatakelola dan tadbir urus yang telus serta merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan terhadap alternative dispute resolution.
Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Di Malaysia, undang-undang berkaitan penghantaran telah diperuntukkan di bawah Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749] yang telah mula berkuasa pada 1 Ogos 2012. Akta ini memperkenalkan dengan tujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan pengantaraan sebagai satu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif serta memudahkan penyelesaian pertikaian secara adil, secepat-cepat dan menjimatkan kos.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kaedah penyelesaian pertikaian melalui pengantaraan telah dilaksanakan secara meluas dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan di mahkamah sivil. Sehingga kini, Akta 749 ini hanya digunakan untuk penyelesaian tuntutan dan pertikaian bagi kes-kes domestik, kes tuntutan insurans kemalangan, pertikaian melibatkan hal awal rumah tangga, seperti tuntutan nafkah dan hak tanah, tuntutan melibatkan fitnah, pertikaian komersial yang melibatkan kontrak dan harta intelek. Ia juga boleh diguna pakai untuk kes-kes antarabangsa, namun tiada penguatkuasaan boleh dilaksanakan.
Dalam konteks ini, perjanjian penyelesaian yang dicapai di bawah pengantaraan hanya bersifat mengikat pihak-pihak dan hanya boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang kontrak. Skop pemakaian akta ini juga terhad dan tidak merangkumi pengiktirafan dan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui proses pengantaraan domestik dan antarabangsa.
Oleh itu, United Convention on International Settlements Agreement Resulting from Mediation yang dikenali sebagai Konvensyen Singapura merupakan satu perjanjian antarabangsa yang mempermudahkan serta memberi mekanisme untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang telah dicapai melalui pengantaraan. Apabila sebuah negara meratifiasi Konvensyen Singapura, ia membawa maksud terhadap ruang untuk penguatkuasaan rentas sempadan bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa hasil dari proses pengantaraan antarabangsa.
Ini akan menaik taraf sebarang pengantaraan komersial antarabangsa yang telah ditandatangani di bidang kuasa yang menandatangani Konvensyen Singapura dan sebaliknya ditandatangani di Malaysia.
Dalam hal ini, beberapa negara lain telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan Undang-undang Pengantaraan dengan mengadopsi Konvensyen Singapura dan UNCITRAL Model Law on International Commercial Mediation and International Settlement Agreements Resulting from Mediation (2018). Sebanyak 59 negara telah menandatangani Konvensyen Singapura, termasuk Malaysia, Brazil, United Kingdom, Bahrain dan Belarus.
Sehingga ini, sebanyak 20 negara telah pun meratifikasi Konvensyen Singapura termasuk Singapura, Turki, Saudi Arab, Qatar, Jepun dan Fiji. Bagi memastikan penggubalan rang undang-undang ini adalah menyeluruh dan mengambil kira pelbagai perspektif, beberapa siri perbincangan dan Fokus Grup Diskusi (FGD) dengan pemegang taruh dan pihak yang berkepentingan telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk melihat kepada isu-isu yang berkaitan dengan menyediakan dokumen yang berkaitan bagi meratifikasi ratification convention tersebut dan mempertimbangkan untuk menerima pakaian UNCITRAL Model Law on International Commercial Mediation and International Settlement Agreements Resulting from Mediation
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(2018). Amending the model law UNCITRAL Model Law on International Commercial Conciliation (2002). Selain itu, Jawatankuasa Kerja berkaitan ratifikasi Konvensyen Singapura dan pindaan Akta Pengantaraan 2012, penggubalan akta baru berkaitan pengantaraan yang terdiri dari agensi kerajaan, pihak pemegang taruh dan pihak berkepentingan termasuk dari Sabah dan Sarawak telah ditubuhkan untuk memastikan proses mengadopsi konvensyen ini dapat berjalan dengan teratur dan lancar.
Hasil dapatan sesi libat urus ini telah dipertimbangkan dalam usaha penggubalan undang-undang ini dalam penetapan dasar bagi memastikan ia tidak dilaksanakan secara komprehensif dan menemui keperluan industri pengantaraan semasa di negara ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Jawatankuasa- jawatankuasa yang berkaitan telah ditubuhkan sejak tahun 2019 setelah Malaysia menandatangani Konvensyen Singapura. Antara tiga tugas-tugas utama jawatankuasa- jawatankuasa ini adalah untuk meneliti parameter-parameter dalam UNCITRAL Model yang boleh digunakan mengikut acuan Malaysia.
Selain itu, jawatankuasa ini juga telah meneliti keseluruhan model law ini dengan Akta Pengantaraan 2012 dan sama ada undang-undang domestik perlu dipinda bagi memastikan ia konsisten dengan model law yang dicadangkan. Setelah meneliti Model Law UNCITRAL dan kesesuaian untuk meminda Akta Pengantaraan 2012, kerajaan telah memutuskan supaya satu akta baru digubal, khususnya untuk Konvensyen Singapura tanpa meminda Akta Pengantaraan 2012. Ini adalah konsisten dengan amalan antarabangsa, di mana dua akta dibangunkan untuk pengantaraan secara keseluruhan dan Akta Konvensyen Singapura untuk membolehkan penguatkuasaan bagi perjanjian penyelesaian komersial antarabangsa.
Fasal-fasal, Dato Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang undang- undang ini mengandungi sembilan fasal, sebagaimana dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada tahun lalu. Saya akan memperincikan beberapa fasal utama dalam rang undang-undang ini.
Secara am, rang undang-undang ini menekankan dua elemen utama iaitu penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai perintah mahkamah dan kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam mana- mana prosiding kehakiman dan institusi di Malaysia.
Fasal 3 memperuntukkan pemakaian rang undang-undang ini, di mana rang undang- undang ini hanya terpakai bagi perjanjian penyelesaian komersial yang bersifat antarabangsa dan dihasilkan melalui proses pengantaraan. Rang undang-undang ini tidak terpakai bagi perjanjian penyelesaian antarabangsa yang tertentu iaitu melibatkan urusan peribadi, keluarga atau rumah tangga atau perjanjian yang telah diluluskan oleh satu mahkamah atau
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
dipersetujui dan telah direkodkan sebagai penghakiman mahkamah atau yang boleh dikuatkuasakan sebagai avoid timbang tara.
Fasal 4 memperuntukkan permohonan boleh dibuat kepada mahkamah tinggi, untuk mahkamah tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa bagi maksud untuk menguat kuasa perjanjian penyelesaian tersebut di bawah akta yang dijalankan. Fasal ini juga memperuntukkan keperluan dokumen dan keterangan yang perlu dikemukakan bersama dengan permohonan itu.
Fasal ini merupakan salah satu elemen utama dalam akta ini yang menjelaskan tatacara kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dan mana-mana prosiding kehakiman atau institusi di Malaysia. Fasal ini turut menjelaskan, jika mahkamah tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian sebagai satu perintah mahkamah, ia boleh dikuatkuasa sebagai satu penghakiman dan pihak-pihak boleh bergantung kepada perjanjian ini sebagai pembelaan, tolakan atau selainnya.
Fasal 5 memperuntukkan mengenai penerimaan sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam prosiding di mahkamah atau mana-mana institusi apabila berlaku pertikaian komersial.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dalam hal ini, perjanjian tersebut hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti bahawa perkara tersebut telah pun mencapai penyelesaian.
Fasal 6 memperuntukkan bahawa jika sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa dibuat dalam bahasa selain dari bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pihak yang membuat permohonan untuk merekodkan perjanjian penyelesaian itu sebagai perintah mahkamah di bawah fasal 4(1) atau pihak yang ingin mengemukakan perjanjian tersebut sebagai keterangan di bawah fasal 5(2), hendaklah mengemukakan penterjemahan dalam bahasa Inggeris yang diperakui sah dengan sempurna bagi perjanjian tersebut.
Fasal 7 memperuntukkan alasan-alasan, di mana mahkamah tinggi boleh menolak satu permohonan supaya perjanjian penyelesaian antarabangsa yang direkodkan di bawah 4 seksyen— subfasal 4(4) untuk menolak, untuk menerima satu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam prosiding di bawah subfasal 5(4).
Fasal 9 memperuntukkan kuasa kepada mahkamah tinggi untuk menangguhkan keputusannya berhubung permohonan bagi menguatkuasakan sesuatu perjanjian penyelesaian antarabangsa di bawah subfile 4(1) yang belum diselesaikan, sekiranya terdapat permohonan-permohonan atau tuntutan selari yang sedang berjalan berhubung dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang sama.
Di mana mahkamah-mahkamah lain, Tribunal Timbang Tara atau badan lain yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia atau negara-negara lain dan mahkamah berpendapat
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
bahawa prosiding bagi permohonan atau tuntutan selari itu boleh, berkemungkinan boleh menjejaskan permohonan di bawah subfile 4(1).
Peruntukan ini, peruntukan ini adalah penting bagi mengelakkan pertelingkahan yang timbul dalam prosiding yang berbilang, yang berhubung dengan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang sama, yang terusnya menggalakkan keseragaman dan kecekapan dan penguatkuasaan satu perjanjian penyelesaian antarabangsa.
Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merayu sokong— saya merayu sokongan semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar rang undang-undang ini dapat diluluskan demi memastikan Malaysia terus komited dalam memperkukuhkan sistem perundangan negara selaras dengan standard perundangan antarabangsa menerusi peluasan akses kepada keadilan secara inklusif dan efisien.
Rang undang-undang ini bukan sekadar untuk memperkukuhkan reformasi undang- undang sedia ada tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan komited— dan komuniti perdagangan terhadap sistem penyelesaian pertikaian Malaysia, sekali gus mengukuhkan keperluan Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian serantau, preferred seat, terutama di rantau Asia.
Langkah ini bukan sahaja menyokong reformasi perundangan negara, malah memartabatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berada di landasan yang lebih teguh dalam memperjuangkan prinsip keadilan, ketulusan dan akauntabiliti yang membina sebuah negara yang lebih berintegriti dan berdaya saing dalam bidang alternative dispute resolution. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ada cadangan dan sokongan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang— Setiausaha. Boleh kita mulakan perbahasan tentang rang undang-undang ini?
Ha? Ada sembilan pembahas ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menguatkuasa Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan, untuk membuat peruntukan bagi penguatkuasaan dan kebolehterimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa, settlement, yang bahas, terhasil daripada pengantaraan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua
Ada sembilan pembahas. Yang hendak berbahas, maka ditetapkan 15 minit seorang.
Pembahas pertama ialah dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI, *segulai sejalai.
Bukit Cina tempatnya tinggi; Di bawahnya pohon sena; Segulai sejalai di dalam hati; Membahas RUU untuk negara.* Dato Yang di-Pertua, dalam dunia perdagangan moden yang semakin kompleks dan saling berkait, mekanisme penyelesaian pertikaian yang cepat, kos efektif dan fleksibel bukan lagi satu pilihan. Ia adalah satu keperluan. Secara prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuh ekosistem penyelesaian pertikaian alternatif atau alternative dispute resolution (ADR), khususnya melalui pengiktirafan dan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa hasil proses pengantaraan.
Dato Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan melaksanakan obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya ingin menjelaskan bahawa konvensyen ini dikenali sebagai Singapore Convention on Mediation 2019 dalam bahasa English. Manakala dalam bahasa Melayu, kita menyebutnya Konvensyen Singapura Mengenai Pengantaraan.
Kedua-duanya merujuk kepada konvensyen yang sama yang ditandatangani di Singapura pada tahun 2019. Pada 11 Februari 2016, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang ini melalui undi suara majoriti selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Parlimen. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif di Malaysia.
Konvensyen ini memberi kerangka perundangan bagi mengiktiraf perjanjian penyelesaian antarabangsa yang dicapai melalui pengantaraan, membolehkan ia dikuatkuasakan secara telus, terus di mahkamah negara pihak, mengurangkan keperluan memulakan prosiding ligitasi baharu. Semua ini— selama ini, maaf. Dunia perniagaan antarabangsa lebih selesa menggunakan timbang antara atau arbitration kerana adanya Konvensyen New York 1958.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Dengan adanya Konvensyen Singapura ini, pengantaraan kini diberi kedudukan yang hampir setara dari segi kebolehkuasaan ini boleh— ini satu perkembangan yang positif dan signifikan. Dato Yang di-Pertua, dari sudut ekonomi dan pelaburan, terdapat tiga manfaat utama.
Pertama, meningkatkan keyakinan pelabur asing. Kepastian undang-undang dalam penyelesaian pertikaian yang merupakan faktor utama pelabur memilih sesebuah negara.
Dengan rang undang-undang ini, pelabur tahu bahawa persetujuan melalui pengantaraan di Malaysia boleh dikuatkuasakan di negara-negara pihak konvensyen.
Kedua, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian serantau. Singapura pada masa ini menguasai pasaran penyelesaian pertikaian alternatif serantau. Malaysia mempunyai kelebihan kos yang lebih rendah dan kepakaran undang- undang common law yang diiktiraf.
Ketiga, mengurangkan beban mahkamah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah menyatakan bahawa Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749] selama ini hanya terpakai untuk pertikaian domestik manakala perjanjian pengantaraan antarabangsa hanya boleh dikuatkuasakan di bawah undang- undang kontrak.
Dengan rang undang-undang ini, penguatkuasaan menjadi lebih langsung dan efisien.
Dalam sektor pembinaan tenaga minyak dan gas, kewangan dan teknologi, pertikaian rentas sempadan adalah realiti. Mekanisme penguatkuasaan yang jelas akan memberi kepastian undang-undang atau legal certainty, dengan izin.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Dato Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh aspek pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sivil dan komersial termasuk dalam Senarai Persekutuan. Oleh itu, dari sudut bidang kuasa legislatif, ruang undang-undang ini adalah dalam kompetensi Parlimen. Namun begitu, pelaksanaannya akan memberi kesan kepada entiti negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri atau government-linked companies (GLC) dan badan berkanun negeri yang terlibat dalam kontrak antarabangsa.
Dalam konteks Sarawak yang aktif dalam sektor tenaga hidrogen, minyak dan gas serta projek infrastruktur besar, perjanjian penyelesaian antarabangsa adalah kemungkinan praktikal. Sabah juga dengan inisiatif Sabah Maju Jaya 2.0 yang akan dilaksanakan mulai 2026 melibatkan pelaburan asing yang besar.
Saya tegaskan, pelaksanaan hendaklah mengambil kira— satu, autonomi perundangan negeri; kedua, kepentingan entiti negeri dalam kuasa penyelesaian pertikaian; tiga, kepentingan strategik negeri, khususnya sumber asli dan tanah. Dato Yang di-Pertua,
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Saya juga ingin menyentuh kaitan rang undang-undang ini dengan BIMP-EAGA iaitu Brunei- Indonesia-Malaysia-Filipina East ASEAN Growth Area. BIMP-EAGA ditubuhkan pada tahun 1994 untuk memacu pembangunan di kawasan yang kurang maju dan terpencil di empat negara anggota ASEAN. Ia meliputi seluruh Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Papua di Indonesia, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia serta Pulau Mindanao dan Wilayah Palawan di Filipina. Pada tahun 2024, ekonomi BIMP-EAGA bernilai USD1.34 trilion. Pariti kuasa beli semasa menyumbang 18.03 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar keempat- empat negara anggota.
Perdagangan barangan dalam sub-rantau BIMP-EAGA berjumlah USD165.96 bilion pada tahun 2024, menyumbang 21.71 peratus daripada jumlah perdagangan keempat-empat negara anggota. Projek infrastruktur keutamaan BIMP-EAGA kini berjumlah 217 projek dengan nilai pelaburan dianggar USD66.99 bilion, memberi tumpuan kepada peningkatan ketersambungan serantau dalam sektor pengangkutan tenaga dan telekomunikasi.
Projek strategi seperti Sarawak–West Kalimantan Cross-border Power Interconnection dan BIMP-EAGA Power Grid yang menghubungkan sistem tenaga serantau memerlukan kepastian undang-undang, pengantaraan sesuai untuk konteks bemiaga kerana ia fleksibel menjaga hubungan serantau dan kini boleh dikuatkuasakan melalui Konvensyen Singapura.
Dato Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin bertanya mengenai BICAM iaitu BIMP- EAGA Indonesia–Malaysia–Cambodia Advancing Mediation yang pernah dicadangkan.
Setakat ini BICAM masih di peringkat perbincangan dan belum lagi aktif. Ia merupakan inisiatif untuk mewujudkan rangka kerja pengantaraan dalam kalangan negara BIMP-EAGA dengan tumpuan kepada Indonesia, Malaysia dan Kemboja sebagai teras awal sebelum diperluas kepada Brunei dan Filipina.
Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelabuhan— Pelaburan, Perdagangan dan Industri sedang menggalakkan perbincangan dengan rakan serantau.
Ratifikasi Konvensi Singapura melalui rang undang-undang ini akan memberi dorongan kuat kepada inisiatif BICAM kerana ia menyediakan asas perundangan yang kukuh untuk penguatkuasaan perjanjian penghantaran rentas sempadan.
Saya menyeru kerajaan menggalakkan rakan BIMP-EAGA merati─ meratifikasi konvensyen ini dan mempercepatkan inisiatif BICAM supaya rantau ini menjadi satu zon penyelesaian ketika yang harmoni.
Dato Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai struktur pentadbiran negeri kerana ia berkaitan langsung dengan pelaksanaan rang undang-undang ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan dokumen rasmi dan amalan semasa,
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
struktur pentadbiran negeri di Malaysia adalah seperti berikut. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, badan eksekutif tertinggi dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diketuai oleh Menteri Besar.
Di Sarawak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dirujuk sebagai Kabinet Kerajaan Sarawak atau State Cabinet. Di Sabah, badan eksekutif tertinggi dikenali sebagai Kabinet Negeri, State Cabinet diketahui oleh Ketua Menteri. Mengapa ia penting? Kerana ada perbezaannya.
Dato Yang di-Pertua, Saya ingin menekankan beberapa risiko khususnya untuk Sabah dan Sarawak. Pertama, tanah dan sumber asli. Tanah di Sabah dan Sarawak mempunyai status khas di bawah perlembagaan, perjanjian, pengantaraan yang melibatkan tanah adat, native customary rights, konsesi hutan, sumber mineral dan petroleum serta kawasan laut dan pantai hendaklah mendapat penelitian rapi dan tidak boleh dikuatkuasakan secara automatik jika bertentangan dengan Undang-undang Tanah Negeri.
Kedua, hak masyarakat adat. Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai komuniti dengan hak adat yang dilindungi. Perjanjian yang menjejaskan hak ini tanpa konsultasi, wajar boleh ditolak atas alasan dasar awam.
Ketiga, perjanjian dengan entiti negeri. Apabila syarikat berkaitan kerajaan negeri, GLC atau badan berkanun negeri menjadi pihak dalam pengantaraan, kita perlu pastikan pegawai yang terlibat mempunyai kuasa penuh full authority, dengan izin, terma perjanjian tidak merugikan kepentingan negeri dan terdapat mekanisme semakan oleh kabinet negeri.
Dato Yang di-Pertua, sorry. Kita juga mesti berhati-hati terhadap beberapa risiko secara umum. Pertama, perjanjian yang bertentangan dengan dasar awam, mahkamah hendaklah menolak penguatkuasaan jika perjanjian bertentangan dengan dasar awam Malaysia atau public policy, melibatkan penipuan, paksaan atau salah nyata atau menyentuh perkara sensitif seperti sumber asli strategik atau hak masyarakat adat.
Kedua, perlindungan terhadap entiti awam. Kita perlu pastikan Kerajaan Persekutuan mendapat kelulusan Jemaah Menteri, kerajaan negeri pula perlu mendapat mandat yang sesuai mengikut struktur negeri masing-masing iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi Semenanjung dan kabinet negeri bagi Sarawak dan Sabah.
Badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan juga perlu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk meningkatkan organisasi. Kita tidak mahu perjanjian tergesa-gesa mengikat kepentingan awam secara tidak seimbang. Prinsip ultra virus atau bertindak di luar bidang kuasa ini penting untuk dipertahankan.
Dato Yang di-Pertua, saya mencadangkan langkah pelaksanaan konkrit. Satu, latihan hakim dan pegawai kehakiman. Program latihan perlu diadakan dengan Singapore Mediation
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Center dan pakar dari Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Undang- undang Perdagangan Antarabangsa atau UNCITRAL.
Kedua, penubuhan pusat pengantaraan tempatan. Pusat-pusat sedia ada seperti ASEAN International Arbitration Center (AIAC) dan Malaysian Mediation Center perlu diperkukuh. Saya mencadangkan penubuhan BIMP-EAGA Regional Mediation Hub di Sarawak atau Sabah serta kerjasama dengan pusat pengantaraan di Brunei, Indonesia dan Filipina.
Ketiga, galakan kepada syarikat tempatan. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) boleh menerbitkan garis panduan klausa, pengantaraan untuk kontrak BIMP- EAGA dan mengadakan sesi kesedaran.
Keempat, infrastruktur digital. Sistem pengantaraan dalam talian atau online mediation, platform pengurusan kes elektronik dan kemudahan tanda tangan digital untuk perjanjian antarabangsa perlu disediakan untuk menjadi hab serantau. Kita perlukan mediator bertauliah antarabangsa yang mencukupi mahkamah pengkhususan penyelesaian pertikaian alternatif dan proses yang pantas untuk pengesahan perjanjian.
Dato Yang di-Pertua, daya saing negara ditentukan oleh kepastian undang-undang.
Pelabur bertanya, cepatkah penyelesaian? Boleh dikuatkuasakan? Telus dan adilkah sistem?
Rang undang-undang ini menjawab sebahagian daripada persoalan tersebut.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Dato Yang di-Pertua, saya mencadangkan penambahbaikan.
(i) Garis panduan jelas skop pertikaian komersial antarabangsa. Ini termasuk kontrak pelaburan, konsesi dan usaha sama atau joint venture;
(ii) peruntukan tegas pengecualian dasar awam perlu ada definisi jelas, rekod alasan lengkap dan hak merayu ke mahkamah rayuan;
(iii) mekanisme semakan kehakiman seimbang. Jangan terlalu luas sehingga melemahkan konvensyen dan jangan terlalu sempit sehingga menjejaskan keputusan negara;
(iv) rundingan dengan negeri. Jawatankuasa teknikal bersama Sabah dan Sarawak perlu ditubuhkan untuk membincangkan impak kepada undang-undang negeri...
Tuan Yang di-Pertua
Dah habis masa YB. Rumuskan.
Datoʼ Ahmad bin Datoʼ Sri Haji Ibrahim
...Dan prosedur pengantaraan yang melibatkan entiti negeri. Jawatankuasa ini perlu mengkaji struktur pentadbiran Sabah dan
Datoʼ Ahmad bin Datoʼ Sri Haji Ibrahim
Sarawak dan implikasi terhadap pelaksanaan RUU menggubal protokol khas untuk perjanjian pengantaraan yang melibatkan entiti negeri, menyediakan garis panduan mengenai prosedur kelulusan dalaman pihak berkuasa menandatangani...
Tuan Yang di-Pertua
Menandatangani.
Datoʼ Ahmad bin Datoʼ Sri Haji Ibrahim
...Dan perlindungan hak adat dan tanah serta berunding dengan Kabinet Negeri Sarawak dan Kabinet Negeri Sabah secara langsung.
Lima promosi BIMP-EAGA dan BICAM dialog mengenai ratifikasi Konvensyen Singapura. Cadangan BIMP-EAGA Mediation Protocol sebagai instrumen tambahan dan promosi Sarawak serta Sabah sebagai lokasi pengantaraan serantau perlu dipergiat.
Dato Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang ini adalah langkah progresif dalam memodenkan kerangka penyelesaian pertikaian Malaysia. Ini adalah penyataan hasrat kita untuk menjadi relevan dalam ekonomi global, melindungi kepentingan rakyat dan negara serta memimpin kerjasama serantau BIMP-EAGA dan inisiatif BICAM.
Namun, pastikan kedaulatan undang-undang terpelihara, kepentingan awam dilindungi, autonomi negeri dihormati dengan mengambil kira struktur pentadbiran unik Sarawak dan Sabah yang menggunakan Kabinet Negeri dan sistem kehakiman diperkukuh.
Perincian ini penting kerana undang-undang yang baik adalah undang-undang yang praktikal. Ia bukan sahaja perlu mematuhi piawaian antarabangsa tetapi juga perlu berfungsi dalam realiti pentadbiran negara yang mempunyai kepelbagaian struktur dan autonomi negeri. Jika dilaksanakan dengan teliti dan mengambil kira semua aspek yang saya kemukakan, insya-Allah rang undang-undang ini akan menjadi pemangkin kepada keyakinan pelabur, kecekapan sistem perundangan, reputasi Malaysia dan peranan kita dalam BIMP- EAGA.
Bunga melati kembang di taman, Harum semerbak menenang jiwa; Dengan ini saya nyatakan sokongan, Untuk kebaikan Malaysia tercinta. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Dato Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam membahas Rang Undang- undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Secara prinsipnya, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Singapura atau Singapore Convention on Mediation.
Usaha ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah pusat penyelesaian pertikaian alternatif yang kompetitif di peringkat global selari dengan aspirasi kita untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI). Namun Dato Yang di- Pertua, sebagai Dewan yang tertinggi, Dewan semak dan imbang adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti rang undang-undang ini secara mendalam. Walaupun ia bertujuan memenuhi obligasi antarabangsa, kita harus memastikan kedaulatan undang- undang domestik dan kepentingan awam tidak terkompromi.
Dato Yang di-Pertua, saya terus kepada persoalan-persoalan yang saya ingin bangkitkan kepada pihak kementerian. Pertamanya, mengapa perlu akta berasingan, bukan pindaan Akta 749? Kerajaan menyatakan bahawa Akta Mediasi 2012 [Akta 749] sedia ada hanya terpakai untuk kes domestik. Persoalan saya, mengapa kerajaan memilih untuk menggubal satu akta baharu yang mempunyai sembilan fasal sahaja dan bukannya meminda Akta 749 untuk memasukkan bahagian khusus mengenai pengantaraan antarabangsa?
Adakah ini akan mewujudkan kekeliruan perundangan, di mana kita mempunyai dua rejim pengantaraan yang berbeza standardnya di Malaysia?
Kedua, kekaburan terma dasar awam ataupun public policy dalam fasal ke-7. Fasal 7 rang undang-undang ini memperuntukkan alasan untuk menolak penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antaranya jika ia bertentangan dengan dasar awam Malaysia. Dato Yang di- Pertua, terma dasar awam ini terlalu luas dan sering kali menjadi pintu belakang untuk pihak- pihak mengelak daripada obligasi kontrak.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah garis panduan yang akan digunakan oleh mahkamah nanti untuk mentafsir dasar awam ini? Dalam konteks perjanjian komersial antarabangsa ini adakah ia merangkumi aspek sensitiviti agama, budaya atau dasar ekonomi negara secara spesifik?
Ketiganya beban pembuktian terhadap salah laku pengantara ataupun mediator misconduct. Pada fasal 7(1) menyentuh mengenai pelanggaran serius standard pengantaraan oleh pengantara. Persoalan saya, bagaimanakah pihak yang menentang boleh membuktikan berlakunya pelanggaran standard ini sedangkan proses pengantaraan secara lazimnya adalah sulit ataupun confidential dan tidak mempunyai rekod transkrip seperti perbicaraan mahkamah? Adakah RUU ini memberikan perlindungan yang cukup kepada pihak yang ditindas oleh pengantara yang tidak beretika dari luar negara?
Dato Yang di-Pertua, keempat mekanisme verifikasi dokumen. Merujuk kepada fasal 4 yang menyentuh mengenai permohonan penguatkuasaan. Saya ingin bertanya, sejauh manakah mahkamah kita mempunyai kepakaran untuk menentu sahkan kesahihan
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
tandatangan pengantara antarabangsa atau bukti bahawa perjanjian ini terhasil daripada pengantaraan, terutamanya jika ia melibatkan institusi pengantaraan dari negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau sistem perundangan yang jauh berbeza dengan negara kita?
Kelima, implikasi terhadap bidang kuasa eksekutif mahkamah tempatan. Adakah dengan adanya akta ini kita secara tidak langsung melemahkan bidang kuasa mahkamah Malaysia dalam mengadili pertikaian yang melibatkan aset atau kontrak yang dilaksanakan di dalam negara hanya kerana pihak-pihak telah terlibat memilih pengantaraan di luar negara?
Saya bimbang, jika ini akan membawa kepada forum shopping di mana pihak yang lebih kuat atau pelabur asing memaksa pihak tempatan tunduk kepada perjanjian penyelesaian yang berat sebelah di bawah rejim antarabangsa ini.
Keenam, persediaan infrastruktur dan sumber manusia. Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi alternative dispute resolution (ADR) preferred seat. Namun, adakah kita mempunyai jumlah pengantara tempatan yang bertauliah di bawah standard antarabangsa untuk bersaing?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Jika akta ini dikuatkuasakan, adakah kita hanya akan menjadi pintu masuk untuk peguam dan pengantara asing menguasai pasaran Malaysia tanpa memberi limpahan ekonomi kepada pengamal undang-undang tempatan?
Dato Yang di-Pertua, saya mengakhiri perbahasan saya dengan memohon supaya Yang Berhormat Menteri memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyediakan garis panduan atau kaedah-kaedah mahkamah yang jelas sejurus selepas akta ini diluluskan. Kita tidak mahu akta ini sekadar menjadi hiasan perundangan demi nama baik di arena global, tetapi gagal dari segi pelaksanaan praktikal di peringkat domestik.
Saya berharap soalan persoalan teknikal ini dijawab demi memastikan rang undang- undang ini benar-benar membawa impak positif kepada ekonomi negara tanpa menggadaikan prinsip keadilan perundangan kita.
Sekian, Dato Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mahu menyokong dan mohon penjelasan lanjut.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih kerana masa itu dengan bijak. Tak perlu selesai dan pengantaraan. Tujuh minit lagi tinggal. Sekarang kita panggil dengan segala hormatnya, Yang Berhormat Senator Tuan Abun, seorang peguam. Abun, 15 minit. Atau kurang— macam Dato’ Wan Martina...
Tuan Abun Sui Anyit
Ya. Yang di-Pertua, terima kasih terlebih dahulu saya rakamkan kepada pihak kerajaan kerana membentangkan tentang rang undang-undang ini yang bertujuan untuk melaksanakan kewajipan Malaysia di bawah United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation.
Jadi, konvensyen ini yang sering dirujuk sebagai Konvensyen Singapura mengenai pengantaraan merupakan satu instrumen yang penting di dalam undang-undang perdagangan antarabangsa yang bertujuan untuk memudahkan pengiktirafan dan juga penguatkuasaan perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui proses pengantaraan dalam pertikaian komersial antarabangsa.
Sepertimana Konvensyen New York 1958, memperkukuh penguatkuasaan anugerah timbang tara antarabangsa, Konvensyen Singapura akan memberi asas yang jelas untuk menguatkuasakan penyelesaian yang dicapai melalui pengantaraan. Oleh itu, rang undang- undang ini merupakan satu langkah penting bagi memastikan Malaysia akan berada seiring dengan perkembangan sistem penyelesaian pertikaian antarabangsa yang moden dan progresif.
Kepentingan Konvensyen Singapura kepada Malaysia. Dato Yang di-Pertua, di dalam perniagaan global hari ini, pertikaian komersial antara syarikat dari negara yang berbeza semakin meningkat. Justeru, jika semua pertikaian ini diselesaikan melalui litigasi ataupun di mahkamah ataupun timbang tara sahaja, kos dan masa yang diperlukan adalah sangat tinggi.
Pengantaraan menawarkan satu pendekatan yang lebih cepat, fleksibel, menjimatkan kos serta menjaga hubungan komersial antara pihak-pihak yang baik dan berpanjangan.
Namun, sebelum wujud Konvensyen Singapura ini, perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui pengantaraan sering menghadapi kesukaran untuk dikuatkuasakan di negara lain. Jika satu pihak enggan mematuhi penyelesaian tersebut, pihak yang teraniaya terpaksa memulakan tindakan di mahkamah yang baru.
Keadaan ini menjejaskan keyakinan terhadap proses pengantaraan antarabangsa.
Oleh itu, Konvensyen Singapura diwujudkan untuk memberikan satu mekanisme yang jelas bagi pengiktirafan penguatkuasaan penyelesaian yang dicapai melalui pengantaraan.
Kedudukan Malaysia di dalam penyelesaian pertikaian antarabangsa. Dato Yang di- Pertua, penyertaan Malaysia di dalam rangka konvensyen ini bukan sahaja berkaitan dengan pematuhan kepada perjanjian antarabangsa, tetapi juga untuk melibatkan satu kedudukan strategik negara di dalam ekosistem penyelesaian pertikaian antarabangsa.
Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat penyelesaian pertikaian serantau. Kerana kita mempunyai sistem kehakiman yang dihormati, pengamal undang- undang yang berpengalaman, institusi timbang tara dan pengantaraan yang semakin berkembang.
Tuan Abun Sui Anyit
Dengan pelaksanaan Konvensyen Singapura melalui rang undang-undang ini, Malaysia dapat meningkatkan reputasinya sebagai sebuah negara yang menghormati komitmen antarabangsa, menyediakan persekitaran perniagaan yang stabil serta mempunyai sistem penyelesaian pertikaian yang cekap dan dipercayai. Ini penting untuk menarik pelaburan asing serta mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan negara kita.
Isu pelaksanaan dan juga kesediaan institusi. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun rang undang-undang ini amat baik dari segi prinsip kejayaan sebenar, rang undang-undang ini bergantung kepada pelaksanaannya. Oleh itu, beberapa persoalan penting perlu perhatian.
Yang pertamanya, sejauh manakah tahap persediaan institusi kehakiman kita dalam mengendalikan permohonan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan? Hakim-hakim perlu memahami prinsip asas pengantaraan antarabangsa serta kehendak Konvensyen Singapura.
Kedua, adakah latihan khusus akan diberikan kepada hakim kita, peguam, serta pengantara profesional? Supaya mereka benar-benar memahami dan mekanisme penguatkuasaan yang diperkenalkan melalui rang undang-undang ini.
Ketiganya, adakah terdapat garis panduan atau prosedur yang jelas bagi memastikan mahkamah dapat menilai permohonan penguatkuasaan secara konsisten dan efisien? Tanpa persediaan institusi yang mencukupi, undang-undang yang baik mungkin menghadapi cabaran dalam perlaksanaan.
Kepelbagaian sistem undang-undang negara anggota. Dato Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang menarik perhatian adalah bahawa negara-negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen Singapura ini datang daripada latar belakang sistem undang-undang yang berbeza.
Ada yang mengamalkan sistem common law seperti kita di Malaysia ini, ada juga civil law, sistem undang-undang Islam, begitu juga sistem perundangan campuran. Sudah tentulah pelaksanaan konvensyen ini tidak akan seragam sepenuhnya dari segi prosedur ataupun pendekatan kehakiman.
Namun, perbezaan ialah prinsip asas yang terkandung dalam konvensyen tersebut dipatuhi iaitu yang pertama, pengiktirafan terhadap penyelesaian yang sah. Perlindungan terhadap pihak-pihak yang terlibat serta pencegahan terhadap penyalahgunaan proses pengantaraan. Selagi prinsip-prinsip asas ini dipelihara, kepelbagaian sistem undang-undang sebenarnya boleh menjadi kekuatan kepada sistem perundangan antarabangsa.
Isu penarikan diri daripada konvensyen. Dato Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu persoalan yang penting dari sudut undang-undang antarabangsa. Apakah yang akan
Tuan Abun Sui Anyit
berlaku sekiranya sesebuah negara menarik diri daripada Konvensyen Singapura pada masa hadapan?
Secara prinsipnya, penarikan diri daripada sesuatu perjanjian antarabangsa adalah dibenarkan. Namun, penarikan diri tersebut tidak boleh menjejaskan hak dan obligasi ataupun tanggungjawab yang telah wujud sebelum tarikh penarikan tersebut. Ini selaras dengan prinsip non-retroactivity dalam undang-undang antarabangsa.
Tuan Abun Sui Anyit
Oleh itu, perjanjian yang telah dicapai sebelum sesuatu negara menarik diri daripada konvensyen tersebut hendaklah terus kekal dan boleh dikuatkuasakan. Prinsip ini penting bagi menjamin kepastian undang-undang kepada pihak-pihak yang bergantung kepada penyelesaian yang dicapai melalui pengantaraan.
Kepentingan kepada perniagaan dan pelabur. Dato Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menekankan bahawa rang undang-undang ini bukan saja penting dari sudut undang- undang tetapi juga mempunyai implikasi ekonomi yang besar.
Pelabur antarabangsa amat menitikberatkan kestabilan sistem perundangan serta keberkesanan mekanisme penyelesaian pertikaian. Jadi, apabila negara mempunyai sistem yang membolehkan penyelesaian pertikaian yang dilaksanakan dengan cepat dan berkesan, keyakinan pelabur akan meningkat. Itulah saya percaya dengan keadaan ekonomi kita yang ada pada hari ini.
Dengan keamanan yang ada, kestabilan bukan saja dari segi politik, kita juga menuntut supaya ke depannya kita akan ada kestabilan dari segi ekonomi, kestabilan dari segi penyelesaian pertikaian. Dengan adanya undang-undang yang selaras dengan Konvensyen Singapura, Malaysia menghantar mesej yang jelas kepada komuniti perniagaan antarabangsa bahawa negara ini komited untuk menyediakan perdagangan yang telus, stabil dan adil kepada komuniti perniagaan lebih lagi di kalangan antarabangsa.
Dato Yang di-Pertua, sebagai penutup, secara keseluruhannya saya berpandangan bahawa Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Perantaraan 2025 merupakan satu langkah progresif yang memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sistem perdagangan penyelesaian pertikaian antarabangsa.
Dengan pelaksanaan yang teliti, latihan institusi yang mencukupi serta pemantauan yang berterusan, undang-undang ini mampu memberikan manfaat besar kepada negara serta komuniti perniagaan antarabangsa.
Satu persoalan juga saya ingin kemukakan kepada kerajaan, sebagaimana latar belakangnya adakah kerajaan telah meneliti perbezaan-perbezaan perundangan yang berbeza di antara negara-negara yang terlibat di dalam rang undang-undang ini. Bagaimana pelaksanaan di dalam negara kita dan juga di dalam negara yang terlibat, adakah satu
Tuan Abun Sui Anyit
penyelarasan telah dilakukan untuk melaksanakan rang undang-undang ini apabila ia nya diluluskan pada hari ini?
Justeru itu, saya berharap dengan adanya rang undang-undang ini nanti akan banyak membantu negara terutamanya perdagangan antarabangsa kita yang sekarang ini menerima pelaburan-pelaburan yang semakin banyak.
Justeru itu, saya berharap juga supaya dengan rang undang-undang ini persiapan- persiapan semua pihak yang terlibat, baik kehakiman, baik guaman, begitu juga profesional yang terlibat dalam perdagangan akan mendapat manfaat seterusnya akan menjadikan negara kita menjadi negara pelabur yang menyediakan wadah penyelesaian pertikaian yang profesional pada masa hadapan. Dengan ini Dato Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih juga dalam masa yang telah ditetapkan.
Semuanya jimat dua minit 10 saat. Jadi, dijemput sekarang Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran, Merangkan Keram.
Tuan Niran Tan Kran
Terima kasih, Tuan Dato Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam sawasdee.
Dato Yang di-Pertua, saya bangun menyokong Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Perantaraan 2025 yang dibentangkan pada hari ini. RUU ini merupakan satu langkah progresif selaras dengan komitmen Malaysia terhadap instrumen antarabangsa, khususnya Konvensyen Singapura Mengenai Perantaraan atau dalam bahasa Inggerisnya Singapore Convention of Mediation yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 Disember 2018 dan seterusnya mula berkuat kuasa pada 12 September 2020.
Malaysia yang menandatangani konvensyen tersebut pada 7 Ogos 2019 dan berhasrat untuk meratifikasi konvensyen itu dan dengan itu menjadi pihak kepada konvensyen tersebut. Konvensyen tersebut akan mengurangkan pertikaian yang mengakibatkan penamatan hubungan komersial, memudahkan pentadbiran transaksi komersial antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan hubungan ekonomi antarabangsa yang harmoni.
RUU ini memperlihatkan kesungguhan hasrat kerjaan untuk memperkukuh kerangka perundangan negara agar dalam berada sebaris dengan negara-negara maju dalam memperkasakan mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif. Ia bukan sekadar anjakan teknikal tetapi satu reformasi yang bertujuan memberikan pengiktirafan dan
Tuan Niran Tan Kran
kebolehkuatkuasaan kepada perjanjian penyelesaian yang terhasil dari proses pengantaraan dalam pertikaian komersial antarabangsa.
Dato Yang di-Pertua, dalam era globalisasi ekonomi perdagangan rentas sempadan yang semakin kompleks, mekanisme penyelesaian pertikaian yang cepat, cost-effective dan fleksibel amat diperlukan. Perantaraan menawarkan pendekatan yang lebih bersifat menang- menang (win-win situation), dengan izin, berbanding litigasi atau timbang tara yang sering memakan masa dan kos yang tinggi.
RUU ini memberi kesan penting dari pelbagai sudut. Pertama, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian. Dengan penggubalan undang- undang ini, Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang menyokong penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR). Ini sejajar dengan aspirasi yang memperkukuh institusi seperti Asian International Arbitration Centre (AIAC) sebagai pusat atau hab serantau dalam bidang timbang tara dan perantaraan.
Dengan adanya peruntukan yang membolehkan perjanjian penyelesaian antarabangsa, hasil perantaraan direkodkan sebagai perintah mahkamah tinggi dan dikuatkuasakan sebagai penghakiman, ia memberikan kepastian undang-undang yang amat diperlukan oleh komuniti perniagaan.
Namun persoalannya, adakah mekanisme ini cukup jelas dan efisien untuk mengelakkan cabaran teknikal yang boleh melambatkan penguatkuasaan?
Kedua, meningkatkan keyakinan pelaburan asing. Pelaburan antarabangsa akan lebih yakin untuk menjalankan perniagaan di Malaysia kerana sebarang penyelesaian melalui perantaraan boleh dikuatkuasakan tanpa perlu memulakan prosiding baru yang panjang dan rumit.
Tuan Niran Tan Kran
Ketiga, mengurangkan beban mahkamah. RUU ini secara tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan kes di mahkamah dengan menggalakkan penyelesaian pertikaian secara alternatif sebelum ke peringkat litigasi. Namun begitu Dato Yang di-Pertua, terdapat beberapa perkara yang wajar diberi perhatian.
Satu, keperluan garis panduan pelaksanaan yang jelas. Mahkamah perlu diberi panduan yang terperinci berhubung prosedur pengiktirafan dan penguatkuasaan supaya tidak timbul tafsiran yang berbeza-beza.
Kedua, kesiapsiagaan institusi dan profesional. Dato Yang di-Pertua, penguatkuasaan undang-undang ini bukan sekadar soal peruntukan statutori. Ia memerlukan latihan mediator yang bertauliah, prosedur mahkamah yang efisien, kesedaran komuniti perniagaan. Kerajaan perlu memastikan mediator tempatan mempunyai kepakaran bertaraf antarabangsa agar standard pengantaraan Malaysia setanding dengan amalan global. Dengan kata lain, peranan
Tuan Niran Tan Kran
badan seperti Malaysian International Mediation Centre (MIMC) perlu diperkasakan supaya standard profesional sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
Ketiga, perlindungan kepentingan awam. Perlu dipastikan bahawa perjanjian yang bertentangan dengan dasar awam: public policy tidak diberi pengiktirafan. RUU ini memperuntukkan bahawa mahkamah boleh menolak penguatkuasaan sekiranya perjanjian itu bertentangan dengan polisi awam. Fasal polisi awam merupakan konsep yang luas.
Jika ditafsirkan secara liberal, ia boleh menjejaskan kepastian komersial yang ingin kita capai melalui RUU ini. Saya mencadangkan agar tafsiran terhadap polisi awam ini digariskan secara berhati-hati melalui garis panduan kehakiman atau perkembangan kes-kes terdahulu agar tidak membuka ruang terhadap penyalahgunaan.
Keempat, skop dan pengecualian. Saya juga ingin menyentuh mengenai skop RUU ini yang mengecualikan pertikaian timbul daripada undang-undang keluarga, pewarisan atau pekerjaan. Walaupun rasionalnya adalah untuk memfokus kepada pertikaian komersial antarabangsa, kita perlu meneliti sama ada terdapat ruang pada masa hadapan untuk memperluas perlindungan kepada kategori pertikaian lain yang bersifat rentas sempadan.
Kelima, isu kerahsiaan dan integriti proses mediasi. Mediasi pada asasnya bersifat sulit dan consensual. Namun, apabila penguatkuasaan dibuat melalui mahkamah, dokumen tertentu perlu dikemukakan. Ini menimbulkan persoalan bagaimana kita memastikan kerahsiaan terpelihara. Bagaimana mahkamah menilai bahawa tiada unsur paksa, salah nyata atau ketidakupayaan pihak. Perlu ada keseimbangan yang luas antara ketelusan proses kehakiman dan proses kerahsiaan mediasi kerana ketiadaan peruntukan kuasa Menteri memberi peraturan: regulating making power. Secara prinsipnya, wajar atau tidak kuasa ini diberi, bergantung kepada pendekatan penggubalan akta atau pelaksanaannya.
RUU ini bertujuan melaksanakan obligasi antarabangsa Malaysia di bawah Singapore Convention of Mediation. Dalam amalan mungkin timbul isu teknikal seperti tatacara permohonan pengiktirafan dan penguatkuasaan di mahkamah, borang dan fi serta kaedah pemfailan dokumen elektronik. Perkara-perkara ini bersifat procedural dan mungkin memerlukan penyesuaian dari masa ke semasa tanpa kuasa membuat peraturan. Sebarang perubahan kecil memerlukan pindaan akta ini di Parlimen yang pastinya memakan masa.
Selain daripada itu, konvensyen antarabangsa boleh berkembang melalui amalan dan tafsiran kuasa peraturan memerlukan kerajaan menyelaras prosedur tanpa tempatan dengan amalan global.
Mengemas kini aspek teknikal dengan lebih cepat. Kebanyakan undang-undang komersial dan timbang tara di Malaysia memperuntukkan kuasa peraturan kepada Menteri.
Contohnya, Arbitration Act 2025, Mediation Act 2012. Maka, dari sudut konsistensi legislatif, pemberian kuasa ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Tuan Niran Tan Kran
Saya teringin menegaskan bahawa kuasa ini tidak boleh bersifat terlalu luas sehingga menyentuh hak substantif pihak-pihak atau mencampuri bidang kuasa kehakiman. Oleh itu, sebarang peruntukan kuasa membuat peraturan hendaklah dihadkan kepada aspek tatacara dan pentadbiran sahaja.
Dato Yang di-Pertua, RUU ini bukan sekadar memenuhi obligasi antarabangsa tetapi mencerminkan kematangan sistem perundangan negara dalam menyokong pendekatan penyelesaian pertikaian yang lebih pragmatik dan progresif. Ia merupakan satu langkah yang mengurangkan kebergantungan kepada litigasi, menjimatkan kos dan masa, meningkatkan reputasi Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.
Matlamat utama RUU ini adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian serantau. Justeru, rangka perundangan yang lengkap, jelas dan berfungsi dengan baik adalah amat penting.
Saya percaya dengan kelulusan RUU ini, Malaysia akan lebih berdaya saing dalam menarik pelaburan, memperkukuh sistem keadilan komersial serta mengangkat reputasi negara di peringkat antarabangsa. Namun, kejayaan sebenar RUU ini bergantung kepada pelaksanaan yang konsisten, tafsiran kehakiman yang seimbang serta integriti proses mediasi itu sendiri. Dengan penambahbaikan dan pemantauan berterusan, saya yakin RUU ini akan menjadi pemangkin kepada ekosistem penyelesaian pertikaian yang lebih moden, berkesan dan diyakini.
Dengan itu, saya menyokong RUU ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr.
Haji Mohd Na'im.
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang terhasil daripada Pengantaraan 2025.
Dato Yang di-Pertua, saya menyambut baik pembentangan rang undang-undang ini kerana pada pandangan saya, pendekatan penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan ini adalah bertepatan dengan prinsip syariah dan undang-undang Islam.
Saya kemukakan contohnya, Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dalam Suratul Hujurat ayat yang ke-10, Allah SWT berfirman... [Membaca Surah al-Hujurat:
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
Ayat 10] “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah antara dua saudara kamu.”
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
Dan juga dalam Surah An-Nisaa' ayat yang 178, Allah SAW menegaskan... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan pendamaian itu adalah lebih baik.” Nabi SAW dalam satu hadis Baginda ada menyebut...
[Membaca sepotong Hadis] “Perjanjian penyelesaian pendamaian itu adalah satu perkara yang digalakkan, kecuali syarat-syarat yang melibatkan menghalalkan perkara yang haram ataupun yang mengharamkan perkara yang halal.” Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan kepada ayat dalil yang saya bacakan sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa semangat daripada rang undang-undang ini, iaitu bagi― ada dua perkara, pada fahaman saya dan berdasarkan kepada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, iaitu bagi peruntukan seksyen 4, iaitu dengan tujuan untuk penguatkuasaan. Iaitu apabila sesuatu pertikaian komersial yang bersifat antarabangsa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan bantuan seorang mediator ataupun mediasi dan kemudian terma-terma persetujuan tersebut dibawa, dikemukakan di hadapan mahkamah di bawah seksyen 4 untuk tujuan penguatkuasaan.
Jadi, dengan cara itu, sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa pengantaraan ataupun mediasi ini adalah salah satu daripada mekanisme yang disebut sebagai alternative dispute resolution. Dan, ADR ini tujuan utama dia, antara lain, ialah untuk mengelakkan proses litigasi yang panjang.
Sekiranya kes tersebut dibawa di mahkamah untuk tujuan litigasi, mengambil tempoh masa yang lama untuk diselesaikan, dan lagi lama penyelesaian itu berjalan, maka lagi banyak kos yang akan ditanggung oleh pihak-pihak. Dan ini adalah merupakan antara kebaikan daripada mekanisme pengantaraan ini untuk mengelakkan tersebut.
Selain daripada itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa pengantaraan ini memberikan autonomi kepada pihak-pihak. Sekiranya kes tersebut dibawa ataupun pertikaian komersial antarabangsa tadi dibawa untuk dibicarakan oleh mahkamah, pihak-pihak dia tidak ada autonomi. Pihak-pihak hanya memberikan, mempersembahkan keterangan masing- masing, sama ada pihak plaintif mahupun pihak defendan, dan proses perbicaraan itu berjalan dan akhirnya keputusan penghakiman itu akan dibuat oleh Yang Arif hakim.
Di situ, pihak-pihak tidak ada autonomi dalam menentukan apa yang dikehendaki daripada penghakiman tersebut, dan bila mana penghakiman itu telah dikeluarkan, maka pihak-pihak akan terikat dengan keputusan tersebut.
Jadi, dengan adanya pengantaraan ini, yang mana kemudiannya melalui rang undang- undang yang dicadangkan ini, kemudiannya dibawa masuk ke dalam permohonan melalui
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
peruntukan seksyen 4 tersebut, dan bila mana penghakiman telah dikeluarkan oleh Yang Arif hakim mahkamah tersebut, dan dia akan mengikat pihak-pihak. Jadi, kes itu selesai dengan begitu cepat dan ini yang telah dibahaskan oleh pembahas-pembahas sebelum saya tadi menyebut tentang kebaikan daripada penyelesaian pertikaian melalui pengantaraan tadi yang kemudian dibawa ke hadapan hakim untuk direkodkan, dan kemudian dikeluarkan satu penghakiman.
Dan bila mana penghakiman ini telah dikeluarkan oleh mahkamah ataupun Yang Arif hakim tersebut, maka ia nya boleh dijadikan, antara lain, dalam peruntukan yang sama disebut tentang pembelaan ataupun disebut dalam bahasa Latin sebagai pembelaan res judicata.
Maknanya, bila mana penghakiman persetujuan bersama tadi ataupun consent judgement telah direkodkan melalui pertikaian komersial yang bersifat antarabangsa tadi telah direkodkan oleh mahkamah, maka ia nya akan dijadikan pembelaan res judicata. Pihak-pihak tidak boleh kemukakan rayuan dan kemudian tidak boleh membawa dispute ataupun pertikaian yang sama di hadapan mahkamah.
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, yang ini adalah antara kebaikan-kebaikan yang kita boleh fahami daripada hasil pertikaian komersial antarabangsa yang telah direkodkan di bawah seksyen 4 sepertimana yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini.
Dan, sepertimana yang telah saya sebut tadi, Dato’ Yang di-Pertua, bahawa saya menyokong cadangan rang undang-undang ini. Kalau dilihat daripada sudut Islam, daripada sudut dalil yang telah saya nyatakan tadi, jelas menunjukkan bahawa Islam menggalakkan untuk pihak-pihak yang bertikai, sama ada pertikaian itu melibatkan pertikaian peribadi, suami isteri, ataupun melibatkan komersial, sama ada domestik ataupun antarabangsa, yang ini Islam sentiasa menggalakkan pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka itu dengan cara yang baik. Dan inilah falsafah dan roh yang saya fahami daripada kehendak cadangan kepada rang undang-undang ini.
Walau bagaimanapun, Dato’ Yang di-Pertua, dalam saya memberikan sokongan kepada cadangan kepada rang undang-undang ini, ada dua perkara yang saya ingin sentuh untuk mendapatkan pertimbangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti.
Yang pertama ialah berkaitan dengan seksyen 2, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau kita tengok dalam seksyen 2 tersebut, saya tertarik untuk menyentuh perkataan institusi di situ.
Institusi ditakrifkan sebagai suatu badan, entiti atau organisasi yang menjalankan prosiding.
Dan, yang kedua, iaitu mahkamah. Mahkamah tinggi ertinya mahkamah tinggi di Malaya dan mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya. Perkataan mahkamah dan juga institusi ini, Dato’ Yang di-Pertua, disebut dalam kebanyakan seksyen- seksyen yang berada dalam rang undang-undang ini.
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
Kalau kita lihat kepada seksyen 5 iaitu― kalau kita tengok seksyen 5, penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan. Tujuan rang undang-undang ini, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, iaitu peruntukan seksyen 4 untuk tujuan penguatkuasaan, dan yang kedua adalah peruntukan seksyen 5 untuk penerimaan perjanjian tersebut atau perjanjian komersial antarabangsa tadi yang hasil daripada pengantaraan tadi itu untuk diberikan pengiktirafan ataupun diterima sebagai keterangan.
Jadi, maknanya, Dato’ Yang di-Pertua, perkataan mahkamah dan juga institusi ini wujud sama ada dalam seksyen 4 ataupun di seksyen 5. Jadi, dalam konteks ini, saya bertanya dan mungkin saya nak cadangkanlah kepada kerajaan, sama ada dalam konteks peruntukan seksyen 5 iaitu penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan, boleh ataupun tidak mengambil kira kedudukan di negara kita di bawah Perlembagaan, wujudnya dual judicial system? Kita ada mahkamah sivil dan kita ada mahkamah syariah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak sentuh seksyen 4 sebab saya tahu seksyen 4, mahkamah syariah dia tidak ada bidang kuasa dalam bidang komersial. Saya faham bahawa rang undang-undang ini tidak termasuk perkara yang berkaitan dengan undang-undang peribadi. Saya faham bahawa mahkamah syariah di bawah Perlembagaan Persekutuan hanya diberikan bidang kuasa dalam urusan kekeluargaan sahaja, tetapi Dato’ Yang di- Pertua, bila kita lihat kepada peruntukan seksyen 5 ini yang menyebut tentang perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berbentuk komersial boleh dijadikan keterangan sama ada di mahkamah ataupun mana-mana institusi― disebut di situ, “Mahkamah ataupun mana- mana institusi.”
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
Disebut di situ, mahkamah atau pun mana-mana institusi. With all due respect Dato Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa perlu dalam kita melihat kepada Perlembagaan Persekutuan ini supaya perkataan mahkamah ini juga termasuk mahkamah syariah. Sebab apa Dato Yang di-Pertua? Pengalaman saya di mahkamah syariah, ada juga kadang-kadang keterangan ataupun dokumen-dokumen yang bersifat antarabangsa digunakan oleh pasangan-pasangan di mahkamah syariah.
Jadi sekiranya perjanjian penyelesaian yang berbentuk commercial, international, commercial agreement ini yang terhasil daripada pengantaraan ini tidak terpakai di mahkamah syariah. Saya kata kalau mengikut rang undang-undang ini ia tidak terpakai sebab mahkamah di sini ditafsirkan sebagai mahkamah tinggi iaitu mahkamah tinggi sivil saja. Dia tidak termasuk mahkamah syariah.
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar
Pada pandangan saya mahkamah syariah ini dia tidak boleh termasuk dalam takrifan institusi sebab dalam mahkamah syariah ini, mahkamah syariah di Malaysia berbeza dengan mahkamah syariah Singapura contohnya Dato Yang di-Pertua. Mahkamah syariah di Malaysia ini is a creation of the Federal Constitution. Ia adalah merupakan yang termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi berbeza contohnya mahkamah syariah di Singapura, it is a creation of, administration of Muslim Law Act. So dia adalah merupakan akta subsidiari dan bukan di bawah Perlembagaan. Jadi, saya rasakan dan mungkin untuk pertimbangan Timbalan Menteri untuk melihat sama ada takrifan di bawah seksyen 2 berkaitan dengan mahkamah ini juga termasuk mahkamah syariah.
Selain daripada itu Dato Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh di sini ialah bahasa seksyen 6 berkaitan dengan bahasa perjanjian penyelesaian antarabangsa.
Disebut di sini bahawa kalau perjanjian ini melibatkan selain daripada bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris, dan perjanjian itu hendak digunakan sama ada di mahkamah tinggi atau pun mana-mana institusi, maka ia nya hendaklah dalam bahasa Inggeris.
Jadi saya nak cadangkan di sini Dato Yang di-Pertua, lihat kepada usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang seperti mana telah dititahkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan Parlimen. Saya ingin mencadangkan supaya perkataan bahasa Inggeris terjemahan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu yang diperakui dengan sempurnanya dalam bahasa Inggeris itu digantikan dengan bahasa kebangsaan.
Jadi Dato Yang di-Pertua, ini adalah apa tu dua cadangan saya kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan pertimbangan dan saya dengan ini menyokong ya rang undang-undang ini. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Dato Yang di-Pertua, alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin menyatakan ucapan terima kasih di atas peluang diberikan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025 pada hari ini.
Pada hemah saya, rang undang-undang ini sangat penting kerana RUU ini akan menjadi pemangkin untuk menyokong usaha Kerajaan Malaysia meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Yang Terhasil Daripada Pengantaraan atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Singapura yang ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2019 di mana konvensyen ini merupakan satu
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
instrumen antarabangsa yang dibangunkan di bawah United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL) bagi memperkukuhkan penggunaan pengantaraan dalam menyelesaikan pertikaian komersial antarabangsa. Justeru, dengan penyertaan Malaysia dalam konvensyen ini negara kita akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja global yang mengiktiraf keberkesanan perantaraan sebagai kaedah penyelesaian pertikaian.
Dato Yang di-Pertua, saya melihat bahawa pembentangan rang undang-undang ini merupakan satu langkah strategik Kerajaan MADANI dalam memperkasakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Alternatif atau Alternative Dispute Resolution (ADR), tetapi dalam masa yang sama juga, saya mengharapkan, adalah diharapkan kepentingan negeri dan orang awam juga tidak diabaikan.
[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, dalam sistem perundangan moden, penyelesaian pertikaian tidak hanya bergantung kepada proses litigasi di mahkamah semata-mata. Meskipun kita sedia maklum bahawa mahkamah memainkan peranan penting dalam menegakkan keadilan, proses litigasi lazimnya memerlukan tempoh masa yang panjang, prosedur yang kompleks serta kos yang tinggi terhadap pihak-pihak yang terlibat. Sebaliknya, mekanisme seperti penghantaran, timbang tara dan rundingan telah terbukti mampu menyelesaikan pertikaian secara lebih cepat, fleksibel dan menjimatkan kos.
Puan Yang di-Pertua, dalam konteks perdagangan antarabangsa yang semakin kompleks pada hari ini, penggunaan mekanisme ADR menjadi satu kaedah yang sangat signifikan dalam menangani isu pertikaian komersial yang lebih efisien tanpa menjejaskan hubungan hab serantau di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian tersebut.
Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga merupakan lambang komitmen kerajaan dalam mengiktiraf dan menyokong peranan pengantaraan dalam menyelesaikan pertikaian rentas sempadan. Dalam era masa kini, transaksi perdagangan tidak lagi terhad kepada sempadan sesebuah negara tetapi melihat skop yang lebih besar iaitu keterlibatan pelabur-pelabur daripada pelbagai negara untuk menjalankan aktiviti perniagaan antara satu sama lain. Maka tidak dapat dinafikan bahawa pertikaian komersial boleh sahaja berlaku akibat daripada kontrak pelaburan atau urus niaga perniagaan yang dilakukan oleh mereka yang terlibat. Dalam situasi seperti ini, mekanisme pengantaraan menjadi satu pendekatan yang sangat praktikal kerana ia memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian mencari titik persamaan untuk menyelesaikan pertikaian tanpa proses litigasi yang panjang dan complicated.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Puan Yang di-Pertua, sudah semestinya RUU ini mewujudkan satu kerangka undang- undang domestik yang diperlukan bagi melaksanakan kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah konvensyen tersebut. Dalam masa yang sama juga, ia akan memudahkan proses penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa di Malaysia. Dengan adanya peruntukan undang-undang ini, pihak yang telah mencapai penyelesaian melalui pengantaraan di peringkat antarabangsa boleh memohon kepada mahkamah di Malaysia untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan perjanjian tersebut tanpa perlu memulakan proses litigasi yang baharu.
Pelaksanaan rang undang-undang ini akan memberi implikasi positif di mana pihak yang terlibat akan mencapai persetujuan melalui pengantaraan yang akan memberi nilai keabsahan di sisi undang-undang. Melihat kepada situasi ini maka dijangka akan menggalakkan penggunaan perantaraan sebagai satu cara yang berkesan dalam menyelesaikan pertikaian komersial antarabangsa. Ini memperlihatkan bahawa pengantaraan mempunyai beberapa kelebihan yang jelas. Antaranya ialah proses dengan lebih cepat, lebih fleksibel dan memberi ruang penyelesaian yang dipersetujui bersama dengan pihak yang terlibat.
Puan Yang di-Pertua, berbeza dengan litigasi di mahkamah yang menghasilkan keputusan menang atau kalah. Pengantaraan membolehkan pihak-pihak mencapai penyelesaian yang seimbang dan mengekalkan hubungan perniagaan yang lebih harmoni.
Puan Yang di-Pertua, pengukuhan mekanisme pengantaraan juga boleh mengurangkan beban kes di mahkamah. Kita sedia maklum bahawa jumlah kes yang perlu ditangani di mahkamah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Maka, dengan adanya penggalakkan penyelesaian pertikaian melalui mekanisme alternatif seperti perantaraan, sebahagian kes komersial boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan lebih cepat dan efisien. Ini bukan sahaja membantu mempercepatkan penyelesaian pertikaian, tetapi juga membolehkan mahkamah menumpukan kepada kes-kes yang benar- benar memerlukan penghakiman kehakiman.
Puan Yang di-Pertua, dari sudut ekonomi pula, rang undang-undang ini juga memberi isyarat positif kepada pelabur antarabangsa. Pelabur lazimnya menilai tahap kepastian undang-undang dan mekanisme penyelesaian pertikaian sebelum membuat keputusan untuk melabur di sesebuah negara. Dengan adanya kerangka perundangan yang jelas, bagi pengiktirafan dan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa, melalui perantaraan Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem perundangan yang progresif, stabil dan mesra perniagaan. Ini secara tidak langsung dapat
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
meningkatkan keyakinan pelabur untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pelaburan di negara kita.
Puan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin mengemukakan dua persoalan kepada pihak kerajaan. Pertama, apakah peranan mahkamah di Malaysia dalam mengendalikan penguatkuasaan perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui perantaraan di luar negara?
Kedua, adakah mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk meneliti aspek substantif atau merit penyelesaian tersebut atau adakah peranan mahkamah hanya terhad kepada mengesahkan dan menguatkuasakan perjanjian tersebut meskipun ia memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah konvensyen dan undang-undang yang dicadangkan ini.
Penjelasan mengenai perkara ini amat penting bagi memastikan bahawa pelaksanaan konvensyen ini tidak menjejaskan prinsip keadilan serta kedaulatan sistem perundangan negara. Di samping memastikan bahawa perjanjian penyelesaian yang diiktiraf ini benar- benar mematuhi prinsip undang-undang yang adil dan munasabah.
Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, saya melihat rang undang-undang ini sebagai satu usaha yang amat signifikan dalam memperkukuhkan ekosistem penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa di Malaysia di samping meningkatkan kedudukan negara sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelaburan yang berdaya saing di peringkat global.
Dengan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian dan terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Okey, terima kasih Yang Berhormat Datuk Anna Bell. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Norhasmimi.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.
Rang undang-undang ini merupakan suatu langkah legislatif penting bagi penguatkuasaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan. Yang lebih dikenali sebagai Konvensyen Singapura Mengenai Pengantaraan. Konvensyen ini telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 20 Disember 2018 dan mula berkuat kuasa pada 12 September 2020. Malaysia juga turut menandatangani konvensyen tersebut pada 7 Ogos 2019 sebagai komitmen memperkukuh mekanisme penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa. Secara prinsipnya, RUU ini bertujuan menyediakan kerangka undang-undang
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
bagi membolehkan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada proses pengantaraan direkodkan dan dikuatkuasakan sebagai perintah Mahkamah Tinggi.
Fasal 4 memperuntukkan bahawa suatu pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk merekodkan perjanjian penyelesaian tersebut sebagai perintah mahkamah dan jika direkodkan, ia boleh dikuatkuasakan sebagaimana suatu penghakiman.
Selain itu, fasal 5 membolehkan perjanjian tersebut diterima sebagai keterangan dalam prosiding bagi membuktikan bahawa suatu pertikaian telah diselesaikan. Peruntukan ini memberi kepastian undang-undang iaitu legal certainty yang amat diperlukan dalam transaksi komersial rentas sempadan.
Dari sudut manfaat ekonomi, pengantaraan diiktiraf sebagai kaedah penyelesaian pertikaian yang lebih cepat dan kos efektif berbanding litigasi atau timbang tara. Laporan Queen Mary University of London berkenaan International Dispute Resolution Survey 2018 mendapati bahawa lebih 80 peratus responden korporat global mengutamakan mekanisme penyelesaian alternatif seperti pengantaraan kerana faktor penjimatan kos dan pemeliharaan hubungan komersial.
Selain itu, kajian oleh International Chamber of Commerce Commission on Arbitration and ADR menunjukkan bahawa kos pengantaraan lazimnya hanya sekitar 20 hingga 30 peratus daripada kos timbang tara penuh. Dalam konteks globalisasi perdagangan, di mana nilai perdagangan Malaysia melebihi RM2 trilion setahun menurut Laporan DOSM pada tahun 2023. Kecekapan mekanisme penyelesaian pertikaian menjadi elemen penting dalam menarik pelaburan langsung asing. Ini kerana negara-negara yang mempunyai sistem penguatkuasaan penyelesaian pertikaian yang cekap mencatat tahap keyakinan pelabur yang lebih tinggi.
Dalam konteks ini, pelaksanaan Konvensyen Singapura melalui RUU ini berpotensi mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai hab penyelesaian pertikaian komersial serantau, seiring dengan peranan Kuala Lumpur sebagai pusat timbang tara melalui Asian International Arbitration Centre (AIAC).
Puan Yang di-Pertua, walaupun RUU ini secara jelas mengecualikan pertikaian yang timbul daripada undang-undang keluarga, perwarisan atau pekerjaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam fasal 3(2), semangat dan prinsip yang dibawa oleh undang-undang ini mempunyai implikasi yang lebih luas terhadap budaya penyelesaian pertikaian di Malaysia termasuk dalam konteks keluarga dan perkahwinan.
Pengantaraan menekankan penyelesaian secara baik, komunikasi berstruktur dan pemeliharaan hubungan. Dalam konteks keluarga, pendekatan ini amat signifikan. Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan peningkatan kes perceraian setiap tahun dengan ribuan kes difailkan yang sebahagiannya ini berpunca daripada konflik komunikasi
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
dan kegagalan penyelesaian awal. Di mahkamah sivil pula, kes tuntutan harta sepencarian, nafkah dan penjagaan anak sering mengambil masa panjang dan memberi tekanan emosi kepada semua pihak.
Walaupun RUU ini tidak terpakai secara langsung kepada pertikaian keluarga, kejayaan pelaksanaannya dalam bidang komersial boleh memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap pengantaraan sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian yang efektif.
Ia mewujudkan budaya undang-undang yang baharu yang mengutamakan penyelesaian secara damai sebelum litigasi. Negara seperti Singapura yang turut meratifikasikan konvensyen ini telah menunjukkan perkembangan pesat dalam penggunaan mediasi bukan sahaja dalam komersial, tetapi juga dalam pertikaian keluarga melalui court-annexed mediation.
Puan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, beberapa cabaran pelaksanaan perlu diberi perhatian. Pertama, tahap literasi dan penerimaan pengantaraan dalam kalangan komuniti perniagaan domestik masih belum menyeluruh. Walaupun Mahkamah Malaysia telah menggalakkan mediasi mahkamah, budaya litigasi tradisional masih dominan.
Yang kedua, isu standard profesional pengantara perlu ditangani secara sistemik.
Fasal 7 membenarkan penolakan penguatkuasaan jika terdapat kemungkinan serius–– kemungkiran serius oleh pengantara atau kegagalan menzahirkan konflik kepentingan. Ini menunjukkan kepentingan integriti dan piawaian etika pengantaraan. Tanpa sistem akreditasi nasional yang mantap, risiko cabaran terhadap kesahihan perjanjian akan meningkat.
Ketiga, tafsiran dasar awam Malaysia dalam fasal 7(1)(b)(i) berpotensi menjadi isu jika ditafsir secara terlalu luas. Prinsip dasar awam lazimnya ditafsir secara sempit dalam undang- undang antarabangsa bagi memastikan kepastian komersial. Sebagaimana ditegaskan dalam banyak keputusan timbang antara antarabangsa di bawah Konvensyen New York 1958 yang mana dasar awam sering dijadikan alasan untuk menolak penguatkuasaan suatu keputusan timbang tara luar negara kerana dianggap melanggar nilai moral, prinsip keadilan atau kepentingan asas sesebuah negara.
Justeru, garis panduan kehakiman yang jelas diperlukan bagi mengelakkan penyalahgunaan alasan dasar awam sebagai taktik melengahkan penguatkuasaan atau menolak keputusan.
Yang keempat, fasal 9 yang memperuntukkan kemungkinan penangguhan jika terdapat prosiding selari di negara lain, yang boleh menimbulkan kelewatan jika tidak diurus dengan berhemah.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Dalam era transaksi, pelbagai bidang kuasa, prinsip forum conveniens sedang pengurusan kes aktif oleh mahkamah menjadi penting bagi menyelakkan keputusan pertelingkahan, keputusan bertelingkah dan penyalah gunaan proses.
Puan Yang di-Pertua, sehubungan itu beberapa penambahbaikan wajar dipertimbangkan. Yang pertama, memperkenalkan keperluan akreditasi atau pendaftaran pengantara yang jelas melalui badan yang berautoriti.
Yang kedua, menetapkan tempoh masa munasabah bagi Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan penguatkuasaan bagi mengekalkan ciri kepantasan pengantaraan.
Ketiga, memperincikan skop dasar awam dalam bentuk garis panduan atau nota penjelasan bagi menggalakkan tafsiran meluas.
Yang keempat, menggalakkan penggunaan pemfailan digital sepenuhnya selaras dengan pengiktirafan tandatangan elektronik di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang turut dirujuk dalam tafsiran RUU ini.
Yang kelima memperkukuhkan latihan dan kesedaran industri mengenai manfaat pengantara sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian utama.
Puan Yang di-Pertua, kesimpulannya RUU ini merupakan langkah strategik yang selaras dengan perkembangan Undang- undang Perdagangan Antarabangsa dan komitmen Malaysia terhadap multilateralism, ia bukan sekadar pelaksanaan konvensyen antarabangsa, tetapi suatu reformasi struktur dalam sistem keadilan komersial negara. Dengan pelaksanaan yang teliti, penambahbaikan piawaian profesional dan pentafsiran kehakiman yang konsisten, undang- undang ini berpotensi meningkatkan daya saing Malaysia, mengurangkan kos transaksi komersial dan memperkukuh keyakinan pelabur global terhadap sistem perundangan negara.
RUU ini wajar disokong sebagai satu pelaburan institutional dalam kestabilan ekonomi dan reputasi undang- undang Malaysia di peringkat antarabangsa. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Puan Norhasmimi . Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan 2025 seperti mana yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membahas sebelum ini adalah satu langkah progresif dan selari dengan komitmen Malaysia terhadap United Nations Convention of International Settlement
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Agreements Resulting from Mediation, yang lebih dikenali sebagai Konvensyen Singapura mengenai pengantaraan yang ditandatangani di Singapura pada tahun 2019.
Puan Yang di-Pertua, semua pertikaian komersial dapat diselesaikan melalui dua proses formal iaitu melalui pengadilan di mahkamah ataupun sekiranya pertikaian mempunyai klausa untuk rujukan kepada mediasi di bawah mediasi dan terdapat peruntukan-peruntukan khas yang menggariskan bagaimana keputusan mahkamah ataupun award melalui mediasi ataupun timbang tara dapat dikuatkuasakan.
Sekiranya ia adalah keputusan mahkamah daripada luar negara, Akta Penguatkuasaan Penghakiman Asing 1958 membenarkan penghakiman mahkamah dari luar negara tertentu yang mempunyai hubungan timbal balik iaitu reciprocity dengan Malaysia untuk didaftarkan dan dikuatkuasakan di Malaysia. Begitu juga kalau sekiranya terdapat award dalam timbang tara yang mempunyai pengiktirafan melalui New York Convention.
Sekarang, Pengantaraan kini mempunyai satu platform pengiktirafan yang setara melalui Convention Singapura.
Puan Yang di-Pertua, dalam dunia perdagangan global yang semakin kompleks, penyelesaian pertikaian yang cepat, kos efektif dan tidak bersifat adversarial amat penting.
Sebab dalam proses pengantaraan, tiada pemenang, tiada orang yang kalah, ia adalah satu persetujuan penyelesaian yang dicapai di antara dua pihak dan ia memberi kepuasan kepada semua pihak yang dalam pertikaian tersebut.
Jadi RUU ini memberi infrastruktur untuk penguatkuasaan terus kepada perjanjian penyelesaian hasil pengantaraan antarabangsa. Ini mengurangkan keperluan untuk memfailkan saman baru di mahkamah dan meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap sistem perundangan Malaysia. Ia selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat timbang tara dan pengantaraan serantau melalui institusi seperti ASEAN International Arbitration Center.
Saya akan terus kepada perkara-perkara khusus yang saya ingin membangkitkan berkenaan dengan rang undang-undang. Saya pohon merujuk kepada seksyen 3 dan juga seksyen 4(3) dan juga seksyen 5(5), seksyen 5(3), di mana sesuatu penyelesaian yang telah dicapai di Mahkamah Tinggi, walaupun ada infrastruktur telah pun digariskan ataupun kehendak-kehendak atau syarat-syarat keperluan untuk mendaftarkan telahpun digariskan di Seksyen 4(B), 4(2B), tetapi Seksyen 4(3) memberi satu— membuka ruang kepada ketidakpastian. Dalam ketiadaan keterangan yang disebut dalam Perenggan 2B, pihak itu boleh mengemukakan apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah Tinggi untuk menyokong permohonan di bawah subseksyen ini.
Ungkapan yang sama ataupun bahasa yang sama digunakan di Perenggan 5 subseksyen (3). Saya rasa di satu— apabila kita ingin untuk memberi satu kepastian supaya
Puan Saraswathy a/p Kandasami
penyelesaian pengantaraan yang telah dicapai di luar negara dapat didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan ia akan memberi satu cara untuk menguatkuasakan satu penyelesaian pertikaian di luar negara, tetapi ia mestilah dalam suasana ataupun keadaan-keadaan yang kita boleh memberi satu kepastian bahawa sudah ada satu perjanjian penyelesaian. Dengan memberi satu bidang kuasa yang begitu luas kepada mahkamah, untuk menerima apa juga keterangan dan tanpa ianya di garis dalam kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, ia akan menimbulkan lagi ataupun membuka balik pertikaian yang telah pun wujud di luar negara.
Jadi, saya percaya Perenggan 3 perlu diketatkan lagi ataupun kalau boleh dikeluarkan daripada rang undang-undang supaya apa yang perlu difailkan di mahkamah untuk mendapat kepastian itu dapat ditentukan oleh pihak-pihak kepada penyelesaian melalui pengantaraan ini. Kalau tidak mereka akan menggunakan ruang ini untuk— sama ada satu pihak akan mungkin akan mengambil kesempatan dan satu pihak lain akan menggunakan kaedah- kaedah lain untuk tidak mengikat kepada perjanjian penyelesaian yang telah dicapai.
Ini adalah daripada pengalaman saya yang saya cuba ketengahkan di sini sebab pada kebiasaan, walaupun satu perjanjian sudah pun dicapai, tetapi masih akan tinggal sedikit, serba sedikit keraguan ataupun ketidakpuasan dalam hati pihak-pihak. Jadi kalau ada satu ruang untuk mereka mempertikaikan dan kita tidak boleh dalam apabila kita ambil satu pendekatan untuk menyelesaikan ataupun memberi ruang untuk menyelesaikan isu-isu ini dengan kaedah cepat, pantas dan kos efektif membuka ruang kepada satu litigasi baru di Mahkamah Tinggi.
Dan keduanya, berkenan dengan jurubahasa. Kita memang tahu ada juga dokumen- dokumen yang dimasuki di luar negara mungkin telah pun dibuat dalam bahasa yang bukannya Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia dan ia perlu diterjemahkan kepada bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris oleh kerana ia adalah satu dokumen antarabangsa, tetapi di sini adalah dinyatakan satu terjemahan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu yang diperakui dengan sempurna dalam bahasa Inggeris.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tiada perincian siapa yang akan memperakui, adakah ia jurubahasa yang ditauliahkan oleh mahkamah tinggi ataupun mengikut undang-undang negara tersebut ataupun seorang pakar yang menyatakan bahawa beliau adalah seorang pakar bahasa. Kerana penterjemahan boleh juga memberi maksud yang berlainan daripada apa yang pada awalnya dimaksudkan oleh pihak-pihak penyelesaian. Jadi daripada asal satu yang di selesai, apabila diterjemahkan dari segi, dari sudut bahasa, ia mungkin akan membawa maksud yang berlainan. Jadi perkara ini perlu diperincikan supaya tidak memberi ruang kepada pertikaian di mahkamah di Malaysia.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Dan Puan Yang di-Pertua, apabila satu penghakiman daripada luar negara dikuatkuasakan di Malaysia, ia perlu didaftar di mahkamah tinggi dan ia boleh juga, walaupun ia adalah satu penghakiman yang telah dimeteraikan, ada keadaan-keadaan di mana penghakiman itu boleh tidak diiktirafkan seperti sekiranya berlaku penipuan, terdapat intimidasi atau caution, salah fahaman, bertentangan dengan polisi dasar awam sepertimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani tadi.
Jadi, walaupun ada sebut di sini bahawa keadaan, beberapa keadaan ia boleh ditolak, tetapi saya percaya ia perlulah digariskan dengan sempurna dan juga dengan lebih terperinci supaya ada satu pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan akan, akan mempunyai pengetahuan yang sepenuhnya bahawa mereka tidak boleh menggunakan ruang yang sedia ada untuk mendaftarkan penyelesaian luar negara melalui satu forum yang, yang mungkin akan ditolak sekiranya ia tidak selari dan selaras dengan apa yang saya katakan tadi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang saya sentuh tadi iaitu berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah, kepastian, apakah yang dimaksudkan dengan keterangan yang perlukan untuk mendaftarkan perjanjian penyelesaian yang dicapai di luar negara, kepastian berkenaan dengan bahasa. Siapa yang akan membuat, yang akan memperakui penterjemahan dan keadaan-keadaan di mana pendaftaran itu boleh ditolak dan sepertimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Senator sebelum ini berkenaan dengan siapa kelayakan pihak yang menjadi pengantara. Kesemua ini akan memberi kesan yang kesan terus kepada kejayaan struktur yang akan dibangunkan di bawah akta ini.
Jadi, saya harap kementerian ataupun bahagian yang menyediakan rang undang- undang ini, sama ada memperincikan perkara itu ataupun sediakan satu kaedah untuk mentafsirkan akta ini apabila ia dikuatkuasakan nanti. Dan walaupun kita sudah berbincang panjang berkenaan dengan akta bagi melaksanakan ataupun memberi pengiktirafan kepada perjanjian penyelesaian di luar negara, saya ingin menyentuh atas satu perkara. Sedikit keluar daripada RUU ini. Sementara kami, kita, negara kita cuba untuk memberi penekanan kepada komitmen negara untuk memberi pengiktirafan kepada perjanjian-perjanjian yang dicapai melalui pengantaraan di luar negara. Kita harus juga menyediakan satu struktur pengantaraan di dalam negara, selain daripada mahkamah dan juga mediasi yang menjadi badan formal, yang tidak formal.
Dan ada juga satu cadangan yang telah pun dibangkitkan oleh bekas, bekas Hakim Mahkamah Rayuan iaitu University cum Court Annexed Arbitration. Yang ini memberi satu ruang kepada— satu ruang kepada peranan mahkamah sebagai penyelia ataupun pemudah cara rujukan kes kepada pengantaraan, penglibatan universiti sebagai pusat latihan, penyelidikan dan pembangunan kepakaran dalam pengantaraan dan pembangunan bakat
Puan Saraswathy a/p Kandasami
mediator dan arbitrator tempat secara berstruktur dan berstandard antarabangsa. Dan mereka yang dilatih di bawah sistem ini akan boleh memainkan peranan yang lebih— boleh memainkan satu peranan dan apabila akta ini berkuat kuasa untuk melaksanakan perjanjian penyelesaian antarabangsa yang terhasil daripada pengantaraan. Sekian, dengan itu saya mohon menyokong rang udang-undang.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya, saya mempersilakan Datuk Edward Linggu Bukut ya.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam Sabah Maju Jaya. Salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta ambil bahagian dalam perbahasan rang udang-undang yang bertujuan memfasilitasikan perlaksanaan instrumen penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa melalui mediasi.
Sepertimana yang kita tahu, perjanjian antarabangsa yang dimaksudkan itu iaitu Singapore Convention on Mediation adalah instrumen multilateral yang membentuk kerangka uniform bagi penguatkuasaan dan penggunaan hasil penyelesaian pertikaian melalui mediasi di antara pihak yang terlibat dalam urus niaga komersial antarabangsa.
Konvensyen ini dirangka oleh United Nations dan dibuka untuk tandatangan pada 7 Ogos 2019. Ia memasuki kuasa pada 12 September 2020 setelah tiga negara pertama, Singapura, Fiji dan Qatar meratifikasinya. Konvensyen ini juga memastikan bahawa perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui proses mediasi untuk pertikaian komersial antarabangsa boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan di negara pihak dengan prosedur yang mudah dan teratur.
Di Malaysia, kita telah menandatangani konvensyen ini pada 2019 tetapi ratifikasi rasmi ditangguhkan bagi membolehkan kerangka undang-undang domestik disediakan secara lengkap termasuk RUU semasa.
Puan Yang di-Pertua, banyak isu-isu telah ditimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat Senator sebentar tadi, termasuklah kesesuaian, keberkesanan, jurubahasa, pelantikan hakim dan sebagainya. Dan untuk itu, saya tidak bermaksud untuk mahu mengulang untuk menjimatkan masa dan saya yakin kementerian akan memberi penjelasan seluas-luasnya nanti. Dan saya terus ke apa itu, dalam konteks negeri Sabah.
Puan Yang di-Pertua, Sabah berkembang pesat dalam sektor tenaga, pelancongan pertanian bernilai tinggi dan ekonomi biru, kedudukan strategik di Utara Borneo ini membuka peluang kerjasama dengan negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Mekanisme mediasi antarabangsa yang diyakini boleh meningkatkan keyakinan pelabur untuk berurus niaga di Sabah. Namun begitu, beberapa cabaran praktikal perlu diberi perhatian.
Datuk Edward Linggu Bukut
Puan Yang di-Pertua, pertama sekali ialah bagaimana jika keputusan mediasi bercanggah dengan undang-undang negeri, maksud saya undang-undang Sabah. Sebagai contoh, Jika keputusan mediasi antarabangsa boleh bertentangan dengan undang-undang tanah, adat atau peraturan wilayah Sabah, adakah ataupun apakah mekanisme semakan ataupun perlindungan yang akan digunakan oleh kerajaan.
Kedua, bagaimana jika proses mediasi tidak melibatkan penasihat undang-undang tempatan? Puan Yang di-Pertua, jika mediator antarabangsa kurang memahami undang- undang tempatan, bagaimana kerajaan memastikan keputusan mediasi tidak bertentangan dengan undang-undang negeri, adat ataupun protokol tempatan di luar Sabah.
Puan Yang di-Pertua, jika kerajaan ingin memastikan perlaksanaan langkah ini memberi impak optimum kepada rakyat dan perniagaan tempatan, saya ingin mengesyorkan beberapa cadangan seperti berikut untuk diambil perhatian dan pertimbangan. Pertama, pembangunan kepakaran mediator profesional tempatan untuk memastikan anak tempatan mendapat latihan dan akreditasi antarabangsa bagi meningkatkan kapasiti domestik.
Dan kedua, perkuatkan pusat mediasi serantau sebagai hab penyelesaian pertikaian bagi rantau Borneo. Dan ketiga, Tuan Yang di-Pertua, iaitu penyelarasan undang-undang domestik. Memastikan Akta Mediasi sedia ada dan peraturan prosedur sivil selaras dengan konvensyen untuk mengelakkan jurang Undang-undang.
Puan Yang di-Pertua, sememangnya, perlaksanaan konvensyen ini adalah satu langkah ke hadapan bagi negara Malaysia dalam memperkukuh penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa dan meningkatkan keyakinan pelabur. Namun ia bukan tanpa cabaran dan ia memerlukan perancangan teliti termasuk aspek penguatkuasaan, kelestarian undang-undang negeri serta perlindungan berhadap hak tempatan khususnya di wilayah Sabah.
Puan Yang di-Pertua, selepas menimbang kepentingan kerjasama antarabangsa dan keperluan untuk memperkukuhkan sistem domestik ini, dengan ini saya mohon menyokong pindaan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Edward dan pembahas kita yang terakhir adalah Yang Berhormat Tuan Robert Lau.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Puan Yang di-Pertua untuk membahas rang undang-undang petang ini. Saya cuma mahu menyentuh dua isu dan satu soalan. Sebelum itu, kita mesti faham rang undang-undang ini tidak melibatkan sebarang pengaktaan atau
Tuan Robert Lau Hui Yew
mediasi berlaku di Malaysia. Rang undang-undang ini ialah untuk menguatkuasakan perjanjian perantaraan antarabangsa.
Ini serupa satu lagi undang-undang yang sudah kita ada di negara ini, iaitu Reciprocal Enforcement of Judgment Act. Dan isu saya yang menyentuh, ialah dari— dan saya pun mewakili Sarawak Institute of Arbitration and Dispute Resolution. Saya seorang ahli juga.
Saya ada menerima maklum balas untuk menyentuh dua isu.
Isu nombor satu ialah tentang fasal nombor empat. Kita kalau baca fasal nombor empat, di fasa ini dia tidak ada meletak satu masa yang ditetapkan untuk memfailkan ini aplikasi, under this rang undang-undang. Kalau kita banding dengan Reciprocal Enforcement of Foreign Judgment Act di undang-undang itu, dia ada letakkan masa enam tahun dari masa that foreign judgment didetapkan. In this one, there is no time limitation. Saya mahu Menteri menjelaskan kenapa tidak ada.
Isu kedua ialah tentang fasal ketujuh. Kalau kita baca fasal ketujuh subsection (1)(v), dia sini ditulis, terdapat kemungkinan kiraan yang serius oleh pengantara terhadap standard yang terpakai bagi pengantara.
Soalan saya ialah opinion saya tidak ada definisi apa maksudnya kemungkinan yang serius. There is no definition of seriousness. Kalau tidak, ini memang akan lebih bagi satu peluang untuk parti meneliti kasi isu ini lagi di mahkamah di Malaysia. So, the definition has to be clear to avoid any ambiguity sebab media sedialah satu proses untuk menjalankan yang lebih selesa, fasten up the process, not to debate the process. Dan soalan saya yang saya mahu bertanya ialah berapa negara yang telah menerima pakai Convention Singapore ini ke dalam undang-undang domestik mereka? Ini ialah satu undang-undang yang reciprocity kalau negara kita ada di dalam ada adopt ini undang-undang lain negara pun mesti adopt sama dengan undang-undang. Kalau tidak ini tidak seimbang, berapa negara sudah ada ini undang-undang di dalam undang-undang mereka? Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat YB Robert.
Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Antara lain, Datuk Ahmad bin Datuk Seri Haji Ibrahim, Yang Berhormat Datuk Dr.
Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit, Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran, Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Yang Berhormat Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian, Yang Berhormat Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani, Yang Berhormat Puan Saraswathy, kawan saya. Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau, Yang Berhormat Senator Edward Linggu, Bukut dan kawan-kawan yang lain.
Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Yang Berhormat Senator Haji Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina Wan Yusoff, Yang Berhormat Tuan Niran Tan Kran dan Yang Berhormat Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani bertanyakan berkenaan skop pemakaian akta taksiran dasar awal awam serta apakah berkaitan dengan AIAC, MIMC dan BICAM. Akta ini boleh diguna pakai di seluruh Malaysia, termasuk semua negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ini adalah kerana ia adalah tertakluk kepada negara yang meratifikasi Konvensyen Singapura. Dasar awam ini di sini akan ditafsirkan oleh mahkamah berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak. Perkara berkaitan dengan dasar awam adalah terlalu luas dan tidak boleh ditafsirkan ke dalam akta ini.
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Malaysian International Mediation Centre (MIMC) dan Borneo International Centre for Arbitration and Mediation (BICAM) akan diperkukuhkan lagi untuk memartabatkan pengantaraan terutamanya pengantaraan antarabangsa. Bagi tujuan ini, kerajaan akan memainkan peranan untuk dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.
Selain itu, saya ingin nyatakan di sini selaras dengan aspirasi kolektif Kerajaan Malaysia dan pihak Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO), Mahkamah Timbang Tara AIAC, AIAC Court of Arbitration telah ditubuhkan. Inisiatif ini memperkasakan lagi AIAC setanding dengan pusat-pusat timbang tara antarabangsa terkemuka di dunia.
Mahkamah akan berperanan mengendalikan semua kes alternative dispute resolution selaras dengan peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah AIAC termasuk mediasi dengan elemen ketulusan integriti dan akauntabiliti secara efisien.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu dihasratkan akan dapat memperkukuhkan kedudukan AIAC sebagainya institusi timbang tara antarabangsa yang bebas di bawah naung AALCO sekali gus mempromosikan Malaysia sebagainya pilihan utama destinasi penyelesaian alternative dispute resolution secara keseluruhan, di peringkat domestik dan antarabangsa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff dan Yang Berhormat Senator Datuk Anna bertanyakan berkenaan mengapa perlu akta bersaingan daripada Akta 749?
Nombor dua, sama ada rang undang-undang ini memberi perlindungan yang mencukupi?
Ketiga, kepakaran mahkamah untuk memutuskan perjanjian antarabangsa? Number four, empat, forum shopping. Nombor lima, garis panduan untuk perlaksanaan rang undang- undang ini?
Akta 749 terpakai untuk kes domestik sahaja. Antaranya, tuntutan kemalangan, pertikaian melibatkan hal ehwal rumah tangga seperti tuntutan nafkah dan hak anak, tuntutan melibatkan fitnah, pertikaian komersial yang melibatkan kontrak dan harta intelek. Ia juga boleh diguna pakai untuk kes-kes antarabangsa namun ia tidak, tiada elemen penguatkuasaan. Akta ini pula bertujuan untuk menemui ketetapan di bawah Konvensyen Singapura iaitu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan perjanjian penyelesaian bagi pertikaian komersial yang telah dicapai melalui mediasi antarabangsa.
Perjanjian penyelesaian yang dicapai di bawah pengantara hanya bersifat mengikat pihak-pihak dan hanya boleh di kuatkuasakan melalui undang-undang kontrak. Skop pemakaian akta ini juga terhad kepada pertikaian komersial dan tidak merangkumi pengiktirafan atau penguatkuasaan perjanjian penyelesaian yang dicapai melalui proses pengantaraan domestik dan antarabangsa.
Melalui rang undang-undang ini, pihak kerajaan boleh menguatkuasakan perjanjian- perjanjian penyelesaian antarabangsa bagi kes komersial sebagai perintah mahkamah. Ini akan menaik taraf sebarang perantaraan komersial antarabangsa yang telah di tandatangani di bidang kuasa yang menandatangani Konvensyen Singapura dan sebaliknya ditandatangani di Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada kekeliruan kerana rang udang-undang ini adalah khusus untuk penguatkuasaan pengantaraan komersial antarabangsa.
Penguatkuasaan hanya boleh dibuat dengan negara-negara yang menandatangani Singapore Convention. Oleh itu, isu tidak— tiada hubungan diplomatik tidak timbul dalam perkara ini. Lebih lagi pihak-pihak— lebih lagi, kedua-dua pihak telah pun bersetuju untuk memasuki proses pengantaraan dan untuk menyediakan perjanjian penyelesaian.
Bagi maksud rang undang-undang ini, mahkamah akan memutuskan kesahihan sesuatu perjanjian antarabangsa dengan mengambil kira syarat-syarat di bawah klausa 4(ii) rang undang-undang. Jika syarat di bawah klausa 4(ii) telah tercapai, mahkamah hanya akan merekodkan perjanjian penyelesaian tersebut kerana ia merupakan satu pengantaraan yang telah dilaksanakan dan dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan.
Mahkamah tidak akan menyentuh perkara-perkara substantif seperti fakta kes atau merit kes tersebut. Penerimaan permohonan untuk menguatkuasakan perjanjian
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
penyelesaian antarabangsa sebagai perintah mahkamah adalah berdasarkan syarat-syarat diperuntukkan di bawah fasal 4.
Isu forum shopping tidak berbangkit memandangkan Konvensyen Singapura menetapkan satu authority di sesebuah negara itu meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh permohonan selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Singapura sebelum membenarkan satu perjanjian penyelesaian antarabangsa itu diterima sebagai keterangan atau dikuatkuasakan di negara itu.
Ya, pindaan berbangkit akan dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 setelah rang undang-undang ini diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Abun Sui Anyit dan Senator Niran Tan Kran bertanyakan berkenaan lima isu.
(i) tahap kesediaan mahkamah dalam mengendalikan kes;
(ii) sama ada latihan khusus kepada peguam dan pengantara akan diberikan;
(iii) garis panduan pelaksanaan;
(iv) apakah berlaku jika negara tarik diri daripada konvensyen; dan
(v) sama ada kerajaan telah menanda aras dengan negara luar.
Nombor satu. Badan Kehakiman Malaysia sentiasa komited dengan sebarang perkembangan dan pembaharuan undang-undang. Hal ini termasuk dengan latihan kepakaran yang akan disediakan oleh Akademik Kehakiman Malaysia di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan juga latihan berkala yang dikendalikan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Bagi pengantara profesional, mereka akan mendapatkan latihan yang sewajarnya dari agensi-agensi berkaitan AIAC, MIMC dan BICAM. Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pengantara-pengantara sentiasa bersiap untuk melaksana akta ini. Pindaan berbangkit akan dibuat pada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 setelah rang undang-undang ni diluluskan.
Beberapa negara telah digunakan sebagai penandaarasan bagi penggubalan rang undang-undang ini yang merangkumi penguatkuasaan perjanjian penyelesaian antarabangsa seperti berikut:
(i) Recognition and Enforcement of International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act, Sri Lanka 2024;
(ii) Act of Implementation of United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting from Mediation Act, Japan 2023;
(iii) Singapore Convention on Mediation Act 2020;
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(iv) Singapore Mediation Act 2017; and
(v) UNCITRAL Model Law on International Commercial Mediation and International Settlement Agreements Resulting from Mediation (2018). Artikel 16 membenarkan sesebuah negara untuk menarik diri daripada konvensyen melalui notifikasi rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Penarikan diri sebagai sesebuah negara tidak menjejaskan Konvensyen Singapura secara keseluruhannya dan negara-negara lain yang telah meratifikasi konvensyen tersebut boleh meneruskan pelaksanaannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran bertanyakan berkenaan sama ada mekanisme adalah jelas dan efisien untuk mengelakkan cabaran teknikal. Mekanisme ini adalah jelas dan dibuat berdasarkan penetapan yang dibuat dalam Konvensyen Singapura.
Yang Berhormat Senator Datoʼ Setia Dr. Haji Mohd Naʼim bin Mokhtar bertanyakan berkenaan cadangan supaya taksiran mahkamah termasuk mahkamah syariah cadangan supaya perkataan bahasa Inggeris ganti dengan bahasa kebangsaan. Rang undang-undang ini digubal di bawah bidang kuasa Persekutuan. Manakala mahkamah syariah berada di bawah bidang kuasa negeri menurut Perlembagaan Persekutuan.
Dalam ketiadaan peruntukan nyata: express provision yang memasukkan mahkamah syariah ke dalam takrif mahkamah di dalam satu undang-undang bertulis, perkataan mahkamah tidak merangkumi mahkamah syariah. Oleh itu, mahkamah syariah dalam hal ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selanjutnya, mahkamah syariah juga tidak boleh ditaksirkan untuk termasuk di bawah takrif institusi kerana rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa institusi hendaklah merujuk kepada satu badan entiti dan organisasi yang menjalankan prosiding.
Perkataan prosiding pula merujuk kepada apa-apa prosedur daripada jenis sivil sahaja. Dalam hal ini, prosiding mahkamah syariah tidak termasuk sebagai satu prosiding di dalam rang undang-undang ini. Bahasa Inggeris hanya digunakan jika perjanjian penyelesaian antarabangsa itu selain dari bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
Perjanjian antarabangsa itu boleh di terjemah ke bahasa Inggeris.
Oleh itu, jika pertanyaan perjanjian penyelesaian itu disediakan oleh pihak-pihak dalam bahasa kebangsaan sahaja, mahkamah juga boleh diterima perjanjian penyelesaian itu. Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell @Suzieana binti Perian bertanyakan berkenaan peranan mahkamah dalam mengendalikan penguatkuasaan penyelesaian yang dicapai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pengantara telah pun menyelesaikan tugas mereka sebagai pengantara dan pengantaraan tersebut telah pun selesai dan perjanjian penyelesaian telah pun disediakan.
Kedua-dua pihak yang meminta untuk merekodkan perjanjian penyelesaian tersebut bagi tujuan penguatkuasaan sahaja. Bagi tujuan akta ini, mahkamah tidak boleh melihat semula fakta kes dan merit kes.
Yang Berhormat, Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani bertanyakan berkenaan tahap penerimaan pengantaraan dalam komuniti perdagangan. Kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan pengantaraan sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian menerusi hebahan berkenaan akta ini selepas diluluskan dan dikuatkuasakan.
Yang Berhormat Puan Saraswathy bertanyakan berkenaan supaya perenggan 4(3) dan perenggan 5(3) slow, slow, slow— diketatkan. Ini pertanyaan dari Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy, tiada keperluan untuk mengehadkan lagi perangan tersebut.
Peruntukan ini memberi budi bicara yang luas kepada mahkamah untuk meneliti dan mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pemohon.
Seksyen 8 juga telah memperuntukkan tatacara bagi pihak yang terkilan untuk mencabar penguatkuasaan tersebut. Yang Berhormat Senator Lau Hui Yew— aih, mana jawapan dia? Oh, ada— menanyakan berapa negara yang telah menerima pakai Konvensyen Singapura?
Saya difahamkan sebanyak 59 negara telah menandatangani Konvensyen Singapura termasuk Malaysia, Brazil, United Kingdom, Bahrain dan Belarus. Sehingga kini, sebanyak 20 negara telah meratifikasi Konvensyen Singapura termasuk Singapura, Turki, Arab Saudi, Qatar, Jepun dan Fiji.
Mengakhiri pengulangan ini, suka cita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input yang dikongsi-kan oleh ahli-ahli Yang Berhormat.
Atas faktor, jika saya terlepas pandang kepada soalan-soalan yang dibangkit dan tidak dijawab, jawapan tulis akan dibuat. Jika tidak, Yang Berhormat boleh berjumpa dengan saya di Dewan bila-bila masa untuk saya mengarahkan pihak-pihak berkenaan memberi jawapan tersebut. Akhir kata Puan Yang di-Pertua...
Air tenang mengalir ke muara, Bebas dari batu dan duri; Penyelesaian diakhiri dengan bijaksana, Melalui pengantaraan penuh harmoni. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tak pandai berpantun. Okey. So...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Copy sahaja. Sudah lupa.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk menguat kuasa kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan fungsi kesihatan di kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia dan Stesen Woodlands di Republik Singapura, dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, pemeteraian perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura yang ditandatangani pada 16 Januari 2018 bagi projek Rapid Transit System Link Johor baru–Singapura adalah bertujuan untuk melaksanakan suatu projek bersama bagi membina jajaran kereta api sejauh empat kilometer dan menyediakan perkhidmatan kereta api penumpang dari Stesen Bukit Chagar, Johor baru, Malaysia ke Stesen Woodlands di Singapura. Projek RTS Link ini mensasarkan kapasiti penumpang seramai 10,000 orang bagi setiap arah dengan masa perjalanan kira-kira lima minit di antara kedua-dua buah stesen.
Pelaksanaan RTS Link menggunakan konsep pemeriksaan dan pelepasan di satu lokasi atau secara tunggal di pintu masuk Malaysia–Singapura yang merupakan antara inisiatif strategik kerajaan untuk menangani isu kesesakan di Tambak Johor. Penjajaran tambahan yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada proses untuk mengoperasikan RTS Link mengikut garis semasa yang dipersetujui di bawah VA telah dimuktamadkan semasa Sesi Permukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia di Singapura Ke-12 pada 4 Disember 2025 di Singapura. Pemeteraian SA ini merupakan obligasi kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura untuk mewujudkan perundangan domestik masing-masing selewat-lewatnya 30 Jun 2026 untuk dikuatkuasa sepenuhnya pada 30 September 2016.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, penggubalan kerangka perundangan bagi pengoperasian RTS Link adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 15 Ogos 2025 yang antara lain telah bersetuju dengan perkara-perkara seperti berikut:
(i) cadangan mengadakan undang-undang bagi peruntukan mengenai pelaksanaan VA dan SA,
(ii) penubuhan pasukan petugas khas untuk mengadakan undang-undang yang dianggotai oleh kementerian dan agensi berkepentingan; dan
(iii) penetapan garis masa untuk mengadakan undang-undang ini.
Proses penggubalan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor- Singapura ini telah dilaksanakan secara holistik melalui penubuhan pasukan petugas khas.
Pasukan petugas khas yang dianggotai oleh 21 kementerian dan agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia,
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen Malaysia serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan berperanan untuk meneliti dan mengkaji 40 akta sedia ada yang berkaitan dengan pengoperasian RTS Link.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, keanggotaan pasukan petugas khas ini dipilih secara strategik berdasarkan bidang kuasa agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di lapangan yang meliputi aspek-aspek utama seperti hal ehwal hubungan antarabangsa, biosekuriti dan keselamatan agromakanan, keperluan permit kepada mana- mana barangan strategik yang boleh digunakan sebagai suatu tujuan aktiviti lain yang berkaitan dengan pembuatan senjata pemusnah besar-besaran, percukaian, keselamatan serta pengurusan pintu masuk antarabangsa dan sempadan negara.
Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk memastikan penyediaan RUU RTS mengambil kira pandangan menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan supaya operasi penguat kuasa undang-undang RTS Link berjalan dengan lancar. Bagi tujuan tersebut, pasukan petugas khas ini telah bersidang selama lima minggu bermula daripada 4 Ogos 2025 hingga 11 September 2025.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, RUU RTS digubal dengan tujuan untuk memperuntukkan kuasa perlindungan undang-undang serta kekebalan kepada anggota penguat kuasa Malaysia di Republik Singapura dan anggota penguat kuasa Republik Singapura di Malaysia atas dasar timbal balas di samping membolehkan pemakaian perundangan domestik secara luar wilayah merangkumi komponen-komponen seperti berikut:
(i) membenarkan pegawai penguat kuasa menjalankan kuasa tambahan di kawasan yang ditetapkan bagi maksud melaksanakan tugasan rasmi mereka dengan berkesan;
(ii) memberikan imuniti kepada pegawai penguat kuasa daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran bagi sebarang tindakan yang dilakukan dalam menjalankan tugasan rasmi mereka di kawasan yang ditetapkan;
(iii) melindungi anggota penguat kuasa daripada kesalahan yang dilakukan terhadap mereka dalam melaksanakan tugasan rasmi di kawasan ditetapkan;
(iv) melindungi maklumat dan data yang dikumpul atau dijana dalam melaksanakan tugasan rasmi di kawasan yang ditetapkan;
(v) menetapkan bidang kuasa jenayah bagi kesalahan yang dilakukan di negara masing-masing termasuk kawasan khusus yang ditetapkan;
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(vi) menetapkan bidang tanggungjawab serta tatacara pengurusan dan pengendalian insiden rentas sempadan yang melibatkan kedua-dua negara; dan
(vii) membolehkan penempatan pegawai penguat kuasa di kawasan yang ditetapkan dilaksanakan lebih awal sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas rasmi.
Puan Yang di-Pertua, penggubalan rang undang-undang ini secara prinsipnya adalah untuk membolehkan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi maksud pengoperasian RTS Link tanpa menjejaskan pelaksanaan undang-undang sedia ada.
Justeru, Jemaah Menteri pada 17 Disember 2025 ketika menimbang memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, antara lain telah bersetuju untuk Rang Undang-undang RTS dibentang di mesyuarat Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, RUU RTS Transit System Link Johor Bahru–Singapura terbahagi kepada lapan bahagian yang mengandungi 28 fasal dan satu jadual.
Bahagian 1 akta yang dicadangkan ini memperkatakan tentang perkara permulaan.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.
Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian akta yang dicadangkan. Akta yang dicadangkan terpakai bagi tempoh perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengundi RTS Link Johor Bahru- Singapura dan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai RTS Johor Bahru–Singapura berkuat kuasa.
Akta yang dicadangkan juga terpakai bagi pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands dan bagi Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Malaysia dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Republik Singapura yang melaksanakan tugasan pengurusan insiden berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.
Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis Malaysia yang lain yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan Kastam, Imigresen dan Kuarantin dan fungsi keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual kepada akta yang dicadangkan dan pengurusan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
insiden rentas sempadan. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa peruntukan akta yang dicadangkan ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurang peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan akta yang dicadangkan ini dengan peruntukan undang-undang bertulis yang lain, peruntukan akta yang dicadangkan hendaklah terpakai dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu disifatkan digantikan.
Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa tugasan, kuasa, perlindungan atau keistimewaan yang diberi di bawah akta yang dicadangkan kepada Pegawai Penguat kuasa Republik Singapura dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Republik Singapura menurut perjanjian-perjanjian hanya akan berkuat kuasa jika Kerajaan Republik Singapura mengadakan peruntukan yang bersamaan dan bersidang berkenaan dengan Pegawai Penguat kuasa Malaysia dan Pegawai Pengurusan Insiden Rentas Sempadan Malaysia di bawah undang-undang bertulisnya.
Puan Yang di-Pertua, Bahagian 2 akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubung dengan entiti pengantara. Fasal 6 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa entiti perantara yang merupakan suatu entiti yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud perjanjian-perjanjian adalah bertanggungjawab untuk menyelaras, mengurus dan memudahkan penyerahan tugas Pegawai Penguat kuasa Malaysia dan Pegawai Penguat kuasa Republik Singapura masing-masing di Stesen Woodlands dan Stesen Bukit Chagar.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bahagian III akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubungan dengan pergerakan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura bagi maksud pegawai penguat kuasa itu melaksanakan tugas rasmi di bawah akta yang dicadangkan.
Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen Woodlands bagi maksud pegawai penguat kuasa Malaysia itu melaksanakan tugas rasminya di stesen itu.
Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Bukit Chagar bagi maksud pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu melaksanakan tugas rasmi di stesen itu.
Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam hal keadaan luar biasa. Hal keadaan itu termasuklah gangguan kepada sistem atau proses yang
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
berhubungan dengan fungsi pelepasan Kastam, Imigresen, kuarantin dan fungsi keselamatan, kejadian kesihatan awam yang serius, perjalanan semula perkhidmatan kereta api selepas penggantungan atau apa-apa keadaan luar biasa lain sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan-kerajaan.
Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar atau Stesen Woodlands sebelum bermulanya perkhidmatan RTS Link bagi maksud pegawai penguat kuasa itu menjalankan apa-apa kerja persediaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas rasminya.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang cadangkan memperkatakan tentang pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan.
Fasal 11 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan yang ditetapkan di Bukit Chagar, bagi maksud pelaksanaan tugas rasminya. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa Malaysia yang melaksanakan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura di bawah fasal ini.
Fasal 12 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi Undang-undang Bertulis yang terpakai bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi dan perjalanan kuasa oleh pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang pengurusan insiden rentas sempadan.
Fasal 13 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemberitahuan insiden rentas sempadan atau insiden lain berkenaan dengan perkhidmatan RTS Link. Kuasa ini memperuntukkan bahawa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura hendaklah memperuntukkan perkembangan semasa kepada satu sama lain mengenai apa-apa insiden rentas sempadan atau mengenai apa-apa insiden lain yang melibatkan perlakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau Republik Singapura di atas lintasan RTS Link, di atas landasan RTS Link atau di dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit.
Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan insiden rentas sempadan atau apa-apa insiden lain yang berlaku di dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Fasal 15 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan insiden rentas sempadan atau apa-apa insiden lain yang berlaku di atas lintasan atau landasan RTS Link.
Fasal 16 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika bantuan atau sokongan dikehendaki sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura dalam pengurusan insiden rentas sempadan di bawah fasal 14 atau 15 akta yang dijalankan, kerajaan yang menghendaki bantuan atau sokongan itu boleh meminta kerajaan yang satu lagi untuk memudahkan pengurusan insiden itu dan kerajaan yang menerima permintaan itu hendaklah mematuhi permintaan itu.
Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang di dalamnya, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rantas sempadan Republik Singapura boleh memasuki wilayah kerajaan yang satu lagi dalam bertindak balas terhadap insiden rentas sempadan, termasuk kehendak untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu, kekecualian kecemasan tertentu dan syarat-syarat yang terpakai bagi insiden keselamatan awam.
Fasal 18 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura apabila pelaksanaan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan. Fasal ini Yang Berhormat, juga memperuntukkan bahawa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana yang diberikan kepada pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah fasal ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI akta yang dicadangkan memperkatakan tentang bidang kuasa jenayah bagi kesalahan yang berhubungan dengan RTS Link.
Fasal 19 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa jenayah yang boleh dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan dalam kereta api RTS Link semasa dalam transit dan di atas lintasan dan landasan RTS Link.
Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa jenayah yang boleh dijalankan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di kawasan yang ditetapkan di Stesen Woodlands.
Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa mahkamah di Malaysia untuk menyiasat dan membicarakan kesalahan dilakukan di bawah mana-mana Undang- undang Bertulis Malaysia yang bidang kuasa jenayahnya diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan dan jika kesalahan itu dilakukan di luar Malaysia, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VII akta yang dicadangkan memperkatakan tentang perlindungan dan keistimewaan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura, dokumen, peranti dan kelengkapan rasmi Kerajaan Republik Singapura, apa-apa maklumat atau data yang dikumpul atau dijana oleh pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dan barangan bagi kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura.
Fasal 22 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan bagi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura daripada apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain berkenaan dengan apa-apa pembuatan. Kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam perjalanan pelaksanaan tugas rasminya atau tugasan pengurusan insidennya berkenaan dengan insiden rentas sempadan.
Fasal ini juga memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia yang melaksanakan tugas rasminya atau tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan insiden rentas sempadan hendaklah menikmati perlindungan yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah fasal ini.
Fasal 23 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan berkenaan dengan dokumen, peranti dan kelengkapan bagi kegunaan rasmi Kerajaan Republik Singapura jadi ketidakbolehcabulan di dalam wilayah Malaysia. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa Kerajaan Republik Singapura hendaklah juga memastikan bahawa semua dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi Kerajaan Malaysia di dalam wilayah Republik Singapura tidak boleh dicabul pada setiap masa.
Fasal 24 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan berkenaan dengan maklumat dan data yang dikumpul atau dijana oleh pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas rasminya dan oleh pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.
Seterusnya, fasal 25 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah memudahkan pengeluaran apa-apa pengisytiharan, lesen, permit atau kelulusan yang dikehendaki di bawah undang-undang bertulis Malaysia yang berhubungan dengan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
barangan untuk kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa Kerajaan Republik Singapura hendaklah membuat perkiraan yang sama, yang berhubungan dengan barangan bagi kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia.
Fasal 26 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasminya atau tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan hendaklah disifatkan sebagai seorang perkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan, Akta 574 bagi maksud Undang-undang Bertulis Malaysia yang berhubungan dengan kesalahan terhadap perkhidmat awam.
Ini bagi memastikan apa-apa kesalahan yang dilakukan terhadap pegawai itu semasa melaksanakan tugas rasmi di Malaysia di bawah akta yang dicadangkan dikira seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan terhadap perkhidmat awam di Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VIII akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan am.
Fasal 27 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberi kuat kuasa sepenuhnya, atau bagi melaksanakan dengan lebih baik, peruntukan akta yang dicadangkan.
Fasal 28 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawab dengan tanggungjawab bagi undang-undang bertulis yang berkaitan di Malaysia, untuk meminda Jadual pada akta yang dicadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, Jadual Pertama RUU RTS menyenaraikan 40 undang-undang bertulis yang berkaitan seperti yang ditafsirkan di fasal 4 akta yang dicadangkan ini. Naskhah sahih rang undang-undang ini ditetapkan dalam bahasa Inggeris bagi maksud melaksanakan perjanjian antarabangsa dengan Kerajaan Republik Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, RUU RTS ini telah melalui proses penelitian yang menyeluruh bermula dengan pembentangan di peringkat jawatankuasa pilihan Parlimen di Dewan Rakyat iaitu melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Ke-15 Bilangan 3 Tahun 2026 pada 28 Januari 2026 dan disusuli dengan pembentangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Keselamatan Parlimen Ke-15 Bilangan 3 Tahun 2026 pada 9 Februari 2026 lalu.
Proses konsultasi turut meliputi sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat pada 4 Februari lalu, seterusnya bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Dewan Negara pada 26 Februari lalu. Bacaan pertama telah dibentang di Dewan Rakyat pada
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
9 Februari lalu, manakala bacaan kedua dan ketiga telah dilaksana di Dewan Rakyat pada 12 Februari 2026 di mana Rang Undang-undang RTS telah dipersetujui dan diluluskan.
Sebelum dibawa ke sidang hari ini, RUU RTS telah dibentang untuk semakan lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang Majlis Mesyuarat Dewan Negara Bilangan 2 Tahun 2026 yang telah diadakan pada 2 Mac lalu.
Maka, pada hari ini, saya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri memohon agar bacaan kedua bagi rang undang-undang ini dibentang untuk pertimbangan Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menguatkuasakan kewajipan Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan tertentu dalam perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura mengenai Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama di dalam kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Stesen Woodlands North di Republik Singapura dan pengurusan insiden rentas sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai lapan orang Ahli yang hendak berbahas. Saya bacakan nama satu-persatu ya.
Pertama, Yang Berhormat Dato’ Sivaraj, kedua, Dato’ Ng; ketiga, Dato’ Halim― tak ada. So, Dato’ Halim. And then, Dato’ Seri Setia― menarik diri. Senator Dato’ Wu― ada. YB Isaiah. Senator Dato’ Prof.― ada. YB Datuk Rosni. Okey. YB Tuan Robert Lau. Senator Datuk Edward, you ikut bahas ke ini ataupun tidak for this one? Tidak ya. Okey. So, we have tujuh orang pembahas. Jadi, saya bagi untuk setiap seorang bagi masa 15 minit setiap seorang.
Saya mempersilakan pembahas yang pertama, Yang Berhormat Dato’ Sivaraj.
Dipersilakan.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru–Singapura 2026 pada hari ini.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Rang undang-undang ini bertujuan menguatkuasakan kewajipan Malaysia di bawah perjanjian dua hala antara Malaysia dan Singapura yang ditandatangani pada tahun 2018 serta perjanjian tambahan yang dimeteraikan pada tahun 2025 bagi pelaksanaan Rapid Transit System Link yang menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura. Rang undang-undang ini juga memperuntukkan pelaksanaan fungsi kastam, imigresen dan kuarantin serta pengurusan keselamatan dan insiden rentas sempadan bagi sistem transit tersebut.
Projek Rapid Transit System ini bukan projek kecil. Ia merupakan satu projek infrastruktur strategik yang dijangka mengangkut sekitar 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila beroperasi sepenuhnya. Ia juga dijangka mengurangkan tekanan kesesakan di Tambak Johor yang selama ini menjadi antara laluan sempadan yang paling sibuk di dunia. Setiap hari puluhan ribu rakyat Malaysia menyeberang ke Singapura untuk bekerja. Ada yang bangun seawal jam 3 atau 4 pagi semata-mata untuk sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya.
Maka, usaha untuk memperbaiki sistem pengangkutan antara Johor Bahru dan Singapura ini sememangnya wajar dan perlu. Namun, dalam usaha memudahkan perjalanan, kita tidak boleh terlalu ghairah sehingga lupa bahawa negara ini mempunyai kedaulatan, undang-undang dan tanggungjawab untuk melindungi rakyatnya.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang timbul daripada rang undang-undang ini ialah pemberian kuasa kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura untuk menjalankan fungsi penguatkuasaan di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar. Di bawah fasal 11 rang undang-undang ini, pegawai penguat kuasa Singapura diberi kuasa untuk memeriksa dokumen perjalanan, mengambil data biometrik, menjalankan pemeriksaan bagasi dan menahan individu yang disyaki melanggar undang-undang imigresen Singapura serta menafikan kemasukan ke negara tersebut. Dalam bahasa yang mudah, pegawai negara lain akan menjalankan kuasa penguatkuasaan dalam wilayah Malaysia.
Walaupun kawasan ini ditetapkan secara khusus sebagai kawasan operasi RTS, persoalan asas tetap timbul― sejauh manakah kuasa ini dikawal supaya tidak menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang negara kita?
Situasi seperti ini sebenarnya bukan sesuatu yang baharu di dunia. Tuan Yang di- Pertua, sebagai contohnya, perkhidmatan kereta api Eurostar antara United Kingdom dan Perancis melaksanakan sistem yang dikenali sebagai juxtaposed border controls. Pegawai imigresen Perancis menjalankan pemeriksaan imigresen di London sebelum penumpang menaiki kereta api ke Paris. Begitu juga pegawai imigresen United Kingdom yang menjalankan pemeriksaan di stesen di Perancis. Sistem ini berjaya kerana peraturan antara
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
kedua-dua negara jelas, kawasan operasi ditentukan secara spesifik dan terdapat mekanisme pemantauan bersama.
Oleh itu, cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan ialah memastikan bahawa semua operasi penguatkuasaan oleh pegawai asing di Malaysia dijalankan secara joint enforcement iaitu bersama dengan pegawai penguat kuasa Malaysia. Selain itu, Kerajaan juga boleh menubuhkan satu joint parliamentary oversight committee Malaysia– Singapura bagi memantau pelaksanaan kuasa penguatkuasaan ini secara berkala supaya Parlimen sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan operasi RTS.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua berkaitan dengan perlindungan undang-undang yang diberikan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa Singapura. Di bawah Fasal 22 rang undang-undang ini, pegawai penguat kuasa Singapura yang menjalankan tugas rasmi di kawasan Bukit Chagar tidak boleh disaman atau didakwa di mahkamah Malaysia bagi tindakan dilakukan semasa menjalankan tugas rasmi mereka. Dalam bahasa mudah, jika sesuatu berlaku di negara kita tetapi rakyat kita tidak boleh mendapatkan keadilan di mahkamah negara kita sendiri, maka perlulah ia diperjelaskan dengan sebaik mungkin.
Kita boleh melihat contoh daripada sistem United States preclearance yang beroperasi di beberapa lapangan terbang Kanada dan Ireland. Pegawai kastam Amerika menjalankan pemeriksaan imigresen sebelum penumpang menaiki pesawat ke Amerika. Walaupun sistem ini berfungsi dengan baik, Kanada tetap menggubal Preclearance Act bagi memastikan bahawa hak rakyat Kanada dilindungi dan terdapat mekanisme pengawasan terhadap tindakan pegawai asing.
Oleh itu, Kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan satu cadangan tambahan yang lebih inovatif iaitu menubuhkan independent complaint review panel yang melibatkan wakil Malaysia dan Singapura bagi menyiasat sebarang aduan terhadap pegawai penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi RTS. Dengan cara ini, rakyat Malaysia tetap mempunyai saluran untuk mendapatkan keadilan walaupun pegawai yang terlibat berasal daripada negara lain.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga ialah berkaitan pengurusan data.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Di bawah fasal 24 undang-undang ini, data yang dikumpulkan oleh pegawai penguat kuasa Singapura di kawasan Bukit Cagar akan dianggap tertakluk kepada undang-undang Singapura. Ini termasuk maklumat perjalanan serta data biometrik penumpang.
Pada zaman sekarang, data bukan sekadar maklumat biasa. Data merupakan sumber kuasa ekonomi dan keselamatan negara. Kita boleh melihat contoh di Hong Kong apabila projek kereta api laju antara Hong Kong dan Tanah Besar China dilaksanakan, sebahagian kawasan Stesen West Kowloon diletakkan di bawah kawalan undang-undang China bagi tujuan pemeriksaan imigresen. Keputusan tersebut telah mencetuskan bantahan besar
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
kerana ramai rakyat Hong Kong merasakan bahawa bidang kuasa undang-undang mereka semakin terhakis.
Oleh itu, Kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa wujud satu bilateral data governance protocol dengan izin, antara pengantara Malaysia dan Singapura, supaya data rakyat Malaysia yang dikumpul melalui sistem RTS dilindungi mengikut standard keselamatan yang jelas. Sebagai cadangan tambahan, kerajaan juga boleh mempertimbangkan supaya semua data yang dikumpulkan di Stesen Bukit Cagar disimpan secara mirrored data based, iaitu salinan data disimpan di perairan Malaysia bagi memastikan kawalan kedaulatan data negara tidak terjejas.
Tuan Yang di-Pertua, isu keempat berkaitan pengurusan insiden rentas sempadan.
Rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa sekiranya berlaku insiden seperti kebakaran, kemalangan atau kecemasan, keselamatan dalam sistem transit ini kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam operasi tindak balas kecemasan. Kerjasama seperti ini memang penting kerana keselamatan penumpang mesti menjadi keutamaan.
Namun pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa kerjasama sempadan boleh menjadi sensitif jika bidang kuasa tidak dijelaskan dengan jelas. Sebagai contohnya, perjanjian kawalan keselamatan antara United Kingdom dan Perancis di Calais pernah menimbulkan tekanan sosial apabila ribuan migran terkumpul di kawasan tersebut kerana mereka tidak dapat memasuki United Kingdom. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan satu joint emergency command structure diwujudkan bagi pengurusan insiden dalam RTS supaya setiap agensi keselamatan mengetahui peranan masing-masing dan tidak berlaku kekeliruan bidang kuasa semasa kecemasan.
Tuan Yang di-Pertua dalam hubungan antarabangsa, kerjasama di antara negara jiran adalah perkara biasa. Tetapi, kerjasama yang baik mestilah berasaskan prinsip saling menghormati kedaulatan dan kepentingan negara masing-masing. Seperti yang pernah disebut oleh negarawan British Lord Palmerston, “Nations have no permanent friends or allies, they only have permanent interests”, dengan izin. Maksudnya dalam hubungan antarabangsa, setiap negara perlu sentiasa menjaga kepentingan sendiri walaupun dalam kerjasama yang baik.
Malaysia mahu hubungan yang baik dengan Singapura, tetapi hubungan yang baik tidak bermakna kita harus mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara. Dengan penjelasan yang jelas serta jaminan bahawa semua aspek berkaitan kedaulatan undang-undang, perlindungan data rakyat dan keselamatan negara akan dipelihara, maka rang undang-undang ini boleh dilihat sebagai satu langkah yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira kepentingan projek ini kepada pembangunan negeri, kelancaran pergerakan antara Johor Bahru dan
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Singapura serta potensi besar projek ini kepada masa depan rantau ini, saya menyokong Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Baru-Singapura 2026.
Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar TVET daripada Sai College ke Dewan Negara. Dengan itu saya menyokong rang undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran. Okey, mengalukan kedatangan rombongan. Dari mana tadi Yang Berhormat?
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Sai College.
Tuan Pele Peter Tinggom
Dari Sai College. Okey, seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng. Dipersilakan.
Dato' Ng Keng Heng
Terima kasih. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, dan Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.
Rang Undang-undang RTS bukan sahaja melibatkan pembinaan infrastruktur fizikal tetapi turut menentukan hala tuju ekonomi pergerakan manusia dan hubungan diplomatik Malaysia-Singapura pada masa depan.
Rang undang-undang ini memperincikan aspek kedaulatan bidang kuasa dan penguatkuasaan bagi memenuhi keperluan rakyat kedua-dua negara. Walaupun ia memberi penjelasan perundangan, masih wujud kebimbangan khususnya dalam kalangan rakyat Johor tentang kemampuan RTS menampung trafik pada waktu puncak.
Antara kebimbangannya adalah tentang keterusan kewangan serta risiko fiskal jangka panjang. Projek infrastruktur berskala besar lazimnya berdepan kos meningkat, perubahan skop dan liabiliti luar jangka yang menekan kewangan awam. Oleh itu, Dewan perlu diyakinkan bahawa pembiayaan jaminan kerajaan dan kewangan pelaburan dikaji teliti agar tidak membebankan generasi akan datang. Kita harus mengambil iktibar daripada pengalaman lampau, di mana projek-projek yang bermula dengan unjuran optimistik akhirnya menuntut suntikan dana tambahan atau penyusunan semua kewangan yang kompleks.
Dalam suasana kecaman awam terhadap perolehan kerajaan dan isu rasuah, RTS mesti menjadi model tadbir urus baharu berasaskan akauntabiliti terbuka pelaporan berkala kepada Parlimen dan Kerajaan Negeri Johor seperti audit bebas yang berkesan. RTS tidak boleh dinilai hanya dari sudut keuntungan komersial atau pulangan jangka pendek kerana Johor adalah antara penyumbang cukai yang utama kepada Persekutuan. Maka wajarlah diberi perhatian strategik dalam projek ini.
Infrastruktur RTS seharusnya menjadi instrumen pengukuhan daya saing negara dan kesejahteraan rakyat bukan sekadar mengejar pulangan modal. Pembangunan infrastruktur
Dato' Ng Keng Heng
awam mesti berteraskan kepentingan sosial, bukan kepentingan korporat semata-mata. Oleh itu, kadar tambang antara RM15 sehingga RM21 perlu diteliti dengan lebih mendalam agar tidak membebankan penumpang harian yang berulang-alik mencari rezeki. Cadangan pas bulanan sekitar RM300 untuk rakyat Malaysia serta harga bersubsidi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya adalah langkah pragmatik dan adil supaya skim ini dapat mengurangkan kos sejarah hidup pekerja serta memperkukuh legitimasi tanggungjawab sosial RTS sebagai infrastruktur rakyat.
RTS berpotensi menyelesaikan kesesakan di tambak Johor, tetapi wujud kebimbangan yang akan mencetuskan kesesakan baharu di Johor Bahru jika tidak dirancang dengan baik. Tanpa integrasi menyeluruh dengan sistem pengangkutan awam sedia ada, termasuk bas pengantara dan kemudahan parkir, RTS berisiko berfungsi secara terasing daripada ekosistem mobiliti bandar. Maka rancangan jangka pendek perlu selari dengan rancangan jangka panjang seperti segerakan kelulusan EART oleh Kabinet.
Selain itu, RTS menimbulkan kebimbangan kesan sosial terhadap komuniti sekitar Bukit Cagar. Pembangunan berskala besar berisiko menyebabkan kenaikan harga hartanah dan sewaan, sekali gus menekan peniaga kecil serta penduduk setempat. Tanpa mekanisme perlindungan, denitrifikasi boleh berlaku dan meminggirkan golongan berpendapatan rendah serta senang.
Dato' Ng Keng Heng
Pembangunan yang berjaya bukan hanya diukur melalui pelaburan atau jumlah penumpang, tetapi juga melalui keseimbangan sosial dan perlindungan komuniti tempatan.
Cadangan dikemukakan agar proses pengambilan tanah oleh Kerajaan Persekutuan dipercepatkan untuk membina rumah mampu milik sebagai langkah menangani kesan pembangunan akibat RTS. Perancangan rapi antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan amat penting agar manfaat RTS benar-benar dirasai penduduk setempat, bukan sekadar menjadi infrastruktur besar yang terpisah daripada realiti harian rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, RTS bukan sekadar simbol hubungan negara kita dengan Singapura, tetapi juga ujian keupayaan institusi negara dalam mengurus projek rentas sempadan yang kompleks. Kerjasama dua hala adalah penting dalam dunia saling bergantung, namun mesti berlandaskan kepentingan nasional yang jelas. Kerajaan Malaysia perlu memastikan setiap perjanjian dengan Singapura termasuk undang-undang berkaitan struktur operasi, penguatkuasaan dan pengagihan hasil dilaksanakan secara adil serta memberi pulangan setimpal kepada negara.
Secara keseluruhan, projek ini tidak boleh sekadar menjadi laluan pekerja Malaysia ke Singapura tanpa memberi limpahan ekonomi domestik yang signifikan. Jika RTS hanya mempercepatkan penghijrahan tenaga kerja tanpa meningkatkan nilai tambah ekonomi
Dato' Ng Keng Heng
tempatan dan kepakaran rakyat, maka potensi strategiknya tidak dimaksimumkan. RTS sepatutnya menjadi pemangkin pembangun industri sokongan, mewujudkan pekerjaan berkualiti serta menarik masuk industri baharu dari Singapura ke Malaysia melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura. Galakan pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan rel, pengurusan sistem transit dan operasi rentas sempadan perlu diberi perhatian untuk mengukuhkan keupayaan tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan harapan besar, saya mohon kerajaan memberi perhatian serius terhadap kebimbangan yang dibangkitkan. Infrastruktur yang dibina hari ini akan kekal untuk generasi akan datang. Rancangan yang menyeluruh dan setiap klausa undang-undang perlu diteliti dengan kesedaran bahawa kesannya melangkaui tempoh pentadbiran semasa.
Dengan bicara akhir tersebut, saya menyokong RUU RTS tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ng Keng Heng. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman. Dipersilakan.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, salam sejahtera.
Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang dan ruang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Transit Rapid atau dipanggil RTS Link Johor Bahru–Singapore 2026 yang berkait langsung dengan projek Johor Bahru–Singapore RTS Link, juga satu projek strategik antara Malaysia dan Singapura yang bakal menghubungkan Bukit Chagar dan Woodlands North.
Tuan Yang di-Pertua, Tambak Johor dan laluan darat utama antara Johor dan Singapura merupakan antara pintu sempadan darat paling sibuk di dunia. Dengan anggaran 250,000 hingga 400,000 orang menggunakan laluan ini dalam sehari pada hari biasa. Angka ini boleh meningkat kepada lebih 350,000 hingga 440,000 orang melintasi sempadan pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Malah pernah mencapai 500,000 orang dalam satu hari.
Mana yang duduk Johor ini dia tahulah keadaan dia. Kadang-kadang orang Johor pun tak pergi Singapore sebab terpaksa melalui tambak untuk clearance dia dalam lebih kurang satu atau dua jam membuang masa kita. Walau bagaimanapun, kalau kita lihat bahawa statistik Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan sekitar 89,818 perjalanan kenderaan dilakukan setiap hari di kedua-dua pintu sempadan antara Johor dan Singapura.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Saya beri pecahan sebanyak 31,194 kereta, 53,000 motosikal, 3,531 bas, 2,093 lori yang kerap dan boleh dikatakan harian yang akan masuk keluar melalui Tambak Johor dan Tuas. Perjalanan kita waktu kemuncak terutama pada hari perayaan boleh mencecah sehingga lima jam. Dalam kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, bagi mereka yang hari-hari berulang-alik dari Johor ke Singapura, mencari nafkah perjalanan mengambil masa dua hingga tiga jam setiap hari.
Dan ini bukan sahaja orang Johor, malah dari Kelantan, Terengganu dan segenap lapisan masyarakat yang ada di dalam negara ini bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru. Jika masuk kerja pukul 8, mereka boleh bangun seawal 3 hingga 4 pagi setiap hari dan pulang ke rumah, kalau balik pukul 5, dia sampai rumah dalam pukul 8, pukul 9 malam.
Habis masa di perjalanan.
Walaupun pelbagai usaha pernah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor, terutamanya semasa pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Yang kerap turun padang ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar meninjau keadaan serta mengerahkan beberapa solusi sementara. Namun, tetap tidak dapat menyelesaikan masalah utama iaitu laluan di Tambak Johor yang kekal serta peningkatan jumlah pengguna yang semakin tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, setelah hampir 13 tahun rundingan, demi rundingan serta beberapa perjanjian dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Singapura dimeterai, akhirnya kini pembinaan rel kereta api RTS Link hampir siap dan bakal menjadi game changer kepada landskap ekonomi, sosial dan hubungan dua hala antara Kerajaan Johor dan juga Singapura.
RTS Link bukan sekadar projek rel. Ia adalah simbol hubungan dua hala Malaysia–Singapura, simbol integrasi ekonomi Johor dan simbol bagaimana kita mengurus projek strategi rentas sempadan.
RTS Link disarankan disasarkan membawa sehingga 10,000 penumpang dalam masa sejam bagi setiap arah. Sistem operasi rentas sempadan unik yang akan digunakan di Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura, bakal melihatkan yang pertama, akan digunakan negara kita yang melibatkan beberapa perkara seperti berikut.
Pertamanya, operasi CIQ secara bersepadu antara agensi penguat kuasa Malaysia dan Singapura. Bidang kuasa pegawai-pegawai penguat kuasa kedua-dua negara, perlindungan dan imuniti pegawai-pegawai yang bertugas, pengurusan data dan keselamatan sempadan. Oleh kerana bahawa undang-undang sedia ada tidak dapat mencakupi keseluruhan operasi rentas sempadan unik ini. Maka hari ini, Kerajaan Malaysia dan Singapura secara bersama telah menggubal kerangka perundangan khusus serta akta ini dibacakan bersama dengan 40 akta sedia ada.
Pertama, izinkan saya menyatakan bahawa secara prinsipnya, kita menyokong usaha memperkukuh hubungan dua hala, mempercepat mobiliti rakyat serta merangsang ekonomi
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Johor khususnya dan Malaysia amnya. Namun begitu Yang di-Pertua, tugas kita di Dewan yang mulia ini bukan sekadar melihat manfaat infrastruktur, tetapi meneliti kerangka perundangan yang akan menjadi asas kepada operasi projek tersebut. Rang undang-undang ini bukan hanya soal landasan kereta api atau jadual perjalanan tren, ia menyentuh isu kedaulatan undang-undang, bidang kuasa penguatkuasaan, keselamatan data rakyat serta prinsip timbal balas antara dua negara berdaulat.
Justeru, dia wajar diteliti dengan penuh cermat dan tanggungjawab. Kerajaan berhujah bahawa undang-undang khusus diperlukan bagi memboleh pelaksanaan sistem pemeriksaan bersama atau co-located CIQ di stesen yang ditetapkan.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Ini bermakna pegawai kastam, imigresen dan keselamatan kedua-dua negara akan ditempatkan di satu lokasi untuk memudahkan proses pelepasan penumpang. Dari sudut kecekapan operasi, pendekatan ini masuk akal dan telah diamalkan dalam berapa model antarabangsa seperti mana tadi sahabat saya YB Sivaraj dan juga YB Dato’ Ng yang menyatakan perkara yang sama.
Namun, persoalan yang saya nak bangkitkan ialah tentang kejelasan skop kuasa dan had bidang kuasa pegawai yang terlibat. Dalam keadaan tertentu, adakah pegawai asing mempunyai kuasa penguatkuasaan yang melangkaui jangkaan awam? Dimanakah garis pemisah yang jelas antara zon operasi dan wilayah kedaulatan negara? Perlu diingat bahawa jika berlaku sesuatu insiden di kawasan pelepasan tersebut, undang-undang negara mana yang terpakai? Ini kita kena kaji sedalam-dalamnya. Mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa? Bagaimana proses siasatan dijalankan dan bagaimana hak individu dilindungi?
Rang undang-undang ini mesti memberikan jawapan yang jelas dan tidak membuka ruang kepada kekaburan perundangan. Yang kedua, RUU ini memperuntukkan perlindungan undang-undang iaitu imuniti kepada pegawai Malaysia yang menjalankan tugas rasmi di Singapura berkaitan RTS Link. Dan pada masa yang sama, memberi perlindungan timbal balas kepada pegawai Singapura yang bertugas di Malaysia. Prinsip timbal balas ini difahami dalam konteks hubungan antarabangsa. Namun demikian, imuniti tidak boleh bersifat mutlak sehingga menutup ruang pertanggungjawaban. Ia mesti terhad kepada tindakan rasmi yang sah dan tertakluk kepada mekanisme semakan sekiranya berlaku dakwaan salah laku. Dewan ini bertanggungjawab memastikan bahawa perlindungan yang diberi tidak menjejaskan prinsip keadilan dan akauntabiliti.
Sebagai contoh, dalam RUU ini, ada memberikan kuasa kepada pegawai penguatkuasa dan pegawai pengurusan insiden bagi kedua-dua negara menggunakan kekerasan yang munasabah dalam menjalankan kuasa. Adakah Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Singapura membangunkan latihan dan SOP bersama agar persefahaman dan
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
garis panduan dalam menggunakan kekerasan? Ini adalah zaman sekarang, zaman media sosial. Jika tiada garis panduan yang perlu dipatuhi, kita tidak mahu ketidakselarasan menjalankan kuasa ini bakal mengundang kemarahan dan pergaduhan antara negara jiran.
Dah lah Malaysia dan Singapura ini dari dulu bergaduh, adik-beradik, sebahagian daripada Malaysia dulu, sekarang dah republik. Dan kita claim makanan hak kita, Singapura claim hak dia. Claim bahasa kita, Singapura claim bahasa dia. Dan claim sejarah dan perli budaya antara kedua negeri. Sebab negara Malaysia dengan Singapura, kita di Johor ini yang melihat keadaan, yang selalu berada di hadapan mata kita.
Contoh yang kedua Tuan Yang di-Pertua, dalam RUU ini ada menyebut bahawa perlindungan yang diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa Singapura hendaklah terus terpakai walaupun pegawai penguatkuasa itu dah terhenti daripada menjadi Pegawai Penguatkuasa Singapura. Tiada penjelasan lanjut berkenaan subseksyen ini dan tiada juga exit clause kepada subseksyen ini. Mohon kementerian berikan juga penjelasan-penjelasan berkenaan subseksyen ini agar Dewan yang mulia ini dapat penjelasan yang menyeluruh.
Selain itu, dalam era digital yang serba canggih ini, aspek keselamatan data tidak boleh dipandang ringan. Pemeriksaan imigresen dan kastam melibatkan pengumpulan baik data biometrik dan maklumat peribadi penumpang. Kerajaan telah memberi jaminan bahawa data rakyat Malaysia akan disimpan di pusat data dalam negara dan tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia. Jaminan ini amat penting.
Namun, perlu ditekankan keperluan penerangan menyeluruh tentang bagaimana data tersebut diuruskan, siapa yang mempunyai akses, serta apakah langkah keselamatan yang diambil bagi mengelakkan kebocoran atau penyalahgunaan. Contohnya, tahun lepas, negara kita pernah digempar dengan kebocoran maklumat peribadi yang dipercayai dari pangkalan data JPN. It is very high confidential. Strict, tapi bocor juga. Ini yang ada di JPN dan dijual di internet. Dalam dunia hari ini, kedaulatan bukan hanya terletak kepada sempadan fizikal tetapi juga pada kedaulatan digital dan perlindungan data rakyat. Ini mustahak diberi perlindungan yang semaksimum yang boleh. Saya juga ingin menyentuh tentang persepsi awam.
Walaupun RUU ini tidak mencetuskan polemik besar, sebarang peruntukan yang melibatkan pegawai penguatkuasa asing beroperasi di kawasan yang berkait dengan wilayah negara pasti akan menarik perhatian rakyat.
Oleh itu, pendekatan komunikasi kerajaan amat penting. Penerangan mesti jelas, terperinci dan telus supaya tidak timbul salah faham atau naratif yang boleh menggugat keyakinan awam. Dalam sistem demokrasi yang matang, ruang untuk bertanya dan menyuarakan kebimbangan bukanlah ancaman kepada pembangunan sebaliknya satu mekanisme memperkukuhkan dasar itu sendiri. Jika dilaksanakan dengan berhati-hati dan telus, projek Johor Bahru–-Singapura RTS Link ini berpotensi menjadi model baru kerjasama
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
rentas sempadan yang moden dan efisien. Ia boleh menunjukkan bahawa Malaysia mampu mengimbangi antara keperluan pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan prinsip kedaulatan dan integriti undang-undang.
Namun, jika kita terburu-buru atau terlalu bergantung kepada keperluan operasi semata-mata, kita berisiko mewujudkan precedent yang mungkin menimbulkan pertikaian pada masa akan datang. Dekat Johor pun dah dengar bahawa bila masuk ke Johor seolah- olah macam wilayah Johor itu dah diambil alih oleh Singapura. Jadi, persepsi ini harus kita jaga sebab sensitiviti rakyat Johor ini perlu diambil kira.
Oleh itu, dalam semangat konstruktif, saya berpandangan bahawa rang undang- undang ini wajar disokong dari segi objektifnya tetapi pada masa yang sama diperkukuh dengan jaminan semakan berkala. Laporan kepada Parlimen mengenai perlaksanaannya serta mekanisme aduan dan pemantauan yang jelas. Dengan langkah sedemikian, kita bukan melemahkan undang-undang ini, sebaliknya memperkukuh asasnya agar ia benar-benar tahan uji dari sudut perundangan dan keyakinan awam.
Akhir sekali, genap 15 minit. Tuan Yang di-Pertua, RTS Link bukan sekadar projek pengangkutan. Ia adalah simbol masa depan hubungan Malaysia-Singapura dan gambaran bagaimana kita mengurus kepentingan nasional dalam dunia yang semakin saling bergantung. Kita boleh menyokong pembangunan dan pada masa yang sama mempertahankan prinsip kedaulatan. Kita boleh mempercepat mobiliti rakyat tanpa memperlahankan semak dan imbang demokrasi. Itulah keseimbangan yang harus dicapai oleh Dewan Yang Mulia. Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Orang Johor, dua orang yang berbahas tadi. Ada semangat sebagai orang Johor. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Wu Him Ven. Dipersilakan.
Dato’ Wu Him Ven
Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas tentang RUU RTS Link ini. Saya sokong sepenuhnya rang undang-undang ini walaupun projek RTS Link terletak di Johor. Kesan penting jauh lebih besar dari Johor, malah ia juga sangat penting untuk memajukan ekonomi Negeri Sembilan. Datuk Yang di-Pertua, kita bersyukur kerana Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru sudah siap sepenuhnya. Perkhidmatan ETS kini beroperasi lancar membawa rakyat dari Seremban, Tamping dan Gemas terus ke selatan negara.
Dato’ Wu Him Ven
Namun, perkhidmatan ETS berhenti di Johor Bahru Sentral, sambungan ke Singapore masih sesak di Tambak Johor. Oleh itu, RTS Link melengkapkan rangkaian rel negara. Ia adalah kepingan terakhir yang penting. Dengan sistem RTS yang pantas, rakyat Negeri Sembilan kini boleh menikmati perjalanan yang rancak dari Seremban atau Gemas terus ke Singapura dengan pertukaran yang mudah di Bukit Chagar.
ETS kini telah membuka laluan— mula untuk pelancong ke Negeri Sembilan namun RTS Link adalah pintu gerbang yang akan [Tidak jelas] Jutaan pelancong dari Singapura masuk ke dalam sistem rel kita dengan lebih pantas. Apabila pelancong Singapura boleh sampai ke Bukit Chagar dalam masa 5 minit, mereka akan mempunyai lebih banyak masa dan keinginan untuk meneruskan perjalanan ke utara menggunakan ETS.
Inilah masanya untuk kita mempromosikan destinasi di Negeri Sembilan dari pelancongan pantai di Port Dickson hingga ke syurga makanan di Seremban dan Kuala Pilah.
Dengan integrasi RTS dan ETS yang kini sudah pun beroperasi, Negeri Sembilan berada di kedudukan strategik untuk menjadi destinasi percutian hujung minggu utama bagi warga Singapura sekali gus melancarkan ekonomi PKS di Negeri Sembilan.
Datuk Yang di-Pertua, kita masih ingat kejadian yang berlaku pada Jun dan November 2024 serta Januari 2026 di kawasan Kastam. Pada waktu itu, sistem imigresen negara mengalami gangguan teknikal yang larutan menyebabkan ribuan rakyat kita terpaksa beratur dalam kesesakan melebihi lima jam. Siasatan menunjukkan bahawa kegagalan ini mempunyai berpunca daripada konflik penyelarasan data semasa proses pertukaran sistem lama MyIMMs kepada sistem bersepadu yang baru iaitu NIISe.
Fenomena [Tidak jelas] Data ini adalah ancaman sebenar kepada sasaran lima minit perjalanan RTS. Saya memuji perancangan kerajaan memasang 100 laluan e-gate di Kompleks ICQ Bukit Chagar. Ini adalah langkah proaktif yang membuktikan kita serius memanfaatkan teknologi AI dan biometrik bagi melancarkan pergerakan rakyat.
Persoalannya Datuk Yang di-Pertua, adakah Kementerian Dalam Negeri dapat menjamin bahawa sistem NIISe di Bukit Chagar telah melalui stress test yang mencukupi bagi penumpang kapasiti 10,000 penumpang sejam?
Dua, apakah protokol luar talian yang telah disediakan? Kita tidak mahu apabila pangkalan data pusat di Putrajaya mengalami gangguan, seluruh operasi RTS di Bukit Chagar terus lumpuh. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Wu. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan. Dipersilakan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Walaupun saya tidak mewakili negeri Johor dalam konteks perbahasan ini, tetapi sebagai warga Bangsa Johor, saya turut menzahirkan rasa bangga atas usaha Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan suatu program yang sangat penting, yang bukan sahaja menguntungkan bangsa atau negeri Johor bahkan bagi negara Malaysia keseluruhannya.
Dengan demikian, saya mengucapkan tahniah terlebih awal kepada pihak Kementerian Dalam Negeri kerana isu yang berkaitan yang menjentik pemikiran ataupun idea untuk menggagaskan program ini adalah soal mengatasi kesesakan kronik di Tambak Johor yang telah puluhan tahun menimbulkan masalah mobiliti rakyat, perdagangan, aktiviti ekonomi dan yang lain-lain.
Dan bayangkan bahawa menurut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, sejumlah kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia berada di Singapura. Dan juga dirakamkan sekitar 350,000 orang yang setiap hari berulang alik dari Semenanjung Malaysia ataupun lebih khusus dari Johor ke Singapura dan sebaliknya. Dan ini tentulah dapat menggambarkan betapa masalah kesesakan di Tambak Johor itu sesuatu fenomena yang perlu dirungkaikan dengan kadar yang sangat segera.
Dua hari lalu saya juga meneliti laporan media perdana, yang menyebut bagaimana aliran trafik menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands hampir lumpuh susulan pemeriksaan keselamatan yang diperketat di pihak keselamatan Singapura dan pengguna jalan raya terperangkap berjam-jam lamanya. Mungkin seperti kata Dato’ Halim tadi, hingga lima jam atas sebagai susulan pihak Singapura memperketat pemeriksaan di semua pintu masuk, darat, udara dan laut bermula pada 28 Februari yang lalu.
Dalam konteks ini, biarlah awal-awal lagi saya mengatakan perlunya kita memberikan sokongan dan dukungan penuh dan teguh kepada RUU ini kerana memberikan manfaat besar kepada negara kita. Bukan saja soal Johor, tetapi seluruh negara Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak akan banyak bertanya, tidak juga banyak memberikan komen, tapi atas dasar untuk memberikan dukungan penuh itu, ada dua, tiga perkara yang ingin saya timbulkan.
Pertama tadi walaupun telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri, akan ada suatu perancangan garis masa, tetapi ini saya kira perkara yang sangat penting disegerakan iaitu untuk kita mengetahui, apakah rancangan dan unjuran pelan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dengan kadar segera serta lancar. Bukan dalam jangka tempoh yang pendek, tetapi dalam jangka panjang dan seterusnya.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Berkaitan dengan itu juga, saya ingin bertanya, adakah telah dibuat kajian yang menyeluruh tentang perbandingan yang tentu melibatkan persamaan dan perbedaan antara sistem undang-undang yang dilaksanakan di kedua-dua negara kerana ini akan kelak menimbulkan kesenjangan ataupun soal ketidakselarasan walaupun dalam konteks negara kita dalam RUU ini telah pun dijadualkan, telah dilampirkan jadual 40 undang-undang bertulis, tapi kita juga perlu mengetahui apakah undang-undang bertulis di pihak Singapura yang dapat diselaraskan atau yang mungkin berbeda dengan undang-undang domestik kita.
Ini penting saya kira untuk memastikan bahawa tidak berlaku percanggahan besar dalam konteks pelaksanaan program RTS Link Malaysia-Singapura.
Seterusnya yang ingin saya timbulkan Tuan Yang di-Pertua ialah soal yang mungkin juga telah disebut oleh rakan-rakan terdahulu, keperluan garis panduan yang jelas dalam operasi RTS ini. Bukan mekanisme, penyelarasan yang telah direncanakan oleh semua agensi baik di pihak Malaysia terutamanya dan juga ingin kita ketahui juga di pihak Singapura supaya kita dapat membuat suatu perencanaan akan perlaksanaan yang cukup lancar dalam soal ini. Dan ini saya kira suatu yang perlu dirincikan dengan segera, dengan teratur dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang ingin saya timbulkan di sini ialah soal yang berkaitan dengan― ya berkaitan dengan, dengan keselarasan, masih lagi soal keselarasan, obligasi Malaysia di bawah perjanjian dua hala ini dan perjanjian tambahan antara Malaysia dengan Singapura yang memerlukan kedua-dua negara menyediakan perundang-undangan domestik sebelum beroperasinya program atau projek RTS ini sebagai lanjutan dan keperluan kita membuat kajian apakah undang-undang bertulis yang sedia ada di pihak satu lagi, pihak negara jiran supaya dapat kita lihat persamaan yang akan memudahkan pelaksanaan program ini dan juga perbedaan yang mungkin akan dapat menjadi suatu perencanaan untuk dapat kita jangkakan cara mengatasinya seawal mungkin.
Satu isu yang ingin saya timbulkan walaupun ia mungkin cadangan kecil tapi sedikit nostalgia sewaktu saya zaman saya kecil-kecil dari Pontian ke Singapura itu agak kerap.
Ketika itu, kaedah untuk masuk ke Singapura sangat mudah mungkin Datuk Ong dapat mengesahkan dari pengalaman peribadi ya. Masuk ke Woodland, ke Geylang dan sebagainya. Kita tidak memerlukan pasport ketika itu hanya perlu mengisi borang kecil, sekecil borang kami ke Sabah dan Sarawak. Nama dengan kad pengenalan, itu saja dan boleh masuk ke Singapura.
Adakah ini juga satu kaedah yang boleh dicadangkan oleh KDN kepada rakan kongsi kita di Singapura agar bagi bangsa Johor khususnya yang merupakan majoriti yang keluar masuk ke republik itu dapat diberi kemudahan tersebut. Wallahua’lam, saya tidak tahu
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
peraturan Imigresen Singapore sekarang, tapi mungkin dapat dirundingkan untuk mengatasi sedikit masalah kesesakan atau kesulitan warganegara kita khususnya bangsa Johor ke Republik Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tidak banyak yang ingin saya sampaikan kecuali merupakan dukungan dan sokongan kuat dan teguh kepada RUU ini dengan catatan bahawa perlu disediakan kerangka perundang-undangan domestik khususnya yang tadi berkaitan dengan soal pelaksanaan RTS Link antara Malaysia dengan Singapura dengan cukup rapi dan juga mengambil kira atau mempertimbangkan isu-isu lain kerana soal RTS ini ialah soal pembangunan fizikal yang terkait rapat dengan soal kesinambungan hubungan tradisional antara negara kita dengan Singapura yang daripada konteks demografi, konteks komposisi kependudukannya pun membayangkan suatu warisan kebersamaan, soal kebudayaan, soal ekonomi, soal politik dan soal kejiranan.
Kalau dulu ada SIJORI saya kira, maka RTS ini juga akan dapat meningkatkan hubungan ekonomi atau perdagangan, sosial dan kebudayaan serta pendidikan yang lebih lancar dan berkesan dalam rangka mengutuhkan hubungan kedua-dua buah negara berjiran yang ada hubungan tradisional seperti yang saya katakan.
Jadi, dengan ucapan itu saya memberikan dukungan, sokongan kepada Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Seri Profesor.
Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar. Silakan.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura Tahun 2026. Dan terima kasih. tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menghuraikan tentang RUU tadi.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita tidak sekadar membahaskan satu rang undang- undang. Kita sedang membahaskan masa depan mobiliti serentas sempadan negara. Projek Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura bukan sekadar landasan merentasi Selat Tebrau. Ia adalah simbol era baharu hubungan dua negara jiran, satu sistem yang bakal menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru terus ke Woodlands North di Singapura dalam hanya berapa minit perjalanan.
Datuk Rosni binti Sohar
Setiap hari, ratusan ribu rakyat Malaysia berulang-alik melalui Tambak Johor menghadapi kesesakan berjam-jam, tekanan mental, kos masa dan kos sara hidup yang meningkat. RTS hadir sebagai jawapan kepada realiti itu. Ia bukan sekadar projek pengangkutan, ia adalah projek kesejahteraan rakyat, projek daya saing ekonomi dan projek diplomasi strategik serantau.
Namun Tuan Yang di-Pertua, di sebalik keghairahan ini, kita juga memikul tanggungjawab yang besar. Apabila kita meluluskan rang undang-undang berkaitan RTS ini, kita bukan hanya membenarkan tren bergerak, kita sedang menentukan bagaimana kedaulatan undang-undang kita diurus dalam ruang rentas sempadan, bagaimana data dan keselamatan rakyat dilindungi dan bagaimana manfaat ekonomi ini benar-benar sampai kepada pekerja biasa bukan sekadar angka dan laporan pembangunan.
Maka hari ini, izinkan saya membahaskan rang undang-undang ini dengan semangat menyokong kemajuan, tetapi dengan mata yang tajam, hati yang kritis dan tanggungjawab kepada rakyat yang kita wakili.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan dengan isu keselamatan sempadan dan kebolehpercayaan sistem imigresen. Sistem RTS Bukit Chagar yang akan nanti menggunakan sistem automasi, autogate dan pengesan biometrik secara meluas. Tetapi kita tidak boleh bercakap soal automasi tanpa melihat rekod prestasi sistem yang sedia ada. Di kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, dalam tempoh dua hingga tahun kebelakangan ini, sistem autogate telah beberapa kali mengalami gangguan besar.
Pada 10 Januari 2026, kegagalan besar sistem autogate di kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Laluan Kedua menyebabkan kebanyakan e-gate tidak berfungsi dan gangguan tersebut dilaporkan berlanjutan lebih 24 jam sehingga 11 Januari. Selain itu, pada 25 Februari 2026, satu lagi gangguan rangkaian telah melumpuhkan semua autogate di Balai Bas BSI selama beberapa jam. Ini bukan cerita lama. Ini realiti mutakhir. Maka, saya ingin bertanya.
Datuk Rosni binti Sohar
Apakah jaminan bahawa sistem automasi CIQ di Bukit Cagar mampu memastikan keupayaan beroperasi secara berterusan tanpa gangguan. Adakah sistem tersebut boleh beroperasi secara offline sekiranya berlaku kegagalan rangkaian atau serangan siber?
Berapa lama masa pemulihan sistem yang ditetapkan jika berlaku gangguan. Kita tidak mahu puluhan ribu penumpang RTS terkandas hanya kerana kegagalan teknikal.
Selain itu, isu biometrik dan perlindungan data rakyat juga sangat penting. RTS akan mengumpul data dalam skala yang besar, cap jari, pengecaman wajah dan maklumat peribadi. Persoalan yang timbul, apakah mekanisme untuk audit kesalahan siber yang
Datuk Rosni binti Sohar
berkala? Siapakah pihak yang bertanggungjawab memantau dan memastikan pematuhan terhadap piawaian serta peraturan yang ditetapkan?
Sekiranya berlaku kebocoran, maksud saya kebocoran data, apakah mekanisme pampasan yang tersedia dan bagaimana aspek liabiliti akan ditentukan serta dikuatkuasakan.
Data rakyat merupakan aset strategik negara. Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani dengan tahap ketelitian serta akauntabiliti yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu penyuraian trafik dan perancangan bandar. Ya, RTS akan membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Second Link. Itu dialu- alukan, tetapi adakah RTS akan mengalih kesesakan daripada Tambak Johor ke pusat bandar Johor Bahru? Puluhan orang dijangka tiba serentak di Bukit Cagar ketika waktu puncak.
Persoalannya bagaimana sistem penyuraian trafik bagi menguruskan pergerakan mereka sebelum dan selepas ke mana mereka pergi dan turun dari tren. Adakah jumlah bas yang disediakan benar-benar mengambil kira unjuran sebenar penumpang khususnya ketika waktu puncak?
Adakah juga laluan khas bas benar-benar diwujudkan? Kerana jika tiada laluan khas bas, akhirnya bas akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas biasa dan manfaat RTS akan terhapus.
Adakah kerajaan juga bercadang mengehadkan kemasukan kenderaan persendirian ke kawasan Bukit Cagar? Jika tidak, kita mungkin hanya memindahkan masalah dari sempadan ke tengah bandar.
Di sini saya ingin menekankan keperluan pendekatan whole-of-government, RTS bukan KDN dan Kementerian Pengangkutan sahaja. Ia melibatkan KDN, KPKT, MBJB, kerajaan negeri dan perancangan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan seterusnya. Apakah pelan induk menyeluruh untuk memastikan Johor Baru tidak menjadi sekadar bandar tidur kepada Singapura? Bandar tempat rakyat kita punya pulang untuk bermalam sebelum kembali bekerja di sana.
Isu harga perumahan juga tidak boleh diketepikan dengan akses lebih pantas ke Singapura. Permintaan hartanah-hartanah hampir pasti meningkat. Apakah strategi untuk memastikan rakyat tempatan tidak terpinggir akibat kenaikan harga mendadak?
Seterusnya, isu pengaliran keluar bakat ataupun brain drain. Realitinya, gaji di Singapura jauh lebih tinggi. Sekarang pun ramai rakyat Johor berulang-alik setiap hari.
Dengan RTS yang lebih cekap, adakah kita mempercepatkan lagi penghijrahan bakat?
Apakah strategi untuk memastikan Johor Bahru membangun pekerjaan bernilai tinggi dalam negeri sendiri? Apakah insentif pelaburan yang selari dengan RTS menjadi pemangkin pembangunan dua hala, bukan saluran satu hala tenaga kerja.
Datuk Rosni binti Sohar
RTS mesti menjadi alat pembangunan bersama, win-win dengan izin. Bukan sekadar kemudahan keluar masuk tenaga kerja sahaja. Akhir sekali, isu jangka panjang, kos penyelenggaraan dan rolling stock. Apakah jangka hayat tren RTS? Bilakah unjuran penggantian rolling stock. Adakah dana penyusutan telah distrukturkan sejak awal supaya tidak berlaku situasi tahu perlu ganti, tetapi tiada peruntukan?
Siapa yang menanggung kos pergantian masa hadapan? Rancangan infrastruktur mesti menjangkaui tempoh politik lima tahun. Kita tidak mahu mengulangi pengalaman projek infrastruktur yang gagal, merancang penggantian aset sekiranya perkhidmatan tergendala lama dan banyak menanggung kesusahan selain menjejaskan nama negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia penting untuk masa depan Johor dan hubungan dua hala, tetapi RTS bukan sekadar projek rel. Ia menyentuh soal keselamatan negara, perlindungan data rakyat, struktur bandar, harga perumahan, peluang pekerjaan dan masa depan generasi muda Johor.
Kita mahu projek ini berjaya, tetapi kita mahu ia berjaya secara menyeluruh. Bukan sekadar membawa rakyat bekerja ke luar negara dengan lebih cepat, tetapi membangunkan Johor supaya setara, seiring dengan jiran kita. Saya berharap Menteri dapat menjawab persoalan ini dengan jelas dan tuntas demi kepentingan rakyat dan negara. Dalam ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.
Seterusnya, kita pergi ke pembahasan kita yang terakhir, iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew. Dipersilakan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua untuk peluang berbahas sebagai pembahas yang terakhir hari ini. Walaupun saya bukan orang Johor, tapi saya sering melintas Causeway dan selalu ada pergi Johor. Saya nak berkongsi experience saya guna Causeway ini.
Saya memang sokong rang undang-undang Rapid Transit System Link Johor Baru dan Singapura ini dan projek ini merupakan infrastruktur kritikal yang berpotensi mengubah perjalanan harian beratus-ratus ribu penumpang dan membantu ekonomi kedua-dua negara, terutamanya ekonomi Johor Bahru.
RTS Link adalah penyelesaian langsung kepada kesesakan kronik di kompleks customs, immigration dan quarantine iaitu CIQ di kedua-dua sempadan. Terutamanya bagi mereka yang tidak menggunakan kenderaan persendirian.
Pada masa ini, pejalan kaki hanya bergantung kepada perkhidmatan bas yang sering kali terlalu sesat. Ia juga diharap dapat mengurangkan bilangan penumpang yang kini
Tuan Robert Lau Hui Yew
menggunakan motosikal. Bagi tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari, projek ini menawarkan perjalanan yang belum selesa, boleh dicapai dan bermaruah.
Rang undang-undang ini menyediakan rangka kerja perundangan yang diperlukan untuk membolehkan operasi RTS Link berjalan lancar di lintasan darat antarabangsa yang tersibuk di dunia. Peruntukan mengenai pemakaian extraterritorial undang-undang, perlindungan pegawai dan bidang kuasa jenayah yang diselaraskan, adakah penting bagi pelaksanaan pelepasan bersama yang membolehkan penumpang membersihkan imigresen kedua-dua negara di satu tempat pelepasan?
Dalam konteks ini, saya ingin mengemukakan dua soalan. Pertama, memandangkan pemakaian extraterritorial undang-undang ini yang dinyatakan, bolehkah menteri menjelaskan sama ada ini memerlukan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keselarasan dengan undang-undang tertinggi negara kita?
Soalan kedua, bagi membolehkan perjanjian dua hala ini berfungsi dengan berkesan dan seimbang, adakah Republik Singapura telah meluluskan undang-undang Timbal Balik untuk mengawal selia operasi di pihak mereka? Adalah penting bahawa kedudukan undang- undang adalah setara?
Selain daripada persoalan perundangan ini, saya ingin membangkitkan dua isu praktikal, from my own experience, serta menawarkan satu cadangan berkenaan pengalaman melintas sempadan secara lebih meluas.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Pertama, mengenai kesediaan operasi. Rang undang-undang ini menetapkan tempoh masa yang sangat ambitious untuk CIQ bersama beroperasi sepenuhnya sebelum perkhidmatan RTS Link bermula, iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Kebimbangan saya ialah sama ada kita benar-benar bersedia dari segi perlaksanaan.
Ini merangkumi rangka kerja perundangan keboleh kekendirian sistem IT dan infrastruktur fizikal di lapangan. Kelewatan pada mana-mana satu komponen ini boleh menjejaskan keseluruhan pelancaran projek ini. Bolehkah Menteri menggariskan pelan kontingensi sekiranya mana-mana laluan kritikal ini ketinggalan daripada jadual?
Kedua, mengenai penetapan tambang. Kemampuan membayar tambang adalah amat penting bagi para penumpang harian yang sistem ini direka untuk layani. Perjalanan ini kurang daripada empat kilometer dan hanya mengambil masa berapa minit. Saya dengar ialah enam minit sahaja. Pada masa ini, tambang bas ialah RM2.70 dengan kadar yang setanding di Singapura. Ini ialah dari Johor Sentral CIQ sampai Woodlands, RM2.70. Kalau terus pergi bandar Singapura di Queen Street ialah RM4.80.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Soalan saya, apakah tambahan yang dicadangkan oleh RTS Link dan apakah mekanisme yang akan disediakan untuk memastikan ia kekal berpatutan dan boleh diselaraskan dari semasa ke semasa tanpa membebankan pengguna?
Dan, akhir sekali, isu terakhir. Saya ingin mencadangkan satu langkah tambahan untuk pergerakan pejalan kaki. Rang undang-undang ini memberi tumpuan kepada hubungan rel, tetapi kita juga harus mempertimbangkan laluan sepanjang satu kilometer sahaja di Causeway Johor itu sendiri. Saya mencadangkan supaya satu lorong perjalanan kaki khusus untuk— berbumbung dibuka di Causeway tersebut. Jarak antara CIQ Bukit Chagar dan CIQ Woodlands adalah kira-kira tiga kilometer yang boleh dilalui dalam masa 30 minit dengan brisk walking.
Laluan pejalan kaki yang selamat dan terlindung daripada cuaca akan menawarkan alternatif tanpa kos bagi mereka yang ingin berjalan kaki. Ia juga akan menyediakan satu bentuk senaman yang baik dan membudayakan amalan hidup sihat. Sekarang di Causeway, kita tidak dapat jalan kaki sebab tidak ada satu jalan khas untuk berjalan. Ada orang berjalan, tapi itu tidak selamat sebab dia orang mesti jalan di tepi jalan. Di tepi jalan ada banyak— banyak motosikal yang memang berbahaya.
Selanjutnya saya memudahkan ini, saya mencadangkan penubuhan CIQ pejalan kaki yang berasingan di bangunan stesen kereta api KTM yang lama. Bangunan warisan ini yang terletak lebih dekat dengan Pusat Bandar Johor Bahru berbanding dengan Bukit Chagar kini berada dalam keadaan terabai. Mengubah fungsinya menjadi pusat pemeriksaan pejalan kaki bukan sahaja akan menyediakan pintu masuk yang lebih mudah, malah ia akan menghidupkan kembali struktur bersejarah yang agung, tetapi terbiar ini, sekali gus perubahannya menjadi sebuah pintu gerbang yang ceria dan bersejarah.
Dengan ini, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew, pembahas kita yang terakhir.
Tibalah giliran untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, dipersilakan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, tujuh orang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026.
Saya akan menjawab secara umum kerana ramai yang berbahas, tidak ada dalam Dewan, tapi perbahasan yang dibuat tadi hampir menyamai tajuk-tajuk dan topik yang sama.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Antara perkara yang dibangkitkan tadi ialah dengan berkaitan isu keupayaan operasi, isu berkaitan dengan sistem dan perlindungan data, berkaitan dengan kuasa, pegawai penguat kuasa juga isu-isu lain termasuklah soal penyuraian trafik dan sebagainya.
Untuk makluman, projek RTS Link Johor Bahru-Singapura yang saya sebutkan tadi menyasarkan kapasiti penumpang seramai 10,000 orang bagi setiap arah dengan masa perjalanan lima minit di antara kedua-dua sistem. Ini merupakan game changer yang bakal mengubah landskap kehidupan harian rakyat di Johor Bahru, terutama yang berulang alik ke Singapura. Ia juga bukan hanya memberi manfaat kepada rakyat di negeri Johor, tapi pastinya keseluruhan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan juga di Johor Bahru.
Antaranya ialah ia boleh merubah kehidupan rakyat di situ, yang hari ini kita lihat bangun di awal pagi, pukul tiga, pukul empat pagi untuk ke Singapura, tapi kita cukup yakin dengan adanya apa yang kita nak lakukan ini, mereka boleh merancang perjalanan yang lebih baik. Dan, tentunya fokus utama adalah untuk memudahkan pengguna sedia ada yang bekerja di Singapura yang kini turut menggunakan kemudahan di BSI dan KSAB dengan pelbagai mode pengangkutan.
Walaupun kita juga tahu bahawa ia bukanlah penyelesaian mutlak untuk menghapuskan kesesakan di Tambak Johor secara keseluruhan, namun ia nya sedang ditangani secara holistik dengan mengabungkan operasi RTS bersama dengan inisiatif- inisiatif sokongan yang menyasarkan kelancaran proses di sempadan.
Jadi, dibangkit juga tadi berkaitan isu-isu trafik, isu kewangan, fiskal, kemudahan parkir dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan telah merangka strategi penyuraian trafik yang holistik dengan menggabungkan strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani aliran penumpang di kawasan Stesen Bukit Chagar menjelang operasi penuh RTS Link pada 2027.
Jadi pelan penyuraian trafik ini bertujuan untuk menangani kesesakan kritikal di Pusat Bandar Johor Bahru apabila RTS Link beroperasi. Strategi ini disasarkan untuk beroperasi sepenuhnya menjelang 1 Januari 2027 melalui pendekatan-pendekatan berikut.
Satu ialah strategi penyuraian penumpang adalah, dengan memperkasakan perkhidmatan rangkaian bas perantara. Di bawah program SBST dan penyediaan infrastruktur khusus iaitu perluasan liputan laluan bas di luar kawasan RTS Link bagi memastikan ketersambungan yang lebih jauh.
Daripada 18 laluan sedia ada, jumlah ini akan ditingkatkan kepada 21 laluan pada tahun 2026 dan seterusnya mencapai 28 laluan menjelang suku pertama tahun 2027.
Bilangan bas yang beroperasi akan ditingkatkan secara berperingkat untuk menampung jumlah pertambahan penumpang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Operasi semasa melibatkan 128 unit bas yang akan ditambah kepada 162 unit pada tahun 2026, tahun ini dan akhirnya, mencapai kapasiti maksimum 254 unit bas menjelang tahun 2027. Bermakna pelbagai aspek kesediaan dah sedang dan akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri bersama dengan kementerian lain termasuklah Kementerian Pengangkutan dan sebagainya.
Bagi mengelakkan bas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas umum, lorong-lorong khas bas sedang disediakan. Langkah ini menjamin kelancaran pergerakan pengangkutan awam masuk dan keluar dari stesen RTS, memberi keutamaan perjalanan kepada pengguna bas.
Yang Berhormat, bagi mengurangkan kebergantungan kepada jalan raya, stesen rel sedia ada akan dioptimumkan untuk menyuraikan penumpang ke destinasi yang lebih jauh sebelum mereka masuk ke pusat bandar yang padat.
Kapasiti tren elektrik juga akan ditingkatkan kepada 10 unit set tren ini dengan kekerapan perjalanan setiap dua jam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru serta pengenalan sistem bas Rapid Transit. Jadi, strategi penyuraian ini melibatkan tren berhenti di enam bandar utama di Johor. Membolehkan penumpang turun di lokasi-lokasi strategik tanpa perlu bertumpu di JB Sentral semata-mata. Ini perancangan yang cukup teliti dilakukan bersama dengan kementerian-kementerian lain terutamanya Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan juga sedang memuktamadkan perjanjian pajakan sebanyak 10 set tren komuter. Jadi, perkhidmatan ini dijangka mula operasi dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian dimeterai— memberikan mod pengangkutan alternatif berkapasiti tinggi untuk penduduk tempatan.
Dan sebagai langkah jangka panjang, kerajaan juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan sistem rel berperingkat atau EARP yang kini di peringkat pertimbangan Jemaah Menteri sebagai pelengkap kepada ekosistem rel sedia ada.
Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, untuk mengelakkan kenderaan persendirian misalnya membanjiri kawasan Bukit Chagar, kemudahan parkir desentralisasi sedang dipergiatkan selain menyediakan parkir di Stesen RTS iaitu 1,500 parkir kereta dan 1,000 parkir motosikal sedang MOT— Kementerian Pengangkutan sedang mengusahakan pembangunan 35 lokasi di sekitar Bandar Johor Bahru. Jadi ini membolehkan pengguna meletakkan kenderaan di luar bandar dan menyambung perjalanan menggunakan bas perantara atau komuter.
Sebagai alternatif kepada perkhidmatan BRT misalnya dan bagi melengkapkan perjalanan penumpang terus ke rumah, kerajaan juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan e-hailing. Tadi disebut tadi— Grab, untuk menawarkan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
khidmat penghantaran penumpang dari stesen ke rumah dengan kadar rata serendah RM3.
Tadi dibangkitkan tentang kos pengangkutan tadi. Jadi, kita memang meneliti perkara ini. Jadi, inisiatif ini menjadikan pengangkutan awam akan lebih menarik, kompetitif berbanding dengan penggunaan kenderaan sendiri. Penyuraian trafik ini didorong oleh pembangunan infrastruktur fizikal, di mana laluan pejalan kaki yang selesa sedang dibina menghubungkan Johor Bahru Sentral terus ke RTS Link.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kelancaran trafik di kawasan RTS Link adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Malaysia dan juga Singapura di mana kecekapan pelepasan penumpang di kedua-dua belah sempadan adalah kritikal untuk memastikan pelan penyuraian ini berjaya dilakukan.
Ahli Yang Berhormat, dibangkitkan juga tadi berkaitan dengan perjanjian. Untuk makluman, keseluruhan kerangka perundangan RTS Link ini dibina di atas prinsip timbal balas. Jaminan ini disokong oleh empat asas utama. Prinsip kesetaraan sebagai asas hubungan perundangan. Ini tertakluk kepada perjanjian dua hala: bilateral agreement yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura pada tahun 2018 lagi.
Jadi, kedua-dua negara telah bersetuju secara prinsip bahawa undang-undang yang diguna pakai mestilah berkonsepkan mirroring each other yang bermakna, apa juga kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa Singapura di Stesen Bukit Chagar wajib juga diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa Malaysia di Stesen Woodlands di Singapura.
Yang Berhormat, RUU ini yang dibentangkan ini adalah, terjemahan langsung daripada perjanjian tambahan (SA) yang telah dimeterai pada 4 Disember 2025 lagi. SA ini memperincikan tatacara kerja serta jaminan pemberian imuniti dan perlindungan undang- undang kepada pegawai-pegawai penguat kuasa bagi kedua-dua negara semasa bertugas di seberang sempadan. Oleh itu, Singapura juga sedang— jadi dibangkitkan tadi mengenai perkara ini— Singapura juga sedang dalam proses meminda undang-undang domestik mereka untuk memenuhi komitmen yang sama.
Jadi, sebagai langkah keselamatan bagi Malaysia, fasal 5 rang undang-undang ini kalau kita lihat, secara jelas memperuntukkan mekanisme perkiraan bersilang. Fasal ini menetapkan syarat yang ketat bahawa— ini yang disebut tadi tentang kedaulatan kita. Fasal ini kalau kita lihat menetapkan syarat ketat bahawa sekiranya Singapura gagal atau tidak memberi perlindungan imuniti atau keistimewaan yang sama kepada pegawai-pegawai Malaysia, maka peruntukan di bawah undang-undang Malaysia ini tidak akan terpakai kepada pegawai mereka. Ini adalah mekanisme automatik untuk menjamin kedaulatan negara dan perlindungan kepada pegawai-pegawai negara kita.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk makluman, kedua-dua negara terikat dengan garis masa yang ketat selaras dengan SA tersebut. Malaysia dan Singapura perlu memuktamad dan mewartakan perundangan domestik masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun ini. Ini adalah bagi memastikan segala aspek perundangan sedia ada, siap sedia untuk dikuatkuasa sepenuhnya pada 30 September 2026 ini.
Kesimpulannya Yang Berhormat Yang di-Pertua, tidak timbul isu berat sebelah kerana Singapura juga terikat di bawah perjanjian antarabangsa untuk mewujudkan perundangan yang setara demi melindungi pegawai Malaysia yang bertugas.
Selanjut itu, dibangkitkan juga isu berkaitan dengan pemberian kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa Singapura. Ini dibangkitkan banyak tadi. Sejauh manakah kuasa ini dikawal agar tidak menjejaskan undang-undang. Juga saya sentuhkan tadi, tapi apa pun, Rang Undang-undang RTS ini memperuntukkan Kerajaan Republik Singapura perlu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Kerajaan Malaysia bagi menempatkan pegawai seperti yang dipersetujui dalam perjanjian dua hala yang telah ditandatangani.
Jadi, Rang Undang-undang RTS ini hanya memperuntukkan kuasa-kuasa yang terhad seperti yang disenaraikan saja kepada pegawai-pegawai Singapura iaitu kuasa yang diperlukan saja untuk melaksanakan fungsi kastam, imigresen, keselamatan di kawasan yang ditetapkan sahaja.
Seterusnya, mana-mana individu yang ditahan oleh pegawai Singapura akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
Sekiranya terdapat aduan mengenai Pegawai Penguatkuasa Singapura yang bertugas di Bukit Chagar, Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa mengehendaki Kerajaan Singapura untuk memanggil balik mana-mana pegawai yang dikerahkan bertugas di RTS Link. Jadi, kuasa pegawai penguat kuasa hanya boleh dilaksanakan di kawasan yang ditetapkan saja bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi bagi kedua-dua negara di Stesen RTS Link.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kalau kita lihat fasal 11, RUU RTS ini juga, memperuntukkan bahawa Pegawai Penguatkuasa Malaysia yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan yang ditetapkan di stesen Woodlands hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana diberikan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa Singapura di bawah fasal ini.
Bagi memastikan rang undang-undang ini dikuat kuasa antara kedua-dua negara, Joint Standard Operating Procedures untuk fasiliti di RTS Link telah diwujudkan bagi memastikan SOP dilaksanakan dengan teratur.
Jadi Yang Berhormat, pegawai penguat kuasa Singapura di Stesen RTS Link Bukit Chagar tidak mempunyai kekebalan mutlak daripada undang-undang Malaysia. Ini sangat
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
jelas. Sebaliknya, hanya diberikan kekebalan berfungsi saja. Ini istilahnya, yang melindungi mereka khusus untuk tindakan ketika menjalankan tugas rasmi sahaja.
Jika mereka melakukan kesalahan di luar skop tugas seperti jenayah peribadi, kekebalan tersebut secara automatik terbatal dan mereka boleh ditahan serta dibicara di bawah undang-undang Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi sebarang penyalahgunaan kuasa semasa bertugas, prinsip bidang kuasa luar wilayah terpakai. Bermakna, mereka akan disiasat, dihukum mengikut sistem perundangan Singapura.
Penyaluran sebarang aduan salah laku boleh terus dikemukakan kepada badan integriti dan pihak berkuasa sama ada di Malaysia atau Singapura. Jadi, sekiranya terdapat aduan mengenai Pegawai Penguatkuasa Singapura yang bertugas di Bukit Chagar, Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa mengkehendaki Kerajaan Republik untuk memanggil balik pegawai berkenaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi.
Dato Yang di-Pertua, banyak dibangkitkan tadi juga ialah berkaitan dengan data.
Perlindungan data. Untuk makluman, semua data sulit termasuk data biometrik, disimpan di Pusat Data Kerajaan Malaysia yang dilulus dan dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan.
Untuk makluman, infrastruktur penyimpanan adalah berada dalam persekitaran yang selamat dengan kawalan dan keselamatan fizikal dan siber yang ketat. Jaminan kerajaan adalah data tersebut disimpan dalam server yang dilindungi menggunakan teknologi yang bertaraf industri. Dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak boleh dipindah ke pelayar luar tanpa kelulusan rasmi daripada kerajaan. Ini sangat jelas, malah Audit Keselamatan Siber dan pengurusan keselamatan siber bagi kedua-dua negara juga diselaras melalui— di bawah Joint Securities Subcommittee. Jadi, kedua-dua negara memang sangat teliti dalam soal data ini.
Dato Yang di-Pertua, saya ingat saya nak masuk satu lagi isu saja. Itu dibangkitkan tadi oleh Ahli Yang Berhormat juga. Bolehkah Menteri menjelaskan sama ada ini memerlukan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keselarasan? Ini dibangkitkan last tadi.
Jadi, saya nak maklumkan bahawa tidak perlu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan punca kuasa untuk menggubal undang-undang dengan pemakaian luar wilayah telah pun diperuntukkan di bawah Perkara 73 dan Butiran 1(g) Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan.
Singapura belum memaklumkan sama ada undang-undang domestik mereka telah diluluskan atau pun tidak.
Jadi Yang Berhormat, saya harap jawapan yang saya berikan tadi menjawab. Mana- mana yang saya tak jawab, saya bersedia untuk memberi jawapan secara bertulis. Namun, ingin saya tekankan bahawa Kerajaan Malaysia tetap menjaga kedaulatan negara dan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
undang-undang ini sangat teliti bagi menjamin kepentingan negara. Dan tentunya untuk kesejahteraan rakyat di negara ini.
Jadi, sekali lagi bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kerana mengambil bahagian dalam rang undang-undang yang sangat penting ini. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 28 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]
Tuan Pele Peter Tinggom
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada satu pantun.
Pergi ke pekan membeli rotan, Rotan dibawa ke dalam perahu; Banyak perkara telah dibincangkan, Semoga keputusan memberi restu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 9 Mac 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.09 petang]