Mar042026

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dijemput Setiausaha Dewan Negara membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “3 Mac 2026 Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

  1. (D.R. 3/2026) – Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026; 2. (D.R. 6/2026) – Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2026; Yang Ikhlas, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seorang Menteri? Menteri mesti memaklumkan tentang Peraturan 66(2).

draft • 10:00 AM
URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 66(2), saya mohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibaca kali kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah.

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong.

draft • 10:00 AM

Tuan Roderick Siew Lead

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta Perdana Menteri menyatakan, kos yang telah atau akan dibayar oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) untuk mengaudit akaun Lembaga bagi tempoh 18 tahun yang lepas.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, ini saya sedia, saya dimaklumkan, yang itu sebelum itu Tan Sri saya tidak difahamkan bahawa saya perlu membuat pengumuman tersebut, the earlier one. I was not notified otherwise I would have been ready to..

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, kita...

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI dalam memastikan tatakelola yang baik serta mempertingkat akauntabiliti pengurusan wang awam, kerajaan pada tahun 2024 telah membentangkan Rang Undang-undang Profesion Undang- undang (Pindaan) 2024. Rang undang-undang ini telah antara lain memperuntukkan Akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Lembaga Kelayakan hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara sebagai langkah memastikan ketelusan yang dan integriti dengan pengurusan kewangan Lembaga tersebut.

Susulan kuat kuasa pindaan ini pada 9 Mei 2025 Lembaga Kelayakan telah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2008 hingga 2012 kepada Jabatan Audit Negara pada 19 Januari 2026. Dalam hal ini Jabatan Audit Negara kini sedang melaksanakan pengauditan bagi tahun-tahun kewangan tersebut. Fi pengauditan bagi Penyata Kewangan

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Lembaga Kelayakan bagi tempoh lima tahun kewangan iaitu dari tahun 2008 ke 2012 yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara adalah sebanyak RM86,788.50 dengan pecahan mengikut tahun seperti dilampirkan dan akan diberi kepada Senator kemudian.

Bagi tahun kewangan 2013 dan seterusnya, penyata kewangan sedang disediakan oleh Lembaga Kelayakan dan akan dikemukakan secara berperingkat kepada Jabatan Audit Negara. Fi pengauditan bagi tahun-tahun tersebut akan ditentukan oleh Jabatan Audit Negara selepas penyata kewangan diterima dari Lembaga Kelayakan. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya ialah, sejak permulaannya pentadbiran Kerajaan MADANI, apakah inisiatif-inisiatif dalaman yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang iaitu LPQP bagi menambah baik governance Lembaga termasuk pembaharuan prosedur pematuhan standard tadbir urus dan mekanisme pemantauan dalaman. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tersebut. Sebenarnya untuk lebih 16 tahun ia tidak diaudit ada kelemahan-kelemahan yang tertentu. Lembaga Kelayakan telah mengambil beberapa inisiatif dalaman untuk menambah baik tadbir urus. Lembaga Kelayakan antara lain dengan membuat penstrukturan semula organisasi dengan mewujudkan seksyen kewangan dan melantik seorang Penolong Pengarah Kewangan untuk menguruskan hal ehwal kewangan supaya lebih sistematik dan teratur.

Selain itu Lembaga Kelayakan juga telah melanggan sistem perakaunan SQL bagi memastikan penyediaan laporan kewangan dibuat secara lebih teratur selaras dengan keperluan pelaporan kewangan semasa.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pada masa ini juga, dengan mengambil kira pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 yang terkini, yang akan menjadikan Lembaga Kelayakan sebagai sebuah pertubuhan perbadanan, pihak Lembaga Kelayakan sedang meneliti dan menyediakan tatacara serta kaedah perolehan yang lebih teratur bagi menguruskan proses perolehan Lembaga Kelayakan selaras dengan tatacara perolehan badan-badan berkanun. Penambahbaikan lain akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan masa. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina.

draft • 10:10 AM

2. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, bagaimanakah Malaysia mengimbangi tekanan geopolitik antara kuasa besar tanpa menjejaskan akses pasaran eksport.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Senator Dr. Hajah. Walaupun soalan yang

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

nampaknya pendek tapi itu adalah isu yang sangat kompleks dan terpaksa saya jawab dengan panjang.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, keadaan geopolitik dan ketidaktentuan hubungan perdagangan antara kuasa-kuasa besar serta gangguan dan rantaian bekalan global berpotensi menjejaskan prestasi eksport. Seterusnya, memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara.

Walaupun bagaimanapun, Malaysia konsisten dengan pendirian bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang friends to everyone dan kita kekal sebagai negara yang neutral dan berkecuali. Berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik global dan pengenaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat, prestasi perdagangan Malaysia kekal stabil. Tahun 2025 menyaksikan Malaysia mencatatkan pencapaian perdagangan yang amat membanggakan apabila jumlah perdagangan negara buat pertama kalinya melepasi paras RM3 trilion iaitu mencecah RM3.06 trilion, meningkat 6.2 peratus berbanding tahun 2024.

Pencapaian ini direkodkan walaupun ekonomi global berhadapan ketidaktentuan dasar perdagangan, ketegangan geopolitik serta cabaran rantaian bekalan antarabangsa.

Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan kukuh dalam kedua-dua eksport dan import.

Malaysia terus mengekalkan momentum perdagangan yang kukuh dengan China dengan jumlah perdagangan mencecah RM541.45 bilion, meningkat 11.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut sejak tahun 2009. Manakala, perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat turut meningkat sebanyak 12.3 peratus kepada RM365.07 bilion, menjadikan negara tersebut sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia sejak tahun 2015.

Strategi Malaysia menangani ketidakseimbangan perdagangan antara kuasa-kuasa besar. Kita menghadapi ketidakseimbangan perdagangan global serta cabaran geopolitik melibatkan kuasa-kuasa besar. Kementerian telah merangka beberapa strategi bagi memastikan daya tahan ekonomi fiskal negara kekal kukuh serta strategi promosi eksport secara lebih bersasar dan kekal berdaya tahan.

Bagi memastikan eksport negara kekal mampan dan berdaya saing pada tahun 2026 dan seterusnya, kementerian telah merancang beberapa strategi utama. Nombor satu, mempelbagaikan pasaran eksport. Malaysia akan terus memperluaskan pasaran terutamanya ke rantau Asia Barat, Afrika dan Amerika Selatan. Pada tahun 2025, peningkatan eksport ketara direkodkan ke beberapa pasaran baru termasuk Kyrgyzstan, Yaman, Tanzania, Kazakhstan, Uzbekistan, Algeria dan Kenya.

Kedua, memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Pasaran FTA menyumbang 66.4 peratus kepada jumlah eksport negara pada tahun 2025 dengan

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Sim Tze Tzin

perdagangan melepasi RM2 trilion. Maka Malaysia akan terus memanfaatkan 17 FTA kita dengan pasaran yang lain.

Ketiga, memperhebatkan promosi— program promosi eksport. Fokus akan diberikan kepada sektor pertumbuhan dan nilai tinggi HGHV: high growth, high value seperti E&E, aeroangkasa, automotif, farmaseutikal, halal, perkhidmatan dan industri kreatif selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Keempat adalah digital eksport. Penyertaan dalam platform e-dagang rentas sempadan seperti Alibaba, Amazon dan eBay turut digalakkan melalui program e-Trade bagi mempercepatkan penerokaan pasaran baharu. Manakala platform MADANI Digital Trade Platform (MDTP), akan diperkukuh bagi memperluaskan capaian pasaran global syarikat Malaysia. Sehingga Disember 2025, lebih 4,500 pengeksport telah berdaftar.

Kelima, Program Pembangunan Pengeksport. Program Hari Eksport Negeri yang dilaksanakan sejak 2023 telah diperluas kepada beberapa negeri bagi membimbing PKMS memasuki pasaran eksport.

Keenam, memperluas ekonomi halal. Kerajaan komited menjadikan Malaysia sebagai hab halal global melalui NIMP 2030. Sektor halal dijangka menyumbang RM231 bilion atau RM10.8 peratus kepada KDNK menjelang 2030. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat lengkap. Soalan tambahan saya adalah, adakah atau bagaimanakah kementerian bekerjasama dengan Wisma Putra untuk memastikan retorik perdagangan kita selari dengan prinsip berkecuali ASEAN terutama apabila mendapat tekanan ekonomi daripada pihak-pihak tertentu dan adakah dengan Malaysia berhasrat menyertai BRICS akan memberi kelebihan akses kepada kita untuk menembusi pasaran baru atau ada tindak balas daripada pihak-pihak lain ataupun daripada rakan tradisional Barat?

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Senator.

Malaysia akan terus konsisten dengan Dasar Luar Negara terutamanya kita akan patuh kepada dasar luar yang ditetapkan oleh Wisma Putra. Dan kita tahu bahawa Perdana Menteri kita adalah seorang tokoh dunia yang mempunyai persahabatan dan juga hubungan yang baik dengan semua rakan kongsi.

Itu sebab di bawah usaha Perdana Menteri sejak dia menjadi Perdana Menteri sejak 2022, dia telah pergi mendapatkan pasaran, akses dengan negara-negara yang jarang-jarang kita tembusi. Contohnya di Brazil, di Amerika Selatan, kita pun berjaya pada julung-julung kalinya ASEAN, semasa Pengerusi ASEAN, kita berjaya mendapatkan satu, memulakan dialog ASEAN-GCC. Ini pertama kali. ASEAN biasanya ada dialog dengan China, ada dialog dengan Korea, Jepun, tapi pertama kali kita ada dialog dengan GCC.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Ini adalah satu kejayaan besar yang tidak pernah dijalankan. Itu sebab di bawah apa ini— “kawan kepada semua”. Prinsipnya friends to everyone— fokus kepada ekonomi, bukan politik. Maka kita berjaya mendapatkan sokongan dan juga menembusi pasaran-pasaran. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu kejayaan di bawah pimpinan Perdana Menteri dan juga MITI.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan BRICS, apa kesannya belum dijawab.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

BRICS kita masih, kita sedang berusaha untuk menyertai BRICS dan itu adalah, sebenarnya di bawah Kementerian Luar, bukan MITI. Itu adalah hubungan...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, kalau masuk BRICS lah dari ada halangan tradisional...

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Setakat ini tidak ada, setakat ini kita tidak terima apa-apa halangan daripada rakan-rakan negara tradisional. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tan Sri Low, seorang businessman, soalan yang relevan.

Okey.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bolehkah kerajaan menjelaskan apakah impak konflik sengit di Timur Tengah terhadap sektor eksport Malaysia sekiranya pergolakan ini berlanjutan khususnya gangguan laluan perkapalan di Strait of Hormuz. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin

Terima kasih Tan Sri Senator, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Setakat ini, Malaysia masih mengakses keadaan konflik di Timur Tengah yang baru-baru ini.

Malaysia’s total trade dengan Iran sebenarnya tidak besar iaitu hanya RM2.45 bilion dan sebenarnya kita adalah 0.09 daripada total trade 2024. Maka, impaknya kurang daripada 0.1 peratus daripada total trade Malaysia.

Kedua, kita mematuhi United Nations sanction. Jadi, kita hanya eksport atau import benda yang dibenarkan oleh United Nations contohnya food, palm oil-based, agriculture products, textile, apparel, footwear, farm oil-based manufacture product dan natural rubber.

Ini adalah benda-benda yang kita boleh import-eksport dengan Iran.

Setakat ini, yang menjejaskan adalah isu petroleum dan juga natural gas daripada Iran. Walaupun bagaimanapun, kita tidak mempunyai banyak import daripada sana. Malaysia adalah pengeksport dan pengeksport natural gas dan juga petroleum, impaknya kurang dari segi itu. Itu setakat yang saya boleh jawab kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Tuan Isaiah.

draft • 10:20 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua.

Pohon sena di tepi halaman, Tempat berteduh kala mentari; Golongan OKU perlu perhatian, Dasar dilaksana biar lestari.

draft • 10:20 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Soalan nombor 3

draft • 10:20 AM

3. Tuan Isaiah a/l D. Jacob minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(i) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan semua rumah yang diperuntukkan kepada golongan OKU mematuhi piawaian aksesibiliti OKU; dan

(ii) apakah kekangan sedia ada dalam penyediaan kediaman yang sesuai untuk golongan OKU serta tindakan kerajaan bagi menanganinya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Senator.

Kementerian sentiasa proaktif dan komited bahawa memastikan perancangan bandar dilaksanakan secara sistematik dengan memberi penekanan kepada keperluan dan kehendak rakyat mengikut kesesuaian kawasan termasuklah rakan-rakan kita daripada kelompok OKU.

Daripada aspek perancangan bandar dan desa, langkah pematuhan dilaksanakan di peringkat awal proses pemajuan lagi iaitu semasa Permohonan Kebenaran Merancang (KM) melalui mekanisme berikut; Pertama, Garis Panduan Perancangan di mana kementerian ini melalui PLAN Malaysia telah pun menyediakan Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat atau pun Universal Design 2011 yang telah pun diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2011 dan seterusnya Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 23 Mei 2011 juga telah bersetuju dengan pelaksanaan garis panduan ini. Langkah ini adalah memastikan setiap susun atur perumahan baru yang dirancang wajib menyediakan ketersambungan atau connectivity yang menyeluruh daripada unit kediaman ke kemudahan awam seperti mana taman permainan dan surau melalui penyediaan:

(i) laluan pejalan kaki;

(ii) ramp yang mematuhi kecerunan 1:12; dan juga

(iii) parkir untuk OKU.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Kedua, di bawah seksyen 21A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ataupun [Akta 172], setiap laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan oleh pemaju perlu menyertakan analisis kesan sosial dan PBT juga melalui Jawatankuasa Pusat Setempat

(OSC) akan memastikan elemen reka bentuk sejagat ini dimasukkan dalam pelan susun atur sebelum kebenaran merancang mereka diluluskan. Dan jika tiada penyediaan aksesibiliti ini, pelan itu tidak mungkin akan diluluskan.

Ketiganya, PLAN Malaysia juga memastikan perancangan perumahan moden menerapkan konsep kejiranan inklusif di mana unit-unit rumah untuk OKU biasanya akan ditempatkan di tingkat bawah atau pun itu bagi perumahan strata ataupun di unit sudut bagi rumah teres bagi memudahkan mereka, pergerakan mereka.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, bagi menjawab soalan yang kedua yang

(b) tadi, adalah berkaitan dengan kekangan sedia ada yang kita hadapi.

Pertamanya adalah kos tambahan penyediaan aksesibiliti.

Kedua, keterbatasan ruang dalam unit perumahan kos rendah.

Ketiga adalah tahap kesedaran dan keutamaan dalam kalangan pemaju dan kontraktor.

Manakala yang keempat adalah, kekangan pemantauan teknikal oleh pihak berkuasa tempatan kerana PBT ini mempunyai tugas yang begitu rencam sekali. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua bagi menyelesaikan, bagi mengatasi masalah-masalah ataupun kekangan- kekangan yang telah saya sebutkan tadi, ada beberapa tindakan yang kita berikan perhatian Tuan Yang Di-Pertua.

Pertamanya adalah berkaitan dengan draf MS1184:2025 pindaan ketiga. Ketika ini sedang dalam peringkat akhir di mana ia akan mementingkan konsep adaptable dwelling di mana annex ini Tuan Yang di-Pertua, akan menetapkan keperluan reka bentuk dalaman perumahan yang membolehkan unit kediaman tersebut diubah suai dengan mudah dan dengan kos yang rendah apabila penghuni-penghuni mungkin satu, bertukar menjadi OKU ataupun menjadi warga emas.

Dan kedua adalah, berkaitan dengan kajian semula garis panduan perancangan di mana ini adalah bagi memastikan parameter perancangan di peringkat pihak berkuasa tempatan adalah selari dan harmoni dengan keperluan teknikal terkini di dalam draf MS1184:2025 yang saya sebutkan tadi.

Yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, adalah penerapan konsep aging in place di mana kita menggalakkan pemaju menyediakan unit rumah yang direka khusus untuk menua di tempat sendiri, mengambil kira, maknanya mana-mana pemaju perumahan mengambil kira rumah itu akan menjadi tempat untuk kita menua di situ dengan kita memasukkan dalam pelan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

susun atur yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, teknologi pintar untuk smart living yang selaras dengan Dasar Perbandaran Mampan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang begitu lengkap. Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian— Kementerian Perumahan terhadap pemaju-pemaju masih tidak mahu ikut Universal Design 2011 dan bolehkah kementerian wujudkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada golongan OKU untuk memastikan pemaju-pemaju mematuhi Universal Design 2011 sebelum mengeluarkan Certificate of Fitness (CF). Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman, sekiranya pemaju didapati gagal mematuhi keperluan kemudahan akses sejagat ataupun universal design tadi, maka pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan untuk termasuklah tidak meluluskan kebenaran merancang dan pelan bangunan serta mengenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain daripada itu Ahli Yang Berhormat, PBT juga boleh menggunakan kuasanya di bawah seksyen 70(23)(A)(B) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 ataupun Akta 133 untuk kita menjalankan pemeriksaan semasa pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina adalah mematuhi pelan bangunan yang telah pun diluluskan tadi. Seterusnya, sekiranya terdapat ketidakpatuhan, PBT juga boleh check and balance dan selanjutnya menahan pengeluaran CCC terhadap projek tersebut dan PSP diwajibkan untuk melihat perkara itulah.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk jawapan yang kedua di sudut jawatankuasa itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewujudkan satu Jawatankuasa Majlis OKU, Majlis Kebangsaan OKU dan di dalam majlis ini, ada satu yang kita namakan pelaksanaan audit akses di mana kementerian─ majlis ini bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan aksesibiliti dan bentuk sejagat dalam pematuhan MS11184. Dan objektif akses, audit akses ini adalah bagi mendedahkan keperluan, masalah dan halangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakan-rakan kita, kelompok OKU berkaitan dengan persekitaran alam bina yang tidak mungkin boleh akses dengan mudah.

Ada pun di peringkat OSC, Tuan Yang di-Pertua, di peringkat kementerian atau pun PBT, saya juga ingin menyeru kepada Ahli Yang Berhormat, mungkin dalam OSC ini, OSC ini salah satu anggota mereka dalam empat orang ahli majlis. Kalau mungkin ahli majlis itu ada kalangan yang dilantik ahli-ahli majlis seperti mana ada Yang Berhormat Senator kita mewakili rakan-rakan OKU, ada ahli majlis yang juga mewakili, maka dia boleh duduk di dalam OSC di setiap PBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan Dato Yang di-Pertua, untuk OKU.

draft • 10:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Manolan. Lepas itu yang terakhir, Abun.

draft • 10:20 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Umum mengetahui bahawa piawai aksesibiliti sebelum ini telah menumpukan kepada keperluan fizikal semata- mata.

draft • 10:20 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Jadi, bolehkah pihak kementerian memperincikan, apakah parameter baru yang diperkenalkan bagi memastikan kediaman atau persekitaran kita benar-benar mesra OKU?

OKU kognitif atau neurodiversity seperti autism dan attention deficit hyperactivity disorder ataupun ADHD. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

OKU itu lebih lebar dia punya skop.

draft • 10:30 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Skop dia lebar, ya.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, memang kita memahami bahawa pembangunan pada ketika ini tidak boleh hanya tertumpu kepada melihat kepada halangan mobiliti fizikal, tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu menyantuni reka bentuk keperluan minda, contohnya. Khususnya, di kalangan anak-anak autism. Design for mind ini adalah bagi menggalakkan anak-anak ataupun golongan neurodiversity ini tidak terus terpinggir.

Jadi, soalan Ahli Yang Berhormat itu sangat relevan sekali. Untuk kementerian ini, melalui PLANMalaysia, kita telah pun menerbitkan satu panduan inisiatif persekitaran mesra autism ataupun kita namakan sebagai PRISMA. Di mana dalam— pada masa yang sama, dalam draf MS1184/2025 yang terbaru yang saya sebutkan tadi juga, kita telah pun memperkenalkan Anex J iaitu berkaitan dengan kemudahan mesra keluarga dan neuro inklusif. Dan di antara parameter yang ditanyakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu termasuklah pertama, kita— penyediaan ruang bertenang yang selamat, kalis bunyi dan mempunyai pencahayaan malap di tempat-tempat tumpuan untuk membantu, khususnya individu autism bertenang sekiranya mengalami tantrum atau krisis-krisis deria.

Yang keduanya adalah pengurusan bebanan deria. Di mana kita memberi kawalan kepada aspek pencahayaan seperti meminumkan penggunaan lampu pendarfluor yang berkelip ataupun berdesing dan menggantikannya dengan pencahayaan semula jadi ataupun LED yang boleh mungkin kita kawal kecerahannya.

Yang ketiga yang terakhir Tuan Yang Di-Pertua, kawalan akustik dan visual juga dimasukkan di situ. Di mana kita— penggunaan warna-warna low arousal ataupun seperti warna pastel berbanding warna-warna garang itu mungkin lebih diberikan keutamaan. Dan pada masa yang sama, rekabentuk dinding kalis bunyi serta mengelakkan corak kemasan

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

lantai dan dinding yang pelbagai, yang mengakibatkan kelompok neurodiversity ini mungkin berserabut kepalanya bila melihat perumahan itu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Abun. Soalan tambahan yang terakhir.

draft • 10:30 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

OKU ya.

draft • 10:30 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Dato Yang di-Pertua. Kita hanya selalunya melihat kepada keperluan OKU ini di— banyaknya di bandar, tapi adakah kerajaan juga untuk memperhatikan OKU juga ada di pedalaman, rumah panjang, kampung? Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan peruntukan sekiranya perlu untuk menyediakan akses ke rumah-rumah panjang ataupun kampung yang ada di pedalaman? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyebutkan, di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memang menjadi tumpuan kita adalah kawasan operasi PBT. Adapun di kawasan-kawasan yang lain, kita memang menggalakkan supaya universal design ini diambil kira juga oleh kementerian- kementerian lain yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti mana yang sahabat Senator saya sebutkan tadi. Saya percaya Kerajaan MADANI ini sangat peka dan insya-Allah, boleh dilaksanakan bersama-sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang diPertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau.

draft • 10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Robert Lau Hui Yew minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, keperluan memperkenalkan satu lagi sistem pelepasan Imigresen iaitu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNllSe), memandangkan negara kita sudah mempunyai tiga sistem pelepasan Imigresen, adakah sistem ini satu keperluan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Dato Yang di-Pertua, Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NllSe) ini bukan satu sistem tambahan yang berasingan, sebaliknya merupakan platform bersepadu, menyatukan fungsi keimigresenan daripada sistem sedia ada yang telah beroperasi lebih dua dekad ke dalam satu ekosistem digital yang lebih menyeluruh.

Manakala, MyNllSe pula ialah aplikasi mudah alih di bawah ekosistem NllSe yang akan digunakan oleh warganegara dan pengembara asing bagi urusan pelepasan Imigresen di pintu masuk negara serta bagi perkhidmatan keimigresenan lain secara peringkat pada masa hadapan. Perlaksanaannya bertujuan menyatukan dan memperkasakan pengurusan data, memperkukuhkan analitik risiko secara masa nyata serta meningkatkan kecekapan operasi kawalan sempadan di peringkat nasional.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Keperluan ini timbul sebenarnya selaras dengan peningkatan pergerakan rentas sempadan, cabaran keselamatan global serta keperluan mempertingkatkan kapasiti dan pemodenan sistem Imigresen agar lebih berdaya tahan, berskala nasional dan selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat, sistem NllSe bukanlah merupakan pertindihan sistem. Sebaliknya, ia memperkukuh dan menyelaraskan fungsi sedia ada dalam satu kerangka yang lebih bersepadu, responsif dan lebih mampan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah, adakah pihak kementerian menyedari terdapat maklumat yang tersebar di media sosial yang mendakwa bahawa sistem MyNllSe akan menjadi wajib bermula pada tarikh tertentu?

Soalan tambahan saya ialah, adakah sistem ini diwajibkan, is it made compulsory?

Dan jika ada, adakah satu tarikh rasmi telah ditetapkan? Dan satu lagi soalan, adakah ia akan menggantikan sistem lama seperti aplikasi MyBorderPass? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan, mike, mike.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...Merupakan sebahagian daripada ekosistem Imigresen Bersepadu Nasional yang bertujuan menambah baik kecekapan urusan keimigresenan serta memudahkan proses pelepasan Imigresen di pintu masuk negara. Jadi, penggunaan aplikasi ini tidak diwajibkan pada semua pengguna. Kerajaan masih lagi mengekalkan pelbagai kaedah pelepasan Imigresen seperti penggunaan pasport fizikal di kaunter dan juga auto gate, termasuk penggunaan pengesanan biometrik pada masa akan datang.

Bagi kita pastikan rakyat dan pengembara mempunyai pilihan yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Bagi aplikasi MyBorderPass pula misalnya, pelaksanaannya sebelum ini adalah sebagai langkah sementara melalui pendekatan proof of concept (POC) bagi menangani kesesakan di pintu masuk utama negara. Jadi, sering dengan penggunaan NllSe ini, fungsi berkaitan akan kita integrasi secara berperingkat ke dalam ekosistem baru bagi kita pastikan pengurusan Imigresen yang lebih teratur dan bersepadu, Yang Berhormat.

Berhubung dengan dakwaan yang disebut oleh Yang Berhormat di sosial media tadi mengenai kewajipan penggunaan MyNllSe yang bermula pada tarikh tertentu. Tiada sebarang tarikh rasmi yang meletakkan penggunaan aplikasi tersebut sebagai mandatori. Kerajaan akan melaksanakan peluasan penggunaan secara berfasa dan akan memaklumkan kepada orang awam melalui saluran rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan dasar pada masa hadapan. Pendekatan ini Yang Berhormat, bagi membolehkan kerajaan melaksanakan

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

transformasi sistem Imigresen secara berperingkat, terkawal sambil memastikan keselamatan sempadan serta kelancaran pergerakan di semua pintu masuk negara sentiasa terpelihara.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad - Kedah

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Speaker. Dalam sistem MyNllSe itu, adakah terdapat maklumat-maklumat negara asing?

Maksudnya, adakah negara ini boleh pergi ataupun tidak? Sebagai contoh, ada rakan-rakan saya pergi ke Sudan, bila pergi ke sana, sampai sana, Sudan memerlukan visa. Jadi, apa boleh buat? Tak boleh masuk ke situ dan terpaksa kena urusan balik. Jadi, dalam sistem itu mungkin ada maklumat-maklumat yang seumpama itu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman, sistem yang dibangun ini, kita memberi manfaat secara langsung kepada rakyat melalui capaian fungsi Imigresen yang lebih pantas dan bersepadu.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dan ia merupakan penggunaan aplikasi mudah alih yang memudahkan urusan perjalanan serta pengurangan kesesakan di pintu masuk― ini sebenarnya.

Selain itu, integrasi data dan apa yang dibuat ini untuk analitik risiko yang lebih tepat dan membolehkan saringan dibuat dengan lebih berkesan, sekali gus ia meningkatkan keselamatan sempadan. Jadi, data-data yang dimasukkan ialah terkini dan...

[Tidak jelas] Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Termasuk perlu atau tidak visa? YB Musoddak.

draft • 10:40 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Soalan saya itu mungkin dalam sistem itu...

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perlu kah tidak visa? Maklumat itu. Soalan dia tadi, maklumat kita nak pergi, perlu kah visa? Permohonan visa. Sebab, dia huraikan satu kes pergi ke Sudan, tidak ada visa. Maklumat mengenai keperluan visa.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Nanti saya bagi jawapan bertulis ya. Dia lain sedikit daripada yang ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan, Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan tambahan yang terakhir.

draft • 10:40 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Okey, okey. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan Electronic Travel Authorization (ETA).

Sekarang kita tahu UK pun dah memperkenalkan sistem ini. Dan adakah kerajaan juga bercadang untuk membuat sistem ini?

Sebab, untuk kita mengetahui pelancong-pelancong ataupun warga yang masuk ke Malaysia ini, mempermudahkan urusan pelancong asing masuk negara kita. Kerana, kita mendapat maklumat orang luar sebelum mereka masuk ke Malaysia. Jadi, mereka boleh masuk sistem itu dan daftar dan kita tahu mereka masuk di Malaysia dan pelepasan di

draft • 10:40 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

imigresen itu agak cepat. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan ETA seperti di UK baru-baru ini? Dan juga, Australia dah buat sistem ETA ini. Terima kasih, Dato Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

ETA

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita bangunkan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan mencapai standard antarabangsa. Cadangan Yang Berhormat kita akan lihat. Apa pun, yang penting ialah sistem yang kita bangunkan ini sebenarnya satu sistem untuk meningkatkan keupayaan kita di pintu masuk dan memastikan apa juga isu-isu yang berlaku dapat kita tangani dengan baik dan sempurna. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pintu masuk sahaja? Sebelum kita masuk? Yang ditanya mengenai ETA itu. Jawab dalam bertulislah.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ya, ya. Saya bagi jawapan bertulis sebab terkeluar sedikit daripada soalan ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato’ Profesor Emeritus Dr.

Mohammad Redzuan.

draft • 10:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman - Selangor

Dato Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah langkah-langkah diplomatik di peringkat antarabangsa yang diambil oleh Malaysia bagi menyekat pembunuhan, keganasan dan pelbagai sekatan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, walaupun gencatan senjata telah dipersetujui pada bulan Oktober tahun lalu.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Redzuan bin Othman atas pertanyaan yang dikemukakan.

Dato Yang di-Pertua, Malaysia kekal konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan, serangan ketenteraan dan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk awam di Gaza.

Sejak gencatan senjata diumumkan, Malaysia terus melaksanakan pendekatan diplomatik secara aktif di pelbagai peringkat antarabangsa untuk mendesak Israel mematuhi komitmen tersebut serta menghormati undang-undang antarabangsa. Malaysia secara berterusan memanfaatkan platform pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali

(NAM) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menggesa pelaksanaan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh, perlindungan rakyat Palestin serta akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan ke Gaza.

Malaysia juga secara konsisten menyokong resolusi dan usaha antarabangsa yang menuntut akauntabiliti terhadap perlanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan pelbagai kenyataan rasmi yang mengecam tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata, sekatan bantuan kemanusiaan serta tindakan yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza. Kenyataan-kenyataan ini menegaskan pendirian Malaysia bahawa tindakan sedemikian merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan mesti diberhentikan segera.

Pada masa yang sama, Malaysia terus bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota OIC serta rakan-rakan antarabangsa yang sehaluan bagi memperkukuhkan tekanan diplomatik kolektif terhadap Israel, termasuk menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza serta mempertahankan hak mereka untuk kekal di tanah air sendiri.

Dato Yang di-Pertua, pendirian Malaysia adalah jelas dan tidak berubah, iaitu menuntut penghentian segala bentuk keganasan terhadap rakyat Palestin, memastikan pematuhan penuh terhadap gencatan senjata serta merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap. Penanya asal dulu Tuan Haji Hussin. Selepas itu Tuan Haji Hussin, boleh?

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman - Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya— Yang pertama, terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana jawapan yang saya kira amat komprehensif dan jelas.

Cuma, Dato Yang di-Pertua, walaupun gencatan telah dilaksanakan pada bulan Oktober yang lalu, tetapi nampaknya Israel tidak menghormati. Sebagai contoh, pelanggarannya dianggarkan lebih dari 1,620 pelanggaran. Walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan, tetapi lebih 600 rakyat Palestin mati dibunuh. Walaupun Malaysia telah mengambil pendekatan yang tegas dan jelas, tetapi nampaknya tidak ada sebarang penguatkuasaan.

Dato Yang di-Pertua, apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah tindakan balas Israel itu yang memberi kesan kepada negara kita. Seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, terdapatnya usaha untuk melemahkan ekonomi dan politik Malaysia dengan tindakan tegas dan beraninya kita dalam isu Palestin.

draft • 10:40 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman - Selangor

Oleh itu, Dato Yang di-Pertua― sedikit, Dato Yang di-Pertua, saya nak sebutkan.

Dalam dunia ini, cuma dua negara sahaja yang berani secara tegas menyatakan pendirian terhadap isu Palestin, iaitu Turkiye dan Malaysia.

Turkiye, sebagai contoh, mengalami kesan yang amat teruk daripada tindakan dan juga pendiriannya. Saya bagi contoh satu sahaja, Dato Yang di-Pertua. Kira-kira 10 tahun yang lalu, nilai Turkish Lira ialah RM3, satu Turkish Lira, tetapi sekarang, satu Turkish Lira, 11 sen Malaysia. Cuba bayangkan bagaimana teruknya ekonominya terpaksa berhadapan kerana pendirian yang diambil.

Persoalan saya Dato’ Yang di-Pertua, sejauh mana Kementerian Luar bersiap siaga dalam memastikan bahawa sokongan terhadap Gaza dan pendirian tegas kita ini tidak membawa kepada penjejasan ekonomi dan politik Malaysia pada masa akan datang? Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas pandangan dan juga kegusaran berkenaan tentang peranan dan juga tindakan Malaysia terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Palestin dan juga Gaza khususnya.

Sememangnya Malaysia sangat konsisten dalam menekankan dalam isu-isu Palestin ini. Dan juga, kalau kita lihat, isu-isu Palestin ini adalah sangat dekat di hati dan juga sangat sensitif apabila berlakunya serangan-serangan di sepanjang tempoh masalah ini berlaku. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan kita jadikan satu panduan dan juga kita akan memastikan peranan Wisma Putra untuk memastikan hubungan dua negara, bukan hanya sekadar antara negara-negara kuasa besar, kita mempunyai strategi perdagangan yang sangat-sangat baik.

Dan juga, figura Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ketika ini adalah pada tahap yang terbaik di mana beliau sangat-sangat dihormati dan juga ramai pemimpin- pemimpin dunia ketika ini melihat Malaysia dipimpin oleh seorang yang mempunyai kebijaksanaan dan juga mempunyai pengaruh yang sangat meluas.

Maka, berkenaan tentang soal tekanan ekonomi ataupun tekanan perdagangan, kita mempunyai strategi yang pelbagai. Kita juga mempunyai hubungan-hubungan yang baik dengan negara-negara yang melakukan perdagangan dengan Malaysia dan juga kita mengharapkan agar segala usaha-usaha ini akan dipermudahkan. Kita akan berkongsi dan juga bekerjasama dengan kementerian-kementerian seperti MITI untuk memastikan apa yang telah kita perolehi, perdagangan-perdagangan yang kita telah dapat dan juga menjaga ekonomi ini sebaik mungkin, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Tuan Haji Hussin.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terkait dengan soalan yang sama.

Kita disebutkan tentang penubuhan ISF: International Stabilization Force tahun 2025.

Penubuhan ini antaranyalah untuk membuat satu penggantian supaya kita lihat yang nampak bukan bermatlamat untuk nak mengekal kepentingan Palestin tetapi untuk nak membolehkan status quo penjajah Israel tu terus bertahan, di mana termasuk supaya Hamas serah senjata dan lain-lain. Jadi, saya rasa itu satu persoalan yang macam terlalu bias dan tak memungkinkan capaian target untuk kepentingan rakyat Palestin.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, ni yang terbaru. Baru 2 hari bulan yang baru ni, apabila Ketua Setiausaha Perang Amerika Syarikat– saya susah nak sebut nama dia, Pete Hegseth ke apa nama, yang membuat satu kenyataan media di the Pentagon, Washington. Yang sekarang tidak lagi menyebut tentang US versus Iran, tetapi dah sebut, “US versus Islam” dan menyebut secara terbuka mana-mana negara— disebutnya Turkiye, dia sebutnya Pakistan yang membeli, yang membuat, yang mengadakan kerjasama untuk buat senjata- senjata yang bakal nantinya mengancam rakyat Amerika. Dia akan perang without endless. Ini satu kenyataan perang global yang sudah diisytiharkan. Apa pandangan Malaysia terhadap kenyataan ini dan ancaman ini dah jadi ancaman menyeluruh? Bukan sekadar- sekadar melawan dengan Iran. Dua tiga orang tentera dia mati, dia kata dia akan hapuskan habis-habisan. Jadi, ini ertinya sudah jadi ultra ganas yang diisytiharkan oleh US lawan global.

Mohon pencerahan.

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Satu pandangan yang cukup baik dan juga kita telah pun ambil maklum berkenaan tentang situasi semasa terutamanya sekali serangan yang berlaku oleh Israel dan juga Amerika Syarikat terhadap Iran dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.

Ketika ini kita sememangnya akan sentiasa memberikan satu komitmen dan juga kerjasama rapat kepada semua rakan-rakan untuk mempromosikan keamanan, kestabilan dan juga kemakmuran bersama, selaras dengan dasar luar negara kita.

Dan juga pada pandangan Malaysia ketika ini, kita berpendirian untuk tidak menyertai segala inisiatif yang telah dikemukakan oleh Amerika Syarikat. Sebagai contoh Board of Peace yang telah pun bermesyuarat kerana kita beranggapan bahawa pelaksanaan inisiatif ini agak kurang jelas dan juga tidak menangani punca kepada konflik dan juga tidak addressing, dengan izin, berkenaan tentang isu-isu pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.

Dan juga kebimbangan berkenaan tentang kenyataan seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi berkenaan tentang peperangan ini adalah, peperangan kepada Islam. Sememangnya kita meneliti terlebih dahulu dan juga kita akan

draft • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

cuba untuk mempromosikan keamanan ini dan juga memberikan penjelasan sekiranya diperlukan.

Berkenaan tentang apa yang berlaku ketika ini, kita akan mengeluarkan satu kenyataan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat juga telah mengeluarkan satu kenyataan di Dewan Rakyat berkenaan tentang tekanan dan juga berkenaan tentang kita mengutuk segala serangan-serangan yang telah dibuatkan.

Kebimbangan kita ketika ini adalah khususnya kepada rakyat-rakyat kita yang berada di negara-negara yang sedang bergolak ini dan juga satu tindakan yang akan diumumkan tidak berapa lama lagi dalam beberapa jam lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

draft • 10:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Pele Peter Tinggom minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah status terkini setakat Februari 2026 bagi kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Roban dan Nyabor di kawasan Parlimen Saratok P. 205.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Dato Yang di-Pertua.

Kerja-kerja menaik taraf Klinik Nyabor dan Klinik Roban yang dilaksanakan di bawah inisiatif Bitara MADANI, pembaikan klinik daif tahun 2025 telah pun siap pada Disember 2025.

Kedua-dua klinik tersebut telah mula beroperasi pada bulan Februari 2026.

Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Nyabor merangkumi rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, farmasi serta perkhidmatan kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Bagi Klinik Kesihatan Roban pula, perkhidmatan yang ditawarkan adalah sama seperti Klinik Kesihatan Nyabor dengan tambahan perkhidmatan makmal patologi.

Klinik Kesihatan Nyabor telah diperuntukkan seramai 15 perjawatan yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai farmasi dan jururawat. Semua jawatan telah diisi sepenuhnya manakala KK Roban diperuntukkan 18 perjawatan yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai farmasi, jururawat, juruteknologi makmal perubatan dan sebagainya.

Pada masa ini, salah satu perjawatan pegawai perubatan belum diisi dan pengisian akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator.

draft • 10:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Soalan tambahan. Adakah ada perancangan oleh pihak kementerian untuk menambahkan fasiliti yang sedia ada seperti mesin dialisis dan tempat- tempat – tempat letak kenderaan dan infrastruktur yang masih kurang di kedua klinik tersebut?

draft • 10:50 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator, pada waktu sekarang, kami melihat bahawa dari segi fahaman kami bahawa perkhidmatan yang ada waktu sekarang mencukupi dan jikalau perlu menambahkan perjawatan ataupun fasiliti baharu dan naik taraf adalah dari segi dari semasa ke semasa mengikuti keperluan.

Pertambahan seperti dialisis dan tempat letak kereta adalah antara satu perkara yang harus kita melihat juga tetapi kalau dari segi perancangan pembinaan klinik baru, kami perlu melihat dari segi potensi tapak yang bersesuaian dan untuk memperolehi, insya-Allah kami akan cuba mencadangkan permohonan ini dalam projek pada hujung RMK13 di bawah RMP4 ataupun 5. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

draft • 10:50 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Dato Speaker.

Anak tekukur terbang menjauh; Mohon jawapan soalan nombor tujuh? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

7. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, apakah penilaian kementerian terhadap keberkesanan peraturan dan mekanisme sedia ada dalam menangani sisa panel solar serta bateri kenderaan elektrik yang bakal meningkat dengan signifikan memandangkan ciri kimia dan profil risiko berbeza daripada sisa elektronik konvensional dalam usaha melindungi kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan dan pantun.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat ke atas kelestarian alam dan juga kesihatan awam kerana itulah soalan yang berkaitan dengan kelestarian alam dan juga kesihatan awam.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ataupun NRES singkatannya sentiasa cakna berkaitan pengurusan sisa panel solar dan bateri kenderaan elektrik ataupun EV. Ini adalah penting untuk kita pastikan pertumbuhan pesat penggunaan panel solar dan industri EV tidak membawa kepada risiko pencemaran baru.

Strategi ini merangkumi beberapa aspek utama. Antaranya dari segi dasar dan perundangan, kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menetapkan supaya buangan terjadual termasuk bateri terpakai perlu melalui proses pemerolehan kembali, selari dengan konsep cradle to cradle bagi kita mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.

Selain itu, teknologi pemerolehan kembali yang digunakan juga perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang ditetapkan. Panel solar dan sisa bateri EV dikelaskan sebagai

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

buangan terjadual di bawah kod SW 103, Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1794). Oleh itu, pengurusan panel solar dan sisa bateri EV adalah tertakluk di bawah peraturan tersebut.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Dari segi teknologi pemerolehan kembali, di Malaysia kini terdapat lima buah fasiliti pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW103. Teknologi pemerolehan kembali bateri terpakai melibatkan proses mengekstrak bahan berharga dalam bateri seperti litium, kobalt dan nikel. Terdapat lima fasiliti bagi mengolah dan mengitar semula bateri terpakai, bateri EV di Malaysia iaitu di Kedah, di Selangor, di Johor, di Perak dan di Negeri Sembilan.

Selain itu, terdapat 20 kemudahan pemerolehan kembali penuh: full recovery facilities dan 108 kemudahan pemerolehan kembali separa: partial recovery facilities yang dilesenkan oleh JAS untuk e-waste. Manakala sejumlah 136 pusat pengumpulan telah berdaftar dengan JAS yang terdiri daripada PBT, peruncit, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga industri bagi pengumpulan sisa e-waste dari isi rumah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, dari segi teknologi pemerolehan kembali ini ada kaedah-kaedahnya iaitu saya kongsikan. Pertama ialah pengumpulan dan pemisahan awal yang melibatkan pengasingan bateri melalui jenis bateri. Sama ada bateri itu litium ion, nickel-cadmium dan sebagainya.

Seterusnya, proses nyahcas bateri akan dilakukan bagi mengelakkan risiko letupan atau kebakaran semasa kitar semula. Plat bateri seterusnya akan melalui proses pemecahan sehingga menjadi metal oxide powder sebelum dihantar untuk proses hidrometalurgi.

Kedua adalah teknologi hidrometalurgi yang menggunakan kaedah larutan kimia untuk melarutkan bahan aktif dalam bateri. Di dalam proses ini, unsur seperti litium, kobalt dan mangan dapat diasingkan melalui proses elektrolisis.

Dan yang ketiga ialah melalui teknologi pirometalurgi yang melibatkan pembakaran bateri pada suhu tinggi untuk mengekstrak logam berharga, Proses ini lebih cepat tetapi menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian melalui JAS percaya teknologi dan kemudahan sedia ada ini berkeupayaan untuk mengurus sisa panel solar dan bateri EV dalam negara.

Dari segi pemantauan dan penguatkuasaan, kita memastikan supaya pengoperasi premis yang ditetapkan buangan terjadual berkaitan yang memproses sisa-sisa ini dilesenkan, pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Manakala premis yang selain dari yang dilesenkan, pemeriksaan dilakukan secara rutin dengan mengambil kira keseriusan sesuatu pencemaran. Kekerapan aduan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

pencemaran yang diadu oleh orang awam lokasi kilang yang berhampiran dengan takat pengambilan air.

Selain itu, inisiatif lain untuk mengawal operasi kilang haram e-waste antaranya seperti perwakilan kuasa kepada PDRM untuk seksyen 34B Akta 1974 bagi menyiasat kes pengimportan dan pemprosesan e-waste secara haram, mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti NFCC. Dari segi persediaan menyelesaikan kes-kes yang berimpak tinggi yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Dan yang ketiga menggiatkan usaha membanteras kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diseludup masuk secara haram melalui operasi bersepadu seperti OP Hazard yang melibatkan pelbagai agensi.

Jadi, Dato Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan strategi tersebut, kementerian berharap dapat memastikan bahawa pertumbuhan pesat penggunaan panel solar dan industri EV di Malaysia berjalan seiring dengan perlindungan alam sekitar yang ketat dan membuka peluang baharu dalam ekonomi kitaran. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan. Saya— terima kasih atas penerangan YB Timbalan Menteri tadi yang begitu komprehensif. Soalan saya, adakah kementerian bercadang mewajibkan dasar tanggungjawab pengeluar di perluas extended producer responsibility (EPR) ke atas pengeluar atau pengimport panel solar dan bateri EV supaya kos penggunaan akhir hayat tidak akhirnya ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Dato yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut.

Berkenaan dengan cadangan ataupun inisiatif untuk ditambahkan lagi berkenaan dengan eksport. Saya berasa pertamanya yang kita kena lihat adalah adakah kita menguruskan perkara ini dengan cara yang selamat dan mampan untuk kita mengurangkan kewujudan kes-kes sama ada dari segi pencemaran dan sebagainya pada masa akan datang.

Dari segi memperkasakan kaedah pengurusan e-waste ini, perundangan yang dibentuk, seperti mana yang disebutkan Yang Berhormat Senator tadi, ialah konsep extended producer responsibility dan shared responsibility kepada semua pihak yang berkepentingan dalam menghasilkan enam item kawalan tersebut, termasuk pengguna sebagai penjana buangan e-waste, pusat pengumpulan yang berdaftar dengan JAS, pengeluar, pengimport dan kemudahan pemerolehan kembali premis ikat semula e-waste yang dilesenkan oleh JAS, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019 , undang-undang kecil 2007 Akta Bahan Letupan 1957 dan lain-lain.

Jadi, perkara ini ada perundangan, ada caranya untuk kita pantau dan kita harap perkara ini dapat diselenggarakan dengan cara negara dengan cara yang baik. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi wanita, kita bagi lelaki sekarang.

draft • 11:00 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Memandangkan bateri EV yang mempunyai kapasiti sekitar 70 hingga 80 peratus lazimnya masih lagi efisien untuk kegunaan sistem penyimpanan tenaga berasaskan bateri ini.

Soalan saya, apakah komitmen pihak kerajaan untuk mewujudkan satu garis panduan ekonomi kitaran yang khusus bagi membolehkan bateri ini diklasifikasikan semula daripada sisa terjadual di bawah kod SW103 kepada aset tenaga boleh baharu. Dan dalam masa yang sama, saya ingin tahu status terkini garis panduan pengurusan sisa solar panel negara.

Adakah ia telah dikuatkuasakan? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut.

Pertama, berkenaan dengan tenaga boleh baharu. Saya percaya perkara ini sedang diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan. Dalam hal ini sebenarnya ianya juga melibatkan kementerian yang lain. Antaranya adalah PETRA. Apabila kita merujuk tentang solar dan tenaga boleh baharu. Jadi, perkara itu akan saya semak untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan dengan soalan yang pertama.

Soalan yang kedua adalah berkenaan dengan sisa— berkenaan dengan solar, eh berkenaan dengan EV tadi.

draft • 11:00 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Sisa solar.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Sisa solar. Perkara ini seperti mana yang saya jawab tadi bermakna kita melihat sisa solar ini sebagai sebahagian daripada sisa elektronik yang lain, sisa e-waste.

Jadi, kaedah ini adalah kita tetap mengharamkan pengimportan mana-mana sisa e- waste dan mana-mana sisa yang ada dalam negara ini perlu dilupuskan dengan cara yang berlesen, dengan cara yang baik dan seterusnya kita pastikan supaya ini tidak melakukan sebarang pencemaran kepada alam sekitar. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, YB Senator Puan Tiew, masih ada soalan?

draft • 11:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Ya, ada soalan Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir.

draft • 11:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Saya ingin hendak tanya adakah pihak kementerian bersedia bekerjasama dengan kerajaan tempatan supaya mengadakan stesen-stesen untuk pengumpulan sisa solar iaitu sisa e-waste yang lebih banyak. Sebab kita nampak sekarang tidak banyak stesen telah diadakan untuk kemudahan.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya memang sudah adapun kerjasama di antara pihak kementerian melalui JAS dengan pihak-pihak agensi sama ada di peringkat Persekutuan, peringkat negeri PBT, sektor swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan komuniti.

Jadi, untuk tujuan pengumpulan, untuk tujuan pengumpulan juga kita galakkan supaya adanya kemudahan-kemudahan, supaya ada pemerolehan kembali dilaksanakan iaitu secara keseluruhannya. Sebagaimana yang juga saya jawab tadi, ada sebanyak 136 pusat pengumpulan yang telah berdaftar dengan JAS yang terdiri daripada PBT, peruncit, badan bukan kerajaan dan juga Industri. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Tuan Amir.

draft • 11:00 AM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Tuan Amir bin Md Ghazali minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bagaimanakah keberkesanan subsidi dan insentif pertanian diukur supaya bantuan sampai kepada pengeluar sebenar bukan kepada pihak tengah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Kesihatan Makanan (KPKM) memastikan keberkesanan subsidi dan insentif sampai kepada pengeluar sebenar melalui pendekatan outcome-based tanpa mekanisme penyaluran terus tanpa orang tengah. Bagi subsektor perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengukur keberkesanan penyaluran subsidi dan insentif melalui peningkatan produktiviti sebenar.

Pada tahun 2024, jumlah pengeluaran perikanan negara telah mencecah 1.91 juta tan metrik bernilai RM16.95 bilion mencatatkan peningkatan 7.11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Panduan seperti Skim Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) dan pensijilan Malaysia Good Agriculture Practice (MyGAPS) dipantau melalui verifikasi lapangan dan pematuhan teknikal bagi mengesahkan penerima adalah pengusaha yang aktif.

Bagi sektor tanaman, keberkesanan diukur menerusi pencapaian projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang melibatkan peruntukan sebanyak RM258.02 juta.

Jabatan Pertanian (DOA) memastikan ketelusan melalui penyaluran insentif secara in-kind atau barangan, bayaran balik: reimbursement atau geran padanan terus kepada akaun penerima dan penguatkuasaan Garis Panduan Pelaksanaan Projek yang mewajibkan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan bagi menyaring kelayakan pemohon.

Bagi sektor ternakan, keberkesanan diukur menerusi peningkatan populasi ruminan dan transformasi penternak ke tahap komersial. KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Veterinar (DVS) menggunakan konsep geran padanan seperti Program Pengganda 30 iaitu 90 dari kerajaan dan 10 peratus dari yang pihak pengusaha dan Program Peningkatan Ruminan Kecil (PPRK) dengan nisbah 80 dari kerajaan dan 20 dari pengusaha untuk memastikan hanya pengeluar yang mempunyai komitmen kewangan yang terpilih.

Bagi mengelakkan pihak tengah, permohonan wajib disaring oleh Jawatankuasa Induk Pemerkasaan Ruminan dan melalui verifikasi teknikal sebelum diluluskan. Prestasi dipantau secara berkala berasaskan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi memastikan impak ekonomi yang nyata. Usaha ini diperkukuh menerusi penyediaan infrastruktur di 15 lokasi Ladang Satelit Nasional (LSN) yang melibatkan 67 unit kandang bagi membolehkan pengusaha beroperasi dalam ekonomi sistem yang terkawal.

Kesimpulannya, KPKM komited memastikan dana kerajaan memberi impak langsung kepada pengeluar melalui penguatkuasaan garis panduan dan saringan jawatankuasa yang telus, sekali gus strategi penyaluran bantuan ini mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran bahan makanan tempatan seterusnya membasmi manipulasi orang tengah dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Terima kasih, Timbalan Menteri. Jawapan yang mencapai maksud. Terima kasih.

Soalan tambahan, adakah kementerian mempertimbangkan berasaskan pangkalan data bersepadu: block chain bagi memastikan setiap ringgit subsidi dapat dijejaki secara telus dari kementerian hingga ke akaun pengeluar sebenar? Apakah kerajaan bersedia pertimbangkan audit bebas bagi memastikan keyakinan rakyat tidak hanya bergantung kepada laporan kementerian? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih kepada YB Senator yang begitu memandang serius tentang keperluan untuk memastikan setiap peruntukan subsidi ini sampai kepada pengeluar sebenar yang— tanpa sebarang ketirisan. Sukacita saya nak memaklumkan kepada Dewan ini, sekarang FAMA ada satu inisiatif yang sedang diselaraskan oleh FAMA dan dijangka siap pada pertengahan tahun ini. Kementerian sedang memperkukuh pembangunan platform digital bersepadu yang menghimpunkan data pengeluaran, pemasaran, harga serta pergerakan bekalan daripada pelbagai agensi di bawah satu ekosistem data nasional.

So, ini yang tengah kita melakukan. So, kita nak melalui integrasi sistem yang sedia ada seperti pangkalan data pengeluaran, sistem pemantauan pasaran dan portal statistik. So, kerajaan dapat mewujudkan jejak digital yang lebih menyeluruh terhadap aliran, panduan dan subsidi daripada peringkat kementerian sehingga ke peringkat pengusaha.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Berhubung dengan teknologi block chain, kementerian memang tidak menolak potensinya sebagai mekanisme jangka panjang untuk tujuan kebolehkesanan serta integriti data transaksi subsidi. Namun, keutamaan sekarang ini, yang keutamaan semasa ini adalah memastikan asas sistem bersepadu. So, itulah FAMA dia tengah menyelaraskan satu sistem data yang lebih bersepadu sebelum kita nak cerita nak meneroka potensi untuk block chain untuk memastikan pengurusan subsidi ini dapat dilaksanakan lebih bersasar, telus dan berasaskan data. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Audit bebas?

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Audit bebas tu selalunya kita pun ada Laporan Ketua Audit, kan? So, selalu diaudit. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:10 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Soalan tambahan. Boleh?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tambahan terakhir.

draft • 11:10 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ya. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Sebelum kita bercakap mengenai block chain, kita bercakap mengenai subsidi yang direct kepada pengeluar-pengeluar. Kita dimaklumkan pengeluaran sayur di Cameron Highlands cukup bagus, banyak, tetapi pemasarannya tidak lancar dan banyak sayur-sayur ini terbuang. Apakah tidak boleh FAMA— memang ada, mungkin proses mengumpulkan hasil ini— mempertingkatkan pengumpulan ini supaya dengan tentunya subsidi tertentu supaya hasil itu tidak terbuang dan pengeluar-pengeluar yang benar-benar ini dapat kita jaga kebajikan mereka? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk menjawab soalan untuk sayur-sayuran ini, selain daripada usaha daripada FAMA, yang usaha untuk menggalakkan penanam-penanam sayur- sayuran ini untuk beralih kepada MyGAPS adalah penting kerana sekarang yang masalah di pasaran sekarang ini, ada persaingan di antara sayur-sayuran yang diimport masuk bersaing dengan sayur-sayuran dan tanaman dari Cameron Highlands, dari dalaman.

So, kerana harga yang sayur-sayuran yang import itu dia lebih berdaya saing. So, kita nak menggalakkan penanam-penanam sayur-sayuran ini, dia lebih beralih kepada kualiti yang lebih terjamin untuk memastikan keselamatan makanan kita dapat terjamin. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan YBDato’ Setia Haji Mohd Naim.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

Burung merbah terbang ke hutan, Terbang rendah mencari makan; Dikemukakan pada Timbalan Menteri Kesihatan, Soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:10 AM

9. Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah tempoh menunggu yang lama bagi pesakit jantung melaksanakan angiogram dan bypass. Apakah perancangan jangka pendek dan sederhana kerajaan untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur, fasiliti hospital, tenaga kerja, pakar, peralatan dan sebagainya bagi mengatasi masalah ini.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Tunggu lama, jantung.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato Yang di-Pertua.

Mohon maaf, saya tak pandai menjawab dari segi pantun tapi menjawabkan soalan yang telah dikemukakan.

Buat masa ini perkhidmatan prosedur angiogram disediakan di hospital KKM oleh pakar kardiologi dengan tempoh masa menunggu untuk kes elektif empat hingga 12 bulan.

Manakala, pembedahan pintasan koronari (CABG) di tujuh hospital KKM oleh pakar bedah kardiotorasik dengan tempoh menunggu enam hingga 12 bulan. Bagi kes-kes kecemasan serangan jantung acute, procedure invasive cardiology termasuk angiogram dilakukan sesegera mungkin bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Fokus penyampaian perkhidmatan diterajui oleh fasiliti cardiology tertiary berikut yang bertindakan sebagai nadi rujukan di wilayah masing-masing iaitu Zon Utara di Alor Setar, Ipoh, Pulau Pinang. Zon Tengah, Serdang dan Kuala Lumpur. Zon Pantai Timur, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Zon selatan di Johor Bahru. Di Sabah, di Kota Kinabalu dan di Sarawak berada di Kuching.

Pelbagai usaha telah diambil oleh KKM untuk mengurangkan tempoh menunggu pesakit bagi jangka masa pendek dan sederhana merangkumi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur dan peralatan makmal invasif kardiologi (ICL) sebagai tujuan tingkatkan kapasiti rawatan progresif dan mengurangkan kebergantungan penyumberluaran dalam jangka masa sederhana iaitu ia di ICL di Melaka, Miri, Sibu dan Tawau yang akan beroperasi dalam tahun 2027. Dua ICL yang ditambahkan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dijangka beroperasi pada tahun 2028.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Penggantian peralatan ICL di 10 hospital yang sedia ada bermula RP3 RMK12 yang diteruskan sehingga tahun semasa dan juga naik taraf dan penambahan dewan bedah kardiotorasik penyelarasan pengoperasian Unit Rawatan Rapi Jantung (CICU) serta perolehan dan penggantian peralatan berteknologi tinggi.

Bagi mengukuhkan laluan pembangunan tenaga kerja, pengukuhan laluan Parallel Pathway Pembedahan Kardiotorasik yang melahirkan graduan sejak tahun 2022 dan program

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

UiTM akan melahirkan graduan pertama pada tahun 2027, unjuran adalah 45 pakar bedah kardiotorasik baharu menjelang 2027. Menambah dari 20 hingga 40 slot pengambilan latihan sub kepakaran kardiologi pada setiap tahun bermula tahun ini. Memperkukuhkan latihan sub kepakaran anestesia, cardiac dan perfusi bagi pemerkasaan pasukan pembedahan jantung.

Pada masa ini, terdapat 21 pakar pelatih sub kepakaran di hospital KKM dengan empat hingga enam pakar anestesia yang baharu dari latihan sub kepakaran ini setiap tahun dan juga menggalakkan lebih ramai jururawat dan staf kesihatan bersekutu untuk mengikuti latihan post basic dan diploma lanjutan bagi peningkatan kompetensi pasukan sokongan perkhidmatan jantung.

Dari segi penyumberluaran khidmat juga ada. Dari segi kes jantung ke Institut Jantung Negara (IJN) yang lebih daripada 5,000. Dari segi kes-kes angiogram Percutaneous Coronary Intervention, pembedahan pintasan jantung dan kes pembedahan injap. Begitu juga dari segi hospital service outsourcing program sebanyak lebih daripada 4,000, 5,000 pembedahan pintas termasuk di hospital swasta dan hospital universiti. Sekian, terima kasih Dato Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Senator.

draft • 11:20 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Seorang Ahli

...Pertama dulu.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Petanya asal dulu.

draft • 11:20 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kemudian Puan Tiew, kemudian yang terakhir sekali Dr.

Lingesh.

draft • 11:20 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan berkaitan dengan perancangan yang dibuat ini oleh KKM.

Soalan tambahan saya khusus berkaitan dengan kes ya. Kebanyakan kes sakit jantung di utara sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan tadi dikendalikan oleh Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang dianggap terlalu ke utara. Adakah KKM mempunyai rancangan menaik taraf Hospital Pulau Pinang atau Seberang Jaya dengan fasiliti yang sesuai bagi kes sakit jantung? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator, memang kita harus memastikan data mencukupi supaya meringankan beban di setiap zon yang harus dilaksanakan. Saya tidak mempunyai maklumat tentang kenaikan taraf jikalau perlu dan penambahan yang khusus pada utara, tapi insya-Allah saya akan memberikan secara bertulis.

draft • 11:20 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya ingin nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada terdapat sebarang perancangan untuk mengekalkan pakar-pakar kardiologi ini supaya mereka tidak bertukar ke pihak swasta

draft • 11:20 AM

Puan Tiew Way Keng

dan ataupun sama ada terdapat perancangan untuk menambahkan pakar-pakar dalam bidang kardiologi ini? Memandangkan daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, outsourcing telah kes sejumlah empat hingga 5,000 kepada pihak swasta. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dato Yang di-Pertua dan YB Senator, memang kita bukan, waktu sekarang, ya, memang kita outsourcing, tapi bukan sahaja dari segi jangka waktu sederhana dan panjang, tetapi kita mestilah mempertingkatkan dari segi, bukan sahaja dari segi jawatan, tetapi dari segi barang keperluan seperti yang telah dimaklumkan makmal bilik operasi dan yang lain-lain. Dari segi usaha kami juga dari segi parallel training itu adalah memastikan bahawa doktor-doktor yang ingin ‘memperajui’ kepakaran itu diberikan dari segi pengalaman serta mentoring yang bersesuaian dan juga penglibatan daripada UITM untuk memastikan ‘perajui’ tentang jurusan yang diperlukan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dr. Lingesh.

draft • 11:20 AM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Tentang kardiotorasik ini setiap kali Dewan, soalan yang sama sedang repeat di Dewan ini.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan hanya ada dua orang cardiothoracic surgeon di Hospital Pulau Pinang, Serdang, enam orang; Johor Bahru, dua orang; Kuantan, dua orang; Kota Baharu, seorang; Kuching, dua orang; dan Sabah seorang. Lebih kurang 15 hingga 16 pakar cardiothoracic surgeon saja berada di Kementerian Kesihatan. Dan daripada sana, seorang telah mengambil Cuti Tanpa Rekod dan dua hingga tiga orang akan bersara wajib pada hujung tahun ini dan juga tahun depan.

Setiap kali saya tanya soalan ini, tetapi tak ada satu keputusan yang muktamad. Saya tahu kepada Yang Berhormat Menteri, apakah strategi, adakah kementerian mempunyai strategi untuk mengekalkan mereka daripada berhijrah ke sektor swasta kerana banyak pusat-pusat jantung yang baharu telah wujud dan ramai mereka ke sana sebab tak ada satu inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan juga hala tuju kerjaya mereka? Saya nak minta Yang Berhormat menjawab.

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dato Yang di-Pertua, YB Senator, memang kita merasa tekanan yang agak hebat kerana banyak-banyak pakar yang tidak mencukupi perlu memberikan perkhidmatan di dalam sektor perubatan awam. Dan mungkin adalah antara sebab yang mereka ‘memperajui’ ke bahagian swasta adalah kerana terlalu berat memikulkan dari segi beban kerja mereka. Maka, itulah antara sebab yang kita harus melaksanakan penambahan jawatan yang amat-amat diperlukan.

Kita melihat melalui data bahawa jawatan dari segi pakar jantung diperlukan, pakar diabetik diperlukan dan kesihatan-kesihatan tetapi untuk kami juga berusaha mendapatkan keputusan doktor yang bersesuaian itu agak sukar kerana ia adalah dari segi pemilihan bila penuntut kita ingin memasuki dalam perubatan, mereka melihatkan kesesuaian mereka dan

draft • 11:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

kita harus memberikan secara dedahan dan memupukkan dari segi pihak cara minat supaya untuk ‘memperajui’ dari segi pakar-pakar yang belum diisikan.

Kemungkinan juga waktu sekarang jikalau kami perlu melihatkan dari segi inisiatif yang boleh ditambah baik, kami sedia berbincang bersama dengan pakar-pakar yang ada, tetapi kami juga mungkin, saya tak pasti lagi, tapi mungkin melihat dari segi kepakaran daripada luar negara untuk meringankan beban pakar-pakar yang kita ada wujud. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua dan YB Senator.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.

draft • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, implikasi Dasar Baharu Penggajian Ekspatriat, yang berkuat kuasa mulai Jun 2026, terhadap keupayaan Malaysia menarik bakat asing, sambil memastikan pembangunan dan keutamaan bakat tempatan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.

Jemaah Menteri, pada 17 Oktober 2025 telah bersetuju untuk melaksanakan dasar baharu Penggajian Ekspatriat yang melibatkan penstrukturan semula kadar gaji bagi pas pengajian kategori I, II dan III serta penetapan tempoh Penggajian Ekspatriat di Malaysia.

Implikasi pelaksanaan dasar baharu ini boleh dilihat daripada beberapa sudut utama, daripada sudut ekonomi, pelaburan dan pasaran buruh negara. Mengambil kira perubahan semasa serta kadar tukaran wang asing didapati tangga gaji pada ketika ini adalah rendah.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terdapat keperluan untuk menyemak semula kadar gaji serta beberapa syarat dan kemudahan ekspatriat bagi memastikan pakej yang ditawarkan kepada mereka lebih menarik dan dalam masa yang sama memberi impak positif kepada ekonomi negara. Perubahan kepada tangga gaji yang lebih tinggi ini akan mendorong syarikat menilai semula keperluan untuk menggaji ekspatriat berbanding kos pengajian pekerja tempatan dan ini sebenarnya akan menggalakkan pelan penggantian kepada tenaga kerja tempatan Tan Sri.

Dalam masa yang sama, langkah ini akan menarik golongan ekspatriat yang mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk bekerja di Malaysia dan akan menyumbang

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

kepada pemindahan pengetahuan kepada tenaga kerja tempatan dan mengukuhkan kemahiran mereka.

Yang Berhormat, perubahan tangga gaji ini selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Di samping itu, perubahan tangga gaji ini bagi meningkatkan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara yang menghargai dan mengalu- alukan pekerja mahir dan Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara yang menawarkan peluang untuk beroperasi pada kos yang rendah.

Selain pelarasan gaji, dasar ini juga turut memperkenalkan tempoh pengajian ekspatriat yang sebelum ini tidak mempunyai had yang khusus. Penetapan tempoh ini juga Yang Berhormat, bukan saja bertujuan untuk meraikan ekspatriat yang mempunyai kepakaran tinggi untuk menyambung— terus menyumbang kepada negara, malah ianya berfungsi sebagai panduan kepada majikan dalam merancang pelan penggantian secara lebih tersusun dengan melibatkan tenaga kerja tempatan.

Dasar ini, Yang Berhormat, secara tidak langsung menyokong aspirasi negara dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam tempoh jangka panjang.

Dasar ini, dengan kata lain, mengimbangi hasrat Malaysia dalam mengalu-alukan kehadiran ekspatriat ini ke Malaysia bagi tujuan merancakkan ekonomi negara dan hasrat untuk mengutamakan tenaga kerja tempatan dalam mengisi jawatan-jawatan profesional di Malaysia.

Ini kerana kita hargai kehadiran golongan ini yang telah banyak memberi impak positif kepada ekonomi negara melalui pelaburan asing, pembayaran cukai langsung dan tidak langsung, perbelanjaan domestik dan persendirian seperti pembayaran bil-bil utiliti, pendidikan anak-anak, pemindahan teknologi, pelancongan dalam negara, gaya hidup dan sebagainya. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:30 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah dasar ini diselaraskan dengan pelan pembangunan bakat tempatan supaya ia tidak mewujudkan jurang kemahiran berpanjangan akibat kekurangan kepakaran asing dalam sektor tertentu? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, dasar baru ini boleh diselaraskan dengan pelan pembangunan bakat tempatan melalui pendekatan yang lebih bersifat strategik, berfasa dan berorientasikan pemindahan ilmu supaya kebergantungan kepada kepakaran asing tidak berpanjangan dan tidak mewujudkan jurang kemahiran jangka panjang.

Antara langkah utama ialah kita— penjajaran dengan perancangan nasional. Dasar pengajian ini dilaksanakan selaras dengan pelan pembangunan negara seperti pelan di

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

bawah Kementerian Sumber Manusia serta hala tuju ekonomi nasional yang di garis oleh Kementerian Ekonomi. Ini memastikan kemasukan ekspatriat tertumpu kepada sektor-sektor strategik dan berimpak tinggi saja.

Keduanya, pendekatan berasaskan keperluan sektor. Maknanya, kelulusan mereka diberi berdasarkan analisis kekurangan kemahiran sebenar yang mana keperluan tenaga pakar asing dan sektor kritikal negara kita utamakan. Tempoh kelulusan ditetapkan secara bersyarat dan berfasa dengan pelan penggantian yang jelas oleh bakat tempatan. Pelan pergantian ini, Yang Berhormat, akan dinilai semasa permohonan lanjutan dikemukakan oleh pihak syarikat. Itu maklumat dan jawapan yang boleh saya beri. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Niran Tan Kran

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan, Dato’.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita bagi Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Tuan Niran Tan Kran

Saya. Terima kasih Tuan Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lepas tu Datuk Rosni boleh tanya lah.

draft • 11:30 AM

Tuan Niran Tan Kran

Soalan saya, soalan tambahan saya adalah sektor manakah yang benar-benar dikenal pasti benar-benar memerlukan kepakaran ekspatriat dan apakah justifikasi kekurangan bakat tempatan dalam sektor tersebut?

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Dato Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat data yang kita ada sehingga Disember 2025., pecahan kumpulan ini kalau kita ikut sektor, yang tertinggi adalah antaranya ialah, satu ialah teknologi maklumat. Data yang ada di tangan saya ada seramai 46,154 orang. Keduanya ialah perkhidmatan seramai 19,959 orang.

Pembinaan ini seramai 16,687. Sektor perkilangan seramai 13,993 orang dan pendidikan seramai 6,295 orang.

Dasar baru yang kita buat ini, tadi yang saya maklumkan tadi adalah dasar untuk membolehkan kita bersedia untuk memastikan peluang-peluang yang baik diberikan oleh warga tempatan. Di samping kita terus mengekalkan pakar-pakar daripada luar.

Kalau maklumat tambahan yang boleh saya bagi ialah, kalau kita lihat dari segi jumlah pekerja ikut negara, Yang Berhormat. Jumlah ekspatriat yang memegang pas pengajian dan pas residen. Saya sebutkan kali sehingga Disember 2025. Kalau ikut jumlah keseluruhan ialah 126,828 orang. Dia merangkumi pelbagai sektor yang saya sebutkan tadi. Daripada jumlah tersebut kalau ikut warganegara, kita ada daripada negara China seramai 36,168 orang.

Daripada India seramai 22,267. Daripada Filipina, 9,342. Indonesia, 8,752. Jepun, kita ada 8,592. Dan lain-lain negara, sekitar 41,700 lebih kurang. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Dato Speaker. Yang Berhormat..

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Datuk Rosni soalan terakhir lah.

draft • 11:30 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah mekanisme yang diwajibkan kepada majikan bagi memastikan pemindahan kemahiran dan pembangunan bakat tempatan berlaku secara nyata bukan sekadar penggantian tenaga kerja? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih atas soalan berkenaan.

Jadi Yang Berhormat, kalau kita nak pastikan pemindahan kemahiran dan pembangunan bakat tempatan berlaku secara nyata dan teratur. Beberapa mekanisme sebenarnya boleh dilaksanakan kepada majikan sebagai syarat kelulusan pengajian ekspatriat ini.

Satunya, kalau kita boleh sebut, ialah pelan penggantian dan pemindahan ilmu.

Majikan perlu mengemukakan pelan penggantian yang jelas dengan garis masa. Maknanya, senarai pegawai tempatan yang akan dilantik dan modul latihan, tempoh dan hasil pembelajaran yang disasarkan.

Jadi kalau kita lihat pelan ini, dia menjadikan sebahagian daripada syarikat— pelan ini menjadi sebahagian daripada syarat kelulusan dalam permohonan lanjutan yang dikemukakan oleh syarikat. Ada lagi, selain itulah keperluan melaksanakan latihan. Maknanya majikan kita galakkan untuk menyediakan latihan dalam berstruktur, dalaman yang berstruktur, menaja pekerja tempatan mengikut kursus atau persijilan yang diiktiraf badan profesional atau institusi latihan dan mengemukakan bukti penyertaan dan penyampaian.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Jadi Yang Berhormat, semua ini akan dijadikan pemberat kepada keputusan kerajaan untuk melanjutkan part ekspatriat ini semasa permohonan dikemukakan. Jadi, kita percaya bahawa pendekatan ini bagi memastikan pengajian ekspatriat bukan sekadar penggantian kepada tenaga kerja tetapi menjadi instrumen strategik untuk perpindahan teknologi dan juga peningkatan kompetensi dan pembinaan kepakaran tempatan secara lebih manfaat. Jadi, ini manfaat yang negara perolehi. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak.

draft • 11:40 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 11:40 AM

11. Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, pendirian kerajaan terhadap pelaksanaan Akta Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV) versi terkini serta langkah- langkah yang diambil bagi melindungi hak petani tempatan daripada monopoli benih dan kenaikan harga.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 atau Akta 634 dikuatkuasakan bertujuan untuk memberi perlindungan kepada hak pembiak baka bagi varieti

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

baru yang dibangunkan. Penyertaan pembiak baka bagi mendapatkan perlindungan ini adalah secara sukarela. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dan seimbang dalam membuat pendirian berkaitan Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV 1991).

Kementerian akan memastikan sebarang pindaan atau penyelarasan dasar di peringkat tempatan melalui Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 atau Akta 634 dengan UPOV 1991 adalah selaras dengan kepentingan nasional. UPOV 1991 tidak menetapkan larangan secara mutlak terhadap amalan petani untuk menyimpan, menanam semula atau menyediakan benih untuk kegunaan sendiri. Sebaliknya, amalan tersebut boleh dibenarkan melalui pengecualian di dalam undang-undang negara masing-masing.

Kementerian komited untuk memastikan hak petani kecil termasuk amalan menyimpan dan menggunakan semula benih bagi tujuan sara diri terus dilindungi melalui peruntukan pengecualian di bawah Akta 634 ini.

Kementerian ingin menegaskan bahawa perlindungan kepada hak pembiak baka tidak akan mewujudkan monopoli benih. Sebaliknya, akan menggalakkan lebih banyak pihak untuk terlibat dalam menghasilkan varieti baharu tumbuhan yang lebih berkualiti dan memberi petani ruang untuk memilih lebih banyak varieti bagi tujuan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara. Petani juga bebas untuk memilih sama ada menggunakan benih yang berdaftar, yang dilindungi atau benih lain yang tidak tertakluk terhadap perlindungan varieti tumbuhan. Kementerian memberi jaminan bahawa pindaan Akta 634 akan dilaksanakan secara seimbang dengan memastikan hak dan amalan tradisional petani terus terpelihara di samping memperkukuh ekosistem demi negara selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan bekalan makanan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Yang di- Pertua. Yang di-Pertua, baru-baru ni, Kerajaan Negeri Kedah telah meneruskan satu usul berkaitan pelaksanaan program pembiakbakaan tanaman padi oleh komuniti sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan keterjaminan bekalan benih tempatan dan mengurangkan bergantungnya kepada pembekal tunggal serta mengekang risiko monopoli dan kenaikan harga benih.

Jadi, inisiatif ini juga dilihat selari dengan keperluan untuk nak memperkasakan hak petani kecil untuk terlibat secara langsung dalam pengeluaran dan pemeliharaan varieti padi tempatan, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi sehubungan dengan itu, jadi apakah respons rasmi dan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap usul yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah tersebut dan apakah bentuk penyelarasan, sokongan teknikal, perundangan atau peruntukan

draft • 11:40 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

kewangan yang akan disalurkan bagi memastikan program pembiakbakaan tanaman padi oleh komuniti ini dapat dilaksanakan secara sah, tersusun dan berdaya maju?

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, kementerian mengambil maklum tentang keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk menggalakkan pengeluaran benih padi di kalangan komuniti.

Dan, kita nak menegaskan bahawa tidak berlaku monopoli dalam pengeluaran benih padi sah. So, saya nak memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat 15 pengeluar benih padi sah yang telah dilantik oleh kementerian di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) dan pesawah boleh mendapatkan benih padi sah daripada mana-mana pembekal tersebut.

Dan, seperti tadi saya nyatakan, kawalan di bawah Akta 634 ini adalah untuk pendaftaran varieti baru dan ia akan cuma dibuat secara sukarela oleh pembiak baka. So, sekiranya pembiak baka tidak mendaftarkan varieti di bawah akta ini, tiada perlindungan hak bagi penggunaan varieti tersebut dan tidak tertakluk kepada semua peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta 634. So, petani dia boleh terus menggunakan benih padi yang tidak dilindungi di bawah akta ini termasuk berkaitan pemilikan, penggunaan dan perkongsian benih dan sama juga untuk pengeluaran benih padi di halangan komuniti. So, memang dia tak ada bertentangan dengan apa yang kita hasratkan untuk melakukan pindaan untuk Akta 634 ini.

So, walau bagaimana pun, penggunaan benih padi perlu dipastikan berkualiti tinggi serta berkeupayaan menghasilkan produktiviti yang optimum. Oleh itu, adalah amat penting untuk semua varieti benih padi yang dibangunkan, yang telah disahkan di bawah SPBP ini untuk memastikan benih badi tersebut menepati ciri-ciri kualiti yang telah ditetapkan merangkumi aspek ketulenan varieti, kadar percambahan, potensi hasil, ketahanan terhadap penyakit dan kesesuaian penanaman mengikut persekitaran tempatan.

Untuk soalan, untuk peruntukan itu, saya rasa kita ada platform yang lain iaitu mesyuarat di antara kementerian KPKM bersama dengan EXCO-EXCO negeri masing- masing. So, kita akan memperhalusi di platform yang kesesuaian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Soalan tambahan Dato.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tambahan yang terakhir.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sikit saja sebab minta pengesahan kepada Yang Berhormat Menteri, tahniah terhadap inovasi pengeluaran varieti-varieti baru, tapi saya minta pengesahan, apakah benar baru ni bila ditimbulkan, sebahagian kilang-kilang tak mahu terima padi yang tidak menggunakan benih-benih padi yang ditetapkan.

Jadi dengan kerana itu, tadi yang bila kata pengusaha atau penanaman-penanaman padi kecilan, yang menggunakan benih sendiri itu menyebabkan mereka tidak dapat memasuki kilang. Dan.

[Tidak jelas] Juga, apakah kerana itu betul berlaku, juga itu membawa maksud monopoli. Mohon pencerahan.

draft • 11:40 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk jawapan pertama,YB Senator, saya meminta disertai dengan detil untuk kes-kes yang di bawah ini kerana saya rasa dia lebih kepada kes- kes yang spesifik. Kalau boleh, di mana kilang dia, kilang dia siapa? Dia tak terima siapa? So, saya perlukan yang itu untuk tindakan susulan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maklumat terperinci bagi sama dia.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Insya-Allah.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir bagi Sesi Jawab Lisan. Dijemput sekarang Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven.

draft • 11:40 AM

Dato' Wu Him Ven

Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 12.

draft • 11:40 AM

12. Dato' Wu Him Ven minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) pendirian kerajaan sama ada akan melanjutkan lesen operasi Lynas Malaysia yang bakal tamat pada 2 Mac 2026; dan

(b) apakah status terkini kemajuan teknologi dan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) bagi pengekstrakan torium: thorium extraction untuk skala industri, pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) Lynas dan status penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengkomersialkan produk CondiSoil.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempertimbangkan dan meluluskan pembaharuan lesen di bawah Akta Tenaga Atom 1984 [Akta 304] kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd. bermula 3 Mac 2026 hingga 2 Mac 2036, tertakluk kepada syarat-syarat yang lebih ketat serta semakan menyeluruh selepas tempoh lima tahun.

Status terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan telah membuktikan pengekstrakan torium atau thorium exploration boleh dilaksanakan dalam peringkat makmal termasuk ujian perintis berskala kecil di Australian Nuclear Science and Technology Organisation (ANSTO) Australia oleh penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bagi pengekstrakan torium pada skala industri pula, akan diteruskan melalui pengubahsuaian atau dengan izin, retrofitting, kemudahan sedia ada di Lynas untuk memastikan tiada lagi penjanaan residu yang beradioaktif selepas tahun 2031.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Bagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal atau dengan izin, permanent disposal facility (PDF) sehingga Disember 2025, kemajuan pembinaan telah mencapai 75 peratus.

Pada ketika ini, empat sel dalam PDF iaitu sel A, sel B, sel C dan sel D telah selesai dibina

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

dan pengisian melalui residue water leach purification atau WLP ke dalam sel PDF sedang dilakukan.

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat juga, merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat mengenai status penyelidikan dan permohonan R&D bagi mengkomersialkan produk condisoil, kandungan radioaktif dalam produk R&D condisoil yang telah dihasilkan adalah di bawah aras kawalan perundangan dan tidak tertakluk kepada Akta 304.

Walau bagaimanapun, projek masih belum dikomersialkan kerana terdapat keperluan dan kehendak perundangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pertanian. Kerajaan juga sedang meneliti penggunaan bahan tersebut dalam sektor perladangan dan komoditi seperti getah dan kelapa sawit. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato' Wu Him Ven

Soalan tambahan. Pertama, saya dimaklumkan Lynas telah menyorokkan hampir 14 juta bagi tujuan R&D. Jadi mohon Yang Berhormat, kalau boleh nyatakan bagaimana MOSTI pastikan hasil R&D benar-benar dilaksanakan di peringkat industri supaya memberi manfaat kepada negara.

Selain itu, saya memohon Yang Berhormat memperincikan semua ada, sama ada pelaburan RM500 juta Lynas untuk kilang pemprosesan Nadir Bumi Berat (HREE) akan memproseskan, memproses sumber Ion-Adsorption Clay (IAC) tempat tempatan atau nadir bumi dari Australia serta nyatakan elemen SREE spesifik yang akan dihasilkan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Senator. Saya tengok tadi ada dua, tiga soalan ya?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Tiga soalan.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

[Ketawa] Jadi, saya jawab perlahan-lahan tengok macam mana. Dan terima kasih atas soalan tambahan ya Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa IPT tempatan telah melaksanakan kajian terhadap LC atau lanthanide concentrate atau dengan izin juga pekatan-pekatan lanthanide dan sisa WLP: water leach purification Lynas, antaranya Universiti Kebangsaan dan Universiti Teknologi Malaysia bagi kajian pengekstrakan torium.

Manakala Universiti Malaysia Pahang pula ataupun Pahang Al-Sultan Abdullah

(UMPSA) terhadap penilaian penulenan torium. Di dalam syarat lesen baru, Jabatan Tenaga Atom telah mewajibkan syarikat menterjemahkan hasil R&D yang telah berjaya di peringkat makmal kepada aplikasi berskala industri dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, syarikat juga perlu memperuntukkan sebahagian daripada jualan khas tahunan bagi membiayai aktiviti R&D berkaitan pengurusan residu dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Pematuhan kepada Lynas berdasarkan kepada ketetapan penama syarat lesen yang dikenakan dan sekiranya gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, tindakan penguatkuasaan termasuk penggantungan atau pembatalan lesen boleh diambil selaras dengan peruntukan di bawah Akta 304.

Bagi soalan berhubung dengan kilang yang telah dibina oleh apa nama Lynas, bernilai RM500 juta, apa yang perlu ialah untuk apa-apa yang dimaksudkan di sini mungkin dipersoalkan soal hasil yang telah dikeluarkan. Antara hasil-hasil seperti yang kalau boleh saya sebut condisoil, di mana dihasilkan melalui kitar semula sisa industri atau daripada kilang pemprosesan Lynas di Gebeng, Kuantan.

Bahan utama juga ialah— bahan utamanya ialah menggunakan sisa water leach purification atau WLP iaitu sisa yang mengandungi tahap radioaktif yang rendah iaitu torium dengan bahan-bahan lain seperti magnesium dan bahan pengisi tanah. Tujuan asal, Lynas mendakwa condisoil dapat membantu meningkatkan kualiti tanah terutamanya untuk sektor pertanian di kawasan tanah berpasir atau kurang subur.

Idea pula kitar semula, pihak Lynas cuba mempromosikan ini sebagai usaha sisa kekayaan atau waste to wealth. Waste to wealth. Ia untuk mengurangkan jumlah sisa yang perlu disimpan secara kekal. Dengan lebih kurang begitulah, kalau dapat saya jawab soalan tambahan Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan boleh Dato Yang di-Pertua?

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hal Lynas sahaja.

draft • 11:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Lynas juga. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir lah. Soalan tambahan terakhir.

draft • 11:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Ya terakhir. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Jadi soalan saya, pendek saja. Apakah justifikasi kerajaan sebenarnya melanjutkan tempoh lesen Lynas ini selama 10 tahun? Itu 2 hari bulan, dua hari lepas diluluskan. Walaupun terdapat kebimbangan awam mengenai isu residu ataupun sisa radioaktif ini, adakah sebabkan ekonomi ataupun penghasilan untuk negara ataupun ada justifikasi lain. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan Senator Yang Berhormat ini. Dato Yang di-Pertua, industri REE ini sekarang kian berkembang dan berpotensi menjana sumber pendapatan baharu untuk kerajaan negeri khususnya. Berkaitan kebimbangan awam terhadap isu residu radioaktif, Jabatan Tenaga Atom kerap menjalankan pemantauan berskala melalui bacaan in-situ di kemudahan LAMP iaitu dengan izin, Lynas Advanced Material Processing Plant. Jabatan Tenaga Atom turut juga membuat pemasangan alat ERNS ataupun dengan izin, Environment Radiation Monitoring System di Kuantan bagi pemantauan kawasan

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

persekitaran termasuk kemudahan LAMP. Bacaan, pembacaan kepada, apa nama, pemantauan ERMS atau bacaan arah sinar luar adalah secara real-time dan boleh diakses melalui laman web MOSTI dan Atom.

Sehingga hari ini, bacaan sinaran luar dan data analisis, alam sekitar adalah selamat dan terkawal, di mana tidak melebihi dari had yang ditetapkan bagi orang awam dan alam sekitar. Itu saya bagi sedikit penjelasan tentang akhirnya kenapa kita sambung. Mengenai keputusan kerajaan untuk mempertimbangkan pelanjutan tempoh lesen selama 10 tahun ini, dibuat berdasarkan penilaian teknikal, perundangan dan pematuhan yang menyeluruh oleh Jabatan Tenaga Atom.

Perlu ditegaskan bahawa aspek keselamatan radiologi, kesihatan awam dan perlindungan alam sekitar adalah menjadi keutamaan. Pelanjutan ini bukan bersifat automatik. Sebaliknya disertakan dengan kawalan berjadual serta carta perbatuan atau mileage yang jelas serta syarat teknikal bagi mengurangkan dan seterusnya menghentikan penghasilan residu, water leach purification. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:50 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [3 Mac 2026]

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari, dan akan bersidang secara terus sehingga selesai diputuskan dan diluluskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Mac 2026.

Sembilan kementerian akan menjawab. Maka, kita bagi 30 minit tiap-tiap kementerian.

Maka, dipersilakan Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara menjunjung kasih di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang menetapkan hala tuju strategi negara bagi tahun 2026 dan seterusnya.

Dengan menekankan kepada kesejahteraan rakyat, integriti, tadbir urus, keselamatan negara, reformasi institusi, pendidikan nasional serta pengukuhan perpaduan Persekutuan.

Kerajaan MADANI sentiasa menzahirkan komitmen yang tinggi dalam menjunjung peringatan Yang di-Pertuan Agong berhubung ancaman moden yang semakin kompleks.

Ancaman tersebut merangkumi keselamatan digital, manipulasi maklumat, penyalahgunaan teknologi serta deepfake, jenayah berat serta eksploitasi isu-isu sensitif berkaitan bangsa, agama dan raja (3R) yang berpotensi menggugat keharmonian negara.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Seiring dengan komitmen tersebut, satu pendekatan baru lebih holistik dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi memperkukuhkan perpaduan negara dalam landskap semasa yang semakin mencabar. Pendekatan ini harus berteraskan prinsip PUSH:

peace, unity, stability and harmony sebagai asas kukuh dalam membina negara bangsa yang bersatu padu.

Keempat-empat elemen ini saling melengkapi dan menjadi tunjang utama dalam memastikan setiap warga berkongsi tanggungjawab serta aspirasi yang sama terhadap masa depan negara. Mengambil kira keseluruhan perkara yang telah diperincikan serta selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13). Pada tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara akan memberikan penekanan utama terhadap usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja, yang menyentuh perkara- perkara di bawah skop peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam, Yang Berhormat Senator Tuan Manolan Mohamad, Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri bin Joha, Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar dan Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab Yang Berhormat Senator Lingeshwaran yang telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, bidang kuasa hal ehwal agama adalah terletak di bawah kuasa negeri, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan tadbir urus agama dilaksanakan secara teratur, selaras dengan kerangka Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, sebarang dasar pendekatan atau tindakan yang melibatkan hal ehwal agama, termasuk penubuhan apa-apa lembaga, institusi atau entiti wakaf yang berteraskan agama hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Perkara ini penting bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran wakaf dilaksanakan secara sah, teratur dan tidak bercanggah dengan undang-undang negeri yang berkuat kuasa.

Oleh itu, Kementerian Perpaduan akan menyokong sepenuhnya hasrat mana-mana negeri untuk menubuhkan wakaf Hindu sebagai mana yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan hal ehwal agama di bawah bidang kuasa negeri.

Sokongan ini mencerminkan penghormatan terhadap kedaulatan negeri dalam urusan agama serta komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan penyelarasan dasar secara berhemah, berteraskan semangat Persekutuan demi menjamin perpaduan nasional.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan agar agenda perpaduan dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk komuniti orang asli. Kerajaan amat menghargai cadangan yang dikemukakan YB Senator Tuan Manolan Mohamad untuk mengangkat komuniti orang asli di dalam agenda perpaduan negara dan Yang Berhormat Senator Tuan Shahrol Wizan bin sulung, berhubung pemerkasaan orang asli di peringkat kawasan Rukun Tetangga.

Yang Berhormat Senator telah mencadangkan melibatkan— maaf, penglibatan wakil komuniti orang asli sebagai Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Untuk makluman semua, keanggotaan Majlis Penasihat Perpaduan Negara adalah berdasarkan kepada ketokohan, kepakaran dan sumbangan ahli dalam hal ehwal berkaitan perpaduan serta tidak tertakluk kepada kuota mengikut kaum, agama atau etnik.

Yang Berhormat Senator turut mencadangkan agar pelaksanaan program pertukaran budaya antara sekolah bandar, luar bandar dan sekolah orang asli diperluas secara lebih terancang dan sistematik. Kementerian sememangnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui agensi-agensi di bawah dan akan terus memperkukuh pelaksanaan program silang budaya seperti Jalinan Integrasi Mahasiswa, Gerak Integrasi Perpaduan serta MADANI Berkhidmat, Misi Sukarelawan Siswa.

Inisiatif-inisiatif ini bertujuan mempertemukan pelajar daripada latar belakang yang berbeza dan memupuk kefahaman dan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya, sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Kerajaan akan terus komited memperluaskan jangkauan program sebegini agar manfaatnya dapat dirasai secara inklusif, khususnya dalam merapatkan jurang antara komuniti bandar, luar bandar dan masyarakat orang asli.

Selain itu, berhubung cadangan Yang Berhormat Senator agar penganjuran Festival Budaya Orang Asli di Peringkat Kebangsaan dijadikan acara tahunan bagi mengetengahkan warisan dan nilai budaya masyarakat tersebut. Dimaklumkan bahawa inisiatif berkenaan sememangnya telah dilaksanakan secara konsisten setiap tahun oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Seni Kraf Orang Asli melalui Program Magis Belantara.

Program tahun ini meraikan kepelbagaian seni dan budaya pelbagai sub-etnik masyarakat orang asli dan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli

(JAKOA), bersempena sambutan International Day of Worlds Indigenous People pada 8 hingga 9 setiap tahun.

Bermula tahun 2025, JMM turut menganjurkan Program Living Museum Day (MSKAL) pada 18 Mei setiap tahun yang memberi peluang kepada pengunjung mendekati kehidupan dan budaya suku kaum orang asli melalui aktiviti interaktif dan berkonsepkan pengalaman langsung.

Usaha mengangkat martabat, memperkasa serta memperkenalkan warisan negara yang mencerminkan kepelbagaian etnik, termasuk masyarakat orang asli seperti Semai, Temiar, Jakun dan Mah Meri sentiasa dijadikan fokus utama kementerian.

Komitmen ini dizahirkan melalui pelaksanaan pameran rumah etnik dan perkampungan orang asli dalam setiap sambutan Minggu Perpaduan, selain pengisian pelbagai program utama Kerajaan MADANI yang menampilkan keunikan budaya, adat dan tradisi etnik.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Yang Berhormat Senator Tuan Shahrol Wizan bin Sulong bertanyakan tentang usaha kerajaan memperluas program integrasi komuniti seperti Rukun Tetangga di kawasan perkampungan orang asli. Untuk makluman Yang Berhormat, Rukun Tetangga (KRT) ditubuhkan di kawasan perumahan di bandar dan pinggir bandar, termasuk kampung- kampung orang asli.

Sehingga kini, sebanyak 8,615 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara, merangkumi 16 KRT di kampung-kampung orang asli. Penubuhan KRT adalah berasaskan permintaan serta keperluan komuniti setempat dan tertakluk kepada kriteria yang telah ditetap oleh kementerian. Permohonan penubuhan KRT dibuka pada setiap tahun dan hasilnya, hampir 100 KRT ditubuhkan setiap tahun berdasarkan permintaan komuniti setempat.

Kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan geran tahunan kepada semua KRT yang aktif dengan kadar sebanyak RM6,000 setahun bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran KRT serta pelaksanaan program aktiviti mengikut keperluan komuniti setempat.

Melalui peruntukan geran ini, sebanyak RM101,157 aktiviti telah dilaksanakan pada tahun lalu merangkumi ekonomi, perayaan, kebajikan, pendidikan, keharmonian antara penganut agama, keselamatan dan kebudayaan oleh KRT di seluruh negara.

Akhir sekali, Kementerian Perpaduan sentiasa bersedia memperkasakan KRT di semua kawasan, tidak kira sama ada di penempatan orang asli atau kawasan lain sekiranya terdapat permohonan daripada komuniti setempat.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah seterusnya menjawab berkenan dengan perancangan bagi mewujudkan pendaftaran rumah ibadah bukan Islam dan peranan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama.

Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran dan Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri bin Joha pula bertanya mengenai pengurusan rumah ibadat selain Islam, peranan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni).

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Kerajaan MADANI sentiasa menjunjung tinggi prinsip kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat keharmonian dan kepelbagaian masyarakat majmuk di negara ini. Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan negeri mempunyai kuasa dari aspek berkaitan pentadbiran agama, urusan tanah, hak milik, pendaftaran serta pengambilan tanah selaras dengan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, sebarang perkara melibatkan penggunaan tanah, pengurusan rumah ibadat perlu

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

ditangani selaras dengan peruntukan undang-undang negeri serta melalui pendekatan rundingan dan keharmonian sosial.

Berhubung pertanyaan mengenai usaha penyelaras hal ehwal agama selain Islam...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Mohon mencelah sedikit sebelum pindah ke tajuk lain, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri benarkan?

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Boleh saya habiskan dulu? Yang Berhormat boleh tanya nanti. Terima kasih.

Berhubung pertanyaan mengenai usaha penyelaras hal ehwal agama selain Islam, khususnya berkaitan isu tadbir urus rumah ibadat dan dana. Setakat ini, kesemua kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras perkara tersebut. Antaranya, Sarawak― Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR); Pulau Pinang― Jawatankuasa Penyelaras Rumah Ibadat Bukan Islam; Selangor― Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sik dan Tao Negeri Selangor (LIMAS); Perlis― Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis; Wilayah Persekutuan― Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Rumah Ibadat Bukan Islam Wilayah Persekutuan.

Di peringkat Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempunyai peranan penting dalam pengurusan rumah ibadat bukan Islam dengan justifikasi seperti berikut:

(i) KPKT mempunyai unit khas melalui Unit Penyelarasan Dana Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi memantau dan menyelaras pemberian dana;

(ii) sistem e-RIBI telah dipindahkan dari Kementerian Perpaduan Negara ke KPKT pada tahun 2023 bagi memperkukuhkan pengurusan dan pemantauan secara digital;

(iii) akta berkaitan urusan pembinaan, pengubahsuaian dan pematuhan rumah ibadat berada di bawah bidang kuasa KPKT termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia struktur bangunan, aspek kebersihan dan memastikan tiada pembinaan rumah ibadat dilakukan tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran masing-masing.

Setiap pembina rumah ibadat perlu mematuhi undang-undang, termasuk mendapatkan kebenaran merancang (KM) daripada PBT, tanpa pengecualian, bagi gereja,

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

masjid, tokong dan kuil. KPKT juga menyatakan ketersediaan dengan pihak berkaitan dalam program pemutihan rumah ibadat dibina tanpa kebenaran seperti diumum pada 8 Februari 2026.

Seterusnya, Mesyuarat Exco-Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MEXCOPT) merupakan platform kerjasama antara Persekutuan dan negeri di bawah KPKT yang terdiri daripada exco kerajaan tempatan dari semua negeri. Platform ini sesuai dijadikan medium untuk membincangkan isu-isu berkaitan rumah ibadat, termasuk pematuhan undang-undang, perancangan dan penyelarasan dasar di peringkat nasional dan negeri.

Manakala Kementerian Perpaduan Negara akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dan fasilitator dan mediator bagi memastikan isu berkaitan agama ditangani secara berhemah, adil dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara demi memelihara perpaduan nasional dan keharmonian masyarakat.

Yang Berhormat juga turut menyentuh peranan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) dalam mengenai isu pengukuhan perpaduan, persefahaman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Seramai 25 tokoh agama dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni).

Mereka adalah terdiri daripada 10 wakil Islam, empat orang wakil daripada Buddha, empat orang wakil daripada Kristian, Hindu merangkumi dua orang, dua orang mewakili Tao dan masing-masing satu wakil bagi Sik dan Bahai serta Unit Lain-lain Agama (UNIFOR) Sarawak. Peranan utama jawatankuasa ini termasuk:

(i) mempertingkat kefahaman terhadap pelbagai agama serta menangani isu yang berpotensi menggugat ketenteraman masyarakat;

(ii) penasihat dasar― memberi cadangan kepada kerajaan mengenai dasar-dasar yang berteraskan nilai keharmonian;

(iii) aktiviti kemasyarakatan― melaksanakan aktiviti kesedaran dan memupuk keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat; dan

(iv) mediasi― membincangkan isu sensitif secara tertutup melalui Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi bagi mengelakkan polemik awam.

Tuan Yang di-Pertua, saya― sila.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih. Saya ingat tadi panjang lagi. Saya nak mencelah pada sudut yang disebutkan tadi. Yang Berhormat, isu perpaduan negara ini ialah isu yang sangat, malahan paling asas dalam konteks keharmonian negara kita ini.

Cuma, isu disebut tentang pembinaan rumah-rumah ibadat di tanah yang tidak sah atau di tanah haram ini, itu isu kepatuhan undang-undang, tapi dalam waktu yang sama ini,

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

belum pun itu selesai, timbul pula yang baru ini― menghina agama dan lain-lain. Ini benda yang sangat, sangat― kalau dibiarkan, dia akan jadi sangat panas. Dulu di luar negara saja macam ini. Sekarang dalam negara pun dah jadi. Dan saya ingat, isu macam pijak Quran, hina agama Islam dan lain-lain ini, ini isu yang sangat tidak boleh dibiarkan dalam keadaan di Malaysia ini, Islam agama Persekutuan.

Jadi, saya nak tengok― saya tengok ini punca dari kegagalan kita atau ketidakcapaian kita dalam mendidik rakyat tentang faham realiti yang ada ni. Dan kalau ini dibiarkan, kita akan berdepan dengan risiko yang besar. Saya mohon Yang Berhormat membuat cadangan- cadangan ataupun, apa pandangan daripada pihak kementerian bagi memastikan benda yang tak pernah berlaku dulu ini jangan terus rancak berlaku macam sekarang? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Celahan juga. Berkaitan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Boleh saya jawab dulu? Ada masa lagi. Tak apa.

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat tadi. Saya setuju, isu agama ini adalah satu perkara yang sangat sensitif. Saya rasa semua pihak harus menghormati dan Perlembagaan kita jelas, Artikel 9― maaf. Artikel 11, Artikel 3 itu sangat jelas. Sebagai pemimpin negara, kita tidak boleh kompromi bila hal-hal isu yang menyentuh agama ini. Satu, adalah isu.

Dan keduanya adalah penyelesaian. Apakah Kementerian Perpaduan bersedia untuk menyelaraskan? Ya. Kementerian Perpaduan ini sentiasa bersedia menguruskan. Perlu ingat, Kementerian Perpaduan ini sebenarnya tidak menguruskan agama. Kami menguruskan manusia yang menguruskan agama sekarang, yang membantu mereka supaya mengharmonikan isu-isu itu. Menguruskan agama ini adalah masing-masing, tetapi dari segi penyelenggaraan, binaan tanah, pembelian tanah, pelesenan, semua di bawah KPKT. Tapi, peranan kita, kita ambil maklum.

Dan juga, berkenaan dengan isu pelajar yang memijak al-Quran ini, kami sudah tentu mana-mana individu di Malaysia ini, kita kiralah pemimpin ke, rakyat jelata pun, tidak boleh terima. Dan saya rasa kita telah ada keputusan, di mana AG telah mendakwa pelajar tersebut.

Biar undang-undang itu menjalankan tugas masing-masing. Masalahnya di sini adalah kebanyakan netizen kadang-kadang menjadi peguam, kadang-kadang menjadi polis. So, itu yang jadi masalah.

Sebagai pemimpin, kita ada tanggungjawab juga merespons kepada mereka, mencerahkan dan mencerakinkan kepada mereka. We have a rule of law in this country. So, let the law take place. Kalau mereka buat salah, kita tak boleh kompromi. Kita jangan lindungi orang-orang yang boleh menggugatkan keharmonian, yang boleh memecahkan perpaduan.

Bab ini, saya yakin Kementerian Perpaduan komited untuk bekerjasama dengan semua pihak yang boleh mencetuskan isu-isu yang perpaduan ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Dan soalannya, kenapa tiba-tiba bangkit? Ini adalah ada unsur-unsur lain yang terlibat.

Saya rasa bukan sahaja pasal agama. Kalau ada isu masalah, contohnya rumah ibadah yang tidak berdaftar, siapa yang perlu ambil tanggungjawab? Kementerian yang ambil tanggungjawab. Saya harap juga ada pihak-pihak yang menjadi pejuang yang mahu memperjuangkan isu ini― tidak salah, boleh mengeluarkan hasrat tapi mengikutkan lunas undang-undang itu.

Yang Berhormat, saya setuju bahawa keharmonian dan perpaduan negara ini bukan sahaja soal ahli politik, tapi ahli akademik, ahli-ahli masyarakat juga perlu ambil tanggungjawab sama-sama, termasuk agamawan yang hebat-hebat. Orang-orang hebat perlu sentiasa menekankan Rukun Negara adalah asas kepada kita untuk menyatukan semua rakyat.

Yang Berhormat, sila. Soalan seterusnya.

draft • 12:10 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Terima kasih, YB Timbalan Menteri. Saya pernah menganggotai JK MPK, ataupun nama terkininya adalah Jawatankuasa Harmoni. Saya melihat Jawatankuasa ini sangat efektif. Cumanya, kita berhadapan dengan masalah kepimpinan yang menjadi pengerusi kerana mungkin isu-isu yang dibincangkan adalah sangat sensitif.

draft • 12:10 PM

Dr. Jufitri bin Joha

Cuma, kita perlu kepimpinan yang baik untuk mengetuai JK Harmoni dan ke depan.

Saya lihat ada beberapa kenyataan yang keluar, tapi tidak dijadikan satu berita muka depan.

Jadi, kita mesti mendayaupayakan Jawatankuasa Harmoni dan mestilah dilantik pengerusinya adalah pengerusi yang berani untuk ke depan, mengharmonikan keadaan dan jangan biarkan ahli politik lah. Biar Jawatankuasa Harmoni yang mengetuai. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai Jawatankuasa Harmoni ini, memang— adalah co-chair oleh kedua-dua kementerian sebenarnya, Kementerian Perpaduan dan juga Menteri Agama.

Tetapi walau bagaimanapun, telah— akan adakan satu mesyuarat dalam masa terdekat oleh kedua-dua kementerian, di mana di bawah Kementerian Perpaduan dan Menteri Agama juga dalam masa berdekat, which is been scheduled coming week ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menyelesaikan membantu kementerian-kementerian lain supaya kita boleh menyelesaikan masalah ini.

Saya setuju memang perlukan orang yang lebih keras. Kadang-kadang you need to bring peace by saying in violent manners untuk mereka mendengar, Yang Berhormat. Oleh itu saya sambung.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Lingesh nak mencelah.

draft • 12:20 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Last before continue, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Silakan, silakan.

draft • 12:20 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana pelajar IPTA yang memijak al-Quran telah dibawa ke muka pengadilan. Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Tapi pada nada yang sama, saya juga nak tanya, mengapa setakat ini Cikgu Chandra, Firdaus Wong, Zamri Vinoth yang sering memainkan isu perkauman, terutamanya agama Hindu, memuat naikkan video TikTok di laman sosial semua. Setakat ini beratusan laporan polis telah dibuat tetapi tak ada sebarang tindakan. Jadi, saya tahu, apakah maklum balas daripada kementerian Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat sedar tentang isu ini dan apa pandangan Yang Berhormat berkenaan ini?

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tindakan undang-undang ini sebenarnya.

Baik. Di bawah Kementerian Perpaduan ya, kita tidak ada sebarang punitive law. Kita ada lah Akta Rukun Tetangga saja. Maka, segala undang-undang di mana yang boleh mencetuskan keharmonian, that can boleh bring disorders in the community, dengan izin, adalah diletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Di mana kita ada Akta Hasutan, kita ada Akta Multimedia dan Communications Act untuk memantau keseluruhan sosial media, cara mereka mengeluarkan kata-kata ataupun apa saja yang boleh dengan unsur, dengan niat.

Sebenarnya niat itu sangat penting.

Sebenarnya saya setuju dengan Yang Berhormat, bahawa tindakan perlu diambil tak kira mana-mana pihak without kompromi, yang boleh menggugatkan keharmonian, yang boleh memecah belakang rakyat. All this while tak ada, tapi tiba-tiba muncul. Apakah kerajaan tidak ambil tindakan? Tidak. Kerajaan akan ambil tindakan berdasarkan laporan yang kita terima.

Saya tidak boleh menjawab bagi pihak KDN, Menteri tak ada, tapi apa yang kita boleh, Kementerian Perpaduan menyatakan adalah kementerian-kementerian ini— adalah kementerian lain juga terlibat dalam to keep the peace and orders, dengan izin Yang di-Pertua.

So, maka saya juga harap tiada boleh kompromi dalam hal-hal ini. Sebenarnya wajarnya diambil tindakan mengikut undang-undang by law yang sedia ada, Yang Berhormat.

Oleh itu, saya ingin sambung sedikit untuk habis.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Datuk Speaker, tambah sikit boleh?

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Yang Berhormat, bagi saya masa sikit lagi, sebab saya ada lagi tiga nak jawab dulu. Lepas itu Yang Berhormat boleh tanya, dengan kalau Tuan Yang di-Pertua bagi masa yang tambahan lah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Baik, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tengok YB menjawab memang mantap.

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang di-Pertua. Sebab isu perpaduan ini memang sangat hangat sekarang. So, makin kena jawab juga dengan hangat. Saya juga ucap terima kasih kepada pegawai-pegawai kita yang hebat di belakang ini, sebab mereka yang membantu kita.

Baik. Saya seterusnya menjawab demografi penggunaan perpustakaan. Saya ini sekarang ini, nada yang ton yang lembut sikit kerana kita nak bincang tentang perpustakaan.

Soalan yang dibangkitkan dan dibahaskan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah bertanyakan tentang demografi penggunaan perpustakaan di seluruh negara mengikut negeri dan apakah program baru diperkenalkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan Laporan Perpustakaan Negara Malaysia 2024, sejumlah 12,641,051 juta pengunjung direkodkan di seluruh rangkaian perpustakaan. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,573,090 juta adalah pengunjung fizikal dan 11, 067,961 juta satu pengunjung maya merangkumi Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan komuniti dan perpustakaan desa.

Dari segi umur, Perpustakaan Negara Malaysia mencatatkan 36,851 kanak-kanak yang merangkul sebagai hampir 40 peratus dan 56,232 merangkumi dewasa adalah 60 peratus. Perpustakaan komuniti pula 16,476 kanak-kanak berbanding 41,823 dewasa.

Sementara perpustakaan desa lebih seimbang dengan 800,779 kanak-kanak merangkumi sebanyak 57 peratus dalam 612,929 adalah dewasa yang merangkumi 43 peratus.

Oleh yang demikian, statistik ini jelas menunjukkan perpustakaan desa menjadi tumpuan utama masyarakat, khususnya anak-anak, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha memperluas akses bahan bacaan ke kawasan luar bandar serta menyokong agenda pembudayaan ilmu. Ketika ini, di bawah Kementerian Perpaduan Negara terdapat sebanyak 506 perpustakaan desa di seluruh negara.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus komited memperkenalkan program dan aktiviti yang dinamik, inklusif serta berteraskan komuniti bagi menarik penglibatan masyarakat, sekali gus memantapkan peranan sebagai pusat intelektual, digital, kebudayaan dan pembentukan negara bangsa, antara inisiatif utama ialah:

(i) Karnival Baca Perdana. Mempromosikan budaya membaca secara santai dan mesra keluarga;

(ii) Program Riang Ria Cuti Sekolah. Aktiviti santai untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan keluarga;

(iii) siri bicara termasuk bicara intelektual, eksekutif novelis, ASEAN and Harvard bagi memperkukuh wacana intelektual;

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

(iv) program ilmiah dan kenegaraan seperti Wacana Manuskrip Melayu, Semarak Merdeka dan Hari Malaysia bagi memperkasakan sejarah warisan dan jati diri bangsa;

(v) Seni dan budaya. Penganjuran Festival Seni dan Sastera Kanak-kanak, Festival Kaligrafi dan Motif Perpaduan;

(vi) program komuniti seperti Kembara Ilmu di Warisan Kita dan Sentuhan Komuniti Bestari. Memperluas peranan perpustakaan sebagai pusat interaksi nasional; dan,

(vii) pendekatan inklusif Program Sehari bersama OKU dan pelbagai inisiatif di perpustakaan desa. Memastikan akses ilmu dinikmati semua lapisan masyarakat.

Secara keseluruhan, pendekatan bersepadu merangkumi literasi intelektual, digital, warisan kesenian, kenegaraan dan inklusiviti telah mengukuhkan imej Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi relevan, selari dengan matlamat pembangunan mampan serta menyokong perpaduan negara melalui interaksi masyarakat berbilang kaum.

Tadi Yang Berhormat ingin tanya soalan, silakan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat kita ini satu tempat ya daripada Tebrau.

Saya ingin— tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai dengan hak kerajaan negeri, tanah wakaf, tanah dan permohonan untuk membina rumah-rumah ibadah ataupun masjid dan surau adalah hak negeri dan ia nya mesti mendapat kelulusan daripada PBT.

Yang berlaku sekarang ini, bukan kerana pengamal-pengamal agama yang melanggar undang-undang tersebut, tetapi mereka yang inginkan bangunan tersebut didirikan di tanah- tanah yang bukan hak milik mereka. Yang akhirnya, ia nya menjadi isu yang besar.

Dan Yang Berhormat ada nyatakan tadi, bahawa kita ada Jawatankuasa Harmoni ya untuk kita ke depan. Dan masalah yang berlaku sekarang ini adalah, kita ini sebagai pembuat polisi yang kadang-kadang, yang menaikkan isu sehinggakan rakyat mengikut apa juga kata- kata ataupun tindakan daripada wakil rakyat yang dipilih.

Sebagai contoh baru-baru ini. Kita meng-issue-kan tentang individu yang menaikturunkan tentang hal-hal tanah wakaf, tapi akhirnya beliau juga adalah seorang pembuat polisi yang juga bertindak sebagai peguam yang menjadi pengerusi wakaf negeri.

Dan ini tidak bagus sebenarnya. Jadi, bagaimana kita nak educate? Educate mereka- mereka ini agar ia memberikan kefahaman yang baik supaya perkara ini tidak berlaku dan

draft • 12:20 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

tidak memecahbelahkan masyarakat yang berbilang agama di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan itu. Saya ulang lagi, sama saja, kita ada undang-undang. Kalau niat kita adalah untuk preserve the peace unity, saya rasa semua adalah semua rakyat dan termasuk wakil-wakil rakyat ini penting sebab kita harus menjadi role model ya, teladan yang baik kepada masyarakat.

Saya akui perkara ini dan ia adalah semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam sama ada di Dewan Negara, di Dewan Rakyat, is our responsibility untuk menjadi contoh yang baik, untuk menguruskan dengan baik.

draft • 12:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Saya ingin menekankan sedikit sahaja berkenaan dengan lembaga dan juga pengurusan ini sedikit. Walaupun kuasa itu adalah terletak di bawah kerajaan negeri sebenarnya, sebab itu saya ulang lagi Ministry of Unity, we know manage religious affairs. We are managing the people who manage religious and to bring harmony, dengan izin, Yang di- Pertua.

Cuma penyelarasan antara apa Kerajaan Persekutuan boleh buat di sini adalah apakah role yang boleh dimainkan di sini, adalah di mana kita ada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) di mana Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan sebenarnya boleh memurnikan budi bicara dengan mana-mana negeri.

Contohnya, ada sesuatu negeri itu nak menubuhkan wakaf. Boleh, tapi kalau negeri itu ada pelbagai persoalan dan perbincangan, saya rasa, kita boleh menggunakan melalui MNKT. Saya rasa kita go by law. It is the easiest way. Kalau itu yang saya ingin berulang, Yang Berhormat kalau niat kita adalah to solve the problem, then there is no more problem I think, Yang Berhormat.

Dengan ini Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan merupakan sebuah majlis penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang membincangkan hal ehwal berkaitan kerajaan tempatan di Malaysia. Asas perundangan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, Akta Kerajaan Tempatan 1967 [Akta 171]. Apakah fungsi utama MNKT ini?

Pertama, menyelaras dasar dan undang-undang berkaitan kerajaan tempatan antara negeri-negeri. Maka, kalau ada perkara yang tidak boleh ada penyelesaian, perlukan guide ataupun perlukan campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan, maka ada ruang untuk kita bincang. Saya setuju, Yang Berhormat bahawa perkara-perkara, kalau boleh bawa ke meja rundingan, boleh bawa ke meja perbincangan, saya rasa itu harus menjadi the priority untuk kita menyelesaikan masalah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Perkara nombor dua adalah membincangkan isu perancangan bandar dan desa.

Ketiga, menyelaras pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam, meneliti hal pelesenan, penguatkuasaan dan pertadbiran PBT. Seterusnya, memastikan keseragaman dalam PBT di seluruh negara melalui persetujuan bersama. Soalnya di sini Yang Berhormat, ada juga Ahli- ahli Yang Berhormat bertanya tapi tiada jawapan, tapi saya rasa jawapannya boleh kita mencapai melalui mesyuarat-mesyuarat sebegini dan keanggotaan dalam MNKT ini adalah Menteri Perumahan KPKT sebagai Pengerusi, wakil kerajaan negeri, Exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan dan seterusnya pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan.

Kepentingan MNKT ini, saya ingin menekankan Yang di-Pertua dalam Dewan ini.

MNKT berperanan sebagai platform penting memastikan penyelarasan dasar antara Persekutuan dan negeri berjalan dengan lancar seperti meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di peringkat kerajaan tempatan.

Oleh itu, Yang Berhormat saya juga ingin menggulung dan akhiri ucapan saya seperti yang saya ulangi...

draft • 12:30 PM

Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Boleh saya tambah sikit lagi tak? Ini pandangan yang baik sebenarnya MNKT tadi.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah, saya benarkan.

draft • 12:30 PM

Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Saya bekas ADUN ya. Saya tahu sebab di peringkat negeri, kita ada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia adalah untuk menstabilkan dan juga meneliti permohonan-permohonan di peringkat negeri masing-masing.

Jadi, kalau boleh Kementerian Perpaduan ini dapat duduk mencari satu mekanisme dengan MNKT tadi dengan PBT. Sebab saya tak nampak penyelarasan di peringkat negeri.

Sebagai contoh, sesuatu perkara itu telah dibuat. Dah bertahun-tahun baru kita ambil tindakan, tetapi di peringkat penguatkuasaan, tidak ada, tapi kalau kita boleh consult, sama- sama buat. Jadi, perkara ini tidak akan berlaku dan tidak akan diambil kesempatan oleh pihak- pihak yang mempunyai kesempatan dalam merosakkan agenda pembangunan negara.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Mungkin saya boleh tambah sedikit?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Boleh, silakan.

draft • 12:30 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa isu tentang hasutan semuanya di bawah KDN, tapi mengapa Kementerian Perpaduan tahu semua isu-isu yang sedang berlaku di TikTok dan Facebook. Mengapa Yang

draft • 12:30 PM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Berhormat Kementerian Perpaduan dan juga Kementerian Dalam Negeri bersama-sama menyelesaikan isu ini? Duduk bersama-sama menyelesaikan isu ini?

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Baik, terima kasih Yang Berhormat. terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas masa yang diberikan tambahan. Soalan pertama Yang Berhormat tadi, bertanya tentang penglibatan Kementerian Perpaduan. Saya ingin berulang. Dalam majlis MNKT ini keanggotaannya kementerian KPKT, Exco-exco dan pegawai kanan kerajaan. Kalau ada jemputan saya yakin Kementerian Perpaduan akan bersedia untuk membantu bersama-sama untuk memberi input-input yang sewajarnya.

draft • 12:30 PM

Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Jangan tunggu jemputan, Yang Berhormat. Kalau boleh, cari mekanisme. Itu lebih baik untuk kita selesaikan masalah. Kalau kita tunggu jemputan, ini yang berlaku.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Halim, tolong jangan bangun kalau tak dibenarkan oleh Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Baik. Saya ingin ulang seperti yang kata Kementerian Perpaduan bersedia mengharmonikan segala budi bicara yang kita perlukan tetapi MNKT ini di bawah KPKT. Kalau ada jemputan, saya rasa bukan setakat jemputan sahaja. Bukan ini sahaja ruang untuk kita menyelaraskan.

Sebenarnya, ada banyak mesyuarat, banyak penglibatan, banyak rundingan pun masih berjalan. Kadang-kadang banyak perkara kita tidak boleh terus menguarkan. Mungkin memerlukan siri. Mesyuarat bersiri tiga, empat kali. Kalau setiap kali kita habis mesyuarat dan kita nak pergi ke media ini dan we have not solved the problem but we are just want to announce. I think, kita tidak akan mencapai matlamat.

Seterusnya saya juga ingin menjawab sedikit dengan Yang Berhormat Dr. Lingesh bahawa saya setuju juga dan kita akan bagi input-input kepada kementerian. Saya rasa bukan sahaja kementerian KDN, bahawa Kementerian Komunikasi juga memainkan peranan untuk memantau. MCMC juga harus memantau akaun-akaun Facebook, sosial media ini yang semakin nampak banyak ada unsur-unsur yang boleh mewujudkan ketegangan.

Untuk makluman tambahan juga, Kementerian Perpaduan juga ambil inisiatif, akan membuat kajian Social Stress Index dalam masa terdekat. Ambil inisiatif untuk mengkaji beberapa perkara yang lebih lanjut. Saya ingin juga ulangi Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, Kementerian Perpaduan komited dan terbuka untuk membantu segala isu-isu yang dibangkitkan supaya kita buat penyelarasan dengan mana-mana kementerian yang within the law yang kita mampu. Oleh itu, saya juga ingin mengakhiri ucapan saya...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Boleh mencelah sikit sebelum sebut akhir?

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Yang Berhormat, saya biar budi bicara Tuan Yang di-Pertua. Kalau dibenarkan sebab masa dah tamat.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Relevan atau tidak ini? Saya tak nak perbahasan ini— jawapan ini dia lari daripada topik dia.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Okey lah, tak apa lah.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baiklah. Boleh benarkan?

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Tak apa, tak apa.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Bulan puasa ini. Dah, dah, silakan. Silakan, Datuk Mustafa, silakan. Fasal masa dah habis, bukannya saya nak menidakkan.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Ya lah bulan puasa ini kita pun ada jiwa kan. Kalau tak relevan, saya tak bangun lah untuk bertanya. Saya mewakili rakyat juga. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sahaja. Saya dari segi masa.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Tak, sebut relevan tadi itu. Ia mungkin soalan saya tidak bermutu. Saya memang nak tanya satu sahaja. Soal perpaduan dan juga soal racist ini.

Bukan perkara baru.

Tragedi 13 Mei adalah kemuncak kepada kebencian meluap dan juga polarisasi kaum yang meluas. Cuma saya nak tanya, adakah YB Menteri setuju saya katakan bahawa semua kementerian, terutamanya Kementerian Perpaduan lemah dari segi penguatkuasaan sehingga orang menjadikan isu perkauman sebagai permainan, keagamaan dipersendakan.

Lemah.

Ada peraturan tidak dikuatkuasakan atau peraturan tidak mencukupi atau kolaborasi merentas kementerian tidak cukup untuk menangani isu-isu yang sangat berbahaya kepada negara ini. Terima kasih, Datuk. Tak tahu lah relevan kah tidak.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tanya itu adalah soalan. Saya merasa tidak tepat kerana Jawatankuasa Harmoni ini yang menangani isu-isu perpaduan, merangkumi 12 ahli yang terdiri dalam itu. KPM sebagai Pengerusi dan kita ada KDN, MKN dan PDRM. Seperti yang saya sebut tadi, saya ulang, di bawah Kementerian Perpaduan ini, kita ada Akta KRT sahaja. We do not have any punitive of undang-undang yang boleh mengambil tindakan ataupun mendakwa mana-mana pihak.

Seperti yang saya ulang kita mengharmonikan situasi, kita mengadakan mesyuarat perbincangan dan memberi input-input. Kita sedang melakukan. Saya rasa kementerian bukan sahaja Menteri tetapi di bawah kementerian kita, saya rasa, semua penjawat ini bertungkus-lumus. Saya kurang setuju dengan Yang Berhormat, perkara tadi itu sebab saya yakin sebab saya pun turut terlibat pelbagai mesyuarat dalam menguruskan perkara-perkara.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Pada masa yang sama, saya juga ingin memaklumkan bahawa Jumaat ini kita akan ada satu Jawatankuasa Strategi dan kita jemput semua pengerusi yang melibatkan Jawatankuasa Agama termasuk Hindu Sangam dan sebagainya termasuk all religous affairs.

Kita mengadakan konsisten. Cuma, saya ingin maklumkan, kita tidak sentiasa perlu update dalam media sosial atau berita mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa ini di belakang tabir yang hasilnya adalah penting. The important is the result of outcome of the meeting sangat penting.

Yang Berhormat, saya ucap terima kasih Yang Berhormat atas Tuan Yang di-Pertua memberi masa tambahan kerana isu ini adalah isu yang sangat penting. Saya yakin, bukan sahaja Kementerian Perpaduan malah Kerajaan MADANI sentiasa, Yang Amat Berhormat pun sentiasa menekankan. we have to accept that dalam Kementerian Perpaduan ini adalah kita faham, kita menghormati, kita accept itu adalah yang kita harus semai dalam diri kita.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj

Saya ingin juga mengakhiri perbahasan saya dengan satu pantun pada pagi yang mulia ini.

Pergi ke desa memetik delima, Singgah sebentar di tepi telaga; Pemimpin bijak menyatukan semua, Perpaduan rakyat kekuatan negara. Sekian terima kasih, Yang di-Pertua. Sekian terima kasih, Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Menteri. Tiga kali saya dengar YB Menteri sebut perkataan YB ada kuasa kementerian bawah KRT sahaja. Yang kuasa penguatkuasaan itu kementerian lain, tapi dilemanya adalah semua soalan ditumpukan kepada Kementerian Perpaduan.

Jadi, macam mana pun saya ucapkan tahniahlah di atas jawapan yang saya rasa jelas.

Bukan untuk nak mengelak tanggungjawab tapi inilah dia aturan struktur pentadbiran dalam negara kita dan ia melibatkan Kementerian Perpaduan dalam peranan yang sebagai koordinator je, pakar perpaduan yang cuba untuk nak coordinate hal-hal perpaduan dalam negara kita tapi tanpa kuasa penguatkuasaan. Itu saya faham.

Untuk Datuk Mustafa, saya mohon maaflah. Susun 10 jari kalau saya membuat satu komen yang mencuit hati, menimbulkan kemarahan pada pagi ini.

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Saya pun mohon maaf juga Datuk. Bulan puasa, kan?

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sama-sama kita.

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa

Tak makan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Mustafa. Terima kasih YB Menteri ya.

Sekarang ini kita pergi pada giliran Kementerian Luar Negeri. Silakan, YB Menteri.

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di- Pertua, saya mulakan dengan pantun terlebih dahulu.

Ke Parlimen Sibuti membeli lada, Singgah sebentar di Putrajaya; Dulu menjaga kesihatan negara, Kini jaga diplomasi negara pula. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada enam Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan Kementerian Luar Negeri semasa sesi perbahasan ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ahli-ahli Berhormat Senator yang telah mengajukan soalan adalah Yang Berhormat Senator Datuk Nelson W Angang, Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad, Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu Bukut, Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan dan Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman. Sebelum saya menjawab kepada soalan-soalan Ahli Yang Berhormat Senator, izinkan saya berkongsi perkembangan di Kementerian Luar Negeri.

Datuk Yang di-Pertua, pertama adalah mengenai pencapaian Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun 2025. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun 2025, Malaysia telah memegang peranan sebagai pengerusi ASEAN dalam suasana persekitaran serantau dan global yang mencabar. Tema keterangkuman dan kemampanan ini menekankan usaha memperkukuhkan komuniti ASEAN melalui pembangunan berpaksikan rakyat, pertumbuhan yang saksama serta kesejahteraan jangka panjang rantau ini.

Sepanjang kepengerusian, Malaysia berjaya mengemudi perlaksanaan agenda ASEAN, merangkumi ketiga-tiga tonggak komuniti ASEAN melalui penganjuran mesyuarat, pemuktamadan dokumen hasil serta pelaksanaan inisiatif dan keberhasilan ekonomi keberkeutamaan.

Usaha ini menyumbang kepada pemeliharaan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran rantau Asia Tenggara, di samping memperkukuhkan kerangka kerjasama serantau dan meningkatkan daya tahan institusi ASEAN serta pemantapan peranan ASEAN

draft • 12:42 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

dalam mendepani cabaran serantau dan global secara kolektif. Secara keseluruhannya, Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 telah memperkukuhkan kedudukan dan kredibiliti Malaysia sebagai pengerusi yang membina, konsisten dan dipercayai.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah merasmikan pelancaran Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026 hingga 2030. Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026– 2030 ini akan dilaksanakan sebagai kerangka kerja utama bagi memastikan diplomasi Malaysia kekal relevan, responsif dan berwibawa dalam persekitaran global yang semakin kompleks bagi tempoh lima tahun yang akan datang.

Pelan ini berteraskan visi Malaysia MADANI, kemampanan, ihsan, hormat, daya cipta, kesejahteraan dan keyakinan, serta dijajarkan dengan kerangka Ekonomi MADANI RMK13 ARPA bagi memastikan kesepaduan dasar luar dengan agenda pembangunan negara.

Secara amnya, pelaksanaan pelan ini adalah bersandarkan pada lapan teras strategik yang disokong oleh 33 strategi dan diterjemahkan melalui 139 program termasuk memperkukuhkan diplomasi dua hala dan pelbagai hala, memperteguhkan peranan proaktif Malaysia dalam ASEAN dan kepusatan ASEAN, memelihara kedaulatan serta kepentingan maritim, memperkasakan diplomasi awam dan penyampaian perkhidmatan, memantapkan kapasiti institusi dan memperkukuhkan kewajiban Malaysia di bawah Konvensyen Senjata Kimia.

Pelaksanaan pelan ini akan digerakkan secara menyeluruh bersama perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara untuk melindungi kepentingan Malaysia, menyokong pembangunan negara dan memastikan suara Malaysia terus dihormati di persada global.

Datuk Yang di-Pertua, sekarang saya akan menjawab kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad yang membangkitkan isu berkaitan misi Global Sumud Flotilla.

Kerajaan Malaysia kekal komitmen untuk memastikan setiap peluang untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin terus dimanfaatkan dengan mengambil kira keutamaan keselamatan rakyat Malaysia serta keberkesanan penyaluran bantuan kemanusiaan tersebut. Penyertaan sukarelawan dan aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla serta Freedom Flotilla Coalition pada tahun 2025 telah mencerminkan tekad rakyat Malaysia untuk berdiri teguh bersama Palestin.

Malah ia menjadi lambang keberanian dan keikhlasan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan keadilan sejagat, khususnya dalam memecahkan tembok sekatan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang menderita.

draft • 12:42 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

Sungguh pun misi Flotilla tersebut memainkan peranan penting dalam memberikan tekanan moral dan politik terhadap sekatan, penghantaran bantuan melalui laut akan terus berdepan risiko keselamatan yang sangat tinggi. Berdasarkan pengalaman dahulu, peserta- peserta GSF dan FFC telah berdepan tindakan sekatan serta penahanan oleh rejim Zionis Israel.

Proses membawa mereka pulang menuntutkan kos perbelanjaan yang besar dan usaha diplomatik yang kompleks, memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Walau bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah sentiasa menjadi keutamaan.

Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara akan sentiasa memantau rapat perkembangan serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan-rakan serantau.

Kerjasama dengan negara-negara sahabat seperti Turkiye, Jordan dan kedutaan negara- negara ASEAN di Tel Aviv dimanfaatkan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.

Kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan bantuan konsuler kepada rakyat Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden termasuk menyediakan sokongan diplomatik untuk memastikan kepulangan mereka ke tanah air menggunakan saluran yang sedia ada.

Datuk Yang di-Pertua, kerajaan ingin menegaskan bahawa setiap pendirian yang diambil di peringkat antarabangsa adalah berdasarkan kepentingan negara serta selaras dengan undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan sejagat.

Seterusnya, saya akan menjawab kepada Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh yang telah membangkitkan tiga perkara berkaitan Palestin, iaitu mengenai bantuan kemanusiaan, perampasan Wilayah Tebing Barat dan penubuhan Board of Peace.

Datuk Yang di-Pertua, pertama sekali mengenai bantuan kemanusiaan. Kerajaan Malaysia kekal konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengutuk sekerasnya sebarang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa. Malaysia juga membawa suara rakyat Palestin di pelbagai platform bagi memastikan isu Palestin kekal sebagai keutamaan masyarakat antarabangsa, termasuk melalui diplomatik, sokongan berterusan, terutamanya bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

draft • 12:42 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

Pada tahun 2002, kerajaan telah menubuhkan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri sebagai saluran rasmi untuk menyelaras dan menyalurkan bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada Palestin.

Sehingga Januari 2026, Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin telah menerima kutipan keseluruhan berjumlah RM113 juta daripada rakyat Malaysia dan pelbagai

draft • 12:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

pihak yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin. Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Malaysia atas sumbangan yang sangat bermakna ini.

Daripada jumlah tersebut, lebih RM86 juta telah disalurkan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UNRWA, UNOCA dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Taawon Welfare Association Palestin, Hebron Rehabilitation Charitable Society di Palestin, Jordan Hashemite Charity Organization, King Hussein Cancer Center serta Ops Ihsan bagi memastikan bantuan Malaysia disalurkan secara telus, berkesan, sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

Bantuan kemanusiaan yang diberikan adalah termasuk penyediaan makanan, keperluan perubatan, pendidikan, air sanitasi dan kebersihan, pembaikan infrastruktur dan sokongan sosial bagi mereka yang terjejas akibat konflik berterusan di Palestin. Baki semasa adalah sebanyak RM29 juta yang akan terus disalurkan berdasarkan keutamaan dan keperluan di lapangan.

Berkaitan berkenaan tentang perampasan wilayah di Tebing Barat. Datuk Yang di- Pertua, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel untuk memperluaskan kuasanya ke Tebing Barat yang diduduki termasuk pengilhakan tanah secara haram. Tindakan ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva Keempat dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Resolusi Malaysia, Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB. Tindakan Israel ini akan memperkukuhkan pendudukan haram Israel dan menjejaskan hak-hak asasi mutlak rakyat Palestin termasuk hak menentukan nasib sendiri dan projek penyelesaian dua negara.

Di peringkat antarabangsa, pada 17 Februari 2016, Malaysia bersama 100 negara telah menyokong satu kenyataan bersama di PBB yang mengecam tindakan Israel tersebut.

Malah empat daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Perancis, United Kingdom, Rusia dan China turut menyokong kenyataan tersebut. Malaysia akan terus lantang menggesa agar Israel dikenakan akauntabiliti di atas kekejaman dan tindasan terhadap rakyat Palestin dan pencabulan undang-undang antarabangsa.

Datuk Yang di-Pertua, ketiga, Yang Berhormat Senator Tuan Nik Abduh juga mengutarakan isu berkaitan pendirian Malaysia terhadap penubuhan Board of Peace. Secara prinsip Malaysia menyokong sebarang usaha global dalam mencapai keamanan berkekalan di Palestin. Namun begitu, Malaysia secara konsisten sentiasa menegaskan bahawa keamanan yang berkekalan di Palestin hanya dapat dicapai melalui satu penyelesaian yang inklusif dan komprehensif berteraskan undang-undang antarabangsa.

Malaysia juga menekankan bahawa hak asasi mutlak rakyat Palestin merangkumi hak kenegaraan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Palestin yang perlu dilindungi dan dihormati serta hak untuk pulang ke tanah air perlu dijamin. Walau terdapat banyak negara yang telah

draft • 12:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

memberi komitmen yang agak signifikan bagi pembangunan dan pembinaan semula Gaza, Board of Peace ini dilihat tidak memfokuskan perkara yang lebih utama iaitu penamatan pendudukan haram Israel di Palestin serta prospek ke arah penyelesaian dua negara.

Penyertaan beberapa negara ASEAN iaitu Indonesia, Kemboja dan Vietnam dalam Board of Peace adalah berdasarkan pertimbangan masing-masing dan Malaysia menghormati keputusan berdaulat setiap negara anggota. Pada masa yang sama, Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan semua rakan serantau dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama selaras dengan dasar luar negara. Malaysia berpendirian untuk tidak menyertai Board of Peace buat masa ini memandangkan masih kurang jelas sama ada Board of Peace akan segera menangani punca utama konflik Israel-Palestin khususnya pendudukan haram Israel di wilayah Palestin dan pelanggaran berterusan rejim Zionis terhadap undang-undang antarabangsa.

Datuk Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Nelson, Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman yang membangkitkan isu berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Kerajaan Malaysia telah berulang kali menegaskan pendirian bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas sebahagian atau keseluruhan Sabah. Kerajaan Malaysia kekal konsisten dengan pendirian tegas bahawa kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan akan dipertahankan sampai bila-bila.

Seperti Yang Berhormat Senator sedia maklum, rakyat Sabah telah melaksanakan penentuan nasib sendiri atau dengan izin, self-determination berhubung status negeri mereka untuk berada bersama di Persekutuan Malaysia. Laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa lebih daripada dua per tiga rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Pada 14 September, Setiausaha Agung PBB melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB atau dengan izin, United Nations General Assembly bahawa rakyat Sabah menyokong penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Perkara ini turut dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa menjawab kepada soalan Jawab Lisan di dalam Dewan yang mulia ini pada 24 Februari 2026 yang lalu.

Kesimpulannya, Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kedaulatan Sabah adalah muktamad, tidak boleh dirundingkan dan akan terus dipertahankan sampai bila-bila serta Sabah dalam Malaysia telah disahkan oleh sejarah undang-undang antarabangsa dan kehendak rakyatnya sendiri. Justeru, sebarang naratif luar tidak akan menggoyahkan integriti wilayah serta komitmen kita dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan tentang isu PATI rakyat Filipina dan Penubuhan Konsulat Filipina di Sabah.

Datuk Yang di-Pertua seterusnya, Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin, mengambil berat akan kehadiran mereka kerana ia melibatkan isu sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Kementerian Luar Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi peneraju yang bertanggungjawab dalam perkara ini untuk memastikan isu PATI rakyat Filipina di Sabah terus diberikan perhatian dan dibendung.

Di samping itu, Kementerian Luar Negeri juga telah mengambil pelbagai pendekatan diplomasi menerusi perbincangan di peringkat pemimpin dan pegawai kanan. Sebagai contoh, semasa pertemuan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina semasa lawatan rasmi Yang Berhormat Menteri Luar Negeri ke Manila pada Julai 2024 dan di peringkat pegawai kanan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia–Filipina kelapan pada 15 Oktober 2024, Kementerian Luar Negeri telah membangkitkan isu mengenai perkhidmatan konsuler bergerak di wilayah Sabah yang tidak mencukupi bagi menangani urusan dokumentasi rakyat Filipina.

Berkaitan penubuhan Konsulat Filipina di Sabah pula, untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman, Kerajaan Malaysia menggesa pihak Filipina mempertimbangkan pembukaan pejabat konsulat di wilayah Sabah bagi memudah cara urusan perkhidmatan kaunselor rakyat Filipina di Sabah. Namun, Kerajaan Filipina enggan menubuhkan Pejabat Konsulat di wilayah Sabah dengan alasan bahawa langkah tersebut boleh menjejaskan status tuntutan mereka.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia akan terus mencari ruang mendesak Kerajaan Filipina agar memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat mereka melalui penubuhan konsulat tetap itu.

Datuk Yang di-Pertua beralih kepada perkara yang berkaitan penubuhan konsulat...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Menteri, Menteri.

draft • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Nak bagi laluan?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Komen sikit. Nak tanya sikit tentang hasrat Malaysia meminta Filipina membuka konsulatnya.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Adakah jawapan Menteri tadi itu berdasarkan satu kenyataan bertulis rasmi ke ataupun khabar yang belum dapat kita pastikan?

draft • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, hasrat Malaysia telah pun disampaikan melalui pelbagai saluran dan juga perbincangan berkenaan tentang pembukaan konsulat kerana kita memandangkan isu-isu pendatang tanpa izin Filipina ini adalah sangat tinggi di Sabah.

draft • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ia juga bukan hanya sekadar kehadiran mereka di negeri Sabah tersebut tetapi telah pun menjejas pelbagai operasi-operasi kerajaan, terutama sekali dari sudut penguatkuasaan, dari sudut kesihatan dan juga pendidikan. Ini sangat-sangat membebankan dan kita merasakan, Filipina harus memainkan peranan dengan membuka konsulat tersebut dan juga, adalah menjadi satu keengganan Filipina untuk menubuhkan pejabat konsulat di Sabah tersebut adalah kerana mereka sedang membuat tuntutan.

Dan juga yang terkini, kita telah pun mendengar bahawa terdapat lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah ini. Maka, kita akan sentiasa menghantarkan nota dan juga perbincangan di peringkat pegawai-pegawai kanan kami bersama dengan pegawai-pegawai kanan Filipina dan juga, perkara ini akan kita sampaikan secara lebih konsisten.

Saya beralih kepada perkara seterusnya, berkenaan tentang penubuhan Konsulat India di Sabah, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu dan Yang Berhormat Datuk Bobbey.

Cadangan pembukaan Konsulat India di Wilayah Sabah telah dikemukakan secara rasmi oleh Kerajaan India melalui nota diplomatik, selaras dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963, “Setiap permohonan pembukaan pejabat perwakilan asing perlu mendapatkan izin ataupun consent daripada negara penerima”. Keputusan berhubungan cadangan ini hanya akan dimuktamadkan selepas melalui perbincangan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Sabah khususnya bagi memastikan segala aspek termasuk keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negeri Sabah diambil kira sewajarnya.

Datuk Yang di-Pertua, India tinggi merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Rantau ASEAN Selatan dan merupakan rakan dagang ke-11 terbesar di peringkat global.

Hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara terus menunjukkan perkembangan yang positif, disokong oleh kerjasama ekonomi yang semakin berkembang serta hubungan perniagaan yang semakin kukuh antara syarikat-syarikat dan daripada dua- dua negara.

Selain itu, sektor pelancongan turut menyumbang kepada hubungan erat antara Malaysia dan India. Pada tahun 2025, Malaysia menerima kira-kira 1.5 juta pelancong dari India, sekali gus menjadikan India antara pasaran pelancongan utama bagi Malaysia. Pada masa yang sama, sehingga Disember 2025, tenaga kerja seramai 100,000 orang dari India menyumbang kepada pelbagai sektor ekonomi di Malaysia dengan majoriti bekerja dalam sektor perkhidmatan dan perladangan.

Sehubungan itu, kehadiran Konsulat India di Wilayah Sabah akan membantu memudah cara urusan konsular bagi warganegara India dan memudahkan kerjasama dalam menyediakan tenaga kerja mahir bagi sektor-sektor strategik di Sabah kelak.

draft • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Datuk Yang di-Pertua, dalam konteks ini, kewujudan Konsulat India di Wilayah Sabah bukan sahaja berpotensi untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan hubungan rakyat di kedua-dua negara tetapi, ia juga memberikan manfaat langsung dan keutamaan kepada Sabah.

Antaranya, termasuk memudahkan urusan pelaburan dan perdagangan antarabangsa bagi syarikat-syarikat tempatan, meningkatkan promosi destinasi pelancongan Sabah kepada pelancongan India, memperkukuhkan perlindungan dan perkhidmatan kaunselor bagi warga India yang berada di negeri ini.

draft • 1:00 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Yang di-Pertua, sedikit pencerahan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas penjelasan berhubung dengan cadangan pembukaan Konsulat India di Sabah.

Cuma saya ingin mohon pencerahan, sejauh mana pada setakat ini dia memberi manfaat kepada Sabah sebab hakikatnya, dalam konteks tourism kah, perdagangan kah dan sebagainya, lebih tertumpu kepada di sini saja, di Semenanjung Malaysia. Saya kira belum begitu memberi manfaat muktamad kepada di Sabah.

Dan kedua, saya ingat penduduk ataupun masyarakat India di Sabah masih lagi satu jumlah yang terlalu kecil, Yang Berhormat Menteri. So, rasional dia agak belum mendesak lagi. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh lihat cadangan ini. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Saya memahami berkenaan tentang pandangan Yang Berhormat, berkenaan tentang pembukaan Konsulat India ini.

Seperti yang saya maklumkan bahawa pembukaan konsulat ini adalah hasil daripada nota diplomatik yang telah dihantarkan oleh pihak India dan kita tidak terus menerima dan juga terus membuka konsulat tersebut di Sabah kerana kita sedang menjalankan satu sesi libat urus yang terperinci dan juga komprehensif.

Dan juga sekarang ini, akan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi dan juga, seterusnya Datuk Yang di-Pertua, saya akan mengakhiri penggulungan saya pada petang ini. Demikian sahaja penjelasan saya mengenai pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Diraja kali ini.

Kementerian Luar Negeri menyambut baik dan menjunjung Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong khususnya dalam memperkasakan hubungan antarabangsa dan juga menjaga kedaulatan negara.

Dalam mengemudi landskap geopolitik yang semakin kompleks, Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik melalui

draft • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

hubungan diplomasi yang berkesan dengan semua pihak, meskipun berbeza sistem politik, dasar dan juga, hala tuju. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, YB Menteri. Mantap, menjaga hal luar negara seperti macam menjaga kesihatan rakyat dulu. Sekarang ini, saya jemput YB Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 1:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih. Datuk Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, salam sejahtera.

Untuk memulakan penggulungan, saya ada sedikit pantun.

Pergi ke hutan memetik rotan...

draft • 1:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuju kepada siapa itu?

draft • 1:07 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Tuju kepada kita semua.

draft • 1:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Semua ya?

[Ketawa] . Terima kasih.

draft • 1:07 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Pergi ke hutan memetik rotan, Singgah sebentar di tepi paya; Alam lestari warisan watan, Tanggungjawab kita menjaganya. Datuk Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah yang penuh hikmah, tegas dan menyeluruh demi menjamin kemakmuran negara, memperkukuh integriti pentadbiran serta memastikan kesejahteraan seluruh rakyat terus terpelihara.

Menjunjung titah baginda yang menekankan tadbir urus berintegriti, pembangunan mampan serta kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.

Selaras dengan permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, NRES akan terus mempergiat usaha untuk menangani kesan perubahan iklim, melindungi khazanah biodiversiti serta menguruskan tanah, hutan dan sumber mineral secara lestari dan mampan. Pada masa yang sama, kementerian akan mempertingkat tadbir urus, pendigitalan dan pematuhan undang-undang bagi memastikan pengurusan sumber asli bebas daripada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, NRES komited untuk memacu pembangunan berasaskan prinsip integriti dan keseimbangan antara pembangunan ekonomi serta pemuliharaan alam sekitar,

draft • 1:07 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

termasuk untuk kita memperkasakan agenda Bandar Rendah Karbon untuk kesejahteraan rakyat pada masa kini dan juga, demi generasi akan datang.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih Datuk Yang di-Pertua, atas keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membahaskan isu-isu di bawah NRES. Izinkan saya menjawab dan memberi pandangan terhadap persoalan yang dibangkitkan tersebut.

Ada terdapat seramai tiga orang Senator yang telah pun berbahas yang berkaitan dengan NRES iaitu Yang Berhormat Tuan Abun Sui Anyit, Yang Berhormat Tuan Roderick Wong Siew Lead dan Yang Berhormat Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.

draft • 1:07 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit yang memohon penjelasan kerajaan berhubung kerjasama dengan kerajaan negeri untuk menetapkan SOP yang jelas dan telus mengenai tempoh masa minimum serta maksimum bagi kelulusan permohonan geran tanah.

Datuk Yang di-Pertua, menurut seksyen 76, Kanun Tanah Negara, Akta 828, pihak berkuasa negeri boleh melupuskan tanah secara pemberi milikan kepada mana-mana orang yang berkelayakan. Tempoh memproses permohonan sehingga keputusan diberikan dan kemudiannya dikeluarkan hak milik, sekiranya diluluskan dan dibayar premium dan lain-lain caj, yang dikenakan adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara pihak berkuasa negeri, yang sewajarnya diuruskan oleh Pengarah Tanah dan Galian dan pentadbir tanah.

Walaupun urusan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir berasaskan Kanun Tanah Negara 1965, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan (JKPTG) masih boleh memainkan peranan strategik dan penyelarasan bagi memastikan pengeluaran hak milik tidak berlarutan tanpa justifikasi yang munasabah. JKPTJ telah mengeluarkan Pekeliling Bilangan 4/2021 yang memberi panduan kepada Pendaftar Pentadbir Tanah di negeri berkenaan proses pengeluaran salinan dokumen hak milik keluaran kepada tuan punya bersama di bawah seksyen 343, Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Pendekatan standard sebagai rujukan nasional membolehkan negeri menyesuaikan pelaksanaan mengikut konteks masing-masing, namun tetap berpandukan kepada satu aras perkhidmatan yang telus dan boleh diukur. Peranan ini perlu dilaksanakan secara berhati-hati dengan menghormati kedaulatan negeri namun dalam masa yang sama memperkukuhkan tadbir urus tanah di peringkat nasional berdasarkan kepada kehendak undang-undang.

Berkenaan dengan perbahasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead yang memohon penjelasan kerajaan, adakah terdapat rundingan dengan kerajaan negeri memastikan garis panduan klasifikasi tanah yang jelas dan telus,

draft • 1:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

mengadakan sesi libat urus awam sebelum sebarang perubahan kadar dilaksanakan, serta memberi perlindungan khas kepada golongan petani dan pemilik tanah warisan.

Datuk Yang di-Pertua, saya sanjung tinggi pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator mewakili petani dan para pekebun. Maknanya ini adalah isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di bawah dan dia bawa isu ini berkenaan dengan kawasan di Bintangor.

Jadi saya rasa ini satu perkara yang kita harus sambut baik untuk melihat kepentingan betapa keprihatinan tinggi yang perlu diberikan kepada rakyat.

Justeru Kerajaan Persekutuan sebenarnya boleh mengadakan perundingan dengan Pengarah Tanah dan Galian Negeri berkenaan isu-isu yang disenaraikan berdasarkan seksyen 8, Kanun Tanah Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan diadakan minimum dua kali setahun. Dua kali setahun untuk tujuan berunding dan menyelaraskan isu-isu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara.

Selain itu, pendekatan bagi memperkukuh kerjasama Persekutuan dan negeri ialah menerusi Majlis Tanah Negara juga menjadi platform untuk kita menyelaraskan isu-isu tanah di kalangan pentadbiran tanah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sebarang perubahan kategori tanah, bagi pembangunan pada masa depan adalah bergantung kepada Rancangan Tempatan Daerah ataupun RTD juga Rancangan Struktur Negeri ataupun RSN yang telah pun diketapkan oleh pihak berkuasa merancang di negeri masing-masing.

Jadi sambil kita, sementara kita memahami ini adalah isu rakyat yang dihadapi, kita juga mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya boleh sebenarnya membawa isu- isu di negeri ini kepada exco-exco yang berkenaan. Bangkitkan supaya perkara ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa negeri.

NRES komited untuk menyelaras, memudah cara dan memperkukuhkan standard tadbir berurus, manakala keputusan kelulusan dan tempoh muktamad kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Pendekatan ini mengakalkan keseimbangan Perlembagaan sambil memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan tanah demi kepentingan rakyat dapat dipertingkatkan.

Datuk Yang di-Pertua, perkara kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Roderick ialah berkenaan dengan penjelasan kerajaan berhubung pelan jangka panjang bagi memastikan larangan pengimportan e-waste secara berkesan. Ini memang menjadi isu semasa yang sering dibangkitkan sama ada di Dewan Rakyat ataupun di Dewan Negara.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, kita melihat isu e-waste ini sebenarnya dia ada satu rantaian aktiviti yang kompleks. Dan dia ada merentasi pelbagai bidang kuasa. Dia bermula

draft • 1:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

daripada negara eksport, melibatkan pengangkutan, syarikat perkapalan, agen penghantaran, pemilik kontena dan macam-macam lagi.

Jadi, kalau saya boleh bagi satu analogilah, cara mudah untuk kita faham apabila kita sebut tentang rantaian aktiviti ini, dia macam permainan bola sepak. Maksudnya kita ada yang bermain sebagai penyerang, sebagai midfielder, sebagai pertahanan, juga ada yang jadi pengadil, ada yang di luar padang. Masing-masing ini ada peranan dia sendiri. Kita tak boleh mengakui bahawa kami adalah penyerang ataupun pemain utama yang mengawal semua permainan. Tapi dia melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai agensi. Sebab itu bila saya sebut tadi, dia melibatkan negara pengeksport, yang melibatkan pengangkutan, syarikat perkapalan yang diuruskan oleh agen penghantaran dan pemilik kontena. Lepas itu dibawa masuk melalui pelabuhan dan di-storekan secara sementara di gudang-gundang dan kebanyakannya dihantar pula ke kilang-kilang haram. Dan terdapat residue ataupun sisa yang dilupuskan secara haram.

Jadi secara keseluruhannya, kita dapat fahami bahawa tanggungjawab terhadap operasi perkapalan dan ke pelabuhan di bawah Kementerian Pengangkutan, kawalan kemasukan kontena dan sempadan pula di bawah bidang kuasa AKPS, Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuklah dari segi mengawal selia agen penghantaran.

Kilang-kilang haram yang memproses e-waste tanpa sebarang kelulusan ini ialah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah. Hasil daripada operasi kilang haram ini, sisa pemprosesan kebiasaannya akan dilupuskan secara haram. Di mana?

Di kawasan ladang, kebun ataupun hutan yang merupakan memang satu kesalahan serta boleh diambil tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Justeru Dato Yang di-Pertua , Isu ini memerlukan pendekatan penguatkuasaan yang bersepadu dan kerjasama rentas agensi untuk kita pastikan supaya rantaian ini dapat diputuskan secara menyeluruh. Usaha untuk memerangi e-waste ini bukanlah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar sahaja. Kerjasama dan pendekatan whole of nation amat penting bagi kita menangani rangkaian kemasukan e-waste secara haram ke negara ini. Mana mulanya?

Mulanya dengan kita putuskan rantaian permintaan dan juga penawaran. Supply, demand and supply.

Dari segi permintaan, langkah yang diambil ialah dengan menutup kilang-kilang haram dan membawa pengoperasinya ke mahkamah melalui kuasa pihak berkuasa tempatan dan juga PDRM. Bagi penawaran, operasi bersepadu dijalankan oleh pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara seperti Lembaga Pelabuhan, Kastam, AKPS, PDRM dan juga JAS.

draft • 1:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Kerajaan juga telah menubuhkan pasukan petugas khas hala tuju pengurusan penguatkuasaan pengimportan sisa plastik dan e-waste yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruh Jaya SPRM, manakala Ketua Setiausaha Negara telah mengadakan mesyuarat dengan PBT di sekitar Lembah Klang. Di pihak kementerian pula, satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menilai dan menambah baik kecekapan JAS melalui penambahbaikan SOP sedia ada. Melalui beberapa operasi yang dilaksanakan di seluruh negara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama PBT serta agensi penguat kuasa yang lain seperti PDRM telah mengambil tindakan tegas terhadap premis yang menjalarkan aktiviti pemprosesan e- waste secara haram.

Tindakan penutupan premis dilaksanakan oleh PBT menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] khususnya yang berkaitan dengan apa? Iaitu dengan berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan premis. JAS akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik ini bagi membanteras kewujudan dan operasi kilang- kilang haram memproses e-waste di seluruh negara.

Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling ataupun singkatannya AKAS1974 jelas memperuntukkan berkenaan kesalahan bagi sebarang penempatan buangan terjadual sama ada di darat atau ke dalam perairan Malaysia.

draft • 1:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Transit atau membenarkan di transit tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang dari RM100,000 dan tidak melebihi RM10 juta. Melalui beberapa operasi khususnya sekarang yang kian disebut iaitu operasi Hazard, Operasi Hazard 1 dan 2.

Terdapat sebanyak 85 kes yang diambil tindakan iaitu 21 premis dikenakan kompaun manakala selebihnya iaitu 64 diambil tindakan untuk pendakwaan di mahkamah. Setakat ini 11 kes telah selesai di mahkamah.

Bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan secara tuntas dengan kerjasama semua pihak, maka kementerian bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa kebangsaan bagi menangani isu termasuk e-waste haram. Selain itu, NRES juga telah mengemukakan permohonan untuk mengklasifikasikan e-waste di bawah kategori larangan mutlak Jadual Pertama Perintah Kastam iaitu berkenaan larangan mengenai import 2023 kepada Kementerian Kewangan dan juga kastam. Ketika ini e-waste adalah di senarai di bawah Jadual Kedua Perintah Kastam iaitu barangan yang hanya boleh diimport dengan kelulusan permit import AP daripada pihak berkuasa yang ditetapkan. Jadi ditingkatkan hanya daripada larangan di bawah Jadual Kedua tapi sekarang kepada Jadual Pertama Perintah Kastam.

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Roderick juga telah memohon penjelasan mengenai yang berkaitan dengan perkara ini, memohon penjelasan usaha kerajaan dalam meningkatkan ketelusan dan integriti dalam pengurusan e-waste negara termasuk tindakan terhadap pegawai yang terlibat dengan rasuah. Ingin ditegaskan bahawa JAS tidak pernah, tidak pernah meluluskan sebarang permohonan e-waste untuk dibawa masuk ke dalam negara, memang diharamkan. Tidak boleh diimport. Kemasukan e-waste ke dalam negara adalah secara haram dan selalunya disebabkan oleh perisytiharan palsu, false document, false declaration.

JAS akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama SPRM, PDRM, Kastam dan AKPS untuk kita perketatkan kawalan di semua pintu masuk negara serta melancarkan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dan agresif untuk menggempur serta menumpaskan sindiket pengimportan e-waste haram tanpa sebarang kompromi. Selain itu, kementerian akan meneruskan kerjasama dengan organisasi antarabangsa sebab ini sindiket antarabangsa, Datuk Yang di-Pertua, bukan main-main.

[Ketawa] Jadi maknanya, memang ada sebab yang besar yang kita tahu kerana e-waste ini mengandungi bahan logam yang tinggi nilainya dan oleh kerana itu sindiket ini memainkan peranan yang besar untuk pastikan supaya operasi mereka berjalan. Sebab itu mesti ada kerjasama juga dengan pihak antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, ENFORCE, INTERPOL dan lain-lain dari segi penyaluran maklumat ataupun intel untuk kita tahu kapal-kapal yang disyaki membawa kontena yang mengandungi e-waste, ia akan masuk melalui pelabuhan negara.

Berhubung tindakan terhadap pegawai yang terlibat dengan rasuah ataupun salah guna kuasa. Ini pun kita dah tahu memang Ketua Pengarah JAS dan Timbalan Ketua Pengarah JAS telah dikenakan tindakan, didakwa, sekarang dalam proses undang-undang.

Kita, kementerian memberikan jaminan. Datuk Yang di-Pertua, kita memberi jaminan bahawa prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban kekal menjadi keutamaan.

Tidak siapa yang akan dilindungi. Tidak ada siapa yang above the law. Jadi semua kena ambil tanggungjawab. Segala bentuk salah guna kuasa atau amalan rasuah tidak akan di kompromi dan tindakan susulan di peringkat dalaman akan diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam, kelakuan dan tatatertib sekiranya diperlukan.

Saya beralih Datuk Yang di-Pertua kepada penjelasan yang dimohon daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharudin bin Ahmad. Yang ini saya rasa perlu juga sebab dia ini ada ilmu, bagus kita belajar sikit. Yang ini berkenaan...

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dia pun, dia pun ada dalam Dewan ini nak dengar.

[Ketawa]

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Ha, baik. Jadi, berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi pengalihan hujan untuk kita elakkan daripada taburan hujan di kawasan pedalaman yang berisiko banjir. Jadi Datuk Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, berhubung cadangan untuk menjalankan penyelidikan untuk menurunkan hujan di laut bagi mengelakkan hujan lebat di daratan. Ingin saya jelaskan bahawa berdasarkan sains dan teknologi, meteorologi semasa, tiada kaedah yang mampu mengawal atau memindahkan hujan secara efektif dari satu kawasan ke satu kawasan lain.

Saya rasa KP METMalaysia pun ada di belakang saya ini. Pembenihan awan ini, cloud seeding ialah teknik modifikasi cuaca untuk merangsang proses kejadian hujan daripada awan yang sedia ada dan berpotensi. Proses yang terlibat ialah dengan menambah nucleus hygroscopic, sebut pun susah ini. Nucleus hygroscopic untuk menggalakkan proses kondensasi ketumpatanlah bagi mempercepatkan pembentukan titisan air yang turun sebagai air hujan apabila ia cukup berat.

Jadi dia kata ni cumulus, apa dia panggil itu? Saya pun tak pasti dia.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ha, tak apa.

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Towering cumulus, macam itulah. Maksudnya dia memang berat betullah awan itu.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Cumulus cloud.

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Cumulus cloud. Jadi, kalau kita lihat secara umumnya keberkesanan pembenihan awan bergantung sepenuhnya kepada keadaan atmosfera semasa yang sesuai dan keberhasilan tidak 100 peratus terjamin. Berdasarkan kajian, peningkatan hujan adalah sekitar 10 hingga 20 peratus di kawasan sasaran sekiranya keadaan atmosfera itu sesuai. Kaedah pembenihan awan yang dilaksanakan pada ketika ini dengan melepaskan ejen hygroscopic terus ke dalam awan melalui pesawat ataupun menggunakan roket dari darat, tidak boleh mengawal arah pergerakan awan dan juga sistem cuaca yang berskala besar seperti hujan monsun, ribut taufan yang dipengaruhi oleh elemen- elemen atmosfera global.

Kita nak ubah ciptaan Tuhan ini bukan mudahlah. Tak boleh ya, sebenarnya mustahil, hampir-hampir mustahil. Walaupun terdapat pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai negara luar dalam bidang ini ia masih di peringkat eksperimen dan tidak bertujuan untuk mengalihkan hujan secara terkawal. Ia lebih kepada untuk meningkatkan taburan hujan apabila keadaan kemarau ataupun paras air di empangan telah mencapai tahap yang kritikal. Saya ambil contoh beberapa negara seperti China, Amerika Syarikat dan Rusia. Mereka pernah mencuba kaedah pembenihan awan untuk mengurangkan hujan lebat ataupun untuk mengawal cuaca ekstrem termasuk operasi besar semasa Sukan Olimpik Beijing 2008. Ada usaha tersebut, projek Stormfury dan juga eksperimen ketenteraan, Operation Popeye di Vietnam.

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Namun sehingga kini, sehingga kini belum ada program pembenihan awan yang terbukti berjaya secara saintifik dan konsisten untuk mengawal intensiti hujan ataupun untuk mengawal ribut besar seperti taufan. Kalau boleh ada, maknanya kita boleh mengelak banyak perkara ini, ribut taufan Senyar lah, sebagainya yang datang. Tapi belum ada satu kajian ataupun pembuktian secara saintifik yang menunjukkan ia nya telah berjaya. Sehubungan itu, Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat, pendekatan kerajaan ialah memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem ramalan dan amaran awal.

Kita pun pada masa sama, pemetaan di mana tempat-tempat yang berisiko. Di samping kita juga tengok dari segi infrastruktur mitigasi banjir yang terbukti lebih praktikal.

Lebih praktikal dan juga berkesan dalam kita untuk mengurangkan impak bencana kepada rakyat. Jadi itu satu bab, seterusnya Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator juga, Tuan Haji Baharudin memohon kerajaan untuk menjelaskan rundingan sempadan Malaysia- Indonesia yang melibatkan pertukaran wilayah seluas 5,207 hektar kepada Indonesia sebagai timbal balas kepada tiga buah kampung.

Datuk Yang di-Pertua, bagi menghormati proses rundingan antara Malaysia dan Indonesia yang sebenarnya masih berlangsung dalam hal sempadan ini. Dia bukan hanya di sempadan yang antara Malaysia dengan Kalimantan dan Sabah sahaja ya, tapi juga ada tempat-tempat yang lain. Maka saya akan menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator ini seperti mana yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Penerangan Khas Parlimen di Dewan Rakyat pada 4 Februari yang lalu.

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Berhubung persempadanan Malaysia–Indonesia bagi sektor Sabah–Kalimantan Utara, dakwaan bahawa Malaysia menyerahkan tanah seluas 5,207 hektar adalah tidak benar dan mengelirukan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memberikan penjelasan dalam sesi penerangan khas berhubung penjajaran sempadan dan Outstanding Boundary Problem (OBP) Malaysia–Indonesia di Dewan Rakyat pada 4 Februari untuk kita merungkaikan segala salah faham dan maklumat yang tidak tepat.

Penentuan sempadan Malaysia–Indonesia tidak dibuat berdasarkan prinsip pampasan, pertukaran wilayah atau konsep untung rugi. Sebaliknya, ia berasaskan kepada perjanjian dan konvensyen yang berkuat kuasa, siasatan dan pengukuran bersama di lapangan, serta rundingan dua hala yang dimuktamadkan di peringkat tertinggi kedua-dua negara. Rundingan kawasan OBP ini telah bermula sejak tahun 1978 dan melalui pelbagai fasa teknikal dan diplomatik.

[Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Dari sudut teknikal, jajaran sempadan ini ditentukan berdasarkan Konvensyen 1891, Perjanjian 1915 dan Konvensyen 1928 antara British dan Belanda yang menjadi asas undang- undang antarabangsa persempadanan Malaysia–Indonesia. Kawasan OBP yang belum dimuktamadkan ialah kawasan rundingan dan tidak boleh dianggap milik mana-mana negara sehingga persetujuan dicapai. Konvensyen dan perjanjian ini menjadi asas yang sah, neutral dan diterima di peringkat antarabangsa dalam memastikan rundingan dijalankan secara objektif oleh kedua-dua negara.

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, bagi kawasan OBP, Sungai Sinapad Sungai Sesai B2700–B3100, keluasan ialah 5,987 hektar. Sebelum jajaran dimuktamadkan, kawasan ini secara pentadbiran berada di bawah Indonesia. Berdasarkan prinsip Perjanjian 1915, Malaysia peroleh tambahan 780 hektar manakala baki 5,207 hektar kekal di bawah pentadbiran Indonesia. Ini berasaskan kepada prinsip Perjanjian 1915 lagi. Jadi itu adalah senario sebenarnya.

Penentuan ini menyebabkan sebahagian kecil Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas berada dalam kawasan Malaysia ataupun secara khusus Sabah. Justeru ia bukanlah pertukaran wilayah ataupun penyerahan tanah oleh Malaysia sebaliknya ia nya pemuktamadan jajaran berdasarkan perjanjian antarabangsa yang berkuat kuasa. Dari segi perundangan, MOU ini telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara dan turut dibentang dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah juga telah menyatakan tiada halangan terhadap pemeteraian MOU tersebut. Walaupun urusan perjanjian dan persempadanan antarabangsa ini ialah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, tapi kita nak tegaskan juga dan maklumkan bahawa siri perundingan ini turut melibatkan wakil Kerajaan Negeri Sabah termasuk daripada Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah serta Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Kesimpulannya, pemuktamadan jajaran OBP Sungai Sinapad–Sungai Sesai dapat memberikan kepastian perundangan dan pentadbiran kepada penduduk setempat. Ia membolehkan penyampaian perkhidmatan kerajaan, aspek keselamatan, pembangunan pengurusan tanah dan sumber tempatan dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa pertindihan kuasa sekali gus menjamin kepentingan rakyat Sabah.

Kerajaan komited untuk memastikan penerangan kepada rakyat disampaikan secara jelas dan berfakta, kenyataan awam juga wajar dibuat secara berhemah untuk memastikan hubungan dua hala, Malaysia–Indonesia terus terpelihara, pendekatan diplomatik dan berasaskan undang-undang akan terus diutamakan dalam menyelesaikan isu persempadanan demi kepentingan strategik dan kedaulatan negara.

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Jadi, saya harap perkara itu jelas kepada Ahli Yang Berhormat dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain supaya kita dapat kefahaman yang baik berkenaan dengan isu tersebut. Sebelum saya pergi kepada penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan sedikit penyataan saya tadi berkenaan dengan tuduhan kepada Ketua Pengarah JAS dan juga Timbalan Ketua Pengarah JAS. Saya sebut tadi mereka didakwa, mereka belum didakwa lagi. Maknanya siasatan masih dijalankan dan kita harap kita boleh tunggu hingga proses undang-undang selesai.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup...

draft • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Menteri, sebelum...

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Sila.

draft • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

...Menutup. boleh?

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Boleh.

draft • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Lambat sedikit, Yang di-Pertua ya?

draft • 1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh. Kalau Timbalan Menteri benarkan, saya benarkan.

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Sila, sila.

draft • 1:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih. Balik tidak mahu bangun mengganggu floor Menteri tadi ya semasa membahaskan pandangan daripada Yang Berhormat Baharuddin mengenai hujan ini. Rasanya kementerian belum menggunakan seluruhnya keupayaan ada dalam negara kita berhubung hujan contohnya Jokes aside ya [Ketawa] . Membenihkan, membenih hujan ini possible. Tetapi mengikut Menteri tadi nak menghalakan hujan ke tempat lain, setakat ini katanya impossible dan kita ada KP di belakang untuk mengiakan pandangan tersebut.

Tetapi, tempat yang hujan itu pergi ataupun angin membawa itu ke tempat-tempat yang mempunyai tekanan atmospheric pressure yang rendah. Kalau ikut sainsnya yang saya pun tidak berapa mahir. Jadi tak ada ke suatu teknologi di mana kita boleh create area dengan low atmospheric pressure so that the wind will be diverted dialihkan ke mana tadi, hantar laut ya. Adakah itu possible walaupun slightest? Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Ada teknikal YB.

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Ya. Saya tak tahu kata Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Hatta orang pakar juga [Ketawa] dalam bidang pembenihan awan. Baru hari ini saya pernah dengar ini. Tapi saya pun bukan mahir Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya tak boleh nak jawab secara saintifiklah berkenaan dengan soalan itu.

Tetapi cuma tadi yang seperti yang saya sebutlah maknanya dari segi teknologi negara-negara seperti China dan Amerika Syarikat yang lebih maju dari segi teknologi juga pun tidak berkesan berjaya untuk melaksanakan apa dipanggil itu pembenihan awan yang

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

berjaya, yang betul-betul berkesan. Tetapi dari segi yang lebih kita lihat dan lebih kita tekankan ialah bagaimana kita nak menangani mitigasinya, membuat ramalan-ramalan supaya mengurangkan risiko. Itu kita ada kemahuan dan keupayaan. Jadi itu yang kita akan tekankan Yang Berhormat.

Jadi sebagai penutup, Dato’ di-Pertua. Boleh saya pergi kepada penutup?

draft • 1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Silakan.

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas berkenaan dengan NRES secara direct, secara khususnya. Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih dan berharap penjelasan tersebut dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya berharap kita mendapat kerjasama untuk kepentingan negara dalam menjaga, mengurus dan memelihara sumber-sumber alam serta menghadapi cabaran perubahan iklim bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan manusia, kelestarian alam sekitar bagi generasi depan.

Saya selalu tekankan bahawa kita ada tiga prinsip utama dalam perkara ini iaitu pertama, kita ini pemegang amanah. Kita penjaga. Kedua, kita ini ialah mereka yang bukan sahaja sebagai penjaga tetapi juga melihat tentang kemaslahatan umum. Dan kita juga adalah mereka yang sepatutnya bertanggungjawab. Jadi saya harap bila juga kita sebut tentang sumber asli kelestarian maka kita juga ada tanggungjawab secara bersama.

Jadi ingat lestari, ingat NRES. Ingat alam, ingat rakyat. Mudah-mudahan insya-Allah itu akan memberikan kemanfaatan terutamanya dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini.

Sebagai akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, pantun.

draft • 1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Silakan.

draft • 1:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Pantun penutup.

Bunga melati harum baunya, Disunting gadis di waktu pagi; Alam lestari bukan hanya kata, Tapi tindakan dan menghormati janji. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 1:30 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Saya dengar dekat belakang tadi pun hujah yang disampaikan very exhaustive. Tahniah Datuk Timbalan Menteri.

Seterusnya saya menjemput Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat. 30 minit, Yang Berhormat ya.

draft • 1:30 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 1:39 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Terlebih dahulu, patik merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar duli ke istiadat perbukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas serta menyampaikan Titah Diraja sempena perasmian persidangan Parlimen ini.

Titah Baginda Tuanku kali ini menuntut ketegasan dalam pelaksanaan agenda pembangunan negara supaya bermatlamatkan kesejahteraan rakyat yang menyeluruh.

Baginda Tuanku juga menuntut ketegasan yang saksama dalam memerangi amalan rasuah yang boleh merosakkan imej dan ekonomi negara. Yakni, tanggungjawab secara kolektif wujud di kalangan semua Ahli-ahli Parlimen sama ada penyokong atau pembangkang bagi memastikan isu-isu yang mengekang perpaduan nasional serta tata kelola, serta tonggak integriti negara dapat dibanteras.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk menjawab terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dalam Dewan Yang Mulia ini. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian yang telah mengambil bahagian dan membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kerana keprihatinan terhadap pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Titah Baginda untuk menyegerakan penggunaan teknologi terkini amat bertepatan dengan senario global pada masa kini. Dalam hal ini, MOSTI akan memberi fokus agar memastikan kedaulatan teknologi terus dipelihara dalam sektor strategik high growth, high value negara supaya Malaysia mampu menjadi negara pencipta teknologi menjelang tahun 2030, selaras dengan dasar sains, teknologi dan inovasi negara.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam hal menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim terhadap usaha kementerian untuk menjadikan semikonduktor sebagai agenda nasional bernilai tinggi. MOSTI melalui MIMOS Berhad sedang memberi fokus kepada reka bentuk litar bersepadu atau, dengan izin, IC, integrated circuit, advanced packaging dan teknologi bernilai tinggi bagi meningkatkan

draft • 1:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

kompleksiti ekonomi negara supaya mampu membolehkan syarikat tempatan bergerak ke arah original design manufacturer (ODM) dan pemilik teknologi.

MIMOS telah membawa pendekatan merangkumi penyediaan infrastruktur R&D, pengukuhan harta intelek, pemindahan teknologi serta pembangunan bakat kemahiran tinggi yang menyokong laluan daripada penyelidikan kepada pengkomersialan dan penskalaan pasaran. Inisiatif-inisiatif ini mampu memperkukuhkan peralihan Malaysia daripada ekonomi berasaskan pemasangan kepada ekonomi berteraskan penciptaan dan pemilikan teknologi, selari dengan aspirasi strategi semikonduktor nasional (NSS) dan agenda HGHV.

Melalui MIMOS Academy, latihan dalam reka bentuk IC, fabrikasi wafer, kebolehpercayaan atau reliability testing dan AI disediakan bagi menyokong tenaga mahir syarikat yang sedang berkembang. Melalui Semiconductor Technology Center (STC) dan ITIC MIMOS di Kulim, MIMOS menyediakan fasiliti fabrikasi wafer, ujian IC failure and material analysis (FMA), reliability testing serta kemudahan core design. ITIC juga telah menganjurkan sebanyak 19 latihan teknikal dan seminar memanfaatkan lebih kurang 400 peserta dari 60 pemain industri dan akademi tempatan sepanjang tahun 2025.

ITIC MIMOS kini sedang melaksanakan beberapa projek proof of concept (POC) bersama syarikat tempatan elektrik dan elektronik (E&E) dengan menyediakan kepakaran teknikal serta peralatan bersama. Inisiatif ini bertujuan menguji dan membuktikan keberkesanan teknologi baharu sambil membantu syarikat tempatan meningkatkan daya saing, memperkukuh rantaian nilai dan mempercepat pengkomersialan inovasi mereka dalam sektor semikonduktor.

Dengan lebih 1,400 paten yang telah difailkan, 330 dalam semikonduktor, MIMOS menyokong model pemindahan teknologi melalui pelesenan, pembangunan bersama industri dan spin-offs. Pendekatan ini membantu syarikat tempatan membangunkan produk berasaskan teknologi yang dimiliki sendiri dan bukan sekadar aktiviti pemasangan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, seperti mana saranan supaya kerajaan terus komited dalam membangunkan ekosistem penskalaan syarikat pemula tempatan agar inovasi tidak terhenti di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal, sebaliknya berjaya dikomersialkan dan menembusi sasaran global.

MOSTI melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) menawarkan pembiayaan geran pembangunan prototype dan pengkomersialan CIP Spark dan CIP Sprint kepada syarikat pemula tempatan bagi melonjakkan perniagaan mereka daripada peringkat idea sehingga ke peringkat pengkomersialan. Sokongan ini merangkumi pembiayaan pembangunan produk, pengesahan pasaran serta persediaan untuk penskalaan. Sehingga 30 Disember, 31 Disember 2025, sebanyak 72 peratus penerima geran CIP Spark telah berjaya mengkomersialkan produk teknologi yang dibangunkan. Manakala kadar pengkomersialan

draft • 1:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

bagi penerima geran CIP Sprint adalah 100 peratus. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan pendekatan berstruktur dalam membantu syarikat pemula tempatan beralih daripada fasa inovasi kepada fasa penjanaan hasil.

Di bawah KMP, Dana Model Teroka E&E dan tenaga boleh diperbaharui (RE), membuat pelaburan ekuiti di dalam syarikat ekuiti tempatan yang berpotensi tinggi di dalam sektor E&E, tenaga boleh diperbaharui dan sektor teknologi mendalam yang berkaitan.

Malaysia Debt Ventures (MDV) pula dengan sokongan produk— program sukuk RM2 bilion, mempunyai dana yang bersesuaian dan mencukupi untuk membawa— membiayai penskalaan syarikat teknologi tempatan. Pembiayaan MDV boleh digunakan untuk tujuan perluasan perniagaan, pembelian aset, kecairan modal, model kerja dan lain-lain keperluan penskalaan. Selain itu, MRANTI yang bertindak sebagai pemacu pengkomersialan ekosistem

(STIE) bagi memastikan inovasi tempatan berjaya ke pasaran melalui NTIS, National Technology and Innovation Sandbox sejak dari 2020 hingga 2025, sebanyak 101 produk telah berjaya dikomersialkan. Antara peranan yang dimainkan MRANTI adalah:

Yang pertama, menyelaras ekosistem supaya dapat menyediakan fasiliti ujian dalam persekitaran sebenar atau real-world sandbox bagi membolehkan teknologi diuji tanpa risiko kegagalan pasaran pramatang.

Kedua, pengesanan— pengesahan teknologi bagi memastikan projek-projek seperti drone, robotik atau penyelesaian AI dapat diuji dari segi teknikal dan keselamatan sebelum dikomersialkan.

Dan yang ketiga, intervensi peraturan supaya membantu syarikat tempatan melepasi halangan birokrasi atau peraturan yang sering menjadi pembunuh inovasi di peringkat awal.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sekiranya STIS adalah tempat menguji, dana pengkomersialan ada yang pelancar atau booster untuk syarikat masuk ke pasaran. Bagi tahun 2026, MOSTI telah menerima dana pengkomersialan sebagai pembiayaan pemangkin untuk pembangunan fasa akhir R&D bagi memastikan hasil R&D dapat disampaikan kepada pengguna sebenar dan memasuki pasaran dengan lebih efektif.

Dana ini berteraskan pendekatan pemecut, pengkomersialan berstruktur atau, dengan izin, structured commercialization accelerator (SCA) iaitu intervensi berasaskan milestone bagi memastikan setiap projek yang dibiayai bergerak secara sistematik daripada peringkat pengesahan prototype sehingga ke peringkat pasaran. Permohonan dana ini telah dibuka melalui MRANTI mulai 1 Mac 2026 sehingga 15 April 2026.

Seterusnya, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr.

Mohd Hatta bin Md Ramli pula iaitu berkaitan penyediaan kawasan-kawasan dengan bantuan- bantuan setaraf dalam bidang pertanian kepada graduan-graduan ini supaya mereka dapat menggunakan ilmu kefahaman yang baharu mengenai teknologi pertanian.

draft • 1:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Dalam konteks ini, MOSTI melalui Bio-Economic Cooperation sebagai agensi peneraju, pembangunan bioteknologi dan industri berasaskan bio-negara terus memperkukuh inisiatif strategik bagi memacu pertumbuhan dan kemampanan ekosistem bio-ekonomi Malaysia dalam memperkasakan bakat belia dan menggalakkan graduan sebagai bio- usahawan yang berdaya saing. dua program utama dilaksanakan iaitu Bioinnovation Launchpad dan BioEK.

draft • 1:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Program ini turut memberi penekanan khusus kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan (food security) bagi menerapkan penggunaan teknologi. Dan ini akan memperkukuh rantaian sektor pertanian, meningkatkan produktiviti serta menyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara yang secara mampan dan berdaya tahan.

Melalui bimbingan profesional industri dan ekosistem sokongan yang komprehensif merangkumi pemilihan inovasi, penerapan teknologi atau digitalisation, pemerkasaan kapasiti, fasilitasi harta intelek, pematuhan regulatori, akses pasaran serta pembiayaan, program ini menyokong penubuhan dan pengembangan syarikat pemula serta PMKS. Inisiatif ini bukan sahaja menangani cabaran kos dan kekangan sokongan pasca penubuhan malah menetapkan sasaran jelas untuk melahirkan lebih ramai usahawan bio selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Dasar Bioteknologi Negara (DBN) 2.0 dan New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 bagi meningkatkan sumbangan bioekonomi kepada lima peratus KDNK negara menjelang tahun 2030.

Seterusnya, saya juga ingin memperjelaskan sedikit mengenai usaha MOSTI dalam industri teknologi angkasa seperti mana dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran. Pihak MOSTI menyambut baik cadangan Yang Berhormat terhadap liberalisasi sektor angkasa. Namun, perkembangan industri angkasa buat masa ini masih di peringkat permulaan dan sebarang usaha perlu juga mengambil kira faktor keselamatan dan kedaulatan angkasa negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, menerusi Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN 2030) atau Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030), kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif strategik secara menyeluruh bagi memperkukuh ekosistem serta meningkatkan daya saing industri angkasa negara. Usaha ini merangkumi pengukuhan tadbir urus, penggalakan pelaburan, peningkatan penglibatan sektor swasta, pembangunan bakat berkemahiran tinggi serta pemerkasaan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan sektor angkasa sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi tinggi yang bernilai tambah.

draft • 1:50 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Antara inisiatif utama ialah penubuhan Malaysia Space Industry Consortium (MASIC) pada tahun 2033 sebagai platform kerjasama strategik yang menyelaras kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi penyelidikan bagi merangsang pelaburan, mempercepat pembangunan teknologi, memperkukuh rantaian bekalan serta meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai industri angkasa global sejajar dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIP) 2030. Sehingga kini, MASIC dianggotai oleh 10 ahli korporat yang terdiri daripada syarikat tempatan yang aktif dalam sektor angkasa.

Fokus awal konsortium yang tertumpu kepada segmen upstream kini telah diperluaskan dan merangkumi keseluruhan rantaian nilai sektor angkasa termasuk segmen midstream dan downstream susulan kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada Februari 2026. Perlembagaan baharu sedang dalam proses kelulusan oleh pihak ROS sebelum dikuatkuasakan. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pula dijangka berlangsung pada April 2026 termasuk proses kelulusan penyertaan ahli-ahli baharu.

MASIC sedang dalam proses menjalin kolaborasi strategik dengan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) bagi meneroka potensi pembangunan projek bersama. Selain itu, pelbagai misi eksplorasi perniagaan dan jaringan strategik telah dilaksanakan melibatkan negara seperti Korea Selatan, Jepun, Turkiye, Scotland, Poland dan Argentina. Delegasi MASIC juga telah mengadakan lawatan kerja ke Turkiye, Scotland dan Jepun serta dijadualkan menyertai International Astronautical Congress (IAC) di Antalya, Turkiye pada tahun ini sebagai sebahagian daripada penglibatan dalam ekosistem aeroangkasa antarabangsa.

Di samping itu, kerajaan turut melaksanakan langkah strategik lain seperti mana yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 meliputi pelaksanaan model kerjasama awam-swasta, dengan izin, public-private partnership (PPP) dalam pembangunan dan pengoperasian satelit, penubuhan program Industrial Technology Innovation Center

(ITIC) sebagai hab pembangunan dan pengujian teknologi serta pelaksanaan program penerapan industri angkasa melalui inisiatif Space Tech Nexus bagi meningkatkan standard, kredibiliti dan keboleh pasaran syarikat tempatan.

Pemerkasaan bakat turut diperkukuh melalui program TVET aeroangkasa, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, peluang latihan industri dan pensijilan profesional. Selain itu, pelbagai instrumen pembiayaan termasuk dana padanan dan skim pelaburan berkaitan angkasa akan diperkenalkan bagi menyokong aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dan perluasan pasaran.

Berkaitan dengan saranan Yang Berhormat supaya kerajaan memfokuskan terhadap inisiatif pelaburan dalam teknologi tinggi, penerokaan bidang aeroangkasa, AI dan aeronautik, pemerkasaan bidang TVET, insentif cukai dan geran padanan, MOSTI telah melaksanakan

draft • 1:50 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal

Malaysia Science Endowment (MSE) sejak tahun 2022 sebagai satu tabung dana alternatif bagi pembiayaan aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi, pengkomersialan dan ekonomi

(RDICE) nasional secara mampan untuk jangka masa yang panjang.

Sumber dana alternatif ini adalah daripada pelbagai sumber dan kaedah termasuklah dana padanan daripada industri, organisasi dan pelabur pemangkin atau angel investors dalam dan luar negara. Usaha ini adalah untuk meningkatkan pelaburan dan sumbangan industri kepada R&D [Tidak jelas] dan aktiviti R&D negara terutamanya di sektor yang berimpak tinggi dan industri serta mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan.

Projek-projek dana padanan MSE meliputi industri-industri strategik, antaranya semikonduktor, perubatan, perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE), aeroangkasa dan keterjaminan makanan dan deep tech. Sepuluh program dana padanan MSE antarabangsa telah dilaksanakan pada tahun 2025 atau bakal dilaksanakan pada tahun 2026 bersama kerjasama bilateral dengan Kerajaan UK, Jepun, China, Indonesia, Australia, Korea Selatan dan Turkiye serta platform multilateral di e-ASIA dan Belmont Forum.

Selain itu, bagi memperkukuh sistem STIE negara, MOSTI melalui usaha pemerkasaan Majlis Sains Negara (MSN) telah memulakan usaha untuk pelaksanaan inisiatif berasaskan misi atau, dengan izin, mission-oriented initiative. Pendekatan berasaskan misi ini menjadi kerangka utama untuk menyatukan keseluruhan agenda RDICE negara di bawah satu misi strategik yang jelas, terarah dan berpaksikan penyelesaian kepada isu-isu kritikal di peringkat nasional.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan sentiasa bekerjasama dengan berbagai kementerian dan agensi untuk memastikan segala perancangan dan penyelidikan dapat menghasilkan nilai tambah kepada pembangunan STI negara.

Dengan itu, sekian sahaja maklum balas saya tentang isu-isu di bawah MOSTI yang dibangkitkan. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan MOSTI. Sebelum saya menutup, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 1:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Seterusnya, saya menjemput Menteri di Kementerian Belia dan Sukan. 30 minit, Yang Berhormat ya.

draft • 1:50 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, mewakili Kementerian Belia dan Sukan, izinkan patik merafak sembah serta menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas tahun 2026. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menzahirkan asas pembinaan bangsa dan masa depan negara. Dan menjunjung titah tersebut, KBS mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan belia melalui pendidikan dan latihan yang berkualiti, latihan teknikal dan vokasional (TVET) selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

draft • 1:59 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan perkara ini juga turut disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat Senator dan ini mencerminkan satu komitmen daripada Ahli-ahli Dewan di sini tentang TVET dan juga belia negara.

Berhubung perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Diraja, terdapat empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh secara langsung isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan terdapat lapan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara tidak langsung isu-isu yang berkaitan dengan KBS. Dan di sini saya rangkumkan terdapat tiga isu penting yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu tentang isu belia, isu TVET dan juga tentang isu fasiliti sukan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali berkaitan kesihatan belia yang dibangkitkan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa mengenai kebimbangan terhadap peningkatan kes penyakit berjangkit seperti Tuberkulosis dan juga HIV dalam kalangan belia. Dan dalam konteks peranan KBS, kementerian memberikan tumpuan. Yang paling penting sebenarnya adalah bagaimana kita mencegah dengan lebih awal dan bagaimana untuk kita memastikan anak-anak muda belia kita ini tidak terdapatnya penyakit-penyakit seperti yang disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, KBS juga melihat terdapat keperluan untuk dilakukan suatu pendekatan rentas kementerian yang lebih bersepadu dalam menyokong usaha pencegahan, kesedaran kesihatan serta kesejahteraan generasi muda di luar persekitaran pendidikan formal. Antaranya dengan memberikan penekanan kepada penyediaan ruang sokongan yang selamat dan bebas stigma melalui pendekatan rakan sebaya.

Dan KBS memahami bahawa belia akan lebih cenderung untuk menjauh sekiranya bantuan dilihat terlalu klinikal ataupun formal. Sebab itu kita ada Jabatan Belia dan Sukan

draft • 2:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Negara. Pendekatan rakan sebaya digerakkan menerusi inisiatif di bawah JBSN seperti projek Dengar Rakan Muda. Ini kita lebih dekat dan menyantuni anak-anak muda kita. Dan yang paling penting adalah kita memberikan ruang selamat untuk belia, anak muda kita ini dan mendapatkan sokongan emosi dengan bimbingan kaunselor serta sukarelawan yang terlatih.

Dan bagi memperluaskan capaian, bermula tahun 2026, inisiatif ini dirancang untuk kita perluaskan dengan lebih banyak lagi ke fasiliti belia dan fasiliti sukan yang terpilih di bawah seliaan kementerian termasuklah antaranya kompleks belia dan sukan di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di peringkat negeri Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak supaya sokongan psikososial ini dapat diakses dengan lebih dekat dan lebih menyeluruh kepada anak-anak muda, bukan sahaja di suatu dua tempat, tetapi kita reach out sehingga ke peringkat luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, JBSN juga turut melaksanakan pelbagai program bagi mengukuhkan kesejahteraan melalui gaya hidup aktif di peringkat komuniti. Dan program seperti Liga Sukan Komuniti, Malaysia Aktif, Komuniti dan Hari Sukan Negara dilaksanakan bagi memupuk amalan hidup sihat dan mengurangkan gejala-gejala ataupun penyakit-penyakit ini supaya lebih merebak dengan luas dan cepat lagi.

Dan satu lagi pendekatan yang boleh diambil adalah melibatkan kerjasama strategik merentas agensi bagi meluaskan capaian perkhidmatan. Sebab itu kementerian memanfaatkan rangkaian fasiliti sedia ada melalui kerjasama bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan pelaksanaan 54 siri program di 18 Pusat KafeTEEN sebagai ruang selamat dan khidmat kaunseling.

Dan kerjasama ini juga turut diperkukuh bukan sahaja LPPKN, tetapi kita luaskan dengan agensi-agensi yang lain sebab kita ada pelbagai agensi dalam negara kita ini, tetapi bagaimana kita memanfaatkan dan bagaimana kerjasama rentas agensi atau rentas kementerian ini dapat menghasilkan satu result ataupun hasil yang lebih baik. Antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita melalui 45 siri program di institusi kebajikan bagi menyantuni belia berisiko tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, advokasi kesihatan belia secara berterusan melalui platform komunikasi yang dekat dengan golongan muda merupakan antara pendekatan yang diambil oleh JBSN melalui inisiatif penyampaian maklumat kesihatan. Jadi sekarang ini kalau kita tengok, anak-anak muda tidak hanya kita perlu reach out ke lapangan, tetapi yang lebih penting sekarang ini anak-anak muda dia ada gajet.

Jadi, bagaimana kita menggunakan platform-platform seperti ini untuk kita reach out kepada anak-anak muda kita. Sebab itu kita ada podcast, kita ada program dialog belia dan sebagainya untuk kita memastikan bahawa anak-anak muda yang tidak dapat kita reach out

draft • 2:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

secara fizikal, kita dapat menyantuni mereka secara online dan pada akhirnya kita dapat secara menyeluruh. Sebab itu...

draft • 2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Minta celah.

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Oh, ya. Sila Yang Berhormat.

draft • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Yang Berhormat bagi ke?

draft • 2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih.

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Boleh. Sila, sila.

draft • 2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya memang terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian yang mana dengan kehadiran Menteri dan juga Timbalan Menteri dengan mengambil kira serius pandangan daripada para Senator.

Soalan saya ialah, sama ada pihak kementerian ada sebarang rancangan untuk menyantuni ataupun reach out anak-anak muda ini melalui gaming. Tadi saya memang ada dengar usaha-usaha baik daripada pihak kementerian untuk jadi rakan sebaya kepada anak- anak muda ini. Jadi dari segi online, kita katakan dalam talian, selain daripada podcast, selain daripada program-program, sama ada kita reach out melalui gaming. Terima kasih.

draft • 2:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Gaming?

draft • 2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Ya. Sebab esports sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, ada peserta-peserta esports kita yang telah mendapat anugerah antarabangsa.

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Setuju.

draft • 2:00 PM

Puan Tiew Way Keng

Yang mana saya sesungguh percaya gaming ini merupakan salah satu cara gaya hidup bagi anak muda juga.

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Baik. Terima kasih Yang Berhormat yang begitu cakna sekali berkenaan dengan isu anak muda dan Yang Berhormat cukup up to date dengan cara-cara gaya anak muda masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju jika online gaming ini ataupun platform ini dijadikan salah satu platform juga. Namun begitu, kita di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa melihat bahawa kita perlukan juga platform yang selamat. Sebab itu kita kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga kementerian-kementerian yang lain untuk kita bangunkan platform gaming yang selamat untuk kita pastikan bahawa – sebab Yang Berhormat, kadang-kadang di bahagian chat gaming itu juga sebenarnya dia boleh menimbulkan sifat ataupun elemen-elemen ekstremisme secara ganas dan ini telah pun dibuktikan dan terbukti.

Sebab itu di peringkat kementerian, kita ada jawatankuasa bersama antara kementerian-kementerian yang lain untuk kita memastikan bahawa platform game ini walaupun ia suatu yang baik, boleh menjana pendapatan dan di bawah KBS sendiri, kita

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

menyokong usaha esports ini. Namun begitu, kita sentiasa memastikan bahawa guideline itu dapat terpenuhi dan platform ini menjadi salah satu platform yang positif dan bukan platform yang negatif, yang pada akhirnya merosakkan belia anak muda kita. Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, berkaitan cabaran generasi muda dalam era kecerdasan buatan (AI) yang berdepan dengan ketidakstabilan pekerjaan, persaingan global serta krisis identiti dalam ekonomi digital yang dibangkitkan oleh YB Senator Dr. Jufitri bin Joha.

Ahli Yang Berhormat turut mencadangkan pembangunan infrastruktur sosial baharu melalui platform Belia 360 bagi memprofil bakat, membina jaringan mentor dan menyalurkan potensi belia secara sistematik. Saya juga mengikuti rapat inisiatif yang dibangunkan oleh Yang Berhormat Senator dan kita bersedia untuk berbincang apa juga cara untuk kita memastikan bahawa platform-platform ini dapat kita perkasakan dan kerjasama yang baik ini dapat kita laksanakan.

Dan KBS setelah pun melaksanakan perancangan pembangunan belia secara menyeluruh yang merangkumi pembangunan modal insan, peluasan akses akar umbi, pengukuhan jaringan komuniti, integrasi teknologi serta penyediaan laluan pembangunan diri dan kerjaya yang lebih jelas. Dan perancangan ini berpandukan Dasar Belia Malaysia 2015- 2035, Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.

Dan Yang Berhormat, platform Rakan Muda turut berperanan sebagai medium penglibatan belia secara menyeluruh yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran, pembinaan nilai sahsiah, jaringan komuniti serta penyertaan aktif belia dalam masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, melalui komponen seperti kalau kita lihat Rakan Muda, kita ada 10 gaya hidup Rakan Muda. Dalamnya ada Rakan Niaga, Rakan Digital, Rakan Mahir dan sebagainya. Ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kita dapat menghasilkan pendekatan yang lebih baik dan kita akan akhirnya menghasilkan lebih ramai lagi anak muda belia kita yang cukup dengan ilmu, kemahiran.

Dan yang paling penting, bagaimana anak muda belia kita ini bersedia untuk menghadapi dunia masa kini. Tidak hanya menghadapi 32 juta rakyat Malaysia, tetapi mungkin di seluruh ASEAN. Kita ada 224 juta belia yang perlu anak muda Malaysia kita ini bersaing dan kita ada 700 juta populasi ASEAN. Dan itulah yang kita harapkan supaya anak- anak muda kita ini bersiap sedia dengan segala inisiatif dan bentuk yang telah pun kita laksanakan.

draft • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan di peringkat latihan kemahiran KBS melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), melaksanakan inisiatif TVET penuh. ILKBS yang menekan keusahawanan berasaskan teknologi dan inovasi dan melalui transformasi modul keusahawanan digital, program incubator, pelajar didedahkan kepada pembangunan produk, kreativiti teknologi serta peluang pembiayaan dan kolaborasi industri. Sekali gus melahirkan lebih banyak usahawan teknikal yang berdaya saing dan dalam ekonomi masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkenaan dengan TVET. Juga nanti saya akan menjelaskan selepas ini. Kalau kita lihat isu TVET ini banyak juga dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terdapat tujuh Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu TVET merentasi kementerian. Yang mana saya akan jawabkan secara ringkas ya.

Dan kalau kita lihat umumnya masyarakat melihat mungkin sesetengah daripada Ahli Yang Berhormat melihat kementerian ini adalah kementerian sukan semata-mata tetapi kementerian ini memegang portfolio yang penting iaitu Kementerian Belia ataupun anak muda.

Sebab itu, atas dasar ini juga KBS dilibatkan secara langsung dalam Majlis TVET Negara dalam Mesyuarat Majlis TVET Negara Bil. 3/2025yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I pada 4 Disember 2025 telah dilaporkan bahawa ILKBS telah menerima sebanyak 11,130 permohonan kemasukan bagi sesi 1/2026 berbanding dengan kuota yang kita ada berapa? Kuota pengambilan yang tersedia hanyalah 1,752.

Jadi, maknanya 635 peratus jumlah permohonan berbanding dengan kuota sedia ada.

Jadi, maknanya sekarang ini bidang TVET memang sedang menjadi kegilaan orang ramai sebab kadar kebolehpasaran itu sebenarnya amat-amat tinggi dan institusi TVET di bawah KBS diurus dan di selaras oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dan dikenali sebagai Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan.

Dan pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, ILKBS merangkumi kita mempunyai 21 institusi di seluruh negara iaitu lapan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan 12 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan satu Institut Kemahiran Sukan Negara. Dan ILKBS menawarkan latihan kemahiran secara sepenuh masa dan jangka pendek dalam 14 bidang utama yang relevan dengan keperluan industri semasa dengan kapasiti melebihi 10,000 pelajar dan pada tahun 2025, ini kebolehpasaran TVET di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu sekitar 96.41 peratus. Maknanya, memang tinggi dan kita ada juga kerjasama dan kolaborasi dengan pihak industri dan pihak-pihak yang lain supaya kita memastikan keberhasilan pelajar-pelajar TVET kita ini dapat dipasarkan di dalam Malaysia ini.

Dan apa yang menarik lagi KBS menanggung sepenuhnya pelajar-pelajar yang menjalani latihan sepenuh masa termasuklah kita sediakan juga bahan pembelajaran, asrama, tempat tinggal, makanan dan sebagainya. Dan selain itu, pelajar-pelajar TVET di

draft • 2:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

bawah Kementerian Belia dan Sukan, dia juga turut menerima elaun iaitu dari RM100 hingga RM300 berdasarkan dengan peringkat pensijilan yang diikuti oleh pelajar.

Dan untuk latihan sepenuh masa, itu mengambil masa satu hingga tiga tahun dan berteraskan keseimbangan antara kemahiran teknikal dan pembangunan sahsiah. Jadi maknanya, begitu komprehensif sekali TVET di bawah KBS ini. Pertama, dia dapat percuma semua. Tempat tinggal, makan minum, asrama dan sebagainya.

Kedua, kita galakkan lagi, beri pula elaun. Dan yang ketiga, yang lebih penting sekali adalah kita nak pastikan mereka yang lahir daripada ILKBS ini, dia bukan lahir sebagai pekerja semata-mata tetapi dia lahir sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai sahsiah jati diri yang tinggi. Sebab itu kita menekankan formula 80-20. Maknanya, 80 peratus daripada keseluruhan latihan itu memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal dan 20 peratus itu lagi melibatkan komponen bina insan.

Maknanya, dia ada CSR nya, dia ada buat aktiviti kemasyarakatan dan dia ada pembangunan modal insan, sahsiah jati diri dan sebagainya itu terbentuk dalam ILKBS ini.

Dan antara kelebihan ILKBS juga pendekatannya yang inklusif dan berperanan sebagai social safety net untuk menggalakkan belia tercicir secara sistematik melalui TVET dan ia juga terbuka kepada pelbagai kumpulan sasar malah turut menyediakan laluan latihan bagi belia yang tidak mempunyai SPM dalam bidang tertentu.

Dan berdasarkan rekod, kita ada 693 orang pelajar menyambung pengajian di ILKBS tanpa SPM bagi tahun 2024 hingga tahun 2026. Sebab kita tak nak ada mereka yang mungkin tidak begitu mahir dalam pembelajaran tetapi dalam skilnya itu dia hebat. Jadi, kita berikan ruang dan peluang untuk anak-anak muda kita. Dan kebanyakan juga, tidak kurang juga mereka yang dalam golongan B40 ataupun yang memerlukan yang masuk dalam program kita ini.

Tuan Yang Di-Pertua, pada masa yang sama ILKBS juga melaksanakan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas iaitu Inisiatif TVET yang diperkenalkan oleh KBS untuk membuka peluang kemahiran dan membina keyakinan dan membantu mereka menjana pendapatan sendiri melalui pendekatan pembelajaran. Dan seramai 417 belia autisme dan berkeperluan khas telah mendapat manfaat daripada program ini di 12 ILKBS.

Dan saya juga nak menjemput mungkin Tuan Yang Di-Pertua bersama dengan Ahli Dewan kalau pergi ke Putrajaya bolehlah singgah ke Menara KBS. Di Menara KBS itu ada satu kafe dan kafe itu di run ataupun dioperasikan oleh mereka yang autisme. Dia hari itu, saya makan burger dia sedap. Burger yang dibuat oleh anak autisme ini. Dan anak autisme ini dapat latihan daripada ILKBS di bawah KBS itu sendiri. Jadi, maknanya kebolehpasaran

draft • 2:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

dan kita membuktikan dengan kita memberikan ruang pekerjaan kepada anak-anak autisme ini di Menara KBS sendiri iaitu di pejabat di Putrajaya itu sendiri.

Dan dari aspek pensijilan dan pentauliahan, program ILKBS mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan profesional. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada lima perkara khusus yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Senator Tuan Niran.

Untuk Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh 2023 hingga 2025, seramai 89 belia luar bandar daripada komuniti tersebut telah pun mengikuti latihan TVET sepenuh masa di ILKBS sebagai sebahagian usaha memperluas penyertaan komuniti minoriti dalam pembangunan kemahiran dan mobiliti sosial. Dan saya juga ingin kongsikan untuk YB Senator Tuan Niran Tan Kran, kini terdapat enam persatuan atau Kelab Belia Siam yang aktif dan berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertuduhan Belia (ROY).

Walau bagaimanapun, setakat ini persatuan atau kelab berkenaan belum pernah mengemukakan permohonan bantuan dana di bawah KBS. Sehubungan itu, saya ingin memaklumkan bahawa persatuan atau kelab berdaftar di bawah ROY adalah layak untuk memohon geran padanan sukan, dana sukan komuniti di bawah KBS itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, YB Senator Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Sulaiman, jawapannya KBS sedar bahawa permintaan terhadap tenaga kerja teknikal sekarang adalah tinggi bukan sahaja di negeri Johor tetapi di seluruh negara. Di Johor, latihan kemahiran dilaksanakan melalui IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar dengan menawarkan kursus sepenuh masa dalam bidang teknologi mekanikal, hospitaliti, minyak dan gas dan perhotelan yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri.

Pada tahun 2025, IKTBN Pagoh melahirkan 225 graduan dengan kadar kebolehpasaran 100 peratus, manakala IKBN Bandar Penawar melahirkan 120 graduan dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 95 peratus. Mengenai keperluan memperkukuh keberkesanan sistem TVET sebagai laluan mobiliti sosial belia yang dibangkitkan oleh YB Senator Datuk Anna Bell, dalam hal ini KBS sentiasa memastikan pelaksanaan latihan TVET di bawah Kementerian memenuhi piawaian serta disokong pensijilan yang diiktiraf oleh industri, diperkukuh melalui kerjasama strategik bersama majikan dan ditawarkan melalui kursus sepenuh masa serta kursus jangka pendek yang responsif kepada keperluan semasa kerja.

Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan, memperkasa daya saing tenaga kerja belia serta menyokong TVET sebagai laluan mobiliti sosial yang bermakna.

draft • 2:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad juga membangkitkan isu TVET. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, seramai 14 pelajar orang asli telah

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

mengikuti program latihan kemahiran di beberapa ILKBS merentasi pelbagai bidang teknikal seperti teknologi hospitaliti, teknologi automotif, teknologi mekanikal, teknologi elektrikal dan sebagainya.

Berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh YB Senator Datoʼ Sivaraj dan YB Senator Tuan Amir bin Md Ghazali, buat masa ini pendekatan kementerian melalui latihan berorientasikan industri, pensijilan profesional dan kerjasama strategik majikan bertujuan memastikan graduan teknikal berdaya saing, dihargai pasaran kerja serta menyokong peralihan ekonomi negara ke arah nilai tambah yang lebih tinggi. Seterusnya Ahli Yang Berhormat, itu sedikit sebanyak berkenaan dengan TVET yang mungkin boleh saya kongsikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seterusnya, YB Senator Datoʼ Setia Dr. Haji Mohd Naʼim bin Mokhtar dan YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sarian membangkitkan berkenaan usaha kerajaan membentuk generasi masa depan, pemimpin masa hadapan yang beradab, berintegriti melalui pembangunan sahsiah kepimpinan serta penerapan nilai antirasuah melalui penglibatan belia di luar persekitaran persekolahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara, kita sentiasa memastikan bahawa program-program yang kita laksanakan itu adalah bukan program yang one-off. Program itu kita pastikan bahawa kita sediakan begitu banyak sekali leadership program dan kita nak memastikan bahawa program yang dilaksanakan itu tidak ada belia yang tercicir. Sebab itu di bawah JBSN, kita sekarang ini sedang memperkasakan lagi program Rakan Muda yang merupakan inisiatif utama KBS dalam memperkasakan golongan muda. Sebab itu bagi tahun 2026, peruntukan Rakan Muda dinaikkan. Kalau 2025 sebanyak RM20 juta, kini tahun ini sebanyak RM40 juta untuk program Rakan Muda.

Pada 14 Februari yang lepas, saya telah pun melancarkan Kalendar Mega Rakan Muda. Dalam Rakan Muda ini, kita ada 10 gaya hidup anak muda yang mana ini amat dekat dengan belia secara keseluruhannya. Sebab itu, kita nak kan setiap bulan akan ada satu mega program di setiap negeri supaya ia lebih dekat dengan anak muda. Pada bulan ini, bulan Ramadan, kita lancarkan Program Rakan Muda Ramadan. Hari ini YB Menteri Agama juga berada di sini. Kita telah pun meluncurkan program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang dilancarkan pada 22 Februari 2026 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Program ini Yang Berhormat, sebenarnya adalah untuk kita memastikan di setiap masjid itu terdapat jawatankuasa belia sebab kita tahu masjid ini tidak hanya semata-mata sebagai tempat ibadah, tempat solat dan sebagainya tetapi masjid adalah institusi untuk membangunkan generasi masa hadapan. Sebuah institusi yang mampu untuk melahirkan lebih ramai lagi anak muda, belia yang mampu untuk menjadi pemimpin masa depan.

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Sebab itu dengan kerjasama antara dua kementerian ini, kita ingin pastikan bahawa program ini dilaksanakan di semua negeri serta 113 daerah di seluruh negara dengan sasarannya itu 14,690 peserta dan mungkin lebih lagi. Kita akan terus pantau program ini supaya kita pastikan masjid ini dapat melahirkan lebih ramai lagi anak-anak muda yang berkualiti.

Kementerian Hal Ehwal Agama akan menyediakan program-program untuk membangunkan sahsiah jati diri dan kerohanian dan Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil peranan untuk memastikan mereka yang mempunyai kerohanian yang tinggi itu dibekalkan dengan ilmu leadership program dan sebagainya.

Jadi, kerjasama strategik dan kerjasama yang baik ini akan diteruskan tidak hanya pada bulan Ramadan tetapi ia akan diteruskan sepanjang tahun. Kementerian Belia dan Sukan juga ingin meneruskan lagi bukan hanya di masjid atau surau, tetapi juga di rumah- rumah ibadat bukan Islam yang lain. Sebab saya lihat di rumah ibadat bukan Islam yang lain juga banyak anak-anak muda belia yang ada jawatankuasanya sendiri. Jadi, kita akan memperluaskan lebih banyak lagi.

Saya ada empat minit lagi. Saya cuba yang terbaik untuk menjawab semua isu.

draft • 2:20 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Silakan YB. Tak apa. Kita bagi masa untuk YB.

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak terus kepada isu sukan. Banyak sebenarnya bukan sahaja di Dewan Negara, tetapi di Dewan Rakyat juga membangkitkan isu sukan, fasiliti dan sebagainya.

Saya faham betul kerana kita adalah wakil rakyat yang membawa suara rakyat di dalam Dewan untuk memastikan terdapat fasiliti sukan yang cukup dalam kawasan kita, tapi sebelum saya menjawab satu persatu, pada prinsipnya, KBS menyokong pembangunan fasiliti sukan yang berpotensi meningkatkan penyertaan sukan komuniti dan merancakkan aktiviti rekreasi serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat, tapi Yang Berhormat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit pencerahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Sebelum dikemukakan secara rasmi, baik itu surat direct kepada Menteri ataupun apa Yang Berhormat bahas dalam Dewan dan sebagainya, sebarang permohonan pembinaan baru fasiliti sukan berskala besar iaitu di atas RM1 juta perlulah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan disenaraikan dalam wish list negeri serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.

Manakala, sekiranya terdapat permohonan penyediaan fasiliti sukan berskala kecil di bawah RM1 juta seperti kemudahan riadah dan sebagainya, boleh kemukakan melalui

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau EXCO Belia Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negeri berserta anggaran kos pembinaan dan keperluan berkaitan.

Jadi, maknanya masuk dulu MMKN dan MMKN pastikan itu adalah wish list negeri, kemudian barulah kita boleh pertimbangkan untuk dilaksanakan projek tersebut. Permohonan projek pembangunan baharu adalah tertakluk kepada Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2026-2030 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi iaitu apa? Tiga perkara yang penting sebenarnya.

Pertama, pastikan urusan pendaftaran atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau Pewartaan Rizab Persekutuan atau Rizab Negeri bagi maksud Persekutuan diselesaikan lebih dahulu. Itu pertama. Yang kedua adalah tapak. Tapak pembangunan atau projek perlu sesuai dengan cadangan projek yang dirancang dan perlu mengelakkan pembangunan kawasan berpaya, tanah dengan kecerunan yang tinggi dan sebagainya. Sebab kita nak mengelakkan pertama risiko, yang kedua adalah kos.

Seterusnya, yang terakhir, cadangan tapak projek juga perlu bebas dari beban dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak atau tanah projek seperti setinggan, bantahan penduduk dan sebagainya supaya kita memudahkan lagi proses tersebut.

Seperti yang semua tahu, sukan adalah tertakluk di bawah Jadual Kesembilan Senarai Bersama Senarai Tiga Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, jika sekiranya ada di tempat Ahli-ahli Yang Berhormat kita berikan dana atau projek untuk pembangunan fasiliti sukan, ia tidak hanya semata-mata tanggungjawab Persekutuan atau tanggungjawab kementerian untuk memastikan maintenance itu dapat berlangsung sepanjang tahun, tetapi ia juga tertakluk kepada jadual tersebut.

Maka pihak Kerajaan Negeri atau PBT, pihak berkuasa tempatan juga perlulah mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan bahawa segala fasiliti ini dapat terjaga dengan baik dan pihak Kerajaan Negeri dan PBT boleh memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak swasta untuk merancang, membina dan menaik taraf fasiliti sukan.

Jadi, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu fasiliti sukan, itulah yang ingin saya jelaskan bahawa pastikan terlebih dahulu masuk dalam MMKN, masuk dalam wish list negeri, kemudian barulah kita akan teliti dan sebagainya. Itu untuk yang skala besar.

Ahli Yang Berhormat, untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan permohonan direct kepada Menteri ataupun di dalam Dewan ini, itu tidak dianggap sebagai permohonan rasmi, namun begitu saya amat-amat berterima kasih dan juga saya sangat- sangat appreciate usaha Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus membangkitkan isu fasiliti sukan di kawasan masing-masing. Saya rasa itu menjawab dan saya harap jawapan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada Ahli Yang Berhormat dan juga terima kasih

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat yang sentiasa cakna tentang pembangunan belia dan juga pembangunan sukan dalam negara.

Sebagai penutup, saya ingin maklumkan bahawa segala pandangan dan saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijadikan panduan bagi kementerian untuk terus menambah baik dasar dan inisiatif dari semasa ke semasa agar keberkesanan program belia dan sukan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

draft • 2:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Dan saya amat-amat berharap agar seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dapat bekerjasama untuk memastikan kita lahirkan lebih ramai lagi pemimpin masa depan dan kita lahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet sukan yang mampu untuk membanggakan negara kita.

Sekian daripada saya. Wassalamualaikum.

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mungkin sebelum itu, saya nak minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri ya.

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya. Sila.

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ini berkaitan dengan, tadi YB ada sebut tentang kanak-kanak remaja autistik.

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Ya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. Ada latihan dan sebagainya. Bagaimana dengan remaja autistik yang agak kronik yang bukan di tahap yang 50 percent ini, tetapi yang agak kronik. Adakah, apakah jenis latihan ataupun adakah pihak kerajaan menyediakan fasiliti untuk mereka ini?

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Itu tergantung kepada kita punya tenaga pengajar juga, Yang di-Pertua. Sekarang ini, kita masih yang mild autism ya. Kemudian yang lain-lain itu, kita masih lagi dalam perbincangan kita...

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Makna belum lagi lah.

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Supaya ...

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Belum ada lagil ah.

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Betul Dato' Yang di-Pertua, ya.

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik.

draft • 2:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari

Kadar, kadar kebolehpasaran juga kita ingin melihat ke arah itu Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Satu pencerahan yang begitu exhaustive sekali. Terima kasih. Dan selepas ini, kita ada Jabatan Perdana Menteri. Ada empat Menteri yang akan berbahas. Dan kita dulukan dengan Menteri Agama, Hal Ehwal Agama, silakan.

draft • 2:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari tahun ini.

Sebagai penggulung pertama bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih sepanjang persidangan ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai empat orang Ahli Yang Berhormat Senator telah mengemukakan pandangan, cadangan serta isu-isu yang menyentuh perkara- perkara di bawah bidang tanggungjawab portfolio Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ahli-ahli Yang Berhormat adalah Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan. Dan insya-Allah, saya akan jawab dan cerahkan secara perincikan dalam sesi penggulungan ini.

Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff telah membangkitkan, sejauh mana pemantauan syariah berdasarkan etika Islam dalam pelaksanaan dasar artificial intelligence negara wujud agar tidak bias dan menjaga kemaslahatan umat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum dan bersetuju bahawa pembangunan serta penggunaan kecerdasan buatan perlu berpandukan nilai moral yang jelas, bebas daripada kecenderungan dan berlandaskan etika Islam demi menjaga kemaslahatan ummah. Bagi memastikan aspirasi ini tercapai, kerajaan menggerakkan strategi merentas kementerian dan agensi.

Sebagai contoh, yang pertama, peranan MOSTI dan kerangka tadbir urus Artificial Intelligence ataupun Artificial Intelligence General Ethics. Sebagai peneraju dasar teknologi negara, MOSTI telah melancarkan garis panduan tadbir urus dan etika kecerdasan buatan negara bertindak sebagai dokumen asas yang mengikat pembangun dan pengguna AI supaya teknologi yang dihasilkan sentiasa berada di atas landasan etika yang betul.

Garis panduan ini menggariskan prinsip-prinsip teras seperti keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keselamatan. Prinsip-prinsip yang sejagat ini pada asasnya amat

draft • 2:31 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

bertepatan dengan tuntutan syarak dan maqasid assyariah bagi mengelakkan sebarang bentuk diskriminasi atau kecenderungan yang boleh memudaratkan masyarakat.

Yang kedua, pelaksanaan oleh Kementerian Digital dan Jabatan Digital Negara. Dari segi pelaksanaan, Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara memastikan penggunaan garis panduan ini diterapkan dalam semua inisiatif AI khususnya dalam perkhidmatan awam.

Justeru, garis panduan pengadaptasian AI sektor awam dibangunkan sebagai dokumen rujukan rasmi untuk membantu agensi kerajaan, merancang, membangun dan melaksanakan AI secara strategik, selamat dan beretika. Garis panduan ini berasaskan tujuh prinsip iaitu:

(i) privasi dan keselamatan data;

(ii) ketelusan;

(iii) akauntabiliti;

(iv) kesaksamaan;

(v) keterangkuman;

(vi) kebolehpercayaan; serta

(vii) kelestarian.

Ianya menekankan pematuhan undang-undang, peranan actor artificial intelligence sendiri, perlaksanaan serta pengurusan risiko. Secara rumusannya, pendekatan ini menyokong objektif ataupun maqasid assyariah khususnya dalam memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan termasuk melalui perlindungan data peribadi, pencegahan manipulasi maklumat serta pembangunan sistem yang baik, yang tidak menzalimi atau memudaratkan mana-mana pihak.

Yang ketiga, yang ini secara khusus pemantauan syariah oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Menyedari keperluan panduan agama yang holistik, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerajui aspek pemantauan syariah bersama JAKIM dan agensi-agensi yang lain. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mempertingkatkan sesi libat urus dan jawatankuasa kerja yang menggabungkan pakar teknologi, ahli akademik dan cendekiawan Islam.

JAKIM akan meneliti secara berterusan isu-isu baharu yang timbul daripada AI seperti manipulasi maklumat dan hak cipta untuk mengeluarkan panduan berasaskan hukum syarak.

Ini bagi memastikan sebarang penggunaan AI di Malaysia tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

Dan yang terakhir bagi menjawab soalan pertama ini, aspek keselamatan siber dan penguatkuasaan undang-undang, CyberSecurity Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber

draft • 2:31 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Negara bertanggungjawab memantau aspek keselamatan infrastruktur dan ketahanan sistem AI negara bagi memastikan sistem AI tidak dimanipulasi oleh pihak luar sehingga menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat atau disalahgunakan untuk tujuan yang memudaratkan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM pula bekerjasama rapat dengan agensi- agensi digital bagi membanteras jenayah moden seperti penipuan kewangan dan sindiket scam yang menggunakan teknologi AI generatif. Kesimpulannya, kerajaan memberi jaminan bahawa gabungan kepakaran teknikal dari MOSTI dan Kementerian Digital, disokong kuat oleh pemantauan syariah daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Agensi Keselamatan akan mewujudkan satu ekosistem AI yang bukan sahaja canggih tetapi beretika, patuh syariah dan memelihara kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda ingin tahu jumlah wang zakat yang diperuntukkan untuk membiayai secara penuh pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan. Tuan Yang di-Pertua, di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membantu pelajar-pelajar daripada keluarga asnaf bermula daripada peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi dan ia nya merangkumi 13 skim bantuan.

Antaranya bantuan am persekolahan, bantuan pakaian dan peralatan persekolahan, bantuan am pelajaran IPT, biasiswa insentif khas pelajar cemerlang, bantuan galakan hafaz Al-Quran dan lain-lain lagi.

Dan sepanjang tahun 2025, direkodkan MAIWP telah membelanjakan sebanyak RM134.69 juta menerusi bantuan-bantuan ini yang diagihkan kepada 59,296 penerima.

Manakala pada tahun ini 2026, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM147.53 juta dan sehingga Januari 2026, sebanyak RM11.63 juta telah dibelanjakan kepada 34,599 penerima.

Bukan itu sahaja, MAIWP juga telah melaksanakan kajian penilaian impak keberkesanan zakat dalam meningkatkan mobiliti sosioekonomi asnaf di Wilayah Persekutuan. Maknanya, kita ada juga penilaian keberkesanan. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana bantuan yang diberikan telah berjaya meningkatkan taraf hidup penerima dan dapatan awal kajian. Alhamdulillah. Antaranya mendapati 80 peratus anak-anak asnaf telah pun memperolehi pekerjaan yang lebih baik berbanding ibu bapa mereka.

draft • 2:31 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Dan, asnaf-asnaf yang menduduki peperiksaan mencatat prestasi yang cemerlang melebihi penanda aras kebangsaan. Oleh itu, mohon izin untuk saya kongsikan beberapa pencapaian hebat institusi pendidikan menengah MAIWP.

Sekolah Menengah Agama MAIWP pernah mendapat johan pingat emas kategori high secondary dan middle secondary dalam pertandingan antarabangsa. SMISTA MAIWP iaitu Integrasi Sains dan Tahfiz, Johan Tahfiz 30 Juzuk, Johan Tahfiz Menengah Rendah. Dan Pondok Moden Al-'Abaqirah pernah meraih gold award dan silver award dalam International

draft • 2:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Science Olympiad dan pencapaian STAM dan SPM, semua institusi di bawah MAIWP ini adalah di antara yang terbaik di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan soalan yang seterusnya. Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar mencadangkan beberapa perkara. Yang pertama, melaporkan status semasa pelaksanaan Kolej Profesional MAIWP dan keberhasilan penggabungan IKB: Institut Kemahiran Baitulmal dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur bagi membentuk Kolej Profesional MAIWP.

Dan yang kedua, melaporkan perkembangan penstrukturan tadbir urus dan hala tuju strategik pasca penggabungan kedua-dua institusi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator, Mesyuarat Khas MAIWP Bil. 1/2026 yang bersidang pada 19 Januari 2026 telah memutuskan supaya pelaksanaan cadangan penggabungan IKB di bawah KPMAIWP ditangguhkan sementara bagi membolehkan satu kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan MAIWP diminta menyediakan kajian terperinci meliputi beberapa isu utama. Antaranya, status 40 perjawatan tetap dan berpencen di IKB, status serta analisis kos dan faedah dengan mengambil kira unjuran pendapatan dan kedudukan kewangan KPMAIWP.

Selain itu, sehingga kini pihak Kementerian Pendidikan Tinggi masih belum meluluskan pendaftaran program-program yang sedang dilaksanakan oleh IKB untuk ditawarkan di bawah KPMAIWP.

Dalam masa yang sama, kita laksanakan beberapa gerak kerja yang tuntas. MAIWP sedang mengambil beberapa tindakan bagi menambah, menaik taraf dan menambah baik kemudahan dan infrastruktur IKB dan KPMAIWP yang melibatkan penggantian unit lif, penggantian bumbung asrama, penyediaan CCC bagi bengkel khusus kejuruteraan elektrik dan teknologi binaan, dan menaik taraf secara berperingkat bangunan dan bengkel latihan IKB dan KPMAIWP.

Untuk jangka masa panjang, MAIWP dalam proses untuk membuat semakan dan penyusunan semula untuk menaik taraf program-program di IKB selaras dengan keperluan semasa negara, termasuk perbincangan dengan Majlis TIVET Negara dan Majlis Amanah Rakyat. Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

draft • 2:40 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Silakan.

draft • 2:40 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar

Terima kasih, YB. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas pencerahan yang diberikan.

Penggabungan IKB dan KPMAIWP ini telah melalui kajian awal dan juga mesyuarat, dibawa

draft • 2:40 PM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar

masuk ke dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MAIWP sendiri, dan kemudian telah mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong.

Saya percaya, kajian-kajian yang telah dibuat oleh pihak pengurusan dan atas dasar tersebut, mengambil kira keputusan dasar Kabinet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawa institusi-institusi agama yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini perlu digabungkan, termasuklah yang berada di bawah MAIWP. Jadi, MAIWP ini ada satu badan berkanun di bawah Menteri.

Dan, apa yang dilihat dengan Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana institusi-institusi kalau dalam konteks IKB yang merupakan institusi pendidikan bersama-sama dengan KPBKL, berlaku overlapping di situ.

Jadi, bagi memastikan supaya penggunaan wang zakat ini dibuat secara optimum, atas dasar tersebutlah berdasarkan saya sebut di sinilah – saya mantan Menteri Agama dan telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengambil kira dasar rasionalisasi yang dipegang oleh kerajaan sekarang, maka diputuskan untuk penggabungan ini diadakan.

Jadi, saya nak minta komitmen daripada Yang Berhormat sendiri, mengambil kira bahawa penggabungan ini banyak, khususnya dapat memastikan wang zakat MAIWP ini dapat dioptimumkan. Adakah boleh saya dapat komitmen daripada Yang Berhormat sendiri supaya pergabungan kedua-dua institusi pendidikan di bawah MAIWP ini akan dapat diteruskan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mantan Menteri bertanya.

draft • 2:40 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tersebut memangnya sudah kita jangkakan, alhamdulillah. Sebenarnya, pelaksanaan itu sememangnya diteruskan kerana ia nya melibatkan dua fasa.

Fasa yang pertama, tindakan awal dalam tempoh dua tahun, atau sehingga KPMAIWP mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mendapatkan kursus IKB di bawah KPT. Tindakan awal KPMAIWP adalah mengemukakan permohonan kepada MQA sebelum dikemukakan kepada KPT, dan ini yang kita lakukan fasa yang pertama.

Fasa kedua ialah tindakan selepas KPT meluluskan pendaftaran program IKB di bawah KPMAIWP. Dan, itu yang kita sedang laksanakan. Dan, di bawah memorandum agreement ataupun perjanjian yang telah pun ditandatangani, maka sememangnya ada beberapa condition precedent ataupun syarat-syarat duluan. Jadi, kita cuba melihat bahawa bagaimana untuk memenuhi CP ataupun syarat-syarat duluan ini supaya kita dapat melaksanakan program ataupun agenda penggabungan ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz membangkitkan atau memohon agar kerajaan memperkasakan hukuman jenayah syariah

draft • 2:40 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

dan kedudukan mahkamah syariah untuk memerangi ekonomi gelap dalam negara.

Sekiranya hukuman syariah didaulatkan dan mahkamah syariah diperkasakan, kegiatan maksud dan ekonomi gelap boleh dilumpuhkan. Ha, itu soalan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuh kerangka perundangan jenayah syariah serta memartabatkan kedudukan mahkamah syariah di Malaysia bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan syariah, selaras dengan prinsip keadilan, integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Sehubungan itu, langkah-langkah telah dan sedang dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya melalui jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah MKI bagi memastikan sebarang peluasan atau penambahbaikan bidang kuasa mahkamah syariah dilaksanakan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, JKSM sedang meneliti undang-undang sedia ada secara berperingkat termasuk cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah serta penambahbaikan undang-undang tatacara dan pentadbiran kehakiman syariah bagi menutup kelompangan perundangan, memperkemas pengurusan kes dan memperkukuh keberkesanan institusi kehakiman syariah.

Kerajaan MADANI juga mengambil maklum bahawa kegiatan jenayah dan perbuatan tidak bermoral perlu ditangani secara menyeluruh. Dalam hal ini, pemerkasaan mahkamah syariah merupakan antara usaha penting yang dalam ruang lingkup bidang kuasa syariah, namun pembanterasan kegiatan jenayah dan perbuatan tidak bermoral secara keseluruhannya turut memerlukan penguatkuasaan bersepadu oleh pelbagai agensi berdasarkan undang-undang sedia ada.

Kerajaan MADANI melalui Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dalam usaha memperkasa undang-undang jenayah syariah dengan membuat cadangan pindaan kepada Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) dan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang berhubungan dengan kesalahan jenayah syariah yang dilakukan secara dalam talian, diterbitkan secara elektronik.

Usaha cadangan ini berikutan tindakan tidak dapat diambil kerana belum ada kesalahan jenayah syariah yang diterbitkan secara elektronik di media sosial yang telah diambil tindakan di mana mahkamah-mahkamah syariah.

Ini kerana peruntukan undang-undang sedia ada mempunyai lacuna atau kelompongan yang mengakibatkan jenayah syarikat semakin berleluasa di media sosial disebabkan pelaku jenayah syariah tersebut mungkin beranggapan tindakan tidak boleh diambil oleh penguat kuasa agama terhadap mereka disebabkan lacuna tersebut

draft • 2:40 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Selain pengukuhan perundangan, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi dan profesionalisme warga kehakiman syariah melalui penubuhan AKSM, Akademi Kehakiman Syariah Malaysia. Penubuhan AKSM dilihat sebagai sebahagian daripada langkah strategik memperkukuh profesionalisme dan laluan kerjaya warga kehakiman syariah melalui pembangunan profesional yang berterusan.

Melalui AKSM ini akan menyokong usaha penyeragaman amalan kehakiman, pemantapan latihan berterusan, pembangunan kepakaran dalam tatacara, pembuktian, penghakiman dan pengurusan kes sekali gus memperkasa mutu penyampaian keadilan oleh Mahkamah Syariah. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem kehakiman dan perundangan Islam secara lebih tersusun dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, sedikit pantun dengan izin.

Pergi kuala memukat ikan, Singgah sebentar di Tanjung Muara; Syiar Islam kita martabatkan, Rahmat dirasai seluruh negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas komitmen, pandangan serta sumbangan yang telah diberikan dalam meneliti dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Al- Mubarak yang masih berbaki.

Marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Wabillahi taufiq wal-hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama.

Seterusnya, saya menjemput Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan.

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari Putrajaya hingga ke Labuan, Indah Kuala Lumpur bandar berseri; Titah Tuanku jadi panduan, Kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan amat disyukuri.

draft • 2:52 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Hebat YB.

[Tepuk]

draft • 2:52 PM

Datuk Lo Su Fui

Salam sejahtera dan salam MADANI. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai perihal Wilayah Persekutuan iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven, Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman, Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin memberikan jawapan kepada isu yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin dan Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven berkenaan keperluan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui proses pilihan raya dan berkaitan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan juga telah mengambil maklum akan isu yang sama yang telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melantik Ahli Majlis sebagai mekanisme semak dan imbang.

Cadangan ini juga telah diusulkan melalui rang undang-undang persendirian yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan. Sehubungan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan telah menubuhkan task force untuk meneroka kebolehlaksanaan pindaan Akta 1960 melalui satu kajian yang dilaksanakan oleh pasukan penyelidik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kajian ini telah bermula pada 1 Disember 2025 dan akan berakhir pada 31 Mac 2026.

Antara dapatan awal kajian yang dilihat adalah perbandingan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan ibu-ibu negara lain yang terpilih. Namun begitu, kajian ini tidak akan melibatkan peruntukan mengenai kuasa Raja-Raja Melayu. Maka adalah terlalu awal untuk memberi ulasan lanjut berhubung penemuan ini.

Setelah berlakunya beberapa perubahan dalam portfolio anggota Kabinet dan pelantikan Menteri yang baharu di Jabatan Perdana Menteri dibuat pada 17 Disember 2025.

Kajian ini sedang berjalan dan masih diteruskan. Hasil kajian ini kelak akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk makluman dan kelulusan.

Seterusnya, YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad telah mencadangkan akan konsep rumah mampu milik residensi MADANI diperluaskan perlaksanaannya dan perlu lebih inklusif dengan diperluaskan kepada masyarakat luar bandar dan orang asli. Yang Berhormat Senator untuk makluman, Residensi MADANI Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif yang disediakan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan sejajar dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Jun 2023 semasa Majlis Perasmian Tempat Letak

draft • 2:52 PM

Datuk Lo Su Fui

Kereta, Taman Tasik Metropolitan Kepong untuk pembangunan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan.

Residensi MADANI merupakan pelengkap kepada program perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan memfokus kepada warga Wilayah Persekutuan daripada golongan sasar kumpulan rentan miskin B40 dan M40 untuk memiliki kediaman mampu milik yang selesa dan kondusif.

Menerusi inisiatif Residensi MADANI Wilayah Persekutuan ini, berbagai kategori kediaman telah diperkenalkan bagi tujuan penjualan dengan harga jualan maksimum RM200,000 dan penyewaan mengikut keperluan serta berdasarkan kemampuan golongan sasar tersebut. Kos pembangunan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju melalui pelaksanaan secara subsidi silang tambah melibatkan peruntukan kerajaan.

Tetapi dengan insentif yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan harga jualan unit-unit rumah residensi MADANI mampu dimiliki oleh golongan sasar. Jabatan Wilayah Persekutuan mengambil maklum dan menghargai cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan pelaksanaan skim ini kepada masyarakat luar bandar dan orang asli. Walau bagaimanapun, buat masa ini, residensi MADANI hanya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan.

Cadangan tersebut melangkaui kawasan atau sempadan Wilayah Persekutuan dan di luar bidang kuasa Jabatan Wilayah Persekutuan. Namun, kerajaan negeri yang berkenaan boleh mengguna pakai modul atau konsep residensi MADANI dengan pemberian insentif seperti pengecualian cas pembangunan, laluan hijau, fast track dengan izin untuk permohonan kelulusan serta peningkatan plot ratio dan kepadatan penduduk mengikut kesesuaian lokasi.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir adalah daripada Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman yang membangkitkan berkenaan Jambatan Labuan Menumbok bagi projek Jambatan Labuan Sabah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, geran berjumlah RM2.88 juta yang disalurkan pada tahun 2017 kepada Perbadanan Labuan adalah khusus bagi tujuan pembiayaan kajian kemungkinan pembinaan Jambatan Labuan Menumbok.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Walau bagaimanapun, kajian tersebut telah dibatalkan pada tahun 2018 berikutan perubahan dasar dan keutamaan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu bagi tujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalakkan penglibatan sektor swasta.

Pada tahun 2021, kerajaan telah memutuskan supaya projek pembinaan jambatan ini dibuat

draft • 2:52 PM

Datuk Lo Su Fui

secara Private Finance Initiative (PFI) dengan izin, dan iklan bagi tujuan Request for Proposal

(RFP) dengan izin, telah dikeluarkan pada tahun yang sama.

draft • 2:52 PM

Datuk Lo Su Fui

Walau bagaimanapun, setelah penilaian RFP dibuat pihak swasta dilihat tidak mampu melaksanakan projek tersebut dan Kementerian Kerja Raya telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan kajian baharu. Perbadanan Labuan menyatakan bahawa geran berjumlah RM2.88 juta bagi kajian jambatan telah dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan melalui Kumpulan Wang Disatukan pada 3 Oktober 2024 seperti arahan semasa.

Pada tahun yang sama, KKR telah mengemukakan permohonan projek baharu RP5 Tahun 2025 RMKe-12 untuk kajian kebolehlaksanaan: feasibility study dengan izin dan telah diluluskan peruntukan sejumlah RM3 juta. Kajian terkini telah bermula pada bulan Mei 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan November 2026. Kajian ini merangkumi penilaian teknikal termasuk jajaran cadangan, lokasi yang paling sesuai, reka bentuk struktur, jarak sebenar jambatan, anggaran kos pembinaan, impak ekonomi, impak alam sekitar serta manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Berhubung isu tanah, Kerajaan Persekutuan amat menghargai sekiranya kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama dalam penyediaan tanah yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, penentuan lokasi muktamad jajaran serta keperluan tanah adalah tertakluk kepada dapatan kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan. Kajian ini penting bagi memastikan pelaksanaan projek adalah berdaya maju dari sudut teknikal, ekonomi dan alam sekitar sebelum sebarang keputusan pembinaan dibuat.

Pelaksanaan kajian di bawah KKR adalah bagi memastikan penyelarasan teknikal yang lebih komprehensif dan tidak menjejaskan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Labuan. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan berdasarkan kajian yang menyeluruh, kedudukan fiskal semasa negara serta kepentingan rakyat secara keseluruhan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja.

draft • 3:00 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh saya meminta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjelaskan tentang kedudukan Datuk Bandar, yang mana kajian itu telah hampir siap dan kajian awalnya yang didapati bahawa ia nya tidak akan menjejas kuasa Yang di-Pertua Agong dan Raja-raja Melayu. Dan modul yang diambil ini adalah modul daripada negara-negara ibu kota lain, yang menunjukkan bahawa kesesuaiannya untuk Datuk Bandar itu dipilih di kalangan rakyat melalui pilihan raya.

Persoalannya, bagaimana mungkin kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak terjejas kalau sekiranya pemilihan tersebut dibuat melalui pilihan raya? Sebab kita tahu seperti mana yang telah saya bahaskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong telah diturunkan asalnya

draft • 3:00 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

daripada Sultan Selangor untuk dilantik, untuk diberikan kuasa sepenuhnya kedaulatan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Datuk Bandar.

Sekarang kita nak tukar, proses pemilihan itu nak ditukar kepada pilihan raya dipilih kepada rakyat, akan menjejaskan kedudukan Raja ataupun Yang di-Pertuan Agong dari segi melantik Datuk Bandar tersebut. Jadi bila Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa yakni pasti tidak akan menjejaskan kedudukan dan kedaulatan Raja ataupun Yang di-Pertuan Agong bagaimana mungkin bila senario yang diberikan, naratif yang diberikan ini berbeza dengan apa yang diperkatakan? Mohon penjelasan.

draft • 3:00 PM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Okey pertama, saya ingin juga ambil kesempatan ini untuk memberikan, ini kronologi, ini cadangan ini. Ini cadangan ini, yang dihasilkan daripada PAC tahun lalu, oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang, bahawa ini ketidakseimbangan, tidak check and balance, bahawa ini kuasa Datuk Bandar dengan pelaksanaan dia, okey.

Jadi dari sana, kita telah menubuh— ini finding daripada PAC diadakan pada bulan Oktober 2025. Pada Oktober 2025, satu task force telah ditubuhkan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan dan kita telah melantik UIA. Okey, UIA. Di sini saya ingat juga, masa kesempatan, bukan diketuai UIA. Oh, sorry, diketuai UIA tetapi ahli-ahli jawatankuasa task force ni bukan semua UIA.

Banyak orang keliru di luar bahawa kenapa UIA? Di dalamnya ada UKM dan juga pakar-pakar yang lain-lain. Pakar-pakar ini perancangan bandar, pakar-pakar ini undang- undang dan pakar-pakar ini arkitek. Ini pertama. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Senator, betul kita ambil ini model dan rujuk daripada bandar-bandar di luar negara, tetapi kita letakkan dan maklumkan syarat bahawa tidak boleh menyentuh ini kuasa Raja-Raja. Kita ambil model tapi kita simpan juga ini syarat, tidak boleh dan menyentuh ini Raja-raja.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, pilihan raya Datuk Bandar ini banyak orang keliru. Ini salah satu cadangan dalam kajian ini. Kita punya ini tujuan bukan untuk mengadakan pilihan raya Datuk Bandar, tetapi kita mahu cari satu model dan dasar macam mana kita melaksanakan check and balance dalam ini— ini Datuk Bandar khususnya.

Untuk makluman, hasilannya baru-baru ini dan juga dimaklumkan beberapa hari lalu bahawa ini Datuk Bandar yang ada sekarang sendiri yang mengehadkan dia punya ini siling perbelanjaan kepada RM3,000 dan juga pelbagailah. Salah satu ialah kita menjemput ini semua Ahli-ahli Parlimen dalam Wilayah Persekutuan untuk sebagai satu ahli penasihat khaslah dalam badan penasihat bandar raya.

Jadi bagi saya Yang Berhormat, seperti yang saya tadi maklumkan terlalu awallah kita memberikan ulasan sekarang kerana itu kajian akan selesai pada hujung bulan ini. Dan saya

draft • 3:00 PM

Datuk Lo Su Fui

pasti Yang Berhormat Menteri, YB Hannah Yeoh akan mengemukakan kepada ini Kabinet sebelum kita membentangkan dalam Dewan yang mulia ini...

draft • 3:00 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh saya tambah sedikit sahaja?

draft • 3:00 PM

Datuk Lo Su Fui

Boleh.

draft • 3:00 PM

Datoʼ Setia Salehuddin bin Saidin

Penjelasan sedikit sahaja lagi. Saya faham bahawa cadangan untuk mengadakan kajian semula ini dibuat sebelum Yang Berhormat Menteri Wilayah sekarang ini mengambil tempat sebagai Menteri.

Persoalannya sekarang ini, boleh tak pihak kementerian ambil kira cadangan kami, saya khususnya, apabila menyatakan bahawa perlu diambil kira naratif sejarah. Sejarah bagaimana penyerahan Kuala Lumpur oleh Sultan Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, itu dijadikan sebagai salah satu fakta yang perlu dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat oleh pihak kerajaan di dalam memilih seorang Datuk Bandar.

Walau apa sekali pun, Yang Berhormat menyatakan tadi bahawa tidak akan terjejasnya kuasa Yang di-Pertuan Agong dan kita ambil modul daripada negara luar dan kita serapkan dengan sedikit perubahan dari segi kuasanya, saya tidak nampak bagaimana kuasa Agong tidak terjejas kalau sekiranya pemilihan bukan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jadi saya mohon pihak kerajaan, pihak kementerian consider that fact dengan izin, supaya kita dapat memastikan bahawa fakta sejarah tidak diketepikan sama sekali. Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih. Ini soalan yang sama juga yang telah dipersoalkan kepada Yang Berhormat Menteri YB Hannah Yeoh semalam, kalau tak silap. Jadi, dalam [Tidak jelas] Teks ucapan yang diberikan daripada Yang Berhormat Menteri sama juga dengan saya. Kita bukan sahaja menghormati sejarah ini penyerahan, ini tanah ini, ini Kuala Lumpur lah daripada Sultan Selangor masa itu. Kita bukan hanya menghormati dan kita maktubkan sebagai satu syarat wajib dalam kajian ini.

Dan ingin juga saya ambil kesempatan, pilihan ini, Datuk Bandar ini, dia bukan satu- satu dalam cadangan. Dia salah satu kerana hala tuju ini cadangan ini daripada PAC ataupun ini RUU pendirian daripada Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan ialah untuk check and balance Datuk Bandar. Dia tidak emphasize pun untuk ini pilihan raya Datuk Bandar. Jadi Yang Berhormat Senator, di sini saya sekali lagi— saya mewakili Jabatan Wilayah Persekutuan untuk memberi komitmen kita bukan hanya menghormati sejarah, tetapi kita akan maktubkan ini sebagai satu syarat wajib dalam ini kajian. Okey. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Dato Yang di-Pertua, mohon soalan?

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pasal Sabah, Labuan?

draft • 3:10 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Ya. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Di bawah...

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian.

draft • 3:10 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan di bawah kementerian.

draft • 3:10 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Saya menyentuh balik pasal isu Jambatan Labuan yang telah dihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sesungguhnya isu jambatan ini sudah boleh dikatakan bukan satu dua tahun. Sudah banyak, banyak, banyak, banyak tahun kita cerita dan sehingga hari ini belum ada ketetapan muktamad melainkan kita cuma dimaklumkan kajian atas kajian dan kajian dan sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga cakap kajian.

So, di Dewan Yang Mulia ini kita mohon pencerahan ataupun ketetapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa pun situasi keadaan keputusan kajian, adakah juga dia bermaksud bahawa pembinaan Jambatan Labuan menghubung tanah besar negeri Sabah ini akan kekal dan tetap diteruskan? Itu soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ada satu lagi isu yang secara kebetulan saya bawa ke perhatian kepada Timbalan Menteri iaitu sepertimana Yang Berhormat tahu sedar bahawa ramai masyarakat daripada tanah besar yang bermastautin di Labuan dan secara kebetulan pada suatu ketika dulu mereka masih mengamalkan adat budaya dalam konteks mahkamah anak negeri.

Dan baru-baru ini kita dimaklumkan kewujudan tugasan sebagai mahkamah anak negeri ini tidak lagi begitu diguna pakai di Wilayah Persekutuan Labuan. Dan untuk maksud ini, saya mohon sedikit pencerahan dan bimbingan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Menteri, you ada data yang penuh atau you nak jawab secara bertulis?

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

Boleh sedikit ulasannya. Boleh sedikitlah.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator, kakanda saya, Datuk. Jadi, saya ingin berterima kasih. Jadi, seperti dengan itu kajian ini UIA berkenaan pindahan ibu atau kota juga kan, ini kajian bahawa pembinaan Labuan- Menumbok sedang dalam pelaksanaan dan seperti yang saya sebut tadi akan ditamatkan pada tahun inilah kan.

Jadi bagi saya, saya bukan hanya memberi komitmen, saya sangat-sangat mengharap, saya salah satulah kan. Bagi saya ini Labuan walaupun sekarang bukan di bawah bidang kuasa Sabah, tapi di sana ialah kebanyakan saudara kita, kita sinambungan yang sangat erat dan saya faham juga ini ke desakan atau kesukaran yang dihadapi atau

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

kecabaran dihadapi daripada ini penduduk pulau sana lah. Masalah itu mereka punya kos hara hidup terlalu tinggi, masalah penerbangan mereka, masalah perubatan mereka.

Dan mereka berharap besar jabatan ini akan boleh memberikan satu sinar harapan bagi penyelesaian mereka. Ini, pertamalah. Jadi, bahawa kekal kata kekal, sekiranya saya masih di jawatan ini, saya akan sedaya upayalah untuk memastikan ini kekal lah.

Jadi untuk menjawab soalan kedua, bahawa ini, ini apa– pemastautin ini yang tidak diguna pakai di Labuan. Ini dia di bawah bidang kuasa ini KDN, KDN. Dan saya— dan kita semua sedia maklum bahawa satu task force telah ditubuhkan di bawah— yang diterajui daripada Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Nor dan juga Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin.

Dan saya— saya dengar ini dalam pelaksanaan, saya harap adalah hasilan akan diumumkan dalam masa terdekatlah. Kerana kita sebagai Sabahan, kita sedia maklum ini masalah, ini isu-isu ini warganegara atau isu-isu ini stateless kah, Burung-Burung kah, IM13 kah, pemastautin kah, semua telah menghantui yang ini Sabah berdekad-dekad. Jadi saya juga harap ini akan diselesaikan dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Dato’? Soalan tambahan yang terakhir. Masalah, isu apa itu?

draft • 3:10 PM

Dato' Wu Him Ven

Terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan saya untuk pilihan raya Datuk Bandar, negara kita mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan, jadi sememangnya kuasa YDPA dan Raja-Raja tidak terjejas. Setuju atau tidak?

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

Sorry, apa soalan?

draft • 3:10 PM

Dato' Wu Him Ven

Pendapat...

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setuju atau tidak, kita demokrasi, maka kuasa Raja-Raja tak terjejas? Eh, you terangkan lagi.

draft • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dato' Wu Him Ven

Okey. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan, jadi sememangnya kuasa YDPA dan Raja-Raja tidak terjejas. Adakah setuju?

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setujulah. Raja Berperlembagaan.

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

Setuju, itulah tadi saya— terima kasih soalan yang dibangkit daripada Yang Berhormat Senator.

Seperti saya, apa yang saya sudah jelaskan tadi, kita bukan hanya menghormat, kita maktubkan dalam satu syarat wajib dalam ini, berkenaan isu ini. Dan bagi saya, untuk saya cakap, tadi saya sebut juga, ini walaupun kita boleh ambil atau ambil rujukan contoh-contoh di seluruh dunia, tapi Malaysia ada sejarah dan keunikan Malaysia sendiri.

draft • 3:10 PM

Datuk Lo Su Fui

Jadi kita ambilkan contoh dan kita membetulkan kesesuaian Malaysia sendiri. Dalam kes, dalam senario ini pindahan ibu kota— Datuk Bandaraya ini, dia ada sejarah sendiri. Jadi itulah saya cakap, pertama saya setuju, saya akan setuju lagi sekali, saya bersetuju, saya— kita maktubkan dalam ini syarat-syarat wajib dan saya menyerukan kesabaran kepada semua pihak, maka kita menunggulah hasilan ini kajian daripada ini UIA pada hujung bulan ini.

Maka masa itu kita akan mengemukakan kepada semua pihak dan saya harap dan saya yakin kita akan dapat penyelesaian yang sempurnanya. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang, dijemput daripada Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Dato Yang di-Pertua, izinkan saya merafak sembah ucapan Menjunjung Kasih ke atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas pada 23 Februari 2026.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Titah Diraja 2026. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul. Seramai 16 Ahli Yang Berhormat telah berbahas yang menyatakan cadangan, teguran serta pandangan masing-masing melibatkan isu-isu di bawah portfolio saya serta isu-isu berkaitan Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada saya.

Saya bahagikan beberapa bahagian. Bahagian yang pertama ialah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Saya mengucapkan terima kasih kepada 12 Ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (M63) seperti yang berikut, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol, Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit, Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual, Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead, Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell, Yang Berhormat Senator Datuk Nelson Angang, Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding, Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan, Yang Berhormat

draft • 3:18 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Senator Bobbey Suan dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman...

draft • 3:18 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Datuk Yang di-Pertua. Nama saya tak ada dalam list?

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Oh, ya?

draft • 3:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Ya. My name should be in.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, saya akan masukkan Yang Berhormat. Minta maaf.

draft • 3:20 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Cuma saya— yang amat menarik ya Datuk Yang di- Pertua, semakin ramai yang mahu membincangkan isu MA63 ini dan kita telah dapat mengangkat sebagai agenda nasional. Jadi— dan ada sebahagian daripada Yang Berhormat Senator ini bukan pun daripada Borneo. Ada daripada rakan-rakan kita daripada— Senator daripada Semenanjung. Jadi, ini satu perkembangan yang baiklah untuk kita mula memaknai apa isu-isu yang berkaitan dengan MA63 ini menjadi teras kepada Pembentukan Malaysia ini.

Secara umumnya, semua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tersebut dapat dirumuskan seperti berikut.

Komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan perkara-perkara di bawah MA63; status pelaksanaan perkara-perkara di bawah MA63; dan pelaporan pencapaian pelaksanaan perkara di bawah MA63 yang dapat diakses oleh rakyat.

Bagi pertanyaan spesifik antaranya, mengenai kajian semula pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan; pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat; dan isu kawal selia minyak dan petroleum yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat lain. Ianya akan dijawab oleh kementerian dan jabatan yang berkaitan.

Saya fikir rakan kita ada daripada Bahagian Institusi Reformasi akan boleh menjawab isu-isu yang berkaitan juga lah. Namun begitu, izinkan saya memberi sedikit penjelasan ringkas mengenai 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan yang dibincangkan dalam platform rundingan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Untuk makluman Yang Berhormat, sesi rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas kepada Sabah mengikut Perlembagaan Persekutuan telah dilaksanakan sebanyak tiga kali, pada 17 November 2025, 28 Januari 2026 dan 27 Februari 2026. Selain daripada itu juga, diwujudkan beberapa jawatankuasa kecil untuk memperincikan perbincangan-perbincangan, terutama untuk mengenal pasti data-data yang berkaitan.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Walau bagaimanapun, rundingan ini masih dijalankan dan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri turut dilibatkan dalam rundingan antara Kementerian Kewangan dengan Kerajaan Negeri Sabah. Kerajaan MADANI kekal komited dalam meneruskan perundingan mengenai perkara-perkara di bawah MA63 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan sedia ada.

Kerajaan MADANI telah menambah baik platform rundingan rasmi MA63 dengan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Justeru, bagi mengukuhkan lagi tindakan dan pelaksanaan perkara di bawah MA63, Kerajaan MADANI telah mewujudkan kembali jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak iaitu saya sendiri lah. Dan sehingga kini, sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform perundingan rasmi MA63 telah dapat diselesaikan, yang mana sembilan daripadanya telah dimuktamadkan semasa pentadbiran Kerajaan MADANI, manakala baki empat perkara di bawah MA63 telah mencapai persetujuan di bawah Kerajaan Persekutuan terdahulu. Saya fikir ini semua sudah maklum dan kita juga baru juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 2 Mac yang lalu.

Bagi baki perkara di bawah MA63 yang masih dalam perbincangan yang akan terus dipantau oleh BHESS selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal bersama dengan semua pemegang taruh di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Untuk makluman semua juga, 13 yang selesai. Ada satu selesai di peringkat interim.

Ada dua perkara di keputusan dasar. Ada lapan perkara dalam perbincangan dan ada perkara yang memerlukan keputusan peringkat tertinggi yang masih lagi juga belum dapat diselesaikan. Saya fikir ini kita telah— banyak sudah telah dilaporkan di media massa.

Untuk makluman Yang Berhormat, antara kekangan utama untuk memulangkan hak- hak negeri Sabah dan negeri Sarawak di bawah MA63 adalah seperti yang berikut.

Yang pertama, terdapat perbezaan tafsiran undang-undang di antara pelbagai agensi kerajaan terlibat yang perlu diteliti dengan sebaiknya.

Yang kedua, proses penggubalan atau pindaan perundangan perlu melalui tempoh masa yang panjang bagi menyelesaikan suatu perkara di bawah MA63.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terdapat beberapa perkara di bawah MA63 yang dibawa ke platform rundingan rasmi MA63 melibatkan bidang kuasa bertindih di antara agensi kerajaan dan menjadikannya agak kompleks untuk diselesaikan.

Dan yang keempat, tahap kesediaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Sabah dan juga Sarawak dari sudut operasi sumber manusia dan kewangan agensi terlibat juga merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu perkara di bawah MA63 dapat diselesaikan.

Bagi memastikan semua perkara di bawah MA63 diambil tindakan dengan sewajarnya, Kerajaan MADANI melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya keahlian Persekutuan bagi Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 turut dipanjangkan kepada Menteri-Menteri Persekutuan yang menerajui perkara yang dibincangkan dalam platform-platform rundingan rasmi MA63. Ini bagi membolehkan supaya keputusan dibuat dengan cepat dan pemantauan terhadap pelaksanaannya dapat dibuat dengan lebih berkesan.

Selain daripada itu, kerajaan juga telah membangunkan dashboard Status Pelaksanaan Perkara di bawah MA63 yang telah kita lancarkan pada 28 Januari 2026.

Dashboard ini diintegrasikan secara dalam talian melalui portal rasmi BHESS dan pembangunan dashboard ini bertujuan untuk membolehkan stakeholders atau pihak yang berkepentingan mendapat maklumat yang tepat secara real time. Dashboard ini juga disediakan sebagai satu platform pemantauan yang bersepadu bagi menyelaras dan memantau perkara di bawah MA63 secara sistematik dan teratur.

Setakat hari ini, sudah lebih 6,000 Datuk Yang di-Pertua, yang telah mengakses portal ini. Dan ini menunjukkan bahawa ramai sebenarnya yang berminat tentang isu-isu yang berkaitan dengan MA63 ini. Kerajaan MADANI beriltizam untuk menyegerakan penyelesaian kepada semua perkara di bawah MA63. Kerjasama erat kesemua pihak yang terlibat bukan sahaja menjadi iltizam politik yang tinggi, malah menjadi asas penting dalam mencapai penyelesaian konklusif dalam perkara di bawah MA63. Sekali gus menzahirkan penghormatan terhadap semangat federalisme yang menjadi tunjang kekuatan kestabilan dan kemakmuran negara.

Itu yang berkaitan dengan isu-isu berkaitan MA63. Sekarang ini, izinkan saya bergerak kepada isu yang melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

draft • 3:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Yang Berhormat, isu MA63.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Ya, Tan Sri.

draft • 3:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Ini yang saya— yang orang kata terperanjat. Oleh kerana isu MA63, saya sendiri telah mengemukakan pada kerajaan 2015 dan ianya termaktub dalam Perlembagaan. Di mana Sabah mempunyai hak 40 peratus daripada cukai yang dikutip di negara kita, tapi daripada Perdana Menteri kepada Menteri yang lain, daripada Menteri, jawatankuasa— Pengerusi Jawatankuasa dilantik, tidak ada kesudahan. Now, all yang Yang Berhormat mention tadi— yang dibentangkan tadi ialah very secondary. Itu— kita mahu MA63 itu yang 40 peratus dahulu diselesaikan.

Bukan tentang ini— apa ini, perundangan yang lain, tentang kesihatan, tentang— because, what happens, it matters Datuk Yang di-Pertua. It matters so much to people of Sabah kalau 40 peratus itu dibayar mengikut apa yang telah pun di dalam Perlembagaan.

Jadi, sampai bila kah yang ianya akan berhasil kepada rakyat Sabah? Itu yang hendak kita ketahui. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Senator. Saya fikir Yang Berhormat Tan Sri memang amat arif dan beliau antara yang pertama— antara yang inilah, pemimpin awal. Banyak membantu mengangkat isu MA63. Khususnya 40 peratus, semasa beliau berada dalam— sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Saya sebenarnya sendiri memang amat prihatin tentang isu ini— 40 peratus ini. Dan sebagai orang Sabah, saya pun sendiri mahu supaya perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas supaya kita dapat akhirnya, dapat menjaga kebajikan rakyat kita. Terutama untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tiga serangkai ya— infrastruktur asas yang masih membelenggu negeri kita.

draft • 3:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Seperti yang kita sedia maklum juga, Dato Yang di-Pertua, perkara ini telah menjadi kes mahkamah. Kita tidak mahu sebut tentang kes tersebut, tetapi maknanya sekarang ini kita sudah ada satu jangka masa yang telah ditetapkan dan kita sedang berusaha ke arah itu.

Seperti yang saya sebut tadi, sudah ada tiga mesyuarat yang telah dibuat yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Kewangan

(MOF), oleh KSP sendiri dan sedang dalam rangka untuk mencari jalan penyelesaian. Jadi, saya fikir kita berharap— saya sendiri pun memang amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan mengikut garis masa yang telah ditetapkan untuk kebaikan kita semua.

Okey, untuk Jabatan Perkhidmatan Awam ya. Dato Yang di-Pertua, YB Dato' Setia Salehuddin bin Saidin mencadangkan agar kerajaan meneliti semula gaji dan elaun penjawat awam berpangkat rendah yang menguatkuasakan undang-undang, khususnya di bandar besar, dengan kos sara hidup tinggi serta menambah bilangan pegawai integriti di agensi, jabatan dan kementerian berkakitangan besar bagi memperkukuh pemantauan dan pelaporan amalan rasuah.

draft • 3:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Seperti yang kita maklum, gaji dalam perkhidmatan awam ditetapkan berasaskan konsep gaji yang menyara keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Selain daripada gaji pokok, pegawai awam termasuk anggota berpangkat rendah yang menguatkuasakan undang-undang turut menerima elaun yang terdiri daripada imbuhan tetap dan lain-lain elaun seperti bayaran imbuhan sara hidup yang menyumbang kepada jumlah pendapatan bulanan seorang pegawai awam. Jumlah pendapatan ini bukanlah satu amaun yang statik memandangkan pegawai awam akan menerima pergerakan gaji apabila genap setiap tahun perkhidmatan tertakluk kepada prestasi pegawai.

Selain daripada gaji dan elaun, pegawai awam turut menikmati kemudahan lain seperti kemudahan pakaian, kemudahan perubatan, cuti, pinjaman perumahan dan lain-lain kemudahan yang membantu dalam mengurangkan kos sara hidup terutamanya di bandar.

Pada tahun 2026, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pegawai awam di peringkat kumpulan pelaksana termasuk pegawai yang menguatkuasakan undang- undang telah menerima pelarasan gaji fasa 2 sebanyak tujuh peratus, selepas pelarasan gaji fasa 1 sebanyak lapan peratus yang diterima pada 1 Disember 2024. Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara keseluruhan ini telah mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup dan kemampuan kewangan semasa kerajaan. Pemberian pelarasan gaji SSPA ini melibatkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM18 bilion.

Selain itu, berkenaan cadangan pertambahan bilangan pegawai integriti pula, dimaklumkan bahawa struktur perjawatan sumber manusia dalam sektor awam dirangka bagi membolehkan pelaksanaan fungsi adalah selaras dengan objektif penubuhannya. Sekiranya terdapat keperluan bagi memperkukuhkan unit integriti di peringkat kementerian/jabatan/agensi, permohonan perlu dikemukakan kepada JPA dengan merujuk kepada panduan tatacara permohonan perjawatan yang disediakan. Antara keperluan penting permohonan adalah dengan mengemukakan asas-asas permohonan seperti peluasan fungsi agensi dan perubahan visi, misi dan objektif agensi.

Pada masa yang sama, semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengambil tanggungjawab untuk menyemak semula fungsi yang bertindih. Program/aktiviti yang tidak relevan serta proses kerja yang tidak lagi signifikan serta penjajaran perjawatan:

redeployment dengan izin, atau tukar ganti perjawatan dapat dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada keperluan tambahan jawatan.

Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman bertanya sama ada peraturan baharu mengenai jumlah pemilikan saham dalam kalangan penjawat awam akan diperkenalkan oleh kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam kini sedang menyemak dan menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.6 – Pemilikan dan Pengisytiharan oleh

draft • 3:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Pegawai Awam bagi memastikan rujukan peraturan yang berusia lebih 20 tahun kekal relevan dengan perkembangan semasa termasuk perubahan landskap ekonomi, digital dan bentuk pelaburan moden. Dalam melaksanakan penambahbaikan kepada peraturan ini, JPA akan turut meneliti amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di negara-negara lain. Garis panduan yang telah dimuktamadkan kemudiannya akan dimaklumkan melalui pekeliling atau surat edaran rasmi JPA.

Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Ng Keng Heng memohon penjelasan mengenai pematuhan Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 dan sama ada dinyatakan di dalam pekeliling tersebut mengenai kelulusan Ketua Setiausaha Negara bagi pegawai yang memegang saham.

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.6 – Pemilikan dan Pengisytiharan Harta oleh Pegawai Awam telah memperuntukkan pegawai untuk mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan pengisytiharan harta pegawai dengan mengambil kira perkara berikut:

(i) pegawai mempunyai keupayaan untuk memiliki harta yang telah dilaporkannya;

(ii) cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan;

(iii) cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atau tidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya;

(iv) bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan

(v) faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Dalam mempertimbangkan pengisytiharan harta oleh pegawai, Ketua Jabatan boleh meminta maklumat tambahan, jika perlu. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Ketua Jabatan hendaklah melalui notis bertulis meminta pegawai itu memberi penjelasan bertulis bagaimana pegawai itu dapat menyelenggara terhadap kehidupan sedemikian atau bagaimana pegawai itu telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut sebagaimana yang dinyatakan di bawah Peraturan 11 P.U.(A) 395/1993.

draft • 3:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sekiranya Ketua Jabatan berpuas hati dengan pengisytiharan harta pegawai, Ketua Jabatan hendaklah mengambil maklum terhadap pengisytiharan harta yang telah dibuat oleh pegawai. Dalam hubungan ini, bagi pegawai awam yang berada di jabatan tertentu, contohnya di bawah Ketua Pengarah agensi di bawah JPM, pengisytiharan harta hendaklah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) berdasarkan atas kapasiti KSN sebagai Ketua Jabatan kepada pegawai tersebut.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam memperkemas dan menyelaras penglibatan NGO termasuk kesatuan sekerja serta kelab sukan dan kebajikan supaya tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan, di samping menjelaskan langkah kerajaan menangani isu integriti serta penggunaan NGO dalam penganjuran program seperti ceramah dan penerangan bagi mengelakkan keraguan terhadap tadbir urus, kutipan levi atau caj seminar atau potensi salah guna kuasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pegawai awam Persekutuan adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Peraturan ini telah memperuntukkan, antara lainnya, bahawa seorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya, berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya dan cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Dalam hal ini, penglibatan pegawai dalam sesebuah persatuan, NGO, kelab dan sebagainya adalah tertakluk sekiranya ia tidak bercanggah dengan tanggungjawab hakikinya sebagai pegawai awam. Sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan, seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Selain daripada itu, peraturan ini juga memperuntukkan bahawa setiap Ketua Jabatan atau penyelia bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan. Dimaklumkan bahawa kawalan terhadap pegawai awam yang menganggotai persatuan berkaitan permohonan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menjana dana bagi melaksanakan aktiviti persatuan telah ditetapkan juga di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.

7.2.5.

draft • 3:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Selain daripada itu, sekiranya terbukti bahawa mana-mana pegawai awam didapati tidak jujur, tidak bertanggungjawab atau membuat apa-apa tatakelakuan yang bertentangan dengan peraturan-peraturan pegawai awam, pegawai masih boleh diambil tindakan tatatertib

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

di bawah peraturan ini walaupun kesalahan ini berlaku semasa beliau menguruskan persatuan yang dianggotainya.

Aspek integriti tadbir urus serta tatakelola bagi sesebuah persatuan, yayasan, kesatuan yang berdaftar adalah dikawal selia oleh akta masing-masing dan tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas pertubuhan yang melakukan pelanggaran atau kesalahan di bawah akta yang berkenaan.

JPA secara khususnya tidak boleh mengawal aktiviti persatuan, yayasan, kesatuan melalui pekeliling perkhidmatan walaupun ia dianggotai oleh pegawai awam kerana pekeliling perkhidmatan hanya bertujuan untuk mengawal selia dengan izin, regulate pegawai awam dan perkhidmatan awam secara keseluruhannya dan terhad kepada semua perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Itulah antara yang isu-isu yang telah dibangkitkan.

Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, penggulungan Titah Diraja ini, izinkan saya menegaskan bahawa komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1993 bukanlah sekadar retorik politik atau janji yang terhenti di atas kertas. Komitmen ini merupakan suatu kewajipan konstitusi yang akan terus dilaksanakan dengan penuh tatatertib, keikhlasan, rasa hormat terhadap semangat serta maksud asal pembentukannya. Kita harus menyedari bahawa kekuatan Malaysia tidak hanya bertunjangkan pusat pentadbiran, tetapi terletak pada keutuhan dan kepercayaan antara Persekutuan, Sabah dan juga Sarawak.

Sepertimana yang dizahirkan dalam titah Seri Paduka Baginda, keharmonian hubungan ini adalah asas kestabilan dan kemakmuran negara. Justeru, kita tidak lagi berada dalam tahap perbahasan semata-mata, sebaliknya terus melangkah ke fasa pelaksana dan penyelesaian secara berperingkat dan berhemah. Perjalanan ini mungkin panjang dan mencabar, namun selagi kita berpegang tubuh kepada prinsip setia kawan...

draft • 3:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Dato Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit?

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sekejap ya saya habiskan ini. Tiada jurang yang tidak boleh dirapatkan, tiada luka sejarah yang tidak mampu disembuhkan. Inilah tekad kita demi Malaysia MADANI demi Sabah dan juga demi Sarawak. Ya, sila kan.

draft • 3:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih atas penjelasan sebentar tadi, khususnya yang melibatkan MA63 dan 40 peratus yang telah pun mendapat penghakiman daripada mahkamah.

Dan seperti mana Yang Berhormat katakan untuk menunaikan itu mengikut apa itu time frame ataupun masa yang sedang diusahakan. Jadi, saya ingin memohon pencerahan di Dewan yang mulia ini, difahamkan penghakiman mahkamah untuk 40 peratus ini hendaklah dapat ketetapan muktamad mungkin selewat-lewatnya dalam bulan April. So, mohon

draft • 3:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

penerangan daripada Yang Berhormat dari segi persediaan Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan ketetapan ataupun penghakiman daripada mahkamah.

Dan kedua Yang Berhormat Menteri, adakah kita menentukan time frame untuk menunai isu-isu yang lain seperti mana yang dibawa dalam perbincangan yang [Tidak jelas] Yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Seperti yang saya sebut tadi, memang kita Kerajaan MADANI, Kerajaan Persekutuan memang amat prihatin dengan isu ini dan kita juga perlu mengambil kira tentang garis masa yang telah ditetapkan.

Dan kita telah – MOF dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri telah bermesyuarat dan telah mewujudkan beberapa jawatankuasa untuk mempercepatkan supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera dengan keputusan kedua-dua belah pihak. Jadi, kita harap garis masa ini dapat dipersetujui bersama. Jadi, kita ada beberapa lebih kurang 43 hari lagi Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, memang agak crucial. Jadi, saya sendiri banyak membangkitkan isu ini di Kabinet supaya mengingatkanlah supaya perkara ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Boleh saya mencelahkah, Menteri? Saya difahamkan semalam, Kerajaan Persekutuan ada membuat satu filing di mahkamah untuk stay of execution of the High Court Order. Itu betulkah? There is a stay application yang difailkan di mahkamah semalam.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Is it confirm or this ...?

draft • 3:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Tentang How Court Order di high court tentang isu 40 peratus ini.

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Oh, ini saya akan dapatkan...

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

News report?

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya tidak pastilah.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Check dengan registrar ke *or this— from news which is hearsay— newspaper.

[Tidak jelas] Minister of Law is here.

[Ketawa]*

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, mungkin boleh masuk. Cuma, saya tidak dapat maklumat itu, tetapi terima kasih. I think this is very— it is news to me.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Or maybe you can say, take— I mean communicate into to look into this.

draft • 3:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Sebab saya ada baca di dalam posting YB Roger Chin, dia ada satu posting, dia ada make the statement, ada satu filing. Betul kan?

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mungkin kementerian ambil kira sinilah ya, Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ini ya, memang berkaitan, tapi saya fikir ini akan dapat dijelaskan oleh Menteri Undang-undang kita nantilah.

draft • 3:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Okey, kalau saya fikir— kalau tidak ada lagi, saya mengucapkan terima kasihlah atas ruang dan peluang ini dan terima kasih atas semua persoalan dan perbahasan yang telah dibangkitkan. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang yang terakhir untuk penggulungan dan jawapan bagi menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Dewan Negara. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

draft • 3:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Gendang dipalu tanda bermula, Layar dikibar menuju destinasi; Titah Diraja dijunjung bersama, Pemacu Malaysia berintegriti.

draft • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terlebih dahulu bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada seramai 30 Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan ke atas usul menjunjung kasih dan berbahas mengenai perkara-perkara yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, terdapat juga perbahasan ke atas perkara-perkara di bawah bidang kuasa agensi kerajaan dan bukan kerajaan berikut iaitu Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PETRONAS.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agensi-agensi ini tidak terletak di bawah tanggungjawab portfolio undang-undang dan reformasi institusi. Namun, saya akan pada hari ini hanya menjawab bagi pihak agensi-agensi tersebut berdasarkan kepada input yang diberikan kepada saya oleh mereka.

draft • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng dan Senator Datuk Rosni binti Sohar, mencadangkan penubuhan akta ombudsman yang bebas dan telus wajar ditubuhkan segera pada tahun ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia, usaha Kerajaan MADANI menggubal rang undang- undang ombudsman Malaysia adalah berdasarkan keperluan untuk menambah baik dan menyusun semula sistem pengurusan aduan sedia ada yang ketika ini bersifat berpisah dan tidak berpusat.

Walau bagaimanapun, telah wujud Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP), terdapat beberapa komponen dalam struktur semasa. Antaranya ialah ketiadaan satu pusat sehenti yang mengurus keseluruhan proses aduan daripada penerimaan, penyaluran, penyiasatan sehingga kepada cadangan penambahbaikan. Selain itu, bidang kuasa SIAP adalah terhad kepada agensi penguatkuasaan sahaja. Manakala BPA pula tidak mempunyai kuasa penyiasatan yang jelas.

Melalui penubuhan Ombudsman Malaysia, ia nya akan menjadi satu agensi tunggal yang akan menggantikan BPA dan SIAP melalui proses peralihan yang terancang.

draft • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dalam model baharu ini ombudsman akan menjadi Badan Berkanun Persekutuan yang bebas dari segi pelantikan, bebas mengurus dan menyiasat aduan, serta bebas memulakan siasatan atas inisiatif sendiri. Ombudsman Malaysia telah akan mempunyai bidang kuasa yang lebih menyeluruh meliputi seluruh sektor awam.

Secara keseluruhan, asas dan pertimbangan utama kerajaan adalah untuk mewujudkan satu institusi yang bebas, berautoriti dan bersepadu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan, meningkatkan akauntabiliti pentadbiran awam serta menyokong usaha negara mencapai kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang tahun 2033.

Rang Undang-undang Ombudsman yang sedang digubal pada masa ini akan diperuntukkan punca kuasa yang jelas merangkumi skop fungsi, kuasa penguatkuasaan serta peruntukan sumber kewangan dan manusia yang mencukupi bagi membolehkan institusi ini berfungsi secara berkesan, bebas dan berintegriti.

Sepertimana telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Disember 2025 yang lalu, Kerajaan MADANI kekal komited dalam membentangkan Rang Undang-undang Ombudsman pada tahun ini. Yang Berhormat, Senator Dr. Lingeshwaran dan Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri kalau dia tak hadir boleh skip.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jawapan bertulis, yes, yes, I can give a return. Boleh, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tak hadir, I think, better that way untuk make sure dia preset next time.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh, boleh. Lagipun Senator Dr.

Lingeshwaran.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik you jawab dengan bertulislah.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya?

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jawab yang tak hadir secara bertulislah.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yes, saya akan. Terima kasih. Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada, ada sini.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Senator Puan Tiew Way Keng dan Senator Tuan Amir bin Md Ghazali.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes, semua ada.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mencadangkan bahawa Mahkamah Khas Rasuah hendaklah diberi peluang pada bidang kuasa yang khusus hakim dilantik khas, prosedur perbicaraan yang diperkemas serta jadual perbicaraan yang ketat dan berfokus.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, Mahkamah Khas Rasuah yang dinyatakan oleh saya sebelum ini mempunyai bidang kuasa khusus untuk mendengar dan membicarakan kes-kes rasuah, khusus kes-kes rasuah di bawah perundangan yang berkaitan seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Kanun Keseksaan Akta 574 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bidang kuasa ini membolehkan kes dikendalikan secara lebih terfokus dan efisien.

Bagi memastikan matlamat reformasi ini tercapai, hakim yang dilantik untuk mengendalikan kes rasuah terdiri daripada hakim kanan yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam jenayah komersial serta kewangan. Latihan berterusan turut diberikan dari masa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi kehakiman sentiasa dipertingkatkan.

Selain itu, berbagai pekeliling dan arahan pentadbiran telah digubal oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi memperkemas pengurusan kes termasuk sasaran penyelesaian kes rasuah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pertuduhan. Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 1/2019 berkaitan penangguhan kes turut menekankan agar perbicaraan dilaksanakan tanpa penangguhan yang tidak wajar.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Prestasi penyelesaian kes dipantau secara berkala melalui statistik pelupasan kes bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tetap dicapai secara konsisten. Berhubung dengan cadangan supaya tempoh maksimum penyelesaian kes rasuah ditetapkan dalam masa 18 bulan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti disebut tadi badan kehakiman telah pun menetapkan sasaran yang lebih ketat iaitu penyelesaian kes rasuah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pertuduhan. Sasaran ini adalah lebih singkat daripada tempoh yang dicadangkan dan mencerminkan komitmen berterusan untuk memastikan kes rasuah didengar dan diputuskan secara cepat, cekap dan tanpa penangguhan yang tidak wajar.

Perlaksanaan garis masa diperkukuh melalui arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 1/2019 berkaitan penangguhan kes serta pemantauan berkala statistik pelupasan kes oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Kesimpulannya, penubuhan Mahkamah Khas Rasuah bukan sekadar penstrukturan semula pentadbiran mahkamah tetapi merupakan reformasi institusi yang memperkukuh kecekapan, kepakaran dan kebebasan kehakiman dalam menangani kes rasuah. Pendekatan ini mencerminkan komitmen dan berterusan kerajaan untuk menegakkan kedaulatan undang- undang serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Yang Berhormat Tuan Niran Tan Kran..

draft • 3:50 PM

.Tuan Yang di-Pertua

Ada sini.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada?

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, wakil [Tidak jelas] .

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Memohon supaya dilaksanakan reformasi prosedur dan kapasiti kehakiman yang dilihat sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh membanteras rasuah.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, reformasi prosedur dan memperkukuhkan kapasiti institusi kehakiman menjadi sebahagian daripada strategi menyeluruh kerajaan dalam membanteras rasuah. Sistem kehakiman yang cekap, bebas dan berintegriti amat penting dalam memastikan kes rasuah dibicarakan serta diputuskan secara adil dan di dalam tempoh yang munasabah.

Dalam perkara ini, badan kehakiman telah melaksanakan reformasi prosedur yang bersifat structure bagi memperkukuh pengendalian kes rasuah antaranya seperti dinyatakan tadi penubuhan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah, Mahkamah Tinggi Khas Rasuah dan pelaksanaan garis masa yang menyelesaikan kes melalui pekeliling dan arahan pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan kes termasuk sasaran penyelesaian kes rasuah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pertuduhan.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selain itu, badan kehakiman juga turut memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti sumber manusia yang menjadi pemangkin dalam menyelesaikan kes rasuah dengan adil dan cekap. Antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

(i) mengadakan latihan yang berterusan kepada hakim dalam bidang Undang-undang Jenayah Komersial dan Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat, hakim yang mendengar kes-kes rasuah ini telah menerima latihan yang mencukupi secara berkala dan telah menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan di luar negara;

(ii) latihan hakim yang mendengar kes-kes rasuah ini adalah dalam kalangan hakim kanan bergred JUSA C yang berpengalaman dan berkemahiran dalam mengendalikan kes rasuah; dan

(iii) penambahan jumlah hakim dan pegawai sokongan secara berperingkat berdasarkan pertambahan bilangan mahkamah dan statistik kes.

Untuk maklumat lanjut Yang Berhormat Senator, pembanterasan rasuah juga memerlukan kerjasama strategik antara mahkamah, pendakwa raya dan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dan perbicaraan berjalan secara profesional, adil dan tanpa campur tangan mana-mana pihak. Pendekatan bersepadu ini dapat memastikan setiap peringkat proses daripada siasatan hingga penghakiman berjalan dengan lancar dan telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, reformasi prosedur dan mengemukakan kapasiti kehakiman merupakan langkah strategik dan berterusan dalam usaha membanteras rasuah. Reformasi ini mencerminkan komitmen kerajaan dan badan kehakiman untuk memperkukuh sistem keadilan negara sebagai teras kepada agenda reformasi institusi dan tadbir urus yang baik, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang.

draft • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris, no. Saya akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Senator Tuan Amir bin Md Ghazali...

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada, ada sini.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada? Mencadangkan supaya dilaksanakan audit bebas terhadap semua projek-projek kerajaan bernilai melebihi RM50 juta dan ke atas dengan pelaporan awam secara berkala.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, pengauditan terhadap aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

mengambil kira pelbagai faktor utama seperti kepentingan awam, risiko pengurusan, materiality, kewangan dan impak sosial selaras dengan seksyen 5 Akta Audit 1957.

Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri bin Joha, tak ada? Saya akan bagi secara tulis.

Yang Berhormat Senator Haji Mustafa bin Musa? Tak ada, okey. *Thank you.

[Ketawa]* Bermakna Tuan Yang di-Pertua, saya lebih kurang sudah habis perkara-perkara yang dibangkitkan.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator mengenai appeal itu, stay order. Saya tidak dapat pastikan perkara tersebut dan jika saya dapat sebelum beberapa hari ini saya akan bagi dengan Yang Berhormat Senator dengan seberapa segera yang boleh.

Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, perkara-perkara yang saya tidak jawab, saya mengaku janji memberi secara tulis dengan seberapa segera yang boleh dan jika diperlukan jawapan-jawapan dan tidak diberi, Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh berjumpa dengan saya dan saya akan uruskan memberi jawapan-jawapan tersebut dengan seberapa segera yang boleh.

Sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dipunyai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato' Wu Him Ven

Minta cerah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada cerah lagi?

draft • 4:00 PM

Dato’ Wu Him Ven

Mengenai itu kes Azam Baki.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tirai itu sudah tutuplah. Apa itu?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Azam Baki, you want to answer?

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

What is it?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Azam Baki case?

draft • 4:00 PM

Dato’ Wu Him Ven

Azam Baki case.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kes Azam Baki.

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dia tidak ada kes.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya*.

[Ketawa]*

draft • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Perkara itu kita semua tahu bahawa kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa. Maka biarlah jawatankuasa itu membuat penyiasatan dan mengumumkan keputusan— baru saya boleh, sedikit boleh menjawab mengenai perkara tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah, telah selesai kesemua 28 kementerian menjawab ke atas perbahasan atas Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

perbahasan dan juga terima kasih kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang menjawab di Dewan yang mulia ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran hendaklah dipersetujukan.

draft • 4:00 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam pagi esok, Khamis, 5 Mac 2026.

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.04 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026