Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Senator Datuk Anna Bell binti Perian
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Ramadan Kareem. Soalan saya nombor 1.
1. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah usaha pihak kerajaan dalam mempromosikan bidang TVET kepada masyarakat luar bandar dan di kawasan pedalaman yang kurang mendapat maklumat terhadap bidang tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa komited mempergiatkan usaha mempromosi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman yang kurang mendapat maklumat.
Usaha ini dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi hebahan berterusan pendekatan turun padang, pengukuhan akses latihan, serta pemudah cara pengambilan pelatih agar peluang TVET dapat dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
KKDW melaksanakan pelbagai program promosi dan advokasi TVET melalui pelbagai program platform termasuk penganjuran ekspo TVET, penyertaan dalam karnival-karnival di peringkat nasional dan juga negeri, program outreach di sekolah dan juga pusat komuniti.
Pendekatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada belia dan ibu bapa tentang laluan TVET, prospek kerjaya serta peluang pekerjaan berkemahiran di samping membetulkan persepsi bahawa TVET bukan pilihan kedua tetapi pilihan strategik untuk masa hadapan.
KKDW juga turut memperkukuhkan akses TVET melalui rangkaian institusi latihan kemahiran di bawah kementerian seperti TVET MARA dan GIATMARA yang beroperasi di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar. Ini memastikan latihan kemahiran dapat diakses lebih dekat dengan komuniti setempat, sekali gus mengurangkan halangan kos, jarak dan logistik yang sering menjadi cabaran utama bagi masyarakat pendalaman.
KKDW juga telah memanfaatkan sepenuhnya saluran pengambilan TVET melalui pelaksanaan Unit Pengambilan TVET, UP_TVET sebagai platform penyelarasan dan pemudah cara kemasukan pelatih ke institusi TVET. Melalui UP_TVET, maklumat pengambilan dapat disalurkan dengan lebih teratur, tersusun dan mudah dicapai oleh masyarakat termasuk di kawasan luar bandar. Inisiatif ini memberi peluang kemasukan TVET tidak terhad kepada kawasan bandar sahaja sebaliknya lebih inklusif dan sampai kepada kumpulan sasaran di peringkat akar umbi.
KKDW juga menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan negeri, institusi pendidikan dan pihak industri bagi memperluaskan lagi saluran maklumat TVET.
Kerjasama ini membolehkan promosi dan pengambilan pelatih dilakukan secara lebih bersasar mengikut keperluan setempat termasuk peluang-peluang latihan sepadan dengan potensi ekonomi tempatan seperti agro, automotif, elektrik, pembinaan, penyelenggaraan perkhidmatan dan juga keusahawanan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu padu dan komprehensif. Soalan tambahan saya, bagaimanakah portal TVET MADANI berfungsi sebagai pusat sehenti, one stop-center bagi belia luar bandar? Dan adakah terdapat penyelarasan promosi antara rentas kementerian terlibat bagi mengelakkan pertindihan kursus dan pembaziran sumber di peringkat daerah?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, portal TVET MADANI berfungsi sebagai pusat sehenti, one stop-center yang menghimpunkan maklumat- maklumat berkaitan program TVET yang ditawarkan oleh kementerian, agensi penyedia TVET termasuk KKDW. Ada 12 kementerian Yang Berhormat di bawah satu platform bersepadu. Melalui portal ini, belia luar bandar boleh mengakses maklumat mengenai senarai kursus, syarat kemasukan, lokasi institusi, tempoh latihan, serta kemudahan-kemudahan yang disediakan. Pendekatan berpusat ini memudahkan pencarian maklumat tanpa perlu merujuk kepada pelbagai laman sesawang berasingan sekali gus mengurangkan jurang maklumat khususnya bagi golongan di kawasan luar bandar.
Selain dari itu juga, portal TVET MADANI turut menyokong proses permohonan secara dalam talian dan penyelarasan pengambilan pelatih secara lebih sistematik. Ini membolehkan pemohon membuat perbandingan khusus mengikut minat, kelayakan dan lokasi yang bersesuaian. Fungsi ini amat penting bagi belia luar bandar kerana menjimatkan kos dan masa di samping memastikan peluang latihan dapat dikenal pasti dengan lebih mudah dan tepat.
Dari sudut penyelarasan rentas kementerian, Majlis TVET Negara (MyTVET) bertanggungjawab memastikan perancangan program promosi dan penawaran khusus oleh kementerian-kementerian, agensi penyedia TVET dibuat secara tersusun dan bersepadu.
Penyelarasan ini bertujuan mengelakkan pertindihan kursus di lokasi yang sama, mengoptimumkan penggunaan fasiliti latihan sedia ada, serta memastikan sumber kewangan dimanfaatkan secara cekap dan berimpak tinggi. Di peringkat daerah dan juga negeri, kerjasama strategik antara kementerian, agensi dan institusi TVET di peringkat negeri turut diperkukuhkan melalui perkongsian data.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya peringkat negeri ada Majlis TVET peringkat negeri. Pendekatan ini membantu memastikan kursus yang ditawarkan benar-benar selari dengan permintaan industri dan juga potensi ekonomi tempatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan. Kalau tak ada, saya jemput Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 2.
2. Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:
(a) apakah mekanisme pemantauan yang digariskan kerajaan bagi memastikan inisiatif pendidikan percuma PTPTN kepada 10,000 pelajar miskin benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar; dan
(b) langkah kawalan bagi mengelakkan keciciran, salah guna kelayakan dan pertindihan bantuan kewangan sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun ini, 2026, sebagai mana pengumuman oleh Perdana Menteri semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi PTPTN akan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih kepada 10,000 orang pelajar yang layak. Bilangan ini adalah peningkatan signifikan daripada cadangan asal iaitu 5,800 orang yang diumumkan dalam belanjawan.
Walaupun belum sempat kita laksanakan lagi, kita sudah pun tambah bilangan penerima sebab kita tahu ramai yang akan perlukan bantuan ini. Dan dalam hal ini, penerima biasiswa ini atau peminjam PTPN tidak dibenarkan menerima dua pembiayaan pengajian secara serentak atau bertindih daripada badan penaja yang berbeza, termasuk daripada MARA, JPA, yayasan negeri dan sebagainya.
Perkara ini adalah selari dengan dasar penajaan semasa di KPT yang menetapkan bahawa setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu penajaan sahaja di bawah program penajaan KPT pada satu-satu masa. Ketetapan ini bertujuan untuk kita pastikan bahawa peruntukan kerajaan dapat kita agihkan secara adil, telus dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pelajar yang layak.
Saya juga ingin tegaskan, kita akan pastikan bahawa inisiatif ini benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, terutamanya bagi mengelakkan keciciran dan juga salah guna kelayakan. Setiap permohonan akan disemak silang atau dipadankan dengan data eKasih dan juga agensi penaja utama yang lain sebelum biasiswa atau pendidikan percuma ini ditawarkan kepada yang benar-benar layak.
Proses saringan dokumen juga kita perketatkan dan penamatan serta-merta akan dibuat sekiranya didapati mana-mana pelajar atau calon penerima tajaan telah pun melanggar syarat penajaan atau mengemukakan dokumen palsu. Dengan mekanisme dan langkah kawalan ini, kerajaan komited untuk pastikan pendidikan percuma menerusi pembiayaan yang diberikan kepada pelajar ini adalah benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar tanpa berlaku pembaziran atau penyalahgunaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme jangka panjang yang dirancang bagi menilai sama ada penerima pendidikan percuma PTPTN daripada keluarga miskin ini benar-benar berjaya keluar daripada kitaran kemiskinan selepas tamat pengajian? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih. Selain daripada memberi pendidikan secara percuma agar mereka ini dapat keluar daripada kitaran kemiskinan, dalam erti kata lain, masalah utamanya adalah pelajar apabila tamat pengajian mereka, mereka akan pertama sekali, perlu menyelesaikan hutang.
Jadi, ini adalah langkah besar sebenarnya dengan menawarkan pendidikan percuma.
Maka, mereka ini dapat menamatkan pengajian mereka bebas hutang. Tentu sekali dalam jangka masa yang panjang, kita akan pastikan selain daripada mereka dapat dikeluarkan daripada beban hutang, mereka juga dapat diberi akses dan juga bantuan-bantuan yang berbentuk contohnya, jaringan internship dan sebagainya sepanjang tempoh pengajian. Agar mereka dapat pekerjaan yang berkualiti dan seterusnya, mencapai sasaran dan matlamat kita untuk menjadikan pendidikan tinggi, pendidikan tertiary ini sebagai jalan keluar daripada kemiskinan mereka.
Dan kita yakin bahawa biasiswa atau pendidikan percuma kepada anak eKasih ini adalah salah satu langkah paling signifikan yang pernah kita lakukan. Dan kita harap ia membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang ini kerana tahun ini adalah tahun pertama kita laksanakan untuk pelajar-pelajar kategori baharu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Abun, dia bangun dulu. Lepas ini, lepas ini.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Yang di-Pertua. Adakah mekanisme audit bebas atau laporan berkala kepada Parlimen diwujudkan bagi menilai keberkesanan inisiatif ini dari segi pencapaian akademik dan juga keboleh pasaran? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat, saya tidak ada jawapan yang lebih tepat, apa mekanisme atau instrumen yang ada yang boleh kita gunakan, tapi pada masa ke semasa, kita pastikan bahawa laporan kewangan dan juga laporan pelaksanaan bagi setiap inisiatif yang diperkenalkan bawah KPT itu akan sentiasa boleh diaudit. Terutama sekali oleh LKAN dan juga menerusi pemantauan berkala dari masa ke semasa.
Jika ada instrumen dan mekanisme yang lebih tepat, saya akan pastikan ia disampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Sila.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih Yang di- Pertua kerana beri saya peluang. Saya terlibat secara langsung dengan bidang pendidikan.
Dan sudah tentu inisiatif ini merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan. Tetapi sebagai mana yang dinyatakan, bahawa penerimanya adalah terdiri kepada pelajar IPTA, betul Menteri ya?
Persoalannya ialah kerana kita mempunyai ramai juga pelajar daripada IPTS. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, universiti yang berada di bawah kerajaan negeri, contoh kalau saya di UNISEL, UNISAM, USAS dan sebagainya dikategorikan sebagai IPTS. Oleh itu, mereka tidak layak, sedangkan mereka ini merupakan pelajar-pelajar yang diberi peluang kedua.
Oleh itu, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri mempertimbangkan supaya mereka yang dikategorikan sebagai IPTS milik kerajaan negeri ini juga dipertimbangkan untuk pemberian eKasih ataupun PTPTN secara percuma ini. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat, perkara ini pernah pun dibincangkan dalam KPT menerusi salah satu kegusaran ataupun concern yang telah ditimbulkan oleh— Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa kita tidak boleh terlepas pandang fakta bahawa universiti-universiti milik kerajaan negeri juga dikategorikan sebagai universiti swasta, itu betul.
Bukan semua pelajar yang masuk ke IPTS itu adalah daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Kita akan cuba cari jalan dan juga usahakan langkah-langkah supaya kita boleh lebih inklusif dan terutama sekali, kita juga harus semak dan tengok juga kedudukan fiskal, perbelanjaan yang kita keluarkan kali ini agak besar.
Namun, kita tidak tolak bahawa kita akan usaha sebaik mungkin untuk memperluaskan inisiatif ini kepada pelajar-pelajar yang lebih layak atau pelajar-pelajar yang berkelayakan ini di institusi swasta di masa hadapan, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan ketiga, saya jemput Datoʼ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Selamat pagi, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 3.
3. Dato' Sivaraj a/l Chandran minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah dasar rasmi kerajaan berhubung penggunaan mesin peniup daun oleh pihak berkuasa tempatan dan kontraktor pembersihan, serta adakah sebarang kajian impak kesihatan dan alam sekitar yang telah dijalankan sebelum kaedah ini dibenarkan secara meluas.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang ke-48 bertarikh pada hari ini juga daripada Yang Berhormat Senator yang sama.
Berpaksikan kepada aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kemampanan dan kesejahteraan, kerajaan komited untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan agar lebih progresif, berintegriti dan berorientasikan rakyat.
Dalam konteks ini, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pendekatan yang diambil bukan sahaja menekankan aspek kecekapan operasi, malah akan turut mempertimbangkan keseimbangan di antara pembangunan teknologi, kebajikan pekerja, kesihatan awam serta kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, berdasarkan perjanjian konsesi di tujuh buah negeri yang menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672, penggunaan kaedah mekanikal adalah dibenarkan dalam pelaksanaan perkhidmatan pembersihan awam. Dan perincian mengenainya telah pun digariskan dalam Manual Operasi Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diluluskan oleh kerajaan dan merupakan sebahagian daripada dokumen perjanjian konsesi tersebut.
Manual operasi tersebut juga telah memperuntukkan bahawa penggunaan mesin penghembus atau peniup daun (blower) boleh dilaksanakan bagi kerja-kerja pembersihan sisa pepejal, sisa rumput serta pembersihan jalan, dengan syarat sisa ini tidak dihalakan ke premis awam serta pengoperasian dibuat pada masa dan lokasi yang bersesuaian bagi meminimumkan sebarang penggunaan— sebarang gangguan kepada komuniti setempat.
Penggunaan mesin blower juga yang ditetapkan ini dan diluluskan adalah selaras dengan pelaksanaan Reformasi Pembersihan Awam ataupun RePA, yang menyasarkan tahap mekanisasi kerja pembersihan sehingga 50 peratus. Inisiatif ini merupakan antara langkah utama bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pembersihan awam dan penggunaan mesin blower membantu meningkatkan produktiviti. Kerana sisa daun, rumput dan habuk dapat dikumpulkan dengan lebih cepat serta meliputi kawasan dengan lebih luas dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding kaedah manual.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Secara tidak langsung, ia juga menyokong usaha syarikat konsesi dalam memenuhi petunjuk prestasi utama KPI dan tahap perkhidmatan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Mekanisasi melalui penggunaan mesin ini juga Tuan Yang di-Pertua dan jentera berkaitan turut membantu. Pertama, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Kedua, menangani kekurangan pekerja dalam sektor pembersihan awam dan pendekatan ini juga mengurangkan beban fizikal pekerja, meningkatkan aspek keselamatan dan membolehkan tenaga kerja diagihkan secara optimum kepada tugasan lain yang memerlukan kemahiran khusus.
Berhubung aspek kos, Tuan Yang di-Pertua, ingin ditegaskan bahawa dalam kerangka perlaksanaan RePA, pertimbangan kesihatan awam sentiasa menjadi keutamaan dan tidak diketepikan oleh faktor kos kontrak dan perjanjian konsesi dengan jelas mewajibkan syarikat konsesi mematuhi semua undang-undang, peraturan serta arahan pihak berkuasa berkaitan termasuklah keperluan perlindungan alam sekitar serta langkah-langkah pencegahan dan mitigasi bagi mengelakkan kesan negatif kepada orang awam. Justeru, pemilihan kaedah ini Tuan Yang di-Pertua adalah tertakluk kepada manual operasi dan kawalan yang telah pun ditetapkan, bukan ditentukan semata-mata berdasarkan pertimbangan kos.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Dato’ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Adakah kementerian mempunyai sebarang kajian saintifik khususnya mengenai kesan habuk terampai seperti PM2.5 dan PM10 terhadap penduduk bandar khususnya kanak-kanak dan warga emas akibat penggunaan blower secara kerap? Jika ada, boleh nyatakan dapatan utama dalam tahun kajian tersebut dijalankan. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Senator, ingin dimaklumkan bahawa ini tidak memerlukan pelaksanaan kepada kajian saintifik. Ia tidak memerlukan CIA ataupun AIA Tuan Yang di-Pertua, bagi menilai secara terperinci kesan habuk terampai seperti mana PM2.5 dan juga PM10, dengan izin, yang berpunca secara langsung daripada penggunaan.
Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa merujuk kepada dapatan kajian dan garis panduan yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Alam Sekitar berhubung impak zarah terampai terhadap kesihatan khususnya kepada golongan rentan. Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, pendedahan berpanjangan kepada kepekatan Particulate Matter 2.5 dan 10 ini bolehlah memberi kesan kepada sistem respiratori dan juga kardiovaskular dan perkara-perkara yang diambil kira dalam perancangan operasi.
Ini semua memang diberikan perhatian dan pada masa yang sama kementerian juga mengambil pendekatan berhati-hati untuk menetapkan pematuhan kepada manual operasi yang telah pun disediakan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. YB Amir.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahannya, selain penggunaan mesin peniup habuk (blower), apakah pendekatan holistik yang sedang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan tahap kebersihan awam secara menyeluruh termasuk penggunaan teknologi baru? Kaedah pembersihan mesra alam serta program pendidikan dan perubahan tingkah laku masyarakat sebab di kawasan PBT: Local Council menghadapi masalah ini disebabkan terlibat dalam masyarakat dan habuk itu mungkin tidak ada satu garis panduan yang tertentu ditetapkan dan saya minta Menteri untuk menjelaskan.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, terima kasih atas keprihatinan. Kementerian ini khususnya melalui SWCorp telah pun melaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini Tuan Yang di-Pertua, kita laksanakan apa yang kita namakan sebagai Reformasi Pembersihan Awam ataupun RePA dan juga pelbagai strategi penguatkuasaan, pemantauan, konsesi serta program-program yang bersifat komunikasi, pendidikan, pemantauan, kesedaran awam yang seperti mana CEPA. Antara yang ditekankan dalam RePA, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini Tuan
Yang di-Pertua, melibatkan tujuh inisiatif utama. Sepertimana pertama
pembersihan deep cleaning. Yang macam Yang Berhormat kata, mungkin tak clear habuk kan. Memang kita berikan tumpuan kepada deep cleaning. Yang kedua, inisiatif jalan tanpa habuk. Ketiga, pembersihan waktu malam supaya mengurangkan kacau ganggu kepada aktiviti-aktiviti seharian masyarakat, mungkin yang bekerja atau seumpamanya.
Keempat, penggunaan kenderaan elektrik sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2027 dan pelaksanaan 50 peratus mekanisasi bagi menggantikan pekerja asing. Kita tidak lagi akan bergantung semata-mata kepada pekerja asing.
Yang keenam, memperkasakan separation at source menerusi pengenalan kepada two-bin system, communal 3R bins, Drive-Thru Recycling Centre, Black Soldier Fly dan juga sistem pengkomposan kepada sisa-sisa daripada hasil makanan yang dihasilkan ya.
Yang ketujuhnya adalah sistem pemantauan masa nyata: real time dengan single window monitoring. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Dato’ Salehuddin, saya tak sangka isu apa, peniup daun ini— mesin peniup daun ini memang apa, menarik...
[Tidak jelas]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sebenarnya, ada isu sikit sebenarnya. Saya amat kritikal tentang kontraktor PBT ini Datuk Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.
Berkaitan dengan blower ini, penggunaan blower ini memang telah dibenarkan, kerajaan nak galakkan untuk menjimatkan masa, tapi pernah tak pihak kementerian melalui PBT ini memantau, pekerja-pekerja ini mereka blow sampah-sampah ini masuk dalam longkang.
Masuk dalam longkang. Bila masuk dalam longkang, menyebabkan longkang itu tersumbat.
Itulah sebab berlakunya banjir kilat.
Kalau contohnya dekat Shah Alam itu. Saya perhatikan, malah saya kadang-kadang saya turun tengok, memang dia orang akan blow, masukkan dalam longkang tu. Lepas itu, tunggulah juga kut-kut deme nak angkut sampah-sampah daripada longkang itu keluarkan, tidak juga.
Jadi, lama-kelamaan, kalau hari-hari dimasukkan sampah dalam longkang, bukan sekali sampah, blower itu kuat, batu pun masuk dalam longkang. Jadi, mengakibatkan sumbatnya longkang tersebut dan bila adanya hujan yang lebat akan berakulah banjir kilat dekat situ. Jadi, apakah pihak kementerian, adakah pihak kementerian mengambil langkah tertentu untuk mengawal kejadian ini supaya kontraktor-kontraktor PBT ini sentiasa dipantau oleh mandur-mandur PBT-PBT ini? Terima kasih. Terima kasih Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, blower ini boleh menimbulkan masalah banjir lagi?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya, benar.
Timbalan Yang di-Pertua
Memang betul-betul pentinglah ini. Sila, YB Menteri.
[Ketawa]
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator. Sememangnyalah kementerian khususnya melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga SWCorp, memang kita melaksanakan pemantauan dan penilaian berkala terhadap pelaksanaan perkhidmatan pembersihan awam oleh syarikat- syarikat konsesi kita termasuklah keberkesanan penggunaan mesin yang disebutkan oleh kita tadi, blower ya, berbanding kaedah-kaedah manual. Dan ini ada termasuk menjadi dalam KPI mereka Tuan Yang di-Pertua, petunjuk prestasi utama dan tahap perkhidmatan yang akan menjadi penilaian.
Dan seandainya ini berlaku di mana-mana tempat juga Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada yang tidak sampai ke perhatian kita, kita mohon untuk dimaklumatkan dan memang dia akan mendapat kesanlah kepada KPI mereka Tuan Yang di-Pertua dan pembayaran itu akan juga terjejas. Terima kasih. Sebab kerajaan kita menggunakan satu dasar. Ada kerja, maka ada bayaran. Tak ada kerja atau timbulkan masalah, maka akan dipotong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Soalan keempat, Prof. Dato’ Mohammad Redzuan.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Datuk Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 4.
4. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah persiapan Malaysia bagi menjadi tuan rumah Sukan SEA bagi tahun 2027 dan apakah perancangan yang dibuat bagi membolehkan atlet Malaysia mencapai pungutan pingat terbaik dalam pesta sukan yang bakal dianjurkan ini.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan komited menjadikan penganjuran Temasya Sukan SEA Ke-34 bermula 18 hingga 29 September 2027 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 bermula 17 hingga 23 Oktober 2027 di Malaysia menjadi satu temasya yang gemilang dan berprestij di peringkat antarabangsa. Sebagai permulaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menubuhkan Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027 pada 1 Julai 2025 yang berfungsi sebagai koordinator utama penganjuran temasya.
Selain itu, penganjuran Sukan SEA di Malaysia 2027 turut menampilkan kelainan tersendiri apabila ia dianjurkan secara bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor. Satu sesi libat urus bersama kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat juga telah diadakan bagi melancarkan koordinasi perancangan, persiapan infrastruktur, pengurusan logistik dan keseragaman pelaksanaan dasar bagi menjamin kejayaan penganjuran Sukan SEA 2027 nanti.
Seterusnya, penganjuran Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun 2027 turut disokong kerjasama rentas segenap pemegang taruh merangkumi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Olimpik Malaysia
(MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) menerusi penubuhan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Malaysia tahun 2027 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sendiri. Jadi, jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan urusan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan diselaraskan dengan lebih berkesan melalui penglibatan pemegang-pemegang taruh.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Berhubung tentang persiapan atlet pula, KBS menerusi Majlis Sukan Negara atau MSN telah merangka dan sedang menjalankan program persediaan atlet menerusi tiga fasa seperti berikut:
(i) Fasa pertama adalah tahun ini iaitu bermula pada Januari hingga Disember 2026. Proses pemilihan dan pengenalpastian atlet di mana kem Fasa 1 telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Tanjung Malim pada 11 hingga 13 Februari 2026 yang melibatkan seramai 300 orang atlet;
(ii) Fasa kedua bermula Januari hingga Mei 2027 tahun hadapan, pemerkasaan dan peningkatan prestasi atlet; dan
(iii) Fasa ketiga pula yang akan bermula pada Jun hingga September 2027 itu adalah melibatkan latihan intensif secara sepenuh masa.
Tuan Yang di-Pertua, KBS optimis kontinjen negara akan memberikan yang terbaik di Temasya Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 pada tahun 2027 seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada soalan tambahan, profesor?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Soalan tambahan saya Datuk Yang di-Pertua. Dalam Sukan SEA tahun 2025 yang lepas, Malaysia hanya memperoleh 131 pingat: 57 emas, 57 perak dan 117 gangsa dan kita menduduki tempat keempat. Jauh ke belakang. Pencapaian terbaik Malaysia ialah dalam pungutan pingat ialah dalam Sukan SEA tahun 2007 apabila Malaysia menjadi tuan rumah dan mendapat tempat pertama dengan mendapat 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.
Soalan saya khusus kepada Timbalan Menteri, apakah pendekatan khusus bagi membolehkan pencapaian Malaysia dalam pingat emas itu dapat dipertingkatkan? Seperti saya katakan tadi, dalam tahun 2007, kita dapat 86 gangsa tetapi dalam sukan yang lalu 117 gangsa. Apa usaha untuk meningkatkan gangsa menjadi perak ataupun menjadi emas?
Terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih YB Senator. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya cakap tadi, apa yang penting adalah, tentang perancangan pembangunan atlet itu. Dan yang keduanya adalah tentang pemilihan sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan SEA itu sendiri. Jadi ini adalah di bawah bidang kuasa jawatankuasa pemilihan dan penilaian dan teknikallah. Jadi merekalah yang akan menentukan sukan-sukan mana yang berpotensi untuk dimenangi oleh atlet-atlet Malaysia. Yang mana akan menyumbang pingat yang lebih banyak untuk negara kita. Begitulah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Profesor ini orang Perak. Jadi kalau dapat perak pun dia okey.
[Ketawa] Soalan tambahan? Kalau tak ada, kita pergi ke soalan nombor 5. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
5. Datuk Bobbey bin Suan minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah pencapaian Program Jalan Luar Bandar di pedalaman Sabah sehingga tahun 2025.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Program Jalan Luar Bandar telah merekodkan pencapaian yang signifikan di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 50 projek jalan luar bandar baharu telah diluluskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM5.119 bilion.
Projek ini memberi tumpuan kepada pembinaan dan menaik taraf jalan luar bandar bagi meningkatkan tahap accessibility serta menghubungkan kawasan-kawasan pedalaman Sabah dengan pusat pertumbuhan ekonomi dan kemudahan asas.
Di samping itu, sebanyak 34 projek jalan luar bandar telah berjaya disiapkan dalam tempoh RMK12. Penyiapan projek-projek ini telah menyumbang kepada pembinaan dan penaiktarafan jalan sepanjang 301.86 km yang dijangka memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 90,000 orang penduduk di luar kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.
Pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan perhubungan dan mobiliti penduduk, malah turut menyokong aktiviti ekonomi setempat, mempercepatkan akses kepada kemudahan pendidikan dan kesihatan, serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Datuk Bobbey.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan tadi dan terima kasih kepada kerajaan kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan 50 projek JLB baru yang telah diluluskan dengan kos yang begitu besar RM5.119 bilion dalam tempoh RMK12, tetapi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah Timbalan Menteri menyatakan status semasa projek- projek tersebut dan apakah keutamaan kawasan bagi pelaksanaan fasa seterusnya? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, di bawah RMK12, seperti yang kita maklumkan tadi, negeri Sabah sentiasa diberi perhatian utama untuk menerima peruntukan serta kelulusan projek baharu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain khususnya Program Jalan Luar Bandar.
Daripada 50 projek jalan luar bandar yang telah diluluskan dengan nilai keseluruhan RM5.119 bilion tersebut, status terkini menunjukkan sebanyak satu projek telah berjaya disiapkan. Satu je Yang Berhormat. Manakala 28 projek sedang dalam fasa pembinaan dan baki 21 projek masih di peringkat prapelaksanaan. Apabila kesemua projek-projek ini siap sepenuh kelak, dijangka akan menyumbang kepada pembinaan rangkaian jalan yang berkualiti, selesa dan selamat sepanjang 549 kilometer yang bakal memberi manfaat langsung kepada kira-kira 164,000 penduduk luar bandar di seluruh pelosok Sabah.
Mengenai penentuan keutamaan kawasan bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar pada masa hadapan, perkara ini amat bergantung penuh kepada perancangan pembangunan fizikal yang digariskan secara teliti oleh kerajaan negeri. Di peringkat negeri Sabah, perancangan strategik ini merupakan tanggungjawab Unit Perancang Negeri (UPEN) yang sentiasa mendapatkan input teknikal dan data lapangan daripada pihak JKR Sabah selaku jabatan teknik yang mengurus perancangan pembangunan rangkaian jalan raya peringkat negeri.
Melalui hasil perancangan bersepadu inilah, pihak UPEN Sabah akan mengemukakan permohonan projek secara rasmi kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan, dimohon bagi setiap rolling plan yang akan datang. Kementerian menjangkakan kawasan yang masih mempunyai accessibility yang rendah dan rangkaian jalan-jalan luar bandar yang berdekatan dengan jalan utama seperti Jalan Pan Borneo akan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Sabah untuk dibina dan dinaik taraf pada masa yang terdekat. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya menjemput Datuk Edward, soalan mengenai Pan Borneo juga.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Selamat pagi dan soalan saya nombor 6. Terima kasih.
6. Senator Datuk Edward Linggu Bukut minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) berapakah jumlah pakej projek Pan Borneo Sabah yang lewat siap melebihi jadual asal, apakah puncanya dan berapakah nilai penalti LAD yang dikenakan setakat ini; dan
(b) apakah kesan kelewatan projek Pan Borneo Sabah terhadap mobiliti rakyat, kos logistik, dan pertumbuhan ekonomi negeri, serta apakah langkah sementara bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya dan industri perdagangan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu.
Jajaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 706 kilometer telah dipecahkan kepada 35 pakej kerja. Strategi pelaksanaannya dibahagi kepada dua komponen utama iaitu Fasa 1A yang merangkumi 16 pakej kerja dan Fasa 1B, 19 pakej kerja. Status kemajuan semasa Fasa 1A telah mencapai 86.6 peratus.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini juga, sebanyak empat pakej kerja telah pun siap sepenuhnya. Fasa 1B pula berada pada tahap kemajuan 13.56 peratus memandangkan kerja-kerja di jajaran ini baru sahaja dimulakan secara intensif selepas isu pengambilan balik tanah selesai, berjaya diselesaikan antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.
Sebagaimana projek-projek kerajaan yang lain, pelaksanaan LPB Sabah adalah berpandukan pada jadual kerja yang dirancang secara terperinci sebelum pembinaan dimulakan. Namun telah dikenal pasti bahawa sebanyak 23 pakej kerja mengalami kelewatan berbanding jadual asal. Kelewatan pelaksanaan projek ini dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk seperti keadaan cuaca yang tidak menentu, cabaran dalam pengambilan balik tanah, isu pengalihan utiliti dan prestasi kontraktor di tapak.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sehingga kini, jumlah penalti LAD yang telah dikenakan adalah sebanyak RM31.8 juta ke atas dua kontraktor yang telah melangkaui tempoh siap asal. Kementerian ini memahami akan isu yang menjadi kebimbangan Ahli Yang Berhormat Senator berhubung kesan kelewatan projek ini terhadap mobiliti rakyat, kos logistik dan pertumbuhan ekonomi negeri.
Kelewatan projek infrastruktur mega ini bukan sekadar isu teknikal, malah ia memberikan impak rantaian kepada kesejahteraan sosial dan daya saing ekonomi negeri.
Justeru, bagi memastikan aktiviti harian rakyat perdagangan tidak terhenti, beberapa langkah mitigasi telah dilaksanakan seperti berikut. Pertama, penyelenggaraan rutin yang agresif, meningkatkan kekerapan pembaikan jalan yang berlubang dan penyelenggaraan lampu jalan di jajaran yang terkesan. Kedua, pengurusan trafik iaitu Traffic Management Plan
(TMP). Mewajibkan kontraktor menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lebih efektif.
Ketiga, laluan alternatif ataupun bypass. Membuka jajaran yang telah siap seperti sebahagian daripada empat pakej Fasa 1 yang siap lebih awal bagi menyuraikan kesesakan tanpa perlu menunggu keseluruhan fasa selesai. Keempat, pemantauan secara berkala.
Menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau prestasi kontraktor secara intensif serta mengenal pasti isu kelewatan projek serta mencari solusi segera kepada masalah yang berbangkit.
Mesyuarat pemantauan secara berkala ini diadakan sebulan sekali yang mana Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Tetap adalah pengerusi bersama kepada pemantauan secara berkala itu. Dan kita berharap sasaran keseluruhan Fasa 1A boleh siap pada suku pertama 2027 dan Fasa 1B boleh siap pada suku keempat tahun 2028. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Datuk Edward.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang begitu terperinci dan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan kerana saya nampak betul-betul ingin membantu kami di Sabah untuk mendapat satu jalan raya yang bertaraf antarabangsa.
Datuk Yang di-Pertua, soalan tambahan saya juga Pan Borneo iaitu berhubung kait dengan Fasa 2 iaitu Fasa 2 Pan Borneo Sabah di antara Tamparuli dan Ranau dianggarkan 98 kilometer yang masih di peringkat perancangan. Bilakah kerja pembinaan dijangka bermula dan apakah kontraktor telah pun dianugerah? Dan berapakah kos semasa dan langkah kerajaan memastikan Fasa 2 juga tidak menghadapi kelewatan ataupun pertambahan kos seperti di fasa pertama? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Datuk Yang di-Pertua, kita nak siapkan Fasa 1 dulu. Fasa 1A belum siap, Fasa 1B baru bermula tahun lepas. Jadi sebagaimana saya sebut, Fasa 1A dijangka siap suku pertama 2027 dan Fasa 1B dijangka siap suku keempat 2028. Jadi, Projek Pan Borneo ini adalah projek mega kerajaan. Kita ada membuat tentunya cost-benefit analysis, unjuran pertumbuhan ekonomi wilayah, kemudian penilaian kesalinghubungan.
Mengenai Fasa 2, selepas tahun 2028, pada saat ketika ini juga kita sudah mengetahui jajaran mana Fasa 2 itu. Walaupun demikian, oleh kerana ia projek mega yang memerlukan puluhan bilion Ringgit kos, Fasa 2 belum ditetapkan bilakah akan bermula. Saya difahamkan pada perbincangan awal mungkin tentunya selepas 2028–2030 untuk Fasa 2 dan ia juga bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Pusat. Sebab Pan Borneo ini kita tahu dia tidak mempunyai tol, oleh itu ia adalah datang daripada pinjaman Kerajaan Pusat untuk projek pembangunan. Apabila ditanyakan tentang kontraktornya, tentulah belum ada lagi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Kalau tak ada, saya jemput Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, soalan saya nombor 7.
7. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah rancangan serta langkah-langkah yang diambil bagi menggalakkan penyertaan belia, khususnya di luar institusi pengajian tinggi dalam persatuan kemasyarakatan dan kebudayaan bagi memastikan golongan belia di negara ini dapat menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara, di samping membentuk mereka sebagai barisan pemimpin pelapis dalam pelbagai bidang dan peringkat serta membendung penglibatan mereka dalam kegiatan negatif.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Mordi anak Bimol
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa proaktif menggalakkan penyertaan pemegang taruh termasuklah dalam kalangan belia di luar institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk terlibat di dalam program dan aktiviti pembangunan belia termasuklah berpersatuan terutamanya yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Jadi, penyertaan ini dapat memberi ruang penglibatan aktif, pembangunan kepimpinan serta pembentukan sahsiah positif.
Antara inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KBS adalah menerusi penganjuran program intervensi belia tidak berpersatuan sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan minat belia untuk menjadi ahli persatuan dan membantu melahirkan lebih ramai penggerak di peringkat akar umbi. Inisiatif ini dilaksanakan melalui penyaluran dana kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah ROY di seluruh negara bagi menganjurkan pelbagai aktiviti mesra belia seperti perkongsian ilmu, outreach community, townhall belia, aktiviti luar, kem kepimpinan serta program mentor-menti.
Seterusnya, KBS juga menyediakan bantuan dana Rakan Muda bagi tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta. Jadi, dana ini boleh dimohon oleh pertubuhan belia bagi menganjurkan aktiviti-aktiviti berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda. Ya, kita ada 10 gaya hidup Rakan Muda mengikut cita rasa dan kehendak belia tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.
Jadi selain itu, bagi menggalakkan penubuhan pertubuhan belia baharu, KBS menerusi ROY telah mengumumkan penepian fi bagi pendaftaran pertubuhan belia baharu dan pindaan perlembagaan pertubuhan belia. Maksudnya, fi kita ada lakukan pengecualian yuran. Inisiatif ini membolehkan sebarang pendaftaran baru dan pindaan perlembagaan dilakukan secara percuma tanpa sebarang bayaran sehingga 31 Disember 2027.
Berhubung penyediaan ruang fizikal pula, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara melaksanakan inisiatif Y-Hub sebagai pusat aktiviti belia setempat. Premis JBSN atau agensi rakan strategik terpilih di seluruh negara dijadikan hab komuniti yang menyediakan ruang selamat kepada pertubuhan belia dan belia masa untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan belia. KBS yakin dan optimis yang inisiatif- inisiatif ini merupakan ikhtiar terbaik dan inklusif di dalam melahirkan belia Malaysia yang berdaya saing, berkarakter positif dan mempunyai modal insan unggul. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan, YB Tiew.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya ingin...
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Tadi Prof. lambat bangun. Tak apalah, Prof. dulu.
[Ketawa]
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Baik. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Bulan puasa, biasalah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Walaupun saya ini bukan belia lagi, mantan belia, tapi isu sedemikian masih tetap dekat di hati saya. Soalan tambahan saya, adakah KBS mempunyai rancangan melantik duta atau ikon belia dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni budaya, penulisan akademik, keusahawanan dan sebagainya sebagai suri teladan atau role model bagi motivasi belia di negara ini selain memberikan anugerah tahunan kepada tokoh dalam persatuan belia? Terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Terima kasih YB Senator. Tuan Yang di-Pertua, KBS mengambil maklum tentang kelebihan ataupun keistimewaan untuk melantik suri teladan ataupun role model dengan izin, bagi pelaksanaan program dan kempen melibatkan belia.
Jadi, pelantikan ini berupaya untuk meningkatkan penyertaan golongan sasar dan memperluaskan pencapaian mesej, mengukuhkan kerjasama strategik dan membentuk naratif positif. Jadi untuk memilih role model ini, pemilihan adalah berdasarkan kalangan individu yang mempunyai karakter positif dan integriti unggul mengikut kesesuaian program dan kempen.
Sebagai contoh, KBS telah meluncurkan Kempen Belia Bebas Dadah pada tahun 2025 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai ikhtiar intervensi bagi mencegah belia terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan. Jadi, pelaksanaan kempen ini telah diperkuatkan dengan pelantikan duta kempen dalam kalangan atlet negara iaitu Yang Berbahagia Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atlet bina badan; saudara Mohamad Aniq Kasdan, atlet angkat berat; dan saudari Nor Farah Ain Abdullah, atlet lawn bowls.
Jadi bagi pemberian anugerah pula, KBS menganjurkan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) secara tahunan termasuklah di peringkat negeri dan kebangsaan. Anugerah ini melibatkan beberapa kategori iaitu individu belia lelaki, individu belia wanita, pertubuhan belia dan sebagainya. Setiap individu dan pertubuhan belia ini yang berkelayakan boleh menghantar pencalonan dan penerima akan dipilih oleh jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan oleh KBS. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Tiew, soalan you lepas ini. Jadi, sabar sekejap.
[Ketawa]
Puan Tiew Way Keng
Berkenaan dengan belia.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya ganti dengan wakil wanita kita. Dr. Wan Martina.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya membawa satu isu yang sering dibangkitkan oleh anak-anak muda, oleh belia terutamanya di kawasan luar bandar. Kata mereka kesukaran untuk mendaftar persatuan kerana kerenah birokrasi. Jadi saya ingin bertanya adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji
semula Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 - Akta 668
. Sekian terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Okey terima kasih YB Senator, Tuan Yang di-Pertua. Kita ambil maklum tentang perkara tersebut tapi untuk proses pendaftaran pertubuhan belia di KBS kita telah permudahkan. Sangat mudah sebenarnya. Semua dilakukan secara online dan kita telah permudahkan segala urusan sebagai salah satu cara untuk menggalakkan belia- belia kita terutama di luar bandar boleh mendaftar pertubuhan mereka. Ini juga dipermudahkan di mana mereka juga boleh pergi terus kepada JBSN untuk mendaftar. Kita ada pejabat ROI di setiap JBSN di setiap negeri yang memudahkan proses pendaftaran pertubuhan belia tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Memandangkan soalan ini...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Wakil pemuda.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Saya wakil belia.
Timbalan Yang di-Pertua
Memandangkan berkenaan dengan belia jarang ditanya, tapi yang nak tanya ini semua yang dah...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mantan, mantan belia.
Timbalan Yang di-Pertua
Ini dah jadi datuk belia, tapi saya nak benarkan dulu Datuk Mustafa, lepas itu YB Niran, lepas itu baru Haji Hussin.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Soalan saya ringkas sahaja. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan. Banyak aktiviti dan perancangan dibuat untuk menggembleng tenaga muda dalam pelbagai aktiviti. Namun begitu ada keluhan dan keresahan yang menjalar di jiwa para belia terutamanya jauh di hujung desa. Tidak kah ada dalam cadangan kementerian untuk menyediakan dana tahunan bagi pengurusan aktiviti seperti mana KRT. KRT dah dibagi dana untuk membuat aktiviti tetapi setahu saya persatuan belia tak ada.
Jadi adakah dalam perancangan kementerian kerana dana itu memberi ruang mereka menjana pelbagai aktiviti. Kalau kita suruh dia buat aktiviti, maka sudah tentu tak begitu bergerak kerana dia tidak ada peruntukan khusus daripada kementerian. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Tuan Mordi anak Bimol
Okey terima kasih YB Senator. Kalau bercakap tentang pertubuhan sukan kita ada Geran Padan Sukan dan kita ada Geran Sukan Komuniti, tapi kalau bercakap tentang belia baru-baru ini dalam bulan Februari lepas kita telah melancarkan Geran SejaTi MADANI X Belia, di mana persatuan-persatuan belia boleh memohon dana sehingga RM100,000 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan bagi persatuan mereka.
Jadi ini dilaksanakan khas untuk persatuan-persatuan belia di negara kita. Usaha ini baru sahaja dilancarkan pada tahun ini. Baru-baru ini minggu lepas saya telah ke Sabah dan ke Labuan untuk menyempurnakan program yang sama. Program ini baru sahaja dilancarkan pada Februari lepas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik Menteri. Duduk dulu. YB Niran.
Tuan Niran Tan Kran
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, bagaimanakah kementerian memastikan penglibatan belia di luar bandar dan daripada golongan B40 tidak tercicir dalam program-program pembangunan, kepimpinan dan kesukarelawan seperti— atau adakah kementerian bercadang untuk mengadakan insentif seperti elaun kepimpinan atau pengiktirafan khas bagi menggalakkan penyertaan belia luar IPT secara lebih aktif? Sekian terima kasih.
Tuan Mordi anak Bimol
Okey terima kasih YB Senator, Tuan Yang di-Pertua. Kita ambil maklum tentang cadangan tersebut dan kita akan tengok semula, tapi untuk melibatkan penglibatan belia di kawasan luar bandar khususnya mahupun di bandar sebenarnya kita ada banyak program yang sudah kita hidangkan di dalam website kita. Tinggal untuk diklik, dipelopori sahaja. Jadi sebagai orang luar bandar juga, saya sendiri sebagai wakil dari luar bandar saya akui tentang masalah ini. Saya akan cuba melalui KBS untuk menyantuni belia- belia kita di luar bandar untuk memastikan segala inisiatif ataupun program-program kerajaan ini akan sampai kepada masyarakat di luar bandar. Tidak semestinya belia tapi semua golongan terutamanya di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Datuk Yang di-Pertua, umumnya bertanya tentang positifnya, saya ingin sikit pada sudut negatifnya. Tahniah tentang dana, cuma minta juga tahu berapa dana yang diperuntukkan dan ada tak usaha supaya ada dana itu terpimpin supaya disalur kepada tempat yang betul-betul yang dimaksudkan. Tadi bila bincang hal belia ialah pembangunan, ekonomi dan lain-lain, tapi saya tadi tersentuh juga bila disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang dadah dan lain-lain. Ini dikait, disinonimkan dengan belia.
Sekarang isu dadah tak lagi luntur, isu medsos menguasai belia dan membuka ruang untuk merosakkan belia ini sangat besar dan belia adalah harapan negara. Apa usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menggerakkan belia dan pertubuhan-pertubuhan belia ini ke arah menangani isu lama dadah, isu baru medsos yang merosakkan. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua
Ini soalan untuk Menteri Komunikasi lepas ini.
Tuan Mordi anak Bimol
Betul. Terima kasih YB Senator, Tuan Yang di-Pertua. Jadi bila bercakap tentang belia ia merentas banyak kementerian. Bukan hanya KBS. Ya memang KBS portfolionya adalah untuk menyantuni belia dan sukan, tapi kalau bercakap tentang belia secara keseluruhan, bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan belia, ia melibatkan usaha daripada pelbagai kementerian termasuk MCMC. Bila bercakap tentang masalah dadah, isu online gambling contohnya, judi atas talian. Ini melibatkan tanggungjawab ataupun libat urus ataupun kerjasama daripada semua pihak. Bukan sahaja daripada KBS.
Saya ambil maklum tentang perkara tersebut dan kita di pihak kerajaan memang ada banyak program untuk menyantuni belia bagi menangani masalah-masalah gejala sosial ini especially di luar bandar, especially di Sarawak contohnya. Sabah dan Sarawak banyak terletak di kawasan sempadan. Jadi banyak usaha yang telah kita lakukan bagi menangani masalah ini. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Sekarang giliran Puan Tiew. Soalan nombor 8.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Mentari pagi menyinar harapan, Angin perubahan bertiup nyaman; Demi rakyat masa hadapan, Saya kemuka soalan lapan.
8. Puan Tiew Wang keng minta Menteri Komunikasi menyatakan:
(a) status pelaksanaan pendekatan pelesenan dan kebertanggungjawaban platform besar dan bagaimana perlindungan kanak-kanak dan keluarga dipastikan; dan
(b) sama ada kerajaan akan memperkenal rangka kerja khusus menangani AI, deepfake dan fitnah digital, selaras penekanan Sultan Selangor tentang risiko penyalahgunaan teknologi.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pantun ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak nak balas pantun dulu?
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kejap saya guna AI. Nanti saya hantar. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menguatkuasakan rangka kerja pelesenan mulai 1 Januari 2025.
Mulai 1 Januari 2026 mana-mana pemberi perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dengan lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia adalah disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Melalui pengetepian formaliti pendaftaran atau dengan izin, deeming provision. Langkah ini bertujuan memastikan pemberi perkhidmatan yang terlibat khusus platform-platform besar menawarkan perkhidmatan pesanan internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi berdasarkan rangka kerja perundangan dan kawal selia tempatan. Pendekatan ini juga bertujuan untuk memperkukuh akauntabiliti pemberi perkhidmatan. Setelah disifatkan sebagai dilesenkan, pemberi perkhidmatan tertakluk kepada semua obligasi yang terpakai kepada pemegang lesen kelas termasuk pematuhan kepada peruntukan undang-undang, syarat lesen dan arahan pengawalseliaan yang dikeluarkan oleh MCMC.
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh MCMC selaras dengan peruntukan Akta
588 dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian - Akta 866
yang berkuat kuasa 1 Januari 2026 serta instrumen-instrumen kawal selai yang berkaitan. Sekiranya pemberi perkhidmatan gagal mematuhi arahan atau kewajipan yang dikenakan di bawah akta-akta tersebut. Usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksana membolehkan keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan dapat diperkukuh dan direalisasi.
Kerajaan sedar kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan seperti deepfake dengan izin, serta penyebaran fitnah digital yang berpotensi menjejaskan keselamatan awam, ketenteraman sosial dan maruah individu.
Dalam menangani perkara ini, MCMC mengambil tindakan proaktif terhadap kandungan yang disebar di ruangan media sosial yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi. Kerjasama dengan platform media sosial dan agensi penguat kuasa yang lain turut giat dilaksana. Bagi menangani penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian yang dijana oleh kecerdasan buatan, atau dengan izin, AI.
588 dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian - Akta 866
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin tunjukkan beberapa contoh deepfake. Saya minta sedikit masa— yang telah diturunkan oleh pihak MCMC. Sebagai contoh, yang menggunakan wajah [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Imej Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong— yang menggunakan wajah dan imej dan suara Tan Sri Tony Fernandes.
[Sambil menunjukkan sekeping gambar] Yang menggunakan wajah dan imej, suara Yang Berhormat Nga Kor Ming [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Dan juga tokoh artis-artis tempatan seperti David Arumugam.
[Sambil menunjukkan sekeping gambar] Jadi, memang masalah deepfake ini berleluasa dan banyak dibantu oleh platform- platform itu sendiri, kerana berdasarkan siasatan yang telah kami lakukan setakat ini, kandungan ini disebarkan tanpa sebarang teks kebiasaannya. Bermaksud, ianya diletak sebagai iklan dan iklan-iklan ini dibayar oleh scammer kepada platform-platform untuk memangsakan rakyat Malaysia.
Jadi, kami sedang dalam proses untuk mengambil beberapa tindakan, selain daripada instrumen-instrumen subsidiari di bawah Akta 866, Akta Keselamatan Dalam Talian, termasuk tindakan-tindakan perundangan terhadap platform-platform media sosial supaya rakyat Malaysia dapat menggunakan platform-platform ini dengan lebih selamat.
Datuk Yang di-Pertua, akhir sekali untuk makluman. Bagi isu kerangka kawal selia, ia akan dibangunkan oleh Kementerian Digital melalui satu rang undang-undang khusus iaitu Rang Undang-undang Tadbir Urus AI sebagai langkah memperkukuh kerangka yang khusus bagi menangani cabaran AI yang semakin kompleks, termasuk penyalahgunaan deepfake, manipulasi kandungan janaan AI.
Antara penekanan ialah pengukuhan konsep akauntabiliti melalui penetapan tanggungjawab yang jelas ke atas pihak yang membangunkan atau melaksanakan sistem AI, kewajipan pengurusan risiko secara proaktif serta mekanisme pelaporan insiden dan kemudaratan berkaitan AI untuk membolehkan mitigasi yang lebih cepat dan tersusun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya cuba juga cari deepfake YB Menteri jual crypto, tetapi tak jumpa lah [Ketawa] Soalan tambahan.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang mana secara jelasnya peranan platform besar itu sangat penting. Jadi, soalan saya ialah, adakah kerajaan mewajibkan platform-platform besar ini sekurang-kurangnya ada wakil ataupun pejabat yang sah ditubuhkan di Malaysia? Dan setakat— sejauh manakah kerajaan akan memastikan platform besar ini mematuhi arahan kerajaan seperti tindakan boleh diambil, kandungan lesen ataupun sekatan fungsi? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Dan memang pada awalnya, melalui kerangka kawal selia dan pelesenan yang kita mulakan pada 1 Januari 2025, hasratnya adalah untuk platform-platform media sosial yang mempunyai jumlah pengguna di Malaysia lebih lapan juta mempunyai pejabat di Malaysia.
Walau bagaimanapun, dengan pengetepian formaliti pendaftaran pelesenan yang telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026, kita telah ketepikan keperluan mereka untuk dilesenkan. Dan masa yang sama, kita masih boleh berhubung dengan mereka dan ada klausa-klausa tertentu seperti extra territoriality clause yang boleh diguna pakai bawah akta 588 sekiranya ada keperluan untuk mengambil tindakan perundangan.
Buat masa ini, sukacita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerjasama yang diberikan oleh platform-platform ini terhadap pihak kerajaan dan juga MCMC adalah memuaskan. Masalah kita ialah untuk menangani isu deepfake sebagai contoh dan macam-macam masalah yang lain, judi dalam talian, isu-isu 3R.
Masalah yang kita hadapi adalah safety by design. Yang kita terpaksa lakukan pada waktu ini ialah untuk setiap satu kandungan yang bermasalah, MCMC perlu menghabiskan lebih kurang 30 ke 45 minit untuk mengisi borang, menyiapkan dokumen, menghantar, menunggu respons daripada pihak platform. Namun, cuba bayangkan platform ini adalah, umpama semua rumah. Kita datang, hadir ke rumah ini dan berinteraksi sesama kita. Rupa- rupanya dari segi design, rumah itu telah mempermudah bagi penjenayah untuk masuk ikut pelbagai saluran dan memangsakan orang yang masuk, mengharapkan interaksi yang genuine, dengan izin.
Jadi, melalui Akta Keselamatan Dalam Talian, yang kita harapkan adalah, isu safety by design itu. Tidak lagi perlu pihak MCMC. Datuk Yang di-Pertua, pada tahun lalu dari bulan Januari hingga Oktober, MCMC menghabiskan keseluruhannya jumlah masa yang dihabiskan adalah bersamaan dengan 22.2 tahun untuk memfailkan permintaan permohonan untuk take down, untuk kandungan-kandungan yang memang deepfake dan scam dan judi dalam talian yang sepatutnya tidak perlu kami nyatakan.
Jadi, insya-Allah melalui pelaksanaan instrumen-instrumen subsidiari, sekiranya kandungan deepfake yang seperti contoh-contoh yang saya tunjukkan tadi itu masih berleluasa selepas instrumen-instrumen ini berkuat kuasa, maka tindakan penalti, kompaun boleh dikenakan bukan kepada pengguna, tetapi kepada platform itu sendiri sebagai satu pengajaran.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan? Kalau tak ada, saya jemput penanya kesembilan, Dato’ Salehuddin bin Saidin.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Datuk Speaker.
*Syukur Tok Mad hadir jawab soalan.
Saya kemuka nombor sembilan.*
9. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah strategi diplomatik semasa negara bagi memelihara kedaulatan negara, khususnya yang melibatkan pertikaian maritim antara Malaysia dan Indonesia di Selat Melaka yang walaupun telah dipersetujui persempadanan maritimnya, tapi sering kali dicerobohi, termasuk juga pencerobohan ruang maritim di Laut China Selatan oleh nelayan Vietnam, Thailand dan Filipina, tekanan geopolitik dan tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang tidak pernah dapat dirungkaikan.
Timbalan Yang di-Pertua
Menghormati penanya. Sila, YB Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Senator Dato’ Setia Salehuddin, bertanyakan soalan tentang pertikaian sempadan maritim.
Saya dah sebut di sini, di Dewan yang mulia ini Datuk Yang di-Pertua bahawa frasa yang lebih sesuai digunakan untuk perkara ini adalah “pertindihan”, bukannya “pertikaian”.
Kita tidak ada pertikaian di antara negara-negara jiran. Kita tak bergaduh dengan negara- negara jiran, tetapi kita berunding untuk kita menyelesaikan isu pertindihan kawasan maritim dengan negara-negara jiran iaitu negara litoral di kawasan ini dan juga kita berunding dengan negara China. Jadi, itu petua.
Saya harap supaya kita jangan gunakan perkataan “pertikaian”.
Datuk Yang di-Pertua, dalam proses penetapan sempadan maritim antara Malaysia dengan mana-mana negara yang terlibat, kerajaan mengambil langkah diplomatik dan selaras dengan undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 ataupun, dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 yang selalu orang disebut UNCLOS 1982, melalui rundingan dengan negara-negara jiran.
Dalam proses rundingan ini Datuk Yang di-Pertua, Malaysia kekal tegas dan konsisten dalam mempertahankan pendirian kita demi memelihara kedaulatan— hak kedaulatan dan kepentingan negara, selaras dengan undang-undang antarabangsa yang saya sebutkan tadi.
Pencerobohan kawasan maritim yang disebut oleh Dato’ Setia Salehuddin, Kementerian Luar secara konsisten telah dan akan mengemukakan Nota-nota Bantahan Diplomatik sekiranya kapal-kapal ataupun aset-aset milik kerajaan mana-mana negara yang didapati menceroboh perairan negara. Pada masa yang sama, agensi Penguatkuasaan Undang-undang Malaysia akan terus menguatkuasakan undang-undang ke atas apa jua pencerobohan yang dilakukan oleh nelayan asing ataupun jua anasir-anasir yang melanggar undang-undang negara.
Di samping itu Datuk Yang di-Pertua, kerajaan juga melaksanakan pendekatan, dengan izin, whole of government untuk menyelaras tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan perairan negara Malaysia. Setiap agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kawasan perairan kita, sempadan kita sentiasa dipertahankan.
Selain itu Datuk Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan kawasan perairan negara. Tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim Malaysia bagi mempamerkan kehadiran, dengan izin, show of presence di kawasan tersebut.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Semua agensi penguat kuasa dan pemantauan maritim di negara amat komited dan memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia adalah kekal terpelihara.
Di Laut China Selatan Datuk Yang di-Pertua, setiap negara yang berkepentingan di Laut China Selatan mempunyai tuntutan masing-masing. Banyak kawasan bertindih-tindih antara satu sama lain.
Tuntutan-tuntutan negara lain di kawasan Laut China Selatan adalah bertindih dan perkara ini merumitkan keadaan serta berpotensi menyebabkan ketegangan di lapangan.
Namun begitu, negara-negara ASEAN dan China sentiasa bekerjasama untuk memastikan keamanan, kestabilan dan untuk mengelak ketegangan di Laut China Selatan, di mana negara-negara ASEAN dan China telah memeterai satu Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan atau dengan izin, Declaration on the Conduct Parties in the South China Sea ataupun DOC pada 4 November 2002.
Selaras dengan persetujuan di bawah DOC tersebut, negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan dengan izin, self-restraint dan memastikan tindakan-tindakan yang diambil dan aktiviti-aktiviti dijalankan di Laut China Selatan tidak meningkatkan ketegangan maritim di wilayah masing-masing.
Malaysia juga merupakan negara penyelaras. Kita tahun ini daripada tahun lepas, 2025 sampai 2027 Datuk Yang di-Pertua, kita merupakan negara penyelaras dengan China.
Setiap negara anggota ASEAN, dia menjadi negara penyelaras dengan anggota negara- negara rakan dialog. Dulu kita dengan Korea, tapi mulai daripada 25-27 kita merupakan negara penyelaras dengan negara China.
Hubungan dialog ASEAN-China dari Ogos 24 hingga 2027. Minta maaf, tadi saya kata 2025. 2024 sampai 2027 yang memainkan peranan penting dan signifikan dalam rundingan COC. COC ini dengan izin Datuk Yang di-Pertua, kita sedang merangka Code of Conduct in the South China Sea yang dilihat sebagai satu kod tatacara untuk mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. Ia adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.
COC ini bukan untuk kita menyelesaikan masalah pertindihan maritim. COC ini adalah merupakan Kod Tatalaku ataupun Code of Conduct negara-negara yang menggunakan Laut China Selatan, apa yang mereka perlu lakukan. Tidak boleh kita masuk ke kawasan-kawasan dengan untuk kita memprovokasi dan yang lain-lain. Boleh lalu, kita nak supaya Laut China Selatan selamat, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Kena bagi salam. Kena bagi salam dulu la.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Nak masuk kena beri salam dulu ya. Jadi, minta kebenaran. Tentera-tentera laut biasanya yang nak dock atau pun yang nak singgah di pelabuhan kita ataupun di Pangkalan TLDM Datuk Yang di-Pertua, mereka memerlukan Nota Diplomatik. Kita memerlukan Nota Diplomatik dan kita kena luluskan dulu untuk mereka masuk. Tak ada timbul bahawa tentera laut mana-mana negara tak boleh singgah.
Baru-baru ni Amerika, Soviet, China, semua— Tentera Laut Iran, semua kita benar masuk, tapi melalui Nota Diplomatik. Malaysia juga merupakan negara penyelaras hubungan yang saya sebut tadi 24-27 yang memainkan peranan penting dan signifikan dalam rundingan COC. COC ini sekarang Datuk Yang di-Pertua, kita dah peringkat 75 ke 80 peratus dah bersetuju kerana dia punya dokumen itu tebal. Kita rundingkan perenggan demi perenggan.
Susah kerana setiap negara mempunyai pandangan masing-masing, tapi dah hampir 80 peratus dah.
Kita jangkakan jika tidak ada apa-apa bantahan banyak daripada negara lain, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang kedua pada bulan November tahun depan, tahun ini di Manila, kita boleh menandatangani dan bersetuju membuat satu deklarasi Code of Conduct di Laut China Selatan insya-Allah. Kita yakin.
Antara rundingan COC di Filipina pada tahun 2006 yang lepas dan terkini diadakan di Singapura, pada tahun yang paling latest sekali rundingan COC adalah di Singapura pada bulan Februari 2026. Dalam pelbagai pertemuan dan mesyuarat, negara-negara ASEAN dan China telah menzahirkan keyakinan terhadap Malaysia untuk mempengerusikan siri rundingan secara bersama dan efektif bagi memuktamadkan dokumen COC tersebut pada hujung tahun ini.
Bagi melaksanakan rundingan COC tersebut Datuk Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC akan dirundingkan dan akan mencapai satu kod tatalaku yang substantif dan efektif serta tanpa prejudis terhadap kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara seperti yang saya sebutkan tadi. This is not about we are settling the settlement on this claimant countries, but this is a code of conduct on parties yang akan melalui Selat China Selatan, Laut China Selatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, soalan tambahan Dato’ Salehuddin.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya juga ambil maklum berkaitan dengan perkataan “pertindihan” instead of “pertikaian” pada masa-masa akan datang. Cuma ada persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini. Berkaitan dengan jawapan tentang pertindihan dan sebagainya memang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi mungkin saya nak bertanya sedikit berkaitan dengan penguatkuasaan.
Penguatkuasaan, dari segi penguatkuasaan undang-undang, apabila kita dapati bahawa banyak berlaku pencerobohan nelayan asing ke dalam sempadan maritim kita, yang mana ketika kami Jawatankuasa TIA turun padang ke Lumut tempoh hari, diberitahukan bahawa apabila pihak penguatkuasaan kita berada di kawasan kita dan menguatkuasakan undang-undang terhadap pencerobohan nelayan asing, mereka kekurangan aset. Mereka berhadapan dengan kekuatan kumpulan-kumpulan nelayan ini kadang-kadang dah bersedia untuk berhadapan dengan pihak penguatkuasaan maritim kita.
Jadi persoalannya, sejauh manakah pihak kerajaan boleh menyediakan aset-aset bagi melengkapkan pasukan keselamatan kita dalam mendepani masalah nelayan-nelayan asing yang menceroboh ke tanah air kita ini dalam keadaan mereka telah bersiap sedia dengan kelengkapan mereka sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Terima kasih Dato’ Setia. Dia, pengawasan territory kita ini terutamanya laut, kita ada kita punya territory laut kita sendiri, 25 kilometer. Itu diuruskan oleh Marine Police. Lepas itu Maritim, lepas itu baru Navy. Kita punya extended punya area tu, itu Navy punya cerita.
Jadi, Datuk Yang di-Pertua, kita mengawal kawasan maritim kita dengan sebaik mungkin. Saya setuju dengan apa disebut oleh Dato’ Setia Salehuddin tadi. Kita mempunyai ataupun mengalami kekurangan aset. Itu sebabnya Maritim sekarang ini mendapat dua biji kapal yang bukannya kapal baharu, tapi kapal yang masih boleh digunakan, baik lagi pihak Amerika Syarikat telah pun memberikan kapal yang besar-besar untuk kegunaan Maritim kita.
Kalau Tentera Laut kita, seperti mana yang kita tahu, LCS dah 3 biji dah berada di dalam laut. Maknanya telah pun siap dia punya pembinaan body dia, tapi di dalam proses dia sedang buat apa, certification on dia punya laut dan juga certification untuk kegunaan persenjataan. Ini mengambil masa enam bulan ke satu tahun Yang di-Pertua.
Dan LMS semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bersama dengan beliau di Turki pada hujung tahun lepas, perkembangan pembinaan LMS: Littoral Mission Ship yang mengawal sempadan di luar kawasan maritim, kawasan continental shore kita, itu LMS.
LMS ini sedang dibina dan nampaknya dia ahead of time. Dia dibina lebih awal daripada masa yang timeline kita letakkan. Jadi insya-Allah bila siap, lima biji LCS dan tiga biji LMS ini Datuk Yang di-Pertua, kita mempunyai aset yang sempurna sedikit. Bukannya cukup sangat, tapi sempurnalah untuk kita mengawal sempadan maritim kita untuk kita jangan selalu diagah-agah dek orang lah ya. Kerana sekarang ini kita punya kapal, kalau satu itu, KD Lekiu itu Datuk Yang di-Pertua, boleh kita letak KD Lekiu. Orang tengok kita ada berapa banyak KD Lekiu? Sebenarnya kita ada satu saja, tapi latihan itulah KD Lekiu, pameran itulah KD Lekiu. Yang lain-lain itu boleh dikatakan bukannya full mission capabilities. Dia boleh belayar, tapi not on full mission capabilities.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ini juga merupakan kekangan yang dihadapi oleh pihak angkatan tentera semasa saya menjadi MINDEF— MENHAN dulu. Ini merupakan asas perbincangan kita dengan kerajaan agar— kita nak kawal sempadan maritim, kita nak kawal sempadan udara, kita nak kawal sempadan darat kita, tapi kekangan aset kita yang amat berkurangan. Terima kasih.
Tuan Azahar bin Hassan
Sikit, saya sebelum pergi soalan Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya fasal kepentingan awam sikit.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya belum bagi kebenaran lagi.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Haji Hussin, tadi dah bagi peluang, saya bagi peluang kepada YB Azahar lah [Ketawa] .
Tuan Azahar bin Hassan
Okey, terima kasih. Sayang sangat dengan Speaker kita.
Sebenarnya, soalan tambahan ini ia tidak berkait dengan ni, tapi kita ada Menteri Luar Negeri sini— bagaimana kita hendak pindahkan ataupun pergerakan memindahkan rakyat Malaysia kita yang terperangkap di Qatar dan di Timur Tengah? Sebab dari WhatsApp, WhatsApp yang sampai ini semua kata dia, bom sana hari-hari.
Mereka mohon tindakan segera daripada pihak kerajaanlah untuk memindahkan sama ada jalan darat dan sebagainya. Ini saya sampaikan pesanan ataupun rintihan daripada rakyat kita di sanalah. Terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan yang tidak berkaitan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Azahar bin Hassan
Tak berkait, tapi kita kepentingan awam.
Timbalan Yang di-Pertua
Terpulang kepada YB Menteri hendak jawab tak jawab.
Tuan Azahar bin Hassan
Kepentingan awam.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tak apa, saya boleh jawab.
Datuk Yang di-Pertua, perkataan “terperangkap” itu belumlah dikatakan terperangkap kerana keadaan masih lagi terkawal. Cumanya yang kita kata keadaan yang menyusahkan sedikit itulah, mereka-mereka yang on transit. Mereka yang menetap di situ tak ada isu, sebab dia duduk rumah situ semua ada lah kelengkapan, tetapi mereka yang transit ini— itu betul- betul.
Dia patutnya transit lima jam dekat Dubai ke, dekat Oman ke, dekat Abu Dhabi ke, dekat Doha ke, mereka ini terperangkap ya. Keadaan hendak pergi ke mana?
Dan yang Jeddah nya, mereka yang dah habis keluar buat daripada Mekah, dah habis buat umrah, mereka pergi ke Jeddah, tetapi penerbangan tak ada, kerana Malaysia Airlines tak menjalan ataupun tidak pergi ke sana lagi.
Walaupun ruang udara negara Arab Saudi masih terbuka, masih tidak tutup, tapi MAS ataupun Syarikat Penerbangan Malaysia tak nak pergi ke sana kerana kemungkinan besar caj premium insurans dah terlampau tinggi sekarang. Kerana insurance company menaikkan insurans premium mereka sehinggakan dia tidak lagi viable untuk kapal terbang MAS untuk pergi ke sana. Jadi ini yang nak kita selesaikan.
Kita dah bincang. Wisma Putra kita ada Bilik Gerakan yang dibuka 24 jam dan kita punya konsulat-konsulat di setiap negara-negara kedutaan kita yang dia berada di Negara Teluk dan juga di kawasan berhampiran memantau.
Dan kita mahu supaya yang umrah ni, kita minta supaya syarikat-syarikat yang mengendalikan umrah mereka itu bertanggungjawablah, tapi mereka yang tak berumrah tu macam balik— singgah untuk transit, dia ni sendiri, misalnya.
Macam ada 10 orang studen yang buat umrah pergi sendiri daripada Jordan, sekarang terperangkap di Jeddah. Itu kita ambil mereka duduk di kawasan kedutaan kita. Bersempit sikit tak apa.
Dan kita sedang merundingkan dengan— juga Tabung Haji kerana Tabung Haji ada dia punya hostel di Jeddah. Bagaimana cara untuk kita selesaikan. Rest assured, dengan izin Datuk Yang di-Pertua.
Kita memantau dan kita memang faham dan fahami, tapi untuk rakyat Malaysia yang berada di sana yang banyak— yang paling banyak sekali di Qatar lah ya, di Qatar.
Kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar dan tidak berdaftar yang tinggal di Negara- negara Teluk ini seramai 29,000 orang. Yang berdaftar, tidak berdaftar. Yang berdaftar cuma lebih kurang 13,000. Macam di Qatar, yang berdaftar cuma 2,700, tapi kesemua rakyat Malaysia termasuk yang tidak berdaftar ada selama ini 6,200 orang. Kebanyakan mereka ini bekerja di Syarikat Qatar Airways apa semua. Bahagian engineering, pilot apa semua. Itu tak ada isu.
Jadi yang saya— kita nak, kita uruskan inilah mereka yang on transit ini kerana mereka tak tahu. Ada satu orang tu WhatsApp dengan saya, dia kata dia terpaksa keluar daripada hotel kerana hotel tu nak tutup operasi kerana diarahkan tutup operasi. Dia nak pergi ke mana? Jadi saya telah minta kedutaan kita di Abu Dhabi— di Oman, bukan di Abu Dhabi, di Oman untuk buat sesuatu untuk pastikan mereka-mereka yang dalam keadaan begini itu dapat kita urus dengan terbaik yang mungkin, insya-Allah.
Belum ada lagi pelan evakuasi. Kita sedang meneliti, memantau keadaan di sana dan keadaan sekarang ini belum lagi memungkinkan kita untuk trigger evacuation plan daripada Negara-negara Teluk— rakyat kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih jawapan daripada Menteri kerana hal semasa yang perlukan penyelesaian, tapi belum lagi memerlukan evakuasi. Terima kasih YB Menteri.
YB Azahar, soalan nombor 10.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih. Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Azahar bin Hassan minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian mempunyai data terkini mengenai jumlah kemalangan yang berlaku di plaza tol di seluruh negara bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini dan apakah punca utama kemalangan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Azhar Hassan, kemalangan bagi kategori plaza tol adalah kemalangan yang berlaku di kawasan Pondok Tol termasuk kawasan flare area, dengan izin iaitu 75 meter sebelum dan selepas kawasan plaza tol. Terdapat sebanyak 205 plaza tol di 34 buah lebuh raya yang sedang beroperasi di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kerja Raya.
Berdasarkan analisis daripada Malaysian Highway Road Accident Analysis and Database System, data kemalangan di plaza tol bagi tahun 2022 sehingga 2025 mendapati jumlah keseluruhan kemalangan menunjukkan trend peningkatan setiap tahun. Bermula daripada 541 kes pada tahun 2022 dan meningkat kepada 914 kes pada tahun 2025.
Peningkatan tertinggi dikesan antara tahun 2023 dan 2024 di mana jumlah kes melonjak sebanyak 32 peratus daripada 651 kepada 861 kes— 2022, tujuh maut; 2023, tiga maut; 2024, enam maut; dan 2025, lima maut. Faktor kecuaian manusia adalah punca paling kritikal yang menyumbang kepada kemalangan.
Pada tahun 2025, sebanyak 718 kes iaitu 78.56 peratus direkodkan berpunca daripada kecuaian manusia. Faktor kenderaan mencatatkan angka tertinggi pada tahun 2024 dengan 188 kes 21.84 peratus. Namun menunjukkan penurunan kepada 136 kes pada tahun 2025.
Bagi tahun 2025, daripada keseluruhan 136 kes, 82 kes menyebabkan kes lebih muatan, 40 kes melibatkan masalah brek dan 14 kes melibatkan masalah kenderaan lain seperti masalah tayar dan mechanical electrical. Faktor persekitaran walaupun menyumbang [Tidak jelas] Kecil, telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh tersebut daripada 29 kes, 2022 kepada 60 kes, 2025.
Pemandu dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan plaza tol dan mematuhi had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memilih lorong mengikut mod pembayaran yang betul dan memastikan baki kad Touch 'n Go serta e-wallet mencukupi bagi mengelakkan penukaran lorong di saat akhir yang akan meningkatkan risiko keselamatan terhadap pemandu serta pengguna lebuh raya yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Azahar.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu baik. Adakah kementerian merancang untuk memperkenalkan teknologi bantuan pemandu di plaza tol seperti peranti amaran pelanggaran ataupun sistem lampu isyarat yang lebih berkesan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Tol yang lebih berkesan, sistem lampu isyarat ini memang kita ada antaranya apa yang dipanggil sebagai nasihat di paparan VMS agar memastikan baki kad itu cukup, Touch 'n Go, e-wallet, RFID— supaya kenderaan tak berhenti mengejut dan tidak mengundur. Apabila kenderaan mengundur, maka kemungkinan akan berlaku kemalangan.
Selain daripada itu— tambahan daripada selain daripada apa yang ditanya ialah bagaimana cara untuk mengatasi?
Kita ada tambah jalur getaran Datuk Yang di-Pertua. Dalam bahasa Inggeris “rumble strips” supaya ada kesedaran bahawa sampai dah tempat tol itu, serta papan tanda amaran had laju yang jelas 500 meter sebelum plaza tol. Dan ada juga litar tertutup CCTV supaya kita boleh mengelakkan pada masa akan datang untuk mengesan pemandu yang menukar lorong di saat akhir atau yang mengguna telefon bimbit yang jadi— sering menjadi punca kemalangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Yang Berhormat Abun? Yang Berhormat Abun tadi dah dapat peluang kan?
Tuan Abun Sui Anyit
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Tapi tak apa lah sekali lagi.
[Ketawa]
Tuan Abun Sui Anyit
Okey, terima kasih. Saya belajar pantun dari YB ni, Menteri ini.
Pagi hari pergi ke pekan, Singgah warung beli sarapan; Sekarang saya kemuka soalan, mohon Menteri beri jawapan. Jadi soalan saya adalah, lokasi yang selalunya kemalangan ini yang menyebabkan maut ini ada tol yang agak curam. Jadi kenapa ini boleh berlaku dan adakah kerajaan berhasrat untuk memindahkan tol-tol yang agak curam ini menyebabkan kadang-kadang kalau kenderaan yang tak baik ini dia akan melanggar dan menyebabkan kematian seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua
Serupa di MEX la.
Tuan Abun Sui Anyit
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Lebuhraya MEX.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, ada satu, dua lah kawasan, tetapi tentunya apabila kita membuat plaza-plaza tol itu memang sebolehnya kita berada dalam kawasan yang landai kerana kalau tidak merbahaya di segi brek dan sebagainya. Dan kita harap perkara itu kita boleh sentiasa buat kajian dan perubahan supaya kawasan landai sahaja yang kita dirikan kawasan tol ini.
Saya dah sebut tadi banyak kawasan dia 205 plaza. Mungkin adalah yang kes-kes terpencil maka plaza tol terpaksa dibuat di kawasan yang tidak rata.
Berjalan-jalan hingga berpeluh, Waktu pagi indahnya maya; Soalan kemalangan nombor sepuluh, Saya pun telah memberikan jawapannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pun ada pantun juga.
[Ketawa] Sekarang saya jemput Tuan Hasbie bin Muda.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.
11. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Komunikasi menyatakan, apakah langkah baharu kerajaan untuk menyekat laman web pornografi yang terus berleluasa.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Datuk Yang di-Pertua, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC sentiasa melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian termasuk yang bersifat lucah, sumbang dan jelik melampau selaras dengan akta-akta yang dikuatkuasakan iaitu Akta 588 dan Akta 866.
MCMC turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dari segi permohonan penurunan kandungan di platform media sosial, permohonan sekatan laman sesawang, pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepat proses siasatan.
Di bawah seksyen 233 Akta 588 pindaan 2025 yang berkuat kuasa 11 Februari 2025, hukuman bagi penyebaran kandungan bersifat lucah telah ditingkatkan. Bagi kesalahan penyebaran kandungan bersifat lucah dalam talian, hukumannya adalah denda tidak lebih RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan denda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Selanjutnya, penyebaran bahan lucah sedemikian bagi tujuan komersial pula, boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM10,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Tujuan apa yang dimaksudkan dengan penyebaran bahan lucah bagi tujuan komersial adalah kandungan-kandungan yang bersifat lucah ini tapi kita contoh membayar, subscribe dan sebagainya. Itu adalah dendanya satu juta atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun. Bermaksud ini adalah kesalahan seizable, seizable offence, boleh ditangkap.
Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dikenal pasti melakukan kesalahan tersebut bagi membendung penyebaran iklan bahan lucah dan bahan lucah itu sendiri di media sosial. Dari 1 Januari 2022 sehingga 1 Mac 2026, MCMC telah mengemukakan permohonan penurunan kandungan yang bersifat lucah sebanyak 6,481 kandungan kepada platform penyedia–– kepada penyedia platform.
Dari jumlah itu, 5,203 atau 80 peratus kandungan telah diturunkan. Tindakan penurunan kandungan oleh pemberi perkhidmatan ini dibuat berdasarkan aduan yang dikemukakan, syarat-syarat garis panduan komuniti pemberi perkhidmatan dan aplikasi undang-undang tempatan yang berkuat kuasa. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 4,380 laman sesawang bersifat lucah telah disekat oleh penyedia platform berikutan permohonan daripada MCMC.
Selari dengan keperluan keselamatan dalam talian secara menyeluruh, kerajaan telah menguatkuasakan Akta 866 sejak 1 Januari 2026 yang antara lain mewajibkan pemberi perkhidmatan aplikasi dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang dilesenkan di bawah Akta 588 mengawal selia kandungan memudaratkan dalam talian. Sejak penguatkuasaan Akta 866, MCMC telah memukulkan permohonan penurunan sebanyak enam kandungan lucah dan kesemua kandungan tersebut telah diturunkan oleh pemberi perkhidmatan.
Kerajaan mengimbangi tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan langkah pencegahan melalui pendidikan literasi digital. Sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam, Kempen Internet Selamat telah dilancarkan pada Januari 2025. Sejak itu, sehingga 1 Mac 2026, kempen ini telah dilaksanakan di 9,383 buah sekolah dan institusi pendidikan tinggi melibatkan 472,066 orang murid pelajar sekolah dan IPT, manakala 554 program telah di laksana kepada masyarakat umum melibatkan 426,381 peserta di seluruh negara.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pelindungan terhadap kanak-kanak, menyokong peranan ibu bapa dan mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Hasbie.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Kalau kita merujuk kepada jawapan Menteri, setiap tahun saya ingat isu ini dibangkitkan sama ada di Dewan rakyat atau Dewan negara. Dan jawapan Menteri memang setiap tahun kita ada jumlah laman web yang kita sekat tapi masalahnya tak selesai. Kalau kita ada seluruh dunia ini ada katalah 10,000 laman web, kita boleh sekat 1,000 setiap tahun. Tinggal mungkin 5 persen atau 10 persen, itu tetap tak boleh menyelesaikan masalah.
Jadi saya nak tanya, adakah kementerian ada apa nama ni agenda ataupun ada sasaran untuk menoktahkan terus maknanya tidak ada langsung laman web yang boleh diakses, laman web porno yang boleh diakses dalam negara kita. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Memang hasrat kerajaan adalah untuk menyekat kesemua laman-laman web yang bersifat lucah seperti yang disebutkan itu. Dan isunya Datuk Yang di-Pertua adalah mekanisme, apakah cara yang terbaik untuk melaksanakan tindakan tersebut. Ada yang melibatkan penggunaan peralatan tertentu ataupun isu teknologi tertentu.
Dan sudah pasti masalah mengenai laman web ialah sekiranya ditutup dalam satu dengan izin, IP address pihak yang membangunkan laman web itu boleh menggunakan IP address yang berbeza ataupun address website yang berbeza. Dan ini kita dapati sangat rancak digunakan bila kita menyekat contoh laman-laman web scam mengenai bantuan kerajaan. Kita sekat satu yang namanya contoh bantuankerajaan.my, tapi apa yang mereka lakukan ialah bantuan-kerajaan.my pula yang hidup. Ditutup yang itu buka pula yang baru.
Jadi cara yang terbaik adalah dalam keadaan tertentu seperti yang kita ada dengan undang-undang yang baharu adalah untuk menahan, menangkap dan mendakwa pihak-pihak tertentu yang membangunkan aplikasi ataupun website, website ini, laman-laman sesawang ini di mahkamah. Cuma kekangannya adalah bagi mereka yang membangunkan laman- laman sesawang yang ada di luar negara. Kita perlu melalui mutual legal assistance kerjasama daripada negara-negara asing, jadi ada beberapa kekangan.
Cara yang terbaik, cara yang terbaik adalah bagi kita semua menjadi contoh kepada sama ada keluarga kita, komuniti kita, masyarakat kita, anggota parti kita supaya elak daripada kita menormalisasikan budaya ataupun kita menonton, melihat laman-laman sesawang ini.
Satu, mungkin yang terakhir Datuk Yang di-Pertua, sekali-sekala akan hadir ataupun bangkit soalan mengenai masalah iklan-iklan lucah yang kadang-kadang kita melawat mana- mana satu laman web dan ada iklan-iklan tertentu yang bersifat lucah yang terpapar dalam laman web tersebut. Di sini saya bagi peringatan kepada semua, banyak daripada iklan yang disajikan, disiarkan kepada kita dalam laman-laman sesawang ini.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kadang-kadang laman sesawang berita sebagai contoh, tapi disiarkan iklan-iklan yang tidak begitu baik ini, dia adalah berdasarkan cookies ataupun tracking yang laman web itu buat terhadap apa yang kita suka tonton. Jadi kita kalau iklan-iklan itu muncul, bermaksud internet mengenal pasti kita sebagai suka pada benda itu. Jadi itu satu peringatan untuk semualah. Elak daripada tonton dan bagi yang beragama Islam, bulan Ramadan ini adalah masa yang terbaik untuk kita memperbaiki diri sendiri. Jadi itu pesanan khidmat masyarakat saya untuk semua. Sekian terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Datuk Speaker, boleh saya tambah?
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan YB Halim.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Terima kasih. Terima kasih jawapan. Dia tak tahu nak tengok benda-benda lucah ini. Masalah ini, ini lalu depan kita. Kita buka raise, buka, dia keluar. Sama juga buka PDF. Kadang-kandang nak tunggu, kita tengok kandungan, dia keluar depan kita. So, ini, ini yang berlaku. Bukan, bukan kita minat, kadang-kadang tengok, benci ya. Tengok macam-macamlah. Jual seks ke ataupun barang-barang yang tidak masuk akal untuk kita lihat.
Saya nak tanya, adakah cadangan kerajaan untuk menyekat yang bawah 16 tahun daripada apa kata orang itu, melihat pada laman web pornografi ataupun apa-apa laman yang disediakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Di Malaysia, kita tidak membenarkan menonton ataupun melawat laman-laman web tersebut. Malah pihak MCMC dan juga internet service provider dengan izin, telah menyekat banyak daripada laman-laman sesawang yang bersifat pornografi ataupun lucah ini.
Masa yang sama, apa yang Yang Berhormat Dato’ ada sebutkan tadi mengenai sama ada iklan ataupun yang masuk dalam Facebook reel sebagai contoh. Di situ algorithm dengan izin, yang kita, yang kita gunakan, dia kadang-kadang algorithm itu mencuba nasib untuk tengok sama ada kita minat ataupun tidak pada kandungan itu. Katalah, kita suka kucing, ini kucing, kucing, kucing, jadi banyaklah video-video kucing yang kita terima. Tiba-tiba dia tanya, algorithm itu akan bertanya, adakah individu ini suka anjing? Contoh. Jadi tiba-tiba dia selitkan satu video anjing. Kalau kita tonton, bermaksud algorithm itu akan membaca kita sebagai, ‘Oh sebenarnya kamu minat benda ini.’ Jadi, tolong berhati-hati menggunakan platform-platform media sosial kerana tujuan asas platform media sosial adalah untuk menarik minat kita, mencandukan kita kepada algorithm dan menyajikan iklan-iklan yang dibayar oleh pihak-pihak termasuk daripada kalangan scammer, penyedia bahan-bahan lucah dan sebagainya. Itulah antara sebab, kenapa kerajaan telah memutuskan bukan hanya untuk laman-laman sesawang lucah, tapi juga untuk platform-platform media sosial, kita akan sekat anak-anak bawah usia 16 tahun daripada membuka akaun.
Saya nak jelaskan, kita tidak menghalang anak-anak bawah usia 16 tahun daripada menonton YouTube ya. Boleh, boleh tonton YouTube. Kita cuma tidak mahu mereka membuka akaun dalam YouTube ataupun dalam TikTok. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat membuka untuk anak atau cucu dan mereka menonton pada handset kita, handphone kita, tak menjadi masalah. Kita cuma nak elak daripada anak-anak itu membuka akaun sendiri bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan menjadi mangsa.
Seperti yang berlaku di Sabah baru-baru ini, seorang lelaki dari Timur Leste telah berkawan dengan seorang kanak-kanak berusia 15 tahun. Dan akhirnya kanak-kanak 15 tahun ini, budak perempuan ini telah dirogol sebab berkawan dalam TikTok. Maka kita tak nak keadaan itu terjadi dan insya-Allah menjelang pertengahan tahun ini, kita akan kenakan sekatan kepada anak-anak bawah 16 tahun daripada membuka akaun sendiri, tapi kalau ibu bapa mengajar, mendidik mereka membuka akaun bagi pihak mereka dan digunakan bersama dengan cara yang berhemah, bertanggungjawab, tidak menjadi masalah. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya memang simpatilah dengan jawatan Menteri Komunikasi ini. Memang susah. Hari-hari, setiap, setiap, setiap hari, setiap minit, setiap jam, setiap minit, setiap saat pun ada masalah. Dia tak berhenti.
[Ketawa] Jadi tahniahlah. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebenarnya nak sampai ke soalan nombor 13. Kerana soalan nombor 13 ini adalah, merupakan soalan yang juga merupakan soalan yang penting bagi penghuni di kawasan bandar dan terutamanya bila berlaku banjir, reka bentuk jalan ini menjadi, menjadi masalah juga kepada masalah banjir itu.
Jadi saya nak benarkan soalan 12 dan 13. Cuma, saya benarkan satu saja soalan tambahan. Tidak ada dua, lebih soalan tambahan lebih ya. Jadi sekarang saya jemput Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 12.
12. Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sejauh mana kerajaan dapat meningkatkan keupayaan kapasiti Tadika Perpaduan bagi menerima murid 5 tahun ke kelas Pra Sekolah pada 2026 seiring dengan pertambahan permintaan ekoran kemasukan ke Tahun 1, 2027 pada umur 6 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam memperkukuhkan keupayaan kapasiti Tadika Perpaduan bagi memastikan akses pendidikan prasekolah yang inklusif dan berkualiti kepada kanak-kanak berumur lima tahun khususnya selaras dengan pelaksanaan dasar kemasukan Tahun 1 pada umur enam tahun bermula 2027.
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedang melaksanakan langkah-langkah menambahbaikkan secara berperingkat bagi memperkukuh keupayaan 1,781 Tabika Perpaduan dalam menampung keperluan kemasukan murid prasekolah. Usaha ini merangkumi pelaksanaan tinjauan keperluan dan penentuan kapasiti Tabika Perpaduan secara berfasa mengikut kategori dan lokasi.
Pelaksanaannya termasuk mengoptimumkan penggunaan ruang sedia ada serta penyusunan semula pengambilan murid berdasarkan kapasiti dan kesesuaian setempat.
Selaras dengan keperluan semasa, maklumat yang diperoleh melalui pelaksanaan tinjauan dan penilaian keperluan juga turut dimanfaatkan untuk membangunkan profil murid secara lebih menyeluruh merangkumi latar belakang sosio-demografi, tahap perkembangan serta keperluan perbelanjaan lebih inklusif dan responsif kepada keperluan setempat.
Kementerian juga sedang melaksanakan penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi berkaitan pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan tiada keciciran murid. Selain itu, kementerian juga telah menggubal Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 untuk memberi suntikan dan nafas baharu kepada Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan yang juga selari dengan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 ini. Matlamat pelan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam memperkembangkan potensi serta melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih YB Menteri. Selaras dengan reformasi pendidikan dan juga Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 melibatkan perubahan kurikulum prasekolah dan juga kompetensi guru prasekolah Jabatan Perpaduan juga tidak terkecuali daripada isu ini.
Pada tahun 2027, adakah Jabatan Perpaduan melalui guru-guru pra-sekolahnya sudah bersedia dengan kerangka kurikulum dan juga tugasan kerana sudah belum tentu seawal empat tahun sudah menerima pelajar prasekolah berikutan daripada pelajar 6 tahun akan memasuki Tahun 1 pada tahun 2027? Jadi adakah pertamanya, sudah ada sukatan pelajaran? Satu.
Keperluan pembantu guru untuk menangani masalah dan kerenah pelajar seusia 4 tahun untuk masuk dalam prasekolah?
Dan ketiga, adakah kursus-kursus latihan intensif diberi bagi menyediakan sesi akademik 2027 yang akan memulakan dengan sukatan baharu? Terima kasih Datuk Yang di- Pertua.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya juga ingin memaklum bahawa, buat masa kini, semua guru-guru yang mengajar di tabika adalah mempunyai kelayakan diploma dalam Early Childhood Education ataupun Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. So, memang layak untuk mereka mengajar dan juga, dan kini sekarang kementerian sedang berusaha untuk mengadakan berbincang dengan KPM dalam kerja-kerja penyelarasan, bagaimana kita mahu menyerahkan pelajar-pelajar umur 5 tahun supaya masuk prasekolah dan 6 tahun boleh masuk Darjah 1 di sekolah, di bawah KPM.
Pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan juga sedang berusaha untuk melatih dalam perancangan lagi, untuk latihan khas untuk pengasuhan kerana umur 3 tahun dan 4 tahun ini masih lagi awal lagi dan memerlukan kepakaran dan kita juga bersedia untuk menghantar guru-guru kita, kurikulum ataupun latihan tambahan ini. Kerana saya rasa ia bukan sahaja lagi soal pendidikan, tapi ia lebih kepada persediaan dari segi mental, dari segi emosi dan dari segi pendidikan fizikal dan sebagainya supaya guru-guru yang ada di tadika ini memang cukup mantap dan hebat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj
Buat masa ini, memang saya yakin guru-guru yang sedia ada ini memang cukup hebat.
Kita boleh melihat prestasi dari segi pengajaran, dari mendidik Rukun Negara, bahasa-bahasa kebangsaan, bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil pun juga mereka mengajar dalam tadika ini. Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah secara terkejut. Memang kementerian pun terkejut, memang kita ambil masa sedikit dan kita sedang berupaya dalam masa terdekat, sudah ada perbincangan antara KPM dan KPN. Yang Berhormat Menteri KPM pun telah mengadakan perjumpaan dengan Yang Berhormat Menteri KPN.
So, kita yakin kerja-kerja penyelarasan dasar, kerja-kerja penyelarasan infra dan juga kalau jika perlu, kita buat expansion dari segi fasiliti. Masih kita sedang dalam perbincangan supaya kita bersedia tahun 2023 ini, segalanya berjalan dengan lancar. Berdasarkan apa yang kita set as a goal untuk mencapai umur Tahun 1 pada umur 6 tahun bermula 2027.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baiklah. Kita sampai kepada soalan terakhir pada hari ini.
Saya jemput Senator Tuan Michael Mujah Lihan.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya 13.
13. Tuan Michael Mujah Lihan minta Menteri Kerja Raya menyatakan, pandangan kementerian berhubung sejauh manakah perancangan dan reka bentuk jalan dalam mengambil kira pertumbuhan pesat bandar dan pertambahan kenderaan dalam menangani kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Michael Mujah Lihan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan serta reka bentuk jalan oleh kementerian kerja raya sentiasa mengambil kira pertumbuhan pesat bandar dan unjuran pertambahan kenderaan melalui penyediaan data trafik komprehensif seperti yang ditunjukkan di dalam sistem Road Traffic Volume Malaysia yang dikumpulkan oleh KKR.
Data ini menjadi asas kepada analisis kapasiti, unjuran trafik dan keperluan pembangunan rangkaian jalan raya secara lebih holistik. Bahagian ini juga berfungsi merangka dasar rangkaian lebuh raya dan jalan raya kebangsaan yang cekap, selamat dan selaras dengan pembangunan sosioekonomi negara.
Dari sudut reka bentuk dan perancangan, KKR menekankan penyelarasan rapat antara pembangunan jalan raya dan perancangan guna tanah di kawasan bandar utama. Hal ini memastikan rangkaian jalan yang diwujudkan dapat menampung kepadatan penduduk dan peningkatan jumlah kenderaan, khususnya di kawasan pesat membangun seperti Lembah Klang, Johor Bahru, kawasan Datuk Yang Petua dan Pulau Pinang. Penyelarasan ini turut merangkumi pelaksanaan kajian kemungkinan jalan baharu, analisis trafik serta penyenaraian keutamaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun bagi memastikan perancangan jangka panjang yang mampan.
Dalam konteks menangani kesesakan lalu lintas, KKR mengutamakan pendekatan teknologi dan infrastruktur secara serentak. Pendekatan ini termasuk penggunaan sistem pengangkutan pintar, intelligent transportation systems (ITS) dan penambahbaikan keselamatan serta aliran trafik berdasarkan kajian lapangan. Pelaksanaan ITS ini membolehkan pemantauan trafik secara masa nyata, analisis corak pergerakan kenderaan serta sokongan kepada pengurusan trafik yang lebih responsif, khususnya di kawasan bandar utama yang mencatatkan jumlah isi padu trafik yang tinggi.
Maklumat yang diperoleh turut digunakan sebagai input sokongan kepada perancangan dan keutamaan pembangunan infrastruktur jalan raya. Selain itu, KKR juga telah menerbitkan Pelan Pembangunan Jalan Raya, Highway Network Development Plan (HNDP) sebagai kerangka strategik untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada serta pembinaan laluan baharu bagi meningkatkan kecepatan mobiliti di bandar-bandar utama.
HNDP meliputi aspek isi padu trafik, guna tanah, ekonomi dan alam sekitar.
Sehingga kini, KKR telah menerbitkan HNDP 2030 untuk negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan HNDP 2040 bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan. Pelan ini menjadi panduan strategik kepada pembangunan jalan raya di seluruh negara serta dijangka meningkatkan kesaling-hubungan, mengurangkan kesesakan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan itu, KKR berpandangan bahawa pendekatan holistik yang merangkumi reka bentuk jalan yang mampan, integrasi teknologi terkini serta penyelarasan rapat dengan pihak berkuasa perancang bandar adalah penting dalam menangani kesesakan lalu lintas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Jadi, soalan tambahan saya telah pun dijawab. Terima kasih.
Tuan Abun Sui Anyit
Saya bukan nak buat soalan. Saya memperkenalkan rombongan dari Bakun Resettlement Scheme untuk melihat Dewan kita pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Selamat datang ke Dewan Negara.
[Tepuk] Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [2 Mac 2026]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara pada hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Kementerian Sumber Manusia menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, seperti yang terkandung dalam senarai susunan giliran YB-YB Menteri menjawab yang telah diedarkan pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 Mac 2026.
Dijemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mula menjawab. Masa diberikan adalah 20 minit, dipersilakan YB Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bermula dari 23 hingga 26 Februari 2026 yang lalu.
Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan, termasuklah syor penambahbaikan yang dinyatakan mahupun yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sekalian. Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan- pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan memberi maklum balas terhadap pertanyaan berkaitan memperkasakan wanita dengan memperkukuhkan agenda wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.
Untuk makluman, pada tahun 2004, kerajaan telah menetapkan sasaran sekurang- kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam. Tindakan affirmative ini telah mula diambil kira sejak Rancangan Malaysia Kesembilan. Hasilnya, statistik...
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri. Saya nak cadangkan kalau Ahli yang bertanya itu tak ada dalam Dewan, YB Menteri boleh berpindah ke isu yang seterusnya.
Puan Lim Hui Ying
Okey. Kalau begitu...
Timbalan Yang di-Pertua
It’s up to you.
Puan Lim Hui Ying
Kalau begitu, tak payah 30 minit, 10 minit pun boleh.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Puan Lim Hui Ying
Sebab hanya empat orang Yang Berhormat yang telah—
Timbalan Yang di-Pertua
Terpulang pada YB nak jawab.
Puan Lim Hui Ying
Okey, okey. Saya— Tuan Yang di-Pertua, saya akan baca semualah.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, alright.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Hasilnya, statistik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan sehingga Disember 2025, penyertaan wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor awam telah mencapai 39.4 peratus jawatan-jawatan utama yang sebelum ini hanya dipelopori dan dipegang oleh lelaki tidak lagi asing untuk diduduki wanita seperti jawatan Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Bandar dan sebagainya.
Selanjutnya, pada tahun 2011, kerajaan juga telah mengumumkan perluasan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan ke sektor swasta. Ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sekali gus merapatkan jurang gender di negara ini. Kini, data oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Januari 2026 menunjukkan wanita memegang 34.6 peratus kerusi Lembaga Pengarah dalam 100 syarikat awam tersenarai teratas iaitu top 100, dengan izin, di Bursa Malaysia, meningkat daripada hanya 14 peratus pada tahun 2015.
Puan Lim Hui Ying
Berdasarkan statistik tersebut dapat dirumuskan bahawa banyak kemajuan telah dicapai terutamanya dalam usaha memberdayakan wanita dalam sektor awam mahupun swasta. Pelbagai inisiatif dan usaha telah dilaksanakan oleh KPWKM untuk menambah baik kedudukan serta menggalakkan penyertaan wanita dalam kalangan kepimpinan tertinggi.
Sepanjang tahun 2025 KPWKM melalui JPW atau Jabatan Pembangunan Wanita telah membelanjakan sejumlah RM11.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan dan kepimpinan wanita. Antara program yang dilaksanakan ialah Program Perantisan Kepimpinan Wanita atau PERANTIS yang bertujuan untuk meningkatkan potensi serta bilangan wanita berbakat besar sebagai individu yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan tinggi sama ada di pejabat awam: public office dengan izin, sektor swasta mahupun memainkan peranan yang lebih berpengaruh di peringkat komuniti.
Selaras dengan usaha KPWKM dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan wanita secara lebih inklusif dalam pelbagai bidang, pada tahun 2024 seramai 1,247 orang peserta PERANTIS telah dibimbing oleh 25 tokoh dalam 10 bidang yang terpilih. Manakala pada tahun 2025 pula pelaksanaan PERANTIS telah kita rancang untuk diteruskan dengan penglibatan seramai 100 orang tokoh wanita dengan lebih 4,000 peserta.
Hanya lima perkara sahaja sekarang. Perkara kedua masih lagi pertanyaan berkaitan wanita. KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah membangunkan Dasar Wanita Negara dengan menetapkan sasaran yang jelas untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh di samping memperkukuh pembangunan ekonomi wanita merentas semua peringkat umur. Sehubungan itu, sasaran 60 peratus penyertaan wanita dalam tenaga kerja telah ditetapkan sebagai salah satu sasaran keberhasilan bidang ekonomi di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030.
KPWKM terus giat melaksanakan serta menyelaraskan pelbagai program pemerkasaan ekonomi bagi memastikan wanita berupaya menjana pendapatan, meningkatkan kemahiran dan memperkukuh daya tahan ekonomi keluarga dalam mendepani tekanan kos sara hidup yang kian meningkat. Antara inisiatif— antara intervensi utama yang dilaksanakan merangkumi pembangunan kapasiti dan latihan keusahawanan, termasuk advokasi penjanaan pendapatan, pengukuhan kemahiran ekonomi, pemasaran digital serta literasi kewangan bagi menyokong wanita secara lebih menyeluruh.
Sepanjang tahun 2025 JPW telah melaksanakan sebanyak 824 program bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara. Seramai 31,025 orang wanita telah menerima manfaat melalui pelbagai program khusus dan latihan termasuk bimbingan dalam aspek pengurusan kewangan dan keusahawanan. Bagi tempoh Januari 2026 sebanyak 70 program telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara dengan penyertaan seramai 10,651 peserta. Program-program ini dilaksanakan dalam bentuk kursus atau bengkel serta pendekatan kumpulan kecil yang lebih bersesuaian dengan keperluan dan konteks kumpulan sasar setempat bagi memastikan penyampaian lebih fokus dan berkesan.
Antara program utama ialah Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan yang bertujuan membimbing wanita untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus serta mengembangkan perniagaan. Sejak dilaksanakan dari tahun 2022 hingga 2025 seramai 1,158 peserta telah dilatih dengan purata peningkatan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500.
JPW turut melaksanakan Inisiatif Digital, Ekonomi dan Advokasi STEM atau dalam singkatan Wanita@IDEAS mulai tahun 2024 bagi memperluas peluang wanita menjana pendapatan melalui platform ekonomi digital, meningkatkan keboleh pasaran diri serta memperkukuh keupayaan wanita untuk terlibat secara aktif dan selamat dalam ekosistem ekonomi digital.
Sepanjang tahun 2025 seramai 17,181 orang peserta telah menyertai program Wanita@IDEAS secara fizikal dan dalam talian. Penyertaan yang tinggi ini mencerminkan penerimaan yang memberangsangkan di samping membuktikan keberkesanan pendekatan hibrid dalam memperluas capaian program kepada lebih ramai wanita. Program Memberdaya Akar Umbi Wanita atau MEKAR pula dilaksanakan melalui Laman Wanita (LaWa) iaitu pusat aktiviti yang menjadi pemudah cara kepada pelaksanaan program pembangunan seperti latihan kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat dan bimbingan keusahawanan. Bagi negeri yang belum mempunyai kemudahan LaWa, pendekatan LaWa-On-The-Go telah diperkenalkan melalui kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sepanjang tahun 2025 seramai 14,267 orang wanita telah menerima manfaat melalui 951 program yang telah dilaksanakan. Pemerkasaan ekonomi wanita bukan menjadi tanggungjawab KPWKM semata-mata malah agenda ini turut mengambil pendekatan yang menyeluruh berasaskan whole of government dan whole of society dengan izin, melalui sinergi antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan komuniti akar umbi. KPWKM akan terus komited melaksanakan program-program berimpak tinggi dan bersasar bagi meningkatkan penyertaan ekonomi wanita sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan aspirasi dan hasrat Kerajaan MADANI.
Seterusnya, mungkin saya akan mengambil nasihat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puan Saraswathy tidak ada. Saya akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie bin Muda, ada. Ada ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Ada. Ada.
Puan Lim Hui Ying
Jadi saya akan jawab ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi maklum balas berhubung pertanyaan mengenai Program Pemulihan Dalam Komuniti iaitu PDK.
Untuk makluman, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dilaksanakan oleh KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan sukarela kebajikan (NGO) sebagai satu program berbentuk sokongan pemulihan dan pembelajaran Orang Kurang Upaya (OKU). Ia merupakan salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi OKU.
Berhubung dengan kadar sagu hati petugas dan penyelia PDK seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie bin Muda adalah dimaklumkan bahawa kadar tersebut sentiasa disemak dari semasa ke semasa. Bermula dengan RM300 sebulan semasa program ini dimulakan pada tahun 1984, kadar sagu hati ini telah dinaikkan beberapa kali dengan kenaikan kepada RM500, RM800 dan RM1,200 sebulan. Kenaikan terkini adalah pada tahun 2021 iaitu daripada RM1,200 kepada RM1,500 kepada penyelia dan RM800 kepada RM1,200 sebulan kepada petugas.
Bagi tujuan ini kerajaan telah memperuntukkan RM143.8 juta setahun untuk program PDK termasuk elaun RM300 sebulan kepada setiap pelatih PDK. Mulai 1 Ogos 2025, Perintah Gaji Minimum 2024 telah berkuat kuasa sepenuhnya iaitu RM1,700 sebulan atau RM8.72 sejam kepada pekerja yang layak. Dalam hal ini KPWKM telah membuat tindakan susulan bersama agensi berkaitan termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan. Saya ingin kongsikan bahawa PDK kebiasaannya beroperasi lima hari seminggu iaitu empat hari di pusat dan satu hari lawatan ke rumah. PDK kebiasaannya beroperasi selama empat jam sehari iaitu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Mengambil kira masa pengoperasian ini, kadar sagu hati per jam yang diterima oleh penyelia dan petugas pada masa ini adalah melebihi dari kadar minimum per jam.
Pengurusan PDK diuruskan dan bergerak sebagai sebuah pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Pertubuhan PDK boleh membayar sagu hati petugas dan penyelia PDK dengan kadar yang lebih baik dan tidak semestinya terikat kepada kadar bantuan kewangan kerajaan yang diberikan pada masa ini. Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada program PDK, tetapi pada masa yang sama memerlukan komitmen, kerjasama dan sumbangan daripada pemain utama program PDK iaitu pertubuhan dan komuniti sendiri bagi memastikan program PDK terus maju dan berdaya saing.
Puan Lim Hui Ying
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi?
Timbalan Yang di-Pertua
Ada, hadir dalam Dewan.
Puan Lim Hui Ying
Ada, terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani mencadangkan untuk mewujudkan skim takaful sukarelawan nasional diwujudkan secara bersasar bagi menyediakan pelindungan kemalangan diri, hilang upaya kekal, kematian dan liabiliti kepada sukarelawan.
KPWKM sentiasa mengiktiraf peranan sukarelawan sebagai rakan strategik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan sosial melalui agensi-agensi di bawah kementerian khususnya JKM. Penglibatan sukarelawan dilaksanakan secara berstruktur melalui kerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan dan komuniti setempat bagi menyokong perkhidmatan kebajikan pelindungan golongan rentan, pemerkasaan komuniti serta intervensi sosial di peringkat akar umbi.
Program yang melibatkan penyertaan sukarelawan ini bukan sahaja membantu KPWKM dalam memperluas penyampaian perkhidmatan, tetapi turut membantu meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan responsiviti penyampaian perkhidmatan sejajar dengan keperluan sebenar masyarakat. Di samping itu juga, pendekatan ini telah berjaya memupuk semangat kesukarelawan dan menzahirkan falsafah kebajikan, tanggungjawab bersama di kalangan masyarakat.
KPWKM melalui JKM turut melaksanakan peranan dan tanggungjawab berkaitan pengurusan bencana dengan berpandukan Arahan NADMA No. 1, dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024. Di bawah arahan ini, peranan JKM ialah menyelaraskan pengurusan pusat pemindahan; menyediakan dan menguruskan pusat-pusat pemindahan mangsa bencana; menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana; menjalankan pendaftaran mangsa bencana di pusat pemindahan bagi maksud pemulihan; menyelaras dan menjalankan perkhidmatan kaunseling, intervensi krisis dan sokongan psikologi kepada mangsa bencana di pusat pemindahan; dan menjalankan tugas-tugas pasca bencana. Maka skop perkhidmatan sukarelawan yang berdaftar di bawah JKM adalah mengikut bidang tugas JKM.
Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, KPWKM melalui JKM telah lama melaksanakan pemberian insurans berkelompok kepada sukarelawan JKM setiap kali yang bertugas semasa bencana. Bagi meningkatkan kesiapsediaan JKM dalam melaksanakan peranan dalam pengurusan bencana, penglibatan sukarelawan amat diperlukan dan pada masa yang sama, kebajikan sukarelawan diutamakan.
Pada 4 Disember 2025, JKM telah mendapat kelulusan pembayaran elaun dan insurans sukarelawan yang bertugas semasa bencana yang dikenali sebagai Sukarelawan Bencana JKM. Khidmat Sukarelawan Bencana JKM di pusat pemindahan sementara atau PPS bergantung kepada keperluan dan keadaan banjir atau bencana di sesuatu tempat.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan itulah Tuan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan Negara pada hari ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima.
Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat Senator terhadap inisiatif-inisiatif kementerian terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Saya ingin akhiri dengan serangkap pantun.
Burung tempua terbang sekawan, Hinggap sebentar di dalam meranti; Terima kasih Yang Berhormat Senator atas teguran dan saranan, KPWKM komited meneliti serta menambah baik demi rakyat sejati. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasihlah dalam had yang telah ditetapkan, 20 minit.
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Dato Yang di-Pertua, tahun 2026 merupakan fasa yang kritikal yang menandakan langkah sulung pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu satu ikrar kerajaan untuk memeta masa depan negara di atas landasan Malaysia MADANI yang berpaksikan integriti tadbir urus dan reformasi ekonomi yang kalis masa hadapan. Menjunjung Kasih Kebawah Duli Titah Tuanku pada 19 Januari lalu, kerajaan bertekad menterjemahkan amanat Baginda ke dalam tindakan tuntas melalui RMKe13 dengan meletakkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang utama.
Di sini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 19 orang Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan dan menyentuh perkara- perkara dasar dalam tanggungjawab saya di Kementerian Ekonomi. Bagi memastikan penggulungan ini bersifat membina, tuntas dan berimpak, saya akan tumpukan kepada dua teras strategik yang dizahirkan melalui Titah Tuanku seperti berikut. Pertama, pengukuhan daya tahan ekonomi yang berpaksikan pertumbuhan nilai tinggi. Dan kedua, pemerkasaan kesejahteraan rakyat melalui agihan kemakmuran yang saksama.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Noorita binti Sual dan Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr.
Mohammad Redzuan bin Othman yang cakna terhadap prestasi semasa ekonomi negara.
Alhamdulillah, ekonomi Malaysia kekal mampan dan berdaya tahan meskipun kita sebenarnya berdepan dengan pelbagai cabaran serta ketidaktentuan global.
Asas ekonomi negara yang kukuh dipacu oleh struktur ekonomi yang pelbagai dan permintaan domestik yang berdaya tahan. Pelaksanaan strategi dan inisiatif dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan dasar sektoral utama seperti Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) turut menyokong kepada usaha memperkukuh daya saing ekonomi, meningkatkan nilai tambah industri serta memastikan pertumbuhan yang lebih mampan dan berimpak tinggi. Keadaan ini kita boleh lihat melalui prestasi memberangsangkan. Beberapa indikator ekonomi terkini seperti pertumbuhan KDNK meningkat sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat berbanding 5.4 peratus suku sebelumnya. Ini menjadikan jumlah KDNK pada 2025 sebanyak 5.2 peratus iaitu lebih tinggi daripada sasaran awal kita empat hingga 4.8 peratus.
Kedua, sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi pemacu ekonomi negara, pertumbuhannya.
Ketiga, perbelanjaan isi rumah meningkat pada suku keempat berikutan kedudukan pasaran buruh yang lebih baik serta sokongan dasar berkaitan pendapatan dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus pada suku yang sama. Kadar pengangguran pula berkurangan kepada 2.9 peratus berbanding suku sebelumnya, 3.0 peratus.
Keempat, tekanan harga pasaran kekal terkawal dengan kadar inflasi menyederhana kepada 1.4 peratus untuk tahun 2025 berbanding 1.8 peratus pada tahun 2024. Bulan Januari, kadar inflasi mencatat paras 1.6 peratus.
Kelima, akaun semasa imbangan pembayaran mencatatkan lebihan sebanyak RM31.8 bilion atau 1.6 peratus kepada PNK pada tahun 2025 berbanding RM27.7 bilion pada tahun 2024.
Dan yang keenam, jumlah pelaburan langsung asing ataupun FDI mencapai RM53.5 bilion pada tahun 2025. Subsektor maklumat dan komunikasi, aktiviti kewangan dan pembuatan merupakan sektor utama yang menyumbang kepada FDI dengan pelaburan utama dari negara Singapura, Hong Kong dan juga China.
Jadi, pada tahun ini kita unjurkan akan terus berkembang pada 4.45 peratus yang mana Bank Negara Malaysia dijangka akan mengumumkan semakan semula unjuran pertumbuhan 2026 pada penghujung bulan ini. Semakan semula ini akan mengambil kira prestasi semasa ekonomi serta cabaran global.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dato Yang di-Pertua, izinkan saya terus kepada isu berkenaan cabaran perangkap pendapatan sederhana ataupun dengan izin, middle income trap seperti yang dibangkitkan oleh YB Senator Dato' Ahmad dan juga YB Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan yang mana perangkap pendapatan sederhana merujuk kepada situasi negara yang telah mencapai tahap negara berpendapatan menengah namun gagal untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Jadi kalau untuk kita Malaysia, kita dah sampai pendapatan pertengahan ini pada tahun 1992, tapi sehingga kini, kita belum boleh melonjak ke negara berpendapatan tinggi.
Jadi berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Bank Negara, tahun 2024 untuk jadi negara berpendapatan tinggi nilai ambang dia adalah RM60,000 iaitu USD13,935 yang mana untuk tahun 2025 sebagai perbandingan kita punya tahap pendapatan negara kasar per kapita negara mencapai sebanyak RM57,070.
Cuma sudah pasti World Bank akan menetapkan nilai ambang untuk tahun 2025. Jadi menyedari keperluan tersebut, maka sebab itu kita kena lihat kerana kita tidak boleh kekal pada tahap produktiviti yang rendah ataupun pasaran modal yang terhad serta kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Jadi selain itu, cabaran ini disebabkan oleh tahap inovasi dan R&D yang masih rendah serta kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap pekerjaan berkemahiran rendah.
Jadi bagi memacu Malaysia ke ekonomi berpendapatan tinggi, jadi sebab itu dalam RMKe13, kita dah rangka sebagai contoh untuk lonjakkan produktiviti kita dah nyatakan industri high growth, high value ataupun HGHV yang mana turut merangkumi sektor strategik seperti industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi, terutamanya semikonduktor, peralihan tenaga serta teknologi dan digital dalam menghasilkan produk bernilai tinggi made by Malaysia.
Jadi untuk isu semikonduktor, Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim ada soalannya, serta Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail yang mana beliau ada pertanyaan mengenai ada pihak yang mendakwa perjanjian dengan Arm Holdings plc yang dikatakan tidak mengikut prosedur.
Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjawab kerana pertanyaan ini merupakan–– perlu kita address kerana sepanjang 50 tahun yang lepas industri semikonduktor Malaysia sebenarnya kita berteraskan kepada backend dalam rantaian nilai yang mana ianya tertumpu kepada dengan izin, assembly dan testing, pemasangan dan juga ujian yang merupakan peringkat aktiviti nilai tambahnya sebenarnya lebih rendah berbanding dengan aktiviti di frontend iaitu yang dipanggil fabrication dan juga satu lagi design, reka bentuk litar bersepadu ataupun chip design.
Jadi selain itu, pemilikan harta intelek bagi cip elektronik di kalangan syarikat tempatan dan pendedahan teknologi kepada jurutera muda tempatan dalam pembangunan reka bentuk litar bersepadu adalah masih rendah. Jadi bertitik tolak daripada itu, kerajaan telah beralih kepada pembangunan berteraskan harta intelek ataupun IP dan membangunkan segmen reka bentuk litar bersepadu atau IC design sejajar dengan hasrat untuk kita bangunkan industri semikonduktor di bawah seperti yang kita nyatakan dalam RMKe13 dan juga Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Jadi bagi tujuan ini, kerjasama strategik dilaksana dengan syarikat semikonduktor global iaitu Arm Limited bagi mempercepatkan proses peralihan industri kepada pengeluaran produk yang lebih kompleks dan bernilai tinggi. Jadi untuk pelaksanaan kerjasama strategik ini, Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Arm Limited ini adalah berdasarkan modal ataupun model pelaburan berpaksikan teknologi dan IP serta bermatlamat untuk melahirkan jaguh tempatan bertaraf global dalam reka bentuk litar bersepadu, untuk melonjakkan keupayaan pengeluaran produktiviti bernilai tinggi, berteknologi tinggi yang kita dah sebut dah nyatakan HVHT made by Malaysia dan meningkatkan bakat berkemahiran tinggi dengan memberi latihan kepada 10,000 bakat dalam bidang reka bentuk litar bersepadu.
Jadi memandangkan kita faham kos ini untuk kita memperolehi capaian token daripada Arm ini adalah bernilai tinggi, pelbagai proses telah dipatuhi untuk memastikan pelaburan ini memberi impak besar kepada industri semikonduktor negara. Jadi, pelbagai kementerian dilibatkan dan juga agensi untuk buat persiapan dan persediaan untuk kerjasama ini termasuk juga di peringkat kepimpinan tertinggi negara.
Dato Yang di-Pertua, untuk proses pemeteraian kerjasama sebenarnya telah bermula sejak Sidang Kemuncak KL20 pada 22 dan 23 April 2024 yang menyaksikan penyertaan syarikat pemula ataupun startup dan juga syarikat berteknologi tinggi. So, dalam KL20 ini kita jemput semua players. Salah satu syarikat tersebut adalah Arm Holding plc ini, Limited.
Semasa acara ini, wakil syarikat Arm telah mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneroka kemungkinan kerjasama strategik bagi melonjakkan industri semikonduktor negara. Jadi susulan daripada apa yang kita capai pada KL20, wakil syarikat telah bertemu Yang Berhormat Menteri Ekonomi mantannya pada 21 November 2024 disusuli dengan perbincangan antara Arm dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Februari 2025.
Jadi Mesyuarat Jemaah Menteri telah membincangkan kerjasama dengan Arm sebanyak dua kali bermula daripada 24 Januari dan juga pada 28 Februari 2025. Pada mulanya, Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MOF dan juga MITI dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama 24 Januari, mempunyai pandangan berbeza dengan kerjasama ini. Kabinet kemudiannya telah mengarahkan untuk diadakan perbincangan lanjut dengan kedua-dua kementerian untuk mengambil pandangan mereka ini. Beberapa siri seterusnya diadakan, perbincangan diadakan bersama dengan kementerian tersebut termasuk Arm dan juga Kertas MJM pada 28 Februari 2025.
MITI dan Kementerian Kewangan telah menyatakan tiada halangan tetapi tetap mahukan beberapa syarat tambahan dipatuhi antaranya adakan klausa penamatan dan juga bayaran secara berfasa. Maka dengan mengambil kira syarat tersebut telah dipatuhi, Jemaah Menteri pada 28 Februari 2025 telah memberi persetujuan untuk kerjasama ini materai pada 5 Mac 2025.
Jadi kenapa Arm? Ini satu lagi soalan yang mungkin ditanyakan sebab untuk makluman semua, Arm ini ialah syarikat perintis dalam arkitektur cip termaju yang berpangkalan di United Kingdom. Syarikat tersebut menjalankan aktiviti reka bentuk cip dan System on Chip ataupun SoC. Pada masa ini, ini memang adalah fakta dan juga statistik yang kita tahu iaitu hampir 95 peratus reka bentuk arkitektur cip daripada Arm Limited digunakan secara meluas dalam pasaran global khususnya dalam pengeluaran produk telefon pintar oleh syarikat terkemuka iaitu Qualcomm, Apple, Samsung, AWS dan Nvidia.
Reka bentuk arkitektur Arm juga digunakan dalam sektor automotif dan juga pengkomputeran awan berprestasi tinggi iaitu cloud. Melihat kepada nilai pasaran yang tinggi ini, Kerajaan Malaysia perlu secara spesifik mendapatkan capaian token Arm melalui kerjasama strategi ini agar syarikat tempatan dapat mengakses teknologi dan membina produk serta memiliki IP sendiri.
Jadi untuk akhir dalam topik ini supaya tidak lagi berbangkit dan menjadi tanda tanya.
Kerjasama strategik Kerajaan Malaysia dengan Arm merupakan satu inisiatif pelaburan baharu dalam industri semikonduktor negara yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini.
Memandangkan inisiatif ini merupakan pelaburan yang bernilai tinggi, langkah due diligence dengan izin Dato Yang di-Pertua, telah diambil bagi memastikan segala tatakelola dan prosedur dipatuhi sepenuhnya.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ini termasuklah menyediakan cost benefit analysis, perbincangan, perundingan yang melibatkan pakar dan juga industri semikonduktor. Untuk makluman, perubahan industri semikonduktor global yang melibatkan teknologi tinggi bergerak sangat pantas. Perubahan yang pantas dapat dilihat melalui industri semikonduktor global dijangka berkembang pada kadar 26.3 peratus dengan nilai mencecah US Dollar 1 trilion pada 2026 mengikut The World Semiconductor Trade Statistics (WSTS) Organization. Oleh itu, laporan ini mengesahkan momentum industri semikonduktor adalah berkembang pesat dan memerlukan kerajaan mengambil peluang untuk turut terlibat dalam pasaran semikonduktor global memandangkan pada ketika ini Malaysia berada di tangga keenam dunia bagi sektor electrical dan electronic untuk segmen assembly dan testing. Ini sekali gus juga menjawab persoalan apabila berhadapan dengan cabaran struktur ekonomi yang kita tersangkut di middle income trap. Jadi sebab itu the shifting must be done dan clarification dengan izin, kita kena provide clarity di sini supaya terus memberi keyakinan dengan pihak-pihak yang memegang teknologi ini kerana kita tidak lagi boleh bergantung pada model semata-mata nilai tambah yang sederhana atau pun kecil, tetapi now is about value creation dengan izin, iaitu nilai yang kita boleh cipta untuk meningkatkan keupayaan negara.
Itu bab pertama, Dato Yang di-Pertua. Bab kedua tiga minit saya sentuh yang mana tak sempat saya bertulis. Sebab nak minta masa banyak suara tak ada Dato Yang di-Pertua, puasa. Jadi saya beralih kepada isu berkenaan dengan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat yang diutarakan oleh YB Senator Dato’ Ahmad, YB Senator Puan Noorita, YB Senator Dr. Mohammad Redzuan dan juga YB Senator Datuk Rosni.
Kerajaan memahami bahawa cabaran utama yang dirasai rakyat ketika ini ialah tekanan kos sara hidup. Sehubungan itu, usaha untuk kita menangani isu ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh, berasaskan data dan disokong dengan perancangan dasar yang jelas. Jadi dalam RMKe13, pengurusan beban sara hidup dijadikan antara agenda utama, iaitu melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi aspek pendapatan dan juga perbelanjaan isi rumah.
Jadi kalau saya boleh sentuh sedikit sebagai contoh untuk soal pendapatan. Lonjakan ini kita sinergikan melalui reformasi pasaran buruh, melalui penerapan dasar gaji progresif, kemudian kita semak semula dari semasa ke semasa secara berkala gaji minimum dengan mengambil kira gaji kehidupan wajar seumpamanya untuk kita naikkan lantai. Jadi kerajaan juga telah melaraskan gaji perkhidmatan awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ataupun SSPA. Dan selain itu juga ada peranan yang dimainkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang kita akan terus perkasa untuk tetapkan gaji permulaan siswazah termasuk lepasan TVET.
Jadi transformasi modal insan pula difokuskan kepada pemerkasaan TVET serta kemahiran digital dan AI bagi merapatkan jurang bakat berteknologi tinggi dan melonjakkan produktiviti buruh. RMKe13 sebagai contoh, kita letakkan sasaran untuk mencapai RM3,500 menjelang 2030. Perbandingannya tahun 2024, gaji dan upah penengah bulanan ketika ini telah meningkat kepada RM2,793 berbanding RM2,602 pada tahun sebelumnya, iaitu pertumbuhan tahunan sebanyak 7.3 peratus.
Mengambil kira pelbagai keutamaan, strategi dan juga inisiatif yang dinyatakan dalam RMKe13, PNK per kapita negara dijangka akan meningkat kepada 77,200 pada tahun 2030 seterusnya sasaran kita untuk status negara berpendapatan tinggi pada akhir tempoh pelaksanaan RMKe13. Walau bagaimanapun, pencapaian ini bergantung kepada prestasi pertumbuhan ekonomi semasa pada kadar purata 4.5 hingga 5.5 peratus setahun serta pengukuhan kadar pertukaran mata wang asing serta prospek pelaburan strategik yang menggalakkan...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh sikit mencelah Yang Berhormat?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dato Yang di-Pertua, terpulang.
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri nak beri laluan?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Bolehlah. Kalau tak bagi Senator Haji Hussin dia akan— ada je dia punya pandangan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sikit, sikit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sila.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Semoga bermanfaat. Saya juga rasa sangat terpanggil dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Isu yang sekarang ini ialah kita buat kenaikan tangga gaji minima yang saya rasa selama ini pun saya dengan Tan Sri, perindustrian China pun menyebut benda yang sama. Iaitu setiap memang sekarang ini macam mana kerajaan sekarang ini mahu mengekang setiap berlaku kenaikan ertinya kenaikan yang lain bertali arus turut terbabit.
Kita tadi bicara tentang kes kos sara hidup yang meningkat. Ia sebahagian daripada kalangan pegawai-pegawai kerajaan kita naikkan tingkatan gaji, tapi saya dengar sangat gelisah di kalangan badan-badan swasta sokongan, contohnya sekolah-sekolah swasta, badan-badan yang SME yang lain-lain ni yang terpaksa menurunkan, menaikkan tangga gaji yang ditetapkan oleh kerajaan. Pada waktu yang sama keupayaan mereka untuk meletakkan, menaikkan tangga gaji itu tergantung kepada pelanggan. Bagi sekolah misal contohnya, mak ayah nak naikkan balik tangga gaji kepada ibu bapa, tangga gaji kepada yang lain-lain, menyebabkan kos yang lain juga.
Bagi mak ayah untuk membolehkan sekolah tanggung kenaikan tangga gaji terpaksa kena naik kos kepada anak-anak misal contoh. Sama juga seperti petani bila kita buat yang macam ni yang lain pun semua jadi turun naik. Macam mana keadaan antara imbangan kenaikan tangga gaji bersama dengan kenaikan kos barangan yang berjalan serentak dalam kita tangani permasalahan kos sara hidup yang terus tidak terjamin sehingga hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada YB Senator. Saya belum masuk lagi bab menguruskan perbelanjaan, tapi sebab ada persoalan mengenai isu pendapatan ataupun gaji. Sebab itu kalau kita lihat, isu ini kalau dari satu sudut ‘is chicken and egg’. Maksudnya tak berkesudahan, tapi perkara yang kedua kalau kita lihat dari segi realitinya memang kita kena akui cabaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil, PMKS kita yang mana antara cabarannya walaupun kita nyatakan PMKS ini industri dan sebagainya, kebanyakannya mereka itu masih pada tahap mikro.
Dan sebab itu usaha untuk menskalakan keupayaan mereka ini penting dalam keadaan niat, hasrat kita ini adalah, akhirnya supaya rakyat akan membawa pulang gaji yang setimpal, yang layak, yang munasabah atau pun yang bermaruah supaya kehidupan itu lebih baik.
Maka sebab itu masalah struktur ini berlarutan begitu lama. Jadi sebab itu satu sudut dalam RMKe13 yang dinyatakan, salah satu usaha untuk kita menaikkan lantai, kita kena mula gerakkan beberapa industri ini ke nilai yang tinggi dan kita bukan lagi bercakap hanya soal nilai tambah. Malaysia kena bermula dengan naratif ataupun pembawaan nilai yang kita boleh cipta. Kerana hakikatnya dari segi rantaian dan juga dalam apa-apa industri, kebanyakannya kita ni memang ada potensi yang baik sebab kita belum garapkan peluang yang lebih tinggi. Contohnya tadi macam saya baru balik daripada mungkin satu minit sikit lah Dato Yang di-Pertua untuk baru daripada industri oil and gas (OGSC) yang mana memang kita dah ada kematangan dalam industri berkenaan.
Cuma, ruang ataupun untuk kita naik untuk penskalaan itu akan mula isu-isu yang kita perlu atasi. Contohnya, isu modal. Isu dari segi support system. Dasarnya itu adakah betul- betul membantu untuk pemain-pemain kita ini diberi peluang yang lebih baik. Isu yang sebenarnya sekarang ini ada peluang walaupun ia merupakan destructive, tetapi kita adapt perubahan teknologi ini dengan sikap yang lebih proaktif. Bila kita berbicara soal AI, kerajaan memilih pembawaan untuk betul-betul mengangkat penggunaan teknologi ini dengan beberapa dasar atau pun perancangan yang kita menerima. Kerana kita tahu akhirnya dalam isu gaji, dalam isu pendapatan, di pihak majikan akan bercakap soal produktiviti.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Adakah gaji itu reflect dengan produktiviti kita? Malah, kalau nak pergi lebih jauh, adalah isu kemahiran. Lepas ni, KPT boleh tambah lagi. Dato’ Seri Dr. Zambry dah sampai di sini. Yang mana untuk membolehkan perkara-perkara ini berlaku, sudah pasti the economic structure must be addressed. To reform that masalah, memerlukan pelbagai kaedah yang kita kena cuba kena laksanakan.
Jadi sebab itu, bila kita cakap untuk menaikkan gaji, bukan lagi semata-mata melihat dari segi menaikkan gaji minima di tahap yang paling bawah tapi kita juga telah mula melaksanakan dasar gaji progresif. Kerajaan ada peranannya. Maksudnya, kita memberi imbuhan kepada majikan untuk menaikkan gaji pekerja mereka. Dan pada masa yang sama, majikan mengharapkan ada produktiviti yang ditingkatkan.
Kita syaratkan latihan yang mereka perlu lalui tapi komitmen itu apabila selesai tahap tempoh dasar gaji progresif tersebut, majikan kenalah meneruskan gaji yang sama ataupun lebih baik dalam keadaan produktiviti juga turut telah ditambah baik.
Jadi sebab itu, untuk menjawab YB Senator, memang dari segi perubahan yang kita nak lakukan ini berjangka panjang ataupun bersifat sederhana, tapi the attempt, usaha itu kita perlu teruskan, intervensi itu perlu masuk. Supaya akhirnya, masalah yang membelenggu negara kita di peringkat middle income trap ini, dah hampir 20 tahun, 30 tahun kita bercakap soal negara pendapatan tengah ini, akhirnya kita dapat rungkaikan bersama.
Dato Yang di-Pertua, saya kena berlaku adil kepada Menteri-menteri yang lain. Jadi, untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat, soal ekonomi PMKS pun ada jawapan yang lebih mendalam. Isu ekonomi wilayah, isu kemiskinan, yang itu saya akan jawab secara bertulis. Jadi, selamat berpuasa. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, bagi pihak Dewan, dialu-alukan kedatangan rombongan ketua masyarakat dan ketua kaum dari Daerah Saratok dan Daerah Kabong, Sarawak.
[Tepuk] 27 orang ahli KMKK ini hadir hari ini, diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Residen Bahagian Betong, saudara Dato' Dr. Richard Michael Abunawas bersama dua orang pegawai daerah. Pegawai Daerah Saratok, saudara Muhammad Dino. Saudara Pegawai Daerah Kabong, saudara Tahir dan tiga orang pemanca dan penghulu-penghulu.
Selamat datang dan ingin dimaklumkan ini adalah Dewan Negara, Dewan penggubal undang-undang yang tertinggi di negara kita Malaysia dan juga ada wakil tuan-tuan di sini, dia senyum lebar sana. Berdiri lah Yang Berhormat Pele, yang mengambil seorang pemain bola sepak yang terkenal di dunia. Nombor 10 - Pele. You duduk sekarang lah, duduk lah. [Dewan ketawa] Sekarang dijemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato Yang di-Pertua, saya juga turut mengalu-alukan kehadiran Ketua-ketua Masyarakat dan Dato Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 13 Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan menyentuh sembilan perkara di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sekiranya saya tidak sempat jawab, insya-Allah pihak kementerian akan memberikan jawapan secara bertulis. Saya ingin membahagikan pembentangan saya pada hari ini kepada dua bahagian iaitu yang pertama, menyentuh soal polisi. Manakala yang keduanya, bagi menjawab perkara yang khusus, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator-senator sekalian berkaitan dengan kawasan-kawasan mereka.
Yang pertama, saya ingin menyentuh tentang soal penyelidikan dan penerbitan ilmiah.
Yang hal ini dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad, Senator Datuk Seri Prof.
Emeritus Dr. Awang bin Sariyan dan Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr.
Mohammad Redzuan. Senator Dato’ Ahmad menekankan mengenai keperluan untuk meningkatkan perbelanjaan, penyelidikan dan pembangunan negara secara berperingkat agar Malaysia mencapai tahap yang lebih kompetitif di peringkat serantau dan peringkat global.
Kementerian Pendidikan Tinggi bersetuju bahawa kita tidak boleh lagi melihat penyelidikan sebagai aktiviti akademik semata-mata. Dalam landskap global yang semakin kompetitif, penyelidikan adalah strategi geopolitik dan geoekonomi. Negara yang menguasai chip, AI, biotechnology dan teknologi termaju adalah negara yang menguasai masa depan.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, dalam RMK12 sebagai contoh, sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi bagi melaksanakan dana penyelidikan fundamental dan juga pengukuhan universiti penyelidikan. Dan demikian juga dalam bidang untuk membangunkan pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan pendidikan antarabangsa atau MyPAIR.
Manakala di peringkat RMKe13 pula, kita terus diperkasakan melalui lonjakan apa yang kita sebut sebagai RDICE bertanggungjawab iaitu kita sentiasa komited untuk memastikan bahawa KPT sentiasa berperanan menjana pengetahuan dan menyelesaikan cabaran masyarakat dan menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
Kerajaan akan turut berusaha memastikan universiti bertanggungjawab dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada ekonomi dan sosioekonomi. Bukan sekadar penerbitan akademik, malah membangunkan kearifan tempatan yang mencipta teknologi, dengan izin, made by Malaysia untuk produk semikonduktor tempatan.
Sebagai langkah pengukuhan, KPT akan melancarkan dana kelestarian penyelidikan bagi mentransformasi penawaran geran secara lebih kompetitif, berfokus kepada keberhasilan dan impak yang nyata kepada negara. Usaha pengukuhan penyelidikan negara turut diperluas di peringkat antarabangsa, termasuk di negara jiran.
Suka saya maklumkan juga, saya telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Indonesia baru-baru ini. Hasilnya, kita telah mula membincangkan satu konsortium penyelidikan antara Malaysia dan Indonesia yang dapat dikembangkan melalui IPTA yang mempunyai bidang tujahan seperti sekuriti makanan, ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, kecerdasan buatan, semikonduktor dan drone.
Demikian juga di peringkat KPT, kita turut mengadakan usaha sama iaitu mesyuarat tahunan dengan negara-negara terpilih. Sebagai contoh, kita telah memulakan kerjasama dengan Turki yang kita adakan pertemuan saban tahun. Dan yang terbaru, pihak negara China juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tahunan antara peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga peringkat- peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi di China bagi meneroka ruang-ruang kerjasama dalam bentuk konsortium yang saya sebutkan sebentar tadi.
Demikian juga dalam Malaysia— dalam hal yang dibangkitkan oleh para Senator berkaitan dengan kedudukan ranking kita iaitu dari segi keterlihatan kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelidikan. Kita akan meneruskan usaha-usaha kita untuk memastikan supaya universiti kita akan terus menghasilkan bidang yang benar-benar memberi impak dan dapat menyumbang kepada kedudukan ranking di universiti.
Dalam hal ranking ini seperti yang kita sedia maklum, sering kali kita lihat dan kita dengar akan hujahan-hujahan sama ada yang menyokong ataupun sebaliknya. Namun, apa yang pasti di peringkat KPT, kita tidak akan mengabaikan sama sekali dari segi kualiti dengan kedudukan universiti-universiti awam kita. Dan kita tidak dapat nafikan bahawa ranking adalah satu daripada parameter yang menjadi ukuran dalam pengantarabangsaan pendidikan tinggi, tetapi ranking semata-mata tidak boleh dijadikan, yang berasaskan dengan pengiraan daripada badan-badan antarabangsa yang dikatakan lebih bersifat keuntungan ataupun untuk membuat dalam konteks neoliberal economic system. Ada yang membahaskan demikianlah.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Namun dalam konteks IPT, kita mengambil maklum perkara itu dan ingin saya tekankan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita tidak akan mewujudkan ranking hanya semata-mata untuk memikirkan tentang soal keuntungan kepada institusi-institusi pendidikan tinggi kita, tetapi dalam masa yang sama, untuk kita pastikan supaya ranking yang terkait dengan para ahli akademik kita itu dapat kita lakukan beberapa perubahan-perubahan dalam memastikan supaya penyelidikan-penyelidikan atau hasil-hasil yang mereka lakukan itu dapat memberikan hasil yang terbaik kepada negara.
Bukan semata-mata untuk menekan mereka untuk menghasilkan hasil-hasil karya mereka, akhirnya ia akan menimbulkan satu masalah baru iaitu masalah anxiety dengan izin, di kalangan ahli-ahli akademik, tetapi yang paling mustahak adalah bagaimana kita ingin membangunkan penyelidikan yang dapat memberi impak yang sebaik-baiknya. Tidak kira dari segi bilangannya sebab dalam di universiti pada hari ini mungkin ada keperluan kepada setiap pensyarah-pensyarah dikehendaki untuk menulis dalam jurnal-jurnal yang [Tidak jelas] Scopus sehinggakan ada di kalangan mereka menyatakan bahawa mereka begitu terbeban sampai perlu menulis, tiga atau empat tulisan dalam jurnal.
Namun, apa yang akan kita berikan fokus juga universiti perlu kembali semula melihat kelebihan-kelebihan mereka. Fokus-fokus mereka dengan izin, iaitu niche, niche yang ada di dalam universiti-universiti yang berkenaan. Kita mempunyai banyak universiti. Sebagai contoh, Universiti Putra Malaysia yang mempunyai pengalaman yang begitu luas sekali dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian, dalam sekuriti makanan dan industri makanan, selain daripada bidang-bidang lain yang sudah pun mereka berkembang dengan begitu pesat sekali. Dalam hal ranking...
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Dato Yang di-Pertua, kalau boleh saya mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan tentang soal penarafan ataupun ranking itu.
Saya kurang tahu mungkin akan— sudah akan, akan ada di jawab, tetapi ingin saya mengulang harapan agar dalam soal penarafan ini, kita tidak bergantung semata-mata kepada badan-badan peringkat antarabangsa, ISI, Scopus, WOS dan sebagainya, tapi penegasan yang telah juga saya sebut berkali-kali di Dewan yang mulia ini ialah keperluan kita menubuhkan ataupun mengadakan kolaborasi dengan negara-negara serantau yang lebih tetap di segi kontak ilmu watannya dan memahami latar budayanya iaitu pusat penyelidikan yang dapat memberikan penarafan kepada terbitan penyelidikan kita terutamanya juga yang berkaitan dengan soal keutamaan kepada terbitan berbahasa Melayu.
Apakah ulasan ataupun langkah susulan telah dibuat oleh KP? Terima kasih.
Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang yang sering kali mengingatkan kita akan peri pentingnya penerbitan dalam bahasa Melayu serta pengiktirafan dan penghasilan buku yang ditulis dalam bahasa Melayu sebagai syarat wajib untuk kenaikan pangkat juga. Jangan hanya kita memberikan perhatian semata-mata kepada penulisan-penulisan dalam Scopus dan juga Web of Science sebagai contoh.
Saya telah pun mengingatkan perkara ini kepada pihak KPT dan juga kepada pihak IPTA kita untuk mengambil maklum hal-hal yang berkaitan dengannya. Apatah lagi, apabila kita berbicara soal bahasa Melayu adalah merupakan bahasa utama negara maka sebarang tulisan-tulisan ilmiah dalam bahasa Melayu juga perlulah diberikan perhatian yang sama.
Dalam menjawab juga persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi iaitu kita juga berusaha untuk menaikkan apa yang kita panggil sebagai menaikkan taraf Malaysian Citation Index kita atau MyCite kita sendiri. Iaitu ini sebagai asas utama bagi kita untuk memberikan penarafan dalam penerbitan ilmiah dalam negara kita.
Ini termasuklah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, ia nya terkait dengan penulisan-penulisan yang berkaitan dengan dalam konteks Malaysia kita dan juga di peringkat serantau kita dengan kita ada, mesti ada penunjuk prestasi utama kita dalam akademik ini.
Jadi, selain daripada itu juga, kita sedang— kita telah pun masukkan apa yang kita panggil sebagai Pelantar Infrastruktur Ilmu Kebangsaan Pendidikan Tinggi kita iaitu dalam bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai National Knowledge Infrastructure of Higher Education yang kini berada dalam pertimbangan Jabatan Digital Negara.
Ini sebahagian daripada langkah-langkah dalam usaha kita untuk memastikan supaya kita ada sistem kita sendiri dalam membuat penilaian kepada hasil-hasil jurnal dan hasil-hasil ilmiah yang dilahirkan oleh tokok-tokoh kita. Dan selain daripada itu juga, kita ada penubuhan Bahagian Sitasi dan Repositori Digital.
Yang ini bagi, seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, ia berkaitan dengan pemahaman tentang latar budaya kita dan juga dalam tulisan-tulisan karya ilmiah berbahasa Melayu dan juga akses terbuka dalam pengurusan, ini kita lakukan dengan sebaik-baiknya.
Itu bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Saya ambil contoh. Kalau dalam konteks universiti kita, apakah universiti kita sudah melaksanakan penilaian ini ataupun tidak? Sekurang-kurangnya sudah ada sebuah universiti yang sudah pun memulakan iaitu Universiti Malaysia Kelantan iaitu mereka melaksanakan sistem yang dipanggil sebagai sebuah buku ilmiah yang berwasit.
Maksud yang berwasit ini maknanya yang betul-betul bernilai, khusus dalam bidang itu. Yang ada ISBN nya, boleh disetarakan nilainya dengan artikel Scopus yang ada itu. Jadi dalam hal ini, kita berikan juga penilaian yang sama kepada penulisan-penulisan dalam bahasa Melayu.
Baik, bagi hal, ke perkara kedua, saya ada perkara-perkara lain juga yang panjang di sini. Hal ehwal akademik. Dalam hal ehwal akademik ini juga turut dibangkitkan oleh Dato’ Dr.
Mohammad Redzuan, Senator Datuk Prof. Awang sekali lagi. Ini berkaitan termasuk juga Prof.
Dr. Jufitri, Senator Hajah Norhasmimi dan Senator Datuk Bobbey Ah Fang.
Dan seperti yang telah pun disebutkan juga, berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama yang telah pun diperuntukkan. Dan dalam hal ini, pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah-langkah ke hadapan iaitu pertama, kita juga telah pun melaksanakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu untuk 2023 dan 2030 di kesemua universiti awam kita dan tujuh politeknik dan lapan kolej komuniti. Yang lain-lain itu bagi konteks— dalam konteks politeknik dan kolej komuniti, akan dilakukan seterusnya secara berterusan.
Dan KPT juga telah merancang beberapa strategi untuk memastikan supaya keberkesanan perancangan kita ini dapat kita lakukan. Dan ini termasuk juga untuk melalui pemantauan pelaporan yang kita letakkan kepada setiap institusi untuk pastikan supaya mereka dapat menghantar laporan itu setiap tahun dan juga menubuhkan unit pemerkasaan bahasa Melayu di setiap— di peringkat KPT dan juga di peringkat IPTA. Ini bagi memastikan supaya mereka dapat melaksanakan agenda ini dengan teratur dan disiplin.
Dan bagi Senator Dr. Jufitri dan juga Senator Norhasmimi, membangkitkan tentang soal memperdanakan gagasan pemikiran Profesor Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas di semua universiti Malaysia dan Senator Hajah Norhasmimi mencadangkan tentang pengukuhan pendidikan sejarah secara sistematik dan berperingkat untuk membentuk identiti nasional yang kukuh.
Kita mengambil pandangan-pandangan itu untuk kita perkukuhkan lagi meskipun beberapa cadangan telah pun kita laksanakan. Jadi sebagai contoh, cadangan untuk memperkasakan pemikiran tokoh— Prof. Naquib ini sebenarnya adalah selari dengan apa yang sedang dilakukan oleh peringkat KPT termasuk juga seperti apa yang telah pun tercatat dalam Pelan Pendidikan Tinggi Nasional 2026–2035. Iaitu antara lain, bagaimana kita nak membangunkan satu sistem yang bersifat human centric dengan izin, iaitu dalam konteks penekanan soal adab yang sering kali ditekankan oleh Prof. Naquib dan begitu juga dalam soal ilmu, soal jati diri sebagai asas pembinaan tamadun. Ia adalah merupakan satu yang amat relevan dalam konteks pendidikan nasional kita.
Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Manakala dalam konteks pengukuhan pendidikan sejarah pula, secara sistematik dan berperingkat pula mampu untuk mengukuhkan identiti nasional yang kukuh seperti mana yang juga telah pun saya maklumkan sebelum ini berkaitan dengan pelancaran program yang disebut sebagai mata pelajaran umum ataupun MPU di universiti-universiti meskipun sudah pun diajar sebelum ini tetapi kita merasakan bahawa subjek MPU itu belum cukup untuk membangunkan apa dipanggil sebagai world view, dengan izin, ataupun tasawur pandangan hidup bagi masyarakat Malaysia khususnya di kalangan pelajar-pelajar kita. Oleh yang demikian, subjek MPU ini akan diperkenalkan, diperkukuhkan, diperbaiki bagi memastikan supaya kita dapat membina identiti Malaysia kita secara menyeluruh.
Dan Senator Bobbey menyentuh tentang usaha-usaha memerangi rasuah. Memang itu yang telah pun sedang, telah, sedang dan akan terus dilakukan program-program yang berkisar berkaitan dengan program-program integriti dan antirasuah di universiti-universiti.
Dan kita juga turut mengadakan program secara bersama dengan SPRM selain daripada pertandingan-pertandingan debat di peringkat universiti dan juga bicara-bicara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan integriti dan antirasuah.
Bagi hal yang berkaitan dengan kebolehpasaran graduan, ini merupakan satu lagi isu yang saya yakin kita akan terus membicarakannya kerana ia terkait dengan keperluan untuk kita mengemukakan bahawa apa saja sistem ataupun sistem pendidikan yang nak kita lahirkan mestilah juga selaras dengan peluang-peluang pekerjaan yang ada di sana.
Jadi, apa yang nak saya sebutkan di sini ialah isu pekerjaan tidak setara bukan hanya isu universiti. Isu— ia adalah isu struktur ekonomi negara. Universiti boleh menghasilkan bakat, tetapi ekonomi mesti mampu juga menyerap bakat tersebut dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji, bermaruah selain melahirkan graduan yang mampu mencipta pekerjaan baru dalam pasaran sepertimana yang telah pun dibahaskan oleh Yang Berhormat Menteri KE sebentar tadi. Jadi, sehubungan dengan itu, kita akan terus melaksanakan beberapa pendekatan bersama, termasuklah dengan kerjasama secara berstrategik dengan Kementerian Pelaburan atau MITI, Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA), Kementerian Ekonomi dan lain-lain kementerian bagi memastikan usaha-usaha kita ini dapat dilakukan secara bersama, bukan secara bersendirian.
Dan dalam hal ini juga, kita akan memastikan pengukuhan kerjasama antara IPT dan universiti. Ini merupakan satu lagi platform baru dalam dunia pendidikan tinggi kita. Seperti yang telah pun kita sebutkan dalam Perancangan Pembangunan Pendidikan Tinggi kita yang baharu, baru-baru ini. Maknanya apa yang nak sebutkan sini, ialah kita bukan lagi tertumpu kepada universiti yang berasaskan kepada kampus semata-mata, tapi sekarang ini kita ada empat kuadran universiti atau empat jenis universiti. Ini termasuklah universiti di mana pelajar- pelajar dia boleh masuk ke industri yang berkenaan belajar di sana dan akan dipantau akan ada kerjasama dengan universiti-universiti tertentu di mana akan mereka keluar nanti, mereka akan memperoleh ijazah mereka yang sesuai dengan bidang-bidang di industri yang berkenaan. Ini sebagai contoh.
Dan demikian juga kita ada beberapa program, program besar. Sebagai contoh, USM telah pun mengadakan apa yang disebut sebagai makmal penyelidikan semikonduktor termaju untuk saya sebutkan di sini dengan berasaskan Intel 18A. Ini merupakan satu program saya nak sebutkan pada Yang Berhormat sekalian di luar daripada Ibu Pejabat Intel di Amerika. Satu-satunya yang dibenarkan untuk beroperasi di luar kerana makmal tersendiri yang sangat canggih kerana mereka mempunyai keyakinan dengan sistem pendidikan yang ada dalam negara kita, khususnya di USM itu yang memberikan penekanan dalam bidang semikonduktor.
Di luar, ini maksud yang kedua. Selepas Amerika, kita berada di sini, Intel. Dan ini merupakan satu perkembangan yang menarik untuk negara kita. Saya juga telah pun mengarahkan untuk pengetahuan Dewan sekalian, iaitu dalam industri semikonduktor ini.
Sebagai contoh, kita ada politeknik-politeknik kita yang ada di sekitar kawasan industri-industri besar yang berkaitan dengan semikonduktor. Maka saya telah mengarahkan supaya Politeknik Balik Pulau di Pulau Pinang dan juga Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim dilihat semula atau dengan izin, repurposed bagi menumpukan bidang mereka ke dalam bidang semikonduktor dan juga ekologi bidang-bidang industri-industri yang ada di kawasan yang berkenan yakni sedang dilakukan.
Yang Berhormat, boleh saya teruskan sedikit sebanyak? Terima kasih. Dari sudut seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rosni, iaitu berkaitan dengan hala tuju MQL 2.0 yang dikawal selia oleh MQO ini juga.
Saya ingin maklumkan di sini, kita akan sentiasa memberikan penekanan dari segi sistem pendidikan kita, iaitu mesti ada outcome based education, dengan izin. Maknanya mereka tidak boleh hanya pergi belajar, kita tak tahu apa yang universiti ajar, akhirnya mereka nak ke mana, tapi kita kena pastikan penilaian itu akan berterusan. Ini yang disebut sebagai a continuous quality improvement, iaitu universiti dikehendaki untuk membuat penilaian sepanjang masa tentang program-program yang mereka aturkan atau mungkin mereka laksanakan bagi memastikan supaya keberkesanan program yang dilaksanakan itu ada nilai- nilainya termasuk nilai pasarannya. Dan itu berkaitan dengan soal kebolehpasaran.
Dari segi hubungan dengan industri yang dah dibangkitkan oleh Senator Dato’ Sivaraj.
Ini berkaitan dengan Konsortium Universiti Malaysia. Saya ingin maklumkan bahawa penekanan yang diberikan oleh beliau juga untuk kita lihat dalam konteks TVET. Seperti mana yang kita sedia maklum, ini merupakan antara dasar penting bagi kerajaan ini untuk memastikan supaya bidang TVET juga turut diberikan perhatian yang sama.
Oleh yang demikian, kita telah pun mewujudkan apa yang kita panggil sebagai Konsortium Universiti Malaysia dalam— sebagai contoh, dalam bidang-bidang yang memerlukan benar-benar tumpuan khusus dan juga tumpuan kepakaran. Sebagai contoh, dalam bidang aeroangkasa yang telah pun ditubuhkan pada 2023 yang lalu antara Universiti Malaya, Universiti Teknologi, Universiti Putra, UIA, USM, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pertahanan, Universiti Teknikal dan Universiti Teknologi PETRONAS termasuk UniKL dan beberapa universiti yang lain. Ini bagi kita mewujudkan benar-benar satu program yang benar- benar dapat memberikan manfaat berdasarkan pada kepakaran-kepakaran yang ada di setiap universiti.
Selain daripada itu juga, saya ingin maklumkan kerjasama dengan TUSAS Malaysia dan pelaksanaan Sky Global Apprenticeship Programme yang memberi pelajar kita menjalani latihan profesional di Turkish Aerospace Industries di Ankara Turki. Kita telah pun menghantar pelajar-pelajar kita ke sana bagi memperolehi kepakaran-kepakaran dalam bidang-bidang aeroangkasa.
Bagi soal yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang berkaitan dengan tadbir urus IPTA. Kita faham bahawa tadbir urus IPTA ini terus menjadi subjek perbahasan dalam kalangan masyarakat kita. Jadi, kita akan terus memantapkan pengurusan perolehan sebagai contoh, di semua universiti awam, termasuk juga kementerian telah mewajibkan semua UA atau universiti awam mengguna pakai dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 7.5 iaitu Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan melalui surat bertarikh 25 Mac 2025.
Dan begitu juga, kita telah pun menyelaras semula keanggotaan serta terma rujukan iaitu Lembaga Perolehan Universiti Awam dengan mewajibkan kehadiran wakil KPT atau wakil Kementerian Kewangan sebagai Ahli Lembaga Perolehan. Ini bagi memastikan supaya mekanisme semak dan imbang dapat kita lakukan.
Dan sebelum ini seperti mana sidang Dewan sedia maklum, saya telah mengumumkan pada tahun sudah iaitu kita menetapkan tujuh langkah yang strategik pengukuhan Unit Integriti Universiti Awam kita. Ini termasuk juga kita pengukuhan strukturnya sebagai unit utama bukan lagi hanya sebagai sebahagian unit kecil di universiti awam. Dan begitu juga latihan dan kompetensi pengurusan risiko berintegriti, sistem aduan yang selamat dan audit dan pemantauan. Audit mesti juga ada audit dalam dan audit-audit luar. Dan termasuk juga pematuhan tatakelakuan iaitu menguatkuasakan kod etika dan tindakan disiplin serta budaya integriti akan terus dilaksanakan.
Datoʼ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Selain dari itu juga Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, kita juga mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Daripada Senator Datuk Dr.
Haji Mustafa, Puan Hajah Norhasmimi lagi dan Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im. Ini berkaitan soal-soal peningkatan kes HIV dan sebagainya. Jadi langkah-langkah advokasi, kesedaran dan intervensi telah pun kita lakukan dan akan terus kita lakukan dan kita perkemaskan lagi, masuk juga dengan kerjasama yang kita lakukan dengan Kementerian Kesihatan.
Dan berkaitan dengan yang dibawa oleh Puan Hajah Norhasmimi iaitu tentang MySiswa Meal: meal assistance for learners dan kita telah pun melaksanakannya dan termasuk juga program Dapur Siswa dan sekarang ini telah pun memberi manfaat kepada 92,430 pelajar.
Semalam, saya berada di UMK sebagai contoh juga saya pergi merasmikan ya program Dapur Siswa dan juga untuk sediakan tempat mereka dapatkan bekalan-bekalan makanan kalau sekiranya ada keperluan di kalangan mereka. Ini khusus juga kepada golongan B40 dan juga kepada semua mereka yang memerlukan apabila mereka kekurangan sumber kewangan.
Dan saya ingat–– dan selain daripada itu juga, kita ada beberapa program-program yang lain dalam usaha kita untuk membantu siswa kita sebagai contoh MySiswa Job On Campus. Baru-baru ini, kita dengar juga tentang program yang kita lancarkan iaitu FlySiswa dan juga Baucar Buku MADANI yang telah pun dilaksanakan. Jadi pelbagai program yang dianjurkan bagi membantu para mahasiswa-mahasiswi kita bagi mengurangkan kesusahan mereka sepanjang mereka berada di kampus-kampus.
Jadi saya juga mengambil maklum apa yang disebutkan oleh Senator Dato' Setia Dr.
Haji Mohd Na'im berkaitan hal-hal untuk memperkukuhkan kursus teras seperti penghayatan etika dan peradaban seperti ini telah saya sebutkan lagi sebentar tadi berkaitan dengan mata pelajaran MPU yang akan kita memperkukuh, yang terkandung di dalamnya juga hal-hal yang berkaitan dengan etika dan moral.
Dan soal yang lain-lain itu berkaitan dengan soal hospital pengajar universiti. Yang itu saya akan jawab secara bertulis dan termasuklah permohonan daripada Senator Dato’ Haji Abdul Halim. Dia nak, dia nak kolej komuniti walaupun dia tahu di sekelilingnya ada banyak kolej komuniti. Di Johor Bharu ada, di Tebrau ada. Di mana lagi? Banyak tempat ada.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Tebrau tak ada, dah kena ambil dengan Pasir Gudang.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya lah. Dia–– saya ambil maklum dan kita lihat, tapi apa pun, kita akan ambil kira dalam konteks keutamaan untuk mewujudkan hendaklah diberikan kawasan-kawasan yang tiada institut-institut latihan di GIATMARA dan lain-lain. Jadi apa pun kita bincang nanti akan keperluan institusi yang berkenaan di kawasan saudara.
Dan bagi biasiswa untuk masyarakat Penan juga seperti yang kita sedia maklum, kita bersifat inklusif, kita tidak akan membedakan. Apatah lagi dalam konteks masyarakat yang datang daripada kawasan jauh, di kawasan-kawasan pedalaman dan juga daripada kawasan- kawasan luar bandar seperti saya yang datang daripada Pulau Pangkor sebagai contoh.
Tentunya penekanan-penekanan dan keistimewaan kena perlu diberikan perhatian kepada anak-anak yang berada di kawasan-kawasan pedalaman ini.
Insya-Allah, kita akan terus membantu kalau sekiranya ada keperluan-keperluan itu.
Kalau ada perkara-perkara yang perlukan tindakan segera daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, saya mohon Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Tuan Michael Mujah Lihan dapat memaklumkan kepada pihak kementerian untuk kita meluluskan bantuan-bantuan kepada anak-anak yang berpotensi, yang mempunyai potensi yang besar untuk mereka melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, pendidikan tinggi bukan sekadar tentang universiti, ranking atau peruntukan. Ia tentang apakah jenis negara yang ingin kita wariskan kepada generasi akan datang. Sama ada kita mahu menjadi negara pengguna teknologi atau pencipta teknologi. Sama ada kita mahu graduan yang hanya mencari pekerjaan atau graduan yang mencipta pekerjaan. Sama ada universiti kita menjadi menara gading yang terpisah daripada rakyat atau menjadi medan membina insan beradab dan membangun negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi komited untuk memastikan universiti di negara ini bukan sahaja melahirkan tenaga kerja tetapi melahirkan pembina tamadun. Dengan izin, dan sokongan Dewan yang mulia ini, kita akan memastikan Pendidikan Tinggi Malaysia menjadi pemacu kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara untuk dekad yang akan datang.
Saya kira itu saja penggulungan saya pada hari ini. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan polisi. Inilah keistimewaan Dewan Negara ini. Perbicaraan–– perbincangan-perbincangan daripada Yang Berhormat sangat terkait dengan hal-hal yang berkaitan dengan polisi. Saya sangat menghargainya terima kasih dan Selamat Berpuasa— Ramadan Kareem. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
[Ketawa] Awal, awal lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas Titah Diraja yang telah disampaikan dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas Tahun 2026.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih juga kepada lima orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja menyentuh isu-isu dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya
(KKR). Pantun dua rangkap.
*Hidangan sahur dinikmati; Pandangan Senator dihargai.
Daun selasih daun kayu; Terima kasih, thank you.
[Ketawa]* Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff telah menyentuh tentang projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau dikenali juga sebagai CSR: Central Spine Road yang merupakan projek jalan persekutuan tanpa tol yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur di Pahang.
Projek ini direka bentuk mengikut piawaian Arahan Teknik (Jalan) JKR R5 sebagai jalan berkembar empat lorong dua hala, melibatkan pembinaan jajaran baharu serta menaik taraf jalan persekutuan FT008 yang sebelum ini piawaian R3 satu lorong dua hala.
Panjang jajaran projek ini adalah 299.4 kilometer dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM7.7 bilion merangkumi enam pakej utama dengan 26 sub pakej pelaksanaan.
Projek ini merupakan nadi utama perhubungan yang amat penting bagi negeri-negeri Pantai Timur khususnya negeri Kelantan dalam memperkukuh jaringan logistik mobiliti rakyat serta pembangunan sosioekonomi wilayah. Sehingga Februari 2026, status pelaksanaan projek adalah seperti berikut:
(i) 14 sub pakej telah siap sepenuhnya;
(ii) 11 sub pakej masih dalam pembinaan; dan
(iii) satu sub-pakej berada dalam proses perolehan semula berikutan penamatan kontrak sebelum ini.
Bagi pakej-pakej yang sedang dalam pembinaan, purata kemajuan fizikal sebenar adalah 78.54 peratus berbanding 79.23 peratus yang dijadualkan iaitu kelewatan sebanyak 0.69 peratus dan masih dalam kawalan. Penyiapan keseluruhan projek LTU tersasar dari perancangan iaitu pada tahun 2026 susulan penamatan kontrak bagi sub pakej 3B dan 3C, kilometer 185.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang pada 23 Oktober 2005, berikutan isu prestasi kontraktor.
Sub pakej tersebut, kini dalam proses perolehan semula dan dijangka dikeluarkan surat setuju terima pada Ogos 2026. Sebagai langkah mitigasi, kementerian melalui Jabatan Kerja Raya telah mengarahkan penyelenggaraan berkala dan kerja-kerja pembaikan segera dilaksanakan di laluan sementara dan lencongan sedia ada termasuk kerja tampalan lubang, pothole patching dengan izin, penurapan semula di lokasi kritikal, penambahbaikan sistem saliran serta pemasangan papan tanda dan kawalan trafik tambahan.
Pemantauan berkala juga dipergiatkan khususnya menjelang musim perayaan dan musim tengkujuh bagi memastikan aspek keselamatan pengguna sentiasa diberi keutamaan.
Senator Dr. Hajah Wan Martina dan Senator Tuan Che Alias bin Hamid menyentuh berkaitan isu LPT3 iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3. Lebuh raya ini akan menjadi pelengkap kepada rangkaian Lebuhraya LPT1 dan LPT2 untuk menyediakan laluan yang lebih selesa menghubungkan ketiga-tiga negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan kajian awalan dan skop kajian termasuk aspek trafik, sosial, ekonomi, alam sekitar dan kejuruteraan bagi mendapatkan jajaran yang terbaik. Berdasar kajian awalan tersebut jajaran LPT3 yang dipilih adalah bermula di Kampung Gemuruh Terengganu dan berakhir di Tunjong Kelantan sepanjang 122 kilometer.
Kerajaan telah memutuskan bahawa cadangan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 akan dilaksanakan secara penswastaan dengan kaedah kerjasama awam swasta melalui bidaan bersaing. RFP dengan izin, request for proposal, tanpa melibatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.
Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan penyataan keperluan projek iaitu Statement of Needs kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, bagi penyediaan dokumen RFP untuk diangkat kepada pertimbangan Jemaah Menteri.
Dimaklumkan pihak UKAS mensasarkan dokumen RFP bagi cadangan projek LPT3 ini untuk dimuktamadkan pada tahun ini juga.
Buat masa ini, fokus keutamaan kerajaan adalah untuk menyiapkan Projek Lingkaran Tengah Utama yang saya sebutkan tadi dan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK).
KBKK adalah dibahagikan kepada tujuh projek, yang mana dua projek telah siap dan lima projek dalam pembinaan yang dijangka siap pada penghujung tahun 2027.
Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell telah menyentuh mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksana merentas jajaran sepanjang 706 km yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja dan dibahagikan kepada dua fasa, Fasa 1A, 16 pakej dan 19 pakej Fasa 1B. Setakat ini, Fasa 1A telah mencapai kemajuan 86.6 peratus, manakala Fasa 1B di tahap 13.56 peratus. Empat daripada 16 pakej Fasa 1A telah berjaya disiapkan sepenuhnya.
Komitmen kementerian adalah untuk memastikan baki jajaran disiapkan berperingkat- peringkat dan akhirnya akan siap pada suku keempat tahun 2028. Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat awal antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan kemajuan fizikal projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B ini adalah disebabkan oleh isu pengambilan balik tanah selain isu-isu pengalihan utiliti.
Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek (LPB) Sabah yang diadakan pada setiap bulan, langkah proaktif telah diambil dengan mengesyorkan agar firma jurunilai swasta dilantik bagi membantu menyelesaikan masalah pengambilan balik tanah. Pengesyoran ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
Sehingga kini sebanyak 12 firma jurunilai swasta berlesen telah dilantik bagi melancarkan urusan pengambilan balik tanah yang seterusnya akan merancakkan kemajuan fizikal di tapak. Bagi keseluruhan projek LPB Fasa 1B, proses lantikan kontraktor telah selesai dibuat bagi semua 19 pakej kerja itu. Ini termasuk bagi work package 35 yang telah selesai urusan perolehan, lantikan kontraktor telah dibuat Januari 2026.
Kementerian Kerja Raya berharap segala usaha yang telah dilaksanakan ini akan mampu memacu dengan kemajuan projek LPB secara drastik. Kementerian Kerja Raya akur akan isu berhubung kesan kelewatan terhadap mobiliti rakyat, kos logistik, pertumbuhan ekonomi negeri. Segala usaha mitigasi diambil ini adalah memastikan [Tidak jelas] Logistik dan nadi ekonomi Sabah tidak terjejas.
Jalan Raya Timur Barat FT04, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Nasir Idris membangkitkan tentang isu Jalan Persekutuan FT04 Simpang High-Tech ke Simpang Karangan. Walaupun projek ini bermula pada tahun 2022 tapi kemajuan projek agak perlahan, yang merupakan jalan utama yang menghubungkan Baling ke Gerik, Kulim. Termasuk terutamanya tersebut supaya lebih terjamin dalam tempoh pembinaan berlangsung.
Pemerhatian di tapak projek adalah kurang pencahayaan, laluan sempit, berdebu, menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya. JKR sentiasa membuat penilaian berterusan, menerusi pemantauan dan semakan terhadap keperluan cadangan menaik taraf laluan yang berkaitan.
Bagi menangani isu kesesakan di Kulim Hi-Tech Park. Pihak Kementerian Kerja Raya kini sedang melaksanakan projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT004 Gerik, Kupang, Lunas dari Seksyen 23.1 hingga Seksyen 35.7 Kulim, Kedah Darul Aman. Projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan sedia ada, jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dengan piawaian R5 sepanjang 12.6 kilometer.
Bermula dari Seksyen 23.1 yang terletak di Persimpangan Kulim Hi-Tech Park sehingga Seksyen 35.7 yang terletak di persimpangan Bukit Karangan. Projek ini telah pun dimulakan bermula pada 28 Julai 2022 dan tarikh siap asal 27 Januari 2026, tetapi kemajuan projek sehingga Februari telah mencapai 40.73 peratus sebenar, berbanding 32.86 jadual, projek dijangka siap pada 3 April 2028.
Terdapat kelewatan dalam permulaan perlaksanaan projek ini disebabkan oleh proses pengambilan tanah. Berdasarkan rekod terkini, sejumlah 42 daripada 43 lot milik persendirian telah selesai proses pengambilan tanah dan telah dikeluarkan borang K. Hanya satu sahaja lagi yang belum selesai. Antara langkah yang dilaksanakan ditapak adalah kerja penyelenggaraan jalan sedia ada termasuk lampu jalan, lampu isyarat sedia ada terdapat sepanjang jajaran projek. Sebarang aduan kerosakan jalan boleh dikemukakan kepada pejabat tanah projek, pejabat tapak projek dan akan diambil tindakan pembaikan dengan segera.
Yang akhir, Yang Berhormat Tan Seri Datuk Seri Panglima Anifah Amman membangkitkan isu Jambatan Labuan. Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Jambatan Labuan Sabah telah diluluskan dalam Rolling Plan Lima, Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2025 dengan kos siling sebanyak RM3 juta di bawah Kementerian Kerja Raya dan perunding bagi kajian ini telah mula perkhidmatan pada 16 Mac 2025.
Kajian ini mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap pada 15 November 2026. Status pelaksanaan kajian pada masa ini telah mencapai tahap kemajuan kerja sebanyak 60 peratus iaitu dalam peringkat penyediaan draf laporan akhir oleh perunding.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua sesi libat urus telah diadakan oleh KKR bersama pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi berkepentingan daripada empat negeri di Wilayah Persekutuan Labuan, pada 19 November 2025 dan di Kota Kinabalu Sabah pada 22 Januari 2026, untuk meneliti secara menyeluruh aspek teknikal, kewangan, ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi mendapatkan pilihan jajaran akhir cadangan jambatan yang terbaik bagi menghubungkan kedua-dua wilayah.
Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan jalan penghubung ke Labuan melalui Projek Menaiktaraf Jalan Beaufort Menumbok dari bulatan Bingkul ke persimpangan Terminal Feri Menumbok Kuala Penyu Sabah pada Rolling Plan Empat RMK12 dengan kos sebanyak RM100 juta. Jalan ini adalah penting bagi medium sambungan perhubungan antara Sabah dan Labuan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Datuk Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Edward Linggu Bukut
Labuan mahu tanya.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Datuk Edward sila, Datuk Edward.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi dihuraikan Jambatan Labuan sebab banyak yang kita dengar-dengar di luar, pembinaan Jambatan Labuan mungkin ditunda atau ditarik. So, di Dewan yang mulia ini, kita mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada pembinaan jambatan Labuan Sabah ini diteruskan dan kalau diteruskan bila jangkaan bermula pembinaan dan siap.
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, Yang Berhormat Senator, bahawa kita telah memberikan sebanyak RM3 juta bagi perunding membuat kajian dan mereka telah mulakan pada 16 Mei 2025 dan kajian ni 18 bulan, dijangka siap 15 November 2026.
Jadi, saya tak boleh nak kata ia telah dibatalkan. Kalau dia telah dibatalkan tidak perlulah kita membuat kajian itu. Dan oleh kerana itu, kita juga telah mengadakan sesi libat urus sebagaimana tarikh yang saya sebutkan tadi. Jadi Yang Berhormat Senator, kita berharap agar ia dapat dilaksanakan. Kalau kita tidak mahu laksanakan, langsung kita tidak lantik perunding.
Okey, saya sambung sedikit lagi iaitu RM100 juta kita telah luluskan untuk membaiki jalan antara Bulatan Bingkul ke persimpangan Terminal Feri Menumbok Kuala Penyu ini diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu program di sana. Dan jalan ini adalah penting sebagai medium sambungan perhubungan antara Sabah–Labuan melalui laluan feri yang berlabuh di terminal itu.
Manakala di Labuan, kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM22 juta bagi projek menaik taraf jeti terminal feri kenderaan dan penumpang Wilayah Persekutuan Labuan.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, itu dua kelulusan yang saya ingin maklumkan di sini. Kementerian ini berharap dengan penyiapan projek ini akan memberikan rangkaian jalan lebih baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, memperkukuh hubungan antara wilayah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui akses yang lebih lancar dan selamat. Datuk Yang di-Pertua, itu sahaja. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan sekarang, Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari tahun ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi, Yang Berhormat Senator Rita Sarimah, Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin dan Yang Berhormat Senator Tuan Shahrol Wizan telah menyentuh mengenai isu keselamatan dalam talian dan juga kandungan media sosial yang memudaratkan.
Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa melaksanakan pemantauan proaktif serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian.
Tindakan tersebut dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 - Akta 588
dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] serta perundangan subsidiari yang berkaitan. Akta 866 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, memperkenalkan rangka kerja kawal selia yang lebih proaktif terhadap kandungan memudaratkan dalam talian. Di bawah akta ini, pemberi perkhidmatan yang dilesenkan, diwajibkan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko pendedahan pengguna kepada kandungan memudaratkan, termasuk ucapan kebencian, hasutan dan juga penipuan.
Selain fungsi penguatkuasaan, MCMC juga menyediakan bantuan teknikal kepada agensi penguatkuasaan lain, termasuk pembekalan maklumat, analisis teknikal dan juga forensik digital bagi menyokong serta mempercepat proses siasatan.
Yang Berhormat Senator Rita Sarimah menyentuh mengenai kandungan media sosial yang berunsur fitnah, hasutan dan juga provokasi melampau yang mengancam perpaduan nasional. Kerajaan memandang serius penyebaran kandungan berunsur fitnah, hasutan dan juga ucapan kebencian di platform media sosial kerana ia berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat, keselamatan awam dan juga kestabilan negara. Sehubungan dengan itu, platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan mematuhi undang- undang tempatan dan juga bertanggungjawab menurunkan kandungan berunsur fitnah serta ucapan kebencian apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.
Untuk makluman, dari 1 Januari 2022 sehinggalah 1 Mac tahun ini, MCMC telah mengemukakan sebanyak 13,129 permohonan menurunkan kandungan yang mempunyai unsur ucapan kebencian berkaitan kaum, agama dan juga institusi Diraja (3R) kepada pemberi perkhidmatan. Dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,174 kandungan telah diturunkan. Dan saya ingin kongsilah jumlah yang diturunkan setiap tahun sejak tahun 2023 ialah 1,633. Untuk tahun 2024- 4,830 kandungan telah diturunkan dan untuklah tahun 2025- 1,504 kandungan telah diturunkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng juga menyuarakan kebimbangan terhadap pemalsuan imej ataupun deepfake, dengan izin, dan juga penipuan kandungan dalam talian (scam). Denganlah perkembangan pesat kandungan yang dijana teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), ia memang telah mempercepat penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif. Sekali gus, meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan pengguna serta menggugat keharmonian awam.
Dalam hal ini, MCMC mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkatakan di ruangan media sosial di Malaysia. Kerjasama dengan platform media sosial dan juga agensi penguat kuasa turut giat dijalankan bagi menangani penyebaran maklumat palsu, termasuk kandungan palsu yang dijanakan oleh AI.
Bagi tempoh 1 Januari 2024 sehinggalah 1 Mac 2026, MCMC telah mengemukakan sebanyak 6,987 permohonan penurunan kandungan pemalsuan imej dan deepfake kepada pemberi perkhidmatan. Dan daripada jumlah tersebut, 6,657 iaitu 95 peratus kandungan telah diturunkan. Kalau saya boleh bagi breakdown, untuk tahun 2024 - 817 kandungan telah diturunkan. Bagi tahun 2025 - 3,389 kandungan telah diturunkan. Untuk tahun ini sahaja, 2,451 kandungan telah diturunkan.
Selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kandungan palsu yang disebarkan dengan niat untuk melakukan fraud atau kecurangan kepada mana-mana orang, merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali. Dan denda selanjutnya RM5,000 sehari, setiap hari kesalahan diteruskan, jika disabitkan kesalahan.
Di bawah perundangan dan juga instrumen subsidiari yang sedang dibangunkan di bawah Akta 866, MCMC sedang meneliti keperluan bagi pemberi perkhidmatan untuk melaksanakan pelabelan kandungan yang dijana menggunakan teknologi AI. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pengguna mengenal pasti kandungan AI yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih.
[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Mesyuarat] Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung isu jenayah penipuan ataupun scam. Pada umumnya adalah dikawal selia oleh agensi-agensi penguat kuasa sepertilah PDRM.
Berdasarkan akta-akta yang berkaitan, sekiranya penyalahgunaan tersebut adalah untuk tujuan menghasilkan kandungan memudaratkan dalam talian, tindakan juga boleh diambil di bawah Akta 588 dan juga Akta 866 yang dikuatkuasakan oleh MCMC.
Dari 1 Januari 2022 hingga 1 Mac 2026, MCMC telah mengemukakan 197,120 permohonan penurunan kandungan penipuan kepada pemberi perkhidmatan. Dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 187,503 kandungan penipuan telah diturunkan. Kalau saya bagi sedikit breakdown juga, untuk tahun 2024, sebanyak 63,652 kandungan telah diturunkan.
Untuk tahun 2025 - 98,503 kandungan telah diturunkan. Dan untuk tahun ini sahaja sehingga 1 Mac - 18,809 kandungan juga telah diturunkan. Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 1 Mac 2026, MCMC denganlah kerjasama pemberi perkhidmatan juga telah menamatkan perkhidmatan bagi 188,347 talian, termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS yang mencurigakan. Kalau saya boleh kongsi maklumat sedikit breakdown juga, untuk tahun 2024 - 749 talian telah ditamatkan dan untuk tahun yang lalu, 70,122 talian telah ditamatkan dan untuk tahun ini sehingga 1 Mac, 41 talian telah ditamatkan. Oleh sebab itu...
Dato' Ng Keng Heng
Boleh celah sikit?
Puan Teo Nie Ching
Ya, sila.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dibenarkan.
Dato' Ng Keng Heng
Ya YB, nampaknya angka itu tadi kami dengar dia turun, turun sahaja. Bolehkah beri peratusan yang turun itu berapa, bagi kami lebih jelas, faham? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Kadar penurunan. Okey, kalau untuk seperti yang saya sebut tadi, kalau untuk penurunan kandungan yang berunsur penipuan, kadar penurunan adalah sebanyak 95, 95, tetapi untuk kandungan yang berunsur— saya pergi ke depan sikit. Kalau untuk kandungan-kandungan yang, kandungan pemalsuan imej ataupun deepfake, kadar penurunan adalah 95 juga, tetapi kalau kita rujuk kepada kandungan yang berunsur 3R, kadar penurunan adalah— sekejap ya, 62 peratus. Okey, ini adalah kadar penurunan untuk setiap kategori.
Saya teruskan. Selanjutnya, MCMC telah pada 26 Februari tahun ini telah mendaftarkan Penentuan Suruhanjaya Mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar. Di bawah standard mandatori baharu ini, hak pendaftaran kad SIM kini ditetapkan mengikut kategori individu iaitu maksimum lima SIM card ditetapkan. Lima SIM card bagi warga— SIM card prabayar bagi Warganegara Malaysia, penduduk tetap dan juga penduduk sementara. Manakala dua SIM card prabayar untuk bukan warganegara bagilah setiap pemberi perkhidmatan. Pengeluaran standard mandatori ini merupakan langkah pengawalseliaan penting bagi mengelakkan penyalahgunaan pendaftaran prabayar yang sering dieksploitasi untuk penipuan dalam talian.
Puan Tiew Way Keng
Minta celah.
Puan Teo Nie Ching
Ya, sila.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila YB.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas penjelasan ataupun jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri yang sehingga bulan Mac tahun ini ya, sangat terkini, tapi pagi tadi saya dengar jawapan yang telah diberi, setiap permohonan untuk menurunkan kandungan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit.
Adakah pihak kementerian bersedia untuk meminta platform ataupun bagi proses permohonan itu boleh dipendekkan? Sebab kita nampak setiap kali apabila satu kandungan telah dimuat naik, dia begitu cepat viral, secara kita kata satu dua saat sahaja dan ramai yang terima. Jadi, adakah pihak kerajaan dapat kerjasama daripada platform besar itu supaya memendekkan tempoh masa pendaftaran? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator Tiew Way Keng atas lah soalan tambahan tersebut. Memang untuk berapa panjang masanya yang diambil oleh pemberi perkhidmatan untuk turunkan sesuatu kandungan memang merupakan satu perkara yang sedang MCMC meneliti di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian. Kerana di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, kami akan mengeluarkan ataupun issue subsidiary instrument untuk kita tetapkan ataupun menyatakan SOP untuklah pemberi-pemberi perkhidmatan untuk turunkan kandungan-kandungan.
Kita bezakan ada dua kategori. Satu adalah priority harmful content. Dan satu lagi adalah harmful content. Dan kami akan minta mereka, MCMC akan minta semua ini, penyedia platform untuk memastikan bahawa untuk kategori priority harmful content, mereka ambil masa yang lebih cepat untuk temporarily turunkan. Dan selepas mereka buat penilaian sepenuhnya, mereka boleh buat keputusan. Kalau mereka rasa kandungan itu tidak memudaratkan, mereka boleh letak balik, tetapi kalau mereka rasa setuju bahawa ini adalah kandungan yang memudaratkan, mereka perlulah take down forever, selama-lamanya. Jadi, ini memang merupakan satu perkara yang selalu diteliti oleh MCMC...
Tuan Azahar bin Hassan
Celahan sikit.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
YB, boleh dia mencelah?
Tuan Azahar bin Hassan
Sikit sahaja.
Puan Teo Nie Ching
Saya ada 10 muka surat lagi.
Tuan Azahar bin Hassan
Tak apa, saya...
Puan Teo Nie Ching
Kalau saya jawab lagi, mungkin ada soalan yang saya tak mampu jawab.
Tuan Azahar bin Hassan
Saya satu perenggan saja.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Jadi kalau— terpulang kepada YB Menteri sama ada nak menjawab.
Tuan Azahar bin Hassan
Okey. Sebenarnya kita tengok hari ini, MCMC adakah mampu mengawal pendaftaran kad SIM ini? Mampu mengawal. Sebab kalau kita tengok, penyalahgunaan kad SIM ini menggunakan nama-nama orang lain, IC orang lain dan bila ada kes-kes jenayah ataupun kes-kes yang dia juga ada masalah untuk mengesan dan sebagainya. Ini kita nak tengok bagaimana MCMC boleh mengawal orang yang sebenar, menggunakan nama sebenar dan sebagainya. Terima kasih, pandangan.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator, soalan yang sangat bagus. Sebab itu, pada 26 Februari, MCMC telah mengemukakan Penentuan Suruhanjaya Mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar. Ini adalah kerana kita perlu mengetatkan lagi pendaftaran nombor SIM. Jadi, selepas— ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh MCMC.
Pertama, sekarang untuk kita buat pendaftaran SIM card, kita perlu guna pakai MyDigital ID ataupun IC access, passport access dan kita boleh, perlu guna pakai kaedah biometrik. Jadi, ini adalah untuk memastikan bahawa tak ada orang yang boleh guna pakai pasport fotostat ataupun salinan IC untuk buat pendaftaran.
Dan kita juga, ini adalah ketetapan yang telah dikeluarkan oleh MCMC terhadap syarikat-syarikat telco. Dan untuk syarikat-syarikat telco, kalau didapati bahawa mereka tidak mengikuti kaedah pendaftaran yang telah ditetapkan oleh MCMC, mereka boleh didenda, mereka boleh dihukum.
Saya nak kongsi kat sini bahawa untuk tahun 2023, kami telah— 2023, denda yang telah dikenakan terhadap penyedia perkhidmatan adalah sebanyak RM450,000. Untuk tahun 2024, jumlah ini meningkatkan ke RM540,000 dan untuk tahun 2025, satu denda yang sebanyak RM1.85 juta telah dikenakan terhadap penyedia perkhidmatan.
Jadi, saya harap dengan tunjuk angka ini, ini boleh tunjuk bahawa komitmen MCMC untuk memastikan penyedia perkhidmatan, syarikat-syarikat telco kami memang mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh MCMC supaya isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Senator bahawa ada orang yang— satu nombor yang diguna pakai untuk call mangsa, sebenarnya selepas kita semak, kita tak dapat mengesan siapa sebenarnya identiti ataupun siapa yang sebenarnya membuat, yang menjadilah scammer untuk menipu rakyat Malaysia.
Saya teruskan jawapan saya. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin menyentuh isu peningkatan gejala sosial dan juga pengaruh media sosial yang semakin meluas dalam kehidupan masyarakat. Perkembangan teknologi digital sememangnya membawa pelbagai manfaat, namun dalam masa yang sama turut membuka ruang kepada penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian. Malaysia, tetapi Malaysia tidak membuat penapisan atau sekatan Internet.
Pendekatan Malaysia adalah kawal selia yang seimbang antara kebebasan bersuara dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, ketenteraman awam serta nilai moral masyarakat. Seperti yang saya maklumkan tadi, dari sudut perundangan, pindaan kepada Akta 588 telah memperkukuh tindakan terhadap kandungan yang memudaratkan dalam talian dan juga bagi mempertingkat lagi kandungan, perlindungan pengguna serta keselamatan dalam talian, kerajaan telah menguatkuasakan Akta 866.
Yang Berhormat Senator Tuan Shahrol Wizan menekankan kepentingan meningkatkan literasi digital agar rakyat lebih berhemah dalam menggunakan media sosial yang tidak mudah terpengaruh oleh kandungan proaktif. Memang kerajaan mengimbangkan tindakan penguatkuasaan dengan langkah pencegahan melalui pendidikan literasi digital.
Sehubungan dengan itu, MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat sebagai inisiatif kesedaran awam bagi memberi pendekatan kepada penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Kempen ini telah dilancarkan pada bulan Januari 2025 dan telah dilaksanakan secara meluas. Modul-modul Kempen Internet Selamat memberikan panduan yang jelas mengenai cara mengesankan kesahihan maklumat untuk mengelakkan penyebaran maklumat palsu, manipulatif dan juga berbau fitnah dan juga provokatif, etika dan juga hemah digital termasuk mengurus emosi ketika berinteraksi dalam talian.
Puan Teo Nie Ching
Dan ketiga, langkah melindungi diri daripada buli siber, penipuan dan juga eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian. Sejak dilancarkan pada tahun 2025 sehingga 1 Mac tahun ini, Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di 9,383 institusi pendidikan yang melibatkan 472,066 murid sekolah rendah dan menengah serta pelajar institusi pengajian tinggi.
Manakala 554 program kepada masyarakat umum telah juga dilaksanakan dengan melibatkan 426,381 peserta di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua saya teruskan ataupun saya bagi jawapan bertulis?
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Ya teruskan. Saya bagi lagi lima minit.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Micheal Mujah Lihan ada dalam Dewan?
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Ada.
Puan Teo Nie Ching
Ada. Terima kasih. Yang Berhormat Senator menyentuh mengenai isu infrastruktur digital di Sarawak. Kerajaan melalui MCMC kekal komited dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara bagi memastikan akses yang lebih meluas dan juga inklusif dapat dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk di Sarawak melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). MCMC terus memperluas liputan dan meningkatkan kesalinghubungan melalui projek JENDELA Fasa 1 dan Fasa 2 serta inisiatif berimpak tinggi yang merangkumi lebuh raya, universiti awam, hospital, kawasan acara, kawasan pelancongan, stadium dan penempatan ketenteraan dengan kerjasama pemberi perkhidmatan rangkaian mudah alih.
Sehingga 1 Mac tahun ini, kadar liputan internet dan juga komunikasi di kawasan berpenduduk di Sarawak telah mencapai 98.41 peratus berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Selain itu, sebanyak 910 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi. Sebanyak 4,776 stesen pemancar telah dinaik taraf dan sebanyak 212,542 premis tersedia dengan gentian optik dan juga sebanyak 523 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit, Broadband Wireless Access (BWA).
Bagi meneruskan usaha memperluas liputan internet di kawasan luar bandar, MCMC akan melaksanakan JENDELA Fasa 2 sebagai kesinambungan inisiatif terdahulu. Pada masa ini, projek tersebut berada pada peringkat terakhir penelitian.
Yang Berhormat Senator turut membangkitkan isu kemerosotan kelajuan dan juga kualiti perkhidmatan internet di Sarawak semasa musim perayaan dan juga penganjuran acara berskala besar serta langkah kerajaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan rangkaian sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Semua pemberi perkhidmatan rangkaian dikehendaki menjalankan perancangan kapasiti awal berdasarkan unjuran, peningkatan trafik khususnya di lokasi tumpuan seperti lebuh raya utama, lapangan terbang, terminal pengangkutan, pusat bandar dan kawasan pelancongan serta pusat membeli belah dan juga tempat acara. Selain itu, kesiapsiagaan khas turut dilaksanakan semasa musim puncak dan juga penganjuran acara besar. Dalam hal ini, semua pemberi perkhidmatan rangkaian diarahkan untuk menyediakan penambahan kapasiti sementara rangkaian dan juga menempatkan pasukan teknikal dalam keadaan bersiap siaga sepanjang tempoh berkenaan serta melaksanakan pemantauan masa nyata melalui pusat operasi rangkaian (NOC) bagi memastikan sebarang gangguan dapat ditangani dengan cepat.
Selain itu, pengukuran liputan dan juga kapasiti rangkaian di kawasan tumpuan pelancongan turut diberi perhatian. Langkah ini melibatkan penyediaan Cell on Wheels, dengan izin, atau struktur komunikasi mudah alih, pemasangan stesen bekalan sementara, penambahan sektor antena, pengoptimuman parameter rangkaian serta peningkatan kapasiti atau backhoe gentian optik. Usaha ini dilaksanakan terutamanya di lokasi acara berskala besar dan kawasan pelancongan sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh wrap up kan YB Timbalan Menteri?
Puan Teo Nie Ching
Okey. Dengan ini sahaja Dato' Yang di-Pertua. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Kalau ada beberapa jawapan yang saya tak sempat bagi, saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan penggulungan yang diberikan.
Seterusnya saya menjemput Menteri di Kementerian Pendidikan untuk menggulung.
Silakan. 20 minit YB.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah Diraja yang telah disampaikan dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 tahun 2026.
Pendidikan sebagai salah satu tonggak utama kemajuan negara dan titah Tuanku telah disampaikan dalam konteks bermulanya Rancangan Malaysia Ketiga Belas sebuah rancangan pembangunan lima tahun yang dirangka untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memacu pembangunan negara secara menyeluruh. Seiring dengan tekad KPM untuk memartabatkan agenda pendidikan manusiawi dan pembangunan karakter, Baginda menegaskan bahawa berperanan sebagai wahana utama dalam membina masyarakat yang berpegang kepada nilai jati diri, menjunjung integriti serta memperkukuh semangat perpaduan nasional. Baginda menekankan sistem pendidikan negara mesti terus diperkasa dalam membentuk watak bangsa dan menyediakan identiti negara yang kukuh untuk masa hadapan.
Dalam memperkatakan soal identiti nasional, Baginda telah menyampaikan titah yang jelas dan tegas berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai tunjang utama pendidikan negara. Baginda menekankan bahawa bahasa Melayu wajib terus dipelihara sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan manakala setiap prakarsa atau institusi pendidikan yang ingin memperoleh pengiktirafan hendaklah menerima bahasa Melayu serta sejarah Malaysia sebagai asas yang tidak akan diketepikan.
Tuan Yang di-Pertua izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan menyampaikan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang menyumbang kepada perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja berkaitan pendidikan. Sepanjang sesi perbahasan yang berlangsung daripada 23 sehingga 26 Februari 2026, sebanyak 61 perkara, pertanyaan isu serta cadangan berkaitan KPM telah pun dibangkitkan oleh seramai 27 Ahli Yang Berhormat Senator. Dalam penggulungan ini, sekiranya ada perkara, pertanyaan isu berkaitan KPM dan pendidikan yang telah dibangkitkan, tetapi tidak sempat dijawab, maka pihak KPM akan menyediakan jawapan secara bertulis.
Sepanjang tempoh perbahasan seramai 11 Ahli Yang Berhormat Senator iaitu Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa, Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Datuk Nelson W Angang, Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani, Dato’ Sivaraj a/l Chandran, Tuan Michael Mujah Lihan, Tuan Che Alias bin Hamid, Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, dan Datuk Rosni binti Sohar telah pun membangkitkan beberapa soalan berkaitan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai prakarsa Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 termasuklah pengumuman kemasukan awal murid Tahun 1 mulai tahun 2027.
KPM menghargai segala pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang sebahagian besar menumpukan kepada kesiapsiagaan guru dan juga kurikulum termasuk keperluan latihan pedagogi untuk murid enam tahun, kesesuaian silibus serta penguasaan literasi dan juga numerasi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Seterusnya, persoalan berkenaan dengan infrastructure dan juga fasiliti sekolah daif, risiko kesesakan kelas, keperluan guru dan juga jurang akses pendidikan antara bandar dan juga luar bandar juga telah pun dibangkitkan. Kementerian mengambil maklum semua perkara ini dan komited memastikan sebarang pelaksanaan dibuat secara berhati-hati, berfasa, berdasarkan data dinamik dengan prinsip utama memastikan kepentingan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa diutamakan.
Dalam peluncuran Rancangan Pendidikan Negara, Yang Amat Berhormat PMX mengumumkan dasar kemasukan murid ke Tahun 1–– dasar kemasukan awal murid ke Tahun 1 sebagai salah satu langkah transformasi pendidikan negara mulai tahun 2027. Usaha ini adalah untuk langkah strategik untuk meningkatkan kemahiran asas, literasi dan numerasi murid pada peringkat awal sekali gus menyokong matlamat RPN dalam melahirkan generasi pelajar yang cekap, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Terdapat empat asas pertimbangan utama. Pertama, amalan pendidikan global.
Sebanyak 137 buah negara atau 71 peratus di seluruh dunia telah memulakan umur persekolahan peringkat rendah pada usia 6 termasuklah negara serantau seperti Thailand, Singapura dan juga Brunei. Selain itu, perkara ini turut menjadi amalan dalam sistem pendidikan di negara lain, negara maju yang lain dalam bidang pendidikan seperti Amerika Syarikat, Kanada, Netherlands, Germany, Norway, Japan, China, Qatar dan juga India.
Kedua, enrolmen prasekolah umur 4 plus kian meningkat. Data menunjukkan trend peningkatan kadar enrolmen prasekolah berumur 5 tahun atau lebih tepat lagi 4 plus dengan izin, yang signifikan dari tahun 2020 ke 2025. Secara ringkasnya, pada tahun 2023, enrolmen murid berumur 5 tahun atau pun 4 plus ke prasekolah ataupun pendidikan awal adalah seramai 387,763 orang murid atau bersamaan dengan 77.95 peratus. Kadar penyertaan ini meningkat pada tahun 2024, 79.76 peratus iaitu persamaan dengan 386,494 orang. Apa maksudnya?
Situasi ini menunjukkan bahawa semakin ramai kanak-kanak di Malaysia telah memasuki prasekolah seawal umur 5 tahun ataupun 4 plus yang membolehkan mereka mendapat pendedahan kepada kemahiran literasi asas yang lebih awal di samping kemahiran bersosial. Persediaan ini menunjukkan kanak-kanak masa kini lebih bersedia dari sudut perkembangan kognitif, emosi, sosial untuk memasuki sistem pembelajaran secara formal seawal 6 tahun.
Ketiga, Malaysia menuju negara menua. Faktor ini juga perlu diberikan perhatian agar rakyat Malaysia dipersiap dengan ilmu dan kemahiran dari peringkat persekolahan lebih awal untuk kelangsungan hidup yang lebih sejahtera.
Keempat, bekalan pasaran tenaga kerja. Umum mengetahui bahawa produktiviti negara amat dipengaruhi oleh sumber manusia atau modal insan yang memiliki pengetahuan dan juga kemahiran yang tinggi, kompetitif serta cekap. Oleh itu, langkah memperawalkan umur pra persekolahan mulai tahun 2007 adalah langkah progresif dalam usaha menghasilkan tenaga dan bakat masa hadapan yang dapat menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara.
Ingin KPM tegaskan sekali lagi bahawa kita menyediakan pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftar kanak-kanak berumur 6 tahun ke Tahun 1 mulai tahun 2027 dan ini selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia yang baru diumumkan. KPM menegaskan bahawa kemasukan pada umur 7 tahun kekal sebagai laluan persekolahan sedia ada dan tiada sebarang paksaan kepada ibu bapa ataupun murid bagi mereka yang berumur 6 tahun ataupun 5+.
Dari sudut struktur pendidikan. Pelaksanaan dasar ini tidak mengubah tempoh persekolahan murid sama ada murid memulakan Tahun 1 pada umur enam ataupun umur 7 tahun. Semua murid tetap melalui 6 tahun pendidikan rendah dan 5 tahun pendidikan menengah selaras dengan struktur pendidikan yang sedia ada. Maka, tiada tambahan tahun persekolahan di peringkat rendah dan tiada kesan negatif terhadap keseluruhan laluan pendidikan murid.
Berhubung persoalan sama ada prasekolah akan ditamatkan, ingin KPM tegaskan bahawa prasekolah sedia ada tidak akan dimansuhkan tetapi akan diperkasakan. Di bawah dasar baharu, RPM 2026 sehingga 2035, laluan pendidikan disusun semula dengan kemasukan Tahun 1 umur 6 tahun masih bersifat pilihan. Manakala, pelaksanaan prasekolah wajib dijangka bermula tahun 2031 tertakluk kepada kelulusan dasar dan keperluan perundangan.
Berkenaan dengan permohonan masuk ke Tahun 1 pada umur 6 tahun. Data permohonan sehingga 2 Mac ini adalah data yang terkini. Menunjukkan sambutan positif terhadap dasar keluwesan yang diperkenalkan oleh KPM. Daripada jumlah 351,789 permohonan bagi kemasukan Tahun 1 2027 seramai 51,457 adalah kanak-kanak berumur 5 tahun. Ini menggambarkan keyakinan ibu bapa terhadap kesediaan anak-anak serta keluwesan sistem yang diperkenalkan. Dan tempoh pendaftaran ini masih berlanjutan sampai akhir bulan ini.
Banyak negara telah banyak–– telah lama mengamalkan kemasukan awal sebagai pendekatan untuk memperkukuhkan daya saing tenaga kerja serta menangani cabaran negara menua. Bagi menyokong pelaksanaan kemasukan fleksibel ini, kerajaan mempertingkatkan akses pendidikan prasekolah. Seperti yang saya sebut tadi, pendidikan prasekolah tetap akan diperkasakan melalui perluasan kemudahan di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej vokasional, kolej matrikulasi serta IPG institusi pendidikan guru.
Maka pada ketika ini, kelas prasekolah kita tidak hanya bertakluk ataupun berada terhad kepada sekolah harian, tetapi juga telah pun diperluaskan. Pada masa kini terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi. Dan kerajaan telah membuat perluasan tahun 2025, 150 buah kelas prasekolah tambahan dan tahun 2026 jumlah prasekolah yang telah pun dirancang dan diperluaskan adalah sebanyak 350 buah.
Ahli-ahli Yang Berhormat Senator boleh nampak satu lonjakan dan penambahan yang amat besar daripada 150 buah kelas prasekolah sampailah hari ini, tahun ini, 350 buah kelas prasekolah. Secara keseluruhannya, kapasiti prasekolah kerajaan ketika ini 256,894 tempat dengan enrolmen 217,041 orang.
Sebahagian kapasiti prasekolah yang lain juga ditampung oleh agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS dan juga JPNIN dan pada masa yang sama, prasekolah swasta turut menyumbang untuk menampung sebahagian kapasiti prasekolah yang tidak mencukupi.
Bagi memastikan kesiapsiagaan prasarana menjelang perlaksanaan kemasukan murid enam tahun pada tahun 2027, KPM akan melaksanakan langkah-langkah berikut. Ini berkenaan dengan prasarana dan juga fasiliti sekolah. Nombor satu, mengoptimumkan prasarana yang sedia ada di sekolah.
Nombor dua, kapasiti sedia ada di sekolah akan ditingkatkan yang mana sebahagiannya akan beroperasi secara dua sesi bergantung kepada pemetaan maklumat pendaftaran murid Tahun 1 2027 serta kesediaan prasarana sekolah. Ini bergantung kepada lokasi, bergantung kepada pemetaan dan juga bergantung kepada keperluan sekolah masing- masing.
Yang ketiga, sekiranya berkesesuaian bilik-bilik khas di sekolah akan turut dioptimumkan penggunaannya dan ditukar fungsi sebagai bilik darjah tambahan sekiranya memerlukan. Seterusnya, sebagai jangka masa panjang, penambahan prasarana seperti bilik darjah akan dibuat secara berperingkat melalui kaedah Industrialized Building System (IBS) berdasarkan keperluan dan juga situasi setempat. Ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan juga ruang yang ada di sekolah masing-masing.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dan konsep IBS ini sememangnya mampu untuk menyediakan bilik darjah dalam masa yang singkat iaitu dalam masa empat hingga lima bulan. Sebagai langkah kesiapsiagaan, KPM juga menggunakan sistem permohonan Tahun 1 sedia ada dengan penambahbaikan bagi membolehkan pembukaan kohot kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 sehingga 1 Januari 2022 iaitu golongan 5 plus disekalikan dengan kanak-kanak berumur 6 plus atau umur 7 yang lahir dari 2 Januari 2020 sehingga 1 Januari 2021.
Seperti yang saya sebut tadi permohonan pendaftaran telah pun dibuka pada 15 Februari yang lepas dan akan berakhir pada 31 Mac 2026. Berkenaan dengan kebersediaan dari segi guru, pengambilan graduan pendidikan melalui laluan sedia ada seperti PISMP dan program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan diteruskan seperti biasa berdasarkan unjuran keperluan tahunan yang diselaraskan bersama sekolah PBD dan juga JPN.
Laluan ikhtisas pendidikan kekal sebagai teras utama dalam perancangan sumber manusia guru, KPM. Ini adalah perkara yang KPM hendak tegaskan kerana ada dalam perbahasan yang menyatakan kekeliruan sama ada guru-guru COS ini akan mengambil tempat untuk mereka yang mempunyai ikhtisas.
Pengambilan seramai 20,000 guru baharu yang diumumkan bukan untuk menggantikan atau mengetepikan graduan pendidikan daripada universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, universiti luar negara atau pun IPG. Sebaliknya, ia merupakan satu pengambilan tambahan bagi menampung keperluan segera terutamanya untuk sistem pendidikan di sekolah rendah seluruh negara hasil daripada perubahan dasar kita.
Permohonan dalam talian dibuka sepanjang 2 Mac iaitu pada hari semalam sehingga 20 Mac 2026. Pengambilan COS adalah bersifat bersasar dan sementara bagi menampung keperluan mendesak di sekolah-sekolah tertentu dan tidak menggantikan perancangan ataupun pengambilan berasaskan laluan profesional perguruan. Laluan kemasukan secara COS juga tidak menjejaskan standard profesion perguruan kerana kesemua calon ini perlu melalui saringan ketat yang ditetapkan oleh KPM serta Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan mereka juga selepas kita lantik sebagai guru COS, dalam tempoh COS tersebut, mereka perlu mengikuti program PPP di IPG.
Dan di samping itu, kita memastikan tahap kualiti guru yang tinggi selari dengan kehendak pendidikan negara. Guru COS juga akan diberikan CPD: Continuing Professional Development secara berterusan. KPM memahami kebimbangan graduan pendidikan yang telah membuat pengorbanan besar demi profesional profesion perguruan. Justeru, keutamaan kepada guru bidang pendidikan dan juga calon simpanan yang sedia ada serta guru kontrak yang sedia ada akan terus diambil kira dan diberikan keutamaan dalam perancangan dan pengambilan serta penempatan di peringkat KPM.
Calon simpanan dalam kalangan graduan pendidikan akan di peraku oleh SPP secara berperingkat berdasarkan keperluan dan juga kekosongan opsyen di sekolah KPM masing- masing. Matlamat utama KPM adalah untuk memastikan guru yang mencukupi, berkualiti dan bersedia mengajar sambil memastikan laluan profesional guru kekal dihormati dan diperkukuhkan.
Pada masa yang sama, aspek pembelajaran asas turut diberikan penekanan yang khusus bagi menangani kesenjangan antara bandar dan juga luar bandar. Kurikulum persekolahan 2027 yang dirangka bagi memastikan penguasaan literasi, numerasi dan juga kemahiran pembelajaran asas murid dengan kandungan dan pendekatan yang disesuaikan mengikut tahap kognitif dan kurikulum ini memastikan semua murid termasuk murid di Tahun 1 berupaya menguasai kemahiran asas sebelum melangkah ke tahap yang seterusnya.
Pendekatan pedagogi yang diguna pakai adalah bersifat fleksibel dan berfokus kepada tahap kognitif murid dan bukan semata-mata berdasarkan kepada umur.
Pembelajaran peringkat asas disesuaikan bagi memastikan semua murid termasuk yang mungkin belum mengikuti pendidikan prasekolah berupaya menguasai kemahiran asas yang diperlukan sebelum meneruskan pembelajaran ke tahap yang seterusnya.
Berkenaan dengan isu peperiksaan dan juga pentaksiran. Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa Musa membangkitkan persoalan mengenai rasional, objektif dan kaedah pelaksanaan matriks pembelajaran Tahun 4 dan Tingkatan 3. Selaras dengan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia, matriks pembelajaran Tahun 4 akan di— telah pun diperkenalkan dan akan dilaksanakan mulai tahun 2026. Manakala matriks pembelajaran Tingkatan 3 akan dilaksanakan mulai tahun hadapan dan matriks pembelajaran Tahun 4 dan tingkatan ini akan dikendalikan secara berpusat oleh lembaga peperiksaan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan melibatkan dua domain utama iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Peperiksaan Pusat. Domain pertama, Pentaksiran Berasaskan Sekolah merangkumi komponen pentaksiran bilik darjah termasuklah Ujian Akhir Sesi Akademik (USA), PAJSK dan juga pentaksiran psikometrik.
Domain kedua adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan Berpusat iaitu peperiksaan berpusat seperti SPM, STPM dan juga SVM.
Perlaksanaan matriks pembelajaran ini merupakan sebahagian daripada ekosistem pentaksiran pendidikan negara di bawah domain satu. Matriks pembelajaran ini diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan dan pelaksanaan matriks pembelajaran Tahun 4 akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Matriks pembelajaran ini dilaksanakan secara berpusat serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan.
Instrumen serta panduan, penskoran akan disediakan dan juga dicetak oleh Lembaga Peperiksaan. Guru tidak perlu menyediakan instrumen bagi matriks pembelajaran ini. Begitu juga instrumen ujian akhir sesi akademik bagi mata pelajaran yang terlibat. Selepas proses pentaksiran selesai, slip keputusan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan pihak sekolah akan mencetak slip berkenaan dan diedar kepada murid.
Kertas pentaksiran matriks pembelajaran akan diberikan semula kepada murid selepas proses perekodan. Ini adalah bagi tujuan intervensi yang akan dilakukan. Matriks pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan KPM menilai pencapaian murid bagi membantu guru, sekolah dan KPM untuk merangka intervensi yang lebih berfokus dan intensif apabila murid-murid itu sampai ke Tahun 5 dan juga Tahun 6.
Data yang diperolehi dapat membantu sekolah memahami keperluan murid dengan lebih tepat dan memberikan sokongan yang lebih awal dan juga bersasar.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Timbalan Menteri, lama lagi ke?
Tuan Wong Kah Woh
Ada banyak lagi, tetapi Tuan Yang di-Pertua izinkan saya habiskan matriks pembelajaran bab ini dan mungkin yang lain saya akan bagi secara tertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bagi matriks pembelajaran Tahun 4 yang akan dilaksanakan di semua sekolah rendah, mata pelajaran teras yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa English, Sains, dan Matematik sebagai komponen asas yang menyokong penguasaan literasi, numerasi serta kemahiran berfikir aras tinggi murid. Keempat-empat mata pelajaran ini menjadi tunjang dalam memastikan kesinambungan pembelajaran yang seimbang dan menyeluruh selaras dengan kurikulum kebangsaan.
Bagi mata pelajaran lain, pentaksiran akan dibuat juga melalui UASA yang sedia ada.
Namun demikian, bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut terlibat dalam matriks pembelajaran Tahun 4 sebagai sebahagian daripada keperluan intervensi sekolah masing-masing. Pendekatan ini mencerminkan komitmen KPM dalam memastikan keseragaman standard akademik di semua jenis sekolah di samping meraikan kepelbagaian aliran pendidikan dalam sistem persekolahan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, untuk isu-isu yang lain ada lagi, banyak lagi dan pihak KPM akan menyediakan jawapan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan soalan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Dato Yang di-Pertua. Menteri, boleh mencelah sikit sebelum habis.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
YB Menteri nak jawab?
Tuan Wong Kah Woh
Jika Tuan Yang di-Pertua benarkan saya.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sekejap sahaja ya. Because, kita pun sudah melebihi masa.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tak dengar nama saya tadi disebut oleh Timbalan Menteri dalam perbahasan. Jadi, saya minta untuk di- check balik. Kalau tak ada, saya banyak bangkitkan isu pendidikan tapi nama saya tak disebut. Tapi saya tak pasti, mungkin Timbalan Menteri boleh check balik. Jadi, kalau tak ada, mungkin boleh check balik Timbalan Menteri dan saya bersedia untuk dijawab secara bertulislah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih.
Tuan Azahar bin Hassan
Yang di-Pertua, nama saya pun sama juga.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, bagi Senator Manolan dan Senator Azahar, sememangnya nama ada di bab-bab yang lain, termasuklah pendidikan berkenaan dengan orang asli dan sebagainya. Dan kesemuanya akan terjawab. Seperti yang saya sebut tadi, ada 27 orang Ahli Yang Berhormat Senator telah pun membangkitkan isu dan setiap Senator yang telah pun mengemukakan isu pendidikan dalam perbahasan tetap akan diberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Harap-harap nama saya pun ada. Sebab saya pun ada juga bertanyakan soalan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, ada Tuan Yang di-Pertua. Akan diusahakan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pele Peter Tinggom
Harap nama saya juga ada.
Tuan Wong Kah Woh
Ada-ada.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Baik, terima kasih YB Timbalan Menteri atas penggulungan.
Seterusnya, saya menjemput Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Silakan YB Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Dewan Parlimen tempoh hari dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Setinggi penghargaan di atas segala pandangan dan cadangan yang telah diutarakan sepanjang tempoh perbahasan berlangsung.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa Yang Berhormat Senator yang telah bahas mengenai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, antaranya Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, YB Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, YB Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad dan YB Senator Tuan Musoddak bin Ahmad. Yang mana-mana saya tak sebut nama ini, kira saya assume dah ada dalam.
[Menunjukkan naskhah jawapan] Saya ada dua perkara yang telah dibangkitkan untuk kementerian saya ini. Iaitu satu, soal industri aeroangkasa. Lagi satu ialah mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas atau ART.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Dato’ Sivaraj a/l Chandran, kerajaan melalui MITI sentiasa memberi keutamaan berhadap pembangunan sektor aeroangkasa dan teknologi aeroangkasa negara. Usaha ini dapat dilihat melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu ataupun NIMP 2030 yang menetapkan sektor aeroangkasa sebagai salah satu daripada 10 sektor utama. Selain NIMP 2030, sektor aeroangkasa juga mempunyai pelan pembangunan tersendiri sejak tahun 2015 iaitu Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030. Industri aeroangkasa di negara ini merangkumi sekitar 273 syarikat.
Daripada jumlah ini, 32 peratus ataupun 88 syarikat diwakili oleh aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih atau maintenance, repair dan overhaul ataupun MRO. Dan 39 peratus ataupun 106 syarikat diwakili pembuatan aeroangkasa iaitu dia lebih kepada pembuatan atau manufacturing.
Pada tahun 2024, jumlah pekerja yang direkodkan dalam sektor ini adalah sebanyak 30,000 orang. Sektor aeroangkasa telah menyumbang RM6.3 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun 2022 dan pada tahun 2024— pada tahun 2024, keseluruhan aeroangkasa punya pendapatan ini mencecah RM25.1 bilion, yang mana mewakili subsektor seperti MRO, aerospace, manufacturing, system integration, engineering dan design services, education dan training, drones and others and including research and technology.
Seterusnya dalam masa yang sama, kerajaan juga telah menubuhkan National Aerospace Industry Corporation Malaysia atau NAICO pada tahun 2022 yang menjalankan fungsi khusus untuk membangunkan ekosistem sektor aeroangkasa negara. Dan di samping itu, Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia atau AMIC bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang turut melibatkan pemain industri global seperti Airbus dengan penglibatan Strategic Nation Industry Government Group of High Technology (MIGHT), CTRM, syarikat milik DEFTECH dan MARA dalam pembangunan teknologi seperti robotik dan automasi.
Akses kepada pembiayaan merupakan antara keutamaan kerajaan dalam membangunkan sektor aeroangkasa, memandangkan keperluan modal yang tinggi merangkumi aktiviti pembuatan komponen sehingga ke MRO.
MIDA juga telah menyediakan pakej insentif khusus bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor aeroangkasa melalui pengecualian cukai pendapatan antara 70 peratus sehingga 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh lima hingga 10 tahun atau elaun cukai pelaburan, investment tax allowance (ITA) sehingga 60 peratus atau 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh lima tahun. Yang boleh ditolak daripada pendapatan berkanun sehingga diserap sepenuhnya, termasuk bagi projek perluasan dan juga pembayaran syarikat sedia. Inilah antara perkara-perkara yang telah dibuat oleh kerajaan untuk kita promote industri aeroangkasa.
Seterusnya, saya ingin menyentuh dari segi soal Perjanjian Perdagangan Timbal Balas di antara Amerika dan Malaysia. Ramai di antara Yang Berhormat Senator telah membangkitkan pada hari ini yang telah mengenai— khususnya kepada Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dan bertanya perkara berkaitan rundingan semula perjanjian ini.
Kerajaan ingin memaklumkan kepada semua Senator bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas ataupun Agreement on Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah ditandatangani pada 26 Oktober 2025. Ianya masih belum diratifikasi oleh kedua-dua pihak dan oleh itu, masih belum berkuat kuasa.
Pada 24 Februari 2026 yang baharu— yang baru-baru ini, Mahkamah Agong Amerika Syarikat atau Supreme Court of United States telah memutuskan bahawa tarif timbal balas berdasarkan International Emergency Economy Power Act yang telah diumumkan oleh Presiden Donald Trump kepada negara-negara rakan dagang Amerika Syarikat, termasuk Malaysia adalah tidak sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan Amerika Syarikat.
Oleh yang demikian, maka kita tidak menjalankan sebarang ratifikasi kerana agreement yang ditandatangani sebelum ini dianggap null and void. Oleh itu, selaras dengan perkembangan tersebut, kerajaan sekarang sedang meneliti secara seluruh perkembangan perundangan dan dasar perdagangan terkini Amerika Syarikat, termasuk pengumuman oleh Presiden Trump berhubung pelaksanaan tarif sementara sebanyak 10 peratus di bawah seksyen 122, Akta Perdagangan 1974 iaitu— yang kemudian telah diumum oleh Presiden Trump akan dinaikkan kepada 15 peratus.
Buat masa ini, kita hanya dikenakan 10 peratus. Kalau masa kita tandatangan ART dulu, kita kena 19 peratus. Oleh kerana itu, telah terbatal secara automatik akibat daripada keputusan mahkamah di Amerika, maka Trump telah menggunakan kuasa Presiden dia mengenakan 10 peratus di bawah seksyen 122, Akta Perdagangan Amerika 1974.
Jadi, dia juga telah mengumumkan bahawa kadar 15 peratus juga boleh dikenakan tapi dia belum dilaksanakan kerana tiada perintah Eksekutif atau Executive order yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat. So, setakat hari ini, kita kena 10 peratus.
Jadi orang tanya, kenapa sain? Jadi, kenapa sain ini— dia ada banyak sebab.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kalau kita tengok dalam konteks Malaysia dengan Amerika, kalau kita ambil figure 10 tahun yang lepas, kumulatif, kita berdagang dengan Amerika ini lama, tetapi saya nak tunjuk kepada Yang Berhormat, dari segi jumlah eksport for the last 10 years, kita sebenarnya eksport ke US ni RM1.3, RM1.38, RM1.36 trilion yang kita eksport.
Jadi, apa yang import oleh Malaysia daripada US? Kita import RM845 bilion. Ini for the last 10 years, combined. Jadi, apa kita dapat? Eksport kita RM1.3687 trilion, kita import RM845 bilion. Jadi, kita ada surplus RM509 bilion. Itu trade surplus kita. Last year alone kita ada surplus 98. Jumlah for the last 10 years kumulatif RM519 bilion.
Sudah tentu apabila negara macam Amerika ini impose kita untuk sign. Kalau kita tak sign pada ketika itu, saya waktu itu saya tidak pegang jawatan ini, tetapi selepas saya masuk ni saya kaji balik semula, di sain, dipaksa sain. Kalau tidak, kemungkinan besar kita akan kena bukan 19 peratus, mungkin 40 peratus. Sebab ada juga negara yang tak sain, dia kena straight away 40 peratus. Yang macam di Brunei, tak bincang langsung, 25 peratus. Jadi kita ni mengambil kira kita punya sejarah, kita trade dengan US ni, kita lama dan kita nampak banyak benda yang positif kepada kita.
Sebab itu, kerajaan pada ketika itu sain. Jadi bila sain, banyaklah term, term yang kita tak setuju sebagai negara, tetapi tidak ada perkara-perkara yang menyentuh soal kedaulatan negara. Dia lebih kepada economic centric. Sebab itu kita sain waktu ketika itu dan kita ada satu masa untuk buat ratifikasi, tapi dalam masa kita tunggu ratifikasi ini, kita akan go through all the agreement, tiba-tiba Supreme Court di Amerika buat keputusan dia [Tidak jelas] Buat.
Jadi, tak payahlah kita teruskan, tetapi dia mempunyai kuasa untuk mengenakan tarif kepada mana-mana negara yang dia nak.
Oleh kerana kita ini di impose 10 peratus maka kita terima lah 10 peratus. Kita kena bayar. Berbanding dengan China. China pun kita juga trade. Dia tak ada apa-apa tarif dengan kita, tetapi kita punya trade dengan China ni, dia— kita eksport kepada China for the last 10 years RM1.6 trilion, tetapi kita import daripada China RM2.24 trilion. Jadi kita ada defisit dengan China RM607 bilion.
Jadi ini consideration yang kita buat iaitu whether kita nak atau tidak, kita kena sain dan terima tarikh yang di impose kepada kita ini, sebab itu kita kena be friendly with a lot of people pasal negara kita ini, kita punya nature of our economy ni, kita ni open economy. We base a lot on trade. Kita punya, dengan mana negara di luar daripada Malaysia. Sebab itu, apabila sesuatu negara yang bagi kita trade surplus, sudah tentu kita akan melihat apa dia punya argument dan kita akan melihat sejauh mana dia menyentuh dari segi soal kedaulatan.
Selagi tidak ada kedaulatan, hanya trade, maka kita tidak ada masalah kerana kita juga dah sain banyak FTA: Free Trade Agreement ni dengan 19, kita dah sain 19, 17 trade agreement, 9 multilateral, lagi satu bilateral. So, jadi US ni one of it, the unique about US ni dia bukan bilateral ataupun multilateral. Waktu dia suruh kita sain tarif itu, ART itu kerana dia bersifat unilateral. Jadi, unilateral ini kalau katakan kita banyak defisit, sudah tentu kita tak peduli, tapi fasal kita ada banyak surplus daripada dia maka kita tak boleh let go dan kita kena bincang.
So, hasil daripada perbincangan itu kita kena 19 percent, tetapi now because it is [Tidak jelas] Kita kena 10 percent. Itu sahaja dia punya isu dari segi ART ini. Yang lain-lain ini tidak ada apa-apa. Semua kita...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mohon sikit pencerahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya, please.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya ni tak mahir sangat hal perdagangan ni, tapi saya mahu pencerahannya dari segi tadi macam bila sebut, bila Datuk sebut, kita dipaksa untuk tandatangan, ertinya di situ peranan kita tu seolah-olah nilai kedaulatan kita boleh di “gugah” dengan “You sign ataupun macam ni.” Timbul dalam netizen berbahas, satu. Kita tak boleh nak nafi netizen ni, dia berbahas mengikut pandai dialah.
Cuma bila netizen punya olahan atau pun pandangan melihatkan implikasi daripada ART, yang saya tak silap saya, ada tujuh seksyen, yang punya appendix, appendix, appendix yang sangat banyak, tak silap 400 lebih kut. Di situ memberikan gambaran yang dikatakan reciprocal, yang timbal balas. Seolah-olah dalam perakuan dan persetujuan kita itu semua, hampir keseluruhan tu, Malaysia shall be, shall be, shall be, ertinya kita yang kena buat. Di situ tidak nampak gambaran, gambaran timbal balas itu. Sangat sikit, yang nak khabarkan yang kita ini ada timbal balas.
Yang keduanya, tadi bila kita sebut dari segi gambaran kedaulatan, dia semacam forcing kita dari sudut contoh dari segi PETRONAS. Saya pinjam apa yang dia orang bahas.
PETRONAS terpaksa, dipaksa untuk membeli sejumlah tertentu.
Kadang-kadang kita adalah negara pengeksport, kita juga kena import. Juga dalam kes-kes ketenteraan dan dari sudut ketenteraan yang dibimbangi bahawa akan wujud soal- soal sovereignty itu. Sekarang ni misalnya kita tandatangan, US ni tak kisah pun tandatangan tak tandatangan. Apa ni, kita punya contoh yang kes di Iran sekarang, dah berapa kali perjanjian damai, dia tak kisah damai tak damai, dia jalan saja.
Venezuela, dia tak kisah apa pun dia masuk saja. Ertinya, mungkin tidak dengan ART ini, ya betul kita akan ada satu lagi proses ratifikasi dan lain-lain. Dan ini akan menjadikan ada ruang untuk kita menilai semula, tapi misal contoh, ada juga yang mempersoalkan misalnya, dipaksa kita tandatangan benar atau tidak bahawa tandatangan yang kita buat, tanpa juga kita merujuk kepada pihak-pihak tertinggi kita di Malaysia ini, misalnya Parlimen dan lain-lain sebab implikasinya besar dari segi jangka panjang kita Malaysia, negara yang berdaulat. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya sebenarnya waktu benda ini dilakukan, saya pun mempunyai pandangan macam Yang Berhormat, tetapi saya melihat ini lebih kepada, pengkhususan dia ini lebih kepada ekonomi.
Kalau Yang Berhormat beritahu saya kenapa dia suruh kita, paksa pergi beli ini, beli begini.
Sebenarnya saya pun mempunyai pandangan itu juga, tapi bila saya tengok, saya panggil setiap company yang ada dalam tu yang kena beli. Contoh, kapal terbang you beli.
Sebenarnya, ada tak ada ART memang orang ni dah book. Jadi, kita ambil peluang masuk kepada dia, beritahu dia, “Eh you jangan tengok kita surplus saja. Kita pun ada beli barang dekat you.” Itu cerita dia, story dia.
Kemudian macam PETRONAS. Dia ada berapa banyak joint venture, joint venture yang dia ada dalam gas, yang dia beli pada gas ni, dia banyak yang datang daripada di Amerika, dia PETRONAS ni bukan sahaja dia keluar, dia juga terlibat dalam trading. Jadi banyak trading, trading ini juga terlibat. Jadi— punya komitmen, saya panggil PETRONAS, bincang. Ini you ada commit RM2.4 billion purchase of LNG.
Dia cakap memang kita kena beli fasal kita ada customer dah book. So, ini semua adalah fakta. Sebab itu waktu saya jawab di Dewan Rakyat, saya beritahu dia orang, saya memang ready nak bincang dengan kokus yang telah diwujudkan oleh pembangkang. Saya memang nak buka benda ini nak bincang, tapi dalam masa kita prepare nak pergi bincang ni, dia pun dah— dah cancel. Jadi cancel— apa lagi nak bincang? Kita jangan bincang benda dah cancel.
So, tetapi apa yang saya nak beritahu ialah mana-mana komitmen yang dibuat oleh some of the GLC, beli barang-barang kita, pada US, kita rekodlah. Jangan kita tak rekod apa yang kita dah beli ini sebelum ni. Sebelum ART ni pun ada benda kita beli.
Sebab itu saya boleh sebut tadi, dengan kita dengan Amerika ni, kita pun ada import daripada barang dia RM845 bilion. Ini kita nak kena beritahu dia juga. Kalau kita tak beritahu dia, dia ingat kita ambil, kita eksport saja. Sebenarnya kita import juga. So, ini yang saya tekan tadi, jangan tengok only one sector because this is strictly economy, tetapi kalau dia cakap kalau, “Oh, ini, saya kalau you tak,” Saya cakap tadi paksa itu dalam “open and closed”— inverted comma-lah. Maksud dia, kalau you tak nak, you tak payahlah. Tak payah sain, tapi you besok start ambil 40 percent. Besok ambil 45 percent. Masuk besok ambil 50 percent.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi apa berlaku? Yang berlaku dia ialah kita ada satu industri dekat Malaysia ini yang terlibat dalam E&E semikonduktor, kita punya eksport dengan US satu tahun, kita punya dagang dengan US ini, satu tahun saja 233 bilion. Kalau 233 bilion ini yang kita eksport kepada US, what happen kalau tiba-tiba tarif overnight 45 persen atau 40 peratus?
Jadi, maka kita akan jadi tidak kompetitif. Bila tak ada jadi kompetitif, maka apa berlaku? Maka, syarikat-syarikat ini over the period of time, dia akan pindah tempat lain.
Kenapa nak buat syarikat dekat Malaysia kena bayar setiap kali eksport, kalau nak pergi eksport US kena bayar 40 peratus?
Jadi, sebab itu kita engage. Bila kita engage ini, bukan kita engage macam itu terus.
Makna, kita engage untuk kita sain, dapat lower tariff, kita ratify. Kita beritahu dia, dalam ASEAN ini, 19 percent kita almost sama dengan orang waktu ketika itu. Yang mana, yang mana sain tak sain pun, dia kena juga 19 percent. Tapi kita nak menunjuk bahawa kita engage sebab kita ada lebih sikit daripada orang lain sebab kita ada trade surplus dengan US. Itu beza dia. Kalau yang mana tak ada trade surplus ini, dia tak pedulilah. Macam kita ada trade surplus, satu.
Nombor dua, industri yang kita buat ini, utama E&E dengan semikonduktor, ada 648,000 kakitangan yang bekerja dalam industri ini. Kalau besok industri-industri, syarikat- syarikat ini pun, kalau katakan dia terkesan akibat daripada tarif ini, dia pun keluar. Jadi, alhamdulillah, tarif ini dah cancel. Dia masuk lagi impose kita punya tarif 10 peratus ini, under section 122 ini, dia boleh tahan lima bulan. Lepas itu, dia kena datang nak bincang dengan kita ini.
Selagi Trump jadi Presiden, dia akan bincang. Lebih baik dia bincang, kita cerita fasal ekonomi. Bukan dia bincang cerita fasal nak perang. So, jadi kita bincang fasal ekonomi.
Sebab tak ada sebab kita nak bergaduh-gaduh dengan orang ini. So, jadi saya tengok, benda itu lebih kepada ada tak manfaat kepada kita? Ada tak manfaat yang kita boleh dapat selain daripada kita kena tarif? Itu sahaja saya punya konsep.
Jadi, jadi soal ini, kalau ada lagi agreement yang datang nanti, kita akan bincanglah dengan you know Yang Berhormat Senator dan dengan Dewan Rakyat ini, kita akan bincang.
Kita buka terbuka fasal apa ini, ini negara. Tak ada siapa kontrol negaranya melainkan kita semua yang duduk dalam Dewan ini, termasuk Dewan Rakyat, kita yang jaga negara ini secara terbuka. Dan kita always ada opsyen. Kalau semua majoriti tak suka, kita cancel-lah.
Seorang Ahli
...Boleh cancel?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tukar kerajaan— cancel, tapi cancel, tarif jadi berbezalah. Lebih kurang macam itu. Jadi, ini adalah perkara yang sometimes beyond kita— di luar daripada bidang kuasa kita.
Dato' Yang di-Pertua ...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh teruskan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya dah habis.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Menarik.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dah tak ada. Itu saja.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Oh, dah habis dah?
[Ketawa]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dua soalan dah habis. Dua-dua soalan saja.
Yang lainnya banyak kementerian lain, tapi kementerian ini, ada dua saja.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Baik.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Menteri di atas jawapan. Saya minat dengarnya tadi. Satu benda yang baharu yang baru saya pun dapat tahu. Baik. Terima kasih.
Seterusnya, kita menjemput Menteri di Kementerian Pertahanan. Ada ya?
Kementerian Pertahanan siapa ya, ada ya?
Setiausaha
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey. Kementerian Pertahanan belum sampai.
Kita jemput Kementerian Kesihatan. Menteri Kementerian Kesihatan pun tak ada juga? Ada tak, Menteri Pertahanan?...
Setiausaha
KPDN dulu, YB. Perdagangan...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey. Sebab saya tanda dekat sini.
Setiausaha
Ya, okey.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Ya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena istiadat pembukaan Parlimen penggal ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja khususnya Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup secara langsung.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu-isu spesifik berkaitan kefungsian KPDN yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan. Okey. Telah menyentuh berhubung impak perniagaan asing kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan.
Yang Berhormat telah mencadangkan supaya kerajaan menetapkan nilai ambang modal berbayar bagi pendaftaran perniagaan di Malaysia dalam kalangan entiti asing sebanyak RM1 juta. Mewajibkan sekurang-kurangnya 51 peratus pemilikan tempatan dalam sektor sensitif seperti makanan runcit dan inovasi serta memperkenalkan keperluan perolehan dan kuota penggajian tempatan bagi melindungi kepentingan PMKS.
Perkara ini menyentuh tanggungjawab KPDN. Pertama, dalam konteks pendaftaran iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia selaku badan kawal selia pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.
Untuk makluman Dewan, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] hanya warganegara Malaysia dan pemastautin tetap dibenarkan mendaftarkan perniagaan berbentuk milikan tunggal atau perkongsian. Bagi entiti yang berdaftar di bawah Akta 197 ini, nama perniagaan lazimnya menggunakan nama individu sebagaimana yang tercatat dalam kad pengenalan atau menggunakan akhiran seperti enterprise.
Ini bermaksud warga asing tanpa status PR tidak layak mendaftar perniagaan.
Ketetapan ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk membangunkan perniagaan kecil, sekali gus memperkukuh daya saing usahawan tempatan di pasaran domestik.
Manakala, Akta Syarikat 2016 [Akta 777] pula tidak mengenakan sebarang halangan kepada warga asing untuk memperbadankan syarikat di Malaysia. Ini bermaksud warga asing boleh menubuhkan syarikat dengan akhiran Sendirian Berhad atau Berhad.
Namun begitu, tiada peruntukan khusus yang menetapkan keperluan modal minimum bagi pemerbadanan syarikat. Ini bermakna syarikat boleh diperbadankan dengan jumlah modal yang ditentukan sendiri oleh para pengarah atau pemegang saham tertakluk kepada keperluan operasi dan objektif syarikat tersebut.
Pendekatan ini adalah sejajar dengan prinsip ease of doing business yang merupakan penarafan oleh pihak bank dunia ke atas lebih 180 negara. Ia bertujuan menggalakkan pemerbadanan syarikat serta memudahkan urusan perniagaan, khususnya bagi usahawan baharu dan PMKS.
Polisi tanpa keperluan modal minimum ini telah pun diamalkan sejak Akta Syarikat 1995, akta yang dahulu, dan diteruskan pemakaiannya dalam kerangka perundangan Akta 777 sedia ada. Turut dimaklumkan bahawa di bawah Akta 777, syarikat asing dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia melalui dua kaedah.
Pertama, iaitu sebagai pemegang saham atau pengarah dalam syarikat tempatan yang diperbadankan di bawah seksyen 14 atau dengan mendaftar terus sebagai syarikat asing di bawah seksyen 562 akta yang sama. Bagi warga asing yang ingin menubuhkan syarikat tempatan, keperluan asasnya adalah jelas iaitu bagi syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang pengarah bermastautin di Malaysia. Bagi syarikat Awam berhad, kurang-kurangnya dua orang pengarah bermastautin diperlukan.
Langkah ini penting bagi sebagai mekanisme kawal selia bagi memastikan sebarang bentuk pelaburan asing yang masuk adalah teratur, berlandaskan undang-undang serta memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara serta peluang kepada rakyat tempatan.
Manakala, di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, tiada peruntukan yang mengehadkan atau melarang warga asing daripada menjadi pekongsi dalam sesebuah PLT.
Selain itu, warga asing juga boleh dilantik sebagai pegawai pematuhan tertakluk kepada syarat bahawa individu tersebut merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 27.
Seterusnya, walaupun Akta 777 dan Akta 743 tidak menetapkan sebarang keperluan modal minimum, syarikat dan PLT tetap tertakluk kepada undang-undang dan dasar pelaburan lain yang ditetapkan oleh kementerian atau agensi pengawal selia berkaitan.
Bagi sektor-sektor tertentu seperti kewangan, insurans atau industri yang dikawal selia, kementerian atau agensi yang berkaitan mengawal selia industri berkenaan boleh mengenakan syarat tambahan termasuk keperluan modal minimum.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Langkah ini bertujuan melindungi kepentingan peniaga tempatan serta memastikan keseimbangan dalam pembangunan ekonomi negara. Maksudnya, sungguh pun dari segi pendaftaran ataupun pemerbadanan syarikat dan perniagaan tersebut tidak meletakkan syarat ataupun peraturan berkaitan modal minimum, namun dari segi polisi dasar boleh ditentukan oleh agensi kawal selia.
Sebagai contoh, terkait dengan kefungsian secara langsung KPDN, melalui garis panduan penyertaan asing sektor perdagangan pengedaran di Malaysia, ditetapkan bahawa syarikat milikan asing yang ingin menjalankan perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran di Malaysia perlu mendapatkan kelulusan KPDN. Garis panduan ini merupakan instrumen pentadbiran bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara teratur, telus dan selaras dengan dasar serta kepentingan ekonomi domestik.
Keperluan ini penting bagi menjamin keseimbangan antara keterbukaan pasaran dan perlindungan kepentingan peniaga tempatan, khususnya PMKS. Ia juga bertujuan memastikan penyertaan asing memberi nilai tambah kepada ekonomi negara melalui pemindahan teknologi, peluang pekerjaan, pembangunan vendor tempatan, serta pemerkasaan rantaian bekalan domestik.
KPDN sedang dalam tindakan menambah baik dan memperkemas garis panduan penyertaan asing ini agar lebih responsif terhadap perkembangan industri, perubahan landskap peruncitan serta keutamaan dasar kerajaan. Penambahbaikan ini akan mengambil kira pandangan pemegang taruh termasuk Yang Berhormat berkaitan amalan terbaik semasa bagi memastikan dasar yang diguna pakai kekal relevan, berdaya saing dan berimpak tinggi termasuk pertimbangan berkaitan kelestarian perniagaan PMKS tempatan.
Sebagai mana dinyatakan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan, Jemaah Menteri pada 6 Februari 2026 telah memutuskan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas yang diketuai MOF untuk mengatasi isu ini merupakan langkah yang tepat untuk kita menangani isu yang terkait dan kebimbangan yang telah pun dilontarkan termasuklah perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti penambahbaikan dasar, kerangka perundangan, pemantauan dan penguatkuasaan dalam menangani kebimbangan risiko lambakan barangan asing dalam pasaran tempatan. Pasukan ini dianggotai oleh KPDN, MITI, KDN, KUSKOP dan juga KPKT. Jadi, selain daripada isu terkait dengan modal minimum yang dibangkitkan Yang Berhormat, saya juga mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat selaku pimpinan kepada Dewan Perniagaan untuk mengemukakan cadangan-cadangan lain yang boleh kita bawa dalam jawatankuasa ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tan Sri juga ada mencadangkan agar kerajaan meneliti semula kriteria pemilihan peruncit yang mengambil bahagian dalam program Sumbangan Asas Rahmah iaitu agar kelayakan penyertaan turut dipertimbangkan kepada peruncit dan peniaga yang menjual sekurang-kurangnya tujuh daripada 15 kategori barangan yang ditetapkan.
Berhubung perkara ini, sebagaimana kita maklum dasar dan juga mekanisme pelaksanaan SARA ini adalah di bawah bidang kuasa MOF. Dan namun begitu, sebagai pihak yang mengawal selia sektor peruncitan, KPDN menyambut baik saranan Yang Berhormat untuk melibatkan lebih banyak retailers dengan izin, para peruncit dan peniaga kita.
Dan di peringkat KPDN untuk makluman, kita telah menggalakkan pendaftaran operator-operator kepada program Jualan Rahmah MADANI ini untuk terlibat dalam program SARA. Dan setakat Januari 2026, sebanyak 30 peratus daripada lebih 2,100 operator program Jualan Rahmah MADANI telah mendapat bekalan terminal SARA dan sekali gus membolehkan rakyat membuat pembelian barangan dengan Bantuan Tunai SARA.
Dan yang sebagaimana kita maklum, sasaran Kementerian Kewangan pula akan melibatkan lebih 10,000 peniaga-peniaga peruncit untuk terlibat dalam program SARA. KPDN akan terus bekerjasama dengan MOF untuk membolehkan ke semua operator PGRM yang dilantik oleh KPDN terlibat dalam pelaksanaan Bantuan Tunai SARA.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Tiew Way Keng, ada dalam Dewan?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Tiew. YB Tiew tak ada. Tidak ada dalam Dewan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tiada eh. Kalau tiada saya akan panjangkan jawapan secara bertulis.
Dan Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang dibangkitkan adalah menyentuh isu kos hara hidup yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa, Yang Berhormat Puan Noorita binti Sual, Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie bin Muda, Yang Berhormat Puan Tiew Way Keng, Yang Berhormat Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani, Yang Berhormat Tuan Musoddak bin Ahmad, Yang Berhormat Datuk Wira Koh Nai Kwong, Yang Berhormat Puan Saraswathy a/p Kandasami dan Yang Berhormat Tuan Michael Mujah Lihan.
Perkara-perkara yang dibangkitkan meliputi keprihatinan terhadap isu kos hidup yang dibangkitkan secara umum. Mahupun beberapa isu spesifik termasuk isu-isu kos sara hidup yang terletak di bawah bidang kuasa langsung kementerian yang lain. Secara keseluruhannya, kerajaan sememangnya mengambil perhatian serius terhadap isu-isu kos sara hidup yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, antaranya kebimbangan tentang isu pendapatan yang dilihat tidak dapat menampung keperluan kos sara hidup, peningkatan kos makanan, perumahan, pendidikan termasuklah kegusaran impak bebanan kos sara hidup terhadap isu keselamatan sosial serta pelbagai lagi.
KPDN juga menyambut baik gesaan dan saranan agar isu-isu kos sara hidup dilihat dengan lebih menyeluruh. Sungguh pun indikator penting ekonomi seperti kadar inflasi dan dapatan survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah serta Pekali Gini menunjukkan perkembangan positif. Kerajaan tidak pernah terhenti dan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha intervensi dan mitigasi dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup.
Ini dilaksanakan melalui pendekatan serampang dua mata iaitu bukan hanya kita melihat kepada usaha untuk menstabilkan harga barang dan perkhidmatan, tetapi juga kerajaan pada hari ini melihat kepada elemen yang cukup penting juga iaitu meningkatkan pendapatan sara hidup rakyat. Antara inisiatif yang dilaksana bagi memastikan kestabilan harga barangan merangkumi pemantauan ketat terhadap rantaian bekalan dan tindakan penguatkuasaan, bagi memastikan ekosistem pasaran yang adil, telus dan berdaya saing serta melaksana intervensi meningkatkan akses rakyat kepada barangan keperluan harian.
Seterusnya, pelbagai dasar dan program telah dilaksana bagi mewujudkan ekosistem yang merangsang peningkatan pendapatan rakyat. Ini merangkumi peluang pekerjaan, peningkatan gaji minimum, pelaksanaan dasar gaji progresif, pemerkasaan keusahawanan, penyaluran bantuan tunai bersasar serta pelbagai inisiatif lain.
Melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), kerajaan menggerakkan usaha menangani kos sara hidup melalui pendekatan whole-of-government merentasi kementerian meliputi kluster makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, pendapatan dan utiliti. Agenda ini juga akan diangkat menerusi partisipasi whole-of-nations dengan izin, dengan penyertaan pelbagai pihak termasuklah dalam sektor swasta serta pemegang taruh yang lain.
Di bawah RMKe13 pula usaha ini akan dimaknai antaranya melalui strategi memperkukuh pengurusan kos sara hidup yang akan didukung melalui Pelan Tindakan Sara Hidup 2026-2030 dan akan dimuktamadkan dalam suku kedua tahun ini. Kita melihat bahawa kerangka utama dasar kerajaan sama ada melalui kerangka Ekonomi MADANI dan juga RMKe13 telah menggariskan antaranya adalah untuk meningkatkan darjat hidup ataupun sosioekonomi rakyat.
Dan setelah dalam beberapa tahun kita merintis lebih daripada 300 inisiatif-inisiatif kos sara hidup, kita telah memutuskan untuk menggerakkan usaha dan ikhtiar intervensi dengan lebih menyeluruh mengambil pendekatan meliputi semua kementerian dan juga partisipasi daripada pemegang taruh yang lain. Kita akan memuktamadkan dan akan membentangkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2026 hingga 2030 dan kita harapkan dengan adanya Pelan Tindakan Sara Hidup ini kelak usaha akan digerakkan dengan lebih komprehensif dan akan melibatkan semua pihak untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu sekali lagi saya ingin mengucapkan...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mohon mencelah sikit Yang Berhormat, ada masa sikit lagi.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sila, Yang Berhormat.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Berhubung dengan kos sara hidup. Ini isu cerita panjang tak berhabis-habis dan memang kita bicara kos sara hidup yang kita bincangkan ialah untuk menaikkan tangga gaji, pendapatan dan lain-lain, tapi tangga gaji dan pendapatan dia naik, harga barang tak turun-turun. Itu yang kita bercakap adalah dari segi netizen, rakyat kita di bawah.
Saya tengok misalnya sekarang ini dari sudut contohlah— apa ikhtiar bersepadu yang boleh digerakkan. Contoh beras, harga yang tak turun juga dengan harga tempatan walaupun— beras tempatan sekarang makin menurun production-nya. Kalau data yang ada daripada 63.7, sekarang tinggal 56 persen. So lain-lain pun begitu, kalau kos ubat saya tengok nak beli ubat, orang kampung memang sangat kritikal unless kalau ubat itu boleh diakses didapati di hospital.
Jadi apa lingkaran, bolehkah saya pakaikan satu ekosistem sara hidup yang bersepadu nanti itu yang bukan sekadar untuk menaikkan income, tapi macam mana ikhtiar untuk dapat menurunkan kos-kos harga barang yang sampai hari ini saya tengok tidak begitu signifikan dari segi penurunnya. Itu pun sebahagiannya tak berlaku penurunan pun. Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Itu sebabnya Yang Berhormat sebagaimana yang kita sebut tadi bahawa pendekatan kita dalam menangani isu kos sara hidup ini perlu melibatkan dua komponen. Bukan hanya kita melihat kepada kestabilan harga barang dan juga perkhidmatan, tetapi juga melihat kepada isu peningkatan pendapatan sara hidup rakyat. Jadi kalau kita melihat berpuluh tahun ini, untuk kita memastikan harga barang dalam keadaan pasaran, dalam keadaan pasaran itu ditentukan oleh penawaran dan permintaan untuk memastikan harga barang, semua barang menurun itu adalah sesuatu yang mustahil.
Namun begitu, apa yang kita lakukan di peringkat kerajaan pada hari ini, kalau sebelum ini kita menyebut tentang usaha jihad memerangi orang tengah dan sebagainya.
Namun sekadar slogan tanpa pendekatan yang lebih khusus, ia tidak boleh dicapai. Itu sebabnya dalam tempoh RMKe13 ini, kerajaan telah menetapkan bahawa kita akan membangunkan sistem repository bekalan dan juga harga untuk kita mengenal pasti harga dan jumlah bekalan itu di setiap rantaian daripada pengeluar sehinggalah kepada peringkat peruncit.
Penjualan di peringkat pengguna untuk kita mengenal pasti trend perbezaan termasuklah sekiranya ada unsur-unsur manipulasi daripada pihak orang tengah dan juga memastikan kecukupan bekalan itu di setiap rantaian. Dan dengan adanya sistem repository ini, kita melihat dari segi pemantauan dan penguatkuasaan kita akan lebih berkesan dan seterusnya dapat mengekang manipulasi daripada pihak-pihak yang tidak mengamalkan perniagaan, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Namun kita akui Yang Berhormat itu sebabnya dalam menangani isu kos sara hidup ini. Bukan hanya— walaupun NACCOL itu berada di bawah urus setianya di KPDN, tetapi ia memerlukan kerjasama daripada semua peringkat. Itu sebab kalau kita lihat Kementerian Pertanian telah pun memperkenalkan Dasar Keterjaminan Makanan termasuklah untuk memastikan kecukupan bekalan termasuklah beras yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Begitu juga Kementerian Kesihatan dan juga MOF baru-baru ini telah pun mengumumkan apa yang disebutkan Program RESET untuk memastikan inflasi perubatan itu, inflasi kesihatan itu dapat dikawal dan keadaannya stabil.
Jadi, kita alu-alukan, tetapi cukup penting Yang Berhormat usaha kita untuk memastikan walaupun ada pergerakan harga barang dan perkhidmatan itu, tetapi ia dalam keadaan yang stabil dan paling penting juga kita rintis dalam tempoh RMKe13 ini, kita mulakan supaya berlaku pergerakan harga barang, tetapi pada masa yang sama pendapatan sara hidup rakyat itu perlu ditingkatkan supaya ia adalah berjajaran dan yang paling penting matlamat sebagaimana disebut dalam RMKe13 kita mahu rakyat mempunyai pendapatan dan memenuhi perbelanjaan asas kehidupan wajar.
Jadi kita alu-alukan keprihatinan Yang Berhormat dan sama-sama kita mencari apakah lagi kaedah intervensi dalam kita mendepani masalah dan menyelesaikan isu-isu kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat dan yang juga merupakan sebenarnya bukan isu yang unik bagi Malaysia, tetapi isu kos sara hidup ini merupakan satu isu di peringkat global. Dan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan khususnya menyentuh kefungsian KPDN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Baik. Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya menjemput Menteri di Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Pertahanan semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan mengambil maklum tentang perbahasan mengenai isu rasuah, salah guna kuasa dan kegelinciran integriti dalam kalangan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Hussin bin Ismail, Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta, Yang Berhormat Tuan Azahar bin Hassan, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman, Yang Berhormat Dato' Ng Keng Heng, Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin, Yang Berhormat Tuan Amir, Yang Berhormat Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im dan Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid.
Kementerian memahami keresahan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apabila bangkitkan isu ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan nama baik dan wibawa Angkatan Tentera Malaysia sebagai satu institusi pertahanan nasional, tetapi juga memberi kesan langsung kepada kesiagaan pertahanan negara. Kita sedar bahawa ATM membawa satu tanggungjawab yang besar dan mulia untuk mempertahankan kedaulatan negara. Maka kita tidak mahu keunggulan dan integriti ATM dalam melaksanakan tanggungjawab ini terus dipersoal dan diragui oleh masyarakat.
Oleh itu, semasa ucapan perutusan Tahun Baru 2026, saya sendiri telah menegaskan pemberian dan komitmen Kementerian Pertahanan dan ATM untuk memulihkan integriti dan mengembalikan wibawa ATM. Dan komitmen yang sama terutama dijelaskan semasa sesi penerangan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat sampai 28 Januari 2026 yang lepas. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan dan ATM bertekad untuk membanteras segala unsur kecurangan kuasa dan kegelinciran integriti terutamanya rasuah dalam sistem pertahanan nasional. Kementerian Pertahanan juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melaksanakan siasatan sewajarnya dan sepatutnya serta membersihkan MINDEF dan ATM dari sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Selain itu, kementerian dan ATM akan memulihkan sistem integriti dan tatakelola untuk membasmi segala ruang untuk penyelewengan dan salah guna kuasa. Ini termasuklah pelaksanaan rombakan pelan antirasuah kementerian secara menyeluruh serta pelaksanaan kot etika, pendigitalan proses pengurusan dan perolehan, pengoptimuman penggunaan kecerdasan buatan (AI), penubuhan Lembaga Pengukuhan, Keutuhan dan Amanah, penguatkuasaan disiplin dan peraturan secara tegas tanpa kompromi melalui kerjasama dengan SPRM dan adaptasi amalan takbir urus terbaik melalui kerangka Environmental, Social and Governance ataupun ESG dengan izin.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Seterusnya, setelah dilantik Panglima Angkatan Tentera ke-24 melalui perintah ulungnya, Panglima Angkatan Tentera sendiri juga telah menegaskan komitmen Angkatan Tentera Malaysia untuk melaksanakan reformasi institusi yang menyeluruh melibatkan aspek struktur, sistem dan juga budaya organisasi. Pendek kata, kementerian dan ATM akan bekerja keras untuk memastikan institusi pertahanan negara kekal berintegriti dan berwibawa dan seterusnya, diyakini oleh rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, usaha memperkukuh integriti di Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan bermakna sekiranya sistem perolehan tidak diperkemas dan ditambah baik ke arah yang lebih telus, berakauntabiliti serta berteraskan prinsip tadbir urus terbaik. Justeru, penambahbaikan proses perolehan menjadi elemen penting bagi memastikan setiap perbelanjaan pertahanan dilaksanakan secara berhemah, berintegriti dan pada akhirnya, sentiasa memelihara kepentingan negara.
Oleh itu, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sistem perolehan aset-aset strategik serta pentadbiran benar-benar kalis rasuah dan bebas daripada pihak berkepentingan. Setelah ditangguh semua perolehan aset pertahanan, selaras dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Januari 2026, kerajaan pada 12 Februari 2026 telah bersetuju agar semua urusan perolehan aset pertahanan boleh diteruskan dan dilaksanakan dengan berpandukan kepada kerangka tadbir urus baru yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan.
Antara kerangka baru yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan adalah seperti berikut. Pertama, MOF menetapkan keahlian tambahan baru, di mana elemen penglibatan rentas kementerian dan rentas perkhidmatan diperkenalkan. Ianya bagi mengukuhkan proses semak dan imbang supaya sesuatu keputusan dibuat dengan lebih kukuh, diyakini dan tidak didominasi oleh mana-mana pihak. Contohnya, Jawatankuasa Sebut Harga Tentera Darat akan dianggotai oleh seorang wakil daripada tentera laut ataupun tentera udara. Manakala bagi Lembaga Perolehan di peringkat Kementerian Pertahanan, ia akan turut dianggotai oleh seorang wakil daripada Kementerian Dalam Negeri.
Kedua, dalam proses tender terbuka dan sebut harga, proses penilaian teknikal dan kewangan diperketat. Keanggotaan Jawatankuasa Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan ditetapkan komposisi barunya dan tidak terhad kepada agensi pengguna sahaja.
Ketiga, dari segi pemuktamadan perolehan oleh pihak berkuasa melulus, MOF telah menetapkan bahawa perolehan secara sebut harga bagi RM300,000 sehingga RM500,000 bagi bekalan dan perkhidmatan serta RM300,000 sehingga RM3 juta bagi kerja hendaklah dimuktamadkan di peringkat Lembaga Perolehan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Keempat, bagi perolehan yang melibatkan produk keluaran pengilang luar negara ataupun OEM, kaedah perolehan melalui tender terbuka antarabangsa perlu dilaksanakan oleh penyertaan dikhususkan kepada pengilang luar negara sahaja. Ini bermakna, ia tidak memungkinkan sebarang ejen untuk memasuki tender.
Selain itu, kerajaan telah memutuskan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan proses penilaian semula dan pengiklanan semula bagi perolehan aset-aset strategik yang telah dilakukan secara tender terbuka. Maknanya, tender-tender yang telah dikeluarkan dahulu untuk aset strategik akan dibuka semula dan dibuat penilaian semula.
Aset-aset strategik merujuk kepada aset bernilai tinggi yang memiliki kepentingan kritikal dan memberi impak langsung terhadap kesiapsiagaan, keupayaan serta keberkesanan operasi ATM dalam sistem pertahanan negara. Pada masa yang sama, perolehan yang tidak melibatkan aset strategik yang telah dilaksanakan secara tender terbuka dan sebut harga masih boleh diteruskan tanpa perlu penilaian semula ataupun pengiklanan semula.
Kesimpulannya, dengan panduan daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan akan memastikan untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan demi memperkasa integriti dan ketelusan tadbir urus perolehan agar tiada sebarang ruang untuk rasuah dan pengaruh pihak kepentingan.
Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Yang di- Pertua sendiri membangkitkan persoalan berkenaan penambahbaikan sistem tatakelola perolehan aset pertahanan bagi mengurangkan penglibatan pihak ketiga atau ejen yang berpotensi menyebabkan rasuah. Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem tatakelola perolehan, selaras dengan Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan garis panduan terkini yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Langkah ini memastikan setiap perolehan dijalankan secara telus, berintegriti dan berasaskan merit demi menjaga kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan. Sebagai contoh, tender terbuka kini diperluaskan dengan keutamaan diberikan kepada pengeluar asal atau syarikat tempatan yang terbukti mempunyai keupayaan teknikal dan rekod prestasi yang cemerlang. Selain itu, kementerian mewajibkan pengisytiharan konflik kepentingan serta pemunya benefisial ataupun beneficial owner sambil memperkukuh mekanisme semak dan imbang melalui jawatankuasa di pelbagai peringkat. Langkah ini akan turut dipermudahkan melalui proses digitalisasi dan mengoptimum penggunaan kecerdasan buatan ataupun AI dalam pengurusan perolehan.
Yang Berhormat Dato’ Setia Salehuddin juga mencadangkan agar Kementerian Pertahanan mempertimbangkan kaedah perolehan secara government-to-government, dengan izin, bagi pembelian aset strategik pertahanan. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan sememangnya telah pun melaksanakan beberapa perolehan secara G2G. Antaranya adalah pertama, perolehan Littoral Mission Ship Batch 2 dan tiga unit unmanned aerial system kategori medium altitude long endurance phase one dan associated support bersama-sama dengan Kerajaan Turkiye.
Kedua, pembelian 18 unit fighter lead-in trainer light combat aircraft dengan Kerajaan Korea. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk pembelian-pembelian aset strategik yang akan datang, kebanyakannya semuanya akan dilakukan melalui government- to-government bagi mengelakkan ketirisan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim atas keprihatinan beliau terhadap tahap kesiapsiagaan pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Askar Wataniah.
Kementerian juga menghargai keyakinan yang dizahirkan oleh Yang Berhormat terhadap Askar Wataniah yang berperanan penting sebagai force multiplier ataupun pengganda kekuatan kepada angkatan tetap dalam sistem pertahanan negara.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Askar Wataniah telah sekian lama menjadi lapisan pertahanan kedua. Pasukan ini turut memainkan peranan penting dalam menjayakan konsep Pertahanan Menyeluruh ataupun HANRUH seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Berkenaan cadangan untuk memperkukuhkan Askar Wataniah, di sini saya ingin menyatakan bahawa usaha-usaha memperkukuhkan Askar Wataniah sememangnya telah dilaksanakan secara berterusan. Antaranya, melalui peningkatan pengambilan anggota dalam Rejimen Siri 500 Askar Wataniah, pasukan pakar serta Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ataupun PALAPES.
Pada masa ini kekuatan keseluruhan Askar Wataniah adalah seramai 30,876 pegawai dan anggota. Kerajaan telah menetapkan sasaran pengambilan sekitar 6,000 anggota baru setiap tahun bagi memastikan kekuatan pasukan simpanan ini terus meningkat. Langkah ini bertujuan mencapai sasaran nisbah kekuatan 1:1 antara angkatan tetap dan pasukan simpanan iaitu sasaran kita menjelang 2033 kita mesti ada seramai 80,000 anggota Wataniah.
Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad, penglibatan pakar-pakar daripada sektor strategik juga amat penting untuk memperkasa peranan Askar Wataniah. Pada 16 Februari yang lepas Rapid Rail dan Prasarana Berhad telah secara rasminya menyertai Askar Wataniah melalui penubuhan Skuadron Rapid Rail di bawah 50 Rejimen Pakar Kereta Api, Askar, Jurutera Diraja.
Selain itu Askar Wataniah akan terus diperkukuh melalui rancangan penubuhan beberapa pasukan pakar yang melibatkan bidang-bidang baru. Antara bidang-bidang tersebut ialah pasukan pakar logistik dalam sektor petroleum, pengangkutan dan bekalan, pasukan pakar media dan penyiaran, pasukan pakar siber di bawah Markas Pemerintahan Siber Elektromagnetik dan pasukan pakar kesihatan di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Markas ATM.
Kesemua usaha pengukuhan ini dilaksanakan berdasarkan pelan strategik jangka panjang Angkatan Tentera Malaysia termasuk dokumen strategik angkatan masa hadapan, domain daratan serta pelan strategik hala tuju askar wataniah 2021. Kita juga akan lihat kepada semua sektor dan bidang lain pelabuhan, syarikat-syarikat yang melabur, syarikat- syarikat yang berkepentingan nasional dan sebagainya, kita menggalakkan semua mereka untuk menubuhkan pasukan pakar dan juga Askar Wataniah supaya apabila berlaku apa-apa bencana ataupun konflik, mereka merupakan barisan hadapan. Mereka juga merupakan pasukan yang akan membantu Angkatan Tentera Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua itulah sahaja penggulungan daripada saya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang Berhormat Menteri. Minta maaf sikit.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
YB Menteri benarkan?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Bila dapat isyarat nak habis itu, kita dah puas mendengar dan seronok dengan komitmen kementerian. Mungkin ada berita baik yang boleh Menteri sebutkan kerana pada ketika lalu timbul isu rasuah, penyelewengan dalam pembinaan kapal-kapal LCS: Littoral Combat Ship yang kita tangani di Dewan ini melalui PAC dan sebagainya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Apa perkembangannya? Kita dimaklumkan daripada enam jadi lima, okey. Adakah kapal yang pertama itu sudah menjejak dan boleh bergerak? Kalau bolehlah, itu dikatakan berita baik. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sedar bahawa pembinaan projek LCS: Littoral Combat Ship kita itu memang menjadi perhatian rakyat seluruh negara kerana kita tahu pentingnya lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan cabaran yang kita hadapi untuk mengawal perairan negara kita.
Seperti yang kita sedia maklum projek LCS ini telah dirancang dan dimulakan lama dahulu. Syukur alhamdulillah, di bawah kerajaan sekarang sahaja kita akan pada akhirnya dapat menerima kapal-kapal yang akan siap sepenuhnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan iaitu pada bulan hadapan kapal LCS pertama akan melalui sea trial, ujian di laut untuk memastikan kekuatan kapal-kapal untuk mengharungi lautan dan juga samudera.
Kita dijangkakan untuk menerima, kapal ini diserahkan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia pada akhir tahun ini. Kapal yang pertama dan dituruti dengan kapal kedua, ketiga, keempat, menjelang beberapa bulan. Jadi, maknanya kerajaan inilah yang benar- benar dapat menyempurnakan pembinaan kapal LCS. Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas kesabaran semua rakyat menunggu, akhirnya kapal ini dapat terbina.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan. Sekian sahajalah jawapan penggulungan daripada Kementerian Pertahanan. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Satu jawapan yang saya sendiri pun rasa puas. Segala soalan yang dibangkitkan telah pun dijawab dan tahniah juga kepada Kementerian Pertahanan kerana telah berjaya membawa mereka yang untuk dituduh di mahkamah dan diadili dengan sebaiknya.
Seterusnya saya menjemput Menteri daripada Kementerian Kesihatan untuk menggulung. Silakan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 12 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan telah membangkitkan 23 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya akan mulakan dengan pendigitalan yang telah diungkit oleh YB Dr.
Lingeshwaran. Ada hari ini? Terima kasih. Dr. Lingeshwaran bertanyakan mengenai pendigitalan, pelan integrasi menyeluruh antara sistem di klinik CCMS, farmasi dan sistem hospital dan juga tentang garis masa pendigitalan di Pulau Pinang.
KKM sedang melaksanakan pendigitalan berasaskan pengkomputeran awam di fasiliti-fasiliti kesihatan bagi memperkukuh pengurusan rekod perubatan digital pesakit melalui langganan sistem Electronic Medical Record (EMR). Sistem teras EMR mengikuti fasiliti kesihatan ini terdiri daripada satu, klinik kesihatan menggunakan Cloud-Based Clinical Management System (CCMS).
Kedua, klinik pergigian menggunakan Dental Information System (DIS) dan ketiga, hospital menggunakan Total Hospital Information System (THIS).
Pelaksanaan sistem ini merupakan langkah ke arah meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh tadbir urus data serta mengurangkan kebergantungan kepada rekod manual.
Pemasangan CCMS telah bermula pada tahun 2024. Sehingga akhir tahun 2025 telah merangkumi sebanyak 412 klinik kesihatan. Bagi tahun 2026 kementerian komited untuk mendigitalkan 137 lagi kesihatan, baki 848 klinik kesihatan akan didigitalkan sepenuhnya pada akhir tahun 2027.
Pemasangan THIS telah bermula pada tahun 2024 dan sehingga akhir 2025 telah merangkumi sebanyak 120 klinik pergigian, baki 458 klinik pergigian akan didigitalkan sepenuhnya pada akhir tahun 2027.
[Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Mesyuarat****] Pemasangan THIS telah bermula pada tahun 1999 dan sehingga akhir tahun 2025, 23 hospital telah dipasang dengan pelbagai produk sistem maklumat hospital. Bagi tahun 2026 kementerian komited untuk mendigitalkan 16 hospital, baki 113 hospital akan didigitalkan sepenuhnya pada akhir tahun 2029. Dari segi pendigitalan menyeluruh, fasilitifasi kesihatan premier disasarkan selesai sepenuhnya pada tahun 2027.
Mengenai integrasi data kesihatan nasional kita sedang bergiat melaksanakan melalui aplikasi MySejahtera sebagai platform penyatuan rekod kesihatan rakyat. Sehingga hari ini sistem ini telah berjaya mengintegrasikan 30 juta rekod vaksinasi, 7 juta rekod preskripsi ubat, 3 juta rekod pergigian, 2.8 juta rekod saringan kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Dalam masa terdekat, sebanyak 90,000 rekod pengimejan perubatan akan turut diintegrasikan selaras dengan aspirasi satu individu satu rekod. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada agenda pendigitalan KKM bagi memperkukuhkan kesinambungan rawatan: continuity of care, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan, mengurangkan pertindihan rawatan serta memastikan akses maklumat yang lebih pantas dan selamat kepada fasiliti kesihatan yang terlibat.
Pelan transformasi pendigitalan kesihatan di negeri Pulau Pinang bakal menyaksikan peningkatan ketara bermula dengan pemerkasaan CCMS daripada 10 klinik kesihatan sedia ada kepada penambahan pendigitalan bagi 11 lagi klinik kesihatan pada tahun 2026 sebelum diperluaskan secara drastik merangkumi 81 klinik kesihatan menjelang tahun 2027.
Agenda pendigitalan ini turut diperkukuh pada tahun 2027 melalui pelaksanaan BIS di 14 klinik pergigian serta melengkapkan pendigitalan BIS di semua hospital di Pulau Pinang bagi memastikan rekod perubatan yang lebih efisien dan bersepadu di seluruh negeri.
YB Senator Dr. Hajah Wan Martina, YB Senator Datuk Haji Mustafa dan YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Ada sini?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ada.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Ada, alhamdulillah— telah menyentuhkan mengenai isu penularan penyakit tibi yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini. KKM ingin menegaskan bahawa situasi tibi adalah terkawal di negara kita. Negeri-negeri seperti Sabah, Selangor, Sarawak mencatatkan jumlah kes yang lebih tinggi kerana kepadatan penduduk, faktor populasi, pergerakan manusia yang tinggi serta keberkesanan aktiviti saringan dan pengesahan kes.
Pengesahan kes tibi dijalankan secara bersasar memandangkan ia bukan penyakit yang merebak secara drastik. Pendekatan yang diambil adalah saringan dan pemeriksaan bagi individu dengan gejala tibi di fasiliti kesihatan. Pengesanan kes secara aktif dalam kalangan kontak rapat kes tibi, saringan bersasar di komuniti berisiko tinggi, pemantauan kluster melalui Pejabat Kesihatan Daerah dan penyampaian mesej kesedaran awam sebelum musim perayaan.
Usaha pengesahan kes tibi diperkasakan dengan mengintegrasikan teknologi diagnostik terkini yang lebih tepat dan efisien termasuklah penggunaan ujian molekular pantas serta sistem x-ray mudah alih berkuasa, kecerdasan buatan AI. Inisiatif ini akan diperluaskan secara berfasa ke seluruh fasiliti kesihatan. Rawatan tibi kini dilaksanakan melalui pendekatan pesakit luar dengan pemantauan harian oleh fasiliti kesihatan berhampiran.
Kemasukan ke hospital hanya bagi pesakit yang memerlukan pemantauan rapi. Pihak KKM memastikan bekalan ubat antitibi dan kapasiti rawatan mencukupi di seluruh negeri termasuk di Sabah dan di Selangor. Rawatan tibi disediakan secara percuma dengan pengurusan bekalan ubat secara berpusat bagi menjamin kesinambungan rawatan pesakit tanpa sebarang gangguan.
Berhubung soalan mengenai liputan vaksinasi, liputan vaksinasi BCG di Malaysia adalah kekal tinggi iaitu melibatkan 98 peratus namun vaksinasi BCG khususnya memberi pelindungan terhadap komplikasi tibi teruk dalam kalangan kanak-kanak dan ia tidak memberi pelindungan penuh atau terhad terhadap tibi paru-paru dewasa.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan orang ramai tidak memandang remeh terhadap gejala tibi, terutamanya musim perayaan kelak, KKM akan melaksanakan strategi komunikasi risiko yang selaras dengan prinsip yang digariskan oleh WHO, iaitu ketulusan maklumat, konsistensi mesej, elakkan stigma dan diskriminasi dan perkongsian maklumat tepat tanpa menimbulkan kebimbangan berlebihan.
Sehubungan itu, KKM telah membuatkan hebahan melalui media arus perdana dan platform media sosial rasmi KKM. Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Kesihatan Daerah juga telah dan sedang melaksanakan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan dan kawalan tibi. Antara perkara utama yang ditekankan dalam hebahan ialah kenali gejala penyakit tibi, buat pemeriksaan awal serta amalkan batuk beretika.
Pendekatan ini bertujuan memastikan masyarakat sentiasa kekal waspada. Dengan itu, jangkitan tibi di Malaysia dapat dikawal dan dipantau secara rapi melalui sistem surveillance yang kukuh, pengesahan kes aktif serta rawatan percuma dengan bekalan ubat yang mencukupi di seluruh negara. KKM akan terus melaksanakan pendekatan berasaskan risiko dan komunikasi yang telus bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan tanpa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Tentang penularan HIV yang telah diungkitkan oleh YB Senator Datuk Haji Mustafa, KKM dengan kerjasama strategik agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta korporat telah menjalankan pelbagai usaha berterusan dalam usaha untuk membendung jangkitan HIV iaitu antaranya satu, melaksanakan program PROSTAR 2.0 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkukuh pendidikan kesihatan, pencegahan awal serta peningkatan literasi kesihatan dalam kalangan pelajar dan golongan muda.
KKM telah melancarkan edisi pertama Panduan Ujian HIV Kendiri dan laman web TestNow pada 2023 bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan seksual bagi golongan muda yang berisiko. Laman TestNow menyediakan maklumat mengenai HIV, penilaian risiko dan akses kepada kit ujian kendiri.
Melaksanakan perkhidmatan differentiated HIV services for key populations model KK2.0 di 38 buah klinik kesihatan dengan kerjasama pintar GONGO dan akan diperluaskan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan khususnya kepada populasi kunci.
Meningkatkan liputan rawatan antiretroviral dalam kalangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) dengan memastikan ODHA mengambil ubat antiretroviral mengikuti jadual yang ditetapkan serta boleh hidup seperti individual normal.
Bagi pasangan kepada ODHA, mereka disarankan untuk mendapatkan rawatan pencegah HIV ataupun PrEP: Pre-Exposure Prophylaxis. Rawatan PrEP pada amnya berkemampuan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV melalui seks sebanyak kira-kira 99 peratus apabila diambil mengikuti preskripsi yang telah ditetapkan.
Penglibatan KKM dalam Country Coordination Mechanism (CCM) memperkukuh penyelarasan antara kementerian, agensi kerajaan dan rakan strategik lain dalam perancangan pelaksanaan dan pemantauan program HIV di peringkat nasional. Pendekatan bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan KKM untuk memastikan setiap intervensi kesihatan awam termasuk pencegahan dan rawatan HIV dilaksanakan secara holistik berasaskan bukti serta selaras dengan aspirasi negara dalam melindungi kesihatan rakyat dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, YB Senator Tuan Haji Baharuddin dan YB Senator Tuan Musoddak telah membangkitkan mengenai punca masalah kesihatan mental yang mendorong perbuatan bunuh diri dan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini.
Antara cabaran utama yang masih dihadapi ialah stigma yang tinggi dalam masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Masyarakat perlu bersikap prihatin dan positif agar mengurangkan tekanan dan stigma, merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan rakan- rakan.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Stigma ini menyebabkan individu yang mengalami tekanan atau gejala kemurungan teragak-agak tampil mendapatkan rawatan awal. Kelewatan mendapatkan rawatan sering meningkatkan risiko kesihatan mental menjadi lebih serius. Kebanyakannya adalah kerana mempunyai isu dalaman yang telah ditambah beban dan tekanan yang lain.
KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di seluruh negara meliputi 1,116 unit kesihatan, 71 hospital dan 40 Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI) yang merangkumi rawatan kesihatan mental, kaunseling, intervensi dan pemulihan yang boleh diakseskan oleh rakyat. KKM secara berterusan melaksanakan advokasi dan kempen- kempen kesedaran bagi meningkatkan literasi kesihatan mental dan menyokong perubahan tingkah laku masyarakat untuk mendapatkan intervensi dan rawatan awal bagi mengatasi stigma.
Bagi menyokong perkhidmatan kesihatan mental di peringkat komuniti, KKM mengambil pendekatan memperkasakan masyarakat tentang kesihatan mental melalui Program K-MindSET, Komuniti Minda Sejahtera yang melatih ketua komuniti mempengaruhi masyarakat tentang kesihatan mental, penjagaan kesihatan mental kendiri, mengenali tanda- tanda awal penyakit mental dan membantu individu yang memerlukan tampil mendapatkan intervensi dan rawatan lebih awal.
Program ini bertujuan untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penyakit mental. Kami juga berterima kasih kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan bantuan yang memperluaskan lagi dari segi tentang kesihatan mental supaya dapat mengembangkan kepada mereka yang memerlukan.
Dari segi tingkah laku, bunuh diri merupakan satu isu kesihatan awam yang amat kompleks dan boleh diakibatkan oleh permasalahan kesihatan mental yang tidak ditangani dari awal. Terdapat berbagai faktor yang menumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti faktor sosioekonomi iaitu isu kewangan akibat kehilangan sumber pendapatan ataupun pekerjaan, faktor psikososial dan persekitaran seperti masalah keluarga dan perhubungan, kehilangan sokongan sosial, stigma terhadap kesihatan mental serta faktor individu serta menghidapi penyakit mental seperti kemurungan dan kesan sampingan ubatan kemungkinan juga daripada impak post COVID.
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan peningkatan kes kematian diri dari tahun 2022 iaitu daripada 981 kes kepada 1,087 kes pada tahun 2023 dan 1,114 kes pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, data terkini bagi tahun 2025 menunjukkan penurunan kes kepada 1,079. Kerajaan telah mengambil langkah penting melalui usaha— ‘diskriminasi’ cubaan bunuh diri yang diperkuat kuasa pada 10 September 2025 di mana cubaan bunuh diri bukan lagi sebagai satu kesalahan jenayah. Pendekatan ini selaras dengan prinsip kesihatan awam yang menekankan keperluan rawatan dan sokongan bukannya hukuman kepada mereka yang berada dalam krisis kesihatan mental.
KKM melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan telah melaksana pelbagai inisiatif jangka panjang di bawah Program MySAVE, Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah perkhidmatan talian bantu krisis kesihatan mental kebangsaan, Talian HEAL 15555 yang memberikan sokongan emosi, psikososial dan intervensi awal krisis.
Kedua, advokasi dan taklimat media berkaitan dengan pelaporan media yang selamat dan bertanggungjawab kepada pengalaman media dan pihak berkepentingan bagi mengelakkan berlakunya peniruan langkah laku bunuh diri atau suicide contagion.
Dan ketiga, latihan kemahiran pengendalian kes bunuh diri serta kemahiran runding cara kepada petugas barisan hadapan termasuk anggota kesihatan, PDRM, APM, Warisan Malaysia dan Pegawai Kerja Sosial JKM.
Keempat, pelaksanaan perkhidmatan post-intervention bagi menyokong keluarga dan komuniti yang terkesan pasca kejadian bunuh diri.
Saya habiskan satu para sekejap. Usaha pencegahan secara bersepadu merentasi kementerian dan agensi perlu dilaksanakan bagi memastikan intervensi yang lebih berkesan serta menyeluruh bagi menjamin kesejahteraan mental rakyat. Silakan Yang Berhormat.
Dr. Lingeshwaran a/l Datoʼ Seri R. Arunasalam
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas penjelasan yang cukup bagus.
Dato’ Yang di-Pertua, sewaktu perbahasan saya baru-baru ini, saya telah membangkitkan dua isu dan saya meminta penjelasan Yang Berhormat berkenaan ini.
Pertama, cadangan saya agar petugas-petugas Kementerian Kesihatan yang bertugas di Sabah dan Sarawak diberi pengecualian cukai duti akses kepada pembelian kereta agar dapat mengekalkan mereka daripada keluar daripada Kementerian Kesihatan atau resign ataupun berhijrah ke negara-negara lain. Dan juga lebih 300 pegawai kontrak farmasi yang akan tamat kontrak mereka pada bulan April dan juga Jun. So, apakah status mereka? Adakah mereka akan disambung kontrak ataupun tidak? Diminta penjelasan. Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Tuan Yang di-Pertua, dari segi elaun post basic dan elaun on-call untuk kakitangan sokongan, KKM berpandangan terdapat kewajaran untuk meningkatkan semula dari segi kadar pembayaran inisiatif post basic yang telah dimasukkan.
Dari segi pelantikan tetap Pegawai Farmasi gred UF9, seramal 51 orang Pegawai Farmasi tersebut adalah berstatus tidak berjaya dalam urusan tawaran pelantikan tetap bagi tahun 2024. Faktor tidak berjaya adalah berikutan pegawai tidak mempunyai syarat lantikan tetap dan kriteria dari segi program perkhidmatan farmasi. Namun begitu, pegawai tersebut masih berpeluang untuk memohon semula apabila tawaran pelantikan tetap dibuka pada masa hadapan tertakluk kepada syarat dan kriteria, pelantikan kelulusan pengisian oleh agensi pusat serta kekosongan jawatan sedia ada.
Kontrak― sebenarnya YB Senator, banyak benar dari segi soalan dan saya akan memberikan jawapannya keseluruhan secara bertulis.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lingeshwaran a/l Datoʼ Seri R. Arunasalam
Saya minta secara bertulis bagi 300 pegawai kontrak yang akan tamat kontrak mereka pada bulan April ini.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Insya-Allah.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi.
Dipersilakan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Perladangan dan Komoditi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah yang telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan dan pandangan melibatkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah telah mengetengahkan isu berkaitan kebergantungan pekebun kecil terhadap pekerja asing untuk menguruskan tanah mereka sehingga mereka sendiri lama kelamaan tidak mengetahui keadaan tanaman mereka.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
KPK mengambil maklum cadangan supaya pekebun kecil mengusahakan kebun sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Kerajaan sememangnya menggalakkan pelibatan aktif pekebun kecil dalam pengurusan ladang bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan serta mengurangkan kos pengeluaran.
Di samping itu, KPK turut melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menarik minat golongan muda dan graduan menyertai sektor perladangan dengan memberi penekanan kepada pembangunan kerjaya, imbuhan kompetitif, pelindungan sosial serta prospek industri jangka panjang.
Sektor sawit sememangnya bergantung kepada tenaga buruh bagi aktiviti penuaian hasil dan penyelenggaraan ladang. Dan sebahagian besar tenaga kerja adalah terdiri daripada pekerja asing memandangkan kurang mendapat sambutan dalam kalangan pekerja tempatan, tetapi tertakluk kepada dasar dan syarat yang sedang berkuat kuasa melalui Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri. Pada masa yang sama, kerajaan melalui KPK menyediakan pelbagai insentif dan bantuan kepada pekebun kecil bagi menggalakkan mereka mengusahakan kebun secara lebih produktif dan berdaya maju.
Antara bantuan yang disediakan termasuklah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit ataupun TSPKS 2.0. Sebagai galakan kepada pekebun kecil melaksanakan aktiviti tanam semula sawit yang disalurkan secara hibrid, iaitu 50 peratus geran dan 50 pinjaman dengan kadar faedah yang rendah, iaitu sebanyak dua persen sahaja setahun.
Yang keduanya pula, Skim Diskaun CANTAS ataupun in short dinamakan SKIDIC telah diperkenalkan sejak tahun 2010 sehingga kini bagi menggalakkan penggunaan pemotong bermotor dalam aktiviti penuaian pelepah dan buah sawit dan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan produktiviti khususnya bagi sektor pekebun kecil.
Pada tahun 2011, skim ini telah diperluaskan kepada ladang-ladang di mana pemohon mendapat insentif diskaun sebanyak RM1,000 bagi setiap unit mesin cantas yang dibeli. Dan sehingga Mac 2026, sebanyak RM7 juta telah dibelanjakan untuk SKIDIC yang telah memberi manfaat kepada hampir 7,000 pemohon di seluruh negara.
Yang ketiga pula adalah, dana insentif Malaysian Sustainable Palm Oil ataupun MSPO yang digunakan untuk membiayai sepenuhnya aktiviti pensijilan MSPO yang merangkumi kos yuran pengauditan dan insentif yang berkaitan.
Yang keempat, bayaran tunai bulanan sebanyak RM200 yang disalurkan kepada pekebun kecil sawit yang layak melalui satu program yang dinamakan Program Bantuan Subsidi MADANI ataupun BUDI MADANI. Sehingga 2 Mac 2026, sebanyak RM151,790 permohonan telah diluluskan di bawah Program BUDI MADANI Komoditi ini.
Yang kelima pula adalah, peruntukan bagi memperkukuh infrastruktur sokongan.
Melalui Program Jalan Ladang Petani Kecil atau JLPK sebanyak RM50.7 juta bagi tahun 2026, iaitu RM17.7 juta di Semenanjung Malaysia, RM30 juta di Sabah dan RM3 juta di Sarawak. Peruntukan ini bertujuan meningkatkan akses ke kawasan pedalaman, sekali gus memudahkan pergerakan input pertanian dan pengangkutan hasil ladang serta mengurangkan kos operasi pekebun kecil sawit.
Yang keenam pula adalah galakan mekanisasi dan automasi ladang supaya terus diperkukuh melalui penggunaan peralatan moden bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan penuaian sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Dan inisiatif ini dilaksanakan melalui satu skim start-up yang dinamakan start-up ataupun Skim Insentif Model Teknousahawan Mekanisasi Pekebun Kecil.
Pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM2.967 juta yang dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 76 kontraktor penuaian dalam kalangan pekebun kecil.
Yang ketujuh pula adalah Program Latihan Teknousahawan Mekanisasi dan Automasi Sawit ataupun LATEST turut dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta dan sehingga kini telah memberi manfaat kepada 155 peserta yang terdiri daripada pekebun kecil dan pemain industri sawit. Dan kedua-dua inisiatif ini bukan saja memperkukuh keupayaan teknikal pekebun kecil dalam pengendalian jentera dan teknologi moden, tetapi juga ia nya menyokong agenda transformasi sektor sawit ke arah yang lebih cekap, produktif dan berdaya saing.
Yang kelapan pula adalah pengukuhan model pengurusan secara berkelompok ataupun melalui penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan ataupun KPSM yang khususnya bagi pekebun kecil berskala kecil supaya pengurusan ladang dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan menjimatkan kos.
Dan antara inisiatif yang berorientasikan KPSM adalah, skim pengklusteran kebun ataupun SPK yang melibatkan pemberian dana sebanyak RM1 juta kepada 10 KPSM terpilih sebagai rintis. Skop bantuan melibatkan baja, jentera dan tenaga kerja. Dan melalui inisiatif ini, kerajaan memang sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan pekebun kecil untuk mengusahakan kebun secara lebih mampan dan berdaya saing, di samping dalam waktu yang sama, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing secara berperingkat.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pada tahun 2025, sektor agrikomoditi telah menyumbang sebanyak RM91.2 bilion ataupun 5.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyumbang sebanyak RM196.7 bilion atau 12.2 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport dengan mengambil kira isu dan cabaran yang sedang dihadapi oleh sektor ini, kementerian untuk makluman Dewan telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan dalam proses kajian separuh penggal Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030.
Dan KPK memang komited dalam melaksanakan reformasi dasar bagi memastikan kemampanan jangka panjang sektor agrikomoditi. Dalam waktu yang sama, kita harapkan dapat mengangkat darjat ekonomi rakyat, terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara agar sumber kekayaan negara dapat diimbangi secara saksama. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dan seterusnya, saya memanggil penggulung kita yang terakhir pada petang ini iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia, dipersilakan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab isu peluang pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran, termasuk— sebelum itu, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Saya Menjunjung Kasih Titah Perasmian Parlimen oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 19 Januari 2026.
Saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya bagi menjawab pernyataan isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semasa sesi perbahasan Usul Titah Diraja 2026. Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada enam orang Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan peranan dan tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sepanjang sesi perbahasan kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab isu peluang pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran termasuk program reskilling dan upskilling bagi mengurangkan ketidaksepadanan pekerjaan atau dengan izin, underemployment mismatch yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Senator ada di dalam Dewan?
Tuan Pele Peter Tinggom
Tak ada, tak ada.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Tiada dalam Dewan. Saya akan terus kepada perkara yang dibangkitkan lagi.
Tuan Pele Peter Tinggom
Boleh, boleh.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell @ Suziana binti Perian mencadangkan agar kerajaan menyediakan pusat-pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Technical and Vocational Education And Training (TVET) di bangunan kekal di kawasan strategik dengan kemudahan asrama terutama di kawasan luar bandar.
KESUMA menyambut baik cadangan berhubung keperluan menyediakan bangunan kekal di kawasan strategik serta kemudahan asrama bagi institusi TVET dan berpandangan bahawa penyediaan infrastruktur yang kondusif merupakan elemen penting dalam memperkukuh ekosistem TVET negara serta meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri.
Untuk makluman Dewan yang mulia, perubahan serta pembangunan institusi TVET dirancang secara teliti berdasarkan data permintaan industri, unjuran enrolmen keperluan tenaga kerja setempat serta keutamaan pembangunan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Pendekatan ini memastikan setiap institusi yang diwujudkan benar-benar memenuhi keperluan lokaliti ekonomi dan industri semasa di samping mengoptimumkan penggunaan fasiliti sedia ada.
Lokasi institusi di bawah KESUMA telah ditentukan secara bersasar termasuk berhampiran kawasan perindustrian dan kawasan yang memerlukan pembangunan bakat tempatan bagi memastikan latihan yang ditawarkan kekal relevan dan berimpak tinggi.
KESUMA juga sentiasa memastikan institusi latihan di bawah seliaan di senggara dan dinaik taraf secara berkala bagi mengekalkan persekitaran latihan yang selamat, kondusif dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Sebagai contoh, KESUMA 33 institusi latihan beroperasi di bangunan kekal milik kerajaan serta dilengkapi dengan kemudahan asrama bagi memastikan akses yang lebih inklusif kepada pelatih khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Kerja-kerja penyelenggaraan menaik taraf fasiliti, bengkel latihan serta kemudahan pelajar termasuk asrama dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada kelulusan peruntukan pembangunan kerajaan.
Bagi institusi latihan swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan adalah dibawa tanggungjawab pihak pengurusan institusi masing-masing. JPK adalah berperanan sebagai badan persijilan kemahiran kebangsaan yang mengawal selia pelaksana latihan oleh penyedia latihan awam, swasta dan juga pihak industri dengan memastikan pematuhan kepada standard kompetensi, kokurikulum serta keperluan kualiti yang ditetapkan melalui mekanisme pentauliahan, akreditasi dan pemantauan berterusan.
Selain itu, KESUMA turut memperkukuh pendekatan inovatif seperti perlaksanaan Akademi Dalam Industri (ADI), membolehkan latihan dilaksanakan secara terus di premis industri menggunakan peralatan sebenar. Pendekatan ini memastikan pelatih dapat merasai infrastruktur fizikal sedia ada serta memastikan latihan yang dilaksanakan adalah berasaskan permintaan industri, demand driven di samping meningkatkan akses latihan tanpa bergantung sepenuhnya kepada fasiliti konvensional.
Sebagai langkah ke hadapan, KESUMA akan terus menilai dan memperkukuh keperluan infrastruktur institusi TVET secara berterusan termasuk aspek lokasi yang sesuai, kemudahan asrama dan penyelenggaraan fasiliti bagi memastikan kualiti latihan terbaik dapat disediakan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan institusi TVET negara kekal relevan, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan pembangunan modal insan negara secara mampan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk–– Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran.
Tuan Pele Peter Tinggom
Tak ada.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Saya akan terus ke isu seterusnya. Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda.
Tuan Pele Peter Tinggom
Ada.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Nampak gaya tiada.
Tuan Pele Peter Tinggom
Ada.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Ada. Minta maaf Tuan Hasbie. Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda membangkitkan tentang peranan mekanisme dan keberkesanan Akta Pekerja Gig dalam membantu mengatasi masalah di kalangan pekerja e-hailing. Selain itu, peranan Majlis Perundangan Gaji turut dipersoalkan dan meminta kebajikan pekerja e-hailing dijaga sebaiknya.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] akan dikuatkuasakan pada akhir Mac 2026. Secara prinsipnya, KESUMA mengambil pendekatan yang serius berkenaan isu kebajikan pekerja ekonomi gig, khususnya pemandu dan penghantar p-hailing dan juga e-hailing. Oleh itu, beberapa intervensi telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memastikan kebajikan pekerja gig termasuk p-hailing, e-hailing dapat dijaga sekali gus mereka tidak keciciran dan mendapat pelindungan keselamatan sosial yang sewajarnya.
Melalui Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872], pekerja gig adalah diwajibkan berdaftar dan mencarum di bawah lindung kendiri sebagai salah satu mekanisme perlindungan sosial secara mandatori. Caruman ditetapkan pada kadar 1.25 peratus sahaja daripada pendapatan.
Kementerian melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggunakan pendekatan mikro potongan. Ini bermaksud pekerja gig tidak perlu mengeluarkan bayaran sekali gus atau secara prabayar seperti sebelum ini. Sebaliknya, caruman terus ditolak sedikit demi sedikit daripada pendapatan yang diperoleh bagi setiap tugasan atau perkhidmatan yang dilakukan.
Dengan cara ini, beban kewangan mereka jauh lebih ringan dan dalam masa sama mereka mendapat perlindungan sosial asas yang sewajarnya. Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 31 Disember 2025 seramai 299,674 pekerja gig mencarum secara aktif di bawah lindung kendiri dan bilangan yang telah menerima faedah serama 7,693 orang melibatkan bayaran berjumlah RM31.26 juta.
Berkenaan peranan Majlis Perundingan Gaji, KESUMA kini sedang giat membuat persiapan bagi penubuhan Majlis Perundingan Gig. Majlis ini merupakan platform pendapatan antara wakil kerajaan, wakil pekerja gig dan wakil entiti kontrak yang berfungsi untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum formula dan standard minimum yang akan diguna pakai serta apa-apa perkara lain yang berhubung dengan pekerja gig atau entiti kontrak.
Majlis ini juga berfungsi sebagai platform dialog, rundingan dan nasihat berkaitan dasar serta isu-isu yang timbul dalam sektor gig termasuk memastikan pekerja gig memperoleh pendapatan yang lebih stabil dan adil. KESUMA akan memastikan isu kadar pendapatan pekerja gig yang rendah ini menjadi antara perkara awal yang akan di bincang dan dirunding di bawah Majlis Perundingan gig kelak.
Bagi memastikan kebajikan pekerja gig sentiasa terpelihara, Akta 872 turut memperuntukkan seksyen berkaitan hak-hak pekerja gig seperti berikut. Pertama, hak dimaklumkan kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum menerima perkhidmatan tersebut.
Kedua, hak dimaklumkan kaedah pembayaran pendapatan, tip dan ganjaran dan faedah lain. Ketiga, hak menerima pendapatan bagi perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh sebagaimana yang dipersetujui oleh entiti kontrak dan pekerja gig. Keempat, hak dirunding dan dimaklumkan jika terdapat apa-apa perubahan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan.
Kelima, hak untuk tidak ditamatkan perkhidmatannya tanpa alasan, sebab yang munasabah. Dan keenam, hak untuk disediakan apa-apa mekanisme penyelesaian pertikaian. Dari segi penguatkuasaan pula, Akta 872 ini memberi kuasa kepada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) untuk mengeluarkan kompaun bagi mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah akta ini mengikut bidang kuasa masing-masing selepas mendapatkan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.
Tuan Yang di-Pertua, isu salah laku dan integriti seperti kutipan levi dan caj seminar kesatuan sekerja di Malaysia telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa. Yang Berhormat Senator ada dalam Dewan?
Tuan Pele Peter Tinggom
Tak ada. Tak ada dalam Dewan. Bagi jawapan bertulis ya Yang Berhormat.
Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan
Saya akan bagi jawapan yang bertulis kepada Senator yang tidak berada dalam Dewan pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator mencadangkan agar proses permohonan kelulusan pekerja asing diperkemas dan beralih ke arah pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan.
Yang Berhormat Senator turut meminta pencerahan berkait pelaksanaan levi berperingkat bagi pekerja asing. Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas cadangan berkaitan proses permohonan kelulusan pekerja asing ke arah pendigitalan. KESUMA akan secara serius meneliti cadangan ini. Bagi persoalan kedua mengenai pelaksanaan levi berperingkat, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah menetapkan jumlah pekerja asing dikurangkan kepada 10 peratus daripada tenaga kerja pada tahun 2030 dan sehingga lima peratus pada tahun 2035.
Sehubungan dengan itu, KESUMA komited untuk memastikan kadar levi yang ditetapkan mengambil kira keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan pekerja tempatan. KESUMA sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri bagi pertimbangan dan keputusan sewajarnya dalam tahun 2026 jua.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan cadangan kepada KESUMA semasa perbahasan usul Titah Diraja tahun 2026. Kementerian ini amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Bunga seroja di tepi kali, Harum mewangi di waktu pagi; Penggulungan tamat dengan harmoni, Semoga kebenaran tetap di hati. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 4 Mac 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.11 petang]