Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya menjemput Setiausaha Dewan Negara membaca perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan perutusan] “23 Februari 2026 Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:
(D.R.44/2025) Rang Undang-undang Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.
(D.R.1/2026) Rang Undang-undang Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026.
(D.R. 2/2026) Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026.
Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2) saya mohon memaklumkan seupaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibacakan kali kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Baiklah. Setiausaha.
Timbalan Yang di-Pertua
Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Tuan Amir bin Md Ghazali.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Buat teman-teman, muslimin dan muslimat selamat menjalani ibadah puasa. Soalan saya nombor 1.
1. Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:
(a) punca kelewatan dan langkah meningkatkan pengurusan projek luar bandar setanding dengan bandar; dan
(b) apakah punca utama projek jalan desa, bekalan air dan elektrik luar bandar sering lewat siap dan berkualiti rendah berbanding projek bandar.
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih YB Senator Tuan Amir dan salam Ramadan kepada semua.
Datuk Yang di-Pertua, kementerian sentiasa komited dalam memastikan projek-projek pembangunan luar bandar dilaksanakan secara cekap dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Namun terdapat beberapa isu yang telah menyebabkan kelewatan projek antaranya isu pertapakan dan pengambilan tanah, isu halangan ataupun bantahan penduduk- penduduk, masalah kontraktor, isu utilities dan pihak berkuasa tempatan.
Selain daripada itu, kekangan akses ke tapak projek ke kawasan pedalaman serta keperluan perubahan jajaran projek turut memberi kesan terhadap tempoh pelaksanaan projek. Justeru itu, bagi menangani isu ini beberapa penambahbaikan pengurusan projek telah dilaksanakan, antaranya:
(i) pelaporan secara berterusan dengan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian;
(ii) penyelarasan dan penyelesaian isu-isu pelaksanaan di antara kementerian dan kerajaan negeri melalui platform seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri;
(iii) pemantapan pelaporan melalui Sistem MyProjek dengan pemantauan secara berkala terhadap kemajuan fizikal dan kewangan projek bagi memastikan maklumat yang tepat dan terkini terhadap projek yang memerlukan perhatian khusus; dan
(iv) lawatan pemantauan di lapangan bersama agensi-agensi pelaksana jabatan, agensi negeri dan juga agensi pusat bagi meneliti isu berkaitan projek dan kaedah-kaedah penyelesaian kepada isu tersebut.
Kementerian akan terus memantau rapi pelaksanaan semua projek melalui sesi libat urus bersama agensi pelaksana, pemantauan lapangan dan tindakan penambahbaikan bagi memastikan projek-projek dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Menteri dengan jawapan yang baik. Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan mengenai mekanisme kawal selia garis panduan teknikal serta kriteria keutamaan pemilihan projek yang diguna pakai oleh Kementerian Kemajuan dan Wilayah bagi memastikan setiap projek infrastruktur asas luar bandar seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bukan sahaja dipilih secara telus malah memastikan mematuhi, patuhi kualiti yang ditetapkan khususnya dalam menjamin kesejahteraan serta keselamatan penduduk luar bandar secara berterusan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian ini sentiasa komited dalam memastikan projek pembangunan luar bandar dilaksanakan secara cekap mengikut perancangan yang ditetapkan. Dalam hal ini, pelaksanaan projek-projek infrastruktur luar bandar dan kementerian ini sentiasa dikawal selia mengikut garis panduan khususnya piawaian teknikal dan keselamatan yang ditetapkan, antaranya:
(i) bagi kerja-kerja pembinaan jalan luar bandar yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya ataupun agensi pelaksana yang dilantik mestilah berasaskan piawaian serta Arahan Teknik Jalan (ATJ) 8/86 yang berkuat kuasa;
(ii) projek bekalan air luar bandar dikawal selia melalui penyelarasan dengan agensi teknikal dan dasar nasional dengan mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] serta Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 selain menyokong dasar pengurusan air yang diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); dan
(iii) projek bekalan elektrik luar bandar tertakluk kepada garis panduan pelaksanaan Program BELB yang merangkumi pematuhan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan? Tak ada. Saya minta Senator Datuk Dr. Mustafa bin Musa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua...
Orangnya tenang kelihatan muda, Isterinya satu kesayangan mertua; Tok Mat Hasan masih power, Soalan saya nombor dua.
2. Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Luar Negeri menyatakan, isu teknikal dan diplomatik dalam proses penetapan sempadan pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan China agar penguatkuasaan zon maritim, udara dan darat lebih berkesan serta sifar pencerobohan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri nak balas pantun dulu ke, nak mula jawab?
[Ketawa] Kalau Datuk Seri Ahmad Maslan, dia balas pantun.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
*[Ketawa] Orang Bugis pergi ke Daik, Sampai ke Daik hari dah petang; Dalam hidup ini mulut nak manis, hati nak baik, Sampai mati dikenang dek orang...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua
Oh, Menteri Luar kita pandai berpantun. Silakan YB Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Saya mohon izin Datuk Yang di-Pertua, mohon izin Dewan untuk mengambil masa lebih sedikit kerana soalan yang diajukan oleh Senator Datuk Mustafa, sahabat saya daripada Melaka, merupakan soalan yang banyak ditanya di dalam Dewan Rakyat. Diputarbelitkan fakta oleh media-media yang tidak bertanggungjawab dan isu ini merupakan isu yang berkaitan hubungan antara negara. Jadi perlu saya terangkan dengan teliti Datuk Yang di- Pertua dan saya membaca teks sebab saya tak mahu tak baca teks kerana takut tersilap perkataan yang saya gunakan, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa, sahabat saya daripada Melaka yang bertanyakan berkenaan dengan isu teknikal dan diplomatik dalam proses penetapan sempadan pertikaian antara Malaysia dengan banyak negara iaitu Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan China agar penguatkuasaan zon maritim udara dan darat lebih berkesan serta sifar pencerobohan.
Datuk Yang di-Pertua, kerajaan kekal komited untuk menangani isu penetapan dalam memuktamadkan sempadan darat, maritim dan udara melalui pendekatan yang aman, berprinsip dan berteraskan undang-undang antarabangsa. Proses ini Datuk Yang di-Pertua lazimnya mengambil tempoh masa yang amat lama, di mana ia melibatkan aspek teknikal dan penilaian mendalam terhadap instrumen perundangan dan dokumen rujukan yang berkaitan.
Pada masa yang sama, pertimbangan diplomatik turut diberikan keutamaan bagi memastikan hubungan baik, saling menghormati kedaulatan serta kestabilan serantau terus terpelihara.
Kementerian Luar Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan kementerian- kementerian, agensi-agensi yang berkaitan dan kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan melalui pendekatan dengan izin, whole of government dalam melaksanakan rundingan dengan negara jiran bagi mencari penyelesaian yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pengurusan sempadan darat, maritim dan udara Malaysia dengan negara-negara jiran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura terus diperkukuh menerusi siri rundingan diplomatik serta kerjasama teknikal yang komprehensif.
Oleh sebab itu, saya ingin menjelaskan bahawa frasa yang lebih sesuai digunakan dalam konteks soalan Yang Berhormat Datuk Mustafa ialah proses perundangan penetapan sempadan antara Malaysia dengan negara-negara jiran. Frasa “pertikaian” itu kita tak mempunyai pertikaian dengan mana-mana pihak. Kita tak bergaduh dengan mana-mana pihak, tetapi ya lah, kita proses rundingan penetapan sempadan.
Melalui mekanisme jawatankuasa peringkat tinggi dan teknikal Datuk Yang di-Pertua, yang diterajui bersama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara, kerajaan kekal komited untuk memuktamadkan penandaan di lapangan serta pengukuran garis sempadan di sektor-sektor strategik bagi menjamin kedaulatan wilayah dan integriti sempadan negara, selaras dengan perjanjian antarabangsa.
Datuk Yang di-Pertua, bagi hubungan Malaysia dengan Filipina, saya akan ulas negara satu persatu. Bagi hubungan Malaysia dengan Filipina, ia tertumpu kepada penegasan kedaulatan wilayah berdasarkan pengiktirafan antarabangsa serta fakta sejarah, di mana kedudukan Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.
Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekalian, Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah. Ya, itu statement kita. Kita tidak pernah mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Sabah telah melaksanakan hak menentukan sendiri dengan izin, self-determination mengenai status kedudukan Wilayah Sabah untuk berada di dalam Persekutuan Malaysia.
Laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962 kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu menyatakan bahawa lebih daripada dua pertiga rakyat Sabah ketika itu memilih untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB, kalau tak salah saya Setiausaha Agung pada ketika itu adalah bernama Dag Hammarskjöld, kalau tak salah sayalah. I stand to be corrected. Melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat negeri Sabah bersetuju memilih dan bersetuju penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Berkenaan dengan hubungan sempadan Malaysia-Indonesia, Datuk Yang di-Pertua.
Seterusnya, hubungan persempadanan dengan Indonesia merangkumi pengurusan sempadan darat di Sabah dan Sarawak serta isu-isu maritim di perairan yang menjadi kepentingan bersama. Penandaan dan pengukuran sempadan antara Malaysia dan Indonesia di lapangan adalah berasaskan kepada dua konvensyen dan satu perjanjian seperti berikut.
Saya bacakan.
Yang nombor satu, Konvensyen Persempadanan Antara British dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 20 Jun 1891. Saya baca dengan izin Datuk Yang di- Pertua, “Defining the boundaries between the Netherlands possessions in the island of Borneo and the states that island in which are under British protection.” Ya, dengan izin. Yang nombor dua, perjanjian persempadanan antara Kerajaan British dan Kerajaan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, yang berbunyi, “The boundary between the state of North Borneo and the Netherlands’ possessions in Borneo.” Dan yang ketiga, Konvensyen Persempadanan Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di Den Haag ataupun The Hague. Orang cakap The Hague. Sebenarnya Den Haag. Pada 26 Mac 1928 yang berbunyi, “The limitation of the frontier between the states of Borneo and the British protection and Netherlands territory in that island.” Datuk Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan di sini bahawa urusan penandaan dan pengukuran sempadan di lapangan dilaksanakan berpandukan perjanjian-perjanjian yang saya sebut di atas tadi yang telah saya nyatakan dua perjanjian dan dua konvensyen satu perjanjian. Dan penandaan ini tidak berdasarkan konsep untung rugi. Kita tak berasaskan untung rugi, siapa dapat lebih, siapa dapat kurang, siapa kurang. Dia berasaskan dua konvensyen saya sebutkan tadi, pada 1819, 1915 dan 1925. Itu asas yang kita buat.
Apa yang kita lakukan sekarang Datuk Yang di-Pertua ialah mengukur di lapangan.
Kita ukur di lapangan ikut konvensyen-konvensyen dan perjanjian yang saya sebutkan tadi.
Jadi, ia merupakan satu proses teknikal bagi mengabsahkan kedaulatan wilayah mengikut peruntukan undang-undang.
Bagi isu persempadanan darat antara Malaysia dan Indonesia, beberapa siri rundingan telah diadakan oleh kedua-dua negara melalui mekanisme Jawatankuasa Sempadan Bersama.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama Malaysia-Indonesia di Jakarta, Indonesia pada 17 dan 18 Februari 2025, kedua-dua negara telah memeterai dua MoU bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara yang telah menyelesaikan 58.3 kilometer di OBP ataupun Outstanding Border Problem Pulau Sebatik Barat Pulau Sebatik ataupun New West Pillar dan OBP Sungai Sinapad dan Sungai Sesai meskipun zon intertidal sepanjang 870 meter masih dalam proses perundingan. Intertidal tu sebab ia dalam kawasan lautan.
Walaupun kita kata ia daratan, tapi Indonesia kata dia laut. Sebab bila kata, intertidal bagi mereka ialah bila air pasang besar. Kita air pasang surut, daratan. Dia kata, tidak. Jadi itu masih lagi kita rundingkanlah ya.
Datuk Yang di-Pertua, berkenaan isu maritim pula, rundingan pembatasan maritim di antara Malaysia dan Indonesia sedang dilaksanakan melalui mekanisme Mesyuarat Teknikal Bagi Pembatasan Sempadan Maritim antara Malaysia dan Republik Indonesia atau dengan izin, Technical Meeting on Maritime Boundaries Delimitation between Malaysia and The Republic of Indonesia.
Hubungan persempadanan dengan Singapura adalah memfokuskan— pula adalah, memfokuskan kepada usaha mengambil semula kedaulatan ruang udara Datuk Yang di- Pertua, secara berfasa serta kesinambungan rundingan bagi memuktamadkan persempadanan maritim yang masih tertunggak. Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) komited untuk mengambil semula pengurusan trafik udara di selatan Kuala Lumpur Flight Information Region ataupun KLFIR daripada Singapura.
Sekarang ni Singapura yang kontrol Datuk Yang di-Pertua. Kita nak terbang pergi Sabah, Sarawak pun, kena minta kebenaran mereka. Itu untuk pengetahuanlah. Kita lupa dulu nak ambil bila Malaysia, Singapura berpisah, kita lupa nak ambil. Now that we want to take it back, we want to have a control, flight control on our own. Jadi kita ambil berfasa-fasa lah. Kita ambil fasa edge dulu. Yang mana yang nak pergi daripada Semenanjung nak pi ke Sabah, Sarawak ya.
Berhubung persempadanan maritim pula, semasa Sesi Permukiman Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 baru-baru ini ataupun pada tahun lepas, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah bersetuju supaya rundingan persempadanan maritim antara Malaysia dan Singapura diteruskan untuk mencapai penyelesaian yang boleh diterima secara bersama. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong telah datang kunjungan peribadi dan bercakap juga pasal ini dan bersetuju bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya rundingan antara jabatan— pihak teknikal diteruskan supaya kita dapat mencapai kata sepakat yang baik Datuk Yang di-Pertua.
Dengan Thailand pula, persempadanan Malaysia dengan Thailand pula melibatkan kombinasi rundingan darat serta perbatasan sempadan maritim Datuk Yang di-Pertua. Bagi urusan penandaan dan pengukuran sempadan darat antara Malaysia dan Thailand, ia telah dilaksanakan melalui mekanisme Jawatankuasa Sempadan Darat, Jawatankuasa Teknikal Bersama dan Jawatankuasa Pengarah-Pengarah Bersama. Sejak pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk pengukuran bersama Malaysia–Thailand pada 1972, sebanyak 11 MoU telah ditandatangani yang menyaksikan kejayaan penandaan sebanyak 543 kilometer, kira-kira 82 peratus daripada kawasan sempadan daripada keseluruhan sempadan darat antara tahun 1976 dan 1986.
Walau bagaimanapun, baki jajaran sepanjang 13 kilometer di dua kawasan, iaitu kawasan Bukit Jeli, Datuk Yang di-Pertua, sekitar 106 kilometer di Bukit Jeli dan sekitar 106 kilometer di kawasan Sungai Golok— ada dua yang belum lagi kita putuskan di Bukit Jeli dan juga di kawasan Sungai Golok, Kelantan, masih. Kini sedang dalam proses rundingan aktif oleh ketiga-tiga jawatankuasa yang saya sebutkan tadi bagi memperincikan kaedah teknikal dan penyelesaian yang sewajarnya.
Berhubungan isu maritim pula, Malaysia mempunyai pembangunan bersama dengan Thailand, dengan izin, Malaysia-Thailand Joint Development Area ataupun MTJDA di kawasan maritim yang bertindih di kedua-dua negara khususnya di kawasan Teluk Siam.
Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk meneroka sumber asli di kawasan tersebut secara bersama dan pembangunan bersama ini adalah, bagi tempoh 50 tahun yang bermula daripada 21 Februari 1976. Mekanisme ini dilaksanakan secara kerajaan dengan kerajaan dengan izin, government to government dan diselia oleh satu jawatankuasa dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority.
Ada juga ditanya oleh Datuk Mustafa tentang China. Mengenai China, kita tidak mempunyai sebarang pertindihan kawasan maritim Datuk Yang di-Pertua, ya. Kawasan maritim Malaysia berasaskan peta yang telah pun diperakui peringkat antarabangsa— 1979.
Jadi kita tidak memperakukan apa-apa— apa-apa jua permohonan ataupun apa-apa jua pelaksanaan dilakukan oleh negara lain, kita tetap dengan kita punya peta 1979. Whoever claims their territory, lepas itu kita tidak perakukan dan kita tidak iktiraf dan kita tidak pernah mengadakan rundingan apa-apa dengan negara China. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Jawapan yang jelas dan komprehensif. Ada soalan tambahan— Ada juga?
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan Datuk Mustafa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Tahniah YB Menteri. Jawapan yang cukup terperinci dan merupakan satu kelegaan juga. Kerana isu ini dipertikaikan oleh rakyat kerana dia melibatkan lima buah negara, empat buah negara bersempadan dengan tiga zon penguasaan negara. Jadi, tahniah. Jawapannya cukup lengkap dan terperinci, maka dia telah mencakupi soalan tambahan saya. Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan. Soalan tambahan.
Tuan Pele Peter Tinggom
[Bangun] .
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
[Bangun] .
Timbalan Yang di-Pertua
YB Pele yang bangun dulu.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri ada menyentuh berkenaan dengan Cobbold Commission Report. Adakah Cobbold Commission Report yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi sememangnya diiktirafkan oleh Kerajaan Malaysia kerana kita tidak mahu negara jiran mempersoalkan dokumen tersebut kalau Kerajaan Malaysia sendiri tidak mengiktirafkannya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Pelik juga soalan tu.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak perlu jawab kalau tak berkenaan dengan soalan yang asal.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bolehlah saya jawab. Cobbold ini merupakan suruhanjaya yang ditubuhkan khusus oleh Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu kerana hasrat untuk mengadakan Persekutuan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu, Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak, Brunei dan Singapura kemudiannya keluar dan juga Brunei tidak bersetuju untuk menyertai.
Jadi, soalan sama ada kita iktiraf atau tidak, itu bukan soalnya kerana Suruhanjaya Cobbold ini ditubuhkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu kerana untuk mengetahui sokongan ataupun mengetahui penduduk Sabah sama ada mereka bersetuju dengan cadangan oleh pemimpin Sabah ketika itu untuk Sabah, Wilayah Sabah bersama-sama menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Jadi Suruhanjaya Cobbold ini ditubuhkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Tidak timbul soal kita iktiraf ataupun tidak. It is not our position to recognise or not. It is a commission form, dengan izin Datuk Yang di-Pertua oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dan Suruhanjaya Cobbold telah dibentangkan oleh Setiausaha Agung Bangsa- Bangsa Bersatu ketika itu— Kalau tak silap saya, suruhanjaya— Setiausaha Agung bernama Dag Hammarskjold yang jatuh kapal terbang di Afrika itu, membentangkan bahawa rakyat Sabah dua pertiga telah memilih dan bersetuju untuk menyertai Persekutuan Wilayah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada ketika itu. So, tidak timbul soal kita peraku ataupun tidak.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Memandangkan ada soalan daripada Sarawak tadi saya nak beri peluang kepada Sabah pula. Datuk Bobbey.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Bangun] .
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Menteri atas jawapan yang lengkap, tapi namun ada satu soalan ingin saya tanya oleh kerana Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa kita tidak pernah mengiktirafkan tuntutan Filipina ini terhadap Sabah. Jadi, lagipun saya anggap keputusan Mahkamah Rayuan di Perancis baru-baru ini telah memuktamadkan kes yang tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Jadi, saya rasa ini sudah selesailah, tetapi baru-baru ini pada 20 Februari ini, ada pula ini Department of Foreign Affairs.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Saya baca dalam WhatsApp’s yang dihantar kepada saya dalam media briefing mereka, the meeting briefing in Pasay City on Friday DFA Maritime Office spokesperson Rogelio Villanueva said that the country maintains its sovereignty claims over Sabah which is currently administered by Malaysia. Jadi bermakna mereka ini masih lagi menuntut, mengajukan perkara ini kepada kita. Apa pandangan kita Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua
Sila YB Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Datuk Yang di-Pertua, ada dua perkara oleh sahabat daripada Sabah. Satu berkenaan dengan isu waris Kesultanan Sulu di mana mereka telah membuat forum shopping. Mereka mula-mula biar di Sepanyol— Sepanyol telah pun menolak. Mula-mula memperakukan, kemudian kita lawan, mereka gagal.
Mereka pergi ke Luxembourg, gagal. Lepas itu mereka pergi Belgium, gagal. Dan akhirnya ke Paris atau pun— dia forum shopping. Sebab [Tidak jelas] So, tidak ada kena mengena Kesultanan Sulu punya kes ini dengan tuntutan oleh Kerajaan Filipina. Dia by itself, berasingan. Tuntutan, tetap tuntutan, tetapi kita— saya sebut tadi, kita tidak pernah mengiktiraf tuntutan mereka. Jadi kita tak perlu— we don't have to be unduly worried about that. Kita tak perlu risau sangat kerana kewujudan Sabah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bersama-sama mewujudkan Persekutuan Malaysia itu diperakukan oleh masyarakat antarabangsa dan diperakukan di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Suruhanjaya Cobbold yang saya sebutkan tadi.
Jadi, sesiapa saja boleh buat apa cakap apa saja, tetapi bagi kita, Datuk Yang di- Pertua, kita tidak pernah mengiktiraf apa-apa jua tuntutan bukan saja daripada pihak Filipina mahupun daripada mana-mana pihak berkenaan dengan wilayah dan kedaulatan wilayah negara kita Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Sekarang ini saya nak panggil Tuan Niran Tan Kran untuk mengutarakan masalah masyarakat Siam [Ketawa] .
Tuan Niran Tan Kran
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Niran Tan Kran minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat bumiputera Siam dalam tempoh tiga tahun terakhir sehingga tahun 2025 bagi meningkatkan sosioekonomi mereka.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Datuk yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran pada 26 Februari ini secara bersekali pada hari ini kerana menyentuh perihal yang sama itu peruntukan kepada masyarakat Siam di Malaysia.
Kementerian Perpaduan Negara tidak pernah menerima sebarang peruntukan khusus daripada Kementerian Kewangan bagi tujuan untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat Siam. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diterima oleh Kementerian Perpaduan Negara tertumpu pada perlaksanaan program perpaduan, kebudayaan, perayaan dan bahasa masyarakat Siam. Berhubung dengan pertanyaan mengenai peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara kepada masyarakat Siam bagi tiga tahun yang lalu, bagi pelaksanaan inisiatif pendidikan bahasa ibunda, kebudayaan dan adat resam masyarakat Siam adalah seperti berikut.
Pada tahun 2023, kita mempunyai peruntukan RM500,000 untuk program pendidikan bahasa ibunda Siam, kebudayaan dan juga adat resam kaum Siam. Pada tahun 2024, kita menerima peruntukan sebanyak RM840,000, juga untuk kegiatan yang sama, ditambahkan dengan satu program untuk sambutan Minggu Perpaduan.
Pada tahun 2025, kita menerima peruntukan sebanyak RM750,000 untuk inisiatif atau program yang saya sebut di atas tadi, ditambahkan lagi dengan perayaan Songkran yang kita adakan pada tahun 2025, juga sambutan Minggu Perpaduan, juga tambahkan dengan pameran adat perkahwinan etnik Siam dan juga program Rumah Kami. Dan kesemua projek ini atau inisiatif yang saya sebut di atas tadi adalah, dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dengan Persatuan Siam Malaysia.
Yang Berhormat, Kerajaan MADANI akan kembali akan terus memperkasa dan memelihara kepelbagaian etnik di negara ini, termasuk komuniti Siam melalui pendekatan inklusif yang menekankan perpaduan, pemeliharaan warisan budaya serta pemerkasaan sosioekonomi. Kepelbagaian adalah sebahagian daripada aset negara yang menjadi kekuatan dan keunikan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Niran.
Tuan Niran Tan Kran
Saya tiada soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Tiada soalan tambahan [Ketawa] . Terima kasih [Ketawa] .
YB Menteri, terima kasih YB Menteri. Sekarang saya jemput Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah usaha kementerian dalam mengawal dan mencegah peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang mana telah merekodkan 1091 kes sejak tahun 2020 sehingga tahun 2024 dan menunjukkan tren yang membimbangkan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri, biar pendeklah jawapannya [Ketawa] .
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, saya tidak ada kenyataan rasmi. Terima kasih kepada soalan Datuk Anna Bell yang bertanya tentang usaha kementerian dalam mengawal dan mencegah peningkatan kes HIV di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Pihak KPT sedang dan telah melakukan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi menangani masalah kesihatan khususnya melibatkan perkembangan kes HIV ini di kalangan pelajar-pelajar.
Antara usaha-usaha yang sedang kita lakukan pertama melalui pendidikan advokasi dan kesedaran. Sehingga kini sebanyak 123 program berbentuk advokasi kesedaran dan intervensi dan pencegahan penyakit berkaitan dengan kesihatan seksual dan reproduktif telah dilaksanakan di peringkat universiti awam. Dan ia nya melibatkan lebih daripada 30,000 mahasiswa dengan 60 agensi termasuk NGO-NGO terbabit bagi memastikan supaya langkah-langkah yang berkesan dapat kita laksanakan.
Yang kedua, iaitu akses kepada saringan dan rawatan dan ini juga kita lakukan bersama dengan Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia bagi menyediakan akses kepada saringan serta rawatan kelamin khususnya kepada pelajar yang berisiko.
Ketiga, iaitu melalui pendekatan pembangunan kapasiti pegawai di peringkat universiti, iaitu melalui pendekatan kerjasama yang kita lakukan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dan ini kita lakukan melalui pelbagai bengkel iaitu dalam bentuk TOT dan pelbagai program termasuk dengan para pengamal perubatan dan kaunselor di universiti awam.
Dan begitu juga dengan program, melalui modul Program Kesihatan Anak Muda IPT.
Yang ini kita lakukan dengan Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia. Dan ianya juga melibatkan modul-modul yang diperkenalkan dan telah pun kita laksanakan, kita lancarkan pada tahun lalu, pada 25 Jun lalu bagi memastikan supaya semua universiti awam dapat melaksanakan program-program untuk membangunkan kesihatan untuk menyedarkan anak- anak muda kita.
Yang seterusnya program kolaborasi bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelbagai program yang dilakukan juga dan itu adalah antara program-program secara bersama yang juga melibatkan pelbagai kementerian-kementerian yang lain khususnya melibatkan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Soalan tambahan saya, apakah bentuk sokongan psikologi dan moral yang diberikan oleh pihak kementerian terhadap golongan yang telah dijangkiti? Ini kerana selalunya mereka menghadapi tekanan emosi serta disisihkan akibat daripada stigma negatif masyarakat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kita— biasanya pendekatan yang kita lakukan ialah bukan semata-mata mengasingkan mereka. Langkah-langkah yang kita buat termasuk langkah advokasi yang kita sebutkan sebentar tadi dan termasuk juga dengan program yang sebagai contoh dilakukan oleh Pihak Kesihatan Anak Muda IPT, iaitu dengan mengadakan pelbagai siri kaunseling dengan mereka.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Maknanya, kita tidak semata-mata mengambil pendekatan dengan mengesampingkan mereka daripada kelompok komuniti kerana kita ingin memastikan bahawa mereka dapat juga menjalani kehidupan mereka dan memastikan juga proses pembelajaran mereka di universiti dapat berterusan. Itu antara langkah-langkah yang kita lakukan.
Dan selain daripada itu juga, universiti juga bertanggungjawab untuk memastikan mereka ini dapat terus mendapat rawatan daripada institusi khususnya di peringkat Kementerian Kesihatan khususnya di hospital-hospital yang dikenal pasti.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
[Bangun]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Bangun]
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
[Bangun]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Haji Hussin, ataupun Dr., biar Dr. la yang tanya soalan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalannya lain.
Timbalan Yang di-Pertua
Baiklah, selepas Haji Hussin, Dr. Wan Martina.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk. Saya melihat Yang Berhormat Menteri, HIV ini adalah manifestasi punca daripada perlakuan sumbang mahram. Bukan sumbang mahram lah, perlakuan haram yang berlaku di kalangan pelajar.
Dan angka ini merupakan satu angka yang menakutkan dan mungkin akan terus berkembang.
Rawatan satu penyelesaian untuk semasa kepada yang sudah berlaku, tapi yang bakal berlaku. Apa tindakan untuk menjadikan program pencegahan perlakuan yang tidak bagus ini, yang haram ini telah dilakukan antara Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Agama dan lain-lain. Supaya generasi yang bakal memimpin negara yang akan datang ini tidak awal-awal lagi sudah mula terjebak diri dalam satu perlakuan budaya yang songsang ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Terima kasih, Yang Berhormat dan saya tidak mahu mempertikaikan kenyataan itu kerana itu adalah antara faktor-faktor yang menyumbang. Dan dalam pelbagai faktor-faktor yang lain termasuk penggunaan dadah dan sebagainya. Dan saya tidak mahu meletakkan negeri mana yang paling banyak kes-kes yang seperti ini kerana dia melibatkan semua.
Maka kita perlukan langkah-langkah secara bersama. Kita tidak boleh membahaskan sesuatu perkara dengan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan dan sebagainya. Dan saya berkeyakinan bahawa kalau sekiranya langkah bersama dapat kita lakukan kerana masalah ini bukan hanya semata-mata yang berkaitan dengan sumbang muhrim, tapi juga ia juga melibatkan aspek-aspek yang lain dari segi penggunaan dadah sebagai contoh, antara punca-punca yang melibatkan berlakunya masalah suntikan dan lain-lain lagi.
Jadi, langkah secara bersama melibatkan semua pihak, semua negeri, semua parti dan juga semua kementerian, semua agensi. Yang ini, insya-Allah kalau dapat kita lakukan secara bersama, maka kita dapat mendapat hasil yang baik. Sebagai contoh, saya ambil apabila isu-isu yang berkaitan dengan needle exchange ini apa dia, bertukar-tukar jarum ni.
Dan langkah ini telah diambil oleh pihak kementerian khususnya di pihak Kementerian Kesihatan dan kita melihat bagaimana dari segi masalah yang berkaitan dengan HIV ini yang ada kaitan dengan penggunaan jarum itu telah berkurangan dengan begitu baik kerana langkah diambil oleh semua pihak.
Jadi, oleh yang demikian, saya nak menyeru kepada kita sekalian supaya hal-hal sebegini dapat kita lakukan secara bersama. Tak salah kita melihat bahawa negeri ini negeri pembangkang, ini negeri kerajaan supaya langkah-langkah ini dapat kita lakukan kerana untuk kita menyelamatkan generasi kita secara keseluruhannya. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Mustafa Bin Musa
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua
Dr. Wan Martina.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Datuk.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya adalah, adakah pihak IPT menyediakan satu perkhidmatan yang mudah diakses oleh pelajar di samping mudah dia perlu ada sulit, perlu sulit supaya pelajar-pelajar ini dia boleh menampilkan diri secara sukarela untuk membuat saringan, saringan HIV? Dan juga adakah pihak kementerian berhasrat untuk mewajibkan kepada semua pelajar-pelajar yang mahu masuk ke IPT untuk membuat saringan HIV? Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat itu, kita ada menyediakan dari segi tempat supaya kita menjaga berdasarkan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi, yang itu kita memang kawal dan melalui pendekatan, berapa pendekatan yang saya sebutkan tadi sebagai contoh, program yang dianjurkan oleh kami iaitu Anak Muda IPT. Mereka akan boleh melakukan saringan di situ dengan kerahsiaan itu dijaga dengan sebaik-baiknya. Kita tahu kerana ia melibatkan satu perkara yang agak sensitif di kalangan mereka.
Dan begitu juga apa yang dipanggil sebagai Program Siswa Sihat (PROSIS) yang dibuat di peringkat institusi-institusi pendidikan tinggi ini. Dan semua data-data mereka itu kita rahsiakan kerana kita tidak bolehlah orang kata dedahkan begitu saja. Maksudnya, mereka tidak boleh hanya pergi ke klinik-klinik kesihatan secara terbuka. Dan ini dilakukan di peringkat semua universiti dan juga di peringkat politeknik juga.
Dan bagi menjawab soalan yang kedua itu, ada beberapa universiti yang sedang dah telah pun melakukan khususnya bagi mereka pelajar-pelajar daripada luar yang akan datang, saringan itu dikenalkan.
Manakala di universiti-universiti yang lain setakat ini belum ada kewajipan itu, tetapi dari segi untuk kemasukan ke universiti-universiti, biasanya saringan secara umum dilakukan semua universiti. Kita ada mantan naib canselor di sini sebelum pelajar-pelajar masuk saringan-saringan itu dilakukan pada dasarnya.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Tuan Abun Sui Anyit.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Senator Tuan Abun Sui Anyit minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, bagaimanakah kerajaan memanfaatkan penggunaan teknologi kos rendah, sesuai guna dan lestari untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti hidup komuniti luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas soalan. Datuk Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memanfaatkan teknologi kos rendah dan sesuai guna bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti hidup komuniti luar bandar melalui kerjasama dengan jabatan dan agensi di bawahnya.
Sebagai contoh melalui MYSA, sebanyak 65 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa khususnya remote sensing, dan dimanfaatkan dari lebih 100 agensi pengguna kerajaan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perhutanan sumber asli dan alam sekitar, pemantauan tanah, pembangunan infrastruktur fizikal kewangan, perancangan bandar, penilaian harta tanah, pengauditan alam sekitar, kesihatan persekitaran, pengurusan bencana, serta keselamatan dan pertahanan negara.
Antara contoh pengaplikasian teknologi-teknologi MYSA bersama kementerian lain adalah seperti berikut. Pertama, pembangunan sistem telaga tiub berteraskan teknologi angkasa yang bertujuan untuk mengenal pasti sumber air dalam tanah, di bawah tanah di Malaysia dengan lebih cepat.
Projek yang bermula sejak tahun 2012 ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di kawasan lembangan Sungai Muar. Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) yang bertujuan untuk memantau pengezonan- kawasan penanaman padi bagi tujuan keselamatan makanan atau food security, dengan izin, mengurus penyaluran input pertanian seperti baja dan racun kepada petani dengan lebih bersasar serta perancangan logistik lepas tuai yang lebih cekap dan berkesan.
Sistem, kedua sistem penentuan lokasi penangkapan ikan atau dengan izin, fishing site identification (FSI) yang bertujuan membekalkan maklumat lokasi penangkapan ikan secara tepat kepada lebih daripada 30,000 nelayan di seluruh negara.
Keempat, seterusnya melalui Agensi Nuklear Malaysia pula penggunaan teknologi biochar dan pembacaan Urea Deep Placement (UDP) telah diaplikasikan di kawasan sawah Sungai Balang, Johor yang menunjukkan penggunaan biochar membantu meningkatkan kesuburan tanah berasid.
Manakala teknik UDP meningkatkan kecekapan penggunaan baja nitrogen serta mengurangkan kehilangan nutrien. Manakala teknologi penyinaran makanan menggunakan sinaran turut digunakan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan memanjangkan jangka hayat produk sekali gus membantu perusahaan kecil mengakses pasaran eksport.
Datuk Yang di-Pertua, bagi memperkasakan ekosistem ruang inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi di kalangan komuniti setempat pula, Program RDC atau Ruang Daya Cipta telah diwujudkan. Sehingga kini sebanyak 24 Ruang Daya Cipta (RDC) telah dibangunkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar bagi memberi akses yang lebih mudah, murah dan pantas kepada komuniti setempat untuk menggunakan fasiliti STI seperti peralatan prototaip, teknologi digital dan kemudahan pembelajaran.
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Selain itu, YIM juga menyediakan platform akses kepada 1,169 solusi inovasi sosial melalui katalog digital inovasi sosial yang boleh dicapai dengan satu klik di pautan katalog.innomap.my oleh semua pihak termasuk komuniti dan industri. Solusi ini merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian, kesihatan, komuniti, pendidikan, alam sekitar dan keusahawanan sosial yang boleh terus diguna pakai atau direplikasi mengikut kesesuaian setempat.
Secara keseluruhannya, pendekatan MOSTI melalui YIM menekankan model inovasi yang inklusif, cost effective dan berimpak tinggi selaras dengan Dasar Inovasi Sosial 2026– 2030 dalam memastikan komuniti luar bandar tidak tercicir dalam arus pembangunan teknologi negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Soalan tambahan saya, adakah sistem MakGeoPadi di kawasan jelapang padi sudah mula diuji bakat atau direplikasi di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak?
Juga adakah terdapat peruntukan khusus atau geran padanan dengan izin, matching grant yang disediakan oleh YIM bagi membantu komuniti luar bandar membeli peralatan prototaip yang disediakan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Terima kasih atas dua soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator.
Bagi menjawab pertanyaan pertama daripada Yang Berhormat, pengoperasian sistem MakGeoPadi ini turut diperluaskan ke kawasan luar bandar negeri Sarawak iaitu kawasan jelapang padi, IADA Batang Lupar yang terletak di daerah Sri Aman, Sarawak. Sejak tahun 2018, MYSA telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Sarawak yang diperluaskan dan untuk mereplikasi pengoperasian sistem MakGeoPadi di IADA Batang Lupar.
Kawasan penanam padi di IADA Batang Lupar merangkumi enam lokaliti luar bandar iaitu Bijat, Stumbin, Gran, Nanga Entulang, Seduku dan Lingga atau Banting dengan keluasan keseluruhan seluas 2,658.2 hektar. Sistem MakGeoPadi membolehkan Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sarawak dan IADA mengurus serta memantau aktiviti penanaman padi yang dilaksanakan oleh pesawah di kawasan luar bandar secara lebih sistematik dan berkesan. Pemantauan dilakukan secara berkala menggunakan imej satelit beresolusi sangat tinggi bagi memastikan pengurusan tanaman padi di kawasan tersebut dapat dijalankan dengan tepat dan efisien. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Datuk Edward.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang melatih lebih ramai belia luar bandar sebagai komuniti technologies ataupun juruteknik tempatan supaya teknologi kos rendah dapat diselenggarakan sendiri tanpa bergantung pada pihak luar?
Terima kasih.
Dato' Dr. Mohammad Yusof bin Apdal
Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Senator. Secara ringkasnya Datuk Yang di-Pertua, saya jawablah kalau betul jawapan saya, saya cubalah. Keseluruhan inovasi sosial dalam ekosistem YIM adalah berasaskan idea dan penyelesaian yang dicetuskan oleh komuniti tempatan.
Pendekatan ini memastikan penyelesaiaan yang kita bangunkan adalah relevan dengan konteks setempat bersesuaian dengan keperluan sebenar komuniti serta mudah diselenggara dan direplikasi. Tujuan program seperti ini adalah supaya jangan ada lagi kita bergantung sangat kepada teknologi luar yang kita bawa untuk tujuan kita membantu masyarakat setempat. Jadi, dengan program seperti ini yang kita gunakan teknologi yang dilahirkan oleh masyarakat setempat itu maka dengan itu sekali gus — secara sekali gus dapat membantu juga kita melahirkan kebolehan berteknologi di kalangan masyarakat setempat kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Soalan tambahan ya, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak minta YB Tuan Robert Lau untuk mengemukakan soalan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Robert Lau Hui Yew minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh manakah kita bersedia menangani kebakaran teruk seperti yang berlaku di Tai Po, Hong Kong pada hujung tahun 2025, memandangkan bangunan-bangunan di negara ini semakin bertambah tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa fokus dan komited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan bagi kita memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terus terjamin, sebagaimana yang telah digariskan dalam Kerangka Strategik Malaysia MADANI di bawah strategi meningkatkan keselamatan negara iaitu teras strategik ketiga.
Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa memandang serius berkaitan dengan keselamatan bangunan dan mengambil iktibar atas kejadian kebakaran bangunan tinggi di Tai Po, Hong Kong. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun melaksanakan penguatkuasaan keselamatan kebakaran secara berterusan melalui kawal selia bahan, peralatan dan juga sistem perlindungan kebakaran termasuklah pelaksanaan pendaftaran pepasangan keselamatan kebakaran. Dan melalui mekanisme persijilan ini, hanya bahan-bahan dan produk perlindungan kebakaran yang telah pun dinilai secara teknikal dan mematuhi piawaian keselamatan kebombaan yang ditetapkan sahaja dibenarkan untuk digunakan dan dipasarkan dalam negara kita.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) melalui Jadual Kesepuluh kategori bahaya pendudukan untuk rumah kediaman pangsapuri atau rumah pangsa bagi reka bentuk terbuka 40 tingkat ke atas atau melebihi 120 meter tinggi perlu menyediakan kelengkapan menentang kebakaran iaitu sistem semburan, automatic sprinkler system, sistem hos gelung (hose reel system) sistem penggera kebakaran elektrik manual, sistem interkom bomba dan juga pusat kawalan kebakaran serta sistem pengawasan api automatik.
Selaras dengan peruntukan Akta Perkhidmatan Kebombaan Bomba 1988 ataupun Akta 341, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaksanakan penguatkuasaan keselamatan kebakaran melalui pemeriksaan penghapusan bahaya kebakaran ataupun kita ringkaskan sebagai MBK yang merupakan elemen penting dalam memastikan tahap keselamatan kebakaran di bangunan-bangunan tinggi dapat dipastikan.
Pelaksanaan MBK ini turut melibatkan penguatkuasaan ke atas Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) bagi memastikan pengurusan bangunan mematuhi keperluan keselamatan kebakaran yang telah pun ditetapkan. Keberkesanan pelaksanaan MBK ini dapat dilihat melalui statistik daripada tahun 2023 hingga 2025 di mana bilangan pemeriksaan untuk tiga tahun tersebut Tuan Yang di-Pertua adalah sejumlah 1,537 dengan bilangan premis tidak patuh telah pun kita kenal pasti sebanyak 416 yang melibatkan bilangan notis dikeluarkan sebanyak 7,648. Manakala bagi tahun 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun menetapkan sasaran pemeriksaan MBK sebanyak 850 premis melibatkan rumah kediaman pangsapuri ataupun rumah pangsa di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, daripada aspek kesiapsiagaan jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan jentera Fire Rescue Tender dan Light Fire Rescue Tender, Compact Fire Rescue Tender yang ditempatkan di balai-balai seluruh negara bagi operasi pemadaman kebakaran. Pada masa yang sama, terdapat 20 jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah pun ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seluruh negara yang digunakan khas untuk membantu operasi penyelamatan dalam pemadaman di bangunan tinggi. Dan pada tahun 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima tambahan 30 buah jentera Fire Rescue Tender, 37 buah jentera Compact Fire Rescue yang mampu mengukuhkan lagi kesiapsiagaan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada masa yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah pun membuat permohonan bagi perolehan tambahan 10 buah jentera Light Turntable Ladder dan dalam Rolling Plan yang — Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam Rolling Plan yang kedua.
Sebagai tambahan, Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga ada menjalankan kolaborasi strategik dengan pihak Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia yang melibatkan enam buah bangunan super tinggi iaitu:
(i) Menara Berkembar PETRONAS;
(ii) Menara Exchange 106;
(iii) Four Seasons Place Kuala Lumpur;
(iv) Menara Telekom;
(v) Menara Merdeka 118; dan juga
(vi) Menara Kuala Lumpur.
Dan fokus utama kita ini adalah termasuklah:
(i) peningkatan sistem keselamatan kebakaran yang lebih berteknologi tinggi;
(ii) latihan dan simulasi bersama bagi meningkatkan kecekapan pasukan pengurusan bangunan;
(iii) pemantapan Prosedur Standard Operasi Kecemasan Bangunan Super Tinggi; dan
(iv) penyelarasan sistem komunikasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan pihak pengurusan bangunan-bangunan tersebut untuk tindak balas yang lebih pantas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang detail dan jelas. Dia sudah menjawab soalan saya pertama, tapi saya ada soalan yang kedua.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Adakah bangunan lama diwajibkan untuk dinaik taraf iaitu dengan izin, retrofit dengan sistem keselamatan kebakaran moden?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Robert memang selalu ada soalan berantai dia.
[Ketawa] Silakan YB Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun melaksanakan beberapa pindaan terhadap Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam di bawah Akta Jalan Parit Bangunan 1974 ataupun Akta 133 dan termasuklah pindaan terkini yang saya sebutkan tadi, 2021 yang memperkemaskan lagi keperluan keselamatan kebakaran selaras dengan perkembangan semasa.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, susulan daripada kejadian kebakaran bangunan KWSP. Kalau kita ingat, masih ingat di Petaling Jaya, pada tahun 2018, ada kebakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun mengeluarkan satu perintah tetap Ketua Pengarah Bilangan 5 Tahun 2021 berhubung Penguatkuasaan Pemasangan External Cladding Systems khususnya yang melibatkan penggunaan bahan-bahan mudah terbakar. Ada pun yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua, perintah ini juga telah pun menetapkan bahaya premis yang telah pun dipasang dengan sistem external cladding menggunakan bahan mudah terbakar hendaklah diubahsuai, dipindah dan juga digantikan bagi mematuhi dengan arahan-arahan ketetapan yang telah pun dikeluarkan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, kita komited untuk meneliti daripada semasa ke semasa untuk kita memastikan keselamatan kebakaran bangunan ini sentiasa dapat dipertingkatkan. Ada pun yang dikatakan kewajipan itu, ia tergantung kepada pindaan tadi dan juga arahan Ketua Pengarah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Dato' Lau. Dato' Leong, minta maaf.
[Ketawa]
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Datuk Yang Berhormat berikan saya peluang untuk soalan tambahan. Adakah pihak kementerian sedar bahawa hydrant selalunya tidak diperiksa apabila bomba sampai? Hydrant tidak ada air. Ada kerajaan tengok macam mana?
Baikkah keadaan ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, pemeriksaan berkala memang di dalam jadual kita dan apa pun, kita juga melantik beberapa sukarelawan untuk bersama-sama yang melihat, melihat sama. Sekiranya ada maklumat-maklumat yang lebih khusus daripada Yang Berhormat Senator, bolehlah disalurkan terus kepada kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Sekarang saya jemput Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tujuh.
7. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status terkini tahap kekuatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di sempadan Perlis-Thailand khususnya bagi memerangi jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ada tiga fungsi:
(i) fungsi kawalan;
(ii) pemeriksaan; dan
(iii) penguatkuasaan. Ke atas siapa? Ke atas
(iv) manusia, barangan dan kenderaan yang keluar, masuk ke negara kita melalui tiga jalan: darat, laut dan udara.
AKPS lahir apabila kedua-dua Dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan satu akta, namanya Akta Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan 2024 dan bermula daripada situ, kita tak toleh ke belakang, pada 17 Oktober 2024, akta ini diwartakan. Dan sejarah baharu bermula mulai 1 Januari 2025 bila AKPS beroperasi, pintu masuk pertamanya adalah di Rantau Panjang.
Hari ini, AKPS sudah pun beroperasi di 22 lokasi pintu masuk. 22. Ada lagi 98. Yang ini, bermula 1 Januari tahun ini, sampailah ke depan. Menjawab ahli soalan Yang Berhormat Padang Besar dan juga Wang Kelian termasuk dalam fasa kedua ini. Kementerian jangkakan dalam quarter kedua tahun ini. Kedua-dua pintu masuk ini boleh diambil alih oleh AKPS. Baik.
Pada kedudukan apa AKPS sekarang? AKPS ini sebab dia bermula dengan enam agensi teras. Kastam, Imigresen, MAQIS pertanian ini. Kemudian, Kementerian Kesihatan, kita ada JPJ dan kita juga ada Jabatan PERHILITAN. Jadi fasa sekarang adalah akhirnya dia akan jadi agensi tunggal pintu masuk.
Jadi pertama, kena ada proses pengambil alihan aset. Nak ambil semua dulu, disatukan di bawah satu bumbung. Itu sekarang sedang berjalan. Pengambil alihan aset kena melalui pula, sebab agensi lama itu dia mungkin terikat dengan kontrak, dengan sewa dan sebagainya. Sebab itu, kita kena jalan secara bertahap.
Yang kedua, perjawatan. Agensi dah ada. Jawatan bagaimana? Untuk permulaan, kita buat kaedah kita panggil pindah butiran jawatan. Maknanya, pegawai kastam letak bawah AKPS. Imigresen letak bawah AKPS. MAQIS letak bawah AKPS. Kaedah ini membolehkan sekarang kita ada 6,883. Sekarang. Tapi itu jauh daripada sasaran ideal kita, 13,721. Belum cukup lagi. Jadi kita mulakan dengan penambahan perjawatan. Tapi kita pun minta juga perjawatan baharu. Jadi kita dah minta, tertakluk pindaan JPA dan tertakluk kelulusan Kementerian Kewanganlah. Pergi dari sini, lagi cepat dia bagi duit, lagi cepat kita laksanakan kewujudan jawatan baharu.
Jadi alhamdulillah baru dua, tiga hari lepas untuk yang Perdana Menteri umumkan jawatan baharu daripada bekas tentera. Kita mulakan dengan 200 dulu dan pengambilan kita akan ambil dalam masa terdekat ini, sebab MOF dah clear semua. JPA pun. MOF bagi duit, JPA clear perjawatan, kita boleh ambil pengambilan. Tapi ada satu lagi pintu masuk di selatan yang akan bermula pada bulan 10 nanti. Negeri Tuan Yang di-Pertua, iaitu RTS laluan baharu Bukit Chagar di Johor dengan Woodlands Singapura. Nanti akan ada satu perkhidmatan kereta api yang akan membawa penumpang 10,000 orang satu jam. Ini game changer terhadap masalah kesesakan di Tambak Johor.
Jadi, RTS untuk itu, kita telah diberikan kelulusan jawatan baharu 640. Jadi, alhamdulillah kalau istilah bahasa Inggerisnya dengan izin we’re moving towards the right direction on the right track. Alhamdulillah. Tapi sambil itu, AKPS telah menunjukkan performance yang membanggakan. Setahun operasinya, nilai rampasan dia setakat ini sudah pun melebihi 80 juta. Sekarang mereka sedang melakukan Ops Greenfield di Pelabuhan Klang untuk memeriksa kargo yang masuk supaya jangan culas bayar cukai umpamanya.
Di Bukit Kayu Hitam sendiri untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 1 Januari tahun ini sampai 22 Februari, dua, tiga hari yang lepas, nilai rampasan kita sudah pun 2.5 juta dalam masa sebulan lebih sahaja. Okey. Jadi kerana ianya ada elemen keselamatan, ada juga travelers yang kita sekat di pintu masuk, kita kenakan notis penolakan masuk atau not to land kalau kita dapati bahawa mereka ini boleh membawa elemen yang mengancam keselamatan. Jadi begitu jawapan saya terhadap soalan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Soalan tambahan.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan tadi dan saya ada sedikitlah soalan tambahan.
Yang pertamanya berkaitan dengan, satu soalan saja tapi banyak sikitlah. Berkaitan dengan KPI yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk pencapaian agensi ini. Dan dari sudut fungsinya yang disebutkan tadi, ada tiga fungsi. Adakah fungsi kuatkuasa ini termasuk serbuan-serbuan ke premis-premis ataupun tempat-tempat yang tidak disyaki mempunyai bahan-bahan untuk diseludup dan sebagainya? Dan sejauh mana jarak operasi daripada sempadan yang boleh diakses oleh AKPS ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. KPI, oleh kerana— KPI ini mesti bermula dengan acuan tiga peranan dia. Kawalan, pemeriksaan dan juga penguatkuasaan. Misalnya, dia ada elemen kastam.
Pemeriksaan, taksiran dan percukaian. Jadi kaya ukur dia, mestilah peningkatan revenue. Itu kayu ukur yang pertamalah. Kalau ianya merupakan kawalan terhadap elemen keselamatan, tentunya KPA dari segi bilangan, angka orang yang kita kenakan sebagai NTL. Itu kayu ukur dia. Manakala, penguatkuasaan dia, unik sikit Yang Berhormat. Sebab penguatkuasaan ini, dia akan berpandukan kepada— kita panggil maklumat atau intelligence-lah terhadap laluan atau road atau masanya atau kategori kegiatannya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi dia bukan semberono. Dia akan bertindak secara precise, setelah berasaskan kepada analisa maklumat intelligent. Sebab itu, dalam masa setahun pertama dia menyaksikan angka kejayaan yang membanggakan. Dari segi daerah operasi dia, nama pun Agensi Kawalan Sempadan. Dia tak boleh larut sampai luar daripada kawasan sempadanlah. Misalnya katalah Bukit Kayu Hitam. Bukit Kayu Hitam dan itulah dia ada radius yang kita definisikanlah. Dia tak boleh sampai ke Seberang Perai kah, sampai Nibong Tebal, terlajak itu, tak nama sempadan dah. Jadi, kita sangat jelas tentang perkara tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan? Dato' Sivaraj. Dato' Sivaraj.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Soalan tambahan.
Dato' Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan saya mengenai bekas-bekas tentera memenuhi jawatan di AKPS, border control. Adakah pihak kementerian mempunyai — AKPS dan kementerian mempunyai cadangan untuk mempertimbangkan bekas-bekas pegawai polis dalam memenuhi jawatan tersebut? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Berdasar kepada keputusan dasar yang dibuat yang diumumkan Menteri setakat ini, kita ambil dulu bekas tentera. Sama ada bekas polis akan kita jadikan sebagai kelompok yang juga boleh kita manfaatkan, kita sentiasa terbuka. Soalnya, kita nak dulukan pasukan tentera ini, terutama yang masuk tentera umur 18. Dia tandatangan perkhidmatan 20 tahun. Dia pencen umur 38, umur masih produktif dan dia ada skil. Dia ada disiplin sebab disiplin tentera seperti polis juga sangat regimented. Jadi, kita nak mulakan dengan pengambilan 200 orang ini dulu.
Alhamdulillah, JPA dan Kementerian Kewangan sudah memberikan peruntukan dan mereka ini akan bermula dengan bayaran RM2,900. Pencen pun dia dapat dan bila dia bekerja dengan kita, dia dapat lagi tambahan dan kita boleh manfaatkan skil dan kemahiran dia. So, ini kita rasa win-win. Saya dengan yakin saya boleh sebut begini terutama depan Menteri Kewangan supaya dia boleh benarkan pengambilan lebih ramai lagi lepas pada ini.
Saya pun tengah duk tengah lobi lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri Kewangan, kalau ambil tentera dia jimat kos latihan. Tak payah latih lagi dah.
[Ketawa] Nak tolong Menteri. Baik, sekarang saya jemput Tan Sri Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.
Hari ini adalah hari kelapan Hari Raya Cina. Soalan saya nombor 8.
8. Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan:
(a) petunjuk prestasi utama, sasaran sektoral dan mekanisme pemantauan bagi memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026, khususnya impak positif secara langsung dan tidak langsung; dan
(b) penciptaan nilai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) domestik serta ekonomi negara.
Timbalan Yang di-Pertua
Dah atur dengan pengurusan tadi.
[Ketawa] YB Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan diberikan dan semoga semangat lapan tersebut akan terus membara dan membawa kejayaan kepada Kempen Melawat Malaysia 2026.
Timbalan Yang di-Pertua
Huat, huat.
Tuan Chiew Choon Man
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kejayaan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan sasaran ketibaan seramai 40 juta pelawat asing. Disokong oleh fokus kepada peningkatan perbelanjaan pelawat serta sumbangan signifikan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.
Sasaran sektoral ditumpukan kepada produk berimpak tinggi merangkumi pelancongan budaya dan warisan, ekopelancongan, pelancongan kesihatan serta segmen sukan dan acara bagi memastikan pulangan ekonomi yang mampan dan inklusif. Mekanisme pemantauan dilaksanakan secara berterusan melalui analisis data dengan kerjasama strategik Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi menilai impak langsung terhadap ekonomi negara serta keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan penambahbaikan infrastruktur awam.
Tuan Yang di-Pertua, VM2026 turut mencipta nilai tambah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) domestik melalui peningkatan permintaan terhadap produk tempatan seperti kraf tangan, makanan tradisional, penginapan komuniti serta perkhidmatan pelancongan. Selain itu, industri berkaitan pelancongan seperti perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman, penginapan serta pengangkutan kekal menjadi pemacu utama prestasi PKS, sekali gus memperkukuh Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dan meningkatkan daya saing PKS di pasaran domestik dan juga antarabangsa.
Dari segi pertumbuhan ekonomi negara, kempen ini akan merangsang inovasi, mewujudkan peluang pekerjaan serta memperkasakan ekonomi luar bandar melalui pelancongan komuniti dan lestari dan akhirnya menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang kompetitif. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Tan Sri Low.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri baharu atas jawapan diberikan. Soalan tambahan, apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan PKS tempatan mendapat manfaat nyata daripada Tahun Melawat Malaysia 2026 termasuk peluang pemasaran, rantaian bekalan dan peningkatan kapasiti dan apakah sasaran terkini bilangan pelawat yang dijangka capai untuk tahun ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih atas soalan tambahan. Memang MOTAC mempunyai pelbagai mekanisme kepada PKS tempatan terutama untuk bagi meningkatkan kapasiti PKS kita terutamanya melalui program iaitu kursus Hos Komuniti Setempat. Kursus ini merupakan satu inisiatif di bawah MOTAC untuk kita melahirkan pemandu pelancong dalam kalangan komuniti setempat dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan.
HKS adalah berdasarkan konsep experience best tourism, dengan izin, yang bersifat setempat dan berasaskan kepada warisan budaya tempatan. HKS secara tidak langsung akan menjadi ejen untuk menyebarluaskan warisan budaya tempatan kepada pelancong.
Selain itu, HKS juga diwujudkan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti di setiap daerah. Setakat ini terdapat seramai 66 orang HKS yang telah dilesenkan oleh kementerian ini.
Dari segi pemasaran pula, Tourism Malaysia juga membantu dalam promosi seperti bagi kawasan homestay, secara talian di media sosial ataupun penglibatan dalam misi jualan dan juga pameran pelancongan di dalam dan luar negara. MOTAC juga mengutamakan produk-produk tempatan dalam rangkaian bekalan seperti produk kraf tangan, makanan minuman, pengangkutan dan lain-lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan tambahan.
Dato' Wu Him Ven
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. YB Roderick.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah usaha kerajaan bagi memperhebatkan promosi kempen Melawat Malaysia 2026 di media antarabangsa khususnya dalam memperluaskan capaian ke pasaran baharu dan berpotensi tinggi? Terima kasih.
Tuan Chiew Choon Man
Terima kasih YB Senator. Untuk dalam usaha untuk kita mempromosikan kempen Visit Malaysia 2026 di media antarabangsa, pelbagai inisiatif telah diambil oleh MOTAC untuk kita memperhebatkan promosi tersebut, untuk kita menarik lebih banyak pelancong yang lebih berkualiti tinggi.
Antaranya kita telah wujudkan kerjasama dengan agensi pelancongan di luar negara.
melalui pejabat Tourism Malaysia untuk kita melaksanakan kempen promosi secara bersasar.
Penggunaan platform digital seperti dan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Xiaohongshu telah kita uar-uarkan untuk kita capai lebih luas dan berimpak tinggi.
Selain itu, MOTAC juga berusaha untuk kita menjemput media antarabangsa dan pempengaruh yang terkemuka, dengan izin, influencer yang famous bagi program familiarization trip, dipanggil sebagai FAM trip untuk mereka memperlihatkan sendiri keunikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.
Tuan Chiew Choon Man
Yang ketiga, kita juga menyertai dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti International Tourismus–Borse, ini bahasa Jerman, okey. ITB Berlin dan Shanghai Arabian Travel Market, travel exchange, bersempena ASEAN Tourism Forum dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Sekarang saya jemput Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor sembilan.
9. Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kerajaan merancang untuk menambah kemudahan tempat letak kereta di Hospital Sarikei, dan apakah kerja-kerja naik taraf yang akan dilaksanakan di hospital tersebut pada tahun ini.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator. Terima kasih di atas keprihatinan YB Senator dalam keperluan kesihatan rakyat khususnya di Sarikei, Sarawak.
KKM telah mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan Hospital Sarikei bahawa keperluan semasa tempat letak kereta di Hospital Sarikei adalah mencukupi pada masa ini. Cadangan YB Senator adalah baik untuk perancangan jangka masa sederhana.
KKM sentiasa memantau situasi semasa di hospital ini dan di seluruh negara. YB Menteri Kesihatan juga telah mengarahkan kementerian untuk meneliti perkara ini secara menyeluruh dan mampan supaya satu pelan komprehensif dapat disediakan bagi menyelesaikan kekangan tempat letak kereta termasuk cadangan untuk berkolaborasi bersama pihak swasta.
Di samping itu, Hospital Sarikei akan turut terlibat dalam pelaksanaan beberapa kerja naik taraf seperti:
a) projek penggantian pepasangan sistem gas perubatan; b) pembaikan masalah kulat dan kondensasi; dan c) menaikkan taraf kemudahan hemodialisis.
Ketiga-tiga projek di atas dijangka selesai pada tahun 2026 dan awal tahun 2027.
Selain daripada itu, Hospital Sarikei juga telah menerima penggantian pelbagai peralatan perubatan sebanyak RM13 juta sejak tahun 2022 sehingga tahun 2026. Peralatan yang diterima adalah seperti mesin general anesthesia, mobile X-ray, mesin laparoskopi untuk keyhole surgery, mesin PICO, argon laser machine dan lain-lain. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan YB Senator.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Tadi Menteri pernah sentuh tentang fasiliti hemodialisis. Soalan tambahan saya adalah adakah mesin hemodialisis ini akan ditambah atau pusat hemodialisis yang baharu akan diwujudkan? Sebab seperti yang saya dimaklumkan, Hospital Sarikei sekarang hanya mempunyai 16 mesin dialisis yang tidak mencukupi untuk menampung peningkatan pesakit dari Bintangor, Pakan, Julau, juga YB pilih tadi sentuh tentang Saratok juga. Dan banyak yang mereka terpaksa pergi ke Sibu, Hospital Sibu atau hospital swasta Sibu untuk menerima rawatan ini. Jadi adakah mesin dialisis ini akan ditambah?
Dan soalan kedua ialah apakah status terkini pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) di Sarikei ini yang telah diumumkan tahun lepas dan akan dimasukkan dalam rolling plan yang akan datang? Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Maaf Yang Berhormat, sila ulangkan sekali soalan yang kedua?
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Soalan kedua tentang Klinik Kesihatan Jenis Kedua yang baharu di Sarikei yang telah diumumkan tahun lepas. Thank you.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Dari segi hemodialisis, memang kita telah menambahkan empat unit hemodialisis dengan anggaran harga RM60,500 dijangka mula pada 20 Januari 2026 dan akan diterima pada 23 Mei 2026. Ya, memang ada satu jenis sistem lagi untuk melaksanakan hemodialisis, tetapi ia perlu melaksanakan sesi libat urus dengan penerima jikalau bersesuaian dan kegunaannya adalah sedikit rumit kerana ia adalah pelaksanaan — dapat dilaksanakan di rumah sendiri. Jadi ini akan dilaksanakan secara berfasa.
Tentang dari segi keperluan sumber manusia, memang kita telah melaksanakan lawatan penilaian perjawatan pada tahun 2025 untuk meneliti permohonan pertambahan perjawatan di Hospital Sarikei yang amat diperlukan juga. Dan insya-Allah, akan dikemukakan untuk pertimbangan agensi pusat.
Dari segi maklumat tentang klinik kesihatan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, mohon maaf, saya akan memberikan balasan secara bertulis. Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Azahar bin Hassan
Soalan tambahan yang — Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan ini spesifik kepada Sarikei. Jadi, saya nak terus pada soalan seterusnya. Sekarang saya jemput Tuan Pele Peter Tinggom.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Senator Tuan Pele Peter Tinggom minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah implikasi langsung kepada kerajaan negeri sekiranya Perkara 5.2.3 berkenaan critical minerals dikuatkuasakan, memandangkan critical minerals termasuk di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Kerajaan Negeri dan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat berkenaan dengan soalan yang berkait dengan perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan juga Kerajaan Malaysia dan secara khusus merujuk kepada Perkara 5.2.3, di mana dalam perkara 5.2.3 ini menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Malaysia shall explore the establishment of a mechanism to review inbound investment for national security risks, including in connection with critical minerals and critical infrastructure, consistent with widely accepted international best practices, and shall cooperate with United States on matters related to investment security.” Kalau nak kirakan ini jawapan — ini daripada Kementerian MITI. Tapi secara khususnya yang berkaitan dengan kritikal mineral itu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Jadi jawapan yang pertama dari sudut Perlembagaan Persekutuan, mineral ialah di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri). Maka kuasa pemberi milikan tanah, pajakan perlombongan, kebenaran melombong dan royalti kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Perkara 5.2.3 ini tidak memindahkan kuasa tersebut kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak menjejaskan hak negeri terhadap sumber mineral masing-masing.
Kedua, komitmen ini berkaitan aspek keselamatan pelaburan, bukan pemilikan atau pentadbiran sumber. Mekanisme yang diteroka ialah selaras dengan amalan antarabangsa seperti kerangka kawalan pelaburan di Australia dan Kesatuan Eropah. Tujuannya ialah untuk menilai risiko pengambilalihan atau pelaburan asing yang boleh menjejaskan keselamatan negara, rantaian bekalan strategik atau teknologi sensitif. Ia bukan instrumen untuk mengambil alih kuasa negeri.
Ketiga, implikasi langsung kepada kerajaan negeri ialah dari sudut penyelarasan dan perkongsian maklumat. Sekiranya pelaburan asing dalam sektor mineral kritikal dikenal pasti mempunyai risiko keselamatan, ia tertakluk kepada semakan tambahan di peringkat Persekutuan sebelum dimuktamadkan. Namun, kelulusan pajakan dan lesen perlombongan tetap berada di bawah kuasa negeri.
Dan saya ingin rujuk kepada keputusan yang telah dibuat dalam Majlis Mineral Negara Yang Ketiga tahun 2024 yang menyebutkan bahawa kerajaan negeri digalakkan untuk meneroka potensi kerjasama strategi bersama pihak tempatan atau pihak asing. Walau bagaimanapun, kerjasama ini disarankan untuk turut melibatkan Kerajaan Persekutuan agar selaras dengan dasar-dasar negara. Jadi, ini keputusan yang telah dibuat dalam Majlis Mineral Negara yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari semua kerajaan negeri.
Yang keempat, Datuk Yang di-Pertua, pendekatan ini sejajar dengan prinsip penekanan kepada tadbir urus baik, keselamatan sumber dan pembangunan industri bernilai tambah. Malaysia sendiri telah memperkukuh penguatkuasaan terhadap perlombongan haram melalui operasi bersepadu antara agensi. Maka aspek keselamatan bukan perkara baru tetapi kesinambungan kepada usaha untuk melindungi kepentingan strategik negara.
Yang kelima dan terakhir ialah tiada implikasi langsung terhadap hasil negeri seperti royalti dan premium tanah. Sebaliknya, mekanisme ini berpotensi untuk meningkatkan keyakinan pelabur kepada kualiti yang lebih tinggi serta menggalakkan pembangunan pemprosesan dan aktiviti hiliran di dalam negara.
Jadi kesimpulannya, Perkara 5.2.3 ini tidak mengubah pembahagian kuasa Persekutuan dan negeri. Kuasa sumber mineral kekal di bawah tangan kerajaan negeri, manakala Persekutuan berperanan untuk memastikan keselamatan negara, kepentingan strategik terutamanya mineral kritikal yang dilindungi dalam konteks perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, soalan tambahan YB Pele.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih dengan jawapan yang mengesahkan bahawa Jadual Sembilan telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan dengan pemberian lesen perlombongan.Terima kasih kerana ini adalah isu menyeluruh kepada isu-isu yang lain, Jadual Kesembilan, berkenaan dengan pemberian lesen pelombongan mineral di negeri- negeri. Dan soalan saya adalah adakah negeri-negeri akan terlibat sama nanti apabila ada pelaburan daripada luar negara ke negeri-negeri tersebut? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan dari Sarawak itu menampakkan kerisauan Sarawak. Jadi YB Menteri, sila jawab.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Benar, Yang di-Pertua. Saya faham soalan daripada Yang Berhormat Senator tadi. Saya ingin memberikan keyakinan bahawa dalam hal ini, memang perlu ada satu penyelarasan dan rundingan yang baik di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Apabila kita lihat dari segi mekanisme yang diwujudkan sebelum-sebelum ini, memang ada beberapa mekanisme di antara perbincangan peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Antaranya ialah yang sebagaimana saya sebut tadi, ialah Majlis Mineral Negara. Majlis Mineral Negara ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat TPM II dan itu mewakili Sarawak juga. Tapi pada masa yang sama juga kita ada Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Jadi, ada dua platform ini yang boleh dimanfaatkan sebagai saluran penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Saya percaya pendekatan ini memberikan kepastian bahawa tiada elemen pemusatan kuasa. Sebaliknya, kita mengekalkan prinsip federalisme sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan Dr. Hatta?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih, Yang di-Pertua. Walaupun kuasa itu ada pada negeri untuk melombong dan mencari syarikat-syarikat yang berminat, tetapi apabila tiba ke peringkat mengeksportkan rare earth ini, ia nya adalah kuasa federal kalau tak silap saya. Jadi, macam mana kita nak reconcile-kan supaya ada keserasian dan kerjasama antara kedua pihak supaya hasil rare earth ini dapat dimanfaatkan? Untuk makluman, saya adalah Ahli Jawatankuasa Caucus Rare Earth, Parlimen Malaysia.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Senator. Macam dah tahu jawapan ini tapi bertanya.
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, YB nak jawab, tak jawab?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Seolah-olahnya. Saya boleh jawab lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh jawab lagi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Boleh jawab.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan.
[Ketawa]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Pertamanya, benar. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa dari segi eksport, ia nya adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan. Tetapi dari segi pajakan, tenemen, lesen pelombongan, semua di bawah kerajaan negeri. Itulah di bawah bidang kuasa negeri.
Tapi bila sebut tentang eksport, kerana yang pentingnya apabila kita tengok berkenaan dengan critical mineral khususnya REE, nilainya sangat besar. Dan satu kerugian besar kalau misalnya kita tidak dapat memanfaatkan sumber ini untuk tujuan negara. Tujuan negeri satu hal, tetapi untuk tujuan negara. Kerana sumber mineral, REE terutamanya, ia nya bukan hanya pada nilai raw material sahaja, bahan itu sahaja, tetapi pada nilai midstream dan downstream. Yang sebenarnya nilainya jauh lebih tinggi daripada nilai pada peringkat huluan ataupun di peringkat upstream.
Sebab itu perkara ini ada mekanisme dia sebagaimana saya sebut tadi di bawah Majlis Mineral Negara, kita juga ada Dasar Mineral Negara, di mana kita boleh rujuk untuk perbincangan peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Setakat ini, setakat yang saya dimaklumkan, perbincangan ini berjalan dengan amat baik, terutamanya apa yang berlaku di Perak dan juga di negeri-negeri yang lain.
Jadi, saya juga bagi jaminanlah untuk kita teruskan penyelarasan ini di peringkat negeri-negeri, sama ada di negeri Kedah, di negeri saya dengar ada banyak REE di Johor ada, di Terengganu. Nanti berebut-rebut orang pergi ke sanalah.
Tapi memang ini adalah hasrat kerajaan untuk pastikan ada penyelarasan yang baik supaya hasil sumber negara kita ini dapat dimanfaatkan secara bersama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput Senator Datuk Edward Linggu Bukut.
Datuk Edward Linggu Buku
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11. Terima kasih.
11. Senator Datuk Edward Linggu Bukut minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan berapakah jumlah bekalan beras putih sama ada tempatan atau import yang diagihkan ke Sabah setakat suku ketiga 2025 dan berapakah peratus kebergantungan terhadap import serta apakah peranan dan pelan kementerian untuk menstabilkan harga beras di Sabah berbanding Semenanjung Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah bekalan beras putih sama ada import atau tempatan untuk Sabah bagi tahun 2025 adalah dianggarkan sebanyak 286,489.6 tan metrik. Berdasarkan anggaran populasi, 3.769 juta orang penduduk dan penggunaan per kapita, 76 kilogram setahun.
Anggaran hasil pengeluaran beras tempatan bagi tahun 2025 adalah sebanyak 55,857.5 tan metrik. Anggaran ini dibuat berdasarkan trend dan purata pengeluaran padi Sabah bagi beberapa tahun kebelakangan. Bagi pengeluaran sebenar tahun 2025, jumlah tersebut masih dalam proses pemuktamatan.
Jumlah hasil beras tempatan ini digunakan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan pasaran domestik, manakala bagi keperluan sebanyak 230,632.1 tan metrik ditampung melalui bekalan beras putih import. Berdasarkan pendekatan ini, kadar kebergantungan beras import bagi memenuhi penggunaan rakyat di Sabah dianggarkan sekitar 80.5 peratus.
Pada masa ini, kerajaan memperuntukkan pemberian subsidi kira-kira RM350 bagi setiap tan metrik beras putih import kepada Sabah sebagai langkah dalam mengatasi isu harga dan bekalan beras putih tempatan yang terhad di negeri Sabah.
Dalam masa yang sama, bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi tempatan di Sabah, Kawasan Pembangunan Pertanian Persekutuan (IADA) Kota Belud selaku agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), terus memperkukuh peranan strategiknya dalam menyumbang kepada peningkatan kadar sara diri (SSR) beras melalui program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).
Pada tahun 2024, pengeluaran padi di Kota Belud telah pun mencapai 37,182 tan metrik setahun dengan purata hasil 4.2 tan metrik satu hektar iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding tahun 2019 yang merekodkan 25,597 tan metrik setahun dengan purata hasil 2.9 tan satu hektar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Datuk Edward.
Senator Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang begitu terperinci sekali.
Soalan tambahan saya ialah sama ada apakah pecahan kos logistik yang menyebabkan harga beras di Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung? Tadi ada disebut subsidi. Sama ada subsidi ini bermaksud untuk subsidi pengangkutan bersasar untuk menstabilkan harga di Sabah?
Kedua, bagi maksud pengeksportan beras, sama ada kementerian memberi ruang kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah untuk mengimport beras terus instead of melalui BERNAS? Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Okey, untuk menjawab soalan yang terakhir dulu, sekarang cuma satu syarikat iaitu syarikat BERNAS yang memegang lesen untuk import beras putih dari luar ke Malaysia. So, termasuk juga untuk Sabah. So, sama ada ia boleh dilonggarkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah itu, bergantung kepada perbincangan yang selanjutnya.
Cuma buat masa sekarang ni kerana BERNAS diberikan konsesi ini kerana BERNAS satu syarikat yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan untuk bekalan ia mencukupi untuk pasaran di Malaysia ini. Untuk soalan-soalan lain yang untuk kos yang sebenarnya yang untuk beras putih di Sabah ni, tanggapan bahawa beras putih di Sabah ini harga lebih tinggi dari Semenanjung itu sebenarnya tidak betul. Kerana Sabah ini selepas kita menampung RM350 untuk satu tan metrik, sebenarnya beras putih import di Sabah dalam lingkungan RM2.40 ke RM2.50 satu kilo. Ini beras putih import di Sabah. Ia nya mungkin kadang-kala ia mungkin lebih murah berbanding dengan beras putih tempatan di Semenanjung kerana beras putih tempatan di Semenanjung adalah RM2.60 satu kilo. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Sekarang saya pergi kepada soalan terakhir, Dr. Jufitri.
Dr. Jufitri bin Joha
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 12.
12. Senator Dr. Jufitri bin Joha minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah kerajaan bagi menangani banjir kilat terutamanya di kawasan bandar memandangkan banjir kilat merupakan punca utama kepada kejadian banjir di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, pengurusan sistem saliran diuruskan oleh pelbagai pihak seperti mana Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan. Selain itu, pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk menaik taraf, membina sistem saliran serta merancang pembangunan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mampan adalah aspek penting bagi mengurangkan risiko banjir kilat bagi pembangunan akibat pembangunan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Dan hasil kajian PISMA Tuan Yang di-Pertua, digunakan dalam perancangan infrastruktur saliran di kawasan-kawasan kawalan pembangunan, kawasan-kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan dataran banjir agar lebih mampan dan lebih berdaya tahan atau resilience. Kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan sentiasa mengambil langkah- langkah yang lebih proaktif dan berterusan dengan mengeluarkan peringatan-peringatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan pemantauan dan penambahbaikan terhadap infrastruktur awam seperti mana parit, longkang, kolam takungan di kawasan berisiko banjir kilat.
Dan kementerian ini telah pun menubuhkan jawatankuasa taskforce bagi mengatasi masalah banjir kilat yang melibatkan pelbagai agensi teknikal termasuklah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), SWCorp dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri bagi kita membincangkan isu-isu berkaitan dengan banjir kilat di kawasan-kawasan perbandaran dan memastikan sistem perparitan bandar dalam keadaan yang lebih sistematik dan mampan.
Antara langkah-langkah yang disarankan kepada pihak berkuasa tempatan adalah seperti mana berikut. Pertama, mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan juga kolam takungan yang berisiko dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit, longkang dan kolam takungan bagi melancarkan aliran air dengan tindakan seperti mana:
(i) membuang kotoran ataupun longokan sampah dalam parit atau sampah;
(ii) memotong rumput di sepanjang sistem perparitan yang menyekat laluan air; dan
(iii) memperbaiki sistem perparitan longkang dan pembetungan yang rosak ataupun menaik taraf parit yang berisi padu rendah.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengarahkan PBT untuk senantiasa memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, pembetung dan juga kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan- kawasan pembangunan masing-masing.
Yang ketiga, memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pihak pemaju dan sektor swasta bagi kita memastikan pelaksanaan serta penyelenggaraan pelan kawalan hakisan dan sedimen dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan prinsip pembangunan mampan dan memastikan sistem saliran beroperasi secara optimum dalam menghadapi cabaran-cabaran perubahan iklim termasuklah khususnya fenomena hujan di luar jangka, hujan yang lebat di luar jangka dan juga membantu mengurangkan risiko banjir serta kesannya terhadap komuniti setempat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Dr. Jufitri.
Dr. Jufitri bin Joha
Terima kasih, Timbalan Menteri. Kenapa saya berikan keutamaan kepada banjir kilat ini sebab kita lihat ada lima, enam jenis banjir. Banjir kilat ni yang selalu berlaku. 75 percent banjir yang berlaku adalah banjir kilat dan sudah tentu ia menyebabkan kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa.
Jadi, soalan saya tambahan Tuan Yang di-Pertua, apakah pemetaan banjir kilat ini telah dilakukan untuk semua kawasan di Malaysia? Apakah aplikasi InfoBanjir juga oleh JPS juga merangkumi banjir kilat? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita mengguna pakai satu Pelan Induk Saliran Mesra Alam
(PISMA) di bandar-bandar utama dan juga dijadikan panduan dan rujukan untuk sama ada menaik taraf, membina sistem saliran ataupun merancang pembangunan masa hadapan. Dan dalam PISMA ini Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi ada beberapa agensi kerajaan yang berkaitan selain daripada pihak berkuasa tempatan juga telah pun merangka dan memastikan di manakah lokasi-lokasi hotspot banjir kilat ini.
Jadi, melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, kita mempunyai pangkalan data hotspot banjir kilat sejak tahun 2022 dan jumlah hotspot setakat ini adalah sebanyak 1,503. Dan pada masa yang sama, kementerian juga dalam usaha menyediakan satu lagi sistem pangkalan data dan sistem perparitan bandar berasaskan GIS yang menyepadukan maklumat lokasi kejadian banjir kilat, data infrastruktur saliran, topografi serta parameter perancangan fizikal di kawasan PBT.
Dan sistem ini, insya-Allah, akan menjadi sumber rujukan tunggal bagi semua agensi dan juga pihak berkuasa tempatan untuk kita meningkatkan lagi ketepatan, analisis risiko banjir kilat dan perancangan mitigasi ke hadapan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Datuk Rosni binti Sohar
Boleh, soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Maka, tamatlah sesi soalan kita pada pagi ini. Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 25 Februari 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 12 orang ahli yang hendak berbahas pada hari ini. Maka, saya nak buat ketetapan bahawa masa diberikan pada hari ini adalah 30 minit seorang. Dipersilakan, Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin. 30 minit cukup, Dato’?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Insya-Allah, saya cuba.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, Datuk Speaker. Alhamdulillah, syukur saya kerana saya dapat diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Dewan Negara yang mulia ini.
*Amanah dipikul demi rakyat, Semoga usaha mendapat berkat; Giliran saya untuk berdebat; Kita selesaikan isu masyarakat.
Kajang Pak Malau, kajang berlipat.
Kajang saya mengkuang layu; Kalau perlu demi rakyat kita bersilat, Langkah kanan ku mulakan dahulu.* Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mulakan perbahasan saya dengan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena pembukaan sidang Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari 2026 yang lalu.
Keprihatinan Tuanku di dalam melahirkan kegusaran serta memberikan nasihat kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian menggambarkan keprihatinan Tuanku di dalam memastikan wakil-wakil rakyat melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan ini adalah bersesuaian dengan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Pemerintah Negara yakni ulil amri yang kita semua hormati dan perlu taati.
Antara kegusaran utama Baginda Tuanku di dalam titahnya adalah berkaitan dengan jenayah rasuah yang dilihat seolah-olah tiada pengakhirannya dan sudah menjadi sebagai satu budaya kepada mereka yang memegang tampuk dan kedudukan kebanyakannya. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa rasuah merosakkan iman dan juga menindas rakyat dan Ibn Khaldun juga menyatakan bahawa rasuah adalah tanda awal kepada keruntuhan sesebuah negara.
Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil pendekatan yang agak berbeza sedikit pada hari ini daripada Ahli-ahli Senator yang lain yang saya percaya kebanyakan Ahli Dewan Negara telah pun dan akan menzahirkan pandangan masing-masing bagi melahirkan rasa kebencian terhadap gejala rasuah dari perspektif tindakan penguatkuasaan yang seharusnya diambil dengan lebih tegas dan lebih agresif.
Saya mengambil pendekatan dari aspek pencegahan secara menyeluruh dan pastinya melibatkan pemutihan dan pemulihan secara jangka panjang, jangka sederhana dan juga jangka pendek. Namun, dalam masa yang sama, saya juga ingin menyelitkan beberapa cadangan penambahbaikan di dalam struktur pentadbiran negara daripada aspek kebajikan para pekerja khususnya di sektor awam dan juga sektor yang memberikan kuasa kepada pegawai dan anggotanya untuk melaksanakan sesuatu tindakan kerana ianya sedikit sebanyak boleh juga membantu pengurangan kadar jenayah rasuah di kalangan kumpulan ini.
Pertamanya Yang Berhormat Datuk Speaker, ingin saya bangkitkan isu berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Kalau kita nak fikirkan tentang membanteras rasuah daripada sekarang, kita kena mulakan dari peringkat awal sekolah lagi. Saya telah beberapa kali membangkitkan isu ini malah ketika saya sebagai seorang pendakwa raya lagi saya pernah menyatakan bahawa kita perlu address isu berkaitan dengan rasuah ini di peringkat sekolah rendah malah di peringkat tadika sekalipun.
Asas kepada rasuah itu perlu diterjemahkan dan dinyatakan dan diajar kepada kanak- kanak yang berumur enam tahun ke atas. Dan saya percaya ketika ini, Tuan Yang Berhormat Datuk Speaker, pada ketika ini di syllabus sekolah rendah saya difahamkan dan saya telah juga bertanya tidak ada satu syllabus yang khusus berkaitan dengan rasuah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Namun, di sekolah menengah telah ada beberapa mata pelajaran yang secara tidak langsung mengkhususkan berkaitan dengan isu rasuah iaitu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Kewarganegaraan. Dalam mata pelajaran ini nilai-nilai murni seperti kejujuran, integriti dan tanggungjawab diajar dan rasuah juga dibincangkan sebagai salah satu contoh kesan negatif dan nilai-nilai negatif jika ianya diamalkan. Ini ada di peringkat sekolah menengah.
Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa sebenarnya kalau kita nak mendidik seseorang individu ketika suatu hari nanti di menjadi pemimpin negara, ianya perlu bermula dari peringkat yang paling awal. Tunjukkan dahulu apa sebenarnya perbuatan yang dikatakan rasuah secara yang paling mudah kepada kanak-kanak sekolah ini.
Dan bukan sahaja kita perlu jadikan ia sebagai satu terus kepada pembelajaran kanak- kanak ini, kita juga perlu mendidik mereka untuk mengamalkannya di peringkat sekolah lagi.
Kalau kita lihat negara maju seperti negara Jepun dan Korea umpamanya, mereka mengadakan, memberikan pengajaran dari segi amalan dan juga teori kepada kanak-kanak di peringkat awalan. Mereka tidak menitikberatkan sangat tentang contents kepada mata pelajaran, tetapi lebih menitikberatkan tentang nilai moral anak-anak itu sebab mereka ini adalah merupakan bakal kepada pemimpin-pemimpin negara.
Dan apa ingin saya sarankan di sini, kepada pihak Kementerian Pendidikan, mungkin boleh pertimbangkan untuk diberikan ataupun ditumpukan mata pelajaran Moral, Sivik malah dalam mata-mata pelajaran lain Bahasa Malaysia kah, Inggeris ke Matematik pun perlu juga dimasukkan unsur-unsur elemen-elemen negatif rasuah ini. Sebab ini boleh kalau dia hari-hari diserapkan, kita terapkan pada pemikiran anak-anak kecil ini, ia akan menjadi satu budaya yang sukar untuk mereka ketepikan di satu ketika nanti.
Dan andai kata kalau kita boleh implement perkara ini di peringkat awal, mungkin kita tidak dapat mengatasi masalah rasuah di peringkat sekarang, tetapi Insya-Allah saya yakin kalau sekiranya kita buat secara sistematik, amalan — ajaran amalan rasuah sebagai satu elemen negatif, saya percaya dalam 20 tahun yang akan datang apabila kanak-kanak ini datang akan menganggotai kakitangan kerajaan, akan duduk dalam sektor swasta dan sektor awam, mereka ini akan membawa satu elemen baru di dalam diri mereka untuk benci kepada rasuah.
Dan tidak lagi rasuah akan dijadikan sebagai satu normal ataupun kebudayaan di dalam diri masing-masing.
Dan inilah yang cuba kita tekankan dan saya mahukan pihak kementerian mengambil berat tentang cadangan ini ataupun apa-apa lagi cadangan yang lebih baik, yang boleh disyorkan untuk pihak kementerian ambil tindakan untuk mengadakan satu sistem pembelajaran yang menekan, menitikberatkan isu-isu berkaitan dengan rasuah. Itu yang pertama.
Yang kedua, ini juga merupakan satu perkara yang amat rapat dengan elemen rasuah.
Kita tahu bahawa apabila seseorang diberi kuasa, ianya akan mendapat kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Kita try to minimise- kan kuasa dengan kehendak mereka di dalam sesuatu kehidupan.
Apa yang berlaku sekarang, kalau kita perhatikan bahawa di kalangan anggota penguat kuasa, polis umpamanya, JPJ umpamanya, imigresen dan sebagainya. Kakitangan golongan bawahan, mereka ini bergaji antara 2,200 hingga 2,500 sahaja.
Tuan-tuan dan puan-puan ya, 2,200 ke 2,500...
Timbalan Yang di-Pertua
Sehari?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sebulan. Sebulan.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Saya pun nak kerja itu juga Dato’.
[Ketawa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Duduk di bandar Kuala Lumpur contohnya, Petaling Jaya contohnya, dalam keadaan nak sewa rumah flat pun, sekurang-kurangnya RM800 satu rumah flat dua bilik dengan gaji 2,200–2,500. Nak tanggung anak sekolah lagi, dengan duit minyak nak pergi bekerja ke pejabat dengan makan, minum dan sebagainya dan pastinya mereka tidak mencukupi, mereka terpaksa kerja luar, kerja yang kedua untuk menampung kehidupan.
Dan dalam masa yang sama, perlu diingatkan YB sekalian, mereka ini ada kuasa.
Mereka adalah merupakan pegawai-pegawai trafik, mereka merupakan mereka yang menjaga kaunter-kaunter imigresen, mereka merupakan anggota yang mengawal jalan raya, mereka ada kuasa. Jadi, bila mereka ada kuasa, saya tidak katakan semua, tetapi kemungkinan-kemungkinan ini adalah disebabkan oleh kerana desakan hidup. Maka, bila mereka ada kuasa, mereka tak cukup duit, mereka selalu fikirkan bahawa kerajaan pun tak pernah ambil berat tentang kebajikan mereka, kenapa tidak mereka melakukan amalan yang merupakan satu jenayah ini.
Dan apabila mereka mula untuk melakukan sesuatu perbuatan yang dikatakan jenayah rasuah ini, lama-lama dia dah rasa sedap, dia dah rasa ketagih. Hari ini mungkin dia terima RM100, boleh menampung keperluan kehidupan dia seharian, tapi hari yang — bulan yang kedua, bulan yang ketiga, dia rasa, “Eh, aku buat ini tak ada siapa tahu pun, tiada siapa menahan aku, menangkap aku dan sebagainya. Lagipun atas pun boleh buat, takkan aku tak boleh buat?”. Jadi ini dah lama-lama menjadi satu ketagihan dan ketagihan ini membawa kepada ketamakan. Jadi, kalau sekiranya kita tahu punca kepada rasuah ini salah satunya adalah disebabkan desakan hidup, kenapa tidak kita tutup ruang ini daripada ianya menjadi satu barah kepada negara? Tidakkah boleh kerajaan, kementerian...
Datuk Edward Linggu Bukut
Datuk Speaker, mohon mencelah. Saya tertarik...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila — tambah masa sikit ya.
Datuk Edward Linggu Bukut
Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat. Di atas pun ambil, di bawah pun ambil, jadi adakah yang di atas juga terdesak untuk mendapatkan rasuah maka mereka pun ambil? So, you take, I also take. So, apa pandangan Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua
Akhir jadi *mistake.
[Ketawa]*
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Buat masa ini, saya fokus dulu yang di bawah yang terdesak. Yang di atas itu saya akan sentuh juga. Jadi, kalau boleh Yang Berhormat berikan sedikit masa, saya akan hujahkan berkaitan dengan mereka yang di atas. Saya mengatakan sini secara general, bukan saya mengata, tidak menuduh mana-mana pihak sebab perkara ini adalah merupakan satu perkara yang kita semua ketahui jenayah rasuah, malah merupakan musuh nombor satu negara. Bukan lagi dadah, bagi saya. Ini pandangan saya.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Baik, kita teruskan. Jadi berbalik kepada isu berkaitan dengan peluang untuk seseorang untuk melakukan jenayah rasuah disebabkan oleh kerana desakan hidup dan beliau sendiri mempunyai kuasa yang besar untuk melaksanakan perbuatan rasuah ini. Jadi, perlu pada ketika ini pihak kerajaan memikirkan satu langkah untuk merombak semula gaji.
Kalau tidak gaji pun, sekurang-kurangnya, allowances kepada penjawat awam ini ataupun mereka yang terlibat dengan perjawatan yang kritikal yang berurusan dengan masyarakat, yang berurusan dengan rakyat yang bertanggungjawab untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang. Kumpulan inilah sepatutnya pihak kerajaan titikberatkan supaya mereka diberikan sedikit elaun — boleh agak tinggi sedikit elaunnya supaya kita dapat menutup sedikit ruang mereka yang dikatakan tidak cukup hidup dengan wang gaji yang ada sekarang.
Kalau kita lihat negara jiran kita Singapura, kenapa elemen rasuah, gejala rasuah begitu berkurangan? Disebabkan oleh pegawai dan anggota yang bertindak menjaga penguatkuasaan undang-undang diberikan satu gaji dan juga elaun yang tinggi. Jadi, kalau sekiranya mereka masih buat walaupun mereka diberikan gaji yang tinggi, then the more reason for them to be penalise dengan izin, dan dijatuhkan hukuman yang lebih berat. Dan kemungkinan besar pun apabila ruang itu ditutup, mereka tidak ada lagi sebab untuk mengambil rasuah. Maka ianya juga dapat membanteras elemen gejala rasuah daripada berlaku di kalangan penjawat awam dan juga mereka yang diberikan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang.
Jadi, saya menyarankan kepada pihak kementerian dan pihak kerajaan yang bertanggungjawab untuk meneliti semula tangga gaji ataupun allowance sara hidup kepada penjawat-penjawat awam dan juga anggota-anggota ini dan lebih pendekatannya...
Tuan Manolan bin Mohamad
YB, YB...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sekejap ya.
Tuan Manolan bin Mohamad
Boleh mencelah?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Lebih khususnya kepada mereka yang duduk di bandar-bandar besar. Silakan YB.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya adalah apa pandangan Yang Berhormat, Yang Berhormat dapat menekankan bahawa gaji kecil ini menyebabkan mereka mengambil rasuah. Tapi ada yang pangkat tinggi gaji besar, mereka pun rasuah.
Tuan Manolan bin Mohamad
Jadi, apakah sebenarnya langkah yang terbaik untuk membendung rasuah ini?
Adakah dengan kenaikan gaji atau pun adakah ini sebenarnya seperti Yang Berhormat sebut contoh ke Singapore? Itu kita boleh ni, tapi di Malaysia ni saya rasa mungkin agak berbeza sikit. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Seperti yang saya katakan tadi bahawa, yang tentang yang besar ni tadi, yang dah cukup gaji ni, masih elemen rasuah dilakukan, saya akan tekankan, tapi since dah tanya dua kali saya jawab soalan ni.
Apa yang saya cuba nak address di sini adalah pertama, dia ada dua, tiga kumpulan yang melakukan amalan rasuah. Kumpulan yang pertama, yang secara— kalau kita lihat kepada numbers, mungkin jumlah ini kecil, tetapi jumlah mereka yang terlibat itu besar.
Disebabkan oleh desakan hidup.
Jadi desakan hidup, memang kita tidak nafikan. Saya turun ke padang, saya turun ke bawah, malah di bawah Jawatankuasa Tatakelola pun, bila saya turun padang, saya sendiri bertanyakan kepada anggota-anggota ini masalah mereka. Antara masalah mereka adalah berkaitan dengan gaji yang terlalu kecil, allowance yang terlalu kecil.
Tadi apabila, saya tidak mengatakan yang saya bertanya tu sebabkan mereka gaji kecil, mereka mengambil rasuah, tidak, tetapi ini adalah peluang untuk mereka sebabkan mereka ada kuasa, tetapi mereka ada desakan hidup, maka mereka melakukan, tapi bagi mereka yang tidak, yang tidak mempunyai masalah berkaitan dengan kehidupan iaitu gaji yang mencukupi— perkara kedua yang saya nak syorkan kepada mereka ini adalah pihak kerajaan, pihak kementerian perlulah mengadakan sesi latihan moral terhadap mereka ini.
Dan yang kedua, ditambah jumlah kumpulan pegawai-pegawai integriti khususnya daripada SPRM ditempatkan di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan walaupun saya tahu sekarang ini ada pegawai-pegawai integriti di jabatan-jabatan kerajaan, tetapi jumlahnya terlalu kecil. Sedangkan kementerian, jabatan itu besar. Jadi ditempatkan lebih ramai pegawai-pegawai integriti ini untuk memantau setiap pergerakan pegawai-pegawai yang diberikan kuasa yang besar ini untuk meluluskan sesuatu projek, sesuatu perolehan dan sebagainya.
Jadi ini adalah langkah untuk mengatasi masalah kumpulan kedua yang dah cukup untuk sara hidup, tetapi masih tamak untuk melakukan gejala rasuah. Itu hopefully akan menjawab soalan kepada Yang Berhormat.
Kedua, Yang Berhormat bertanya tadi, iaitu berkaitan dengan taraf hidup dan juga allowance. Saya tahu bahawa untuk kerajaan commit untuk menaikkan gaji yang tinggi ataupun satu tangga gaji yang munasabah, ianya akan melibatkan jumlah anggota kerajaan yang ramai. Okey, memang kita tidak nafikan ia akan juga membebankan kerajaan dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang, tapi kita tidak katakan across the board. Kita mengatakan bahawa jawatan kritikal, jawatan penguatkuasaan itu yang patut diberikan keutamaan. Supaya mereka yang diberikan kuasa ini tidak rabun mata ataupun tidak terdesak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar undang-undang.
Puan Tiew Way Keng
Mohon celah. Minta celah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya, silakan YB.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih. Saya ingin nak tanya pendapat Yang Berhormat bagaimana pula dengan sekiranya kita berhadapan dengan pegawai-pegawai unit integriti yang pangkatnya lebih rendah, tetapi perlu kita katakan menguruskan, berhadapan dengan kumpulan pegawai yang berpangkat jauh lebih tinggi?
Dan saya pernah— kita katakan melibatkan diri dalam satu sesi untuk membanteras rasuah ini yang mana bagi pegawai yang berpangkat rendah, mereka kemungkinannya terima arahan daripada pegawai atasan. Dan bagi gejala rasuah ini, ia bukan seseorang. Mungkin ia melibatkan sekumpulan yang mana pegawai yang berpangkat lebih rendah, perlu ikut arahan ataupun mereka rasa menghadapi cabaran apabila mereka nak memberi maklumat kepada pegawai daripada SPRM.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB. Kepada pertanyaan tersebut ya, solution dia sebenarnya meletakkan pegawai integriti di jabatan-jabatan dan kementerian bukan untuk tujuan dia menegah. Tujuannya adalah untuk membuat laporan. Tujuannya untuk memantau. Dia tak perlu untuk sebagai pegawai rendah dia tak perlu menegur atau pun mengarahkan pegawai atasan untuk tidak melaku sekian-sekian, tetapi apa yang boleh dilakukan adalah memantau.
Apabila berlakunya sesuatu kejadian yang dikatakan bahawa perbuatan tersebut adalah melanggar kepada peraturan, maka pegawai tersebut boleh terus melaporkan kepada pihak SPRM untuk diambil tindakan penyiasatan di peringkat awal. Maknanya peringkat awal lagi kita dah stop perkara ini daripada berlaku. Kita mencegah daripada ia menjadi terlalu besar. Jadi inilah saranan saya untuk supaya diramaikan, tak kisah lah diletakkan pegawai time scale pun, doesn't matter. What matters was actually dia tahu apa dia buat dan dia buat setiap kali melakukan ada sesuatu perkara yang diragukan, dia boleh terus membuat laporan kepada pihak SPRM. Itu adalah satu langkah bagi saya yang lebih efektif. Sila YB.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak tanya, sekiranya bagi, bukan sahaja bagi pegawai yang berpangkat rendah itu, dia bukan berperanan untuk menegur, tetapi mereka juga berasa, kita katakan takut atau pun bimbang apabila mereka memberi maklumat. Atau pun diminta untuk memberi maklumat. Kita nampak ada kes-kes rasuah yang di mahkamah di mana kita nampak ada pegawai yang telah dipanggil sebagai saksi, mereka takut untuk memberi maklumat. Jadi adakah cara yang lebih efektif supaya kita dapat membanteras gejala rasuah ini? Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih. Itu sebab saya katakan, dia tak boleh pegawai yang memerhatikan itu, memantau itu dari kalangan pegawai di dalam kementerian jabatan itu. Dia perlu datangnya daripada pihak SPRM. Saya percaya pegawai anggota kerajaan ni bila tahu SPRM saja, sebut nama SPRM ni kecut perut.
Jadi mereka akan takut kalau ada Pegawai SPRM di dalam jabatan tersebut. Dia tak akan lapor terus kepada bos dia. Dia akan lapor terus kepada bos dia di SPRM. Dan Pegawai SPRM saya percaya dihormati dan ditakuti oleh anggota-anggota kerajaan. Jangan mereka pun together, working hands in glove. Tak bolehlah. Kalau mereka ni betul-betul independent, mereka adalah satu badan yang betul-betul memantau dan membanteras rasuah. Saya percaya perkara ini boleh diatasi. Dah lapan minit, saya baru separuh daripada. Saya rasa mungkin Dato Speaker boleh pertimbangkan untuk tambahan masa sebab ada tiga, lima minit saya jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa masa diperlukan? Tinggal, kita bagi sembilan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Lagi 15 minit tak cukup saya rasa. Lagi, 20 minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
15 tolak lapan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
20 minit lagi? Bolehlah?
Tuan Yang di-Pertua
15 lah, 15.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh nego. Seterusnya, kalau boleh lepas ni tak ada soalan supaya saya dapat melancarkan hujahan saya.
Seterusnya berkaitan dengan, itu cadangan saya tadi, sebab pokoknya kalau sekiranya kita dapat menjaga kebajikan pegawai dan anggota, saya pasti kita boleh eliminate, kita boleh selesaikan hampir 80 peratus masalah yang melanda rasuah di peringkat bawahan, insya-Allah.
Yang ketiganya adalah berkaitan dengan langkah kerajaan di dalam memperkasakan kawal selia dan tatakelola perolehan dan projek. Kita tahu bahawa sekarang kebanyakan ketirisan isu-isu berkaitan dengan rasuah berjutaan ringgit ini melibatkan projek yang besar.
Baru-baru ini saya ucapkan tahniah kepada pihak SPRM kerana telah berjaya membongkar, menuduh mereka yang bertanggungjawab di peringkat atasan malah PAT, timbalan, PTD, KSU dan sebagainya telah pun diambil tindakan.
Inilah satu, kita patut ucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana telah berjaya membawa jerung-jerung ini ke muka keadilan. Now, pertamanya apa yang ingin saya tekankan di sini adalah, saya percaya apabila berlaku kes yang melibatkan kementerian- kementerian besar ini, pihak Kementerian Kewangan pastinya telah mengambil tindakan untuk membuat sesuatu pembaharuan berkaitan dengan tata kelola perolehan dan juga apa nama, meng-award-kan sesuatu kontrak besar pihak kementerian.
Namun apa yang ingin saya sarankan di sini, kita perlu melihat, kita perlu rombak totally dari aspek tatakelola perolehan sesuatu aset kerajaan. Contohnya Kementerian Pertahanan. Saya ambil contoh Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan ini memerlukan specialized expert untuk menentukan sesuatu peralatan aset tersebut diperlukan ataupun sebaliknya. Dan kalau nak beli itu tak boleh any ordinary man, any layman were to come out with the spec. Dia mestilah daripada pakar-pakar itu sendiri. Dan kebanyakan pakar- pakarnya datang daripada pihak military sendiri.
Jadi mereka mendapatkan, diperlukan untuk menentukan, apakah senjata yang diperlukan, apakah spesifikasi yang diperlukan bagi maksud mendapatkan aset-aset pihak kerajaan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Persoalannya sekarang, apa yang berlaku sekarang ini dan banyak tohmahan dari luar sana dan apa maklumat yang saya perolehi juga adalah kerana perolehan senjata- senjata ataupun aset-aset ini banyak melibatkan ejen, pihak ketiga. Apabila ia melibatkan pihak ketiga, maka akan kemungkinan berlaku ketirisan. Kenapa tidak pihak kerajaan memikirkan untuk membeli aset-aset yang jutaan ringgit ini melalui G2G: government-to- government tanpa memerlukan pihak ketiga.
Dan apabila government-to-government punya deal dengan izin, of course, the expert daripada kementerian itu sendiri memainkan peranan untuk menentukan apakah aset yang diperlukan, apakah specification yang dapat memenuhi keperluan aset tersebut. Jadi kalau ini dapat dilaksanakan, bermakna kerajaan sendiri memantau melalui KSU, melalui pegawai- pegawai yang diiktiraf, maka kita dapat mengurangkan kadar kemungkinan kebocoran dan ketirisan terhadap pembelian perolehan aset-aset kerajaan ini.
Ini adalah satu langkah yang saya rasa saya tak pasti sama ada pihak Kementerian Kewangan telah memikirkan dan menambahbaikkan sistem prosedur perolehan, tetapi kalau belum, saya menyarankan dan saya mencadangkan supaya ini langkah yang perlu diambil segera oleh pihak kerajaan. Tak kira Kementerian Pertahanan kah, malah kementerian- kementerian lain yang berurusan dengan jalan raya, yang berurusan dengan laut, keselamatan laut, perairan negara dan sebagainya, mereka memerlukan aset.
Jadi aset-aset yang mahal ini sepatutnya tak perlu lagi mendapatkan ejen untuk menguruskannya. Kita seharusnya mendapat peranan kerajaan sendiri untuk deal direct dengan kerajaan yang mana memperoleh— yang mengeksport aset-aset yang kita perlukan.
Itu adalah cadangan saya yang ketiga untuk penambahbaikan.
Dan seterusnya berkaitan dengan rasuah pemberi ada, penerima pun ada. Apa yang kita perhatikan sekarang ini kebanyakan kes adalah penerima yang dituduh di mahkamah, yang disiasat dan dituduh di mahkamah. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Tuanku pada 16 Januari yang baru lalu, 19 Januari, menyatakan bahawa perlulah pihak kerajaan, pihak penguat kuasa, telah tiba masanya untuk juga mengambil tindakan terhadap pemberi dan ejen-ejen yang terlibat.
Jadi, telah tiba masanya untuk kita meneliti. Sekarang ini kalau dulu saya tahu, mereka kata kalau kita tuduh yang memberi dan yang menerima, tiada siapa yang tampil ke hadapan sebagai seorang yang memberikan keterangan sebagai seorang saksi, tapi sekarang kita ada teknologi, kita ada mekanisme yang boleh kita heret kedua-duanya untuk kita sabitkan mereka dengan kesalahan gejala rasuah.
Kalau tidak sekalipun, cuba fikirkan sejenak. Kalau seseorang pegawai tinggi kerajaan terlibat menerima RM1 juta untuk mendapat habuan bagi diri dia dan meluluskan satu projek bernilai RM100 juta. Siapa yang untung? Yang memberi untung RM100 juta dengan kemungkinan profit margin 20 percent, 30 percent. Apa berlaku di situ? Kerugian besar kepada pihak kerajaan dan rakyat kepada keseluruhannya.
Daripada kita go after the receiver, kenapa tidak sekarang ini kita fikirkan kepada yang memberi kerana keuntungannya lebih besar daripada pemberi, tetapi of course, mereka akan mengatakan bahawa kita nak kan evidence daripada pemberi dan kita nak mengelakkan bahawa pegawai-pegawai kerajaan ini haruslah tahu tanggungjawab mereka, amanah yang diberikan, mereka tidak sepatutnya terlibat sama sekali dalam gejala rasuah. Apa pun alasannya.
Memang kita boleh kata sedemikian, tetapi long term kesannya kita patut memikirkan tentang kesan kepada negara, kesan kepada rakyat. Dan telah tiba masanya, kalau tidak pun 100 peratus, 80 peratus, kita ambil 50-50— 50 percent we focus on the receiver, another 50 percent we focus on the giver, dengan izin.
Dan telah tiba masanya kerajaan, pihak kementerian dan pihak penguat kuasa melaksanakan tanggungjawab ini untuk memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah dapat kita bendung dan dapat kita heret mereka ke mahkamah. And of course, perkara ini adalah perkara yang berbentuk sementara. Yang apa yang lebih saya tekankan tadi adalah berbentuk long term iaitu dengan sistem pendidikan di peringkat prasekolah dan di peringkat sekolah rendah yang patut kita fokuskan.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Dato Speaker, mohon mencelah, kalau boleh.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, boleh. Sila...
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Saya setuju pandangan daripada Yang Berhormat Dr. mengenai dengan cara untuk kita menyekat gejala rasuah. Bolehkah Dr. Setuju jika gejala ini adalah gejala rasuah yang menyeluruh bagi semua jabatan, kementerian, swasta dan sebagainya.
Kalau kita lihat tentang tindakan, seolah tindakan sekarang ini terpilih. Bagaimana hendak menghilangkan persepsi memilih orang-orang tertentu sahaja yang salah daripada amalan rasuah tersebut. Ini, ini yang berlaku di luar. Terima kasih Dato Speaker.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Apa Yang Berhormat katakan bahawa selective prosecution? Baik, saya rasa selective prosecution dari dulu dah mereka ada pihak mengatakan bahawa selective prosecution, tapi apa yang pendekatan yang telah dibawa oleh pihak kerajaan sekarang ini yang mana semalam kita telah sama-sama dengar taklimat berkaitan dengan separation of powers between AG and also prosecutors, ini satu langkah positif bagi saya.
Sebab the moment prosecutors, iaitu mereka yang akan menentukan siapa yang patut dituduh, siapa yang tidak, adalah terletak kepada pendakwa raya yang tidak ada connection dengan Prime Minister, ia nya directly under SPPK dan juga atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong dan juga Majlis Raja-Raja dan saya pasti ini langkah terbaik bagi mengatasi masalah apa yang dikatakan sebagai selective prosecution. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut dan kita seharus menyokong cadangan kerajaan tersebut.
Dan seterusnya berkaitan dengan whistleblower. Kadang-kadang sekarang ini kita dengar bahawa mereka yang memberi rasuah, mereka nak dapatkan protection di bawah Whistleblower Act. That should not be the case. Whistleblower Act ni bukan pemberi.
Whistleblower Act ni nak cover nak protect mereka yang ada maklumat berkaitan dengan sesuatu gejala rasuah.
Kalau dia bagi rasuah, tiba-tiba dia bagi rasuah kat orang ini, orang ini tak bagi projek dekat dia, dia pula menjadi whistleblower, kompelin mengatakan, *“Aku dah habis duit bagi dekat dia, dia tak nak bagi projek kat aku.” That should not be the case.
[Tidak jelas] That should not be the case*. Because, kita dengar dalam sosial media, ramai yang mengatakan bahawa, “Oh, saya lah yang dok bising dengan kerajaan, saya yang bagi maklumat, tiba-tiba saya kena tangkap dan saya kena tuduh kerana memberi.” While you are the giver, you are part and parcel of the whole element of corruption, adapting, adding, a conspiracy dan sebagainya. So, you should not get the protection under that Whistleblower Act. Dan saya sarankan lagi sekali kepada pihak penguat kuasa, berhati- hatilah menggunakan peruntukan di bawah Whistleblower Act. Sebagaimana, Shakespeare pernah mengatakan bahawa, “Corruption eventually reveals itself even in the silence of night.” Jadi apa yang saya ingin tekankan bahawa rasuah ini kalau kita tak banteras, kot mana pun ianya akan ada, wujud di merata-rata, di jabatan kerajaan ataupun di sektor swasta. Saya selesai dengan isu rasuah.
Baru hendak masuk isu yang kedua, berkaitan dengan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ini juga merupakan satu isu yang saya rasa mendapat perhatian ramai masyarakat.
Baru-baru ini kita tahu bahawa pihak Menteri Wilayah Persekutuan ada menyatakan bahawa mereka telah membuat kajian berkaitan dengan keperluan untuk melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui satu pemilihan, election.
Now, isu dia, kita seharusnya sebelum kita memikirkan tentang cadangan untuk menjadikan pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur khususnya melalui election, perlulah kita lihat, teliti dulu sejarah pembentukan Kuala Lumpur dan bagaimana lahirnya kuasa Yang di- Pertuan Agong untuk melantik seorang Datuk Bandar. Now, apa yang berlaku Dato Speaker, pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah sekadar satu tradisi, tetapi merupakan satu tuntutan undang-undang dan Perlembagaan.
Berdasarkan seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan - Akta 190
, pelantikan dan penamatan Datuk Bandar dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Dan ini naratifnya daripada sejarah tentang pembentukan Kuala Lumpur dan juga pelantikan Datuk Bandar, sebenarnya apa yang berlaku di bawah, kita tahu di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan item 6(e) menyatakan bahawa kedaulatan Wilayah Persekutuan diletak terus di bawah undang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Now, apa yang berlaku? Apabila Sultan Selangor menyerahkan Kuala Lumpur melalui Enakmen No. 4 tahun 1973, penyerahan itu dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan kepada jabatan kerajaan.
Berdasarkan seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan - Akta 190
Sultan Selangor menyerahkan kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa: sovereignty, power and jurisdiction oleh kerana kedaulatan itu dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong, maka hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai mandat Perlembagaan untuk mewakilkan kuasa pentadbiran bandar raya tersebut kepada seorang individu yang digelar Datuk Bandar. Dan apabila Yang di-Pertuan Agong diturunkan kuasa untuk melantik Datuk Bandar, kuasanya adalah kuasa yang— of course, atas nasihat Perdana Menteri, tapi punca kuasanya daripada Yang di-Pertuan Agong sepertimana di termaktub di bawah undang- undang ibu kota ini tadi. Apa yang kita perlu lihat bahawa kuasa mentadbir itu diletakkan semata-mata kepada Datuk Bandar. Of course, kita ada variation sekarang ini.
Kita ada Menteri Wilayah Persekutuan yang mana kuasa itu diturun daripada Perdana Menteri untuk membuat dasar dan melaksanakan segala dasar tersebut adalah Datuk Bandar. Dan kalau Datuk Bandar itu dipilih ataupun dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, maka tempohnya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk menentusahkan apabila seseorang Datuk Bandar itu telah melanggar sesuatu peraturan, telah melanggar integriti dan sebagainya, tindakan boleh diambil oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan perjawatannya, tetapi kalau sekiranya seorang Datuk Bandar dipilih oleh rakyat, kita belum cakap tentang demografi, kita hanya bercakap tentang sudut undang-undang.
Bagaimanakah caranya seseorang yang telah dipilih oleh rakyat untuk diketepikan andai kata berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang, yang tidak dapat dikesan melalui peruntukan undang-undang? Kita tidak boleh remove. Kita tidak boleh ketepikan mereka. Kita tidak boleh terminate kontrak mereka sebab mereka dipilih oleh rakyat.
Adakah ini yang dimahukan? Dan perlu diingatkan juga, kadang-kadang kalau kita buat pemilihan melalui pemilihan oleh rakyat, diandaikan pula seseorang itu daripada kumpulan parti tertentu yang berbeza dengan parti dasar, dasarnya berbeza dengan parti Kerajaan Persekutuan. Bayangkan susah tak, tak susahnya nak laksanakan sesuatu dasar apabila ianya berlainan parti antara pemerintah di peringkat Persekutuan dan pemerintah di peringkat perbandaran.
Puan Tiew Way Keng
[Tidak jelas]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Tak kira lagi, kita fikirkan tentang demografi masyarakat di bandar-bandar ini, kebanyakannya bukan adalah kaum minoriti yang menguasai bandar-bandar dan ini juga akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kalau sekiranya— saya bukan bercakap tentang isu berkaitan dengan kaum, tetapi saya bercakap tentang demografi penduduk Malaysia yang kebanyakannya di bandar-bandar. Kita tahu golongan-golongan tertentu yang menduduki kawasan bandar. Silakan YB. Saya ada masa, dah habis pun, tapi saya tidak habis lagi.
Puan Tiew Way Keng
[Ketawa] Satu minit sahaja. Terima kasih, Dato’. Saya ingin nak tanya berkenaan dengan— bagaimana dengan pemilihan Datuk Bandar ini adalah berasaskan sistem demokrasi iaitu selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan selaras dengan kita katakan pembayar cukai adalah berhak untuk memilih Datuk Bandar ataupun Mayor.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Yang Berhormat, sebelum kita nak fikir sampai to the extent, of course, you have to start thinking about reshuffling the whole provision under the law. We have to amend Akta Ibu Kota, we have to amend Perlembagaan, we also have to amend di Kerajaan Tempatan punya peruntukan. Itu satu isu yang amat besar, tetapi apakah keperluannya? Kenapakah pada ketika ini kita perlu meminda untuk membenarkan rakyat memilih Datuk Bandar? Sedangkan pada ketika ini, adakah ia nya mendatangkan masalah? Adakah segala dasar-dasar kerajaan, Datuk Bandar yang ada sekarang ini, dengan dasar yang telah kita tunjukkan semenjak 30 tahun, 40 tahun yang dulu tidak berkesan? Jadi ini perlu ditunjukkan.
Andai kata sistem yang diamalkan sekarang ini merupakan satu sistem yang fail, then there’s more reason, more justification for us to amend or pinda undang-undang yang bersesuaian, tapi pada ketika ini, mengambil kira dasar yang saya sebutkan tadi, mengambil kira sejarah bagaimana Kuala Lumpur diserahkan kepada Persekutuan oleh negeri Selangor, oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sendiri menghasratkan bahawa kedaulatan pelantikan Datuk Bandar tersebut dikhususkan hanya kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan inilah satu kesan sejarah yang tidak boleh kita...
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Yang Berhormat.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
...Semata-mata kita ketepikan sama sekarang.
Silakan YB.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Saya nak tanya sikit. Ini semua— tadi kalau kita nak ubah dasar, enakmen kita perlu ubah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Setuju tak Yang Berhormat, saya akan nyatakan bahawa ini ialah political move yang tak sepatutnya berlaku dalam negara kita ini?
Kita dah melalui proses demokrasi. Saya minta Yang Berhormat untuk pencerahan. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Saya bukan seorang politik untuk mengatakan it’s a political move or otherwise, tetapi saya mengambil naratif apa yang telah dibangkitkan.
Daripada apa yang dibangkitkan di sini, seolah-olah menggambarkan ada keperluan pelantikan seorang Datuk Bandar untuk dipilih oleh rakyat atas sebab saya tak tahu apa.
Adakah kerana ketidakberkesanan Datuk Bandar yang ada sekarang, kah ataupun atas political move sepertimana yang disarankan oleh YB sebentar tadi?
Puan Tiew Way Keng
[Mencelah]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Saya rasa saya habiskan sikit dulu.
Puan Tiew Way Keng
Okey.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sebab the otherwise, I wonʼt finish. Terima kasih Dato Speaker. Boleh, can I? Can Dato Speaker allow me?
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sila, luluskan. Windup.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya. Give fair to others also nak bercakap, kan.
Yang Berhormat Dato Speaker, apa yang saya dapat rumuskan di sini berkaitan dengan pelantikan Datuk Bandar, pertama, kita tidak boleh mengetepikan sejarah semata- mata kerana kita nak buat perubahan. Sejarah pembentukan Kuala Lumpur adalah merupakan satu sejarah yang mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor begitu dekat di hatinya untuk menyerahkan kuasa tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebarang bentuk pertukaran kepada apa yang telah direncanakan, yang didasarkan kepada peringkat dahulu amat sukar dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditukarkan semata-mata kerana keperluan mana-mana pihak ataupun as what YB perkatakan tadi, on the political move.
And secondly, we have to start thinking about the fact that dasar yang kemungkinan akan berbeza antara kerajaan tempatan dan juga Kerajaan Persekutuan. Saya selesai dengan isu...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sikit saja.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ada lagi?
[Ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Minta penjelasan, mengikut fakta sejarah jugalah. Kerana masa kita kecil-kecil dulu, pemilihan kerajaan tempatan ini berjalan. Ada dah sebelum daripada kita sedar pun. Jadi ditiadakan. Maka kalau nak dikembalikan balik, bukanlah suatu perkara yang asing sangat Dato Yang di-Pertua ya. This is something that we have control the process. So, kalau kita lihat kembali, saya rasa tidak juga menjadi satu kesalahan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Memang tak.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sejarahnya begitu. Kalau nak quote sejarah lah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Memang tidak salah. Saya tak pernah pun kata ianya salah. Cuma saya kata, keperluan.
Yang keduanya, kita tahu. Saya pun masa itu kecil-kecil juga. Bila saya tahu bahawa bila berlakunya election kerajaan tempatan, berlakulah 13 Mei. One of the reasons untuk berlakunya cetusan— saya tak pastilah. Itu yang saya tahulah. Okey. I stand corrected on that, but whatever it is, adakah kita mahu dengan keharmonian yang ada sekarang ini, kita cetuskan semula semata-mata kerana kita nak melantik seorang Datuk Bandar melalui pemilihan? Dan, we have to start thinking about demography also in the first place. And now apa yang berlaku sekarang, tidak ada satu kepincangan pun yang saya lihat dengan adanya pelantikan Datuk Bandar melalui Yang di-Pertuan Agong. Yang Berhormat Dato Speaker, saya...
Puan Tiew Way Keng
Yang Berhormat, 30 saat saja. Boleh minta celah?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dato?
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada dia.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey. Sila. Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator, dia beri laluan tidak?
Puan Tiew Way Keng
Ya.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, boleh.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Yang Berhormat Dato. Saya nak tanya. Bagi insiden 513 itu, saya rasa itu bukan disebabkan pilihan raya kerajaan tempatan. Nombor satu.
Nombor dua tadi atas kenyataan YB berkata, kalau Datuk Bandar itu tidak ada berbuat sebarang kesalahan, kenapa kita perlu ada pemilihan? Asas pemilihan adalah untuk mengembalikan hak mengundi kepada pembayar cukai. Asas pemilihan adalah melandaskan sistem demokrasi dan bagi Datuk Bandar yang memang telah disabitkan kesalahan jenayah, memang sama seperti dengan Ahli Parlimen yang lain, dia akan dilucutkan. Kita katakan kelayakannya untuk menjadi Datuk Bandar. Itulah cadangan saya. Apakah pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Kalau kita nak bercakap tentang hak demokrasi.
Demokrasi diberikan kepada setiap individu rakyat Malaysia melalui Perlembagaan untuk mengundi pembentukan sesebuah kerajaan. Kerajaan bila ditubuhkan, kerajaan itulah yang akan menentukan siapa yang nak jadi kerajaan? Siapa yang nak jadi KSU? Siapa pula nak menjadi Datuk Bandar? Dasarnya daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat.
Jadi jangan sampai pula kita dekat sini pun kita cakap demokrasi, dekat bawah pun kita nak demokrasi juga. Demokrasi satu sajalah. Bila kita diletakkan yang puncanya nombor satu yang besar, yang bawahnya akan berikutan dengan apa yang telah dipilih oleh rakyat.
Itu pandangan saya. Saya bukan seorang Menteri, tetapi pandangan saya sebagai seorang Ahli Senator. Terima kasih Yang Berhormat Senator atas...
Datuk Rosni binti Sohar
Saya sedikit boleh?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ada lagi?
[Ketawa] Sedikit saja Yang Berhormat.
Datuk Rosni binti Sohar
Sebenarnya saya sangat bersetuju dengan pandangan YB Senator Dato’ Setia ya. Sebab bila sejarah ini telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka kita akurlah. Sebagai Ahli Dewan pun kita tahu hak-hak Yang di-Pertuan Agong, maka kita terima. Sebab dalam keadaan yang ketenteraman dan harmoni ini, tidak ada masalah. Maka kita terimalah kenyataan ini, insya-Allah. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sikit nak menjawab [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sebenarnya kalau kita lihat sejarah nak menunjukkan bahawa Sultan Selangor, negeri Selangor yang menyerahkan Kuala Lumpur itu mempunyai hak. Malah kalau kita lihat kepada Lembaga Penasihat Datuk Bandar itu sendiri mesti datang dua wakilnya daripada orang Selangor dan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Begitu juga pada asalnya dulu asasnya, kita tak letakkan dalam undang-undang, tetapi seharus sebaik-baiknya ianya Datuk Bandar ini dipilih di kalangan orang Selangor, tetapi dia tidak dilaksanakan, tapi ini menunjukkan bahawa hubung kaitnya begitu rapatnya, akrabnya hubungan Kuala Lumpur itu dengan asalnya daripada negeri Selangor di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Dan saya pun kebetulan mewakili Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih di atas kesempatan untuk saya berhujah. Saya ada tiga lagi hujahan isu tetapi itu saya akan bangkitkan apabila ada peluang untuk bertanya pula pada YB-YB Senator yang lain apabila berhujah nanti. Terima kasih YB Yang Berhormat Dato Speaker. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Tuan Dato Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan bagi Menjunjung Kasih Ucapan Diraja pada Mesyuarat Pertama, Pembukaan Parlimen Penggal Kelima, 19 Januari 2026 yang lalu.
Ampun Tuanku, sesungguhnya seluruh rakyat negeri Melaka dan tentunya rakyat Malaysia menganggap Kebawah Duli Tuanku sebagai payung negara yang membawa kemakmuran dan keadilan sejagat kepada sekalian rakyat jelata.
Kalau tuan turun ke bendang, Turun ke bendang menebang buluh; Tuanku umpama pohon yang rendang, Tempat rakyat tumpang berteduh. Tuan Yang di-Pertua, kita memanjatkan kesyukuran kerana pada Januari 2026, prestasi nilai ringgit mula mengukuh berbanding dengan nilai USD dengan berada pada kedudukan antara RM4.10 hingga RM3.90 berbanding dengan 1 USD. Sudah tentu kerajaan mempunyai perancangan yang rapi dan Bank Negara Malaysia mempunyai strategi yang efektif tentang sejauh mana dapat pengukuhan mata wang ini bertahan dan seterusnya menambah baik pada masa-masa yang akan datang.
Bagaimana Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengukuhkan pasaran kewangan negara bagi menangani implikasi pasaran global dan faktor luar yang mempengaruhi nilai mata wang Malaysia berbanding mata wang lain di dunia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan aspek keterjaminan makanan menjadi teras utama sasaran negara, perancangan strategik dan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan amatlah dialu-alukan. Justeru, sasaran dan unjuran tahap sara diri SSL, pertanian perlu diberi perhatian wajar. Untuk itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertanian tentang Dasar Agrotani Negara tentang capaian terkini tahap SSL bagi tahun 2025 bagi beras, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, makanan, daging lembu, daging ayam, telur ayam dan susu segar yang merupakan rutin ataupun makanan ruji rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan penyertaan golongan belia dan golongan muda dalam bidang pertanian, pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2026–2030 perlu dijajarkan sebaik mungkin agar penggantungan kepada import makanan terus dipelihara dan mengalami defisit kadar import ketara. Ini bagi menjamin Malaysia menuju menggunakan loan Bank Pertanian sedia ada, kerjasama efektif dengan kerajaan negeri bagi memastikan pengeluaran pertanian terus dipertingkatkan. Untuk itu, saya mohon pencerahan daripada kementerian, berapakah jumlah penerima Geran Agro NextGen yang dicatat sehingga tahun 2025? Dan berapakah jumlah geran yang telah dibelanjakan serta unjuran bagi tahun 2026?
Tuan Yang di-Pertua, rasuah adalah musuh utama negara. Malah, rasuah lebih berbahaya daripada barah tahap empat dan juga penagihan dadah. Pembangunan negara akan terencat, nilai dan prestasi diri dan potensi pentadbiran juga akan merudum. Barah— rasuah umpama barah yang membunuh urat dan nadi keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Reformasi integriti perkhidmatan awam bagi jabatan dan agensi Persekutuan, SPRM, PDRM perlu diperkemas dan ditingkatkan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap operasi penguatkuasaan. Sehingga kini, Suruhanjaya Bebas Tatakelola Polis dan EAIC telah menjalankan penguasaan bagi menjamin isu integriti tidak di kompromi. Persoalan yang timbul di minda rakyat ada dua, iaitu:
(i) adakah kerajaan dapat meminda Akta EAIC agar SPRM, AKPS dan PBT, terutamanya DBKL, Majlis Bandar Raya Negeri-Negeri serta Majlis Perbandaran diselia integriti di bawah EAIC?; dan
(ii) adakah perlu program silang dilakukan kepada semua agensi seliaan integriti EAIC agar penjawat awam dan jabatan dan agensi penguatkuasaan ditempatkan di EAIC bagi memastikan operasi EAIC lebih bermakna dan cekap?
Ini menjamin kefahaman dan susur galur kerja agensi penguatkuasaan lebih difahami dan kuat kuasa integriti dapat dilaksanakan dengan baik-baik— dengan sebaiknya. Ingatlah, kehancuran sebuah empayar bukan sahaja kelemahan politik tamak haloba, tetapi juga disebabkan nilai integriti yang dipertikaikan dan nilai integriti yang digadaikan.
Jika memetik buah petola, Ambil bijinya menjadi benih; Jika keruh air di muara, Seribu tahun tak akan jernih.
Ini bermakna dengan sekali kita melakukan rasuah atau negara dikenali sebagai negara rasuah dan perasuah, maka sampai kiamat pun keyakinan tidak akan berada di tempatnya dan keadilan akan diratah oleh manusia yang tamak haloba dan mementingkan diri sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah membatalkan dasar perintah tarif import global Presiden Donald Trump kerana tidak mendapat kelulusan Kongres.
Implikasi keputusan Mahkamah Supreme Amerika Syarikat memberi impak kepada perjanjian yang telah kita tandatangani dan janji niaga yang telah kita meterai pada Oktober 2025.
Soalan saya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sejauh manakah perkembangan perintah Mahkamah Supreme Amerika Syarikat ini akan memberi implikasi dagangan Malaysia-Amerika dan perjanjian yang telah kita meterai baru-baru ini? Adakah benar dia merugikan kerajaan? Adakah benar perjanjian ini ditandatangani secara tergopoh- gapah dan tergesa-gesa? Adakah benar ini satu pelacuran terhadap ekonomi negara? Rakyat memerlukan jawapan yang tuntas demi keadilan dan demi pengundian dalam pilihan raya yang akan datang.
Tidak ada apa yang patut kita sorokkan sekiranya kita berada di pihak yang benar, kita perlu nyatakan secara tuntas kepada rakyat agar rakyat tahu setiap gerak geri dan tindakan yang telah dibuat berhubung dengan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, sejak saya menjadi Ahli Dewan ini, tiga tahun hampir tamat. Isu pendidikan amat rapat di jiwa saya kerana bukan sahaja saya seorang pendidik, tetapi saya juga mencintai dunia pendidikan yang telah mendarah dan menjiwai kehidupan saya selama 30 tahun.
Justeru pada hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana memeta perlaksanaan reformasi pendidikan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Akta Reformasi yang paling signifikan dengan diri saya dan juga barangkali kebanyakan rakyat juga Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini adalah pelajar Tahun 6 memasuki Darjah 1 pada 2027.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Soalan saya kepada Menteri, sejauh manakah bilangan statistik pelajar prasekolah berumur 5 tahun yang direkodkan sehingga Februari 2026 dan telah mendaftar untuk memasuki Darjah 1, 2027 bagi membuktikan populariti dasar yang diperkenalkan ini?
Dua, bagaimana unjuran tambahan kelas, guru dan pembantu guru dibuat bagi memenuhi inisiatif Darjah 1 berusia 6 tahun bermula tahun 2027?
Apakah prasekolah yang sedang berjalan di beberapa sekolah akan di tamatkan, dibatalkan kerana ketika itu pelajar itu berusia 6 tahun dan ini bermakna tiada prasekolah di sekolah-sekolah bantuan kerajaan ataupun umur prasekolah itu diturunkan ke lima tahun untuk membolehkan mereka berada di peringkat prasekolah sebelum berada pada Tahun 1 pada tahun berikutnya.
Dan sejauh manakah peruntukkan geran per kapita ditambah kerana berlakunya pertambahan mendadak yang di luar jangka pada 2027 dengan kemasukan pelajar Tahun 1.
Ya, yang buka— bantuan pembersihan, bantuan RMT Makanan, bantuan sebagai mana bantuan sukan hebat dan sebagainya dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu Tahun 6 mulai sesi akademik 2027.
Dan bagaimana pula Kerajaan ingin menangani pertambahan kelas terutamanya bagi sekolah dua sesi dan sekolah padat apabila Darjah 1, 6 tahun, 2027 mula dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, dasar yang baik memerlukan perancangan yang teliti. Pendidikan bukan satu perniagaan dan pendidikan bukanlah aset politik untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Saya beranggapan pendidikan adalah asas membina tamadun bangsa dan pendidikan penting untuk masa depan negara yang tercinta dan pendidikan penting untuk melahirkan umat manusia yang berjiwa waja. Jurang pencapaian antara bandar, luar bandar dan pinggir bandar harus diteliti sebelum sesuatu dasar itu dapat dilaksanakan.
Adakah pelajar berusia enam tahun bagi kumpulan anak-anak orang asli yang terpencil di ceruk desa dengan anak-anak kampung berusia 6 tahun dengan anak-anak pinggir bandar berusia 6 tahun dengan anak-anak bandar yang berusia 6 tahun. Jurang keadilan dari segi geografi, jurang keadilan dari segi prasarana pendidikan, jurang keadilan daripada kemahiran dan kebijaksanaan guru, semuanya memerlukan penyelesaian dan juga pemetaan sebelum sesuatu dasar itu boleh kita perakukan.
Jangan nanti dasar itu hanya indah di mata, cantik di kertas, tetapi hasilnya tidak mengindahkan. Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru oleh kementerian. Nampaknya, ciptaan berulang-ulang sering berlaku. Semasa kita kecil, kita ada Ujian Penilaian Darjah 3 dan pelajar yang lulus akan lompat ke Tahun 4.
Kemudiannya, itu dibatalkan. Kemudian diganti dengan Penilaian Darjah 5, tetapi itu juga akhirnya dimansuhkan. Kemudian, diganti pula dengan UPSR, akhirnya juga dimansuhkan.
Kini diperkenalkan pula Ujian Darjah 4.
Saya beranggapan bahawa proses pertukaran demi pertukaran ini, menunjukkan kegagalan kita mengadakan satu reformasi pendidikan yang kekal, bukan ditukar berdasarkan pertukaran Menteri atau ditukar berdasarkan pertukaran kerajaan kerana di negara-negara maju mereka mempertahankan apa yang telah dilakukan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga beranggapan bahawa reformasi pendidikan perlu bersifat inklusif dan holistik. Perlu menyeluruh berteraskan kepada citra warna bangsa, Rukun Negara dan komposisi masyarakat berbilang kaum dan bertunjangkan kepada Perlembagaan negara.
Adakah KPM juga bercadang untuk mewujudkan satu lagi ujian iaitu Penilaian Darjah 6 untuk membolehkan apa yang dikatakan tadi data matriks yang telah diperolehi semasa ujian Darjah 4 itu menjadi kayu ukur untuk naik ke sekolah menengah kerana saya difahamkan Penilaian Tingkatan 3 diadakan kembali dengan data matriks itu nanti akan menentukan sama ada pelajar itu ingin masuk ke aliran akademik ataupun kemahiran.
Terpulanglah kepada kementerian untuk merencanakan masa depan. Cuma, pesan daripada rakyat jelata bahawa pendidikan bukan suatu perkara yang boleh diambil langkah- langkah tergesa-gesa kerana rosak sebuah bangsa adalah rosaknya pendidikan. Melihat generasi masa depan, lihatlah generasi hari ini. Siapakah mereka? Tentunya anak-anak kita yang sedang berada di bangku sekolah rendah. Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Ketika nasi menjadi bubur, seribu penyesalan tidak berguna.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang maklum balas awam. Sedikit maklum balas awam tentang kepincangan dan ketidakberkesanan berlaku ke atas aktiviti NGO. NGO di jabatan kerajaan dan agensi awam. Bukannya NGO swasta. NGO di jabatan kerajaan dan agensi awam yang terdiri daripada Majlis Kesatuan Pekerja misalnya yang didaftarkan melalui KESUMA, kelab sukan dengan Pesuruhjaya Sukan dan kelab kebajikan dan rekreasi di bawah seliaan ROS.
Terdapat beberapa kes salah laku penjawat awam ke atas penyelewengan kendalian tabung amanah NGO ini seperti beberapa kes dalam ATM dan badan berkanun. Soalan saya, sejauh mana JPA dapat memperkemaskan semula aktiviti NGO ini meliputi kesatuan sekerja, kelab sukan dan persatuan kebajikan agar ianya tidak mengganggu penyampaian dan operasi sesuatu jabatan atau agensi dan bagaimana isu integriti dan larangan penggunaan kelab dan NGO bagi jabatan agar agensi utama seperti promosi, ceramah, penerangan mengenai akta, tidak lagi menggunakan NGO sebagai mekanisme kutipan lebih dan cas seminar yang rakyat ragui wujudnya isu integriti dan salah urus dan tabir kelola NGO.
Dalam memastikan kos sara hidup rakyat dapat diringankan, kebijaksanaan dan juga kesaksamaan pengenaan-pengenaan cukai pendapatan individu. Saya ingin menggesa agar kadar pelepasan cukai bagi individu RM9,000 setahun dikaji semula. Ini kerana asas pelepasan ini tidak selari dengan kos sara hidup terkini dan kos hidup di lokasi dan lokaliti tertentu. Perlu dirujuk kepada asas perkiraan kalkulator (PAKW) Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar, Kementerian Ekonomi agar semua kadar pelepasan cukai taksiran tahunan dapat ditingkatkan dengan sewajarnya Tuan Yang di-Pertua, demi kelangsungan kehidupan rakyat, saya juga mencadangkan, kalau masa banyak lagi saya cepat ambil isi saja Dato’ Yang di-Pertua, sudah sampai masanya kita kembalikan semula cukai langsung individu ataupun GST yang pernah diperkenalkan satu ketika dahulu.
Mahu atau tidak, suka atau tidak, biarlah realiti yang menjadi saksi. Kita bukan memilih siapa yang memperkenalkannya. Kita juga bukan pilih kerajaan mana yang melakukannya, tetapi segala-galanya adalah hanya untuk rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik dan sebagainya. Dan GST lebih telus, lebih selesa dan perlu sebagaimana juga negara-negara lain.
Seterusnya, Dasar Automotif Negara dan duti import kenderaan elektrik perlu diberi perhatian yang wajar. Seharusnya selepas penyelarasan subsidi BUDI95, mekanisme duti import kenderaan lebih rendah dan inisiatif cukai bagi kenderaan elektrik terus diberikan untuk menggalakkan perkembangan semasa sektor ini terutamanya di bandar-bandar seluruh negara.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dari MITI dan juga MOF sejauh mana kadar duti import kenderaan EV dapat diberi insentif baru dan harga kenderaan ini mampu milik dan menyokong pertumbuhan sektor tenaga dan pendapatan baru kepada PBT yang mengusahakan charging station di kawasan perbandaran masing-masing.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, kecekapan perkhidmatan kesihatan adalah nadi kehidupan rakyat. Sebuah negara maju akan mengutamakan kesihatan rakyat supaya dia tidak terbeban dengan pelbagai isu penyakit dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya, sudah sampai masanya kerajaan meningkatkan perbelanjaan, menambah perbelanjaan kepada hospital pengajar milik IPTA agar sokongan rawatan pesakit luar kepada penduduk sekitarnya dapat dimanfaatkan gandaan kapasitinya.
Seperti Lembah Klang, Hospital Pengajar PPUM, Petaling Jaya, HUKM Cheras, HUiTM Sungai Buloh, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM, semua itu bukan sahaja bermanfaat untuk latihan industri kepada pelajar bidang perubatan, tetapi juga memberi perkhidmatan kepada rakyat setempat.
Oleh itu, sudah sampai masanya kerajaan menambah segala peruntukan dan prasarana bagi membesar-luaskan ruang lingkup perkhidmatan hospital tersebut kerana kementerian harus segera memberitahu rakyat apa punca penyakit Tibi yang kian merebak sejak kebelakangan ini dan kes itu sudah melibatkan hampir 1,800 kes yang terbaharu Tibi di negara kita.
HIV hanya dalam kalangan remaja, Dato Yang di-Pertua berusia 18 hingga 19 tahun, terutamanya pelajar sekolah, prauniversiti dan universiti terlibat 1,091. Hanya sekitar tahun 2020 hingga 2024 dan mencatat angkanya seperti Kerusi Parlimen, 222 pada tahun 2024.
Apa nak jadi pada anak muda? Harapan nusa dan bangsa mengadakan hubungan seks songsang dan di luar tabii ataupun pertukaran jarum suntikan atau jangan salahkan mereka, ada juga yang tersalah apabila perubatan, salah tukar darah dan sebagainya menyebabkan darah AIDS masuk ke dalam anggota mereka.
Apa pun sebabnya, siapa pun dia— sama ada pelajar, dia adalah rakyat Malaysia, generasi masa depan dan kementerian harus mencari langkah segera iaitu rentas kementerian, IPT di bawah KPT, KPM dan juga Belia dan Sukan, Perpaduan dan juga Kementerian Kesihatan.
Dan saya juga menyentuh tentang IPT agar KPT melihat kembali isu integriti dan kewajaran bagi mewujudkan institusi semak dan imbang badan berkanun IPTA kerana sudah ada kes di mana pemimpin-pemimpin di peringkat IPT sedang diuar-uarkan melakukan pelbagai salah tadbir urus dana tabung penyelidikan dan sebagainya dan ini sebenarnya meresahkan rakyat kerana mereka itu golongan terpelajar. Justeru, adakah langkah yang dibuat oleh kementerian agar tiada lagi IPTA yang didapati melakukan perkara-perkara seperti ini?
Tuan Yang Di-Pertua, saya juga menyentuh secara rambang tentang perpaduan.
Perpaduan bahawa itu adalah asas pembinaan negara. 3R, bulan puasa ada penghinaan kepada agama Islam, tidak menghormati lambang agama dan perayaan kaum-kaum harus kita hapuskan. Bukan melalui kata-kata dan noktah di atas kertas sahaja, tetapi dia memerlukan peraturan, perundangan bagaimana kesedaran dipupuk dan dibelai dalam jiwa generasi muda agar mereka menjadi anak merdeka.
Perumahan, saya mohon definisi rumah mampu milik dikaji semula. Definisi rumah mampu milik dikaji semula kerana banyak rumah mampu milik tidak mampu dimiliki oleh rakyat. Itu satu.
Yang kedua, kerajaan perlu memastikan pembinaan kawasan perumahan mesti mengikut keperluan, kehendak dan keupayaan masyarakat di lokaliti ia dibina, bukan mengikut kehendak dan mengejar keuntungan daripada pihak pemaju. Kerajaan sepatutnya memihak kepada rakyat, bukannya kepada pemaju. Rumah yang dibina dengan harga yang tinggi di pinggir bandar ataupun di kampung sudah tentu tidak akan dapat dibeli oleh penduduk tempatan.
Lalu, definisi rumah mampu milik dikaji semula. Proses pertukaran dan melepaskan hak Bumiputera kepada bukan bumiputera perlu diperketatkan dan perlu ada dasar penggantian. Ambil kawasan ini kerana tak laku diberi kepada non-Malays, maka akan ada projek baharu mereka nanti yang rumah itu diganti dengan lebih peratusannya dengan mengambil kira peratusan yang telah dilepaskan itu. Ini penting kerana jika rumah dibuat banyak pun dan rakyat tidak mampu memilikinya, maka ia menguntungkan segelintir pihak.
Dato Yang di-Pertua, buat akhirnya, saya beranggapan bahawa kestabilan politik bukan satu pilihan, tetapi kestabilan politik adalah keperluan yang mendesak. Kemakmuran, kemajuan negara, keprihatinan dan integriti dan tatakelola yang baik. Rakyat sudah terlalu lama menjadi saksi kepada episod-episod kedukaan, kepincangan dan ketidaktentuan politik yang melemaskan dan melelahkan. Pertukaran kepimpinan, percaturan kuasa dan polemik yang tidak berkesudahan bukan sahaja menimbulkan kebencian di hati rakyat, tetapi juga akan menghakis keyakinan pasaran, kestabilan, imej dan reputasi negara.
Rakyat tidak mahu melihat drama politik berpanjangan. Rakyat mahu melihat kepastian. Rakyat mahukan pekerjaan dan kestabilan. Rakyat mahukan kos sara hidup yang terkawal. Anak muda memerlukan pendidikan dan pekerjaan. Semua itu adalah tanggungjawab kita dan hentikanlah sikap bersandiwara dan sikap, “lempar batu sembunyi tangan.” Sikap “bagai kaduk naik junjung.” Sikap “melepaskan batok di tangga.” Sikap terburu- buru dan sikap mementingkan diri dan kuasa.
Politik kebencian semakin membimbangkan, fitnah, cerita-cerita palsu bukan sahaja meniti di bibir, tetapi jari-jemari mereka menghantar seluruh pelosok negara. Sampai bilakah racun berbisa ini akan kita biarkan terus membunuh integrasi nasional? Sampai bilakah kita mahu seorang ahli politik yang gentleman bertarung di medan pilihan raya bukannya bertarung selepas pilihan raya? Perbezaan pendapat adalah lumrah. Demokrasi meraikan perbezaan pendapat, tetapi meniup sentimen kebencian, tetapi meniup sentimen perpecahan.
Membawa titik-titik hitam dalam sejarah bangsa itu harus kita ketepikan.
Jangan lupa, sejarah 13 Mei, “yang menang jadi arang— jadi abu, yang kalah jadi arang.” “Menang sorak, kampung tergadai.” Maruah terabai, bangsa teraniaya. Menjadi api dalam sengketa, bukannya menjadi dian yang menerangi dalam gelap gulita. Justeru, seluruh ahli politik harus mengutamakan rakyat terutamanya menjelang pilihan raya yang akan datang. Padamkanlah api sengketa, nyalakan semboyan perjuangan dan keadilan.
Dendangkan lagu-lagu keharmonian. Tamatkan politik sempit dan jumud. Kembali kepada rakyat. Kembali kepada rakyat. Kembali kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya beranggapan bahawa kestabilan bukan saja bergantung kepada kekuatan institusi ataupun politik semata-mata. Kestabilan ialah keadilan. Rakyat mahu melihat apa yang mereka dapat selaras dengan Titah Yang di-Pertuan Agong. Selaras dengan kehendak Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin tegaskan, integriti bukan slogan.
Integriti bukan sogokan pilihan raya. Integriti adalah asas legitimasi kepimpinan dan integriti adalah dambaan rakyat.
Kita tidak boleh terus terperangkap dalam dunia gelap politik lima tahun sekali. Lima tahun kita kembali kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi sokongan kepada kita. Lima tahun berikutnya kita berantakan dan bercakaran untuk mengejar kuasa sehingga kita lupa pada rakyat yang telah mengundi dan memberi sokongan kepada kita.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Dato Yang di-Pertua, kita tidak boleh lagi bermain dengan lagu-lagu lama. Dendangan lagu-lagu lama sudah tamat usianya. Kembalilah dengan lagu-lagu baharu yang lebih segar supaya irama politik negara, irama pentadbiran Kerajaan MADANI lebih seimbang, lebih harmoni dan lebih meyakinkan. Rakyat mahu melihat kita membasmi kemiskinan tegar.
Rakyat mahu melihat reformasi pendidikan. Rakyat mahu melihat pembangunan wilayah.
Rakyat mahu adaptasi perubahan iklim memerlukan kesinambungan dasar yang berterusan.
Bukan dasar mengikut pemimpin dan kepartian.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat memerhati kita. Apakah kita mampu melaksanakan belanjawan dan setiap dasar dan reformasi untuk mereka? Mereka tidak menilai siapa yang paling lantang menjerit tetapi mereka menilai siapa yang paling bertanggungjawab memimpin.
Mereka tidak menilai siapa yang pandai berpidato. Tetapi mereka menilai siapa yang paling rapat dan akrab dengan mereka. Sesungguhnya, Kerajaan MADANI telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk membina sebuah negara bangsa. Gandingan mantap antara Anwar Ibrahim dengan Zahid Hamidi dan juga Timbalan Perdana Menteri II menjadi keseimbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Keadilan pada negeri perlu diperjuangkan kerana itu adalah perjanjian yang termaktub dalam sejarah.
Tuan Yang di-Pertua, apa pun saya juga ingin menyatakan bahawa kesihatan, perpaduan, pendidikan, perumahan, ekonomi, kos sara hidup dan sebagainya adalah perkara yang terbaik untuk kita renungkan. Buat akhirnya, Ke Bawah Duli Yang di-Pertuanku telah bertitah bahawa bahasa Melayu adalah bahasa utama. Oleh itu, bahasa Melayu jangan dipersendakan. Yang merah— yang lorek itu kandi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang molek itu bahasa. Itulah bahasa Melayu yang menjadi tulang, pernah menjadi bahasa lingua franca, mencakupi seluruh budaya Nusantara. Bukan saja Malaysia, Brunei, Singapore, Selatan Siam. Tetapi juga mencakupi negara-negara di Sumatera, mencakupi Inderagiri, Rokan dan juga di Sumatera. Bahasa Melayu, bahasa yang telah kita perkenal. Bahasa lain boleh kita amalkan tetapi di papan tanda, menjadi majlis rasmi dan sebagainya, jangan kita mengkhianati bahasa kerana bahasa jiwa bangsa. Bangsa Malaysia harus fasih dan mahir berbahasa Melayu kerana itulah menunjukkan kita ini cinta dan punya semangat patriotik.
Dato Yang di-Pertua, menjunjung amanah rakyat adalah tugas kita bersama.
Menjunjung amanah Tuanku adalah nilai dan nurani rakyat yang setia kepada Tuanku. Buat Tuanku Raja Berdaulat, sembah patik, sembah beradat. Raja sudah mengeluarkan titah.
Sudah-sudahlah kita bertelagah. Betulkan rakyat. Betulkan rakyat yang sedang susah.
Jangan sampai rakyat menukar pangkah.
Dato Yang di-Pertua, Raja di hilir, mudik ke tanjung, Taming Sari merentap petualang, Daulat Tuanku, raja disanjung, Raja berdaulat tetap dijunjung. Mohon patik hamba rakyat dari Melaka, menyokong Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agung. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui. Abun, 30 minutes ya.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Dato Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada 19 Januari 2026 yang lalu. Patik merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang tegas memberi nasihat tentang hala tuju pemerintahan negara di bawah naungan Tuanku dengan penekanan khusus kepada pembanterasan rasuah, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta hala tuju Malaysia Madani. Titah Tuanku sarat dengan ingatan, tentang perpaduan Persekutuan, keadilan wilayah, tadbir urus yang bersih serta tanggungjawab Parlimen sebagai medan semak dan imbang merupakan kompas moral dan juga kenegaraan yang wajib kita junjung. Saya doakan agar Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong ke-17 Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Saya menyambut baik penegasan Tuanku bahawa Sabah dan Sarawak mesti terus dipelihara, hak Sabah dan Sarawak mesti terus dipelihara dan kedudukannya selaras dengan semangat pembentukan negara. Perpaduan Persekutuan dan keadilan wilayah. Tuan Yang di-Pertua, perpaduan Persekutuan bukan sekadar slogan politik. Ia adalah asas kewujudan Malaysia. Malaysia tidak terbentuk sebagai sebuah negara unitari biasa. Malah Malaysia lahir daripada satu perjanjian iaitu Perjanjian Malaysia 1963 yang kita kenali sebagai MA63 yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ketika itu di atas satu perkongsian yang telah dipersetujui.
Maka apabila kita berbicara tentang keadilan wilayah, ia bukan tuntutan emosi, ia adalah perlembagaan dan sejarah. Deklarasi Kuching 19 September 2012, Tuan Yang di- Pertua usaha-usaha perjuangan berkaitan MA63 telah dilakukan dengan komitmen sejak awal oleh sebahagian pimpinan Kerajaan MADANI pada hari ini dan utamanya dari Pakatan Harapan, dahulunya Pakatan Rakyat, terutamanya dari Sarawak. Komitmen ini diperkukuh melalui Deklarasi Kuching 16 September 2012 yang ditandatangani pada masa itu oleh Ketua Umum PKR, Yang Berhormat Datuk Sri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Yang Berhormat Datuk Sri Hadi Awang; Pengurus PKR Sarawak, YB Baru Bian dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, mendiang sekarang dan; Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Haji Adam bin Ahib. Ini sejarah yang pernah terpahat melibatkan pemimpin dan anggota PKR Pakatan Rakyat masa itu terutamanya dari Sarawak.
Deklarasi tersebut secara terbuka menegaskan melalui tujuh asas dalam Deklarasi Kuching bertarikh 16 September 2012, bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri biasa tetapi rakan pembentuk Persekutuan Malaysia yang tercatat dalam Perkara Pertama Perlembagaan Persekutuan. Saya bertuah menjadi sebagian pemimpin Sarawak yang menyaksikan detik bersejarah tersebut walaupun pada ketika itu pendirian tersebut belum menjadi konsensus nasional dan dianggap sangat sensitif serta berisiko. Namun prinsip tidak boleh ditentukan oleh populariti. Hari ini, apabila MA63 telah diterima sebagai agenda nasional dan pindaan perlembagaan telah dilaksanakan secara serius bermula sejak Kerajaan Pakatan Harapan, sejarah perjuangan awal ini tidak wajar dipadamkan. MA63 bukan retorik bermusim.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh suatu perkara yang penting dalam sejarah perjuangan MA63. Perjuangan menuntut pengiktirafan dan pelaksanaan MA63 tidak bermula selepas PRU14. Ia lahir apabila isu ini menjadi popular. Ia tidak lahir apabila isu ini menjadi popular. Ia tidak bermula apabila ia menguntungkan secara politik. Sebaliknya, perjuangan ini telah dimulakan lebih awal ketika ia belum menjadi arus perdana. Sebagai Senator dari Sarawak dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat dari Sarawak, saya merasakan tanggungjawab untuk merekodkan fakta bahawa PKR merupakan antara parti nasional terawal memasukkan pengiktirafan MA63 serta kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pembentuk Persekutuan dalam perlembagaan parti.
Pindaan tersebut dibahaskan dan diluluskan ketika PKR masih berada di bangku pembangkang. Lebih signifikan lagi, pindaan itu dibawa dari Sarawak saya sendiri telah diamanahkan sebagai pembahas yang membawa dan membahaskan usul pindaan tersebut dalam forum tertinggi parti PKR pada 24 November 2014. Fasal tersebut berbunyi iaitu di dalam fasal 5.8, “Menjunjung setia semangat dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia 1963.” Tuan Yang di-Pertua, ini membuktikan bahawa perjuangan MA63 bukan retorik bermusim. Ia dimaktub sebagai prinsip. Pelaksanaannya sekarang ini.
Tuan Abun Sui Anyit
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah-langkah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengambil pendekatan berinstitusi dan berperingkat di dalam melaksanakan MA63 termasuk penubuhan jawatankuasa yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke-2 Datuk Amar Fadillah Yusof.
Pendekatan ini penting kerana MA63 bukan isu politik sementara. Ia adalah isu Perlembagaan dan isu keadilan sosial untuk Sabah dan Sarawak. Saya bersyukur kerana Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu ini dan menitahkan seperti berikut di dalam perenggan 19.
Tuan Azahar bin Hassan
Celahan sikit YB. Sehingga sekarang, adakah YB berpuas hati dengan prestasi ke arah memperkasakan MA63 ini? Adakah berpuas hati dengan prestasi kerajaan semasalah untuk Sabah dan Sarawak ini? Terima kasih.
Tuan Abun Sui Anyit
Untuk soalan yang dibangkitkan oleh rakan Senator, puas hati atau tidak puas hati, sekarang kita sedang melaksanakannya. Ya. Nanti pelaksanaan ini saya akan sentuh juga menjurus kepada jawapan yang dibangkitkan, ya. Sebenarnya memang kita puas hati kalau berbanding kerajaan terdahulu, ya.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah-langkah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang saya katakan tadi. Jadi, pendekatan ini penting ya, pendekatan ini penting apabila MA63 ini bukan isu politik sementara, ia adalah satu isu Perlembagaan dan keadilan sosial yang saya katakan. Jadi, saya bersyukur kerana Yang di-Pertuan Agong turut menitahkannya iaitu di dalam perenggan 19 [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] kalau kita melihat kepada titah ini, ya.
Yang berbunyi, “Asas kepada pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 1963. Ia telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara.” Ampun Tuanku, patik menjunjung kasih. Daulat Tuanku.
Jadi, justeru pelaksanaannya mesti melalui rundingan formal, melalui jawatankuasa berstruktur yang telah dibentuk. Melalui pindaan undang-undang yang jelas, yang telah pun diadakan, bukan melalui retorik jalanan, MA63 bukan alat pemisahan, ia adalah asas penyatuan yang adil seperti yang dititahkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam perenggan 21 yang berbunyi, “Yang Berhormat sekalian, hendaklah lebih berhati-hati supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah. Sebarang perbezaan pandangan haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka.”Jadi ini Titah Tuanku.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal (Sabah dan Sarawak) atas penyediaan papan pemuka ataupun Dashboard MA63 pada 28 Januari 2026 yang lalu. Jadi, ini yang kita melihat kepada pelaksanaannya seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya tadi.
Jadi, justeru itu, saya ingin bertanya, berapa jumlah tuntutan MA63 yang telah diselesaikan sepenuhnya? Berapa pula yang masih dalam proses? Dan apakah garis masa penyelesaiannya? Ini yang sangat penting. Janganlah kita membahaskannya sampai tidak berkesudahan.
[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] Persoalan-persoalan ini penting. Perlu didedahkan kepada umum supaya rakyat Malaysia sama ada memantau sehingga pelaksanaannya benar-benar menjadi realiti seperti yang dihasratkan oleh bapa-bapa pembentukan Malaysia.
Rasuah. Saya masuk ke rasuah ataupun ancaman terbesar negara masa kini. Tuan Yang di-Pertua, dalam menjunjung Titah Tuanku, saya ingin menyentuh ancaman terbesar kepada keadilan dan perpaduan iaitu rasuah. Titah Baginda dalam perenggan 8, “Amalan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran. Rakyat harus menjadi mata-mata dan melaporkan sebarang bentuk jenayah rasuah, bukan sahaja penerima yang patut disiasat, tetapi pemberi rasuah dan ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan.” Ini Titah Tuanku.
Menjunjung kasih Tuanku.
Rasuah bukan sekadar jenayah kewangan, ia adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan negara. Apabila rasuah berakar, institusi menjadi lemah, kepercayaan rakyat terhakis dan keadilan wilayah menjadi retorik dan saya sangat bersetuju dengan perbahasan Yang di-Pertua pagi tadi tentang perlunya pendidikan rasuah ini bermula sejak kecil.
Jadi, bagi Sabah dan Sarawak, tadbir urus yang jujur dan bersih adalah prasyarat kepada pelaksanaan MA63 yang adil. Tanpa integriti, segala peruntukan dan autonomi tidak akan membawa makna. Saya menyokong usaha memperkukuh kebebasan institusi, penguatkuasaan, reformasi kewangan, pendigitalan sistem bagi mengurangkan ruang salah guna kuasa.
Justeru, saya berharap, agensi-agensi penguatkuasaan mesti menyiasat dan bertindak terhadap perbuatan gejala rasuah ini di semua peringkat dari atas sampai ke bawah.
Dari jerung sampai ke ikan bilis, demi menyelamatkan penggunaan dana kerajaan pada landasan dan sasaran yang betul, bukan alat memperkaya diri oleh perasuah-perasuah ini.
Jangan kita harapkan pegar, pegar makan padi.
Peranan pembangkang, saya menyentuh sedikit ya. Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda pada perenggan 10, Titah Baginda di dalam ucapan Baginda. “Kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat dan penjawat awam, ingatlah bahawa jawatan yang disandang adalah amanah rakyat dan negara. Jika awak menyalah guna kuasa, penyeleweng dana awam, menerima rasuah atau bersubahat melindungi perasuah, awak adalah pengkhianat.” Ini adalah satu amaran ataupun amarah yang sudah bagi saya sudah sangat tahap tinggi. Jadi, justeru itu, pembangkang adalah komponen penting juga di dalam demokrasi.
Namun, peranan ini mesti dilaksanakan dengan tanggungjawab. Pembangkang jangan senyap apabila Kerajaan MADANI giat membanteras rasuah sehingga memperolehi RM15.5 bilion daripada kegiatan-kegiatan penyakauan selama ini. Ini satu kejayaan yang patut semua pihak raikan. Semak dan imbang oleh pembangkang tidak bermaksud meniup sentimen perkauman, mengheret agama sebagai senjata politik atau memanipulasi institusi Raja untuk keuntungan parti.
Naratif 3R yang disalahgunakan adalah racun kepada negara. Begitu juga naratif pemisahan wilayah. Menuntut hak MA63 bukan tindakan yang memisahkan negara, tetapi mengheret sebagai alasan untuk memecahkan Persekutuan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Malaysia dibina atas kesetaraan bukan kecurigaan. Malaysia di landasan yang betul pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini sedang melalui fasa pembentukan ataupun pembetulan. Ini satu yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Saya mahu Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi tumpuan kepada dua — kepada kesejahteraan rakyat terutamanya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.” Justeru, saya sangat berharap Kerajaan MADANI terutamanya Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah segera menyediakan jalan raya yang baik untuk rakyat di pedalaman Sarawak mahupun Sabah supaya kami tidak bergelumang dan tersekat oleh lumpur musim hujan, berhadapan dengan debu tanah musim panas, malah jalan ini sentiasa berisiko terputus akibat ketiadaan maintenance, dengan izin dan tidak dapat dilalui. Maka perjalanan kami tersekat.
Sekali lagi saya sangat berharap supaya Kerajaan MADANI ini melalui KKDW akan menaik taraf jalan-jalan seperti Jalan Data Kakus ke Simpang KTS, Tegulang ke Lusong Laku, Murum ke Metalun, Tubau ke Jelalong dalam DUN Murum, Sarawak, diambil tindakan pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Jadi, saya ingin bertanya, apakah status Jalan Jiwa Murni, Belaga ke Merit daripada KKDW? Walaupun banyak kelemahan diwarisi oleh Kerajaan MADANI ini, banyak juga pembaharuan yang sedang dilakukan. Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana sekarang ini ekonomi semakin stabil, keyakinan pelabur semakin pulih, institusi diperkukuh, rundingan MA63 berjalan secara berperingkat.
Tuan Abun Sui Anyit
Namun, landasan ini mesti dipertahankan. Ia tidak boleh disabotaj oleh politik perkauman, fitnah dan kebencian. Ia tidak boleh digugat oleh rasuah. Ia tidak boleh dibelokkan oleh hasutan. Jadi, penegasan kami dari Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, bagi kami di Sarawak MA63 adalah amanah. Perpaduan ialah asas. Integriti ialah benteng. Kami tidak menuntut lebih daripada apa yang dijanjikan. Kami tidak menolak Persekutuan, kami menuntut Persekutuan yang adil dan keadilan itu mesti dilaksanakan secara Perlembagaan bukan secara emosional.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kami sangat berharap supaya program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan contohnya perumahan-perumahan kerajaan rakyat termiskin ataupun perumahan-perumahan yang boleh dibeli oleh anak-anak generasi muda ataupun keluarga baharu.
Walau bagaimanapun, program sebaik program ini, ada program-program ini yang tak sampai kepada kami di pedalaman Sarawak mahupun Sabah kerana syarat yang paling penting di situ, yang diletakkan juga adalah ada geran tanah. Kami di pedalaman memang tidak ada geran tanah. Justeru itu, saya mohon pertimbangan kementerian-kementerian apa pun yang memberikan kemudahan-kemudahan untuk perumahan rakyat ini baik digunakan di bandar mahupun di luar bandar mohon supaya permudahkanlah sebab kita di pedalaman tidak akan lari daripada rumah panjang kita. Justeru, kita tidak ada geran, maka permudahkan untuk kita di pedalaman supaya kita menikmati program-program perumahan yang disediakan.
Dan begitu juga saya ingin menyentuh tentang Inisiatif Kemajuan Rakyat. Banyak yang datang kepada saya, mereka sudah berjaya di dalam permohonan mereka umpamanya mereka yang membina jalan akses mereka ke rumah panjang mereka. Begitu juga ada longkang mereka. Begitu juga ada tapak untuk bina rumah. Tetapi apabila datang kepada pelaksanaan, pihak-pihak ataupun kerajaan meminta sekali lagi geran tanah daripada kita.
Jadi justeru itu, saya berharap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bekerjasama supaya menyegerakan ataupun memberi geran kepada syarat-syarat yang meminta geran tanah ini. Ini sangat penting kerana apabila geran tidak ada, saya sangat dukacita kerana akhirnya kejayaan yang diharap-harapkan itu, yang menceriakan itu akan menjadi satu kemuraman kerana ditolak setelah tidak dapat menyediakan geran tanah di dalam pelaksanaannya.
Begitu juga perkara-perkara yang lain, projek-projek yang berjaya diluluskan tidak ada siapa yang dapat melaksanakannya kerana katanya kontraktor-kontraktor yang terlibat mungkin mencurigakan. Justeru itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kementerian KPKT di mana sebenarnya saya berharap pada masa ini sepatutnya bomba di Sungai Asap, Belaga, Sarawak sepatutnya sudah berdiri tetapi sekarang ini masih tidak ada.
Jadi justeru itu, saya berharap supaya kerajaan menyediakan ataupun melaksanakan projek ini sesegera mungkin. Jangan tunggu sekali lagi ada rumah panjang yang hangus, musnah akibat kebakaran pada masa yang akan datang. Jadi justeru itu, saya juga berharap supaya apa-apa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini jangan meletakkan sesuatu yang di luar jangkauan oleh rakyat kita.
Saya berharap ini adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan. Dan saya juga meminta menyentuh tentang rasuah ini juga adalah bukan saja kita selalu sebut tentang imigresen, kita selalu sebut tentang polis, kita selalu sebut tentang siapa-siapa penguat kuasa.
Tetapi satu yang saya ingin sentuhkan juga di mana apabila kita memohon geran daripada pihak yang bertanggungjawab untuk memberi kita geran tanah contohnya. Ia akan mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak tahu berapa lama sepatutnya masa minimum untuk meluluskan satu permohonan geran tanah. Kadang-kadang sampai 20 tahun, kadang-kadang orang yang memohon itu tidak sempat melihat geran dia. Malah generasi kedua pun tidak sempat.
Jadi justeru itu, saya berharap supaya kerajaan di dalam mesyuarat mereka dengan Menteri Besar-Menteri Besar, Ketua Menteri ataupun Premier supaya melihat perkara ini, supaya permohonan-permohonan yang dibuat oleh rakyat tidak terlalu lama dan ada juga yang mengambil masa yang berpuluh tahun yang saya katakan. Dan yang lebih parah lagi, ia juga melibatkan wang ringgit yang kita sebut sebagai rasuah. Mungkin ada yang sengaja untuk membiarkan perkara itu, permohonan itu lama supaya orang yang memohonnya mungkin kena menyediakan satu pelincir. Ya, saya minta maaf kerana sebut perkataan itu.
Kerana inilah yang menyebabkan pembangunan-pembangunan kita lambat yang kita nak laksanakan kepada kawasan kita di dalam negara ini. Kerana bukan saja di dalam penguatkuasaan tetapi juga di dalam mereka yang meluluskan apa-apa permohonan di dalam jabatan kerajaan.
Justeru itu, akhir kata daripada saya, saya sangat menjunjung Titah Tuanku Yang di- Pertuan Agong. Dan saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita menjadikan Dewan Negara ini dan juga Dewan Rakyat medan kebijaksanaan. Bukan gelanggang perbalahan dan bukan juga ruang kebencian. Marilah kita melaksanakan MA63 dengan jujur dan berintegriti, memerangi rasuah tanpa kompromi, memperkukuh perpaduan Persekutuan dan memastikan Malaysia terus berada di landasan keadilan dan bermaruah.
Dengan itu, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih. Daulat Tuanku.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada YB Tuan Abun Sui Anyit.
Seterusnya, kita menjemput Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan. Sila Tan Sri. Setengah jam, Tan Sri.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Setia Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyambut Titah Diraja di Dewan yang mulia ini.
Terdahulunya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada barisan Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas usaha kegigihan memantapkan prestasi ekonomi negara kita dan berdaya tahan pada tahun 2025 meskipun berdepan dengan keadaan global yang tidak menentu.
Angka-angka ekonomi menunjukkan prestasi yang memuaskan. Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun 2025 dengan nilai RM2.02 trilion pada harga semasa dan RM1.74 trilion pada harga malar. Selain itu, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita meningkat sebanyak 4.1 peratus kepada RM57,070 bersamaan kira-kira USD14,667 berbanding pertumbuhan 3.5 peratus pada tahun 2024.
Ini menunjukkan pertambahan pendapatan negara per kapita yang signifikan dan berada sekitar paras ambang negara berpendapatan tinggi menurut pengelasan World Bank.
Bukan itu sahaja, pertumbuhan pelaburan swasta masih rancak. Kadar pengangguran bulan November menurun kepada 2.9 peratus terendah dalam tempoh 11 tahun. Jumlah perdagangan kini mencecah lebih RM1 trilion dan jumlah pelaburan yang diuruskan terus meningkat sebanyak 13.2 peratus kepada RM285.2 bilion.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Tuan Yang di-Pertua, susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan tarif terdahulu dan perkembangan seterusnya yang menyaksikan pelarasan kadar tarif global kepada 15 peratus. Timbul beberapa persoalan berkaitan kejelasan pelaksanaan-pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri MITI sama ada kadar tarif yang terpakai ke atas Malaysia ketika ini adalah 19 peratus atau telah diselaraskan kepada 15 peratus? Apakah langkah susulan yang akan diambil oleh MITI bagi melindungi kepentingan perdagangan serta daya saing eksport negara berikutan perkembangan terkini ini?
Adalah dimaklumkan bahawa tinjauan terkini Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan komuniti perniagaan mengambil pendekatan optimistik secara berhati-hati dalam prospek ekonomi dan keadaan perniagaan pada separuh pertama tahun 2026 dan sepanjang tahun 2026.
Tiga faktor utama yang dikatakan memberi impak kepada prestasi perniagaan iaitu kos operasi yang tinggi, kenaikan harga barang mentah dan persaingan permintaan domestik.
Perniagaan dan industri mengalu-alukan keputusan kerajaan menurunkan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus.
Pengecualian cukai tersebut bagi PMKS bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta, melanjutkan tempoh peralihan e-Invois tanpa penalti selama setahun sehingga 1 Januari 2027 bagi syarikat dengan jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta dan mempercepatkan bayaran balik cukai terlebih bayar. Langkah ini dijangka mengurangkan kos operasi, membantu aliran tunai perniagaan dan meringankan beban kewangan PMKS.
Bukan itu sahaja, kerajaan wajar meneliti semula perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST yang telah mewujudkan kesan cukai ‘melatah’ terhadap industri perkayuan, khususnya kayu bergergaji (sawn timber). Bahan mentah dikenakan cukai lima peratus, manakala produk akhir seperti perabot dikenakan lagi 10 peratus. Sekali gus, mewujudkan cukai berganda yang menyimpang daripada prinsip cukai satu peringkat dan membimbangkan keseluruhan rantaian bekalan. Terutamanya dalam pasaran domestik.
Dalam keadaan industri perkayuan global yang terus berdepan cabaran permintaan dan kos, beban tambahan ini memberi tekanan berganda kepada pemain tempatan serta menjejaskan daya saing dan pertumbuhan sektor ini.
Tuan Yang di-Pertua, selaku wakil komuniti perniagaan, izinkan saya menyentuh beberapa perkara berikut. Pertamanya, peruntukan sebanyak RM4 bilion untuk mempercepatkan pembayaran balik cukai terlebih bayar amatlah dihargai oleh PKS.
Kelewatan bayaran balik telah memberi tekanan kewangan dan aliran tunai kepada peniaga.
Menurut tinjauan ACCCIM, sebanyak 22.3 peratus yang membayar lebih cukai terpaksa menunggu antara tiga hingga 12 bulan untuk menerima bayaran balik lebihan cukai.
Sehubungan itu, 76.4 responden berpendapat tempoh maksimum pulangan bayaran balik yang munasabah tidak seharusnya melebihi tiga bulan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan melaksanakan pembaharuan mekanisme bayaran balik cukai terlebih bayar dengan memperkenalkan sistem tolakan cukai secara automatik, automatic tax offset mechanism, dengan izin, menetapkan garis masa bayaran balik yang lebih singkat serta mewujudkan sistem anggaran cukai yang lebih fleksibel iaitu menurunkan ambang anggaran cukai daripada 85 peratus kepada 50 peratus bagi memberi lebih ruang kepada pembayar cukai membuat pelarasan yang lebih tepat.
Selain itu, faedah sebanyak dua peratus ke atas bayaran balik yang lewat wajar diberikan secara automatik tanpa memerlukan permohonan berasingan oleh pembayar cukai bagi menjamin keadilan, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memperkukuh keyakinan terhadap sistem pencukaian negara.
Kedua, inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM100 juta untuk mempermudah akses kewangan untuk PKS Cina sangat dialu-alukan, memandangkan PKS makin tertekan untuk beradaptasi dengan teknologi digital bagi memastikan daya saing dalam landskap perniagaan yang berkembang pesat dan kompleks. Saya berharap kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan pembinaan kapasiti untuk PKS yang merangkumi penggunaan teknologi dan digital. Pembangunan kemahiran, perluasan pasaran dan pembangunan produk.
Untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan, agensi kementerian seharusnya menambah baik ekosistem pembiayaan bagi PMKS. Di antaranya, mempermudah proses permohonan, kurang birokrasi, proses pemberian pinjaman yang lebih fleksibel, dan kelulusan untuk mempercepat pengeluaran dana.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan impak perniagaan asing kepada PMKS domestik yang beroperasi tanpa lesen melalui penyalahgunaan kemudahan bebas visa untuk menjalankan perniagaan yang amat membimbangkan.
Sehubungan itu, saya mengalu-alukan pertubuhan satu pasukan petugas Kabinet yang melibatkan beberapa kementerian utama untuk mengambil maklum balas segera dan secara menyeluruh termasuk tindakan penguatkuasaan yang ketat terhadap warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial atau kelonggaran visa untuk bekerja di Malaysia.
Namun, memandangkan syarat pertumbuhan syarikat milikan asing di Malaysia yang direktif longgar, ia perlu ditekankan bahawa kerajaan seharusnya menetapkan ambang modal pembayaran minimum sebagai RM1 juta, mewajibkan sekurang-kurangnya 51 peratus pemilikan tempatan dalam sektor sensitif seperti makanan runcit dan diinovasi, serta memperkenalkan keperluan perolehan dan kuota penggajian tempatan bagi melindungi kepentingan PMKS.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Walaupun kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah mitigasi terhadap impak perniagaan asing, realitinya PMKS tidak lagi dilindungi sepenuhnya daripada persaingan asing dan untuk persaingan secara berkesan. PMKS mesti menyesuaikan dan membentuk semula diri mereka untuk meningkatkan kapasiti penyerapan mereka menggunakan teknologi dan pendigitalan, kapasiti pembaharuan, menginovasi dan menyesuaikan diri dan peningkatan saiz operasi, penggabungan strategi dan menambah modal.
Yang keempat, sektor industri menyokong sasaran kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing yang mana nisbah, jumlah pekerja asing akan dikurangkan daripada sasaran kini 15 peratus kepada 10 peratus dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, turun lagi kepada lima peratus pada tahun 2035.
Tetapi masa peralihan yang berpatutan mesti diberikan untuk mengurangkan impak kepala PKS yang masih memerlukan pekerja asing disebabkan sifat operasi, tiada skala ekonomi dan kurang minat pekerja tempatan. Inisiatif Kementerian Sumber Manusia yang membolehkan pengambilan pekerja asing secara langsung adalah satu langkah positif untuk mengurangkan kos pengambilan yang tinggi dan mengalami kekurangan ketulusan dalam pengambilan pekerja asing.
Namun begitu, di samping melaksanakan rangka kerja pengambilan langsung yang jelas, proses permohonan dan kelulusan untuk kerja asing mesti dipertingkat dan diperkemaskini. Beralih ke arah pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan. Ini termasuk kelulusan berpusat, konsistensi dan tafsiran garis panduan yang jelas dalam memastikan pelaksanaan rangka kerja pengambilan yang mampan dan cekap.
Pendek kata, pengusaha dan majikan sudah pasti tahu berapa ramai pekerja mereka perlukan dan tidak akan memohon lebih daripada yang diperlukan. Penguatkuasaan ketat dan tindakan tegas terhadap pengambilan pekerja haram. Selain itu, saya memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia adalah, adakah kerajaan akan melaksanakan levi berperingkat bagi pekerja asing tahun ini? Memandangkan operasi kos tinggi masih menentukan PKS, saya cadangkan levi berperingkat yang lebih munasabah ataupun memberi masa peralihan selama dua tahun supaya PKS mempunyai cukup masa untuk membuat pelarasan.
Yang kelima, pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan satu inisiatif bantuan tunai tersasar untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat bagi memberi keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya yang ditetapkan. Setakat ini, hanya lebih kurang 10,000 yang terlibat, terdapat banyak peruncit dan pedagang yang ketinggalan dalam penyertaan program ini.
Sehubungan dengan itu, saya memohon agar Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meneliti semula kriteria pemilihan yang digunakan untuk memastikannya adalah konsisten dan adil. Pedagang yang menjual sekurang-kurangnya tujuh daripada 15 kategori barang keperluan asas wajar diberi kelayakan merentas semua format peruncit.
Pendek kata, kelayakan penyertaan hendaklah ditentukan berdasarkan kategori barangan keperluan yang dijual, bukannya berdasarkan jenis pedagang iaitu siapa yang menjual. Untuk menjadi asas untuk penyertaan, inclusion atau dikecualikan exclusion.
Untuk memastikan keterangkuman, inclusiveness, dengan izin, semua peruncit atau pedagang dalam penyertaan program adalah dicadangkan untuk melaksanakan penyelesaian terminal pedagang SARA berdasarkan perisian menggunakan peranti mudah alih pedagang. A software-based SARA merchant terminal solution using merchant mobile device, dengan izin.
Yang keenam, Rancangan Pendidikan Negara 2026-2030 menggariskan pendidikan prasekolah adalah akan bermula seawal usia lima tahun manakala Darjah 1 pula akan bermula pada usia enam tahun berkuat kuasa mulai tahun 2027. Walaupun dasar ini menyelaraskan sistem pendidikan dengan arus global, Kementerian Pendidikan mesti memastikan bilangan guru sekarang serta kemudahan sedia ada adalah mencukupi bagi melaksanakan dasar baharu ini. Setakat ini.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Boleh mencelah, YB?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, sila.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Saya nak minta pandangan YB, secara peribadinya, adakah YB setuju Darjah 6, berusia enam tahun masuk ke Darjah 1? Bukannya tujuh tahun dan prasekolah bermula lima tahun berdasarkan kepada geografi dan kemahiran pelajar- pelajar usia itu di Malaysia. Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih, YB Senator. Saya ada jawapan eksklusif. Setakat ini lebih daripada 26,000 murid umur enam tahun telah mendaftar untuk memasuki Tahun 1. Dengan jangkaan jumlah tersebut akan terus meningkat sebelum tarikh tutup pendaftaran pada Mac 2026. Sekiranya kadar penyertaan meningkat melebihi 10 peratus atau lebih jangkaan, persoalan yang timbul ialah sejauh mana murid enam tahun bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan kurikulum, format, tahap kematangan, sosial dan emosi serta tuntutan pembelajaran berstruktur yang lebih intensif.
Ramai ibu bapa mempersoalkan keupayaan murid enam tahun untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah yang turut menempatkan murid tujuh tahun, sekali gus berpotensi menjejaskan keyakinan diri dan interaksi sosial mereka.
Sehubungan itu, bilakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk melaksanakan dasar ini sepenuhnya dengan mandatori dan bukannya optional bagi memastikan kepastian dasar serta kemampanan jangka panjang sistem pendidikan asas negara. Dalam masa yang sama, guru-guru berdepan cabaran mengurus kelas-kelas yang mempunyai tahap kematangan dan keupayaan pembelajaran yang berbeza, manakala sukatan pelajaran sedia ada mungkin terlalu mencabar bagi kanak-kanak yang lebih muda sekali gus meningkatkan risiko tekanan, keletihan dan kehilangan minat terhadap pembelajaran.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Selain itu, perubahan ini turut menimbulkan ketidaktentuan terhadap peranan kurikulum dan kebajikan guru tadika serta hala tuju sektor pendidikan prasekolah secara keseluruhan yang perlu ditangani dengan perancangan rapi agar tidak menjejaskan pembangunan awal kanak-kanak.
Akhir sekali, saya menyokong sepenuhnya penekanan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar amalan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan tanpa compromise. Usaha membanteras rasuah ini perlu dilaksanakan secara tegas di setiap peringkat agensi kerajaan dan lapisan birokrasi tanpa sebarang pengecualian demi memastikan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran negara sentiasa terpelihara.
Maka, apakah langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi memperbaik kelemahan atau kelompongan dalam sistem perolehan untuk memastikan pematuhan dan ketelusan sepenuhnya susunan penentuan keputusan perolehan angkatan tentera dan polis yang sedang diteliti?
Tuan Yang di-Pertua, pembaharuan institusi adalah penting untuk mempertingkatkan tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam pentadbiran awam serta penyampaian perkhidmatan kerajaan. Sehubungan itu, pembentangan rang undang-undang penting seperti pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya, pelaksanaan had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun, pembubaran Akta Ombudsman serta Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat merupakan langkah ke hadapan dalam memperkukuh tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Tadbir urus institusi awam yang baik, berurusan khidmat dan bertanggungjawab kewangan negara dan penyampaian pentadbiran awam yang cekap dan baik akan meningkatkan keyakinan pelabur, memudahkan usaha perniagaan serta memberi manfaat kepada rakyat dan industri dari segi kecekapan, penjimatan masa dan kos.
Akhir kata, tahun 2026 merupakan Tahun Kuda Api di mana kuda melambangkan momentum dan dorongan ke hadapan. Manakala api melambangkan intensiti kepimpinan dan transformasi. Tahun ini membawa peluang pantas, persaingan sengit dan perubahan pesat.
Di mana kejayaan memihak kepada mereka yang berani, berani bertindak secara rasional dan berdisiplin. Walaupun membawa momentum yang kuat, tahun ini turut mengingat kita tentang risiko keputusan tergesa-gesa dan pendekatan negatif.
Sehubungan itu, kerajaan perlu memacu hala tuju ekonomi negara secara konsisten berpaksikan data dan pelaksanaan yang berkesan agar setiap dasar dan inisiatif benar-benar menyumbang kepada pembangunan serta kemakmuran negara secara mampan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atau peluang saya — peluang yang diberikan untuk menyertai perbahasan Titah Diraja. Saya menyokong sepenuhnya Titah Diraja yang telah dibentangkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih. Ada dua minit.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tan Sri Dato’ Low.
Tepat masa 29 minit, terima kasih. Seterusnya kita — saya menjemput YB Senator Puan Noorita binti Sual untuk meneruskan perbahasan, silakan.
Puan Noorita binti Sual
Kaansayan, terima kasih dan salam sejahtera Dato’ Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan saya ingin selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakan-rakan Senator yang beragama Islam dan Gong Xi Fa Cai kepada rakan- rakan yang menyambut Tahun Baru Cina.
Dato’ Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan dengan isu yang paling asas kepada kestabilan negara iaitu rasuah dan integriti institusi. Saya ingin memfokuskan pembahasan kepada isu rasuah yang semakin kompleks dan semakin mencabar kredibiliti institusi negara.
Titah Diraja, kali ini sangat jelas, amanah adalah asas kepada kepimpinan negara.
Untuk kita benar-benar menghormati Titah Tuanku tersebut, kita mesti berani membincangkan isu yang paling menguji amanah itu sendiri, iaitu integriti institusi pencegahan rasuah negara. Hari ini, isu rasuah bukan lagi sekadar soal penangkapan atau pendakwaan. Ia telah menjadi isu kepercayaan rakyat terhadap sistem pencegahan rasuah itu sendiri.
Apabila nama ketua pesuruhjaya terus dikaitkan dengan kontroversi integriti, walaupun pelbagai penjelasan telah diberikan, persoalan yang timbul bukan sahaja soal salah atau tidak salah, persoalan yang lebih besar ialah adakah institusi pencegahan rasuah negara kita benar-benar mempunyai mekanisme semak dan imbang yang benar-benar telus dan bebas untuk menilai secara menyeluruh bukan saja mekanisme pencegahan rasuah, malahan kepimpinannya sendiri?
Kekuatan institusi bukan hanya terletak pada kuasa menyiasat, tetapi pada keupayaan untuk diawasi secara bebas. Tanpa penguasaan yang diyakini, penguatkuasaan akan sentiasa dipersoalkan. Dato’ Speaker, dalam usaha membanteras rasuah, kekuatan undang- undang saja tidak mencukupi. Keberkesanan tindakan juga bergantung kepada sejauh mana rakyat mempercayai bahawa proses itu benar-benar bebas, telus dan tidak dipengaruhi kepentingan tertentu.
Jika rakyat percaya proses itu bebas, mereka akan menghormati keputusan walaupun tidak semua pihak berpuas hati. Tetapi jika persepsi timbul bahawa wujud layanan berbeza berdasarkan kedudukan atau pengaruh, maka integriti sistem akan terhakis secara perlahan.
Di Sabah, dakwaan yang melibatkan ahli perniagaan sebagai pemberi rasuah membawa kita kepada dimensi yang sering kurang diberi penekanan iaitu tanggungjawab pemberi rasuah.
Selama ini, naratif awam banyak tertumpu kepada penjawat awam atau ahli politik sebagai penerima. Namun pemberi rasuah adalah pemacu kepada ekosistem tersebut. Maka saya ingin bertanya, adakah dasar kerajaan terhadap pemberi rasuah benar-benar setara dengan tindakan terhadap penerima? Adakah individu korporat berpengaruh dikenakan penelitian yang sama tegas seperti pegawai bawahan? Jika tidak, maka mesej yang dihantar kepada rakyat ialah sistem ini hanya keras terhadap yang lemah tetapi berhati-hati terhadap yang berkuasa.
Lebih membimbangkan juga ialah pelibatan pegawai keselamatan dan penguat kuasa dalam kes rasuah. Apabila anggota keselamatan dan agensi penguat kuasa yang diamanahkan menjaga sempadan, lesen, kawalan dan keselamatan awam terlibat dalam transaksi rasuah, kesannya jauh lebih serius daripada kerugian kewangan. Ia membuka ruang kepada antaranya penyeludupan, eksploitasi sumber dan risiko keselamatan negara. Ini bukan lagi isu tatakelola biasa, tetapi isu ini melibatkan ketahanan negara.
Dato’ Speaker, kita sedia maklum bahawa Kerajaan MADANI telah memperkenalkan dan mengambil langkah reformasi untuk memperkukuh institusi kawalan rasuah negara termasuk pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, cadangan pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya serta usaha meningkatkan ketelusan dalam pelantikan dan pengawasan institusi penguatkuasaan. Langkah-langkah ini wajar diiktiraf.
Namun, pada ketika dan tahap ini, rakyat semakin terdesak untuk melihat nilai dan hasil yang nyata daripada reformasi tersebut.
Puan Noorita binti Sual
Maka persoalannya ialah apakah komitmen konkrit kerajaan sekarang? Adakah mekanisme penguasaan terhadap pelantikan jawatan penting akan diperkukuh? Adakah tindakan disiplin terhadap pegawai keselamatan akan diumumkan secara telus tanpa selindung?
Rasuah kini tidak boleh dilihat sebagai isu terpencil. Ia bersifat sistematik dan masalah sistematik memerlukan penyelesaian sistematik. Jadi kita mahu memulihkan. Jika kita mahu memulihkan keyakinan rakyat maka prinsip-prinsip yang mesti ditegakkan ialah adil, bebas, telus dan konsistensi. Tanpa mengira jawatan, tanpa mengira pengaruh, tanpa mengira kepentingan politik, tanpa mengira bangsa atau agama. Hanya dengan pendekatan itu, barulah usaha memerangi rasuah tidak dilihat sebagai slogan, tetapi sebagai dasar negara yang benar-benar dilaksanakan.
Dato’ Speaker, integriti institusi bukan sekadar prinsip moral. Ia adalah model ekonomi negara. Integriti institusi dan kepercayaan rakyat bukan sahaja isu moral. Ekonomi yang stabil memerlukan institusi yang diyakini dan institusi yang diyakini membina keyakinan pasaran.
Dalam menilai sesebuah negara, pelabur tidak hanya melihat angka pertumbuhan atau potensi pasaran. Mereka menilai kestabilan politik, kejelasan dasar dan kredibiliti penguatkuasaan. Dalam konteks itu, prestasi ekonomi semasa negara, wajar kita hargai.
Namun, ia mesti disokong oleh integriti yang konsisten.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menekankan kestabilan ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama kepada hala tuju negara.
Dato’ Speaker, data rasmi Bank Negara melaporkan bahawa ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak kira-kira 5.2 peratus pada tahun 2025. Suatu prestasi yang melebihi jangkaan awal dan menunjukkan daya tahan ekonomi kita dalam persekitaran global yang penuh cabaran. Ini termasuk pertumbuhan positif suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus, angka yang dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia sebagai kuat dan konsisten.
Dari sudut keyakinan pelabur pula, media turut melaporkan Malaysia merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM285.2 bilion bagi sembilan bulan pertama 2025, meningkat lebih 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Dengan potensi mewujudkan lebih 150,000 peluang pekerjaan.
Ringgit juga menunjukkan tahap pengukuhan dalam beberapa fasa tahun 2025.
Manakala dasar monetari kekal menyokong kestabilan harga dan pertumbuhan. Kesemua angka ini bukan sahaja menunjukkan daya tahan ekonomi, tetapi juga menunjukkan bahawa Malaysia kekal kompetitif dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Satu ukuran yang baik dalam konteks kedudukan global. Namun begitu, kita tidak boleh hanya melihat angka makro tanpa mengambil kira realiti kos sara hidup harian yang dihadapi oleh rakyat kita. Walaupun ekonomi menunjukkan pertumbuhan yang stabil dan pelaburan meningkat, ramai isi rumah masih berdepan tekanan kos makan minum, pendidikan, kesihatan, perumahan dan perbelanjaan asas yang menambah beban kewangan.
Dalam semangat Titah Diraja yang menekankan kesejahteraan rakyat sebagai fokus pembangunan, kita haruslah memastikan bahawa pertumbuhan ini bukan sekadar angka statistik tetapi menjadi impak positif kepada kehidupan harian rakyat. Malaysia mempunyai peluang strategik dalam menjana ekonomi masa hadapan melalui pengembangan industri teknologi, digital, tenaga bersih dan inovasi. Namun, kita juga mesti memastikan peralihan ini dijalankan secara terancang, berdaya tahan dan inklusif. Kerana kemakmuran yang sebenar bukan sahaja diukur melalui angka pertumbuhan, tetapi oleh ketahanan ekonomi, peluang pekerjaan berkualiti, kesinambungan pelaburan serta keyakinan rakyat terhadap masa depan ekonomi negara.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan serius kepada dua sektor yang boleh mengubah landskap ekonomi negara. Pertama, keselamatan makanan sebagai strategi ekonomi nasional. Malaysia masih mengimport sebahagian besar makanan asas.
Ketika harga global meningkat, rakyat merasai kesannya secara langsung. Pertanian mesti ditransformasikan kepada sektor moden, berteknologi dan berorientasikan eksport. Ini bukan soal sawah dan ladang semata-mata. Ini soal kestabilan ekonomi negara.
Kedua, ekonomi biru. Malaysia adalah negara maritim. Potensi akuakultur premium, rumpai laut, industri marin dan tenaga laut masih belum dimaksimumkan secara bersepadu.
Di sinilah Sabah perlu dilihat secara strategik. Sabah mempunyai tanah luas, biodiversiti unik, potensi tenaga boleh baharu dan kedudukan geografi yang sangat menguntungkan. Sabah boleh menjadi hab agro tropika, pusat ekonomi biru dan destinasi eko premium bertaraf dunia.
Namun, kita perlu berani mengubah pendekatan. Sabah tidak boleh terus dilihat sebagai pembekal bahan mentah semata-mata, Sabah mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai pusat pemprosesan, inovasi dan eksport bernilai tinggi. Jika kerajaan serius mahu meningkatkan pendapatan negara, mengurangkan kebergantungan import dan menstabilkan harga makanan, maka pelaburan strategik di Sabah mesti dipercepatkan dari segi infrastruktur, logistik dan industri hiliran.
Masa depan ekonomi Malaysia tidak boleh tertumpu di satu wilayah sahaja.
Keseimbangan pembangunan adalah asas kestabilan negara. Dan saya ingin nyatakan dengan jelas, jika kita benar-benar mahu melonjakkan ekonomi Malaysia, kita mesti mula melihat Sabah bukan sebagai pinggiran tetapi sebagai pusat pertumbuhan baharu negara.
Sabah bukan beban fiskal. Sabah adalah peluang ekonomi.
Dato’ Speaker, kita telah membincangkan integriti institusi dan kestabilan ekonomi.
Namun, jika kita benar-benar mahu memutuskan kitaran rasuah secara menyeluruh, kita tidak boleh berhenti pada penguatkuasaan semata-mata. Kita mesti melihat kepada struktur demokrasi itu sendiri. Ini membawa saya beralih kepada perkara seterusnya iaitu reformasi pendanaan politik dan integriti demokrasi.
Titah Diraja juga turut menyentuh keperluan untuk mengukuhkan undang-undang berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi dan pendanaan politik. Pada khidmat saya, inilah antara reformasi yang paling mendesak jika kita benar-benar mahu memutuskan kitaran rasuah dalam negara. Kita sering bercakap tentang rasuah selepas ia berlaku dan selepas wang bertukar tangan, selepas projek dianugerahkan, selepas siasatan dibuka. Tetapi kita jarang membincangkan akar masalahnya. Salah satu akar yang paling ketara ialah money politic dan pendanaan politik yang tidak telus. Realitinya, kempen politik memerlukan dana.
Itu kita akui. Namun, apabila sumber dana itu tidak dikawal, tidak didedahkan dan tidak diaudit secara bebas maka ruang konflik kepentingan terbuka luas.
Demokrasi bukan sekadar proses pilihan raya setiap lima tahun. Demokrasi ialah jaminan bahawa keputusan dibuat atas kepentingan awam, bukan kepentingan penyumbang.
Apabila sistem pendanaan politik kabur, rakyat akan sentiasa tertanya. Adakah sesuatu dasar dibuat atas pertimbangan awam atau atas hubungan kewangan yang tidak diketahui umum?
Tanpa ketulusan, persepsi akan menggantikan fakta dan persepsi yang negatif akan menghakis legitimasi. Jika kita serius mahu memperkukuh integriti maka reformasi pendanaan politik mesti menjadi keutamaan nasional. Saya mencadangkan beberapa prinsip asas:
(i) undang-undang yang menetapkan had sumbangan politik yang jelas dan munasabah;
(ii) kewajipan pengisytiharan sumber dana kempen secara terbuka;
(iii) audit bebas terhadap kewangan parti politik; dan
(iv) mekanisme penguatkuasaan yang benar-benar bebas dan telus.
Tanpa reformasi ini, kita mungkin menghukum beberapa individu tetapi sistem yang membenarkan pengaruh kewangan terhadap politik akan terus wujud. Impaknya bukan kecil.
Tetapi sistem yang membenarkan pengaruh kewangan terhadap politik akan terus wujud, impaknya bukan kecil.
Puan Noorita binti Sual
Apabila projek diberikan atas pertimbangan politik, kosnya akan dipindahkan kepada rakyat. Apabila kontrak dianugerahkan tanpa persaingan adil, kualiti merosot dan harga meningkat. Apabila dasar dibuat untuk memenuhi kepentingan penyumbang, rakyat biasa menjadi mangsa. Inilah kitaran yang perlu kita hentikan. Ini akhirnya menyumbang kepada ketirisan dan pembaziran. Demokrasi ialah kepercayaan bahawa keputusan dibuat untuk kepentingan awam bukan kepentingan tersembunyi.
Dato’ Speaker, jika kita tak mahu memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara, kita mesti berani membersihkan cara politik dibiayai. Selagi wang boleh mempengaruhi kuasa tanpa ketulusan, selagi itulah integriti demokrasi akan dipersoalkan.
Reformasi ini mungkin tidak popular dalam kalangan sesetengah pihak, tetapi ia perlu demi masa depan negara kerana demokrasi yang kuat bukan yang paling lantang, tetapi yang paling bersih. Demokrasi tidak akan runtuh kerana perbezaan pandangan, demokrasi runtuh apabila kepercayaan diganti dengan wang.
Dato’ Speaker kita telah membincangkan tentang integriti dan ketelusan dalam sistem politik. Seterusnya izinkan saya beralih pula kepada pendidikan. Kita masih sering mendengar laporan tentang bangunan sekolah yang uzur, tandas yang rosak, bumbung yang bocor, makmal yang tidak lengkap dan kemudahan asas yang tidak memadai. Kerajaan telah memperuntukkan berbilion Ringgit untuk membaik pulih dan membina semula sekolah- sekolah yang daif. Usaha ini wajar kita hargai. Namun, isu pendidikan di Sabah dan Sarawak kekal relevan dan mendesak hingga ke hari ini. Baru minggu lalu Menteri bertanggungjawab menegaskan bahawa menyelesaikan masalah sekolah daif di Sabah bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian untuk memastikan setiap anak didedikasikan kepada persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif selaras dengan prinsip keadilan sosial di bawah Kerajaan MADANI.
Dato’ Speaker, di Tenom sebagai contoh terdapat ibu bapa dan pihak sekolah terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki struktur sekolah yang terlalu usang sehingga membahayakan keselamatan anak-anak mereka. Membuat meja dan kerusi sendiri, memohon bantuan pihak NGO untuk memperbaiki sistem air sekolah yang sering kali tidak mencukupi dan memperbaiki jambatan gantung yang merupakan jalan utama ke sekolah yang sudah terlalu uzur dan musnah akibat banjir. Ini bukan cerita lama, ini realiti semasa. Ada juga sekolah yang kini sudah terlalu sesak dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang kian meningkat.
Saya menyokong amanat Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia bahawa pendidikan harus diberikan keutamaan di bawah RMKe13. Langkah memperkenalkan pendidikan prasekolah seawal usia lima tahun serta kemasukan sukarela ke Tahun 1 pada usia 6 tahun juga adalah langkah yang positif. Namun pelaksanaan dasar ini mesti selari dengan kesiapsiagaan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar. Masih terdapat prasekolah yang uzur, kekurangan bilik darjah mesra kanak-kanak, kekurangan guru terlatih serta cabaran penempatan guru di kawasan pedalaman. Pendekatan one size fits all dengan izin, tidak memadai dalam konteks Malaysia yang mempunyai realiti geografi yang berbeza- beza.
Di kawasan pedalaman, murid masih perlu menempuh perjalanan jauh untuk ke sekolah, akses internet tidak sekata, kekurangan guru subjek kritikal masih berlaku dan dalam hal ini, kita juga tidak boleh melupakan kanak-kanak dan pelajar OKU. Bagi mereka, cabaran bukan saja isu jarak dan infrastruktur, tetapi juga kekurangan kemudahan mesra OKU, guru pendidikan khas serta persekitaran pembelajaran yang benar-benar inklusif. Jika sekolah tidak mempunyai akses fizikal yang sesuai atau sokongan pembelajaran yang mencukupi, maka kita sebenarnya menutup peluang masa depan mereka secara senyap. Kita tidak boleh membiarkan geografi atau keadaan fizikal menentukan takdir seorang anak.
Pelaburan dalam pendidikan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak, merupakan kemudahan termasuk kemudahan mesra OKU dan sokongan pendidikan khas mesti diberikan keutamaan di bawah RMKe13 kerana pembangunan negara yang disebut dalam Titah Diraja hanya akan menjadi kenyataan apabila setiap anak tanpa mengira lokasi atau kemampuan fizikal diberikan peluang yang sama untuk berjaya. Maka saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah peruntukan dan senarai sekolah yang dinaik taraf atau dibina baru di kawasan pedalaman Sabah bagi tahun 2024 sehingga kini?
Dato’ Speaker, perkara terakhir yang ingin saya bahaskan di Dewan yang mulia ini, menyentuh tentang Perjanjian Malaysia 1963. Titah Diraja turut mengingatkan kita bahawa asas pembentukan Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia 1963. Ini bukan sekadar rujukan sejarah, ianya adalah asas Perlembagaan dan kontrak politik yang bentuk struktur Persekutuan kita hari ini. Malaysia tidak lahir atau dibina atas konsep penggabungan biasa, ia dibina atas persetujuan rakan setara. Maka, apabila kita membincangkan MA63 hari ini, ia bukan hanya soal tuntutan wilayah dan sejarah, tetapi ianya adalah soal menyempurnakan Persekutuan.
Dato’ Speaker, sekian lama isu MA63 sering dibangkitkan dalam bentuk tuntutan, reaksi dan perundingan berperingkat. Namun hari ini, kita berada pada tahap yang berbeza.
Persoalannya bukan lagi sama ada mekanisme wujud, tetapi sejauh mana pelaksanaannya berimpak dan diyakini. Sering kali juga isu MA63 dilihat sebagai agenda wilayah, tetapi saya berpendapat ia sebenarnya adalah agenda nasional. Sabah dan Sarawak bukan negeri pinggiran dalam sejarah Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah rakan pengasas.
Pada pendapat saya, menghormati dan melaksanakan semangat MA63 tidak sama sekali akan melemahkan Persekutuan, sebaliknya ia memperkukuh asas Persekutuan.
Apabila Sabah dan Sarawak merasakan kedudukan mereka dihormati, perpaduan negara akan menjadi lebih stabil dan pembangunan dapat dilaksanakan secara adil dan seimbang, ekonomi nasional akan menjadi lebih mampan.
Sabah dan Sarawak mempunyai sumber semula jadi, potensi tenaga boleh baharu, kedudukan geografi strategik dan biodiversiti yang unik. Dengan pendekatan perkongsian yang matang, kedua-dua wilayah ini boleh menjadi pemacu pertumbuhan baru negara. Maka pendekatan terhadap hasil pembangunan dan pentadbiran mesti berteraskan prinsip rakan setara dan bukannya pendekatan pusat yang bersifat sehala. MA63 ini sewajarnya menjadi kompas dasar pembangunan masa depan.
Oleh itu, persoalannya adakah pelaksanaannya bergerak dengan kadar yang mencerminkan kepentingannya? Pelaksanaan yang konsisten, jadual masa yang jelas dan dialog berterusan antara Persekutuan dan negeri adalah kunci untuk mengelakkan salah faham dan membina keyakinan jangka panjang. Rakyat di Sabah dan Sarawak tidak lagi mahu perdebatan simbolik. Mereka mahu kepastian dasar. Mereka mahukan garis semasa yang jelas. Mereka mahu melihat hasil yang konkrit dalam pembangunan, pentadbiran dan peluang ekonomi.
Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa kegagalan menangani isu ini secara berkesan, berisiko menjejaskan keyakinan. Jika pembangunan wilayah tidak seimbang, jika hasil negeri dilihat tidak setara dengan sumbangan, jika perundingan dilihat lambat atau tidak tuntas, maka jurang persepsi akan melebar dan jurang persepsi seperti ini adalah musuh perpaduan.
Jika kita benar-benar mahu Malaysia kekal stabil dan berdaya saing, maka kita mesti memastikan setiap wilayah merasakan mereka adalah pemilik bersama negara ini. Ingin saya tegaskan sekali lagi Dewan yang mulia ini bahawa MA63 bukan isu masa lalu, ia nya adalah asas kepada masa depan Malaysia. Jika kita kembali kepada niat asal pembentukan negara iaitu kerjasama atas dasar hormat, keadilan dan keseimbangan, maka Malaysia akan menjadi lebih kuat bukan lebih lemah.
Kita akui bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai langkah telah diambil untuk melaksanakan perkara-perkara berkaitan MA63. Rundingan telah berlangsung, beberapa perkara telah dimuktamadkan, struktur perundingan telah diwujudkan. Namun pada tahap ini, perbahasan kita perlu bergerak ke fasa yang lebih matang bukan lagi soal pematuhan semata-mata, tetapi soal memperkukuh semangat perkongsian.
Puan Noorita binti Sual
Perkongsian strategik bermaksud merancang masa depan bersama bukan sekadar memenuhi senarai komitmen. Dato’ Speaker, jika MA63 dilihat hanya sebagai senarai komitmen yang perlu ditunaikan, maka kita akan sentiasa berada dalam mode rundingan dan reaksi, tetapi jika MA63 dilihat sebagai asas model pembangunan Persekutuan yang lebih seimbang, maka kita haruslah bergerak ke arah perancangan bersama yang lebih berwawasan.
Sabah dan Sarawak bukan sekadar wilayah yang haknya perlu dipenuhi. Mereka adalah rakan strategik dalam menentukan hala tuju ekonomi, keselamatan dan hala tuju negara. Jika Sabah dan Sarawak dilibatkan sebagai rakan strategik dalam pembangunan nasional, saya percaya potensi ekonomi negara akan meningkat.
Pada pandangan saya, MA63 perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam kestabilan negara. Apabila Sabah dan Sarawak dilibatkan secara bermakna dalam perancangan nasional, kita sebenarnya sedang mengurangkan risiko politik jangka panjang dan memperkukuh asas ekonomi negara.
Ini bukan konsesi, ini adalah strategi. Jika pelaksanaannya diperkukuh secara konsisten, kita akan dapat mengelakkan ketegangan wilayah, jurang persepsi dan ketidakstabilan esok. Maka, menghormati semangat MA63 bukan hanya beban fiskal, tetapi perlindungan jangka panjang terhadap risiko perpecahan dan ketidak tentuan.
MA63 bukan juga hanya soal siapa mendapat lebih. Ia soal memastikan Malaysia akan terus kekal stabil dan diyakini untuk dekad mendatang. Dan kestabilan adalah pelaburan paling bernilai bagi mana-mana negara.
Dato’ Speaker, satu lagi aspek penting ialah komunikasi dan persepsi rakyat.
Walaupun kemajuan telah dicapai, persepsi di peringkat akar umbi kadangkala tidak selari dengan realiti dasar. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan saja tidak mencukupi.
Penerangan dan komunikasi yang jelas juga penting. Rakyat perlu tahu apa yang telah dipersetujui, apa yang sedang dilaksanakan dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Saya percaya Malaysia kini berada pada tahap kematangan baru. Kita tidak lagi berdebat tentang asas Persekutuan. Kita sedang memperhalusi perlaksanaannya. Sekali lagi, saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa memperkukuh pelaksanaan MA63 bukan ancaman kepada perpaduan negara. Sebaliknya, ia adalah pelaburan jangka panjang terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.
Jika kita benar-benar mahu lihat Malaysia sebagai negara maju dan bersatu, maka kita mesti berani kembali kepada niat asal pembentukannya iaitu kerjasama atas dasar hormat menghormati dan keadilan. Dan saya percaya apabila Sabah dan Sarawak berkembang secara adil dan strategik, Malaysia secara keseluruhannya akan menjadi lebih kuat. Dan dalam semangat itu, saya ingin menegaskan di sini bahawa perjanjian MA63 tidak lagi dilihat sebagai isu tuntutan, ia harus dilihat sebagai platform perkongsian strategik untuk masa depan Malaysia.
Apabila Sabah dan Sarawak merasa dilibatkan secara bermakna, Persekutuan menjadi lebih stabil. Apabila komunikasi jelas dan konsisten, kepercayaan menjadi lebih kukuh. Akhirnya kekuatan Malaysia bukan terletak pada siapa yang menguasai, tetapi pada sejauh mana kita mempercayai antara satu sama lain. Dan kepercayaan itu hanya wujud apabila janji bukan sekadar dipenuhi, tetapi dihargai sebagai asas kerjasama jangka panjang.
Sekian, terima kasih Dato’ Speaker. Saya menjunjung kasih dan menyokong Titah Tuanku.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Puan Noorita.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong untuk membahas 30 minit.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Dato’ Speaker yang saya hormati, terima kasih dan salam sejahtera. Perkara yang paling utama saya ingin sentuh untuk perbahasan kali ini, sudah semestinya mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang turut ditekankan di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Banyak telah dibahaskan tentang hak, kuasa dan tuntutan di bawah MA63 Perkara-perkara tersebut sememangnya yang penting dan wajar terus diperjuangkan.
Pada pandangan saya, cabaran utama hari ini bukan lagi sekadar soal tafsiran perjanjian, tetapi soal perlaksanaan yang konsisten dan manfaat yang benar-benar dirasai rakyat di peringkat akar umbi.
Rakyat kini tidak melihat MA63 dari sudut perundangan semata-mata. Mereka melihatnya dari sudut adakah kemudahan asas bertambah baik, adakah akses pendidikan dan kesihatan setaraf, adakah peluang pekerjaan semakin luas. Jika perbincanga, MA63 hanya berada di peringkat teknikal dan elit, generasi muda mungkin melihatnya sebagai isu politik, bukan agenda masa depan mereka.
Dato’ Speaker, saya berpandangan bahawa sudah tiba masanya kita melihat MA63 sebagai agenda pembangunan generasi akan datang, bukan sekadar agenda sejarah.
Mungkin sudah tiba masa kerajaan mempertimbangkan satu laporan kemajuan tahunan MA63 yang jelas dengan indikator yang boleh diukur supaya rakyat tahu apa yang telah dicapai, apa yang sedang dilaksana dan apa yang masih tertangguh. Ketelusan seperti ini akan meningkatkan keyakinan rakyat dan mengurangkan persepsi bahawa MA63 hanya dibangkitkan setiap kali musim politik.
Dato’ Speaker, di samping itu dalam kita membicarakan isu-isu berkaitan MA63, saya juga berpandangan bahawa kita harus berani menggunakan saluran perundangan yang sedia ada sekiranya wujud pertindihan atau ketidak selarasan antara undang-undang Persekutuan dan hak negeri Membenarkan mahkamah menilai dan menentukan keselarasan sesuatu peruntukan undang-undang dengan perlembagaan bukanlah satu tindakan yang bersifat negatif atau mencabar mana-mana pihak. Sebaliknya, ia mencerminkan kematangan dan keyakinan kita terhadap sebagai sebuah negara yang menghormati institusi dan kedaulatan undang-undang.
Apabila perkara-perkara asas ditentukan secara jelas melalui proses kehakiman, semua pihak sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri dapat bergerak kehadapan dengan garis sempadan yang lebih jelas dan teratur tanpa bergantung kepada tafsiran yang berbeza-beza. Ini juga penting dari sudut kestabilan dasar dan penentuan yang jelas dan muktamad tentang pendirian dan kedudukan perlembagaan dalam perkara ini.
Persekitaran undang-undang yang jelas akan membantu merendahkan polemik yang berpanjangan dan mengukuhkan hubungan antara wilayah dalam semangat Persekutuan dan memperkukuhkan keyakinan rakyat. Dato’ Speaker, maka sebarang persoalan mengenai wajar ditangani secara tertib, profesional dan berlandaskan perlembagaan.
Saya percaya pendekatan seperti ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri, tetapi juga memperkukuh Malaysia sebagai sebuah persekutuan yang mantap dan stabil.
Sebagai Senator, saya melihat langkah ini sebagai pendekatan yang mantap dan prinsip serta menghormati perlembagaan, memperkukuh institusi dan memastikan isu-isu berkaitan MA63 ditangani secara teratur dan berlandaskan undang-undang.
Dato’ Speaker, selanjutnya saya ingin menyentuh satu perkara asal yang ditekankan dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu soal kesejahteraan rakyat dan tadbir urus yang adil dan berintegriti. Saya berpandangan bahawa kekuatan sesuatu kerajaan bukan hanya pada jumlah hasil ada projek pembangunan, tetapi ianya mesti dilihat dalam cara dasar dilaksana, terutama apabila ia memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.
Saya ingin membawa ke Dewan yang mulia ini satu contoh. Baru-baru ini, timbul isu kenaikan mendatar bayaran pembaharuan premier tanah di sebuah kawasan luar bandar Bintangor, khususnya penduduk petani dan pemilik tanah warisan di Jalan Ming Hing Bintangor. Ada pemilik tanah yang sebelum ini membayar sekitar RM1,000, kini diminta untuk membayar lebih RM25,000 bagi lima ekar tanah dan juga yang sekadar yang dinaikkan daripada sekitar RM2,000 kepada lebih RM50,000 bagi 10 ekar tanah. Saya turut difahamkan oleh penduduk setempat bahawa kenaikan ini berlaku selepas penukaran kategori tanah daripada status luar bandar kepada status bandar dengan kadar seekar yang meningkat berkali-kali ganda.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Saya tidak mempertikaikan kuasa kerajaan negeri dalam hal tanah. Kuasa berkaitan hak tanah adalah jelas di bawah bidang kuasa negeri. Namun begitu, Titah Baginda jelas menerangkan bahawa kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan. Apabila sesuatu keputusan seperti apa yang berlaku ke atas penduduk Jalan Ming Tee, Bintangor ini, ianya memberi kesan besar kepada sumber hidup rakyat.
Maka ia bukan lagi isu teknikal semata-mata. Ia menjadi isu keadilan. Apa yang lebih membimbangkan ialah dalam kawasan yang sama terdapat perbezaan klasifikasi dan kadar yang sangat ketara. Ada yang masih dikira sebagai tanah luar bandar dan ada yang diklasifikasi sebagai tanah bandar. Perbezaan ini menimbulkan persoalan adakah piawaian dan garis panduan yang digunakan? Adakah kajian lapangan dibuat secara menyeluruh?
Adakah rakyat diberikan penjelasan yang jelas sebelum pelaksanaan?
Keadilan bukan hanya tentang apa yang sah di sisi undang-undang. Keadilan juga tentang proses yang telus, munasabah, konsisten dan boleh difahami. Apabila keputusan atau perubahan dibuat secara mendadak tanpa tempoh peralihan dan dibuat tanpa libat urus yang mencukupi, rakyat akan rasa terkejut dan terbeban. Lebih-lebih lagi apabila yang terkesan ialah petani dan pemilik tanah warisan yang bergantung kepada tanah tersebut sebagai sumber rezeki. Ya, pembangunan itu memang perlu. Setiap negeri mempunyai tanggungjawab untuk memajukan dan membangunkan negeri masing-masing. Hasil negeri juga penting, tetapi pembangunan tidak sepatutnya mengorban golongan yang paling lemah.
Kita sering mendengar bahawa Sarawak kini mencatat hasil yang tinggi dan sedang menuju status maju. Peningkatan hasil negeri juga seharusnya memberi ruang kepada dasar yang lebih inklusif, bukannya memindahkan tekanan fiskal kepada pemilik tanah kecil yang bergantung kepada akses tersebut sebagai sumber sara hidup. Maka, pendekatan yang lebih berperikemanusiaan seharusnya menjadi keutamaan. Dalam semangat keadilan sosial yang ditekankan di peringkat nasional, sebarang perubahan dasar yang memberi kesan besar kepada rakyat wajar melalui proses perundingan dan penerangan yang telus dan adil.
Datuk Speaker, rakyat Bintangor bukan menolak pembangunan. Mereka hanya memahukan keadilan dan penjelasan yang munasabah. Jika kawasan itu benar-benar sudah jadi bandar lengkap dengan kemudahan moden, mungkin ada asas untuk semakan kadar, tetapi jika ia masih kawasan pinggir atau luar bandar, maka kenaikan mendadak ini sangat berat dan tidak wajar. Isu ini menjadi contoh bahawa pelaksanaan dasar mesti selari dengan prinsip kesaksamaan. Jika terdapat jurang besar dalam klasifikasi atau kadar bayaran di kawasan yang sama, maka persepsi ketidakadilan akan timbul. Dan apabila persepsi itu berlarutan, keyakinan terhadap pentadbiran akan terjejas.
Sebagai Ahli Dewan Negara, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperingatkan semua pihak bahawa kuasa yang ada perlu disertai dengan tanggungjawab untuk berlaku adil. Bagi kes terpencil seperti ini, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkaitan untuk berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan garis panduan klasifikasi tanah adalah jelas dan telus. Nombor dua, sesi libat urus awam dibuat sebelum perubahan kadar dilaksanakan. Nombor tiga, golongan petani dan pemilik tanah warisan diberi perlindungan khas.
Datuk Speaker, izinkan saya untuk turut mencadangkan berapa langkah am untuk memperkukuh keadilan dalam pelaksanaan dasar di Malaysia.
Pertama, wajibkan libat urus awam bagi perubahan dasar yang memberi kesan kewangan besar kepada rakyat. Sebelum kadar dinaikkan atau kategori ditukar, mesti ada sesi penerangan dan perundingan. Ini akan mengurangkan kejutan dan salah faham.
Kedua, perkenalkan mekanisme semakan bebas. Apabila berlaku pertikaian klasifikasi atau kadar bayaran, rakyat perlu ada saluran rayuan yang mudah, cepat dan tidak membebankan. Proses semakan yang bebas akan meningkatkan keyakinan awam.
Ketiga, laksanakan kadar secara berperingkat. Jika kenaikan perlu dibuat, biarlah secara berfasa dalam beberapa tahun. Ini lebih adil dan memberi ruang penyesuaian kepada rakyat.
Keempat, guna pendekatan berasaskan kemampuan. Dasar yang sama tidak semestinya sesuai untuk semua. Golongan berpendapatan rendah dan petani kecil perlu diberi pertimbangan khas.
Saya berharap pihak yang berkaitan dapat meneliti semula pelaksanaan dasar ini, memberi penjelasan yang terbuka dan mempertimbangkan pendekatan yang lebih berperingkat supaya rakyat tidak terbeban secara mendadak.
Semoga setiap keputusan yang dibuat sentiasa berpaksikan keadilan dan kesejahteraan rakyat selari dengan Titah Baginda. Pembangunan yang mantap tidak diukur dengan kadar yang lebih tinggi, tetapi dengan keupayaan melindungi golongan yang paling terdedah.
Datuk Speaker, tadi saya menyentuh tentang keadilan dalam perlaksanaan dasar dan bagaimana setiap keputusan kerajaan perlu dilihat dari sudut kesannya kepada rakyat.
Berlandaskan prinsip yang sama, izinkan saya beralih kepada satu lagi perkara asas yang dulu juga menyentuh kesejahteraan rakyat iaitu berkenaan dengan keselamatan awam. Jika ada isu tanah, kita berbicara tentang keadilan dalam dasar. Dalam isu ini, kita berbincang tentang keadilan dalam pelindungan nyawa.
Datuk Speaker, keselamatan awam adalah asas kepada kestabilan sosial. Permit perniagaan mungkin berkembang, rumah mungkin bertambah, tetapi jika perlindungan terhadap risiko kebakaran dan pencemaran tidak diperkukuh, maka kesejahteraan itu menjadi rapuh. Kesejahteraan rakyat bukan sekadar soal pendapatan.
Pembangunan fizikal atau kemajuan ekonomi. Kesejahteraan yang sebenar bermaksud rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selamat, tenang dan yakin bahawa apabila berlaku kecemasan, sistem keselamatan negara mampu bertindak dengan pantas dan berkesan. Rakyat berhak bukan sahaja kepada peluang ekonomi, tetapi juga kepada pelindungan nyawa dan harta benda.
[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol mempengerusikan mesyuarat] Inilah antara tanggungjawab asas sesebuah kerajaan iaitu memastikan setiap komuniti, sama ada di bandar besar atau pekan kecil berada dalam sistem keselamatan yang mencukupi. Atas asas ini, saya ingin menyentuh tentang tahap kesiapsiagaan dan keupayaan respons kecemasan di Sarikei.
Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, kawasan Sarikei telah menyaksikan tiga kejadian kebakaran serius yang mengorbankan dua nyawa. Pada Januari 2026 sahaja, satu insiden telah merangkul satu nyawa dan satu lagi pada Disember 2025 serta selang dua minggu kemudian, pada Februari 2026 satu lagi kejadian berlaku.
Apabila kemalangan berlaku berulang dan dalam tempoh yang singkat, ia menuntut kita untuk menilai tahap kesiapsiagaan yang ada. Balai Bomba Sarikei dan Bintangor memainkan peranan yang amat penting. Pegawai-pegawai bomba dan keselamatan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Namun, persoalannya ialah sama ada kelengkapan dan infrastruktur yang mencukupi untuk menghadapi risiko semasa. Dengan peningkatan penduduk yang bertambah, premis komersial serta bangunan bertingkat, keperluan operasi juga semakin kompleks. Dalam konteks ini, penyediaan sebuah jentera tangga atau skylift wajar dipertimbangkan sebagai langkah memperkukuhkan proses kesiapsiagaan, bukan sebagai lambang kemewahan bandar. Ia adalah keperluan asas untuk operasi menyelamatkan di bangunan tinggi. Saya juga ingin memohon dan menyarankan sekurang-kurang sebuah kemudahan skylift diperuntukkan kepada balai bomba di Sarikei di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dalam kebakaran, setiap minit menentukan nasib mangsa. Tanpa peralatan yang sesuai, risiko meningkat bukan sahaja kepada orang awam, tetapi juga kepada anggota penyelamat. Selain peralatan, isu tekanan air dan sistem hidro juga perlu diberi perhatian.
Kawasan luar bandar sering berdepan cabaran tekanan air yang tidak konsisten. Dalam situasi kebakaran, kelewatan akibat masalah teknikal boleh membawa akibat yang serius.
Puan Speaker, pembangunan fizikal mesti diiringi dengan peningkatan kapasiti keselamatan. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan dua langkah utama. Pertama, mempercepatkan peruntukan sekurang-sekurangnya sebuah jentera skylift bagi kawasan Sarikei berdasarkan penilaian risiko semasa dan perkembangan kawasan di bawah peruntukan RMKe13.
Kedua, melaksanakan audit teknikal menyeluruh terhadap tekanan air dan sistem hidro di kawasan tersebut supaya operasi pemadaman tidak terjejas pada saat kritikal.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Puan Speaker, keselamatan bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, ia perlu dirancang dan diperkukuh secara berterusan. Kita tidak mahu menunggu sehingga kawasan ini benar-benar menjadi bandar besar barulah kelengkapan ditingkatkan. Keselamatan rakyat di pekan kecil dan kawasan luar bandar sama pentingnya dengan keselamatan di bandar utama. Semoga usaha mempertingkat kesiapsiagaan ini dapat dilaksanakan segera demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat khususnya penduduk di Sarikei dan Bintangor.
Seterusnya, Puan Speaker, juga berkaitan dengan kesejahteraan rakyat yang melibatkan kemudahan rakyat untuk mengakses perkhidmatan asas kerajaan tanpa beban yang tidak munasabah. Kesejahteraan rakyat bukan sahaja berkait dengan bantuan kewangan atau projek pembangunan. Ia juga berkait dapat dengan kemudahan rakyat untuk mengakses perkhidmatan asas kerajaan tanpa beban yang tidak perlu.
Dalam konteks ini, saya ingin membangkitkan isu operasi kaunter LHDN di Sarikei.
Sehingga ke hari ini, penutupan pencapaian LHDN di Sarikei telah menimbulkan banyak kesulitan kepada penduduk khususnya penduduk yang tinggal di luar bandar. Walaupun kini kaunter telah dibuka semula, namun waktu operasi masih sangat berhad dan tidak dibuka setiap hari. Hakikatnya, pembukaan semula secara terhad belum benar-benar menyelesaikan masalah akses rakyat luar bandar.
Puan Speaker, penduduk Sarikei dan kawasan sekitar yang termasuk Bintangor dan kawasan pedalaman memerlukan kaunter LHDN untuk pelbagai urusan penting seperti pengurusan cukai, pengesahan dokumen, kemas kini maklumat serta urusan berkaitan STR dan SARA. Golongan yang terkesan kebanyakannya terdiri daripada B40, warga emas, peniaga kecil dan penduduk luar bandar yang kini mempunyai kemudahan digital yang stabil ataupun kemahiran digital yang mencukupi.
Bagi mereka, perjalanan ke bandar Sibu untuk ke kaunter LHDN bukan perkara mudah. Kos tambang meningkat. Ada yang perlu mengambil cuti bekerja. Malahan, ada yang terpaksa bermalam. Apabila kaunter hanya dibuka pada hari tertentu dengan waktu yang singkat, mereka terpaksa merancang perjalanan dengan penuh ketidakpastian. Jika urusan tidak selesai dalam satu hari, mereka perlu datang semula. Ini menimbulkan persoalan tentang keadilan akses kepada perkhidmatan awam.
Puan Speaker, Titah Diraja menekankan agar tiada rakyat yang tercicir dalam arus pembangunan. Krisis ini bukan sahaja terpakai dalam soal bantuan kewangan, tetapi juga dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. Kita sering bercakap tentang pendigitalan perkhidmatan awam. Itu adalah langkah yang baik dan perlu diteruskan. Namun, kita juga perlu realistik bahawa tidak semua rakyat luar bandar mempunyai capaian internet yang konsisten atau kemahiran menggunakan sistem dalam talian.
Dalam konteks luar bandar, pendekatan digital tidak boleh menggantikan sepenuhnya keperluan perkhidmatan bersemuka. Bagi warga emas dan golongan pendapatan rendah, khidmat bersemuka masih amat diperlukan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Kewangan dan LHDN mempertimbangkan untuk membuka kaunter LHDN Sarikei secara operasi harian pada hari bekerja biasa.
Pembukaan secara tetap akan memberi kepastian kepada rakyat, mengurangkan kesesakan pada hari tertentu dan memudahkan urusan cukai serta bantuan kerajaan. Saya ingin mencadangkan jika terdapat kekangan tenaga kerja, pendekatan penggiliran pegawai dan penstrukturan semula jadual operasi boleh dipertimbangkan.
Puan Speaker, jika kita mahu rakyat patuh kepada tanggungjawab percukaian, maka negara juga perlu memudahkan rakyat melaksanakan tanggungjawab tersebut. Seiring dengan semangat Titah Diraja yang menekankan kesejahteraan dan keadilan sosial, saya berharap isu ini dapat diberi perhatian serius agar tiada rakyat luar bandar yang terus terbeban hanya kerana akses yang terhad.
Untuk perkara terakhir, saya ingin membahaskan satu isu yang menarik perhatian saya baru-baru ini iaitu dasar pengurusan electronic waste atau e-waste termasuk isu pengimportan e-waste haram ke Malaysia dan bagaimana kelemahan penguatkuasaan berpotensi membuka ruang kepada amalan yang tidak wajar khususnya amalan rasuah.
Perkara ini wajar diberi perhatian serius kerana ia bukan sekadar isu teknikal pengurusan sisa, tetapi menyentuh soal kesihatan rakyat. Keberkesanan penguatkuasaan dan integriti sistem tadbir urus negara. Malaysia kini berdepan peningkatan jumlah e-waste domestik setiap tahun akibat penggunaan peralatan elektronik yang semakin meluas dan kitar hayat produk yang semakin singkat.
Pada masa yang sama, isu pengimportan e-waste secara haram terus menjadi kebimbangan. Lebih membimbangkan, pengimportan e-waste haram dari luar negara menunjukkan wujudnya kelemahan dalam penguatkuasaan dan pemantauan di pintu masuk negara. Malaysia tidak seharusnya menjadi destinasi pelupusan sisa yang tidak diingini oleh negara lain.
Puan Speaker, saya sangat bersetuju dengan tindakan kerajaan dengan mengambil langkah tegas pada 4 Februari 2026 dengan meletakkan e-waste di bawah kategori larangan mutlak import sebagai usaha memastikan negara kita tidak menjadi negara pembuangan sampah elektronik dunia. Ini adalah satu dasar yang tepat dan selaras dengan aspirasi banyak pihak.
Namun begitu, realitinya di lapangan masih menunjukkan cabaran besar. Baru-baru ini, pihak berkuasa telah menemui sekitar 186,000 kilogram e-waste yang dipercayai diimport tanpa permit dan dengan dokumen Kastam yang tidak tepat di pelabuhan utama, Pahang.
Selain itu, lebih 158 tan e-waste turut disita di Port Klang dalam pemeriksaan lain baru-baru ini.
Data-data ini menandakan bahawa walaupun dasar larangan sudah wujud, teknik penyeludupan dan cara pengimportan haram terus menimbulkan tekanan penguatkuasaan.
Ia bukan sekadar soal undang-undang yang wujud, tetapi melibatkan realiti pelaksanaan di lapangan yang memerlukan kawalan yang lebih kuat. Cabaran sebegini bukan sahaja menunjukkan bahawa larangan semata-mata tidak memadai, tetapi juga membuka persoalan tentang ketegasan penguatkuasaan, integriti proses pemeriksaan serta berpotensi salah guna dan kawalan yang longgar.
Dalam konteks ini, saya ingin menanyakan beberapa perkara kepada kerajaan.
Pertama, apakah dasar jangka panjang yang jelas dan komprehensif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan larangan import e-waste ini benar-benar efektif termasuk pendekatan-pendekatan kawalan di pintu masuk utama negara dan penggunaan teknologi pengesahan yang lebih canggih?
Kedua, apakah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan integriti dan ketelusan dalam proses kelulusan serta pemeriksaan dengan pemantauan bebas dan tindakan tegas berhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa atau rasuah? Tanpa integriti dalam penguatkuasaan, dasar yang baik sekali pun tidak akan berkesan. Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara pembuangan sampah elektronik dunia. Lebih penting lagi, kita tidak mahu sistem kita menjadi medium keuntungan sesetengah pihak dengan menggadaikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan menyeluruh mengenai dasar langkah penguatkuasaan serta mekanisme pemantauan untuk memastikan larangan import e-waste ini pernah-pernah berkesan dan sistem kita bebas daripada campur tangan tidak wajar.
Puan Speaker, sebagai penutup perbahasan saya hari ini, izinkan saya menyatakan bahawa semua perkara yang saya telah bangkitkan sama ada berkaitan pelaksanaan MA63, keadilan dasar tanah, keselamatan dan kesiapsiagaan akses kepada perkhidmatan awam dan pengurusan e-waste semuanya berpaksikan satu perkara yang sama iaitu kesejahteraan rakyat.
Saya tidak membawa isu-isu ini untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. Saya membawanya kerana di sebalik setiap dasar dan setiap projek, ada rakyat yang dikesan segera langsung dalam kehidupan harian mereka. Persidangan kali ini adalah persidangan terakhir saya dalam penggal ini di Dewan yang mulia ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya telah berusaha menyuarakan isu-isu yang dekat dengan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan wilayah yang memerlukan perhatian berterusan.
Maka, pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan satu permintaan terakhir saya di Dewan yang mulia ini agar segala perkara yang telah saya sampaikan pada hari ini dan bulan yang mulia ini tidak sekadar dicatat dalam Hansard, tetapi benar-benar mengambil perhatian dan dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Saya percaya jika perkara ini ditangani dengan kesungguhan dan keutamaan yang sewajarnya, kita bukan saja memenuhi tanggungjawab sebagai pembuat dasar, tetapi juga menunaikan amanah kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada kita. Semoga segala usaha kita sentiasa berpaksikan keadilan, integriti dan kesejahteraan bersama. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat YB Roderick.
Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat semesta Datuk Haji Abdul Halim.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam Malaysia MADANI, salam bulan Ramadan dan salam Tahun Baru Cina.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja bagi Mesyuarat kali ini. Saya menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari yang lepas.
Titah Baginda bukan sekadar ucapan pembukaan sidang. Ia adalah titah yang menyentuh kompas moral negara. Puan Yang di-Pertua, dalam ucapan Titah Diraja, Baginda bertitah bahawa sistem pendidikan mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama.
Walaupun Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak merujuk kepada sistem pendidikan UEC dalam titahnya, namun isu pengiktirafan sistem pendidikan UEC sangat tepat dengan penegasan Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah ia disebut. Difahamkan isu pokok bagi UEC ini adalah ia bukan isu kaum. Saya tekankan, bukan isu kaum. Ia isu dasar dan pembinaan negara.
Tidak mengiktiraf sistem UEC tidak sedikit pun menindas atau menidakkan permintaan mana-mana kaum, malah lebih kepada tanggungjawab, menjaga nilai-nilai kebangsaan dalam pembinaan negara bangsa. Kerajaan tidak mengiktiraf UEC sebagai satu sistem pendidikan negara. Tidak bermaksud kurikulum UEC tidak berkualiti.
Malah, UEC ini diiktiraf kelayakannya di Singapura, Taiwan, China, United Kingdom, Australia dan banyak lagi. Perkara 12(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak tanpa diskriminasi dalam pendidikan sekolah-sekolah persendirian China yang melaksanakan UEC ini wujud di bawah kerangka undang-undang negara dan tidak menyalahi prinsip kesaksamaan mana sekalipun.
Malah, kerajaan menyalurkan bantuan kewangan setiap tahun kepada sekolah- sekolah persendirian. Nak ikutkan, kerajaan tak perlu ataupun tak payah menyalurkan bantuan kewangan ini kerana status sekolah persendirian, tapi atas dasar Perkara 152(1)(a) itu sendiri menyatakan tiada siapa boleh dihalang daripada menggunakan atau mempelajari bahasa lain. Sebab itu, UEC sejak dikenalkan dari tahun 1975 tidak pernah dihalang untuk digunakan sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia untuk mengambilnya.
UEC ini sah dari sudut kewujudan bahasa pengantar, tapi untuk mengiktiraf secara rasmi sebagai sistem pendidikan untuk institusi awam adalah bidang kuasa dasar kerajaan.
Walaupun Perkara 12(1) menjamin tiada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, kaum, keturunan dalam pentadbiran institusi pendidikan, namun ini tidak bermaksud kerajaan juga wajib mengiktiraf semua sistem pendidikan.
Saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan lepas bahawa semua aliran pendidikan termasuk sekolah agama, sekolah antarabangsa dan sekolah menengah persendirian Cina, UEC wajib ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM bagi membolehkan diterima masuk dalam universiti awam dan mohon sebagai penjawat awam.
Langkah ini bakal menoktahkan polemik berterusan UEC dan tidak perlu lagi dijadikan modal politik setiap kali pilihan raya oleh mana-mana parti politik. Ini perlu kita tekankan kerana dalam Titah Baginda, sinisnya, kalau tak tahu atau tak nak belajar dalam bahasa Melayu, jangan duduk dalam negara kita ini. Ini peringatan.
Dasar kemasukan Tahun 1 umur enam tahun ini, saya beralih kepada isu Kementerian Pendidikan. Puan Yang di-Pertua, dalam pengumuman baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan ada menyatakan kesediaan kerajaan untuk melaksanakan dasar kemasukan Darjah 1 pada umur 6 tahun bermula tahun 2027.
Susulan dari pengumuman itu, pelbagai reaksi oleh ibu bapa mahupun guru-guru dan warga pendidikan. Hasil tinjauan saya dalam menyambut langkah baik ini, namun timbul beberapa persoalan penting yang samar hingga mengundang kegusaran. Langkah memulakan persekolahan Tahun 1 pada umur 6 tahun, saya lihat memerlukan beberapa penjelasan yang konkrit dari Kementerian Pendidikan.
Antaranya apabila kemasukan Darjah 1 berumur 6 tahun adalah pilihan maka ibu bapa melihat ia sebagai peluang untuk menjimatkan kewangan keluarga kerana tidak perlu membayar yuran pendaftaran tadika dan yuran bulanan yang tinggi berbanding masukkan anak Darjah 1 sekolah kebangsaan. Dalam masa yang sama, anak-anak yang berumur tujuh tahun pada tahun 2027 juga akan daftar masuk Darjah 1 sekolah kebangsaan.
Senario ini yang akan menyebabkan peningkatan kemasukan pelajar Tahun 1 yang mendadak. Saya jangkakan pendidikan sehingga 80 peratus dari tahun sebelum. Jika tahun lepas 100 orang yang daftar masuk, tahun hadapan kemungkinan ia nya akan mencecah 180 orang.
Kita sedia maklum masalah kekurangan bilik darjah. Kekurangan kerusi, meja dan guru adalah masalah yang sehingga hari ini tidak pernah berhenti membelenggu pihak sekolah. Jika senario yang saya gambarkan tadi berlaku, apakah persediaan pihak kementerian untuk memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan kondusif?
Ini belum cerita berkenaan fasiliti sedia ada di sekolah seperti kantin, sekolah, tandas dan sebagainya. Hasil tinjauan saya dengan beberapa orang guru besar dalam PIBG menyatakan kebimbangan ini dan lebih parah, mereka sendiri tidak dibenarkan— mereka sendiri tidak diberikan penjelasan lanjut oleh pihak kementerian. Dalam Mesyuarat Agung PIBG yang sedang dijalankan di seluruh negara, sekarang saya yakin ibu bapa bertanyakan soalan yang sama sebab mereka nak buat pilihan yang baik untuk anak mereka.
Kita tak naklah menteri cakap lain keputusan kemudian Perdana Menteri cakap lain.
Biar synchronise supaya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya kementerian bercadang untuk laksanakan dua sesi pembelajaran bagi semua sekolah yang terkesan, dengan bilik darjah yang tidak mencukupi ini, dengan harapan bilik-bilik darjah sedia ada boleh digunakan secara bergilir-gilir dalam dua sesi, pagi dan petang. Bagaimana dengan sekolah- sekolah yang sekarang ini memang dah ada dua sesi dan kepadatan pelajar juga sudah tidak mampu menampung.
Sebagai contoh di Kota Masai 3, Kota Masai 2, berjumlah 3,000 dan 2,000 pelajar- pelajar yang ada. Adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan guru bermula tahun depan bagi menyokong pelaksanaan cadangan ini? Jika betul dalam perkiraan saya, dasar ini perlukan masa enam tahun untuk batch yang Darjah 1, umur 6 tahun dan 7 tahun untuk tamat persekolahan sehingga Darjah 6.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Ini bermaksud masalah-masalah yang saya sebutkan tadi akan berterusan selama enam tahun jika tiada langkah penyelesaian yang tuntas diambil. Apabila dasar ini dilaksanakan tahun hadapan, saya jangkakan dalam semua kelas Tahun 1 akan ada pelajar umur 6 dan 7 tahun duduk bersama belajar dan mereka akan duduk bersama dari Darjah 1 hingga Darjah 6.
Adakah silibus sedia ada dapat menyesuaikan keadaan ini? Jika kementerian ada perancangan untuk menyediakan silibus yang baru, adakah silibus dari Darjah 1 hingga Darjah 6 perlu dibuat baharu bagi menyokong penyesuaian kadar ini? Saya percaya pihak kementerian ada perancangan yang rapi dan tersusun agar tidak membebankan ibu bapa, guru dan memperjudikan masa depan anak-anak kita. Mohon pihak kementerian berikan penjelasan kerana saya percaya ada banyak lagi lapisan pentadbiran dan kokurikulum yang masih sama.
Yang di-Pertua, antara perkara lain yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai dengan rasuah. Yang seperti semua maklum bahawa Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan turun naik yang membimbangkan. Pada tahun 2020, skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia ini adalah 51, turun kepada 48 peratus pada tahun 2021. Turun lagi ke 47 peratus pada tahun 2022 dan naik sedikit ke 50 peratus pada tahun 2023 dan 2024. Tahun 2025, skor indeks ini naik sedikit ke angka 52 peratus. Ini memberi gambaran persepsi rasuah di Malaysia ini adalah sama berbanding enam tahun lepas. Walaupun kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, di era Kerajaan MADANI banyak tangkapan, serbuan dan pendakwaan salah laku dibuat kerana media-media massa, media-media sosial pick up tentang tangkapan, pendakwaan dan sebagainya.
Namun, tangkapan dan pendakwaan yang berskala jerung atau berprofil tinggi ini tidak mengubah banyak skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia sejak separuh dekad yang lalu kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berskala kecil dan terpencil masih berlaku dan berleluasa. Masih banyak mangsa-mangsa penganiayaan, penyalahgunaan kuasa yang tidak terdaya untuk melawan daripada ianya berlaku.
Tadi sahabat saya, YB Senator dia mengulas tentang cadangan untuk memulakan langkah daripada awal persekolahan educate them from— daripada kecil lagi, tapi itu bukan masalah sesuatu yang perlu kita biarkan. Dan perkara ini harus kita teruskan untuk kita tegur jadi check and balance bagi memastikan bahawa budaya rasuah ini bukan jadi makanan harian kepada masyarakat kita di dalam negara kita mahupun di mana-mana.
Kalau kita buka media sosial hari ini dan membuat carian, pasti akan jumpa kes yang NGO yang sedang untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa. Kes pemuda yang disalah anggap sebagai peragut dipukul oleh polis, dicucuh rokok di bibir di Banting, kes belanja dadah di Kubang Pasu dan banyak lagi kes-kes yang terpencil namun bersifat hanya dengan penyalahgunaan kuasa.
Saya sebut ini sebab apa? Kadang-kadang dia timbulkan kes-kes ini supaya ada term and condition untuk dia berbincang. Kalau tak nak ambil kes ini certain amount yang perlu dibayar. Kalau tidak, maka satu tindakan dan akan dibawa ke mahkamah oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa.
Dalam Titah Diraja, juga ada menyebutkan bahawa— hilang pula saya punya teks ini.
Ada menyebutkan bahawa perkara ini harus dilihat dari sudut keperluan yang perlu kita rungkaikan untuk ianya dijadikan sebagai satu asas supaya ada check and balance. Kalau kita lihat bagaimana keadaan yang berlaku baru-baru ini, semua jabatan ada check and balance, tetapi ada jabatan yang tidak ada check and balance. Bermaksud, terpaksa menubuhkan suruhanjaya.
Saya mengambil contoh, terpaksa mewujudkan suruhanjaya siasatan. Cadangan untuk menyiasat kewujudan mafia korporat. Hasil daripada kontroversi pemilikan saham dan yang paling serius adalah media korporat ugutan untuk diambil tindakan, tapi akhirnya tawaran untuk ambil alih syarikat dengan harga yang rendah, because there was understanding dalam perancangan tersebut yang menggunakan orang kedua dan ketiga dalam urusan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Ini mencemarkan imej. Kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ia nya berlaku.
Jadi, apakah tindakan yang perlu kita lakukan dan boleh dilaksanakan bagi kita menggembleng usaha-usaha untuk membanteras rasuah ini walaupun tidak secara 100 peratus, tetapi usaha itu dapat menurunkan indeks rasuah sehingga kita berjaya menyekat penyalahgunaan kuasa dengan mengamalkan rasuah.
Dan mungkin kita boleh beri cadangan kepada Menteri atau Kabinet supaya penjawat awam juga tidak dibenarkan berdagang saham atau berniaga. Dia dah ada kuasa, dia ada segala-galanya, dia boleh menentukan segala-galanya tapi diberi ruang. Dan ini kemungkinan, kemungkinan akan menyebabkan mereka-mereka ini menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan mereka sendiri.
Puan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja seterusnya ada menyentuh penegasan terhadap keharmonian...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sedikit. Sedikit mencelah boleh Yang Berhormat? Saya teringat dalam Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, dia ada menyebut satu ungkapan iaitu yang memberi, yang menerima. Selama ini, kebanyakan operasi tangkapan pemburuan rasuah adalah kepada penerima rasuah. Dan apa yang disebut oleh Tuanku itu memberi gambaran sebenarnya perlu diberi fokus sungguh-sungguh bukan sahaja kepada yang menerima rasuah, tetapi yang memberi rasuah itu. Dan inilah yang menjadi punca terdahulu sebelum orang lain terima. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Ini yang mana disebut oleh rakan kita tadi di awal perbahasan. A whistleblower ini pun pemberi maklumat, tapi dia beri rasuah yang ada lindungan. Jadi, sepatutnya kalau kita tengok daripada keadaan sekarang, semua penerima- penerima rasuah yang dikenakan tindakan, tetapi pemberi rasuah ini kadang-kadang menjadi saksi kepada pihak suruhanjaya SPRM.
So, mereka terlepas. Banyak contoh. Saya nak sebut salah satu tak sedaplah, tetapi ia nya berlaku. Bagaimana orang yang memberi rasuah akhirnya menjadi saksi dan tidak dikenakan tindakan. Sebaliknya, hanya orang yang menerima rasuah sahaja. Dan pemberian saham tadi juga adalah sebahagian daripada mekanisme untuk memberikan sesuatu hingga mendapat keuntungan pada pihak-pihak yang memberikan tawaran tersebut.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Ini perlu diambil kira dan diambil tindakan. Dan, seterusnya, Titah Kebawah Duli Tuanku mengenai dengan keharmonian kaum. Dalam Titah Diraja seterusnya juga ada menyentuh penegasan terhadap keharmonian kaum dan saya percaya ramai Ahli-ahli Yang Berhormat Senator bangkitkan isu keharmonian kaum yang kita dapat lihat kebelakangan ini semakin banyak isu yang berlaku.
Saya tak mahu mengulas isu yang berlaku kerana saya percaya kita sebagai Ahli Dewan Negara, ada peranan sebagai pengimbang kepada isu-isu berlaku. Tugas kita adalah membuat dasar-dasar yang akan memberi kesan langsung kepada rakyat. Maka ini adalah tempat yang mulia untuk kita bermesyuarat mencari jalan penyelesaian terbaik kepada apa sahaja yang sedang dihadapi oleh rakyat.
Namun, saya kesal, apabila setiap kali apa-apa isu yang berlaku, apabila rakyat secara membabi buta dengan emosi membina naratif mengaitkan dengan sentimen kaum dan agama, muncul Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun saya Ahli Yang Berhormat, saya sebutlah, untuk mengingatkan diri saya, menyokong naratif dangkal ini.
Sebagai contoh, isu pencerobohan kuil yang sedang berlaku ini, istilah haram dalam Bahasa Melayu yang digunakan tidak langsung merujuk kepada status haram, halal seperti dalam ajaran agama Islam. Ia sama seperti lumba haram, ceti haram dan lain-lain istilah yang digunakan bagi suatu yang dibuat tanpa kebenaran atau mengikut undang-undang.
Kalau kita lihat Ahli Yang Berhormat sendiri yang menyokong malah buat press conference menyebarluaskan lagi naratif jahat ini yang akan mengalihkan kepada isu pokok, kepada isu perkauman atau perbalahan antara agama jika tidak dibendung. Keharmonian kaum dan integrasi perpaduan yang dibina selama ini makin lama makin terhakis akibat dari tergurisnya hati kaum masing-masing akibat dari statement ataupun daripada isu-isu yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Dalam Perlembagaan kita agama rasmi adalah agama Islam. Dan dalam Perlembagaan juga tidak menghalang untuk agama-agama lain untuk dianuti. Dalam Islam juga, kalau kita membina masjid, surau di tanah yang bukan diwakafkan, umpamanya tanah kerajaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan, maka haramlah kita bersembahyang di masjid atau surau tersebut.
Begitu juga ada kes-kes di tempat sayalah dulu, tanah SAJ, bila you dah buat, dah sembahyang, enam bulan lepas itu didapati bahawa tanah itu bukan tanah milik atau diwakafkan kepada masjid atau surau berkenaan. Maka kita robohkan dan kita kariah di kawasan tersebut, membuat tabung. Kita bina satu surau baru di tempat yang diwakafkan oleh masyarakat setempat di situ. Saya nak menyebut soal ini.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Ha, boleh? Saya tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan. Jadi, apa yang cuba digambarkan oleh Yang Berhormat Senator adalah isunya bukan soal agama, dari segi kita nak membenci satu agama dengan agama yang lain. Tapi isunya adalah lebih kepada undang-undang, tapi malangnya seperti mana yang dibangkitkan, apabila isu undang-undang ini diheret, ini masalah dia ini. Diheret kepada agama seperti menganggap ia ancamanlah, ia nya tidak menghormatilah dan sebagainya. Maka, yang lebih mendalam saya cuba faham apa yang disampaikan oleh sahabat saya ialah ada pula orang yang tukang kipasnya. Ada orang yang tukang kipas. Dan orang yang tukang kipas ini bukan orang biasa. Ini adalah ahli-ahli politik.
Jadi, jelaslah bahawa isu-isu yang berlaku itu lebih kepada soal apa? Soal politik dan dia ambil kesempatan ini untuk raih sokongan dan sentimen supaya dianggap dia sahajalah yang kalau orang Islam, kata dialah yang sahaja membela Islam. Kalau orang yang bukan Islam, dialah sahaja yang membela agama dia.
Itulah saya rasa mesej yang saya amat bersetuju dengan pandangan Senator tadi bahawa isu yang kita hadapi sekarang bukan isu agama. Agama tak ada kena mengena soal itu. Ia soal undang-undang dan mana-mana agama pun kena hormat undang-undang. Dan sesuatu yang dibuat dalam mana-mana agama, khususnya agama Islam yang tak ikut undang-undang, itu bermakna dia tak ikut syariat. Setuju atau tidak pandangan saya?
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Yang Berhormat, itu yang saya maksudkan tadi. Bukan soal saya bercakap sebagai orang Melayu, saya pertahankan agama Islam semata-mata. Bukan sebabnya kita wakil rakyat kepada kaum India, kita memperjuangkan soal kaum-kaum India semata-mata. Bukan kita wakil rakyat daripada parti Cina, MCA, DAP dan sebagainya, bercakap soal masyarakat dan agama yang orang-orang Cina anuti, tetapi soal undang-undang.
Saya sebut tadi, di tempat saya, ada surau yang dibina di atas tanah kerajaan. Bila di dapati bukan tanah, haram untuk kita beribadah di kawasan tersebut atau kita minta dipindah, kita akur, tapi dalam soal ini, bila diminta dipindah, kita serahkan kepada pihak kerajaan yang mempunyai peraturan dan polisi. Biarlah pihak kerajaan menentukan dan berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Masalah yang berlaku sekarang ini kebanyakan ahli politik, dekat-dekat pilihan raya, dekat-dekat nak popularkan diri, untuk popularkan diri dan parti, mereka menggunakan isu agama untuk menegakkan benang yang basah. Dan ini akan menyebabkan pergeseran antara kaum, percanggahan pendapat dan pandangan dan netizen-netizen yang tidak tahu asal usul, mereka akan membuat berbagai-bagai kecaman yang akan menyebabkan kita antara masyarakat yang berbilang kaum yang diberikan mandat atau memberikan hak untuk beramal ibadah menggunakan agama masing-masing akan menjadi masalah kepada negara kalau kita tidak bendung daripada sekarang.
Ada juga kes yang baru-baru ini, berlaku di tanah persendirian. Dah tentu, itu tanah persendirian, tanah kita, orang ceroboh. Boleh dakwa bahawa saya telah bina kuil ini sebelum mereka mendapat hak milik, tapi kuasa kepada kerajaan, ada hak milik tersebut.
Persoalannya sekarang, ada juga pengamal-pengamal undang-undang yang mengambil kesempatan. Tak boleh cakap tak boleh, tapi cuba boleh kerana apa? Itu kesempatan.
Satu untuk popularkan syarikat guaman. Yang kedua untuk mengambil fees yang akan diberikan oleh pihak yang menuntut hak tersebut. Jadi, dalam soal ini, kita ini di sini, jangan kita memanjangkan keadaan dengan kita menokok tambah sehingga kita lari daripada hak dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan mengenai Kanun Tanah Negara dan undang-undang mengenai dengan pengambilan tanah.
Saya mengharapkan agar perkara ini dapat diambil kira, diambil perhatian oleh semua rakan-rakan Yang Berhormat sebab kita ini adalah public figure. Setiap apa yang kita katakan adalah untuk kita membina bangsa, membina negara pada masa akan datang, tapi, dalam hal agama ini menyebabkan kita berpecah antara satu sama lain dan harap benda ini dapat...
Dr. Jufitri bin Joha
Terima kasih YB. Sebentar tadi, yang cerita tentang rumah ibadah yang tidak didaftarkan ini. Untuk kita letakkan tanda noktah kepada persoalan ini, adakah YB bersetuju untuk kita wujudkan satu pendaftar rumah ibadah bukan Islam selain daripada kebenaran daripada PBT, adakah perlu kita wujudkan satu pendaftar rumah ibadah bukan Islam? Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Soal untuk mewujudkan satu pendaftaran, kita kena tengok mekanisme. Kena win-win situation, supaya perkara ini dapat diperhalusi supaya perkara ini dapat diperhalusi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Maksud saya, kementerian yang berkewajipan.
Contohnya, Kementerian Agama, mungkin dengan Kementerian Perpaduan dan kementerian yang berkaitan dan carikan mekanisme yang sesuai supaya segala masalah dalam bentuk mengenai dengan pembinaan kuil-kuil haram atau apa juga yang bentuk menceroboh dapat di bincang di peringkat yang tertinggi yang boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hal-hal agama masing-masing.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Puan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh. Boleh sedikit nak mencelah? Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Silakan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sebenarnya isu ini isu apa, isu agama ke? Isu perkauman ke? Atau isu pematuhan undang-undang? Saya rasa biar jelas dulu di situ. Yang jadi sentimen ni sebab dikait dengan faktor lain. Kalau saya ingat, mudah contohlah, Yang Berhormat di Kelantan ni, di Kelantan, ada patung yang terpanjang di Asia Tenggara. Tak ada siapa pun nak menceroboh. Elok duduk teguh pun di situ. Tak ada rakyat sekitar yang kacau dia, tiada, tapi dalam isu pematuhan undang-undang, saya pernah tengok satu catatan Masjid Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Perak dibangunkan tahun 1931, tapi tanah asalnya wakaf, tapi orang persoal balik tanah wakaf itu, akhirnya dipindahkan. Masyarakat setempat terpaksa kutip derma, RM1.8 juta beli tanah itu balik untuk mengesahkan walaupun tanah asal itu pun diwakafkan tapi dipersoalkan.
Cuma benda ini, apa yang dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor contoh, yang menyebutkan di Selangor ada 687 buah kuil haram. Bermakna, 687 kuil dibangunkan di atas tanah yang tidak sah.
Maksud tidak sah— tanah orang. Saya rasa itu isunya. Isunya ialah kita bangunkan sama ada masjid ke, tokong ke, kuil ke. Kalau dibangunkan apa-apa pun, kalau dibangunkan atas bukan tanah milik kita, isunya ialah kepatuhan undang-undang. Kita harus buat sesuatu based kepada bangun atas milik. Sama ada milik tu milik rumah ibadat atau milik orang perseorangan. Kalau orang perseorangan, perseorangan. Kalau rumah ibadat, yes. Tak ada siapa yang nak diganggu selain daripada keputusan PBT. Saya mohon pandangan itu. Sebab saya tengok macam nak jadi isu perkauman isu ini, isu agama pula. Komen daripada Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Satu pandangan yang baik ya.
Sebenarnya ini bukan soal isu agama. Isu peraturan dan polisi. Tadi Yang Berhormat Tuan Haji Hussin ada menyatakan tentang 600 lebih kuil haram. Bukan tak boleh selesai, cuba cari jalan penyelesaian...
Puan Tiew Way Keng
[Bangun]
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Tapi masalah dia, orang mengambil kesempatan. Dan bila diambil kesempatan, orang-orang yang tidak faham, seolah-olah ini ada pertelagahan antara agama-agama dalam negara kita ini. Ini yang harus kita buang, persepsi ini, tetapi undang-undang perlu patuh kepada keadaan dan kedudukan binaan yang dibina di kawasan-kawasan yang disebutkan tadi.
Itu yang saya maksudkan. Ini bukan soal agama tapi soal peraturan yang tidak diikuti.
Akhirnya, orang akan melihat bahawa ini adalah masalah agama Islam, agama Hindu, agama Buddha dan sebagainya. Yang tidak bagus untuk masa depan negara kita.
Puan Tiew Way Keng
Mohon mencelah.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Sebab itu saya perbangkitkan.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih. Sebab sentuh isu di Selangor, setuju kah Yang Berhormat sekiranya bagi Kerajaan Selangor ada satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai LIMAS. Bagi segala urusan, bagi tempat beribadat selain dari Islam, akan dibawa ke Jawatankuasa LIMAS ini. Yang mana memang jawatankuasa ini bersifat inklusif. Setuju kah Yang Berhormat, ini merupakan tatacara yang memang betul dan memang mengikut undang- undang? Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Soal setuju atau tidak itu terserah pada kerajaan negeri, tapi pandangan saya, kalau ada mekanisme yang boleh kita selesaikan masalah ini, guna yang terbaik. Apa bentuk sekalipun, biarlah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
Sebagai contoh, di Selangor, Kanun Tanah Negara ia terletak kepada kuasa-kuasa negeri, tanah. Jadi, biarlah kerajaan negeri itu menentukan. Begitu juga itu apa yang berlaku, tapi bila itu berlaku di Selangor, nanti orang Kelantan bercakap, orang Johor bercakap. Dah jadi national issue yang berbeza pandangan. Carikan jalan penyelesaian terbaik oleh kerajaan negeri mempunyai kuasa tanah dan penguasa tanah itu terletak kepada kerajaan negeri masing-masing.
Puan Tiew Way Keng
Mohon mencelah. Memang setuju dengan Yang Berhormat.
Ini ialah urusan negeri dan kita biarlah kerajaan negeri yang menubuhkan jawatankuasa untuk menguruskan perkara ini menurut undang-undang. Bukan sahaja akta, tetapi juga ada enakmen dan kita katakan peraturan-peraturan tertentu. Ini yang soal undang-undang dan bukan soal agama ataupun soal yang syariah.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Itu yang saya maksudkan tadi, kena ada mekanisme, tapi kita jangan ambil kesempatan. As a public figure, as a politician, jangan ambil kesempatan. Kita buat satu tafsiran yang sehingga menyebabkan perpecahan, perselisihan faham. Perbezaan pandangan, pendapat, tak apa, tapi mekanisme kena ada. Seperti mana cadangan tadi. Mungkin kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik.
Puan Yang di-Pertua, Johor juga sedang melalui satu fasa pembangunan yang pesat dengan pelaburan-pelaburan yang signifikan kepada peningkatan kualiti hidup dan sosial.
Sokongan institusi pendidikan berasaskan TVET perlu diwujudkan terutama dalam Johor Special Economic Zone bagi menyokong permintaan. Populasi-populasi di wilayah Johor Singapore Special Economic Zone ini lebih daripada separuh daripadanya adalah orang muda. Namun, institusi pendidikan ini berasaskan TVET. Kerajaan hanya beberapa sahaja.
Sebagai contoh di Parlimen Tebrau. Saya kena sebut. Saya dah minta ni saya dah akhir tahun ni. Habis tempoh saya dah masuk tiga tahun. Masalah yang saya nak minta ni adalah mengenai dengan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Dulu, Kolej Komuniti Tebrau bila pecah sempadan pergi Pasir Gudang. Dan saya minta Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Menteri dan dikata dulu belum ada Bajet 2025, ini 2026. Saya tanya lagi. Kalau boleh, Tebrau mahukan Kolej Komuniti. Saya nak kan jawapan. Saya tak nak jawapan yang sama lah.
Sebab pertamanya, kawasan di dalam daerah Johor Bahru itu yang saya sebutkan tadi, kawasan Special Economic Zone. Pembangunan makin lama makin pesat. Pelaburan makin lama makin ramai. Dan kita perlukan sekitar lebih kurang murid untuk kolej ini adalah 105 pelajar dan ADTEC JTM dahulunya ILP Pasir Gudang bawah Kementerian Sumber Manusia hanya ada dan mampu menerima sekitar 500 orang pelajar.
Dan untuk Special Economic Zone, kita perlukan 30,000 pekerja pada masa akan datang. Jadi, kalau kolej komuniti ini boleh diwujudkan, sekurang-kurangnya boleh membantu untuk melahirkan pelajar-pelajar teknikal di dalam kawasan tersebut. Mungkin boleh organise perkara-perkara yang boleh kita wujudkan bagi Majlis TVET Negara untuk mengesyorkan cadangan supaya diwujudkan sebuah lagi institusi pendidikan TVET di dalam daerah Johor Bahru termasuklah community college.
Akhir sekali, sebelum saya menggulung lah ya, di Johor ni ada dua hospital. Tiga hospital, dah satu wujud hospital di Setia Alam. Setia Alam ni baru, pekerja mungkin staf baru nak masuk, baru start tapi untuk long-term, Hospital Sultanah Aminah, tempat parking memang menjadi masalah. Sekarang mungkin dalam pembinaan untuk buat parking baru.
Timbul pula masalah di Hospital Sultan Ismail yang telah lama dibina juga kekurangan tempat parking. Saya ambil contoh, Tengku Ampuan Afzan kekurangan tempat parking dan ada rancangan untuk membina lebih kurang 600 petak. Bukit Mertajam Hospital, Hospital Sibu, Penang Hospital, Jalan Raja Laut hospital, semuanya masalah parking...
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Hospital Bintulu.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Masuk, daripada puan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Hospital Umum Sarawak. Semua masalah parking.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Jadi, kalau orang sakit ni, nak pergi ke hospital, dengan kita tak sediakan peraturan-perkara ini, ia menjadi masalah. Menteri kena ambil, ambil, ambil berat tentang ni, jangan ambil mudah. Kalau tiap-tiap apa kata orang itu bajet masukkanlah. Ini kita terlepas pandang, bila orang bising, baru nak buat.
So, kita jangan tengok on hospital itself, tetapi untuk keselesaan pengunjung atau pesakit nak parking di hospital tersebut. Ada juga hospital yang orang-orang meletakkan kenderaan mereka nak pergi kerja Singapore sebagai contoh di Johor. Ia berlaku. Fasal tak ada kena parking, kena bayar dan sebagainya, tapi ini menyusahkan pentadbiran hospital.
Saya harap perkara ini akan diambil tindakan segera kerana dalam apa kata orang itu perbahasan ataupun dalam jawapan daripada Kementerian Kesihatan di Johor melalui Ahli Dewan Undangan ini bahawa dalam kajian dalam perancangan, tetapi bila? Kalau boleh, kalau boleh untuk dapat diselesaikan dengan segera.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Akhir sekali, sebagai penutup, saya mengingatkan bahawa Titah Diraja adalah peringatan dan amaran. Jika kita gagal memerangi rasuah, jika kita tidak berkompromi dalam dasar pendidikan, jika kita tidak mempolitik— jika kita mempolitikkan keharmonian kaum maka kita gagal sebagai penjaga amanah negara. Kita inilah yang menjaga amanah negara. Rakyat sedang memerhati, sejarah sedang mencatat, terserah kepada kita yang ada kuasa untuk membina sistem yang berintegriti dan wibawa. Dengan ini, saya turut menyokong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat, 40 minit ya.
So, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah.
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selamat bulan Ramadan dan Selamat Tahun Baru China kepada semua.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas Titah Baginda yang amat bermakna, jelas serta berteraskan kepentingan negara.
Walaupun Titah tersebut disampaikan secara ringkas dan padat, kandungannya menyentuh atas penting pembinaan negara dan bangsa iaitu keperluan membanteras rasuah, menolak fahaman perkauman yang sempit, menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta membanteraskan— memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan dan pendidikan.
Titah Baginda bukan sekadar ucapan pembukaan sidang, tetapi merupakan amanat dan panduan kepada seluruh rakyat dan kepimpinan negara. Dalam negara dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, negara kita memerlukan kepimpinan yang berintegriti.
Rakyat yang matang serta dasar yang berpaksikan perpaduan nasional.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, negara kita sedang berdepan dengan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya. Dalam suasana begini, kita sebagai wakil rakyat perlu menunjukkan kematangan politik dan kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan. Setiap isu harus ditangani dengan rasional berdasarkan kepada faktor, bukannya dipengaruhi oleh sentimen atau emosi.
Puan Yang di-Pertua, minta maaf, saya ingin menyentuh sikit latar belakang berhubung kehidupan saya sebagai gambaran realiti masyarakat luar bandar suatu ketika dahulu. Saya dilahirkan dalam keluar yang sangat-sangat miskin. Ibu bapa saya langsung tidak berpeluang mendapat pendidikan, mereka menyara hidup melalui pertanian kecil-kecilan dan menanam padi dan sayur-sayuran serta menternak babi, ayam dan itik.
Sejak usia lapan tahun, saya telah membantu keluarga di sawah, di kebun, pada waktu itu penternak dijalankan secara tradisional di kawasan kampung. Keadaan hidup amat susah, makanan ternakan juga terhad dan kami menggunakan sumber yang ada seperti pucuk ubi manis, pucuk keladi dan batang pisang. Najis ternakan pula dikutip di sekitar kampung, menjadikan baja tempatan. Saya sebagai umur— masa itu umur lapan tahun. Saya pernah melakukan kerja itu.
Itulah hakikat kehidupan masyarakat desa pada era tersebut, kehidupan yang susah, tetapi penuh dengan semangat bekerja keras. Penternakan begitu— ketika itu bukan isu sensitif, sebaliknya merupakan sumber rezeki bagi sebahagian masyarakat. Seiring dengan kemajuan negara, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis panduan dan peraturan baharu. Penternakan diarahkan memindahkan kandang ke lokasi yang lebih sesuai dan mematuhi syarat standard kesihatan serta kawalan alam sekitar. Kemudian memperkenalkan pula sistem penternakan moden yang memerlukan pelaburan besar.
Ramai penternak kecil tidak mampu menanggung kos pemodenan dan terpaksa untuk operasi. Hanya sebahagian yang berkemampuan dapat meneruskan pengusahaan dengan sistem lebih moden. Dalam masa yang sama, persaingan dari negeri-negeri lain yang mempunyai ladang berskala besar dan teknologi lebih maju turut memberikan tekanan kepada penternak tempatan. Akhirnya, bilangan penternak semakin berkurangan khususnya di negeri tertentu.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, apa yang saya tekan ialah selama pengusahaan ini dari— minta maaf. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, namun negara kini sedang berdepan dengan pelbagai isu— minta maaf. Itulah hakikat kehidupan masyarakat desa pada era tersebut. Hidupan susah, tapi penuh dengan kerja semangat— minta maaf. Saya ulang lagi.
Apa yang ingin saya tekankan ialah selama perusahaan ini, dari zaman tiada sekatan kerajaan hingga dijalankan mengikut undang-undang dan garis panduan yang tetap, tetap.
Jika terdapat mana-mana pihak penternakan yang melanggar undang-undang, contohnya mencemarkan sungai atau tidak mematuhi syarat kesihatan, tindakan tegas diambil terhadap individu atau premis berkenaan.
Undang-undang dan penguatkuasaan memang wujud untuk memastikan kepentingan awam terpelihara. Namun, janganlah disebabkan kesalahan sebahagian pihak, keseluruhan industri dan komuniti dihukum. Prinsip keadilan menuntut kita membezakan antara pelaku kesalahan dan mereka yang mematuhi undang-undang.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, dalam konteks yang lebih luas, negara kita buat masa ini masih berdepan dengan masalah kekurangan makanan. Malaysia masih import sebahagian besar keperluan makanan dari luar negara. Pergantungan kepada import mendedahkan kelemahan kita, mengakibatkan wang kita dialih ke luar negara.
Memandangkan ketidaktentuan geopolitik kami kena lagi menambahkan pengeluaran makanan untuk kegunaan domestik dan juga mengurangkan import. Kita mempunyai tanah yang luas dan iklim yang sesuai untuk pelbagai jenis pertanian dan penternakan. Hari ini, penternakan lembu, kambing, masih berkeliaran di kawasan luar bandar. Ladang-ladang kelapa sawit ataupun padang ragut. Manakala penternakan babi telah dimaju dari berkeliaran di Kampung Baru ke reban, tertumpu dengan peralatan yang lebih moden, lebih profesional dan lebih senang dijaga dan dipantau dari segi kebersihan.
Oleh itu, pendekatan yang wajar ialah untuk memperkukuh sektor agromakanan melalui pemodenan, teknologi hijau, kawalan biosekuriti dan pemantauan alam sekitar yang ketat. Bukannya tutup bidang pertanian dan seperti penternakan babi. Penternakan sama ada babi, lembu, kambing ataupun ayam harus dilihat sebagai sebahagian daripada sektor pertanian yang menyumbang kepada KDNK, peluang pekerjaan dan hasil cukai.
Selagi ia dijalankan secara terkawal, kerajaan harus terus memberikan lesen kepada mereka asalkan mereka tidak menjejaskan kesihatan awam. Ia wajar ditadbir dengan pendekatan profesional. Pendekatan rasional dan berasaskan data mesti mengatasi sentimen sempit. Kita ada sebuah negara yang berpotensi makmur.
Dato' Leong Ngah Ngah
Kepelbagaian adalah realiti dan tidak boleh dinafikan. Apa yang penting ialah memperkukuhkan setiap sektor ekonomi beroperasi dalam kerangka undang-undang, menghormati sensitiviti masyarakat dan memelihara alam sekitar. Bukannya tutupnya atas sebab bantahan segelintir orang.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya ingat sikit— sentuh sikit berhubung dengan latar belakang tentang babi. Minta maaf, banyak sebut babi. Dalam tulisan Cina, jia, ini membawa maksud keluarga. Tulisan jia ini, dia ada bumbung. Bawah bumbung ada babi.
Bukan orang, babi. Bukan berlaku sekarang. Ini sejak daripada ribu-ribu tahun dahulu, tulisan ini. Ini membawa maksud berapa hubungan rapat dengan manusia, babi. Masa itu, orang ternak babi sebab mencari makan. Sebab ada lebihan makanan dan mereka boleh bagi kepada babi, kemudian akhirnya ia akan menjadikan hasil untuk dijual, untuk membayar hutang. Itu realiti.
Oleh sebab itu, saya tak malu jika orang hantam saya DAPig, tak apa, tapi ini realiti.
Ini benar-benar yang berlaku sejak dulu sampai sekarang. Masa dulu, kita nak ternak babi, kadang-kadang kita berdepan dengan masalah. Seekor betina babi ada 18 ambing susu.
Maknanya, kadangkala dia lahirkan 20. Macam mana dua ekor lagi? Dia nak minum apa dan makan apa? Ini pernah berlaku di rumah saya juga, but masa itu, saya runding dengan abang, ibu bapa. Kita tak boleh biarkan dua ekor ini dan dibuangkan, tidak boleh. Kemanusiaan tak boleh. Oleh sebab, saya ternak babi itu dengan susu lembu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua— Puan Yang di-Pertua. Masa itu, kita sebut babi itu, babi susu lembu. Kita bagi dia minuman susu pekat manis.
[Ketawa] Itu keadaan yang benar buat masa itu. Oleh sebab itu, saya tak rasa ada apa-apa tentang babi. Tak, tak terasa. Sebab itu...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh, boleh mencelah sikit Dato’? Boleh?
Seorang Ahli
Boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak, ini bagi cerah.
Dato' Leong Ngah Ngah
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Bagi cerah mata sikit petang-petang ini.
Dato' Leong Ngah Ngah
Sila.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dato’, sebenarnya isu babi ini, isu orang nak makan babikah atau isu menternak babi pada tempat yang sewajarnya atau isu apa?
Dalam Islam ada dua. Satu babi, satu anjing. Ada orang dalam sejarah Islam masuk syurga kerana menyelamatkan anjing. Orang Islam tak berperang dengan babi dan orang Islam tak berperang dengan anjing. Kerana anjing yang haus, orang turun, cedok air dalam kasut, beri pada anjing. Nabi kata masuk syurga dia.
Isu yang ada sekarang ini ialah isu yang macam yang Dato’ sebut ialah isu nak jaga keharmonian supaya jenis-jenis ternakan atau apa-apa pun, sensitiviti, malah pun ayam.
Kalau diternak ayam dengan najis yang banyak di tengah masyarakat yang ramai, lalat penuh masuk rumah pun tak boleh. Jadi sekarang ini, saya fikir apa yang dibahaskan sekarang, sekarang ini ialah meletakkan apa yang nak dibuat itu di tempat yang wajar sesuai dan tidak menimbulkan sensitiviti masyarakat sama ada Islam mahupun tidak Islam. Kalau dia itu berbau, bukan sekadar orang Cina ataupun orang-orang India, orang Melayu, orang Cina pun mungkin tak suka dengan itu.
Jadi, perbahasan yang besar sekarang ini dalam isu yang ada ini ialah supaya tidak ditempatkan di tempat yang memberikan sensitiviti kepada masyarakat lain yang turut menjadi masyarakat bersama dalam negara, tambah juga perkara yang terkait dengan isu najis dan yang lain-lain. Menghormati yang lain. Apa pandangan Dato’?
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu budaya berlainan dengan kaum Islam, kaum bukan Islam, Muslim. Sebab kaum Muslim ini, dia berlainan. Dia tumpu kepada banyak agama, banyak tentang isu yang tertentu, tapi untuk kaum Cina ini, anjing tidak jadi halangan. Sebab anjing ini adalah binatang yang paling taat setia kepada tuannya. Paling taat setia. Jadi dengan lokasi. Kita kena faham, di Malaysia ini, di setiap daerah, mana daerah tidak ada Cina. Mana daerah tidak ada orang Melayu. Mana daerah tidak ada orang India. Semua ada.
Jadi kita nak cari lokasi yang mana, jauh-jauh sangat ataupun 100 kilometer, itu tak mungkin. Asalkan dia jauh, lima kilo, 10 kilo. Asalkan dia punya kandang dalam keadaan selamat. Alam sekitar boleh diterima, ikut undang-undang yang boleh terima. Itu penting.
Bukan sebab ada orang duduk sini, kita tak boleh ternak. Cuma yang penting arahnya, jauhnya yang tidak mencemarkan alam sekitar dan kita— bukan saya berkontrol. Ada Jabatan Veterinar, Jabatan Kesihatan, dia menentukan, bukan saya boleh menentukan. Jika dia tentukan bahawa dia tidak mencemarkan alam sekitar, cemarkan mana-mana pihak, apa pasal kita nak buat bantahan? Itulah maksud saya. Yang Berhormat Tuan, terima kasihlah.
Jadi dengan isu ini, buatlah orang yang ternak babi ini susah. Saya lahir daripada keluarga ternak babi. Saya sekarang tak ternak, tapi saya fikir kasihan. Tak ramai juga keluarga. 1,000 lebih, 100 lebih di Selangor. Aku tetap pun di Perak, 200 keluarga, tapi ini libat dengan maruah. Maruah. Kita ternak babi daripada sejarah dulu, bukan sekarang. Kita makan babi daripada sejarah dulu sampai sekarang. Pasal sampai saat sekarang, kita kena dihentikan. Libat dengan maruah. Saya tak ternak tapi saya makan, tapi jika ada orang menentang tidak berasas. Tidak berasas. Jadi saya fikir, ini sudah menjejaskan maruah supaya orang jangan makan babi, tapi macam mana pun, kita hormat jawatan kerajaan.
Jika laporan itu katakan, dia tidak cemar. Kita tak boleh sebutkan, oh, ini orang Cina duduk punya tempat. Ini orang Melayu duduk punya tempat. Ini India duduk punya tempat.
Kita tak, mesti menghalang, tapi ini saya fikir tidak berasas. Oleh sebab itu, saya mintalah berikan kelonggaran yang benar sikit. Menerima orang yang usaha supaya dia mendatangkan keuntungan kepada semua dan negara. Itu yang lebih penting.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, selama ini masyarakat bukan Muslim menjalankan aktiviti ekonomi mereka, cara hidup mereka dan umat Islam pula dihormati dengan pegang agama mereka, keharmonian wujud hasil sikap saling menghormati. Itu sangat penting. Selama ini, saya selalu, saya bersama dengan kawan PAS dulu. Sangat rapat. Saya tidak nafikan 20 tahun dahulu, kita bersama dengan Tok Guru Nik Aziz dan pimpinan yang lain, sangat rapat. Tidak sentuh langsung tentang ini. Jika tidak langgar syarat.
Jika adalah terkawal. Jika adalah sihat untuk semua. Pasal hari ini tempoh masa itu, yang saya fikirlah, saya fikirlah, ramai tak boleh terima khasnya orang Cina, orang India.
Di dunia ini, 75 peratus population makan babi. 75 lebih kurang, makan babi. Jadi kena terima hakikat ini satu sektor yang boleh dibangunkan untuk memaju negara. Tak akan kita import. Import jika lebih murah, tak apa. Kita persaingan. Sainglah. Usaha lebih baik supaya dia harga turun. Jadi kita belilah. Itulah tentang persaingan. Jadi jangan campur sangat dalam kehidupan orang yang ternak babi. Minta.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh usaha membanteras rasuah seperti yang tetap ditekankan dalam Titah Diraja. Rasuah adalah musuh utama negara yang merosakkan sistem pentadbiran, menjejaskan keyakinan pelabur serta membebankan rakyat.
Dato' Leong Ngah Ngah
Kita menyambut baik tindakan tegas yang diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Integriti mesti menjadi asas pentadbiran negara. Tanpa integriti negara, segala usaha pembangunan akan gagal menjamin masa depan.
Kita juga melihat tanda-tanda pemilihan ekonomi memperkukuhkan mata wang negara. Ini menunjukkan bahawa kestabilan politik dasar fiskal yang berhemah serta keyakinan pelabur memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Namun pertumbuhan ekonomi mestilah bersifat inklusif, sektor pertanian dan penternakan termasuk perusahaan tradisional yang lama— yang telah lama menyumbang kepada ekonomi tempatan kita tidak harus dipinggirkan.
Puan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan ucapan tentang lawat Malaysia 2026. Saya tertarik sebab untuk seorang wakil rakyat atau rakyat yang mencintai negara, tak kira pembangkang ataupun parti perintah, kita harus menyambut, menarik pelancong ke Malaysia.
Oleh sebab itu kita 2020 untuk kita menarik pelancong daripada luar dan tempatan.
Dan saya dengan ini saya nak cadang untuk meng-create satu imej yang cantik, imej yang baik, friendship. Saya cadang mulai pada hari ini kita senyum khasnya di hotel, senyum dengan muka yang baik supaya orang luar datang Malaysia, dia tengok orang kita senyum dia akan tanya where are you from? I’m local, I’m Malaysian. Oh Malaysia feel so good, so friendly. Jadi dia akan balik rumah dia katakan Malaysia is one of the best country in the world.
Itulah akan menguntung kita. Jadi saya cadangkan mesra di semua kalangan khasnya di hotel. Ini cadangan saya haraplah ia dapat dipertimbangkan.
Nombor dua, kita masih banyak import barangan. Untuk kurangkan import, kurangkan pekerja asing, mengarahkan rakyat kita untuk tambah produktiviti mengurangkan import bukan hebat untuk menuntut subsidi. Cadangan melainkan menarik pelabur tidak juga pengusaha tempatan permit patut disambut dengan baik. Jadi kita kurangkan import penting, tapi jika kurangkan import, kita kena usaha. Jadi saya cadangkan juga.
Nombor satu, bagi pengusaha tanpa permit secara umum, galakan mereka minta permit atau kebenaran, galakkan mereka. Selama ini orang pandai usaha, dia pandai kerja, tapi tak pandai mohon. Akhirnya, ribu-ribu, ratus-ratus, puluh-puluh tahun tak dapat permit, tapi dia punya kebun jaya produktiviti. Oleh sebab itu, saya fikirlah kita sebagai kerajaan kena menggalakkan bagi tempoh kepada mereka yang tidak ada permit minta, lepas itu kita baru pertimbang sama ada lulus atau tidak lulus.
Nombor dua, tanah terbiar. Berikanlah tempoh tertentu kepada tuan tanah. Dalam tempoh yang tertentu majukannya. Kita ada 120,000 hektar tanah terbiar. Ini pasti, patutnya dimajukan. Jadi dalam masa yang tertentu, tidak diusahakan kerajaan kena campur, kena ambil alih supaya dibangunkan dengan cara koperasikah dengan— pastikan dibangunkan.
Dan ini pernah dimainkan China. Ada tanah dua ekar, setengah ekar nak maju susah. Lepas itu dia tumbuh koperasi, biar koperasi untuk majukan. Kemudian tuan tanah dia dapat dia punya bahagian, dia dapat keuntungan. Oleh sebab itu saya cadanglah kawasan tanah terbiar dimajukan.
Nombor dua, melatih orang, khasnya Orang Asal untuk menanam tanaman. Bukan berikan ikan dan dia tak tahu pancing. Latih supaya mereka tahu menanam. Mereka ada tanah yang cukup luas, tapi tak tahu tanam. Nak tahu bersaing, ajar. Latih mereka tanam kemudian jual di pasaran supaya mereka dapat kerja, dapat income yang tambahan.
Nombor empat, mengadakan peneroka usaha tanah sendiri dari upah pekerja asing.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, kita faham ramai pekebun kecil ada tanah, tapi oleh sebab pekerja asing senang diupah. Jadi mereka sudah serah kepada pekerja asing. Lama- lama dia sendiri pun tak tahu. Oleh sebab itu, saya cadang juga jika sesiapa yang ada kebun— jangan dua ekar, dua ekar kena koperasi tak boleh cari makan. 10 ekar atau dua ekar kita kena buat sendiri. Jika tiada kerja lain saya cadangkan kita buat sendiri.
Mula-mula ada bantuan kerajaan, kita tanam semula kelapa sawit. Kemudian maintenance, maintenance tak susah yang penting, yang paling susah adalah menuaikan hasil kelapa sawit nak potong bukan senang, saya tak boleh sekarang, tapi jika kita mulai daripada umur dia kecil, pokok itu umur kecil kita boleh umum, mulakan. Jadi kita tuai. Kita keluarkan hasil. Lama-lama kita sudah sesuai dengan keadaan, sampai dia tinggi pun kita boleh keluarkan. Itulah keadaan juga kita boleh kurangkan pekerja asing yang untungkan negara. Itu perkara yang sangat penting dan saya harap ini dapat juga diambil perhatian.
Berhubung dengan kuil, tokong, masjid yang dianggap haram. Tuan Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, ini sejarah sudah lepas ratus-ratus tahun. Tak tahu kesilapan siapa, tapi ianya kita jangan kacau kerja. Kesilapan siapa? Kita cari jalan macam mana selesai.
Jadi saya cadang juga, mana-mana masjid pun, kuil pun, tokong pun, jika dia sudah wujud lama, kita kena bantu macam mana dia boleh di-legalize-kan. Jika dia dapat di-legalize kurangkan masalah. Tapi janganlah cuba roboh sebab ini adalah sentimen. Ini adalah satu perkara yang tidak berkemanusiaan dan ini akan timbul juga perasaan yang tidak puas hati.
Jadi kerajaan juga daripada mulai dari sekarang, jika nak luluskan tanah kena pandang sama ada tanah ini telah dibina kuil, tokong ataupun masjid. Sekiranya dia sudah ada pembinaan ratus-ratus tahun, puluh-puluh tahun kerajaan juga kena fikir supaya diberikan keutamaan kepada tokong, kepada kuil ataupun kepada masjid yang berkenaan. Jadi ini akan kurangkan konflik.
Jadi saya fikirlah demi keadilan semua pihak, kuil ini bukan kawasan besar, tokong ini bukan kawasan besar, masjid ini bukan kawasan besar, tak akan kita tak boleh selesai. Apa yang katakan saya rasa tidak puas hati. Kerajaan mulai daripada sekarang kita kena ambil perhatian tentang pertanian. Saya selalu suarakan orang pandai-pandai usahakan tanah, jajakan tanah tak pandai minda. Orang pandai minta tanah dapat kebenaran tak boleh buat tanah terbiar. Itu hakikat. Jadi kerajaan baharu, Kerajaan MADANI kena timbang semula tentang semua ini.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh usaha banteras rasuah, yang ini sudah sentuh. Marilah kita bersama-sama menjadikan Titah Diraja sebagai pedoman dalam membina negara yang berintegriti, bersatu padu dan makmur.
Dato' Leong Ngah Ngah
Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi perlu dizahirkan melalui dasar yang adil, penguat kuasa yang saksama dan sikap saling menghormati antara kaum. Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang aman, stabil, dihormati di persada antarabangsa. Akhir kata, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Dato’, tepat masanya. Sikit je nak sampai 30 minit ya.
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Anna Bell.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan syukur dan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada hari yang mulia ini.
Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kemajuan pencapaian Malaysia, reformasi pentadbiran dan undang-undang serta pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah, saya berdiri pada hari ini dengan penuh takzim dan rasa tanggungjawab. Sesungguhnya, Titah Baginda bukan sekadar ucapan dasar, tetapi suatu amanah kenegaraan yang menuntut kita memastikan setiap dasar yang dirancang benar-benar diterjemahkan kepada hasil yang boleh diukur, dinilai dan dipertanggungjawabkan.
Kemajuan yang disebut dalam titah hendaklah disandarkan kepada indikator prestasi yang jelas, reformasi pentadbiran mestilah disokong oleh pindaan undang-undang yang konkrit dan integriti pula mesti dibuktikan melalui tindakan penguatkuasaan yang konsisten serta bebas daripada campur tangan.
Di kesempatan ini juga saya menzahirkan rasa syukur atas kesinambungan kepimpinan Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang memberi ruang untuk meneruskan agenda Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0). Agenda ini bukan sekadar slogan pembangunan, tetapi suatu pelan tindakan yang menumpukan kepada kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Maka, sudah semestinya kesinambungan kepimpinan ini amat penting bagi memastikan perlaksanaan projek-projek strategik tidak diganggu dan perancangan jangka panjang dapat direalisasikan dengan lebih tersusun dan berimpak tinggi kepada kerajaan negeri. Tambahan lagi, kerjasama erat antara kedua-dua kepimpinan ini membuka ruang kepada penyelarasan dasar yang lebih tersusun khususnya dalam perlaksanaan projek infrastruktur, pemulihan hak di bawah MA63, pembangunan luar bandar dan agenda peralihan tenaga.
Apabila Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bergerak seiring isu-isu birokrasi dapat diminimumkan. Kelulusan projek dapat dipercepatkan dan peruntukan dapat disalurkan tanpa pertindihan atau kelewatan yang merugikan rakyat. Kesepaduan ini juga memberi isyarat positif kepada pelabur domestik dan antarabangsa bahawa Sabah berada dalam keadaan politik yang stabil dan mesra pelabuhan. Lebih penting, hubungan baik ini membolehkan pendekatan Whole-of-Government dilaksanakan secara berkesan.
Puan Yang di-Pertua, dalam semangat menjunjung titah, saya ingin menekankan unsur akauntabiliti dalam setiap jawapan yang bakal diberikan oleh pihak kementerian, rakyat hari ini menuntut ketelusan. Oleh itu, setiap jawatan Menteri hendaklah disertakan dan garis masa pelaksanaan yang spesifik serta jumlah peruntukan yang diperincikan supaya Dewan ini menerima jawapan yang berasaskan fakta dan data bukan sekadar retorik atau penyataan umum.
Kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan frasa seperti sedang dalam perancangan atau akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Tanpa komitmen masa dan angka yang jelas. Saya yakin di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI hari ini, setiap kementerian akan menjalankan tanggungjawab serta tugasnya sebaiknya kepada Dewan yang mulia ini.
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik Titah Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh tentang Perjanjian MA63. Saya ingin merakamkan penghargaan buat kerajaan atas usaha yang dilaksanakan baru-baru ini apabila melancarkan dashboard MA63 untuk memberi kemas kini status pelaksanaan Perjanjian MA63. Berhubung tuntutan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ini, saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah status terkini semakan semula pemberian khas 40 peratus hasil bersih Sabah di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan bagi tahun 2026.
Adakah kerajaan bersedia menetapkan satu formula tetap yang berasaskan kiraan hasil sebenar agar isu ini tidak lagi tertakluk kepada rundingan ad hoc setiap tahun? Saya juga ingin bertanya, apakah cabaran sebenar yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha melaksanakan Perjanjian MA63 ini? Sabah memerlukan kepastian fiskal untuk merancang pembangunan jangka sederhana dan panjang. Tanpa formula yang tetap, yang termaktub secara jelas, negeri ini terus berada dalam keadaan ketidak tentuan perancangan kewangan.
Puan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri, Undang- undang dan Reformasi Institusi mengenai langkah memurnikan tafsiran hak Sabah ke atas pelantar benua dan sumber petroleum supaya selari dengan semangat autonomi negeri yang dijamin di bawah MA63. Apakah tindakan perundangan atau pindaan yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan tafsiran tersebut tidak bercanggah dengan hak-hak asal yang dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Malaysia?
Perkara ini amat penting kerana ia menyentuh sumber hasil strategik yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri, lebih-lebih lagi Sabah yang merupakan negeri pesisir yang menggiatkan aktiviti laut.
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik terhadap Titah Tuanku terhadap keterjaminan makanan bahawa Sabah mempunyai potensi tanah yang luas, tetapi masih bergantung kepada makanan import. Dalam Titah Tuanku bahawa negara perlu mencapai Tahap Sara Diri (SSL) yang lebih tinggi. Persoalan saya, sejauh manakah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia menjadikan Sabah sebagai jelapang padi kedua atau hab agromakanan negara dengan menyediakan insentif khas bagi pembukaan tanah berskala besar di Sabah pada tahun 2026 tahun ini.
Puan Yang di-Pertua, kita menghargai keseriusan pihak kerajaan dalam menyelesaikan sepenuhnya Projek Pan Borneo Sabah yang mengalami masalah lewat siap dan memakan masa yang lama. Namun, mengenai Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini, memandangkan kita telah berada dalam tahun 2026, saya memohon Menteri Kerja Raya menyatakan secara terperinci peratusan siap bagi setiap pakej Fasa 1B serta tarikh jangka siap yang dikemas kini.
Apakah jaminan kerajaan bahawa tiada lagi kelewatan berpunca daripada isu pengambilan tanah atau pelantikan kontraktor? Rakyat Sabah telah terlalu lama menunggu kemudahan asas ini yang bukan sahaja memacu ekonomi, malahan menyelamatkan nyawa melalui jaringan jalan raya yang lebih selamat.
Kepentingan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tidak boleh dilihat sekadar sebagai pembinaan jalan raya, tetapi ia adalah sebagai pemangkin transformasi struktur ekonomi dan sosial di negeri ini. Apatah lagi lebuh raya ini menghubungkan bandar utama dengan kawasan pendalaman sekali gus mengurangkan masa perjalanan kos logistik dan risiko kemalangan di laluan utama yang sempit serta tidak selamat.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Bagi rakyat di daerah seperti Ranau, Telupid, Lahad Datu dan Semporna, jaringan jalan raya yang lebih baik akan membuka akses kepada pasaran pendidikan, kemudahan kesihatan dan peluang pekerjaan. Dari perspektif makroekonomi, projek ini meningkatkan kebolehpasaran pelaburan, memperkukuhkan rangkaian bekalan industri serta merangsang pembangunan koridor ekonomi baharu di sepanjang jajaran lebuh raya.
Justeru, kejayaan dan penyempurnaan projek Pan Borneo Sabah bukan sahaja memenuhi keperluan infrastruktur asas tetapi menjadi simbol komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan wilayah lain di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, isu air dan elektrik merupakan masalah utama di negeri Sabah yang bersangkut paut dengan keutamaan kesejahteraan rakyat yang ditekankan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Tuanku. Bagi isu bekalan air dan elektrik, kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion untuk elektrik dan RM1 bilion untuk air dalam Belanjawan 2026.
Saya memohon garis masa terperinci bagi penyiapan Projek Southern Link serta program penggantian paip usang di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Masalah gangguan air, bekalan elektrik tidak stabil dan jalan raya rosak sering kali digelar dengan tiga serangkai yang menghantui rakyat Sabah. Adakah kerajaan memberi komitmen bahawa sekurang- kurangnya dua daripada tiga isu ini dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh kewangan ini?
Penyelesaian menyeluruh terhadap isu bekalan air dan elektrik di Sabah merupakan prasyarat asas kepada kesejahteraan rakyat dan berdaya saing ekonomi negeri. Bekalan air bersih yang konsisten serta elektrik yang stabil bukan sahaja menyentuh aspek keselesaan hidup seharian tetapi juga menentukan keberkesanan operasi hospital, sekolah, industri kecil dan sederhana serta pelaburan baharu. Gangguan berulang dan tekanan air rendah sudah semestinya memberi implikasi langsung kepada kos perniagaan, keselamatan makanan dan kesihatan awam. Di kawasan luar bandar, ketiadaan bekalan yang stabil memperlahankan usaha pembasmian kemiskinan dan memperluaskan jurang pembangunan.
Justeru, penyempurnaan projek-projek loji rawatan air, penggantian paip usang, penaiktarafan grid serta penambahan kapasiti penjanaan bukan sekadar projek teknikal tetapi agenda pemulihan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan. Apabila isu ini diselesaikan secara tuntas dan berjadual, ia akan menjadi asas kukuh kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berkualiti, hidup yang lebih bermaruah bagi rakyat di Sabah.
Puan Yang di-Pertua, masalah banjir merupakan masalah yang sering kali berlaku dalam negara. Pada minggu yang lepas telah berlaku banjir besar di beberapa daerah di Sabah, termasuklah Pitas, daerah saya sendiri. Sandakan juga turut mengalami. Kota Kinabalu, Paitan, di mana mangsa banjir seluruh negeri dilaporkan meningkat kepada lebih 3,600 orang daripada 1,500 keluarga yang terjejas dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat hujan berterusan sejak beberapa hari yang lalu menunjukkan betapa seriusnya impak banjir terhadap komuniti bandar dan luar bandar. Statistik ini membuktikan keperluan kepada pelaksanaan projek tebatan banjir yang lebih segera, terancang dan bersepadu, khususnya di kawasan yang menjadi hotspot banjir seperti sepanjang sungai utama dan kawasan rendah berisiko tinggi.
Sabah telah melaksanakan beberapa projek mitigasi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan peruntukan hampir RM948.1 juta bagi 15 projek tebatan banjir yang berjaya mengurangkan jumlah kawasan bahaya banjir daripada 798 kawasan kepada 517 kawasan. Oleh itu, projek tebatan banjir seperti pembinaan sistem saliran moden, pengukuhan tebing sungai, empangan kecil dan sistem amaran awal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada harta dan nyawa tetapi juga mengurangkan kos ekonomi jangka panjang yang ditanggung oleh kerajaan serta rakyat. Tanpa langkah mitigasi yang lebih pantas dan berkesan, gangguan berulang akibat banjir hujan akan terus menghantui dan membebankan komuniti tani, pelajar, peniaga kecil serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Puan Yang di-Pertua, dalam aspek pembasmian kemiskinan, Sabah masih lagi mencatatkan beberapa daerah termiskin di Malaysia seperti Tongod, Nabawan dan Pitas.
Bagaimanakah peruntukan pembangunan RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026 akan diagihkan secara spesifik untuk merancakkan aktiviti ekonomi luar bandar? Adakah terdapat pecahan peruntukan mengikut daerah serta indikator kejayaan yang boleh diukur seperti peningkatan pendapatan isi rumah atau pengurangan kadar kemiskinan tegar? Tanpa sasaran yang jelas, peruntukan besar sekalipun tidak menjamin perubahan struktur ekonomi tempatan.
Puan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan bahawa pembasmian kemiskinan bukan sekadar agenda kebajikan tetapi strategi pembangunan jangka panjang yang menentukan kestabilan sosial dan kemampanan ekonomi negeri. Kemiskinan yang berlarutan mewujudkan kitaran kekurangan akses kepada pendidikan yang berkualiti, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur asas dan peluang pekerjaan. Sekali gus mengehadkan mobiliti sosial generasi akan datang.
Apabila intervensi pembangunan dilaksanakan secara bersasar, melalui peningkatan kemahiran, sokongan keusahawanan desa, pembinaan infrastruktur asas serta akses pasaran bukan sahaja meningkatkan pendapatan isi rumah, malah merangsang ekonomi setempat dan mengurangkan ketidaksamarataan wilayah.
[Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Mesyuarat****] Sesungguhnya, kejayaan membasmi kemiskinan tegar di daerah-daerah ini akan menjadi indikator sebenar keberkesanan dasar nasional kerana kemajuan sesuatu negeri tidak diukur melalui pertumbuhan bandar semata-mata tetapi melalui sejauh mana golongan yang paling terpinggir turut menikmati hasil pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, agenda pendigitalan dan pengukuhan jaringan di Malaysia merupakan tunjang kepada daya saing negara dalam ekonomi global yang semakin berasaskan teknologi dan data. Infrastruktur digital yang mantap termasuk capaian Internet yang berkelajuan tinggi, liputan 5G yang meluas serta sistem rangkaian yang stabil bukan sahaja mempercepatkan urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam, malah membuka peluang baharu dalam e-dagang, pendidikan dalam talian, teleperubatan dan inovasi perusahaan kecil dan sederhana.
Bagi negeri-negeri seperti di Sabah dan Sarawak, pendigitalan berperanan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar bagi memastikan pelajar, usahawan dan komuniti kedalaman tidak lagi ketinggalan dalam arus Revolusi Industri 4.0.
Di kesempatan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai keberkesanan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI atau nama sekali SALAM yang melibatkan kos RM2 bilion. Adakah kelajuan Internet di sekolah-sekolah pendalaman Sabah menunjukkan peningkatan yang boleh diukur selepas pelaksanaan projek ini? Berapakah purata kelajuan sebelum dan selepas projek ini dilaksanakan? Dan berapa peratus kah sekolah luar bandar yang kini menikmati capaian yang stabil? Pelaburan digital hanya bermakna jika ia benar- benar merapatkan jurang digital, bukan sekadar mencatat angka perbelanjaan.
Tuan Yang di-Pertua, menjaga keselamatan negara khususnya di kawasan sempadan merupakan tanggungjawab teras dalam mempertahankan kedaulatan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sempadan darat dan maritim negara bukan sahaja laluan perdagangan dan mobiliti tetapi juga terdedah dengan ancaman jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, pencerobohan perairan dan aktiviti ekstremisme.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Kelemahan kawalan sempadan boleh memberi implikasi langsung kepada keselamatan dalam negeri, ekonomi serta imej negara di peringkat antarabangsa. Dalam aspek keselamatan dan kedaulatan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur, ESSZONE di bawah ESSCOM, saya ingin mengetahui apakah perancangan kerajaan untuk memperluaskan penggunaan teknologi kecergasan buatan dan dron jarak jauh dalam Operasi Sanggah? Ancaman jenayah rentas sempadan semakin kompleks dan memerlukan pendekatan berteknologi tinggi. Berapakah jumlah aset baharu yang akan diperolehi pada tahun 2026 serta latihan khusus yang diberikan kepada anggota keselamatan bagi memastikan teknologi tersebut dimanfaatkan secara optimum? Perkara ini penting bagi menjaga keselamatan rakyat dan mencegah daripada serangan terorisme di negara yang kita cintai.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasakan agenda modal insan dan pembasmian kemiskinan, aspek pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) perlu diberi perhatian strategik. Khususnya, institusi seperti GIATMARA dan pusat TVET yang beroperasi lebih daripada 10 hingga 20 tahun tetapi masih tidak mempunyai bangunan sendiri di seluruh negara. Terdapat lebih 1,300 institusi TVET awam dan swasta dengan kapasiti melebihi 200,030 pelajar setahun. Namun, sebahagian pusat latihan di luar bandar masih beroperasi di premis sewaan yang tidak kondusif. Keadaan ini menyebabkan kos operasi semakin saban, semakin meningkat. Ketidakstabilan lokasi pembelajaran serta gangguan kepada kesinambungan latihan.
Sebagai contoh, GIATMARA Libaran yang telah beroperasi sejak tahun 2003 sehingga kini masih menyewa dan terpaksa berpindah-randah dan dalam masa yang sama, terpaksa menghadapi kadar sewa yang meningkat dua kali setahun. Situasi ini bukan sahaja membebankan pengurusan, malah menjejaskan perancangan jangka panjang pembangunan fasiliti dan bengkel latihan. Dalam konteks keperluan Revolusi Industri 4.0, peralatan bantuan mengajar dan mesin latihan juga perlu menepati standard industri semasa termasuk automasi, teknologi digital, kemahiran hijau dan kemahiran yang ditawarkan. Ini adalah penting untuk memastikan graduan TVET benar-benar memenuhi kehendak pasaran kerja.
Justeru, dicadangkan agar pusat-pusat TVET yang telah lama beroperasi diberikan bangunan kekal di kawasan strategik dan khususnya berhampiran hab pendidikan dan kemudahan asrama disediakan terutamanya untuk pelatih dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Pelaburan dalam infrastruktur kekal ini bukan sekadar kos fizikal, tetapi jaminan keberkesanan sistem TVET sebagai laluan mobiliti sosial dan pengurangan kadar pengangguran belia yang kini berada dalam sekitar 10 peratus secara nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian seisi Dewan terhadap kos ekstrem dalam pelaksanaan projek luar bandar dan kawasan kepulauan turut memerlukan pertimbangan dasar yang lebih realistik dan berasaskan keperluan sebenar. Sabah mempunyai lebih 1,000 kampung luar bandar dan puluhan perkampungan kepulauan yang memerlukan kos logistik tambahan daripada 30 peratus sehingga 50 peratus lebih tinggi berbanding projek di kawasan bandar akibat faktor pengangkutan jarak jauh dan kekangan infrastruktur asas. Dalam pelaksanaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) dan projek baik pulih rumah, agensi pelaksana sering berhadapan kesukaran mendapatkan kelulusan kos ekstrem walaupun harga bahan binaan dan kos pengangkutan meningkat secara ketara.
Statistik menunjukkan bahawa kos binaan tertentu meningkat antara 15 sehingga 25 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Manakala, kos pengangkutan ke pulau atau kawasan pedalaman boleh jadi meningkat dua kali ganda berbanding kawasan daratan utama. Sekiranya kelulusan kos tambahan tidak dipertimbangkan secara fleksibel, projek akan tertangguh atau spesifik pembinaan terpaksa dikurangkan. Sekali gus menjejaskan kualiti dan keselamatan rumah yang dibina. Sedangkan projek-projek ini amat bermakna bagi masyarakat luar bandar dan kepulauan untuk menikmati tempat tinggal yang selamat, bermaruah dan setara dengan rakyat di kawasan lain. Keadilan pembangunan menuntut agar formula kelulusan peruntukan mengambil kira faktor geografi dan logistik Sabah secara objektif supaya tiada komuniti yang tercicir hanya kerana kos pelaksanaan yang lebih tinggi akibat lokasi tersebut.
Saya menyambut baik Titah Tuanku yang menekankan tentang usaha memerangi rasuah di Malaysia. Memerangi rasuah dan menegakkan integriti dalam kalangan penjawat awam bukan sekadar slogan dasar semata-mata tetapi merupakan asas kepada tadbir urus yang berkesan. Akauntabiliti dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Malaysia masih lagi menghadapi cabaran dan persepsi dan amalan rasuah dalam sektor awam yang mencatatkan skor 50 daripada 100 dan kedudukan ke tangga 57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024, menunjukkan masih wujud persepsi rasuah yang perlu diberi perhatian serius dalam pentadbiran awam. Isu ini memberi impak langsung kepada kecekapan perkhidmatan awam, integriti tender dan perolehan serta keyakinan pelabur.
Justeru, integriti penjawat awam hendaklah dikuatkuasakan melalui pendidikan etika, sistem pemantauan yang tegas serta tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi terhadap penerima atau pemberi atau ejen yang bersubahat. Rakyat amat bergantung kepada penjawat awam yang jujur dan profesional untuk memastikan dasar yang dilaksanakan secara telus, perbelanjaan awam dibelanjakan secara berhemah dan keputusan pentadbiran mencerminkan kepentingan umum dan bukan sebaliknya. Tanpa integriti yang kukuh, usaha pembasmian rasuah tidak akan berhasil dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan akan terus terhakis, satu risiko yang tidak mampu ditanggung oleh sistem pentadbiran negara yang berdaya saing dan berwibawa.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup kepada perbahasan ini, izinkan saya merumuskan keseluruhan inti pati yang telah saya bangkitkan sama ada yang berkaitan Ekonomi MADANI, pelaksanaan RMK13, keadilan wilayah, MA63, infrastruktur asas, keterjaminan makanan, keselamatan, pendigitalan, peralihan tenaga, pembasmian kemiskinan mahupun integriti. Semuanya berpaksikan kepada satu matlamat utama iaitu memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah dapat dicapai secara adil dan menyeluruh.
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi peringatan jelas bahawa kemajuan negara tidak boleh diukur melalui angka pertumbuhan semata-mata, tetapi mesti dinilai melalui sejauh mana manfaat pembangunan sampai ke akar umbi. Dalam konteks Sabah, ini bermakna jurang pembangunan wilayah mesti dirapatkan secara sistematik.
Peruntukan di bawah RMK13 hendaklah diagihkan secara seimbang bukan hanya tertumpu kepada projek mega di bandar tetapi memacu transformasi ekonomi luar bandar di daerah- daerah yang sekian lama ketinggalan. Keadilan wilayah bukan retorik politik. Ia adalah keperluan struktur bagi memastikan kestabilan persekutuan terus berlaku.
Sesungguhnya, menjunjung Titah Seri Paduka Baginda bukan sekadar lafaz kesetiaan tetapi komitmen untuk memastikan segala aspirasi yang dizahirkan benar-benar diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan dan memberi impak kepada rakyat dengan semangat reformasi, keadilan wilayah, integriti dan perpaduan, kita beriltizam untuk membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan. Menjunjung kasih Tuanku atas titah dan pedoman yang diberikan. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita semua dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. Dengan ini saya menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell.
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Profesor Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman. Dipersilakan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Salam Malaysia MADANI.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya menjunjung kasih setinggi-tingginya ke hadapan ke hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Diraja yang telah disampaikan sempena perasmian Sidang Penggal Kelima, Persidangan Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari yang lalu.
Titah Diraja yang disampaikan tidak bersifat umum atau berselindung, sebaliknya satu seruan kenegaraan yang tegas, jelas dan berprinsip yang menyentuh asas perundangan negara, iaitu integriti, pentadbiran, keadilan undang-undang, bahasa kebangsaan dan maruah institusi. Menjunjung Titah Diraja pada hemat saya bukan sekadar menyatakan persetujuan atau sokongan secara lisan, tetapi memikul amanah moral dan institusi untuk menterjemahkan titah tersebut kepada pembetulan dasar, reformasi institusi dan keberanian politik yang nyata.
Dalam kesempatan masa diberikan, saya akan memanfaatkan dengan membahaskan tiga perkara. Ia mempunyai kaitan langsung dengan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda merangkumi yang pertama, pembanterasan rasuah, yang kedua, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan ketiga, kesejahteraan rakyat dalam sektor perumahan, pengangkutan dan sebagainya yang mempunyai kaitan langsung dengan negeri Selangor.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan kemurkaan dan kekecewaan yang amat mendalam terhadap kes-kes rasuah yang terus berlaku sebagaimana dilaporkan secara meluas dalam media massa. Pelakuan rasuah ini seolah-olah mencabar kewibawaan undang-undang dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
Rasuah yang seperti disentuh oleh Baginda, bukan sekadar kesalahan individu atau pentadbiran, tetapi pengkhianatan terhadap amanah negara yang melumpuhkan institusi, membazir sumber awam, menghakis keadilan sosial dan merosak masa depan negara dan generasi akan datang. Bagi membanteras rasuah yang tidak bermoral ini, langkah yang wajar dilaksanakan ialah dengan mengadakan sistem penguatkuasaan dan proses pembicaraan daripada yang sedia ada kepada yang lebih pantas, tegas dan berkesan sehingga keadilan bukan saya ditegakkan tetapi lihat ditegakkan tanpa berlengah dan tanpa kompromi.
Dalam konteks ini, saya mengalu-alukan cadangan reformasi institusi yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Khas Rasuah. Mahkamah ini yang boleh diwujudkan seumpama Mahkamah Tentera atau Court Martial dengan izin. Mahkamah ini sewajarnya mempunyai kuasa yang khusus, hakim yang dilantik khas, prosedur perbicaraan yang diperkemas, serta jadual perbicaraan yang ketat dan berfokus.
Tujuan pewujudan mahkamah ini bukan untuk menafikan hak tertuduh atau mencipta sistem selari yang sewenang-wenangnya tetapi bagi memastikan kes-kes rasuah sama ada melibatkan penerima rasuah ataupun pemberi rasuah dibicarakan secara lebih pantas, konsisten dan berintegriti tanpa tertangguh bertahun-tahun sehingga melemahkan usaha pencegahan dan menghakis keyakinan awam.
Pokok paku di tepi para, Pokok meranti di tengah rimba; Rasuah itu musuh negara, Musnah bangsa angkara haloba. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa rakyat Malaysia seluruhnya mengalu-alukan usaha SPRM membanteras amalan rasuah tanpa mengira latar belakang dan kedudukan individu. Walau bagaimanapun, tindakan yang tegas ini mestilah diyakini sepanjang proses pelaksanaannya supaya kewibawaannya tidak terjejas dan tidak terlihat dalam semua keadaan terdapat sebarang unsur amalan pilih kasih atau amalan dwi-standard.
Sebarang bentuk amalan yang bercanggah ini bukan sahaja boleh menimbulkan persoalan, tetapi boleh membawa kepada terhakisnya tahap keyakinan masyarakat terhadap institusi ini. Dalam konteks ini, masyarakat umum perlu difahamkan tentang prosedur operasi standard atau SOP dengan izin, yang dilaksanakan bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh mencetuskan kegelisahan.
Di sini saya tidak berhasrat untuk menimbulkan tentang kontroversi yang berkisar di sekitar kepimpinan tertinggi institusi ini kerana telah banyak diperkatakan. Sebaliknya, persoalan yang saya ingin kemukakan secara khusus menyentuh tentang prosedur dan kategori mereka yang dikenakan memakai pakaian SPRM berwarna oren. Adakah hanya mereka yang didakwa diwajibkan memakai pakaiannya atau mereka yang hadir ke mahkamah untuk tahanan reman juga diperlukan memakai pakaian ini?
Isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tetapi penampilan individu dengan pakaian ini di tengah-tengah khalayak mempunyai implikasi yang tidak boleh dipandang rendah. Saya timbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana terdapat rungutan dan kegelisahan terhadapnya berkaitan dengan pemakaian pakaian oren SPRM.
Pemakaian pakaian oren ini disedari atau tidak, membabitkan maruah individu yang terlibat. Dalam perkembangan media sosial yang tersebar luas, perkembangan yang berlaku di mahkamah dan prosesnya boleh ditonton secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat serta terdedah kepada pelbagai interpretasi dan tanggapan.
Masyarakat sudah tentu tertanya-tanya mengapa ada kes berprofil tinggi dan membabitkan rampasan jutaan ringgit dalam pelbagai mata wang, jongkong emas, jam mewah, beg tangan mewah dan barangan mewah yang lain, apabila dibawa ke mahkamah tidak kelihatan individu berkenaan memakai pakaian oren SPRM. Pada waktu yang lain, seorang pegawai tinggi angkatan tentera yang dibawa ke mahkamah bersama-sama isteri pertama, isteri kedua untuk permohonan tahanan reman oleh mahkamah dikenakan pakaian oren.
Timbul persoalan apabila pegawai tinggi ini didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah beberapa hari kemudian yang turut didakwa mahkamah ialah isteri ketiga. Baru tahu ada tiga isteri?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dua ke tiga?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Yang ketiga. Yang kena dakwa yang ketiga. Yang tak pakai baju SPRM. Ya, seperti yang dinyatakan tadi, itu yang berlaku. Persoalan juga timbul apabila seorang tokoh korporat yang disegani dalam negara dan dihormati di peringkat antarabangsa kerana keilmuan dan sumbangan besar yang diberikan, dibawa ke mahkamah, dituduh melakukan penyelewengan dana syarikat. Tidak ada jongkong emas yang dirampas, tidak ada kereta mewah yang disita, tidak ada jutaan ringgit yang dirampas dan dilaporkan. Sebaliknya individu itu dikenakan pemakaian pakaian oren untuk tahanan reman, dan dipertontonkan sehingga media merakamkan proses ini berpesta menyebarkan luas berita sensasi ini.
Insiden ini bukan sahaja menjatuhkan reputasi individu berkenaan, tetapi juga menjejaskan imej institusi yang dijuarainya. Sedangkan beliau masih dalam siasatan dan belum didapati bersalah. Apabila didakwa di mahkamah semalam, tuduhan dikenakan berkaitan dengan perniagaan sekuriti tanpa lesen yang dilakukan tiga tahun lalu. Walaupun apa pun alasan, reputasi tokoh kewangan Islam ini sudah terjejas, begitu juga institusi yang dijuarainya selama ini yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya timbulkan ialah berkaitan dengan pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa serantau.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sebelum pindah, boleh celah sikit Prof.?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan masyarakat apabila seseorang sudah dipakai baju kuning [Dicelah] .
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Oren.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Baju oren. Pandangan dia orang itu dah bersalah atau tak bersalah? Betul tak bahawa persepsi bila dipakai baju oren, ini memang dah orang teruk.
Dalam Islam, yang dituduh masih tidak bersalah sehingga dibuktikan. Maksudnya mahkamah menjatuhkan hukumannya, bersalah. Ertinya masyarakat dah judge kan dia itu salah dah, sebelum mahkamah hukum bersalah.
Yang kedua, bila dijatuhkan mahkamah, mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba tidak bersalah. Apa kesan kepada orang itu? Berapa harga yang perlu dibayar? Saya melihat di Hong Kong, sebuah negara yang mempunyai rekod hebat dalam rasuah pemulihannya, tapi mereka tidak kenakan hukuman pakaian uniform pesalah sehinggalah mereka disahkan bersalah. Apa komen?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih di atas komen. Seperti yang saya katakan tadi bahawa pemakaian baju oren ini membabitkan soal maruah. Bagi seorang individu sebagai seorang manusia, maruah itu merupakan suatu perkara yang penting. Dengan sebab itu, saya timbulkan di sini supaya ada suatu prosedur yang jelas. Sama ada mereka itu semuanya diwajibkan pakaian oren ataupun orang tertentu?
Itu yang berlaku pada hari ini. Sedangkan kalau disebutkan tadi bahawa ketika dibawa reman, baru reman ya, belum lagi dihukum dan sebagainya.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Itu sudah dikenakan pakaian oren dan dipertontonkan dan tersebar luas ya. Oleh itu, saya melihat bahawa perkara ini perlu dilihat semula supaya dalam konteks kita manusia, maruah merupakan sesuatu yang paling penting dan pemakaian oren itu sebenarnya menjejaskan ataupun mencemarkan maruah seseorang individu. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan pemerkasaan bahasa Melayu.
Dalam titah yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa pentadbiran dan bahasa jati diri negara Malaysia yang bermaruah.
Menyahut seruan kepada penegasan ini, persoalan dasar adakah kita benar-benar memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa wacana tinggi dan bahasa pentadbiran yang berdisiplin atau sekadar menggunakannya sebagai simbol tanpa usaha diperkukuhkan kualiti dan martabatnya?
Perlu disedari bahawa bahasa Melayu mempunyai sejarah perkembangan yang panjang seiring dengan perkembangan bahasa yang tersohor dan klasik yang lain seperti bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Mandarin dan lain-lain. Walaupun bahasa Melayu sudah dipertuturkan sejak kewujudan tamadun dirantau ini, namun pemerkasaannya berlaku secara teratur dan serentak dengan pesat dengan perkembangan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16.
Penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan tamadun berkembang dengan luas dengan penggunaan tulisan Jawi. Melalui bahasa dan tulisan ini, Islam berkembang pesat di alam Melayu dan bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa perdagangan di kota perdagangan kosmopolitan ini.
Menurut laporan seorang pengembara dan pelapor bangsa Portugis abad ke-15 dan ke-16 yang bernama Tomé Pires, beliau melaporkan bahawa terdapat lebih 80 bahasa yang dipertuturkan di bandar pelabuhan Melaka pada waktu itu merangkumi bahasa Jawa, Tamil, Arab dan sebagainya.
Paling ketara apabila bahasa Melayu dipertuturkan secara meluas dan menjadi bahasa perantaraan bagi semua pedagang yang berdagang di Melaka. Sejarah Nusantara juga memberikan legitimasi yang amat kukuh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu yang patut saya sentuh sepintas lalu. Pada April 1926, melalui Kongres Pemuda I Hindia- Timur Belanda di Batavia, sekarang Jakarta, para pemuda-pemuda di seluruh wilayah, etnik dan latar belakang di seluruh kepulauan di bawah jajahan Hindia Belanda atau Indonesia pada hari ini telah membincangkan keperluan satu bahasa bagi negara kesatuan yang bakal dibentuk.
Dalam perbincangan tersebut, bahasa Melayu telah diketengahkan sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu bagi penyatuan satu bangsa Indonesia Merdeka. Dua tahun kemudian, pada 28 Oktober 1928 oleh Kongres Pemuda II, lahirlah Sumpah Pemuda Indonesia iaitu satu ikrar bersejarah bagi pembentukan sebuah tanah air, satu bangsa, satu bahasa bagi negara Indonesia Merdeka.
Bahasa yang dimartabatkan sebagai bahasa rasmi Indonesia ialah bahasa Indonesia yang akar umbinya ialah bahasa Melayu. Walaupun negara Indonesia mempunyai ratusan bahasa dan dialek dengan bahasa Jawa merupakan kumpulan etnik terbesar namun dialek tersebut tidak dipilih tetapi sebaliknya yang dipilih secara konsensus adalah sebagai bahasa Melayu, bahasa rasmi negara Indonesia Merdeka.
Penilaian ini dibuat bukan kerana dominasi kaum tetapi sebaliknya kerana pada ketika itu bahasa Melayu telah pun berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perdagangan, bahasa wacana intelektual dan diterima meluas di rantau ini. Bagi membolehkan bahasa Melayu dimartabatkan, amat wajar penggunaannya diperkukuhkan dan diterima bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh rantau ASEAN.
Untuk tujuan penggunaan bahasa Melayu, untuk tujuan ini bahasa Melayu baku yang pernah diperkenalkan penggunaan suatu ketika dahulu wajar diusahakan kembali penggunaannya bagi membolehkan sebutan, struktur dan laras bahasa Melayu dilaksanakan di semua peringkat pendidikan, pentadbiran dan komunikasi awam.
Tuan Yang di-Pertua, penggunaan bahasa Melayu baku bukan soal elitis bahasa tetapi prasyarat penting kepada keturunan perantaraan bahasa termasuk aspirasi menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa meluas penggunaannya di peringkat ASEAN.
Persoalan yang patut saya kemukakan adakah kerajaan mempunyai pelan jangka masa panjang yang jelas dan tersusun untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu melalui standard bahasa baku, permohonan bahasa, diplomasi bahasa dan kerjasama serantau agar bahasa Melayu benar-benar menjadi aset strategik bagi mewujudkan penyatuan serantau?
Memartabatkan bahasa Melayu turut memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ilmu yang dihormati. Untuk tujuan ini, universiti awam perlu memainkan peranan penting bagi memastikan bahasa Melayu dimartabatkan dalam segenap aspek yang turut membabitkan PdP, pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti pengajian tinggi awam.
Pengajaran subjek kursus dalam bahasa Melayu amat perlu bukan hanya terbatas kepada subjek MPU, mata pelajaran universiti dan dalam bidang bukan sains semata-mata.
Pada waktu ini, terdapat universiti awam yang mengajar mata pelajaran bagi fakulti yang berkaitan dengan sains dan teknologi sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Dengan tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris, pihak KPT juga perlu menetapkan peratus tertentu subjek dan kursus dalam bidang sains dan teknologi yang turut diajar dengan menggunakan bahasa Melayu.
Usaha ini sudah tentu akan memainkan peranan penting dengan hasrat untuk menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ilmu menjadi satu realiti. Selain itu, sehingga kini penulisan artikel dalam jurnal berstatus Scopus dan ISI yang sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris terus menjadi syarat dalam penilaian kenaikan pangkat universiti awam.
Pengiktirafan kepada penulisan dan penghasilan buku yang ditulis dalam bahasa Melayu perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya sebagai syarat wajib bagi kenaikan pangkat jika usaha memartabatkan bahasa Melayu benar-benar serius ingin dilaksanakan.
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai keupayaan untuk menjadi bahasa penyatuan dan bahasa tamadun sekiranya diperkasakan dengan kesungguhan, disiplin, kestabilan politik dan visi kebangsaan.
Pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling memahami serta bertoleransi antara satu sama lain dimainkan sejauh mana bahasa Melayu disanjungi dan penggunaannya meluas dalam aspek kehidupan masyarakat.
*Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.
Burung merpati terbang di awan, Turun sebentar di tepi muara; Bahasa Melayu, bahasa perpaduan, Menyatu bangsa seluruh negara.* Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi sepanjang tahun 2025 dan memasuki awal 2026 menunjukkan lonjakan yang ketara dan meyakinkan. Pencapaian ini amat wajar diakui sebagai hasil kepimpinan ekonomi yang konsisten, berprinsip dan berpaksikan reformasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita.
Ekonomi Malaysia mempamerkan daya tahan luar biasa apabila melonjak sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025, sekali gus mencatatkan kadar pertumbuhan terpantas dalam tempoh tiga tahun. Prestasi memberangsangkan ini telah memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2025 kepada 5.2 peratus melampaui unjuran rasmi awal kerajaan yang menyasarkan 4.0 hingga 4.8 peratus.
Pencapaian ini juga menandakan salah satu prestasi tahunan terbaik dalam era pascapandemik. Rizab negara pada November 2025 menunjukkan rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan jumlah sebanyak USD124.1 bilion berbanding hanya USD114 bilion atau USD114.7 bilion pada tahun 2022. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, pemulihan sektor pembuatan dan perkhidmatan, pasaran buruh yang stabil dengan kadar pengangguran sekitar di bawah tiga peratus serta inflasi yang kekal di bawah dua peratus.
Ringgit Malaysia pula mencatatkan prestasi luar biasa apabila melonjak ke paras 3.89 berbanding Dolar Amerika pada pertengahan Februari 2026 iaitu kedudukan terkuat dalam tempoh hampir lapan tahun. Sepanjang tahun 2025, ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi baik, terbaik di Asia dengan mencatatkan pengukuhan sebanyak 10.2 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi kejayaan yang boleh saya senaraikan. Tetapi sekadar menyebut angka-angka yang memperlihatkan kejayaan ini, persoalan yang ingin saya kemukakan sudah tentu bagaimana momentum pertumbuhan dan keyakinan pasaran ini akan dipastikan kekal mampan? Dan bagaimanakah manfaat makroekonomi ini diterima akan secara langsung kepada peningkatan pendapatan sebenar, pengurangan kos hidup dan penciptaan pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat secara keseluruhannya?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan prestasi ekonomi menghasilkan inisiatif membawa kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, termasuk pelaksanaan-pelaksanaan gaji penjawat awam yang menyuntik berbilion ringgit, kenaikan domestik dan sebagainya.
Kesan berganda daripada peningkatan kuasa beli ini harus dimanfaatkan untuk memberangsang sektor perkhidmatan, perusahaan kecil dan sederhana serta ekonomi bandar dan luar bandar. Sekali lagi persoalan yang ingin ditimbulkan, bagaimana langkah-langkah konkrit yang dilakukan oleh kerajaan ini mampu membawa kepada limpahan pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan?
Pada waktu yang sama, bagaimana pertumbuhan ini dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat terbanyak? Ini merupakan harapan yang diletak oleh rakyat yang bukan sekadar terpukau dengan pencapaian mengikut angka tetapi kesejahteraan dalam kehidupan seharian yang nikmatnya dapat sentiasa dirasai.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Senator dilantik negeri Selangor, sama seperti rakan- rakan saya daripada negeri-negeri lain, izinkan saya membawa ke Dewan ini beberapa isu utama yang sering dibangkitkan oleh rakyat negeri ini. Yang pada hakikatnya, turut mencerminkan cabaran nasional serta pengurusan sumber.
Seperti makna sedia maklum, Selangor menyumbangkan sebanyak 26 peratus pada GDP negara. Walaupun dengan sumbangan ini, Selangor juga tidak sepi daripada pelbagai masalah yang memerlukan perhatian. Di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya akan kemukakan beberapa perkara yang berkaitan.
Yang pertama ialah berkaitan dengan bekalan air mencukupi. Selangor terus berdepan cabaran berkaitan jaminan bekalan air mentah sama ada akibat pencemaran sungai, kemarau bermusim atau tekanan pemetaan yang semakin meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, penduduk dan industri.
Pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) merupakan langkah penting ke arah pengurusan risiko bekalan air. Namun begitu, persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat ialah sejauh mana skim ini benar-benar bersifat jangka panjang, berdaya tahan dan bersepadu khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan iklim dan cuaca ekstrem yang semakin kerap.
Persoalan kepada kerajaan juga adalah apakah nilai terkini terhadap keberkesanan SJAM dalam menjamin keselamatan bekalan air mentah untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Termasuk dari segi perlindungan sumber air, pembinaan takungan alternatif serta tahap penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan juga operator air.
Perkara kedua yang ingin saya timbulkan ialah berkaitan dengan perumahan dan daya huni bandar. Selangor turut berdepan dengan perumahan usang khususnya kawasan perumahan yang berusia lebih daripada 50 tahun yang semakin tidak selamat, sesak dan tidak lagi memenuhi standard daya huni yang wajar. Usaha pembangunan semula perumahan seperti ini bukan sekadar isu fizikal, tetapi melibatkan keselamatan, keselesaan dan kestabilan sosial penduduk asal yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, yang sebahagiannya pula sudah lanjut usia.
Persoalan kepada kerajaan ialah adakah terdapat pelan induk yang jelas dan menyeluruh bagi pembangunan semula perumahan usang termasuk mekanisme pembiayaan, jaminan hak penduduk asal untuk mengembalikan mereka mendiami kawasan rumah mereka serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi berkaitan seperti PKNS dan sebagainya.
Perkara ketiga yang juga banyak dibincangkan ialah masalah banjir yang tidak berkesudahan. Isu banjir di Selangor semakin kerap dan serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak boleh dianggap sebagai fenomena luar biasa atau bermusim semata-mata.
Jika di setengah-setengah kawasan, banjir dikaitkan dengan musim tertentu. Tetapi di Selangor, banjir dikaitkan dengan hujan. Apabila berlaku hujan, berlakulah banjir, termasuklah di Shah Alam beberapa minggu yang lalu, berlaku banjir. Kekerapan serta tahap banjir yang serius yang berlaku, jelas memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat, harta benda, aktiviti ekonomi dan daya tahan komuniti setempat.
Dalam konteks ini adalah penting untuk ditegaskan bahawa perubahan iklim global ataupun climate change dengan izin, merupakan faktor utama yang diiktiraf secara meluas termasuk peningkatan intensif hutan ekstrem, perubahan corak cuaca serta kenaikan paras air laut akibat fenomena pemanasan global yang berlaku di seluruh negara sebagai faktor utama.
Namun demikian, selain faktor global, persoalan yang wajar diteliti secara objektif ialah sejauh mana faktor tempatan. Seperti perubahan guna tanah, pembangunan pesat, kapasiti sistem saliran serta keberkesanan penyelarasan tebatan banjir telah meningkatkan tahap risiko banjir. Khususnya di kawasan penduduk padat dan lembangan sungai utama.
Terdapat juga dakwaan awam dan media sosial yang membabitkan isu ini dengan pencerobohan hutan atau pembangunan tidak seimbang di kawasan-kawasan sensitif yang juga memerlukan tindakan yang tegas bagi mengelakkannya menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, persoalan yang ingin saya ajukan kepada kerajaan ialah apakah terdapat penilaian menyeluruh dan berasas data terkini mengenai punca banjir di Selangor khususnya di bandar Shah Alam? Dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
Datuk Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya timbulkan ialah kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam. Kesesakan lalu lintas di Selangor khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar telah memberi kesan langsung kepada produktiviti ekonomi, kualiti hidup serta kesejahteraan fizikal dan mental rakyat. Walaupun pelbagai projek pengangkutan awam telah dilaksanakan, namun tahap kebergantungan kepada kenderaan persendirian masih tinggi.
Sepertimana ditimbulkan dalam semalam, rakyat Selangor masih menunggu operasi LRT3 yang telah pun tertangguh beberapa kali. Begitu juga dengan West Coast Expressway, yang juga telah tertangguh begitu beberapa kali. Penangguhannya memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan penduduk khususnya di sekitar Lembah Klang.
Datuk Yang di-Pertua, mungkin bagi rakan-rakan yang tinggal di luar Selangor atau di luar Lembah Klang tidak merasai soal kesesakan ini. Bagi saya yang dibesarkan di sini, ini merupakan suatu perkara yang tak dapat dielakkan.
Saya tinggal di Kajang, jauhnya 28 kilometer dan tak layak untuk membuat tuntutan batuan. Tapi untuk sampai ke sini, Yang di-Pertua, saya ambil masa satu jam setengah ataupun satu jam 15 minit. Pergi satu jam 15 minit, balik satu jam 15 minit. Kalau bulan Ramadhan akan mengambil masa satu jam setengah ataupun dua jam untuk sampai rumah di Kajang.
Mungkin itu nikmat bagi mereka yang tinggal di luar daripada Lembah Klang. Tapi, kami di Lembah Klang itulah perkara yang terpaksa kami lalui. Oleh itu, apa yang ingin saya timbulkan di sini Yang di-Pertua ialah perlu ada satu usaha untuk membolehkan perkara ini di atasi.
Sebagai contoh, perlu ada usaha untuk membolehkan laluan masuk ke bandar raya yang melalui Tol Sungai Besi itu diselesaikan sekurang-kurangnya mengurangkan tempoh perjalanan untuk masuk ke ibu kota atau masuk ke bandar raya dan begitu juga untuk keluar daripada bandar raya.
Di sini juga saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan suatu lingkaran yang menyambungkan antara Kajang, Bangi dan juga Putrajaya. Kerana pada hari ini, hampir setiap hari laluan ke Putrajaya mengalami kesesakan teruk dan memandangkan kawasan ini merupakan kawasan yang sedang berkembang pesat wajar, cadangan ini dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi. Saya ingin timbulkan juga tentang perkara berkaitan dengan lampu jalan luar bandar dan keselamatan komuniti. Di kawasan luar bandar dan separuh bandar di Selangor, isu lampu jalan yang tidak mencukupi dan tidak berfungsi masih berlarutan dan perlu diberikan perhatian.
Persoalan dibangkitkan adakah audit menyeluruh dilaksanakan terhadap status lampu jalan luar bandar dan adakah peruntukan khusus serta mekanisme penyelenggaraan yang lebih cekap disediakan bagi memastikan keselamatan rakyat tidak dipandang ringan?
Sebagai kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, persidangan Dewan Parlimen— maafkan saya, persidangan Dewan pada kali ini agak signifikan kerana kerajaan akan membentangkan beberapa rang undang-undang yang menyentuh teras pembinaan negara berperlembagaan khususnya dalam usaha memperkukuhkan prinsip Rule of Law, akauntabiliti kuasa dan keseimbangan institusi.
Antara yang paling penting ialah rang undang-undang yang mencadangkan pengasingan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan daripada kuasa membuat pertuduhan jenayah di mahkamah. Rang undang-undang — kedua yang tidak kurang pentingnya ialah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan tempoh yang berkaitan dengan tempoh Perdana Menteri iaitu selama 10 tahun.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Jika dilihat secara keseluruhan, pelarasan undang-undang ini mencerminkan satu agenda besar reformasi institusi kerajaan yang jika dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh, cermat, berani dan konsisten mampu menjadi asas kepada sebuah negara Malaysia yang lebih stabil dan wibawa.
Langkah yang diambil oleh Kerajaan MADANI juga menunjukkan dengan jelas usaha bagi memastikan tata kelola yang baik, membanteras sebarang bentuk pelaburan kuasa dalam agenda memberikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bermakna kita berani membetulkan yang pincang, memperteguh institusi, memartabatkan bahasa dan memastikan pembangunan ekonomi yang pesat benar-benar dirasai oleh rakyat secara keseluruhannya. Saya dengan ini menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator Prof.
Mekar mewangi bunga cempaka, Sering disunting puteri jelita; Bahasa Kebangsaan usah di lupa, Membina maruah negara kita. Okey, seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Nelson Angang.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Titah Baginda mengingatkan kita tentang amanah, kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat serta kepentingan menghormati asas pembentukan Malaysia. Saya amat menghargai keprihatinan Baginda dan menyokong sepenuhnya semangat kebersamaan sebagai warga bangsa Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda turut menekankan kesejahteraan rakyat termasuk pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Dalam konteks pendidikan, saya mengambil maklum cadangan kemasukan murid Darjah 1 pada umur enam tahun bermula 2027 yang bersifat pilihan. Fleksibiliti ini memberi ruang kepada ibu bapa membuat keputusan berdasarkan kesiapsiagaan anak masing-masing.
Namun begitu, sifat pilihan ini juga berpotensi mewujudkan jurang pendidikan sekiranya pelaksanaannya tidak mengambil kira realiti infrastruktur sekolah di negeri-negeri dan Wilayah Sabah. Kita sedia maklum bahawa Sabah masih berhadapan dengan isu sekolah daif yang memerlukan tindakan segera dan berperingkat. Justeru, saya ingin bertanya sama ada kajian khusus telah dijalankan bagi menilai kesiapsiagaan Sabah dari segi kapasiti bilik darjah, keadaan fizikal sekolah, nisbah guru, murid serta kesiapsiagaan ibu bapa sebelum dasar ini dilaksanakan. Dasar yang baik di peringkat nasional tidak boleh menghasilkan ketidaksaksamaan di peringkat perlaksanaan. Matlamat kita bukan sekadar mempercepat kemasukan ke sekolah, tetapi memastikan setiap kanak-kanak tanpa mengira lokasi dan latar belakang mendapat peluang pendidikan yang adil dan setara.
Dari segi infrastruktur, saya ingin memfokuskan kepada bekalan elektrik yang merupakan asas kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Bekalan elektrik yang stabil dan mampan bukan sahaja penting untuk isi rumah malah menjadi faktor utama dalam menarik pelaburan dan merancakkan pertumbuhan industri.
Sabah Electricity telah melalui proses transformasi termasuk pengukuhan tadbir urus serta inisiatif teknologi seperti meter pintar. Namun cabaran paling kritikal ialah kelestarian kewangan syarikat utiliti ini. Kos penjanaan elektrik di Sabah lebih tinggi berbanding tarif yang dikenakan mewujudkan jurang kos yang bergantung kepada subsidi daripada Kerajaan Persekutuan. Ketergantungan berterusan kepada subsidi menjadikan struktur kewangan ini tidak mampan dalam jangka panjang sekiranya tiada reform menyeluruh. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan perlu melihat isu ini secara serius dan menyeluruh bagi memastikan modal pembiayaan jangka panjang yang lebih stabil dapat diwujudkan.
Dalam bidang kesihatan, Sabah memerlukan kemudahan rawatan jantung yang lebih menyeluruh dan berkeupayaan tinggi. Projek naik taraf Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II kepada Institut Jantung Sabah diumumkan bermula September 2025 dan rakyat ingin mengetahui perkembangan serta garis masa pelaksanaannya. Pada ketika ini, kepakaran pakar bedah jantung di Sabah adalah amat terhad dan tertumpu di Kota Kinabalu sahaja. Saya difahamkan hanya terdapat dua pakar untuk seluruh Sabah. Bandingkan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh pakar-pakar ini, yang diberikan tanggungjawab untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan jantung di Sabah. Keadaan ini juga menyebabkan pesakit dari Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan kawasan pedalaman terpaksa dirujuk ke Kota Kinabalu.
Dalam kes kecemasan, setiap minit adalah penentu antara hidup dan mati.
Keterbatasan kepakaran dan faktor geografi menunjukkan keperluan mendesak untuk menambah pakar serta fasiliti sokongan yang lengkap. Kita juga menantikan Hospital Universiti Malaysia Sabah beroperasi sepenuhnya bagi membangunkan kepakaran tempatan.
Sabah turut berhadapan dengan isu pendatang asing tanpa izin atau PATI yang memberi tekanan kepada sistem kesihatan dan keselamatan. Warga asing dilaporkan gagal membayar bil rawatan hospital kerajaan berjumlah sebanyak RM102 juta dalam tempoh tiga tahun sejak 2023, termasuk sekitar RM22.40 juta melibatkan PATI pada tahun 2025. Isu ini perlu ditangani secara sistematik melalui pendekatan penguatkuasaan dan pengurusan sumber yang lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada 20 Februari 2026, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina atau dengan izin, the Department of Foreign Affairs sekali lagi mengulangi pendirian mereka berhubungan tuntutan ke atas Sabah. Walaupun tuntutan ini bukan perkara baru, pengulangan tersebut menimbulkan kemarahan dan keresahan dalam kalangan rakyat Sabah. Sabah adalah sebahagian yang sah dan tidak terpisah daripada Malaysia berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Perlembagaan Persekutuan serta proses penentuan nasib sendiri yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedaulatan Sabah adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dirundingkan. Kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian yang jelas, tegas dan konsisten bahawa Sabah adalah wilayah berdaulat dalam Malaysia dan status tersebut adalah muktamad.
Tuan Yang di-Pertua, segala isu yang saya bangkitkan hari ini akhirnya kembali kepada satu asas yang sama, iaitu semangat Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian Malaysia atau MA63 ini bukan sekadar dokumen sejarah, tapi asas Perlembagaan yang membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak. Persekutuan yang matang bukan dibina atas dominasi satu pihak atas pihak yang lain. Ia dibina atas kepercayaan, atas penghormatan, atas pelaksanaan janji. Dalam sistem Persekutuan, mempertahankan pembahagian kuasa yang adalah selari dengan kepentingan nasional. Malah kegagalan menghormati pembahagian kuasa inilah yang boleh menimbulkan ketidakseimbangan dan ketidakpuasan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sebuah Persekutuan yang matang, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri mestilah berteraskan prinsip hormat menghormati serta kepatuhan kepada perlembagaan. Bagi Wilayah Sabah dan Sarawak, apabila kita menuntut agar hak-hak kita dihormati termasuk perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian asal pembentukan Malaysia, ia bukan bermaksud kita mempersoalkan kepentingan negara. Sebaliknya, penghormatan terhadap hak-hak ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memastikan semangat pembentukan Malaysia terus dipelihara.
Datuk Nelson W Angang
Ini ada pula yang menyatakan agar membatalkan sahaja Perjanjian Malaysia dan jika Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati, mereka boleh keluar dari Malaysia. Dengan penuh hormat, izinkan saya berkata, rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah lari dari tanggungjawab nasional. Kami juga mempertahankan negara ini. Kami juga menyumbangkan kepada hasil negara ini. Kami juga mengangkat nama Malaysia dengan penuh kebanggaan di peringkat antarabangsa. Kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan kami. Apa yang kami mahukan hanyalah satu perkara, dihormati. Dihormati seperti yang dijanjikan. Dihormati seperti yang termaktub. Dihormati sebagai rakan setara dalam Persekutuan.
Justeru, apabila kita menegaskan supaya hak Sabah dan Sarawak dihormati, ia bukan bermaksud kita menolak kepentingan nasional. Kepentingan negara tidak boleh disalah ertikan yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menangguhkan, mengecilkan atau mentafsir semula hak yang telah dipersetujui dan diperuntukkan. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah mempersoalkan kepentingan Malaysia. Yang mereka mempersoalkan ialah mengapa hak yang telah dijanjikan begitu sukar untuk dihormati sepenuhnya.
Tuan Yang di-Pertua, Persekutuan ini akan terus dan lebih kukuh jika setiap negeri, setiap wilayah merasakan dirinya dihargai, dihormati dan dilayan sebagai rakan setara, bukan sekadar penyumbang hasil. Rakan yang dihormati haknya akan menjadi rakan strategik yang lebih kuat dan akan memperkukuhkan struktur Persekutuan. Bukannya melemahkan negara, inilah semangat federalisme yang kita junjung.
Marilah kita kembali kepada asas laksanakan perlembagaan dengan jujur tanpa tafsiran yang selektif. Itulah kepentingan negara sebenar. Isu 40 peratus hasil dikutip dari Sabah bukan tuntutan politik bermusim, tetapi peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menghormati MA63 dan menyelesaikan isu 40 peratus secara berprinsip bukan melemahkan Persekutuan. Sebaliknya, memperkukuh federalisme dan memulih kepercayaan.
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa Sabah berhak untuk mendapat 40 peratus bahagian hasil yang dikutip oleh Persekutuan dari Sabah dan menganggap kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula jumlah ini sejak 1974 sebagai tidak mematuhi Perlembagaan. Kerajaan Persekutuan telah berulang kali memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa mereka tidak merayu hak hasil 40 peratus Sabah seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Jaminan ini telah memberi harapan dan keterujaan kepada rakyat Sabah bahawa akhirnya isu ini dapat diselesaikan.
Walaupun bagaimanapun, pemfailan notis rayuan dan kemudiannya memorandum rayuan atau dengan izin Memorandum of Appeal Kerajaan Persekutuan mendedahkan sebaliknya. Dalam keputusan mahkamah tinggi, mendapati bahawa selepas semakan pertama berakhir pada tahun 1973, tiada semakan sah berlaku dari tahun 1974 dan seterusnya walaupun Perkara 112D Sub 4 Perlembagaan Persekutuan secara khususnya menyatakannya. Ini telah menyebabkan Sabah kehilangan hak hasil Perlembagaan selama 50 tahun. Inilah yang dikatakan sebagai tahun yang hilang atau dengan izin the lost years.
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan agar perundingan dimulakan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dalam tempoh 90 hari dan seterusnya memuktamadkan perbincangan berkaitan dengan jumlah hasil yang sebenarnya terhutang kepada Sabah sepanjang tahun-tahun tersebut dalam tempoh 180 hari dari tarikh keputusan mahkamah tinggi.
Memang benar, Kerajaan Persekutuan tidak merayu kepada formula matematik 40 peratus ini tetapi ia merayu hampir semua perkara lain yang memberikan perintah mahkamah tersebut kuasa undang-undang untuk melaksanakan niat sebenar penghakiman tersebut.
Kerajaan Persekutuan mengatakan ia menerima hak Sabah untuk dibayar. Tetapi, apa yang dirayu adalah pengakuan yang memberi makna kepada hak tersebut.
Pada masa ini, perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah sedang berjalan untuk memuktamadkan jumlah sebenar hasil hak 40 peratus Sabah ini melalui Jawatankuasa MA63. Kerajaan Persekutuan telah menyatakan bahawa mereka komited untuk menyelesaikan rundingan tersebut yang mana saya nyatakan tadi berdasarkan kepada perintah mahkamah. Seharusnya dimuktamadkan dalam tempoh 180 hari. Dan dalam penghitungan saya Tuan Yang di-Pertua, tempoh tersebut akan berakhir pada 16 April 2026 ini.
Walau bagaimanapun, persoalan saya ialah adakah Kerajaan Persekutuan komited dan akan mematuhi tempoh yang diberikan oleh mahkamah untuk memuktamadkan jumlah hasil yang terhutang dalam rundingan dengan Kerajaan Sabah. Ini adalah kerana, bolehkah Kerajaan Persekutuan benar-benar memuktamadkannya sedangkan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Rayuan adalah mencabar hak Sabah terhadap hasil dalam tahun-tahun yang hilang atau the lost years sejak tahun 1974.
Kemungkinan tidak akan ada jawapan yang diberikan daripada pihak kerajaan dalam persoalan ini kerana mungkin dikatakan sebagai sub judice. Tetapi keikhlasan Kerajaan Persekutuan untuk akhirnya mengembalikan hak 40 peratus Sabah sedang diperhatikan dan ditunggu oleh rakyat Sabah.
Saya memohon agar Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik rayuan di mahkamah rayuan berkaitan dengan isu 40 peratus ini jika mereka benar-benar menghormati dan mengiktiraf hak ini agar semua pihak dapat bergerak ke hadapan bersama dan akhirnya dapat benar-benar memuktamadkan perkara ini. Yang mana kami yakin bahawa jika ia dapat dimuktamadkan, ia akan mengubah kehidupan dan keadaan rakyat dan kedudukan Sabah yang direkodkan sebagai yang termiskin di Malaysia.
Ini tidak bermaksud kita tidak menghormati hak Kerajaan Persekutuan untuk membuat rayuan. Namun, kita juga mengetahui tidak semua keputusan itu perlu dirayu dan ada waktunya Kerajaan Persekutuan membuat pendirian untuk tidak merayu bagi kes-kes mahkamah mereka yang tidak berjaya. Kita juga mengakui dan menghargai kerajaan semasa melalui Jawatankuasa MA63 yang telah menyelesaikan banyak perkara berkaitan dengan MA63 dan kami berharap agar salah satu isu utama yang belum diselesaikan iaitu isu 40 peratus ini dapat diselesaikan secara baik, dengan penuh hormat dan dalam masa yang terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini, apabila pemimpin Sabah dan Sarawak bersuara mempertahankan hak yang termaktub. Ada yang menuduh kononnya perbuatan ini menghasut rakyat. Saya ingin tegaskan dengan sejelas-jelasnya tuduhan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab dan lebih daripada itu ia adalah berbahaya. Berbahaya kerana ia cuba menutup perbahasan yang sah dengan label politik. Berbahaya kerana ia merendahkan hak bersuara dalam sistem demokrasi. Berbahaya kerana ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap keikhlasan Persekutuan.
Datuk Nelson W Angang
Perpaduan nasional tidak lahir daripada menutup suara. Perpaduan nasional lahir dari keadilan, daripada penghormatan, daripada pelaksanaan janji. Apabila pemimpin Sabah dan Sarawak bercakap tentang hak yang termaktub dalam Perlembagaan, ia bukan hasutan. Itu adalah tanggungjawab.
Mengangkat isu hak Sabah dan Sarawak bukan tindakan memecahbelahkan. Ia adalah usaha untuk memastikan Persekutuan ini kekal seimbang dan adil. Jangan sesekali memperlekeh kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak. Mereka bukan mudah dipengaruhi dengan retorik. Mereka matang, mereka menilai fakta, mereka memahami sejarah pembentukan Malaysia. Mereka tahu membezakan antara perjuangan hak yang sah dan politik murahan.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Sekali lagi saya bukan orang Sabah, saya bukan orang Sarawak, saya orang Malaysia.
Cuma persoalan yang saya ingin bangkitkan di sini, apa pandangan Yang Berhormat, pada pandangan ataupun naratif yang menggambarkan Sabahan for Sabahan, Sarawakian for Sarawakian. Dari sudut naratif ya, kebimbangan kepada satu gambaran naratif ini, mungkin menyebabkan orang Malaysia secara menyeluruh, saya bilang. Bukan orang Semenanjung, seolah mahu melihat Sabah dan Sarawak ini satu entiti yang lain.
Jadi, bagaimana Yang Berhormat Senator? Saya amat bersetuju dengan semua prinsip yang diutarakan iaitu menghormati perjanjian dan bukan itu bermakna kita mahu ya, tidak menghormati federalisme tapi bagaimana kita mahu mengimbangkan realiti suara-suara yang mengatakan Sabahan for Sabahan, Sarawakian for Sarawakian?
Dan ini yang mungkin perlu ditangani supaya tanggungjawab Federal itu, mahu diberikan dengan juga rasa tanggungjawab bagi Sabah dan Sarawak untuk memastikan federalisme dan Malaysia kita kekal seperti yang kita mahukan iaitu aman, sejahtera dan adil pada setiap wilayah. Sekali lagi saya ulang, saya bukan orang Sabah, orang Sarawak, saya orang Malaysia. Terima kasih.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih sahabat saya. Slogan ‘Sabah first’ atau ‘Sarawak First’ ini saya boleh katakanlah adalah hasil daripada kekecewaan. Kekecewaan yang setelah sekian lama wujud ataupun kesabaran di kalangan rakyat Sabahlah yang saya boleh katakan, yang hampir menipis.
Kami semua, saya percaya rakyat Sabah dan juga Sarawak, mereka mahu melihat satu Persekutuan Malaysia yang berjaya dan makmur rakyatnya. Slogan seperti ‘Sabah First’, ‘Sarawak First’ dan ada juga saya dengar daripada sahabat saya daripada Pahang, ‘Pahang First’ beberapa bulan yang lepas. Ini bukan menggambarkan bahawa kita tidak setia kepada Malaysia. Kita tidak menyayangi negara kita ini.
Namun, kita menyatakan kerana kita mahu melihat, seperti contoh, Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara, menjadi sebuah wilayah yang makmur di dalam Persekutuan Malaysia. Bayangkanlah perasaan rakyat Sabah dan kalau boleh, dengan izin, rakyat Sarawak, apabila mereka dibawa berbincang dan dijanjikan dengan mewujudkan satu Persekutuan baharu pada tahun 1963 yang mengatakan dengan wujudnya Persekutuan yang kita namakan Malaysia ini, keadaan dan kedudukan rakyat di kedua-dua wilayah ini akan berubah dan akan mendapat satu kehidupan yang lebih baik.
Namun, sejak penubuhan Persekutuan Malaysia ini daripada tahun 1963, Sabah masih menjadi negeri ataupun wilayah yang termiskin di Sabah. Lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia ada di Sabah. Jadi, kekecewaan, kemarahan, ini bagi saya sudah sampai ke satu tahap yang di mana rakyat Sabah pun sudah mempersoalkan komitmen, tanggungjawab dan, dan apa, apa yang dijanjikan selama ini.
Saya mengambil satu contoh, Tuan Yang di-Pertua. Keputusan Pilihan Raya Sabah baru-baru ini. Keputusan pilihan raya, bukannya saya mahu memperkecilkan mana-mana gabungan ataupun mana-mana parti, tetapi keputusan dan sentimen-sentimen yang kita dengar dalam Pilihan Raya Sabah, dia, mereka secara terbuka menyatakan mahu melihat parti-parti tempatan atau parti-parti lokal untuk mentadbir negeri. Kenapa? Kerana mereka sudah lama marah, kecewa melihat Sabah masih dalam keadaan yang miskin. Keadaan infrastruktur yang masih jauh di bawah tahap kemakmuran yang diharapkan. Itu dari segi konteks bagi Sabah.
Saya tahu Sarawak akan mengadakan pilihan raya mereka pada tahun ini. Tapi dari segi konteks Sabah. Seperti yang saya katakan, kami pemimpin-pemimpin Sabah yang menyuarakan ketidakpuasan hati ini, kami suarakannya kerana ia adalah tanggungjawab kami. Dan kami mahu mempertahankan niat dan apa yang diilhamkan dan apa yang diniatkan dan apa yang mahu dilihat oleh bapa-bapa pengasas Malaysia ketika mereka menandatangani, menandatangani Perjanjian Malaysia pada tahun 1993.
Kami mahu mempertahankan. Kami mahu mempertahankan niat itu. Sebab itulah kami lantang bersuara. Kami lantang untuk mempertahankan apa hak kami di dalam Perlembagaan, apa yang dijanjikan. Kami cuma mahu menuntut apa yang dijanjikan. Bukan sesuatu yang baharu.
Saya ada mendengar bahawa pandangan-pandangan. Mungkin pada waktu ini di kalangan pemimpin yang mengatakan bahawa ya, mungkin keadaan sekarang sudah tidak sesuai. Masalahnya di sini, perjanjian itu dibuat pada 1993. Kita kena hormati perjanjian itu.
Bukan sekarang untuk membandingkan keadaan semasa sama ada ianya sesuai atau tidak.
Tidak. Segala perjanjian yang dibuat, segala perjanjian yang ditandatangani, kita perlu menghormati apa terma-terma yang ditandatangani.
Kalau terma-terma lama pun tidak dapat dihormati, dipenuhi, dilaksanakan, apa lagi perasaan rakyat-rakyat Sabah dan Sarawak apabila diberitahu bahawa mungkin keadaan sekarang sudah berubah. Mungkin terma ini perlu dilihat semula dalam keadaan yang mana terma-terma lama pun tidak dilaksanakan.
Jadi, saya seperti yang saya katakan, ini adalah kekecewaan. Sebab kesedaran di kalangan rakyat Sabah dan rakyat Sarawak kini sudah berada di satu tahap di mana semua rakyat memahami isu ini. Kalau pun, saya boleh katakan ada...
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
[Tidak jelas]
Datuk Nelson W Angang
Ya.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih. Saya saja ingin respons ya. Apa yang saya sampaikan tadi adalah menggambarkan satu ekstrem. Bukan kita menyatakan ‘Sabah First’ atau ‘Sarawak First’. Saya juga Perak. Saya mahu menyatakan ‘Perak First’. Itu bagi saya, normal. Walaupun saya asal orang Pulau Pinang. Saya boleh kata dua-dualah.
Saya pun Penang first juga. Tapi soal yang saya maksudkan, naratif yang agak ekstrem yang menyatakan Sabahan only for Sabahan. Sarawakian only for Sarawakian. Itu sudah bercanggah dengan prinsip yang kita sedang bicara ini.
Yang kedua, bagaimana kita mahu meyakinkan apabila kita melihat apa yang berlaku di Pilihan Raya Sabah baru-baru ini, tentang kerencaman parti-parti politik. Saya tak bercakap Sarawak, saya bercakap Sabah sebagai konteks saya. Kerencaman parti-parti politik yang tidak dapat dilihat mereka itu, punya satu visi yang sama tapi bertelagahan sesama sendiri.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Dan ini sendiri menggambarkan bagaimana orang Sabah boleh membuktikan tentang suasana politik yang lebih stabil. Kalau saya melihat selama ini daripada pengalaman singkat saya sebagai ahli politik, kadang kali Sabah dan Sarawak ini dilihat macam satu kesempatan untuk peringkat Federal menentukan, kalau dulu itulah yang disebut, Sabah dan Sarawak ini dia akan tentukan siapa yang akan jadi kerajaan. Now, bagaimana kita nak buangkan apa kita panggil opportunism ini yang tidak menguntungkan pun orang Sabah mahupun orang Sarawak.
Jadi itu maksud saya, bagaimana kestabilan politik harus dijana terlebih dahulu bagi orang sabah membuktikan keutuhan mereka dan jauh sekali daripada kita mahu melihat juga dalam pilihan raya-pilihan raya negeri yang kadang kali mereka sanggup untuk menggunakan juga para pengundi atas kepentingan-kepentingan tertentu, menggunakan slogan sentimen ini tapi pada waktu yang sama juga di bawah kita faham bagaimana Sabah dari segi pilihan rayanya bukan sekadar satu slogan tetapi ongkosnya juga mesti kuat. Bahkan bukan kah ini juga menyebabkan cabaran-cabaran?
Saya tidak berbeza pandangan dengan YB, dengan semua kenyataan, prinsip tadi.
Tapi kita juga khawatir perkara-perkara ini masih menguasai naratif yang kita sedang bincangkan secara objektif ini. Saya mohon pandangan.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih YB atas perkara itu. Saya bersetuju, saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan dan apa yang saya nyatakan, apa yang saya boleh nyatakan bahawa para pemimpin Sabah. Para pemimpin Sabah terutama sekali yang berada di Dewan yang mulia ini dan mewakili rakyat Sabah, kami juga menolak pandangan- pandangan ideologi ekstrem ini. Kami juga menolak. Di sebabkan itulah kami meluahkan setiap kali keluhan-keluhan rakyat ini agar ia nya diambil peduli, agar ia nya diambil tindakan oleh pihak-pihak kerajaan lebih-lebih lagi Kerajaan Persekutuan. Kerana seperti yang Yang Berhormat Senator menyatakan tadi Sabah ini mungkin ada keunikannya dari segi pilihan raya, ongkosnya, itu yang seperti yang Yang Berhormat nyatakan. Kenapa tidak dilihat, kenapa keunikan ini boleh wujud di sana?
Adakah ia nya kerana kehidupan rakyat yang penuh cabaran di sana dan kalau betul itulah jawapannya dan kita perlu bertanya kepada diri kita dan mempersoalkan daripada sejak 1963, apa perancangan yang telah kita tersilap buat hingga mengakibatkan keadaan Sabah boleh menjadi sedemikian?
Sentimen terhadap parti kenegerian dalam pilihan raya baru-baru ini, Pilihan Raya Sabah baru-baru ini, ini juga kita perlu mempersoalkan hidup kita sebagai pemimpin di mana, apakah punca mengakibatkan sentimen itu telah menjadi satu perkara yang besar yang telah mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Sabah baru-baru ini. Adakah disebabkan kegagalan kita mentadbir selama ini? Adakah disebabkan kegagalan perancangan untuk memastikan janji yang diberikan pada tahun 1963 itu dipenuhi?
Jadi Yang Berhormat, seperti yang saya katakan, apa yang kita utarakan di sini, setiap pemimpin Sabah, apa yang diutarakan, kerana kita menyayangi di Persekutuan Malaysia. Kita juga tidak mahu melihat idea-idea ekstrem ini semakin mendapat sokongan, kita mahu menolak itu semua. Dan mungkin sentimen ini juga wujud kerana Perjanjian Malaysia memberikan hak keistimewaan, kedudukan istimewa kepada Sabah dan Sarawak. Jadi perkara-perkara ini jugalah mungkin yang membuatkan kesedaran itu wujud, sentimen itu semakin kuat dan keadaan kehidupan rakyat yang penuh cabaran di Sabah dan ini terbukti daripada pengakuan daripada statistik daripada rekod Kerajaan Persekutuan sendiri yang menunjukkan Sabah mempunyai lapan daerah daripada 10 daerah termiskin di Malaysia.
Jadi saya harap jawapan saya itu sedikit sebanyak dapat memberi gambaran keadaan yang membuatkan isu dan sentimen ini menjadi suatu perkara yang utama di Sabah pada waktu ini.
Tuan Pele Peter Tinggom
Masih panjang lagi Yang Berhormat?
Datuk Nelson W Angang
Yes, sedikit lagi, sedikit lagi. Thank you. Tuan Yang di- Pertua, apabila kepercayaan diperkukuh, perpaduan akan menjadi lebih kukuh dan Malaysia akan terus maju sebagai sebuah Persekutuan yang adil, seimbang dan makmur rakyatnya.
Dengan ini, saya menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Nelson.
Saya, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid saya tak dapat respons kerana duduk di bangku ini tapi saya ada satu pantun saja.
Gunung Kinabalu tinggi menjulang, Sungai Rajang mengalir tenang; MA63 asas terbilang, Negara dibina rakyat pun senang. Okey, seterusnya saya mempersilakan pembahas kita yang terakhir Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau Hui Yew, dipersilakan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memula berbahas Titah Diraja saya mahu menjelas. Saya sudah dengar apa yang di jelas oleh kawan saya Datuk Nelson dan sebagai seorang Sarawak dan warganegara Malaysia, saya bersetuju dengan dia punya explanation. Kita orang di Sarawak pun berasa sama. Kalau Sabah ada daerah yang miskin, Sarawak juga ada berapa daerah yang miskin. Kalau saya tidak silap yang termiskin ialah di Sarawak di kawasan Kanowit atau di daerah Rajang, di dekat Rajang. Dengan ini saya mula dengan berbahas saya.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang ini untuk menyumbang kepada perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja. Titah Diraja yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Januari 2026 menandakan Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas. Kebawah Duli Yang Mulia telah mengingatkan kita bahawa asas kepada pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 63. Ia telah menyentuh tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara. Kita sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat-menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Saya akan menumpukan ucapan saya petang ini kepada soalan penting ini untuk kembali kepada niat dan semangat asal MA63. Ini adalah pendekatan yang tepat pada masanya kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa negara kita diasaskan atas Perjanjian MA63, bukan lain punya perjanjian.
Sepanjang 62 tahun yang lalu, kita telah mencapai banyak kejayaan sebagai sebuah negara yang bersatu, namun bentuk dan niat asal Persekutuan telah berubah dengan ketara.
Perubahan paling dramatik ialah pemisahan Singapura pada 9 Ogos 1965, kurang daripada dua tahun selepas pembentukan. Secara lebih halus tetapi tidak kurang mendalam, Wilayah Borneo, Sarawak dan Sabah telah menghadapi pemikiran dalam pembangunan, pengambilan sumber asli mereka dalam bentuk minyak dan gas, menghakiskan MA63 dari segi tax dan semangatnya.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Seperti yang diperingkatkan oleh Lord Cobbold dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold 62, pembentukan Malaysia bukanlah pengambilalihan oleh Tanah Melayu tetapi suatu perkongsian dan integrasi yang setara. Laporan itu menggambarkan Persekutuan yang dicadangkan sebagai dengan izin guna, bahasa English dari teks, “Cobbold Commission is an association of territories joining to form a new nation not an extension of Malaya’s control over North Borneo and Sarawak’’. I would add on to say, apa yang ditanya oleh Senator Mujahid baru-baru ini “there are many occasions recede the narrative being shared in the country is the narrative of the Tanah Melayu, Malaysia’’, bukan MA63 punya Malaysia. Kita dari Sarawak dan Sabah feel that the narrative has to change for the country to see that it is a Persekutuan according to MA63, bukan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini berbeza yang sangat ketara.
Dalam sedekad yang lalu, kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak yang didorong oleh pendidikan dan kematangan politik telah memacu kemajuan ke arah pemulihan hak-hak 63. Kerjasama antara negeri-negeri Borneo dan Kerajaan Persekutuan telah bertambah baik. Namun, tiga isu teras belum diselesaikan mengancam untuk menjejaskan kepercayaan dan saling hormat yang diperoleh dengan susah payah ini.
Nombor satu, pemilikan pelantar benua dengan izin, the continental shelf di luar pesisir Sabah dan Sarawak.
Kedua, perwakilan satu pertiga bagi wilayah Borneo di Dewan Rakyat; dan Ketiga, pemberian khas di bawah Perkara 11C dan D Perlembagaan Persekutuan daripada hasil cukai yang diperolehi dari wilayah Borneo.
Isu nombor satu, pelantar benua (continental shelf). Saya telah membangkitkan isu ini beberapa kali sebelum ini, namun sejarah dan asas perundangannya wajar diulang.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanah dan pajakan perlombongan termasuk petroleum di daratan di bawah bidang kuasa negeri.
Perkara 47 dan 48 Perlembagaan Sarawak yang dilampirkan kepada MA63 meletakkan semua tanah termasuk mineral di atas atau di bawahnya yang sebelum dipegang oleh mahkota British di bawah Sarawak bukan Persekutuan. Saya memohon ihsan Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya meneroka dan menghuraikan isu pelantar benua ini.
Sarawak dan Borneo Utara yang dipanggil sebelum Malaysia mendahului Persekutuan Tanah Melayu dalam menetapkan pelantar benua mereka. Pada tahun 1954, United Kingdom sebagai kuasa penjajah telah mengeluarkan Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council pada 24 Jun 1954 yang memperluaskan sempadan Sarawak untuk merangkumi dengan izin, I will read it in English, the Order in Council, “The area of continental shelf being the seabed and its subsoil which lies beneath the high seas contiguous to the territorial waters of Sarawak". Perintah ini dulu diisytiharkan oleh Ratu Elizabeth II, Ketua Berdaulat United Kingdom dan tanah jajahannya. Ini menjadi Undang-undang Sarawak. Pada masa yang sama, pengisytiharan yang serupa dibuat untuk Borneo Utara. Pada ketika itu, komuniti antarabangsa telah bersama-sama mewujudkan kerangka perundangan untuk mentadbir pelantar benua apabila pelombongan minyak mu la bergerak lebih jauh dari garis pantai negeri-negeri dengan kemajuan teknologi, penggerudian dan pelantar luar pesisir.
Kerangka antarabangsa berkembang melalui Konvensyen Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai pelantar benua 1958 atau The United Nations Convention — United Nations Convention on the Law of the Sea, 1958 in short, UNCLOS 1958 yang mentakrifkan pelantar benua berdasarkan keboleheksploitasian sehingga kedalaman 200 meter atau lebih jauh lagi sumber boleh dieksploitasi tanpa memerlukan pendudukan.
Perkara 1 Konvensyen 1958 menyatakan bahawa istilah pelantar benua digunakan untuk merujuk kepada, dengan izin, the seabed and subsoil of the submarine area, adjacent to the coast but outside the area of the territorial seas to a depth of 200 meters, or beyond that limit, to where the depth of the superjacent waters admits of the exploitation of the natural resources of the said area and to the seabed and subsoil of similar submarine areas adjacent to the coasts of islands. UNCLOS 1982, ini yang second convention, mengemas kini perkara ini kepada jarak laluan 200 batu nautika dengan kemungkinannya — kemungkinan lanjutan sehingga 350 batu nautika di bawah kritikal saintifik. Namun ia tidak mewujudkan sempadan baru. Ia memperhalusi yang sedia ada. Salah tanggapan yang lazim ialah Convention 1982 mencipta hak pelantar benua ia tidak membuat demikian. Convention UNCLOS 1982 dengan izin, what it say is, ”The continental shelf of a coastal state comprises the seabed and subsoil of the submarine area that extend beyond its territorial sea throughout the natural prolongation of its land territory to the outer edge of the continental margin, or to a distance of 200 nautical miles from the baselines from which the breadth of the territorial sea is measured where the outer edge of the continental margin does not extend up to that distance.” Pada tahun 1958, susulan UNCLOS 1985, Badan Perundangan Sarawak meluluskan dua undang-undang. Yang pertama ialah Ordinan Kanun Tanah 1958 berkuasa 1 Januari 1958 yang mentakrifkan tanah termasuk dasar laut dan sempadan yang diperluaskan dan meletakkannya di bawah negeri.
Undang-undang kedua ialah Ordinan Perlombongan Minyak dengan izin, Oil and Mining Ordinance yang akan saya sentuh kemudian. Tanah Melayu...
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Yang di-Pertua. Kalau diizinkan Tuan Speaker untuk saya.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Okey. Ya boleh.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih. I cannot help to debate this supaya perbincangan kita ini menjadi lebih berperundangan dan juga bersifat memastikan federalisme kita itu dilaksanakan dengan cara yang terbaik.
Tadi disebut pemindahan daripada naratif ataupun latar Persekutuan Tanah Melayu itu berubah dengan perjanjian 1963 di mana perjanjian itu melibatkan juga Sabah dan Sarawak serta Singapura, kemudian Singapura keluar. Jadi bermakna shifting satu perspektif Tanah Melayu kepada Malaysia memang tidak mudah untuk dilaksanakan.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Tapi saya yakin dari apa yang kita baca dalam sejarah MA63 sehingga terbentuknya Malaysia itu dan kemudian Singapura keluar ialah apa yang kita pastikan perkara itu saya rasa sudah sampai tahap di mana perspektif itu mungkin yang Tanah Melayu itu tinggal perspektif sejarah tapi dari segi operasi dan juga pemikiran pemimpin-pemimpin yang datang kemudian telah meletakkan Malaysia sebagai identiti yang kita nak bangunkan.
Jadi oleh kerana itulah saya mengingatkan balik kepada Dewan ini supaya tidak disasari fahaman bahawa sebenarnya isu MA63 ini, Jawatankuasa itu telah ditubuhkan, seingat saya yang saya masih ingat masa tahun 2018 waktu Kerajaan PH 1.0 ya. Itu menunjukkan kesungguhan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Kemudian juga jangan kita lupa bahawa 29 tuntutan. Itu isu dia. 29 tuntutan. Itu isu dia. Apa yang disebut tentang Sabahan for Sabahan, Sarawakian, itu tak apa, kita tolak itu semua. Tapi kita kembali kepada isu 29 tuntutan dan setakat hari ini kita boleh rujuk kepada MA63 punya dashboard di mana daripada 29 itu, 13 tuntutan sudah pun dilunaskan. Bagi saya itu satu perkembangan yang sangat baik. It’s a very good achievement, satu.
Dan baru ini sahaja 23 Februari, Kerajaan Negeri Sarawak memang telah membuat petisyen kepada Mahkamah Persekutuan tentang yang dibangkitkan oleh Tuan Senator tadi iaitu isu continental shelf yang memakai tiga akta, Akta Petroleum, Akta Laut dan juga satu lagi Akta Penggalian.
Jadi, bagi saya kenyataan bahawa perkara ini sudah dibawa kepada satu tahap yang lebih serius dan impaknya sangat besar Tuan Speaker. Kalau keputusan mahkamah membuat keputusan menyatakan itu hak negeri, maka sudah tentu kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan mengikut proses perundangan yang ada.
Jadi apa yang saya nak maksudkan, kalau kita nak bincang tentang isu-isu ini, saya tidak tahu Tuan Speaker saya minta Tuan Speaker punya petua, bukan fatwa,petua ya.
Apakah kita berbincang isu ini tidak sub judice? Sekarang dia— sebab dia sudah masuk ke mahkamah. Dan PETRONAS pun akan ada jawapan yang akan dia keluarkan. Jadi apakah— saya minta petua, apakah ini bukan sebagian daripada sub judice kepada mahkamah yang telah pun difailkan 23 Februari? Baru dua, tiga hari sudah. Semalam.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, Yang Berhormat Senator Mujahid. Selagi Yang Berhormat tidak menyentuh inti pati secara detil apa yang dimaksudkan di dalam perkara yang difailkan, itu tidak termasuk dalam sub judice. Sekiranya kita menyentuh secara general, jangan sekali-sekali menyentuh secara spesifik berkenaan dengan apa yang telah difailkan di mahkamah. Okey Yang Berhormat?
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih dan terima kasih kepada Tuan Senator kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi pandangan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih sahabat saya. Saya boleh cuba buat satu reply. Ya, betul, benar PH nombor satu, PH one ada menubuhkan satu jawatankuasa untuk tentang isu MA63 ini. Tapi kita sudah tengok untuk lapan tahun sudah. Sebab isu yang penting belum diselesaikan atau no decision been made. Itu tiga isu ialah yang saya akan ulang di dalam sini. Yang paling utama ialah continent shelf. Tanah Sarawak dan hak milik Sarawak.
Kalau dari mula-mula di tahun 1963, itu ada di-table, dirundingkan Sarawak, kamu mahu sama kita Tanah Melayu, membentuk Malaysia dan continental shelf 200 nautical mile, itu mesti kasi kepada Persekutuan.
Itu kalau ada berunding dari hari pertama. There is a different solution. Bukan selepas itu, kita Persekutuan pergi ambil ini hak milik dari negeri. So, that is something still ongoing issue. Dan ada dua isu lagi. So, naratif ini belum berubah, walaupun sudah lepas 62 tahun.
Dan saya, my fikiran ialah this is not sub judice because we are talking about the facts, general facts and the history underlying the issue of continental shelf.
Dan saya sini ada buat satu research untuk hal ini continental shelf. Kenapa Tanah Melayu tidak ada satu undang-undang di tahun 1957, satu undang untuk continental shelf, walaupun Sabah dan Sarawak sudah ada satu undang-undang di 1954. Tanah Melayu baru ada Continental Shelf Act di tahun 1966, eight years after the formation of Malaysia. Kenapa?
Saya sini akan give you the answer...
Tuan Pele Peter Tinggom
Yang Berhormat, sudah sentuh secara general itu dah cukup. Yang Berhormat tak boleh menyentuh secara mendalam.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya, okey. Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957 tidak mempunyai Undang-undang Pelantar Benua. Ia tidak mentakrifkan pelantar benua sehingga tahun 1966 dengan kelulusan Akta Pelantar Benua 1966 oleh Parlimen Malaysia.
Mengapakah Parlimen tidak memperluaskan Akta Pelantar Benua ke seluruh negara Malaysia? Jawapannya yang jelas, Sarawak dan Sabah mempunyai undang-undang pelantar benua mereka sendiri yang diwarisi dari zaman penjajahan dan menjadi sebahagian dan sebati dengan undang-undang Malaysia.
Sarawak dan Sabah mempunyai sempadan mereka sendiri. Apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Sarawak dan Sabah membawa bersama sempadan dan undang- undang sedia ada mereka termasuk hak pelantar benua. Tiada peruntukan yang mewajibkan mereka menyerahkan hak tersebut kepada Persekutuan baru.
Saya mengemukakan bahawa sebab Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai undang-undang pelantar benua lebih awal adalah kerana ia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 daripada United Kingdom dan United Kingdom tidak lagi bertanggungjawab memastikan Tanah Melayu memperkenalkan undang-undang berkaitan pelantar benua.
Institusi kerajaannya belum bersedia atau menyedari perkembangan penggubalan undang- undang laut di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka tidak bersedia menggubal Undang-undang Pelantar Benua sehingga tahun 1966, sembilan tahun selepas merdeka.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah Kerajaan Persetujuan mengambil alih minyak dan gas yang ditemui di pelantar benua Sarawak dan Sabah? Ia perlu memperluaskan Akta Pelantar Benua 1966 ke Sarawak dan Sabah. Bagaimana ini dilakukan? Dengan menggunakan kuasa eksekutif di bawah Ordinan Darurat pada tahun 1966...
Tuan Robert Lau Hui Yew
Okey, Yang Berhormat, pergi ke poin yang seterusnya kerana Yang Berhormat sudah mahu pergi ke secara terperinci sudah perkara tersebut yang sekarang berada di mahkamah yang difailkan. Don’t go to the specific. You go to the next point.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ini yang lebih interesting.
[Ketawa] .
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Ini detail. That’s why I feel obvious...
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ini bukan detail. Ini ialahlah faktor-faktor.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Yeah, that would be used— but that would be used in the court.
Tuan Pele Peter Tinggom
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya.
Tuan Pele Peter Tinggom
Dalam kes yang difailkan petisyen itu, terang-terang menyebut berkenaan dengan pelantar benua. Yang Berhormat boleh menyentuh secara general, bukan secara spesifik on the detail, on the year, on the application these things all.
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Cuma saya akan perjelas di tahun 1966, ada dua itu executive order yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Yang guna itu executive order mengambil continental shelf dari Sabah dan Sarawak.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey never minds. Teruskan kepada poin seterusnya.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Saya teruskan kepada poin yang lain. Ini semua tentang isu PDA pun ada di hadapan mahkamah sekarang. Cuma, I will touch on one point here. PETRONAS telah memfailkan permohonan Mahkamah Persekutuan pada 12 Januari tahun ini dan Sarawak pun — semalam, Kerajaan Sarawak telah pun memberi maklum dengan memfailkan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan tentang hal isu ini.
Saya akan refer to PDA, Petroleum Development Act, seksyen 3, subseksyen 2. Dia ada kasi kuasa corporation PETRONAS semua kepada Perdana Menteri. All the powers of the corporation are actually rest on the Prime Minister. I will read the act, the section.
“Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri yang boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.” Subseksyen 3, “Seterusnya memperuntukkan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri di bawah subseksyen 2 adalah mengikat Perdana Menteri walaupun apa pun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan.” So, the Prime Minister has the full say and can give the direction to PETRONAS and PETRONAS must abide by it. Soalan saya ialah, Adakah Perdana Menteri akan mengeluarkan arahan kepada PETRONAS untuk menghormati dan mematuhi undang-undang Sarawak dengan menggunakan kuasanya di bawah seksyen 3 Akta Pembangunan Petroleum ’74. Ini the Prime Minister can exercise the power to exclude Sarawak and Sabah from the PDA. That is my question. Boleh ini kuasa digunakan?
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Perkara itu juga Tuan Speaker, dengan izin, itu it’s already in the court.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya, that is...
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
It’s already in the court. So, we cannot decide, we cannot even question because that will be sub judice to the discussion.
Tuan Robert Lau Hui Yew
I fully agree with that.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Thank you.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Itu adalah isu undang-undang, in the court. Tapi kita di Dewan yang mulia ini, we are more on the political arena. So, isu ini pertama dan utamanya merupakan isu politics. It comes to politics governance of the country. So, it can be a political solution. Before it has to go back to law. The politicians can make a decision. The executive order was issued as a political decision, not a legal decision. Itu maksud saya. We can solve the problem. Take the lead, Prime Minister, make the decision. Isu yang kedua, I move on, Tuan Yang di-Pertua, perwakilan satu pertiga di Parlimen.
Satu dorongan utama bagi Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia ialah janji satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat sebagai satu-satunya perlindungan terhadap pindaan Perlembagaan secara unilateral oleh Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1957, Parlimen Malaya mempunyai 104 kerusi. Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, memenangi 77 daripada 104 kerusi. Itu melebihi dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan.
Perdana Menteri Pertama Malaya dan penggerak utama pembentukan Malaysia Tunku Abdul Rahman semasa lawatan lima hari ke Borneo Utara dan Sarawak pada November 62 untuk mendapatkan sokongan terhadap konsep Malaysia, hadir dengan tawaran 40 kerusi untuk Borneo Utara dan Sarawak dalam Parlimen Malaysia yang bakal dibentuk.
Memetik Tunku seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Information Service, dengan izin saya baca dengan bahasa English. “At the moment, the Malayan Alliance Government with 77 out of 104 seats in the Parliament is able to change the law and the Constitution at any time. But with the 46 forced Borneo territories, we would not be able to do that unless with the fullest approval of the Borneo representatives.” Pada 17 November ‘62, di Jesselton, kini dikenali sebagai Kota Kinabalu, pengumuman Tunku bahawa beliau bersedia membenarkan Sabah dan Sarawak mempunyai 40 kerusi di Parlimen merupakan berita besar dan satu isyarat yang murah hati. Katanya sambil menambah, dengan izin, “It shows that we are indeed entering Malaysia as equal partners and that we are given the best guarantee possible that our voice will be heard in the most important body in Malaysia, that's in the Parliament.” Di hentian terakhir di Kuching pada 24 November 1962, beliau berkata dengan izin, “We would have to make a lot of sacrifice in order to give the people of Borneo the power we have in our hands today.” Dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, the IGC Report, perkara ini turut diketengahkan apabila dinyatakan bahawa wakil-wakil Borneo Utara dan Sarawak berpuas hati bahawa perlindungan yang mereka anggap perlu untuk memenuhi keadaan khas mereka telah diperoleh.
Pengerusi IGC, Lord Lansdowne dalam perbahasan Malaysia Act di House of Lords pada 26 Julai 1963, iaitu di Westminster, dia menyatakan dengan izin again, “The Malaysia gesture of goodwill in agreeing that the Borneo states with a population of one and quarter million out of the total of 10 million should have 40 out of the 159 seats in the Federal Parliament was a deciding factor in convincing the Borneo leaders that there was no question of a takeover bid but as a gesture of real partnership.” Pada tahun 1963, Parlimen mempunyai 159 kerusi. Tanah Melayu 104, Sarawak 24, Sabah 16, Singapura 15. Selepas Singapura keluar pada ‘65, 15 kerusi tersebut dimansuhkan dan tidak diagihkan semula kepada Sabah dan Sarawak. Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Stephen Kalong Ningkan dan Ketua Menteri Sabah, Stephen Fuad, kedua-duanya mahu mengekalkan perlindungan satu pertiga dan mengkaji semula pengaturan dalam pembentukan Malaysia tetapi ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Hari ini, Sarawak mempunyai 31 kerusi dan Sabah 25. Jumlah 56 daripada 222, iaitu 2.2 peratus lebih rendah daripada tahun 1965. Janji dan perlindungan ini mesti dipulihkan semula.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga — kasi saya dua atau tiga minit sebab ini isu sahabat saya, Datuk Nelson sudah banyak menjelaskan isu ini. So, I will just add on to a bit of it. Pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Apa yang dikatakan oleh Datuk Nelson, Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu memutuskan bahawa Sabah berhak kepada 40 peratus hasil dan di [Tidak jelas] dengan 180 hari untuk semakan dan persetujuan mengenai tunggakan untuk the “Lost Years” dari 1974 to 2021.
Saya merujuk kepada yang seorang YB di Sabah iaitu YB Datuk Roger Chin, bekas pengurus Sabah Law Society dan ialah satu initiate to lawsuit ini. Isu tentang 40 peratus, dia ada buat satu — he has released a statement and I will read what he has said tentang isu ini, on this case. I will read it in English as he wrote it in English, dengan izin.
*“If the Federal Government accepted the substance of the High Court judgment, urgency would naturally be directed towards compliance. Instead, urgency is directed towards the appeal. The Federal Government control both the negotiation process and the appeal. It determines the pace of engagement on compliance, it chooses when to proceed with meetings, it decides whether to file appeal, it seeks expedition when it considers it necessary.
The High Court imposes a 180-day timeline for meaningful review at day 123.” This was written on 17 February, so it’s more than 123 days. “Substantive progress remains clear, instead of a visible acceleration of negotiation, there is an application to accelerate the appeal. The pattern is evident. Compliance moves slowly. Challenge moves quickly.”* Keikhlasan dalam menyelesaikan dan mematuhi perintah mahkamah diperlukan. Ini akan membina semula kepercayaan. Sarawak mempunyai peruntukan selari. Peratusan tidak dinyatakan tetapi secara sejarahnya, setanding sekitar 40 peratus seperti pengaturan terperinci Singapura.
Kerajaan Persekutuan mesti menghormati komitmen Perlembagaan ini tanpa perlu berlengah. Sarawak dan Sabah telah kehilangan dekad peluang pembangunan, sumber petroleum dan hasil, kita telah kehilangan masa lalu kita. Kini kita mahukan masa depan kita kembali. Dengan izin, we lost our past, 50, 60 years, our wealth. What we are asking for now is we want our future back in our own hands. Sudah tiba masa untuk menuntut kembali masa depan kita dengan memulihkan semangat MA63. Perpaduan melalui saling menghormati, perkongsian dan keadilan. Dengan ini, saya mohon menyokong dengan penuh Titah Diraja. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih, Yang Berhormat. Senator Tuan Tuan Robert Lau Hui Yew.
Pucuk pauh di tepi perigi, Mari dipetik si anak dara; Berakhir sudah persidangan hari ini, Moga diberkati usaha untuk negara. Dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 25 Februari 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.14 petang]