Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
[Dilafazkan oleh Setiausaha] : Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden [Dilafazkan oleh semua Ahli Dewan] : MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan limpah kurnia-Nya, Dewan yang mulia ini kembali bersidang untuk membolehkan Yang Berhormat Senator memainkan peranan dan melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan iaitu tanggungjawab legislatif dalam badan penggubal undang-undang tertinggi di negara kita, Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini merupakan Mesyuarat Pertama bagi tahun 2026 yang mana perbahasan ke atas Usul Titah Diraja akan berlangsung selama empat hari, diikuti dengan tiga hari diperuntukkan kepada Menteri-menteri untuk menjawab terhadap perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baki lima hari seterusnya adalah bagi urusan rang undang-undang serta hal ehwal kerajaan yang lain.
Pada persidangan Mesyuarat kali ini juga kita bersidang secara serentak dengan Dewan Rakyat selama enam hari dalam bulan Ramadan. Maka tidak terlewatlah kiranya, saya mengambil kesempatan bagi pihak Dewan Negara untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang beragama Islam dan kita masih juga dalam suasana Tahun Baru Cina. Bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina, diucapkan Gong Xi Fa Cai.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya percaya setiap Yang Berhormat Senator akan melaksanakan dan melunaskan seperti yang dituntutkan daripada diri masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli badan legislatif yang tertinggi di Malaysia.
Maka kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyumbang khidmat, buah fikiran serta idea-idea dalam mengkaji semula dan hal undang-undang yang akan dibawa naik daripada Dewan Rakyat dan menentukan rang undang-undang ini adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Dengan itu, saya mulakan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, Majlis Dewan Negara pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada Isnin, 19 Januari 2026, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan bertitah dalam kedua-dua Majlis Parlimen secara bersama dan saya telah
Tuan Yang di-Pertua
menerima ‘titeh’— Titah, mohon maaf— Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi. [DN- 19012026]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, hendak diberitahu kepada Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda dan telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut:
Tuan Yang di-Pertua
Akta Perikanan (Pindaan) 2025; 2. Akta Pekerja Gig 2025; 3. Akta Perbekalan 2026; 4. Akta Kredit Pengguna 2025; 5. Akta Kewangan 2025; 6. Akta Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025; 7. Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2025; 8. Akta Antibuli 2025; 9. Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2025; 10. Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025; 11. Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) No. 2 2025; dan 12. Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Senator Dato’ Haji Abdul Halim.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Selamat pagi. Salam Ramadan. Selamat Tahun Baru Cina. Soalan saya nombor 1.
1. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, keberkesanan pelaksanaan gaji progresif dan tahap pematuhan sektor swasta.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahirrahmanirrahim. Salam Ramadan dan Selamat Tahun Baru Cina.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI telah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif
(DGP) sebagai anjakan reformasi penting di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi memperbetulkan struktur upah negara dan memastikan pertumbuhan gaji pekerja berlaku secara lebih adil, terancang dan mampan. Dasar ini melengkapi pelaksanaan gaji minimum sistem upah berkaitan produktiviti (PLWS) serta mekanisme perundingan melalui perjanjian kolektif. Sasaran utama DGP adalah kepada majikan tempatan yang bukan berstatus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat multinasional (MNC) serta mencarum dengan KWSP dan PERKESO.
Manakala, pekerja yang disasarkan pula ialah Warganegara Malaysia yang bekerja sepenuh masa dengan gaji pokok di atas kadar gaji minimum semasa hingga RM4,999 sebulan.
Tuan Yang di-Pertua, perlu saya jelaskan bahawa DGP dilaksanakan secara sukarela.
Maknanya kita tidak memaksa majikan melalui pendekatan penguatkuasaan, sebaliknya kita mahu penyertaan berlaku kerana majikan yakin dengan dasar ini demi kebaikan untuk perniagaan dan juga untuk pekerja mereka. Dari sudut pematuhan dan penerimaan sektor swasta, perkembangan yang ditunjukkan setakat ini amat memberangsangkan.
Berdasarkan statistik jumlah majikan yang telah membuat permohonan untuk menyertai DGP melalui sistem gaji progresif sehingga 31 Disember 2025 adalah, berjumlah 5,910 majikan, 83 peratus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,025 majikan telah menaikkan gaji pekerja mengikut syarat insentif DGP dan telah memanfaatkan 51,363 orang pekerja.
Lima sektor tertinggi yang mengemukakan tuntutan insentif DGP adalah pertama, perdagangan borong dan runcit serta pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal iaitu sebanyak 26.7 peratus. Kedua, industri pembuatan— 15.7 peratus. Ketiga, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal sebanyak 11.1 peratus. Keempat, pendidikan 7.4 peratus dan kelima, penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dari segi keberkesanan, DGP telah menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan gaji median pekerja sehingga 31 Disember 2025. Bagi pekerja peringkat permulaan iaitu bekerja dalam tempoh 12 bulan, gaji median meningkat sebanyak RM300 daripada RM1,900 kepada RM2,200 di mana peratus kenaikan adalah sebanyak 16 peratus.
Sementara itu, bagi pekerja bukan peringkat permulaan, bekerja melebihi 12 bulan, gaji median meningkat kira-kira RM238.85 daripada RM2,999.15 kepada RM243.80 [Menteri menyebut ”Ringgit Malaysia dua ratus empat puluh tiga puluh lapan ringgit”] Dengan peratus kenaikan adalah sebanyak 11 peratus. Pencapaian ini membuktikan bahawa pendekatan kerajaan bukan sahaja memberikan galakan kepada majikan, malah memberi manfaat kepada pekerja serta meningkatkan motivasi dan juga produktiviti. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Terima kasih Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa dalam kenaikan gaji ini masalah majikan itu akan berlandaskan kepada bilangan pekerja yang dilaksanakan. Saya cuma ingin tahu jika penguatkuasaan— atau penguatkuasaan yang sedang diperkukuh, berapa jumlah pemeriksaan telah dijalankan? Dan berapa tindakan kompaun atau pendakwaan telah diambil terhadap majikan yang ingkar serta apakah analisis kos manfaat, cost-benefit analysis yang telah dibuat kementerian? Adakah terdapat data yang membuktikan bahawa pelaksanaan gaji progresif meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat dalam jangka sederhana? Terima kasih.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Suka saya berkongsi berkenaan dengan dua case study, dengan izin, iaitu syarikat pertama— Omega Genius Selangor, sektor borong dan runcit. Menerima kira-kira RM133,000 insentif kerajaan. Sebanyak 19 pekerja turut terlibat di dalam program ini, pembantu jualan dan juga penyelia. Syarat kadar purata kenaikan gaji diterima sebanyak enam peratus. Apa yang saya cuba sampaikan di sini, DGP sebenarnya memberi manfaat kepada pelbagai kategori pekerjaan, merangkumi pekerjaan profesional dan juga pekerja bergaji rendah.
Kedua, satu lagi yang saya boleh kongsikan iaitu Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.
Sebuah hospital bukan berasaskan keuntungan. Sebanyak 300 pekerja profesional perubatan dan jururawat menerima kenaikan gaji antara enam peratus hingga 13 peratus. Hospital tersebut menerima RM1.3 juta insentif kerajaan. Namun, majikan turut menambah dana sendiri untuk menaikkan gaji pekerja mereka. Contoh yang paling mudah yang saya boleh berikan pada pagi ini, gaji pokok meningkat daripada RM2,300 kepada RM2,500 dan daripada RM3,300 ke RM4,300. Melebihi jumlah insentif kerajaan semata-mata. Apa yang lebih menarik lagi, insentif majikan menunjukkan DGP berjaya menggalakkan perkongsian tanggungjawab antara kerajaan dan majikan dalam peningkatan gaji.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Berbalik kepada soalan sebentar tadi, Yang Berhormat Senator ada membangkitkan adakah data telah kita bangunkan? Satu soalan yang memang tepat dengan sasaran. Garis panduan gaji permulaan di peringkat kebangsaan buat pertama kali dibangunkan sebagai rujukan untuk pekerja majikan— pekerja dan majikan, dua pihak. 388 jenis pekerjaan dalam Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO). Disebabkan wujudnya program ini, baru kita dapat bangunkan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kerajaan menjalankan pelaksanaan gaji progresif yang boleh diselaraskan dengan dasar gaji minimum agar tidak berlaku pertindihan atau manipulasi struktur gaji oleh majikan-majikan? Terima kasih.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih di atas pandangan diberikan oleh Yang Berhormat Senator. Sebelum saya terus ke persoalan itu, suka saya kongsikan Dasar Gaji Progresif (DGP) telah mula diperkenalkan melalui pelaksanaan projek rintis pada Jun hingga Ogos 2024. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan ketika itu. Seperti yang saya terangkan tadi, ada lima sektor yang terlibat dan DGP sepenuhnya dilaksanakan di seluruh negara mulai Januari 2025 melalui pengumuman Belanjawan 2025 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta yang pastinya akan memanfaatkan 50,000 pekerja.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Sehingga 2027, peruntukan sebanyak RM300 juta itu diperlukan. Setakat ini, untuk permohonan baru telah ditutup. Juga, sepanjang dua tahun pelaksanaan DGP ini, ada cabaran yang kita telah kenal pasti dan kerisauan inilah seperti yang Berhormat Senator telah bangkitkan tadi.
Pertama, majikan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan kenaikan gaji iaitu minimum enam peratus seperti yang ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan sebahagian majikan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada program berikutan ketidakmampuan meneruskan komitmen kenaikan gaji tersebut.
Kedua, kadar pematuhan terhadap syarat latihan masih rendah terutamanya bagi majikan kecil seperti kedai runcit dan bengkel motosikal yang menghadapi kekangan masa dan sumber untuk menghantar pekerja menjalani latihan.
Dan ketiga, masih terdapat majikan yang tidak mempunyai pengetahuan dari sudut pendedahan dan berkaitan kaedah permohonan latihan secara dalam talian termasuk penggunaan platform e-LATiH.
Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Akhir sekali, dasar ini juga melengkapi pelaksanaan gaji minimum. Sistem upah berkaitan produktiviti PLWS serta mekanisme perundingan melalui perjanjian kolektif. Apabila ada perjanjian kolektif dilakukan, apa yang Yang Berhormat Senator bangkitkan tadi, serba sedikit akan kita perhalusi dan juga ada pemantauan yang kita boleh lakukan. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Michael Mujah Lihan minta Menteri Digital menyatakan, apakah inisiatif dan langkah strategik yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam menangani kes penipuan berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) khususnya penggunaan teknologi deepfakes yang semakin memberi kesan kepada masyarakat luar bandar.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya Tuan Michael Mujah Lihan dari Sarawak di kawasan Parlimen saya Hulu Rajang.
Tuan Dato Yang di-Pertua, Kementerian Digital memandangkan serius peningkatan penipuan berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Khususnya penyalahgunaan teknologi deepfake yang berupaya memperdayakan masyarakat termasuk komuniti luar bandar.
Sehubungan dengan itu, pendekatan yang diambil adalah menyeluruh merangkumi pemerkasaan literasi digital, pengukuhan keupayaan respons serta juga pemantapan tadbir urus dan perundangan.
Dari aspek pencegahan, kerajaan memberikan pendekatan kepada pendekatan kesedaran dan literasi digital agar masyarakat lebih keupayaan mengenal pasti penipuan serta kandungan palsu. Antara inisiatif utama termasuk Program AI Untuk Rakyat, Program AI Ethics for Kids serta juga Model CyberSAFE untuk rakyat yang menekankan keselamatan siber, pengesahan deepfake dan juga pelindungan data peribadi kita.
Dari sudut perundangan pula, sebagai langkah jangka panjang Kementerian Digital, sedang merangka strategi pembangunan Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecergasan Buatan yang disasarkan akan dibentang di Dewan pada tahun ini, penghujung tahun ini 2026.
Bagi mengawal selia penyalahgunaan AI termasuk teknologi deepfake yang melibatkan manipulasi wajah dan suara kita. Usaha ini turut disokong oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang sedang mengubal Rang Undang-undang Jenayah Siber baharu yang
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 khusus untuk menangani jenayah siber moden termasuk penipuan berasaskan AI.
Selaras dengan itu, dapatan International AI Safety Report 2026, penyalah guna AI termasuk teknologi deepfake memerlukan pendekatan menyeluruh merentas sektor yang menekankan pengurusan risiko berlapis, pemerkasaan teknologi, pengesanan dan juga tadbir urus yang jelas serta pendekatan literasi digital. Kerajaan sentiasa akan terus memperkukuhkan pembangunan teknologi tempatan, memperluaskan kesedaran awam serta merangka kerangka perundangan yang komprehensif serta kolaboratif selaras dengan amalan terbaik global negara kita. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Pele Peter Tinggom
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, bertanya asal dulu.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih Datuk Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Soalan tambahan saya ialah, bagaimanakah Kementerian Digital akan menyelaras pelaksanaan tadbir urus AI merentas agensi kerajaan bagi memastikan pembangunan AI kekal selaras dengan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan pengurusan risiko. Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Kementerian Digital akan menyelaras pelaksanaan tadbir urus AI merentasi agensi kerajaan melalui pendekatan berlapis yang menekankan akauntabiliti, ketelusan dan pengurusan risiko iaitu melalui instrumen dasar, penyelarasan pelaksanaan dan pengukuhan pemantauan melalui standard dan penggunaan.
Pertamanya Dato Yang di-Pertua, penyelarasan ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030: AI Nation 2030 sebagai pelan tindakan nasional kita merentasi semua sektor yang menggunakan pakai pendekatan the whole-of-government and the whole-of-nation, Dato Yang di-Pertua.
Juga keduanya dari segi dasar kerajaan iaitu mesti mempunyai rujuk prinsip melalui Garis Panduan Kebangsaan Tadbir Urus dan Etika (AIGE) yang menggariskan tujuh prinsip iaitu AI Malaysia termasuk ketelusan akauntabiliti serta menyokong pendekatan berasaskan risiko bagi memastikan penggunaan AI ini kekal bertanggungjawab dan seimbang dengan inovasi.
Selain daripada itu Dato Yang di-Pertua, yang ketiga ialah dari segi penyelarasan serantau juga menyokong keseragaman amalan domestik. Kementerian digital memanfaatkan perkembangan ASEAN AI Safety Network (ASEAN AI Safe) yang telah diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang lalu.
Yang keempat dari segi standard juga dan jaminan pemantauan iaitu Kementerian Digital menggalakkan penggunaan standard penggunaan yang boleh diaudit seperti ISO/IEC
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
42001 tahun 2023 - AI Management System yang menyediakan kerangka sistematik untuk mengurus risiko dan juga peluang berkaitan dengan AI.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, ramai yang nak soal fasal...
[Dicelah]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang dekat Dato.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab— kita bagi wanitalah.
[Ketawa]
Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, bagaimanakah mekanisme pelaporan insiden berkaitan penyalahgunaan AI yang dinyatakan dalam RUU Tadbir Urus AI sebentar tadi akan dapat membantu kerajaan mengambil tindakan dengan lebih baik, lebih pantas dalam menangani masalah berasaskan deepfake, penipuan berasaskan deepfake ini. Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Kerajaan mempunyai langkah-langkah yang menyeluruh. Bagi menangani kesalahan dan juga digital dilaksana melalui pendekatan perundangan kita. Kawal selia serta juga penguatkuasaan yang berterusan.
Satu dari sudut penguatkuasaan tindakan dilaksanakan melalui undang-undang kita sedia ada, Yang Berhormat. Seperti Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] serta juga Akta Keselamatan Data Talian 2025 [Akta 866] bagi memastikan sebarang salah laku dan ancaman digital dapat ditangani secara berkesan.
Manakala pula Dato Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Data Peribadi juga 2010 [Akta 709], pindaan 2020 pula berperanan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial juga. Akta ini tidak memperuntukkan kesalahan digital secara langsung dan sebaliknya memfokuskan kepada aspek keselamatan, integriti dan akauntabiliti dalam pengendalian data peribadi yang turut menyumbangkan kepada usaha pencegahan penyalahgunaan maklumat dalam ekosistem digital. Saya ingat lebih jelas, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
YB Senator, di bawah Peraturan 23(3), hanya tiga soalan sahaja dibenarkan. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Datuk Wira Koh Nai Kwong minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah jaminan kerajaan untuk memastikan masalah kelewatan pemprosesan dan pulangan: refund lebihan taksiran cukai oleh LHDN tidak berulang bagi mengelakkan keperluan peruntukan tambahan secara ad-hoc; dan
(b) apakah pelan pemulihan berfasa daripada LHDN untuk memulihkan keyakinan perniagaan dan pembayar cukai.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong. Salam Ramadan dan Selamat Tahun Baru Cina.
Kerajaan mewarisi jumlah lebihan bayaran cukai yang tinggi, namun kerajaan tetap menunaikan tanggungjawab mengendalikan kes-kes bayaran balik cukai sebaiknya. Bayaran balik lebihan cukai yang diselesaikan tahun 2025 adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu RM22.45 bilion jika dibandingkan bayaran balik lebihan cukai dalam tiga tahun terkini, Kerajaan MADANI melunaskan bayaran balik sebanyak RM56 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada bayaran balik tahun 2020 sehingga 2022 sebanyak RM37 bilion.
Sebahagian bayaran balik berjumlah RM7.5 bilion telah dibuat dalam bulan Disember 2025 berbanding komitmen awal RM4 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Disember 2025. Semua kes lebihan cukai bagi tahun 2022 dan sebelumnya yang boleh dibayar telah selesai pada tahun 2025.
Penyelesaian bayaran balik lebihan cukai ini telah dibuat melibatkan 3.7 juta kes pada tahun 2025 berbanding 2.7 juta kes pada tahun 2024. Walaupun kerajaan berjanji untuk selesaikan kes bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026, kita yakin dapat selesai lebih awal iaitu pada hujung bulan Februari 2026. Sehingga 18 Februari 2026, sebanyak RM6.2 bilion telah diselesaikan yang melibatkan 95,282 kes.
Bayaran balik lebihan cukai tahun 2024 pula disasarkan untuk diselesaikan sebelum hujung tahun ini. Pada masa yang sama, bayaran balik tanpa mengira usia, kes akan terus dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat terutamanya pembayar cukai individu.
Terima kasih.
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Soalan tambahan Datuk Yang di-Pertua. Saya ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Soalan tambahan saya adalah adakah kerajaan telah membuat perbandingan amalan bayaran balik lebihan cukai dengan negara rakan setara serantau dan OECD khususnya dari segi tempoh pembayaran automasi dan pampasan kelewatan serta apakah perancangan
Datuk Wira Koh Nai Kwong
kerajaan untuk memanfaatkan automasi analitik data dan integrasi pencukaian bagi membolehkan bayaran balik lebihan cukai di proses secara hampir masa nyata iaitu dengan izin, near real-time khususnya bagi pembayar cukai patuh. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini memang cadangan yang baik. Saya akan minta LHDN untuk uruskan supaya mendapat bandingan dengan negara-negara jiran dan juga negara-negara OECD dari segi tempoh masa dan juga proses automasi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Assalamualaikum. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah tindakan konkrit yang telah dan akan diambil oleh kementerian untuk memastikan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya atas kelewatan LRT3 Laluan Shah Alam.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, Selamat Tahun Baru Cina dan selamat berpuasa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya tidak berkompromi terhadap kontraktor projek pengangkutan awam yang gagal mematuhi tempoh pelaksanaan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.
Kerajaan tidak akan menerima sebarang hasil kerja yang berada di bawah spesifikasi ataupun standard yang ditetapkan untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam
(LRT3). Tindakan konkrit yang telah dan akan diambil oleh kementerian untuk memastikan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya atas kelewatan projek LRT3 laluan Shah Alam adalah seperti berikut.
Pertama, penguatkuasaan kontrak. Kementerian melalui pihak pelaksana projek iaitu Prasarana Malaysia Berhad telah memastikan semua kewajiban obligasi kontraktor dipatuhi mengikut syarat kontrak. Notis kelewatan telah dikeluarkan dan tindakan remedi telah dan sedang dijalankan bagi memastikan kerja-kerja diselesaikan mengikut jadual.
Yang kedua, ganti rugi kelewatan. Langkah ini adalah berdasarkan peruntukan kontrak bagi memastikan kontraktor menanggung sepenuhnya implikasi kelewatan dan tidak membebankan kerajaan atau rakyat. Nilai LAD harian yang dikenakan ke atas kontraktor utama bagi projek LRT3 adalah sebanyak RM2.7 juta sehari, bagi setiap hari kelewatan ataupun 0.024 peratus dari jumlah kontrak.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Ini adalah untuk memastikan bahawa pihak kontraktor bertanggungjawab terhadap kelewatan. Namun begitu, dari segi jumlah ganti rugi, ini akan dipastikan ataupun ditentukan selepas projek ini siap kelak.
Pemantauan dan kawalan projek. Penilaian dan penyelesaian telah dilaksanakan bagi masalah-masalah teknikal yang timbul semasa ujian-ujian yang telah dijalankan sebelum ini oleh pihak kontraktor. Prasarana dan Jurutera Pemeriksa Bebas (ICE) dan vendor sistem.
Penjadualan semula telah dilakukan bagi ujian-ujian kritikal dan pemantauan ketat sedang dijalankan oleh semua pihak yang terlibat projek ini termasuklah Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Kerajaan komited untuk memastikan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya atas kelewatan projek LRT3 Laluan Shah Alam dengan penguatkuasaan kontrak, pengenaan delay damages serta langkah pemantauan dan kawalan yang rapi, kementerian komited untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dengan selamat, berkualiti dan memberikan manfaat kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan sebentar tadi. Cuma untuk— apakah jaminan untuk pengguna yang sekian lama menunggu projek ini siap. Saya difahamkan sebelum 2018 lagi.
Jadi, apakah jaminan bahawa tarikh baharu yang dijangkakan itu akan dapat dipenuhi supaya tidak ada lagi penangguhan yang sekali gus akan membebankan pengguna yang kita tahu sekarang ini kesesakan lalu lintas itu di kawasan yang terlibat itu semakin tinggi. Terima kasih Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya bukan 2018. 2018 masih dalam fasa pembinaan. Sepatutnya memang ada kelewatan disebabkan oleh COVID dan sepatutnya tarikh pembukaan ialah pada bulan Julai tahun lalu, 2025.
Tetapi pada bulan Julai, memang tak dapat disiapkan dan ditunda kepada penghujung tahun lalu iaitu 31 Disember. Namun begitu, pada bulan Oktober, November, semasa ujian- ujian kritikal yang dijalankan terhadap sistem ini, didapati bahawa ada beberapa ujian gagal, khususnya FFR ataupun Fault Free Run yang perlu dilaksanakan terhadap semua tren.
Pada ketika ini, memang dua batch tren ataupun 14 daripada 22 tren telah pun selesai menjalani FFR. Ada satu batch lagi iaitu lapan tren yang masih dalam proses nak menjalankan FFR. Namun begitu, setakat semalam, masih ada sedikit isu teknikal yang perlu diselesaikan dan selepas ujian FFR ini dijalankan terhadap tren itu, maka akan ada proses seterusnya iaitu untuk ujian dan juga pentauliahan yang perlu dilaksanakan oleh pihak APAD.
Dan ini semuanya dijangka akan disiapkan dalam masa sebulan atau hingga dua bulan akan datang. Jadi, jadual asal kita ataupun jadual baharu yang diletakkan sebagai sasaran
Tuan Loke Siew Fook
ialah pada Jun. Namun begitu, semua pihak termasuk pihak Kementerian Pengangkutan, Prasarana dan juga pihak kontraktor cuba menyiapkan projek ini ataupun semua ujian yang diperlukan dalam kadar segera supaya ia dapat dibuka dengan lebih awal daripada bulan Jun.
Terima kasih.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan?
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Dr. Mohd Hatta, dua wanita hendak bertanya, yang mana satu kamu pilih? Bagi wanita juga.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih Dato Speaker. Memandangkan projek LRT3 telah melalui proses pemotongan kos dan pengurangan skop yang signifikan di bawah pentadbiran di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, adakah keputusan dasar tersebut telah menyumbang kepada kelewatan projek? Dalam hal ini, adakah terdapat sebarang penilaian pasca rasionalisasi untuk menilai kesan langkah tersebut? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang pertamanya, saya menafikan ia tak ada kena mengena langsung dengan apa yang dilaksanakan pada tahun 2018 untuk merasionalisasikan ataupun melihat balik kepada cara pelaksanaan LRT3. Apa yang berlaku sekarang ialah isu teknikal. Ia bukannya isu pengurangan kos dan sebagainya.
Pengurangan kos itu telah pun mengambil kira pelbagai faktor dari segi mekanisme pelaksanaan projek daripada cara pelaksanaan, mekanisme pelaksanaan terhadap turn key kontraktor yang pertama. Pada ketika itu, ada stesen-stesen yang telah pun dikurangkan untuk mengurangkan kos dan sebagainya.
Jadi apa yang berlaku pada ketika ini, ia tidak ada kena mengena langsung dengan keputusan untuk mengurangkan kos ataupun cara pelaksanaan projek LRT3 pada tahun 2018. Apa yang berlaku sekarang ialah purely teknikal isu dan ini adalah isu-isu signaling dan sebagainya yang perlu dilaksanakan. Ini memang adalah perkara-perkara yang biasa dalam banyak projek rel. Dan kita mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati untuk memastikan apa sahaja isu ini perlu diselesaikan sebelum kita membuka kepada orang ramai.
Sebab isu-isu ini dia melibatkan signaling dan juga sistem semboyan. Dan walaupun dia tidak ada kesan terhadap keseluruhan projek ataupun sistem itu, namun begitu apa sahaja isu yang timbul, kita mengambil dengan perkara yang serius. Umpamanya, ada isu yang berlaku dalam fasa ujian. Dia punya pembukaan pintu mungkin pada hala yang salah dan sebagainya, ataupun dia punya sistem amaran berbunyi. Walaupun tak ada apa-apa berlaku dan sebagainya, ini semua isu-isu berkenaan dengan semboyan dan sistem yang perlu diselesaikan.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi memang perkara ini telah pun diambil langkah ataupun ambil tindakan oleh pihak kontraktor dan selagi mereka tak selesaikan semua isu, kita tidak akan menerima projek itu ataupun penyiapan projek itu. Jadi kita dalam fasa terakhir untuk memastikan semua isu ini dapat ditangani dan sejurus selepas itu kita harap dapat dibuka kepada orang ramai dengan selamat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 5.
5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Ekonomi menyatakan, sejauh manakah pengukuhan Ringgit Malaysia kepada sekitar RM4 berbanding Dolar AS memberi kesan sebenar kepada imbangan dagangan dan daya saing eksport negara serta apakah langkah strategik kementerian bagi memastikan lebihan dagangan RM151.80 bilion pada 2025 dapat dikekalkan secara mampan.
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 14.8 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu RM4.4785 pada 2 Januari 2025 dan kepada RM3.9015 pada 20 Februari 2026.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengukuhan Ringgit ini mencerminkan asas ekonomi yang kukuh termasuk prestasi eksport yang berdaya tahan, lebihan imbangan perdagangan yang berterusan serta pembinaan permintaan luar yang mampan terhadap barangan dan perkhidmatan di Malaysia.
Secara keseluruhan Dato Yang di-Pertua, pengukuhan ringgit dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi eksport dan imbangan perdagangan negara. Imbangan perdagangan telah meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM151.8 bilion pada tahun 2025 dan mencatat lebihan selama 28 tahun berturut-turut sejak 1998.
Prestasi imbangan perdagangan tetap kekal kukuh walaupun ringgit pernah berada pada paras RM3.80 berbanding Dolar Amerika semasa pelaksanaan tambatan Ringgit pada tahun 1998 hingga 2005. Bagi memastikan lebihan imbangan perdagangan dapat dikekalkan secara mampan Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan memberikan penekanan kepada strategi berikut.
Yang pertama, meningkatkan kerencaman ekonomi ke arah peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai. Penumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada aktiviti pelaburan dalam industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai tinggi, high growth, high value dengan izin, serta sektor berimpak tinggi seperti projek berkaitan semikonduktor, pusat
Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
data, artificial intelligence, teknologi termaju akan dipercepatkan bagi meningkatkan penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi lebih kompleks. Ini semua di bawah pelan dan rancangan NETR, NIMP 2030, Natural– National Semiconductor Strategy dengan izin. Dan ini semua akan menyokong kepada peralihan kepada nilai yang tinggi.
Yang kedua, kita akan meningkatkan keterlibatan Malaysia pada peringkat antarabangsa bagi menarik pelabur dalam sektor strategik. Jaringan pada peringkat global Dato Yang di-Pertua akan diperluaskan bagi memperkukuhkan integrasi ekonomi, meningkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan ‘Made by Malaysia', serta mempergiatkan promosi perdagangan pelaburan.
Kita juga akan menumpukan juga kepada ekosistem penyelidikan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi R&D and C&I dan kita sediakan 60 juta geran MDG untuk kita bantu PMKS mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa.
Yang ketiga, kita akan memperkukuhkan kerjasama strategi dengan rakan dagang seperti yang sedia ada dan ekonomi serantau. Dan Ahli Yang Berhormat kesemua inisiatif yang saya sebutkan tadi dan langkah strategi, dijangka dapat menyokong usaha mengekalkan lebihan dagangan seterusnya mencapai pertumbuhan eksport sebanyak 5.8 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Dato Yang Di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan.
Soalan tambahan saya, dalam keadaan pengukuhan nilai ringgit yang memang agak ketara sehingga di bawah daripada RM4 berbanding dolar US, saya mahu tahu, apakah jaminan kementerian bahawa pengeksport kecil dan sederhana tidak terjejas dari segi margin keuntungan dan daya saing harga khususnya dalam sektor pembuatan yang berorientasikan eksport? Serta saya mahu sedikit penjelasan, apakah nilai atau keadaan keanjalan permintaan eksport Malaysia mengikut sektor utama?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan pengukuhan nilai ringgit. Yang Berhormat, kita di Kementerian Ekonomi dan kerajaan memantau pergerakan ringgit ini dan sudah pasti kebimbangan kita adalah kepada prestasi eksport sepertimana juga kebimbangan Ahli Yang Berhormat, tetapi apabila kita lihat dalam sektor pembuatan khususnya E&E, dan kita tahu majoriti komponen untuk E&E diimport daripada luar negara. Jadi, apabila pengukuhan ringgit ini, dia berpotensi mengurangkan kos pengeluaran produk tersebut. Namun, juga timbul satu isu berkaitan kompetitif.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Apabila margin tersebut disebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, ia juga melibatkan kepada— apabila kos pengeluaran itu rendah, margin tinggi tetapi nilai kompetitif di antara negara untuk menerima produk kita juga akan timbul pengurangan dari segi permintaan.
Namun, apabila kita lihat kedua-dua faktor kos pengeluaran dan produk untuk dieksport, ia nya tidak sangat signifikan Ahli Yang Berhormat.
Setakat hari ini, prestasi kepada kita punya eksport cukup baik Ahli Yang Berhormat.
Itu sebabnya Yang Berhormat lihat kita suku keempat 2025, kita punya GDP mengukuh pada kadar 6— bertumbuh pada kadar 6.3 peratus berbanding suku ketiga 2025 sebanyak 5.4 peratus. Ini semua kerana kita mempunyai permintaan di peringkat global yang baik terutamanya dari segi sektor perkhidmatan dan pembuatan. Terima kasih Dato Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, langkah-langkah yang telah diambil untuk melindungi dan menyokong PKS tempatan termasuk sama ada kerajaan bercadang mengenakan keperluan modal berbayar minimum yang lebih tinggi ke atas syarikat asing yang beroperasi dalam sektor sensitif termasuk sektor makanan dan minuman (F&B).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Ramadan al-mubarak.
Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited bagi menyokong Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) khususnya dalam sektor francais.
Akibat kemasukan syarikat-syarikat antarabangsa yang beroperasi dalam sektor makanan dan minuman F&B. Dalam konteks industri francais, struktur fi yang dikenakan kepada syarikat asing adalah lebih tinggi bagi pendaftaran francaisor tempatan. Fi yang dikenakan adalah fi proses sebanyak RM50 dan fi kelulusan sebanyak RM1,000.
Sebagai perbandingan bagi francaisor asing, komitmen kewangan yang lebih tinggi perlu iaitu fi proses sebanyak RM50 dan fi kelulusan berjumlah RM5000. Bagi pendaftaran francaisi pula, bagi francaisi kepada francaisor tempatan, fi yang dikenakan hanyalah fi proses sebanyak RM20. Manakala fi pendaftaran francaisi kepada francaisor asing fi yang dikenakan adalah lebih tinggi iaitu fi proses sebanyak RM50 dan fi kelulusan sebanyak RM1,000.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Sebarang perubahan kepada kadar fi ini memerlukan penelitian selanjutnya melibatkan pindaan kepada Akta Francais 1998. Dengan mengambil kira pandangan pihak- pihak yang berkepentingan menerusi sesi libat urus yang dilaksanakan, kementerian ini sentiasa terbuka untuk menyemak semula struktur kadar fi sedia ada secara berkala.
Penelitian ini akan dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada daya saing francaisor tempatan di samping mengimbangi impak sosioekonomi serta memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan asing yang menarik dan kompetitif.
Dato Yang di-Pertua, bagi memastikan sektor francais terjaga, untuk kepentingan syarikat tempatan, KUSKOP akan memastikan hanya permohonan francaisor asing yang benar-benar layak dan dapat menyumbang kepada ekonomi negara sahaja diberikan kelulusan untuk mendaftar sebagai francaisor asing.
Sehingga 31 Disember 2025, terdapat sebanyak 71 syarikat francaisor asing dalam sektor makanan dan minuman F&B yang berdaftar untuk beroperasi di Malaysia. Bilangan ini merupakan 42 peratus daripada 170 jumlah keseluruhan syarikat francaisor F&B yang berdaftar untuk beroperasi.
Dalam hubungan ini KUSKOP melalui Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan daya saing yang seimbang antara pemain tempatan dan asing iaitu yang pertama dengan mengadakan program pembangunan kapasiti khusus Business in Transformation (BIT) bagi mengimbangi para usahawan PMKS untuk membangunkan perniagaan ke arah perniagaan francais.
Yang keduanya, pembiayaan kepada bakal usahawan belia dan wanita untuk memulakan perniagaan francais melalui program Be Your Own Boss (BYOB). Dan yang ketiga, program-program latihan merangkumi pengukuhan keusahawanan, pengurusan kewangan, pembangunan, kapasiti halal dan pemasaran.
Selain itu, KUSKOP melalui agensi-agensi turut menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan dalam bentuk pembangunan kapasiti dan pembiayaan kepada PMKS terutama dalam sektor F&B seperti skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional. Program Pembiayaan HalalBiz di bawah SME Bank, pelbagai produk pembiayaan PKS dan mikro di bawah Bank Rakyat dan Skim Pembiayaan Ikhtiar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.
Dato Yang di-Pertua, di samping itu KUSKOP juga mengadakan beberapa program bagi memperluaskan pasaran produk usahawan PMKS seperti inisiatif live streaming dan fasiliti studio live percuma melalui kerjasama TEKUN Nasional bersama TikTok Shop dan platform MyMall di bawah PERNAS yang menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma bagi produk atau perkhidmatan PMKS.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Mohamad bin Alamin
Semua inisiatif yang telah dijalankan adalah bagi memastikan PMKS tempatan lebih berdaya saing dan ekosistem perniagaan yang sangat kompetitif. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Menteri atas jawapan diberikan. Selain dari sektor francais, boleh Yang Berhormat Menteri memberi huraian sama ada langkah perlindungan PKS ini akan melibatkan syarat khusus bagi semua sektor sensitif dan bagaimana sektor tersebut ditentukan? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih, Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Terutamanya sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa kita nak menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing yang menarik, Dato Yang di-Pertua. Itu sebabnya kita pertamanya, tidak dapat menghalang kemasukan mana-mana pelabur asing untuk melabur di dalam negara kita untuk sektor F&B, contohnya.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengambil beberapa langkah terutamanya untuk melindungi kepentingan syarikat francaisor asing dan juga francaisi, syarikat francais lokal kita. Kita tak mahu nanti nasib mereka akan tergadai. Kita tak mahu mereka juga akan ketinggalan jauh dengan mana-mana syarikat yang datang daripada luar. Itu sebabnya kita di bawah KUSKOP akan memastikan beberapa langkah yang penting terutamanya untuk memastikan hanya syarikat francais asing yang benar-benar boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang akan kita pertimbangkan, didaftarkan sebagai francais.
Francaisor asing dan berdaftar di bawah francais Malaysia sebagai francaisor.
Itu sebabnya kita juga akan memastikan beberapa kriteria yang agak ketat terutama dari segi kelulusan. Ada tiga, ada dua peringkat. Kelulusan pertama dari segi teknikal akan diselia oleh KUSKOP dan juga PERNAS. Yang keduanya, kita akan memastikan kelulusan di peringkat pendaftar francais yang akan dipengerusikan oleh KSU KUSKOP secara terus. Dan di sini kita akan bentangkan kepada jawatankuasa tentang keupayaan kewangan syarikat ini, dokumentasi yang mereka telah penuhi berdasarkan Akta Francais 1998 itu.
Kemudian, syarikat ini mesti boleh menawarkan, Dato Yang di-Pertua, peluang kepada francaisi tempatan kita untuk turut serta menjadi francaisi kepada francaisor asing tadi. Kalau dia meletakkan mungkin apa nama, board ataupun harga terlalu tinggi, itu mungkin tidak memberi peluang kepada local company kita. That’s why kita juga akan memastikan juga mana-mana syarikat asing yang ingin melabur dalam F&B juga mesti mewujudkan job opportunities kepada negara kita.
Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita akan tekankan supaya syarikat tempatan tidak akan terus ketinggalan dan tidak akan apa namanya diganggu kepentingan mereka.
Jadi, banyak lagi yang akan kita laksanakan, yang penting ialah tentang kriteria di bawah Akta
Datuk Mohamad bin Alamin
Francais, kita akan perketatkan, tetapi ini memerlukan Yang Berhormat, ialah pindaan kepada Akta Francais yang saya sebutkan tadi. Sekian dan terima kasih.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Soalan tambahan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah tindakan secara terperinci KUSKOP bagi memastikan permohonan francaisor asing yang benar-benar layak diberikan kelulusan untuk mendaftar sebagai francaisor asing? Sekian.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sementara kita, Yang Berhormat Senator terima kasih banyak atas soalan tambahan. Sementara kita mengenakan beberapa syarat yang begitu ketat juga ya dan kita juga menggalakkan mana-mana syarikat asing yang ingin melabur kepada, di negara kita khusus dalam sektor F&B ini.
Memang kita ada mengadakan beberapa tindakan-tindakan yang agak terperinci sebenarnya. Yang saya sebutkan tadi bahawa mana-mana syarikat itu mesti memenuhi Akta Francais 1998. Dokumentasinya perlu lengkap berdasarkan seksyen 7 umpamanya dalam akta tersebut yang merangkumi dokumen penzahiran francais, pensijilan francais, manual pengendalian dan latihan dan banyak lagi. Yang itu pertama.
Yang keduanya kita mesti mahu memastikan keberadaan mereka di negara kita ini mesti sesuatu yang betul-betul boleh menyumbang, yang tadi saya katakan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan mesti mereka mempunyai tapak yang sesuai.
Kalau mereka tak punya tapak yang sesuai, tetapi kita tidak akan luluskan. Jadi, site visit, lawatan tapak perlu kita laksanakan juga untuk melihat mana-mana premis yang dicadangkan sebagai tempat mereka berniaga itu.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dan yang ketiga, yang saya sebut tadi, bahawa kita ada proses kelulusannya yang begitu ketat. Ada dua proses yang saya sebutkan tadi ya. Di peringkat teknikal yang dipengerusikan atau bersama dengan KUSKOP dan juga Pernas.
Yang keduanya, di peringkat pendaftar francais atas kapasiti sebagai KSU, dianggap sebagai pendaftar francais di negara kita. Jadi ini adalah dua proses yang begitu ketat dan kita akan pastikan hanya syarikat francaisor asing yang benar-benar layak, yang benar-benar memenuhi kriteria yang saya sebutkan tadi diluluskan sebagai francaisor asing yang berdaftar di bawah francais Malaysia. Dato Yang di-Pertua, sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias.
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Che Alias bin Hamid minta Menteri Pendidikan menyatakan, justifikasi kerajaan dalam memperkenalkan sistem peperiksaan awam bagi Tahun 4 dan Tingkatan 3 serta tahap kesediaan Lembaga Peperiksaan terhadap pelaksanaan ini agar tidak membebankan guru dan murid.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadhan Karim kepada semua dan juga Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao pada semua.
Dan pagi ini soalan nombor 7, pertamanya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 49 pada 9 Mac 2026 daripada Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman berkaitan perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua.
Selaras dengan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Januari 2026, Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dilaksanakan melalui tahun 2026, manakala Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 akan dilaksanakan melalui tahun 2027 dan dikendalikan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan melibatkan dua domain utama iaitu pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan pusat.
Domain pertama iaitu PBS merangkumi komponen pentaksiran bilik darjah termasuk ujian akhir sesi akademik, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kurikulum dan pentaksiran psikometrik. PBS ini bertujuan untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai perkembangan dan potensi murid secara holistik, sekali gus memberi fokus ke arah memastikan pendidikan bermutu secara menyeluruh, adil dan saksama.
Domain kedua dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan iaitu Peperiksaan Pusat iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Sepanjang murid bersekolah selama 11 tahun, Peperiksaan Pusat ini merupakan semakan akhir bagi penganugerahan sijil yang membolehkan murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan juga bagi tujuan permohonan pekerjaan.
Pelaksanaan Matriks Pembelajaran ini merupakan sebahagian dari ekosistem pentaksiran pendidikan negara di bawah domain satu. Matriks Pembelajaran ini diurus sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan dan Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026. Jadi Yang Berhormat boleh bagi tahulah kepada orang-orang kampung, maknanya Matriks Pembelajaran Darjah 4, Oktober 2026 ya.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Matriks Pembelajaran ini dilaksanakan secara berpusat serta mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh LP: Lembaga Peperiksaan. Instrumen serta panduan penskoran akan disediakan dan dicetak oleh Lembaga Peperiksaan. Jadi, guru tak perlu menyediakan instrumen bagi Matriks Pembelajaran ini. Semua disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Selepas proses pentaksiran selesai, slip keputusan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pihak sekolah akan mencetak slip dan akan diedarkan kepada murid. Kertas pentaksiran Matriks Pembelajaran akan diberikan semula kepada murid selepas selesai proses perekodan untuk tujuan intervensi. Jadi ini, Matriks Pembelajaran ini Yang Berhormat akan membolehkan pencapaian murid dinilai bagi membantu guru, sekolah dan KPM untuk merangka intervensi yang lebih berfokus dan intensif bagi memperkukuh penguasaan literasi, numerasi dan kemahiran sains saintifik murid.
Data yang diperoleh daripada Matriks Pembelajaran ini dapat membantu sekolah dan guru untuk memahami keperluan murid dengan lebih tepat supaya sokongan boleh diberikan lebih awal dan bersasar. Ini bermakna ruang untuk intervensi boleh dilakukan semasa murid berada di Darjah 5 dan Darjah 6. Ini penting Yang Berhormat kerana anak-anak kita ini akan disiapkan untuk menghadapi tiga assessment, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pentaksiran antarabangsa. Di sekolah rendah, mereka akan berhadapan dengan CPLM, manakala di sekolah menengah, mereka akan berhadapan dengan TIMSS dan PISA.
Jadi datanglah apa pun pentaksiran antarabangsa, sistem pendidikan kita intact, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan mereka boleh melalui semua pentaksiran ini dengan apa yang telah pun kita laksanakan melalui Matriks Pembelajaran ini.
Jadi Matriks Pembelajaran Tahun 4 ini yang akan dilaksanakan di semua sekolah rendah, mata pelajaran teras yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Manakala dibagi mata pelajaran lain ya, akan dibuat melalui Ujian Akhir UASA seperti sedia ada. Dan bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJK(T), mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil turut terlibat dalam Matriks Pembelajaran ini sebagai sebahagian daripada keperluan intervensi sekolah masing-masing.
Jadi untuk Tingkatan 3 Yang Berhormat, mata pelajaran Matriks Pembelajaran yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. Jadi Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 ini bertujuan menilai pencapaian murid dalam aspek kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi penaakulan dan kemahiran proses saintifik. Aspek kemahiran ini diambil kira dalam penentuan pakej mata pelajaran serta aliran akademik atau kemahiran ke Tingkatan 4. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas]
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi.
Soalan tambahan saya, bagaimana pihak kementerian akan memastikan Matriks Pembelajaran Malaysia ini tidak kembali menjadi sistem yang berorientasikan kepada skor sehingga menghidupkan semula budaya rangking di sekolah-sekolah dan tekanan yang melampau kepada para pelajar ataupun murid, walhal matlamat asalnya ialah untuk intervensi? Dan apakah jaminan pihak kementerian bahawa tiadanya ranking di sekolah secara terbuka, tiada senarai sekolah terbaik atau tiada stigma pada bank prestasi yang akhirnya memaksa guru kembali kepada budaya latih tubi untuk para pelajar dan sehingga mengabaikan silibus [Tidak jelas] Yang sepatut diajar kepada para pelajar kita. Semata-mata demi mengejar data intervensi yang kelihatan cantik di kertas. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jamin sepenuhnya Yang Berhormat, apa yang dizahirkan oleh Yang Berhormat itu adalah satu perkara yang memang kita ambil perhatian penuh. Sebab itu, Matriks Pembelajaran ini kita berikan tumpuan, sebagaimana yang saya telah jelaskan tadi, ia adalah mengekalkan pentaksiran Yang Berhormat.
Jadi pentaksiran ini dan Matriks Pembelajaran ini adalah sebahagian daripada komponen pentaksiran itu. Jadi apa yang Yang Berhormat risaukan tadi, soal ranking, soal yang terkait rapat dengan sekolah terbaik dan sebagainya itu dapat kita jaga kerana ia adalah soal pentaksiran. Sebab itu, saya nak tegaskan sekali lagi Yang Berhormat, justifikasi Matriks Pembelajaran ini sangat penting.
Pertama adalah soal intervensi sebagaimana yang saya tegaskan tadi. Yang kedua adalah untuk penguasaan literasi dan nemurasi kerana ini adalah pentaksiran yang sangat penting dan anak-anak kita akan berhadapan dengan pentaksiran antarabangsa yang melihat kepada penguasaan ini.
Yang ketiga adalah bagi memastikan mereka ini dinilai secara holistik dari segi— sebab itu saya sebut tadi dalam domain pertama itu, ada segala komponen itu, termasuk komponen yang terkait rapat dengan Matriks Pembelajaran ini.
Dan yang keempat, untuk Matriks Pembelajaran Tingkatan 3 adalah untuk dia menentukan aliran itu.
Jadi tidak timbul soal ranking ini kerana kita cukup menjaga dari segi integriti matriks ini supaya ia menjadi pentaksiran yang benar-benar dan pengukuran kepada penguasaan itu yang kita hasratkan dalam sistem pendidikan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Manolan bin Mohamad
Soalan tambahan.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Tambahan Dato.
Tuan Yang di-Pertua
Tadi Senator Puan Tiew yang angkat dulu.
[Ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ini soalan tambahan terakhir sebab Peraturan 23, kita guna pakai sepenuhnya sesi ini sebab sesi ini sesi penting. Banyak perkara yang kita nak bincang dan juga putuskan ya.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan adalah, sejak manakah bagi pihak kementerian untuk memastikan ada kawal selia dasar persiapan bagi melaksanakan kita katakan matriks, matriks ini?
Dan sejak dan daripada peruntukan manakah yang kementerian agihkan untuk melaksanakan bagi dasar ini? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu adalah daripada peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuma, barangkali soalan Yang Berhormat ini sangat penting untuk kita lihat kerana Yang Berhormat bertanyakan tentang kawal selia. Inilah bahagian, Tuan Yang di-Pertua, integriti yang kita pertahankan, apabila kita membuat ataupun melaksanakan matriks pembelajaran ini. Sebab itu saya tegaskan daripada awal dalam domain, kedua-dua domain ini, mengapa Lembaga Peperiksaan ini mesti dilihat sebagai badan yang akan mengawal selia keseluruhan pelaksanaan Matriks Pembelajaran ini, Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, soal kawal selia itu akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan. Dan dalam masa yang sama, bila kita melihat dari segi persiapan itu, insya-Allah, maknanya dari segi persiapan kita telah pun bersedia untuk melaksanakan penataran, penjelasan kepada semua pihak oleh Lembaga Peperiksaan. Dan sebab itu saya maklumkan lebih awal bahawa matriks pembelajaran ini akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026 dan untuk Tingkatan 3, kita akan bermula pada tahun hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng.
Dato' Ng Keng Heng
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Salam Ramadan dan Selamat Gong Xi Fa Cai. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8. Terima kasih.
8. Dato' Ng Keng Heng minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah pelan pemodenan pertahanan bagi tahun-tahun mendatang, termasuk peruntukan bajet dan keperluan strategik serta apakah prosedur audit dalaman dan luaran yang dilaksanakan bagi memastikan ketelusan semua perolehan aset, menjamin nilai wang dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan berikutan teguran oleh Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
sejahtera. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kita menjalani ibadah puasa Ramadan dan selamat menyambut Tahun Baru Cina.
Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng tentang soalan dikemukakan. Dato Yang di-Pertua, rancangan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tempoh 2021-2030 adalah berasaskan kepentingan: interest based seperti yang dihuraikan di dalam bab Angkatan Masa Hadapan, Kertas Putih Pertahanan (KPP). Pelaksanaan ini diterjemahkan oleh perkhidmatan melalui pelan pembangunan keupayaan masing-masing seperti Army for Next Generation, Tentera Darat, 1525 Tentera Laut dan juga CAP55 Tentera Udara.
Dan senarai keutamaan pembangunan keupayaan pertahanan telah dikemas kini melalui Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) untuk tempoh lima tahun berikutnya iaitu tahun 2026 hingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dan langkah ini selaras dengan perkembangan pertempuran masa kini yang banyak menggunakan sistem tanpa pemandu dan munisi iaitu bahan letupan jarak jauh. Dan kementerian komited untuk melabur sehingga 1.5 peratus daripada kadar keluaran negara kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 untuk pertahanan negara bagi menjayakan KSP KPP ini. Dan peningkatan pelaburan ini amat penting bagi mendepani cabaran masa kini dan akan datang, selain menggantikan aset-aset utama ATM yang telah usang dan yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Manakala, bagi bahagian audit dalam pertahanan di Kementerian Pertahanan Malaysia, ianya bertanggungjawab melaksanakan audit pengurusan kewangan, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. Di mana ia merangkumi pemeriksaan terhadap kawalan dalaman iaitu meliputi kewangan dan operasi, rekod kewangan dan juga sistem yang dilaksanakan. Dan bahagian ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian terhadap pengurusan program, projek dan aktiviti, termasuk sistem ICT untuk menentukan matlamat yang telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.
Dato Yang di-Pertua, bagi memastikan ketelusan semua perolehan aset, menjamin nilai wang dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan, berikutan teguran oleh Yang di- Pertuan Agong, pengauditan yang dijalankan oleh bahagian audit dalam merangkumi lima perkara utama iaitu pengauditan prestasi iaitu terkait dengan ICT. Pengauditan pematuhan, pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan kewangan iaitu pengurusan perolehan transaksi bayaran dan pengesahan data baki awal aset dan juga liabiliti dan pengauditan khas dan juga siasatan-siasatan am. Dan prosedur audit yang dijalankan adalah berdasarkan kepada garis panduan audit dalaman yang dikelola dan dipantau oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dan akhirnya, selain daripada apa yang saya sebutkan sebentar tadi Dato Yang di- Pertua, Kementerian Pertahanan sedang dalam gerak kerja penubuhan Lembaga Keutuhan dan Amanah sebagai mekanisme kawalan dalaman bagi menilai isu integriti dan tatakelola secara objektif serta mengemukakan cadangan lanjut kepada Kementerian Kewangan, tertakluk kepada arahan berkaitan pembekuan perolehan aset— perolehan di MINDEF. Itu saja jawapan.
Dato' Ng Keng Heng
Dato Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Sejauh manakah pelan pemodenan yang bertujuan mereformasi dasar industri pertahanan negara dapat menjamin tidak akan berlakunya sebarang kecurangan atau kebocoran akibat salah laku pegawai peringkat tertinggi yang menjejaskan keberkesanan operasi mahupun menggadai kepentingan keselamatan? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Senator atas persoalan yang dikemukakan. Soalan tambahan yang dikemukakan. Kita di MINDEF, tak dapat kita nafikan antara isu yang mutakhir ini, yang terkait dengan akauntabiliti, integriti, terutamanya yang terkait dengan perolehan-perolehan yang ada di MINDEF.
Sepertimana jawapan yang telah saya temukan tadi, asas bagi kita di MINDEF ini adalah kita melihat bahawa segala perolehan kita adalah berdasarkan apa yang telah kita nyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Itu adalah keperluan kita masa kini dan keperluan kita sehingga 2030. Dan kalau kita lihat, dalam kita review Kertas Putih Pertahanan kita, kalau kita lihat kajian separuh penggal kita, antara perkara yang kita masukkan adalah - kalau kita lihat, pertahanan siber yang mungkin daripada peringkat awal itu tidak dinyatakan secara khusus, tapi pada masa akan datang, kita tahu bahawa keperluan pertahanan siber adalah sebahagian daripada keperluan semasa.
Sebab itu apa yang saya sebutkan tadi, kita berbincang dengan Kementerian Kewangan, antara yang sedang kita bangunkan adalah Lembaga Keutuhan dan Amanah.
Kerana kita tahu bahawa di samping kita melihat segala proses-proses kita, sama ada sistem kita dan proses ICT kita, dan antara yang kita akan tambah baik adalah bagaimana kita boleh meningkatkan keupayaan pendigitalan. So, keutamaan digital dalam sistem kita ini adalah satu perkara yang kita berikan keutamaan supaya semua keputusan yang kita buat dan semua data-data yang kita ada akan dapat membantu kita dalam kita memastikan integriti dan kepatuhan kita kepada sistem kewangan dan perolehan di MINDEF itu sendiri. Itu saja jawapan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Soalan tambahan.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Yang di-Pertua. Kepada kementerian— Menteri. Di semua kementerian ataupun jabatan kerajaan terdapat unit integriti. Adakah unit
Tuan Amir bin Md Ghazali
integriti benar-benar berfungsi sebagai badan bebas, pemantau yang bebas dan tegas dalam menangani salah laku pegawai, khususnya di Kementerian Pertahanan? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Senator Tuan Amir atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa tadi saya sebut tentang unit audit. Apa yang dilakukan dan semua lima perkara teras audit yang kita lakukan. Dan di samping itu, ada juga disebut tentang unit integriti.
Dan kita tak nafikan bahawa unit integriti adalah sebahagian daripada proses kita untuk pastikan bahawa segala tatakelola, pelaksanaan kepada sistem-sistem kita dan laporan-laporan yang terkait dengan integriti itu kita siasat. Memang kita tahu bahawa kebiasaannya di unit integriti ini siasatan-siasatan kita kepada segala bentuk laporan salah laku. Sama ada laporan itu terkait dengan salah laku secara terus ataupun terkait dengan kompetensi pelaksana kepada proses-proses, sama ada perolehan, SOP yang kita laksanakan di peringkat Kementerian Pertahanan.
Dan saya tak nafikan bahawa dari masa ke semasa, semua proses ini kita harus tambah baik. Di samping kita melihat kepada sistem kita, pembentukan nilai adalah sebahagian daripada proses kita juga. Kerana kita tahu bahawa kalau kita punya sistem yang baik sekalipun, tetapi tidak ada pembentukan nilai yang baik di kalangan pelaksana keseluruhannya, sama ada di peringkat tertinggi mahupun di semua peringkat sekalipun, ini adalah satu perkara yang penting juga bagi kita.
Dan dalam masa yang sama, macam saya sebutkan tadi, kalau kita menyebut tentang integriti, tentang amanah itu juga, kompetensi juga adalah satu aspek yang cukup penting juga. Jadi dalam masa yang sama, kita harus memastikan bahawa semua pemegang jawatan dan pemegang amanah ini, mereka kompeten dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Itu saja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Dato Yang di-Pertua, pohon penjelasan. Soalan saya nombor 9. Terima kasih.
9. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Ekonomi menyatakan, tahap pencapaian inisiatif PuTERA35 dalam memperkukuh daya saing ekonomi bumiputera dalam sektor bernilai tinggi serta apakah perkembangan terkini penstrukturan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
PuTERA35 memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera yang lebih bermakna. Kerajaan sedang dan telah melaksanakan
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
pelbagai intervensi khusus dan bersasar di bawah PuTERA35 dan RMKe13 untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi bumiputera, termasuk peningkatan skala perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri high growth high value dengan izin, dan sektor berpotensi tinggi.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Antara usaha tersebut, Tuan Yang Berhormat, termasuk pengukuhan institusi pembiayaan ekuiti, penyediaan dana pemangkin dan akses pembiayaan alternatif oleh agensi-agensi mandat bumiputera seperti MARA, TERAJU, VentureTECH dan Ekuinas.
Dato Yang Di-Pertua, dalam hal ini, antara pencapaian utama dalam pelaksanaan PuTERA35 dalam memperkukuhkan daya saing ekonomi bumiputera dalam sektor bernilai tinggi sehingga Disember 2025 adalah seperti berikut; Dari aspek penyertaan seramai 13,926 bakat bumiputera di bawah program YP Talent Bank, di bawah Yayasan Peneraju telah menerima latihan dan pensijilan dalam bidang perakaunan profesional, cybersecurity dan artificial intelligence. Seramai 3,151 pelajar di bawah program rintis TVET di bawah MARA menerima latihan dan pensijilan dalam bidang kimpalan, bio-perubatan, automotif dan ventilasi penyaman udara.
Dari segi aspek pemilikan, sebanyak RM1.32 bilion pembiayaan telah ditawarkan oleh TERAJU melalui Program Bumiputera Expansion and Catalyst Fund (BECF) dan Islamic Working Capital Project Financing (i-WCPF) yang dimanfaatkan oleh 875 syarikat bumiputera di bawah strategi penskalaan PKS bumiputera dalam sektor strategik terpilih termasuk sektor bernilai tinggi.
Sebanyak empat syarikat bumiputera Ahli Yang Berhormat, dalam sektor berteknologi tambah tinggi telah dilaburkan dengan jumlah RM58.1 juta melalui dana pelaburan strategi VentureTECH. Dari aspek penguasaan bumiputera sebanyak dua syarikat bumiputera, iaitu SumiSaujana Group Berhad telah berjaya disenaraikan di pasaran ACE dan Orkim Berhad telah berjaya disenaraikan di pasaran utama bursa Malaysia melalui kerjasama GLC dan GLIC.
Tuan di-Pertua, berkaitan soalan Yang Berhormat, penstrukturan Pelaburan Hartanah berhad (PHB) dan Ekuinas, kerajaan telah melaksanakan konsolidasi institusi pelaburan bumiputera di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera bagi memperkukuhkan penyelarasan tadbir urus dan impak pelaburan.
Dalam konteks Ekuinas, bermula Januari 2025, Ekuinas telah dikonsolidasikan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera dan kini merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad. Ekuinas berperanan sebagai cabang Modal Swasta Domestik, Domestic Private Capital (DPC) dalam ekosistem PNB dengan fokus pelaburan dalam
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
syarikat Malaysia bersaiz pertengahan bagi memastikan pembangunan generasi baru syarikat peneraju serta memperkukuhkan penyertaan bumiputera dari segi pemilikan pengurusan dan guna tenaga.
Secara keseluruhan Yang Berhormat, langkah ini membolehkan modal domestik digembleng secara lebih bersepadu bagi menyokong pembangunan ekonomi bumiputera lebih inklusif, mampan selari dengan aspirasi ekonomi MADANI ini. Terima kasih, Dato Yang Berhormat.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji
Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah langkah pemantauan dan tadbir urus yang dilaksanakan bagi memastikan pelaburan melalui Pelaburan Hartanah Berhad dan Ekuiti Nasional Berhad memberikan pulangan mampan serta manfaat langsung kepada komuniti bumiputera? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Senator. Dalam hal ini, kita mempunyai satu majlis yang dinamakan Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan sepenuhnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemantauan di mana di dalam Majlis Ekonomi Bumiputera ini bukan sahaja Ahli Kabinet bumiputera tetapi juga Menteri Kabinet yang bukan bumiputera juga terlibat wakil Sabah dan Sarawak termasuk juga wakil daripada syarikat GLC dan GLIC.
Di mana Majlis Ekonomi Bumiputera ini disokong oleh dua Jawatankuasa yang menggerakkan iaitu satu Jawatankuasa Pemandu iaitu yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat TPM I Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi. Dan yang keduanya Jawatankuasa Kerja MEB dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Di mana fungsi MEB ini Yang Berhormat, seperti mana kegusaran Yang Berhormat dan kebimbangan berkaitan pemantauan.
Kita sekarang ini dah wujudkan satu di panggil dashboard PuTERA35 yang akan melihat semua inisiatif, sebab di bawah PuTERA35 ini kita ada tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar yang kita akan melihat pelaksanaan ini untuk melihat keberkesanan dan dasar. Selain itu, kita juga letak KPI di setiap kementerian supaya agenda bumiputera ini menjadi agenda nasional dan agenda Kerajaan MADANI. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih, Dato Speaker. Soalan saya, bagaimanakah PuTERA35 memastikan syarikat bumiputera yang disokong dalam sektor high-growth, high-
Datuk Rosni binti Sohar
value dengan izin, benar-benar bersaing bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat serantau serta global?
Selain itu, apakah mekanisme kementerian dalam memastikan agenda pemerkasaan ekonomi wanita tercapai khususnya dalam aspek 3P Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan wanita bumiputera sebagai pengasas, pemegang ekuiti majoriti ataupun eksekutif kanan?
Dan adakah kementerian menetapkan sasaran kuantitatif minimum untuk eksklusiviti gender dalam perkara ini? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Rosni atas soalan, dua soalan dan soalan kedua itu yang amat signifikan dengan wanita.
Kerana apa Kementerian Ekonomi di bawah MEB dan Kementerian Ekonomi meletakkan sasaran kepada penyertaan syarikat-syarikat bumiputera ini kepada industri high- growth, high-value kerana apa? Kerana kita lihat bila kajian kita dibuat oleh agensi mandat bumiputera, iaitu TERAJU, Dato Yang di-Pertua, kita lihat antara perkara yang disebut adalah bagaimana kegusaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi iaitu liputan adakah syarikat bumiputera ini mampu untuk bergerak ke pasaran global.
Itu sebabnya selain kepada pembiayaan, kita juga lakukan melalui TERAJU pada tahun ini, iaitu pemudahcaraan di mana kita akan memberi sokongan, akan bimbing melalui program relay, relay race di mana setiap sektor atau mikro, kecil dan sederhana, kita akan ada agensi yang menjaganya.
Berkaitan soalan yang kedua oleh Yang Berhormat Senator adalah berkaitan wanita.
Sebagaimana saya sebutkan awal tadi dalam soalan tambahan yang pertama, kita ada tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar. Berkaitan wanita Ahli Yang Berhormat, dalam pemacu yang ke 10, ikhtiar ke empat, kita beri penekanan kepada sokongan sosial yang lebih fleksibel kepada institusi kekeluargaan termasuk kepada wanita, OKU dan warga emas.
Berkaitan pemerkasaan ekonomi wanita, kita juga faham dalam kajian TERAJU ada satu elemen yang sedang diberi penekanan iaitu pemerkasaan modal. Jadi, Ahli Yang Berhormat pemerkasaan modal termasuk di bawah pemacu yang ke-11, ikhtiar yang ke-18 untuk kita perkasakan modal. Bukan saja untuk wanita, Ahli Yang Berhormat, tetapi juga melibatkan belia dan pemimpin masyarakat.
Berkaitan kuantitatif pegangan itu, Ahli Yang Berhormat, saya kira di bawah Kementerian Kewangan, di bawah sektor pelaburan berasaskan kerajaan GLC ini sudah ada kuantum yang telah ditetapkan sebagai satu asas untuk mereka melabur dalam pasaran yang terbuka. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat, Senator Dato’ Ahmad.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian mempunyai pelan induk nasional untuk menyediakan laluan motosikal berasingan di sepanjang lebuh raya dan Jalan Utama Persekutuan serta negeri sebagai pendekatan pencegahan jangka panjang dan bukannya sekadar penambahbaikan bersifat setempat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad Ibrahim, berhubung Pelan Induk Nasional yang dibangkitkan berkaitan laluan motosikal, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memasukkan pembinaan lorong motosikal secara berasingan sebagai sebahagian daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030.
Pelan ini dibangunkan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia menerusi penetapan sasaran serta pelaksanaan semua perancangan program strategi dan langkah intervensi.
Manakala pelaksanaan di pihak Kementerian Kerja Raya, keselamatan penunggang motosikal merupakan salah satu keutamaan dalam perancangan pembangunan infrastruktur jalan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kementerian ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang komprehensif dan berterusan dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal. Perancangan bagi menyediakan laluan motosikal di setiap laluan Persekutuan secara keseluruhannya perlu diteliti sepenuhnya terlebih dahulu kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi serta perlukan perancangan yang cukup jelas.
Penentuan keperluan penyediaan lorong motosikal pada suatu jalan raya, jajaran jalan raya perlu mengikuti kriteria keselamatan operasi yang telah ditetapkan dalam garis panduan fasiliti motosikal, dengan izin, Guidelines for Motorcycle Facilities yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya. Lorong motosikal dianggap wajar disediakan apabila analisis menunjukkan bahawa jalan tersebut mempunyai jumlah trafik yang tinggi, peratusan motosikal yang tinggi atau rekod kemalangan motosikal yang ketara di kawasan terlibat.
Jumlah laluan motosikal sedia ada di laluan Persekutuan adalah seperti berikut: negeri Johor, 24 bilangan laluan motosikal sepanjang 119 kilometer; Selangor, 17 bilangan, 118.62 kilometer; Perak, enam bilangan laluan sepanjang 13.1 kilometer; Kedah, 14 bilangan, 50 kilometer; Terengganu, enam bilangan, 11.6 kilometer; Kelantan, empat bilangan sepanjang 12 kilometer; Persekutuan Putrajaya, empat bilangan, 36 kilometer.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kerajaan MADANI telah meluluskan projek menaik taraf laluan motosikal sedia ada. Lebuhraya Persekutuan iaitu di Lebuhraya Persekutuan dengan kos berjumlah RM20 juta dan kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan pada tahun 2026 ini oleh JKR Negeri Selangor.
Lebuhraya Persekutuan FT002 sepanjang 48 km merupakan laluan utama penduduk yang menghubungkan Bandar Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitar yang pesat membangun seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang. Lebuh raya ini bermula dari Salak Selatan, Kuala Lumpur, sehingga ke Bukit Rajang, Selangor. Tujuan projek ini adalah untuk menaik taraf infrastruktur keselamatan laluan motosikal tersebut. Terima kasih.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Soalan tambahan? Soalan tambahan.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya kerjasama dengan kerajaan negeri memerlukan masa dari segi penyelarasan atau pelaksanaan, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menanggung kos pelaksanaan sepenuhnya bagi projek laluan motosikal ini, demi memastikan aspek keselamatan pengguna jalan raya tidak tertangguh dan kalau ada, is there a scheduled timeframe? Terima kasih, dengan izin.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Senator, satu-satu jalan baru yang ingin dilaksanakan, ia perlu melalui beberapa proses. Termasuklah laluan motosikal kerana kos adalah agak besar. Perkara yang tersebut adalah pertama hendaklah melalui UPEN, Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Kemudian daripada UPEN, ia hendaklah menjadi senarai keutamaan.
Katalah kita nak buat jalan laluan motosikal di satu-satu tempat, maka perlu kelulusan UPEN dan kerajaan negeri. Daripada situ, diangkat kepada kami di Kementerian Kerja Raya, yang akan membincangkan dengan dua kementerian lagi iaitu Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan.
Itu proses yang perlu dilalui untuk kita membuat penambahan atau penambahbaikan kepada jalan sedia ada. Jadi, jika proses itu tidak dapat dilaksanakan dan tidak dilaksanakan, maka ia tidak akan dilakukan.
Oleh itu, Yang Berhormat Senator kena mencari laluan mana yang ingin diadakan laluan motosikal tersebut dan hendaklah melalui proses yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Mustafa.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih. Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.
11. Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Komunikasi menyatakan, sejauh mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan ke atas sindiket antarabangsa yang mengoperasikan 'Fake Base Transceiver Station' serta penyalahgunaan kad SIM bagi aktiviti penipuan digital di rangkaian telekomunikasi negara Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius ancaman sindiket yang mengoperasikan fake-based transceiver station dengan izin, fake BTS bagi tujuan penghantaran pesanan ringkas (SMS), penipuan scam dan penyalahgunaan rangkaian telekomunikasi negara.
Sejak 1 September 2024, kerajaan telah mengarahkan sekatan terhadap kandungan terlarang dalam perkhidmatan SMS, maklumat peribadi dan nombor untuk dihubungi semula.
Langkah ini bertujuan melindungi pengguna serta membendung penipuan dalam talian memandangkan SMS sering disalahgunakan oleh penjenayah yang menyamar sebagai pihak berkuasa, badan berkanun dan entiti swasta untuk memperdaya orang ramai termasuk warga emas.
Selain sekatan terhadap kandungan terlarang dalam SMS, penjenayah juga telah mengadaptasi operasi mereka dengan menggunakan fake BTS bagi menghantar SMS kepada orang ramai. Apabila sesuatu peranti telefon berada berdekatan dengan fake BTS tersebut, peranti itu akan menerima SMS bersama dengan pautan ataupun nombor telefon untuk dihubungi. Untuk pengguna biasa, penerimaan SMS ini boleh dianggap seolah-olah datang daripada penghantar yang boleh dipercayai.
Pengoperasian sindiket fake BTS merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Seksyen 239 Akta 588 memperuntukkan bahawa penggunaan, pemilikan atau pembekalan kelengkapan atau peranti tidak standard sebagai suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 melarang seseorang daripada menggunakan, menawarkan untuk menjual, menjual ataupun memiliki untuk tujuan menjual apa-apa kelengkapan komunikasi yang bertentangan dengan standard tidak diakui atau kelengkapan komunikasi yang diperakui yang diubah suai tidak mematuhi standard. Kesalahan di bawah peruntukan ini sekiranya disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Untuk makluman, MCMC telah melaksanakan beberapa operasi penguatkuasaan bersepadu bersama PDRM dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Antaranya termasuk operasi bersepadu Op Pancing di Kuala Lumpur pada 6 September 2025 yang berjaya menumpaskan sindiket fake BTS yang menghantar SMS penipuan dan promosi perjudian.
Operasi ini membawa kepada penahanan suspek dan rampasan peralatan yang bernilai kira-kira RM100,000. Juga pada 19 Januari tahun ini, MCMC menjalankan Op Fake BTS di Genting Highlands dan mengesan pemancaran fake BTS secara mudah alih menggunakan kenderaan, membuktikan sindiket beroperasi secara dinamik bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. Ketiga, pada 10 Februari tahun ini, MCMC bersama PDRM melaksanakan Op Delusi di Bukit Chagar, Johor Bahru yang berjaya mengesan dan merampas kelengkapan komunikasi tidak diperakui yang digunakan untuk menghantar SMS palsu. Siasatan dijalankan di bawah Akta 588.
Berhubung dengan penyalahgunaan kad SIM dan juga peralatan SIM box, MCMC turut mengambil tindakan tegas memandangkan penggunaan kad SIM secara pukal termasuk kad SIM asing sering disalahgunakan untuk mencipta akaun palsu dalam talian secara besar- besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital serta memudahkan kegiatan penipuan dan jenayah siber lain.
Dalam satu ops bersepadu, Ops Taring Digital bersama PDRM yang dijalankan di Kajang, sebanyak 59 kelengkapan SIM box dan juga 5,000 kad SIM serta kelengkapan berkaitan telah dirampas untuk tujuan siasatan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
MCMC komited dalam memastikan tindakan penguatkuasaan terhadap sindiket fake BTS dan juga penyalahgunaan kad SIM akan terus dipertingkatkan dan orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat ataupun membuat aduan kepada MCMC. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Timbalan Menteri. Kita dapati jawapan tadi mengandungi terlalu banyak usaha dan langkah yang telah diambil oleh MCMC.
Kita ucapkan tahniah. Namun, apa yang berlaku di lapangan, keadaan ini bertambah serius.
Sekian hari dia meningkat.
Saya ingin menumpukan kepada satu persoalan iaitu jenayah fake BTS ya di kawasan pencawang berkepadatan tinggi dan tumpuan orang ramai telah menyebabkan berlakunya pintasan rangkaian keselamatan mudah alih di Malaysia. Dan ini jika berlaku dan telah pun berlaku amat berbahaya dari segi khidmat perbankan internet dan penggunaan OTP account cellular.
Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa
So, saya nak tahu sejauh manakah keseriusan perkara ini berlaku? Dan apakah tindakan dan kes-kes yang telah berlaku boleh dijadikan sandaran untuk mendidik masyarakat? Dan apakah usaha yang telah dijalankan khusus untuk menangani masalah ini?
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut. Memang saya perlu akui bahawa situasi dekat lapangan memang semakin meningkat, semakin menjadi lebih serius. Oleh sebab itu, kita boleh nampak bahawa sejak September tahun 2025 sehingga bulan Februari sahaja, tiga ops bersama PDRM telah dilaksanakan dengan oleh MCMC untuk menangani isu fake BTS ini. Dan sebenarnya ops ini sangat-sangat memerlukan maklumat ataupun aduan daripada orang awam.
Sepertilah bagi contoh, Bukit Chagar, Johor Bahru, saya sendiri yang terima aduan melalui Facebook, melalui orang awam yang selalu pergi ke Singapore melalui Bukit Chagar.
Apabila mereka sampai Bukit Chagar, mereka terima SMS tersebut dan oleh sebab saya terima maklumat daripada mereka, saya maklumkan kepada MCMC dan minta mereka laksanakan ops, operasi bersama PDRM.
Oleh itu, pada 10 Februari, memang mereka berjaya untuk mengesan dan juga merampas kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui, yang telah digunakan untuk menghantar SMS. Oleh sebab itu, saya nak tegaskan di sini bahawa MCMC dan juga PDRM, kami akan selalu bekerjasama untuk menangani isu ini, tetapi saya juga amat-amat menggalakkan orang awam supaya hantar maklumat mereka atau aduan mereka kepada kami. Kerana kalau mereka menerima SMS yang mencurigakan dan mereka tak maklumkan MCMC, agak sukar untuk kita mengenal pasti mana lokasi yang sebenarnya adalah operasi sindiket yang berjalan di sana.
Tetapi pada masa yang sama, kami juga akan mengemas kini peraturan-peraturan seperti seseorang bagaimana mereka boleh buat pendaftaran SIM card untuk memastikan bahawa SIM card khasnya untuk nombor Malaysia ini tidak disalahgunakan oleh sindiket- sindiket. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh satu soalan Yang Berhormat Dato Speaker? Sikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dato bagi kepada siapa? Saya ke ataupun...
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Siapa yang nak tanya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Duduk dah.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Dato Speaker. Soalan saya sikit sahaja. Penyambung kepada apa persoalan yang terbangkitkan oleh YB Senator tadi.
Kita tahu bahawa YB telah menjawab berkaitan dengan kita ada undang-undang yang mengenakan hukuman yang berat. Kita dah ambil tindakan Ops Pancing, Ops Taring dan sebagainya, tapi persoalannya sejauh mana efektifnya tindakan kerajaan ini bagi menangani masalah fake BTS ini? Dan kalau kita katakan kepada apa yang berlaku sekarang ini, kelihatan ianya makin bertambah. Walaupun kita dah buat operasi dan, tetapi kejadian ini masih bertambah.
Persoalannya, adakah kerajaan mampu dengan teknologi yang ada sekarang ini untuk mengatasi masalah fake BTS dan juga penggunaan SIM card yang secara berleluasa ini?
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, memang kita selain daripada tindakan yang diambil oleh MCMC bersama PDRM untuk menangkap mereka yang menggunakan fake BTS ini. Sebenarnya untuk ketiga-tiga kes ini, satu kes kami sudah hantar kepada pendakwa raya untuk tindakan mereka sama ada mereka akan— saya juga haraplah mereka akan mendakwa suspek itu ke mahkamah. Untuk kedua-dua kes lagi, sebenarnya masih dalam peringkat untuk nak complete investigation paper, untuk selesai dan siapkan kertas siasatan supaya tindakan undang-undang juga boleh diambil.
Saya nak tegaskan di sini, kami perlulah bersama-sama mendidik masyarakat mengguna pakai fake BTS merupakan satu kesalahan undang-undang yang ada consequences yang sangat-sangat serius. Di bawah Akta 588, mereka kalau disabit boleh lah didenda sehingga RM1 juta atau dipenjarakan sepanjang 10 tahun ataupun kedua-duanya.
Jadi, ini adalah sebenarnya consequences dari segi undang-undang yang sangat serius.
Pada masa yang sama, kita nak pastikan bahawa orang awam, sindiket dan juga penipu dalam talian ini mereka tak salah guna SIM card. Oleh sebab itu, MCMC akan bermula pada 27 Februari iaitu bulan ini, kami akan menguat kuasa satu SOP yang baharu di mana untuk mereka syarikat telco yang tak ikut SOP untuk buat pendaftaran SIM card itu, hukuman yang mereka ataupun kompaun yang mereka akan terima itu akan menjadi lebih tinggi. Untuk tahun 2025 sahaja, kami telah isu kompaun yang sebanyak...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, dia tanya teknologi kementerian, adakah dapat menangani...
Puan Teo Nie Ching
...Kita boleh mengesan, kita boleh mengesan fake BTS tersebut, tetapi untuk ambil tindakan operasi memanglah kita perlu maklumat untuk kita kerana fake BTS itu dia akan— dia sebenarnya mobil, dia boleh letak dalam kereta, letak dalam beg dan kita boleh bawa ke mana-mana.
Oleh sebab itu, untuk sebarang tindakan kita perlulah maklumat daripada orang awam, tetapi nak cakap bahawa, “Oh, kami nak haramkan itu fake BTS.” Memang haram, memang itu tak legal dekat Malaysia, tetapi cakap ada teknologi untuk pastikan tak ada fake BTS yang boleh dihidupkan, diguna pakai, teknologi setakat ini memang tak ada, tetapi untuk kita mengesan dan mengambil tindakan itu ada. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Untuk jawapan lisan terakhir, kita sekarang mempersilakan Senator Tuan Manolan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 12.
12. Tuan Manolan bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) apakah langkah kementerian dalam melindungi kebajikan wanita dan kanak-kanak orang asli khususnya daripada isu kemiskinan, keciciran pendidikan dan pengabaian selepas berlaku penceraian? dan;
(b) adakah kementerian bercadang mewujudkan unit khas bagi menangani kebajikan wanita orang asli?
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan bersasar untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari dan boleh diakses oleh mana-mana Warganegara Malaysia yang layak.
Untuk tahun 2025, sejumlah RM15.4 juta bantuan kewangan kebajikan ini telah disalurkan oleh JKM kepada 2,905 orang asli. Penyaluran bantuan ini dibuat dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu JAKOA. Bantuan ini meliputi pelbagai skim bantuan termasuklah bantuan am, bantuan kanak-kanak, bantuan warga emas, elaun pekerja OKU, bantuan penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar, bantuan OKU tidak berupaya bekerja dan tabung bantuan segera.
KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ada melaksanakan program Literasi Perundangan dan Hak Wanita iaitu IRIS dan program KasihnITa untuk membantu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
wanita termasuk ibu tunggal dan keluarga yang melalui proses perceraian mengetahui hak mereka, membantu mereka untuk membantu berdikari dan seterusnya mempunyai sumber kewangan untuk menyara keluarga.
Di samping itu, turut dijalankan adalah inisiatif pemerkasaan wanita seperti advokasi penjanaan pendapatan, ekonomi digital dan literasi kewangan yang boleh disertai sama ada secara fizikal mahupun atas talian.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Pada masa ini, pada masa yang sama, khususnya bagi usahawan wanita orang asli, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui JAKOA telah memperkenalkan program sokongan USAHANITA Raih Impak A ataupun Suri A. Nilai pakej bantuan bagi setiap peserta bagi program ini adalah maksimum sehingga RM15,000.
Bantuan ini disalurkan dalam bentuk program pembangunan kapasiti yang merangkumi komponen seperti latihan dan bimbingan dan kit permulaan perniagaan ataupun starter kit, dengan izin.
Sementara itu, dalam usaha menangani isu keciciran pendidikan di kalangan orang asli, kerajaan melalui JAKOA juga menyediakan bantuan khusus untuk masyarakat orang asli.
Antaranya ialah bantuan sokongan pendidikan menyeluruh kepada murid orang asli di peringkat sekolah rendah dan menengah menerusi Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP).
Antara bantuan yang diberikan termasuklah bantuan pakaian seragam sekolah, keperluan diri asrama, tuntutan pelbagai persekolahan, penyediaan pengangkutan ke sekolah, bantuan makanan bagi murid di kawasan pedalaman serta insentif wang saku kepada murid sekolah menengah bagi pendidikan awal kanak-kanak.
JAKOA juga menyediakan fasiliti pendidikan dengan membina serta menaik taraf tabika di perkampungan Orang Asli yang pada masa ini memberi manfaat kepada seramai 4,596 orang murid sebagai asas penting dalam membentuk minat dan kesediaan kanak-kanak orang asli untuk mengikuti sistem pendidikan formal.
Manakala dari aspek pasca penceraian pula, KPWKM ada menyediakan perkhidmatan perlindungan dan intervensi sosial melalui pegawai pelindung iaitu melindungi tadi JKM termasuk pengurusan kes kaunseling, psikososial serta rujukan kepada agensi berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan wanita dan kanak-kanak terpelihara. Sekiranya berlaku pengabaian yang serius, tindakan perlindungan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil untuk memastikan mangsa sama ada wanita mahupun kanak-kanak diselamatkan dan dilindungi.
KPWKM telah menyediakan bantuan yang merangkumi semua lapisan masyarakat dan akan sentiasa meneruskan kerjasama yang baik dengan JAKOA iaitu sebuah agensi yang telah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal ehwal melindungi hak dan membangunkan sosioekonomi masyarakat orang asli di Malaysia.
KPWKM akan sentiasa memberi sokongan dalam usaha melindungi kebajikan wanita dan kanak-kanak termasuk masyarakat orang asli di kawasan pedalaman melalui pelaksanaan program oleh JKM dan JPW. Sekian, terima kasih.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan— jawapan yang berfakta dan menyeluruh, maka saya tiada soalan tambahan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Maka selesailah sesi jawapan lisan kita pada pagi ini.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dijemput dengan segala hormatnya Senator Tuan Niran Tan Kran untuk mencadang Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Yang Berhormat Senator diberi masa 40 minit. Pencadang 40 minit, menyokong 40 minit, yang lain-lain mungkin kurang 10 minit daripada itu.
Dan, pada hari ini, tengah hari ini kita ada jemputan daripada Kementerian [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Ini satu RUU yang penting. Dua RUU yang penting. Saya nasihatkan hadirlah sebab kemungkinan ia melibatkan pindaan Perlembagaan.
Jadi, dipersilakan Yang Berhormat Senator.
Tuan Niran Tan Kran
Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam sawasdee.
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang ini. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakan-rakan yang sedang berpuasa.
Saya akan cuba menyingkatkan ucapan ini, mengambil kira kita sedang dalam bulan Ramadan.
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Niran Tan Kran
Datuk Yang di-Pertua, dengan penuh takzim dan rasa insaf terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya pada hari ini, saya memohon mencadangkan bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demikian bunyinya. Ampun Tuanku, patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam persidangan Parlimen yang mulia ini memohon untuk mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara, mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.
Datuk Yang di-Pertua, Titah Diraja yang dizahirkan oleh Baginda Tuanku bukan sekadar satu amanah tahunan yang bersifat formal bahkan merupakan satu wacana kenegaraan yang menyentuh persoalan asas tentang integriti, keberkesanan institusi, kesejahteraan rakyat dan arah tuju masa depan Malaysia.
Dalam kerangka Raja Berperlembagaan, Titah Diraja adalah cerminan kebijaksanaan dan prihatinan terhadap denyut nadi rakyat dan hala tuju kemakmuran serta kesejahteraan negara. Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang menumpahkan sepenuh taat setia terhadap raja dan negara untuk meneliti dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk dasar dan tindakan yang konkrit.
Pergi Melaka menjerat burung, Jatuh melata bunga selasih; Seri Paduka tempat bernaung, Rakyat jelata menumpang kasih. Meneliti Titah Diraja, Baginda Tuanku telah memberi penekanan yang amat serius terhadap isu rasuah dan ketirisan. Maka, benarlah persoalan integriti merupakan cerminan refleksi peribadi setiap insan yang bergelar rakyat Malaysia. Baginda menzahirkan rasa kecewa bahawa amalan rasuah bukan sahaja berlaku pada peringkat bawah, malah telah menular sehingga ke peringkat tertinggi institusi pentadbiran negara.
Akhir-akhir ini, isu penyalahgunaan kewangan dan peruntukan negara telah didedah dan pendedahan ini hanyalah sekelumit daripada masa sebenar. Satu senario yang amat membimbangkan semua pihak dan rakyat menyambut perkhabaran duka ini dengan penuh sedu.
Kenyataan ini memberi makna yang sangat mendalam. Ia menunjukkan bahawa rasuah bukan lagi isu terpencil, tetapi suatu fenomena sistemik yang berpotensi merosakkan struktur tadbir urus negara jika tidak ditangani dengan tegas dan berterusan.
Tuan Niran Tan Kran
Siang malam membawa beca, Membawa pelancong luar negara; Tamak haloba menjadi punca, Rasuah bermaharajalela runtuh negara. Rasuah bukan sekadar satu kesalahan undang-undang yang boleh dihukum dengan denda dan penjara. Ia merupakan bentuk pengkhianatan terhadap kontrak sosial antara kerajaan dan rakyat. Fenomena ini menggugat prinsip keadilan, distributive, mengganggu pengagihan sumber yang adil, menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi pentadbiran, menjejaskan pertumbuhan ekonomi, merosakkan keselamatan dan mencemarkan imej negara di mata dunia.
Tuan Niran Tan Kran
Dalam konteks pembangunan masyarakat, ketirisan akibat rasuah secara langsung mengurangkan keberkesanan penyaluran bantuan yang adil dan saksama, menjelaskan peluang— menjejaskan peluang pendidikan dan penyempitan ruang mobilisasi sosial. Apabila dana yang diperuntukkan untuk pendidikan bocor yang terjejas bukan sekadar angka dalam laporan audit, tetapi implikasinya terhadap anak-anak di sekolah terutamanya di luar bandar yang tidak dapat mengecapi peluang pendidikan yang sepatutnya. Jurang pendidikan bandar dan luar bandar semakin ketara. Implikasinya, hasrat negara untuk melahirkan murid cerdik pandai dan intelek tidak tercapai.
Apa akan terjadi sekiranya generasi muda tidak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya? Apa akan terjadi kepada negara kelak? Tidak mustahil generasi muda terus terbelenggu dengan penjajahan minda yang tidak berkesudahan. Patah tumbuh hilang berganti. Generasi pemimpin yang ada tidak menongkat langit. Pastinya satu hari nanti kita memerlukan generasi muda untuk memimpin negara. Apabila peruntukan pembangunan ekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasar, yang terjejas ialah rakyat, institusi keluarga terus dirantai dengan kemelut kemiskinan yang tidak berkesudahan.
Oleh itu, seruan Baginda agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan, hendaklah disambut sebagai satu kewajipan moral dan institutional. Di samping itu, cadangan agar haluan khas diwujudkan di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah adalah langkah yang amat signifikan. Keadilan yang tertangguh ialah keadilan yang dinafikan. Perbicaraan yang berlarutan bertahun-tahun bukan sahaja melemahkan keyakinan rakyat, malah membuka ruang kepada spekulasi dan persepsi negatif terhadap sistem keadilan. Dalam hal ini, reformasi prosedur dan pengukuhan kapasiti kehakiman perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh memberantas rasuah.
Tuan Niran Tan Kran
Datuk Yang di-Pertua, Titah Diraja turut menyentuh reformasi institusi termasuk pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Cadangan ini membawa 1,001 kemaslahatan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan kebebasan institusi pendakwaan. Dalam sistem demokrasi moden, pengasingan fungsi, pengasingan undang- undang kerajaan daripada fungsi pendakwa awam dapat mengurangkan konflik kepentingan dan meningkatkan ketelusan.
Langkah ini juga mampu memperkukuh keyakinan bahawa keputusan untuk mendakwa atau tidak mendakwa di bawah, dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang semata-mata bukan pengaruh politik. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya melihat reformasi institusi ini sebagai bukti bahawa negara kita bersedia untuk bergerak ke arah sistem yang lebih matang dan inklusif.
Negara yang kuat bukanlah negara yang memusatkan kuasa, tetapi negara yang bijak mengambil langkah proaktif membahagikan kuasa secara imbang dan harmonis. Langkah pragmatik perlu diambil bagi memastikan setiap institusi berfungsi dalam ruang lingkup yang jelas dan bertanggungjawab. Dalam bidang pendidikan, Titah Diraja menegaskan bahawa sistem pendidikan negara mesti diperkasakan sebagai asas pembinaan sebuah negara bangsa dan pembinaan jati diri seiring dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Baginda amat prihatin dengan penggunaan bahasa Melayu.
Perkara ini perlu difahami dalam konteks sejarah dan Perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, tetapi simbol identiti, jati diri dan kedaulatan negara. Perlu ditegaskan di sini bahawa bahasa Melayu bukan milik satu kaum, tetapi milik seluruh rakyat di negara ini.
Namun demikian, realiti menunjukkan bahawa terdapat cabaran dalam penguasaan bahasa Melayu di kawasan luar bandar, khususnya dalam kalangan pelajar yang datang dari luar, latar belakang sosial ekonomi yang terhad.
Oleh itu, pemerkasaan bahasa Melayu perlu disertai dengan sokongan pedagogi, latihan guru yang cukup dan bahan pembelajaran yang relevan dalam konteks setempat...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Niran Tan Kran
Dalam konteks yang sama, saya sebagai Senator yang mewakili masyarakat Siam di Malaysia ingin memaklumkan...
Timbalan Yang di-Pertua
YB Lau, tolonglah tutup telefon itu. Silakan YB.
Tuan Niran Tan Kran
Dalam konteks— dalam pada masa yang sama, saya sebagai Senator yang mewakili masyarakat Siam Malaysia ingin memaklumkan bahawa Dewan ini—
Tuan Niran Tan Kran
memaklum Dewan yang mulia ini bahawa masyarakat Siam sudah lama menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi sosial. Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat Siam Malaysia mempunyai identiti budaya dan bahasa ibunda yang tersendiri.
Pemeliharaan bahasa dan budaya ini tidak bercanggah dengan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sebaliknya, amalan ini dilihat sebagai satu manifestasi kepelbagaian budaya yang dalam kerangka perpaduan nasional. Perpaduan bukan bermakna penghapusan identiti, tetapi lebih kepada penyelarasan identiti dalam satu rangka kebangsaan yang dikongsi bersama-sama secara aman dan harmonis. Dalam konteks ini, saya ingin mengemukakan cadangan yang saya yakin dan percaya selaras dengan semangat Titah Diraja iaitu penubuhan Unit Transformasi Masyarakat Siam Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Cadangan ini lahir daripada kesedaran bahawa pembangunan yang inklusif memerlukan mekanisme yang khusus dan tersusun bagi menangani keperluan komuniti yang mempunyai ciri-ciri dan cabaran tersendiri.
Kita telah menyaksikan penubuhan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia telah berjaya menyelaraskan program pembangunan ekonomi, sosial ekonomi secara lebih sistematik dan berfokus. Pendekatan berasaskan data, pemantauan berterusan dan kerjasama antara kementerian telah meningkatkan keberkesanan penyampaian bantuan dan program latihan secara signifikan. Dalam konteks masyarakat Siam, ketiadaan badan khusus di peringkat Persekutuan menyebabkan isu-isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan pembangunan belia ditangani secara berpisah-pisah tanpa satu kerangka penyelaras yang menyeluruh.
Saya cukup yakin dan percaya bahawa unit yang dicadangkan ini mampu memainkan peranan sebagai pusat penyelarasan dasar dan program, mengumpul data sosioekonomi dan komprehensif, merangka pelan tindakan jangka sederhana dan panjang serta memantau keberkesanan pelaksanaan program. Unit ini juga boleh menjadi platform dialog antara kerajaan dan wakil-wakil masyarakat Siam bumiputera di Malaysia bagi memastikan dasar yang digubal benar-benar mencerminkan keperluan sebenar masyarakat.
Perlu ditegaskan bahawa cadangan ini bukan bertujuan mewujudkan keistimewaan yang bercanggah dengan Perlembagaan, tapi untuk memperkukuh prinsip keadilan sosial yang menjadi asas perpaduan nasional.
Tuan Niran Tan Kran
Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan mengiktirafkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak-hak sah kaum-kaum lain dalam konteks masyarakat Siam yang tergolong sebagai bumiputera. Penyertaan mekanisme— penyediaan mekanisme
Tuan Niran Tan Kran
khusus untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang pendidikan dan ekonomi adalah selari dengan semangat peruntukan tersebut.
Selain itu, penubuhan unit ini juga boleh memberi tumpuan kepada pemerkasaan belia Siam melalui program latihan kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan. Dalam era ekonomi digital dan globalisasi, mobiliti sosial bergantung kepada kemahiran dan akses kepada rangkaian ekonomi. Tanpa intervensi yang bersusun, komuniti kecil berisiko ketinggalan dalam arus perubahan yang pantas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong turut mengingatkan bahawa setiap perbahasan dan keputusan di Dewan ini bukan sekadar pendirian politik, tetapi penentuan masa depan negara.
Oleh itu, perbahasan kita tidak seharusnya terhad kepada retorik, tetapi perlu membawa kepada tindakan yang konkrit yang berimpak. Dalam hal ini, penubuhan unit transformasi masyarakat Siam Malaysia adalah satu langkah dasar yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan komuniti dan memperkukuhkan perpaduan nasional.
Datuk Yang di-Pertua, dalam kita membicarakan soal pembangunan dan kesejahteraan rakyat, inginkan saya menyentuh secara berhemah. Satu perkara yang kini menjadi perhatian masyarakat iaitu isu berkaitan rumah ibadat yang timbul mutakhir ini.
Perkara ini bukanlah isu baharu. Namun, pendekatannya memerlukan kebijaksanaan yang tinggi kerana ia menyentuh sensitiviti antara agama dan hubungan antara kaum dalam negara kita. Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini adalah suatu isu yang halus dan sensitif. Ia tidak boleh ditangani secara tergesa-gesa atau bersifat retorik politik. Sebaliknya, ia perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab, berhati-hati dan berlandaskan prinsip keadilan serta Perlembagaan Malaysia, Persekutuan.
Kesilapan dalam mengurus isu seperti ini boleh membawa implikasi yang besar terhadap keutuhan nasional dan perpaduan rakyat yang selama ini kita bina dengan penuh susah payah. Kerajaan tidak sekadar berdiam diri dan menutup mata terhadap perkara ini.
Bak kata pepatah Inggeris, the elephant is in the room, dengan izin. Ia sudah berada di hadapan kita dan tidak boleh diabaikan.
Sekiranya tidak ditangani dengan bijak, ruang akan terbuka kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasi isu ini demi kepentingan sempit yang akhirnya, boleh merosakkan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. Sehubungan itu, saya mencadang agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan satu task force khas di peringkat nasional yang inklusif, melibatkan wakil pelbagai agama, pakar perundangan, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan masyarakat sivil.
Tuan Niran Tan Kran
Task force ini hendaklah mengkaji secara menyeluruh isu-isu berkaitan, meneliti aspek perundangan, perancangan bandar dan sensitiviti komuniti setempat serta mengemukakan cadangan penyelesaian yang terbaik, adil dan harmonis untuk jangka panjang. Tindakan proaktif dan segera amat penting supaya kerajaan dilihat sebagai pihak yang memimpin penyelesaian, bukan sekadar reaktif dan bertindak selepas keadaan menjadi tegang. Inilah antara cabaran sebenar kepada Gagasan Malaysia MADANI yang membuktikan bahawa kematangan, kebijaksanaan dan keadilan mampu mengatasi polemik dan sentimen.
Datuk Yang Pertua, saya berdiri hari ini dengan penuh kesedaran bahawa kekuatan negara ini terletak pada keupayaannya mengurus kepelbagaian dengan adil dan bijaksana.
Kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan tidak pernah terikat kepada satu identiti etnik atau agama, tetapi keyakinan bahawa sistem ini mampu memberi ruang dan peluang kepada setiap warga untuk mencapai kemajuan dan memberi sumbangan kepada negara.
Akhirnya, Titah Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas telah membawa satu imej yang sangat jelas dan tegas bahawa segala rasuah mesti diperangi tanpa kompromi. Institusi mesti diperkukuh melalui reformasi yang berani. Pendidikan mesti di perkasa dengan bahasa Melayu sebagai teras dan perpaduan mesti dipelihara melalui keadilan sosial.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita di Dewan yang mulia ini untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini bagi memastikan amanah tersebut tidak berhenti sebagai wacana, tetapi diterjemahkan dalam bentuk dasar yang berkesan, pragmatik dan efisien.
Datuk Yang di-Pertua, demikianlah ucapan pembahasan saya yang tidak seperti ini dalam usul mencadangkan ucapan menjunjung kasih pada Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas. Saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih, sawadikap.
Timbalan Yang di-Pertua
*Sawadikap.
[Ketawa]* Terima kasih kepada Senator Tuan Niran Tan Kran atas cadangan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Banyak masa, tapi boleh tak nak ambil dan jimat. Jadi, saya rasa masa tersebut boleh dipakai oleh Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol. Saya menjemput beliau untuk menyokong dan berucap.
Seorang Ahli
Sejam ya, sejam.
Timbalan Yang di-Pertua
Sejam.
[Ketawa] Terpulang kepada YB. Ini merupakan ucapan Titah Diraja. Bagi peluang terakhir bagi beliau untuk tempoh dalam Dewan Negara ini. Jadi, saya bagi peluang. Kalau nak lebih masa pun, silakan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih atas masa lebih lah, tapi saya rasa saya boleh siap dalam tempoh tak melebihi 35 minit.
I hope so. Jadi, patik merafakkan...
Timbalan Yang di-Pertua
Tetapi YB Rita tak puasa, kan?
[Ketawa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Saya akan cuba, okey. Patik merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih atas Titah Diraja yang telah dizahirkan sempena pembukaan persidangan Parlimen Penggal Kelima. Titah tersebut mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap cabaran ekonomi, kesejahteraan rakyat serta keperluan memperkukuh tadbir urus dan integriti negara.
Jadi, sebagai ahli badan perundangan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti dengan serius setiap perkara yang dizahirkan dalam Titah tersebut dan memastikan segala hasrat serta aspirasi yang digariskan benar-benar dilaksanakan melalui dasar dan tindakan yang berkesan.
Datuk Yang di-Pertua, pertamanya, saya akan memberi tumpuan kepada pendidikan.
Satu perkara yang dekat di hati saya. Pendidikan tetap menjadi isu utama di mana-mana negara kerana ia adalah asas kepada pembinaan tamadun, kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial. Tiada negara yang mampu melonjak maju tanpa sistem pendidikan yang kukuh, inklusif dan berkualiti.
Oleh itu Datuk Yang di-Pertua, perbahasan mengenai pendidikan akan sentiasa relevan kerana masa depan negara ditentukan oleh apa yang kita lakukan terhadap sistem pendidikan hari ini. Datuk Yang di-Pertua, antara isu paling membelenggu sistem pendidikan negara ialah jurang pencapaian antara pelajar di luar bandar dan di bandar.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Jurang ini bukan semata-mata soal geografi, tetapi soal keadilan peluang. Apabila kemudahan dan sokongan tidak setara, hasilnya juga tidak akan setara. Dalam jangka panjang, ketidakseimbangan ini boleh mengekalkan kitaran ketidaksamarataan sosioekonomi.
Isu jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar tidak boleh lagi dilihat sebagai cabaran biasa yang berulang saban tahun. Ia adalah kegagalan struktur yang memerlukan keberanian politik dan pertanggungjawaban yang jelas. Kita tidak boleh sekadar mengumumkan peruntukan setiap kali pembentangan belanjawan tanpa mengukur hasilnya.
Persoalannya, berapa jauh jurang itu telah mengecil? Jika selepas bertahun-tahun jurang masih ketara, maka pendekatan sedia ada perlu dipersoalkan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dato Yang di-Pertua, saya akui bahawa kerajaan telah membuat intervensi yang baik kerana sejak tahun 2013 jurang pencapaian tersebut telah mengecil dan berdasarkan keputusan SPM pada tahun 2024, jurang pencapaian gred purata kebangsaan bagi sekolah bandar dan sekolah luar bandar di Malaysia adalah 0.45 mata.
Manakala bagi Sarawak, jurang gred purata negeri bagi sekolah bandar dan luar bandar adalah 0.5 mata gred. Ini bermakna lebih tinggi angka lebih buruklah keadaan, lebih teruklah performance. Itu sebenarnya bagaimana untuk menginterpretasikan ya gred, apa nama, skor bagi, apa nama, perbezaan jurang gred purata bagi sekolah bandar dan luar bandar. Dan skor 0.65 mata gred adalah satu jurang yang dianggap tinggi dan signifikan dalam konteks pencapaian pendidikan. Jurang sedemikian menandakan luar bandar masih ketinggalan dan mencerminkan jurang akses kepada sumber pendidikan, infrastruktur atau kualiti pengajaran yang lebih besar antara kedua-dua kawasan.
Jadi saya mencadangkan Dato Yang di-Pertua supaya Kementerian Pendidikan menyediakan pelan nasional penutupan jurang pendidikan yang khusus, special plan, dengan tempoh masa yang jelas, contohnya dalam lima tahun. Pelan ini hendaklah disandarkan kepada key performance indicators dengan izin, yang boleh diukur dan diaudit seperti pengurangan jurang keputusan peperiksaan utama sekurang-kurangnya lima peratus dalam tempoh lima tahun memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus murid luar bandar menguasai literasi dan numerasi asas pada tahun ketiga, mengurangkan peratus guru mengajar di luar kepakaran kepada 10, khususnya bagi subjek kritikal seperti matematik dan sains. Dan memastikan semua sekolah luar bandar mempunyai kemudahan asas dan capaian internet yang penuh.
Saya juga mencadangkan supaya laporan tahunan jurang pendidikan bandar, luar bandar wajib dibentangkan di Parlimen dengan data yang telus dan boleh dibandingkan dari tahun ke tahun. Jika sasaran pengurangan jurang tidak dicapai dalam tempoh yang ditetapkan, mesti ada pelan pemulihan yang jelas dan pemantauan berkala oleh Jawatankuasa Parlimen.
Dato Yang di-Pertua, kajian menunjukkan bahawa kualiti guru pendidikan— prestasi guru adalah salah satu faktor utama yang menyumbangkan pada prestasi murid. Dan kajian telah menunjukkan bahawa kualiti guru sering menjadi pemboleh ubah paling signifikan dalam pencapaian murid melebihi faktor lain seperti peralatan sekolah atau latar belakang sosioekonomi walaupun faktor-faktor tersebut juga penting.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu memberi penekanan yang lebih serius dan menyeluruh dalam usaha meningkatkan kualiti guru demi memastikan kecemerlangan sistem
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
pendidikan negara. Kerajaan mesti memastikan guru berpengalaman dan berkepakaran ditempatkan secara strategik di sekolah luar bandar.
Dato Yang di-Pertua, pendidikan adalah jambatan perpaduan. Jika anak di pedalaman terus ketinggalan, ia bukan sahaja mencipta jurang akademik, tetapi jurang sosial dan ekonomi.
Kedua, Dato Yang di-Pertua, saya menyentuh tentang rasuah. Ya, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang telah mengambil langkah proaktif untuk memperkukuhkan peruntukan undang-undang dan institusi bagi membanteras rasuah, khususnya melalui pengukuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun SPRM.
Langkah-langkah ini termasuk pindaan undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu untuk meningkatkan kuasa penyiasatan, memperkenalkan mekanisme pemantauan yang lebih telus dan memperkukuh integriti dalam sektor awam. Pada tahun lepas, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Pelindungan Pemberi Maklumat demi meningkatkan keyakinan rakyat untuk tampil melaporkan sebarang salah laku atau penyelewengan tanpa rasa takut tidak dilindungi oleh undang-undang.
Pengenalan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun lepas mereformasi tadbir urus awam dan pencegahan salah guna kuasa. Bagi sektor swasta pula, pindaan kepada Akta Syarikat pada tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan ketelusan akauntabiliti dan tadbir urus. Dan pengenalan Akta Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan juga berperanan antara lain untuk mencegah rasuah di pintu masuk negara.
Namun begitu Yang di-Pertua, walaupun usaha-usaha ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan, cabaran utama masih wujud. Masih terdapat kes-kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi dan institusi penting yang mencerminkan bahawa pencegahan sahaja tidak mencukupi tanpa penguatkuasaan yang konsisten dan berkesan. Budaya rasuah yang berakar umbi dalam sesetengah sektor menuntut tindakan yang lebih menyeluruh termasuk pendidikan integriti, penguatkuasaan ketat dan pemerkasaan sistem pelaporan awam.
Dato Yang di-Pertua, isu pembiayaan ataupun pendanaan politik merupakan antara punca utama berlakunya rasuah berskala besar dan penyalahan guna kuasa dalam sistem demokrasi. Jadi selagi tiada kerangka undang-undang yang jelas dan komprehensif mengawal sumber serta perbelanjaan dana politik, selagi itulah ruang manipulasi, pengaruh tidak wajar dan konflik kepentingan akan terus wujud. Kerajaan di dalam, di bawah Strategi Anti Rasuah Kebangsaan telah mengenal pasti undang-undang pembiayaan politik sebagai
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
salah satu strategi yang akan dilaksanakan. Dan saya berharap Dato Yang di-Pertua, kerajaan akan memperkenalkan undang-undang pembiayaan politik sebelum PRU ke-16.
Dato Yang di-Pertua, saya berpendapat tidak lengkap bagi saya membincangkan masalah rasuah negara tanpa menyentuh isu yang sedang panas sekarang iaitu laporan Bloomberg. I think I would be, excuse me, like an ostrich buried its head in the sand kalau saya tidak menyentuh perkara ini sebab di Dewan yang mulia ini, di Parlimen ini adalah forum yang amat tepat untuk menyentuh perkara yang sangat serius seperti ini.
Kita sedia maklum ya melalui laporan, “Whose watching Malaysia's anti-corruption watchdog” bertarikh 11 Februari. Bloomberg antara lain mendakwa bahawa terdapat persekongkolan antara individu berkuasa dalam SPRM dengan ahli perniagaan tertentu yang digelar sebagai ‘Corporate Mafia’ untuk merampas kawalan ke atas syarikat-syarikat tempatan selain mempersoalkan tingkah laku penguatkuasaan badan tersebut dari peringkat atas.
Dakwaan persekongkolan ini bukan sahaja merosakkan imej negara, tetapi juga menjejaskan integriti SPRM sebagai institusi anti rasuah yang sepatutnya bebas dan telus.
Kegagalan menangani isu ini boleh melemahkan keyakinan pelabur dan kepercayaan rakyat terhadap sistem tadbir urus. Oleh yang demikian, saya menggesa kerajaan untuk menubuhkan satu badan siasatan bebas dengan kuasa penuh menyiasat dakwaan ini dari semua aspek termasuk sebarang bentuk persekongkolan, penyalahgunaan kuasa atau konflik kepentingan dalam SPRM.
Siasatan ini mesti dijalankan secara telus, profesional dan bebas daripada campur tangan politik dengan keputusan yang didedahkan kepada rakyat demi memulihkan kepercayaan terhadap institusi anti rasuah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dan mengikut berita beberapa hari yang lalu, beberapa kumpulan NGO yang juga menuntut supaya kerajaan menggesa supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa siasatan yang bebas ya. Jadi langkah tegas ini, bukan saja penting untuk menangani isu pemilikan saham atau persekongkolan tertentu, tetapi juga untuk menegakkan integriti, akauntabiliti dan keadilan di negara kita, serta menghantar mesej jelas bahawa Malaysia tidak akan membenarkan rasuah atau kronisme merosakkan institusi penting negara.
Dan bagi SPRM pula Datuk Yang di-Pertua, siasatan memberi peluang kepada agensi tersebut untuk membersihkan nama agensi dari dakwaan tersebut sekiranya itu adalah tohmahan semata-mata.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Datuk Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan undang-undang ombudsman yang akan diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini dan menggesa supaya SPRM juga tertakluk kepada pengawasan ombudsman nanti.
Datuk Yang di-Pertua, kesimpulannya, banyak pemboleh ubah untuk membanteras rasuah telah diperkenalkan. Rakyat menuntut tindakan tegas tanpa pilih kasih termasuk terhadap mereka yang berkuasa dan berpengaruh. Kita perlu tegas dan berani untuk mengambil tindakan supaya sasaran negara untuk berada dalam kelompok 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah Global menjelang tahun 2033 tercapai.
Dan seterusnya Datuk Yang di-Pertua, mengenai MA63. Bear with me ada saya akan berbahas tentang perspektif yang berbeda ya pada kali ini. Iaitu Datuk Yang di-Pertua, Baginda Tuanku menitahkan supaya menghormati MA63. Menghormati MA63, bukan sekadar satu pendirian politik tetapi satu kewajipan Perlembagaan kita sebagai ahli badan perundangan negara yang telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan kita ketika kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. MA63 adalah perjanjian antarabangsa yang membentuk struktur Persekutuan Malaysia memperincikan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak, serta menjamin autonomi tertentu yang mengambil kira latar belakang kepelbagaian etnik dan kedudukan geografi kedua-dua wilayah tersebut.
Datuk Yang di-Pertua, pada pandangan saya, perlindungan kepada Sabah dan Sarawak serta kuasa-kuasa yang lebih di bawah Senarai Negeri berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah kontrak sosial antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak seperti kontrak sosial antara kaum di Semenanjung Malaysia yang dipersetujui sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Datuk Yang di-Pertua, antara jaminan utama yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan ialah kuasa imigresen yang berasingan bagi Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri mempunyai kawalan terhadap kemasukan ke Sabah dan Sarawak. Ini diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan sebagai satu bentuk perlindungan autonomi dan dikuatkuasakan melalui Akta Imigresen.
Kedua, kuasa dalam hal ehwal tanah dan kerajaan tempatan yang kekal di bawah bidang kuasa negeri.
Ketiga, kedudukan istimewa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berasingan daripada Mahkamah Tinggi di Malaya yang mencerminkan struktur kehakiman yang mengambil kira kedudukan khas kedua-dua wilayah tersebut.
Keempat, pelindungan Perlembagaan di bawah Perkara 161E yang mensyaratkan bahawa sebarang pindaan tertentu yang menyentuh hak, kedudukan dan kuasa Sabah dan
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Sarawak tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Yang Di-Pertua Negeri masing-masing. Ini merupakan dengan izin, Constitutional safeguards atau jaminan pelindungan Perlembagaan yang jelas dan tegas.
Selanjutnya, peruntukan 112D Perlembagaan tentang pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak dan senarai perundangan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak dalam senarai IIA, Jadual Kesembilan berbanding negeri-negeri lain. Semua peruntukan-peruntukan ini adalah perjanjian-perjanjian yang telah dipersetujui dalam MA63.
Justeru Datuk Yang di-Pertua, apabila kita berbicara tentang menghormati MA63, kita sebenarnya sedang berbicara tentang menghormati Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Mengingkari semangat dan peruntukan MA63 bererti mengabaikan asas pembentukan Malaysia.
Sebagai Ahli Dewan yang bersumpah mempertahankan Perlembagaan, kita tidak boleh memilih untuk menghormati sebahagian dan mengetepikan sebahagian yang lain.
Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut agar segala peruntukan yang telah dipersetujui dalam MA63 dan dimaktubkan dalam Perlembagaan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Menghormati MA63 juga bererti memperkukuh perpaduan nasional. Sabah dan Sarawak bukan sekadar wilayah dalam Persekutuan, mereka adalah rakan pengasas Malaysia. Mengiktiraf dan melaksanakan sepenuhnya jaminan autonomi yang telah dipersetujui adalah tanda keadilan, kejujuran dan kesetiaan kita kepada perjanjian asal pembentukan negara.
Akhirnya Datuk Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa mempertahankan MA63 bukanlah agenda wilayah atau kenegerian tetapi agenda nasional kerana apabila menghormati MA63, kita juga menghormati Perlembagaan dan menghormati Perlembagaan, kita juga mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Datuk Yang di-Pertua, walaupun Perjanjian MA63 telah dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pembentukan negara, realitinya ialah sejak seawal tahun 1966, beberapa peruntukan yang menyentuh kedudukan khas serta autonomi Sabah dan Sarawak telah dipinda, dimansuhkan atau dihakis secara berperingkat. Hakikat sejarah ini perlu kita akui secara jujur, jika kita benar-benar komited untuk memulihkan semangat asal pembentukan Malaysia.
Datuk Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat usaha nyata untuk mengembalikan semangat MA63 dan melaksanakan proses devolusi kuasa kepada Sabah dan Sarawak. Jadi antara usaha kerajaan termasuk pindaan Perkara 1(2) pada tahun 2022, di mana Parlimen
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
meluluskan pindaan untuk mengembalikan pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dan sekali gus membetulkan, memperbetulkan pindaan tahun 1976 dari sudut sejarah dan perundangan.
Dan kedua, penubuhan dan pengaktifan Jawatankuasa Khas MA63. Melalui platform ini, pelbagai isu tertunggak dirunding secara berterusan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak.
Ketiga, peningkatan kadar bayaran khas dan rundingan hasil petroleum. Kerajaan telah bersetuju meningkatkan bayaran khas di bawah Perkara 112D serta memperkenalkan formula baharu pemberian khas yang lebih telus dan berasaskan hasil sebenar. Saya percaya dalam bil pada RUU kita ada satu pindaan Perlembagaan ke atas Jadual Kesepuluh ya yang akan dibentangkan pada seating kali ini.
Keempat, devolusi kuasa pentadbiran tertentu, antaranya penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sarawak. Ini dalam mahkamah, saya tidak akan menyentuh tentang merit Sir, kerana perkara sub judis. Saya cuma menyenaraikan isu-isu yang dalam perbincangan oleh Jawatankuasa Tertinggi MA63 ya, serta perbincangan lanjut mengenai pelaksanaan projek infrastruktur, kesihatan dan pendidikan secara lebih autonomi di Sabah dan Sarawak.
Dan kelima, pengiktirafan peranan negeri dalam pelaksanaan projek pembangunan.
Pendekatan baharu memberi ruang lebih besar kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menentukan keutamaan projek khususnya dalam konteks pembangunan luar bandar dan infrastruktur asas.
Datuk Yang di-Pertua, devolusi bukanlah pemisahan. Ia adalah pengiktirafan terhadap kepelbagaian dalam terangka Persekutuan. Mengembalikan hak-hak yang selaras dengan MA63 bukanlah memberi keistimewaan baharu, tetapi menunaikan janji lama, janji yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan dan menjadi asas kelahiran Malaysia. Melalui devolusi dan pengembalian hak-hak Sabah dan Sarawak yang telah terhakis, Malaysia umpama tebu masih ada kemanisannya.
Seterusnya, perkara terakhir, perpaduan antara kaum dan wilayah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Datuk Yang di-Pertua, akhir sekali saya menyentuh satu perkara yang menjadi teras kelangsungan negara kita iaitu perpaduan kaum dan perpaduan wilayah di Malaysia. Ini adalah satu perkara yang dekat di hati saya Datuk Yang di-Pertua. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, perpaduan bukan sekadar slogan atau retorik politik, tetapi prasyarat kepada kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negara. Sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kita telah membina sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
kaum, agama dan budaya. Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta komuniti lain yang membentuk wajah unik negara ini. Perpaduan inilah yang menjadi kekuatan Malaysia, bukan kelemahan.
Namun Datuk Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa cabaran perpaduan kaum dan wilayah pada hari ini semakin kompleks. Media sosial sering menjadi medan penyebaran sentimen perkauman dan prejudis wilayah. Isu-isu sensitif berkaitan agama, bahasa dan hak sering dipolitikkan sehingga menimbulkan salah faham antara komuniti. Dari sudut wilayah pula, jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak masih wujud. Jika tidak ditangani dengan bijaksana, jurang ini boleh menjejaskan rasa kebersamaan sebagai satu Persekutuan.
Datuk Yang di-Pertua, sejarah telah mengajar kita bahawa perpaduan tidak datang secara automatik. We really have to work for it. Peristiwa hitam seperti 13 Mei tahun 1969 membuktikan betapa rapuhnya hubungan antara kaum apabila sentimen sempit mengatasi rasional dan kebijaksanaan. Justeru itu, Malaysia perlu memperkukuh pendidikan kepaduan dan menjadikan sistem pendidikan perlu menjadi medan membina kefahaman antara kaum.
Kurikulum sejarah dan kenegaraan mesti menekankan naratif pembentukan Malaysia yang inklusif termasuk peranan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas. Program pertukaran pelajar antara wilayah perlu diperluas agar generasi muda memahami realiti kehidupan rakyat di seluruh negara.
Saya nak selitkan dengan satu cerita. Baru-baru ini saya menerima satu surat yang ditujukan kepada Datuk Bobbey Suan. Alamat saya Bintulu Sarawak, alamat itu di Sabah.
Bagaimana pula surat-surat itu sampai ke— apa nama ke Sarawak. Jadi, geografi...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Saya merasakan bahawa sebelah sini kurang tahu tentang sebelah sana. Jadi, ada masa itu lawat-lawatlah Sabah dan Sarawak. Know us better. We are good people, friendly people. Dan jurang pembangunan wilayah...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mencelah sikit Yang Berhormat.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Apa dia?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh ke sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh, saya benarkan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Okey, silakan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh ke sekarang dengan semangat baru ini kita melawat lebih daripada dua bulan?
Timbalan Yang di-Pertua
Peraturan Imigresen [Ketawa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Agaknya Yang Berhormat tidak— Tadi saya menyentuh tentang hak Imigresen itu di mana Premier Sarawak berkata, no negotiable— maaf. You can, kamu boleh, tetapi kena isi borang. Sama lah, kita keluar masuk pun kita kena tunjuk IC kepada Pegawai Imigresen, tak ada beza, all right. Jurang pembangunan wilayah hendaklah ditangani secara berkesan. Perpaduan wilayah hanya akan kukuh jika pembangunan dirasai secara adil. Infrastruktur asas kemudahan kesihatan, pendidikan dan peluang ekonomi di Malaysia perlu di perkasa agar rakyat tidak merasa terpinggir khususnya di Sabah dan Sarawak.
Dan seterusnya satu perkara yang perkembangan yang amat negatif Datuk Yang di- Pertua, menggalakkan wacana— kita perlu menggalakkan wacana matang dan menolak politik kebencian. Ahli politik dan pemimpin masyarakat mesti menunjukkan teladan. Retorik yang memecahbelahkan kaum atau wilayah harus dihentikan. Undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan secara adil terhadap ucapan yang menghasut kebencian. We have a duty sebagai orang ahli politik. Bertanggungjawab untuk memastikan apa yang kita utarakan tidak memecah belah ataupun menaikkan sentimen yang akan menggugat keharmonian antara kaum.
Jadi, begitu juga Datuk Yang di-Pertua. Saya gunakan forum ini memang amat sesuai untuk membangkitkan satu isu yang membimbangkan berkaitan kewujudan akaun TikTok dikenali sebagai 757 yang menaburkan kandungan berunsur anti Kerajaan Sarawak serta menyerang kepimpinan Premier Sarawak. Kandungan tersebut berunsur fitnah, hasutan atau provokasi melampau. Ia bukan sekadar isu politik. Kalau sekadar isu politik, saya rasa orang politik tebal muka ya, tetapi ia adalah isu perpaduan dan keharmonian awam.
Soalan saya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, adakah kandungan akaun TikTok tersebut satu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian? Jika terdapat pelanggaran undang-undang, apakah tindakan penguatkuasaan yang akan diambil?
Media sosial hari ini mempunyai capaian luas dan pantas. Kandungan yang berunsur kebencian, perpecahan wilayah atau serangan peribadi boleh mencetuskan ketegangan antara rakyat khususnya dalam konteks hubungan antara Persekutuan dan negeri. Kita tidak boleh membiarkan ruang digital menjadi medan menyemai kebencian yang akhirnya menghakis perpaduan nasional.
Datuk Yang di-Pertua, tidak ada panduan yang lebih ampuh dalam memelihara perpaduan kaum selain menghayati prinsip sejagat ini. Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana kita mahu orang lain berbuat kepada kita. Jika setiap rakyat mengamalkan nilai saling menghormati, bertimbang rasa dan berlaku adil seperti yang kita sendiri harapkan,
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
maka jurang perbezaan kaum, agama dan wilayah akan dapat dirapatkan dan keharmonian negara akan terus terpelihara.
Datuk Yang di-Pertua, dengan ini saya akhiri perbahasan sokongan Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Tuanku Agong dengan ucapan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Rita. Saya sebenarnya menunggu perbahasan lebih panjang, tapi YB Rita nak tamatkan, jadi saya akurlah.
Terima kasih kepada Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol atas ucapan menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah satu Usul yang berbunyi:
“Bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku.
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku semasa membuka Penggal Kelima, Majlis Parlimen Yang Kelima Belas.” Dikemukakan kepada Majlis sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai enam orang ahli yang nak berbahas pada hari ini. Majlis diperuntukkan selama empat hari untuk berbahas dan hari ini merupakan hari yang pertama. Maka saya hendak membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan pada hari ini adalah 30 minit seorang.
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff untuk memulakan perbahasan yang akan ditamatkan pada jam 1 dan YB akan sambung semula jam 2.30 ya. Terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk memulakan perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja. Oleh kerana saya kena sambung saya minta masa saya itu kena lebih sikit daripada orang lainlah.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh. Memang kita banyak penjimatan masa daripada pencadang dan penyokong tadi [Ketawa]
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat bersidang di Dewan yang mulia ini bagi menyambung tugas dan amanah rakyat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak dan selamat beribadah serta berpuasa bagi semua umat Islam di negara kita dan juga selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga yang berbangsa Cina— Gong Xi Fa Cai.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Saya juga ingin memulakan ucapan saya dengan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong atas keberangkatan tiba Baginda menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas. Titah Diraja merupakan satu manifestasi aspirasi dan komitmen kerajaan dalam membawa negara ke arah kestabilan, kemakmuran dan juga kesejahteraan rakyat yang lebih lestari.
Titah oleh yang Kebawah Duli Tuanku Sultan secara tidak langsung turut menyentuh beberapa prinsip yang ditekankan dalam syariat Islam seperti keadilan, kesaksamaan dan juga timbang rasa. Perintah Allah SWT kepada manusia supaya sentiasa berlaku ada antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan juga kaum banyak terdapat di dalam ayat-ayat surah-surah dalam Al-Quran seperti firman-Nya dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 8 saya petik satu saja yang maksudnya, *‘’Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwa lah kepada Allah.
Sesungguhnya, Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kami lakukan.”* Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA berperanan sebagai ketua utama negara bagi Persekutuan yang turut menaungi rakyat di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Seri Paduka Baginda memainkan peranan penting dalam memastikan pentadbiran negara berada di landasan yang betul mengikut acuan Perlembagaan Persekutuan lebih-lebih lagi, peranan Baginda sebagai institusi semak dan imbang supaya kedua-duanya— supaya ketua-ketua bagi ketiga-tiga Badan Eksekutif Perundangan dan kehakiman menjalankan tugas dengan adil dan penuh tanggungjawab.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Sesungguhnya, pandangan dan nasihat yang dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda menjadi obor perjuangan kita semua di Dewan yang mulia ini untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan kebijaksanaan demi kelangsungan masa depan negara tercinta.
Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan penuh tekad berdiri di sini untuk menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas Titah Diraja yang telah disampaikan.
Titah Baginda merupakan satu amanah yang cukup berat namun amat bermakna yang menyentuh nadi kehidupan rakyat dan hala tuju negara. Maka dengan tanggungjawab, maka menjadi tanggungjawab kita semua di Dewan yang mulia ini untuk menterjemahkan hasrat Baginda ke dalam bentuk tindakan dan dasar yang inklusif demi kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya membawa suara rakyat Kelantan yang makin resah yang ingin memohon penjelasan dengan pihak Kementerian Kerja Raya mengenai status terkini Projek Lingkaran Tengah Utama ataupun CSR yang menjadi nadi perhubungan penting buat rakyat di Pantai Timur khususnya negeri Kelantan. Mengikut garis masa yang telah ditetapkan sebelum ini, projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
Persoalannya, adakah kementerian masih komited dengan sasaran tersebut dan sejauh manakah peratusan kemajuan keseluruhan setakat ini bagi memastikan ia dapat disiapkan tepat pada masanya tanpa sebarang penangguhan lagi? Namun, apa yang lebih mendesak untuk saya bangkitkan adalah situasi membimbangkan yang berlaku di pakej Bandar Gua Musang berdasarkan pemerhatian di lapangan, perkembangan di kawasan tersebut seolah-olah terbengkalai dan tidak menunjukkan kemajuan yang sepatutnya.
Saya ingin mohon penjelasan rapi daripada pihak kementerian apakah punca sebenar yang menyebabkan pakej di bandar ini tergendala? Adakah ia berkaitan daripada masalah prestasi kontraktor, isu teknikal di tapak atau terdapat kekangan dari sudut penyaluran peruntukkan?
Kelewatan ini telah memberi impak yang sangat besar kepada kesejahteraan rakyat.
Akibat status projek yang tergantung, para pengguna jalan raya kini terpaksa menggunakan laluan alternatif yang sangat tidak stabil, berlubang dan sangat berbahaya. Keadaan jalan sementara yang tidak di selenggara dengan baik ini bukan saja merosakkan kenderaan, malah mengundang risiko kemalangan jiwa yang tinggi, terutamanya ketika waktu puncak perayaan dan musim tengkujuh.
Oleh itu, saya memohon jawapan yang telus daripada pihak kementerian mengenai pelan mitigasi bagi mengatasi isu di pakej Bandar Gua Musang ini. Rakyat tidak boleh terus
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
dibiarkan menanggung sengsara di atas jalan raya yang tidak sempurna sedangkan peruntukkan besar telah diumumkan.
Saya juga ingin tahu apakah langkah segera yang akan diambil untuk membaiki laluan sedia ada bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin sementara menunggu projek ini disiapkan sepenuhnya lebih-lebih lagi musim perayaan hari raya puasa bakal tiba tidak lama lagi.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga bangkit di sini untuk memohon penjelasan yang telus dan tuntas daripada pihak Kementerian Kerja Raya mengenai status terkini projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) yang sehingga kini masih kelihatan tertangguh dan diselubungi tanda tanya. Projek ini merupakan pelengkap kritikal kepada ekosistem logistik dan rangkaian perhubungan di Pantai Timur yang sangat dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat khususnya rakyat negeri Kelantan dan juga Terengganu.
Persoalannya mengapakah projek yang menjadi harapan besar rakyat ini seolah-olah masih terperangkap dalam fasa kajian demi kajian tanpa sebarang komitmen pembinaan fizikal yang jelas dan meyakinkan? Adakah pihak kementerian mempunyai garis masa yang konkrit untuk memulakan fasa pembinaan LPT3 ini? Atau adakah ia akan terus dibiarkan tertangguh tanpa sebarang noktah yang pasti.
Kelewatan dan penangguhan projek LPT3 ini secara tidak langsung telah membiarkan potensi ekonomi di Wilayah Pantai Timur terus terbantut. Rakyat ingin tahu, adakah kerajaan benar-benar serius untuk merealisasikan projek ini dalam tempoh terdekat atau adakah peruntukannya telah dialihkan ke projek lain sehingga menyebabkan status pembinaannya terus tergantung.
Oleh itu, saya memohon jawapan yang jujur daripada pihak kementerian mengenai hala tuju sebenar LPT3. Apakah langkah-langkah drastik yang sedang diambil untuk memastikan projek ini segera keluar daripada fasa perancangan ke fasa fizikal demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Saya terus ke isu kedua. Saya ada dua minit. Saya sentuh sikit dulu.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dato’ Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan, setiap negara perlu mempunyai sekuriti makanan.
Sekuriti makanan bermakna semua orang pada setiap masa boleh memperoleh makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup yang sihat dan aktif.
Bagi menjamin sekuriti makanan, sesebuah negara, kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Pada waktu ini, negara kita masih lagi ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
bekalan makanan ketika beberapa negara lain telah menubuhkan agensi yang sama bagi menangani isu ini, termasuk Singapura yang mempunyai Agensi Makanan Singapura atau SFA sejak 1 April 2019.
Saya mencadangkan penubuhan agensi ini di negara kita sebagai satu badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap akses jaminan bekalan dan simpanan makanan di dalam negara. Agensi ini boleh membina kerjasama dengan pemain-pemain industri pertanian bagi mempelbagaikan sumber makanan import dan tempatan serta memastikan kelangsungan rangkaian bekalan keselamatan makanan yang bermula dari ladang ataupun bendang sawah.
Dan saya juga ingin mencadangkan agensi ini melakukan jaringan kerjasama dengan industri perniagaan berasaskan makanan untuk manfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, menjalankan penyelidikan berterusan untuk membangunkan inovasi produk berasaskan makanan yang boleh dikomersialkan dan yang ketiga memangkinkan transformasi industri untuk memastikan keselamatan makanan dapat terjaga.
Dan seterusnya yang ke empat mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan import makanan dari luar negara dan memaksimumkan kebergantungan pada hasil makanan tempatan. Kita mahu memastikan dengan adanya inisiatif seperti ini negara kita tidak mempunyai sebarang masalah bekalan makanan jika berlakunya musibah yang berskala besar datang melanda di peringkat global seperti jangkitan COVID-19 yang pernah menyaksikan negara jiran menghentikan pengeksportan beras dari negara mereka ke negara kita kerana kekhuatiran kekurangan komoditi itu di negara mereka sendiri.
Malah dengan penambahan pantas bilangan penduduk negara kita, perlunya ada satu agensi yang boleh menganalisis dan mengkoordinasi bilangan atau kualiti bekalan makanan yang perlu ada bagi menampung keperluan asasi rakyat negara kita. Saya rasa saya berhenti sampai setakat itu.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Bagi sambung jam 2.30 nanti ya. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua
[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Assalamualaikum. Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 24 Februari 2026.
Kita cukup kuorumkah?
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Kena panggil kot? Panggil. Boleh picit loceng kot.
Baik, tolong panggil ya, untuk mereka masuk.
Baik, YB Puan Martina boleh teruskan menyambung perbahasan. Kita ada 17, 18 minit lagi. Kalau nak tambah nanti boleh minta kebenaran ya.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya teruskan ucapan perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di- Pertuan Agong dengan isu berkaitan kecerdasan buatan ataupun AI.
Saya juga ingin menyentuh mengenai arus perdana teknologi dunia iaitu kecerdasan buatan yang kita sedia maklum bahawa kerajaan telah mengorak langkah proaktif dengan mewujudkan pelbagai fasiliti sokongan termasuklah penubuhan fakulti sulung AI di universiti awam serta pelancaran Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).
Namun, sejauh manakah kecanggihan infrastruktur ini telah diterjemahkan ke dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan pentadbiran negara secara menyeluruh?
Persoalan saya bagaimanakah tahap penggunaan AI di dalam sistem pentadbiran negara pada saat ini? Adakah ia sekadar di peringkat eksperimen atau telah diintegrasikan secara meluas dalam proses pembuatan keputusan dan pengurusan data kerajaan? Saya memohon kementerian menyatakan statistik atau KPI pencapaian setakat ini bagi membuktikan bahawa pelaburan besar dalam ekosistem AI ini benar-benar membuahkan hasil dalam meningkatkan kecekapan birokrasi.
Selain itu Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan AI membawa risiko etika dan keselamatan data, saya ingin tahu mengenai garis panduan khusus yang telah wujud bagi mengawal selia pembangunan ataupun penggunaan teknologi ini dalam sektor awam. Adakah kita sudah mempunyai kerangka perundangan atau kod etika yang cukup ampuh untuk mengekang penyalahgunaan algoritma yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus negara?
Satu perkara yang unik dan penting bagi model Malaysia MADANI adalah penglibatan nilai-nilai murni. Dalam konteks ini, sejauh manakah unsur-unsur pemantauan syariah atau
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
tadbir urus berasaskan etika Islam dilibatkan dalam pembangunan dan penggunaan AI? Ini penting bagi memastikan teknologi yang kita gunakan bukan sahaja efisien dari sudut teknikal malah patuh syariah, adil, tidak mempunyai unsur bias dan sentiasa memelihara maslahat ummah secara keseluruhannya.
Oleh itu, saya memohon penjelasan kementerian mengenai strategi penyelarasan antara NAIO, pihak akademia dan badan kawal selia agama bagi memastikan aspirasi AI negara bergerak seiring dengan acuan moral dan budaya kita sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu korporat yang memberi impak besar kepada dana awam dan kepentingan strategik negara iaitu cadangan pengambilalihan IJM oleh Sunway bernilai RM11 bilion. Isu ini menimbulkan kegusaran besar mengenai risiko terhadap kekayaan awam terutamanya yang melibatkan pelaburan syarikat pelaburan kerajaan seperti KWSP, PNB, dan KWAP.
Persoalan utama saya adalah mengenai pencairan pegangan saham berdasarkan data pegangan KWSP dalam IJM akan merosot mendadak daripada 20.4 peratus kepada hanya sekitar 7.3 peratus pasca-merger nanti.
Selain itu, terdapat risiko pengurangan dividen yang ketara di mana pulangan tahunan daripada IJM yang dianggarkan sebanyak RM50 juta setahun mungkin akan menyusut kepada RM38 juta sahaja melalui pegangan dalam entiti Sunway yang baharu. Mengapakah kerajaan membenarkan transaksi yang dilihat mengakibatkan financial dilution kepada dana pencarum rakyat ini?
Selain itu Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai kehilangan aset strategik negara. IJM memegang aset infrastruktur kritikal termasuk lebuh raya nasional dan pelabuhan yang sukar dicari ganti. Adakah wajar bagi GLIC untuk melepaskan kawalan terhadap infrastruktur matang yang menjana tunai stabil ini kepada pihak swasta? Serahan aset strategik sebegini bukan sahaja melibatkan isu keuntungan jangka pendek, tetapi risiko kedaulatan infrastruktur negara bagi jangka masa panjang.
Saya juga ingin membangkitkan soal tanggungjawab fidusiari terhadap lebih 15 juta rakyat Malaysia yang merupakan beneficiary kepada dana-dana GLIC ini. Walaupun skala penggabungan ini sangat besar, unjuran pertambahan pendapatan dikatakan hanya sekitar satu peratus sahaja. Adakah kerajaan telah melakukan penilaian menyeluruh bagi memastikan pengambilalihan ini benar-benar nilai tambah kepada rakyat atau adakah kita sedang mempertaruhkan keselamatan kewangan hari tua rakyat demi kepentingan korporat tertentu?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Oleh itu saya memohon penjelasan daripada Kementerian Kewangan mengenai pendirian kerajaan terhadap merger ini dan apakah langkah perlindungan yang diambil bagi memastikan kekayaan awam tidak terhakis.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu ancaman kesihatan awam yang semakin meruncing, iaitu situasi semasa penyakit tuberkulosis atau TB di negara kita.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Berdasarkan kenyataan media baru daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, statistik sehingga Minggu Epidemiologi kelima menunjukkan sebanyak 503 kes terbaharu telah dikesan yang mana ia membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 2,571 kes dalam tempoh masa yang sangat singkat. Angka-angka ini bukan sekadar statistik di atas kertas, tetapi satu isyarat, amaran yang memerlukan tindakan segera.
Mengikut pecahan negeri, situasi di Sabah amat membimbangkan dengan mencatatkan 614 kes atau 23.88 peratus daripada jumlah keseluruhan negara. Ini diikuti oleh Selangor dengan 476 kes ataupun 18.51 peratus, Sarawak sebanyak 257 kes, 10 peratus dan Johor dengan 233 kes, 9.06 peratus. Kepadatan kes di negeri-negeri ini menunjukkan wujudnya risiko jangkitan komuniti yang tinggi. Jika tidak dikawal, bakal memberi tekanan hebat kepada sistem hospital awam kita.
Dato’ Yang di-Pertua, apa yang lebih merisaukan saya adalah masa depan jangkitan ini menjelang musim perayaan dan cuti panjang yang bakal tiba. Kita tahu bahawa tradisi balik kampung dan perhimpunan keluarga besar-besaran melibatkan pergerakan jutaan rakyat merentasi sempadan negeri. Adakah pihak kementerian mempunyai pelan tindakan drastik untuk meningkatkan saringan di kawasan-kawasan berisiko tinggi ini sebelum cuti bermula?
Saya juga ingin bertanya sejauh manakah bekalan ubat-ubatan dan fasiliti kuarantin di negeri- negeri hotspot seperti Sabah dan Selangor mencukupi untuk menampung peningkatan kes yang mendadak ini?
Rakyat perlu diingatkan supaya lebih peka terhadap pencegahan penyakit ini. Namun, tanggungjawab memastikan rantaian jangkitan diputuskan terletak pada bahu kementerian menerusi pemantauan yang agresif. Saya mohon penjelasan mengenai strategi komunikasi risiko yang akan dijalankan bagi memastikan orang ramai tidak memandang remeh terhadap gejala tibi semasa meraikan perayaan kelak. Kita tidak mahu kegembiraan rakyat berakhir dengan kluster jangkitan baharu yang boleh meragut nyawa.
Ini membawa saya kepada beberapa soalan yang perlukan penjelasan dari pihak kementerian. Pertama, apakah faktor yang menyebabkan kenaikan kes tibi sedangkan negara kita melaksanakan program vaksinasi kepada rakyat sejak dilahirkan? Apakah peratusan
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
vaksinasi kepada penyakit tibi makin berkurang dan tidak mampu melindungi rakyat atau adakah disebabkan oleh kemasukan pekerja asing atau pendatang tanpa izin yang menyebabkan peningkatan dalam statistik ini? Bagaimana kerajaan ingin memantau pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan terhadap pekerja-pekerja asing yang masuk ke negara kita?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh satu lagi aspek kritikal dalam menjamin kestabilan dan kemakmuran negara sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda iaitu soalan integriti dalam perkhidmatan awam. Apa yang amat mendukacitakan dan membimbangkan hati saya adalah apabila isu rasuah dan ketirisan mula menyusup masuk ke dalam cabang badan beruniform termasuklah pasukan tentera kita. Sebagai benteng pertahanan negara yang paling utama, sebarang bentuk kompromi terhadap nilai integriti bukan sahaja merosakkan imej dan maruah pasukan malah secara langsung boleh mengancam kedaulatan serta keselamatan tanah air.
Saya ingin bertanya, apakah langkah drastik yang sedang diambil oleh kementerian berkaitan untuk memastikan sistem perolehan aset-aset strategik serta pentadbiran dalam badan beruniform benar-benar kalis rasuah dan bebas daripada pengaruh pihak berkepentingan? Kita tidak mahu melihat peruntukan besar yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan pertahanan negara akhirnya hangus begitu sahaja akibat amalan kronisme dan penyelewengan dalam rantaian bekalan.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi memastikan usaha membanteras kuman rasuah ini dilakukan secara menyeluruh dan tidak bersifat pilih kasih, saya ingin membangkitkan mengenai kedudukan dan kebebasan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Rakyat hari ini memerhati dengan penuh teliti sejauh manakah kerajaan komited untuk memastikan pelantikan serta tempoh perkhidmatan jawatan utama ini mempunyai mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh. Mungkin melalui pengawasan langsung oleh Parlimen atau adakah kerajaan bersedia untuk memberikan jaminan Perlembagaan yang lebih kuat terhadap jawatan Ketua Pesuruhjaya ini bagi memastikan agensi tersebut mempunyai keberanian mutlak dan tanpa apa-apa niat terselindung untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa rasa takut atau tekanan politik.
Kebebasan institusi ini adalah kunci untuk mengukuhkan semula kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan dan penguatkuasaan negara. Dalam meniti arus pemodenan seperti penggunaan AI yang saya bahaskan sebentar tadi, teknologi tersebut juga wajar diintegrasikan sebagai alat pemantauan integriti dalam proses perolehan awam bagi menutup ruang-ruang manipulasi manusia. Kita memerlukan sebuah pentadbiran yang bukan sahaja
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
cekap secara teknikal, tetapi juga suci daripada noda rasuah demi kelangsungan masa depan nusa tercinta.
Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi isu yang sangat dekat di hati rakyat adalah menyentuh tunjang kesejahteraan hidup iaitu pemilikan perumahan mampu milik. Kita sering mendengar keluhan anak muda yang menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah pertama disebabkan jurang yang besar antara kadar pendapatan isi rumah dengan harga hartanah semasa.
Walaupun terdapat pelbagai skim perumahan di peringkat Persekutuan, sejauh manakah penyelarasan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terutamanya negeri Kelantan dilaksanakan bagi memastikan projek-projek ini benar-benar sampai kepada golongan sasar di kawasan luar bandar dan juga pinggir bandar.
Saya ingin memohon penjelasan apakah status terkini projek di bawah Program Perumahan Rakyat atau Perumahan Penjawat Awam Malaysia di Kelantan yang masih dalam pembinaan atau perancangan. Adakah terdapat sebarang insentif khas atau kuota tambahan yang boleh diberikan kepada negeri-negeri di Pantai Timur bagi mengimbangi kos bahan binaan yang semakin meningkat yang sering menjadi alasan pemaju untuk menaikkan harga rumah? Rakyat memerlukan rumah yang bukan sahaja mampu kita tengok, tetapi benar- benar mampu milik dengan kualiti binaan yang munasabah.
Selain itu, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula mekanisme pembiayaan bagi golongan yang bekerja dalam sektor tidak formal atau ekonomi gig di Kelantan. Tanpa slip gaji yang tetap, mereka sering dinafikan hak mendapatkan pinjaman perumahan walaupun mempunyai kemampuan untuk membayar. Kita perlu memastikan naratif rumah untuk semua benar-benar dirasai oleh rakyat agar tiada golongan yang tertinggal daripada memiliki aset asas ini demi kestabilan institusi kekeluargaan.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai sektor pelancongan khususnya pelancongan kesihatan yang merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Malaysia telah lama dikenali sebagai destinasi pilihan utama bagi rawatan perubatan berkualiti tinggi dengan kos yang kompetitif. Namun, saya melihat terdapat keperluan mendesak untuk kita memperluaskan fokus pelancongan kesihatan ini agar tidak hanya tertumpu di Lembah Klang atau Pulau Pinang sahaja, tetapi turut melibatkan negeri- negeri lain di Pantai Timur khususnya negeri Kelantan.
Negeri Kelantan mempunyai potensi besar untuk menjadi hab pelancongan kesihatan di Pantai Timur terutamanya bagi pasaran negara jiran seperti Selatan Thailand dengan adanya kepakaran perubatan tinggi Hospital Universiti Sains Malaysia serta hospital-hospital swasta yang semakin berkembang. Kelantan boleh menawarkan pakej rawatan yang digabungkan dengan elemen pelancongan warisan dan budaya. Persoalan saya, apakah
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
strategi khusus kementerian untuk mempromosikan Koridor Pantai Timur sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang baharu?
Dato’ Yang di-Pertua, bagi merealisasikan hasrat ini, infrastruktur sokongan seperti kemudahan pengangkutan dan penginapan bertaraf antarabangsa perlu dipertingkatkan seiring dengan kualiti perkhidmatan perubatan. Saya mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif cukai yang lebih menarik kepada hospital swasta yang sanggup melabur dalam fasiliti pelancongan kesihatan di Kelantan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Selain itu, mengintegrasi antara kementerian adalah perlu bagi memudahkan cara urusan visa perubatan dan juga logistik pesakit antarabangsa. Dengan memperkasakan pelancongan kesihatan di Kelantan, kita bukan sahaja dapat mempertingkatkan pendapatan negeri, malah ia akan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak-anak tempatan dalam bidang perubatan dan perhotelan. Kita mahu melihat Kelantan bukan sahaja terkenal dengan keindahan seni budayanya tetapi juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan perubatan dirantau ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menjunjung Titah Diraja dan menyokong penuh reformasi pendidikan sebagai teras pembinaan negara dan pembanterasan rasuah tanpa kompromi. Saya menyifatkan Titah Diraja tersebut sebagai satu peringatan yang amat jelas dan berani kepada seluruh kepimpinan negara bahawa kemajuan ekonomi dan kestabilan politik tidak akan bermakna sekiranya sistem pendidikan negara gagal membina insan yang berilmu, berakhlak dan berintegriti serta sekiranya amalan rasuah terus dibiarkan berakar umbi dalam institusi awam.
Saya juga menyokong sepenuhnya penegasan Baginda bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan Malaysia. Pendidikan tidak boleh dilihat secara sempit sebagai alat pencapaian akademik semata-mata. Sebaliknya, perlu berfungsi sebagai wahana pembentukan nilai, disiplin, etika dan tanggungjawab kenegaraan. Saya menyokong segala usaha dan penambahbaikan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Selagi ia selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan memperkukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memastikan sejarah dan identiti negara difahami dan dihayati oleh generasi muda.
Sebarang reformasi pendidikan hendaklah dilaksanakan secara terancang, inklusif dan berteraskan kepentingan nasional, bukan bersifat sementara atau tunduk kepada tekanan jangka pendek oleh mana-mana institusi. Saya ingin bertanya, apakah pandangan kementerian dengan permohonan pengiktirafan oleh UEC? Dan saya memerlukan penjelasan yang jujur daripada pihak kementerian. Saya juga berpandangan bahawa usaha reformasi
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
pendidikan perlu disokong dengan pelaburan berterusan dalam pembangunan guru, pengukuhan institusi latihan serta penyelarasan kurikulum yang menekankan pemikiran kritis, literasi undang-undang, kefahaman sivik dan juga etika perkhidmatan awam.
Selain itu, pembangunan infrastruktur pendidikan perlu selari dengan reformasi pendidikan. Saya ingin bertanya, reformasi yang akan dilaksanakan seperti masuk dalam Darjah 1 pada usia enam tahun, walaupun akan dilaksanakan secara berperingkat. Sejauh mana kesediaan kerajaan dari segi kemahiran guru-guru, pembangunan kurikulum dan pembangunan sekolah-sekolah baharu? Adakah kerajaan betul-betul bersedia?
Seterusnya, isu yang terakhir, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Berapa lama lagi YB?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Ya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Berapa lama lagi?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dalam 5 minit lagi, boleh?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey. Boleh, teruskan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Lagi sekali, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada perkembangan geopolitik dan ekonomi global yang amat membimbangkan. Pada hari Sabtu iaitu dua hari lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui satu pengumuman mengejut telah menyatakan bahawa beliau akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus sedia ada di bawah seksyen 122.
Keputusan drastik ini dibuat berikutan tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan sebahagian besar langkah perdagangan beliau sebelum ini kerana dianggap tidak berperlembagaan.
Persoalan utama saya, sejauh manakah kementerian telah menilai impak kenaikan tarif 15 peratus ini terhadap rantaian bekalan dan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat?
Memandangkan Trump menegaskan bahawa kenaikan ini berkuat kuasa serta-merta ke atas negara-negara yang didakwa mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat. Adakah kementerian mempunyai strategi mitigasi bagi melindungi sektor pembuatan dan komuniti kita daripada menjadi mangsa perang perdagangan yang makin meruncing ini?
Mahkamah Agung Amerika Syarikat sebelum ini memutuskan bahawa penggunaan kuasa darurat oleh Presiden untuk mengenakan tarif timbal balas adalah melampaui kuasa Eksekutif. Namun, tindakan terbaharu Trump yang menggunakan seksyen 122 untuk menaikkan tarif kepada had maksimum yang dibenarkan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat akan terus mengamalkan dasar perlindungan ekonomi yang agresif. Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang terbuka, merancang untuk mempelbagaikan pasaran eksport kita bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Amerika Syarikat? Adakah kerajaan akan menggembleng kerjasama melalui blok perdagangan seperti CPTPP: Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership atau RCEP: Regional Comprehensive Economic Partnership untuk menyatakan bahawa secara kolektif terhadap langkah unilateral Amerika Syarikat ini yang jelas mencabar prinsip perdagangan bebas dunia.
Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai persediaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi ini agar nasib para pengeksport dan kestabilan mata wang kita tidak terjejas dengan tindakan luar jangka oleh pentadbiran Trump ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya sudahi ucapan saya ini di Dewan yang mulia dengan naskhah pantun sebagai tanda setia dan kasih kepada institusi beraja.
*Terbang tinggi si burung helang; Hinggap sebentar dipohon jati; Daulat Tuanku cahaya gemilang; Payung negara kami berbakti.
Mekar mewangi bunga cempaka; Hiasan taman di pagi hari; Titah dijunjung penuh merdeka; Menjadi panduan membina negeri.
Berusaha bersama membina watan; Demi rakyat aman sentosa; Dewan Negara galas kekuatan; Memartabatkan nusa bangsa sepanjang masa.* Dengan itu, saya mohon penjelasan dari kementerian-kementerian berkaitan dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada YB Puan Dr. Hajah Wan Martina.
Seterusnya, saya menjemput YB Senator Dr. Lingeshwaran untuk mengusulkan perbahasan. Silakan. 30 minit ya, YB.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
30 minit ya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Izin saya memulakan ucapan perbahasan ini dengan merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang cukup inklusif, tegas dan berpandangan jauh semasa pembukaan penggal Parlimen ini.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Sebagai seorang Senator yang berlatar belakangkan bidang perubatan, saya melihat Titah Baginda bukan sekadar protokol tahunan tetapi satu manifesto harapan bagi setiap rakyat Malaysia, terutamanya dalam aspek penyampaian perkhidmatan awam dan keharmonian nasional.
Izin saya mengupas Titah ini dengan tumpuan khusus kepada sektor kesihatan dan kestabilan sosial negara. Dato’ Yang di-Pertua, Baginda Tuanku telah menitah agar kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat. Dalam konteks kesihatan, keperluan yang paling mendesak hari ini bukan sekadar bangunan hospital yang gah, tetapi nyawa dan tenaga petugas di dalamnya. Sering kali perdebatan di Dewan yang mulia ini tertumpu pada isu doktor seperti doktor kontrak, elaun bertugas atas panggilan, bayaran insentif Wilayah dan lain-lain lagi. Hari ini, saya ingin menjadi suara bagi golongan yang sering terpinggir dalam naratif arus perdana. Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Ahli Sains Kesihatan Bersekutu atau dikenali sebagai allied health professionals.
Data terkini menunjukkan situasi yang amat meruncing bagi krisis jururawat negara.
Kadar peletakan jawatan jururawat lulusan post basic di KKM telah meningkat hampir dua kali ganda. Ini bukan sahaja kehilangan mereka ke sektor swasta, tetapi kita kehilangan mereka ke negara jiran seperti Singapura, negara Timur Tengah yang menawarkan gaji tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi. Nisbah jururawat kepada penduduk Malaysia kini berada di tahap 2.5 ke 1,000 penduduk. Jauh lebih bawah daripada purata OECD, sembilan ke 1,000 penduduk.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Apabila seseorang jururawat terpaksa menjaga 15 hingga 20 pesakit dalam satu syif, risiko kesilapan atau medical error meningkat. Ini bukan sahaja isu kebajikan anggota jururawat, ini juga adalah isu keselamatan bagi pesakit yang perlu ditangani segera kerana yang menjadi mangsa bukan sekadar jururawat kita, tetapi yang paling mustahak adalah rakyat marhaen yang tidak berkemampuan dan perlu bergantung kepada hospital untuk perawatan mereka.
Dato Yang di-Pertua, jangan kita lupa tentang penolong pegawai perubatan ataupun AMO yang menjadi barisan hadapan di jabatan kecemasan, klinik pakar dan klinik-klinik kesihatan. Begitu juga ahli fisioterapi, ahli radiografi dan juruteknologi makmal perubatan.
Mengikut data Kajian Tenaga KKM tahun 2025, terdapat kekurangan sebanyak 18 peratus dalam jawatan Allied Health di seluruh negara. Kesannya, pesakit terpaksa menunggu sehingga tiga hingga enam bulan untuk temui janji fisioterapi atau imbasan MRI.
Saya ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan, berapakah jumlah jawatan untuk jururawat, PPP dan profesional sains kesihatan bersekutu yang telah diwujudkan di bawah
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
program perubatan kesihatan awam dan perubatan serta berapakah jawatan kosong setiap skim tersebut yang masih belum diisi? Berapakah jumlah jawatan kosong jururawat masyarakat di KKM sekarang? Bilakah jawatan-jawatan kosong tersebut akan ditukar kepada jawatan jururawat terlatih? Memandangkan kita tidak akan lagi ada lantikan baharu untuk jawatan jururawat masyarakat.
Saya juga mendesak agar Bayaran lnsentif Pos Basik (BIPB) disemak semula. Tidak masuk akal jika kepakaran tambahan mereka hanya dihargai dengan elaun kecil sedangkan beban kerja mereka berlipat ganda. Takkanlah kita memperkenalkan program advanced diploma dan juga skim AMOTeX, elaun pos basik mereka hanya RM100 sebulan sudah tidak lagi relevan.
Difahamkan, hospital swasta sudah pun membayar RM500 tambahan sebulan untuk semua petugas kesihatan dan mempunyai kelayakan pos basik. Sudah tiba masanya Kementerian Kesihatan mengkaji semula kadar bayaran insentif yang telah diperkenalkan semenjak tahun 80-an dan tidak pernah dikaji semula sehingga hari ini. Kerajaan MADANI- lah harapan kita untuk memperbetulkan keadaan. Mohon YB Menteri Kesihatan memberi jaminan bahawa insentif ini akan dikaji dengan segera.
Satu lagi isu yang sering dibawa untuk perhatian saya adalah tentang tugasan atas panggilan: on-call tidak terbayar dan terpaksa dilaksanakan oleh petugas kesihatan kategori Sokongan 1 dan 2 yang termasuk juga jururawat-jururawat masyarakat, PPP, pemandu ambulans di klinik kesihatan atau lain-lain lagi. Untuk sekian lama, kumpulan ini diarahkan untuk bertugas tanpa sebarang bayaran jika mereka tidak dipanggil untuk kembali ke fasiliti kesihatan.
Ada mungkin yang berpendapat bahawa jika mereka tidak dipanggil untuk kembali bertugas, maka adillah mereka tidak dibayar, tetapi hakikatnya, sekiranya mereka telah dimasukkan dalam jadual bertugas untuk bertugas atas panggilan, mereka tidak dapat keluar ke luar kawasan dan perlu segera ke fasiliti kesihatan sekiranya mereka diaktifkan.
Untuk pegawai perubatan dan pakar perubatan, bagi senario yang sama, mereka dibayar elaun bertugas atas panggilan pasif. Kenapa pula petugas kesihatan kategori Sokongan 1 dan 2 tidak diberi kemudahan itu?
Saya mohon agar YB Menteri Kesihatan memberi justifikasi berkenaan isu ini dan adakah kementerian akan menyelesaikan isu ini. Terdapat lagi beberapa isu seperti pegawai farmasi kontrak yang berbaki hampir 391 orang yang masih menunggu untuk pelantikan jawatan tetap dan kontrak mereka bakal tamat pada bulan April dan lain-lain juga pada bulan Jun ini.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Isu lantikan KPSL untuk Pembantu Kesihatan Awam ke Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran (PPP) yang telah berkhidmat kontrak semasa pandemik COVID-19 yang lagi menunggu pelantikan mereka ke skim tetap semenjak tahun 2001, kontrak mereka akan tamat pada tahun 2026 Julai ini. Pegawai psikologi kaunseling yang dilantik secara kontrak dan lain- lain lagi. Saya minta penjelasan Menteri Kesihatan dan pohon nyatakan bilakah isu-isu ini bakal diselesaikan?
Untuk berlaku adil dengan YB Menteri Kesihatan, isu-isu ini adalah isu legasi yang diwarisi oleh pentadbiran terdahulu dan saya membangkitkan isu ini secara konsisten dan tanpa henti di setiap Dewan Negara, kerana banyak isu-isu yang telah saya bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Dzulkefly. Saya yakin sekali lagi Menteri Kesihatan dan juga Kerajaan MADANI akan membawa berita baik berkenaan isu-isu ini tidak lama lagi.
Satu lagi isu yang sering membelenggu sistem kesihatan awam kita adalah kesukaran untuk mendapatkan petugas kesihatan sama ada pakar perubatan, pegawai perubatan mahupun petugas kesihatan Sokongan 1 dan 2 untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Saya faham agak sukar untuk kita mewujudkan skim emolumen atau elaun yang berbeza kerana ini adalah tertakluk kepada sistem emolumen yang sedia ada yang ditetapkan oleh JPA.
Pada pendapat saya, kita perlu berfikir sedikit out of the box atau maybe without box, dengan izin. Saya cadangkan petugas-petugas kesihatan yang memilih untuk berkhidmat di Sabah dan juga Sarawak boleh diberi pelepasan khas duti eksais untuk pembelian kereta sekiranya mereka telah berkhidmat untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Mereka juga boleh diberikan pertimbangan untuk pelepasan cukai pendapatan khas sekiranya mereka telah berkhidmat untuk satu tempoh yang munasabah.
Selain itu, mungkin Kementerian Kesihatan juga boleh berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah ataupun Sarawak untuk mewujudkan sesuatu bayaran insentif khas yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Saya mohon pandangan dan pendapat Menteri Kesihatan berkenaan cadangan-cadangan tersebut.
Berkaitan dengan isu kesukaran untuk mengekalkan pakar-pakar perubatan kita daripada berhijrah ke sektor swasta ataupun luar negara. Sekali lagi saya ingin mencadangkan agar pakar-pakar perubatan yang telah berkhidmat sebagai seorang pakar lebih daripada 10 tahun, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk biasiswa khas kepada anak-anak pakar tersebut untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pendidikan tinggi di negara.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Langkah ini bukan sahaja mampu untuk membantu kita mengekalkan pakar-pakar kita, kita juga dapat anak-anak pakar kita yang cemerlang untuk terus berkhidmat di sektor swasta. Suatu pendekatan yang boleh dikatakan sebagai serampang dewa mata.
Dato Yang di-Pertua, agenda kesihatan digital bukan sekadar perolehan...
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dato Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sebelum Yang Berhormat pergi kepada tajuk yang selanjutnya? Saya cuma ingin mencadang ataupun bertanya pendapat kepada Yang Berhormat supaya doktor-doktor kita yang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
Untuk makluman Yang di-Pertua, anak saya pun bekerja di Sabah. Dua-dua orang doktor dekat sana. Saya dapati kebanyakan doktor-doktor kita daripada Semenanjung kesukaran mereka salah satunya adalah mendapatkan tempat tinggal ataupun rumah sewa yang mampu sewalah sebab sewa dekat sana sangat tinggi.
Jadi, saya mencadangkan supaya pihak kementerian juga membuat kerjasama atau perjanjian dengan kerajaan negeri supaya diwujudkan mungkin rumah-rumah penginapan yang sewa lebih murah ataupun yang lebih berdekatan dengan hospital-hospital yang mereka bertugas. Terima kasih.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih YB Martina. Memang saya setuju dengan pandangan YB berkenaan isu ini. Itulah saya telah menyatakan dalam perbahasan saya bahawa kerajaan, Kementerian Kesihatan perlu mengadakan satu perbincangan bersama kerajaan negeri agar satu solution dapat dicapai sekali.
Saya akan teruskan, Dato Yang Di-Pertua. Agenda Kesihatan Digital bukan sekadar perolehan teknologi perisian, tetapi adalah satu manifestasi sebenar pendekatan MADANI untuk memacu reformasi sistem kesihatan kita. Kita kini melihat momentum positif dengan lebih 400 klinik kesihatan dan 100 klinik pergigian sudah melaksanakan Rekod Perubatan Elektronik (EMR). Visi satu individu, satu rekod yang sangat kritikal bagi memastikan maklumat perubatan mengikut individu tersebut dan tidak lagi terperangkap dalam satu fasiliti sahaja.
Dengan cara ini, petugas kesihatan kita dapat memberi tumpuan penuh kepada perawatan pesakit berbanding dibebankan dengan urusan dokumentasi manual yang meletihkan dan melambatkan perkhidmatan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Transformasi digital ini merupakan infrastruktur nasional yang menjadi keutamaan strategik dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13) dan strategik RESET Malaysia.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Justeru, pelaksanaan ini tidak boleh lagi terikat dengan garis masa konvensional lima tahun yang lembap. Sebaliknya, memerlukan iltizam politik dan penyelarasan rentas kementerian untuk dipercepatkan.
Pelaburan dalam sistem digital ini sebenarnya ialah satu langkah fiskal yang bijak untuk mengawal inflasi perubatan, mengoptimumkan tenaga kerja dan mengurangkan pembaziran dana awam dalam jangka masa panjang.
Dalam nada yang sama, saya ingin bertanya apakah pelan integrasi menyeluruh antara sistem di klinik (CCMS), sistem farmasi (PHIS) dan sistem di hospital untuk memastikan perkongsian data yang benar-benar lancar. Integrasi ini mendesak bagi menamatkan amalan preskripsi ubat atau ujian diagnostik yang berulang-ulang yang sama yang membazirkan kos dan masa rakyat. Saya mohon penjelasan mengenai garis masa untuk pelaksanaan pendigitalan kesihatan secara menyeluruh di negeri Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang dikenali sebagai Silicon Valley of the East sangat jauh ketinggalan dari aspek khusus di hospital awam.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan juga telah mengumumkan kerangka insurans Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang merangkumi elemen co-payment. Saya melihat ini satu langkah positif ke arah kelestarian pembiayaan kesihatan. Namun adalah sebilah pedang dua mata. Antara kelebihan skim ini adalah pertama, pelindungan penyakit sedia ada: pre-existing conditions.
Langkah KKM dan Bank Negara mewajibkan pelindungan bagi penyakit sedia ada dalam pelan asas MHIT adalah satu kemenangan besar bagi rakyat. Ini akan memastikan tiada rakyat didiskriminasi oleh syarikat insurans kerana sejarah kesihatan.
Kedua, mengurangkan beban hospital awam. Dengan mekanisme co-payment yang rendah, ia menggalakkan golongan M40 menggunakan sektor swasta bagi kes ringan sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan. Namun begitu, ada juga beberapa kelemahan atau kebimbangan untuk skim ini, saya rasa perlu dibaiki. Antaranya, had tahunan yang rendah.
Data menunjukkan kos rawatan kanser boleh mencecah RM200,000 setahun. Jika had tahunan pelan asas MHIT hanya RM100,000, pesakit akan kehabisan perlindungan di tengah-tengah jalan dan akhirnya akan kembali untuk membebankan sistem awam.
Kelestarian jangka panjang, kita perlu memastikan premium MHIT tidak melonjak mendadak setiap tahun. Inflasi perubatan di Malaysia kini mencapai 15 peratus, iaitu antara tertinggi di rantau ini.
Jadi, syor saya adalah kerajaan mesti bertindak sebagai pengawal selia yang ketat agar syarikat insurans tidak mengaut keuntungan berlebihan atas nama reformasi kesihatan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
MHIT mestilah bersifat people first, profit second. Pohon pencerahan Menteri Kewangan dan juga Menteri Kesihatan tentang kelemahan skim MHIT yang telah saya bandingkan tadi.
Dato’ Yang di-Pertua beralih ke isu keharmonian kaum dan juga agama disentuh oleh Baginda Tuanku. Akhir-akhir ini kita melihat beberapa insiden yang cuba menggugat ketenteraman awam termasuk isu pencerobohan kuil dan tindakan penguatkuasaan terhadap khemah DBKL.
Isu Kuil Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India dan isu rampasan khemah baru- baru ini telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk mencetus kebencian. Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat Malaysia. Negara ini adalah negara berhukum, rule of law. Bagi kes kuil di Jalan Masjid India, penyelesaian telah dicapai melalui rundingan harmoni oleh Kerajaan MADANI dengan tapak gantian yang telah diselesaikan.
Bagi tindakan DBKL, ia adalah peraturan perbandaran dan perlesenan bukan isu penindasan agama. Saya dari Pulau Pinang. Saya juga terlihat video yang tertular yang dimuat naik di media sosial TikTok di atas nama Tamim Dahri dan juga Cikgu Chandra berkaitan kuil berhadapan di Hospital Bukit Mertajam yang pada hemat saya sengaja menggugat ketenteraman awam.
Saya nak nyatakan di sini, kuil ini dibina sebelum kemerdekaan negara dan semasa hospital ini dibina. Ini adalah satu kuil warisan yang lama dan jangan cuba memainkan sentimen perkauman untuk— sentimen perkauman yang menggunakan kuil berkenaan. Saya menyatakan di sini, jika sekali lagi anda masuk campur berkenaan isu kuil Hindu di negeri Pulau Pinang. Saya sebagai Ahli Dewan Negara bersama saya, YB RSN Rayer Ahli Parlimen Jelutong yang merupakan Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, Exco Kerajaan Negeri, saya, Dato' Seri Sundarajoo, ADUN Bagan Alam YB Kumaren, ADUN Batu Uban YB Kumaresan akan menyelesaikan isu kuil kami dengan aman.
Jangan cuba mengganggu negeri kami. Sekali lagi, saya memberi amaran, jangan cuba ganggu kuil kami di negeri Pulau Pinang. Kami tahu bagaimana nak selesaikan isu ini dengan baik.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pemergian Trooper K. Indiran. Seorang anggota tentera yang berusia 22 tahun yang telah meninggal dunia ketika menjalani kursus di Kem Tentera Kuantan, Pahang. Lebih memilukan ayah beliau Leftenan Kolonel Kayamboo turut meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan pada tahun 2016.
Kehilangan dua insan ini dalam keluarga yang sama setelah menunaikan tanggungjawab mereka kepada tanah air adalah satu kedudukan besar yang dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia. Peristiwa ini juga mengingatkan kita bahawa sudah tiba masanya untuk menghentikan permainan sentimen perkauman yang hanya akan memecahbelahkan
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
masyarakat kita. Jadi, jangan ada lagi naratif yang memisahkan kita. Rakyat daripada semua kaum sentiasa bersama untuk memikul tanggungjawab dan memastikan keamanan negara terus terpelihara. Kita tidak pergi sebagai Hindu, Cina atau Melayu. Kita berdiri dan berkhidmat sebagai rakyat Malaysia.
Saya menyeru kepada orang awam, jangan kita mengambil tindakan sendiri dan bertindak mengikut emosi di media sosial. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Jika ada yang tidak kepuasan hati, gunalah saluran undang-undang dan meja rundingan.
Berkenan isu tanah yang semakin diapi-apikan oleh isu tanah kuil yang semakin diapi- apikan, sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang, saya mencadangkan agar kerajaan meneliti penubuhan Lembaga Wakaf Hindu Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan yang akan berfungsi sebagai badan penyelaras bagi memastikan semua kuil yang telah lama wujud didaftarkan secara sah dan mengelakkan isu pencerobohan di masa hadapan dan menjadi badan perantaraan sekiranya timbul konflik antara pihak berkuasa tempatan dan juga komuniti agama.
Sebagai contohnya, di negeri Pulau Pinang, kami ada Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang. Bagi kuil yang ada masalah, Lembaga ini dapat bertindak dengan pantas dan menyelesaikan isu yang timbul. Minta penjelasan daripada Kementerian Perpaduan berkenaan cadangan-cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku telah mengeluarkan amaran yang paling keras dalam sejarah moden Parlimen ini, bahawa baginda tidak akan memberi muka kepada perasuah dan melabelkan mereka sebagai pengkhianat kepada negara. Sebagai seorang pengamal perubatan, saya melihat rasuah ini seperti penyakit barah tahap empat.
Ini merebak secara senyap, memakan sel-sel integriti dan akhirnya membunuh organ- organ penting dalam sistem pentadbiran. Apabila dana awam dicuri, diseleweng melalui ketirisan kontrak, mangsa sebenarnya adalah rakyat marhaen yang terpaksa menunggu giliran pembedahan yang lama atau pelajar yang tidak mendapat kemudahan pendidikan yang selanjutnya.
Saya mendesak kerajaan agar tidak lagi berkompromi dalam perang kita terhadap gejala rasuah. Pastikan setiap pengkhianat diheret ke muka pengadil tanpa mengira darjah atau kedudukan politik. Selaras dengan Titah Baginda, sistem kehakiman kita mestilah bebas daripada sebarang cubaan campur tangan politik.
Saya menyokong penuh langkah mempercepatkan Akta Pendanaan Politik dan pengasingan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Ini adalah vaksin yang paling ampuh untuk mencegah virus rasuah daripada terus bermutasi di sistem kita. Saya ingin memohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri.
Adakah kerajaan bersedia memperkukuhkan kebebasan dan akauntabiliti SPRM supaya bebas daripada pengaruh eksekutif? Adakah Mahkamah Khas Rasuah dengan hakim berpengalaman akan diwujudkan bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah? Dan apakah langkah untuk memastikan pemberi rasuah dan agen turut dikenakan tindakan setimpalnya bukan hanya kepada penerima?
Dato’ Yang di-Pertua, Titah Baginda Tuanku Sultan Ibrahim adalah peringatan kepada kita semua bahawa jawatan yang kita galas ini adalah amanah bukan kemuliaan. Sama ada dalam memerangi pengkhianat rasuah, memartabatkan petugas kesihatan atau menjaga benih perpaduan. Kita mestilah berpaksikan kepada kebenaran.
Ia adalah satu seruan untuk kita bekerja keras. Rakyat tidak mahu melihat kita bertelingkah atas isu remeh. Mereka tidak mahu. Mereka hanya mahu adakah jururawat cukup untuk merawat ibu mereka? Adakah insurans mereka mampu menampung kos hospital? Adakah jiran tetangga mereka terus hidup mengikut Rukun Negara walaupun berbeza kepercayaan? Jawapannya adalah terletak kepada keberanian politik kita untuk melaksanakan reformasi yang sukar, tetapi perlu.
Saya menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih dengan harapan agar setiap butir bicara di Dewan yang diterjemahkan oleh tindakan untuk menyentuh hati rakyat di akar umbi.
Saya dengan ini menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB. Seterusnya kita menjemput YB Senator Datuk Ng Keng Heng.
Dato' Ng Keng Heng
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang buat saya hari ini di Dewan yang mulia ini untuk turut serta dalam membahaskan Titah Diraja pada 19 Januari yang lalu.
Patik ingin sembah, menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Ke-15.
Titah Tuanku yang disampaikan pada tempoh hari, walaupun ringkas, tetapi padat dengan pelbagai nasihat penting dan peringatan buat seluruh rakyat untuk segera bermuhasabah terutamanya pada mereka yang diberi tanggungjawab berat di Dewan Negara ini.
Dalam konteks itu, Titah Diraja tahun ini wajar difahami sebagai satu penegasan oleh Institusi Diraja, khususnya tentang amanah, kuasa, disiplin, pentadbiran dan keperluan
Dato' Ng Keng Heng
pembaharuan yang berpaksikan keupayaan pelaksanaan bukan hanya sekadar niat. Apa yang jelas sekali adalah, walaupun kestabilan politik dikecapi dan kemajuan ekonomi semakin memberangsangkan, namun kebijaksanaan Tuanku untuk terus tegas dan tidak mudah berpuas hati telah terus menegur kerajaan tentang apa yang masih perlu diperbaiki iaitu soal kesejahteraan rakyat, membanteras salah guna kuasa dan mengekalkan keharmonian negara.
Dato’ Yang di-Pertua, topik pertama sekali yang ini saya bangkitkan, saya akan menyentuh tentang keperluan mempergiat lagi usaha mempromosi rangka kerja yang realistik dan mendasar kepada segenap masyarakat bagi agenda-agenda yang berkait dengan teknologi hijau. Selaku anak Johor, saya menyokong aspirasi Tuanku terutamanya berhubung kesejahteraan rakyat khususnya dalam isu kelestarian dan peralihan tenaga di peringkat nasional seperti yang telah pun digariskan dalam kerangka-kerangka pembangunan negara iaitu Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.
Isu kelestarian dan peralihan tenaga tidak boleh lagi dilihat sebagai slogan peringkat antarabangsa atau trend ikutan semata-mata, tetapi mestilah disemai dari awal lagi lalu di- terjemah kepada peringkat lokal agar impak sebenar kepada masyarakat dan perniagaan tempatan benar-benar dapat dirasai.
Peralihan kepada tenaga yang lebih hijau dan mampan mestilah bersifat berperingkat sesuai dengan keadaan setempat dan paling mustahak tidak boleh membebankan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana. Masih terdapat banyak golongan rentan di seluruh Malaysia termasuk pemilik ladang, pengusaha bengkel, kilang kecil, peniaga gerai makanan dan lain-lain yang kini terpaksa berdepan tekanan kos utiliti dan sewa serta gesaan ke arah pematuhan piawaian alam sekitar yang semakin meningkat.
Kerajaan perlu pastikan bahawa segala insentif peralihan tenaga baik dari kerajaan sendiri ataupun pihak swasta benar-benar berkesesuaian iaitu mencakupi keperluan industri yang berbeza-beza di tempat-tempat yang pelbagai. Contohnya solar bumbung. Sistem kecekapan tenaga, teknologi hidrogen atau penggunaan kenderaan elektrik dan sebagainya tidak boleh dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar dan berjenama sahaja. Akan tetapi, ia mesti benar-benar boleh diasas atau kemudiannya diinovasi oleh para peniaga kecil, anak muda dan juga kelompok pemula tempatan termasuk di bandar kecil tanpa dan kawasan luar bandar. Kelestarian yang gagal mengambil kira kemampuan rakyatnya sendiri bukanlah kelestarian tulen, tetapi sekadar pemindahan beban.
Maka, Dewan ini perlu menilai dengan teliti sama ada peralihan tersebut sedang dilaksanakan secara inklusif dan bertahap khususnya terhadap sektor perusahaan kecil dan
Dato' Ng Keng Heng
sederhana agar ianya berjalan dengan lancar dan bukannya boleh disalah guna pula oleh mana-mana pihak sebagai lubuk untuk meraih keuntungan.
Kerajaan wajib bertanggungjawab melalui agensi-agensi penguat kuasa dan kawal selia ketat agar tidak akan timbul sebarang bentuk elemen merasuah atau di rasuah dalam mana-mana peringkat proses peralihan tenaga, pembangunan kelestarian dan adaptasi teknologi hijau yang sedang pesat dibangunkan di negara ini. Tanpa mekanisme sokongan kewangan yang kukuh dan berasas seperti geran berskala kecil, insentif cukai yang mudah, pemilikan peralatan mesra hijau yang baru secara mampu milik dan pelupusan peralatan sedia ada di samping standard pematuhan yang jelas lagi kemas.
Sektor peralihan tenaga berisiko menambah beban kos lalu mungkin terjebak dengan gejala rasuah untuk cut corner iaitu melakukan sesuatu dengan cara yang mudah dan bukan lagi pemangkin produktiviti. Kelestarian berkesan bukan sekadar mengejar pencapaian sasaran karbon di atas kertas tetapi sebenarnya adalah keupayaan ekonomi untuk menanggung peralihan tersebut secara adil, bersih dan saksama.
Dato’ Yang di-Pertua, seperti di dalam Titah Tuanku, saya ingin menyuarakan di Dewan ini berkenaan kecekapan operasi kita khususnya dalam aspek pengangkutan awam dan sistem kesihatan. Pada mata rakyat, lebih-lebih lagi di zaman media sosial ini, prestasi peringkat pelaksanaan atau kualiti perkhidmatan pasti mengatasi sebarang projek berskala mega mahupun pengumuman dasar yang rumit.
Dato' Ng Keng Heng
Kedua-dua isu sangat dekat dengan realiti harian rakyat dan semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran kehidupan moden di bandar-bandar utama dan situasi masyarakat yang kian menua. Maka Dewan ini perlulah membahas dan menapis sebarang rang undang- undang dengan kesedaran apakah implikasi-implikasi baik dan praktikal yang bakal di perolehi rakyat secara langsung bukannya hanya unjuran atau teori semata-mata.
Misalnya di negeri Johor. Projek Trafik Transit Sistem (RTS) yang menghubungkan negara kita dengan Singapura adalah satu perkhidmatan moden yang amat dinanti-nantikan penduduk kedua-dua negara setelah berdekad berdepan masalah trafik di Tambak Johor.
Persoalan ini, sudah kah cukup rapi segala persiapan awal dari pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Dalam Negeri untuk berdepan dengan kemasukan penumpang yang begitu ketara atau penambahan mendadak para pengguna RTS.
Difahamkan, Kementerian Pengangkutan telah bersiap sedia untuk menyediakan lebih 150 buah bas untuk membawa keluar penumpang RTS. Masalahnya, bas yang sebegitu banyak tidak akan dapat masuk ke stesen apabila berlakunya kesesakan lalu lintas yang
Dato' Ng Keng Heng
disebabkan oleh kenderaan-kenderaan masuk secara serentak lalu mencipta situasi bottleneck effect, dengan izin.
Saya mencadangkan agar Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya melalui JKR memberi peruntukkan khas sewajarnya supaya dibina laluan lalu lintas atau sistem trafik yang lebih cekap di sekitar RTS. Usaha menaik taraf ini adalah penting dari sebelah pihak kerajaan sebagai tujuan penyelesaian kesesakan trafik yang dijangka akan timbul pada 1 Januari 2027.
Dalam sektor pengangkutan awam yang cekap, kebolehpercayaan perkhidmatan bermula dengan empat perkara. Pertama adalah tentang soal kekerapan. Kedua adalah aspek penyelenggaraan. Yang ketiga adalah tentang keselamatan, dan yang terakhir ialah integrasi laluan.
Keempat-empat perkara ini akan memberi impak amat besar kepada kehidupan seharian rakyat berbanding dengan apa juga bentuk infrastruktur baharu yang gah semata- mata. Begitu juga dengan perkhidmatan kesihatan. Agak tidak wajar menambah tekanan kepada hospital awam, klinik kesihatan dan sebagainya, malah perlu mengiktiraf peranan dan keperluan memperkasa sektor sokongan seperti pusat dialisis, farmasi dan klinik komuniti.
Dasar-dasar kesihatan mesti berasaskan kos sebenar operasi memandangkan inflasi kesihatan negara bagi tahun 2026 dijangka antara 15 peratus ke 16 peratus dan ditambah pula isu kekangan tenaga kerja. Masalah kekurangan doktor pakar, serta para jururawat, tempoh menunggu terlalu lama, liputan insurans dan beban lain yang tanggung oleh hospital awam memerlukan pendekatan hibrid yang lebih tersusun antara sektor awam, swasta, dan para pesakit dengan kawalan kos yang telus.
Justeru, pihak Kementerian Kesihatan harus mengambil kira pandangan tersebut termasuk cadangan-cadangan yang baru disarankan oleh YB Dr. Lingeshwaran sebentar tadi.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya membangkitkan soal Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar atau URA.
Dalam Titah Diraja, Tuanku telah menekankan soal kesejahteraan kualiti kehidupan rakyat memandangkan ianya menjadi asas kepada sebuah negara yang maju lagi makmur.
Mengambil iktibar dari pesanan tersebut, ini tidak boleh dipisahkan daripada kebimbangan dan situasi yang bakal dialami penduduk bandar yang akan terkesan dari ketempangan tadbir urus URA. Walaupun mendakwa telah mengadakan ratusan sesi libat urus dengan pemegang taruh, cadangan yang diberikan tidak dicerminkan dalam URA bahkan seolah terus diendahkan kerajaan.
Bagi kepentingan komuniti dan advokasi masyarakat sivil yang mula mendapat momentum sejak Mac hingga Oktober tahun lalu pelbagai persoalan dan kritikan berasas
Dato' Ng Keng Heng
dilontarkan. Ini melibatkan hak perlindungan pemilik ataupun penyewa. Skop kuasa terlalu luas bagi kementerian.
Percanggahan soal tanah dengan kerajaan negeri dan kaedah timbang tara adil.
Namun semua belum dijawab oleh kementerian. Akibat tekanan meluas ramai pihak, URA terhenti separuh jalan di Dewan Rakyat pada penghujung sesi lalu dan cuba dihidupkan kembali baru-barunya ini, sebelum akhirnya di tangguh oleh Kabinet setelah campur tangan Pendana Menteri.
Kini, beban itu mahu dipindahkan pula kepada Dewan Negara seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat. Bagi mengelakkan isu URA menerima tentangan keras di Dewan Rakyat yang boleh menggugat kestabilan kerajaan, cubaan penggubalan dasar secara tergesa-gesa untuk penuhi tuntutan KPI serta perubahan garis panduan yang bersifat minima ala kosmetik telah mewujudkan defisit kepercayaan yang kronik.
Justeru, segala masalah yang telah di cetus oleh URA ini akibat keengganan penelitian lanjut terhadap butiran kandungannya mesti dipertanggungjawabkan pada Menteri. Malah, sudah ada kes yang menerima tempias konflik dan kesusahan sejak tahun 2023 lagi akibat dari Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 oleh pihak DBKL.
Bayangkan pula, jika URA diluluskan Parlimen tanpa sebarang pindaan lanjut. Saya berpandangan bahawa URA perlu ditolak dalam bentuk sedia ada dan dirombak semula oleh kementerian agar dasar terhadap para pemegang taruh terutamanya pemilik bersifat adil dan lebih inklusif selari dengan Titah Diraja yang sentiasa mahukan kepentingan awam diutamakan berbanding percaturan politik.
Dato Yang di-Pertua, saya menyambut baik ketetapan Tuanku dalam isu integriti dan melawan rasuah. Titah ini adalah antara yang paling jelas dan berani dalam sejarah mutakhir Parlimen. Oleh demikian, memerangi rasuah bukan sekadar soal tangkapan dan pendakwaan. Ia juga soal membaiki sistem yang membuka ruang kepada salah guna kuasa khususnya dalam perolehan awam merentas kementerian dan juga agensi yang diamanahkan menjalankan tugas.
Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu SPRM mesti menanggapi setiap kebimbangan awam tentang isu rasuah dengan standard tertinggi. Oleh itu, Kerajaan wajib segera menggantung Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki daripada menjalankan tugasnya. Mendedahkan sepenuhnya pengisytiharan asetnya serta menubuhkan jawatankuasa siasatan tambahan yang bebas, telus dan boleh dipantau orang awam seperti syor pihak badan bukan kerajaan.
Cadangan jawatankuasa siasatan tambahan yang dicadangkan oleh YB Rita Sarimah pada pagi tadi amat penting seperti yang telah dijelaskan dengan desakan untuk siasatan
Dato' Ng Keng Heng
mendalam berkenaan tuduhan saluran media antarabangsa iaitu berkenaan isu korporat mafia.
Tambah pula, jawatankuasa boleh diketuai oleh tokoh berpengaruh dan dipercayai umum seperti mantan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun adalah penting bagi menilai segala dapatan yang telah dibuat. Berikutan keputusan kerajaan bersetuju untuk melakukan menyiasat awal melalui jawatankuasa khas yang dianggotai Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Dato' Ng Keng Heng
Pada 10 Februari lalu, Timbalan Menteri Undang-undang YB M. Kulasegaran menjawab di Dewan Rakyat dengan memaklumkan bahawa pegangan saham Tan Sri Azam Baki telah dimaklum kepada kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara terlebih dahulu. Akan tetapi sebagai penjawat awam yang memikul tanggungjawab penting itu memang tidak wajar memegang saham yang begitu banyak jika pemakluman kepada KSN itu benar.
Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan kerana baru semalam Ketua Setiausaha Negara memberi tahu bahawa pada 19 hari bulan lalu jawatankuasa khas telah pun memanggil Tan Sri Azam Baki untuk penjelasan lanjut, tetapi masih tiada penjelasan berkenaan pematuhan Pekeliling Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 dan adakah di dalam pekeliling dinyatakan secara khusus kelulusan KSN bagi pegawai yang memegang kelebihan saham. Dewan ini perlu lantang menegaskan kedudukannya bahawa pencegahan rasuah memerlukan reformasi struktur, bukan hanya penguatkuasaan undang-undang.
Selain itu, satu lagi titik kritikal ialah sistem perolehan awam tanpa ketelusan dalam butiran kos, penilaian projek, dan pemilihan vendor, wang salah guna kuasa akan terus wujud walaupun undang-undang diperketatkan seperti yang ditegur oleh Tuanku mengenai skandal melibatkan kepimpinan tertinggi pertahanan negara.
Dalam kerangka RMKe13 saya mencadangkan kerajaan memantapkan pelaksanaan dengan memperkukuh perkara-perkara berikut:
(i) melaksana sistem tender terbuka yang telus sebagai syarat normal atau by default;
(ii) penerbitan data perolehan secara awam berbentuk dashboard ataupun portal agar justifikasi kos dapat dinilai sama ada ianya munasabah atau sebaliknya; dan
(iii) perbuatan audit prestasi projek yang bebas dan berkala termasuklah bagi pasca-pelaksanaan sebenar.
Dato' Ng Keng Heng
Jawatankuasa-jawatankuasa Khas Parlimen berkait dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang sesuai juga mesti terlibat sama bagi tujuan semak dan imbang bahkan perlu diperkuatkan atau ditambahkan lagi selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.
Langkah-langkah ini bukan sahaja boleh menutup ruang kepada budaya rasuah tetapi akan meningkatkan kecekapan pengurusan fiskal negara agar tiada gejala ketirisan.
Bagi komuniti perniagaan, sistem perolehan yang telus bukan sahaja mengurangkan rasuah tetapi mengembalikan keyakinan pelabur dan pemain industri tempatan. Tanpa reformasi perolehan dan juga akta-akta berkait seperti Akta Pendanaan Politik, slogan antirasuah akan kekal sebagai bahan retorik atau sekadar konsep abstrak yang tidak konsisten penguatkuasaannya.
Dato Yang di-Pertua, akhir sekali saya menyokong semangat Titah Diraja mengenai keadilan pembangunan antara wilayah dan semangat federalisme. Kutipan cukai yang berkesan mesti disertai dengan agihan yang adil, telus dan berasaskan keperluan sebenar negeri. Seperti yang disarankan oleh Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail yang menuntut hasil cukai pendapatan yang dikutip daripada negeri dipulangkan oleh Kerajaan Persekutuan, ia wajar dipertimbang demi membiayai keperluan penting seperti pembangunan negeri, mengatasi kelewatan isu-isu kritikal umpamanya kesihatan, dan menjaga kebajikan rakyat agar ditangani secara cekap dan berdikari tanpa terlalu bergantung pada kelulusan Putrajaya.
[Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Mesyuarat****] Negeri-negeri yang menyumbang kepada ekonomi negara perlu melihat pulangan dalam bentuk infrastruktur, pendidikan, sistem kesihatan, akses pengangkutan dan jaringan perkhidmatan awam yang setimpal. Sistem federalisme yang berjalan dengan perbincangan dan seimbang bukan melemahkan apa lagi menjadi satu ancaman kepada perpaduan nasional, akan tetapi ia merupakan satu mekanisme yang akan mengukuhkan hubungan antara pihak Kerajaan Pusat dengan pihak kerajaan negeri untuk memastikan tiada wilayah yang tercicir.
Justeru, keberkesanan kutipan cukai Persekutuan mesti disertai dengan mekanisme agihan yang lebih telus berasaskan keperluan dan sumbangan ekonomi negeri. Pendekatan ini bukan soal projek wilayah, tetapi soal kecekapan fiskal dan keberkesanan perkhidmatan awam di peringkat akar umbi.
Dato' Ng Keng Heng
Datuk Yang di-Pertua— Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan berharap dasar-dasar yang dirangka kerajaan mematuhi setiap perkara yang disentuh oleh Tuanku wajar diteladani tentang daya laksana, disiplin fizikal dan keadilan sosial kepada semua lapisan masyarakat. Dewan Negara mempunyai tanggungjawab berat untuk memastikan setiap aspirasi yang dizahirkan dalam Titah Diraja menjadi kompas moral dan panduan institusi kepada semua Ahli Dewan supaya akan diterjemahkan kepada dasar yang mampan dan berkesan. Sekian, terima kasih. Daulat Tuanku.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng.
Seterusnya, saya ingin persilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, dipersilakan.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim.
*Kalau padi di kepok memunjung, Tanda rezeki, tanda berkat; Kalau janji negara dijunjung, Barulah Persekutuan benar-benar kuat.
Assalamualaikum*, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Segulai Sejalai, Gong Xi Fa Cai dan salam Ramadan kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya dengan penuh rasa rendah diri dan setinggi-tinggi penghormatan ingin merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan— Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVII Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar atas perkenan baginda menyampaikan Titah Diraja semasa istiadat pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas yang lalu. Sesungguhnya, Titah Diraja yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sekadar ucapan pembukaan Parlimen tetapi merupakan kompas moral, perlembagaan dan kenegaraan yang memandu hala tuju negara dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. Semoga baginda Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan hidayah Allah serta terus memayungi negara dengan kebijaksanaan dan keadilan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum mendalami Perjanjian Malaysia 1963, izinkan saya menjelaskan kronologi pembentukan negara mengikut fakta sejarah. 31 Ogos 1957 adalah hari merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada tarikh ini, Tunku Abdul Rahman
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka. Sarawak dan Sabah ketika ini masih tanah jajahan British.
22 Julai 1963 adalah Hari Sarawak. Pada tarikh ini, Sarawak mencapai pemerintahan sendiri daripada British. Gabenor terakhir menyerahkan kuasa kepada Ketua Menteri pertama Sarawak, iaitu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.
Tarikh 31 Ogos 1963 adalah Hari Sabah. Sabah mencapai pemerintahan sendiri mendahului Pembentukan Malaysia.
Tarikh 16 September 1963 adalah Hari Malaysia. Melalui Perjanjian Malaysia 1963, Sarawak, Sabah, Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk negara kita Malaysia.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Pemerintahan Kolonial British di Borneo secara rasminya berakhir. Sebelum kita melangkah lebih jauh, penting untuk kita mengenang bahawa sejarah minyak dan gas di Sarawak bermula lebih awal daripada pembentukan Malaysia.
Pada tahun 1910, telaga minyak pertama telah ditemui di Miri, Sarawak. Telaga yang dikenali sebagai Miri Well No. 1 atau lebih mesra disebut “The Grand Old Lady” telah mula mengeluarkan minyak pada 22 Disember 1910 di Canada Hill Miri. Di situ ada satu muzium.
Sesiapa yang ingin macam Tuan Haji dari Terengganu ingin ke sana, boleh ya. Dipersilakan Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sedia menunggu jemputan.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
[Ketawa] Terima kasih.
Penemuan ini dilakukan oleh Royal Dutch Shell dan ia menandakan kelahiran industri petroleum di negara Sarawak ketika itu. Miri yang asalnya sebuah kampung nelayan kecil berkembang menjadi kota petroleum dan penemuan ini membuktikan bahawa kekayaan bumi Sarawak telah dikenal pasti sejak awal kurun ke-20 lagi.
Justeru, apabila kita membicarakan hak ke atas sumber petroleum, kita harus sedar bahawa warisan ini telah wujud jauh sebelum Parlimen Malaysia mengubal sebarang akta berkaitan. Perbezaan sejarah ini penting kerana ia mengukuhkan kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan pengasas. Bukan negeri tambahan. Ia membawa kita kepada persoalan besar atas dasar apa mereka bersetuju. Jawapannya pada Cobbold Commission: Suruhanjaya Cobbold.
Untuk memahami Perjanjian Malaysia 1963, kita perlu menyelami Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cameron Fromanteel Cobbold, mantan Gabenor Bank of England ketika itu. Suruhanjaya ini menjalankan siasatan menentukan sokongan rakyat Borneo Utara Sabah namanya ya Borneo Utara pada masa itu,
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Laporan pada 1 Ogos 1962 merumuskan Malaysia harus dilaksanakan dengan syarat semua pihak masuk sebagai rakan sama taraf.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan pembahasan dengan satu perkara asas yang menjadi tunjang kepada kewujudan negara ini, iaitu Perjanjian Malaysia 1963.
Perjanjian Malaysia 1963 bukan sekadar dokumen sejarah yang dirujuk pada tarikh 16 September setiap tahun. Perjanjian Malaysia 1963 adalah kontrak sosial dan Perlembagaan antara wilayah-wilayah yang membentuk Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dipersetujui sebelum lahirnya negara kita Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 adalah asas pembentukan sebuah Persekutuan yang berdaulat berasaskan perkongsian kuasa, perkongsian hasil dan penghormatan terhadap autonomi wilayah.
Justeru, Perjanjian Malaysia 1963 tidak wajar dilihat sebagai tuntutan sebelah pihak atau isu wilayah semata-mata, tetapi sebagai agenda nasional yang menyentuh struktur asas Persekutuan Malaysia. Jika kita benar-benar ingin memahami Perjanjian Malaysia 1963 dengan jujur, maka kita harus mengakui bahawa Sabah dan Sarawak bukan menyertai Malaysia sebagai negeri jajahan atau wilayah tambahan, tetapi sebagai rakan pengasas Persekutuan ini. Pindaan Perlembagaan tahun 2022 telah mengembalikan pengiktirafan Sarawak dan Sabah sebagai wilayah rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.
Izinkan saya tekankan satu perkara penting. Perjanjian Malaysia 1963 bukan dokumen tuntutan, tetapi dokumen penyatuan. Apabila kita melaksanakannya dengan adil, kita sebenarnya sedang mengukuhkan negara bangsa, bukan melemahkannya.
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh dibaca secara terpisah daripada Intergovernmental Committee Report: Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan Tahun 1962. Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan adalah nadi yang memberi nafas kepada Perjanjian Malaysia 1963. Ia adalah hasil penelitian mendalam daripada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi senarai terperinci mengenai jaminan-jaminan khusus untuk Sabah dan Sarawak termasuklah autonomi pendidikan, kawalan imigresen dan kedudukan istimewa perkhidmatan awam wilayah tersebut.
Yang pentingnya, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan ini telah dibentangkan di Parlimen Britain dan menjadi asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak. Justeru, ia bukan sekadar dokumen sokongan, tetapi sebahagian daripada pakatan asas yang mengikat semua pihak. Apabila kita menyebut hak Perjanjian Malaysia 1963, sebenarnya kita merujuk kepada keseluruhan rangkaian dokumen Perjanjian Malaysia 1963. Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dipinda pada tahun 1963. Ia satu pakej yang tidak boleh diceraikan. Dengan kata lain, Perjanjian Malaysia 1963 bukan satu halaman tanda tangan sahaja. Ia adalah satu
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
ekosistem jaminan dan ekosistem ini perlu dihidupkan semula melalui pelaksanaan yang konsisten.
Tuan Yang di-Pertua, ramai yang tidak sedar bahawa semangat Perjanjian Malaysia 1963 bukan sekadar terkandung dalam dokumen bertandatangan, tetapi juga dalam keseimbangan kuasa yang dirangka oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan. Pada tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak bersama-sama memegang lebih sedikit daripada satu pertiga kerusi Parlimen. Sengaja dirangka untuk menghalang sebarang pindaan Perlembagaan secara unilateral oleh Tanah Melayu yang boleh mengubah watak asas Persekutuan Malaysia. Ia adalah suara satu ketiga yang bertindak sebagai pengimbang demokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sabah dan Sarawak sering bertanya, di manakah janji 18 perkara dan 20 perkara yang menjadi syarat penyataan mereka? Janji-janji ini mengenai agama, bahasa, imigresen dan sumber alam, bukanlah tuntutan yang dibuat selepas merdeka, tetapi syarat yang dipersetujui sebelum Persekutuan Malaysia terbentuk. Ia adalah harga penyertaan yang dipersetujui oleh semua pihak. Maka, apabila kita memperkatakan tentang Perjanjian Malaysia 1963, kita sebenarnya sedang membicarakan tentang kredibiliti Persekutuan itu sendiri. Adakah kita sebuah Persekutuan yang menghormati kontrak atau hanya mengambil apa yang baik dan meninggalkan apa yang menyusahkan? Persekutuan yang dihormati ialah Persekutuan yang menunaikan janji. Persekutuan yang diyakini ialah Persekutuan yang konsisten.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membincangkan Perjanjian Malaysia 1963, kita sering terperangkap dalam salah faham bahawa integrasi nasional bermaksud penyeragaman.
Hakikatnya, integrasi yang sebenar bukan menghapuskan perbezaan, tetapi menyelaraskan kepelbagaian. Malaysia dibina atas realiti kepelbagaian dari segi geografi, budaya, agama, etnik dan sejarah pentadbiran. Oleh itu, integrasi nasional yang matang ialah integrasi yang menghormati autonomi tertentu selaras dengan prinsip federalisme yang termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Negara Persekutuan yang matang tidak takut kepada autonomi, yang takut hanyalah sistem yang tidak yakin kepada kekuatan perlembagaannya sendiri. Perjanjian Malaysia 1963 jika dilaksanakan dengan jujur, insya-Allah bukan melemahkan Persekutuan, malah mengukuhkan struktur negara bangsa kerana ia membina kepercayaan antara wilayah dan pusat. Integrasi yang matang ialah integrasi yang adil. Dan keadilan itu bermula dengan penghormatan terhadap perjanjian asal kita.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan secara ringkas, tetapi tepat mengenai Perkara 112D. Perkara 112D ialah peruntukan khas Perlembagaan Persekutuan yang
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
mengikat Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan geran khas kepada Sabah dan Sarawak.
Ia bukan peruntukan biasa. Ini ialah mekanisme Perlembagaan yang lahir daripada semangat pembentukan Malaysia. Maksudnya mudah, keadilan fiskal untuk Sabah dan Sarawak bukan soal meminta lebih, tetapi soal menunaikan kewajipan Perlembagaan.
Geran khas juga tidak boleh bersifat statik dan simbolik kerana keperluan pembangunan, keluasan geografi, kos infrastruktur dan sumbangan hasil sentiasa berubah.
Justeru, saya menegaskan bahawa semakan geran khas mesti beralih daripada rundingan sementara kepada formula yang telus dan berindeks sama ada berasaskan peraturan hasil bersih— maaf, peratusan hasil bersih, indeks pembangunan wilayah atau gabungan kedua- duanya. Inilah federalisme fiskal yang matang, kepastian untuk negeri, kestabilan untuk Persekutuan dan akhirnya manfaat untuk rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk memahami Perjanjian Malaysia 1963 dalam konteks yang lebih luas, izinkan saya membawa Dewan ini melihat amalan federalisme fiskal di dalam negara-negara maju. Di Kanada, wilayah seperti Alberta yang kaya dengan sumber petroleum mempunyai kawalan ke atas hasil mereka. Manakala Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembayaran penyamaan bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara wilayah.
Tiada siapa menuduh Alberta sebagai tamak atau anti persekutuan.
Jika negara-negara maju boleh membina perpaduan melalui keadilan fiskal yang sistematik, mengapa kita masih ragu-ragu untuk melaksanakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang telah termaktub dalam Perlembagaan kita sendiri? Saya ingin tekankan apabila keadilan fiskal wujud, sentimen wilayah akan reda. Apabila jurang pembangunan dikecilkan secara sistematik, perpaduan menjadi lebih tulen. Bukan perpaduan retorik, tetapi perpaduan yang dirasai oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pada 28 Januari 2026, kerajaan telah melancarkan portal Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963. Inisiatif ini wajar dipuji kerana membolehkan rakyat memantau perkembangan terkini pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Portal yang dikendalikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak itu menyediakan akses kepada maklumat latar belakang Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan serta status perundingan semasa.
Setakat ini, 13 perkara berkaitan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 telah diselesaikan manakala 15 lagi masih di peringkat rundingan yang memerlukan penelitian lanjut. Kita akui proses pelaksanaan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 bukan perkara mudah kerana melibatkan sejarah penubuhan negara serta perundangan yang telah lama digubal di peringkat Persekutuan dan negeri. Ada perkara yang mudah dan telah diselesaikan namun
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
ada juga yang memerlukan perundingan lebih rumit termasuk pindaan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
Namun, apa yang penting ialah komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda ini dengan ketelusan dan akauntabiliti. Pembangunan Papan Pemuka Perjanjian Malaysia 1963 yang dilaksanakan secara dua fasa ini dengan fasa kedua akan melibatkan penambahbaikan berterusan termasuk pengemaskinian maklumat secara langsung oleh kementerian dan agensi berkaitan menunjukkan keseriusan kerajaan dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menghuraikan lanjut, izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini tentang Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dengan jelas menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka atau selepas hari Malaysia yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah terbatal setakat ketidakselarasannya itu.
Prinsip ini amat penting kerana ia meletakkan Perlembagaan Persekutuan di atas mana-mana Akta Parlimen termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974. Jika terdapat percanggahan antara Akta Pembangunan Petroleum 1974 dengan Perlembagaan, maka Perlembagaan mengatasi bukan sebaliknya.
Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dengan tegas menegaskan bahawa hak Sarawak ke atas tanah, sumber dan pelantar benuanya termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan serta telah dilaksanakan secara konsisten oleh Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang paling penting dalam perbahasan ini ialah Perkara 95D Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dengan jelas memperuntukkan bahawa undang- undang Parlimen yang menyentuh perkara dalam Senarai Negeri seperti tanah dan sumber asli tidak berkuat kuasa di Sarawak melainkan jika Dewan Undangan Negeri mengubal undang-undang untuk menerima pakai akta tersebut. Ini sudah disebut oleh Yang Berhormat Rita Insol tadi.
Ini adalah perisai Perlembagaannya yang sangat kuat untuk Sarawak. Maksudnya, walaupun sesuatu akta diluluskan oleh Parlimen dengan sokongan Ahli Parlimen Sarawak di Dewan Rakyat atau Senator Sarawak di Dewan Negara ia nya tidak serta merta berkuat kuasa di Sarawak tanpa persetujuan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Saya sendiri telah menegaskan dalam kenyataan sebelum ini bahawa persetujuan eksekutif tidak boleh menggantikan penerimaan perundangan. Apa-apa cubaan sedemikian akan menjadi tidak sah dari segi Perlembagaan. Premier atau Ketua Menteri Sarawak tidak
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
mempunyai kuasa Perlembagaan untuk meluluskan sejarah unilateral mana-mana rang undang-undang Parlimen yang menceroboh kuasa Senarai Negeri. Persetujuan eksekutif tidak boleh menggantikan kuasa legislatif Dewan Undangan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, negara kini berdepan realiti ketidaksamaan. Pendapatan yang semakin ketara. Simpanan persaraan hari ini bukan lagi untuk hari tua, tetapi untuk kelangsungan hidup. Ini bukan sekadar statistik, tetapi realiti rakyat. Kita berdepan risiko perangkap pendapatan sederhana di mana ekonomi terperangkap dalam struktur lama gaji murah, industri intensif buruh dan pelaburan bernilai rendah.
Perdana Menteri sendiri telah menegaskan bahawa Malaysia mesti keluar daripada perangkap ini dengan hala tuju jelas menuju ekonomi nilai tinggi, dipacu teknologi dan digitalisasi.
Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya perangkap pendapatan sederhana ini? Ia adalah situasi di mana negara berjaya naik daripada pendapatan rendah kepada sederhana, tetapi kemudian gagal untuk maju ke taraf pendapatan tinggi.
Negara tersekat, daya saing merosot dan gaji tidak lagi setara dengan kos sara hidup.
Ini berlaku kerana kita terus bergantung kepada model lama, menarik pelaburan dengan upah murah, buruh asing murah dan insentif cukai tanpa membina keupayaan inovasi sendiri.
Rakyat kita rasa terbeban. Golongan pendapatan sederhana yang sepatutnya menjadi tulang belakang ekonomi kini semakin terhimpit. Gaji tidak berkembang, kos makanan, perumahan dan pengangkutan terus meningkat. Hutang isi rumah pula tinggi. Mereka bertanya di mana keadilan?
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Dalam Titah Diraja, Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Baginda Bertitah bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. Namun, kesejahteraan ini tidak akan tercapai jika struktur ekonomi kita masih berasaskan model gaji rendah dan nilai tambah yang sedikit.
Inilah realiti pahit dari model ekonomi terlalu lama bergantung pada gaji rendah dan nilai tambah yang sedikit. Rakyat bukan malas. Sistem yang terlalu lama meminta rakyat berkorban tanpa pembaharuan struktur. Sampai bila kita mahu mempertahankan model ekonomi berasaskan buruh murah? Negara maju tidak bersaing melalui upah rendah. Mereka bersaing melalui produktiviti, automasi, inovasi dan modal insan berkualiti, maka pembaikan struktur gaji mesti berjalan seiring dengan agenda produktiviti dan teknologi.
Malaysia pula mempunyai keupayaan besar dalam sektor semikonduktor. Cip yang digunakan dalam produk global seperti konsol permainan dibuat di Malaysia. Syarikat-syarikat
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
global seperti Infineon Technologies, Nvidia Corporation dan Google telah memilih Malaysia sebagai hab serantau dan pangkalan pelaburan. Namun persoalannya, mengapa kita hanya membuat komponen, tetapi bukan memiliki produk akhir, harta intelek dan jenama? Kita membuat cip, tetapi orang lain memiliki masa depan cip itu. Maka, saya mencadangkan beberapa anjakan dasar yang berani, tetapi realistik.
Pertama, sasarkan peningkatan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan negara secara berperingkat kepada tahap yang lebih kompetitif dan pastikan sebahagian peruntukan itu sampai ke lapangan melalui geran inovasi universiti yang berasaskan hasil.
Kedua, jadikan semikonduktor dan kecerdasan buatan sebagai agenda nasional bernilai tinggi, bukan sekadar perbuatan, tetapi reka bentuk harta intelek, perisian sistem dan penjenamaan.
Ketiga, perkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional sebagai arus perdana dengan model yang selari dengan industri semasa, automasi, robotik, data, kecerdasan buatan, mekatronik, kejuruteraan ketetapan dan keselamatan siber.
Keempat, wujudkan insentif yang mewajibkan gaji premium untuk pekerjaan berkemahiran tinggi agar bakat tempatan tidak terus berhijrah keluar negara.
Kelima, bangunkan ekosistem penskalaan syarikat tempatan supaya inovasi tidak berhenti di makmal, tetapi menjadi produk yang dijual di pasaran global. Jika kita benar-benar serius, kita mesti beralih daripada ekonomi pemasangan kepada ekonomi penciptaan. Dari negara pemasangan kepada negara inovasi.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan berkait rapat dengan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat iaitu jaminan makanan negara. Dalam Titah Diraja, Baginda Tuanku menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat, namun kesejahteraan tidak akan wujud tanpa perut yang kenyang.
Dunia ini berdepan dengan ancaman gangguan rantaian bekalan makanan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim. Di negara yang bergantung pada import makanan akan sentiasa terdedah kepada ancaman ini. Di sinilah letaknya kepentingan Sarawak dan Sabah dengan keluasan tanah yang besar, dengan sumber air yang melimpah, dengan kepelbagaian agroekologi, Malaysia Timur sebenarnya adalah penyelesaian jangka panjang kepada krisis makanan negara.
Kita mempunyai tanah untuk tanaman kontan, untuk penternakan berskala besar, untuk akuakultur moden. Di Sarawak misalnya, kita telah memulakan inisiatif tanaman padi berskala besar di kawasan tanah tinggi. Kita sedang membangunkan industri ternakan moden, tetapi potensi ini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana kekangan infrastruktur dan peruntukan.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Persoalan MA63 dalam konteks ini bukan soal hak semata-mata, tetapi soal keupayaan, adakah Sarawak dan Sabah diberi ruang dan sumber untuk membangunkan sektor pertanian moden demi kepentingan nasional atau adakah kita terus bergantung pada import beras dari Vietnam, import daging dari India, import sayur dari China?
Saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menjadikan Pelan Induk Jaminan Makanan Nasional sebagai agenda bersama antara Persekutuan dan Malaysia Timur.
Berikan peruntukan yang besar untuk penyelidikan pertanian tropika di Sarawak dan Sabah.
Bina infrastruktur pengairan berskala besar di kawasan sesuai. Wujudkan zon agromakanan moden dengan insentif cukai dan kemudahan logistik. Jika kita serius mahu mengurangkan kebergantungan makanan asing, jawapannya bukan hanya di Kedah atau Perak. Jawapannya juga terletak di lembah-lembah subur di Sabah dan di dataran tinggi Sarawak.
Marilah kita jadikan Malaysia Timur sebagai jelapang padi dan sumber protein negara.
Marilah kita buktikan bahawa MA63 bukan sekadar dokumen undang-undang, tetapi satu wadah untuk membina kemandirian dan kedaulatan negara. Sikit. [Meminta izin Tuan Yang di-Pertua] Tuan Yang di-Pertua, pada ketika dunia diancam ketidaktentuan geopolitik yang serius, kita tidak boleh lagi leka. Konflik di Eropah Timur, ketegangan di Laut China Selatan dan pelbagai krisis lain yang saya tidak perlu huraikan satu persatu— Memberi amaran keras kepada kita, keamanan global tidak lagi stabil. Kita mungkin bersempadan dengan negara sahabat, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Dalam Titah Diraja, Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong menitik beratkan kedaulatan dan keselamatan negara.
Justeru, saya ingin menggesa kerajaan supaya memperkukuhkan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Askar Wataniah sebagai benteng pertahanan negara.
Kementerian Pertahanan baru-baru ini telah mengumumkan langkah memperkukuh unit-unit khusus dalam Askar Wataniah memberi tumpuan kepada sektor-sektor kritikal seperti rel, minyak dan gas, kesihatan dan keselamatan siber. Ini adalah langkah yang baik. Sektor- sektor ini adalah nadi ekonomi dan keselamatan negara. Sekiranya berlaku ancaman sama ada ketika perang atau ketika aman tanpa kita sedari, pakar-pakar dalam sektor ini dapat digerakkan dengan segera untuk mempertahankan negara. Namun, pengukuhan ini memerlukan komitmen kewangan yang serius, latihan yang mencukupi, peralatan yang moden dan elaun yang setimpal perlu disediakan untuk memastikan Askar Wataniah sentiasa bersiap siaga.
Kerajaan Persekutuan mesti memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk tujuan ini. Mempertahankan kedaulatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sepenuhnya. Saya yakin dengan komitmen yang betul, Askar Wataniah dapat menjadi
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
pengganda kekuatan: force multiplier, dengan izin, yang ampuh, berdiri teguh di belakang pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia menjaga keamanan yang kita kecapi hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia 1963 bukan isu sejarah, ia adalah nadi kepada keadilan fiskal keseimbangan wilayah dan perpaduan nasional. Apabila Sarawak dan Sabah diperlakukan secara adil, Malaysia tidak menjadi lemah, Malaysia menjadi lengkap.
Titah Diraja Baginda Tuanku mengingatkan kita bahawa Perjanjian Malaysia 1963 adalah asas pembentukan Malaysia, menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penting untuk kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama erat.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Saya menyeru Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rundingan Perjanjian Malaysia 1963 dengan semangat perkongsian, bukan dominasi. Memperkukuh keadilan fiskal melalui pelaksanaan Perkara 112(D) secara berformula, menghormati proses kehakiman yang sedang berlangsung berkaitan isu tenaga, melabur besar dalam penyelidikan dan pembangunan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dan teknologi tinggi untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana serta memperkukuh Askar Wataniah bagi menghadapi cabaran geopolitik yang semakin tidak menentu. Jika benar hasrat untuk membangunkan Sabah dan Sarawak, buktikan dengan tindakan. Berikan peruntukan yang munasabah supaya kami dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam Persekutuan Malaysia.
Perjanjian Malaysia 1963 mengajar kita Persekutuan yang kukuh bukan yang menindas autonomi, tetapi yang menghormati kepelbagaian. Kerana Malaysia yang benar bukan Malaysia yang seragam, tetapi Malaysia yang bersatu dalam perbezaan dan kuat dalam keadilan.
Patah galah dalam perahu, Perahu jangan disangka karam; Kalau perjanjian kita ditahu, Amanah negara wajib dikemaskan. Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Hj. Ibrahim. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta, saya terpanggil untuk membalas pantun Yang Berhormat Dato’ Ahmad Ibrahim kerana perbahasan Yang Berhormat Dato’ Ahmad Ibrahim tadi mengambil masa 29 minit, saya
Tuan Pele Peter Tinggom
hitung. Berkenaan dengan pantun beliau dan berkaitan dengan pantun beliau. So, saya ingin membalas pantun Yang Berhormat Dato’ Ahmad.
Pohon jati tumbuh di lembah; Akar mencengkam bumi nan bertuah; Janji MA63 tidakkan berubah; Malaysia berdaulat tidakkan goyah. Okey, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli. Dipersilakan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Satu jam ya?
Tuan Pele Peter Tinggom
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat menyambut Ramadan dan kepada rakan-rakan Tionghoa kita telah menyambut Tahun Baru Cina.
[Bercakap dalam bahasa Cina] Kita hari ini adalah dalam peringkat menyokong menyusul Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Niran tadi untuk menjunjung kasih dan rasa syukur atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Penggal Kelima Parlimen Yang Kelima Belas beberapa ketika yang lalu.
Kalau kita masih ingat, Titah Baginda tidak panjang, tetapi sarat dengan pandangan- pandangan yang bernas, teguran-teguran yang tepat dan juga cadangan-cadangan yang praktikal yang harus diambil kira oleh pentadbiran negara supaya hasrat untuk membina negara kita ini akan terus tercapai. Kita juga sebentar tadi selama setengah jam telah terpegun dengan ucapan Yang Berhormat Dato’ Ahmad yang menekankan perihal kerjasama yang lebih erat dan lebih adil di antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri di Borneo, Sarawak dan juga Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 63.
Ini juga telah disentuh oleh Kebawah Duli di dalam Titah Baginda yang mahukan supaya isu-isu pembentukan Malaysia ini dipandang dari segi perpaduan dan hormat- menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan. Baginda menyambung Yang Berhormat sekalian hendaklah berhati-hati supaya tidak menghasut, sampai wujud ketegangan antara wilayah. Sebarang perbezaan pandangan haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka. Saya rasa apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad tadi menepati nasihat daripada Tuanku.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Isi ucapan, poin-poin nya telah kita dengar dan sebagai rakyat yang pada ketika tahun 1963 diisytiharkan penubuhan Malaysia, saya baru dalam darjah satu, standard one ya. Kira lebih dewasa daripada kebanyakan kitalah. Sebab itu, walaupun lama, tapi pengalaman kita banyak cuma pada peringkat umur 7 tahun kita tidak dapat menanggapi kecuali kita dengar pengumuman pengisytiharan Persekutuan Malaysia maka adalah celebration. Kalau tak silap, ada cuti sekolah. Itu yang seronoknya ya, tetapi seperti yang dihujahkan oleh Dato’ Ahmad tadi, setelah begitu lama perjanjian tersebut wujud, masih berlaku ketidakpuasan hati atas perkara-perkara yang tidak menepati mengikut Yang Berhormat hasrat perjanjian itu sendiri.
Jadi, saya amat menyokong supaya penelitian mengenai pelaksanaan perjanjian ini mesti dibuat secara serius ya. 26 tahun campur 37 tahun ya, 63 tahun ya sudah terbentuk Malaysia, lebih setengah abad and we are still debating on this. Apakah pimpinan-pimpinan kita dahulu terlepas pandang ataupun pimpinan daripada Sarawak tidak membentang, membawakannya secara serius?
Itu kita boleh rujuklah kepada apa-apa yang dicakapkan dulu, ditulis dahulu, dirakamkan di dalam buku dan sebagainya untuk menjustifikasikan suasana yang ada pada hari ini, tetapi sejarah telah berlalu dan kita nak hidup aman, damai, sejahtera untuk tahun- tahun akan datang. Jadi, apa yang disarankan tadi itu pada level pendengaran kita dan kefahaman kita tidak keterlaluan, tetapi menepati hasrat daripada rakyat di Sarawak.
Jadi, sudi apalah kiranya Kerajaan Persekutuan mengambil ini sebagai suatu peringatan, suatu saat untuk kita melihat dengan secara lebih serius. Tidak ada ruginya malah kesejahteraan Sabah, Sarawak akan menjadi sebahagian kesejahteraan Malaysia.
Perpaduan di antara kedua-dua Wilayah yang dipisahkan begitu luas oleh lautan ini akan terus dapat membawa kesejahteraan kepada kita kerana pergerakan rakyat antara kedua- dua Wilayah atau ketiga-tiga Wilayah ini pada hari ini amat mudah. Ramai orang Sabah, Sarawak di sini dan ramai orang Semenanjung berada di sana. Jadi, apa yang perlu ada hanyalah memastikan yang tersirat itu...
Datuk Edward Linggu Bukut
Datuk Speaker, boleh mohon mencelah sikit, boleh tak?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sekejap. Habiskan ayat ini. Supaya apa yang tersurat itu dapat diterjemahkan dalam bentuk perkara yang boleh memuaskan hati setiap rakyat. Sila, Datuk Edward.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Isu yang ditimbulkan berhubung dengan kepentingan ataupun hak asasi Sabah dan Sarawak dalam keluarga besar Malaysia ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa segala yang telah dipersetujui dahulu itu sudah dibahas, sudah dipersetujui dan sepatutnya
Datuk Edward Linggu Bukut
pada hari ini tiada lagi isu-isu ditimbulkan untuk dibincang semula atau dalam satu Jawatankuasa mesyuarat melainkan kesemua yang dipersetujui itu hendaklah proses pelaksanaan sahaja? Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Edward. Pada umur 7 tahun, I do not know what the content was, tetapi apabila kita tengok dan kita dengar tadi, mungkin sebahagian kita pun belum meneliti keseluruhannya pun. Sebab kita dengan izin, we take for granted, benda itu sudah ada, accepted, debated diluluskan dan diterima dan dilaksanakan dah 63 tahun.
Jadi, bagi kita bukan benda baharu. Jadi, kalau hendak membuka semula fail, nak bincang daripada awal, it wastes of time jugalah. Jadi, go straight to the point, apa yang outstanding, yang outstanding, solve it. Kita negara ini bukanlah miskin sangat, kaya sebenarnya. Jadi, tuntutan-tuntutan yang munasabah, tentu sahaja boleh dapat dibincangkan.
Jadi, tak perlu lagilah hendak buat balik ke asal pula. Kaji line by line balik, I think we are old enough, experience enough dan concern enough dengan izin, supaya kita dapat terus...
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Tuan Speaker.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Berbincang apa yang sepatutnya. Sila.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Saya bukannya orang Sabah, saya bukan orang Sarawak, tetapi saya orang Malaysia. Saya hendak rujuk kembali mungkin Senator Dr. Hatta masih ingat sewaktu kita berada dalam Kerajaan PH 1.0. Waktu itu seingat saya dalam Kabinet, kita telah pun bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa MA63— Di mana jawatankuasa itu sudah pun berfungsi yang diwakili oleh Sabah dan Sarawak.
Jadi, ada maklumat atau tidak sahabat saya Dr. Hatta untuk bagi gambaran, apakah perkembangan jawatankuasa ini kalau dilihat tahun 2018, 2019 sekarang sudah hampir lima, enam tahun sudah. Ya, tujuh tahun. Jadi, apa ceritanya itu. Jadi, kalau disebut tadi tentang hendak buka fail balik, itu sudah adapun. Jadi, apa perkembangan itu sahaja yang perlu kita— kita rujuklah Tuan Speaker.
Di petang-petang ini kena banyak soalan, kerana mengantuk [Ketawa] Terima kasih Tuan Speaker.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Baik, saya ketika itu belum jadi Menteri.
Yang Menteri ada, patut Menterilah bagi— Jadi, langkah yang dibuat oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Sabah-Sarawak membuka ataupun menyusun dashboard mengenai perkembangan apa yang berlaku mengenai isu MA63 ini adalah sesuatu yang amat tepat pada masanya.
Now kita boleh ukur pencapaian, kita boleh akses perkembangannya, peratusannya. Disebut tadi contohnya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, saya rasa itu adalah sebahagian daripada mungkin hasil daripada Kabinet Datuk Mujahid dahulu, tahniah kalau begitu, tapi yang penting sekarang ini adalah, melihat what is next. Hendak buka medan balik, itu mungkin akan bertentangan dengan hasrat Tuanku tadi supaya kita mengambil pendekatan yang sivil dalam memastikan Perjanjian MA63 ini is honored— di hormati dan diraikan dan dilaksanakan. Jadi, now is not the time to cakap-cakap, tetapi membuat kerja.
Tuanku dalam Titah Baginda menyebut ada 25 para dalam ucapan. Jadi, beberapa perkara yang penting ditekankan oleh Baginda mengenai ekonomi, kesejahteraan rakyat, isu anti rasuah diulang di dalam beberapa para. Isu integriti maklumat melalui proses digitalisasi yang sedang galak sekarang ini dan salah gunanya pun dan isu 3R dan juga yang penting yang kita hendak perdebatkan ialah isu reform yang dicadangkan oleh Kerajaan MADANI ini dan disebut juga oleh Tuanku mengenai beberapa perkara seperti reform pilihan raya, reform structure kerajaan, tentang PM dua penggal, 10 tahun, begitulah ya yang hari ini.
Tengah hari tadi kita berkesempatan melihat salah satu perkembangan reform yang akan dibawa dalam negara kita iaitu pembentangan rang undang-undang yang berkaitan dengan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Peguamcara Negara.
Jadi, ini adalah antara titik-titik kejayaan dan perkembangan— masih ada lagi tentang pendanaan politik yang masih telah di-commit-kan oleh kerajaan dan masih menunggu pembentangannya di dalam Dewan ini supaya pencapaian Kerajaan MADANI ini tidak hanya dilihat sebagai suatu kerajaan yang menangani krisis semata-mata. Crisis management government, tetapi kita menangani reform. Structure reform, economic reform dalam semua aktiviti-aktiviti kita, pendidikan dan sebagainya.
Jadi, ini adalah merupakan suatu usaha yang perlu disegerakan. Kalau saya Perdana Menteri pun, satu term dah nak habis, lagi satu term kalau menang. Lima tahun bukan masa panjang. Jadi, perlu kerajaan yang pada hari ini mengambil serius pelaksanaan reform-reform yang telah dipersetujui ini. Dan pencapaian kerajaan juga harus tidak tersekat di peringkat yang sedia ada. Banyak lagi boleh dibuat.
Ekonomi saya rasa we are on a correct track. Bukan hanya kita warga Malaysia, yang menyokong kerajaan sahaja merasai bahawa kita berada kejayaan yang amat menggalakkan.
Dunia melihat perkembangan sehari dua ini. Indikator-indikator ekonomi yang straightforward lah ya. Yang detail, detail saya pun tidak berapa mahir. Kedudukan kewangan wang kita, nilai currency kita. Contohnya, perkembangan ekonomi kita, defisit kita, GDP kita.
Statistik menunjukkan berada dalam keadaan yang baik dan Tuanku pun menyedari dan menyentuhnya. Jadi bagaimana kita nak terjemahkan kejayaan ini supaya dapat dirasai
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
oleh rakyat. Bukan hanya tinggal di dalam buku-buku statistik DOSM kah atau dalam laporan- laporan yang kita terima di atas meja kita, tetapi dapat dirasai oleh rakyat.
Disebut oleh Senator Lingesh tadi ya. Keadaan di hospital. Ya lah tentulah isunya akhirnya kedudukan kewangan kita. Kita diyakinkan oleh kerajaan langkah-langkah reform dan penguatkuasaan yang dilakukan dalam mencegah rasuah, satu topik yang disentuh oleh Tuanku panjang lebar, telah berjaya menutup ketirisan dan mengembalikan dana negara.
Sebanyak RM15 bilion lebih kurang. RM15 point something bilion ya.
Itu baru dalam peringkat awal usaha-usaha untuk memerangi rasuah yang dilakukan oleh pengkhianat-pengkhianat negara seperti yang dilabelkan oleh Tuanku di dalam Titah Baginda. Jadi saya berkeyakinan apa yang dibangkitkan oleh Senator Lingesh tentang hospital, tentang gaji, doktor yang tidak menarik sehingga menyebabkan brain drain ke swasta, keluar negara dapat kita sekat.
Ini adalah sesuatu yang real sedang berlaku di depan mata kita. Pertambahan jawatan contohnya. Boleh sahaja, kita minta tambah lah jumlah pakar kita, tetapi bila diukur balik dari segi dollars and cents-nya. Maka, kita kata, memerlukan wang yang banyak, masa yang panjang untuk melaksanakannya, tetapi kalau kita dapat menyelamatkan wang negara daripada ketirisan dan dapat memulangkan balik berbilion wang-wang yang telah hilang atau lesap semasa skandal-skandal dah dapat dikembalikan, boleh tentunya membantu kita menyegerakan reform di dalam bidang kesihatan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Saya berkeyakinan, Menteri Kesihatan kita amat serius kerana hubungan peribadi dan diskusi dalaman kita mengatakan memang usaha sedang dibuat. Jumlah doktor, jumlah jururawat, jawatan-jawatan baru, mengubah status doktor daripada kontrak kepada tetap, memang berjalan. Memang convert kepada tetap.
Mungkin belum semua berlaku, belum dapat dipenuhi hasrat semua, tetapi saya menyarankan dengan kesedaran yang ada pada hari ini, dengan savings yang kita boleh dapat, adalah keutamaan bagi kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan kita dapat berdiri tegak dengan mereka yang berada di belakang sistem ini, doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan selesa melaksana tugas mereka dan menangani isu-isu.
Hari ini tuberkulosis, Speaker, makin bertambah. Bertambah hari-hari. TB yang sepatutnya sudah terkawal, kita tidak dapat hapuskan lagi penyakit-penyakit berjangkit ini, bukan senang nak hapus begitu, tapi terkawal dengan program-program imunisasi, BCG dengan pendidikan kesihatan, kehidupan yang makin bersih, tetapi meningkat.
Jadi, untuk menangani semua kes ini, kesediaan Kementerian Kesihatan mesti lebih cekap dan kita lihat isu-isu pembiayaan kesihatan. Ramai di antara kita yang tak tahan dengan
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
waiting time. Bukan sekadar yang misalnya waiting time di klinik itu, tapi waiting time for services. Nak mendapatkan contohnya appointment untuk membuat pemeriksaan x-ray yang lebih teliti, MRI contohnya, akan mengambil masa. Jadi untuk pergi ke swasta, yang hari ini pergi besok boleh dapat appointment katakanlah begitu ya, memerlukan kos peribadi yang tinggi Jadi kalau kita boleh tingkatkan tidaklah se-efficient di dalam swasta tetapi boleh mengurangkan keletihan menunggu begitu panjang.
Maka saya harapkan tumpuan kerajaan kepada penambahbaikan kepada facility kesihatan ini dapat dipertingkatkan melalui apalah, mungkin menteri sudah mencadangkan satu sistem pembiayaan, insurans kesihatan yang terbaik yang boleh memberikan perkhidmatan tidak menyusahkan peringkat B40 dan M20, tetapi bagi yang T20, dan M40 yang rapat kepada T20 ni, mereka masih mampu untuk menangani dengan wang poket mereka sendiri. Kalau ini dapat dilakukan dengan insurans yang baru ini, pembiayaan yang baru ini, saya berkeyakinan akses kepada perkhidmatan kesihatan akan dapat jadi lebih mudah, lebih cepat.
Jadi ini adalah antara perkara yang sedang saya dimaklumkan persediaan untuk pelaksanaan dan mudah-mudahan dapat dirasakan oleh rakyat dalam masa yang terdekat ini. Ekonomi kita juga bukan sekadar pertumbuhan, tetapi dia memberi kelegaan dalam sektor-sektor yang kritikal seperti penyediaan makanan ataupun food production. Dan saya menyokong penuh cadangan-cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Berhormat Dr. Wan Martina supaya isu-isu keselamatan dan keterjaminan makanan ini dapat diperkemas kan kerana suasana boleh berubah, cuaca boleh berubah, musim boleh berubah Hari ini kita mungkin mempunyai pengeluaran makanan yang munasabah tetapi sama ada ianya boleh menjamin dalam semua keadaan, yang ini kerajaan kena pastikan kita mempunyai persiapan yang terbaik.
Kita telah mencadangkan dalam ucapan semasa membahaskan belanjawan ataupun bajet yang lepas supaya teknologi dan juga penyediaan peralatan baja dan juga membawa masuk kita punya graduan-graduan yang lebih berteknologi tinggi dalam sektor pertanian ini supaya dapat dilaksanakan dan menjadikan sektor pertanian sesuatu yang mempunyai status yang boleh memberikan keselesaan dan saraan yang baik kepada graduan-graduan kita kerana kita mempunyai universiti yang boleh mendidik, tetapi kalau bidang di luar sana tidak memberikan pulangan yang sewajarnya, saya rasa minat daripada graduan-graduan kita juga akan berkurangan.
Jadi, kita harapkan ianya dapat diselaraskan serentak dan contohnya penyediaan kawasan-kawasan dengan bantuan-bantuan startup dalam bidang pertanian ini kepada graduan-graduan ini supaya mereka dapat menggunakan ilmu kefahaman yang baru
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
mengenai teknologi pertanian ini dapat dilaksanakan. Kalau mengharapkan secara sendiri untuk melaksanakan, saya yakin kita tidak akan dapat lakukan perubahan kerana ianya tentulah memerlukan kos yang tinggi Kemudian dalam bab menangani rasuah yang panjang lebar kita bahaskan dan di luar sana pun isu ini sedang banyak dibincangkan. Tuanku nampaknya berpuas hati bahawa menangani rasuah ini sudah sampai ke peringkat, apa nama itu, mengenal pasti kepimpinan tertinggi di dalam pentadbiran termasuk angkatan tentera Walaupun baginda kecewa, tapi Baginda merasa itu suatu perkara yang sangat penting kerana bila pihak yang berkenaan dapat melakukan siasatan, tangkapan dan membawa ke keadilan, pentadbir-pentadbir yang tertinggi di dalam jabatan-jabatan. Jadi ini merupakan suatu kejutan kepada kita. Mana lah kita nak perasan Panglima Angkatan Tentera boleh dibawa ke mahkamah. Macam manalah kita boleh sangka Ketua Pengarah, Do contohnya, Department of Environment dan timbalannya, kedua-duanya dibawa ke muka pengadilan, Mungkin sekali-sekala kita boleh dengar, tetapi berlaku dalam suasana yang padat ini, menunjukkan ada keseriusan di sana.
Yang ini saya mengharapkan kita sebagai Ahli-ahli Dewan Negara, cuba mengambil satu position: posisi yang positif. Menggalakkan lagi tindakan supaya tidak ada yang terlepas.
Tuanku pun kata, Baginda datang ke Kuala Lumpur untuk mencari perasuah-perasuah dan Baginda kata dah jumpa dah. Ertinya, he is serious. Jadi, kalau kerajaan juga serius, maka ianya akan menjadi suatu kesatuan yang berjaya, tetapi sudah tentu, Tuan Yang di-Pertua, perasuah-perasuah ini antara yang akan rasa tergugat. Dan kita tidak bercakap mengenai rasuah RM10, RM20. Kita bercakap mengenai rasuah besar, kontrak besar. Dan ini merupakan penglibatan ‘kuasa-kuasa’ ini yang sangat kuat di luar sana.
Jadi, kalau kita pun turut sama memberikan satu perbincangan, suasana yang melemahkan pihak penguatkuasaan, I think kita complicit ni. We are complicit.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ianya dimulakan oleh mereka yang rasuah. Just to create suasana dengan izin, supaya dapat dialihkan isunya kepada penguatkuasaan kita. Sedangkan penguatkuasaan kita sudah mula menerjah kepada ruang-ruang yang dulunya out of bound ya tak berani nak disentuh. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah menyeru kepada pihak yang diberikan kuasa ini supaya melaksanakan tugasnya dengan betul-betul ya. Go for it ya. Jangan merasa khawatir ya, tetapi sudah tentulah, kalau ada kesilapan-kesilapan dan kesalahan, kita tidak bolehlah kata, tak apa ya, oleh kerana dia memerangi rasuah, dia pun rasuah, itu kita bolehkan. Tak boleh begitu ya. Undang-undang akan kena. Sama kepada semua orang.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, kita harapkan ya keseluruhan struktur SPRM itu akan terus diberikan satu semangat kerja yang kuat ya untuk menangani isu rasuah ini dan ya kita akan mendapat kesan yang positif. Kita ini dah melonjak naik kedudukannya ya. Dari kedudukan 57 kepada 54 ya. Alah, tiga tempat saja. Jangan main-main. Itʼs not a small three number ya. Ia menunjukkan bahawa [Batuk] Ini CPI, CPI punya indeks ya. Ia menunjukkan bahawa usaha yang dibuat oleh kerajaan kita telah menerima, bukan sanjungan. Perhatian daripada institusi antarabangsa. That we are doing something ya. Bukan main-main ya naik kedudukan itu.
Jadi, kalau ini boleh berterusan dengan langkah-langkah yang berani ya, yang unconventional ya, saya rasa rasuah akan dapat kita kawal ya. Tidaklah dapat nak kita hapuskan serentak semudah itu, tetapi kita boleh kawal dan negara kita akan bertambah lebih maju dan usaha-usaha lain seperti structural reform yang saya sebutkan awal tadi, perlu juga kita sokong dan dalam aspek-aspek yang lain seperti aspek sosial pendidikan kita, yang ini, it goes without saying ya. Kita harapkan semuanya akan dapat diberikan penumpuan ya, kerana kita mempunyai kedudukan ekonomi yang baik tadi dan ini akan dapat diterjemahkan dalam aktiviti-aktiviti kementerian yang lebih baik.
Jadi, sekali lagi kita mengucapkan ataupun menjunjung kasih terhadap Titah Tuanku yang sudi untuk bersama-sama dengan kita pada majlis perasmian tersebut dan dengan ini saya mohon menyokong Usul, menyokong ucapan ataupun Titah Tuanku. Wabillahitaufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr.
Mohd Hatta.
Dan seterusnya, kita pergi ke pembahas kita yang terakhir iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail. Dipersilakan, Tuan Haji.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Jangan tidur.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca sepotong ayat Al-Quran yang juga memberi gambaran kepada tajuk perbahasan kita pada hari ini. Sebelum itu, izin saya menyampaikan serantai, seungkap ‘pantun’. Boleh jawablah lepas ini.
Tuan Pele Peter Tinggom
Cuba.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
...
Daulat Tuanku bersemayam di Anjung, Menerima mengadap rakyat yang berkunjung, Raja Berdaulat Raja disanjung, Titah Tuanku kami junjung.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Daulat Tuanku. Perkenankanlah patik untuk turut sama merafak sembah menyokong Usul Menjunjung Kasih mendukung Titah Tuanku dalam ucapan Titah Diraja yang telah berlalu.
Tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Mudah-mudahan kita termasuk dalam kelompok yang disebutkan Allah, bahawa sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, dia tak bercakap satu benda yang dia tak lakukan. Kemurkaannya besar di sisi Allah. Orang-orang yang bercakap dan dia sendiri tidak melakukan dan Allah mencintai seseorang yang, yang buat kerja, melakukan satu usaha dengan satu kaedah yang tersusun rapi.
Tuan-tuan, saya juga ingin turut mengambil kesempatan di hujung hari yang makin mengantuk barangkali. Dalam kesempatan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Cina bagi sahabat-sahabat yang keturunan Cina.
Tadi Yang Berhormat Dato’ Ahmad, banyak bicara tentang Sarawak. Menjemput saya untuk ke Sarawak. Saya ingin ambil kesempatan di hujung hari ini untuk juga menjemput kami, tuan ke Terengganu, Dato’. Untuk kita dapat berkongsi nasib, di atas bicara awal saya dalam isu semangat federalisme dan tata kelola.
Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, Malaysia ini terbentuk dalam suatu perjuangan yang panjang, dalam suatu persefahaman yang sangat bermakna, dalam suatu perkongsian yang sangat besar ertinya, dalam kongsi kuasa yang dipersetujuinya untuk terbinanya Persekutuan Tanah Melayu mulanya. Kemudian, sebelumnya adalah Malaya Union terbatal Malaya Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Diperkemaskan dengan kemerdekaan pada 31 Ogos 1967, dibesarkan gagasannya pada bulan tahun 1963 terbentuknya Malaysia. Semangat-semangat ini harus kita lihat secara mendalam dan teliti supaya kita dapat merasai nikmatnya dan rasa bersyukur dengan pembentukannya.
Tuan-tuan yang saya hormati dan yang saya kasihi sekalian. Sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia ini terdiri daripada bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu yang dibina dengan gabungan persetujuan oleh seluruh para sultan dan juga pemerintah. Bukan pemerintah, penjajah. Walaupun sebahagian negerinya tidak juga dijajah, berserta dengan pendukung dan pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan, melepas diri daripada cengkaman para penjajah yang datang dari jauh yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Tuan-tuan, sebenarnya negeri-negeri yang ada di Malaysia ini khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, masing-masing negeri adalah mempunyai kedaulatan masing- masing. Mempunyai undang-undang, mempunyai Raja dan Sultan. Sebab itu, kalau kita tengok Undang-undang Tubuh Johor, jauh lebih awal pada tahun 1895; Undang-undang
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tubuh Terengganu.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Tahun 1911; Undang-undang Tubuh Kelantan, 1911 juga— Disertai dengan berbagai-berbagai Undang-undang Tubuh pelbagai negeri dalam pembinaan dan sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
Tuan-tuan, tidak mudah untuk berlakunya suatu kongsi kuasa yang masing-masing mutlak mempunyai daerah dan jajahan negeri masing-masing. Malahan, negeri ada mempunyai tenteranya sendiri. Saya tak mahu sebut kut. Negeri yang mempunyai tentera, hari ini pun masih mempunyai askar negeri masing-masing. Betul, Dato’? Ya, Johor mengangguk.
Ertinya, kedaulatan yang ada, kedaulatan yang, yang ada pada setiap negeri mempunyai pengorbanan yang hebat sehingga terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu.
Yang hasil dirundingkan oleh tiga pihak yang saya sebutkan. Syarat asas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, antara yang besar meletakkan pengiktirafan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Islam sebagai agama rasmi, negeri dan Persekutuan. Asas Islam agama negeri dan juga di bawah kuasa negeri. Islam di perangkat Persekutuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Kedudukan istimewa orang Melayu, kewarganegaraan yang disyaratkan dengan syarat-syarat yang tertentu untuk menerima kewarganegaraan kawan-kawan yang datang kemudian ke negara tercinta ini dan struktur federal, kuasa yang dibahagikan di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Tujuh wasiat Raja Melayu antaranya turut membabitkan agama, bahasa, kedudukan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan lain-lain. Wasiat dan semua ini sebahagiannya disepadukan di dalam perundangan dan undang-undang Perlembagaan Negara Perkara 3, 153, 181, 152 dan lain-lain.
Tuan-tuan yang saya hormati sekalian, selepas penubuhan Persekutuan yang kita sebut kemudiannya kemerdekaan dituruti dengan pembentukan Malaysia 1963 harus perkara ini difahami oleh anak-anak buah yang datang kemudian supaya dia dapat menilai dalam tuntutan ataupun permintaan-permintaan yang pelbagai harus kembali kepada niat asal seperti niat MA63 Dato’. Sebab itu saya fikir dalam bincangkan tajuk ini saya nak ambil sikit dalam konteks di Terengganu.
Bila sebut Sultan, Raja-Raja, Duli Yang Maha Mulia memperakukan pembentukan, mengongsikan kuasa dan peranan, meletakkan matlamat utamanya kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan ending-nya kepada Malaysia seperti kemasukan Sabah dan Sarawak dan tarik diri Singapura selepas itu. Semua ini saya fikir ada implikasi-implikasi dan tanggungjawab yang besar. Perkara besarnya antara lain ialah perjanjian, perakuan, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Malaysia, perjanjian-perjanjian MA63 dan semua
Tuan Haji Hussin bin Ismail
perjanjian-perjanjian lain adalah suatu yang ambil kira dari sudut kepentingan bersama ini.
Sebab itu saya fikir bila disebut tentang perjanjian-perjanjian, akurlah perjanjian. Bila disebut tentang triti, akurlah triti. Sebab itu asas punca kepada suatu persefahaman, suatu perjanjian yang diikat dengan perlembagaan bukan MoU.
Sebab itu saya sebut dalam konteks di Terengganu, contoh— Saya memang ada, dulu ada sahabat-sahabat marah bila saya sebut, kenapa Terengganu? Dr. Hatta pun marah dulu bila saya sebut ini Yang Berhormat. Kenapa, kenapa sebut acap sangat? Selagi masalah tak selesai, kita kena sebut. Seperti Sarawak tak selesai, sebut. Betul? Betul Dato’? Jadi kita sebut.
Sebab yang kita sebut ini kan bapa kita Perdana Menteri. Tuan-tuan sebab itu isu royalti. Alhamdulillah saya fikir apabila diberikan diserahkan royalti, dalam bentuk apa pun nama, ertinya sudah berlaku pengiktirafan, tapi saya nak sebut juga. Akta Petroleum 1974, undang-undang ke atau alat politik masa dia ditubuhkan dulu? Sign semua Ketua-Ketua Negeri, Menteri-Menteri Besar itu projek politik ke ataupun satu perjanjian yang termeterai dengan sebagai suatu yang diaktakan? Kalau akta ada implikasinya, kalau MoU tak apa sebab dia tak diikat oleh undang-undang.
Akta— Perlembagaan 1974 seksyen 4 menyatakan, bayaran tunai lima persen kepada negeri ia bukan ihsan, dia royalti. Sarawak sekarang dah pakai “royalti” atau “ihsan”, dua-dua?
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kerajaan Pusat bayar pada Sarawak “royalti” ke “ihsan”? Saya harap bukan kerajaan yang jawab, saya sebut saja. Dia bukan “ihsan”, dia adalah “royalti.” Terengganu tahun 2000 hingga 2004 “royalti” ditukar menjadi “wang ihsan.” Dia tukar, tukar, tukar. Saya dah ulang banyak kali tentang perkara ini. Soalnya, adakah akta memperuntukkan istilah “wang ihsan” atau istilah “royalti”? Sahih akta itu menyatakan “royalti.” Adakah pembayaran lima persen bersyaratkan parti yang memerintah ataupun tidak? Tak ada syarat siapa yang memerintah— itu hak negeri. Ertinya, jangan ada pembayaran atas sentimen politik.
Tuan-tuan, jika undang-undang boleh ditafsirkan berdasarkan kepada kecenderungan politik, maka prinsip rule of law telah diganti dengan rule by— ruled by discretion.
Di Kelantan contoh, apabila tuntutan royalti dipertikaikan isu Tiga Batu Nautika, saya tunjuk dalam Dewan ini dulu. Tahun 1982 sudah berlaku perjanjian Geneva tahun 1982— 1982 dan Malaysia antara yang turut sama dalam perjanjian itu yang menandatangani perjanjian itu yang mengisytiharkan bukan tiga batu nautika di pentas benua, tetapi 12 batu
Tuan Haji Hussin bin Ismail
nautika, tapi Menteri kita jawab masa itu, sebab kita nak pakai yang Tiga Batu Nautika. Habis kamu janji apa? Kamu pergi tandatangan apa? Kalau perjanjian ataupun konvensyen antarabangsa pun kita rasa tak apa, saya nak hat dulu. Tak payah pergilah.
Tuan-tuan di Kelantan, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petroleum Nasional: PETRONAS pada tahun 2010. Hujah negeri, perjanjian petroleum tidak mengehadkan bayaran kepada tiga batu nautika. Tidak mengehadkan bayaran itu based kepada sumber minyak tiga batu nautika. Dulu saya sebut tadi negeri-negeri yang berdaulat.
Terengganu berdaulat, Kelantan berdaulat, Sarawak berdaulat semua negeri berdaulat di mana sempadan laut negeri yang berdaulat? Di mana sempadan laut dia? Adakah tiga batu nautika lepas pada itu habis dah, tak ada dah batu nautika? Saya sebutkan perkara ini sebab persoalan-persoalan yang ada ini ialah soal pentafsiran had pengairan dan lain-lain berubah- ubah menurut politik semasa. Mengapa tafsiran teknikal hanya menjadi isu apabila negeri diperintah oleh pembangkang? Bila negeri tak menjadi pembangkang dapat sepenuhnya.
Saya masih ingat usul yang dibuat oleh seorang pemimpin, sebutlah UMNO masa itu, oleh Datuk Awang Jabar dalam perhimpunan yang minta supaya diusulkan royalti ini ditarik balik. Takkan usul itu boleh membatalkan perjanjian? Tuan-tuan, jika prinsip kontrak dihormati, perjanjian mesti dilaksanakan seperti yang dipersetujui?
Kedah isu tuntutan pampasan air mentah daripada Pulau Pinang, contohnya juga.
Projek strategi seperti Lapangan Terbang Kulim sering berdepan ketelusan dan kebergantungan kepada Persekutuan. Perlis negeri kecil hasil terhad, kebergantungan kepada geran Persekutuan menimbulkan persoalan autonomi besar sebenar.
Tuan-tuan, peruntukan pembangunan bukan ihsan Kerajaan Pusat, ia adalah tanggungjawab. Ini semangat federalisme termaktub. Saya tak ingat 211 ke 21, Datuk?
Timbalan Yang di-Pertua
Saya tak berapa arif.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak ingat juga? Yang menyebut tentang bayaran- bayaran yang perlu dibayar. Jadi sebab itu saya fikir kalau isu ini bukan federalisme, itu PETRONAS. Sebab itu saya fikir dalam ruang-ruang ini, pengorbanan Raja-Raja dan negeri, adil ke tidak imbangan. Pembinaan federalisme itu. Pengorbanan yang sebegitu besar. Hari ini, Duli-duli Yang Maha Mulia nak cakap langsung tak boleh itu politik. Dan saya fikir apa yang saya bicara ini tidak 3R, pun 3R pun tak ada dalam akta, tapi tak apalah kita raikanlah hormatlah dalam keadaan hati pun tak terasa hormat dengan sekatan terhadap 3R, tiba-tiba jadi 3R semacam satu undang-undang.
Raja-Raja Melayu bersetuju membentuk Persekutuan melalui rundingan dan persetujuan, Perkara 38 dan 181 Perlembagaan menjamin kedudukan Raja-Raja dan Negeri
Tuan Haji Hussin bin Ismail
persoalan moral dan politik apakah ini hasil suara negeri? Apakah hari ini suara negeri khususnya negeri yang dianggap pembangkang benar-benar dihormati?
Tuan-tuan kita dalam Dewan Negara boleh tak menjadi contoh tempat lain? Kita sebut dalam ini kalau boleh kita tak panggil “pembangkang”, kita panggil “penyemak imbang.” Masa pembentukan Federal tak ada istilah pun nak ada pembangkang dan letak pembangkang.
Sekarang bila soal nak bagi peruntukan hak kewajipan ada pembangkang. Saya persoalkan ini sebab ini isu tatakelola.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya kebetulan dilantik duduk dalam Jawatankuasa Tatakelola, Integriti, Anti- Corruption, tapi tuan-tuan, hati kecil terdetik tata kelola, limitation-nya kat mana? Tata kelola ni pada tempat tertentu di tempat yang lain tak ada tata kelola.
Alasan Terengganu tidak diberi. Beri. Alhamdulillah akhir-akhir ni dia bagi, tapi beri terhad. Kat mana beri? Separuh dia beri. Peruntukan lima persen, masa cakap sebelum ni 20 persen, tak apa kita ambil lima persen je lah. Dapat lima persen pun dah tak apa. Lima persen direct kepada tabung negeri yang disatukan. Saya tak faham tata kelolanya di mana apabila sebahagiannya dimasuk ke dalam tabung, sebahagiannya dibayar terus kepada kontraktor yang dilantik negeri yang meng-interview, memberikan tugasan kepada kontraktor, tapi tak diberi kepada negeri untuk bayar apa yang diikat dalam perjanjian di peringkat negeri oleh— kepada kontraktor yang terbabit, tetapi langsung daripada Pusat untuk ke negeri.
Apakah ini suatu tata kelola yang betul? Sebab itu saya sebut-sebutkan perkara ini.
Alasan antara sebab, antara sebab saya dengar khabar— Mungkin tak betul apa yang saya dengar sebab bimbang takut kita tak telus. Atau bimbang takut tak sampai sebenarnya. Saya ingin ambil kesempatan sikit kalau sempat habis yang ni pun okey dah Datuk Yang di-Pertua.
Terengganu ini, hari ini rekodnya saya fikir tip-top. Negeri masih miskin. Negeri masih lagi miskin. Sarawak kata pun dulu dia miskin juga saya tak pasti. Saya nak sebut Terengganu. Nak sebut dari segi ketelusan, dari segi tata kelola. Terengganu diiktiraf sebagai negeri yang paling telus kewangan. Siapa yang iktiraf? IDEAS.
Terengganu mengekalkan prestasi cemerlang sebagai negeri terbaik dalam ketelusan belanjawan atau perbelanjaan sebuah kerajaan menurut kajian badan bebas IDEAS 2022 hingga 2024...
Timbalan Yang di-Pertua
IDEAS tu “idea”, dengan ‘s’
Tuan Haji Hussin bin Ismail
IDEAS, I-D-E-A-S. Tu saya tengok bangunan dia besar dekat tepi tu.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Pengiktirafan terhadap Kerajaan Terengganu dua tahun berturut-turut dibuat berdasarkan sistem Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2024, dibina berdasarkan penanda aras. Kalau di segi rasuah, ya memang, memang diintai mana ruang rasuah, tapi contoh, GLC dan rekod beberapa tahun membuat lonjakan keuntungan yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Kalau banding dengan Selangor tak bolehlah sebab Selangor ni syarikat besar lagi.
TDM contohnya mencatat kerugian sebelum cukai RM96.9 juta 2017. Terkeluar daripada data, daripada indeks patuh syariah, tapi dalam tempoh terdekat sehingga tahun 2024, membuat keuntungan RM645.6 juta. Berapa kali ganda lonjak?
Kembali balik kepada, ke BURSA patuh syariah 2020. EPIC, rugi pernah RM85 juta tahun 2017. Sekarang untung balik RM403.8 juta. Saya tak nak sebut habis-habislah takut tak sempat masa...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Hotel, hotel pun daripada rugi yang banyak, tapi akhirnya membuat keuntungan yang sangat banyak.
Tuan-tuan, purata kebergantungan kepada royalti. Kalau dulu lebih 83 peratus, sekarang kurang. Hutang, dulu RM700 juta sekarang tinggal RM 231 juta. Walaupun tak salur tu pun hutang makin berkurang. Habis kita nak nilai kat mana lagi? Tak telus apa lagi?
Saya ni mungkin hari ni perbahasan akhir penggal pertama. Saya tak tahu, saya ambillah kesempatan ni untuk bercakap sikit Datuk supaya sekurang-kurangnya saya sampai amanah...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Datuk Hatta tengok senyum.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak apa, tak apa, bagi saya masa sikit.
Kerajaan negeri berjaya mengurangkan purata kadar kebergantungan royalti.
Terengganu negeri paling bahagia tuan-tuan. DOSM, D-O-S-M, dalam banyak-banyak negeri, kononnya negeri yang miskin, pembangkang, tapi diisytiharkan “Terengganu negeri yang paling bahagia” dengan skor tertinggi.
Saya pun pelik juga. Dalam Terengganu yang negeri yang dikatakan bahagia, Marang ‘negeri’ yang paling bahagia nombor satu— Daerah, daerah.
Timbalan Yang di-Pertua
Daerah, daerah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Setiu tak kaya, sangat miskin dilihat, tapi nombor dua paling bahagia. Bahagia ni bukan duit. Bahagia ni Allah sebut, apabila kamu bersyukur,
Tuan Haji Hussin bin Ismail
bahagia dinilai di sini, dari segi pengajiannya, dari segi penglibatan orang. Sebab itu kita tengok pengunjung datang tak kunjung padam. Tak kunjung padam kan.
Jadi, semua ini saya fikir antara ciri-ciri. Terengganu negeri paling apa ni, paling telus.
Tiba-tiba Audit Negara tahun 2024 menyebut, Terengganu konsisten meneruskan prestasi cemerlang apabila terus mencatat prestasi Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara.
Tuan-tuan, banyak lagi saya nak sebut, tapi hujah saya point-nya antara perkara yang penting ialah nak tunggu telus apa lagi, untuk membolehkan peruntukan yang asal daripada akta. Yang berasaskan pada Akta Petroleum 1975 itu kembalikan kepada hak.
Saya lepas pada ni selesai dah, ikut semua peraturan menurut perjanjian seperti orang Sarawak tak berhentilah cerita pasal MA63. Saya pun kalau sambung lagi, saya takkan berhenti tajuk ini sehingga insya-Allah royalti ni dikembalikan. Sebab dia bukan hak saya. Dia adalah hak rakyat Terengganu yang termaktub menurut undang-undang.
Akta— saya pindah sikit. Panjang lagi cerita hal itu, tapi saya terus pergi yang kedua, Yang Berhormat Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua
Pasal Yang Berhormat.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ada enam minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat dah berucap setengah jam dah. Baru satu isu je.
[Ketawa] Saya bukan tak nak.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak apa, tak apa.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya bukan tak nak apa ni hormati apa hasrat Yang Berhormat untuk nak berucap.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya ambil sikit je lagi. Setakat bolehlah, setakat boleh.
Timbalan Yang di-Pertua
Mana yang penting tu sebut dulu.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Hajat saya berkait negeri saya sampai dah.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya okey.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya nak pergi sikit dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Isu rasuah. Isu rasuah ini saya nak besarkan tentang— memang kita kejar rasuah sampai ke lubang cacing. Yes, tapi, indeks rasuah dah menurun.
Alhamdulillah. Tuan-tuan, tapi dalam celah yang begitu, perkara-perkara yang menakutkan terus berlaku.
Rahsia pertahanan negara bocor. Orang tertinggi dalam angkatan tentera rasuah.
Sekarang ni tak boleh begitu, boleh dirunding pula tu. Kenapa yang ini boleh runding? Boleh diskaun pula tu. Bahasa saya lah tu, boleh faham maksudnya. Tiba-tiba yang terbaru pula, yang paling tegas dengan rasuah, dipalitkan pula dengan rasuah. Apa cerita masalahnya?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang paling, paling diberi kuasa amanah tertinggi dalam rasuah, tiba-tiba sekarang dipersoalkan tentang kerasuahan. Betul ke bahasa saya?
Isu yang saya nak bawa tadi.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan-tuan, kadang- kadang kita bercakap ada rasuah yang kita kejar. Ada rasuah yang kita bagi DNAA. Dulu ada DNA yang saya belajar dekat universiti. Sekarang ada DNAA. Sejak masuk Dewan Negara— pasal baru dengar ada DNAA. Dah DNAA ada pula NFA. Di mana posisi itu, kedudukan itu?
Apakah tindakan kita berpilih-pilih? Sebab itu ada orang di bawah kadang-kadang dia bercakap, kita bertindak buat sesuatu, betul kita buat, tetapi biar kita buat nak kita rasa kita buat dan orang nampak pun kita buat. Jangan kuman di seberang laut kita nampak, gajah lalu depan mata kita tak nampak.
Sekarang ni bukan masalah gajah lalu depan mata, gajah tidur depan mata kita. Saya rasa faham.
Timbalan Yang di-Pertua
YB boleh cakap dalam Dewan ini tanpa ragu-ragu dan tanpa ragu-ragu dan tanpa...
[Ketawa] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dalam Dewan tak apa, tapi, tapi saya sebut ini begini, saya sebut ni begini. Untuk membolehkan kita menaikkan indeks, kita pergi ke Hong Kong nak bincang buat ombudsman.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Pergi Hong Kong untuk kita nak tiru sebahagian pendekatan Hong Kong supaya kita bersih, tetapi di Hong Kong, Ombudsman Hong Kong, dia menyiasat CEO. Dia tak panggil Perdana Menteri di Hong Kong. Dia panggil CEO. Jadi, yang saya harap dan saya fikirkan sangat— dalam kita membentuk Kerajaan MADANI yang punya cita-cita yang murni ini, berlakulah, adil lah kepada orang lain. Adil lah kepada kita. Adil lah kepada kelompok lain.
Adil lah kepada kelompok kita. Adil lah kepada kerajaan. Mahu adil juga pada pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua
Tetapi kena adil pada yang tertuduh juga.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Adil pada yang tertuduh. Tuan-tuan, ada satu yang disebut dalam Al-Quran— dalam hadis Rasulullah SAW. Allah sebut [Membaca sepotong hadis] Yang beri, yang terima, sama-sama masuk penjara. Dalam undang-undang dadah, yang edar lebih berat hukuman daripada yang hisap, hisap dadah. Yang hisap dadah masuk Serenti, yang terima masuk Serenti, yang edar dadah masuk— Dahulu sini, gantung.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tali gantung.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sekarang kita ada tukar sikit, ringan sikit. Sekarang yang terima rasuah kita kejar sampai ke lubang cacing. Yang beri rasuah? Saya ada data yang dikeluarkan oleh SPRM. Tak silap saya tahun 2013, siapa yang memberi rasuah, berapa
Tuan Haji Hussin bin Ismail
peratus? Melayu berapa peratus, Cina berapa peratus, India— tak sensitif ya. Kita semua sama. Cina, Melayu, India kan manusia belaka.
Yang terima rasuah pula siapa dia? Etnik besar yang terima rasuah sebab dia mungkin pegawai kerajaan dan lain-lain. Yang beri rasuah mungkin RM100,000, tetapi pulangannya mungkin RM100 juta. Yang terima rasuah kalau RM100,000, RM100,000 itulah kemudian dikejar sampai ke lubang cacing. Saya tak bela orang yang menerima rasuah. Dua-dua harus diambil tindakan. Supaya, yang memberi rasuah ini adalah yang paling dahsyat sebenarnya.
Ada supply, ada demand. Bila kita— bila nak sesuatu, offer. Bila berada di depan mata, terima sahaja dan saya harap Titah Tuanku yang menyebut ar-rasyi, Tuanku tak sebut bahasa Arab. Yang beri, yang terima, yang memberi, yang terima, harus diambil tindakan sama keras dan sama tegas. Saya junjung dan saya sangat-sangat bersetuju dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Saya— Nak habis dah, sikit. Bagi izin sikit lagi, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada berapa perkara lagi YB?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ada lagi.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ada lagi. Ada lagi, tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua
Tak. Saya...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Cuma, saya sentuh tentang bahagia, bahagia. Bahagia ini kalau tak ada makan. Bahagia ini barang mahal. Bahagia ini barang tak cukup. Bahagia ini kita eksport rakyat sendiri tak cukup. Kita tak rasa bahagia juga, walaupun bahagia duduk pada syukur, tetapi syukur ini pun kalau hari-hari tak cukup, kita nak rasa syukur macam mana?
Saya ingin menyentuh ini sikit tentang, ini Titah Tuanku Sultan Selangor. Tanpa sensitiflah saya sebut. Kawan-kawan Selangor. Minta supaya janganlah— Itu saya lembutlah, kan. Ternakan babi ini kena janganlah, beringat lah. Titahnya jelas. Titahnya jelas, tetapi keputusannya nak buat juga. Nak buat juga. Akhirnya siapa yang lain menentang, yang mencadangkan, yang menyatakan pilihan dan tidak bersetuju, apa gelar yang dapat? Bodoh.
Tuan-tuan, kenapa— yang ini yang nak menjadi prioriti. Saya pun nak tanya juga Kementerian Pertanian. Kita sekarang ini yang paling kritikal beras. Beras kita ini yang paling kritikal juga. Kalau nak cerita dalam kelompok daging, daging lembu. Daging babi ini sekarang dah 90 persen lebih SSR. Saya cari jugalah sebab nak sebut sikit benda ini, tetapi lembu kita hanya ada 14.7 ke 16 persen sahaja SSR negara. Kambing lagi kecil, sembilan ke 10 persen.
Lain semua import. Kenapa kita tak fokus untuk keluarkan keperluan negara yang besar, yang
Tuan Haji Hussin bin Ismail
membabitkan duit negara untuk import barang ini? Menjadikan keutamaan kita. Kenapa isu beras misal contoh, sampai sekarang kita tak selesai.
Tuan-tuan, selesai soal lain. Memang ikhtiar kita punca. Hasil Allah yang beri, tetapi saya nak sebut, masa saya juga turut bahas setahun, tiga tahun yang lalu. Beras negara ke punya SSR kita 63.7 peratus. Datuk, saya hafal angka itu. Tiba-tiba tiga tahun yang akhir ini, tiga tahun yang terakhir ini BERNAS— menyebut beras kita hanya sekarang 56 persen SSR.
Kalau saya tak betul, betulkan saya. Saya bercakap info. Kalau tidak betul, betulkan saya.
Saya nak tanya Menteri Pertanian, sahabat saya Datuk Seri Mat Sabu. Sahabat rapat saya sangat. Walaupun kadang-kadang dia tanya saya, nak tengok lenggok dahulu. Tak apa lah. Kenapa kita sampai menurun? Kita nak sasar target meningkat, tetapi menurun. Ada alasan. Katanya kerana cuaca, global warming.
Tuan-tuan, saya nak baca data. Dalam tempoh yang sama yang kita sebut global warming, kenapa negeri lain boleh membuat pengeluarannya terus melonjak. Datuk, India tahun 2020, keluaran dia 178 juta tan, 2024, 2025 – 196 juta tan. Bangladesh, kita kadang- kadang contoh Bangladesh ini kata, “Ha, Bangladesh.” Bangladesh, tahun 2020, 54 juta tan.
Tahun 2024, 2025 – 59 juta tan. China, 2020 – 211 juta tan. Sekarang 2025, 214 juta tan.
Pakistan, 42 juta tan. Tahun 2025, 46 juta tan. Cambodia, 11 juta tan. Akhir, 13 juta tan.
Nigeria, walaupun di Afrika, 8 juta tan sekarang 9.5 juta tan. Vietnam, 43 juta tan. Sekarang, 44.5 juta tan. Tanzania di tengah Afrika, 2022 – 2.6 juta tan. Sekarang, 3.4 juta tan. Meningkat.
Nepal, 5.5 juta tan. Sekarang, 6.3 juta tan. Myanmar, 25 juta tan. Sekarang, 27 juta tan.
Apa kata Malaysia? Mana saya nak tunjuk hat Malaysia. Saya nak sebut ini ialah saya fikir kita tak cukup ikhtiar. Kita kena gembleng ikhtiar. Dalam orang dalam tempoh cakap bicara tentang global warming dan lain-lain, Malaysia tahun 2024 no, no, tahun 2020 hingga 21 – 2.77 juta tan; 2021-2022 – 2.58 juta tan. Terus turun, 2022-2023 – 2.6 juta tan; 2023- 2024 – 2.31 juta tan; 2024-2025 – 2.42 juta tan— 20 tahun lepas estimated, 2.2 juta tan.
Apakah salah global warming atau mungkin ada kekurangan kesilapan kita? Apakah isu kerana kita tak cukup tanah? Tanah yang sama.
Vietnam mengeluarkan MQ34. Tempoh matang padinya 75 hari. Latest, Indonesia mengeluarkan varieti baharu 70 hari. Kita pergi ke Indonesia, orang Indonesia perli-perli kita.
Saya fikir baik kita berkongsi teknologi. Kadang-kadang, apa kita sebut? Inovasi, inovasi. It’s not we start from zero. China, Jepun, dulu orang sebut Made in China, “Eh, Made in China.” Made in Japan, “Eh, Made in Japan.” Hat yang bagus Made in England. Made in Germany.
Sekarang, seluruh yang Germany kah, yang UK, yang Europe pergi ke China. Siapa yang berkualiti sekarang? Teknologi upgrade. Apa yang orang dah buat, tetapi saya fikir kita kena belajar. Isu food security, isu keterjaminan dan sekuriti negara yang besar. Saya mohon
Tuan Haji Hussin bin Ismail
sebutkan ini supaya sahabat saya Tuan Haji Datuk Seri Mat Sabu tanpa pandang sinis apa yang saya sebut. Walaupun mungkin kadang-kadang tak bagus dia dengar, tetapi kita perlu buat sesuatu improvement.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sikitlah, walaupun dah habis masa. Last point-lah, Datuk.
Timbalan Yang di-Pertua
Bukan. Apa ini— saya nak bagi masa lebih, tapi saya nak kena buat perancangan masa ini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tahu, tahu.
Timbalan Yang di-Pertua
YB ada berapa isu lagi nak cakap?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh, last pertama dengan last kedua?
Timbalan Yang di-Pertua
Last eh?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Last pertama.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak ada lagi?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Lepas dah habis last nanti, tambah lagi satu lagi.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya nak menyebut tentang isu— tadi kita cakap tentang isu kebahagiaan, kita cakap tentang isu rakyat. Terengganu dalam tempoh dua tahun ini Yang Berhormat Datuk, tak ada kes serius keselamatan, tak ada pembunuhan, tak ada apa-apa. Bukan saya kata, Ketua Polis Negeri membuat repot, tapi hari ini kita dengar sana sini, ini baru ini pula anak bunuh emak. Sebelum ini dekat mana? Lima sekeluarga bunuh— bunuh emak, bunuh anak, bunuh isteri, bunuh diri.
Sekarang isu bunuh ini bukan etnik dah. Kenapa jadi macam ini? Apakah berpunca daripada rakyat stres atau berpunca daripada rakyat tak cukup bimbingan agama atau berpunca daripada rakyat tak cukup bimbingan agama atau rakyat tak cukup apa, buli? Yang dulu kita bicara tentang buli sekolah, sekarang sama-sama kerajaan kita buli, tapi kerajaan tak akanlah bunuh diri sebab kerajaan mana yang boleh bunuh diri? Anak-anak. Bangun pagi— dulu saya pernah sebut pada Menteri Menteri— dulu Penerangan, sekarang Menteri apa?
Timbalan Yang di-Pertua
Mana? Fahmi Fadzil?
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dato’ Fahmi Fadzil. Dia jawab saya, sebab you dok tengoklah itu, you ada sejarah, sebab itu dia melintas. Sahabat-sahabat sekalian, tuan-tuan sekalian, isu gejala sosial kita ini bukan sekadar datang daripada suasana kita, isu gejala sosial ini datang daripada suatu yang terancang jauh daripada negeri kita. Internet— dulu TV boleh kontrol, sekarang internet, siapa yang mampu kontrol internet? Buka mata, yang tak
Tuan Haji Hussin bin Ismail
jemput, datang. Buka apa pun, datang iklan, lintas. Melonjaknya LGBT, melonjaknya kes perogolan, melonjaknya kes macam-macam.
Ada baru ini saya jumpa seorang anak, tak boleh cakap Melayu. Ayah Melayu, mak Melayu, tak boleh cakap Melayu. Sebab dia hari-hari tengok internet itu. Tak boleh telefon, mengamuk. Akhirnya, mak dia bagi, terus. Akhir, tak reti cakap Melayu. Dulu orang Korea je kata orang kita tak Melayu, ini tengah bergaduh Korea sekarang ini dengan asian boy. Hari ini anak dalam kandungan, anak dalam didikan di rumah, ada yang— ertinya, besarnya pengaruh media sosial.
Tuan-tuan, penipuan pun melalui dialah, scammer pun melalui dialah, rosak akhlak pun melalui dialah, segala-galanya kerosakan sebahagian besar berpunca daripada sumber yang kita duduk simpan di rumah kita. Apakah kita tidak mempunyai sebarang laluan untuk membolehkan block usaha ini? Dulu saya ingat ke Saudi, bila kita pergi nak tengok benda- benda yang di luar sikit, tak boleh, dia ada yang diputuskan oleh dia sahaja. Saya difahamkan, ada juga aplikasi ini yang tak boleh dibuka di negeri China. Ada juga yang buat projek itu di Israel, tapi tak dibenarkan, tak boleh buka, tak boleh akses di Israel.
Kenapa orang lain boleh buat dan kenapa kita tidak boleh bendung? Saya sangat- sangat bimbang gejala ini sekarang bukan sekadar penyakit biasa. Datuk Yang di-Pertua, dia sudah menjadi barah tahap empat, banyak benda barah tahap empat sekarang.
Saya fikir betul, saya akui dan saya berterima kasih atas kesungguhan yang dibuat dalam perkara-perkara tertentu, tetapi kadang-kadang kita alpa dan terasa complacent. Tak apa, benda itu dah berlaku begitu. Sama juga kita complacent dengan ART. Ini tajuk yang insert ke dalam sikit ya, Datuk...
Timbalan Yang di-Pertua
Ini yang terakhir ke ataupun...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ini yang complete— compliment kepada yang terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua
Berkaitan daripada isu ini?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ha.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya dengar baru ini berita, betul ke tidak? Yang ada pihak yang kemudiannya didakwa kerana kementeriannya membuat perjanjian dengan pihak lain RM1.1 bilion yang dikatakan— kalau tak betul, betulkan saya. Yang dikatakan tak mengikut prosedur, tak mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan, tak mendapatkan itu ini, itu ini dan saya difahamkan SPRM sedang membuat penyiasatan yang serius, tapi kita ini kadang-kadang rasa juga pelik bila ART, tiba-tiba Mahkamah Agung USA membuat keputusan tarif yang dibuatkan oleh Trump adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Kita
Tuan Haji Hussin bin Ismail
merayakan satu kejayaan menurunkan 25 persen kepada 19 persen. Kita pun tak dapat pasti apakah syarat untuk Trump datang itu, kita terima dulu ke? Untuk Trump datang sign...
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Batal dah ini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dah batal dah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak apa, nanti cerita dulu. Saya bukan isu batal, tak batal. Kalau yang satu sebab tadi dikatakan buat tergopoh-gopoh, apakah ini juga satu fenomena tergopoh-gopoh? Sehingga negeri lain merayu je dapat 10 persen. Kita dah dapat, kita dah dapat— apatah kita dengan sendirinya— kita sekarang Perjanjian ART dah terbatal?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sekarang 15.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sekarang 15.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya, 15 persen, tapi sebenarnya apakah semua 15? Itu Trump kata, sekarang ini dah naik balik atas dasar— yang saya nak sebut, apakah pendekatan yang dibuat itu atas dasar tergesa-gesa seperti yang berlaku pada kementerian yang disebut— yang dikaitkan dengan Kementerian Kewangan atau dia merupakan satu yang dirancang betul-betul?
Saya kadang-kadang kesian tengok Menteri MITI menjawab penuh berhemat untuk mengabsahkan. Jadi, saya fikir semua ini kita kena nilai dan saya ingat wajar kalau perlu ditengok juga perkara ini. Jangan tengok yang di kuman di seberang lautan, pakai mikroskop untuk nampak. Mikroskop pun takkan bagi nampak, binokular power besar boleh nampak, tapi nampak, tapi yang sebelah kita kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang kita— bukan bawah karpet dah ini, Datuk. Atas karpet pun...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang Berhormat, boleh bagi penjelasan sikit?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Jadi, saya rasa nampaknya boleh sambung masa saya sikit. Kalau Datuk Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua
Ini YB Hatta nak bantu YB Haji Hussin. YB Hussin nak sambung lagi ke? Banyak sangat.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Nak bantu sikit. Ya. Tak. Nak bantu sikit dari segi penerangan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Kalau dia kata lepas ini, Trump akan kenakan 15 persen pula. Jadi, adakah apa yang kita tandatangan ini dalam ART itu melindungi kita daripada itu ataupun kita tak tahu lagi? Ertinya, kalau melindungi, maka ada lah kita— mekanisme kita untuk mengelakkan daripada tarif yang baru tadi. Kalau tidak, kena buat perjanjian barulah pula kot.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Isu saya sekarang ini yang saya highlight, isu perjanjian yang dibuat, teliti ke tidak? Atau ada nilai tergesa-gesa ke tidak? Atau atas urusan apa? Itu belum cerita tentang Petronas kena beli berapa bilion. Round dunia Petronas. Panjang pula.
Round...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Tuan Speaker, sebab dia cakap hujung- hujung, isu yang perlu kepada soalan dan penerangan. Jadi, saya tak nak— nak bertanya, tapi sebab saya rasa ucapan itu ada banyak prejudis. This is a problem. Bila dia bercakap dengan prejudis, dia kata tadi dia nak selesaikan masalah. Kita semua dah sedia maklum isu ART ini dia adalah satu— nama dia reciprocal. Reciprocal ini tindak balas. Kena faham dulu Senator, makna reciprocal. Dia bukan trade agreement biasa. Reciprocal itu bermakna, waktu itu kita dalam keadaan— ini sebelum berlaku apa sahaja yang berlaku di mahkamah itu. Kita dalam keadaan nak menyelamatkan berbilion kita punya elektrik dan elektronik yang menjadi eksport terbesar kepada Amerika.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
So, apa kita nak buat? Dia letak senjata di kepala kita? Now, let’s make a deal. So, the best deal yang ada until kita selamatkan bukan sahaja nilai perniagaan besar, tetapi juga pekerja dalam industri tersebut berapa puluh ribu yang terlibat. So, that is why adanya perjanjian ini. Dan perjanjian ini dengan dapat 19 persen belum di-rectify. Dia ditandatangani, tapi belum di-rectify.
Jadi, kita tak boleh lah jump into conclusion dan saya pun tak faham Senator nak cakap apa sebenarnya. Nak cerita bab tergopoh-gopoh kah atau nak cerita bab reciprocal kah? Rugi apa? Saya tak faham. So, bila saya tak faham, saya menganggap dia orang ini kalau tidak diberi penjelasan sekurang-kurangnya nanti Menteri lah jawab— Itu bukan kerja saya, Senator, tapi poin saya ialah kita sedia maklum banyak kelemahan yang ada, yes, tapi waktu itu, itulah the best choice yang kita ada.
Jadi, bila berlaku yang sekarang, dia telah bagi semua nation 15 percent. So, that’s means dah obsolete lah yang dibuat tarikh itu. Jadi, saya pun tak nak bercakap panjang. Kita pun nak dekat buka puasa dah ini. Terima kasih lah Tuan Speaker dan juga Senator.
Timbalan Yang di-Pertua
Mengikut pepatah orang putih— *foresight is always not perfect, but hindsight is always 100 percent.
[Ketawa]*
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya respons begini sahaja. Pertama sekali, Yang Berhormat Datuk Seri sebut tentang reciprocal. Saya cuma harus melihat tujuh fasal itu berapa yang ada nilai reciprocal-nya, timbal balasnya. Malaysia shall be, Malaysia shall be, Malaysia shall be, is it reciprocal? Dengan maaf. Yang kedua, yang saya nak highlight tadi ialah bahawa apa yang berlaku yang akhirnya yang harus dipertanggungjawabkan kepada PETRONAS, kepada apa itu— kalau tidak Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat suatu keputusan meng-tidak berpelembagaankan. Bahasa tak betul itu.
Timbalan Yang di-Pertua
Istilah baharu itu.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Istilah baharu. Apa yang diperlakukan oleh Trump maknanya kita dah pakai lah, tetapi ertinya di US sendiri pun dalam Trump mempopularkan target dia itu, kita sudah cepat-cepat tangkap awal-awal. Kalau pun kita bicarakan tentang kilang yang mempunyai pekerja ribuan di Malaysia, kilang itu tarifnya zero. Betulkan saya kalau saya silap. Milik Amerika.
Jadi sebenarnya dalam ruang yang sama memang ada kepentingan Malaysia pada situ itu, tapi penting yang besarnya mereka. Isu pokok yang saya rasa saya nak tutup lah.
Bukan tak perlu buka tentu nanti semua kawan-kawan balik tinggal saya seorang. Isu pokoknya saya yang fikirnya ialah dalam kita mengurus, pandangan saya seorang Senator yang daif ini, jangan sampai tengok kawan-kawan ASEAN turut gelak.
Saya tengok komen daripada pimpinan Indonesia dan lain-lain, akhirnya apa yang mereka komen ternyata tiba-tiba Mahkamah Agung USA membuat satu keputusan yang sebahagian orang menyatakan bahawa itu adalah satu benda yang perang. Dan itu jadi undang-undang perang tarif yang kita menjadi— akhirnya mempertaruhkan sebahagian daripada kepentingan besar Malaysia dalam satu posisi yang tidak menentu. Harap-harap dengan keputusan ini, menyelamatkan kita insya-Allah dan rectify itu akan dibaiki.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Saya ada satu lagi nak perbetulkan. Kes seperti ini, dia bukan— kita dah tahu apa yang berlaku, apa yang berlaku dalam Amerika itu is domestik. Dia bukan soal kita tak buat kajian kah kita tak tahu, satu, Yang kedua pernah berlaku untuk pengetahuan Senator— Perjanjian Trans-Pacific Partnership Trade Agreement. Saya waktu itu baru masuk Parlimen waktu itu, 2008. Mungkin Timbalan Speaker masih ingat. Kita berbahas panjang, tapi akhirnya bila Trump dengan Hillary Clinton tak setuju, bila dia jadi kerajaan, dia telah membatalkan.
So, that’s mean to say kita tak boleh berhujah sesuatu yang di luar daripada kapasiti kita. So, tak bolehlah bila dah jadi, “Ha, tengok aku dah kata dah.” So, kalau kita Nabi tak apalah kita tahu apa yang akan diputuskan dua hari sudah. So, we are looking secara trade
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
apa yang ada hari ini untuk kita selamatkan keadaan kita hari ini. Jadi negara lain walaupun mereka mentertawakan kita, itu bukan bermakna apa yang kita buat itu salah.
Jadi bagi saya banyak— again saya mohon maaf kerana yang akan menjawab bukan saya, YB Menteri, tapi sebagai Senator, kita harus melihat the bigger picture supaya tidak timbul di sana insinuasi yang mahu menyatakan bahawa tindakan ini tindakan yang tidak bijak dan sebagainya. So, itu saya punya poin. Saya tahu nanti banyak dia akan jawab sebab ini floor dia. Saya akan mungkin ada juga isu ini akan saya sentuh pada hari Rabu nanti. Terima kasih Datuk Speaker.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih. Memang— boleh tutup Datuk?
Timbalan Yang di-Pertua
Sebagai pepatah orang putih juga, politic is always local. Jadi, saya faham sebagai pengalaman YB Mujahid sebagai Menteri dulu pun dalam bilik Kabinet itu mungkin tak mudah untuk membuat keputusan seperti kita menilai di luar lah. Jadi, saya hargailah pencelahan YB Mujahid tadi mengenai perkara-perkara yang melibatkan ketidaktentuan, uncertainty seperti ART ini. Silakan, Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Izinkan saya menutup. Nanti kawan-kawan tak selesa dengan panjangnya waktu.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tetapi Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid, nama pun perbahasan. Kan kita ini perbahasan. Jadi, budaya perbahasan itu ada pro and cons lah, nombor satu.
Nombor dua, kalaulah apa yang kita cakap ini, Nabi— macam Datuk sebut bahawa Nabi, tak payah bahas dah sebab dia dah [Berucap dalam bahasa Arab] Jadi, kerana dia tidak Nabi lah kita bahas.
Yang ketiga, apa yang saya bicarakan ini bicaralah seperti yang saya sebut. Pada satu sudut. Kita tidak pasti apakah mungkin apa yang sedang dibuat tindakan oleh SPR terhadap satu kes yang antara hujah. Kalau saya betul, betulkan. Kalau saya tak betul, tolak. Betulkan.
Kalau saya tak betul. Betulkan. Yang memperkatakan bahawa tindakan agreement membabitkan RM1.1 bilion itu adalah tergesa-gesa dan tidak mendapat kelulusan daripada Kewangan.
Saya tanya, apakah yang kita ini juga ada elemen tergesa-gesa dan tidak mendapat?
Ada orang tanya tentang apa kamu dapat kelulusan Kabinet atau kelulusan Parlimen? Saya ada banyak lagi perkara yang lain yang nak sebut, tetapi waktu dah tak— betul dan memang tuan-tuan pun— ingin saya berhentikan dekat sini, tetapi saya rasa wajar untuk saya highlight kan demi untuk kepentingan negara yang tercinta ini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Atas kebenaran, terima kasih. Kalau rasa tak betul, betulkan dan lepas ini Dr. Mujahid insya-Allah dia nak bahas balik pada sesi dia lepas ini insya-Allah. Saya terima.
Timbalan Yang di-Pertua
Waktu itu, Haji Hussin boleh mencelah.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Itu— ground Dr. Mujahid.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tak ada masalah. Kita seronok sahaja dengar sebab kita sini menyumbang idea untuk kepentingan negara kita, *insya-Allah.
Wabillahi taufik, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya menyokong Usul ucapan terima kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Tuan Haji Hussin. Walaupun bulan puasa, tetapi semangat itu tetap kuat untuk nak berbahas. Jadi, maka tamatlah sesi perbahasan untuk hari ini dan Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 24 Februari 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]