Dec042025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof.

Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, langkah untuk memperkasakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sebagai badan yang berkesan bagi memenuhi keperluan sosial warga emas merentas pelbagai lapisan atau strata masyarakat, serta kepelbagaian lokasi seperti bandar - luar bandar dan kawasan kediaman kelas menengah dan masyarakat biasa di negara ini.

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, menyedari keperluan warga emas untuk tinggal dengan sejahtera dalam komuniti, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) bekerjasama dengan pertubuhan sukarelawan kebajikan dalam menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas, iaitu PAWE. PAWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan program dan aktiviti harian di dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak penjangkauan sosial dan pembangunan kepada warga emas berdasarkan Dasar Warga Emas Negara ataupun DWEN.

Sehingga Jun 2025, terdapat 193 buah PAWE telah ditubuhkan di seluruh negara dengan lebih 57,000 orang ahli berdaftar aktif yang terdiri daripada warga emas pelbagai

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

bangsa, agama dan latar belakang ekonomi. Dari aspek lokasi, sebanyak 151 buah PAWE atau 78 peratus berada di kawasan bandar manakala baki 42 buah PAWE lagi atau 22 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar. Dalam merencana aktiviti di PAWE, Jawatankuasa PAWE diberi kebebasan dan fleksibiliti untuk melaksanakan apa-apa program atau aktiviti sihat dan bermanfaat yang memenuhi keperluan warga emas selaras dengan lima dimensi yang digariskan dalam Dasar Warga Emas Negara, iaitu melibatkan penuaan positif, penuaan sihat, penuaan aktif, penuaan produktif dan penuaan menyokong.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ruang yang luas ini menggalakkan setiap PAWE menggunakan kreativiti masing-masing untuk menganjurkan aktiviti yang sesuai dan memenuhi keperluan, keinginan mahupun minat ahli-ahli mereka. Ini termasuklah acara riadah, program keagamaan dan sebagainya. Aktiviti yang dianjurkan tidak perlu terhad kepada penglibatan warga emas semata-mata, tetapi juga boleh disesuaikan untuk mengintegrasikan ahli-ahli PAWE dengan komuniti setempat dari pelbagai lapisan umur yang berbeza. Contohnya, program intergenerasi dengan kanak-kanak prasekolah mahupun mentor kepada generasi muda.

Di KPWKM, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggalakkan dan menyokong penubuhan PAWE melalui penyaluran bantuan kewangan serta khidmat nasihat.

Bantuan kewangan ini adalah untuk membantu meringankan beban PAWE untuk menanggungkan kos operasi mereka.

Pada tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM9.6 juta bagi pengoperasian PAWE serta RM2.5 juta bagi tujuan bantuan penubuhan PAWE terbaru di seluruh negara. Jadi, bagi menggalakkan penglibatan warga emas di kawasan yang tidak mempunyai PAWE, JKM telah menambah baik konsep baharu PAWE melalui Program Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas @ Anytime, Anywhere, Any Place atau PAWE@3A. Mana- mana pun dalam satu Parlimen boleh. Kalau dulu satu sahaja.

Melalui inisiatif pemerkasaan PAWE ini, antara penambahbaikan adalah operasi PAWE dapat dilaksanakan dengan lebih fleksibel dan kreatif serta boleh berada di mana- mana sahaja pada bila-bila masa tanpa terikat kepada premis dan waktu tertentu. Kerjasama komuniti boleh digerak dan dipupuk untuk memudahkan pengoperasian PAWE seperti di pusat-pusat komuniti contohnya premis Komuniti Rukun Tetangga, dewan serba guna dan sebagainya. Melalui cara ini, Tuan Yang di-Pertua, kos operasi boleh dijimatkan kerana tidak perlu membelanjakan dana untuk sewaan premis.

Berdasarkan perkara-perkara yang disebutkan tadi, potensi impak positif yang boleh dibawa oleh PAWE adalah sangat tinggi. KPWKM komited untuk terus menyokong pengoperasian PAWE yang aktif. Namun, usaha ini pastinya dapat ditingkatkan manfaatnya

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

kepada warga emas dan komuniti setempat melalui sokongan dan kerjasama semua pihak di pelbagai peringkat dalam bersama-sama berkolaborasi dan memperkasakan PAWE agar PAWE dapat digerakkan dengan lebih inklusif, kreatif dan mampan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya berkaitan dengan, apakah langkah pemerkasaan PAWE— ataupun P-A-W-E [Menyebut dengan bunyi huruf E pepet] Dalam konteks mengatasi kekangan kewangan? Ini satu masalah besar. Termasuk melalui kolaborasi dengan sektor swasta yang patut mengambil tanggungjawab sosial dalam soal ini.

Maka, seperti melalui insentif pengecualian cukai. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, memang kita galakkan. Sebab ini adalah inisiatif komuniti sendiri maka kita galakkan agar komuniti boleh mencari, bekerjasama, kolaborasi dengan pihak korporat kah, swasta supaya mereka dapat membantu dari segi CSR mereka. Jadi, di Malaysia pengecualian cukai untuk derma kepada NGO diberikan melalui kelulusan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di mana NGO atau organisasi bukan untung, boleh dipertimbangkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi cadangan Yang Berhormat Senator untuk pihak swasta turut bersama memainkan peranan dalam menyokong usaha PAWE ini amat disambut baik. Ini kerana usaha membawa kesejahteraan rakyat termasuklah warga emas tidak harus dipikul oleh kerajaan semata-mata. Kebersamaan ini akan membolehkan kita semua dapat membentuk persekitaran yang baik kepada warga emas khususnya dan komuniti secara amnya.

Cadangan Yang Berhormat ini akan kita teliti dan akan susuli sewajarnya dengan pihak Kementerian Kewangan dan LHDN untuk dibincangkan lanjutnya.

Cuma Yang Berhormat, kalau sekiranya itu ‘nak dipilih cara itu, korporat yang akan membantu bagi CSR, sila mohon dan bagi kita CC copy kah permohonan itu ataupun kelulusan daripada CSR: corporate sector itu. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Koh.

draft • 10:10 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, adakah kementerian menjalankan kajian dan perbandingan dengan negara lain yang juga menghadapi kadar penuaan yang semakin meningkat? Dan, sekiranya ada, apakah hasilnya? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Boleh saya ulang, itu adalah negara menua? Ah okey, terima kasih, takut tersalah dengar, salah jawab.

Ya Yang Berhormat, kita memang sentiasa telah menjalankan kajian itu dari awal lagi, kerjasama dengan pihak World Bank dan juga pihak-pihak yang lain yang menjalankan research yang sama dengan izin. Jadi sebab itu kita memang, pada masa ini kita ada beberapa definisi “negara tua” untuk negara kita terutama sekali kalau secara umumnya, Yang Berhormat. Definisi sebuah negara tua adalah 15 peratus daripada populasinya terdiri daripada warga emas dan ada negara lain mungkin berbeza, tapi kita sentiasa ada menggunakan perbezaan melalui penyelidikan. Terdapat juga perbezaan unjuran dengan izin, exact years, bilakah sesebuah negara itu mencapai status negara tua.

Sebagai contoh, pada masa ini KPWKM dalam pelaksanaannya, dasarnya kami menggunakan tafsiran warga emas berumur 60 tahun dan ke atas berdasarkan Dasar Warga Emas Negara, bermakna kita sudah ada research kita dengan izin, yang berpandukan definisi yang digunakan sebagai guna pakai semasa Second World Assembly on Ageing di Vienna pada tahun 1982.

Dasar ini digunakan dalam pelaksanaan inisiatif oleh KPWKM seperti bantuan warga emas, cara kita ‘nak memberi bantuan kita ‘nak benchmark negara lain juga dengan izin.

Manakala mungkin terdapat beberapa laporan atau kajian yang mungkin pernah dibaca oleh Yang Berhormat Senator yang menyatakan tahun yang berlainan bagi Malaysia mencapai status negara tua.

Senario ini mungkin disebabkan takrifan umur warga emas dalam kajian masing- masing iaitu ada yang menggunakan umur 60 tahun dan ada juga menggunakan 65 tahun.

Jadi walaupun takrifan umur yang digunakan, yang pasti cabaran negara menua dan negara tua adalah sama. So, kajian itu memang ada Yang Berhormat. Kita ‘tak— we cannot simply just gunakan apa yang kita suka, anyway dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput...

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Memandangkan Haji Hussin pun warga emas, jadi saya benarkanlah.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Itulah. Saya kalau tidak izin tadi, saya komplen, tapi semuanya akan jadi warga emas Datuk.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya hampir-hampir lagi.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Menteri, saya mengambil cabaran daripada yang disebut oleh Datuk Yang di-Pertua. Warga emas ini dilihat selepas umur 62, ramai di sini ‘dah berumur bermula dengan 60, tetapi masih menjadi Ahli Dewan Negara.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ingin melihat pada sudut positif Yang Berhormat Menteri, minta komen. Satu ialah warga emas yang warga emas biasa, is a layman. Satu warga emas ialah kalangan profesional yang sebenarnya dia warga emas, dia adalah berada di puncak kejayaan. Yang kurang padanya ialah keupayaan tenaga, sesetengah Datuk, ‘tak mesti semua. Ya, jadi kewangan dia di puncak, hubungan dia di puncak, profesional dia di puncak, segala-gala di puncak kecuali tenaganya yang berkurang.

Ada tidak ruang ataupun sudah dibuat oleh kementerian untuk mewujudkan PAWE profesional ini untuk menyumbangkan tenaga mereka kepada negara di bidang-bidang profesional mereka supaya mereka terurus. Sebab sebahagian besar sekarang ini yang pencen, bila masuk pencen dia, dia kerja pergi masjid, balik rumah rehat, pergi masjid dan dia membazirkan...

draft • 10:10 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jaga cucu.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Hah itu saya sebut tambahlah sebab diminta oleh Prof., jaga cucu. Jadi, akhirnya anak jadikan mak dan ayah sebagai penjaga anak dia pula. Ini pun satu benda yang tidak positif dan saya fikir, kalau diwujudkan PAWE profesional ini, satu medan baharu yang bakal mendapat aset istimewa daripada golongan profesional PAWE ini kepada kepentingan negara. Terima kasih, minta komen.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya terima kasih Yang Berhormat, very interesting question dengan izin. Sebenarnya itu terpulang kepada komuniti itu sendiri. Sebab ramai juga yang kami pergi melawat PAWE-PAWE tertentu di Putrajaya, ramai yang profesional, Tan Sri yang ada bekas KSU. Ada juga di tempat-tempat lain di mana mereka menggunakan kepakaran mereka untuk digunakan untuk memberi perkhidmatan di kawasan PAWE tersebut.

Kalau kita ‘nak wujudkan PAWE untuk profesional, itu bermakna kami ini masuk campur, ‘tak baik juga because kerana itu bergantung kepada komuniti itu sendiri. Jadi tiada masalah kalau ‘nak— kalau rakan-rakan Yang Berhormat ‘nak tubuhkan PAWE profesional, asalkan tidak mendiskriminasikan orang lain, takut ada yang komplen, itu terpulang.

Kita ‘tak ada masalah Yang Berhormat, sebab saya percaya tadi saya sebut PAWE berdasarkan lima dimensi. Kita ada penuaan positif, penuaan sihat, penuaan aktif, penuaan produktif, penuaan menyokong. Semuanya ini— sebab dalam Dewan Negara ini, saya suka pergi sini kerana saya dapat mendengar banyak soalan-soalan yang intelektual. Bukan bermakna kat sana ‘tak ada, bukan.

draft • 10:10 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sebab sana dia ada kawasan sendiri, banyaknya lebih kepada menumpukan kepada keperluan rakyat secara direct dengan izin, tapi di sini adanya profesor, ada macam-macam, jadi dia boleh apply dengan izin apa yang mereka tahu masa bekerja.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, kalau nak membina atau membuat, menubuhkan PAWE itu kita serahkan kepada komuniti yang berada dekat situ, Yang Berhormat. Memang ramai. Saya harap Yang Berhormat boleh memulakannyalah. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Kecik hati Ahli-ahli Dewan sebelah sana.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Speaker, itu bukan maksudnya. Maksudnya sini ‘tak ada kawasan, yang sana ada kawasan. Jadi dia lebih menumpu kepada masyarakat dia.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat. Baik, sekarang saya jemput Tuan Robert Lau.

draft • 10:10 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Robert Lau Hui Yew minta Perdana Menteri menyatakan, sekiranya kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan hari cuti am sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti negara.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pertama sekali adalah penting untuk kita menggariskan perbezaan antara jenis cuti iaitu cuti umum dan kelayakan cuti berbayar bagi pekerja.

Cuti Persekutuan diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Hari Kelepasan 1951 yakni adalah Akta 369 dan terpakai kepada semua negeri. Cuti negeri pula ditetapkan di bawah undang-undang negeri masing-masing, lazimnya melalui Enakmen Hari Kelepasan Am Negeri bagi negeri-negeri Semenanjung atau Ordinan Hari Kelepasan Am bagi Sabah dan Sarawak.

Secara relatifnya, kebanyakan negeri mempunyai 14 hari kelepasan am Persekutuan kecuali Sarawak, 13 hari sahaja iaitu dia tidak mengambil Deepavali lah ya. Jadi dari segi kelepasan am negeri, lazimnya negeri-negeri memperuntukkan antara empat hingga enam hari secara keseluruhan, majoriti negeri mencatat 18 hari jumlah terendah, manakala Sabah dan Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 20 hari. Selebihnya berada pada 19 hari.

Bagi sektor swasta, peruntukan cuti adalah di bawah Akta Kerja 1955 iaitu Akta 265 dan merujuk kepada seksyen 60D(1) akta ini, pekerja swasta berhak mendapat 11 hari kelepasan am berbayar dan mana-mana cuti yang diisytiharkan oleh kerajaan di bawah seksyen 8, Akta Kelepasan Am 1951 pada kadar upah biasa yang merangkumi lima hari wajib.

Lima hari wajib ini ‘tak boleh diganti iaitu Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri, Hari Pekerja dan terakhirnya Hari Malaysia.

Dan enam hari lagi boleh dipilih daripada mana hari kelepasan am yang lain.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Selain daripada itu, pekerja swasta juga berhak menerima cuti tahunan berbayar antara lapan hingga 16 hari setahun mengikut tempoh perkhidmatan.

Menjawab soalan utama, setakat ini kerajaan tiada sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan hari kelepasan am yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 iaitu Akta 369.

Keputusan ini adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan ekonomi dan juga kepentingan sosial, terutamanya kesihatan mental pekerja. Dalam masa yang sama, kerajaan berpandangan bahawa bilangan cuti bukanlah satu-satunya faktor penentu produktiviti. Analisis menunjukkan negara seperti India, Filipina, Jepun dan juga Thailand yang mempunyai bilangan cuti umum yang tinggi antara 16 hingga 25 hari masih kekal produktif.

Sebaliknya, kerajaan akan terus memfokuskan usaha peningkatan produktiviti melalui strategi yang lebih fundamental iaitu melalui peningkatan kecekapan operasi, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan juga penerapan teknologi dan pendigitalan berbanding mengambil jalan mudah untuk mengurangkan cuti rakyat.

Jadi dalam hal ini, kerajaan telah mengawal pertambahan cuti dengan menetapkan bahawa cuti am yang jatuh pada hari Sabtu tidak akan diganti. Satu keputusan yang telah pun dibuat oleh Jemaah Menteri sejak daripada tahun 2005 lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Terima kasih Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah sejak belakangan ini, cuti umum khas sering diumumkan pada masa yang sangat singkat. Contohnya, selepas kemenangan dalam acara sukan tertentu. Pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba ini menimbulkan pelbagai cabaran, termasuk peningkatan kos buruh.

Memandangkan bayaran pada hari kelepasan am, tiga kali ganda biasa serta kos pentadbiran tambahan.

Selain itu, mesyuarat kes mahkamah dan janji temu terpaksa dibatalkan atau dijadualkan semula, menyebabkan kos tambahan dan menyukarkan urusan penjagaan serta penyampaian perkhidmatan awam.

Soalan saya ialah, bolehkah Menteri menjelaskan garis panduan atau pertimbangan yang digunakan ketika mengisytiharkan cuti khas pada masa yang singkat dan sama ada

draft • 10:20 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

kerajaan akan meneliti semula amalan ini bagi mengurangkan gangguan serta kos yang tidak perlu kepada perniagaan dan perkhidmatan awam?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan sedar pengumuman cuti khas tambahan tadi itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kitaran ekonomi negara.

Ini adalah kerana pekerja perlu diberi cuti bergaji seperti Yang Berhormat sebut tadi ataupun sekiranya perlu hadir bekerja, majikan perlu pula membayar mengikut kadar hari kelepasan am sebagai mana diperuntukkan di bawah seksyen 60D(3) Akta 265. Maknanya, ada yang dua kali ganda, ada yang tiga kali ganda ya. Bergantung.

Jadi walau bagaimanapun, sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI ini selama tiga tahun Yang Berhormat, hanya satu hari sahaja cuti khas yang pernah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu tambahan pada 15 September 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia.

Jadi, itu pun adalah sebenarnya langkah penghargaanlah kepada rakyat dengan tujuan memberi ruang dan juga masa untuk rakyat meraikan Hari Malaysia serta memperkukuhkan perpaduan, semangat kebangsaan dan juga menghargai pembentukan Malaysia. Pada masa yang sama, cuti tambahan ini juga diharap dapat juga merancakkan ekonomi tempatan, secara tidak langsung melalui pergerakan domestik semasa cutilah.

Berbalik kepada pertanyaan tentang garis panduan tadi, Yang Berhormat. Setakat ini, belum ada perancangan seumpama itu. Jadi, Akta Hari Kelepasan 1951 iaitu Akta 369 seperti mana yang saya sebut tadi, membenarkan pengumuman cuti mengejut. Dipanggil “cuti mengejut” lah untuk— ataupun ada yang panggil “cuti peristiwa.” Dengan pertimbangan Menteri serta Menteri Besar dan juga Ketua Menteri, termasuklah Menteri Wilayah, boleh sebenarnya di bawah enakmen atau ordinan negeri.

Namun begitu, saya berpandangan adalah wajar supaya peruntukan ini digunakan ke atas peristiwa-peristiwa berkepentingan nasional yang mungkin juga benar-benar ada entiti sejarahnya kepada negara. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Datuk Anna Belle.

draft • 10:20 AM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Golden Week di Jepun menunjukkan bagaimana kluster cuti yang terancang boleh menjadi instrumen pelancongan domestik dan kesejahteraan keluarga. Menurut undang-undang cuti Jepun, ada dua mekanisme penting di bawah Act on National Holidays iaitu yang pertama,

draft • 10:20 AM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

cuti gantian jika cuti kebangsaan jatuh pada hari Ahad. Maka, hari kerja terdekat selepas itu yang bukan cuti, menjadi hari cuti.

Yang kedua, sandwich day. Jika cuti iaitu kalau ada hari diapit antara dua cuti kebangsaan, hari itu automatik menjadi hari cuti. Di Malaysia pula, cuti khas tambahan kadang-kadang diumumkan mengikut keadaan. Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan mengkaji satu kerangka cuti panjang terancang supaya rakyat dan industri boleh mengawal— boleh merancang awal? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Menarik soalan ini sebenarnya. Sebab bagi saya, soalan cuti ini kita nampak simple ya, tetapi macam tadi, soalan utama berkaitan dengan minta kurangkan cuti. Yang ini pula, minta panjangkan cuti.

[Ketawa] Jadi, untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, realitinya bila kita bercakap tentang cuti ini, dia perlu ada keseimbanganlah— bagi saya antara kepentingan yang berbeza.

Tentunya kalau kita lihat dari sudut ekonomi. Kadang-kadang musim cutinya, dia memberi kesan ekonomi kepada beberapa sektor yang lain. Contohnya, hospitaliti, hotel, rumah tumpangan dan sebagainya. Juga dari sudut pelancongan dan juga mungkin belanja runcit.

Ekonomi itu semakin rancak, tetapi pada masa yang sama, bukan semua rakyat pun suka cuti. Ada juga yang terlalu kerap cuti, dia pun ‘tak berapa selesa.

Jadi apa pun, cuti itu harusnya tidak mengganggulah urusan harian dan juga akses kepada perkhidmatan. Seperti contohnya, perkhidmatan akses kepada apa dipanggil— kaunter kerajaan. Jadi, kaunter kerajaan ini dia ada masalah juga kalau selalu tutup.

Perbankan dan kemudian klinik. Jadi, orang sakit ‘nak pergi klinik kesihatan kerajaan, tutup.

Itu pun kadang-kadang menjadi masalah bagi mereka yang tiada keupayaan untuk pergi ke klinik swasta, contohnya.

Berbalik kepada isu kluster cuti panjang ini Yang Berhormat. Setakat ini, kerajaan ‘tak ada lah perancangan berkenaan dengan perkara tersebut, sebagai mana Golden Week di Jepun itu, tetapi kita lihat sebenarnya, amalan rakyat di Malaysia ini memang selalu bercuti panjang. Dia ada sahaja kluster cuti panjang dia dan ini contohnya, kalau kita tengok Aidilfitri.

Dia adakan cuti dengan Chinese New Year. Jadi, dia panjangkan ataupun Gawai, Kaamatan dan sebagainya.

Jadi, kebiasaan rakyat di Malaysia ini, memang dia merancanglah cuti panjang dia.

Contohnya, kalau ada cuti sekolah, dia gabungkan dan sebagainya. Cuti rehat tahunan, digabungkan juga. Jadi, cuti itu ‘dah memang panjang. Jadi, saya kira buat masa ini, itulah kerajaan punya pendirian, bahawa kita tidak ada— orang kata, membuat apa-apa lagilah perancangan untuk mengkaji tentang cuti panjang ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Senator Tan Sri Low. Ini wakil majikan.

[Ketawa]

draft • 10:20 AM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Ya, terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Malaysia sekarang berada di kedudukan yang kedua tinggi di dunia dari segi jumlah hari cuti umum. Tak termasuk cuti khas negara dan cuti khas negeri apabila pasukan bola sepak mereka menjuarai kejohanan.

Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan menjalankan penilaian impak terhadap sektor PKS sebelum mengumumkan cuti yang tidak dijadualkan? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini, kita tidak ada membuat apa-apa penilaian impaklah ya. Cumanya kita— macam saya sebut tadi, kadang-kadang kita berikan cuti khas itu hanya untuk memberikan penghargaan kepada rakyat, seperti mana yang kita buat tahun inilah, untuk cuti tambahan kepada Hari Malaysia, tetapi dia ada pelbagai pandanganlah. Ada orang yang berpendapat bahawa cuti itu menyebabkan kita beri cuti kepada— khususnya, macam contoh penjawat awam atau pekerja kerja. Majikan bagi cuti, dia untuk memberi setakat— sekadar insentif kepada pekerja itu supaya mereka gembira dapat bersama keluarga dan sebagainya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Maknanya lebih dari sudut effectiveness-nya kepada mungkin kesihatan mental, kebahagiaan keluarga, ada lah kesan dia, tetapi saya rasa bagus juga kalau penilaian impak itu dilaksanakan supaya kita mendapat data yang lebih konkrit untuk kita melihat dan membuat kajian tentang pemberian cuti kepada rakyat ataupun kepada pekerja. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik sekarang saya jemput Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan tegas kerajaan terhadap organisasi Muslim Friendly Watch (MFW) yang telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim apabila memperkenalkan pengiktirafan Muslim Choice terhadap produk atau premis tertentu.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin Ahmad. Soalan ini sebenarnya memberikan ruang kepada kerajaan untuk memperjelaskan isu yang berbangkit.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya mohon menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Senator Yang Berhormat Tuan Haji Hussin bin Ismail di nombor 39 pada hari ini kerana turut menyentuh isu yang sama berkaitan tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan bagi istilah yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim.

Ingin dikongsikan bahawa sijil pengesahan halal Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

Kita telah mengiktiraf lebih 92 badan pensijilan halal di luar negara. Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, kerajaan memandang serius sebarang penggunaan istilah yang boleh mengelirukan pengguna dan bertegas bahawa penggunaan istilah seperti Muslim Choice atau seumpamanya yang diperkenalkan oleh mana-mana pihak termasuk Muslim Friendly Watch bukanlah sesuatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Penggunaan istilah ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah menetapkan dengan jelas bahawa hanya JAKIM dan majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri sahaja badan berkuasa yang diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal Malaysia serta memberi kebenaran penggunaan Logo Halal Malaysia. Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah atau ungkapan yang membawa maksud halal oleh mana-mana pihak selain pihak berkuasa yang dinamakan adalah tidak sah serta menyalahi peraturan.

Berhubung bagaimana kerajaan memastikan integriti sistem pensijilan halal negara kekal terpelihara, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan arahan supaya Pasukan Pemantau Mesra Muslim ataupun MFW menarik balik pengiktirafan Muslim Choice yang diberikan oleh pertubuhan itu sebelum ini.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri akan mengambil tindakan lanjut sekiranya pertubuhan berkenaan masih meneruskan aktiviti pengiktirafan tersebut. Ingin dikongsikan, pihak MFW telah membuat kenyataan media pada 5 November 2025 dengan menyatakan persetujuan untuk membubarkan pertubuhan tersebut mengikut Akta Pertubuhan 1966. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, saya difahamkan JAKIM telah bertemu dan menasihati organisasi MFW ini tahun lepas, tetapi mereka tetap meneruskan aktiviti mereka.

Jadi nampaknya kumpulan sebegini tidak takut selagi tidak ada tindakan undang- undang yang tegas oleh kerajaan. MFW ini walaupun sudah dibubarkan, tetapi adakah mereka dilepaskan begitu saja tanpa sebarang tindakan. Jadi saya menggesa...

[Tidak jelas] Mereka

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

didakwa di bawah kesalahan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Ini adalah akta yang pada pandangan saya paling utama dalam isu penyalahgunaan Logo Halal atau penggunaan label yang boleh mengelirukan pengguna. Dan apakah langkah pencegahan kerajaan untuk elakkan berulangnya kumpulan lain pula yang mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang diberikan— berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi isu-isu yang melibatkan perkara ini termasuk juga mencegah daripada ia nya berulang.

Kerajaan memandang serius isu penggunaan istilah ini. Sememangnya di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 serta dua perintah subsidiari: Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011; dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, JAKIM dan JAIN: Jabatan Agama Islam Negeri bekerjasama rapat bagi memastikan sebarang penyalahgunaan logo, sijil atau istilah halal dapat ditangani.

Jadi, ada beberapa langkah yang telah kita lakukan. Di antaranya adalah, menjalankan penguatkuasaan melalui Penolong Pengawal Perihal Dagangan yang dilantik daripada JAKIM dan JAIN. Kita juga menjalankan pemeriksaan halal berkala di premis makanan, pasar raya, hotel dan kilang dan sebagainya dan kita juga mengadakan operasi bersepadu: KPDN, JAKIM, JAIN dan memantau penggunaan Logo Halal di platform e-dagang dan juga kita melalui MyIPO meneliti permohonan cop dagangan yang mengandungi elemen berkaitan Islam dengan merujuk kepada kepakaran JAKIM bagi mengelakkan eksploitasi.

Dalam kes MFW ini, seperti mana yang saya kongsikan sebelum ini, setelah JAKIM mengeluarkan arahan supaya pasukan pemantau menarik balik pengiktirafan yang telah diberikan MFW ini, pihak Majlis Agama Islam Sabah telah bertindak menjalankan pemeriksaan terus ke atas premis-premis yang dikesan dan beberapa tindakan telah diambil serta mengeluarkan arahan serta merta kepada premis tersebut untuk menurunkan paparan logo atau sijil Muslim Choice dan menasihati mereka untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Dalam kes MFW ini, suka saya kongsikan adalah, pihak MFW dalam kenyataannya telah pun bersetuju untuk membubarkan pertubuhan tersebut mengikut Akta Pertubuhan.

Maka dengan itu, mereka telah pun tidak dapat meneruskan dan menghormati arahan yang telah diberikan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan, boleh?

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Dato’ Salehuddin.

draft • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Berkaitan dengan isu logo-logo halal ini, sebenarnya ia amat dekat juga dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri. Cuma adakah pihak kerajaan, pihak kementerian, Menteri Agama dan juga pihak-pihak yang terbabit boleh memikirkan tentang usaha bersepadu untuk menguar-uarkan kepada masyarakat di luar sana tentang apakah logo-logo yang sebenarnya yang tidak boleh digunakan untuk menjadikan orang-orang Islam tahu bahawa logo-logo ini bukan logo yang mengesahkan halal ataupun tidak, di sesuatu produk. Sebab kalau kita tak buat tindakan bersepadu, masyarakat di luar sana ‘tak tahu apakah yang dikatakan halal, logo macam mana dikatakan halal, logo mana yang dikatakan boleh juga diterima sebagai produk halal. Jadi itu mungkin tindakan bersepadu perlu dilakukan oleh pihak kementerian dan juga pihak MAIN, negeri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya perkara tersebut telah pun dilaksanakan. Kita melaksanakan hebahan dan komunikasi awam termasuk penjelasan mengenai logo-logo halal yang sah, istilah yang dibenarkan serta risiko penggunaan penandaan yang mengelirukan dan kita memang mengadakan, kerajaan mengadakan operasi bersepadu: KPDN, JAKIM, JAIN dan MAIN bagi menangani kes yang seumpamanya.

Malahan, ingin saya kongsikan juga di pihak JAKIM juga, kita ada apps yang boleh di mana memberikan pemakluman kepada— ataupun membolehkan pengguna untuk menyemak iaitu SmartHalal dan juga Verify Halal dan JAKIM juga telah menyiarkan dalam portal halal logo yang diiktiraf. Maknanya sekarang ini sudah ada maklumat tersebut. Namun kita perlu hebahkan dan juga memaklumkan lagi kepada segenap lapisan masyarakat. Namun begitu, boleh saya rumuskan di sini bahawa kerajaan sememangnya komited dan serius bagi memastikan bahawa halal Malaysia adalah halal yang terbaik: halalan toyyiban. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Tan Sri Low Kian Chuan.

draft • 10:30 AM

Tan Sri Dato' Low Kian Chuan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh mana pelaksanaan e-invois telah membantu mengatasi ketirisan hasil.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pelaksanaan inisiatif e-invois adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital. Perlaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

strategi Rancangan Malaysia Kedua Belas dan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas di mana fokus diberikan kepada pengukuhan infrastruktur perkhidmatan digital dan pendigitalan pentadbiran cukai.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Pelaksanaan e-invois pada masa ini masih di peringkat awal kerana kerajaan telah melaksanakan fasa tambahan iaitu fasa keempat yang akan bermula pada 1 Januari 2026 dan fasa kelima yang akan bermula pada 1 Julai 2026.

Selain itu kerajaan juga telah memberikan tempoh peralihan selama enam bulan bagi setiap fasa bagi membolehkan perniagaan mempunyai masa persediaan yang secukupnya bagi tujuan pengeluaran e-invois. Sebagai tambahan, kerajaan juga telah mengecualikan peniaga yang mempunyai nilai jualan di bawah RM500,000 daripada pengeluaran e-invois buat masa ini.

Berdasarkan kepada langkah-langkah yang ditetapkan kerajaan tersebut, keberkesanan inisiatif e-invois dalam meningkatkan pematuhan cukai akan dapat ditentukan setelah pelaksanaan mandatori sepenuhnya kelak. Pelaksanaan e-invois memberi pelbagai manfaat kepada peniaga, perniagaan iaitu dari segi meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan, mengurangkan proses manual dan kesilapan, memudahkan pengemukaan borang penyata cukai, mendigitalkan pelaporan percukaian dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Selepas setahun pelaksanaannya, e-invois kini berada di fasa ketiga yang melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan RM5 juta sehingga RM25 juta yang bermula pada 1 Julai tahun ini. Tahap penerimaan dan pematuhan pembayar cukai terhadap pelaksanaan e-invois adalah amat memuaskan. Ini dapat dilihat pada 26 November tahun ini seramai 108,579 pembayar cukai telah berjaya mengeluarkan sebanyak 742.5 juta e-invois. Daripada jumlah tersebut 64,346 pembayar cukai melaksanakan e-invois secara mandatori yang terdiri daripada 5,528 pembayar cukai bagi fasa pertama, 13,966 bagi fasa kedua dan 44,852 bagi fasa ketiga.

Selain itu lebih 44,233 pembayar cukai dari fasa keempat dan kelima telah melaksanakan e-invois secara sukarela. Berdasarkan maklumat pengemukaan e-invois tersebut Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengambil tindakan awal pematuhan terhadap pembayar cukai yang mempunyai risiko gagal melaporkan pendapatan. Seramai 5,800 pembayar cukai yang sebelum ini tidak patuh pengemukaan borang nyata cukai pendapatan telah tampil mengemukakan borang nyata cukai pendapatan dan melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran ke belakang sebanyak RM484 juta yang menyumbang kepada hasil cukai tambahan sebanyak RM82 juta.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Kerajaan akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan e-invois dalam membantu kecekapan operasi perniagaan dan pada masa yang sama meningkatkan pematuhan cukai seterusnya membantu kerajaan dalam menangani isu ekonomi bayangan bagi mengelakkan ketirisan hasil negara. Sekian terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Tan Sri Low.

draft • 10:40 AM

Tan Sri Dato' Low Kian Chuan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Soalan tambahan saya, apakah sektor atau kategori perniagaan yang dikenal pasti paling tinggi risiko ketirisan hasil? Dan bagaimana e-invois memberi kesan khususnya kepada sektor-sektor ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Kementerian Kewangan melalui LHDN sentiasa memastikan setiap pembayar cukai mematuhi perundangan percukaian yang telah ditetapkan bagi mengelakkan ketirisan hasil negara. Berdasarkan analisis pematuhan dan corak transaksi sektor yang dikenal pasti mempunyai risiko ketirisan hasil paling tinggi merangkumi sektor perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan profesional tertentu serta aktiviti perniagaan yang banyak berurusan secara tunai.

Sektor-sektor ini lazimnya mempunyai volum transaksi yang besar berbilang rantaian pembekal dan pengguna serta ruang manipulasi rekod jualan yang lebih tinggi jika tiada mekanisme pengesanan digital. Sejak pelaksanaan e-invois pada 1 Ogos 2024, sektor perdagangan borong dan runcit muncul sebagai penyumbang utama kepada sistem tersebut dengan merekodkan lebih 180 juta penghantaran e-invois. Ini bukan sahaja menunjukkan tahap pematuhan yang tinggi malah membuktikan keberkesanan e-invois dalam memperkukuh integriti ekosistem percukaian negara melalui rekod transaksi masa nyata: real time, pengurangan manipulasi e-invois serta penutupan ruang ketirisan hasil.

Pendekatan ini penting untuk memastikan hasil negara dipelihara supaya kerajaan terus mampu menyalurkan lebih banyak bantuan dan perkhidmatan sosial kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan PMKS yang benar-benar memerlukan sokongan berterusan dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar. Sekian terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato' Ng dulu, baru YB Tiew.

draft • 10:40 AM

Dato' Ng Keng Heng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya.

Memandangkan situasi ekonomi yang masih mencabar dan pelaksanaan e-invois yang telah menambah kos pematuhan serta beban operasi kepada para peniaga, khususnya dalam kalangan PMKS, apakah bantuan sokongan atau insentif yang telah dan akan disediakan oleh kerajaan bagi membantu PMKS menyesuaikan diri dengan keperluan baru ini tanpa menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Memang benar. Kita memang ada mendepani beberapa cabaran. Sebagai usaha berterusan, kerajaan dalam membantu peniaga terutamanya PMKS dalam memastikan pelaksanaan e-invois tidak akan menjadi beban tambahan kita memang telah menyediakan kemudahan teknologi seperti kemudahan portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantar e-invois kepada LHDN.

Selain daripada itu ada aplikasi MyInvois iaitu satu platform yang mudah alih yang bagi memudahkan pelaksanaan e-invois di telefon pintar. Aplikasi ini juga disediakan secara percuma. Juga satu sistem yang dinamakan sistem MyInvois e-POS iaitu satu platform digital point of sales yang disediakan secara percuma juga oleh LHDN bagi membolehkan penjual yang layak untuk mengeluarkan e-invois secara langsung semasa transaksi dengan pembeli atau pembeli boleh meminta e-invois daripada penjual selepas transaksi itu selesai.

Bagi PMKS yang berkeupayaan dari segi kewangan, mereka mempunyai pilihan untuk membangunkan sistem sendiri atau menggunakan perkhidmatan pembekal teknologi. Namun anggaran kos yang perlu ditanggung oleh peniaga adalah bergantung kepada proses perniagaan dan apakah sistem yang mereka ambil. Jadi untuk ini kerajaan telah menyediakan insentif cukai kepada mereka yang melakukan perbelanjaan atas membekalkan sistem sendiri iaitu satu adalah tempoh tuntutan elaun modal dikurangkan daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi perbelanjaan pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer mulai tahun taksiran 2024. Juga ada potongan cukai sebanyak sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung oleh PMKS mulai tahun taksiran 2024 sehingga 2027.

Seperti yang saya selalu tegaskan kerajaan akan terus komited untuk membantu semua peniaga terutamanya PMKS sepanjang tempoh peralihan dan pelaksanaan e-invois. Sesi libat urus, aktiviti pendidikan dan hand holding programme dengan izin, adalah diberikan oleh LHDN secara percuma juga akan diteruskan, akan dipergiatkan di seluruh negara. PMKS yang jika tidak dapat program ini— tidak dapat menikmati program ini mereka digalakkan pergi ke mana-mana pejabat LHDN dan di sana kita ada pegawai yang sedia menolong. Sekian terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Tew masih lagi ‘nak tanya? Tadi penjelasan panjang lebar itu.

draft • 10:40 AM

Puan Tiew Way Keng

Hanya satu sahaja.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh. Okey.

draft • 10:40 AM

Puan Tiew Way Keng

Sejauh mana kah keberkesanan bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada golongan PMKS sahaja. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Kita masih lagi sebab bagi PMKS terutamanya untuk fasa keempat jadi di sini kita belum dapat—kita tak ada facts yang definite sebab kita masih dalam proses melaksanakan— ada lagi fasa keempat dan kelima.

draft • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Mungkin selepas semua melaksanakan kita akan dapat figure atau data yang lebih terperinci. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, Tuan Shahrol Wizan bin Sulung.

draft • 10:50 AM

Tuan Shahrol Wizan bin Sulung

*A’uzubillahi minas-syaiton nirrajim.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Shahrol Wizan bin Sulong minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk mengembangkan model sekolah komuniti yang berteraskan keterkaitan dan keterangkuman budaya, mesra rimba, serta memberi latihan khusus kepada guru agar pendekatan pembelajaran lebih selaras dengan latar kehidupan dan budaya masyarakat orang asli.

draft • 10:50 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Tuan Speaker.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebenarnya soalan ini adalah soalan kegemaran saya Datuk Speaker, dan sangat penting untuk saya menjawab soalan ini kerana menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan dan termasuk Kementerian Pendidikan sangat komited bila kita bercakap tentang soal pendidikan anak orang asli.

Jadi, bagi melihat secara keseluruhan berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, kompetensi guru yang dapat beradaptasi dan memahami budaya orang asli sangat penting. Bagi tujuan ini, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis telah diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Orang Asli.

IPG ini juga berperanan menyediakan latihan kursus pedagogi yang sesuai dengan konteks PdP murid orang asli. Sebagai sokongan pedagogi kepada guru, program pembangunan, profesionalisme berterusan dilaksanakan di kampus ini bagi guru-guru sekolah orang asli supaya pedagogi responsif budaya dan keterangkuman elemen mesra rimba diterapkan dalam PdP.

Tuan Yang di-Pertua, IPG ini juga sangat terkenal dengan inovasi yang terkait rapat dengan pedagogi rimba ataupun yang disebut sebagai naturegogy. Jadi, ini semua terkait dengan elemen keterangkuman budaya dan isu-isu yang terkait dengan perkembangan dan pembangunan orang asli ini.

Selain itu, laluan khas pengambilan guru orang asli turut diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah guru dalam kalangan komuniti orang asli. Sehingga kini seramai 538 orang guru orang asli berkhidmat di sekolah seluruh negara. Mesej ini penting Yang

draft • 10:50 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Berhormat. Mesej yang mesti disampaikan kepada masyarakat adalah komitmen kita menyediakan laluan khas, IPG khas untuk melahirkan guru-guru yang menguasai pedagogi rimba ini untuk kembali dalam masyarakat orang asli dan seterusnya melakukan pembangunan pendidikan dalam orang asli.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Program Sekolah Model Khas Komprehensif K11 yang menawarkan pendidikan selama 11 tahun bermula daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam premis dan pentadbiran yang sama. Ini bagi memastikan bahawa isu keciciran di kalangan anak orang asli dapat kita tangani. Begitu juga dengan melihat kepada keperluan dan komitmen ketika ini, keperluan prasekolah untuk anak-anak orang asli juga diberikan tumpuan.

Pada masa ini, Program Sekolah K11 dilaksanakan di lima buah sekolah di Perak, Selangor, Pahang dan Sarawak. Sebagai contoh, Program Sekolah K11 di Sekolah Kebangsaan RPS Kemar dan SMK RPS Betau telah berjaya membawa akses pendidikan kepada komuniti di kawasan berkenaan.

Selanjutnya Yang Berhormat, perluasan Program Sekolah K11 pada tahun 2026 akan melibatkan tiga buah sekolah orang asli di Sekolah Kebangsaan Jernang, Sungkai, Perak; Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang; dan Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Jelebu, Negeri Sembilan.

Keseluruhan Program K11 ini, impaknya sangat besar, Yang Berhormat, kerana antara lain mengurangkan keciciran murid dalam kalangan orang asli dan sehingga bulan November 2025, kadar transisi yang paling kita risau daripada Tahun 6 ke Tingkatan 1 telah pun meningkat. Jadi, daripada 89 peratus pada tahun 2023, kini meningkat kepada 94.7 peratus bagi tahun 2025.

Selain daripada itu, kita ada program-program lain termasuk Program Jom Belajar, Program Khas Murid Orang Asli, Chup Badui Sikulah dan ini semua adalah program-program untuk menarik perhatian mereka untuk masuk ke sekolah dan seramai 299 kanak-kanak orang asli dalam Program Chup Badui Sikulah ini telah berjaya dipujuk untuk bersekolah.

Terkini, Datuk Speaker, kita telah pun melaksanakan satu lagi inisiatif inovatif melalui Program Khas Pendidikan Manusiawi (ProKhas) yang dirangka untuk mengatasi cabaran besar sekiranya terdapat cabaran pengangkutan, demografi, kemudahan asas dan ini inisiatif yang terkini iaitu Program Sekolah Terapung Tasik Banding di Gerik, Perak yang menggunakan rumah rakit: houseboat sebagai ruang pembelajaran mudah alih yang menyelesaikan isu logistik komuniti berkenaan. Pendekatan ini melibatkan tenaga pengajar dari komuniti setempat dan menekankan pembelajaran terbeza selaras dengan konteks dan kohort umur murid di kawasan tersebut.

draft • 10:50 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Selain daripada itu, Yang Berhormat, komitmen terhadap budaya turut diperkukuh melalui pemerkasaan mata pelajaran bahasa Semai yang kini ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan di peringkat rendah dan menengah rendah serta sebagai mata pelajaran elektif di bawah kategori bahasa bagi peringkat menengah atas.

Akhir sekali, sokongan komuniti dipertingkat melalui Program Kelas Dewasa, Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi atau KEDAP yang telah melibatkan 2,048 ibu bapa di 84 buah sekolah pada tahun 2025.

Datuk Speaker, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa komitmen kita untuk pembangunan pendidikan orang asli ini sangat berfokus dan kita bersedia untuk menyediakan khususnya melalui Program ProKhas ini. Maknanya program yang melihat kepada keadaan tertentu dan cabaran tertentu di tempat-tempat tersebut yang memerlukan intervensi bagi memastikan mereka mendapat pendidikan.

Jadi, tidak ada yang terpinggir, insya-Allah dan kita akan pastikan khususnya di IPG Afzan ini menjadi peneraju kepada pedagogi rimba yang memastikan bahawa soal-soal elemen budaya, soal tradisi, soal jati diri mereka terpelihara dan juga kekuatan guru-guru kita untuk kembali dalam komuniti orang asli untuk terus berkhidmat dengan nyala rasa guru mereka. Terima kasih, Datuk Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan, Tuan Shahrol.

draft • 10:50 AM

Tuan Shahrol Wizan bin Sulung

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa IPG di Lipis memang cukup terkenal. Malah, untuk makluman warga Dewan, UNESCO juga turut mengiktiraf peranan pusat ini.

Soalan saya ialah sejauh mana pandangan Yang Berhormat bahawa perlunya pusat ini diperkasakan dengan mengadakan kompleks pusat kecemerlangan yang lengkap selaras dengan maksud pemerkasaan tersebut seperti dari segi menyediakan makmal penyelidikan, peruntukannya bagi kuliah dan sebagainya? Sekian.

draft • 10:50 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Speaker, sebagaimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat sebentar tadi, antara lain adalah kerana pusat ini telah pun diiktiraf oleh UNESCO.

Yang Berhormat, kerana kita Malaysia telah pun menang sebagai Executive Board UNESCO, saya ingat ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita ambil dan terus memperkasa institusi ini. Kita menang bukan sedikit, Yang Berhormat; kita menang paling tinggi undi. Jadi, ini peluang yang sangat baik khususnya meningkatkan kepercayaan dan keyakinan antarabangsa melihat bagaimana Malaysia menguruskan isu-isu pendidikan orang asli melalui acuan kita sendiri.

draft • 10:50 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang kedua, Yang Berhormat, saya sudah sebut sebentar tadi bahawa IPG Kampus Tengku Afzan ini telah pun diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Orang Asli. Ini adalah peluang menunjukkan bahawa kebitaraan kita wujud di dalam sistem pendidikan kita sendiri untuk melatih guru-guru kita melalui pusat kecemerlangan kita sendiri.

Yang ketiga, modul-modul inovasi yang telah dilahirkan oleh IPG ini memberikan kesan langsung kepada pemeliharaan, keterangkuman elemen dan budaya dan seterusnya mempertahankan hak-hak yang terkait rapat dengan orang asli ini khususnya dalam pendidikan ini. Sebab itu saya sebut tadi, melahirkan dalam konteks modul yang sangat penting, terkait rapat dengan mesra rimba yang kita juga sebut sebagai pedagogi rimba ini adalah satu inovasi yang sangat penting supaya kita tidak terlepas daripada soal-soal yang terkait rapat dengan kepentingan melihat pendidikan ini dalam konteks masyarakat ini.

Keperluan mereka untuk berada terus dan terus diberikan perhatian dalam soal pendidikan.

Jadi, saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat kerana terus memberikan sokongan kepada KPM khususnya melihat kepada keperluan pendidikan anak-anak orang asli ini. Terima kasih Datuk Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kerana ini berkenaan dengan orang asli, jadi saya terpaksa bagi laluan kepada Tuan Manolan.

draft • 10:50 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Di Sabah pun ada orang asal, Datuk Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Bagi Manolan dulu.

draft • 10:50 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Pendidikan sangat penting untuk orang asli. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas juga kepada Menteri— Kementerian Pendidikan, Menteri khususnya kerana mengadakan sekolah terapung di Tasik Banding.

Dan seperti yang dimaklumkan tadi, pada tahun hadapan, akan ada tiga lagi sekolah K11 ini. Dan seperti yang kita sedia maklum, K11 ini pelajar akan bersekolah di sekolah yang sama. Maka itu, soalan saya adalah, berkenaan dengan apakah kualiti dan juga sistem pelajaran dengan kemudahan itu lengkap untuk menyediakan satu sekolah menengah di sekolah yang sama ini supaya sistem pendidikan itu sama dengan sekolah-sekolah yang lain?

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang melihat bagaimana persiapan KPM melaksanakan program K11 yang akan datang.

draft • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Datuk Speaker, pengalaman kita melaksanakan K11 ini sebenarnya mengambil kira banyak aspek. Persiapan dari segi pentadbiran, maknanya dari segi pengetua, guru besar, pentadbiran yang menguruskan sekolah ini dan termasuk keperluan guru. Kerana kita tahu sekolah ini akan berterusan di premis yang sama dan ada sekolah yang mula lebih awal, ada prasekolah, ada sekolah yang disiapkan dengan asrama, Datuk Speaker.

Jadi semua konteks ini mesti diberikan perhatian terlebih dahulu dan persiapan kita setakat ini alhamdullilah dengan pengalaman kita yang telah pun membuat peluasan K11 dan K9 ini, kita melihat keperluan-keperluan ini sentiasa menjadi keutamaan dan setakat ini Yang Berhormat, saya memberikan jaminan bahawa persiapan kita cukup kemas untuk memastikan soal-soal yang terkait rapat dengan pentadbiran, infrastruktur juga diberikan perhatian. Terima kasih Datuk Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Datuk Edward ‘tak nak tanya pasal soalan orang asal, di Sabah nama istilah dia pakai “asal”, bukan “asli.”

draft • 11:00 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Asal.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Asal. Baik. Saya pun nak dengar.

draft • 11:00 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri sempat melawat kami di PRU Sabah baru-baru ini.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Oh.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Speaker, sedikit pertanyaan kepada Menteri, sama ada kementerian ada perancangan untuk memperluaskan modal sekolah komuniti berasaskan budaya sebagaimana inisiatif sekolah adat di Sabah yang mengintegrasikan bahasa ibunda dan identiti suku serta melatih guru daripada komuniti setempat memandangkan sekolah adat di Sabah masih menunggu peruntukan kerajaan dan kadar keciciran murid peribumi kekal tinggal di kawasan pedalaman. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih. Datuk Speaker, ini lagi satu aspek yang saya fikir saya berikan tumpuan dan komitmen 100 peratus untuk memastikan isu-isu ini dapat kita atasi khususnya di Sabah dan Sarawak. Saya bagi contoh Yang Berhormat, kami ke Serudung Laut dan melihat bahawa ada komuniti terpinggir, terdapat kanak-kanak yang dikumpulkan dan hanya menerima pendidikan yang sekadarnya. Tidak ada sekolah, tidak ada bangunan, tidak ada infrastruktur yang sesuai, tetapi JPN Negeri Sabah telah mengambil inisiatif untuk membuka, yang itu saya sebut tadi— ProKhas tadi, ini adalah komitmen kita tentang pendidikan manusiawi, maknanya kita laksanakan program khas ini untuk menangani isu-isu ini.

Saya fikir Yang Berhormat, untuk sekolah adat itu, kita boleh lihat dan KPM bersedia untuk meneliti, melihat keseluruhan keperluan-keperluan itu dan kita boleh masukkan dalam

draft • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

program ProKhas ini. Sebagai contoh Yang Berhormat, kita juga sedang melihat dan juga sudah pun bercadang terdapat 200 orang kanak-kanak Penan di Daerah Belaga yang akan mengikuti konsep program sekolah bergerak: mobile school yang akan dikendalikan oleh guru-guru Penan sendiri berteraskan budaya tempatan.

Jadi, ini bukan perkara asing Yang Berhormat untuk KPM, untuk melaksanakan, melihat daripada keperluan, tempatan, adat, kaum dan juga apa keperluan pendidikan yang mesti kita selesaikan bagi memastikan tiada anak-anak yang terpinggir. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Datuk Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Tahniah juga kepada Kementerian Pendidikan kerana telah berjaya mendapatkan Kerusi di UNESCO ya?

draft • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ah, ya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Tahniah atas usaha keras daripada Duta Besar kita dekat UNESCO yang telah berjaya untuk melobi Malaysia menjadi jawatankuasa— paling tinggi undi?

draft • 11:00 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Paling tinggi undi. Baik. Tahniah.

Sekarang saya jemput Tuan Musoddak bin Ahmad.

draft • 11:00 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Senator Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, langkah kerajaan menangani isu lambakan graduan dengan memperkukuh nilai graduan, memperkasa TVET serta menyeimbangkan hala tuju pendidikan tinggi mengikut keperluan industri semasa.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Kementerian Pengajian Tinggi pula. Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Zambry kerana pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara kita pada hari ini.

draft • 11:00 AM

[Dewan tepuk]

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Jangan malu-malu.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya kena well behave bila menjawab di depan Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan Senator Tuan Musoddak.

Berdasarkan kepada data rasmi daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, kadar bekerja graduan baharu Warganegara Malaysia di universiti awam, politeknik dan juga kolej komuniti pada tahun 2024 adalah seperti berikut.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bagi universiti awam, kadar bekerja graduan adalah sebanyak 94.9 peratus. Jadi kalau kita nak bundarkan terus jadi 95 peratus iaitu seramai 99,503 pelajar dan yang belum yang bekerja adalah sebanyak 5.1 peratus iaitu seramai 5,343 pelajar. Manakala, di politeknik, kadar bekerja graduan adalah sebanyak 98.8 peratus iaitu seramai 16,250 pelajar dan yang belum bekerja adalah 1.2 peratus sahaja iaitu 199 pelajar. Manakala bagi kolej komuniti, kadar bekerja graduan ialah seramai 98.8 iaitu seramai 4,584 pelajar dan yang belum bekerja adalah seramai sebanyak 1.2 peratus iaitu 55 pelajar.

Dalam hal ini, ingin saya maklumkan bahawa KPT tetap komited dengan usaha berterusan kita bagi memastikan isu-isu yang melibatkan graduan ini ditangani melalui pendekatan yang menyeluruh iaitu dengan memberikan penekanan kepada soal pembangunan bakat, keperluan industri dan juga pertumbuhan ekonomi negara.

Fokus juga turut diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan nilai graduan iaitu— dan ini termasuklah memperkukuhkan ekosistem TVET serta memastikan hala tuju pendidikan tinggi negara sejajar dengan permintaan pasaran semasa.

Bagi tujuan ini, kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti berikut iaitu yang pertama, pelaksanaan program latihan, kemahiran dan peningkatan kemahiran seperti program Intervensi Kebolehpasaran Graduan dan juga program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi kepada pelajar tahun akhir pengajian atau graduan universiti bertujuan untuk memberi nilai tambah serta peluang kepada graduan untuk meningkatkan kemahiran atau upskilling dan membolehkan kemahiran baharu reskilling. Jadi, program ini adalah, merupakan program jangka pendek yang akan menambahkan nilai kepada pengetahuan dan kemahiran graduan kita.

Yang kedua, kita juga memperkenalkan inisiatif apa yang dipanggil sebagai Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape iaitu atau EXCEL iaitu ini merupakan satu lagi kerangka perubahan atau transformasi dalam program akademik yang kita anjurkan iaitu dengan mengintegrasikan elemen industri, komuniti, penyelidikan dan fleksibiliti. Ini berkaitan dengan program-program yang kita anggap sebagai untuk pointer kita lakukan program-program yang bersifat personalised kepada graduan-graduan yang akan keluar nanti.

Yang ketiga, iaitu program pengukuhan kerjasama dengan industri menerusi pemeteraian memorandum persefahaman bagi memastikan institusi dan kemahiran graduan selari dengan keperluan perkembangan industri.

Sebagai contoh, kita ada program yang kita sebut sebagai work-based learning iaitu satu proses pembelajaran dengan secara langsung, kita juga meletakan pelajar-pelajar ini di industri-industri besar dan dalam sebagai contoh, kerjasama KPT dengan pihak industri seperti

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

syarikat Intel, Infineon, Nvidia Corporation, Huawei, Sky Global Apprenticeship Program dan Turkish Aerospace Industries di Ankara, Turkiye.

Dan yang keempat, kita juga mempunyai program yang kita namakan sebagai Memperkasa Kerjasama Strategik IPT dan Industri dan ini termasuklah program yang kita sediakan satu platform seperti Majlis Pekerjaan Negara dan Majlis TVET Negara untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan padanan, isu-isu ketidakpadanan antara bidang dan juga pekerjaannya dan kita telah melakukan beberapa langkah iaitu antara lain dengan mengadakan program Government-Industry TVET Collaboration Body dan ini bagi mewujudkan hubungan yang mantap antara IPT dan juga pihak industri., Dan, ini diperkukuhkan dengan pelbagai program termasuklah sebagai contoh program Industry at University, CEO@Faculty, Employability Advisory Committee dan Industry Advisor Council dengan izin, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang akhirnya juga melibatkan program-program pengukuhan kita bagi meningkatkan agenda keusahawanan di kalangan mahasiswa-mahasiswi kita. Ini melalui pelan tindakan keusahawanan yang dilakukan di peringkat kementerian melalui institusi-institusi, khususnya yang melibatkan universiti-universiti dan politeknik. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Tuan Musoddak.

draft • 11:10 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab secara panjang lebar dan sebahagian soalan tambahan pun ada ‘dah jawapan tadi. Walau bagaimanapun, saya teruskan juga kerana laporan daripada Khazanah Research Institute dan MBOT: Malaysia Board of Technologists menunjukkan suatu masalah dalam pembangunan bakat teknologi dan teknikal negara. Graduan masih belajar dalam kursus lama yang tidak selari dengan industri baharu. Peluang TVET peringkat tinggi masih terhad, padanan kerja tidak berkesan dan semakin ramai bakat terbaik Malaysia berhijrah kerana tiada peluang yang sepadan dalam negara. Situasi ini telah memberi gambaran bahawa ekosistem pendidikan, industri dan pengiktirafan profesional kita masih belum mampu menyokong keperluan ekonomi masa depan.

Jadi, apakah langkah strategik yang akan diambil kerajaan untuk memastikan kursus TVET benar-benar menepati keperluan industri baharu, memperkukuh padanan kerja dan menangani masalah penghijrahan bakat muda supaya Malaysia tidak terus kehilangan tenaga mahir yang sepatutnya membangunkan teknologi negara? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang baik itu, iaitu ini adalah merupakan persoalan yang sering kali kita bincangkan apabila melibatkan soal talent dan juga apa yang diistilahkan sebagai brain drain

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

problem yang sering kali berlaku iaitu kita mempunyai bakat-bakat yang baik, tetapi berlakunya penghijrahan, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu melihat secara keseluruhannya, sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Antara isunya, kononnya kursus-kursus yang ditawarkan itu agak lapuk ataupun sudah ketinggalan. Yang ini kita perlu mengambil juga perhatian, tapi kita ada profesor-profesor di sini. Kita tahu dari segi amalan di universiti kononnya— baru-baru ini kita dengar kononnya komen, sebab itu ada kursus-kursus lelong iaitu ‘dah kursus yang ‘tak boleh— bagaimanapun, kita bagi juga kepada pelajar-pelajar.

Amalan universiti, kebiasaannya dia tidak melakukan orang kata— kursus yang ‘tak laku pun kita buat juga ya. Kerana setiap tiga ke lima tahun, universiti-universiti akan merangka balik, melihat semula, review dalam bahasa akademiknya iaitu melihat dari segi keperluan-keperluan kursus-kursus yang ditawarkan. Sama ada kursus itu masih lagi relevan ataupun tidak dan sering kali ianya dilakukan.

Dalam hal ini, apabila kita berada dalam keadaan dunia yang baharu ini, atau yang dipanggil sebagai perubahan yang disebut sebagai— daripada hands on kepada minds on iaitu selama ini kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran sebagai contoh, terlalu ditumpukan kepada hal-hal yang betul-betul yang berkemahiran, yang memerlukan kepakaran tangan dan sebagainya, skil dan lain-lain, tapi pada hari ini, seperti yang kita sebutkan dalam dunia digital, transformasi yang berlaku di hadapan kita, tentunya kita memerlukan beberapa pendekatan baharu dalam kita mengemukakan kokurikulum- kokurikulum baharu di universiti-universiti.

Sebagai contoh, saya ambil contoh yang untuk pengetahuan Yang Berhormat. Hatta, kalau kita bercakap dalam soal-soal yang dikatakan mempunyai pasaran yang baik iaitu dalam bidang E&E ataupun dalam bidang engineering ya, dan engineering ini pun, kita dulu— kita mempunyai pemahaman bahawa kursus-kursus yang berkaitan dengan civil engineering ya ataupun electrical engineering, tapi sekarang ini perkembangan yang berlaku di luar sana iaitu mereka bukan hanya lagi— tidak lagi memisahkan orang kata, semata-mata kursus engineering itu kalau sivil, sivil; electrical, electrical saja. ‘Tak ada dah.

Sekarang ini apa yang sedang dilakukan, perubahan yang berlaku di hadapan kita ialah di mana dipanggil integrated engineering. Dia juga melibatkan disiplin-disiplin yang lain dimasukkan dalam bidang-bidang. Ini merupakan satu perubahan-perubahan yang dianggap sebagai perubahan yang sangat transformatif dalam dunia pendidikan pada hari ini. Bukan hanya melibatkan Malaysia, tetapi juga melibatkan di seluruh dunia.

Dan itulah yang sedang kita lakukan. Dan insya-Allah, dengan Pelan Pendidikan Tinggi Nasional 2025 atau 2026-2035 ini akan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

yang saya sebutkan tadi iaitu perubahan, bukan hanya semata-mata dalam konteks hands on kepada minds on ini. Jadi, kita harap dengan adanya Pelan Pendidikan Tinggi Nasional ini, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian akan memberi dukungan yang baik bagi kita melaksanakan agenda ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan juga? Okey Prof.

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tuan Speaker dan Yang Berhormat Menteri. Bila dengar Menteri menjelaskan tadi, oh very impressive.

[Ketawa] Tetapi Yang Berhormat Menteri ya, apa yang diperkatakan tadi, saya ingin melihat ia sebagai satu realiti on the ground ya. Sebab kadang-kadang dia tidak digambarkan apa yang berlaku.

Sebagai contoh, disebutkan tadi bahawa kadar keboleh pasaran 95 peratus, tetapi pada hari ini, kita dapat melihat bahawa terdapat dalam kalangan mahasiswa ataupun graduan khususnya, terutama pada waktu ini, ribuan Datuk Speaker ya. Semua universiti sedang konvo sekarang ini. Ribuan akan keluar. Dan kalau kita lihat, walaupun mereka merupakan lulusan pada bidang tertentu, tetapi akhirnya, mereka menceburi bidang lain. Sebagai contoh, buat engineering, tetapi menjadi pemandu Grab, sebagai contoh. Sebab kenapa jadi begitu?

Sebab pemandu Grab itu mungkin dapat pendapatan lebih, kalau dibandingkan dalam bidang kejuruteraan, di mana mereka ditawarkan kerja tertentu. Baik.

Soalan saya Datuk Speaker, sejauh mana KPT membuat satu perancangan supaya jumlah graduan yang dihasilkan dalam bidang-bidang tertentu itu menepati keperluan pasaran supaya tidak berlaku lambakan pada bidang-bidang tertentu? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik. Ini yang saya— Terima kasih profesor: prof.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan yang membuat quality question. Terima kasihlah soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan dalam Dewan ini. Agak baik sekali. Baik.

Kita— sepertimana yang kita sedia maklum, yang disebutkan tadi keboleh pasaran.

Itu satu. Yang sering kali kita bincangkan ialah berkaitan dengan apa yang disebutkan sebagai mismatch. Mereka mungkin bekerja, tetapi sebenarnya dalam konteks kita, kita membuat penilaian dalam tempoh enam bulan itu, bidang pekerjaan mereka, dapat atau tidak. Pertama.

Yang keduanya, yang isu yang sering kali kita bahaskan ialah soal mismatch ini, Datuk Yang di-Pertua. Inilah yang perlu kita berikan keutamaan dan itu yang kita juga lakukan— yang sedang kita lakukan dalam konteks polisi baharu, dasar baharu yang sedang kita buat.

Antara lain, termasuk kita— apa yang kita panggil, bagaimana kita ‘nak membina bridging skills, reframing skills. Ini istilah-istilah yang digunakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Maknanya, dia mungkin keluar dalam bidang Humanities, dalam bidang Social Science. Yang sering kali dibahaskan ialah apa akan berlaku kepada mereka yang pergi belajar dalam bidang-bidang Social Science ini? Kononnya, tidak ada nilai pasarannya.

Sebenarnya tidak. Sebab itu kita kena reframing balik ya, dengan izin. Istilah itu digunakan iaitu apakah keperluan-keperluan skil yang diperlukan bagi seorang pelajar dalam bidang Humanities? Sebagai contoh, kemanusiaan. Ini termasuklah sebagai contoh. Dia ada keperluan-keperluan dalam pasaran.

Jadi, bagaimana kita ‘nak membina skil-skil yang terlibat di dalam bidang yang sebagai bidang tambahan kepada dia supaya apabila dia keluar nanti, dia telah pun mempunyai skil- skil itu. Ini termasuklah research skills, writing skills, communication skills. Ini antara yang sangat diperlukan. Walaupun kita bercakap tentang soal kita ‘nak buat program-program STEM yang berkaitan dengan teknologi, tetapi kita kena ingat, dalam dunia pendidikan pada hari ini, sudah pun berubah. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini dalam Dewan iaitu kalau kita membicarakan kursus-kursus yang berkaitan dengan teknikal juga, ingat, kalau dulu daripada STEM yang berkaitan Science, Technology, Engineering dan Mathematics, sekarang ini ‘dah berubah. Di dalamnya perlu dimasukkan satu lagi elemen yang dipanggil sebagai art atau dia jadi from STEM, jadi STEAM. Jangan Yang Berhormat S-T-E-A-M.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Daripada S-T-E-M.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Pembetulan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, Datuk Yang di-Pertua. From S-T- E-M kepada S-T-E-AM iaitu “A” itu. Walaupun dia ambil dalam bidang Engineering, Science dan sebagainya, tetapi ada satu elemen lagi yang dia kena ambil juga iaitu art dan ini berlaku di seluruh dunia ya, dan art. Sebab bagi mengimbangkan manusia itu bahawa dia bukan hanya keluar nanti menjadi manusia yang bersifat teknikal, dia jalan tegak saja dalam bidang itu. Oleh kerana dia saintis, dia ‘tak fikir benda lain, tetapi dalam dunia yang baharu ini untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan sekalian ialah dari segi sistem pendidikan, ia sangat-sangat berbeza. Sebagai contoh, saya ambil adaptive and transferable skills. Ini adaptive. Bagaimana mereka menjadi manusia yang lebih seimbang dan melihat dunianya lebih baik lagi.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, skil-skil inilah yang sedang kita masukkan dalam konteks work-based learning yang kita lakukan di universiti-universiti pada hari ini. Maknanya, di tahun akhir sebelum dia keluar, dia kita galakkan dia untuk ambil program-program untuk mempersiapkan dia dengan skil-skil kemahiran yang diperlukan oleh pasaran yang berkenaan. Saya kira saya menjawab soalan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Macam, macam pensyarah jadi Menterilah akhirnya.

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jawab profesor.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau ‘tak ada soalan tambahan saya jemput Senator Datuk Bobbey bin Suan.

draft • 11:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:20 AM

7. Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah kejayaan utama yang dicapai oleh Malaysia dalam Mesyuarat ASEAN 2025 dari segi dasar, kerjasama ekonomi, keselamatan serantau dan perpaduan ASEAN.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Bin Suan atas pertanyaan yang dikemukakan.

Saya memohon untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan- pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Jufitri bin Joha bertarikh 9 Disember 2025; dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa bertarikh 16 Disember 2025 yang bertanyakan mengenai perkara yang sama.

Datuk Yang di-Pertua, sepanjang hampir setahun Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, pelbagai kejayaan penting telah berjaya dicapai di bawah pimpinan Malaysia di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Secara umumnya Malaysia telah berjaya mengemudi ASEAN sebagai platform neutral dan berprinsip bagi memastikan kepusatan ASEAN atau dengan izin, ASEAN centrality kekal utuh dalam menghadapi cabaran geopolitik dan geoekonomi semasa.

Objektif ini adalah sejajar dengan bidang keutamaan dan keberhasilan berlandaskan kepusatan ASEAN yang telah digariskan oleh Malaysia apabila mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada awal tahun ini. Di bawah tonggak politik dan keselamatan, Malaysia telah memberi keutamaan kepada menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau yang berkekalan, serta memupuk keyakinan strategik melalui dialog diplomasi dan kerjasama.

Dalam hal ini, antara kejayaan utama adalah yang berikut: yang pertamanya, peluncuran Visi Komuniti ASEAN 2045 atau dikenali dengan izin, “ASEAN 2045: Our Shared Future” pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Yang kedua, penyertaan rasmi Timor Leste sebagai Negara Anggota ASEAN kesebelas pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Yang ketiga, pemeteraian Kuala Lumpur Peace Accord yang dimudah cara Malaysia.

Ditandatangani oleh Perdana Menteri Kemboja dan Thailand yang disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Yang keempat, memudah cara penyelesaian damai di Myanmar berlandaskan Five- Point Consensus melalui series special envoy meetings yang menyaksikan penyertaan pemegang taruh Myanmar dan pihak-pihak berkepentingan semakin meningkat.

Yang kelima, penyertaan Algeria, Uruguay dan Finland ke dalam Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara atau dengan izin, Treaty of Amity and Cooperation, menjadikan jumlah keseluruhan negara yang menandatangani TAC adalah sebanyak 58 buah negara.

Yang lain-lain itu Timbalan Speaker, banyak lagi yang kita punya kejayaan di bidang- bidang lain— defense, kemudian apa nama, tentang usaha sama untuk kita membanteras transnational crimes dan banyak lagi.

Datuk Yang di-Pertua, di bawah Tonggak Ekonomi pula, Malaysia telah memberi keutamaan kepada memperkasa daya tahan ekonomi serantau melalui peningkatan perdagangan intra-ASEAN. Mengukuhkan dan menaik taraf kerjasama ekonomi sedia ada dengan rakan dialog dan memupuk perkongsian baharu dengan rakan luar. Antara pencapaian adalah seperti berikut.

Yang pertamanya, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada bulan Mei 2025 dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi dengan Blok Ekonomi di luar Rantau ASEAN yang lain.

Yang kedua, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan menghasilkan Joint Declaration on Economic Cooperation yang memacu kerjasama jangka panjang dalam perdagangan, pelaburan, tenaga dan teknologi baharu.

Yang ketiga, penghasilan ASEAN Leaders’ Statement on Responding to Global Economic and Trade Uncertainties dalam menangani pengenalan tarif unilateral oleh Amerika Syarikat.

Yang keempat, pemeteraian protokol kedua untuk meminda Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA). Protokol bagi menaik taraf perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-CHINA (ACFTA) 3.0 dan Pelan Tindakan Baharu ASEAN-China serta ASEAN dan Korea.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Yang seterusnya, pemuktamadan secara substantial rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN atau ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA) ke arah masa depan ASEAN yang berteraskan ekonomi digital.

Datuk Yang di-Pertua, selain itu, bagi memperluas lagi ASEAN dan meningkatkan profil ASEAN di persada global, agar dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dan akan datang, Malaysia telah mengambil langkah-langkah berikut iaitu untuk memperkukuh rangkaian kerjasama strategik dengan rakan dialog dan rakan luar. Inisiatif menjemput tetamu pengerusi iaitu Brazil dan South Africa selaku Pengerusi BRICS dan G20, merupakan langkah strategik Malaysia dalam membentuk perkongsian baharu.

Datuk Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pencapaian sepanjang tahun ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja menunaikan mandat sebagai Pengerusi ASEAN dengan cemerlang, malah berjaya memperkukuh status negara sebagai peneraju serantau yang berkeupayaan, yang berwibawa dan dihormati. Ia juga mencerminkan usaha Malaysia dalam memperkukuh pembangunan komuniti ASEAN, memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta mempertingkat kerjasama ekonomi dan integrasi serantau bagi memastikan ASEAN kekal terangkum, mampan dan berdaya tahan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Sebenarnya soalan ‘ni YB Menteri ‘dah jawab 25 minit hari Isnin lepas. Panjang.

[Ketawa] Tapi ‘tak apalah.

draft • 11:20 AM

Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan

Terima kasih. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi dan diucapkan tahniah atas kejayaan Malaysia mengemudikan Mesyuarat ASEAN pada kali ini dengan begitu cemerlang. Namun, saya ingin bertanya, apakah ada perancangan Kerajaan Malaysia dalam penggal Kepengerusian ASEAN kali ini untuk mengembangkan fungsi BIMP-EAGA khususnya untuk merancakkan pembangunan ekonomi, sosial dan lain-lain di Malaysia Timur. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam tonggak ekonomi memang kita ada beberapa persetujuan di antara semua anggota-anggota ASEAN.

Antaranya bagaimana untuk kita meningkatkan trade intra-ASEAN. Contohnya, di mana dianya masih lagi rendah, not even 25 percent. Jadi peranan BIMP-EAGA ada di sana dan kita akan memperkasa semua platform, mekanisme yang sedia ada. Bagaimana untuk kita merapatkan hubungan kita, hubungan ekonomi kita dan juga antara negara-negara ini, kita

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

ada sebagai contoh border trade di antara Malaysia dengan negara tetangga kita. Indonesia umpamanya. Ini harus kita perkasakan juga bersama juga Brunei dan juga Filipina.

Jadi, semua adalah mekanisme-mekanisme sedia ada yang perlu kita apa nama, manfaatkan dan untuk Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan, kita juga mengangkat beberapa isu seperti ini. Bagaimana untuk kita apa nama, memanfaatkan mekanisme seperti Yang Berhormat sebut tadi tu. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Tuan Speaker. Soalan penting.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada juga soalan tambahan?

draft • 11:20 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan YB Jufitri.

draft • 11:20 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Saya lihat antara kejayaan yang telah dilakukan oleh ASEAN dan Kerajaan Malaysia juga adalah sesi libat urus dengan pemimpin belia. Saya melihat antaranya 4th ASEAN Leaders Interface with ASEAN Youth dengan izin. So, jadi sejauh mana kerajaan bercadang dan ASEAN untuk terus melibatkan pemimpin-pemimpin muda dalam ASEAN ini untuk masa depan? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Good question.

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Anak-anak muda ataupun pemimpin-pemimpin dalam ASEAN memang kita libatkan juga. Itu sebabnya kita telah meluncurkan Visi Komuniti “ASEAN 2045: Our Shared Future” pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Itu adalah satu dokumen yang begitu komprehensif untuk mewujudkan sebuah komuniti yang makmur, komuniti yang aman, yang melibatkan semua kategori ataupun sektor komuniti dalam ASEAN termasuk juga belia-belia tadi itu.

draft • 11:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Jadi, penglibatan belia dalam konteks ini dalam itu adalah menjadi salah satu kita punya fokus juga di ASEAN. Bukan hanya belia-belia tapi Ahli-ahli Parlimen mainkan peranan yang begitu penting. Dilibatkan sama juga Inter-Parliamentary ASEAN juga. Jadi melibatkan semua sektor belia, wanita dan Ahli Parlimen semua punya peranan bagaimana kita untuk menjayakan kita punya visi komuniti ASEAN itu supaya menjadi satu yang realiti pada masa- masa akan datang insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato’ Salehuddin. YB Wu ‘dah panjang lebar ‘dah penjelasan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

....

Sorong papan tarik papan, Soalan saya nombor lapan.

draft • 11:30 AM

8. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Komunikasi menyatakan:

(a) apakah langkah mengekang penyebaran berita palsu di media-media sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat; dan

(b) apakah langkah sedia ada termasuk undang-undang sedia ada mencukupi dan berkesan dalam menangani masalah ini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada YB Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin bersekali dengan pertanyaan Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman yang bertarikh 11 Disember; dan juga YB Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani bertarikh 18 Disember yang menyentuh isu yang sama.

Boleh Datuk?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Datuk Speaker. Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkatakan di ruangan media sosial di Malaysia termasuk penyebaran maklumat palsu.

Kerajaan dengan platform media sosial dan agensi penguatkuasaan turut giat dijalankan bagi menangani penyebaran maklumat palsu. MCMC juga melaksanakan sesi libat urus berterusan dengan penyedia perkhidmatan platform bagi memastikan perkhidmatan dalam talian adalah telus dan selaras dengan kehendak undang-undang tempatan.

Dari 1 Januari 2022 sehinggalah 30 November tahun ini MCMC telah mengemukakan sebanyak 58,268 permohonan penurunan kandungan palsu kepada penyedia perkhidmatan platform. Dan daripada jumlah tersebut, 49,810 kandungan iaitu 85 peratus telah berjaya diturunkan. Tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform dan keperluan undang-undang sedia ada. Pemantauan berterusan oleh MCMC membolehkan langkah-langkah awal diambil bagi mengekang penyebaran maklumat palsu dan propaganda politik berasaskan algorithm media sosial.

MCMC juga turut memberi tumpuan kepada usaha menangani penyebaran maklumat palsu melalui pembangunan portal Sebenarnya.my sebagai platform semakan fakta. Pada 28 Januari 2025, MCMC juga telah melancarkan Chatbot Sebenarnya.my atau Artificial Intelligence Fact-check Assistant dengan izin, Chatbot AIFA yang bertujuan membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan lebih mudah dan pantas di samping memperkukuh fungsi portal Sebenarnya.my dengan dalam mengesan dan mengekang penyebaran kandungan tidak sahih.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Selaras dengan pindaan kepada seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588, kandungan palsu yang disebarkan dengan niat untuk melakukan fraud atau kecurangan kepada mana-mana orang merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- dua sekali dan denda selanjutnya RM5,000 setiap hari kesalahan diteruskan jika disabitkan kesalahan. Kerajaan juga telah mengubah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang mewajibkan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang di-license-kan mengawal selia kandungan memudaratkan.

MCMC kini membangunkan peraturan dan kod subsidiari di bawah akta tersebut dengan tumpuan kepada isu-isu berkaitan termasuk berkenaan pengurusan risiko dalam talian. Bagi memastikan keterusan dan akauntabiliti pemberi perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian mereka. Pemberi perkhidmatan juga perlu menyediakan suatu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap kewajipan di bawah Akta 866. Sekian jawapan saya, terima kasih Datuk Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Datuk Speaker, Terima kasih YB Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa banyak undang-undang. Undang-undang ‘dah cukup ketat ‘dah berkaitan dengan tindakan yang patut diambil begitu juga penjelasan tadi bahawa kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan bahawa penyebaran berita palsu ini dapat dikekang.

Persoalan saya, tidakkah kerajaan mengambil langkah yang serius untuk cuba menangkis segala tohmahan palsu terhadap kerajaan sebab kadang-kadang kita lihat berita- berita palsu ini yang agenda-agenda politik juga membangkitkan isu-isu yang kadang-kadang tidak benar terhadap kerajaan. Jadi adakah kita lihat dalam media-media sosial kerajaan nampak gayanya kementerian tidak mengambil langkah yang begitu serius di dalam cuba menangani masalah ini dan memberikan fakta yang jelas berkaitan setiap tohmahan terhadap tindakan kerajaan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas pertanyaan tersebut.

Pertama, saya rasa memang ada usaha daripada kerajaan untuk mengekang berita palsu, tetapi apabila dia mengandungi unsur-unsur politik, kami juga menghadapi kesulitan di sini di mana penurunan kandungan tersebut adalah di bawah bidang kuasa platform provider. Jadi mereka akan meneliti kandungan tersebut untuk buat keputusan sama ada mereka setuju

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

bahawa kandungan tersebut adalah berita palsu dan telah melanggar community guideline berita supaya kandungan tersebut boleh diturunkan.

Seperti yang saya sebut tadi, sebenarnya the success rate untuk kita turunkan sesuatu kandungan yang berunsur palsu itu adalah 98 kalau berbanding dengan kes-kes yang lain seperti perjudian ini sebenarnya menunjukkan bahawa ada 15 peratus punya kes yang kita ‘tak successful, kita ‘tak berjaya untuk turunkan kandungan tersebut.

Ini adalah kerana platform kadangkala mereka akan cakap ini adalah freedom of speech daripada rakyat jelata dan oleh sebab itu, mereka kadangkala enggan untuk ambil tindakan, tetapi pada masa yang sama, kami juga ‘nak pastikan bahawa kebebasan bersuara ini memang dilindungi. Kita masih berpegang kepada prinsip bahawa rakyat masih berhak untuk kritik kerajaan, tetapi apabila ada berita palsu yang memang salah seperti yang cakap bahawa PMX semasa tiba di Sabah, tetapi dihalau— Ini memang adalah berita palsu. Jadi kami akan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Dato’ Halim. Dato’ Halim bangun dulu tadi.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Terima kasih Datuk Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Okey, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk soalan ini.

Pertamanya, kalau kita lihat Facebook, TikTok dan sebagainya, ada benda-benda yang saya rasa ‘tak perlu dikeluarkan contohnya macam, penjualan barang-barang sex. Kemudian AI yang menggunakan gambar-gambar Agong, gambar-gambar pemimpin. Jadi— dan gambar-gambar artis dan pelawak.

Seksyen 223 Akta 558 tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri— saya ‘nak tahu, berapa jumlah kes yang ‘dah dibawa dan dijatuhkan hukuman dan mengapa ianya kerap? Walaupun kita remove, hide dan sebagainya, ia tetap lalu di dalam TikTok kita, ataupun Facebook kita. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator atas soalan yang sangat bagus ini. Memang kita dapati bahawa sebenarnya pada zaman ini oleh sebablah kegunaan teknologi AI dan juga deepfake, memang kita nampak bahawa kes-kes yang melibatkan yang berunsurlah penipuan ataupun fraud ataupun berita palsu yang mengguna pakai teknologi deepfake juga semakin meningkat. Kita nampak bahawa untuk dua tahun ini dari 1 Januari 2024 sehinggalah 30 November tahun ini, kita nampak bahawa kandungan

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

yang mengguna pakai deepfake pada tahun ini adalah— pada dua tahun ini yang telah kita turunkan adalah sebanyak 2,783 dan juga kandungan-kandungan yang berunsur buli dan juga gangguan yang mengguna pakai AI yang kita telah turunkan untuk dia tahun ini adalah sebanyak 579.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Jadi, ini memang menunjukkan bahawa literasi digital ini sangat-sangat penting di mana kita perlu pandailah buat semakan sebelum kita percaya 100 peratus apa kandungan dalam satu kandungan— apa yang ternyata dalam kandungan tersebut, tetapi untuk produk- produk yang memang melanggar undang-undang kerajaan, walaupun ia sebenarnya MCMC akan membantu agensi apabila kita terima permintaan daripada agensi untuk turunkan. Saya hendak bagi contoh, seperti satu ubat, tetapi MCMC ‘tak ada kepakaran untuk mengenal pasti sama ada ubat tersebut adalah telah diluluskan oleh KKM atau tidak. Kalau kita terima— MCMC terima aduan daripada KKM, nyatakan bahawa sesuatu ubat ataupun sesuatu produk adalah sebenarnya tidak dapat kelulusan daripada agensi yang berkenaan, jadi MCMC akan minta platform itu untuk turunkan dan juga haramkan— tidak benarkan produk tersebut lagilah dipapar ataupun dijual melalui platform tersebut. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Satu lagi.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Memandangkan masa sudah suntuk, saya terus kepada soalan oleh Datuk Haji Mustafa bin Musa

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih, Yang di-Pertua soalan saya nombor 9.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Menteri.

draft • 11:40 AM

9. Datuk Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sejauh mana guru Tadika Perpaduan telah menerima latihan dan persediaan bagi pelaksanaan Kurikulum Baharu Prasekolah KPM 2026, dan apakah strategi yang dirangka untuk memastikan pelaksanaan kurikulum tersebut dapat dijalankan dengan berkesan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara

(KPN) menyambut baik pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 ataupun KP 2026 sebagai satu langkah penambahbaikan komprehensif terhadap elemen kurikulum sedia ada di peringkat prasekolah.

Sehubungan itu, kementerian bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menghantar seramai 1,781 guru tabika perpaduan serta pegawai penyelaras negeri dan daerah ke Program Penataran Kurikulum Baharu Prasekolah 2026 bermula 22 Ogos 2025 hingga 4 Disember 2025. Pelaksanaan latihan berkenaan dijayakan melalui kerjasama rapat dengan jurulatih utama daripada Jabatan Pendidikan Negeri KPM.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Penataran intensif kepada Guru Tabika Perpaduan ini direka untuk memastikan persediaan penuh mereka dalam melaksanakan KP 2026.

Latihan ini menggabungkan pendekatan teori, amali dan penilaian bersepadu meliputi penguasaan falsafah kurikulum serta kemahiran praktikal dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, kementerian sedang merangka program pembangunan profesionalisme berterusan untuk guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan mulai tahun 2026 bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP 2026). Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Datuk Mustafa.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Saya hendak menekankan Timbalan Menteri, tentang proses implementasi. Kurikulum yang telah diatur dengan begitu baik dan juga latihan yang telah diberi kepada guru-guru, saya ‘tak tahu sejauh manakah panjangnya latihan itu untuk membentuk satu kurikulum yang baharu sedangkan ini adalah satu proses perubahan yang sangat penting dikuasai oleh guru supaya proses pengajaran mereka berkesan.

So, kurikulum yang dirancang dengan teliti ini mungkin gagal dalam pelaksanaan jika fasiliti dan kemudahan yang diberi pada guru-guru tadika kita tidak mencukupi, terutamanya Tadika Perpaduan. Jadi, guru-guru juga mungkin akan keliru kerana tidak ada panduan yang jelas kerana kurikulum ini baharu.

Jadi, apakah usaha daripada pihak kementerian untuk melengkapkan prasarana fasiliti dalam proses mengimplementasikan program ini dan juga adakah guru-guru kita sebenarnya sudah cukup diberi panduan selain daripada latihan untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik? Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Datuk Yang di-Pertua, kurikulum prasekolah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan bagi memastikan bahawa Guru Tabika Perpaduan mempunyai latihan mencukupi, kementerian ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengambil dua pendekatan: pertamanya, untuk melatih pelatih utama dan melatih guru-guru tabika perpaduan; dan latihan telah berlangsung daripada bulan Ogos sehingga bulan Disember 2025.

Dan seperti yang saya katakan tadi, untuk memastikan kesinambungan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut di peringkat Tabika Perpaduan, kementerian juga sedang merangka program pembangunan profesionalisme yang melibatkan IPG iaitu Institut Perguruan dan juga KPM.

Jadi, kita akan ada satu kesinambungan dari segi latihan dan juga kita memastikan bahawa seperti mana yang saya katakan tadi, walaupun kurikulum telah pun dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

draft • 11:40 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

telah memastikan bahawa setiap satu daripada Guru Tabika Perpaduan telah melalui latihan berkenaan dengan kurikulum baharu ini. Jadi, saya percaya langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan mereka mempunyai pemahaman yang mendalam berkenaan dengan kurikulum telah diambil dan langkah-langkah untuk kesinambungan latihan pun sedang dilaksanakan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, sekarang kita sampai pada soalan yang terakhir pada pagi ini, Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar.

draft • 11:40 AM

Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

10. Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah strategi diplomasi seimbang yang diamalkan oleh Malaysia dalam menghadapi tekanan geopolitik, khususnya apabila Amerika Syarikat memberikan amaran kepada negara- negara yang ingin menyertai kumpulan BRICS seperti Malaysia.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar di atas pertanyaan.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas, berkecuali dan pragmatik. Pendekatan berprinsip yang tidak berpihak secara aktif, dengan izin, active non-alignment yang diamalkan ini bermaksud kerajaan tidak akan menyebelahi atau mengikat dasar luarnya dengan mana-mana kuasa besar.

Active non-alignment juga merupakan pendekatan penting yang memberikan Malaysia kebebasan untuk bertindak dan mengambil pendekatan berbilang arah atau dengan izin, multidirectional approach terutamanya dalam memupuk kerjasama yang kukuh dengan mana- mana negara dan organisasi atau pertubuhan antarabangsa yang memberi manfaat kepada negara daripada aspek ekonomi, keselamatan dan kestabilan serantau.

Dalam konteks hubungan dengan Amerika Syarikat, Malaysia terus menekankan kepentingan hubungan dua hala yang kukuh. Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang dan pelabur terbesar yang menyumbang secara ketara kepada pertubuhan ekonomi negara. Bahkan, hubungan erat Amerika Syarikat telah dizahirkan melalui lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump ke Malaysia pada 26 hingga 27 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Kehadiran beliau mencerminkan keyakinan yang tinggi Amerika Syarikat terhadap peranan Malaysia di rantau ini. Hubungan dua hala ini turut diperkasa dengan peningkatan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

status kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

Pada masa yang sama, Malaysia perlu bersifat pragmatik dengan terus meneroka dan memupuk hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk dengan Negara Sepemikiran dan Negara-negara Selatan Global. Keanggotaan Malaysia sebagai rakan BRICS bukan sahaja selari dengan Dasar Luar Malaysia yang mendukung konsep multi- lateralisme bagi menangani pelbagai cabaran global yang mendesak, malah merupakan salah satu wadah yang dapat membantu negara mengembangkan kerjasama ekonomi.

Datuk Yang di-Pertua, BRICS bukanlah sebuah organisasi yang bersifat anti-Barat, malah terdapat banyak anggota BRICS juga mengekalkan hubungan baik dengan negara- negara Barat. Dalam usaha mencapai aspirasi negara di peringkat antarabangsa, Malaysia kekal komited untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat, terutamanya dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang berkepentingan lain.

Kekuatan ekonomi BRICS mampu membuka peluang pasaran baharu yang meningkatkan perdagangan dan pelaburan langsung ASEAN— foreign direct investment

(FDI) dengan negara-negara anggota BRICS, sekali gus mengimbangi kebergantungan negara kepada pasaran tradisional sedia ada.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara anggota BRICS pada tahun 2024 telah mencapai RM818 bilion atau 35.2 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM334.85 bilion atau 45 peratus daripada jumlah eksport global Malaysia

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Secara kumulatif, negara-negara BRICS mewakili pasaran yang merangkumi lebih daripada 3.87 bilion penduduk atau 48.8 peratus daripada populasi global dan menyumbang kira-kira 27.1 peratus daripada KDNK global. Justeru, BRICS menawarkan potensi besar untuk eksport Malaysia termasuk minyak sawit, getah, elektrik dan elektronik dan perkhidmatan seperti pelancongan dan penjagaan kesihatan.

Tuntasnya, kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan. Malaysia yakin bahawa penglibatan negara dalam BRICS ataupun platform kerjasama strategik seperti yang lain seperti APAC dan RCEP tidak akan menjadi halangan kepada jalinan hubungan dan kerjasama yang baik dengan mana-mana negara termasuk dengan negara-negara Barat. Sekian, dan terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Dato’ Shamsuddin.

draft • 11:50 AM

Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah pendirian Malaysia dalam memastikan hubungan strategik dan perdagangan dengan China kekal utuh khususnya selepas China mengemukakan aduan mengenai kandungan kerjasama perdagangan timbal balas ataupun Agreement on Reciprocal Trade

(ART) dengan Amerika Syarikat, yang didakwa boleh menjejaskan prinsip berkecuali Malaysia?

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, hubungan Malaysia ini dan dasar kita adalah sebagai active non-alignment. Maknanya kita ‘tak memihak mana-mana secara aktif begitu dan zahirnya memang begitu. Contoh tadi saya nyatakan hubungan kita dengan Amerika Syarikat dalam hubungan dagang, dengan pelaburan begitu tinggi. Dan sumbangan Amerika kepada Malaysia begitu besar dalam pertubuhan ekonomi kita.

Bahkan dengan China juga. China merupakan rakan dagang yang terbesar kita. Jadi maknanya dalam keadaan begini dan kita aktifkan saluran kita sebagai active non-alignment tadi, maka dia tidak bercanggah. Dan dari segi itu kita boleh mengimbangi hubungan baik, hubungan dagang, ekonomi dengan mana-mana negara sekalipun termasuk juga negara- negara China.

Dan ART Yang Berhormat sebut tadi itu memang di bawah MITI Yang Berhormat Datuk Speaker. Mungkin MITI akan bagi penjelasan yang lebar, tapi pendirian kita begitu jelas, ianya adalah agreement untuk menjaga kedaulatan kita. Kedaulatan dari segi dagang kita, semua akan terpelihara dengan ada nya ART tersebut.

Dan Wisma Putra memandang perkara ini memang penting dan perlu kita zahirkan dasar luar kita tadi, active non-alignment itu berdasarkan keperluan kita termasuk apa yang disebut dalam ART itu juga. Yang penting kedaulatan kita akan terus terpelihara. Dagang, perundangan kita baik dengan semua negara termasuk negara China dan juga negara-negara Barat. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Datuk Hatta ‘nak tanya juga? Baik, ini soalan tambahan yang terakhir untuk hari ini.

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, sangat berbaik hati. Khusus kepada BRICS ini, yang disebut oleh Dato’ Shamsuddin tadi, ART ini adakah membayangkan dalam apa juga ayat bahawa jika kita mengambil posisi rapat kepada BRICS ini, maka perjanjian tersebut mungkin terjejas. Ada ‘ke indikasi sebegitu mengikut pandangan Menteri?

draft • 11:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya. Memang dalam perjanjian itu ada beberapa klausa yang jelas, yang telah pun diterangkan oleh MITI panjang lebar sebelum ini di Dewan Rakyat, Dewan Parlimen kita juga. Mana-mana barangkali yang melanggar kita punya hak clause itu, kita akan ambil tindakan yang sewajarnyalah, tapi itu hanya garis panduan kita, tapi yang penting ini ialah hubungan dagang kita antara negara Barat dan juga BRICS itu tidak akan mengganggu kita punya ekonomi kita. Itu sebabnya kita mengamalkan prinsip active non- alignment tadi itu.

Dalam konsep kita memupuk, memastikan hubungan ekonomi pelaburan dengan China sekalipun, dengan GCC juga, semua kita amalkan prinsip luar kita yang active non- alignment tadi. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, selesailah sesi soalan Pertanyaan bagi Jawab Lisan pada pagi ini. Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[3 Disember 2025]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari ketiga perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Di hadapan saya, ada seramai sembilan orang yang hendak berbahas. Maka saya buat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah 30 minit seorang.

Sebelum saya memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini kita tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 8 Disember 2025.

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

draft • 11:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Datuk Yang di-Pertua, selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam segulai sejalai. Saya mulakan perbahasan dengan serangkap pantun.

*Burung tempua terbang ke hulu, Singgah di dahan mencari madu; Bajet negara dirangka dahulu, Hala tuju jelas membawa maju.

[Tuan Yang di-Pertua* **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya sama-sama membahaskan RUU Perbekalan 2026 yang telah dibentangkan di Dewan Negara yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Selasa, 2 Disember 2025 iaitu dua hari yang lepas.

Secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini bersifat komprehensif dan inklusif mengambil kira kepentingan rakyat secara menyeluruh. Ia memastikan negara mempunyai kekuatan ekonomi yang mencukupi untuk terus diagihkan kepada rakyat melalui penyediaan peluang pekerjaan, penjanaan pendapatan negara khususnya menerusi pelaburan asing dan domestik serta juga usaha-usaha yang dapat meringankan kos sara hidup.

Dato Yang di-Pertua, langkah bijak yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha menurunkan defisit fiskal yang bermakna jumlah hutang baru negara dapat dikurangkan serta kekal terkawal. Wajar diberi penghargaan. Defisit tersebut turun daripada RM100 bilion pada tahun 2022 kepada RM92 bilion pada tahun 2023. Seterusnya turun ke RM77 bilion pada tahun 2024 dan sekitar RM77 bilion pada tahun sekitar 2025 dan sedang diusahakan untuk terus menurun pada tahun ini.

Pencapaian ini direkodkan tanpa mengeluarkan daripada consolidated fund dengan izin, iaitu wang yang disatukan. Perbelanjaan tambahan untuk prasarana dan bantuan rakyat dan kerajaan tidak akan mengenakan cukai tambahan. Langkah bijak yang saya maksudkan tadi di mana kerajaan memilih untuk membaiki tatakelola termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat. Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel.

Dato Yang di-Pertua, polisi Kerajaan MADANI yang digariskan dalam Bajet 2026 adalah menyeluruh dan amat bermanfaat kepada rakyat.

draft • 11:56 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Oleh itu, saya menyokong sepenuhnya dasar-dasar ini. Pada masa yang sama, cadangan kukuh yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, khususnya mengenai penambahbaikan peruntukan, mekanisme agihan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah RUU Perbekalan ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan MADANI.

Dato Yang di-Pertua, dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik serta geoekonomi, kerajaan perlu terus memperkukuh hubungan diplomasi yang efektif tanpa mengabaikan kepentingan kedaulatan negara. Hubungan diplomatik yang berdaya saing amat penting dalam menarik pelaburan dan membuka peluang ekonomi baru.

Selaras dengan itu, saya memohon agar peruntukan untuk semua kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negara ditambah. Memandangkan mereka merupakan nadi utama dalam merangka hubungan luar negara yang bermanfaat kepada Malaysia.

Berdasarkan pengalaman saya mewakili Parlimen Malaysia dan kerajaan negeri ke beberapa mesyuarat serta persidangan antarabangsa, saya mendapati kedutaan dan konsulat Malaysia sering berdepan kekangan peruntukan. Termasuk bagi sub kepala majlis rasmi, jamuan rasmi, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan.

Di samping itu Dato Yang di-Pertua, saya juga memohon peruntukan tambahan kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Commonwealth Parliamentary Association (CPA), ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) yang dapat mengangkat martabat serta memperkukuh hubungan diplomatik negara kita di persada dunia. Saya berharap Kerajaan MADANI mengambil serius cadangan ini.

Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI kerana telah menyemarakkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dengan komitmen memastikan kemajuan pesat pembangunan di Sarawak dan Sabah. Hasil ini direalisasikan melalui peningkatan peruntukan pembangunan, di mana peruntukan Sabah meningkat kepada RM6.1 bilion ketimbang RM4.4 bilion pada tahun 2022.

Sarawak pula terus meningkat kepada RM6 bilion ketimbang RM2.9 bilion pada tahun 2022. Selain itu, pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak juga telah dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta pada tahun 2023.

Dato Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan harus terus menyemarakkan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri bagi memastikan pembangunan pesat di Sabah dan di Sarawak. Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan tertinggi di negara ini yang mengamalkan prinsip Demokrasi Berperlembagaan berasaskan, dengan izin, written Constitution.

draft • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Di sini, saya ingin merujuk kepada peruntukan Perkara 11D, Perlembagaan Persekutuan berkenaan kajian semula pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 11D(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apa-apa pemberian gantian atau tambahan yang dibuat menurut fasal ini hendaklah dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri atau negeri.

Seterusnya, dengan syarat bahawa dalam kajian semula kali pertama, pemberian yang dinyatakan dalam subseksyen 2, seksyen 1, bahagian IV tersebut tidak boleh dipersoalkan, kecuali bagi maksud menetapkan amaun bagi lima tahun berikutnya.

Dato Yang di-Pertua, adakah Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan untuk memberikan peruntukan yang lebih mencukupi atau sekurang-kurangnya selaras dengan jumlah peruntukan tahunan yang dipohon oleh Kerajaan Sarawak dan Sabah bagi setiap tahun kewangan? Hal ini mengambil kira bahawa kajian semula pemberian khas setiap lima tahun seperti yang diperuntukkan sejak tahun 1969 tidak dilaksanakan selama lebih lima dekad, kecuali dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara ini turut menjadi perhatian kerana permohonan peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Sarawak dan Sabah pada setiap tahun kewangan lazimnya tidak diberi sepenuhnya. Kebiasaannya hanya diberi 50 peratus atau lebih, sebelum Rang Undang- undang Perbekalan dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk kelulusan.

Dato Yang di-Pertua, saya menyentuh berkenaan pembangunan di Sarawak.

Pembangunan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKDW kerana telah memberi sinar kepada penduduk-penduduk di Hulu Roban, Kabong yang akan memberi manfaat kepada lapan rumah panjang, melibatkan 147 keluarga atau tidak kurang daripada 1,000 penduduk. Kerana kawasan Hulu Roban adalah satu kawasan Daerah Kabong yang tidak mempunyai bekalan air terawat dan bersih bagi kegunaan penduduk.

Melalui jawapan ringkas yang diberikan oleh Menteri KKDW ke atas soalan lisan yang saya ajukan pada persidangan kali ini memaklumkan bahawa projek tersebut sedang dalam peringkat penyediaan tender - dalam tempoh pelaksanaan dan pembinaan adalah selama 20 bulan. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan MADANI. Saya mohon kepada Kementerian KKDW untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

Selain itu, saya ingin mendapat penjelasan mengenai status terkini projek bekalan air di Engkalau Hulu, Ulu Sebetan, Berayang, Medong, Tapang Ujan dan Ibus di kawasan Parlimen Saratok. Kerana melalui jawapan yang telah diberikan kepada saya pada persidangan yang lepas, perkara ini telah diluluskan dan masih di dalam perancangan untuk pelaksanaan.

draft • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Memandangkan sehingga Julai tahun ini terdapat sebanyak 357 permohonan bekalan elektrik luar bandar melibatkan 1,224 isi rumah daripada rumah-rumah panjang dan kampung- kampung di Daerah Saratok dan Kabong. Saya ingin bertanya kepada Kementerian KKDW, berapakah peruntukan di bawah Rang Undang-undang Perbekalan yang dibentangkan ini diperuntukkan khusus bagi memenuhi permohonan tersebut bagi tahun kewangan 2026?

Saya amat berharap agar Kerajaan MADANI yang prihatin, bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dapat memberi keutamaan kepada Daerah Saratok dan Kabong yang masih jauh ketinggalan. Walaupun rumah-rumah panjang serta kampung-kampung di kedua-dua daerah ini telah pun mempunyai kemudahan asas jalan raya. Salah satu kriteria yang utama bagi pembekalan perkhidmatan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan kemudahan internet.

Saya juga memohon agar pihak KKDW dapat menyalurkan sedikit peruntukan pada tahun 2026 di bawah Projek Jalan Pembangunan Desa (JPD) bagi tujuan menyimen jalan, ban alternatif yang turut berfungsi sebagai laluan kedua. Memandangkan jalan akses sedia ada sering ditenggelami air walaupun hujan dalam tempoh yang singkat tanpa mengira musim landas.

draft • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Pembinaan jalan ban alternatif ini akan memberi manfaat besar kepada para pelajar di SK Nyiar serta tiga buah rumah panjang di kawasan Jelupang di Kawasan DUN Kalaka. Saya juga memohon dengan Kementerian KKW untuk membina jalan dari pekan Roban pergi ke rumah panjang, Rumah Luang, Empaong Ulu Roban memandangkan pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah 10 tahun yang lalu dan juga untuk menurap atau menyimen jalan-jalan sedia ada menuju ke lapan rumah panjang di Ulu Roban, Kabong.

Dato Yang di-Pertua, untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, saya ingin memohon agar pihak kementerian memberikan penerangan mengenai jumlah peruntukan di bawah Rang Undang-undang Perbekalan ini yang akan disalurkan kepada negeri Sarawak khususnya bagi Daerah Saratok dan Daerah Kabong bagi tahun kewangan 2026. Saya juga memohon agar disenaraikan projek di bawah Kementerian Kesihatan yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan 2026.

Selain daripada itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengenai status perbelanjaan peruntukan berjumlah RM855,500 yang telah diluluskan kepada Hospital Saratok bagi tahun 2025. Saya juga ingin mengetahui status pelaksanaan projek menaik taraf Klinik Nyabor dan Klinik Roban yang dikategorikan sebagai klinik daif yang telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta pada tahun 2025 setakat ini. Apakah perancangan

draft • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Kementerian Kesihatan untuk menangani masalah kekurangan doktor dan pegawai perubatan yang dianggarkan sebanyak 11,000 jawatan masih belum diisi di seluruh negeri Sarawak.

Masalah ini menjadi lebih rumit apabila 293 daripada 542 pegawai perubatan yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan kepada Sarawak tidak melapor diri bertugas pada 1 Oktober yang lalu. Saya memohon agar Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa MA63 memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat.

Seperti yang diperuntukkan di bawah IGC Report yang menjadi sebahagian daripada perjanjian Malaysia melalui perkara 8 dengan izin, saya merujuk kepada Legislative List Administrative Arrangement and Assurances, Clause 14, Medicine and Health. “Subject to an assurance that local federal policy and the system of administering this subject in Sarawak will not be disturb until the State Government, otherwise conquers. The financial provision for services will be Federal. The local authority shall continue to exercise those function in this respect which they know exercise under local legislation.” Dengan klausa ini, kerajaan Sarawak harus diberi autonomi dari segi pentadbiran serta pengambilan doktor dan kakitangan mengikut garis panduan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Saya memohon jawapan sama ada autonomi ini akan diberikan kepada Sarawak.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia, saya ingin memohon agar pihak kementerian memberi penerangan mengenai jumlah peruntukan di bawah Rang Undang- undang Perbekalan ini yang akan disalurkan kepada negeri Sarawak, khususnya bagi Daerah Saratok dan Daerah Kabong bagi tahun kewangan 2026. Saya memohon agar senarai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kedua-dua daerah tersebut melalui peruntukan berkenaan dapat dikemukakan.

Selain daripada itu, saya ingin mengetahui status terkini 60 projek pembinaan semula sekolah daif berskala tujuh yang masih berada dalam fasa bina dan 65 projek yang masih berada dalam fasa pra-bina di seluruh Sarawak. Saya juga ingin bertanya mengenai tiga status projek pembinaan semula sekolah daif berskala tujuh yang masih berada dalam fasa bina dan lima projek yang masih berada dalam fasa pra-bina di Kawasan DUN Kerian, Kalaka dan Kabong yang terletak dalam Kawasan Parlimen Saratok.

Dato Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian Malaysia— saya ingin memohon agar pihak kementerian memberikan penerangan mengenai jumlah peruntukan di bawah Rang Undang-undang Perbekalan ini yang akan disalurkan kepada negeri Sarawak khususnya bagi Daerah Saratok dan Daerah Kabong bagi tahun kewangan 2026.

Saya juga memohon agar senarai projek pertanian yang akan dilaksanakan di kedua- dua daerah tersebut melalui peruntukan Tahun Kewangan 2026 dapat dikemukakan. Selain

draft • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

daripada itu, adakah kementerian akan mempertimbangkan permintaan Kerajaan Sarawak berjumlah RM500 juta untuk menjadikan beberapa kawasan sebagai jelapang padi bagi memastikan keterjaminan makanan negara kita, yang masih banyak bergantung kepada pengimportan beras daripada negara jiran. Berapakah peruntukan khusus yang diperuntukkan kepada Sarawak pada tahun 2026 untuk pelaksanaan inisiatif ini.

Kementerian Dalam Negeri. Saya memohon Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah yang lebih efektif bagi membendung masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah-daerah kecil di Sarawak. Walaupun terdapat tindakan positif yang telah diambil oleh PDRM, masalah ini semakin serius terutamanya di Daerah Kabong, Daerah Saratok, Daerah Belaga dan daerah kecil Sungai Asap, Belaga.

Saya mencadangkan agar setiap anggota yang ditempatkan di balai polis di daerah- daerah berkenaan ditukar setiap tiga tahun. Pertukaran ini harus melibatkan sekurang- kurangnya satu pertiga hingga separuh daripada anggota di daerah tersebut supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak berintegriti di kawasan tersebut.

Kementerian Kerja Raya. Saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Kerja Raya, sama ada pihak JKR ada memasukkan ke dalam perancangan untuk membina flyover dengan izin, di simpang keluar Pekan Saratok di dalam Bajet 2026. Saya telah memohon supaya flyover tersebut dibina pada persidangan tahun lepas kerana kesesakan lalu lintas dan kemalangan sering berlaku. Di antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang dilalui oleh Lebuhraya Pan Borneo, hanya simpang Pekan Saratok sahaja yang tidak ada kemudahan flyover.

Dato Yang di-Pertua, saya ingin memohon kementerian untuk menambahkan peruntukan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian

(JLPK) Negeri Sarawak pada tahun ini. Soalan saya ini adalah ditujukan kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi. Seperti jawapan yang bertulis yang telah saya terima pada persidangan kali ini, hanya RM3 juta diperuntukkan kepada negeri Sarawak bagi tahun 2026 bagi Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian. Dato Yang di-Pertua, kalau mengikut jumlah permohonan keseluruhannya, RM3 juta tersebut hanya cukup menampung satu kawasan Parlimen dan bukan untuk seluruh negeri Sarawak.

Dato Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana usaha kementerian memastikan rakyat khususnya golongan B40 mempunyai akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki. Saya mohon kementerian mengadakan banyak lagi rancangan hebahan untuk menguar-uarkan polisi ini supaya mereka yang amat memerlukan akses kepada perumahan mengetahui polisi yang sangat baik, ini khususnya di kalangan B40.

draft • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Dato Yang di-Pertua, bagi peruntukan untuk Wilayah Sarawak pada tahun 2026 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berapakah peruntukan khususnya untuk Daerah Saratok dan Kabong di Kawasan Parlimen Saratok? Kalau Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri ada masa, saya mohon kedua-dua Yang Berhormat untuk melawat Daerah Saratok dan Kabong bagi melihat secara dekat keperluan-keperluan kebajikan bagi wanita, keluarga dan masyarakat setempat.

draft • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ada enam minit ya. Okey, saya akhirilah ucapan saya Dato Yang Pertua dengan satu rangkap pantun.

Burung kenari terbang tinggi, Singgah sebentar di atas dahan; Integriti politik jadi pegangan diri, Kepercayaan rakyat terus bertahan. Dato Yang di-Pertua, akhir kata saya ingin merakamkan sokongan terhadap Rangka Undang-undang Perbekalan ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Selasa, 2 Disember 2025 iaitu dua hari lepas. Sekian, terima kasih [Tepuk] .

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua, Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin [Membaca doa] . Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Rangka Undang-undang Perbekalan 2026 yang berjumlah RM470 bilion. Satu jumlah yang besar yang mana merangkumi semua kementerian di dalam negara kita.

Untuk memulakan ucapan saya pada pagi ini, bukan tengah hari ini terutama sekali, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak- pihak yang telah membantu mangsa banjir terutama sekali negeri Perlis yang telah melanda negeri kami pada baru-baru ini termasuklah agensi-agensi Kerajaan Pusat Persekutuan, agensi kerajaan negeri dan juga orang perseorangan serta badan-badan sukarela kerana tanpa sokongan dan bantuan ini sudah tentulah kesukaran yang amat sangat dihadapi oleh mangsa banjir.

Menyebut berkaitan banjir ini, mula sekali, saya hendak kaitkan banjir di negeri Thailand sempadan negeri Thailand, jiran kita. Bila mana berlaku banjir di sana, barulah kita—

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

orang ramai tahu bahawa ramainya rakyat Malaysia yang berada di Selatan Thailand khasnya di Hatyai.

Apabila berlaku banjir itu, maka timbullah isu ini dan kita telah membuka PPS di Masjid Wang Kelian. Cukup untuk menempatkan bangsa Wang Kelian, tetapi menjadi masalah apabila dua, tiga baji bas pelancong Malaysia yang balik melalui pintu masuk Wang Kelian terpaksa ditempatkan di situ. Dan kita terpaksa memindahkan mereka ini ke tempat lain melalui jalan yang terputus akibat tanah runtuh. Itulah kesukaran tambahan yang kita alami.

Yang keduanya apabila berlaku banjir di Thailand, baru kita tahu bahawa ramai kakitangan awam yang berada di sana. Saya minta penjelasan daripada pihak berkenaan, adakah penjawat awam ini pergi ke Thailand itu mendapat kelulusan rasmi daripada jabatan masing-masing ataupun pergi begitu saja. Dan adakah relevan agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan kursus ataupun lawatan sambil belajar ataupun seminar kah di Thailand?

Adakah itu wajar atau patut dipertimbangkan lagi?

Kerana berapa banyak kalau kita ‘nak kiralah wang negara kita mengalir keluar setiap musim cuti akibat daripada ramainya pelancong Malaysia yang berpusu-pusu masuk ke Selatan Thailand. Bukan ada apa-apa sangat, lebih kurang sama macam negeri kita, sama macam apa yang ada di Perlis, sama apa yang ada di Kedah.

Jadi kita berharap Kementerian Pelancongan mengambil inisiatif supaya dapat menyekat perjalanan mereka ini daripada ke Selatan Thailand, melanconglah dalam negeri kita. Bukan menghalang mengikut undang-undang, tapi menggalakkan pelancongan dalam negeri supaya penjimatan yang nak diamalkan oleh kerajaan dapat rakyat sendiri praktikkan dengan berbelanja di dalam negeri kita sendiri supaya rakyat kita dapat apa— pusingan wang itu berlaku di dalam negara kita sendiri.

Yang keduanya, apabila berlaku banjir ini, banyak perabot-perabot yang rosak. Penuh di tepi-tepi jalan. Perabot ini kebanyakannya perabot kayu dan perabot yang berkaitan dengan bahan-bahan kain, tenunan dan sebagainya. Jadi, apa kata kalau kita promosikan industri perabot daripada plastik. Jadi, banjir ini setiap tahun berlaku dan banjir besar ini biasanya berulang lima tahun sekali atau 10 tahun sekali. Dan kalau kita tengok sepanjang jalan memang banyak perabot-perabot yang rosak.

Kalau kita perkenalkan industri perabot daripada plastik yang berasaskan getah yang berkualiti dan cantik lagi menawan, mungkin ini akan mengurangkan kerosakan perabot dalam musim banjir pada masa hadapan.

Seterusnya, untuk negeri Perlis, saya berharap supaya pihak kerajaan dapat memberi perhatian untuk menaik taraf ataupun menambah lagi kapasiti takungan air di Empangan

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Timah-Tasoh. Satu-satunya empangan yang ada di negeri Perlis yang dibina khusus untuk banjir dan juga untuk minuman. Sekiranya empangan itu tidak boleh didalamkan, saya cadangkan supaya ditambak tebatannya lebih tinggi supaya kapasiti air dapat ditingkatkan.

Maka dapat sekurang-kurangnya menghalang berlakunya banjir yang besar pada masa hadapan. Kerana banjir ini sebenarnya adalah satu bencana yang memang berlaku, bukan sahaja di Malaysia, di mana-mana jua.

Kalau musim kemarau biasanya lepas musim banjir ini, akan berlaku musim kemarau.

Musim kemarau Tuan Yang di-Pertua, kita buat pembenihan awan. Jadi, saya hendak tanyalah secara gurauan, ‘tak adakah teknologi untuk memecahkan awan pada musim banjir ini supaya hujan turun di pesisir pantai. Tidak turun di pendalaman kerana bila hujan turun di pendalaman, itulah menyebabkan berlakunya banjir. Mungkin ‘kot ada teknologi pada masa hadapan. Sekarang sudah canggih segalanya AI dan sebagainya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan isu ART: Reciprocal Trade Agreement ini yang mana banyak diperbincangkan, diperkatakan oleh masyarakat di luar dan di dalam dewan juga. Sebenarnya pada saya isu ini dibangkitkan bukan kerana kita tidak bersetuju 100 peratus. Bukan apa yang kerajaan buat itu kita ‘nak menentang, tidak, tetapi pada saya mungkin ianya timbul akibat dia rasa keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat dan di kalangan kita sendiri kerana perjanjian ini berlaku di antara negara kita Malaysia dengan sebuah negara yang besar, dengan Amerika Syarikat.

Sebuah negara yang besar yang sangat berkuasa— mempunyai kuasa tentera yang paling kuat di dunia dan kita sedia maklum bahawa Amerika ini sejarahnya, sejarahnya sangat ganas. Sejarahnya kalau kita tengok bagaimana orang asal di Amerika sendiri yang dia memperjuangkan hak asasi manusia, bagaimana berlaku kepada orang-orang Red Indian, yang mana semakin berkurangan dan semakin pupus.

Bagaimana tindakan mereka di Indo-China, tindakan mereka di Asia Barat, tindakan mereka di Afghanistan dan sebagainya. Jadi apabila berlakunya perjanjian antara Malaysia dengan negara yang besar ini, kita pun rasa ragu dan bimbang kalau-kalau negara kita ini teraniaya. Sebab itu kita timbulkan pertanyaan-pertanyaan.

Yang pertama sekali, komitmen kita untuk membeli peralatan ataupun barangan dari Amerika yang dikatakan bernilai sehingga 1 trilion yang terdiri daripada komponen seperti LNG-Gas cecair asli dan juga arang batu dan juga komitmen untuk membeli pesawat Boeing.

Jadi, saya mohon penjelasan, adakah klausa-klausa yang terdapat di dalam perjanjian itu berat sebelah ataupun adil?

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Adakah klausa tertentu yang boleh menyelamatkan Malaysia seandainya satu masa nanti kita tidak mampu untuk melaksanakan apa yang ‘tak dapat dalam perjanjian itu? Adakah kita boleh keluar daripada perjanjian itu ataupun exit? Adakah apa-apa klausa yang boleh mengelakkan kita daripada meneruskan komitmen seandainya, contoh kalau kita ada komitmen ‘nak membeli Boeing, mungkin masa hadapan Airbus memberi tawaran yang lebih— yang lebih baik ataupun yang lebih apa orang kata berdaya sainglah, yang lebih kompetitif ataupun lebih berkualiti? Bolehkah kita membatalkan perjanjian kita itu?

Jadi, saya berharap pihak Menteri dapat memberi penjelasan yang lebih jelas kepada kita. Jadi, kalau ada rasa bimbang, keresahan, tertanya-tanya maka kita berharap ia nya akan dijawab supaya kita rasa lega. Kita mestilah berani untuk berhadapan dengan negara walaupun negara itu negara besar semata-mata untuk keadilan dan kepentingan bersama.

Semata-mata untuk menjamin keselamatan, keutuhan negara kita pada masa hadapan.

Sungguh dalam lautan Inggeris, Dalam lagi Selat Melaka; Sungguh tajam hujung keris, Saya berani menahan dada. Itulah sepatutnya yang ada pada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang ketiga, yang berlaku pada— dalam negara kita baru-baru ini berkaitan dengan 200 lelaki yang ditahan oleh pihak berkuasa dalam satu tempat yang disebut sebagai, ‘Men’s Wellness Gym’ ataupun port untuk LGBT.

Dan seperti yang telah disebutkan sebelum ini, yang telah diperbahaskan sebelum ini, mereka-mereka ini telah dibebaskan tanpa sebarang tindakanlah selanjutnya. Dan tindakan tangkapan ini hasil daripada penelitian ataupun intipan terlebih dahulu.

Dan di antara mereka yang ditangkap ini berumur 19 tahun. Paling rendah 19 tahun sehinggalah umur persaraan. Berbilang bangsa, Malaysia dan warga negara luar. Jadi, adakah undang-undang yang sedia ada ini mencukupi untuk kita menghalang aktiviti LGBT ini yang sememangnya memberi keburukan kepada negara, memberi keburukan kepada masyarakat kita. Di mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Nik Abduh, semalam ‘ni, apa ini berlaku pada zaman Nabi Luth dulu dan beliau telah menyebut petikan ayat Al- Quran bagaimana Allah sangat murka dengan aktiviti ini.

Kita bimbang satu hari nanti kalau tidak ditangani dengan sebaiknya, benda yang luar biasa ini akan jadi biasa. Benda yang tidak normal ini akan dinormalisasikan. Maka berlakulah kalau sekarang ini kita kata amar makruf nahi mungkar, kita bimbang takut dia beralih dia jadi amar mungkar nahi makruf. Yang mungkar itu menjadi normal, yang makruf itu menjadi luar biasa pula. Ha, jadi kita tidak mahu kerana perkara-perkara ini boleh merosakkan negara kita

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

dan hasil daripada LGBT ini memang semua tahu membawa kepada penyakit, terutama sekali penyakit AIDS, penyakit yang sangat kita bimbang dan menelan kos yang tinggi untuk perubatan.

Jadi, seandainya undang-undang yang ada ini tidak cukup untuk mencegah, saya berharap supaya pihak kementerian yang berkenaan dapat menggubal undang-undang yang lebih baik yang lebih komprehensif, yang lebih berkesan untuk mencegah supaya aktiviti LGBT ini tidak berkembang di negara kita ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Apabila berlaku banjir, sudah tentunya sebahagian daripada sawah padi akan terjejas, terutama sekali di negeri Perlis dan negeri Kedah. Apabila sawah padi ini terjejas, bermakna kemungkinan hasil keluaran petani, keluaran beras negara pada tahun ini akan berkurangan. Dan kalau banjir ini berlaku di seluruh Asia Tenggara ini melibatkan Vietnam, melibatkan Thailand dan juga Burma, maka semua negeri ini juga akan mengalami kekurangan pengeluaran beras.

Jadi, adakah negara kita ini mempunyai stok beras ataupun bijirin yang cukup untuk menampung keperluan rakyat seandainya berlaku bencana yang besar pada masa hadapan?

Dan sekiranya tidak ada— kalau ada, alhamdulillah. Dan kalau tidak ada lagi, apakah inisiatif ataupun usaha-usaha kerajaan untuk memastikan stok bijirin negara kita ini mencukupi untuk kegunaan negara?

Dan saya mendapat jawapan daripada Kementerian Pertanian ni— Kementerian Pertanian berkaitan dengan usaha-usaha untuk menambah pengeluaran dan saya ucap tahniahlah. Inisiatif untuk mengadakan tanaman padi lima kali dua musim dan inisiatif untuk memodenkan sistem pertanian. Cuma satu masalah yang saya bimbangkan sekarang ini, tidak ada golongan belia, golongan remaja yang terlibat di dalam— yang berminat ataupun kurang yang berminat untuk terlibat dalam bidang pertanian, khasnya sawah padi.

Punca utama pada pandangan saya adalah kerana hasil daripada pertanian sawah padi ini tidak cukup untuk menampung kos sara hidup, kos sara diri mereka. Jadi, kebanyakan petani-petani yang ada pada hari ini yang saya lihat, yang saya tinjau, kebanyakannya ada kerja sampingan. Selain daripada bersawah padi, mereka juga buat kerja yang lain dan ramai juga pesara-pesara kerajaan setelah bersara mereka melibatkan diri dalam aktiviti tanaman padi.

Jadi, kalau orang muda ini kita ‘nak tarik mereka untuk terlibat, terjun ke bidang sawah padi ini, kita kena pastikan bahawa pendapatan mereka cukup untuk sara diri. Seandainya tidak, mereka akan lebih menumpukan dalam sektor industri dan sektor perkhidmatan awam.

Jadi, pihak MADA mengikut jawapan ini akan menubuhkan satu institut latihan sawah padi

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

untuk golongan remaja. Saya berharap penubuhan ini, penubuhan pusat latihan ini akan dapat memberi apa, menarik minat golongan belia untuk terlibat di dalam, di dalam industri ataupun di dalam sektor pertanian tanaman padi ini.

Tidak ada maknanya kita membuka jelapang padi yang baharu seandainya tidak ada golongan muda yang berminat untuk terjun ke dalam bidang ini. Kerana orang tua dia ‘tak boleh lama dalam industri ataupun di dalam pertanian ini kerana selepas umur 70, ‘tak mampu lagi untuk kita buat kerja pertanian.

Jadi, saya berharaplah supaya ditingkatkan usaha untuk menggalakkan golongan remaja terlibat di dalam industri pertanian khasnya tanaman padi...

draft • 12:30 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Datuk Yang di-Pertua, celah sikit ya. Berkenaan dengan penanaman padi generasi muda ini yang kurang minat. Mungkin mereka lebih minat kepada sektor awam. Mungkin pendapatan lebih daripada menanam padi ini kerana risiko penanam padi ini banyak. Tambah-tambah lagi musim banjir kemudian serangan-serangan dan berbagai-bagai lagi.

Adakah kemungkinan Yang Berhormat berkenaan dengan penanaman padi ini? Suatu hari nanti ini, apa pandangan Yang Berhormat, penanam padi juga akan diambil alih oleh warga asing yang mereka sentiasa boleh bekerja apa saja? Asalkan ada kerja mereka akan bekerja sehingga sawah padi pun warga asing pun akan mengambil alih juga. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Ya, kemungkinan. Sebab pada masa ini pun kerja-kerja menanam selain daripada dilakukan oleh jentera penanam padi, ramai juga warga Rohingya yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja tanaman padi ini. Dan kalau diserah sawah ini kepada mereka, tidak ada masalah untuk mereka mengerjakannya kerana mereka sangat rajin dan mereka berminat sungguh dalam sektor tanaman padi ini. Jadi, kita kena jagalah supaya tanah kita tidak terlepas kepada pihak yang lain.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mungkin yang terakhirlah dan saya akan ke isu yang terakhir iaitu berkaitan dengan kesihatan. Yang mana diperuntukkan RM39.76 bilion untuk sektor kesihatan.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Jadi, tahniahlah dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menawarkan jawatan tetap kepada doktor-doktor kontrak dan juga jururawat kontrak dan lain-lain penjawat kontrak dalam sektor kesihatan ini ke jawatan tetap. Ini bermakna kesungguhan kerajaan untuk menaikkan taraf ataupun memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat ini lebih baik.

Cuma apa yang saya ‘nak sebutkan di sini ialah rawatan semata-mata tidak menjamin kesihatan pada masa hadapan. Pada saya pendidikan kesihatan ini perlu diberi perhatian di

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

peringkat awal lagi kerana kalau sudah dijangkiti penyakit kronik seperti selalu disebut penyakit tiga serangkai ini kencing manis dan sebagainya, rawatan macam mana pun dia tidak akan sembuh, dia akan bergantung kepada ubat sehingga ke akhir hayatnya. Maknanya kerajaan terpaksa menanggung kos merawat mereka ini sampai akhir hayatnya.

Jadi kalaulah penyakit kencing manis ini contohnya dapat dikurangkan pesakit- pesakitnya, maknanya berkuranganlah kos untuk perubatan golongan penyakit berkenaan dan rakyat tidak menanggung beban yang tinggi, pembayar cukai tidak menanggung beban yang tinggi, tetapi apa yang berlaku penyakit-penyakit kronik ini bertambah daripada hari ke hari daripada masa ke semasa. Apakah inisiatif atau usaha kerajaan untuk memberi pendidikan kesihatan kepada rakyat khususnya golongan muda agar mereka ini sedar bahawa amalan hidup mereka di muda ini akan memberi kesan kepada kesihatan mereka pada masa hadapan khasnya hari tua. Kalau kita tanya orang yang kena penyakit ini, aku dulu masa muda kira makan semua, apa yang ada, makan. Itulah amalan pemakanan, amalan hidup harian yang tidak diatur dengan baik, yang tidak direncana dengan baik, maka akan menyebabkan kesihatan pada hadapan terganggu.

Jadi, bila kita dapat penyakit ini barulah dipanggil ke hospital, unit dietitian ‘ke apa.

Pakcik kena makan macam ini, pakcik kena kurangkan ini. Pasal apa ‘tak bagi tahu masa awal dulu? Masa saya muda dulu, masa saya ‘dok sekolah dulu. Bolehlah saya kurang makanlah, saya jaga makanan. Pasal apa ini jualan Cola ini, jualan berkarbonat ini ada di merata-rata. Sejauh mana kerajaan mengawal makanan-makanan bergula ini, makanan bergas ini yang jelas menjejaskan kesihatan masyarakat di negara kita ini? Mengapa tidak dikawal, mengapa tidak diharamkan?

Begitu juga dengan penagihan-penagihan dadah, penagihan-penagihan tembakau.

Sebut penagihan tembakaulah. Penagihan vape, bila lagi ‘nak diharamkan? Kerana ini semua membawa kepada masalah kesihatan dan apabila mereka dijangkiti penyakit khasnya penyakit kanser memakan kos yang besar, belanja yang besar untuk merawatnya. Siapakah yang menanggung kos ini? Sudah tentulah pembayar cukai. Rakyat juga menanggung kos ini. Maka kos ini akan meningkat dari masa ke semasa, daripada tahun ke tahun, masa ke masa.

Jadi, saya berharap supaya pihak berkenaan sama ada Kementerian Kesihatan, Pendidikan dan sebagainya memperkenalkan pendidikan kesihatan kepada golongan remaja, golongan muda untuk mereka mendapat kesedaran betapa perlu dan pentingnya menjaga amanah hidup yang baik, amalan hidup yang sihat daripada sejak muda lagi. Jangan ‘dah tua baru ‘nak buat...

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh, kawan sebelah tanya sikit?

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

‘Tak ada masalah.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Dato, mohon mencelah. Saya sangat setuju pandangan Yang Berhormat Haji Baharuddin. Cuma isu yang ditimbulkan ini ialah isu pendidikan, ‘nak educate orang daripada awal untuk jaga kesihatan. Penyakit itu tetap berada di lapangan, buka mana pun, refrigerator mana pun di kedai mana pun, di dalam keadaan kempen tembakau, tapi tembakau terus jual. Dalam kempen antirokok, rokok terus jual.

Antara dua, sama ada kita ‘nak kempen supaya sedar kesihatan, boleh tidak misalnya kementerian juga dalam bidang perdagangan untuk block ini, sekat supaya ruang untuk orang membudayakan hidup dengan kesihatan ‘tak sihat ini juga dibendung. Ada ‘tak, boleh digerakkan dua itu sekali? Jangan sekadar kesihatan. Kalau kita kata kita educate saja untuk itu, tapi penyakit, ruang penyakit, ruang masalah terus berada di depan. Benda itu terliur hari- hari, ‘nak kena try. Terima kasih Yang Berhormat Dato.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Terima kasih sahabat kita, sahabat saya Senator Tuan Haji Hussin. Memanglah jadi inisiatif ataupun tindakan yang holistik keseluruhan, semua pihak mestilah mengambil inisiatif ataupun daya usaha untuk mencegah, untuk membantu mencegah penyakit-penyakit kronik ini menular dengan lebih besar, dengan hebat lagi pada masa hadapan. Jadi saya terimalah pandangan itu dan memang wajar.

Jadi, ada lagi lima minit saya cadang ‘nak bercakap 15 minit ‘je. Kesihatan, last sekali berkaitan dengan cukailah. Tahniah kepada kerajaan kerana tidak mengenakan sebarang cukai tambahan kecuali cukai tembakaulah, cukai rokok. Dan dari Perlis pada baru-baru ini juga telah mencadangkan untuk mengenakan— menaikkan Cukai Tanah di negeri Perlis ini dan telah dibawakan ke dalam Majlis Tanah Negara. Jadi kenaikan Cukai Tanah di negeri Perlis ini perlu disemak semula kerana sudah selama 10 tahun tidak disemak.

Dan dalam cadangan itu, kenaikan cukai ini hanya melibatkan sektor industri ataupun perkilangan, sektor perniagaan dan sektor perumahan dan juga Tanah-tanah Persekutuan di negeri. Tidak melibatkan tanah pertanian, tidak melibatkan tanah rakyat kebanyakan di peringkat kampung dan sebagainya.

Jadi sebahagian besar hasil negeri adalah daripada Cukai Tanah. Jadi saya berharap supaya Kerajaan Pusat, Kabinet dapat mempertimbangkan kelulusan kepada negeri untuk menaikkan cukai ini dan tidaklah banyak sangat dan kalau kita tidak naik, kalau kita tidak semak tahun ini, maknanya lima tahun lagi baru sampai masa untuk kita semakkan semula.

Jadi saya rasa memang sudah sampai masanya, 10 tahun berlalu, perlu disemak semula dan saya berterima kasihlah sekiranya kerajaan khasnya Kabinet dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri ini.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad

Jadi sekadar itulah ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Sekian. Wabillahi taufik wal- hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie.

Sebelum itu berapa minit ‘nak ambil masa sebab pukul 1, kita ada Majlis 2.30, kita ada Majlis.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Dalam 20-lah insya-Allah

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha?

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Dalam 20 minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, teruskan.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini. Dan kesempatan ini dapat kita bahaskan Belanjawan 2026 dalam suasana yang semakin stabil, ekonomi yang semakin pulih dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat terhadap hala tuju pentadbiran di bawah Kerajaan MADANI.

Dato Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 yang dibentangkan ialah yang tertinggi dalam sejarah dengan keseluruhan RM470 bilion di mana RM338.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Jumlah ini bukan sekadar angka yang besar tetapi menandakan kesungguhan kerajaan untuk membina belanjawan yang berpaksikan rakyat dan menyentuh kehidupan rakyat di bandar, kampung dan pedalaman.

Satu aspek yang amat membanggakan ialah keberanian kerajaan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang kritikal termasuk rasionalisasi subsidi diesel dan RON95, penyusunan semula subsidi minyak masak dan penarikan subsidi ayam dan telur.

Langkah-langkah ini menunjukkan kerajaan tidak takut untuk membuat keputusan yang sukar demi kepentingan jangka panjang negara.

Keberanian ini membolehkan kerajaan menutup ruang ketirisan, memperkukuhkan kedudukan fiskal negara dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar- benar memerlukan. Contohnya hasil daripada rasionalisasi ini umpamanya pengapungan harga ayam, kita jimat RM1 bilion, pengapungan harga telur, kita jimat RM1 bilion. Penyasaran subsidi dan penstrukturan tarif elektrik, kita jimat RM6 bilion, penyasaran subsidi diesel jimat RM5 bilion, penyasaran subsidi RON95, kita jimat RM2.5 bilion yang keseluruhan ini membentuk sehingga RM15.5 bilion dan jumlah itu kita dapat gunakan untuk meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah dan juga Sumbangan Asas Rahmah yang berjumlah sekitar RM15 bilion.

draft • 12:47 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ada kritikan dan hentaman ataupun sindiran yang menyebut bahawa hutang kita bertambah, hutang kita meningkat. Sedangkan apa yang kerajaan sedang buat sekarang ini, melalui penggubalan Akta Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal

(FRA). Kita telah berjaya mengurangkan defisit fiskal kita daripada 5.5 peratus pada tahun 2002. Turun kepada lima peratus tahun 2023, turun kepada 4.1 peratus - 2024 dan dijangka tahun ini 3.8 peratus. Sudah tentulah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal, mengurangkan jumlah pertambahan hutang yang dibuat daripada tahun ke tahun.

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga wajar merakamkan ucapan tahniah kepada badan- badan penguat kuasa kita. SPRM, PDRM, KPDN, Jabatan Kastam, MyCC kerana hasil rampasan dan juga kutipan penalti mencecah RM15 bilion untuk tempoh dua tahun.

Maknanya, ketirisan selama ini yang selalu disebut, boleh diatasi apabila kerajaan menekankan tata kelola dan urus tadbir yang baik.

Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif yang benar-benar dekat dengan rakyat. Umpamanya, kampung angkat— apa nama ini, Program SejaTi MADANI. Disebutkan beberapa contoh, di Kampung Sungai Protan, Sungai Gulung, Kampung Hiliran, yang pendapatannya mencecah RM90,000 setahun.

Cuma cadangan saya kepada kerajaan ialah supaya Program SejaTi MADANI ini perlukan pada audit pencapaian yang lebih tersusun. Sekarang ini, program ini dipantau oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) di negeri masing-masing. Dan saya dapati bahawa pemantauan itu agak longgar. Jadi, kita harap untuk ke depan ini, kerana bajet yang kita peruntukkan ini mencecah RM1 bilion. Saya mencadangkan supaya Program SejaTi MADANI ini dipantau dengan lebih teliti supaya setiap RM100,000 yang dibelanjakan itu ada ROI nya, ada pulangannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Begitu juga dengan Program Kampung Angkat MADANI, tahun hadapan akan ditingkatkan kepada 500 kampung. Saya ingin mencadangkan supaya bukan hanya Menteri, bukan hanya KSU dan pegawai kanan kerajaan, tetapi juga kita Senator di Dewan Negara juga diberikan satu Kampung Angkat MADANI untuk kita mengembalikan ataupun untuk kita berkhidmat kepada mungkin kampung kita ataupun tempat yang kita pilih.

Dato Yang di-Pertua, seterusnya berkait dengan Program SARA. Kita tengok ada video di Sabah, ibu yang datang jauh untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. SARA ini bagi saya ialah satu pembaharuan yang bagus ya. Daripada BR1M kepada STR dan juga SARA yang bukan hanya memberikan bantuan tunai, yang kita pun ‘tak tahu bantuan tunai itu berapa ringgit yang akan sampai kepada keluarga.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ada ayah yang dapat bantuan tunai itu, tetapi yang sampai— kalau dapat RM500, sampai pada keluarga RM50, tapi dengan Sumbangan Asas Rahmah, kita hanya boleh tebus bantuan itu dengan keperluan asas. Makanan, alat kesihatan, alat persekolahan dan sebagainya dan ini sudah tentulah satu penyasaran yang sangat baik. Dan pertambahan premis sehingga 8,400. Daripada dulu, saya ingat dalam 300 premis yang terlibat. Sekarang ini, sehingga ke kedai-kedai runcit juga mendapat hak ataupun kelebihan untuk turut sama membekalkan barang-barang SARA ini.

Dato Yang di-Pertua, begitu juga dalam soal KWSP, kerajaan telah membuat pengumuman yang begitu baik dengan menambah jumlah geran sumbangan ataupun sumbangan padanan kepada pekerja gig, e-hailing dan p-hailing. Cuma, saya agak confius sedikit kerana walaupun untuk mereka ini ditambah kepada 600 setahun ataupun 6,000 maksimum, tetapi kadar peratusan itu ‘tak tambah. Maknanya, mereka yang pekerja gig, e- hailing ini, kalau yang lain ya, yang bukan pekerja gig, yang dapat RM500 sebulan. Mereka kena menyimpan RM208 sebulan ataupun RM2,500 setahun, tetapi mereka yang pekerja gig ini untuk dapat maksimum RM600, mereka kena simpan sekurang-kurangnya RM250 sebulan.

Jadi, saya fikir mereka ini, kita ‘tak perlu bebankan dengan jumlah caruman yang— sumbangan yang tinggi. Maka, saya mencadangkan supaya peratus yang ditetapkan ialah 25 peratus. Maknanya, mereka simpan RM200 sebulan pun, mereka akan dapat 600 geran sumbangan padanan i-Saraan Plus untuk setahun ataupun 6,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang kesihatan. Saya ucap tahniah kepada kerajaan atas menyerap— dalam tempoh tiga tahun ini, berjaya menyerap 12,900 doktor kontrak ke perjawatan tetap dan akan ditambah lagi 4,500 lagi. Cuma saya ingin kerajaan menjelaskan sedikit tentang Program mySalam, dari segi liputannya. Sebab kita kurang jelas dengan program yang dilaksanakan ini, yang difahamkan akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Cuma saya ‘nak sentuh juga Dato Yang di-Pertua, ini hasrat orang kampung saya di Paka, di Dungun. Mereka minta supaya disegerakan pembinaan klinik kesihatan di Paka.

Sebab uzur sangat. Itu yang zaman— saya ingat 80-an. Begitu uzur dan saya difahamkan tapak baharu telah dikenal pasti. Cuma kita harap dalam Rolling Plan yang pertama ini, ianya dapat dilaksanakan.

Untuk soal pendidikan ini, saya ingat ambil sedikit masa lah. Tentang pendidikan...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Boleh saya mencelah sikit, Yang Berhormat Dato Speaker?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Saya ingat ‘nak habiskan sebelum rehat.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Sambung lepas rehat YB.

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

[Ketawa] Okeylah. Silakan.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Sebab saya ‘tak nak YB pergi ke tajuk seterusnya sebelum saya bangkitkan isu mySalam dan juga PeKa B40. Dan kita— seperti semua kita maklum bahawa setiap rakyat yang berkelayakan, hanya layak— hanya sekali sahaja membuat B40 dan seterusnya, layak untuk mySalam.

Dan saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya kepada pesakit ataupun rakyat kita yang sudah membuat saringan B40. Maksudnya, sekali saja kelayakan dia.

Maksudnya, kita perlu buat kali kedua. Contohnya, dia sudah buat tahun lepas. Kalau umurnya sudah melebihi 50, maka dia layak untuk buat lagi sekali. Sebab saringan hanya sekali adalah tidak memadai. Jadi, saya mencadangkanlah supaya kerajaan menimbangkan supaya ada saringan ulangan kepada pesakit-pesakit ataupun rakyat yang layak kepada B40.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya setuju dengan pandangan itu dan boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Cuma saya ingat Dato Yang di-Pertua, ada tiga minit. Adakah akan habis jam 1 ataupun akan disambung?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ‘tak boleh sempurna atau tamat pada jam 1, kita sambunglah.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ha, okey.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat. ‘Nak sambung kah, ‘nak berhenti sekarang?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Saya ingat sambunglah, Kita habis jam 1.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang jam 1.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Sambunglah.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada. Pukul berapa sekarang?

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Sambung lagi.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sambung tengah harilah, tapi kalau sambung tengah hari, kita had kepada berapa minit?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Saya ada lagi 20 lah, tapi campur pencelahan tadi, saya ingat dalam 25.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

20 minit?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

25 minit.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha. Tadi dia berapa minit cakap?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

[Ketawa] Campur celahan Dato Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi ‘dah dekat ‘nak 15 minit cakap. Patutnya tengah hari ini kalau sambung, 15 minit sahaja.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

[Ketawa] Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ‘nak sambung sekarang ataupun— kita ada lima minit lagi, kan?

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Kita rehat dululah.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita rehat dulu.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Kita rehat dulu.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kita had 15 minit, boleh habiskan?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Bolehlah.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas 2.30?

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Okey.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan, tapi dengan syarat YB Mohd Hasbie akan berucap dahulu 2.30. Di had 15 minit sahaja.

Mesyuarat akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada 12.58 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Pele Peter Tinggom **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, selamat petang. Salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang kita terus dengan perbahasan kita dengan menjemput Yang Berhormat Hasbie untuk meneruskan perbahasan beliau dari pagi tadi.

draft • 2:30 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya meneruskan ucapan pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun inisiatif yang saya sebutkan tadi begitu banyak dan begitu bermakna, tetapi saya ingin menekankan beberapa cadangan penambahbaikan untuk memastikan Belanjawan 2026 memberikan impak yang lebih luas kepada graduan dan juga anak muda kita.

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Yang pertamanya, promosi penerangan dan akses yang luas untuk program-program yang dilaksanakan. Umpamanya, kita mesti pastikan maklumat mengenai inisiatif seperti K- Youth, TVET, latihan industri disebarkan secara meluas melalui media sosial, portal universiti, sekolah menengah, pusat komuniti dan agensi pekerjaan.

Ini penting kerana ramai belia dan graduan mungkin tidak sedar akan peluang ini terutamanya mereka yang berada di luar bandar ataupun kawasan pedalaman. Dengan maklumat yang mudah diakses dan jelas, peluang untuk menyertai program serta mendapatkan latihan pekerjaan akan lebih adil dan inklusif. Itu yang pertama.

Yang keduanya, kita juga mesti pastikan latihan yang dibuat itu mestilah secara berstruktur dan peluang industri secara nyata ataupun on the job training. Model latihan perlu disulam dengan kerjasama industri supaya peserta memperolehi pengalaman sebenar bekerja. Bukan semata-mata latihan teori.

Contohnya sektor semikonduktor, teknologi tinggi, EV, AI kerana TVET menyasarkan industri yang berteknologi tinggi. Skema latihan dan penempatan pekerjaan juga terutamanya belia tanpa ijazah perlu disusun supaya selepas latihan mereka terus mempunyai akses pekerjaan dengan gaji dan prospek yang baik. Ini dapat membantu mereka untuk berdikari dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Perkara yang ketiga ialah memperluaskan bantuan kewangan ataupun insentif mobiliti seperti bantuan peralihan kerja, elaun latihan dan bantuan pengangkutan supaya belia terutamanya daripada latar belakang yang berpendapatan rendah mampu mengambil peluang tanpa halangan.

Sokongan khas juga perlu diberikan kepada wanita yang berkerjaya. Misalnya pelepasan cukai bagi kos asuhan anak sebagai mana yang dilaporkan dalam Bajet 2026.

Kemudian yang keempatnya, kolaborasi antara industri, institusi pendidikan dan agensi kerajaan mesti perlu terus diperkemaskan. Kerajaan perlu menggalakkan kolaborasi aktif antara ketiga-tiga entiti utama ini supaya kurikulum yang diajar di universiti ataupun di mana-mana kolej sejajar dengan keperluan pasaran.

Graduan kemahiran ini bukan hanya mengikut teori tetapi bersedia dengan kemahiran yang sebenar. Ini sangat penting dalam sektor yang berkembang cepat seperti semikonduktor, teknologi digital, automasi, teknologi hijau, mengikut fokus sebagaimana yang disebutkan di dalam bajet ini.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh sedikit tentang isu bantuan yang diberikan. Kita telah ditunjukkan dengan begitu banyak program-program ataupun bantuan yang diberikan, tetapi saya ingat, tidak salah untuk kita belajar daripada negara jiran kita. Saya ambil contoh umpamanya dalam pelaksanaan gaji minimum yang kita

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

telah tetapkan secara menyeluruh sebanyak RM1,700 sebulan, bermula saya ingat awal Ogos yang lalu. Ini kita laksanakan daripada utara Perlis sehinggalah ke Sabah, ke Semporna, seluruh negara.

Persoalannya, adakah sistem yang sebegini, yang pukul rata sebegini sesuai untuk kita punya rakyat kita ataupun pengusaha PKS kita yang kita tahu tempat-tempatnya berbeza dari sudut ekonomi? Saya ambil contoh umpamanya, yang dilaksanakan di negara jiran kita, Indonesia. Mereka juga ada program sebagai mana gaji minimum yang disebutkan sebagai Upah Minimum Provinsi.

Upah Minimum Provinsi Tuan Yang di-Pertua, dia meletakkan upah minimum itu mengikut dia punya wilayah-wilayah. Kita boleh katakan bahawa oh, wilayah mungkin jauh daripada Jakarta itu mungkin rendah. Kalau kita tengok dari segi statistik, yang paling rendah Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang IDR2.5 juta. Maknanya lebih kurang dalam RM600 ke RM700 di tempat yang mundur.

Di tempat yang maju, yang paling maju di Kota Jakarta, di Bandar Jakarta itu paling tinggi sebanyak IDR5.2 juta. Lebih kurang dalam RM1,250. Maknanya di negara jiran mereka membezakan kerana kekuatan PKS ataupun pengusaha ini berbeza. Kalau kita meletakkan kadar yang sama, satu Indonesia itu katalah IDR5.2 juta maka saya yakin bahawa pengusaha- pengusaha di wilayah-wilayah yang kurang membangun itu tidak akan dapat membayar gaji kepada pekerja dia yang menyebabkan mereka akan memecat ataupun membuang pekerja mereka.

Saya mendapat maklum balas daripada peniaga-peniaga khususnya di negeri saya di Terengganu. Mereka mengadu mereka tak mampu untuk ikut garis RM1,700. Apa yang mereka buat dua perkara. Yang pertama, mereka akan buang. Kurangkan pekerja mereka ataupun mereka akan serapkan kenaikan itu pada harga makanan. Maknanya kalau nasi dagang sebelum ini RM6 akan naik RM8, RM9. Ini akan mendorong kepada kenaikan harga seterusnya inflasi secara berleluasa.

Jadi tuan Yang di-Pertua, saya berharap untuk pada masa yang akan datang sekiranya kerajaan memikirkan untuk menaikkan kadar gaji minimum ini mesti melihat ataupun membahagikan mengikut segmen dalam negara kita. Negara— negeri yang seperti Terengganu, yang 80 peratusnya bergantung kepada perbelanjaan awam. Sudah tentulah harus kita berikan pertimbangan supaya kadar gaji minimum itu lebih rendah daripada kawasan-kawasan yang lain.

Begitu juga dalam kita memberikan apa nama ini Sumbangan Tunai Rahmah. Kita agih secara pukul rata mengikut tingkat pendapatan dan juga mengikut jumlah anak. Kalau ada lima orang anak ke atas mereka akan dapat maksimum bagi yang berpendapatan yang

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

paling rendah, tetapi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melihat juga kepada lokaliti mereka. Bagi mereka yang berada di bandar, pendapatan itu sudah tentulah— bebanan itu sudah tentulah tidak sama dengan mereka yang berada di luar bandar. Jadi, sudah tentulah kalau di luar bandar, garis RM1,200 itu sudah layak mendapat yang maksimum. Maka, saya mencadangkan supaya di kawasan bandar mungkin boleh naikkan kepada RM1,700 ataupun RM1,800. Pertimbangan ini sudah tentu perlu dilakukan kerana di kawasan-kawasan ini berbeza dan menuntut kepada dasar yang fleksibel yang berbeza mengikut tempat.

draft • 2:32 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Tuan Yang di-Pertua berkait dengan soal pendidikan. Baru-baru ini kita dengar ada pandangan daripada pakar ataupun tokoh pendidikan yang menyebut bahawa PPD sudah tidak relevan. Katanya PPD ini hanya menyusahkan sekolah-sekolah, menyusahkan guru- guru, minta data macam-macam.

Saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua, pandangan ini sepatutnya tidak keluar kerana kita tahu Kementerian Pendidikan ini ialah kementerian yang paling besar, bajet yang paling besar. Penjawat awamnya mencecah lebih 400,000 terutamanya guru. Kalau campur dengan kerani dan sebagainya, lebih 550,000 dan sudah tentulah dengan jumlah sekolah, 10,000 sekolah di seluruh negara dengan lima juta murid memerlukan kepada kepimpinan yang bukan hanya di kementerian di Putrajaya, tetapi juga di peringkat negeri dan PPD yang kuat.

Jadi sebab itu sekiranya ada cadangan untuk mansuhkan PPD ini, saya sudah tentulah tidak bersetuju kerana PPD ini kita pun ada kajian yang menyebut bahawa di daerah-daerah yang PPD nya kuat, maka kualiti pendidikan, kualiti sekolahnya begitu baik. Mutu pendidikannya begitu baik. Berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. Apa yang kita boleh perbetulkan ialah memperbaiki cara kerja di PPD ini. Maknanya JPN, kepimpinan, pengarah negeri mesti melihat mana PPD yang bermasalah supaya PPD yang bermasalah itu boleh diperbaiki ataupun ditukar dengan kepimpinan yang lebih baik.

Beberapa cadangan juga yang saya ingin sebutkan di sini umpamanya kita— kalau kita tengok dalam bahagian di Kementerian Pendidikan. Ada banyak bahagian. Saya ingat ada 17 ataupun 18 bahagian. PERMATA Negara, program yang saya ingat dah lama pun masih ada bahagian khusus. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan, kementerian mempertimbangkan supaya diwujudkan bahagian keselamatan khusus kerana kita tahu dengan lima juta rakyat kita di sekolah ini, bagaimana dengan keselamatan mereka?

Bagaimana dengan keadaan sekuriti yang sekarang ini kita serah hampir sepenuhnya kepada pengawal keselamatan. Saya cadangkan pengawal keselamatan ini diganti dengan polis bantuan yang lebih terlatih dari sudut latihan dan sebagainya.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Dan saya ingin bertanya kepada kementerian, bila warden tetap akan dilaksanakan.

Bukan warden yang dilantik daripada kalangan guru-guru ini. Supaya kita tidak mahu berulang peristiwa yang bukan hanya buli, tetapi peristiwa ada anak yang jatuh dalam loji kumbahan dan sebagainya. Ini sangat menakutkan kerana jumlah anak-anak kita yang tak mampu menjaga diri mereka pada masa ini. Ramai lima juta.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam soal gred. Gred guru-guru ini, kita difahamkan di sekolah, guru biasa grednya ada yang lebih tinggi daripada pengetua. Jadi ini agak canggun.

Saya mencadangkan biarlah di sekolah itu gred yang tertinggi adalah gred pengetua supaya dia tidaklah rasa rendah diri ataupun sedikit kejanggalan di kawasan sekolah itu.

Saya juga berharap supaya kerajaan mengkaji dari sudut waran perjawatan kita kerana ada di PPD ini, apabila dia capai suatu gred perjawatan tertentu, dia terpaksa turun ke sekolah.

Kalau sebelum itu dia berfungsi sebagai Timbalan PPD, selepas itu dia turun sebagai guru biasa. Sudah tentu ini canggun sedangkan dia hanya ada baki enam bulan ataupun setahun baki perkhidmatan sebelum dia bersara.

Seterusnya saya juga ingin mencadangkan supaya peruntukan latihan disalurkan terus kepada sekolah. Tidak lagi diletakkan di JPN yang mengambil masa yang lama untuk diserahkan ataupun disalurkan.

Kemudian begitu juga dari sudut kaunselor. Sekarang ini kita ada 3,063 buah sekolah rendah dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). SKM ini kurang daripada 150 orang murid dan di sekolah rendah SKM ini, saya difahamkan kita ‘tak ada kaunselor hakiki.

Maknanya guru biasa yang mungkin ajar sukan, ajar bahasa Melayu, dia diminta untuk ajar kaunselor. Dia pun ‘tak tahu. Macam mana ‘nak kaunseling budak-budak ini. Dia sendiri pun tertekan. Tiba-tiba kena bagi motivasi kepada budak-budak pelajar.

Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan menyegerakan untuk melantik kaunselor hakiki yang terlatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah kurang murid ini. ‘Tak banyak pun, 3,063 buah sekolah dan dalam tempoh itu, bagi guru-guru yang bukan kaunselor yang sekarang ini sedang menanggung tugas itu, kena berikan mereka latihan yang cukup supaya mereka ada keupayaan untuk memberikan, membimbing anak-anak kita di peringkat sekolah rendah.

Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang kita punya sistem kita secara keseluruhan kerana kita difahamkan kerajaan akan menggubal undang-undang pendanaan politik. Saya terlibat dalam beberapa libat urus, tapi saya fikir, dalam kita berbincang soal pendanaan politik ini, kadangkala kita tersalah arah. Saya nampak perbincangan itu banyak kepada ‘nak regulate, banyak ‘nak mengawal parti-parti politik ini supaya susah ‘nak dapat sumbangan wang, supaya susah mendapat tajaan. Sehingga ada

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

cadangan kata ‘nak lelong untuk dapat fund raising dinner pun, ‘tak boleh lebih nilai tertentu RM1,000, RM2,000 dan sebagainya.

Realiti dalam negara kita Datuk Yang di-Pertua adalah, parti politik dia memerlukan dana dan dengan budaya sekarang ini, baru-baru ini pun kita tengok ada rungutan daripada pimpinan parti politik yang sebut bahawa wang dimainkan dengan begitu berleluasa. Soal betul ataupun tidak, saya rasa kita pun tahu. Ini sudah menjadi open secret. Seorang calon pilihan raya, kalau dia tidak ada jumlah tertentu, yang jauh lebih besar daripada yang ditetapkan oleh undang-undang, dia pun ‘tak yakin boleh menang dalam pilihan raya.

Budaya kita, ahli-ahli politik yang nak bertanding memerlukan duit yang banyak, tetapi budaya itu bertentangan dengan Perlembagaan kita, bertentangan dengan tujuan ataupun fungsi sebenar seorang Ahli Parlimen. Dia laburkan RM5 juta untuk menang sedangkan elaun untuk dia lima tahun pun ‘tak cukup dengan jumlah itu.

Jadi saya mencadangkan supaya Akta Pendanaan Politik ini walaupun mungkin akan dibincangkan dalam sidang akan datang, mesti fokus untuk bantu parti-parti politik supaya mereka ini tidak perlu lagi terlibat dengan budaya rasuah ataupun politik wang. Sakau, rompak duit melalui cara yang salah. Kerajaan mesti mengiktiraf pekerja-pekerja politik. Sekarang ini bagus kita berikan bajet yang besar kepada penjawat awam, tetapi mereka yang bekerja dalam parti politik, yang menjadi petugas sepenuh masa, mereka juga perlu diberi pengiktirafan kerana mereka inilah yang menjaga dan mempertahankan sistem demokrasi kita. Kalau masing-masing ‘tak mahu terlibat sebagai ahli politik ataupun pekerja politik, yang jaga pejabat pusat khidmat, tidak dibayar. Maka saya yakin pada masa akan datang, orang muda pun ‘tak berminat untuk berada dalam politik kita.

Jadi sebab itu saya mencadangkan supaya perbincangan soal pendanaan politik ini mesti yang utamanya ialah untuk membantu parti-parti politik. Maknanya supaya sekurang- kurangnya ada peruntukan khusus daripada kerajaan, supaya parti politik ini ‘tak perlu nak minta sumbangan, nak bayar sewa dia punya bangunan itu tak perlukan sumbangan luar. ‘Nak bayar dua, tiga orang pegawai di pejabat itu tak perlu sumbangan luar. Dan dengan ini saya yakin budaya politik wang dalam negara kita ini dapat kita banteras ataupun kita kurangkan kepada tahap yang begitu rendah.

Begitu juga saya ucap tahniah kepada kerajaan atas usaha untuk gubal Akta Ombudsman dan ini juga sebahagian daripada yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Tadbir Urus ataupun Antirasuah yang saya terlibat sebagai anggota, tetapi saya ingat ada satu cadangan penting yang kita angkat juga ialah mereka yang ditahan, direman ini, kenapa masih kena pakai baju t-shirt oren lokap SPRM sedangkan dia pun belum terbukti bersalah. Bagi orang di luar sana, bila dah pakai itu, walaupun kemudiannya terbukti ‘tak bersalah, dia ‘dah

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

dianggap bersalah. Guna gambar itu saja pun dia ‘dah tak boleh menahan dalam pilihan raya.

Jadi saya minta supaya kerajaan melihat balik. Ini maruah dia. Belum pun bersalah. Apa salahnya dia kekal dengan pakaian yang biasa sehinggalah dia dibuktikan bersalah, pakailah apa yang kita ‘nak berikan.

Kemudian Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya juga dengan baki masa yang ada ini, saya juga ingin mengajak supaya kita di Dewan ini mula memikirkan. Sekarang ini banyak tuntutan soal berapa banyak jumlah kerusi yang kita nak wujudkan, tapi saya fikir, kita ada dua Dewan. Satu, kita di Dewan Negara, satu lagi ialah Dewan Rakyat. Dewan Rakyat atau House of Representatives ini mewakili rakyat, tetapi kalau kita tengok dalam senario taburan Kerusi- Kerusi dalam Dewan Rakyat ini, ada Kerusi yang jumlah pengundi dia sehingga 300,000. Ada Kerusi yang pengundi dia 20,000— 15 kali ganda. Ada yang 16, 17 kali ganda.

Maknanya, pengundi di Bangi umpamanya, seorang pengundi— bukan seoranglah, 10 orang, 15 orang pengundi di Bangi menyamai satu pengundi di Batang Sadong atau di mana- mana kawasan di Sarawak. Jadi maknanya, ini sudah tentu tidak mewakili secara adil, tetapi di situ juga ada isu yang berkait dengan MA63, yang harus kita juga perhalusi, tetapi saya ingin mengajak supaya kita melihat dan mulakan untuk memikirkan bahawa sistem First Past the Post sekarang ini kita laksanakan, yang jumlah pengundi sedikit, menang semua...

draft • 2:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Tuan Speaker, mohon mencelah.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ya, sila.

draft • 2:40 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Datuk Tuan Speaker. Adakah Yang Berhormat bersetuju tiba lah masanya kerajaan menambah baik ataupun membuat persempadanan baharu, mengambil kira jumlah pengundi yang begitu ramai dan hendaklah diselesaikan sebelum PRU yang ke-16 ataupun PRU Parlimen yang akan datang ini? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Sudah tentulah saya bersetuju untuk kerajaan mulakan mengkaji secara serius supaya rakyat-rakyat di semua tempat merasakan bahawa suara mereka itu sama nilai, kan, tapi sudah tentulah juga kita memahami bahawa ada sempadan dari segi umpamanya Kerusi di Putrajaya, dia hanya ada lebih kurang saya ingat 20–30,000.

Sedangkan jiran dia, satu Kerusi Parlimen itu 300,000. Ini isu-isu yang sudah tentu perlu perhalusi, tetapi idea soal perwakilan berkadaran ataupun propotional representation ini harus kita mula bincangkan. Secara serius. Kerana kita ada dua Dewan.

draft • 2:50 PM

Puan Tiew Way Keng

Mohon celah.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Dan Dewan Rakyat itu tidak seharusnya menjadi satu tempat yang dilihat sebagai wakil wilayah umpamanya, sebab saya melihat Dewan ini lebih sesuai sekiranya soal wilayah itu disebutkan, dibincangkan.

draft • 2:50 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ‘nak tanya Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat bersetuju, bagi kajian persempadanan semula, adalah berasaskan gerrymandering? Maknanya saya memang setuju dengan pendapat Yang Berhormat bahawa sesuatu ahli— seseorang Wakil Rakyat, sekiranya kawasan dia terlalu besar dengan peruntukan yang sama, maknanya, seorang pengundi di kawasan yang besar itu hanyalah kita kata peratusan yang amat kecil jikalau dibandingkan dengan kawasan Parlimen yang ada bilangan pengundi yang sangat rendah. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ya, saya ingat jumlah yang tepat pun bukan— gerrymandering itu saya ingat malapportionment. Dia so, gerrymandering ini maksudnya satu di hujung kemudian sambung di tempat yang jauh. Dan itu juga akan menyusahkan rakyat kita untuk mendapat servis yang baik daripada wakil dia. Jadi, isu ini rumit. Kita faham, tetapi saya berharap supaya ini kajian yang agresif itu dimulakan supaya kita tidak menggunakan satu yang memang dibuat pada 60 tahun yang lalu, tapi kita percaya seolah-olah itu tidak boleh diubah.

Saya yakin, apa yang berada dalam perkara dalam Perlembagaan kita ini, 183 Perkara itu boleh kita pinda melihat kepada keperluan. Sekarang ini pun rakyat kita dah hampir 35 juta dengan segala macam perubahan, AI dan sebagainya. Perubahan itu mesti segera kita laksanakan. Jadi, saya ingat sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang dan peluang kepada saya untuk petang ini berbahas. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Perkara yang terakhir yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie bertepatan dengan apa yang patut dibuat apabila kita merujuk kepada penduduk yang makin bertambah dan kawasan yang geografinya begitu susah.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak bin Ahmad.

draft • 2:50 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong Doa]* Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan buah pandangan perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Dasar pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan perbahasan saya pada petang ini dengan memulakan sepotong ayat Al-Quran Karim dalam Surah al-A'raf, ayat 96. Allah SWT berfirman.

draft • 2:53 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ertinya, “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berakah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan, maka kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” Dalam ayat ini Allah SWT menekankan betapa berharganya keimanan dan ketakwaan. Bahkan, jika penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, maka Allah akan melimpahkan keberkatan kepada negeri tersebut.

Oleh sebab itu, apabila kita mengulas soal bajet, sama ada bajet itu bajet keluarga kita, bajet sebuah masyarakat, bajet sebuah negeri ataupun sebuah negara, maka keberkatan itulah sangat penting. Walaupun kita lihat sebuah keluarga itu pendapatannya tidak seberapa, tetapi kehidupan mereka bahagia disebabkan keberkatan yang Allah kurniakan kepada mereka, tapi ada sesetengah, ada sesebuah keluarga yang mungkin kita nampak kaya, senang, tetapi kehidupan mereka tidak ada keberkatan. Soalnya, kewangan bukanlah semata-mata, tapi keberkatan itu ialah sangat penting. Begitulah dalam negara kita, kita perlu mengambil keberkatan sebagai elemen penting dalam bajet kita.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan merupakan satu elemen penting dalam menentukan corak pentadbiran serta hala tuju ekonomi dan kewangan negara bagi satu tahun ke hadapan.

Ia adalah satu noktah penting yang membawa aspirasi utama bagi mencapai segala perancangan yang telah dirangkumkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Oleh sebab itu, saya ingin tegaskan bahawa belanjawan bukan soal berapa yang diperuntukkan, tetapi juga soal sejauh mana efektif, sejauh mana jelas prinsipnya, sejauh mana tercapai objektifnya, ini yang akan memaknakan sesebuah belanjawan yang dibentang.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan hasil bumi. Hasil yang melimpah ruah, inilah yang perlu dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepimpinan yang adil dan saksama akan memberikan nikmat dan kesejahteraan kepada rakyat.

Allah SWT berfirman.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, *“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasulnya, dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah. Dan bagi kaum kerabat Rasulullah dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan, apa jua perintah yang di bawah oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya, kamu lakukannya, maka patuhilah larangannya.

Dan, bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguh Allah amatlah berat azab seksanya bagi orang yang melanggar perintahnya.”* Surah al-Hajj.

Dalam konteks belanjawan negara, ayat ini menjadi tunjang kepada teologi dan moral kepada prinsip pengurusan fiskal yang adil dan komprehensif. Setiap hasil negara adalah

draft • 2:53 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

amanah yang bakal dipertanggungjawabkan, bukan milik mana-mana individu, keluarga apatah lagi kelompok-kelompok yang berkepentingan.

Belanjawan 2026 ini hendaklah mendukung nilai iman dan takwa, membina sistem agihan yang telus dan adil, membasmi ketirisan serta menolak pembaziran yang melampau.

Dalam masa yang sama, melaksanakan program-program yang berimpak tinggi dan memberi kesan terus kepada rakyat yang memerlukan secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan belanjawan kali ini saya ingin menekankan lima instrumen penting untuk diketengahkan dan diambil perhatian.

draft • 2:53 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Isu-isu yang dinyatakan adalah seperti pertanian, pendidikan agama, pemerkasaan undang-undang syariah, kebajikan dan wacana isu pelancongan dan isu jemaah haji sekarang ini.

Tuan di-Pertua, pertama kali saya ingin sentuh berkaitan dengan pertanian khususnya melibatkan industri padi dan beras negara. Kedah merupakan negeri jelapang padi, menjadi periuk nasi negara yang menyumbang kira-kira 40 peratus kepada negara.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menerima peruntukan belanjawan yang banyak iaitu RM6.9 bilion. Saya berpandangan ia satu angka yang sangat besar yang seharusnya mampu menaikkan semula sektor pertanian khususnya padi dan beras seterusnya menjaga keterjaminan keselamatan makanan negara secara holistik.

Tuan di-Pertua, keselamatan makanan telah menghadapi berbagai cabaran seperti bencana alam, banjir, serangan serangga perosak, ribut taufan dan perubahan iklim. Kajian menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kehilangan hasil selepas tuaian yang ketara sekitar 20 hingga 30 peratus bagi sesetengah tanaman disebabkan oleh kemudahan penyimpanan yang tidak memadai dan amalan pengendalian bekalan yang lemah dan tidak terurus.

Bahkan, faktor bencana alam seperti banjir juga menyumbang kepada masalah yang sama. Banjir berlaku di mana-mana pada hari ini dengan tidak mengira musim dah. Dulu kita tahu bahawa musim banjir ialah penghujung tahun, tapi sekarang ini tidak kira masa dan waktu banjir berlaku. Kita tidak menyalahkan Allah SWT, itu cuaca yang berlaku.

Jadi, apakah langkah menyeluruh dan berfasa yang akan diambil kerajaan untuk menangani masalah kritikal ini termasuk menaik taraf infrastruktur penyimpanan, meningkatkan standard rantaian bekalan, memperkenalkan teknologi pemprosesan pasca tuaian serta memastikan penyelarasan antara agensi bagi menambah baik pengurusan dan pentadbiran di peringkat pengeluaran, pengedaran dan penggunaan?

draft • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Saya sebutkan sebagai contoh isu teknologi pertanian yang saban tahun dibangkitkan.

Sejauh mana progress yang telah tercapai setakat ini? Apakah ia dirasai sehingga ia ke peringkat petani? Bagaimana impak penggunaan teknologi ini dalam meningkatkan produktiviti? Semua ini memerlukan satu jawapan dan tindakan yang jelas daripada kementerian. Kita tidak sekadar angka di atas kertas, tetapi biarlah perlaksanaannya benar- benar membumi kepada pesawah dan petani di bawah.

Saya juga ingin mengingatkan satu firman Allah SWT dalam surah Yusuf yang firmannya yang bermaksud, “Berkata, Yusuf hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh, tujuh tahun berturut-turut. Kemudian apa yang kamu ketam ataupun tuai, biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.” Ayat ini seterusnya menjadi pedoman dan pengajaran dalam memandu dasar serta polisi berkaitan keterjaminan keselamatan makanan.

Tuan di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin bangkitkan adalah mengenai isu pendidikan agama Islam yang merupakan asas kepada pembentukan sahsiah dan akhlak manusia secara keseluruhan yang menjamin moral serta pembangunan insan masa depan negara. Negara yang runtuh dari segi pendidikan moral dan akhlak akan berdepan dengan cabaran keruntuhan institusi kekeluargaan dan nilai-nilai murni.

Berbeza dengan negara yang menjadikan pendidikan dan pembangunan modal sebagai agenda utama yang pada natijahnya akan menjadikan negara tersebut kurang masalah moral dan akhlak. Pendidikan Islam di Malaysia wajar dijadikan agenda utama negara. Nilai iman inilah yang akan mengurangkan para-para pemimpin yang corrupt dan ini sesuai dengan usaha kerajaan dalam membasmi rasuah secara menyeluruh.

Kita harus berkongsi kebimbangan yang sama. Hari ini kita dikejutkan sehingga kes- kes kematian dan seksual menjengah ke dalam bilik darjah seterusnya mencemarkan kesucian institusi pendidikan yang dipelihara saban tahun. Apakah itu tidak cukup untuk menjentik rasa bimbang dan risau yang teramat sangat terhadap kebijakan moral dan akhlak anak-anak pelajar kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita memperkatakan berkenaan sikap para pelajar yang sudah melampaui batas, dalam masa yang sama kita juga dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan amang seksual segelintir guru-guru di sekolah terhadap pelajar mereka. Sebutan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur yang lucah disebutkan di hadapan pelajar perempuan sehingga mendorong kepada rasa tidak selesa para pelajar untuk belajar.

Kes ini realiti yang berlaku walaupun ia tidak berlaku di setiap sekolah. Malangnya guru-guru yang bersuara mempertahankan pelajar mereka pula yang ditukarkan sekolah lain.

Saya bercakap atas prinsip bahawa institusi pendidikan kita harus diteliti secara mendalam.

draft • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Peranan guru besar, peranan guru-guru, pelajar termasuklah ibu bapa perlu digembleng dengan penuh berhemah. Kita perlu menilai realiti sebenar yang berlaku dan melakukan perubahan yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada peruntukan berkaitan TVET sebanyak RM7.9 bilion, yang berkaitan dengan tahfiz dan pondok hanya mendapat RM5 juta sahaja.

Peruntukan ini kurang daripada satu peratus daripada jumlah yang diperuntukkan kepada TVET. Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz sangat penting untuk diperkasakan sama ada melalui kerjasama berbagai kementerian dan agensi kerajaan, dalam masa yang sama memperluas akses program tersebut kepada pelajar institut tahfiz dan sekolah pondok. Persoalannya, adakah peruntukan ini memadai untuk mencapai objektif yang digarap oleh kementerian?

Saya mengharapkan agar kerajaan memberikan perhatian yang serius terhadap pembangunan sekolah tahfiz dan pondok ini. Pelajar-pelajar ini adalah aset utama negara dengan kemahiran asas agama yang tinggi.

[Membaca sepotong ayat Quran] “Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.” Ini menunjukkan golongan-golongan tahfiz dan pondok ini adalah golongan yang penting dan harus diberi keutamaan oleh kerajaan kepada mereka. Keutamaan tidak semestinya dalam bentuk kewangan, tetapi penyediaan ekosistem pendidikan Islam yang holistik termasuk pengiktirafan rasmi, kurikulum yang tersusun, latihan kepada guru-guru tahfiz dan pondok serta jaminan kebolehpasaran golongan ini.

Oleh itu, adakah peruntukan tersebut mencukupi untuk menampung keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz dan pondok di Malaysia? Adakah ada peruntukan-peruntukan lain yang diberikan untuk membangun kebolehpasaran pelajar tahfiz dan pondok ini?

Bagaimana pula dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang mempunyai lima teras penting iaitu Teras 3 mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz sesuai dengan pendidikan arus perdana serta Teras 5 mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz.

Melihat apa yang berlaku di Kedah, kerajaan negeri sedang memperhalusi bagi mengiktiraf sijil pondok bagi kebolehpasaran graduan pondok di negeri kedah.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita menerima berita serbuan yang dibuat terhadap suatu sauna spa di Kuala Lumpur, 201 orang telah ditangkap termasuk 17 orang daripadanya adalah penjawat awam, remaja dan juga warga emas. Ini adalah budaya sakit yang dihadapi oleh negara. Allah SWT berfirman.

[Membaca sepotong ayat Quran] “Dan Nabi Lut juga ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya, patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu.

draft • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” Tuan Yang di-Pertua, lebih mengejutkan seramai 171 lelaki warga tempatan yang disyaki terbaik dalam aktiviti songsang ini dibebaskan selepas polis gagal mendapat perintah reman. Ini menunjukkan satu kegagalan sistem perundangan kita.

draft • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Golongan songsang ini wajar diberikan hukuman yang berat kerana mereka ini telah melanggar batas norma kehidupan sebagai manusia. Dalam masa yang sama, Malaysia tidak mengiktiraf golongan-golongan, mahupun agenda LGBT seperti negara Barat yang telah rosak nilai moral dan agama mereka.

Berkaitan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, bagi seksyen 25, berkenaan dengan kesalahan liwat. Mereka ini boleh didakwa atas seksyen ini, termasuk juga seksyen 29 yang melibatkan perbuatan tidak sopan di tempat awam. Seksyen 35 menganjurkan atau merujuk melakukan maksiat dan seksyen 43, persubahatan.

Bagaimanakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Agama ingin menyelesaikan kelompongan ini? Ini merupakan bencana terhadap undang-undang syariah di negara kita.

Seterusnya, apakah tindakan kerajaan terhadap beberapa orang penjawat awam yang ditangkap ini? Kita tidak seharusnya memberi muka kepada penjawat awam yang songsang ini. Hal ini sememangnya mencalar imej negara yang merupakan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3(1).

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan. Sejauh manakah usaha kementerian Jabatan Perdana Menteri Agama dalam memperkasakan mahkamah syariah bagi RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU35) akan dibentangkan? Kini tiba masanya institusi mahkamah syariah kembali ditegakkan. Memberi ruang kepada negeri-negeri untuk melaksanakan hukuman syariah bagi golongan yang songsang ini, hukuman yang munasabah, berat dan mendidik.

Tuan Yang di-Pertua, bencana banjir kali ini boleh dikatakan agak teruk. Negeri-negeri yang terlibat seperti Kedah, Perlis, Perak dan juga di Kelantan, Terengganu terkesan akibat banjir ini. Kawasan-kawasan yang tidak pernah banjir sekarang ini sudah berlaku banjir. Hujan luar biasa yang dihadapi kini sangat di luar jangkaan. Negeri Kedah antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah di Kubang Pasu, Alor Setar, Pendang dan Kulim, memberi kesan kepada keselamatan penduduk. Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil langkah cemerlang dengan membuat persiapan awal bagi penyediaan PPS untuk mengurangkan risiko keselamatan penduduk yang terkena dengan banjir.

draft • 3:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Isu banjir di kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas mula timbul apabila terdapat pembangunan kawasan perumahan tidak mematuhi piawaian perparitan yang ditetapkan sehingga memberi kesan limpahan air kepada kawasan sekitarnya. Adakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat pantauan berkala kepada mana- mana projek pembangunan ini? Adakah ada piawaian tertentu kerajaan dalam menyelia projek-projek pembangunan ini? Jika ada, adakah ia perlu dikaji semula dan perlu melakukan enforcement secara besar-besaran supaya tidak kurang berlaku banjir pada masa akan datang?

Berkaitan dengan isu bantuan pula, prosedur sedia ada di bawah Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dilihat terlalu birokratik, yang memberi kesan kelambatan proses pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan kerenah birokrasi ini supaya segala bentuk sumbangan dan bantuan disalurkan dengan mudah kepada mangsa? Isu lain pula adalah berkaitan lokasi PPS yang terlalu jauh dengan kawasan banjir sehingga menyusahkan mangsa untuk berpindah sementara di kawasan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, tahun 2025 ini kerajaan telah menyasarkan seramai 47 juta pelancong datang ke Malaysia untuk mampu menjana pendapatan pelancongan berjumlah 329 bilion. 2026 yang merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026 akan menjadi tahun yang mungkin bakal menarik lebih banyak pelancong berbanding tahun 2025. Walaupun Malaysia bukanlah negara pelancongan seperti Turkiye, Thailand dan negara pelancongan lain, Malaysia masih mampu menyaingi negara-negara ini iaitu dengan membuat promosi berskala besar, menambah infrastruktur pelancongan. Tidak kalah juga dengan aktiviti pelancongan desa yang semakin membangun sekarang ini.

Sebagai contoh, di Daerah Yan, Kedah. Banyak tempat pelancongan telah pun diwartakan seperti di Gunung Jerai, Pantai Murni, Pulau Songsong— bukan pulau songsang.

[Ketawa] Kampung Raga dan lain-lain lagi. Ini adalah aset eco-tourism yang perlu mendapat perhatian pihak kerajaan.

Rata-rata pelancong yang hadir adalah di kalangan orang Malaysia sendiri. Namun, jarang dilihat orang luar negara melancong ke tempat ini. Adakah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhasrat untuk mempromosikan Kedah sebagai tempat ekopelancongan berprestij yang mampu menarik pengunjung luar negara datang ke daerah di negeri Kedah?

Berapakah peruntukan kerajaan boleh diberikan untuk membangunkan kawasan- kawasan pelancongan luar bandar bagi meningkatkan mutu pelancongan luar bandar, khususnya di negeri Kedah? Berkaitan Terusan Wan Mat Saman. Terusan ini merupakan tapak bersejarah yang dibina oleh Menteri Besar Pertama Negeri Kedah pada tahun 1885

draft • 3:10 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

atau pun 1896 yang juga digelar sebagai Bapa Pembangunan Negeri Kedah. Adakah kementerian bercadang untuk menjadikan terusan ini sebagai aset pelancongan sejarah bagi negara kita Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir iaitulah berkenaan dengan pengurusan haji yang dianggarkan jemaah haji mencecah 30,000 jemaah haji setiap tahun. Ini menunjukkan trend jemaah haji Malaysia sentiasa pergi tidak kurang daripada 30,000 jemaah setiap tahun.

Namun, isu jemaah haji terkandas sering berlaku apabila masuk musim ibadah haji. Haji merupakan ibadah ataupun rukun Islam kepada yang mampu.

Berkaitan isu jemaah haji yang terkandas, Menteri perlu jelaskan di mana berlaku kegagalan awal? Kita mengharapkan tahun 1447, tahun depan ini tidak berlakulah jemaah yang terkandas ni, sama ada ditipu atau sebagainya. Adakah ia pada proses pengesahan pakej haji oleh syarikat pengurusan jemaah haji atau kerana kelemahan pemantauan Tabung Haji sehingga syarikat tidak berlesen juga boleh beroperasi secara bebas menawarkan kuota haji segera kepada rakyat?

Ini bukan isu baru. Setiap tahun berlaku penipuan demikian. Soalnya, apakah tindakan pencegahan yang telah dibuat sebelum krisis ini atau adakah kementerian hanya bertindak apabila jemaah sudah pun terkandas? Rakyat yang menjadi mangsa penipuan haji telah menanggung kerugian besar. Bukan sahaja dari sudut kewangan, tetapi juga dari segi emosi, maruah dan impian mereka untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini.

Kementerian mesti mengambil pendekatan menyeluruh yang bukan sekadar menubuhkan pasukan petugas, tetapi memastikan kawal selia diperkukuh. Pengiklan tidak berlesen disekat sepenuhnya dan kerjasama antara agensi diperketat bagi membina sistem pencegahan yang benar-benar efektif. Inilah masa untuk membuktikan bahawa perlindungan jemaah bukan sekadar slogan, tetapi komitmen institusi yang diterjemah dalam bentuk tindakan, polisi dan pembaharuan yang jelas dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua bagi penutup, Belanjawan 2026 tidak hanya perlu dilihat dari aspek ekonomi semata-mata, tapi tentang penegasan dan maruah agama Islam itu sendiri.

Isu-isu berkaitan agama sering terjadi kebelakangan ini. Belanjawan kali ini perlu melihat dari aspek memartabatkan agama Islam secara logistik, holistik dan komprehensif. Menaikkan kembali martabat mahkamah syariah dan yang paling penting adalah penyelesaian kesemua masalah ini adalah kembali kepada Islam yang telah mengatur peraturan hidup manusia sejak sekian lama.

Ia bukan undang-undang ciptaan manusia, tetapi ciptaan sang Pencipta yang lebih mengenali ciptaan-Nya berbanding dengan kita. Sekian, terima kasih. Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 3:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Musoddak bin Ahmad.

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan.

draft • 3:10 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 atau Belanjawan 2026 pada hari ini yang bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat:

Belanjawan Rakyat”.

Dengan penuh keyakinan, saya melihat Belanjawan 2026 ini sebagai sebuah belanjawan yang tidak hanya berani, tetapi juga berhati rakyat. Belanjawan ini adalah satu angka yang menunjukkan iltizam serta kesungguhan Kerajaan MADANI untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memastikan kemakmuran mampu dikongsikan oleh semua lapisan masyarakat.

draft • 3:19 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Belanjawan 2026 ini juga jelas mencerminkan keseimbangan antara pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dengan fokus kerajaan tidak hanya tertumpu kepada angka pertumbuhan semata-mata, tetapi turut diperkukuhkan daya tahan rakyat dari segi sosial dan ekonomi sambil meminimumkan ruang ketirisan, memperkukuhkan institusi dan melaksanakan subsidi bersasar tanpa membebankan rakyat dengan pengenalan cukai baharu.

Dato’ Yang di-Pertua, saya berdiri hari ini dengan penuh rasa bangga untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap kejayaan besar Malaysia sepanjang tahun 2025 khususnya dalam peranannya yang cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Peranan ini bukan sekadar giliran, tetapi satu manifestasi kepimpinan strategik Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia telah berjaya menganjurkan berbagai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 serta sidang-sidang berkaitan di Kuala Lumpur pada bulan Oktober. Penganjuran ini mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran kuasa besar dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta pemimpin dari Brazil, Kanada dan Kesatuan Eropah, melangkaui jangkaan biasa rakan dialog ASEAN.

Lebih membanggakan, Malaysia memainkan peranan penting dalam memuktamadkan kemasukan Timor Leste sebagai anggota penuh ASEAN sekali gus memperkukuhkan pelaburan serantau. Malaysia turut diiktiraf kerana memainkan peranan sebagai perantara damai serantau, membantu meredakan konflik sempadan antara Thailand

draft • 3:20 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

dan Kemboja serta menyatukan pendirian ASEAN terhadap isu-isu penting seperti Laut China Selatan dan krisis di Myanmar.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2026, persekutuan Sarawak telah diperuntukkan RM6 bilion untuk pembangunan. Peruntukan ini merupakan peruntukan tertinggi yang diterima Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2026.

Peruntukan tersebut dilihat sebagai cermin keakraban dan komitmen Kerajaan Persekutuan MADANI untuk mengukuhkan hubungan kerajaan Sarawak serta memastikan pembangunan yang lebih seimbang.

Peruntukan ini dilihat sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menghayati semangat Perjanjian Malaysia1963 ataupun MA63, tetapi jumlah RM6 bilion itu masih tidak mencukupi untuk menampung pembangunan negeri yang luas dan mendalam seperti contohnya geografi Sarawak yang besar dan keperluan infrastruktur yang memerlukan sokongan Persekutuan yang lebih saksama untuk menutup jurang pembangunan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa isu antara PETROS dan PETRONAS bukanlah pertikaian, tetapi soal pelaksanaan hak Sarawak yang sah di sisi Perlembagaan. Perlu difahami bahawa kuasa Sarawak dalam perkara ini hanya melibatkan aktiviti downstream iaitu pengagihan gas yang ditetapkan di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016. Undang-undang diluluskan oleh DUN Sarawak dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan IGC Report 1962 serta *Borneo States

(Legislative Powers) Order 1963.* Melalui pemberitahuan penyelesaian pindaan 2021, Sarawak telah dikecualikan daripada seksyen 6(1) dan (3) Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini bermaksud aktiviti pengedaran gas hanya DGO 2016 berkuat kuasa di Sarawak. Perlu saya tegaskan bukan pertikaian politik atau perebutan kuasa, tetapi pelaksanaan hak yang sah di sisi Perlembagaan. PETROS bukan pesaing PETRONAS, sebaliknya rakan strategik untuk membangunkan, manfaatkan bersama kepada rakyat Sarawak dan Malaysia. Sarawak tidak menolak semangat kebangsaan, tetapi hanya ingin menegakkan hak di bawah Perlembagaan dan semangat MA63.

Pemimpin Persekutuan tidak boleh terlepas pandang bahawa kuasa perundangan ke atas pengagihan gas adalah kuasa yang telah diberikan kepada badan perundangan Sarawak seperti yang dipersetujui di bawah MA63. Kerajaan Persekutuan mesti menghormati kuasa eksekutif dan perundangan Sarawak ke atas pengagihan gas. Maju Sarawak, maju Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menarik perhatian pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan sebanyak RM250 juta bagi tujuan pengedaran barang-barang asas untuk tahun 2026 jelas menunjukkan tahap keprihatinan dan

draft • 3:20 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara khususnya masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan atas perhatian ini. Namun, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai bentuk penambahbaikan yang dirancang untuk program pengedaran barang perlu di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah pada tahun hadapan. Saya juga ingin mengetahui kawasan-kawasan tertentu di Sarawak yang telah dikenali pasti sebagai penerima manfaat di bawah inisiatif ini bagi memastikan tiada komuniti di luar bandar di Sarawak yang tercicir.

Memandangkan keadaan geografi dan topografi Sarawak yang sangat unik serta mencabar meliputi kawasan berbukit, sungai yang luas dan penempatan rumah panjang yang terpencil. Saya ingin bertanya, apakah mekanisme khusus di bawah program Jualan Rahmah yang sedang dirangka oleh kementerian? Bagaimanakah pendekatan baharu ini akan memastikan barangan subsidi benar-benar sampai kepada penduduk di kawasan yang sukar diakses termasuk rumah panjang yang jauh dari pekan dan tidak mempunyai akses jalan raya yang baik. Apakah kerjasama dengan komuniti di luar bandar turut dipertimbangkan bagi maksimumkan pelaksanaan dan keberkesanan program ini?

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan peruntukan RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 buah sekolah daif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Namun saya ingin bertanya, berapakah jumlah sebenar sekolah daif di Sarawak? Masalah sekolah di pedalaman Sarawak, sekolah yang lama dan daif memerlukan pembaikan dan pembinaan semula. Penginapan guru masih tidak mencukupi dan bangunan dalam keadaan uzur.

Masalah akses dan pengangkutan jalan raya, contohnya jalan balak yang berbahaya yang menjadi perjalanan ke sekolah mencabar terutamanya masa musim hujan. Walaupun asrama dibina, pelajar jauh tidak sama seperti asrama di bandar. Kekangan teknologi dan komunikasi, kekangan peranti pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mungkin tidak memiliki peranti telefon pintar, telefon riba yang mencukupi untuk pembelajaran. Masalah logistik termasuk mendapatkan bahan mengajar serta keperluan harian.

draft • 3:20 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Isu-isu ini memerlukan tindakan segera dan holistik daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan serta pihak berkepentingan. Saya minta penjelasan-penjelasan daripada kementerian, bagaimana peruntukan Belanjawan 2026 ini digunakan untuk memperkukuhkan penguasan sekolah luar bandar pendalaman Sarawak? Kami tidak menuntut layanan istimewa. Kami hanya menuntut keadilan.

Datuk Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM26 bilion sektor kesihatan. Saya ingin tahu berapakah klinik daif di Sarawak yang akan menerima manfaat

draft • 3:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

langsung daripada jumlah ini? Dilaporkan bahawa 271 klinik di negeri, 206 ataupun 76 persen berada dalam keadaan daif atau memerlukan pembaikan atau pembinaan semula. Cabaran kekurangan tenaga kerja, tetapi tetap di pendalaman semakin nyata. Antara 2020 hingga 2024, seramai 259 pegawai perubatan dan 95 jururawat telah meletak jawatan di Sarawak, satu beban besar terhadap perkhidmatan kesihatan luar bandar.

Kuarters petugas, uzur di mana pegawai kesihatan terpaksa menyewa rumah berdekatan. Jadi sukar menarik minat petugas berkhidmat di luar bandar, jika kemudahan asas tidak memadai. Peluang mendapat perkhidmatan kesihatan yang sama seperti di bandar terjejas, menentangkan jurang keadilan antara bandar dan luar bandar.

Saya mencadangkan beberapa langkah harus dalam Belanjawan 2026 ini untuk diperbaiki kerana klinik di luar bandar, mohon peruntukan tambahan khusus untuk membaik pulih, diganti atau membina klinik baharu di kawasan luar bandar terlebih dahulu. Bagi insentif untuk doktor dan jururawat yang bersedia bertugas di pedalaman Sarawak.

Datuk Yang di-Pertua, masalah dadah yang dahulunya dianggap tertumpu di bandar, kini telah merebak dan menular di kawasan pendalaman, di rumah panjang dan skim penempatan semula. Pihak berkuasa telah menemui dan musnah sarang atau pondok pengedaran dadah. Contohnya di Sungai Belaga, tempat saya. Yang dibina jauh dari penempatan semula, menunjukkan wujudnya rangkaian pengedaran yang menyasarkan penduduk pendalaman. Terdapat juga pengedaran dadah yang di laku secara dalam talian yang meliputi kawasan luar bandar. Isu penyalahgunaan dadah ini, kini bukan lagi suatu yang mengejutkan di kawasan desa dan ladang sawit, malah jumlah yang besar turut dikesan di kawasan luar bandar. Golongan yang didapati positif dadah merangkumi pelbagai peringkat usia, sekali gus mengancam masa depan mereka.

Saya cadangkan supaya pihak PDRM benar-benar mencari dan menangkap pengedar dadah yang mengedar di pendalaman. Jangan hanya menangkap pengguna saja. Langkah pencegahan bagi mengelakkan individu daripada mula mencuba dadah, perlu dipergiatkan di kawasan luar bandar. Saya ingin meminta penjelasan daripada KDN berhubung bagaimana peruntukan Belanjawan 2026 ini digunakan bagi memperkukuhkan pengawalan di kawasan luar bandar. Usaha ini perlu di laksana melalui rondaan kolaborasi rentas yang lebih agresif di antara PDRM, AADK dan pihak berkuasa tempatan.

Datuk Yang di-Pertua, dalam meneliti kerangka Belanjawan 2026 ini, saya ingin mengangkat satu realiti yang terus menghantui kehidupan rakyat pendalaman Sarawak khususnya di kawasan pendalaman seperti Belaga, Murum, Tubau, Jelalong dan Ulu Baram.

Sementara negara melangkah ke arah ekonomi digital dan perindustrian hijau, masih ada

draft • 3:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

masyarakat di pedalaman yang bergelut melalui jalan tanah merah, jalan bekas balak dan laluan yang rosak teruk yang kadangkala putus terus apabila hujan lebat.

Keadaan ini bukan sahaja membantutkan pembangunan sosioekonomi, malah menjejaskan akses kepada kesihatan, pendidikan dan keselamatan rakyat. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status, apakah perancangan kementerian yang bertanggungjawab untuk menaiktarafkan bekas jalan balak di beberapa lokasi penting di kawasan tersebut?

Di kawasan ini, laluan utama sering terputus. Ambulance tidak dapat masuk. Murid- murid ke sekolah terpaksa meredah perjalanan berbahaya dan penduduk sukar membawa keluar hasil pertanian. Jika kerajaan boleh memperuntukkan berbilion ringgit untuk projek mega di bandar, maka tidak ada alasan untuk terus mengetepikan keperluan asas masyarakat luar bandar. Saya mohon bagi peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2026 untuk menaiktarafkan bekas jalan balak ini. Memandangkan ia merupakan laluan utama bagi kebanyakan komuniti luar bandar dan pendalaman.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha-usaha berterusan memperluaskan liputan internet ke kawasan luar bandar. Inisiatif ini bukan sahaja membantu merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, malah menyokong hasrat kerajaan ke arah pendigitalan Malaysia yang inklusif. Usaha kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan komunikasi, ini amatlah baik dan harus diteruskan bagi memastikan rakyat di seluruh negara dapat menikmati faedah ekonomi digital dengan lebih saksama.

Seterusnya, adalah mengenai capaian komunikasi tidak stabil yang masih menghantui ribuan rakyat di pendalaman. Oleh itu, saya ingin mengemukakan dua persoalan utama kepada kementerian bagi memastikan Belanjawan 2026 ini benar-benar inklusif dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Apakah strategi konkrit kementerian untuk memastikan liputan komunikasi di kawasan pendalaman ditingkatkan secara menyeluruh khususnya di Kapit, Belaga, Baram dan Murum? Bagaimana peruntukan Belanjawan 2026 akan digunakan secara telus dan berkesan bagi mempercepatkan penggunaan infrastruktur komunikasi di luar bandar, agar rakyat tidak terus terpinggir daripada arus digital.

Walaupun infrastruktur menara komunikasi terus dibina, geografi Sarawak yang luas bergunung-ganang dan berselerak menyebabkan perkhidmatan satelit menjadi satu-satunya penyelesaian praktikal bagi ratusan kampung terpencil. Namun, kos langganan satelit masih tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh masyarakat pendalaman yang majoritinya berpendapatan rendah dan bergantung kepada sara hidup harian.

draft • 3:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Dalam konteks ini, saya ingin bertanya, apakah statistik liputan satelit semasa dan berapakah peratusan kawasan pendalaman Sarawak kini yang telah diliputi perkhidmatan satelit komersial? Subsidi satelit bukan perbelanjaan mewah, ia adalah pelaburan untuk menyelamatkan nyawa. Memastikan pendidikan berterusan tanpa gangguan serta membuka akses ekonomi kepada komuniti luar bandar yang telah lama terpinggir.

draft • 3:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Selain itu, ketersediaan rangkaian sahaja tidak mencukupi jika rakyat tidak mampu membayar pelan data. Di kebanyakan kawasan pedalaman Sarawak, walaupun menara telekomunikasi telah dinaikkan, masih ramai lagi pelajar di sini terpaksa berkongsi hotspot kerana keluarga mereka tidak mampu membayar pelan data bulanan.

Maka dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan, apakah kementerian akan memperkenalkan pelan sosial digital atau pakej data berstruktur pada harga yang dikawal selia? Dan sejauh manakah pertimbangan kementerian dalam mewajibkan penyediaan telco untuk menawarkan pelan data khusus untuk komuniti luar bandar? Pelajar B40 kawasan pedalaman sebagai salah satu inisiatif meningkatkan kadar literasi internet di kawasan pedalaman.

Di kawasan Belaga, sering mengalami gangguan perkhidmatan fiber yang menjejaskan liputan menara berdekatan. Penyelenggaraan juga lemah, seperti kabel atas tanah ditumbuhi rumput, tiang condong membahayakan pengguna yang melalui kawasan tersebut. Apakah tindakan kementerian memastikan perkhidmatan yang lebih stabil serta selamat? Saya juga memohon supaya peruntukan diberikan untuk menaiktarafkan internet di luar bandar.

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh suatu perkara yang penting, yang membawa potensi besar kepada ekonomi negara khususnya di Bumi Kenyalang, iaitu kemajuan sektor pelancongan di Sarawak termasuk kawasan Hulu Sarawak yang kaya dengan warisan budaya, biodiversiti dan keunikan komuniti setempat. Sarawak mempunyai potensi pelancongan yang amat besar. Negeri ini memiliki hutan hujan tropika tertua di dunia, kepelbagaian budaya etnik, tapak ekologi bersejarah serta ekosistem sungai yang unik.

Kawasan Hulu Sarawak seperti Belaga, Baram, Bario, Ba'kelalan pula menawarkan pengalaman autentik yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana destinasi.

Kemajuan pelancongan membuka peluang kepada masyarakat tempatan untuk menyertai aktiviti ekonomi seperti homestay, kraf tangan, pemandu pelancong komuniti, agropelancongan dan produk makanan tradisional. Peruntukan Belanjawan 2026 untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya adalah sebahagian daripada peruntukan yang besar untuk merancang sektor pelancongan.

draft • 3:40 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Secara keseluruhannya, lebih daripada RM700 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi merancang sektor pelancongan dan aktiviti-aktiviti pelancongan. Saya ingin bertanya, apakah rancangan kerajaan untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri Sarawak? Dan berapakah jumlah peruntukan diberikan di bawah Belanjawan 2026?

Datuk Yang di-Pertua, berdasarkan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan, terdapat beberapa peruntukan dan inisiatif yang memberikan manfaat kepada pekebun kecil.

Rakyat di pedalaman Sarawak banyak bergantung kepada penanaman kelapa sawit sebagai sumber utama pendapatan. Dengan peruntukan hampir RM120 juta dalam Belanjawan MADANI 2026, kerajaan mesti memastikan sebahagian peruntukan ini digunakan untuk membela nasib pekebun kecil di pedalaman untuk subsidi benih kelapa sawit dan baja. Kos benih berkualiti tinggi membebankan pekebun kecil. Lebih membimbangkan harga baja sawit kini mencecah RM di antara RM120 sehingga RM200 satu beg. Bagi masyarakat pedalaman, hasil sawit adalah simbol harapan untuk keluar dari kemiskinan. Belanjawan 2026 mesti komitmen kerajaan untuk membantu pekebun kecil ini.

Datuk Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI 2026 mesti menjadi bajet yang menyentuh nadi rakyat. Jika kita benar-benar mahu membina Malaysia yang adil dan bermaruah, inilah masanya untuk membetulkan jurang. Bukan sekadar membentang angka, tetapi membina harapan. Saya berdiri menyokong bajet ini kerana saya percaya ia mampu menjadi pemangkin kepada keadilan, sosial, kemajuan luar bandar dan maruah rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah Lihan.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr.

Mohammad Redzuan bin Othman.

draft • 3:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberikan kesempatan membahaskan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 10 Oktober 2025 yang lalu dan di Dewan Negara pada 2 Disember 2025.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh terlebih dahulu berkaitan inisiatif Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional. Dalam Belanjawan 2026 Malaysia MADANI, sebanyak RM120 juta tambahan setahun diperuntukkan bagi dimanfaatkan oleh 5,800 orang pelajar. Selain itu, belanjawan ini juga memperuntukkan

draft • 3:45 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

sebanyak RM90 juta yang memberi manfaat kepada 6,000 orang pelajar IPTA dalam kalangan B40 dan M40 yang lulus cemerlang dengan mencapai ijazah kelas pertama dengan dikecualikan 100 peratus pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah yang diambil ini dalam usaha mengurangkan bebanan yang bakal ditanggung oleh graduan daripada golongan B40 dan M40 yang baru memasuki alam pekerjaan. Namun begitu, saya ingin tahu sama ada insentif ini turut melibatkan pemberian kepada IPT yang dimiliki oleh kerajaan negeri seperti UNISEL dan UIS di Selangor, UniSHAMS di Kedah, UniSIRAJ di Perlis, UNIMEL di Melaka, USAS di Perak dan lain-lain.

Dari segi pengkategorian, IPT ini dikategorikan sebagai IPTS sedangkan dari segi pengoperasiannya lebih cenderung kepada IPTA. Memandangkan pemberian insentif ini menyebut hanya IPTA, di sini saya ingin mencadangkan supaya pemberian insentif ini turut diperluaskan kepada IPT dalam kategori ini selain IPTS yang memenuhi syarat piawaian yang ditetapkan oleh MQA. Bagi membolehkan pelaksanaan yang telus dan bertanggungjawab, amat dialu-alukan peraturan pemberiannya yang dibuat dengan syarat-syarat yang ketat oleh pihak KPT bagi mengelakkan pelaksanaannya yang dipertikaikan.

Saya timbulkan perkara ini, Yang di-Pertua, kerana terdapat keperluan agar inisiatif Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional turut menimbangkan cadangan di atas memandangkan rekod yang dibekalkan sehingga 30 Jun 2025 oleh KPT menunjukkan terdapat seramai 289,426 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sebanyak 380 IPTS di bawah KPT yang merupakan mereka yang dikategorikan sebagai B40.

Tuan Yang di-Pertua, masih berkaitan dengan KPT. Belanjawan 2026 Malaysia MADANI juga secara keseluruhannya menunjukkan terdapat peningkatan peruntukan kepada IPTA di seluruh negara dengan Universiti Malaya mendapat penambahan peruntukan tertinggi melebihi RM26 juta. Walaupun terdapat peningkatan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM18.6 bilion, namun hanya RM3.91 bilion diperuntukkan bagi tujuan pembangunan berbanding anggaran tahun sebelumnya yang berjumlah RM426 bilion.

Peruntukan yang dicadangkan ini sudah tentu melibatkan pelbagai kategori pembangunan terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan bangunan baharu dan penaiktarafan infrastruktur yang sedia ada. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pengambilan dan kemasukan pelajar baharu di IPTA menunjukkan peningkatan yang ketara disebabkan terdapatnya permintaan dan juga sebagai salah satu cara menjana pendapatan.

Peningkatan jumlah pelajar ini menyebabkan meningkatnya keperluan tempat penginapan ataupun tempat tinggal ataupun asrama.

draft • 3:45 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Justeru itu, rungutan yang paling kerap disuarakan oleh pelajar terutamanya pelajar di IPTA yang terletak di kawasan bandar adalah masalah kekurangan asrama atau tempat penginapan yang sesuai yang disediakan oleh pihak universiti.

draft • 3:45 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Pelajar terpaksa menyewa bilik atau rumah untuk penginapan di luar kampus yang tentunya membabitkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan kos tempat tinggal yang disediakan oleh pihak universiti. Bagi pelajar daripada golongan kurang berada, mereka terpaksa berkongsi bilik dengan jumlah penghuni yang ramai dan kurang selesa dan persekitaran yang tidak begitu kondusif.

Di sini saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah kekurangan tempat penginapan yang dihadapi memandangkan berlakunya peningkatan yang agak ketara dalam kemasukan pelajar ke IPTA?

Selain itu, hal yang sama juga dialami oleh beberapa buah IPG, Institut Perguruan Guru yang terletak di bawah kelolaan KPM yang turut mengalami masalah kekurangan asrama untuk penginapan pelajar. Mohon pihak kementerian memaklumkan langkah-langkah segera bagi membantu bakal-bakal guru dalam menangani masalah mendapatkan penginapan yang sesuai sepanjang tempoh mengikut pengajian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM) bagi tahun 2024 menunjukkan keseluruhan terdapat seramai 5.9 juta mereka yang bergelar siswazah di Malaysia. Siswazah di sini merujuk kepada individu yang memiliki sijil tertinggi yang diperoleh dari universiti, kolej, politeknik yang diiktiraf atau setaraf dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.

Statistik ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran siswazah (KPS) pada tahun ini adalah sebanyak 3.0 peratus bagi lelaki dan 3.5 peratus bagi wanita dengan jumlah keseluruhannya melibatkan seramai 165,900 orang graduan. Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Khazanah yang diumumkan oleh Belanjawan 2026 Malaysia MADANI yang bertujuan bagi membantu kebolehpasaran siswazah diharap dapat membantu mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah ini.

Selain inisiatif ini, mohon pihak KPT dan KESUMA dapat maklumkan apakah langkah- langkah lain yang diambil bagi mengatasi pengangguran siswazah? Mohon juga KPT dapat maklumkan langkah-langkah yang diambil bagi membolehkan program pengajian yang kurang daya saing agar dapat dipertingkatkan daya saingannya bagi membolehkan lulusannya turut mampu bersaing apabila memasuki pasaran kerja.

draft • 3:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan dalam masyarakat yang semakin kompleks dan peranan pengaruh pelbagai elemen menyumbang kepada meningkatnya isu berkaitan kesihatan mental yang turut melibatkan kalangan pelajar universiti.

Malaysia bernasib baik kerana terdapat undang-undang yang ketat dalam pemilikan senjata api yang dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang menumpahkan darah sebagai mana yang berlaku di sesetengah negara. Walaupun demikian, kes yang membabitkan kesihatan mental dalam kalangan pelajar IPT tidak boleh dipandang ringan.

Rekod Kementerian Pendidikan Tinggi yang diambil melalui pusat kesihatan universiti awam

(PKU) menunjukkan sehingga Julai 2025, terdapat sebanyak 1,044 kes psikiatri aktif yang telah dilaporkan.

Di sini saya ingin kemukakan soalan. Apakah peruntukan khusus disediakan sebagai langkah proaktif yang dilakukan oleh kementerian bagi menangani kes yang melibatkan kesihatan mental ini? Adakah KPT membuat kajian khusus khususnya memahami faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya kes kesihatan mental? Pada waktu yang sama adakah terdapat kes yang dilaporkan di IPTA atau IPTS yang membabitkan mereka yang mengalami kesihatan mental yang berakhir dengan kematian seperti membunuh diri dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh langkah yang diambil dalam pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI yang memberikan peruntukan paling besar kepada sektor pendidikan sebagaimana yang dilaporkan dalam Anggaran Belanjawan Mengurus Tahun 2026.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM59,894,000,000 iaitu 17.7 peratus dan KPT pula menerima RM14,000,683,000 iaitu kira- kira 4.0 peratus. Yang di-Pertua senyum kenapa? Risau saya tengok.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Ketawa] Kerana berkaitan dengan masalah pelajar yang menghadapi masalah mental tadi.

draft • 3:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Peruntukan besar diberikan kepada bidang pendidikan yang melebihi 20 peratus daripada keseluruhan Anggaran Belanjawan Mengurus 2026 oleh Kerajaan Perpaduan ini diyakini merupakan usaha bagi melahirkan generasi yang mampu membawa Malaysia ke arah kecemerlangan pada masa hadapan melalui pelbagai inisiatif yang menaikkan taraf pendidikan negara.

Walaupun dengan pelbagai inisiatif yang diambil melalui peruntukan besar yang diberikan, namun masyarakat tidak sewajarnya terganggu dengan beberapa peristiwa kecil dan terpencil sehingga meletakkan bebanan kesalahan kepada individu atau kementerian tertentu. Umpamanya kepada Menteri Pendidikan yang perlu menguruskan lebih lima juta orang pelajar sekolah.

draft • 3:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Sebaliknya semua pihak harus bertanggungjawab dan memainkan peranan masing- masing. Perkara-perkara yang berkaitan dengan media, persekitaran, pendidikan di rumah dan sebagainya memainkan peranan penting dan menjadi penyumbang kepada pembentukan karakter pelajar. Adalah tidak wajar untuk menyalahkan kesemua perkara yang berlaku ini kepada Kementerian Pendidikan. Oleh itu, semua pihak harus rasional dan memahami peranan masing-masing bagi mengelakkan perkara-perkara buruk yang tidak diingini yang berkaitan dengan pelajar daripada berlaku pada masa-masa akan datang sehingga mencetuskan rasa panik.

Tuan Yang di-Pertua, saya di sini menyokong penuh penegasan yang tegas yang disuarakan oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke. Dalam membahaskan berkaitan kementeriannya di Dewan Rakyat, apabila beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan pengusaha lori yang membawa lebih muatan.

Tindakan oleh segelintir pengusaha lori yang melanggar peraturan ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan tetapi menyebabkan kerugian besar kepada negara. Pada waktu yang sama, saya ingin mencadangkan supaya kementerian juga mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada lori yang dipandu melebihi had laju terutama lori kosong yang juga membahayakan pengguna jalan raya. Tidak kecuali tindakan tegas dengan penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilakukan ke atas bas-bas ekspres supaya kemalangan yang pernah menimpa pelajar UPSI tidak berapa lama dahulu dan kes- kes yang lain tidak berulang lagi.

Berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Saya ingin juga menimbulkan tentang perkara yang berkaitan secara langsung dengan pembangunan dan mengurangkan bebanan kepada negara pada masa hadapan. Data yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa bagi tempoh sembilan tahun dari tahun 2016 hingga 2024 sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus kemalangan jalan raya yang membawa maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Tahun 2017 merupakan tahun yang paling tinggi jumlah kemalangan maut iaitu melibatkan seramai 5,069 penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Perlu diambil perhatian bahawa ramai dalam kalangan mereka yang maut ini merupakan remaja yang sepatutnya memainkan peranan menyumbang kepada pembangunan negara.

Sebaliknya, usia muda tidak dapat dimanfaatkan.

Malahan terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami kecederaan teruk sehingga menimbulkan bebanan kepada keluarga dan negara. Memandangkan kes kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal yang agak tinggi. Di sini saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan, berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan

draft • 3:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

secara khusus dalam menggerakkan usaha mengurangkan kemalangan yang membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal? Peruntukan ini merangkumi penyediaan kemudahan yang lebih baik seperti penyediaan laluan motosikal yang selamat, kempen kesedaran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia perlu menarik pelabur dari luar melalui pembawakan pasaran baru di luar negara dan pelbagai bentuk kerjasama yang lain dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kunjungan Perdana Menteri ke beberapa buah negara Afrika Timur dan Afrika Selatan merupakan langkah positif ke arah usaha ini.

Pada tahun 2024, nilai perdagangan Malaysia dengan 54 negara benua Afrika berjumlah RM67.10 bilion dengan RM15.21 bilion melibatkan perdagangan dengan negara- negara Afrika Timur yang terdiri daripada Kenya, Uganda dan Ethiopia.

draft • 3:50 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Kenya merekodkan nilai eksport tertinggi sebanyak RM5.5 bilion, meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, hubungan dagangan dengan Uganda juga mencatatkan peningkatan eksport tertinggi, melonjak seratus 139.6 peratus kepada hampir RM1 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2025, perdagangan dengan Afrika Timur menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus dengan eksport melonjak sebanyak 11.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kenya mendahului dengan peningkatan nilai eksport yang ketara sebanyak 33.3 peratus kepada RM3.24 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024. Berdasarkan rekod- rekod ini, jelas menunjukkan peluang yang besar yang boleh dimanfaatkan daripada hubungan dagangan dengan negara-negara Afrika Timur ini sebagai rakan dagangan yang berpotensi.

Selain memanfaatkan ekonomi daripada hubungan ini, Malaysia juga mendapat manfaat melalui hubungan dua hala melalui aktiviti pelancongan, pendidikan dan sebagainya.

Memandangkan Malaysia mempunyai imej yang baik dalam kalangan negara-negara Afrika Timur, Afrika Tengah dan Afrika Selatan, apakah bentuk kerjasama perdagangan, pelancongan dan pendidikan yang dipertingkatkan bagi membolehkan pasaran dan kerjasama yang lebih luas yang melibatkan rantau tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kejayaan dan perkembangan pesat ekonomi negara kita juga mempunyai hubungan yang erat dengan bagaimana Malaysia menguruskan hubungan baik dengan negara-negara jiran, serantau dan dunia secara keseluruhannya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana berjaya menganjurkan ASEAN Summit dengan cemerlang dan jayanya.

draft • 4:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Kejayaan Malaysia menjadi pemudah cara sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik berterusan sehingga menjurus kepada pertempuran terbuka yang berpanjangan antara dua negara jiran, Thailand dan Kemboja melambangkan kepimpinan Malaysia yang beriktikaf dan berwibawa.

Melalui peranan ini, Malaysia juga berjaya mengelakkan konflik ini menjadi persaingan yang membabitkan kuasa-kuasa dunia yang boleh menjejaskan kepentingan negara kita Malaysia. Peranan Malaysia dalam menyuarakan secara lantang dalam isu genosid ke atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis Israel, walaupun dengan risikonya merupakan satu langkah yang perlu disokong oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Isu keganasan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin perlu dilihat bukan sebagai masalah agama dan bangsa tetapi masalah kemanusiaan secara keseluruhannya.

Kritikan oleh segelintir rakyat Malaysia yang tidak cakna terhadap penelitian negara Malaysia, khususnya terhadap PMX, perlu diperbetulkan kerana isu berkaitan dengan kemanusiaan ini disokong oleh warga Eropah yang melihat bahawa isu ini membabitkan semua bagi mereka yang bergelar manusia.

Demonstrasi besar-besaran yang dianjurkan di ibu kota-ibu kota besar di Eropah, Amerika Utara, Latin Amerika, Korea dan Jepun melambangkan keprihatinan warga dunia terhadap pelanggaran dalam isu yang membabitkan kemanusiaan.

Pada kesempatan ini, penghargaan juga perlu diberikan kepada semua yang menggerakkan Sumud Flotila Nusantara yang berjaya menarik sokongan pelbagai kelompok masyarakat di seluruh dunia. Walaupun mereka tidak berjaya dalam misi untuk menyampaikan bantuan, apa yang disebut sebagai to break the sage, dengan izin. Namun, misi ini berjaya to break the silence juga, dengan izin, yang ternyata memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang penindasan selama tujuh dekad yang dialami oleh rakyat Palestin di bawah Rejim Zionis Israel.

Di sini ingin saya bertanya kepada Kementerian Luar. Apakah peranan yang sering dimainkan oleh Malaysia bagi membangunkan semula Gaza dan memastikan keganasan Israel dapat dibendung setelah gencatan senjata dikuatkuasakan pada bulan Oktober yang lalu?

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin mengambil ruang untuk mengucapkan tahniah apabila Belanjawan 2026 Malaysia MADANI turut memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi menyerap ke jawatan tetap seramai 12,984 doktor kontrak bagi tempoh tahun 2023. Saya kira beberapa Senator juga memperkatakan perkara yang sama.

Selain itu, seramai 4,500 orang doktor ditawarkan ke jawatan tetap untuk tahun hadapan 2026. Secara keseluruhan, inisiatif ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM700 juta.

draft • 4:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Langkah ini amat dialu-alukan dan sepatunya menerima pujian kerana telah lama berpanjangan bagi menyelesaikan masalah doktor kontrak yang tidak diserap ke jawatan tetap.

Tawaran perkhidmatan yang lebih baik ini mampu mengurangkan jumlah doktor di hospital kerajaan yang meletak jawatan untuk berkhidmat dengan hospital swasta atau berhijrah ke luar negara.

Di sini saya mohon, Kementerian Kesihatan dapat mengemukakan jumlah doktor yang berhenti daripada perkhidmatan kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan. Apakah langkah- langkah segera yang sedang dan akan diambil bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku di wad kecemasan, khususnya di hospital-hospital utama negara?

Pengalaman saya berurusan dengan HKL baru-baru ini menyaksikan bagaimana wad kecemasan sesak dengan pesakit sehingga menjadikan persekitarannya tidak kondusif bagi pesakit yang menerima rawatan kecemasan dan juga para pengunjung.

Tuan Yang di-Pertua, di seluruh negara kita menyaksikan keterujaan menerima pemberian SARA sebanyak RM100 kepada semua lapisan masyarakat. Walaupun terdapat segelintir kritikan negatif terhadap pemberian ini, namun bagi golongan masyarakat yang memerlukan, jumlah RM100 ini mempunyai erti yang cukup besar. Ini juga banyak diperkatakan oleh Ahli Dewan Negara.

Banyak yang telah diperkatakan tentang perkara ini, khususnya peruntukan besar yang diberikan oleh Belanjawan 2026. Pada amalan biasa, pemberian insentif akan diimbangi dengan pelaksanaan cukai baharu yang sering menimbulkan bebanan kepada rakyat. Walau bagaimanapun, peruntukan yang digunakan untuk tujuan ini diperoleh melalui penjimatan dan tata kelola yang baik.

Kerajaan MADANI tidak melakukan seperti amalan biasa, kerana belanjawan kali ini tidak melibatkan pelaksanaan cukai-cukai baru yang membebankan. Sebaliknya, peruntukan yang digunakan adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui tata kelola yang baik.

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya memungut sebanyak RM15.5 bilion.

Jumlah ini diperoleh melalui SPRM, melalui nilai lucut rasuah yang berjumlah RM8 bilion, PDRM dengan nilai rampasan hasil penyitaan berjumlah RM4 bilion, Kastam melalui pembanterasan sindiket penyeludupan dan sindiket haram berjumlah RM2.5 bilion dan penalti yang diwujudkan dari KDN dan Kos Sara Hidup, Suruhanjaya Persaingan Malaysia berjumlah RM1 bilion.

draft • 4:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Pada kesempatan ini Yang di-Pertua, wajar ucapan tahniah diberikan kepada penjawat awam dan kalangan penguat kuasa yang telah menjalankan tugas dengan gigih hingga berjaya memberikan manfaat yang besar kepada negara.

Datuk Yang di-Pertua, bagi masyarakat di kota, trend yang semakin popular menunjukkan semakin ramai warga kota menghabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan riadah dan aktiviti kekeluargaan di taman-taman tasik yang terdapat di seluruh negara seperti di Cyberjaya, Tasik Cempaka, Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Shah Alam, Seremban, Ipoh dan sebagainya.

Selain pusat membeli belah dan tempat-tempat tumpuan yang lain, kegiatan yang bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan juga dilakukan di taman-taman yang menyediakan persekitaran yang nyaman dan selesa.

Sebahagian besar taman-taman tasik ini di selenggara dengan baik tetapi sebahagian yang lain, memerlukan peningkatan dari segi kemudahan, keselamatan dan sebagainya.

Memandangkan kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan ratusan ribu, kalau tidak pun ribuan pengunjung pada hujung minggu, wajar juga kementerian, jabatan dan badan-badan bukan kerajaan menganjurkan kegiatan-kegiatan bersifat kemasyarakatan yang lebih aktif dan menyeluruh di sini. Seperti mengadakan pameran, kempen kesedaran dan sebagainya bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat secara keseluruhannya dalam persekitaran yang santai.

Walaupun sebahagian taman tasik ini diletakkan di bawah bidang kuasa majlis daerah, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan peruntukan yang khusus dan mencukupi. Supaya kesemua taman tasik yang terdapat di seluruh negara ini mempunyai kemudahan yang tarafnya boleh diambil contoh seperti taman tasik yang terdapat di negara-negara maju di Barat.

draft • 4:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 Malaysia MADANI menunjukkan negara berada pada landasan yang betul untuk terus berkembang maju. Data-data yang dikeluarkan menunjukkan bahawa suku ketiga tahun ini negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang meningkat sebanyak 5.2 peratus. Pelaburan meningkat dengan mencatatkan sebanyak RM378.5 bilion.

Kadar pengangguran adalah pada tahap tiga peratus dengan kadar inflasi yang direkodkan oleh DOSM yang terakhir bagi bulan Oktober 2025 adalah dengan kadar 1.3 peratus. Pada waktu yang sama, Ringgit Malaysia menunjukkan pengukuhan dengan prestasi terbaik dalam kalangan negara ASEAN. Dengan rekod prestasi yang memberangsangkan sebagai contoh, Belanjawan 2026 Malaysia MADANI mampu membawa negara untuk terus

draft • 4:10 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

cemerlang pada tahun-tahun akan datang. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.

draft • 4:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Prof.

Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran

draft • 4:10 PM

Tuan Niran Tan Kran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dan ruang ini untuk berucap. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Memandangkan ini perbahasan saya yang pertama kali sejak dilantikkan, izinkan saya merafakkan setinggi-setinggi menjunjung kasih ke bawah duduk Yang Maha Mulia Sri Paduka Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagi saya, pelantikan ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, tetapi suatu amanah yang amat besar dari negara kepada masyarakat kecil yang saya wakili dan akan saya galas dengan penuh taat setia dan tanggungjawab. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Selama hampir tiga tahun, masyarakat Siam ketiadaan wakil untuk di dengari suara rintihan, harapan, perjuangan mereka di peringkat nasional.

Pelantikan ini dengan jelas membuktikan bahawa Kerajaan MADANI benar-benar mengamalkan dasar inklusif dan sedia mendengar suara rakyat tanpa pengecualian sejajar dengan izin, leave no one behind. Malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengatakan “Anak Siam juga anak saya.” Kata-kata ini bukan sekadar ungkapan politik. Ia menyentuh hati ribuan keluarga Siam yang selama ini hidup dalam komuniti yang kecil, sering merasakan diri tersisih dari arus besar pembangunan negara. Hari ini kata-kata itu menjadi penguat semangat bahawa masyarakat Siam juga sebahagian dari denyut nadi Malaysia.

Berbalik kepada Belanjawan 2026, saya— yang memperuntukkan jumlah RM421.2 bilion, suatu jumlah yang amat besar. Saya bersetuju dengan kata-kata rakan-rakan yang berhormat sekalian bahawa ia bukan sekadar angka, tetapi janji dan impian yang hendak dipatuhi. Belanjawan ini disusun bagi menghadapi suasana ekonomi dunia dan geopolitik yang tidak menentu, berasaskan semangat dan falsafah MADANI yang berpaksikan pembelaan rakyat, berketanggungjawaban dan keadilan sosial.

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha yang murni ini. Pun begitu, saya sebagai Senator mewakili komuniti Siam ingin menyentuh beberapa perkara yang menjadi isu penting kalangan rakyat berketurunan Siam yang perlu penjelasan dan tindakan kerajaan.

draft • 4:01 PM

Tuan Niran Tan Kran

Pertama, berkaitan dengan peruntukan untuk bahasa ibunda Siam. Kelas-kelas bahasa ibunda Siam bukan sekadar tempat belajar bahasa ibunda bagi orang Siam. Ia adalah institusi yang menjaga dan memelihara maruah, identiti, warisan sejarah dan kesinambungan budaya masyarakat Siam. Bahasa ibunda Siam adalah, bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan berkaitan dengan agama dan juga merupakan bahasa tambahan yang amat berharga kepada masyarakat Siam. Dalam belanjawan tahun-tahun yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut dengan jelas dalam pembentangan tersebut jumlah peruntukan untuk kelas-kelas bahasa ibunda Siam.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi terima kasih kepada Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pendidikan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang cemerlang untuk masyarakat Siam, memanfaatkan peruntukan yang disediakan untuk kelas-kelas bahasa ibunda Siam Malaysia.

Sayangnya, pada tahun 2026, peruntukan untuk kelas-kelas bahasa ibunda Siam telah tidak terkandung atau tercicir dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Peruntukan ini amat diperlukan agar pendidikan bahasa ibunda Siam dapat diteruskan tanpa gangguan.

Ketiadaan dana ini, telah menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa kerana kesinambungan kelas-kelas ini amat bergantung kepada peruntukan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kini terdapat 70 buah wat di seluruh negara yang mengadakan kelas bahasa ibunda Siam yang memberi kemudahan kepada lebih dari 6,000 anak-anak Siam.

Tenaga pengajar untuk kelas-kelas ini seramai kira-kira 350 yang terdiri dari remaja dan ibu bapa yang tinggal berdekatan. Kesemua mereka berkhidmat secara sukarela dengan hanya imbuhan minima sebagai sagu hati tanda penghargaan. Perlu ditekankan di sini bahawa kelas-kelas ini beroperasi dengan dana yang amat terhad. Justeru itu, saya memohon agar kerajaan terus menyediakan dana tetap tahunan dengan kadar RM3 juta setahun dengan tajuk khusus berserta pejabat tanggungjawab (PTJ) bagi memudahkan urusan penyaluran peruntukan tersebut untuk kelas-kelas bahasa ibunda Siam.

Tujuan peruntukan ini adalah untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda Siam, menyediakan buku-buku teks, alat-alat dan kurikulum bahasa Siam, menyediakan latihan guru-guru bahasa dan pembinaan atau baik pulih fasiliti asas kelas. Adalah diharapkan Kerajaan MADANI yang berpegang teguh kepada prinsip exclusivity dan kesamarataan rakyat wajar memberi peluang dan ruang yang sama untuk masyarakat Siam memelihara dan mempertahankan identiti, budaya dan warisan sebagai rakyat yang setia seperti mana kaum- kaum lain di negara ini.

draft • 4:01 PM

Tuan Niran Tan Kran

Kedua, sambutan perayaan Songkran. Selain daripada itu, masyarakat Siam turut diberikan peruntukan untuk melaksanakan sambutan perayaan Songkran peringkat kebangsaan. Memohon Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan ini bagi tahun 2026 dan juga tetapkan kementerian yang bertanggungjawab untuk tujuan ini.

Perayaan Songkran disebut setiap tahun, perayaan ini semakin popular dengan adanya poster ucapan daripada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Perpaduan dan Menteri-menteri lain.

Terima kasih atas keprihatinan semua. Semoga usaha murni ini diteruskan.

draft • 4:01 PM

Tuan Niran Tan Kran

Saya memohon Kementerian Perpaduan untuk memberikan gambaran akan perancangan untuk menganjurkan perbelanjaan tersebut bagi tahun 2026 termasuk tempat yang dipilih dan peruntukan yang akan disediakan.

Ketiga, peruntukan prasarana RM90 juta dipanjangkan ke Kampung-kampung Siam.

Saya menyokong peruntukan sebanyak RM90 juta untuk menaik taraf prasarana di Kampung Baru China dan Kampung India. Namun begitu, Kampung-kampung Siam walaupun kecil mempunyai keperluan yang sama iaitu jalan yang rosak dan sempit, longkang dan parit yang usang, balai komuniti jika ada, adalah tidak sempurna.

Pencahayaan jalan yang kurang, pusat aktiviti belia jika ada, tidak mencukupi. Saya memohon kerajaan melalui KPKT memperluaskan skop dan memanjangkan peruntukan tersebut kepada kampung-kampung Siam terutamanya di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak.

Dari maklumat yang diperolehi, ada juga Kampung Siam yang pada asalnya berstatus kampung baru, contohnya di Kampung Baru Simpang Empat, Baling sebelum tahun 2014.

Sementara Kampung Baru Nami masih berstatus kampung baru, tetapi tidak ada lagi penduduk keturunan Siam bermastautin di sana kerana kekurangan prasarana yang sempurna. Saya cadangkan KPKT menjadikan kampung-kampung Siam sebagai anak angkat agar peruntukan sewajarnya disalurkan untuk pembangunan dan penaik taraf prasarana di kampung-kampung tersebut dapat diuruskan secara teratur dan berkesinambungan.

Keempat, perlaksanaan status bumiputera di kalangan masyarakat Siam. Tuan Yang di-Pertua, walaupun masyarakat Siam telah diiktirafkan sebagai bumiputera sejak 2012, pada realitinya dari segi pelaksanaan di lapangan, masyarakat Siam masih menghadapi masalah untuk menikmati peluang yang diberikan sebagai bumiputera. Masalah yang sering dihadapi masyarakat Siam di lapangan berurusan dengan pejabat kerajaan ialah keperluan membuktikan bahawa orang Siam diiktirafkan sebagai bumiputera. Sering kali permohonan mereka ditolak kerana mereka gagal membuktikan bahawa orang Siam adalah bumiputera.

draft • 4:20 PM

Tuan Niran Tan Kran

Tiada pekeliling rasmi pernah dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri KSN atau ketua-ketua jabatan kerajaan menjelaskan perkara ini. Dari segi amalannya, pejabat awam hanya mematuhi arahan sama ada dari untuk pekeliling atau arahan bertulis dari KSN atau ketua jabatan. Apa-apa penyataan rasmi kerajaan, selagi tidak diterjemahkan dalam bentuk arahan bertulis atau pekeliling perkhidmatan awam, tidak menjadi perkara yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Justeru itu, saya memohon agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan dapat mengarahkan KSN mengeluarkan arahan yang bersesuaian kepada semua kementerian, jabatan dan agensi yang berkenaan untuk memberikan efek kepada pengiktirafan kerajaan iaitu orang Siam sebagai bumiputera dan semua fungsi masing-masing agar pengiktirafan itu bukan sekadar lip service dengan izin, tetap membawa impak yang sebenarnya. Langkah ini akan lebih berkesan dan memberikan impak yang positif. Orang Siam jika perlu, hanya perlu membuktikan bahawa dia orang Siam, bukan membuktikan sama ada orang Siam bumiputera atau tidak. Dengan kata lain, mereka dapat menikmati hak yang sudah diberikan, bukan memetik hak baharu dan agar agenda ekonomi bumiputera dapat dirasai juga oleh komuniti Siam sejajar dengan prinsip pertubuhan inklusif yang untuk semua.

Keempat, peluang pendidikan. Pendidikan bakal mengubah nasib seseorang. Oleh itu, akses kepada peluang pendidikan harus terbuka secara saksama kepada semua warga.

Keistimewaan hanya untuk yang layak mengikut parameter universal seperti kemiskinan, kecacatan dan sebagainya. Namun begitu, anak-anak Siam masih ketinggalan dari segi pelajaran. Masalah keciciran kalangan murid-murid Siam di peringkat rendah, menengah rendah perlu ditangani. Harap perkara diberi perhatian Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pengalian Tinggi.

Saya juga tertarik dengan cadangan YB Bun tempoh hari berkaitan dengan cadangan pemberian sagu hati atau reward dengan izin, kepada pegawai penjawat awam khususnya pegawai agensi penguat kuasa atas usaha mereka yang berjaya mengutip balik wang atau barang yang diselewengkan oleh seludup. Amalan ini selain menjadi bentuk motivasi untuk mereka lebih fokus dan tekun bekerja, juga faktor penting yang dapat menghindarkan mereka dari amalan rasuah dan memilih jalan alternatif untuk bertindak jujur dan beramanah ketika melaksanakan tugas yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Mekanisme untuk melaksanakan pemberian sagu hati atau reward ini sudah pun sedia ada. Di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, amalan ini telah lama dipraktiskan. Sumber kewangan untuk sagu hati atau reward adalah dari tabung rahsia, secret fund yang memang telah sedia ada. Apa yang perlu dibuat hanya sekadar panjangkan praktis ini kepada agensi penguat kuasa yang lain. Saya setuju dengan cadangan YB Bun agar kerajaan

draft • 4:20 PM

Tuan Niran Tan Kran

mempertimbangkan pemberian sagu hati atau reward kepada penjawat awam khususnya pegawai-pegawai di agensi penguat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan cadangan YB Michael Mujah bahawa dari segi subjek agropelancongan yang mana kita lihat di negara kita terdapat sumber-sumber alam seperti hutan yang luas, bendang yang cantik dan sungai-sungai yang besar. Ini berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan dengan mengambil contoh seperti konsep floating market di Thailand dan aktiviti bergerak atas air seperti di Vietnam dan homestay atau restoran atas kawasan bendang berkonsepkan desa di Indonesia yang menjadi salah satu daya tarikan pelancongan.

Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil inisiatif mempertimbangkan strategi tersebut supaya Malaysia dapat menarik tumpuan pelancong luar dan sekali gus menarik kembali para pelancong dalam negara, datang untuk belanja dan menikmati keindahan agropelancongan di negara kita. Di samping menggalakkan rakyat tempatan di desa-desa, memasarkan produk-produk pertanian tempatan mereka atau barang-barang yang buatan tangan. Dan ini mungkin kita boleh elak yang kita tiap-tiap minggu berpusu-pusu ke Thailand, sedangkan floating market yang mereka sediakan hanya sekadar korek satu lubang dan buat floating market. Kita ada sungai yang besar, contohnya di Kuala Kangsar, Sungai Perak yang besar. Kita boleh buat, buat satu restoran atas atap bot ataupun kita, aktiviti yang berkaitan dengan air, memancing dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Siam mungkin kecil pada angka, tetapi besar pada kesetiaan, besar pada kejujuran dan besar pada sumbangan yang mereka boleh berikan kepada negara.

draft • 4:20 PM

Tuan Niran Tan Kran

Mereka tidak pernah meminta lebih-lebih dari apa yang wajar. Mereka hanya berharap bahawa Malaysia yang merdeka dan madani ini, mereka tidak dilupakan, mereka tidak dipinggirkan serta mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Saya berdiri di Dewan yang mulia ini bukan untuk diri saya tapi untuk anak-anak Siam yang menangis apabila gagal mendapat biasiswa, untuk petani Siam yang terhalang mendapatkan bantuan kerana masalah birokrasi, untuk penjawat awam Siam yang berjuang tanpa suara dan untuk usahawan Siam yang mahu berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Saya mengucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI yang membuka pintu seluas-luasnya kepada komuniti Siam. Saya di sini ibarat menantu baharu yang baru masuk rumah mentua. Perlu banyak belajar mendengar, ditunjuk ajar, dibimbing, tetapi kurang bercakap agar disayangi mentua dan abang-abang,

draft • 4:30 PM

Tuan Niran Tan Kran

kakak-kakak sekalian. Saya mendahului dengan jutaan terima kasih akan bantuan dan bimbingan yang bakal saya terima.

Akhir kata, saya dengan rendah hati memohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Sekian, terima kasih. Sawadikap.

draft • 4:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran. Walaupun ucapan ataupun ucaptama ataupun maiden speech, tetapi ucapan beliau adalah sangat baik dan padat dengan isinya. Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng.

draft • 4:30 PM

Dato' Ng Keng Heng

Selamat petang, salam sejahtera, salam hormat Tuan Yang di- Pertua, rakan-rakan, YB Senator yang berwibawa, pegawai-pegawai dan tuan-tuan dan puan- puan yang dihormati sekalian. Saya juga orang baharu.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Dewan Undangan Negeri Johor kerana telah memilih saya sebagai wakil di Dewan Negara. Saya berdiri hari ini sebagai seorang Senator baharu mewakili Parti MCA dan juga suara masyarakat terutamanya komuniti Cina di Malaysia dengan tujuan membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 secara konstruktif agar ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Saya amat menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memperkukuh daya tahan kewangan fiskal dan membela kebajikan rakyat, tetapi sebagai wakil komuniti dan wakil akar umbi, saya wajib mengemukakan beberapa kebimbangan daripada rakyat, memberikan cadangan idea dan mengutarakan soalan yang jelas serta terperinci bagi pihak berwajib.

Dengan rendah hati, saya berdiri hari ini di Dewan yang mulia ini sebagai seorang ahli pertama kali dilantik.

Saya menginsafi bahawa saya menggalas amanah yang besar untuk menyuarakan kepentingan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab saya juga untuk menjadi sebahagian daripada proses semak dan imbang kepada dasar awam di samping memastikan setiap wang ringgit yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan akan memberikan pulangan kepada negara dan kebaikan untuk setiap warganegara kita.

Oleh yang demikian, saya ingin fokuskan ucapan sulung saya ini kepada tujuh perkara utama yang saya percaya adalah penting bagi masa depan ekonomi yang lebih inklusif bagi negara yang tercinta ini.

Pertama sekali, saya akan menyentuh tentang teknologi hijau; dedua, agenda kelestarian; ketiga, pembiayaan perusahaan mikro kecil dan sederhana; seterusnya perkara

draft • 6:32 PM

Dato' Ng Keng Heng

keempat yang ingin saya bawa adalah, mengenai dasar pendidikan negara; kelima, berkenaan isu-isu membabitkan kerajaan tempatan; keenam, berkenaan sistem pengangkutan negara; dan yang terakhir adalah mengenai polisi pelancongan.

Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober yang lalu dan di Dewan Negara pada 2 Disember baru-baru ini, saya berpandangan bahawa ia adalah satu belanjawan yang besar dan komprehensif. Namun, di sebalik angka besar itu, ramai dalam kalangan rakyat masih tertanya-tanya sama ada keutamaan yang diumumkan selari dengan keperluan sebenar di peringkat lokal mahupun komuniti.

Sebagai wakil DUN Johor yang diamanahkan, saya mesti meminta bukti kukuh bermula dengan menuntut impak positif, tanggungjawab dan keberkesanan pelaksanaan belanjawan dari pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan peralihan tenaga sebagai satu agenda nasional yang utama. Ini adalah satu keputusan yang tepat, tetapi persoalannya, apakah insentif yang konkrit kepada perusahaan mikro, kecil, sederhana dan para peniaga lain untuk digalakkan mengambil langkah ke arah dekarbonisasi secara lebih inklusif? Maka, saya menggesa agar sebarang inisiatif pembiayaan hijau bukan hanya tersedia untuk syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat berskala besar tetapi ia perlu juga dipadankan untuk tersedia bagi kilang-kilang tempatan, usahawan-usahawan mikro dan bengkel-bengkel perniagaan dan sebagainya.

Tanpa mekanisme branded financing, dengan izin, dan skim jaminan kredit mikro yang mudah diakses, agenda hijau di Malaysia akan menjadi sesuatu perkara yang sangat eksklusif, bukannya inklusif. Peralihan tenaga dan agenda sifar karbon yang sedang berlaku di seluruh dunia bukan sekadar untuk memenuhi matlamat iklim, malah saya yakin adalah peluang ekonomi yang wajar diambil oleh negara kita melalui usaha-usahawan tempatan.

Justeru, saya menggesa Kerajaan MADANI ini untuk mempertimbang idea-idea untuk memperluas lagi insentif-insentif bagi pemasangan solar bumbung, skim pembiayaan bagi penyimpanan tenaga atau battery storage dengan izin, dan subsidi bersasar untuk industri kecil yang mahu terlibat dalam proses dekarbonisasi operasi mereka. Saya mengambil contoh, seperti apa yang berlaku sebelum ini di beberapa industri kecil di Johor yang menggunakan insentif solar melalui skim Net Offset Virtual Aggregation dengan izin, dengan sokongan kukuh kerajaan negeri.

Net Offset Virtual Aggregation dikhususkan untuk operasi komersial dan industri kecil menggunakan tenaga solar bagi operasi harian mereka. Antara contoh yang pernah berlaku di Johor adalah program kesedaran kelestarian di Batu Pahat yang menyaksikan kerajaan

draft • 6:32 PM

Dato' Ng Keng Heng

negeri Johor melalui Johor Sustainability Centre (JSC), dengan izin, menggalakkan kilang kecil dan membantu perniagaan komersial di Batu Pahat untuk beralih ke tenaga solar.

draft • 6:32 PM

Dato' Ng Keng Heng

Antara insentif lain yang pernah ditawarkan ialah skim Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau, Solar Leasing oleh agensi kerajaan pusat di bawah MITI iaitu MIDA.

Industri kecil di Johor seperti kilang di Batu Pahat dan Pasir Gudang telah menerima manfaat insentif solar memandangkan terdapat sokongan kukuh daripada kerajaan negeri melalui Johor Green Deal dengan izin, dan skim yang tersebut tadi yang saling melengkapinya.

Ia menyaksikan bagaimana syarikat penyedia pajakan solar layak mendapat pengecualian cukai atas pendapatan. Ini menjadikan pemasangan solar lebih mampu milik untuk industri kecil di samping memperlihatkan peranan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang turut bekerjasama memudahkan proses kelulusan pemasangan. Sinergi antara kesemua pemegang taruh sebegini merupakan satu kaedah bermanfaat yang wajar diperhalusi, diperbaiki dan diadaptasi. Bahkan boleh disebar luas kepada industri-industri kecil di seluruh negara.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan cadangan untuk diwujudkan satu green technology deployment fund, dengan izin. Dengan mekanisme blended finance dengan izin, iaitu gabungan geran jaminan dan pinjaman bercukai rendah untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi tenaga bersih.

Selain itu, dengan berakhirnya peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun ini, agenda matlamat pembangunan mampan wajar dipikul oleh Kerajaan MADANI sebagai objektif nasional seterusnya.

Kesemua dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan matlamat pembangunan mampan haruslah diterjemahkan kepada satu penanda aras atau matriks menyeluruh yang mudah difahami dan terbuka kepada pihak awam. Rakyat yang celik tentang agenda SDG tersebut akan terlibat sama dalam menilai prestasi kementerian-kementerian sekiranya diwujudkan mekanisme pelaburan khas tentang pencapaian SDG dengan izin tadi, masing- masing bagi setiap kementerian secara tahunan.

Untuk sektor swasta, pelaksanaan pelaburan ESG yang bermula dari GLC atau GLIC dan syarikat tersenarai bagi mematuhi syarat pasaran Bursa Malaysia kini perlu diperluas lagi dengan sokongan teknikal serta skim geran berskala kecil kepada PMKS dengan bersifat berperingkat untuk mereka memulakan pematuhan. Sebagai contoh, rantaian yang berkala untuk memastikan setiap kontraktor, subkontraktor, pembekal-pembekal faham hala tuju kerajaan secara berfasa atau berperingkat tentang agenda SDG tersebut.

draft • 4:40 PM

Dato' Ng Keng Heng

Selain itu, persoalan yang ingin saya tujukan adalah bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memastikan bahawa jurang pelaksanaan dapat ditangani khususnya apabila masih belum wujud hasil yang benar-benar terpadu dari aspirasi rangka strategi untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada termasuk usaha ke arah net zero energy building dengan izin?

Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua, selaku nadi penjanaan ekonomi setempat, kaedah micro-financing bagi warga PMKS adalah tulang belakang kepada peluang pekerjaan dan mobiliti sosial. Namun demikian, akses kepada peluang modal sering kali terhad oleh prosedur ketat dan jaminan yang berat hingga membebankan PMKS.

Saya mencadangkan agar skim jaminan mikro yang sedia ada untuk mula dilengkapi dengan pembiayaan hijau serta disediakan platform digital satu JENDELA untuk tujuan permohonan pinjaman latihan perniagaan dan pemasaran eksport. Selain itu, perlu ada program procurement dengan izin, atau konsep perolehan setempat yang mewajibkan syarat peratusan tertentu oleh pembekal tempatan dalam setiap projek hijau negara. Ini dijangka akan meningkatkan lagi kesan berganda ekonomi di peringkat komuniti untuk menjadi lebih lestari.

Saya turut mendesak kerajaan agar tumpuan khas diberikan kepada komuniti di pedalaman dan juga bandar yang mengusahakan restoran-restoran pengeluar makanan atau pun pembuatan kecil. Benar, bahawa pengumuman sokongan dan jaminan pembiayaan oleh kerajaan di dalam Belanjawan 2026 adalah rata-ratanya positif, tetapi kami tetap memerlukan butiran lanjut dan masih perlu melakukan pemantauan terhadap pelaksanaannya. Apakah kadar faedah khas yang bakal diberikan bagi skim jaminan mikro? Bagaimanakah PMKS yang berskala kecil tanpa rekod kredit boleh layak memohon?

Persoalan-persoalan asas sebegini perlu diadaptasi oleh kerajaan dengan penerangan secara berterusan tentang manfaat belanjawan kepada rakyat. Saya juga menggesa agar penyaluran tambahan melalui fungsi syarikat jaminan pembiayaan perniagaan di bawah kelolaan Kementerian Kewangan dan institusi-institusi kewangan yang membantu usahawan mikro dapat ditingkatkan lagi bagi memastikan kemudahan pembiayaan sampai ke peringkat runcit dan akhirnya meningkatkan lagi taraf kehidupan komuniti.

Minta maaf ya. Handphone. Call melalui WhatsApp pula. Minta maaf. Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelbagai instrumen sokongan dan jaminan tertentu dalam belanjawan, kami tetap meminta penjelasan lanjut tentang akses maklumat dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk dikongsikan kembali informasi tersebut kepada masyarakat awam.

Mengenai perihal pendidikan. Saya menghargai peruntukan besar yang diberikan untuk pendidikan. Angka RM66.2 bilion merangkumi lebih kurang 14 peratus dari jumlah

draft • 4:40 PM

Dato' Ng Keng Heng

belanjawan tahun depan menunjukkan komitmen berterusan kerajaan kepada sektor pendidikan demi membina kualiti generasi masa hadapan. Namun, persoalan saya adalah berapa banyak daripada jumlah ini yang diperuntukkan kerajaan secara khusus untuk tujuan menaik taraf infrastruktur sekolah vernakular SJK(C) dan SJK(T) yang sering terpinggir dari segi prasarana.

Saya harus bertegas di sini, saya minta pihak kementerian bagilah data-data tersebut.

‘Tak payah malu-malu, tak payah takut dan tak payah sembunyi kerana peruntukan yang diberikan kita secara terus dan transparent dengan izin, bagi saja.

Seterusnya, apakah garisan masa yang diberikan untuk kesemua sekolah-sekolah baru yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2026 selain di manakah lokasi dan apakah kriteria pemilihan? Adakah ia nya berdasarkan kepadatan penduduk atau pun faktor-faktor lain? Kita mahu mekanisme pemantauan berlaku supaya peruntukan benar-benar sampai ke sekolah yang memerlukan tanpa bergantung kepada jaringan politik.

Polisi pendidikan tinggi juga mestilah serasi dengan cabaran hijau demi menyediakan tenaga kerja tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi hijau.

draft • 4:40 PM

Dato' Ng Keng Heng

Ini bermakna, kurikulum TVET dan di universiti awam perlu memasukkan aspek kemahiran tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa dan kemahiran digital, sebagai contoh. Seterusnya, saya ingin meminta penjelasan mengenai peruntukan bagi pendidikan vokasional jurusan serta program biasiswa yang ada di Malaysia, khusus bagi bidang yang melibatkan teknologi hijau atau bidang yang berkait dengan soal kelestarian.

Di peringkat pendidikan tinggi, kita perlu mengorak langkah untuk memperkukuh dana enrolment dengan izin, universiti awam supaya ia dapat menyokong penyelidikan komersial yang memberi nilai tambah kepada industri tempatan.

Dengan itu, kerajaan harus memberikan butiran lanjut tentang bagaimanakah ia membantu universiti-universiti awam di Malaysia secara saksama untuk mengurus sumber kewangan dengan lebih mampan serta mempelbagaikan lagi ruang pendanaan agar hasil penyelidikan menjadi lebih berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengukuhkan usaha ekonomi kitaran. Model berbentuk linear iaitu dengan izin, iaitu kaedah ambil, guna, buang sudah tidak lagi relevan. Kita amat memerlukan kepada usaha memperkukuhkan dasar EPR. Membawa maksud extended producer responsibility dengan izin, secara lebih komited melalui insentif duti sifar untuk bahan kitar semula domestik dan kredit cukai untuk reka bentuk mesra kitar semula.

Kerajaan juga harus menetapkan indeks prestasi (KPI) tertentu untuk pengurangan limpahan di tapak pelupusan dan menyokong infrastruktur pengumpulan sisa di peringkat

draft • 4:50 PM

Dato' Ng Keng Heng

daerah secara lebih sistematik. Perkara ini memerlukan koordinasi yang cekap dan usaha penguatkuasaan berterusan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menyentuh mengenai keupayaan dan akauntabiliti pihak berkuasa tempatan. Saya menzahirkan kebimbangan tentang isu projek-projek yang terhenti akibat realiti kelemahan kapasiti dan kekurangan latihan. Bermula dengan isu perancangan tidak selaras mahupun bertindih, proses kelulusan lewat, sehinggalah pengurusan tender yang tidak efisien.

Anggota-anggota PBT perlu diberikan sokongan dari segi sesi latihan berkala dan mengadakan perbincangan strategik antara PBT-PBT yang lain untuk memperkukuhkan kesefahaman dan gerak kerja. Kita perlu mereformasi sistem peruntukan bagi pihak PBT daripada hanya sekadar pemberian tahunan secara tetap kepada imbuhan berasaskan prestasi.

Kerajaan harus mula mempertimbangkan agar peruntukan tambahan dibayar kepada PBT yang mencapai KPI penyelenggaraan, perancangan bandar mampan dan penyampaian perkhidmatan. Penilaian bagi PBT tersebut wajib melibatkan maklum balas dari komuniti setempat ataupun persatuan penduduk sebagai salah satu kriteria utama.

Selain itu, aspek digitalisasi benih. Tender dan dokumen-dokumen melibatkan urusan PBT perlu dipercepatkan lagi untuk mengurangkan kos dan isu kelewatan yang menjejaskan reputasi dan keyakinan pelabur. Seterusnya, sistem pengangkutan adalah urat nadi mobiliti rakyat dan perniagaan.

Saya memberi penekanan kepada tiga isu spesifik iaitu penyelenggaraan infrastruktur asas yang melibatkan mobiliti penduduk ataupun aliran trafik seperti jalan raya yang berlubang dan jambatan rosak hingga menjejaskan kos dan nyawa perlu diatasi segera di antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya melalui kaedah joint task force dengan izin, agar kepakaran dapat dikongsi dan masalah diatasi.

Seterusnya, integrasi pengangkutan awam perlu diperkemas lagi. Bermula dengan kaedah tiket tunggal dengan usaha digitalisasi, isu last mile connectivity dengan izin, dan sambungan antara mod-mod pengangkutan perlu dipercepat. Sebagai contoh, perlu ada kerjasama berbentuk PPP: public-private partnership dengan izin, yang melibatkan sektor korporat untuk bantu menyumbang kepada penyediaan pengangkutan tertentu dari stesen atau hentian awam kepada kawasan perniagaan mereka sebagai usaha menyelesaikan isu last-mile gap. Contohnya, pasar raya besar seperti Sunway Mall, Sunway Putra Mall, LRT PWTC, Lalaport Bukit Bintang City Centre, LRT tersebut: LRT Hang Tuah. Contoh selain itu, IOI Puchong iaitu LRT IOI Puchong Jaya. Pasar raya yang besar begitu perlulah menyediakan petak tempat letak kereta yang luas dan supaya pengguna kenderaan boleh park and ride

draft • 4:50 PM

Dato' Ng Keng Heng

ataupun mereka meletak kenderaan mereka di pasar raya tersebut untuk menyambungkan perjalanan mereka. Kaedahnya akan membawa win-win situation, dengan izin.

Oleh sebab itu, kita mengalu-alukan pihak kementerian mengkaji cadangan saya.

Seterusnya, usaha dekarbonisasi sistem pengangkutan awam dengan memperkenalkan insentif penukaran bas kepada elektrik mahupun hidro ataupun pembiayaan stesen pengecas di lebuh raya.

Sebagai contoh, kerajaan perlu menggalakkan partisipasi lebih banyak syarikat tempatan yang berkaliber untuk memasang pengecas-pengecas elektrik di lebuh raya utama bagi menampung permintaan pengguna kenderaan elektrik yang kian meningkat seperti— terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan. Selain itu, sistem keselamatan bagi urusan logistik untuk pengusaha PMKS harus di perkasa untuk menurunkan lagi risiko kemalangan dan kehilangan nyawa.

Mengambil contoh di Jepun. Ciri-ciri keselamatan diguna pakai bagi kenderaan besar seperti kenderaan berat bawah 30 tan atau 20 tan yang menggunakan nyalaan tiga lampu di atas bumbung seperti lori pasir mereka atau lori mengambil barang berat. Lampu tersebut sebagai indikator kepada pemandu lain sekiranya kenderaan itu melanggar had kelajuan.

Bagi soal lebih muatan pula, kaedah secara berfasa. Kaedah secara berfasa perlulah diguna pakai oleh pihak kerajaan agar beban kos operasi kepada pemilik perniagaan logistik tidak berlaku secara mendadak. Sebab sejak kebelakangan ini kita mendengar banyak rintihan dari pengusaha logistik. Itu masalah kita.

Tuan Yang di-Pertua, seperti ucapan-ucapan yang diberikan oleh YB Senator-YB Senator mengenai industri pelancongan. Kita sedia maklum, industri bebas karbon ini agak mustahak untuk negara kita. Ada yang kata, kenapa orang kita berpusu-pusu ke Thailand?

Adakah sana murah?

Sebenarnya, di Malaysia barang kita pun murah juga. Makan kita pun beraneka. Pusat hiburan kita pun ada, walaupun sistem itu mungkin berlainan sedikit, tetapi pantai yang cantik di negara kita ini pun agak menarik pelancong juga.

Pada September 2025, pada majlis perasmian Hari Pelancongan Sedunia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan untuk membina industri pelancongan yang bertaraf dunia dan bersedia menghadapi masa hadapan. Kita mesti terlebih dahulu memelihara warisan semula jadi sambil memanfaatkan kekuatan yang menjadikan Malaysia unik.

draft • 4:50 PM

Dato' Ng Keng Heng

Satu lagi. Menurut dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM, Profesor Dr.

Azlizam Aziz telah menyatakan, “Kebanyakan destinasi ekonomi ekopelancongan negara ini

draft • 5:00 PM

Dato' Ng Keng Heng

masih gagal menepati prinsip asasnya. Pembangunan yang kurang terancang, pengabaian peranan komuniti tempatan dan ketiadaan program pendidikan menjadi isu utama yang menghalang pertumbuhan sektor ini. Malaysia dilihat agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand.” Ini bukan saya kata. Saya memetik ini kata-kata Yang Amat Berhormat dan Profesor tadi. Dengan itu, saya menggesa penjelasan segera tentang polisi pengurusan pantai dan kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai sensitif kepada bencana alam.

Kita sedia maklum juga, menurut jawapan daripada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada semalam, JPS hanya mempunyai sedemikian peruntukan untuk mengurus masalah-masalah atau projek membaik pulih terhadap hakisan pantai. Selain itu, dari Facebook semalam, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah dipersembahkan satu taklimat komprehensif oleh Pengarah JPS. Situasi banjir, tahap hakisan pantai dan perkembangan projek tebatan banjir. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih ke atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku.

Kita nampak betapa mustahaknya kita ‘nak selesaikan alam semula jadi ke atas pelancongan. Perkara ini amat penting terutamanya bagi menghebahkan maklumat kepada mereka yang terlibat dalam industri pelancongan tentang langkah-langkah oleh kerajaan untuk mitigasi hakisan banjir, perubahan iklim serta pelan pemulihan pesisir yang sudah pasti memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan negara.

Selain itu, kerajaan harus memperkuatkan sokongan kepada komuniti pelancongan lestari melalui pemberian geran mikro dan latihan perniagaan. Pandangan saya, kerajaan juga perlu melakukan lebih banyak usaha mempromosi atau pengiklanan secara kreatif bagi memupuk kempen kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk mengambil peranan dalam isu pelancongan lestari agar terlibat bersama-sama. Sebagai contoh, mengangkat peranan pempengaruh tempatan seperti usahawan terkenal Khairul Aming— TikTok dia saya memang tertarik hati atau pencipta digital Sofyank untuk membantu mempromosi keunikan Malaysia kepada rakyat Malaysia...

draft • 5:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Yang Berhormat, masa yang diperuntukkan telah tamat.

Panjang lagi?

draft • 5:00 PM

Dato' Ng Keng Heng

Tiga muka surat.

draft • 5:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Mohon buat kesimpulan.

draft • 5:00 PM

Dato' Ng Keng Heng

Ya, boleh. Seterusnya saya ingin menyentuh— last hujung ucapan saya. Saya ingin penjelasan, apakah projek berskala besar untuk tujuan kebudayaan seperti pemulihan Carcosa? Dan berapa site restoration dengan izin, lain yang telah diumumkan akan didanai oleh peringkat GLC? Sesuatu yang sedap didengari.

draft • 5:00 PM

Dato' Ng Keng Heng

Untuk projek-projek yang dilaksanakan melalui GLC seperti contoh projek pemulihan warisan dan pembangunan Kota MADANI. Berapakah jangkaan pulangan dan apakah langkah perlindungan bagi memastikan sumber kewangan masa depan kerajaan tidak terjejas?

Tuan Yang di-Pertua, selepas meneliti keseluruhan Belanjawan 2026, kita melihat bahawa kerajaan sedang ke arah memperbaiki keadaan fizikal negara agar mampan dan berdaya saing. Namun masih banyak perkara yang boleh diperincikan oleh semua Ahli Parlimen sama ada yang berkhidmat sebagai wakil rakyat mahupun lantikan Senator.

Saya mengakhiri ucapan ini dengan satu mesej jelas. Saya menyokong matlamat Belanjawan 2026, tetapi sebagai wakil komuniti, saya akan terus menuntut ketelusan, keberkesanan dan keadilan perlaksanaan. Dengan itu, perbahasan saya. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng. Untuk kedua-dua Yang Berhormat yang baharu ini, saya ada serangkap pantun, yang kena Yang Berhormat— kedua-dua Yang Berhormat baru berucap di Dewan yang mulia ini.

*Pembahas baru naik ke pentas, Langkah diatur penuh yakin; Walau pertama membuka kertas, Semangat tinggi jadi pemangkin...

[Tepuk]* Okey, seterusnya kita pergi ke pembahas yang terakhir. Saya pun ada serangkap pantun kepada pembahas kita yang terakhir ini.

Bunga mekar di laman asri, Harumnya mengisi ruang Dewan; Pembahas terakhir berdiri di sini, Mengikat isi menjadi kesimpulan. Dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias bin Hamid.

draft • 5:00 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026.

draft • 5:07 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ucapan ini saya sampaikan dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai wakil yang membawa suara rakyat Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan, kesejahteraan dan keberkesanan dalam pentadbiran negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, apabila suatu belanjawan dibentangkan, rakyat melihatnya bukan sebagai dokumen kewangan semata-mata. Bagi rakyat biasa, belanjawan ini ialah gambaran masa depan mereka untuk terus hidup. Ia ialah harapan bahawa kehidupan esok akan lebih baik daripada hari ini. Ia adalah jaminan bahawa kerajaan memahami kesusahan mereka, menyalami denyut nadi rakyat dan benar-benar serius menyelesaikan masalah yang mereka hadapi setiap hari.

Namun, setelah saya melihat keseluruhan Belanjawan 2026 ini yang dibentangkan termasuk senarai projek pembangunan, peruntukan sektor demi sektor serta hala tuju besar negara kita. Belanjawan ini masih belum memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, menyeluruh dan adil untuk semua negeri termasuk negeri-negeri di pantai timur dan juga khususnya di Terengganu. Rakyat hari ini berada dalam tekanan yang bukan sedikit dan semakin ramai rakyat terpaksa struggle untuk menampung kos sara hidup yang ada pada hari ini terutamanya mereka yang tinggal di ibu kota ini. Harga barang asas melambung tinggi, kos perubatan naik, perbelanjaan harian tidak lagi seimbang dengan pendapatannya.

Saya tidak nafikan bantuan STR, MyKasih memang membantu rakyat, apa yang diberikan oleh kerajaan pada hari ini, tetapi rakyat memerlukan suatu pendekatan jangka panjang dengan pendapatan yang stabil, peluang pekerjaan yang baik dan harga barangan yang terkawal. Seterusnya, kalau kita melihat ramai petani, nelayan, peniaga kecil, pekerja upah harian, berasa seolah-olah mereka perlu berjuang keseorangan.

draft • 5:07 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Walaupun angka-angka ekonomi kadangkala kelihatan stabil pada kertasnya, realiti di lapangan amat berbeza dan jauh lebih mencabar yang dihadapi oleh rakyat di bawah sana.

Ini lah jurang yang sepatutnya ditangani dalam pembentangan belanjawan pada kali ini.

Belanjawan 2026 tidak menunjukkan sebarang strategi lonjakan ekonomi yang benar- benar meyakinkan. Apa yang dibentangkan lebih kepada peruntukan rutin bagi memenuhi keperluan operasi kementerian tanpa sebarang inisiatif baru yang berupaya membawa perubahan besar kepada satu ekonomi negara. Saya melihat perancangan kerajaan untuk memacu peningkatan produktiviti secara menyeluruh masih belum jelas. Kerajaan sepatutnya memastikan negara kita dapat menghasilkan bahan asas dan input strategik sendiri, mengurangkan kebergantungan kepada negara luar serta memperkukuhkan keselamatan ekonomi negara yang ada pada hari ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Produktiviti adalah kunci kepada ekonomi berpendapatan tinggi tanpa lonjakan kecekapan, inovasi dan keupayaan menghasilkan lebih banyak nilai dengan kos yang lebih rendah, Malaysia akan terus terperangkap dalam kedudukan cukup makan dan sukar menurunkan harga ke tahap yang optimum untuk rakyat. Oleh itu kerajaan perlu memastikan Belanjawan 2026 bukan sekadar belanjawan besar, tetapi belanjawan yang benar-benar menyentuh isu hati rakyat yang berdepan dengan tekanan kos sara hidup, jurang pembangunan antara wilayah dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber.

Seterusnya saya ingin menyentuh hutang negara meningkat dan sasaran KDNK 2026 rendah. Tuan Yang di-Pertua, pengumuman Belanjawan 2026 memperlihatkan kebimbangan jelas berhubung dengan kedudukan hutang negara yang semakin tinggi dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang sederhana untuk tahun 2026. Beban hutang negara telah hampir mencecah had statutori 65 peratus KDNK dan lebih membimbangkan apabila perbelanjaan terus meningkat tanpa jaminan peningkatan hasil negara secara mampan.

Data menunjukkan setakat akhir September 2025 ini, hutang Persekutuan berada pada RM1.32 trilion atau 65.3 peratus daripada KDNK berbanding RM1.25 trilion pada akhir 2024. Keadaan ini diburukkan lagi dengan peningkatan kos khidmat hutang GLC apabila bayaran faedah meningkat kepada 17.2 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus melebihi had 15 peratus yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Oleh itu soalan saya apakah strategi kerajaan untuk kawal bayaran khidmat hutang agar kekal di bawah 15 peratus daripada jumlah hasil kerajaan yang ada pada hari ini?

Dalam masa yang sama kerajaan turut mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang hanya antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada tahun 2026. Jauh lebih sederhana berbanding keperluan negara untuk mengukuhkan semula kedudukan fiskal. Saya menyifatkan keadaan ini adalah tidak cukup kuat untuk menampung kenaikan perbelanjaan mengurus termasuk emolumen, pencen, bayaran khidmat hutang yang masih meningkat.

Persoalan yang timbul, bagaimanakah kerajaan boleh mendakwa status fiskal kukuh sedangkan Perbelanjaan Pembangunan (DE) terus dikurangkan tiga tahun berturut-turut menjadikan ruang untuk pelaburan masa hadapan semakin sempit?

Pengurangan Perbelanjaan Pembangunan (DE) secara berterusan dikhuatiri akan menjejaskan sekolah, hospital, jalan raya, projek pembangunan strategik yang penting untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang terutamanya melibatkan penduduk ataupun masyarakat di luar bandar sana. Apa yang saya ingin simpulkan bahawa kedudukan hutang negara berada dalam zon risiko, sementara sasaran pertumbuhan yang rendah tidak memberikan ruang fiskal yang cukup untuk mengurus keperluan negara secara mampan.

draft • 5:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Tanpa pembaharuan hasil dan juga kawalan perbelanjaan yang lebih ketat, negara bakal terus berdepan dengan tekanan fiskal serta ruang fiskal yang semakin mengecil.

Seterusnya isu yang ketiga iaitu yuran pembangunan infrastruktur antara wilayah.

Tuan Yang di-Pertua dalam Belanjawan MADANI 2026 ini dilihatkan kerajaan masih tidak komitmen untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara ini yang lebih inklusif dan seimbang khususnya bagi merapatkan jurang pembangunan yang masih ketara di antara wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat.

Jurang pembangunan wilayah ini semakin jelas apabila diteliti pengagihan projek pembangunan di antara Wilayah Pantai Barat dan juga Pantai Timur. Namun projek-program mega yang diumumkan masih bertumpu kepada negeri-negeri maju. Kita melihat contohnya Pulau Pinang yang sudah pun maju masih menerima LRT Mutiara Link yang bernilai RM17.3 bilion yang pada asalnya cadangan akan dibiayai melalui inisiatif swasta. Bukan itu sahaja Pulau Pinang juga dapat lagi sebahagian besar daripada peruntukan RM2.3 bilion untuk pembesaran lapangan terbangnya. Jadi keseluruhan kalau kita lihat RM20 bilion.

Tidak dinafikan negeri-negeri ini penting kepada ekonomi negara, tetapi pembangunan negara tidak boleh hanya ditumpukan kepada negeri maju. Negeri-negeri Pantai Timur yang masih bergelut dengan jurang infrastruktur seterusnya menjadi keutamaan untuk memastikan keseimbangan wilayah yang adil.

Namun apa yang berlaku ialah negeri-negeri seperti Terengganu tidak ada projek transformasi yang bernilai bilion ringgit. Hanya diberi projek berjuta ringgit dan skala kecil seperti penyelenggaraan jalan, jalan kampung, pembaikan muara sungai, projek tebatan banjir setempat, naik taraf fasiliti. Semua ini penting. Kita tidak menafikan ia merupakan suatu asas yang penting tetapi ia tidak mampu mengukuhkan struktur ekonomi sesebuah negeri itu.

Tuan Yang di-Pertua, projek Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 3 (LPT3) ialah contoh paling jelas bagaimana jurang wilayah ini masih bulan ditangani secara serius. LPT3 telah pun diumumkan sejak RMK-9 pada tahun 2006. Kos asalnya RM2.9 bilion kini meningkat hampir RM9.8 bilion akibat penangguhan demi penangguhan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Kajian awal telah siap pada Ogos 2022, namun sehingga ke hari ini ia masih tidak tersenarai dalam Belanjawan 2026 mahupun RMKe-13. LPT3 bukan sekadar projek jalan raya. Ia merupakan nadi pembangunan Pantai Timur. Ia akan membuka peluang logistik terbaru, membuka pintu pelaburan kepada kawasan pedalaman, meningkatkan pelancongan dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Tanpa lebuh raya ini, Pantai Timur kekal terputus dari arus pembangunan pesat berbanding dengan Wilayah Pantai Timur yang ada pada hari ini. Namun menjadi persoalan saya, sejauh mana kah sebenarnya keutamaan yang diberi oleh kerajaan pada hari ini?

draft • 5:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Pembangunan nasional mestilah bersifat adil, seimbang dan menyeluruh bukan hanya tertumpu di wilayah-wilayah tertentu di Pantai Barat yang melebarkan lagi yuran pembangunan di antara dua wilayah ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh royalti Terengganu. Berapa kali saya sebut iaitu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin membawa suara rakyat Terengganu tentang hak royalti Terengganu dan semangat Federalisme yang semakin terhakis. Pada tahun 2024, Terengganu sepatutnya menerima royalti RM1.55 bilion namun hanya RM733.05 juta disalurkan terus kepada akaun kerajaan negeri iaitu hanya 53 peratus sahaja yang kerajaan negeri boleh urus hasil royalti petroleum yang sepatutnya menerima RM1.55 bilion, tapi itulah yang diterima setakat ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Manakala baki 47 peratus diagihkan terus kepada pihak lain tanpa melalui kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat dan tanpa autonomi negeri ke atas penggunaannya. Hal yang sama berulang pada tahun ini apabila jumlah yang disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri hanya RM583.35 juta daripada RM1.08 bilion yang sepatutnya diterima. Sekali lagi mengurangkan kuasa negeri mengurus hampir 47 peratus royalti petroleum sendiri.

Saya tegaskan bahawa royalti bukan belas ihsan mana-mana kerajaan. Ia adalah hak yang dijanjikan. Bila hak yang dijanjikan, yang dijamin ini ditarik balik, dipotong ataupun dilengahkan ia bukan sekadar menjejaskan pentadbiran tetapi menggugatkan kestabilan fiskal dan pembangunan jangka panjang negeri.

Di sinilah perlunya kita kembali kepada asas federalisme iaitu semangat federalisme; bukan slogan semata-mata. Federalisme bukan bergantung kepada parti mana memerintah pusat, parti mana yang memerintah negeri tetapi ia adalah rangka hubungan berperlembagaan yang menuntut saling hormat-menghormati, saling percaya-mempercayai, saling mengiktiraf autonomi masing-masing di antara negeri dan Persekutuan.

Bila Kerajaan Persekutuan mula menahan atau melengah-lengahkan hak negeri, kita bukan sekadar melanggar perjanjian royalti antara kerajaan negeri dengan PETRONAS, kita sebenarnya sedang meruntuhkan asas negara Persekutuan Malaysia yang telah dibina semenjak merdeka 1957 lagi. Saya juga menyambut baik saranan Menteri Besar negeri Terengganu supaya Malaysia bergerak ke arah model federalisme kerjasama termasuk mekanisme iaitu fiscal equalisation bagi mengurangkan jurang pembangunan antara negeri yang semakin melebar. Saya mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya...

draft • 5:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Boleh mencelah?

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya.

draft • 5:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berkenaan dengan hujahan hak milik di peringkat negeri dan Kerajaan Persekutuan. Setuju jika saya katakan, bagi negeri Selangor yang telah menyumbang lebih kurang 26 peratus bagi KDNK kerajaan di Pusat, adakah belanjawan juga harus mengagihkan lebih kurang 26 peratus kepada Kerajaan Negeri Selangor? Dari mana kita dapat, dari mana kita berikan?

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya. Itu sebab....

draft • 5:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Adakah itu ialah konsep yang Yang Berhormat ‘nak anjurkan?

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya, semangat federalisme yang sepatutnya diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan tentang keperluan-keperluan negeri dan hasil yang diperolehi oleh negeri-negeri masing-masing. Itu perlu diberi perhatianlah.

Seterusnya, saya— masa 13 minit lagi. Isu yang keempat iaitulah hasil isu nadir bumi

(REE), Kerajaan Persekutuan mesti hormati hak negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa nadir bumi ataupun REE ini kini merupakan kekayaan strategik negara yang nilainya telah mengatasi petroleum sebagai sumber ekonomi masa depan negara.

REE ialah nadi kepada industri teknologi tinggi yang ada pada hari ini secara globalnya. Namun dalam kerangka Perlembagaan, hasil galian ini tetap berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Terengganu antara negeri yang memiliki deposit terbesar yang dianggarkan melebihi tujuh juta tan metrik REE pada hari ini.

Walaupun industri ini diiktiraf sebagai pemacu ekonomi hijau masa depan, pelaksanaan dasar di peringkat Persekutuan masih terlalu perlahan dan belum diperkukuhkan dari segi perundangan. Setiap dasar nasional mengenai REE mestilah dibuat dengan libat urus rasmi dan bermakna bersama kerajaan negeri kerana negeri ialah pemilik sumber yang sah, bukannya hanya pelaksana di lapangan sahaja.

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan moratorium eksport bahan mentah REE, namun perjanjian timbal balik ART Malaysia-Amerika Syarikat baru-baru ini meletakkan bahawa Malaysia tidak boleh mengenakan larangan atau kuota eksport REE ke Amerika Syarikat. Klausa ini menimbulkan perbahasan di peringkat nasional, tetapi apa yang lebih penting ialah Malaysia tidak boleh terus kekal sebagai pengeksport bahan mentah. Negara mesti fokus membangunkan industri pertengahan dan hiliran supaya nilai tambah kekal dalam negara dan negeri pengeluar meraih faedah ekonomi jangka panjang.

Justeru, saya ingin bertanya apakah pelan komprehensif pihak kerajaan untuk memastikan industri REE dibangunkan sehingga ke peringkat pertengahan dan hiliran, bukan berhenti pada aktiviti perlombongan semata-mata? Bagaimanakah kerajaan memastikan

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Malaysia menjadi pengeluar produk REE bernilai tinggi yang mampu melonjakkan produktiviti negara?

Lebih penting hubungan Persekutuan antara negeri dalam industri ini mesti diperkukuhkan. Hasil REE wajib menjadi sumber pengukuhan fiskal negeri selaras dengan senarai negeri dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan hasil galian sebagai hak negeri. Federalisme tidak boleh menjadi slogan, tetapi ia mesti dihormati dalam pelaksanaan dasar. Saya sebutkan begini bimbang takut apa yang berlaku isu royalti Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan mesti menghormati peranan negeri sebagai pemilik sumber dan memastikan pembangunan industri REE berlaku secara adil, telus dan memberi manfaat sebenar kepada rakyat negeri pengeluar, bukan hanya kepada Kerajaan Persekutuan atau pelabur luar. Ini adalah asas federalisme yang matang dan bertanggungjawab.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang kelima berhubung dengan hakisan pantai Terengganu seperti mana yang disebutkan oleh sahabat saya dari Johor tadi. Tuan Yang di- Pertua, saya secara konsisten akan membawa isu hakisan pantai di Terengganu ini yang mana isu ini secara lapangan masih tidak selesai secara holistik walaupun sebelum ini pun saya telah menyuarakan isu yang sama.

Tahun demi tahun, ombak monsun Timur Laut meranapkan rumah, jalan. kedai, tanah perkuburan dan masjid. Saya menghargai bahawa Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini memperuntukkan projek pengawalan hakisan Pantai Rusila di Marang dan saya berharap projek tersebut segera dilaksanakan, pembinaan benteng pemecah ombak. Namun ini hanyalah satu daripada belasan lokasi kritikal yang memerlukan penyelesaian segera.

Saya menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan bagi menangani isu hakisan pantai yang semakin kritikal ini khususnya di Terengganu. Pada Mac lalu jawatankuasa ini akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Saya difahamkan jawatankuasa ini bertujuan mempercepatkan proses pelaksanaan supaya projek pemuliharaan pantai dapat dilaksanakan, dimulakan dengan kadar segera.

Meskipun hakisan pantai ini adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, penglibatan bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah langkah yang tepat dalam semangat federalisme kerjasama lebih-lebih lagi kerana isu

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

hakisan memberi kesan terus kepada rakyat yang berada di kawasan tepi pantai khususnya dan juga merupakan aset negeri Terengganu.

draft • 5:20 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Persoalan saya, apakah perkembangan terkini jawatankuasa bertindak yang akan ditubuhkan itu? Sejauh manakah jawatankuasa ini benar-benar mampu berfungsi dalam mempercepatkan kelulusan teknikal, reka bentuk, perolehan dan tender yang selama ini memakan masa terlalu lama sehingga projek tidak sempat siap melalui— apabila tiba Monsun Timur Laut.

Kita sedia maklum bahawa pembinaan benteng pemecah ombak di Kuala Nerus mengambil masa satu hingga dua tahun untuk disiapkan. Sedangkan Monsun Timur Laut berlaku saban tahun dan telah pun bermula sejak November lalu. Setiap kali musim ini tiba, hakisan akan berulang dan semakin teruk yang menyebabkan kerosakan harta benda penduduk infrastruktur yang telah sedia ada.

Baru-baru ini, inap desa di kampung, satu kampung iaitulah Mengabang Lekar yang dibina dengan nilai RM800,000 hampir runtuh akibat hakisan yang kritikal termasuk juga dengan beberapa kubur yang hanyut, dihanyutkan oleh arus oleh ombak.

Soalan saya, apakah kesiapsiagaan dan mitigasi sementara yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam tempoh musim tengkujuh ini bagi memastikan keselamatan penduduk infrastruktur sekitarnya terjamin?

Saya juga mohon Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan segala bentuk peruntukan yang sementara, sama ada peruntukan kecemasan atau peruntukan segera kepada negeri Terengganu memandangkan kerja-kerja pembinaan benteng pemecahan ombak seperti yang saya maklumkan adalah mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu tanah FELDA, hak negeri yang wajib dikembalikan. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana isu ini menjadi suatu isu diperbincangkan oleh masyarakat dan baru ini disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, ingin saya menyentuhkan isu ini yang merupakan isu besar yang telah berlarutan lebih empat dekad iaitu isu penggunaan tanah Kerajaan Negeri Terengganu oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Sebanyak 14,791 hektar tanah negeri di Setiu melibatkan daerah Marang, Dungun dan Kemaman telah diusahakan oleh FELDA sejak 40 tahun yang lalu.

Penting untuk saya tegaskan bahawa tanah ini bukan tanah rancangan FELDA yang mempunyai peneroka. Sekali lagi saya ‘nak sebutkan bahawa tanah ini bukan tanah rancangan FELDA yang mempunyai peneroka, tetapi tanah kerajaan negeri yang diberikan untuk diusahakan secara komersial mengikut syarat dan perjanjian asal. Bukan melibatkan

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

tanah peneroka FELDA. Kerana dalam media kadang-kadang sebut ianya melibatkan tanah- tanah peneroka. Tidak, tidak melibatkan.

Namun sampai hari ini, keadaan yang berlaku amat mendukacitakan. Bayaran premium tanah, cukai tanah dan perkongsian keuntungan 30 peratus yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri masih belum dijelaskan dalam tempoh 40 tahun dan sebahagian sawit tanam semula dengan anggaran tunggakan mencecah RM600 juta. Ini berlaku walaupun FELDA merekodkan keuntungan besar setiap tahun.

Keadaan ini bukan sahaja bertentangan dengan perjanjian asal, tetapi menafikan hak rakyat Terengganu sebagai pemilik sah tanah tersebut. Lebih membimbangkan tanah-tanah negeri ini telah dipajak dan diisytiharkan pula sebagai aset FELDA dalam penyenaraian Bursa Malaysia. Sedangkan status hak milik tidak pernah bertukar tangan.

Dari sudut undang-undang tanah, penyenaraian sebegitu tidak wajar kerana tanah tersebut kekal sebagai harta negeri, bukan aset FELDA. Ini menimbulkan persoalan tadbir urus yang serius dan ketelusan pengurusan aset khususnya FELDA...

draft • 5:30 PM

Puan Tiew Way Keng

Minta celah.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya. Sila.

draft • 5:30 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Yang Berhormat. Setujukah Yang Berhormat, jika saya katakan isu tanah yang begitu penting ini, kita harus dibawa ke Majlis Tanah Negara...

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya.

draft • 5:30 PM

Puan Tiew Way Keng

...Yang mana Menteri-Menteri Besar setiap negeri memang merupakan ahli dalam Majlis Tanah Negara.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya.

draft • 5:30 PM

Puan Tiew Way Keng

Ya. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya. Isu tanah ini boleh bincang dalam Majlis Tanah Negara, tapi apa yang berlaku kepada negeri Terengganu ini, ini jelas hak. FELDA sepatutnya bayarlah hasil cukai tanah yang ambil tanah dari negeri itu, bayarlah cukai tanah sepatutnya, tetapi ianya tidak berlaku seperti apa yang ada dalam Kanun Tanah Negara yang sepatutnya tanah ini milik kerajaan negeri. Sepatutnya selesai dengan kerajaan negeri dan kerajaan negeri pun sudah pun memohon dengan FELDA, dengan beberapa tindakan, hantar surat perbincangan dan sebagainya, tetapi tidak ada respons.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ini, isu masih lagi dalam isu yang sama. Kerajaan negeri telah memberikan ruang yang sangat mencukupi untuk proses rundingan dan menetapkan 29 November lalu sebagai tarikh akhir bagi FELDA menyelesaikan segala tunggakan dan isu berbangkit. Maknanya Kerajaan Negeri Terengganu bukan berkeras, tetapi

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

kita sentiasa buka ruang dan peluang untuk berbincang dengan FELDA, tetapi sehingga tarikh terakhir 29 November baru-baru ini, tidak ada penyelesaian yang dibuat dan FELDA— tarikh akhir bagi FELDA menyelesaikan segala tunggakan dan isu berbangkit, tetapi tarikh itu berlalu tanpa apa-apa maklum balas mahupun penyelesaian yang konkrit daripada FELDA. Ini bukan lagi soal pentadbiran semata-mata, tetapi soal hak negeri, hak rakyat Terengganu, soal maruah pengurusan aset negeri dan soal tanggungjawab terhadap rakyat. ‘Nak kata tatakelola kah tata apa, ini merupakan yang sepatutnya dibuat perbincangan yang sebaiknya dengan kerajaan negeri.

draft • 5:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ya. Saya benarkan Yang Berhormat untuk selesaikan isu FELDA itu tadi.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Sikit lagi saya rasa.

draft • 5:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ha.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ya. Hakikat bahawa, hakikat bahawa milik negeri telah diusahakan selama lebih 40 tahun tanpa pulangan yang wajar, bukan sahaja satu kerugian besar kepada kerajaan negeri, tetapi mencerminkan kelemahan tadbir urus yang tidak boleh dibiarkan berlarutan. Negeri berhak menuntut hasil daripada tanah yang sah miliknya dan tuntutan ini bukan sesuatu yang baru dan bukan keterlaluan, ia adalah hak sah yang telah tertangguh yang begitu lama.

Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah mekanisme tindakan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan FELDA mematuhi syarat perjanjian asal termasuk pulangan hasil kepada kerajaan negeri? Kerana tanah ini untuk komersial, bukan untuk peneroka, bukan tanah diberi kepada peneroka, tetapi komersial perniagaan.

Sebagai Ahli Dewan Negara dari Terengganu, saya menyokong penuh tindakan kerajaan negeri dalam mempertahankan hak ini. Tuntutan ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan tanah di bawah Senarai Negeri, ya. Tanah di bawah Senarai Negeri. Yang ditanya Yang Berhormat kita tadi. Demi keadilan kepada rakyat dan masa depan ekonomi negeri, saya mendesak agar Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera menyeluruh, menghormati hak negeri, bukan sekadar memberi janji tanpa pelaksanaan yang holistik.

Oleh itulah Tuan Yang di-Pertua, saya yang bercakap terakhir ini, walaupun mempunyai Belanjawan 2026 ini, walaupun mempunyai elemen positif, masih perlu diperbaiki untuk benar-benar mencerminkan keadilan wilayah, kesinambungan pembangunan, keberkesanan dasar negeri seperti negeri Terengganu yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara pada hari ini terutama oil and gas, minyak dan gas melalui petroleum, tenaga pelancongan, pertanian tidak boleh terus dianaktirikan.

draft • 5:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid

Saya ingin menutupkan ucapan ini dengan peringatan Allah SWT. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Iaitu “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan amanah kepada yang berhak dan apabila kamu menghukum, hendaklah kamu menghukum dengan adilnya.” Inilah prinsip yang menjadi asas negara kita. Inilah juga nilai yang perlu kita junjung dalam belanjawan, dalam pentadbiran, dalam pembangunan negara kita ini. Maka, saya menyeru agar kerajaan menyemak semula beberapa perkara dalam Belanjawan 2026 demi kesejahteraan rakyat seluruhnya dan pembangunan ekonomi negara kita. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey. Terima kasih kepada pembahas kita terakhir pada hari ini iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias bin Hamid.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 8 Disember 2025.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.40 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026