Dec032025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

Setiausaha

Mengangkat sumpah tiga orang Ahli Dewan Negara.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin sekalian, Majlis Mengangkat Sumpah pada hari ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara serta mengikut Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan hormatnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat berikut untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua Dewan Negara. Dipersilakan.

draft • 10:00 AM
LANTIKAN SEMULA TIGA ORANG AHLI

  1. Yang Berhormat Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [Lantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong] 2. Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir [Lantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong] 3. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar [Lantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong] [Upacara Mengangkat Sumpah tamat]

draft • 10:00 AM
PEMASYURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam hormat dan salam Malaysia MADANI.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan pada hadirin yang dihormati sekalian. Syukur alhamdulillah pada pagi ini kita dapat bersama menyaksikan tiga orang Senator mengangkat dan menandatangani sumpah selaras dengan kehendak Perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Yang Berhormat Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir dan Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat merupakan Ahli yang dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan ini adalah pelantikan semula untuk penggal kedua yang berkuat kuasa mulai hari ini, 3 Disember 2025 hingga 2 Disember 2028 selaras dengan peruntukan Perkara 45(3) dan Perkara 45(3a) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Dewan yang mulia ini, diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketiga-tiga Yang Berhormat Senator yang kembali semula ke Dewan Negara. Selamat berkhidmat semula dan jika diteruskan dan diamanah sebagai dalam pentadbiran, maka jalan lah tugas dengan berkaliber dan dengan itu memantapkan lagi peranan Senator dan juga Dewan ini.

Selamat berkhidmat dan bertugas.

Sekian terima kasih.

draft • 10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim.

draft • 10:10 AM

Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:10 AM

1. Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim minta Menteri Kerja Raya menyatakan, peratusan kemajuan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, Fasa 2 di Sarawak, serta langkah-langkah bagi memastikan tiada kelewatan akibat isu kontrak dan juga peruntukan tambahan.

draft • 10:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Sebelum itu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga-tiga seperjuangan dalam Kabinet yang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Senator kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 (LPB 2) kini dikenali sebagai Projek Lebuhraya Trans Borneo

(LTB) dan projek Northern Coastal Highway (NCH). Terdahulu LPB 2 ini merupakan sambungan kepada pakej kerja 11 Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 yang melibatkan tiga pakej kerja iaitu: Pakej Kerja 12 (WPC 12) di Miri; Pakej Kerja 13 (WP 13) di Limbang; dan Pakej Kerja 14 WP, di Lawas.

Jadi jajaran terdahulu LPB 2 untuk Pakej Kerja 12 Miri, kini merujuk kepada seksyen Miri Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) sepanjang 4.951 kilometer yang sedang berada di dalam fasa pra pembinaan. Projek LTB ini merupakan projek kerja Kerajaan Persekutuan dan sedang melalui proses tender perolehan. Pembinaan fizikal bagi seksyen Miri Lebuhraya Trans Borneo ini dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2026.

Manakala bagi Pakej Kerja 13 iaitu Limbang dan Pakej Kerja 14 Lawas, kini adalah merupakan jajaran baharu dan merupakan sebahagian daripada projek Northern Coastal Highway (NCH) yang dilaksanakan oleh Regional Corridor Development Authority (RECODA) di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sarawak.

Untuk makluman tambahan, status terkini projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang merangkumi jajaran sepanjang 786 kilometer. Sehingga Oktober 2025 kemajuan keseluruhan telah mencapai 99.98 peratus dengan 10 daripada 11 pakej kerja siap sepenuhnya dan telah dibuka secara berperingkat untuk kegunaan rakyat. Keseluruhan Pakej Kerja WPC 11 tidak dapat disiapkan pada tahun 2025 seperti jadual asal kerana terdapat keperluan kritikal untuk menukar paip air sedia ada milik Sarawak Water Board ataupun Sarawak Waters Sendirian Berhad (LAKU) sebelum kerja menaik taraf jalan sepanjang 4.2 kilometer dapat dilaksanakan. Jadi penukaran paip ini perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan gangguan bekalan air ke Bandar Miri serta mengelakkan risiko kerosakan jalan pada masa hadapan.

Kementerian Kerja Raya dan JKR Sarawak bersama kontraktor dan pihak berkepentingan sedang dalam proses rundingan semula harga dan kerja bagi pengalihan paip dan naik taraf jalan dilaksanakan secara berfasa bermula suku pertama 2026 dan dijangka dapat disiapkan pada suku pertama tahun 2029. Sebaik sahaja Pakej Kerja WPC 11 ini disiapkan, ia akan menandakan penyiapan keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Ia merupakan nadi penghubung infrastruktur penting bagi negeri tersebut.

draft • 10:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kementerian sentiasa komited dalam memastikan projek yang telah diluluskan berjaya dilaksanakan serta mencapai matlamat dan memberi manfaat kepada rakyat. Sehubungan itu bagi memastikan tiada kelewatan akibat isu kontraktor dan juga peruntukan tambahan, kementerian sentiasa mengadakan pemantauan secara berkala agar pelaksanaan projek mengikut skop kerja dan spesifikasi yang ditetapkan. Penyelia tapak dan jurutera perunding yang berpengalaman dan kompeten akan dilantik serta penyeliaan yang rapi dan berkala akan dilaksanakan untuk menjamin kualiti dan pematuhan jadual. Mesyuarat penyelarasan berkala juga akan diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan pantas.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu pentadbiran kontrak kerajaan yang strategik seperti klausa ganti rugi tertentu dan ditetapkan ataupun LAD atau penalti yang tinggi dan berkesan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual akan dikuatkuasakan untuk mengelakkan sebarang isu kelewatan. Jadi pengurusan kewangan yang efektif juga akan dilaksanakan secara berjadual dan tepat pada masanya mengikut syarat kontrak dan jadual pembayaran yang ditetapkan.

Kelewatan pembayaran boleh menyebabkan masalah aliran tunai kepada kontraktor seterusnya melambatkan kerja. Risiko kenaikan harga bahan binaan juga akan dipantau dengan sebaiknya dan klausa yang sesuai dalam kontrak untuk menangani perubahan harga di luar kawalan juga akan dipertimbangkan sekiranya perlu. Kerajaan MADANI memang— Yang Berhormat akan terus komited untuk menyampaikan sepenuhnya projek yang dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Boleh kah YB Menteri mengemukakan jadual kos lengkap terkini bagi setiap pakej di bawah Sarawak Pan Borneo termasuk pecahan bagi kos pembinaan pampasan tanah dan struktur yuran perunding kontigensi dan sebarang kos tambahan akibat kelewatan atau pelanjutan masa? Ini penting untuk memastikan ketelusan dan kawalan bajet serta pengesahan bahawa kos keseluruhan RM18.8 bilion adalah tepat. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan itu memohon agar maklumat-maklumat yang sangat terperinci dan juga buat masa sekarang mungkin masih dalam— kerana kita belum boleh dedahkan seterusnya, tapi saya akan jawab setakat mana saya boleh jawab ya.

Yang untuk makluman Dewan yang mulia ini, Projek Lebuhraya Pan Borneo melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 786 kilometer. Tadi saya telah sebutkan merangkumi 11 work

draft • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

package, pakej kerja yang dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan aspek keselamatan kawalan selia kualiti kerja serta juga kesinambungan mobiliti rakyat sentiasa terjamin.

Jadi, sehingga bulan November 2025, kemajuan keseluruhan projek telah saya sebut tadi, 99.98 peratus dengan 10 daripada 11 pakej kerja telah siap dibuka kepada pengguna sepenuhnya. Ini telah menyumbang kepada peningkatan terhadap connectivity, kelancaran logistik serta kegiatan ekonomi di sepanjang laluan.

Jadi, dari sudut pembiayaan projek ini, ia menggunakan modal kewangan hibrid ya, yang menggabungkan peruntukan belanja pembangunan, development expenditure (DE) serta juga terbabit sukuk bond oleh Dana Infra Nasional Berhad. Jadi, dengan kos siling keseluruhan berjumlah RM20.3 bilion. Jadi, pendekatan ini dirangka bagi memastikan pengurusan fiskal yang lebih seimbang, pengoptimuman aliran dana ataupun tunai serta kelangsungan pelaksanaan projek tanpa menjejaskan komitmen pembangunan negara yang lain.

Jadi, saya sebut hibrid ya, gabungan dana ini. Jadi, saya ingin memberi makluman 36 peratus adalah DE ya, development budget ataupun perbelanjaan pembangunan dan bakinya 64 peratus adalah dana daripada bon dana infra. Jadi, kedua-dua ini ya. Jadi, kalau 100 peratus dana DE akan membebankan kerajaan dan menjejaskan pelaksanaan projek-projek yang lain.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, berhubung permintaan Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan pecahan kos perinci bagi setiap pakej termasuk kos pembinaan, pengambilan tanah, struktur yuran, perunding dan juga kontigensi serta implikasi kewangan akibat lanjutan masa, jadi sukacitalah saya dimaklumkan bahawa anggaran kos terkini adalah disediakan dalam bentuk lampiran rasmi seperti yang dimohon. Saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Jadi, walau bagaimanapun, perlulah saya jelaskan bahawa projek ini masih dalam pelaksanaan Yang Berhormat ya. Jadi, kos keseluruhan masih belum dapat dimuktamadkan kerana mengambil kira perubahan seperti variation of works (VO), variation of price (VOP) dan pelarasan harga kontrak. Dan selain itu, sebahagian pakej kerja masih juga dalam berada dalam tempoh defect liability period (DLP) serta belum memuktamadkan statement of final account. Jadi, justeru angka yang dikemukakan pada tahap ini adalah berdasarkan anggaran semasa dan tertakluk, Yang Berhormat, tertakluk kepada pengesahan akhir setelah semua proses teknikal dan kewangan diselesaikan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kekal komitedlah terhadap standard tadbir urus yang tinggi, ketelusan perbelanjaan serta akauntabiliti fiskal dan dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya bersedia memberi penjelasan tambahan sekiranya diperlukan oleh Yang Berhormat selepas penelitian dibuat terhadap lampiran tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

draft • 10:20 AM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Ya. Soalan tambahan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, sebenarnya sudah dibuka kepada pengguna jalan raya sejak Julai lalu, tapi saya nak tanya mengapa lampu jalan raya tidak berfungsi di tempat-tempat yang terutamanya di tempat flyover KJD Meradong dan flyover Bulat Sarikei dan juga beberapa tempat p-turn di sepanjang Kawasan Sarikei ini.

Dan adakah Kementerian Kerja Raya mempunyai rancangan untuk memasang lampu jalan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo? Saya tahu itu kos itu memang tinggi, tapi ada lah kebaikan dan keselamatan untuk rakyat-rakyat di Sarawak. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Tuan Yang di-Pertua, dia dua perkara di sini ya.

Ke satu, tadi ditanya apakah lampu-lampu yang telah dipasang yang tidak menyala itu— memang kita ada program, kita ada syarikat konsesi yang telah dilantik untuk kita pastikan kesemuanya termasuk lampu ia sepatutnya berfungsi dengan sepatutnya.

Jadi, kalau— terima kasihlah kerana memberi makluman yang saya akan minta pegawai semak. Memang di mana lampu tidak bernyala kita akan buat kerja-kerja memperbetulkan ataupun baiki lampu yang mungkinnya rosak.

Jadi, yang kedua, adakah kerajaan akan mencahayakan sepanjang jajaran? Tidak, buat masa sekarang. Kerana apa? Betul kata Yang Berhormat tadi, kosnya terlalu besar. Kalau kita nak mencahayakan sepanjang jajaran. Bayangkan 786 kilometer ya dari Teluk Melano sampai ke Miri, berapa bilion mungkin ya. Belum lagi kos penyelenggaraan lampu itu nanti.

Di sini pun, di semua— bukan hanya di Sarawak, di mana jalan Persekutuan kita utamakan tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan; di selekoh, di persimpangan, di jambatan dan di mana-mana yang dikenal pasti sebagai perlunya lampu dipasang, kita buat.

Jadi, sepanjang jalan kita tak mampu buat lagi. Ya, sekian. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.

draft • 10:20 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya 2.

draft • 10:20 AM

2. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, sejauh manakah kementerian menjalankan penilaian impak ekonomi dan sosial sebelum meluluskan kemasukan francais asing baharu, terutama dalam kategori makanan snek dan makanan segera yang mempunyai banyak alternatif tempatan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI, Dato Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selari dengan keputusan Jemaah Menteri mengenai pemutusan ekosistem francais di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP), telah membangun Dasar Francais Negara 2030 yang telah menggariskan langkah

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan

dan strategi untuk membangunkan usahawan francais yang berdaya maju dan mampan melalui transformasi dan pengukuhan jenama francais serta kecekapan tadbir urus.

Sehingga kini, terdapat 68 francais asing dalam sektor makanan dan minuman yang beroperasi di Malaysia yang telah berdaftar dengan KUSKOP di bawah sistem Malaysia Franchise Express (MyFEX) 2.0. KUSKOP di bawah ini yakin penyertaan francais luar negara dalam pasaran tempatan akan membawa pelbagai faedah kepada perkembangan ekonomi antaranya merancakkan ekonomi domestik melalui peningkatan pelaburan dan aktiviti rantaian bekalan bahan mentah, menambah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mewujudkan pemindahan pengetahuan serta teknologi: knowledge and technology transfer dengan izin, kepada usahawan tempatan dan pemain industri.

Setakat ini, kita ada beberapa franchisor asing iaitu Subway, contohya, A&W, Baskin Robins, Burger King dan Pizza Hut. Ia merangkumi 47.9 peratus daripada jumlah franchisor asing, manakala franchisor tempatan kita ada 52.1 peratus, masih lagi majoriti iaitu 74 antaranya Sangkaya, Kenny Rogers, Marrybrown dan Paparich.

Dalam hal ini, pihak yang berkaitan perlu mengemukakan permohonan pendaftaran francais kepada KUSKOP selaras dengan pematuhan di bawah seksyen 54 Akta Francais 1998. Bagi aspek penilaian, KUSKOP selanjutnya akan melaksanakan semakan terhadap permohonan tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kestabilan kewangan perniagaan, pendaftaran cap dagangan di MyIPO, status pendaftaran perniagaan serta penyediaan manual operasi dan manual latihan.

Proses ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan perlindungan kepada kedua-kedua pihak , iaitu franchisor dan juga franchisee yang terlibat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan

Selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas pembangunan usahawan tempatan, KUSKOP akan sentiasa memastikan hanya permohonan francaisor asing yang benar-benar layak sahaja dapat menyumbang kepada ekonomi negara diberikan kelulusan untuk mendaftar ataupun didaftar sebagai francais luar.

Selain itu, KUSKOP melalui DFN 2030 juga telah memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem francais tempatan dengan meningkatkan bilangan francaisor tempatan melalui latihan dan pembiayaan di bawah agensi KUSKOP seperti Pernas bagi memastikan daya saing yang seimbang antara pemain tempatan dan juga asing. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Adakah wujud risiko penguasaan pasaran oleh jenama luar negara dan apakah sokongan yang wajar diberi kepada pengusaha makanan tempatan untuk bersaing dengan francais antarabangsa? Kita merujuk di tempat-

draft • 10:30 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

tempat popular yang dilawati oleh pelawat antarabangsa, kita melihat banyak francais antarabangsa yang hadir seperti MIXUE, MOMOYO dan apa terjadi dengan aiskrim gula apong Malaysia dan kita tengok DON DON DONKI di Bukit Bintang. Di mana gerai sate dan keropok lekor di Malaysia? Apakah strategi kerajaan untuk memastikan bahawa makanan tradisional negara tidak terpinggir yang memberi wajah Malaysia? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat. Sebenarnya bantuan dan pembiayaan banyak Pernas akan dan telah sediakan.

Saya bagi contoh kalau kita lihat bahawa skim francaisor, kita ada 122 syarikat yang mendapat jumlah pembiayaan hampir RM40 juta di bawah skim francaisi, kita ada 945 syarikat yang mendapat pembiayaan hampir RM216 juta.

Kita juga ada beberapa program yang lain contohnya skim SWEET, skim YOUNITY yang di mana peserta yang dapat pembiayaan adalah di dalam lingkungan 230 orang dan jumlah pembiayaan dia hampir RM63 juta. Juga kita mempunyai skim i-VIP yang memberikan satu perkakasan usahawan veteran atau pesara yang menceburi perniagaan.

Memang kalau kita lihat ada beberapa francaisor ataupun francaisi tempatan yang akan melibatkan diri mereka bukan sahaja di dalam bidang perniagaan yang akan tingkat ataupun turun, tetapi kita mempunyai banyak aspek yang akan membantu mereka, contohnya financing, training kita bagikan, latihan kita bagikan secara percuma dan ada juga kita bagikan secara subsidi. Juga yang disediakan adalah business development consulting and consultation khususnya di Sarawak, total financing yang kita dah sediakan dan berikan adalah sebanyak RM3 juta untuk tujuh francais. Juga disediakan pejabat di Kuching, Sarawak di mana kita berkolaborasi dengan agensi-agensi di bawah KUSKOP dan juga kerajaan negeri.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Soalan tambahan Dato Yang di-Pertua. Francais makanan, minuman, snack disertakan juga dengan peruncitan pada setengah-setengah francais yang ada. Bagaimana pandangan dan penglihatan Yang Berhormat Menteri— contoh FamilyMart yang base-nya di luar negara, total dia punya rangkaiannya 24,500 lebih, sebahagian besarnya juga di Malaysia. Rangkaian ini menjadikan— pandangan kami menjadikan sebahagian organisasi-organisasi kita dalam negara ini hampir jadi lumpuh dan keadaan ini perlu dikawal.

Di dalam negara, sebahagian peruncitan juga termasuk yang dalam negara sehingga satu kampung, satu produk, satu kompeni, dua lokasi mereka bangunkan. Kedai runcit kita dan francais kecil kita di dalam kampung hampir mati. Saya fikir perlu diimbang di antara dua perkara sama ada pulangan ekonomi negara dan juga kepada usahawan kecil tempatan.

Mohon komen.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat.

Sebenarnya FamilyMart ini, dia adalah salah satu francais, francaisi dia. Jadi bila perniagaan mereka dijalankan, rakyat kita yang merupakan pemilik bagi perniagaan tersebut, itu nombor satu.

Kedua, saya ingat tidak menjadi masalah kalau kita lihat antara francaisor yang ada, francaisor asing hanya 47.9 peratus, francaisor tempatan 52.1 peratus. Jadi kita memang kita masih lagi beri ruang dan beri peluang kepada kompeni-kompeni tempatan untuk menjadi francaisor ataupun menjadi francaisi, tetapi kalau kita lihat FamilyMart ini dia adalah satu yang kita perlukan and perniagaan yang mereka berikan sebagai satu entiti adalah peluang kepada peniaga-peniaga yang melabur di dalam francaisi itu ataupun francaisor seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tempatan.

Memang mereka ada lebih banyak, tetapi juga kita kena ambil kira sektor F&B yang mempunyai jenama-jenama tempatan. Kalau kita lihat antaranya jenama tempatan yang kita ada seperti yang saya katakan tadi adalah Sangkaya, Kenny Rogers, Marrybrown, Papparich.

Ini jenama-jenama kita yang bukan saja kita letak di dalam negara, kita malah ada buat promosi-promosi, mission trip untuk bawa mereka ke luar negara contohnya di Dubai, di Osaka dan juga di Shanghai yang baru-baru ini kementerian telah membuat lawatan untuk mempromosikan syarikat-syarikat tempatan sebagai francaisor. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan:

(a) jumlah peruntukan kecemasan hakisan pantai yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada seluruh negara dalam tempoh lima tahun terakhir; dan

(b) usaha kerajaan untuk menubuhkan dana kontingensi bagi menangani hakisan pantai yang teruk.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa komited dalam menangani isu hakisan pantai secara menyeluruh.

Sebagai makluman, JPS tidak mempunyai dana kecemasan khusus bagi hakisan pantai.

Bagaimanapun, tindakan segera tetap dilaksanakan bagi kerja-kerja selepas berlaku banjir atau ombak besar yang berlaku di luar jangkaan yakni berdasarkan permintaan semasa di bawah butiran kerja-kerja kecemasan di luar jangka.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (2022–2025), sejumlah RM296 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan tindakan segera di seluruh negara. Selain itu, PETRA melalui JPS juga melaksanakan langkah-langkah jangka panjang melalui pendekatan struktur dan bukan struktur.

Melalui kaedah struktur di bawah RMK12, sejumlah RM3.53 bilion diluluskan bagi melaksanakan 45 projek-projek melibatkan hakisan pantai dan muara sungai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 di peringkat dalam pelaksanaan, sebanyak 14 di peringkat pra- pelaksanaan dan sebanyak lima di peringkat pasca pelaksanaan dan tujuh projek siap pelaksanaan.

Manakala kaedah bukan struktur pula, PETRA melalui JPS sedang dan telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pantai Bersepadu atau dengan izin, Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) sebanyak 20 kajian. Kajian ISMP ini berfungsi sebagai medium bagi perancangan zon pesisiran pantai untuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain bagi perancangan pembangunan melalui strategi pencegahan dan langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar secara am dan kawasan pesisiran pantai.

Kesemua usaha menangani hakisan pantai termasuk tindakan segera melalui dana kecemasan serta pelaksanaan projek mitigasi jangka panjang dilaksanakan secara bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bagi memastikan langkah mitigasi dan pengurusan risiko yang diambil lebih berkesan, menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjaga keselamatan penduduk dan kelestarian kawasan pesisiran pantai. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan.

Cuma saya mohon sikit tambahan pencerahan. Kata pepatah Melayu, “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Masalahnya sekarang tak bah pun pantai berubah. Hakisan berlaku sekarang hampir banyak waktu terutama sekali di musim tengkujuh, betullah itu. Cuma yang saya ‘nak sebut contoh-contoh tertentu, misalnya baru ini yang latest ‘ni di Mengabang Lekar, satu rumah inap desa kosnya nearly RM800 juta, lebih RM800 juta— RM800,000, hampir RM1 juta, hampir ranap.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang sebahagiannya juga, beberapa tempat di Batu Rakit, di Kuala Nerus dan lain- lain sangat-sangat kritikal, sekarang pun terus berlaku. Saya juga baru-baru ini melihat ada satu perakuan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Julai yang lepas, ada RM200 juta diperuntukkan. Apakah peruntukan RM200 juta ini ialah peruntukan

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

pemeliharaan pantai atau pun juga termasuk dengan peruntukan yang kami lihat, tempoh untuk ‘nak bangunkan, untuk nak pulihkan, untuk ‘nak buat proses penebatan— dia panggil apa? Bukan tebak pantai. Hakisan ombak ini ambil masa satu hingga dua tahun, tetapi peristiwa ini berlaku sangat rancak dan terus menerus.

Ada dua perkara. Apakah ada satu peruntukan emergency untuk menyelesaikan keadaan? Dan keduanya, peruntukan yang ada yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru- baru ini adalah peruntukan yang sama atau yang tambahan? Dan yang ketiganya, jangkaan bila program penebatan ombak pengawasan pantai ini dapat disempurnakan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Itu antara cabaran dalam kita menangani isu hakisan pantai, terutamanya satu, dari segi bentuk muka bumi itu sendiri. Kita mempunyai jajaran atau pun kawasan pantai yang agak panjang, terutamanya di sebelah Pantai Timur.

Dan yang keduanya, seperti Yang Berhormat nyatakan. Apabila berlaku kejadian ombak besar dan sebagainya, sudah pasti ada kesan kepada pantai kita. Dari segi pengumuman yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pasti peruntukan itu disalurkan melalui NADMA yang turut melihat dari segi bencana dan secara keseluruhan.

Cuma, di sini kalau boleh saya nyatakan dari segi agihan projek sebagai contoh, negeri paling banyak yang kita agihkan untuk tujuan menangani isu hakisan pantai dan muara sungai adalah Terengganu. Jadi sebagai contoh, di Terengganu ketika ini sehingga tahun 2025, untuk projek yang kita sedang atau pun telah dilaksanakan untuk tempoh ini, Terengganu menerima RM1.52 bilion untuk 5 projek hakisan pantai dan juga 8 projek muara sungai.

Contoh, Yang Berhormat nyatakan bila masih berlaku hakisan dan sebagainya.

Contohnya kalau di Kuala Nerus, kaedah yang kita guna pakai bila projek itu kosnya RM90 juta, memang kita kena gabungkan antara pendekatan secara natural. Maksudnya, kita kena tambah balik pasir-pasir yang ada tetapi pada masa yang sama juga, kita perlu membina struktur bagi mengurangkan kesan ombak tersebut yang dipanggil breakwater. Jadi, di Terengganu ini kita sedang susun, yang untuk di Kuala Nerus itu sepatutnya kita bina enam belas, yang telah siap tiga belas dan projek itu sedang berjalan lah.

Jadi, sebab itu dalam menguruskan pantai kita seperti Yang Berhormat nyatakan juga, memang dia mengambil masa. Maka sebab itu, dari segi perancangan kita ada ISMP yang disebut tadi supaya semua pihak memainkan peranan. Mana-mana struktur yang dibina di pantai, sebenarnya juga mungkin ada kesan kerana pantai ini sentiasa hidup. Pasir itu bergerak dari satu arah ke satu arah mengikut musim ataupun monsun dan kita kena sama-

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

sama peka dengan kedudukan pantai kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sedikit soalan tambahan. Di Sabah, memandangkan mempunyai komuniti pesisir yang sangat bergantung kepada perikanan dan pelancongan, apakah kementerian memastikan bahawa dana kecemasan bukan hanya digunakan untuk pembinaan fizikal, tetapi turut merangkumi pembinaan komuniti, perlindungan ekosistem pantai dan pelan adaptasi jangka panjang? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Bila kita melihat kepada peranan JPS, sudah pasti bila berkaitan dengan pantai, kita perlu melindungi atau pun menjaga hakisan— daripada terjadinya hakisan pantai.

Seperti Yang Berhormat nyatakan, sama ada bagaimana untuk kita, contohnya, memperkasakan komuniti atau pun ada peruntukan khas. Buat ketika ini, bila kita laksanakan projek yang berkaitan dengan ada kesan kepada sosial atau pun masyarakat, pandangan mereka itu diambil kira. Contohnya, selain dalam menangani isu hakisan pantai, kita juga perlu menjaga muara sungai kita. Maka sebab itu, bila ada kalau sesebuah muara itu melibatkan komuniti nelayan setempat, perkara itu diambil kira. Sebagai contoh, saya difahamkan ada sesetengah sungai itu menjadi tempat untuk nelayan masuk ke dalam atau pun singgah, tetapi sudah pasti kalau nak menguruskan nelayan itu adalah tanggungjawab di bawah KPKM.

Cuma di pihak kami, segala maklum balas yang kita terima, kita ambil supaya tidak menjadi beban juga kepada komuniti tersebut sekiranya kita membina sebarang struktur yang mana menjadi penghalang kepada kegiatan ekonomi mereka. Itu juga sebenarnya tidak berapa mencapai matlamat. Cuma, hasrat utama JPS ini sudah pasti melindungi daripada kejadian bencana tersebut tetapi kita mengambil pandangan daripada KPKM dan semua pihak yang berkaitan apabila melaksanakan mana-mana projek. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui Anyit.

draft • 10:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Abun Sui Anyit minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, dasar memperluas tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro mini di Sarawak untuk manfaat penduduk pedalaman yang jauh dari capaian grid elektrik atau electric power grid.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada YB Senator Tuan Abun atas soalan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar kerajaan dalam memperluaskan tenaga boleh baharu (TBB) di kawasan pedalaman Sarawak adalah selaras dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak Electricity Masterplan 2025-2030 yang dirangka oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Kedua-dua dasar ini memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi bersih dan mampan untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan yang jauh daripada grid utama. Di kawasan pedalaman yang sangat jauh daripada capaian grid, kerajaan melaksanakan program bekalan elektrik luar bandar melalui pendekatan tenaga boleh baharu berasaskan sistem solar hibrid dan sistem mini hidro. Pendekatan ini lebih praktikal berbanding sambungan grid yang memerlukan kos terlalu tinggi dan melibatkan halangan geografi yang amat ketara.

Untuk makluman Yang Berhormat, 2026 beberapa Projek TBB disenaraikan di bawah unjuran perbelanjaan Projek BELB kementerian, antaranya:

(i) Projek bekalan elektrik luar bandar, sistem mini hidro di Long Busan, Belaga, Sarawak. Projek ini untuk makluman Yang Berhormat, projek pilot kita. Pertama di Sarawak, pertama di Malaysia, malah pertama juga di dunia sebenarnya, yang menggabungkan solar dan juga hidro;

(ii) Projek bekalan elektrik luar bandar, sistem solar hibrid di Kawasan Telan Usan, Sarawak;

(iii) Projek bekalan elektrik luar bandar, sistem solar hibrid di Kawasan Telan Usan, Sarawak Fasa II;

(iv) Projek bekalan elektrik luar bandar, sistem solar hibrid Kawasan Telan Usan Fasa III dan Marudi, Sarawak;

(v) Projek bekalan elektrik luar bandar, sistem solar hibrid di Katibas, Song, Sarawak;

(vi) Projek menaik taraf sistem stesen solar hibrid di Bario Sentral dan Long Badian; dan

(vii) Projek Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES) Fasa III.

Untuk makluman Yang Berhormat, dengan pelaksanaan Projek-projek TBB di bawah BELB kementerian ini, kerajaan yakin bilangan kampung pedalaman Sarawak yang belum menerima bekalan elektrik stabil dapat dikurangkan secara berperingkat-peringkat menjelang tahun 2030. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik.

Saya pun berterima kasih kerana rupanya kampung kelahiran saya pun ada di Long Busang.

Jadi, adakah KKDW telah menyediakan tenaga kerja jurutera elektrik contohnya atau pun electrician, dengan izin, bagi projek-projek tenaga solar ini yang disediakan untuk setiap kawasan penduduk pedalaman yang disediakan oleh— yang disediakan projek tenaga solar, agar bekalan tenaga elektrik yang mengalami putus tidak akan berkekalan lama di tempat yang saya nyatakan.

Yang keduanya, adakah kementerian mempunyai data lain selain yang disebutkan, berkaitan projek solar ini di Sarawak mengikut daerah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman Dato Yang di-Pertua, bagi projek tenaga solar hibrid di Sarawak, kementerian melaksanakan model operasi bersepadu bersama Sarawak Energy Berhad

(SEB) sebagai agensi utiliti tunggal di negeri Sarawak.

Mulai tahun 2022, di bawah perjanjian operation and maintenance sistem solar hibrid di Sarawak, penyediaan tenaga kerja termasuk jurutera elektrik bertauliah, juruteknik solar hibrid, pasukan penyelenggaraan di lapangan dan pasukan sokongan pemantauan jarak jauh telah disediakan. Penyediaan tenaga kerja tersebut adalah di bawah tanggungjawab SEB, manakala KKDW menyediakan peruntukan penuh untuk operation dan maintenance tahunan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, KKDW menyediakan lebih RM60 juta untuk operation dan maintenance untuk projek solar dan juga hidro.

Bagi kawasan pedalaman yang sangat jauh seperti Belaga, Kapit, Bukit Mabong, Baram dan Song, SEB menggunakan pendekatan ini. Masa tindak balas bagi kegagalan sistem dapat dipendekkan daripada enam jam hingga 48 jam bergantung kepada jarak dan keadaan cuaca.

Berkaitan dengan data— data jumlah pembinaan sistem solar elektrik di Sarawak, di pedalaman Sarawak, telah dilaksanakan melalui beberapa komponen di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar iaitu sistem SARES, Projek BELB Sistem Solar Hibrid, Projek BELB Late Applicant Sarawak dan juga projek mini hidro.

Berdasarkan data kompilasi KKDW dan SEB bagi tahun 2015 hingga tahun 2025, sebanyak lebih 650 lokasi bagi komponen solar telah dilaksanakan di Sarawak. Pecahan mengikut daerah utama adalah seperti berikut: Bahagian Kapit, Daerah Kapit, 82 lokasi; Daerah Belaga, 95 lokasi; Daerah Bukit Mabong, 38 lokasi; dan Daerah Song, 56 lokasi.

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias.

draft • 10:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Che Alias bin Hamid minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) bilangan kes kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan melibatkan serangan anjing liar di seluruh negara dalam tempoh lima tahun terakhir; dan

(b) tindakan tegas yang diambil khususnya pihak berkuasa tempatan

(PBT) dalam membanteras lambakan anjing liar terutamanya di kawasan penempatan majoriti penduduk Melayu Islam.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias bin Hamid secara bersekali dengan soalan nombor 60 daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris yang kedua-duanya bertarikh pada hari ini kerana berkaitan dengan perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, kementerian ini sangat prihatin terhadap isu keselamatan serta kegusaran masyarakat berhubung dengan populasi anjing terbiar yang boleh mengakibatkan kacau ganggu, risiko penyakit serta ancaman keselamatan di kawasan perumahan bandar, luar bandar terutamanya di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam.

Kementerian bersama pihak berkuasa tempatan sentiasa komited merangka strategi dan melaksanakan pemantauan dalam pengurusan anjing terbiar dengan lebih sistematik, berkesan dan juga holistik. Bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara, kementerian telah menyediakan satu tatacara dan prosedur yang terperinci sebagai satu rujukan dan panduan dalam pengurusan anjing terbiar kepada pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi-agensi pelaksana iaitulah Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 agar pemakaiannya menepati keperluan semasa dan bersekali dengan penguatkuasaan undang-undang kecil, pelesenan anjing oleh PBT mengikut keperluan kawasan PBT masing-masing.

Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan anjing terbiar di dalam kawasan operasi PBT berdasarkan peraturan sedia ada seperti mana pertamanya, undang-undang. Penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dilaksanakan melalui pemeriksaan pemilikan anjing berlesen bagi

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

memastikan setiap anjing dilesenkan termasuk mengenakan kompaun ke atas pemilik yang gagal mengawal anjing sehingga berkeliaran di tempat awam.

Keduanya, Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memfokus kepada kebajikan dan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

Ketiga, bermula pada tahun 2024, kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun menganjurkan kempen pengurusan anjing terbiar yang bertujuan memperkasa kesedaran masyarakat dan memupuk sikap pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menghindari masalah pembuangan anjing peliharaan. Bagi menyokong pelaksanaan kempen ini Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun menyalurkan jumlah peruntukan sebanyak RM180,000 pada tahun 2024 dan RM130,000 pada tahun 2025 kepada PBT yang terlibat.

Yang keempatnya, operasi bersepadu bersama dengan agensi berkaitan sebagai tindak balas dan usaha menangani aduan awam dan memantau kawasan yang dikenal pasti sebagai mempunyai populasi anjing terbiar yang banyak. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2024, sebanyak 37,535 aduan kacau ganggu anjing terbiar telah diterima. Kita telah pun melaksanakan sejumlah 15,815 operasi dan pada waktu itu juga, 66,264 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap. Manakala pada tahun— pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 19,354 ekor anjing telah pun diserah kepada Jabatan Veterinar— Perkhidmatan Veterinar dan dituntut semula oleh pemilik dan diadopsi melalui program anjing angkat.

Yang kelimanya Tuan Yang di-Pertua, kita juga memberi latihan kepada anggota PBT yang terlibat dalam operasi penangkapan anjing terbiar termasuklah latihan-latihan penggunaan peralatan menangkap secara beretika dan kaedah tangkapan yang selamat serta pematuhan terhadap kebajikan haiwan yang dikendalikan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Namun, kalau kita lihat isu serangan anjing liar ini menunjukkan bahawa negara kita belum lagi mempunyai kerangka undang-undang yang komprehensif seperti mana yang telah diwujudkan di United Kingdom, di mana kalau kita lihat kepada peraturan yang diwujudkan di UK iaitulah mewajibkan setiap anjing berumur lebih lapan minggu dipasang mikrocip yang menyimpan maklumat asas pemilik ini. Kerana ini bagi memudahkan pihak berkuasa dapat mengenal pasti siapa pemilik sebenarnya apabila ia nya ditangkap.

Oleh itulah persoalannya, saya ingin tahu, apakah kerajaan bersedia menggubal satu akta kawal selia anjing dan kucing ini, pemeliharaan di peringkat Persekutuan yang

draft • 10:50 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

mewajibkan pendaftaran pemilik, pemasangan mikrocip, kawalan pembiakan serta memberikan kuasa jelas dan juga seragam kepada semua pihak PBT, pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mengawal populasi anjing liar bagi mengurangkan risiko serangan anjing liar yang semakin meningkat di seluruh negara pada hari ini? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, buat masa ini, kementerian berpandangan bahawa undang-undang sedia ada— undang-undang dan peraturan sedia ada adalah memadai.

Pertama, kita ada Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] khususnya di bawah seksyen 73, kita telah memperuntukkan memberi kebenaran kepada pihak PBT termasuklah untuk menyediakan satu, Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan yang ketiga adalah Undang- undang Kecil Rumah Pembiakan Anjing di bawah PBT. Ini kita yakin dan percaya memadai dan mencukupi.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya buat masa ini, kementerian melalui PBT menggunakan kaedah tangkapan, tuntutan dan juga adopsi dan serahan kepada NGO. TRRD: trap, reclaim, rehome and dispose yang secara dasarnya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penting dalam kita menangani sebenarnya di sudut pembiakan dan juga masalah- masalah kacau ganggu anjing.

Pada— saya juga ingin menekankan bahawa cadangan yang Ahli Yang Berhormat tadi tentang cadangan pemasangan mikrocip, kementerian ini sebenarnya pada masa ini sedang meneliti pelaksanaan sistem pendaftaran digital bersepadu bagi anjing peliharaan melalui penggunaan teknologi mikrocip yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Ini bagi membolehkan semua data pemilikan dan status anjing termasuklah tuan yang memiliki anjing tersebut serta rekod pelesenan, vaksinasi, pemandulan dan juga pemantauan ini dapat kita lihat secara dari semasa ke semasa.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita melihat amalan antarabangsa, tidak terdapat satu negara pun yang sebenarnya berjaya betul-betul melaksanakan cara yang terbaik kecualilah yang kita gunakan, kita guna pakai setakat ini iaitu TRRD adalah yang terbaik yang sedang diamalkan oleh di kebanyakan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya ke muka soalan tambahan? Antara masalah besar berkaitan dengan anjing liar ini ialah di universiti-universiti sebab universiti ini kebiasaannya mempunyai ruang yang lebih besar sehingga menjadi tempat kepada anjing berlindung.

draft • 11:00 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Persoalannya apabila dilakukan sebarang tindakan, akan ada pihak yang menjadi pembela kepada anjing dan itu berlaku dalam banyak kes. Persoalan saya Yang di-Pertua, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengemukakan undang-undang ataupun peraturan yang mengenakan tindakan kepada mereka yang melindungi anjing-anjing ini?

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, benar apa yang di sebutkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi bahawa antara cabaran dan kekangan kita khususnya di peringkat PBT adalah adanya sekumpulan rakan-rakan NGO yang pada masa yang sama bila telah pun dilaksanakan penguatkuasaan mengikut akta dan juga undang- undang kecil, tetapi ada pihak-pihak yang memberikan perlindungan ataupun mungkin bantahan-bantahan terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan.

Sebab itu, kita di peringkat kementerian Tuan Yang di-Pertua, senantiasa menekankan supaya kerjasama diberikan kepada kementerian ini dan juga PBT dalam menggunakan konteks TRRD tadi. Pada masa ini Ahli Yang Berhormat, kita tidak adalah sebenarnya satu peraturan jelas untuk kita memberi tindakan kepada pihak-pihak yang disebutkan tadi, tetapi memang mereka menggunakan kaedah trap, neuter dan juga release. Di peringkat kita Tuan Yang di-Pertua, bagi mana-mana anjing yang menimbulkan ataupun haiwan peliharaan khususnya anjinglah dalam konteks ini, yang menimbulkan kacau ganggu, apa ‘ni, agak agresif contohnya dan mungkin sakit, memang kita pergi ke arah dispose-lah. Ya, dispose, tetapi dengan cara yang apa ni, yang lebih berhemahlah Tuan Yang di-Pertua dan kepada rakan-rakan NGO, kami memang menekankan supaya berilah kerjasama kepada TRRD dan bukan cara yang sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

draft • 11:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) mengapakah Malaysia masih mengimport 90 peratus biji kopi walaupun pasaran kopi domestik bernilai lebih USD1 bilion;

(b) apakah usaha konkrit yang dilakukan kementerian untuk meningkatkan pengeluaran tempatan serta menyokong pekebun kecil menghadapi kos yang tinggi dan produktiviti yang rendah.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, harap Yang Berhormat dan minum kopi pagi ni. Pada masa ini kita dapat tiga varieti utama kopi yang di tanam di Malaysia iaitu Liberica, merangkumi 87 peratus, Robusta, 10 peratus dan Arabica, tiga peratus. Dengan keluasan keseluruhan 2,924

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

hektar dan pengeluaran sebanyak 2.861 tan metrik pada tahun 2024. Penanaman utama kopi adalah negeri Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2024, kadar sara diri bagi kopi dicatatkan sebanyak 33.2 peratus. Kadar ini menunjukkan terdapat keperluan untuk mengimport biji kopi bagi menampung permintaan pasaran tempatan. Malaysia telah mengimport sebanyak 126,000 tan metrik biji kopi pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan industri dan pengguna. Pengimportan ini sebahagian besarnya melibatkan varieti Robusta dan Arabica yang mana pengeluaran di peringkat tempatan adalah terhad.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian (DOA) sentiasa komited dalam meningkatkan pengeluaran tempatan serta menyokong pekebun kecil, mengadaptasi kos yang tinggi dan produktiviti yang rendah dengan menyediakan pelbagai insentif dalam bentuk in kind seperti bahan tanaman baja, peralatan ladang, kawalan perosak dan kemudahan-kemudahan pasca...

[Tidak jelas] Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak 4.5 juta diperuntukkan untuk membangunkan 300 hektar kawasan kopi yang melibatkan 270 petani. Pembangunan industri kopi ini diteruskan di bawah RMK13, lagi 300 hektar akan dibangunkan pada tahun 2026.

Sebanyak 1.5 juta akan diperuntukkan bagi memperkukuh pembangunan industri ini. Selain perluasan kawasan baru, program pembangunan turut merangkumi penanaman semula pokok tua dan pemulihan kebun terbiar bagi meningkatkan hasil dengan menggunakan varieti kopi yang lebih produktif dan berpotensi tinggi seperti klon Liberica, MKL5, MKL6 dan MKL7.

Latihan, bimbingan teknikal serta sokongan pengurusan turut diberikan bagi membantu petani mengamalkan kaedah pelaksanaan secara moden dan mampan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan saya. Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, sekiranya pengeluaran kopi tempatan mahu ditingkatkan, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah varieti unggul, varieti kopi yang unggul yang sedang diuji oleh MARDI dan lain-lain institusi dalam tempoh percubaan dan bilangan hektar ladang. Percubaan yang dijangkakan menghasilkan hasil komersial dalam masa lima tahun? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jenis kopi yang unggul itu, itu soalan yang, yang, yang tepat dan pasti ianya saya perlu dapat maklumat daripada pihak MARDI. Buat masa ini, kita tumpukan kepada yang sedia ada, Liberica dan saya sebut tadi Arabica dan juga Robusta dan ia nya ternyata berlaku peningkatan hasil. Ada juga pihak swasta misalnya Nestle, membantu. Mereka menyediakan benih dan memastikan pasaran terutama sekali di Kedah, kita lihat ada usaha-usaha seperti itu untuk meningkatkan pembangunan.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Begitu juga pengeluaran kopi tempatan. Kita harap dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. MKL8, MKL9 dan MKL10 dan ia selalunya berlaku ia masak serentak dan ia diusahakan bersama dengan MARDI supaya kita mempertingkatkan benih kopi seperti ini dan dia akan menjanakan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun-pekebun khasnya pekebun-pekebun kecil. Yang kita nampak ia mula meningkatkan hasil sekarang ini.

draft • 11:00 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Wu Him Ven

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Ladies first.

draft • 11:00 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Saya belum lagi ni. Minggu ‘ni saya belum tanya lagi Dato Yang di-Pertua. Saya ‘ni first time ‘nak tanya ni. Saya first time ‘nak tanya minggu ni. Saya mohon. Dia orang ni ‘dah banyak kali ‘dah.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Tuan Azahar Bin Hassan

Okey, Yang Berhormat Menteri, coffee lover. Ni sekarang ni musim coffee lover lah. Saya di Perlis, kita ‘tak banyak sangat penanaman kopi ni tapi kita banyak penjual kopi. Kita lebih ada, lebih kurang 100 orang lebih peniaga-peniaga coffee ni yang kedai kecil, kedai besar dan sebagainya. So, saya ‘nak tanya adakah di pihak kementerian ada insentif-insentif untuk mengurangkan harga kopi yang mahal tu supaya dapat kita bantu peniaga-peniaga ini? Terima kasih. Khususnya untuk di Perlis, peniaga kopi di Perlis. Terima kasih YB Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Harga kopi tidaklah ditentukan mengikut negeri.

Dia diselaraskan mengikut kos production dan sebagainya. Memang kopi ini jadi kegemaran minuman orang Malaysia, ni lagu tahun 50-an pun sudah ada lagu kopi. “Kopi susu, kurang manis tambah gula.” Tu lagu tahun 50-an, tapi sekarang lagu ‘tu dah tak sesuai. Sekarang apa ‘ni, kopi susu kurang manis ‘tak boleh tambah gula. Kena kurangkan manis.

Begitu juga kita lihat dalam filem Nujum Pak Belalang, tetamu datang jamu kopi.

Takdak kopi dia pakai arang daripada kuali. Jadi kopi ini ‘dah jadi satu kegemaran minuman dan standard harga itu tidak ditetapkan mengikut negeri. Ia mengikut kualiti dan keadaan kos pemprosesan. Di Perlis gemar minum kopi, kena mengikutlah harga berada dalam pasaran.

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri— bagaimana kementerian ataupun apakah usaha- usaha yang sedang atau akan dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menarik minat anak-anak muda dalam industri kopi ini dari peringkat penanaman, barista, pemanggangan dan seterusnya penyelidikan varieti kopi-kopi ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebenarnya bukan kopi saja, semua bidang pertanian. Sekarang ini baru agak peningkatan anak muda mula meningkat, termasuk dalam

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

perusahaan padi misalnya sudah ada permulaan skala besar sekarang diminati oleh anak muda. Begitu juga dalam aquaculture.

Begitu juga soalnya mereka kena jadikan profesion ini sebagai mata pencarian, bukan sambilan. Oleh itu, kalau ada pihak kerajaan negeri memberi tanah dan juga ada anak muda yang ingin terlibat dalam secara kesungguhan, kementerian sedia membantu dan membimbing dan termasuk syarikat swasta tersebut tadi. Jangan dalam bentuk sambilan, tapi dalam bentuk dalam mata pencarian. Dan sekarang ini sedang muncul hab pertanian ini.

Bukan kata di Malaysia bahkan dia dianggap sekarang ini dah jadi satu perusahaan baharu sebab food sudah jadi soal keselamatan: food security.

Oleh itu, kalau ada minat anak-anak muda berminat di tempat mana, kita ada bantuan geran sehingga sekarang ini kepada RM50,000 untuk memulakan suatu perusahaan ini.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah.

draft • 11:10 AM

7. Dato' Leong Ngah Ngah minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia menyalurkan peruntukan yang mencukupi serta memastikan kerja-kerja pembaikan infrastruktur dilaksanakan dengan segera, di samping menjamin kelancaran operasi tanpa sebarang gangguan, termasuk yang melibatkan aspek infrastruktur.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memberi perhatian akan ketersediaan infrastruktur asas dalam menyokong aktiviti pelancongan di seluruh negara yang melibatkan aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan, ubahsuai dan naik taraf kemudahan pelancongan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 sehingga 2025, MOTAC telah diperuntukkan sebanyak RM800 juta bagi membiayai 122 projek pembangunan dan pembaikan infrastruktur pelancongan di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, MOTAC mengalu-alukan cadangan Ahli Yang Berhormat Senator dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan hala tuju MOTAC dan keutamaan kerajaan negeri. Selain itu, aspek penyelenggaraan secara berkala juga perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak selepas projek dilaksanakan dan diserahkan kepada agensi pemilik. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya difahamkan banyak wang telah pun diperuntukkan untuk pelancongan destinasi khasnya di seluruh negara dan saya difahamkan Tasik Bera, Pahang telah juga dua kali membuat renovation— dua kali.

draft • 11:10 AM

Dato' Leong Ngah Ngah

Kemudian berhenti, tidak sustainable. Kali ini, kali ketiga, kali ketiga renovation ’tak siap lagi. Jadi saya ‘nak tanya, macam mana pihak pelancongan dapat memastikan memilih kontraktor ataupun penyeliaan dengan yang upaya untuk mempertahankan..

[Tidak jelas] Sehingga ia tidak tutup dan sustainable untuk kebaikan semua orang. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, saya tidak mempunyai maklumat penuh berkenaan dengan projek yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Senator, tetapi apa yang saya boleh pastikan, kita akan melakukan satu penyiasatan atau memohon laporan daripada pejabat ataupun jabatan di negeri Pahang, di bawah kementerian untuk kita mengenal pasti apakah sebenar puncanya. Sekian, dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng.

draft • 11:10 AM

8. Senator Dato' Ng Keng Heng minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan:

(a) apakah bentuk bantuan khusus bagi industri tempatan untuk menghadapi pengenalan cukai karbon sama ada pembiayaan atau diskaun bagi pemilikan teknologi rendah karbon mahupun pulangan kredit serta apakah sektor-sektor yang disasarkan menerima bantuan; dan

(b) jumlah yang diperuntukkan untuk tujuan pelaburan hijau.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Ng Keng Heng. Kerajaan telah mengumumkan sasaran pelaksanaan cukai karbon akan bermula pada tahun 2026 dan dimulakan ke atas sektor tenaga, besi dan keluli, iron steel. Kuasa mengenakan cukai karbon terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap Dasar Fiskal Negara.

Pelaksanaan cukai karbon telah juga akan diselaraskan dengan Rang Undang- undang Perubahan Iklim Negara ataupun RUUPIN yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sebagai kerangka perundangan utama untuk tadbir urus iklim negara.

RUUPIN akan menyediakan asas undang-undang bagi mekanisme pengurusan pelepasan ataupun admission termasuk penetapan piawaian pelaporan dan pemantauan karbon, manakala penetapan kadar kaedah kutipan serta tatacara pelaksanaan cukai karbon akan ditentukan oleh MOF atau Kementerian Kewangan.

Penyelarasan kedua-dua instrumen ini penting bagi memastikan mekanisme cukai karbon dilaksanakan secara bersepadu, telus dan konsisten dengan hala tuju perdagangan dan Dasar Iklim Negara.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Dalam usaha untuk memastikan adaptasi industri tempatan dengan pengenalan cukai karbon dan usaha ke arah karbon sifar menjelang 2050, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan dan insentif khusus terutamanya bagi sektor intensif karbon.

Bantuan ini berperanan sebagai penampan kos ke arah memastikan industri dapat beralih kepada teknologi rendah karbon tanpa menjejaskan daya saing.

Pada tahun 2024, kerajaan memperkenalkan Strategi Pelaburan Hijau atau Green Investment Strategy sebagai panduan menyeluruh untuk menyokong peralihan negara ke arah ekonomi rendah karbon selaras adaptasi karbon bersih 2025.

GIS digubal bagi menarik pelaburan berkualiti dalam tenaga bersih, teknologi rendah karbon dan penyelesaian alam sekitar di samping memastikan industri tempatan kekal berdaya saing dalam ekosistem global yang semakin menekankan kelestarian. Strategi ini memberi fokus kepada tujuh pemacu utama pelaburan hijau iaitu kecekapan tenaga boleh baharu, hidrogen hijau, bio energy, mobiliti hijau, pemerangkapan, penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta ekonomi kitaran.

Bagi menyokong pelaksanaan strategi ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif fiskal dan pembiayaan hijau untuk menggalakkan pelaburan swasta antaranya termasuk Green Investment Tax Allowance (GITA) bagi perbelanjaan model yang melibatkan projek atau aset teknologi hijau, Green Income Tax Exemption (GITE) untuk pendapatan daripada perkhidmatan teknologi hijau serta perluasan insentif kepada bidang baharu seperti stesen pengecas EV, tenaga angin atau hidrogen hijau, ketiga skim pembiayaan seperti Green Technology Financing Scheme (GTFS) turut disediakan untuk mengurangkan kos permulaan dan risiko projek hijau.

Keseluruhan insentif bagi fungsi ini berfungsi sebagai pemangkin bagi memperkukuh pelaburan hijau, merangsang inovasi dan mempercepatkan adaptasi industri ke arah ekonomi masa depan dengan yang lebih mampan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato' Ng Keng Heng

Terima kasih jawapan YB Menteri. Memandangkan beberapa kementerian perlu menjelaskan bantuan khusus tersebut, soalan saya, adakah MITI merancang untuk menerbitkan laporan tahunan perbelanjaan peralihan hijau bagi mengukur impak setiap ringgit yang dibelanjakan buat pelaburan hijau yang telah disalurkan kepada industri?

draft • 11:10 AM

Dato' Ng Keng Heng

Dan adakah MITI bercadang mewujudkan audit jejak karbon wajib bagi penerima bantuan sebagai suatu mekanisme ketelusan dan memastikan insentif kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana syarikat? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Bagi pihak MITI, kita akan ada laporan Green Investment Strategy. So, lepas ini setiap tahun kita akan adakan laporan Green Investment Strategy dan MITI akan mengambil pendekatan untuk memastikan lebih banyak pelaburan ke atas peralihan ataupun green transition. Pendekatan kita tidak menumpu hanya mengguna pakai insentif ataupun galakan ataupun pelepasan cukai tetapi menumpukan lebih banyak terhadap pelaburan. So, approach atau pendekatan kita ialah untuk mengguna pakai pendekatan pelaburan supaya transisi boleh berlaku secara skala yang lebih besar. Kalau hanya bergantung kepada insentif ataupun pelepasan cukai, tidak akan ada impak atau kesan yang lebih luas. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato' Wu Him Ven

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah kementerian akan menilai keberkesanan langkah-langkah ini dalam mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan daya saing industri?

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Sebenarnya ada cara untuk membuat penghitungan ataupun measurement. So, untuk melaksanakan transisi, yang penting ialah kita perlu ada MRV, measurement dan review supaya kita pastikan verified, supaya kita pastikan pelepasan berlaku— berapa pelepasan atau emission berlaku dan bagaimana peralihan berlaku. So, struktur MRV itu penting untuk terutamanya untuk besi dan keluli. Sebelum kita melangkah untuk melaksanakan cukai karbon, kita perlu bermula dengan measurement untuk memastikan kita tahu berapa pelepasan itu dan kita boleh verify, boleh memastikan semua ini betul, baru kita boleh ada cukai karbon.

Selepas kita ada cukai karbon, baru kita boleh menjanakan ekosistem emission trading. Emission trading system (ETS) itu baru boleh wujud, dia pasaran untuk trading karbon— carbon trading itu hanya boleh berlaku dengan ada cukai karbon. Dan cukai karbon biasanya kalau pandangan kami ialah cukai karbon tidak harus dianggap sebagai bebanan.

Cukai karbon adalah untuk fasilitasikan pasaran emission trading dan untuk memastikan apa yang kita dapat daripada cukai akan disalur balik untuk membantu transisi. Okey, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Dato’ Ahmad, masih nak tambahan? Soalan tambahan?

draft • 11:20 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya— maaf ya sekejap. Adakah perjanjian tersebut akan memberi sebarang kesan atau kekangan— sorry, sorry, saya tengah text tadi. Minta maaf. Okey.

Apakah langkah mitigasi yang diambil Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Sarawak serta Sabah tidak terjejas dari segi kawalan sumber keutamaan pelaburan dan pelaksanaan cukai karbon negeri agar semangat rakan kongsi setara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 terus dihormati? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang apa yang saya kata tadi, sebenarnya hanya dua sektor yang akan dikenakan cukai karbon, iaitu tenaga dan besi dan keluli. Dan sebelum kita melangkah untuk melaksanakan cukai karbon, kita mesti bermula dengan measurement. Dengan measurement selepas kita ada measurement atau struktur sistem measurement, baru kita akan ada cukai karbon dan selepas kita ada cukai karbon, kita nak wujudkan pasaran untuk emission trading. So, semua ini tidak harus dianggap sebagai beban dan tidak akan ancam ataupun menjejaskan posisi ataupun apa yang— kuasa Sabah dan Sarawak. Okey.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan.

draft • 11:20 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Dato Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dengan kerjasama kementerian yang lain bagi menggalakkan kegiatan memancing sebagai rekreasi (sport fishing) di sungai, tasik dan laut di Malaysia sebagai salah satu usaha dalam menggalakkan kegiatan pelancongan.

draft • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan daripada Prof. Redzuan. Yang Berhormat, mungkin boring dengan jadi lecturer, sekali-sekala kena pergi mengail.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa komited dalam usaha memperkukuh aktiviti perikanan rekreasi atau sport fishing sebagai salah satu segmen ekonomi yang berimpak tinggi khususnya bagi menjana pendapatan ekonomi pesisir serta merancakkan sektor pelancongan negara. Sejajar dengan hasrat ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa pendekatan bersepadu melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

Antara usaha yang sedang digerakkan, yang pertama, pendigitalan pengurusan melalui sistem eRekreasi DOF sebagai platform nasional bagi tujuan pendaftaran pemancing rekreasi. Ini sedang dilaksanakan. Mengumpulkan data penyertaan dan memantau pendaratan ikan mengikut lokasi tumpuan. Sistem ini membantu dalam memperkukuh tadbir urus serta perancangan pembangunan produk pelancongan berasaskan memancing.

Selalunya memancing rekreasi ini bukan sangat mereka tumpu kepada pendapatan tapi mereka pergi kepada rekreasi dan juga kita ambil kalau bancian di Amerika Syarikat, jumlah alat pemancing yang dibeli itu berbilion, pendapatannya tidak sebanyak mana, tapi yang penting di sini soal mereka ingin ada kepuasan bila pergi memancing sebagai satu usaha rekreasi.

draft • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kedua, pemulihan sumber dan penambahbaikan ekosistem di kawasan rekreasi utama bagi memastikan kelestarian stok ikan melalui pelaksanaan program pelepasan benih ikan dan udang di sungai termasuk tasik dan perairan marin yang sentiasa kita menjaga spesies itu supaya ia nya terus bertambah dan tidak pupus. Mewujudkan habitat baharu serta meningkatkan daya tarikan lokasi memancing. Pada tahun 2025, sebanyak 4.7 juta benih ikan dan 13.4 juta benih udang galah telah dilepaskan, manakala 185 unit tukun tiruan rekreasi telah dilabuhkan.

Ketiga, latihan dan pensijilan rentas kementerian di mana kerajaan turut menyediakan latihan berstruktur kepada pihak berkepentingan bertujuan meningkatkan profesionalisme industri termasuk aspek keselamatan, konservasi sumber dan peraturan perikanan rekreasi.

Latihan dan pensijilan ini melibatkan beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Pelancongan.

Misalnya, tahun depan tahun melancong Malaysia. Kita harap pihak MOTAC juga akan menyediakan tempat-tempat sesuai untuk mereka pergi memancing. Dapat diuar- uarkan kepada terutama kepada pelancong-pelancong. Memanglah di antaranya kalau pelancong daripada Malaysia ke Maldives misalnya, telah diketahui oleh mereka sebelum pergi mana tempat yang sesuai untuk memancing. Begitu juga pelancong-pelancong yang ‘nak datang ke Malaysia nanti, mereka mengetahui di mana tempat yang sesuai untuk mereka pergi memancing. Saya yakin MOTAC akan membantu dan menyediakan dalam bentuk kerjasama dari semua kementerian dalam hal untuk meningkatkan rekreasi dalam hal memancing ini.

Soalan yang lain-lain, jawapan itu, saya akan hantar secara bertulis sambungannya.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Soalan tambahan Dato.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada tambahan? Okey.

draft • 11:30 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Ya. Terima kasih Yang di-Pertua dan juga Menteri di atas jawapan yang cukup informatif. Malaysia dianugerahkan dengan banyak tasik dan kawasan pantai yang menyediakan lokasi menarik untuk sport fishing. Bagi Ahli Yang Berhormat yang ‘tak tahu apa— sport fishing ini adalah, satu kegiatan sukan yang semakin popular termasuk pelancong dari Jepun dan juga Korea di mana mereka memancing bukan untuk makan, tetapi memancing, tangkap ikan kemudian lepas semula.

Keseronokannya ialah kerana memancing itu sebagai satu keterujaan dan tangkap gambar masuk Facebook dan orang lain tahu apa yang mereka lakukan. Itu saja Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Cuma Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan ringkas untuk saya kemukakan. Yang pertama, adakah kementerian bercadang untuk mempopularkan sport fishing yang melibatkan ikan toman ataupun giant snakehead dengan izin, yang terdapat banyak di tasik- tasik negara ini melalui pendidikan, promosi dan sebagainya.

Soalan yang kedua, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menjadikan sport fishing khususnya di Tasik Kenyir dan Tasik Banding dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan sebagai acara berkala. Kalau ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk tujuan ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kita melihat dalam televisyen selalunya mereka yang memancing itu di antaranya kegemaran mereka untuk mengangkat ikan yang mereka suka kemudian dilepaskan semula. Ini aktiviti memancing selalunya orang-orang yang hari- hari dok pejabat, berkawan dengan manusia, kawan ini hentam orang ini, kawan ini hentam orang ini dia pening kepala. Maka dia pergi ke laut biarlah dia berkawan dengan ikan. Ini satu healing process. Memang kalau orang yang memancing ini dia paling seronok sekali bila dia dapat berlawan dengan ikan yang dia makan pancingnya itu. Kalau saya yang menjala ikan ini paling seronok bila kita jala itu bergerak iaitu ada ikan di dalamnya. Itu amat menyeronokkan kita.

Yang soal nak menentukan di mana tempat pelancong datang untuk pergi memancing utama sekali ikan toman ini memang kita bersetuju kita harap kerjasama dengan pihak MOTAC kita akan uar-uarkan tempat-tempat yang sesuai untuk memancing.

Yang pentingnya sekarang ini ikan toman dan haruan terutama sekali semakin kurang di Malaysia ini dan ikan haruan sekarang ini terlalu mahal. Bila dah jadi ikan kering sehingga RM80 ke RM100 sedangkan kalau kita lihat di Kampuchea misalnya ikan haruan diternak secara komersial dengan lebih hebat. Di sini ia nya semakin pupus akibat daripada environment dan keracunan yang berlaku. Sebab itu ikan toman pun kalau ‘tak dijaga ia juga akan pupus di tasik-tasik utama sebab ikan toman ini dia tidak— ia selalunya besarlah sampai sekilo hingga ke tiga kilo kadang-kadang besarannya itu digemari oleh pelancong daripada Korea dan Jepun untuk memancing ikan itu. Kita akan memberi galakan di kedua-dua kementerian insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong.

draft • 11:30 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

10. Datuk Wira Koh Nai Kwong minta Menteri Kesihatan menyatakan, perincian skop pelaksanaan inisiatif Rakan KKM termasuklah senarai hospital terlibat, tarikh mula setiap hospital, anggaran hasil tahunan, peratusan hasil yang diwajibkan disalurkan semula ke fasiliti awam dan mekanisme audit penggunaan dana.

draft • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Wira. Dato Yang di-Pertua, sekembali saya menerajui Kementerian Kesihatan untuk kali kedua, antara cabaran yang saya perlu depani adalah untuk antara lainnya mengekalkan petugas kesihatan sama ada pakar, pegawai perubatan dan juga jururawat untuk tidak meninggalkan facilities awam dan berhijrah ke swasta mahupun ke luar negara.

Justeru, inisiatif Rakan KKM diwujudkan sebagai satu platform baru yang bukan saja bertujuan mengekalkan pakar-pakar kita tetapi lebih mustahak dengan itu dan cara itu untuk mereka diberikan insentif, imbuhan yang setimpal dan juga mengizinkan mereka membuktikan, menonjolkan kepakaran mereka dengan tidak perlu berhijrah ke sektor swasta.

Melalui model ini, petugas kesihatan yang terus menunaikan sepenuhnya perkhidmatan dan komitmen mereka kepada pesakit awam, perkhidmatan di bawah KKM hanya dijalankan mengikut temu janji sebagai satu prosedur elektif dan bukan emergency. Jadi kata lain mereka tidak, mereka kekal dalam perkhidmatan awam, seterusnya mampu membuat rawatan kepada rakan ataupun pesakit-pesakit yang bukan non-rakan patient. Itu kelebihannya.

Inisiatif Rakan KKM dilaksanakan oleh Rakan KKM Sdn. Bhd (RKSB) di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan kawal selianya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam fasa pertama ini telah pun kita laksanakan atau telah dilaksanakan dengan peruntukan awal sebanyak RM25 juta. So, dari segi hakikatnya telah pun ada peruntukan dan kita pun telah menggerakkan usaha ini. Tahun ini kita berbelanja kurang lebih RM setengah juta, RM500,000 hal yang terkait dengan rental dan salaries. Bagi fasa pertama Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan bermula di Hospital Cyberjaya yang melibatkan perkhidmatan ortopedik dan juga perubatan dalaman internal medicine, proses permohonan lesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 ataupun Akta 586 sedang kita— sedang dijalankan dan manakala perjanjian operasi dan penyewaan facilities sedang dimuktamadkan agreement operational, agreement ini sedang kita muktamadkan.

Hospital Cyberjaya akan melesenkan 20 katil di aras sembilan; empat katil rawatan harian; dan satu bilik pembedahan OT di aras tiga; serta dua klinik pakar di aras dua. Tarikh mula operasi akan dimuktamadkan sejurus selepas kelulusan lesen diperolehi dan perjanjian kontrak selesai kita selaraskan dan selesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, satu akaun amanah Rakan KKM akan ditubuhkan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] selepas perjanjian operasi ditandatangani. Akaun ini akan dikawal selia oleh Ketua Setiausaha KKM selaku Pegawai Pengawal atau the Controlling

draft • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Officer dengan izin, bagi memperakaunkan segala terimaan, sumbangan dan caruman yang diterima.

Tuan Yang di-Pertua, dana dalam akaun ini akan digunakan semula untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan serta meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam. Jadi di sini unsur kita membuat pelaburan kembali kepada perkhidmatan awam ataupun reinvest dengan izin, on our public facilities Dato Yang di-Pertua agar matlamat untuk kita perkukuhkan KKM itu akan dapat kita lakukan.

Mekanisme audit penggunaan dana akan dilaksanakan melalui tatacara akaun amanah, audit dalaman serta pemantauan oleh KKM dan Jabatan Audit Negara bagi mematikan ketelusan serta akauntabiliti pertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan.

Akhirnya anggaran pendapatan tahunan soalan itu, anggaran pendapatan tahunan akan diselaraskan selepas rakan SB memuktamadkan antara lainnya struktur, caj, kadar bayaran, kontrak perkhidmatan serta pengambilan doktor dan pakar dan kakitangan sokongan seluruhnya. Operasi dijangka bermula setelah semua kelulusan lesen dan perjanjian dimeterai. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih Datuk Wira.

draft • 11:30 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Tambahan Dato. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu jelas tadi. Soalan tambahan saya adalah, apakah langkah kementerian bagi memastikan tiada eksploitasi tenaga kerja atau ketidakseimbangan beban tugas khususnya jururawat, pegawai perubatan dan paramedik yang mungkin terbeban dengan kerja tambahan demi menyokong perkhidmatan berbayar. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih tambahan yang baik itu yang sangat peka dengan hal kebajikan kakitangan KKM. Apa yang mustahak untuk saya tekankan Tuan Yang di-Pertua adalah, semua yang mengambil bahagian dan terlibat dalam Rakan KKM adalah secara sukarela. Kalau saya boleh ulangi, satu hari seminggu seorang pakar mendapat ruang untuk melakukan lokum di sektor swasta. Dengan wujudnya servis ataupun perkhidmatan Rakan KKM Sdn. Bhd. yang dalam hospital kami itu, maka mereka tidak lagi perlu untuk keluar membuat lokum di swasta, hospital-hospital swasta bahkan dengan perjanjian yang diwujudkan di antara pakar dan juga kakitangan yang lain, pegawai kesihatan, entire team jururawat dan sebagainya.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Mereka terus memberikan khidmat over and above. Maksudnya, tidak mengurangkan apa yang mereka lakukan di perkhidmatan awam, tetapi mengambil sikap untuk melakukannya ataupun mengambil keputusan untuk melakukannya atas khidmat ataupun atas keinginan dan kesediaan mereka sendiri ya. Jadi, kita mahu pastikan bahawa apa pun yang kita akan susun

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

itu, masih lagi mengambil kira kebajikan pakar dan juga hal khususnya jururawat dan kakitangan-kakitangan support team yang lain.

So, ini kita mahu pastikan supaya tidak berlaku apa yang— kalau contohnya, burn out dan sebagainya. Itu perlu kita lakukan secara bertanggungjawab. Terima kasih Datuk Wira ya.

draft • 11:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Datuk— ini tambahan yang terakhirlah Yang Berhormat Dr.

Senator...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah mekanisme untuk memastikan caj perkhidmatan di bawah Rakan KKM ini tidak membebankan pesakit dan selaras dengan garis panduan KKM? Dan bagaimana KKM ‘nak memastikan tiada konflik kepentingan antara penyedia swasta di Rakan KKM dan juga hospital kerajaan di tempat yang sama? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih Senator. Yang mustahak untuk saya tekankan adalah konflik kepentingan itu tidak wujud ya. Tidak ada elemen swasta di situ kecuali apa yang kita wujudkan sebagai Rakan KKM Sdn. Bhd., yang mana ia adalah satu yang merupakan— yang di: satu entiti yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. It is Minister of Finance Incorporated or Inc ya. Ia dari segi itu dan apa pun yang dilakukan secara perjanjian itu adalah dengan pakar-pakar yang mengambil peranan di situ ya.

Jadi, conflict of interest itu saya kira tidak timbul kerana kami adalah pelaksana dan penyelianya, yang mengawal selia adalah KKM dan yang memilikinya itu adalah juga kerajaan.

Jadi, tidak ada unsur swasta dari segi investment daripada— kalau kita kata penswastaan itu ada unsur pelaburan daripada pihak swasta, ini tidak ada ya. Kalaupun ada, adalah daripada GLIC sendiri ataupun government linked investment company. Seumpama EPF yang telah menyatakan kesediaan untuk membuat pelaburan dalam Rakan KKM.

Jadi, ini yang selalunya disilap fahamkan bahawa Rakan KKM adalah usaha penswastaan. Tidak sama sekali ya. Ia adalah masih lagi kegiatan yang dilakukan oleh sebuah GLIC ataupun Rakan KKM yang dimiliki oleh apa yang saya sebutkan tadi sebagai Kementerian Kewangan Diperbadankan, dengan kami menjalankan kegiatan-kegiatan elektif prosedur bagi memastikan bahawa kita menambah perkhidmatan.

Dan perkhidmatan ini, di samping yang ada di pihak awam dan charges itu untuk— soalan itu adalah sangat baik ya. Di sini jugalah saya telah menekankan, berdepan dengan cabaran peningkatan kos kesihatan dipihak swasta yang kurang lebih telah pun mencecah hampir 16 peratus berbanding dua, tiga peratus average inflasi di negara kita ini.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pengenalan yang saya pernah sebutkan di sini, yang dikatakan sebagai diagnosis related groups. Satu kaedah remunerasi ataupun remuneration payment kepada pakar dan kepada prosedur dan sebagainya. Itu sedang kita bangunkan untuk seluruhnya DRG nasional dan juga DRG swasta. Dan saya yakin, kami akan dapat laksanakan bermula dengan diri kami sendiri untuk memastikan bahawa apa yang saya sebutkan sebagai value-based healthcare, perkhidmatan bukan: bayaran bukan kerana— charging not for, fee for service, but fee for outcome. Fi dibayar berdasarkan health outcome daripada fee for service. Bermakna, berapa banyak service kita kenakan, berapa banyak testing, berapa banyak investigation. Jadi, dia tidak akan sampai kepada apa yang diistilahkan hari ini sebagai the value-based outcome. Kami mahu menjadi— kami mahu Rakan KKM membukti dan menghayati value-based health outcome ataupun value-based healthcare itu bermula dengan satu yang kita miliki, yakni KKM sendiri bermula dengan charging yang kita akan laksanakan. Dan insya-Allah, dalam waktu yang terdekat kita akan dapat saksikan dan boleh kita terangkan bagaimana sistem remenuration itu dapat kita lakukan, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Senator ya.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari kedua perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Ditetapkan masa diberi adalah 30 minit seperti semalam dan hari ini lapan orang akan berbahas.

Sebelum saya memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), hendaklah ditetapkan di sini bahawa, saya tetapkan di sini, Majlis kita tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 4 Disember 2025.

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, 30 minit eh.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 11:40 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

30 minit.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua— Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk bersama-sama membahaskan perbahasan Belanjawan 2026.

Tanggungjawab kita kepada rakyat tidak seharusnya menjadi beban. Tiba masanya untuk saya berdebat, masalah rakyat kita selesaikan. Pertama sekali, izinkan saya untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta seluruh pasukan Kementerian Kewangan atas pembentangan Belanjawan Negara yang komprehensif, merangkumi pelbagai dimensi, keperluan rakyat dan juga hala tuju ekonomi negara.

Berdirinya saya di sini bukanlah untuk mengkritik ataupun mencari kesilapan daripada belanjawan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi seperti mana rakan-rakan Senator yang lain, tugas dan tanggungjawab kita di sini adalah untuk berhujah bagi membangkitkan segala persoalan, segala isu-isu yang mungkin menjadi tanda tanya kepada masyarakat di luar sana. Dan mungkin boleh kita utarakan sebarang pandangan untuk dirungkaikan bagi mendapatkan penjelasan sebaik-baik mungkin daripada pihak kerajaan dan bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara sentiasa dipelihara dan diutamakan.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin, sebentar. Kementerian-kementerian, wakil semua dalam Dewan ‘tak? [Bertanya kepada Pegawai-pegawai Bertugas di dalam Dewan] Saya ‘nak buat roll-call eh.

Kementerian yang ada dalam Dewan, kementerian mana ya, apa dia?

Pegawai Bertugas: Kementerian Wanita.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Wanita. Sebelah sana?

Pegawai Bertugas: Kementerian Pendidikan.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Pendidikan. Sebelah sana, dari mana, kementerian mana?

Okey. Kementerian Wanita, Pendidikan. Lagi?

Pegawai Bertugas: MOTAC.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

MOTAC. Lagi?

Pegawai Bertugas: Digital.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Digital. Okey. Lagi? Sana?

Pegawai Bertugas: NRES: Alam Sekitar

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Alam Sekitar, okey. Lagi ada?

Pegawai Bertugas: PETRA.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

PETRA. Okey. Lagi? Cakap kuat sikit. Tak dengar.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Pegawai Bertugas: KESUMA.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

KESUMA. Okey. Sebelah sana?

Pegawai Bertugas: KPKT.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

KPKT. Okey.

Pegawai Bertugas: MOSTI.

draft • 11:46 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya? MOSTI. Alhamdullilah.

Ramai— banyak juga kementerian yang ada dalam Dewan ini. Kalau boleh, kementerian-kementerian lain yang belum lagi masuk itu, tolonglah. Biar wakilkan seorang untuk duduk dengar perbahasan daripada Senator kita pada pagi ini, kerana ini merupakan isu berkenaan dengan bajet.

Dato’ Setia Salehuddin, teruskan.

draft • 11:46 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua.

Sidang ini sebenarnya amat penting kerana belanjawan bukan sekadar perbahasan berkaitan dengan satu angka ataupun peruntukan, malah dia merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan dalam mendepani realiti semasa membela rakyat, mempertahankan kestabilan fiskal dan memastikan negara terus memaju ke hadapan bersama cabaran yang mendatang.

draft • 11:46 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam di Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan awam yang dicadangkan adalah bernilai RM421 bilion yang mana ia meningkat daripada belanjawan pada tahun 2025 dan rincian peruntukan tersebut seperti mana yang dinyatakan iaitu operating expenditure sebanyak RM332.2 bilion dan belanja pembangunan, development expenditure RM83 bilion.

Dengan berlatarbelakangkan jumlah peruntukan ini, kita perlu sedar bahawa di kala ini kita berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Ekonomi dunia kini sedang mengalami cabaran ketegangan geopolitik, kenaikan kadar faedah di negara maju, harga komoditi yang tidak stabil, perubahan iklim yang semakin ekstrem, pengukuhan Dolar Amerika yang memberikan impak kepada mata wang negara-negara membangun termasuk negara kita dan ketegangan hubungan antara negara-negara yang berkonflik:

Rusia-Ukraine; Israel-Palestin; India-Pakistan; dan sejak akhir-akhir ini, ketegangan memuncak antara United States dan juga Venezuela.

Dalam negara kita pula, rakyat terus terkesan dengan kos sara hidup yang semakin melonjak, cabaran dan risiko terhadap food security negara, kebergantungan pada import serta ketidakseimbangan gaji dan peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengurus kadar defisit yang tinggi, hutang negara sebanyak RM1.3 trilion. Jika kita kira

draft • 11:50 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

penduduk Malaysia yang seramai 34 juta orang, bermakna setiap warganegara Malaysia ini berbanding dengan hutang sebanyak lebih kurang RM40,000 seorang. Akhirnya, kebergantungan negara kepada hasil petroleum. Ini adalah antara faktor yang mana belanjawan ini menjadi medan penting untuk menyeimbangkan bantuan jangka pendek kepada rakyat dengan strategi jangka panjang bagi kelestarian fiskal negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya bangkitkan berkaitan dengan belanjawan yang telah dibentangkan adalah berkaitan dengan banjir yang kini sedang— yang melanda negara kita dan merupakan satu fenomena baharu disebabkan oleh iklim yang tidak menentu. Kalau dulu kita boleh jangkakan di hujung tahun kita akan berhadapan dengan banjir dan persiapan boleh dilakukan, tetapi sekarang ini, kita lihat banjir berlaku, ribut taufan berlaku pada setiap waktu yang tidak menentu.

Kalau kita lihat baru-baru ini pada 26, 27 November, berlaku ribut taufan di seluruh negara dan di negeri yang saya duduki di Selangor sendiri mengalami ribut, mengalami banjir yang begitu teruk sekali. Di Batu Tiga, sungai yang berada di kawasan tersebut telah melimpah airnya hingga mengganggu pergerakan masyarakat, rakyat di luar sana. Kalau kita lihat di kampung-kampung, di Sungai Kandis, di Sabak Bernam, di Kuala Selangor, di Shah Alam, Seksyen 19, Seksyen 25, Seksyen 26, semuanya banjir berlaku mengakibatkan kesusahan dan penderitaan kepada rakyat.

Kalau kita lihat kepada jumlah kerugian yang negeri Selangor khususnya tanggung apabila tiap-tiap tahun berlakunya banjir ini, di tahun 2021, 2020–2021, banjir yang besar berlaku di Selangor tersebut mengakibatkan kerugian RM3.1 bilion, di Selangor sahaja. Itu tak termasuk kerugian dari segi produktiviti. Ia hanyalah mencakupi aspek kemusnahan kediaman, kemusnahan kenderaan dan harta benda, tetapi kalau kita lihat kepada masalah emosi masyarakat, masalah produktiviti, ia nya jauh lebih besar daripada angka yang boleh kita kumpulkan.

Kalau kita lihat pada setiap tahun banjir melanda, sekurang-kurangnya kalau seluruh negara mungkin lebih kurang 100 juta jumlah kerugian harta benda dan juga kerosakan yang dialami oleh masyarakat. Jadi ini semua statistik yang saya perolehi ini adalah daripada Department of Statistics Malaysia yang mana telah mengupas bahawa kesan kepada banjir yang melanda di negara kita ini begitu besar sekali.

Persoalannya sekarang, kalau sekiranya kerajaan masih tidak mengambil berat tentang masalah membanteras banjir dalam tempoh jangka masa yang panjang iaitu dengan mengadakan program tebatan banjir berskala besar dengan mengorek ataupun mengadakan satu pond yang besar yang boleh menampung jumlah air yang tinggi, mungkin kosnya melibatkan tiga, empat bilion.

draft • 11:50 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Kalau tiga, empat bilion pun kalau kita peruntukkan untuk tujuan tebatan banjir ini, kita dapat mengurangkan kerugian yang kita katakan kalau satu-satu keadaan banjir besar itu boleh menyebabkan kerugian tiga, empat bilion dan tiga, empat bilion kerugian setahun itu kita boleh gunakan untuk tujuan membina tebatan banjir yang boleh kita banteras banjir. Kalau tidak pun setiap tahun, tetapi sekurang-kurangnya banjir besar ataupun banjir setiap tahun ini dapat kita atasi dan mengelakkan kerugian yang melanda pada negara dan juga kepada rakyat.

Ini perlu pihak kerajaan teliti dan ambil berat. Sebab kalau kita lihat daripada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, siapakah yang bertanggungjawab untuk membina ataupun membanteras masalah banjir ini? Adakah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun adakah peruntukannya daripada kerajaan negeri? Jawapan kepada persoalan ini adalah Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri sama-sama bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau sekiranya kos yang melibatkan jutaan bilion Ringgit, sepatutnya kedua-dua kerajaan bertanggungjawab.

Kalau contohnya Sungai Klang, Sungai Gombak merupakan sungai alirannya daripada hulu ke hilir yang mencakupi beberapa buah negeri, seharusnya pihak Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk mengorek, mendalamkan sungai tersebut. Apabila di kawasan negeri Selangor, negeri Selangor juga seharusnya bertanggungjawab bagi sama- sama menampung masalah banjir ini dan membina satu tebatan banjir yang berskala besar supaya masalah ini dapat diatasi.

Dalam masa yang sama, apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk jangka panjang, tidak juga boleh dilupakan bahawa pihak kerajaan juga perlu melihat kepada masalah banjir ini secara berkala iaitu dengan mengambil kira juga mendalami parit-parit yang berada di kawasan-kawasan perumahan. Kalau dilihat di kawasan Shah Alam contohnya, dan Sungai Kandis contohnya, apa yang berlaku, masyarakat di situ di samping sungai yang besar, mereka ada parit-parit yang kecil di belakang rumah mereka yang tidak dapat menampung jumlah air yang kuantiti yang besar tatkala hujan berterusan selama satu hari.

Jadi, apa yang dikatakan apabila kita cuba merungkai masalah ini, pihak PBT mengatakan bahawa ini melibatkan tanah. Tanah ini ialah tanah persendirian yang tidak mungkin kerajaan PBT, kerajaan boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan longkang- longkang di kawasan perumahan persendirian.

Persoalannya sekarang, kalau itu menjadi masalahnya dan kerajaan tidak mahu bertanggungjawab di dalam menyelesaikan longkang-longkang yang kecil-kecil di kawasan persendirian ini, bermakna tidak akan selesailah masalah masyarakat di bawah sana dalam

draft • 11:50 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

soal yang berkaitan dengan banjir ini. Mereka akan berterusan kerugian dan malah kalau sekiranya kalau kita fikirkan, kerajaan terpaksa menyediakan penempatan sementara bagi mangsa-mangsa banjir ini, ia juga melibatkan kos yang tinggi.

Pada satu ketika baru dua minggu yang lepas apabila saya pergi ke satu kawasan banjir ini, baru tiga hari mereka duduk dekat PPS dan hari yang keempat mereka ‘nak balik ke rumah pagi, sampai ke rumah waktu petang sedang mereka menyucikan rumah tersebut, hujan lebat, air masuk semula ke dalam rumah. Bayangkan YB-YB semua, bayangkan masyarakat di luar sana menderita diakibatkan banjir yang begitu besar ini. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada pihak kerajaan, kenapa lambat kerajaan menangani masalah banjir yang sebenarnya menyusahkan kehidupan masyarakat di luar sana. Jadi, oleh itu...

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Sila.

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Boleh mencelah sikit? Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya berpandangan, pandangan yang diberikan oleh Senator tadi baik ya, tetapi of late ini, kebelakangan ini saya melihat laporan dan ramalan daripada METMalaysia ya, sangat tepat. Kalau dinasihatkan bahawa angin, ribut akan turun, hujan akan turun, saya nampak memang itu akan berlaku. Jadi, bukankah itu sebenarnya suatu cara mitigasi yang baik dan harus rakyat mengambil berat?

draft • 11:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ertinya kalau ‘nak berlaku semula banjir, kita dimaklumkan lebih awal maka kena bersedia. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh tak Yang Berhormat, saya mencelah, pelengkap kepada soalan Yang Berhormat Dr. Hatta.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Sila, tetapi masa kena bagi sedikitlah tambahan.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tak apa.

[Ketawa] Itu atas Yang di-Pertua, dengan izin.

Saya memang daripada negeri banjir, Terengganu. Setiap tahun banjir adalah satu menjadi tradisi, tapi apa ‘ni, kemeranaan masyarakat berterusan berulang tahun.

Yang Berhormat, saya tadi bila Yang Berhormat sebut tentang satu opsyen, mungkin kah ada opsyen yang lain? Untuk membolehkan isu banjir ini boleh ditangani. ‘Nak sekat hujan tidak mampu, tapi mungkin ‘tak kita jadikan banjir ini suatu yang positif? Contoh, dulu dalam sejarah, kalau tidak silap saya Sydney di Australia ialah satu bandar yang selalu berdepan dengan masalah banjir, tetapi apa yang mereka buat ialah mereka mewujudkan underground water reservoirs. Dia bukan sekadar menyelesaikan isu banjir, tetapi dia kemudiannya

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

menjadi penyelesaian kepada isu bekalan air, minuman dan juga pertanian, irrigation yang akan digunakan sepanjang tahun dan hari ini Sydney bukan lagi menjadi kawasan yang bermasalah dengan isu banjir.

Mungkin mahal, apakah mungkin dibuatkan satu projek perintis di negara kita ini di tempat yang betul strategik seperti contoh Terengganu dan Kelantan yang setiap tahun berdepan dengan isu ini, sebagai satu program yang andainya mungkin pengalaman Sydney, contoh yang saya baca itu, menjadi sebahagian daripada solution. Boleh minta komen daripada Yang Berhormat?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Projek yang contoh ‘tu dah wujud ‘dah Haji Hussin, SMART Tunnel di Kuala Lumpur.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Ya, benar, SMART Tunnel. Terima kasih yang bertanya, YB Dato’ Hatta berkaitan dengan amaran yang diberikan kepada masyarakat bahawa banjir akan berlaku ataupun hujan lebat yang akan berlaku. Itu dari satu sudut iaitu sudut keselamatan kepada masyarakat, tetapi dari sudut kemusnahan harta benda, sebenarnya ramalan awal itu tidak dapat membanteras masalah ini sebab apa yang saya tekankan adalah dari aspek kerugian yang dialami oleh masyarakat.

Kalau katakan amaran, dua hari sebelum amaran akan berlakunya hujan lebat, kadang-kadang ‘nak pindah rumah itu dengan harta bendanya ke tempat yang kita tidak pasti, dan melibatkan kos juga dan kadang-kadang kita tahulah masyarakat kita, belum tentu hujan akan berlaku, menyebabkan mereka reluctant untuk remove atau pun move from that house.

Jadi dalam persoalan ini, adakah amaran ancaman banjir dan juga hujan ini boleh mengatasi masalah kerosakan kepada harta benda? Ia nya adalah satu aspek yang mungkin sementara, tetapi aspek yang lebih besar kita kena lihat adalah dari segi adakah kita mampu, kerajaan mampu untuk mengatasi masalah ini once and for all? Dengan izin.

Seperti mana yang dibangkitkan oleh YB Hussin tadi iaitu adakah boleh kita gunakan jumlah hujan yang besar ini sebagai satu perkara yang positif kepada kita? Saya setuju dengan cadangan tersebut, malah seperti mana Yang Berhormat Dato’ Speaker sendiri mengatakan bahawa ada proses tebatan banjir, program tebatan banjir seperti SMART Tunnel dan malah kalau kita korek, kita buat satu kolam yang besar untuk menampung jumlah hujan yang berlebihan ini, saya percaya di waktu kemarau ia dapat digunakan untuk faedah kita juga.

Jadi, tetapi of course ia melibatkan satu jumlah perbelanjaan yang tinggi, tetapi adakah kita lupa bahawa perbelanjaan yang tinggi yang akan kita gunakan ini sebenarnya kalau kita fikir jangka panjang, kita akan lebih rugi kalau kita tidak menggunakan kesempatan,

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

menggunakan satu bajet yang besar untuk tujuan mengatasi masalah banjir yang begitu besar ini.

Dan bagi saya, saya rasa kerajaan melalui pihak kementerian selalu sahaja ke luar negara. Ke Netherlands, ke Australia, ke Belgium, mereka semua ada sistem tebatan banjir yang begitu efektif dan saya percaya kajian telah pun dibuat oleh pegawai-pegawai kementerian bagi mengatasi masalah banjir di Malaysia ini, tetapi kenapa ia tidak di implement sehingga sekarang? Setiap hari, setiap bulan kita lihat ada sahaja kejadian banjir dan baru- baru ini Batu Tiga kalau tuan-tuan semua ‘nak tahu, betapa hampir tenggelam, hampir lumpuh Shah Alam apabila berlaku hujan lebat selama satu setengah hari sahaja. Jadi, bayangkan kalau tiga hari berturut-turut? Bagaimana keadaan kita di kawasan bandar ini yang seharusnya lebih sophisticated, lebih maju, tetapi kita masih berhadapan dengan masalah utama iaitu masalah banjir.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memikirkan satu program tebatan banjir jangka panjang di samping mitigasi banjir jangka sederhana dan juga jangka pendek dan juga infrastruktur mitigasi yang tahan iklim juga perlu difikirkan. Of course, kita asa sistem amaran awal, tetapi sistem amaran awal ini mungkin tidak mencapai ke kawasan- kawasan luar bandar, juga perlu difikirkan supaya kita dapat menyelamatkan, masalah keselamatan di kalangan rakyat yang di luar sana.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin, saya ‘tak nak masuk campur, tetapi saya ‘nak tanya pendapat Dato’ Salehuddin.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Apakah peranan kerajaan negeri dari segi perancangan pembangunan bandar di kawasan densiti perumahan yang tinggi di negeri-negeri seperti Selangor dan sebagainya kerana hal-hal tanah ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan yang begitu baik sekali Dato’ Speaker.

Sebenarnya isu ini seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa isu berkaitan dengan banjir, isu yang berkaitan dengan pembangunan di sesebuah kawasan, khususnya di daerah-daerah di bawah kelolaan kerajaan negeri, ia perlu adalah penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab pada aspek bagaimana mereka boleh mengatasi masalah ini secara besar iaitu satu kos yang tinggi. Dan kerajaan negeri ini, kalau kita katakan bahawa tanah adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri, kerajaan negeri, PBT umpamanya perlu bertanggungjawab untuk memikirkan apabila mereka ‘nak pelan sesuatu kawasan pendudukan baharu, mereka perlu mengambil kira faktor taburan penduduk dan

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

juga sama ada longkang, parit yang ada itu memadai untuk menampung kadar air yang bertambah ketika hujan. Kadang-kadang tidak payah tunggu hujan lebat pun, kalau sekiranya semua kawasan ditutupi dengan konkrit, ditutupi dengan jalan raya, mana ada kawasan air ‘nak mengalir, ‘nak mencari jalan keluar, melainkan masuk ke dalam longkang yang sempit.

Kadang-kadang kita buat longkang, kementerian ini ataupun PBT, dia setuju meluluskan longkang yang kecil untuk satu kawasan perumahan, bila dibuat satu perumahan yang lain, longkang yang— kawasan yang lain itu akan tumpang longkang yang sedia ada sebab kalau ‘nak korek longkang yang lebih besar, dia akan mengurangkan keuntungan ataupun kos yang terlalu tinggi akan menyebabkan profit kepada developer itu akan berkurangan.

Jadi kalau kita memikirkan tentang profit lebih kepada kepentingan rakyat, inilah masalah yang kita hadapi, begitulah berlaku di negeri-negeri, di bandar-bandar yang besar.

Parit yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah kuantiti air yang bertambah dan bila kita ada wheater yang ekstrem, wheatear yang tidak boleh kita jangka sejak kebelakangan ini, perkara ini akan menjadi lebih teruk dan sukar untuk kita atasi. Jadi, tibalah masanya untuk Kerajaan Persekutuan bersama- sama dengan kerajaan negeri menggembleng tenaga dan sama-sama mencari satu course yang boleh membantu masalah rakyat ini dan mengatasi masalah banjir.

draft • 12:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Dato’ Setia, boleh saya mencelah sedikit?

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Sila YB.

draft • 12:00 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Dalam sidang ini, sejak saya hadir ini Datuk Yang di-Pertua ya, kita sering mendengar negeri-negeri menyatakan mereka di diskriminasi kerana peruntukan dan sebagainya. Selangor menyumbangkan sebanyak 26 peratus kepada GDP, seolah-olah macam Selangor pun diskriminasi Dato’ Sri.

Boleh ‘tak kita minta pada Federal supaya peruntukan besar diberikan kepada Selangor memandangkan kita memberikan 26 peratus kepada Federal bagi mengatasi masalah yang saya anggap cukup kritikal dan cukup membebankan. Saya orang Selangor, terasa sangat bebannya dan terasa didiskriminasikan kalau tidak...

[Tidak jelas] Peruntukan untuk menyelesaikan masalah besar banjir ini.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Benar. Saya amat bersetuju dengan cadangan YB bahawa— saya tak kata diskriminasilah, tetapi saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu lebih prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh Selangor sebab kebanyakan warga Kuala Lumpur, yang bekerja di Kuala Lumpur datangnya di Selangor, mereka tinggal di Selangor, datang bekerja di Kuala Lumpur.

draft • 12:00 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberikan satu peruntukan yang besar untuk mengatasi masalah banjir ini, apabila berlaku banjir, orang Selangor tak boleh datang kerja ke Kuala Lumpur, akan menjejaskan produktiviti Kerajaan Negeri Kuala Lumpur juga. Itu bagi saya satu pendekatan yang baik untuk kita memohon kepada pihak kerajaan supaya memberikan peruntukan yang lebih kepada Kerajaan Negeri Selangor seperti mana tuntutan oleh Sabah dan Sarawak, Selangor pun boleh tuntutlah sedemikian rupa.

draft • 12:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Boleh mencelah?

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Mencelah lagi, sila.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Pandangan luar bandar.

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Mencelah lagi.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ini baru isu pertama, Datuk Speaker.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tahu, tahu. Tadi pandangan daripada bandar. Sekarang, luar bandar.

[Ketawa]

draft • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Sebenarnya saya ini adalah salah satu topik saya untuk perbahasan, tapi Yang Berhormat telah menyentuh, jadi saya tumpang sekaki.

Selain daripada— apakah pandangan Yang Berhormat tentang tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam meluluskan tapak bagi pembinaan perumahan yang baharu, khususnya yang berdekatan dengan sungai?

Saya menyuarakan perkara ini sebab pada awal tahun ini di Bintulu, banyak kawasan perumahan khususnya perumah kos rendah yang terletak di tepi sungai telah mengalami banjir yang sangat teruk, sangat teruk in the last 30 years dan telah menyebabkan banyak kerugian kepada penduduk-penduduk di sana. Dan air banjir itu dia tak surut dalam tempoh sejam, dua jam atau pun satu hari. Dia hanya surut setelah beberapa hari sebab sungai itu dia masih banjir, masih pasang, jadi air tak ada tempat untuk mengalir. Apa pandangan Yang Berhormat tentang tanggungjawab daripada pihak berkuasa tempatan untuk memastikan bahawa tapak perumahan itu dinilaikan dahulu risiko supaya tidak, banjir tidak berlaku— tidak terletak, ditempatkan di kawasan yang berdekatan dengan sungai? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

YB Hatta kata jadi pakar banjir pula [Ketawa] . Okey Yang Berhormat YB, sebenarnya apa yang YB nyatakan tadi memang bertepatan sekali.

Bila kita kata tak bergerak ini, kita panggil air termenung, yang mana bila datang sahaja air banjir, bila ‘dah surut hujan, banjir, tetapi air itu masih bertakung, tidak ada jalan keluarnya.

Itu dipanggil air termenung. Dan ini juga selalu berlaku di negeri-negeri— negeri Selangor khususnya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Bagi persoalan kenapa pihak— adakah PBT bertanggungjawab? Sebenarnya kita perlu menyeimbangkan berkaitan dengan keperluan perumahan untuk masyarakat yang berhijrah ke bandar. Kita tahu bahawa semakin maju sesebuah negara, semakin membesarnya sesebuah bandar. Bermaknanya, ia memerlukan perumahan yang lebih banyak.

Jadi, dalam keseimbangan antara keperluan perumahan dan keadaan sama ada ia nya mencukupi kawasan tersebut untuk dapat menampung masalah banjir, inilah yang perlu dipertimbangkan. Dan kalau sekiranya— kita tidak mengatakan bahawa pembangunan penempatan perumahan tidak boleh dibina, tetapi perlulah pihak kerajaan tempatan mengambil kira setiap kali hendak bangunkan sesuatu, ambil kira di manakah air yang banyak ini boleh dialirkan, dan adakah sungai itu cukup menampung. Kalau sungai tak cukup menampung air yang banyak, maka perlulah dilaksanakan satu kos yang tinggi diberikan untuk tujuan mendalamkan air— sungai yang berdekatan. Itu pada pandangan saya.

Dan ini saya rasa juga telah diambil. Kalau di negeri Selangor, kita telah ambil pendekatan tersebut, tetapi mungkin tidak mencukupi. Kalau kedalamannya perlukan 10 meter, tetapi hanya lima meter sahaja, ianya tetap tidak dapat menampung masalah kebanjiran pada ketika cuaca yang buruk.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, Dato’ Salehuddin, ‘dah 20 minit isu ini ya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. Saya akan move to the next isu.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Next issue.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Next issue ada berkaitan dengan perjanjian dengan pihak Amerika dan juga Malaysia, perjanjian perdagangan yang melibatkan tarif. Dan ini adalah satu isu yang saya rasa agak besar melanda ataupun perkara yang sering menjadi bualan dan juga kritikan oleh rakyat di luar sana.

Saya tidak berhasrat untuk kondem ataupun criticize secara mendalam isu yang berkaitan dengan klausa yang ada di dalam perjanjian antara Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Seperti mana yang telah dibangkitkan semalam oleh Yang Berhormat Dr. Mujahid— Datuk Dr. Mujahid, mengatakan bahawa dengan adanya perjanjian perdagangan antara Malaysia dan United States, sebenarnya ia membawa manfaat yang lebih besar kepada negara, yang mana penjimatan dari segi kadar tarif yang menjangka lebih kurang RM8 ke RM9 bilion dapat diselamatkan pada setiap tahun.

Dan juga, eksport barang-barangan tertentu telah pun diberikan pengecualian dari segi tarifnya oleh pihak Amerika Syarikat. Dan daripada aspek lain juga kita lihat penarikan pelabur untuk membuka kilang, pusat data, pusat R&D dan kilang semikonduktor akan lebih bertambah di negara kita.

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Begitu juga dia akan meyakinkan pelabur untuk terus melabur ke negara kita. Dan melalui usaha sama ini juga, kita akan dapat lihat pemindahan teknologi melalui syarikat- syarikat besar seperti Intel, Dell, Texas Instruments dan sebagainya ke negara kita dan juga boleh memahirkan pekerja-pekerja di negara kita ini tentang skill yang mungkin mereka tidak perolehi daripada kalau sekiranya syarikat itu hanya bergantung pada syarikat dalaman sahaja. Jadi, ini antara perkara yang boleh mendatangkan manfaat.

Namun, apa yang lebih penting, kita tidak boleh sama sekali mengetepikan persoalan berkaitan dengan kedaulatan negara kita. Kedaulatan ini kita bercakap tentang hak negara kita untuk berdagang dengan negara selain daripada Amerika. Now, banyak isu yang dibangkitkan ketika Dewan Rakyat yang mana saya melihat segala bantahan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak yang menyatakan bahawa kita tidak ada satu clause yang boleh meyakinkan ataupun boleh mengikat pihak sebelah sana ataupun pihak Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan daripada soal kita menentukan hak bumiputera untuk berdagang.

Sebagai contohnya sekarang ini, dikatakan bahawa tidak ada satu peruntukan pun yang mengatakan bahawa sebarang dasar kerajaan yang melibatkan keistimewaan kepada bumiputera sepertimana peruntukan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan— tidak ada jaminannya. Tidak ada satu peruntukan yang boleh disentuh di dalam klausa-klausa di dalam perjanjian tersebut.

Ini bermakna, sekiranya berlaku satu keadaan yang mana syarikat Amerika ingin melabur di sini dan kita meletakkan bahawa kita ada satu syarikat yang perlu ada penyertaan saham oleh kaum bumiputera dan kita tahu bahawa Amerika Syarikat sering menguar-uarkan dasar bahawa ia nya perlu ada kesamarataan di antara satu individu dengan individu lain.

Tidak ada keistimewaan yang boleh diberikan. Di sini dikatakan sebagai satu diskriminasi, sedangkan dasar yang ada embedded dalam Perlembagaan kita adalah dasar yang menyatakan bahawa untuk memastikan bahawa ada keseimbangan antara satu kaum dengan kaum yang lain, perlu adanya satu dasar yang memberikan sedikit keistimewaan.

Supaya mereka ini tidak ketinggalan.

Jadi, apabila ini berlaku dan perjanjian yang dimasuki antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak dinyatakan secara khusus bahawa dasar ini tidak boleh disentuh, adakah ia boleh menggugat kedudukan istimewa kaum bumiputera di negara ini? Dan apa kata kalau sekiranya pihak Amerika Syarikat tidak mahu bekerjasama dengan syarikat bumiputera yang kita berikan keutamaan untuk menyertai segala program ataupun segala kontrak yang besar yang melibatkan kontrak-kontrak pembelian, kontrak-kontrak pembinaan dan sebagainya?

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ini mengakibatkan berlakunya pelanggaran terhadap dasar negara itu sendiri. Dan kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri MITI ada menegaskan bahawa memang tidak ada peruntukan yang khusus, tetapi daripada interpretasi yang kita ada di dalam perjanjian— klausa perjanjian, secara umumnya dikatakan terdapat satu clause yang mengatakan bahawa perkara yang melibatkan garis merah, non-negotiable redline tidak akan dikompromi, tetapi kalau sekiranya benar perkara yang melibatkan redline iaitu dasar-dasar negara tidak boleh dicerobohi ataupun dikompromi, tetapi malangnya ia nya tidak ada di dalam peruntukan, di dalam peruntukan perjanjian antara United States dan Malaysia.

Jadi, apabila tidak ada peruntukan, kita tahu dalam agreement ini kalau kita hendak sandarkan sesuatu perkara, kita mesti bersandarkan kepada klausa di dalam agreement, tetapi kalau klausa dalam agreement tidak menggambarkan bahawa segala dasar yang kita nyatakan tidak perlu dipatuhi, maka apa kata kalau sekiranya pihak Amerika Syarikat enggan untuk menerima segala dasar yang telah ditetapkan oleh negara kerana tiadanya satu peruntukan yang jelas di dalam terma-terma di dalam perjanjian, tetapi saya ada cadangan Yang Berhormat Datuk Speaker— sebentar ya.

Saya ada cadangan di sini Datuk....

draft • 12:10 PM

Puan Tiew Way Keng

[Bangun] .

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya akan benarkan sebentar lagi, iaitu di dalam klausa 7(2) dan 7(3) kepada perjanjian tersebut, ada dinyatakan bahawa dalam tempoh 60 hari, kita masih boleh membuat pindaan kepada klausa di dalam perjanjian tersebut seandainya kita merasakan ada satu, dua klausa yang mungkin tidak adil ataupun ada kemungkinan berat sebelah dan ia boleh diutarakan, tetapi persoalannya pula, adakah ianya memerlukan persetujuan kedua-dua pihak?

draft • 12:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Kalaupun ada peruntukan mengatakan amendment can be done dengan izin, tetapi memerlukan persetujuan kedua-dua pihak dan kalau pihak yang satu lagi tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kita untuk menjadikan perjanjian tersebut lebih adil, lebih munasabah, adakah kita akan terperangkap apabila— walaupun ada peruntukan sedemikian, tetapi kita tidak dapat laksanakannya. Silakan YB.

draft • 12:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Dato’ Salehuddin, adakah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan bumiputera, adakah Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia? Yang mana saya berpendapat bahawa ia merupakan satu non-negotiable red line yang telah digariskan secara jelasnya dalam perjanjian.

draft • 12:20 PM

Puan Tiew Way Keng

Keduanya, sekiranya memang mana-mana pihak contohnya Amerika Syarikat yang telah touch on the red line, maka dalam perjanjian berkenaan ada terma yang menyatakan ia akan menjadikan perjanjian ini boleh ditamatkan. Jadi, boleh saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itu pandangan dari lawyer itu.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Benar, benar. Seperti mana yang kita katakan tadi bahawa ada red line, ada term yang dikatakan non-negotiable, it cannot be touched, tetapi tidak dinyatakan dalam Perlembagaan— di dalam perjanjian yang ditandatangani. Sebab saya ‘dah meneliti perjanjian tersebut, dia tidak menyatakan secara spesifik ia nya tidak boleh menyentuh perkara isu-isu berkaitan dengan dasar negara.

Cuma secara rambangnya kita tahu bahawa ini adalah dasar yang mungkin persetujuan tidak dimeterai, tetapi understanding between both parties bahawa hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan tidak boleh disentuh, tetapi yang menariknya Yang Berhormat ada menyatakan bahawa ada exit clause ya. Iaitu ada satu term yang mana kita boleh tamatkan perjanjian kalau sekiranya kita tidak berpuas hati. Benar, tetapi tidakkah ia akan menyebabkan bahawa the very intention of our country and America untuk masuk satu perjanjian dengan izin, akan terhapus disebabkan kita terminate the contract because we are not happy with certain provisions of the contract. That should not be the case because kita ‘nak kontrak ini berjalan. Sebab ada manfaatnya kepada negara.

Cuma kita ‘nakkan klausa tersebut biarlah klausa yang agak lebih adil. Of course we cannot, we are actually we have lesser bargaining power dengan izin, as compared to America, tetapi dalam masa yang sama, janganlah sebabkan kita ini adalah sebuah negara kecil, kita boleh dijadikan sebagai satu bahan uji. Dan kita, seolah-olah kita kena agrees segala-galanya. Dan kita hendakkan kontrak tersebut. Kalau kita terminate, that’s it, you got nothing. Mungkin tarif akan dinaikkan semula.

Jadi, itu bukan penyelesaian kepada masalah yang kita sedang hadapi ini dan saya mencadangkan kepada pihak kerajaan, kalau benar kita ada satu clause yang mungkin kita boleh pertimbang, mohon mereka pertimbangkan semula. Ini adalah satu langkah yang baik untuk kita ajukan dan of course kita ada good relationship antara Malaysia dan Amerika. Saya percaya PMX sendiri amat rapat dengan Presiden Amerika, boleh sit down semula dan tentukan bahawa Malaysia mempunyai dasar-dasar yang tidak boleh disentuh dan agak sensitif pada masyarakat Malaysia. Itu cadangan saya.

draft • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Mencelah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Rakan saya mencelah. Silakan.

draft • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey. Okey terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan memasukkan klausa-klausa di mana dasar-dasar penting negara tidak boleh disentuh, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Dato’ Setia. Sekiranya kita memasukkan semua klausa-klausa tersebut, bagi pandangan saya tidak praktikal.

Contohnya, hak-hak Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan ada berpuluh klausa. Kalau kita masukkan di dalam perjanjian tersebut, saya berpendapat perjanjian tersebut menjadi satu buku Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak tersebut. Apa pendapat Dato’ Setia?

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Marah YB Pele. Sebenarnya, bukan kita mengatakan bahawa setiap keistimewaan tersebut perlu dimasukkan di dalam agreement.

Apa yang ingin saya utarakan bahawa satu-satu perkara yang menyentuh tentang sovereignty, kedaulatan dan juga dasar utama negara perlu dimasukkan supaya ia nya tidak akan menjejaskan peruntukan atau pun perjalanan kontrak tersebut. Itu yang kita maksudkan.

Memanglah it’s impossible for us to masukkan segala peruntukan yang berkaitan dengan keistimewaan, tapi cukup sekadar satu term sahaja, satu clause sahaja yang menyatakan bahawa hak istimewa yang telah diperuntukkan di bawah our Federal Constitution should be well protected. That is what I meant dengan izin. Terima kasih kepada yang bertanya.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Datuk Speaker, mencelah sikit lagi Yang Berhormat, boleh?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ‘nak tanya ini pakar undang-undang.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Datuk Speaker ‘nak bercakap.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin, ucapan Dato’ Salehuddin amat baik sekali dan amat menarik. Itu berita baiknya. Berita ‘tak baiknya, apa ini Dato’ Salehuddin ada 10 minit ‘je lagi. Pasal Tan Sri Low menunggu ‘nak bahas itu.

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Untuk menjawab apa yang dikatakan oleh Datuk Speaker, boleh ‘ke saya bagi satu pantun.

Di singgahsana duduknya Tuan Speaker, Senyumnya manis memikat si dara; Saya puji itu wahai Tuan Speaker, Kot kot boleh bagi tambahan masa.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

‘Tak adil betullah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tak apa.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Apakah mungkin tambahan itu untuk sikit saya ‘nak buat soalan Dato’ Yang Berhormat. Saya sebenarnya ‘nak pergi yang lebih asas lagi sebab saya tengok yang saya bercakap yang saya sebut yang saya soal ni, tambahan ini, celahan ini ialah seorang pakar undang-undang. Saya meneliti hampir sebahagian besar daripada perjanjian.

Perjanjian itu namanya perjanjian timbal balas atau timbal balik, tapi daripada awal permulaan hampir keseluruhan itu, ungkapan yang dimulakan dalam, dalam setiap tujuh artikel itu dimulakan dengan perkataan, “Malaysia hendaklah”, “Malaysia hendaklah”, “Malaysia hendaklah”. Dan saya tak jumpa perkataan, “Amerika hendaklah.” Jadi, apakah perkataan, “Malaysia hendaklah” ini adalah, suatu program timbal balas atau pun suatu arahan daripada Amerika kepada Malaysia dan apakah ini menggambarkan bahawa suatu ancaman sovereignty ini, kedaulatan ini. Yang disentuh daripada sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besar perkara. Termasuk dalam hal yang annex, annex, annex di belakangnya itu.

Jadi, saya minta juga komen apakah sebenarnya ini, perjanjian ini adalah perjanjian timbal balas dan kalau ‘tak perjanjian timbal balas yang disebutkan tadi dan beberapa perkara tertentu ini untuk membolehkan ia nya boleh dibatalkan atau dibaiki dan lain-lain, ada ruang ke tidak dengan arahan demi arahan demi arahan dalam perjanjian?

Malaysia hendaklah itu adalah arahan. Dia bukan suatu persetujuan ‘je dan ditanda tangan dengan penuh reda apa yang saya nampak. Terima kasih. Minta ulasan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Hussin. Sebenarnya kita kena faham ya bahawa negara kita negara kecil ya. Semua negara-negara lain yang negara yang tidak mempunyai ekonomi yang kuat akan dikenakan tarif yang tinggi. Jadi, kita ‘nak mengambil kesempatan kalau sekiranya kita kena accede to certain things sebagaimana di imposed oleh pihak Kerajaan Amerika Syarikat, maka kita kena accede, kita kena setuju.

Namun, tanpa kita mengorbankan kita punya kedaulatan. Dan memang kalau kita lihat, saya ada peruntukan, ada dia punya agreement di sini. Memang agreement dia agak sedikit berat sebelah, tapi tidak menunjukkan bahawa kita ini langsung ‘tak ada, we are helpless. Sebenarnya ada baik peruntukan yang sedia ada.

Semalam YB Mujahid pun ada beri komen, ada juga faedahnya apabila kita memasuki kontrak sebegini, tetapi bila kita negara kecil kadang-kadang kita kena terima jugalah kalau certain things dia imposed on us, we have got no choice. Sebab kita ‘nak manfaat yang lebih besar itu. Cuma, apabila kita ‘nak masuk sesuatu kontrak yang sebegini, kita perlu berhati- hati. Kita perlu lebih cerdik untuk memastikan bahawa bukan semua kita bagi. There are

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

certain things yang besar yang material, yang penting kita jaga supaya perkara ini dapat kita manfaatnya.

Dia dapat manfaat daripada kita, kita juga dapat manfaat daripada sebuah negara yang besar. Sebab perlu diingat bahawa Amerika adalah rakan dagang kita yang terbesar.

Dan of course kita ada China dan kita perlu menyeimbangi antara China dan juga Amerika.

Dan kita adalah sebuah negara kecil yang tidak mahu ada musuh. Kita mahu supaya kita berbaik dengan semua negara dan kita boleh berdagang dengan semua negara. Dan dalam proses itu kita kena pastikan apabila kita memasuki sesuatu perjanjian, biarlah ia nya agak lebih adil kepada negara kecil kita Malaysia ini. Itu untuk isu yang kedua. Datuk Speaker, Datuk Speaker benarkan sikit.

draft • 12:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya akan sentuh secara by passing saja. Ini berkaitan dengan isu lantikan seorang hakim. Sebagai mana yang kita tahu bahawa persepsi masyarakat kepada badan kehakiman ini begitu penting. Sebab badan kehakiman inilah satu cerminan kepada keadilan, kepada kejayaan, kepada pembangunan sesebuah negara. Dan kalau sekiranya pandangan, persepsi negatif masyarakat kepada sistem kehakiman negara, maka runtuhlah sesebuah negara itu.

Jadi apa yang saya ingin tekankan di sini, baru-baru ini pihak Bar Council dan juga malah Yang di-Pertuan besar Negeri Sembilan juga ada mempersoalkan tentang lantikan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pun ditohmah tentang sesuatu perkara.

Dan kemudiannya, telah dilantik menjadi salah seorang anggota kepada JAC. Apa yang saya ingin tekankan sini, dua perkara.

Pertama, kita kena berlaku adil juga kepada hakim yang dilantik. Sebab dalam kita mempersoalkan kredibiliti beliau, tidak ada pun satu tindakan diambil terhadap beliau ataupun satu inquiry berkaitan dengan tohmahan terhadap beliau. Kerajaan tidak boleh hanya mendiamkan diri. Apabila tidak ada berlaku satu keadilan yang berbentuk satu tribunal ataupun suruhanjaya bagi mengkaji tohmahan yang telah dilemparkan, ia seolah-olah macam dia ini bersalah. Sepatutnya kita adili dia dengan membawa satu suruhanjaya ataupun satu tribunal bagi membersihkan nama dia.

Dan apabila nama dia ‘dah bersih, bolehlah dilantik kepada jawatan-jawatan yang sesuai dengan beliau, tetapi ini tidak, bila kerajaan mendiamkan diri bila ada tohmahan, kemudian dipersetujui untuk dilantik menjadi salah seorang daripada anggota JAC: Judicial Appointments Commission, yang merupakan satu badan yang amat penting di dalam memilih hakim-hakim yang bakal menduduki hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi persoalan di sini, kita perlu telus, kita perlu memastikan bahawa keadilan bukan sahaja pada badan kehakiman, tetapi keadilan juga kepada hakim yang telah di tohmah tersebut. Jadi oleh itu, pihak kerajaan perlu lebih sensitif untuk tidak melantik, sehinggalah persoalan berkaitan dengan integriti peguam ataupun hakim ini diselesaikan.

Dan untuk maksud itu juga, saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon pihak kerajaan untuk melihat semula, mengkaji semula peruntukan di bawah JAC: Judicial Appointments Commission Act, yang mana dalam peruntukan undang-undang itu menyatakan bahawa di bawah seksyen 5 iaitu Chairman kepada JAC ini adalah CJ ataupun Ketua Hakim Negara. Dan di bawah 26, seksyen 27, menyatakan bahawa mereka boleh— commission yang dipengerusikan oleh CJ ini, boleh memberikan cadangan nama, advised the Prime Minister untuk mereka yang bakal dilantik sebagai CJs, presidents, CJM, CJSS dan juga hakim-hakim. Mereka yang mencadangkan.

Dan dalam masa yang sama, kita ada satu peruntukan di bawah Artikel 122B Perlembagaan Persekutuan, yang juga mengatakan bahawa Perdana Menteri sebelum menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja, perlulah dinasihatkan oleh CJ untuk mencadangkan nama untuk post, post ataupun hakim-hakim yang tertinggi ini.

Jadi, kalau kita lihat tujuan kita wujudkan JAC adalah untuk mengatakan bahawa Perdana Menteri punya dua pilihan. Satu, cadangan daripada CJ untuk mereka yang dilantik ke jawatan-jawatan tinggi ini dan satu cadangan lagi daripada JAC, tapi kalau JAC, Chairman- nya adalah CJ sendiri, jadi ‘dah ada konflik. Dia bawa satu nama kepada Perdana Menteri untuk dicadangkan untuk hakim-hakim tertinggi ini dan dalam masa yang sama, dia juga sebagai Chairman of the JAC. Dia cadangkan nama yang sama. Jadi, bagaimana kita ‘nak katakan bahawa ada peluang untuk seorang Perdana Menteri memilih opsyen yang ada.

Walaupun kita tahu bahawa ultimately, kuasa untuk melantik adalah Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri itu kalau kita ‘dah ada dua undang-undang, biarlah undang-undang yang dikatakan Perlembagaan Persekutuan itu membenarkan CJ mencadangkan satu nama. Dan JAC Commission mencadangkan satu nama lain kalau sekiranya JAC Chairman itu bukan dilantik daripada CJ itu sendiri.

Jadi, saya mencadangkan— saya percaya Menteri Undang-undang juga telah melihat perkara ini dan sedang berusaha untuk meminda peruntukan seksyen 5 kepada JAC law, untuk memastikan bahawa pelantikan Chairman kepada JAC perlu bukan daripada CJ itu sendiri. Jadi, ia akan lebih telus dan lebih transparent untuk memudahkan Perdana Menteri membuat pilihan kepada hakim-hakim tertinggi. Itu cadangan saya, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Cadangan saya, YB ada lima minit ‘je lagi. Maksimum.

draft • 12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Lima minit pun ‘dah cukup bagus untuk saya.

[Meneguk air] Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan— isu-isu berkaitan dengan mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Pertembungan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Kita tahu dalam kes Iki Putra dan juga kes Nik Elin yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak ada kompetensi untuk mewujudkan undang-undang kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang jenayah yang telah diperuntukkan di bawah Penal Code ataupun undang-undang di bawah Federal.

Jadi maka itu, timbullah persoalan bahawa kes-kes liwat di negeri-negeri tidak boleh diambil tindakan. Begitu juga dengan kes-kes yang telah pun ada di mahkamah sivil juga tidak boleh diambil tindakan di mahkamah syariah. Mengakibatkan sekarang ini kita lihat baru-baru ini, ada kes yang melibatkan satu kumpulan gay dan yang dikatakan gay— saya ‘tak kata gay, tetapi dikatakan satu kumpulan lelaki yang telah ditangkap di satu pusat wellness center, somewhere dekat Chow Kit Road sana. Jumlah lebih kurang 203 orang, yang mana akhirnya, pihak polis telah mengatakan bahawa tiada keterangan yang boleh menjurus kepada satu tuduhan di bawah seksyen 377A, B dan C kepada Penal Code. Persoalannya sekarang— pertama, saya ‘nak sentuh tentang hal ini. Polis ‘dah siasat— belum siasat pun sebenarnya. Siasatlah dulu, bukan untuk polis menentukan ada kes atau tidak. Yang menentukan ada kes atau tidak adalah pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Biarlah Peguam Negara jalankan tugas dahulu sebelum you buat— come out with the statement to say that, there is no evidence. You know that is not quite true, dengan izin.

Sepatutnya disiasat dulu. After all, pihak polis juga mengatakan bahawa mereka telah membuat pemantauan selama tempoh dua minggu.

Jadi, kalau ‘dah pantau, bila serbu, pastinya ada keterangan. Kalau tidak, kenapa ‘nak serbu kalau ‘tak ada keterangan? Jadi, bila you ‘dah serbu, lepas itu, didapati tiada keterangan. Bagi saya, it is a bit premature untuk mengatakan tiada keterangan. Sebab, siasatlah dulu, biar pihak Timbalan Pendakwa yang menentukan sama ada, ada kes ‘ke, tidak.

Kes ini pula ‘tak semestinya kita tuduh terus kepada— silakan YB.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya sebenarnya di dalam ucapan saya semalam, sepatutnya saya menyentuh isu itu, tapi bagi menghormati masa, saya terpaksa carved out tajuk itu. Saya ‘nak bertanya kepada Yang Berhormat Senator. Ada satu isu besar yang telah diputuskan dalam masalah yang dihadapi ini. Antaranya ialah satu jawatankuasa mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk membuat hukuman kerana ini ada isu bertindih ini dengan Penal Code di atas.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

So, saya bagi pihak— mungkin kalau diizinkan bagi pihak Senator, boleh ‘dak tolong tanya dalam soalan— dimasukkan, bila jawatankuasa ini ‘nak bentang laporan itu? Itu saya punya— itu saja soalan saya. Kalau tidak, benda ini akan timbul Speaker, isu-isu lain.

Sedangkan isu yang asas ini ‘tak selesai.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Canggahan undang-undang syariah dengan undang- undang Penal Code.

draft • 12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. Terima kasih kepada Datuk Mujahid. Saya setuju cadangan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Mujahid dimasukkan juga di dalam hujahan saya untuk pihak kerajaan sama-sama meneliti cadangan yang dibangkitkan oleh jawatankuasa khas di bawah MKI bagi melihat kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam menggubal undang-undang syariah berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah.

Jadi, ini adalah satu isu juga yang— satu isu yang mungkin kita boleh perdebatkan di masa yang lain, tetapi kalau sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, pertembungan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil, maka akan banyak lagi kes-kes yang sebegini akan berlaku. Maka, tidak akan selesai pertembungan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Malah, kita ‘dah ada satu peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, ‘tak silap saya— 121 ‘tak silap saya, yang menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak boleh mempersoalkan bidang kuasa mahkamah syariah. Dan mahkamah syariah punya kes, kalau dia ada bidang kuasanya, mahkamah sivil tidak boleh mempersoalkan, tetapi ianya masih terus dipersoalkan apabila kes-kes dirujuk kepada mahkamah sivil yang melibatkan unilateral conversion, melibatkan isu-isu sebegini yang dikatakan tadi, sodomy...

[Tidak jelas]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Salehuddin, tolong wrap up ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ya. Okey, baik. Jadi, apa yang ingin saya cadangkan kepada pihak kerajaan dan pihak polis apabila membuat sesuatu serbuan, pastikan penyiasatan diselesaikan dahulu. Kalau tak dapat remand order daripada Majistret, it doesn’t mean that you don’t have evidence because reman ini just to facilitate investigation, tetapi untuk kita menyiasat, tak semestinya seseorang itu perlu ditahan untuk kita menyelesaikan penyiasatan kita. Dan bila ‘dah selesai, bawalah kepada pihak timbalan pendakwa raya, let them decide whether we have a case or otherwise, dengan izin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, since masa pun telah tamat...

draft • 12:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Pantun.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

...Saya ada banyak lagi. Saya ‘nak baca satu pantun sahaja.

draft • 12:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ha.

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

Buat, buat perbahasan bertulis saja.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya buat perbahasan bertulis.

[Ketawa] Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuinin; Nan elok bawalah balik, Yang buruk tinggalkanlah di sini. Terima kasih YB Datuk Speaker.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dato’ Salehuddin. Saya tadi pun apa, menarik isu yang last sekali itu kerana pihak polis terlibat dan siasatan tersebut, cara dikendalikan itu pun ‘tak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ya, ini pengalaman saya daripada KDN dululah.

Okey, tapi saya minta maaf, sekarang saya ‘dah terpaksa berhentikan kerana Tan Sri Low ‘dah tunggu lama ‘dah untuk ‘nak berbahas. Silakan Tan Sri Low. Saya bagi Tan Sri Low masa penuh, tapi kita lepas pukul 1 sikit, ‘tak apalah. Ya, silakan.

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan yang mulia ini. Terdahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026 bertema. “Belanjawan Rakyat”.

Belanjawan 2026 amatlah penting kerana ia merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada tahun 2026 ke 2030. Belanjawan ini bukan saja memastikan kesinambungan dasar-dasar yang tersenarai dalam pelbagai pelan transformasi nasional, tapi juga menggariskan strategi dan inisiatif jangka masa pendek dan sederhana untuk memampankan daya ketahanan ekonomi domestik serta mempertingkatkan daya saing pelaburan dan peniagaan.

Datuk Yang di-Pertua, ekonomi global masih mencabar menjelang tahun 2026 disebabkan oleh ketidaktentuan impak polisi tarif Amerika Syarikat dan keadaan garisan geopolitik yang masih berterusan. Industri dan pengusaha domestik terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) masih dibelenggu oleh kos operasi yang tinggi akibat daripada perubahan dasar, di antaranya termasuk kenaikan gaji minimum, perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST dan rasionalisasi subsidi bahan bakar. Komitmen kerajaan meneruskan penyatuan fiskal untuk mengurangkan nisbah defisit fiskal kepada 3.5

draft • 12:41 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

peratus daripada KDNK pada tahun 2026 daripada 3.8 peratus pada tahun 2025 menerusi reformasi fiskal termasuk rasionalisasi subsidi sudah tentu mempertingkatkan ruang fiskal untuk menghadapi cabaran kejutan ekonomi masa depan.

Datuk Yang di-Pertua, selaku wakil sektor perniagaan, saya ingin mengemukakan isu- isu yang perlu diberi perhatian. Saya lapan isu ya.

[Ketawa] Bukan— Lapan isu saja, tapi ‘tak ambil masalah sampai setengah jam, okey.

Pertama, mengenai Perjanjian Tarif Timbal Balik, Agreement on Reciprocal Trade

(ART) dengan izin, di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Kami menghargai penjelasan terperinci daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai beberapa aspek artikel ART yang kami bimbang akan menggugat kepentingan dan kedaulatan perdagangan Malaysia. Namun begitu, kami bersungguh-sungguh harap pihak kerajaan akan memastikan segala aspek ART diperhalusi demi memelihara pihak berkepentingan industri. Ini termasuk mekanisme dan klausa perlindungan, save guide mechanism and clauses serta sentiasa memantau perkembangan terkini atau mengadakan libat urus dengan gabungan perniagaan sebelum memeterai ART.

Kedua, menilai semula perluasan skop SST yang menyebabkan cukai melata:

cascading tax atas industri perkayuan dan berasaskan kayu. Berikutan perluasan skop SST berkuat kuasa 1 Januari 2025, Perintah Cukai Jualan 2025 telah merangkumi kayu penggergajian, penggergaji: sawn timber yang berkepala kod SS4407 dengan dikenakan kadar sebanyak lima peratus.

Datuk Yang di-Pertua, kayu bergergaji tidak pernah dikenakan cukai jualan sebelum ini sebab ia nya adalah bahan mentah untuk kegunaan barangan binaan dan perabot.

Potongan kayu merupakan pemprosesan prima, primary processing dengan izin, yang mengubah kayu balak menjadi bentuk saiz kayu yang asas untuk kegunaan proses selanjutnya. Kayu balak adalah bahan mentah. Kayu bergergaji juga sepatutnya dianggap sebagai bahan mentah sungguhpun ia telah melalui satu proses potongan yang ringkas. Kayu bergergaji tiada kelainan daripada bata merah, red brick dengan izinnya, yang juga melalui satu pemprosesan prima dengan mengubah tanah menjadi bata.

Menurut Perintah Cukai Jualan 2018, untuk barang yang dikecualikan daripada cukai, bata merah yang untuk berkepala kod SS6904 dikecualikan daripada cukai jualan. Apabila bata merah sebagai bahan mentah industri pembinaan boleh dikecualikan cukai jualan, apalah rasionalnya kayu bergergaji yang juga merupakan bahan mentah tidak boleh dikecualikan? Kayu bergergaji dikenakan lima peratus cukai jualan buat masa sekarang, bila dijual kepada pengusaha perabot, keluaran barang perabot dikenakan lagi 10 peratus cukai jualan apabila dijual ke pasaran tempatan.

draft • 12:41 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Kos kayu bergergaji dalam barangan perabot tersebut jelas kelihatan sudah dikenakan cukai jualan sebanyak dua kali di sepanjang rantaian proses dari bahan mentah sehingga ke barang siap. Cukai jualan yang ditadbir di Malaysia adalah cukai seperingkat, single stage tax yang dikenakan ke atas barang-barang siap yang dikilangkan di Malaysia. Jadi, kutipan cukai jualan atas kayu bergergaji, ianya sekali sudah melanggari prinsip dan konsep cukai seperingkat. Adalah harapan saya agar Kementerian Kewangan dapat menimbang semula cadangan saya untuk mengecualikan kayu bergergaji daripada dikenakan lima peratus cukai jualan.

draft • 12:41 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Kami mengalu-alukan peruntukan belanjawan sebanyak RM50 bilion bagi PKS yang meliputi pinjaman mudah pembiayaan mikro dan Skim Jaminan (SJPP). Amatlah penting sekali untuk mempermudahkan proses permohonan penilaian dan kelulusan demi mengurangkan kos, mempercepatkan pemulihan yang lebih cepat: faster turnaround time dan pengeluaran dana yang cepat: aster disbursement of fund dengan izin.

Saya ingin mencadang untuk menaikkan jumlah pinjaman atau pembiayaan berhubung dengan Skim Pembiayaan Mikro dikecualikan daripada duti setem lebih tinggi sehingga RM1,000 ke RM200,000 daripada RM50,000.

Keempat, saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan penuh MTLM sehingga tahun 2026. Namun, saya memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri bilakah, Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) akan dimuktamadkan?

Bagi sektor PMKS, penetapan kadar levi berasaskan jumlah pekerja asing adalah lebih sesuai berbanding dengan nisbah daripada jumlah keseluruhan pekerja dan penetapan kadar levi yang berpatutan supaya tidak terlalu membebankan PMKS. Selain itu, saya mencadangkan agar hak kebergantungan pekerja asing semasa sebanyak 15 peratus digantikan dengan siling baharu 10 peratus yang boleh dicapai melalui pengurangan secara beransur-ansur sebanyak 1 peratus setiap tahun.

Kelima, penguatkuasaan had Berat Dengan Muatan (BDM) mestilah diurus dengan baik di dalam menyeimbangkan keselamatan jalan raya dan kepentingan perniagaan. Saya berpendapat bahawa semakan segera terhadap had BDM untuk mencerminkan spesifikasi kenderaan pengangkutan berat yang direka bentuk memandangkan aspek kejuruteraan kenderaan telah bertambah baik.

Reka bentuk jalan raya dan jambatan juga harus mencerminkan realiti baru ini agar tidak menjejaskan keselamatan dan juga tidak terlalu mengehadkan kapasiti kenderaan berat

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

yang sepatutnya sehingga menjejaskan produktiviti, mengganggu rangkaian bekalan dan meningkat kos logistik serta membantu kegiatan ekonomi di pelbagai industri.

Dengan itu, saya mencadangkan langkah sementara iaitu memberi toleransi had BDM sebanyak satu tahun supaya kenderaan pengangkutan diberikan ruang masa untuk pelarasan dengan peraturan sebelum penguatkuasaan yang ketat. Juga dicadangkan garis masa setahun untuk menyemak BDM berdasarkan bukti dan data saintifik serta menaik taraf semua reka bentuk jalan dan jambatan sebelum pelaksanaan penuh penguatkuasaan.

Keenam, sehingga 31 Oktober 2025, seramai 64,618 peminjam daripada keluarga yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN berjumlah RM257.56 juta.

Angka ini bersama tunggakan yang jauh lebih besar dalam kalangan peminjam kumpulan pendapatan lain, menunjukkan cabaran kritikal terhadap kelestarian jangka panjang PTPTN. Kelestarian Tabung PTPTN bergantung kepada pembayaran balik pinjaman agar dana pusingan ini terus memanfaatkan generasi peminjam akan datang.

Oleh itu, mekanisme bayaran balik PTPTN mestilah diperkukuhkan seperti yang diwajibkan bagi semua penjawat awam. Saya mencadangkan agar skim potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman juga diwajibkan bagi penjawat swasta dengan memberi keutamaan kepada peminjam yang mempunyai pekerjaan stabil melebihi satu tahap gaji.

Ketujuh, pengecualian pelaksanaan e-Invois kepada perniagaan dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 amatlah dihargai. Namun, saya berharap kerajaan pertimbang untuk membenarkan penyertaan e-Invois secara sukarela untuk perniagaan dengan perolehan jualan tahunan sebanyak RM500,000 dan ke bawah. Ini akan memberikan lebih ruang kepada PMKS untuk menyesuaikan diri dengan sistem e-Invois, mengurangkan beban kos operasi dan memastikan peralihan yang lebih adil sebelum menjadi wajib.

Kelapan, memastikan daya tahan keselamatan makanan negara sangat penting untuk kebajikan rakyat, mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kelangsungan negara dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim. Saya menyambut baik inisiatif- inisiatif positif dalam Belanjawan 2026, antaranya, menambah jumlah pembiayaan Agrobank kepada RM1.1 bilion bagi memacu automasi, mekanisasi dan penggunaan teknologi dalam projek pertanian, selaras dengan usaha memodenkan sektor makanan negara.

Namun begitu, perbelanjaan pembangunan sektor pertanian menurun dengan mendadak sebanyak 81.3 peratus kepada RM0.6 bilion pada tahun 2026, berbanding RM2.9 bilion pada tahun 2025. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan terperinci dan apakah langkah strategik untuk mempercepatkan kemampanan keselamatan makanan sejagat.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Selain itu, berhubung penggunaan tanah, kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri diperlukan untuk membuka lebih banyak tanah kepada pertanian. Penggunaan 800 ekar tanah terbiar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023 hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan 90,578 hektar tanah terbiar di Semenanjung Malaysia. Sekali gus menunjukkan keperluan pendekatan yang lebih menyeluruh, berskala besar dan bercita-cita tinggi agar sumber tanah yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi menjamin keselamatan makanan negara.

Bagaimana yang sering kali dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini akan kepentingan keselamatan makanan, berkurangan kebergantungan terhadap import makanan serta pengadaptasian teknologi AI dalam pertanian moden, saya turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia diberi tumpuan khusus untuk dibangunkan sebagai hab halal bagi makanan dan pusat pemprosesan makanan khususnya selepas siapnya Projek ECRL kelak.

Infrastruktur pengangkutan yang lebih efisien ini berpotensi besar merangsang rantaian bekalan makanan, menarik pelaburan dan meningkatkan daya saing sektor agromakanan negara, seterusnya menyumbang kepada agenda keselamatan makanan nasional.

Akhir sekali Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas ketetapan untuk membentangkan empat rang undang-undang penting iaitu penubuhan Ombudsman, undang-undang kebebasan maklumat, kerangka pembiayaan politik yang lebih telus serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam persidangan Parlimen yang akan datang.

Ini menandakan satu anjakan penting ke arah tadbir urus yang lebih telus, berakauntabiliti dan berintegriti. Reformasi institusi amat kritikal bukan sahaja untuk memperkukuh sistem semak dan imbang malah juga untuk meningkatkan persepsi antarabangsa termasuk skop Indeks Persepsi Rasuah. Bagi komuniti perniagaan, reformasi institusi memberi isyarat positif bahawa Malaysia beriltizam membina asas tadbir urus yang stabil. Boleh dijangka akan mesra pelaburan. Diharapkan pelaksanaan dan langkah-langkah ini akan terus konsisten dan menyeluruh demi memelihara kepentingan jangka panjang negara.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan memohon agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan-cadangan saya kemukakan sebentar tadi untuk mempertingkatkan ekosistem perniagaan yang kondusif dan menyesuaikan diri dengan perubahan polisi dan tekanan persaingan.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Kesimpulannya, saya menyokong Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tan Sri Low. Dato' Salehuddin tadi ambil masa Tan Sri Low banyak sangat. Tan Sri Low kena potong masa sikit.

[Ketawa] Baik Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat bersambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua

[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Baik. Kita teruskan dengan menjemput YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli. Setengah jam ya, Datuk.

draft • 2:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Yang Arif.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Yang kita hormati Yang di-Pertua Dewan, rakan-rakan Ahli Dewan Negara.

Saya juga ingin turut bersama berbahas mengenai belanjawan ataupun bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semalam, yang bottom line-nya Yang di-Pertua, semuanya bagus-bagus. Kecuali bab banjir.

[Ketawa] Berita baiknya ialah kita kali ini membelanjakan jumlah yang terbanyak di dalam belanjawan kita berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Malah berbanding dengan tahun-tahun di bawah Kerajaan MADANI pun berlaku peningkatan-peningkatan yang telah dibentangkan. Ini merupakan suatu pencapaian yang menggambarkan suasana negara dari segi ekonominya agak baik.

Selain daripada itu, kita juga dimaklumkan bahawa kadar-kadar defisit kita, kemudian pertambahan kepada peruntukan-peruntukan yang penting-penting di bidang-bidang, sektor- sektor yang penting juga telah disebutkan.

Dan hutang kita semakin berkurang ya, walaupun tadi disebut RM1.3 trilion hutang kita dan kita pun tahu punca-punca hutang yang besar yang berlaku di kebelakangan ini, tetapi cara kita berbelanja ini berhemah, insya-Allah, maka hutang itu walaupun bertambah, tetapi jumlah pertambahannya semakin kecil, semakin kecil, dan tidak mustahil kita mempunyai pendapatan negara yang cukup baik, perbelanjaan berhemah dan kita dapat kurangkan

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

ketirisan dan kehilangan dana kita, maka kita mungkin boleh mencapai satu tahap belanjawan yang seimbang.

Jadi, kalau itu berlaku, ia nya merupakan satu fasa yang cukup bagus ya, untuk kita.

Dan yang baiknya juga Perdana Menteri mengatakan bahawa tidak ada cukai baharu dikenakan untuk tahun 2026. Ini juga satu pendekatan yang berani kerana setiap kali kita mendengar pembentangan bajet, ada cukai-cukai baharu bagi menampung keperluan dana bagi mengimbangkan belanjawan kita, tetapi, Perdana Menteri mengatakan tidak ada cukai baharu. Ertinya tidak ada pendapatan melalui cukai yang baharu.

Maka bagaimana kita ‘nak mengimbangkannya supaya pendapatan kita terus meningkat tanpa cukai baharu dan perbelanjaan dikawal ya? Maka apa yang dimaklumkan, bahawa usaha-usaha dibuat supaya tidak berlaku ketirisan dalam urusan perbelanjaan wang negara yang sedia ada ataupun kegagalan mengutip cukai.

Cukai itu ada kan? Orang patut bayar, tetapi ada cara mereka boleh mengelakkan diri daripada membayar cukai. Ini mesti dihentikan, disekat supaya mereka yang taxable, pendapatan mereka yang diboleh cukai, mesti dicukai dan tidak ada helah-helah, mungkin ada sistem-sistem tertentu dari segi trade atau perniagaan di mana penjualan dalaman dan sebagainya menyebabkan cukai itu tidak kena, tidak dikenakan. Ini mesti dihentikan, diperbetulkan semula oleh kerajaan supaya taxable income ini dapat kita tax, dapat kita kutip.

Ini mungkin dapat menambah pendapatan walaupun ‘tak ada cukai baharu.

Selain daripada itu, kita juga boleh memodenkan sistem pengutipan cukai kita ya dengan cuba mengurangkan punca-punca orang tidak membayar cukai ya. Tidak melaporkan pendapatan, contohnya ya. Ini yang dibuat e-invoicing itu ya? E-invoicing yang menimbulkan juga ketidakpuasan hati setengah-setengah pihak ya, mungkin kerana cerewetnyakah atau apa, tapi yang pentingnya, melalui e-invoicing ini, semua data-data jual beli, trading dan sebagainya dapat di-capture dan bila ‘dah data itu ada, like it or not, dengan izin, you have to pay the tax. Jadi, itu juga boleh menampung kekurangan daripada ketiadaan cukai baharu yang dikenakan oleh kerajaan ya.

Jadi, selain daripada itu juga, kerajaan harus menambah pendapatan-pendapatan bukan cukai. Ini, yang cukai itu main thing-lah ya, kalau pendapatan negara itu keseluruhannya 80 persen kut ya daripada cukai. Lagi 20 persen itu mungkin daripada macam kita kata daripada PETRONAS punya pendapatan hasil itu yang diserahkan kepada kerajaan.

Yang ini juga boleh dipertingkatkan dengan kerajaan membuat usaha-usaha pelaburan yang baik supaya mendapatkan pulangan dan kita mendapat hasil tambahan bukan cukai. Yang ini semua ada di dalam belanjawan yang detail disebut dan juga yang difahami oleh pihak-pihak yang terlibat atau yang memahami kaedah pencukaian ini.

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Jadi, dengan cara itu, kita mempunyai suatu perolehan yang cukup untuk menampung segala bentuk penambahan kepada semua program-program pembangunan kita. Baik pendidikan, disebut ya: pertanian, mendapat penambahan; dan pembangunan luar bandar.

Yang ini semua saya rasa menjadikan belanjawan ataupun bajet tahun ini sesuatu yang boleh membangunkan negara kita, mengembangkan ekonomi rakyat dan meletakkan kedudukan kewangan kita dalam keadaan yang selesa.

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Yang menjadi tumpuan saya sedikit ialah sumbangan Belanjawan kita ini kepada sektor pertanian kerana pertanian natu,rally adalah satu industri yang sangat tradisional di negara kita ini dan mempunyai potensi untuk diperluaskan.

Oleh yang demikian, kita rasa peruntukan-peruntukan yang disediakan baik untuk meningkatkan kemahiran anak-anak muda kita di dalam bidang pertanian contohnya dan menambahkan minat mereka di dalam bidang pertanian harus dipertingkatkan, digalakkan.

Tidak dengan hanya menekankan kepada konsep pertanian yang tradisional ya, yang terlalu labour-intensive yang memerlukan tenaga yang ramai, apatah lagi sebahagiannya pula menggolongkannya dalam industri-industri 3D ini yang bagi usahawan-usahawan muda ini mungkin tidak berapa menarik kerana memerlukan masa, memerlukan kudrat dan memerlukan kita bergelumang dengan benda- benda yang mungkin tidak memberikan keselesaan.

Jadi, kalau kita boleh meningkatkan industri pertanian ini dengan berbagai-bagai ilmu moden hasil daripada research yang mendalam, baik dalam negara kita, di universiti-universiti kita atau pun pusat-pusat kajian yang ada di bawah kementerian tersebut atau pun maklumat- maklumat baharu yang kita bawa daripada luar negara. Bagaimana untuk kita memodenkan pertanian kita, mengurangkan tenaga kerja dan menambahkan hasil. Itu adalah sesuatu yang menjadi idaman kepada petani-petani kita termasuk juga nelayan-nelayan kita.

Kita juga tahu bahawa kita ada pusat pertanian kekal yang mana menyediakan ruang untuk petani-petani yang baru untuk memasuki bidang ini, tetapi kalau masuk ke dalam bidang ini tanpa sesuatu persediaan yang lebih hebat daripada biasa, maka kita tidak akan dapat hasil yang luar biasa. Maka oleh yang sedemikian, kita harapkan agensi- agensi yang terlibat dengan research turut bergabung dengan kawasan-kawasan pertanian yang kekal ini supaya kita dapat menggunakan ilmu-ilmu dan teknologi-teknologi yang moden yang dikaji teliti di tempat tersebut untuk menghasilkan petani-petani moden yang boleh mencapai tahap penglibatan yang lebih bermakna...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Bukan hanya kepada mereka, membina ekonomi mereka, tetapi betul-betul menghasilkan produktiviti yang meningkatkan hasil keluaran negara...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh mencelah Datuk?

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Sila.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Bila disebut tentang persediaan anak-anak muda untuk turun di pelbagai lapangan khususnya pertanian supaya menyelesaikan isu keselamatan makanan, food security. Datuk boleh setuju ‘tak kalau saya katakan antara punca sebab anak-anak kita, pelajar-pelajar, orang-orang muda kita ini ‘tak nak turun ke lapangan sebab dia masuk ke satu medan yang dia ‘tak prepare? Punca ‘tak prepare ialah education kita lebih kepada theoretical knowledge, tetapi bukan kepada applied knowledge. Sekarang ada TVET. Apakah TVET kita juga memberi satu tumpuan yang besar ke arah melahirkan para petani yang mempunyai— yang ada applied knowledge ini yang bila turun ertinya dia sudah bersedia untuk berdepan kemungkinan untuk memungkinkan mengurangkan seminimumnya kerugian ataupun risiko. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih, terima kasih Yang berhormat Cikgu Hussin ya. Memang itulah yang kita maksudkan kerana kalau tidak, ianya menjadi suatu program yang biasa yang tidak menarik, yang tidak glamor, tidak glamourous, jadi kita harapkan dengan sokongan daripada institusi, contohnya pihak universiti, research nya turun ke bawah itu membuat sesuatu yang permanent, tempat research yang boleh terus menghasilkan capaian yang boleh digunakan, diaplikasikan [Batuk] Maaf— di tanah-tanah tersebut. Kalau Perdana Menteri, ada orang sedia air, kita tidak pula air ya...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Boleh dapatkan bantuan, sedikit air ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ertinya kalau kita boleh dapatkan satu penyediaan testing environment yang lengkap, yang terkini, bukan hanya dalam menyediakan atau melahirkan benih-benih yang lebih yang mempunyai hasil yang lebih tinggi, tetapi kaedah-kaedah pertanian yang juga lebih moden termasuklah apa juga vertical farming ke dan sebagainya dan juga peralatan-peralatan yang digunakan untuk menambah hasil keluaran, baik dalam bentuk drones ‘ke dan sebagainya.

Ini semua pastinya bagi anak-anak muda kita, ia akan menjadi lebih menarik kerana pertanian tradisional ini kalau mereka melihat generasi awal mereka, tidak ada yang boleh menarik minat mereka. Mereka menjadi pengganti kepada ibu bapa mereka dan tidak boleh meletakkan taraf mereka sebaik misalnya graduan-graduan daripada universiti, lulusan- lulusan daripada engineering, perubatan dan sebagainya. Jadi, kalau boleh memang kita minta mana- mana institusi yang terlibat dalam pendidikan ini, hal ini yang disebut oleh Cikgu

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Hussin tadi, TVET. TVET...

[Mengambil botol minuman yang dihulur] Terima kasih. Ada gaya ‘nak jadi PM ini [Ketawa] TVET merupakan salah satu perkara yang sudah menjadi nama, jenama yang kita sebut-sebut di dalam sistem pendidikan kita dan mendapat tumpuan dan peruntukan yang cukup banyak. Jadi saya berharap pihak berkuasa dapat memikirkan aspek-aspek pemodenan pertanian ini sebagai salah satu daripada content TVET yang paling penting. Dia mungkin tidak memberikan gambaran industri moden yang lebih canggih, yang mungkin menarik minat orang ramai, tetapi kalau ia nya berkenaan dengan pemodenan pertanian, ia juga boleh memberikan satu kepuasan kepada anak-anak muda kita untuk terlibat dalam industri ini.

Jadi, ia nya multi-departmental approach ya, pendidikan kita, daripada MOSTI misalnya dan sebagainya. Jadi inilah yang saya rasakan perlu dilibatkan dalam industri pertanian kita. Dan industri pertanian ini boleh kita kembangkan sebagai punca hasil kalau ia menjadi bahan-bahan eksport kita. Kita ambil contoh sebagai kepala sawit, dan hasil-hasil daripada kelapa sawit memang merupakan satu bahan eksport yang hari ini memang menggegarkan diskusi dunia. Sampaikan ada ART tadi ini, antaranya untuk memastikan eksport hasil kelapa sawit kita dapat bergerak ke Amerika Syarikat tanpa sebarang tarif.

Kita mungkin berbahas panjang tadi tentang tarif ya, kesannya, kedaulatan negara kita. Sama ada, ada escape exit clause dan sebagainya, tetapi yang lebih pentingnya kelapa sawit merupakan antara punca pendapatan negara kita. Kalau apa-apa berlaku terhadap eksport kita ke luar negara, terutamanya kepada pembeli terbesar kita, mungkin Amerika Syarikat, ianya mempunyai kesan yang sungguh besar terhadap industri. Lambakan dalam negara, kita ‘nak buat macam mana ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Kita boleh eksport ke mana-mana negara lain, China, India atau mana-mana negara yang tidak ada kelapa sawit dan harga minyak-minyak yang lain lebih mahal, tetapi pasaran di Amerika Syarikat itu cukup besar. Jadi, apabila berlaku kenaikan tarif yang mendadak pada Julai yang lalu, tentulah ianya menimbulkan kesan ke belakang yang sangat teruk kepada industri dan mungkin kehilangan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di industri tersebut.

Jadi, adalah menjadi satu kewarasan juga kalau langkah yang diambil oleh kerajaan kita untuk memastikan tarif tersebut dapat dikurangkan. Maka, apabila ART ini: Agreement on Reciprocal Trade ini berlaku, bukan sekadar tarif itu turun tapi untuk industri yang sangat- sangat kritikal bagi Malaysia. Semikonduktor, contohnya. Kita adalah pengeksport— antara pengeksport terbesar semikonduktor ke Amerika Syarikat. Kelapa sawit dan hasil-hasil

draft • 2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

pertanian yang lain. Jangan lupa, kita dalam memperjuangkan perniagaan— trade kita ini, jangan lupa ini adalah hasil negara kita yang utama dan yang penting.

Jadi, bukan sekadar tarif itu turun, berjaya kita dapat jaminan zero tariff terhadap komoditi-komoditi tersebut. Jadi, ini memberikan satu kesinambungan kepada industri. Tidak ada rasa kekhuatiran. Bila tidak ada kekhuatiran dan ada kestabilan di dalam industri tersebut, maka perancangan dapat dilakukan dengan lebih baik untuk meluaskan tanaman, untuk mencari pasaran-pasaran lain.

Jadi, saya rasa yang menjadi benda ini terlalu urgent dan penting adalah untuk memelihara pasaran kita, eksport kita, pendapatan kita. Kalau tanpa itu, saya rasa bajet kita tidak dapat dibuat seperti yang ada. Sila, Tuan Haji Hussin.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Mohon mencelah sikit, Yang Berhormat Datuk. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Hatta. Tadi kita sebut contoh, semikonduktor. Saya mohon pencerahan Yang Berhormat Datuk Dr. Hatta. Semikonduktor yang— alhamdulillah, zero tariff tapi semikonduktor ini, company-nya dari mana?

Saya dimaklumkan, katanya semikonduktor ini mostly, company-nya daripada US dan datang buat di sini menggunakan tenaga kerja di sini dan dieksport balik ke US, tapi adalah keuntungan kita kerana tenaga kerjanya yang ramai, tetapi di-zero tariff-kan kepada semikonduktor itu— produk semikonduktor, yang untungnya adalah syarikat US yang datang melabur di Malaysia dan menghantar balik pasarannya ke US. Betul ‘ke tidak dakwaan itu?

draft • 2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Bukan sekadar penyediaan pekerja ya.

Saya rasa kalau itulah yang kita khuatirkan, maka ‘tak payahlah kita jemput pelabur-pelabur asing datang melabur. Kita jemput pelabur ini untuk memajukan industri di dalam negara kita.

Kerana negara kita ada bahan-bahan mentahnya. Kalau tidak, bahan-bahan mentah kita itu begitulah ya, terbiar.

Jadi, bila ada industri tersebut, jadi bila barang-barang itu dapat dijual, maka ‘tak adalah kerugian kepada kita. Pendapatan kepada kita dan dapat kita melanjutkan industri ini berpanjangan. Sebab kalau dikenakan tarif, ertinya ‘tak dapatlah— dia akan jadi mahal di sana. Maka, orang ‘tak akan mengambil barangan daripada kita. Sebab itu berebut-berebut negara-negara yang terlibat dalam kenaikan tarif tersebut untuk berbincang, termasuk Indonesia, jiran kita, dapat menurunkan tarif. Negara-negara di Indo-China pun diberikan penilaian tersebut. Yang kita pula dapat penurunan begitu rendah untuk 1,700 barangan kita.

Saya rasa itu adalah sesuatu yang harus menjadi sebab mengapa perjanjian ini perlu ditandatangani. Apa yang kita sebut tentang kesan terhadap kedaulatan kita, tentang status bumiputera yang disebutkan tadi dalam dasar-dasar negara kita. Saya rasa dasar negara kita macam-macam seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pele Tinggom tadi. Sampai

draft • 2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

kalau betul-betul— macam-macam dasar. Dasar kita, kita mempunyai sistem kerajaan beraja, contohnya. Kalau ada negara kata, “Kami tidak mahu berdagang dengan mana-mana negara yang ada sistem beraja.” Jadi, teruklah kita.

Ataupun dasar kita mesti memperjuangkan Bahasa Kebangsaan. Maka, ada pula negara yang kata, “Kami tidak mahu berniaga dan berhubung dengan negara-negara yang mempunyai dasar bahasanya begitu.” Jadi, terpaksa kita masukkan pula clause itu ke dalam sesuatu perjanjian. Saya rasa adalah lebih baik we cross the bridge, when we come to it.

Supaya kita tidak membuat suatu unjuran yang terlalu jauh sehingga menghalang kita melakukan sesuatu yang— bagi sayalah dalam urusan ini, sangat urgent, sangat penting disegerakan.

Bila berlaku tersebut, saya yakin sebagai sebuah negara yang berdaulat, ‘tak ada orang yang boleh sesuka hati menuntut supaya dasar kita ini diubah hanya semata-mata kerana trading. Kalau begitu, China juga kemungkinan boleh meminta kita mengubah dasar kita. ‘Tak mungkin itu— dari segi gentlemen-nya lah, kita dengan hubungan luar yang cukup baik dengan negara-negara asing akan ter— begitu terdesak sampai kita terpaksa mengubah dasar kita tentang bumiputera hanya kerana hendakkan tarif kosong peratus itu tadi. Saya rasa itu semacam overkill lah dalam memberikan pandangan.

So, saya harap kita terima itu. Kita anggap itu sebagai suatu benda yang kita harus bersedia. Kita ada exit clause ‘ke, escape clause ‘ke, apa benda reasoning yang kita boleh bagi sebagai sebuah negara yang berdaulat, negara yang merdeka, tapi bagi hubungan antara dua negara, kita limit-kan kepada hubungan dua negara. Kalau Amerika berlebih- lebihan di dalam tuntutannya dan sampai menyekat kita, hilang maruah kita, orang ‘tak respect kita, kita boleh bangkit. Kita ‘tak kanlah terlalu naif untuk menerima tekanan-tekanan sebegitu sebagai sebuah negara.

Jadi, ‘tak perlulah kita terlalu berasa risau dan rigid dan cuba untuk menyelesaikannya sampai ke detail sebegitu dengan jangkaan-jangkaan yang belum tentu akan berlaku. Yang tentunya berlaku, tarif naik, itu sudah sure. Dan kita khuatir kalau tarif itu naik dan kilang itu tutup, yang akan menderita ialah anak-anak muda kita, pekerja-pekerja kita yang kita pula cari pelabur lain untuk memastikan ruang pekerjaan ini ada kepada anak-anak kita. Jadi, perkara- perkara macam ini saya rasa, seperti saya sebutkan dalam bahasa Inggerisnya, lets cross the bridge, when we come to it. Saya yakin the bridge will be there. ‘Tak akanlah satu negara macam kita ini, with 32 million populations, ‘tak ada satu wibawa untuk menentukan masa depan kita sendiri.

Dan dalam konteks lain dalam perbahasan saya ini, keluar sikit daripada isu tarif, isu yang menjadi bualan hebat, yang masih dalam pertimbangan. Ada suara-suara mengatakan

draft • 2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

bahawa kita ini terpaksa menandatangani dalam keadaan under strong pressure, under tekanan ya. Bukan tekanan, ada keperluan, keperluan ya. Announcement daripada Amerika telah dibuat. So, what do you do? Itulah negotiation yang kita masuki supaya we will get the best, Now, we are getting the best, dengan izin. Lepas daripada ini, kita tengok. Kalau ada mana-mana pihak yang cuba— pihak Amerika Syarikat yang cuba untuk menggunakan apa yang ada di dalam perjanjian itu untuk menekan kita, saya rasa kita pun banyak kawan-kawan, negara-negara perdagangan kita dengan China.

draft • 2:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

China dikatakan meluahkan kerunsingannya dan bertanya kepada Malaysia, “What is going on?” Cakap Mandarin lah ‘kut ya.

[Ketawa] Dan telah dijelaskan oleh Perdana Menteri semalam apa keadaannya, apa kedudukannya. Itulah jawapannya. Saya ‘tak bolehlah ‘nak elaborate, saya tidak ada dalam discussion tersebut, tetapi bermaksud ianya adalah di dalam penanganan kerajaan, sedang ditangani dan kita berkeyakinan. Sebagai negara yang moden, maju macam China— dia tidaklah melihat Malaysia ini sebagai ancaman apa-apakah, saya yakin. Jadi trade kita dengan China pun sungguh bagus dan China mempunyai resources yang besar juga, kita juga manfaat daripada hasil-hasil daripada mereka. Jadi, kita harap perkara ini akan terus berjaya.

Saya baru balik daripada Sabah, mengikuti pilihan raya di sana dan saya bertanya kepada rakan-rakan di Sarawak juga. Kita ‘dah bincang tadi isu banjir, isu banjir. Banjir ini isunya ialah isu berlebihan air, banjir ya. When have extra water, banjir, tapi yang lebih genting di negara kita ini ialah kekurangan air. Most of the time, lebih masanya kita kekurangan air.

Di Sabah, di Sarawak juga di Semenanjung, kita masih lagi mempunyai shortage dan bekalan yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak ada. Kalau ada, kadang-kadang bersih, kadang-kadang tidak bersih. Inilah komplikasi daripada sistem kita yang belum mencapai satu tahap kemodenan yang dapat kita banggakan.

Maka Tuan Yang di-Pertua, saya ‘nak meminta kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada kita bahawa urusan menyediakan bekalan air kepada rakyat kita ini akan berjalan dengan baik. Kita dikelilingi oleh air. The Peninsular, Sabah, Sarawak, air keliling, tapi air lautlah ya. ‘Tak munasabah kalau kita ‘nak buat program desalination, sedangkan kita pun mempunyai hujan yang— bekalan air dari udara yang begitu banyak, tetapi masih ada tempat yang tidak dapat menampung keperluan.

Di Sarawak, saya dimaklumkan grid paipnya sedang dipasang dan siap dijangka tahun 2030. Ertinya, seluruh negeri akan dapat bekalan air yang lebih sustainable, lebih continuous, tidak terhad pada waktu musim hujan sahaja, tapi bagaimana tentang tempat-tempat yang lain?

draft • 3:00 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Dimaklumkan— sikit Yang di-Pertua, Yang Arif ya. Dua, tiga minit ‘je. Bagaimana kalau kita menimbangkan bekalan air yang lebih sustainable, yang lebih berterusan melalui usaha- usaha mendapatkan bekalan air underground water, bawah tanah? Malaysia ini ada kajian- kajian telah menunjukkan bahawa bekalan air bawah tanah kita konsisten. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, air di dunia ini yang majoritinya air lautlah, 97 percent, yang tiga persen itu adalah air yang di sungai campur air bawah tanah. Dan daripada tiga persen air yang di sungai dan bawah tanah itu, majoriti, big majority nya ialah air bawah tanah. Ertinya bekalan, supply air itu majoriti di bawah tanah.

Jadi, kalau kita mempunyai satu sistem yang tentulah kalau kita buat kajian, cari jalan, sistem yang munasabah harganya, kosnya dan dapat mengesan punca air yang tepat, maka itu akan menjadikan bekalan air kita menjadi lebih lestari, sentiasa dalam bekalan yang baik.

Dan kita pun sedia maklum air bawah tanah adalah air yang lebih tinggi kualitinya berbanding dengan air-air sungai kita. Ertinya, proses untuk pembersihannya pun akan menjadi lebih mudah, lebih murah berbanding dengan sistem yang ada sedia ada.

Kajian telah dibuat. Ada usaha-usaha dan ada teknologi yang boleh mengesan dan boleh mendapatkan punca air bawah tanah ini dengan lebih murah, lebih sustainable, lebih lestari dan akan menguntungkan kita dalam jangka masa yang panjang. Ini telah di-debate.

Dalam Dewan Rakyat saya baca, banyak perdebatan mengenai perkara ini. Jadi, saya ‘nak minta for once lah ya, kerajaan melalui agensi dan kementerian yang sepatutnya memberikan penjelasan, what is the future of our water supply? Kalau dapat diberikan jaminan bahawa kita akan dapat harness air-air yang ada ini, saya berkeyakinan isu air tidak akan timbul lagi. Isu air berlebih seperti Yang Arif sebutkan tadi, mungkin berterusan. Yang ini ada cara untuk menanganinya.

Saya ada idea, tapi akan bentangkan dalam sidang yang akan datang.

[Dicelah] Sebagai Menteri katanya, pandai-pandai ‘je. Doakah itu?

[Dicelah] Insya-Allah, mudah- mudahan ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang untuk menyampaikan buah fikiran saya ini. Kalau yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang kurang itu tentulah atas kelemahan saya sendiri. Sekian, saya mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Satu kupasan yang menarik Datuk ya.

Seterusnya, saya menjemput YB Senator Tuan Azahar bin Hassan untuk membahas selama tempoh 30 minit YB.

draft • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kita ucapkan selamat datang kepada adik-adik ataupun kakak-kakak daripada High School Klang, betul eh? Terima kasih, selamat datang ke Dewan Negara. Saksikanlah Ahli-Ahli ‘panel’ berbahas.

Okey, ini tiba giliran saya untuk kita berbahas tentang Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada sayalah untuk turut serta dalam perbahasan ini. RUU ini bukan sekadar dokumen kewangan, ia adalah gambaran arah tuju negara, keutamaan kerajaan dan masa depan rakyat.

Seperti mana lazimnya, saya ingin memfokuskan kepada hari ini tiga tajuk besar saja sebab kita ada banyak sangat tajuk. Kita akan kepada sektor paling kritikal kita, bajet untuk pendidikan, bajet untuk pertahanan dan juga pengurusan banjir dan kesiapsiagaan bencana.

Ketiganya, mempunyai impak besarlah terhadap keselamatan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Bagi bajet pendidikan 2026 ini, peruntukan sebanyak RM58.2 bilion. Pendidikan adalah pelaburan paling penting bagi masa depan negara. Namun, bajet yang besar tidak semestinya membawa penyelesaian jika masalah asas masih tidak ditangani. Antara masalah besar kita yang masih lagi membekam kita ini ialah sekolah daif, sekolah yang orang kata apa, ‘tak— dia masih ada uzur, daif ini uzurlah. Masalah yang paling lama yang belum selesai sejak sekian lama.

Walaupun RM1.4 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf sekolah daif, realitinya masih banyak sekolah yang wujud sekolah daif ini macam bumbung bocor, makmal usang, tandas tidak selamat, bangunan kayu reput. Ini bukan sekadar isu infrastrukturlah, ini isu keselamatan murid dan guru. Cadangan sayalah, mungkin ada dana pemulihan sekolah daif nasional. Dana disalurkan terus ke sekolah, bukan melalui proses birokrasi yang berlapis- lapis. Tetapkan KPI nasional, sifar sekolah daif ini menjelang 2028.

Pendidikan digital, jangan biarkan jurang semakin luas. Walaupun RM1.2 bilion diperuntukkan untuk digitalisasi pendidikan, banyak sekolah-sekolah bandar tiada akses Internet yang stabil, komputer tidak mencukupi, latihan digital guru belum komprehensif.

Dalam negara sedang menuju era AI, automasi dan digital ekonomi, tapi sekolah masih berada di belakang. Cadangan kita, RM1 bilion bagi rangkaian Internet sekolah pedalaman dan latihan digital intensif wajib untuk semua guru.

Kebajikan guru. Guru masih dibebani tugas pentadbiran, laporan bertindih, sistem berulang dan kerja bukan pengajaran. Ini menjejaskan kualiti PdP dan semangat guru. Saya ‘nak sentuh sikit tentang sukan, MSSM yang dalam ini juga. Saya faham sekarang ini bila musim MSSM, semua team akan hadir ke tiap-tiap negeri yang jadi tuan rumahlah. Semua

draft • 3:06 PM

Tuan Azahar bin Hassan

negeri merungut isu bajet makanan pemain ke MSSM. Ini minta Kementerian Pendidikan tolong ambil power, bahasa orang Perlis power ataupun ambil caknalah.

draft • 3:06 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Okey, sekarang ‘ni bajet dia, RM16 saja yang diberi kepada pelajar-pelajar yang jadi atlet. Kos sekarang makin meningkat, sarapan pagi ‘je RM3, makan tengah hari RM7, makan malam RM7, supper RM3. Dia ‘dah jadi RM20. Ha, maka ini masalah yang sekian lama berlarutan. Minta tahun depan KPM naikkan sikit bajet makan untuk atlet. Kita ‘nak atlet yang sihat, tapi kita bagi makan ‘tak cukup. Ini penting untuk tubuh badan depa na.

Kemudian, lain-lain ialah isu Kejohanan MSSM ‘ni buat masa cuti. Cikgu-cikgu yang jadi jurulatih ini tidak berpeluang bercuti. Mereka menghabiskan masa cutinya di tempat- tempat kejohanan. Ini mungkin KPM boleh mengambil satu jalanlah, memastikan bahawa kebajikan guru terjaga. Ha, jadi, penting na sebab guru pun ‘nak cuti juga.

Okey, bab itu yang paling pentinglah, bab makan ‘tu na. Kemudian lain-lain hal berkaitan pendidikan ialah— tamatlah, cukup, cukup. Masa pun ‘dah banyak ‘ni, kurang.

Kita pergi kepada bajet pertahanan. Bajet pertahanan ‘ni, peruntukan untuk RM19.7 bilion. Pertahanan negara perlu di perkasa secara telus dan moden. Namun, isu ketirisan dan kelewatan perolehan terus menghantui industri pertahanan. Antaranya ialah isu-isu yang tidak selesai, aset usang dan projek tergendala.

Pesawat lama berusia 30 puluh tahun ke atas. Kapal dan bot yang kerap rosak. Projek LCS tertangguh terlalu lama dan kos penyelenggaraan meningkat setiap tahun. Jadi, kita desak supaya audit bebas projek mega pertahanan dan reformasi sistem perolehan berasaskan value for money. ATM sebagai barisan hadapan banjir. Ha, ini penting. Kita kalih sikit kepada ATM sebagai barisan hadapan banjir lah no. Setiap kali banjir, ATM menjadi penyelamat rakyat.

Namun, mereka terpaksa guna truk biasa untuk air tinggi. Guna bot lama untuk— dalam arus deras dan guna alat komunikasi yang agak lamalah. Cadangan kita wujudkan fleet khas bencana ATM, bot arus deras, truk tinggi, dron pemantauan dan alat komunikasi kecemasan moden.

Berikut juga tentang pertahanan. Lebih 300,000 veteran masih bergelut dengan rawatan kesihatan yang tidak mencukupi, kekangan kewangan, kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas bersara dan kerajaan perlu pelan jangka panjang yang jelas untuk veteran.

Kemudian kita pergi kepada pengurusan banjir dan bencana. Pengurusan banjir dan bencana, peruntukan tebatan banjir ialah RM5.4 bilion. Banjir adalah bencana tahunan.

Rakyat letih menghadapi situasi yang tidak pernah selesai. Projek tebatan banjir.

Pelaksanaannya perlahan. Masalah berulang. Kawasan yang sama banjir tiap tahun. Projek

draft • 3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

lewat dan tidak siap. Sisa saliran yang tidak dinaik taraf. Walaupun peruntukan RM5.4 bilion diluluskan, keberkesanannya belum dirasai rakyat.

Kita pergi kepada NADMA. Masih dalam koordinasi yang masih lemah. Masalah- masalah lazim yang dihadapi ialah bantuan lambat tiba, arahan bertindih, PPS tidak tersusun dan logistik tidak mencukupi. Cadangan kita ialah kita struktur semula NADMA secara total, wujudkan pasukan tindak cepat nasional. Campurlah, ATM, Bomba, NADMA sebagainya sebagai pasukan tindak cepat.

Okey, sekarang ‘nak cerita pasal banjirlah no. Banjir di Perlis ni. Kita ‘nak baca sikit rintihan-rintihan yang ada di— yang berlakulah. Saya ‘nak baca sikit rintihan berkaitan dengan selepas banjir di HTF. “Tidak ada perasaan marah melainkan rasa kasihan dan hiba, sayu melihat rakyat yang berwajah sedih dan masih kepenatan, habis bah melangut, menanti dengan penuh pasrah untuk menerima rawatan lanjutan, memenuhi temu janji SOPD, MOPD atau mendapatkan perkhidmatan farmasi di HTF.” Ini selepas banjir no.

“Ada gangguan bekalan elektrik dan mengganggu capaian kepada sistem komputer, pengurusan dan maklumat HTF. Kita lihat petugas barisan hadapan terutamanya yang beruniform putih dan hijau muda, dari serendah-rendah kepada pangkat tinggi sangat berdedikasi dan bertungkus-lumus melayani pesakit dalam keadaan gelap dan panas.” Terima kasih semua yang bertugas di HTF-lah. “Sayu saya melihat mereka melayani dan menyantuni pelanggan HTF dengan sabar sehingga toleransi mereka, empati mereka menjadikan suasana gelap dan berhaba panas kelmarin damai tanpa huru-hara.” HTF ni antara yang terbaik di Malaysia, tapi kita masih perlukan hospital baharu di Perlis no. Mungkin dalam bajet yang ke depan ni, akan ada bajet khas untuk membina sebuah hospital baharu di Perlislah. Okey. “Indera Kayangan” sudah semakin padat dengan mendesak kepada sebuah hospital yang barulah, lengkap, teratur dan kondusif untuk kami, semua rakyat, untuk pesakit dan pengiring pesakit, juga untuk parkir kenderaan.

Tanpa lupa, keperluan staf dan pegawai HTF sendiri, klinik MOPD, SOPD dan perkhidmatan transformasi adalah tunjang sesebuah hospital, yang juga key performance sebagai penyedia fasiliti. Kesian, tidak sepatutnya di tahun 2025 ini staf dan pegawai serta pesakit bergelap dan berpanas tanpa tindakan dan inisiatif oleh pihak yang sepatutnya. Tidak adakah generator? Tidak adakah sokongan genset dan pegawai bergilir-gilir. Kongsi portable handheld, berpeluh-peluh susun temu janji dan terima pesakit. Ini cerita selepas banjirlah sebab HTF pun dia memang banjir juga hari tu.

Jadi, kita ‘nak usulkanlah no, ‘nak usulkan di sini. Infrastruktur lama menyukarkan penambahan fasiliti moden contohnya ICU tambahan, rawatan kanser, pusat trauma. Buatlah fasiliti baru. Negeri lain biasanya adalah sekurangnya satu hospital pakar akademik berskala

draft • 3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

besar. Perlis bergantung pada rujukan ke Kedah dan Pulau Pinang yang melambatkan rawatan kritikal. Okey, ini maaf, kalau saya silap no, tapi banyak kita rujuk di Kedah dan juga di Pulau Pinang dan ada juga pakar yang datang di HTF ni, tapi dia, dia berkala lah no.

Trend penyakit kronik meningkat. Diabetes, darah tinggi dan buah pinggang. Populasi menua, bertambahlah keperluan geriatric, rehab dan dialisis. Okey, jadi, ini kita ‘nak cerita sikitlah. Keperluan untuk adakan sebuah hospital baharu di Perlis. Mohon dibawa ke dalam bajet tahun depan yang saya rasa ‘dah luluslah.

Kemudian, banjir lagi. Saya ‘nak baca pasai banjir ni kira sebab kita ‘dah bertungkus- lumus daripada 23 hari bulan dengan dahsyatnya dan masih lagi, masih dalam proses— orang kata apa, pasca banjir ni membersihkan rumah-rumah. Okey, Perlis sehari dua ni kembali kepada selalunya seperti biasa. Negeri ini panas dan membahang. Suhu mencecah 33 darjah Celsius dan penduduk kembali menjalani rutin harian.

Namun, minggu lalu negeri itu seperti berubah wajah apabila sebahagian besar kawasan ditenggelami air akibat banjir besar. Sejak 23 hari bulan, Perlis menangis. Padang Besar, Arau dan Bandar Kangar seperti lautan dengan rumah-rumah dinaiki air hingga ke paras pinggang dan dada. Ribuan mangsa terkesan, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Kawasan padi tenggelam, lokasi pelancongan, sekolah, hospital dan pejabat kerajaan semuanya menerima tempias. Masing-masing menghadapi kemusnahan serius.

Dalam tempoh tiga hari, bermula 23 hingga 25 November, Perlis berada di keadaan yang kritikal. Hampir keseluruhannya negeri ditenggelami air sebelum perlahan-lahan surut.

Pada pagi 23 hari bulan November, penduduk Wang Kelian dikejutkan apabila kawasan berbukit itu menjadi lokasi pertama dilanda banjir. Padang Besar dan kawasan sekitarnya tidak terkecuali, teruk terjejas. Limpahan air dari Satun, Thailand, melalui Wang Burma antara punca banjir besar di Wang Kelian. Kawasan itu juga terputus hubungan dengan tanah runtuh apabila tanah runtuh menutupi jalan utama dari view point Wang Kelian ke Kampung Wang Kelian dan ribuan mangsa dari Padang Besar dipindahkan ke PPS.

Penduduk kawasan berbukit merasa cemas dan panik apabila air datang tanpa amaran menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda. Banjir kali ini khususnya di Wang Kelian dan Kaki Bukit dianggap paling buruk dalam tempoh 40 tahun.

Rumah-rumah dinaiki air hingga paras pinggang sementara kawasan rekreasi popular seperti Gua Kelam, Timah Tasoh dan Taman Negeri turut ditenggelami air.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah hanya mampu melihat rumah mereka tenggelam satu persatu. Bagaikan dilanda tsunami kecil di daratan. Dari utara limpahan air

draft • 3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

bergerak menenggelamkan Arau dan Kangar. Meragut ribuan mangsa serta merosakkan infrastruktur kemudahan awam.

Lebih 75 peratus tanaman padi di Perlis musnah. Manakala premis perniagaan menanggung kerugian besar. Kedai-kedai dan pasar kecil di Bandar Arau dan Kangar tenggelam, meninggalkan pemiliknya dengan kerugian ribuan ringgit dan kesedihan yang mendalam. Banjir juga menjejaskan banyak sekolah. Antaranya Sekolah Tengku Budriah di Arau yang mengalami kemusnahan hampir 99 peratus apabila dinaiki air hingga paras dada.

Buku-buku, dokumen pentadbiran, komputer, kemudahan lain-lain musnah. Mengganggu proses pembelajaran selama beberapa bulan.

Meskipun tidak seteruk banjir 2010, banjir 2025 akan di kategori sebagai antara yang terburuk dalam sejarah negeri ini. Pada 2010, lebih 63,000 penduduk terkesan dengan hampir 47,000 hektar ataupun separuh negeri ditenggelami air dan kerugian dianggarkan mencecah RM200 juta.

draft • 3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Bagaimanapun selepas pembinaan Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh bermula 2012, Perlis berjaya mengelakkan banjir selama 15 tahun. LBB merupakan tebatan banjir pertama di Malaysia yang mengalirkan limpahan air dari empangan terus ke laut ke Kuala Perlis. Tanpa terusan ini, bencana 2025 mungkin jauh lebih dahsyat. Nilai kerugian akibat banjir 2025 masih belum dimaklumkan namun dijangka besar.

Selepas 15 tahun bebas banjir besar, tragedi membuktikan pentingnya kerjasama semua pihak antara kerajaan negeri, agensi kerajaan, Wakil Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan. Jadi, banyak hari itu banyak NGO yang membantulah, yang membantu Perlis, yang datang ke Perlis. Antaranya NGO: Dr. Love dan lain-lain lagilah, ramai. Dan parti politik pun bantu, Wakil Rakyat pun bantu dan sukarelawanlah. Jadi, terima kasih kepada semua yang membantu.

Kerajaan negeri segera mengaktifkan pusat kawalan operasi banjir untuk mengkoordinasi operasi, memantau proses penyelamatan, memastikan logistik, mengatur gerak pasukan dan keperluan lain. Jadi, itulah cerita pasal banjir di Perlis. Cuma kita kelmarin kita dengar PMX ‘dah umum bantuan sebanyak RM500 juta. Jadi kita harapkan bantuan- bantuan kepada mangsa banjir ini dipercepatkan sebab ramai yang terkesan.

Cuma sekarang ini kita ‘tak berapa faham mangsa banjir ini ada dua jenis. Satu, yang berpindah ke PPS yang ini dapat bantuan sepenuhnya semasa di PPS walaupun kita faham kekangan tenaga daripada jabatan kerajaan itu tapi semuanya dibantulah. Ada makan, ada selimut, ada khemah: tent itu dan mereka juga berpeluang untuk dapat RM1,000 saya

draft • 3:20 PM

Tuan Azahar bin Hassan

difahamkan, untuk Bantuan Wang Ihsan. Cuma kita ‘nak tengok ini yang ‘tak berpindah ini lebih banyak, mungkin sepuluh kali ganda yang ‘tak pindah ini atas pelbagai sebablah.

Dan saya harap semua yang terlibat dengan banjir dengan apa cara sekalipun; berpindah ‘ke, tak berpindah ‘ke, mereka juga dibantu. Sebab kalau tengok itu yang tanam padi pun ‘dah— petani-petani kita pun banyak yang rosaklah. Jadi, kita mohon bantuan yang lebih cepat. Jangan kita tunggu dua, tiga bulan lagi, mereka perlu dibantu segeralah.

Okey, kemudian lain-lain kita ‘tak ada masalah apa lagi ‘dah nak cakap. Cuma kita ‘nak bagi tahu hari ini mintak Jabatan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai yang ada sini untuk dapatkan apa yang saya ucap sini untuk jawapan yang lebih jelas, jawapan yang lebih jelas bukan jawapan yang sekadar jawapan yang kita menjadi sebahagian daripada jawapan, itu saja. Jawapannya ialah jawapan yang menepati apa yang kita timbulkan hari ini.

Jadi, untuk penutup hari ini Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini— oh, saya ada isu lagi. Isu naturalisasi. Saya ‘nak tanya sini status pemain-pemain yang ‘dah dapat Warganegara Malaysia ini, adakah mereka ini masih Warganegara Malaysia ataupun adakah mereka ada dwi-warganegara? Dan kesannya tindakan yang kita terima daripada FIFA ini sangat-sangat memalukan.

Dan apakah tindakan yang kita akan buat untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan? Memang kita perlu pentingkan kemenangan, tapi kemenangan bola sepak hari ini kalau ‘dah jadi macam ini sudah tidak ada makna lagi. Kita mohon pihak KDN- lah menjawab dari segi status warganegara yang tujuh orang ini, adakah masih lagi warganegara ataupun jadi dwi-warganegara? Dan kita tengok hari itu jawapan di Menteri pun mereka telah pun diuji dengan bahasa kita, kita haraplah selepas ini tidak akan ada lagi perkara-perkara yang demikian.

Kemudian untuk sikit permohonan daripada penyedia jentera pertanianlah, contoh jentera bajak, mesin menuai padi. Mereka mohon supaya subsidi diesel diperkenalkan untuk mereka dan boleh mengurangkan kos; kos untuk bekerja, untuk perniagaan depa ini jadikan lebih rendahlah. Sebab diesel ini sekarang ini harga agak tinggi. Mungkin bila harga tinggi, sewa akan dinaikkan dan yang akhir sekali kena ialah petani juga.

Jadi, untuk itu Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini izinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua warga perkhidmatan awam: guru, anggota keselamatan, petugas kesihatan dan pasukan bencana yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira masa dan keadaan. Merekalah wajah sebenar pengorbanan negara. Dalam meneliti RUU Perbekalan ini saya percaya kita semua berkongsi matlamat yang sama; memastikan rakyat hidup dalam negara yang selamat, sejahtera dan terjamin masa depannya. Moga

draft • 3:20 PM

Tuan Azahar bin Hassan

perbahasan ini kita hari ini membawa manfaat kepada rakyat, mengukuhkan negara dan meningkatkan lagi integriti serta keberkesanan pengurusan kewangan negara.

Dengan penuh rendah hati saya mohon agar segala keputusan Dewan ini diberikan keberkatan, dipermudahkan urusannya dan diberi hikmah oleh Allah SWT. Mudah-mudahan setiap hasil yang kita luluskan hari ini menjadi kebaikan untuk rakyat dan amanah yang tertunai di hadapan Tuhan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft • 3:20 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih, YB Senator Tuan Azahar.

Isu berkaitan dengan pemain bola naturalisasi itu satu isu yang menarik. Mungkin ada siapa yang sambut nanti.

Baik, seterusnya saya menjemput YB Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz. Silakan YB. Setengah jam ya.

draft • 3:20 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan saya dengan memetik kata- kata pujian kepada Allah oleh al-Imam Ibn Qayyim Rahimahullah, seorang ulama agung dalam kitabnya *Madarij al-Sarikin.

[Berucap dalam bahasa Arab]* Yang bermaksud, “Maha suci Allah, Tuhan yang tidak akan tenang roh manusia kecuali dengan mencintai-Nya, dan tidak damai hati kecuali dengan mengingati-Nya, dan tidak akan bersih akal kecuali dengan makrifat mengenali-Nya. Maha suci Allah Tuhan yang tidak akan dicapai kejayaan kecuali dengan taufik petunjuk-Nya, dan tidak akan berlaku sesuatu perkara kecuali dengan izin-Nya, dan tidak akan lepas bebas daripada sesuatu keburukan kecuali dengan rahmat-Nya. Maha suci Allah Tuhan yang tidak akan digapai sesuatu cita dan impian kecuali dengan pemudahan daripada-Nya, dan tidak akan diperolehi kebahagiaan hidup kecuali dengan mentaati-Nya.” Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian di dalam perbahasan bajet negara bagi tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih sebulan yang lalu dan juga semalam di Dewan kita yang mulia ini. Mari kita kembalikan segala pujian-pujian dan rasa syukur di atas nikmat kehidupan yang melimpah ruah ini kepada Allah Tuhan sekalian alam yang dengan rahmat kasih sayang-Nya lah, negara kita membekalkan dan menyediakan untuk kita rakyat Malaysia dengan keselesaan, keselamatan dan kejayaan hidup kita hari ini.

Mari kita— maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga negara ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab agar segala limpah rahmat daripada-Nya itu

draft • 3:26 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

dirangkumi dan disertai dengan restu dan keredhaan daripada-Nya jua. Apa guna nikmat dan rezeki yang banyak jika di hadapan-Nya adalah kemurkaan dan balasan buruk daripada-Nya akibat kesalahan dan kejahatan yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri.

draft • 3:26 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

yang pertama, syukur dengan hati— iaitu dengan mengiktiraf bahawa ia adalah daripada Allah dan mentauhidkan-Nya; yang kedua adalah syukur dengan lisan— menggunakan lidah untuk mengucapkan kata-kata tasbih memuji Allah SWT; dan yang ketiga adalah— syukur dengan amal perbuatan, dengan anggota tubuh. Dan inilah yang paling sukar untuk dilaksanakan.

draft • 3:26 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

Syukur dengan anggota tubuh ialah tidak menjadikan nikmat tersebut alat senjata untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT. Dan bagi kita di Dewan yang mulia ini, di Dewan pemerintahan yang mulia ini adalah jelas bahawa menjaga peruntukan ataupun harta negara adalah terlalu sukar untuk dijaga amanahnya. Marilah kita sama-sama bertekad untuk menjaga rezeki yang Allah Taala kurniakan kepada kita ini dengan baik dan saling kita bertanggungjawab.

Kerajaan melalui Belanjawan 2020 telah memperuntukkan sebanyak RM470 bilion bagi menyokong pembangunan negara dengan pelbagai program dan projek yang akan merangsang ekonomi dan dari pelbagai aspek kehidupan rakyat. Sudah pasti kejayaan dan hasil yang akan dicapai nanti adalah bergantung kepada sifat-sifat mulia di dalam diri yang akan menjamin betul dan benarnya tingkah laku dan tindakan manusia di dalam menguruskan sumber rezeki yang diamanahkan kepada mereka.

Saya ingin memulakan dengan isu modal insan yang menjadi asas dan tunggak yang akan menjamin kejayaan negara kita. Kerajaan MADANI sering kali melaungkan tekad untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh golongan atas yang berkuasa dan bersekongkol dengan orang-orang kaya untuk membolot kekayaan negara dengan cara yang haram dan tercela.

Walaupun kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah tampak berlaku dan terlihat melalui tindakan-tindakan berani dan tegas oleh SPRM ke atas penjenayah rasuah, tetapi rakyat masih lagi tidak melihatnya sebagai bibit-bibit kejayaan yang wajar dipuji. Saya tidaklah ingin menoktahkan hukuman ke atas usaha-usaha kerajaan ini sebagai gagal atau tidak berjaya, tetapi kerajaan haruslah lebih bersedia untuk bertindak berani di dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa ini.

Tuan Yang di-Pertua, memerangi rasuah bukanlah mudah. Ia adalah lebih payah daripada memerangi dadah yang sememangnya sukar. Mengapa saya berkata begitu, bahawa memerangi rasuah ini adalah lebih sukar? Ia kerana memerangi dadah adalah

draft • 3:30 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

memerangi kartel dadah yang jauh dan asing daripada kita. Sedangkan memerangi rasuah, ia hakikatnya adalah memerangi diri kita sendiri, memerangi kelompok kita sendiri yang memegang kuasa dan kekayaan.

Rasuah adalah bayangan nafsu rakus, tamak, sombong dan lupa diri di dalam diri setiap kita yang memegang kuasa, tetapi memiliki jiwa yang kotor dan lemah untuk memburu kemuliaan dan ketinggian akhlak dan nurani. Justeru, adalah penting bagi kerajaan pada ketika membina tekad memerangi rasuah untuk melihatnya secara holistik dan ke dalam diri sendiri sebagaimana tindakan-tindakan fizikal yang berani oleh SPRM dan pihak berkuasa yang lain.

Saya ingin mengusulkan tiga cadangan utama agar kerajaan terus memperkasa upaya SPRM untuk terus memikul tanggungjawab dengan lebih berkesan seterusnya menjadi sebuah badan kerajaan yang dipercayai dan disegani oleh rakyat. Pertama, peruntukan yang lebih besar untuk SPRM di dalam menjayakan program bina insan dalaman agar warga SPRM benar-benar berkualiti inti rohaninya, bersih akal budinya dan kuat perkasa dirinya di dalam menjalankan tugas yang mencabar ini.

SPRM juga wajar diberi peruntukan lebih besar agar dapat melebarkan lagi jaringan pendidikan dan kempen antirasuah untuk masyarakat awam. Saya dimaklumkan antara kekangan utama SPRM adalah dana yang tidak banyak untuk turun melaksanakan tugas yang menjurus kepada pembinaan modal insan ini ke dalam masyarakat terutamanya di peringkat sekolah dan juga pusat-pusat pengajian tinggi.

Kedua, kerajaan hendaklah tidak berlengah di dalam pengisian kekosongan perjawatan SPRM bagi menjamin kelangsungan penunaian fungsi SPRM yang semakin banyak dan lebih strategik. Kita difahamkan bahawa kekosongan itu menempati 16 peratus daripada jumlah waran perjawatan sebanyak 3,654 orang.

Ketiga, kerajaan hendaklah mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah (SPPR) bagi memberi autonomi penuh di dalam pengurusan sumber manusia, perancangan kerja dan pengurusan bajet. Ini adalah langkah ke hadapan yang amat penting bagi menjamin kebebasan sebenar institusi yang paling kritikal di dalam mengawal tatakelola dan integriti di tahap tertinggi negara di samping ia akan membantu meningkatkan tahap akauntabiliti serta profesionalisme pegawai sejajar dengan piawaian antarabangsa.

Saya difahamkan sudah banyak negara-negara umat Islam yang bergerak ke arah ini termasuklah negara-negara Arab Teluk yang turut berhadapan isu-isu berkaitan rasuah, korupsi dan salah guna kuasa. Negara jiran kita Indonesia juga telah bergerak laju memajukan badan antirasuah mereka iaitu Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Republik Indonesia.

draft • 3:30 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

Negara kita mestilah lebih terkehadapan sejajar dengan gah nama negara kita di mata dunia hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan pentingnya kerajaan mengimbangi perbelanjaan bajet negara kita di antara pembangunan fizikal dan rohani. Pembangunan rohani akan menjamin kemanfaatan dan kelestarian pembangunan fizikal. Jalan raya yang baik akan menjadi medan kecelakaan jika diisi oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Kebebasan yang luas akan menjadi alat berlakunya jenayah dan kefasadan oleh anasir yang rosak akhlak dan jiwanya.

Bangunan-bangunan yang tinggi mencakar langit akan diisi oleh pembolot harta kekayaan negara hasil rompakan, curi, tipu dan segala macam jenayah kewangan akibat jiwa yang tidak dibina dengan baik. Mari kita mengakui dan menginsafi bahawa negara kita sedang mengalami barah sosial yang semakin tidak terkawal dan memerlukan pengubatan dan penawar yang hakiki iaitu kembali kepada pendidikan fitrah yang mengangkat darjat kemuliaan diri dengan sifat-sifat insani yang tinggi.

Gejala buli di sekolah sama ada di sekolah, di peringkat bawah dan tinggi adalah siren amaran bahawa sistem pendidikan memerlukan pembedahan bagi mengenal pasti kelemahannya. Buli adalah gejala perlecehan terhadap kemuliaan sahsiah insan. Anak-anak kita gagal memahami kehormatan setiap diri insan. Mereka memilih kemuliaan diri dengan menghina dan menzalimi orang lain, mereka gagal memahami peri pentingnya persaudaraan, kerjasama, tolak ansur dan kasih sayang sesama sendiri. Gagal mereka adalah tanda gagalnya kita di dalam mendidik anak bangsa.

Secara khususnya, saya mencadangkan kerajaan agar lebih menumpu kepada usaha memperkasa upaya para guru agar mereka lebih bersedia untuk menjadi pendidik yang hakiki, bukan sekadar guru yang mengajar mata pelajaran. Isu guru bukan hanya isu penempatan, gaji dan kesibukan masa mereka, bahkan lebih utama adalah kemampuan mereka untuk mendidik anak bangsa pada tahap terbaik. Mereka perlu diberi segala kekuatan ke arah itu.

Saya juga mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan rotan dikembalikan ke tangan para guru, tetapi ia hendaklah bersekali dengan pembinaan tangan- tangan guru yang bersifat mendidik dan membina kasih sayang di jiwa para murid dan pelajar kita.

Kerajaan haruslah memperuntukkan belanja yang sewajarnya untuk program latihan- latihan yang bersifat kerohanian dan agama. Nantinya kebaikan yang ada pada guru yang mendidik akan mengalir ke dalam jiwa murid dan membentuk sahsiah dan peribadi mereka yang mulia. Saya menyebut ini adalah tanpa menafikan peranan yang lebih besar oleh para ibu bapa di rumah di dalam pembinaan peribadi anak-anak mereka, tetapi isu kita di sini

draft • 3:30 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

adalah berkaitan— adalah anak-anak kita yang terdedah dengan kehidupan yang lebih terbuka di sekolah.

draft • 3:30 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

Di sekolah lah akhlak terbina dan subur. Isu buli tumbuh segar di sekolah. Ia mesti diselesaikan dengan arah tuju pendidikan yang benar dan betul. Bukan hanya penguatkuasaan dan hukuman melalui akta dan undang-undang sahaja.

Dato' Tuan Yang di-Pertua, negara kita dikejutkan dengan isu gejala sosial yang besar dan tragik yang melibatkan orang tua. Ia isu yang pastinya lebih bahaya kerana orang tua adalah contoh dan ikutan kepada generasi muda. Apa yang kita harapkan adalah contoh yang baik dari orang-orang tua, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita dikejutkan dengan tangkapan beramai-ramai ke atas lebih kurang 200 orang yang terlibat dengan aktiviti songsang di sebuah premis dan pusat spa dan kesihatan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya ingin menyentuh dua perkara utama. Pertama, aktiviti songsang atau gay ini adalah aktiviti maksiat yang besar dan dilaknat oleh Allah SWT. Di dalam al-Quran, kisah Nabi Lut ini— Nabi Lut AS. Kisah dia dengan Baginda dengan kaumnya, disebut dalam 10 surah al-Quran, menandakan ingatan yang berulang-ulang oleh Allah SWT.

Dan di antara sabda Rasulullah SAW.

[Membaca sepotong hadis] “Sesungguhnya perkara yang paling aku takut ke atas umat aku adalah kembalinya amalan kaum Lut.” Seorang ulama besar, seorang muhadis daripada Arab Saudi, Al-Syaikh Abdul Aziz Al-Tarifi, dia sekarang dalam penjara kerana terlalu berani. Dia menyebut bahawa kalaulah Allah Taala mentakdirkan turunnya seorang nabi hari ini, maka inilah zamannya. Kerana zaman ini adalah zaman di mana maksiat ini diberikan kekuasaan undang-undang, dijaga melalui undang- undang sebagaimana amalan kaum Lut hari itu.

Saya bacakan satu ayat al-Quran.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Nabi Lut menyeru kaum dia, mengajak kaum dia, lalu berkata*, “Kamu, wahai kaum-ku sedang melakukan satu kejahatan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia sebelum ini.

Kamulah perintisnya, mengamalkan amalan gay, homoseks. Adakah kamu mendatangi lelaki, meninggalkan perempuan dan kamu merompak di perjalanan?”* Dan yang saya ‘nak sentuh ialah, “Dan kamu bawakan amalan buruk ini di dalam kelab-kelab terbuka kamu.” Lalu kaum dia menjawab, “Wahai Lut, datangkan kepada kami azab Allah, jikalau benar-benar kamu adalah orang-orang yang benar.” Pertama Dato' Yang di-Pertua, amalan ini berlaku senyap-senyap kerana dia perkara mungkar. Perkara mungkar adalah perkara yang ditolak oleh naluri manusia. Ditolak oleh masyarakat. Itu maksud mungkar. Maaruf adalah perkara yang dikenali dan diterima oleh masyarakat. Sebab itulah perkataan amar makruf, nahi mungkar. Benda yang dikenali,

draft • 3:40 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

diterima, kita suruh. Benda yang mungkar, ditolak oleh masyarakat, kita larang, tetapi benda yang mungkar ini bermula senyap-senyap, secara peribadi, tetapi ia memuncak apabila dia di bawa keluar, dilakukan secara beramai-ramai. Ketika itu murka Allah datang.

Dan amalan kaum Lut ini berlaku di mana-mana, tetapi ia dilakukan secara senyap di tempat masing-masing, tetapi apa yang berlaku dalam negara kita ini dan ia telah berlaku dalam beberapa bulan lepas, berlaku tangkapan di negeri Kelantan. Isu yang sama. Sehingga pihak polis dimarahi kerana serbu ‘tak kena tempat, tetapi saya mempertahankan tindakan polis tersebut, sebagaimana tindakan polis hari ini. Kerana apa? Kerana amalan itu telah berlaku secara terbuka dan mengundang secara langsung, murka Allah Taala ke atas negara dan bangsa.

Jadi, saya berseru supaya amalan ini, perbuatan buruk ini segera disekat sebelum kemurkaan Allah Taala yang lebih besar berlaku ke atas kita. Allah Taala melipat songsang fitrah kita yang digambarkan melalui Allah Taala melipat bumi ini, terbalikkan. Dia terbalikkan bumi kaum Lut itu kerana mereka melakukan amalan terbalik, amalan songsang.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, walaupun tangkapan telah dibuat, dilakukan oleh pihak polis, tetapi isu kita adalah undang-undang dan akta sedia ada gagal mensabitkan kesalahan ke atas mereka kerana unsur jenayah tidak wujud berdasarkan tafsiran dan peruntukan semasa undang-undang yang ada dalam negara kita. Jelas di sini, akta dan undang-undang yang sedia ada tidak digubal berdasarkan hukum syarak.

Justeru, ia mesti digubal segera dan ditambah baik agar menepati hukum syariah yang mengenakan hukuman keras ke atas maksiat songsang yang boleh menjalar dengan mudah jika dibiarkan bebas tanpa sekatan dengan kuasa dan hukuman-hukuman yang keras. Perlu ada akta baharu yang mencegah kewujudan premis yang mempromosi dan menjalankan aktiviti songsang terbuka atau tertutup. Ia adalah nahi mungkar, kelab-kelab yang terbuka mungkar, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran tadi. Akta baharu juga hendaklah menjenayahkan sesiapa sahaja yang memasuki premis songsang tersebut, walaupun mereka tidak ditangkap semasa melakukan maksiat buruk itu berlaku secara langsung di hadapan kita— di hadapan pihak polis.

Saya juga menuntut JAKIM dan Majlis Fatwa bertindak segera dengan cadangan standard moral dan akhlak negara yang diikat dengan undang-undang yang jelas. Kita perlukan perang dan jihad moral yang jelas ke atas nilai-nilai buruk dan songsang barat yang bergerak bebas kempennya, terutama ke atas negara-negara umat Islam. Jangan memandang mudah kepada suatu mungkar yang jelas kefasadan-nya ke atas bangsa dan negara sebagaimana yang telah disebut di dalam wahyu Allah Taala di dalam al-Quran.

draft • 3:40 PM

Syukur itu, Dato’ Yang di-Pertua, kata ulama ada tiga

Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan pembangunan di negeri Kelantan. Saya ‘tak tahu masa sampai setengah jam. Saya tulis ini, harap...

draft • 3:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

‘Tak apa, Boleh teruskan.

draft • 3:40 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Walaupun banyak isu, tapi saya cuba ringkaskan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Ada 10 minit lagi, YB.

draft • 3:40 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Ya. Termasuk isu bola tadi saya ‘nak sentuh, tapi telah disentuh oleh Perlis. Jadi, saya menyokong apa yang beliau sebut. Ia adalah— saya minat bola. Minat Liverpool...

draft • 3:40 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

[Ketawa]

draft • 3:40 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Tetapi saya agak kecewa dan rasa terpalit dengan malu yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam negara kita.

Kemenangan palsu. Kita bersorak seluruh Malaysia ‘dah melihat kemenangan, tetapi rupanya itu adalah sorakan yang palsu. Amat memalukan.

Saya ingin bangkitkan isu pembangunan negeri Kelantan. Yang pertama, saya ingin bertanya mengenai status terkini Projek Pembangunan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) yang akan menyempurnakan LPT sedia ada yang kini terhenti di negeri Terengganu. Saya harap kita tidak perlu terlalu lama menunggu kerana Lebuhraya Pantai Timur ini akan kurang dan cacat kebaikan dan manfaatnya, jika ia dibina separuh jalan. Rakyat Kelantan kurang menjadikan LPT ini sebagai laluan alternatif kerana kekurangan tersebut. Ia juga masih gagal menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi untuk negeri Kelantan. Sedangkan ia adalah agenda dan matlamat utama pembinaan Lebuhraya Pantai Timur tersebut. Jadi, harapan saya agar berita baik daripada pembentangan bajet negara pada kali ini dapat berlaku.

Kedua, saya menggesa kerajaan menjelaskan peruntukan dan ketelusan jadual kerja untuk memastikan penyiapan Lebuhraya KBKK: Kota Bharu-Kuala Krai dan LTU: Lingkaran Tengah Utama pada tarikh akhirnya iaitu sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 nanti.

draft • 3:40 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Projek-projek ini telah disenaraikan sebagai projek berimpak tinggi di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM10.96 bilion. Jadi, saya menuntut jaminan peruntukan yang mencukupi untuk baki kerja terutamanya Pakej 2B KBKK yang pernah dikategorikan sebagai projek sakit.

Adalah amat penting untuk melihat SUKMA 2028 yang julung kali akan diadakan di Kelantan nanti dapat berlangsung tanpa sebarang kecacatan terutama berkaitan isu jalan

draft • 3:50 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

raya dan juga pengangkutan. Begitu juga saya memohon agar peruntukan diberi keutamaan untuk jalan-jalan susur dan akses keluar masuk ke Kompleks Sukan Bukit Merbau yang sedang giat dibina menjelang SUKMA 2028. Ini adalah selari dengan Titah Tuanku Al-Sultan Kelantan yang mahu melihat kejayaan SUKMA 2028 nanti.

Ketiga, saya juga berharap kerajaan memberi keutamaan kepada negeri Kelantan agar tidak tercicir daripada inisiatif pembangunan ekonomi utama Persekutuan. Bajet 2026 memperuntukkan sebanyak RM2.62 bilion bagi subsidi padi dan peruntukan Agrobank untuk mekanisasi pertanian. Kelantan memerlukan peruntukan yang agak besar bagi program naik taraf sistem pengairan dan pemulihan sawah terbiar. Jika Kelantan berjaya di dalam merealisasikan potensinya menjadi jelapang Pantai Timur, sudah pasti ia turut membantu negara di dalam menjamin keselamatan dan sekuriti makanan negara.

Saya juga memohon penjelasan pihak kerajaan secara spesifik mengenai jumlah peruntukan yang diperuntukkan di dalam Bajet 2026 ini untuk mempercepatkan pembinaan Empangan Lebir kerana ia telah lama dikenal pasti sebagai keperluan mendesak untuk mengatasi isu banjir yang berlaku setiap tahun di negeri Kelantan, apatah sekarang ini yang boleh berlaku bila-bila masa— teruk berlaku sebagaimana berlaku pada negara kita tahun ini.

Dan akhir sekali, saya memohon penjelasan mengenai projek naik taraf jalan berkembar empat lorong di Rantau Panjang dan juga projek naik taraf landasan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang. Projek ini amat perlu untuk mewujudkan ekonomi sempadan bernilai tinggi dan bukan hanya naik taraf infrastruktur sahaja. Selaras— ini selaras dengan Titah Al-Sultan yang mahu diwujudkan pembangunan seimbang.

Bandar Rantau Panjang yang dahulunya amat terkenal dengan kemajuan ekonomi dan sebagai tumpuan destinasi pelancongan, diharapkan mendapat sentuhan terbaik daripada pihak kerajaan agar ia nya kembali maju, ceria dan mencetus fenomena pintu sempadan negara yang meriah, aman dan berwibawa. Dato’ Yang di-Pertua sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz. Memang tepat waktu ya YB, kita ada dua minit lagi sebenarnya.

Yang seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Senator Datuk Anna Belle @ Suzieana untuk setengah jam. Silakan YB.

draft • 3:50 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,* salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya.

Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang sangat komprehensif, inklusif dan memperlihatkan satu era baharu ke arah penyusunan struktur pembangunan negara dengan tumpuan yang lebih adil kepada semua negeri termasuklah Sabah yang amat dekat di hati saya dan di hati jutaan rakyat yang sabar menunggu perubahan yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

Alhamdulillah, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah kali kedua pada 30 November 2025 baru-baru ini.

Semoga di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, terus membawa Sabah lebih makmur, stabil dan sejahtera dalam merealisasikan impian dan harapan rakyat Sabah melalui hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang lebih inklusif dan holistik.

Dato’ Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang penuh mulia ini, saya bangun untuk menyatakan sokongan penuh terhadap RUU ini, tetapi jauh lebih penting lagi untuk membawa suara rakyat Sabah keseluruhan yang telah lama membina harapan dan impian yang menjadi denyut nadi kehidupan, ekonomi dan keselamatan yang perlu seiring dalam wacana pembangunan nasional. Justeru, Belanjawan 2026 ini bukan sekadar dokumen fiskal atau satu helaian angka, tetapi ia adalah satu pengakuan jujur bahawa wujud ketidakseimbangan struktural dalam pembangunan negara dan kini sudah tiba masanya untuk kita memperbetulkan jurang tersebut.

Sabah terlalu lama menanti peruntukan berskala besar sebegini. Selama bertahun- tahun rakyat Sabah hidup dengan realiti yang mungkin tidak dirasai oleh rakyat di negeri- negeri lain. Bagi rakyat Sabah, isu-isu pembangunan ini bukan sekadar perbincangan dasar, tetapi ia adalah soal maruah, soal keadilan, soal masa depan anak dan cucu kami. Ekoran daripada itu, saya menyambut Belanjawan 2026 dengan penuh rasa syukur kerana akhirnya Sabah menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM17.5 bilion yang merangkumi dana pembangunan sebanyak RM6.9 bilion. Angka yang bukan sahaja tertinggi dalam sejarah negeri, tetapi juga membawa harapan dan yang paling penting, membawa keyakinan bahawa negara ini tidak akan membiarkan mana-mana di wilayahnya ketinggalan di belakang.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengupas inti pati peruntukan ini, saya ingin membuka bicara dengan mengingatkan Ahli Dewan mengenai apa yang dianggap isu tiga

draft • 3:53 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

serangkai di Sabah iaitu elektrik, air dan jalan raya. Inilah tiga duri yang menyusuk hati rakyat sejak beberapa dekad lamanya. Tidak ada satu keluarga pun di Sabah ini tidak pernah merasai terkesan dengan salah satu atau ketiga-tiga isu ini. Lebih menyayat hati, tiga isu serangkai ini bukanlah isu baharu. Menurut cacatan sejarah pembangunan infrastruktur Sabah, masalah bekalan elektrik yang tidak stabil telah direkodkan sejak tahun 1980-an apabila permintaan tenaga meningkat, tetapi kapasiti penjanaan tidak bertambah secara sekata.

Laporan teknikal mengatakan bahawa sejak tahun 1990-an, grid elektrik Sabah beroperasi dalam keadaan islanding system tanpa rangkaian grid alternatif seperti di Semenanjung. Ini menyebabkan Sabah tidak mempunyai sebarang talian sokongan daripada negeri-negeri lain sekiranya berlaku kegagalan penjanaan. Akibatnya, setiap kali berlaku masalah di Stesen Janakuasa Tenom Pangi atau Kudat, seluruh Pantai Timur Sabah akan terganggu. Pada tahun 2016 misalnya, rekod menunjukkan bahawa pengguna di Daerah Sandakan mengalami purata gangguan sehingga 350 minit setahun, jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan yang hanya sekitar 50 minit sahaja. Ini angka fakta, bukan retorik.

Dato’ Yang di-Pertua, jika elektrik masalahnya ialah bekalan tidak stabil, isu air pula ialah kehilangan air dalam paip yang lama dan usang sehingga Sabah mencatat kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 57 peratus, angka yang dianggap antara tertinggi di Asia Tenggara. Apabila lebih separuh air yang dirawat bocor sebelum sampai ke rumah rakyat, ia bukan masalah teknikal. Ini adalah masalah struktural yang memerlukan penstrukturan semula sistem perparitan, loji rawatan serta takbir urus.

draft • 3:53 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Sebagai perbandingan: NRW Sarawak ialah 25 peratus, manakala NRW Semenanjung ialah sekitar 33 peratus. Ini bermakna, Sabah kehilangan air bersih lebih dua kali ganda daripada negeri jiran. Sejarah menunjukkan bahawa masalah NRW ini bermula sejak tahun 1990-an apabila banyak sistem paip yang digunakan merupakan paip asbestos yang sudah lapuk dan tidak diganti dan sejak itu ketirisan terus meningkat saban tahun.

Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan RM1 bilion yang disalurkan untuk membantu menyelesaikan isu air di Sabah adalah merupakan peruntukan paling besar dalam sejarah sektor air negeri. Dana ini membolehkan penggantian paip sepanjang lebih kurang 400 kilometer di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Sandakan dan Tawau.

Sesungguhnya, penggantian paip usang ini penting kerana 60 peratus paip Sabah berusia lebih 30 tahun dan inilah punca kebocoran tanpa henti. Selain itu, peruntukan ini juga digunakan untuk tujuan Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa Dua; peluasan Loji Rawatan Air

draft • 4:00 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Kogopon II; Empangan Cinta Mata, Tawau; dan beberapa sistem rawatan mini di kawasan luar bandar.

Kesemua naik taraf ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih sehingga 150 juta liter sehari. Dengan kata lain, ia boleh, mampu menampung pertambahan populasi Sabah sehingga tahun 2030.

Dato’ Yang di-Pertua, jalan raya Sabah pula mencatatkan jumlah paling panjang dalam kategori jalan tidak berturap di Malaysia. Laporan Jabatan Kerja Raya menyatakan bahawa sehingga tahun 2023 terdapat lebih 2,300 kilometer jalan tidak berturap di Sabah termasuklah jalan-jalan utama yang menghubungkan kampung ke pekan. Apabila menyentuh mengenai Pan Borneo, maka sudah semestinya meletakkan harapan tinggi setinggi Gunung Kinabalu kerana sejak ia diumumkan pada tahun 2015, yang mana pelaksanaan Pan Borneo di Sabah sering kali mengalami kelewatan ketara kerana pertukaran model pelaksanaan dan kelemahan pengurusan kontrak pada peringkat awal.

Inilah sejarah yang mesti kita ingat supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, pada kali ini Pan Borneo pula diberi nafas baru oleh Kerajaan Persekutuan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion. Pan Borneo adalah lebih besar daripada sekadar projek pembinaan, ia adalah simbol maruah rakyat Sabah. Setiap kali rakyat melihat papan tanda Pan Borneo, mereka bukan sahaja melihat jalan raya, tetapi mereka melihat masa hadapan, peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan harapan bahawa Sabah juga akhirnya memiliki lebuh raya setara dengan negeri lain.

Projek fasa ini akan melibatkan penyambungan semula pakej tertangguh termasuk Beaufort-Sindumin, Papar-Kinarut dan Lahad Datu-Sandakan serta pembinaan laluan baharu di beberapa seksyen kritikal.

Dato’ Yang di-Pertua, selain itu, peruntukan RM765 juta bagi projek Southern Link Elektrik merupakan perubahan paradigma dalam sejarah tenaga Sabah. Southern Link adalah projek yang akan menghubungkan grid barat dan timur Sabah melalui...

[Tidak jelas] Berkapasiti tinggi membolehkan tenaga dihantar dengan stabil tanpa bergantung kepada penjanaan setempat semata-mata. Ini bukan sahaja meningkatkan redundancy, tetapi menurunkan risiko total blackout di Pantai Timur dan memberikan ruang kepada pembangunan industri.

Malah, menurut analisis Suruhanjaya Tenaga, Southern Link akan menurunkan purata gangguan tahunan di pantai timur sehingga 60 peratus apabila siap sepenuhnya pada tahun 2028. Ini angka yang amat besar dan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah.

Alhamdulillah, di atas landasan kepercayaan membina kemakmuran bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat

draft • 4:00 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam Belanjawan 2026 akhirnya membawa perubahan struktur yang sangat diperlukan.

Dato’ Yang di-Pertua, apabila kita melihat peruntukan-peruntukan ini, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan benar-benar ingin mengembalikan nilai yang sepatutnya kepada Sabah. Apabila kita melihat pemberian khas MA63 turut dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM600 juta, satu peningkatan 100 peratus yang sangat signifikan. Maka, dengan ini adalah diharap komitmen yang berterusan agar segala obligasi Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi selain menambah baik pemberian khas Sabah sesuai dengan keperluan, perkhidmatan Kerajaan Sabah dan kemampuan fiskal Kerajaan Persekutuan. Inilah tekad Kerajaan MADANI yang dijanjikan demi pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah.

Dato’ Yang di-Pertua, apabila kita menyentuh isu kesihatan di negeri Sabah, saya ingin membawa perhatian kerajaan terhadap isu yang meruncing di negeri Sabah khususnya di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas yang sering kali menghadapi keadaan kekurangan wad sehingga para pesakit termasuk wanita hamil berisiko tinggi dan kanak-kanak terpaksa diletakkan di koridor wad pada waktu puncak kerana ketiadaan katil mencukupi.

Situasi sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang sudah lama mencapai tahap pendapatan pertengahan tinggi dan ia menggambarkan betapa gentingnya keperluan menaik taraf infrastruktur kesihatan di Sabah. Statistik jabatan kesihatan menunjukkan bahawa kadar penggunaan katil hospital di beberapa hospital utama Sabah termasuk Likas, Queen Elizabeth I dan Queen Elizabeth II sering melebihi 90 peratus pada waktu puncak.

Sedangkan piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh WHO ialah sekitar 70 hingga 75 peratus bagi memastikan keupayaan pengurusan kecemasan tidak terjejas.

Masalah ini semakin merunsingkan apabila pertumbuhan populasi Sabah yang meningkat lebih cepat daripada kapasiti fasiliti kesihatan terutamanya di kawasan yang pesat membangun seperti di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Atas komitmen dan keprihatinan meskipun kesihatan ini bukan berada di bawah bidang kuasa negeri, saya amat bersyukur dan ingin merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kerana melalui inisiatif kerajaan negeri sebanyak 100 unit mesin hemodialisis telah disumbangkan kepada hospital dan klinik kerajaan seluruh Sabah yang melibatkan kos RM8.5 juta iaitu satu jumlah yang besar jika dilihat dari kemampuan kewangan negeri.

Langkah proaktif ini bukan sahaja menyokong keupayaan rawatan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat di Sabah, tetapi ia juga bukti bahawa kerajaan negeri benar-benar memandang serius kebajikan rakyatnya meskipun kesihatan berada di bawah

draft • 4:00 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Kerajaan Persekutuan. Justeru, saya amat berharap sebahagian besar daripada peruntukan kesihatan nasional yang berjumlah RM46.5 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dapat disalurkan dengan lebih signifikan ke Sabah, bukan sekadar bagi menambah katil atau menggantikan mesin, tetapi untuk menaik taraf hospital sedia ada. Membina blok baharu di hospital-hospital besar, melengkapkan klinik luar bandar yang serba kekurangan, memperkukuhkan logistik kecemasan serta memastikan rakyat Sabah menerima layanan kesihatan yang setara dengan negeri lain tanpa perlu menunggu beban kekurangan sumber yang berpanjangan.

Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh isu pendidikan. Peruntukan RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan adalah satu angka besar.

draft • 4:00 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

Namun apa yang lebih penting ialah, bagaimanakah angka ini diterjemahkan kepada sekolah-sekolah daif di Sabah. Sabah mempunyai lebih kurang 400 sekolah daif termasuk sekolah kayu yang masih berdiri sejak tahun 1960-an lagi. Ada sekolah yang bumbungnya bocor, tandasnya rosak, bilik darjahnya berlantaikan kayu reput. Pelajar di Pitas, Tongod, Beluran, Kunak, Lahad Datu dan beberapa daerah lain masih belajar dalam keadaan yang tidak sepatutnya wujud dalam negara merdeka lebih 60 tahun ini.

Maka saya dengan ini ingin mengetahui apakah projek pemulihan khusus untuk sekolah di Sabah? Berapakah sekolah yang akan menerima projek naik taraf pada tahun 2026? Apakah perkembangan projek sejah tahun 2025 dan sejauh manakah sekolah pedalaman turut mendapat akses digital seperti peranti, Internet dan makmal komputer? Akhir sekali, sejauh manakah pihak Kementerian Pendidikan membantu mempercepatkan projek naik taraf sekolah-sekolah tersebut?

Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan yang setulus-tulusnya kepada Yang Berhormat Dato’ Armizan Mohd Ali, selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di atas keberanian, kebijaksanaan dan ketegasan beliau dalam memimpin proses transformasi subsidi negara daripada model subsidi pukal yang tidak lagi berkesan, kepada model subsidi bersasar yang lebih adil, lebih telus dan lebih mampan.

Langkah ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengekang ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada kelompok yang benar-benar memerlukan, tetapi juga mencerminkan kepimpinan seorang anak Sabah yang mampu membawa perubahan struktur peringkat nasional tanpa getar kepada tekanan politik ataupun persepsi populis. Di bawah pimpinan beliau, KPDN telah berjaya melaksanakan fasa peralihan yang begitu kompleks dengan kadar keciciran yang minimum. Sistem pangkalan data yang di

draft • 4:10 PM

Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian

perketatkan, kaedah pemantauan yang diperbaharui serta kerjasama rentas kementerian yang jauh lebih tersusun.

Kejayaan-kejayaan ini bukan kecil. Ia menuntut keberanian politik, ketelitian pentadbiran dan kesabaran luar biasa untuk memastikan rakyat terbela tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Rakyat melihat ketegasan beliau dalam menangani isu harga barang, ketulusan dalam mengurus inflasi makanan, keberanian membuat keputusan tidak popular, demi kebaikan negara dalam jangka panjang dan kesungguhan memastikan suara rakyat marhaen tidak tenggelam dalam lautan dana teknikal.

Justeru saya ingin menegaskan di dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa keberhasilan subsidi bersasar ini adalah contoh yang terbaik kepimpinan generasi baharu yang berjiwa rakyat, berfakta, berprinsip, tetapi dalam masa yang sama kelihatan progresifnya.

Sesungguhnya saya yakin, usaha beliau akan terus melakarkan corak landskap keadilan sosial negara kita untuk tahun-tahun mendatang.

Dato’ Yang di-Pertua, ucapan saya hari ini adalah mewakili suara rakyat daripada negeri Sabah. Mereka tidak menuntut bulan dan bintang, mereka hanya mahukan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dipulihkan. Mereka mahu kehidupan yang lebih baik, anak- anak mereka mahukan pendidikan yang berkualiti. Mereka mahukan air yang bersih, elektrik yang stabil, jalan raya yang selamat. Mereka tidak mahu lagi mendengar fitnah politik, mereka mahu melihat tindakan kepada pembangunan.

Bila isu tiga serangkai ini selesai, bila sekolah daif dibina semula, bila Pan Borneo siap sepenuhnya, Sabah akan bergerak maju dan berdiri setanding dengan negeri-negeri yang lain. Bak kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.” Itulah harapan kami, itulah perjuangan kami dan itulah doa kami agar, “rumah kami, kami jaga.” dapat menjadi realiti sepenuhnya. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon untuk terus menyokong.

draft • 4:10 PM

Dato' Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih, YB Senator Datuk Anna Belle. Seterusnya saya menjemput YB Senator Datuk Rosni binti Sohar. Dipersilakan YB, setengah jam YB.

draft • 4:10 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca sepotong doa] . Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Dan hari ini— kerana dapat sama-sama tentang belanjawan dalam pembekalan kita hari ini pada tahun 2026 ini. Apa pun, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan bajet belanjawan yang begitu komprehensif dan inklusif yang

draft • 4:10 PM

Datuk Rosni binti Sohar

telah diluluskan dalam sidang, dibahaskan dalam sidang Parlimen Dewan Rakyat dan telah diluluskan, alhamdulillah.

Begitu juga saya rakamkan ucapan tahniah saya dan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dr. Zahid Hamidi kerana dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam yang sekarang ini baharu sahaja Perlis yang telah meluluskan bajet RM780,000 untuk petani dan RM1000 setiap isi rumah dan seterusnya sebab hujung tahun ini memandangkan kita akan menghadapi banyak bencana alam, alhamdulillah. Saya ingin menyebut bahawa Belanjawan 2026 adalah lebih daripada sekadar angka dan peruntukan. Ia adalah dokumen untuk masa depan Malaysia. Ia menentukan bagaimana kita menjaga kesejahteraan rakyat selain memastikan pembangunan negara berjalan dengan lestari dan berdaya tahan. Dalam suasana cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar yang semakin kompleks, belanjawan ini mesti menjadi pelan tindakan yang bukan sahaja memenuhi keperluan hari ini, tetapi juga membina asas kukuh untuk generasi yang akan datang.

Oleh itu, izinkan saya membincangkan beberapa isu kritikal dan cadangan strategik yang boleh menjadikan Belanjawan 2026 ini sebagai pelan transformasi negara yang efektif.

Izinkan saya menyuarakan satu realiti yang sudah terlalu lama dibiarkan. Hulu Selangor adalah kawasan saya. Hulu Selangor bukan lagi kawasan yang sunyi yang jauh daripada radar pembangunan nasional. Ia bukan lagi backwater seperti yang pernah dilabelkan dahulu.

Hari ini Hulu Selangor sedang bangkit dengan industri automotif yang semakin rancak.

Bandar-bandar kecil yang berkembang pesat serta limpahan pelaburan berbilion ringgit yang menjadikan daerah ini salah satu nadi baharu di utara Selangor, tetapi malangnya, ketika daerah ini bergerak maju, laju ke arah kemajuan, kemudahan kesihatan yang masih terikat kepada era yang sudah lama berlalu. Hospital Kuala Kubu Bharu yang sebuah institusi kesihatan yang menjadi nadi kepada 100,000 penduduk masih beroperasi sebagai hospital daerah asas. Dengan kapasiti terhad, fasiliti yang semakin tidak seiring keperluan dan kekurangan pakar di hospital sedia ada yang jelas untuk menampung pertumbuhan pesat penduduk serta industri.

Dato’ Yang di-Pertua, bayangkan sebuah daerah yang sedang menjadi tapak industri automatif negara bergantung kepada sebuah hospital daerah kecil dengan 120 katil sahaja.

Kita berbangga dengan kemajuan negara, tetapi apakah kita boleh berbangga dengan keadaan sebuah hospital yang terpaksa merujuk kes kritikal keluar daerah, berpuluh kilometer jauhnya, sedangkan masa adalah penentu hidup atau mati.

draft • 4:10 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini, kemajuan Hulu Selangor tidak boleh berjalan dengan hospital daerah yang tertinggal. Dan saya yakin kerajaan juga mahukan pembangunan yang seimbang selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menolak ketidakadilan akses kepada perkhidmatan asas.

Maka menaik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu bukan sekadar wajar, ia sudah menjadi keperluan mendesak negara dan ia selaras dengan usaha mencapai matlamat pembangunan mampan dan indeks kebahagiaan dunia seperti yang diketengahkan dalam Belanjawan Negara.

Saya akui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menambah pakar, itu langkah positif, tetapi marilah kita berterus terang, penambahan satu atau dua pakar tidak akan mengubah landskap kesihatan sebuah daerah yang sedang melonjak ekonominya. Hulu Selangor memerlukan hospital pakar minor yang lengkap dengan pakar kecemasan, pakar perubatan dalaman, pakar pediatrik, obstetrik dan ginekologi ortopedik serta unit...

[Tidak Jelas] Moden yang selayaknya, sebuah daerah yang kini menjadi gerbang pembangunan industri.

Sudah tiba masanya Hospital Kuala Kubu diberikan nafas baharu. Blok tambahan, kapasiti katil yang lebih besar, kelengkapan moden dan kepakaran yang mencukupi. Oleh itu, saya memohon agar Belanjawan 2026 ini memperuntukkan dana khusus untuk menaik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu, bukan tahun depan, bukan selepas pilihan raya, tetapi sekarang.

Daerah ini sudah berubah, hospitalnya juga mesti berubah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selanjutnya, saya ingin menyuarakan satu ancaman senyap yang sedang meresap masuk ke dalam minda dan perwatakan anak-anak kita iaitu budaya buli dalam kalangan pelajar kita yang semakin menjadi-jadi. Dan Yang di- Pertua, izinkan saya berkata terus terang, budaya buli ini tidak jatuh dari langit. Ia datang daripada dunia digital yang kita biarkan membesarkan anak-anak kita tanpa kawalan.

Hari ini, ramai ibu bapa mungkin tidak sedar bahawa tingkah laku agresif, bahasa kesat dan normalisasi dominance behaviour yang wujud dalam sesetengah persekitaran permainan dalam talian termasuk platform Roblox dan lain-lain telah mula membentuk cara anak-anak kita berfikir. Menjerit dianggap perkasa biasa, menghina dianggap kelakar, memalukan orang dilihat sebagai content, menguasai orang lain dilihat sebagai satu kemenangan.

Dato’ Yang di-Pertua, masalah buli ini bukan lagi masalah disiplin. Ia sudah menjadi masalah ekosistem budaya digital dan kita tidak boleh sesekali menunggu insiden yang lebih parah sebelum kita bertindak, tetapi hari ini saya tidak datang untuk menyalahkan semata-mata, saya datang dengan cadangan. Malaysia sebenarnya merupakan senjata budaya yang sangat kuat, tetapi kita tidak gunakannya dengan sepenuhnya.

draft • 4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Kita ada Upin Ipin dan BoBoiBoy yang menjadi fenomena global. Kita ada Ejen Ali yang telah berjaya mencipta dunia fantasi yang matang dan progresif, kita ada Omar Hana yang mendidik melalui nilai Islamiah dan kasih sayang. Semua kekuatan ini masih terhenti di skrin televisyen dan YouTube sedangkan kita mampu mengubahnya menjadi dunia maya yang selamat untuk anak-anak kita.

Mengapa kita biarkan platform asing membentuk tingkah laku mereka? Sedangkan kita sendiri memiliki identiti yang boleh membina mereka. Jika kita mampu menghasilkan animasi bertaraf fenomena dunia, tidak ada sebab Malaysia tidak boleh membangunkan permainan digital sendiri, permainan yang bukan sahaja menarik, tetapi yang membentuk minda anak-anak kita dengan nilai dan adab ketimuran bukan merosakkan.

Bayangkan anak-anak kita bermain dunia wayang Upin Ipin yang sarat dengan nilai adab. Bayangkan mereka belajar strategi, kerjasama, empati melalui game Ejen Ali. Bayangkan platform sosial BoBoiBoy yang tidak toksik, tidak menghina dan tidak mendorong kepada keganasan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan melalui MDEC, MOSTI, FINAS, KKD dan KPM bergabung dengan nama besar industri kreatif tempatan seperti Les' Copaque, Animonsta Studios, Prime Works dan Digital Durian untuk membangunkan permainan digital tempatan yang menarik, hebat dan penuh nilai ketimuran. Bukan sekadar game, tetapi alternatif budaya.

Dan di sinilah Belanjawan 2026 harus memainkan peranan. Kita perlukan dana pembangunan IP, geran ethical gaming, insentif kerjasama industri kerajaan dan pembinaan platform digital yang selamat untuk kanak-kanak...

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh mencelah Datuk?

draft • 4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Ya boleh.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ingin pandangan Datuk. Semenjak dunia tanpa sempadan melalui internet dan segala-gala ini, bahana ini terus berkembang. Mungkin tidak, antara jalan besarnya ialah Kementerian Komunikasi itu sendiri— Digital dan Komunikasi harus mengambil peranan yang lebih ke depan bagi menyekat dan membendung budaya yang sedang dipelopori oleh Barat dari luar ini masuk dan menerpa anak kita tanpa sekatan umur.

Dan sehingga akhirnya, budaya yang sangat dahsyat termasuk budaya macam yang dibicarakan baru ini, LGBT dan lain-lain itu terus meledak sebab besar: iklan percuma yang dilakukan di dalam melalui internet dan juga kebenaran tentunya melalui Komunikasi kita— Kementerian Komunikasi, Digital. Mungkinkah ia merupakan satu alat penting bagi membendung: usaha ini di samping usaha lain? Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih YB. Saya pun setuju. Kita akan masukkan dalam perbahasan saya. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, jika kita mahu tangani buli, jangan hanya kuatkan disiplin.

Kuatkan budaya. Jika kita mahu ubah tingkah laku, jangan hanya hukuman, ubah naratif digital. Kalau kita mahu lindungi anak-anak kita, jangan hanya nasihat. Bina dunia digital yang mempengaruhi mereka dengan nilai kita sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang tidak lagi ditangguhkan: pengurusan bencana alam dalam era iklim yang semakin ekstrem. Kita sering bercakap soal pembangunan, soal kemajuan bandar, soal estetika dan kesejahteraan, tetapi kita jarang bertanya soalan paling asas yakni— adakah bandar-bandar yang kita bangunkan hari ini benar-benar bersedia menghadapi cuaca ekstrem masa depan? Inilah persoalan yang menuntut jawapan segera terutamanya dalam perbahasan Belanjawan 2026.

Pembangunan bandar Malaysia masih banyak bergantung kepada sistem saliran perparitan dan tadah air yang direka berdasarkan data hujan dua hingga tiga dekad yang lalu.

Namun, hari ini hujan yang sepatutnya turun setahun, kini boleh turun hanya dalam sehari.

Sistem yang dibina untuk ribut sederhana kini diuji menampung limpahan air yang luar biasa.

Manakala, infrastruktur yang dibina untuk 100 milimeter hujan kini menahan 300 hingga 400 milimeter dalam tempoh yang singkat.

Dato’ Yang di-Pertua, cabaran ini bukan saja hujan lebat, fenomena iklim kini semakin pelik termasuk Taufan Senyar dan ribut tropika yang jarang berlaku di Selat Melaka. Angin kencang, ombak luar jangka dan hujan ekstrem mula menjejaskan bandar dan pesisir kita.

Jika kita terus bergantung kepada sistem lama, pembangunan bandar yang pesat akan menjadi rapuh dan rakyatlah yang akan menanggung akibatnya.

Saya ingin bertanya dengan hormat, apakah pelan kerajaan melalui KPKT, NADMA, METMalaysia dan NRES untuk menyemak semula standard perparitan, sistem saliran bandar, zon tadahan air dan pemetaan risiko berasaskan data hujan terkini, bukan data lama yang mungkin sudah tidak relevan. Rakyat menaruh harapan bahawa bandar kita dibina dengan kesiapsiagaan sebenar menghadapi cuaca ekstrem hari ini dan masa depan.

draft • 4:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Untuk itu, saya mencadangkan beberapa langkah konkrit. Pertama, semakan semula standard reka bentuk sistem perparitan dan saliran berdasarkan data hujan lima tahun kebelakangan. Bukan 20 hingga 30 tahun yang lalu.

Kedua, pemetaan semula zon risiko bencana banjir bandar, termasuk risiko angin kencang. Limpahan sungai yang mendadak dan banjir kilat supaya pihak berkuasa dapat

draft • 4:30 PM

Datuk Rosni binti Sohar

bertindak secara proaktif. Yang ketiga, pembangunan bandar berasaskan prinsip adaptasi iklim, termasuk kolam takungan, green infrastructure, permukaan mesra air dan sistem saliran pintar.

Yang keempat, kerjasama strategik KPKT, NADMA, METMalaysia untuk menghasilkan dashboard amaran awal bandar yang lebih real time, tepat dan terus digunakan pihak berkuasa tempatan.

Yang kelima, menaik taraf keupayaan PBT supaya mereka menjadi barisan hadapan dalam mitigasi bencana, bukan sekadar menjaga landskap dan penguatkuasaan.

Dato’ Yang di-Pertua, perancangan infrastruktur kini— kita kini berserabut antara pelbagai agensi. Tiada satu badan tunggal yang menyelaras jangka panjang secara holistik.

Untuk itu, saya ingin mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Infrastruktur Nasional yang bertanggungjawab serta menyelaras dan mengawal selia semua aspek infrastruktur negara.

Yang kedua, memastikan pembangunan bandar bersedia menghadapi bencana, termasuk fenomena Taufan Senyar.

Dan yang ketiga, mengintegrasikan data terkini mitigasi risiko dan kelestarian pembangunan dalam satu kerangka strategik.

Dato’ Yang di-Pertua, suruhanjaya ini juga akan berfungsi dengan menyediakan syor- syor terkini dari segi keperluan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur negara dari masa ke semasa. Tanpa mekanisme menyeluruh seperti ini, bandar-bandar kita akan kekal rapuh dan rakyat menanggung akibatnya. Belanjawan 2026 bukan sekadar soal projek fizikal, tetapi ia peluang untuk kita memperkuatkan perancangan strategik jangka masa panjang supaya bandar Malaysia benar-benar selamat, lestari dan bersedia menghadapi iklim masa depan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 adalah peluang untuk kita bukan sahaja membina ekonomi, tetapi juga membina rakyat yang selamat, bandar yang lestari dan negara yang bersedia menghadapi cabaran masa depan. Dengan langkah-langkah strategik yang jelas, pengurusan risiko yang mantap dan perancangan jangka panjang yang holistik, kita pasti boleh memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan memberi impak kepada rakyat dan generasi akan datang.

Saya merayu agar Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal, tetapi menjadi pelan tindakan negara yang berani, berwawasan dan menjamin masa depan Malaysia.

Dengan itu, saya menyokong belanjawan. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih YB Senator Datuk Rosni binti Sohar.

draft • 4:30 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Seterusnya, pembahas kita yang terakhir, YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew.

Dipersilakan. Setengah jam. ‘Nak lama pun ‘takpe, boleh. Sebab kita ada banyak masa.

draft • 4:30 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Setengah jam. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, untuk peluang berbahas mengenai Belanjawan 2026. Terlebih— sebelum saya berbahas, saya mengucapkan tahniah kepada tiga Menteri yang dilantik semula sebagai Senator di Dewan yang mulia ini, pagi ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2026 merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dibentangkan di Dewan ini, kurang daripada empat bulan lalu. Ia juga merupakan belanjawan Kerajaan MADANI yang keempat dibentangkan dengan tema ‘Belanjawan Rakyat’.

Pihak media menggambarkannya sebagai belanjawan yang selamat dan dalam lingkungan kebiasaan. Tidak terlalu mengujakan, tetapi juga tidak mengecewakan. Namun demikian, ia menunjukkan peningkatan hasil, terutamanya daripada SST bersama defisit fiskal yang lebih kecil serta pertumbuhan hutang mutlak yang lebih rendah.

Rasionalisasi subsidi RON95 akhirnya berkuat kuasa, memberikan penjimatan, terutamanya melalui penutupan kebocoran kepada warga asing. Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada separuh pertama 2025 dan dijangka mengakhiri tahun antara 4 sampai 4.8. Pada tahun depan, pertumbuhan KDNK diunjurkan pada 4 sampai 4.5 peratus.

Selagi kita terus berkembang, defisit kita terurus. Defisit telah menurun selama lima tahun berturut-turut. Tahun 2022 ialah 5.6 peratus, tahun 2023 ialah 5 peratus, tahun 2024 ialah 4.1 peratus, tahun 2025 iaitu anggaran 3.8 peratus dan unjuran untuk tahun depan ialah 3.5 peratus.

Dato’ Yang di-Pertua, setiap tahun saya menegaskan bahawa defisit fiskal Malaysia adalah kerentanan jangka panjang terbesar kita. Ia memaksa kita meminjam lebih banyak setiap tahun dan melemahkan daya tahan negara. Hutang Kerajaan Persekutuan kini berjumlah 1.247 trilion pada tahun 2024. Meningkat 6.4 peratus berbanding dengan 2023.

Lebih rendah daripada pertumbuhan 8.6 peratus sebelum ini, tetapi masih besar.

Bagi tahun 2026, pinjaman baru berjumlah 74.8 bilion. Satu jumlah yang terlalu besar, tetapi tidak dapat dielakkan dalam keadaan semasa. Secara realistik pada kadar pengurangan defisit sekarang, Malaysia memerlukan satu dekad atau lebih untuk mencapai bajet berimbang. Kerajaan belum menentukan tahun sasaran. Ini bermakna, hutang negara akan terus meningkat sepanjang tempoh tersebut.

draft • 4:34 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Kadar khidmat hutang meningkat kepada 6.3 peratus iaitu 58.3 bilion. Hampir menyamai jumlah kutipan SST sebanyak 58.6 bilion. Ini meningkat daripada 14 pada 2022 dan mungkin terus meningkat, kecuali hasil berkembang lebih cepat daripada perbelanjaan.

Saya menyambut baik usaha kerajaan melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 serta Akta Perolehan Kerajaan yang baharu, yang bertujuan memperkukuh disiplin, ketelusan dan akauntabiliti. Belanjawan tahun ini disertakan dengan dokumen yang lebih komprehensif, termasuk tinjauan fiskal, anggaran hasil, tinjauan ekonomi dan Penyata Kerajaan Persekutuan 2024.

Dokumen-dokumen ini menggariskan cabaran yang dihadapi Malaysia. Dua petikan menonjol yang wajar diulangi. Satu, untuk menangani ketidakseimbangan struktur yang mendalam yang terus menghalang pertumbuhan inklusif dan bermakna, termasuk ketidaksamaan pendapatan dan ketidakseimbangan pembangunan wilayah, perubahan iklim dan penuaan penduduk.

Kedua ialah, Malaysia tidak boleh memilih jalan paling mudah. Tugas kita bukan sekadar mengemudi ekonomi secara stabil, tetapi juga mengembalikan maruah, meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kemajuan dikongsi secara adil semua rakyat Malaysia. Aspirasi ini mesti dipadankan dengan reformasi yang tegas.

draft • 4:34 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Dato’ Yang di-Pertua, struktur hasil— Hasil Persekutuan pada 2024 mencecah RM324.6 bilion, lebih tinggi daripada unjuran awal iaitu RM307 bilion. Hasil cukai terus meningkat termasuk daripada kadar cukai pendapatan individu tertinggi yang meningkat kepada 28 peratus. Namun, saya mahu menimbul dua persoalan. Nombor satu, berapa ramai individu yang berada dalam kurangan cukai 28 peratus? Soalan kedua, berapa hasil yang dikutip daripada kumpulan ini pada 2024?.

Kebanyakan dalam kurangan ini berkemungkinan usahawan dan profesional bernilai tinggi yang memacu pelaburan dan penciptaan pekerjaan. Membebankan cukai berlebihan ke atas kumpulan kecil ini boleh menjejaskan daya saing Malaysia. Kita tidak boleh bergantung kepada menaikkan kadar Cukai Pendapatan untuk meningkatkan hasil negara.

Kita juga perlu meneliti pendapatan berasaskan pelaburan. Keuntungan pelaburan adalah sumber kekayaan utama, tetapi kebanyakannya tidak dikenakan cukai kecuali dividen dan Cukai Keuntungan Harta Tanah. Seperti lazim disebut, “Pekerja bergaji yang melakukan kerja sebenar membayar cukai lebih tinggi daripada pelabur yang memperoleh pendapatan secara pasif.” Cukai Keuntungan Harta Tanah mengutip RM2 bilion pada tahun 2024, meningkat dengan ketara daripada RM860 juta pada tahun 2023. Soalan saya ialah, mengapa

draft • 4:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

berlakunya peningkatan besar sedangkan kadar cukai tidak berubah? Dan berapa banyak daripada jumlah ini datang dari Sarawak dan Sabah? Sebab ini ialah di dalam MA63 dan laporan IGC, hasil berasaskan tanah adalah hasil hak negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, hasil petroleum dan akauntabiliti PETRONAS— Malaysia masih bergantung tinggi kepada hasil dari petroleum. Hampir 20 peratus hasil Persekutuan datang daripada minyak dan gas termasuk dividen PETRONAS, cukai pendapatan petroleum, duti eksport, royalti, levi ke atas eksport minyak mentah dan LNG.

Pada tahun 2024, dividen PETRONAS ialah RM32 bilion berbanding dengan RM40 bilion di tahun 2023. Dan cukai pendapatan petroleum ialah RM20.5 bilion berbanding dengan RM26.1 bilion pada tahun 2023. Dan ada lagi levi eksport minyak mentah ialah RM12 bilion dan duti eksport minyak mentah ialah RM1 bilion. Ini figure yang semua ambil dari buku Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024.

Daripada Jadual 4 di muka surat 15, Penyataan Kewangan Kerajaan Persekutuan, jumlah Duti Kastam ialah RM5.16 bilion pada tahun 2024. Hanya tiga item dinyatakan iaitu minyak sawit mentah RM903 juta, minyak sawit diproses RM46 juta, petroleum mentah RM1.11 bilion. Ini meninggalkan baki tidak dijelaskan sekitar RM3.1 bilion. This is not explained fair the balance RM3.1 billion is the right form. Apakah yang membentuk jumlah ini?

Saya rasa— saya: fikiran ialah ini datang daripada LNG. Saya minta kementerian untuk menjawab soalan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, royalti petroleum yang dikutip pada tahun 2024 berjumlah RM5.6 bilion dan ini ialah bahagian Kerajaan Persekutuan daripada lima peratus, manakala negeri pengeluar mendapat lima peratus yang lain. Terdapat desakan untuk mengagihkan yang lebih adil— Pakatan Harapan yang ada buat perjanjian semasa pilihan raya 2018 untuk menaikkan royalti ke 20 peratus dari 5 peratus kepada negeri pengeluar petroleum ini.

Selepas pilihan raya, mereka membuat pusingan-U dan berkata menaikkan royalti kepada 20 peratus daripada lima peratus dan berapa— Menteri berkata, ini akan membebankan PETRONAS dan mengalami kerugian. Dan ada satu Menteri dia pun bercakap, this will be the end of PETRONAS if this happen.

Namun, data menunjukkan bahawa royalti hanya sebahagian kecil daripada jumlah hasil petroleum. Berdasarkan cukai pendapatannya, anggaran keuntungan sebelum cukai PETRONAS ialah di tahun 2022 ialah RM132 bilion, 2023 ialah RM90 bilion, di tahun 2024 ialah RM80 bilion. PETRONAS menyatakan bahawa sejak penubuhannya, ia telah menyumbang RM1.5 trilion kepada negara dalam bentuk dividen, cukai, bayaran tunai dan lain-lain.

draft • 4:40 PM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Dato’ Yang di-Pertua, pada bulan Mac tahun ini semasa perbahasan Titah Diraja, saya mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja untuk meneliti tiga isu iaitu keuntungan sebenar yang diperoleh PETRONAS sejak penubuhan. Kedua, bagaimana kekayaan ini telah digunakan? Ketiga, struktur tadbir urus baharu bagi pengurusan tertinggi PETRONAS serta sistem pelaporan.

PETRONAS ketika ini melapor hanya kepada satu orang iaitu Perdana Menteri.

Seksyen 3(2), Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) ia berkata, “Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagai mananya yang difikirnya patut.” Dalam bahasa Inggeris: section 3 subsection (2) says, “The corporation shall be subject to the control and direction of the Prime Minister who may from time to time issue such direction as he may deem fit.” dengan izin.

Perbadanan itu ialah PETRONAS, tidak seperti entiti berkaitan kerajaan lain. Laporan tahunannya tidak dibentangkan di Parlimen. Ini luar biasa. Memandangkan PETRONAS menyumbang sekitar 20 peratus hasil negara di tangan satu orang. Suruhanjaya Diraja akan memperkukuhkan ketelusan, kredibiliti dan keyakinan awam terutamanya di negeri-negeri pengeluar yang semuanya menyumbang kepada hasil negara. Ia akan memberi jaminan bahawa kekayaan ini digunakan dengan sewajarnya dan pengurusannya telus serta bertanggungjawab.

draft • 4:40 PM

Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

Agreement of Reciprocal Trade (ART). Pada hari ini, ketidaktentuan terbesar yang dihadapi Malaysia ialah perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik. Perjanjian ART dengan Amerika Syarikat memberi sedikit kepastian, tetapi juga menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan.

Lebihan dengan— dagangan barangan Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sekitar USD20 bilion dengan eksport USD39 bilion. Namun, apabila perkhidmatan dan remittance diambil kira, lebihan itu lebih kecil. ART menghendaki Malaysia mengurangkan tarif barangan Amerika Syarikat kepada sifar dan membuka pasaran kepada produk Amerika Syarikat.

Sedangkan banyak produk Malaysia masih dikenakan tarif sehingga 19 peratus walaupun terdapat pengecualian untuk 1,700 item. Yang lebih membimbangkan ialah klausa- klausa yang ketat seperti saya akan beri contoh. Artikel 5.1, Malaysia mesti menyelaraskan diri dengan langkah perdagangan Amerika Syarikat terhadap negara ketiga berdasarkan kebimbangan ekonomi atau keselamatan nasional yang ditarif oleh Amerika Syarikat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

Artikel 5.2, Malaysia mesti bekerjasama dengan kawalan eksport Amerika Syarikat termasuk langkah unilateral Amerika Syarikat dan mengambil tindakan domestik terhadap syarikat-syarikat yang dimiliki atau dikawal oleh negara ketiga.

Artikel 5.3, jika Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dengan negara lain yang dianggap menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat, Amerika Syarikat boleh menamatkan ART dan mengenakan semula tarif. Soalan saya ialah, bolehkah klausa-klausa ini ditambah baik sebelum diperlaksanakan? Perkara ini telah menarik reaksi daripada rakan dagang kedua terbesar kita kerana klausa-klausa tersebut menyasar China. Bagaimanakah kita akan mengemudi antara dua kuasa besar yang bersaing? I can ask the question, I would not know how to deal it.

Ini ialah isu yang sangat complicated. Ini isu, solution would have to be a very long term and well strategies to handle a very delicate position. Saya kesian kita punya Menteri yang handle kes ini. We are in a very tight position dan di masa ini the best way to deal with this unprecedented situation dengan izin, is to look back at history, look at what has happen before sebab ini kes bukan kali pertama berlaku di dunia kita.

Dan kali ini, dua minggu lalu, saya ada peluang pergi Istanbul. So, I went and read out quiet a lot about Ottoman Empire. Sebelum pergi Istanbul saya— initially I was supposed to go, pergi China untuk satu trip official, tapi tidak kasi approve. So, saya extend punya, saya stay di Europe pergi Istanbul. So, contoh kedua-dua negara or situasi ialah Ottoman Empire dan China— can give us some direction and see what happens after that, dengan izin.

China mengalami abad penghinaan: a century of humiliation di 80-an selepas perjanjian Perang Candu. After the two Opium Wars. Hal ini banyak dibincangkan, namun kurang diketahui, tetapi mempunyai persamaan ialah pengalaman *Ottoman Empire:

Uthmaniyah. Ottoman Empire* juga menerima kapitulasi yang akhirnya melemahkan kedaulatannya.

Dalam satu buku ditulis oleh Halil Inalcik, a historian in Turkey, bertajuk, The Ottoman Empire and Europe.

[Menunjukkan senaskah buku] Saya ada, saya beli di Istanbul, baca di Istanbul sampai balik ke Malaysia. Very interesting dan saya— beliau menulis. I get two quotation. I read it in English because the book was in English. “The Ottoman Empire was not self sufficient economically as its sometime claim. It was vitally important for it economy and finances to import Western silver. The Europeans knew well that the Ottomans were depended on their commerce in the Levant and when they had to bargain for special privilege in capitulations, their chief weapon was the threat that they would going to boycott the Ottoman ports.” Pages 151.

draft • 4:50 PM

Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

Dan satu lagi. “Capitulatory privileges which were had reduced the Ottoman empire to the condition of a semi economy of the Western powers, became the subject of the most heated discussion. The reason attempt to give Turkey secondary status in the European Union is interpreted as another sign of how Europe still regarded Turkey as the continuation of the Ottoman Empire.” Selepas— Malaysia bukan Ottoman Empire atau China satu abad lalu, tetapi sejarah menunjukkan bagaimana negara dalam kedudukan tawar-menawar yang lemah, akhirnya tunduk dan dipaksa melakukan reformasi mendalam.

Selepas 1923, Turki melaksanakan pembaharuan besar dan Halil Inalcik terus berkata, and the author says this at one of his concluding part. “During the period of 1923 to 1928, the Great National Assembly in Ankara, under the leadership of Mustafa Kemal, passed a series of revolutionary laws aiming to make Turkey a modern nation state, democratic and cecular.” Dato' Yang di-Pertua, Malaysia juga mesti menyedari kerentanannya dan melaksanakan transformasi ekonomi serta meneruskan reformasi institusi.

Dato' Yang di-Pertua, saya mahu menyentuh satu isu, saya tidak ada masa menyentuh semasa berbahas RMKe13 di bulan Mac tahun ini iaitu isu sawit. Sawit ialah emas hijau yang dibina dengan titik peluh. Sawit adalah menyumbang hasil utama, satu yang diperolehi melalui kerja keras, bukan hasil dari extractive sumber alam.

Duti eksport pada 2024 ialah— duty export dikutip oleh kerajaan ialah RM1 bilion.

Cukai langsung Persekutuan daripada industri ialah RM1.5 bilion. Jumlah cukai dari industri, anggarannya seluruh jumlah ialah RM11.5 bilion pada tahun 2024. Ini termasuk cukai pendapatan RM5.2 bilion, levi keuntungan luar biasa RM1.7 bilion, cukai jualan negeri, cukai MPOB, cukai pihak berkuasa tempatan, cukai eksport, cukai tanah negeri.

Di industri kepala sawit, that has been said, oil pump industry is the most heavily tax industry in Malaysia. It incurs seven taxes, seven type of taxes, dengan izin. Sawit telah meningkatkan ekonomi luar bandar daripada peneroka FELDA di Semenanjung kepada pemilik tanah asli di Sarawak.

draft • 4:50 PM

Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

Namun cabaran kekal nombor satu ialah kelemahan keremajaan. 1.4 juta hektar melepasi usia optimum, very low yield for 1.4 million hectares of our oil palm estate dan kelemahan mekanisasi. Seorang pemain industri menulis baru-baru ini dengan izin, dengan bahasa Inggeris*, “Year after year, the Malaysian Estate Owners’ Association...

[Tidak jelas] Quietly lay bare of sobering reality. The tax burden on planters is not only heavy, but often complex. And at times, outright lopsided.” And it went on to say, “It’s not about taxing more or less, but about using this window of prosperity to build the foundations for long-term resilience*

draft • 5:00 PM

Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

and competitiveness.” Maka persoalannya ialah berapa banyak cukai yang dikutip telah dilaburkan semula untuk memastikan kelestarian jangka panjang industri ini.

Dato' Yang di-Pertua, saya sampai akhir sudah. Saya sini ada permintaan dan penjelasan khusus dalam— atas belanjawan tahun ini: nombor satu ialah dalam belanjawan ada satu projek iaitu pemasangan kabel rangkaian sepanjang 3,190 kilometer, iaitu ialah Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dengan bajet RM2 bilion. Ini menghubungkan Johor ke Sarawak dan Sabah.

Soalan saya ialah, adakah Johor titik pendaratan yang optimum? Mengapa kita tidak disambungkan ke hab antarabangsa yang lebih dekat seperti Hong Kong, Taiwan atau Japan? Kalau kita tengok map, kalau di Sabah, di Tawau pergi Hong Kong, pergi Japan, lebih dekat banding dengan pergi ke Johor. Pergi Johor dia mesti connect pergi Singapore lagi, baru pergi antarabangsa. The international fibre optic. Kenapa mesti pergi transit Johor, Singapore, nanti pergi seluruh antarabangsa dari Sabah, Tawau. Dari Tawau pergi Johor ialah 3,700 kilometer. Dari Tawau pergi Hong Kong ialah 2,200 kilometer, one-third the distance shorter. Jika trafik antarabangsa diarahkan melalui Singapore juga, bukanlah pautan serantau langsung lebih cekap.

Kedua ialah kesihatan. Hospital Sibu dan Poliklinik Jalan Oya. Laporan tempatan di Sarawak menyatakan Hospital Sibu akhirnya akan menerima naik taraf besar bernilai RM1 bilion. Soalan saya, berapakah peruntukan dalam belanjawan ini? Sebab buku ini tebal. Saya tidak nampak ada belanjawan untuk upgrading hospital di Sibu. Bagaimanakah dana akan dibelanjakan? Apakah garis masa pelaksanaannya? Berapakah peruntukan untuk Poliklinik Jalan Oya?

Dan yang terakhir ialah projek mitigasi banjir di Sungai Biduk, Sibu, Sarawak. Dua minit lagi. Saya sudah habis.

Dalam belanjawan ini merangkumi 43 projek mitigasi banjir bernilai RM2.2 bilion. Saya sekali lagi memohon kelulusan untuk projek mitigasi banjir Sungai Biduk di Sibu dengan bajet RM58 juta. Saya bangkitkan perkara ini semasa perbahasan RMKe13, tetapi tidak mendapat maklum balas. Saya mohon sekali lagi hari ini agar diberikan jawapan yang jelas.

Dengan kesimpulan Dato' Yang di-Pertua, Malaysia berada pada persimpangan penting. Kekangan fiskal, kerentanan geopolitik dan kelemahan struktur menuntut reformasi yang serius dan berterusan. Kita mesti memperkukuh akauntabiliti, memodenkan ekonomi, melabur dengan bijaksana dan merunding dengan yakin. Hanya dengan ini, kita dapat membina Malaysia yang berdaya tahan dan bermaruah untuk semua. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Robert.

Memang kalau diikutkan semua kita mengharapkan jawapan dapat diberikan nanti oleh Menteri berkaitan dengan segala isu yang dibangkitkan. Banyak lagi isu yang saya percaya YB-YB Senator akan bangkitkan dalam sidang Dewan ini. Terima kasih. Terima kasih kepada semua.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 4 Disember 2025. Malam ini ada dinner pukul 8 dekat Hotel Pavilion. Jangan lupa.

draft • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.05 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026