Dec022025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya menjemput Setiausaha Dewan Negara untuk membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “1 Disember 2025 Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

  1. (D.R.30/2025) Rang Undang-undang Perbekalan 2026; 2. (D.R.38/2025) Rang Undang-undang Kewangan 2025; dan 3. (D.R.39/2025) Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”

draft • 10:00 AM
URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2), saya mohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibaca kali kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baiklah. Setiausaha.

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

draft • 10:00 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta Menteri Luar Negeri menyatakan, jumlah keseluruhan dan perincian kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia bagi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, serta langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan perbelanjaan tersebut dilaksanakan secara berhemah, telus dan memberikan pulangan ekonomi kepada negara

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz. Izinkan juga saya menjawab soalan daripada Senator Tuan Musoddak Ahmad dan juga Senator Dr. Jufitri Joha bertarikh 16 Disember nanti. Soalan berkenaan dengan perjalanan dan juga pengurusan ASEAN, Sidang Kemuncak yang ke-47.

Secara keseluruhannya Datuk Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini: 2025, peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk kita mengurus kepengerusian kita adalah sebanyak RM926,187,000. Itu peruntukan yang telah pun diluluskan, tetapi kita masih belum lagi menutup akaun kerana kita masih lagi banyak mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan sehinggalah tamat penghujung tahun ini, penghujung bulan Disember, tetapi untuk Kementerian Luar sahaja Datuk Yang di-Pertua, kita telah diperuntukkan sebanyak RM560 juta.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Banyak mesyuarat, banyak persidangan-persidangan peringkat Ketua-Ketua Negara, peringkat Menteri-Menteri. Ini adalah peruntukan keseluruhannya yang telah diperuntukkan untuk ketiga-tiga tonggak iaitu tonggak politik dan keselamatan, tonggak ekonomi dan juga tonggak sosiobudaya. Ada tiga tonggak dalam ASEAN ini, Datuk Yang di-Pertua dan tonggak politik dan keselamatan dipengerusikan oleh Kementerian Luar. Tonggak ekonomi dipengerusikan oleh Kementerian MITI dan tonggak sosiobudaya, dia dipengerusikan oleh Menteri MOTAC. Jadi, masing-masing mempunyai mesyuarat banyak. Ada 326 mesyuarat kesemuanya. Banyak mesyuarat, Datuk Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, kita telah pun— bukan sahaja kita mempengerusikan mesyuarat ASEAN biasa. Mesyuarat ASEAN biasa ini, Datuk Yang di-Pertua ialah Mesyuarat Ketua- Ketua Negara, Mesyuarat Menteri-Menteri peringkat ASEAN dan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai, tetapi tahun ini kita telah pun berjaya membuat lembaran baharu di dalam ASEAN sebagai Pengerusi ASEAN 2025 iaitu kita juga mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, ASEAN dengan Negara-Negara Teluk dan selepas itu kita mengadakan pula Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China. Ini perkara baharu dalam ASEAN yang belum pernah dilakukan oleh pengerusi-pengerusi sebelum ini dan ia mendapat sambutan yang amat baik kerana ketiga-tiga blok: ASEAN, GCC dan China ini merupakan satu blok yang— Tiga blok yang amat strategik, kerana ASEAN mempunyai sumber asli yang banyak, guna tenaga yang banyak; GCC pula merupakan blok yang mempunyai modal yang tidak terhad; dan China merupakan market yang besar.

Jadi, ini yang ‘nak kita lakukan dan maka kita berjaya mengadakan sidang kemuncak ini. Pihak GCC, pihak China telah merakamkan sukacita mereka dan mereka mahu supaya ini dijadikan sebagai agenda tahunan ASEAN, tetapi terpulanglah ya kepada Pengerusi- pengerusi ASEAN selepas ini yang mana tahun depan ia akan dipengerusikan— ASEAN akan dipengerusikan oleh negara Philippines.

Jadi, Datuk Pengerusi, kita telah pun berjaya dalam kita mengadakan sidang-sidang kemuncak dan kemuncaknya ialah pada Sidang Kemuncak 47 pada bulan Oktober yang lalu.

Banyak dokumen-dokumen hasil yang telah dapat kita keluarkan. Banyak keputusan- keputusan yang telah dapat kita keluarkan dan antaranya ialah kita telah dapat mengadakan semula iaitu Regional Cooperation Economic Partnership (RCEP) yang mana ianya merupakan satu ikatan ekonomi antara negara-negara ASEAN dan negara-negara blok-blok rantau Asia dan juga di Australia, New Zealand dan juga negara-negara Asia yang lain.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ia telah pun terhenti pada tahun 2020, dia semasa mesyuarat yang paling akhir di Da Nang. Jadi, kita bawa semula untuk kita adakan mesyuarat ini. Dan kita juga dapat

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

mengadakan mesyuarat— apa yang dipanggil R3 ASEAN Trade and Investment. A good— yang mana kita memperkasakan lagi bagaimana— kita selalu bercakap bahawa ASEAN: intra ASEAN trade ini amat sedikit. Perdagangan di antara negara-negara ASEAN ini adalah amat sedikit.

Kita banyak berdagang dengan negara luar ASEAN. Jadi, keutamaan kita sekarang ialah bagaimana cara untuk kita meningkatkan lagi perdagangan di antara negara-negara ASEAN. Kerana perdagangan antara negara-negara ASEAN ‘tak sampai pun 25 peratus daripada total perdagangan ASEAN. Jadi, ini yang kita hendak buat dan kita hendak melihat supaya kalau kita boleh tingkatkan menjelang lima tahun yang akan datang kepada 30 peratus dan seterusnya Datuk Yang di-Pertua.

Kerana kita terlampau bergantung kepada negara pasaran tradisi kita. Jika berlaku apa-apa perkara di negara pasaran tradisi kita itu, kita akan menghadapi masalah. Jadi, ini yang kita dapat lakukan dan ia merupakan satu perkara yang amat baik Datuk Yang di-Pertua.

Dan yang lainnya, yang paling penting, sejarah baharu juga telah pun dapat kita cipta semasa kita menjadi Pengerusi iaitu penantian yang selama berbelas tahun daripada negara Timor Leste telah pun dapat kita jadikan sebagai agenda utama.

Kita telah pun melobi sejak daripada negara Laos menjadi Pengerusi— tahun lepas ya. Saya telah pun membawa dalam mesyuarat terakhir Menteri-Menteri Luar. Saya telah pun mengatakan bahawa penantian Timor Leste ini perlu kita lihat secara serius. Timor Leste menjadi sebagai negara pemerhati dalam ASEAN. Timor Leste ini di dalam ASEAN. Jadi, itu sebabnya dalam kita punya tema pada tahun ini sebagai Pengerusi ASEAN Datuk Yang di- Pertua, “Inclusivity and Sustainability.” Jadi, kalau ‘tak kita masukkan Timor Leste sebagai anggota ASEAN— perkataan “inclusivity” itu tidak membawa makna apa-apa ya. Kerana kita hendak supaya inclusivity ini bermakna. Tidak ada mana negara-negara dalam Rantau ASEAN ini yang tercicir dan tertinggal. Timor Leste ini memang di dalam ASEAN, kerana dia dulu dalam sejarahnya sebahagian daripada negara Indonesia, tapi apabila mereka mendapatkan kemerdekaan, mereka menjadi sebuah negara yang merdeka.

Mereka memohon untuk masuk sebagai Ahli ASEAN yang penuh, tetapi kalau diikutkan kita punya pra syarat untuk menjadi negara anggota penuh ASEAN ini, memang Timor Leste sampai tahun 2050 takkan dapat, Datuk Yang di-Pertua ya. Kerana terlampau ketat sampai dikatakan oleh Perdana Menteri Timor Leste, lebih mudah— “It’s a lot easier to go to heaven as compared to be a Member of ASEAN.” dengan izin ya.

Jadi, ini perkara yang kita lakukan dengan diplomasi lembut yang kita lakukan terhadap perkara Timor Leste ini. Perdana Menteri kita— Yang Amat Berhormat Perdana

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Menteri kita, Dato’ Seri Anwar menjalankan diplomasi yang baik. Dan akhirnya, diterima pada kita punya Sidang Kemuncak Ke-46 dan disahkan semasa sidang kemuncak yang ke-47 baru- baru ini, alhamdulilah Datuk Yang di-Pertua.

Jadi, alhamdulilah Malaysia menjadi sebagai Pengerusi yang amat berjaya, yang dipandang, dilihat oleh blok-blok dunia. Ramai yang hadir ya, semua ketua-ketua negara, kecuali Myanmar— yang hadir daripada ASEAN dan juga negara-negara rakan dialog kita iaitu 9 buah negara yang hadir dan juga tetamu kita, termasuk Brazil, South Africa, EU dan yang lain, yang menjadi tetamu negara— tetamu kepada Pengerusi ASEAN.

Jadi, alhamdulilah. Kita telah berjaya menjadi Pengerusi dan imej negara Malaysia menjadi begitu baik di peringkat antarabangsa. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu penjelasan yang komprehensif dan jelas dan ‘tak perlu soalan tambahan kan?

[Ketawa] Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa saya telah membuat lawatan rasmi Parlimen ke Timor Leste dan berjumpa dengan Presiden dan Menteri- Menterinya. Dan mereka amat berterima kasih dengan usaha yang dibuat oleh Malaysia untuk menjayakan kemasukan Timor Leste ke dalam ASEAN. Baik soalan tambahan?

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita mengucapkan tahniah di atas kejayaan negara menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47. Kita akui bahawa kerajaan terpaksa berbelanja besar di dalam penganjuran setiap event atau program bertaraf antarabangsa demi menjaga nama baik negara di mata dunia, tetapi banyak juga keadaan berakhir sebaliknya. Di mana ada negara yang mengalami kerugian daripada sudut ekonomi selepas penganjuran tersebut kerana percaturan yang salah.

Soalan tambahan saya yang berkaitan dengan pulangan ekonomi tadi. Apakah petunjuk prestasi utama (KPI) atau metrik pulangan ekonomi yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur keberkesanan perbelanjaan ini seperti nilai pelaburan asing, nilai perjanjian perdagangan dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Senator Tuan Nik Abduh. ASEAN ini kita tidak macam penganjuran-penganjuran yang lain. Kita membida. Kalau kita membida Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik, itu kita membida sebagai tuan rumah.

Jadi, kita mesti— sebelum kita membidanya, kita mesti mengambil kira untung, rugi kita tentang pulangan ekonominya, tetapi ASEAN ini dia mengikut giliran. Dia mengambil giliran setiap 10 tahun kita akan menjadi— Kali terakhir kita menjadi Pengerusi ASEAN 2015 dan kita sekarang menjadi Pengerusi semula selepas 10 tahun ya. Dan mulai pada tahun depan,

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

11 tahunlah kerana ASEAN dah menjadi 11 buah negara kerana termasuknya Timor Leste sebagai ahli tetap.

Jadi, untuk kita mengatakan apa pulangan yang ekonomi itu, saya— selain daripada kita dapat membuatkan keputusan-keputusan, selain daripada kita membuatkan dokumen hasil untuk kita bersama-sama sebagai satu rantau blok ASEAN yang besar, yang mempunyai 700 lebih juta penduduk, dia mempunyai suatu pulangan ekonomi secara satu blok.

Dan Malaysia tidak terkecuali, akan mendapat kepulangan yang baik daripada sini, tetapi ia akan mengambil masa. Itu sebabnya saya ada kata tadi, kita ada R3, kita ada DEFA, kita ada RCEP. Kita— semua kita buat Datuk Yang di-Pertua. Ini untuk menambah dan merancakkan lagi ekonomi. Dan kita menjadi— setelah diberi kepercayaan untuk menjadi sebagai permanent shepherd ataupun pengemudi kekal kepada visi ASEAN Community 2045, 20 tahun.

Dulu kita buat 2015-2025, tapi sekarang Malaysia telah diberikan sebagai penghormatan oleh negara-negara ASEAN untuk mengemudikan visi ASEAN Community 2045, 20 tahun. Ini macam-macam yang kita hendak buat. Dalamnya kita ada— kita punya, apa yang dipanggil sebagai connectivity program kita, kita punya energy transition kita.

Vietnam bersetuju untuk menghantar dia punya tenaga. Macam-macam, Datuk Yang di- Pertua ya.

Dan kita dari segi pelancongan, kita panggil— apa, one-stop six destination: macam- macam, tetapi kita tidak boleh ukur sekarang lah ya, tapi pulangan itu nanti akan memberikan pulangan yang amat baik kepada Rantau ASEAN ini dan Malaysia mempunyai kedudukan yang amat strategik. Itu sebabnya mencurah-curah. Saya boleh gunakan perkataan ‘mencurah-curah’ itu Datuk Yang di-Pertua. Pelaburan terutamanya dari segi teknologi tinggi, data center. Datuk Yang di-Pertua daripada Johor. Kita ada Johor-Singapore Special Economic Zone. Ini atas semangat ASEAN ya dan sekarang ini ‘dah berbilion-bilion ‘dah. Semalam saya bercakap, because— sebab kita akan mengadakan mesyuarat dua ketua negara, annual leaders retreat di Singapura, lusa.

Sejak ditubuhkan pertengahan tahun ini Datuk Yang di-Pertua, kita punya rasminya Johor-Singapore Economic Zone: RM17 bilion pelaburan daripada Singapura multinasional datang ke Johor untuk membawa pelaburan mereka. Kerana di Singapura, mereka ‘dah tak boleh hendak membesarkan lagi perniagaan and too costly to operate from Singapore, dengan izin ya.

Jadi, ini yang kita lakukan. Dan kita melihat pula di Utara, di Semenanjung. Kita bercakap, berbincang dengan negara Thailand. Bagaimana cara untuk kita meningkatkan

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

ekonomi di Selatan Thailand dan di Utara Malaysia? Ini sedang kita berbincang kerana orang ‘tak mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir subversif, ekstremisme jika ekonomi baik.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi kita mengambil langkah ekonomi untuk kita perkasakan kita punya hubungan dua hala dan juga berbagai hala dalam ASEAN ini, insyaAllah, tapi ‘nak mengatakan soalan daripada ‘Dato’ Nik tadi, Tuan Nik, Senator Nik tadi, apa pulangannya? Pulangannya tidak akan dapat dilihat dalam satu, dua hari. Dan ini bukan kita membida. Kalau kita membida seharusnya kita mesti melihat kepada pulangan ekonomi. tetapi ini adalah giliran. Kita mengambil giliran sebagai pengerusi. Like it or not kita mesti jadi pengerusi.

Dan Datuk Yang di-Pertua, kita amat berhemah. Kita ‘tak buat, kita ‘tak buat beria-ia sangat. Persembahan-persembahan pun kita pakai kumpulan budaya kita, kita pakai daripada MARA, Ulul Albab, kita pakai budak Seri Puteri yang menang pertandingan peringkat dunia— Di sidang kemuncak di mana ketua-ketua negara dunia ada. Kita buat budak-budak sekolah kita saja. Kita ‘tak mengambil profesional-profesional untuk persembahan. Kita cuba sedaya upaya untuk kita mengurangkan kos untuk menganjurkan kita punya— Kalau dibandingkan dengan Indonesia, kita ‘tak sampai 50 peratus perbelanjaan Datuk di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pulangannya secara fizikal dan juga bukan fizikal dalam jangka masa panjang. Itulah rumusan yang saya dapat buat.

Saya minta maaf pada Ahli-ahli Senator yang lain, saya bagi peluang lebih kepada Menteri Luar pada hari ini kerana isu ASEAN ini memang satu perkara yang perlu kita raikan.

Haji Mustafa.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Pertamanya saya, kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Malaysia, kepada PMX dan juga kepada Menteri Luar atas kelancaran, kelicinan dan juga kehebatan penganjuran Kepengerusian ASEAN Kuala Lumpur. Walaupun dia mungkin menelan belanja yang besar, tapi itu juga satu promosi dan untuk menunjukkan keupayaan negara kita menganjurkan program sebesar itu.

Dan, satu kejayaan Kuala Lumpur ialah kemasukan Timor Leste sebagai negara yang kesebelas. Cuma soalan saya Datuk, apakah impak atau manfaat kemasukan Timor Leste kepada Malaysia dan kepada negara-negara ASEAN terhadap tiga tunjang tadi iaitu ekonomi dan keselamatan, budaya dan juga ekonomi, budaya dan juga politik? Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Datuk di-Pertua, kalau ‘nak kita katakan bahawa Timor Leste ini akan membawa pulangan kepada kita, saya ‘dah kata tadi.

Jika ‘nak ikut syarat ketat yang dikenakan terhadap kemasukan sebagai anggota tetap memang Timor Leste tidak akan dapat kerana kedudukan kewangannya dan yang lain-lain.

Kita mengambil kira macam-macam, tetapi sebagai, saya katakan sebuah negara di dalam ASEAN, dia mesti kita masukkan sebagai anggota tetap kita. Dia tidak boleh menjadi sebagai negara yang menjadi Pemerhati.

Itu pun ‘dah banyak negara-negara lain, blok-blok lain yang telah pun menggamit Timor Leste. Apa rupanya dia di dalam Rantau ASEAN, tetapi menjadi anggota blok yang lain kerana tidak dapat menjadi anggota tetap dalam ASEAN, itu tidak baik ya. Itu asas utama kita.

Bila kita berbincang dengan rakan-rakan negara-negara di dalam ASEAN. Kita tidak mahu ya.

Dia ada Indo: ada Blok Indo-Pasifik yang lain. Ada Blok negara-negara Pasifik: Kepulauan Pasifik. Mereka menggamit Timor Leste. Jadi kita tidak mahu ini berlaku.

Ini juga akan menjadi satu perkara yang memalukan kita. ASEAN nanti apabila salah sebuah negara di dalam ASEAN, Rantau ASEAN ini, tetapi tidak diterima dalam anggota ASEAN, tetapi masuk pula dalam rantau blok yang lain. Ah, ini satu perkara yang tidak baiklah.

Akan memberikan apa orang kata, imej yang tidak baik kepada ASEAN. Kita bercakap tentang ASEAN negara aman bebas berkecuali, negara yang keterangkuman macam-macam, but on the same time dengan izin Datuk Yang di-Pertua, Timor Leste minta dah berbelas tahun, tapi ‘tak diterima.

Jadi, ini asas kepada kita melobi ya. Kita melobi bukannya terima secara senang. Ada dua, tiga buah negara Datuk di-Pertua yang sentiasa saja menidakkan usaha untuk membuat Timor Leste ini untuk dijadikan ahli tetap ASEAN, tetapi bila katakan sebagai suatu rantau blok yang mempunyai kekuatan bersama, kebersamaan itu penting ya. Unity kita penting ya.

Jadi, itu yang asas pada semua negara bersetuju dengan apa yang telah ditaja oleh Malaysia— untuk kita bawa Timor Leste sebagai negara ASEAN. Jadi, pulangan-pulangan yang lain-lain tu memang kita ‘tak nampak apa-apa pulangan ya, tetapi kita mahu supaya kebersamaan. Satu suara dalam ASEAN. Sekarang ni, baru-baru ni, dua hari lepas kita menjadi sebagai negara untuk tujuh penggal berturut-turut sebagai negara Jawatankuasa Eksekutif IMO: International Maritime Organization.

Kita sebagai ASEAN sekarang, apabila kita masuk sesuatu rundingan Datuk di-Pertua, kita mempunyai suara yang besar. Kita berganding dengan GCC, kita berganding dengan Blok Amerika Selatan, berganding dengan Blok Afrika, kita boleh masuk mana-mana saja, tetapi di dalam ASEAN, kita mempunyai persefahaman secara tidak bertulis. Jika ada sebuah

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

negara itu telah pun mendaftar untuk menjadi, membida untuk memasuki kedudukan dalam mana-mana organ Bangsa-Bangsa Bersatu, kita akan menyokong beramai-ramai.

Jadi, ini yang kita lakukan sekarang. Itu sebabnya kita masuk AICAO kita menang, IMO kita menang, semua kita menang ya. Kedudukan kita sebagai blok-blok yang kita bersefahaman yang baik. Ini merisaukan blok yang lain. Blok-blok Utara ataupun Global North— melihat bahawa the Global South sekarang ini mempunyai kesefahaman yang baik.

Ini yang kita lakukan untuk masa depan dan untuk kepentingan negara. Terima kasih Datuk di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput YB Susan Chemerai Anding.

draft • 10:20 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:20 AM

2. Puan Susan Chemerai Anding minta Menteri Pendidikan menyatakan, bagaimanakah kaedah Co-Teaching yang dicadangkan dapat menyelesaikan kekurangan guru untuk sesetengah subjek dan juga isu kekurangan guru di Sarawak.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Terima kasih soalan daripada Senator Puan Susan. Bagi soalan ini, saya pohon untuk menjawab sekali enam soalan berkaitan perkara yang sama iaitu berkaitan dengan co- teaching seperti yang berikut: soalan pada 2 Disember 2025, Senator Puan Susan; 4 Disember, Senator Datuk Rosni; 4 Disember, Senator Puan Susan juga; dan 4 Disember, Senator Tuan Mohd Hasbi; dan 16 Disember, Senator Tuan Azahar; 18 Disember, Senator Puan Susan.

Semua soalan ini adalah berkaitan konsep pelaksanaan inisiatif pengajaran co- teaching sebagai strategi yang bakal diperkenalkan dalam sistem pendidikan menerusi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Serta bagaimana keberkesanan pelaksanaan inisiatif ini dapat diukur?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator. Rancangan pelaksanaan inisiatif co- teaching dalam Kurikulum Persekolahan 2027 adalah, untuk mata pelajaran baharu sahaja iaitu mata pelajaran baharu Alam dan Manusia. Pembelajaran bersepadu yang akan diajar untuk Tahap Satu iaitu untuk anak-anak kita pada Tahun 1 dan Tahun 2 bermula tahun 2027.

Nombor dua, mata pelajaran baharu: Eksplorasi Sains dan Teknologi, pembelajaran bersepadu. Ini Tahap Dua untuk anak-anak kita pada Tahun 3 dan Tahun 4, yang mana untuk kurikulum persekolahan akan bermula pada tahun 2029.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dan nombor tiga, mata pelajaran baharu untuk Tahap Dua juga: Eksplorasi Seni dan Dunia pembelajaran bersepadu yang mana juga akan bermula pada tahun 2029 apabila kohot anak-anak kita dalam kurikulum persekolahan baharu ini sampai ke Tahun 3.

Pelaksanaan inisiatif pengajaran co-teaching dalam Kurikulum Persekolahan 2027 adalah didorong oleh fokus dan aspirasi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Pendekatan ini adalah satu inisiatif pedagogi profesional yang strategik bagi memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan juga dinamik khasnya dalam mata pelajaran baharu yang bersifat bersepadu iaitu tiga mata pelajaran baharu yang saya sebut tadi.

Pengajaran co-teaching merupakan satu kaedah pedagogi, dua orang guru bekerjasama secara sinergi dalam satu bilik— mengajar. Kolaborasi ini merangkumi proses merancang, melaksana dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran secara bersama-sama.

Keperluan kehadiran dua orang guru ini bagi mata pelajaran bersepadu adalah bersandarkan sifat mata pelajaran itu yang dibangunkan secara transdisciplinary yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu termasuk sains, kesihatan, seni visual, muzik, elemen digital, elemen TVET yang memerlukan kolaborasi guru bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Kehadiran dua orang guru juga dapat memberikan bimbingan dan penyeliaan yang lebih rapi semasa aktiviti berbentuk hands-on dan juga pembelajaran berasaskan projek.

Pendekatan ini memastikan PdP yang lebih menyeluruh, menyumbang secara langsung kepada kemenjadian murid yang holistik merangkumi penguasaan literasi, numerasi dan juga pemikiran kritis.

Mengenai pelan dan juga konsep pelaksanaan, pengajaran co-teaching, inisiatif co- teaching, KPM cakna berkenaan dengan kebimbangan masyarakat berkenaan dengan pelaksanaan dan KPM komited memastikan inisiatif ini dapat berjalan dengan teratur dan lancar tanpa menambah kepada beban guru yang sedia ada. Ia akan dilaksanakan secara berperingkat Datuk Yang di-Pertua, di mana guru-guru besar di sekolah akan diberikan autonomi untuk menentukan kaedah pelaksanaannya di sekolah masing-masing juga tertakluk kepada ketersediaan sekolah masing-masing.

Bagi memastikan pelaksanaan yang teratur dan juga berkesan, KPM juga akan menyediakan garis panduan pelaksanaan yang akan berfungsi sebagai dokumen rujukan utama kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan. Dalam perkara ini, sesi libat urus akan dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan dengan lancar.

Pada masa yang sama, bagi memastikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan juga pelaksanaan pengajaran co-teaching di kalangan warga guru, KPM akan

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

melaksanakan penataran bermula pada tahun 2026 selepas garis panduan kita selesai. Dan seterusnya, KPM juga akan merangka strategi sokongan komprehensif yang merangkumi latihan pedagogi serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan kepada guru pra- perkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan.

Akhir sekali, pengukuran keberhasilan dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran co- teaching akan dilaksanakan secara berterusan dan berkala melalui pengukuran keberhasilan pendidikan. Ini bermakna keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan bukan sahaja diukur menerusi pencapaian akademik murid, tetapi juga dilihat dari sudut pembentukan karakter, perkembangan sahsiah, literasi-numerasi dan juga kemahiran berfikir kritis yang merupakan matlamat utama Kurikulum Persekolahan 2027. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Yang Berhormat Susan.

draft • 10:30 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri yang memberi jawapan.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah co-teaching ini akan disesuaikan untuk menangani cabaran-cabaran unik dalam konteks pelbagai sekolah, khususnya sekolah luar bandar dan kawasan terpencil berbanding dengan sekolah high-perfoming di bandar, sebagai contoh, untuk memastikan ianya tidak mengakibatkan jurang pendidikan yang ketara? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Senator Susan. Senator Susan bertanya berkenaan dengan bagaimana kita pastikan kesemua sekolah ini adalah bersedia dan tidak kiralah dari bandar dan juga luar bandar. Dan seperti yang saya telah pun tegaskan dalam penggulungan KPM di Dewan Rakyat dan juga jawapan saya bagi pihak KPM sebentar tadi, guru besar diberikan autonomi untuk menentukan kaedah pelaksanaan inisiatif co-teaching ini di sekolah masing-masing.

Kita cakna berkenaan dengan ada sekolah-sekolah yang mungkin tidak bersedia akibat daripada mungkin kekurangan dari segi pengisian guru atau tidak bersedia dari segi fasiliti. So, kita memberikan kebebasan dan juga autonomi kepada pihak guru besar untuk menentukan cara mana dan inisiatif mana yang hendak dan boleh dilaksanakan supaya ia boleh mendatangkan hasil yang paling baik, yang terbaik kepada anak-anak kita. Dan kita juga harus mempunyai keyakinan terhadap guru-guru besar dan juga pentadbir sekolah yang mana saya selalu sebut, golongan ini merupakan golongan yang paling dekat dengan sekolah dan memahami kehendak sekolah masing-masing.

Dan dalam pelaksanaan inisiatif ini, kita akan pastikan bahawa pelaksanaan dia tidak akan mendatangkan sebarang perbezaan ataupun jurang pendidikan ataupun dari segi prestasi ataupun kualiti dari segi pendidikan di kalangan kesemua sekolah, tidak kiralah

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sebagainya. Walaupun mungkin di sesetengah sekolah pada tahun 2027, masih menggunakan cara tradisional, iaitu seorang guru dalam mata pelajaran baharu iaitu pembelajaran bersepadu ini, pihak KPM akan pastikan bahawa kesemua guru kita adalah bersedia untuk melaksanakan segala inisiatif dan juga teras yang termaktub dalam kurikulum persekolahan 2027 demi kebaikan anak-anak di sekolah. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, soalan tambahan? Kalau ‘tak ada, saya jemput Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Datuk Yang di-Pertua, pohon penjelasan soalan saya nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Komunikasi menyatakan, langkah dan pelan tindakan kerajaan bagi memperluas pelaksanaan Program Kampung Digital secara menyeluruh di seluruh negara dengan keutamaan kepada kawasan luar bandar khususnya Daerah Baling.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator.

Datuk Yang di-Pertua, Program Kampung Digital merupakan satu inisiatif di negeri Melaka dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diperkenalkan bagi mengatasi isu ketiadaan alamat yang jelas, lengkap dan berstruktur di 618 kampung tradisional di Melaka yang telah dikenal pasti.

Ketidakseragaman dan kekurangan piawaian dalam sistem alamat ini telah menyukarkan urusan harian penduduk termasuk dalam penghantaran surat-menyurat, perkhidmatan kurier, respons kecemasan serta pelaksanaan bantuan kerajaan.

Melalui inisiatif Program Kampung Digital Malaysia ini, setiap premis akan dikenal pasti, dipetakan dan direkodkan secara digital menggunakan geographic information system

(GIS), dengan izin. Seterusnya, diberikan alamat standard dan kod QR unik yang membolehkan lokasi disahkan dengan lebih tepat oleh agensi kerajaan, penyedia perkhidmatan dan pihak industri. Inisiatif ini akan membawa manfaat kepada penduduk kampung dalam aspek pengurusan, penghantaran dan perkhidmatan lain yang bergantung kepada ketetapan alamat rumah.

Selain itu, pelaksanaan inisiatif Program Kampung Digital Melaka turut membantu kerajaan memperoleh data perangkaan yang lebih tepat mengenai jumlah rumah sebenar di negeri Melaka dan juga sepadan kampung-kampung yang terletak di negeri tersebut. Inisiatif

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

ini juga selari dengan pelaksanaan sistem alamat nasional ataupun kita panggil NAS yang sedang dibangunkan oleh MCMC. NAS akan menjadi sebagai sumber alamat yang sah, seragam dan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadi sumber rujukan utama dalam pengurusan lebih 12 juta alamat di seluruh Malaysia. Sistem ini akan menyokong pelbagai sektor termasuk perkhidmatan pos, ekonomi, keselamatan dan kecemasan, perancangan bandar, utiliti kerajaan tempatan serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pelaksanaan NAS akan diperluaskan ke seluruh Malaysia dan dijadualkan bermula dengan projek rintis pada tahun 2026 di kawasan-kawasan terpilih. Pelaksanaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan kawasan yang mempunyai kadar ketidakseragaman alamat paling tinggi sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Dengan pelaksanaan NAS ini, semua premis di seluruh Malaysia termasuk di kawasan kampung, luar bandar dan pendalaman akan mempunyai alamat yang standard, lengkap dan iktiraf.

Pendekatan ini dijangka bukan sahaja memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan, tetapi turut menyumbang kepada keselamatan komuniti, kecekapan pentadbiran dan menyokong pembangunan ekosistem digital secara menyeluruh. Sekian, jawapan saya.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Soalan tambahan, Datuk Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya, apakah indikator prestasi utama KPI yang ditetapkan oleh kementerian untuk menilai keberkesanan Program Kampung Digital ini termasuk dari aspek literasi digital, peluang ekonomi dan akses kepada perkhidmatan kerajaan digital di kawasan- kawasan ataupun terutamanya di Daerah Baling? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan tersebut.

Pertama, seperti yang saya sebut tadi, untuk program Kampung Digital ini dia memang wujud khas ‘kat Melaka sahaja kerana ini adalah satu inisiatif Kerajaan Melaka, tetapi dapatlah sokongan dan juga kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk MCMC. Jadi, saya rasa salah satu KPI yang paling penting ataupun salah satu indikator yang paling penting yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk memastikan 680 kampung tradisional di Melaka yang sekarang ‘tak ada alamat yang lengkap dan berstruktur.

Saya percaya sebenarnya kampung halaman Ketua Menteri Melaka merupakan salah satu kampung yang ‘tak ada alamat yang lengkap. Alamat yang lengkap, kami ada nombor pintu, nombor jalan dan sebagainya, tetapi untuk kampung-kampung tradisional yang telah

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

dikenal pasti ‘kat Melaka mereka mungkin ‘tak ada nombor pintu. Jadi sangat susah untuk for example posmen ‘nak hantar surat-menyurat ataupun sekarang kita, semua orang beli barang online, tetapi ‘nak hantar barang itu, parcel itu ke seseorang pembeli mungkin mereka letak ‘kat kedai runcit sahaja.

Saya rasa ini merupakan operasi ataupun situasi di banyak kampung yang tidak mempunyai alamat yang lengkap, tetapi mestilah selepas— selain daripada isu alamat yang tidak lengkap, memang di bawah kementerian dan juga di bawah MCMC kami juga ada pelbagai inisiatif untuk memastikan bahawa infrastruktur telekomunikasi semakin lengkap, memastikan bahawa semua orang ada akses kepada Internet, kepada 4G dan lepas itu 5G dan jugalah kesedaran keselamatan internet ini semakin meningkat.

Dan oleh sebab itu, salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MCMC ialah kita telah melancarkan Kempen Internet Selamat pada bulan Januari awal tahun— pada bulan Januari tahun ini dan setakat ini kami telah menghubungi ataupun lebih daripada 8,500 buah sekolah. Sekolah rendah, SK, SJK dan jugalah SMK dan jugalah IPG dan juga IPT telah terlibat ataupun terlibat dalam program Kempen Internet Selamat ini, supaya kita boleh meningkatkan lagi literasi digital antara generasi muda kita. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB, tadi YB Nasir tanya fasal khusus untuk kawasan Baling.

[Ketawa] Apakah yang dibuat oleh kementerian?

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Selain daripada Kampung Digital ini memang kami juga tengah laksanakan NAS. Jadi NAS memang akan diperluaskan di seluruh Malaysia termasuk Kedah termasuk Baling, tetapi seperti yang saya sebut dalam jawapan pokok saya, NAS adalah sekarang kami akan masuk untuk projek rintis pada awal 2026. Untuk projek rintis memang kami setakat ini hanya mengenal pasti sembilan tempat, tetapi apabila kita memperluaskan ke seluruh Malaysia, saya percaya sekiranya dalam kawasan Yang Berhormat Senator juga ada kampung tradisional ataupun FELDA yang mempunyai masalah ‘tak ada alamat yang lengkap ini, saya rasa ini juga akan di-cover di bawah NAS, tetapi untuk program-program yang lain seperti Kempen Internet Selamat, memanglah kita juga melibatkan sekolah-sekolah ‘kat Kedah dan juga ‘kat Baling. ‘Tak ada, kita ‘tak bezakan dia dari kawasan mana.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya lah. Kalau saya jawapan pendek ‘je. Kementerian akan bantu Baling secara terus.

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Datuk Speaker, soalan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Abun, soalan YB Abun ada, pun ‘nak soalan tambahan juga?

draft • 10:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Kerana dia melibatkan...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, pasal Sarawak kawasan luar bandar, saya benarkan. Ya, silakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Ya, kerana dia meliputi seluruh negara di sini, saya mohon supaya kalau boleh pun, kalau ‘tak sempat hari ini secara bertulis. Adakah dia meliputi seluruh negara termasuk di pedalaman Sabah, Sarawak?

Berikan senarai kepada kita supaya kalau kampung-kampung kita tidak tersenarai, boleh memberi panduan kepada kita untuk memohon. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Sorry, Yang Berhormat, saya ‘tak dengar yang depan itu.

Program apa, sama ada melibatkan Sabah dan Sarawak?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

‘Tak apa, ‘tak apa, nanti jawab di selepas daripada sesi ini.

[Ketawa] Baik, kalau ‘tak ada soalan tambahan lagi saya jemput Datuk Edward Linggu Bukut.

draft • 10:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam semua dan soalan saya nombor 4. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

4. Datuk Edward Linggu Bukut minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sejauh mana pelaksanaan inisiatif digitalisasi pemantauan harga melalui aplikasi PriceCatcher di Sabah, termasuk jumlah pasar raya dan premis yang telah berdaftar, keberkesanan aplikasi dalam menstabilkan harga barangan asas, serta perancangan peluasannya ke seluruh daerah menjelang 2026.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Edward Linggu di atas soalan.

Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan pertanyaan yang diajukan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff pada 16 Disember 2025. Memandangkan pertanyaan dan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan perkara yang sama iaitu PriceCatcher.

Aplikasi PriceCatcher Datuk Yang di-Pertua, dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai salah satu inisiatif program pemantauan harga yang dilaksanakan semenjak tahun 2008. Program ini memantau pergerakan harga sebayak 316 barangan, 316 SKU yang merangkumi enam kategori iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus, susu dan barangan bayi, produk kebersihan serta minuman.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Pemantauan ini dilakukan oleh seramai 887 pegawai pemantau harga di hypermarket, super market, kedai runcit dan pasar basah Datuk Yang di-Pertua. Dan setakat 17 November 2025, aplikasi ini telah dimuat turun oleh 598,000 pengguna di seluruh negara dan terus menjadi rujukan bagi pengguna menyemak harga barangan dengan purata pelawaan aktif sebanyak 10,000 pelawat yang mengunjungi aplikasi itu dalam masa seminggu.

Tuan Yang di-Pertua, di negeri Sabah untuk makluman Yang Berhormat Edward Linggu, data harga yang dipaparkan melalui aplikasi PriceCatcher melibatkan sejumlah 207 premis di bandar dan di luar bandar. Dan pada 9 November 2025, kementerian telah menjalankan kerjasama strategik terbaharu dengan dua premis peruncitan utama di Sabah iaitu Pasar Raya BATARAS Sdn. Bhd. dan Pasar Raya CKS Retail Sdn. Bhd. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPDN untuk memperluaskan jaringan rakan strategik sektor peruncitan dan inisiatif digitalisasi dan ketelusan maklumat harga barang. Tadi seluruh negara, tadi di Sabah 207 premis, di seluruh negara terdapat 2,169 premis yang bekerjasama untuk kita pantau harga.

Pada tahun 2026, KPDN akan memperluaskan penyertaan pasar raya dan premis runcit di seluruh negara, baik di bandar ataupun di luar bandar untuk berkongsi data secara automasi. Dan melalui kajian, kita ‘nak lihat bagaimana pengguna mendapat manfaat daripada aplikasi ini, daripada 598,000 yang telah memuat turun dan menggunakan aplikasi PriceCatcher ini kita dapati 82 ribu— 82 peratus responden di kalangan pengguna aplikasi ini berpuas hati terhadap fungsi dan kebolehgunaan PriceCatcher dalam menyokong keperluan pengguna.

Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Senator Dr. Wan Martina, kementerian tiada rancangan mewajibkan premis perniagaan untuk menyalurkan maklumat harga, lebih memberi tumpuan kepada pendekatan kolaborasi secara sukarela. Dan ketika ini di Semenanjung, Pasar Raya Mydin dan Redtick telah membolehkan perkongsian data. Tadi Sabah ada dua, di Semenanjung ada dua dan ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk memperluaskan jaringan rakan strategik dan insya-Allah, kita akan terus mendapatkan buy in daripada rakan-rakan strategik kita untuk turut serta secara sukarela berkongsi data harga mereka. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Datuk Edward.

draft • 10:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan penjelasan yang begitu komprehensif. Cuma sedikit pencerahan lagi, adakah usaha ini, PriceCatcher ini kita lakukan secara wajib untuk premises runcit yang besar di Sabah seperti rangkaian pasar raya, pasar komuniti utama untuk menyertai PriceCatcher ini. Dan Menteri ada juga sebut pasal kedai runcit di seluruh daerah di Sabah ini dan adakah ini melibatkan

draft • 10:40 AM

Datuk Edward Linggu Bukut

semua kedai-kedai runcit yang sama ada di pekan kecil kah ataupun kedai-kedai yang peringkat kampung? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Okey, tadi saya mengatakan bahawa kolaborasi ini ialah secara sukarela.

Maksudnya, kalau kita tidak boleh mewajibkan mereka berkongsi data, tetapi apa yang KPDN buat, KPDN pilih. KPDN sendiri yang pilih— pasar raya, hypermarket, kedai runcit, pasar basah dan sebagainya untuk memantau 316 SKU yang seperti saya katakan tadi.

Jadi, kedudukan lokasinya memang— ada yang kita buat secara harian, ada yang kita buat secara mingguan dan ada lokasinya di bandar dan ada lokasinya di luar bandar. Jadi, setakat ini belum semua sebab kita pun ada kekangan. Kita hanya ada 887 sahaja Pegawai Pemantau Harga yang akan memantau harga, kemudian untuk key-in data juga pada hari yang sama. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Dr. Martina?

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Lanjutan daripada soalan daripada Yang Berhormat Edward. Saya ingin bertanya, adakah ada inisiatif tertentu untuk— kepada premis-premis, terutamanya di kawasan luar bandar supaya mereka dapat menyertai program ini?

Dan yang keduanya, adakah pihak kementerian juga melaksanakan program-program advokasi ataupun kesedaran kepada rakyat tentang peranan mereka dalam membandingkan harga dan melaporkan kepada pihak kementerian? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan. Okey, dia ada beberapa perkara yang kita harus lihat, yang bagaimana— yang pertama, berkenaan dengan integriti data. Apabila kita pantau harga, pegawai kita yang masukkan data tersebut, tapi kalau kedai runcit itu sendiri yang memasukkan data, dia ada timbul persoalan berkenaan dengan integriti data. Contohnya, kalau dimasukkan sekian, sekian harga ayam oleh pasar raya tersebut, tapi bila pengguna pergi, tengok harga dia lain.

Jadi, di situ persoalan integriti data. Jadi, yang akan dimarahi ialah KPDN lah sebab kita yang jaga platform itu. Jadi, ini satu perkara yang kita harus pastikan tidak berlaku.

Maksudnya, integriti data itu boleh dipercayai.

Perkara yang kedua ialah kadang-kadang pasar raya juga agak sukar untuk berkongsi secara sukarela kerana mereka khuatir akan ada competition. Sekiranya mereka upload harga sekian, sekian, nanti supermarket lain tengok harga sekian, sekian itu, supermarket pula compete dan letak harga yang competitive untuk menyaingi harga tersebut.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Jadi, ini antara market forces yang kita harus tangani. Dan insya-Allah, kita cuba sedaya upaya secara kolaborasi, buying in, secara sukarela dan sebagainya, tapi saya kira kementerian juga harus berfikir bagaimana kalau isu— kalau mereka secara sukarela key-in, tapi kita masukkan serentak, contohnya. Bukan key-in pada ketika mereka key-in dan terpapar terus. Mungkin mereka key-in sebelum pukul 12 contohnya, kemudian kita paparkan sekali.

Jadi, ini antara perkara-perkara yang harus diteliti oleh kementerian supaya tidak timbul keadaan seperti yang saya katakan tadi: integriti data, timbul keadaan di mana ada rasa tidak selesa, nanti pesaing mereka tahu harga mereka dan dilawan pula harga yang lebih— katakan supermarket bersebelahan ataupun berdekatan turunkan harga untuk tarik pengguna.

Jadi, ini antara cabaran-cabaran. Namun, insya-Allah 2026, KPDN akan terus berusaha mendapatkan kolaborasi yang lebih baik di kalangan rakan-rakan strategik kita.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

Susah ‘nak regulate the free market lah.

[Ketawa] Sekarang saya jemput Tuan Mohd Hasbie bin Muda.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:50 AM

  1. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah langkah strategik jangka sederhana dan panjang yang sedang dan akan diambil oleh kementerian bagi memastikan aspek kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan warga emas terus diberi keutamaan dalam menghadapi realiti Malaysia sebagai negara menua dan negara tua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda pada hari ini, saya nak memohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua untuk saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong bertarikh 2 Disember pada hari ini juga kerana menyentuh perkara dan isu yang sama.

Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini telah melancarkan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026-2030 pada 4 November 2025. Dan ini merupakan komitmen Malaysia untuk memperkasa ekosistem penjagaan yang mampan dan inklusif, selaras dengan agenda

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

pembangunan sosial negara. Kerangka ini bukan sahaja dibangunkan khusus untuk warga emas, tetapi termasuk kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, individu yang mengidap penyakit kronik dan mereka yang tidak dapat menjaga diri sepenuhnya. Dan ia merangkumi dimensi sokongan fizikal dan emosi dengan tujuan untuk memastikan kesejahteraan, maruah dan kualiti hidup penerima penjagaan.

Pelaksanaan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026-2030 akan dipantau berdasarkan petunjuk yang ditetapkan seperti sebagai penyampaian perkhidmatan penjagaan, tenaga kerja pembangunan, penjajaran dasar dan kerjasama pihak berkepentingan. Pelan Tindakan Warga Emas 2025-2030 di bawah Dasar Warga Emas Negara yang telah dilancarkan pada 5 Oktober 2025 pula mendukung lima dimensi utama iaitu penuaan sihat, penuaan aktif, penuaan produktif, penuaan positif dan penuaan menyokong. Dan pelan ini juga memperkenalkan satu strategi baru di bawah Teras 3 Keselamatan dan Perlindungan iaitu penjagaan jangka panjang ataupun dengan izin, long term care. Bagi mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan awam dan kewangan keluarga, fokus diberikan kepada pengukuhan ageing in place dan penjagaan berasaskan komuniti. Ini termasuklah bantuan warga emas sebanyak RM600 sebulan dan bantuan penjagaan OKU terlantar, pesakit kronik terlantar berjumlah RM500 sebulan kepada mereka yang layak.

Di samping itu, KPWKM melalui JKM juga telah menyediakan pelbagai inisiatif sokongan sosial seperti Pusat Aktiviti Warga Emas, Unit Penyayang Warga Emas dan Program Khidmat Bantu Di Rumah ataupun Home Health Services. Dan kementerian begitu komited dalam memastikan pelaksanaan PTWEN 2026-2030 ini berada pada landasan terbaik melalui kerjasama erat agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, NGO dan sektor swasta bagi memastikan perkhidmatan yang lebih mudah diakses, bersepadu dan mampan yang dapat dinikmati oleh setiap warga emas di Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, YB Hasbie.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif. Cuma akhir-akhir ini kita banyak dengar kes warga tua yang mati sendirian di rumah. Adakah kementerian ada satu sistem sokongan ataupun sistem pemantauan untuk memastikan perkara yang sebegitu kita dapat elakkan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang telah dikemukakan. Di dalam apa yang difokuskan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini adalah beberapa perkara seperti apa yang kita tekankan adalah ageing in place. Itu dia bersama dengan keluarga masing-masing. Kalau sekiranya

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

tidak dapat dilaksanakan, kita juga ada ageing in community, termasuklah program-program ataupun aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah PAWE. Dan kita juga ada pejabat kebajikan masyarakat daerah. Sebab itulah kita mahukan masyarakat sekeliling juga membantu pihak kementerian dan juga mereka yang berkenaan dengan tidak membiarkan sekiranya warga emas itu hidup bersendirian.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kalau sekiranya mereka hidup bersendirian, akhirnya kita ada rumah institusi yang boleh kita letakkan juga warga-warga emas berkenaan, tapi saya ‘nak memohon kepada orang awam dan juga masyarakat supaya melaporkan sebab kita ada Talian Kasih 15999 di mana setiap kali laporan itu dilaksanakan kita akan mengambil tindakan as immediate as possible dengan izin, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi Datuk Koh.

draft • 11:00 AM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudi menjawab soalan 5 bersama dengan soalan 14.

Soalan tambahan saya adalah, bagaimana kementerian memastikan aktiviti di pusat aktiviti warga emas bukan sekadar berbentuk sosial, tetapi benar-benar menyokong penuaan sihat, pencegahan penyakit tidak berjangkit iaitu NCD dan kesejahteraan mental. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Senator Koh di atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya kementerian ‘nak memaklumkan, saya ingin memaklumkan bahawa program-program yang dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas itu tidak terhad kepada aktiviti sosial semata-mata.

Sebenarnya ia dibuat secara menyeluruh bagi menyokong penuaan sihat termasuklah juga pencegahan penyakit tak berjangkit dan kesejahteraan mental warga emas. Sebab itulah pelaksanaan semua aktiviti di PAWE ini berpaksikan kepada lima dimensi penuaan seperti yang saya katakan di dalam jawapan asal tadi.

Dan melalui pendekatan ini juga, kita menyediakan program-program yang kita harap dapat memberi manfaat yang holistik kepada warga emas di seluruh negara. Kementerian juga memastikan pelbagai aktiviti kesihatan dapat kita jalankan secara berkala di PAWE- PAWE termasuklah saringan kesihatan dan sebagainya.

Selain daripada itu, selain daripada penjagaan fizikal juga Datuk Yang di-Pertua, aspek kesejahteraan mental turut diberi perhatian kerana itu isu yang semakin mendapat

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

perhatian sekarang ini. Dia ada melalui pelaksanaan sesi sokongan psikososial dan kita tidak ketepikan juga aspek kerohanian di dalam program pembangunan diri warga emas ini.

Jadinya kesimpulannya saya ‘nak maklumkan bahawa PAWE ini bukan sekadar pusat untuk warga emas ini berkumpul, tetapi juga merupakan satu platform pembangunan holistik yang kita harapkan dapat menyokong penuaan yang aktif dan juga sihat. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya jemput Senator Dr. Lingeshwaran.

draft • 11:00 AM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 6.

draft • 11:00 AM

6. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah penjimatan fiskal yang telah dicapai oleh kerajaan hasil pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95 selepas sebulan program ini dilancarkan, dan adakah penjimatan tersebut mencapai sasaran yang ditetapkan; dan

(b) bagaimana penjimatan ini akan disalurkan semula kepada sektor- sektor utama seperti kesihatan, pendidikan dan pembangunan negara.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan telah melaksanakan program penyasaran subsidi petrol RON95 melalui BUDI MADANI RON95 atau lebih dikenali dengan BUDI95 secara berperingkat bermula dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia pada 27 September 2025. Diikuti oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada 28 September 2025 sebelum diperluas kepada semua warga Malaysia yang layak pada 30 September 2025.

Di bawah program ini, kerajaan menetapkan semua Warganegara Malaysia yang memegang MyKad serta memiliki Lesen Memandu yang aktif adalah layak menikmati harga bersubsidi bagi petrol RON95 iaitu sebanyak RM1.99 sen seliter. Sementara itu bukan warganegara dan pengguna komersial akan dikenakan harga runcit tanpa subsidi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan automatic pricing mechanism dengan izin.

Sehingga 30 November 2025, seramai 13.9 juta rakyat daripada 16.5 juta orang yang layak, lebih kurang 84 peratus telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 sen seliter, melibatkan nilai jualan sebanyak RM5.16 bilion atau penggunaan sebanyak 2.59 bilion liter. Kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun tertakluk kepada harga minyak dunia dan berdasarkan data survey penggunaan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

domestik sebelum pelaksanaan BUDI95, bahawa sekitar 20 peratus daripada jumlah penggunaan RON95 melibatkan pengguna yang tidak layak menerima subsidi.

Julat penjimatan tersebut mengambil kita pelbagai senario harga minyak mentah global iaitu antara USD60 hingga USD80 setong serta pelaksanaan penghapusan subsidi ke atas segmen yang tidak disasarkan seperti bukan warganegara dan pengguna komersial.

Memandangkan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 hanya bermula pada 30 September 2025, jumlah penjimatan tahunan hanya dapat dinilai mulai tahun 2026. Bagi tahun 2025 tumpuan akan terus diberikan kepada pemantauan serta penambahbaikan mekanisme pelaksanaan bagi memastikan sistem BUDI95 kekal stabil dan mesra pengguna untuk rakyat di samping membantu menangani ketirisan subsidi.

Penjimatan yang dicapai melalui pelaksanaan penyasaran pelbagai subsidi termasuk BUDI95 telah membuka ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan untuk dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat. Ruang fiskal tersebut turut memperkukuh keupayaan kerajaan dalam membiayai pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam di seluruh negara.

Termasuk antaranya termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) peningkatan peruntukan dari RM10 bilion pada tahun 2024 kepada RM15 bilion pada tahun 2026 termasuk tambahan RM2 bilion bagi penghargaan SARA iaitu RM100 one-off kepada semua— kepada sekitar 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu bantuan di bawah JKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, peningkatan peruntukan lebih daripada RM3 bilion, program menangani kos sara hidup iaitu RM1 bilion disediakan termasuk Program Jualan RAHMAH MADANI, Program Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM794 juta, Inisiatif Pas Bulanan My50 di Lembah Klang, Kad 30 Hari dan Kad Konsesi di bawah BAS.MY sekitar RM200 juta yang turut diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya penjimatan dana negara melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk agenda kebajikan, bantuan menangani kos sara hidup, pendidikan, kesihatan serta pelaburan bagi menyediakan prasarana rakyat yang berkualiti. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dr. Lingesh.

draft • 11:00 AM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Selain daripada penjimatan wang, adakah terdapat data empirikal yang menunjukkan penurunan volum jualan bahan api di stesen-stesen minyak berdekatan ataupun sempadan

draft • 11:00 AM

Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam

negara yang menunjukkan bukti nyata bahawa aktiviti penyeludupan ke negara jiran telah dibendung melalui program ini.

Dan juga, sejauh manakah pelaksanaan program ini dalam tempoh sebulan ini memberi kesan kepada indeks harga pengguna? Adakah kerajaan bersedia untuk menilai semula kadar bantuan tunai sekiranya jumlah semasa tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang telah bermula pada 10 Jun 2024 menyebabkan penurunan jualan diesel di stesen minyak sebanyak kira-kira 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari. Ini mencerminkan pengurangan aktiviti penyeludupan rentas sempadan dan ketirisan kepada pihak industri yang tidak layak mendapatkan subsidi.

Jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari. Menggambarkan bertapa banyaknya kuantiti diesel bersubsidi yang telah dibeli oleh sektor industri daripada stesen minyak sebelum harga runcit diesel diapungkan secara terkawal pada masa ini.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Bagi penyasaran subsidi petrol RON95, memandangkan seperti yang saya telah beritahu, memandangkan BUDI95 ini baru sahaja dilaksanakan hanya dua bulan, data terperinci masih sedang dikumpul oleh kerajaan untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Kerajaan akan terus memantau prestasi penjualan bahan api RON95 terutamanya di stesen-stesen minyak sempadan negara dan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya mendapati mana-mana pihak yang menyalahgunakan kelayakan BUDI95.

Kementerian Kewangan akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan aspek penguatkuasaan BUDI95 diteruskan bagi memastikan keciciran terus dibendung.

Dari segi impak terhadap indeks harga pengguna, indeks harga kumpulan pengangkutan telah menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 peratus tahun ke tahun pada bulan Oktober berbanding dengan peningkatan sebanyak 0.7 peratus pada bulan September.

Manakala, inflasi keseluruhan telah menyederhana kepada 1.3 peratus pada bulan Oktober 2025 berbanding 1.5 peratus pada bulan September.

Penurunan kadar inflasi ini antara lain disumbangkan oleh penurunan harga minyak RON95 untuk majoriti pengguna yang layak dari RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter sejak program BUDI95 dilaksanakan.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Kerajaan komited akan terus memberi subsidi petrol kepada kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan pada harga bersubsidi RM2.05 seliter melalui SKPB, iaitu Sistem kawalan Petrol Bersubsidi bagi memastikan tiada kenaikan harga yang mendadak kepada rantaian bekalan logistik. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan boleh sikit?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat saya lihat jam dah pukul 11.12, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membentangkan bajet dijangka 11.30.

Jadi, saya akan teruskan dengan soalan-soalan. Cuma, saya akan berikan satu sahaja soalan tambahan untuk tiap-tiap soalan yang berikut.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya buat satu pengumuman sekejap? Kementerian Kewangan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Dewan Negara dalam Dewan yang mulia untuk melawat Pameran Celik Kewangan yang sedang berlangsung di pintu masuk Dewan Rakyat. Pameran ini disertai oleh semua rakan kongsi Jaringan Pendidikan Kewangan atau FEN untuk meningkatkan pemahaman mengenai ilmu kewangan.

Semua dijemput. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, YB.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Datuk Speaker, satu sahaja boleh?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak. Sekarang saya jemput Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani.

draft • 11:10 AM

Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 7.

draft • 11:10 AM

7. Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani minta Perdana Menteri menyatakan

(a) langkah-langkah baharu yang diambil bagi mengatasi kelemahan penguatkuasaan perintah nafkah anak di Mahkamah Syariah; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang menubuhkan tabung nafkah sementara bagi membantu ibu tunggal sebelum perintah mahkamah dikuatkuasakan sepenuhnya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Senator Norhasmimi.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon jawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff nombor giliran 59 pada hari ini dan pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu Bukut bertarikh 18 Disember 2025 kerana menyentuh isu yang sama, iaitu isu nafkah di bawah tadbir urus mahkamah syariah.

Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memandang serius isu kegagalan membayar nafkah kerana ia merupakan bentuk pengabaian tanggungjawab yang menjejaskan kebajikan wanita dan anak-anak.

Sehubungan itu, langkah penguatkuasaan yang lebih tegas dan bersepadu telah dilaksanakan melalui Bahagian Sokongan Keluarga ataupun BSK. Antara tindakan utama ialah saman penghutang penghakiman yang mengarahkan bekas suami hadir ke mahkamah untuk dinilai kemampuan kewangan mereka. Mahkamah boleh memerintahkan bayaran sekali gus, ansuran ataupun potongan gaji automatik di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 selaras dengan kuasa mahkamah syariah untuk menjaga kebajikan anak. Kegagalan mematuhi perintah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 hari.

Selain itu, mekanisme hiwalah melalui sekatan akaun bank turut dilaksanakan selepas pindaan terhadap Jadual 11, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 yang telah diluluskan, diwartakan pada 10 Februari 2021 yang mengiktiraf perintah hiwalah kepada institusi kewangan.

Akaun bank penghutang boleh dibekukan dan tunggakan nafkah dipindahkan terus kepada penerima bagi tujuan menyelesaikan hutang. Di samping itu, tindakan penyitaan dan penjualan harta turut digunakan untuk mendapatkan tunggakan nafkah.

Kerajaan turut meneliti cadangan sekatan kredit dan senarai hitam penghutang tegar sebagai langkah pencegahan tertakluk kepada penelitian undang-undang dan prinsip keadilan.

Berdasarkan statistik pendaftaran kes di BSKJKSM, sebanyak 152 kes hiwalah telah didaftarkan pada tahun 2021 hingga September 2025. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 kes berjaya diselesaikan menerusi pembekuan simpanan yang dipindahkan kepada pemiutang penghakiman akaun adalah sebanyak RM79,820.

Bagi memastikan semua perintah nafkah dipatuhi, BSK menubuhkan unit pemantauan yang memantau pembayaran, menyediakan analisis, mengurus potongan gaji serta mencadangkan tindakan undang-undang terhadap ketidakpatuhan.

BSK menjalinkan kerjasama bersepadu dengan rakan strategik iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri,

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengesan maklumat pendapatan, maklumat majikan, alamat dan rekod pendaftaran bekas suami.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon masa sikit untuk sebab ada tiga soalan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Kita menyambut kembali YB ke dalam Dewan ini, silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Unit Pengesanan Maklumat BSK menyelaras carian ini bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan. Integrasi data ini mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dan mengurangkan ruang kesalahan berulang melarikan daripada tanggungjawab.

Berhubung pangkalan data pesalah nafkah, BSK memantau pematuhan perintah secara sistematik, memastikan penghutang penghakiman sentiasa berada di dalam radar mahkamah melalui sistem e-nafaqah yang mengesan pematuhan perintah secara berpusat.

Berhubung cadangan tribunal khas untuk mempercepatkan kes, perkara ini dalam perhatian dan penelitian pihak kerajaan. Buat ketika ini, pelaksanaannya adalah melalui BSK dan mahkamah khas nafkah yang telah ditubuhkan telah berfungsi sebagai mekanisme khusus penguatkuasaan perintah nafkah. Mahkamah khas nafkah kini beroperasi dengan sasaran mempercepatkan penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada hanya enam bulan dan pencapaian awal menunjukkan hasil yang positif.

Berhubung dengan cadangan penubuhan tabung nafkah sementara, berdasarkan dasar dan pelaksanaan sedia ada kerajaan telah menyediakan mekanisme bantuan kewangan sementara melalui pendahuluan nafkah dan bantuan nafkah yang diuruskan oleh BSKJKSM dan BSK seksyen negeri-negeri. Ia berfungsi sama seperti tabung nafkah sementara yang bertujuan bagi membantu ibu tunggal dan anak-anak yang terjejas sementara menunggu pelaksanaan perintah mahkamah atau tunggakan nafkah dijelaskan.

Pendahuluan nafkah yang disalurkan akan dikutip semula melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah kepada bekas suami ataupun bapa bagi menuntut tunggakan nafkah yang berlaku.

Manakala, bagi bantuan nafkah pula, ia merupakan bantuan kewangan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri kepada pelanggan BSK yang kurang berkemampuan dan kalangan asnaf, fakir dan miskin.

Statistik BSK dari tahun 2022 hingga Oktober 2025, menunjukkan sebanyak 9,674 kes pelanggaran perintah nafkah yang telah berjaya diambil tindakan yang membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu kerajaan. Di samping, penguatkuasaan Kerajaan

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

MADANI turut mempergiat usaha kesedaran melalui program masyarakat seperti Lelaki Dambaan Syurga, Program Sejahtera Keluarga MADANI, wacana kekeluargaan di Sarawak dan Program Literasi Undang-undang Syariah Johor bagi meningkatkan kefahaman mengenai kewajipan nafkah.

Kerajaan MADANI akan terus memperkukuhkan pemantauan, penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi dan digitalisasi mahkamah syariah agar setiap perintah nafkah syariah dipatuhi dan keadilan diberikan kepada mereka yang berhak. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan, YB.

draft • 11:10 AM

Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan sebentar tadi. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa tabung sementara nafkah ini telah pun diwujudkan. Namun, tabung ini perlu dikutip semula.

Soalan saya ialah, apakah langkah kerajaan dalam memastikan proses kutipan balik pendahuluan nafkah ini benar-benar berkesan supaya dana BSK ini terus berputar dan sampai kepada penerima seterusnya? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Nature tabung ini betullah, ia berbentuk revolving fund. Asas kepada pewujudan tabung berputar ataupun revolving fund ini adalah untuk memastikan bahawa tanggungjawab itu kekal kepada bapa dan juga suami. Sebab kita ‘tak ‘nak Datuk Yang di-Pertua, ada sesetengah fahaman bila mana kita wujudkan tabung ini, bapa dan juga suami, dia ambil— so, dia kata kerajaan ‘dah ambil alih tanggungjawab itu.

Sebab itu, asasnya kita buat dalam bentuk putaran. So, dengan lain perkataan, bila mana Bahagian Sokongan Keluarga membantu isteri dan juga anak-anak untuk mengutip tunggakan nafkah daripada suami dan bapa tadi melalui cara-cara yang telah saya jelaskan sebentar tadi, sama ada dengan cara hiwalah, dengan cara saman penghutang penghakiman, committer dan sebagainya.

So, hasil daripada kutipan tersebut Datuk Yang di-Pertua, akan dimasukkan semula ke dalam tabung tadi supaya tabung tadi itu akan dapat digunakan manfaat kepada wanita dan anak-anak yang lain. So, bagi memastikan kutipan itu, sebab itulah kita Bahagian Sokongan Keluarga ini sentiasa berusaha untuk mengenal pasti kaedah-kaedah yang terbaik, seperti mana yang saya jelaskan sebentar tadi.

Contohnya, hiwalah: sitaan. Kita buat pindaan kepada Akta Kewangan Islam supaya Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk membekukan simpanan wang suami

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

ataupun bapa tersebut. Dan selain daripada itu, Unit Pemantauan Bahagian Sokongan Keluarga bertanggungjawab untuk mengesan— apa itu? Suami dan juga bapa.

Kalau dahulu, bila mana satu perintah nafkah itu telah dikeluarkan, isteri dan anak- anak tadi itu, dia terpaksa mencari sendiri di mana bekas suami ataupun bapa tadi itu berada ataupun mereka ini terpaksa ambil private agency untuk cari suami tadi.

Jadi, dengan adanya Bahagian Sokongan Keluarga melalui pemantauan yang dibuat dan dibangunkan satu sistem yang disebut sebagai sistem e-Nafkah. So, dalam sistem e- Nafkah yang dibangunkan ini, bapa ataupun suami yang gagal untuk laksanakan tanggungjawab itu tadi, dia boleh di-trace oleh pegawai-pegawai di Bahagian Sokongan Keluarga.

Jadi, tidak ada keperluan untuk melantik peguam syarie. Jadi, dengan cara itu, kos yang ditanggung oleh isteri dan anak tadi itu dapat dikurangkan sebab kerja-kerja yang dilakukan oleh Bahagian Sokongan Keluarga itu untuk tujuan pemantauan dan tracking suami dan bapa yang gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tadi itu akan dilakukan melalui pembangunan e-Nafkah yang saya jelaskan tadi.

So, jadi dengan kaedah-kaedah tambahan penguatkuasaan dan pemantauan yang dibuatkan oleh pegawai-pegawai Bahagian Sokongan Keluarga itu memastikan kutipan hutang oleh suami dan bapa tadi itu dapat diambil semula dan seterusnya, dimasukkan dalam tabung kitaran tadi, yang telah ada tadi itu untuk manfaat isteri dan anak-anak yang lain.

Terima kasih. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih YB Menteri. Sekarang, saya jemput Senator Dato’ Salehuddin bin Saidin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan saya nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah yang diambil dalam mempertingkat dan memperkukuhkan keselamatan di sekolah bagi mengelak ancaman buli dan ugutan daripada terus berlaku dengan menjadikan tragedi Zara Qairina sebagai satu pengajaran.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih, soalan daripada Senator Dato’ Salehuddin Saidin.

KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku buli yang berlaku di institusi pendidikan. Usaha membanteras gejala buli merupakan satu usaha berpanjangan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

dan berterusan serta memerlukan komitmen daripada semua pihak agar ekosistem sekolah sentiasa selamat dan juga kondusif.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mempunyai mekanisme yang jelas menerusi ketetapan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, antaranya:

(i) SPI Bilangan 12 Tahun 2023 iaitu Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan di bawah KPM;

(ii) SPI Bilangan 8/2011 berkenaan dengan Pengurusan Keselamatan Murid;

(iii) SPI 7/2011, pelaksanaan SOP 137, Pelaporan dan juga Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid;

(iv) SPI Bilangan 4/2002 yang bertujuan mewujudkan suasana sekolah selamat; dan

(v) SPI 9 Tahun 2000, Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum.

Selain itu, penegasan-penegasan berkait rapat dengan konsep sekolah selamat telah menetap keperluan untuk mewujudkan persekitaran fizikal, sosial dan emosi yang stabil bagi seluruh warga sekolah. Perkara ini selaras dengan pelaksanaan pelan tindakan komprehensif segera KPM, termasuklah tinjauan keselamatan ke sekolah oleh Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan yang ditubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.

Di samping itu, audit keselamatan turut dilaksanakan di seluruh negara bagi menjamin isu keselamatan, ditangani dengan berkesan serta memastikan semua SOP sekolah dipatuhi.

Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berserta pelaksanaan program sokongan kesihatan mental dan psikososial telah pun diperkukuhkan. Bagi tujuan ini, pada bulan November 2025 iaitu pada bulan lepas, seramai 10,096 orang guru baharu telah pun ditempatkan. Antaranya, lebih daripada 500 orang adalah guru bimbingan dan kaunseling dan mereka telah pun ditempatkan mulai 17 November yang lepas.

Berkenaan dengan CCTV, KPM memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan CCTV di 200 buah sekolah asrama dengan tujuan memantau kawasan sekolah.

Projek ini telah siap sepenuhnya pada 19 November 2025. KPM turut akan melaksanakan peluasan pemasangan CCTV di 333 buah sekolah berasrama yang lain dengan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Mulai tahun hadapan 2026, KPM turut akan memperkukuhkan aspek pengawasan dengan melaksanakan pelantikan 600 orang pembantu warden asrama dalam kalangan MySTEP khususnya bagi membantu pemantauan pada waktu malam.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Menteri, kalau panjang sangat itu bagi jawapan bertulis.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya. Boleh, Datuk Yang di-Pertua. Langkah ini memberikan sokongan tambahan kepada pihak sekolah dalam pengurusan keselamatan sekolah dan pada masa yang sama, pihak KPM juga telah melaksanakan reformasi segera terhadap sistem dan juga mekanisme yang sudah sedia ada dan pemerkasaan sekolah selamat serta program pendidikan yang sedang dilaksanakan. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Dato’ Salehuddin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Memandangkan jawapan pun begitu komprehensif, saya tiada soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang ini, saya ‘nak bagi peluang kepada soalan terakhir kita iaitu Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta Menteri Digital menyatakan, kerangka etika dan regulasi yang sedang dibangunkan kementerian untuk mengawal penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor awam dan swasta termasuk isu privasi data, pekerjaan yang bakal tergugat dan risiko penyalahgunaan teknologi.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih, Dato’ Vell Paari.

Kementerian akan terus memastikan pembangunan dan juga penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dilaksanakan secara bertanggungjawab, inklusif dan selamat.

Kerangka tadbir urus AI negara sedang dibangunkan adalah komprehensif merangkumi aspek etikanya, perundangan dan persediaan tenaga kerja bagi mengimbangi inovasi dengan perlindungan hak dan kepentingan rakyat kita.

Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI Nasional (AIGE) yang dilancarkan pada September 2024 menggariskan tujuh prinsip asas yang perlu dipatuhi ialah keadilan, kebolehpercayaan dan keselamatan dan privasi dan juga kerahsiaan serta akauntabiliti.

Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam juga telah dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara dengan kerjasama MDEC bagi memastikan pengadaptasian AI yang

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

bertanggungjawab dan beretika dalam sektor awam juga. Garis panduan ini telah diluncurkan pada 27 Februari 2025.

Datuk Yang di-Pertua, dalam aspek pengukuhan perundangan, kementerian kini sedang merangka rang undang-undang atau RUU Tadbir Urus AI yang menyeluruh disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada penghujung tahun 2026. RUU Tadbir Urus ini bertujuan untuk menangani keperluan yang semakin mendesak sekarang.

Bagi mewujudkan mekanisme undang-undang dan institusi yang tersusun untuk mengurus risiko, kemudaratan serta akauntabiliti berkaitan dengan AI. Walaupun rang undang-undang— walaupun RUU Tadbir Urus AI sedang dibangunkan memberikan tumpuan kepada mengukuhkan pengurusan risiko, kemudaratan dan juga akauntabiliti dalam AI.

Landskap AI di Malaysia turut dilengkapi oleh beberapa akta sedia ada dan sedang diusahakan untuk menangani risiko dalam ekosistem AI seperti berikut.

Satu, perlindungan privasi data, data perlindungan, data privasi diperkukuhkan melalui Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 [Akta 709] yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2025.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Kedua, Rang Undang-undang Jenayah Siber juga sedang digubalkan, menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 untuk menangani jenayah siber yang menggunakan teknologi AI secara khususnya. Dan yang ketiga Datuk Yang di-Pertua ialah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 untuk diluluskan bagi menangani penyebaran kandungan berunsur fitnah dan juga penipuan di platform dalam talian. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Vell Paari, ‘tak ada soalan tambahan ya? Baik.

Dengan itu, maka tamatlah sesi soalan pertanyaan lisan pada pagi.

draft • 11:30 AM

Dr. Jufitri bin Joha

Datuk, satu soalan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Senator Jufitri, Perdana Menteri ‘dah tunggu tu.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum saya– apa, seterusnya, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Ahli Lembaga Yayasan Penyayang Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Baharu di belakang sana. Saya kena— saya kena umum, conflict of interest.

Saya merupakan Pengerusi Yayasan tersebut.

[Ketawa] Baik. Kita tunggu, kita tunggu Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 11:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang. Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini saya akan membentangkan Belanjawan MADANI Keempat 2026. Setelah Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 lulus di Dewan Rakyat.

Kesempatan ini pertamanya, saya rakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah atas mandat pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu. Dan turut meraikan semua Ahli-Ahli yang telah mencatat kemenangan supaya dapat meningkatkan khidmat mereka untuk memperkukuhkan Sabah dalam konteks negara Malaysia. Kerjasama erat yang terjalin antara Persekutuan dan Sabah akan diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.

Saya juga Tuan Yang di-Pertua, ingin merakamkan penghargaan khusus kepada Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz yang mengakhiri khidmat beliau selaku Senator hari ini.

draft • 11:31 AM

[Dewan tepuk]

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Atas segala jasa khidmat sepanjang memegang amanah sebagai Menteri MITI yang cekap dan berjaya.

Melepasi tiga tahun pentadbiran MADANI, reformasi berani dan tuntas telah dilaksana dan menghasilkan anjakan yang membanggakan. Segala perencanaan ekonomi MADANI dan dasar khusus telah meletakkan Malaysia di landasan yang kukuh dan meyakinkan.

Ekonomi berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2025. Meletakkan Malaysia di landasan tepat, mencapai paras lebih tinggi dari apa yang diunjurkan sebelum ini. Maksimum yang

draft • 11:31 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mungkin kita capai adalah 4.8 peratus, tetapi alhamdulillah, kita telah melangkau unjuran maksimum kepada sekarang 5.2 peratus.

Kadar defisit turun daripada 5.5 peratus tahun 2022 dan sekarang 3.6 peratus 2025.

Bila defisit turun, bermakna hutang baru pun turun. 2022 hutang baru 100 bilion dan sekarang kita kekang di sekitar RM70 bilion-RM75 bilion. Kadar pengangguran dari 3.9 peratus, sekarang ini 3 peratus dari angka September 2025. Pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah, mencatat RM384.4 bilion tahun 2024. Dan sehingga kini juga telah meningkat 13.2 peratus ketimbang tahun lalu.

Daya saing negara meningkat ke kedudukan 23 daya saing dunia 2025. Satu-satu negara, Malaysia yang melonjak, meningkat 11 kedudukan dalam masa satu tahun. Begitu juga dengan kedudukan Ringgit pun masih volatile, tetapi masih kukuh, masih mencatat prestasi terbaik di Rantau Asia.

Arakian, setelah berani mengusung reformasi, kita bertanggungjawab memulangkan hasilnya kepada rakyat. Sebab itu Belanjawan 2026 menetapkan sembilan tekad utama.

Berpaksikan tiga tonggak ekonomi MADANI, tapi harus terikat dengan pengurusan kerajaan, komitmen Fiscal Responsibility Act dan tata kelola yang baik. Maka, perbelanjaan awam berjumlah 470 bilion, peningkatan daripada 452 tahun lalu.

Belanjawan 2026 tetap meneruskan konsolidasi fiskal dengan mengurangkan defisit kepada 3.5 peratus seperti mana yang saya utarakan sebelum ini. Pendirian kita ialah mengutamakan rakyat. Jadi, walaupun defisit itu dikurangkan, ada yang mengusulkan harus lebih mendadak. Kalau kita kurangkan defisit secara lebih mendadak, projek-projek pembangunan, terutamanya bidang pendidikan, kesihatan, prasarana dan peruntukan pada negeri terpaksa dikurangkan.

Jadi oleh itu, kita tidak bersetuju untuk mengurangkan defisit secara mendadak tapi melakukannya mengikut peringkat, mengikut kesediaan kita. Kutipan hasil Persekutuan dianggar meningkat kepada RM343.1 bilion ketimbang 334.1 sebelumnya. Lazimnya, bila kita umumkan perbelanjaan tambahan Speaker, kita memang kenakan cukai baru, tapi inilah keadaannya, di mana Malaysia boleh menambah peruntukan secara besar, tapi tidak menambah cukai baharu. Dan ini kerana penyasaran subsidi dan beberapa langkah lain, penjimatan, elakkan ketirisan.

Jadi, kalau Kerajaan Persekutuan melakukan begitu, saya ingin menyeru kerajaan- kerajaan negeri bertindak sama kerana kerajaan negeri umpamanya, harus berhati-hati supaya tindakan dan percukaian baharu tidak membebankan rakyat. Umpamanya, kenaikan cukai tanah yang dengan kadar terlalu tinggi seperti yang dicadangkan oleh dua negeri utara,

draft • 11:31 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Semenanjung. Itu sukar kita terima dalam keadaan rakyat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup.

Saya juga ingin gunakan kesempatan ini Yang di-Pertua, untuk mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada badan penguatkuasaan. Malangnya, setengah- setengah pada teguran dan sindiran itu tepat kepada beberapa badan penguatkuasaan, tapi mereka nampak mengetepikan ya, sumbangan besar SPRM, LHDN, PDRM, Bank Negara, Jabatan Kastam Diraja, Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Dengan kerjasama mereka berjaya mencatat rekod sejak merdeka. Menghentikan kartel penyeludupan, rasuah besar dan menjimatkan dalam tempoh dua tahun, RM15.5 bilion ya.

draft • 11:31 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang di-Pertua, ini jarang berlaku dan tadi saya sebut di Dewan Rakyat, mengapa hal ini dibiarkan begitu lama, mengapa tidak ada tindakan? Siapa yang tidak tahu adanya kartel, adanya penyeludupan besar, adanya ketirisan, tetapi dibiarkan begitu lama kerana tidak ada tekad politik dan badan penguatkuasaan yang lemah.

Jadi kepada Ahli Yang Berhormat Dewan Negara, saya usulkan supaya melihat cara- cara yang positif. Berilah penghargaan kepada badan-badan penguat kuasa yang melakukan kerja mereka dengan berani dan dengan berkesan ya. Janganlah umpamanya saya memilih untuk menyerang dalam soal-soal yang titik bengek, mengetepikan bahawa dalam sejarah, inilah kali pertama badan-badan penguatkuasaan ini berani bertindak menyelamatkan negara RM15.5 bilion.

[Tepuk] Saya suka memahami kerana dalam tindakan kita terhadap perasuah-perasuah besar dan menjimatkan belanja, jarang dengar pandangan-pandangan yang luar, yang kalangan yang sinis untuk memberi penghargaan ya. Mereka memilih untuk mempertikai keperibawaan.

Padahal kita ‘dah melihat kejayaan mereka setakat ini dan wajarlah kita beri galakan dan semangat kepada mereka yang berani bukan saja bekerja, tapi mengambil risiko.

Yang di-Pertua, jadi dalam langkah inilah saya katakan, pembanterasan rasuah, penyasaran subsidi itu penting. Dalam kes tadi, saya katakan kita menyelamatkan RM15 bilion. Dalam penyasaran subsidi ya, sama ada RON95 atau elektrik, subsidi elektrik, diesel, harga ayam dan telur, kita menjimatkan lebih RM15.5 bilion tanpa membebankan rakyat.

Walaupun diserang soal subsidi elektrik ditarik. Itu ditarik bagi golongan maha kaya yang 10 peratus ke atas— 85, 90 peratus tidak terkesan.

RON95, rakyat Malaysia tidak terkesan. Yang dikesan itu hanya warga asing. Itu pun ada yang paparkan harga-harga RON95 di pasaran. Itu tidak menjejaskan kedudukan rakyat Malaysia. Mengapa kita gunakan peluang kedudukan dan pengaruh politik kita untuk menjaja dan pertahankan kepentingan warga asing yang ‘tak bayar cukai. Yang sebahagian besar

draft • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

datang tanpa izin daripada negara. Umpamanya dalam penyasaran subsidi RON95. Kalau Kementerian Kewangan atau kerajaan, tunduk kepada permintaan Bank Dunia yang juga disokong oleh beberapa kalangan kita. Cadangan mereka adalah untuk menaikkan harga kepada RM2.65 untuk semua. Kemudian untuk kategori tertentu diberikan subsidi kalau perlu.

Saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri menolak cadangan itu. Jadi cadangan itu sebenarnya dikemukakan dan kita bahaskan dan ditolak sehingga akhirnya kita bersetuju untuk menurunkan harga RON95 untuk rakyat dan mengenakan harga pasaran kepada warga asing. Jadi RM1.99 kepada rakyat dan RM2.65 kepada warga asing. Itu pun murah berbanding dengan harga RON95 di Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina ya. Ini menunjukkan cara kita berhemah dan mengambil tindakan yang boleh memberikan faedah kepada rakyat, tapi alhamdulillah, dalam soal RON95 ini di seluruh Malaysia, sambutannya sangat baik dan positif. Jadi orang-orang yang bebal mengkritik dulu itu nampaknya ‘dah kian diam Tuan Yang di-Pertua.

Kemudian, tekad kedua kita ialah memenuhi keutamaan rakyat. Ikhtiar MADANI untuk rakyat diperhebat dengan peruntukkan RM1 bilion tambahan. Umpamanya, Kampung Angkat dan 10— Eh, Sekolah Angkat. Kampung Angkat, kita pilih 500 Kampung Angkat. 1,500 Sekolah Angkat. Dan ini melibatkan juga penyertaan syarikat-syarikat swasta.

Dalam perencanaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Belanjawan 2026, kita mengambil kira juga permohonan apa yang disebut wish list. Inilah kali, saya turun ke semua negeri, dari Perlis sampai ke Sabah, dari Kelantan sampai ke Sarawak untuk meminta Menteri-Menteri, pegawai-pegawai kanan dan saya pengerusikan sendiri dan mendengar pandangan Ketua Menteri, Menteri Besar, Premier, apa keutamaan mereka? Dan ini kali pertama belanjawan yang kita atur setelah mendengar dan menyesuaikan permintaan Persekutuan dan mendengar keutamaan yang diberikan oleh, yang dikemukakan oleh kerajaan-kerajaan negeri, tetapi ada juga yang mengecewakan ya, kerana kadang-kadang ada tindakan melulu kerajaan negeri.

Yang terakhir umpamanya, tanah FELDA di negeri. Walaupun sekian lama cukai dan premium dibayar, tetapi bila ada tindakan daripada kerajaan negeri yang saya kira tidak mengambil kira hubungan negeri dan Persekutuan sekian lama, saya percaya akan memberikan peneroka dan saya harap pimpinan kerajaan negeri akan lebih berhemah kerana kalau diambil sikap begitu, respons kepada Kerajaan Persekutuan itu tidak akan menguntungkan negeri atau rakyat.

Begitu juga tentang pembangunan Sabah dan Sarawak, dalam tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sembilan daripada 13 tuntutan telah diselesaikan ya— pengerusi teknikal di bawah TPM2 dan saya berunding langsung dengan Kerajaan Negeri Sarawak di

draft • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

bawah Premier Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah di bawah Ketua Menteri. Program bumiputera terus ditingkatkan. Umpamanya, faedahnya bukan sahaja untuk Semenanjung, tapi juga Sabah, Sarawak kerana itu Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan pembangunan tertinggi...

[Batuk] RM6.9 bilion di Sabah dan RM6 bilion di Sarawak.

Yang Berhormat sedia maklum, kawal selia elektrik Sabah telah diserahkan kepada Sabah. Ini hal yang tertangguh sejak 1965— 66, tapi kita serahkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah luluskan rang udang-undang berkenaan, tetapi dalam masa itu pun, setelah kita serahkan kawal selia elektrik kepada Sabah, kita masih meluluskan RM1.2 bilion untuk membiayai elektrik di Sabah termasuk juga tambahan RM765 juta untuk projek Southern Link. Begitu juga RM1 bilion tambahan projek air Sabah. Dia masih belum selesai.

Projek telah diluluskan dan sedang dalam pelaksanaan, tapi oleh kerana masih belum selesai, ada sebahagian rakyat Sabah marah sikit ya. Saya faham. Mudah-mudahan akan selesai mengikut jadual awal tahun depan.

Anak-anak muda ada yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan connectivity. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan melalui SKMM telah meluluskan RM2 bilion dalam pelaksanaan untuk sambungan Kabel Dasar Laut MADANI, RM2 bilion untuk Sabah dan Sarawak, dan Semenanjung menikmati manfaat digital sebaiknya.

Pan Borneo Sabah Fasa 1B yang hampir siap di Sarawak, ucap tahniah dan kita akan sambung pada redline link tambahan di Sarawak, tetapi terbantut banyak di Sabah, banyak alasannya. Saya ‘tak akan panjangkan di sini, tapi untuk Pan Borneo Sabah Fasa 1B, peruntukannya ialah RM14 bilion. Dan kini, dengan kerjasama kerajaan negeri, semuanya ditender dan kini giat dilaksanakan pembinaannya.

Yang di-Pertua, saya sengaja mengulangi beberapa kenyataan ini untuk menolak kekhuatiran dan juga tohmahan bahawa tidak ada perhatian ya. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk dari Semenanjung, Sabah, Sarawak ini harus teliti ya bahawa pelaksanaan itu tertangguh, itu dulu. Sekarang kita percepatkan. Umpamanya jalan luar bandar di Sabah kerana rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ke sana tahulah ya, dia kadang-kadang kita tidak tahu, kita atas kenderaan ataupun atas bot, kerana dia lambungnya sama.

draft • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi oleh itu, untuk tahun 2025 sahaja kita luluskan RM882 juta untuk 100 projek.

Masalahnya pelaksanaan dan kita harus segerakan. Begitu juga untuk seluruh negara kita luluskan RM1 bilion sekolah daif, tapi yang paling banyak daif di Sabah. Maka RM400 juta dikhususkan untuk Sabah. Begitu juga kemasukan di perkhidmatan awam terutama polis di mana diberikan perhatian kemasukan yang lebih ramai dari Sabah.

draft • 11:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang ketiga, tekad ketiga ialah menjuarai ekonomi bernilai tinggi. Alhamdulillah kita berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan sekali saya ucapkan penghargaan terima kasih dan tahniah pada seluruh jentera, ribuan dari pelbagai jabatan yang berkhidmat dengan cemerlang yang meletakkan nama Malaysia ke mercu yang lebih tinggi kerana khidmat dan kejayaan pegawai-pegawai kita semua peringkat dan swasta termasuk sukarelawan anak-anak muda, mahasiswa yang menyempurnakan sidang-sidang ASEAN dengan jayanya dengan cekapnya. Sekali lagi saya ucap penghargaan setinggi-tinggi kepada mereka.

[Tepuk] Dan sekarang kita perkenalkan status ASEAN sebagai business entity, multiple entry visa, residence pass, dan beberapa langkah yang boleh meningkatkan tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan juga sebagai pusat pelancongan. Ada dua projek yang agak sangat diberikan keutamaan dari segi connectivity dan dari segi kelangsungan ASEAN sebagai satu unit, umpamanya pembangunan ASEAN Power Grid yang diketuai, dikelola oleh TNB dan PETRONAS bagi projek Vietnam-Malaysia-Singapura dan juga undersea cable yang direncana dari Sarawak ke Semenanjung dan Singapura.

TVET diberikan tumpuan RM79 bilion dan ditingkatkan dan dimasukkan juga dari maahad tahfiz supaya diberi peluang anak-anak ini mendapatkan kemudahan terbaik.

Tekad keempat, memacu produk ciptaan Malaysia. Semalam saya luncurkan produk Malaysia Perodua EV yang tentunya sangat membanggakan kerana keseluruhannya termasuk EV adalah design dan kelolaan anak-anak tempatan dan jadikan Malaysia berupaya membuat kereta dengan EV dan keupayaan untuk eksport di negara ASEAN dan luar negara.

Jadi, sekiranya kita fokus dalam bidang ini maka alhamdulillah kita dapat catat kejayaan membanggakan. Jadi, untuk pinjaman dan jaminan kerajaan di bawah SJPP kita telah sediakan jaminan sehinggan RM30 bilion, iaitu meningkat 50 peratus ke tahap tertinggi.

Belanjawan juga bertekad memacu ciptaan Malaysia dan ini termasuk umpamanya RDCI rentas kementerian RM5.9 bilion, kita kena komersialkan hasil penyelidikan R&D. Jadi pensyarah universiti awam dibenar mengambil cuti sabatikal setahun untuk tujuan ini dan juga geran pembangunan pasaran MATRADE ditambah RM60 juta.

Ketahanan negara masih diberikan tumpuan terutama dalam menghadapi banjir, musibah banjir yang melanda dan NADMA telah mempertingkat kerja mereka. Sekali lagi NADMA, PBT di kerajaan negeri telah melakukan tindakan yang sebaiknya dalam menangani kerenah banjir tahun ini. Pusat pemindahan sementara telah diaktifkan dengan tambahan lebih 150 PPS dan baru-baru ini telah membantu lebih 12,000 mangsa banjir.

Jadi, untuk ini saya ingin membuat pengumuman kerana kesan banjir baru-baru ini saya telah keluarkan arahan supaya semua jabatan, kerajaan negeri dan Persekutuan menilai

draft • 11:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan dengan segera. Ini termasuk sekolah, klinik, kemudahan asas, jalan dan untuk itu untuk disegerakan, maka saya luluskan RM500 juta untuk tujuan memperbaiki kerosakan dilanda banjir.

[Tepuk] Peralihan tenaga diberikan perhatian sebab itu ada khas termasuk dana peralihan tenaga RM150 juta. Projek solar berskala besar RM6 bilion, cukai karbon diperkenalkan.

Dan untuk keterjaminan makanan, peruntukan kementerian pertanian ditingkatkan RM6.9 bilion.

Sistem Pengairan Tersier fasa 1. Projek tanaman padi lima musim dua tahun telah siap. Fasa berikutnya siap berperingkat sehingga suku kedua 2030.

Projek Pemindahan Air Jeniang, Kedah akan mula dilaksanakan dengan kos RM1.28 bilion. Pesawah menerima subsidi tertinggi dalam sejarah, iaitu RM2.6 bilion. Maknanya setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar bagi setiap musim.

Kementerian Pertahanan menerima RM21.7 bilion. Kementerian Dalam Negeri RM21.2 bilion termasuk menyelenggara dan membeli aset baharu. Baru-baru ini kita diriuhkan dengan kedudukan buli, penderaan dan beberapa kerenah di sekolah. Maka rang undang- undang anti-buli akan diperkenalkan pada tahun 2025 dan dalam sesi mesyuarat ini juga.

Juga, RUU Jenayah Siber. Ini masalah baharu yang kita hadapi yang mesti ditangani.

Untuk dana Ecological Fiscal Transfer bagi menyokong kerajaan negeri, kita sediakan RM250 juta. Kerajaan bersetuju RM50 juta dana EFT disalurkan langsung kepada negeri.

RM80 juta disediakan untuk 2,500 orang renjer komuniti melindungi kawasan hutan termasuk dari kalangan orang Asli.

Yang di-Pertua, Yang Berhormat, tekad keenam adalah merapat kesenjangan mencipta peluang. Untuk ini disediakan untuk projek prasarana asas desa sebanyak RM3.3 bilion dan ini juga menyentuh kedudukan bumiputera yang terus diberikan perhatian. Untuk kontraktor G1 hingga G4 yang melibatkan hampir keseluruhannya bumiputera kecil itu disediakan RM2.4 bilion, tetapi RM10 bilion nilai jaminan SJPP dikhususkan untuk bumiputera.

Dan keseluruhan peruntukan untuk MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM yang melibatkan keseluruhannya bumiputera itu adalah RM6 bilion. Ini kita betulkan kerana kadang-kadang bila ada kelulusan untuk sekolah Cina, sekolah Tamil, riuh umpamanya seolah-olah kita abaikan. Sebab itu saya sengaja menekankan sebenarnya untuk pendidikan saja: MARA, Yayasan Peneraju, UiTM itu RM6 bilion.

draft • 11:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan saya telah umumkan umpamanya, bila kita ambil alih tanah strategik di Sungai Besi, kita telah pertama kalinya dalam sejarah, sejak merdeka tahun 1957, telah

draft • 12:00 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur, Bandar Malaysia, 50 ekar dikhususkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Pembangunan akan bermula pada tahun 2026.

Ini Tuan Yang di-Pertua, belum ada kerajaan sebelum ini mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur. Ini tahniah kepada Kerajaan MADANI.

[Tepuk] Untuk wanita, pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar dengan had umur anak dinaikkan daripada enam hingga 12 tahun. Amanah Ikhtiar ditawarkan pembiayaan perniagaan RM2.9 bilion yang melibatkan majoriti anak-anak Melayu dan juga anak-anak India yang telah diberikan ruang.

Program Latihan Khidmat Negara, RM250 juta dan kebolehpasaran graduan, Khazanah telah sediakan RM200 juta untuk memberi latihan sambil bekerja kepada belia termasuk 11,000 belia tanpa ijazah. MARA sendiri sediakan RM30 juta untuk melatih anak bumiputera dengan jaminan pekerjaan. Orang asli ditingkatkan peruntukan kepada RM412 juta dan pindaan Akta Orang Asli, ini sudah ketinggalan agak lama di Malaysia ini sejak 1954.

Jadi, akan dipinda untuk memperkukuh dan memperkasa hak orang asli berkaitan tanah dan kebajikan.

Orang kurang upaya, peruntukan bantuan RM1.4 bilion. Bagi membantu ibu bapa dan anak autisme atau ADHD, pelepasan cukai pendapatan individu untuk perbelanjaan rawatan dinaikkan dari RM6,000 kepada RM10,000.

Tekad 7: Menjamin Kelangsungan Hidup Rakyat. Kadar kemiskinan, alhamdulillah telah menurun hampir sifar iaitu 0.09 peratus. Dan untuk ini, dengan kerjasama kerajaan negeri, majlis agama dan lain-lain badan kebajikan, dia tidak lagi sukar untuk kita noktah walaupun dia akan tambah untuk tahun berikutnya.

[Tepuk] Saya menyambut baik pelaksanaan SARA dan Payung RAHMAH. Jadi, bila kita ke daerah-daerah termasuk baru-baru ini ke Sulaman bersama Ketua Menteri. Saya bertemu seorang wanita desa yang datang hanya untuk menyatakan bahawa, “Terima kasihlah kerana wang SARA itu saya gunakan untuk beli beras dan minyak masak untuk anak-anak saya.” Ini kadang-kadang orang kampung yang sederhana lebih pandai dan lebih faham erti syukur daripada sesetengah orang yang mendapat manfaat yang jauh lebih baik.

Kalau tanya saya elok kita belajar daripada orang-orang kampung seperti ini kerana mereka mengkhatam.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Lebih faham maksud bererti

draft • 12:00 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas Rahmah dan i-SARA ini melibatkan RM15 bilion, dia bukan kecil. Saya tengok oleh kerana kesan dia begitu baik, saya sedang menimbangkan bagaimana untuk menjimatkan dana dan menambah Program SARA ini.

draft • 12:00 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

Bagi meningkatkan bantuan kepada golongan rentan termasuk OKU dan warga emas.

Jadi, bantuan JKM kepada lebih 560,000 penerima ditingkatkan kepada RM3.1 bilion. Saya syukur alhamdulillah kerana bila dilihat kepada prestasi negara-negara termasuk di ASEAN, tidak banyak yang boleh mencatat angka yang begitu meyakinkan, membantu golongan OKU dan yang miskin seperti mana yang dilakukan.

Dalam perbincangan dengan beberapa Ketua Negara ASEAN, yang Malaysia bagi angka-angka ini, itu bagi mereka itu satu hal yang agak luar biasa. Saya tambah umpamanya, kenaikan gaji penjawat awam: tahun 2025, RM10 bilion; tahun 2026 kenaikan RM18 bilion.

Kenaikan setelah terabai selama 12 tahun.

Untuk STR, SARA, RM15 bilion. Untuk bantuan JKM OKU, RM3.1 bilion. Ini... [Tidak jelas] Tambahan yang ‘tak mungkin kita lakukan dengan keadaan mengurangkan defisit jika tidak diurus dengan baik dan bertanggungjawab.

Tekad 8 ialah Memperkasa Perkhidmatan Rakyat. RM46.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan. Ini tentunya meningkat daripada tahun sebelumnya dan kerana kita tahu ada inflasi perubatan, maka tambahan untuk produk insurans asas mampu milik untuk semua. Doktor kontrak ini telah mengeluh ‘dah begitu lama. Jadi, kita telah selesaikan sebahagian dan untuk tahun depan sekali lagi kita ambil langkah untuk memberikan peluang tawaran kepada doktor kontrak, 4,500 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap.

[Tepuk] 9,035 graduan Institut Latihan KKM sebagai jawatan tetap jururawat kerana banyak hospital kekurangan doktor dan jururawat.

Begitu juga Elaun Tugas Atas Panggilan yang menerima keluhan berterusan oleh doktor-doktor pakar. Itu kita naikkan sekitar 40 peratus pada 1 Oktober lalu dengan peruntukan sebanyak RM120 juta. Kalaupun kita ada cukai— Yang di-Pertua, saya sebut tadi ‘tak ada cukai. Ada sikit iaitu duti eksais ke atas produk rokok. Itu memang ‘tak ada pahala.

Orang yang hisap rokok ini Tuan Yang di-Pertua, saya belum dengar lagi dia Bismillahirrahmanirrahim. ‘Dah habis, *alhamdulillah.

[Ketawa] ‘*Tak ada. Jadi, saya percaya Yang Berhormat boleh setuju, harus dinaikkan.

Kementerian Pendidikan menerima RM66.2 bilion dan projek sekolah diadakan. Ini projek sekolah baharu yang paling banyak dalam sepanjang 10 tahun yang lalu. Itu hanya dibuat pada tahun 2025 dan 2026. Begitu juga bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga Tingkatan 3 akan diperluas. Dulu kita beri bantuan peruntukan miskin ini kepada pelajar sehingga Tingkatan 3, tapi mulai tahun depan kita naikkan bantuan pelajar miskin kepada Tingkatan 5 dengan peruntukan RM180 juta.

Semua, 5.2 juta murid sekolah akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan.

Maknanya dia masuk secara langsung. Ini kalau dulu kita bagi kepada ibu bapa. Kadang ibu

draft • 12:00 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

bapa ‘tak sampaikan wang itu kepada anak-anak untuk pakaian, untuk sekolah, untuk buku- buku tulis umpamanya dan juga untuk makan minum mereka. Jadi, sekarang kita ubah supaya dana itu, RM800 juta disalurkan kepada pelajar dengan pengawasan guru dan sekolah.

Kementerian Pendidikan Tinggi, RM18.6 bilion termasuk RM400 juta bagi menyelenggara prasarana dan penggantian peralatan usang. Ini kali pertama juga kita umumkan ya, pertama saya ‘dah katakan, “Kita menang, minyak turun.” Alhamdulillah turun.

Bukan Anwar turun, minyak turun.

[Ketawa] [Tepuk]

draft • 12:00 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

Kemudian.

[Tepuk] Walaupun— saya mohon maaf kerana lambat, tidak segera kerana kita terpaksa lihat hutang dan keupayaan kita, tapi yang penting, turun.

Yang kedua, saya katakan PTPTN. Ini kali pertama tahun ini, saya telah lihat peruntukan kewangan kita. Kita melaksanakan pendidikan percuma, PTPTN kepada anak- anak keluarga miskin untuk kali pertama tahun ini, tahun depan, RM120 juta untuk melepaskan daripada kategori yang paling miskin dan insya-Allah, kita akan tingkatkan di tahun-tahun berikutnya.

Dan begitu juga pengecualian bayaran balik PTPTN kepada mahasiswa cemerlang dan keluarga berpendapatan rendah dan menengah dengan peruntukan RM90 juta. Keluhan juga di kalangan rakyat ialah kerana peluang pendidikan di institut pendidikan tinggi, terutama dalam kursus pilihan akauntansi, perubatan, kejuruteraan, AI, terlalu terbatas.

Maka, tahun ini kita tambah 1,500 lagi unjuran tempat bagi ijazah sarjana muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan iaitu IPT terpilih dan kita juga beri penekanan tentang lulusan STP.

Selainnya, pengangkutan awam, perkhidmatan bas henti-henti, perkhidmatan udara luar bandar yang diserah kepada Sarawak. Walaupun Sarawak mengadakan syarikat penerbangan sendiri, tetapi kita masih meluluskan RM209 juta untuk kemudahan perjalanan luar bandar.

Kediaman rakyat. Bila saya luncurkan Kota MADANI di Putrajaya. Jadi isu, riuh. Di serang juga oleh beberapa kalangan rakan-rakan sebelah sana. Dia kata, ini projek mewah, mega. Jadi, saya jelaskan dan tadi juga saya ulang, Projek Kota MADANI itu adalah bertujuan menyediakan 10,000 rumah penjawat awam. Masalahnya, bila kita beri penerangan macam ini Yang di-Pertua, dia ‘tak dengar. Jadi, dia masih kata lagi sama. ‘Tak sama. 10,000 rumah bagi penjawat awam kerana rumah ‘tak cukup di Putrajaya.

[Tepuk] Kemudian, ia mesti harus smart city, AI, kelestarian hijau. Ini keistimewaannya di Kota MADANI. Baik. Satu lagi, ia bukan peruntukan kerajaan, pembangunan kerajaan langsung.

Ini peruntukan dari Perbadanan Putrajaya. Jadi, kadang-kadang— saya boleh terima kritikan,

draft • 12:10 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

tapi biar adillah. ‘Nak buat rumah untuk penjawat awam pun diserang setengah mati, di merata kampung, di luar bandar, bahawa Perdana Menteri dalam belanjawan kata ‘nak tolong rakyat, tapi guna sampai berbilion-bilion ringgit untuk projek mega di Putrajaya. ‘Tak betul.

Begitu juga, bila kita lakukan ini. Kita buat sekolah vertikal untuk mengurangkan kos.

Untuk pembeli rumah pertama, kita sediakan SJKP RM20 bilion, skim jaminan untuk 80,000 pembeli rumah, RM20 bilion.

Tekad Sembilan, membina jati diri membangun nilai insan. Untuk syiar Islam 2026, RM26 bilion. Ini termasuk pertama kalinya menggantikan peralatan usang sekolah pondok di Malaysia kerana sebelum ini tidak ada peruntukan khas. Kita sediakan RM150 juta untuk tujuan itu.

Pembangunan sukan, peruntukan RM580 juta, termasuk Road To Gold dan persediaan Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027. Jadi, saya ambil kesempatan ini ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia di Deaflympics Tokyo bulan lepas, atas kejayaan meraih pingat emas, perak dan gangsa.

[Tepuk] Kerana kejayaan mereka dan pengurusan yang baik, saya setuju untuk meluluskan untuk para peserta sukan orang pekak dengan peruntukan RM10 juta.

[Tepuk] Untuk penjawat awam sejahtera, kita bersetuju meningkatkan bantuan sara hidup kepada RM500 sebulan untuk 4,000 pesara kontrak KEMAS. Bayaran khas RM500 kepada 120,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia. Jadi, mereka katakan pingat ada, tetapi fulus tidak ada. Jadi, kita kata, okey lah. Maka, sebab itu bayaran khas RM500 untuk menghargai sumbangan mereka.

RM500 kepada 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

Elaun sara hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa. Dan bila kita naikkan sistem persaraan Tuan Yang di-Pertua, kita hanya tumpukan kepada penjawat awam dan terkeluar badan kehakiman. Dan badan kehakiman— hakim- hakim ini dia tidak ada kenaikan tahunan seperti mana dalam perkhidmatan lain.

Sebab itulah, kita ambil keputusan melalui 1 Januari 2026, semua perkasa badan kehakiman, memastikan khidmat mereka itu lebih cemerlang dan bebas, maka dinaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus untuk mulai 1 Januari 2026. Itu kenaikan mendadak yang agak tinggi, tapi mengambil kira tidak ada kenaikan sebelum ini, tidak ada kenaikan tahunan.

Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk lantikan kontrak. BKK turut diberikan kepada semua pesara, termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250. Untuk bulan depan sebagai mana kita tahu, memang ada kenaikan. Jadi, tahun ini naik, bulan Januari ada kenaikan lagi dan mudah-mudahan kita akan lihat prestasi perkhidmatan awam yang jauh lebih baik.

draft • 12:10 PM

syukuran kepada Allah SWT dan terima kasih, kerana Dato Yang di-Pertua, STR

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, mengakhiri pembentangan ini, saya ulangi bahawa Belanjawan MADANI keempat ialah komitmen untuk memulangkan semula hasil pembaharuan yang dilaksanakan sepanjang tiga tahun di bawah pentadbiran MADANI.

Insya-Allah, semoga setiap yang direncana mendapat keredhaan Allah SWT. Terima kasih. Assalamualaikum. Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:10 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai tujuh orang Ahli yang hendak berbahas. Maka dibuat ketetapan, diberikan seorang 30 minit.

Sebelum saya memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), ditetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditanggungkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 3 Disember 2025.

Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Juga, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan Belanjawan 2026, di mana kalau kita memerhatikan pada setiap peruntukan dan juga pada setiap dasar yang diperkenalkan itu, maka fahamlah kita bahawa apa yang dipersembahkan itu pada hakikatnya adalah merupakan satu model ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, yang kita namakan sebagai Ekonomi MADANI.

Namun demikian, lazimnya pada setiap perbahasan yang melibatkan belanjawan, maka ada dua perkara yang akan kita sentuh. Pertama ialah, bagaimanakah kejayaan ekonomi ini serta hasrat dan niat yang telah disebut oleh Perdana Menteri tadi benar-benar dapat dipulangkan kembali kepentingan rakyat?

Inilah yang akan diperbahaskan dan inilah yang akan diperbincangkan dalam Dewan Negara yang mulia ini dan saya bagi jaminan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dewan Negara ini berbeza daripada Dewan Rakyat kerana kami adalah orang-orang yang

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

bertamadun dan berbincang dengan fakta.

[Tepuk] Walaupun kadang-kadang kritikannya pedas.

Dan, kita faham bahawa satu aspek lagi perbahasan kita hari ini adalah tidak kurang peluang untuk menegur pemerintah. Menegur dengan maksud membina. Menegur dengan maksud membuat pemantauan, sejauh manakah kejayaan dasar-dasar yang telah diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tegur-menegur ini adalah antara tanda tamadun yang tinggi. Dengan syarat, teguran- teguran itu mestilah berasaskan kepada fakta dan mestilah di atas dasar teguran itu membina negara, dan bukan teguran-teguran yang berorientasikan fahaman politik sempit ataupun kepentingan diri, kelompok-kelompok tertentu dan kami di Dewan Negara ini berpegang kepada kaedah nation first. Jadi, apabila kita menilai Ekonomi MADANI, kita dapati ada dua aspek yang menjayakan ekonomi ini. Pertama ialah nilai-nilai yang kita bina dalam menjayakan Ekonomi MADANI ini, kerana tanpa nilai ini Tuan Yang di-Pertua, segala apa yang kita sebut dari angka-angka tadi, tidak mungkin akan tercapai hasratnya.

Cuma, bezanya nilai-nilai ini ialah sesuatu yang intangible. Dia ‘tak dapat lihat, tetapi dia merupakan proses yang panjang, di mana ia melibatkan soal-soal tanggungjawab. Soal- soal amanah. Soal-soal bagaimanakah hikmah siasah itu digerakkan? Ya, kita tahu Perdana Menteri kita ini seorang yang sangat komited kepada reform, tetapi, soalnya bagaimanakah reform itu hendak dilaksanakan?

Ini memerlukan hikmah dan kadangkala, hikmah inilah yang disalah tafsir. Sama ada dikatakan, reformasi itu terlalu lembab oleh golongan yang mahukan reformasi atau kah, kadang-kadang disebut sebagai reformasi itu hanyalah retorik oleh golongan-golongan yang tidak suka melihat berlakunya reformasi di dalam negara ini.

Namun demikian, apa yang menjadikan nilai reformasi itu berjaya? Bukanlah sekadar laungan, tetapi lebih penting daripada itu, hikmah siasah syariah, yang selalu saya sebut di dalam ucapan-ucapan saya iaitu wisdom. Apakah wisdom? Mungkin ya, kita mahu perubahan, tetapi ada kekangan-kekangan yang kita terpaksa hadapi.

Ya, kita mahu reformasi, tetapi kadangkala persediaan keseluruhan sistem itu sendiri memerlukan satu pendekatan. Tadi, Dato’ Seri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut tentang penjawat awam. Merekalah yang menjayakan reformasi, tetapi apakah mereka bersedia untuk benar-benar berada pada landasan reformasi, sedangkan old habits dies hard, bak kata pepatah.

Mereka ‘dah biasa dengan cara-cara yang merupakan cara-cara setiap hari itulah kerja mereka, berpuluh-puluh tahun dan diwarisi seterusnya. Tiba-tiba, bila kita mahu

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

membuat satu reform, maka pastinya untuk menyesuaikan diri dengan new ideas, dengan new approach dan lebih penting, kita tidak ada masa.

Kita tidak ada masa untuk bermewah-mewah. Kita perlu lakukannya dengan segera.

Inilah dia hikmah yang perlu dilihat oleh setiap eksekutif dan juga di dalam Dewan ini supaya kita bersikap adil, Tuan Yang di-Pertua, kepada kritikan-kritikan yang kita lontarkan.

Namun demikian, terlalu lambat reformasi juga akan membawa padah kepada negara.

Terlalu cepat juga reformasi akan memberi kesan yang buruk. Maka, terserahlah kepada eksekutif untuk memilih jalan yang saya sebut sebagai hikmah bagi menjayakan cita-cita reformasi ini.

Termasuklah dalam negara kita, kita mengalami masih lagi terpendam dengan politik toksik yang berpandukan kepada kebencian kaum, agama sehingga melembapkan usaha- usaha kejayaan. Apabila pihak-pihak tertentu melihat kepelbagaian yang kita nikmati selama ini, sepatutnya dilihat sebagai aset bagi memajukan negara, tetapi sebahagian daripada kita melihat ia nya sebagai peluang untuk eksploitasi supaya mereka dapat mencapai kehendak politik mereka yang sempit itu.

Maka sebab itu, kejayaan ekonomi Malaysia sejak dari dulu lagi ialah berpandukan kepada sejauh manakah perpaduan di dalam kalangan rakyat itu dapat kita capai, dan kita tahu, peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan latar kepada lahirnya Dasar Ekonomi Baru, di mana dari situlah kita dapat membuat rumusan bahawa ekonomi negara tidak mungkin berada pada landasannya yang betul, jikalau kita mengabaikan aspek-aspek perpaduan.

Aspek-aspek pelbagai kaum yang perlu dilihat sebagai aset, bukan sebagai bala ataupun perlu dilihat sebagai peluang, bukan dilihat sebagai bahan untuk dieksploitasi. Bagi saya, Tuan Speaker, ini adalah tapak-tapak nilai yang perlu dan senantiasa secara berterusan dibina. Dibina dan dipupuk, siapa sahaja yang menjadi kerajaan.

Ini adalah teras kepada kejayaan tapak-tapak nilai yang kita bina, ekonomi kita dan negara kita. Saya juga perlu menyebut tentang soal dosa dan pahala, Tuan Speaker, mana ada pemimpin negara yang boleh memimpin ikut kehendak dia tanpa dia menilai apakah yang dosa, apakah yang pahala.

Apabila mana-mana pemimpin mengabaikan soal dan aspek dosa dan pahala, manakah yang berlaku adalah hawa nafsu yang menguasai kepimpinan kita. Apabila hawa nafsu menguasai kepimpinan kita, maka kemungkinan orang yang membuat reformasi itu jugalah yang akan menghancurkannya.

Apabila tidak ada dosa dan pahala, orang yang berdegar-degar bercakap tentang perjuangan, rakyat yang susah, mereka jugalah kemudiannya akan menjadi orang yang menindas golongan-golongan yang susah dan miskin.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya rasa tidak ada halangan untuk kita mengingatkan kembali soal dosa dan pahala kerana di hari akhirat, kelompok pertama yang akan disekat sebelum mana-mana kelompok lain, ialah golongan pemimpin.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sekatlah mereka.” Tuan Yang di-Pertua, kata Allah, “Sesungguhnya, mereka akan dipersoalkan.” Jadi, oleh kerana itu, nilai-nilai ini perlu saya ingatkan di Dewan yang mulia ini supaya negara kita ini tidak terpisah daripada segala tindak-tanduk pemimpin itu, mestilah dirujuk kepada soal dosa dan pahala, berpandukan kepada syariat yang mana, maqasid syariat itu merupakan satu nilai yang besar dalam kita membina Ekonomi MADANI ini.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Pun demikian, mungkin di kalangan rakan-rakan akan mengkritik saya seperti biasa menyatakan bahawa saya hanya berfalsafah. Dalam Dewan ini semua tahu kalau Mujahid bercakap, dia seorang falsafah, tapi saya harus berlaku adil, Abun.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya harus berlaku adil bahawa bukanlah saya menyatakan bahawa semua itu merupakan semata-mata perkara yang kita perlukan.

Akhirnya Tuan Speaker, yang akan dilihat oleh orang ramai bukan falsafah, yang akan dilihat oleh orang ramai ialah apakah dia kejayaan ekonomi kita yang berpandukan kepada angka dan peratus. Maka ini saya masuk ke dalam tajuk saya yang seterusnya dalam konteks Ekonomi MADANI.

Kita dapat melihat kejayaan itu berpandukan kepada pertumbuhan ekonomi yang sangat memberangsangkan....

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

[Bangun] [Meninggalkan Dewan Negara]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sempat mendengar ucapan awal saya. Semoga diambil iktibar, insya-Allah. Boleh saya sambungkan, terus?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Baik. Pertumbuhan ekonomi itu adalah merupakan hasrat yang dilihat dari sudut angka-angka. Falsafah saja tidak mencukupi. Tapi apa angka-angka yang membuktikan kejayaan falsafah itu atau sekurang-kurangnya kejayaan langkah-langkah ke arah yang kita sebut falsafah-falsafah tersebut.

Pertama, Tuan Speaker, indikator kepada kejayaan kita boleh kita lihat dalam pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang berkembang sekitar 4.5 peratus sehingga tadi disebut oleh Perdana Menteri kepada 5.2 peratus. Itulah indikatornya, itulah yang akan dilihat akhirnya. Dan kita bukan sahaja berfalsafah tentang MADANI, tetapi kita

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

telah membuktikan bahawa perkembangan ekonomi atau economic growth itu telah mencapai lebih daripada apa yang kita jangkakan, apa yang kita unjurkan.

Yang kedua, kita juga dapat melihat FDI, foreign direct investment yang datang dari luar. FDI kita juga meningkat pada tahun 2026 sahaja ya. Kita menganggarkan RM250 bilion setelah sebelum ini kita dapat melihat angka ya, hampir RM300-RM400 bilion kejayaan kita dalam foreign direct investment. Itu menandakan kepercayaan, kepercayaan pihak luar kepada ekonomi negara dan inilah yang telah dibuktikan tiga tahun kita telah lepas jangka Kerajaan MADANI dan akan masuk kepada tahun yang keempat. Ya, kalau kita menyatakan kita ‘nak masuk tahun keempat, tetapi indikator-indikator ini tidak memberangsangkan, saya fikir itu boleh kita kritik sebagai kelemahan ataupun mungkin menuju kepada kegagalan model ekonomi ini, tetapi apabila kita melihat kepada kejayaan-kejayaan yang saya sebutkan tadi, maka ini adalah indikator positif, Tuan Speaker, kepada melihat bahawa potensi Ekonomi MADANI itu adalah merupakan potensi yang cerah untuk negara kita menikmati kejayaan, negara kita menikmati kesejahteraan daripada ekonomi yang kita pacu ini bersama.

Perlu juga dilihat kepada kepentingan rakyat, maka kita dapat melihat peluang- peluang pekerjaan semakin meningkat dan kita tahu kadar pengangguran telah kurang kepada 3.3 peratus dan ini menampakkan hasil daripada peluang-peluang pekerjaan yang dijana oleh ekonomi-ekonomi baharu di mana ia merupakan antara ciri-ciri penting Ekonomi MADANI dalam negara ini.

Dan yang paling besar kejayaan Ekonomi MADANI, Tuan Speaker, boleh kita lihat dari sudut kejayaan kita menjimatkan selama ini perbelanjaan besar. Perbelanjaan besar subsidi yang sifatnya pukal, hari ini kita telah berjaya apabila kita telah beralih kepada subsidi bersasar di mana di situ sahaja, Tuan Speaker, kita berjaya menjimatkan RM20 bilion. Ini semua akan dilihat sebagai kejayaan dan akan dinilai oleh pelabur-pelabur sejauh mana pencapaian kita terhadap apa kita kata subsidi-subsidi yang kita berikan. Jikalau subsidi- subsidi itu besar, maka ini menandakan kegagalan kita untuk memastikan kita beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi yang bersasar.

Tuan Speaker, semua ini yang telah saya sebutkan sebentar tadi adalah merupakan satu yang akan dikembalikan balik kepada rakyat. Bukan kepada mana-mana pemimpin, tetapi kepada rakyat. Dan saya kira salah satu kejayaan Ekonomi MADANI ini ialah konsolidasi fiskal yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi atau saya namakan sebagai ketahanan fiskal kita, di mana kita mampu dalam suasana ekonomi yang gawat, dalam tekanan-tekanan ekonomi dan geopolitik yang kita hadapi hari ini, kita melihat bagaimana model MADANI mampu bertahan dengan menumpukan kepada konsolidasi fiskal yang nombor satu ialah ada disiplin, ada disiplin yang memandu perbelanjaan negara. Dan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

kita berbangga kerana di Dewan ini jugalah yang telah kita luluskan Akta Tanggungjawab Fiskal bersama sebagai satu panduan tidak berlaku di sana perbelanjaan kewangan negara tanpa ada satu kawalan.

Seterusnya kita tengok keberanian. Kita boleh saja mengambil tindakan-tindakan yang populis. Dalam suasana politik yang rapuh hari ini, Tuan Speaker, ambil saja pendekatan populis; orang yang suka, tidak ada kritikan, tetapi soalnya, apakah tindakan populis itu akan menguntungkan pada jangka panjang?

Maka hari ini kita melihat tindakan-tindakan yang kita anggap sebagai satu keberanian. Bagi memastikan konsolidasi fiskal itu tercapai, maka kita melihat telah pun dilaksanakan dan terbukti berjaya iaitu rasionalisasi subsidi diesel di mana kita berjaya menjimatkan RM4 bilion dan penjimatan ini sudah pastinya bukan sesuatu perkara yang mudah kerana dari sudut naratif politik seperti mana yang kita sedia maklum, ramai yang mengkritik. Bukan sekadar mengkritik, membangun, tetapi menggunakan alat ini untuk menggambarkan naratif yang buruk kepada Kerajaan Perpaduan MADANI hari ini. Tapi akhirnya terbuktilah tindakan yang tidak popular itu memulangkan penjimatan RM4 bilion kepada negara.

Begitu juga perpindahan dasar subsidi pukal kepada subsidi sasar yang telah saya sebut awal tadi telah membawa penjimatan RM20 bilion. Ini mungkin bagi sesetengah orang menyatakan tindakan tidak popular seperti menghapuskan subsidi telur, menghapuskan subsidi-subsidi lain, tetapi alhamdulillah dengan kejayaan kita dan disiplin serta keberanian kepimpinan termasuklah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, walaupun subsidi telah berjaya dihapuskan sebahagiannya di dalam kementerian pertanian, tetapi dia tidak menggugat pasaran dan harga kekal terkawal. Ini kejayaan dan kita harus akur bahawa ia tidak akan berlaku jika tidak ada satu keberanian dalam usaha kita untuk berpindah daripada subsidi yang pukal kepada subsidi yang bersasar.

Tadi disebut oleh Perdana Menteri dan saya melihat bahawa ia diulang beberapa kali oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu kejayaan penguatkuasaan terhadap ketirisan yang selama ini telah menyebabkan beban kepada kewangan negara. Alhamdulillah, berkat daripada kita berusaha memastikan penguatkuasaan berlaku dengan berjayanya, maka kita telah berjaya menjimatkan RM15.5 bilion daripada ketirisan.

Ini adalah nombor-nombor dan angka-angka yang menunjukkan kejayaan konsolidasi fiskal yang mana inilah yang diperlukan oleh rakyat. Apabila kita berjaya mempunyai ketahanan fiskal, konsolidasi fiskal yang bersifat berani, yang bersifat visionary jangka panjang, maka akhirnya yang untung adalah rakyat. Yang untung penjimatan-penjimatan itu akan dikembalikan kepada ya, keperluan sosial mereka yang di bawah B50.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Dan tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyebut. Bagaimana beliau ingin meluaskan lagi 15 bilion peruntukan SARA itu kepada lebih luas jaringan sosial atau keselamatan sosialnya. Ia tidak akan berlaku. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negara, jikalau tidak ada satu keberanian dan azam serta tekad yang tinggi bagi memastikan kita punya ketahanan fiskal untuk meneruskan cita-cita kita memakmurkan negara ini.

Yang ketiga Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang satu perkara penting yang akan menjadi cabaran kepada kita iaitu soal keterjaminan makanan. Kebergantungan kita kepada import, barangan makanan yang import sangat tinggi. Saya ambil contoh satu saja. Yang merupakan satu sumber nutrien yang sangat penting kepada kesihatan kita iaitu bagaimana import sayur yang kita majoritinya datang daripada negara China dan Thailand serta Vietnam. Berapakah keperluan kos import kita ni setiap tahun?

Kalau saya sebut mungkin mengejutkan walaupun ramai kita bukan merupakan peminat-peminat sayur iaitu hampir 4.7 bilion kita belanja untuk import sayur, 4.7 bilion. Kita ‘tak tahu bagaimana perladangan mereka itu mereka buat. Dengan berbagai masalah pesticide-nya, berbagai masalah-masalah apa, alam sekitarnya. Kita ‘tak tahu. Jadi, kita ada satu jalan keluar dan sebagaimana kita sedia maklum, salah satu daripada ciri MADANI ini bercakap tentang high-tech. Bercakap tentang AI, bercakap tentang internet of all things. Bukankah baik kalau ini kita dapat terapkan dalam menjayakan apa yang dinamakan sebagai pertanian berteknologi tinggi.

Dari apa yang saya perhatikan, pertanian berteknologi tinggi hari ini masih lagi di tahap yang tidak memberangsangkan kerana dia tidak menyelesaikan atau sekurang-kurangnya hasrat, langkah awal untuk menyelesaikan kebergantungan negara kepada hasil-hasil sumber daripada luar atau pun diimport. Kita tahu ciri-ciri MADANI ini adalah berpandukan nombor satu, ‘nak jimat kos import. Jadi kalau kita boleh jimat subsidi dan sebagainya tu, mengapa kita tidak tumpu untuk menjimatkan kos import? Itu satu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ekonomi MADANI selalu menyebut.

Kita juga perlu melihat ya, kekangan atau kesan ekonomi dunia dan juga geopolitik yang ada di sekeliling kita. Kita pernah melalui bagaimana kejatuhan US menyebabkan ya, import minyak kita. Kita berada dalam kekangan gap antara ya, keturunan apa ni, nilai ringgit dengan nilai dolar, menyebabkan kita terpaksa tanggung kos yang, yang tinggi.

Yang ketiga, kita kena kurangkan jejak karbon. Tadi, Perdana Menteri ada sebut tentang cukai karbon. Macam mana kita ‘nak capai cukai karbon ini kalau kita tidak berjaya untuk mengurangkan jejak karbon? Dan saya ingin maklumkan dalam Dewan ini, antara yang menyumbang kepada jejak karbon yang tinggi adalah sektor pertanian. So, di mana kita ‘nak

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

tangani isu itu sedangkan Perdana Menteri selalu menyebut tentang cukai karbon. Maka sebab itulah kita masih belum menangani isu ini.

Yang kedua, kita bercakap tentang unsur-unsur pesticide yang merosakkan bahan- bahan makanan kita. Maka, ini kena cari jalan di mana pertanian berteknologi tinggi ini akan menyelamatkan kita daripada unsur-unsur tersebut. Ini termasuk juga peluang pekerjaan pertanian moden.

Tuan Speaker, anak-anak kita sekarang, generasi kita ‘tak mahu bekerja di ladang, kotor katanya. ‘Tak mahu bekerja di ladang, panas katanya. Mengapa tidak kita fikirkan?

Adanya teknologi tinggi daripada apa yang dinamakan sebagai precision farming and vertical farming yang tidak memerlukan tanah. Hanya memerlukan kontena ataupun bangunan dan kerja kemahiran yang kita perlukan dari anak-anak muda ini adalah mereka berkemahiran untuk mengendalikan teknologi itu dan mampu mengeluarkan hasil yang membanggakan.

Dan kita ‘nak lihat anak-anak muda kita terlibat di dalam pertanian. ‘Tak perlu dia berkotor atau berlumuran lumpur. Cukup dengan dia berpakaian ala saintis itu. Duduk di dalam kabin, duduk di dalam rumah atau bangunan, lalu dia mengawal suhu-suhu yang boleh dikawal. Itu nama dia precision. Dia boleh dikawal secara tepat. ‘Nak panas, ‘nak sejuk dan menjimatkan space, disebut sebagai vertical farming. Yang mana berlapis-lapis kita boleh menggunakan space yang sempit itu untuk kita ya, menerokai apa yang dinamakan sebagai pertanian berteknologi tinggi...

draft • 12:40 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

YB, Yang Berhormat, boleh tambah YB?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Silakan.

draft • 12:40 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya dok tunggu orang ‘nak tanya, takdak orang tanya.

draft • 12:40 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Saya tertarik vertical farming tadi Yang Berhormat.

Cuma kita ni tanah banyak sebenarnya. Kalau kita buat vertical farming mungkin kosnya tinggi meningkat. Cuma tanah kita ni banyak. Cuma saya tengok, banyak tanah-tanah yang terbiar.

Kalau kita tengok daripada Menteri Komoditi pun mengatakan banyak ladang yang ‘tak diusahakan dan hasil tidak diambil dan merugikan negara.

Dan kita tengok juga, tanah-tanah yang terbiar ini memang banyak. Kalau kita gunakan secara maksimum untuk pertanian, kita sebenarnya boleh Dato Yang di-Pertua, menjimatkan, menjimatkan wang negara kita daripada mengimport bahan-bahan makanan ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Terima kasih kepada sahabat saya yang bertanya.

Apabila saya mengatakan teknologi tinggi ini, saya tidak bermaksud untuk kita mengetepikan

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

keperluan traditional farming yang menggunakan tanah yang banyak. Itu satu aspek yang pun kena ditingkatkan. Itu pun perlu ditingkatkan. Seperti pemugaran balik tanah itu sendiri.

Sekarang ni masalah dia kenapa kita ‘tak boleh hasilkan ya tanaman yang lebih berganda kerana mungkin tanah itu ada masalah.

Maka ada sekarang teknologi pemugaran balik tanah itu yang boleh menyebabkannya subur. Jadi, perkara-perkara ini ya sahabat, saya bersetuju bila saya bercakap tentang teknologi tinggi ini. Saya juga mengatakan bahawa kita perlu teroka yang ini juga. Sementara yang ada menggunakan keluasan tanah itu ya, perlu juga dengan menggunakan teknologi yang, yang tinggi. Cuma bezanya, ya...

draft • 12:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Boleh? Saya ‘nak tanya sikit apa nama ni YB.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Ya.

draft • 12:40 PM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Saya minta kebenaran Dato Yang di-Pertua. Kita mempunyai beberapa universiti dan juga agensi, badan yang membuat kajian tentang pertanian. Kita ada MARDI, kita ada UPM dan sebagainya, tetapi persoalannya Yang Berhormat, mengapa kita tidak boleh mencapai kejayaan seperti negara Thailand, di mana kekurangannya? Sedangkan kita mempunyai kepakaran-kepakaran yang boleh menyumbang kepada kejayaan seperti itu. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya ingin bertanya sebab— rakan saya daripada Temerloh mungkin boleh membetulkan apa yang saya sampaikan. Pada waktu ini terdapat demand sebagai contoh untuk makanan, untuk ikan air tawar sebagai contoh ya. Dan antara faktor yang sumbangkan, menyumbang kepada harga yang mahal ialah kerana harga makanan ikan yang mahal. Kenapa mahal? Sebab makanan ikan keperluan utama ialah jagung dan import daripada Brazil. Sedang saya tahu Ikan Patin Sungai Pahang ‘tak pernah rasa jagung daripada Brazil tu. Mereka makan daripada sumber sungai.

Kenapa tidak dibuat kajian menggunakan sumber-sumber tempatan untuk membolehkan kosnya rendah. Persoalan saya YB, apakah faktor yang menyebabkan kita tidak boleh mencapai satu kejayaan sebagaimana yang dicapai oleh negara jiran kita yang jauh ke depan dari segi kemajuan dari segi sektor pertanian. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Yang di-Pertua, kalau boleh saya menyambung hal yang sama?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Wah, kedua-dua profesor bertanya pada saya.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid. Saya kira soal pertanian ini soal yang sangat penting. Pada suatu waktu, zaman dahulu barangkali negara kita agak berlebihan dalam soal

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

hendak mencapai perindustrian. Bagus industri, tapi hingga pada satu waktu berlaku seolah- olah peminggiran, peremehan bidang pertanian yang sangat penting untuk tujuan keterjaminan makanan.

Yang hendak saya tanyakan ialah adakah ataupun sepatutnya kah kerajaan mempunyai satu, satu pelan induk pertanian. Bukan membiarkan bidang atau sektor pertanian berlangsung sebagai kegiatan individu, tapi satu kegiatan nasional yang ada pelan induknya.

Saya mengambil satu isu, soal negara jiran Thailand sebagai contoh.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Soal strategi mempelbagaikan pertanian. Dengan demikian, kalau soal kejatuhan harga berlaku bagi satu komoditi, maka petani masih dapat bergantung pada penjualan komoditi yang lain. Jadi, ini memerlukan satu pelan induk negara dalam soal pertanian, saya kira. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya ingin masukkan kedua-dua pandangan profesor yang bijaksana ini dalam ucapan saya dan juga sahabat saya, Tuan Manolan ya, tentang apa yang telah dikemukakan.

Cuma, bezanya yang saya maksudkan dengan precision dengan vertical farming ini, ia adalah kalis cuaca. Maknanya, apa juga cuaca di luar sana, panas kah, ‘tak ada hujan kah, ribut kah, petir, dia tetap tidak akan terkesan kerana dia dibuat di dalam bangunan. Ini maksud saya, perbezaan yang saya maksudkan dengan berteknologi tinggi, di dalam bangunan dengan yang penggunaan tanah. Walaupun demikian, semua pandangan-pandangan itu sangat baik dan saya masukkan di dalam sebahagian daripada ucapan saya.

Tidak cukup perbahasan saya pada hari ini, Tuan Speaker. Jikalau saya tidak menyinggung satu persoalan besar yang merupakan game changer kepada negara pada hari ini. Iaitu game changer yang saya maksudkan adalah berkaitan dengan soal perjanjian perdagangan...

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebelum...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

...Reciprocracy antara Malaysia dengan Amerika.

Saya ada dua poin lagi ini Cikgu, Senator.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kurang daripada— kita ada 10 minit lagi.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Ya, saya boleh bagi, tapi saya harap ia menjadi sebahagian daripada ucapan saya dan bukan perkara yang saya kena jawab pula.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya...

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Sikit saja.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya setuju bergantung kepada Yang Berhormat Datuk Serilah, ‘nak lihat ini sebagai suatu yang boleh dimasukkan dalam ucapan. Cuma yang saya

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

‘nak minta komen daripada Yang Berhormat Datuk Seri, ini dalam isu pertanian. Bidang yang saya sangat minat untuk bicara dalam setiap kali sesi.

Tiga tahun ‘dah kita ini di bawah Kerajaan MADANI. Pencapaian yang lain itu, hebat, tapi SSR kita, SSR beras kita, SSR daging kita, SSR sayur kita. SSR yang memerlukan sepatutnya peningkatan, tapi saya ingat dalam soalan saya sebelum ini, Menteri Pertanian macam menyebut, belum berubah. Contoh, kalau beras dulunya 62.7 persen, kita punya pengeluaran negara, tapi hari ini masih macam ‘tak ada perubahan.

Dan sebab itulah sehingga hari ini, isu beras tempatan, isu beras import, isu harga tempatan, harga import, harga beras tempatan— beras tempatan jadi beras import. Di mana silapnya dalam perancangan ni? Dalam kita bicara tentang vertical farming, precision agriculture dan lain-lain, tapi dalam tempoh tiga tahun, semacam tidak banyak perubahan tentang kenaikan produktiviti kita dalam bidang pengeluaran produk makanan negara. Mohon komen, kalau boleh dijadikan sebahagian daripada ucapan, boleh juga.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Ya, pastinya. Pastinya itu sebahagian daripada ucapan saya dan akan dijawab oleh Menteri nanti.

[Ketawa] Saya setuju itu, Dato. Saya setuju, Tuan Haji Hussin. Baik.

Saya masuk kepada isu perjanjian perdagangan, reciprocal antara Amerika dan juga negara kita. Banyak sekali mereka yang memberi pandangan dan pendapat. Ada yang positif, ada yang negatif. Saya harus jujur dalam Dewan Negara ini. Saya tidak mengambil apa-apa pendekatan, menyokong atau tidak, tapi saya berbalik kepada keadilan. Dari sudut— saya menilainya dua aspek. Sama ada manfaat ataupun mudarat. Manfaat ini, apa yang punya benefit yang kita dapat daripada perjanjian ini. Mudarat dia, ia pasti ada. Saya tidak mahu menipu diri saya dengan menyatakan bahawa, “Oh, ‘tak ada mudarat. Kita semua okey.” Saya rasa itu satu pembohongan kepada isu besar yang berlaku, merupakan game changer di dalam ekonomi kita.

Saya menyatakan bahawa, “Ya, manfaatnya kalau dinilai secara adil, besar.” Pertamanya, kita telah berjaya dikecualikan tarif yang nilainya 8 hingga RM9 bilion. Dan ini sangat besar bagi saya. Dan ini memberikan peluang tekanan tarif ini kepada beberapa ribu produk yang tidak akan dikenakan tarif. Ini satu yang perlu dilihat sebagai kelebihan yang ada.

Yang kedua ialah potensi kita untuk mendapat foreign direct investment, Tuan Speaker. Akan meningkat kepada 20 hingga 25B dalam masa tiga tahun. Ini satu perkara yang diperlukan bagi mengukuhkan lagi indikator ekonomi kita.

Yang seterusnya ialah kita jangan lupa Amerika merupakan satu pasaran halal yang besar ya, yang melibatkan hampir 300 bilion pasaran halal dia.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Jadi dengan perjanjian ini, kita tahu bahawa reciprocal antara kita ialah kita boleh memasuk kita punya produk ke dalam pasaran Amerika dan yang paling penting, negara kita ini dilihat sebagai negara yang paling ke depan dalam isu-isu halal produk. Di mana kita ‘nak ambil kesempatan ini kalau kita melihat perjanjian ini sebagai suatu yang negatif?

Seterusnya ialah 50,000 peluang pekerjaan, Tuan Speaker. Especially di dalam elektronik dan elektrik yang merupakan eksport terbesar kita. Dan import terbesar Amerika dengan kita. Jadi, di mana kita ‘nak letak semua itu? Kalau kita kata kita ‘tak mahu buat perjanjian semua ini. So, ini satu perkara yang kita harus jujur dan adil dalam membuat perkiraan, tapi saya tidak juga menafikan. Ada isu-isu mudarat kepada negara. Of course.

Antaranya ialah risiko kedaulatan. Bagaimana? Terdedah kepada kedaulatan negara. Saya setuju. Kita harus fikir dengan serius. ‘Tak naklah kita ‘nak capai ekonomi yang baik, tiba-tiba kita mendedahkan negara kita pada kedaulatan negara kita. Kita juga bimbang isu-isu kepentingan lokal tergadai sepertimana sebahagian kita menyebut tentang isu-isu bumiputera lah, GLC lah dan sebagainya. Ya, kita mengaku. Perkara itu harus diambil kira serius.

Dan seterusnya kita juga tahu bahawa perang dagang antara Amerika dan China, di mana kita duduk dalam keadaan ini? Apakah kita juga terjebak sama? Kita ‘nak ambil side siapa? Perkara-perkara ini Tuan Speaker, perlu diselesaikan dengan tuntas. ‘Tak boleh kita hanya mengatakan semuanya bermanfaat dan kita lupa aspek-aspek ini. Sebab itu dalam Dewan yang mulia ini, di sebalik kita punya klausa-klausa yang disebut sebagai carved out.

Carved out ataupun pengecualian ini, kita juga mahu supaya perkara ini diambil serius oleh kerajaan. Antara lainnyalah, klausa pengecualian ataupun carved out ini. Aspek-aspek GLC, GLIC, perolehan kerajaan, data strategik dan juga isu-isu autoriti halal. Alhamdulillah, di dalam klausa-klausa itu, di-carved out-kan dan masih kita punya keputusan di situ dan tidak diberi sewenangnya kepada Amerika.

Ini satu perkara yang kita harus perbaiki dari masa ke semasa. Dan undang-undang negara kita terpakai, di mana apabila berlaku apa-apa dispute, maka undang-undang kita masih terpakai. Ini satu perkara yang baik. Yang di atas itu, saya melihat bahawa dengan keseimbangan klausa-klausa carved out itu, kita melihat manfaatnya itu lebih besar kepada negara, Tuan Speaker.

Akhirnya soalan saya, yang selalu saya suka iaitu soal penstrukturan semula Tabung Haji. Ini bukan berkenaan dengan isu Tabung Haji sahaja, tetapi dia melibatkan special purpose vehicle ataupun SPV iaitu Urusetia Jemaah Sendirian Berhad. Di mana pada tahun 2026, berpandukan kepada bajet kita ini 2026, maka akan matang sukuk pertama yang dikeluarkan. Sukuk pertama yang dikeluarkan iaitu bernilai hampir RM9 bilion. Di mana sukuk pertama ini akan matang pada tahun 2026 dan akan perlu ditebuskan dengan nilai hampir

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

RM13.2 bilion setelah diambil kira keuntungan 4.05 peratus terkumpul pada hujung enam tahun pertama, trench yang pertama.

Saya ‘nak tanya kepada bajet kita kali ini kepada Menteri. Apakah ada peruntukan untuk kita suntikkan modal? Kerana jikalau tidak, ia akan menjejaskan perjalanan Tabung Haji. Dan kita tahu kejayaan UJSB dari sudut kewangannya, seingat saya tahun 2024-2025 baru dalam keuntungan RM11 bilion sahaja. Tidak cukup untuk membayar RM13.2 bilion pada tahun 2026.

Jadi saya mahu bertanya, apakah kerajaan telah mengambil kira? Dan saya dengar Perdana Menteri berucap, masa itu saya hadir sama di Tabung Haji pada sambutan 60 tahun Tabung Haji atau 50 tahun sambutan Tabung Haji. Dia menyebut bahawa kita akan serah balik semua harta-harta sakit yang dijaga oleh UJSB kepada Tabung Haji. Dan saya tahu nilai itu antara RM19.9 bilion yang kita ditebuskan dengan sukuk— diberi sukuk kepada kita nilai premium. Sedangkan nilai sakit itu ialah RM9.9 bilion sahaja.

Jadi, bagaimana kerajaan dalam hal ini, memberikan kita keyakinan untuk menyatakan bahawa adanya usaha-usaha untuk kita menebus sukuk ini dan diberikan kepada Tabung Haji pada hujung tahun 2026. Dan nanti 2028 ya, peringkat kedua sukuk pula terpaksa ditebuskan bernilai RM14.35 bilion, di mana kedua-dua sukuk itu bernilai RM27.7 bilion, Tuan Speaker. Jadi, itu perlu diambil kira kerana dia akan menjejaskan prestasi Tabung Haji.

Saya kira itu sahaja yang saya ‘nak sampaikan, Tuan Speaker. Izinkan saya seperti biasanya, memberikan kata-kata pujangga di dalam Dewan yang mulia ini. Kata-kata pujangga Arab dan saya perlu terjemahkan dia. Saya harap, saya dapat selesai sebelum berbunyi loceng.

Kata pujangga Arab terdahulu dan ini saya berikan kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya serta kita semua di sini dalam kita mengemudikan negara. [Memetik kata-kata pujangga dalam bahasa Arab] Saya harus terjemahkannya supaya memberi keadilan kepada semua yang tidak berbahasa Arab. Iaitu *“Kukuhkanlah layar-mu kerana lautan itu dalam.

Perbanyakan bekalan-mu, sesungguhnya perjalanan ini panjang dan ringankan beban di belakang pundak-mu, kerana kelak pendakiannya itu sangat menyulitkan serta ikhlaskan lah amal kamu, sesesungguhnya orang yang berpandangan jauh, tajam pandangannya.”* Ini saya berikan kepada semua kita. Begitulah keadaan kita mengemudi negara pada hari ini dengan penuh kesukaran, tapi saya yakin dengan vision yang jelas dan keberanian serta kejelasan model memimpin, insya-Allah model ekonomi MADANI dan kewangan 2026 akan memperolehi kejayaan yang akan dibanggakan oleh semua kita dalam dekad-dekad

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

mendatang. Sekian dahulu. Saya menyokong Tuan Speaker, kewangan 2026 ini. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat bersambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Menteri ‘tak ada ya. Okey, kita sambung perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan. Dengan hormatnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, 30 minit.

draft • 2:30 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

*Bismillahirrahmanirrahim.

Bunga mawar mekar di raga, Harum meniti di kota ke desa; Belanjawan bukan sekadar angka, Tetapi amanah untuk rakyat jelata.

Assalamualaikum.* salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Segulai Sejalai. Puan Yang di-Pertua, belanjawan bukan sekadar lembaran angka di atas kertas, ia adalah cerminan nilai dan keutamaan sebuah negara. Siapa yang kita lindungi, apa yang kita perjuangkan dan masa depan bagaimana yang kita bina bersama.

Di Sarawak, belanjawan bermaksud jalan yang dibina di sekolah atau ke sekolah, bekalan air bersih yang sampai ke rumah panjang, klinik desa yang beroperasi 24 jam dan peluang kerja untuk anak muda yang ingin membina kehidupan di bumi sendiri. Belanjawan yang adil bukan bermaksud sama rata, adil bermaksud mengikut keperluan sebenar dan hak perundangan. Negara ini besar rakyat berbilang dan cabarannya berbeza di setiap wilayah.

Oleh itu, keadilan dalam belanjawan bukan hanya tentang angka, ia tentang menunaikan janji dan menghormati tanggungjawab. Apabila janji dibuat, sama ada antara individu atau antara kerajaan dan hanya diungkap secara lisan, ia mudah hilang apabila keadaan berubah. Pemimpin datang dan pergi, kerajaan silih berganti. Namun apa yang termeterai dalam perjanjian bertulis atau diikat dalam undang-undang akan kekal melangkaui

draft • 2:32 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

masa dan kepimpinan. Ia tidak mengikat individu tetapi mengikat institusi dan ia menjamin bahawa apa yang telah dipersetujui mesti dilaksanakan tidak kira siapa yang memegang tampuk kuasa. Inilah makna sebenar tanggungjawab bernegara bukan bersandarkan kata, tetapi berdasarkan undang-undang dan integriti institusi.

Minggu lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak telah membentangkan Belanjawan 2026 yang berorientasikan rakyat. Antara inisiatif penting termasuk perluasan skim kebajikan am Sarawak khas kepada isi rumah berpendapatan rendah, warga emas dan golongan bujang serta langkah memperkukuh tadbir urus melalui perluasan Kabinet negeri agar pelaksanaan dasar lebih fokus dan berkesan. Sarawak mengambil pendekatan tanggungjawab fiskal dan keberanian strategik, tetapi tidak menunggu, tetapi mendahului, tidak menuding, tetapi melaksanakan.

Namun di sinilah letaknya persoalan besar, sejauh mana keseimbangan peranan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dijaga dengan adil kerana apabila negeri terpaksa menanggung tanggungjawab dalam senarai Persekutuan, Federalist seperti pendidikan, kesihatan, jalan Persekutuan, air, elektrik dan internet. Maka ia bukan lagi sekadar soal pentadbiran tetapi soal prinsip Perlembagaan dan hak kewangan.

MA63 teras keadilan dan kesetiaan negara. Kita menubuhkan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963. Sarawak bukan penyertaan kemudian, Sarawak ialah rakan pengasas Malaysia. Kuasa-kuasa negeri bukanlah pemberian tetapi jaminannya termaktub dalam perjanjian dan Perlembagaan. Antara tonggak utama yang masih kukuh ialah Ordinan Perlombongan Minyak 1958 sebelum ditubuhnya Malaysia memberi kuasa kepada Sarawak terhadap hasil bumi. Ordinan Agihan Gas 2016 atau lebih dikenali DGO 2016 menegaskan peranan pengawalseliaan negeri. Perkara 95D Perlembagaan Persekutuan melindungi bidang kuasa Dewan Undangan Negeri daripada pemakaian automatik undang-undang Persekutuan. Perkara 95C dan 95E membuka ruang penyerahan kuasa melalui undang- undang bersama. Semangat MA63 bukan simbol nostalgia, ia adalah kontrak hidup asas pembentukan Malaysia dan apabila asas itu diketepikan, ia bukan sekadar pengabaian terhadap Sarawak, tetapi pengkhianatan terhadap pembentukan Malaysia itu sendiri.

Sarawak tidak menuntut keistimewaan, Sarawak hanya menuntut apa yang dijanjikan termaktub dan dijamin dalam perlembagaan serta MA63. Kami menolak seruan membatalkan MA63 sebahagian pihak termasuk individu bernama Zaid Ibrahim, Mantan Menteri Undang- undang dahulu mencadangkan agar MA63 dibatalkan.

Saya ingin menegaskan dengan sepenuh jiwa dan akal waras, itu bukan saja kenyataan tidak bertanggungjawab, tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap Malaysia sebagai sebuah negara, kerana tanpa MA63 Malaysia tidak akan wujud. Membatalkan MA63

draft • 2:32 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

bermakna membatalkan asas penubuhan Malaysia. Ia bukan sekadar menyerang Sarawak atau Sabah, tetapi menggugat perwujudan Malaysia yang kita cintai bersama.

draft • 2:32 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Realiti ekonomi sumbangan Borneo keuntungan negara topiknya. Biar saya bentangkan fakta ekonomi sebenar. Antara tahun 2018 hingga 2024, hasil minyak dan gas Malaysia berjumlah RM775 bilion. Daripada jumlah ini, Sarawak dan Sabah menyumbang lebih 63 percent atau RM490 bilion. Semenanjung Malaysia hanya 37 percent, kira-kira RM285 bilion. Maknanya, jelas tanpa Sarawak dan Sabah, ekonomi Malaysia akan kehilangan lebih separuh sumber tenaga dan hasil petroleum negara.

Jika hasil minyak dan gas dari Borneo ditarik balik, jika ya, Kerajaan Persekutuan akan kehilangan sekitar RM37 bilion setahun bersamaan lebih 10 percent daripada keseluruhan hasil negara. Dan itu belum termasuk cukai bukan minyak dan gas yang turut dikutip dari Sarawak dan Sabah. Kehilangan besar ini akan menggugat kestabilan fiskal negara, melemahkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan kemampuan kerajaan menampung subsidi pendidikan serta pembangunan nasional.

Sebaliknya dalam Malaysia yang bersatu, hasil dari Borneo bukan beban, tetapi penyumbang utama kepada kekuatan negara ini. Langkah paling bijak bukan memusnahkan MA63, tetapi memperkasakannya. Bukan menafikan sejarah, tetapi menghormati perjanjian asal pembentukan negara. Sarawak kekal setia kepada Malaysia kerana kita cintakan Malaysia, tetapi Malaysia juga mesti kekal setia kepada janji-janji yang dibuat kepada Sarawak dan Sabah.

MA63 bukan beban. Ia perjanjian yang memastikan Malaysia kekal adil, stabil dan berdaulat. Apabila Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2026, kita berharap semangat keadilan kewangan ini benar-benar dihayati. Di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan Sarawak kini dijamin menerima geran khas RM600 juta setahun seperti termaktub dalam P.U. (A) 272/2025. Kita mengalu-alukan langkah ini, tetapi harus diingat ianya ini bukan bantuan, bukan ihsan, ini hak Perlembagaan Sarawak. Kalau hak ini boleh dihormati, mengapa pula tanggungjawab di bawah senarai Persekutuan yang kini ditanggung oleh Sarawak tidak diganti semula dengan adil.

Rekod menunjukkan Sarawak telah mendahulukan lebih RM2 bilion untuk projek- projek di bawah tanggungjawab Persekutuan, sekolah, klinik, jalan dan jabatan luar bandar.

Namun, setakat ini kurang daripada RM100 juta sahaja dibayar balik. Apakah ini adil?

Sarawak telah menunjukkan disiplin fiskal dan keikhlasan pentadbiran. Membayar dahulu demi rakyat, tetapi bila tiba masa bayaran balik, jadualnya kabur, prosesnya panjang dan komitmennya sementara.

draft • 2:40 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Kerajaan Persekutuan mesti sedar ini bukan soal politik, tetapi soal integriti fiskal dan akauntabiliti nasional. Apabila Sarawak mendahulukan wang untuk tanggungjawab Persekutuan, maka wang rakyat Sarawak telah digunakan untuk menampung tanggungjawab negara.

Cadangan saya, oleh itu saya mencadangkan supaya di bawah Belanjawan 2026 ini jadual pembayaran balik projek Persekutuan diwujudkan melibatkan Kementerian Kewangan, UKAS dan Jabatan Akauntan Negara supaya semua projek yang didahulukan Sarawak dapat direkod, disahkan dan dibayar balik secara berperingkat mengikut milestone pelaksanaan.

Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bagi projek senarai Persekutuan yang dibiayai negeri agar prosesnya telus, sah dan mengikat kedua-dua pihak. Langkah ini bukan semata-matanya soal bayaran, tetapi soal integriti, perbelanjaan awam dan kebertanggungjawaban bersama.

Hal ketahanan makanan dan pertahanan negara. Belanjawan 2026 juga mesti memberi keutamaan kepada ketahanan makanan nasional yang juga dibangkit oleh Haji Hussin tadi Yang Berhormat dan juga Datuk Mujahid. Kita perlu melaksanakan, “Road to Total Food Security” yang sebenar bukan slogan sahaja tetapi strategi. Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada import beras atau pasaran luar yang mudah terganggu oleh krisis global.

Kita perlukan pelaburan besar dalam sistem penamaan padi moden, pengairan pintar, penggunaan dron pertanian dan insentif kepada anak muda kembali ke sektor agro.

Beras bukan sekadar makanan asas. Ia lambang maruah dan kedaulatan kita. Begitu juga dengan pertahanan negara. Malaysia bukan negara yang agresif tetapi keamanan hanya bermakna jika kita mampu mempertahankannya dengan kekayaan sumber yang semakin meningkat. Malaysia perlu mempunyai keupayaan pertahanan yang seimbang sama ada dari segi laut, udara, darat mahupun siber.

Kita perlu pelaburan strategik dalam kapal peronda generasi muda— generasi baharu, maaf, agar pintar sistem udara tanpa pemandu dan kemampuan pertahanan siber. Negara yang makmur tidak boleh kelihatan lemah. Kita tidak boleh menjadi itik lumpuh di tengah kebun yang makmur, kaya, tetapi mudah diserang.

Feri Malaysia lambang integrasi nasional. Saya ingin menarik perhatian kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah semasa lawatan Baginda ke Kuching bulan lepas yang mencadangkan supaya Feri Malaysia dihidupkan semula menghubungkan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu. Feri ini pernah beroperasi pada tahun 1980-an sebagai Cruise Muhibbah. Namun, ketika itu masa dan infrastrukturnya belum matang, pelabuhan terhad, jalan penghubung tidak lengkap dan kestabilan logistik belum kukuh.

draft • 2:40 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Hari ini, keadaan jauh berbeza. Dengan Pan-Borneo Highway yang hampir siap.

Insya-Allah lah siap, Sabah ya— peningkatan keupayaan pelabuhan di Bintulu, Kuching dan Kota Kinabalu serta kestabilan politik dan ekonomi yang lebih mapan masa kini jauh lebih sesuai dan strategik untuk menghidupkan semula inisiatif ini.

Jika diaktifkan semula, ia bukan sekadar modal pengangkutan tetapi lambang integrasi nasional dan mobiliti ekonomi moden antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia akan membuka laluan perdagangan baharu, memperkukuhkan pelancongan domestik, menurunkan kos logistik dan menambah pilihan perjalanan rakyat Malaysia kedua-dua wilayah atau di antara dua-dua wilayah.

Saya mohon agar Kerajaan Persekutuan meneliti semula cadangan ini di bawah Belanjawan 2026 sama ada melalui peruntukan khas, kerjasama sektor swasta atau pelaburan awam kerana dalam semangat Semenanjung Borneo bersatu di bawah satu bendera, Feri Malaysia boleh menjadi jambatan laut yang menyatukan hati ekonomi dan masa depan rakyat Malaysia.

draft • 2:40 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Puan Yang di-Pertua, inilah masa untuk menjadikan Belanjawan 2026 bukan sekadar instrumen ekonomi, tetapi penanda aras keadilan nasional di mana setiap wilayah merasa dihargai bukan sekadar diwakili. Sarawak kekal setia kepada Malaysia kerana kita cintakan Malaysia, tetapi Malaysia juga mesti menunaikan janji asalnya kepada Sarawak. Janji yang terukir dalam tinta Perjanjian Malaysia 1963, bahawa kita bukan negeri bawahan, tetapi rakan kongsi pembentukan negara.

Belanjawan ini bukan sahaja tentang angka dan alokasi, tetapi tentang penghormatan terhadap janji dan hak. Jika janji ditepati keyakinan dan akan bertambah. Jika hak dihormati kesetiaan akan kekal dan jika semangat MA63 terus dihidupkan dengan keikhlasan maka Malaysia akan terus kukuh bukan kerana paksaan, tetapi kerana kepercayaan dan kasih kepada negara.

Gunung Santubong megah berbalam, Dilihat indah di waktu senja; Janji dijaga amanah ditanam; Barulah kekal Malaysia tercinta. Dengan penuh takzim namun tegas, saya menyokong Belanjawan 2026 dengan harapan agar ia menegakkan keadilan, peruntukan mempercepat pembangunan luar bandar, menjamin ketahanan makanan, memperkukuh pertahanan negara, meneliti semula Feri

draft • 2:50 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Malaysia sebagai simbol perpaduan dan mengembalikan semangat sebenar MA63 sebagai tunjang Malaysia yang adil, makmur dan berdaulat.

Segulai Sejalai bersatu membangun Malaysia. Dengan itu, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Manolan.

draft • 2:50 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2026. Seperti yang kita sedia maklum belanjawan telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025 dan pada pagi tadi di Dewan yang mulia ini, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Iaitu satu belanjawan yang besar, yang telah diumumkan iaitu sebanyak 419 bilion iaitu lebih tinggi daripada tahun lepas.

Saya ingin memfokuskan perbahasan saya pada hari ini adalah isu berkenaan dengan masyarakat orang asli. Di mana saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan satu jumlah yang besar iaitu 412 juta untuk orang asli, untuk orang asli dan dibahagikan kepada beberapa sektor untuk pembangunan orang asli.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, bahawa orang asli ini tidak ramai, sekitar 230,000 sahaja di dalam negara ini iaitu tidak sampai pun satu peratus dalam negara kita. Setiap tahun kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan kemajuan orang asli ini, tetapi kita nampak orang asli, masyarakat orang asli ini masih ketinggalan daripada pelbagai segi mahupun ekonomi, infrastruktur di kawasan mereka dan juga pendidikan.

Maka itu sebenarnya kalau kita tengok Perlembagaan Persekutuan, bahawa masyarakat orang asli ini memang telah diiktiraf dan telah diwartakan. Iaitu di dalam Perkara 8, Puan Yang di-Pertua (5C) memang jelas dinyatakan, “Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu termasuk perizaban tanah atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam...”. Jadi di sini jelas dinyatakan bahawa membantu orang asli ini adalah mengikut Perlembagaan, tetapi sekiranya mereka telah terbiar lama, maksudnya kerajaan tidak mengikut Perlembagaan. Maka itu kita tengok isu utama orang asli sekarang ini adalah perizaban tanah mereka. Tanah-tanah orang asli ini tidak diiktiraf, tidak diwartakan sebagai rizab orang asli. Maka itu banyak tanah-tanah yang mereka tinggal, yang mereka usahakan

draft • 2:53 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

telah diambil oleh agensi ataupun pihak swasta ataupun pihak kerajaan, tetapi mereka tidak mendapat pulangan ataupun pampasan yang setimpal.

Maka itu, tahun berganti tahun, hari berganti hari kehidupan mereka masih ditakuk lama kerana...

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Minta laluan? Minta laluan.

draft • 2:53 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Okey, silakan.

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Baru sahaja, baru sahaja terima aduan, saya ‘nak tidur pun ‘tak boleh.

[Mengangkat telefon] Nenek moyang usahakan tanah 60 tahun, minta-minta tak lulus. Sekarang, syarikat masuk dia dapat tanah, keluarkan hasil secara terus-terus, terang-terang, mana rakyat boleh tahan? Jadi mereka minta apa Kerajaan MADANI boleh buat? Dia harap kita, tapi kita ‘tak boleh buat apa. Jadi saya rasa dilema dan saya susah hati.

draft • 2:53 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Yang Berhormat. Yang Berhormat apa soalan kepada Tuan Manolan.

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Saya cadang, saya cadang demi keadilan perikemanusiaan, Kerajaan MADANI— Persekutuan kena campur tangan. Keadilan, kena campur tangan. Macam mana pun tak boleh buat macam itu. Orang usaha, dia keluar hasil.

Orang minta tiga ekar ‘tak dapat, dia dapat ribu ekar.

draft • 2:53 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Yang Berhormat...

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih. Saya minta Kerajaan MADANI— Persekutuan ambil peranan, ambil alih tanah ini, campur tangan. Terima kasih.

draft • 2:53 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Yang Berhormat ada— Yang Berhormat ada berbahas ‘ke untuk bajet ini nanti...?

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Ada, ada.

draft • 2:53 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Ha, boleh Yang Berhormat nanti boleh bawakan hujah tersebut semasa Yang Berhormat berbahas nanti. Untuk perbahasan Yang Berhormat Tuan Manolan, kalau Yang Berhormat ada soalan untuk mencelah tentang apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Manolan, Yang Berhormat dipersilakanlah.

draft • 2:53 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Terima kasih.

draft • 2:53 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Okey, alright. Teruskan Yang Berhormat Manolan.

draft • 2:53 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator Dato' Leong Ngah Ngah, ini orang lama. Saya memang bersetuju bahawa ada orang tinggal– mengusahakan tanah tersebut bukan saja 60 tahun tetapi lebih daripada 60 tahun, tapi

draft • 2:53 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

mereka mohon ‘tak dapat, tapi kalau syarikat yang besar, mereka boleh mendapat beribu-ribu ekar.

Puan Yang di-Pertua, saya merujuk balik kepada perbahasan saya tadi. Itulah maksud dia, orang asli ini ada di dalam Perlembagaan dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Leong tadi bahawa Kerajaan Persekutuan mesti masuk campur. Dan saya memang sangat menghargai sebenarnya dan sangat berterima kasih kepada Kerajaan MADANI ini kerana mereka telah mengambil beberapa langkah khususnya berkenaan dengan pindaan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi iaitu pindaan Akta 134, Akta Orang Asli tahun 1954 di mana akta ini telah lama tidak digubal.

Dalam pada itu, saya juga ingin berkongsi di sini, di dalam Jadual Kesembilan Belas Perlembagaan Persekutuan, nombor 16 telah dinyatakan bahawa orang asli adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

draft • 2:53 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Maka itu, Kerajaan Persekutuan tidak boleh— saya bersetuju, tidak boleh tidak, masuk campur. Takkan kita ‘nak membiarkan mereka ini terus begini? Tanah tidak diiktiraf: itulah sumber ekonomi mereka. Tahun berganti tahun, mereka dipindahkan. Pendapatan mereka masih begitu juga. Tidak ada pertambahan. Dan ini berlarutan berpuluh tahun.

Jadi, saya fikir kerajaan harus melihat perkara ini dengan serius dan ini ada dalam Perlembagaan, bukan tidak ada dalam Perlembagaan.

Dan seterusnya tengok dalam perkara 85C ini, daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Kita tahu sekarang ini, yang menjaga orang asli kebanyakannya agensi dia adalah JAKOA, tetapi tidak ada 50 peratus, 60 peratus pun— tidak ada orang asli yang bekerja di dalam JAKOA. Sedangkan, saya masih ingat dalam manifesto Pakatan Rakyat dulu, bahawa mereka akan menstrukturkan semula JAKOA ini, tetapi ya lah, tidak menjadi, kan. Sekarang ini, kita menjadi kerajaan Tuan Yang di-Pertua. Masa yang ada singkat, bukan panjang. Maka itu, saya fikir, inilah masanya untuk membuat perubahan.

Puan Yang di-Pertua, memang kita— saya sedia maklum bahawa Akta 134 akan dipinda...

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh mencelah sikit Yang Berhormat?

draft • 3:00 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Okey, silakan Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tadi, bila Yang Berhormat sebut bajet ini besar, orang asli 220,000. Realiti masyarakat orang asli seperti macam ‘tak banyak berubah, dan namanya orang asal. Kalau kiranya, ya lah. Asal lah. Bukan sekadar ‘asli’ sahaja: asli lagi asal.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tidak ‘ke ada usaha yang lebih ke depan sendiri daripada kalangan masyarakat orang asli yang terpelajar, yang ‘dah banyak sekarang ini yang terlibat dalam pendidikan tinggi dan lain-lain untuk mengemukakan satu cadangan yang lebih serius dan lebih, lebih— apa nama, lebih strategik? Bagaimana untuk mengolah program pembangunan dan merevolusikan satu gerakan pembangunan dan juga— apa ini, pendidikan mahupun apa hal, di kalangan orang asli daripada kalangan pemimpin dan cendekiawan masyarakat orang asli sendiri? Minta komen daripada Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat. Satu cadangan yang baik. Boleh masukkan dalam perbahasan saya. Memang sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, kita pernah. Sebelum saya menjadi Senator pun, kita pernah beberapa kali, tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, orang asli ini ada satu agensi.

Orang asal ini ada satu agensi yang disebut Jabatan Kemajuan Orang Asli atau singkatannya JAKOA lah. Apa-apa yang melibatkan orang asli, mereka akan merujuk kepada JAKOA ini dan JAKOA ini memang dia satu agensi kerajaan yang kena patuh kepada peraturan kerajaan.

Maka itu, saya rasa, segala pandangan atau cadangan yang telah dipersembahkan atau yang telah diserahkan pada masa dahulu, dia lambat ataupun JAKOA mungkin ada pandangan mereka tersendiri, tetapi saya fikir dengan pindaan akta ini dan seperti yang disebut oleh Menteri, bahawa kerajaan akan menubuhkan satu Majlis Perundingan Orang Asli. Maka itu, saya fikir ada sinar baharu. Ada pandangan-pandangan daripada cendekiawan orang asli ini yang boleh diambil serius oleh kerajaan.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, kerajaan membelanjakan empat ratus— peruntukan RM412 juta, seperti yang saya sebutkan tadi. Masalah utama orang asli bukan sahaja tanah, tetapi infrastruktur dan juga bekalan air bersih di kampung orang asli. Begitu juga dengan kemudahan asas elektrik di kampung-kampung orang asli.

Dan sekarang ini musim tengkujuh di Pantai Timur. Di Kelantan banjir dan banyak juga sekolah— ada sekolah, beberapa sekolah di kawasan pedalaman ini yang kalau kita tengok, guru-guru mereka, moto — sepatutnya mereka naik motosikal, tetapi apa itu, sepatutnya mereka naik motosikal. Ini motosikal yang naik atas mereka sebab mereka tolak. ‘Tak boleh ‘nak melalui jalan-jalan yang lumpur, yang teruk.

Dan ini memberi kesan kepada guru-guru dan juga kepada pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini. Dan saya fikir sudah masa— sudah tiba masanya, kerajaan harus melihat bagaimana untuk kita menaik taraf atau membaiki jalan-jalan kampung di pedalaman ini, supaya memudahkan pergerakan masyarakat orang asli, pelajar-pelajar ini untuk keluar dan masuk ke bandar dan kampung.

draft • 3:00 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Jadi, saya berpandangan dalam bajet ini yang besar, supaya segala peruntukan yang diberikan untuk membina jalan-jalan ini, mesti dipantau dengan cermat supaya jalan yang dibina ini tidak cepat rosak dan mudah rosak, dan kadang-kadang, bukan sahaja jalan yang dibina ini tidak tahan lama, tetapi kadang-kadang, tidak— bukan di tempat-tempat yang sesuai, yang harus dibina.

Kita ambil dalam tekad ketiga, menjuarai ekonomi bernilai tinggi dalam bajet baru-baru ini, iaitu peruntukan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Saya memang sangat hargai di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk warga emas, ibu tunggal, orang asli, dan juga komuniti OKU, di mana pembelajaran sepanjang hayat ini, memang saya mengalu-alukan, khususnya ada satu program yang dipanggil KEDAP, iaitu sekolah dewasa ibu bapa.

Sekolah ini sepatutnya mesti dipergiatkan ataupun diperbanyakkan di kawasan- kawasan luar bandar kerana seperti yang kita sedia maklum, ramai masyarakat orang asli ini yang ibu bapa mereka buta huruf dan maka itu, kalau kita memberi pelajaran kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka boleh membaca. Mereka juga boleh mengajar atau melihat anak-anak— kerja-kerja rumah anak mereka.

Maka itu, saya cadang supaya diperbanyakkan supaya program ini memberi peluang pekerjaan juga kepada tenaga-tenaga pengajar di luar bandar ini. Dan sekarang ini, kita tengok ekonomi digital, dan sekiranya mereka ini diberi pendedahan dalam Program KEDAP ini, bukan sahaja pelajaran, tetapi dimasukkan juga elemen-elemen digital, bagaimana mereka untuk memasarkan barang-barang hasil pertanian mereka di kawasan pedalaman ini supaya mereka tidak dieksploitasi oleh— apa itu, pengusaha-pengusaha ataupun orang tengah ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh berkenaan dengan tekad keempat, iaitu memacu produk ciptaan Malaysia. Dengan menyediakan modal mikro yang mudah dan tempoh yang fleksibel kepada peniaga-peniaga orang asli. Usahawan orang asli ini yang perniagaan secara kecil-kecilan ini, dia mampu berkembang secara mampan sebenarnya, sekiranya kita memberi sokongan kepada mereka, khususnya golongan B40 dan juga anak- anak muda kerana ramai sebenarnya yang mahu menjalankan perniagaan ataupun mengusahakan pertanian ataupun kraf tangan, ekopelancongan, tetapi mereka tidak ada dana khas, khusus disediakan untuk orang asli.

Jadi, saya sarankan supaya dana yang disediakan oleh kerajaan ini supaya dibahagikan ataupun dipecahkan untuk pembangunan orang asli, pembangunan usahawan- usahawan orang asli ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Seterusnya, Datuk Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya kita juga harus melihat anak-anak muda orang asli ini ramai yang tidak memiliki rumah dan pada Bajet 2025 tahun ini iaitu kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang iaitu under, di bawah EPIC Homes iaitu telah— untuk membina rumah-rumah untuk orang asli.

Saya cadangkan supaya tahun ini juga kerajaan harus menambah rumah-rumah yang seperti yang dibina oleh EPIC Homes ini kepada orang asli khususnya di kampung-kampung orang asli yang berkeluarga kerana ramai di kalangan orang asli ini yang telah berkahwin dan mereka tinggal di dalam rumah yang sama, di sebuah rumah bersama dengan keluarga mereka. Jadi, sebuah rumah itu bukan sahaja satu keluarga, tetapi ada dua, ada tiga keluarga, ada empat keluarga pun ada. Maka itu saya cadangkan supaya untuk ditambah.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ramai juga di kalangan komuniti orang asli yang telah memohon SejaTi MADANI ini, tetapi kekangan mereka adalah mereka tidak didaftarkan, hanya yang mendaftar adalah Jawatankuasa Kemajuan Kampung Orang Asli sahaja, tetapi itu pun kadang-kadang dia merangkumi ada lima, enam kampung sedangkan komuniti ini ada satu kampung sahaja.

Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan mempermudah permohonan ini kerana pelantikan ini atau penubuhan JPKK ini adalah di bawah JAKOA dan kita tahu bukan semua kampung orang asli yang mempunyai jawatankuasa ini. Kita ada 800 lebih kampung orang asli di seluruh negara, tetapi bukan semua kampung ini yang ada JPKKOA.

Jadi saya cadangkan supaya dipermudahkan permohonan mereka sebab komuniti ini ramai. Kalau kampung A dapat, kampung B ‘tak dapat, kampung C ‘tak dapat. Sedangkan JPKK ini hanya satu sahaja. Maka itu saya cadangkan untuk ditambah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana telah mengadakan satu sekolah terapung di Hulu Perak ini iaitu dengan peruntukan RM3 juta dan ini sebenarnya bagi saya sangat bermakna untuk masyarakat orang asli di Hulu Perak kerana sekolah-sekolah— tidak ada sekolah dan sekolah pun jauh daripada mereka.

Jadi kerajaan telah mengambil satu inisiatif yang inovatif dan kreatif bagi saya kerana telah memberikan satu sekolah terapung di atas air dan pelajar-pelajar boleh belajar di situ dan sekurang-kurangnya mereka mungkin rasa lebih ceria bergembira kerana belajar di atas— di tempat yang mereka tidak perlu keluar ke tempat lain atau mereka tidak perlu tinggal di asrama.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh berkenaan dengan ladang-ladang TSK: tanam semula komersial yang telah dibangunkan oleh JAKOA dan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan juga untuk membuat tanam semula. Untuk tanam

draft • 3:10 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

semula ladang-ladang ini dan saya fikir apabila ladang-ladang ini ditanam semula, baiklah kita menyerahkan ladang-ladang ini kepada jawatankuasa penduduk ataupun penduduk di situ, bagi mereka mengusahakan tanah tersebut dan kita mesti berpandangan positif terhadap mereka.

Kita kadang-kadang beranggapan mereka ‘tak boleh buat. Nanti mereka buat mereka tak boleh ‘nak uruskan. Sampai bila Puan Yang di-Pertua? Kalau kita masih berfikiran macam itu sampai bila mereka akan berusaha sendiri? Banyak projek juga yang dibuat oleh golongan profesional, syarikat yang besar-besar, yang untung berjuta-juta dan ada juga yang gagal.

Kenapa bila orang asli gagal sedikit kita terus melemparkan satu tuduhan mereka tak boleh buat. Bagi saya ini tidak adil bagi mereka sebab saya kenal ramai sebenarnya orang asli yang memang layak dan mereka mampu usahakan, yang penting jangan kita lepaskan 100 peratus, lepas tangan 100 peratus kepada mereka, tapi sekurang-kurangnya kita lepaskan sikit-sikit, bagi mereka urus. Lama-kelamaan mereka akan pakar dalam pengurusan ladang tersebut dan mereka akan menjana pendapatan dan akhirnya mereka tidak di manipulasi oleh kontraktor-kontraktor yang menguruskan ladang mereka.

Bagi saya sudah sampai masanya kerajaan harus melihat, harus mengangkat dan harus memberi keyakinan kepada mereka. Ramai sekarang ini golongan orang asli pun yang ‘dah belajar, yang mereka boleh membantu, tetapi kerajaan harus melihat ini secara serius.

Maka itu saya tidak bersetuju buat tanaman semula habis berjuta-juta tetapi pendapatan mereka sebulan dapat dividen RM100, RM200, ke takuk yang sama, bertahun- tahun macam itu. Sedangkan kita tahu sekarang ini harga kelapa sawit RM800, RM900 satu tan tapi orang asli dapat sebulan RM200, RM300. Sampai bila? Sedangkan kita, gaji minimum kita RM1,700. Mereka nak dapat RM1,700, jauh daripada RM1,700.

Jadi, saya memang mencadangkan, saya mengharap sangat kerajaan harus melihat perkara ini serius kerana membantu orang asli ini adalah berperlembagaan bukan di luar Perlembagaan, bukan satu boleh buat atau buat pun boleh ‘tak buat pun boleh.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh berkenaan dengan pendidikan tadi. Pendidikan, dalam bajet baru-baru ini kerajaan akan membina sekolah-sekolah tabika di seluruh kampung orang asli dan saya sangat teruja dan menghargai tentang usaha ini di mana tadika ini memang sangat diperlukan kerana inilah pra persekolahan pelajar-pelajar orang asli ini, kanak-kanak orang asli ini sebelum mereka masuk ke alam persekolahan iaitu sekolah rendah.

Kita harus dan mesti menyediakan satu sistem pelajaran, pendidikan yang membolehkan anak-anak orang asli ini membaca, menulis dan mengira sebelum mereka masuk ke sekolah. Sekiranya mereka tidak tahu membaca dan menulis, akhirnya itu yang

draft • 3:10 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

menyebabkan ramai pelajar-pelajar orang asli ini yang tercicir. Yang tercicir, yang ponteng sekolah, yang berhenti sekolah senang cerita, yang tidak menamatkan persekolahan kerana mereka tidak boleh membaca.

Tabika ini mesti dibina mengikut kesesuaian penduduk. Kadang-kadang dibina mengikut standard yang sama. Kampung kecil pun sama. Kampung besar pun sama. Saya cadangkan untuk kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan, tetapi menambahkan kuantiti tabika tersebut. Mesti dibina mengikut kesesuaian jumlah penduduk supaya ia tidak terbiar ataupun digunakan secara maksimum dengan keluasan, dengan struktur bangunan tersebut.

Maka itu— dan saya juga mencadangkan supaya dalam pendidikan sekolah tadika ini ataupun sekolah komuniti ini mesti diterapkan sistem pelajaran yang ada sukatan khas untuk orang asli kerana ini salah satu cara, kaedah untuk kita nak menggalakkan mereka ini hadir ke sekolah. Yang pentingnya kanak-kanak ini kena hadir ke sekolah dahulu. Kalau mereka tidak hadir kita tidak boleh membuat apa-apa.

draft • 3:10 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Yang penting mereka kena hadir. Bagaimana mereka kena hadir ke sekolah ini? Kita mesti menawarkan satu persekitaran yang menarik mereka untuk hadir ke sekolah. Itu yang pertama. Dan saya bagi satu contoh. Ada satu— saya dapat surat aduan juga ‘ni. Ada satu sekolah, tabika di Kampung Bukit Rok, Bera. ‘Dah lama ‘dah sekolah tadika ini. Guru ada jumpa dengan saya, dia kata sekolah ni memang ‘tak boleh guna, ‘tak boleh digunakan ‘dah kerana infrastruktur dia ‘dah rosak, tidak selamat. JKR pun ‘dah beri— ‘dah memberi laporan bahawa tadika tersebut tidak selamat untuk digunakan dan sampai sekarang tidak dibina baru.

Jadi, saya mohon supaya dalam Bajet 2026 ini, yang khusus untuk membina tadika ini, dimasukkan untuk membina ataupun— apa ‘tu, membaik pulih atau membina baru, apa ‘tu, tabika ini.

Seterusnya, Puan Yang di-Pertua...

draft • 3:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Dato Yang di-Pertua, boleh soalan sikit saja?

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Boleh, boleh. Silakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Dato Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Purata orang asli ini mengikut negeri-negeri ini tentulah tidak sama. Mungkin kalau di Semenanjung ni, Pahanglah yang lebih ramai. Itu anggapan sayalah. Mungkin Yang Berhormat boleh bagi maklum balas tentang kedudukan tentang orang asli ni. Mungkin di— kami di Kedah itu ada, tapi tidaklah sebanyak mana.

Adakah Yang Berhormat setuju kalau kita jadikan satu perkampungan orang asli ini daripada Kedah ‘ke, daripada Perak ‘ke, Negeri Sembilan ‘ke, campur, tinggal di satu tempat macam FELDA? Macam FELDA orang asli, contohnya. Kerajaan buat sebegitu untuk

draft • 3:20 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

memudahkan pengurusan-pengurusan pendidikan ataupun sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memanglah— orang asli ni populasi paling tinggi ni negeri Pahang dan kedua, di Perak dan di Kedah ada sikit di: di mana ‘tu? ‘Tak salah saya di— ada satu tempat. Ada orang Kensiu di Kedah ‘ni, tak ramai.

Berkenaan dengan untuk menubuhkan satu penempatan seperti FELDA, saya sebenarnya mengalu-alukan kalau ada. Di tempat— dibuka satu penempatan seperti FELDA dulu. Di Pahang banyak FELDA. Ada Jengka: berapa Jengka di Pahang ini? Dan maka itu, di Pahang ni semua orang ada. Semua orang ada. Daripada Kelantan, Kedah, Terengganu, kan? Mereka masuk FELDA. Ya, saya mengalu-alukan Yang Berhormat, boleh— saya, boleh masukkan dalam perbahasan saya. Dibuka penempatan yang baru, tanah yang baru. Bukan tanah yang telah ada sekarang. Ah, ini kena jelas, kadang-kadang. Bila ‘nak buat baru, dia ambil tanah orang asli yang ‘dah ada tu, dia ambil daripada kampung lain, masuk ke kampung dia. Ini bukan pembukaan baharu— penempatan baharu untuk orang asli. Ini pengecilan tanah orang asli. Ha, itu beza dia.

Jadi, saya setuju yang itu supaya dibuka satu penempatan seperti FELDA dan dijemput siapa ‘nak menyertai program tersebut, dengan menyediakan berbagai infrastruktur, dengan ekonomi perladangan mereka...

draft • 3:20 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Minta laluan. Minta laluan.

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Boleh, boleh.

draft • 3:20 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Sekejap saja. Cadangan itu memang bagus. Kita masukkan mereka ke dalam FELDA, tetapi saya fikir bukan senang. Dia punya budaya orang asli ini berlainan, tapi saya cadangan baharu. Kita tahu kampung dia dalam hutan. Kita boleh latih orang yang mahir supaya mereka masuk— bagi mereka, latih mereka macam mana tanam, macam mana cari pasaran. Mereka cari makan di situ dengan bantuan orang yang pandai, orang yang hebat bantu dia. Saya fikir ini pun satu cara juga. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat. Maksud saya untuk ‘nak— untuk membuka penempatan baharu ini, dia tidak ditawarkan. Bukannya kita paksa mereka untuk masuk dalam program tersebut. Sebab kadang-kadang kita buat satu dasar ini untuk orang asli sama saja. Dia ‘tak boleh. Kita ‘ni, kadang-kadang kemahiran kita berbeza.

Ada dia graduate dalam engineer, ada graduate dalam doktor, kan?

Jadi, kita tawarkan kepada yang memohon atau yang layak, tetapi kalau mereka rasa mereka tidak mahu menyertai program tersebut, itu tidak mengapa. Maksudnya, dia dibuka.

Seterusnya...

draft • 3:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Masa ‘dah.

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Masa ‘dah tamat ya, tapi akhir sekali, untuk pertanian.

Boleh ya?

draft • 3:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Pertanian. Apa masalahnya pertanian berkenaan dengan orang asli? Ramai kita sedia maklum bahawa orang asli ini, sumber pendapatan mereka adalah pertanian. YB pun suka ada pertanian, kan? Pertanian. Jadi, tapi orang asli ini untuk mendapat bantuan pertanian ini, memang sangat sukar. Sebab tanah mereka itu Tanah Rizab Orang Asli, tanah kawasan orang asli. Bagaimana mereka untuk ‘nak dapat bantuan baja? ‘Nak buat— ‘nak dapat bantuan peralatan pertanian? ‘Nak dapat sumbangan kerajaan?

Kerana tanah mereka itu— satu isu. Jadi, saya fikir pihak kerajaan harus melihat bagaimana untuk kita ‘nak membantu orang asli yang membuat— apa tu? Petani-petani ini untuk kita membantu mereka. Sedangkan tanah mereka ini tidak diwartakan. Dan kita tahu, pewartaan ini kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa Kerajaan Persekutuan adalah seperti yang saya sebut tadi dalam Jadual Kesembilan, nombor 16— adalah orang asli ini di bawah Persekutuan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan 2026 ini. Satu belanjawan yang inklusif, mengambil kira suara dan keperluan komuniti minoriti seperti orang asli. Saya berharap Kerajaan MADANI benar-benar menyantuni komuniti ini dengan pelaksanaan dasar yang telus, adil dan menyeluruh. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Tuan Manolan bin Mohamad. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Tuan Abun Sui.

draft • 3:20 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 iaitu DR30/2025.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ya kepada Kerajaan MADANI yang telah berjaya setakat ini, yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas komitmen memastikan pembangunan Sarawak terus diberi perhatian sewajarnya melalui lebih 6 bilion peruntukan dalam Bajet 2026 ini.

Ucapan saya atau pun perbahasan saya lebih menjurus kepada Sarawak, terutamanya di pedalaman kerana ini perlu di ambil berat, perlu dibawa bersama di dalam arus pembangunan seperti juga negeri-negeri di dalam Malaysia ini. Pembangunan Sarawak

draft • 3:27 PM

Tuan Abun Sui Anyit

bukan lagi wacana pinggiran. Ia kini berada di pusat perhatian Kerajaan Persekutuan dan saya amat menghargai perkara ini. Penghargaan juga perlu diberikan kepada kerajaan yang memulakan pendidikan percuma dalam tahun hadapan ini untuk dimulakan dengan B40 atau pun melalui— iaitu melalui PTPTN.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana memulakan langkah bersejarah dengan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar B40 menerusi penghapusan hutang PTPTN berdasarkan prestasi ya. Ini dua perkara yang dilaksanakan untuk menghapuskan hutang kalau mereka ada pinjaman, berdasarkan prestasi mereka. Yang tidak mampu, tahun hadapan boleh mendapat pendidikan percuma. Asal menepati syarat yang telah ditetapkan di dalam Belanjawan 2026 ini.

draft • 3:27 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ini adalah satu perubahan dasar yang terbesar sejak penubuhan PTPTN iaitu sebuah langkah yang mengurangkan beban hutang keluarga miskin, meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, membantu pelajar B40 mengejar cita-cita dan membuka ruang mobiliti sosial yang lebih saksama.

Bagi pelajar dari keluarga yang dari rumah panjang pedalaman seperti Kapit ke Belaga, Baram dan Limbang, inilah sinar baharu yang amat dinanti-nantikan. Saya berharap supaya skim ini bukan sahaja dikekalkan, tetapi diperluaskan secara berfasa supaya semakin ramai anak luar bandar menikmati pendidikan tanpa beban hutang. Mengembalikan aset negara ataupun saya cadangkan satu insentif kepada mereka yang terlibat.

Kerajaan MADANI baru-baru ini telah menyatakan bahawa ataupun dinyatakan dalam Bajet 2026 ini telah memulihkan RM15.5 bilion aset wang negara yang selama ini hilang kerana ketirisan dan salah guna kuasa. Saya mengucapkan tahniah dan syabas dan penghargaan kepada agensi yang terlibat seperti SPRM, PDRM, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan agensi penguatkuasaan yang lain.

Dengan penuh berhemah, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan skim penghargaan dan insentif sederhana kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung kerana bukan senang. Seperti yang selalu dinyatakan, bukan senang untuk berhadapan dengan pihak-pihak ini yang telah mungkin telah merampas wang negara.

Jadi, insentif ini bukan untuk mewah, bukan untuk membazir tetapi sebagai motivasi berintegriti kepada penguat kuasa yang mempertahankan amanah negara dan bertarung— mungkin sampai bertarung nyawa mereka kerana untuk berhadapan dengan orang yang begini memang sesuatu yang sangat mencabar dan sudah tentu bahaya.

Jadi peruntukan besar untuk Sarawak, kali ini saya mengucapkan banyak terima kasih. Puan Yang di-Pertua, Sarawak menerima antara peruntukan yang terbesar di bawah

draft • 3:30 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Bajet 2026 ini merangkumi aspek pentadbiran, pembangunan, infrastruktur dan kesejahteraan sosial. Di bawah Kementerian Kewangan contohnya, pentadbiran dan hak negeri. Dalam item 010500, contoh, pemberian khas tahunan untuk Sarawak iaitu RM600 juta.

Jadi, ini adalah sesuatu perkembangan yang baik. Tidak pernah ada dalam sejarah, 60 tahun kita dalam pembentukan Malaysia, ini adalah satu pemberian yang besar. Dan juga dalam item 040500, Perbendaharaan Malaysia Sarawak juga dibekalkan RM4,388,000. Jadi, pembahagian petroleum juga di mana pemansuhan duti import dan eksais pentadbiran iaitu RM240 juta. Bayaran tambahan petroleum dalam Lampiran E di muka surat 5,6,7, RM120 juta.

Jadi, perkara yang begini adalah satu yang sangat baik dan satu yang menunjukkan keikhlasan Kerajaan Persekutuan telah memulangkan hak kita di dalam Malaysia ini. Dan ada juga dalam Jabatan Perdana Menteri yang dibelanjakan di Sarawak iaitu untuk bangunan guna sama seperti kediaman Setiausaha Persekutuan, RM28 juta. Urus setia cawangan Sarawak, RM2,205,800 dan juga Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak lebih kurang RM17 juta dan urus setia tambahan RM2,256,200.

Jabatan Peguam Negara Negeri Sarawak juga mendapat peruntukan sebanyak hampir RM5 juta. Kementerian Kerja Raya, jalan raya dan jambatan diperuntukkan RM854,100,000. Ini adalah sangat signifikan untuk kita di Sarawak dan saya mohon supaya Kementerian Kerja Raya akan memperuntukkan peruntukan ini di kawasan pedalaman terutamanya di mana penyambungan ataupun connectivity, dengan izin, ke pedalaman itu masih sangat kurang, di mana kita selalu melalui jalan balak apabila hujan ‘tak dapat dinaiki.

Apabila masa kemarau, kita berhadapan dengan habuk.

Jadi justeru itu, perbelanjaan ataupun peruntukan ini perlu digunakan semaksimum mungkin. Jadi, untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di mana bekalan air luar bandar juga memperolehi RM136,770,000. Jadi, ini juga satu yang penting untuk Sarawak terutamanya di pedalaman supaya tidak ada lagi kita selalu menggunakan air dari sungai, menadah air hujan untuk mendapatkan air.

Jadi, dengan nampak jumlah besar ini, saya mohon supaya perkara ini sampai ke pedalaman di setiap rumah panjang di Sarawak. Jadi, bekalan elektrik luar bandar juga masih ada peruntukan iaitu RM900 juta. Jadi, ini juga penting kerana masih juga ada kampung- kampung ataupun rumah-rumah panjang di Sarawak menggunakan elektrik yang pakai generator, menggunakan generator.

Jadi, bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula diperuntukkan Jabatan Pertanian untuk di kawasan Sarawak, RM28 juta. Jadi, bermakna peruntukan ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya penduduk di kawasan pedalaman yang kebanyakan

draft • 3:30 PM

Tuan Abun Sui Anyit

mereka adalah petani-petani. Petani dan ada juga yang nelayan sungai. Dan Jabatan Pertanian Sarawak ataupun JPS menerima RM9 juta untuk perkara ini. Ini diberikan khusus kepada Jabatan Pertanian Sarawak.

Pembangunan industri padi Sarawak di mana kita diberikan ataupun Sarawak diberikan RM1.5 juta. Bagi saya jumlah ini masih belum mencukupi di mana kita berhasrat, Sarawak berhasrat untuk dijadikan jelapang padi kerana masih— tanahnya masih luas berbanding dengan Kedah yang selama ini adalah jelapang padi negara. Dan seperti itu juga saya berharap supaya Sarawak boleh dijadikan jelapang padi di mana sahabat-sahabat, Ahli Dewan Negara sebelum ini pun mengatakan pertanian itu adalah sangat penting supaya kita tidak bergantung kepada import setiap kali makanan kita kurang.

Jadi, dengan keadaan tanah kita ataupun negara kita ini yang sangat sesuai untuk pertanian, apa tidaknya kita memaksimumkan ruang-ruang yang ada ataupun tanah yang masih luas di Sarawak ini untuk menjana keperluan dalam negara ini supaya kita tidak perlu mengimport seperti mana yang disampaikan juga oleh sahabat-sahabat dalam Dewan Negara ini.

Bagi Jabatan Pertanian Veterinar juga mendapat suntikan sebanyak RM19 juta. Bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di mana RM7 juta diperuntukkan, SALCRA RM500,000 tambah dengan pinjaman RM25 juta. Jadi, saya melihat pinjaman ini adalah supaya satu peruntukan itu bukan diberi begitu saja tetapi perlu dipulangkan dengan hasrat supaya SALCRA akan memajukan tanah kita di Sarawak dan dapat hasil yang baik dengan penanaman sawit yang sudah tentu baik untuk orang yang menyertai projek SALCRA ini dan memulangkan wang pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ini.

Yang seterusnya Puan Yang di-Pertua, pedalaman Sarawak masih tertinggal. Ini satu realiti. Walaupun peruntukan ini besar telah diberikan, realitinya masih banyak kawasan pedalaman yang masih tertinggal. Maksudnya di sini adalah yang tertinggal ini kerana kita memang ada penempatan di seluruh Sarawak itu tetapi jalan raya kita masih lagi jalan balak.

Jadi, kita kena ada. Kerajaan perlu ada tekad politik untuk menghubungkan semua, kena melihat satu per satu kawasan di mana yang belum ada lagi jalan raya berturap tar di sesuatu daerah itu, perlu diselesaikan dengan segera.

draft • 3:30 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Kita mungkin kena berfikir mencari satu kaedah supaya kita jangan hanya memikirkan buat jalan raya apa pulangannya. Jadi, kalau macam inilah keadaannya, kita yang di pedalaman Sarawak tidak akan menikmati jalan raya yang berturap sampai bila-bila.

Justeru itu, memang perlu ada satu tekad politik untuk membuat jalan raya yang berturap untuk sampai ke pedalaman supaya semua tempat di Sarawak itu dapat dihubungi

draft • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

dengan kenderaan supaya kita tak payah kelihatan kaya seolah-olah orang Sarawak ini kaya dengan adanya four-wheel drive ataupun pacuan empat roda semua rumah. Ini terpaksa kita buat macam itu.

Jadi oleh sebab itu, alangkah elok kalau kerajaan berusaha untuk menyediakan jalan yang berturap supaya kereta Kancil pun sampai ke Long Busang contohnya. Jadi, banyak rumah panjang yang bergantung kepada air dan generator dan jalan balak dalam keadaan yang saya terangkan tadi. Keadaan ini mesti diperbaiki dengan segera, bukan kita hanya perlu berfikir apakah pulangannya. Jadi, kalau boleh memang perlu dapatkan, kalau dapat hutang untuk buat jalan raya ini dipersilakan.

Jadi, Jalan Belaga, Data Kakus-Simpang KTS projek kritikal. Setiap kali saya diberi peluang untuk membincangkan tentang bajet ini tiga tahun sudah, saya tidak ketinggalan untuk menyampaikan perkara ini kerana ini bagi saya sangat perlu. Ya, kerana sangat perlu kerana banyak penduduk yang dapat faedah daripada jalan ini. Saya berharap supaya kerajaan memberi perhatian serius kepada jalan yang Belaga, Data Kakus-Simpang KTS ini di bawah Kementerian Kerja Raya.

Jadi, inilah satu baton daripada rakyat jelas iaitu dengan— beratnya ataupun tingginya harapan rakyat untuk ini dijadikan realiti pada suatu hari nanti. Jadi, saya mohon supaya projek ini dimasukkan dalam Rolling Plan RMKe-13 dengan jadual pelaksanaan yang jelas.

Pertanian Sarawak sebagai hab makanan negara. Seperti yang juga saya katakan sebelum ini Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam sektor makanan dan penternakan. Saya ingin melihat perluasan program ini seperti integrasi ruminan. Ruminan ini kalau yang belum tahu ini rupanya mungkin 3in1. Ada penternakan dalam sana, ada penanaman sawit ke dan sebagainya, ada— ini semua dia akan saling berkait.

Jadi, ini penting dan juga tanaman baharu bernilai tinggi. Agro satelit wilayah, pertanian komersial berskala sederhana dan penternakan moden. Jadi, ini yang kita perlu tingkatkan untuk meningkatkan ekonomi warga kita supaya kita jangan takut lagi untuk menceburi bidang pertanian ini kalau pembaharuan-pembaharuan seperti ini diperkenalkan oleh kerajaan...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Izin mencelah sikit Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Datuk Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat sebut tentang penternakan ruminan.

Saya tengok wallahualam, mungkin saya ini ketinggalan, tapi di banyak lokasi yang saya ziarahi di Sarawak, antara satu kesukaran-kesukaran yang sangat terasa ialah untuk

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

mendapat bekalan lembu mahupun kambing. Yang agak mudah sikit hanya daripada dua ladang. Kenapa Sarawak atau kalau salah saya minta maaf. Kenapa tidak diberikan tumpuan ke arah penternakan lembu mahu kambing atau ternakan ruminan ini di dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang sangat luas dalam ladang sawit yang sangat luas juga?

Mohon pencerahan.

draft • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya bukanlah boleh beri pencerahan, tapi jadikan soalan, persoalan itu menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Dan di mana kita perlu juga berterima kasih kepada Premier Sarawak yang saya melihat dia punya ucapan bahawa ruminan ini juga perlu diambil berat oleh Sarawak sekarang. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Premier Sarawak kerana mengambil berat integrasi ruminan ini. Ini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Saya sangat percaya. Jadi justeru itu, terima kasih untuk persoalan itu dan semoga Kerajaan Persekutuan atau pusat juga mengambil beratkan ini dan bersatu ataupun bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

Yang seterusnya Puan Yang di-Pertua, pendidikan akses keadilan untuk anak luar bandar. Jadi, peruntukan kepada UNIMAS amat dialu-alukan di mana dalam item 020800 adalah sebanyak RM300 juta dan juga untuk pembangunan UNIMAS 04000 – Pembangunan UNIMAS sebanyak RM151,300,000. Jadi, ada penambahan.

Jadi justeru itu, oleh kerana UNIMAS adalah satu-satunya universiti kerajaan selain daripada UITM di Sarawak, alangkah baiknya kalau kerajaan melengkapkan UNIMAS ini dengan fakulti-fakulti yang perlu contohnya fakulti undang-undang, fakulti perubatan kerana ia adalah satu universiti yang di wilayah di sebelah timur ataupun di sebelah wilayah Sarawak dan Sabah. Jadi, lengkapkan. Saya cadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi ambil serius perkara ini supaya universiti UNIMAS ini dilengkapkan ataupun ditambah fakulti-fakulti yang belum ada seperti yang saya nyatakan sebentar tadi.

Jadi selain daripada itu Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian kepada projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya IKR, Inisiatif Kemajuan Rakyat. Ada yang berjaya di dalam permohonan ini tetapi pelaksanaannya sukar. Saya tidak pasti sama ada disyaratkan mempunyai geran tanah untuk melaksanakannya. Contohnya, untuk buat jalan raya yang jalan akses ke rumah panjang. Sudah diluluskan, tetapi dalam borang yang dikatakan apabila surat tawaran datang, surat kelulusan datang, diminta supaya pihak rumah panjang beri geran. Antara dokumen yang perlu disampaikan kepada kerajaan iaitu Kementerian Ekonomi.

Jadi, sudah tentu perkara itu tak dapat dilaksanakan. Inilah kekangan-kekangan yang dihadapi seperti juga orang asli yang dinyatakan oleh sahabat saya tadi daripada orang asli kerana mereka hanya ada tanah orang asli saja bukan ada geran.

draft • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Jadi, ini juga kerajaan perlu lihat bagaimana kerana perkara itu akan dibuat dan diberi begitu saja. Kenapa perlu geran untuk membuat atau untuk melaksanakan perkara itu sedangkan mereka ini akan hidup di sana selama yang mungkinlah. Mereka pun dah beratus tahun duduk di rumah panjang, bila berjaya dapat gerak IKR tak dapat dilaksanakan kerana tak ada geran tanah.

Jadi justeru itu, saya berharap supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak lagi untuk mencari satu penyelesaian bukan semata-mata kerana tidak dapat memenuhi itu maka gagal lah permohonan ataupun ditarik balik ataupun dibatalkan projek untuk rakyat ini.

Jadi, ini juga satu yang perlu diambil berat oleh kerajaan supaya perkara-perkara baik yang dilaksanakan oleh kerajaan itu tidak tersekat akibat kita sendiri yang menyekatnya dengan syarat yang sangat ketat yang tidak mungkin akan dapat dilaksanakan.

Dan seterusnya tanggungjawab kerajaan yang berterusan di dalam memberi peruntukan di bawah MA63 ataupun Perjanjian Malaysia 1963. Jadi, pemberian khas yang telah saya nyatakan tadi begitu juga bahagian hal ehwal Sabah dan Sarawak, Urus Setia Sarawak dan urus setia tambahan. Ini adalah senarai-senarai yang telah dipenuhi di dalam MA63 ini. Jadi, MA63 seperti sahabat lain juga mengatakan bukan satu slogan, ia adalah satu amanah, ia adalah satu perjanjian, satu yang telah disepakati. Jadi, apabila bahagian kita nak melaksanakan, macam banyak pula kekangan dia.

draft • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Jadi hak Sarawak dalam pendidikan, kesihatan dan tenaga mesti diterjemahkan di dalam tindakan. Dan saya sangat berterima kasih ya, ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Pusat kerana telah menyerahkan ataupun melaksanakan 11 perkara untuk Sarawak di dalam MA63 ini. Jadi ini perlu diuar- uarkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak iaitu di dalam hal ini, Sarawak kerana 11 telah dilaksanakan. Jadi ini satu yang sangat perlu kita hargai kerana dalam 11 ini, antara lainnya yang saya ingin nyatakan di sini adalah kuasa selia gas LPG ya, kawalan bekalan gas diserahkan kepada Sarawak.

Yang seterusnya, pemerkasaan autonomi untuk Sarawak ya di bawah MA63. Begitu juga adalah perkara-perkara yang lain adalah kawal selia elektrik juga diserahkan kepada Sarawak. Dan juga baru-baru ini, Bintulu, pelabuhan Bintulu telah diserahkan kepada Sarawak. Jadi kuasa pelesenan dan penangkapan ikan laut juga diserahkan kepada Sarawak.

Jadi inilah kebaikan kerajaan yang ada sekarang ini. Dan justeru itu, rahsianya adalah kerana kepimpinan kita Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mempunyai hubungan yang akrab.

draft • 3:50 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Jadi justeru itu, saya berharap perkara ini juga akan dilaksanakan untuk Sabah terutamanya. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Sabah yang terus memilih kerajaan yang telah membentuk kerajaan GRS di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji, Hajiji Noor ya. Ini saya sangat percaya dengan ada hubungan yang baik ini juga akan mendapat bahagian mereka seperti Sarawak dapat bahagian mereka.

Justeru itu Puan Yang di-Pertua, saya dengan ini saya berharap apa yang saya bincangkan di sini akan dilaksanakan terutamanya keperluan-keperluan di pedalaman ini yang saya cadangkan tadi di mana saya berharap supaya dengan penuh hormat ingin menyentuh isu yang dirasai oleh rakyat juga di akar umbi ya. Iaitu permohonan rakyat melalui apabila ada permohonan-permohonan rakyat kepada kementerian-kementerian yang ada.

Apabila permohonan itu pergi, terus disenyapkan. Ada yang senyap bertahun-tahun. Saya mohon berilah respons ya. Kalau tidak berjaya, tulis dukacita dimaklumkan supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu.

Jadi perkara ini bukan kecil ya. Ada yang melibatkan permohonan tanah, permohonan kebajikan, permohonan peluang pendidikan, permohonan projek kecil, pertanyaan- pertanyaan mengenai status, lebih lagi status permohonan kewarganegaraan juga termasuk antara perkara-perkara yang tertanya-tanya oleh rakyat buat masa yang agak lama.

Jadi sebagai penutup, saya menyokong Bajet 2026 ini kerana ia membawa manfaat yang besar kepada semua rakyat Malaysia. Namun, pembangunan pendalaman Sarawak mesti dipercepatkan dan bukan di tangguh-tangguh lagi. Jadi projek kritikal yang saya sebut, saya ulang sekali lagi adalah Jalan Belaga dan Data Kakus, Simpang KTS air dan elektrik luar bandar, pendidikan dan TVET juga. Pertanian moden mesti diberikan keutamaan supaya anak-anak muda kita mahu mencebur bidang ini.

Dengan semangat Malaysia MADANI, saya yakin Sarawak mampu bangkit bersama negeri-negeri lain sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia. Sekian Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:50 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Abun.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato' Leong. Silakan.

draft • 3:50 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Sorry. Helo. Sorry. Helo. Tolong angkat meja. Helo, helo.

Ya. Helo, tolong angkat meja boleh? Tolong, tolong. Thank you.

Terima kasih Datuk Puan Yang di-Pertua, berikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026. RUU ini bukan sekadar dokumen kewangan, tapi merupakan cerminan komitmen kerajaan menangani untuk terus memperkukuh ekonomi

draft • 3:54 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

negara, menjaga kebajikan rakyat dan membina asas pembangunan yang mampan untuk masa hadapan.

Izinkan saya sentuh beberapa perkara yang termasuk isu ekonomi rakyat, harga barang, peluang pekerja, golongan rentan dan pembangunan wilayah termasuk aspek keberkesanan perbelanjaan kerajaan.

Nombor satu, ekonomi rakyat dan kos sara hidup. Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, perkara paling penting utama yang bermain di fikiran rakyat adalah kos sara hidup, rakyat mahu melihat peruntukan 2026 benar-benar diterjemahkan kepada penurunan tekanan kewangan harian. Saya menyambut baik langkah kerajaan menambah baik subsidi bersasar agar bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan. Namun, saya ingin menegaskan bahawa melaksana mesti telus, mudah dan tidak membebankan rakyat.

Perkara dua, peluang pekerjaan, gaji, latihan kemahiran. Kerajaan memperuntukkan dana besar untuk pembangunan bakat termasuk bidang digital TVET ini dan ekonomik hijau.

Ini langkah tepat. Namun, saya ingin menekankan bahawa latihan kemahiran mesti diselaraskan dengan permintaan industri sebenar. Graduan TVET mesti dibimbing terus kepada pemampanan kerja: job placement, bukan sekadar sijil. Sektor perkhidmatan dan hospitaliti yang menjadikan nadi kepada ekonomi domestik perlu diperkukuh dengan program peningkatan kemahiran upskilling, dengan izin. Saya juga ingin melihat komitmen terhadap pendapatan struktur gaji yang lebih positif supaya para pekerja tidak terus kepada tahap gaji stagnant walaupun produktiviti meningkat.

Nombor tiga, pemerkasaan wanita dan keluarga. Kerajaan MADANI meletakkan agenda wanita sebagai salah satu keutamaan. Untuk 2026, peruntukan bagi usaha wanita, kesihatan wanita, keselamatan sosial serta ketahanan keluarga perlu terus diperkukuh. Saya menyokong penuh program peningkatan kewangan kepada wanita B40. Geran keusahawanan wanita melalui TEKUN, SME Corp dan agensi berkaitan. Fasiliti sokongan ibu bekerja seperti taska di tempat kerja dan insentif majikan. Namun, saya ingin menekankan bahawa wanita bukan hanya golongan penerima bantuan, wanita adalah pemacu ekonomi.

Kerajaan perlu menetapkan sasaran penyertaan wanita dalam tenaga kerja sekurang- kurangnya 50 persen menjelang 2050.

Nombor empat, kebajikan golongan rentan. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Datuk Yang di-Pertua, saya mesti memastikan, kami mesti memastikan tiada rakyat tercicir termasuk warga emas, OKU, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Saya menyarankan: nombor satu, penyelarasan bantuan kebajikan dan lebih bersepadu supaya rakyat tidak perlu memohon berulang kali.

draft • 3:54 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Nombor dua, penambahbaikan fasiliti di pusat komuniti, pusat jagaan dan perkhidmatan sosial JKM agar lebih cekap dan responsif.

Nombor tiga, pelaksanaan sistem pemantauan berkala bagi kes penderaan kanak- kanak dan warga emas bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

draft • 3:54 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Nombor lima, pembangunan wilayah dan struktur. Peruntukan 2026 melibatkan projek infra kritikal jalan raya, pengangkutan, air, kesihatan dan sekolah. Belanjawan ini amat perlu untuk merapatkan jurang bandar dan luar bandar. Memperkukuh kesejahteraan rakyat, memacu pelabur. Namun isu paling ketara sejak beberapa tahun lepas iaitu kelewatan projek.

Variance cost dan kerja membaikkan dan tidak berkualiti.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ‘nak sebut satu perkara, perkara yang penting. Masa COVID-19 kita nampak China dia buat satu sekolah dalam tempoh 10 hari.

Tempoh 10 hari. Manakala di Malaysia kita buat satu hospital 10 tahun. Satu police station 10 tahun; inilah keadaan yang berlaku di Malaysia. Sebab itu saya fikir perlu kita macam mana pun kena tingkatkan kualiti dan kemampuan kita untuk membina sebuah kerajaan dan sebuah kerajaan yang positif dan berkesan. Saya berdasarkan audit teknikal berkala oleh pihak bebas terhadap projek bernilai tinggi. Tindakan tegas kepada kontraktor bermasalah termasuk disenaraihitamkan.

Aspirasi ekonomi hijau dan kelestarian. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memberi tumpuan kepada tenaga boleh baharu. Ekonomi hijau, pengurusan sisa, adaptasi perubahan iklim. Langkah ini selari dengan komitmen kerajaan negara mencapai net-zero emissions menjelang 2050. Namun saya bercadang supaya dana latihan pekerja dalam sektor hijau dipertingkatkan kerana permintaan kerja mahir dalam tenaga solar dan teknologi hijau semakin meningkat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua— minta maaf, Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, Datuk Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pada masa ini boleh dianggap sebagai seorang Menteri Pengangkutan terbaik. Kepimpinan beliau jelas menunjukkan komitmen tinggi terhadap keselamatan rakyat khususnya pengguna jalan.

Namun begitu, keprihatinan kementerian terhadap keselamatan awam kadangkala memberikan kesan langsung kepada pendapatan pengguna lori dan syarikat-syarikat pengangkutan. Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan, terdapat pengusaha dan pembawa lori yang terpaksa mengangkut muatan melebihi had yang dibenarkan sekali gus menimbul risiko kepada keselamatan pengguna jalan.

draft • 4:00 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

Pelaksanaan serta menguat kuasa ketat oleh pihak Kementerian Pengangkutan mempunyai— adalah wajar, namun ia juga memberikan tekanan kepada para pengusaha lori dan syarikat pengangkutan dari sudut ekonomi.

Maka bagi menjaminkan keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor pembangunan, saya cadang agar penguat kuasa penuh terhadap isu muatan berlebihan ini ditangguhkan enam bulan. Tempoh ini akan memberikan ruang kepada para pengusaha untuk menyesuaikan diri dan menyelaras operasi mereka agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, pihak kementerian boleh menggunakan tempoh ini untuk meneliti dan merangka pendekatan terbaik demi kepentingan keselamatan dan kelangsungan ekonomi pengusaha. Saya percaya semua pihak yang mencintai negara ini akan bekerjasama dan ke arah penyelarasan yang adil dan konstruktif demi kesejahteraan bersama.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Datuk Yang di-Pertua, yang tadi saya ucap, baru terima telefon. Satu dilema yang susah, memang susah, yang pernah saya ucap di Dewan yang mulia ini. Mereka masih mengadu mengapa tanaman mereka usaha boleh keluarkan hasil oleh syarikat besar. Mengapa mereka minta tiga ekar selama 60 tahun tak dapat, tiba-tiba syarikat besar dapat ribu-ribu ekar dan terus dapat hasil. Itulah satu insiden yang ‘tak boleh terima.

Sebagai seorang Wakil Rakyat, oleh sebab saya minta, sekali minta supaya Kerajaan Persekutuan dapat campur tangan. Semoga hidup mereka dapat dipelihara. Tolong jangan ‘nak pecah periuk orang yang cari makan. Kita ingat juga peribahasa Cina... [Berucap dalam bahasa Mandarin] Ini bermakna, “Air boleh angkat perahu, boleh juga tenggelamkan perahu.” Dan ini berlaku di Sarawak bagi Kerajaan MADANI, khasnya Pakatan Harapan. Ini berlaku saja.

Macam mana pun kita kena terus berusaha memastikan rakyat dipelihara, itu lebih penting. Selama ini kita tuduh kerajaan sebab masa kita pembangkang katakan kerajaan ini ‘tak bagus, kerajaan itu ‘tak bagus. Masa kita jadi kerajaan. Mereka harap supaya mereka dapat dipertahankan, tapi malangnya masa kita jadi kerajaan, periuk mereka dipecah, mata pencarian makan habis. Itulah insiden yang betul, itu perkara yang betul. Sebab saya ulang lagi minta Kerajaan Persekutuan tolong, minta tolong.

Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, RUU Perbekalan 2026 menunjukkan hasrat kerajaan untuk menyeimbangkan antara kebajikan rakyat, memperkukuhkan ekonomi negara dan membina masa depan yang telah mampan. Sebagai Ahli Dewan Negara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap peruntukan sampai kepada rakyat, memberikan

draft • 4:00 PM

Dato' Leong Ngah Ngah

nilai terbaik, menyokong pembangunan jangka panjang negara dan dilaksanakan dengan integriti serta kecekapan yang tertinggi.

Dengan itu saya menyokong Bajet 2026 yang di-table-kan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina.

draft • 4:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2026 ini.

Pertamanya saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas beberapa langkah positif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada negeri Kelantan. Namun dalam semangat keadilan dan tanggungjawab di Dewan Negara ini, saya juga berdiri di sini untuk menyuarakan rasa keprihatinan mendalam terhadap apa yang dilihat sebagai peruntukan yang kurang agresif dan tidak sepadan dengan keperluan mendesak oleh negeri saya iaitu negeri Kelantan, negeri yang saya wakili.

draft • 6:09 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Puan Yang di-Pertua, belanjawan ini seolah-olah hanya membayar hutang pembangunan yang kecil, sedangkan banyak lagi aspek dan sektor pembangunan perlu diusahakan pada waktu ini. Antaranya, isu asas pembangunan mampan.

Datuk Yang di-Pertua, tumpuan saya kepada dua isu asas, jika tidak diselesaikan akan terus menghalang Kelantan daripada mencapai potensi ekonominya. Yang pertamanya adalah bekalan air bersih dan sanitasi. Kami rakyat Kelantan bersyukur dengan peruntukan berkenaan bekalan air yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan selama ini. Namun, masih ada ruang penambahbaikan yang perlu diperhalusi. Saya mendesak agar peruntukan nanti diletakkan di bawah dana khas bersepadu dengan pengawasan ketat dan bukannya bergantung kepada pelbagai agensi yang menyebabkan kelewatan birokrasi. Kita perlu melihat komitmen bukan dalam bentuk juta-juta ringgit, tetapi dalam bentuk projek yang siap dan berfungsi dalam tempoh masa yang dipersetujui demi kepentingan rakyat.

Yang kedua, ancaman banjir dan kos ekonomi jangka panjang. Setiap tahun apabila musim tengkujuh tiba Kelantan seolah-olah terhenti. Walaupun kita berterima kasih atas peruntukan berterusan untuk projek tebatan banjir Sungai Golok, saya khuatir jumlah yang

draft • 4:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

diperuntukkan masih tidak mengambil kira peningkatan kos bahan binaan yang makin melambung tinggi.

Selain kos fizikal membaiki kerosakan selepas banjir, Kerajaan Persekutuan mesti menilai kos ekonomi jangka panjang dan kesan psikologi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Setiap kali banjir memusnahkan hasil pertanian, melumpuhkan perniagaan kecil dan merosakkan aset awam. Ini adalah satu kerugian di seluruh tempat yang berterusan. Kita memerlukan peruntukan yang bersifat pencegahan radikal seperti pembinaan empangan dan penyelenggaraan saliran dan bukan sahaja sekadar pemulihan sementara.

Kekurangan tumpuan strategik kepada infrastruktur ekonomi. Puan Yang di-Pertua, untuk memacu Kelantan kita mesti memperkasakan fungsi ekonominya sebagai gerbang timur ke Thailand ataupun Rantau Indo-China.

Yang pertamanya, potensi ekonomi sempadan yang terbiar. Saya juga ingin mengkritik isu kekurangan tumpuan dalam pembangunan infrastruktur perdagangan di pintu- pintu sempadan terutama seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Peruntukan untuk menaik taraf kemudahan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) adalah penting untuk membolehkan perdagangan merentasi sempadan berjalan lancar. Jika kita gagal memodenkan infrastruktur logistik dan jalan raya di kawasan ini termasuk menaik taraf jalan utama ke jalan empat lorong, ini bukan sahaja merugikan negeri Kelantan tetapi kita melepaskan peluang perniagaan trilion ringgit yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kedua, sektor pertanian yang perlu diperkasakan. Sebagai negeri jelapang, makanan utama— Kelantan memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk infrastruktur pengairan moden, subsidi padi dan nelayan adalah penting, tetapi yang lebih kritikal adalah pelaburan dalam pemulihan dan naik taraf sistem saliran dan pengairan yang usang supaya tanah tidak terbiar dan sawah luar jelapang dapat dimajukan bagi memastikan hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, kesenjangan dalam perkhidmatan sosial dan modal insan. Puan Yang di- Pertua, peruntukan pembangunan haruslah inklusif merangkumi kesejahteraan sosial.

Desakan untuk TVET dan pengurangan brain drain. Saya menggesa agar peruntukan bagi pembangunan vokasional dan latihan teknikal TVET di Kelantan dipertingkatkan secara ketara. Kita perlu dana yang disasarkan untuk membina pusat kecemerlangan TVET yang fokus kepada teknologi masa depan serta kecerdasan buatan (AI) dan Revolusi Industri 4.0.

Tanpa peluang pendidikan berkualiti tinggi ini anak-anak muda Kelantan akan terus berhijrah ke Lembah Klang atau negeri lain iaitu fenomena brain drain. Ini akan merencatkan

draft • 4:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

masa depan negeri. Kita mesti melabur untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi di Kelantan, bukan hanya menyediakan latihan am.

Kualiti perkhidmatan kesihatan awam. Walaupun peruntukan sektor kesihatan di peringkat negara meningkat, kita perlu melihat peruntukan yang lebih spesifik untuk menambah bilangan pakar perubatan dan kemudahan kesihatan di negeri Kelantan.

Perbandingan nisbah doktor dan pakar perubatan berbanding populasi di negeri ini masih lagi jauh ketinggalan. Kita juga masih memerlukan pembinaan atau naik taraf segera hospital- hospital daerah, bukan sekadar penambahan klinik-klinik kesihatan.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan penghargaan dan tahniah kepada negeri Johor atas perasmian pelabuhan bebas cukai tenaga pertama, Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG) Tanjung Emas pada minggu lepas. Ini merupakan satu langkah strategik yang membawa manfaat ekonomi besar kepada negara.

Namun di sebalik penghargaan itu saya perlu menyuarakan perkara yang tidak boleh terus disenyapkan iaitu hakikat bahawa negeri Kelantan juga memiliki aset pelabuhan penting yang belum dimanfaatkan oleh Kerajaan Persekutuan secara serius iaitu Tok Bali Supply Base (TBSB).

Puan Yang di-Pertua, Tok Bali bukan pelabuhan biasa, ia terletak di lokasi strategik bertentangan dengan laluan perdagangan Laut China Selatan iaitu salah satu laluan maritim paling sibuk di dunia. Ia mempunyai keluasan yang mencukupi untuk pengembangan jangka masa panjang, kedalaman semula jadi yang sesuai untuk kapal berskala besar, akses darat yang boleh dipertingkatkan dan kedudukan geografi yang ideal untuk menjadi pintu perdagangan Pantai Timur Semenanjung.

Namun, TBSB masih belum menerima pelabuhan bertaraf nasional. Ia masih belum diberikan peruntukan khusus dalam mana-mana belanjawan besar termasuk RUU Perbekalan 2026 ini. Ini menimbulkan persoalan besar mengapa pelabuhan strategik di Pantai Timur dibiarkan tanpa pelan pembangunan komprehensif.

Puan Yang di-Pertua, mari kita melihat konteks serantau di Barat Semenanjung kita ada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Penang Port, Lumut. Di Selatan kita tambah lagi pelabuhan baharu di Johor. Negara kita tidak boleh terus meletakkan semua tumpuan kepada barat, selatan, tanpa memperkukuhkan pintu masuk timur. Ini bukan sahaja tidak seimbang malah berisiko kepada daya tahan rantaian bekalan negara.

Puan Yang di-Pertua, membangunkan TBSB membawa tiga manfaat utama. Yang pertama, pengukuhan ekonomi Pantai Timur. TBSB akan menjadi pemangkin industri logistik, minyak dan gas, pembinaan kapal, industri halal eksport dan perdagangan serantau. Ia membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk anak-anak muda Kelantan.

draft • 4:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Yang kedua, menambah kapasiti logistik nasional. Jika Pelabuhan Klang ataupun pelabuhan di Johor berdepan kesesakan, gangguan cuaca atau ancaman geopolitik, negara mempunyai pelabuhan timur yang boleh mengambil alih sebahagian beban rantaian bekalan.

Ketiga, menyokong keselamatan maritim negara. Laut China Selatan semakin sensitif dari segi geopolitik. Kehadiran pelabuhan strategik di Pantai Timur memberi Malaysia kelebihan diplomasi kawalan maritim dan keupayaan logistik keselamatan.

Kerajaan sering bercakap tentang balanced growth, tetapi pelaksanaan belanjawan tidak menunjukkan hal itu. Saya ingin menegaskan bahawa TBSB bukan projek negeri ia adalah projek nasional. Kelemahan menilai TBSB sebagai aset strategik negara adalah satu kehilangan peluang yang besar.

draft • 4:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Maka, saya menuntut agar kerajaan mengumumkan satu, peruntukan permulaan khusus bagi menaik taraf TBSB sebagai pelaburan nasional. Mengemukakan pelan pembangunan pelabuhan Timur Semenanjung secara terang dan terperinci.

Dan ketiga, menjadikan TBSB sebahagian daripada rangka kerja pembangunan logistik negara bagi tahun 2026 dan seterusnya.

Jika institusi negara boleh memberikan pelabuhan baharu kepada Johor, maka tidak ada alasan rasional mengapa Kelantan tidak boleh menerima kemajuan pelabuhan yang setaraf dari segi komitmen Kerajaan Pusat.

Puan Yang di-Pertua, keperluan pembinaan pusat pemindahan banjir kekal. Setiap kali hujan turun tanpa henti, setiap kali air sungai mula naik dan setiap kali amaran banjir dikeluarkan, rakyat negeri Kelantan dan negeri-negeri lain juga akan sekali lagi berhadapan realiti yang sama iaitu berpindah ke pusat pemindahan sementara ataupun PPS.

Biasanya di sekolah, dewan kecil atau bangunan kampung yang tidak direka untuk menampung operasi kecemasan jangka panjang. Tahun berganti tahun, pola ini tidak berubah. Dan setiap tahun juga kita mendengar rungutan yang sama. Sesak, panas, kurang privasi, tandas tidak mencukupi, bekalan air yang tidak stabil dan keadaan tidur yang tidak selesa. Ini bukan lagi isu logistik. Ini adalah isu maruah rakyat.

Puan Yang di-Pertua, sistem PPS kita adalah sistem reaktif, bukan sistem bersiap sedia. Ia bergantung sepenuhnya pada premis sedia ada yang tidak dibina khusus sebagai pusat bencana.

Akibatnya, setiap kali banjir berlaku, sekolah terpaksa menghentikan sesi pembelajaran. Guru terpaksa membantu pengurusan PPS. Pelajar hilang minggu pembelajaran. Bilik darjah rosak dan mengambil masa lama untuk dicuci. Ini menyebabkan gangguan jangka panjang kepada sistem pendidikan negeri.

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Kita tidak boleh lagi menganggap ini suatu yang normal. Untuk sebuah negara yang sedang bercakap tentang transformasi ekonomi dan negara maju, rakyat tidak boleh terus dipindahkan ke bangunan yang tidak sesuai untuk kecemasan. Justeru itu, saya mengemukakan cadangan agar Kerajaan Persekutuan membangunkan pusat pemindahan kekal di setiap daerah berisiko banjir di seluruh negara.

PPK: pusat pemindahan kekal ini perlu dibina dengan standard yang betul seperti struktur pembangunan yang tinggi dan tahan banjir. Ruang keluarga berasingan, bukan tidur di lantai secara terbuka. Tandas dan bilik mandi yang mencukupi dengan kemudahan bersih untuk wanita dan kanak-kanak. Dapur komuniti dan pusat pengedaran makanan. Bilik khas untuk warga emas, OKU dan ibu mengandung. Kemudahan asas kesihatan, termasuk ubat asas dan ruang pemeriksaan ringkas. Sistem komunikasi dan tenaga, termasuk tempat mengecas, bekalan elektrik dan akses internet asas. Dan tempat penyimpanan stor kecemasan sepanjang tahun.

PPK bukan sekadar tempat penginapan sementara. Ia menjadi titik komando bencana.

Pusat penyelaras bantuan, tempat perlindungan maruah rakyat dan simbol persiapan negara terhadap perubahan iklim.

Puan Yang di-Pertua, negara lain yang juga berdepan bencana tahunan seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara Eropah telah membuktikan bahawa pusat pemindahan kekal menjadi penyelesaian jangka panjang yang baik. Ia mengurangkan kos jangka panjang kerajaan kerana tidak perlu membaiki sekolah setiap tahun. Ia mengurangkan risiko kesihatan awam dan ia meningkatkan kesiapsiagaan negara.

Saya mengharapkan kerajaan menyediakan peruntukan jelas dalam RUU ini. Jika ia tidak boleh dilakukan serta-merta, maka kerajaan perlu mengumumkan garis masa dan komitmen pembinaan PPK secara rasional— secara nasional bermula dengan Kelantan kerana banjir kami bukan fenomena luar biasa. Ia adalah kitaran setiap tahun.

Puan Yang di-Pertua, hari ini juga saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap satu perkembangan perundangan yang amat besar kesannya terhadap kedudukan undang-undang jenayah syariah di negara kita.

Ramai dalam masyarakat masih belum menyedari bahawa akibat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra serta kes Nik Elin, ruang kuasa negeri dalam menggubal dan menguatkuasakan kesalahan jenayah syariah kini berada dalam keadaan yang amat terancam.

Seperti mana umat Islam di Malaysia, saya juga turut berdukacita dengan kes terbaharu yang mendapat perhatian umum. Di mana lebih 100 daripada lebih 200 individu

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

ditahan dilaporkan beragama Islam, ditangkap di sebuah sauna yang terkenal dengan kegiatan gay pada minggu lepas.

Namun, walaupun terdapat rakaman video atau saksi mata terhadap tangkapan yang berlaku, tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil di bawah undang-undang sivil kerana prinsip sedia ada menetapkan bahawa perbuatan suka sama suka tanpa kecederaan dan tanpa aduan mangsa tidak termasuk dalam ruang kuasa pendakwaan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila kita mengharapkan undang-undang syariah untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang beragama Islam. Meliwat merupakan satu kesalahan besar dalam hukum Islam. Namun, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Iki Putra telah menyebabkan peruntukan sedemikian menjadi tidak berkuat kuasa kerana dianggap mencerobohi bidang kuasa Persekutuan yang diperuntukkan di bawah Senarai Persekutuan.

Kesannya, negeri tidak lagi mempunyai kuasa menggubal kesalahan yang dianggap berada dalam ruang jenayah Persekutuan. Sebelum keputusan Iki Putra, tafsiran mahkamah terhadap kuasa negeri adalah lebih luas tetapi keputusan terbaharu ini membawa interpretasi baharu yang tidak pernah diguna pakai sebelumnya. Ini menimbulkan kebimbangan bahawa asas penggubalan undang-undang jenayah syariah akan terus runtuh satu demi satu.

Saya dimaklumkan bahawa negeri-negeri kini berwaspada dan ada yang mula menangguhkan penguatkuasaan kerana bimbang akan pelanggaran Perlembagaan.

Implikasinya amat besar. Ia bukan sekadar isu teknikal perundangan, ia menyentuh cara hidup masyarakat Islam di Malaysia sejak sebelum merdeka.

Ambil contoh larangan berjudi bagi umat Islam telah menjadi sebahagian daripada pengaturan kehidupan sosial umat Islam sejak zaman pra-merdeka. Namun kini, juga terancam di bawah alasan yang sama.

Untuk memulihkan keseimbangan ini, negara tidak lagi mempunyai pilihan selain mengambil langkah pembetulan di peringkat Perlembagaan Persekutuan. Pindaan perlu dilakukan bagi memulihkan semula kuasa negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang syariah yang telah lama menjadi amalan kita.

Paling penting, pindaan ini tidak memberi kesan kepada bukan Islam. Fokusnya jelas, memelihara dan mempertahankan cara hidup masyarakat Islam yang telah diamalkan secara berterusan dalam rangka Perlembagaan kita. Ini bukan agenda politik. Ini adalah usaha untuk menjaga keharmonian struktur perundangan negara dan menjaga warisan amalan masyarakat Islam sejak sebelum merdeka.

Oleh itu, saya menyeru agar semua Ahli Dewan memberi perhatian serius dan menunjukkan komitmen dwipartisan. Ini adalah saat penting di mana kita perlu bertindak

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

sebelum lebih banyak peruntukan undang-undang syariah terbatal dan sebelum kesannya meresap lebih jauh ke dalam kehidupan bermasyarakat.

Langkah ini memerlukan keberanian politik, kejelasan fikiran dan kesediaan untuk mempertahankan keseimbangan asas yang telah lama wujud dalam Perlembagaan kita. Saya berharap Dewan yang mulia ini dapat bersama memastikan ruang kuasa antara Persekutuan dan negeri terus terpelihara, selaras dengan semangat Perlembagaan yang asal.

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu perkara besar yang akan menentukan masa depan ketelusan fiskal negara kita. Sudah sampai masanya Malaysia menubuhkan sebuah Pejabat Bajet Parlimen yang benar-benar bebas dan berkecuali iaitu sebuah Majlis Fiskal Bebas untuk memastikan analisis dasar penilaian bajet serta unjuran kewangan negara dibuat secara profesional, telus dan tanpa pengaruh eksekutif.

Negara-negara maju telah lama mewujudkan institusi ini. Amerika Syarikat dengan Congressional Budget Office (CBO). Kanada dengan Parliamentiary Budget Office. United Kingdom melalui Office for Budget Responsibility, Sweden, Afrika Selatan, Korea Selatan, Australia dan banyak lagi.

Mereka semua mempunyai satu persamaan. Mereka menghormati hak Parlimen sebagai badan semak dan imbang terhadap kerajaan khususnya dalam urusan kewangan negara. Mengapa mereka menubuhkannya? Kerana analisis belanjawan yang tidak dipengaruhi kerajaan adalah asas kepada demokrasi moden. Tanpa maklumat yang tepat, bebas dan lengkap, Parlimen tidak dapat meneliti bajet dengan berkesan. Pembangkang tidak dapat mengemukakan bajet alternatif yang kukuh. Malah penyelidik, ahli akademik dan orang awam tidak mempunyai akses secukupnya kepada data fiskal yang diperlukan untuk menilai dasar kerajaan secara objektif.

Inilah hakikatnya. Hari ini Ahli Parlimen baik kerajaan mahupun pembangkang tidak mempunyai akses kepada data fiskal yang terperinci. Banyak rangka kritikal sama ada tidak didedahkan atau hanya diberikan dalam bentuk ringkas. Lebih membimbangkan, terdapat pelbagai komitmen luar bajet yang tidak dimasukkan dalam dokumen bajet rasmi. Ini menyebabkan penilaian keseluruhan kedudukan fiskal kerajaan menjadi tidak lengkap dan kadangkala mengelirukan.

Kita tidak boleh terus bergantung kepada maklumat yang hanya datang daripada kementerian yang sama yang kita perlu semak dan timbang tara. Parlimen mesti memiliki sumber analisis yang sendiri.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Dengan adanya Pejabat Bajet Parlimen, setiap Ahli Parlimen boleh meminta analisis kos dasar sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang. Setiap rang undang-undang yang melibatkan implikasi kewangan boleh dinilai lebih awal dengan telus dan tidak berpihak.

Bajet alternatif pembangkang boleh dibina di atas rangka rasmi yang sah, bukan anggaran kasar. Orang awam, penyelidik dan institusi akademik akan mempunyai akses kepada analisis fiskal yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Yang paling penting, Parlimen dapat menjalankan tugas utamanya memastikan setiap ringgit wang rakyat dibelanjakan dengan penuh integriti dan kebertanggungjawaban...

draft • 4:30 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Datuk Yang di-Pertua, ‘nak soalan, mencelah sikit.

draft • 4:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Bagi YB berehat sikit. Itu yang ambil peluang.

Ada yang bercakap tentang bajet di Parlimen. Ada pembangkang ‘tak dapat, kerajaan dapat, tapi nampak macam’ tak seimbang, tapi mungkinlah itu di Parlimen, ada pembangkang, ada kerajaan, tapi dalam Dewan Negara ni rasanya tidak ada pembangkang ataupun kerajaan, tapi bajet ada untuk peruntukan beberapa orang Ahli Dewan Negara, tapi sebahagiannya ‘tak dapat. Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Benar sekali YB. Kita di Dewan Negara ni ‘tak ada pembangkang ‘tak ada kerajaan. Sepatutnya semua Ahli Dewan Negara mendapat peruntukan yang sama, tapi setakat ‘ni masih belum dapatlah. Jadi kita mintalah kepada Jabatan Perdana Menteri supaya memberi keadilan kepada kami semua. Jangan kami dibuli.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh celah sekali lagi Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kalaulah belanjawan kita ni untuk memberikan ungkapan awal PM tadi ‘tu ialah untuk memberikan keadilan kepada rakyat, kesamarataan.

Apa implikasinya kalau rakyat ‘nak disamaratakan, penggubal undang-undang pun ‘tak disamaratakan? Minta komen.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Cikgu Hussin. Begitulah apa yang berlaku sekarang ni. Kalau Ahli Parlimen tidak mendapat peruntukan yang adil apatah lagi rakyat di bawah. Bila ‘tak adil maksudnya di bawah pun akan sama, tidak akan dapat adil. Seperti juga negeri Kelantan, tidak mendapat keadilan sepenuhnya. Seperti juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak juga.

Oleh itu, saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan segera mempertimbangkan penubuhan Pejabat Bajet Parlimen iaitu sebuah institusi bebas, profesional dan berkecuali

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

demi memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan memastikan wang rakyat diuruskan dengan aman.

Puan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu isu yang sering dipandang remeh, tetapi mempunyai implikasi yang besar terhadap integriti pentadbiran kerajaan iaitu kewujudan jawatan Setiausaha Politik kepada setiap Menteri.

Kita semua maklum bahawa jawatan ini bukanlah suatu keperluan perundangan. Ia wujud sebagai amalan pentadbiran iaitu satu elemen yang pada asalnya bertujuan untuk memudahkan hubungan politik bagi pihak Menteri. Namun, pengalaman negara menunjukkan bahawa ruang yang wujud tanpa garis akauntabiliti yang jelas sering membuka peluang kepada penyalahgunaan.

Rekod negara kita sendiri sudah beberapa kali membangkitkan persoalan serius tentang perilaku sebahagian setiausaha politik. Terdapat kes yang melibatkan campur tangan dalam urusan projek, urusan perolehan, malah penggunaan kedudukan untuk kepentingan peribadi. Perkara ini bukan lagi isu terpencil. Ia menunjukkan corak dan kelemahan struktur awam. Jawatan yang memberi akses luas tanpa mekanisme pematuhan yang memadai.

Pegawai perkhidmatan awam seperti KSU, TKSU atau Pegawai Undang-undang mempunyai garis tanggungjawab profesional peraturan perkhidmatan dan audit yang jelas, tetapi Setiausaha Politik adalah lantikan politik yang tidak terikat dengan piawaian perkhidmatan awam. Mereka sering diberi kuasa tidak formal dalam penetapan janji temu, sokongan projek, tapisan permohonan atau hubungan dengan pihak luar.

Walaupun tidak memegang kuasa eksekutif secara rasmi, kuasa pengaruh ini amat mudah disalahgunakan. Atas sebab itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan menilai semula kewajaran mengekalkan jawatan ini termasuk mempertimbangkan pemansuhan atau penggantian dengan mekanisme yang lebih telus.

Pertama, sekiranya fungsi jawatan ini berkaitan komunikasi politik, ia boleh dipusatkan melalui pejabat parti atau bahagian komunikasi kementerian yang sudah pun wujud.

Kedua, sekiranya fungsi mereka adalah mengurus permohonan awam atau rakan strategik, tugasan itu sebenarnya terletak di bawah bahagian khidmat pelanggan atau unit strategik kementerian. Bukan individu lantikan politik.

Ketiga, bagi nasihat politik kepada Menteri, ia boleh diberikan kepada penasihat dasar yang terlatih yang tertakluk kepada etika profesional serta garis audit yang lebih ketat. Kita tidak boleh terus mempertahankan satu struktur yang telah berkali-kali menjerumuskan kerajaan kepada skandal. Merosakkan keyakinan rakyat dan membuka ruang konflik kepentingan yang berterusan. Negara sedang menjalankan reformasi institusi. Maka

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

reformasi ini tidak akan sempurna jika kita masih mengekalkan jawatan yang terlalu kabur dari sudut akauntabiliti.

Puan Yang di-Pertua, saya masih ada banyak. Boleh ‘ke saya teruskan?

draft • 4:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Boleh. Berapa minit lagi ya? Yang Berhormat adalah pembahas yang terakhir sebab ada orang telah memohon untuk berbahas pada esok.

Jadi saya bagi sepuluh minit lagi. Cukup?

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Kalau ‘tak cukup saya sambung lagi lah ya.

draft • 4:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Ya.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Sebab masa masih awal.

draft • 4:30 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Alright.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Oleh itu saya menyeru agar Dewan meneliti dengan serius cadangan pemansuhan jawatan Setiausaha Politik atau penggantian dengan jawatan yang mana skop kerja dengan mekanisme yang lebih telus demi memastikan pentadbiran negara lebih bersih, lebih profesional dan benar-benar menumpukan kuasa kepada institusi yang bertanggungjawab.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Puan Yang di-Pertua, seiring transformasi digital negara, keselamatan digital bukan lagi isu teknikal semata-mata, tetapi asas kepada kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan kebajikan rakyat. Kehidupan harian, perkhidmatan kerajaan dan rantaian bekalan negara kini bergantung kepada rangkaian digital dan ancaman siber menunjukkan peningkatan yang ketara.

Ancaman ini mempunyai implikasi ekonomi yang nyata. Kesan gangguan perkhidmatan, kehilangan data pelanggan dan kecurian aset intelektual membawa kos langsung dan tidak langsung kepada perniagaan kecil dan besar.

Laporan industri juga menunjukkan peningkatan kempen ancaman terarah terhadap infrastruktur kritikal sepanjang 2024 dan 2025. Di peringkat dasar, kerajaan perlu memadankan tiga elemen utama iaitu:

(i) pencegahan dan literasi untuk mendidik rakyat dan sektor swasta tentang risiko;

(ii) penguatkuasaan dan kerangka peraturan untuk memastikan pematuhan dan liabiliti; dan

(iii) pembinaan kapasiti teknikal untuk pusat iaitu pusat respons insiden, kakitangan mahir dan pelaburan infrastruktur berdaya tahan.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden menyayat hati di Batu Pahat, Johor.

Melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera ditetak oleh abangnya berumur sembilan tahun akibat pertikaian permainan dalam talian iaitu Roblox. Kejadian itu juga mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat tentang keselamatan dan kesejahteraan digital kanak-kanak di negara ini.

Saya menzahirkan simpati mendalam kepada keluarga mangsa. Oleh itu, sudah tiba masanya Malaysia menilai semula kerangka perundangan dan pengawal seliaan terhadap platform permainan dalam talian. Bagi menangani isu ini secara strategik, saya mencadangkan Majlis Keselamatan Digital Kanak-kanak diwujudkan di bawah penyelarasan bersama Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan.

Ia bertujuan untuk menilai risiko platform digital secara berkala, menyelaraskan standard keselamatan aplikasi mesra kanak-kanak, menjalankan kempen nasional mengenai keselamatan siber keluarga dan membangunkan indeks keselamatan digital kanak-kanak Malaysia sebagai penanda aras dasar awam. Langkah jangka panjang ini lebih mampan dan berimpak tinggi berbanding pengharaman sementara dan ia juga menunjukkan kesungguhan negara dalam menyeimbangkan keselamatan sosial dan pembangunan ekonomi digital.

Kesimpulannya, keselamatan digital perlu difahami sebagai awalan kepada pertumbuhan digital yang mampan. Tanpa langkah bersepadu, kita akan terus menanggung kos ekonomi dan juga reputasi.

Puan Yang di-Pertua, Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu, menempatkan dirinya sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Sektor ini bukan hanya penting dari sudut kesesuaian syariah kepada rakyat Muslim, tetapi juga instrumen strategik untuk menarik modal, inovasi dan menambah nilai kepada sistem kewangan negara. Secara global, aset kewangan Islam berkembang, laporan industri mencatat aset kewangan Islam dunia mendekati 4.9 trilion pada tahun 2023 menunjukkan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan.

Malaysia perlu terus menerajui piawaian, produk dan ekosistem bagi memanfaatkan pertumbuhan ini. Di peringkat domestik, sumbangan perbankan Islam kepada keseluruhan sistem meningkat. Data Bank Negara dan MIFC menunjukkan nisbah sokongan pasaran yang semakin kukuh bagi perbankan Islam. Perkara ini menggambarkan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap produk Islam tempatan. Namun, cabaran tetap wujud, pendalaman pasaran modal Islam, inovasi produk dan peningkatan kefahaman institusi kewangan antarabangsa.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Justeru, cadangan saya bagi dasar untuk mengukuhkan kewangan Islam Malaysia merangkumi mempercepatkan pembangunan instrumen pasaran modal Islam baharu.

Contoh, sukuk bersepadu untuk infrastruktur hijau, sukuk sosial untuk projek kesejahteraan dengan insentif cukai awal untuk pemacu penerbitan.

Yang kedua, memperluaskan piawaian syariah yang konsisten untuk produk antarabangsa agar pengeluar dan pelabur asing lebih mudah memasuki pasaran Malaysia.

Yang ketiga, menyokong pengedaran produk takaful melalui bank dan solusi pembiayaan mikro Islam untuk PKS serta golongan B40 bagi memperluas kewangan tanpa bergantung kepada instrumen konvensional.

Keempat, melabur dalam pendidikan profesional dan persijilan pengurusan risiko Islam, sekuriti syariah pengurusan aset Islam supaya bakat tempatan mampu menyokong pertumbuhan.

Dan yang kelima, memperkukuh kerjasama dengan pusat kewangan Islam lain seperti di Dubai, Riyadh atau London bagi pertukaran inovasi dan akses pasaran.

Akhir kata, kewangan Islam adalah aset strategi Malaysia. Dengan kombinasi dasar yang tepat pemudahcaraan pasaran dan pembangunan modal insan, kita boleh mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat rujukan global bagi produk kewangan berasaskan syariah bagi memacu pertumbuhan inklusif dan menarik pelaburan bermakna di dalam ekonomi negara.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sikit berkenaan dengan Kementerian Pelancongan. Memandangkan pada tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kelantan antara negeri di peringkat negara. Kita ada momentum pelancongan yang menunjukkan pemulihan kuat. Statistik rasmi Tourism Malaysia pada tahun 2024 mencatat peningkatan pengunjung antarabangsa dan perbelanjaan pelancong yang ketara dengan jumlah pengunjung serta perbelanjaan yang melonjak selepas fasa pemulihan pasca pandemik.

Oleh itu, Kelantan juga telah mencatat peningkatan pelancongan domestik dan rentas sempadan misalnya laporan dan liputan media mencatat puluhan ratus ribu pengunjung pada tahun-tahun kebelakangan termasuk peningkatan ketara semasa kempen Visit Kelantan pada tahun 2024. Sumber negeri juga menunjukkan bahawa strategi berasaskan budaya, alam sekitar dan komuniti telah menarik pulangan awal. Namun, untuk 2026 ini, transformasi perlu lebih sistematik dari infrastruktur pengangkutan, standard perkhidmatan, pemasaran digital berorientasikan pasaran luar kepada pembinaan kapasiti komuniti pelancongan dan penyediaan komuniti pengalaman yang berkualiti.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Jadi, saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC, Kerajaan Negeri Kelantan dan sektor swasta bekerjasama secara terancang. Bukan sahaja promosi jangka pendek, tetapi pelaburan berterusan dalam kapasiti latihan dan juga infrastruktur, piawaian perkhidmatan dan pelan kesinambungan supaya manfaat Tahun Melawat 2026 memberi impak yang jangka panjang kepada ekonomi Kelantan dan kesejahteraan rakyatnya.

Dan untuk isu yang terakhir, saya perlukan masa dua minit lagi.

Puan Yang di-Pertua, kesihatan awam adalah asas keselamatan manusia dan produktiviti ekonomi. Malangnya, Malaysia menghadapi tekanan tenaga kerja kesihatan yang nyata kekurangan. Jururawat yang berlanjutan dan isu yang berkaitan dengan pergerakan keluar tenaga kerja: brain drain mengancam keupayaan menyediakan perkhidmatan berkualiti di hospital awam dan luar bandar.

Dan satu lagi isu yang meruncing adalah kos insurans kesihatan dan kos perubatan yang meningkat yang memberi kesan ke atas kemampuan isi rumah terutamanya golongan M40 dan juga B40. Walaupun sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia masih menyediakan liputan luas, kos produk perubatan swasta, premium insurans dan cas rawatan khas semakin meningkat. Justeru, ada keperluan menyusun semula strategi pembiayaan kesihatan untuk mengurangkan beban langsung kepada keluarga.

Oleh itu, kerajaan perlu melakukan reformasi kesihatan yang lebih komprehensif supaya rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan yang saksama di mana saja berada.

Kerjasama antara awam dan swasta perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam. Dengan itu, kita dapat optimumkan kepakaran para doktor dan atau pakar-pakar swasta serta kemudahan kesihatan swasta.

Mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menegaskan bahawa tanpa campur tangan proaktif, kita berisiko melihat keciciran akses rawatan, penurunan kualiti perkhidmatan dan tekanan kepada isi rumah. Pelaburan hari ini dalam tenaga kerja, pembiayaan dan kesejahteraan bukan saja menyelamatkan nyawa tetapi juga memastikan produktiviti dan keharmonian sosial jangka panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Wan Martina. Satu perbahasan yang mantap ya.

Dan Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat Dewan hari ini— Yang Berhormat Dr. Wan Martina adalah pembahas terakhir kita pada hari ini. Jadi, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 3 Disember.

draft • 4:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.51 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026