Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah, dengan izin Allah, sekali lagi kita dapat berkumpul di Dewan yang mulia ini untuk bersidang dan menjalankan peranan serta melunaskan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan kali ini tertumpu kepada perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ataupun dengan izin, budget session dan diikuti dengan rang undang-undang serta urusan Mesyuarat yang lain. Semoga Mesyuarat kali ini berjalan dengan penuh tertib, teratur dan berkesan sebagaimana yang diamanahkan kepada kita.
Dengan kata-kata itu, saya memulakan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas, Majlis Dewan Negara pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Majlis Mesyuarat 4(3), dimaklumkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah semasa Majlis Mesyuarat dalam tangguhan serta mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tarikh yang dinyatakan berikut:
Tuan Yang di-Pertua
24 September 2025: 1. Yang Berhormat Senator Dato’ Ng Keng Heng.
(Lantikan baharu, pilihan DUN Johor); dan 2. Yang Berhormat Senator Tuan Niran Tan Kran.
(Lantikan baharu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong).
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen dalam Mesyuarat yang lalu seperti berikut:
Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025; 2. Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025; 3. Akta Pendidikan (Pindaan) 2025; 4. Akta Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025; 5. Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025; 6. Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025; 7. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025; 8. Akta Racun (Pindaan) 2025; 9. Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025; 10. Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025; 11. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025; 12. Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025; dan 13. Akta Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan Negara untuk membacakan perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan Perutusan]
Tuan Yang di-Pertua
“26 November 2025 Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya; 1. (D.R. 29/2025) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2005; dan 2. (D.R. 31/2025) Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.
Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 66(2), saya mohon memaklumkan supaya rang undang-undang yang tersebut dalam perutusan itu dibacakan kali kedua dan ketiga di Mesyuarat pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 1.
1. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, sama ada Malaysia perlu menunaikan komitmen komersial untuk membeli barangan Amerika Syarikat dan melabur di Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai sekitar AS$240 bilion di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia-Amerika Syarikat
(ART) dalam tempoh masa yang dipersetujui.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Low Kian Chuan. MITI ingin menegaskan bahawa kedaulatan autonomi dasar dan kepentingan Malaysia kekal dilindungi sepenuhnya di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART). Saya juga ingin menekankan bahawa ART bukanlah Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement sebagaimana 18 FTA yang kita telah runding dan meterai dengan rakan-rakan dagang seperti sebelum ini.
Rundingan ART adalah keputusan yang dibuat berdasarkan keperluan untuk mempertahankan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara, melindungi pekerjaan dan mengekalkan pasaran eksport Malaysia daripada kesan negatif tarif unilateral Amerika Syarikat yang dikenakan ke atas Malaysia dan rakan dagang lain.
MITI juga ingin menegaskan buat sekian kalinya bahawa Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang obligasi untuk melaksanakan komitmen komersial bernilai anggaran 240 bilion USD bagi pembelian barangan atau pelaburan bernilai 70 bilion USD di Amerika Syarikat di bawah ART. Komitmen yang dinyatakan dalam ART merujuk kepada keputusan komersial serta perancangan perolehan sedia ada oleh syarikat-syarikat government-linked companies dan multinationals di Malaysia berdasarkan pertimbangan dan strategi perniagaan masing-masing.
Kesemua urusan atau urus niaga ini adalah berbentuk perniagaan ke perniagaan atau business to business decision dan didorong oleh keputusan komersial serta jangkaan dan pulangan pelaburan syarikat yang merangkumi pembelian pesawat daripada Boeing, peralatan keselamatan, gas asli cecair: liquified natural gas (LNG), peralatan semikonduktor, komponen aeroangkasa, peralatan pusat data, peralatan telekomunikasi serta arang batu.
Sebagai contoh komitmen perolehan pesawat merupakan sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan armada kapal penerbangan negara yang dilaksanakan secara berfasa bagi menggantikan pesawat lama dan memastikan keselamatan serta kemampuan operasi di samping menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.
Perolehan LNG pula merupakan komitmen bekalan jangka panjang oleh PETRONAS untuk memenuhi kontrak sedia ada, mengoptimumkan sumber dan memastikan kesinambungan penghantaran kepada pelanggan. Perolehan ini adalah keputusan komersial PETRONAS dan bukan atas arahan kerajaan untuk memenuhi obligasi di bawah ART.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Kesimpulannya, dapat ditegaskan bahawa komitmen yang dinyatakan di bawah ART adalah keputusan korporat syarikat, dilaksanakan melalui mechanism pasaran dan tidak membentuk sebarang kewajipan negara. ART tidak menuntut Kerajaan Malaysia untuk membeli barangan atau melabur di Amerika Syarikat dalam nilai tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kerajaan tidak terikat untuk memenuhi apa-apa jumlah yang dinyatakan dalam dokumen komersial tersebut. Kerajaan kekal komited memastikan perdagangan dua hala yang inklusif dan berdaya saing namun pada masa yang sama memastikan integriti fiskal negara dipelihara dan tidak diganggu oleh perolehan komersial yang tidak melibatkan kerajaan. Terima kasih.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Soalan tambahan, adakah MITI akan membuat penilaian impak keseluruhan bersih yang komprehensif terhadap kedudukan perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat di bawah struktur tarif timbal balik untuk mengenal pasti langkah susunan untuk mengurangkan impak terhadap industri? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Memang MITI telah membuat penilaian bahawa jikalau tidak ada perjanjian bersama dengan Amerika Syarikat, impak atau kesan terhadap industri terutamanya impak terhadap pekerjaan akan sangat serius, terutamanya impak terhadap satu juta pekerja Malaysia yang bekerja dalam sektor eksport yang melibatkan eksport ke Amerika Syarikat. Mereka akan dikesan jikalau tarif kita bukan 19 peratus, tetapi lebih daripada sembilan peratus.
Kita dalam satu momen antarabangsa ataupun perdagangan antarabangsa yang luar biasa. Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memastikan kepastian atau ketentuan supaya syarikat-syarikat kita terutamanya syarikat-syarikat yang mengeksport dan juga rangkaian bekalan yang membekal kepada semua industri-industri yang eksport ke Amerika Syarikat, mereka dapat kepastian dan ketentuan dalam suasana ekonomi yang tidak tertentu dalam suasana antarabangsa. Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri membuat perincian tentang angka 240 bilion itu. Apa- apa yang dimaksudkan, yang diperuntukkan dengan 240 bilion yang ‘tak dinyatakan secara jelas dalam perjanjian. Mungkin saya kurang faham.
Keduanya, saya minta sikit pencerahan tambahan bila sebut perjanjian timbal balas dalam semua tujuh artikel. Semua tujuh artikel besar. Saya melihat ungkapannya, “Malaysia hendaklah”, not “US hendaklah” or “Malaysia shall be.” Dalam ruang yang disebutkan di sini ialah perkataan LNG yang besarnya dan kedaulatan, pertahanan dan lain-lain. Dalam
Tuan Haji Hussin bin Ismail
keadaan kita juga memberi pengeluar utama dalam bidang LNG misalnya, tetapi kita dipaksa untuk membeli dengan mereka.
Keduanya, yang terkait juga ialah dari sudut nilai-nilai jumlah macam yang pertahanan, yang lain-lain yang disebutkan itu seolah-olah semacam keterikatan yang memaksa Malaysia terikat dengan perjanjian ini dengan tempoh yang sangat tidak selamat. Sehingga sebahagian besar kawan-kawan pengulas politik terutamanya di negara-negara ASEAN turut menyebut bahawa perjanjian ini membabitkan— terkesan kepada mereka juga di negara-negara ASEAN. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan memberi secara perincian selepas Mesyuarat ini, secara bertulis, tapi ingin saya tegaskan bahawa yang penting ialah semua keputusan termasuk LNG yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebenarnya adalah, keputusan komersial. Keputusan komersial yang PETRONAS— bukan hari ini, tetapi sudah lama telah membeli daripada Amerika Syarikat dan mendapat keuntungan. PETRONAS dapat keuntungan melalui pembelian ini.
Apa yang kita laksanakan ialah dalam perundingan kita senaraikan semua pembelian dan jangkaan pembelian daripada Amerika Syarikat supaya memberikan optik kepada pentadbiran Amerika Syarikat bahawa Malaysia bukan hanya eksport kepada Amerika Syarikat kerana dalam konteks yang sedia ada terutamanya selepas 2 April, kita dikecam bahawa Malaysia hanya eksport ke Amerika Syarikat dan tidak membeli daripada Amerika Syarikat.
Tuan Liew Chin Tong
Maka ini adalah untuk— pentadbiran Amerika Syarikat, tetapi tidak melibatkan tanggungjawab kerajaan langsung sekali. Yang penting ialah saya rasa kalau boleh MITI bersedia untuk memberi taklimat kepada Ahli-ahli Dewan Negara supaya kita dapat kesefahaman yang sama dan juga pemahaman terhadap konteks kenapa perjanjian ini dilaksanakan. So, saya serah kepada Yang di-Pertua, kalau diperlukan taklimat secara terperinci dan juga berkenan dengan konteks-konteks, kami bersedia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Liew Chin Tong
Tentera tidak ada. Tidak ada apa yang terlibat ketenteraan, dari segi defense pun tak ada. Tak ada unsur-unsur dan saya bersedia untuk membuat taklimat kepada semua Ahli Dewan Negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kita mohonlah kementerian melibat urus dengan— menerang kepada YB Senator. Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan.
Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan
Terima kasih, Dato Speaker. Soalan saya nombor 2.
2. Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, status pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di Sabah yang menerima peruntukan RM720 juta di bawah Belanjawan 2026.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih YB Senator Bobbey atas soalan.
Dato Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin nak membetulkan fakta daripada soalan. Peruntukan RM720 juta untuk tahun 2026 itu tidak tepat. Sepatutnya peruntukan untuk KKDW, bekalan air adalah RM424.7 juta. Itu pun melibatkan kawasan Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia, total keseluruhan.
Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak tiga projek baharu dan 79 projek sambungan diluluskan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar Sabah kepada kementerian bagi tahun 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM103,883,900.
Status perlaksanaan projek ialah 16 projek dalam peringkat pembinaan, 39 projek dalam peringkat pra perlaksanaan, 16 projek siap dan 11 projek batal.
Bagi belanjawan tahun 2026, 83 projek diluluskan di bawah Program BALB Sabah yang melibatkan kos berjumlah RM4.065 bilion dan peruntukan sebanyak RM143 juta. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan
Soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Sebenarnya banyak juga soalan-soalan tentang bekalan air terutama di Sabah ini, namun kita dibenarkan satu soalan sahaja iaitu adakah kerajaan bercadang untuk menyasarkan peruntukan ini bagi menaik taraf loji rawatan air di luar bandar termasuk sistem salurannya yang kebanyakannya sudah lebih sedekad belum dinaiktarafkan?
Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Bekalan Air Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bertujuan untuk membantu mempercepatkan liputan dan merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar. Setelah projek BALB ini siap, aset tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri melalui pihak berkuasa air negeri untuk tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan.
Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, skop yang melibatkan naik taraf infrastruktur sistem bekalan air sedia ada yang telah berusia dan telah lama beroperasi adalah di luar skop Projek BALB KKDW. Sebaliknya ia adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa air negeri yang mana Kerajaan Negeri Sabah boleh memohon peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi menaik taraf aset-aset bekalan air berkenaan.
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Salam sejahtera. Soalan saya soalan nombor 3.
3. Dato' Sivaraj a/l Chandran minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bagaimana dasar pembangunan perumahan akan memastikan projek baharu bukan sekadar menara tanpa landskap, kemudahan awam atau identiti komuniti, sedangkan bukti menunjukkan reka bentuk bandar seimbang mampu meningkatkan nilai hartanah dan kesejahteraan masyarakat
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan setiap pembangunan perumahan baharu bukan sahaja memenuhi keperluan tempat tinggal, malah turut menyediakan persekitaran kehidupan yang berkualiti.
Melalui Dasar Perumahan Negara 2018–2025 yang digubal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu ini, kita tidak hanya tertumpu hanya kepada penyediaan unit kediaman semata-mata tetapi turut meletakkan penekanan kepada kualiti persekitaran hidup, penyediaan landskap, kemudahan awam serta pembentukan identiti komuniti setempat.
Untuk makluman juga, kementerian melalui PLANMalaysia telah menyediakan beberapa garis panduan utama seperti:
(i) garis panduan perancangan perumahan;
(ii) garis panduan kemudahan masyarakat; dan
(iii) garis panduan perancangan kawasan lapang; Semua garis panduan ini, Tuan Yang di-Pertua, telah pun menetapkan keperluan penyediaan elemen-elemen penting seperti mana kawasan hijau yang berfungsi, ruang interaksi komuniti, kawasan rekreasi, laluan pejalan kaki dan laluan basikal yang selamat, serta kemudahan masyarakat minimum berdasarkan jumlah penduduk di sesuatu kawasan pembangunan.
Selain daripada itu, dalam proses kelulusan pembangunan, semua projek perumahan baharu diwajibkan mematuhi keperluan penyediaan kawasan lapang tidak kurang daripada 10 peratus daripada keluasan tapak serta penyediaan tapak kemudahan awam seperti mana tadika, surau, pusat komuniti dan lot permainan. Keperluan-keperluan ini akan disemak dan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
dinilai melalui Unit Pusat Setempat (OSC) di pihak berkuasa tempatan semasa pemaju mengemukakan kebenaran— pelan kebenaran merancang selaras dengan seksyen 19(1), Akta Perancangan Pembangunan dan Desa 1976 ataupun Akta 172.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, bagi mengelakkan pembangunan projek perumahan yang sekadar berbentuk menara tanpa jiwa, kementerian kini sedang melaksanakan beberapa penambahbaikan ke atas beberapa dasar utama. Antaranya:
(i) kajian semula Dasar Perumahan Negara 3.0;
(ii) penyediaan minimum kawasan hijau berfungsi (useable green areas);
(iii) integrasi kemudahan masyarakat dalam bangunan bertingkat tinggi vertikal; dan
(iv) insentif kepada pembangunan yang berorientasikan komuniti serta transit bersepadu (TOD) Dan kajian serta amalan antarabangsa juga, Tuan Yang di-Pertua, yang menunjukkan hubungan yang positif di antara reka bentuk bandar yang seimbang dengan penilaian nilai hartanah serta kesejahteraan masyarakat telah turut menjadi asas kepada penambahbaikan yang sedang pun diusahakan oleh kementerian. Dan pendekatan ini sejajar juga dengan Kerajaan Malaysia MADANI yang mana kita memberikan tumpuan kepada membentuk persekitaran yang lebih sihat, selamat, berdaya huni dan juga mempunyai identiti komuniti yang tersendiri, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira hujah Timbalan Menteri tadi, izinkan saya bertanya, jika dasar kita benar-benar selaras dengan prinsip perancangan bandar moden, bagaimana masih wujud kelulusan projek yang tidak jelas, tidak memenuhi elemen asas proportion ruang hidup yang wajar, reka bentuk manusiawi serta integrasi sosial yang membina komuniti? Dan apakah mekanisme penilaian dasar kementerian untuk memastikan pembangunan kita tidak lagi berakhir sebagai struktur kuota yang padat tetapi miskin nilai kemanusiaan? Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Soalan yang sangat menarik sebenarnya. Yang penting di situ adalah sebenarnya kesinambungan kepada pembangunan, Tuan Yang di-Pertua. Maka di peringkat kementerian ini, Ahli Yang Berhormat, untuk kita adakan beberapa langkah yang boleh kita ambil dalam memastikan kesinambungan pembangunan dengan mekanisme penilaian dasar iaitu pertamanya kementerian melalui PLANMalaysia telah pun menyelaras dasar-dasar perancangan utama melalui Rancangan Fizikal Negara Keempat dengan memberi penekanan kepada reka bentuk bandar berskala manusia, jaringan mobiliti aktif dan pengekalan ruang hijau.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pada masa yang sama, di peringkat kebanyakan PBT kita di Semenanjung Malaysia juga telah pun mula memberikan fokus kepada parameter baharu yang telah pun kita tetapkan dalam Rancangan Tempatan— yang telah pun mereka tetapkan dalam Rancangan Tempatan iaitu melibatkan reka bentuk berskala manusia, jaringan pejalan kaki, ruang hijau berfungsi dan juga integrasi sosial.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, laporan pemantauan dan penilaian pelaksanaan rancangan fizikal negara ini akan turut dilaporkan dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara yang juga dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.
Kedua, kita juga meletakkan pematuhan kepada pelaksanaan garis panduan dan perancangan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa iaitu PLANMalaysia sebagai yang perlu dilaporkan secara berkala Tuan Yang di-Pertua, dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang akan bermula pada tahun 2026, Ahli Yang Berhormat ya.
Jadi kita harapkan dengan adanya tindakan-tindakan begitu apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu kita boleh minimize-kan ataupun halang sama sekali. Dan ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana pematuhan pelaksanaan terhadap garis panduan perancangan di peringkat pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.
Yang ketiganya di peringkat PBT juga Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, proses kelulusan pembangunan diperkukuhkan lagi melalui pematuhan oleh PBT bagi meneliti perkara-perkara yang saya sebutkan tadi sepertimana ruang interaksi sosial, kesinambungan laluan pejalan kaki dan lain-lain. Pada masa yang sama juga termasuk kawasan hijau yang berfungsi.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, standard minimum ruang hidup, ruang komuniti bagi setiap 100 unit rumah berbilang tingkat ataupun keperluan aktif frontage kawasan hijau 10 hingga 15 peratus dan orientasi pembangunan kepada pembangunan awam TOD adalah diperlukan bagi kita meningkatkan liabiliti di kawasan perumahan itu.
Pada secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu telah pun diberikan perhatian oleh yang— Kementerian Perumahan ini dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa, insya-Allah. Terima kasih.
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
Soalan tambahan.
Tuan Che Alias bin Hamid
[Bangun]
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Sejauh manakah pihak KPKT memastikan pemaju benar-benar mematuhi penyediaan
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
kawasan lapang berfungsi, kemudahan masyarakat dan ruang interaksi komuniti seperti yang ditetapkan dalam garis panduan?
Adakah kementerian mempunyai mekanisme audit atau pemantauan selepas projek siap, post-construction compliance dengan izin, bagi memastikan elemen-elemen ini tidak dikurangkan atau ditukar tujuan oleh pihak pemaju? Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adalah perkara yang memang pun telah pun menjadi tumpuan kita khususnya di bawah Kementerian Perumahan ini melalui pihak berkuasa tempatan. Kita memang ada satu mekanisme yang jelas bagi memastikan setiap pemaju mematuhi keperluan penyediaan kawasan hijau dan berfungsi sepertimana yang saya sebutkan tadi.
Dan antara mekanisme yang telah pun ditetapkan dalam garis panduan perancangan ini pertama Tuan Yang di-Pertua, semua komponen berkenaan perlu diperincikan di peringkat permohonan Kebenaran Merancang. Jadi maknanya, bila dah ada dalam Kebenaran Merancang itu, mereka perlu mematuhi perkara tersebut Tuan Yang di-Pertua, perlu mematuhi semua syarat-syarat wajib khususnya yang telah pun ditetapkan di bawah Akta 172.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita memang mengadakan progress inspection di mana PBT melaksanakan pemeriksaan berkala semasa pembinaan bagi memastikan tiada pengurangan skop ataupun perubahan spesifikasi tanpa kelulusan. Dan seandainya berlaku perubahan tidak mematuhi syarat Kebenaran Merancang, maka kompaun akan dikenakan dan pihak pemaju juga akan mungkin diminta berhenti kerja untuk membuat pembetulan- pembetulan.
Dan peringkat yang ketiga Ahli Yang Berhormat, kementerian ini juga khususnya melalui PBT turut melaksanakan pemantauan post-construction compliance melalui proses pemeriksaan pra CFO dan pada peringkat ini semua kawasan hijau, kawasan lapang kemudahan masyarakat, ruang interaksi perlu mengikut pelan yang diluluskan sebelum akhirnya kita berikan mereka CCC. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian bersedia untuk menyediakan elaun kritikal bagi jurupulih perubatan fisioterapi dan jurupulih perubatan cara kerja yang telah lama terpinggir berbanding dengan jawatan lain sedangkan risiko pekerjaan adalah sama.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1992 adalah bagi mengiktiraf skim-skim perkhidmatan kritikal dalam
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
menyokong dasar dan strategi pembangunan negara. Menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), sebanyak 32 skim perkhidmatan kritikal dalam perkhidmatan awam yang memenuhi syarat khusus ditetapkan layak dibayar BIPK.
Berdasarkan kelayakan BIPK sedia ada, Skim Perkhidmatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Cara Kerja tidak termasuk dalam senarai 32 skim perkhidmatan kritikal dan tidak layak menerima BIPK. KKM menghargai keprihatinan Ahli Parlimen— Ahli Yang Berhormat Senator berhubung cadangan pemberian BIPK kepada Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Cara Kerja. KKM secara berterusan melaksanakan sesi libat urus dengan agensi pusat bagi meneliti insentif di bawah SSPA agar kekal relevan dengan keperluan semasa perkhidmatan.
Cadangan untuk memperluaskan pemberian BIPK kepada Jurupulih Perubatan memerlukan penelitian terperinci termasuk penilaian semula definisi skim perkhidmatan kritikal, kajian impak dasar dan implikasi kewangan kepada kerajaan. Buat masa ini, KKM meneruskan pemberian BIPK berdasarkan kadar ditetapkan kepada skim perkhidmatan kritikal di bawah KKM meliputi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pengajar. KKM optimis kerajaan akan terus memperkukuhkan kebajikan petugas kesihatan melalui penambahbaikan sistem saraan dari semasa ke semasa seiring dengan kemampuan fiskal negara. Terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, memandangkan maksudnya tiadalah, tiada elaun kritikal untuk jurupulih anggota. Jadi soalan saya, adakah kementerian bersedia untuk meneliti semula perkara ini melalui satu penilaian risiko pekerjaan yang lebih komprehensif?
Memandangkan data lapangan menunjukkan peningkatan beban kerja dan risiko fizikal terhadap jurupulih anggota dan juga Jurupulih Perubatan Fisioterapi.
Dan saya juga dimaklumkan bahawa ketika ini jurupulih perubatan fisioterapi dan cara kerja terdedah kepada penyakit berjangkit dan mereka juga menerima arahan bertugas secara on call dan berkhidmat di wad medical yang menampung jumlah pesakit yang tinggi serta menjalankan rawatan rehabilitasi secara one-to-one selama 10 hingga 15 minit ke setiap pesakit. Sekian, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengagumi pengetahuan dan juga maklumat-maklumat yang diperolehi oleh Yang Berhormat berkenaan tentang beban kerja bagi kumpulan jurupulih fisioterapi dan cara kerja ini dan juga kita mengakui bahawa keperluan dan juga jumlah jurupulih fisioterapi dan juru cara kerja ini masih belum mencukupi.
Terdapat beberapa kaedah yang sedang difikirkan. Walaupun demikian, masih lagi di peringkat perbincangan, kami akan meneliti dasar-dasar yang sedia ada dan akan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
mengemukakan cadangan-cadangan seperti BIPK ini kepada agensi pusat iaitu JPA untuk mempertimbangkan agar ada satu insentif khusus bagi kumpulan fisioterapi ini.
Berkenaan tentang beban kerja ini, kita juga sedang meneliti secara komprehensif keperluan semasa dan satu kajian yang teliti sedang diadakan di dalam Kementerian Kesihatan berkenaan tentang bekalan juru cara kerja, fisioterapi dan jurupulih ini yang sangat- sangat diperlukan. Kita juga memikirkan kaedah awam dan juga swasta di mana kita sedang mengenal pasti berapakah jumlah kumpulan juru cara kerja fisioterapi ini yang berada di pasaran dan adakah kita akan menggunakan satu kaedah win-win situation ataupun outsourcing untuk bagi mengurangkan beban semasa sehingga kita memenuhi jumlah-jumlah kakitangan yang diperlukan di dalam bidang ini. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, yang terakhir soalan tambahan YB Senator Dr. Lingesh.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Memandangkan terdapat kekurangan pegawai skim sains kesihatan bersekutu dan juga waktu menunggu yang agak panjang, adakah seperti yang Dato menyatakan tadi, bilakah kerajaan akan mempertimbangkan Hospital Outsourcing Programme ini? Sebab setiap pesakit yang menunggu untuk fisioterapi terpaksa menunggu hampir sebulan untuk mendapatkan appointment mereka. Bolehkah Dato menyatakan?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat YB Senator Dr.
Lingesh. Berkenaan tentang Hospital Outsourcing Programme yang telah kita mulakan, data- data yang kita perolehi menunjukkan kesan adalah sangat baik. Sebagai contoh Dato Yang di-Pertua, apabila kita melakukan PET scan, jumlah tempoh masa dan juga MRI yang kita lakukan dapat dikurangkan.
Dan juga sementara kita menunggu pemasangan mesin MRI di hospital, baru-baru ini saya baru melancar di Hospital Shah Alam, kaedah outsourcing ini sangat-sangat membantu.
Oleh yang demikian, kita juga memikirkan kaedah yang sama untuk memberikan perkhidmatan yang sama bagi [Tidak jelas] Sains, di mana sebagai contoh speech therapy yang memerlukan masa, tempoh masa yang menunggu yang sangat panjang.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga kita menyedari bahawa perkhidmatan ini ada ditawarkan di pihak swasta.
Satu kajian sedang ditelitikan dan akan dikemukakan kepada agensi pelaksana seperti PH Corp untuk mempertimbangkan adakah perkara-perkara ini dapat dimasukkan di dalam skim- skim yang sedia ada seperti PeKa B40 ataupun Hospital Outsourcing Programme yang sedang kita laksanakan.
Saya tidak mempunyai timeline ataupun tempoh masa yang ada, tetapi kajian komprehensif sedang dilaksanakan untuk menambah baik sistem perkhidmatan kesihatan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.
Tuan Pele Peter Tinggom
Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
5. Tuan Pele Peter Tinggom minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah kemajuan kewangan dan fizikal projek-projek di bawah KKDW bagi daerah Saratok dan Kabong setakat November 2025.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Sebanyak 316 projek dengan jumlah RM734.75 juta telah diperuntukkan bagi RP5 2025 untuk Kerajaan Negeri Sarawak. Jumlah besar ini memberikan gambaran bahawa kementerian sentiasa komited dalam membuat perancangan pembangunan desa dan wilayah yang inklusif, mampan dan holistik agar ia nya memenuhi kehendak jangkaan dan juga keperluan rakyat khususnya masyarakat desa.
Bagi merancakkan pembangunan infrastruktur luar bandar khususnya di Parlimen Saratok, terdapat sejumlah 12 projek infrastruktur asas yang telah diluluskan untuk Parlimen Saratok yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM414.14 juta. Kelulusan projek-projek ini membabitkan pelbagai butiran program/projek seperti berikut:
(i) empat projek di bawah program jalan luar bandar;
(ii) dua projek di bawah program jambatan luar bandar;
(iii) tiga projek di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar;
(iv) satu projek di bawah jalan perhubungan desa;
(v) satu projek di bawah program ameniti sosial; dan
(vi) satu projek di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebanyak empat projek pembangunan adalah melibatkan DUN Kabong yang berada di bawah Parlimen Saratok, dengan peruntukan sebanyak RM150 juta yang merangkumi dua projek jalan luar bandar, satu projek jambatan luar bandar dan satu projek bekalan air luar bandar.
Sejajar dengan wawasan luar bandar sejahtera, pembangunan ini di Saratok dan DUN Kabong akan diteruskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan masyarakat desa di sempadan mempunyai akses kepada infrastruktur dan kemudahan sosial yang setanding dengan kawasan-kawasan lain di negeri Sarawak. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya adalah, adakah projek-projek ini yang
Tuan Pele Peter Tinggom
lewat pelaksanaannya? Sekiranya ada, apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 12 projek infrastruktur asas diluluskan untuk Parlimen Saratok merangkumi projek jalan luar bandar, jambatan, bekalan air luar bandar serta program ameniti sosial dan juga perumahan rumah sejahtera.
Projek-projek tersebut merupakan projek sambungan daripada tahun sebelumnya, 2025 yang berjumlah 9.78 juta, yang mana enam projek pada peringkat pra pelaksanaan, tiga projek berada dalam pelaksanaan dan satu projek berada dalam kategori simpan dan perhatian.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek sini, semua on track ya, yang di peringkat pra pelaksanaan pun, di peringkat reka bentuk dan juga tender. Untuk makluman juga, satu projek lagi berada dalam kategori simpan disebabkan oleh bantahan penduduk setempat iaitu Jalan Serandong-Perpat-Paloh-Batang Maro, Bahagian Betong, Sarawak, yang telah— walaupun telah ditender, telah dipilih kontraktor, tetapi jajarannya telah dibantah oleh penduduk kampung dan kini kita buat jajaran baharu ya, jajaran baharu dan perlu mendapat kelulusan SPA ya.
Selain daripada itu, terdapat 53 projek kecil JPD, PAMS dan PPRS yang dilaksanakan untuk keseluruhan iaitu 6.04 juta untuk 2025. Manakala dari sudut pemantauan KKDW menggunakan isu Arahan No. 1, Jabatan Perdana Menteri yang mana kita memberi pendekatan yang lebih berstruktur iaitu dari sudut pelaporan berkala, mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak supaya isu-isu projek lewat ataupun masalah projek dapat kita ambil perhatian dan tindakan selanjutnya. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato Speaker, soalan saya nombor 6.
6. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, jumlah sebenar projek perumahan mampu milik yang siap dan diserahkan kepada rakyat untuk tahun 2024, serta langkah bagi mempercepatkan penyiapan projek yang tertangguh.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kerajaan ini sentiasa fokus dan komited untuk memastikan setiap rakyat mendapat akses
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki sama ada melalui pemilikan terus ataupun secara sewaan.
Berhubung pertanyaan mengenai jumlah projek perumahan mampu milik yang siap dan disertakan untuk tahun 2024, secara keseluruhannya, sebanyak 197,311 unit rumah mampu milik telah siap dibina di seluruh negara. Status penyediaan rumah mampu milik di bawah program-program perumahan mampu milik KPKT adalah seperti mana berikut.
Pertama, Program Perumahan Rakyat ataupun sekarang ini adalah Program Residensi Rakyat. KPKT telah pun menyiapkan sebanyak lima projek Yang Berhormat, melibatkan sebanyak 2,056 unit rumah PRR bagi tahun 2024.
Manakala Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB), program ini dilaksanakan oleh SPNB dan mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mempunyai tanah sendiri ataupun tanah milik ahli keluarga yang memberikan kebenaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 3,467 unit Rumah Mesra Rakyat telah pun siap dibina di seluruh negara.
Dari hal kediaman SPNB, oleh SPNB bagi tahun 2024, sebanyak satu projek iaitu di Taman Seri Molek Perdana Blok D dan E, Mukim Plentong, Johor telah berjaya disiapkan di bawah program kediaman SPNB melibatkan pembinaan 224 unit rumah yang berharga RM300,000. RM300,000.
Yang keempat, Program Perumahan PR1MA oleh Perbadanan PR1MA Malaysia
(PR1MA). Bagi tahun 2024, PR1MA telah berjaya menyiapkan sebanyak tujuh projek yang terdiri daripada 5,924 unit kediaman dengan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan di seluruh negara.
Bagi mempercepatkan penyiapan projek yang tertangguh bagi yang membabitkan projek-projek KPKT yang sakit dan lewat serta memastikan kemajuan projek mengikut jadual, kementerian ini telah pun melaksanakan beberapa tindakan untuk memantau prestasi pelaksanaan projek seperti mana berikut:
(i) mengadakan mesyuarat tapak pada setiap bulan untuk memantau prestasi projek;
(ii) memantau prestasi fizikal dan kewangan projek melalui mekanisme dalaman seperti mana Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian;
(iii) melaksanakan tindakan intervensi bagi menangani sebarang isu pelaksanaan yang timbul, troubleshooting bersama dengan agensi- agensi yang terlibat bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dengan kadar segera; dan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
(iv) melaksanakan penyelarasan bersama pihak berkuasa negeri dan juga pihak agensi pusat seperti mana Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk kita menangani isu-isu di luar kawalan kementerian.
Untuk pengurusan projek lewat, sakit bagi projek-projek kerajaan termasuklah projek- projek perumahan rakyat adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa tindakan berdasarkan pekeliling tersebut, beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan. Pertama, melaksanakan penilaian dan pemantauan berkala ke atas prestasi projek. Selain daripada itu, pelaksanaan langkah pemulihan dan penamatan kontraktor sekiranya perlu, sedia ada dan dibuat yang baru.
Yang keduanya, sekiranya penamatan dibuat, jaminan bon pelaksanaan atau jaminan bayaran pendahuluan akan dirampas daripada institusi kewangan, menjamin pelaksanaan projek tersebut dengan kadar segera dan setakat mana jumlah yang tidak dibayar balik kepada kerajaan, ya.
Yang ketiganya, adalah kontraktor juga boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuklah dikenakan penalti ataupun di senarai hitam atas kegagalan mereka memenuhi obligasi kontrak. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Johor ada satu projek yang belum siap. Yang tadi sebut Taman Molek— Seri Molek tak silap saya.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Ada satu lagi di Kampung Baru Masai, ia telah lama, lebih kurang dalam tujuh hingga lapan tahun dan sekarang dalam proses pemulihan. Ini salah satu daripada sebab kenapa kadang-kadang perumahan rakyat ini lewat, oleh sebab tindakan mengambil kontraktor yang mungkin tidak kompeten. Selepas itu, saya nak tanya dengan pihak kementerian. Apakah rancangan kementerian untuk memastikan proses penyerahan kunci dan hak milik kepada pembeli berlaku dengan cepat? Memandangkan banyak aduan kelewatan penyerahan walaupun projek telah siap secara fizikal. Terima kasih Speaker.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, memang seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat, yang secara spesifik tadi kita boleh lihat lagi, tetapi antara masalah yang berlaku mengakibatkan projek-projek perumahan itu tergendala adalah masalah kewangan, syarikat, kontraktor yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab, tetapi walaupun kontraktor itu gagal contohnya, kita di dalam Akta 118, kita memang ada
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
mekanisme untuk membuat pemberhentian ataupun melantik kontraktor-kontraktor penyelamat.
Tuan Yang di-Pertua, adapun yang ditanyakan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan kunci lambat dibayar— lambat diberikan itu Tuan Yang di-Pertua, ada kalanya ada beberapa isu-isu berkaitan utiliti yang tergendala lagi sehinggalah kita mendapatkan betul-betul CCC dan diselesaikan dengan baik. Seandainya ada yang spesifik Ahli Yang Berhormat, yang maknanya projek yang masih tak dapat VP lagi kan, ‘tak position lagi, bolehlah kita bersembang di luar, insya-Allah. Tapi adapun yang keseluruhan itu memang ada jalan penyelesaian dia dan task force kita pun ada untuk melihat isu-isu yang berbangkit dengan lebih teliti. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan.
Dr. Jufitri bin Joha
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai contoh, saya nak adukan. Ada kemungkinan sebuah projek perumahan itu telah pun disiapkan dan dilantik kontraktor penyelamat, tapi permasalahannya, apakah langkah-langkah kerajaan apabila sudah siap, tapi masih lagi ada kecacatan? Sebagai contoh, bekalan air tidak masuk, elektrik dan sebagainya. Contohnya, di PR1MA Rantau. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya melalui perjanjian jual beli, kita boleh menyemak spesifikasi perumahan. Ada yang sekiranya tidak mematuhi spesifikasi, maka pembeli bolehlah membawa perkara ini ke mahkamah ataupun tribunal, di mana kita pun telah menetapkan ada satu defect liability period selama 24 bulan.
Cuma, kebanyakan— ramai pembeli rumah ini kurang pendedahan dan kurang pengetahuan tentang perkara-perkara ini. Seandainya masih kita ada pertikaian, tak berpuas hati, maka pembeli dan pemaju, termasuklah pihak-pihak yang berkaitan pun boleh sebenarnya memfailkan kes tersebut ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Di mana di situ adalah satu platform yang mudah sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Dengan kos yang lebih sedikit, RM50,000 sahaja dan lebih cepat saluran alternatif bagi menyelesaikan masalah pertikaian di antara pembeli rumah dan juga pihak pemaju. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, satu soalan tambahan yang terakhir dari YB Abun. Yang Berhormat Menteri, bolehlah ha?
Tuan Abun Sui Anyit
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Ya, terima kasih Dato Yang di-Pertua. Bagaimanakah kementerian melaksanakan pemantauan projek perumahan swasta yang sakit dan
Tuan Abun Sui Anyit
terbengkalai, rumah mampu milik berterusan, agar rakyat tidak terpinggir dalam pemilikan rumah RMM ataupun rumah mampu milik? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perumahan mampu milik ini, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya di peringkat kita, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita bersama-sama dengan satu Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut memantau penyediaan rumah mampu milik serta membincangkan apa-apa isu terkait perumahan dan majlis ini turut dianggotai oleh Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
Antara terma rujukan dan peranan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara ini Tuan
Yang di-Pertua adalah
merancang, menyelaras dan memantau penyediaan rumah mampu milik yang disasarkan di dalam Rancangan Malaysia, sesuatu rancangan; yang keduanya, menentukan hala tuju perumahan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga rumah mampu milik swasta; ketiga, membincang dan menyelaras isu-isu berkenaan perumahan mampu milik dan cadangan konsep baharu; keempat, membincang dan mencadangkan penambahbaikan atas isu-isu pemilikan rumah.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita akan ada satu mesyuarat bersama dengan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan di peringkat negeri-negeri ataupun kita panggil MEXCOPT untuk menilai lagi penyediaan perumahan-perumahan mampu milik negara. Adapun terkait dengan soalan Yang Berhormat tadi tentang taskforce. Kita— bagaimana memantau projek-projek yang sakit. Memang kita telah pun mewujudkan satu taskforce projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai sejak Disember tahun 2023.
Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak daripada Disember 2023 itu, sejumlah 1,333 projek telah pun berjaya dipulihkan. Ini mengambil jumlah unit rumah, 159,638 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar sejumlah RM126.47 bilion, Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian pada waktu ini di bawah taskforce projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai di bawah Jabatan Perumahan Negara sedang memantau kurang lebih 3,000 projek perumahan yang berlesen. Di mana untuk pencapaian bulan Oktober Tuan Yang di- Pertua, kita telah melihat satu penurunan yang sangat signifikan di peringkat projek lewat, 24 peratus hasil daripada pemantauan di peringkat taskforce projek lewat sakit dan terbengkalai.
Projek yang lewat, yang sakit juga telah turun kepada 335 projek sahaja dan terbengkalai pun juga telah turun, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah usaha kita untuk memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan perumahan rakyat dapat diserahkan dengan kadar segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Haji Ibrahim.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah kompaun kesalahan yang dikeluarkan terhadap syarikat-syarikat yang ingkar mencarum PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja setakat bulan Oktober 2025.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.
Untuk makluman Dewan yang mulia, tiada Notis Kompaun akan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang ingkar atau gagal mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO. Sebaliknya, majikan yang melakukan kesalahan tersebut akan terus dikenakan tindakan pendakwaan di mahkamah sesyen.
Oleh yang demikian, berdasarkan statistik dan tempoh Januari hingga 31 Oktober 2025, sebanyak 4,564 tindakan pendakwaan telah diambil, membabitkan pelbagai jenis kesalahan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,276 kes atau bersamaan 27.95 peratus adalah merupakan kesalahan syarikat-syarikat yang ingkar mencarum dengan PERKESO yang melibatkan nilai tunggakan caruman sebanyak RM31.14 juta. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan.
Dato' Ahmad bin Dato' Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Adakah kementerian bercadang untuk memperketatkan lagi? Saya faham, terus pergi ke mahkamah ya. Undang-undang terhadap mana-mana syarikat sama ada syarikat SME atau syarikat besar yang ingkar mencarum PERKESO dan KWSP kerana caruman ialah untuk kesejahteraan dan masa depan pekerja.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya usaha-usaha yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tersebut, kita memang sentiasa melancarkan program seperti Ops Pemutihan ataupun Ops Kesan, semakan secara rawak dan di premis-premis dan kempen Proud to Register, pendaftaran secara atas talian dan program publisiti-publisiti melalui media sosial seperti yang dijalankan oleh pihak PERKESO. Perkara inilah sebenarnya yang kita nyatakan bahawa PERKESO menggalakkan supaya majikan sentiasa membuat pendaftaran dan mencarum di PERKESO.
Antara usaha yang saya katakan tadi, kita melihat sebagai contoh, saya nak nyatakan di kawasan saya sendiri. Saya telah mencarum kesemua JPKK daripada pengerusi
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
sehinggalah kepada ahlinya seramai 13 orang. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini apabila salah seorang pengerusi JPKK saya kemalangan dan meninggal. Dan akhirnya, isterinya mendapat RM1,400 sebulan daripada caruman PERKESO tersebut yang hanya tidak lebih daripada tiga bulan beliau mencarum dalam hal itu. Maka sebab itu, kita dari segi PERKESO ini sangat-sangat menggalakkan supaya perkara ini yang bertanggungjawab mestilah melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencarum di PERKESO itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya ucapkan tahniahlah kepada kerajaan kerana melaksanakan caruman PERKESO dan juga KWSP. Saya menghadapi masalah sebenarnya dengan pembantu rumah, saya majikan.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Kita ‘dah carum pekerja asing, bila berlaku kemalangan kita claim PERKESO, apa yang dinyatakan oleh pegawai bahawa belum ada TOR: term of reference, jadi ‘tak boleh claim. Jadi ini perlu dilihat sebab kita ‘dah ambil caruman daripada majikan dan pekerja tersebut harus kita lindungi. Jadi, apakah syarat-syarat ataupun perkara-perkara yang membolehkan pembantu rumah ataupun pekerja-pekerja asing ini mendapat balik caruman yang telah dicarumkan?
Terima kasih Dato Speaker.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman dan apa yang dinyatakan Yang Berhormat ini sebenarnya kes tersebut saya tidak pasti bentuknya macam mana dan adakah beliau mencukupi dari segi pencaruman atau sebagainya dan sudah pasti perkara ini kalau benar tidak sepatutnya dipinggirkan dalam kes ini. Dan apa yang boleh saya nyatakan, Yang Berhormat bagi saya secara detail kembali, supaya saya semak dan mendapat apakah sebenarnya perkara tersebut yang berlaku dan insya-Allah saya akan bagi kembali keputusan tersebut kepada Yang Berhormat secara detail. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dr. Lingesh.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 8.
8. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) status terkini stok vaksin influenza di setiap negeri mengikut maklumat kementerian, memandangkan terdapat peningkatan kes dan permintaan vaksin sehingga banyak negeri kehabisan stok; dan
(b) apakah langkah segera yang diambil oleh kementerian untuk membawa masuk vaksin terkini yang dapat memberi perlindungan daripada strain dominan H3N2.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Setakat 10 November 2025, fasiliti kesihatan KKM mempunyai sejumlah 4,044 dos dan 2,881 dos vaksin masing-masing bagi memenuhi aktiviti suntikan kepada petugas kesihatan dan warga emas.
Kedudukan stok vaksin influenza di fasiliti kesihatan KKM mengikut negeri pada 10 November 2025 adalah seperti berikut:
| NEGERI | JUMLAH DOS |
|---|---|
| Perak | 2242 |
| Johor | 1749 |
| Pahang | 1387 |
| Sarawak | 1267 |
| Melaka | 1195 |
| Selangor | 1076 |
| Sabah | 641 |
| Kelantan | 458 |
| Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya | 400 |
| Kedah | 223 |
| Negeri Sembilan | 226 |
| Pulau Pinang | 156 |
| Perlis | 54 |
| Terengganu | 39 |
| Wilayah Persekutuan Labuan | 400 |
| Hospital Kuala Lumpur | 1233 |
| Institut Kanser Negara | 79 |
Saya akan bagi jawapan, senarai ini secara bertulis dengan jumlah 12,435 dos.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah melaksanakan mechanism pelaporan gangguan dan pemberhentian bekalan ubat secara sukarela mulai 1 Ogos 2025.
Semakan melalui sistem pelaporan sehingga 18 November 2025 mendapati tiada pelaporan rasmi diterima berkaitan gangguan bekalan vaksin influenza sehingga ke tarikh ini.
Berdasarkan maklum balas 7 November 2025, daripada pemegang pendaftaran produk PRH sehingga 27 November 2025 stok vaksin influenza yang dipasarkan di Malaysia masih
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan dijangka mencukupi sehingga Februari 2026. Pemantauan berterusan terhadap trend penggunaan serta kemasukan kelompok stok baru ke pasaran Malaysia akan terus dijalankan.
Yang Berhormat, bagi jawapan soalan kedua, berdasarkan Pengkalan Data Sistem QUEST3+ NPRA terdapat tujuh vaksin influenza yang mengandungi strain inactivated influenza virus type A(H3N2) yang telah didaftar di Malaysia seperti produk Vaxigrip influenza vaccine, Vaxigrip Tetra, Influvac Tetra, Influvac Suspension for Injection serta tiga produk SKYCellflu dalam bentuk trivalent dan quadrivalent. Dari awal tahun 2025 sehingga kini, sebanyak 2,609,235 dos telah diimport ke Malaysia. Terdapat lima penghantaran berjumlah 429,130 dos yang masih akan tiba pada 25 November dan 30 November serta 9 Disember 2025.
KKM melalui NPRA akan terus memudah cara keperluan regulatory bagi menjamin ketersediaan vaksin influenza. Maklumat pelaporan gangguan dan pemberhentian bekalan ubat boleh dirujuk lanjut di laman sesawang NPRA. Sekian, terima kasih.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Ramai rakyat Malaysia mendapatkan vaksin di fasiliti swasta. Adakah kerajaan memantau atau mengenakan kawalan harga siling terhadap vaksin influenza di pasaran swasta untuk mengelakkan pengambilan untungan berlebihan dan adakah kerajaan mempertimbangkan program subsidi untuk vaksin influenza bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan?
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Ketika kita memperkenalkan suntikan vaksin influenza kita telah mengunjurkan sebanyak 170,000 populasi warga emas yang kita sasarkan bermula daripada Februari 2025 sehingga sekarang.
Dan juga setakat ini seramai 162,000 dos suntikan telah diagihkan kepada golongan rentan ataupun golongan warga emas bersama juga dengan kakitangan kesihatan.
Berkenaan tentang soalan Yang Berhormat berkenaan tentang kawalan harga, kita tidak— di peringkat KKM kita tidak mempunyai punca kuasa untuk mengawal harga ataupun nilai di pasaran. Walaupun demikian, kita memantau dari masa ke semasa dan bekerjasama dengan pihak KPDNHEP untuk memastikan tiada penjualan vaksin influenza dengan harga yang keterlaluan.
Berkenaan tentang subsidi, kita akan mempertimbangkan apakah kaedah terbaik ataupun kita juga melihat berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Bajet 2026 yang akan datang untuk kita dapat membantu mengurangkan beban bagi masyarakat yang memerlukan suntikan influenza ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Kita bagi doktor.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Program imunisasi ini ada di Kementerian Kesihatan dan jumlah susceptible yang disebutkan tadi itu 120,000 warga emas ini besar sedangkan dalam stok kita kalau berlaku apa-apa, kita hanya ada lebih kurang 12,000. Adakah 12,000 dos? Adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan pemakluman dan juga pendidikan supaya yang susceptible ini akan datang untuk mendapatkan imunisasi secara regular setiap tahun?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun bekalan yang ada ketika ini berjumlah 12,000 kita sangat yakin jumlah dos yang berada di pasaran ketika ini mencukupi sehingga Februari 2026. Berkenaan tentang kesedaran ataupun literasi kepada masyarakat untuk mendapatkan suntikan influenza ini. Berdasarkan trend yang kita perolehi adalah masyarakat Malaysia secara budayanya melihat suntikan vaksin ini tidak diperlukan sekiranya tidak berlaku panik ataupun berlaku kecemasan. Ini adalah perkara-perkara yang sering kita pantau. Walaupun demikian, cadangan Yang Berhormat untuk kita memberikan pendidikan literasi.
Tuan Yang di-Pertua
Tiap-tiap tahun?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kesedaran adalah sangat penting dan kita akan cuba untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk menyedarkan masyarakat dan juga untuk pengetahuan Yang Berhormat, suntikan influenza ini juga boleh diperolehi di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat jika kita pergi ke Klinik Parlimen. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ini yang terakhir ya.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Akhir ya. Saya merujuk satu kenyataan UtusanMalaysia.com.my Yang Berhormat Menteri, yang menyebutkan, ulasannya menyebutkan dalam kenyataan di Putrajaya mengatakan bahawa bekalan vaksin influenza ini kekurangan, tapi disebut bersifat sementara. Isu yang besarnya ialah lepas berlaku kematian seorang pelakon besar di Taiwan saya rasa dan jumlah kematian di peringkat internasional dunia yang dilaporkan oleh WHO tinggi. Cuma ada ‘tak plan Malaysia untuk mengeluarkan vaksin sendiri influenza ataupun di peringkat serantau kerjasama?
Yang keduanya, tadi disebut bantuan percuma itu untuk warga emas dan juga barisan hadapan. Ada tidak diperuntukkan kepada golongan rentan juga yang seperti kanak-kanak, kemudian orang yang penyakit kronik dan lain-lain yang kritikal dengan kewangan, sebagai sebahagian daripada sumbangan kita. Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang kekurangan vaksin seperti apa yang saya nyatakan tadi, kita mempunyai bekalan yang mencukupi. Walaupun demikian,
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
di peringkat KKM, kita sedang menanti bekalan yang seterusnya. Memandangkan keadaan yang berlaku di Thailand berlakunya banjir, kita berdepan dengan sedikit kelewatan kerana penghantaran bekalan-bekalan vaksin itu menggunakan kaedah transportation darat, dengan izin.
Berkenaan tentang pembangunan vaksin. Pembangunan vaksin dilaksanakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) dan juga saya masih di — semakan terkini, kita dapati pembangunan untuk vaksin influenza masih belum lagi dilaksanakan secara peringkat tempatan, tetapi vaksin-vaksin lain, ada. Sekiranya kita telah pun berjaya mempunyai kapasiti ataupun ekosistem untuk membuat vaksin sendiri, saya cukup yakin dalam tempoh lima tahun ke 10 tahun akan datang, kita mampu menghasilkan lokal influenza vaksin, sekiranya diizinkan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, Yang Berhormat Dato' Wu Him Ven.
Dato' Wu Him Ven
Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Dato' Wu Him Ven minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) bilakah kerajaan akan membangunkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia dan adakah kerajaan berhasrat melaksanakan pemisahan fungsi antara Railway Assets Corporation dan Keretapi Tanah Melayu Berhad sehingga mencapai tahap 90 peratus seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas; dan
(b) apakah usaha kerajaan dalam membangunkan sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Senator.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan sedang berada pada peringkat akhir ya, penyediaan rangka kerja dan terma rujukan bagi pembangunan Pelan Induk Rel Malaysia 2050 atau Malaysia Railway Master Plan 2050 (MRM50). Pelan induk ini akan menjadi sebuah dokumen dasar komprehensif yang menggariskan hala tuju pembangunan rel sehingga tahun 2050, merangkumi bukan sahaja pembangunan di Lembah Klang tetapi turut memberi tumpuan kepada perluasan jaringan rel di seluruh negara bagi memastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang.
Berkenaan dengan pemisahan RAC pula dengan KTMB, pemisahan fungsi antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Kereta Api Tanah Melayu Berhad adalah selaras dengan Akta Keretapi 1991 yang menetapkan RAC sebagai pemilik dan pengurus aset rel, manakala KTMB bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan kereta api. Dalam
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
perkembangan berkaitan pemisahan fungsi antara RAC dan KTMB adalah telah diberikan perhatian dan ketetapan di dalam RMK13 bagi memastikan tadbir urus sektor ini menjadi lebih tersusun dan berkesan. Sesi libat urus dengan semua kementerian dan agensi berkaitan akan dilaksanakan bermula suku pertama tahun 2026. Pemisahan yang jelas ini turut memberikan kelebihan dari segi kewangan dan pengurusan termasuk penggunaan sumber yang lebih optimum, peningkatan ketelusan kos serta pengurusan aset yang lebih strategik.
Dalam hubungan ini, kerajaan komited memastikan struktur dan pengurusan sektor rel kekal kukuh dengan tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus, telus dan efisien. Pelaksanaan dibuat secara berfasa sepanjang tempoh RMK13 dengan mengambil kira kesiapsiagaan institusi dan implikasi kewangan bagi memastikan perkhidmatan rel tidak terjejas.
Berkenaan dengan pengangkutan awam di Negeri Sembilan pula, MOT juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi meningkatkan kualiti dan capaian sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan, khususnya melalui pembangunan infrastruktur rel dan hab bersepadu.
Antara usaha utama adalah seperti berikut. Pertama ialah penaikan infrastruktur rel KTMB melalui projek KVDT2. Projek KVDT2 melibatkan ya kerja-kerja naik taraf landasan sistem isyarat dan kejuruteraan rel di sepanjang Lembah Klang sehingga ke Seremban yang dijangka siap pada tahun 2029. Tujuan projek adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan kapasiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan KTMB Komuter;
(ii) membolehkan kekerapan tren serendah 7.5 minit pada waktu puncak; dan
(iii) menyokong pertumbuhan mobiliti rakyat di Negeri Sembilan yang merupakan koridor perjalanan harian utama ke Lembah Klang.
Berkenaan dengan— kedua ialah pembangunan Seremban Sentral sebagai hab pengangkutan bersepadu. MOT juga melaksanakan pembangunan Seremban Sentral iaitu sebuah projek pembangunan berorientasikan TOD ya: transit oriented development, bagi mewujudkan hab pengangkutan moden yang mengintegrasikan perkhidmatan kereta api KTMB, sistem bas dan rangkaian teksi e-hailing serta kemudahan komersial dan kediaman.
Pembangunan bersepadu ini bertujuan meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam bandar dan luar bandar, sekali gus menggalakkan peralihan kepada penggunaan mod pengangkutan awam yang lebih efisien. Terima kasih.
Dato' Wu Him Ven
Soalan tambahan. Dato Yang di-Pertua, saya ingin bertanya lanjut. Ini berkaitan dengan penduduk Nilai dan Seremban. Adakah status kemajuan kerja-
Dato' Wu Him Ven
kerja di bawah projek KVDT2 khususnya di jajaran Salak Selatan hingga Seremban? Adakah kementerian boleh menjelaskan kesan sebenar kerja-kerja naik taraf ini terhadap kekerapan tren, ketetapan masa serta jangkaan habisan projek KVDT2 bagi laluan tersebut? Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Yang Berhormat ya, projek KVDT2 ini ya pada— iaitu yang digunakan oleh kedua-duanya, komuter dan juga ETS nanti, akan dirasmikan pada 11 Disember ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya. Dan melalui tentang yang detail, detail yang Yang Berhormat tanya tadi ya, yang jarak dari from this location to this location itu adalah secara detailed-lah. Jadi yang jawapan bab itu, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang details apa-apa permasalahan, tetapi yang pastinya, ia nya akan dirasmikan 11 Disember ini oleh Yang Amat Berhormat. So that the ETS akan insya-Allah sampai ke Johorlah by December. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Soalan tambahan. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Apakah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan atau mengembangkan sistem kereta api di Sarawak bagi menghubungkan kawasan strategik seperti Kuching, Samarahan, Serian dan ke wilayah tengah negeri sejajar dengan usaha meningkatkan jaringan pengangkutan nasional di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas?
Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Yang pastinya, sejak bulan Jun ini, tahun ini, kajian untuk Trans-Borneo Railway telah pun bermula dan sedang dalam proses— interim report pertama pun ‘dah keluar, tentang jajaran dan sebagainya. Ini menyeluruh ya daripada Sabah, Sarawak dan insya-Allah, kita akan— tengah pun, ‘dah ada, sudah perundingan permulaan dengan negara jiran Brunei, juga untuk sebagai jajaran Trans-Borneo Railway ini.
Jadi, di bawah, to the national plan for railway asset ini ya, pembangunan Pelan Induk Kereta Api Malaysia, ianya akan merangkumi— selama ini semuanya di sebelah Semenanjung Malaysia sahaja, tetapi ini akan merangkumi the whole of Borneo dan ongoing is the Trans-Borneo Railway. Insya-Allah, kita berharap ianya akan berjalan dengan lancar dan sepatutnya dalam mungkin dalam bulan ini ataupun bulan depan juga akan dibentangkan kepada Premier Sarawak ya. All the report tentang apa-apa input daripada kerajaan Sarawak dan juga di Sabah pun alhamdulillah, ‘dah selesai ‘dah.
Dah ada ‘dah tahu siapa ketua dan insya-Allah juga akan dibentangkan juga kepada Ketua Menteri Sabah sebab ianya membabitkan ketiga-tiga ini. Dan di samping itu, sebenarnya negara jiran, which is along the way, kita cubalah memohon supaya ianya melalui
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
negara Brunei sebab kalau dia melalui bahagian pedalaman itu, it is a very treacherous terrain-lah. Itulah harapan kita, insya-Allah. Terima kasih, YB.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan ke-10. Terima kasih.
[Ketawa]
10. Puan Tiew Way Keng minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, status pelaksanaan gaji progresif dan mengapa negeri Selangor sebagai negeri paling besar tenaga kerja industri tidak dijadikan perintis utama sejak awal.
Tuan Yang di-Pertua
Dapat dengar kah Menteri?
[Ketawa]
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Suara rock sikit Yang Berhormat Yang di-Pertua.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Puan Tiew Way Keng dan terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024 telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM200 juta bagi pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif (DGP) yang akan memberi manfaat kepada 50,000 orang pekerja pada tahun 2025.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Justeru itu, projek rintis DGP telah dilaksanakan mulai Jun hingga Ogos 2024 yang membuka penyertaan kepada majikan mengikut sektor dan bukan mengikut negeri. Sektor terlibat dalam projek rintis DGP adalah sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan, borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi setiap aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.
Pemilihan sektor pembuatan, pembinaan dan perdagangan, borong dan runcit ini disebabkan median gaji masih berada di bawah median gaji kebangsaan, komposisi penerima gaji yang tinggi serta potensi untuk beralih ke arah automasi dan mekanisasi. Manakala pemilihan sektor aktiviti profesional, saintifik dan teknikal serta maklumat dan komunikasi dengan justifikasi bahawa sektor ini tergolong dalam sektor high growth, high value selari dengan aspirasi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Untuk makluman Dewan yang mulia, setakat 18 November 2025, sebanyak 5,242 majikan telah membuka akaun melalui sistem gaji progresif dan sebanyak 3,474 iaitu 66.3 peratus majikan telah membuat permohonan untuk penyertaan DGP. Daripada jumlah tersebut, 2,513 majikan telah menaikkan gaji yang manfaat 27,504 ataupun 55 peratus pekerja mengikut syarat insentif DGP. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tambahan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan, boleh ya? Soalan tambahan saya adalah berkenaan apakah mekanisme yang diambil oleh kementerian untuk memantau penilaian gaji progresif ini benar-benar memberi, meningkatkan pendapatan pada pekerja? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya ingat tadi soalan asal, tapi mungkin suara, suara agak itu sedikit masalah pagi ini. Dan mekanisme yang kita katakan adalah berdasarkan kepada tiga ciri asas iaitu bersifat sukarela yang mana syarikat yang berminat untuk menyertai DGP boleh mendaftar secara sukarela melalui sistem online secara dalam talian.
Dan yang kedua berteraskan insentif. Syarikat yang berdaftar serta memenuhi syarat DGP akan menerima insentif. Jumlah insentif diberikan akan ditentukan oleh kerajaan berdasarkan kedudukan fiskal negara.
Dan ketiga terkait dengan produktiviti. Kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja.
Jadi keseluruhan daripada ini, pihak kami akan mengkaji apakah DGP ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat secara pelaksanaan akan juga kita terima dan kita percaya mana-mana syarikat yang saya nyatakan tadi telah melebihi daripada 55 peratus yang telah mendaftar. Ini adalah melalui kajian yang kami lakukan melalui tiga perkara yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Tuan Shahrol Wizan.
Tuan Shahrol Wizan bin Sulong
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Shahrol Wizan bin Sulong minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan, apakah pendirian kerajaan dalam penetapan status serta pewartaan Kampung Orang Asli Berdut di DUN Jenderak, Kuala Krau, Pahang memandangkan komuniti tersebut telah lama menetap di kawasan berkenaan dan masih berlaku pertindihan dengan kawasan pengurusan PERHILITAN.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Dato Yang di-Pertua, status Kampung Orang Asli Berdut di DUN Jenderak, Kuala Krau, Pahang adalah berstatus tanah kerajaan negeri dan bertindih dengan rizab PERHILITAN Krau, Pahang. Pada tahun 1940-an, Kampung Orang Asli Berdut merupakan kampung asal penduduk orang asli. Namun, atas sebab pembangunan,
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
masyarakat Orang Asli Berdut dipindahkan ke Kampung Orang Asli Paya Rekoh. Seterusnya diiktiraf sebagai kampung utama.
Namun begitu, seramai 66 ketua isi rumah memilih untuk tidak berpindah dan terus menetap di Kampung Berdut yang berkeluasan 250 hektar. Untuk makluman Yang Berhormat, selanjutnya pewartaan kawasan dan rizab orang asli tidak boleh bertindih dengan rizab hidupan liar atau pun mergastua. Ini dinyatakan dengan jelas dalam seksyen 6 dan 7 Akta 134.
Bagi membolehkan pewartaan dilaksanakan, pihak berkuasa negeri perlu membatalkan kawasan tersebut dan mewartakan semula rizab hidupan liar itu di kawasan yang baru. Perkara ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa negeri sepertimana termaktub dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Justeru, dimohon agar perkara ini mendapat perhatian dan komitmen pihak berkuasa negeri agar hala tuju pewartaan kawasan dan rizab orang asli yang bertindih dengan kawasan rizab Melayu, rizab hutan dan juga rizab hidupan liar dapat diselesaikan dengan sewajarnya.
Justeru itu, sesi libat urus perlu dilaksanakan terlebih dahulu dengan Jabatan PERHILITAN Pahang dan juga pihak berkuasa negeri Pahang bagi menyatakan hasrat untuk mengukur dan mewartakan kawasan tersebut. Kampung ini hanya dapat diwartakan sekiranya mendapat persetujuan kerajaan negeri dan juga Jabatan PERHILITAN Pahang.
Terima kasih Dato’ di-Pertua.
Tuan Shahrol Wizan bin Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Saya kira tidak ada soalan tambahan kerana jawapan yang diberikan telah pun merangkumi semua. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Nasir.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Soalan saya nombor 12. Terima kasih.
12. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta Menteri Kesihatan menyatakan, langkah strategik kerajaan dalam menangani isu kekurangan doktor dan jururawat akibat peningkatan kadar peletakan jawatan serta kesannya terhadap perkhidmatan di hospital daerah dan klinik luar bandar.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris. Satu soalan yang kerap ditanya di dalam Dewan Rakyat dan juga Negara. Sebagai langkah segera untuk membendung isu kekurangan pegawai perubatan dan jururawat di facilities Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKM telah menawarkan pelantikan tetap
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
kepada 4,518 pegawai perubatan kontrak dan melantik tetap seramai 3,254 jururawat pada tahun 2025.
Pada tahun 2026, KKM menyasarkan untuk menawarkan pelantikan tetap kepada 4,500 Pegawai Perubatan Kontrak dan 935 graduan kejururawatan Institut Latihan KKM.
Dalam usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan sumber manusia di facilities kesihatan, KKM telah melaksanakan pengambilan 3,290 graduan perubatan untuk melaksanakan latihan siswazah menerusi pelantikan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD9 pada tahun 2025.
KKM juga telah meningkatkan pengambilan pelatih ILKKM di peringkat diploma kejururawatan kepada 3,343 pelatih pada tahun 2025 berbanding hanya 935 pelatih pada tahun 2023.
Secara keseluruhan, sehingga September 2025, seramai 6,059 pelatih diploma kejururawatan meliputi ambilan tahun 2023 sehingga 2025 sedang mengikuti pengajian di ILKKM. Pelatih ini akan mula berkhidmat di KKM secara berfasa antara tahun 2026 sehingga tahun 2028 setelah menamatkan pengajian dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Selain keluaran graduan ILKKM, KKM juga menyasarkan peningkatan pengeluaran graduan kejururawatan dari universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) selari dengan penamatan moratorium sejak tahun 2010 bagi program kejururawatan di universiti awam dan IPTS oleh Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 1 Ogos 2024.
Sehingga kini, seramai 15 IPTS telah mula membuka program baharu bagi Diploma Kejururawatan selaras penamatan moratorium tersebut. Peningkatan keluaran graduan kejururawatan dari universiti awam dan IPTA, IPTS dijangka akan dapat menampung keperluan tambahan di KKM dan juga facilities kesihatan di sektor swasta.
KKM menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat, berhubung peletakan jawatan petugas kesihatan. KKM sedia maklum terdapat peningkatan kadar peletakan jawatan pegawai perubatan dan jururawat di KKM. Berdasarkan analisis dari data tahun 2022 sehingga 2024, purata kadar peletakan jawatan berbanding pengisian tahunan adalah sekitar 0.84 peratus bagi pegawai perubatan dan 0.66 peratus bagi jururawat.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
KKM melaksanakan intervensi segera dengan meningkatkan pengambilan Pegawai Perubatan dan Jururawat yang mana jumlahnya jauh lebih tinggi berbanding jumlah meletak jawatan. Selain itu, penawaran insentif terkini oleh kerajaan seperti Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta, kenaikan gaji 15 peratus di bawah SSPA dan kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan
(ETAP) sekitar 40 peratus diharap dapat membendung peletakan jawatan petugas kesihatan.
Ahli Yang Berhormat, antara cabaran utama KKM dalam menguruskan penempatan petugas kesihatan adalah dari segi kesediaan petugas untuk ditempatkan di mana-mana lokaliti termasuk di luar bandar dan pedalaman. Isu ini bukan sahaja dihadapi oleh KKM, malah
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
turut dihadapi oleh kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengurus penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan.
Justeru, bagi menarik minat petugas untuk berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman, KKM meneruskan pemberian insentif khusus antaranya Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan antara RM500 sehingga RM1,500 sebulan, Bayaran Insentif Pedalaman antara RM135 hingga RM165 sebulan, elaun balik kampung bagi penerima BIMLTK atau tambang ziarah wilayah bagi pegawai yang bertukar wilayah. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan soalan nombor 12.
Cuma soalan tambahan saya ini, Yang Berhormat Menteri, dapat bercadang untuk memperkukuhkan seperti yang disebut tadi, insentif penempatan luar bandar untuk menarik dan mengekalkan doktor-doktor serta jururawat di daerah kritikal di Kedah umpamanya di daerah Sik, Baling, Yan, Padang Terap termasuklah penambahbaikan kemudahan kuarters, elaun kesusahan luar bandar, tuntutan perjalanan, serta penyediaan laluan kerjaya dan latihan yang berterusan untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Antara insentif yang kita tawarkan pada tahun hadapan adalah untuk menetapkan 4,500 pegawai-pegawai kontrak kepada lantikan tetap. Walaupun demikian, lantikan-lantikan tetap ini akan kita agihkan di seluruh negara termasuk Wilayah Sabah dan juga Sarawak. Begitu juga berlaku di kawasan seperti negeri Kedah.
Apa yang berlaku ketika ini, terdapat tawaran-tawaran tetap yang kita letakkan di negeri Kedah dan juga negeri-negeri seperti di luar daripada Lembah Klang mendapat rayuan untuk tidak pergi. Itu adalah merupakan antara satu cabaran besar.
Juga tahun hadapan, selain daripada program Bitara MADANI untuk kita menggantikan klinik-klinik kesihatan kita yang daif, pada tahun hadapan, kita akan melancarkan program- program untuk membaik pulih kuarters-kuarters kediaman. Seperti apa yang saya sering nyatakan, pegawai-pegawai perubatan dan juga pegawai-pegawai kesihatan kita memerlukan kuarters yang bermaruah Dato Yang di-Pertua, bagi membolehkan mereka tinggal di sesebuah kediaman dengan lebih selesa apabila menjawat jawatan sebagai pegawai perubatan. Ini adalah usaha yang besar untuk memastikan pegawai-pegawai dapat berminat untuk pergi.
Walaupun demikian, kita juga akan cuba untuk— kita sedang berusaha untuk berbincang dengan agensi pusat JPA bagi membolehkan elaun perpindahan ataupun elaun memula berpindah apabila ditawarkan lantikan tetap ke negeri-negeri tertentu, agar dapat dipertimbangkan bagi membolehkan mereka mempunyai modal untuk berpindah setelah mendapat lantikan tetap.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Juga pelbagai insentif-insentif yang lain akan kita kaji secara komprehensif dan teliti bagi membolehkan skop pekerjaan di dalam bidang kesihatan ini agar sentiasa segar dan juga menarik untuk terus mendapat perhatian daripada petugas-petugas. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan terakhir bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawapan Lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias.
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 13.
13. Tuan Che Alias bin Hamid minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, bentuk penalti atau tindakan yang dikenakan terhadap syarikat platform yang gagal menunaikan tanggungjawab caruman perlindungan sosial sebanyak 10 peratus bagi pekerja gig seperti yang ditetapkan kerajaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias Hamid.
Kerajaan prihatin terhadap kebajikan pekerja sektor tidak formal dan telah berusaha memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka khususnya pekerja dalam sektor ekonomi gig yang kini mencecah 1.2 juta.
Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah mengambil tindakan proaktif dengan membangunkan Rang Undang-undang Pekerja Gig yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 28 Ogos 2025 di Dewan Rakyat, 9 September 2025 di Dewan Negara.
Kelulusan ini membuktikan bahawa pekerja gig tidak lagi diabaikan, sebaliknya diiktiraf sebagai tenaga kerja penting dalam ekonomi baru negara.
Mengenai pertanyaan tentang bentuk penalti atau tindakan yang dikenakan terhadap syarikat platform yang gagal menunaikan tanggungjawab caruman perlindungan sosial sebanyak 10 peratus bagi pekerja gig. Peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] bagi memastikan keselamatan sosial semua pekerja gig dilindungi, sebarang perlanggaran terhadap mana-mana fasal yang tidak memperuntukkan hukuman khusus secara automatik, akan merujuk kepada fasal 108 yang berkaitan dengan penalti am iaitu apabila sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Berkaitan pertanyaan mengenai skim insurans pekerjaan untuk pekerja gig. Buat masa ini, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) masih belum diperluaskan kepada pekerja gig. Namun, PERKESO dari semasa ke semasa mengkaji kebolehlaksanaan skim ini atau skim
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
seumpamanya untuk pekerja gig, memandangkan skim ini di bawah Akta 800 untuk pekerja konvensional sahaja.
Menjawab pertanyaan sama ada rangka perlindungan sosial bagi pekerja sektor gig termasuk keselamatan sosial, insurans, kesihatan dan piawaian kontrak ataupun penguatkuasaan terhadap platform digital, jawapan adalah ya. Antara perkara utama yang termaktub dalam Rang Undang-undang Pekerja Gig adalah berkaitan perlindungan keselamatan sosial melalui PERKESO kepada pekerja gig bagi memastikan mereka menikmati jaringan keselamatan sosial yang sama seperti pekerja di sektor formal.
Rang undang-undang ini juga memperkenalkan mekanisme aduan dan pertikaian baru melalui penubuhan Tribunal Pekerja Gig yang membolehkan penyelesaian kes dilakukan dengan lebih cepat, dengan kos yang lebih rendah berbanding proses di mahkamah sivil. Apa yang lebih penting lagi, rang undang-undang ini memperkenalkan Majlis Perundingan Pekerja Gig yang berfungsi sebagai ruang dialog terbuka dan telus antara kerajaan, penyedia platform serta wakil pekerja gig. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan.
Soalan tambahan saya, kementerian telah pun memberi jaminan bahawa segala kos untuk menghubungkan sistem syarikat bagi tujuan caruman akan ditanggung sepenuhnya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial yakni PERKESO dan tiada caj tambahan dikenakan ke atas syarikat gig. Walaupun RUU Pekerja Gig 2025 yang akan dikuatkuasakan majikan, semua penyedia platform memberi potongan caruman PERKESO ini.
Soalan saya, bagaimanakah kementerian akan memantau dan menguatkuasakan jaminan bahawa tiada caj tambahan dipindahkan kepada pekerja gig selepas RUU ini dikuatkuasakan? Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan oleh pihak kementerian dan agensi berkaitan seperti PERKESO untuk mengenal pasti syarikat yang— ataupun platform yang gagal menunaikan tanggungjawab caruman perlindungan sosial 10 peratus bagi pekerja gig ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias.
Pertamanya, persoalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa dalam untuk mengenal pasti bahawa pelaksanaan ini dapat dijalankan dengan baik, sudah pastilah kita akan melaksanakan program turun padang dan walaupun kita tidak dapat memenuhi segala perkara yang berlaku ini dan kita akan membuat dari semasa ke semasa.
Sebenarnya dari semasa ke semasa ini kami sentiasa mengadakan secara mungkin dia boleh katakan secara rawak walaupun yang lebih penting kalau kita mendapat laporan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
yang penuh daripada pengadu-pengadu kepada kami, lebih senang untuk kami melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab tersebut.
Atas dasar 10 peratus yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, sebenarnya kita melakukan berbagai-bagai mekanisme untuk dalam hal perkara tersebut bagi memastikan pekerja gig ini sentiasa dapat terlindung.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan lantaran itu, sebab itu kita lakukan juga Majlis Perundingan Pekerja Gig untuk memastikan bahawa kelancaran apa yang rang undang-undang kita luluskan di Dewan ini sendiri supaya dapat kita laksanakan. Alhamdulillah, saya tengok apa yang dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi melihat pasti untuk— semuanya untuk mereka yang pekerja gig yang sudah pasti tidak mempunyai majikan dan inilah pemantauan yang harus kita lakukan. Alhamdulillah, Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dapat memainkan peranan bersama, termasuklah Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, untuk memastikan pelaksanaan yang kita lakukan ini dapat diluluskan secara— dapat dilaksanakan secara yang lebih baik di masa mendatang ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah Sesi Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Sebelum diteruskan urusan seterusnya, sebagai sebahagian daripada pemasyhuran adalah dimaklumkan bahawa dengan bangganya seorang Ahli Yang Berhormat kita, Senator Isaiah Jacob telah dipilih sebagai Pengerusi: Chairperson bagi Commonwealth Parliamentarian With Disability untuk Commonwealth Parliamentary Association semasa Persidangan Parlimen Komanwel yang diadakan pada bulan Oktober di Barbados.
Pemilihan— Ini pemilihan, bukan dilantik. Dipilih dia. Yang Berhormat ini— berkuat kuasa selama tiga tahun sehingga 2028. Bagi pihak Dewan Negara, kita mengucapkan tahniah dan syabas dan selamat menjalankan tugas.
[Tepuk] [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum diteruskan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), ditetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan dan diluluskan D.R.31/2025 Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dan D.R.29/2025 Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 2 Disember 2025.
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Persendirian 1971 [Akta 27] ini merupakan undang-undang induk yang mengawal selia agensi persendirian yang menjalankan perniagaan atau aktiviti berkaitan dengan kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian di dalam negara ini.
Akta 27 ini tidak boleh dipinda— tidak pernah dipinda sejak ianya mula berkuat kuasa pada 30 April 1971. Dan di dalam akta ini terdapat 20 seksyen yang merangkumi seksyen-seksyen sebagaimana yang akan saya jelaskan nanti.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri pada 1 Oktober 2025 ketika menimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, nombor M642/2025 bertajuk Rang Undang- undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 [Akta 27] telah bersetuju dengan cadangan dasar untuk meminda Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]. Pindaan ini dicadangkan seiring dengan perubahan landskap keselamatan negara serta perkembangan semasa industri kawalan keselamatan.
Ini merupakan satu keperluan bagi memastikan Akta 27 ini terus relevan, berupaya menangani cabaran baru serta selari dengan kehendak dan tuntutan semasa negara. Dengan pindaan ini juga, kerajaan berhasrat memastikan peruntukan undang-undang yang sedia ada
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
diperkukuh agar lebih efektif dan dalam masa yang sama, memacu profesionalisme industri keselamatan persendirian.
Bagi tujuan penggubalan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan yang berkaitan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) dan juga pemain-pemain industri. Secara keseluruhannya, mereka menyokong cadangan pindaan Akta 27 ini.
Dan antara perkara yang disyorkan ialah perkara-perkara berkaitan keperluan lesen seperti tempoh sah laku daripada satu tahun kepada dua tahun, dengan mengekalkan tarikh luput lesen pada 31 Disember. Pejabat cawangan agensi persendirian yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri turut dilesenkan dan mewujudkan kuasa Menteri, membuat arahan pentadbiran, garis panduan, pekeliling dan sebagainya bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah akta ini.
Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 mengandungi enam fasal seperti berikut.
Fasal 1, “Tajuk Ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2, meminda seksyen 3 Akta 27 dengan memasukkan seksyen baharu 2A(2B) dan (3A) dalam akta ini.
Fasal 3, memotong seksyen 5 Akta 27. Seksyen 5 memperuntukkan senarai agensi persendirian berlesen. Tambahan dan pemotongan daripada senarai itu hendaklah diwartakan pada bulan Mac setiap tahun. Pemotongan seksyen ini selaras dengan perkembangan semasa, di mana orang awam boleh membuat semakan dan carian status ke atas mana-mana agensi persendirian melalui semakan secara atas talian pada bila-bila masa.
Fasal 4, meminda seksyen 9 Akta 27 dengan memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan surat kelulusan untuk mengambil seseorang bekerja di suatu agensi persendirian, selaras dengan pemusatan semakan dan tapisan oleh PDRM, ibu pejabat secara bersepadu dengan kementerian. Pada masa ini, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis diberi kuasa untuk mengeluarkan surat kelulusan itu.
Fasal 5, meminda seksyen 13 Akta 27 berbangkit daripada cadangan pindaan kepada seksyen 9 Akta 27.
Dan fasal 6, memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 27 untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan apa-apa arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis sebagaimana perlu untuk melaksanakan Akta 27.
Tuan Yang di-Pertua, sesi libat urus Ahli Parlimen Dewan Rakyat telah diadakan pada 7 Oktober 2025. Dan pada hari yang sama, Rang Undang-undang Agensi Persendirian turut
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan pertama serta turut dibentangkan pada Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kelima Belas. Seterusnya, bacaan kedua telah dibentangkan pada 9 Oktober di Dewan Rakyat dan pindaan akta kemudiannya dipersetujui dan diluluskan.
Pada 5 November 2025, Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 telah dibentangkan pada Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara. Dan pada hari ini, 1 Disember merupakan sesi libat urus dengan Ahli Parlimen Dewan Negara untuk mendapatkan pandangan bagi pindaan-pindaan yang dicadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Persendirian 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada empat orang sahaja Ahli yang hendak berbahas. Maka, saya buat ketetapanlah. Kerana ‘nak ke waktu tengah hari pun ada lebih sejam lagi. Saya berikan sebanyak 15 minit seorang.
[Ketawa] Timbalan Menteri ‘dah mengeluh ‘dah.
Jadi dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Pertamanya, saya ingin ucapkan tahniah kepada kementerian yang telah berjaya membuat pindaan dan diluluskan di Dewan Rakyat. Rang Undang-undang ini pada hemat saya membawa beberapa pindaan penting kerana kerangka perundangan yang mentadbir ekosistem pihak keselamatan dan agensi persendirian. Justeru, saya ingin meneliti pindaan ini daripada sudut keutuhan undang-undang, tadbir urus dan implikasi terhadap kuasa budi bicara pihak eksekutif.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Yang pertamanya, penstrukturan semula peruntukan lesen seksyen 3 pindaan.
Pindaan kepada seksyen 3 melalui pengenalan subseksyen 3(2A), 3(2B) dan 3(A) memberikan penerangan baharu berhubung:
(i) tempoh sah lesen;
(ii) keupayaan membuka pejabat cawangan; dan
(iii) kuasa mengenakan syarat ke atas lesen.
Dari perspektif undang-undang pentadbiran, penetapan tempoh sah lesen sehingga 31 Disember sama ada tahun yang sama atau tahun berikutnya mengurangkan ruang tafsiran yang sebelum ini bergantung kepada amalan pentadbiran, penerangan sebegini selaras dengan prinsip kepastian undang-undang atau legal certainty dengan izin, yang penting dalam mana-mana institusi yang bertanggungjawab terhadap sesuatu perlesenan.
Namun saya ingin menarik perhatian bahawa subseksyen 2(b) memberikan kuasa luas kepada Menteri untuk mengenakan syarat yang difikirkannya perlu. Walaupun saya bersetuju bahawa kementerian dalam negeri memerlukan fleksibiliti dalam kawal selia, namun prinsip kemunasabahan dan keseimbangan harus sentiasa dipelihara agar kuasa ini tidak menjadi budi bicara yang tidak terbatas. Saya mencadangkan supaya garis panduan bertulis walaupun dalam bentuk arahan atau pekeliling digunakan sebagai mekanisme semak dan imbang bagi menyokong keputusan pentadbiran tersebut.
Yang kedua, pemotongan seksyen 5, kewajipan penerbitan awam. Pemotongan seksyen 5 yang sebelum ini mewajibkan senarai agensi persendirian berlesen disiarkan dalam warta perlu dilihat secara berhati-hati. Saya akui bahawa semakan secara dalam talian memberikan akses lebih cepat dan mudah kepada orang awam. Namun, warta merupakan dokumen rasmi negara yang menyediakan rekod perundangan tetap.
Ketiadaan senarai rasmi dalam warta boleh menimbulkan isu dari sudut ketelusan, memutakhirkan maklumat dan kebolehgunaan sebagai rujukan sah dalam prosiding undang- undang. Maka saya berharap Kementerian Dalam Negeri memastikan sistem dalaman tersebut benar-benar mempunyai ciri keselamatan, integriti data serta boleh diakses secara konsisten supaya ia tidak menjejaskan kepentingan pihak berkepentingan khususnya apabila melibatkan kes mahkamah atau pertikaian status lesen.
Yang ketiga pindaan seksyen 9 penyeragaman kuasa kelulusan pekerja. Pemusatan kuasa kepada Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan surat kelulusan pekerja adalah selaras dengan keperluan standard keselamatan yang seragam. Namun saya ingin menegaskan dua perkara.
Yang pertama beban pentadbiran. Pusatkan kuasa di peringkat pengurusan tertinggi Bukit Aman, memerlukan sistem pemprosesan yang cekap agar permohonan agensi tidak
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
terkesan dengan kelewatan. Yang kedua, ketelusan prosedur, bentuk borang, butiran yang diperlukan dan tempoh masa pemprosesan hendaklah ditetapkan secara jelas agar agensi persendirian tidak berada dalam keadaan kekeliruan.
Yang keempat seksyen baharu 18A, kuasa mengeluarkan arahan dan garis panduan.
Pengenalan seksyen 18A yang membenarkan Menteri mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling dan notis merupakan perkembangan dokumentasi yang penting. Instrumen seumpama ini walaupun bukan undang-undang kecil dalam erti kata teknikal tetap memiliki implikasi mengikat dari sudut pentadbiran.
Oleh itu, arahan tersebut mestilah selaras dengan tujuan akta, tidak melangkaui kuasa yang diberikan oleh Parlimen dan dipamerkan secara terbuka kepada semua pihak berkepentingan. Saya mencadangkan bahawa prinsip ultravirus konsep berkenaan melangkaui kuasa undang-undang harus sentiasa menjadi rujukan bagi memastikan setiap arahan eksekutif tidak melebihi mandat yang ditetapkan undang-undang ibu.
Dan sebagai penutup, secara keseluruhannya...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang Berhormat, minta penjelasan sikit boleh.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Mengenai pemusatan kuasa yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang diberikan kepada Ketua Polis Negara. Saya bersetuju dengan pandangan BHEUU bahawa itu akan menyebabkan mungkin backlog yang panjang kerana tugas ini mungkin terlalu besar, besar dan memusat kepada seorang itu akan menyebabkan lambat siap dan orang menunggu.
Jadi, adakah yang Yang Berhormat setuju kalau ada peruntukan supaya kuasa ini boleh diperturunkan oleh Ketua Polis Negara disebutkan secara khusus kepada pegawai- pegawai yang berpangkat, certain pangkatlah yang tidak rendah, tidaklah sarjan dan sebagainya, tapi kepada pegawai-pegawai yang lebih tinggi supaya proses kelulusan ini dapat kita segerakan dan memuaskan pelanggan? Terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Saya bersetuju, tapi mestilah dilakukan dengan mementingkan integriti tanpa penyalahgunaan kuasa. Terima kasih.
Dan secara keseluruhannya rang undang-undang ini membawa struktur kawal selia baharu yang lebih moden dan sesuai dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri. Ia memperkemaskan sistem pelesenan, menambah elemen pengawalseliaan dan memberikan kejelasan undang-undang.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Namun saya ingin menegaskan bahawa dalam apa-apa rangka perundangan yang mengukuhkan kuasa eksekutif, prinsip tadbir urus yang baik, termasuk keterbukaan, kepastian undang-undang, prosedur yang wajar dan kawalan budi bicara mesti sentiasa dikekalkan.
Saya berharap kementerian akan menyediakan garis panduan lengkap membangunkan sistem digital yang berintegriti serta memastikan semua keputusan pentadbiran dibuat secara telus dan adil. Dengan itu, saya menyokong hasrat memperkukuhkan industri agensi persendirian, namun menyeru agar pelaksanaan pindaan ini dilaksanakan dengan disiplin undang-undang dan integriti pentadbiran yang tinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Dr. Hajah Wan Martina. Sekarang saya jemput Dato’ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang kita bahaskan hari ini mungkin nampak teknikal. Soal license, soal pembaharuan, soal kuasa Menteri, tetapi sebenarnya RUU ini menyentuh industri yang memegang amanah besar iaitu menjaga keselamatan sekolah, kanak-kanak, hospital, kilang, bangunan kerajaan, rumah ibadat dan premis rakyat.
Industri keselamatan bukan industri kecil. Ia industri yang menentukan sama ada negara kita selamat atau tidak, harta kita— harta benda kita terjaga atau tidak? Oleh itu, izinkan saya menyentuh beberapa perkara secara berperingkat.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ucapkan syabas kepada pihak kementerian di atas pemindaan tempoh permohonan dan sah laku lesen KDN dari satu tahun ke dua tahun sekali.
Ini sesuatu yang baik untuk pemain-pemain industri. Namun, subseksyen 3A akan memberi impak yang tidak begitu baik kepada pemain-pemain industri. Syarat syarikat keselamatan dimestikan membuat permohonan lesen cawangan dengan sekadar— dengan kadar bayaran lesen akan memberi impak yang negatif kepada pemain-pemain industri.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Nampak kecik, tetapi kesannya besar Yang di-Pertua. Lesen pertambahan bermakna bermaksud yuran tambahan. Lesen ini boleh dijadikan syarat tender dan menyebabkan syarikat kecil tersingkir awal daripada proses tender tersebut. Industri air ini dikuasai oleh syarikat-syarikat gergasi sahaja. Kos meningkat, tetapi margin keselamatan rakyat tidak meningkat. Ini bukan reformasi, ini langkah yang boleh menguatkan oligopoli dalam industri keselamatan. Saya mencadangkan supaya lesen cawangan tidak dikenakan yuran tambahan
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
dan peraturan lesen tidak dibenarkan menjadi syarat wajib dalam tender kerajaan. Itu cadangan saya. Dan industri ini sihat apabila persaingannya sihat; bukan apabila pintunya semakin mengecil.
Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, fasal 3 pemotongan seksyen 5 senarai lesen.
Seksyen 5 yang lama mewajibkan penerbitan senarai lesen dalam warta dipotong dan digantikan dengan sistem semakan digital oleh KDN. Ini selaras dengan zaman digital, tapi masalah bukan pada platform; masalahnya adalah pemantauan. Kalau sistem lambat dikemas kini, rakyat keliru. Kalau maklumat tidak tepat, industri menjadi mangsa. Kalau portal tidak mesra pengguna, akhirnya kembali ke WhatsApp dan telefon bertanya status.
Digitalization tanpa disiplin hanya menukar masalah analog kepada masalah moden. Maka saya mencadangkan supaya portal semakan lesen dikemas kini masa nyata, mesra pengguna dan mempunyai standard ketelusan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga— fasal 4 pindaan seksyen 9, kelulusan pekerja. Pindaan ini menetapkan bahawa semua permohonan pekerja mesti melalui Ketua Polis Negara.
Niatnya baik, syabas, standard keselamatan yang tinggi, tetapi realitinya industri ini menghadapi kekurangan pekerja setiap hari. Ada pengawal lari, ada yang tidak hadir bekerja, ada yang keluar tanpa notis. Syarikat terpaksa mencari pengganti pada hari yang sama, tetapi kelulusan pula mengambil masa berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan, Tuan Yang di-Pertua. Kesannya syarikat keselamatan menjadi lumpuh, syarikat tidak berlesen pula mengisi kekosongan dengan menggunakan tenaga kerja pekerja-pekerja asing yang tidak ada permit dan keselamatan premis tergugat akibatnya.
Saya mencadangkan supaya satu tempoh pemprosesan standard ditetapkan, contohnya tujuh hari, supaya pemohon berisiko rendah diberi kelulusan automatik dan unit pemprosesan PDRM ditambah bagi menampung beban kerja. Kalau tidak undang-undang ini menambah birokrasi, tetapi bukan menambah keselamatan dan juga objektif KDN untuk memperkasakan industri keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, yang keempat, fasal 5 dan 13, penyeragaman kuasa PDRM.
Rasional pindaan ini adalah untuk menyeragamkan kuasa Ketua Polis Negara. Namun kerajaan perlu jujur, beban kerja PDRM akan meningkat secara mendadak. Kalau kapasiti pemprosesan tidak ditambah, industri akan mengalami kesesakan permohonan. Kalau tidak mahu undang-undang yang baik gagal dalam pentadbiran yang perlahan, saya mencadangkan penambahan kakitangan pemprosesan khususnya menjaga hal ehwal pendaftaran agensi-agensi keselamatan dan sistem pemantauan prestasi dan juga penyelarasan dengan teknologi analitik risiko.
Tuan Yang di-Pertua, yang kelima, fasal 6 kuasa arahan melalui seksyen 18A.
Seksyen baharu 18A memberi kuasa luas kepada Menteri, tetapi kuasa luas tanpa kaedah
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
jelas boleh menghasilkan peraturan yang berubah-ubah, ketidaktentuan kepada syarikat, dengan izin, uncertainty dan kekeliruan: confusion dalam pelaksanaan. Industri keselamatan memerlukan kestabilan dasar, bukan peraturan minggu ini lain, minggu depan lain. Saya lihat Timbalan YDP senyum kerana beliau pernah berada dalam KDN.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya lah, YB pun bercakap macam YB mahir betul dalam bidang ini.
[Ketawa]
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Ya ini, ini.
[Ketawa] Saya mencadangkan supaya setiap arahan baharu diwajibkan melalui sesi libat urus industri sebelum diumumkan.
Tuan Yang di-Pertua, setelah fasal, kini kita sentuh isu sebenar industri. Fasal-fasal penting, tetapi ada isu-isu yang lebih besar dan isu yang tidak ditulis dalam RUU, tetapi menghantui industri ini bertahun-tahun dan memberi implikasi yang buruk kepada pemain- pemain industri khususnya yang kecil dan baharu.
Pertamanya, KDN harus memandang serius aktiviti-aktiviti kartel dalam menyusun tender-tender kerajaan khususnya ditender-tender kawalan keselamatan di Kementerian Pendidikan dan kementerian-kementerian lain. Syarikat yang tidak bersetuju dengan syarat kartel tidak akan mendapat sebarang kontrak kerajaan walaupun memenuhi segala syarat untuk melayakkan diri untuk mendapatkan tender tersebut.
Saya amat sedih pada zaman Kerajaan MADANI ini apabila Perdana Menteri serius dalam membanteras rasuah dan kartel, aktiviti kartel susunan kontrak kerajaan masih aktif dan semakin berleluasa tanpa pengakhirannya. Saya berharap pihak SPRM sedang menjalankan tugas dengan cukup baik setakat ini dengan menyiasat dan menghentikan kartel-kartel ini yang mengaut berjuta ringgit setiap tahun. Itu satu, seperti semua yang kita tahu cuma kita tak berani bersuara. Saya harap tindakan yang serius akan diambil terhadap kartel-kartel tersebut sebab banyak, semakin banyak aktiviti kartel ini menyusun kontrak- kontrak kerajaan. Ini perkara yang serius ya.
Dan kedua, masalah kedua ialah pekerja lari dan disiplin rendah. Industri kehilangan ribuan pekerja setiap bulan. Syarikat tidak dilindungi, tetapi pekerja boleh berhenti bila-bila masa. Ini mengancam operasi pelanggan. Kami mencadangkan mekanisme kontrak yang lebih seimbang supaya majikan tidak terus menjadi mangsa.
Ketiga, peluang kedua kepada pemohon rekod lama. Yang di-Pertua, negara lain seperti UK dan Australia mengamalkan konsep spent conviction, tetapi di Malaysia walaupun rekod seseorang sudah 10 tahun berlalu, walaupun ia sudah berubah, bertaubat, walaupun PDRM sahkan dia bersih, dia tetap tidak diberi second chance untuk bekerja sekali lagi. Kalau kita tidak beri peluang kedua, kita sebenarnya menolak mereka ke tepi dan mereka mungkin kembali ke jalan yang salah. Saya mencadangkan pemohon dengan rekod lebih 10 tahun dan disahkan bersih oleh PDRM dibenarkan bekerja dalam industri keselamatan.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini baik, tetapi undang-undang yang baik mesti disertai dengan pelaksanaan yang cekap. Kita tidak boleh menambah syarat, tetapi tidak mengurangkan beban, menambah kuasa, tetapi tidak menambah ketelusan, menambah lesen, tetapi tidak memikirkan beban syarikat kecil. Jika tidak kita tidak berhati-hati, RUU ini akan melahirkan industri yang lebih berat sebelah, lebih mahal dan lebih dikuasai kartel.
Dengan teguran dan cadangan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Dato’. Isu Dato’ timbulkan itu macam isu yang saya dengar 10 tahun dulu waktu saya di KDN.
[Ketawa] Baik, sekarang saya ‘nak jemput YB Anna Belle. Ya, silakan.
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya. Jutaan terima kasih saya zahirkan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.
Saya ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Menteri Dalam Negeri di atas pembentangan RUU yang begitu tersusun, lengkap dan menyeluruh.
Pembentangan tersebut bukan sahaja memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan industri keselamatan swasta, tetapi juga menunjukkan keberanian dan kesungguhan untuk melakukan pembaharuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat pada waktu ini.
Oleh itu, dengan rasa penuh tanggungjawab dan keyakinan saya menyatakan sokongan padu terhadap RUU ini yang saya anggap sebagai satu inisiatif yang amat baik serta bertepatan dengan tuntutan semasa.
Datuk Yang di-Pertua, industri agensi persendirian kini telah menjadi komponen penting dalam ekosistem keselamatan negara. Dalam ratusan ribu pengawal keselamatan dan syarikat yang beroperasi dalam sektor kawalan keselamatan, pengurusan risiko, logistik tunai dan lain-lain cabang perkhidmatan.
Sektor ini telah berkembang dengan pesat dan memainkan peranan pelengkap utama kepada pasukan keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia. Peranan agensi persendirian dalam melindungi aset, premis kritikal, sekolah, hospital dan kawasan perumahan merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Malah, tidak syak lagi bahawa perkembangan industri ini perlu disokong dengan kerangka perundangan yang lebih kukuh, terurus dan telus.
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
RUU ini tampil pada saat yang amat tepat bagi mengisi keperluan tersebut. Persoalan saya, apakah intervensi pihak kementerian untuk terus memperkukuhkan RUU ini benar- benar memenuhi aspirasi mereka yang terlibat dengan lebih tuntas dan meyakinkan?
Datuk Yang di-Pertua, salah satu tonggak utama RUU ini ialah menambah baikkan terhadap proses pengeluaran dan pembaharuan lesen bagi agensi persendirian. Kita tidak dapat menafikan bahawa sistem lama yang bergantung kepada proses manual sering kali berhadapan dengan kelewatan, ketidakselarasan dokumen dan isu pentadbiran yang merumitkan.
Justeru, usaha kerajaan memperkenalkan sistem pelesenan yang lebih moden, teratur dan mesra pengguna merupakan satu langkah transformasi besar yang harus dipuji. Dengan wujudnya sistem pelesenan yang diperkemas ini, barulah urusan pengeluaran lesen dapat dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan telus. Pendigitalan proses ini juga menghapuskan kebergantungan terhadap dokumen fizikal, mengurangkan risiko penipuan, menambah keberkesanan audit dan memastikan semua rekod sentiasa dikemas kini. Ini contoh reformasi perkhidmatan awam yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat sejagat.
Datuk Yang di-Pertua, satu lagi pembaharuan besar yang amat saya alu-alukan ialah pewujudan kemudahan semakan status agensi persendirian secara dalam talian. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan tahap keseriusan Kementerian Dalam Negeri dalam menambah baik ketelusan sektor ini, malah memudahkan rakyat untuk menyemak ketelusan, kelulusan mana-mana syarikat keselamatan sebelum membuat sebarang lantikan.
Sebagai platform digital ini, orang awam, pengurus bangunan, pemaju, institusi kewangan dan syarikat komersial boleh membuat carian bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pendigitalan sebegini amat selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan ketelusan, integriti serta kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Pendek kata, usaha ini akan memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada sistem pelesenan di negara kita.
Datuk Yang di-Pertua, walaupun pendigitalan semakin— semakan awam merupakan langkah cemerlang adalah perlu untuk kita memastikan keselamatan data dan kerahsiaan maklumat terus dipelihara. Rekod agensi persendirian melibatkan maklumat sensitif seperti data pemilikan syarikat, maklumat pekerja keselamatan, rekod kawal selia serta dana audit PDRM. Oleh itu, saya menyarankan agar sistem tersebut dibangunkan dengan tahap keselamatan yang tinggi, memenuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan mengguna pakai teknologi encrypt yang relevan.
Audit keselamatan siber secara berkala juga wajar dilaksanakan bagi menjamin integriti sistem. Kita tidak mahu rakyat menikmati kemudahan semakan, tetapi dalam masa
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
yang sama terdedah kepada ancaman siber atau ketirisan data. Justeru, keseimbangan antara kemudahan digital dan keselamatan siber perlu terus diberi perhatian. Persoalan saya, sejauh manakah pihak kementerian memantau platform ini benar-benar efisien dalam memastikan ia selaras dan selari dengan RUU yang dibentangkan?
Datuk Yang di-Pertua, saya juga turut menyambut baik pindaan yang dibuat terhadap seksyen 9 yang memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan surat kelulusan bagi pengambilan pekerja di bawah agensi persendirian. Keputusan kelulusan diberikan oleh pihak tertinggi dalam hierarki PDRM ini membawa banyak kelebihan.
Pertama, ia memastikan keputusan kelulusan dibuat berdasarkan maklumat latar belakang yang komprehensif dan disemak pada tahap paling profesional.
Kedua, ia mengurangkan risiko kesilapan pentadbiran dan salah tafsir di peringkat bawahan.
Ketiga, ia memastikan setiap individu yang dilantik benar-benar bebas daripada sebarang rekod jenayah atau risiko keselamatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan premis, pelanggan atau masyarakat.
Dengan ancaman siber moden dan sindiket yang semakin canggih, langkah ini adalah satu keperluan, bukan pilihan. Namun demikian, apakah langkah yang diambil ini benar-benar mampu melaksanakan fungsinya dengan baik, telus dan berintegriti?
Datuk Yang di-Pertua, sebelum ini kita sering berhadapan masalah agensi tidak berlesen, sindiket yang menyalahgunakan permit pekerja asing, pengawal keselamatan yang tidak memiliki dokumen sah serta syarikat yang menjalankan operasi tanpa pengesahan yang betul. Sistem lama membuka ruang kepada eksploitasi tertentu termasuklah pemalsuan dokumen atau penyalahgunaan maklumat.
Dengan adanya sistem semakan rakyat secara digital, kelulusan pekerja oleh pihak tertinggi serta rekod data yang diselaraskan di peringkat nasional, RUU ini akan menutup ruang penipuan dan seterusnya meningkatkan integriti dalam industri keselamatan swasta. Ia sangat penting untuk melindungi pengguna perkhidmatan, menjaga reputasi negara dan memastikan keselamatan awam terjamin.
Datuk Yang di-Pertua, sebagai penutup, setelah meneliti keseluruhan kandungan dalam Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025, saya yakin bahawa RUU ini adalah satu langkah reformasi yang tepat, perlu dan amat bermanfaat kepada rakyat. Ia bukan sahaja memperkukuhkan integriti sektor keselamatan swasta, malah meningkatkan keselamatan negara secara keseluruhan.
RUU ini memperkemaskan sistem pelesenan, memberikan kemudahan semakan kepada rakyat, meningkatkan tahap ketelusan dan memastikan saringan pekerja dibuat pada tahap profesionalisme yang lebih tinggi. Kesemuanya selari dengan prinsip tadbir urus yang
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
baik yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Maka, dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya menyokong sepenuhnya RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 ini. Semoga ia menjadi satu lagi batu tanda penting dalam perjalanan negara ke arah sistem keselamatan yang lebih moden, berintegriti dan profesionalisme. Sekian, saya mohon untuk terus menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Datuk Anna Belle. Sekarang jam 12.17.
Pembahas terakhir YB Tuan Haji Hussin. 15 minit cukup Tuan Haji Hussin?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
10 minit.
Timbalan Yang di-Pertua
10 minit. Alhamdulillah.
[Ketawa] Dipersilakan Tuan Haji Hussin.
[Ketawa] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tapi masa tambahan lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua
Masih banyak masa, saya ‘nak tambah lagi.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.
[Berselawat] Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan satu penghargaan keputusan pemilihan hebat Sabah semalam. Dua hari yang lepas. Yang kedua, saya terus masuk kepada perbincangan. Tanpa ulasan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Keluar topik.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Keluar topik. Datuk Yang di-Pertua, saya menyambut baik, hasrat dan juga pindaan kepada RUU ini yang saya lihat terfokus kepada dua bidang iaitu agensi perkhidmatan keselamatan persendirian dan agensi penyiasatan persendirian.
Kedua-dua ini terkait dengan soal keselamatan dan ada perkara yang sudah pun disebut banyak oleh kawan-kawan Senator sebentar tadi.
Cuma mungkin saya ingin memberikan sedikit penekanan. Mungkin juga sebagai satu, suatu kebimbangan supaya kita boleh mengambilnya atau pun pihak kementerian boleh masukkannya menjadi sebahagian daripada perkara yang perlu ditambah baik andainya ia nya difikirkan wajar. Dan saya bercakap saya rasa ia nya wajar.
Yang pertama, proses pemilihan. Bukan pemilihan, perubahan daripada sistem biasa kepada sistem digital. Suatu yang sangat bagus. Boleh disemak, tetapi ada juga sikit kebimbangan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Biasanya, pewartaan dilakukan dan senarai itu dikemukakan. Ertinya pewartaan itu adalah satu dokumen yang sah, yang tak boleh lagi dipinda sebab sudah diwartakan, tetapi apabila digital, dia tertakluk untuk sebarang berubah di dalam itu pada bila-bila masa dilihatkan keperluan. Saya sebut ini, kalau boleh, fikirkan bagaimana strateginya untuk
Tuan Haji Hussin bin Ismail
memastikan digital itu kekal sebagai satu dokumen sah yang panjang seperti warta itu ditulis dalam hardcopy yang semua orang akan perakukannya sebagai satu dalam bentuk dokumen yang tidak mudah untuk diubah dan ditatap dan diambil persetujuan.
Yang keduanya tentang peranan besar, yang tadi disebut oleh Dr. Wan Martina juga, disebut juga oleh— tambahan oleh Dr. Hatta, Yang Berhormat Senator ‘Datuk Seri Utama’ Dr.
Hatta. Apabila disebutkan fungsi ini kepada— eh, saya salah sebut sikit. Minta maaf. Saya tarik balik.
Fungsi ini diberi kuasa mandat kepada ketua polis dengan bebanan yang sudah sedia ada kepada ketua polis. Untuk dibuat siasatan, memang akan delegate dan nanti di-finalize- kan oleh ketua polis, tetapi beban kerja itu memberi ruang untuk akan berlaku lagi kelambatan dan kelambatan. Walaupun ini— mungkin ada jawapan dan saya harap akan ada jawapan untuk tujuan supaya diperkemaskan, supaya beban sedia ada itu tidak dilonggokkan lagi, menjadikan asbab untuk pemberian lesen dan lain-lain ini akan menjadi tergendala.
Yang ketiganya, disebutkan juga di situ ialah pembabitan pekerja asing. Tuan-tuan, kalau kita tengok sekarang ini agensi-agensi keselamatan, pergi mana-mana pun, kita jarang akan tengok muka orang Malaysia. Nepal dan lain-lain. Dalam peruntukan ini disebut supaya mengutamakan pekerja tempatan, tetapi yang nampak sekarang pun biasanya yang akan masuk daripada Nepal dan beberapa tertentu ini, memang kontraknya ialah untuk terlibat dalam bidang keselamatan.
Saya ada dua perkaralah di sini tentang isu pekerja asing. Satu, kesetiaan. Lebih-lebih lagi yang terbabit dengan keselamatan— dengan penyiasatan. Yang terkait dengan agensi penyiasatan persendirian. Ruang diberikan kepada pembabitan, penglibatan pekerja bukan orang Malaysia. Penyiasatan adalah suatu perkara kerahsiaan dan bagaimana kita boleh memberi satu jaminan bahawa orang yang terlibat dalam bidang ini mempunyai kesetiaan terutamanya terkait dengan soal-soal penyiasatan dan lain-lain. Tentu ada jawapan. Mesti ada TOR, ada SOP yang kukuh, tetapi perkara itu tetap juga menjadi satu persoalan. Kalau dia hanya jaga pintu taman— pintu pagar taman, it is okay, tapi kalau dia duduk di posisi yang strategik, sebab dia adalah suatu yang diaktakan.
Yang ketiga, bila kita sebut tentang isu pekerja asing, dia akan membabitkan pula dengan isu salah guna. Tadi digital, boleh juga disalah guna. Pekerja asing, sekarang ini banyaknya isu di kalangan pekerja asing yang mereka terlibat dalam bidang pekerjaan, tetapi mereka dinafikan haknya.
Saya ingin juga ‘nak sebut tuan-tuan yang— itu, itu mungkin saya salah faham, betulkan sayalah. Yang akan terlibat dalam bidang ini adalah kebanyakannya bekas tentera, bekas polis, bekas yang terlibat dengan agensi-agensi keselamatan. Dia antara pesara-
Tuan Haji Hussin bin Ismail
pesara polis dan lain-lain. Kelulusan datang daripada— ya lah betul KDN. Sebahagian itu membabitkan ketua polis.
Saya sikit minta perhatian supaya tidak akan wujud lesen mudah. Saya dengan maaflah, friendly friend sebab ini kawan-kawan kita belaka kan. Tanpa menuduh, nauzubillah.
Saya tak sebut. Bukan kata ‘nak tuduh ketua polis, tidak tuduh. Saya sebut ini dengan tujuan untuk berhemat. Sebab bila sama-sama bekas-bekas pegawai keselamatan dan lain-lain ini supaya juga diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri, oleh pihak-pihak berwajib supaya lesen yang diturunkan ini bukan lesen mudah, tetapi lesen-lesen yang ditentukan dengan peraturan, dengan SOP, dengan ketentuan yang tepat dan betul.
Terkait juga dengan intake pekerja asing yang tadinya dikaitkan bahawa, bila pekerja asing yang kita katalah memang dalam peruntukan itu, utama pekerja tempatan ataupun rakyat tempatan. Yang meminta, banyaknya orang asing. Bila membabitkan pekerja asing, salah urus terhadap pekerja, banyak dia repot. Tambah-tambah lagi ini yang terkait dengan keselamatan, takutnya lebih. Dia duduk dalam team ini, team agensi persendirian yang dua- duanya terkait keselamatan. Takutnya lagi lebih.
Jadi kalau berlakunya salah laku, ertinya gaji ‘tak cukup, gaji minimum tidak disempurnakan, caruman-caruman yang lain tidak disempurnakan, setakat bagaimana pekerja-pekerja ini— kita sebut pekerja asing, dia adalah manusia. Dia adalah orang sama macam kita. Dia ada isteri, dia ada anak, dia datang jauh untuk ke negara ini mencari rezeki dengan peruntukan peluang yang disediakan kepada mereka, tetapi tuan-tuan, kalau mereka dinafikan hak, apa ruang yang kementerian peruntukkan?
Ada tak ruang untuk mereka mendapat ruang membuat aduan secara langsung? Ada tak ruang untuk mereka membuat pemakluman kepada mana-mana pihak supaya diri mereka, kedatangan mereka yang datang berkhidmat walaupun keselamatan ke negara kita Malaysia, tetapi hak mereka juga mesti dihormati sungguh-sungguh.
Ada orang bila sebut pekerja asing ini, rasa negatif, tetapi saya rasa tuan-tuan, tengoklah mereka, bila dia keluarkan pekerja asing, apa jadi? ‘Nak kutip hasil pertanian pun ‘tak ada walaupun mesinnya hebat. Kita ini pun sama juga.
Jadi yang ini, yang saya sebut itu dalam konteks keselamatan supaya pihak kementerian ambil kira ini sebagai suatu yang juga serius supaya kita tetap berlaku adil kepada semua pihak terutamanya sesama insan. Kalaupun haiwan perlu adil— sesama insan, kita lagi-lagilah perlu berlaku adil.
Yang seterusnya, ada tidak ruang untuk auditing bebas diizinkan ataupun diperuntukkan di dalam agensi persendirian ini? Tuan-tuan, agensi persendirian yang kita ada ini setakat ini mungkin dari segi audit, saya tak pasti, tapi apakah auditnya sudah wujud? Lebih baik lagi kalau boleh, biar audit bebas yang akan turut memberikan fungsi dan peranannya
Tuan Haji Hussin bin Ismail
supaya tidak juga berlaku ruang salah laku. Walaupun audit bebas pun, mungkin juga akan berlaku salah laku, Yang Berhormat Datuk.
Kemudian, dari segi— ada sikit lagi...
Timbalan Yang di-Pertua
Banyak masa.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh. Insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak apa.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya dah sebut tadi tentang perlindungan sosial. Bila tenaga-tenaga pekerja, ada tidak kewajipan supaya pekerja yang terlibat dengan agensi persendirian ini, di-renew-kan dari sudut— apa betulkah istilah saya “renew”? Dipastikan ada tempoh untuk mereka mengulangi latihan demi latihan? Sebab cabaran dan juga ancaman berubah. Dulu lain, sekarang lain. Dulu ‘tak seperti yang berlaku hari ini. Dua, tiga hari lepas, walaupun ‘tak relevan, tapi dia terkait juga dengan keselamatan dan Kementerian Dalam Negeri bila berlaku yang dekat itu, ada 200 berapa orang— 203 orang.
Timbalan Yang di-Pertua
Faham.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Akhirnya pihak keselamatan tidak dapat berbuat apa- apa. Majoritinya Muslim kan, tetapi pihak keselamatan membuat penjelasan, ‘tak boleh buat— dia tak boleh buat apa-apa sebab ‘tak ada peruntukan yang terbabit. ‘Tak ada siapa yang mengadu. Dua-dua itu rela belaka, sama-sama rela.
Jadi kalau di sini juga dalam kes yang sini, kawalan disiplin, kawalan siasatan— sebab nanti bila berlaku siasatan, agensi yang terkait dengan agensi keselamatan persendirian, penyiasatan persendirian ini, ada limitation ‘tak yang ditetapkan? Saya yakin ada, tapi saya mohon penegasan daripada pihak Menteri supaya pun ruang ini tidak disalah laku dan tidak disalahgunakan oleh agensi-agensi yang kita benarkan ini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Satu perkara juga, mohon pencerahan. Kesemua ini berada di bawah KDN:
Kementerian Dalam Negeri. Dengan pembentukan dan peruntukan yang ada ini, akan ada tidak ruang untuk menyebabkan kuasa ketua polis ini akan jadi...
Timbalan Yang di-Pertua
Diturunkan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
...Turun? Yang keduanya, mungkin tidak bila medan ini— dua institusi yang baharu yang kita fokuskan ini akan menyebabkan juga berlaku tentang terjejasnya standard keselamatan nasional? Mohon pencerahan saja sebab saya sikit kebimbangan. Kalau jelas, alhamdulillah. Cadangan saya supaya— saya mohon supaya— walau betul tadi Yang Berhormat sebut tentang bunyi simple, tapi dia dua-duanya adalah keselamatan. Dia terkait dengan keselamatan. Keselamatan orang ramai, keselamatan rakyat, terkait juga dengan keselamatan negara. Jadi sebab itu, saya cadangkan supaya kita perlu untuk mengadakan
Tuan Haji Hussin bin Ismail
satu kawalan yang ketat. Senarai pekerja agensi yang terbabit perlu dipaparkan, syarat-syarat latihan semula perlu dibuat supaya kemahiran mereka— walaupun mereka ini terbabit dengan agensi yang mereka dipertanggungjawab ataupun yang mereka bertanggungjawab, dia ni perlu dijawab kepada agensi, tetapi sebenarnya kesan kepada kita, rakyat keseluruhan.
Yang keduanya, ruang untuk memudahkan rakyat boleh sama-sama pantau. Yang seterusnya ialah saluran aduan yang saya sebutkan tadi mohon supaya diambil perhatian.
Yang keempat, ruang kuasa Menteri. Selalunya Datuk Yang di-Pertua, selalu kita sebut dalam setiap ini— kuasa Menteri itu semacam mutlak. Tak ada ruang untuk check and balance supaya kemutlakan itu— betul ‘ke, bahasa saya?...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Diambil kira. Baru ini, kita ‘dah terima bila isu pasukan bola...
Timbalan Yang di-Pertua
Itu ‘tak berkenaan dengan ini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
No, ini KDN. Ini KDN. Bila isu bola jadi isu antarabangsa.
Jawapannya, itu kuasa saya. Kuasa saya, itu kesannya kepada rakyat. Dalam bidang ini pun, sikit hubungan— sebut itu sebab ada juga asas yang disebut di situ, kuasa dikira macam mutlak di peringkat Menteri. Jadi, imbang-imbangkan supaya kemutlakan itu sebenarnya daripada Allah. Ada ruang sikitlah supaya boleh dilihat— di-check and balance supaya peruntukan yang ada ini memang tujuan untuk ‘nak membaik pulih ataupun memperbaiki.
Namun, ada limitations juga Datuk Yang di-Pertua, supaya...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Yang Berhormat, minta penjelasan sikit sebelum...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya macam ‘nak berhenti ‘dah.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sikit, sikit ‘je. Sebab ‘dah habis ‘dah pembahas. Saya ‘nak tanya sikit. Apabila fasal 5 di-delete daripada akta ini, di dalam itu dia kata, semua pembaharuan ataupun maklumat baharu di-update-kan from time to time. Jadi, bila ‘tak ada itu, from time to time itu pun ‘tak berapa jelas, berapa cepat perlu ‘ke, tapi ini bila dia ‘tak ada langsung. Jadi, macam mana kita ‘nak mendapatkan suatu time frame bahawa semua updating ini mesti disiarkan dalam warta itu secepat mungkin kerana tidak ada pemberitahuan dalam pindaan ini? Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Hatta. Itu antara benda juga tadi yang dalam ketelusan dan juga dalam bila kita bicara tentang kita buat— semuanya sekarang ini boleh di-update daripada masa ke semasa, tetapi di-update dari masa ke semasa ini, kalau tidak ada yang pewartaan seperti yang disebut tadi, itu akan menjadikan orang tidak peka pun. Dan kalau hari ini berubah, masa ke semasa itu, dia punya standardnya apa, Yang Berhormat Dr.? Boleh jadi esok, boleh jadi lusa, tukar balik,
Tuan Haji Hussin bin Ismail
betul ‘tak? Bulan depan, tukar balik, tapi kalau diwartakan seperti yang biasa, walaupun didigitalkan, tapi pewartaan itu saya cadang supaya dikekalkan.
Saya mohon menyokong cadangan ini— RUU ini dengan harapan apa yang saya tegur dan saya beri pandangan itu semata-mata untuk mahu melihat bahawa RUU ini akan jadi lebih baik dan implikasi kepada rakyat dan negara akan menjadi lebih positif, insya-Allah. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Haji Hussin. Kuasa mutlak Menteri itu, terutamanya dengan alasan keselamatan, selalunya amat diperlukan.
[Ketawa] Tapi dalam hal pemain bola itu mungkin kuranglah.
Jadi, sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua
Dah habis dah.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Sikit ‘je, nak mohon mengalu-alukan.
Timbalan Yang di-Pertua
Oh!
Tuan Musoddak bin Ahmad
Rombongan daripada Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) daripada Malaysia, guru-guru dan sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua
Selamat datang, selamat datang. Berikan tepukan*.
[Tepuk]*
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Menteri sila menjawab.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Pertama, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Agensi Persendirian pada pagi ini dan juga kepada Ahli Yang Berhormat yang membuat celahan. Saya akan cuba menjawab seringkas dan sepadat yang mungkin untuk membolehkan selesai sebelum tengah hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff yang membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan punca kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan pentadbiran, garis panduan dalam undang-undang. Ini juga dibangkitkan Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Agensi Persendirian di lapangan dengan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
membolehkan Menteri mengeluarkan arahan pentadbiran, garis panduan atau pekeliling bagi memperincikan pelaksanaan peruntukan undang-undang yang sedia ada tanpa perlu meminda akta melalui proses legislatif yang akan mengambil masa.
Yang Berhormat, peruntukan ini juga sebagai salah satu panduan kepada pemain industri terhadap perkara-perkara yang wajib mereka patuhi dan tidak boleh dilakukan. Ini kerana dalam industri agensi persendirian kawalan keselamatan terdapat perkara-perkara yang perlu diperincikan dan diperjelaskan melalui peruntukan ini. Contoh, penetapan standard pakaian seragam pegawai keselamatan. Syarat-syarat yang diperlukan dipatuhi oleh syarikat agensi persendirian dalam menggaji pengawal keselamatan tempatan atau asing. Ini antara perkara-perkara yang penting untuk diperjelaskan.
Yang Berhormat Dr. Hajah Wan Martina juga bangkit berkaitan dengan justifikasi memperkenalkan subseksyen 3(2b) kuasa kepada Menteri untuk mengenakan syarat ke atas lesen. Apakah mekanisme kawalan terhadap pelaksanaan kuasa tersebut? Kuasa Menteri Yang Berhormat, dalam menetapkan syarat tertentu ke atas lesen yang dikeluarkan adalah peruntukan sedia ada dalam akta, memang dah adapun.
Syarat-syarat yang ditetapkan ke atas lesen yang dikeluarkan adalah satu bentuk kawal selia supaya lesen berkenaan tidak disalah guna dan pemegang lesen sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang di kuat kuasa. Contohnya Yang Berhormat, lesen ‘tak boleh dipajak atau disewa kepada pihak lain. Ahli lembaga pengarah, kakitangan atau pekerja mesti lulus tapisan keselamatan. Ini perkara-perkara penting atau ahli lembaga pengarah tidak berstatus bankrap atau muflis. Dan dari aspek penguatkuasaan, KDN melalui bahagian penguatkuasaan kawalan bertanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan dan pematuhan pada akta ini.
Yang Berhormat sebut juga berkaitan— banyak tadi sebut, tentang bebanan tugas kepada Ketua Polis Negara akan meningkat susulan pindaan akta ini. Yang Berhormat, pindaan ini tidak memberi beban sebenarnya kepada Ketua Polis Negara kerana proses tapisan keselamatan dikendalikan di Bukit Aman yang beroperasi di bawah kawalan dan arahan Ketua Polis Negara, kita pusatkan di satu kawalan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Melalui pengawasan arahan Ketua Polis Negara, sistem tapisan keselamatan dikendalikan oleh PDRM dapat dilaksanakan secara berpusat. Ini penting, menyeluruh, sekali gus memperkukuhkan keupayaan negara dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara. Maknanya pemusatan di situ dengan teknologi dan sebagainya.
Jadi pindaan ini juga bertujuan supaya ia nya selaras dengan proses masa yang kita jalankan sekarang, di mana semua permohonan agensi penguat kuasa bagi surat kelulusan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
ke atas pekerja soal-soal berkaitan tapisan keselamatan telah pun dipusatkan dan diuruskan oleh Ibu Pejabat Polis PDRM untuk seluruh negara.
Dengan maksud ini, urusan tapisan keselamatan dalam negara dipusatkan di PDRM Bukit Aman yang mempunyai kawalan yang lebih menyeluruh terhadap proses ini serta disokong dengan pangkalan data berpusat bagi kita pastikan standard saringan adalah sekata di seluruh negara tanpa ada perbezaan tafsiran atau perlaksanaan di peringkat negeri. Ini penting untuk kita buat, ada standard pematuhan dan tidak akan ada proses kelewatan dalam soal-soal berkaitan dengan tapisan.
Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj, juga bangkitkan soal berkaitan tapisan keselamatan pada sistem. Jadi sejauh mana sistem semakan ke atas talian tersebut tadi benar-benar stabil, tepat, mesra pengguna terutama bagi orang awam serta pihak berkuasa tempatan yang perlu mendapat maklumat secara pantas?
Yang Berhormat, tapisan keselamatan, ini dilaksanakan secara bersepadu melalui sistem eSIMS: Electronic Security Industry Management System yang telah beroperasi sepenuhnya pada 12 Jun 2025. Sistem ini Yang Berhormat, dibangunkan oleh KDN dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Keselamatan Ketenteraman Awam serta Polis Diraja Malaysia. Jadi melalui integrasi antara sistem EMIS, KDN dan sistem tapisan keselamatan PDRM, integrasi ini Yang Berhormat membolehkan semua data-data perlesenan, tapisan keselamatan, pematuhan pada operasi dipantau secara nyata (real-time). Ini sangat penting mendepani perubahan teknologi ini dan ia juga membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku perlanggaran kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilanggar atau isu-isu yang berkaitan dengan soal keselamatan. Ini agensi keselamatan, maka isu ini mesti diberikan perhatian serius.
Berhubung dengan kebimbangan Yang Berhormat terhadap keupayaan dan kestabilan sistem semakan atas talian, KDN memberi jaminan bahawa sistem eSIMS telah melalui ujian keselamatan siber dan penyelarasan pangkalan data bersama dengan PDRM bagi memastikan ketepatan maklumat serta akses mesra pengguna bagi pihak awam dan agensi penguatkuasaan maritim telah teruji keberkesanan dari aspek ini.
Yang Berhormat juga sebut soal berkaitan dengan tapisan keselamatan pesara tentera dan sebagainya ini. Kaedah baharu bagaimana mengelakkan kelambatan untuk proses pemprosesan tapisan. Yang Berhormat, sekali lagi cadangan kelulusan berpusat di PDRM ini tidak akan melambatkan proses. Ini kerana pelaksanaan selama ini memang pun berpusat di ibu pejabat dan kita tingkatkan lagi penggunaan teknologi lebih-lebih lagi kini terdapat penambahbaikan dibuat iaitu perlaksanaan integrasi sistem yang saya sebut tadilah. Dengan sistem tapisan keselamatan PDRM yang telah mula go live pada Jun lalu di mana sistem
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
keselamatan pengawal keselamatan tempatan boleh dilaksanakan secara online, talian dan juga mendapat jawatan yang serta merta.
Berkaitan dengan perlesenan cawangan Yang Berhormat, berkaitan dengan perlesenan pejabat cawangan tadi, langkah ini untuk mewajibkan lesen bagi setiap cawangan merupakan satu pendekatan baharu KDN bagi kita pastikan hanya syarikat-syarikat yang benar-benar serius dan berkeupayaan sahaja diberikan kelulusan. Perlesenan cawangan ini melibatkan bayaran fi mengikut kadar semasa. Pendekatan ini juga Yang Berhormat, mengelakkan isu terdahulu, di mana banyak cawangan dibuka semata-mata untuk tujuan dapat tender saja. Yang Berhormat Tuan Speaker, dia senyum awal. Dia tahulah sebelum saya jawab
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Namun tidak beroperasi. Hanya dibuka kerana ‘nak dapatkan tender sahaja, tapi ‘tak ada pegawai dan sebagainya. Ini ‘nak dielakkan.
Yang Berhormat Senator Datuk Anna Belle. Ini sebut berkaitan dengan manfaat keseluruhan pindaan Akta 27 kepada pemegang lesen dan pihak kerajaan. Yang Berhormat, secara keseluruhan pindaan Akta 27 ini bertujuan untuk memperkukuhkan tadbir urus perlesenan melalui tiga pendekatan utama. Pemanjangan tempoh sah laku bagi mengurangkan beban pentadbiran.
Kedua, perlesenan pejabat cawangan bagi memastikan semua operasi berada di bawah pengawasan undang-undang dan ketiga ialah kuasa untuk membuat garis panduan pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Sebenarnya pindaan ini selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuhkan integriti industri keselamatan persendirian serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus, yang cekap, dan juga tentunya berkesan.
Yang Berhormat juga sebut tentang isu berkaitan dengan semakan dalam talian. KDN ingin memaklumkan bahawa garis panduan dan pekeliling berkaitan dengan agensi persendirian. Kita muat naik dalam sistem eSIMS ini: Electronic Security Industry Management System ini, sistem ini boleh diakses secara atas talian oleh orang awam dan pemegang lesen.
Dia ‘nak check lesen ini betul ‘ke tidak, genuine ‘ke tidak, dia boleh check dalam eSIMS ini.
Jadi tentunya juga bertujuan untuk membolehkan mereka mengetahui— kalau Yang Berhormat ‘nak tahu tentang piawai, pematuhan, prosedur, penggunaan pakaian, proses- proses kelulusan selaras dengan prinsip ketelusan, ini sesuatu yang kita buat untuk memastikan pemegang lesen benar-benarlah bertanggungjawab.
Saya balik kepada soalan penting juga tadi yang Dato’ Sivaraj sebut tentang peluang kedua kepada individu yang mempunyai rekod jenayah lampau. Yang Berhormat, KDN dia
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
sedang dalam proses meminda Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang-orang Yang Tidak Diingini [Akta 7] iaitu akta yang digunakan bagi mendaftar individu-individu yang pernah disabitkan kesalahan. Ini termasuklah cadangan untuk memperkenalkan peruntukan baharu yang akan memberikan peluang kedua kepada individu yang didaftarkan di bawah akta tersebut. Saya anggap ini akta yang cukup baik dan boleh beri peluang kepada mereka.
Isu kartel Yang Berhormat sebut juga tadi dalam mendapatkan tender-tender kerajaan.
Yang ini, proses perolehan kerajaan tertakluk kepada peraturan dan SOP semasa lah Yang Berhormat. Agensi-agensi yang menawarkan sesuatu kontrak adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan tersebut yang turut merangkumi penilaian kewangan dan teknikal. Hanya syarikat yang telah menepati kriteria yang ditetapkan akan diberikan kontrak tersebut. Ia juga bukan di bawah kawalan selia sepenuhnya oleh KDN kerana kontrak kerajaan juga mempunyai syarat-syarat yang semua sedia maklum.
Yang Berhormat Tuan Haji Hussin— saya kalau boleh ‘nak landing Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh. Ada lagi 10 minit.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Isu berkaitan dengan pengawal keselamatan asing Yang Berhormat saya ‘nak sebut. Yang Berhormat tanya bagaimana KDN pastikan syarikat kawalan keselamatan utamakan penggajian pengawal keselamatan tempatan banding dengan asing sebagai mana seruan kerajaan. Itu yang kita inginkan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, KDN menegaskan bahawa pengambilan pengawal keselamatan tempatan adalah keutamaan. Selaras dengan seruan kerajaan, semua agensi persendirian diwajibkan mematuhi syarat pengutamaan penggajian pengawal tempatan sebelum dibenarkan mengambil pengawal asing yang hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekurangan tenaga kerja tempatan berkelayakan dan selepas mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Dia tidak boleh ambil sewenang-wenangnya, Yang Berhormat.
KDN juga, kita jalankan audit— Yang Berhormat sebut tadi pasal audit tadi— dan pemantauan berkala serta pengambilan mengambil tindakan pengawasan terhadap agensi yang gagal mematuhi peraturan ini. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri menggalakkan agensi menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran untuk pengawal tempatan bagi meningkatkan profesionalisme dan mengurangkan kebergantungan kepada pengawal asing.
Kita memang seboleh-bolehnya rakyat Malaysia yang bekerja ini. Ini yang kita harapkan, tapi realitinya Yang Berhormat sendiri faham kedudukannya. Dan KDN
menegaskan— kita ada nisbah Yang Berhormat, menegaskan nisbah 2
1 pengawal keselamatan tempatan dan asing seperti yang dimesti dipatuhi bagi pastikan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia terpelihara tanpa menjejaskan tahap keselamatan dan sebagainya.
menegaskan— kita ada nisbah Yang Berhormat, menegaskan nisbah 2
Semua pengambilan pengawal asing hanya dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan apabila terdapat kekurangan pengawal pekerja asing yang berkelayakan. Jadi, ini perkara-perkara yang Yang Berhormat bangkitkan tadi. Yang Berhormat juga sebut soal kebajikan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua
Tadi Yang Berhormat sebut pasal audit bebas itu.
Sekarang ini audit dalaman dibuat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Tadi Tuan Haji Hussin sebut pasal audit. Audit itu dia kata minta audit bebas: independent audit dilakukan kepada agensi.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Cadangan— pandangan itu kita akan ambil perhatian. Yang Berhormat sebut tadi lantik juruaudit bebas, lantik juruaudit audit juga juruaudit. Dua kali lagi, tapi kita bagi pandangan itu Yang Berhormat.
Soal pekerja— kebajikan pekerja. Adakah akta ini turut menjaga kebajikan?
Berdasarkan kandungan Akta Agensi Persendirian 1971, Yang Berhormat [Akta 27], akta ini menumpukan kepada pengawalseliaan dan pelesenan agensi persendirian, dan memberi mandat kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengawal selia operasi agensi, menetapkan lesen, mengenakan fi deposit serta memastikan agensi mematuhi prosedur pematuhan yang ditetapkan.
Tanggungjawab menjaga kebajikan pekerja adalah tertakluk kepada perjanjian pekerjaan antara agensi dan pekerja. Bukan tanggungjawab kementerianlah. Syarikat itu mesti menjaga termasuk aspek gaji, waktu selia, elaun industri, faedah lain selain perlindungan di bawah undang-undang buruh dan keselamatan pekerja seperti Akta Pekerja 1955. Maknanya tanggungjawab agensi persendirian tapi mereka juga mesti mematuhi syarat-syarat di bawah akta-akta dan undang-undang yang dipatuhi. Hendak ambil pekerja, gaji dan sebagainya tidak dipelakukan sewenang-wenangnya. Dan sebab itulah, KDN sentiasa memantau, kita pastikan pihak agensi persendirian melaksanakan tanggungjawab mereka ke atas pekerja seperti caruman KWSP, PERKESO dan penyediaan perlindungan insurans melalui proses pembaharuan lesen yang dilakukan setiap tahun.
Sebab itu kita minta baharui lesen. Ya kalau mereka tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kita ada kuasa-kuasa tertentu terhadap agensi berkenaan. Soal keselamatan negara dengan pengambilan pekerja asing ini memang perkara pentinglah. Jadi, keutamaan kita memang soal keselamatan. Sebab itu KDN tegas bahawa keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam pengambilan pengawal keselamatan warganegara asing bagi pastikan keselamatan negara terkawal.
Jadi, KDN, Yang Berhormat, melaksanakan tapisan keselamatan yang ketat termasuk pemerikaan latar belakang dan rekod jenayah serta mengehadkan pengambilan kepada
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
negara sumber seperti Nepal. Kita ‘tak benarkan diambil sewenang-wenangnya daripada negara tertentu. Ia mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, walaupun pengawal keselamatan ini mempunyai pengalaman latihan ketenteraan di negara asal, mereka hanya menjalankan operasi keselamatan dikawal selia di bawah agensi persendirian berlesen KDN sahaja dengan pemantauan yang sangat rapi.
Sebarang kecuaian tindakan yang menjejaskan keselamatan awam, akan kita kenakan tindakan tegas terhadap agensi atau individu yang terlibat. Memang kita ada rekod semua ini, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat, saya akan bagi jawapan bertulis kalau mana-mana yang saya ‘tak jawab, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jadi, saya ucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri hendak sambung petang karang? Pasal ‘dah pukul 12...
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bacaan yang kedua Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua
Bacaan yang kedua, ya.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Masa pun ‘dah tak banyak lagi maknanya saya minta YB Menteri kalau boleh mulakan pembentangan petang karanglah, pukul 2.30 boleh? ‘Ke nak baca juga sikit sekarang?
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Baca sikit.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, boleh [Ketawa] Silakan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] telah diwartakan pada 11 April 1968 dan merupakan sebuah akta yang digubal untuk mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian sewa beli, hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian sedemikian di samping mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Nanti saya sambung Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Jadi, YB Menteri akan sambung pembentangan rang undang-undang pada jam 2.30 petang ini.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ‘tangguhkan’ persidangan kita sehingga— mesyuarat ditempohkan dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat bersambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri boleh sambungkan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Dato Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung Akta Sewa Beli 1967 iaitu Akta 212 telah diwartakan pada 11 April 1968. Ia nya merupakan sebuah akta yang digubal untuk mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian sewa beli, hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian sedemikian di samping mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 26 Mei 2023 melalui Memorandum Jemaah Menteri No. M305/2023 daripada Menteri kewangan bertajuk Cadangan Penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menambah baik beberapa peruntukan Akta Sewa Beli 1967 agar lebih adil dan saksama kepada pengguna serta bagi menangani kekangan penerimaan digitalisasi dalam aktiviti sewa beli.
Ini selaras dengan matlamat dan objektif Rang Undang-undang Kredit Pengguna serta peranan KPDN selaku kementerian yang bertanggungjawab dan badan penguat kuasa Akta 212. Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik Akta 212 dan menjadikannya lebih komprehensif bersesuaian dengan peredaran masa, KPDN dengan kerjasama MOF telah menyemak semula peruntukan-peruntukan dan mendapati beberapa pindaan perlu dibuat bagi tujuan menambah baik dan memantapkan fungsi akta ini.
Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini melibatkan cadangan utama seperti berikut. Yang pertama, pemansuhan kadar faedah tetap sama rata ataupun flat rate dan kaedah Peraturan 78 (Rule of 78) serta digantikan dengan penggunaan kadar faedah efektif ataupun effective interest rate dan kaedah pengurangan baki ataupun reducing balance method.
Yang kedua, membenarkan penggunaan teknologi semasa untuk perjanjian sewa-beli dan yang ketiga pengemaskinian kepada peruntukan yang merujuk kepada istilah kadar asas pinjaman ataupun base lending rate untuk tujuan penyelarasan dengan rangka kerja kadar rujukan BNM, Bank Negara Malaysia yang telah dikemas kini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Dato Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 Oktober 2025 dan diluluskan oleh Dewan Negara pada— Dewan Rakyat pada 8 Oktober 2025. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini yang mempunyai 22 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi “Tajuk Ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk menolong— memotong takrif base lending rate dan statutory rebate dan memasukkan takrifan effective interest rate, electronic dan reference rate bagi tujuan penyelarasan semula takrifan selaras dengan cadangan penggubalan.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 4(2) dengan memotong perkataan, “by delivering it in person” dan “under his hand” untuk membenarkan penggunaan teknologi terkini bagi maksud penyerahan dokumen supaya kaedah penyerahan tidak terhad secara serahan tangan.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4B untuk memasukkan subseksyen baharu
(1A) yang menghendaki tuan punya menjalankan suatu proses usaha wajar untuk mengesahkan identiti penyewa.
Manakala fasal 5 pula bertujuan untuk meminda seksyen 4C Akta 212 untuk menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “reference rate” dan untuk mengemas kini rujukan daripada annual percentage rate kepada effective interest rate. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 4E untuk memastikan rujukan kepada registration certificate selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ataupun Akta 333.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 5 untuk memasukkan subseksyen baharu iaitu (1B) dan (1C) bertujuan untuk mengenakan kewajipan ke atas tuan punya berhubung dengan penyampaian perjanjian sewa-beli melalui cara elektronik.
Fasal 8 pula bertujuan untuk meminda subseksyen 6A(2) dengan menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “reference rate”. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan dalam nota bahu, seksyen 6B, perkataan “base lending rate” dengan perkataan “effective interest rate” dan meminda seksyen 6B berhubung penerima gunaan kaedah baharu bagi kiraan caj terma bertujuan mengadakan peruntukan tempoh masa bagi tuan punya memberitahu penyewa berkenaan dengan perubahan kepada kewajipan kewangan penyewa berikutan apa-apa penyemakan kepada kadar faedah efektif.
Cadangan pindaan ini bertujuan untuk menjadikan ia satu kesalahan sekiranya tuan punya gagal memaklumkan kepada menyewa, penyewa jika terdapat sebarang perubahan kepada kadar faedah berikutan perubahan kadar rujukan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 6C untuk menggantikan perkataan “base lending rate” dengan perkataan “effective interest rate”. Fasal 11 hingga 13 bertujuan untuk meminda seksyen 14, 15 dan 18 berhubung penerima gunaan kaedah baharu bagi pengiraan baki bersih yang perlu dibayar atau baki belum dijelaskan di bawah Perjanjian Sewa Beli apabila terdapat penyelesaian awal atau penamatan perjanjian atau jika tuan punya mengambil milikan barang itu.
Fasal 14 pula bertujuan untuk meminda seksyen 43 bagi menjadikan cara elektronik sebagai salah satu kaedah penyampaian notis.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 45 bagi memastikan kehendak mengenai format bagi apa-apa dokumen yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai tanpa mengira bentuk dokumen itu.
Fasal 16 pula bertujuan untuk mengadakan seksyen baharu iaitu 45A untuk mengiktiraf kesahan undang-undang bagi notis atau dokumen yang berkaitan yang dibuat dalam bentuk elektronik.
Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan subseksyen baharu iaitu 57A(3) bagi mengadakan peruntukan yang memberikan kelonggaran kepada penyewa dan tuan punya yang telah memasuki perjanjian sewa beli sebelum pindaan itu berkuat kuasa untuk memilih kaedah pengiraan baki bersih yang perlu dibayar di bawah perjanjian sewa beli menurut perubahan baharu dalam Jadual Keenam Akta 212 bagi maksud penyelesaian awal sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 14 Akta 212.
Fasal 18 pula bertujuan untuk meminda Bahagian I dalam Jadual Kedua seperti berikut:
(i) perenggan 4(a) dengan menggantikan perkataan “rate” dengan perkataan “effective interest rate”;
(ii) perenggan 4(b) dengan menggantikan perkataan “rate” dengan perkataan “effective interest rate” dan dengan menggantikan perkataan “BLR” ataupun base lending rate dengan perkataan “reference rate”;
(iii) memotong perkataan “annual percentage rate” dan perkataan “Ringgit Malaysia” yang terdapat bersetentangan dengannya; dan
(iv) dalam ruang nota dengan menggantikan perkataan “BLR” dengan perkataan “reference rate.” Fasal 19 pula bertujuan untuk meminda perenggan (b) Jadual Kelima untuk mencerminkan kaedah pengiraan kos yang disemak yang terpakai bagi barangan yang ditarik
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
balik yang pengiraan yang sama digunakan tanpa mengira sama ada caj terma itu pada kadar tetap atau kadar boleh ubah. Pindaan juga bertujuan untuk mencerminkan penggabungan nilai serahan kontrak insurans yang perlu dipotong daripada baki belum selesai di bawah perjanjian sewa beli itu.
Fasal 20 bertujuan untuk menggantikan Jadual Keenam mengenai pengiraan caj terma yang pengiraan yang sama digunakan tanpa mengira sama ada caj terma itu pada kadar tetap atau kadar boleh ubah.
Fasal 21 bertujuan untuk memotong Jadual Ketujuh Akta 212 berikutan penggunaan “effective interest rate” yang menggantikan “annual percentage rate”.
Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian dan peralihan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sewa Beli 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ada seramai 10 orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, diberi masa 12 minit seorang. Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Dato Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli 2025 iaitu satu rangka undang-undang yang amat penting dan relevan dalam landskap ekonomi moden negara kita.
Izinkan saya mengupas beberapa perkara utama yang menjadikan rang undang- undang ini bukan sahaja satu reformasi, tetapi satu keperluan mendesak bagi melindungi pengguna serta memodenkan industri kredit pengguna.
Akta Sewa Beli sedia ada telah berusia lebih lima dekad. Tidak selari dengan model kredit pasaran hari ini. Ekonomi kita hari ini sangat berbeza daripada 50 tahun yang lalu ketika transaksi kewangan bersifat linear, kertas dan analog. Hari ini, seluruh ekosistem kredit diperluaskan oleh pembiayaan digital, penggunaan AI, transaksi tanpa tunai dan kemunculan BNPL serta micro credit atas talian.
Dalam keadaan ini, undang-undang lama membuka ruang kepada ketidakseimbangan kuasa antara pengguna dan pemberi kredit. Maka, usaha kerajaan untuk memperkenalkan
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
rang undang-undang ini tepat pada masanya bagi mewujudkan satu ekosistem kredit yang selamat, telus dan berdaya saing.
Dato Yang di-Pertua, saya menyambut baik penekanan rang undang-undang ini terhadap perlindungan pengguna. Ini selari dengan objektif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi yang inklusif dan bertanggungjawab.
Salah satu pindaan utama yang diperkenalkan iaitu pemansuhan kaedah Peraturan 78 adalah tepat pada masanya selari dengan penubuhan Akta Kredit Pengguna baru-baru ini untuk melindungi pengguna kredit. Kaedah Peraturan 78 telah lama dikenal pasti sebagai tidak adil kepada pengguna kerana lebih banyak faedah diagihkan di dalam bayaran bulanan peminjam pada awal tempoh pinjaman. Akibatnya, peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal, perlu membayar balik baki pinjaman yang tinggi. Ini bukan sahaja membebankan pengguna, malah menimbulkan isu ketelusan dalam pengiraan kos sebenar pinjaman.
Sebagai gantian kepada kaedah Peraturan 78, rang undang-undang ini memperkenalkan kaedah kadar faedah efektif dan kaedah pengurangan baki untuk pinjaman sewa beli kadar tetap, di mana faedah hanya dikenakan ke atas baki pinjaman semasa yang telah berkurangan selepas mengambil kira bayaran yang telah diselesaikan. Kaedah ini adalah lebih telus dan adil untuk pinjaman sewa beli kadar tetap kerana ini juga selari dengan amalan semasa bagi pinjaman boleh ubah.
Dato Yang di-Pertua, pemberi kredit kini diwajibkan memberikan maklumat yang jelas dan terperinci sebelum kontrak dimeterai merangkumi kadar faedah efektif sebenar, struktur kos, caj tambahan, jumlah keseluruhan hutang dan impak jika pembayaran lewat berlaku. Ini sudah semestinya akan mengurangkan amalan manipulatif dan memastikan pengguna membuat keputusan berasaskan maklumat lengkap, bukan persepsi atau tekanan jualan. Ini juga boleh memberi insentif kepada pengguna untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal, tanpa perlu membayar balik jumlah baki yang tidak munasabah.
Soalan saya kepada kementerian, apakah impak kewangan yang dijangka akan ditanggung oleh industri kewangan akibat daripada perubahan kepada kaedah bayaran ini?
Dato Yang di-Pertua, peruntukan baharu meletakkan tanggungjawab kepada pemberi kredit untuk melaksanakan responsible lending practice, dengan izin. Ini bermakna pengguna yang tidak berkemampuan tidak boleh ditawarkan kontrak yang membebankan, mengurangkan risiko pengguna terperangkap dalam kitaran hutang jangka panjang. Ini adalah satu pembaharuan yang amat baik.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua adalah isu penarikan balik tanpa kawal telah menjadi rungutan rakyat sejak sekian lama. Jadi, melalui rang undang-undang ini, notis wajib perlu diberikan, proses perlu mematuhi waktu munasabah dan agensi penarik perlu berlesen
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
dan sebarang paksaan, ugutan atau penggunaan kekerasan dilarang sama sekali. Ini adalah satu langkah yang amat wajar dan amat ditunggu oleh rakyat.
Dato Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan peruntukan yang mengiktiraf kontrak digital dan tandatangan elektronik. Ini juga membantu industri mengurangkan kos pematuhan serta meningkatkan kecekapan operasi mereka selari dengan arah tuju pendigitalan kerajaan.
Namun, berkaitan dengan perkara ini, soalan saya adalah, apakah langkah-langkah keselamatan dan perundangan tambahan yang akan diambil untuk menjamin kesahihan dan keselamatan data pengguna serta mengelakkan risiko penipuan atau penyalahgunaan dalam urus niaga sewa beli dalam talian?
Peruntukan yang memberikan perlindungan tambahan kepada golongan rentan amat dialu-alukan. Mekanisme seperti cooling off, dengan izin, cooling off period, pendidikan kewangan asas dan penjadualan semula hutang yang lebih fleksibel dan keperluan pemberi kredit menyediakan saluran bantuan pertikaian yang lebih telus merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang memahami realiti rakyat.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Jadi, soalan saya. Apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh kementerian atau agensi yang bertanggungjawab untuk memastikan institusi kewangan dan syarikat sewa beli mematuhi sepenuhnya pindaan ini? Terutama dalam mengira dan menjelaskan kos sebenar pinjaman kepada pengguna dalam format yang mudah difahami.
Dato Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Sewa Beli 2025 adalah usaha penting kerajaan untuk membawa negara ke arah sistem kredit pengguna yang selamat, moden dan adil. Ia bukan hanya sekadar pindaan, tetapi transformasi menyeluruh yang berjaya mengimbangkan perlindungan pengguna dan keperluan industri. Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini dengan keyakinan yang akan memberi manfaat kepada rakyat serta mengukuhkan daya saing ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan sekarang Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak.
Tuan Musoddak bin Ahmad
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Dato Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 pada sidang kali ini.
Ada tiga perkara utama yang ingin saya sebut dalam perbahasan kali ini. RUU ini dilihat baik apabila secara dasarnya memansuhkan kadar faedah tetap atau flat rate kepada kadar faedah efektif atau effective interest rate (EIR).
Tuan Musoddak bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, pertama, bagi pindaan seksyen 2 iaitu dengan memotong tarif base lending rate dan memasukkan EIR, merupakan suatu perkara baharu yang memberi sedikit kelebihan, kelegaan kepada pembeli. Dalam masa yang sama, kadar pembayaran faedah lebih rendah berbanding pada sebelum ini.
Namun, ini bukanlah bermaksud kadar faedah itu turun, tetapi kaedah pembahagian principle dan interest yang sedikit lebih seimbang. Pada hakikatnya, RUU ini bukan berkaitan penurunan kadar faedah, sebaliknya hanya perubahan kaedah yang memberi sedikit kelebihan kepada pembeli. Untuk memberi penjelasan yang lebih tepat, peralihan daripada flat rate atau BLR kepada EIR bukan sekadar pertukaran istilah teknikal. Flat rate mengira faedah atau jumlah prinsipal asal sepanjang tempoh pinjaman, walaupun baki hutang semakin berkurang. Manakala (BLR) base lending rate pula hanya menunjukkan kadar permukaan atau headline rate tanpa menggambarkan kos sebenar pinjaman sepanjang tempoh ansuran.
Sebaliknya, EIR mengambil kira aliran tunai sebenar (cash flow), baki prinsipal yang berkurang dan struktur ansuran sebenar. Sekali gus, memberikan gambaran true cost of borrowing kepada pengguna, dengan izin. Inilah sebabnya EIR sepatutnya lebih menguntungkan pembeli kerana ia lebih telus, lebih adil dan membolehkan pengguna membuat perbandingan pinjaman secara objektif antara institusi kewangan yang ada di negara kita.
Persoalannya, melihat kepada kadar bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli, hanya sama. Bagaimanakah kerajaan menilai pelaksanaan ini hanya memberi keuntungan kepada pembeli? Justeru, walaupun pindaan ini dilihat progresif dari sudut teknikal kewangan, persoalan besar yang perlu dijawab ialah apakah mekanisme pemantauan dan perlindungan pengguna yang benar-benar akan memastikan pembeli mendapat manfaat sebenar daripada EIR ini? Tanpa garis panduan ketat terhadap pihak pemberi pinjaman, masih ada ruang untuk caj yang tersembunyi atau struktur ansuran yang kelihatan rendah di awal, tetapi membebankan di hujung tempoh pembiayaan.
Kerajaan perlu memperincikan model simulasi perbandingan kos di antara flat rate dan EIR. Selain mewajibkan pihak bank atau syarikat kewangan memberikan pendedahan kos efektif sebenar: true cost of borrowing kepada pembeli sebelum tandatangan perjanjian. Ini penting agar peralihan kepada EIR tidak menjadi hanya pertukaran istilah, tetapi satu reformasi yang benar-benar meningkatkan perlindungan pengguna dan ketelusan pasaran pembiayaan kenderaan di Malaysia.
Kita tidak boleh melihat isu kadar faedah ini hanya dari sudut teknikal semata-mata.
Dalam masyarakat majoriti Muslim, persoalan riba bukan perkara kecil atau pilihan. Ia adalah isu hukum dan keadilan sosial. Sekiranya struktur EIR ini masih mengekalkan caj efektif yang tinggi atau berselindung, maka ia berpotensi menjadi bentuk riba moden yang membebankan
Tuan Musoddak bin Ahmad
pembeli tanpa disedari. Riba yang tersembunyi melalui formula kewangan yang kompleks tetap riba walaupun dibungkus dengan istilah teknikal.
Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” Tuan Yang di-Pertua, kedua— berkaitan dengan peraturan-peraturan sewa beli yang baharu adalah dengan mengemas kini had kadar faedah daripada kadar tetap kepada kadar faedah efektif. Bagi pindaan kali ini, EIR boleh— bagi tempoh pinjaman lima tahun ke bawah adalah tidak melebihi 17 peratus EIR, manakala pinjaman yang melebihi lima tahun adalah tidak melebihi 16 peratus EIR, yang tidak melebihi 17 peratus EIR.
Persoalan yang lebih mendalam ialah sama ada kadar maksimum 16 hingga 17 peratus EIR ini benar-benar mencerminkan keadaan pasaran semasa dan kemampuan rakyat? Pada ketika Bank Negara Malaysia menjangkakan kadar OPR kekal stabil pada paras 2.75 peratus, kadar sehingga 17 peratus EIR masih dianggap tinggi untuk pinjaman kenderaan asas, terutamanya bagi golongan B40 dan M40.
Ini menimbulkan persoalan keadilan dalam pasaran pembiayaan. Adakah kadar ini ditetapkan berdasarkan risiko pinjaman yang sebenar atau hanya memberi ruang keuntungan yang lebih besar kepada institusi kewangan? Kerajaan perlu membuktikan bahawa kadar tersebut dinilai semula secara objektif menggunakan data semasa dan bukan hanya kesinambungan daripada amalan flat rate yang terdahulu.
Dato Yang di-Pertua, ketiganya ialah bagi pindaan seksyen 43 iaitu bagi meningkatkan mutu dokumentasi dengan menggunakan kaedah digital. Ini sesuai dengan dasar digital negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun, kaedah digital ini sering diancam oleh ancaman siber. Malah, dokumen-dokumen penting ini wajar dilindungi.
Malahan, banyak kes-kes yang telah menyebabkan ramai orang rugi akibat serangan hacker ini. Adakah jaminan kerajaan bahawa dengan mendigitalkan dokumen ini akan memastikan dokumen-dokumen pembeli terus dijaga rapi? Bagaimanakah jika berlaku kebocoran maklumat ini di pihak penjual?
Dasarnya, RUU ini perlu memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih penggunaan digital atau pun kaedah tradisional yang sedia ada. Walaupun ia agak ketinggalan, saya merasakan pemberi— memberi pilihan kepada pembeli adalah sangat penting. Dato Yang di- Pertua, itu saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Azahar.
Tuan Azahar bin Hassan
Assalamualaikum. Dato Yang di-Pertua, di saat ini kita mendoakan semoga mangsa-mangsa banjir kita di Perlis dipermudahkan segala urusan.
Setelah seminggu lebih kita bekerja keras untuk membantu.
Okey, hari ini sampai masa saya untuk bagi perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025.
Tuan Azahar bin Hassan
Dato Yang di-Pertua, kita hidup di Malaysia ini atau pun di dunia ini memang jaranglah kita berniaga cash. Mesti ada sewa-beli. Sama ada beli rumah, beli kenderaan ataupun segalanya. Dan dalam masa yang sekian lama ini, ramai yang terperangkap dengan sewa beli ini. Ada yang menjadi muflis, ada yang gagal membayar apa yang dibeli dan sebagainya.
Jadi kita dengan pindaan ini, mungkin dapat sedikit-sedikit mengurangkan keresahan rakyat ataupun kesusahan rakyatlah pada masa depan.
Kita tengok hari ini, banyak syarikat ataupun peminjam-peminjam ini menggunakan sewa beli ini sebagai satu senjata untuk mendekatkan rakyat. Saya bagi contoh, bagi pembelian motosikal. Kedai-kedai yang jual motosikal ini, kita lambat bayar sahaja, dia akan keluar satu surat. Walaupun sehari, dia akan keluar satu surat dan surat itu orang yang beli itu kena bayar. Ini, kos surat itu bukan murah, dia cas. Dia ada cas-cas yang tersembunyi.
Yang ini kerajaan kena tengok balik. Banyak syarikat motor yang jual motor buat macam itu.
Lewat sehari, dua hari, hantar surat dan surat itu perlu dibayar. Harga surat itu dibayar oleh peminjam.
Jadi pada hari ini, kita ‘nak tengok bagaimana rang undang-ruang ini dapat membantu rakyat kitalah supaya sentiasa kita sebagai kerajaan ini dapat membantu rakyat ya. Okey, terima kasih atas peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Ruang Undang-undang Sewa Beli.
Saya menghargai usaha kerajaan untuk memperkemas dan memodenkan kerangka undang-undang sewa beli di negara ini. Pembayaran sewa beli ini merupakan instrumen penting bagi jutaan rakyat khususnya mereka yang memerlukan kemudahan untuk memiliki kenderaan dan peralatan asas bagi kelangsungan hidup. Kita tidak menolak niat baik kerajaan. Namun, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan setiap rang undang- undang yang dibentangkan diteliti secara menyeluruh agar ia benar-benar mengurangkan beban rakyat bukan secara tidak sengaja menambah tekanan ke atas mereka.
Yang pertama, prinsip RUU ini adalah baik, tetapi pelaksanaannya perlu diperhalusi.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang menghapuskan kaedah flat and rate ataupun The Rule of 78 serta memperkenalkan kadar faedah efektif. Efektif interest rate dan kaedah baki berkurangan adalah satu langkah ke hadapan. Ia membawa ketelusan dan lebih adil kepada
Tuan Azahar bin Hassan
pengguna. Namun, kejayaan perubahan ini bergantung sepenuhnya kepada cara perlaksanaannya. Jika tidak diselia dengan cermat, perubahan yang di atas kertas boleh bawa kesan yang tidak diingini.
Yang kedua, kebimbangan. Pertama, risiko peningkatan kos pinjaman bagi pengguna.
Walaupun EIR adalah lebih tepat dan telus, ia juga memberikan lebih ruang kepada institusi kewangan untuk melaraskan struktur cas. Kami, saya bimbang sekiranya margin faedah disesuaikan dengan lebih tinggi.
Yang kedua, cas tambahan diperkenalkan bagi menampung kos transformasi atau pengguna, akhirnya membayar jumlah faedah kesesuaian yang lebih besar. Kita tidak menuduh mana-mana pihak tapi ingin mengingatkan bahawa industri kewangan bersifat kompetitif. Tanpa garis panduan yang kukuh, niat untuk melindungi pengguna boleh bertukar menjadi beban tambahan kepada mereka.
Kebimbangan yang kedua ialah tekanan ke atas koperasi dan juga institusi yang pembayarannya kecil. Tuan Yang di-Pertua, bukan semua pemberi pinjaman mempunyai sumber kewangan dan sistem teknologi setanding bank-bank besar. Koperasi, institusi mikro serta syarikat kewangan kecil memainkan peranan penting terutama di kawasan luar bandar dan bagi peminjam yang berpendapatan rendah. Sekiranya mereka terpaksa menanggung kos pelaksanaan dalam sistem baharu yang tinggi, kemungkinan besar, mereka akan menaikkan cas atau menghentikan penawaran produk sewa beli. Ini akan mengurangkan pilihan rakyat dan seterusnya memberi kesan kepada persaingan yang sihat di dalam pasaran.
Kebimbangan kita yang ketiga, perjanjian dan dokumen digital yang memerlukan kawalan lebih rapi. Peralihan kepada perjanjian digital adalah sejajar dengan masa hadapan.
Namun, ia juga membawa risiko, maklumat dan potensi penipuan identiti. Kita perlu memastikan proses pengesahan identiti pengguna benar-benar kukuh. Sistem keselamatan siber memenuhi piawaian yang tinggi dan tidak berlaku penyalahgunaan oleh ejen pihak ketiga. Rakyat harus dilindungi daripada risiko penipuan digital yang semakin canggih. Dalam dunia yang semakin canggih hari ini, macam-macam boleh jadilah. Okey.
Kebimbangan kita yang keempat, pilihan kepada peminjam sedia ada boleh menimbulkan kekeliruan. Peminjam sedia ada diberi pilihan, sama ada mengekalkan kaedah lama atau beralih kepada kaedah baharu. Namun, kita sedia maklum bahawa tidak semua pengguna memahami perbezaan teknikal antara EIR, flat rate dan juga kaedah baki berkurangan. Tidak semua menyedari impak terhadap jumlah bayaran dan sebahagian mungkin membuat keputusan tanpa maklumat yang mencukupi.
Dalam hal ini, kerajaan dan institusi kewangan perlu memainkan peranan proaktif dalam memberi penerangan yang lebih jelas dan mudah difahami. Cadangan untuk
Tuan Azahar bin Hassan
mengukuhkan RUU ini Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa rang udang-undang ini boleh dibekukan melalui beberapa langkah tambahan.
Cadangan yang pertama, garis panduan EIR yang lebih terperinci. Bank Negara Malaysia perlu menetapkan had margin faedah, formula pengiraan yang standard dan larangan ke atas cas sampingan yang boleh meningkatkan kos sebenar pinjaman. Dengan garis panduan yang kukuh, rakyat akan benar-benar dilindungi.
Cadangan yang kedua, sokongan kepada institusi kecil. Kerajaan boleh mempertimbangkan geran transformasi digital, subsidi sistem perisian ataupun insentif cukai.
Bagi membantu koperasi dan juga institusi kecil menyesuaikan diri tanpa memindahkan kos kepada pengguna.
Cadangan yang ketiga, protokol keselamatan digital bajet. Perjanjian elektronik mestilah disertakan dengan verifikasi biometrik, sistem anti penipuan, rekod audit digital dan garis tanggungjawab yang jelas antara pengguna, ejen dan pemberi pinjaman. Langkah ini akan meningkatkan keyakinan pengguna.
Cadangan yang keempat, program literasi kewangan yang ringkas. Sebelum menentangi apa-apa perjanjian peminjam, perlu menerima penerangan yang ringkas tentang perbezaan kaedah pengiraan faedah, kos keseluruhan sepanjang tempoh pinjaman dan kesan jika dilakukan penyelesaian awal. Ini bukan beban, malah pelindung bagi peminjam.
Bagi yang seterusnya untuk penutup kita. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak pernah menolak kemajuan. Kita menyokong segala usaha memodenkan undang-undang dan meningkatkan perlindungan pengguna, tapi kita juga percaya bahawa pembaharuan yang baik perlu disusuri dengan pelaksanaan yang baik.
Dengan ini, saya percaya bahawa RUU ini akan memberi sedikit kebaikan kepada rakyat dengan penambahbaikan yang ada. Cuma kita memerlukan pelaksanaannya dibuat dengan lebih baiklah pada masa hadapan. Dan kita juga ‘nak tengok, bagaimana penggunaan sistem ataupun kita tengok kalau kereta itu ‘tak bayar dua bulan dalam satu hari itu, kena tarik dan sebagainya, ada agen-agen yang menarik kereta. Mungkin juga boleh dibuat pembaharuan untuk supaya kadang-kadang, mungkin kesesakan pada orang yang meminjam itu, kita minta supaya ada kaedah lain supaya pengguna pun selamat, peminjam pun selamat.
Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Pencelah, celahan. Mencelah.
Tuan Azahar bin Hassan
Oh. Okey. Kita putuskan.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Pengerusi.
Betul ‘tak atau benarkah setiap RUU perundangan mana-mana apa pun, sekiranya tidak ada enforcement atau pelaksanaan penguatkuasaan, buatlah apa pun undang-undang,
Tuan Amir bin Md Ghazali
dia tidak akan berjalan atau tidak menepati target kepada undang-undang tersebut? Setuju ataupun tidak? Yang pertama.
Yang kedua, dalam Dewan ini, daripada Gerik— minta kita kehadiran mereka ini di dalam Dewan Negara.
[Tepuk] Terima kasih.
Tuan Azahar bin Hassan
Okey. Terima kasih sahabat saya Saudara Amir Ghazali.
Sebenarnya dalam apa sahaja penguasaan, itu yang paling penting. Tanpa penguatkuasaan: enforcement undang-undang ini, penguatkuasaan ini, maka semua yang kita rancangkan di sini, kita luluskan di sini tidak akan ada hasilnya.
Tuan Azahar bin Hassan
Jadi, saya mohon bagi membantu pengguna perlulah ada satu sistem penguatkuasaan yang jelas supaya institusi kewangan ataupun kedai-kedai yang memberi pinjaman tidak mengambil kesempatan atas kelemahan kita, tidak menguatkuasakan undang-undang secara tegas. Sekian, terima kasih. Saya menyokong RUU ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita bagi pihak Dewan mengalu-alukan kehadiran— dari mana tadi Yang Berhormat Senator?
Tuan Amir bin Md Ghazali
Daripada Gerik, Perak.
Tuan Yang di-Pertua
Gerik, Perak? Selamat datang ke Dewan Negara, dan Dewan Negara adalah badan penggubal undang-undang yang tertinggi di Malaysia.
Sekarang kita jemputkan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.
Datuk Rosni binti Sohar
[Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama dalam perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) bagi tahun 2025 dan terima kasih juga kepada YB Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang ini tadi.
Rang undang-undang ini membawa perubahan besar kepada kerangka sewa beli negara dengan tujuan meningkatkan ketelusan, perlindungan pengguna serta menyelaraskan amalan industri dengan standard semasa. Namun seperti mana reformasi yang besar, beberapa perkara memerlukan perhatian agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat dan perlindungan secara holistik kepada pengguna.
Pertama, merujuk kepada fasal 1 mengenai tarikh kuat kuasa. Saya menghargai fleksibiliti yang diberikan kepada Menteri untuk melaksanakannya secara berperingkat. Walau bagaimanapun, pindaan besar seperti penggantian kaedah pengiraan kepada kaedah pengurangan baki dan penggunaan kadar faedah efektif atau effective interest rate (EIR) memerlukan penyesuaian sistem untuk institusi kewangan. Justeru, garis masa yang jelas amat penting untuk memastikan pelaksanaan ini tidak mengganggu kelancaran pasaran
Datuk Rosni binti Sohar
kredit. Saya juga ingin mengetahui mekanisme pemantauan oleh kerajaan atau pengawal selia bagi memastikan semua institusi kewangan benar-benar beralih dan mematuhi kaedah baharu ini secara seragam.
Kedua, pindaan fasal 2 memperkenalkan definisi baharu seperti “effective interest rate” dan memansuhkan istilah lapuk seperti “base lending rate” serta Peraturan 78, sejajar dengan amalan kewangan semasa. Perubahan ini bertujuan menjadikan pengiraan faedah lebih adil kepada penyewa dan membolehkan penyelesaian awal pinjaman dikira berdasarkan baki sebenar. Namun, saya bimbang institusi kewangan mungkin mengambil langkah balas dengan menaikkan kadar bayaran, mengenakan yuran baharu atau menstruktur semula jadual pembayaran bagi mengekalkan keuntungan mereka.
Oleh itu, saya berharap kementerian dapat memastikan mekanisme pemantauan yang berkesan agar kelebihan penyelesaian awal dan pengiraan faedah yang lebih adil benar- benar dinikmati oleh peminjam tanpa dikenakan penalti atau kos tersembunyi.
Ketiga, saya juga ingin menyentuh fasal 7, 14 dan 16 yang memperkenalkan penggunaan dokumen serta notis elektronik. Langkah ini dialu-alukan kerana ia lebih pantas dan sejajar dengan teknologi semasa. Namun tidak semua peminjam mempunyai capaian digital yang sama. Justeru, saya ingin memastikan bahawa peminjam tetap diberi pilihan menerima salinan fizikal atau apa-apa notis penting apabila perlu terutama jika notis elektronik gagal diterima. Prinsipnya mudah, apa-apa bentuk penghantaran dokumen mestilah benar- benar sampai kepada pengguna.
Keempat, berkaitan dengan fasal 12 dan 15 yang mengubah cara pengiraan baki bersih. Saya menyokong usaha kerajaan mengemas kini formula tersebut, namun saya ingin kepastian bahawa formula baru tidak menyebabkan pengguna membayar lebih tinggi tanpa sedari terutama apabila kenderaan ditarik balik atau semasa penyelesaian awal. Selain itu, proses penilaian kenderaan repossessed perlu lebih telus supaya nilai aset tersebut tidak direndahkan sewenang-wenangnya menyebabkan penyewa menanggung baki hutang yang berat.
Kelima, memandangkan banyak konsep kewangan baharu yang diperkenalkan melalui pindaan ini, saya ingin mendapatkan jaminan dari pihak kementerian bahawa program pendidikan dan penerangan pengguna akan dilaksanakan secara meluas. Pengguna perlu faham apa itu EIR, bagaimana ia berbeza daripada kaedah lama dan apakah manfaat yang mereka dapat jika menyelesaikan pinjaman lebih awal. Tanpa program pendidikan yang efektif pindaan ini berisiko tidak difahami sepenuhnya dan seterusnya tidak dimanfaatkan oleh pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang ini adalah langkah ke hadapan yang positif dan sangat diperlukan. Ia mengemas kini undang-undang sewa beli
Datuk Rosni binti Sohar
supaya lebih adil, lebih telus dan lebih menepati keperluan semasa pengguna serta pasaran.
Namun saya berharap supaya beberapa kebimbangan yang saya bangkitkan tadi terutamanya risiko kenaikan kadar bayaran secara tidak langsung oleh institusi kewangan dapat diberi perhatian supaya manfaat pindaan ini tidak terhakis sebelum sampai, sempat dirasai oleh rakyat. Dengan itu saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kerana telah membentangkan satu rang undang-undang yang saya rasa agak lewat untuk dipinda. Dah sepatutnya perkara ini ‘dah dibangkitkan, ‘dah dipinda bertahun dulu sebab ini adalah satu isu yang berkaitan dengan masyarakat. Kebanyakannya mereka yang B40, M40 yang sentiasa berdepan dengan masalah hutang yang begitu tinggi dikenakan terhadap mereka, faedah-faedah yang kadang-kadang agak keterlaluan. Dan perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan lama, tapi alhamdulillah, better late than never, at least sekurang-kurangnya sekarang ini telah pun diusulkan dan dibawa cadangan untuk dipinda.
Langkah untuk meminda undang-undang ini adalah satu langkah yang bagi saya amat baik terutamanya melibatkan isu berkaitan dengan Rule of 78, iaitu faedah dibayar ke depan, prinsipal bayar kemudian.
Itulah sebenarnya yang menjerat kebanyakan daripada mereka yang mengambil skim sewa beli ini. Bila mereka nak settle setelah dua tahun, tiga tahun, rupa-rupanya yang nak mereka settle-kan itu adalah faedah yang ke depan itu dah dibayar. Bermaknanya prinsipal masih belum disentuh pun dan mengakibatkan mereka ini membayar hutang walaupun hutang yang mereka ambil bukan tempoh lima tahun, enam tahun seperti mana yang sepatutnya mereka selesaikan tiga tahun, tetap mereka kena bayar jumlah faedah yang terlalu tinggi. Dan pendekatan kementerian untuk membatalkan Rule of 78 ini adalah satu langkah yang amat baik.
Dan kedua, berkaitan dengan flat rate. Of course, flat rate ini adalah satu kaedah yang sebenarnya amat kejam bagi saya sebabnya kalau dia dah bayar dalam tempoh tiga tahun hutangnya, sepatutnya prinsipalnya dah kurang tetapi tetap dikira rate interest-nya berdasarkan kepada hutang yang asal iaitu jumlah prinsipal yang asal. Ini juga satu pendekatan kementerian yang baik yang mana telah menghapuskan ataupun menidakkan peruntukan berkaitan dengan flat rate ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ini sebenarnya satu langkah yang boleh meyakinkan rakyat bahawa sekarang kerajaan telah mengambil kira segala kegelisahan, keresahan rakyat selama ini. Namun demikian, ada beberapa persoalan yang pihak kementerian, kerajaan perlu lihat, adakah dengan pindaan kepada rang undang-undang ini, ianya benar-benar menjamin, benar-benar telus, benar-benar golongan B40, M40 ini dilindungi?
Pertamanya, ingin saya bangkitkan isu berkaitan dengan apakah jaminan kerajaan terhadap kadar EIR yang akan di-impose oleh pihak syarikat kredit dan juga institusi kewangan. Sebabnya sekiranya kita ada flat rate empat persen, kemudiannya bila kita mansuhkan flat rate empat persen ini, maka ia nya akan menyebabkan institusi kewangan dan juga syarikat-syarikat kredit ini akan mengalami kerugian sebab keuntungan melalui faedah yang dijangkakan contohnya katakan mereka boleh dapatkan RM2,000 daripada pinjaman nak beli motosikal, faedahnya, tetapi disebabkan oleh adanya kadar EIR yang di-introduce, maka mungkin mereka akan mengalami kadar yang boleh dikenakan agak lebih rendah, mengakibatkan adakah dengan rang undang-undang ini, kita dapat boleh mengawal syarikat- syarikat kredit dan juga institusi kewangan untuk tidak meletakkan kadar yang tinggi walaupun ia nya berdasarkan kepada reduced rate? Jadi ini juga yang kita perlu lihat, adakah ada kawalan di pihak kerajaan untuk memastikan bahawa apabila flat rate ini dimansuhkan dengan adanya kadar EIR ini, ia juga, kerajaan boleh mengawal jumlah kadar faedah yang dikenakan terhadap para pengguna?
Seterusnya kalau kita lihat kepada tarikh kuat kuasa. Tarikh kuat kuasa, kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini kalau— izinkan saya untuk merujuk kepada fasal 17 yang menyatakan di sini, fasal 17 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 57A(3) ke dalam 212 bagi mengadakan peruntukan memberikan kelonggaran kepada penyewa dan tuan punya yang telah memasuki perjanjian sewa-beli sebelum pindaan ini berkuat kuasa untuk memilih kaedah pengiraan baki bersih yang perlu dibayar di bawah perjanjian sewa-beli menurut perubahan kepada Jadual Keenam Akta 212 bagi maksud penyelesaian awal perjanjian sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 14 dan fasal 22 juga menyatakan tentang peruntukan kecualian dan peralihan.
Now, isu dia sekarang di dalam peruntukan ini, tidak menyatakan bahawa ia nya adalah kesannya ke belakang. Maknanya bagi mereka yang telah memasuki perjanjian dan akta ini dikuatkuasakan, perjanjian mereka masih belum habis. Mereka ‘tak boleh ‘nak gunakan peruntukan ini. Bermakna kalau mereka ‘nak settle awal, mereka masih tertakluk kepada perjanjian yang lama kecuali kalau sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.
Jadi persoalan dia, tidakkah boleh kita buat retrospective effect, kesan terkebelakang supaya kesannya boleh diperolehi juga oleh mereka yang telah pun mengambil perjanjian, melakukan perjanjian, tetapi belum selesai apabila kuat kuasanya undang-undang yang
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
baharu ini. Mungkin pihak kerajaan boleh menimbang ataupun meletakkan syarat ataupun dasar bagaimana boleh sekurang-kurangnya pihak syarikat kredit dan juga institusi kewangan mengambil kira mereka yang telah pun mengambil perjanjian ataupun memasuki perjanjian lebih awal dan apabila tarikh kuat kuasa, mereka dapat sekurang-kurangnya benefit daripada hasil pindaan ini.
Seterusnya, kalau kita lihat kepada literasi kewangan, kita tahu bahawa kadang- kadang bila bercakap tentang cara kaedah pengiraan faedah ini, kadang-kadang masyarakat di luar sana tak faham pun, tak tahu bagaimana kaedah, apatah lagi bila adanya pengiraan secara EIR. Macam mana nak kira? Adakah pihak kementerian mengambil langkah untuk juga memaklumkan kepada masyarakat ataupun memberikan penjelasan kepada masyarakat ataupun mewajibkan pihak syarikat-syarikat kredit dan institusi kewangan untuk memaklumkan, memahamkan kepada peminjam sebelum mereka turunkan tandatangan?
Adakah ini menjadi satu kewajipan atau boleh ‘tak pihak kementerian mewajibkan pihak-pihak syarikat-syarikat kewangan ini untuk memaklumkan tentang proses pengiraan kadar faedah dan juga mereka dimaklumkan berkaitan dengan segala pindaan yang ada di dalam rang undang-undang ini?
Begitu juga dengan isu berkaitan dengan sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Azahar iaitu hal berkaitan dengan peminjam golongan orang Islam.
Saya perhatikan di bawah rang undang-undang ini tidak mengambil kira tentang pematuhan syariah berkaitan dengan peminjaman oleh golongan Islam. Kita tahu bahawa dunia sekarang ini ataupun institusi kewangan sekarang banyak memberikan konsep cara pengambilan hutang berkonsepkan patuh syariah. Adakah juga rang undang-undang ini mengambil kira isu berkaitan dengan patuh syariah? Sebab kita kena faham bahawa golongan yang mengambil sewa beli ini kebanyakannya daripada golongan orang Islam yang berpendapatan rendah.
Mohon pihak kementerian melihat daripada aspek ini.
Dan akhir sekali berkaitan dengan hukuman penalti. Tidak dinyatakan di dalam peruntukan ini berkaitan dengan apabila telah adanya peruntukan baharu tentang syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat kewangan.
Adakah ketidakpatuhan oleh syarikat-syarikat kewangan ini nanti akan mengakibatkan mereka dikenakan hukuman penalti yang lebih berat daripada hukuman penalti yang sedia ada? Sebab kalau sekiranya kita ada satu peruntukan baharu, yang peruntukan baharu ini tujuannya untuk melindungi semua pengguna-pengguna yang berpendapatan rendah ini, maka adalah perlu juga pihak kementerian melihat bahawa segala peruntukan berkaitan dengan penalti juga diambil kira supaya ianya dapat dijadikan sebagai satu unsur deterrent kepada pihak syarikat kewangan daripada mereka melakukan satu tindakan yang melanggar peruntukan undang-undang ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Apa pun, sebagai conclusion, sebagai kesimpulannya, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang telah mengambil inisiatif untuk meminda rang undang-undang ini walaupun ia sepatutnya dipinda bertahun-tahun dulu. Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih, terima kasih Dato Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Abun Sui.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Dato Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang D.R. 29/2025 iaitu meminda Akta Sewa Beli 1967. Yang di-Pertua, saya sangat menyambut baik pindaan ini di mana ia nya perlu dilaksanakan lebih awal seperti yang dinyatakan oleh rakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, saya ada beberapa isu untuk diketengahkan supaya dimasukkan di dalam peraturan-peraturan apabila ini dikuatkuasakan nanti.
Contohnya, saya sangat bersetuju dengan kaedah yang ini sekarang di mana apabila pihak yang hendak menyelesaikan pinjaman mereka lebih awal akan dapat mengurangkan bayaran yang— jumlah besarnya sebenarnya. Walau bagaimanapun, semasa sesi libat urus, saya dimaklumkan bahawa walaupun kita mungkin membayar banyak ataupun besar, kalau tidak menyelesaikannya, ini perlu dinyatakan di Dewan ini dan juga untuk pengetahuan rakyat di bawah sana, dia tidak akan juga memberi keuntungan kepada kita yang mungkin ada rezeki untuk membayar lebih besar, dia tidak akan memberi keuntungan juga.
Yang sebenarnya maksud di dalam akta ini adalah untuk menyelesaikan, itu yang bermaksud dalam pindaan kali ini. Jadi justeru itu, apabila kita ada rezeki yang banyak, tidak payah nak membayar mengikut jumlah yang banyak, tetapi eloklah kewangan kita itu dilaburkan di tempat yang lain yang boleh memberi interest ataupun faedah yang besar kepada kita.
Tuan Abun Sui Anyit
Contohnya kalau bumiputera, mungkin boleh letakkan di dalam ASB. Jadi, itulah maklumat semasa sesi libat urus.
Jadi justeru itu, saya sangat menyokong pindaan ini walaupun ianya sesuatu yang lambat, tetapi ada juga yang saya jangka perlu dibuat juga untuk menambah baik pada masa akan datang kerana yang ada di hadapan kita ini hanya untuk diluluskan dan dibahaskan pada hari ini.
Jadi contohnya di dalam fasal 9 di mana dalam fasal ini dalam subfasal 3 yang mengatakan bahawa dengan izin, saya membaca, “Where the owner has revised the effective interest rate, he shall serve a notice to the hirer fourteen days prior to the date the revised
Tuan Abun Sui Anyit
effective interest rate comes into effect specifying the following.” Jadi ada (a), (b), (c), (d), (e) sana.
Jadi, ini adalah satu yang sangat baik di mana apabila ada pindaan terhadap satu syarat atau terma di dalam perjanjian jual beli kenderaan ini maka adalah diwajibkan pemberi pinjam itu menyatakan kepada peminjam.
Begitu juga, saya melihat kepada fasal 16 di mana legal recognition of electronic message. Jadi sekarang ini dalam dunia teknologi moden, kita mendapat agreement kita ataupun perjanjian kita secara PDF dan kalau kita mahu yang secara manual, kita pun boleh minta. Jadi, ini adalah suatu yang untuk mengesahkan transaksi berkenaan.
Cuma, persoalan saya, apabila ada masalah di dalam kita membuat pembayaran.
Kadang-kadang dalam kesibukan kita, jadi mungkin terlupa dan sebagainya dan hanya untuk serve ataupun untuk menyampaikan sesuatu notis itu, hanya dengan elektronik di sini. Jadi, ini juga satu yang boleh memerangkap kita ya di mana apabila kita leka maka dia tidak seperti dulu di mana sesuatu notis itu diberi secara manual ataupun personal service kalau kita di dalam bidang guaman ya.
Jadi, di sini juga sesuatu yang perlu kita berhati-hati. Jadi, bagaimanakah kerajaan ataupun pihak pemberi pinjam dan juga yang meminjam ini supaya mereka dalam ketidaklekaan— bagi saya kalau leka ini selalunya dia akan merugikan kita sebagai peminjam ya. Sudah tentulah apabila kita lupa dalam perkara begini, memang itu juga akan memberi kelebihan kepada bank di mana mereka automatik boleh mendapat interest daripada kelewatan kita dalam hal penyelesaian begitu.
Begitu juga, di dalam pindaan yang fasal ke-19. Saya ingin bertanya, bagaimanakah ini lebih baik daripada fasal yang ada sebelum ini di mana Jadual Kelima dalam Akta Ibu dipinda dengan menggantikan seperti yang dinyatakan dalam fasal 19? Jadi, apakah kebaikan-kebaikan ini berbanding yang sebelum ini? Ini perlu dijelaskan supaya rakyat di luar sana boleh mengetahui kebaikan-kebaikan yang kita nyatakan pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan tentang isu berkaitan dengan sambungan pinjaman secara sukarela bagi peminjam atau sakit atau tidak mampu membayar.
Ini adalah satu perkara yang berlaku yang real life kehidupan kita. Ada orang yang kehilangan kerja, ada yang sakit. Jadi dalam pihak ketiga, ada yang mahu sambung. Yang selalunya bila hal sambung loan ini, sambung pinjaman ini, sama ada boleh, dua situasi boleh berlaku.
Yang sambung itu, dia boleh tak bayar dengan anggapan bahawa yang memberi sambung itu tadi dia ingat yang menyambung itu akan membayar, tapi rupa-rupanya dia ‘tak bayar berbulan-bulan sehinggalah sampai surat daripada surat undang-undang atau surat peguam. Jadi, ini juga satu perkara yang perlu kerajaan teliti supaya peraturan-peraturan
Tuan Abun Sui Anyit
membenarkan supaya institusi kewangan itu boleh membenarkan supaya ada pertukaran semasa masih tempoh pinjaman ini berlaku.
Dan yang keduanya, kalau dia bayar pun, dibayar, tetapi akhirnya habis bayar kerana kebanyakan institusi kewangan ini mereka tidak setuju untuk agreement itu di bubar atau dipindahkan kepada pihak yang ketiga ataupun mungkin keluarga dia sendiri. Jadi, apabila dapat membayar, akhirnya orang yang ada nama pada agreement itu tadi dia ambil dan kalau pergi ke mahkamah memang dia boleh menang. Jadi, rugilah orang yang sambung loan ini tadi. Ini situasi-situasi yang boleh kita lihat dan selesaikan dari peraturan-peraturan setelah pindaan ini akan kita luluskan pada hari ini.
Jadi justeru itu, saya memang mencadangkan supaya pastikan pihak institusi kewangan ini ataupun bank peminjam, bagi mereka yang membayar awal, mereka tidak akan mengalami kerugian di dalam hal yang di mana ada yang mahu selesaikan awal dan bagaimana mereka ini tidak dirugikan apabila dapat menyelesaikan perkara itu lebih awal.
Jadi, ini boleh dijelaskan kepada kita pada hari ini supaya mereka yang terlibat, semua kitalah saya percaya kerana kenderaan ini semua keluarga ataupun kita yang mampu mengalami ataupun memiliki kenderaan ataupun pinjaman-pinjaman kepada mereka daripada pihak institusi kewangan.
Jadi, yang terakhir poin yang saya hendak bincangkan juga di sini adalah berkaitan dengan di mana apabila kenderaan kita ya, yang take over, yang saya katakan take over ini tadi, supaya membenarkan tempoh pinjaman extension ataupun bagi mereka yang tidak mampu, yang sakit yang saya katakan sebentar atau awal tadi. Yang sakit, yang ekonomi dia ‘tak baik, jadi ada tempoh tertentu. Kalau katakan seseorang itu dah lumpuh, mana mungkin dia akan dapat membayar kenderaan dia lagi.
Perkara-perkara seperti inilah yang perlu juga dilihat oleh kerajaan supaya masukkan di dalam peraturan-peraturan ataupun syarat-syarat yang perlu institusi kewangan ambil berat supaya jangan hanya kerana mereka hendak untung, mereka tarik kereta dan boleh jual kereta itu balik dan sedangkan keluarga ataupun pihak ketiga sanggup untuk meneruskan kenderaan itu.
Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Dato Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Dato' Wu Him Ven.
Dato' Wu Him Ven
Dato Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya menyokong penuh pindaan ini kerana dengan pengenaan effective interest rate dan reducing balance method dengan izin,
Dato' Wu Him Ven
rakyat akhirnya menikmati sistem pinjaman yang lebih adil, telus dan mencerminkan niat sebenar undang-undang iaitu untuk melindungi pengguna, bukan menindas mereka.
Namun, saya juga bercadang bahawa kerajaan perlu melaksanakan satu kursus literasi kewangan nasional dan memperkenalkan wrong cost calculator atas talian, khusus bagi menerangkan kepada pengguna tentang bagaimana kadar EIR dikira dan apa bezanya dengan kadar rata yang digunakan selama ini dan bagaimana membuat kiraan. Ini amat penting untuk memastikan rakyat faham, mampu mengira dan tidak mudah terperangkap dalam struktur pinjaman yang kompleks.
Dato Yang di-Pertua, salah satu komponen yang paling penting dalam pindaan ini adalah salinan perjanjian sewa beli yang ditandatangani dan disahkan secara elektronik mempunyai kesan undang-undang yang sah.
Dato' Wu Him Ven
Ia satu rangka yang sangat penting kerana pada hari ini sebahagian besar permohonan sewa beli sama ada motosikal, kereta dan barangan elektrik sudah dilakukan melalui platform digital, bukan lagi di atas meja kertas. Namun Dato Tuan Yang di-Pertua, perlu kita akui bahawa sistem undang-undang tandatangan elektronik kita hari ini masih berpecah dua.
Satu, Akta Tandatangan 1997 (DSA) bersifat teknikal menggunakan...
[Tidak jelas] PKI, bawah seliaan kertas oleh Control of Certification Authority atau CCA. Ia sesuai untuk urus niaga kerajaan dan sektor kewangan bernilai tinggi. Kedua, Akta Perdagangan Elektronik 2006 atau ECA lebih longgar dan terbuka, mengiktiraf sebarang tandatangan yang boleh dikenal pasti dan boleh dipercayai, tetapi tanpa sistem audit dan pendaftaran, menyedia perkhidmatan yang jelas. Akibatnya, bila berlaku pertikaian di mahkamah, tahap bukti dan kehadiran sah tandatangan elektronik boleh jadi berbeza. Ada kes diterima, ada kes ditolak.
Bergantung pada sejauh mana bukti audit disimpan.
Oleh itu, pindaan ini yang memperakui penggunaan electronic copy dan effective service by electronic means, sebenarnya membuka ruang kepada Malaysia untuk menyatukan semula kedua-dua undang-undang ini ke arah satu sistem tandatangan elektronik yang seragam dan boleh dipercayai.
Dato Yang di-Pertua, saya mencadangkan selepas kelulusan rang undang-undang ini, kerajaan boleh meneliti menubuhkan satu national trust… [Tidak jelas] Lists seperti sistem eIDAS di Eropah. Di bawah eIDAS, setiap menyedia tandatangan elektronik mesti mendaftar sebagai qualify trust service provider atau QTSP, disemak secara berkala dan disenaraikan dalam EU Trust List yang boleh diakses oleh orang awam. Tanpa sistem audit dan pendaftaran nasional, kita berisiko menghadapi pelbagai isu di lapangan seperti kes penipuan identiti, tiada audit trust, tiada standard keselamatan dan kebocoran data.
Dato' Wu Him Ven
Oleh itu, saya ingin menggesa kerajaan agar selepas pindaan ini diluluskan, kita jangan berhenti di sini. Kita perlu berusaha ke fasa seterusnya iaitu reformasi menyeluruh terhadap DSA dan ECA agar Malaysia mempunyai satu rangka kerja e-signature yang bersepadu, diaudit dan diiktiraf antarabangsa demi melindungi pengguna dan memperkukuh kepercayaan digital negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Datuk Anna Belle.
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.
Salam Sabah Maju Jaya. Dato Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah kepada kementerian yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 pada sidang hari ini.
Sesungguhnya, langkah proaktif kerajaan melalui kementerian Yang Berhormat Menteri adalah satu manifestasi jelas bahawa kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pembentangan RUU ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan terhadap isu- isu semasa yang menekan rakyat tetapi turut juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuhkan tadbir urus kewangan pengguna serta memodenkan rangka perundangan yang telah berusia lebih daripada lima dekad.
Usaha ini bukan sahaja tepat pada masanya tetapi melambangkan kesungguhan tanggungjawab seorang pemimpin. Justeru, dengan penuh keyakinan, saya menyatakan sokongan padu terhadap pindaan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 ini. Dato Yang di-Pertua, salah satu teras terpenting dalam pindaan ini ialah pemansuhan kadar faedah sama rata atau flat rate, termasuk juga pemansuhan Kaedah 78 (Rule of 78) yang telah diguna pakai sekian lama dalam sistem pembiayaan sewa beli di negara kita.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, flat rate dan Rule of 78 merupakan kaedah lama yang tidak lagi mencerminkan amalan kewangan moden. Ia sering kali menjejaskan pengguna kerana faedah diagihkan secara tidak seimbang menyebabkan pengguna membayar faedah yang lebih tinggi pada tempoh awal pinjaman walaupun baki prinsipal masih belum berkurangan secara proportional. Keadaan ini mewujudkan ketidaktelusan, menekan pengguna daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta sering kali menimbulkan kekeliruan apabila pengguna ingin menyelesaikan hutang lebih awal.
Dato Yang di-Pertua, kerajaan melalui pindaan ini mengambil langkah yang amat berani dan wajar apabila memansuhkan kaedah-kaedah lama tersebut. Pindaan ini bertujuan untuk menghapuskan unsur faedah berlebihan dan ketidakseimbangan yang sekian lama
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
menjadi rungutan masyarakat. Pemansuhan flat rate dan Rule of 78 merupakan keputusan progresif yang akan mengubah landskap pembayaran sewa beli negara. Pindaan ini akan membawa perubahan struktur yang mengutamakan keadilan, ketelusan, kesaksamaan dan perlindungan pengguna, sesuai dengan kehendak ekonomi digital pada hari ini.
Dato Yang di-Pertua, seiring dengan pemansuhan tersebut, pindaan ini turut memperkenalkan kaedah baharu iaitu penggunaan kadar faedah efektif— effective interest rate (EIR) serta pengiraan melalui kaedah pengurangan baki: reducing balance method. Kaedah ini amat berbeza daripada sistem flat rate, di mana ia memastikan faedah dikenakan hanya berdasarkan baki pinjaman yang masih belum dijelaskan, bukan pada keseluruhan jumlah asal dalam flat rate. Dato Yang di-Pertua, perkara ini membawa dua manfaat utama. Yang pertama, pengguna tidak lagi terbeban dengan jumlah faedah yang tinggi pada peringkat awal.
Manakala yang kedua, ia menggalakkan disiplin kewangan dan pembayaran balik kerana pengguna dapat menikmati pengurangan baki yang lebih tepat dan telus. Langkah ini bukan sahaja sangat wajar, malah amat dialu-alukan oleh rakyat. Khususnya, golongan belia, pekerja swasta dan penjawat awam yang majoritinya membeli kenderaan atau barangan melalui skim sewa beli.
Dato Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya bersetuju dengan faedah besar yang bakal dinikmati oleh pengguna melalui pindaan ini. Di bawah penetapan baharu ini, pengguna dapat menyelesaikan baki pinjaman lebih awal akan menikmati manfaat faedah yang jauh lebih rendah berbanding sistem lama.
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
Ini adalah satu manfaat atau kelebihan kepada pengguna yang selama ini merasakan tiada kelebihan atau inisiatif untuk menyelesaikan pinjaman awal. Dengan kaedah baharu ini, rakyat akan menikmati keadilan nyata di mana mereka hanya membayar faedah bagi tempoh penggunaan sebenar, bukan jumlah keseluruhan kontrak seperti yang ada dalam sistem sedia ada.
Dato Yang di-Pertua, pindaan ini juga membuka ruang kepada pemodenan Akta Sewa Beli 1967 yang selama ini dianggap tidak relevan. Dengan perkembangan industri kewangan negara, sudah tiba masanya akta bersejarah ini diberikan suntikan baharu agar selari dengan realiti ekonomi 2025 dan seterusnya.
Dengan wujudnya pelbagai produk kewangan baharu, penggunaan dana analitik, kecerdasan buatan dan penilaian kredit serta peningkatan transaksi digital, akta berusia 57 tahun ini tidak boleh terus bergantung pada model pengiraan dan sistem pentadbiran yang lama. Usaha memodenkan akta ini akan memberikan perlindungan kepada pengguna yang
Datuk Anna Belle @ Suzieana binti Perian
lebih menyeluruh, menghapuskan kadar tersembunyi yang membingungkan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keseluruhan sistem pembiayaan negara.
Dato Yang di-Pertua, selain itu, saya juga menyokong pindaan yang membenarkan pengguna teknologi terkini dalam urusan perjanjian sewa beli. Pindaan ini secara jelas memberi ruang kepada pelaksanaan perjanjian digital, pengesahan secara elektronik dan penggunaan tanda tangan digital yang sah di sisi undang-undang. Langkah pendigitalan undang-undang ini bukan sahaja selari dengan kemajuan teknologi semasa, tetapi juga amat memudahkan pengguna, mengurangkan kos pentadbiran dan meminimakan risiko pemalsuan dokumen.
Dato Yang di-Pertua, dalam era digital, teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Oleh itu, tindakan kerajaan memperluaskan rang undang-undang bagi penggunaan teknologi moden dalam transaksi kewangan adalah amat dialu-alukan dan tepat pada waktunya. Ini adalah menjadikan proses permohonan, kelulusan, penyemakan serta dokumentasi lebih cepat, selamat dan mesra pengguna.
Dato Yang di-Pertua, dengan wujudnya ruang digital ini, pengguna tidak perlu lagi bergantung pada dokumen fizikal yang terdedah kepada risiko kehilangan, pemalsuan atau kecuaian. Data akan disimpan secara selamat dalam platform digital, memudahkan pemantauan, pengesahan dan audit. Penyelarasan antara institusi kewangan, syarikat sewa beli, pihak kerajaan dan pengguna juga akan menjadi lebih cekap, mengurangkan salah faham dan meningkatkan integriti sistem.
Dato Yang di-Pertua, akhir kata, setelah meneliti keseluruhan pindaan RUU Sewa Beli
(Pindaan) 2025 ini, saya ingin merumuskan bahawa rang undang-undang ini bukan sekadar pindaan teknikal kepada beberapa seksyen akta lama, tetapi ia adalah satu transformasi menyeluruh yang membawa Malaysia ke arah sistem pembiayaan yang lebih moden, adil, telus dan berpaksikan kepada kebajikan rakyat.
Pindaan ini bukan sahaja akan mengurangkan beban pengguna, tetapi akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan dan kewangan negara.
Langkah kerajaan adalah sangat progresif, pro-rakyat dan berteraskan akauntabiliti. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian atas kesungguhan, kecekapan dan keberanian memperkenalkan transformasi besar ini demi kesejahteraan rakyat. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan keyakinan, saya menyokong penuh RUU ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 di Dewan yang mulia ini. Pindaan RUU ini memang bertepatan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna dan memastikan amalan sewa beli menjadi lebih adil, berkesan dan sejajar dengan standard industri semasa.
Saya menyambut baik pindaan yang menghapuskan kaedah, faedah kadar rata dan Peraturan 78 yang sering dikritik kerana membebankan pinjaman dengan bayaran kadar faedah yang lebih tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman, sekali gus lebih menguntungkan industri kewangan. Pindaan ini menggantikan struktur pengiraan kadar faedah pinjaman dengan dua prinsip yang mempunyai pengiktirafan global iaitu penggunaan kadar faedah elektrik— elektif: elective interest rate dan kadar penggunaan baki: reducing balance method yang menunjukkan kos sebenar pinjaman termasuk jumlah dan caj lain berbanding kadar faedah rata yang diiklankan.
Keadaan ini membetulkan amalan-amalan perkiraan faedah yang mengelirukan dengan mengambil kira jumlah faedah yang sebenar, dibayar dari masa ke semasa berdasarkan baki pinjaman yang semakin berkurangan. Namun begitu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Yang pertama, ramai juga pinjaman dalam kalangan masyarakat masih kurang jelas tentang kaedah sebenar perkiraan kadar faedah. Maka, adakah institusi-institusi kewangan akan menerbitkan sesuatu garis panduan secara khusus menjelaskan kadar faedah dan kos- kos lain yang mungkin terlibat. Ini memastikan pengguna mendapat maklumat yang jelas dan telus mengenai semua kos yang terlibat dalam pinjaman dan seterusnya membolehkan pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih termaklum dan mengelakkan caj tersembunyi.
Yang kedua Dato Yang di-Pertua, terdapat pertikaian berkaitan kes sewa beli. Apakah tahap keberkesanan mekanisme penyelesaian Tribunal Tuntutan Pengguna: Tribunal For Consumer Claims (TCC) yang sedia ada dalam menangani pertikaian ini? Sudah pasti proses penyelesaian memakan masa dan kos. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan bidang kuasa TCC mengadili amaun tuntutan secara amnya bernilai di bawah RM1,000 iaitu bertambah daripada tidak boleh melebihi 50— RM50,000 pada masa sekarang.
Yang ketiga, berkenaan dengan tempoh peralihan selama 18 bulan untuk menyesuaikan sistem dan prosedur kaedah perkiraan baharu. Saya berpendapat bahawa tempoh peralihan boleh dipendekkan kepada antara enam hingga 12 bulan kerana kebanyakan bank sudah pun menggunakan sistem baki berkurangan bagi pinjaman perumahan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Akhir sekali Dato Yang di-Pertua, yang paling pentingnya, persediaan garis panduan bagi pelaksanaan kaedah baharu untuk meningkatkan perlindungan kepada semua pengguna kredit di negara ini. Namun, saya ingin tegaskan bahawa ekosistem kredit pengguna mestilah diperkukuhkan melalui Akta Kredit Pengguna 2025 yang diluluskan awal tahun ini. Pengguna mesti mempunyai perancangan kewangan yang betul memandangkan hutang isi rumah yang tinggi dan pengguna beli sekarang, bayar kemudian, semakin meningkat di Malaysia.
Kesimpulannya, saya menyokong RUU ini sebagai usaha reformasi mewujudkan ekosistem kredit pengguna yang lebih mampan dan saksama. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dijemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya fikir hujah-hujah yang berada dalam akta ataupun RUU ini sudah pun disebut menyeluruh oleh sahabat-sahabat, tetapi saya ambil kesempatan ini untuk menghubungkan dengan realiti di lapangan ataupun di lokasi.
Yang pertama, cerita tentang sewa beli. Ini memang sudah jadi tradisi; yang sewa beli ini semua yang tak ada duit, tapi yang ‘nak pergi bank, kalau ‘nak buat pinjaman, kalau ‘tak pernah ada rekod buat pinjaman, susah lagi ‘nak dapat pinjaman. Sebab memang bank suka orang pinjam, tetapi yang pasti bayar, tetapi Dato Yang di-Pertua, yang pertamanya, saya ‘nak hubungkan sikit dengan sini dari segi pelaksanaan di bawah supaya pihak kementerian boleh memberikan perhatian yang lebih, lebih fokus dari sudut pelaksanaan.
Sebahagian besar daripada peminjam-peminjam yang disebut oleh sebahagian sahabat-sahabat Senator tadi, yang mungkin B40, M40 yang begini. Yang ini bukan jenis celik perjanjian, Dato; asal yang dia mohon, orang tolong dia, dia mohon, dia lulus saja, dia ‘tak baca ‘dah undang-undang itu. Itu yang hardcopy itu, dia ‘tak baca. Dia terus tandatangan saja.
Yang digital ini ‘tak tahulah macam mana dia akan teliti atau baca. Lepas itu ‘dah, dah tak dapat sempurna menurut perjanjian yang ketat itu, baru lepas itu dia menangis. Jadi, macam mana proses itu Yang Berhormat Menteri? Supaya ambil kira, sebab bukan semua ataupun beberapa peratus masyarakat kita di bawah itu yang celik digital ini. Bagus program digital ini, tapi ambil kira juga perkara tadi.
Yang kedua ialah effective interest rate. Saya ingat ini— ini satu cadangan yang sangat menarik. Lama ‘dah kita pakai flat rate dan flat rate yang ada ini pun, tapi sebenarnya effective flat rate ini pun sudah berlaku dalam beberapa sistem bank yang menggunakan sistem Islam.
Maksudnya, bayarnya berasaskan pada baki yang terakhir dan terakhir. Pengalaman yang lama yang mengguna pakai kadar keuntungan flat rate ini, kalau, kalau dihubungkan kait
Tuan Haji Hussin bin Ismail
dengan yang lebih besar. Kalau orang beli rumah, beli rumah ada sebahagian sewa beli, ada sebahagian beli saja, pinjam dan beli.
Dalam perjanjian mungkin empat persen, tapi setahun— tapi beli rumah 15 tahun kali dengan empat persen, jadi besar itu, tetapi sesetengah bank, letakkan tujuh persen kali dengan 15 tahun, lebih banyak daripada harga asal. Lebih banyak daripada harga pokok.
Yang ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Salehuddin tadi. Dato’ Seri Salehuddin tadi. Bayar ‘tak habis-habis. Rupanya bayar, bayar, ‘tak selesai. ‘Tak masuk lagi kepada bayaran sepenuh. Yang dibayarnya ialah untungnya dulu. Saya fikir ini juga kementerian harus tengok berapa kadar keuntungan wajar. Sebab dia ini termasuk dalam, dalam apa yang disebutkan oleh Allah SWT.
Saya tadi rasa macam ‘tak nak masuk dalam, dalam perbahasan Dato, tapi bila sebut yang ini, perkataan interest ini Yang Berhormat Datuk Menteri, apakah interest itu dalam konteks bahasa ataupun interest dalam konteks pelaksanaan sebenar? Kalau interest itu dalam konteks pelaksanaan sebenar, perkataan interest itu, saya mohon direkodkan untuk ditarik balik sebab perkataan interest ini adalah perkataan makna rasmi kepada riba.
Sebahagian sekarang ini masyarakat yang— ‘tak mesti orang Muslim. Sekarang ini sebahagian pergi kepada sistem riba. Banyak bank sekarang ini sudah pergi kepada sistem Islam. Buat satu pilihan. Kaunter Islam. Kenapa? Sebab lebih adil.
Saya ‘nak mengingatkan satu firman Allah dalam surah Baqarah ayat 275. Allah sebut, “Orang yang mengambil riba itu tidak akan berdiri melainkan seperti berdirinya seorang yang dirasuk dan dipukul oleh syaitan sehingga dia menjadi gila.” Ini ayat Quran. Yang, yang ‘nak pakai, teruslah, tetapi yang Islam beringatlah, tapi term itu sendiri, Datuk Menteri, takut biar ada makna berbeza kot. Biar makna interest itu maknanya bukan, bukan riba. Boleh ‘tak gitu?
Kalau saya sebut surah al-Baqarah...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, boleh saya mencelah sekejap?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh saya mencelah ya YB? Dato Speaker, boleh saya mencelah sekejap?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sila.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Tadi YB ada menyebut satu perkataan yang menarik perhatian saya. Keuntungan wajar oleh syarikat kredit dan juga institusi kewangan.
Adakah YB merasakan bahawa keuntungan wajar itu perlu diambil berat oleh pihak kementerian dan kerajaan dan menetapkan kadar yang sepatutnya dikatakan wajar tersebut?
Kalau tidak itu, kaedah faedah itu, dia akan letakkan ikut suka mereka saja. Adakah kadar wajar itu perlu di-impose oleh pihak kerajaan dan kementerian? Terima kasih.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Perkataan “wajar” ertinya dalam perjanjian kita ini persetujuan di antara yang memberi dengan yang menerima. Kalau yang memberi itu, setuju; dan yang menerima itu, setuju, tapi kena ambil juga sikit. Jangan, jangan, jangan dalam iktiraf riba. Bila setuju sama setuju, maka di situ ada reda, tapi Ustaz Nik, mungkin boleh tambah ya.
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Perkataan itulah yang sebenarnya diambil kira, tapi kalaulah peminjam itu sendiri dari awal itu ‘dah tahu, rupanya dia bayar itu dengan harga 100 ataupun sekali ganda lebih daripada harga yang pinjam, saya rasa dia tarik brek. Sebab itu sebahagian besar peminjam buat perjanjian, dia ‘tak sempat baca pun. Dia dapat, seronok. Lulus saja pinjaman itu, datang sign saja. Lepas itu baru balik itu fikir semula. Itu, itu yang saya ingat pihak kementerian adakan satu prosedur...
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Boleh?
Tuan Azahar bin Hassan
Saya ‘nak celah sikit boleh?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Mana pula ‘dah...
[Ketawa]
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
YB.
Tuan Azahar bin Hassan
Saya cuma ‘nak tanya dari sini. Kita beli rumah RM189,000.
Kita bayar 30 tahun. Harga rumah itu RM1,000 lebih. Lebih kurang RM1,030.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Bayaran.
Tuan Azahar bin Hassan
Kita beli kereta pun lebih kurang RM189,000. Kita bayar lebih kurang dalam RM2,000 sebulan, tapi sembilan tahun saja. Pasal apa jadi macam itu?
Yang matematik sikitlah. Harga rumah sama. Harga kereta sama. Pasal apa rumah bayar 30 tahun, kereta bayar sembilan tahun?
Timbalan Yang di-Pertua
Haji Hussin, Haji Hussin kerja dengan bank kah?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya, saya baru ‘nak kerja dekat bank.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Cuma saya fikir Yang Berhormat Senator Azahar, dia soalan itu, ada jawapannya dekat situ. Saya tak payah calculate. Sebab itu pernah dulu- dululah zaman jahiliah dulu, pernah juga buat kiraan macam itu. Eh, kira-kira bayar ‘tak habis- habis. Bayar, bayar, ‘tak habis. Rupanya bila calculate balik, pergi jumpa dengan bank, dia kira balik. Dia ada kira depan kita itu. Ya Allah, ertinya selama ini aku ‘dah bayar itu.
Timbalan Yang di-Pertua
Habis.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Belum, belum lagi bayar pinjaman. Baru bayar untung.
Itulah interest.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Yang Berhormat Datuk Speaker.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dengan izin Datuk Yang di-Pertua, saya izin.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak. Memang Haji Hussin, dia, dia tetapkan sebagai pembahas terakhir untuk ucapan ini.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Ketawa]
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Ambil masa lebih.
[Ketawa]
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Saya setuju dengan pandangan dan pendapat daripada Senator Hussin tadi. Kita melihat dari sudut yang berlaku sekarang ini di mana pada peringkat awal sama ada sales and purchase ataupun hire purchase. Kita tanda tangan dengan kadar faedah yang ditetapkan. Umpamanya, kita buat pinjaman kenderaan.
Dia akan tetapkan 3.75 percent. Ini contoh ya. Kita akan bayar bulanan. Kemudian, apabila kita lambat, interest campur interest. Maknanya, dia komersialkan dan in terms of profit itu tidak dinampakkan, tetapi menjadi sebagian daripada hasil keuntungan. Dan tadi dimaklumkan bahawa selama sembilan tahun...
Timbalan Yang di-Pertua
Compounded interest.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Sembilan tahun, kalau kita baharu bayar dua tahun, kita belum bayar pokok lagi. Maknanya, kita masih lagi umpama bayar duit depositlah ya. Begitu juga rumah. Bila OPR naik, saya kena sendiri masa 2020 hingga 2022.
Saya beli kedai harga RM7,000. OPR naik, jadi RM14,000 ya. Dua kali naik. RM14,000. Bila OPR turun, bayaran sewa bulanan ‘tak turun. Sepatutnya Bank Negara ini pantau pihak bank dan bila kita lambat, interest atas interest atas interest. Yang akhirnya, kita ‘tak mampu, dilelong. Itu yang banyak bankruptcy. Itu yang sekarang menjadikan salah satu sebab ramai peminjam-peminjam tidak dapat membuat pinjaman.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri, Menteri Kewangan buat kajian.
Kenapakah Bank Negara tidak memantau cara bank untuk mengambil keuntungan dengan menekan peminjam-peminjam perumahan tersebut? Saya minta kalau boleh di..
Timbalan Yang di-Pertua
Bekas, bekas CEO CIMB dalam Dewan ini.
Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman
Dia ‘dah tukar dia punya....
Timbalan Yang di-Pertua
Dia boleh jawab, tapi masalahnya bukan hal kementerian dia.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya hormati semualah, apa yang disebutkan Dato’ Halim, bekas CEO bank. Yang kita ‘nak fokus sekarang ni ialah supaya kita, saya minta term itu, term itu ialah larikan dari perkataan interest dalam konteks takrif Islam itu riba. Sebab dia gini. Kalau kita, ini, ini sebut begini Dato’ Halim. Kalau kita beli sebuah air, satu botol air, harga
Tuan Haji Hussin bin Ismail
modal seringgit. Kita sebut kita nak jual RM2 takpe. Orang yang ‘nak beli, yang kita yang ‘nak jual, orang ‘nak beli bukan seringgit pun. Kalau pergi dekat dengan KLIA RM5 terus, betul tak, tapi kita ‘dah beli, kita tahu modal kita dan kita ‘nak jual, dia tahu harga yang dia beli dia sebenar. Ini kita declare harga kita RM150,000 kereta atau pun rumah. Bila bayar, rupa kira- kira ‘dah RM300,000 lebih. Di situlah persoalan yang saya ‘nak highlight kan di sini.
Saya fikir kalau ini, sahabat-sahabat yang bukan Islam sekali pun dia sangat seronok dengar ini. Dia seronok ini. Sebab itu, Datuk Yang di-Pertua, kalau sebut Al-Baqarah ayat 279.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran “Allah, jika kamu masih tetap mengambil riba, maka isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya.” Ini, ini kita cerita perang dengan Allah. Ini declaration Allah perang dengan kita ini.
Jadi, satu ayat yang lain saya ‘nak sebut sikitlah.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] .
Yang disebut.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, teruskan, teruskan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Last ini Datuk.
Timbalan Yang di-Pertua
‘Tak, tak, tak. Masa banyak lagi, saya bagi peluang pada Haji.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
“Jangan kamu makan riba yang berlipat-lipat ganda untung yang kamu buat.” Untung boleh lipat ganda. Reda, persetujuan, perakuan, perjanjian ‘tak boleh tambah dah. Jadi, benda-benda ini saya harap, point ini kecik yang ‘nak sebutnya ialah perkataan interest itu Datuk Menteri, takut boleh di— kalau ‘nak buat juga interest yang ini saya ‘tak setujulah. Saya sebut saya ‘tak setuju.
Kemudiannya, yang terkait dengan, dengan isu yang seterusnya ialah ini kaedah kutip hutang. Kita buat peruntukan, tapi yang di bawah sana itu, ini yang disebutkan oleh Al- Baqarah tadi, ayat 275 ini macam orang gila. Allah sebut ini, jadi macam orang gila. Apa tak gila? Lari ‘tak tinggal rumah tangga ‘tak tau ke mana. Bukan sekadar saja rumah tangga yang hilang, cerai-berai, anak diugut, blackmailed. ‘Tak salah kot saya sebut di sini tentang along.
Datuk Yang di-Pertua, saya bukan along, saya cuma nak tolong...
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tapi yang duduk ada sorang, pelajar saya dulu. Duduk di Sabah, lari ke Semenanjung, tapi along itu tahu cari rumah dia di Semenanjung. Separuh gila. Ada ‘tak peruntukan dalam sewa beli kita ini berhubung dengan perkara ini? Ada ‘tak peruntukan tentang kebebasan along yang meletakkan kad dia itu merata-rata? ‘Tak ada institusi kewangan yang sebebas dan semurah hati along. Boleh letak di mana-mana, hari ini datang, terus lulus, tapi tujuh persen sebulan. Apakah peruntukan dalam sewa beli kita ini turut membela masyarakat kita termasuk turut mengekang kegiatan yang sangat bejat di tengah-tengah masyarakat ini?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya tengok sekarang ini, apa ini, peminjam wang berlesen...
Timbalan Yang di-Pertua
Berlesen.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Siapa yang bagi lesen mereka untuk beroperasi macam ini? Apakah kita kementerian bersedia untuk mengatakan ya, yes, yes, lesen ini saya yang bagikan? Dan apakah dia termaktub dalam peruntukan yang kita ada ini? Saya minta maaf macam ‘tak mengulas tentang RUU Sewa Beli, tapi implikasi di tengah lapangan, Datuk, berat sangat. Dan saya harap perkara ini tidak terus dibiarkan dan mudah-mudahan insya-Allah ambil kira perkara ini. Kita seronok memang betul kata Dato’ Setia, kita tunggu lama ‘dah apa ini, RUU ini. Yang ‘dah, apa ini, kita panggil apa? Balance rate itu, apa nama tadi, EIA?
Effective...
Timbalan Yang di-Pertua
Interest Rate.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Interest rate. Bagus sistem itu. Islamic ‘dah sistem ‘tu, tapi biar dia jadi keseluruhan itu menjadi patuh syariah. Untuk yang bukan Islam. Yang Islam ini jangan ruang, jangan bagi ruang untuk mereka masuk dalam riba ini sebab Allah dah sebut, bagi yang beriman dengan Allah, Allah kata kamu nanti gila. Kamu nanti berdiri kamu ‘tak tegap, huyung, seperti orang mabuk. Jadi kita kerajaan yang memimpin, yang memerintah, yang menguasai, yang membina rakyat ini, Kerajaan MADANI kita ini, bina dia supaya benar- benar menjadi MADANI dan rakyat itu terpimpin dengan MADANI yang bebas daripada ini.
Bagi masyarakat kita yang belum Islam, dia nak pilih, dia ‘nak pilih sistem yang riba, silakan. Itu tidak jadi masalah, tapi jangan buka ruang riba itu sebab kalau, kalau kita panggil apa? Kalau rasuah Allah sebut.
[Berucap dalam bahasa Arab] Yang beri, yang terima, dalam riba sama juga. Kita menyediakan peruntukan untuk orang buat, takut nanti kita ‘tak lepas ‘nak jawab di hadapan Allah. Sama juga dalam bidang-bidang yang lain. Kalau arak, bukan Allah sebut, hukumnya daripada yang tanam, niat tanam itu ‘nak jual itu untuk tujuan tu. Yang tanam, yang jual, yang beli, yang kilang, yang, yang, yang, semua sehingga terhasil dan orang minum, dia adalah terlibat.
Jadi, point saya tadi tukarlah word “interest” dalam bahasa bukan riba. Mohon dapat perkenan dan saya harap apa yang saya sebut ini mewakili diri sayalah. Saya harap sahabat- sahabat yang sama-sama meneliti perkara ini untuk dapat sama-sama ambil perhatian mudah-mudahan. Dan saya harap dengan ruang sewa beli yang kita buat ini, dia benar-benar peruntukan ini adalah syariah compliance. Bagi umat Islam, opsyen. Bagi yang bukan Islam, yang ‘nak sistem riba itu, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Haji Hussin. ‘Dah puas Haji Hussin?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Bukan puas, takut orang malas dengar ‘dah.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan selamat petang. Salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025. Semua pandangan, penambahbaikan dan cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat disambut baik dan amatlah dihargai.
Datuk Yang di-Pertua, seramai 11 orang ya? Pada awalnya kata 10, tapi saya rasa akhirnya 11 pembahas.
Timbalan Yang di-Pertua
Rang undang-undang ini menarik. Jadi memang ada yang tambah ‘nak masuk berbahas juga.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya, okey. Terima kasih di atas apa orang kata, interest ataupun kata yang telah ditunjukkan.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, perlukan berapa banyak masa?
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Panjang boleh, pendek boleh.
Timbalan Yang di-Pertua
‘Tak, saya serah. Kita ada banyak masa.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya, tapi saya cuba dalam masa dalam lebih kurang setengah jam Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Setengah jam. Okey, terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya kira seramai Ahli-ahli Yang Berhormat ini memang berminat dengan isu ini dan ada beberapa tema yang telah dibangkitkan di dalam perbahasan. Antaranya ialah berkenaan dengan impak pemansuhan peraturan 78.
Bagaimana impaknya kepada industri kewangan dan juga impaknya kepada pengguna ya.
Ada juga kebimbangan-kebimbangan yang dibangkitkan.
Perkara yang seterusnya yang dibahaskan ialah berkenaan dengan pematuhan institusi kewangan ataupun compliance. Isu kaedah penyampaian dokumen. Cabaran pemalsuan dokumen. Ini antara isu yang dibangkitkan. Isu yang paling panas saya kira ialah isu riba dan Islamic financing berkaitan dengan Akta Sewa Beli.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Isu kesedaran pengguna juga dibangkitkan dan bagaimana kita harus menyiapkan pengguna untuk berhadapan dengan pindaan ini. Isu penguatkuasaan, ya ini antara isu-isu yang dibangkitkan di dalam perbahasan dan insya-Allah saya akan cuba jawab mengikut isu- isu yang telah dibangkitkan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya kira yang penting ya untuk permulaan ialah bagaimana saya nak kaitkan pindaan undang-undang ini, pindaan Akta Sewa Beli ini dengan Rang Undang-undang Kredit Pengguna yang telah diluluskan. Ia bagaimana keselarasan undang-undang itu akan berlaku di antara dua undang-undang ini. Harus kita ingat bahawa rang undang-undang pindaan ini hanya terpakai kepada Akta Ibu Akta Sewa Beli, Yang Berhormat ya. Dia tidak terpakai kepada akta-akta lain. Jadi, pindaan ini kepada Akta Ibu Akta Sewa Beli. Saya perlu tegaskan di sini, tapi ada satu lagi Rang Undang-undang Kredit Pengguna yang telah pun kita luluskan di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara.
Jadi Datuk Yang di-Pertua, selaras dengan penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna oleh Menteri Kewangan yang bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna kredit, beberapa peruntukan dalam Akta Sewa Beli ataupun Akta 212 turut dikenal pasti untuk dikemas kini. Dia ada kaitan. Pindaan ini adalah penting bagi memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh dan konsisten kepada pengguna, khususnya bagi mereka yang ingin melunaskan pinjaman lebih awal serta menggalakkan industri kredit yang adil, cekap dan telus. Maksudnya perlindungan pengguna.
Sebuah badan berkanun baharu iaitu suruhanjaya kredit pengguna (SKP) akan ditubuhkan di bawah Rang Undang-undang Kredit Pengguna yang akan mengawal selia sektor perniagaan kredit yang kini tidak tertakluk kepada mana-mana kawal selia melalui pelaksanaan rangka kerja pelesenan dan pendaftaran di bawah Rang Undang-undang Kredit Pengguna. Maksudnya akan ditubuhkan satu Suruhanjaya Kredit Pengguna.
Pindaan Akta 212 ini merupakan langkah awal sebelum fungsi kawal selia berkaitan kredit pengguna dipindahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya ini, suruhanjaya yang bakal dibentuk ini. Pendekatan kawal selia bersepadu akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna secara berfasa dengan mengambil kira kesediaan industri serta keupayaan Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan dipertingkatkan ke fasa seterusnya. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan proses transformasi pengawalseliaan terhadap penyedia sewa beli serta peralihan fungsi kawal selia kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna dapat dilaksanakan secara teratur dan terkawal.
Jadi, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah menyebut berkenaan perkara ini iaitu koordinasi rasmi akan diwujudkan antara Suruhanjaya Kredit Pengguna dan ejen, agensi melalui penubuhan jawatankuasa penasihat yang akan dianggotai oleh wakil daripada KPDN, Suruhanjaya Kredit Pengguna, MoF, KPKT, KUSKOP, SKM, Bank Negara Malaysia dan Securities Commission. Jawatankuasa ini berperanan memastikan penguatkuasaan yang konsisten, bersepadu dan berkesan sepanjang fasa peralihan.
Buat masa ini, KPDN sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas dua perundangan berkaitan kredit pengguna iaitu Akta 212 iaitu Akta Sewa Beli yang sedang
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
dibahaskan dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], dia terpakai sebagai syarikat penyedia jualan kredit. Ia boleh memanfaatkan Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini sebagai punca kuasa untuk melaksanakan pengawalseliaan berasaskan prinsip dan amalan terbaik yang digariskan oleh Rang Undang-undang Kredit Pengguna. Pendekatan ini akan memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh serta layanan yang adil dan konsisten kepada semua pengguna kredit di seluruh negara.
Yang Berhormat Senator Tuan Abun ada sebut ya untuk mewajibkan semua penyedia kredit untuk menawarkan bantuan kewangan kepada peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga sudah mewajibkan institusi kewangan yang menyediakan sebahagian besar pembiayaan sewa beli kepada peminjam sedia ada untuk mematuhi dokumen dasar amalan pembiayaan yang bertanggungjawab iaitu dengan izin, policy document on responsible financing. Maksudnya akan ada lah— apabila Rang Undang- undang Kredit Pengguna ini diguna pakai, akan ada provision tersebut.
Berdasarkan dokumen dasar tersebut, institusi kewangan perlu mempunyai mekanisme untuk membenarkan penstrukturan semula atau pengambilalihan pinjaman oleh pihak ketiga, tertakluk kepada semakan kelayakan yang munasabah. Langkah ini penting bagi memastikan peminjam baharu mampu menanggung komitmen dan mengelak risiko hutang tidak terbayar. Proses ini digalakkan dilakukan secara formal supaya hak pemilikan dan perlindungan insurans kekal terjamin. Ini bagi memastikan semua pihak dilindungi dan mengelakkan isu undang-undang yang boleh timbul daripada pengaturan tidak formal.
Okey, saya terus kepada pemansuhan “P”. Peraturan 78 ya, di mana Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah menyebut berkenaan dengan dua perkara. Satu ialah impak kewangan yang dijangka akan ditanggung oleh industri. Yang Berhormat bertanya apa dia impak kewangan. Kedua, purata penjimatan yang boleh dinikmati oleh pengguna.
Jadi, apabila kita mansuhkan Peraturan 78 Datuk Yang di-Pertua, ia akan mengubah struktur pendapatan industri kewangan kerana faedah tidak lagi di front load, dengan izin, pada awal tempoh pinjaman. Institusi kewangan akan menerima pendapatan faedah secara lebih seimbang sepanjang tempoh pembiayaan, sekali gus mengurangkan keuntungan awal bagi institusi kewangan, tapi manfaat kepada pengguna melalui kaedah pengurangan baki ialah caj faedah akan dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.
Jadi, kaedah ini membolehkan pengguna memahami melalui ansuran bulanan mereka jumlah yang diperuntukkan untuk caj faedah serta jumlah untuk pembayaran balik prinsipal.
Bagi pengguna, perubahan ini memberi manfaat besar kerana caj faedah kini dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.
Penjimatan yang dinikmati akan menjadi lebih tinggi sekiranya mereka memilih untuk menyelesaikan kontrak sewa beli pada peringkat awal tempoh pinjaman. Langkah ini
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
membantu pengguna merancang kewangan dengan lebih baik dan mengurangkan beban jika ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal.
Untuk makluman, ini tidak menjejaskan kaedah pinjaman sewa beli kadar berubah sedia ada yang sudah menggunakan kaedah pengurangan baki dan pengguna masih lagi boleh memilih sama ada pinjaman sewa beli yang dibuat adalah dengan kadar tetap atau kadar berubah.
Kemudian, ada juga soalan berkenaan dengan compliance ya. Bagaimana kita memastikan ketelusan dan melindungi pengguna dari caj tersembunyi dan apakah langkah- langkah yang akan dilaksanakan oleh kementerian atau agensi yang bertanggungjawab untuk memastikan institusi kewangan dan syarikat sewa beli mematuhi sepenuhnya pindaan ini.
Saya berbalik kepada Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini di mana ia nya akan berfungsi sebagai akta induk dan tidak menduplikasikan akta-akta sedia ada di bawah pentadbiran pihak berkuasa pengawalseliaan dan penyeliaan: regulatory dan supervisory authority.
Pada fasal 1 Rang Undang-undang Kredit Pengguna bertindak melengkapi undang- undang sedia ada di mana regulatory dan supervisory authority tadi ataupun RSA ini akan terus mengawal selia akta masing-masing. Maksudnya dia last, last sekali dia akan pergi kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna. Dia ada fasa-fasa dia. Jadi, dia lebih kurang macam itulah dia punya proses untuk memastikan best practice itu dapat dilaksanakan.
Kemudian, soalan berkenaan dengan kaedah penyampaian dokumen. Bagaimana perjanjian digital ini dan kaedah penyampaiannya. Di sini Yang Berhormat Datuk Rosni dan Yang Berhormat Senator Rita Sarimah membangkitkan perihal terkait dengan tandatangan elektronik dan tandatangan digital. Melalui pindaan ini, kedua kaedah tandatangan baharu tersebut termasuk penyerahan dokumen secara elektronik akan dibenarkan penggunaannya sebagai opsyen tambahan dari kaedah fizikal sedia ada.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Oleh itu, pengguna yang masih belum selesa dengan kaedah moden ini, masih boleh meneruskan urus niaga sewa beli menggunakan kaedah tradisional yang sedia ada.
Tandatangan digital merupakan suatu jenis tandatangan yang diiktiraf di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 ataupun Akta 562 sebagai kaedah yang menggunakan sistem asimetri yang boleh disahkan dengan mesej asal dan kunci tandatangan seseorang. Sistem tandatangan ini mampu mengenal pasti sama ada tandatangan dibuat oleh kunci peribadi, termasuk sebarang perubahan yang dibuat kepada tandatangan tersebut.
Akta ini juga telah memperuntukkan kawalan ke atas pihak yang dibenarkan untuk mengeluarkan tandatangan digital yang dikenali sebagai pihak berkuasa pensijilan ataupun certification authority. Pihak berkuasa pensijilan adalah entiti yang berlesen di bawah
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Oleh itu, penggunaan tandatangan digital tidak memerlukan campur tangan daripada KPDN untuk tujuan pengawalseliaan.
Okey. Tuan Azahar membangkitkan berkenaan dengan kebimbangan risiko peningkatan kos penjimatan bagi pengguna...
[Batuk] Maaf ya. Walaupun Peraturan 74 dimansuhkan, kadar faedah bagi urus niaga sewa beli masih tertakluk kepada kawal selia undang-undang yang berkuat kuasa.
[Batuk]
Timbalan Yang di-Pertua
Kuat kempen dekat Sabah ya.
[Ketawa]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ada yang gatal ini, gatal tekak.
Timbalan Yang di-Pertua
Gatal tekak.
[Ketawa]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Pindaan ini bertujuan memastikan faedah dikira dengan lebih adil dan telus melalui kaedah pengurangan baki. Di mana faedah hanya dikenakan ke atas baki pinjaman yang belum dijelaskan.
Jadi selain itu, had maksimum kadar faedah tetap masih ditetapkan dan penyedia sewa beli perlu mematuhi peraturan-peraturan pendedahan kadar faedah yang jelas dan telus kepada pengguna sebelum perjanjian dimeterai. Maksudnya, kena bagitahu lah. Langkah ini memastikan pengguna dapat membuat keputusan yang termaklum dan melindungi mereka daripada sebarang amalan yang tidak beretika.
Saya nak pergi kepada soalan panas pula ini iaitu berkaitan dengan istilah interest tadi.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat nak tukar istilah itu, Yang Berhormat kena pinda di peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat. Yang Berhormat kena bawa fasal itu dan pinda di peringkat Jawatankuasa. Dia tidak boleh peringkat perbahasan ini, Yang Berhormat, tapi saya ambil roh dia lah. Saya ambil dari segi roh. Berkenaan dengan Islamic financing. Istilah riba dan juga Akta Sewa Beli. Perjanjian sewa beli Islam tidak tertakluk kepada peruntukan Akta 212. Jadi, dia tidak tertakluk kepada akta ini, yang kita duduk bahas ini. Kerana akta tersebut hanya mengawal selia perjanjian sewa beli konvensional yang berasaskan faedah dan tidak merangkumi produk sewa beli patuh syariah.
Tadi saya cakap di awal bahawa pindaan ini dia terpakai kepada akta ibu iaitu Akta Sewa Beli. Jadi, dia tidak terpakai kepada akta lain, tapi dalam hal ini, Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini dia ada signifikan. Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan memberi kuasa kepada KPDN untuk membangunkan peraturan, garis panduan dan piawaian khusus bagi perjanjian sewa beli Islam. Maksudnya, bila kita dah ada ini— ke arah tadi yang saya cakap pasal Suruhanjaya Kredit Pengguna itu. Dalam perjalanan itu, dia memberi punca kuasa kepada KPDN untuk membangunkan peraturan, garis panduan dan sebagainya.
Jadi, rangka kerja ini dijangka merangkumi aspek tadbir urus syariah, pendedahan maklumat dan perlindungan pengguna bagi memastikan penyedia sewa beli Islam beroperasi
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
dalam kerangka undang-undang yang jelas serta selaras dengan prinsip syariah. Dia sekarang ini kita ada Islamic financing. Islamic financing itu berbeza akta dia, dari segi— berbanding dengan Akta Sewa Beli ini, tapi dalam penyediaan ini, ada persoalan bagaimana kalau sekiranya kita ‘nak tukar kontrak ataupun perjanjian? Bila kita sign Akta Sewa— kita beli, di bawah perjanjian itu tak sebut fasal Islamic financing, tapi kalau kita ‘nak tukar, ini antara benda-benda yang nanti Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini kena tengok, Yang Berhormat.
Maksudnya, saya terangkan tadi bahawa dia dua cara yang berbeza. Satu konvensional, satu Islamik dan dia di bawah akta yang berbeza, tapi Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini memberi peluang dan laluan untuk kita, pihak KPDN untuk membangunkan peraturan. Membangunkan peraturan, garis panduan dan piawaian khusus bagi perjanjian sewa beli Islam.
Jadi insya-Allah, kalau ramai-ramai yang pakar-pakar di sini, saya alu-alukanlah kalau nak bagi input. Bagaimana kita boleh menjalankan tugas kita seterusnya selepas kita meluluskan pindaan Akta Sewa Beli ini. Sebab Akta Sewa Beli ini, dia yang kita pinda ini memang lihat betul-betul kepada Rule of 78 yang kita nak buang dan daripada base lending rate kepada EIR dan sebagainya. Dia very, very— amat-amat khusus kepada perkara itu.
Timbalan Yang di-Pertua
Narrow scope lah.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya. Dia memang melihat kepada itu, tapi dari aspek perlindungan pengguna, dia adalah satu perkara yang amat-amat dialu-alukan bagi aspek perlindungan pengguna. Terutamanya yang ‘nak buat early settlement. Jadi, memang akan membawa manfaat kepada mereka yang nak bawa early settlement. Saya semput sikit, Datuk Yang di-Pertua. Saya sambung kepada Program Kesedaran Pengguna. Ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan kerisauan, kebimbangan berkenaan dengan pengguna yang tidak memahami hak mereka dan mungkin ada scammer dan sebagainya. Jadi, untuk makluman Ahli Dewan. Setiap penyedia sewa beli dikehendaki mendedahkan kadar faedah efektif ataupun effective interest rate yang ditawarkan kepada pengguna. Terutamanya semasa mempromosikan perkhidmatan sewa beli kepada pengguna dan semasa memuktamadkan sesebuah perjanjian sewa beli.
Maksudnya, dikehendaki, tapi di masa yang sama, pengguna pun kena— macam tadilah, Haji Hussin kata dia ‘tak baca, dia ‘nak sign saja. Dia nak cepat. Dia nak beli kereta baru. Jadi, dia sign je. Dia tak tengok fine print dan sebagainya. Jadi, dualah. Dua cara. Satu, pengguna juga harus kita dedahkan berkenaan dengan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Di masa yang sama, kita letak juga tanggungjawab itu kepada penyedia sewa beli itu. Sekiranya penyedia sewa beli berhasrat untuk mempromosikan kadar faedah yang ditawarkan kepada umum, mereka hendaklah memaparkan EIR yang ditawarkan di dalam
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
semua bentuk dan medium pengiklanan, termasuk laman web dan platform media sosial mereka.
Selari dengan pindaan ini, melalui kerjasama dengan BNM, beberapa langkah dalam memupuk kesedaran dan pemahaman di kalangan pengguna mengenai kadar faedah efektif telah diambil. Usaha ini merangkumi penganjuran sesi taklimat dan libat urus secara meluas dengan penyedia kredit, termasuk syarikat kredit dan peniaga kenderaan. Penghasilan info grafik bagi menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami serta sesi taklimat kepada pihak media tentang pindaan ke atas Akta 212.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Selain itu, Bank Negara juga telah menyemak semula dokumen Dasar Ketelusan dan Penzahiran Produk: Policy Document on Product Transparency and Disclosure dengan izin, yang telah dikeluarkan pada Disember 2024. Melalui dokumen dasar tersebut ke semua institusi perbankan telah diwajibkan untuk menggunakan dasar faedah efektif dalam penzahiran maklumat berkaitan dengan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada pengguna.
Ini melibatkan pendedahan kadar faedah efektif di dalam ke semua dokumen berkaitan seperti lembaran penzahiran produk ataupun product disclosure sheet. Pinjaman yang ditawarkan dan juga termasuk bahan-bahan promosi pengiklanan dan pemasaran.
Maksudnya ‘tak mudahlah, diwajibkan kepada mereka ya yang menawarkan sewa beli ini untuk iklan letak semua bentuk dan supaya apa orang kata difahamilah oleh yang hendak apa orang kata membeli itu, pengguna itu.
Tuan Yang di-Pertua, kalau diizinkan saya menjawab selainnya, selebihnya dalam bentuk bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh kalau boleh saya hendak minta YB jawab kan soalan mengenai— tadi Haji Hussin bawa isu apa ini ah-long ini yang peminjam berlesen itu. Dia tulis iklan itu peminjam berlesen, tetapi dia tidak ada lesen.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya yang itu di bawah KPKT, ya di bawah KPKT Datuk Yang di-Pertua dan nanti di bawah suruhanjaya itu. Di bawah Suruhanjaya Kredit Pengguna itu dia bukan di bawah akta yang ini ya, tapi nanti saya minta Bank Negara buat jawapan bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya minta izinlah Datuk Yang di-Pertua untuk menjawab seterusnya dalam bentuk bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua
Bertulis.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih dan saya ucap terima kasih kepada semua di atas apa orang kata interest, minat yang ditunjukkan di dalam perbahasan dan amat-
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
amat memang ianya amat dekat di hati kita semua. Dan doakanlah semoga selepas kita lulus ini dan kita sekali dengan Rang Undang-undang Kredit Pengguna itu ke arah pembentukan Suruhanjaya Kredit Pengguna Negara. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]* Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih di atas penyertaan dalam perbahasan pada petang ini dan juga kepada Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar.
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 2 Disember 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.44 petang]