Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Dipersilakan pertanyaan pertama oleh Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua, salam Segulai Sejalai.
Soalan saya nombor 1.
1. Tuan Pele Peter Tinggom minta Perdana Menteri menyatakan, apakah status cadangan oleh kerajaan untuk membentangkan RUU Ombudsman yang sangat ditunggu- tunggu oleh rakyat bagi memantapkan lagi tadbir urus di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha berterusan untuk memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam dan menyediakan saluran aduan yang lebih efektif kepada rakyat, usaha penubuhan Ombudsman Malaysia telah menjadi salah satu agenda utama Kerajaan MADANI. Idea untuk menggantikan peranan Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dengan Ombudsman Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, kesungguhan untuk merealisasikan institusi ini telah meningkat dengan ketara bermula tahun 2023.
Pada 16 Ogos 2023, Jawatankuasa PROTEM yang ditubuhkan khusus untuk tujuan ini telah memperkukuh semula komitmen awal Jemaah Menteri untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan. Jawatankuasa PROTEM ini memainkan peranan kritikal sebagai badan perintis bertanggungjawab dalam merangka cadangan awal struktur, fungsi dan bidang kuasa Ombudsman serta menjadi pemangkin kepada perbincangan awal dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sejurus itu, Jemaah Menteri pada 12 Jun 2024 telah bersetuju untuk melaksanakan satu proses sesi libat urus holistik (SLU) ini yang dilancarkan secara rasmi dari Julai 2024 dan berterusan sehingga Julai 2025, merupakan satu pendekatan komprehensif untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan. Kerajaan Malaysia telah mencapai kemajuan signifikan dalam usaha menubuhkan Ombudsman Malaysia. Sebanyak enam sesi libat urus holistik dijalankan mengikut zon di seluruh negara yang melibatkan 665 peserta.
Di samping itu, proses sesi libat urus ini juga merangkumi penandaarasan (benchmarking) dengan model Ombudsman yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti di Australia, New Zealand, Indonesia dan Timor-Leste. Utamanya, Kerajaan MADANI komited untuk memastikan bahawa kerangka Ombudsman Malaysia yang bakal diwujudkan adalah benar-benar menyeluruh, bebas, berkecuali dan relevan serta efektif dalam konteks sosial- politik Malaysia.
Secara terperinci, perkara yang dibentangkan semasa sesi libat urus termasuklah cadangan dan parameter awal mengenai penubuhan Ombudsman Malaysia yang meliputi struktur dan komposisi, fungsi dan bidang kuasa serta skop aduan yang ditadbir oleh penubuhan baru ini. Selaras dengan ini, input yang dikumpul melalui proses sesi libat urus yang merangkumi benchmarking isu-isu kritikal seperti pengecualian bidang kuasa, kesan penubuhan Ombudsman Malaysia terhadap pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan, serta aspek tempoh pelantikan dan skop salah laku pegawai kerajaan.
Segala dapatan maklum balas dan input yang direkodkan dalam laporan-laporan daripada sesi libat urus dan lawatan penandaarasan ini telah diperhalusi dalam bengkel dasar yang bertujuan merangka parameter dalam dasar dan hala tuju pelaksanaan Ombudsman Malaysia.
Pada masa ini, Kerajaan MADANI sedang dalam peringkat akhir bagi memperincikan semua aspek pelaksanaan serta memberikan pemahaman luas kepada semua pihak berhubung dengan cadangan penubuhan entiti baharu ini. Senarai dasar Ombudsman Malaysia kini sedang diutarakan dan akan dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri.
Akhir sekali, penubuhan Ombudsman Malaysia ini mencerminkan usaha Kerajaan MADANI untuk memperkukuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus negara.
Penubuhan institusi ini diyakini bakal membawa manfaat besar kepada rakyat dan sektor awam, di samping meningkatkan keyakinan pelabur serta komuniti antarabangsa terhadap komitmen Malaysia untuk menegakkan tadbir urus baik, keadilan dan perlindungan hak asasi di negara. Terima kasih.
Tuan Pele Peter Tinggom
Soalan tambahan. Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan saya adalah mengapa penubuhan Ombudsman ini, dengan izin, tidak mengikut the best practices yang diamalkan di negara Sweden dan yang sudah ada akta yang sama sejak tahun 1809 dan di Finland sejak tahun 1999. Dan kedua-dua negara ini di dalam 10 ranking negara terbaik dengan izin, Corruption Perceptions Index (CPI) dunia bagi tahun 2024 dan juga di Sarawak yang mempunyai akta yang sama dan ini sangat penting Dato Yang di-Pertua ...
Tuan Yang di-Pertua
YB, Sarawak tidak ada akta. Ordinan.
Tuan Pele Peter Tinggom
Ada ordinan yang sama. Okey, mohon maaf Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Ada ordinan yang sama di mana laporan Ombudsman ini nanti akan dilaporkan di Parlimen pada setiap tahun sekiranya cadangan ini diluluskan di Parlimen seperti penyata akaun awam atau PAC report. Laporan kepada Parlimen amatlah penting sekali bagi pengetahuan rakyat dan untuk Ahli-ahli Parlimen bahaskan. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, sebenarnya pandangan Yang Berhormat ini bagus. Saya percaya bahawa apa yang dibuat di Sarawak patut diikuti oleh semua Dewan Undangan Negeri di negara ini, tetapi setakat Ombudsman, saya percaya apa yang telah dibuat di Sweden dan di Finland adalah satu benchmarking yang sangat tinggi, yang bagus dan saya percaya juga perkara ini akan diambil kira oleh a task force di sini dan seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat bahawa apa-apa decision atau pandangan yang telah dibuat oleh Ombudsman itu akan dihantar ke Dewan Undangan Negeri.
Saya percaya itu adalah satu yang bagus dan patut diikuti oleh jawatankuasa yang akan meneliti pada akhir sesi ini. Terima kasih.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Memandangkan akta ataupun Ombudsman ini dilihat satu undang-undang yang sangat baik, bilakah kerajaan menggubal undang-undang Ombudsman ini untuk Kerajaan Persekutuan pula? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Senator dan Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Sebenarnya ini fasal yang akhir sekali, sesi yang akhir yang akan mengendalikan dan menghalusi semua cadangan-cadangan oleh stakeholders dan perkara ini akan diambil kira dan saya faham, saya dipercayakan kalau boleh mungkin akhir tahun ini, kalau tidak, pada sesi yang awal tahun hadapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dato’ Leong Ngah Ngah.
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya fikir ini penting untuk kita mengadakan Ombudsman sebab pada masa biasa, sebagai seorang wakil rakyat, biasa orang ramai jika dia tidak tahu ada saluran macam itu, mereka kompelin
Dato' Leong Ngah Ngah
kepada wakil rakyat yang menjadikan wakil rakyat berat sangat kerja. Oleh sebab itu, saya cadang supaya elemen ini dapat dipercepatkan lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat dulu wakil rakyat di — yang, one of the longest serving wakil rakyat di Pahang. Dan perkara yang kita semua hadapi, semua Ahli Parlimen, Senator dan sebagainya, 60 peratus dari problem masyarakat adalah berkaitan dengan local council. Ini bukan berkaitan dengan Ahli Parlimen atau ADUN.
Jadi, saya haraplah bila kita ada satu decision yang akhir ini, perkara ini akan diambil kira dan yang maha mustahak dari ini adalah di mana mereka telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan, perkara itu akan diambil kira dan supaya ini pada asasnya akan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat di negara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol minta Menteri Komunikasi menyatakan, berapa banyak kes penipuan yang dikesan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dan apakah tindakan yang diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan penipuan yang melibatkan penggunaan AI.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato Yang di-Pertua. Penyebaran pelbagai bentuk kandungan berisiko dalam talian seperti maklumat tidak benar, penipuan, penyalahgunaan platform digital, unsur provokasi serta ancaman keselamatan merupakan isu yang memerlukan perhatian serius.
Dengan perkembangan pesat kandungan yang dijana teknologi kecerdasan buatan atau dengan izin artificial intelligences (AI), ia telah mempercepat penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif sekali gus meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan pengguna serta menggugat keharmonian awam.
Dalam hal ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC mengambil tindakan proaktif memantau isu-isu yang diperkata di ruangan media sosial di Malaysia termasuk yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi. Selain itu, kerjasama dengan platform media sosial dan agensi penguatkuasaan turut giat dijalankan bagi menangani penipuan dalam talian.
Untuk makluman Dewan, bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Ogos 2025, penyedia platform media sosial telah mengambil tindakan penurunan terhadap 1,346 kandungan penipuan yang di manipulasi menggunakan AI berikutan permohonan MCMC.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jumlah permohonan yang telah dibuat oleh MCMC adalah 1,602. Bermaksud, platform media sosial hanya menurunkan 84 peratus daripada jumlah kandungan deepfake ini.
Namun, tindakan penurunan kandungan juga adalah tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan penyedia perkhidmatan media sosial berdasarkan garis panduan komuniti yang telah ditetapkan masing-masing dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan.
Sebagai langkah proaktif, membanteras penipuan dalam talian termasuk yang berpunca dari penggunaan AI, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC hasil kerjasama Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan MCMC. NSRC yang diterajui PDRM bukan hanya berfungsi sebagai pusat tindakan segera, malah turut giat melaksanakan program kesedaran awam dan kempen nasional berkaitan penipuan dan jenayah digital.
Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866 bagi meningkat dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia untuk mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian.
MCMC juga meneliti keperluan bagi penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan pelabelan kandungan yang dijana secara automatik menggunakan teknologi AI. Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna mengenal pasti kandungan yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih, selaras dengan usaha mengurangkan risiko penyebaran maklumat tidak tepat atau kandungan memudaratkan di platform dalam talian.
Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti penyedia perkhidmatan dalam memenuhi obligasi keselamatan dalam talian, penyedia perkhidmatan hendaklah menyediakan satu pelan keselamatan dalam talian mengenai pematuhan mereka terhadap kewajipan di bawah Akta 866.
Menyedari hakikat bahawa keselamatan dalam talian tidak hanya menjadi kewajipan kerajaan semata-mata, MCMC juga telah melancarkan Kempen Internet Selamat pada 21 Januari tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan dalam talian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah dalam talian dan seterusnya mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat.
Sehingga 31 Ogos tahun ini, program ini telah dilaksanakan di 1,958 institusi pendidikan melibatkan lebih 145,000 peserta. Manakala penyampaian Kempen Internet Selamat kepada masyarakat umum telah dilaksanakan sebanyak 236 program dengan penyertaan lebih 141,000 peserta. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Soalan tambahan. Yang Berhormat, adakah platform pada pandangan Yang Berhormat melakukan secukupnya untuk mengesan dan
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
menghentikan kandungan penipuan yang dijana oleh AI? Dan apakah tanda amaran yang boleh membantu pengguna mengenali penipuan yang dikuasakan oleh AI? Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Memang dari pengamatan pihak MCMC, Kementerian Komunikasi dan saya sendiri, memang platform-platform media sosial tidak mengambil serius masalah keselamatan dalam talian khusus melibatkan kandungan yang telah dihasilkan melalui kecerdasan buatan atau AI.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ini kita lihat berlaku apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menjadi mangsa deepfake AI di mana kandungan yang seolah-olah Tuanku menjual saham pelaburan. Itu mustahil, itu tak berlaku, juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, kononnya menjual saham. Jadi, kami melalui Akta 866, Akta Keselamatan Dalam Talian akan memastikan semua pemegang lesen media sosial dan juga platform pemesejan dalam talian, internet messaging system akan diarah untuk memakai label AI generated dengan izin, atau AI enhance. Kita tahu kadang-kadang sebuah gambar boleh ditambah baik dengan penggunaan kecerdasan buatan, tapi yang kita tak mahu ialah penyalahgunaan untuk tujuan fraud, untuk menipu dan untuk — akhirnya mengakibatkan kerugian dipihak pembaca, penonton dan sebagainya. Jadi, insya-Allah dengan pelaksanaan Akta 866, Akta Keselamatan Dalam Talian menjelang sama ada hujung tahun ini atau awal tahun 2026, semua platform media sosial akan diwajibkan untuk memakai, mengguna pakai label AI generated atau AI enhance.
Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang
Soalan tambahan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Dato...
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi...
Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Sekarang ini terdapat banyak aplikasi AI telefon bimbit yang menawarkan khidmat ubah gambar dan video hiburan yang menjadi trend sekarang. Akibat keghairahan membuat video AI, pengguna terperangkap dengan pembelian credit online. Sejauh mana kementerian memantau keadaan ini kerana terdapat kebimbangan, kecurian data credit card kerana semua syarikat ini berpangkalan di luar negara. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Senator. Dato Yang di-Pertua, memang dipihak MCMC Dato Yang di-Pertua, sebelum bermula sesi Dewan, salah seorang pegawai MCMC telah menunjukkan kepada saya gambar yang beliau ambil pagi ini oleh salah seorang daripada warga MCMC. Beliau mengambil gambar relaks sahaja duduk atas kerusi. Kemudian digunakan satu AI yang ada dengan salah satu — saya tak nak namakan. Nanti orang lain semua akan ikut-ikut ya, tapi dia boleh memasang gambar itu seolah-olah pekerja, staf MCMC ini boleh memandu sebuah kereta Ferrari.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, saya kata ini sangat berbahaya sebab AI itu, gambar yang dihasilkan itu very lifelike, dengan izin Dato Yang di-Pertua, dan kalau silap boleh dihantar ke MACC, SPRM, dan banyak kena dijawab oleh pegawai tersebut, tetapi memang, Yang Berhormat Dato’ Senator dan Dato Yang di-Pertua, saya lihat MCMC perlu meneliti kemungkinan mengenakan syarat pelesenan kepada sejumlah aplikasi untuk memastikan mereka, platform-platform ataupun aplikasi-aplikasi termasuk kecerdasan buatan ini mematuhi peraturan dalam negara kita, undang-undang dalam negara kita. Ini sedang diteliti, tapi kita akan selaraskan dengan Kementerian Digital dan juga melalui pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan insya-Allah mula berkuasa pada awal tahun hadapan.
Sementara waktu, nasihat saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, sila berhati-hati dengan sebarang kandungan yang kita tengok dalam talian dengan izin, just because it looks real, doesn’t means it’s real. Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan bercadang mewajibkan penggunaan penanda ‘i’ digital atau ciri keselamatan lain pada kandungan AI bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti sama ada sesuatu kandungan itu asli atau palsu? Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai hal ini, memang kami sedang meneliti, bukan hanya pelabelan apabila sesebuah kandungan itu yang bersifat kecerdasan buatan AI, generative AI dengan izin, dimuat naik dalam platform media sosial, tapi juga pada metadata. Metadata ini bukan secara luaran tapi dalam data itu sendiri. Cuma kita tahu sekiranya mana-mana pihak yang berniat jahat, mereka akan berusaha untuk mencari jalan-jalan untuk mengatasi kekangan ataupun had-had yang telah diletakkan.
Jadi, masa yang sama apa yang sedang diusahakan dari segi aspek forensik sebagai contoh dalam bagi agensi-agensi penguatkuasaan sama ada pihak PDRM yang telah menubuhkan dengan izin sebuah Cyber Crime Unit dan juga dipihak MCMC selain daripada CyberSecurity Malaysia, sudah pasti peralatan dan perkakas forensik digital yang mampu mengenal pasti, mengesahkan sekiranya sesuatu gambar video kandungan itu adalah bersifat AI. Jadi, insya-Allah kita akan teliti aspek metadata, aspek pelabelan dan juga perkakasan yang boleh digunakan bagi tujuan forensik digital. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Kereta petrol kini beralih, EV muncul hidrogen menanti; Masa berubah hijau terpilih, Keselamatan tetap yang utama di hati.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Soalan saya nombor 3.
3. Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk membeli dan membekal selimut api (fire blanket) kepada seluruh balai bomba di bandar-bandar besar supaya dapat menangani masalah kebakaran kereta elektrik (EV) dan kereta hibrid memandangkan kerap berlakunya kebakaran kereta elektrik kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka strategik Malaysia MADANI khususnya di bawah strategi meningkatkan keselamatan negara iaitu teras strategik yang ketiga, sememangnya kementerian ini sentiasa fokus dan komited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terus terjamin.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Tuan Yang di-Pertua, 27 kes kebakaran kenderaan elektrik dan hibrid direkodkan bermula dari tahun 2023 sehingga Julai 2025 dengan purata sekitar 10 kes setahun di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, kenderaan elektrik ini merupakan kenderaan yang mengguna pakai tenaga elektrik sebagai sumber kuasa utama untuk berfungsi memacu motor elektrik.
Kenderaan jenis ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api fosil dan ia nya seterusnya akan menjadikan keadaan lebih mesra alam. Walau bagaimanapun, penggunaan kenderaan elektrik ini Tuan Yang di-Pertua, mempunyai risiko berlakunya kebakaran.
Justeru, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berpandangan kebakaran kenderaan elektrik adalah merupakan antara cabaran besar kepada anggota bomba kerana ia sangat berisiko tinggi apabila kita perlu memadamkan kebakaran. Kaedah pemadaman menggunakan fire blanket merupakan antara langkah terbaik memadamkan kebakaran kenderaan elektrik selain menggunakan air dan buih, foam. Pada tahun ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun membuat perolehan sebanyak 318 unit fire blanket dengan peruntukan sebanyak 915,000 untuk diagihkan ke balai-balai terpilih di seluruh negara. Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah mendapatkan sumbangan sebanyak 30 unit fire blanket lagi daripada Malaysia Zero Emission Vehicle Association atau MyZEVA dan ini pun telah diagihkan secara berperingkat ke seluruh negara bermula daripada bulan Disember 2024 sehinggalah 13 Mei 2025.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Selain daripada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Kebakaran bagi Electric Vehicle Charging Bay atau EVCB di premis yang merangkumi aspek seperti mana pemasangan stesen pengecas dan juga perancangan ruang pengecasan. Garis panduan ini merupakan kawalan keselamatan bagi membendung risiko kebakaran kepada premis-premis yang menyediakan ruang pengecasan kenderaan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, sekian.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Soalan tambahan, terima kasih. Selain daripada selimut api, adakah kementerian bercadang untuk melengkapkan balai-balai bomba dengan peralatan khas lain seperti cooling agent, immersion container atau latihan teknikal khusus bagi anggota bomba untuk menangani risiko kebakaran bateri lithium-ion yang sukar dipadamkan ini?
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Benarkan saya tambah? Sebenarnya blanket itu tak padam. Dia makan masa 10 jam ke 12 jam. Am I correct? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ada soalan.
Blanket itu, kan? Not efficient?
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Not efficient.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, memang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa mengkaji lain-lain penggunaan khususnya peralatan khas selain daripada ejen penyejukan ataupun cooling agent ataupun emission container yang turut berfungsi sebagai ejen pemadaman kenderaan elektrik ini Tuan Yang di- Pertua.
Pada masa kini, ejen penyejukan ataupun cooling agent yang diguna pakai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk pemadaman kenderaan EV ini adalah air yang bertujuan untuk mengurangkan tahap kepanasan bateri sekali gus mengelakkan api daripada menjadi lebih besar dan merebak ke kawasan-kawasan yang lain Tuan Yang di- Pertua.
Penggunaan ejen penyejuk lain seperti mana CO2 dan juga clean agent dan gas lengai ataupun inert gas adalah tidak sesuai digunakan di kawasan terbuka kerana ia memerlukan konsep total flooding untuk berfungsi dengan berkesan.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, yang disebutkan emission container itu adalah merujuk kepada peralatan khas untuk menyelamkan sepenuhnya kenderaan elektrik ke dalam bekas berisi air ataupun cecair khas bagi menyejukkan dan memadamkan api kebakaran pada kenderaan EV. Dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan khususnya kementerian ini juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat tadi dan akan melaksanakan kajian-kajian lanjut berhubung keperluan dan kesesuaian penggunaan
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
peralatan-peralatan tersebut di masa hadapan, insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya, selain daripada kesiapsiagaan yang diberikan kepada anggota bomba, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta pengendali premis pengecasan EV tentang aspek keselamatan termasuk penggunaan fire blanket sebagai langkah awal kawalan kebakaran? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Senator dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Senator, kementerian khususnya melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat juga ada menyediakan, melaksanakan libat-libat urus dengan pihak-pihak sepertimana Persatuan Industri Pengecas EV dan juga Malaysia Zero Emission Vehicle Association (MyZEVA) untuk kita mengeluarkan dan kita dah keluarkan pun satu garis panduan keselamatan kebakaran bagi Electric Vehicle Charging Bay ataupun EVCB tadi di premis-premis yang diadakan pengecasan itu. Dan garis panduan ini merangkumi aspek sepertimana pemasangan stesen pengecas, perancangan ruang pengecasan serta keperluan untuk kita menyediakan fire blanket bagi pengendali-pengendali premis yang terlibat dengan kenderaan elektrik ini.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga ada menjalinkan kerjasama dengan pihak PETRONAS khususnya melalui memorandum persefahaman (MoU) yang telah pun kita tandatangani sejak tahun 2022, di mana antara skop kerjasama ini Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan kesedaran, program-program kesedaran, pendidikan keselamatan kenderaan EV kepada masyarakat.
Dan hasilnya pada tahun ini Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, video keselamatan dan tindakan kecemasan kebakaran di stesen pengecas EV telah pun berjaya kita siapkan untuk advokasi kepada awam oleh pihak Bomba dan Penyelamat termasuk juga PETRONAS dan ia telah pun dimuat naik ke saluran-saluran media sosial khususnya media sosial rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Edward Linggu Bukut
Dato Speaker, boleh satu?
Tuan Yang di-Pertua
Tiga dah. Peraturan 23, hanya tiga soalan tambahan boleh dibenarkan. Yang Berhormat Senator Tuan Musoddak.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Tuan Musoddak bin Ahmad minta Menteri Kewangan menyatakan, usaha mengawal selia perkhidmatan kredit, termasuklah penawaran kredit secara dalam talian bagi membendung hutang isi rumah negara yang semakin membengkak.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Hutang isi rumah di Malaysia masih terkawal. Pada akhir bulan Mac 2025, hutang isi rumah adalah berjumlah RM1.65 trilion bersamaan dengan 84.3 peratus daripada KDNK.
Kedudukan hutang isi rumah perlu dilihat secara holistik khususnya dengan mengambil kira aset kewangan isi rumah yang jauh lebih besar iaitu berjumlah RM3.44 trilion pada tempoh yang sama. Secara agregat, aset kewangan isi rumah kekal melebihi hutang sebanyak 2.1 kali sekali gus menyediakan penampan kewangan yang kukuh kepada isi rumah.
Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan peminjaman perkhidmatan kredit yang berhemah. Langkah ini penting dalam menangani risiko hutang melebihi kemampuan serta meningkat perlindungan pengguna perkhidmatan kredit demi memastikan ia tidak menimbulkan kesan negatif kepada daya tahan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara.
Pinjaman-pinjaman yang diluluskan oleh institusi kewangan termasuk bank-bank digital adalah tertakluk kepada dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab atau dengan izin, Policy Document on Responsible Financing yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2012. Dokumen dasar ini menghendaki institusi kewangan menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan ke atas peminjam yang ingin mendapatkan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan.
Melalui pelaksanaan dokumen dasar ini, nisbah khidmat hutang atau debt service ratio, dengan izin DSR, bagi isi rumah kekal dalam lingkungan paras hemat dengan median DSR pinjaman terkumpul pada paras 34 peratus. Sementara median DSR pinjaman yang baharu diluluskan adalah 41 peratus pada tahun 2024.
Kedudukan DSR dalam lingkungan paras hemat ini menjadi penampan pendapatan yang mencukupi bagi memenuhi perbelanjaan asas dan memastikan bakal peminjam masih mampu untuk membayar balik pinjaman, mengambil kira pelbagai faktor seperti jenis pekerjaan, bilangan tanggungan dan lokasi kediaman peminjam. Pihak kerajaan juga mengambil maklum trend penawaran kredit secara dalam talian termasuklah penggunaan buy now pay later, dengan izin, BNPL yang semakin meningkat.
Dewan Negara kali ini juga telah meluluskan Rang Undang-undang Kredit Pengguna
(RUUKP) selepas bacaan kedua dan ketiga. Usaha ini adalah salah satu inisiatif dalam mempertingkatkan pelindungan kepada pengguna kredit dengan mengawal selia penyelia kredit bukan bank serta penyedia perkhidmatan kredit yang pada masa ini tidak dikawal selia di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kerajaan juga sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai usaha berterusan untuk membantu pengguna kredit yang menghadapi kesulitan kewangan. Ini termasuk penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam mengurus kewangan serta penstrukturan semula pembiayaan.
AKPK telah berjaya membantu lebih 64,000 peminjam menyelesaikan pinjaman mereka sepenuhnya melalui program pengurusan kredit. Manakala, hampir 270,000 peserta masih aktif meneruskan perjalanan pemulihan kewangan mereka dalam program ini.
Kerajaan melalui Bank Negara juga akan terus berusaha meningkatkan tahap celik kewangan menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Education System (FEN), dengan izin. FEN bertindak sebagai platform antara agensi untuk meningkatkan impak inisiatif pendidikan kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan meningkatkan keupayaan dan keyakinan rakyat untuk membuat keputusan kewangan yang baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang jawapan panjang lebar. Puas hati dengar dan saya kira soalan saya ini berkait dengan RUU Kredit Pengguna yang telah pun kita bahaskan di Dewan yang mulia ini. Cuma saya ingin merujukkan persoalan mengenai pendidikan literasi kewangan atas talian ini khususnya kepada anak muda. Ini memandangkan kes-kes kebankrapan banyak melanda golongan muda ketika ini dan majoriti pengguna perkhidmatan kredit atas talian termasuklah buy now pay later ini adalah golongan yang sama.
Jadi, apa pandangan kementerian berhubung perkara ini? Apa tindakan yang telah dilaksanakan serta sejauh mana ia telah membantu golongan muda ini memperkukuh pendidikan kredit mereka? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Terlebih dahulu saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Senator di sini kerana telah meluluskan RUUKP yang amat-amat penting bagi kita.
Jadi, kerajaan sentiasa komited untuk memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan muda memandangkan ia merupakan kemahiran hidup yang penting bagi membina ketahanan kewangan untuk menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan.
Puan Lim Hui Ying
FEN atau — telah melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan kewangan kepada pelbagai segmen atau lapisan masyarakat Malaysia secara bersemuka atau secara talian.
Puan Lim Hui Ying
Sepanjang tahun 2024 sahaja, data saya ada di sini, lebih kurang 12.8 juta pengguna telah berinteraksi dengan kandungan literasi kewangan FEN melalui saluran social media. Antara inisiatif utama, di sini saya mungkin bangkitkan dua. Satu daripadanya adalah penerapan elemen pendidikan kewangan di semua peringkat persekolahan iaitu daripada tahap prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Pendidikan Kewangan telah diperkenalkan sebagai subjek elektif dalam program di beberapa institusi pengajian tinggi juga.
FEN juga menganjurkan program perdana atau dengan izin, flagship, Bulan Literasi Kewangan atau Financial Literacy Month dengan izin, sepanjang bulan Oktober setiap tahun sejak tahun 2020. Antara program termasuk Jerayawara Skuad Celik Kewangan yang menjadi platform ahli-ahli FEN menyantuni pelbagai lapisan masyarakat dengan memberi penekanan terhadap mesej kepentingan pengurusan kewangan berhemat, pengurusan risiko kewangan peribadi dan literasi kewangan digital. Lebih daripada 9,000 belia dari 37 institusi pengajian tinggi telah dikunjungi semasa Jerayawara Skuad Celik Kewangan pada Oktober 2024.
Kajian Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari segi permintaan atau kita kata FCI Survey 2024 dengan izin, yang dilaksanakan oleh Bank Negara menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat, mencatatkan skor 62.9 berbanding dengan 60.2 pada tahun 2021. Hasil kaji selidik ini dijadikan panduan untuk kita merangka fasa seterusnya bagaimana menangani literasi kewangan kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
Puan Tiew Way Keng
Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Fenomena penggunaan skim buy now pay later atau dengan izin, BNPL semakin meluas khususnya dalam kalangan anak muda dan golongan pekerja baru. Walaupun skim ini memberi kemudahan akses kredit jangka pendek, namun tanpa kawal selia yang jelas ia berisiko menjerumuskan pengguna kepada beban hutang yang berpanjangan dan seterusnya membawa kepada masalah kewangan yang lebih serius termasuk muflis pada usia muda.
Sehubungan dengan itu, setelah Rang Undang-undang Kredit Pengguna diluluskan, apakah langkah dan seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan demi memastikan kawal selia terhadap perkhidmatan BNPL ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar rakyat khususnya anak muda tidak terjerumus dalam perangkap hutang yang menjejaskan masa depan mereka? Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator — iaitu RUUKP ini amat-amat penting. Jadi, setelah RUUKP diluluskan, Suruhanjaya Kredit Pengguna atau SKP akan ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna atau AKP sekarang. Okey.
Puan Lim Hui Ying
SKP akan menjadi sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan yang akan mengawal selia perniagaan pemberi kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit termasuk yang very, very, sangat-sangat popular iaitu skim “beli sekarang, bayar kemudian” yang amat disukai oleh golongan muda. Di bawah AKP, pemberi kredit dikehendaki mematuhi keperluan amalan yang bertanggungjawab atau dengan izin, conduct requirements termasuk penilaian kemampuan berhutang (affordability assessment) dengan izin, terhadap pengguna kredit.
Kita mesti pastikan tema urus niaga yang adil, pengenaan caj atau fi yang telus, yang berpatutan dan tidak membebankan. SKP juga akan melaksanakan satu sistem pengurusan aduan yang berkesan, yang akan memastikan pengurusan aduan ini sangat efisien atau lebih efisien oleh syarikat-syarikat pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang dikawal selia. Buat masa ini, pasukan petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna atau CCOB akan terus memantau perkembangan industri BNPL serta meneliti isu-isu yang berkaitan.
Pasaran BNPL di Malaysia semakin berkembang dengan sekarang pada rekod kita 16 syarikat menawarkan skim ini termasuk empat yang patuh syariah. Setakat 30 Jun, I think data ini kita ulang banyak kali, kita ada 6.5 juta akaun yang aktif dengan transaksi bernilai RM9.3 bilion pada separuh pertama tahun ini yang meningkat dengan pesat iaitu 31 peratus berbanding dengan separuh kedua tahun lepas. Namun begitu, jumlah pinjaman BNPL adalah RM3.8 bilion merangkumi hanya 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah.
Mengikut satu kaji selidik yang berasingan yang dilakukan oleh CCOB, bersamaan dengan pengguna BNPL, kurang — hanya kurang daripada satu peratus yang tidak dapat membuat bayaran balik sepenuhnya. Jadi, majoriti pengguna BNPL adalah dalam lingkungan umur 21 hingga 45 tahun. Jadi, kita memang sedar akan kepentingan BNPL dan kita akan memantau dengan secara terperinci. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Nelson.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Nelson W Angang minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah terdapat rancangan atau pertimbangan daripada kerajaan untuk menambah lampu jalan dari Kampung Manggis ke Benoni, Papar (WP05: menaik taraf jalan dari Donggongon ke simpang Jalan Papar Spur) serta memperbaharui garisan pembahagi jalan yang membahayakan pemandu terutama di waktu malam.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Datuk Nelson, bertanyakan soalan mengenai penambahan lampu jalan dari Kampung Manggis-Benoni, Papar, Work Package 05. Pantun Dato.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cantik pemandangan padi huma, Indah berseri menarik hati; Kepada soalan nombor lima, Jawapan ini sila teliti. Pakej Kerja 05 daripada Donggongon ke Papar sejauh 11.7 kilometer telah siap pada Ogos 2024. Ia nya adalah sebahagian daripada projek Pan Borneo Fasa 1A yang melibatkan 16 pakej kerja dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan pembangunan, development expenditure (DE) berjumlah RM10.85 bilion.
Sehingga kini, kemajuan fizikal bagi Pan Borneo Sabah 1A telah dicatat pada tahap 84.6 peratus. Empat daripada 16 pakej kerja di bawah Pan Borneo Fasa 1A termasuk Pakej Kerja 5 yang disebut oleh Yang Berhormat Senator telah siap dan dibuka untuk pengguna jalan raya. Baki pakej kerja yang sedang dalam pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2027.
Jajaran pakej 05 ini terdapat 104 tiang lampu dengan jumlah keseluruhan 122 biji lampu selaras dengan perancangan asas. Hal ini disebabkan terdapat tiang lampu single arm dan double arm di sepanjang jalan tersebut. Bilangan lampu jalan ini telah diperiksa dan diaudit oleh auditor keselamatan jalan raya yang bertauliah. Binaan lampu jalan di sepanjang jajaran tersebut telah melalui makmal VA dan VE. Buat masa ini, tiada perancangan untuk membuat penambahan lampu jalan.
Berhubung dengan memperbaharui garisan pembahagi jalan pula, kementerian ini mengambil maklum. Tindakan-tindakan penambahbaikan telah diambil. Jika tidak mematuhi spesifikasi, kontraktor hendaklah diambil tindakan. Kementerian ini akan terus cakna dan bekerjasama dengan JKR Sabah bagi memantau tahap keselamatan dan keselesaan Pan Borneo.
Kita juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang bermesyuarat setiap bulan dan antara perkara yang dibincangkan antara ahli jawatankuasanya ialah Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) Sabah, Jabatan Tanah Ukur Sabah dan lain-lain. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut:
(i) pengukuhan kawalan pengurusan projek;
(ii) pemantauan secara berterusan; dan
(iii) penglibatan langsung pihak pengurusan atasan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar Pan Borneo Sabah dapat disiapkan.
Terima kasih.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan satu pusingan U yang ada di
Datuk Nelson W Angang
Kampung Mook, Kinarut. Adakah terdapat perancangan daripada pihak kerajaan untuk memperbaiki keadaan atau situasi kerana ada kalanya di — pada waktu rush hour-lah, dengan izin, kesesakan itu boleh sampai hingga satu kilometer di jalan tersebut dan ini sangat- sangat membahayakan pemandu-pemandu di kawasan itu.
Datuk Nelson W Angang
Saya faham, mungkin dari segi kesesakan kewangan. Namun, dengan izin, I believe, the safety of the road users is equally important also di kawasan tersebut. Saya juga maklum bahawa Timbalan Menteri suka berpantun. Jadi, untuk mengakhiri, saya ingin bagi pantun juga lah.
*Di bawah langit biru yang cerah, Perjalanan lancar sangat diharap; Trafik sesak, pemanduan sukar, Flyover perlu agar tiada terbentang harap.
Semoga usul ini mendapat perhatian, Agar lalu lintas tidak lagi meresahkan; Kemudahan ini demi masa depan, Bersatu kita, majukan kawasan.* Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya. Tadi pusingan ya, dipanggil pusingan P, Dato Yang di-Pertua. Bukan pusingan U sebab dia adalah lebuh raya. Lebuh raya dia tidak boleh pusing kanan. Dia tidak boleh pusingan U. Istilah yang digunakan ialah pusingan P.
Yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ialah di Kampung Moot — Mook ya, Kampung Mook
M-O-O-K. Mook, Kinarut.
Jadi, apa yang perlu dilakukan, pusingan P itu sudah ada. Kita harap akan dibuat satu lagi pusingan P. Cuma pusingan P ini, P-turn ini, baru-baru ini saya pergi ke Sarawak pada hari Jumaat, Sabtu. Hari ini hari Selasa. Saya melalui Pan Borneo Sarawak daripada Kuching ke Lubok Antu ya dan saya boleh melihat dan memahami pusingan P. Pusingan P ini, dua jalan, dua lorong itu tidak akan terganggu sebab kenderaan akan masuk ke sebelah kanan sebelum mereka berpusing untuk pergi ke kawasan sebelah. Sebelum ini, kawasan sebelah boleh dilalui dengan mudah, tapi oleh kerana sudah ada empat lorong, kawasan sebelah kena pusingan P.
Cadangan saya ialah untuk tempat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu supaya ada satu lagi tambahan pusingan P. Cuma dari segi teknikalnya, pusingan P ini hendaklah lima kilometer, setiap lima kilometer baru boleh ada. Kalau kita nak buat satu pusingan P bererti kita melanggar SOP yang kita buat sendiri, kurang daripada lima kilometer. Saya ingin
Yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ialah di Kampung Moot — Mook ya, Kampung Mook
mencadang, Yang Berhormat tulis surat sikit kepada kerajaan negeri, kepada JKR Sabah, supaya dia boleh menjadi satu permohonan rasmi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Edward Linggu Bukut
[Bangun]
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dua-dua dari Sabah ini.
[Menunjuk ke arah Datuk Edward Linggu Bukut]
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih, Dato Speaker. Mohon bertanya kepada Timbalan Menteri, sekadar soalan tambahan.
Selain daripada — bagi maksud keselamatan, selain daripada pemasangan lampu- lampu jalan keselamatan, sama ada pihak kementerian ada cadangan untuk menambah keselamatan lain seperti notis-notis, tanda ataupun notice board bagi maksud keselamatan dan juga tanda arah, dan juga ada cadangan untuk memasang CCTV bagi maksud keselamatan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Di Pan Borneo, saya kira Senator Datuk Edward, papan tanda itu tentulah dari semasa ke semasa kita sentiasa melihat sama ada dia mencukupi ataupun tidak.
Dari segi CCTV ini, belum ada rancangan untuk CCTV. Apa yang kita ada ialah kamera di Jalan-jalan Persekutuan yang tertentu dan juga di jalan-jalan yang mana kita ingin membesarkan jalan itu bagi mengira level of service ya, kamera itu dipasang semacam CCTV.
Dan pemasangan itu untuk mengira berapa jumlah kenderaan yang melalui dalam tempoh yang tertentu untuk kita membuat keputusan sama ada LOS - level of service, jalan tersebut itu A atau B atau C atau D atau F. F itu yang paling sesak. Apabila kita dapat angkanya F atau E, maka kita akan buat keputusan jalan tersebut akan diperbesarkan. Yang itu ada.
Tetapi CCTV untuk keselamatan ini belum ada cadangan. Kita juga tidak ada hak — Ada berlaku kenderaan dihentikan dan kemudian dirompak dan sebagainya dari segi keselamatan. Yang penting pada saya ialah keselamatan jalan itu dari segi lampu jalan di kawasan-kawasan yang tertentu, di bulatan atau di persimpangan. Itu penting. Satu lagi ialah jalan tidak berlubang. Itu satu lagi penting. Jalan berlubang kena tampal dalam tempoh 24 jam. Keselamatan begitu ada. Namun, CCTV belum ada lagi dalam perancangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
[Menunjukkan isyarat tangan kepada Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan]
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Sebenarnya, soalan saya lebih kurang dengan saudara Yang Berhormat Senator Edward, tetapi, tambahan sahaja. Kerana saya selalu melalui jalan ini balik ke rumah saya sendiri dan sebenarnya jalan
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
ini bukan dari Manggis ke Benoni ini sahaja, tetapi dari daerah Penampang ke Papar sudah siap. Jadi, terima kasihlah kepada pihak kementerian.
Tapi, nampaknya papan-papan tanda ini memang belum ada di sepanjang jalan ini.
Jadi, ini yang memberi kekhuatiran pengguna jalan raya yang sentiasa memandu laju kerana orang-orang Sabah ini mungkin baru dapat jalan raya yang bagus, yang baik ini. Jadi, itulah semangat mereka ini untuk memandu laju sangat tinggi. Jadi, mohonlah supaya papan tanda ini diadakan dengan segera. Terima kasih.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Nelson...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sekali lagi ya, Datuk Bobbey Suan, Senator, Penampang-Papar. Memang saya juga melalui jalan ini baru-baru ini dan saya telah pergi ke 20 kawasan Parlimen daripada 25 kawasan Parlimen dalam tahun ini di seluruh Sabah dan saya memahami keadaan yang disebut. Kita akan bangkitkan dalam mesyuarat segera untuk papan tanda, yang penting penunjuk arah dan had laju ialah 90 ke 100. Jangan lebih memandu daripada itu.
Dan untuk sementara waktu tanpa papan-papan tanda ini, kami ada Google Maps, ada Waze dan sebagainya, tentu yang pandai bercakap dalam kereta itu boleh menunjukkan 100 meter belok kiri [Ketawa] contohnya. Itu kadang-kadang sementara menunggu papan tanda, kita boleh guna itu. Walau bagaimanapun, cadangan kita ambil perhatian. Ada pegawai-pegawai saya di belakang untuk memastikan mesyuarat bulanan yang saya sebut tadi, jawatankuasa yang kita tubuhkan khas ya, untuk memastikan Pan Borneo ini dilaksanakan dengan baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah status pelaksanaan Program Perjanjian Off-Take Plus (PPO Plus) setakat ini serta apakah perbaharuan yang bakal diperkenalkan di bawah rangka PPO Plus untuk menggalakkan syarikat perubatan untuk melabur dan membangunkan industri pembuatan ubat dan peranti kesihatan Malaysia.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta atas soalan berkaitan dengan Program Perjanjian Off-Take Plus setakat ini.
Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pihak Kementerian Kewangan Malaysia sedang dalam proses memuktamadkan pelaksanaan Program Perjanjian Off-Take Plus (PPO Plus) sebagai usaha
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
menggalakkan pelaburan domestik dalam pengeluaran produk farmaseutikal dan peranti perubatan kritikal oleh syarikat tempatan. Seterusnya membolehkan bekalan ubat yang lebih terjamin dan berkualiti tanpa bergantung sepenuhnya kepada bekalan import.
Antara pembaharuan yang dicadangkan oleh KKM di bawah rangka PPO Plus adalah seperti berikut. Keutamaan diberikan kepada produk farmaseutikal di bawah Senarai Ubat- Ubatan Penting Kebangsaan, National Essential Medicines List (NEML) dan ke atas produk farmaseutikal atau peranti perubatan yang berstatus Single Product Registration Holder
(PRH) dengan penyertaan ditetapkan kepada pihak pembuat atau pengilang tempatan yang boleh menghasilkan produk-produk tersebut untuk pasaran Malaysia.
Polisi graduasi atau exit policy, dengan izin, akan dilaksanakan bagi mewujudkan persaingan yang lebih terbuka kepada syarikat lain yang berminat dan komited. Selepas tempoh komitmen yang diberikan oleh kerajaan, produk akan diperolehi melalui tatacara perolehan yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Soalan tambahan, Yang di-Pertua. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan mengenai program PPO Plus ini. Kita pun sedia maklum, Yang di-Pertua ya, industri farmaseutikal, peranti perubatan ini agak mahal, modal yang perlu besar, ya dan kebaikan program ini mungkin inilah, jaminan pembelian hasil buatan itu sudah ada, tetapi bagaimana kerajaan nak menunjukkan sokongannya kepada syarikat-syarikat terutamanya yang baru, adakah dengan memberi bantuan-bantuan modal teroka atau ada cara-cara lain menambahkan pasaran? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Antara yang kita fikirkan dengan memperkenalkan PPO Plus ini adalah untuk mewujudkan satu environment ataupun peluang kepada syarikat swasta untuk melakukan transfer teknologi daripada luar ataupun mana-mana teknologi yang sedia ada di pasaran untuk dibawa dan diperkenalkan di arena tempatan.
Dan antara langkah-langkah yang kita lakukan adalah untuk kita berikan jaminan untuk pembelian sebanyak 50 peratus. Ini adalah merupakan antara gambaran yang kita berikan kepada pemain industri untuk membuat pelaburan kepada industri-industri tersebut.
Walaupun demikian, di peringkat Kementerian Kesihatan, kita masih belum lagi mempunyai satu skala pemberian bantuan ataupun geran bagi pemula-pemula industri ini.
Walaupun demikian, kita berbincang dengan teliti bersama dengan Kementerian Kewangan dan juga kementerian-kementerian lain yang mungkin boleh menyalurkan satu insentif yang boleh diperkenalkan bagi penyertaan yang lebih rancak untuk PPO Plus ini.
Kerana PPO Plus ini adalah merupakan satu mekanisme ataupun game changer kepada syarikat dan juga industri farmaseutikal untuk membekalkan dan juga untuk menjamin
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
biosekuriti perubatan dan ubat-ubat di dalam pasaran adalah terjamin untuk menampung keperluan rakyat Malaysia.
So, itu sahaja buat setakat ini dan saya akan membawa cadangan-cadangan lain ke mesyuarat bersama dengan agensi-agensi, membincangkan berkenaan tentang biosekuriti ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Puan Noorita.
Puan Noorita binti Sual
Terima kasih Dato Speaker. Soalan saya nombor 7.
7. Puan Noorita binti Sual minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan menabung, persediaan untuk menempuh dunia pekerjaan dan persaraan kepada generasi Gen Z.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Noorita Sual atas pertanyaan. Kementerian Pendidikan Malaysia amat komited dalam usaha menangani isu literasi kewangan dan mempersiapkan generasi muda kita untuk masa hadapan.
Bagi merealisasikan komitmen ini, KPM telah mengintegrasikan celik kewangan dalam kurikulum persekolahan serta menganjurkan program khas dan juga aktiviti kokurikulum yang relevan. Sejak tahun 2012, KPM telah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk membangunkan dan mengintegrasikan dalam — mengintegrasikan enam standard celik kewangan ke dalam kurikulum. Enam standard celik kewangan ini adalah celik kewangan:
(i) wang sumber pendapatan kerjaya;
(ii) tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan;
(iii) pengurusan perancangan kewangan;
(iv) simpanan dan pelaburan;
(v) pengurusan kredit dan hutang; dan
(vi) pengurusan risiko, perlindungan dan juga insurans.
Usaha ini turut diperkukuhkan melalui penyertaan KPM dalam Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) sejak tahun 2019 yang bertanggungjawab menyemai nilai murni berkaitan kewangan sejak usia muda. Standard celik kewangan ini diterapkan secara menyeluruh ke dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pengintegrasian ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan pendedahan konsep wang di prasekolah, diikuti dengan pengenalan kepada simpanan di sekolah rendah dan seterusnya topik yang lebih mendalam seperti perancangan kewangan, pelaburan, pengurusan kredit, persediaan persaraan dalam subjek Matematik di sekolah menengah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Selain daripada itu, KPM turut memperkukuh kepentingan pengurusan kewangan murid melalui penganjuran konvensyen dan kem. Pada tahun 2024, KPM telah menganjurkan Konvensyen Celik Kewangan KPM-BSN dengan kerjasama daripada Bank Simpanan Nasional. Konvensyen ini melatih murid membuat keputusan kewangan yang bijak sebagai persediaan menempuh dunia pekerjaan dan juga merancang persaraan.
Seterusnya pada tahun 2025, Kem Lestari Generasi MADANI telah dilaksanakan, yang melibatkan seramai 29,200 murid di seluruh negara dan modul utama dalam kem ini adalah keusahawanan hijau dan juga literasi kewangan yang memupuk pemahaman murid mengenai pengurusan kewangan secara beretika.
KPM yakin bahawa gabungan pendekatan bersepadu dalam kurikulum dan pendedahan melalui program amali dapat mampu melahirkan generasi Gen Z yang bukan sahaja celik kewangan tetapi adalah lebih kompeten, berdaya tahan dan berdaya saing dan bersedia untuk merancang masa hadapan mereka dengan lebih bijak. Sekian, terima kasih.
Puan Noorita binti Sual
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Namun saya ingin tahu lebih lanjut, adakah dan apakah strategik yang diambil oleh kementerian yang melibatkan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain, pihak swasta dan sebagainya bagi meningkatkan lagi keberkesanan terhadap kesedaran di kalangan para pelajar?
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator. Sebenarnya berdasarkan pelan tindakan bahagian KPM tahun 2019 sehingga 2023 iaitu bersama-sama dengan FEN dan juga Bank Negara, kita mempunyai empat pelan tindakan, yang mana duanya adalah berkaitan dengan kurikulum, memperluaskan kurikulum sekolah dan memperkukuhkan pendidikan kewangan dalam kurikulum, yang ketiga berkenaan dengan membangunkan kapasiti guru dan keempat adalah pada soalan Yang Berhormat Senator mengembleng kumpulan sokongan ibu bapa, murid dan juga masyarakat.
Tadi saya ada sebut berkenaan dengan Konvensyen Celik Kewangan KPM-BSN yang telah pun dianjurkan pada tahun lepas 2024. Selama empat hari, usaha sama antara BSN dengan KPM bagi memberikan satu ruang kepada murid kita untuk berinteraksi ataupun turun ke padang dan juga ada berinteraksi dengan pakar-pakar dan juga panel-panel berkenaan dengan isu literasi kewangan.
Dan pada tahun lepas juga sejak tahun 2015, sememangnya dengan— kita mempunyai program-program dengan rakan strategik yang lain seperti dengan Alliance Bank dalam program AEIOU – Financial Literacy Education and Challenge dan dalam program AEIOU ini telah pun bermula tahun 2015 yang telah pun membantu KPM dalam mendidik anak-anak kita melalui pembelajaran yang menyeluruh iaitu seperti comic drawing dengan izin, financial e-Game dan juga Train-the-Trainers teachers.
Tuan Wong Kah Woh
Dalam perkara ini, dalam masa 10 tahun ini, program AEIOU oleh Alliance Bank telah pun menerima lebih daripada 209,000 submission dan memanfaatkan 180,000 anak-anak sekolah dari Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan guru yang telah pun terlatih lebih daripada 2,900 orang. Dan kesemua ini merupakan sebahagian usaha daripada rakan-rakan strategik KPM bagi membantu kita untuk meningkatkan taraf literasi kewangan di antara anak-anak kita.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Shamsuddin.
Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, berapakah jumlah kes dan ketirisan yang berlaku sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan berhubung tong gas bersubsidi serta apakah perancangan kementerian dalam memastikan penguatkuasaan terhadap penjualan tong gas bersubsidi diurus sebaiknya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Shamsuddin di atas soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab soalan pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Tuan Haji Hussin soalan nombor 11, berkaitan perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, Dato’ Shamsuddin dapat satu soalan tambahan. Tuan Haji Yang Berhormat, dualah tapi tak payah bangkit. Rasa nombor 11 timbul nanti.
[Ketawa]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya jawab bersekali Dato Yang di-Pertua. Dato Yang di-Pertua, gas petroleum cecair ataupun LPG merupakan barang kawalan yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ataupun Akta 122 di bawah kawal selia KPDN dan diberikan subsidi oleh kerajaan. Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas industri yang berurus niaga dan menggunakan LPG ini telah dilaksanakan oleh KPDN sejak ia diwartakan sebagai barang kawalan berkuat kuasa pada 21 Oktober 1974.
Perbezaan harga yang besar antara LPG bersubsidi dan tidak bersubsidi telah mendatangkan risiko berlakunya ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan keluar sempadan, kedua penyelewengan penggunaan oleh industri berskala besar dan sederhana dan ketiga aktiviti decanting dengan izin Dato Yang di-Pertua, iaitu pemindahan LPG dari tong gas bersubsidi kepada tong gas tanpa subsidi dan kemudiannya dijual pada harga komersial.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Contoh, tong gas 14 kilogram. Harga bersubsidi ialah RM26.60 tapi dialihkan ke dalam tong gas tidak bersubsidi dan boleh dijual dengan harga ― sebab kita tak kawal harga itu antara RM70 hingga RM100 satu tong 14 kilogram.
Jadi, di bawah akta ini, Akta 122 ini, KPDN mempergiatkan penguatkuasaan bagi menangani isu penyelewengan barangan subsidi melalui Ops Tiris bermula 1 Mac 2023.
Sepanjang tiga tahun, Yang Berhormat Dato’ Shamsuddin, sepanjang tiga tahun, pada tahun 2023, KPDN berjaya menghasilkan sebanyak 117 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM411,960. Dan tahun 2024, sebanyak 200 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan LPG sebanyak RM818,337. Dan, bermula 1 Januari 2025 hingga 7 September 2025, sebanyak 309 kes dihasilkan dengan nilai rampasan LPG sebanyak RM2.3 juta.
Manakala Ops Gasak pula ― ini Ops Gasak ini kita lancarkan pada 1 Mei 2025. Ops Tiris ini, dia tiris semua barang bersubsidi termasuk LPG dan yang lain-lain. Tapi, Ops Gasak ini dilancarkan pada 1 Mei 2025 khusus untuk ketirisan LPG. Dan, sehingga 8 September 2025, sejumlah 211 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan RM7.2 juta.
Jadi, ini adalah dari segi data yang diminta oleh Yang Berhormat Dato’ Shamsuddin.
Boleh saya sambung sikit, Dato’ Yang di-Pertua? Untuk sambung kepada soalan nombor 11.
Jadi, untuk mengekang aktiviti ketirisan ini, KPDN telah mengambil kira pelbagai bentuk operasi bersepadu di mana kita mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Angkatan Tentera Malaysia dan terus memperkasakan kerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan dan operasi khas iaitu Ops Gasak.
Jadi, melalui operasi khas ini, kita kerjasama dengan rakan-rakan strategik yang lain.
Kita juga memperkasa kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Kerja Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan supaya kita nak memastikan tidak disalah guna LPG ini.
Jadi, soalan kepada Yang Berhormat Haji Hussin berkenaan dengan apa dia, orang kata, teknologi yang digunakan. Kita akui, Yang Berhormat, bahawa kalau dengan minyak masak paket ini, Yang Berhormat, kita ada sistem. Kita ada sistem di mana kita boleh trace perjalanan minyak masak paket itu daripada repacker kepada pemborong, kepada peruncit, dan sekarang kita sedang bangunkan the last mile itu kepada pengguna dengan aplikasi eCOSS menggunakan QR seperti yang saya terangkan dalam Dewan baru-baru ini.
Namun, untuk LPG ini, Dato’ Yang di-Pertua, kita dalam usaha untuk membangunkan.
Kita tidak ada lagi sistem di mana kita boleh trace daripada oil co kepada pemborong, dealer dan seterusnya kepada retailer. Dan, aktiviti yang kita lihat ketirisan yang paling besar ― saya tadi sebut tiga, ya. Ketirisan yang paling besar ialah decanting tadi. Sebab itu kita memberi tumpuan melalui Ops Gasak untuk melihat kepada aktiviti decanting ini. Jadi, ianya
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
dibangunkan, sedang dibangunkan dan kita haraplah bahawa apa tindakan kita ini akan dapat mengekang ketirisan bahan LPG ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi gas petroleum cecair (LPG), termasuk kemungkinan mengapungkan harga pasaran serta menyalurkan bantuan tunai seperti Sumbangan Asas RAHMAH secara langsung ke akaun bank isi rumah berpendapatan rendah? Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat, setakat ini, kita belum ada perancangan tersebut. Sebab, kita dapati, Yang Berhormat, bukan sahaja isi rumah yang gunakan LPG ini. Ianya turut diguna oleh peniaga-peniaga mikro yang jual goreng pisang, yang jual ― warung-warung tepi jalan. Jadi, oleh sebab itu, agak sukar ya, Yang Berhormat, kalau kita nak bagi cash assistant. Jadi, sebab itu, setakat ini kita belum ada usaha untuk apungkan dan juga untuk bagi cash assistant. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya sikit nak itulah. Kita ini pengeluar gas dan kita pengeksport gas tapi rakyat kita terasa sulit benar untuk meneruskan kehidupan. Kalau disebut nanti yang kedai runcit, goreng pisang, apa semua sekali, kantin ini pun tidak mendapat ruang dan manfaat, walhal orang ini dalam suasana, macam sekarang ini, untuk nak meneruskan perniagaan mereka sangat sulit.
Jadi, kenapa kerajaan tak boleh ambil kira supaya mereka ini juga menjadi orang yang mendapat manfaat?
Yang keduanya, sikit dan terkait juga tadi tentang penyeludupan. Bagaimana dengan tindakan operasi kita terhadap penyeludupan rentas sempadan di tengah laut seperti melalui kapal-kapal perikanan laut dalam dan lain-lain yang saya difahamkan? Atau ini hanya satu rumors? Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Senator Haji Hussin. Saya nak maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat, bahawa PMKS terkecuali daripada penguatkuasaan Ops Gasak. Maksudnya, PMKS boleh guna tong gas bersubsidi. Kalau sebelum ini, kita meletakkan syarat tiga tong gas perlu ada lesen, perlu ada permit.
Tapi, pada 5 Jun 2025, mesyuarat Jemaah Menteri memperakukan supaya sepanjang tempoh Ops Gasak dan sehingga pindaan kepada Peraturan Kawalan Bekalan ini dimuktamadkan, tidak ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap perniagaan jualan dan makanan berskala mikro dan kecil berkaitan penggunaan silinder gas bersubsidi ini. Jadi, tidak perlu risau, Tuan Haji, Yang Berhormat ya. Memang kita benarkan dan mereka terkecuali daripada tindakan di bawah Ops Gasak.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Berkenaan dengan penyeludupan laut dalam dan sebagainya. LPG ini, Yang Berhormat, kita punya masalah not so much-lah, dengan izin. Not so much. LPG. Dia lebih kepada rentas sempadan dalam kampung-kampung. Contohnya, sempadan kita di Borneo, di mana mereka boleh pergi ke Malaysia. Contoh di Pulau Sebatik, mereka boleh beli di Tawau, mereka boleh bawa balik ke Indonesia, contohnya. Itu antara cabaran kita.
Namun, laut dalam itu tidaklah sangat sebab yang lebih mencabar ialah decanting ini iaitu mereka― sebab kita tak boleh trace. Kita tak boleh trace daripada pemborong, kalau pemborong itu terlibat. Contoh ya, kalau ada yang terlibat dalam aktiviti decanting itu pun kita tak boleh trace sebab kita belum ada sistem itu dan insya-Allah, akan kita bangunkan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Tuan Robert Lau.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Robert Lau Hui Yew minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sama ada kerajaan bercadang mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang bagi pelajar institusi pengajian tinggi dan penjawat awam demi memperkukuh semangat cinta kepada negara dan memupuk nilai patriotisme.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, Kementerian Perpaduan Negara tidak bercadang untuk mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang bagi pelajar institusi pengajian tinggi dan penjawat awam.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Hal ini kerana pelaksanaan dasar serta pengisian aktiviti patriotisme sedia ada untuk kedua-dua kategori tersebut adalah memadai. Walau bagaimanapun, cadangan ini boleh diteliti dari masa ke semasa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Dalam masa yang sama, pemupukan semangat patriotisme wajar dimulakan sejak di bangku sekolah. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang bagi murid sekolah rendah bermula 21 April 2025 ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2025 untuk menerapkan pembudayaan amalan patriotisme dan taat setia penjawat awam melalui pelaksanaan program atau aktiviti yang bersesuaian secara berterusan.
Kementerian Perpaduan Negara juga sentiasa komited melaksanakan pelbagai program yang berteraskan kenegaraan, pembinaan jati diri dan pemerkasaan nilai perpaduan, khususnya dalam kalangan golongan belia. Antara program utama yang dilaksanakan ialah
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Gerak Integrasi Perpaduan Nasional (GRIP), program utama peringkat sekolah untuk memupuk pertukaran budaya, penghormatan bersama dan pendedahan awal kepada kepelbagaian Malaysia.
Jalinan Integrasi Mahasiswa adalah program rangkaian pelajar universiti merentasi kampus bagi memperkukuhkan perpaduan antara institusi. Debat Perpaduan dan Pidato Rukun Negara adalah pertandingan intelektual peringkat kebangsaan yang mengasah kemahiran belia untuk menyuarakan visi mereka tentang Malaysia dengan penuh keyakinan.
Citra Negara-ku adalah program bertujuan untuk memperkukuh nilai kenegaraan serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) melalui penghayatan prinsip Rukun Negara.
Konvensyen Sekretariat Rukun Negara, konvensyen tahunan kebangsaan yang menghimpunkan wakil SRN untuk berkongsi amalan terbaik, membentangkan idea dasar dan membina jaringan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Arkib@Sekolah, di mana pelajar diberi peluang untuk meneroka sejarah negara, menggunakan dokumen dan artifak arkib yang tulen dalam proses pembelajaran. Program Bermalam di Muzium memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati sejarah dan warisan budaya negara melalui perkhemahan pendidikan bermalam di muzium dan MADANI Berkhidmat adalah misi sukarelawan siswa, di mana di bawah program ini, pelajar, mahasiswa dihantar untuk berkhidmat di dalam dan di luar negara. Misi ini membentuk jati diri, kepimpinan, yang paling penting, rasa empati. Sekian, terima kasih.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah berjaya memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat umum memandangkan begitu ketaranya insiden Jalur Gemilang terbalik dan pameran Jalur Gemilang dalam bahan-bahan bercetak yang telah dipolitikkan.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, insiden-insiden berkenaan dengan Jalur Gemilang tidak boleh dikaitkan terus dengan semangat patriotisme. Insiden- insiden yang melibatkan Jalur Gemilang yang dipasang secara songsang ataupun terbalik, ada kemungkinannya ia berpunca daripada kecuaian sesuatu pihak ataupun dengan niat jahat ataupun ingin – jadi, itu adalah perkara yang harus dilihat secara berasingan, walaupun ia mempunyai kesan terhadap semangat kenegaraan.
Berkaitan dengan insiden-insiden di mana Jalur Gemilang dipasang secara salah ataupun terbalik atau songsang, tindakan sedang diambil, tetapi berkenaan dengan memupuk semangat patriotisme dari awal sehingga setiap lapisan masyarakat, sepertimana saya telah nyatakan tadi, pelbagai program sedang dilangsungkan dan keberkesanan adalah dapat dilihat daripada keadaan suasana negara kita, di mana kita dapat hidup dalam satu keadaan
Puan Saraswathy a/p Kandasami
— kita dapat hidup dalam suasana saling hormat-menghormati, mempunyai nilai jati diri dan juga ada semangat kenegaraan, di mana kita boleh lihat bendera dipasang di setiap rumah, di kedai dan juga di merata-rata tempat.
Ini menunjukkan rakyat secara umum mempunyai semangat yang sangat tinggi tetapi ada juga insiden-insiden yang berlaku, yang kita harus ambil tindakan. Terima kasih.
Dr. Jufitri bin Joha
Dato Speaker. Terima kasih Dato Speaker. Soalan tambahan saya, saya melihat banyak program-program kemenjadian orang muda, banyak berlaku dalam setting informal selain daripada formal di sekolah. Dan tadi YB ada menyebut bahawa salah satunya adalah program di muzium.
Sejauh mana Kementerian Perpaduan akan memanjangkan mekanisme pendidikan non-formal ini kepada setting, setting yang lain. Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Okey. Saya percaya soalan itu bertumpu kepada memupuk semangat patriotisme secara pendidikan formal ataupun tidak formal. Seperti yang saya telah terangkan dalam ucapan saya tadi, dari segi pendidikan formal, ada kurikulum- kurikulum yang telah digubal ataupun dimasukkan dalam pendidikan formal untuk memupuk semangat kenegaraan, jati diri dan patriotisme.
Untuk pendidikan secara tidak formal, kita mendekati perkara ini secara whole-of- government approach, di mana Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan dia dan kementerian-kementerian lain sedemikian juga memainkan peranan masing-masing. KPT juga memainkan peranan dalam membentuk satu masyarakat yang mempunyai satu semangat kenegaraan yang tinggi.
Dari segi pendidikan tidak formal, program-program yang dilaksanakan oleh kementerian adalah di bawah tiga buah agensi yang mana adalah dari – di bawah Arkib Negara Malaysia, di bawah Perpustakaan Negara Malaysia, di bawah Muzium Negara dan juga melalui Jabatan Perpaduan Nasional – Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
So, semua jentera perpaduan ini memainkan peranan masing-masing dalam memberi ataupun dalam menggalakkan semangat patriotisme, semangat perpaduan di kalangan rakyat seluruh negara secara informal. Ini bukannya menerusi pendidikan formal tetapi program- program yang dilaksanakan oleh jentera perpaduan yang saya senaraikan tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan terakhir bagi Sesi Pertanyaan-pertanyaan Lisan pada pagi ini. Dijemput Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Dapat juga soalan yang terakhir. Terima kasih. Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, sambutan, impak program dan unjuran pertambahan pelajar yang memilih subjek Sains Tulen dan STEM di peringkat SPM susulan daripada Program Sains Teknologi dan Inovasi (STI) 1003 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2025.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Program STI 1003 merupakan inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh MOSTI sebagai langkah merealisasikan aspirasi yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pemerkasaan STEM di peringkat sekolah melalui penglibatan langsung komuniti saintis negara.
Sejak mula diperkenalkan pada September 2024, Program STI 1003 telah berjaya merealisasikan padanan antara 233 orang saintis tempatan dan 233 buah sekolah melalui pelaksanaan sebanyak tiga kitaran iaitu 100 Padanan Kitaran 1 Tahun 2024, 50 Padanan Kitaran 1.5 Tahun 2024, dan 83 Padanan Kitaran 1 Tahun 2025.
Dari perspektif penyertaan, program ini telah memberi manfaat kepada 7,710 orang individu yang terdiri daripada pelajar, belia, guru, pentadbir sekolah serta ibu bapa.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Pencapaian ini mencerminkan penerimaan positif terhadap usaha pembudayaan STI, di samping membuktikan keberkesanan program dalam menarik minat pelbagai komuniti sasaran.
Dari segi agihan lokasi pula, daripada keseluruhan 233 sekolah yang terlibat, sebanyak 140 buah sekolah iaitu 62 peratus adalah terletak di kawasan bandar manakala 88 buah sekolah ataupun 38 peratus lagi berada di kawasan luar bandar. Perbezaan ini sebahagiannya berpunca daripada kekangan kewangan yang dihadapi oleh saintis untuk melaksanakan aktiviti pembudayaan STI di kawasan luar bandar, memandangkan kos perjalanan yang lebih tinggi.
Bagi memastikan penyertaan yang lebih seimbang dan inklusif pada kitaran yang akan datang, pihak kementerian sedang meneliti semula mekanisme peruntukan sedia ada agar penyelarasan dibuat dengan menetapkan peruntukan maksimum sebanyak RM5,000 kepada saintis yang dipadankan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman semasa pelaksanaan kitaran dua tahun 2025 yang dijadualkan bermula pada September 2025.
Berdasarkan analisis laporan pelaksanaan aktiviti serta kaji selidik yang dikemukakan oleh para saintis, Program STI 1003 telah memberikan impak positif dalam beberapa aspek terutamanya:
(i) peningkatan pemahaman kumpulan sasaran khusus murid sekolah terhadap konsep-konsep sains;
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
(ii) pendedahan awal kepada aplikasi sebenar sains;
(iii) pemantapan peranan saintis sebagai mentor;
(iv) pengukuhan kerjasama erat antara MOSTI, KPM, agensi negeri, industri dan NGO; dan
(v) pengenalan kaedah pembelajaran yang inovatif dan berpusatkan pelajar ataupun student-centered learning yang bersifat dinamik, interaktif dan berbeza daripada pendekatan pengajaran konvensional seterusnya meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu.
Dato Yang di-Pertua, unjuran peningkatan bilangan pelajar yang memilih aliran STEM adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan perancangan strategik KPM. Impak positif terhadap pertambahan pelajar dalam aliran STEM dijangka dapat dilihat secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Walau bagaimanapun, MOSTI berpandangan optimis bahawa pelaksanaan Program STI 1003 merupakan titik permulaan yang signifikan.
Dalam memperkukuh usaha menarik minat pelajar terhadap bidang STEM, MOSTI akan terus komited dalam memperkukuh pelaksanaan Program STI 1003 dengan mengoptimumkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan serta memperluas skop penyertaan agar manfaat program ini dapat dinikmati oleh lebih ramai murid di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Terima kasih.
Datuk Haji Mustafa bin Musa
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang secukup berfakta. Saya maklum bahawa Yang Berhormat Menteri juga faham bahawa cabaran utama dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam STEM, bukan hanya terletak kepada minat dan kecenderungan tetapi prasarana di sekolah seperti makmal yang usang dan juga kepakaran guru. Cuma yang saya ingin maklum, walaupun itu di bawah Kementerian Pendidikan tetapi adakah kolaborasi dan strategi kerjasama antara MOSTI dengan KPM untuk menangani isu-isu yang timbul daripada minat yang berlebihan pelajar terhadap STEM? Itu pertama.
Yang keduanya, apakah MOSTI ada perancangan untuk meningkatkan program jelajah Minggu Sains Negara ke seluruh negara bagi memberi peluang kepada anak-anak luar bandar juga dapat melihat dan menghayati Minggu Sains Negara? Dan sempena Tahun Melawat Melaka 2026 pada tahun depan, adakah MOSTI bercadang untuk menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi tahun ataupun bagi program ini? Pada tahun hadapan, saya rasa Melaka cukup bersedia, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Senator Datuk Haji Mustafa atas soalan yang begitu baik.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Dalam Program STI 1003, peranan saintis diperkasakan bukan sekadar sebagai penceramah, tetapi juga pembimbing, penasihat, motivator, fasilitator serta role model. Program ini juga membuka ruang kolaborasi berterusan antara sekolah dan saintis. Demikian juga, pendekatan program ini menekankan aspek praktikal melalui aktiviti interaktif dan amal atau hands-on di luar bilik darjah yang mana ini melibatkan beberapa usaha yang dilaksanakan bersama di antara MOSTI dan juga Kementerian Pendidikan.
Dan dalam masa yang sama, kita juga gunakan saintis ini sebagai rakan yang akan boleh, rakan strategik yang akan membantu KPI, termasuk melalui pendekatan training of trainers iaitu melatih para pendidik yang bertanggungjawab soal pengembangan kecenderungan minat anak, pelajar kepada sains ini bagi memperkukuhkan kesinambungan pengajaran STEM di sekolah.
Begitu juga, izinkan saya sedikit menyentuh soal penempatan guru ataupun penyelenggaraan kemudahan seperti yang disebut makmal, juga serta bidang tugas guru yang merupakan satu bidang kuasa KPM. MOSTI hanya berupaya setakat sekaranglah untuk kita melalui program-program termasuklah seperti Program 1003 hadir sebagai pelengkap dan penyokong kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memastikan penglibatan sekolah dilaksanakan secara sukarela dan tidak menambah beban kepada pentadbiran mahupun guru.
Menyentuh soal perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator tadi iaitu adakah kementerian MOSTI akan meneruskan atau membanyakkan lagi usaha-usaha ke arah pembudayaan sains dan teknologi serta inovasi. Memang kami di pihak kementerian ini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan peranan kami sebagai kementerian yang dipertanggungjawab, menyokong kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai anak-anak yang akan minat kepada sains.
Maka itu, saya bersetuju dengan pendapat ataupun cadangan tadi pun, seolah kalau saya boleh katakan adakah akan kita ada lagi usaha-usaha, tentunya kita akan ada lagi banyak usaha, tetapi kita juga tertakluk kepada bajet yang akan kita dapat saban tahun. Kita cuba untuk mengadakan pelbagai program.
Dan untuk tujuan menjawab soalan sama ada Melaka boleh, rasanya Melaka is a very good place untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah usaha membudayakan sains ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kami telah juga melaksanakan pelbagai program di situ termasuk pada tahun ini, termasuk STEM kita ada satu program. Kemudian yang 1003 ini, kita banyak iaitu 17 kalau tak silap saya, yang telah kita laksanakan dan antaranya termasuk juga kawasan Alor Gajah, yang mana Yang Berhormat berasal dari situ.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Saya akan angkat cadangan Yang Berhormat untuk mempertimbangkan supaya Melaka ini dapat diberikan peluang sebagai mendorong juga pelancongan di kawasan negeri itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan- pertanyaan jawab lisan. Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), ditetapkan bahawa Majlis Dewan hari ini tidak akan ditempohkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai diputuskan dan diluluskan:
(i) Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025;
(ii) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025;
(iii) Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025;
(iv) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025; dan
(v) Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025.
Seperti yang tertera di nombor 1 hingga nombor 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguh sehingga 10 pagi, hari Rabu, 10 September 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Dato Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme berkesan bagi menguruskan kes-kes insolvensi rentas sempadan syarikat korporat yang menjalankan perniagaan dan menghadapi krisis kewangan atau insolvent adalah berisiko untuk berdepan dengan prosiding insolvensi. Prosiding insolvensi merupakan proses undang-undang yang dimulakan oleh pemiutang (debtor) atau pihak yang
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
berkepentingan secara kolektif terhadap penghutang yang menghadapi tekanan kewangan (financial distress) dan tidak berkemampuan untuk menyelesaikan tanggungjawab kewangan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Seiring dengan kepantasan ekonomi dan amalan perdagangan pada hari ini, perniagaan dan pelaburan entiti korporat dan syarikat berkomersial bergerak merentasi sempadan negara. Keadaan ini menyebabkan pengaliran tunai, dana dan modal serta pemilikan aset di luar bidang kuasa.
Oleh yang demikian, jika syarikat tersebut dihadapi dengan krisis kewangan dan prosiding insolvensi dimulakan terhadapnya, seharusnya kepentingan semua pemiutang dan aset syarikat termasuklah yang berada di luar bidang kuasa hendaklah diteruskan dengan berkesan bagi manfaat pemiutang pihak yang berkepentingan dan syarikat itu sendiri.
Hal ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan insolvensi rentas sempadan. Insolvensi rentas sempadan adalah dalam konteks syarikat korporat merujuk kepada prosiding insolvensi yang dibawa terhadap syarikat korporat yang mengalami krisis kewangan dan tidak berkemampuan untuk membayar hutangnya dan ini mempunyai pemiutang dan aset yang di lebih daripada satu negara.
Aset syarikat dan bilangan pemiutang yang berada di negara-negara lain boleh menyebabkan prosiding-prosiding insolvensi dimulakan terhadap syarikat yang sama dalam pelbagai bidang kuasa asing.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini berpandukan empat prinsip utama sebagaimana digariskan dalam dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) iaitu satu, akses langsung untuk wakil asing ke mahkamah tempatan. Kedua, pengiktirafan prosiding insolvensi asing. Ketiga, pemberian relief sewajarnya. Dan keempat, prinsip kerjasama serta koordinasi antara mahkamah tempatan dan mahkamah asing.
[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa ini, insolvensi rentas sempadan bagi insolvensi korporat di Malaysia tidak mempunyai kerangka kerja undang-undang yang jelas. Ini dilaksanakan berdasarkan amalan mahkamah untuk mengiktiraf keputusan atau prosiding mahkamah asing atas dasar persefahaman dengan izin, doctrine of comity dan atas jalinan bekerjasama dengan memakai prinsip salinan dengan izin, reciprocity. Selain itu, insolvensi rentas sempadan juga dilaksanakan melalui dengan izin, the protocol on court-to-court communication and cooperation. Namun, setakat ini hanya melibatkan mahkamah Malaysia dan mahkamah Singapura sahaja.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ketidakadaan kerangka kerja perundangan yang kukuh menyebabkan kelegaan dalam pelaksanaan mekanisme penyelamat korporat atau prosiding penggulungan syarikat.
Aset syarikat yang terlibat turut berisiko untuk disembunyikan atau dipindah milik kepada pihak yang tidak sepatutnya. Perkara ini akan menjejaskan pengumpulan dan penghasilan aset yang optimum bagi manfaatkan penghutang dan pemiutang dan pihak yang berkepentingan. Kesannya, keyakinan pelabur asing akan terjejas dan sekali gus menjadi halangan kepada usaha pengukuhan perdagangan Malaysia di persada antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency
(MLCBI) merupakan perundangan model insolvensi rentas sempadan yang digubal pada tahun 1997 dan UNCITRAL bagi menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antara bidang kuasa mahkamah asing dalam prosiding insolvensi rentas sempadan. Sejak penggubalan MLCBI ini oleh UNCITRAL pada tahun 1997, sebanyak 60 negara telah menerima pakai perundangan modal ini. Antara negara terawal yang menerima pakai adalah Jepun pada tahun 2000, Afrika Selatan, 2000 dan Australia pada 2008. Arab Saudi merupakan negara terkini yang menerima pakai MLCBI pada 2022.
Di peringkat Asia Tenggara, Filipina telah menerima pakai MLCBI pada tahun 2010 dengan diikuti oleh Singapura pada tahun 2017 dan Myanmar pada tahun 2020. Dalam menerima MLCBI, Singapura dan United Kingdom telah membuat ubahsuaian pemakaian MLCBI terutamanya dalam perkara pengecualian pemakaian dengan mengambil kira kepentingan awam dan negara masing-masing.
Untuk maklum Ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 Julai 2025 selepas melalui perbahasan menyeluruh. Dalam perbahasan tersebut, beberapa isu penting telah dibangkitkan yang telah memperkayakan dalam proses penggubalan rang undang-undang ini.
Bagi maksud bacaan kedua di Dewan yang mulia ini, satu sesi taklimat bersama Ahli- ahli Yang Berhormat Dewan Negara telah diadakan pada 2 September 2025 dan pembentangan rang undang-undang ini telah dilaksanakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang Dewan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Senator Rita Sarimah anak Patrick Insol pada 13 Ogos 2025 yang lalu.
Inti pati utama rang undang-undang ini. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara prinsipnya rang undang-undang ini adalah bersifat tatacara procedural in nature dan akan lengkapi undang-undang insolvensi korporat di Malaysia tanpa mengubah struktur atau prinsip asas undang-undang insolvensi korporat sedia ada.
Sebahagian besar peruntukan rang undang-undang ini adalah berasaskan peruntukan dalam undang-undang model dalam perkara mengenai insolvensi rentas sempadan iaitu MLCBI dengan ubahsuaian yang sewajarnya, mengambil kira kepentingan awam dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
kepentingan negara. Naskhah sahih rang undang-undang ini ditetapkan dalam bahasa Inggeris memandangkan rangka kerja perundangan adalah berdasarkan pemakaian undang- undang model antarabangsa dan terdapatnya penglibatan dari mahkamah asing dan wakil asing.
Rang undang-undang ini mempunyai 35 fasal dengan enam bahagian dan satu jadual sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill. Bahagian I, rang undang-undang ini memperkatakan tentang perkara permulaan akta yang dicadangkan antara lain merangkumi tajuk ringkas peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa pemakaian serta takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang ini. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian bagi fasal 1 hingga fasal 8 rang undang-undang yang dicadangkan.
Bahagian II, rang undang-undang ini menjelaskan berkenaan hak asas langsung yang diberikan kepada wakil asing dan pemiutang asing kepada mahkamah di Malaysia dan perkara-perkara berbangkit. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian bagi fasal 9 hingga fasal 14 rang undang-undang yang dicadangkan.
Bahagian III, rang undang-undang ini mengandungi peruntukan yang berhubung dengan pengiktirafan prosiding asing dan pemberian relief oleh mahkamah tinggi termasuk perlindungan pemiutang dan orang yang berkepentingan. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian fasal 15 hingga fasal 24 rang undang-undang yang dicadangkan.
Bahagian IV, rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan bekerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian bagi fasal 25 hingga fasal 27 rang undang-undang yang dicadangkan.
Bagi Bahagian V, rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan penyelarasan prosiding serentak. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian bagi fasal 28 hingga fasal 32 rang undang-undang yang dicadangkan.
Bahagian VI, rang undang-undang ini mengandungi cadangan peruntukan berkesan perkara yang merangkumi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan kuasa untuk meminda jadual dan kecualian. Perincian bagi fasal-fasal ini adalah sebagaimana dalam huraian bagi fasal 33 hingga fasal 35 rang undang-undang yang dicadangkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Akhirnya, jadual undang-undang ini menyenaraikan ketidakpakaian dengan izin, non- application rang undang-undang ini dan sekatan terhadap pemberian, pengiktirafan dan bantuan dalam hal keadaan tertentu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kesimpulan, secara keseluruhan, rang undang-undang ini akan menyediakan satu kerangka perundangan yang jelas, moden dan berkesan bagi pelaksanaan prosiding insolvensi rentas sempadan di Malaysia selaras dengan standard amalan terbaik antarabangsa. Usaha ini akan memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan negara dan menyumbang secara langsung kepada pemapanan daya saing ekonomi Malaysia di peringkat global.
Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh hormatnya menyeru sokongan dari semua Ahli Yang Berhormat Senator agar rang undang-undang ini dapat diluluskan demi memastikan Malaysia terus ke hadapan dalam menghadapi cabaran landskap ekonomi semasa dan memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelaburan dan perdagangan yang diyakini.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan, termasuk akses kepada mahkamah oleh wakil asing dan pemiutang asing, pengiktirafan prosiding asing, pemberian relief berhubung dengan pengiktirafan prosiding asing, kerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing, penyelarasan prosiding serentak dan perkara lain yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan ada seramai lapan orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah selama lima minit seorang. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom. Dua kali dia nombor satu hari ini. Pertanyaan lisan pun nombor satu juga. Silakan YB Pele.
Tuan Pele Peter Tinggom
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dua kali hari ini untuk sama-sama membahaskan RUU
Tuan Pele Peter Tinggom
Insolvensi Rentas Sempadan 2025 yang baru sahaja dibentangkan untuk bacaan kali yang kedua oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sememangnya RUU ini perlu sebagai salah satu mekanisme undang-undang insolvensi yang serasi dengan piawaian global seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Sebagai contoh, selari dengan UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (1997) dan tiga prinsip yang berkaitan tadi.
Dato' Yang di-Pertua, di bawah RUU ini, saya hanya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan tiga perkara sahaja. Perkara pertama, saya ingin merujuk kepada fasal 3 RUU ini di mana fasal 3 menyebut, *“walau bagaimanapun, akta yang dicadangkan ini tidak terpakai bagi insolvensi dan kebankrapan individu mana-mana orang yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan atau perniagaan yang dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 167] , Ordinan Pelesenan Perdagangan (Sabah Bab 144), Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan
(Sarawak Bab 33) dan Ordinan Nama-nama Perniagaan (Sarawak Bab 74) mengikut mana- mana yang berkenaan, mana-mana perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] dan mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual”.* Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan, apakah justifikasi dan rasional sekiranya ada, mengapa klausa ini dikecualikan untuk undang-undang ini dilaksanakan dan mereka yang dimaksudkan tadi dikecualikan? Kalau semua kes penyelewengan wang awam beratus juta di Malaysia sampai ke tahap insolvensi, saya percaya Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ramai individu yang terlibat akan dikecualikan dan terlepas daripada sebarang tindakan di bawah akta ini nanti.
Perkara yang kedua Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua adalah adakah klausa ini sama dengan undang-undang di negara-negara lain yang mengguna pakai piawaian global yang disebut tadi UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (1997)? Dato' Yang di- Pertua, perkara yang ketiga singkat sahaja adalah berkenaan dengan layanan adil dalam pengagihan aset kepada pemiutang tempatan dan asing. Apakah garis panduan yang diguna pakai? Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Pele. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, penggubalan dan pelaksanaan Undang- undang Insolvensi Rentas Sempadan merupakan langkah strategik yang memperkukuh rangka kerja perundangan negara dalam menangani isu kewangan korporat yang melibatkan entiti merentas sempadan.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap sistem penyelesaian pertikaian dan perlindungan hak pemiutang di Malaysia, malah turut melengkapi usaha kerajaan dalam menarik dan memudah cara kemasukan pelaburan langsung asing.
Kehadiran satu kerangka perundangan yang selaras dengan amalan dan standard antarabangsa memberikan isyarat bahawa Malaysia komited terhadap prinsip ketelusan, kepastian undang-undang dan tadbir urus yang baik faktor utama yang dipertimbangkan oleh pelabur antarabangsa.
Dato' Yang di-Pertua, pelaksanaan Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan melibatkan pelbagai aspek yang kompleks termasuk mekanisme pemulihan hutang merentas bidang dengan izin, debt recovery, penyelamatan korporat, pengurusan prosiding serentak di pelbagai negara, penentuan establishment ataupun [Tidak jelas] dan prosiding utama asing serta keperluan untuk penyelarasan antara mahkamah dan pihak berkuasa asing. Kerumitan ini menuntut tahap fahaman, kepakaran dan infrastruktur perundangan yang mantap bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan tidak menjejaskan kepentingan pemiutang mahupun pelabur.
Sehubungan itu, Malaysia perlu membuat persediaan yang menyeluruh termasuk dari segi kapasiti institusi kehakiman dan Jabatan Insolvensi, rangka kerja perundangan sokongan serta latihan kepada pengamal undang-undang sebelum mengambil langkah untuk menguatkuasakan kerangka undang-undang ini secara rasmi.
Dato' Yang di-Pertua, seksyen 21(2) dan 21(3) memberi perlindungan kepada pemiutang di Malaysia. Sekalipun pengutamaan terhadap pemiutang domestik dilihat sebagai langkah yang baik dalam melindungi kepentingan pihak berkepentingan tempatan, pendekatan sedemikian perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam undang-undang antarabangsa. Peruntukan seksyen 21(3) boleh menimbulkan persepsi bahawa hak dan kepentingan pelabur luar tidak dilindungi secara adil. Amalan sebegini berisiko mengikis keyakinan pelabur asing terhadap sistem perundangan dan persekitaran pelaburan negara, sekali gus menjejaskan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di peringkat global.
Dalam konteks ekonomi yang semakin terhubung secara rentas sempadan, prinsip kesaksamaan dan ketelusan dalam layanan terhadap semua pemiutang tanpa mengira asal
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
usul adalah asas penting dalam menarik serta mengekalkan pelaburan asing yang berkualiti.
Jadi soalan saya, apakah garis panduan bagi penetapan nilai ambang oleh Menteri sebelum aset penghutang dipindahkan ke luar negara?
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dato’ Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah kekecualian atas sebab dasar awam seperti diperuntukkan oleh seksyen 7. Kekaburan definisi dasar awam dalam konteks Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan adalah isu yang signifikan kerana ia boleh menjadi alasan bagi sesebuah mahkamah menolak pengiktirafan prosiding asing walaupun prosiding itu sah di negara asal. Namun konsep ini, sering kali kabur, subjektif dan terdedah kepada penyalahgunaan.
Terdapat beberapa kes yang telah memperlihatkan bila prinsip dasar awam ini disalahgunakan ataupun stretch too far sehingga meniadakan, menolak permohonan entiti asing daripada diiktirafkan ia tuntutan di Malaysia. Dalam rang undang-undang ini, prinsip dasar awam boleh ditakrifkan dengan lebih luas oleh mahkamah. Jadi, ini merupakan satu penyimpangan dari model law di mana prinsip dasar awam ditafsirkan secara sempit.
Kekaburan dalam prinsip dasar boleh menimbulkan persepsi bahawa persekitaran pelaburan negara adalah tidak selamat dan tidak mesra pasaran. Akibatnya penghakisan prinsip-prinsip ini berisiko menjejaskan kemasukan modal asing dan menurunkan kedudukan negara dalam Indeks Daya Saing Global dari sudut pelindungan pelabur. Oleh itu, mahkamah menggalas tanggungjawab yang berat bagi mentarifkan dan mengehadkan penggunaan prinsip dasar awam.
Mahkamah juga perlu memastikan – satu minit lagi. Thank you.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Teruskan, teruskan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Mahkamah juga perlu memastikan pentafsiran yang konsisten dan seimbang. Latihan dan garis panduan kehakiman serta rujukan kepada praktis antarabangsa boleh membantu dalam perkara ini. Dato’ Yang di- Pertua, perundangan ini adalah progresif dan mencerminkan komitmen berterusan negara untuk mereformasi sistem perundangan selaras dengan keperluan semasa, keadilan sosial, serta perkembangan ekonomi moden.
Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri atas penggemblengan usaha merentas kementerian untuk menzahirkan rang undang-undang ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Puan Rita Sarimah.
Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Musoddak bin Ahmad.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Insolvensi Rentas Sempadan. Kita mengambil maklum mengenai hasrat serta tujuan akta ini diperkenalkan, khususnya dalam konteks menyelaras pertikaian yang berbangkit berkenaan dengan isu insolvensi, perlindungan terhadap penghutang tempatan, khususnya selain memastikan kepercayaan pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi mesra pelaburan.
Kepercayaan ini lahir daripada kerangka perundangan serta polisi awam yang jelas serta teratur dan saya percaya akta ini mampu memberikan nilai tambah kepada Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk beberapa penulisan-penulisan akademik berkaitan dengan isu insolvensi rentas sempadan, khususnya di negara Eropah. Saya boleh simpulkan adalah isu harmonisasi kerangka perundangan tempatan masih menjadi perdebatan disebabkan oleh perbezaan undang-undang substantif di peringkat domestik.
Pagi ini saya ketengahkan di sini kerana kerangka perundangan ini mesti bersifat kesalingan dan kefahaman yang standard di antara dua negara. Tentunya ia akan menjadi cabaran yang seharusnya ditangani oleh Malaysia sendiri setelah akta ini diperkenalkan kelak kerana realitinya setiap perniagaan mempunyai model pembiayaan yang berbeza. Bahkan setiap negara juga mempunyai polisi perlindungan yang tertentu kepada syarikat komersial tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, era globalisasi ini menyaksikan banyak syarikat-syarikat komersial yang beroperasi merentasi sempadan negara sewajarnya pengenalan akta sebegini tepat pada masanya. Negara-negara serantau seperti Filipina, Singapore dan Myanmar telah merintis selangkah yang sama lebih awal daripada Malaysia namun ia masih belum terlambat untuk negara mempertengahkan suatu akta yang penting bagi membina suasana perniagaan dan pelaburan yang kondusif.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan perincian daripada kerajaan berkenaan bentuk perundangan procedural melibatkan insolvensi rentas sempadan sebagai suatu bentuk simulasi kes jika berlaku tuntutan insolvensi. Apakah kementerian mempunyai rujukan kes yang boleh dijadikan panduan khususnya dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan ini?
Perkara yang paling utama juga di sini adalah bentuk latihan dan pendedahan terhadap pengendalian kes-kes melibatkan insolvensi merentasi sempadan negara. Sejauh mana Akademi Kehakiman Negara akan diperkukuh dengan modul-modul serta kes insolvensi sebegini, termasuklah dalam konteks penyelarasan istilah, terma perundangan dan sebagainya.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Bagaimana pula latihan serta pendedahan kepada para peguam serta kumpulan berkepentingan seperti pengarah syarikat tempatan mahupun antarabangsa serta agensi- agensi yang akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan akta ini seperti Jabatan Insolvensi Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya?
Selain itu, apakah kerangka dasar yang bersesuaian dirangka bagi memenuhi penggubalan akta ini termasuklah pelaksanaan SOP yang berkesan bagi memastikan akta ini dapat mencapai objektif yang diharapkan? Mohon penjelasan daripada kementerian. Saya mohon menyokong Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Musoddak.
Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina Wan Yusoff.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025 ini.
Saya ingin menyatakan bahawa dari segi hasrat dan matlamat, RUU ini adalah satu langkah yang sangat baik. Ia membawa Malaysia seiring dengan perkembangan antarabangsa khususnya dengan Model Law on Cross-Border Insolvency yang digubal oleh UNCITRAL. Langkah ini akan meningkatkan keyakinan pelabur asing, memberi kepastian undang-undang kepada syarikat multinasional yang beroperasi di negara kita dan pada masa yang sama memperkukuhkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
RUU ini juga membuka ruang untuk kerjasama antara mahkamah tempatan dan mahkamah asing dalam mengurus kes-kes insolvensi yang melibatkan aset dan pemiutang di banyak negara. Dengan mekanisme ini, pengurusan hutang menjadi lebih tersusun dan kita dapat mengelakkan pertindihan perintah yang merugikan semua pihak.
Dari segi kerangka besar, RUU ini adalah reformasi undang-undang yang membawa Malaysia selangkah lebih moden dan lebih telus dalam bidang insolvensi. Namun demikian Dato’ Yang di-Pertua, di sebalik kebaikan yang saya sebutkan tadi, saya tetap mempunyai beberapa keraguan yang wajar dijawab dengan tuntas oleh pihak kerajaan.
Pertama, dari segi kedaulatan undang-undang Malaysia. Apabila mahkamah ini diberi kuasa untuk mengiktiraf prosiding insolvensi luar negara, persoalan besar timbul iaitu sejauh mana keputusan mahkamah asing boleh mempengaruhi atau membatasi keputusan mahkamah kita sendiri? Apakah jaminan bahawa aset di Malaysia tidak akan diagihkan mengikut keutamaan luar sehingga menjejaskan kepentingan rakyat dan syarikat tempatan?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Kedua, tentang kedudukan pemiutang tempatan berbanding pemiutang asing. Dalam kes syarikat multinasional yang bankrap di luar negara, pemiutang tempatan seperti pekerja, vendor kecil dan pembekal sering kali berada dalam kedudukan yang lebih lemah. RUU ini walaupun membuka jalan kepada penyelarasan masih belum jelas dari segi perlindungan kepentingan pemiutang domestik. Apakah mereka dijamin untuk mendapat keutamaan atau mereka sekadar terpaksa bersaing dengan pemiutang antarabangsa yang jauh lebih besar dan berkuasa?
Ketiga, timbul persoalan mengenai risiko penyalahgunaan. Dalam undang-undang antarabangsa, wujud fenomena yang dipanggil forum shopping iaitu syarikat memilih mahkamah asing yang lebih mesra kepada mereka untuk memulakan prosiding insolvensi dengan tujuan mengelak tanggungjawab di negara lain.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Jika perkara ini berlaku, ia boleh melemahkan undang-undang kita dan memberi ruang kepada syarikat besar untuk melarikan diri daripada tanggungjawab kepada rakyat dan pemiutang tempatan.
Keempat, dari sudut keupayaan praktikal kita harus bertanya sama ada mahkamah kita mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengendalikan kes-kes sebegini. Insolvensi perentas sempadan adalah bidang yang sangat teknikal dan melibatkan undang-undang antarabangsa. Jika hakim-hakim dan pentadbir insolvensi kita tidak cukup terlatih, maka pelaksanaan undang-undang ini mungkin tidak mencapai matlamatnya.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh isu keselarasan dengan undang-undang sedia ada seperti Akta Insolvensi 1967 dan Akta Syarikat 2016. Tanpa penyelarasan yang jelas akan berlaku pertindihan bidang kuasa, kekeliruan, malah konflik pentafsiran yang boleh menggagalkan niat asal RUU ini.
Datuk Yang di-Pertua, kesimpulannya saya menyokong semangat RUU ini kerana ia membuka ruang reformasi undang-undang yang besar sejajar dengan piawaian antarabangsa. Namun, saya menegaskan bahawa persoalan tentang kedaulatan undang- undang, kedudukan pemiutang tempatan, risiko penyalahgunaan, persediaan institusi dan keselarasan dengan undang-undang sedia ada mesti dijawab dengan jelas. Jika tidak, kita bimbang undang-undang ini hanya akan menguntungkan syarikat besar dan pelabur asing, sementara rakyat dan syarikat tempatan terus terdedah kepada risiko. Sekian, terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Dr. Hajah Wan Martina.
Seterusnya, saya persilakan YB Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang pada pagi ini, tengah hari ini, maaf. RUU ini merupakan langkah penting yang membawa sistem perundangan Malaysia ke tahap lebih moden, selaras dengan realiti ekonomi global yang semakin kompleks dan saling bergantung.
Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan domestik semata-mata. Syarikat multinasional, syarikat pemula teknologi, malah perusahaan kecil sekalipun kini terlibat dalam rangkaian perdagangan dan kewangan rentas sempadan. Jika berlaku insolvensi atau kebankrapan, ia tidak lagi bersifat lokal. Aset boleh berada di pelbagai negara, pemiutang pula terdiri daripada pelabur tempatan dan asing, manakala operasi syarikat tersebar di seluruh rantau. Tanpa kerangka undang-undang yang jelas akan timbul kekeliruan, konflik tuntutan, dan akhirnya semua pihak mengalami kerugian.
Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini berasaskan kepada United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL) Model Law on Cross-Border Insolvency yang telah digunakan lebih 50 negara termasuk Singapura, United Kingdom, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.
Manfaat RUU ini adalah jelas. Pertama, ia memberi mesej bahawa Malaysia adalah destinasi mesra pelabur dengan sistem undang-undang moden dan dipercayai. Kedua, memastikan pengagihan aset dilakukan secara lebih adil dan telus selaras dengan prinsip antarabangsa. Ketiga, meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat kewangan serantau khususnya di Kuala Lumpur yang bercita-cita menyaingi Singapura sebagai destinasi pelaburan utama.
Namun, Dato’ Yang di-Pertua, terdapat beberapa persoalan kritikal yang perlu kita teliti supaya undang-undang ini tidak sekadar indah di atas kertas tetapi benar-benar efektif dalam pelaksanaannya.
Satu, kedaulatan undang-undang tempatan mesti ada. Apabila mahkamah Malaysia mengiktiraf prosiding insolvensi asing, sejauh mana hak pemiutang tempatan akan dilindungi?
Kita perlu memastikan pemiutang domestik tidak dipinggirkan berbanding pemiutang asing yang mungkin mempunyai kekuatan kewangan yang lebih besar. Apakah garis panduan yang akan diguna pakai mahkamah bagi memastikan kesinambungan ini?
Kedua, keselamatan maklumat kewangan mesti ada. Dalam prosiding insolvensi, maklumat sensitif seperti aset, rekod transaksi dan data kewangan terperinci akan terdedah.
Bagaimana kerajaan memastikan data strategik ini tidak bocor atau dieksploitasi oleh pihak luar lebih-lebih lagi dalam era serangan siber? Singapura sudah mewujudkan protokol ketat berkaitan perkongsian data. Adakah Malaysia juga akan mengadaptasi pendekatan serupa?
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Ketiga, keberkesanan pelaksanaan mesti ada. Kita tidak mahu akta ini hanya menjadi pematuhan simbolik kepada piawaian antarabangsa. Persoalan penting bagaimana kerajaan akan menilai keberkesanannya selepas dikuatkuasakan. Saya mencadangkan laporan tahunan atau kajian case study berkaitan insolvensi rentas sempadan dibentangkan kepada Parlimen bagi menilai sama ada ia benar-benar meningkatkan keyakinan pelabur dan melindungi kepentingan rakyat.
Keempat, peranan Malaysia dalam ASEAN mesti diperkasakan. Bolehkah Malaysia mempelopori kerjasama serantau dalam isu insolvensi rentas sempadan? Singapura telah mendahului tetapi Malaysia boleh lebih proaktif dengan mengusulkan protokol ASEAN berkaitan insolvensi. Langkah ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju perundangan kewangan serantau, selaras dengan aspirasi kita sebagai hab ekonomi dan kewangan Asia Tenggara.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks Sarawak terdapat dimensi tambahan yang perlu diberi perhatian. Negeri ini mempunyai syarikat strategik seperti PETROS, Sarawak Energy Berhad dan Development Bank of Sarawak yang terlibat dalam pelaburan serta kerjasama antarabangsa. RUU ini mesti memastikan bahawa aset strategik negeri tidak terdedah kepada risiko campur tangan asing apabila berlaku prosiding insolvensi rentas sempadan. Sedikit masa.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Tidak apa, teruskan YB. Silakan, silakan.
Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim
Terima kasih. Selain itu, ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak terlibat dalam perdagangan dengan Brunei, Kalimantan dan Singapura. Sekiranya syarikat luar negara ini berhadapan insolvensi, hak pemiutang kecil di Sarawak juga mesti dilindungi secara adil.
Dalam konteks lebih luas, melalui Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) in short, yang merangkumi Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan dan Mindanao, Malaysia mempunyai peluang untuk memposisikan Kuching dan Kota Kinabalu sebagai hab penyelesaian undang-undang rentas sempadan di rantau Borneo. Ini bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan pelabur, tetapi juga mengangkat peranan Sarawak dan Sabah sebagai pintu masuk Malaysia dalam kerjasama ekonomi serantau.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh rang undang-undang ini dengan harapan ia dikuatkuasakan secara teliti, berhati-hati dan berpaksikan kepentingan negara serta rakyat. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Haji Abdul Nasir.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya sama-sama untuk saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025.
Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya juga merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah membentangkan rang undang-undang ini dan diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Rang undang-undang ini adalah langkah penting bagi menyelaraskan sistem insolvensi negara kita dengan amalan antarabangsa khususnya dalam dunia perniagaan global yang semakin kompleks dan rentas sempadan. Namun, saya ingin meneliti beberapa aspek kritikal yang perlu diberi perhatian sebelum ia nya kita luluskan dan kita kuatkuasakan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang pertama kepastian undang-undang dan keselarasan dengan undang-undang yang sedia ada.
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
RUU ini memberi ruang kepada mahkamah Malaysia untuk mengiktirafkan prosiding insolvensi dari luar negara serta kerjasama rentas sempadan dengan mahkamah asing.
Namun, soalan besar kepada kita ialah Dato’ Yang di-Pertua, sejauh mana ia selaras dengan Akta Insolvensi 1967 dan Akta Syarikat 2016. Jika tidak ditangani dengan jelas ia boleh menimbulkan pertindihan bidang kuasa, kekeliruan dalam pentaksiran, serta membuka ruang kepada forum shopping di mana pihak yang berhutang memilih negara yang lebih mesra dengan kedudukan mereka.
Yang kedua, perlindungan kepentingan nasional. Malaysia menerima pelaburan asing berjumlah lebih daripada RM329 bilion pada tahun 2024, menurut MIDA. Dalam konteks ini, apakah mekanisme hari ini mampu memastikan aset dan kepentingan peminjam serta pemiutang tempatan tidak tergadai apabila kes insolvensi dikendalikan secara rentas sempadan. Namun, kita mesti pastikan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab dengan sekadar memindahkan prosedur insolvensi ke negara asal mereka.
Dato Yang di-Pertua, perkara yang ketiga kapasiti institusi mahkamah. Undang- undang yang canggih tidak berguna jika institusi pelaksana tidak bersedia. Persoalan saya, apakah latihan khusus sumber manusia serta kepakaran antarabangsa telah disediakan kepada hakim, peguam dan pegawai-pegawai insolvensi kita? Malah, data terkini menunjukkan kes muflis di Malaysia pada 2023 mencatatkan 16,246 kes baru. Dengan beban sedia ada, mampukah mahkamah kita mengendalikan pula kes-kes insolvensi kompleks yang melibatkan berbilang negara?
Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris
Dato Yang di-Pertua, perkara yang keempat, ketelusan dan akauntabiliti. Saya juga ingin menekankan soal ketelusan. Apakah bentuk pelaporan tahunan atau laporan audit yang akan dikemukakan supaya Parlimen boleh menilai sejauh mana keberkesanan undang- undang ini. Dalam semangat reformasi institusi, saya mencadangkan supaya laporan pelaksanaan RUU ini diwajibkan dibentangkan di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara setiap tahun supaya peranan semak dan imbang benar-benar berfungsi.
Dato Yang di-Pertua, ini bukan soal teknikal insolvensi tetapi ini menyentuh kedaulatan undang-undang kita, kedudukan ekonomi negara dan perlindungan rakyat. Saya menyokong niat kerajaan membawa Malaysia ke hadapan dalam tadbir urus korporat antarabangsa.
Namun, saya mendesak agar perlaksanaan rang undang-undang ini disertai dengan pelan perlindungan kepentingan tempatan, latihan institusi serta mekanisme semak dan imbang yang jelas. Dengan itu baru lah RUU ini, RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 benar-benar menjadi alat memperkukuhkan keyakinan pelabur tanpa mengorbankan kepentingan rakyat Malaysia. Pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Haji Nasir.
Seterusnya, saya jemput pembahas yang terakhir untuk rang undang-undang ini. Seperti biasa, YB Senator Hussin. Dipersilakan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah*.
[Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Setia Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil sedikit penglibatan di dalam membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025. Saya fikir isu ini sangat penting khususnya dalam menentukan Malaysia berada di persada dunia yang mengiktiraf usaha pelaburan asing dan juga daripada Malaysia keluar dan Malaysia ke dalam.
Dato’ Yang di-Pertua, isu pemindahan aset strategik keluar negara tanpa perlindungan rakyat. RUU ini membolehkan positifnya membolehkan mahkamah Malaysia mengiktiraf prosiding insolvensi asing dan membenarkan pemindahan aset syarikat ke luar negara.
Yang keduanya, tanpa mekanisme kawalan yang tegas, aset-aset bernilai strategik yang dimiliki oleh syarikat berpotensi yang beroperasi di Malaysia boleh dipindah ke luar negara sekali gus menjejaskan kepentingan nasional. Mungkin itu satu yang perlu dielak, kalau tidak nanti satu benda yang kita sering tengok tuan-tuan, kadang bankrap di sini kaya di luar. Bankrap di luar, kaya di sini. Sebab, mungkin di sini bankrap, diburu di sini, tapi bilion di luar.
Itu, membabitkan satu perkara yang mungkin dalam RUU ini, termasuk isu ini mampu kita selesaikan. Ini juga membawa risiko tinggi. Tadi tentang yang sambung yang saya
Tuan Haji Hussin bin Ismail
sebutkan tadi, membawa risiko yang tinggi kepada permintaan tempatan, khususnya pembekal, pembekal kecil, kontraktor mikro dan usahawan tempatan yang sering tidak mempunyai cagaran, unsecure creditors. Mereka mungkin tidak menerima pampasan yang adil berbanding pemiutang luar yang lebih bersedia dari segi undang-undang, keupayaan mereka membiayai undang-undang dan lain-lain, kos undang-undang.
Tanpa rundingan atau pampasan yang wajar, pekerja syarikat terlibat boleh kehilangan pekerjaan secara serta-merta sekiranya aset dan operasi dipindahkan ke luar negara. Dengan RUU ini, diharapkan akan nanti menjadi asas kuat untuk melindungi kedua-dua pelabur mahupun rakyat tempatan. Tanpa rundingan atau pampasan yang wajar, pekerja syarikat terlibat boleh kehilangan kerja secara serta-merta.
Jika tidak diperketatkan, mahkamah Malaysia pula mungkin kehilangan kawalan ke atas aset dan pentadbiran kes yang melibatkan pelbagai bidang kuasa antarabangsa. Oleh itu, mungkin kerajaan boleh melihat kepada prinsip ring fencing dalam RUU ini iaitu meletakkan perlindungan khas kepada aset dan kepentingan di dalam negara.
Selain itu, kuasa mahkamah dan Menteri dalam kes ini, saya fikir perlu diperkukuhkan melalui beberapa perkara. Misalnya, regulasi tambahan berkaitan prosedur insolvensi asing.
Yang keduanya, penetapan nilai ambang pampasan minimum kepada pemiutang tempatan, garis panduan yang lebih ketat dan telus sebelum membenarkan pembinaan atau pemilihan aset ke luar negara.
Isu yang ketiga, yang seterusnya saya nak sebutkan sedikit di sini ialah ketiadaan takrifan jelas terhadap dasar awam dan risiko ketidakpastian perundangan. Dalam fasal 7, RUU ini, mahkamah diberikan kuasa untuk menolak prosiding insolvensi asing jika ia bercanggah dengan Dasar Awam Malaysia. Tuan-tuan, isunya adakah perkataan dasar awam tidak adalah tidak dijelaskan secara khusus dalam RUU ini, iaitu tidak ada senarai, takrif atau garis panduan.
Perkara ini membawa masalah yang besar mungkinnya yang pertamanya, setiap hakim mungkin ada tafsiran berbeza-beza tentang apa itu dasar awam. Yang kedua, dalam kes yang serupa, keputusan boleh berbeza bergantung kepada siapa yang mendengar kes ini. Kemudian dengan itu, mungkin undang-undang akan menjadi tidak begitu pasti.
Bila perundangan tidak jelas, rakyat biasa, pelabur, peguam dan syarikat tak tahu apa yang boleh dijangka. Ia juga boleh disalahgunakan. Contohnya, satu kes ditolak kerana dianggap melanggar dasar awam, tapi kes yang lain pula mungkin diterima. Pelabur asing mungkin akan hilang keyakinan. Pelabur suka negara yang ada peraturan yang jelas dan boleh dijangka. Kalau mereka merasa Malaysia boleh tolak kes sesuka hati atas dasar, atas kes ataupun atas alasan dasar awam yang disebutkan di sini, mereka mungkin pilih negara lain ataupun tidak melabur di sini.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Poin akhir yang saya nak sebutkan ialah rakyat Malaysia mungkin juga boleh menjadi mangsa. Dalam kes tertentu rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes rentas sempadan sebagai pemiutang atau pekerja boleh kalah kes hanya kerana dasar awam yang ditafsir secara sempit atau tidak memihak kepada mereka.
Saya ingin menyebutkan satu lagi isu Yang Berhormat Menteri iaitu isu kalau bolehlah iaitu isu agama. Dalam kes insolvensi ini dalam kes kebankrapan ini apabila keputusan itu dah dibuat, tentunya pengarah, pemilik-pemilik syarikat akan confirm-lah blacklist tetapi ada satu ruang yang kalau boleh diambil kira itu ruang untuk menyempurnakan rukun Islam ibadat haji. Bila dia bankrap, memang antara ruang juga tak boleh keluar.
Ini kes tambahanlah dan tak boleh menunaikan haji. Tunai haji ini sekali sahaja setahun dan sekali sahaja satu giliran tak boleh dapat lagi lepas itu. Ada yang giliran sekarang daftar sampai 50 tahun akan datang. Boleh atau tidak untuk beri ruang kepada bakal-bakal jemaah ini dalam pelaksanaan RUU ini untuk dipertimbangkan bagi kes-kes yang terlalu khusus seperti ini? Saya dengan ini memohon RUU ini. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin atas kupasan tadi dan maka tamatlah perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. Dipersilakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Gunung tinggi sama didaki, Lurah dalam sama dituruni; Kerjasama rentas sempadan diberkati, Memacu keyakinan pelabur di negara ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Hebat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato' Yang di-Pertua, saya nak jawab satu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Hussin, we are lawyers you know. Kalau dia menjadi — sebab ini di luar bidang kuasa saya sebenarnya tetapi bila dia menjadi seorang bankrap, ini bukan bermakna dia tidak boleh mendapat pasport secara langsung.
Dia ada banyak kriteria. Antaranya boleh memohon kepada department tersebut dan selalunya mereka membenarkan kalau menunaikan haji dan sebagainya, dia membenarkan.
Tidak ada yang tidak dibenarkan tetapi kita perlu faham lagi satu, kebanyakan orang yang
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
muflis Dato' Yang di-Pertua, mereka tidak memberi apa-apa yang mereka buat dari menjadi muflis sehingga mereka memohon.
There is emptiness kerana kalau katakan 10 tahun dia muflis, apa dia buat? Apa dia punya pendapatan? Mana dia kerja? Dia perlu memberi sekurang-kurangnya akaun dan sebagainya. Semestinya pada pengetahuan saya Yang Berhormat, kita pun ada pelanggan- pelanggan Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua. Ramai di antara mereka semua dibenarkan. There is no such thing yang tidak dibenarkan, kita perlu faham itu asasnya. Ini bila dia ada beberapa ciri-ciri melibatkan dia terlibat dalam menjadi muflis dan sebagainya, ada juga banyak lagi pertolongan kerajaan untuk mengatasi masalah mereka.
Jadi, ini adalah satu di antaranya dan mungkin Yang Berhormat Senator boleh memberikan tahu kepada pihak-pihak berkenaan dan jika ada masalah-masalah tertentu boleh hubungi saya atau department tersebut untuk mendapat pertolongan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB atas penjelasan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato' Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada lapan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Insolvensi Rentas Sempadan 2025.
Nombor satu Senator Tuan Pele Peter Tinggom; Yang Berhormat nombor dua, Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol; nombor tiga, Tuan Musoddak bin Ahmad; nombor empat, Yang Berhormat Senator Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff; kelima, Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim; nombor enam, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris; nombor tujuh, Yang Berhormat Datuk Rosni binti Sohar dan...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Rosni tadi menarik diri daripada bertanya. Dia tidak ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oh.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ada tujuh sahaja.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang ketujuh Yang Berhormat. Saya faham saya gugurkan dia dari di sini.
[Ketawa] Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail, akhir sekali. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Nombor satu, Yang Berhormat Tuan Pele Peter Tinggom menanyakan rasional mengecualikan entiti yang dibuat di bawah fasal 3 RUU dan adakah pengecualian ini dilaksanakan oleh negara lain sebagai piawaian global. Adakah garis panduan terhadap layanan adil dalam pembahagian aset di kalangan penghitung tempatan dan asing?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Selaras dengan objektif rang undang-undang ini, kita dapat melihat bahawa secara keseluruhannya objektif penggubalan rang undang-undang ini adalah bagi maksud kemajuan ekonomi dan perdagangan. Oleh itu, pemakaian rang undang-undang ini adalah pada prosiding insolvensi yang melibatkan syarikat korporat sahaja. Kerajaan sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan berkenaan penambahbaikan rang undang-undang ini.
Bagi masa ini, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan perluasan pemakaian Rang Undang-undang Cross-Border Insolvency kepada insolvensi persendirian dalam fasal seterusnya memandangkan ia memerlukan kajian lanjut dan pertimbangan yang berlainan.
Rang Undang-undang Cross-Border Insolvency Malaysia dirangka berasaskan UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) yang pada asasnya lebih sesuai digunakan bagi syarikat atau badan korporat. Insolvensi individu sudah tertakluk di bawah Akta Insolvensi 1967, manakala isu rentas sempadan lebih banyak melibatkan syarikat multinasional dan pelabur asing.
Mengelak perlindungan undang-undang. Jika individu dimasukkan dalam rang undang-undang ini, akan berlaku pertindihan dengan kerangka domestik sedia ada Akta Insolvensi 1967 dari perspektif dasar lebih baik undang-undang cross-border insolvency hanya mengawal selia korporat bagi memastikan kepastian bidang kuasa dan kepastian undang-undang keperluan praktikal dan kebiasaan antarabangsa.
Dalam amalan-amalan antarabangsa, kebanyakan negara yang mengguna pakai MLCBI juga mengehadkan skopnya kepada entiti korporat. Ini kerana kes rentas sempadan lebih dominan dalam konteks syarikat seperti kes pembubaran korporat global, kumpulan syarikat multinasional, dana pelaburan antarabangsa bukannya kes insolvensi individu.
Insolvensi individu biasanya berkait rapat dengan kebajikan sosial, hutang peribadi dan tanggungan keluarga. Oleh itu Kerajaan Malaysia memilih untuk mengekalkan pengurusan individu di bawah sistem kebankrapan domestik agar lebih sesuai dengan Dasar Sosial Negara.
Yang Berhormat Senator Rita Sarimah anak Patrick Insol menanya apakah mekanisme penetapan nilai ambang yang diguna pakai oleh kerajaan dan merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada seperti seksyen 7 dalam akta yang membenarkan pengecualian dan faktor dasar awam (public policy) sering kali wujud kekaburan dalam definisi dan skop dasar awam itu sendiri. Kerajaan mengambil maklum sepenuhnya akan kepentingan penetapan satu nilai ambang yang adil, munasabah dan seimbang. Dalam hal ini, kerajaan sedang menjalankan kajian bagi menetapkan nilai ambang di bawah seksyen 21(3) dan antara perkara yang diberikan pertimbangan adalah seperti yang berikut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pertama, kajian terhadap skala nilai penjamin dan tanggungan yang lazimnya ditanggung oleh PMKS di Malaysia bagi mendapatkan gambaran sebenar nilai anggaran hutang kecil dan konteks perniagaan semasa.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kedua, perbandingan nilai ambang sedia ada bagi penggulungan syarikat iaitu RM50,000.
Ketiga, analisis terhadap nilai anggaran hutang kecil berdasarkan penyata hal ehwal penggulungan syarikat yang disemak oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Keempat, penetapan nilai ambang yang ideal bagi mengembangkan kepentingan pemulihan perniagaan usahawan kecil dan kepentingan creditors. Nilai ambang yang ideal akan mengelakkan syarikat kecil untuk membuat pusingan modal dan memastikan PMKS mempunyai aliran tunai yang dapat meringankan tanggungan bagi memastikan operasi berterusan di samping memelihara kepentingan creditors.
Kelima, pertimbangan turut diberikan kepada anggaran kos prosiding litigasi insolvensi rentas sempadan yang terlibat. Kita tidak mahu mewujudkan satu keadaan di mana kos litigasi yang terlibat dalam tidak setimpal atau telah tinggi daripada nilai tuntutan hutang itu sendiri.
Pada masa ini, kajian masih dijalankan bagi mendapatkan satu jumlah nilaian yang wajar dengan meneliti semua input dan pandangan bagi memastikan nilai akhir yang ditetapkan kelak benar-benar seimbang, memelihara hasrat dan keharmonian peruntukan rang undang- undang ini serta melindungi kepentingan creditors dan pada masa yang sama, membela nasib PMKS di negara ini.
Nombor satu, dalam konteks rang undang-undang ini, dasar awam difahami sebagai kepentingan asas negara yang merangkumi aspek perundangan ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Pengecualian ini penting kerana ia berfungsi sebagai injap keselamatan (safety valve) bagi membolehkan mahkamah Malaysia menolak pengiktirafan atau bantuan terhadap prosiding insolvensi asing sekiranya ia jelas bercanggah dengan kepentingan nasional. Pengecualian dasar awam merujuk kepada kuasa mahkamah untuk menolak sebarang tindakan perintah atau remedy yang dipohon di bawah akta ini. Sekiranya tindakan tersebut bercanggah dengan kepentingan dasar awam.
Dato Yang di-Pertua, berkenaan cadangan untuk mentakrifkan secara khusus maksud kepentingan awam dalam rang undang-undang ini, sukacita saya nyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memasukkan definisi terhadap istilah tersebut. Pendekatan yang diambil adalah untuk mengekalkan ruang tafsiran yang terbuka kepada mahkamah agar penentuan berkenaan apa yang boleh dianggap sebagai kepentingan awam dapat dibuat berdasarkan fakta dan konteks setiap kes secara tersendiri, dengan izin, case-to-case basis.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ini bukan sahaja memberikan fleksibiliti yang wajar kepada mahkamah, malah mengelakkan pembekuan prinsip undang-undang yang bersifat dinamik dan berkembang mengikut zaman serta keperluan masyarakat. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan amalan di Singapura yang turut tidak mentakwilkan secara terperinci public policy dalam perundangan mereka berkaitan insolvensi rentas sempadan di bawah Model Law dan penyerahan kepada kebijaksanaan kehakiman untuk mentafsirnya.
Sekiranya kerajaan memperkenalkan tafsiran yang terlalu rigid, ia dikhuatiri akan mengehadkan ruang budi bicara mahkamah dalam menilai isu-isu kompleks yang melibatkan pelaburan asing, keselamatan ekonomi, kepentingan domestik dan pelbagai aspek dasar awam dan bersifat anjal. Justeru itu, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan MADANI adalah lebih pragmatik dan progresif kerana ia memberi ruang kepada institusi kehakiman untuk membentuk prinsip undang-undang berkaitan kepentingan awam melalui pembangunan kes- kes dan alasan penghakiman yang matang, telus dan sesuai dengan kerangka Perlembagaan negara.
Yang Berhormat Tuan Musoddak bin Ahmad yang menyatakan bentuk dan pengendalian terhadap kes insolvensi rentas sempadan. Sejauh mana Akademi Kehakiman Negara akan memperkukuh dengan model dan kes insolvensi dan latihan pendedahan kepada peguam dan pihak-pihak yang ada terlibat. Beberapa langkah menyeluruh sedang dan akan diambil seperti berikut.
Pertama, pindaan kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 akan dilaksanakan bagi memperincikan tatacara pelaksanaan prosiding termasuk menetapkan kaedah komunikasi rasmi antara Mahkamah Tinggi Malaysia dan mahkamah asing selaras dengan prinsip Model UNCITRAL. Pada masa yang sama, kerajaan turut komited untuk menyokong usaha Akademi Kehakiman yang beroperasi secara pentadbiran di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang sentiasa bersedia untuk melengkapkan para hakim dengan latihan yang berterusan dan relevan termasuk mengenai insolvensi rentas sempadan.
Kedua, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dengan kerjasama Akademi Kehakiman Negara (AKN) akan melaksanakan latihan khas kepada para hakim Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain yang mengendalikan kes-kes sivil dan perdagangan khususnya berhubung kefahaman prinsip-prinsip dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency
(MLCBI) dengan pengurusan prosiding rentas sempadan. Ketiga, latihan secara berstruktur dan berfasa akan diberikan kepada semua pihak berkepentingan termasuklah para peguam, pelikudasi berlesen, pengarah syarikat, agensi pengawal selia dan badan profesional yang berkaitan agar mereka memahami proses dan peranan masing-masing dengan jelas dan — dengan tuntas.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Keempat, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), sebagai pihak berkuasa pentadbiran bagi insolvensi akan memberi penekanan khusus kepada pembentukan satu unit khas untuk mengendalikan kes-kes rentas sempadan dan melatih pegawai-pegawai secara langsung agar bersedia dari sudut amalan dan teknikal.
Kelima, kerajaan juga menyelaraskan secara berkala dengan pihak Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memastikan senarai pengecualian dan sekatan dalam jadual rang undang-undang sentiasa dikemas kini mengikut keadaan semasa dan kepentingan negara.
Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff menanyakan persoalan kedaulatan undang-undang negara dan sejauh mana mahkamah asing boleh membatasi keputusan mahkamah kita sendiri. Sukacita saya tegaskan bahawa kefahaman tersebut adalah tidak tepat. Rang undang-undang ini tidak menghakis kedaulatan undang- undang negara, sebaliknya merupakan undang-undang bersifat prosedur yang selaras dengan izin, UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency (MLCBI) dan dibina berasaskan empat prinsip utama iaitu akses bantuan, pengiktirafan dan penyelarasan dan kerjasama.
Prinsip akses membolehkan pentadbir asing memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaysia namun segala keputusan kekal di bawah kawalan mahkamah tempatan. Prinsip bantuan (relief) pula membolehkan mahkamah memberikan bantuan sementara dan lanjutan berdasarkan budi bicara, kehakiman dan pertimbangan dan kepentingan tempatan.
Prinsip pengiktirafan (track recognition) menetapkan bahawa prosiding asing tidak diiktiraf secara automatik sebaliknya tertakluk kepada syarat undang-undang dan perintah mahkamah.
Akhir sekali, prinsip penyelarasan dan kerjasama (coordination and cooperation) hanya terpakai dalam konteks komunikasi rasmi antara mahkamah dan pentadbir yang tetap dikawal dan diadili menurut kerangka perundangan Malaysia. Di bawah rang undang-undang ini, Mahkamah Tinggi Malaysia diberikan kuasa penuh untuk menerima atau menolak pengiktirafan prosiding asing atas alasan kepentingan awam, fasal 7.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Perlindungan terhadap kreditor dan pihak berkepentingan tempatan, fasal 22, serta mengenakan sekatan terhadap pengiktirafan sekiranya perlu, fasal 5(2) dan Bahagian II.
Selain itu, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk mengubah suai mana-mana perintah sedia ada berdasarkan perkembangan fakta atau perubahan kepada, termasuk dalam pengendalian urusan prosiding serentak, fasal 29 dan 30. Malah, pelaksanaan kes rentas sempadan hendaklah sentiasa dibaca dan ditaksirn selaras dengan undang-undang tempatan yang sedia ada dan berkaitan insolvensi korporat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekiranya wujud prosiding utama asing yang sedang berjalan di luar negara, ia tidak sekali-kali menghalang penghitung tempatan daripada memulakan prosedur berasingan di Mahkamah Tinggi Malaysia. Malah, sekiranya prosiding tempatan telah dimulakan lebih awal, boleh diteruskan sebagai prosiding serentak selaras dengan Bahagian V rang undang-undang ini.
Justeru, kewujudan prosiding utama asing bukanlah satu bentuk penyerahan kuasa oleh Mahkamah Tinggi Malaysia kepada mahkamah luar, tetapi merupakan langkah memperkukuh keperluan komunikasi kerjasama dan penyelarasan prosiding antara negara berterusan, adil dan terjamin di bawah bidang kuasa kita sendiri. Maka, tidak timbul soalan kompromi terhadap kedaulatan negara. Bahkan rang undang-undang ini memperkukuh peranan mahkamah Malaysia dalam mendepani cabaran insolvensi rentas sempadan secara berterusan, tersusun, berhemah dan diyakini antarabangsa.
Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Haji Wan Yusoff dan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim menanyakan berkaitan kedudukan kreditor tempatan dan sejauh mana kah, sebanyak mana hak kreditor tempatan dilindungi?
Dato’ Yang di-Pertua, walaupun kreditor asing mempunyai hak yang sama untuk memulakan atau menyertai prosiding insolvensi di Malaysia, perlindungan ke atas kreditor tempatan tetap dikekalkan. Pertama, susunan tuntutan termasuklah hutang keutamaan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 527 Akta Syarikat 2016, adalah tidak terjejas.
Workers salary and those kinds of things, Dato’ Yang di-Pertua.
Kedua, susunan tuntutan kreditor asing adalah tidak lebih rendah daripada kreditor tidak tercagar am. Ketiga, kreditor asing tidak dibenarkan membuat tuntutan ke atas cukai, tuntutan keselamatan sosial, atau tuntutan bagi persaraan pekerja, atau kumpulan wang pekerja, atau di bawah mana-mana skim persaraan oleh daripada prosiding itu. Pendekatan ini memastikan bahawa hak dan keutamaan kreditor tempatan terus dilindungi dalam prosiding rentas sempadan.
Perlindungan kepada kreditor tempatan juga diperuntukkan rang undang-undang — ini seperti berikut. Pengecualian entiti strategik rang undang-undang ini tidak terpakai kepada entiti korporat tertentu yang mempunyai kepentingan strategik kepada negara, seperti institusi kewangan dan infrastruktur persaraan modal. Ini memastikan kestabilan sektor kewangan dan ekonomi tidak terjejas oleh prosiding insolvensi luar negara.
Selaras dengan undang-undang Malaysia, mahkamah hanya akan mengiktiraf prosiding asing jika ia tidak bertentangan dengan undang-undang tempatan. Ini menjaga kedaulatan sistem perundangan negara dan mengelak konflik perundangan. Tidak bertentangan dengan polisi awam, public policy. Sebarang permohonan oleh wakil asing akan ditolak jika ia mencanggah dengan kepentingan awam Malaysia. Prinsip ini berfungsi sebagai
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
perlindungan tambahan terhadap tindakan yang boleh menggugat ketenteraman ekonomi atau sosial.
Kelulusan mahkamah diperlukan sebelum aset diserah. Sebelum apa-apa aset diserahkan kepada wakil asing, mahkamah perlu memberi kebenaran. Wakil asing perlu memberi jaminan bahawa tuntutan kreditor tempatan sekurang-kurangnya pada nilai ambang yang ditetapkan telah atau akan diselesaikan. Ini menjamin keutamaan kreditor tempatan.
Akhir sekali, kepentingan kreditor atau pihak berkepentingan terpelihara. Mahkamah akan mempertimbangkan secara menyeluruh kepentingan semua pihak, termasuk kreditor tempatan dan pihak berkepentingan lain sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan prosiding rentas sempadan. Ini memberi keyakinan bahawa tiada pihak domestik akan terabai.
Dato’ Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Dato’ Yang di-Pertua. Sedikit mencelah, kalau boleh ya?
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Penjelasan yang begitu luas, khususnya yang melibatkan kreditor tempatan. Dan Yang Berhormat Menteri, ada juga menyatakan berhubung dengan tidak menghakiskan undang-undang negara dan atas budi bicara kehakiman.
Sekadar kepastian, sekiranya ada di antara rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis di luar negara? Maksudnya, kedudukan individu tersebut tidak menjejaskan kedudukan dia di dalam negara sendiri, Malaysia. Sekiranya dia bergaji, tidak terganggu dan perniagaannya tidak terganggu dan tidak mengakibatkan penyitaan harta benda individu berkenaan. Sedikit pencerahan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Senator, terima kasih pada soalan yang dibangkitkan.
Yang Berhormat, saya telah terangkan semasa saya bermula sesi ini hari ini bahawa ia tidak ada kena mengena dengan individu. The individuals are not involved at all. It’s only companies. Itu yang kita perlu faham, nombor satu. Maka, berkenaan dengan muflis dan sebagainya, the normal process. It doesn’t take place yet, dalam rang undang-undang tidak ada kena mengena. Atas faktor kekangan masa dan bagi menjimatkan masa Dewan yang mulia, saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator bagi soalan mereka yang tidak sempat dijawab secara hari ini. Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dipersilakan YB Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini adalah untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 yakni Akta 447 yang mana latar belakang bagi pindaan tersebut adalah untuk mewujudkan pengawalseliaan aktiviti penjualan tenaga elektrik merentas sempadan agar dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi perundangan negara yang berkuat kuasa.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Akta Bekalan Elektrik 1990 yakni Akta 447 merupakan suatu akta yang digubal untuk memperuntukkan perundangan
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
pengawalseliaan industri bekalan elektrik. Pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pemasangan loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Mengambil kira beberapa perkembangan terkini dalam industri bekalan elektrik negara, pindaan akta ini akan memperkukuhkan kerangka perundangan sedia ada.
Antaranya, pelaksanaan inisiatif pembekalan atau penyaluran elektrik merentas sempadan khususnya dengan negara jiran seperti Thailand dan Singapura bertujuan bagi memastikan kestabilan, meluaskan pilihan kaedah pembekalan di samping memastikan keselamatan sistem grid nasional serta jaminan pembekalan tenaga elektrik di ketiga-tiga buah negara ini sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik.
Pindaan Akta 447 adalah untuk menyediakan peruntukan yang jelas berhubung kuasa pengawalseliaan terhadap perkara-perkara berkaitan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik ke luar negara dan daripada luar Malaysia termasuklah berkaitan pelesenan dan pengawalseliaan kepada aspek teknikal dan komersial melalui penetapan syarat-syarat sebelum sesuatu tenaga elektrik tersebut boleh dieksport dan diimport dan mengawal selia pelaksanaan perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan dan pengurusan atribut hijau bagi membolehkan tadbir urus atribut hijau bekalan elektrik negara dilaksanakan secara berpusat.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, pindaan yang saya cadangkan melalui Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini melibatkan 16 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan-peruntukan tentang permulaan kuasa ataupun permulaan kuat kuasa akta.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 447 untuk meluaskan ruang lingkup akta ini untuk mengawal selia pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.
Dengan peluasan ruang lingkup Akta 447, aktiviti pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik perlulah dilesenkan di bawah akta itu.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 447 untuk memasukkan takrif baharu ke dalam Akta 447. Takrif baharu tersebut ialah atribut hijau, pengeksportan elektrik, pengimportan elektrik, lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pengendali pasaran dan tenaga dapat dibaharui.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 4(ld) dan (le) berikutan peluasan ruang lingkup Akta 447. Perenggan baharu ini memperuntukkan bahawa
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
suruhanjaya dipertanggungkan dengan fungsi pengawalseliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9E Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa selain pemegang lesen sedia ada dan pembeli tunggal, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik dan pengendali pasaran boleh membuat apa-apa perkiraan bagi perolehan atau pengadaan elektrik atau apa-apa urusan melalui rangkaian penghantaran elektrik.
Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 22C ke dalam Akta 447.
Seksyen baharu 22C yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bagi pemberian kuasa, kelakuan, fungsi, kewajipan dan tanggungjawab pengendali pasaran.
Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu IVA ke dalam Akta 447 yang mengandungi seksyen baharu 22D. Seksyen baharu 22D yang dicadangkan bertujuan untuk menghalang pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik tanpa lesen.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 26, Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa pengendali pasaran boleh mengenakan fi dan caj berkaitan dengan peranan dan fungsinya.
Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu IVA — atau VIA ke dalam Akta 447 yang mengandungi seksyen baharu 32A. Seksyen baharu 32A yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menentukan perkara berhubung dengan atribut hijau bagi tenaga dapat dibaharui.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 37, Akta 447 dengan memasukkan sub- seksyen baharu (15A) dan (15B). Subseksyen baharu (15A) dan (15B) yang dicadangkan bertujuan untuk memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi apa-apa pelanggaran seksyen baharu 22D, Akta 447.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 44B, Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa selain pemegang lesen sedia ada, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pengendali pasaran dan pembeli tunggal hendaklah menguntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 44C Akta 447 untuk memperuntukkan bahawa komposisi Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah juga termasuk jumlah yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, pengendali pasaran dan pembeli tunggal.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 50C Akta 447 untuk memberi Suruhanjaya kuasa untuk mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik serta atribut hijau bagi tenaga dapat dibaharui.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 50E Akta 447 untuk memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi apa-apa pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 50C.
Dan fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 53 Akta 447 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan fungsi, kewajipan dan tanggungjawab pengendali pasaran.
Dan fasal 16 memperkatakan tentang peruntukan peralihan.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kesimpulannya, saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini bagi membolehkan pengawalseliaan aktiviti penjualan tenaga elektrik dapat dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi perundangan negara yang berkuat kuasa. Selain itu, aktiviti penjualan tenaga elektrik rentas sempadan berupaya membawa potensi pelaburan yang besar untuk negara. Justeru, kementerian wajar memastikan kerangka perundangan berkaitan industri ini kekal dinamik dalam memenuhi keperluan dan permintaan dari pemain- pemain industri dan, dalam masa yang sama, kepentingan negara kekal terpelihara dan terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB Timbalan Menteri. Ahli-ahli yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai tujuh orang ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah selama lima minit seorang. Dengan itu, saya mempersilakan YB Senator Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang sebagai pembahas yang pertama. Silakan.
Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahas Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.
RUU ini bertujuan untuk memperluaskan skop Akta Bekalan Elektrik 1990 untuk mengawal selia aktiviti import dan eksport elektrik yang bertujuan mengawal selia aktiviti
Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang
import serta eksport elektrik termasuk tenaga hijau. Pindaan ini juga bertujuan untuk mengawal selia green attributes dalam bekalan elektrik. Ini menunjukkan tumpuan kepada tenaga lestari dan juga tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy, dengan izin.
Pindaan ini membolehkan Malaysia mengeksport elektrik kepada negara jiran.
Walau bagaimanapun, kebimbangan itu tetap ada iaitu mengenai bagaimana keuntungan daripada pasaran luar akan digunakan untuk meringankan beban pengguna domestik dan jaminan bahawa eksport tidak akan menjejaskan bekalan dan kestabilan harga di dalam negara.
Saya juga melihat pindaan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 memberi tanggungjawab untuk mengawal selia fungsi-fungsi berkaitan import dan eksport elektrik. Ini penting untuk memastikan kerangka perundangan industri tenaga kekal dinamik dan memenuhi keperluan pemain industri serta melindungi kepentingan negara.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin tahu mengenai kesan dan implikasi eksport elektrik ini. Adakah ini membolehkan Malaysia mengeksport elektrik kepada negara jiran dengan kadar yang banyak? Saya juga ingin tahu kadar yang ditentukan. Adakah ia akan berubah mengikut hukum penawaran dan permintaan? Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai bagaimana keuntungan daripada pasaran luar akan diguna untuk meringankan beban pengguna domestik dan jaminan bahawa eksport tidak akan menjejas bekalan dan kestabilan harga bekalan elektrik di dalam negara.
Saya juga ingin menyentuh mengenai pindaan terhadap Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] yang memasukkan seksyen baharu 22D yang melarang pengimportan atau pengeksportan elektrik tanpa lesen. Saya difahamkan pesalah boleh dikenakan dengan denda sehingga RM30 juta, penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Soalan saya. Adakah terdapat kes sebelum ini yang menyebabkan kementerian untuk membawa RUU ini di Parlimen? Nyatakan jumlah dan kerugian yang dialami oleh kerajaan sebelum ini dan saya juga ingin tahu bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga membawa kerugian yang begitu tinggi.
Juga, dinyatakan di bawah seksyen 22D, mana-mana pengimport atau pengeksport elektrik berlesen yang tanpa alasan munasabah melanggar mana-mana syarat lesen di bawah turut melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta. Mohon kementerian untuk nyatakan bentuk kesalahan apa yang dilakukan bagi mereka yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Seterusnya, apakah jaminan bahawa eksport elektrik ini tidak akan menjejas bekalan domestik dan tidak akan menyebabkan kenaikan harga di dalam negara? Walaupun pindaan ini akan memperkenalkan konsep green attribute, tiada butiran jelas mengenai bagaimana
Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang
atribut ini akan diurus dan dikawal selia. Ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemain industri sekiranya mereka ingin melabur dalam tenaga boleh diperbaharui ini.
Seterusnya, adakah kerajaan akan mewujudkan mekanisme perlindungan pengguna?
Kita harus ada peraturan untuk memastikan keuntungan daripada eksport elektrik disalurkan semula kepada rakyat melalui insentif subsidi atau kadar tarif yang lebih rendah. Ini boleh mengurangkan beban kewangan pengguna domestik dan mengimbangi risiko eksport.
Dan, yang akhir sekali, adakah kerajaan akan mewujudkan garis panduan yang lebih jelas mengenai pengurusan atribut hijau termasuk skema pensijilan dan mekanisme penetapan harga? Garis panduan ini akan memberi kepastian kepada pelabur dan pemain industri dan menggalakkan pelaburan dalam projek tenaga boleh diperbaharui.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini, saya menyokong Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB Senator Dato' Hajah Ros Suryati. Tepat lima minit. Terima kasih. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof. Silakan.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya terus masuk.
Bahawa rang udang-undang ini dilihat memang tak tebal, Tuan Speaker, tetapi saya menganggapnya sebagai game changer-lah. Saya tidak kira dasar ataupun rang udang- undang ini dibuat out of vacuum, dah dilompang. Ia adalah daripada tiga dasar penting negara yang melibatkan soal tenaga. Kalau boleh saya menggamit perhatian Dewan, bahawa Dasar Tenaga Negara adalah merupakan asas penting untuk kita melahirkan rang undang-undang ini kerana ada tiga aspek, atau disebut sebagai tiga ‘A’, dan saya ingat dalam beberapa sesi yang lalu saya ada menyentuh, iaitu accessibility, affordability and acceptability. Itu tiga ‘A’ yang sangat penting kerana ― saya minta pencerahan daripada Menteri. Kita telah menyasarkan lebih kurang 31 peratus menjelang 2025, kapasiti penggunaan RE ini. Masuk kemudian 2035, 40 peratus. Dan menjelang 2050, kita telah pun menggunakan kapasiti tenaga kita di mana 70 peratus adalah daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Boleh bagi kita apa perkembangan dia? Supaya akta yang kita bincangkan ini boleh - orang kata, mampu untuk menangani isu-isu yang apabila menjelang 2035, perkara ini akan menjadi mungkin lebih banyak cabaran.
Seterusnya ialah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga ataupun National Energy Transformation Roadmap juga menyebut tentang decarbonization of grid iaitu penyahan
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
karbon dari grid. Ini juga merupakan satu cabaran kepada akta ini kerana dia akan menyelia semua dan melihat dasar-dasar ini. Begitu juga dengan renewable energy yang berskala besar. Sejauh mana kemampuan akta ini yang akan oversee regulatory aspect dalam perkembangan yang saya sebut tadi sebagai game changer. Termasuklah dalam RMK13, di mana Perdana Menteri menyebut tentang apa yang dikatakan dua perkara besar, yang akan melonjak negara ini iaitu satu ialah green technology. Satu lagi ialah digitalization. Dan teras atau pelancar kepada kejayaan idea ini terpulang atau tergantung kepada renewable energy punya — kita kata, perkembangan. Jadi, sebab itu saya ingin minta penjelasan daripada Menteri. Dari segi pelaksanaan, kita ada My Renewable Energy Roadmap. Ada beberapa perkara yang saya ambil masa sedikit untuk pihak kementerian menjelaskan dalam Dewan ini iaitu pertama, tentang isu Malaysian Renewable Energy Certificate. Itu ialah antara perkara-perkara besar yang memberikan satu perbezaan dalam akta ini tentang Malaysian Renewable Energy Certificate. Begitu juga dengan Malaysian Green Attributes yang tadi disebut, didefinisikan sebagai salah satu daripada aspek yang ada dalam undang-undang ini.
Begitu juga Green Energy Tariff ataupun disebut sebagai green puff, itu semua adalah platform-platform yang dalam bentuk pelaksanaan, yang sebenarnya terkandung dalam apa itu, akta ini. Jadi, saya mohon kepada pihak Menteri dan kementerian memberi penjelasan, bagaimanakah aspek pelaksanaan roadmap ini telah berjaya diterapkan dan sebagaimana yang termaktub di dalam perundangan ini. Dan begitu juga dengan Corporate Renewable Energy Sales Scheme itu — Supply Scheme, sorry.
Itu benda-benda besar yang memungkinkan berbagai aspek-aspek perundangan dari sudut hari ini kita namakan dia sebagai green fraud yang mungkin berlaku curang hijau yang mungkin berlaku. Jadi, saya harap dan saya doakan akta ini betul-betul dipantau dengan baik dan saya simpan poin saya yang lain sebab saya akan bincang juga dalam Suruhanjaya Tenaga untuk melengkapkan poin-poin saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator, sentiasa menarik YB Senator Mujahid bercakap. Seterusnya, saya menjemput YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, silakan.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025. Pindaan ini sangat penting dalam memperkemas dan memodenkan sistem perundangan tenaga negara,
Datuk Rosni binti Sohar
khususnya berkaitan pengawalseliaan eksport dan import elektrik serta pengiktirafan atribut hijau tenaga boleh diperbaharui.
Namun begitu, saya ingin mengajukan beberapa soalan kritikal tetapi konstruktif demi memastikan pindaan ini benar-benar bersifat holistik, selain responsif terhadap cabaran masa depan, di samping menjaga kepentingan rakyat. Kerajaan menyatakan bahawa eksport elektrik hanya akan dilakukan apabila lebihan bekalan yang telah dikenal pasti dan keperluan domestik terjamin.
Soalan pertama, mengapa tiada peruntukan khusus dalam RUU ini yang menetapkan penanda aras rizab tenaga nasional sebelum eksport dibenarkan?
Yang kedua, adakah kementerian bersedia untuk menetapkan satu mekanisme pelaporan berkala kepada Parlimen mengenai status eksport dan import elektrik, termasuk justifikasi teknikal serta impaknya terhadap kestabilan Grid Nasional?
Yang ketiga, apakah perancangan kementerian untuk menangani tekanan terhadap sistem grid negara, susulan peningkatan pesat pusat data di Malaysia? Seperti yang kita tahu, negara kita menjadi tumpuan pembangunan pusat data berskala mega yang memerlukan bekalan elektrik yang sangat tinggi, yang boleh mencecah ratusan megawatt.
Keempat, adakah cadangan untuk mewujudkan zon tenaga hijau, di mana hanya pusat data yang disokong oleh sumber tenaga yang boleh diperbaharui akan dibenarkan beroperasi akan dipertimbangkan oleh kementerian?
Dato’ Yang di-Pertua, kelima, adakah kementerian bercadang untuk membenarkan pemilik sistem solar domestik menjual lebihan tenaga kepada komuniti sekitar dan adakah kementerian sedang merangka pelesenan mikro atau mewujudkan sistem tenaga komuniti yang lebih inklusif?
Keenam, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan piawaian keselamatan siber sebagai syarat perlesenan kepada operator tenaga? Ini penting kerana sistem grid tenaga kini semakin bergantung kepada teknologi digital, menjadikan sektor tenaga terdedah kepada ancaman siber. Tanpa piawaian yang jelas, risiko gangguan terhadap infrastruktur kritikal negara menjadi lebih tinggi.
Akhir sekali soalan saya, adakah kementerian akan mewajibkan audit keselamatan siber setiap tahun serta menetapkan piawaian minimum keselamatan yang perlu dipatuhi?
Audit berkala akan memastikan pematuhan dan kesiapsiagaan operator tenaga menghadapi ancaman siber, sementara piawaian minimum akan menjamin tahap keselamatan yang konsisten dan efektif di seluruh sektor.
Akhirnya, saya berharap semua persoalan saya yang saya kemukakan tadi dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri dan jawapannya sekali, agar rang undang- undang ini bersifat lebih menyeluruh. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Datuk Rosni.
Seterusnya, saya persilakan YB Senator Datuk Anna Bell untuk berhujah, berbahas. Silakan.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah maju jaya. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan di atas ruang peluang untuk saya turut serta membahaskan suatu rang undang-undang yang amat penting pada hari ini.
Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan atas keseriusan dalam membawa serta mengangkat tenaga boleh baharu dan tenaga hijau sebagai sebahagian daripada ekosistem tenaga negara. Langkah ini bukan sahaja menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam memacu pembangunan lestari, malah turut memperlihatkan Malaysia berada di landasan yang betul untuk menyertai inisiatif serantau seperti ASEAN Power Grid serta mencapai aspirasi net zero emission menjelang 2050.
[Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Mesyuarat****] Pindaan kepada Rang Undang-undang Bekalan Elektrik ini adalah satu manifestasi bahawa negara kita tidak mahu ketinggalan dalam arus globalisasi tenaga yang semakin beralih kepada sumber hijau dan lestari.
Dato' Yang di-Pertua, dalam memperhaluskan pindaan ini, saya ingin membawa perhatian pihak kementerian terhadap aspek penguatkuasaan yang membabitkan hukuman denda dan penjara kepada mana-mana pihak yang menjalankan eksport dan import elektrik tanpa lesen. Persoalan yang timbul ialah, bagaimanakah kawalan selia dan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara praktikal?
Kedua, apakah mekanisme pemantauan yang digunakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan kementerian dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang ini?
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Kita perlu mengelakkan keadaan di mana undang-undang ini tidak hanya gah di atas kertas, tetapi gagal dilaksanakan secara berkesan di lapangan. Justeru, saya ingin menekankan bahawa strategi penguatkuasaan yang jelas, ketelusan dalam siasatan serta keberanian untuk mengambil tindakan tanpa pilih kasih adalah faktor penting dalam memastikan kredibiliti undang-undang ini.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Dato’ Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, ketika kita bercita-cita ingin menjadi juara ASEAN dalam bidang tenaga, saya ingin mengingatkan kerajaan supaya tidak mengabaikan keperluan domestik. Persoalan besar yang sering membelenggu rakyat adalah mengenai jaminan bekalan elektrik dalam negara. Adakah komitmen eksport tenaga elektrik ke negara jiran akan menjejaskan kestabilan dan kecukupan bekalan untuk pengguna tempatan?
Apa yang penting, kita mesti mendahulukan rakyat sendiri sebelum memikirkan keuntungan pasaran eksport. Rakyat adalah pengguna utama tenaga elektrik dan kegagalan untuk memastikan keperluan domestik dipenuhi, boleh menimbulkan keresahan dan ketidakpuashatian di kalangan rakyat. Lebih-lebih lagi, terutamanya di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak yang masih berdepan dengan cabaran capaian elektrik yang kurang stabil.
Dato’ Yang di-Pertua, oleh demikian, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme siling eksport sebagai langkah kawalan. Dengan adanya siling eksport, kerajaan dapat memastikan bahawa hanya lebihan penjanaan tenaga yang akan dipasarkan ke luar negara manakala bekalan utama sentiasa diperuntukkan untuk kegunaan domestik.
Cadangan ini amat penting kerana ia menzahirkan keutamaan kerajaan dalam menjaga kepentingan rakyat terlebih dahulu sebelum mengaut keuntungan daripada pasaran luar. Saya percaya langkah ini bukan sahaja menjamin keseimbangan dalam pembahagian tenaga tetapi juga menambah keyakinan rakyat bahawa kerajaan sentiasa menitikberatkan kepentingan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai rumusan, saya menyokong penuh pindaan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2025 ini kerana ia meletakkan Malaysia seiring dengan hala tuju global dan serantau dalam bidang tenaga. Namun dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang mestilah dijalankan dengan telus dan berkesan, manakala kepentingan rakyat domestik perlu sentiasa berada di hadapan dalam setiap perancangan kerajaan.
Bekalan elektrik adalah suatu keperluan asas yang menyentuh kehidupan seharian rakyat. Justeru, kerajaan tidak boleh berkompromi dalam memastikan kecukupan, kestabilan dan akses saksama kepada tenaga elektrik bagi seluruh rakyat Malaysia. Hanya setelah keperluan domestik dipenuhi, barulah kita wajar berbincang tentang kelebihan dan keuntungan di pasaran luar. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Isaiah.
Tuan Isaiah a/l D. Jacob
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik
(Pindaan) 2025. RUU ini amat penting kerana ia bukan sahaja berkait dengan aspek teknikal dan keselamatan tenaga, tetapi juga mencerminkan usaha kita untuk membina sebuah negara maju yang berpaksikan nilai MADANI iaitu mampan, sejahtera, daya cipta, hormat, ihsan dan keyakinan.
Puan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat khususnya golongan rentan. Elektrik hari ini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas untuk hidup bermaruah. Golongan rentan termasuk OKU, warga emas, keluarga miskin bandar dan luar bandar, amat terkesan sekiranya berlaku gangguan bekalan atau kenaikan kos tenaga. Saya ingin menekankan agar pindaan ini memperkukuhkan hak akses yang adil, mampu bayar dan mesra OKU dalam setiap aspek pengurusan bekalan elektrik.
Mesra OKU dalam infrastruktur tenaga. Apabila kita bercakap tentang keselamatan dan kemudahan penggunaan elektrik, keperluan OKU tidak boleh ditepikan. Contohnya papan suis, meter pita serta peranti keselamatan perlu dipasang pada paras mesra kerusi roda.
Manual penggunaan juga harus tersedia dalam format braille, audio dan digital mesra membaca skrin. Inilah roh insan dalam MADANI, memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam pembangunan tenaga negara.
Tenaga hijau dan kelestarian. Pindaan ini juga mesti mengambil kira peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui. Saya cadangkan kerajaan menyediakan subsidi bersasar atau insentif pemasangan panel solar untuk rumah-rumah PPR, rumah golongan B40 dan keluarga OKU. Dengan cara ini mereka bukan saja dapat menjimatkan kos, malah menjadikan sebahagian daripada menyumbang kepada kelestarian tenaga negara.
Akses tanpa diskriminasi. Bekalan elektrik bukan boleh dilihat hanya dari sudut untung rugi syarikat utiliti. Ia juga satu hak asas. Saya mohon dalam pindaan ini diwujudkan klausa perlindungan khusus untuk memastikan golongan rentan tidak dipotong bekalan elektrik tanpa budi bicara terutama bila melibatkan hospital di rumah, penggunaan seperti penggunaan mesin bantuan pernafasan, dialisis atau peralatan sokongan hayat untuk OKU.
Puan Yang di-Pertua, kesimpulannya, pindaan Akta Bekalan Elektrik ini tidak harus dilihat hanya dari aspek teknikal, tetapi mesti selaras dengan semangat Malaysia MADANI iaitu membina negara yang inklusif, adil dan berkemanusiaan. Dengan itu, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 ini dengan harapan pelaksanaannya nanti benar-benar mengambil kira keperluan golongan rentan dan OKU.
Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya mempersilakan Tuan Che Alias.
Tuan Che Alias bin Hamid
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.
Rang undang-undang ini membawa implikasi besar terhadap masa depan tenaga negara kerana ia memperkenalkan pelbagai peruntukan baru termasuk pelesenan, pengimportan, pengeksportan elektrik, penubuhan pengendalian pasaran serta pengiktirafan konsep atribut hijau. Walaupun pindaan ini kelihatan progresif, terdapat beberapa isu yang wajar diperhalusi dengan lebih mendalam agar undang-undang yang digubal ini menepati prinsip tadbir urus yang baik, melindungi kepentingan negeri pengeluar serta memastikan rakyat mendapat manfaat yang seadilnya.
Puan Yang di-Pertua, pertama, dari segi kuasa dan ketelusan melalui seksyen 22C dan juga seksyen 22D. Di mana Menteri diberi kuasa untuk melantik pengendali pasaran serta meluluskan lesen pengimportan dan pengeksportan elektrik bagi tempoh sehingga 21 tahun.
Pemberian kuasa yang begitu luas menimbulkan persoalan tentang keseimbangan antara keperluan pelaburan jangka panjang dengan keperluan semak dan imbang.
Bagaimanakah kerajaan menjamin bahawa kuasa luas ini tidak membuka ruang kepada monopoli ataupun kepentingan yang terpilih? Apakah mekanisme semakan berkala dan audit bebas yang akan diwujudkan bagi memastikan integriti sistem sentiasa terjamin?
Seterusnya, berkaitan kedudukan negeri sebagai pengeluar tenaga. Peruntukan seksyen 22D(1) menetapkan bahawa lesen wajib diperolehi untuk semua aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik. Namun, tidak ada sebarang klausa yang menjamin perkongsian hasil dengan negeri pengeluar.
Tuan Che Alias bin Hamid
Negeri Terengganu — seperti negeri Terengganu membekalkan sumber hidup yang penting kepada Grid Nasional tetapi hasil eksport konsesi dikawal sepenuhnya di peringkat Persekutuan ataupun peringkat pusat. Hal ini menimbulkan persoalan bagaimanakah prinsip federalism antara kuasa Persekutuan dan juga hak negeri terhadap sumber asli ini.
Bagaimanakah negeri pengeluar akan diberikan pulangan yang seadilnya sedangkan tanah, sungai dan juga sumber negeri yang dimanfaatkan? Adakah kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme perkongsian hasil secara jelas? Sekiranya isu ini tidak ditangani, ia akan mewujudkan rasa ketidakadilan dalam pengagihan manfaat ekonomi negara.
Tuan Che Alias bin Hamid
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, dari sudut penalti dan juga tempoh peralihan.
Pindaan melalui seksyen 37(15A) memperuntukkan hukuman sehingga RM30 juta atau penjara 10 tahun bagi mereka yang mengimport atau mengeksport elektrik tanpa lesen manakala seksyen 16 hanya memperuntukkan tempoh enam bulan untuk pihak berkaitan memohon lesen baharu.
Hukuman ini mungkin sesuai untuk pemain besar yang sengaja melanggar undang- undang tetapi adakah ia wajar dikenakan juga dengan kadar yang sama kepada syarikat yang kecil ataupun pemain yang baharu? Tambahan pula, tempoh peralihan selama enam bulan dilihat terlalu singkat untuk syarikat membuat persediaan dari segi teknikal dan juga dokumentasi. Justeru, wajar kerajaan mempertimbangkan pendekatan penalti di peringkat berdasarkan skala kesalahan serta melanjutkan tempoh peralihan kepada sekurang- kurangnya 12 bulan agar pelaksanaan lebih realistik dan tidak menekan pihak industri.
Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan satu isu iaitu kecurian elektrik yang memerlukan perhatian yang serius dan segera kerana ia berkait langsung dengan kelestarian tenaga negara. Laporan menunjukkan bahawa negara telah mengalami kerugian hampir RM4.8 bilion sejak 2018 akibat kecurian elektrik terutamanya melalui aktiviti perlombongan Bitcoin yang tidak terkawal.
Masalah ini bukan sahaja menjejaskan kewangan negara tapi turut mengundang risiko keselamatan seperti kebakaran akibat pendawaian haram serta ancaman kestabilan grid elektrik akibat bebanan yang berlebihan. Lebih membimbangkan, aktiviti perlombongan Bitcoin ini belum diklasifikasikan sebagai jenayah khususnya oleh kerajaan dan tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi tunggal.
Persoalannya, mengapa kerajaan tidak mengambil peluang melalui pindaan ini untuk memperkukuhkan kuasa Suruhanjaya Tenaga ataupun TNB untuk menangani isu kecurian elektrik ini? Apakah bentuk penguatkuasaan tegas dan segera yang dilaksanakan bagi membanteraskan kegiatan ini secara berkesan? Dan bagaimana kerajaan memastikan kerugian berbilion ringgit ini tidak akan dipindahkan kepada pengguna melalui tarif yang lebih tinggi? Jika kebocoran dalaman ini tidak ditangani, usaha mengawal eksport dan import tenaga ke luar negara akan kelihatan pincang kerana masalah asas dalam negara masih belum diselesaikan lagi.
Puan Tiew Way Keng
Minta celah.
Tuan Che Alias bin Hamid
Akhirnya, Puan Yang di-Pertua — Ya, sila.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih. Saya ingin tanya Yang Berhormat Senator.
Apakah pendapat Yang Berhormat sekiranya terdapat bagi pendaftaran akaun pemegang — pemegang akaun bagi bekalan elektrik yang hanya memerlukan salinan IC semata-mata dan bukan menggunakan fingerprint? Terima kasih.
Tuan Che Alias bin Hamid
Puan Yang di-Pertua, saya minta masukkan dalam ucapan saya dan minta Menteri jawab. Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pindaan ini mempunyai potensi besar dalam meluaskan pengawal seliaan sektor tenaga namun ia perlu ditambah baik dengan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan tadi. Tanpa penyelesaian menyeluruh terhadap persoalan ini, pindaan ini tidak akan mencapai matlamat sebenar untuk memperkukuhkan keselamatan negara, tenaga negara dan juga memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sahabat-sahabat sekalian.
Pertama-tamanya saya hendak merakamkan penghargaan dan saya merasa sangat optimis dengan RUU ini. Saya lihat kalau kita boleh jayakan atau gerakkan RUU ini sebab saya melihat RUU ini lebih ke depan. Lebih memandang ke depan dan punya potensi untuk menjadikan Malaysia bakal menjadi sumber atau negara nadi tenaga serantau. Sebab bila saya tinjau dari sudut eksport setakat ini, saya hanya jumpa tiga negara saja yang dieksport.
Saya minta pencerahanlah, penjelasan. Satunya sedikit ke Thailand, sebahagian agak constant ke Singapore, dan Sarawak Energy ke Borneo.
Namun, dalam kita sedang bergerak ke arah renewable energy atau tenaga boleh baharu, RUU ini mungkin dan insya-Allah bakal membuka suatu era yang akan lebih luas di mana pelbagai pendekatan pengeluaran jana kuasa elektrik, renewable electric ini juga selain daripada yang sedia ada sekarang melalui hidro dan lain-lain itu akan dapat diperkasakan lagi dan membuka ruang untuk bisnes tenaga akan menjadi lebih besar. Tapi saya mohon supaya satu hal, dalam kita keghairahan terutama sekali untuk mendapat renewable energy dan lain- lain supaya ambil kira tentang kepentingan rakyat jelata.
Hidroelektrik yang tradisional itu, yang mengambil tanah yang berpuluh ribu hektar, ekar seperti di Terengganu, di Sarawak dan lain-lain, rakyat hilang tanah. Rakyat, negeri hilang balak, hilang aset, tetapi tenaga elektrik dapat dihasilkan, eksport dapat digerakkan, tapi tolong ambil kira juga dengan tadi yang disebutkan oleh YB Che Alias tadi bahawa tolong supaya negeri dan rakyat di negeri yang terlibat dengan pengambilan ruang tanah dan lain- lain ini, ada tidak ruang untuk diberikan kelebihan kepada mereka.
Sekurang-kurangnya tarif elektriknya — Yang Berhormat Menteri tak tengok sini.
[Ketawa] Saya nak minta tarif elektrik itu timbangkanlah sikit. Macam minyak kan, dia explore
Tuan Haji Hussin bin Ismail
dalam negeri tapi negeri dalam negeri sendiri, kut boleh fikirlah sikit, Sabah, Sarawak, Terengganu. Nilailah harga minyak. Sini nilailah harga elektrik, kan? Supaya bila orang sebut, “Oh kita pengeluar?”, tetapi kita macam, tak ada apa-apa pun.
Yang keduanya...
[Ketawa] Tan Sri tengok saya tapi dia bukan duduk kat Hulu Terengganu. Sebab saya sebut macam ini, kalau risiko berlaku, pecah dam, nak eksport elektrik, Sarawak melalui Sarawak Energy. Takdir pecah dam, siapa yang kena? Risiko itu orang keliling itulah. Tapi benefit, berilah sikit. Upgrade-lah sikit daripada apa yang orang lain dapat.
Yang kedua ialah dalam kita ghairah untuk cakap tentang mengeksport — di sini eksport dan import. Tapi saya nak minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa negara yang sudah pun kita import elektrik? Saya tengok sedikit itu macam ada sumber daripada Thailand. Tapi di Thailand itu kita pun mengeksport elektrik. Jadi, yang dimasuk kira dalam ni, sekarang. Yang akan datang, yes. Sekarang ini, berapa negara yang sudah pun sumber elektriknya kita import masuk untuk mendapat pencerahan.
Yang ketiganya, bila kita bercakap tentang eksport elektrik, sekarang kalau tengok kita pada dasarnya hampir mencukupi. Saya sebut hampir sebab sebahagian tempat yang saya pernah pergi di pedalaman Sarawak, di pedalaman Sabah, masih tak ada elektrik. Mungkin Dato' Sri boleh nafikan tapi saya terlibat untuk mendekatkan tenaga elektrik solar ke beberapa rumah atas program kemanusiaan atau kebajikan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Jadi, saya rasa tolong ambil fikir supaya pastikan bekalan elektrik dalam negara ni dimaksimumkan.
Yang keempatnya ialah untuk kita tengok dari sudut — tadi dibicarakan tentang, tentang kecurian. Saya tak sentuhlah, walaupun saya berhasrat untuk nak sebut. Bila kita bicara tentang negara kita dengan yang lain, contoh sekarang ini yang paling kalut bicara tentang minyak masak. Kita mengeksport minyak, tapi kita tak cukup minyak. Saya harap akan datang tolong pastikan bahawa dalam usaha kita mengeksport, pastikan bahawa keperluan dan kecukupan rakyat itu diambil keutamaan.
Dan ambil ruang ini juga supaya kalau boleh Yang Berhormat Menteri, elektrik kita berhasrat untuk terus mengeksport, tetapi dalam waktu yang sama supaya tarif elektrik harus diberi keutamaan dalam bentuk lebih mesra rakyat. Sebab bila bercakap sekarang ini pun rakyat di bawah duk cakap ini, elektrik nak naik lagi, tarif elektrik nak naik lagi, tapi dalam waktu yang sama kita mengeksport. Eksport penting, memang semua benda, produk ini kita nak eksport. Itu income negara, tetapi dalam waktu yang sama, keutamaan kepada rakyat, saya harap-harap supaya sangat-sangat diberi keutamaan.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sangat setuju dengan RUU ini, tetapi celahan ini sebagai pelengkap untuk mendapat perhatian supaya fokus kepada kepentingan dan masyarakat marhaen di bawah. Walaupun mungkin mereka tidak menuntut, mereka jauh di pedalaman, tetapi tumpukan perhatian untuk mereka diberikan keutamaan. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Dato’ Haji Hussin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli- ahli Dewan Negara yang telah mengambil bahagian seramai tujuh orang. Saya lihat perbahasan tadi menarik, maksudnya ada yang tertumpu kepada akta dan juga ada yang konstruktif dan juga mungkin tidak terkait dengan akta, tetapi secara lebih umum kepada industri tenaga kita. Jadi saya cuba menjawab dari satu ke satu Senator, sementara mungkin kalau ada pertanyaan yang tidak dijawab, boleh mencelahlah supaya kita boleh mendapat pencerahan bergantung kepada masa yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Saya mulakan dengan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.
Sebab kalau ikut giliran tadi dia yang pertama, tetapi juga perkara yang dibangkitkan oleh beliau itu menyentuh soal dasar dan kerangka yang lebih umum yang mana disentuh soal dasar tenaga negara, kemudian NETR dan sebagainya. Untuk ketika ini, persoalan spesifik mengenai di manakah kita dari segi perkembangan pencapaian tenaga boleh baharu. Sebab kita berdasarkan sasaran kita, kita nak capai 70 peratus menjelang tahun 2050. Jadi untuk ketika ini, kapasiti pencapaian TBB ataupun tenaga boleh baharu adalah sekitar berjumlah 30 peratus.
Jadi, bila kita membawa pindaan akta ini yang membolehkan pengeksportan dan pengimportan, mungkin kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator tadi lebih tertumpu kepada penjualan. Sebenarnya, ada juga elemen pengimportan ataupun pembelian. Dari segi kerangka yang lebih besar, memang kita cuba membawa gagasan ASEAN Power Grid (APG) yang mana ini akan membolehkan tenaga ini didagangkan merentas sempadan. Jadi secara dasarnya, ini akan membolehkan integrasi grid terutamanya dengan negara-negara jiran. Jadi bila kita bercakap soal mencapai ataupun untuk sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu, mungkin bila menjelang ke hadapan itu, tenaga boleh baharu itu dibolehkannya datang daripada negara-negara jiran kita.
Jadi sebagai contoh, apabila kita bicara ASEAN Power Grid, baru-baru ini, tahun ini pun kita ada perjanjian ataupun persefahaman sebagai contoh, dengan negara Vietnam untuk mencari jalan bagaimana tenaga menggunakan angin itu boleh diimport ke negara kita. Jadi,
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
itu satu proses yang panjang. Tetapi macam mana Yang Berhormat Senator sebut tadi, rata- ratanya adalah ini adalah sebagai satu permulaan.
Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Ros Suryati, yang mana beliau memulakan soal kebimbangan. Saya rasa perkara ini juga akan terkait dengan kebanyakan perbahasan tadi termasuk dengan Senator-senator yang lain iaitu isu bagaimana perlindungan kepada pengguna domestik, bagaimana dari segi implikasi terhadap negara kita apabila dieksport dan sebagainya. Jadi, mungkin saya cuba rangkumkan persoalan ini bagi memberi gambaran yang lebih jelas. Bila kita nyatakan bahawa untuk membolehkan pengimportan ataupun pengeksportan ini adalah biasanya kita susun berdasarkan program dan mekanisme yang ditetapkan.
Jadi sebagai contoh, sebelum kita kemukakan pindaan ini, sebenarnya memang kita ada mekanisme yang kita perkenalkan tahun lepas yang disebut sebagai Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) yang membolehkan program ini untuk kita menjual RE ini ke negara Singapura. Jumlahnya sebagai satu program pilot, kita jual 50 megawatt. Jadi berdasarkan proses ini, kita lebih memahami mekanisme. Jadi bila ditanya apakah harga yang kita letakkan, sebenarnya mekanisme tadi, ENEGEM ini, kita harga itu ditentukan oleh pasaran iaitu secara bidaan. Jadi, ini akan memberi pulangan yang lebih baik kepada negara dalam keadaan bila kita membenarkan tenaga ini diimport keluar.
Dan bila kita sebut hasil itu ke mana pula? Jadi sebenarnya bila disebut soal hasil kutipan daripada penjualan itu, sudah pasti pihak-pihak yang berkenaan itu perlu kita uruskan terlebih dahulu. Maksudnya, penggunaan grid itu perlu kita bagi bahagiannya, dari segi penjanaan tenaga. Tetapi bila berlaku sebarang lebihan, yang itu yang disebut bahawa kita akan pastikan sebarang hasil kutipan daripada aktiviti import, eksport elektrik secara konvensional akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Kumpulan Wang Industri Elektrik
(KWIE), yang mana dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga dan seterusnya dana ini yang kita guna pakai untuk menguruskan impak tarif kepada rakyat.
Manakala hasil kutipan perdagangan TBB merentas sempadan akan dimasukkan dalam dana tenaga elektrik hijau yang akan digunakan untuk menyokong usaha kita ke arah peralihan tenaga serta pembangunan industri tenaga boleh baharu. Jadi, hakikatnya dari segi perlindungan itu, maksudnya lebihan daripada aktiviti import dan eksport ini akan dinikmati oleh rakyat secara umumnya yang mana kita masukkan ke dalam tabung KWIE.
Kemudian, bila disebut soal bagaimana prinsip bila disebut lebihan tenaga, hanya lebihan yang kita jual ke luar negara, sebab itu bila kita laksanakan ENEGEM tempoh hari, itu untuk meneliti perkara tersebut, iaitu sememangnya komitmen kita, kita hanya menjual lebihan tenaga boleh baharu. Dia tak boleh ambil atau mengganggu gugat daripada sistem.
Sebab sebagai contoh, bila Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid sebut tadi, kita ada
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
program GET, kemudian REC dan sebagainya yang mana itu merupakan elemen permintaan tenaga boleh baharu dalam pasaran domestik. Lepas clear semua perkara tersebut, ada lebihan, baru kita buka program untuk penjualan ke luar negara. Jadi, program ini sepastinya tidak akan mengganggu gugat sistem kita ini.
Dan, bila disebut pula berkaitan dengan dari segi hukuman yang untuk kita kenakan.
Dia sebenarnya bila kenapa kadar hukuman itu dikenakan, berapa jumlahnya dan sebagainya, sememangnya di peringkat kementerian kita telah membuat benchmarking ataupun pertimbangan yang secara penanda aras dengan membandingkan akta perdagangan yang lain seperti Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Persaingan 2010, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang mana melihat dari segi hukuman kepada kesalahan pelesenan bagi maksud import dan eksport.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi sebab itu, dalam kita membawa pindaan akta ini, kita juga mengambil kira kepentingan supaya ada konsistensi dengan izin, dari segi hukuman yang dikenakan dan sudah pasti untuk kita melindungi sistem dan juga bekalan tenaga dalam negara kita.
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar ada bertanya mengenai ada beberapa soalan. Sebagai contoh, mengapa tiada peruntukan khusus untuk rizab tenaga negara? Adakah kementerian bersedia untuk mekanisme laporan berkala dan sebagainya ini?
Jadi, sebenarnya seperti yang disebut tadi, memang penjualan itu hanya boleh berlaku selepas sekiranya ada lebihan dalam pasaran tenaga boleh baharu dalam negara kita. Jadi, contohnya pun, kementerian baru-baru ini telah mengumumkan — tadi, saya terangkan kajian peringkat pilot project yang bermula tahun lepas.
Tetapi, untuk tahun ini juga, minggu lepas kementerian telah umumkan bahawa kita akan buka untuk bidaan yang seterusnya yang mana, proses ini hanya dibuat selepas kita mengesahkan segala keperluan dalam negara kita. Jadi, dari segi persoalan mengenai apakah perancangan terhadap — yalah, berkait dengan rizab margin dan juga peningkatan dari segi keperluan pusat data.
Di peringkat PETRA, sememangnya kami akan melihat dari segi keperluan tenaga, sama ada daripada permintaan dan juga pengeluaran ini dalam mesyuarat JPPPET iaitu mesyuarat berkaitan dengan Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif. Kalau sebelum ini, mesyuarat ini hanya berlaku setahun sekali. Tetapi, mengambil kira keperluan untuk kita mendapat kemas kini yang lebih jitu dan juga reflective dengan keadaan sebenar, memang sekarang mesyuarat JPPPET diadakan secara dua kali setahun dan kita juga meneliti dari segi impak kemasukan pusat data ini.
Cuma, di peringkat MITI juga, mereka ada kawal selia yang dipanggil Data Centre Task Force (DCTF) untuk melihat secara keseluruhan pengurusan untuk data centre. Sebagai
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
contoh, apabila di peringkat ketika ini, sebagai contoh, kita perlu memastikan data centre yang datang ini betul-betul memberi manfaat kepada negara dan juga, dari segi kesan terhadap kita ini dapat dikurangkan.
Contohnya, kita perlu ataupun telah diperkenalkan dari segi had, dari segi pengeluaran karbonnya, dari segi penggunaan tenaganya dan juga efficiency penggunaan airnya itu, antara sebahagian garis panduan ataupun KPI yang perlu diteliti di peringkat DCTF ini.
Kemudian, seterusnya dari segi rancangan untuk pembangunan zon elektrik hijau ini, ini merupakan cadangan jangka masa panjang di bawah PETRA. Kita juga ada meneliti untuk kita pastikan kemasukan dan integrasi tenaga boleh baharu yang lebih teratur dan sistematik.
Bagi pertanyaan sama ada kerajaan mempertimbangkan solar community untuk menjual tenaga kepada komuniti setempat, sebenarnya kita pun tahun ini telah lancarkan program yang kita panggil Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) yang membolehkan agregasi penjanaan solar daripada bumbung premis kediaman dilakukan atau, dan disalur jual kepada pengguna di dalam komuniti setempat yang sama.
Kemudian, dari segi perancangan untuk kementerian untuk mengatasi kekangan grid negara susulan pusat data negara ini, pun saya dah bagi gambarannya tadi. Cuma, kalau dari segi grid pula, sudah pasti antara cabaran yang disebut soal peralihan tenaga, bukan sekadar dari soal penjanaan itu kita memerlukan tenaga boleh baharu tetapi grid kita itu juga perlu ada keanjalan yang baik. Sebagai contoh, bila sebut keanjalan ini, macam mana kita nak faham?
Penjanaan solar ini secara intermittent, dengan izin, iaitu hanya berlaku di siang hari. Malam kita tidak dapat menghasilkan tenaga solar.
Jadi, bagaimana sistem ini perlu anjal dalam keadaan penjanaan itu berlaku di siang hari? Maka, di sinilah yang secara penyusunan, dari segi Smart Grid itu perlu ada, yang termasuk elemen seperti yang kita akan perbanyakkan selepas ini adalah Battery Energy Storage System (BESS) untuk memastikan fleksibiliti kepada grid ini.
Jadi, perkara ini sebenarnya antara mitigasi risiko yang lebih berkesan dan perkara ini adalah terkait juga apabila kita luluskan RP4, Regulatory Period yang baru ini, yang terkait dengan tarif ini untuk membolehkan kapasiti grid-grid kita ini dapat dinaik taraf.
Seterusnya, berkaitan dengan pertanyaan YB Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian.
Datuk Rosni binti Sohar
Saya mencelah boleh?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Boleh. Silakan.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan saya mengenai adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan piawaian keselamatan siber sebagai syarat pelesenan bagi semua operator tenaga itu belum — rasa saya belum jawab lagi.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Kalau secara umumnya, saya boleh mengatakan bahawa sistem operator memang menjalankan audit siber secara tahunan untuk kita memastikan kesiapsiagaan pengoperasian sistem. Tetapi, bila Yang Berhormat Senator sebutkan tadi, memang itu antara cabaran masa kinilah, yang bukan hanya melibatkan sektor tenaga, tetapi banyak sektor-sektor penting dalam negara ini.
Jadi, perkara itu secara dalamannya, sistem operator itu memang kita ada jalankan audit. Malah, kalau di perbincangan di peringkat kementerian pun, Yang Amat Berhormat Menteri sendiri pun telah memberi peringatan, keperluan untuk kita sentiasa berwaspada dengan ancaman dalam soal serangan siber dan sebagainya.
Seterusnya, untuk daripada Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell berkenaan dengan bagaimana pengawalseliaan ini dijalankan, pengawalseliaan kita jalankan secara real time bagi sebarang penyaluran bekalan elektrik merentas sempadan. Kalau secara bahasa mudahnya, ketika ini sistem grid itu masih – maksudnya, dengan keluar negara itu akan melalui sistem kita, sama ada ke Thailand ataupun Singapura ataupun mungkin selepas ini, dengan undersea cable dan sebagainya.
Jadi, kawalan itu kita boleh lakukan secara real time dan penyesuaian penyaluran bekalan elektrik akan dilakukan sekiranya berlaku kekangan teknikal atau perkara berkaitan security system. Ini langkah untuk bertujuan memastikan agar keselamatan Grid Nasional sentiasa terjamin.
Manakala, untuk peringkat ST pula sebagai agensi kawal selia, kita akan kawal selia aktiviti pemain industri menerusi pemberian lesen yang mengandungi syarat-syarat dan terma yang perlu dipatuhi bagi perjalanan aktiviti import dan eksport elektrik tersebut.
Jadi, di pihak ST memang — sebab itu, kita mengangkat pindaan akta ini supaya kawalan itu kita dapat selia melalui syarat dan juga ketetapan melalui lesen ini dan dalam hal ini, aktiviti eksport dan import elektrik hanya akan dibenarkan berdasarkan had rangkaian sambung tara sedia ada. Selain memastikan ia tidak akan menjejaskan daya harap bekalan elektrik di dalam Malaysia dan transaksi yang dijalankan tersebut hanya akan diberikan lesen tertakluk kepada keselamatan Grid Nasional. Ini seperti yang saya nyatakan tadi. Maksudnya, bekalan itu kita dapat kawal selia dengan melihat daripada kerangka bukan sahaja lesen juga, tetapi juga, dari segi kekuatan sistem kita sendiri.
Seterusnya, Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah ada bertanyakan mengenai ataupun mengangkat perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan golongan OKU. Pertama, berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan design dan sebagainya ini, saya rasa boleh rujuk dengan pihak berkuasa tempatan di peringkat KPKT dalam menetapkan syarat-syarat bagaimana keperluan accessibility untuk golongan OKU ini bukan soal rem semata-mata, sebagai contoh tetapi juga, soal suis dan sebagainya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, saya hargai dengan konsistensi Yang Berhormat memperjuangkan nasib OKU dari segi bagaimana untuk kita membantu. Insentif, memang kerajaan sehingga hari ini, masih memberi rebat kepada golongan B40 ataupun yang kita saring melalui MyKasih itu, eKasih — Jadi, perkara itu masih diteruskan. Sekiranya kumpulan itu termasuk dalam golongan sasaran tersebut, mereka masih menerima manfaat rebat tersebut.
Manakala, dari segi cadangan Yang Berhormat untuk pemasangan panel solar di kumpulan B40 ataupun PPR dan sebagainya, di sini memang kalau dari segi practicality-nya itu ada cabaran dari segi timbal balik.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Contoh yang kita bila kita buat program NEM, Net Energy Metering ini yang mana bila pemilik kediaman memasang solar, mereka menjual tenaga itu ke grid, maka mereka dapat mengurangkan dari segi kos pembayaran bulanan. Tetapi sekiranya ada lebihan, hanya dipulangkan dari segi nilaian tenaga tersebut bukannya dalam bentuk wang tunai. Maka sebab itu pemasangan solar di atas bumbung ini lebih praktikal kepada mereka dari segi penggunaan tenaga tersebut.
Yang kedua, maksudnya kalau dia guna tinggi, bila dipasangnya itu memang menjimatkan. Tetapi sekiranya penggunaan itu kurang daripada anggarannya sekitar RM250, RM300 sebulan sebenarnya lebih mudah kalau kita masuk skim ToU yang ― sebagai contoh time of use yang kerajaan perkenalkan baru-baru ini. Tetapi pada masa yang sama, cabaran yang lain termasuk kalau rumah PPR itu dari segi keluasan untuk bumbung tersebutlah. Jadi, yang itu antara kekangan dari segi practicality. Namun, sememangnya kerajaan akan sentiasa melihat bagaimana untuk kita membantu kumpulan sasaran seperti OKU dan sebagainya.
Tuan Isaiah a/l D.Jacob
Puan Yang di-Pertua, saya ingin selitkan sedikit. Bagaimana dengan sekolah pendidikan khas? Adakah diberi ruang untuk memasang solar? Pendidikan khas.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sememangnya, kerajaan ada program untuk pemasangan solar di atas bumbung. Kalau sebelum ini, yang dipanggil ada NEM Nova atau NEM GoMEn. NEM GoMEn ini untuk bangunan kerajaan dan NEM Nova ini untuk pihak swasta. Dan perkara ini, kalau contohnya pihak sekolah ingin memasang kaedah tersebut, perkara itu perlu dilihatlah siapa pemilik bangunan.
Saya cuba bayangkan kalau ― maksudnya kalau agensi kerajaan sekalipun, dia antara perkara yang perlu diselesaikan adalah siapa pemilik bangunan dan bagaimana untuk masuk ke program tersebut. Cuma, untuk program yang akan datang ini, kementerian akan umumkan sebab NEM yang sebelum ini telah tamat tapi program baru atau sebagainya ini akan diumumkan kelak oleh pihak kementerian.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Seterusnya, pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Che Alias bin Hamid mengenai seksyen 22C dan 22D. Syarat-syarat bagi pengendali pasaran ini akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga selaku regulator industry di Semenanjung. Kerajaan kini sedang membangunkan garis panduan yang jelas bagi aktiviti import eksport serta pelantikan pengendali pasaran.
Jadi, pemilihan market operator ataupun pengendali pasaran ini akan ditentukan berdasarkan polisi kerajaan dan turut ditentukan berdasarkan keupayaan sesuatu entiti untuk menjalankan tanggungjawab, fungsi dan kewajipan yang ditetapkan di bawah akta dan perundangan subsidiari di bawahnya.
Jadi dalam hal ini, suatu perintah tersebut akan dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 22C akta di mana pengendali pasaran yang dipilih telah mengambil kira pelaksanaan yang akan dijalankan oleh pengendali pasaran tersebut yang bertanggungjawab bagi urusan yang saya nyatakan tadilah dalam akta tadi. Jadi, nak kata ada kuasa yang luas kepada Menteri dan sebagainya, saya rasa itu agak overreach, yang ini maksudnya tumpuan kepada kuasa Menteri itu adalah untuk membolehkan perkara ini berlaku.
Cuma pada masa yang sama, persoalan yang dibangkitkan dari segi hasil kutipan daripada aktiviti import eksport yang saya nyatakan di awal tadi daripada bagaimana sebenarnya bila berlaku lebihan itu ― untuk kutipan secara konvensional ini kita masuk tabung KWIE yang mana akan dipulangkan kepada rakyat melalui untuk bagaimana kita stabilkan dari segi impak tarif dan sebagainya. Manakala untuk hasil kutipan perdagangan TBB ini adalah untuk dimasukkan dalam dana tenaga elektrik hijau untuk menyokong usaha peralihan tenaga.
Dan ya lah Yang Berhormat menyebut macam mana kepada negeri dan sebagainya.
Sebenarnya setiap negeri memang mendapat hasil daripada caj-caj negeri yang dikenakan kepada syarikat utiliti. Jadi, yang ini Yang Berhormat kalau semak dengan kerajaan negeri memang sebenarnya kerajaan negeri ada terima dari segi caj-caj yang dikenakan kepada syarikat utiliti.
Untuk berkaitan dengan isu kecurian tenaga ataupun yang terkait dengan perlombongan Bitcoin secara haram, saya secara ― fokusnya memang saya melihat kepada isu ini. Saya rasa angka Yang Berhormat sebutkan tadi pun saya yang nyatakan perkara ini kerana aktiviti ini sememangnya perlu diteliti untuk mengurangkannya kesan kepada sistem.
Dan, sekiranya tidak diuruskan dengan baik, bimbangnya seperti Yang Berhormat nyatakan menimbulkan risiko keselamatan awam, menimbulkan soal keselamatan kepada pengguna yang lain.
Dan sekiranya kita, kalau kita tidak kawal dengan baik, takut perkara ini juga akan menyebabkan terpaksa di-democratize-kan ataupun ditanggung oleh pengguna tarif yang
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
lain. Jadi sebab itu, isu ini antara perkara yang kita sedang teliti. Tetapi Yang Berhormat sebutkan tadi juga, maksudnya kawal selia ini di mana? Sebab ia nya melibatkan penggunaan pelombongan Bitcoin tetapi secara haram. Bila berlaku secara haram itu berada ― kita boleh kuatkuasakan dari segi dia ni mencuri tenaga, tapi perlombongan Bitcoin itu memang belum ada dasar yang jelas.
Jadi, itu antara perkara yang di PETRA ini kami cuba mengangkat perhatian kepada pihak kerajaan bagaimana untuk kita tengok perkara ini dengan lebih mendalam bukan sekadar kita duduk mengejar pencuri pelombongan itu dalam keadaan dasar itu belum mencakupi untuk kita menyelesaikan isu ini secara yang lebih menyeluruh.
Puan Tiew Way Keng
Minta celah.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Boleh Senator.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah terdapat insiden di mana sindiket Bitcoin ini menggunakan salinan MyKad pihak ketiga untuk mendaftarkan pihak ketiga itu sebagai pemegang akaun tanpa pengetahuan yang pemegang MyKad yang sebenarnya. Kemudian pemegang akaun ini telah dibawa ke mahkamah.
Jadi, soalan saya adalah adakah kementerian sedia untuk memberi arahan supaya bagi proses pendaftaran membuka akaun ini di TNB boleh ditambah baik dengan mengenakan langkah supaya fingerprint diambil daripada hanya mengemukakan salinan MyKad semata-mata. Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Secara peribadinya, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Malah perkara ini saya pernah bangkitkan secara perbincangan dengan pihak TNB. Walaupun dari segi prosesnya itu hasratnya mungkin untuk memudahkan pembukaan akaun untuk penyaluran sebab bila buat permohonan sekiranya berlaku birokrasi yang merumitkan dan merenyahkan itu, itu akan menyebabkan kesan yang lain.
Tetapi mengambil kira risiko yang dihadapi ketika ini, itu antara perkara yang mungkin kita boleh teliti dengan pelaksanaan dengan lebih segera kerana ia nya tidak melibatkan perundangan ataupun pengubahan dari segi dasar, Bitcoin, perlombongan dan sebagainya.
Cuma, perkara ini perlu diteliti oleh pihak pelaksana, TNB dan juga Suruhanjaya Tenaga sama ada perkara ini boleh diuruskan di peringkat dari segi garis panduan dan sebagainya kerana ia nya juga melibatkan isu contractual lah untuk pihak pengguna nak dapatkan bekalan. Jadi, ada sedikit nak kena teliti di peringkat garis panduan tersebut. Tapi saya percaya itu antara quick win ataupun langkah yang segera kita boleh teliti bagi mengelakkan penggunaan identiti secara mencuri jugalah, dia curi tenaga, dia curi identiti orang lain.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Seterusnya, persoalan terakhirlah daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail. Mulanya dia memuji melangit, saya dah agak dah kalau dia memuji melangit, ada bendalah tu yang dia nak bawanya tu. Daripada dulu lagi, saya memang dah faham YB Senator.
Jadi, dari segi untuk beberapa persoalan ini, berkaitan penjelasan berkenaan eksport tenaga ke Thailand ― berapakah banyak tenaga yang dieksport ke Thailand? Okey, yang ini saya boleh bagi beberapa gambaranlah bila ― sebagai contoh memang ― dia kalau kita tengok dari segi konsep ASEAN Power Grid, ketika ini sebenarnya transaksi antara negara- negara ASEAN ini ada yang berlaku tapi perjanjian itu berlaku antara negara berkenaan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi sebagai contoh, mungkin kalau kita teliti dari segi penyaluran itu nampak datang daripada Thailand. Tapi sebenarnya kita juga ada perjanjian sebagai contoh yang dipanggil LTM-PIP iaitu Laos, Thailand dan Malaysia Power Integration Project yang dilaksanakan pada tahun 2018 dan kemudian LTMS Laos, Thailand, Malaysia, Singapore yang mana projek perdagangan pelbagai hala ini membolehkan disalurkan tenaga elektrik daripada sumber hidro sehingga 100 megawatt dari Laos ke Singapura melalui Thailand dan Semenanjung dan Malaysia pun ada ambil sebahagian daripada tenaga tersebut.
Jadi sebab itu, dari segi konsep bila Yang Berhormat Senator sebut dari segi keperluan masa panjang, masa akan datang, maksudnya Yang Berhormat nampak bahawa bila sebut kepentingan untuk kita membolehkan perdagangan tenaga boleh baharu ini bukan soal keuntungan semata-mata. Ini soal kestabilan grid, soal keselamatan dan boleh usaha sama kerjasama itu berlaku merentas sempadan.
Berkenaan dengan cabaran yang berlaku di Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman dan sebagainya. Itu antara cabaran yang kita hadapi dan kita telah pun sebenarnya menyerahkan kuasa perundangan itu kepada Sabah — yang Sarawak memang bukan di bawah apa nama Suruhanjaya Tenaga tetapi di Sabah ini pun kita telah serahkan kepada Sabah yang mana bila kita sebagai contoh bila kita pinda akta ini, Akta 447 ini. Ini hanya terguna pakai untuk di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga.
Jadi, seterusnya bagaimana ini tertakluk kepada kuasa eksekutif dan apa-apa pembuatan perundangan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri. Jadi bagaimana untuk kawal selia di penjualan di Borneo dan sebagainya itu, itu memang kita akan teliti, kita tengok, tapi itu memang di bawah kuasa kerajaan negeri.
Mengenai tarif elektrik bentuk yang mesra rakyat, yang ini kalau saya boleh nyatakan sebenarnya ada perbezaan yang baik bila tarif yang baru ini diperkenalkan tahun ini. Yang mana kalau Yang Berhormat sebutkan sentimen yang cuba dibangkitkan sebelum ini, tarif elektrik ini akan naik dan sebagainya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tetapi semenjak tarif ini mula dikuatkuasakan, kebanyakan pengguna — sebab memang kita nyatakan 85 peratus pengguna itu tidak terkesan malah mengalami penurunan.
Jadi, kalau nak dibuat perbandingan sebagai contoh bila tarif baharu ini diperkenalkan, kita perkenalkan beberapa elemen.
Sebagai contoh, kita ada yang dipanggil Insentif Cekap Tenaga iaitu pengguna domestik yang menggunakan bawah 1,000 kilowatt per jam ini akan mendapat manfaat secara terus ada Insentif Cekap Tenaga dan juga untuk PMKS yang menggunakan elektrik 200 kilowatt ke bawah.
Tambahan pula untuk pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kilowatt jam dan ke bawah juga, dikecualikan daripada pembayaran caj peruncitan dan juga caj Pelarasan Kos Bahan Api ataupun AFA. Kalau Yang Berhormat Speaker, bagi saya yang ini, ini terakhir yang saya cuba jelaskan.
Kalau sebelum ini bila kita sebut pelarasan tarif itu, kita nampak berlaku setiap enam bulan sebelum ini yang dipanggil elemen ICPT. ICPT itu untuk kita pelepasan dari segi kos bahan api yang mana berlaku setiap enam bulan kerajaan akan review. Tetapi dengan pengenalan tarif yang baru ini, kita tukar kaedah daripada ICPT kepada AFA iaitu dipanggil Automatic Fuel Adjustment kerana feedback daripada industri mengatakan tempoh enam bulan itu agak lama, mereka untuk buat rancangan perniagaan itu terganggu dan perkara itu juga dibimbangi sekiranya ada elemen campur tangan dan sebagainya.
Jadi, maka kerajaan memperkenalkan AFA untuk kali ini yang mana untuk tempoh bulan pertama sejak kita kenalkan tarif berlaku rebat sebenarnya, pengurangan kerana kos bahan api itu menurun. Jadi, sebenarnya di pihak industri pun kita dapat perkhabaran yang positif kerana kita membenarkan adjustment itu berlaku secara bulanan. Jadi, bila berlaku penurunan yang dapat keuntungan itu adalah pengguna.
Sekiranya berlaku peningkatan pun, pengguna perlu uruskan dengan sebaik mungkin tetapi kita ada cap-lah untuk sekiranya peningkatan itu berlaku luar biasa dan kerajaan boleh menilai perkara itu dengan lebih teliti. Saya rasa cukup sekadar itu, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Insya-Allah, selepas ini kita kepada akta yang seterusnya. Terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan yang dibawa oleh lima, tujuh orang Senator yang berbahas tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal) dan diluluskan]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ada sesiapa yang menyokong.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan saya ada seramai empat orang ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan, yes?
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Puan Speaker, Puan Speaker. Saya rasa Menteri belum buat penjelasan lagi.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Oh, sorry.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Itu datang setelah dibuat penjelasan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Sudah tengah hari, mohon maaf.
[Ketawa]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tak berhenti makan Puan Yang di- Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Mohon maaf. Okey, thank you for reminding me. Dipersilakan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Okey boleh teruskan. Puan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya untuk turut membentangkan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, yakni Akta 610, yang mana ia adalah susulan daripada Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 yang telah diluluskan Dewan yang mulia ini sebentar tadi.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, latar belakang bagi pindaan yang saya cadangkan melalui RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 adalah untuk mewujudkan peruntukan dengan jelas berhubung kuasa pengawalseliaan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] merupakan suatu akta yang diwujudkan untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia aktiviti pembekalan elektrik di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan aktiviti pembekalan gas di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] dengan matlamat menyeluruh untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan dan cekap untuk pembangunan negara.
Pindaan Akta 610 adalah untuk menyediakan peruntukan yang jelas berhubung kuasa pengawalseliaan terhadap perkara-perkara berkaitan, aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik ke luar Malaysia dan daripada luar Malaysia termasuklah berkaitan pelesenan dan pengawalseliaan kepada aspek teknikal dan komersial melalui penetapan syarat-syarat sebelum sesuatu tenaga elektrik tersebut boleh dieksport dan diimport dan mengawal selia pelaksanaan perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan dan pengurusan aktiviti hijau bagi membolehkan tadbir urus aktiviti hijau bekalan elektrik negara dilaksanakan secara berpusat.
Secara keseluruhannya pindaan Akta 610 ini memperuntukkan kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengeluarkan lesen dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pelesenan, pengimportan dan pengeksportan elektrik, garis panduan yang berhubungan dengan aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik serta pengawalseliaan berkaitan aktiviti tersebut.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, pindaan yang saya cadangkan melalui Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 ini melibatkan dua fasal seperti berikut.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 14(1) Akta 610 dengan memasukkan perenggan baharu 14(1) (na) ke dalam Akta 610 dengan cadangan fungsi pengawalseliaan ke atas pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kesimpulannya saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini serta memperkukuhkan fungsi kawal selia Suruhanjaya Tenaga dalam industri bekalan elektrik sekali gus membolehkan perkara-perkara berkaitan pengimportan dan pengeksportan elektrik yang dipertanggungjawabkan Suruhanjaya Tenaga dapat dilaksanakan berdasarkan perundangan yang jelas. Pindaan ini juga akan menjadikan akta ini lebih relevan dengan keperluan semasa dan memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Saya menyokong.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan saya ada seramai empat orang Ahli yang hendak berbahas. Maka saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah lima minit seorang. Saya mempersilakan pembahas yang pertama Yang Berhormat Tan Sri Dato' Low Kian Chuan.
Sekarang skrip betul ya. Mempersilakan.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 berikutan pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 di Dewan yang mulia ini.
Pindaan RUU ini penting untuk memperkukuh pengurangan pengawal selia pengurusan tenaga elektrik bagi memastikan urus niaga merentas sempadan dilaksanakan secara telus dan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan dan mengutamakan kepentingan dan keselamatan negara.
Tan Sri Dato' Low Kian Chuan
Puan Yang di-Pertua pindaan ini menambah subseksyen baharu di bawah seksyen 14(1)(na) Akta 610 selaras dengan pindaan ke atas Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi memberikan kuasa kawal selia kepada Suruhanjaya Tenaga dalam aktiviti eksport dan import elektrik. Langkah ini penting untuk memastikan kelancaran bekalan tenaga, mengelakkan ketidakstabilan pasaran, melindungi kepentingan negara dan mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara jiran melalui perdagangan elektrik yang efisien dan beretika.
Ia juga memadai peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang terlibat dalam inisiatif serantau untuk memuktamadkan perang induk ASEAN Power Grid (APG) pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang pada bulan Oktober.
Namun saya ingin kemukakan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut. Pertama, setakat mana tahap kesiapsiagaan infrastruktur Grid Nasional Malaysia untuk menyokong eksport elektrik berskala besar terutamanya dalam konteks keperluan untuk mengatasi cabaran pengurusan tenaga boleh baharu dan meningkatkan kapasiti penghantaran yang lebih jauh ke negara jiran. Pada hemah saya pelan transformasi grid yang dirangka dan dilaksanakan semestinya meningkatkan keupayaan ini mesti meliputi pembangunan grid pintar, pengukuhan rangkaian penghantaran dan peningkatan kesalinghubungan serantau.
Kedua, kuasa Suruhanjaya Tenaga dalam mengubah garis panduan eksport tenaga hijau perlu lebih diperincikan. Apakah jaminan bahawa garis panduan tersebut akan benar- benar selari dengan komitmen negara terhadap pengurangan karbon dan tidak menjadi ruang kelonggaran yang akhirnya melemahkan agenda tenaga lestari kita.
Ketiga dari segi implikasi kewangan. Kenyataan dalam RUU hanya menyebut bahawa ia akan melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan. Saya mohon agar pihak kerajaan memberi unjuran kos serta bagaimanakah unjuran kos sebenar ini akan dikawal selia agar tidak membebankan kewangan kerajaan dan rakyat. Adakah terdapat mekanisme semak dan imbang yang bebas untuk menilai kos dan memastikan manfaat pelaksanaan peraturan baharu ini?
Kesimpulannya, RUU ini menyediakan asas perundangan yang kukuh untuk mengawal selia perdagangan elektrik rentas sempadan import dan eksport. Yang paling pentingnya pelaksanaannya harus mengutamakan bekalan domestik, keterjaminan tenaga, kelestarian alam sekitar serta memastikan tadbir urus yang telus. Dengan itu saya menyokong RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025. Sekian terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng.
Puan Tiew Way Keng
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berbahas berhubung RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 ini. Pindaan kali ini amat signifikan kerana ia menambah kuasa Suruhanjaya Tenaga untuk mengawal selia aktiviti pengimportan dan pengeksportan elektrik negara.
Malaysia kini bukan sahaja penjana dan pengguna tenaga, tetapi juga sedang menuju ke arah pusat tenaga serantau dengan izin, regional energy hub. Menurut laporan ASEAN Power Grid, permintaan tenaga rentas sempadan meningkat hampir lima peratus setahun.
Malaysia telah mula mengeksport elektrik ke Singapura melalui projek interkoneksi sejak tahun 2022. Kini jual menjual tenaga boleh baharu ke Singapura sejak Disember 2024.
Import elektrik juga semakin relevan khususnya daripada tenaga hidro Sarawak ke Kalimantan yang merupakan sebahagian Trans Borneo Power Grid untuk menyokong pembangunan Ibu Kota Nusantara di mana juga disokong oleh Bank Pembangunan Asia sebagai projek utama BIMP-EAGA dan juga mengimport tenaga angin daripada Vietnam melalui kabel dasar laut. Tanpa pemantauan ketat ia boleh membuka ruang risiko keselamatan tenaga negara.
Puan Tiew Way Keng
Maka, pindaan ini tepat pada masanya untuk memastikan setiap unit elektrik yang keluar dan masuk sempadan negara dikawal selia demi kedaulatan tenaga dan kepentingan rakyat. Masalah gangguan bekalan elektrik sering berlaku di beberapa kawasan sebelum ini.
Khususnya pada bulan lepas, gangguan bekalan elektrik telah berlaku di beberapa bahagian di kawasan Petaling Jaya, Selangor dengan Tenaga Nasional Berhad mengarahkan pasukan teknikal untuk menyelesaikan isu ini.
Gangguan bekalan elektrik sebegini telah menjejaskan operasi perniagaan kawasan terjejas selain daripada membawa kesusahan kehidupan rakyat. Adakah Suruhanjaya Tenaga meminta Tenaga Nasional Berhad untuk memberi laporan bagi setiap gangguan bekalan elektrik dan apakah relief atau pampasan yang seharusnya diberikan kepada mereka yang terjejas akibat daripada gangguan bekalan elektrik sebegini? Statistik kumulatif kes untuk sekian meter bekalan elektrik di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2024 adalah sebanyak 218,852 kes...
[Tidak jelas] Kerana bagi kes yang direkodkan dari Januari hingga Oktober 2024 sahaja adalah 26,594 kes.
Menurut rekod daripada Parlimen Malaysia, kes-kes ini bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada TNB, jika benar-benar berlaku, tetapi juga membawa kemudaratan kepada pemilik akaun barangkali ialah pemilik premis yang terpaksa membayar beratus-ratus ribu ringgit yang mana kejanggalan meter berlaku tanpa pengetahuan mereka. Ada sesetengah kes yang dibawa ke mahkamah, pihak TNB telah menjalankan pemeriksaan tanpa
Puan Tiew Way Keng
penglibatan wakil daripada Suruhanjaya Tenaga. Adakah pemilik hartanah terpaksa membayar atas kes-kes tersebut?
Saya berharap pihak Suruhanjaya Tenaga dapat menghantar wakil setiap kali apabila pihak TNB menjalankan pemeriksaan supaya pengawal seliaan dapat dilakukan. Saya juga ingin membuat beberapa cadangan untuk penambahbaikan yang mana laporan tahun eksport import elektrik di mana Suruhanjaya Tenaga perlu membentangkan kepada Parlimen data yang lengkap eksport termasuk pulangan kepada negara. Bagi dana kecemasan Tenaga Nasional iaitu sebahagian daripada hasil eksport elektrik patutlah disalurkan untuk menampung pampasan pengguna tempatan ketikanya berlaku gangguan. Saya juga mencadangkan supaya setiap kontrak eksport import wajib melalui audit risiko keselamatan negara, bukan sekadar penilaian ekonomi.
Dan saya juga mencadangkan bagi eksport elektrik haruslah memastikan memberi keuntungan adil kepada negara bukan hanya kepada syarikat utiliti. Saya juga ingin mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
*Arus mengalir deras di hulu, Salur ke sawah jadi bekalan; Kuasa suruhanjaya kini dipadu, Mengawal eksport demi keselamatan.
Pagi cerah mentari bercahaya, Burung berkicau di pohon sena; Bekalan rakyat tetap terpelihara, Malaysia berdaulat rakyat sejahtera.* Maka dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih. Sedap bunyi pantun itu ya.
Okey, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Anna Bell.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan di atas ruang, peluang untuk saya turut serta membahaskan rang undang-undang yang amat penting pada hari ini.
Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin — terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak kerajaan atas usaha berterusan dalam memperkukuhkan sektor tenaga negara termasuklah dengan membawa pindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 yang sedang kita bahaskan pada hari ini. Pindaan ini melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran baru dalam industri
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
tenaga khususnya dalam memastikan sumber tenaga negara dapat dikawal selia dengan baik, telus dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat serta negara.
Puan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah antara lain memberikan Suruhanjaya Tenaga fungsi penyeliaan terhadap aktiviti import dan eksport tenaga elektrik. Perkara ini adalah satu langkah yang amat baik kerana sebelum ini tiada suatu kerangka undang-undang yang jelas dalam mengawal selia pergerakan keluar masuk tenaga elektrik merentasi sempadan negara.
Dengan adanya peruntukan ini, segala aktiviti perdagangan elektrik dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, tersusun dan berlandaskan undang-undang.
Namun demikian, timbul persoalan besar yang wajar diberikan perhatian iaitu kepada siapakah suruhanjaya ini bertanggungjawab dalam melaporkan prestasi tahunan berkaitan aliran eksport dan input elektrik. Adakah laporan tersebut akan dibentangkan kepada Parlimen bagi tatapan umum ataupun sekadar kepada kementerian tertentu sahaja? Saya berpendapat ketulusan dalam hal ini amat penting kerana ia melibatkan aset strategik negara.
Selain itu, saya juga ingin menyentuh bahawa pindaan ini sememangnya baik namun kerajaan perlu meneliti suatu perkara lain iaitu kemungkinan berlakunya peningkatan perbelanjaan kerajaan akibat pemberian kuasa tambahan kepada pihak suruhanjaya. Kos berkaitan pengurusan, teknikal, pentadbiran serta pemantauan akan bertambah seiring dengan fungsi baharu yang diberikan. Justeru, soalan yang perlu dijawab ialah sama ada kerajaan telah membuat penilaian mendalam mengenai pulang balik (return on investment), dengan izin, daripada perbelanjaan ini. Apa yang penting ialah segala kos yang ditanggung kerajaan mestilah membawa manfaat langsung kepada rakyat, bukan sekadar menambah beban kewangan negara.
Puan Yang di-Pertua, melalui RUU ini, suruhanjaya juga diberikan kuasa untuk mengeluarkan lesen import dan eksport tenaga elektrik. Di sini timbul lagi satu persoalan iaitu, apakah kriteria yang digunakan dalam menilai pemohon yang layak mendapat lesen tersebut?
Adakah ia terhad kepada pihak tertentu sahaja atau terbuka luas kepada pelbagai pemain industri termasuk pelabur baharu? Saya mencadangkan agar kriteria pemberian lesen ini diperincikan dengan jelas, telus dan saksama supaya tidak berlaku dominasi oleh satu pihak atau monopoli dalam industri tenaga. Dengan cara itu, kita dapat menarik lebih ramai pelabur serta meningkatkan daya saing negara dalam perdagangan tenaga sekali gus memberikan kelebihan ekonomi kepada Malaysia.
Akhir sekali, saya ingin merumuskan bahawa pindaan ini adalah satu langkah positif ke arah memperkukuhkan sektor tenaga negara. Namun, dalam keghairahan kita membuka ruang kepada perniagaan elektrik ke luar negara, kerajaan perlu memastikan bahawa bekalan tenaga domestik sentiasa mencukupi dan stabil. Keutamaan yang paling utama ialah memastikan setiap rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah serta
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Sarawak masih ketinggalan dari segi infrastruktur elektrik, mendapat bekalan elektrik tenaga yang mencukupi. Jangan sampai kita sibuk mengeksport tenaga ke luar negara sedangkan rakyat kita sendiri masih hidup dalam kegelapan.
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini dengan penuh keyakinan. Tetapi dalam masa yang sama, saya menyeru agar kerajaan mengimbangkan antara kepentingan perdagangan antarabangsa dengan tanggungjawab menyediakan bekalan elektrik yang adil, berkualiti dan inklusif kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih dan pembahas yang terakhir adalah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya terus masuk kepada isu-isu yang berkaitan dengan bagaimana suruhanjaya ini mampu berdepan dengan isu-isu dan cabaran kerana saya merasakan bahawa isu ini kalau tidak diambil kira lebih awal, mungkin kita terpaksa membuat beberapa lagi pindaan-pindaan, tetapi walaupun demikian apa yang sedia ada dalam kertas yang kecil ini untuk dipinda sebenarnya membuka ruang yang luas untuk kita meneliti apa yang ada pada isu-isu dan cabaran semasa.
Izinkan saya untuk menurunkan beberapa cabaran dari sudut satu jenayah baru yang mungkin muncul dalam kita cuba untuk mencapai isu green attribute ini. Pertama ialah tentang bagaimana kalau berlaku contohnya sijil palsu yang dikeluarkan, iaitu yang kita kata Malaysia Renewable Certificate itu. Kita tahu sijil palsu ini mungkin bila dah berkembang maka yang palsu pun akan berkembang juga.
Jadi, ada sesetengah pihak sama ada dalaman atau luar negara, dia beli sijil kita ini dengan niat untuk dia nak melaporkan kepada pelaporan ESG. Di situ yang utamanya, kerana mereka nak melaporkan ESG, iaitu Environmental, Social and Governance punya report, pelaporan. Jadi, ada kemungkinan tak berlaku pemalsuan sijil di mana mereka membeli, tetapi tidak pun melaksanakan, sekadar meletakkannya di dalam pelaporan ESG. Itu, itu satu contoh yang boleh kita anggap sebagai the green fraud, pemalsuan green, sedangkan kita juga bercakap tentang certification yang juga merupakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya ini.
Seterusnya ialah saya ingin bertanya juga tentang piawaian, standardisation, piawaian, dari sudut integriti. Kalau kita bercakap tentang Malaysia nak menjadi hab kepada green technology ini, sumber kuasa green ini, maka apa dia punya piawaian yang memungkinkan ada kepercayaan kepada kita sebagai pengeksport mahupun apa yang kita nak import pada masa yang depan.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Jadi, kita akan hadapi isu-isu piawaian seperti Greenhouse Gases Protocol dari segi apakah kita follow yang itu? Juga International Renewable Energy Certificate punya standard dan juga yang saya rasa paling besar dalam usaha ini ialah RE100 yang mana mereka mensasarkan bahawa pada tahun 2035 syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Apple dan lain-lain akan cuba memenuhi 100 percent menggunakan renewable enery.
Sudah tentulah di sana kita terikat dengan piawaian ini bagi melahirkan integriti serta ketelusan di dalam coorporate renewable energy scheme itu, supply scheme. Sebab kita tahu kompeni-kompeni besar ini dalam dia nak mengejar keuntungan dia mungkin menggunakan skim-skim ini bagi mengelak apa sahaja orang kata nak membuktikan dia ini sebenarnya adalah 100 percent menggunakan renewable energy.
Jadi, isu-isu sebegini rupa termasuklah kita akan berdepan juga penyeludupan. Dulu secara fizikal, tapi sekarang penyeludupan gas. Penyeludupan green attributes ini. Certificate macam mana dia boleh lepas rentas dengan cara yang illegal.
Perkara-perkara ini saya kira perlu diambil kira in terms of adakah suruhanjaya ini punya satu kekuatan untuk berdepan dengan apa sahaja teknologi-teknologi yang ada ini supaya kita punya usaha untuk menjadi hab kepada renewable energy di ASEAN ini khususnya mempunyai kepercayaan yang tinggi daripada pelabur-pelabur yang mungkin akan melihat aspek ini sebagai satu key indicator yang penting untuk mereka melabur.
Jadi, saya harap suruhanjaya ini mampu berdepan dengan semua cabaran ini dan mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Syabas dan tahniah atas usaha ini. Sekian, terima kasih.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid. Dan seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada empat orang Senator yang telah mengambil bahagian dan saya kira banyak penjelasan telah diterangkan dalam jawapan RUU sebelum ini tetapi saya akan cuba jawab perkara-perkara baru ataupun yang mungkin terkait dengan akta ini.
Pertama, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan, iaitu berkenaan dengan kesiapsiagaan dari segi grid untuk kemasukan projek berskala besar dan sebagainya. Kalau saya boleh bagi gambaran cabaran dalam kita menguruskan utiliti ini dalam pengurusan tenaga elektrik, kalau kita overinvest ataupun kita — infra itu terlebih dari apa yang kita perlukan, kos itu ditanggung oleh kita.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Kalau tidak mencukupi pula, maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan. Maka sebab itu dinamik yang kita ada untuk memastikan kelangsungan industri bekalan elektrik ini kita kena memastikan infrastruktur itu selari ataupun seiring dengan permintaan, pengeluaran dan sebagainya.
Jadi, sebab itu dalam menguruskan dinamik ini, kalau di peringkat kerajaan sebagai contoh, memang kita ada yang dipanggil untuk sistem Incentive-based Regulation (IBR) yang mana ini membolehkan perkara itu kita semak setiap tiga tahun supaya tarikh itu reflect dengan keperluan yang ada.
Maka sebab itu, sebagai contoh, di bawah kerangka Incentive-based Regulation (IBR) untuk tempoh RP4 iaitu bila kita umum tarif yang baru itu untuk tempoh tiga tahun bermula untuk 2025 sehinggalah 31 Disember 2027. Jadi, sebenarnya memang dalam pengumuman itu kita bersekalikan sebanyak RM10 bilion perbelanjaan modal ataupun *capital expenditure
(CapEx)* yang telah diluluskan di mana keutamaan telah diberikan kepada kestabilan dan juga mutu perkhidmatan pembekalan elektrik yang berkualiti melalui pengukuhan infrastruktur grid seperti menaik taraf infrastruktur sedia ada dan menambah baik infrastruktur bagi memenuhi keperluan pengguna.
Seterusnya, daripada Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng, persoalan yang mengenai dari segi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak TNB. Jadi, bila berlaku sebarang gangguan dan sebagainya, memang kita minta pihak TNB untuk laporkan kepada pihak ST dan perkara ini juga, kita ada merekodkan dari segi yang kita panggil SAIDI ini untuk menilai tahap keberkesanan pembekalan ini secara bulanan.
So, jadi, di pihak Suruhanjaya Tenaga ini kita akan minta TNB untuk bentangkan perancangan untuk memperkukuhkan sistem bekalan elektrik secara berkala. Dan bila kita buat kaedah ini juga, kita akan lebih kenal pasti apakah punca bila berlaku gangguan tersebut.
Kerana ianya mungkin melibatkan dari segi mekanikal ataupun teknikalnya. Jadi, perkara itu memang kita teliti secara menyeluruh sama ada dari segi pampasan dan sebagainya, perincian itu boleh teliti di laman web ST.
Saya pernah teliti perkara tersebut, tetapi dia ada lah syarat dan terma yang kita guna pakai. Kemudian, dari segi Yang Berhormat meminta kepastian supaya tidak — pengeksportan, pengimportan ini tidak membebankan rakyat atau hanya kepada syarikat utiliti yang saya pun telah terangkan tadi.
Maksudnya, proses ini melalui secara bidaan dan bila berlaku transaksi dan sebagainya, segala lebihan itu, hasil lebihan itu dimasukkan ke dalam tabung Kumpulan Wang Industri Elektrik. Jadi, dia akan masuk ke dalam KWIE dan seterusnya ini yang boleh dimanfaatkanlah untuk kita menstabilkan tarif dan sebagainya.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Seterusnya Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell, ada bertanya mengenai bagaimanalah untuk kita bila sudah pasti ada fungsi tambahan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga, jadi apakah implikasi dari segi kewangan dan sebagainya? Jadi, kerajaan sememangnya telah mengambil kira perkara ini dan sebahagian daripada kutipan penjualan bekalan elektrik juga diperuntukkan sebagai kos pentadbiran entiti yang terlibat bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kos pentadbiran ekoran pertambahan fungsi baru.
Selain itu, kos pentadbiran bagi urusan kawal selia ini juga akan diperolehi daripada kutipan lesen terhadap pihak yang akan terlibat dalam aktiviti import dan eksport bekalan elektrik ke luar negara kelak. Jadi, memang kita akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan kos neutral iaitu tidak ada kesan kepada pengguna tarif sedia ada dalam negara kita.
Seterusnya, dari segi pemberian lesen itu. Siapakah yang boleh mendapat lesen, apakah kriteria? Memangnya sebagai makluman untuk aktiviti import dan eksport tenaga adalah tertakluk kepada kelulusan pelesenan, pematuhan kepada syarat teknikal serta pengawasan berterusan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Jadi, proses permohonan penilaian dan kelulusan dijalankan secara telus berasaskan prinsip objektif dan selaras dengan dasar serta garis panduan yang telah ditetapkan. Jadi, bagi menjamin integriti pasaran dan kestabilan bekalan, setiap urusan rentas sempadan turut mengambil kira kepentingan strategik negara dan keperluan bekalan elektrik dalam negeri yang mencukupi.
Jadi, mana-mana pihak yang telah menawarkan kadar tarif yang paling kompetitif menerusi mekanisme dan berjaya dalam bidaan, jadi harga kos dan sebagainya itu kita melalui proses bidaan ini maka merekalah yang akan diberikan ruang untuk membekalkan sama ada dari segi eksport ataupun import.
Kemudian, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof melangkah ke hadapan beliau dah bimbang soal berlakunya pemalsuan dan sebagainya.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi sebab itu melalui akta ini, pandangan Yang Berhormat itu ada benarnya untuk kenapa akta ini kita bentangkan. Jadi sebab itu, sebelum kita — bila kita sebut soal pengimportan ataupun pengeksportan tenaga boleh baharu, ianya datang juga dengan atribut hijau tadi, REC dan sebagainya.
Jadi sebab itu, antara cabaran yang pertama, kita mengapa perlu ada perkara ini, adalah untuk kita mengelakkan dengan izin, double counting iaitu tidak ada berlakunya pengiraan berganda. Jadi kalau tidak adanya akta ini, bimbang nanti dia mengaku, “Oh, kita dah dapat daripada Malaysia.” tapi sebenarnya rekod kita tak ada. Jadi sebab itu, bila ada kawal selia yang jelas ini, maka perkara itu boleh disemak dengan mudah. Jadi sijil REC yang
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
palsu tidak akan mempunyai rekod dalam registry untuk REC yang dikeluarkan dekat mana- mana negara nantilah bila kita dah selaraskan perkara ini.
Dan pada masa yang sama, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Seri, Malaysia mengguna pakai standard antarabangsa dalam pengeluaran REC bagi memenuhi permintaan syarikat MNC. Langkah ini juga bertujuan untuk menjamin integriti sijil yang dikeluarkan kerana ia mengguna piawaian antarabangsa yang diperakui kebanyakan syarikat-syarikat korporat antarabangsa dalam memenuhi komitmen ESG. Jadi untuk tujuan tersebut, Yang Berhormat ada nyatakan di peringkat antarabangsa pun dia ada kumpulan RE100 dan sebagainya. Jadi, kita memang kena bergerak seiring dengan apa yang berlaku dari segi piawaian di peringkat antarabangsa.
Dan akhir sekali, dari segi macam mana kekuatan untuk menghadapi teknologi yang ada supaya negara jadi regional hub dan mempunyai keupayaan ataupun kepercayaan yang tinggi daripada pelabur. Jadi, yang ini memang ya lah kita tengok dari segi proses peralihan tenaga ini, alhamdulillah di peringkat negara kita ini memang bukan sekadar menggarap dari segi keupayaan kita sendiri tetapi menggarap minat pelabur-pelabur luar terutamanya selepas pelancaran NETR dan sebagainya.
Jadi untuk tujuan dari segi kekuatan ini, memang koordinasi dan libat urus yang rapat antara pihak ST dan juga bersama agensi dan kementerian yang terlibat ini, insya-Allah, dari segi keupayaan ini kita dapat tingkatkan dan dengan — selari dengan apa yang diperuntukkan melalui akta dan garis panduan yang kita akan kemukakan nanti. Jadi, saya rasa cukup sekadar itu daripada empat Senator yang telah berbahas. Jadi, saya ucapkan terima kasih.
Antara cadangan dan pandangan itu, saya — kita akan teliti dan jawapan tadi harap dapat memberi kelegaan kepada Yang Berhormat untuk terus menyokong pindaan RUU Suruhanjaya Tenaga. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa ] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
[Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal) dan diluluskan]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Silakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat petang, salam sejahtera Puan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, mengikut catatan sejarah, Akta Perikanan 1963 iaitu Akta 210 merupakan perundangan pertama yang digubal untuk mengawal selia industri perikanan di negara ini.
Akta tersebut kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perikanan 1985 ataupun Akta 317 yang telah melalui beberapa pindaan utama iaitu pada tahun 1993, 2012 dan 2019 bagi memperkukuhkan kawal selia terhadap pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan industri perikanan negara.
Kerajaan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha untuk memastikan kelestarian sektor perikanan negara termasuklah isu ketirisan sumber perikanan, kemerosotan stok ikan, impak perubahan iklim dan persoalan keterjaminan makanan serta jaminan bekalan ikan kepada rakyat. Dalam hal ini, antara cabaran utama adalah aktiviti antropogenik seperti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal, juga dikenali sebagai IUU fishing, illegal unreported and unregulated fishing, penangkapan ikan secara berlebihan serta pencemaran laut yang menjejaskan habitat marin.
Di peringkat antarabangsa, pematuhan kepada instrumen seperti Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG, Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Pelan Tindakan Antarabangsa Menangani IUU Fishing serta Perjanjian Port State Measures amat penting kerana ia menjadi syarat utama negara perdagangan bagi memastikan produk perikanan yang diimport mematuhi standard kemampanan dan ketelusan pengeluaran.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Suruhanjaya Eropah telah melaksanakan dua misi penilaian ke Malaysia pada 17–21 Julai dan 16–17 November tahun 2017 untuk menilai tahap pematuhan Malaysia terhadap perundangan Kesatuan Eropah, memandangkan Malaysia adalah pengeksport utama ikan ke rantau tersebut. Hasil penilaian mendapati perundangan sedia ada tidak mencukupi untuk membanteras aktiviti IUU fishing dan telah menyarankan pindaan yang komprehensif dilaksanakan ke atas Akta 317.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan industri perikanan di peringkat domestik dan antarabangsa, pindaan kepada Akta 317 adalah amat wajar agar isu kemerosotan stok perikanan dapat ditangani dengan berkesan melalui pendekatan pengurusan secara menyeluruh.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Proses penggubalan rang undang-undang ini telah dilaksanakan dengan penuh teliti dan inklusif melalui pelbagai sesi libat urus bersama persatuan nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan serta melibatkan 14 kerajaan negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak. Pindaan Akta 317 telah mendapat pengecualian daripada pelaksanaan Regulatory Impact Assessment atas faktor keterjaminan makanan dan pihak kementerian terus melaksanakan siri libat urus secara menyeluruh bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memperincikan cadangan pindaan ini.
Rang undang-undang ini telah diperakukan oleh Jabatan Peguam Negara pada 25 Februari 2025, dan selanjutnya Jemaah Menteri pada 21 Mei 2025 semasa menimbang memorandum daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 dibentang di Parlimen. RUU ini telah dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian pada 24 Julai 2025 yang lalu dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Julai 2025 lalu dan diluluskan dengan undian sebulat suara oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.
[Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang Dewan Negara yang telah bersidang dalam Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2025 pada 13 Ogos yang lalu khusus bagi meneliti dan memberikan maklum balas terhadap Rang Undang- undang Perikanan (Pindaan) 2025 ini. Saya turut merakamkan penghargaan kepada JPKP SUU Dewan Negara kerana telah memberikan sokongan penuh kepada RUU ini untuk
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
dibentangkan pada hari ini dan seterusnya diluluskan demi memperkukuh pengurusan sektor perikanan negara. Cadangan pindaan ini meliputi enam perkara utama:
(i) membanteras kegiatan perikanan IUU;
(ii) mencegah sebarang aktiviti perikanan di kawasan tercemar.;
(iii) memperkukuh perlindungan taman laut dan rizab laut;
(iv) menaikkan kadar hukuman;
(v) memperjelaskan pemakaian Akta 317 ke seluruh Wilayah Persekutuan; dan
(vi) memperkukuh dasar melalui data yang sahih.
RUU ini mengandungi sebanyak 47 fasal dan, dengan izin, saya akan menghuraikan beberapa fasal yang penting. Bagi menjelaskan aspek hal ehwal pentadbiran, beberapa pindaan utama telah diperuntukkan dalam RUU ini.
Yang pertama, melalui fasal 2, 3 dan 5, pindaan dibuat ke atas tajuk panjang, mukadimah serta seksyen 2 Akta 317 bagi memperjelas skop pengurusan perikanan yang turut merangkumi akuakultur, penyelidikan, pengembangan, keselamatan dan kualiti ikan serta keluaran ikan dan memasukkan takrif baharu dan meminda takrif sedia ada untuk memastikan kejelasan pelaksanaan akta.
Fasal 4 pula memperuntukkan pindaan kepada subseksyen 1(1) Akta 317 bagi memperluas pemakaian undang-undang ini ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Fasal 6 dan 7 akan meminda seksyen 3 bagi memperjelas tanggungjawab Menteri dalam semua hal berkaitan perikanan termasuk akuakultur, penyelidikan, pengembangan serta jaminan keselamatan dan kualiti ikan. Pindaan ini turut menstruktur semula tanggungjawab Ketua Pengarah dengan memperuntukkan seksyen baharu iaitu 3A merangkumi perwakilan kuasa dan fungsi di bawah akta ini.
Fasal 8 dan 9 pula memperkukuh peranan Ketua Pengarah dengan meminda seksyen 6 bagi menetapkan tanggungjawab penyediaan rancangan perikanan termasuk pelan pembangunan dan pengurusan yang boleh melibatkan konsultasi pihak berkepentingan, serta memperkenalkan seksyen baharu 6A yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah mendapatkan rekod, data atau maklumat dari mana-mana pihak bagi menyokong pelaksanaan rancangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkemas urusan pelesenan vesel penangkapan ikan, fasal 10 hingga ke fasal 15 membawa pindaan yang komprehensif. Pindaan ini mensyaratkan permohonan lesen baharu disertakan maklumat keselamatan, keselesaan dan sanitasi, serta memberi kuasa kepada Ketua Pengarah menetapkan spesifikasi dan susun atur vesel. Ketua Pengarah juga boleh mengeluarkan arahan bertulis berkaitan pengurusan perikanan tanpa
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
perlu melalui notis warta. Selain itu, seksyen baharu 10A diperkenalkan berhubung aktiviti pendaratan, pemunggahan, pindah kapal serta penyelenggaraan dan pembaikan vesel tempatan.
Bagi penguatkuasaan lesen, subseksyen baharu 13(3A) menetapkan larangan permohonan semula lesen sehingga atau tidak melebihi lima tahun selepas pembatalan, manakala seksyen baharu 13A mewajibkan pemegang lesen memulangkan lesen serta memaklumkan lokasi vesel dengan ketidakpatuhan dianggap kesalahan. Tempoh sah lesen pula ditetapkan tidak lebih 12 bulan bagi vesel perairan di Malaysia dan tidak lebih 24 bulan bagi vesel di laut lepas, dan juga larangan mengubah suai enjin, merosakkan tanda pengenalan atau peralatan menangkap ikan yang berlesen tanpa kebenaran.
Fasal 16 dan 17 memperketat kawalan terhadap vesel penangkapan ikan asing di perairan Malaysia iaitu dengan menetapkan semua aktiviti pemuatan, pemunggahan, pindah kapal atau penyelenggaraan hanya boleh dilakukan dengan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah dengan meminda seksyen 15 serta mewajibkan nakhoda kapal asing memaklumkan pegawai berkuasa melalui komunikasi elektronik rasmi setiap kali memasuki atau keluar dari perairan negara melalui pindaan seksyen 16.
Fasal 19 hingga 23 memperkukuh aspek penalti dan penguatkuasaan. Penalti am dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM100,000 bagi semua kes kecuali yang melibatkan vesel asing atau vesel tempatan di laut lepas. Denda kesalahan penggunaan bahan letupan, racun, pencemar, arus elektrik atau peralatan dilarang pula ditingkatkan kepada RM250 dengan subseksyen baharu 26(3), (4) dan (5) diperkenalkan bagi membolehkan pengambilan sampel untuk penentusahan pakar.
Selain itu, fasal 21 memperluaskan larangan ke atas aktiviti menangkap, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan mamalia akuatik dan penyu, termasuk bahagiannya, di luar bidang kuasa negeri dengan denda meningkat daripada RM5,000 kepada RM250,000.
Fasal 22 pula menetapkan kesalahan berhubung pemusnahan atau pembuangan ikan, mamalia akuatik, penyu, peralatan menangkap ikan serta bahan letupan, racun atau pencemar.
Manakala fasal 23 menggantikan seksyen 31 dengan peruntukan baharu mengenai pengkompaunan kesalahan bagi memperkemas proses penguatkuasaan.
Bagi perikanan darat, fasal 25 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri, untuk menggalakkan pembangunan, pengurusan, perlindungan dan pemeliharaan kawasan atau spesies perikanan darat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Fasal 26 pula memperkemas kuasa pihak berkuasa negeri serta Menteri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam penggubalan kaedah-kaedah berkaitan penyu dan perikanan darat.
Seterusnya, fasal 28 memberi kuasa kepada Menteri, atas nasihat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut, untuk mengisytiharkan atau membatalkan status taman laut atau rizab laut melalui perintah dalam warta. Namun, syaratnya, kawasan pengganti yang setara dari segi keluasan dan ekosistem hendaklah disediakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Fasal 31 memperuntukkan denda maksimum kepada RM1 juta bagi kesalahan tertentu di taman laut atau rizab laut. Di samping memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk mengarahkan pengalihan struktur yang dibina secara tidak sah, termasuk kos pengalihannya.
Fasal 32 dan 33 meminda seksyen 46 dan 47 bagi memperkemas kuasa pegawai berkuasa di bawah akta ini. Seterusnya, fasal 43 memperkenalkan seksyen baru 56C yang memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk melarang aktiviti perikanan di kawasan atau perairan yang dikenal pasti mengalami pencemaran atau kontaminasi.
Akhir sekali, fasal 45 memperkenalkan seksyen baru 57A yang menetapkan kesalahan khusus berkaitan pemberian kenyataan palsu dalam urusan di bawah akta.
Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, pindaan ini dilihat sebagai sebahagian daripada reformasi dasar dan perundangan dalam memperkukuh kawal selia sektor perikanan negara.
Pindaan terhadap Akta 317 ini amat penting bagi memastikan sektor perikanan negara dapat diurus secara lebih mampan, telus dan bertanggungjawab, sejajar dengan keperluan semasa dan kehendak antarabangsa. Pindaan ini akan dapat menyokong usaha kerajaan dalam menjamin keterjaminan makanan negara dan kelestarian sumber akuatik bagi generasi yang akan datang.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memperbetulkan sedikit kenyataan saya tadi iaitu berkaitan dengan fasal 19 dan 23 serta fasal 21 iaitu tertinggal - jumlah itu adalah sebanyak RM250,000. Juga berkaitan – jumlah itu adalah RM250, bukan RM250. RM250.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
RM250,000.
Datuk Arthur Joseph Kurup
RM250,000.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya.
[Ketawa]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Bukan RM250. Itulah denda yang akan dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Itu dikurang, YB.
Datuk Arthur Joseph Kurup
...Untuk mencadangkan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
RM250, dia jadi kurang.
[Ketawa]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kena potong banyak kosong itu secara tidak sengaja.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan saya ada seramai 12 orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan adalah selama lima minit seorang. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat YB Senator Dato’ Prof. Mohammad Redzuan bin Othman. Tukar nombor ya, kemudian nombor satu sekali. Terima kasih.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya membahaskan RUU Perikanan
(Pindaan) 2025. Saya di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana menganjurkan libat urus pada 28 Ogos yang lalu yang saya kira telah memberikan kefahaman yang mendalam berkaitan pindaan yang dilakukan.
Kita dimaklumkan bahawa Akta Perikanan 1985 ini perlu diperkasakan bagi memboleh isu-isu yang menjurus kepada kemerosotan stok ikan untuk keperluan negara ditangani dengan langkah pengurusan perikanan dapat dilaksanakan secara holistik.
Secara jelasnya, pindaan ini berhasrat untuk menyelesaikan empat masalah utama iaitu merangkumi kerugian perikanan akibat IUU fishing, kemerosotan stok ikan, isu sekuriti makanan dan krisis perubahan iklim.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mulakan perbahasan dengan menyentuh ancaman yang sedang melanda banyak sungai dalam negara kita yang disentuh dalam Akta 25 dan 26 tadi. Yang tidak secara langsung disentuh oleh akta ini, yang turut memainkan peranan mengurangkan stok ikan, khususnya ikan air tawar.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Ini berikutan dominasi yang semakin ketara di sungai-sungai oleh ikan invasif yang boleh menjejaskan sumber ikan air tawar yang terdapat dalam sungai jika kawalan yang berkesan tidak dilakukan.
Dominasi ikan ini menjadi ancaman kepada biodiversiti dan impak buruk kepada pembiakan ikan asli. Spesies ikan invasif yang sedang mengancam sungai-sungai termasuklah peacock bass, nile tilapia, African catfish, redtail catfish, Amazon sailfin catfish ataupun P Pardalis yang lebih biasa dikenali sebagai ikan bandaraya ataupun pleco.
Walaupun Peraturan Perikanan (Larang Import bagi ikan) 1990 telah dipinda pada tahun 2021, kementerian perlu juga menguatkuasakan larangan yang lebih ketat bagi mengelakkan kemasukan sebarang spesies ikan invasif yang – pada masa-masa akan datang.
Secara khusus, saya ingin memperkatakan tentang ancaman ikan P Pardalis atau ikan bandaraya. Pada waktu ini, ikan bandaraya ini hampir menguasai sungai-sungai di Lembah Klang seperti Sungai Pusu, Sungai Gombak, Sungai Langat dan sungai-sungai yang lain dan sedang membiak ke sungai-sungai lain di seluruh negara.
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama beberapa NGO, Universiti Malaya, Universiti Selangor dan Universiti Tun Hussein Onn telah melancarkan Program Pleco Pupus melalui komuniti pemburu ikan bandaraya bagi menghalang penguasaan sungai oleh ikan- ikan ini.
Betapa seriusnya ancaman ikan ini dapat dilihat daripada laporan The Star pada 26 Mei 2024 yang melaporkan bahawa sejumlah satu tan ikan bandaraya berjaya ditangkap dalam masa dua jam sahaja. Ini berlaku di Sungai Damansara. Sehingga bulan Mei 2025, sebanyak 40 tan ikan bandaraya telah dimusnahkan dengan 22 tan sahaja telah ditangkap di Selangor.
Operasi menangkap ikan ini di sungai-sungai di negeri Selangor mutakhir ini memperlihatkan bahawa pembiakan ikan ini sudah sampai ke peringkat tidak dapat dikawal sehingga menjejaskan biodiversiti sungai dan mengakibatkan ikan asli hampir pupus.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara maritim yang dikelilingi laut, sungai yang banyak serta kawasan lombong yang boleh manfaatkan, Malaysia sewajarnya tidak mengalami masalah kekurangan sumber ikan, baik ikan air tawar mahupun ikan sumber laut.
Selain keprihatinan yang berkaitan dengan ikan invasif yang dihurai di atas, saya ingin mencadangkan beberapa langkah bagi membolehkan industri perikanan terus berkembang dan berdaya saing bagi memenuhi hasrat pindaan akta ini.
Yang pertama, sektor perikanan yang diceburi oleh masyarakat sering dikaitkan dengan kemiskinan. Dengan pindaan yang dilakukan, usaha proaktif yang lebih giat perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi penglibatan nelayan pantai dalam penangkapan ikan laut
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
dalam. Kementerian boleh memberikan angka, berapakah jumlah keseluruhan lesen penangkapan ikan laut dalam yang dikeluarkan, khususnya di Pantai Timur dan berapa jumlahnya yang dimiliki oleh pengusaha bumiputera?
Yang kedua, masalah pencerobohan nelayan asing masih menjadi ancaman kepada aktiviti perikanan di laut lepas. Malaysia perlu melengkapkan pasukan maritim dengan kapal dan peralatan yang lebih canggih. Dengan penguatkuasaan akta ini, tindakan lebih tegas boleh diambil ke atas pencerobohan oleh nelayan asing. Tindakan tegas yang dilakukan oleh jiran kita Indonesia sebagai contoh, boleh dijadikan sebagai amaran apabila bot nelayan asing yang menceroboh dimusnah dan ditenggelamkan sebagai isyarat jelas ketegasan penguatkuasaan.
Yang ketiga, pada hari ini terdapat permintaan yang tinggi terhadap ikan air tawar seperti patin, tilapia, keli, baung, dan sebagainya. Walaupun... boleh saya ambil masa satu minit, Dato’?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila, sila, silakan. Silakan YB.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Walaupun mendapat sambutan yang tinggi, namun harga ikan air tawar terus meningkat. Sebagai contoh, ikan Patin Sungai Pahang di Temerloh. Ada orang Temerloh? Dah tak ada ya. Sekarang mencecah hampir RM22 sekilo.
Faktor utama kenaikan harga ikan ini adalah kerana kos makanan ikan yang terus meningkat, memandangkan komponen utama bagi makanan ikan diimport dari luar. Hasil R&D yang diusahakan oleh MARDI dan universiti-universiti tempatan bagi penyediaan makanan ikan dari sumber tempatan seperti hampas, isirung kelapa sawit, dedak beras dan sebagainya wajar diperluaskan pengetahuannya kepada penternak ikan supaya mereka sendiri dapat menghasilkan makanan ikan dengan menggunakan sumber tempatan yang harganya lebih murah.
Langkah ini mampu meningkatkan stok ikan bagi memenuhi permintaan ramai. Selain ikan yang menggunakan sumber makanan – sebahagian ikan yang digunakan sebagai makanan, kementerian juga perlu memberi perhatian kepada industri pemeliharaan ikan hiasan.
Ikan arowana yang dipelihara secara komersial di Tasik Merah sebagai contoh, sudah lama terkenal dan mendapat pasaran luas. Industri yang membiakkan ikan hiasan mampu menjana pendapatan yang lumayan dan memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negara.
Akhirnya, aktiviti yang berkaitan dengan perikanan juga pada hari ini bukan sekadar untuk mendapatkan sumber protein. Pada hari ini, sports fishing sebagai contoh, sudah menjadi semakin popular.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Selain itu, aktiviti memancing catch and release untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, menjadi trend waktu ini. Di mana pemancing menangkap ikan, selepas ditangkap, ambil gambar, masuk dalam Facebook, lepas balik. Bukan untuk dimakan ya. Semakin popular termasuklah aktiviti yang dilakukan di Tasik Kenyir dan Tasik Banding. Kementerian boleh memainkan peranan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti pelancongan.
Dato' Yang di-Pertua, bagi membolehkan industri perikanan di Malaysia menjadi sumber ekonomi dan mengambil momentum daripada pindaan akta ini, saya menyokong RUU Perikanan (Pindaan) 2025. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB Senator Dato’ Profesor Mohammad Redzuan. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Musoddak.
Seorang Ahli
Tak ada.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Aik, tidak ada. Kalau begitu saya teruskan dengan YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan.
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang untuk bersama dalam perbahasan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak kementerian atas akhirnya membawa rang undang-undang pindaan ini yang diketengahkan dan dibaca oleh Timbalan Menteri sebentar tadi.
Industri perikanan di Sabah adalah salah satu penggerak utama ekonomi negara.
Namun hakikatnya, wilayah ini terus beroperasi dengan tangan terikat. Sabah menyumbang hampir 25 peratus daripada keseluruhan pengeluaran ikan negara, tetapi tidak memiliki kuasa autonomi untuk menggubal dasar dan merancang pembangunan industri perikanan laut dalamnya sendiri.
Sejak Ordinan Perikanan Sabah 1963 dimansuhkan pada 1972 melalui Extension Order 1972, dengan izin, dan kemudian digantikan dengan Akta Perikanan 1985, Sabah bergantung sepenuhnya kepada dasar serta undang-undang yang digubal oleh peringkat Persekutuan. Lebih unik lagi, Jabatan Perikanan Malaysia tidak beroperasi di Sabah.
Menjadikan wilayah ini seperti pengeluar utama tanpa kawalan terhadap sektor strategiknya.
Kesan daripada kelemahan punca kuasa ini sangat ketara. Sabah hanya memiliki satu kompleks pendaratan ikan rasmi di Kota Kinabalu yang tidak dikategorikan sebagai pelabuhan perikanan ataupun fisheries port manakala kawasan utama seperti Sipitang, Papar, Tuaran, Kudat, Sandakan dan Semporna kekal kekurangan kemudahan. Sebaliknya, Semenanjung memiliki 48 kompleks pendaratan ikan dan Sarawak mempunyai lima. Malah, menurut laporan rasmi, Sabah sendiri telah mencapai SSL makanan laut melebihi 100 peratus, menjadikan
Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan
wilayah yang bukan sahaja mampu memenuhi keperluan penduduk tempatan malah mempunyai lebihan untuk dihantar ke luar.
Dato' Yang di-Pertua, dalam konteks inilah Rang Undang-undang Akta Perikanan 1985
(Pindaan) 2025 ini amat penting bagi memberikan penurunan kuasa secara mutlak termasuk undang-undang subsidiari yang dibuat di bawahnya. Selain itu, pindaan seksyen 26 memperluas larangan penggunaan bom, racun, arus elektrik dan kaedah merosakkan ekosistem. Masalah yang sejak sekian lama menghantui perairan Sabah terutama pantai timur Sabah khususnya kawasan berisiko tinggi seperti Semporna dan Lahad Datu.
Sementara itu, subseksyen 13(3A) yang mengenakan larangan lima tahun bagi pemohon lesen selepas pembatalan adalah langkah berani yang akan memberi kesan langsung kepada penguatkuasaan. Sabah merekodkan puluhan kes pembatalan lesen setiap tahun dan klausa ini akan mengubah landskap keselamatan perikanan kita daripada sekadar tindakan ringan kepada amaran serius terhadap pelaku jenayah marin.
Sebagai – Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya ada lagi, tetapi oleh kerana masa amat terhad sekali, namun demikian dengan akhir sekali, saya menyokong rang undang-undang ini dan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Datuk YB Bobbey ada 36 saat lagi sebenarnya.
[Ketawa] Baik, tak apa. Terima kasih YB Senator Datuk Bobbey.
Seterusnya, saya menjemput YB Senator Tuan Abun Sui Anyit.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk serta dalam perbahasan rang undang-undang yang meminda Akta Perikanan 1985 ini. Saya akan membincangkan beberapa fasal sahaja walaupun semuanya adalah 28 kerana kita diberikan lima minit sahaja. Beberapa sahaja yang saya akan bincangkan.
Saya menyambut baik usaha yang memperkemas istilah “rampasan” kepada “pelucuthakan” iaitu dalam pindaan seksyen 52 kerana ia memberi ketepatan dari sudut undang-undang. Namun, saya ingin mengingatkan bahawa pelaksanaan undang-undang ini mestilah jelas supaya tidak menindas pihak nelayan kecil atau komuniti pesisir pantai yang mungkin terkesan.
Seksyen baharu 56A pula keterangan berdasarkan andaian. Saya ingin memberi perhatian khusus kepada peruntukan seksyen 56A iaitu keterangan berdasarkan andaian dan dengan ini, saya mohon pencerahan Menteri ya. Di bawah seksyen ini, jika ketua pengarah atau pegawai yang diperakui memberi keterangan bersumpah mengenai sesuatu barang
Tuan Abun Sui Anyit
sebagai ikan, penyu, alatan menangkap ikan dan sebagainya, ia akan dianggap benar melainkan dibuktikan sebaliknya.
Jadi, persoalan saya adalah kenapa andaian dijadikan asas untuk menuduh pihak tertuduh? Bukankah asas keadilan jenayah ialah beban bukti di pihak pendakwaan, bukan di pihak tertuduh untuk membuktikan dirinya tidak bersalah? Adakah peruntukan ini terlalu memberi kuasa kepada pegawai hingga boleh membawa kepada salah guna? Saya berharap, kerajaan dapat menjelaskan bagaimana prinsip andaian ini tidak akan bercanggah dengan hak asasi dan Akta Keterangan 1950 untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Seksyen 56B, perlindungan pegawai. Saya setuju dengan perlindungan perlu diberi kepada pegawai yang bertugas dengan suci hati. Namun, kita juga mesti memastikan mekanisme semak imbang yang wujud agar kuasa luas yang diberikan tidak disalahgunakan.
Seksyen 56C iaitu larangan aktiviti perikanan. Pindaan ini penting untuk menangani isu pencemaran laut yang semakin meruncing, larangan aktiviti perikanan di kawasan tercemar adalah langkah baik demi keselamatan pengguna dan kelestarian alam sekitar.
Tetapi dalam konteks ini, saya ingin mengajukan beberapa soalan penting kepada pihak kerajaan.
Yang pertama, adakah kerajaan dapat menampung keperluan ikan dalam negara apabila aktiviti perikanan di kawasan tertentu dilarang? Kita tidak mahu rakyat menghadapi masalah kekurangan bekalan ikan. Saya berharap RUU ini bukan sahaja berbentuk teknikal dan penguatkuasaan, tetapi juga berfungsi untuk menambah pendapatan ikan negara agar kita dapat menampung keperluan rakyat tempatan.
Mengawal harga ikan. Realitinya harga ikan di pasaran semakin meningkat, sedangkan Malaysia dikurniakan Tuhan dengan laut yang luas dan hasil laut yang kaya.
Seharusnya, undang-undang ini diselarikan dengan dasar yang mampu mengawal harga supaya rakyat tidak terbeban. Bagaimana RUU ini dapat membantu nelayan darat yang perlu juga dibela terutamanya penduduk tempatan yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan di sungai kawasan kampung masing-masing? Dan juga penjelasan berkenaan dengan pertindihan kuasa antara negeri di muara sungai.
Tuan Abun Sui Anyit
Ada yang mengatakan ia ke dalam ataupun dia banjir, dia akan lain lagi. Jadi sebagai penutupnya Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong tujuan murni rang undang-undang ini untuk memperkukuhkan kawalan dan pengurusan sumber perikanan negara, tetapi pada masa yang sama saya menegaskan supaya ia tidak menindas nelayan, tidak meletakkan beban bukti yang tidak adil kepada tertuduh dan mestilah membantu rakyat mendapatkan bekalan ikan yang cukup berkualiti pada harga yang berpatutan. Jadi dengan ini, saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Abun.
Seterusnya, saya menjemput YB Senator Tuan Michael Mujah Lihan.
Tuan Michael Mujah Lihan
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang berbahas dalam Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.
Saya terlebih dahulu ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian kerana keberanian memperkukuhkan undang-undang perikanan terutamanya dalam menangani isu illegal, unreported and unregulated fishing dengan izin, yang dilaporkan telah merugikan negara sehingga bernilai lebih ratusan juta ringgit setahun. Maka, pindaan yang lebih menyeluruh perlulah meliputi keutamaan kepada aspek kawal selia, pengesanan aktiviti pencerobohan serta penstrukturan semula mekanisme pelesenan dan pemantauan hasil laut secara sistematik.
Oleh yang demikian, saya terus kepada beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan.
Antaranya, dianggarkan stok ikan demersal seperti kerapu, jenahak dan siakap kini hanya tinggal 16 peratus daripada jumlah asal. Satu keadaan yang amat membimbangkan. Malah di Sarawak pula, populasi ikan-ikan eksotik seperti ikan empurau, semah dan sebagainya kian diancam kepupusan akibat penangkapan melampau.
Persoalannya, apakah perancangan jangka panjang yang lebih komprehensif oleh kementerian bagi memulihkan stok ikan bernilai tinggi tersebut? Dato’ Yang di-Pertua, selain itu terdapat juga isu lain yang lebih membimbangkan iaitu kegiatan nelayan asing dari negara jiran yang menceroboh perairan negara kita dan menangkap ikan secara haram sehingga menjejaskan hasil pendapatan serta mengancam keselamatan nelayan tempatan.
Lebih merumitkan keadaan, sistem kawalan berpusat antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dilihat tidak selaras secara menyeluruh menyebabkan tindakan penguatkuasaan menjadi lambat.
Persoalannya, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan satu pusat kawalan bersepadu yang benar-benar efektif antara APMM dan TLDM bagi menjaga keselamatan nelayan di perairan negara? Seterusnya, saya turut ingin mendapatkan pencerahan dari kementerian berhubung cadangan pindaan seksyen 41 iaitu bagaimanakah kerajaan dapat memastikan kawasan gantian bagi suatu kawasan taman laut atau rizab laut yang diwartakan benar-benar setara dari segi kawasan dan ekosistem?
Apakah definisi setara yang dimaksudkan di sini kerana saya melihat tiada mekanisme pemantauan atau indikator saintifik yang dinyatakan melalui pindaan ini yang dapat menjamin keberkesanan penggantian kawasan sekali gus berisiko mengurangkan keberkesanan perlindungan biodiversiti. Faktanya, hanya 5.36 peratus perairan negara pada tahun 2022
Tuan Michael Mujah Lihan
yang telah digazetkan sebagai rizab laut sedangkan sasaran yang ditetapkan ialah 10 peratus menjelang tahun 2030.
Justeru, apakah garis masa realistik yang ditetapkan untuk mencapai sasaran ini? Dan apakah peruntukan kewangan serta sejauh manakah kerjasama bersama kerajaan negeri telah dirangka bagi memastikan kawasan-kawasan strategik benar-benar dapat dilindungi sebagai kawasan marin terlindung?
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai ketidakseimbangan hukuman bagi kesalahan IUU. Saya menyambut baik pindaan ini yang menyemak semula kadar hukuman dengan lebih berat dan setanding dengan kadar yang ditetapkan di negara seperti Thailand dan Indonesia. Namun begitu, dengan membandingkan semakan kadar dalam pindaan- pindaan ini, apakah justifikasi denda maksimum untuk kesalahan menggunakan bahan letupan dan racun ditetapkan pada kadar RM250,000 yang mana lebih rendah dibandingkan kesalahan di taman laut iaitu RM1 juta sedangkan implikasi kerosakan ekosistemnya adalah jauh lebih besar.
Selain itu, pembangunan infrastruktur sokongan seperti jeti, kompleks pendaratan ikan di kawasan berpotensi tinggi di Sarawak juga, wajar dipertingkatkan bagi merancakkan lagi aktiviti perikanan sekali gus menjadikan industri ini lebih mampan berdaya saing. Dan antara langkah lain yang turut boleh dipertimbangkan ialah pemberian subsidi untuk menaiktarafkan vesel di samping menggalakkan penyertaan generasi muda dalam industri perikanan dengan menyediakan peluang latihan melalui agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Akhir kata, saya percaya RUU ini adalah asas penting dalam memperkukuhkan tadbir urus sektor perikanan negara. Namun, keberkesanannya bergantung kepada keazaman kerajaan dalam melaksanakan penguatkuasaan yang konsisten, melindungi hak nelayan serta menjamin kelestarian sumber laut negara. Dengan ini, saya menyokong pindaan RUU Perikanan ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB. Senator Tuan Michael Mujah.
Seterusnya, dipersilakan YB. Senator Datuk Anna Bell.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Alhamdulillah saya ucapkan di atas ruang peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan satu Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin terlebih dahulu menyambut baik usaha kerajaan dalam membawa pindaan terhadap Akta Perikanan ini. Perikanan merupakan antara industri yang sangat dekat dengan komuniti pesisir terutamanya di negeri Sabah, Sarawak, Kelantan
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
dan Terengganu. Industri ini bukan sahaja menyara kehidupan ribuan nelayan tempatan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan makanan negara.
Justeru, usaha pindaan undang-undang ini, saya yakini mampu membawa manfaat secara terus kepada nelayan kita, meningkatkan produktiviti lokal dan seterusnya mengangkat maruah sektor perikanan negara di mata dunia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini khususnya berkaitan usaha membanteras aktiviti perikanan haram atau illegal, unreported and unregulated fishing (IUU) di perairan negara. Kita sedar bahawa aktiviti IUU telah menyebabkan negara menanggung kerugian besar yang dianggarkan hampir mencecah RM1 bilion setahun. Jumlah ini adalah hasil bumi kita sendiri yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia bukannya dikaut oleh nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Oleh itu, pindaan ini amat bertepatan kerana ia memberi mesej jelas bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pencerobohan sumber perikanan kita.
Namun begitu, timbul persoalan berkaitan dengan kawal selia dan penguasaan undang-undang ini. Adakah tanggungjawab ini diletakkan di bawah Polis Marin, Agensi Penguasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Tentera Laut Diraja Malaysia atau apakah wajar diwujudkan sebuah task force khas yang menyelaras operasi membanteras IUU ini agar lebih berkesan?
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Soalan ini penting kerana undang-undang yang baik perlu disokong dengan perlaksanaan yang tuntas.
Dato’ Yang di-Pertua, selain itu, saya juga menyambut baik usaha kerajaan memperketatkan kawalan terhadap cara nelayan menangkap ikan. Kita sedia maklum bahawa masih terdapat segelintir nelayan menggunakan bahan letupan seperti bom ikan demi mendapatkan hasil dengan cepat. Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga berbahaya kepada ekosistem laut kita. Letupan bom merupakan merosakkan batu karang, memusnahkan habitat ikan dan menyebabkan pencemaran serius terhadap alam marin. Jika perkara ini dibiarkan, ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang merugikan negara kerana pemulihan ekosistem laut ini mengambil masa puluhan tahun. Oleh itu, penguatkuasaan yang ketat dan tindakan punitif yang tegas amatlah wajar untuk memastikan kegiatan ini tidak berulang.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan dengan isu rayuan lesen perikanan yang dibatalkan. Menurut pindaan ini, lesen yang dibatalkan tidak boleh dirayu semula dalam tempoh tidak melebihi lima tahun. Bagi saya, tempoh lima tahun adalah terlalu lama dan akan membebankan nelayan kecil yang hanya bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber utama pendapatan keluarga. Dalam
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
tempoh ini mereka bukan sahaja hilang mata pencarian, malah terdedah dengan kancah kemiskinan. Justeru, saya mencadangkan agar diwujudkan satu mekanisme rayuan atau alternatif seperti pengenaan tindakan denda bersyarat, kursus pematuhan undang-undang perikanan atau sistem amaran bergred sebelum penggantungan penuh dikenakan.
Mekanisme sebegini akan lebih adil kerana ia memberi ruang kepada nelayan untuk memperbaiki kesilapan tanpa terus menutup periuk nasi mereka selama bertahun-tahun.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai rumusan, saya sekali lagi menyokong penuh Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 ini. Pindaan ini jelas memberi bahawa kerajaan serius dalam memelihara kedaulatan sumber perikanan negara, mengekang pencerobohan nelayan asing, melindungi ekosistem marin dan memastikan industri perikanan kita kekal mampan. Namun dalam masa yang sama, kita perlu memastikan undang-undang ini dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang bersepadu serta mengambil kira aspek kebajikan nelayan tempatan dengan keseimbangan antara ketegasan undang-undang dan keadilan sosial. Saya percaya sektor perikanan negara akan mampu terus berkembang maju dan komuniti pesisir akan terus mendapat manfaat secara berterusan daripada hasil yang dianugerahkan kepada kita. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada YB Senator Datuk Anna Bell. Seterusnya dipersilakan YB Senator Puan Noorita.
Puan Noorita binti Sual
Kan sayang. Terima kasih Dato’ Speaker atas peluang perbahasan rang undang-undang bagi meminda Akta 317.
Dato’ Speaker, sebagai wakil rakyat dari Sabah adalah menjadi tanggungjawab saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perikanan ini memandangkan Sabah merupakan antara negeri dengan garis pantai terpanjang di Malaysia dan saya percaya aktiviti perikanan haram banyak berlaku di sekitar perairan Sabah.
Dato’ Speaker, dalam kita membincangkan dasar awam, kita sering berbicara tentang konsep the tragedy of the commons. Apabila sesuatu sumber seperti ikan di lautan dianggap milik semua tetapi tidak diuruskan dengan berkesan, akhirnya ia musnah akibat kerakusan segelintir pihak. Isu ini bukan sekadar teori ekonomi, ia nya realiti yang sedang menekan Malaysia pada hari ini.
Aktiviti perikanan haram tidak dilaporkan dan tidak terkawal atau illegal, unreported and unregulated (IUU) fishing mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit setiap tahun, menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan dan merosakkan ekosistem laut kita.
Persoalannya, adakah Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025 ini benar-benar cukup ampuh untuk menghadapi cabaran ini, terutamanya jika dibandingkan dengan tindakan
Puan Noorita binti Sual
negara jiran yang lebih tegas? Dan adakah pindaan ini cukup kuat untuk menutup kelemahan undang-undang lama dan pada masa yang sama, melindungi sumber pendapatan dan kebajikan nelayan kecil kita?
Dato’ Speaker, saya ingin mengetengahkan beberapa perkara di bawah rang undang- undang ini. Perkara pertama, kita perlu merujuk kepada situasi di Sabah. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, Sabah mempunyai garis pantai antara yang terpanjang di Malaysia dan bersempadan dengan beberapa negara jiran. Keadaan ini akan menjadikan pelaksanaan Rang Undang-undang Perikanan jauh lebih rumit berbanding negeri lain. Isi utama di Sabah bukan sekadar berkisar kepada pantai yang panjang, nelayan yang sah dan berlesen, tetapi juga kehadiran komuniti tanpa dokumen, komuniti tanpa kewarganegaraan dan pendatang asing di pesisir. Kehadiran mereka telah lama menjadi sebahagian daripada realiti sosial Sabah.
Oleh itu, kita memerlukan pendekatan yang lebih praktikal. Penguatkuasaan mesti memberi tumpuan kepada kapal asing dan pemain industri yang besar yang menceroboh dan merompak hasil perikanan negara. Pada masa yang sama, perlu ada mekanisme khas yang dibangunkan bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk mengurus komuniti pesisir yang tidak berlesen ini supaya mereka tidak terus menjejaskan sumber laut, mahupun menimbulkan konflik dengan nelayan tempatan. Tanpa koordinasi dan kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, undang-undang sehebat mana pun akan gagal dikuatkuasakan.
Justeru, rang undang-undang ini perlu disokong dengan sumber penguatkuasaan yang lebih mencukupi, termasuk aset laut dan teknologi pemantauan agar kedaulatan perairan kita benar-benar terjamin.
Dato’ Speaker, setelah meninjau realiti Sabah, saya balik kepada perkara kedua iaitu isu lesen di bawah subfasal 13(b), subseksyen 13(3A), menetapkan larangan memohon semula lesen selama lima tahun selepas pembatalan. Tujuannya baik, untuk menutup ruang manipulasi oleh pemain industri culas. Namun bagi nelayan kecil, mungkin keadaannya berbeza. Ramai berdepan cabaran birokrasi, kekurangan literasi undang-undang dan masalah logistik. Kegagalan memperbaharui lesen kadangkala bukan kerana culas, tetapi faktor teknikal atau kelewatan.
Hukuman lima tahun tanpa lesen jelas akan menjejaskan hidup mereka. Lebih membimbangkan, sistem ini mewujudkan jurang. Syarikat besar mampu mengurus risiko, manakala nelayan kecil dihukum sama berat walaupun kesalahan mereka kecil. Saya mencadangkan tempoh lebih singkat. Misalnya, tiga tahun dengan peluang rayuan serta mekanisme lesen percubaan sementara. Pendekatan ini mengekalkan kawalan, tetapi lebih inklusif dan berperikemanusiaan. Rang Undang-undang Perikanan mesti seimbang, tegas terhadap pelaku culas, namun melindungi nelayan kecil.
Puan Noorita binti Sual
Dato’ Speaker, isu selanjutnya saya ingin menyentuh tentang penalti yang disenaraikan dalam rang undang-undang ini. Meskipun menaikkan kadar denda hingga RM250,000 tetapi saya berpendapat rang undang-undang ini sepatutnya memasukkan peruntukan hukuman penjara yang lebih tegas dan jelas bagi kesalahan yang lebih serius, terutamanya bagi kesalahan yang melibatkan vesel penangkapan ikan asing di perairan Malaysia di bawah pindaan seksyen 15.
Sebagai perbandingan, Filipina melalui Republic Act No. 10654 telah memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun bagi kesalahan serius seperti perdagangan spesies terlarang dan eksploitasi sumber laut secara haram. Bagi kesalahan poaching, pesalah pula dipenjara antara enam bulan hingga tiga tahun selain denda yang tinggi. Hukuman sebegini bukan sahaja memberi kesan jera, namun menegaskan kedaulatan maritim negara mereka. Begitu juga di Indonesia, melalui Undang-undang Nomor 31 Tahun 2004, pindaan 2009, penggunaan bom ikan, racun atau kaedah destruktif lain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun serta denda sehingga Rp1.2 bilion. Dato’ Speaker, saya mohon tambahan satu, dua minit lagi ya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Satu minit ya, tambahan masa.
Puan Noorita binti Sual
Ya.
[Ketawa] Oleh itu, saya berpandangan bahawa hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Malaysia perlu memperkenalkan pendekatan dwi penalti iaitu gabungan denda dan penjara supaya tindakan penguatkuasaan benar-benar memberi kesan jera dan memastikan perlindungan yang berkesan terhadap hasil laut dan nelayan tempatan.
Dan akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya rang undang-undang ini disemak semula dan memasukkan hukuman penjara bersyarat. Contohnya, bagi kesalahan pertama, denda maksimum 250 dan penjara 1 tahun. Kesalahan kedua dan seterusnya, denda dan penjara minimum tiga tahun. Dan kesalahan melibatkan kaedah destruktif seperti bom dan racun, denda dan penjara hingga 10 tahun.
Pendekatan ini bukan sahaja selaras dengan amalan antarabangsa, malah memberi mesej tegas bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan pencerobohan sumber perikanan kita. Sebagai wakil rakyat dari Sabah, saya ingin menekankan bahawa Rang Undang-undang Perikanan ini bukan sekadar soal undang-undang semata-mata, tetapi soal kedaulatan perairan, kelangsungan hidup nelayan sah dan perlindungan hasil laut negara.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Puan Noorita.
Seterusnya YB Senator Dato’ Wu Him Ven. Silakan.
Dato’ Wu Him Ven
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan RUU ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini dengan beberapa kebimbangan dan cadangan supaya undang-undang ini benar-benar adil serta berkesan. Hukuman berat dengan penalti tinggi mungkin boleh mencegah pencerobohan nelayan asing.
Namun, realitinya nelayan tempatan khususnya nelayan kecil juga akan terkesan. Jika mereka melakukan kesilapan teknikal kecil misalnya tidak melaporkan pendaratan dengan lengkap, salah mengisi borang atau sedikit melepasi kawasan perairan yang dibenarkan, Mereka terus berdepan denda RM100,000. Ini tidak adil.
Saya perhatikan terdapat bahagian yang menyatakan jika berlaku kesilapan daripada pihak penguat kuasa, nelayan tidak berhak menuntut pampasan. Ini menimbulkan persoalan besar tentang hak dan keadilan kepada golongan nelayan.
Bayangkan situasi di mana bot nelayan kecil disita berbulan-bulan akibat salah tafsir undang-undang oleh pegawai atau hasil tangkapan mereka rosak kerana ditahan tanpa sebab munasabah. Dalam keadaan ini, kehidupan nelayan yang bergantung penuh pada sumber harian akan terjejas. Prinsip undang-undang (rule of law) menuntut setiap warganegara berhak mendapat keadilan dan perlindungan. Saya bimbang ini membuka ruang kepada ketidakadilan yang serius. Saya ingin menekankan prinsip penting, undang-undang yang keras mesti disertai belas ihsan.
Jika kerajaan menaikkan kadar denda, mereka perlu mencontohi Australia, Norway.
Pertama, bezakan penalti nelayan tempatan berdepan denda berpatutan. Manakala, nelayan asing menceroboh dihukum dengan berat.
Kedua, menyediakan skim perlindungan khas atau tabung pampasan kepada nelayan kecil yang menjadi mangsa salah tafsir undang-undang.
Ketiga, menubuhkan tribunal bebas di mana nelayan boleh mencabar tindakan penguat kuasa jika berlaku salah laku atau salah tafsir.
Keempat, sistem laporan nelayan sepatut menggunakan aplikasi mudah alih yang lebih senang supaya kesilapan teknikal dapat dikurangkan.
Tanpa mekanisme semakan bebas, undang-undang berpotensi menjadi alat yang menekan rakyat kecil. Saya menyokong pindaan-pindaan Akta Perikanan ini demi melindungi perairan negara. Namun dalam semangat MADANI, kita mesti memastikan nelayan kecil tidak berasa lebih terancam oleh undang-undang negara sendiri daripada kapal asing yang menceroboh. Pindaan ini perlu dilaksanakan dengan keseimbangan antara ketegasan penguat kuasa dan keadilan sosial supaya kita benar-benar mencapai objektif menjaga kedaulatan negara, melindungi sumber laut serta menjamin kesejahteraan nelayan tempatan
Dato’ Wu Him Ven
yang menjadi tulang belakang keselamatan makanan negara. Saya mohon menyokong dan terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Dato’ Wu. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Azahar bin Hassan.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Hari ini kita akan berbincang dengan RUU perikanan. Dan kebanyakan dari kita memang makan ikanlah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Ketawa]
Tuan Azahar bin Hassan
Kebanyakanlah. Jadi, undang-undang ini sangat menyeluruh dan besarlah. Okey, RUU ini bukan sekadar pindaan teknikal, ia nya hanya merupakan, ia juga merupakan langkah strategik nasional untuk menangani ancaman serius terhadap hasil laut kita terutamanya daripada aktiviti perikanan yang tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal. RUU Fishing ya.
Menurut laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, negara kita telah mengalami banyak kerugian jutaan ringgit antara tahun 2020 hingga 2024 akibat aktiviti penangkapan ikan secara haram, khususnya nelayan asing. Ini bukan hanya isu ekonomi, ia adalah isu kedaulatan, isu keselamatan makanan dan juga kelestarian sumber semula jadi.
Sumber perikanan kita tidak terbatas dan jika tidak dikawal, generasi akan datang hanya akan mendengar tentang cerita kekayaan laut kita tanpa pernah menikmatinya. Jadi, lautan kita memang banyaklah hasil-hasil.
Okey, macam saya di sempadan ini, kami masalah satu sahaja. Sempadan kami dengan Thailand lah. Sebabkan laut itu tidak ada pagar, maka mereka banyak menceroboh ke belah Malaysia ini untuk mendapatkan hasil-hasil seperti siput retak seribu dan juga kerang. Dan nelayan-nelayan di belah Malaysia ini tak ada masalah sangat cuma mungkin kekurangan ikan di sebelah Thailand sana menyebabkan dia masuk ke belah Malaysia ini.
Kemudian bila berlaku tangkapan ini, akan ada masalah juga sebab yang tangkap itu pun adik-beradik juga, adik-beradik. Kuala Perlis dengan Satun ini memang ada adik-beradik. Dia memang macam itu.
Jadi, hari ini kita nak tengok balik bagaimana kita boleh kawallah, kita boleh kawal, kita boleh kawal kita punya RUU ini untuk dari segi antarabangsa, dari segi pencerobohanlah, na. Kemudian kita bukanlah...
Tuan Amir bin Md. Ghazali
Celahan. Kasilah. Boleh ya, boleh ya? Boleh tak?
Tuan Azahar bin Hassan
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Amir bin Md. Ghazali
Terkait dengan perundangan dan hukuman, bagi kesalahan menangkap ikan secara haram, kita dah tingkat kepada RM250,000. Setuju tak,
Tuan Amir bin Md. Ghazali
jika kita selain daripada merampas kapal dan peralatan dan mengusir dengan segera. Setuju ataupun tidak, kita buat khidmat masyarakat kepada nelayan-nelayan haram ini mencuci pantai, mencuci laut sebelum kita hantar pulang? Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Ketawa] Nak minta YB jawab ke ataupun YB Menteri yang menjawab?
Tuan Azahar Bin Hassan
Okey, masuk dalam Hansard.
[Ketawa] Saya bersetuju kerana kita denda juta-juta ratus-ratus ribu itu akhirnya dia sanggup duduk dalam penjara enam bulan dan sebagainya. Khidmat masyarakat ini kita pun dah bentang kelmarin, banyak.
Jadi, saya setuju pandangan daripada sahabat sayalah.
Okey, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong penuh matlamat utama RUU ini iaitu untuk menangani isu perikanan tidak sah, tidak dilaporkan dan sebagainya. Tapi ada banyak kelemahan, kelemahan yang kita cuba perbetulkanlah.
Antaranya ialah pendekatan berfokus kepada hukuman. Adakah kita hanya mahu menghukum tanpa mendidik? Maksudnya macam itulah. Bila ini menekankan hukuman termasuk larangan permohonan semula lesen selama lima tahun selepas pembatalan lesen.
Namun, tiada ruang yang jelas untuk pendekatan ataupun pemulihan bagi nelayan kecil yang mungkin tersalah langkah bukan kerana niat jahat tapi kerana kekurangan ilmu dan desakan hidup dan kekeliruan sistem lesen.
Kemudian, tiada insentif untuk pematuhan. Kita nak hukum yang salah saja. Yang ikut macam mana? Mungkin ada insentif yang kita boleh bagi pada nelayan-nelayan ini, sebab kita nak tengok yang salah saja kan. Okey, tanpa insentif ini pendekatan ini berisiko dilihat hanya menekan bukan membina.
Kemudian kita ada cabaran besar iaitu aspek penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, isu yang membimbangkan ialah kelemahan penguatkuasaan. Kita boleh pinda sebanyak mana sekalipun tapi jika kapal penguat kuasa kita kekal terhad, jika aset pemantauan laut kita lapuk dan jika pegawai kita masih kekurangan latihan atau berdepan dengan risiko integriti, maka undang-undang ini tidak akan memberi kesan yang sebenar di lapangan.
Tuan Azahar Bin Hassan
Keadilan bukan sekadar pada kertas, tapi pada pelaksanaan. Kemudian, impak kepada nelayan tradisional. RUU ini tidak menghuraikan dengan jelas kesan kepada komuniti nelayan kecil. Mereka inilah yang paling terdedah kepada perubahan dasar, tanpa konsultasi mendalam, bantuan teknikal dan sistem sokongan, kita bimbang ada yang akan terus terpinggir.
Saya mohon agar kementerian menyediakan satu mekanisme khas untuk membimbing, bukan menghukum golongan ini. Kita tengok di sebelah Sanglang atau Kuala Perlis ini, kadang-kadang nelayan kecil ini ditangkap kerana menggunakan pukat rawa
Tuan Azahar Bin Hassan
sorong. Kadang-kadang, mereka ini bukan nak jadi kaya tapi kita faham, mereka ada tuntutan hidup, nak hidup ini, mungkin boleh. Kadang-kadang tengok rampas terus, tangkap terus.
Mungkin kita boleh ada sedikit — Kita faham, pukat sorong rawa ini dia akan menjahanamkan ekosistem tapi mungkin ada, mungkin ada budi bicara dan sebagainyalah. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua noh.
Tiada pelan pemulihan habitat laut secara menyeluruh. RUU ini menyebut larangan terhadap alat tangkapan yang tidak, yang merosakkan tetapi tidak menyentuh secara strategik mengenai pemulihan jangka panjang seperti zon larangan menangkap ikan, pemulihan terumbu karang atau musim larangan menangkap ikan demi kelangsungan spesies marin.
Undang-undang perikanan yang tidak disertai dengan pelan pemulihan adalah seperti menyapu lantai tanpa menutup paip yang bocor.
Tuan Yang di-Pertua, saya tegaskan bahawa niat RUU ini amat baik. Namun, saya menggesa agar peruntukan-peruntukan tambahan dan dasar sokongan dikaji dan digubal secara serentak agar pelaksanaan pindaan ini tidak menjadi beban yang menekan rakyat.
Sepatutnya menjadi dasar yang memperkukuh kesejahteraan nelayan, keselamatan negara dan kelestarian laut kita. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima Datuk. Belum Datuk lagi ya. YB Senator Tuan Azahar. Terima kasih. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullah. Saya juga ingin menyumbang buah fikiran kepada pindaan Akta Perikanan ini yang kita lihat secara fizikalnya sangat tebal dan menyeluruh, ya. Inilah ruang-ruang di dalam Dewan kita ini, apabila ada keperluan untuk meminda, kita pindalah mana yang lebih baik. Jadi, ia nya akan menambah lagi kualiti industri perikanan yang ada dalam negara kita kerana kita ini negara maritim. Keseluruhan sempadan kita ini, air laut, ya kecuali seketeng kera di sana itu, tanah. Kemudian, di Sabah, Sarawak juga laut yang luas.
Tentulah peranan hasil laut ini sangat penting bagi Malaysia, bukan hanya untuk konsumsi harian kita, tetapi juga untuk eksport kita.
Jadi, semua bahagian pindaan ini kita, kita sokong. Malah, memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah pun saya rasa bersesuaian dengan suasana semasa, apabila keadaan- keadaan jenayah dalam industri perikanan ini berlaku di luar sana, sama ada di laut ataupun di darat. Jadi, kuasa kepada Pengarah ini, wajar. Namun, seperti biasa, kita mengharapkan kuasa di tangan itu digunakan sebaik mungkin, mengambil kira, ya, mangsa-mangsa yang mungkin terdesak. Contoh seperti dibawa oleh Yang Berhormat Vincent Wu tadi ya, mengenai
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
nelayan-nelayan kecil yang kapal botnya ditahan berbulan-bulan, hasil hilang, tempat mencari makan pun susah.
Jadi, pindaan dalam rang undang-undang ini kata, kalau dibawa ke mahkamah, ya, kalau dibicarakan, tidak akan diberi sebarang pampasan kepada empunya, ya, terhadap apa- apa kerugian yang ditanggung. Sedangkan kesalahan belum tentu dilakukan. Jadi, ini saya rasa harus diberikan perhatian oleh kerajaan supaya tidak ada unsur-unsur penganiayaan oleh sesiapa, termasuk penguat kuasa kita. Kita bukan bersangka buruk tetapi kita tidak mahu kadang-kadang provokasi-provokasi menyebabkan kita marah dan kita tahan tanpa suatu kesalahan yang nyata.
Jadi, pindaan ini yang bahagian 12 ini ataupun, ya. Yang memberikan apa nama itu, atau bahagian. Ada satu fasa tadi yang tidak memberikan pampasan atau pengganti rugi kepada ini, harus dipertimbang semula.
Kemudian masalah industri ini ialah masalah pekerja, ya. Kalau tempat saya di Pulau Pangkor, itu nelayan ramai di sana. Begitu juga Pantai Remis, ya. Mereka mempunyai masalah mendapatkan pekerja dan kebanyakan pekerja yang bekerja di atas vesel-vesel nelayan kita adalah pekerja asing, sama ada dari Myanmar ataupun dari Thailand.
Jadi, untuk melestarikan industri kita ini, kita harus meningkatkan sumbangan atau penglibatan warga kita melalui penjelasan bahawa industri perikanan ini lumayan akhirnya, ya. Memberikan hasil yang baik. Jadi, dengan latihan tidaklah terlalu tinggi, latihan yang diperlukan tetapi kalau kita buat sesuatu usaha, sehingga menarik anak-anak muda kita, maka kita tidak akan terdesak dengan pekerja tempatan.
Saya pernah jumpa ramai pekerja-pekerja bot ini di dalam lokap semasa kita ditahan di dalam lokap dulu. Sebahagian besar daripada yang mengisi lokap itu, nelayan-nelayan tempatan yang ditahan. Ya, sama ada overnight-kah ataupun dua, tiga hari. Jadi, menggambarkan bahawa suasana di luar sana itu masih lagi gawat dengan penglibatan warga asing.
Dan, pindaan ini juga memperuntukkan, apa namanya? Penguatkuasaan terhadap pindah kapal, ya. Kerana kita dimaklumkan, ada nelayan-nelayan kita juga yang mendapat hasil tangkapan yang lumayan, menjualnya kepada orang luar ya, di laut, pindah kapal, ya.
Jadi, kalau — laut ini kita, laut kita ini luas, ya. Jadi, saya pasti untuk mengawal semua aktiviti ini pada suatu masa yang serentak, agak susah.
Jadi, apakah kaedah untuk kita mengesan, ya, perkara ini berlaku? Adakah penggunaan alat peralatan-peralatan mengesan GPS kah atau apa? Supaya cara penipuan pindah kapal ini, hasil tangkapan kita, dapat kita elakkan dan kita sebagai rakyat Malaysia yang banyak makan ikan, seperti disebutkan tadi, akan terpelihara. Dan untuk kempen kita, ikan ini adalah mengandungi protein yang sangat sesuai untuk badan kita, ya. Jadi...
Tuan Manolan bin Mohamad
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah, Dato’ Yang di- Pertua? Boleh?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya, sila.
Tuan Manolan bin Mohamad
Boleh ya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila, sila.
Tuan Manolan bin Mohamad
Okey. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya menariknya nak apa itu, nak tanya sikit soalan berkenaan dengan pindah ikan di kapal-kapal di tengah laut ini, Dato’ Yang di-Pertua. Memang ini sering berlaku sebenarnya. Jadi, kekurangan ikan dan ikan harga ikan mahal di tempatan sebab dijual di luar.
Jadi, apa tindakan yang sesuai sebenarnya Yang Berhormat Senator? Adakah sebab nelayan-nelayan ini mereka mendapat subsidi diesel? Jadi, adakah yang ditangkap ini, kita boleh mungkin membatalkan atau tidak membeli subsidi diesel kepada mereka sehingga mereka terbukti ditangkap menjual di tengah laut ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Silakan YB.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Okey, Yang di-Pertua. Orang daripada Bera ini, tak ada laut pun juga minat tentang kapal ini, ya.
[Dewan ketawa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Bukan setakat pemindahan ikan, pemindahan diesel pun berlaku juga. Jadi, kita ada undang-undang menghalang perkara ini semua. Cuma, yang saya tanyakan tadi, bagaimana kita nak detect perkara ini? Kalau kita dapat cegah, ya. Diesel kita boleh. Kita masukkan nano apa benda, kita boleh detect ke mana perginya diesel tersebut tapi ikan-ikan sini, bagaimana kita nak buat? Jadi, pengawasan ini memerlukan usaha-usaha yang besar, dari udara, misalnya dron, misalnya atau apa-apa juga pengawasan supaya tidak berleluasa. Nak berlaku itu, orang akan buat apa saja tetapi kita jangan benarkan ianya berleluasa, sehingga merugikan rakyat kita sendiri. Dato’ Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Kita ada seorang lagi pembahas YB Timbalan Menteri. Sebenarnya kita, asalnya kita ada 11, tetapi sekarang tinggal sembilan. Dua tarik diri termasuk saya sendiri dan kita panggil, kita jemput sekarang yang pembahas yang terakhir, YB Tuan Mohd Hasbie.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut sama membahaskan RUU ini.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh RUU Perikanan (Pindaan) 2025 kerana ia merupakan usaha penting untuk melindungi nelayan tempatan dan memastikan kelestarian sumber perikanan negara. RUU ini bukan sahaja menutup ruang kepada aktiviti perikanan haram yang tidak dilaporkan dan tidak dikawal tetapi juga memperkukuhkan integriti pengurusan sektor maritim negara.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Berdasarkan laporan Jabatan Perikanan, kerugian negara akibat pencerobohan nelayan asing ini dianggarkan RM823 juta bagi tempoh antara 2020 sehingga 2024. Tetapi ada pandangan lain yang lebih ekstrem, oleh kerana angka ini ialah untuk berdasarkan kes tangkapan yang dibuat, tapi ada menganggarkan hampir RM5 bilion setahun kerugian yang dianggarkan kerana banyak kes-kes tangkapan oleh nelayan asing itu di luar pengetahuan dan kawalan kita.
Kerugian ini meliputi kehilangan hasil tangkapan komersial, kemusnahan habitat marin dan tekanan kepada sumber perikanan tempatan. Angka ini sudah tentu suatu yang sangat membimbangkan dan membuktikan betapa seriusnya ancaman ini bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada keselamatan nelayan kita dan kestabilan ekonomi maritim negara.
RUU ini memperkenalkan langkah penting antaranya subseksyen 13(3A) yang membolehkan Ketua Pengarah menghalang pesalah yang lesennya dibatalkan daripada memohon semula lesen sehingga lima tahun. Ini adalah langkah pencegahan yang baik dan wajar untuk mengekang kesalahan yang berulang.
Pindaan seksyen 31 juga lebih adil kepada nelayan kecil kerana kadar minimum kompaun diturunkan daripada RM500 kepada RM100. Ini selaras dengan semangat MADANI iaitu tegas kepada mereka yang bersalah tetapi masih juga memberikan perikemanusiaan kepada golongan kecil. Kerana kita tahu apabila kapal ataupun bot itu disita, yang akan kehilangan pendapatan ialah nelayan-nelayan kecil yang mereka tidak bersalah, mereka hanya pergi buat kerja, jadi pekerja saja.
Seterusnya, peningkatan denda bagi kesalahan serius seperti penggunaan bom ikan, racun dan elektrik daripada 20,000 kepada 250,000 termasuk penjara lima tahun. Ini penting kerana terumbu — sekali terumbu karang musnah kita tidak mungkin dapat menggantikannya dalam masa yang singkat.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa cadangan penambahbaikan yang saya kira wajar untuk diberikan perhatian. Yang pertamanya soal penyelarasan undang-undang. Seksyen 15(2) wajar disemak semula supaya selari dengan komitmen Malaysia dalam Port State Measures Agreement (PSMA) bagi menghalang kapal asing yang disyaki melakukan aktiviti perikanan haram daripada menggunakan pelabuhan tempatan sebagai transit. Ini penting untuk menutup ruang penyeludupan ikan haram ke dalam rantaian bekalan negara.
Tuan Mohd Hasbie bin Muda
Yang keduanya, kemas kini dari segi senarai peralatan yang dilarang. Seksyen 26 sepatutnya memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengemas kini senarai peralatan yang dilarang secara berkala kerana dunia berubah, teknologi penangkapan ikan haram juga semakin canggih. Undang-undang kita mesti kekal relevan dan mampu mendahului perkembangan ini.
Perkara yang ketiga, berkait dengan isu bot dan vesel yang disita. RUU ini meletakkan peruntukan bahawa tidak ada kos ataupun ganti rugi yang boleh dituntut daripada penyitaan.
Bagi nelayan asing, ya, ini sangat wajar dan sangat kita setuju. Tetapi untuk nelayan tempatan, kita perlu lebih cermat dan berhati-hati. Prinsip keadilan mesti ditegakkan, selagi tidak dibuktikan bersalah mereka tidak wajar dihukum dengan kerosakan bot yang menjadi sumber rezeki keluarga mereka. Saya mencadangkan seksyen 51A ini diteliti semula agar nelayan tempatan tidak teraniaya.
Seterusnya perkara yang keempat, soal teknologi pemantauan. Saya amat menyokong penggunaan sistem moden seperti Vessel Monitoring System, Automatic Identification System dan juga teknologi dron. Cuma soalan saya, sejak bila kita menggunakan teknologi ini? Kerana saya ingat enam tahun tujuh tahun yang lepas kita dah dengar dah penggunaan alatan moden sebegini. Cuma sejauh mana, sejak bila kita gunakan dan sejauh mana kita keberkesanan penggunaan ini sebab bukan hanya kes di laut, tetapi kes-kes umpamanya di sungai, isu tuba, isu bom dan sebagainya.
Seterusnya, penggunaan teknologi terkini ini juga harus mula digunakan di negara ini sebagaimana negara-negara lain yang lebih advance daripada kita. Jelas bahawa pindaan ini bukan sekadar satu pindaan teknikal, tetapi ia nya adalah satu reformasi menyeluruh yang akan menentukan masa depan sektor perikanan negara kita. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Hasbie. Kita telah selesai dengan pembahas-pembahas kita pada petang ini.
Timbalan Menteri ya, sebelum menjawab, izinkan saya, nak bertanyakan minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalaulah benar kerajaan serius untuk menangani isu-isu berkaitan dengan pencerobohan kapal C2, IUU fishing dan sebagainya, tidakkah kerajaan boleh memikirkan untuk menjadikan, to impose mandatory requirement untuk gunakan sistem peralatan moden seperti mana VMS, AIS ini, supaya ia nya dapat memastikan bahawa gejala pencerobohan ini dapat di atasi dengan lebih berkesan.
Kalau tidak, undang-undang ini akan kekal menjadi sebagai undang-undang yang toothless because otherwise that was actually the intentions of the government dengan izin. Jadi, itu kalau boleh diberikan sedikit pencerahan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada 11 Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2025.
Saya mengambil maklum dan menghargai segala pemerhatian, cadangan serta pandangan bernas yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan sebentar tadi. RUU ini bukan sekadar menyusun pindaan teknikal, ia adalah manifestasi kesungguhan Kerajaan MADANI untuk mempertahankan kedaulatan laut negara, memastikan kelestarian sumber marin serta menjamin keterjaminan makanan rakyat. Laut kita bukan hanya bentangan biru di peta dunia, ia adalah nadi bangsa, punca rezeki nelayan, aset strategik negara dan warisan yang wajib kita serahkan kepada anak cucu kita.
Seterusnya, saya akan meneruskan penggulungan dengan memberikan penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan merangkumkan semua persoalan mengikut lima kluster berkaitan pindaan-pindaan utama dalam RUU ini iaitu:
(i) pengukuhan tindakan terhadap perikanan tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal selia atau IUU;
(ii) Kluster yang kedua, penambahbaikan penguatkuasaan zon larangan dan lesen;
(iii) Kluster yang ketiga, isu berkaitan denda serta kompaun;
(iv) Kluster yang keempat, pengukuhan kawasan perlindungan taman laut dan rizab laut; dan
(v) serta isu-isu dasar lain yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU seperti pengeluaran lesen sampan, had kuasa enjin, larangan bubu naga, pembangunan tukun tiruan, subsidi diesel dan elaun sara hidup nelayan dan sebagainya.
Saya akan mulakan dengan isu bagi kluster pertama mengenai pengukuhan tindakan terhadap perikanan tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal selia ataupun IUU yang telah dibangkitkan oleh hampir semua YB-YB Senator yang telah membahas sebentar tadi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 515 kes pencerobohan nelayan asing telah direkodkan, dengan majoritinya melibatkan vesel Vietnam. Anggaran kerugian negara mencecah RM823 juta. Angka ini bukan sahaja statistik tetapi mencerminkan kehilangan hasil tangkapan, kemusnahan habitat marin, dan tekanan terhadap nelayan tempatan.
Maka pindaan kali ini memperkukuh kawal selia terhadap pindah kapal, pendaratan dan penyelenggaraan vesel di mana seksyen 10A, seksyen 15(2) mewajibkan makluman lokasi vesel yang dibatalkan lesen serta menghalang permohonan lesen yang baharu di bawah seksyen 13A dan subseksyen 13(3A) dan peluasan takrif kesalahan melibatkan kaedah penangkapan ikan yang merosakkan habitat di bawah seksyen 26 seperti penggunaan bahan letupan, racun, arus elektrik dan peralatan yang dilarang dan sebahagiannya daripada adalah amat penting bagi mengekang aktiviti IUU.
Menurut laporan daripada Sumber Perikanan Laut, Jabatan Perikanan Malaysia atau DOF, stok ikan demersal atau ikan dasar laut kini hanya tinggal 16 peratus daripada jumlah asal. Jika tidak diurus secara lestari, populasi spesies bernilai tinggi seperti kerapu, jenahak, siakap, akan musnah dan ekosistem marin menjadi tidak seimbang dan akhirnya rantaian makanan negara turut terjejas.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Justeru, pindaan ini amat penting untuk mengekang amalan penangkapan berlebihan ataupun overfishing serta menyokong dasar yang sedia ada. Pindaan ini tidak menyentuh soal teknikal seperti pengubahsuaian enjin yang lebih berkait dengan dasar pentadbiran sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek kawalan sumber yang mampan. Daripada sudut penguatkuasaan, untuk menjawab soalan daripada YB Senator Anna Bell khususnya, penyelarasan antara agensi kini diperkukuh melalui pindaan seksyen 46 hingga 56 yang memperkemas aspek perundangan serta operasi bersama antara Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Selain itu, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Senator Datuk Wira Dr.
Mohd Hatta, YB Senator Mohd Hasbie dan juga Tuan Yang di-Pertua sendiri. Aktiviti rondaan dipergiatkan dan mengaplikasikan sistem pemantauan moden seperti Vessel Monitoring System (VMS) yang dilengkapi Mobile Transceiver Unit (MTU) dan Automatic Identification System (IAS) dan pendekatan ini membolehkan pemantauan vesel dilakukan secara masa nyata sekali gus memperkukuh sistem penguatkuasaan yang lebih cekap, moden dan bersepadu. Beralih kepada kluster kedua...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Mr. Menteri. Sikit tentang itu, kita, itu untuk nelayan Malaysia ya? Dengan nelayan asing ini, ada ke international agreement tentang
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
penggunaan alat-alat tertentu supaya kita boleh akses juga? Kalau masuk dalam kawasan kita, kita boleh kesan nelayan-nelayan asing ini. Ada tak agreement sedemikian atau boleh kita cadangkan?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Menurut kepada amalan daripada perjanjian antarabangsa memang kita kena menjurus ke arah itu. Maka, pindaan ini memastikan bahawa di dalam bagi pindaan Akta Perikanan negara kita. Kita juga memastikan bahawa kita menggunakan aplikasi dan juga teknologi moden itu menjurus kepada keperluan di peringkat antarabangsa nanti.
Berkaitan pula dengan kluster kedua iaitu penambahbaikan penguatkuasaan zon larangan dan lesen yang dibangkitkan juga oleh lapan orang Ahli Yang Berhormat Senator.
Pindaan pada kali ini di bawah subseksyen 13(3A) membolehkan Ketua Pengarah menghalang individu yang lesennya telah dibatalkan daripada memohon semula lesen dalam tempoh sehingga atau melebihi atau tidak melebihi lima tahun.
Isu ini telah disentuh oleh YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan dan YB Senator Datuk Anna Bell dan juga YB Senator Noorita. Nampaknya isu ini menjadi concern yang agak besar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berasal daripada Sabah. Ini adalah sebagai langkah pencegahan ataupun deterrent bagi melindungi stok sumber perikanan negara dan dianggap sebagai hukuman berat untuk menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan yang sama. Walau bagaimanapun, tempoh ini boleh diringankan mengikut kes, contoh, satu tahun ataupun dua tahun, sekiranya pemohon menunjukkan kesungguhan untuk mematuhi peraturan dan tidak berulang melakukan kesalahan yang sama.
Maksud seksyen ini adalah halangan itu tidak boleh melebihi lima tahun. Lima tahun adalah maksimum dan sebagai makluman, sebanyak 15 lesen telah dibatalkan dalam tempoh tahun 2020 hingga 2024 atas pelbagai kesalahan terutamanya pencerobohan zon larangan dan pelanggaran syarat lesen. Beralih kepada kluster yang ketiga, yang berkaitan denda serta kompaun yang dibangkitkan oleh tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator. Seksyen 31, memperkukuhkan mekanisme pengkompaunan agar lebih adil dan seimbang khususnya kepada nelayan kecil.
Melalui pindaan ini, kadar minimum kompaun dikurangkan daripada RM500 kepada RM100 sementara had bilangan kesalahan yang boleh dikompaun turut dimansuhkan bagi memberi ruang kelonggaran yang munasabah tanpa menjejaskan ketegasan undang- undang. Kesalahan menangkap ikan tanpa lesen vesel di bawah perenggan 8(a) turut dibenarkan untuk dikompaun sekiranya hanya melibatkan penggunaan peralatan tradisional yang tidak mendatangkan kerosakan kepada sumber atau pencerobohan kawasan. Peraturan mengenai pengkompaunan ini diperincikan di bawah seksyen 61.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Antara kesalahan yang boleh dikompaun adalah perenggan 8(a) menangkap ikan tanpa lesen dengan menggunakan peralatan tradisional. Perenggan 8(b), melanggar syarat lesen. Perenggan 8(c) ingkar arahan Ketua Pengarah, subseksyen 11(3), menangkap ikan menggunakan peralatan tradisional tanpa lesen. Perenggan 14(3)(b) menggunakan huruf, nombor atau tanda pengenalan vesel yang tidak sah. Perenggan 14(4)(b), menggunakan lesen yang dikeluarkan atas nama orang lain dan seksyen 43 iaitu menangkap ikan di kawasan taman laut.
Pindaan ini memperlihat pendekatan penguatkuasaan berskala iaitu tegas terhadap kesalahan serius namun berperikemanusiaan terhadap kesalahan kecil khususnya yang melibatkan peralatan tradisional seperti bubu, pukat hanyut dan kail mengail. Pendekatan ini mencerminkan keseimbangan antara ketegasan undang-undang dan ihsan kepada komuniti nelayan dan saya sangat setuju dengan pendapat daripada Yang Berhormat Senator Mohd Hasbie di mana pendekatan ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kesejahteraan rakyat serta kelestarian sumber marin negara.
Dalam aspek penguatkuasaan, kadar penalti turut dinaikkan dengan lebih tegas melalui pindaan seksyen 25, 26, 27 dan 43. Denda maksimum kini boleh mencecah antara RM100,000 sehingga RM1 juta disertai dengan hukuman penjara bagi kesalahan yang serius terutamanya yang merosakkan habitat marin serta menceroboh kawasan taman laut. Ini adalah wajah sebenar undang-undang dalam negara MADANI yang tegas terhadap penjara sumber namun tetap berperikemanusiaan kepada nelayan kecil yang bergantung hidup kepada laut.
Berhubung dengan isu penyitaan dan lucut hak yang dibangkitkan oleh beberapa orang Senator termasuk YB Senator Dato’ Wu dan YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.
Pindaan ini telah memperincikan mekanisme yang lebih jelas dan seimbang bagi memastikan keadilan kepada pemilik yang sah, di samping menutup ruang manipulasi oleh pihak yang sengaja melanggar undang-undang. Di bawah seksyen 49(1), vesel atau barang yang telah dirampas tetapi tidak didakwa akan disifatkan sebagai lucut hak selepas sebulan daripada tarikh sitaan. Namun, jika ada pihak yang membuat tuntutan dalam tempoh sebulan itu, perkara tersebut boleh dibawa dan diputuskan melalui proses mahkamah.
Di bawah seksyen 50 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memulangkan sementara vesel atau barang yang disita kepada pemilik dengan syarat wang jaminan yang ditetapkan tidak kurang daripada nilai agregat vesel atau barang tersebut. Namun, kerana nilai jaminan di bawah seksyen 50 biasanya terlalu tinggi, pemilik boleh membuat permohonan di mahkamah melalui seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah atau Akta 593. Sehingga kini, untuk rekod, mahkamah telah membenarkan 88 permohonan pemulangan sementara di bawah Akta 593 dengan jumlah jaminan di antara RM20,000 hingga RM50,000.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Di bawah seksyen 52(1) yang telah dibangkitkan oleh YB Senator Tuan Abun Sui Anyit, pelucuthakan mandatori oleh mahkamah hanya terpakai bagi kesalahan yang benar-benar berat dan serius seperti menangkap ikan tanpa lesen atau penggunaan bahan letupan, racun dan peralatan menangkap ikan yang dilarang.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Berdasarkan rekod yang ada, bagi tempoh 2020 hingga 2024, hanya 95 kes dikenakan tindakan lucut hak dengan nilai sitaan berjumlah RM9.5 juta iaitu jauh lebih kecil berbanding kerugian negara akibat aktiviti IUU yang dianggarkan melebihi RM823 juta.
Seterusnya, di bawah kluster yang keempat yang telah dibangkitkan oleh YB Senator Tuan Michael Mujah Lihan, YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli dan YB Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda iaitu mengenai pengukuhan kawasan perlindungan taman laut dan rizab laut.
Di bawah pindaan seksyen 41 menetapkan bahawa pewartaan dan penyahwartaan kawasan hanya boleh dibuat selepas kajian saintifik yang ketat dan juga libat urus daripada pelbagai agensi serta nasihat daripada Majlis Penasihat Kebangsaan. Tambahan lagi, kawasan gantian yang setara atau lebih luas mesti diwujudkan sekiranya kawasan lama dibatalkan. Malaysia kini telah mencapai 5.39 peratus kawasan perlindungan marin iaitu bersamaan dan 29,076 kilometer persegi. Dengan komitmen untuk mencapai sasaran 10 peratus menjelang tahun 2030 iaitu selaras dengan komitmen kita di bawah Sustainable Development Goals nombor 14 iaitu Life Below Water. Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengesyorkan pewartaan kawasan baru bagi menampung baki sasaran 4.61 peratus lagi sejajar dengan pelan pengurusan marin yang sedia ada dan aspirasi ekonomi biru negara. Untuk maklumat, peranan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi taman laut dan rizab laut pula bersifat kolektif iaitu merangkumi pelbagai kementerian, agensi teknikal dan akademi serta dibolehkan pengerusi bersama secara bergilir dan sekali gus menolak sebarang dakwaan konflik kepentingan dan memperkukuh mekanisme tadbir urus laut negara. Bermakna, keputusan itu bukan daripada satu pihak sahaja.
Pindaan ini juga menangani cabaran baru seperti pencemaran laut iaitu melalui seksyen 56C. Ketua Pengarah berkuasa untuk melarang aktiviti perikanan di kawasan tercemar seperti kejadian harmful algal bloom yang telah berlaku di Port Dickson yang menyebabkan keracunan kupang atau pencemaran Sungai Kim Kim di Johor. Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan makanan dan melindungi kesihatan awam.
Melalui seksyen 6A, Jabatan Perikanan kini berkuasa untuk mendapat data saintifik dan maklumat perikanan daripada pihak industri. Data yang sahih adalah asas kepada dasar
Datuk Arthur Joseph Kurup
intervensi kerajaan khususnya dalam menghadapi cabaran keterjaminan makanan dan ketidaktentuan iklim global.
Beralih kepada kluster kelima iaitu selain daripada aspek perundangan, kementerian turut memberi perhatian kepada pelbagai isu dasar di bawah kluster kelima ini yang menjadi nadi pengurusan sektor perikanan yang tidak berkait secara langsung dengan pindaan RUU seperti pengeluaran lesen sampan, had kuasa enjin, larangan bubu naga dan sebagainya yang di mana isu-isu ini telah disentuh oleh hampir semua YB Senator yang berbahas tadi.
Bagi setiap pelaksanaan dasar, pihak kerajaan sentiasa menjalankan kaji selidik dan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk persatuan nelayan bagi memastikan dasar yang diperkenalkan mengambil kira semua faktor serta implikasi daripada pelaksanaannya. Sehingga kini, sebanyak 37 isu kritikal telah dikenal pasti hasil daripada sesi libat urus bersama lebih 1,200 nelayan melalui Jawatankuasa Petugas Khas SLU Nelayan yang telah dilaksanakan sejak Oktober 2024.
Bagi isu berkaitan pindah milik vesel di dalam zon yang sama iaitu Zon B, ia dibenarkan tertakluk kepada syarat bahawa pemilik mengalami masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar atau telah meninggal dunia dengan sijil kematian yang dikemukakan. Pindah milik hanya boleh dibuat kepada anak kandung atau anak angkat pemilik asal yang sah dan merupakan nelayan tulen dan memiliki kad pendaftaran nelayan.
Program pemulihan lesen sampan pula memastikan hanya nelayan yang benar-benar aktif terus beroperasi. Sebanyak 7,144 sampan yang tidak aktif telah dibatalkan antara tahun 2020 hingga 2025. Manakala, 4,261 sampan baru didaftarkan semula. Ini adalah pendekatan yang adil dan berdisiplin dalam mengurus kotak sumber.
Peralatan yang merosakkan sumber seperti bubu naga telah diwartakan sebagai dilarang sepenuhnya. Dasar penstrukturan pukat tunda Zon B pula dilaksanakan secara berfasa dengan pendekatan soft landing kerana sifatnya yang destructive terhadap stok ikan demersal. Sehingga kini, lebih 330 pukat tunda telah dikeluarkan dari Zon B.
Beralih pula kepada perkara yang melibatkan Sabah dan Sarawak. Saya berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat khususnya daripada negeri Sabah termasuk YB Senator Datuk Bobbey Suan. Ada beberapa soalan berkaitan dengan statistik. Saya akan check secara lebih terperinci dan memberikan jawapan secara bertulis.
Tetapi secara menyeluruh, kerajaan sangat mengiktiraf bahawa Wilayah Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang amat strategik dalam menjayakan agenda keterjaminan makanan khususnya dalam sektor perikanan.
Dalam rangka dan juga semangat Perjanjian Malaysia 1963, pindaan ini serta penyerahan kuasa dalam aspek kawal selia, pelesenan, penguatkuasaan dan pemuliharaan
Datuk Arthur Joseph Kurup
sumber marin akan memperkukuhkan kuasa negeri-negeri ini untuk mengurus sumber mereka secara lebih efektif. Kedua-dua wilayah ini bukan sahaja di perkasa daripada segi pembangunan infrastruktur dan teknologi, malah turut diperkuatkan lagi dari sudut tadbir urus termasuk perwujudan one stop centre bagi mempercepatkan pengurusan dan mengurangkan kerenah birokrasi.
Pendekatan ini memperlihatkan betapa Kerajaan MADANI bukan sekadar memberi peruntukan tetapi juga menyerahkan kepercayaan, memperkukuh autonomi dan menyemai keyakinan bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan setara dalam membina masa depan negara. Dengan kuasa yang lebih besar dan sokongan pembangunan yang mampan, kedua- dua negeri ini akan menjadi tonggak utama dalam memperkukuh agenda keterjaminan negara selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi biru malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, segala pindaan dasar ini adalah bukti bahawa Kerajaan MADANI sentiasa tegas mempertahankan kedaulatan, adil dalam pelaksanaan, inklusif dalam membela rakyat dan berwawasan dalam membina kelestarian. Sesungguhnya, laut kita bukan sekadar hamparan biru di peta dunia, laut kita adalah nadi bangsa dan di situlah berdenyut rezeki nelayan, berlabuh perahu kecil di muara, belayar kapal besar di samudera. Laut kita adalah rahmat Tuhan yang menjadi medan perjuangan dan pelindung kedaulatan negara.
Jikalau kita musnah, musnahlah nadi bangsa. Jikalau kita dicemari, hilanglah punca rezeki rakyat dan jikalau kita dicerobohi, tercabarlah maruah dan kedaulatan negara. Maka, melalui pindaan rang undang-undang ini, kita bukan sekadar menggubal undang-undang, kita sedang menulis semula ikrar kita bahawa sumber laut negara kita adalah amanah yang wajib kita pelihara, warisan yang wajib kita serahkan kepada anak cucu kita.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Dengan itu, saya memohon sokongan padu Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara agar rang undang-undang ini diluluskan. Semoga ia menjadi benteng kedaulatan, perisai keterjaminan makanan dan tanda cinta kita kepada warisan laut negara. Sekian dan terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang saya rasa begitu meluas sekali, mencakupi semua aspek. Tahniah kepada Timbalan Menteri ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 48 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum itu.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Saya nak bangkitkan satu sahaja.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Saya nak bangkitkan satu perkara dalam bab 47.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Kita waktu dah selesai dah sekarang, kita sudah masuk peringkat Jawatankuasa...
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Eh belum, baru sebut.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
...Belum — bagi saya Jawatankuasa dulu ke.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ini bacaan kali ketiga ke? Ini peringkat Jawatankuasa kan?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Belum lagi kejap.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Oh belum lagi.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Majlis dalam Jawatankuasa sekarang ya.
Setiausaha teruskan. Yang Berhormat nak bangkitkan ketika dalam Jawatankuasa ini ke ataupun masa sekarang? Sila, sila.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Saya cuma nak bertanya ya di dalam penggunaan bahasa ini. Menggantikan yang “merbahaya" dengan perkataan “terancam”. Ini ada dalam bilnya ya. Saya baca bahagian Inggeris ini. Ditukarkan itu kerana apa ya? Kalau “merbahaya” ini orang tak sebut, sekarang kata “berbahaya”. Jadi, adakah sama makna dengan terancam tersebut? Itu sahaja. Adakah kerana ejaan “berbahaya” itu...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Berbahaya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
...Diganti dengan itu?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Fasal?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Muka surat berapa itu YB?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
47 seksyen 61(i) ya. Ya?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Ulang balik. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
47(i).
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Fasal 47?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya. Fasal 47(i) ya. Hujung — tak hujunglah, tengah-tengah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Okey.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Baru nak tanya, profesor pun boleh jawab.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila YB Timbalan Menteri kalau nak menjawab.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya kurang jelas fasal yang mana satu? Bukan bab, tapi fasal mana satu secara spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sila YB Senator Hatta. Kalau fasal 47 yang dinyatakan tadi itu berkaitan seksyen 61.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, fasal 47 seksyen 61, akta ibu dipinda. Di bahagian (i) di sana, di dalam teks bahasa kebangsaan dalam perenggan (af) dengan menggantikan perkataan “yang merbahaya" dengan perkataan “terancam”. Boleh ya?
Soalannya, pertukaran itu kerana dua makna yang berlain ke, “merbahaya” dengan “terancam” atau kerana orang tak pakai “merbahaya” sekarang, “berbahaya”. Kalau “berbahaya”, kenapa tak tukar “berbahaya” aja? Itu je.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dari segi ejaan. YB Menteri, boleh jawab? Tahu mana satu tu yang ditujukan oleh YB Dr. Hatta tadi?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Menurut maklumat yang diberikan, penyelarasan ini adalah supaya ataupun perkataan istilah itu adalah untuk menyelaraskan bersama dengan pindaan-pindaan yang lain.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
So, pindaan lain pun perkataan “merbahaya” digunakan?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Betul, ia menjadi uniform.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Konsisten.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Betul, konsisten dan uniform.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Itu jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Sekian dan terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Adakah Datuk Dr. Hatta puas hati?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, maksudnya dalam semua perkataan “merbahaya” ditukar jadi “terancam”?
[Dicelah] No more “merbahaya” ya di mana-mana. Okey, terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Berbahaya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Pula? Datuk Ahmad, “berbahaya”?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Sekejap bagi Timbalan Menteri semak dulu.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, kalau dalam English istilah itu adalah “endangered”, “endangered”, “berbahaya”. Jadi, perkataan yang betul adalah “berbahaya” bukan “merbahaya”. Itulah sebab kita tukar daripada “merbahaya” kepada “terancam”, “endangered” supaya dia juga selari dengan istilah ataupun tujuan di peringkat komuniti antarabangsa “endangered”, “terancam”. Harap itu menjawab soalan daripada YB Senator, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Adakah menjawab soalan Datuk Dr. Hatta?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, maksudnya the English version...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Is endangered.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Endanger itu terancam ya, bukan berbahaya? Begitu ya. Sejak tahun 85 ini baru tukar ini.
[Ketawa]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Baru disedari.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Baik, seterusnya Majlis dalam Jawatankuasa tadi. Kemudian, sekarang Setiausaha silakan.
[****Fasal-fasal 1 hingga 48** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dipersilakan YB Menteri. Yang Berhormat sendiri hadir pada petang ini, terima kasih.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk melindungi hak pekerja gig untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak untuk mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dan pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan majlis perundingan, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Pekerja Gig dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 17 Ogos 2023, tragedi sedih sebuah kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, di Shah Alam. Takdir, tak dapat dielak, ajal tak dapat ditunda.
Dua orang pekerja gig yang ketika itu sedang dalam perjalanan mencari rezeki halal menyara hidup dan keluarga telah maut dalam kejadian tersebut. Mangsa korban pertama seorang pemandu p-hailing.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Oleh sebab arwah sempat sambung caruman PERKESO dua bulan sebelum kejadian, maka pada hari ini, walaupun berhadapan dengan tragedi sedih kehilangan ahli keluarga mereka, tetapi waris arwah sedang menerima pencen bulanan PERKESO hampir RM2,000.00 sebulan.
Mangsa korban kedua, seorang pemandu e-hailing. Pernah menjadi pencarum PERKESO tetapi malangnya, beliau telah terputus caruman. Maka justeru, keluarga arwah tidak mendapat apa-apa perlindungan dari PERKESO. Arwah mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Dua orang pekerja gig, dua mangsa tragedi yang sama, pulang menemui pencipta mereka pada hari dan saat yang sama. Namun, nasibnya lain-lain kerana kelemahan dalam sistem keselamatan sosial buat pekerja gig pada masa ini.
Julai 2024, mahkamah tertinggi negara telah menolak permohonan seorang pekerja gig bernama Loh Guat Ching untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendukung langkah Menteri Sumber Manusia ketika itu, yang menafikan untuk merujuk kes pendakwaan atau kes dakwaan pemecatan tidak adil beliau ke Mahkamah Perusahaan Malaysia.
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pekerja gig tidak termaktub dalam takrifan pekerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dalam kata lain, pekerja gig tidak ada saluran dalam institusi buruh negara untuk membuat aduan serta pembelaan apabila berlaku pertikaian di dalam kontrak mereka.
Kelompangan ini amat serius kerana membabitkan isu keadilan kepada pekerja gig.
Justeru, pada Disember 2021 dalam Parlimen, ahli dari Pendang yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu telah menyatakan bahawa kementerian sedang mengkaji
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
untuk menyambut — untuk menambah baik undang-undang bagi menampung kelompangan itu.
Permasalahan pekerja gig bukan perkara baru. Seawal Oktober 2019, Ahli Parlimen dari Muar, selaku Menteri Belia dan Sukan ketika itu, telah menjemput para pekerja gig ke rumah beliau untuk membincangkan isu-isu berkaitan kadar bayaran. Malah, ahli dari Muar tersebut juga telah menyatakan keperluan untuk perundangan yang lebih baik bagi ekonomi gig yang mengutamakan pekerja. Ini tahun 2019.
Kerajaan silih berganti. Menteri datang dan Menteri pergi. Nasib pekerja gig ini menjangkau perbezaan politik parti-parti kita. Saya harus mengiktirafkan bahawa setiap pentadbiran, tak kira parti apa sekalipun, mempunyai niat yang murni untuk membetulkan kelemahan perundangan yang sedia ada demi memberi pembelaan kepada pekerja gig.
Hakikatnya amat jelas. 1.2 juta orang rakyat Malaysia dalam sektor gig ini bekerja setiap hari tanpa sebarang perlindungan perburuhan, seolah-olah sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi tidak mendapat pengiktirafan langsung. Atas dasar itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berpendirian bahawa undang-undang ini amat diperlukan dengan kadar segera.
Pada Mac 2024, KESUMA telah menerima mandat dari Yang Amat Berhormat Tambun untuk merangka satu mekanisme bagi membela pekerja gig. Berikutan mandat tersebut, KESUMA telah bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk melakukan kajian kerangka dasar.
Dalam pada itu, setiap Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Sabah serta Sarawak telah dirujuk. Kemudian, draf kerangka perundangan pekerja gig telah dibawa ke seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak, dalam hampir 40 sesi libat urus melibatkan hampir 4,000 pemegang taruh dari kalangan pekerja gig, kesatuan pekerja gig, syarikat platform, majikan, kesatuan majikan, kesatuan sekerja, ahli akademik, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Antaranya, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, yang merupakan antara individu yang terlibat menjuarai perjuangan pekerja gig ini telah mempengerusikan dua sesi libat urus tersebut. Saya juga sendiri mempengerusikan town hall, dengan izin, yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta dari pelbagai pihak. Bagi yang tidak dapat menghadiri sesi libat urus bersama KESUMA secara bersemuka, portal atas talian disediakan dan hampir 500 maklum balas telah diterima melalui wadah itu.
Pihak KESUMA juga telah melakukan penandaarasan ataupun benchmarking, dengan izin, dengan undang-undang yang setara ataupun sewaktu dengannya di seluruh dunia termasuk di negara-negara tetangga di ASEAN. Akhir sekali, kerangka perundangan ini juga
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
telah dibentangkan di Jawatankuasa Teknikal Decent Work in the Platform Economy, International Labour Organization (ILO) di Geneva.
Berdasarkan perbincangan tersebut, dapat dirumuskan bahawa RUU Pekerja Gig yang telah disediakan ini adalah selari dengan piawaian antarabangsa. Justeru, RUU yang ada di depan kita ini bukan dirangka dari imaginasi atau khayalan Menteri semata-mata, di pejabat berlantaikan marmar dan di kantor berhawa dingin, tidak. RUU ini dikarang dari pungutan suara dan aspirasi rakyat, khususnya pemegang taruh, khususnya 1.2 juta pekerja dalam sektor gig. Saya berasa bangga kerana badan penyelidik isu perburuhan, North South Initiative telah memuji proses penggubalan RUU ini sebagai telus dan telah melalui proses perundingan awam yang cukup meluas.
Seorang pakar ekonomi di negara kita juga secara terbuka menyatakan bahawa RUU ini berpotensi menjadi standard global dalam perundangan ekonomi gig. Saya tidak tuntut segala pujian ini untuk diri sendiri, tetapi hakikatnya, ini pengiktirafan buat 15,000 warga KESUMA yang telah bekerja keras selama lebih setahun untuk menjayakan RUU Pekerja Gig.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, RUU ini mengandungi 112 fasal yang dibahagi kepada 10 bahagian, memberi penekanan kepada empat aspek utama iaitu berdasarkan pelbagai permasalahan yang kita telah bincangkan tadi. Satu, definisi pekerja gig. Keduanya, majlis tripartite untuk menetapkan isu seperti pendapatan. Ketiganya, mekanisme penyelesaian kilanan ataupun pertikaian dan keempat, perlindungan keselamatan sosial.
Aspek pertama iaitu memuktamadkan definisi pekerja gig. Fasal dua RUU Pekerja Gig ini memberikan definisi yang jelas kepada perkara-perkara berkaitan sektor pekerjaan gig.
Contoh, pekerja gig yang sebelum ini tidak terangkum dalam mana-mana tafsiran pekerja, sama ada dalam Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak, Akta Perhubungan Perusahaan dan sebagainya, kini diberi tafsiran yang jelas.
Dalam kata lain, melalui RUU ini, pekerja gig sudah bukan seakan anak terabai yang tiada penjaga dalam pasaran kerja kerana kini, mereka sudah ada ayah angkat yang memberikan sijil lahir yang sah. Definisi ini mengekalkan status pekerjaan anjal ataupun pekerjaan fleksibel dan status pekerjaan sendiri.
RUU ini tidak sama sekali mengubah status pekerja gig menjadi pekerja sepenuh masa, seperti yang dikhuatiri oleh sesetengah pihak. Malah, definisi menekan sifat freelancer, dengan izin, atau bekerja sendiri melalui perjanjian contract for service, sekali gus membedakan mereka daripada golongan pekerja contract of service atau contract of employment, dengan izin. Contohnya, di bawah Akta Kerja.
Secara spesifiknya, RUU Pekerja Gig ini mendefinisikan seorang pekerja gig sebagai individu yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang memeterai
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak dan menerima pendapatan atas perkhidmatan yang dilaksanakan.
Entiti kontrak pula boleh merangkumi, satu, sama ada penyedia platform ataupun yang bukan penyedia platform, yang menawarkan perkhidmatan seperti yang disenaraikan dalam Jadual RUU Pekerja ini. Perkhidmatan di bawah Jadual RUU ini adalah contohnya lakonan, aktiviti perfileman, aktiviti yang berkaitan dengan muzik, estetik, kecantikan, terjemahan, kewartawanan, penjagaan dan sebagainya.
Melihat kepada dinamika sektor gig, maka Jadual yang diberikan dalam RUU ini, saya suka sebut sebagai senarai yang hidup ataupun Jadual yang hidup. Jadual ini boleh dipinda melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam warta berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.
Selain definisi pekerja gig, RUU ini juga menetapkan definisi entiti kontrak, perjanjian perkhidmatan, penyedia platform dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Aspek kedua, penetapan mekanisme pendapatan. Ketidaktentuan kadar pendapatan merupakan antara permasalahan utama dalam kalangan pekerja gig. Pada masa kini, kadar bayaran ditetapkan sepenuhnya oleh platform dan pekerja gig tidak mempunyai sebarang hak, kuasa dan kata putus dalam penetapan kadar bayaran.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Bahagian VI, RUU Pekerja Gig ini memperuntukkan penubuhan sebuah majlis tripartite ataupun tiga pihak yang disebut Majlis Perundingan seperti dalam fasal 46. Majlis ini merangkumi pihak kerajaan, pekerja gig dan entiti kontrak contohnya syarikat platform. Fungsi dan kuasa Majlis Perundingan ini adalah antara lain seperti dalam fasal 47(1) dan (2) iaitu membicarakan isu-isu berkaitan kadar bayaran, standard minimum kontrak dan sebagainya.
Dalam kata lain dengan RUU ini, maka pekerja gig akan diberi hak dan kuasa untuk sama-sama menentukan kadar bayaran. Kaedah Majlis Perundingan ini dilihat sebagai satu jalan tengah yang paling sesuai untuk menyelesaikan kemelut isu kadar bayaran yang sudah sekian lama menjadi antara permasalahan utama dalam sektor ekonomi gig. Sekiranya syor kadar bayaran oleh Majlis Perundingan dipersetujukan, maka suatu perintah rasmi akan dikuatkuasakan terhadap sektor yang berkaitan.
Aspek ketiga ialah penetapan mekanisme penyelesaian pertikaian. RUU Pekerja Gig ini juga akan menangani isu yang saya sebut awal tadi dalam ucapan tentang keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2024 kes Loh Guet Ching yang memutuskan bahawa pekerja gig tidak layak mendapat ataupun membuat tuntutan di Mahkamah Perusahaan Malaysia sekaligus dinafikan sebarang saluran institusi perburuhan negara untuk mendapatkan pembelaan sekiranya berhadapan dengan situasi ketidakadilan. Contohnya,
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
pemotongan pendapatan tanpa sebab yang jelas, penamatan kontrak secara tiba-tiba dan isu-isu eksploitasi yang lain.
RUU ini mengariskan dengan jelas prosedur kilanan atau dengan izin grievance procedure dalam Bahagian IV bermula dengan mekanisme kilanan dalaman dan sekiranya gagal maka aduan boleh dibuat ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) untuk proses rundingan damai. Sekiranya tiada penyelesaian di peringkat JPPM, maka pegawai pendamai boleh merujuk kes tersebut kepada Tribunal Pekerja Gig. Ini hanya sekiranya pegawai pendamai berpuas hati bahawa tidak mungkin pertikaian ini dapat diselesaikan di peringkat pendamaian.
Tribunal Pekerja Gig yang ditubuhkan di bawah fasal 24 RUU ini merupakan badan kuasa kehakiman yang memudah cara penyelesaian pertikaian di mana kedua-dua pihak yang bertikai tidak boleh diwakili oleh peguam selain hadir sendiri dalam prosiding pendengaran. Bagi entiti kontrak, mereka — maaf. Entiti kontrak boleh diwakili — itu saya kena tarik balik. Ini skrip yang tidak betul, dengan izin. Daripada ‘Selain boleh hadir sendiri itu', tarik balik. Saya mulakan dengan lagi dengan entiti kontrak. Mereka boleh diwakili oleh pekerjanya yang diberi kuasa sewajarnya dalam fasal 36(2)(a). Saya ada cuba untuk mengkhatam RUU ini Tuan Speaker, jadi boleh ingat bahawa itu tidak benar.
Manakala bagi pekerja gig pula, mereka boleh diwakili persatuan masing-masing yang diberi kuasa ataupun mana-mana ahli keluarga, berdasarkan fasal 36(2)(b). Justeru, tanpa kerumitan seperti dalam mahkamah sivil, proses penyelesaian pertikaian di tribunal adalah bersifat mudah, cepat, dan cost-effective. Aspek keempat adalah penetapan perlindungan keselamatan sosial. Keselamatan sosial merupakan antara aspek penting yang diutamakan dalam RUU ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa kini melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 ataupun Akta 789, sememangnya pekerja gig dalam sektor e-hailing dan p-hailing wajib mencarum PERKESO.
Namun, perlu diakui bahawa akta ini mempunyai beberapa kelemahan khususnya dari segi kebolehkuatkuasaan. Justeru, RUU Pekerja Gig ini khususnya Bahagian VIII, bertujuan antara lain menangani kelemahan tersebut dengan potongan secara automatik melalui Integrasi Sistem Pengantara Program Aplikasi ataupun API dengan sistem platform. Berapa jumlah potongan? 1.25 peratus terhadap pendapatan selepas ditolak komisen dan tip. Dalam kata lain, setiap RM1 hanya potong lebih kurang satu sen.
Berbanding dengan keadaan sekarang di mana pencarum secara wajibnya mencarum PERKESO, mereka perlu bayar lump sump untuk pakej lindung kendiri bermula dari pakej terendah, ada empat pakej. RM157.20 setahun sehingga pakej yang paling tinggi pakej keempat RM592.80 setahun. Yang bezanya ialah juga perbezaan yang amat penting, kaedah
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
masa kini adalah prepaid yakni sebelum RUU, pencarum ataupun pekerja gig itu kena bayar dulu, baru dapat perkhidmatan.
Manakala selepas RUU ini, kita menggunakan model postpaid iaitu mereka dapat perlindungan walaupun belum mula bayar. Sudah tentu ini akan menguntungkan pekerja gig kita sekaligus menjamin keselamatan sosial yang lebih baik. Khususnya apabila kita bandingkan dengan kes tragedi di Elmina itu tadi, di mana salah seorang daripada mangsanya pekerja gig. Oleh sebab terputus caruman, dengan menggunakan kaedah-kaedah prepaid iaitu kena bayar dulu baru mendapat perlindungan, maka arwah tidak mendapat sebarang perlindungan dari PERKESO.
Saya faham ada kerisauan terhadap perundangan baru sama ada kerana kefahaman yang kurang tepat dan KESUMA termasuk saya sendiri telah cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan atau kerana pegangan pendapat yang berbeza. Saya yakin dalam perbahasan mereka nanti, Ahli-ahli Yang Berhormat akan membangkitkan perkara-perkara tersebut. Ini saya amat alu-alukan.
Namun, yakinlah KESUMA sudah turun padang meredah lapangan, berhempas pulas memastikan semua suara didengari. Penyelarasan juga telah dibuat ke atas draf asal berikutan maklum balas daripada pemegang taruh pelbagai pihak dan peringkat. Justeru, bagai bilah keris yang ditempa dan dibakar bahang yang bara, RUU ini sudah versi yang terbaik sebaik mungkin pada masa sekarang dan dapat pengiktirafan daripada pihak-pihak yang pakar dan pemegang taruh.
Tidak mungkin ada satu undang-undang manusia yang boleh memuaskan semua pihak. Namun, jika kita masih bertegas untuk terus berbincang dan bincang dan bincang dalam bilik pejabat serta Dewan kita, maka apa pula nasib 1.2 juta pekerja gig di luar sana yang sudah menunggu bertahun-tahun, mengeluh bertahun-tahun dan setiap hari bertarung nyawa di jalan raya bermandi keringat tanpa apa-apa perlindungan dan pembelaan.
Justeru, saya merayu dan berharap agar sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan RUU ini pada 28 Ogos sekaligus memberikan sempena hadiah Hari Kebangsaan kepada pekerja gig, maka di Dewan yang mulia ini juga, saya menyeru agar kita sama-sama menghadiahkan kelulusan sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada minggu depan buat 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.
Kaum pekerja waima pekerja gig bukan sekadar jentera ekonomi, jauh lagi hamba kepada golongan pemodal. Mereka adalah pembina bangsa dan nusa sepertimana dalam lagu “Solidariti Perjuangan” yang dinyanyikan oleh ahli-ahli gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Kita bukan hamba, kita bukan jentera, Kita perlu rehat dan gaji yang bermaruah, Kitalah wahai pekerja buruh yang bangga, Kita kuat bersama. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat terpesona dengan YB Menteri punya penjelasan. Begitu jelas sekali. Dan ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk melindungi hak pekerja gig untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak, untuk mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dengan pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Pekerja Gig dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 18 orang ahli yang hendak berbahas. Ramai itu ya. Kita sekarang pukul 5.20, sampai malamlah kita hari ini. Tapi alhamdulillah, saya tengok ramai lagi, masih lagi wakil-wakil Senator-Senator hadir di Dewan ini. Terima kasih banyak-banyak kerana masih setia menunggu.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Maka, saya membuat ketetapan pada hari ini bahawa masa yang diberikan adalah selama lima minit seorang. Jadi, gunakanlah lima minit itu sebaik mungkin. Kita tak boleh nak panjang-panjangkan sangat lagi ya. Maka, yang pertama, saya persilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran. Silakan.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025.
Hari ini kita tidak hanya bercakap tentang undang-undang baru, kita sedang menentu arah masa depan lebih 1.2 juta rakyat Malaysia yang mencari rezeki di sektor ini. Mereka bukan sekadar rider atau pemandu e-hailing, mereka adalah pelakon, kru filem, penterjemah,
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
jurugambar, penulis bebas dan ramai lagi. Tanpa mereka, ekonomi digital negara ini tidak akan berkembang. Tahniah kepada KESUMA. It’s a good start.
Tuan Yang di-Pertua, saya puji kerajaan kerana berani membawa RUU ini. Dan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor ICT dan e-dagang menyumbang lebih kurang 23.5 peratus kepada KDNK negara pada 2023 dengan nilai lebih kurang RM427 bilion. Itu bukan angka yang kecil. Namun, di sebalik sumbangan yang besar ini, hanya 13 peratus pekerja gig mendaftar dengan PERKESO. Ertinya, lebih 80 peratus pekerja tanpa perlindungan dan tanpa jaminan. Kita suka kata ekonomi gig ini lambang moden, lambang inovasi, tetapi realitinya ia sedang melahirkan generasi pekerja tanpa masa depan.
Dato’ Yang di-Pertua, cadangan saya ialah tubuhkanlah dana perlindungan pekerja gig nasional dengan caruman bersama pekerja, platform dan kerajaan. Beri insentif cukai kepada syarikat yang melindungi pekerja mereka. Laksanakan audit kontrak digital menggunakan AI supaya tidak ada eksploitasi algoritma.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan fasal 11 yang menjamin pembayaran adalah langkah baik. Tetapi, mari kita bercakap benar. Hari ini ramai pekerja gig menunggu berhari- hari, malah berminggu-minggu untuk menerima bayaran. Kita selalu dengar alasan proses sistem lambat. Tetapi, kalau syarikat boleh kira keuntungan berbilion ringgit dalam sesaat, kenapa bayar gaji rider ambil berminggu-minggu? Maka, saya cadangkan tetapkanlah bayaran maksimum tiga hari bekerja selepas tugasan selesai. Kalau gagal, denda automatik 10 peratus dibayar kepada pekerja. Itu baru adil.
Tuan Yang di-Pertua, saya puji RUU ini kerana buat pertama kali ia mengangkat isu penyahaktifan akaun. Tetapi, realitinya, ramai pekerja gig hilang punca rezeki hanya kerana rating rendah atau aduan palsu daripada pelanggan. Kita jangan biarkan algoritma menjadi hakim, juri dan algojo sekali gus. Mesin tidak ada hati nurani tetapi manusia ada. Sepatutnya kita harus ada pertimbangan dari segi kemanusiaan. Ini bukan soal teknologi semata-mata tetapi ini soal keadilan.
Di China, kerajaan mewajibkan syarikat gergasi seperti Meituan menyediakan panel rayuan bebas. Ertinya, pekerja ada ruang untuk membela diri sebelum dipotong rezeki.
Cadangan saya ialah penubuhan tribunal rayuan digital yang memperkukuhkan tribunal sedia ada dengan ciri-ciri tambahan seperti berikut ― digitalisasi penuh. Rayuan boleh dibuat terus melalui aplikasi platform gig. Contohnya, rider Grab hanya perlu tekan butang rayuan dan kes terus dihantar ke tribunal. Masa penyelesaian jelas. Kes mesti diselesaikan dalam tempoh maksimum 30 hari. Jika tidak, akaun pekerja tidak boleh digantungkan. Telus dan mesra pekerja. Penyahaktifan akaun tidak boleh dibuat semata-mata kerana algoritma. Mesti ada siasatan manusia dan panel rayuan bebas bukan sekadar pegawai kementerian tetapi gabungan wakil pekerja, akademik dan juga pihak berkecuali. Kenapa ini perlu? Kerana jika
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
tribunal hanya ada atas kertas, pekerja gig masih terperangkap dalam sistem yang berat sebelah. Tetapi, dengan tribunal rayuan digital, aksesnya mudah, prosesnya cepat dan keadilannya nyata.
Tuan Yang di-Pertua, saya puji usaha kerajaan mewajibkan caruman keselamatan sosial. Tetapi, angka tidak menipu. Dari lebih sejuta pekerja gig, hanya 140,000 mendaftar dengan PERKESO. Kalau ini berterusan, kita sedang membina generasi pekerja tua yang miskin, tiada simpanan, tiada perlindungan dan tiada pencen. Maka, cadangan saya ialah wajibkan caruman minimum lima peratus pekerja dan lima peratus daripada syarikat platform.
Ikut model Korea Selatan, kerajaan atau agensi seperti PERKESO turut menampung sebahagian daripada kos pada peringkat awal.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu cipta semula roda ― banyak negara sudah melangkah ke hadapan. Jepun meluluskan freelance worker protection law 2023. Korea Selatan memperkenalkan platform workers insurance scheme. China, Sepanyol dan sebagainya. Maka, mereka sudah bergerak jauh, kita di Malaysia pula masih berbincang soal asas, soal sama ada pekerja gig ini patut dilindungi atau tidak. Malaysia mesti membina model sendiri. Ambil disiplin Jepun dalam kontrak, inovasi Korea dalam skim sosial dan ketegasan China dalam mengawal gergasi teknologi. Kalau kita berani, Malaysia boleh menjadi model dunia Islam dalam melindungi pekerja gig. Bukan hanya menjadi pengikut tetapi pencetus contoh.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah langkah yang penting tetapi ia tidak boleh menjadi satu kosmetik. Maka, kalau pekerja gig terus dilayan sebagai buruh murah, kita sedang membina bom jangka sosial. Saya menyokong rang undang-undang ini dengan syarat penambahbaikan yang telah saya cadangkan diterima. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Dato’ Sivaraj.
Seterusnya, dipersilakan YB Senator Dr. Lingeshwaran.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyampaikan ucapan sokongan yang padu terhadap Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Satu inisiatif bersejarah yang kita nanti- nantikan.
Menurut laporan terkini, ekonomi gig di Malaysia kini merangkumi 1.2 juta pekerja dengan sektor yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi digital negara. Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan bahawa pekerja-pekerja tidak formal, terutamanya pekerja gig, menyumbang kira-kira 10 peratus daripada KDNK Malaysia. Ini adalah angka
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
yang sangat besar dan menunjukkan betapa pentingnya sektor ini kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini adalah satu sektor yang dinamik dan terus berkembang.
Namun, pada masa yang sama, ini membawa cabaran yang serius berkaitan dengan kebajikan dan perlindungan sosial pekerja. Oleh itu, satu penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan team KESUMA setelah empat tahun perancangan dan draf, akhirnya kita dapat melihat RUU ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini bukan sahaja menggariskan perlindungan tetapi juga menyediakan kerangka kerja yang mampan melalui penubuhan suruhanjaya ekonomi gig Malaysia sebagai badan penyelia dan majlis perundingan tiga pihak di mana wakil pekerja, syarikat, platform dan kerajaan dapat berbincang secara langsung mengenai isu-isu penting seperti kadar bayaran. Dengan adanya RUU ini, kita akan menarik lebih banyak pelabur dan syarikat platform antarabangsa kerana kita dilihat sebagai negara yang menghormati hak buruh dan isu kebajikan pekerja. Ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia di peta global dunia.
Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini bukan sekadar sekeping kertas tetapi satu jaringan keselamatan yang akan melindungi dan memperkasakan berjuta-juta rakyat Malaysia. Salah satu manfaat yang paling ketara adalah akses kepada program saringan kesihatan atau HSP.
Dato’ Yang di-Pertua, pekerja gig sering terdedah kepada gaya hidup sedentari, waktu kerja yang tidak menentu, tekanan emosi. Faktor-faktor ini menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit tidak berjangkit seperti non-communicable disease seperti diabetes, hypertension dan juga kolesterol yang tinggi. Justeru, RUU ini membuka pintu kepada program saringan kesihatan yang disubsidi yang amat kritikal bagi mereka. Ini membolehkan pengesanan awal penyakit dan rawatan yang lebih cepat, seterusnya mengurangkan beban kewangan jangka panjang yang mungkin akan timbul akibat penyakit kronik.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya. Bolehkah kementerian menurunkan had umur HSP daripada 40 tahun ke 30 tahun? Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, prevalence NCD, non-communicable disease, semakin meningkat terutamanya di kalangan mereka yang berumur 30 hingga ke 39 tahun. Dengan menurunkan had umur ini, kita memastikan pekerja gig kita dan semua pekerja yang muda dan produktif dilindungi dari awal.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Mohon Menteri mempertimbangkan.
Dato' Yang di-Pertua, semua pekerja berhak mendapat akses kepada rawatan kesihatan asas. Namun, kita tidak dapat dinafikan bahawa golongan paling terdedah ialah pekerja gig, khususnya rider penghantar makanan dan juga barangan. Setiap hari mereka meredah hujan panas di jalanan demi mencari rezeki. Akibatnya, ramai jatuh sakit kerana
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
basah kuyup dan kepenatan tetapi tanpa cuti sakit berbayar, mereka terpaksa terus bekerja walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan mereka, malah boleh menjejaskan keselamatan penggunaan jalan raya dan masyarakat secara keseluruhan.
Sehubungan itu, kerajaan wajar meneliti satu skim perlindungan rawatan asas di klinik panel swasta seperti Skim Perubatan MADANI yang boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja.
Langkah ini akan mengurangkan beban fasiliti kesihatan KKM daripada kes-kes ringan, mempercepatkan akses rawatan bagi pekerja yang sakit dan membolehkan mereka kembali untuk bekerja secepat mungkin tanpa kehilangan punca pendapatan mereka.
Insentif sebanyak ini akan menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan semua pekerja, termasuk pekerja gig serta memastikan tenaga kerja negara sentiasa sihat dan produktif. Boleh Menteri mempertimbangkan?
Dato' Yang di-Pertua, kesimpulannya, RUU Pekerja Gig 2025 adalah satu langkah progresif yang mengukuhkan kestabilan sosial dan ekonomi negara kita. Saya menyeru semua Ahli Dewan yang mulia ini mendapat menyokong RUU ini dan kita tidak mengkhianati 1.2 juta pekerja gig. Lebih-lebih lagi, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor telah memberi sokongan dan mengeluarkan kenyataan umum untuk menyokong penuh RUU ini. Jadi, marilah kita bersama-sama mencipta masa depan yang lebih adil dan saksama untuk semua pekerja gig di Malaysia. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Baik. Terima kasih YB Senator Dr. Lingesh.
Seterusnya, saya jemput YB Senator Dr. Hajah Wan Martina.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan, khususnya KESUMA yang telah berjaya merangka dan membentangkan Rang Undang- undang Pekerja Gig 2025 yang hadir tepat pada masanya kerana landskap pekerjaan telah berubah secara drastik dalam dekad kebelakangan ini.
Jika dahulu, pekerjaan tradisional dalam sektor awam dan swasta menjadi pilihan utama. Kini, kita melihat semakin ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, beralih kepada kerja-kerja gig seperti penghantaran makanan, pemanduan e-hailing, perkhidmatan dalam talian dan pelbagai bentuk perkhidmatan atas permintaan yang lain. Kehadiran RUU ini membuktikan kerajaan menyedari realiti semasa dan prihatin untuk meletakkan kerangka
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
perundangan yang dapat melindungi hak-hak pekerja gig yang sebelum ini berada dalam keadaan longgar dan terdedah kepada pelbagai bentuk eksploitasi.
Saya amat menyambut baik peruntukan yang jelas mengenai hak pekerja gig seperti yang digariskan dalam Bahagian III. Antara yang paling penting ialah hak untuk dimaklumkan tentang terma perjanjian, kadar pendapatan, slip bayaran serta larangan diskriminasi oleh entiti kontrak. Selama ini ramai pekerja gig mendapati mereka diperlakukan seperti tenaga kerja yang boleh diganti bila-bila masa tanpa jaminan pendapatan dan tanpa mekanisme aduan yang jelas. Ada yang tiba-tiba hilang akses kepada platform tanpa sebab yang munasabah, menjejaskan periuk nasi mereka dalam sekelip mata. Justeru, langkah kerajaan mewujudkan garis panduan dan perlindungan melalui akta ini merupakan satu pembaharuan yang sangat signifikan.
Namun demikian Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa pandangan kritikal untuk penambahbaikan. Pertama, isu perlindungan sosial dan keselamatan pekerja gig. Kita tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini, khususnya penunggang p-hailing dan penghantar makanan, berdepan risiko kemalangan jalan raya yang sangat tinggi. Dalam keadaan mereka bekerja secara sendiri, ramai tidak mencarum dengan skim keselamatan sosial atau perlindungan kesihatan.
Saya berpandangan bahawa kewajipan caruman tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu pekerja gig. Entiti kontrak dan penyedia platform perlu dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan sebahagian caruman kepada PERKESO atau skim perlindungan kesihatan setara. Tanpa kewajipan yang jelas, kita bimbang pekerja gig akan terus berada dalam keadaan rentan dan apabila berlaku kecemasan, keluarga mereka pula yang menanggung kesusahan.
Selain itu, aspek pendapatan minimum juga perlu diberi perhatian serius. Saya menghargai peranan Majlis Perundingan yang dicadangkan dalam RUU ini untuk mengemukakan syor-syor kadar pendapatan minimum mengikut sektor. Namun, saya khuatir jika pelaksanaannya hanya berbentuk syor tanpa garis masa yang ketat, maka ia akan menjadi lambat dan tidak efektif. Saya mencadangkan agar kerajaan memastikan kadar pendapatan minimum bagi sektor gig dapat ditetapkan dalam tempoh tertentu. Sekurang- kurangnya sebagai perlindungan asas untuk mengelakkan eksploitasi, terutama apabila persaingan antara platform semakin sengit dan kuasa tawar menawar pekerja gig sangat terhad.
Saya juga ingin menarik perhatian mengenai mekanisme penyelesaian pertikaian.
Penubuhan tribunal pekerja gig adalah satu inovasi yang saya puji kerana ia memberi ruang kepada pekerja gig memperjuangkan hak mereka. Namun, kita perlu memastikan tribunal ini benar-benar boleh diakses oleh semua pekerja gig, termasuk mereka di luar bandar, bukan
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja. Saya mengesyorkan agar diwujudkan saluran digital mesra pengguna, mungkin melalui aplikasi mudah alih atau portal khusus, di samping menyediakan khidmat bantuan guaman asas supaya pekerja gig tidak terpinggir hanya kerana kekurangan sumber kewangan atau kekangan lokasi.
Penguatkuasaan juga merupakan cabaran utama. Kita boleh meluluskan undang- undang yang baik tetapi jika penguatkuasaan lemah, segala niat murni kerajaan tidak akan tercapai. Pegawai penguat kuasa mestilah dilengkapi latihan dan sumber mencukupi untuk memantau pelaksanaan akta ini. Malah, perlu ada laporan berkala kepada Parlimen mengenai tahap pematuhan entiti kontrak terhadap peruntukan yang digariskan supaya ada mekanisme semak dan imbang yang telus.
Akhir kata Dato' Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan benar-benar meneliti cadangan penambahbaikan yang telah dibangkitkan agar pekerja gig bukan sahaja dilindungi atas kertas tetapi merasai manfaat sebenar dalam kehidupan harian mereka. Hanya dengan cara ini kita dapat membina ekosistem pekerjaan yang adil, inklusif dan mampan, sekali gus menjadikan Malaysia negara yang bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Dr. Hajah Martina.
Saya harapkan YB Senator semua dapat limit-kan kepada lima minit ya sebab masa kita agak terhad. Kita nak mendengar penggulungan juga daripada Yang Berhormat Menteri nanti. Saya jemput YB Senator Tuan Abun.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan rang undang-undang ini yang berkaitan dengan hak pekerja gig. Tahniah kepada Kerajaan MADANI yang berjaya membentangkan RUU ini yang sangat baik untuk pekerja gig dalam negara dan mendapat pujian rakyat negara- negara jiran kita di Asia Tenggara ini.
Tidak terlalu lambat juga untuk saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada rider Foodpanda, arwah Muhammad Hafiz Mohamad Saleh dan juga pemandu e- hailing, Sharipuddin Saari. Hak asasi pekerja gig, saya menyokong penuh dalam rang undang-undang ini, khususnya fasal 8 yang jelas menyenaraikan hak-hak pekerja gig.
Antaranya, hak dimaklumkan terma dan syarat perkhidmatan, hak dimaklumkan kadar pendapatan, hak kepada pembayaran yang adil, tepat pada masanya, hak kepada perlindungan daripada penamatan tanpa alasan munasabah dan hak kepada mekanisme penyelesaian pertikaian.
Tuan Abun Sui Anyit
Hak-hak ini sangat penting untuk melindungi golongan pekerja gig yang sebelum ini dianggap terpinggir kerana tidak dilindungi undang-undang buruh secara tradisional.
Hak tambahan berkaitan teknologi. Saya juga memandang serius hak tambahan di bawah subseksyen (2) iaitu pekerja gig mesti dimaklumkan tentang sistem pemantauan dan pembuatan keputusan berautomasi oleh penyedia platform. Ini sangat relevan kerana ramai pekerja gig kini dinilai, diselia, malah boleh ditamatkan hanya berdasarkan algoritma. Adanya mekanisme semakan manual yang diwajibkan adalah satu langkah adil supaya pekerja gig tidak dihukum semata-mata oleh sistem automatik yang mungkin mempunyai kelemahan atau berat sebelah.
Isu potongan pendapatan. Saya ingin juga menyentuh fasal 12 yang melarang potongan tidak sah ke atas pendapatan tips dan ganjaran pekerja gig. Potongan ini hanya boleh dibuat dalam keadaan tertentu yang munasabah dan dengan kelulusan ketua pengarah.
Ini penting kerana pekerja gig sering terdedah kepada situasi di mana pendapatan mereka dipotong tanpa penjelasan yang jelas.
Bidang kuasa tribunal. Melalui fasal 33, tribunal diberikan kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian. Ini adalah mekanisme yang baik kerana pekerja gig biasanya tidak mampu membawa kes mereka ke mahkamah yang disebabkan kos guaman yang tinggi.
Namun, saya ingin menegaskan dua perkara.
Yang pertama, hak pengguna juga perlu diambil perhatian supaya bebas kos atau risiko tidak sepenuhnya ditanggung oleh pengguna. Undang-undang ini harus seimbang melindungi pekerja gig, tetapi tidak pula membebankan pengguna platform.
Yang kedua, tribunal, jangan pilih kasih. Amanah ini mesti dilaksanakan dengan penuh integriti tanpa memihak sama ada kepada syarikat besar, penyedia platform atau kepada pekerja gig. Soalan pokok, tuntutan kecil tetapi bermakna.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajukan persoalan kepada pihak kerajaan.
Bagaimanakah pekerja gig yang mungkin menuntut RM100 atau RM200 kerana potongan tidak sah, tetapi bagi mereka jumlah itu adalah nafkah sekeluarga. Tribunal mestilah memastikan semua tuntutan besar atau kecil dilayan dengan adil, cepat, tanpa diskriminasi.
Saya ingin sampaikan rintihan pemandu e-hailing, supaya kerajaan campur tangan di dalam menentukan caj minimum RM10 – Ini disampaikan sendiri kerana saya selalu menaiki kereta e-hailing. Untuk jarak minimum penumpang sesuatu tempat yang kini ada di dalam RM3 atau RM4 yang sangat tidak munasabah bagi mereka.
Jadi, penutup, akhirnya saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia adalah langkah ke hadapan untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada golongan pekerja gig. Namun, saya berharap kelak ia nya benar-benar mencerminkan roh keadilan
Tuan Abun Sui Anyit
tanpa membebankan pengguna dan tribunal ini pula bertindak dengan adil serta tidak pilih kasih.
Sekian, terima kasih Yang di-Pertua. Saya menyokong rang undang-undang ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Abun. Seterusnya, saya persilakan YB Senator Dato’ Sri Vell Paari.
Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan kali ini.
Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini saya lihat sebagai satu langkah penting kerajaan dalam memberikan pengiktirafan dan perlindungan kepada golongan pekerja gig yang semakin berkembang dalam ekonomi negara kita. Selama ini, para pekerja gig yang kita semua tahu beroperasi tanpa perlindungan undang-undang yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai hak untuk menuntut caruman keselamatan sosial serta tidak memiliki mekanisme undang-undang untuk menyelesaikan pertikaian.
RUU ini memperkenalkan kerangka menyeluruh meliputi perjanjian perkhidmatan, hak pekerja gig, mekanisme menyelesaikan pertikaian, penubuhan Tribunal Pekerja Gig, majlis perlindungan serta peruntukan keselamatan sosial dan kesihatan pekerjaan. Ini adalah satu reformasi undang-undang yang akan mengubah landskap pekerja yang tidak formal di Malaysia.
Saya menyokong kuat peruntukan untuk memberi hak jelas kepada pekerja gig termasuk hak untuk menyertai persatuan, menerima slip pendapatan, dilindungi daripada diskriminasi serta diberi notis dan penjelasan bertulis sekiranya akses mereka ke platform digantung atau ditamatkan. Ini memastikan pekerja gig tidak boleh dianggap sebagai pekerja kelas kedua, tapi di lindung oleh kerangka undang-undang yang adil.
Penubuhan Tribunal Pekerja Gig yang sangat penting ini kerana ini memberi ruang khusus kepada pekerja gig untuk membawa aduan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang dan mahal. Sebagai contoh, seorang pemandu e-hailing yang akaunnya digantung tanpa alasan jelas boleh mengadu terus kepada tribunal ini. Ini akan meningkat akses kepada keadilan, selain memberi keyakinan kepada golongan pekerja gig untuk menuntut hak mereka.
Namun begitu, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan entiti kontrak terutamanya syarikat-syarikat teknologi gergasi antarabangsa benar-benar mematuhi peruntukan akta ini? Adakah wujud mekanisme penguatkuasaan rentas sempadan sekiranya syarikat berpangkalan di luar negara, tetapi beroperasi di Malaysia?
Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu
Saya juga ingin cadangkan agar kerajaan memperkukuhkan aspek kesedaran dan pendidikan sivik kepada pekerja gig. Ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak memahami sepenuhnya hak-hak yang diberi di bawah akta ini. Maka, wajar diwujudkan model penerangan atau latihan khas oleh Kementerian Sumber Manusia bersama persatuan pekerja gig, khususnya dengan kerjasama kesatuan penghantar makanan dan pemandu e-hailing yang sudah wujud.
Selain itu dari sudut keselamatan sosial, saya ingin mendapat penjelasan sama ada pekerja gig akan dilindungi sepenuhnya di bawah PERKESO termasuk skim faedah pekerjaan, pencen ilat dan perlindungan kemalangan kerja. Adakah caruman ini akan ditanggung bersama oleh entiti kontrak seperti Grab atau Foodpanda ataupun sepenuh- penuhnya dipikul oleh pekerja gig sendiri?
Sebelum saya mengakhiri, izinkan saya bertanya. Bagaimana kadar bayaran minimum pekerja gig yang ditentukan oleh majlis perundingan yang ditubuhkan melalui RUU ini?
Adakah kerajaan akan memastikan tiada diskriminasi kadar bayaran antara bandar dengan luar bandar memandangkan kos operasi dan permintaan adalah berbeza?
Saya percaya, undang-undang ini bukan sahaja akan memperkukuhkan kedudukan pekerja gig, tetapi juga membantu membentuk budaya ekonomi baru yang lebih inklusif, adil dan mampan. Pekerja gig merupakan sebahagian penting dalam ekonomi digital negara daripada penyediaan perkhidmatan logistik last mile hingga kepada pekerja bebas digital dan sumbangan mereka perlu diiktiraf melalui perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Dato’ Sri Vell Paari.
Seterusnya, dipersilakan YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim.
Dato’ Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan Negara, apabila Yang Berhormat Menteri KESUMA memulakan ucapan dengan satu anekdot cerpen yang cukup menimbulkan rasa sebak, saya kira itu pun sudah cukup meyakinkan kita bahawa ada suatu yang perlu disokong dalam konteks RUU pada petang ini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam perkembangan pembangunan negara dan dalam konteks ekonomi negara kita, ternyata bahawa pekerja gig sudah merupakan suatu bentuk ataupun suatu jenis tulang belakang ekonomi negara. Dan dengan demikian, sewajarnya sesuatu dilakukan untuk memberikan hak dan menjaga kepentingan pekerja gig ini sendiri.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Dan rupa-rupanya saya juga sekarang pekerja gig kerana [Tidak jelas] sudah ada profesor khas yang waktu kerja anjal dan bagi orang yang sudah pencen berkali-kali seperti saya, maka diberi taraf sebagai profesor gig sekarang.
Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
Dato’ Yang di-Pertua, sudah melihat angka juga yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan daripada dokumen yang dapat kita teliti kewujudan sekitar 1.2 juta pekerja di Malaysia ini bukan angka yang kecil. Dan daripada 16.7 juta tenaga pekerja, 3.45 juta atau 20.7 peratus adalah dalam rangka pekerja tidak formal termasuk pekerja gig. Maka, ini satu fenomena yang perlu diberi perhatian besar oleh kerajaan dan semua pihak agar satu daripada tulang belakang ekonomi ini diberi perhatian yang sewajarnya.
Dengan meneliti 10 bahagian yang terdiri daripada 112 fasal yang juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi tampaknya seakan-akan tiada lagi ruang dan kelompongan dan kelompangan untuk kita memberikan sebarang teguran ataupun sebarang tambahan kerana dengan demikian incinya 112 fasal itu telah menunjukkan hal-hal yang diberi perhatian atau sewajarnya diberi perhatian kepada pekerja gig ini. Soal penubuhan majlis, soal mekanisme menyelesaikan pertikaian dan soal perlindungan sosial bagi pekerja gig ini semua telah pun dirincikan dengan cukup baik dan saya kira tidak perlu saya rincikan semula.
Ia nya barangkali dalam soal seperti yang telah ditimbulkan juga oleh rakan-rakan Ahli Dewan Negara tadi, soal pemantauan pelaksanaan. Ini perkara yang terpenting. Seperti juga dalam kebanyakan kes, negara kita ini kaya dengan pelbagai undang-undang, akta, enakmen, peraturan, sebagainya. Tetapi, kadangkala dalam soal pelaksanaan terdapat gendala dan hambatan yang menyebabkan keindahan undang-undang itu tak dapat dilaksanakan.
Maka, dalam soal tribunal itu sebagai contoh, dapatlah hendaknya dielakkan soal-soal birokratik yang juga berlaku dalam kes-kes yang lain. Ini masih menjadi satu fenomena buruk, soal birokrasi yang menghalang pelaksanaan suatu peraturan ataupun sesuatu yang baik untuk masyarakat.
Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, selain soal kita merincikan hak dan keistimewaan kepada pekerja gig ini, saya kira juga harus ditimbangkan tanggungjawab timbal balik iaitu apakah harapan masyarakat dan negara kepada tanggungjawab pekerja gig ini untuk kita memberikan keadilan yang setara antara hak dan kesaksamaan kepada pekerja gig dan juga tanggungjawab pekerja gig kepada masyarakat dan negara. Saya kurang tahu barangkali ini dapat dibaca sekali dengan undang-undang lain yang telah sedia ada, tetapi saya fikir ini satu perkara yang juga harus ditimbangkan.
Terima kasih dan saya memohon menyokong RUU ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Datuk Awang.
Seterusnya, dipersilakan YB Senator Puan Tiew.
Puan Tiew Way Keng
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Pekerja Gig 2025. RUU ini dapat memperkukuhkan perlindungan, kebajikan dan hak pekerja gig di Malaysia. Melalui RUU ini, undang-undang dapat menetapkan definisi pekerja gig menurut fasal 2 jadual yang didapati dalam RUU ini yang merangkumi sembilan jenis perkhidmatan, mekanisme penentuan pendapatan yang lebih adil, mekanisme penyelesaian pertikaian dan perlindungan keselamatan sosial melalui caruman PERKESO.
Saya menyokong hasrat kerajaan mengatur ekosistem ekonomi gig, bukan untuk melambatkan inovasi tetapi untuk memastikan kemajuan tidak dibayar dengan harga keselamatan sosial dan maruah pekerja gig. Di sinilah komitmen Menteri dan warga KESUMA wajar dihargai.
Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi gig telah membuka peluang pendapatan dan memberi keanjalan masa. Namun, isu-isu utama yang berulang berlaku di seluruh dunia antaranya ialah pertamanya status kerja yang kabur. Kedua, ketiadaan jaring keselamatan sosial yang setara. Dan ketiga, pengurusan algoritma yang tidak telus daripada agihan tugasan, keadaan bayaran dinamik sehinggalah nyahaktif akaun tanpa proses yang wajar.
RUU ini telah menangani isu-isu tersebut dengan memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja dan peringkat permulaan iaitu terma-terma perjanjian perkhidmatan yang mana kawasan-kawasan yang tidak berpihak kepada pekerja gig adalah menjadi terbatal sehingga penubuhan tribunal pekerja gig dengan prosedur ini dijalankan secara terbuka selain daripada majlis perundingan walaupun bagi tribunal tidak ada mana-mana peguam boleh mewakili mana-mana pihak.
Saya ingin mengambil ruang untuk melakukan perbandingan antarabangsa. Jika kita lihat di negara UK, mahkamah agung telah melalui kes Uber lawan Aslam dalam tahun 2021 telah memutuskan pemandu Uber ialah kategori pekerja yang bersyarat bukan kontraktor bebas sepenuhnya, melayakkan mereka kepada gaji minimum dan 28 hari cuti berbayar dikira dari masa mereka log masuk aplikasi dan sedia menerima kerja.
Bagi negara Singapura pula, melalui platform Workers Bill memperkenalkan caruman CPF berfasa lima tahun untuk pekerja yang berpendapatan rendah serta perlindungan kemalangan kerja, dengan izin, WIC. Bagi negara Australia melalui Fair Work Legislation Amendment (Closing Loopholes No. 2) Akta 2024, mewujudkan kategori employee lightworkers dan memberi perlindungan terhadap yang aktif yang tidak adil.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk menambah baik iaitu dari segi kejelasan status dan perlindungan minimum. Saya mencadangkan supaya kita dapat melaksanakan anggapan pekerjaan yang boleh disangka.
Puan Tiew Way Keng
Dengan ini, rebuttable presumption of employment sama seperti EU Platform Work Directive di mana beban bukti terletak kepada penyedia platform menafikan anggapan terdapatnya perkhidmatan.
Kedua, dari segi akauntabiliti algoritma, mewajibkan penyedia platform mengamalkan ketelusan dalam faktor agihan dan kadar bayar supaya mengelakkan diri daripada mendiskriminasi pekerja-pekerja gig. Melarang auto-deactivation tanpa ikut prosedur seperti yang telah digariskan dalam fasal 14 RUU ini dan tanpa semakan manusia.
Ketiga, dari segi daya saing dan inovasi. Saya cadangkan supaya menubuhkan regulatory sandbox untuk ujian algoritma yang baru, memberi insentif pemotongan cukai kepada penyedia platform yang menjaga kebajikan pekerja melebihi piawaian minimum. Saya mengakhiri sesi perbahasan saya dengan pantun berikut; Burung tempua terbang tinggi, Hinggap sebentar di pohon sena; Pekerja gig kita hargai, Agar sejajar negara bersama. Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia MADANI menjunjung kesejahteraan rakyat, Memacu kemakmuran negara; Marilah kita sebulat suara meluluskan RUU ini dengan tekad, Biar ekonomi gig terus berkembang dengan pekerja gig dilindungi. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih. Semenjak dua menjak ini, pandai pula YB Tiew ini berpantun. Nanti YB Menteri boleh jawab pantun tersebut ya. Seterusnya, saya jemput YB Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Penggubalan RUU Pekerja Gig 2025 amatlah bertepatan untuk melindungi dan menjaga kebajikan hak pekerja gig yang meliputi pelbagai sektor perkhidmatan. Ia membukakan jalan ke arah masa depan kerja yang lebih inklusif dan saksama untuk semua jenis pekerja di era digital. Namun saya ingin kemukakan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Yang pertama, undang-undang memperjelas definisi pekerja gig masih menjadi persoalan memandangkan skop dan jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu keresahan utama yang perlu dipertimbangkan semasa mengambil pekerja gig atau pekerja
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
bebas ialah status pekerjaan atau klasifikasi pekerja mereka. Tarif pekerja gig tidak selalunya jelas dan terdapat banyak kawasan kelabu undang-undang di sekitar perbezaan antara pekerja gig dan pekerja. Sebagai majikan adalah penting untuk mengetahui perbezaan ini dan memahami implikasi setiap klasifikasi serta kawasan kelabu, the grey area, yang ditakrifkan sebagai pekerja gig.
Yang kedua, fasal 24 memberikan peruntukan untuk penubuhan tribunal pekerja gig.
Keberkesanan tribunal ini bergantung pada pelaksanaan praktikal dan terus dalam menyelesaikan pertikaian antara pekerja gig dan platform digital.
Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan
Persoalannya, apakah mekanisme semak dan imbang akan dilaksanakan untuk mengimbangkan pihak berkepentingan? Memandangkan terdapat pekerja gig yang kurang lumayan dan juga kekurangan pengetahuan undang-undang, bantuan khidmat nasihat undang-undang dan perwakilan di tribunal yang berkos munasabah mestilah dihulurkan kepada pekerja gig demi melindungi dan menjaga hak mereka.
Ketiga, mengenai penubuhan majlis tripartite di bawah Bahagian VI RUU iaitu satu platform perundingan kadar bayaran dan kontrak minimum. Manakala rangka kerja yang jelas untuk memastikan kadar bayaran minimum terjamin sama ada mengikut jam pekerja atau tugasan. Wujudnya kebimbangan bagi pemegang taruh industri dan digital platform. Ia akan menambah kos perniagaan dan operasi bagi penggajian pekerja gig dan juga membebankan pelanggan iaitu pengguna perkhidmatan gig sekiranya kadar upah pekerja gig dinaikkan terlalu mendadak tanpa mengambil kira situasi ekonomi dan perniagaan serta kos sara hidup.
Keempat, hak privasi pekerja gig mesti dihormati dan data peribadi mereka tidak boleh disalahgunakan untuk sistem penarafan atau pemarkahan yang tidak telus. Selaras dengan Perkara 12, Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, RUU ini wajar memperuntukkan perenggan jelas terhadap pengendalian data peribadi termasuk ketelusan algoritma, hak aset kepada data sendiri serta mekanisme aduan sekiranya berlaku penyalahgunaan.
Akhir kata, RUU ini adalah langkah progresif untuk mengiktirafkan sumbangan sektor gig dalam ekosistem negara di samping menjaga kepentingan pekerja gig di era digital.
Pelaksanaannya mestilah terlalu inklusif dan mengimbangkan kepentingan bersama-sama di antara pemegang taruh industri digital platform dan pengguna. Dengan itu, saya menyokong RUU Pekerja Gig 2025. Sekian, terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tan Sri Low.
Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Pertama, saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya menggubal RUU Pekerja Gig ini yang telah dibincangkan dan disentuh oleh ramai pihak termasuk kita sendiri di Dewan Parlimen yang mulia ini termasuk saya dulu di Dewan Rakyat. Lama kita bercakap soal ini agar kerajaan menggerakkan penggubalan — menyegerakan penggubalan undang-undang yang akan melindungi hak pekerja sektor gig ini yang kini berjumlah 1.2 juta pekerja yang semakin berkembang laju dalam dunia ekonomi digital hari ini terutama selepas pandemik yang beberapa tahun yang lepas.
Dengan RUU ini, mereka tidak lagi bergelar golongan yang tersisih atau terpinggir daripada menikmati hak dan perlindungan sebagai rakyat Malaysia. Kita Dato’ Yang di-Pertua, menjadi antara negara yang terawal mengadakan undang-undang khas berkaitan sektor ini di mana hanya 15 negara yang telah mendahului kita. Saya berharap undang-undang yang kita bahaskan hari ini melalui perbandingan dengan undang-undang negara-negara terdahulu akan menjadi lebih baik, lebih komprehensif dan menjadi model undang-undang yang ditiru oleh negara-negara lain demi kebaikan sejagat.
Walau bagaimanapun, harapan saya selepas RUU ini dilancarkan di peringkat pelaksanaan nanti, kerajaan akan sentiasa melihat dan menambah baik pada setiap masa akta ini memandangkan ia nya baharu dan mungkin ada kekurangan di dalam menyampaikan hak kepada pihak yang terlibat terutama para pekerja gig yang kita harapkan mereka lebih terbela. Kerana mereka mudah terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi daripada pihak penyedia platform yang merupakan pemain industri yang bersifat gergasi dan lebih terarah untuk mencipta keuntungan yang terbesar.
Saya dapati ada beberapa perkara yang perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan berkaitan perlindungan ke atas para pekerja gig ini. Pertama, apakah jaminan kerajaan bahawa akta ini tidak akan merisikokan pendapatan bersih pekerja sektor gig ini agar tidak mengalami penurunan nyata selepas mencarum dengan pihak PERKESO? Kerana jika ini berlaku, ia mungkin boleh menjadikan sektor gig ini tidak popular untuk diceburi. Ada yang akan menarik diri, seterusnya akan menjejaskan rantaian sektor ini termasuk pemberhentian operasi oleh penyedia-penyedia platform yang bersaiz kecil yang secara tidak langsung akan mengukuhkan dominasi pemain-pemain ataupun penyedia platform gergasi yang mampu memberi tekanan kepada kita, kerajaan, dengan syarat-syarat mereka sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana sektor gig ini amat luas, meliputi pemandu e-hailing, penunggang, penghantar, pekerja bebas dan penjaga, apakah tindakan kerajaan meletakkannya di dalam satu kategori sahaja? Boleh menjamin keadilan tercapai apabila ia
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
nya dikuatkuasakan nanti? Ini kerana ciri dan sifat-sifat pekerjaan sektor-sektor yang berlainan ini adalah berbeza. Saya bimbang akan berlaku kekeliruan dan kesalahan dalam menimbang semasa proses penghakiman yang akan dilaksanakan nanti.
Kita difahamkan contohnya Kerajaan Singapura yang telah menguatkuasakan undang-undang gig ini, mereka mengadakannya secara berfasa terlebih dahulu. Bermula dengan sektor e-hailing dan khidmat penghantaran, sementara menggubal undang-undang untuk sektor-sektor lain di masa akan datang. Mereka kelihatan lebih berhati-hati dalam menggubal undang-undang di negara mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan kerajaan mengenai tempoh masa dalam prosiding pendamaian yang mungkin memakan masa yang panjang dan memenatkan. Adakah undang-undang ini menjamin bahawa proses penyelesaian ini berjalan dengan cepat dan mesra? Saya juga bimbang bahawa pihak pekerja akan berada di pihak yang lemah apabila mereka tidak boleh diwakili oleh peguam sama ada di majlis rundingan mahupun di tribunal selepasnya, sedangkan pastinya pihak entiti kontrak atau penyedia platform telah pun bersedia dengan bahagian perundangan mereka sendiri.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah RUU Pekerja Gig ini mampu menjadi pemangkin kepada menyelesaikan dua isu besar yang dihadapi oleh pekerja sektor ini? Yang pertama, soal ketidakstabilan pendapatan yang diperolehi. Yang kedua adalah kadar komisen ataupun upah yang dikenakan oleh penyedia platform ke atas pekerja gig ini yang tidak diikat dengan peraturan tertentu. Jika tidak saya — jika kita tidak mampu mencari penyelesaian dalam dua isu utama ini, maka saya bimbang bahawa sektor gig ini tidak akan menjadi sektor pekerjaan yang selamat dan menjamin kesejahteraan rakyat yang kita dambakan.
Terima kasih. Saya dengan ini menyokong RUU ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Nik Mohamad Abduh. Seterusnya saya persilakan YB Senator Datuk Rosni.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih Dato’ Setia Yang di-Pertua. Pertama, saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kementerian yang benar-benar dapat merangka dan membentangkan rang undang-undang bagi pekerja gig bagi tahun 2025 yang benar- benar menyentuh hati nurani pekerja gig. Terima kasih juga atas peluang yang diberikan.
Satu usaha penting untuk menyesuaikan dasar buruh negara dengan realiti ekonomi digital masa kini. Saya menyokong rang undang-undang ini, namun ingin mengemukakan beberapa persoalan yang wajar diteliti agar perlindungan kepada pekerja gig lebih menyeluruh dan berkesan. Pertama, bagaimana kita memastikan simpanan hari tua pekerja
Datuk Rosni binti Sohar
gig terjamin? Rang undang-undang ini mewajibkan caruman PERKESO, tetapi masih belum menyentuh KWSP.
Datuk Rosni binti Sohar
Saya mencadangkan supaya diwujudkan skim caruman KWSP secara sukarela separa mandatori. Contohnya dengan sumbangan padanan daripada platform atau kerajaan.
Ini boleh membantu pekerja gig menyimpan tanpa terbeban.
Kedua, kadar bayaran minimum mengikut sektor pekerjaan gig perlu diwujudkan.
Fleksibiliti adalah asas model gig, tetapi dengan ketiadaan sebarang garis panduan kadar bayaran minimum, wujud risiko bayaran yang tidak adil. Penetapan kadar bayaran mengikut sektor seperti e-hailing, penghantaran atau kandungan digital boleh berpandukan kos sara hidup semasa dan purata bayaran di pasaran.
Ketiga, jika platform gig menetapkan masa kerja, kadar bayaran dan menilai prestasi pekerja, bukankah ini menunjukkan ciri-ciri hubungan majikan dan pekerja? Walaupun mereka digelar kontraktor bebas, maka adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan pengiktirafan platform sebagai majikan bersama atau sekurang-kurangnya sebagai penyedia platform yang bertanggungjawab supaya mereka turut menanggung tanggungjawab sosial seperti caruman perlindungan dan penyediaan faedah asas.
Keempat, berkenaan Tribunal Gig. Saya menyambut baik penubuhannya, tetapi adakah kuasa tribunal ini jelas dan mengikat? Saya juga mencadangkan bantuan guaman percuma disediakan kepada pekerja gig yang tidak berkemampuan agar mereka tidak dinafikan hak membela diri kerana faktor kos.
Kelima, bagaimanakah kita menangani ketelusan sistem algoritma yang digunakan oleh platform? Banyak pekerja digantung atau dipotong pendapatan tanpa alasan yang jelas.
Saya mencadangkan prinsip pengurusan AI yang beretika diterapkan, termasuk keperluan penjelasan, notis dan semakan manusia terhadap keputusan penting.
Keenam, adakah kerajaan bercadang mewujudkan sistem data pekerja yang berpusat? ID digital pekerja gig yang disepadukan dengan sistem sedia seperti MyDigital ID boleh memudahkan pemantauan, perancangan latihan dan penyaluran bantuan yang lebih tepat.
Akhir sekali, saya mencadangkan agar satu fasal khas dimasukkan dalam rang undang-undang ini untuk melindungi pekerja gig yang rentan seperti wanita, OKU dan warga emas. Cadangan saya termasuk subsidi insurans perlindungan diri bagi mereka yang berpendapatan rendah, elaun penjagaan anak khusus untuk wanita atau ibu tunggal serta akses kepada khidmat kesihatan yang asas secara percuma atau bersubsidi, terutama bagi warga emas dan OKU.
Datuk Rosni binti Sohar
Selain itu, dana sokongan kecemasan juga perlu disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi kehilangan pendapatan secara tiba-tiba akibat kemalangan seperti yang YB Menteri bagi tahu tadi, bencana atau masalah kesihatan. Dengan langkah ini, kita dapat memastikan golongan rentan ini tidak terus terpinggir dan rang undang-undang ini menjadi lebih inklusif serta berperikemanusiaan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini sebagai asas penting.
Namun, saya berharap agar semua cadangan saya diambil kira oleh kementerian agar rang undang-undang ini, agar lebih bersifat holistik. Dan akhirnya saya menyokong rang undang- undang gig bagi pekerja 2025, sekian terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Rosni. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Terima kasih Dato’ Setia Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera kepada semua ahli-ahli Senator yang berada di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, kita sedar sektor gig telah membuka banyak peluang pekerjaan baharu, terutamanya kepada generasi muda. Pada dasarnya, saya amat bersetuju dengan keperluan untuk mewujudkan suatu dasar sumber tenaga kerja yang lebih inklusif dengan memberikan perlindungan kepada pekerja gig, sambil memastikan keseimbangan antara kepentingan pekerja, syarikat platform dan pembangunan ekonomi negara.
RUU Pekerja Gig yang dibentangkan hari ini merupakan satu langkah yang penting dalam usaha Kerajaan MADANI untuk menyesuaikan dasar pekerjaan dengan realiti dan trend ekonomi semasa. Oleh itu, perbahasan kita hari ini harus menilai sama ada pindaan yang dicadangkan benar-benar mampu mengimbangkan antara kepentingan pekerja, penyedia platform dan semua pihak berkepentingan.
Atas dasar keterangkuman dan bagi penambahbaikan RUU ini, saya ingin membawa beberapa perkara. Tuan Speaker, dalam meneliti RUU Pekerja Gig ini, saya ingin membawa isu tentang ketiadaan had umur minimum dan maksimum. Saya berpendapat had ini penting kerana pertama, berkenaan dengan perlindungan kepada kanak-kanak. Akta Kerja 1955 jelas melarang kanak-kanak bawah 13 tahun bekerja dan hanya membenarkan umur 13 hingga 15 tahun untuk kerja ringan. Tambah garis panduan ini dalam RUU, ada risiko pelajar sekolah dieksploitasi oleh syarikat platform.
Faktor keselamatan jalan raya, saya mencadangkan had umur minimum 16 tahun untuk kerja gig berisiko tinggi seperti penghantaran makanan. Kajian MIROS menunjukkan kadar kemalangan motosikal paling tinggi melibatkan penunggang muda. Justeru, hak umur ini penting demi keselamatan.
Tuan Roderick Wong Siew Lead
Ketiga, kebajikan warga emas. Selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012, umur persaraan ditetapkan pada 60 tahun. Tanpa had ini, warga emas boleh terus bekerja dalam sektor gig yang memerlukan tenaga fizikal walaupun kesihatan mereka tidak diizinkan.
Oleh itu, penetapan umur minimum dan maksimum akan menjadikan RUU ini lebih menyeluruh, seimbang dan benar-benar melindungi pekerja gig di semua peringkat umur.
Tuan Speaker, seterusnya satu lagi perkara yang wajar diberi perhatian ialah soal pertindihan perlindungan undang-undang antara pekerja tetap, pekerja kontrak dan pekerja gig dalam satu platform. Kita tahu bahawa syarikat platform besar ada yang menggaji pekerja tetap seperti staf pentadbiran, pekerja kontrak bagi projek tertentu dan pada masa sama ramai pekerja gig di lapangan. Pekerja tetap dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, manakala pekerja kontrak pula tertakluk kepada syarat kontrak dan undang-undang buruh sedia ada. Pekerja gig pula akan dilindungi di bawah RUU baharu ini.
Isunya, bagaimana jika berlaku pertindihan atau konflik? Contohnya, seorang pekerja kontrak IT dalam platform mungkin menuntut hak yang setaraf dengan pekerja tetap, manakala pekerja gig yang melakukan kerja hampir sama dengan pekerja kontrak hanya mendapat perlindungan minimum. Keadaan ini boleh mewujudkan jurang keadilan yang ketara dalam kalangan pekerja. Lebih membimbangkan, ada risiko syarikat memilih untuk menggantikan pekerja tetap dengan pekerja gig kerana kos perlindungan mereka lebih rendah. Sekali gus melemahkan standard perlindungan pekerja negara secara keseluruhan.
Oleh itu, penting untuk RUU ini menyatakan dengan jelas pindaan kuasa dan keselarasan dengan Akta Kerja 1955 serta undang-undang buruh lain supaya tidak berlaku kekeliruan, pertindihan atau eksploitasi akibat jurang perundangan. Sebagai pengguna perkhidmatan e-hailing yang aktif, perkara terakhir yang ingin saya bawa ialah tentang penggunaan akaun gig oleh pihak ketiga, di mana akaun yang berdaftar digunakan oleh individu lain.
Fenomena ini kerap berlaku dalam sektor penghantaran makanan dan e-hailing, apabila akaun dipinjamkan atau disewa kepada orang yang tidak melalui proses tapisan latar belakang atau tidak mempunyai dokumen sah. Risikonya amat besar kerana pengguna tidak mengetahui siapa sebenarnya yang memberikan perkhidmatan. Dan jika berlaku kemalangan atau salah laku, timbul persoalan tentang liabiliti. Pada masa yang sama, pekerja gig yang sah terpaksa bersaing secara tidak adil dengan individu yang menggunakan akaun secara tidak sah. Namun begitu, RUU ini hanya menekankan aspek perlindungan sosial tanpa meletakkan hukuman khusus terhadap penggunaan akaun oleh pihak ketiga.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya dimasukkan peruntukan yang jelas bahawa akaun gig tidak boleh dipinjamkan dan sekiranya berlaku, pekerja gig serta platform yang gagal mengawalnya boleh dikenakan tindakan. Ini penting bagi melindungi keselamatan
Tuan Roderick Wong Siew Lead
pengguna, menjaga hak pekerja gig yang sah dan mengukuhkan integriti industri gig.
Akhirnya, saya menyokong penuh RUU Pekerja Gig ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Roderick. Saya persilakan YB Senator Dato' Wu Him Ven.
Dato' Wu Him Ven
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. RUU ini merupakan satu langkah bersejarah kerana buat pertama kalinya kita mewujudkan kerangka undang-undang khusus melindungi pekerja gig. Tahniah kepada Menteri KESUMA, dengan berani dan perhatian mengambil tindakan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, perlindungan ini masih ada kelemahan. Jika berbandingkan dengan piawaian antarabangsa di Europe, platform work directive memperkenalkan prinsip presumption of employment, pekerja gig dianggap sebagai pekerja melainkan syarikat boleh membuktikan sebalik. Ini membolehkan mereka menerima gaji minimum, cuti bergaji dan caruman SOCSO oleh majikan. Saya ingin menarik perhatian juga kepada Kanada khususnya Ontario yang telah menggubal Digital Platform Worker Rights Act.
Undang-undang ini memperkenalkan kategori dependent contractor, iaitu pekerja yang tidak sepenuhnya bebas tapi secara ekonomi bergantung kepada platform. Golongan ini diberi hak kontrak yang telus, jaminan bayaran minimum mengikut masa kerja serta hak berunding secara kolektif walaupun mereka bukan pekerja sepenuh masa. Model ini memberi keseimbangan iaitu fleksibiliti dikekalkan tetapi asas perlindungan tetap wujud.
Sebaliknya, di Malaysia, RUU ini tidak mengubah status pekerja gig. Mereka masih dianggap bekerja sendiri. Caruman PERKESO pula status 100 peratus ditanggung oleh pekerja melalui potongan pendapatan. Penyedia platform hanya menjadi ejen pemotongan tanpa tanggungjawab caruman tambahan. Tambahan lagi, undang-undang ini tidak menyentuh soal caruman KWSP atau perlindungan SIP untuk pengangguran, dari segi perlindungan sosial pekerja gig, kita masih jauh ketinggalan.
Dato’ Yang di-Pertua, apa— ada aspek penting yang masih belum disentuh secara tuntas. Pertama, isu masa kerja dan rehat. Ramai pekerja gig terpaksa berada dalam talian berjam-jam lamanya demi mencukupkan pendapatan. Tanpa had munasabah, mereka terdedah kepada keletihan melampau dan risiko kemalangan. Di Europe, had waktu kerja dan tempoh rehat minimum adalah wajib. Saya mencadangkan supaya Majlis Perundingan menetapkan had maksimum untuk berada dalam talian secara berterusan, mewajibkan
Dato' Wu Him Ven
tempoh rehat minimum serta memperkenalkan pengecualian kerja dalam keadaan cuaca ekstrem demi keselamatan.
Isu kos dan risiko kerja. Pada masa ini, semua kos operasi seperti minyak, maintenance kenderaan, insurans ditanggung sepenuhnya oleh pekerja gig. Keadaan ini tidak adil kerana platform memperoleh keuntungan daripada kerja mereka. Tetapi beban ditanggung pekerja. Majlis Perundingan seharusnya diberikan mandat untuk menetapkan standard minimum bagi subsidi atau bayaran balik kos ini termasuk minyak, kerosakan kenderaan, insurans dan peralatan kerja.
Kesimpulannya, RUU ini adalah satu langkah ke hadapan. Namun kita tidak boleh berhenti di sini. Malaysia mesti meneliti ruang menambah baik dengan mengambil iktibar daripada pengalaman Sepanyol, Europe, Kanada. Matlamat kita adalah memastikan pekerja gig bukan sahaja dilindungi, tetapi juga dapat bekerja dalam ekosistem yang adil, berdaya saing dan mampan. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Dato' Wu. Saya persilakan YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua untuk peluang untuk membahas rang undang-undang ini. Saya ingin membangkitkan satu isu sahaja ya berkenaan ketiadaan peruntukan mandatori bagi caruman kepada KWSP. Senator YB Datuk Rosni pun ada menyentuh isu itu tapi dia tidak buat elaboration, menghuraikan isu. So, I’m going to go deeper, why, kenapa mesti ada KWSP untuk gig worker. Walaupun undang-undang ini dengan tepat menuntut perlindungan di bawah PERKESO, ia tidak menangani isu keselamatan kewangan jangka panjang pekerja gig melalui simpanan persaraan.
Ini merupakan satu kelompongan yang ketara. Seperti yang kita sedia maklum, kadar simpanan dalam negara ini adalah sangat rendah, khususnya dalam kalangan anak muda.
Ramai antara mereka langsung tidak mempunyai simpanan. Bagi golongan ini, caruman kepada KWSP boleh menjadi keadaan paling praktikal dan mudah untuk mula menabung, walaupun hanya beberapa Ringgit sebulan untuk memulai.
Rang undang-undang ini juga meliputi pekerja yang disenaraikan dalam jadual, termasuk golongan profesional kreatif di dalam industri hiburan seperti artis, pelakon, wartawan dan penjaga di semua perbahasan rakan-rakan kita petang ini ialah tentang how gig worker — pekerja gig yang contohnya ialah food delivery, tapi tidak sentuh isu the other side of the gig worker di dalam definisi dalam RUU ini. Setengahnya ialah for the industry, creative industry. The creative industry ini ialah pun didefinisikan sebagai gig worker dan ini ada yang besar juga. Mereka membentuk sebahagian besar daripada tenaga kerja gig, bukan
Tuan Robert Lau Hui Yew
sekadar menghantar makanan yang lebih menonjol. Golongan ini juga berhak menerima manfaat caruman KWSP sebagai perlindungan kewangan asas.
Dengan menyediakan perlindungan PERKESO tetapi tidak KWSP, rang undang- undang ini seolah-olah memberi keutamaan kepada perlindungan kemalangan berbanding simpanan jangka panjang. Tetapi mengapa perlu memilih antara kedua-duanya? Kedua- duanya penting dalam membina jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh. Tambahan pula, ramai pekerja dalam sektor industri kreatif tidak menghadapi risiko kemalangan kerja yang tinggi.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Namun, mereka tetap terdedah kepada ketidak jaminan kewangan pada masa depan.
Perlu juga dinyatakan bahawa Kerajaan MADANI baru sahaja memperkenalkan caruman KWSP untuk pekerja asing bermula tahun ini. Jika kita sanggup memberikan kemudahan ini kepada bukan warganegara, mengapa tidak kepada rakyat kita sendiri yang bekerja dalam sektor ekonomi gig.
Sebagai penutup, saya merayu agar pihak menggubal undang-undang mempertimbangkan pindaan kepada rang undang-undang ini untuk memasukkan caruman mandatori kepada KWSP. Langkah ini akan mencerminkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam melindungi dan memperkasakan pekerjaan gig di Malaysia. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Tuan Robert.
Seterusnya dipersilakan YB Senator Dr. Jufitri bin Joha.
Dr. Jufitri bin Joha
Terima kasih Dato’ Sri Setia Speaker, rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ekonomi gig di Malaysia semakin pesat melibatkan lebih 1.2 juta pekerja gig dan sudah tentu yang paling terbesarnya adalah dalam kalangan anak muda, termasuk rakan-rakan buskers kita di jalanan. Memang sektor ini luas dan mempunyai masa hadapan yang baik. Profesor Sohail Inayatullah, Pakar Pemikiran Masa Depan menjangkakan anak muda akan melakukan 17 jenis kerja dalam satu masa dalam pelbagai lapangan luas dalam ekonomi lejang. Saya gunakan istilah ekonomi lejang.
Walaupun ada bantahan terhadap RUU dan tidak dapat memuaskan semua hati kerana luasnya ruang lingkup, maka seperti kenyataan kaedah fiqah, menyebutkan bahawa [Membaca sepotong ayat] Dengan izin, *“Jika tidak buat semua jangan tinggalkan semua”.
“Don’t let perfect be the enemy of good”*, dengan izin seperti kata Walter, Ahli Falsafah Perancis dan seperti yang diungkapkan oleh Datuk Amir, Menteri Kewangan yang kedua semalam.
Dr. Jufitri bin Joha
Saya juga mengharapkan RUU turut membela nasib pekerja-pekerja gig yang 90 peratus adalah wanita dalam industri penapis air seperti Coway, Cuckoo, 3M, Panasonic dan lain-lain. Ada 11 jenama utama penapis air di Malaysia yang melibatkan sekitar 20,000 ejen perkhidmatan. Sebagai contoh, Coway sahaja mempunyai sekitar 5,000 Coway Lady atau ringkasnya CODY yang melaksanakan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta pelanggan dan saya harap ia juga merangkumi Dato’ Setia Yang di-Pertua, sektor ketiga NGO dan aktivis non-governmental individu, dengan izin.
Dato’ Setia Speaker, RUU ini mengandungi empat komponen utama tetapi saya hendak sentuh satu sahaja definisi yang cukup jelas. Cuma saya suka mempopularkan istilah apa yang disebut oleh hos terkenal Saudara Syed Munawar sebagai dikenali sebagai ekonomi lejang. Mungkin YB Senator Ayahanda Awang Sariyan boleh membantu dan YB Steven pun antara pejuang bahasa yang elok kita juga mempopularkan istilah ekonomi lejang ataupun ekonomi gig.
Saya mempunyai empat permasalahan yang ringkas dan juga enam solusi memandangkan masa yang agak terbatas. Permasalahan ada empat. Yang pertama sekali, status hak pekerja gig masih lagi longgar. Kedua, pembayaran pendapatan tidak praktikal.
Ketiga, isu penutupan akaun dan penyahaktifan dan yang keempat, majlis perundingan hanya bersifat nasihat.
Jadi, solusinya ada enam perkara sebagai penutupnya. Yang pertama, perjelaskan hak pekerja gig. Masukkan tafsiran jelas tentang sebab munasabah bagi penamatan perkhidmatan. Misalnya Dato’ Setia, perlanggaran kontrak serius, penipuan ataupun kesalahan, wajibkan syarikat beri notis bertulis dengan alasan yang konkrit dan pekerja gig diberikan ruang untuk rayuan sebelum penamatan berkuat kuasa.
Kedua, pembayaran pendapatan lebih cepat. Tempoh bayaran dipendekkan daripada tujuh hari selepas perkhidmatan selesai bagi menjamin aliran tunai harian pekerja gig.
Peruntukan potongan kerana kesilapan syarikat diperketat, mesti disokong bukti audit, transaksi yang telus serta perlu kebenaran Ketua Pengarah JTK.
Ketiga, lindungi pekerja daripada penyalahgunaan kuasa platform. Tempoh penyahaktifan dikurangkan daripada 14 hari maksimum ke tiga hari. Jika siasatan ambil lebih masa, syarikat wajib bayar gaji minimum harian sepanjang tempoh pergantungan.
Mekanisme semakan beban oleh pihak ketiga contohnya Pegawai JTK sebelum akaun ditutup.
Keempat, perkasa majlis perundingan. Tetapkan kadar pendapatan minimum gig sebagai garis kasar yang wajib bukan sekadar syor. Pastikan korum democratic representative dengan izin dan inklusif kerajaan, syarikat pekerja gig, NGO, akademia untuk menjamin ketelusan dan keseimbangan serta benar-benar mewakili suara pekerja gig. Beri
Dr. Jufitri bin Joha
kuasa quasi-regulatory kepada majlis supaya syor mereka tidak boleh ditolak tanpa alasan bertulis. Jadikan majlis ini sebagai protem committee dengan izin, ke arah penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SeGIM).
Yang kelima, insentif tanggungjawab bersama. Kerajaan beri insentif, cukai atau geran khas kepada platform yang patuh standard caruman sosial keselamatan pekerja. Galakkan mekanisme core payment, caruman sosial dikongsi antara pekerja gig dan platform bukan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.
Dan terakhir Dato’ Setia Speaker, pendidikan dan kesedaran. Adakan kempen nasional untuk mendidik pekerja gig mengenai hak mereka di bawah RUU dan terakhir sekali sediakan aplikasi rasmi kerajaan sebagai rujukan undang-undang, kalkulator upah minimum gig dan saluran aduan digital terus ke tribunal.
Akhirnya, terakhir saya tinggalkan perbahasan dengan soalan kepada pihak kerajaan.
Adakah rang undang-undang ini akan memperkasakan pembiayaan yang mencukupi untuk penguatkuasaan dan tanggungjawab bersama? Dato’ Setia Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya mohon mendukung dan menyokong kuat. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih. Walaupun lima minit, padat bahas yang dibawa oleh YB Senator Dr. Jufitri ya.
Seterusnya, saya persilakan YB Senator Tuan Azahar bin Hassan.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih Dato’ Sri Setia Speaker kita. Yang Berhormat Menteri, Yang Berusaha KSU saya nampak tadi, Datuk Azman. Okey, saya ini kita akan bincangkan tentang pekerja gig lah. Saya setuju membanggakan dalam ekonomi Malaysia hari ini kita ada 1.2 juta pekerja gig yang mewarnai ekonomi di Malaysia.
Dan apa yang kita banggakan ialah kerja-kerja gig di Malaysia ini dari 1.2 juta ini melibatkan pelbagai kaum. Semua kaum berminat dan terlibat dan bekerja dalam bidang ini.
Maksudnya tidak dikawal oleh satu-satu kaum dan ini satu kebaikan untuk Malaysia. Sebagai warga Malaysia ini, dia tidak ada setengah-setengah itu. Kita macam ada kaum-kaum yang tertentu untuk bidang kerja yang tertentu, okey.
Okey, saya menyokong dasar ini secara prinsip kerana ia merupakan usaha berani kerajaan untuk membawa pekerja gig keluar dari zon kelabu kepada satu kerangka undang- undang yang lebih terlindung, teratur dan bermaruah. Hari ini kita angkat pekerja gig sebagai satu sebahagian daripada warga Malaysia yang bekerja, yang mendapat sedikit hak dari segi undang-undang.
Saya pun ada berjumpa juga dengan antaranya ialah Pengerusi e-Hailing Sungai Petani, Encik Hisham dan juga Pengerusi Gabungan e-Hailing Malaysia untuk mendapatkan
Tuan Azahar bin Hassan
maklumat-maklumat semasa berkaitan dengan e-hailing dan mereka pun sangat terujalah dengan rang undang-undang ini kerana memberi hak sedikit walaupun tidak banyak tetapi banyak yang kebaikan untuk mereka.
Antara kelebihan RUU ini ialah pengiktirafan sah terhadap status pekerja gig yang selama ini dianggap bukan majikan, bukan pekerja. Ini membolehkan mereka mendapatkan perlindungan minimum yang sah di sisi undang-undang. Penubuhan tribunal pekerja gig yang memberi ruang untuk pekerja membuat aduan dan menyelesaikan pertikaian secara adil tanpa kos yang tinggi seperti di mahkamah biasa.
Penubuhan majlis perundangan tripartite yang merangkumi wakil pekerja, kerajaan dan platform memberi suara kepada pekerja gig dalam menetapkan suatu upah dan syarat kerja. Perlindungan Keselamatan Sosial melalui caruman PERKESO yang sebelum ini bersifat sukarela kini diwajibkan. Ini satu yang baiklah.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dato Yang di-Pertua, di sebalik langkah positif ini terdapat beberapa kelemahan struktur dalam RUU ini yang wajar kita bincang secara telus. Bukan untuk menolak tetapi untuk memperbaiki. Pertama, RUU ini masih tidak mengiktiraf pekerja gig sebagai pekerja di bawah Akta 1955. Ini bermakna mereka tidak layak untuk cuti bergaji, KWSP, waktu kerja maksimum dan pelbagai hak pekerja formal yang lain.
Kedua, isu pendapatan minimum yang masih kabur. Walaupun disebut kerajaan boleh menetapkan kadar minimum tiada kadar disebut dalam RUU ini sementara menunggu rundingan majlis tripartite pekerja gig masih terus bekerja dalam ketidaktentuan pendapatan.
Ketiga, kuasa syarikat platform masih besar. Mereka boleh menukar algoritma kadar bayaran dan bahkan menyekat akaun satu-satu pihak dan tiada peruntukan yang benar-benar mengehadkan kuasa ini.
Tuan Azahar bin Hassan
Keempat, tribunal yang ditubuhkan mungkin tidak mempunyai kuasa kuat dalam penguatkuasaan keputusan. Jika platform gagal patuh, pekerja masih perlu melalui proses perundangan yang panjang dan membebankan. Ini antara kelemahan-kelemahan yang ada sikit ya. Saya nak bagi sikit pantun ini sebab kita pun dah lewat dah ini.
[Ketawa] Untung besar si empunya laman, Pekerja gig masih berjuang; RUU ini satu permulaan, Tapi belum cukup untuk dijulang.
Tuan Azahar bin Hassan
Jadi, saya menyeru agar kerajaan melaksanakan pindaan susulan, termasuklah memastikan struktur pendapatan minimum yang jelas ditetapkan segera, memberi kuasa yang lebih tegas kepada tribunal agar keputusan tidak dipandang enteng, mengkaji semula status pekerja gig agar sekurang-kurangnya sebahagian hak pekerja sama dapat disalurkan.
Akhir kata, kita tidak boleh membiarkan ekonomi digital yang maju ini dibina atas pengorbanan golongan yang tidak terlindung. Saya ucap terima kasih kepada semua pekerja gig di seluruh negara. Anda semua memang hebat dan terus berjuang. Dalam hidup ini, kita jangan malas. Miskin itu tak apa tapi jangan malas. Kalau malas, kita memang akan miskin lah. Jadi, mereka lah contoh pekerja-pekerja yang rajin yang bekerja keras. Sehari dalam 15 jam, 10 jam, 12 jam untuk mencari rezeki. Okey. Rezeki gig tidak boleh digadai demi untung syarikat semata. Rakyat bekerja jangan dikhianati. Lindungi mereka dengan adil sentiasa.
Sekian, saya menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Menteri yang membuka medan perbahasan ini dengan membawa sesuatu yang sangat emosional kepada kita. Nak reject pun tak boleh, ya? Oleh sebab isu ini isu yang sangat penting tapi oleh kerana ianya baharu, maka ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan. Sebab itu kita berbahas pada hari ini.
Disebut tadi jumlah mereka yang terlibat dalam industri ini tapi sebenarnya statistiknya bagaimana dari segi taburan mengikut umur, kaum dan juga mengikut struktur geografi di negara kita, negeri-negeri supaya kita dapat melihat, sama ada industri ini adalah industri seluruh negara atau industri perbandaran, di kawasan bandar atau bagaimana ya?
Ini boleh menjadi asas kepada perancangan-perancangan tertentu kerana sebagai kaum pekerja, kita mesti menganggap mereka sebagai kaum pekerja. Apakah pekerjaan ini pilihan utama, contohnya? Kita nak tahu, kalau ada survey, bagus. Kalau ini adalah pilihan utama, jadi kita harus peka bahawa peminatnya ramai ataupun ini pilihan yang terakhir setelah semua pilihan-pilihan lain tidak dapat dicapai. Ini juga akan menentukan bagaimana kita nak memajukan sektor ini supaya kalau ianya pilihan terakhir, adakah cara untuk mereka mengubah haluan di dalam perjalanan tersebut, supaya tujuan akhir yang pertama yang ada pada diri masing-masing dapat dicapai.
Ertinya, ada peluang-peluang untuk mempertingkatkan pendidikan mereka semasa dalam pekerjaan ini seperti juga lain-lain kerjaya yang ada di negara kita. Ini saya anggap penting semenjak industri ini bermula kerana menunjukkan bahawa rakyat kita ini tidak malas.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Kalau tak dapat kerja yang tetap seperti yang dikehendaki, maka kerja sebegini pun boleh menampung kehidupan.
Cumanya kita nak tahu jugalah seperti yang disebutkan oleh Tuan Azahar tadi, Senator Azahar. Ada gaji minimum tak? Adakah terpakai RM1,700 gaji minima itu kepada mana-mana bahagian, sama ada yang tidak ada platform ataupun yang ada platform.
Bagaimana kita nak menentukan bahawa mereka mempunyai penerimaan gaji yang munasabah untuk menampung kehidupan mereka dalam suasana biasa, dalam suasana malang misalnya kecederaan, kematian dan sebagainya. Itu saya rasa rang undang-undang kita ini agak mantap to address these issues dengan izin, terutamanya selepas Menteri membawa sejarah bagaimana seriusnya kita mengambil tindakan ini kerana berlaku kes kemalangan jiwa dua pekerja gig kita.
Ramai di antara kita tadi telah menyebut mengenai pertikaian-pertikaian, bagaimana menyelesaikan pertikaian. Menteri menyebut bahawa boleh pakai lawyer ke, tak boleh pakai lawyer ke dan sebagainya. Kalau boleh diper-detail-kan lagi kerana kita tahu pendapatan pekerja gig ini mungkin tidak dapat membantu mereka menggunakan khidmat guaman tetapi adakah kita boleh menyediakan satu alternatif daripada mana-mana pihak persatuan guaman yang boleh mengambil secara pro bono untuk membantu sebagai gerak kerja kebajikan organisasi-organisasi mereka ini?
Jadi, kalau itu dapat dimantapkan, saya berkeyakinan semangat kepada kaum pekerja gig ini akan dapat ditingkatkan dan khidmat mereka hari ini Dato Yang di-Pertua, sangat- sangat diperlukan, sangat-sangat diperlukan. Saya yakin kita semua banyak terhutang budi dengan delivery guys ini dengan izin, kerana menyelamatkan kita daripada keluar untuk membeli barang, membeli apa sahaja, memudahkan kita, masa kita. Tetapi kalau kita memandu, kemalangan boleh berlaku kepada kita. Tetapi bila berlaku perdagangan secara gig ini, masalah itu dipindahkan kepada pekerja-pekerja gig.
Jadi, ini kita harus ambil serius supaya kalau berlaku juga, maka kita menyediakan suatu remedi yang terbaik bagi menyelesaikannya dari segi kewangannya, dari segi pemulihannya supaya Malaysia akan menjadi model kepada perkhidmatan gig ini bagi dilihat oleh dunia. Saya mohon menyokong, Dato Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan atas usaha kerajaan khasnya KESUMA, membentangkan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini. Ia adalah
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
satu langkah bersejarah buat pertama kalinya, lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia ini diiktiraf secara undang-undang. Namun setelah meneliti RUU ini, masih terdapat sedikit persoalan yang wajar diperhalusi oleh kerajaan.
Oleh itu, dalam masa yang agak terhad ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu.
Pertamanya, berkaitan dengan tribunal pekerja gig melalui fasal 24 dalam RUU ini. Tribunal ini dicadangkan sebagai sebuah badan khas untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian antara pekerja gig dengan syarikat atau pihak kontrak. Namun begitu, ada beberapa soalan yang perlu pihak Menteri beri penjelasan di sini.
Yang pertamanya, kebolehcapaian. Walaupun tribunal ini dikatakan murah, cepat dan mudah, pekerja gig masih perlu melalui proses yang agak panjang iaitu bermula dengan aduan dalaman, kemudian perdamaian dan barulah sampai ke tribunal. Persoalannya, apakah kerajaan sanggup menetapkan tempoh masa maksimum supaya pekerja gig tidak terus terhimpit tanpa pendapatan sepanjang proses ini.
Yang keduanya, hak diwakili. RUU ini menyatakan pekerja gig tidak boleh diwakili oleh peguam, hanya boleh hadir sendiri atau dengan wakil kesatuan ataupun pihak keluarga ataupun rakan sekerja. Persoalannya, bagaimana dengan pekerja gig yang tidak menjadi ahli persatuan atau kesatuan ataupun ahli keluarga yang tidak mahir dan tidak berkemampuan untuk hadir dalam sesuatu kes? Adakah ini benar-benar menjamin akses keadilan kepada pekerja gig?
Seterusnya, award. Penguatkuasaan award. RUU menyebut keputusan tribunal adalah mengikat namun Menteri tidak menjelaskan mekanisme pelaksanaan jika syarikat platform besar enggan patuhi, adakah pekerja gig masih perlu memanjangkan kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah perusahaan yang jelas membebankan mereka?
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Oleh itu, saya berpandangan bahawa tribunal ini hanya benar-benar berkesan jika ada tempoh masa yang jelas. Peluang guaman untuk kes yang rumit dan keputusan tribunal boleh terus dikuatkuasakan tanpa perlu dibawa ke mahkamah sivil.
Isu kedua ialah penubuhan Majlis Perundingan Tripartite di bawah fasal 46, 50. Majlis ini dianggotai kerajaan, pekerja gig dan syarikat platform untuk membincangkan kadar bayaran serta isu kebajikan. Namun, beberapa kelemahan yang ingin saya bangkitkan dan ia memerlukan jawapan yang tuntas oleh pihak Menteri.
Pertamanya, status keputusan Majlis. Adakah syor Majlis ini benar-benar mengikat syarikat platform atau sekadar cadangan yang boleh diketepikan? Saya meneliti dalam penggulungan Menteri yang menyebut, “Menteri boleh mengeluarkan perintah berdasarkan syor Majlis”, tetapi tidak memberi jaminan jelas bahawa semua platform wajib mematuhinya.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Ini menimbulkan keraguan, sama ada kadar bayaran minimum yang dipersetujui boleh benar- benar dikuatkuasakan untuk kekal sebagai garis panduan yang boleh diabaikan oleh syarikat.
Hakikatnya, masalah terbesar pekerja gig hari ini ialah kadar bayaran ditentukan sepenuhnya oleh platform tanpa suara pekerja. Tanpa status undang-undang yang kuat, pekerja gig tetap terdedah kepada kadar bayaran rendah. RUU ini juga tidak memperincikan mekanisme, laporan atau ketelusan hasil mesyuarat Majlis. Adakah syor-syor ini akan dibentang kepada Parlimen atau hanya kekal sebagai dokumen dalaman kementerian?
Maka, saya mencadangkan supaya keputusan Majlis Perundingan Tripartite dibuat, dijadikan wajib, bukan sekadar cadangan. Dengan cara ini, kadar bayaran yang dipersetujui akan benar-benar dilindungi undang-undang dan pekerja gig tidak lagi bergantung kepada belas ihsan syarikat platform sahaja.
Saya ingin mengingatkan bahawa tribunal pekerja gig dan Majlis Perundingan Tripartitie adalah tiang seri kepada undang-undang ini. Tanpa kuasa mengikat yang jelas, tribunal akan menjadi simbol semata-mata, manakala Majlis Perundingan hanya forum sembang. Kita mesti pastikan award tribunal boleh diperkuat kuasakan serta merta dan keputusan perundingan tripartite wajib dilaksanakan oleh semua platform.
Akhir sekali Dato Yang di-Pertua, pekerja gig adalah tulang belakang ekonomi digital negara. Bukan sekadar penghantar makanan ataupun pemandu e-hailing, tetapi merangkumi pelbagai bidang. Mereka sudah lama hidup tanpa kepastian dan perlindungan yang kukuh.
RUU ini mesti menjadi perisai sebenar untuk melindungi mereka, bukan sekadar undang- undang kosmetik.
Oleh itu, saya harap kerajaan memberi perhatian yang serius kepada isu-isu yang saya bangkitkan agar pekerja gig benar-benar dilindungi, pendapatan mereka dihormati dan masa depan mereka terjamin. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di Pertua
Dipersilakan pembahas yang terakhir. Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Dato Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025. Yang terakhir sudah pastinya semua nak secepat yang mungkin.
Terima kasih juga saya ucapkan juga kepada kerajaan, khususnya KESUMA kerana telah membentangkan satu rang undang-undang yang sangat baik untuk pekerja gig ya. Di mana sebelum ini pekerja gig ini memang tidak dilindungi oleh insurans dan juga tidak ada caruman PERKESO. Maka itu dengan undang-undang yang digubal ini, maka pekerja-pekerja gig yang ramai di luar sana, seramai seperti yang kita sudah maklum, 1.2 juta.
Tuan Manolan bin Mohamad
Dan kalau mengikut rekod, kita tengok yang mencarum PERKESO hanya 25 peratus sahaja iaitu sekitar 300,000. Jadi, ini satu angka yang sangat rendah yang mencarum dan kita haraplah dengan undang-undang ini, akta yang baru ini semoga pekerja-pekerja gig ini, seperti yang dimaklumkan tadi, bahawa sebelum mereka potongan PERKESO tetapi mereka telah dilindungi.
Sebenarnya, Dato Yang di-Pertua, pekerja gig ini boleh dikatakan unsung hero.
Unsung hero iaitu dipanggil wira yang tidak didendang, khususnya semasa PKP tempoh hari di mana mereka inilah sebenarnya bekerja di barisan hadapan, mereka menghantar makanan, delivery ke rumah-rumah, kerana masa itu ramai di antara kita yang tidak boleh keluar rumah.
Dalam pada masa itu juga, saya sebenarnya ingin bertanya, khususnya berkenaan dengan fasal 17, iaitu berkenaan dengan syarat-syarat yang syarikat letakkan terma tertentu untuk pekerja gig ini bekerja dengan mereka, dengan platform ini. Jadi, apakah sebenarnya kuasa pekerja gig ini untuk menentukan syarat-syarat tersebut? Biasanya penyedia platform ini akan menyediakan semua syarat-syarat dalam perjanjian tersebut dan mereka hanya menerima sahaja. Jadi, itu pertanyaan saya.
Dan seterusnya adalah berkenaan dengan penubuhan Majlis Perundingan, fasal 46.
Iaitu majlis ini saya tengok mempunyai anggota yang agak ramai, iaitu seramai, kalau kita tengok fasal 51(6), seramai 29 orang anggota dalam— itu anggota penubuhan majlis perundingan ini. Dan mereka ini dianggotai oleh pekerja gig dan juga orang biasa dan kalau kita tengok dalam fasal 67 pula, anggota majlis sebagai perkhidmatan awam. Dan apakah maksud itu? Adakah maksudnya apabila mereka menganggotai majlis ini, mereka sebagai perkhidmatan awam dan mereka mendapat segala kemudahan seperti perkhidmatan awam tersebut?
Dan seterusnya, berkenaan dengan fasal iaitu majlis ini, iaitu adakah bila anggota majlis ini akan ditubuhkan? Dan kita tengok sini, dana yang diperlukan juga akan diberi. Dan iaitu fasal 55 juga, elaun akan diberikan kepada anggota majlis ini. Dan adakah sebenarnya dengan penubuhan akta ini kita tidak memerlukan majlis ini? Sebab kita dah— dalam akta ini dah lengkap sebenarnya? Dan kenapa majlis ini dia akan diadakan berterusan atau hanya sementara, ad hoc sahaja, dengan izin?
Sebab saya fikir yang penting adalah segala kebajikan dan juga pekerja gig ini diambil kira dan mesti diberi satu— supaya kebajikan mereka ini dijagalah. Dijaga. Supaya mereka mendapat satu pulangan yang adil kepada mereka. Dan adakah dengan penubuhan majlis ini juga akan memberi satu— betul-betul kebajikan mereka akan terjaga?
Seterusnya, saya juga menyokong sebenarnya dalam rang undang-undang ini adalah berkenaan fasal 44, di mana pihak pekerja gig ini sekiranya mereka gagal dalam tribunal tadi,
Tuan Manolan bin Mohamad
mereka boleh merayu ke— membuat rayuan ke mahkamah tinggi sebenarnya dalam fasal 44.
Boleh merayu ke mahkamah tinggi dan siapakah sebenarnya yang akan menanggung koslah? Kos peguam mereka untuk bawa ke mahkamah tinggi tadi?
Tapi macam mana pun, akhir sekali Dato Yang di-Pertua, saya sangat menyokong dan sangat berterima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana memang para pekerja gig di luar sana mengharapkan sesuatu akta yang baru untuk menjaga kebajikan mereka supaya mereka tidak ditindas oleh syarikat yang mereka subscribed. Dan juga kepada pekerja- pekerja gig ini, mereka boleh melanggan lebih kepada satu syarikat.
Tuan Manolan bin Mohamad
So, yang sebelum ini mereka hanya dibenarkan hanya satu syarikat sahaja. Tapi dalam akta ini saya tengok, mereka lebih daripada satu. Jadi, maka itu, saya menyokong Dato Sri Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dijemput Yang Berhormat Menteri menjawab.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Dato Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada 18 orang Ahli-ahli Dewan Negara yang telah memberikan pelbagai pandangan, cadangan, idea dan juga kritikan terhadap RUU Pekerja Gig 2025 ini.
Dan KESUMA, saya mewakili KESUMA menghargai segala semua hujah yang telah dibangkitkan kerana saya yakin niat kita seperti yang kita sebut tadi, tidak kira parti politik mana, lebih-lebih lagi dalam Dewan Negara ini yang sememangnya membudayakan tiada perbezaan dari segi kepentingan parti. Tak kira dari mana kita asalnya, tetapi niatnya adalah untuk membangunkan suatu mekanisme yang lebih baik bagi perlindungan dan pembelaan 1.2 juta pekerja gig di negara kita.
Saya akan juga jawab satu persatu setiap hujah yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, tetapi kalau masanya tidak mencukupi, maka saya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, berapa lama masa yang diperlukan Yang Berhormat Menteri?
Tuan Sim Chee Keong
Susah nak...
Tuan Yang di-Pertua
20 minit?
Tuan Sim Chee Keong
10 minit, okey saya cuba.
Tuan Yang di-Pertua
20 minit.
Tuan Sim Chee Keong
20 minit, okey saya cuba dan kalau tidak sempat dijawab semuanya, maka saya minta supaya rakan-rakan saya di dalam kementerian akan memberikan jawapan secara bertulis dalam masa seminggu.
Tuan Sim Chee Keong
Yang Berhormat, Dato’ Sivaraj telah membangkitkan beberapa perkara dan saya ini seperti dalam Dewan Rakyat, saya cuba membaca tulisan cakar ayam saya sendiri ya. Dia telah membangkitkan beberapa cadangan. Contohnya dari segi dana perlindungan dan juga insentif cukai kepada platform, audit menggunakan AI dan sebagainya. Saya mengambil kira semua ini sebagai satu cadangan yang baik, yang mungkin boleh dilaksanakan kalau tidak melalui penggubalan ataupun pindaan undang-undang seterusnya, mungkin boleh dilaksanakan secara dasar termasuk ada bidang kuasa kementerian-kementerian lain seperti pencukaian.
Tetapi untuk isu audit secara AI dan juga isu kerisauan yang juga dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tentang kawalan algoritma yang orang kata begitu hebat dan begitu mencangkum sehingga ada orang yang telah menggelarkan algoritma ini adalah bos, algorithm is the boss. Untuk makluman, memang antara peruntukan utama dalam RUU ini adalah untuk memastikan ada ketelusan dari segi mekanisme algoritma. Contohnya, dalam fasal 8(2)(a) hingga (c). Ini adalah fasal yang sangat penting sebab contoh dalam bab 8(2)(a) platform wajib untuk memaklumkan apa bentuk sistem pemantauan berautomat, maksudnya algoritma, yang digunakan untuk memantau, menyelia dan menilai mereka, itu satu.
Keduanya (b), platform juga wajib memaklumkan kepada pekerja tentang sistem pembuat keputusan, formula-formula yang digunakan supaya dia jadi lebih telus yang tidak berfungsi dalam keadaan apa yang kita sebut sebagai kotak hitam ataupun black box di mana tiada orang yang tahu bagaimana caranya, pengiraannya, penilaiannya, formulanya. Maka dengan adanya peruntukan 8(2)(b) ini, platform wajib untuk memaklumkan kepada pekerja.
Dan yang paling penting dan ini juga telah disebut sebagai cadangan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat, saya kira tidak perlu lagi jadi cadangan sebab 8(2)(c) secara jelasnya memperuntukkan bahawa platform perlu menyediakan satu mekanisme kajian semula ataupun semakan semula tidak berautomat. Maksudnya apa? Tidak boleh hanya bergantung kepada penilaian mesin, komputer, digital, algoritma semata-mata. Kalau ada keperluan, dia perlu untuk memberikan satu kaedah semakan semula keputusan-keputusan algoritma itu oleh manusia, pihak yang— ataupun tidak berautomatlah, iaitu maksudnya manusia.
Jadi, saya kira ini adalah satu perlindungan yang sebenarnya sebelum ini tidak ada.
Sekarang kita adakan peruntukan ini melindungi. Dari segi— saya suka untuk melihat bagaimana dalam perbahasan dalam Dewan ini ada pelbagai pandangan tentang status pekerja gig nya. Ada yang berpendapat harus mereka diberikan lebih banyak lagi ataupun mendekatkan lagi pekerja gig ini kepada takrif pekerja dalam erti kata konvensional. Ada yang cuba kata kita harus mengekalkan status gig atau fleksibel, anjal mereka, freelancer.
Tuan Sim Chee Keong
Jadi, saya kira dalam undang-undang ini kita jelas, kita jelas memperuntukkan bahawa dia bukan pekerja dari segi erti kata konvensyen. Mereka dalam sesi libat urus kita, pekerja sendiri, pekerja gig sendiri tidak ingin ditakrifkan sebagai pekerja biasa, di mana mereka terikat full-time ya. Kalau dalam dari segi status pekerja gig ataupun freelancer ini, mereka boleh pilih untuk bekerja ataupun tidak menerima sesuatu job itu. Kalau pekerja yang terikat full-time, dia memang tidak boleh pilih, dia tidak ada kebebasan ataupun keanjalan. Jadi, undang-undang ini mengekalkan status bahawa mereka bukan pekerja konvensional, satu.
Keduanya, dia dengan jelas mentakrifkan siapa mereka ini. Jika mereka bukan pekerja konvensional, maka sudah tentu ada beberapa perkara yang— ataupun beberapa hak yang diberikan kepada pekerja sepenuh masa mungkin tidak akan dirasai oleh mereka sebab mereka adalah dua perkara, kategori yang berbeza. Jadi, kita harus buat pilihan nak yang mana satu, sama ada nak mereka menjadi pekerja sepenuh masa ataupun mereka kekal dengan sifat keanjalan pekerjaan itu.
Justeru, isu tentang assumption, reasonable assumption of presumption of employment dengan izin, sebenarnya tidak menjadi satu persoalan, sebab takrifan dari segi fasal 2 ini amat jelas, siapa mereka. Dan berdasarkan takrifan itu, maka mereka diberikan hak-hak tertentu yang mungkin kalau, for the lack of the word, dengan izin hampir serupa dengan seorang pekerja sepenuh masa. Contoh, dari segi perlindungan keselamatan sosial, contoh dari segi proses mekanisme kilanan, dari segi hak untuk menentukan standard- standard kontrak dan juga kadar bayaran dan sebagainya.
Sebenarnya, ini hampir menyerupai hak yang dinikmati oleh pekerja di bawah Akta Kerja. Justeru itu, tidak wujud isu sebab kenapa negara-negara di luar. Contohnya UK dan sebagainya, mereka perlu ada the assumption of employment adalah kerana mungkin ketika itu belum ada lagi undang-undang untuk pekerja gig. Maka mahkamah terpaksa membuat apa itu, assumption. Assumption tertentu untuk memberikan hak perburuhan kepada mereka.
Tetapi dengan adanya RUU ini, maka tidak perlu buat apa-apa assumption sebab mereka telah pun diberikan definisi yang jelas dan kemudian diberikan hak-hak tertentu.
Dari segi tempoh masa untuk mendapatkan keadilan, ada beberapa orang Senator telah bangkitkan termasuk Dato’ Sivaraj. Saya akan sebut mungkin Senator pertama yang bangkitkan isu ini, tetapi saya harap ia juga merangkumi ataupun menjawab soalan-soalan Senator yang seterusnya bagi menjimatkan masa.
Kita harus ingat bahawa tanpa RUU ini, dia tidak ada sebarang orang kata kaedah dari segi institusi perburuhan untuk menuntut keadilan apabila ataupun ketika berlakunya pertikaian, there is none. Dan ini sudah terbukti dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang saya sebut tadi dalam kes Loh Guet Ching. Jadi, sekarang adalah sifar, zero. Apa yang kita lakukan ialah menetapkan satu mekanisme yang lebih telus ataupun proses yang lebih
Tuan Sim Chee Keong
jelas dan berstruktur supaya kalau berlaku kilanan, maka pertama sekali dia boleh pergi ke— dia boleh meminta supaya proses kilanan dalaman ataupun internal grievance process dilaksanakan dengan segera.
Tuan Sim Chee Keong
Ini diperuntukkan dalam undang-undang. Jadi, platform ataupun entiti kontrak wajib untuk ikut. Itu satu. Dan tempoh yang diberikan adalah 30 hari, ya.
Keduanya, jika gagal, maka mereka boleh membawa pertikaian itu ke Jabatan Perhubungan Perusahaan di mana pegawai-pegawai pendamai yang berpengalaman, ya.
Saya nak tekankan di sini bahawa Jabatan Perhubungan Perusahaan diberikan peranan ini, diberi kuasa ini sebab ini merupakan satu institusi yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang cukup luas, khususnya dari segi proses pendamaian ataupun dengan izin, conciliation mediation, mediasi dan sebagainya.
Jadi, dalam pendamaian ini, kalau gagal juga, maka boleh dibawa kes ini ke tribunal dan tribunal termaktub dalam fasal 42(1). Kita masukkan isu, sebab kita faham bahawa justice delayed is justice denied, dengan izin. Jadi, kita faham. Maka dalam undang-undang ini, 42(1) telah diberikan, diperuntukkan bahawa tribunal hendaklah membuat suatu perintah dalam bentuk sesuatu award tanpa kelengahan atau dalam bahasa Inggerisnya, without delay.
Jadi, sifat memberikan keadilan dengan segera diberikan dalam RUU dengan jelas dan jika dapat dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir pendengaran. Diberikan satu tempoh. Kalau bandingkan ini dengan litigasi awam yang biasa dengan proses yang rumit dan sebagainya dan juga pendengaran yang berpanjangan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, ini merupakan dalam pandangan KESUMA, suatu mekanisme yang terbaik daripada tidak ada apa-apa mekanisme sekarang.
Dr. Lingesh telah menyatakan satu cadangan yang cukup baik untuk menurunkan had umur saringan kesihatan daripada 40 tahun kepada 30 tahun. Saya kira ini boleh dipertimbangkan secara dasar oleh PERKESO itu sendiri.
Dari segi cuti sakit, skim PERKESO yang diberikan sekarang, ya, selepas RUU ini memang mempunyai contohnya, faedah hilang upaya sementara. Di mana kalau ada kes-kes bencana, kecederaan, kemalangan dan terpaksa ambil cuti sakit, maka mereka akan diberikan faedah ini. Contoh, kalau pakej keempat, maka bayaran sehari adalah lebih kurang RM105.33 kupang ataupun 33 sen sehari. Jadi, ini mungkin seperti yang tadi YB Senator Dr.
Lingeshwaran katakan, perlindungan dari segi cuti sakit ataupun cuti sakit yang berbayar.
So, dengan adanya perlindungan PERKESO yang lebih baik, yang dimasukkan dalam RUU ini, maka pekerja gig tak kiralah di sektor apa, mereka akan menikmati perlindungan ataupun faedah hilang upaya itu. Manakala rawatan-rawatan, skim rawatan di klinik swasta sebenarnya kalau ada kecederaan berbangkit daripada kemalangan berkaitan pekerjaan,
Tuan Sim Chee Keong
maka mereka boleh pergi mendapatkan rawatan percuma di lebih kurang 1,400 klinik swasta panel PERKESO di seluruh negara.
Yang Berhormat Senator Dr. Hajah Wan Martina telah menyebut tentang keselamatan sosial dari segi caruman oleh pihak platform. Dan ini juga dibangkitkan, termasuk cadangan untuk KWSP dan sebagainya.
Satu, seperti yang saya maklumkan pekerja GIG ini, mereka bukan pekerja dalam erti kata biasa. Mereka merupakan kontraktor tetapi kita ambil pendekatan bahawa ini bukan independent contractor, malahan mereka ditakrifkan sebagai dependent contractor iaitu pekerja gig walaupun bukan pekerja konvensional tetapi mereka bergantung hidup. Mata pencarian mereka adalah dependent ataupun bergantung. Contohnya, kepada platform, contohnya kepada algoritma ataupun app yang mereka daftarkan.
Jadi, mereka bukan dianggap sebagai independent contractor. Seakan-akan adalah rakan kongsi yang setara sebab hakikatnya dari segi ketidakseimbangan kuasa yang wujud pada masa kini, memang saya rasa tidak munasabah mereka dianggap seorang pemandu motor ataupun penunggang motor yang membawa, menghantar makanan itu dianggap seolah-olah mereka adalah rakan kongsi perniagaan setara dengan syarikat korporat besar.
Maka, tidak perlu diberikan perlindungan perburuhan kerana mereka adalah business partner, dengan izin. Jadi, kita faham bahawa mereka bukan independent contractor tetapi pada masa yang sama, mereka juga bukan pekerja. Ini adalah jalan ataupun takrifan ketiga iaitu dependent contractor.
Dalam keadaan ini, maka kewajipan caruman PERKESO buat masa ini, hanya dikenakan ke atas pekerja itu. Adakah ini akan membebankan? Ada soalan ditanya.
Mengurangkan pendapatan pekerja. Saya sukacita untuk mengingatkan bahawa caruman PERKESO untuk sektor e-hailing dan p-hailing pada masa sekarang, walaupun tanpa undang-undang ini adalah wajib. Adalah wajib. Maka, mereka perlu bayar, sebenarnya.
Adalah wajib. Tapi oleh sebab kelompangan dan kelemahan dalam undang-undang sedia ada, maka kebolehkuatkuasaan and enforceability, dengan izin, undang-undang yang sedia ada itu, khususnya Akta 789, adalah agak lemah. Tetapi, memang wajib. Jadi, mereka harus membayar PERKESO.
Apa yang berlaku selepas undang-undang ini adalah, kita telah, bukan sahaja memperbaiki kelompangan ataupun kelemahan penguatkuasaan tetapi kita juga memperkenalkan satu sistem ataupun model pembayaran yang lebih mudah, yang lebih mampu bayar ataupun mampu milik, affordable dan yang lebih efektif. Bagaimana?
Satu, lebih mudah sebab ia adalah potongan secara automatik. Maka, tidak akan berlaku isu seperti bencana di Elmina itu, di mana salah seorang mangsa korban itu dia terputus caruman sebab pada masa kini, caruman harus dibuat secara manual dengan
Tuan Sim Chee Keong
sendiri. Tapi selepas RUU, dia automatik. Maka, tidak berlaku isu terputus caruman. Itu penting.
Keduanya, lebih murah ataupun lebih mampu dibayar. Sebab saya katakan tadi.
Potongan adalah sebanyak 1.25 peratus ke atas pendapatan selepas ditolak tip dan sebagainya. Alright. Jadi, maksudnya ialah setiap RM1, dia hanya potong satu sen. Dan untuk kita, sebenarnya dalam masa setahun, kosnya adalah sama. Kalau sekarang, sebelum RUU, memang setahun dia harus bayar. Kalau pakej yang paling rendah RM157.02 setahun. Pakej yang paling tinggi hampir RM600 iaitu RM592.08 setahun.
Sekarang, dia kena bayar terus, lump sum. Tapi selepas RUU ini, dia boleh bayar secara potongan automatik satu persen dan maksimumnya juga sama. Jadi, dia tidak wujud keadaan di mana adakah pendapatan itu akan lebih tinggi ataupun lebih rendah kerana PERKESO. Sebab amaun yang dicarum adalah sama dengan masa kini. Malah, adalah lebih baik kerana caruman adalah secara lebih automatik, perlahan dan berhemah.
Dari segi pendapatan akan turun kerana isu lain, saya tidak nampak, ya. Khususnya, apabila kita mewujudkan mekanisme majlis perundingan, ya. Dan majlis perundingan inilah.
Saya kira sebagai jalan tengah. Saya tidak setuju bahawa dia adalah majlis ad hoc ataupun sebagai jawatankuasa persiapan untuk Suruhanjaya Ekonomi Gig dan saya akan jelaskan.
Majlis perundingan ini sebenarnya kalau kita lihat adalah cerminan ataupun mirror kepada Majlis Perundingan Gaji Negara, di mana Majlis Perundingan Gaji Negara itulah yang sama juga perkataannya, mengesyorkan kadar gaji minimum, kalau dilihat mengikut trendnya hampir setiap dua tahun sekali.
Jadi, ini adalah cerminan ataupun mekanisme yang hampir sama dan kita gunakan Majlis Rundingan Tripatra ini sebab mekanisme ini adalah mekanisme yang telah teruji. Kita pernah diuji. It’s a tested mechanism. Bukan saja di negara kita, malah di negara-negara lain.
Tuan Sim Chee Keong
Apa kuasanya? Kuasanya ialah pertama, dia, ini adalah satu majlis rasmi, dia bukan jawatankuasa, penganjuran hari sukan ataupun gotong-royong kampung. Dia adalah satu majlis rasmi yang ditubuhkan di bawah undang-undang, di mana tiga pihak, kerajaan, majikan dan pekerja dan ketiga-tiga pihak ini, khususnya majikan, bilangan perwakilan majikan dalam undang-undang diperuntukkan harus sama dengan bilangan pekerja. Maksudnya apa? Dalam kata lain, majikan dan pekerja ataupun — maaf. Bukan majikan, saya pun dah terikut. Entiti kontrak, entiti kontrak dan pekerja gig harus berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam majlis ini. Dan majlis inilah mereka bincangkan isu-isu berkaitan yang telah disebut tadi. Kadar bayaran, standard minimum, tempoh, hak waktu bekerja dan sebagainya.
Adakah syor ini boleh dikuatkuasakan? Syor ini, seperti dalam Majlis Perundingan Gaji Negara, kadar gaji minimum yang disyorkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara ini memang
Tuan Sim Chee Keong
dikuatkuasakan secara perundangan. Siapa-siapa yang melanggar Perintah Gaji Minimum akan diambil, akan dikenakan hukuman. Sama juga, dalam undang-undang ini telah diperuntukkan bahawa selepas syor ini diangkat menjadi perintah maka sektor yang berkenaan harus ikut, harus patuh.
Kalau tidak patuh, hukumannya apa? Hukumannya ialah sehingga dua tahun penjara ataupun denda sehingga RM20,000 — RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Jadi, ini bukan satu majlis atau badan yang tidak bergigi. Malah gigi itu adalah gigi taring yang akan mencengkam mana-mana pihak yang ingkar kepada perintah, syor Majlis Rundingan khususnya berkaitan bayaran dan sebagainya.
Lokasi, lokasi tribunal, saya, saya mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang kecapaian ataupun accessibility, pekerja-pekerja gig khususnya terhadap sistem tribunal ini. Untuk makluman, kita menjangka akan ada sekurang-kurangnya 119 buah lokasi di mana tribunal akan bersidang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Bantuan guaman, portal khusus, portal maklumat tentang tribunal dan sebagainya, ini adalah satu cadangan yang baik. Kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan saluran- saluran yang memberikan maklumat, tetapi isu bantuan guaman, banyak juga, ramai juga Senator yang telah sebut benda ini. Sebenarnya saya nak jelaskan bahawa dalam undang- undang yang kita ada sekarang, dia memang tidak boleh tak kira entiti kontrak iaitu syarikat ataupun ataupun pekerja gig. Dalam fasal 36(3), tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara.
Kedua-dua pihak tidak boleh bawa peguam. Dan saya kira ini mungkin satu, satu kaedah yang baik, khususnya kepada pekerja gig yang kita dah sebut tadi, ramai yang dah sebut. Pekerja gig bukan orang yang kaya raya, bukan orang yang mewah, khususnya dalam sektor e-hailing, p-hailing, contohnya. Jadi, kalau nak suruh mereka bayar peguam memang agak sukar. Jadi, isu bantuan guaman itu tidak wujud sebab memang tidak boleh bawa peguam. Kedua-dua pihak tak boleh bawa peguam.
Tetapi pekerja gig sama ada boleh hadir sendiri dalam pendengaran ataupun boleh diwakili oleh mana-mana pegawai rasmi dan ahli persatuan pekerja gig yang diberi kuasa.
Walaupun beliau bukan ahli kesatuan, tetapi kalau dia berikan kuasa kepada persatuan pekerja gig, maka beliau boleh diwakili oleh pegawai rasmi atau ahli persatuan ataupun mana- mana ahli keluarga beliau.
Kita akan mempertimbangkan mungkin mekanisme, apa orang kata, khidmat rundingan perundangan diberikan bukan sahaja kepada — sebab kita kena adil juga. Saya dengar pandangan bahawa sebenarnya harus adil sebab matlamat KESUMA adalah untuk mencapai satu keharmonian dalam sektor ekonomi gig. Dia bukan satu perundangan di mana tauke lawan pekerja. No.
Tuan Sim Chee Keong
Apa yang kita nak capai adalah keharmonian sektor itu untuk kelangsungan pembangunan ekonomi negara kita. Jadi, mungkin kita boleh pertimbangkan penubuhan khidmat rundingan perundangan untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan dengan isu-isu pertikaian, ‘kilanan’, bukan sahaja kepada pekerja gig tetapi juga kepada entiti kontrak yakni kepada pemegang taruh kita. Banyak lagi macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh rumuskan?
Tuan Sim Chee Keong
Rumuskan. Baik, saya rumuskan tetapi saya rasa kita akan memberikan jawapan secara bertulis kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan semua isu ini. Mungkin saya suka ingin memberikan satu, apa itu, maklum balas ataupun makluman kepada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan yang pakar bahasa kita.
Dari segi pemantauan, sebab beliau telah menyebutkan kebimbangan tentang pemantauan. Dari segi pemantauan memang agensi-agensi pelaksana ataupun penguatkuasaan dan pemantauan telah pun dikenal pasti. Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PERKESO, tribunal dan sebagainya. Jadi, tidak wujud keadaan di mana tidak ada pemantauan.
Saya juga sukacita ingin memaklumkan bahawa dalam kita merangka ataupun menggubal undang-undang baru ini, KESUMA juga membuat rujukan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka tentang terma yang sesuai untuk digunakan kepada tajuk undang-undang ini dan antara cadangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah penggiat gig ataupun perkhidmat gig ataupun karyawan gig. Jadi, mungkin kita boleh consider juga apa itu lejang, ekonomi lejang, walaupun saya rasa ini boleh diperbahaskan lagi tentang kesesuaian menggunakan perkataan “lejang”. Tapi tidak apa.
Hakikatnya, kita akhirnya membuat keputusan untuk — dan ini saya nak simpulkan.
Membuat keputusan untuk mengekalkan perkataan “pekerja gig”. Kerana apa? Kerana KESUMA percaya dia harus ada satu hubungan kebertanggungjawaban antara entiti kontrak dengan pekerja gig itu. Kalau diberikan nama lain, dikhuatiri, akan berlaku keadaan seperti sekarang di mana entiti kontrak mungkin mencuci tangan. Ini bukan pekerja saya. Saya tidak perlu ada isu ataupun kebertanggungjawaban dari segi isu-isu perburuhan, perlindungan dan hak buruh. Jadi, kita membuat keputusan mengekalkan perkataan ataupun terma pekerja gig.
Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dalam abad ke-21 ini, perniagaan yang bergantung hidup kepada syarikat membayar upah pekerja yang rendah ataupun menafikan hak munasabah kepada pekerja mereka, sebenarnya tidak harus dibenarkan, tidak harus ada tempat di satu bangsa yang merdeka dan madani.
Di ambang Hari Malaysia, kita harus insaf bahawa kemajuan bangsa kita tidak boleh dinilai dengan adakah kita mampu menambahkan kekayaan kepada mereka yang sudah
Tuan Sim Chee Keong
kaya? Tetapi adakah kita mampu untuk memberikan yang secukupnya kepada mereka yang tidak berpunya?
Sama sulamkan tenun Pua Kumbu, Tenun yang indah menawan rasa; Sama luluskan kanun yang perlu, Kanun membela pekerja bangsa. Sekian, terima kasih.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 112 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penghormatan kepada Dewan yang mulia ini, juga kepada undang-undang yang begitu penting, saya juga ingin mengiktirafkan kehadiran beberapa badan ataupun NGO yang telah hadir, sebelum saya baca. Contohnya, Badan Peguam Malaysia, Jawatankuasa Undang- undang Buruh dan Perindustrian, Badan Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Colla Team Platform, Gabungan e-Hailing, Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam, Gerakan Badan Bertindak Sahabat e-Hailing Malaysia, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, PROFIMA, JUPEBIM, Persatuan Advokasi Kesejahteraan Pekak Malaysia.
Malaysian Firms Makeup Artist Association, Malaysia Bumiputera Makeup Artist Association, North South Initiative, Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu, Federation of Malaysian Manufacturing, MTUC, UNI MLC, rakan-rakan dari Universiti Malaya dan juga CUEPACS, dan juga pengurusan tertinggi KESUMA, sebelah saya adalah Timbalan Menteri KESUMA dan juga KSU ada hadir di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya menyebut ada sesiapa yang menyokong, kita bagi pihak Dewan mengalu-alukan mereka yang hadir pada hari ini...
[Tepuk] Selamat datang.
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 10 September 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.35 malam]