Aug272025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kita meneruskan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Anna Bell.

final • 10:00 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Ekonomi menyatakan, adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk meneroka potensi ekonomi biru di Sabah dan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi menjana hasil serta manfaat yang signifikan kepada negara melalui pendekatan bersama.

final • 10:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Senator, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks Malaysia, ekonomi biru merujuk kepada aktiviti yang menjana nilai sosioekonomi daripada lautan, kawasan persisiran pantai dan ekosistem air tawar di samping meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mengekal kelestarian alam sekitar.

Ekonomi biru bukanlah sesuatu perkara yang baharu kerana aktiviti ekonomi ini melibatkan lautan telah berkembang sejak sekian lama. Konsep ekonomi biru yang menekankan kemampanan dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar semakin diberi penekanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan akan meneroka potensi ekonomi biru secara meluas bagi meningkatkan kerencaman ekonomi. Ini adalah selaras dengan pivot ketiga yang digariskan dalam RMKe13, di mana Malaysia perlu beralih kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai bagi memperkukuhkan daya saing dan kemampanan ekonomi.

Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan terhadap usaha untuk memperkukuhkan ekosistem ekonomi biru dan melonjak pertumbuhan industri strategik terpilih. Di samping itu, usaha akan dipergiatkan untuk memelihara khazanah alam dan mengekal kelestarian biodiversiti. Kementerian Ekonomi juga sedang membangunkan kerangka tindakan Ekonomi Biru Malaysia.

Dokumen MBEB ini akan menggariskan strategi dan inisiatif yang diperlukan khususnya bagi mengoptimumkan potensi Ekonomi Biru negara dalam beberapa industri yang dikenal pasti. Industri seperti Ship Building dan Ship Repair (SBSR), perikanan, ecoculture, pelancongan pantai dan maritim serta Tenaga Boleh Baharu Biru akan diteroka

final • 10:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

dan dimanfaatkan sewajarnya dalam usaha untuk menarik pelaburan dan meningkatkan keupayaan industri tersebut.

Potensi ekonomi biru di Sabah akan dimanfaatkan dengan memperkasakan sektor perikanan dan ecoculture, perkapalan dan pelabuhan serta pelancongan pantai dan maritim. Potensi Tenaga Baharu Biru seperti Penukaran Tenaga Haba Lautan dengan izin, Ocean Thermal Energy Conversion (OTC) juga akan diteroka.

Hab Ekonomi Biru Sabah akan dibangunkan bagi menyokong pertumbuhan industri strategik yang telah dikenal pasti. Hab perikanan bersepadu dan limbungan vesel nelayan yang dinaik taraf dengan fasiliti untuk penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih vesel nelayan juga akan diwujudkan di lokasi yang bersesuaian.

Inisiatif karbon biru juga akan diteroka dengan memanfaatkan hutan paya bakau di Sabah yang meliputi 59 peratus daripada keseluruhan hutan paya bakau negara.

Segala usaha yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan adanya sokongan dan kata sepakat di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Bagi tujuan ini, Kerajaan Persekutuan akan meneroka kerjasama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) untuk merealisasikan pembangunan ekonomi biru di Sabah dan meneruskan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam RMK13 dan MPEB.

Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia akan mempengerusikan mesyuarat kedua ASEAN Coordinating Task Force on Blue Economy

(ACTFBE). Mesyuarat ini akan diadakan secara berturutan dengan Forum Ekonomi Biru ASEAN pada penghujung September tahun ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Pemilihan Sabah sebagai lokasi penganjur mesyuarat dan forum ini secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam meneroka potensi dan membangunkan ekonomi biru di Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri atas penjelasan yang begitu komprehensif dan padu yang diberikan.

Soalan tambahan saya, apakah yang dimaksudkan dengan inisiatif karbon biru dan adakah Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan inisiatif ini?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato Yang di-Pertua, terima kasih Senator.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, karbon biru merujuk kepada karbon yang diserap, disimpan dan dibekalkan oleh ekosistem pesisir pantai dan laut.

Manakala inisiatif karbon biru pula ialah usaha untuk melindungi, memulihkan dan mengurus ekosistem pesisir pantai dan laut seperti hutan bakau atau paya laut secara lestari. Secara amnya, inisiatif ini membantu mitigasi perubahan iklim dan meningkatkan perlindungan pantai dan menyokong kestabilan biodiversiti marin.

Selain itu, inisiatif ini juga boleh memberi manfaat sosioekonomi kepada komuniti pesisir pantai dan laut serta membantu menjana pertumbuhan ekonomi menerusi pasaran kredit karbon biru.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru. Khusus bagi Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan juga akan bekerjasama dengan SSMJ dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dalam memastikan pelaksanaan kredit karbon biru boleh mencapai matlamat dan sasaran yang diharapkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Speaker. Tadi Menteri ada sebut tentang perkapalan. Jadi, Sabah juga mempunyai potensi dalam industri shipbuilding dan ship repair ataupun SBSR. Adakah Kerajaan

final • 10:10 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Persekutuan akan memberi tumpuan untuk memperkasakan industri ini di Sabah? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator, untuk makluman Yang Berhormat Senator, antara usaha yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi biru negara ialah untuk memperkasakan industri SBSR. Tumpuan akan diberikan untuk menarik pelaburan bagi meningkatkan keupayaan dalam aktiviti perkapalan hijau serta pembekalan bahan api kapal tempatan.

Kerajaan juga akan memberi tumpuan dalam usaha untuk membangunkan kapasiti tempatan dan meningkatkan jumlah tenaga mahir dan separa mahir dalam aktiviti pembinaan dan baik pulih kapal. Sabah memang mempunyai potensi untuk memajukan industri SBSR. Dalam hubungan ini, kita akan bekerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan SSMJ untuk melihat di mana peluang ini boleh dijanakan dan apa-apa insentif dan perancangan yang perlu dibuat antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Vell Paari.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 2.

final • 10:10 AM

2. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, inisiatif kerajaan di bawah RMKe13 bagi membantu usahawan mikro dan kecil komuniti India mendapatkan akses kepada latihan, pendigitalan dan pembiayaan modal.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dato' Sri Vell Paari, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasakan sosioekonomi masyarakat India selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13), yang menekankan pertumbuhan inklusif serta pengagihan peluang ekonomi yang adil. Program-program yang terbukti berjaya akan diteruskan dengan pendekatan yang lebih strategik, berfokus kepada latihan berstruktur, transformasi digital dan perluasan akses pembiayaan modal.

Usaha ini memastikan komuniti India bukan sahaja mendapat tempat dalam arus perdana ekonomi Malaysia MADANI, tetapi turut berkembang dalam ekosistem yang lebih berdaya saing dan mampan. Melalui kesinambungan dasar ini, KUSKOP menjamin penyertaan masyarakat India dalam pembangunan ekonomi negara secara inklusif dan berstruktur. Strategi ini bukan saja memperkukuhkan peranan mereka dalam landskap keusahawanan nasional, malah mempercepatkan mobiliti sosial, merapatkan jurang pendapatan serta menyumbang ke arah pembinaan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, makmur dalam kerangka Malaysia MADANI.

Program-program yang akan dilaksanakan dan juga pencapaian pada tahun semasa adalah seperti yang berikut.

Pada tahun 2025, INSKEN telah berkolaborasi bersama Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) bagi melaksanakan program keusahawanan komuniti India.

Program ini merangkumi penyediaan latihan dan bimbingan usahawan oleh INSKEN, manakala pemberian geran disalurkan oleh MITRA kepada peserta yang memenuhi syarat kelayakan dan telah menyempurnakan program latihan dan bimbingan.

Seramai 450 peserta telah terpilih untuk menyertai kursus asas keusahawanan dan kursus asas pembangunan produk dan servis di bawah MICEP. Peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan yang ditetapkan akan menjalani sesi bimbingan intensif selama empat bulan melalui program bimbingan Business INSKEN (IBC) bersama pakar industri yang dilantik berserta geran perniagaan berjumlah RM20,000 seorang.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Penyediaan studio TikTok Shop oleh TEKUN Nasional yang menyediakan studio bagi usahawan untuk mengadakan penstriman langsung dengan teknologi terkini bagi tahun 2025, seramai lima peserta daripada Komuniti India telah menyertai bengkel Promosi Online dan Perniagaan (POP) yang dianjurkan oleh studio TikTok Shop Live Hub.

Juga program baharu, program Jajahan Rakyat oleh Bank Rakyat yang merupakan inisiatif pendigitalan pasar tanpa tunai telah melibatkan seramai tiga usahawan India dari negeri Johor pada tahun 2024. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri kerana kalau penjelasan yang begitu padat dan jelas. Merujuk kepada perkara yang sama, adakah terdapat program khas latihan semula dan keusahawanan untuk ibu tunggal India selari dengan matlamat RMKe13 untuk memperkukuhkan ekonomi keluarga rentan.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Dato’ Sri atas soalan tambahan. Memang program khas untuk wanita disediakan, juga untuk ibu tunggal. Contoh yang saya boleh bagikan adalah di bawah program PENN:

Prosperity, Empowerment, and A New Normal di bawah agensi kita di Amanah Ikhtiar Malaysia.

Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan sejumlah peruntukan ataupun peruntukan untuk pembiayaan sebanyak RM100 juta yang disediakan khas untuk wanita India di bawah AIM dan pembiayaan yang diberikan adalah sebanyak RM30,000 tahap siling.

Jadi, program-program yang di bawah Amanah Ikhtiar ini khas untuk komuniti India, kaum wanita dan dia menyediakan fasiliti tersebut dengan tanpa cagaran.

Walaupun dia muflis, walaupun dia tidak mempunyai CTOS atau CCRIS yang baik, jumlah wang tersebut disediakan untuk mereka untuk digunakan untuk perniagaan mereka dan juga AIM, semua program yang melibatkan AIM, wanita-wanita ini yang berniaga dijemput untuk terus berniaga dan hadir bersama-sama mereka. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tertumpu kepada inisiatif untuk komuniti India.

final • 10:10 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Ini pun semua ya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab soalan dia itu pasal...

final • 10:10 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Soalan saya, apakah indikator prestasi utama KPI yang ditetapkan bagi menilai keberkesanan program pembangunan usahawan mikro dan juga usahawan kecil di bawah RMKe13 ini? Dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk membentangkan laporan kemajuan ini secara berkala di Dewan Negara bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan peruntukan ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan.

Sebenarnya ini memang luar daripada skop soalan, tetapi saya akan jawab juga.

Memang laporan prestasi dikendalikan. Kita akan ada contohnya program bimbingan di bawah INSKEN yang akan mengendalikan satu laporan. Laporan khas akan dibuat secara keseluruhan dan daripada kementerian juga yang akan kita bekalkan sekiranya YB Senator minta secara bertulis daripada saya, saya akan bekalkan maklumat tersebut. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin.

final • 10:10 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.

final • 10:10 AM

3. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Kewangan menyatakan, penjelasan tentang hutang kerajaan yang meningkat kepada RM1.22 trilion yakni sekitar 81.8 peratus daripada KDNK justeru memperlihatkan dasar kerajaan dilihat kurang memberi tumpuan kepada pengurusan liabiliti jangka panjang dan program pengurangan kemiskinan mampan.

final • 10:10 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut. Sehingga akhir Jun 2025, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM1.304 trilion iaitu 63.9 peratus daripada KDNK berbanding RM1.248 trilion atau 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir 2024.

final • 10:10 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Peningkatan ini disebabkan oleh keperluan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan (DE), manakala jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Mac 2025 adalah sebanyak RM384.6 bilion. Jumlah ini meliputi komitmen jaminan sebanyak RM238.8 bilion dan liabiliti lain RM145.8 bilion.

Sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara, pinjaman baharu telah dikurangkan daripada RM99.4 bilion pada 2022 kepada RM92.6 bilion pada 2023, dan seterusnya kepada RM76.8 bilion pada 2024 iaitu pengurangan lebih RM20 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pelaksanaan reformasi fiskal di bawah Kerajaan MADANI telah membuahkan hasil dengan penurunan kadar defisit secara beransur-ansur daripada 5.5 peratus tahun 2022 kepada 5 peratus 2023 dan seterusnya 4.1 peratus dalam tahun 2024. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit kepada 3.8 peratus daripada KDNK.

Walaupun kerajaan masih meneruskan langkah konsolidasi fiskal, namun seiring dengan Kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan tetap melaksanakan usaha berterusan untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan dengan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan yang komprehensif. Ini termasuk, pertama, meningkatkan peruntukan kepada RM15 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Ini termasuklah tambahan RM2 bilion penghargaan SARA secara one-off yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Julai 2025.

Kedua, peruntukan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2025 telah ditambah kepada RM2.9 bilion. Kadar bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan. Kadar bantuan kanak-kanak miskin terus dinaikkan daripada RM200 ke RM250 bagi anak berusia enam tahun ke bawah dan daripada RM150 ke RM200 bagi anak yang antara lingkungan tujuh ke 18 tahun, tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga. Tambahan peruntukan Bantuan Awal Persekolahan juga berjumlah RM791 juta disediakan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga.

Keempat, peruntukan sejumlah RM1 bilion disediakan menangani kos sara hidup dengan meluaskan termasuk pengawalan bahan asas seperti beras, minyak masak seperti Program Payung RAHMAH yang telah disediakan peruntukan sebanyak RM600 juta bagi tahun 2025. Jualan RAHMAH diperhebatkan bagi menawar barang keperluan asas dan harga berpatutan di semua dewan undangan negeri yang akan memanfaatkan semua golongan termasuk golongan M40.

Jadi dari segi dasarnya, kerajaan mengimbangi untuk mengurangkan tekanan fiskal, meningkatkan ruang yang ada, tapi tidak meminggirkan rakyat dalam usaha mendapat kewangan yang lebih baik. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan Tuan Speaker. Kita menghargai dan appreciate apa yang telah pihak kerajaan lakukan di dalam mengimbangi ataupun mengurangkan kadar keberhutangan negara di tahun-tahun mendatang, tetapi tidak dapat tidak, ia nya secara tidak langsung dia akan setiap tahun hutang itu bertambah walaupun dari segi peratusnya ini berkurangan. Namun, apabila hutang berterusan bertambah, adakah kerajaan satu hari nanti apabila keadaannya agak sukar, akan juga sacrifice dari segi peruntukan terhadap bantuan terhadap rakyat terutamanya dari segi perumahan, pembinaan perumahan bagi golongan-golongan bawahan, begitu juga

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

dengan peruntukan bagi kesihatan dan sebagainya, adakah ia nya tidak akan menjejaskan peruntukan sedemikian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi tumpuan, usaha untuk menaikkan lantai Kerangka Ekonomi MADANI bertujuan untuk menguatkan jaringan sosial dan memastikan tiada rakyat terpinggir meskipun kos sara hidup meningkat.

Tindakan ini secara langsung dapat mengurangkan jurang sosioekonomi di mana manfaat pembangunan dapat dikongsi secara lebih adil oleh semua lapisan masyarakat. Ini juga adalah sebahagian daripada matlamat RMK13 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Oleh demikian, kerajaan akan terus memastikan bahawa program-program yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat antaranya seperti bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, pendidikan dan kesihatan akan terus diteruskan dan akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Dalam hal ini, perbelanjaan sosial akan terus menjadi perbelanjaan terlindung atau protected expenditure dalam belanjawan negara. Walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan defisit fiskal dan mengawal paras hutang, komitmen terhadap rakyat kekal menjadi fokus utama, khususnya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

Di dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM86 bilion untuk sektor pendidikan berbanding RM80.5 bilion tahun 2024. RM45.7 bilion juga bagi sektor kesihatan berbanding RM40 bilion tahun 2024 dan sektor perumahan RM3.8 bilion berbanding RM2.8 bilion.

Inilah antara contoh usaha-usaha kerajaan untuk sentiasa menjaga keperluan rakyat dan kita telah nampak peningkatan bilangan infrastruktur seperti pembinaan sekolah baru daripada 26 sekolah pada tahun 2024 ke 44 sekolah tahun 2025.

Pembinaan semula sekolah daif yang meningkat daripada 450 pada tahun 2024 kepada 543 pada tahun 2025 dan penyenggaraan klinik daif daripada 422 buah klinik tahun 2024 kepada 486, pada 2025.

Selain itu, melalui penyata pra belanjawan tahun 2026, kerajaan telah— yang diterbitkan pada 8 Ogos lalu, kerajaan telah menekankan bahawa belanjawan 2026 akan membina kesinambungan usaha terdahulu untuk mengangkat asas kehidupan rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi beri kesan langsung pada kualiti hidup rakyat yang lebih baik. Sekian terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator -yang barulah kita bagi peluang, Senator Dato' Wu Him Ven.

final • 10:20 AM

Dato' Wu Him Ven

Ya. Dato Yang Di-Pertua, mengambil kira kedudukan fiskal negara yang sentiasa berdepan dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi global, keperluan-keperluan berbiayai subsidi bersasar serta perlaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, apakah perancangan kerajaan untuk menambahkan lagi ruang fiskal negara agar dapat terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta langkah-langkah konkrit yang diambil bagi merapatkan jurang ekonomi antara golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah di kalangan rakyat? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali soalan itu satu saja. Jangan dalam soalan banyak soalan. Bagi yang baru kita bagi peluanglah.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih— dan tahniah kerana masuk dalam Dewan penggal ini.

Dato Yang di-Pertua, kerajaan akan terus meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi menyediakan ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kejutan pada

final • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

masa depan. Kerajaan juga komited untuk meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk strategi hasil jangka sederhana (MTRS) bagi menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.

Belanjawan 2025 memperincikan beberapa langkah hasil melalui peluasan cukai jualan atas barang bukan keperluan asas seperti barang premium import, peluasan cukai skop perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pelaksanaan peluasan SST mulai 1 Julai telah dirangka dalam— dengan pemikiran yang bersasar dan progresif bagi memastikan beban cukai diagihkan dengan lebih adil dan ditanggung oleh mereka yang mempunyai keupayaan.

Di samping itu, penguatkuasaan oleh JKDM terus diperkukuhkan bagi menangani ketirisan hasil melalui sistem berteknologi tinggi seperti sijil pelepasan menggunakan pengimbasan berteknologi AI dan pelaksanaan audit verifikasi pematuhan. Di samping itu, kita juga menjalankan e-Invois bagi menangani masalah shadow economy, dengan izin.

Kerajaan juga akan mengoptimumkan perbelanjaan awam serta meneruskan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, RON seperti langkah rasionalisasi badan berkanun. Kerajaan juga melalui Program GEAR-up telah mengenal pasti pelaburan domestik bernilai RM22 bilion iaitu 88 peratus daripada komitmen RM25 bilion oleh GLIC untuk tahun ini yang menyumbang untuk meningkatkan keupayaan negara tanpa menggunakan dana kerajaan.

Oleh itu, ini memberi ruang yang ada untuk merancakkan ekonomi dan memberikan ruang yang ada untuk digunakan untuk menolong golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan mungkin terkesan dengan ruang fiskal yang ada.

Kerajaan juga dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas menekan dalam sektor reformasi buruh. Antara apa yang kita telah buat adalah meningkatkan gaji minima daripada RM1,200 ke RM1,500 dan kini, RM1,700 dan menekankan Dasar Gaji Progresif dan kita menggalakkan juga GLIC, GLC dan company, company lain untuk mula bergerak kepada dasar gaji hidup wajar. Dengan ini, lantai akan naik dan kehidupan rakyat akan lebih baik lagi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita had kepada dua sahaja Yang Berhormat Senator Robert.

final • 10:30 AM

Tuan Robert Lau Hui Yew

Ini saya ambil satu sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Dato’ Salehuddin sila satu tambahan. Jadi, dia nombor dua. We only limit to two. So that, banyak orang-orang lain ada peluang.

final • 10:30 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Tak ada soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh juga. I takkan bagi. Okey. Sekarang, saya panggil Senator Dato’ Haji Abdul Halim.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 4.

final • 10:30 AM

4. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, hasil dapatan daripada Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia anjuran KBS yang telah mempengaruhi keputusan Menteri untuk meneruskan penguatkuasaan had umur belia di bawah 30 tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di- Pertua, kami telah mendapat izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 10 September oleh Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah kerana isunya adalah isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, adalah penting untuk saya jelaskan di sini bahawa pada peringkat kebangsaan, had umur belia adalah berdasarkan Dasar Belia Malaysia yang memperuntukkan had umur belia setara piawaian antarabangsa iaitu berumur 15 tahun dan sebelum mencapai umur 30 tahun.

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 iaitu Akta 668 digubal bagi maksud pentadbiran dan penyeliaan pertubuhan belia berdasarkan Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara di Perenggan 19, berkenaan pertubuhan tidak diperbadankan.

Tahun 2026 bakal mengubah landskap pentadbiran dan kepimpinan pertubuhan belia. Penguatkuasaan akta ini akan memberi kesan kepada 8,189 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Penetapan had umur belia dari 40 kepada sebelum mencapai umur 30 tahun melalui pindaan kepada Akta 668 adalah muktamad dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Pelaksanaan penuh pindaan ini turut telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bilangan 1 Tahun 2023 dan turut diumumkan dalam sidang media Majlis Perundingan Belia Negara pada tahun yang sama iaitu dua tahun yang lepas.

Dalam mendepani perubahan ini, Kementerian Belia dan Sukan dan agensi berkaitan telah mengambil pelbagai langkah pelaksanaan termasuk program advokasi, konsultasi dan pembangunan kapasiti untuk membantu pertubuhan belia melaksanakan peralihan had umur. Pendekatan ini melibatkan libat urus menyeluruh dan berstruktur dengan pelbagai pemegang taruh termasuk Majlis Belia Malaysia, pertubuhan belia, agensi kerajaan dan juga negeri.

Sehingga 25 Ogos tahun ini, sejumlah 935 daripada 8,189 pertubuhan belia berdaftar dengan ROY telah mengambil langkah awal untuk membuat pindaan perlembagaan mereka mengikut pindaan Akta 1602. Hasil dapatan libat urus pelan transisi anjuran KBS yang berasaskan pada empat tunggak utama teras strategik Pelan Transisi Belia adalah seperti berikut.

Satu, kesedaran dan kefahaman mengenai pindaan akta. Peserta yang terlibat di dalam sesi libat urus telah memperoleh pemahaman lebih mendalam tentang pindaan akta ini.

(i) penurunan had umur ahli belia, 15 sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun;

(ii) had umur pemegang jawatan, 18 sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun;

(iii) had maksimum tempoh pemegang jawatan ketua pertubuhan belia tidak melebihi empat tahun secara berterusan;

(iv) pemegang jawatan pertubuhan belia yang telah mencapai atau melebihi umur 30 tahun selepas tarikh kuat kuasa iaitu 1 Januari boleh meneruskan memegang jawatan sehingga tahun sesi pemegang jawatan tamat atau sehingga mesyuarat agung tahunan pemilihan yang seterusnya; dan

(v) ahli biasa yang tidak memegang jawatan, yang mencapai atau melebihi had umur 30 tahun akan terhenti menjadi ahli.

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, saya tak sempat untuk jawab semua kerana masa, tetapi rumusannya Yang Berhormat adalah pindaan ini hanya melibatkan pertubuhan belia yang berdaftar dengan ROY dan pertubuhan belia yang lain, yang nak berdaftar di bawah Registrar of Societies

(ROS), mereka boleh teruskan usaha mereka untuk terlibat dalam usaha memimpin belia jadi mentor, semua itu. ROS tidak ada apa-apa halangan. Mereka boleh teruskan, tetapi bukan berdaftar di bawah ROY kerana kita nak bagi peluang untuk pertubuhan belia di bawah ROY ini mempunyai peluang untuk memimpin. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Soalan tambahan. Terima kasih atas penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.

Daripada makluman Yang Berhormat Menteri, daripada 8,000 lebih yang berdaftar dengan ROY is about 11 peratus iaitu 927 lebih kurang yang telah meminda Perlembagaan untuk pelaksanaan had umur 30 tahun.

Walaupun telah dibuat keputusan, tetapi kita tak mengambil kira tentang bantahan daripada 41 badan MBN, di mana kelayakan yang berumur 30 tahun itu mampu atau tidak untuk mereka mentadbir sesebuah pertubuhan, sedangkan had umur untuk mereka habis belajar sekurang-kurangnya umur 23 dan 24. Dia baru nak settle down, tetapi adakah ini telah diambil kira agar pertubuhan yang telah didaftarkan melalui ROY ini akan terbubar atau ditutup dan sebagainya? Ini akan membawa kesan. Saya tak mahu kerajaan membuat satu keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan tentang kesediaan belia- belia yang akan mengambil alih bila berumur 30 tahun.

Jadi, kalau boleh, buatkan sedikit perubahan. Maknanya staggered, 35 tahun— 40 tahun, 35 tahun dan 30 tahun, itu sahaja. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Tuan Yang di-Pertua bagi saya sedikit masa tambahan untuk jelaskan kerana ini bersekali dengan dua soalan. Isu yang penting.

Yang Berhormat, sebenarnya semasa pindaan ini berlaku dalam Parlimen tahun 2019, pindaan ini telah melalui dua proses iaitu Dewan Rakyat, perbahasan yang menyeluruh. Kemudiannya, perbahasan ini juga turut terlibat dalam Dewan Negara. Bila undang-undang dipinda dalam Parlimen, eksekutif seperti kita mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan pindaan tersebut.

Walaupun pindaan untuk kurangkan had umur ini telah berlaku tahun 2019, tetapi pelaksanaan telah ditunda dua kali sehingga sekarang; 2020, 2021, 2022, 2023, 2024, 2025. Enam tahun, di mana Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara mahu melihat pindaan undang-undang yang telah dibuat, dihormati prosesnya dan eksekutif kena melaksanakan.

Jadi, bila kita nak melaksanakan, kita pastikan tahun 2023— saya bagi notis kerana perkara ini bukan isu yang kali pertama mereka dengar. Dah bertahun-tahun sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim beritahu saya semasa beliau menjadi pemimpin MBM, perkara ini sudah mula dibincangkan.

final • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, persoalannya adakah kita memberikan masa soft landing? Ya, tahun 2023 saya telah membawa Cabinet Paper untuk pastikan kita bagi dana, kita bagi geran pentadbiran RM5 juta setahun, kita locked-in untuk Majlis Belia Malaysia.

Perdana Menteri sendiri umumkan dana untuk transisi RM1.5 juta. Kita adakan perbincangan dengan ROS, kita adakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan Tinggi untuk pastikan ada kesinambungan untuk daftarkan ahli-ahli baharu, benarkan MBM masuk sekolah, benarkan MBM masuk universiti untuk rekrut, tetapi hakikatnya hari ini, belia di luar sana— 90 peratus belia di luar sana tidak berpersatuan kerana mereka sudah ada media sosial, networking, everything happens online dengan izin.

final • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, time and tide wait for no men. Kalau kita tak laksanakan Dasar Belia Negara sendiri yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri dulu, pindaan undang-undang Parlimen dan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dihormati, maka tidak ada makna apa yang kita lakukan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara kalau Eksekutif boleh suka hati, saya rasa 30 tahun itu tak sesuai.

Saya dengar bantahan kat luar, saya rasa 35 tahun lebih sesuai, saya laksanakan 35 tahun. Tak boleh, kita kena hormati dan ada banyak undang-undang yang telah menunjukkan bahawa umur 18 tahun sudah boleh bekerja, berkahwin, mengambil lesen, memandu, mengundi pilihan raya, okey. Bertanding dalam pilihan raya. 18 tahun boleh bertanding jadi Ahli Parlimen. Kalau 18 tahun sudah boleh, maka saya boleh rumuskan dengan keyakinan 30 tahun, 28 tahun memang sesuai untuk memimpin pertubuhan belia.

Empat puluh tahun: belia 40 tahun, ada yang mempunyai anak ataupun belia 20 tahun. Itu hakikat di luar sana. Bermaksud, orang muda sekarang, dia tidak mengira bahawa yang 37 tahun, 40 tahun mempunyai pemikiran yang sama seperti mereka. Jadi, kita kena berubah mengikut perubahan zaman dekat luar sana.

Kalau Malaysia masih memegang pendirian bahawa 40 tahun ataupun masih belum bersedia untuk keluar, masuk pertubuhan bukan belia ataupun memimpin pertubuhan di bawah ROS, maka saya fikir semua dasar negara yang telah kita bincang bertahun-tahun ini merupakan satu kegagalan. Saya tidak rasa Dasar Belia Negara adalah kegagalan kerana saya fikir, kalau undang-undang yang lain telah pun dipinda dan kita lihat sekarang 18 tahun sudah boleh mengubah kerajaan, saya yakin mereka sedia untuk memimpin pertubuhan belia. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Soalan tambahan ya. Kenapa undang-undang ini hanya berkuat kuasa untuk ROY sahaja? Jika kita sebut belia ini, 15 hingga 30 ini, dia melibatkan belialah.

final • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 10:40 AM

Tuan Azahar bin Hassan

Tak kira ROY kah, ROS kah dan sebagainya. Kenapa undang-undang ini tidak diseluruhkan untuk semua— dalam Warganegara Malaysia ini, untuk belia 15 hingga 30? Dia logik kalau ROS boleh sampai 40, 50, 60. Jadi, undang- undang ini patut disekatakan untuk keseluruhan warga Malaysia. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Satu pendapat yang saya rasa wajar dipertimbangkan, tetapi kita nak soft landing dulu Yang Berhormat. Untuk— seperti yang saya jelaskan, pindaan ini melibatkan Akta 668, bagi maksud akta ini khas untuk pentadbiran dan penyeliaan pertubuhan belia. Akta ini yang telah dipinda. Jadi, akta ini bila dikuatkuasakan hanya akan melibatkan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah ROY.

Itu sebab saya kata, di luar sana kita memang ada banyak soft landing. Kita telah janji, KBS untuk bawa satu Cabinet Paper untuk pastikan kementerian lain yang berikan bantuan kepada kumpulan belia tidak akan terjejas sehingga mungkin bila mereka bersedia untuk berdiri tanpa geran ataupun bantuan kerajaan, tetapi buat masa ini, pindaan ini hanya melibatkan pentadbiran dan penyeliaan pertubuhan belia.

Dan saya juga telah berjumpa dengan semua Exco belia negeri. Setiap negeri dalam mesyuarat telah menjelaskan bahawa untuk setiap negeri, mereka boleh ada dasar belia mereka sendiri untuk pastikan kalau negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Pulau Pinang, mereka nak bantu belia 31 tahun, 35 tahun, kita tak ada bantahan, tetapi cuma saya minta kerjasama untuk benarkan Kementerian Belia dan Sukan dan ROY melaksanakan pindaan undang-undang ini untuk pertubuhan belia dahulu. Itu sahaja kesannya kepada semua. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Ros Suryati.

final • 10:40 AM

Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

final • 10:40 AM

5. Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang minta Menteri Luar Negeri menyatakan, ketegasan Malaysia dalam menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan Islamofobia berikutan normalisasi sentimen anti-Islam semakin digunakan untuk mewajarkan serangan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang atas pertanyaan yang dikemukakan.

Malaysia sentiasa aktif dan lantang dalam mengetengahkan isu Islamofobia di peringkat Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Malaysia mengambil pendirian tegas dengan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang insiden Islamofobia dan menggesa masyarakat antarabangsa mengukuhkan usaha bagi mencari jalan penyelesaian bersama untuk memerangi Islamofobia dengan lebih berkesan.

Malaysia secara konsisten menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dan telah menaja bersama beberapa Resolusi Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Hak Asasi Manusia yang berkaitan dengan Islamofobia. Malaysia berpandangan bahawa Islamofobia harus ditangani pada peringkat akar umbi yang memerlukan penglibatan semua pihak di pelbagai peringkat.

Dalam hal ini, Malaysia telah mengutarakan pendirian kukuh terhadap Islamofobia melalui kenyataan-kenyataan negara di mesyuarat-mesyuarat PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan OIC. Malaysia juga mengutuk Islamofobia sebagai satu bentuk baharu perkauman yang berkaitan dengan xenophobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.

Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara sepemikiran seperti Iraq, Pakistan, Rusia, Turkiye dalam menaja kenyataan-kenyataan bersama yang antara lain mengecam tindakan Islamofobia dan menekankan kepentingan untuk meningkatkan usaha memerangi Islamofobia selaras dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan mengambil langkah segera untuk memastikan akauntabiliti.

Pada Mesyuarat Majlis Menteri Luar OIC ke-51 pada 21 Jun 2025 di Istanbul baru- baru ini, Malaysia bersama-sama negara-negara anggota OIC telah menerima pakai Deklarasi Istanbul. Melalui deklarasi tersebut, Malaysia dan negara-negara OIC telah menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan fenomena Islamofobia yang merupakan satu bentuk perkauman dan diskriminasi. Sebagai tanda komitmen dan kesungguhan masyarakat antarabangsa terhadap isu ini, PBB dan OIC telah melantik wakil khas masing-masing bagi memerangi Islamofobia.

Di peringkat nasional, Malaysia juga telah melantik penasihat khas bagi pembangunan, keamanan, pendamaian dan memerangi Islamofobia. Di PBB Dato Speaker, yang telah pun diberi mandat ialah wakil daripada Spain, Miguel Angel iaitu United Nations Special Envoy to Combat Islamophobia. Manakala daripada OIC telah dilantik Ambassador Dr. Mehmet Pachachi, ambassador daripada Turkiye dan Malaysia, kita telah melantik Dr. Razak Ahmad sebagai Special Advisor on Peacebuilding, Reconciliation and Combating Islamophobia daripada term 2024 hingga 2026. Beliau telah dilantik sendiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama, Menteri Luar.

Dato Speaker, Malaysia akan meneruskan kerjasama rapat dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini. Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam memupuk budaya toleransi dan membentuk masyarakat dunia yang menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita bagi wanitalah.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

[Bangun]

final • 10:40 AM

Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang

Ya, soalan tambahan. Apakah usaha dan sumbangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi isu Islamofobia di peringkat antarabangsa dan bagaimana inisiatif ini membantu memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai suara utama dunia Islam serta pemimpin dalam diplomasi kemanusiaan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dato Speaker, pertamanya sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa komitmen Malaysia itu amat tinggi dan tak pernah berbelah bahagi.

Oleh sebab itu, kita bekerja rapat dengan satu badan yang dinamakan sebagai United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC), di mana kita telah memberikan beberapa sumbangan yang begitu penting kepada badan ini. USD50,000 yang telah kita berikan setiap 2 tahun kepada tabung ini bermula pada 2009 Dato Speaker, sehingga kini kita telah menyumbang sebanyak USD410,000.

final • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

So, agak banyak peruntukan yang kita berikan, sumbangan kepada badan ini.

Secara spesifiknya, daripada tahun 2023 hingga 2024 umpamanya, sumbangan Malaysia telah membolehkan badan ini membiayai tiga projek yang berimpak tinggi ya. Antaranya yang dibuat di Malawi, di Indonesia dan juga di Bosnia–Herzegovina. Program apa yang dibuat itu? Programnya untuk pemupukan toleransi dan persefahaman antara agama, penangkisan stereotaip negatif terhadap Islam, dan termasuk juga pemerkasaan belia sebagai pemimpin keamanan dan juga komuniti.

Kesan ini telah diberikan laporan oleh UNAOC kepada kita. Daripada 1,100 participants, peserta daripada seluruh dunia termasuk daripada Malaysia juga telah menyertai program yang telah pun dianjurkan oleh badan ini. Bukan hanya itu, tetapi pembangunan dari segi penerbitan bahan-bahan bacaan yang boleh diakses sama ada melalui fizikal ataupun maya sebanyak 10,000 orang secara fizikal dan maya, telah pun mendapat manfaat. Yang paling penting ialah badan ini juga berjaya untuk membentuk satu rangkaian kerjasama berterusan antara belia Islam, belia Kristian, Buddhist dan komuniti yang lain juga selepas projek ini.

Dalam konteks Malaysia Dato Speaker, melalui ASEAN Community 2045 ataupun yang kita sebut sebagai Deklarasi Kuala Lumpur di mana kita telah mengambil templat ini sebagai panduan kita. Bagaimana kita untuk melahirkan ASEAN ini sebagai sebuah badan yang mempunyai identiti. Identiti, inclusivity-nya begitu jelas. Kemudian, kepelbagaian.

Kemudian, semangat hormat-menghormati terhadap warisan budaya yang ada di semua negara anggota ASEAN. Oleh itu, satu program telah pun dibuat di Pulau Pinang pada tahun 2024, program yang dinamakan sebagai dialog antara agama dan antara budaya. This is very important, interfaith and culture dialogue dibuat.

Jadi, di peringkat Wisma Putra kita juga mempunyai satu agensi dinamakan sebagai Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Memerangi Keganasan ataupun ringkasnya SEARCTT. Unit ini bertanggungjawab untuk memberikan didikan ataupun conference diadakan di mana participant diberikan pendedahan bagaimana pentingnya untuk kita sama-sama memerangi keganasan ini termasuk juga mungkin Islamofobia yang kita risau, bimbang yang akan menular di rantau Asia Tenggara ini, tetapi insya-Allah komitmen Malaysia melalui Wisma Putra dan kerjasama rentas kementerian ini amat penting bagaimana kita untuk memerangi Islamofobia yang ada di Malaysia bahkan juga di peringkat antarabangsa. Terima kasih, Dato Speaker.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, YB Hatta.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih. Dato Yang di-Pertua, tindakan Malaysia kita puas hati, tetapi sebagai organisasi negara-negara Islam terbesar OIC, sepatutnya peranan OIC ini mesti jauh ke depan. Dalam kes Gaza kita lacking, tetapi dalam Islamofobia ini ya apa sebenarnya yang boleh OIC mainkan yang lebih efektif

final • 10:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

dengan menggabungkan negara-negara umat Islam yang begitu banyak dengan penduduk satu ataupun suku penduduk dunia ini Muslim? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Islamofobia adalah isu yang berkaitan ummah. Oleh itu, ia sentiasa mendapat perhatian yang serius daripada OIC bagi mencari jalan dan juga pendekatan yang berkesan bagaimana untuk kita membendung dan memerangi Islamofobia di seluruh dunia.

Oleh itu, ada beberapa langkah ataupun inisiatif yang telah pun diambil oleh OIC.

Antaranya, OIC telah pun menubuhkan OIC Islamophobia Observatory ataupun Pusat Pemantauan Islamofobia yang berpusat di Jeddah. Ia nya berfungsi sebagai early warning system, Dato Speaker. Jika ada sebarang insiden, maka OIC Islamophobia Observatory ini akan memberikan maklumat. Kemudian, menghimpunkan segala-gala data dan maklumat diberikan kepada semua negara-negara anggota bahawa perlu kita lihat isu ini dan bagaimana untuk kita menangani isu ini. Akan diberikan secepat mungkin oleh pusat ini.

Kemudian, yang keduanya Dato Speaker, OIC bersama dengan PBB juga buat pertama kalinya telah pun menganjurkan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia pada tahun 2022 dan mulai pada tahun itu, ia nya telah pun diisytiharkan setiap 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia. Jadi, ini juga adalah antara usaha OIC yang telah pun dibuat.

Yang ketiganya Dato Speaker, OIC telah juga menubuhkan sebuah suruhanjaya dinamakan sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tetap Bebas: Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC) pada tahun 2011. Selain bertindak sebagai badan penasihat bebas kepada OIC, suruhanjaya ini juga berperanan mengangkat isu-isu diskriminasi terhadap umat Islam di forum antarabangsa menerusi forum antara agama: interfaith dialogue, sepertimana yang saya sebutkan tadi.

Dalam konteks ini Dato Speaker, Malaysia boleh memainkan peranan yang begitu hebat dan lebih berkesan. Oleh kerana pada mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC yang berlangsung di Istanbul baru-baru ini, Dato Speaker, di mana mesyuarat telah pun bersetuju untuk melantik Profesor Emeritus Dato' Dr. Aishah Bidin, wakil daripada Malaysia sebagai ahli dalam badan ini melalui penggal 2025 hingga 2028.

Jadi, pelantikan Profesor Emeritus Dato' Dr. Aishah Bidin ini bukan hanya membuktikan keyakinan negara Islam terhadap kemampuan beliau, tetapi juga mengangkat juga kredibiliti Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia termasuk juga hak kebebasan beragama dan Islamofobia ke peringkat antarabangsa. Terima kasih Dato Speaker.

final • 10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato Speaker, boleh saya minta...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita had kepada dua sahajalah. Yang Berhormat Senator Profesor, kita limit to two. I have to be fair to everyone.

final • 10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Sebab agak penting. Boleh saya minta?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Menteri sekarang.

final • 10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Boleh?

final • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Boleh, boleh. Silakan.

final • 10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Terima kasih Dato Speaker. Beberapa tahun yang lalu Timbalan Menteri, salah seorang daripada Menteri Luar mengemukakan suatu gagasan yang dipanggil sebagai ‘hidup bersama dalam budaya damai’ dan ini merupakan gagasan yang saya anggap membawa Malaysia ke hadapan sebagai sebuah negara yang mampu untuk membawa seluruh dunia bahawa kita perlu membuat satu pendekatan di mana kerjasama itu perlu diwujudkan.

final • 10:50 AM

Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman

Persoalan saya, adakah kementerian masih berhasrat untuk meneruskan pendekatan ini, iaitu mengemukakan kepada dunia bahawa Malaysia sebagai model di mana kita boleh hidup bersama dalam budaya damai? Terima kasih, Tuan Speaker.

final • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Memang Malaysia terkenal sebagai sebuah negara Islam, negara yang moderate, kesederhanaannya begitu tinggi dan juga progresif. Dan penampilan kita di peringkat antarabangsa juga memang diakui dengan pendekatan yang sebegitu dan model kehidupan masyarakat di Malaysia juga diakui sebagai model yang terbaik di mana kehidupan masyarakat yang berbilang agama, majmuk. Jadi, ini merupakan satu model yang cukup baik.

Jadi, kita akan gunakan model ini yang saya sebutkan tadi dalam kerangka ASEAN umpamanya. Sebagai Chair of ASEAN pada tahun ini, Yang Berhormat Senator, kita akan mempromosikan pendekatan bagaimana kehidupan kita dari segi sosiobudaya kita yang berteraskan inclusivity dan juga kepelbagaian.

Deklarasi Kuala Lumpur 2025 ini cukup penting. Kita akan mengangkat Malaysia sebagai model yang terbaik dan kita akan gunakan pendekatan itu untuk meneruskan pendekatan kita di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Puan Tiew Way Keng.

final • 10:50 AM

Puan Tiew Way Keng

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang ke-6.

final • 10:50 AM

6. Puan Tiew Way Keng minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, langkah proaktif yang diambil oleh kementerian dalam menangani krisis bekalan air di Lembah Klang berikutan gangguan Loji Rawatan Air (LRA) yang kerap, serta perancangan jangka panjang bagi menjamin kestabilan dan kelestarian bekalan air di kawasan tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator.

Kementerian memandang serius isu gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang terutamanya gangguan bekalan air tidak berjadual sehingga menyebabkan loji rawatan air ataupun LRA terpaksa dihenti tugas seterusnya memberi kesan terhadap pengguna.

Selain daripada insiden paip pecah, antara punca lain berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah, disebabkan pencemaran sumber air mentah.

Sehubungan itu, sebagai perancangan jangka panjang, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memperkukuhkan aspek penguatkuasaan dan perundangan melalui pindaan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau Akta 655 yang telah mula diwartakan serta berkuat kuasa mulai pada 1 Mac 2025 sebagai usaha untuk menangani pencemaran sumber air mentah yang membekalkan air kepada LRA.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah seperti berikut seksyen 61(2), seksyen 121(2)(b) dan (c) dan seksyen 122(1) meningkatkan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air seperti berikut iaitu; Pertama meningkatkan kadar denda daripada RM100,000 kepada RM15,000,000 dan kedua menaikkan tempoh hukuman penjara daripada satu tahun kepada 15 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 121(1A) dan 122(1) menyenaraikan kesalahan-kesalahan baharu seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air serta melepaskan apa-apa kumbahan, effluent terlarang, benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang dan ketiga, seksyen 121(1A) dan 122(1) memberi peruntukan kepada

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pemegang lesen perkhidmatan air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang telah dicemari.

Pindaan ini diharap akan dapat menjamin kestabilan dan kelestarian bekalan air bukan sahaja di Lembah Klang malah di kawasan-kawasan lain yang berisiko menghadapi gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran sumber air mentah. Selain itu, kementerian turut melaksanakan penambahbaikan kepada mekanisme aduan dan pemantauan termasuk fungsi Sistem Maklumat Aduan SPAN atau SISMAS serta Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS).

Walau bagaimanapun, di sini saya juga ingin tegaskan bahawa langkah pencegahan insiden pencemaran air ini bukanlah terletak di bahu kementerian semata- mata, tetapi turut melibatkan tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan negeri. Oleh itu, kerajaan negeri juga perlu memantau dan mengawal kesemua pembangunan di kawasan berhampiran dengan kawasan tadahan sumber air dan melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan yang berkesan bagi menjamin akses bekalan air untuk semua. Yang lain-lain bergantung kepada soalan Yang Berhormat selepas ini.

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Tiew Way Keng

Soalan tambahan. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

Memang menjadi satu hak kepada rakyat untuk dapat air yang bersih. Jadi, tadi saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa pencemar adalah salah satu sumbernya yang melakukan, yang mencemarkan air.

Jadi, saya nak tanya, selepas pindaan akta ini, dengan menaikkan hukuman denda dan juga menaikkan tempoh penjara, yang kes manakah yang dikenakan hukuman yang paling tinggi ini dan juga adakah apa-apa hukuman penjara yang dikenakan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua. Kita kuatkuasakan undang-undang ini pada 1 Mac 2025. Untuk rekod, setakat ini belum ada apa-apa tindakan yang kita guna pakai. Belum lagi, cuma sebagai contoh, gangguan yang besar di Selangor berlaku pada tahun lepas 23 Julai 2024 yang mana bila dia mengganggu, pencemaran itu mengganggu di kawasan Sungai Kundang yang menyebabkan Sungai Selangor semua tercemar.

Bila berlaku gangguan, contohnya jumlah akaun yang terkesan adalah sebanyak 1.124 juta pengguna. Jadi, sebab itu mengambil iktibar dari apa yang pernah berlaku seperti contoh sebelum ini, maka akta ini kita kuat kuasakan tahun ini. Kita pun dah bahas dalam Dewan tempoh hari. Saya harap tidak ada yang cuba-cubalah untuk nak test undang-undang ini sebab ini adalah untuk mengelak perkara tercemar itu berlaku. Jadi, harapnya kita dapat mengelakkan gangguan kepada pengguna di sekitar kawasan.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Denda maksima...[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Setakat ini kita dari segi maksimum itu kita tingkatkan daripada RM100,000 kepada RM15,000,000 dan hukuman penjara itu daripada setahun. Sekarang, kita tingkatkan sehingga 15 tahun. Cuma untuk rekod kita belum bawa apa-apa lagi kes untuk bawa kes akta baharu ini. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Amir.

final • 11:00 AM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nombor 7.

final • 11:00 AM

7. Tuan Amir bin Md Ghazali minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, peranan kementerian dalam memastikan inovasi dan teknologi baharu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dalam RMK13.

final • 11:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Senator. Tuan Yang di-Pertua, MOSTI akan memastikan sains, teknologi dan inovasi menjadi pemacu utama RMKe13. Ini dapat dicapai melalui R&D and C&I berteraskan misi ataupun dengan izin, mission-based R&D and C&I. C itu commercialisation, I itu adalah innovation yang melibatkan usaha sama kerajaan dan swasta bagi meningkatkan perbelanjaan kasar R&D daripada KDNK iaitu GERD kepada 2.5 peratus menjelang tahun 2030.

Selain itu, MOSTI akan terus memberi sokongan untuk meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan oleh sektor swasta ataupun BERD kepada 70 peratus serta melonjakkan peratusan perbelanjaan bagi penyelidikan pembangunan eksperimental kepada 70 peratus daripada GERD menjelang akhir tempoh RMKe13 dengan pendanaan R&D berteraskan misi selain meneruskan usaha pembangunan dan penskalaan syarikat pemula tempatan untuk terus berkembang di Malaysia dan serantau dengan sasaran 500 syarikat pemula baharu pada tahun 2026.

Bagi mencapai sasaran tersebut, MOSTI akan memperkukuh ekosistem inovasi melalui peningkatan pelaburan R&D, pembangunan bakat STEM dan TVET serta pemanfaatan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, teknologi kuantum, tenaga hidrogen, bioteknologi dan teknologi angkasa. Usaha ini akan memastikan inovasi benar- benar diterjemahkan kepada penciptaan nilai tambah, peningkatan produktiviti dan daya saing, sekali gus menjadikan inovasi sebagai teras utama pertumbuhan ekonomi negara di bawah RMK13.

Pendekatan ini juga mengambil kira pendekatan Global Innovation Index (GII) sebagai penanda aras antarabangsa dan Malaysia Innovation Index (MII) sebagai asas nasional bagi menilai prestasi inovasi mengikut negeri dan sektor. Justeru, kita menyasarkan untuk menuju kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai dengan penekanan kepada strategi untuk meningkatkan kerencaman ekonomi, pertumbuhan yang terangkum dan mampan. Daya cipta buatan perlu dipacu untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan tempatan yang berkualiti tinggi. Sekian,Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan sebentar tadi. Saya percaya Malaysia Innovation Index ini merupakan langkah yang baik bagi penanda aras inovasi kebangsaan. Boleh nyatakan apakah status pelaksanaan Malaysia Innovation Index ini di peringkat negeri dan apakah kelebihan Pulau Pinang melalui tinjauan prestasi inovasi ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Senator. Sebenarnya, penyediaan laporan Malaysia Innovation Index (MII) ini di peringkat yang akhirlah dan laporan akhir MII ini akan merangkumi analisis lengkap setiap ekosistem inovasi negeri dan dijadualkan untuk dilancarkan pada Oktober tahun ini dan berdasarkan dapatan awal tentang Pulau Pinang yang MII ini ada enam tunggak iaitu dengan izin, Datuk Yang di-Pertua, Human Capital and Research, Infrastructure, Social Environment, Business Sophistication, Knowledge and Technology Output dan yang terakhir adalah Creative Output. Dan Pulau Pinang mendapat skor yang tinggi dalam tiga iaitu yang pertama, infrastruktur R&D.

Yang kedua adalah tentang pembangunan bakat terutamanya di sektor STEM.

Dan ketiga adalah business sophistication iaitu sokongan ekosistem perniagaan. Dan ini termasuklah kemudahan pembiayaan kepada syarikat pemula iaitu start-up dan pendaftaran harta milik, intellectual property. Analisis lengkap serta dapatan yang terperinci akan dimuatkan dalam laporan akhir MII nanti. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Soalan tambahan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya. Apakah ada insentif-insentif atau langkah-langkah yang tertentu yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat pemula ini bagi

final • 11:00 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

menggalakkan mereka atau meningkatkan meraka dalam meneroka bidang teknologi dan inovasi? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Senator. Memang ada banyak skim yang MOSTI telah sediakan untuk syarikat pemula di pelbagai peringkat. Sebagai contohnya, untuk peringkat pre-seed dan seed, Cradle Fund Sdn. Bhd. memainkan peranan untuk membantu syarikat pemula. Memang ada geran ataupun pendanaan, tetapi bukan sahaja pendanaan, Cradle juga memberikan coaching dengan izin, kepada syarikat-syarikat pemula dan yang di peringkat pre-seed dengan seed.

Selain daripada itu, kita ada agensi yang memberikan latihan ataupun coaching kepada ataupun pendanaan kepada syarikat pemula di stage yang lain, peringkat seperti A series, B series. Series A, series B, series C dan lain-lain. Termasuk MTDC, termasuk Kumpulan Modal Perdana (KMP) termasuk apa tu Meranti untuk commercialization dan acceleration. So, maka memang ada pelbagai agensi yang memainkan peranan ini untuk memberi insentif atau pendanaan kepada start up di pelbagai peringkat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Rosni.

final • 11:10 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 8.

final • 11:10 AM

8. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Komunikasi menyatakan, bagaimanakah inisiatif “Malaysia Digital” dirangka bagi memastikan capaian jalur lebar yang lebih meluas, kos yang mampu milik, dan paling penting, sambungan internet yang stabil dan tanpa gangguan di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar, agar tiada rakyat yang terus tercicir daripada arus digitalisasi nasional.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator. Tan Sri Speaker, Malaysia Digital merupakan sebuah inisiatif di bawah Malaysia Digital Economic Corporation ataupun kita panggil MDEC. Sebuah agensi yang di bawah Kementerian Digital. Inisiatif ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital negara melalui pembangunan ekosistem yang inklusif, mampan dan berdaya saing, serta mempercepat transformasi digital merentasi pelbagai sektor.

Berhubung dengan isu ketersambungan capaian internet, Kementerian Komunikasi dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited dalam memastikan penyediaan perkhidmatan internet yang meluas dan berkualiti tinggi di seluruh negara. Usaha ini dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara

(JENDELA), yang bertujuan untuk memperluas liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, khususnya di kawasan berpenduduk, termasuk di kawasan pendalaman dan luar bandar.

Setakat 31 Julai 2025, inisiatif Pelan JENDELA telah mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan di seluruh negara dengan 9.48 juta premis telah tersedia denganlah capaian gentian optik dan kadar liputan internet di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 98.82 peratus. Manakala, kelajuan medium bagi muat turun jalur lebar mudah alih merekodkan 150.10 mbps.

Bagi memperluas capaian internet berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar di seluruh negara, MCMC kini sedang merangka solusi tambahan menerusi Pelan Jalinan Fasa 2.

Bagi Liputan 5G pula, Digital Nasional Berhad telah menyiapkan 7,489 tapak pemancar 5G yang secara keseluruhan telah menyediakan 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk. Manakala baki rangkaian 5G kedua yang dibangunkan oleh UMobile Sdn Bhd, 1,232 tapak telah dinaik taraf kepada liputan 5G sejak mula beroperasi

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

pada 14 hari bulan Julai tahun ini. Jumlah langganan kini telah melebihi 28 juta pengguna dan kadar penembusan jalur lebar mudah alih 5G bagi 100 penduduk adalah 82.7 peratus.

Selaras dengan aspirasi memperkasa infrastruktur komunikasi, kerajaan melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah menetapkan sasaran untuk mencapai 98 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dan kawasan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang tahun 2030.

Kerajaan juga melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP), dengan izin. Hab gentian optik sehingga 12 hari bulan Ogos 2025 sebanyak 677 PoP telah berjaya disediakan sepenuhnya bagi Fasa 1 manakala 1,468 PoP daripada 3,693 PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan di seluruh negara, menjadikan 163,906 PoP telah tersedia dengan sambungan gentian optik dengan kelajuan sehingga satu gbps.

Bagi memastikan capaian internet yang mampu milik, Broadband Commission for Sustainable Development di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan penanda aras bahawa perkhidmatan jalur lebar asas di negara berpendapatan rendah dan sederhana seharusnya ditawarkan pada harga kurang daripada 2 peratus daripada pendapatan negara kasar per kapita bulanan.

Berdasarkan ICT Price Basket dengan izin oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Malaysia mencatatkan kadar 0.7 peratus bagi jalur lebar mudah alih iaitu jauh lebih rendah daripada paras sasaran tersebut. Manakala bagi jalur lebar tetap, kadar terkini adalah 2.2 peratus, sedikit melebihi penanda aras global.

Dengan usaha berterusan kerajaan bersama pemberi perkhidmatan termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif dan strategi harga yang lebih kompetitif, kadar ini dijangka dapat terus diturunkan sejajar dengan sasaran antarabangsa. Sekian jawapan saya.

Terima kasih ‘Tan Sri’ Speaker.

final • 11:10 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan Pusat Internet Komuniti atau pun PIK ini sebagai pemangkin literasi dan juga keusahawanan digital di luar bandar? Dan adakah kementerian bercadang menambah fasiliti ini di kawasan miskin bandar? Terima kasih, Tuan Speaker.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator Datuk.

Pertamanya, untuk pusat internet komuniti ini sekarang telah dijenamakan semula sebagailah NADI iaitu pusat sebaran maklumat nasional dan kedua, setakatlah 31 hari bulan Julai tahun ini, 1,098 daripada 1,099 NADI yang telah dirancang di bawah aspirasi, “Satu DUN, satu NADI” telah beroperasi sepenuhnya. Untuk baki satu NADI baharu sedang dalam fasa pelaksanaan, iaitu NADI Kampung Gelam Gelam di Sabah. Kerana terdapatlah perubahan lokasi. Jadi itu juga kita jangka akanlah beroperasi tak lama lagi.

Jadi itu adalah di bawah aspirasi, “Satu DUN, satu NADI.” Apa yang MCMC dan juga Kementerian Komunikasi fokuskan sekarang adalah untuk kita pastikan bahawa NADI ini diguna pakai sepenuhnya ataupun kita tambah lagi fungsi yang bolehlah lagi di- adopt ataupun diadaptasi olehlah NADI. Setakat ini, pelbagai program kita laksanakan di NADI, kita laksanakan kempen internet selamat iaitu kita adakan kursus-kursus untuklah mendidik masyarakat bagaimana mereka nak meningkatkan lagi kesedaran terhadaplah keselamatan internet.

Yang kedua kami juga bekerjasama dengan pelbagai platform sepertilah Shopee, Lazada untuk kita sediakan khusus untuklah membantu-lah penduduk-penduduk, khasnya mereka yang di kawasan luar bandar dan juga pedalaman bagaimana mereka bolehlah menjadi seorang e-usahawan.

Saya boleh bagi sedikit contoh, adalah beberapa ikon usahawan NADI di Semenanjung, ada seorang usahawan NADI di Pekan Ijok, Kuala Selangor, yang nama dia adalah Muhammad Bahar bin Nordin. Beliau sebenarnya adalah, perniagaan adalah

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

bentuk perkhidmatan percetakan dan reka bentuk di bawah jenama “More Dream to You” secara dalam talian dan selepaslah kita bagilah training kepada dia dan juga denganlah bantuan daripada NADI dan peningkatan jualannya adalah sebanyak 100 peratus. Dan sekarang dia mempunyai lebih kurang 23,000 orang pengikut di platform Shopee.

Jadi ini adalah, cara-cara kita mengguna pakai NADI untuk membantu mereka yang berminat dalam ekonomi digital dan kami boleh teruslah, akan-lah terus-lah bantu mereka untuklah explore opportunity mereka sebagai seorang e-usahawan. Terima kasih Dato’ Speaker.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh tak, ada soalan tambahan, boleh?

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya. Kita tahu bahawa capaian jalur lebar di kawasan di luar bandar ini, kadang-kadang agak lambat untuk sampai, ya dan soalan saya, apakah inisiatif pihak kerajaan untuk memberikan insentif kepada syarikat telekomunikasi ini untuk mendirikan capaian jalur lebar ini even ke dalam kawasan pedalaman ataupun kawasan-kawasan yang kurang komersial? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut.

Memang ada inisiatif-inisiatif oleh kerajaan. Dan dua inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu dan memastikan liputan internet termasuklah broadband adalah di bawah PoP dan juga JENDELA.

Untuk PoP, ia dananya sebenarnya semua datang daripada kerajaan dan kita memastikan bahawa untuk kawasan luar bandar, kita mengguna pakai sekolah sebagailah sender point. Dan kita akan fiberize kawasan tersebut dalam lingkungan 2.5 km sampailah 3 km untuk memastikan bahawa kawasan pedalaman walaupun tak ada commercial value seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Senator, tetapi kami masih bagilah insentif kepada pemberi perkhidmatan untuk pergi ke sana untuk fiberize the area.

Selain daripada itu, untuklah mobile services. Kita juga ada program JENDELA.

JENDELA sebenarnya juga dananya adalah datang daripada MCMC. Kita akan guna dana daripada USP dan kita akan lantik syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan ini untuk belilah, pergi ke sana untuk sama ada mendirilah menara komunikasi ataupun apa-apa jenis solusi yang sesuai untuk kawasan tersebut supaya kawasan-kawasan pedalaman yang hanya mempunyai 50 orang penduduk, 100 orang penduduk yang memang tak ada commercial value untuk pemberi perkhidmatan ini untuk masuk, untuklah memberi, untuk luaskan lagi coverage mereka. Kami akan bagi insentif di bawah dua kerja ini, JENDELA dan juga PoP. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Senator Tuan Che Alias.

final • 11:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

final • 11:20 AM

9. Tuan Che Alias bin Hamid minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, langkah-langkah yang dilakukan oleh kementerian dalam memastikan Malaysia menjadi pengeluar biobahan api penerbangan lestari (SAF) pada tahun 2027.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia dijangka akan mula mengeluarkan SAF- Sustainable Aviation Fuel, pada bahan api lestari dalam negara sebelum penghujung tahun 2025 melalui permulaan operasi komersial syarikat EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. di Tanjung Langsat, Johor.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Bagi membangunkan industri SAF negara, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah, sedang dan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

Pertama, mengguna cara urusan perlesenan di bawah Akta Industri Bio Bahan Api Malaysia 2007 bagi pembangunan loji pengeluaran SAF dan ekosistem yang berkaitan termasuklah sokongan kepada infrastruktur penyimpanan, pengadunan, pengangkutan dan pengagihan.

Kedua, membangunkan dokumen strategi pengeluaran SAF dengan menyediakan pelan strategi merangkumi penilaian ketersediaan bahan mentah atau feedstock availability seperti minyak sawit terpakai, minyak sisa sawit, sisa pertanian dan bahan mentah lestari lain, serta memastikan kesinambungan bekalan bahan mentah untuk pengeluaran jangka panjang bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan eksport.

Ketiga, mempergiat pelaksanaan kempen kesedaran pengumpulan minyak masak terpakai melalui peningkatan kerjasama dengan industri dan komuniti untuk meningkatkan kadar kutipan yang lebih efisien, selamat dan boleh dijejak bagi memastikan kestabilan bekalan bahan mentah bagi menyokong industri pengeluaran SAF.

Keempat, merangka cadangan pengenalan mandat adunan SAF sebanyak satu peratus bagi penerbangan antarabangsa yang berlepas dari KLIA bermula Januari 2027.

Dengan perincian pelaksanaan sedang dimuktamadkan bersama industri dan pihak berkepentingan yang terlibat.

Kelima, menyemak dan membuat pindaan ke atas dasar bio bahan api negara dengan memasukkan SAF dan bio bahan api generasi kedua lain sebagai salah satu komponen strategik selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran global; dan Keenam, melaksanakan kajian Life Cycle Assessment (LCA) bagi minyak sawit tertakluk kelulusan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi memperbaiki dan mengemas kini tanah pelepasan karbon sepanjang kitar hayat minyak sawit. Kajian ini bertujuan meningkatkan daya saing minyak sawit dan primitifnya sebagai bahan mentah bio bahan api termasuk SAF dengan memastikan ia memenuhi piawaian kelestarian antarabangsa seperti CORSIA.

Kementerian yakin bahawa melaksana langkah-langkah ini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport utama SAF di rantau ini, sekali gus membuka peluang baharu kepada industri agrikomoditi negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Terima kasih Dato Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, memandangkan Malaysia merupakan pengeluaran minyak sawit kedua terbesar di dunia. Apakah kerajaan mempunyai angka sasaran pengumpulan minyak masak terpakai UCO khususnya bagi tujuan pengeluaran SAF menjelang tahun 2027? Serta sejauh manakah keberkesanan program kesedaran dan pengumpulan minyak masak ini yang terpakai ini di seluruh negara? Serta apakah strategi khusus pihak kerajaan dalam menarik pelaburan asing dan juga tempatan bagi memastikan dapat membangun kilang-kilang SAF di negara kita ini? Ya.

final • 11:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Yang syarikat yang saya namakan tadi itu, EcoCeres ini: ini merupakan FDI: Foreign Direct Investment. Okey. Yang akan, ini merupakan, factory atau kilang pertama SAF di Malaysia menjelang tahun inilah di Tanjung Langsat di Johor.

Yang syarikat yang kedua yang akan melabur dalam bidang SAF ini ada Petronas dan ia dijangka menjelang tahun 2027 atau 2028 dan untuk syarikat pertama EcoCeres ini, dia punya ini kapasiti 350,000 tan SAF satu tahun dan untuk ini Petronas ini, dia dijangka akan kapasiti dia akan mencecah 650,000 metrik tan untuk kapasiti dia.

final • 11:20 AM

Datuk Chan Foong Hin

So ini, ini merupakan andaian daripada pasaran bahawa UCO- use cooking oil yang dikutip dari seluruh Malaysia ini dapat menampung kedua-dua kilang ini. Dan selain daripada kedua-dua kilang ini, ada juga kilang-kilang baharu atau pelaburan yang baharu yang berminat untuk melabur dalam bidang SAF ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding.

final • 11:20 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

final • 11:20 AM

10. Puan Susan Chemerai Anding minta Menteri Digital menyatakan, adakah Malaysia berhasrat untuk membangunkan model sovereign large language tersendiri yang menggunakan Bahasa Malaysia dan bagaimanakah kerajaan memastikan projek tersebut tidak akan di dominasi oleh syarikat asing yang besar yang membekalkan infrastruktur cloud.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Senator Puan Susan dari Sarawak. Orang Sarawak juga jawab soalan ini.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menyedari kepentingan pembangunan model bahasa raya atau Large Language Model (LLM) yang berasaskan bahasa Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kedaulatan digital negara. Usaha ini bertujuan memastikan teknologi AI yang dibangunkan adalah relevan dengan konteks tempatan merangkumi bahasa, budaya kita, nilai masyarakat kita serta perundangan Malaysia sendiri.

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membangunkan Model Bahasa Raya Kebangsaan, National Large Language Model (NLLM) yang menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya Yang di-Pertua dan projek ini bertujuan memastikan negara memiliki keupayaan teknologi teras sendiri, sejajar dengan matlamat kedaulatan digital dan keselamatan data negara. Ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat asing yang membekalkan infrastruktur AI.

Kementerian Digital sedang bekerjasama dengan pihak industri institusi pengajian tinggi dan penyedia teknologi tempatan dalam membangunkan model ini. Usaha ini merangkumi pembangunan model, kejuruteraan data, penyediaan infrastruktur perkomputeran serta pusat data dalam negara termasuk penyelidikan serta pembangunan dengan tumpuan kepada bahasa dialek tempatan dan penandaarasan dan juga penyeliaan khususnya untuk kegunaan kerajaan kita.

Berhubung dengan pembangunan LLM, kita sendiri menggunakan bahasa Malaysia dan Kementerian Digital sedang bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah memperoleh geran bagi membangunkan LLM Bahasa Melayu di bawah Belanjawan 2025.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Inisiatif ini Dato Yang di-Pertua, amat penting khususnya untuk melibatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan serta membolehkan dijadikan sebagai model asas LLM kebangsaan mengikut sektor yang berbeza. Di samping itu juga, Dato Yang di-Pertua, bagi memastikan pembangunan LLM ini tidak didominasi oleh syarikat asing yang besar, kerajaan memberikan keutamaan kepada pemilik intelek dalam negara, kolaborasi dengan penyedia tempatan serta pembangunan bakat tempatan dalam bidang AI contohnya, inisiatif seperti model LLM ILMU membuktikan bahawa model keupayaan tinggi ini boleh dibangunkan di Malaysia oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia tanpa bergantung sepenuhnya kepada syarikat asing.

Semua ini Dato Yang di-Pertua, keupayaan...

[Tidak jelas] Dalam data dan digunakan akan mematuhi garis panduan tetap kedaulatan yang ketat termasuk kawalan aliran data, operasi dan lokasi pemproses data dengan izin, data residency, Dato Yang di-

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Pertua. Penilaian projek ini juga akan dilaksanakan mengikut dasar dan kriteria pensijilan, tahap kedaulatan yang memastikan penggunaan teknologi sesuai dengan kategori mengambilkan kira aspek keselamatan negara serta nilai dan konteks budaya tempatan.

Sejajar dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030, kerajaan melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) bertekad memperkukuhkan ekosistem AI, Dato’ Yang di-Pertua, tempatan, yang berdaya saing dan berdaulat sambil memelihara kedaulatan digital negara kita dan peningkatan ini menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara peneraju AI. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang memberi jawapan. Untuk membangunkan model LLM ini sudah pasti akan menggunakan data rakyat. Jadi, soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan data rakyat ini selamat dan tidak salah digunakan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Kementerian Digital mengambil berat dengan langkah-langkah, seperti data peribadi atau data rakyat kita, ialah dengan itu kementerian dengan sejajarnya aspirasi Malaysia sebagai negara berteraskan AI ini. Kerajaan melaksanakan tiga lapisan iaitu perlindungan yang saling melengkapi bagi menjaminkan keselamatan, kedaulatan serta pematuhan etika dalam penggunaan data bagi latihan Large Language Model ataupun LLM ini.

Di peringkat pertama Dato Yang di-Pertua, kerajaan melalui Pusat Kecerdasan Buatan Kebangsaan AI (NAIO), akan bertindak sebagai pihak berkuasa, pengesahan oversight authority dengan izin, dan yang menilaikan tahap kedaulatan sesebuah model kita dan infrastruktur dan juga data set ini. Penanda aras AI berdaulat ini sedang dibangunkan bagi memastikan model dan infrastruktur memenuhi syarat keselamatan dan kebolehkesanan data serta pemilik IP yang jelas oleh entiti Malaysia sendiri.

Selain daripada itu, sikit lagi Yang di-Pertua iaitu Malaysia juga melaksanakan...

[Tidak jelas] Berdaulat melalui strategi dua jalur atau dua trek strategi iaitu memastikan petisyen selamat: secure petition pada penyedia kelab milik Malaysia dengan syarat infrastruktur dan data kekal dalam negara dan memastikan kluster...

[Tidak jelas] Milik penuh kerajaan melalui Jabatan Digital Negara (JDN) bagi data dan aplikasi berklasifikasi rahsia dan rahsia besar dan pendekatan bersepadu. Ia memastikan data set model kritikal kekal dalam bidang kuasa Malaysia dan berada bawah kawalan kedaulatan kita. Dengan itu, terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Puan Rita dah soal, bagi Pele juga dari Sarawaklah. Pele pemain bola ini.

final • 11:30 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan data tersebut, apakah langkah teknikal yang lebih spesifik sedang diambil bagi memastikan semua data latihan kekal dalam negara dan tidak dapat diakses oleh pihak luar? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Ini soalan dari Sarawak, tambahan juga dari Sarawak, popular juga Sarawak hari ini, Speaker pun dari Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Aspek kedaulatan data merupakan keutamaan dalam kita membangunkan model bahasa besar nasional kita. Bagi memastikan semua data itu dan latihan kekal dalam negara, dan tidak dapat diakses oleh pihak luar. Kerajaan Dato Yang di-Pertua, menetapkan beberapa langkah, satu-satunya teknikal dan juga dasar yang begitu jelas, data berdaulat akan disimpan dan diproses Yang Berhormat Senator dan di pusat data dalam negara kita dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa serta garis panduan kerajaan. Dan pusat data ini dilengkapi dengan kawalan dan residensi iaitu dasar

final • 11:30 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

yang memastikan data keutamaan tinggi tidak boleh dieksport keluar dari Malaysia.

Dengan itu, sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.

final • 11:30 AM

11. Datuk Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah fokus dan bentuk bantuan bagi meningkatkan keupayaan khidmat dan operasi sembilan hospital pengajar IPTA serta sejauh mana peruntukan kewangan Persekutuan bagi pembiayaan program khusus untuk memantapkan penyelidikan dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa atas persoalan.

Dato Yang di-Pertua, sehingga tarikh semasa terdapat sepuluh buah hospital pengajar (HPU) yang ditubuhkan oleh sembilan buah universiti awam (UA). HPU ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

(i) menyediakan kemudahan latihan klinikal bagi program-program pengajian di peringkat siswazah dan pasca siswazah;

(ii) melaksanakan penyelidikan di bidang fundamental dan klinikal;

(iii) menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dalam bidang kepakaran dan sub kepakaran; dan

(iv) menyedia latihan di bidang sub kepakaran dan program fellowship; dan

(v) menyedia kemudahan latihan untuk doktor-doktor siswazah ataupun Housemanship dengan izin, daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan penjelasan ini objektif utama penubuhan HPU pada asasnya bukanlah untuk menyediakan rawatan perubatan kepada orang ramai, tapi sebaliknya untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Berhubung soalan mengenai bentuk bantuan yang sedang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi meningkatkan keupayaan khidmat dan operasi HPU saya kongsikan beberapa langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian.

Bermula dari tahun 2019 sehingga 2024 sejumlah 296 juta telah disalurkan kepada HPU untuk tujuan-tujuan berikut:

(i) meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam;

(ii) mengoptimumkan kesiapsiagaan fasiliti dan sumber untuk menangani peningkatan kes COVID-19;

(iii) program klinik bergerak di bawah inisiatif belanjawan KPT;

(iv) perolehan peralatan, bekalan makmal dan ubat-ubatan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19; dan

(v) melaksanakan aktiviti penyelidikan berkaitan bidang perubatan dan sains kesihatan melalui Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari-Strategik dan Berfokus (TRGS-SF).

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bagi tahun 2025, HPU juga telah diperuntukkan sejumlah RM13 juta lagi untuk tujuan mobile clinic screening, perkhidmatan klinik bergerak, termasuk perkhidmatan mamogram. Ini Dato Yang di-Pertua, kita pergi ke kampung-kampung bawa klinik bergerak kita untuk buat perkhidmatan klinik bergerak ini terutama dari sudut kesihatan.

HPU melalui tenaga akademik yang berkepakaran dalam bidang perubatan tertentu turut melaksanakan aktiviti penyelidikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan lain seperti universiti dan juga agensi antarabangsa. Dengan kata lain, ketika ini semua HPU di bawah KPT menerima peruntukan geran mengurus tahunan pengoperasian secara terus dari Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam tahun 2025, KPT memperuntukkan sebanyak RM95 juta untuk perolehan ubat-ubatan dan RM1.9 bilion bagi emolumen belanja mengurus sembilan hospital itu.

Soalan saya, dengan sambutan yang begitu hebat dan ramai dari pesakit awam, adakah cukup belanja selenggaraan alatan, perolehan teknologi perubatan moden dan ubat-ubatan bagi tahun semasa? Dan adakah kementerian sedang memikirkan bagaimana kaedah yang lebih baik bagi menyokong hospital ini menjadi pusat perubatan rujukan yang paling baik dan lengkap di Malaysia? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan soalan tambahan beliau mengenai peruntukan kepada hospital pengajar kita. Memang sebenarnya, peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi, tetapi kita— modelnya ialah kita mahu supaya hospital pengajar ini juga menjana pendapatan sendiri.

Untuk makluman, untuk daripada pihak KPT dan terutamanya kerajaan, hanya lebih kurang 70 peratus dan 30 peratus adalah dijana oleh SPU sendiri dan ini dibuat dengan satunya, dibuat melalui penyelidikan dan juga kerjasama dengan syarikat- syarikat. Contohnya, SPU dibenarkan melakukan clinical trials tajaan syarikat Pharmaceutical.

Setakat ini, UM dan— didahului oleh UM dan juga UKM. Jadi, penyakit yang terlibat seperti kanser, penyakit pernafasan dan jantung. Jadi maknanya, SPU juga boleh menjana pendapatan mereka sendiri. Kita bagi ruang sebanyak 30 peratus. Itu antara kaedah untuk supaya SPU ini dapat stand alone untuk belanja operasi mereka. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir hari ini, dipersilakan Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Ada rezeki. Soalan saya nombor 12. Terima kasih.

final • 11:40 AM

12. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah perkembangan proses baik pulih Istana Budaya yang berlangsung selama dua tahun dan apakah langkah alternatif untuk memastikan kegiatan seni budaya berskala besar tidak terhenti dalam tempoh proses baik pulih itu.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dato Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Bilangan 4 2025 pada 13 Ogos 2025, Jabatan Kerja Raya Malaysia

(JKR) selaku agensi pelaksana bagi Projek Menaik Taraf Keseluruhan Bumbung Istana Budaya telah melaporkan kemajuan kerja fizikal projek tersebut sehingga 8 Julai 2025 adalah 75.89 peratus, mendahului jadual pelaksanaan iaitu 74.81 peratus.

Kerja-kerja fizikal bagi projek ini yang mula dilaksanakan pada 6 Mac 2023 dijadualkan selesai pada 5 Januari 2026. Sebagai langkah alternatif untuk memastikan kesinambungan kegiatan seni budaya sepanjang tempoh penutupan Panggung Sari

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Istana Budaya, Istana Budaya telah melancarkan Kempen Gerak pada 21 Februari 2023.

Melalui kempen ini, Istana Budaya membawa program persembahan ke beberapa buah lokasi terpilih di seluruh negara untuk memberi peluang kepada peminat seni merasai pengalaman persembahan pentas yang berskala besar dan cemerlang.

Antara lokasi yang mementaskan program persembahan anjuran Istana Budaya adalah seperti Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ZEPP Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur, Encore Melaka, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta lain-lain lokasi.

Sebanyak 14 program persembahan yang merangkumi genre teater, tari dan muzik telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2024 di pelbagai lokasi. Manakala sebanyak 10 program persembahan telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2025.

Melalui Kempen Gerak juga, Istana Budaya turut menjalin kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, syarikat swasta, institut pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan

(NGO) yang menggabungkan kepakaran dan sumber melalui penajaan pementasan bersama: co-production program pementoran dalam program persembahan yang dianjurkan Istana Budaya.

Inisiatif ini bukan sahaja untuk memastikan kegiatan seni budaya berskala besar terus berjalan rancak, malah memberi impak kepada kedua-dua pihak. MOTAC melalui Istana Budaya sentiasa akan pastikan kegiatan seni budaya dan program persembahan yang berimpak tinggi terus dilaksanakan untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat serta menarik lebih ramai pelancong ke negara ini demi memelihara serta meneruskan kesinambungan pembangunan dan kecemerlangan seni budaya di negara ini. Sekian dan terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri yang telah pun menggerakkan Program Gerak ke seluruh negara.

Soalan tambahan saya, berkaitan dengan keperluan untuk kementerian mengadakan kerjasama secara intensif dengan pihak swasta. Suatu waktu dulu kita ghairah dengan Program Blue Ocean Strategy: Strategi Lautan Biru yang menggerakkan swasta mengambil tanggungjawab dalam soal-soal sosial Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kementerian dalam menggerakkan Blue Ocean Strategy dalam soal mengangkat seni budaya negara? Terima kasih Yang di- Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak kementerian sentiasa melakukan perbincangan dan juga pendekatan melalui satu— strategic cooperation, dengan izin, dengan mana-mana penggiat seni, mana-mana badan bukan pertubuhan kerajaan dan juga yang paling penting, production house yang berminat untuk bekerjasama dengan pihak kementerian.

Ini telah dilakukan melalui skim dan juga program yang ada di dalam kementerian iaitu (GSSK) Geran Sokongan Sektor Kebudayaan. Di dalam aspek GSSK ini, kita memberikan geran yang khas, khususnya kepada program-program yang melibatkan seni dan budaya kita, termasuklah program teater ataupun program musical, dengan izin.

Ini adalah untuk kita memastikan gerakan di lapangan itu sentiasa ada dan sentiasa aktif. Dan yang paling penting, apakah sebenarnya pencapaian yang kita mampu lalui, yang mampu kita dapati berdasarkan dengan hubungan yang baik dengan pihak- pihak yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Bagaimanakah kementerian berusaha untuk mengekalkan originality, dengan izin, ketulenan budaya sesuatu kaum di Malaysia ini? Sebab contohnya, muzik Sape. Kadang- kadang dia akan dicampurkan dengan muzik moden. Jadi, ketulenan bunyi itu ataupun budaya itu akan terjejas.

Adakah kerajaan berusaha untuk membantu pihak-pihak yang mengekalkan ketulenan sesuatu budaya dan muzik itu? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Di kementerian ini, ada pelbagai agensi yang melihat ketulenan ataupun keaslian sesuatu tarian ataupun persembahan itu. Kita ada (JKKN) Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara. Kita juga ada Jabatan Warisan Negara.

Di samping itu juga, kita ada ASWARA. Mereka memainkan peranan untuk memberikan nasihat dan panduan, bukan sahaja di dalam pihak kementerian itu sendiri, tetapi juga kepada penggiat-penggiat industri di luar sana supaya kerisauan kita berkenaan dengan ketulenan dan keaslian itu dapat kita rungkaikan bersama. Dan yang paling penting, kita mahu keaslian dan ketulenan itu sentiasa dikekalkan. Walaupun ada aspek-aspek kontemporari yang kita masukkan untuk menarik tarian— menarik perhatian umum di sana, tetapi yang paling penting, kita perlu kekalkan apa yang telah kita wujudkan untuk sekian lama. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan, Dato? Satu.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Dua saja. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:40 AM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 26(3)
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (2026-2030)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021- 2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026- 2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama- sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.” [26 Ogos 2025]

final • 11:49 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada 13 Ahli yang hendak berbahas. Maka, kita hadkan kepada 20 minit seoranglah.

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

final • 11:49 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

40 minit ya?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dia C, YB nombor 10, lah.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey. Dato Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sama-sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, yang telah dibentangkan di Dewan Negara.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

final • 11:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

Dibentangkan di Dewan Negara yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Isnin, 25 Ogos 2025 iaitu tiga hari yang lepas. Datuk Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan tiga rangkap pantun kerana pantun ini ada maksud yang tersirat.

*Pergi kebun tanam padi, Padi subur di tepi paya; Kalau hidup hormat-menghormati, Aman sentosa selama-lamanya.

Padi masak kuning menawan, Hasil dituai penuh sekata; Rakyat berbakti rela berkorban, Demi teguh maruah negara.

Jalur Gemilang megah berkibar, Lambang gagah sebuah bangsa; Rakyat bersama teguh berikhtiar, Malaysia jaya sepanjang masa.* Datuk Yang di-Pertua, secara dasarnya RMKe13 ini adalah begitu komprehensif dan inklusif, yang mempunyai matlamat dan objektif yang fokus kepada pembangunan sosioekonomi negara melalui tiga dimensi, iaitu berpendapatan tinggi dan mampan, kehidupan bermutu dan terangkum, dan yang ketiga iaitu alam sekitar yang lestari.

Datuk Yang di-Pertua, di dalam RMKe13 yang komprehensif dan inklusif ini, apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana 120 strategi dan 600 inisiatif yang telah dikenal pasti dan disusun di dalam RMKe13 ini betul-betul berkesan untuk merealisasikan tujuh aspirasi Ekonomi MADANI di bawah RMKe13 itu sendiri dan juga bagaimana 120 strategi dan 600 inisiatif ini dapat mencapai sasaran keberhasilan yang telah ditetapkan.

Walaupun cabaran ini adalah amat tinggi, dengan adanya kestabilan politik, pelaksanaan yang profesional, berintegriti dan beramanah, serta kebijaksanaan kepimpinan negara di kala ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia untuk mencorak diplomasi yang efektif, mengambil kira kepentingan kedaulatan negara, dan diimbangi dengan ekonomi yang berkesan dan berdaya saing, saya percaya semua sasaran keberhasilan di bawah RMK13 ini nanti akan dicapai dan direalisasikan pada tahun 2030.

Datuk Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dengan rakan Senator yang veteran, yang telah berpeluang sama-sama membahaskan Rancangan Malaysia empat kali, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Hatta kelmarin di mana beliau berhujah dan menyentuh bahawa kestabilan politik adalah salah satu kunci utama untuk kita merealisasikan RMKe13 ini.

Datuk Yang di-Pertua, selain daripada data-data keberhasilan RMKe13 bagi tahun 2026 hingga 2030 yang dibentangkan, Kementerian Kewangan melalui Menterinya yang memang kita hormati dari segi latar belakang beliau, harus mengambil kira langkah dan indikator lain seperti ratio hutang negara terhadap KDNK diturunkan ke paras 55 peratus, daripada hutang negara sekarang yang berada di antara 60 ke 65 peratus. Di mana kerangka RMKe13 yang saya pun baca secara terperinci menyebut tidak lebih daripada 60 persen ratio hutang negara terhadap KDNK dan angka 60 persen tersebut adalah indikator yang tidak sihat bagi sesebuah ekonomi negara.

Kedua adalah pertumbuhan ekonomi negara. Bagi setiap tahun, haruslah tidak kurang daripada lima peratus bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Di dalam kerangka RMKe13, ada menyebut hanya 4.5 peratus. So, saya mohon dengan usaha seperti yang saya maklumkan tadi, di mana dengan adanya kestabilan politik di negara ini, dengan pelaksanaan yang profesional, berintegriti, saya pun berharap 4.5

final • 11:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

peratus di dalam kerangka RMKe13 boleh dinaikkan ke lima peratus bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Yang ketiga, perbelanjaan negara tidak melebihi lima peratus daripada KDNK.

Indikator tambahan ini amatlah penting, yang akan menunjukkan kesihatan ekonomi negara di paras yang baik dan ratio ini sangat membantu dalam menilai risiko dan strategi pengurusan kewangan sesebuah negara, khususnya apabila kita melaksanakan RMKe13 ini nanti.

Datuk Yang di-Pertua, keamanan dan ketenteraman di Rantau Asia, iaitu negara- negara ASEAN, amatlah penting bagi ASEAN dapat mengharungi ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia. ASEAN sebagai sebuah blok ekonomi yang kelima besar di dunia dengan KDNK yang berjumlah USD3.8 trilion pada tahun 2023 boleh memainkan peranan yang sangat penting bagi mempelopori keamanan dan ketenteraman di Rantau Asia dan juga di dunia, yang semakin tidak menentu di abad ini.

Dengan mempengerusikan ASEAN pada tahun ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memainkan peranan yang sangat penting untuk meredakan konflik di antara dua negara ASEAN demi kestabilan dan keamanan di rantau ini. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Datuk Yang di-Pertua, walaupun demikian, dari segi ekonomi, Malaysia dan blok ASEAN boleh buat yang lebih baik lagi. Sebagai contoh, apabila Amerika Syarikat menetapkan tarif baru-baru ini, di mana tarif dikenakan ke atas Malaysia pada mulanya 24 peratus, dinaikkan ke 25 peratus, dan seterusnya, diturunkan ke 19 peratus. Negara ASEAN yang lain juga terkesan dengan tarif yang berbeza. Setiap negara ASEAN berlumba-lumba berjumpa dengan wakil perdagangan Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif negara masing-masing.

Persoalan saya adalah di manakah ASEAN sebagai satu blok, tidak berunding dengan pihak Amerika Syarikat sebagai satu kumpulan dan satu blok yang besar, yang mempunyai ekonomi yang kelima terbesar di dunia? Selepas setiap negara ASEAN bertemu dengan wakil perdagangan Amerika Syarikat secara berasingan, barulah ada tindakan untuk bergerak sebagai satu blok ASEAN. Namun, seperti pasaran saham, siapa yang bermain pasaran saham, di dalam masa satu minit, harga saham boleh berubah.

Dan bagi ASEAN, tindakan ASEAN sebagai satu blok selepas itu sudah terlambat.

final • 11:50 AM

Tuan Pele Peter Tinggom

ASEAN sebagai sebuah blok ekonomi yang kelima terbesar di dunia telah terlepas peluang untuk berunding dengan kerajaan Amerika Syarikat dengan izin, with strong representation as an ASEAN. Dengan berapa bulan yang tinggal lagi, Dato’ Yang di- Pertua, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN masih tidak terlambat untuk ASEAN meneruskan rundingan bukan sahaja dengan Kerajaan Amerika Syarikat, tetapi juga dengan rakan-rakan perdagangan yang lain.

Di sini, saya sekali lagi ingin tekankan betapa pentingnya the art of international diplomatic relations. Saya akan bagi contoh. Pertama kali Presiden Ukraine pergi berjumpa Trump, dia dengan megah dengan style dia sendiri, dengan izin, selepas itu menjadi isu besar kerajaan Amerika Syarikat tidak memberi sokongan kepada Ukraine.

Pada pertemuan kedua, dia berjumpa Presiden Amerika Syarikat, dia membawa satu surat daripada isteri, First Lady Ukraine bagi dengan First Lady Melania, First Lady Amerika Syarikat bagi memaklumkan, dengan mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan First Lady Amerika Syarikat berkenaan dengan 9,500 kanak-kanak di Ukraine yang telah diculik oleh Rusia.

Ini adalah sesuatu yang saya maksudkan, the art of international diplomatic relations. The art ini— tak ada dalam buku, itu cara kita berunding, cara kita mengendali sesuatu hubungan dengan negara-negara lain.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi YB, itu bukan tindakan yang mengampu kah?

final • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Mengampu, saya tidak mahu komen di sini. Rakan saya yang sangat berpengalaman Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Anifah boleh komen fasal itu.

Dato’ Yang di-Pertua, di kala kekalutan politik dan ekonomi dunia, ini tidak sama sekali juga melemahkan semangat kerajaan. Ini saya mengampu sikit MOTAC lah, okey.

MOTAC yang diterajui oleh Yang Berhormat Menteri, Dato Sri Tiong King Sing dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada tadi, menjawab soalan lisan untuk melonjakkan pendapatan daripada pelancongan yang sungguh membanggakan pada tahun 2024 di mana RM107.2 bilion perbelanjaan domestik dengan penambahan 26.3 peratus. Suku pertama 2024 mencatatkan RM45.4 bilion pendapatan daripada 11.8 juta pelancong asing. Syabas dan tahniah.

Dato’ Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2026 hanya beberapa bulan saja lagi. Maka, saya memohon supaya MOTAC mempertingkatkan lagi promosi pelancongan dan jangan mengabaikan tempat-tempat pelancongan yang berpotensi, yang kurang mendapat sambutan, tetapi sangat berpotensi seperti ecotourism di Malaysia dan khususnya di negeri-negeri yang mempunyai eko yang menarik di Malaysia ini, seperti contohnya Sarawak, khususnya Sarawak.

Di dalam sasaran program dan projek yang telah ditetapkan di bawah RMKe13, saya ingin menyarankan kepada MOTAC, jangan leka, supaya sasaran jumlah perbelanjaan pelancong asing berjumlah RM137.6 bilion dan sumbangan 16 peratus kepada industri pelancongan kepada KDNK negara dapat dicapai dan direalisasikan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita sama-sama bersyukur kerana hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak amatlah akrab bagi memastikan kemajuan pembangunan yang seimbang di negara ini. Banyak perkara yang telah diselesaikan khususnya yang melibatkan hak dan kepentingan Sarawak. Saya yakin dengan hubungan yang akrab ini juga akan memastikan Sarawak mendapat semua tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Inter-Governmental Committee (IGC) dan hak- hak yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Saya berharap agar semua tuntutan Sarawak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera agar ianya memberi manfaat kepada Sarawak sebagai wilayah dan Persekutuan Malaysia.

Oleh yang demikian, sebagai anak Sarawak dan warganegara Malaysia, saya sama-sama memohon supaya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses persempadanan semula kawasan DUN Sarawak untuk dibentangkan di Parlimen setelah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 117, 113 dan Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga saya sama-sama dengan Kerajaan Sarawak memohon supaya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan persempadanan semula kerusi Parlimen ke komposisi asal sebelum tahun 1965 iaitu 35 peratus untuk kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Persekutuan harus ingat, Perkara 8, Perjanjian Malaysia 1963 dengan jelas menerangkan bahawa Laporan IGC adalah sebahagian daripada Perjanjian Malaysia 1963 dan harus dimasukkan sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan. Laporan IGC ini juga menerangkan komposisi yang sebenar sebelum persempadanan semula pada tahun 1965, walaupun Singapura telah keluar dari Persekutuan Malaysia. Soalan saya, adalah bilakah Kerajaan Persekutuan menunaikan tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah?

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membawa kita sama-sama merujuk kepada dua peruntukan yang penting di bawah Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 12A, “Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak” dan khususnya perlindungan kedudukan dari segi Perlembagaan mengenai negeri Sabah dan Sarawak yang

final • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

menunjukkan mengapa persempadanan semula ini sangat signifikan kepada wilayah Sarawak dan Sabah.

Bahagian 12A dengan jelas menerangkan bahawa Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi di dalam Persekutuan Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan di bawah Perkara 161E(1) menyatakan dengan jelas bagi wilayah Sabah dan Sarawak, apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan sekiranya pindaan tersebut dapat menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan negeri itu dengan kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu yang jauh lebih maju dari aspek pembangunan khususnya pembangunan infrastruktur, pembangunan luar bandar dan bandar dan haruslah juga dibaca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak yang lebih sikit, autonomi yang lebih sikit kepada Sabah dan Sarawak.

Sebagai contoh, peruntukan 161E(1) ini haruslah dibaca dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, di mana semakan geran kepada Sabah dan Sarawak haruslah dibuat di dalam lima tahun ataupun dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dan, Jadual Kesembilan yang memberi kuasa kepada negeri. Dan Jadual Kesepuluh, Bahagian Kelima memberikan peruntukan hasil tambahan kepada Sabah dan Sarawak. Contohnya Sarawak, kita mempunyai hak untuk impose, dengan izin, sales tax Berkenaan dengan persempadanan semula juga, Perkara 113, 116, dan Jadual Ketiga Belas yang memberi kuasa untuk persempadanan semula ini dibuat dan haruslah dibaca bersama dengan satu perkara yang penting di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 161E(3)

final • 12:00 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan Perkara 161E(1) Perlembagaan Persekutuan, tidak sama sekali menyatakan kedudukan Kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah disamakan dengan kerusi Parlimen di negeri-negeri Tanah Melayu melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dengan menambahkan kerusi- kerusi Parlimen negeri-negeri Tanah Melayu yang bermula pada persempadanan semula di tahun 1965 adalah tindakan untuk menyamakan kedudukan kerusi Parlimen di negeri- negeri Tanah Melayu dengan Wilayah Sarawak dan Sabah melalui pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini adalah tidak betul dan harus diperbetulkan.

Ini diperjelaskan di bawah peruntukan yang sangat penting yang saya maksudkan tadi adalah khusus iaitu Perkara 161E(3) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 161E(3), Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota Ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi negeri Sabah dan Sarawak sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan negeri itu, Sarawak dan Sabah dan dengan kedudukan negeri-negeri Tanah Melayu.

Datuk Yang di-Pertua, namun demikian, proses persempadanan semula yang bermula pada tahun 1965 adalah titik bermulanya komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah telah mula disamakan dengan negeri-negeri Tanah Melayu. Untuk rekod Datuk Yang di-Pertua, pada tahun 1965, komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah telah dikurangkan dan dengan maksud disamakan ke 27.78 persen.

Pada tahun 1974, komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah adalah 25.97 persen. Dan pada tahun 1994, komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah adalah 25 persen. Pada tahun 1999, komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah adalah 25.39 persen. Pada tahun 2008, tahun akhir persempadanan semula dibuat, komposisi kerusi Parlimen Wilayah Sarawak dan Sabah adalah 25.23 persen. Ini semua dilakukan melalui proses persempadanan semula yang tidak kurang daripada lapan tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Datuk Yang di-Pertua, walaupun Singapura telah keluar daripada Malaysia, komposisi 35 peratus tersebut haruslah dikekalkan dan janganlah disamakan dengan komposisi kerusi Parlimen di negeri-negeri Tanah Melayu yang jauh lebih kecil jumlahnya.

Kedua, kalau kita lihat semasa penubuhan Malaysia, kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak adalah 40 Kerusi Parlimen. Bandingkan dengan jumlah Kerusi bagi negeri-negeri— Kerusi Parlimen bagi negeri-negeri di Tanah Melayu adalah lebih kecil jumlahnya. Maka dengan menyamakan kedudukan komposisi kerusi Parlimen yang kecil jumlahnya bagi negeri-negeri Tanah Melayu dengan komposisi Kerusi yang diperuntukkan kepada Sarawak dan Sabah iaitu 40 Kerusi Parlimen adalah tidak betul dan perlu diperbetulkan dan kita perlu melihat dari aspek Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 161E(3) yang terang menyatakan dengan jelas menyatakan bahawa persempadanan semula ini tidak boleh dibuat untuk menyamakan kedudukan kerusi Parlimen di negeri-negeri Tanah Melayu berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

Untuk rekod...

final • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Boleh tanya soalan?

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap ya YB.

final • 12:10 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Yang di-Pertua. Bagaimana peruntukan di dalam IGC mengenai proportion Kerusi Parlimen yang diagihkan kepada wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura pada masa ketika dahulu?

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey terima kasih Yang Berhormat Puan Rita. Seperti yang saya telah perjelaskan tadi, sebelum 1965, kalau kita— saya tidak bawa the IGC report dengan saya sekarang, tetapi dalam peruntukan diberikan berkenaan dengan kerusi Parlimen, kalau kita bagi ratio dia, memang 35 persen sebelum 1965. Itu sebab di dalam saya punya ucapan, saya terangkan sebelum 1965, kerusi komposisi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak adalah 35 persen...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itu tak termasuk Singapura?

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ya

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itu tak termasuk bahagian Singapura?

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Itu termasuk Singapura, tetapi diperjelaskan dalam IGC report.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Mohon mencelah?

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh, boleh, boleh.

final • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Adakah YB bersetuju, dalam IGC report itu, pada tahun 1965, apabila Kerusi Parlimen sebanyak 35 peratus diberikan kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura, ia nya diberikan setelah dipertimbangkan kekhuatiran di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak pada waktu itu, di mana hak-hak mereka yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan mungkin boleh ditarik balik disebabkan di mana Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui sokongan dua pertiga.

Dan pada waktu itu, telah diputuskan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura diberikan sebanyak 35 peratus Kerusi Parlimen adalah untuk menangani kekhuatiran ini.

Dan yang kedua, adakah YB juga bersetuju, dalam IGC Report, memang betul memberikan Kerusi sebanyak 35 peratus kepada tiga wilayah ini. Namun, apabila Singapura keluar pada tahun 1965, 35 peratus ini ataupun Kerusi-kerusi Parlimen daripada Singapura telah diagihkan kepada Tanah Melayu dan tidak mempertimbangkan persefahaman asal, di mana 35 peratus itu adalah, untuk memastikan Perlembagaan

final • 12:10 PM

Datuk Nelson W Angang

Persekutuan tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya yang akan menggugat hak-hak asal Sabah dan Sarawak.

Dan yang ketiga, adakah YB bersetuju juga— yang ketiga juga, bahawa walaupun dalam IGC Report ada memberi kuota kepada Sabah, Sarawak dan Singapura yang secara keseluruhannya 35 peratus Kerusi, namun dalam IGC Report juga, tidak pernah mempertimbangkan situasi di mana kemungkinan Singapura mungkin akan keluar dari Malaysia. Dan dalam situasi ini, tidak pula ada dalam IGC Report menyatakan bahawa kerusi-kerusi di Singapura yang kalau Singapura keluar akan diberikan terus kepada Tanah Melayu. Itu tidak dinyatakan sama sekali dalam IGC Report juga. Adakah YB bersetuju dengan perkara-perkara ini? Terima kasih

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Nelson.

Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Senator. Saya mohon dimasukkan juga dalam perbahasan saya. Itulah sebab Yang Berhormat Datuk Speaker, dari segi IGC Report, telah diterangkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Nelson, tetapi dari segi perlembagaan itu tadi, itu yang saya sentuhkan di bawah Perkara 161E(3), di mana pengagihan kerusi Parlimen tidak boleh disamakan antara negeri-negeri Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Pada masa itu, Sabah dan Sarawak— kerana dalam Perlembagaan menyebut Sabah dan Sarawak, 40 Kerusi. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, saya akan sentuh nanti, di mana untuk rekod, sini. Sambung kembali ya Datuk Yang di-Pertua. Okey.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB, saya bukan hendak minta YB gulung, tapi isu yang YB bawa ini sebenarnya ada kaitan dengan kestabilan politik. Kalau Sabah Sarawak tak puas hati Rancangan Malaysia Ketiga Belas pun tidak akan berjaya, tapi saya berharap YB kalau ada topik-topik lain, sekarang masanya untuk YB pindahlah ke topik-topik yang lain, yang YB nak nyatakan.

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Saya nak sentuh sikit pasal Kerusi-Kerusi Parlimen negeri-negeri lain. Tadi saya dah terangkan, jelaskan Kerusi Parlimen Sabah Sarawak, 40 dan Perlembagaan Persekutuan 161E(3) menyebut tidak boleh disamakan.

final • 12:10 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Negeri-negeri lain pada masa itu, contoh Johor, 16 Kerusi; Kedah, 12 Kerusi; Kelantan,10 Kerusi; Melaka, empat Kerusi; dan Negeri Sembilan, enam Kerusi; Pahang, enam Kerusi; Pulau Pinang, lapan Kerusi; Perak, 20 Kerusi; Perlis, dua Kerusi; Selangor, 14 Kerusi; Terengganu, enam Kerusi. Dengan menyamakan kedudukan negeri-negeri ini, Kerusi ini dengan 40 itu tadi menambah. Jadi, harus diperbetulkan kerana Artikel 161E(3) dengan Perlembagaan Persekutuan terang-terang dengan jelas cakap tidak boleh.

Peruntukan ini adalah di bawah peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak di Perlembagaan Persekutuan. Jadi penting, penting untuk saya menjelaskan isu di bawah 161E(3) ini. Saya tidak akan sentuh lagi. Sudah diterangkan oleh Yang Berhormat Nelson tadi.

Oleh yang demikian Datuk Yang di-Pertua, saya memohon supaya agar Kerajaan Persekutuan memperbetulkan balik kedudukan posisi Kerusi Wilayah Sarawak dan Sabah dengan kadar yang segera supaya tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi jantung kembar kepada negara Malaysia yang kita cinta ini. Datuk Yang di-Pertua, okey saya pergi ke bab yang seterusnya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Berapa lama lagi YB perlukan? Dah setengah jam lebih.

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Oh, ya ka?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

10 minit. Boleh ke?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji Hussin 10 minit boleh? Baiklah 10 minit maksimum ya*.

[Ketawa]*

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey, okey. Saya juga menyeru agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial dan keselamatan di Sarawak. Keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui prinsip Malaysia MADANI sudah pasti akan memberi impak yang positif kepada usaha menyemai semangat Segulai Sejalai ke arah pembangunan yang inklusif kepada Sarawak.

Bagi pembangunan luar bandar di bawah Kementerian Desa dan Wilayah di Sarawak, saya memohon supaya kementerian memberi penerangan berkenaan dengan jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Sarawak dan khususnya untuk Saratok dan Kabong setakat Julai 2025. Apakah kemajuan kewangan dan fizikal projek-projek tersebut?

Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, saya mohon supaya kementerian memberi penerangan berkenaan dengan jumlah peruntukan yang diluluskan dan disalurkan untuk Sarawak dan khususnya di Saratok dan Kabong setakat Julai 2025.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, apakah status penyaluran peruntukan yang berjumlah RM855,500 yang telah diluluskan kepada Hospital Saratok bagi tahun 2025 dan status pelaksanaan menaik taraf Klinik Nyabor dan Klinik Roban yang dikategorikan klinik daif yang telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta pada tahun 2025.

Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, saya ingin memohon kementerian memberi penerangan berkenaan dengan peruntukan yang telah disalurkan untuk Sarawak khususnya Saratok, Kabong bagi setakat Julai 2025. Apakah kemajuan kewangan dan fizikal projek-projek tersebut?

Bagi Kementerian Pertanian Malaysia, saya juga memohon untuk mendapat maklumat berkenaan dengan kelulusan dana yang telah diluluskan dan disalurkan kepada Sarawak khususnya kepada Saratok dan Kabong setakat Julai 2025 dan apakah kemajuan kewangan dan fizikal projek-projek tersebut? Adakah kementerian akan mempertimbangkan permintaan kerajaan Sarawak berjumlah RM500 juta untuk menjadikan beberapa tempat sebagai jelapang padi bagi memastikan keterjaminan makanan itu dengan izin, food security untuk negara kita yang banyak bergantung dengan pengimportan beras dari negara-negara jiran.

Dan isu yang terakhir Datuk Yang di-Pertua adalah berkenaan borang rasmi kerajaan, masih mengkategorikan kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah sebagai ‘dan lain-lain.’ Ini sangat menyedihkan di mana Perlembagaan Persekutuan kalau kita merujuk kepada Perkara 161A(7) memberi pengiktirafan kategori etnik dengan jelas dan perangan terperinci dengan izin, di bawah Interpretation Act dan Interpretation Ordinance.

Kenapa sampai sekarang secara rasmi dan pentadbiran semua borang-borang atau surat-menyurat, baik secara manual dan secara di dalam talian, di bawah kuasa dan seliaan kementerian, jabatan, agensi, badan-badan berkanun dan syarikat milik Kerajaan Persekutuan masih mengkategorikan etnik di Sarawak dan juga di Sabah sebagai ‘dan lain-lain.’ Saya masih ingat, mendiang Tok Nan mantan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, menegur secara terbuka berkenaan dengan perkara ini. Saya akan mengakhiri ya, Datuk Yang di-Pertua dengan dua rangka pantun.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Okey ya.

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Boleh mencelah tak? Boleh tak, sikit je?

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Masa habis dah.

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Habis ya? Belum habis lagi. Rangkap pantun belum habis.

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Mahu habis ni, habis rangkap pantun dulu.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, kalau YB nak jawab pantun.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Jawab pantun nanti.

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Jawab pantun tak pandai.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB nak tanya soalan pasal apa YB?

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Tanya soalan dan minta penjelasan juga, boleh ya?

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Boleh, boleh.

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Sikit saja. Okey, terima kasih Datuk Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Deputy Speaker akan beri saya peluang untuk berpantunlah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Sikit je, saya nak sentuh berkenaan dengan ‘lain- lain’ tadi ya. Yang bangsa ‘lain-lain’ itu. Begitu juga di Semenanjung Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Dia selalu digunakan bangsa itu ‘lain-lain’ ya dan yang terbaru adalah, dalam lagu Merdeka MADANI disebut di situ juga Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan. Apa salahnya kalau tambah dua perkataan sahaja “orang asli”, dah settle, dah cukup sebab ini dalam Perlembagaan pun ada disebut: ada orang asli. Nak tambah dua perkataan “orang asli” itu juga susah. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Kategori orang asli itu memang ada disebut dalam Perlembagaan, betul.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Saya sangat sokong Yang Berhormat Senator Manolan kerana perkara ini diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Okey, saya teruskan dengan dua rangkap pantun, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.

*Layar berlabuh di muara kuala, Perahu pulang membawa cerita; Hujah dibahas dengan tertib segala, Keputusan dibuat demi negara.

Perbahasan saya membawa harapan, Untuk rakyat di bawah sana; Jika janji hanya tinggal ucapan, Hutang bertambah, rakyat merana.* Akhir kata, saya mohon untuk menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Isnin 25 Ogos iaitu tiga hari yang lepas. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Pele. Memang perbahasan YB tadi tidak boleh dipertikaikan sebagai bekas Setiausaha Dewan Negeri Sarawak. Terima Kasih.

Sekarang saya jemput Senator Tuan Haji Hussin Ismail dan kalau boleh jawab sekali pantun tadi.

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca doa] [Membaca selawat]* Yang saya hormati Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Dewan Negara, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Izinkan saya membaca secebis nukilan Al-Quran yang mungkin boleh menjadi sebahagian daripada pelengkap perbahasan kita hari ini. Yang maksudnya dalam surah Al-Ma’idah ayat 8, Allah bermaksud— ia bermula dengan... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Maksudnya, wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah. Lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum.

Saya ulang, jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah. Sesesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Datuk Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang ada.

Saya ada tujuh isu. Saya harap saya sempat. Tak pernah saya pakai meja, hari ini saya pakai meja untuk tak ketinggalan mungkin fakta dan data. [Menunjukkan meja rehal yang dimaksudkan]

final • 12:28 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Untuk jawab sikit apa yang disebut oleh YB Pele, tapi saya tak jawab pantun, saya orang pantun seperti Cikgu Melaka, tapi saya jawab dengan gurindam dan puisi. Boleh Datuk?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Gurindam jiwa dan puisi hati. Tak tahu yang mana satu, nanti Datuk Seri Awang Sariyan akan dapat tentukan, posisi mana kedudukannya.

*Anak sendiri anak orang, sama-sama negeri jangan dibeza-bezakan.

Kan kita bersama memperjuangkan kemerdekaan, kan kita bersama dalam Malaysia sebuah Persekutuan, betapa Duli-Duli yang Maha Mulia Sultan menyerahkan hak dan kedaulatan negeri, demi terbangunnya Malaysia sebuah Persekutuan.

Kan kita bersama berikrar di sini, memperjuangkan masa depan gemilang, buat Malaysia tercinta tanah tumpah darah watan, setiap jejak keadilan dan jiwa besar harus diutamakan, RMK13 yang kini sedang kita dokumenkan, jangan dibeza-bezakan negeri kerajaan negeri pembangkang.

Kan itu anak demokrasi yang kita sama agung-agungkan, dan yang sama-sama kita lahirkan, kerana kerajaan tugasnya memerintah, pembangkang penyemak imbang, kita bersama dalam membangunkan negara tersayang, RMK penyambung tradisi membangun negara watan, sejak berzaman-zaman, dari 1966 ke akan datang tetap terus diwariskan, walau akan datang mungkin sahaja bertukar kerajaan, RMK tetap milik kita seluruh anak watan.*

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh jawapannya Datuk Pele? Datuk Pele tak jawab.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dia dah keluar.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sahabat-sahabat sekalian, RMK adalah suatu aku janji kerajaan, kalau dalam PRU, ia adalah manifesto. Kadang orang berkata manifesto bukan kitab suci, tapi ingat, suatu perjanjian, satu ikrar baiah yang dilakukan oleh sesiapa.

Dia adalah berupa janji dan siapa yang lupa janjinya, besar duduknya di sisi Allah. Saya tak nak sebut istilahnya apa.

Tuan-tuan, oleh kerana itu, kita harap mudah-mudahan RMKe13 ini kesinambungan RMK1 hingga 12 merupakan suatu harapan yang bakal dinanti oleh rakyat di bawah sana sebagai suatu janji kita, seluruh Dewan Rakyat dan Dewan Negara kerana RMKe13 kita yang bakal luluskan.

RMKe13 dalam konteks negeri Terengganu, saya orang Terengganu, tak ramai.

Saya harus bercakap sikit dalam suara orang Terengganu, Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua. RMKe13 merupakan pelan jangka panjang dan jangka pendek. Jangka pendek dan jangka panjang pembangunan yang seharusnya seimbang bagi merapatkan jurang antara wilayah Malaysia Timur, Malaysia Barat, Pantai Timur, Pantai Barat. Kenapa saya sebut juga pasal Timur, Pantai Barat? Saya fikir kita semua rasa dan rasa kefahaman itu.

RMK13 meletakkan asas kukuh bagi peruntukan pembangunan negeri Terengganu dulu. Namun RMKe13, negeri Terengganu nampaknya dikurangkan dari segi keterlibatan. Sekitar enam strategi yang direct ada kepentingan dan Terengganu daripada 120 lebih strategi yang dinukilkan dalam RMKe13. Dalam RMKe13 juga dilihat tidak seimbang apabila beberapa keutamaan pembangunan yang tidak diberikan perhatian sewajarnya, khususnya di Pantai Timur.

Tuan-tuan, meletakkan RMK13, KDNK Terengganu 4.8 peratus, suatu yang sangat tidak menyelesakan sebab Kerajaan Terengganu sendiri mensasarkan 6.8 peratus menjelang 2030. Harus ada suatu penyelarasan bila kita nak kerangkakan di peringkat Pusat dan kemudiannya, RMK itu nak dijadikan milik untuk sama kita perjuangkan kerana negeri dan Pusat kan kita punya kerajaan.

Tuan-tuan, sepatutnya RMK setiap negeri sewajarnya mendapat ruang yang adil dan setimpal dalam perancangan pembangunan negara dan setimpal— agar pembangunan benar-benar menyeluruh, tidak meminggirkan mana-mana wilayah: Utara, Selatan, Timur dan Barat. Malaysia Timur juga hari ini, setiap yang bangun menyuarakan sesuatu suara hati yang tidak berkeselesaian. Saya yakin, saya harap mudah-mudahan RMK ini bila kita bahas, dia bakal menjadi suatu impian yang kita boleh banggakan, bukan lagi ditinggal-tinggalkan.

Datuk Yang di-Pertua, saya pergi sedikit isu royalti. Memang tak sudah sahabat- sahabat Senator ulang dulu, tak habis-habis Terengganu cakap royalti. Bakal habisnya, insya-Allah apabila kita sempurnakan seperti janji. Saya percaya— saya secara peribadi, konsisten menjadikan isu royalti negeri Terengganu sebagai perhatian utama kerana sehingga kini, ia masih menjadi polemik, ia belum menemui penyelesaian hakiki dan adil.

Negeri Terengganu adalah satu negeri pengeluar petroleum utama di Malaysia.

Saya ingat tahun 2003, masa itu saya pernah menjadi setiausaha politik pada seorang Menteri Besar. PETRONAS mengatakan petrol Terengganu mengeluarkan 56 persen, boleh di-test balik, diuji, di-check balik, tapi itu ungkapan seorang pegawai tinggi PETRONAS yang saya temui, tetapi dalam royalti petroleum ada termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Royalti sebanyak lima peratus daripada hasil keuntungan petroleum wajib— keuntungan tunai petroleum itu wajib dibayar terus oleh PETRONAS kepada kerajaan negeri melalui satu perjanjian bersama.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Akta Petroleum 1974, berlangsung pembayaran royalti menurut akta. Selama 22 tahun, berakhir bulan Mac tahun 2001. Apabila pembayaran pertama royalti tahun 2001, tahun 2020 dan selepas itu, tamatlah makna royalti dan nama royalti itu bertukar kerana nama itu tak serasi lagi.

Tan Sri boleh ingat? Sampai hari ini nama royalti tak pernah serasi siapa pun yang memerintah di Pusat. Tuan-tuan, nama itu didaftarkan dalam surat beranak, macam mana kita boleh tak iktiraf pendaftaran dalam Surat Beranak? Surat Beranak ini dinotakan dalam Akta Petroleum 1974. Kalau akta pun kita tak boleh— nak marah, Datuk.

[Ketawa] Kalau akta pun kita tak boleh hormat, apa lagi janji yang boleh kita hormat? Hampir sampai hari ini, janji berakta ini, jadi tak ditunaikan.

Tuan-tuan, sabarlah kalau saya setiap saban kali perbahasan, saya bicara tentang royalti sebab itu suatu janji yang ter-doktrin, ditunggu dan jangan sebut tentang kalau kita bercakap, kita tunai janji. Insya-Allah, Terengganu akan berhenti bercakap tentang royalti apabila tuntutan royalti Berakta Petroleum 1974 ini disempurnakan, insya- Allah. Dalam perbahasan RMK ini saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kewangan peraturan dan kaedah perbelanjaan yang manakah yang sering pakai juga yang berlaku— yang sehingga berlakunya keadaan, di mana peruntukan untuk negeri Terengganu tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri? Ditukar nama. Alhamdulillah, disalurkan jugalah, tetapi tuan-tuan, saluran itu tak sampai menurut peraturan yang kita bicarakan, tatakelola, integriti dan lain-lain.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri, sebaliknya dibayar oleh— terus oleh Kementerian Kewangan melalui projek tertentu. Kita semua maklum dana yang digunakan termasuk wang royalti petroleum yang menjadi hak rakyat Terengganu yang didoktrinkan di dalam akta itu, tetapi dengan kaedah pembayaran yang melalui projek Pusat, ia seolah-olah menafikan hak negeri Terengganu menguruskan hasilnya sendiri.

Kaedah ini menimbulkan persoalan besar tentang tadbir urus kewangan dan prinsip federalisme.

Terengganu adalah antara negeri yang sering dilabel sebagai negeri sifar rasuah.

Kemelut rasuah berada di lain, di tempat lain, banyaknya di Pusat. Terengganu dilabel negeri sifar rasuah berdasarkan rekod integriti yang diaudit oleh audit negara, maka alasan apakah untuk menahan atau menyalurkan dana melalui mekanisme luar kerajaan negeri? Mekanisme luar kerajaan negeri tidak wajar dijadikan amalan. Apa yang lebih penting ialah menghormati hak negeri seperti negeri menghormati hak Persekutuan.

Memastikan wang royalti dibelanja dengan telus melalui saluran kerajaan negeri mengikut keutamaan rakyat setempat.

Baru-baru ini, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa Terengganu menerima sejumlah wang RM4 bilion pada tahun tempoh 2023 hingga 2025. Namun, bila kita check sikit dari segi data yang ada, betulkan saya kalau saya silap. Maklumat daripada pejabat Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu menunjukkan bahawa Terengganu baru— saya sebut ‘baru’ itu, maknanya mengharapkan lagilah. Baru menerima sekitar RM2.3 bilion sahaja.

Saya nak tanya dan mohon penjelasan mengenai sumber rujukan manakah yang Yang Amat Berhormat PM menyatakan RM4 bilion? Ada hilang di situ, ada hilang di situ.

Hilangnya banyak berapa? RM1.7 bilion. Sama ada kewangan negeri Terengganu yang tidak betul atau kenyataan di sini yang kurang betul. Saya guna perkataan ‘kurang’, untuk boleh diperbaiki.

Oleh itu, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan harus mengembalikan semula kaedah pembayaran royalti seperti amalan asal yang dimaktubkan di dalam perjanjian Akta Petroleum 1974 iaitu dua kali setahun setiap bulan April— Mac atau April

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

dan awal Oktober. Ini penting bagi menjamin aliran pendapatan wang yang konsisten untuk agenda pembangunan negeri dari sumber-sumber negeri.

Selain itu, perubahan kaedah pembayaran Kerajaan Persekutuan juga menyukarkan perancangan kerajaan negeri. Jadi, saya minta kerajaan menyemak semula, adakah pembayaran wang royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu, agar mengikut kaedah undang-undang selari dengan slogan yang disebut-sebutkan kita sekarang ini, Kerajaan MADANI. Saya duduk dalam committee itu, tuan-tuan. JPKP. Apa nama dia, Dato’ Salehuddin? Saya— saya tak berapa ingat. Dato’ ingatkan untuk kita sama-sama lebih ingat.

Kami bukannya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Dewan Negara tatakelola, governance, dan antirasuah. Kadang-kadang pun jadi— jadi polemik dalam pemikiran. Di posisi mana yang kami nak perjuangkan tatakelola? Kalau Pusat yang meletakkan tatakelola sebagai tonggak utama di hadapan, setiap kali bercakap tatakelola, tetapi tatakelola itulah yang menjadi persoalan tanpa jawapan. Lebih khusus kami di Terengganu...

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ke laut.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tak kata ‘tatakelaut’. Itu yang tambah dari belakang.

final • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Masalahnya, kalau nak kata Terengganu tidak mempunyai kekuatan dari sudut ketelusan, saya suka nak maklumkan kepada Dewan ini, Kerajaan Terengganu berjaya mengekalkan rekod audit bersih lima tahun tanpa teguran. Negeri lain juga mungkin ada, tapi tak ramai yang boleh mampu, apa ni, mempunyai rekod ini. Rekod Audit Negara tanpa teguran, lima tahun berturut-turut. Sejak tahun 2018 sehingga 2022. 2023 kita tunggu lagi.

Penyerahan laporan negeri Terengganu jauh lebih awal daripada tarikh tutup.

Lima tahun berturut-turut kita menyerah laporan kewangan negeri setiap kali laporan lebih awal. Rekod ini memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur, tuan-tuan. Sebab itulah kita dapat 40-0. Kita itu mewakililah sama-sama. Jangan sampai jadi 41-0. Takdak, baru 40 je Kerusi.

Saya: saya terlanjur kut bercakap yang itu, saya tarik balik, tapi tuan-tuan, kalau rakyat yakin, kalau ketelusan pengurusan kewangan, kalau ketelusan dari sudut pengurusan duit negeri, kalau audit memberikan satu pengiktirafan, kenapa Pusat sampai hari ini tak mampu memberikan keyakinan bahawa negeri Terengganu adalah negeri yang sangat telus pengurusannya?

Kalau mampu yakin dengan apa yang diputuskan oleh audit negara, kenapa tak berikan Terengganu yang peruntukan royalti itu memang diaktakan dalam Akta Petroleum untuk mengurus sendiri duit lima persen royalti negeri. Ini Kerajaan Terengganu buat projek, Kerajaan Terengganu tak boleh bayar, Pusat kena bayar. Ada mana-mana negeri yang kerajaan negeri diperlakukan sedemikian selain negeri Terengganu? Kalau ada sahabat-sahabat dari seluruh negeri, 14 negeri tolong angkat tangan.

Sahabat-sahabat sekalian, saya bimbang juga terpanjang, tapi saya teringat sangat dengan apa yang saya sangat— sangat bersama dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang yang beriman, jangan kamu berkata sesuatu yang kamu tidak lakukan. Sesungguhnya amat besar kebencian Allah.” Siapa yang bercakap sesuatu, cakap je, tapi tidak dilakukan. Saya tak tuju pada PM. Saya tuju ni kepada semua kita.

Mudah-mudahan ia nya menjadi satu peringatan dan RMKe13 adalah satu aku janji yang nanti kita semua sama-sama fikirkan. Allah.

[Sambil menunjukkan isyarat tangan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tak apa.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Izinkan saya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya lebih risau tekanan darah Haji.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Darah saya stabil.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi, kalau nak bahas itu saya rasa Haji kena berhati- hati tekanan darah tu.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey, saya turunkan darah saya balik.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Masa saya boleh bagi, Haji.

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey, saya bicarakan dalam bahasa yang lebih slow-lah. Sebab— sebab apa ni Yang di-Pertua bimbang takut darah naik. Darah tak naik insya-Allah. Cara bercakap je tu Datuk, semangat ya.

Yang kedua, saya nak sebutkan tentang federalisme fiskal. Saya pernah sebutkan dalam sesi yang lepas dan saya rasa terkukuh apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu baru-baru ini turut menyentuh tentang federal fiscal dalam perbahasan yang di dalam Dewan Rakyat.

Saya ingin membangkitkan isu pembahagian kuasa dan peruntukan pembangunan di Malaysia yang dipengaruhi oleh Perlembagaan— yang dipengaruhi oleh Perlembagaan Persekutuan, khususnya Jadual Kesembilan yang meletakkan kuasa penuh kepada Kerajaan Persekutuan dalam sektor utama seperti pengangkutan, ekonomi, kerja raya dan percukaian.

Walaupun hasil cukai dikutip dari semua negeri; pengagihan, peruntukan pembangunan dikawal sepenuhnya oleh Pusat dan meninggalkan negeri dengan kuasa kewangan yang sangat terhad. Meninggalkan negeri dengan ketergantungan tinggi kepada budi bicara Kerajaan Persekutuan, tetapi momokan “mundur, mundur, mundur” Takkan itu pun yang saya nak kena bagi juga.

Tuan-tuan, kita ada limitation dan limitation ini yang saya nukilkan dalam puisi hati yang saya sebut sepertinya tadi. Kita kan ada satu persetujuan. Ini di belakang kita ini tuan-tuan, kita pernah baca tak? Jata Negara di belakang Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Itu semangat daripada federalisme. Bersekutu, bertambah mutu. Kita pun kadang-kadang tak sebut dah sekarang ini. Ini antara roh daripada federalisme. Pusat dan negeri harus bersama dalam membangun negara tercinta ini. Kalau negeri diikat kaki, Pusat saja bergerak, lepas itu negeri dipersoal. Kenapa slow tak mampu buat? Tak mampu.

Federal fiskal yang diasaskan oleh British dulu, satu-satunya saya pernah sebut dulu. Satu-satu sistem federal fiskal yang dikenakan kepada Malaysia, tidak kepada mana-mana negara. Walaupun New Zealand, walaupun Kanada, walaupun Australia dan beberapa negara yang lain, ada turut diperuntukkan tentang federal fiskal ini, tapi federal fiskal Malaysia ini, satu-satunya sistem dalam dunia macam kita. British buat untuk mengangkut hasil negeri kepada Pusat khususnya kepada negara dia, tetapi tuan-tuan, hari ini kita terus pakai.

Saya mencadangkan supaya kita wujud kajian semula tentang federal fiskal ini supaya gabungan bersatu bertambah mutu di antara negeri dan juga Persekutuan ini dapat disatukan. Negeri juga mempunyai peranan, Pusat mempunyai peranan. Kita bersama berperanan untuk meletakkan negara kita di puncak kejayaan dengan masing- masing keupayaan dan kebijaksanaan.

Kita semua ada pengalaman. Bijaksana, maknanya kita cerdik dan kita ada pengalaman. Bijak sini, bijak saja, tak ada pengalaman dan semua kita ini, 60 tahun lebih memerintah, negeri dan Pusat kita sama-sama berperanan. Sebab itu, pemimpin pun dalam kita tengok, kecil di peringkat negeri. Satu ketika, dia menjadi Menteri di peringkat Pusat. Jadi, saya harap perkara ini akan dilihat semula dan menjadi suatu agenda yang penting buat negara, bukan untuk negeri Terengganu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya yakin kalau tuan-tuan kaji tentang federal fiskal ini, insya-Allah semua negeri akan melihat ini sebagai satu keperluan. Tidak lagi menjadi sungutan-sungutan seperti yang disebut oleh sahabat saya daripada Sarawak semalam dan lain-lain. Ya, Yang Berhormat Robert.

LPT3. Saya pergi lebih sikitlah dalam konteks tempatan, masih Terengganu. Kita bicara, dengar tentang Lebuhraya Pan Borneo dan semua lebuh raya-lebuh raya yang lain disebut, tapi lebuh raya yang saya ni menjadi laluan hantu.

Tuan-tuan, percaya tak? Mari ikut saya. Tak ada orang berani nak lalu. Kalau malam tak berani lalu, sebab dah diblok, kalau masuk kena dengan motosikal. Daripada Gemuruh sasarannya untuk ke Kelantan. Ya?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya. Sekarang ini, lebuh raya itu, dia, dia mati dekat kepala simpang nak pergi ke, ke Kenyir dam. Ya. Dan saya tak tahu bila lebuh raya nak disambung. Saya pernah tanya dalam sesi yang lepas., tapi kajian demi kajian hari ini masih, tak masuk pun dalam RMKe13.

Apakah wajar saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, masuk-masuklah, kan? Jangan sampai kita melihat ini anak orang, ini anak kita. Kita dah sebut “Anak Melayu, anak kita. Anak India, anak kita. Anak Cina, anak kita. Anak Kadazan, anak kita. Anak Dayak, anak kita.” Semua negeri harus anak kita...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Anak orang asli.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Anak orang asli, anak kita.

[Ketawa] Kalau nak sebut semua etnik Yang Berhormat, Sarawak ada berapa etnik? Hah, jenuhlah tulis semua sekali, tapi cukuplah, anak semua ini, anak kita. Dan saya fikir, hasrat ini harus kita fikir bersama.

Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, tolong lihat perkara ini sebab ini membengkak dalam hati rakyat yang menanti suatu pembaharuan.

final • 12:50 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Boleh mencelah sikit Yang Berhormat? Boleh ya.

Fasal jalan...

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Bagus juga soalan untuk saya duduk sekejap.

final • 12:50 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Ada juga. Sebab itu sentuh tadi. Ini, saya nak tanya Yang Berhormat berkenaan dengan jalan yang gelap dan rosak ini. Yang Berhormat setuju tak, kalau jalan kampung ini memang gelaplah. Kerajaan nak sediakan lampu jalan ini memang mungkin kos yang tinggi, tapi sekarang ini kita ada energy, renewable energy ini. Kalau boleh kerajaan boleh pasang lampu jalan ini di kampung-kampung supaya kita boleh mengurangkan kemalangan seperti yang berlaku di Jalan Gua Musang, Jalan Timur Barat tempoh hari. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Terima kasih, Yang Berhormat. Green energy yang sedang, sedang, sedang kita bicarakan. Memang itu potensi besar yang, yang kita harus semua lihat di peringkat negeri mahupun Pusat, tapi ini kebanyakannya kuasa Pusat, tapi saya nak tambah sikit Yang Berhormat. Terengganu ini antara negara pengeluar, bukannya petroleum. Pengeluar elektrik terbesar ke empangan-empangan Kenyir, tapi lampu dekat sekitar Kenyir pun tak, tak, tak terang. Jadi, cukup kut saya menjawab yang itu. Sebab saya nak fokus yang lain.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya, saya pun tak nak YB menyimpang daripada poin-poin yang YB belum sebut lagi...

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya, betul. Okey.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Fasal masa dah pukul 12.55.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya nak sebut juga satu, dua lain iaitu peruntukan pembangunan.

Saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan peruntukan pembangunan yang telah disalurkan sepanjang RMK12 sebelum ini. Dalam perancangan awal dan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12, telah dinyatakan bahawa peruntukan pembangunan akan diberikan sekurang-kurangnya 50 peratus kepada negeri yang kurang membangun, termasuk negeri Terengganu.

Tuan-tuan Yang Berhormat, namun begitu secara keseluruhannya sepanjang lima tahun Rolling Plan daripada tahun 2021 sehingga 2025, hanya 30.6 peratus. Ini lagi janji yang tak ditepati, banyak lagi sebenarnya. Peruntukan pembangunan disalurkan kepada enam negeri membangun ini.

Yang Berhormat PM di dalam Dewan ini ada menyebut berkenaan dengan RM1.84 bilion yang diberikan kepada Terengganu. Hakikat sebenarnya yang tidak dinyatakan di sini ialah hanya merangkumi 3.2 persen sahaja. 32.2 pesen sahaja daripada keseluruhan peruntukan bagi RP5 RMK12. Namun, yang lebih menyedihkan negeri- negeri maju diberikan peruntukan.

Tuan-tuan sebut tadi, kan? Ada orang kata tak adil. Kenapa saya sebutkan adil dan tak adil? Sebab adil dan tak adil ini difahamkan dalam konteks agama iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu pada tempatnya, yang bumiputera dengan non-bumiputera. Yang orang asal dengan yang— itu semuanya peruntukan-peruntukan yang harus dilihat balik kepada sikap, sifat adil. Negeri yang tak membangun. Saya ulang dah berapa kali. Kelantan, Terengganu, Perlis. Eh, no, not, Perlis. Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Negeri inilah yang paling merungut, tapi negeri inilah pengeluar petroleum utama negara.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dan elektrik.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dan elektrik.

[Ketawa] Dan REE, Datuk. Wajar dan adil kah Terengganu dan empat negeri ini? Saya lebih khusus pada Terengganulah.

Dikekalkan identiti negeri miskin sebegitu lama dan sampai bila?

Contoh, peruntukan pembangunan kepada Selangor tahun 2025, RM3.6 bilion.

Tahun 2025, bersamaan dengan 6.2 persen. Johor, RM4.8 bilion; Pulau Pinang, RM2.6 bilion dan lain-lainlah. Saya tidak pasti, apakah disebabkan faktor politik negeri Terengganu dijadikan sedemikian. Pahang mendapat peruntukan jauh lebih besar, RM3.4 bilion bersamaan dengan 5.9 persen.

Apakah ini faktornya ialah isunya ialah isu adil saiz luas atau adil saiz ketinggalan?

Kita bicarakan tentang adil bumiputera dan orang asal sebab mereka jauh ketinggalan yang harus diberi, dipamkan sokongan untuk mereka bangun lebih, lebih duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Buka ruang ini untuk semua negeri, 14 negeri di seluruh negara. Kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Beri ruang itu untuk kita sama bangunkan dan fair-kan lah dalam tindakan, dalam pengagihan-pengagihan yang, yang kita aturkan.

Justeru, apakah perkara ini akan diteruskan dalam RMKe13? Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bacakan dalam teks ucapan RMKe13 Isnin yang lepas. Adakah peruntukan, adalah peruntukan pembangunan bagi RMK12, selain peruntukan-peruntukan pembangunan dalam RMKe13 ini seperti yang saya persoalkan tadi.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Selain dari itu, sejauh manakah peruntukan pembangunan ini akan ditambah baik demi pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan lebih adil.

Fokus peruntukan kepada— Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut adalah infrastruktur asas seperti jalan, jambatan, air bersih, elektrik, internet. Itu memang penting,

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

tetapi pembangunan sebenarnya tidak boleh berhenti pada infrastruktur semata-mata. Ini bukan untuk Terengganu sahaja.

Apa gunanya ada jalan raya baharu, jika peluang pekerjaan untuk anak muda tempatan masih di tanda soal? Apa manfaatnya capaian Internet diperluas, jika tiada sokongan untuk usahawan kecil dan sederhana memanfaatkan teknologi digital untuk ekonomi mereka?

Saya ingin mengharapkan – saya tetap mengharapkan peruntukan pembangunan mesti disusun mengikut keperluan sebenar rakyat khususnya rakyat tempatan bukan sekadar projek berprofil tinggi yang akhirnya tidak memberi manfaat secara jangka panjang.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan insentif khusus untuk menarik pelaburan swasta ke negeri-negeri ini agar pembangunan lebih mampan dan tidak bersifat top down semata-mata seperti yang ada sekarang.

Di sini, cadangan meminda konsep federalisme fiskal itu yang saya fikir sudah lapuk yang dipaksakan kepada Malaysia secara— semasa kemerdekaan harus sekali lagi untuk dikaji semula.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji, dah pukul 1.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi, saya harap Haji boleh merumuskan poin yang...

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya ingin satu lagi untuk izin.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, baik.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Izin kat saya sikit Yang Berhormat Datuk. Saya terima kasih, tak banyak nak izin kat itu.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya nak ringkaslah sedikit. Isu TH, Tabung Haji.

Saya cuma nak ingatkan Tabung Haji ni antara satu tonggak kehebatan ekonomi umat Islam. Memang betul, kita kata, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab semalam.

Kita dah follow tatakelola sebab tatakelola kita itu, kita buat berasaskan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

PM kata— walaupun tak besar tapi, saya duduk di posisi tatakelola bersama dengan sahabat-sahabat. Tatakelola— kita bicarakan tentang tatakelola bila Menteri Kewangan meluluskan peruntukan untuk runding terus, perkataan runding terus ini diperakukan dalam sesi jawapan di Dewan Rakyat.

Dua hari yang lepas, PM kata kita kekalkan bahawa kita tidak akan meneruskan runding terus (open tender). Jadi, kalau pun Tabung Haji katakan menerima sejumlah— menerima persetujuan daripada Kementerian Kewangan, apakah Tabung Haji yang salah tatakelola ataupun Kementerian Kewangan juga salah tatakelola? Sebab tatakelola itu mesti dibuat open tender.

Yang keduanya, tak adakah ruang bila kita buka open tender. Saya tak tahu jumlah. Saya juga minta Menteri untuk jawab berapa sebenarnya jumlah, tapi ributnya besar di luar sana sebab kalau isu open tender ni dibuka, orang tak ada isu. Siapa pun boleh masuk? Tak adakah syarikat-syarikat Islam yang Tabung Haji itu milik mereka? Tiap tahun dia masukkan deposit dalam Tabung Haji. Untung Tabung Haji balik ke sini. Mereka mempunyai hak pada Tabung Haji, khususnya masyarakat umat Islam.

Tak adakah ruang untuk usahawan-usahawan, pakar dalam bidang ini bertarung mempersembahkan konsep masing-masing, cadangan masing-masing, kos masing- masing dan di situ sangat tepat. Baru dirasakan bahawa roh Tabung Haji tentu datang daripada orang yang beriman. Roh itu— saya tak persoalkan roh ini datang daripada orang yang tak beriman, tetapi ini perkara Rukun Islam yang kelima. Harus diambil fikir

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

dan saya harap walaupun sudah berlaku, saya harap benda ini tidak akan berlaku lagi.

Jawapan tetap ada, tetapi jawapan itu tetap menjadi persoalan netizen di luar sana.

final • 1:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Boleh bertanya kah? Boleh mencelah Datuk, saya tahu sudah pukul 1.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Kalau masa diberi Datuk. Saya diberi masa macam Dato’ semalam 70 minit lebih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya— kalau saya benarkan nanti Ahli-ahli yang lain pula...

final • 1:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Okey baik, tak apa.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Saya faham.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey. Saya hendak pergi cepatlah. Isu Palestin Datuk.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji ni, Haji ni...

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Rasa macam tak sah...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan Haji sedang dalam penerbangan turun ni.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Ketawa] .

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Biar dia mendarat [Ketawa] .

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Okey, saya hendak bicarakan tentang satu benda yang saya rasa tidak sah kalau kita tak bicarakan. Saya hendak bicarakan isu Palestin.

Saya hendak berikan suatu penghargaan tinggi kepada Yang Amat Berhormat PMX yang menjadi penaung kepada Global Sumud Flotilla yang akan berlepas pada 31 Ogos nanti.

Sekelompok NGO bergerak bersama dengan pelbagai negara untuk bersama membawa satu gagasan break the siege yang ada di— yang diperlakukan terhadap umat Islam di Gaza, di Palestine.

Tuan-tuan, bagus yang itu, tetapi puluhan ribu yang ada ini, yang sudah terbunuh ini, hari ini yang banyak membela adalah rakyat, termasuk orang Gaza— orang Israel sendiri. Orang Amerika berarak, demo bagi membela Palestin dan Gaza. Ini bukan isu-isu Islam, ini isu kemanusiaan, ini isu sejagat, semua. Tak ada berlaku dalam zaman dunia moden, perlakuan yang dia berlaku begitu. Semua negara yang berkuasa, pemerintah membiarkan saja sebab ia dilakukan oleh gabungan penjahat dunia Israel dengan polis dunia Amerika dan sekutu. Dulu dia polis dunia, sekarang dia menjadi pembuli dunia. Dia juga sekarang menjadi penjahat dunia, penjenayah dunia. Betul? Saya tanya sahaja, diam.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji tanya...

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Isunya, isunya begini.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji tak takut rumah Haji nanti kena bom?

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Ya Datuk?

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji tak takut rumah Haji kena bom nanti? Israel hantar kapal terbang [Ketawa]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Orang Islam tak apa kalau dia kena bom, takdir syahid insya-Allah.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Alhamdulillah [Ketawa] .

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Dan saya berbangga dengan team yang akan bertolak 31 Ogos nanti yang mewakili seluruh dunia dan Malaysia menghantar sejumlah

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

yang agak banyak dan saya sangat kagum dengan stand PM, tetapi saya juga sikit rasa keraguan Yang Berhormat Datuk. Saya tak tahu dulu kita cerita tentang BlackRock, apa ending-nya? Macam tak ada penarikan dan BlackRock itu adalah antara syarikat pembekal senjata untuk memusnahkan Gaza. Saya bimbang takut orang kata kita double standard. Kat sini yes, kat sini no dan kita bakal menjadi ancaman. Di sini pun lebih ancaman daripada yang tadi.

Satu poin akhir juga...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Akhir ya.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang kedua akhir.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Yang terakhir.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Iaitu isu pertanian. Sahabat-sahabat sekalian, kita ini dah— sekitar tahun, dua tahun lebih dah, sekarang dekat tiga tahun, isu makanan tak selesai-selesai.

Saya ingin hendak tanya, data 63, 62.7 peratus Malaysia pengeluar bekalan beras negara itu, sekarang dah bertambah berapa? Kita sekarang sedang bangunkan satu gagasan untuk lima tahun— lima kali dua tahun. Saya pernah sebut dulu. Vietnam mengeluarkan padi empat kali setahun QM— tak silap saya QM34 dia punya klon dia, saya pergi tengok. Indonesia sekarang mengeluarkan lagi tempoh lebih, lebih cepat.

Apakah tidak ada ruang untuk Kementerian Pertanian melihat satu kolaborasi tertentu kah, tindakan tertentu kah? Perkasakan kita punya research. Saya baru balik daripada sebuah negara yang kita tengok, kita tak masukkan kepala yang kita tahu pergi Tanzania dengan tempat orang yang lompat tinggi itu. Yang minum darah lembu, tetapi Tanzania ini tuan-tuan, saya tak pernah saya melawat banyak puluh negara, tetapi saya tak tengok negara yang sebersih Tanzania.

Di hulu kampung, tandas rumah yang sangat daif, tetapi bersih. Di chalet-chalet dia, pagi-pagi basuh, tapi yang menarik di sana lagi satu ialah mereka menanam— mereka makan beras, mereka makan nasi. Mereka menanam padi atas darat, bukan menanam padi dalam, dalam sawah. Tepi-tepi jalan di kawasan yang savana itu, mereka tanam padi. Atas bukit pun tanam padi, di tanah lapang mereka tanam padi.

Bila kita bicara tentang tanaman padi darat, orang kita gelak, tapi macam mana negara yang besar macam itu, mereka mampu sustain dengan bekalan beras, tanaman padi darat. Ada tak upaya untuk kita membangunkan kajian. Dan kajian ini kita tidak mesti bermula dengan kosong, inovasi is not starting with zero. Inovasi ini boleh bermula dengan apa yang orang lain dah buat. Kita mungkin upgrade dan kita mungkin ber-collaborate.

Saya mohon perkara ini diberi perhatian, bukan sekadar padi dan lain-lain lagi.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji, saya terpaksa, saya terpaksa minta Haji—

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang akhir...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Haji, dah akhir dah tiga kali akhirnya.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang ini akhir. Sekali lagi Datuk. Ini akhir sekali.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Ketawa] . Saya hendak sentuh tentang pertahanan negara. Ini pun saya rasa macam sangat-sangat kritikal apabila kita dengar baru-baru ini TUDM meletup di Kuantan. Apabila kita dengar kapal terbakar di perairan, semuanya milik TUDM.

Ada kita dengar komando kita mati akibat kita menggunakan alat peralatan ketenteraan outdated— apa dia panggil?

final • 1:00 PM

Seorang Ahli

[Mencelah]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Overdue.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Obsolete, obsolete.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Tuan-tuan, tolong kita ambil apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat— Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, supaya check balik benda-benda ini. Jangan sampai— kalau orang tengok tentera— kapal-kapal kita yang outdated dan macam-macam ini, dia bukan sekadar untuk memberi, memberi gambaran bahawa lemahnya kedudukan ketenteraan. Sampai ketikanya barangkali kerajaan fokus betul-betul. Bukan sekadar untuk mengimport barang ketenteraan yang betul, berkualiti dan lebih murah.

Dibicarakan baharu ini, harga dia beli mahal, padahal harga semasa jauh lebih murah. Saya ada sedikit nota, tetapi saya tak sempat dengan masa yang ada ini dan mudah-mudahan dan saya harap benda-benda ini bukan sekadar sekuriti kepada makanan yang kita bicarakan, sekuriti sebenar dalam konteks keselamatan negara.

Dan tuan-tuan, dalam gelombang bencana dunia yang melanda, perang dunia ketiga yang diramal macam-macam, kalau begini kedudukan kekuatan ketenteraan kita, saya fikir, kita kena berfikir lebih ke hadapan untuk melihat Malaysia lebih berupaya dalam menangani keperluan dan ketahanan negara ini.

Saya minta maaf atas keterlanjuran, saya ingat hendak pantun, tak payah pantunlah, last-lah. Saya akhiri apa yang saya sebutkan, maaf atas segala kekurangan dan keterkasaran bahasa, mudah-mudahan insya-Allah sedikit sumbangan untuk mendukung dan menyokong RMKe13, insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Haji. 50 minit Haji [Ketawa] . Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang.

final • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.13 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum, salam sejahtera. Kita sambungkan perbahasan RMKe13. Sekarang kita menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Michael Mujah, YB Senator.

final • 2:30 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua, di atas ruang kesempatan untuk saya berbahas dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bertemakan “Melakar Semula Pembangun” yang menjadi teras strategik negara untuk lima tahun akan datang.

Saya melihat RMKe13 bukan sekadar sebuah dokumen perancangan ekonomi, tetapi sebuah janji kepada rakyat khususnya mereka yang jauh dari pusat pembangunan bahawa arus kemajuan negara akan sampai ke setiap pelosok tanah air tanpa mengira geografi. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak, cabaran asas seperti infrastruktur jalan raya yang belum sempurna, capaian Internet yang tidak stabil, kemudahan kesihatan yang terhad serta kos logistik yang tinggi masih membelenggu kehidupan seharian.

final • 2:32 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Rancangan Malaysia Ketiga Belas perlu dilihat sebagai peluang keemasan untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga akses kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerja yang setara dan penyediaan kemudahan sosial yang lengkap demi memastikan rakyat di pedalaman tidak ketinggalan dalam arus reformasi negara.

Oleh itu, dalam perbahasan saya hari ini, saya akan memberi tumpuan tentang bagaimana Rancangan Malaysia Ketiga Belas boleh diterjemahkan secara praktikal dalam memenuhi aspirasi masyarakat pedalaman Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Berlandaskan pedalaman dan realiti di lapangan, saya berharap setiap peruntukan dan inisiatif yang dihasratkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Hasrat saya jelas agar kita dapat bersama membina sebuah Malaysia yang inklusif di mana kemajuan tidak berhenti hanya di bandar besar, tetapi juga turut mengalir hingga ke rumah panjang di pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan RMKe13 tidaklah hanya sekadar tentang pembangunan fizikal dan ekonomi semata-mata. Pelaksanaannya mestilah ditunjangi dengan integriti, akauntabiliti sebagai teras utama. Di bawah Kerajaan MADANI, kita telah memperkenalkan langkah positif seperti Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang lulus sebelum ini dan juga pemantauan prestasi kementerian melalui papan pemuka prestasi nasional yang dijangka dapat memperkukuhkan World Competitiveness Ranking dan Indeks Prestasi Rasuah.

Namun persoalannya lanjut yang perlu diperhalusi kerajaan ialah tentang bagaimana kerajaan dapat memastikan akta dan mekanisme ini benar-benar dilaksanakan penuh integriti dan akauntabiliti terutamanya dalam projek mega bernilai berbilion ringgit di bawah RMKe13 ini.

RMK ini sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1966, menjadi kerangka ekonomi utama yang memandu hala tuju negara kita dalam aspek pembangunan sosioekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat. RMKe13 ini tidak dikecuali malah ia membawa misi lebih besar untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan adil sosial serta keselarian dalam alam sekitar.

Justeru, rakyat menaruh harapan tinggi agar segala dasar dan strategi yang digariskan benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah dan mereka yang berada di pedalaman. Namun, kita juga perlu sedar bahawa kejayaan RMKe13 amat bergantung kepada integriti dan akauntabiliti kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang dirancang.

Pelan pembangunan sehebat mana sekali pun akan gagal jika wujud kelemahan pengurusan, kebocoran atau ketirisan. Oleh itu, penting untuk memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan penuh ketelusan serta berpaksikan kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama kerenah birokrasi yang membebankan perlu dipermudahkan.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah indikator yang ditetapkan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan RMKe13 ini dapat dipandukan dengan penuh integriti dan akauntabiliti? Hal ini kerana integriti tidak hanya dilihat melalui slogan, tetapi pencapaian serta iltizam kerajaan itu sendiri.

Tanpa langkah yang berani, RMKe13 yang sepatutnya membawa harapan pembangunan akan kekal sebagai janji politik yang tidak disempurnakan. Tuan Yang di- Pertua, saya juga melihat RMKe13 juga membawa satu pembaharuan yang besar dalam sistem pendidikan negara apabila kerajaan mengumumkan bahawa prasekolah wajib yang bermula pada usia lima tahun diiringi penurun umur wajib persekolahan rendah kepada enam tahun serta penstrukturan-penstrukturan semula kawalan pendidikan di bawah kementerian sepenuhnya.

final • 2:32 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Langkah ini pastinya disokong oleh majoriti ibu bapa yang melihatnya sebagai peluang untuk memberi permulaan pendidikan yang lebih adil, berkualiti kepada semua anak Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar ini memerlukan persediaan rapi. Data terkini menunjukkan peruntukan pendidikan di bawah RMKe13 mencecah RM67 bilion, termasuk pembukaan pusat prasekolah baharu di luar bandar dan komuniti terpinggir, tetapi di Sarawak, Sabah dan kawasan pedalaman Semenanjung, masih wujud jurang prasarana dan tenaga pengajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pelaksanaan wajib prasekolah ini.

Maka, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan kepada kementerian.

Adakah kementerian telah mempunyai peta jumlah pusat prasekolah di seluruh negara, khususnya di kawasan pedalaman agar setiap kanak-kanak lima tahun mempunyai akses fizikal yang munasabah?

Bagaimana pula kementerian dapat memastikan guru prasekolah berkelayakan mencukupi untuk dilatih dan ditempatkan tepat pada masanya? Dan apakah mekanisme sokongan untuk keluarga B40 yang mungkin menghadapi kos tambahan sama ada dari segi pengangkutan, pakaian atau yuran bagi mengelakkan pelaksanaan dasar ini menjadi satu beban kepada mereka?

Tuan Yang di-Pertua, negara-negara maju telah membuktikan bahawa prasekolah wajib memberi kesan positif kepada awam dan kesaksamaan pendidikan. Malaysia kini berpeluang melangkah ke hadapan, tetapi kejayaan dasar ini hanya akan tercapai jika kita menutup jurang infrastruktur, melengkapkan tenaga pengajar dan memastikan tiada anak- anak yang tercicir hanya kerana mereka dilahirkan di luar bandar atau di pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak, menaiktarafkan jalan balak yang terbiar, membaiki jambatan rosak di kawasan pedalaman seperti di Baram, Kapit, Tatau dan Belaga, perlu diberikan perhatian agar status jalan balak ini boleh dinaiktarafkan kepada jalan negeri. Jalan balak yang kini dianggap sebagai jalan kampung, hanya menerima peruntukan rendah untuk kerja-kerja pembaikan dan menyebabkan penyelenggaraan tidak dapat dilakukan secara menyeluruh.

Saya cadangkan jalan balak serta bekas jalan balak dan jambatan kayu yang kritikal dan yang memerlukan penyelenggaraan dipertimbangkan peruntukan dana khusus di bawah RMKe13. Langkah menyeluruh ini akan memberi kesan positif yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat di pedalaman serta mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak dengan adanya jalan penghubung kawasan luar bandar dan kawasan bandar yang memudahkan lagi urusan pengangkutan bagi penduduk tempatan. Jalan yang baik bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan dan urusan harian penduduk, tetapi juga membuka peluang ekonomi serta mempercepatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dan juga perkhidmatan kecemasan.

Dalam pada itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Sarawak atas komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman Sarawak bagi memastikan kesejahteraan, kemudahan bagi rakyat terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai isu tanaman semula kelapa sawit di Sarawak oleh para pekebun kecil, di mana kawasan tanaman yang telah melepasi usia matang kini semakin meluas. RMKe13 seharusnya menyediakan inisiatif tanaman semula bersasar untuk pekebun kecil di Sarawak sebagai keutamaan. Kos purata setiap hektar tanaman semula dianggarkan semakin meningkat dan ini akan menjadi satu beban bagi pekebun kecil.

Apakah kerajaan turut berhasrat untuk memperkasakan penggunaan varieti benih yang mampu meningkatkan hasil per hektar? Atau sejauh mana pertimbangan kerajaan untuk menyediakan benih sawit kepada semua pekebun kecil dalam menyelesaikan isu tanaman semula sawit di Sarawak? Dan apakah juga pertimbangan kerajaan dalam menyemak mekanisme permohonan bantuan agar pekebun kecil ini, terutamanya di

final • 2:40 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

kawasan luar bandar, dapat akses, diperoleh para pekebun dengan lebih pantas dan mudah?

Tuan Yang di-Pertua, Jalan Persekutuan FT803 sepanjang 128.4 kilometer ialah nadi penghubung utama daripada Bintulu ke Bakun melalui skim penempatan semula Bakun, Sungai Asap dan Belaga. Laluan ini bukan sahaja menghubung komuniti pedalaman dengan pusat ekonomi, malah menjadi saluran logistik penting bagi mengangkat hasil pertanian, barangan keperluan serta menyokong operasi dua empangan mega negara iaitu Bakun dan Murum. Namun, keadaan FT803 ini pada hari ini amat tidak memuaskan akibat laluan kenderaan berat yang melebihi had muatan.

Data rasmi Kementerian Kerja Raya menunjukkan bahawa penyelenggaraan rutin jalan ini hanya melibatkan sekitar RM4 juta setahun, dengan tambahan RM17.8 juta dibelanjakan antara tahun 2018 hingga 2023 bagi pembaikan besar. Bagi 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak, termasuk FT803. Dan untuk itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha serta komitmen pihak Jabatan Kerja Raya di bawah kendalian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.

Namun, memandangkan peranan strategik FT803 terhadap ekonomi tempatan, keselamatan pengguna dan kesinambungan pembangunan pedalaman, jumlah ini wajar disalurkan dengan perancangan naik taraf yang menyeluruh, bukan sekadar pembaikan bersifat sementara. Sejajar dengan sasaran RMKe13 untuk membina atau menaik taraf 2,800 kilometer jalan di luar bandar di Sarawak dalam tempoh lima tahun, saya menggesa agar jalan ini dijadikan projek keutamaan kerajaan untuk naik taraf kepada jalan dua lorong, moden dan juga tambahan lampu isyarat yang selamat dan berdaya tahan.

Selain itu, pemasangan gentri kawalan muatan di titik strategik perlu dilaksanakan untuk mengawal kerosakan akibat kenderaan berat. Manakala papan tanda keselamatan dan pencahayaan jalan di lokasi berisiko tinggi kemalangan perlu ditambah bagi mengurangkan kadar kemalangan. Malah, saya juga turut ingin menggesa kementerian untuk memantau pergerakan lori balak yang merosakkan struktur jalan berkenaan dengan lebih kerap dan tegas. Apalah gunanya jalan tersebut dinaik taraf dengan cantik, tetapi dirosak pula dengan pergerakan lori balak yang melalui jalan tersebut. Saya mohon pandangan kementerian berhubung perkara ini.

final • 2:40 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Tuan Yang di-Pertua, bagi topik kesihatan pula, saya melihat adanya keperluan mendesak untuk kerajaan menaik taraf Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga kepada sebuah hospital daerah. Klinik ini menampung keperluan kesihatan lebih 20,000 penduduk, namun fasiliti sedia ada amat terhad, hanya menampung rawatan pesakit luar asas manakala kes kecemasan dan rawatan lanjut perlu dirujuk ke Hospital Bintulu yang mengambil masa perjalanan antara dua hingga tiga jam melalui jalan darat yang mencabar. Keadaan ini sahaja melambatkan akses rawatan, malah boleh mengorbankan nyawa terutamanya dalam kes kecemasan seperti komplikasi kelahiran, kemalangan, dan serangan jantung.

Dalam kerangka RMKe13, penaikan taraf klinik kepada hospital daerah adalah langkah yang wajar dan strategik untuk memastikan liputan kesihatan yang adil di Sarawak selaras dengan agenda healthcare for all. Dengan pembinaan hospital ini bukan sahaja [Tidak jelas] Pakar asas seperti pediatrik dan pembedahan kecil dapat disediakan lebih baik kepada rakyat, malah ia turut mengurangkan beban hospital rujukan di Bintulu.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan khusus bagi Sarawak, dengan Hospital Sungai Asap sebagai projek rintis bagi model hospital komuniti luar bandar yang mesra akses, lengkap dengan teleperubatan untuk menghubungkan pesakit luar bandar dengan pakar di pusat bandar. Saya pasti ini adalah satu pelaburan yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat pedalaman di Sarawak.

final • 2:50 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Yang di-Pertua, isu sambungan digital di pedalaman Sarawak masih dianggap kritikal. Bagi memastikan kesalinghubungan dan pembangunan yang inklusif, data terkini mencatatkan liputan internet di Sarawak adalah pada kadar 80.9 peratus. Namun, kita masih lagi melihat terdapat ramai orang di luar kawasan bandar yang bergelut mendapat akses 4G atau 5G. Boleh sikit, Dato’?

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah kerajaan telah mengadakan pengukuhan kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan agensi seperti SDEC, serta penyedia 5G seperti UMobile, CelcomDigi dan Maxis untuk memperluaskan infrastruktur digital ke sekolah, komuniti dan kawasan strategik di luar bandar. Dan, apakah perancangan terbaru kerajaan dalam memastikan kawasan pedalaman di negara ini mampu mencapai ketersambungan liputan 5G secara 100 peratus menjelang tahun 2030.

Akhir kata, RMKe13 bukan sekadar dokumen di atas kertas, ia nya adalah janji kepada rakyat, janji kepada mereka yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak, dari Kapit hingga Lawas, dari Baram hingga Lundu. Infrastruktur asas pendidikan, kemudahan kesihatan, dan peluang ekonomi mesti dirasai di setiap denyut nadi rakyat, bukan hanya di bandar atau pusat pentadbiran semata-mata. Jangan biarkan kampung-kampung dan rumah panjang terus ketinggalan sedangkan bandar pesat membangun. Kita tidak boleh menutup mata terhadap realiti bahawa jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sarawak masih jauh.

Justeru, pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas mesti memfokuskan ke segenap pelosok negara termasuk pembinaan infrastruktur yang menyeluruh, liputan internet yang berkelajuan tinggi, sekolah dan klinik di kawasan terpencil, serta program pembangunan ekonomi berasaskan sumber tempatan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Saya menyeru agar setiap peruntukan dalam RMKe13 diterjemahkan menjadi impak nyata di lapangan. Hanya dengan langkah ini, kesejahteraan rakyat dapat mewujudkan secara inklusif dan mampan. Biarlah generasi yang akan datang melihat bahawa perkembangan negara bukan janji kosong, tetapi hasil yang mereka rasai dalam kehidupan harian. Dengan itu, saya dengan penuh yakin untuk menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Azahar bin Hassan.

final • 2:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih, Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat datang pemerhati kita daripada PPD Kinta Selatan, terima kasih.

Okey, terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sebuah dokumen dasar yang bakal menentukan hala tuju negara dalam tempoh lima tahun akan datang bermula 2026 hingga 2030.

Jalur gemilang dikibar tinggi, Semua kaum bersatu hati, RMK13 mengeratkan lagi, Semangat Malaysia pelbagai identiti. Jadi, di sini saya nak tumpukan beberapa perkara yang boleh kita bincangkan dalam perbahasan saya. Cuma, yang pertama ni saya nak pergi kepada— dalam ini bab lima untuk RMKe13 ini ialah pembentukan negara bangsa. Pelbagai kemajuan dalam RMK12 telah pun dicapai. Jadi, terdapat juga isu-isu yang perlu ditangani seperti polarisasi kaum, agama dan juga politik. Cuma hari ini saya nak mohon di Dewan Negara ini atas

final • 2:56 PM

Tuan Azahar bin Hassan

nama kemerdekaan yang semakin hampir ini, saya tengok di Parlimen ada bendera kecil- kecil tu di depan setiap Ahli Parlimen, mungkin boleh dibekalkan di Dewan Negara inilah sebab semangat kemerdekaan tu.

Jadi, kita bercakap bab bendera ni pula, akhir-akhir ni banyak sangat penyakit bendera terbalik ni. Ini satu penyakit yang agak memalukan. Sebagai warga Malaysia, saya 31 tahun mengajar di sekolah, belum pernah lagi pelajar saya pasang bendera terbalik, tapi sejak akhir-akhir ini, penyakit bendera terbalik ini telah menjadi seakan-akan mencabar kita sebagai Warganegara Malaysia. Kita mohon supaya warga Malaysia yang berada— supaya semangat cintakan negara ini kena tahu bendera kita macam mana.

Tidak lagi kita akan dengar bendera terbalik dipasang. Kerana bendera terbalik ni akan ada makna yang berbeza. Saya mohonlah.

Kemudian kita ke bab berikutnya, bab buli ya. Bab buli ni saya kena cakap sikit jugalah. Sejak akhir ni juga buli menjadi satu macam— di Malaysia ni kalau musim dia ular sawa, ular sawalah. Kalau musim tu musim harimau, harimaulah. Sekarang musim buli malah menjadi-jadi sehingga menjadi satu perkara yang besar di negara kita dengan adik Zara Qairina— bukan Malaysia sahaja, di seluruh rantau ini semua bercakap tentang kes buli.

Buli ini sebenarnya berlaku mungkin dah lama dah. Semasa saya belajar di maktab perguruan, dia ada juga nama Minggu Orientasi, minggu yang sangat-sangat apa menakutkan juga, menakutkan. Tempat paling selamat ialah surau sebenarnya. Dari surau dia tak boleh kita. Jadi, kalau lewat sikit, kita bawa payung, payung kita terbalikkan. Ha, ini cara kita pakai payung; payung terbalik. Macam-macamlah nah. Antara pantun yang saya ingat sekarang ni, sebab sekarang ialah...

Limau purut takda tangkai; Buta perut takda akai. Ha, itu saya ingat, 31 tahun dah. Jadi, budaya buli perlulah kita jauhkan. Kita tak boleh lagi— kita nak minta kementerian ni, ataupun kita di sini menguatkuasakan atau menggubalkan undang-undang berkaitan buli supaya tiada lagi— buli akan menyebabkan anak-anak tertekan, takut pergi sekolah, ada kesan dari segi emosi, fizikal dan sebagainya.

final • 2:56 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Jadi, kita minta perkara buli ini, kita kena tangani dengan betul-betullah di sekolah.

Apa yang jadi, macam kes adik Zara ini ialah— antaranya ialah lambat. Lambat penjelasan daripada pihak kementerianlah dalam menangani isu ini. Lambat. Bila lambat, dia menyebabkan timbul pelbagai persepsi dan spekulasi.

Jadi, hari ini kita percaya bahawa akan ada satu inkues untuk kita tahu apa perkara sebenarnya dan kita berharap, ini kejadian-kejadian yang terakhirlah. Tidak akan berlaku lagi. Nyawa ini memang penting. Nyawa, siapa tak sayang nyawa, siapa tak sayang anak? Kita faham. Hari ini, kita mohon sekolah-sekolah KPM menerapkan buli adalah satu kesalahan besar di sekolah. Boleh dibuang sekolah dan sebagainya.

Okey. Terima kasih. Bab buli dah habis. Bab bendera pun dah habis. Kita akan bercakap pula tentang reformasi perkhidmatan awam. Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, kira dah lamalah. Dia bermula daripada 1 sampai nombor 13, dan ada dalam bab 4 ialah Reformasi Perkhidmatan Pendidikan.

Jadi, saya nak mohonlah. Perkhidmatan awam ini, perkhidmatan awam ini dia dinaik, dia dicekapkan lagilah. Kita kena jaga kebajikan penjawat awam. Saya buat kajian tentang, antaranya polislah. Polis, dia ada elaun dipanggil elaun long hours. Tak kira pangkat, RM200 sahaja. Dia tak ada overtime. Jadi, kerja yang tidak ada overtime, hanya mendapat RM200 sebulan dengan risiko yang tinggi, dengan kebajikan-kebajikan lain seperti perumahan, tempat bekerja,

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

dari segi penggunaan digital, analog dan sebagainya ini, kita mohonlah dinaik taraf. Saya mohon sebab polis ini nak jaga keselamatan. Jadi, kena ada sedikit sokongan kewangan daripada kerajaanlah untuk menaikkan sedikit elaun-elaun, terutama elaun long hours inilah.

Kemudian, kita tengok doktor dan juga jururawat juga berdepan dengan masa kerja yang panjang menyebabkan prestasi kerja semasa ini akan menurunlah. Kita mohon supaya doktor-doktor dan nurse ini pun dibagi masa kerja yang berpatutanlah.

Kemudian, dari segi guru pula. Banyak kerja-kerja perkeranian selain daripada mengajar. Saya mohon kementerian untuk memastikan bahawa kerja-kerja perkeranian ini dikurangkan. Kerja-kerja kejurulatihan ini kalau boleh dibagi kepada guru-guru yang— jurulatih yang sebenarnya.

Bukan cikgu itu jadi guru kelas, dia juga ajar bola jaring, dia juga ajar pantun, dia juga ajar kena buat perkhemahan beruniform dan sebagainya, dan kerja-kerja perkeranian ini yang sangat banyak sekarang. Maklumlah, la ini zaman digital. Zaman teknologi. Jadi, saya mohonlah untuk bab 4 ini ya.

Kemudian, saya akan teruskan dengan sebagai warga Perlis, saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai seorang wakil rakyat ataupun Senator, tetapi sebagai seorang rakyat Perlis. Negeri yang kecil saiznya, tetapi besar harapannya.

RMK13 datang pada waktu yang amat penting. Negara kita sedang melalui tempoh pemulihan pasca-pandemik, cabaran globalisasi, ketidaktentuan geopolitik dan dalam masa yang sama, kita sedang menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi digital dan perubahan iklim. Dalam semangat ini, izinkan saya mengangkat beberapa isu dan cadangan, khususnya yang melibatkan negeri Perlis dan keperluan untuk pembangunan yang lebih seimbang di seluruh Malaysia.

Perlis, negeri kecil potensi besar. Tuan Yang di-Pertua, Perlis sering dilihat sebagai negeri kecil yang kurang strategik dari sudut ekonomi. Namun, ini adalah tanggapan lama yang tidak lagi tepat. Kedudukan strategik Perlis yang bersempadan dengan Thailand melalui Padang Besar, Wang Kelian bersama kekuatan dalam pertanian, pelancongan dan alam semula jadi dan pendidikan, sepatutnya meletakkan Perlis sebagai hab pembangunan wilayah utara.

Kita nak mohon di sini, supaya free-flow zone di Wang Kelian yang saya difahamkan dalam— masih lagi dalam perbincangan, dapat dibuka kembali free-flow zone di Wang Kelian dengan tambahan masa untuk masuk keluar ke Thailand dan Malaysia ini, ditambah dua jam. Sekarang, pukul 7 malam. Kita tutup pukul 9 malam.

Kita juga nak mohon di Padang Besar, pintu sempadan itu dibuka hingga jam 12 macam di Danok. Jadi, namun, apa yang berlaku kini ialah sebaliknya, pelaburan asing dan pelaburan domestik ke Perlis masih rendah. Infra utama masih terbatas. Anak-anak muda terus berhijrah ke negeri lain kerana peluang pekerjaan dan perniagaan yang terhad. RMKe13 seharusnya menjadi turning point kepada perkara ini.

Kedua, pembangunan ekonomi Perlis, agroteknologi dan agropelancongan.

Negeri Perlis ini terkenal kaya dengan potensi pertanian, dengan Harum Manis, dengan padi, dengan ternakan, tetapi sektor ini masih dikendalikan secara konvensional dan berpendapatan rendah. Saya mencadangkan agar RMKe13 memperuntukkan zon agroteknologi Perlis, kawasan khas yang menghimpunkan pertanian pintar: smart farming, pusat penyelidikan dan juga, logistik eksport. Penubuhan pusat kecemerlangan Harum Manis..

[Dicelah]

final • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Dato’ Speaker, beri laluan sikit.

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Ya, silakan.

final • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Senator. Disebutkan tadi, Perlis di antara negeri pertanian yang mengeluarkan Harum Manis. Cuma Dato’ Speaker, Harum Manis di Perlis ini memang berjenama, enak dan

final • 3:00 PM

Tuan Musoddak bin Ahmad

sedap. Memang original. Tanam di tempat-tempat lain, tak menjadi. Cuma, YB Senator, apa pandangan YB Senator, Harum Manis di Perlis ini terlalu mahal menyebabkan orang suka, tetapi sukar untuk membeli? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih, sahabat saya YB. Okey. Sebab apa mahal? Sebab dia sedap. Sebab dia ada tarikan tersendiri dan hasil yang tersendiri.

Sebenarnya, kita tak tahu, kos untuk penjagaan, untuk perunding baja dan sebagainya memang mahal. Buah Harum Manis juga boleh tumbuh secara biasa, di kampung- kampung yang tak dibagi baja dan sebagainya, tetapi hasilnya tak macam yang kita jual sekaranglah.

Jadi, kos yang tinggi, harga yang tinggi dan biasalah, buah tak banyak.

Permintaan banyak. Jadi, harga dia mahal sikitlah, tetapi confirm sedap. Terima kasih, YB.

Kedah pun ada tanam harumanis, ada kan? Dia tak jadi. Dia tak ada harum itu. Manis itu ada. P. Ramlee kata, manis itu ada, tetapi harum tak ada na. Itulah kelebihan Perlis.

Kemudian, kita mohon penubuhan pusat kecemerlangan Harum Manis untuk penyelidikan benih, teknologi pembungkusan serta pemasaran global, bantuan khusus untuk penggunaan lot dalam pertanian seperti pemantauan tanah atau mesin pengairan dan pengurusan hasil.

Selain itu, sektor agropelancongan seperti ladang mangga, homestay desa, aktiviti kebun komuniti boleh dijadikan tarikan pelancongan berasaskan pengalaman, experiential tourism seiring dengan trend pelancongan semasa.

Ketiga, potensi Perlis sebagai hab logistik serantau. Padang Besar, pintu masuk ke Malaysia dari utara, tetapi hab logistik moden masih belum dibangunkan secara menyeluruh. Saya menyarankan, naik taraf kawasan perdagangan bebas Padang Besar, free comercial zone dengan kemudahan kontena, sistem kastam digital dan juga, sokongan logistik eksport. Alhamdulillah, kita mungkin akan ada Perlis Inland Port akan— difahamkan, akan mula beroperasilah di CVIA. Katanya, dalam bulan September ini. Kita tunggu, tengok.

Kemudian, pembinaan terminal kargo darat. Ini yang kita sebut dalam inland Port ini, sedang dalam proseslah. Mungkin, untuk dibukalah.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, boleh celah sikit?

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Perlis dengan Kedah macam ada sempadan. Dekat Kedah, masuk Kedah sahaja, terus tak manis, tak harum.

[Ketawa] Satu.

Yang keduanya, kenapa juga Perlis tak boleh tiru sayur dekat dengan— sayur, buah dekat Thailand itu murah sangat, masuk Perlis itu berubah jadi mahal? Kerana kes tanah ke atau kerana kes permintaan ke atau kes apa? Tak boleh nak tiru? Ataupun, ada border di situ yang menyediakan sempadan itu boleh tanam sayur dan tanam buah sahaja?

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Okey. Yang pertama, saya nak beritahu. Orang Perlis memang manis-manis.

[Ketawa] Memang manis-manis. Okey. Bab sayur ataupun bahan mentah di Thailand, saya memang nak beritahu di sini, memang murah. Memang murah.

Murah banyak daripada Malaysia ini.

Sebab itu, banyak orang sempadan, banyak pergi beli ikan di market sebelah Thailand. Bab tanaman pula, kita tak boleh lawan juga Thailand. Thailand telah mendahului kita lebih jauh. Jadi, saya mohon Kementerian Pertanian, kita kena berlarilah, bukan berjalanlah. Berlari untuk menyaingi pertanian dengan Thailand lah, khususnya.

Okey. Pakej pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, Perlis kecil tetapi unik. Perlis mempunyai tarikan pelancongan alam dan geowarisan warisan yang sangat bernilai.

Antaranya, Gua Kelam, Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Tasik Melati dan Pantai Kuala Perlis, Pulau Ketam dan sebagainyalah.

final • 3:00 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Namun promosi dan fasiliti pelancongan masih rendah berbanding negeri jiran kita seperti Langkawi dan juga Pulau Pinang.

Saya ingin mencadangkan dalam RMKe13 ini peruntukan khas untuk menaikkan taraf infrastruktur pelancongan negeri Perlis termasuk jalan masuk, kemudahan awam dan juga papan tanda sebagai pelbagai bahasa, pakej pelancongan lintas sempadan bersama Satun dan Songkhla, galakan kepada industri kreatif tempatan untuk menghasilkan dokumentari, kandungan digital dan juga festival kebudayaan mengangkat identiti Perlis. Masa saya agak mencemburui ni.

Kemudian kita mohon untuk pelancongan sukan. Mohon Kementerian Pelancongan membantu menaik taraf pelancongan sukan. Contohnya seperti kita akan langsungkan Pesta Air Antarabangsa di Kuala Perlis pada 12 hingga 16 ini. Terima kasih kepada MOTAC yang banyak membantu juga. Cuma kos dia makin tinggi hari ini dan juga kita minta bantu macam kita bantu RXZ member di Terengganu itu. Nampak benda itu dah besarkan dan harap bantuan itu akan mai-lah.

Kemudian, lain-lain, pendidikan dan modal insan, cadangan saya tubuhkan kampus TVET berteraskan pertanian dan pelancongan. Memperkukuhkan program latihan kemahiran remaja luar bandar dalam bidang perniagaan mikro dan automotif, ICT, naik taraf liputan Internet jalur lebar di seluruh Perlis terutamanya di kawasan kampunglah.

Kita tak mahu Perlis menjadi negeri hantar pelajar keluar, tunggu mereka tak balik-balik.

Belajar di luar dan terus bekerja di luar.

Kemudian, untuk kesihatan dan kesejahteraan rakyat, Hospital Tuanku Fauziah di Kangar merupakan hospital utama, namun semakin sesak dengan kapasiti yang semakin tidak mencukupi. Saya menggesa dalam RMKe13 ini, disediakan peruntukan untuk hospital baharu di Utara Perlis, maknanya di Padang Besar lah atau klinik kesihatan daerah yang lebih lengkap.

Tambahan ambulans, peralatan rawatan moden dan pengambilan kakitangan perubatan di Perlis, penambahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga pembinaan rumah mampu milik untuk golongan B40 dan belia negeri Perlis. Kemudian, saya hendak ke isu lainlah, ada empat minit lagi. Lain-lain itu, untuk bab Perlis ini itu sahaja dulu. Saya hendak masuk ke bab pendidikanlah, RM67 bilion diperuntukkan untuk pendidikan dalam RMKe13. RMKe13 yang meletakkan sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak akan tercapai tanpa sistem pendidikan yang berkualiti, inklusif dan berdaya saing global. Kita tidak boleh hanya bergantung pada pertumbuhan ekonomi dan pelaburan fizikal semata-mata, tapi mesti bermula dengan pelaburan modal nisan.

Namun, cabaran pendidikan hari ini masih ketara jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar. Akses kepada pendidikan digital tidak seimbang, sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan, graduan menganggur dan tidak sepadan dengan keperluan industri. Belajar lain, nak kerja tak boleh, ini masalah kita sekarang.

Masuk universiti boleh, keluar kerja tak ada.

Kemudian jurang digital dan infrastruktur sekolah. Pandemik COVID-19 telah mendedahkan jurang digital yang serius dalam kalangan murid dan sekolah terutama di luar bandar dan pendalaman. Dalam RMKe13 saya menggesa naik taraf, naik taraf infrastruktur ICT di semua sekolah rendah dan menengah termasuk di Sabah dan Sarawak. Saya selalu tengok video guru di pedalaman di Pos Balar, mereka daripada luar nak masuk ke sekolah tu kalau hujan 12 jam, kalau tak hujan lima jam, ini cabaran- cabaranlah.

Jadi, kita mohon jalan-jalan tu diangkat, ditambah baik lah supaya cikgu-cikgu ni mudah hendak mengajar. Kita tabik kepada pada semua cikgu-cikgu di Pos Balar. Setiap pelajar di keluarga B40 diberikan akses percuma peranti pengajaran dan Internet percuma, satu sistem pemantauan bersepadu, dashboard national dibangunkan untuk mengenal pasti dan menangani sekolah daif serta capaian Internet yang lemah.

final • 3:10 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Berikutnya pendidikan awal kanak-kanak. Kajian membuktikan bahawa 90 peratus, perkembangan otak berlaku sebelum umur enam tahun. Maka pendidikan prasekolah tidak boleh dipandang ringan. Cadangan saya, penubuhan lebih banyak tadika kepaduan dan taska berkualiti di kawasan luar bandar, latihan dan persijilan wajib untuk semua pengasuh dan guru prasekolah. Satu kurikulum prasekolah nasional yang bersepadu dengan fokus kepada nilai, kreativiti dan kemahiran sosial.

Berikutnya ialah kualiti guru dan latihan berterusan. Tiada sistem pendidikan yang lebih baik daripada kualiti gurunya. Oleh itu dalam RMKe13, saya mencadangkan pelaksanaan program pembangunan profesional guru tahunan yang wajib dan terarah kepada pedagogi abad ke-21. Penambahbaikan skim perkhidmatan dan insentif kepada guru di kawasan pendalaman. Macam saya sebut tadi, memang dah ada dah, tambah lagi. Latihan pedagogi digital dan penggunaan AI dalam pendidikan mesti diberikan keutamaan.

Kemudian TVET. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan teknikal dan vokasional TVET mesti diberi tempat sewajarnya bukan lagi dianggap bagi pilihan kedua. Cadangan saya, penubuhan TVET hab wilayah di setiap Zon Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.

Pemadanan terus antara pelajar TVET dan industri melalui sistem perantisan berstruktur.

Penjenamaan semula TVET agar dilihat setanding dengan aliran akademik, termasuk peluang ke universiti teknikal.

Kemudian, reformasi kurikulum dan literasi masa depan. Kurikulum kita perlu melangkaui peperiksaan dan memberikan tumpuan kepada kemahiran masa depan.

Pendidikan STEM, AI, data dan ekonomi hijau perlu dimasukkan secara progresif.

Pendidikan nilai, sivik education perlu diperkuat untuk membentuk warganegara yang berintegriti.

Hari ini kalau tengok Facebook tengok medsos, kita rasa macam terlalu banyak masalah, masalah adab, masalah bahasa, masalah tidak hormat dan sebagainya wujud begitu berleluasa dalam medsos. Ruang kepada pelajar menunjukkan minat dan bakat individu melalui sistem, modular dan pembelajaran fleksibel.

Kemudian, saya nak teruskan dengan pendidikan inklusif dan OKU. Kita tidak boleh bercakap tentang pendidikan berkualiti tanpa menyentuh soal pendidikan untuk kanak-kanak OKU. Semua sekolah baharu yang dibina mesti mesra OKU secara menyeluruh. Penambahan guru pendidikan khas yang terlatih perlu menjadi agenda nasional. Modul Pendidikan Khas perlu dikaji semula supaya tidak terlalu berasingan atau terpinggir dari arus perdana.

Berikutnya ialah penglibatan komuniti dan PIBG. Sekolah bukan hanya tanggungjawab kerajaan, ia juga memerlukan kerjasama ibu bapa dan juga komuniti.

Saya mencadangkan pemberdayaan PIBG melalui dana khas kecil untuk projek komuniti sekolah, galakan kepada sekolah dan alumni bekerjasama dalam pembinaan kemudahan, aktiviti murid dan penajaan. Setiap sekolah dibenarkan mempunyai majlis penasihat komuniti setempat.

Jadi untuk penutup hari ini, pendidikan untuk negara, bukan sekadar peperiksaan.

Tuan Yang di-Pertua, RMK13 mesti menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan negara, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk membina generasi masa depan yang bijaksana, berakhlak dan bersedia menghadapi cabaran global.

Jika kita ingin menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan masyarakat berbudaya tinggi, maka asasnya adalah pendidikan yang berkualiti, menyeluruh dan adil kepada semua. Mari kita pastikan RMK13, tiada murid tercicir, tiada sekolah terpinggir dan guru dibiarkan keletihan tanpa sokongan. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey.

final • 3:10 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih, salam sejahtera, salam Malaysia, MADANI dan salam maju jaya. Dato Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih atas ruang untuk turut sama membahas Rancangan Malaysia Ketiga Belas. RMKe13 ini menjadi dokumen RMK13 ini menjadi paling penting bagi mengangkat pembangunan negara. Negara, tidak terkecuali Wilayah Sabah dan Sarawak.

Sebelum membincangkan lanjut mengenai RMKe13, kita perlu melihat kembali prestasi pelaksanaan RMKe-12. Walaupun peruntukan RM400 bilion bagi RMKe-12 telah diumumkan, pelaksanaan di lapangan jauh daripada sasaran akibat masalah birokrasi, kelewatan tender dan ketidakselarasan agensi Persekutuan serta negeri.

Di Sabah, lebih 30 peratus projek infrastruktur air dan elektrik masih belum siap sepenuhnya. Jika kelemahan ini tidak diperbetulkan, saya khuatir RMKe13 ini dengan peruntukan yang lebih besar iaitu RM611 bilion, berisiko mengulangi ketidaksempurnaan yang sama. Oleh itu, RMKe13 bukan sekadar dokumen, malah ia mesti menjadi pelan tindakan realistik yang menepati keperluan rakyat di negara ini.

final • 3:17 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Dato Yang di-Pertua, masalah bekalan air bersih masih kritikal di Sabah. Apabila lebih 40 peratus penduduk luar bandar berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air secara konsisten dengan kerap berlaku catuan. Peruntukan tambahan khusus amat diperlukan untuk membina dan menaik taraf loji rawatan air baharu serta mempercepatkan penggantian paip yang usang.

Gangguan bekalan elektrik berulang masih membelenggu rakyat Sabah dan Labuan, termasuk insiden terbaru. Apabila kerja penyelenggaraan loji gas di Kimanis menyebabkan kehilangan kapasiti sehingga 195 megawatt dan menjejaskan 600,000 isi rumah. Masalah ini berulang dari tahun ke tahun dan perlu diselesaikan melalui pelaburan besar dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidro kecil, solar dan biomass, di samping mempercepatkan pelaksanaan Projek Southern Link Sabah, agar negeri ini tidak dibelenggu masalah bekalan tenaga.

Dato Yang di-Pertua, keadaan jalan raya di pedalaman Sabah masih amat tidak sesuai dan tidak selamat. Kerana banyak jalan raya yang ditinggalkan selepas aktiviti pembalakan, menjejaskan ekonomi serta akses utama rakyat luar bandar kepada hospital, sekolah dan pekan-pekan di sekitarnya. Ini seperti yang diutarakan sebentar tadi oleh sahabat saya dari Sarawak.

Kerjasama erat antara Persekutuan dan negeri amat penting untuk mengambil alih serta menaik taraf jalan bekas pembalakan di samping menyediakan peruntukan tetap untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Sabah. Persoalan saya juga iaitu saya ingin bangkitkan ialah adakah kerajaan akan menyambung Projek Pan Borneo dengan memasukkan jajaran dari Tawau, Kalabakan, Nabawan, Keningau dan Tenom?

Memandangkan kawasan ini bersempadan dengan Nusantara iaitu ibu kota negara jiran kita iaitu Indonesia?

Dato Yang di-Pertua, sektor kesihatan di Sabah berdepan kekurangan kritikal apabila nisbah doktor hanyalah satu doktor kepada 856 pesakit berbanding purata nasional satu kepada 420 pesakit. Lebih membimbangkan, hanya terdapat dua orang pakar jantung untuk jutaan penduduk di Sabah. Keadaan ini memberi kesan langsung terhadap keselamatan nyawa rakyat kita.

Sebuah pelan nasional mesti diwujudkan untuk menambah bilangan doktor ke tahap yang setara nasional, memperlengkapkan hospital daerah dengan peralatan moden serta menaik taraf status klinik kesihatan di pedalaman kepada hospital daerah. Mohon pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan dan mengambil apa ini— ya lah, mengambil tindakan serius terhadap perkara ini.

final • 3:20 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Dalam sektor pendidikan pula, lebih 200 sekolah di Sabah masih berstatus daif, menyebabkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa dan berbahaya.

Keadaan ini menjejaskan kualiti pendidikan generasi muda dan memberi kesan jangka panjang terhadap modal insan di wilayah ini. Program penghapusan sekolah daif di Sabah perlu disegerakan dengan pelan tindakan jelas, termasuk pembinaan baharu dan penggantian bangunan lama.

Di samping itu, di sekolah juga, budaya buli kini semakin membimbangkan dan berlaku di sekolah berasrama penuh, universiti, pusat latihan, hospital dan bahkan juga di jalan raya. Statistik Kementerian Pendidikan menunjukkan lebih 4,000 kes buli dilaporkan dalam tahun 2023 sahaja dan angka sebenar mungkin lebih tinggi. RMKe13 mesti merangkumi pelan pencegahan menyeluruh, termasuk kawalan keselamatan di asrama, penempatan pegawai kaunseling tambahan, pelaksanaan program pendidikan nilai serta hukuman berat terhadap pembuli yang menyebabkan kehilangan nyawa. Tanpa langkah tegas ini, generasi muda negara kita akan terus terdedah kepada keganasan sosial yang akhirnya merosakkan modal insan Malaysia.

Kadar pengangguran di Sabah pula, walaupun menurun kepada sekitar tujuh peratus pada tahun 2023–2024, masih antara yang tertinggi di Malaysia iaitu lebih dua kali ganda purata nasional. Sedangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini menyasarkan pertumbuhan GDP tahunan antara 4.5 peratus kepada 5.5 peratus dan GNI per kapita meningkat kepada RM77,200 menjelang tahun 2030.

Persoalannya, sejauh manakah Sabah dan Sarawak benar-benar akan menerima manfaat daripada pertumbuhan itu? Sabah dan Sarawak tidak mahu menjadi penonton, sebaliknya peserta aktif yang menerima manfaat pembangunan nasional secara setara.

Dato Yang di-Pertua, pelbagai program pertanian dan penternakan telah diumumkan. Namun, pelaksanaannya masih belum memberi kesan yang dirasai oleh rakyat kita. Hakikatnya, Sabah masih mengimport lebih 60 peratus daripada keseluruhan bekalan makanan, termasuk beras walaupun memiliki tanah yang luas dan subur. Tahap self-sufficiency level atau SSL beras kekal rendah pada sekitar 22.8 peratus menyebabkan lebih 77 peratus bekalan bergantung kepada import dari luar negara.

Kerajaan negeri telah menyasarkan peningkatan SSL beras kepada 30 peratus pada tahun hadapan dan 60 peratus menjelang tahun 2030 melalui pelancaran semula Lembaga Padi dan Beras Sabah yang telah di apa ini— tubuhkan baru-baru ini. Namun, sasaran ini sukar dicapai tanpa sokongan dan kerjasama padu daripada kementerian berkaitan di peringkat Persekutuan.

Dato Yang di-Pertua, lawatan-lawatan rasmi oleh pemimpin-pemimpin negara ke luar negara demi untuk mencari pelabur dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik di negara-negara yang bersahabat dengan kita adalah...

final • 3:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Mencelah sikit, boleh Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

...Disokong penuh.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh mencelah sikit?

final • 3:20 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Mencelah? Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, tadi kita dengar Sarawak berhasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai food— Malaysian food basin di Sarawak. Dan Sarawak dengan Sabah ini, sambung tanah je, muka buminya pun dekat sama je. Dan ada tidak hasrat juga Sabah untuk menjadi basin ataupun apa nama:

basin pengeluaran makanan negara sebab tanah yang subur dan luas yang saya fikir potensi sama, seperti yang ada di Sarawak. Mohon respons daripada Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih, sahabat saya Haji Hussin.

Sebenarnya, itu yang kita idam-idamkan, yang kita hasratkan di Sarawak dan juga saya

final • 3:30 PM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

percaya di Sarawak— di Sabah dan Sarawak. Kerana kita memanglah mempunyai masih banyak tanah-tanah yang luas dan subur di kedua-dua, apa ini, wilayah ini. Jadi, terima kasih.

Tadi, saya menyatakan tentang lawatan ke luar negara. Jadi, saya sambung lagi.

Namun, Dato Yang di-Pertua, lawatan serupa ini ataupun lawatan rasmi pemimpin Kerajaan Persekutuan ke luar negara ini tidak seharusnya mengecualikan wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak kerana kita adalah sebahagian daripada Malaysia dan suara kita mesti didengar juga di peringkat antarabangsa.

Misalnya, apabila Malaysia berbincang mengenai pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, Sabah mempunyai potensi tenaga solar, hidro dan angin yang besar, tetapi jika wakil Sabah tidak berada di meja perundingan, peluang ini akan terus terlepas pandang. Rancangan Malaysia Ketiga Belas mengiktirafkan Sabah dan Sarawak bukan sekadar wilayah tetapi rakan setara dalam Persekutuan.

Dato Yang di-Pertua, kesimpulannya Rancangan Malaysia Ketiga Belas tidak boleh menjadi sekadar kertas perancangan, tetapi kertas digubal untuk tindakan juga.

Jadi, barangkali tajuk, apa ini, Rancangan Malaysia ini bukan sekadar untuk rancangan.

Kalau kita merancang saja, itulah yang dikatakan tadi oleh sahabat saya saudara Haji Hussin, itulah dari Rancangan Malaysia yang pertama sehingga sekarang banyak perkara-perkara yang boleh, tidak dapat dilaksanakan kerana barangkali tajuknya ini adalah perancangan dan tiada tindakan.

Jadi kesimpulannya, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini tidak— apa yang saya katakan tidak menjadi sekadar kertas saja, tetapi ia mesti menjadi dokumen yang benar- benar membawa perubahan nyata. Dengan peruntukan RM611 bilion, rakyat mengharapkan transformasi besar-besaran dalam kehidupan mereka. Sabah dan Sarawak berhak mendapat bekalan air yang bersih, elektrik yang stabil, jalan raya yang selamat, hospital yang lengkap, sekolah yang selesa, peluang pekerjaan yang luas dan perkhidmatan kerajaan yang mesra serta efisien. Aspirasi Malaysia MADANI mesti benar- benar dirasai di seluruh rakyat di negara ini, dari Perlis ke Pensiangan, dari Johor hingga ke Bintulu.

Akhir kata, Dato Yang di-Pertua, selamat menyambut Hari Malaysia Ke-62 pada 16 hari bulan September ini. Marilah kita sama-sama menzahirkan semangat patriotik dengan cara berhemah. Jika nampak bendera dipasang terbalik, janganlah dijadikan isu sehingga menggugatkan perpaduan kita. Mungkin ia berlaku tanpa disengajakan. Kalau tidak disengajakan maka tegurlah dengan baik agar diperbetulkan kerana tindakan sebegini jauh lebih mencerminkan sikap kita sebagai seorang patriotik dan bertamadun.

Dato Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Roderick Wong.

final • 3:30 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Salam sejahtera, yang saya hormati Dato Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat Senator sekalian.

Dato Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk saya turut serta dalam membahaskan agenda hala tuju negara yang sangat penting ini, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Saya ingin terus menyentuh tentang agenda kesihatan. Dalam RMKe13 ini, sektor kesihatan diberi penekanan yang besar kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Antara fokus utama yang digariskan ialah meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan premium, menambah baik kemudahan fizikal serta memastikan sistem kesihatan awam mampu menampung keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Dato Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu isu berkaitan dengan hal ini khususnya mengenai pembinaan poliklinik Sarikei baharu yang telah diumumkan baru- baru ini. Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kerana akhirnya isu ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan, tetapi ingin saya tekankan bahawa perkara ini bukan

final • 3:30 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

isu baharu. Sejak saya dilantik sebagai Senator, saya sudah berkali-kali membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini bahawa kemudahan kesihatan di Sarikei sudah terlalu sesak dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit.

Realitinya, poliklinik di Sarikei yang ada sekarang terpaksa menampung purata 600 hingga 800 pesakit sehari sedangkan kapasiti asal sebenar hanyalah sekitar 300 orang. Rakyat yang datang seawal enam pagi terpaksa menunggu hingga tengah hari atau lewat petang untuk mendapatkan rawatan. Keadaan ini sangat membimbangkan dan menyedihkan terutama bagi warga emas, pesakit kronik, ibu mengandung, dan kanak- kanak. Untuk itu, Dato Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan lebih terperinci daripada Kementerian Kesihatan tentang perkara-perkara berikut.

Pertama, bilakah tarikh sebenar pembinaan poliklinik yang baharu ini akan dimulakan? Adakah ia akan bermula pada tahun pertama RMKe13? Atau hanya di hujung tempoh rancangan ini? Realitinya, rakyat di Sarikei sudah teruja dengan khabar ini dan sudah tidak boleh lagi menanggung ketidakpastian tentang hal ini. Pengumuman sudah dibuat, sekarang yang ditunggu ialah tarikh mula kerja di tapak.

Kedua, di manakah lokasi sebenar poliklinik baharu ini akan dibina? Adakah lokasi sudah dikenal pasti? Jika dilihat kepada pertumbuhan penduduk kawasan, contohnya di Batu Kawa— penting kawasan luar bandar tertentu, mencatat peningkatan lebih daripada 20 persen, peratus dalam tempoh sepuluh tahun terakhir. Jika poliklinik dibina di lokasi yang kurang sesuai, ia tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan yang kita hadapi sekarang.

Ketiga, saya ingin mendapatkan butiran yang lebih terperinci berkenaan dengan perkara berikut. Adakah poliklinik ini berskala besar dengan kemudahan X-ray, kemudahan hemodialisis, makmal, rawatan ibu dan anak, dan farmasi yang lengkap?

Adakah ia mampu menampung sekurang-kurangnya 1000 pesakit sehari untuk menampung pertumbuhan penduduk sepuluh hingga 15 tahun yang akan datang? Berapa ramai pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat, dan staf sokongan akan ditempatkan?

Dato Yang di-Pertua, kita tidak mahu lagi situasi di mana rakyat duduk berasak- asak di luar menunggu, ada yang terpaksa berdiri berjam-jam kerana kerusi tidak mencukupi. Saya selalu menerima aduan dari rakyat bahawa terdapat pesakit terpaksa menunggu hingga empat jam hanya untuk mendapatkan ubat selepas selesai berjumpa doktor. Ini satu keadaan yang saya rasa tidak adil.

Saya juga ingin tekankan di sini bahawa kelewatan pelaksanaan projek poliklinik ini bukan sahaja soal infrastruktur, tetapi soal hak rakyat terhadap kesihatan asas yang adil dan berkualiti. Oleh itu, saya sekali lagi mendesak kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya mengatakan dengan jelas bila, di mana dijangka siap dan bagaimana poliklinik baharu ini akan dibina, dengan angka yang konkrit dan pelan yang jelas.

Dato Yang di-Pertua, selain infrastruktur kesihatan, kita juga belum meneliti rawatan kritikal seperti dialisis. Saya juga ingin membangkitkan mengenai isu hemodialisis yang juga sangat mendesak bagi kawasan Sarikei. Hari ini kita melihat peningkatan pesakit buah pinggang bukan sahaja di Sarikei malahan di Malaysia secara amnya yang memerlukan rawatan hemodialisis secara terbuka.

final • 3:30 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Masalahnya Hospital Sarikei dan sebuah pusat swasta iaitu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Malaysia tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit akibatnya ramai rakyat dari Bintangor dan Sarikei terpaksa berulang alik ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan. Bayangkan setiap minggu pesakit yang tinggal jauh di luar bandar terpaksa menempuh perjalanan yang sangat jauh untuk pergi dan balik hanya untuk dialisis. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan pesakit yang kebanyakannya warga emas dan berpendapatan rendah malah turut membebankan keluarga dari segi kos pengangkutan, masa dan tenaga.

final • 3:40 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Saya ingin tekankan bahawa keperluan pusat hemodialisis di Sarikei adalah keperluan mendesak bukan lagi pilihan. Jika kita benar-benar mahu memastikan akses kesihatan yang adil, isu ini perlu diberi keutamaan sama seperti pembinaan poliklinik.

Saya ingin bertanya pada pihak kementerian, adakah dalam RMKe13 telah diperuntukkan pembinaan atau penambahan pusat hemodialisis di Sarikei? Jika belum ada, adakah kementerian bersedia untuk menyegerakan kelulusan peruntukan khas memandangkan keadaan ini sudah menjadi isu agak kritikal.

Dato’ Yang di-Pertua, kelewatan menyediakan pusat hemodialisis yang mencukupi bermakna kita sedang membiarkan rakyat terus menanggung penderitaan yang tidak sepatutnya. Ini soal nyawa, sama seperti poliklinik. Saya berharap kementerian memberikan jawapan yang jelas dan terperinci tentang bila, di mana dan bagaimana pusat hemodialisis baru di Sarikei ini akan mewujudkan.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi aspek kesihatan yang ingin saya utarakan yang memfokuskan kepada generasi muda kita iaitu berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan generasi muda kita. Hari ini kita melihat keadaan yang agak pelik, Dato’ Yang di-Pertua. Kopitiam dan kedai kopi yang menjual rokok konvensional terpaksa menyembunyikan produk mereka kerana undang-undang tidak membenarkan paparan terbuka tetapi kedai rokok elektronik pula boleh beroperasi secara terang-terangan.

Dengan pelbagai perisa yang dipamerkan secara terbuka, situasi ini menjadikan vape lebih mudah diakses malah terdapat laporan bahawa kanak-kanak sekolah rendah sudah pun mula menghisap rokok elektronik ini. Kajian oleh Institut Kesihatan Awam (NIH) pada tahun 2022 mendapati lebih 600,000 remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia adalah pengguna vape aktif. Ini adalah angka yang amat membimbangkan kerana kita kini sedang berdepan dengan ancaman kesihatan generasi muda.

Lebih membimbangkan lagi, terdapat laporan bahawa cecair vape kini dicampur dengan dadah. Dadah terlarang seperti ganja dan syabu lalu dijual kepada pelajar. Ini menjadikan vape bukan sahaja isu kesihatan awam tetapi juga isu keselamatan negara.

Kita tidak boleh membiarkan RMKe13 hanya bercakap tentang pembangunan ekonomi dan infrastruktur tanpa menekankan pembangunan manusia yang sihat dan bebas daripada ketagihan.

Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia adalah negara anggota kepada Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, penguasaan dadah vape masih jauh ketinggalan berbanding rokok biasa. Dalam RMK13, saya ingin mencadangkan agar kawalan lebih ketat dilaksanakan, antaranya larangan penjualan kepada individu di bawah umur 21 tahun ke bawah dan pengharaman iklan, pengawalan ke atas perisa, serta lesen kedai untuk kedai vape sama seperti lesen menjual rokok.

Selain itu, cukai perlu dikenakan ke atas penjualan vape setaraf dengan cukai rokok. Sebagai perbandingan, Thailand telah mengharamkan sepenuhnya rokok elektronik sejak tahun 2014, manakala Singapura juga melaksanakan pengharaman total dengan denda yang tinggi kepada pelanggar. Kita tidak boleh biarkan Malaysia menjadi pasaran bebas tanpa kawalan yang akhirnya memusnahkan generasi muda kita. Kos kesihatan juga perlu diberi perhatian. Kajian Universiti Malaya pada tahun 2020 menganggap bahawa kos rawatan penyakit berkaitan rokok mencecah RM 8 bilion setahun. Jika trend penggunaan vape ini tidak terkawal, kos rawatan akan melonjak lebih tinggi, membebankan hospital kerajaan dan sistem kesihatan awam.

Di bawah pelan tindakan RMKe13, saya mohon mencadangkan agar lebih banyak peruntukan perlu diberikan kepada program pencegahan kesedaran awam dan rawatan ketagihan nikotin ini. Usaha membanteras isu vape ini tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Malaysia perlu memperkukuh kerjasama dengan WHO serta agensi penguasaan antarabangsa untuk membanteras pengedaran vape tidak sah khususnya dicampur dengan dadah.

final • 3:40 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Kerjasama juga perlu dipupuk dengan NGO-NGO tempatan, syarikat swasta dan setiap kementerian perlu bersama-sama mengambil langkah untuk mengawal penggunaan vape ini. Saya mengambil contoh positif yang telah diambil oleh kerajaan melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 iaitu [Akta 852] mewartakan kawasan rokok hanya pada mulanya mendapat tentangan, tetapi kini kalau kita ke kedai makan walaupun di kawasan luar bandar sekalipun, tidak ada orang yang merokok di kedai makan. Kalau adapun mereka akan bersembunyi merokok atau merokok di luar restoran. Jadi, ini adalah contoh positif yang sangat baik dan perlu dicontohi dalam kita menangani masalah kesihatan yang lain.

Dato’ Yang di-Pertua, RMK13 bukan sahaja menekankan aspek kesihatan awam, tetapi juga pembangunan modal insan. Justeru, selepas kita bercakap tentang keperluan mengawal isu vape dalam kalangan anak muda, kita juga mesti melihat bagaimana TVET boleh menjadi jalan untuk membina masa depan mereka.

Selanjutnya, saya ingin beralih kepada perkara seterusnya iaitu berkenaan dengan TVET. Dalam RMK13 ini, kerajaan memberi penekanan bahawa TVET: Technical dan Vocational Education and Training perlu dijadikan salah satu pemacu utama pembangunan modal insan negara. Malaysia menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri tempatan, malah mampu bersaing di peringkat global. Hari ini kita berhadapan dengan realiti bahawa bukan semua kanak-kanak mempunyai minat dalam bidang akademik konvensional atau bercita- cita menjadi doktor, peguam mahupun jurutera. Ada sebahagian besar pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran berasaskan kemahiran.

Oleh itu, TVET perlu diperkenalkan dan digalakkan di setiap peringkat, bahkan bermula dari sekolah rendah. Pendedahan awal ini akan membolehkan kanak-kanak mengenal pasti minat dan bakat mereka lebih awal sekali gus membentuk laluan kerjaya yang lebih jelas pada masa depan. Sebagai contoh, dalam bidang kulinari, ramai kanak- kanak menunjukkan minat memasak sejak kecil.

Dahulu, kejayaan seperti contoh, kejayaan tukang masak mungkin dianggap kerja kelas kedua tetapi dalam era moden, tukang masak berstatus antarabangsa mampu memperoleh pendapatan yang lumayan mencecah ribuan ringgit sebulan. Malah ada yang menjadi ikon global. Jika kita membina ekosistem TVET yang menyokong minat ini dari peringkat rendah kita sebenarnya sedang melahirkan generasi baharu yang bukan sahaja berkemahiran tetapi juga berdaya saing dan berinovasi.

Fakta semasa menunjukkan bahawa sehingga tahun 2023, hanya 13 persen daripada pelajar sekolah menengah di Malaysia memilih aliran TVET sedangkan negara menyasarkan sekurang-kurangnya 35 persen tenaga kerja mahir menjelang 2030. Angka ini jauh ketinggalan berbanding negara maju seperti Jerman dan Korea Selatan yang telah lama menjadi TVET sebagai teras pendidikan.

RMK13 perlu menjawab soalan ini dengan memperkukuh sistem TVET bukan sekadar di kolej atau politeknik, tetapi dimula seawalnya di bangku sekolah. Tambahan pula World Bank pernah melaporkan bahawa Malaysia kehilangan potensi ekonomi kerana mismatch antara pendidikan dan keperluan industri. Industri memerlukan pekerja yang mahir, tetapi ramai graduate akademik tidak dapat diserap kerana kekurangan kemahiran praktikal. Dengan memperkukuhkan TVET di peringkat awal, kita boleh mengurangkan jurang ini.

Selain itu, RMKe13 menekankan kepentingan digitalisasi dan ekonomi berasaskan teknologi. TVET boleh memainkan peranan penting dalam memperkasakan tenaga kemahiran kerja mahir dalam bidang-bidang seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hijau. Jika kanak-kanak diberi peluang untuk mempelajari asas sains komputer, reka bentuk atau keusahawanan sejak di sekolah rendah.

final • 3:40 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Kita bukan sahaja melatih mereka untuk bekerja masa kini, tetapi juga mempersiapkan mereka untuk bekerja masa depan yang mungkin belum wujud hari ini.

Dalam aspek ekonomi, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM6.8 bilion untuk sektor TVET dalam RMK12 dan dijangka akan terus diperluaskan dalam RMKe13 dengan penekanan kepada kolaborasi bersama industri. Namun, pelaksanaan di peringkat sekolah menengah masih perlu menyeluruh.

Oleh itu, agenda baharu dalam RMKe13 seharusnya memastikan TVET dijadikan sebahagian daripada kokurikulum arus pertama, bukan sebagai pilihan terakhir bagi pelajar yang gagal dalam akademi. Adakah kerajaan merancang menurunkan umur minimum TVET ke enam tahun supaya ia boleh dibuka kepada murid-murid sekolah, sejak sekolah rendah?

Dato Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya bentangkan di Dewan yang mulia ini ialah mengenai penglibatan belia di dalam bidang agropreneur. Malaysia kini masih agak bergantung kepada import makanan sehingga 60 persen bagi keperluan harian. Jika pengeluaran tempatan tidak dipertingkatkan, keselamatan makanan dan kesihatan rakyat akan semakin terjejas.

Kerajaan harus menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi agropreneur.

Generasi muda kini ramai mencari peluang dalam sektor moden, tetapi dengan teknologi pertanian baharu seperti hidroponik, fertigasi dan penggunaan dron pertanian bukan lagi dianggap pekerjaan tradisional semata-mata. Malah, laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menunjukkan bahawa agropreneur muda boleh memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan jika dipimpin dengan baik.

Dalam konteks RMK13, usaha kerajaan membantu petani beralih kepada teknologi pertanian pintar adalah amat penting untuk meningkatkan hasil tuaian. Sebagai contoh, penggunaan sistem fertigasi boleh meningkatkan hasil tomato sehingga dua kali ganda berbanding kaedah konvensional. Pada masa sama, mengurangkan risiko serangan penyakit tanaman yang boleh menjejaskan kualiti makanan.

Selain itu, usaha dan kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan harus diperluas untuk pasaran eksport. Produk pertanian Sarawak seperti nanas, lada, pisang dan buah tropika lain mempunyai potensi besar di pasaran luar negara. Dengan eksport yang lebih luas, bukan sahaja pendapatan petani meningkat, tetapi juga kita boleh memastikan lada-lada tempatan lebih terkawal dari segi kebersihan dan keselamatan makanan mengikut standard antarabangsa.

Namun, isu yang sangat membimbangkan sekarang adalah penularan baja palsu di pasaran. Laporan oleh persatuan pengguna mendapati lebih 20 persen tuai petani adalah berkaitan baja palsu atau tiruan yang bukan sahaja merugikan hasil tuaian, tetapi juga boleh mencemarkan tanah dan air. Kesannya, kualiti makanan terjejas dan rakyat berisiko mengambil hasil yang tidak selamat untuk kesihatan.

Oleh itu, RMKe13 harus meletakkan langkah-langkah penguatkuasaan lebih ketat termasuk ujian makmal bekalan, operasi bersepadu KPDN dan Jabatan Pertanian serta hukuman lebih berat terhadap pengedar baja palsu. Keselamatan makanan adalah sebahagian daripada kesihatan awam. Jika petani gagal menghasilkan makanan berkualiti kerana baja palsu atau teknik lama, rakyat akan bergantung kepada import makanan yang lebih mahal dan tidak semestinya selamat. RMKe13 perlu mengukuhkan dasar food security and healthy nation iaitu makanan yang dihasilkan dalam negara sendiri, segar dan berkualiti.

Dato Yang di-Pertua, akhir kata dan sebagai penutup, saya yang kita— apa yang kita perjuangkan dalam perbahasan hari ini, bukan sekadar akar dalam RMKe13. Bukan sekadar statistik atau laporan rasmi, tetapi kehidupan sebenar rakyat. Ibu yang risau tentang kesihatan anaknya, belia yang mencari arah hidup, petani yang berusaha mengubah nasib dan pesakit yang menunggu peluang rawatan.

final • 3:50 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Sehubungan itu, usaha menangani isu-isu ini harus dilakukan secara bersepadu antara Kerajaan Persekutuan, negeri, agensi berkaitan, sektor swasta dan komuniti.

Hanya melalui pendekatan menyeluruh dan kolaborasi pelbagai pihak, barulah RMKe13 benar-benar dapat menjadi jambatan ke arah Malaysia yang lebih sihat, berdaya saing dan mampan untuk generasi akan datang. Oleh itu, saya menyokong RMKe13. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada petang ini.

Dato Yang di-Pertua, RMK– Rancangan Malaysia Ketiga Belas memperuntukkan sekitar RM1.39 trilion keseluruhannya bagi tempoh 2026 hingga 2030, termasuklah RM430 bilion untuk belanja mengurus dan ia nya merupakan peruntukan yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

Dato Yang di-Pertua, peruntukan yang terbesar ini seharusnya dan diharapkan ia nya sampai kepada rakyat, sampai kepada keperluan sasar dan tidak berlaku ketirisan, kebocoran di mana-mana dan supaya setiap sen duit rakyat dapat dimanfaatkan oleh rakyat seluruhnya. Dan juga diharapkan supaya peruntukan ini tidak mengetepikan ataupun membelakangkan mana-mana kelompok, mana-mana kumpulan, mana-mana wilayah, negeri, kaum, bandar dan juga luar bandar.

Dato Yang di-Pertua, saya bangun untuk membawa suara rakyat Kedah dari pesisir Kuala Kedah hingga ke kaki Gunung Jerai. Dari sawah padi di Pendang hingga ke kilang-kilang berteknologi di Kulim. Hasratnya jelas, mahu melihat pembangunan yang adil, inklusif yang memberikan kesan yang nyata kepada kehidupan seharian rakyat dan ia nya dapat dirasai oleh seluruh rakyat negeri.

Dato Yang di-Pertua, Negeri Kedah berpotensi mempunyai potensi yang besar melalui pelan jangka panjang Greater of Kedah— satu visi yang menjadikan Kedah sebagai hab ekonomi utama di utara Semenanjung berteraskan industri bernilai tinggi, petani moden, pelancongan, warisan dan budaya.

Visi The Greater Kedah 2050 yang diperkenalkan pada tahun 2021 dan ia dilancarkan semula pada 2024 bertujuan mengubah Kedah menjadi hab ekonomi utara Malaysia dengan tumpuan kepada industri pertanian, kebudayaan, pelancongan dan kelestarian alam sekitar. Ia meliputi seluruh daerah-daerah di Negeri Kedah.

Projek Greater Kedah seperti zon solar, industri hab dan budaya desa boleh kita padankan, kita padankan dengan insentif dari dana RMK13. Penyelarasan program TVET, R&D dan inovasi yang bersesuaian dengan kehendak sektor teknologi tinggi di KHTP, gred tenaga pintar dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) dalam RMK13 boleh digunakan sebagai tulang belakang, Greater Kedah khususnya di koridor industri dan kawasan pelantunan hijau.

Penyelarasan antara peruntukan RMK13 dan projek strategik Kedah akan mempercepatkan, akan merealisasikan visi The Greater Kedah ini dan ia nya akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada negeri, bukan sahaja kepada Negeri Kedah, tetapi kepada ekonomi negara secara seluruhnya.

final • 3:55 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Dato Yang di-Pertua, ingin saya memberikan pandangan cadangan kepada beberapa kementerian, beberapa kementerian supaya peruntukan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030 ini mencapai matlamat utama dalam memperkukuhkan daya

final • 4:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

saing ekonomi, mempromosi pembangunan mampan dan juga mengurangkan ketidaksamaan sosioekonomi. Saya yakin dan percaya RMK13 dapat memberikan...

[Tidak jelas] Yang baik kepada negeri Kedah dalam merealisasikan visi “The Greater Kedah” khususnya dan juga kepada Malaysia secara amnya.

Kedah Aerotropolis nampaknya tidak dimanfaatkan dalam RMK13. Saya menarik, ingin menarik perhatian bahawa projek Kedah Aerotropolis yang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KSP), Pusat MRO, maintenance repair overhaul, hab logistik...

[Tidak jelas] Taman Perindustrian Aeroangkasa.

Sehubungan dengan itu, saya menggesa pihak kerajaan supaya mempercepatkan kajian NASP yang memberikan kelulusan projek ini setelah ianya memenuhi keperluan-keperluan teknikal dan juga keperluan keselamatan. Kedah Aerotropolis dimasukkan sebagai projek strategik wilayah dalam kluster NCER di bawah RMK13 atau setidak-tidaknya, sekurang-kurangnya ia mendapat peruntukan sokongan, sokongan infrastruktur awam, menjadikan Kedah Aerotropolis ini sebagai pemacu connectivity udara dan kargo yang menghubungkan Malaysia dengan pasaran ASEAN dan Asia Timur, sekali gus ia menyokong pasaran eksport negara.

Dato Yang di-Pertua, Kedah Aerotropolis bukan sekadar projek negeri, ia merupakan pelaburan strategik nasional yang berpotensi kerana ia menjana ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi. Meningkatkan kapasiti logistik, perdagangan antarabangsa, mengukuhkan rantaian bekalan industri aeroangkasa dan pembuatan teknologi dan akhirnya memacu pembangunan yang seimbang di antara wilayah-wilayah.

Dato Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas kita melihat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu PETRA diberikan mandat besar untuk memperkukuhkan sektor air negara. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya membawa perhatian kepada satu isu yang menyentuh kepentingan rakyat negeri Kedah berhubung dengan projek rawatan air Sungai Limau di Daerah Baling. Laporan rasmi menyebut bahawa projek ini masih dalam kategori projek sakit. Dengan kemajuan fizikal hanya sekitar 21 peratus berbanding jadual asal yang sepatutnya melebihi 70 peratus.

Kelewatan ini bukan sahaja sekadar angka di atas kertas tetapi memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk di daerah Baling dan daerah sekitarnya yang masih bergelut dengan masalah bekalan air bersih.

Soalan saya kepada Menteri yang berkenaan, apakah status terkini projek LRA Sungai Limau? Adakah ia kekal sebagai projek sakit atau ada penilaian semula selepas langkah-langkah pembetulan dibuat? Kita dimaklumkan bahawa PETRA telah menamatkan kontraktor lama dan berhasrat untuk melantik kontraktor baharu. Boleh Menteri menyatakan dengan jelas bilakah pelantikan kontraktor baru ini akan dilakukan dan proses tender atau pelantikan adakah sudah dimuktamadkan kerana kelewatannya dalam proses ini akan menjejaskan jadual siap projek.

Ketiga, apakah pelan pemulihan projek yang dirangka oleh PETRA untuk memastikan projek ini dapat di kembali kepada landasan asal? Apakah jaminan bahawa projek ini boleh siap selewat-lewatnya pada tahun hadapan?

Dato Yang di-Pertua, REE dikategorikan sebagai sumber paling berdaya maju untuk tahun mendatang. Rizab REE Kedah dianggarkan berjumlah 1.196 juta tan. Angka ini adalah penerokaan hasil baru yang dijangka diekstrak dalam tempoh 10 tahun akan datang. Bagi mengelakkan hasil mineral ini dieksport secara haram ke luar negara, ini berikutan terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan ia nya sebagai unsur nadi bumi bagi membolehkan ia nya dieksport keluar negara. Jadi, harapan kita bahawa— supaya kerajaan segera mengeluarkan SOP, SOP bagi eksplorasi REE dengan segera. Itu harapan kita.

Dato Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu benih padi.

Kedah sekian lama dikenali sebagai jelapang padi negeri, tetapi realitinya padi pesawah terus berdepan dengan masalah ketidakcukupan bekalan benih. Benih yang tidak tumbuh

final • 4:00 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

dengan baik serta kelewatan pengagihan. Hal ini bukan sekadar isu teknikal tetapi ia berkaitan dengan kelangsungan keselamatan makanan negara.

Saya mengambil perhatian terhadap usul yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini berhubung dengan pelaksanaan program pembiakbakaan tanaman padi oleh komuniti. Usul ini adalah suara rakyat dari sawah sendiri yang sudah berpuluh tahun bergelumang dengan bendang, tanah bendang. Ia bukan sekadar cadangan tetapi satu tuntutan yang sangat wajar diberi perhatian serius oleh pihak kementerian. Di Kedah kita tahu tanah di Pendang, Yan Kuala Kedah, Kubang Pasu tidak sama sifatnya. Pesawah memahami sendiri varieti padi yang sesuai dengan tanah mereka. Justeru, adalah wajar bagi mereka diberi ruang untuk menginovasi, membiak dan memilih benih padi mereka sendiri.

Namun Tuan Yang di-Pertua, hal ini tidak dapat dilakukan selagi Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004, Akta 634 tidak dikaji semula. Undang-undang ini terlalu mengikat seolah-olah menafikan kebijaksanaan pesawah tempatan dan saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kerajaan bersedia meneliti semula Akta 634 tadi agar ia lebih fleksibel, memberi ruang kepada petani untuk bereksperimen dengan varieti yang sesuai dengan keadaan setempat.

Bagaimana kerajaan memastikan isu ketulusan dalam pengeluaran benih yang ditangani agar tidak berlaku campur tangan syarikat-syarikat besar dalam— ianya merugikan pesawah? Adakah perancangan kementerian dalam memperkasakan program benih komuniti yang bukan sahaja boleh menjamin kualiti benih tetapi melahirkan usahawan tani bumiputera yang berdaya saing.

Dan kita melihat negara jiran kita Vietnam, Indonesia, Thailand sudah jauh mendahului menghasilkan varieti padi baru yang lebih tahan lasak dan produktif. Ada varieti mereka menghasilkan setangkai padi, boleh menghasilkan sehingga 400 hingga 500 biji padi sedangkan kita masih bergantung kepada varieti yang puratanya sekitar 100 hingga 200 biji. Adakah strategi kementerian untuk memastikan Malaysia untuk terus ketinggalan?

Saya juga ingin menyentuh cadangan untuk mewujudkan semula jenama padi Mahsuri sebagai simbol identiti negeri Kedah malah ia seperti mana Sabah mempunyai Lembaga Padi dan Beras Sabah dan sudah tiba masanya Kedah juga mempunyai Lembaga Padi dan Beras Kedah sendiri. Dan bukan sekadar soal pentadbiran tapi soal maruah negeri yang menjadi pengeluar padi utama negara.

Tuan Yang di-Pertua, kalau benar kerajaan serius dalam agenda kedaulatan makanan dalam RMK13 maka usul daripada Kedah ini tidak boleh dipandang ringan.

Kementerian mesti memberikan perhatian kepada suara pesawah, membuka ruang kepada inovasi tempatan, mengurangkan kebergantungan mutlak kepada syarikat yang besar.

Dengan itu...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh sikit mencelah, ke dah nak tutup dah? Boleh celah sikit?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Oh. Okey. Okey.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat Dato, saya ingin mengemukakan pertanyaanlah kalau mungkin— ada yang mengatakan bahawa sekarang ini penanam padi di Kedah hanya ada hak kuasa tanam sahaja. Benih, baja, racun itu mereka yang kena beli, tetapi mereka tak ada pilihan sebab benih yang ada hanya benih yang ditetapkan.

Sampai ke tahap akhir, mengeluarkan— menjadikan padi kepada beras pun bukan mesin sendiri ataupun kilang sendiri. Akhirnya, penanam padi di Kedah mahupun

final • 4:10 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

di mana tempat, hanya mampu tanam padi dan tak sempat nak rasa pun beras yang mereka tanam sendiri.

Apakah betul cadangan itu dan apakah solusinya yang mungkin boleh di— kalau ia nya betul? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Terima kasih sahabat saya, Haji Hussin.

Inilah masalah yang berlaku kepada pesawah-pesawah kita.

Dia— banyak pihak syarikat-syarikat orang lain yang menguasai industri padi di negara kita. Sama ada di peringkat benih— daripada mula benih sehingga ke peringkat tuaian. Makna dia, pihak lain yang menguasai dalam industri padi dan ia nya perlu diberikan perhatian dalam industri padi ini supaya petani-petani juga mempunyai kuasa sendiri untuk menguruskan penanaman padi mereka.

Jadi, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Haji Hussin tadi, supaya ia nya diberikan perhatian dalam RMKe13. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan juga dalam perbahasan saya iaitu Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang disebut dalam RMKe13 adalah suatu dasar yang amat penting, yang Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada kuasa luar untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Namun, dasar ini tidak boleh menjadi dokumen cantik yang di atas kertas. Ia mesti dilaksanakan sesungguhnya dengan serius dan berani. Kita perlu mengingatkan kerajaan bahawa pelaksanaan DIPN iaitu Dasar Industri Pertahanan Negara ini sebelum ini sudah diumumkan dalam RMK12. Bahkan, disebut dan dilancarkan pada LIMA 2025 baru-baru ini, tetapi sehingga kini, masih tertangguh.

Soalan saya, apakah jaminan kerajaan kali ini bahawa ia benar-benar akan dilaksanakan dalam RMK13 ataupun ia sekadar janji yang diulang-ulang?

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain itu, DIPN memberikan tekanan kepada penyelidikan pembangunan inovasi dan kita bersetuju bahawa teknologi seperti dron, AI dan pertahanan siber amat penting.

Apakah— tetapi adakah peruntukan sebenar yang disediakan? Apakah model pembiayaan yang jelas bagi memastikan penyelidikan ini tidak hanya berhenti pada kajian sahaja semata-mata tetapi ia diaplikasi di lapangan?

Isu ketelusan dan perolehan pertahanan juga perlu diberikan perhatian. Sejarah membuktikan bahawa terlalu banyak isu ketirisan, monopoli kontraktor serta pemberian projek kepada syarikat yang bermasalah. Bagaimana kerajaan akan memastikan DIPN tidak menjadi platform baru untuk kronisme, pembaziran dana awam? Adakah kerajaan sedia mewujudkan mekanisme pengawasan bebas agar rakyat boleh menilai setiap perolehan pertahanan secara telus?

Selain itu, kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab industri pertahanan Asia Tenggara. Namun realitinya, industri kita masih kecil, bergantung kepada input luar.

Apakah strategik konkrit kerajaan untuk meningkatkan daya saing produk made by Malaysia— made in Malaysia-lah.

Adakah kerajaan mempunyai sasaran eksport yang jelas dan negara manakah yang dikenal pasti sebagai pasaran sasaran kita? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa kita bukan menolak DIPN, sebaliknya kita mahu dasar ini dilaksanakan dengan penuh integriti, bebas daripada kepentingan politik dan benar-benar mengutamakan keselamatan negara serta manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Pengerusi, ada sikitlah lagi, kita boleh sambung sikit lagi?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Pengerusi— Yang di-Pertua, isu yang terakhir— Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya baru masuk. Jadi tak apa, teruskan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membentangkan RUU Pembubaran Semula Bandar di Parlimen baru-baru ini. Sebab itu bacaan pertama pada hari yang lepas dan dijangkakan bacaan kedua di Parlimen pada esok hari.

Dalam taklimat yang kita sama-sama hadir, rang undang-undang ini di bawah sana nu, antara yang disebut oleh Menteri ialah berkenaan dengan bahawa kerajaan negeri menyokong pindaan RUU ini. Adakah ia nya benar? Hakikatnya Yang di-Pertua, pada 26 Ogos, negeri-negeri SG4, negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menolak RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025.

Ini kerana Datuk Yang di-Pertua, dengan kelulusan RUU ini, ia memberi implikasi yang besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat.

Urusan perancangan bandar adalah terletak di bawah bidang kuasa Eksekutif negeri seperti yang terdapat dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Pelaksanaan URA ini juga dilihat boleh menjejaskan pemilik asal tanah dan komuniti tradisi yang sedia ada, terutamanya orang Melayu - kaum Melayu dan bumiputera.

Tambahan pula, URA ini tidak memperincikan mekanisme pampasan dan perlindungan yang jelas kepada pemilik asal tanah dan ia nya dibimbangi berkemungkinan menjejaskan imbangan kaum dan pemilikan hartanah di bandar. URA adalah bertentangan dengan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan yang melindungi harta rakyat.

Perkara 13 menyebut, Fasal 1, tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya, kecuali mengikut undang-undang. Fasal 2, tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, jika rang undang-undang ini diluluskan, bermakna selepas 30 tahun, ia nya boleh diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan semula. Jadi Datuk Yang di-Pertua, kita amat bimbang, tanpa mekanisme pelaksanaan yang jelas, ia akan mewujudkan jurang komuniti kaum di bandar dan juga menjejaskan keharmonian di negeri-negeri.

Jadi, saya mengharapkan pihak kerajaan menangguhkan ataupun tarik balik RUU ini kerana kita meyakini bahawa undang-undang yang sedia ada, termasuk Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Hak Milik 1960, Akta Hak Milik Strata 1985, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 sudah memadai untuk kita membangunkan bandar-bandar kita.

Jadi, sekian Datuk Yang di-Pertua, mohon menyokong. Sekian. W

final • 4:10 PM

abillahi taufik wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih. Sekarang saya jemput YB Senator Tuan Amir bin Md Ghazali.

final • 4:10 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

final • 4:19 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Alhamdulillah, terima kasih kerana diberi ruang dan peluang pada petang ini di Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ini adalah dokumen yang akan menentukan hala tuju negara, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026 hingga 2030. Adalah untuk mencapai pembangunan menyeluruh yang berlandaskan falsafah Ekonomi MADANI dengan tema ‘Melakarkan Semula Pembangunan’, memperuntukkan sasaran pembangunan RMKe13 bernilai RM611 bilion.

Ini akan dilakukan melalui tiga teras utama; menaikkan siling pertumbuhan, menaikkan lantai kehidupan rakyat; dan memperkukuhkan tata kelola, pentadbiran dengan fokus kepada keterangkuman, kemampanan dan daya tahan untuk memastikan manfaat pembangunan diagih secara adil semua wilayah.

Datuk Yang di-Pertua, sering saya diperingatkan bangsa yang besar adalah bangsa yang selalu mengoptimistik dan bersangka baik terhadap masa depan negaranya.

Malaysia sesesungguhnya punya upaya untuk bangkit menjadi bangsa pemenang kerana sejarah panjang negara ini. Rakyat dan pemimpinnya berhasil merebut kemerdekaan dari kolonialisme dan juga dari penjajahan.

Kemerdekaan yang kita sambut hari ini bukan diraih dengan mudah, tidak terhidang di atas dulang emas, tetapi melalui jalur perjuangan, dengan cucuran darah keringat dan air mata. Ertinya DNA pejuang, patriotik, dan kebijakan mengalir di tubuh bangsa kita dan banyak peristiwa hitam dan krisis besar berhasil kita hadapi dan bangkit yang akhirnya mengubah sejarah dan kita yang menentukan perjalanan untung nasib rakyat bangsa kita selanjutnya ke depan.

Saya mengambil kesempatan hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu: Federation of Malaya ke-68 tahun dan Selamat Hari Malaysia. Ayuh, kita semua keluarga besar Malaysia; Melayu, Cina, India, Dayak, KadazanDusun, orang asli dan Siam, dan kakitangan awam, pekerja swasta, dan semua rakyat Malaysia. Setiap rakyat satu bendera— satu kenderaan, satu bendera. Satu premis perniagaan mahupun kediaman, satu bendera. Nyatakan, tunjukkan, tanda kita sayang kepada negara kita dengan sentiasa sisipkan bendera keramat ini dekat dengan sekeliling kita sepanjang bulan Ogos dan bulan September sempena Hari Malaysia 16 September.

Datuk Yang di-Pertua, sepanjang perjalanan saya ke ibu kota, saya terkesima.

Realitinya hari ini ialah kesedaran makin hilang. Di atas jalan raya, bandar-bandar besar, di atas highway Utara-Selatan, amat sedikit kenderaan mempamerkan bendera di kenderaan masing-masing. Sungguh mengecewakan dan gagal memaknai kemerdekaan.

Apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan hadirnya amarah rakyat pada ketika ini atau kurangnya kempen oleh pihak kerajaan atau kempen sambil lewa oleh kementerian yang terkait?

Namun begitu, ada satu sisi, walaupun sedikit tapi saya merasa amat berbangga kepada sebahagian pemandu treler panjang atas inisiatif pemandu ataupun syarikat sendiri yang mengikat bendera Malaysia di belakang kenderaan sambil menekan hon yang membingitkan. Namun, saya ucapkan syabas. Tiga hari menjelang hari kewujudan negara Malaysia, saudara dan anda semua adalah patriot. Satu bendera dijulang tanda berani menolak perbuatan buli ke atas apa pun tujuannya.

Datuk Yang di-Pertua, saya percaya dan yakin bahawa dokumen RMKe13 ini adalah daya tangkal dan daya pukul yang memperkuatkan tatakelola serta mendaya- gunakan semua komponen tatakelola yang komprehensif dan profesional. RMKe13 yang dirangka berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, mampu memacu pembangunan ekonomi negara secara seimbang, adil, dan mampan menjelang 2030. RMK13 bukan sekadar dokumen rancangan lima tahun, malah merupakan pelan transformasi nasional yang menyeluruh, meliputi pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan, keadilan sosial, dan reformasi institusi.

Beberapa inisiatif penting yang telah digerakkan Kerajaan MADANI sejak mengambil alih pentadbiran pada November 2022 seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Dasar TVET Negara dan Strategi

final • 4:20 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Semikonduktor Nasional. Inisiatif ini adalah asas kukuh kepada ekonomi negara dan memacu peralihan Malaysia ke arah industri berteknologi tinggi serta berpendapatan tinggi.

Datuk Yang di-Pertua, ekonomi merata di seluruh Malaysia, di seluruh wilayah.

Saya memuji tentang tumpuan RMKe13 terhadap pembangunan wilayah secara seimbang menerusi pelaksanaan projek berimpak besar seperti zon ekonomi khas di Johor dan Singapore, Kulim Hi-Tech (KHTP), Kerian Integrated Green Industrial Park

(KIGIP), dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Tanjong Malim di Perak. RMKe13 tidak ketepikan negeri-negeri lain di Semenanjung, dan juga di Sabah dan Sarawak. Program Teknologi Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta industri hidrogen di Pantai Timur, iaitu di Terengganu dan Sarawak. Sabah pula berpotensi menjadi hab utama bagi ekonomi biru melalui sektor pelancongan dan penggunaan sumber maritim dan Kelantan pula akan dibangunkan sebagai pusat industri perkapalan melibatkan pembuatan dan kerja baik pulih kapal.

Alhamdulillah, selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Pulau Pinang juga mempunyai misi, iaitu Gagasan Penang 2030 yang dimainkan oleh pimpinan kerajaan dari Pulau Pinang. Selain sektor industri, pembangunan, dan pelancongan, pengagihan kemakmuran juga diluncurkan.

Pulau Pinang juga menggerakkan Agenda Pembangunan Islam 2030 dengan peruntukan jutaan ringgit sebagai satu impak positif terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang. Setiap usaha-usaha yang diwujudkan adalah satu syiar Islam di negeri Pulau Pinang dengan mewujudkan banyak masjid-masjid dan kompleks Islam seperti mana Al- Bukhary di Kedah akan diwujudkan di Seberang Jaya, di Permatang Pauh. Terima kasih Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.

Datuk Yang di-Pertua, tamadun berasaskan intelektual, seni dan budaya, kemahiran, AI, dan digitalisasi. Menguasai digital di abad ini amat penting kerana ia meningkatkan daya saing dalam kerjaya dan membuka peluang kerja baharu, membolehkan akses kepada maklumat dan pembelajaran secara global, serta meningkatkan produktiviti dan memudahkan komunikasi dengan kos yang lebih murah.

Selain itu, kemahiran digital menyediakan pelajar untuk masa hadapan dengan pendedahan yang kemahiran relevan seperti pengekodan dan literasi digital, menjadikan pendidikan lebih mudah diakses dan dipersonalisasikan.

Namun begitu, institusi-institusi pendidikan tinggi perlu mempunyai keinginan dan daya untuk meneroka dengan berani perbatasan ilmu dan membuka wilayah baharu dalam pelbagai disiplin seperti sains, bahasa, bidang falsafah, ekonomi, seni budaya, dan teknologi berbasis digital agar ia akan melahirkan manusia nahdhah yang mengenal diri, memahami kehidupan dan bijak memintal falsafah bagi mewujudkan tamadun madani yang cemerlang beridentitikan warisan Nusantara. Wacana ini tentunya menjurus kepada peranan dan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi kerana universiti sebagai institusi khusus memajukan ilmu, meneroka pemikiran baharu, dan gedung pertempuran pemikiran.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh tentang pembangunan pelancongan warisan Kuala Lumpur dan negeri-negeri tumpuan pelancongan. Tiga fokus utama dan juga satu faktor kejayaan di Kuala Lumpur; fokuskan pembaikan asas, promosi pemuliharaan, dan juga restorasi ringan pada bangunan ikonik, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dilaksanakan oleh DBKL. Lengkapkan papan tanda pelbagai bahasa dan kod QR untuk maklumat sejarah di setiap tapak warisan. Ini boleh menarik pelancong ke tempat-tempat tanpa janggal.

Pakej KL Heritage Walk, laluan pejalan kaki dan pemandu pelancong yang berlesen untuk memberi pendapatan kepada penduduk-penduduk tempatan. Promosi peta digital antarabangsa, video pendek, tingkatkan latihan pemandu komuniti, melibatkan penduduk Kampung Baru, Chinatown, Little India sebagai storyteller. Fokuskan pengalaman interaktif, penyatuan ekosistem pelancongan, perbanyakan aplikasi pintar

final • 4:20 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

pelancongan Kuala Lumpur, pemandu maya dengan AR dan juga VR. Contohnya, kita melihat, mengimbau masa depan ataupun 100 tahun Kuala Lumpur di masa lalu ataupun Kuala Lumpur di masa hadapan sebagai satu interaktif kepada pelancong-pelancong luar.

final • 4:20 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Aktiviti berskala kecil dan besar, festival warisan Kuala Lumpur, gabungan makanan, seni tarian dan pameran sejarah, sediakan infrastruktur mesra pelancong, bas mini elektrik, beca moden dengan guide pelbagai bahasa.

Dato’ Yang di-Pertua, Lanai Seni iaitu di sebelah Jalan Tun Abdul Razak, jadikan sebagai rumah budaya interaktif, ruang di mana pelancong boleh membatik, menari zapin, memasak tradisional, pemasaran bersama syarikat penerbangan, pakej heritage tour untuk pelancongan singgah daripada KLIA ke ibu kota. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita wujudkan, kita cadangkan kepada pihak kerajaan supaya jejak warisan metropolitan yang laluan besar menghubungkan tapak warisan Kuala Lumpur dengan Putrajaya dan Melaka menjadi tiga bandar warisan yang boleh menarik pelancong- pelancong untuk hadir di tanah air kita.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang Berhormat, boleh mencelah? Saya sangat tertarik dengan ungkapan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Saya search dalam sejarah, nota sejarah, penubuhan Tanah Melayu sekarang ramai orang dah lupa tariknya:

31 Januari 1948, peralihan daripada Malayan Union pergi ke Persekutuan Tanah Melayu untuk mengembalikan semula kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu yang sudah di lupus sebahagian fungsi mereka dan kemudian beralih kepada Kemerdekaan 31 Ogos dan terusnya kepada Pembentukan Malaysia 1963— 31 Ogos, dan 1963 pembentukan Malaysia, 16 September tetap di ingatan, apakah wajar kalau kita mencadangkan pula supaya tarikh juga memperingati penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948? Mohon, respons daripada Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Saya bersetuju dengan pandangan dan cadangan daripada Tuan Haji Hussin, Senator Tuan Haji Hussin dan masukkan ke dalam teks ucapan saya pada petang ini. Dan, memang dalam Perlembagaan— naskhah Perlembagaan yang menulis kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Baik, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan yang manusiawi. Dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga Belas, pendidikan tetap diberi tumpuan utama negara. Dengan pertumbuhan taman-taman baharu dan bandar baharu di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain negeri yang pesat membangun, serta pertambahan penduduk yang pesat dan keperluan pendidikan yang semakin meningkat.

RMKe13 mengambil kira situasi lima tahun ke depan isu kepadatan dan kekurangan kelas serta sekolah, saya dapati ada sebahagian SMK telah mendekati 1200 pelajar dan sebahagian besarnya sekolah rendah kebangsaan, 800 hingga 1000 orang pelajar. Kepadatan pelajar sekolah di kawasan bandar seperti Georgetown, Bayan Baru, Tanjung dan Seberang Jaya memberikan kesan yang kurang baik terhadap kualiti pendidikan. Saya cadangkan supaya dibina sekolah bertingkat bagi memenuhi keperluan tanah yang terhad dan pertambahan penduduk yang pantas amat dialu-alukan.

Kelebihan sekolah bertingkat adalah ia tidak mengganggu tanah lapang yang sedia ada seperti padang permainan, ruang kelas yang lebih luas fasiliti pendidikan seperti mana makmal sains, perpustakaan, surau dan tempat riadah boleh diperluaskan sekalipun ia bangunan bertingkat. Ini boleh dimulakan di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor disebabkan tanah yang cukup terhad dan ia memberikan satu pembelajaran yang lebih selesa kepada pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Di tempat-tempat lain tidak berkeperluan tetapi di Pulau Pinang, memang perlu rancang, perlu rancang sekolah bertingkat supaya dimulakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Selangor.

final • 4:30 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang tidak pernah reda dari tahun ke tahun iaitu perpindahan guru: guru mengajar di negeri-negeri lain. Atas dasar apakah guru dan doktor kerajaan dihantar mengajar dan bertugas di luar negeri kelahiran mereka? Apakah kerajaan ada cadangan untuk mengubah dasar tersebut dan menetapkan guru-guru SMK ke daerah asal dan mengajar di negeri masing-masing. Selama ia berlanjutan, di atas agenda silang budaya dan juga integrasi nasional, guru-guru dihantar mengajar di SMK dan SK, Sabah dan Sarawak dan lain-lain negeri luar bandar, adakah ia mencapai maksud dan berjaya?

Tiada kaedah lain kah yang mampu kita memperkukuhkan integrasi nasional selain dengan cara menempatkan guru jauh dari kampung halaman mereka dan kondisi tersebut dinilai amat membebankan cikgu sekolah. Bertugas di sekolah yang berlokasi lebih dekat dengan keluarga, bersama keluarga dan budaya yang sama, cakap bahasa yang sama, loghat yang sama, diharapkan dapat mengurangi beban dan menaikkan mutu pembelajaran cikgu-cikgu dan meningkatkan kenyamanan dalam menjalankan tugas sebagai guru.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi isu iaitu memperhebatkan Malaysia di persada dunia. Keteguhan ASEAN diplomasi aras tinggi, kekuatan ekonomi Asia Timur dan perpaduan antara negara-negara membangun melalui pertubuhan Pergerakan Negara- negara Berkecuali sudah pasti akan menjadi suara umat yang sangat dihormati oleh dunia sejagat.

ASEAN di bawah pengerusian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terus memperkukuhkan kepimpinan ASEAN dengan cara tersendiri, telah berusaha menjayakan cita-cita dan semangat ini.

Prakarsa kelima dalam RMKe13, iaitu memperhebatkan penglibatan Malaysia dalam ekonomi dunia seiring dengan dasar luar negara yang mengutamakan kedaulatan serta kerjasama serantau dan global. Antara tumpuan utama ialah memperkukuhkan kedudukan Malaysia dan ASEAN, APEC, BRICS dan OIC dengan pendekatan berprinsip dan suara yang lantang dalam memperjuangkan kepentingan negara.

Malaysia juga komited untuk menjadi hab serantau pelaburan, teknologi dan bakat, termasuk melalui inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, serta ASEAN, connectivity by rail. Dalam masa yang sama, Malaysia juga terus memperluaskan jaringan diplomatik ke pasaran baru seperti BRICS, Afrika dan juga Asia Tengah. Ini mampu memperkukuh eksport pelaburan serta mengantarabangsakan sektor strategik seperti halal, francais dan juga ekonomi digital.

Malaysia menegaskan keperluan memodenkan kemudahan lalu lintas sempadan, termasuk menaik taraf ICQS dan pelabuhan darat selaras dengan pendekatan diplomasi sempadan yang lebih cepat.

Begitu pun, saya ingin ajukan soalan tentang pendapat— tentang terdapat cadangan daripada Aceh Darussalam, Indonesia melalui portal-portal yang berlegar-legar di media massa. Kenyataan Gabenor Aceh, saudara Mualem ataupun Muzakir Manaf Hjakil akan membuka laluan samudera menuju ke Pulau Pinang menggunakan kapal feri RORO, selain aspek pelancongan, laluan itu akan memudahkan urusan perdagangan kedua-dua negara.

Adakah ada persetujuan antara G2G dan juga apakah dikaji aspek keselamatan sebab kita tidak mahu ada scammer bila ada sumber ekonomi di situ akan ada tipu daya.

Jadi saya minta, mohon Kementerian Luar atau Kementerian Dalam Negeri jelaskan, supaya kita dapat bersama-sama— adakah palsu ataupun benar ada hubungan perdagangan antara Aceh dan juga Pulau Pinang.

Malaysia akan terus menjadi suara bagi keadilan global, pemudah cara damai dan rakan strategik dalam dunia yang semakin mencabar dari sudut geopolitik dan juga ekonomi. Bila mana kebangkitan Asia bergerak, Timur dan Barat perlu menjalinkan simbiosis kebudayaan untuk menjayakan masyarakat dunia sejagat seperti yang

final • 4:30 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

diutarakan oleh Rabindranath Tagore. Seperti saya petikan tokoh sasterawan... [Tidak jelas] Rabindranath Tagore...

“Malam sudah beransur, padamkan lampu di sudut sempit-mu yang dikotori jelaga, bagi yang agung untuk semua, terbit di Timur biar cahayanya menerangi jalan kita yang lebih bermakna.” Sekian, saya mohon menyokong RMKe13. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Tuan Amir. Ucapan yang begitu padat, yang merangkumi isu pendidikan, kebudayaan, ekonomi, dan geopolitik dunia. Hebat!

Baik, sekarang saya jemput Datuk Haji Mustafa Musa.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk turut sama membahaskan cadangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bermula dari 2026 hingga 2030.

final • 4:39 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, dalam rangka RMKe13, Kerajaan Persekutuan menumpukan secara serius lima keutamaan mobiliti sosial yang akan ditumpukan agar pembangunan negara dapat disepadukan kepada semua rakyat dan wilayah. Lima keutamaan itu adalah:

(i) reformasi pendidikan;

(ii) reformasi pasaran buruh;

(iii) pengukuhan pembangunan terangkum dan perspektif pelbagai dimensi;

(iv) peningkatan tahap sosioekonomi golongan sasar; dan

(v) pembangunan wilayah seimbang dan pengukuhan ekonomi desa atau luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pesara guru yang berkecimpung begitu lama dalam dunia pendidikan, isu pendidikan begitu dekat dan melekat di hati saya. Tuan Yang di- Pertua, betapa pentingnya reformasi pendidikan diberi perhatian oleh KPM agar output pelajar kita menjadi modal insan yang amat produktif dan berkemahiran tinggi di pasaran tenaga kerja. Ini sesuai dengan keutamaan mobiliti sosial RMKe13.

Dalam Bajet 2025, hampir RM40.978 bilion dibelanjakan untuk emolumen atau pengajian guru bagi memenuhi operasi prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah. Kita mempunyai 140 PPD, tiga pejabat pendidikan wilayah dan 16 jabatan pendidikan negeri yang menjadi pusat tanggungjawab (PTJ) untuk memastikan sistem pendidikan dan reformasi pendidikan berjalan dengan baik, lancar dan berkesan.

Soalan saya, sejauh manakah operasi pendidikan di sekolah rendah dan di sekolah menengah ini mendapat perhatian yang serius dari segi limpahan para pelajar?

Keperluan right-sizing guru sesuai dengan opsyen kompeten subjek, diberi perhatian dalam reformasi ini.

Apakah senarai perjawatan guru akademik di semua 140 PPD, tiga Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) dan dua JPN Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya memenuhi keperluan sebenar right-sizing guru mengikut keperluan opsyen kompeten

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

subjek yang tepat dan memenuhi keperluan sebenar subjek yang ditawarkan dan diambil oleh para pelajar dalam peperiksaan?

Pada saya, ini penting kerana tiada gunanya gedung yang mewah, sekolah yang cantik dan pembinaan-pembinaan baharu dalam bidang ekonomi tetapi, sekolah yang padat dan juga tidak tersusun, guru yang tidak berkemahiran dan dasar yang tidak – dasar yang dibuat tanpa mengira kepentingan lapangan, akhirnya akan merosakkan generasi pelajar itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia baru sahaja mewajibkan pendidikan wajib sekolah menengah dalam RMKe13. Pelajar prasekolah akan diwajibkan memasuki prasekolah mulai berusia lima tahun. Saya juga dimaklumkan bahawa mulai 2026, semua prasekolah akan diwajibkan menggunakan kurikulum baru prasekolah yang dikuatkuasakan oleh KPM.

Persoalannya, kepada Menteri dan juga kepada kementerian, sejauh manakah kendalian kursus pendedahan dan pengukuhan peningkatan prestasi dan kompeten guru prasekolah dan KPM ataupun KKDW yang mempunyai tadika KEMAS dan JAKOA, Kementerian Perpaduan Negara yang mempunyai Tadika Perpaduan, tadika swasta, NGO, PASTI dan tadika milik institusi awam dibuat dan diunjurkan statistiknya sehingga Ogos 2025?

Dan, apakah jaminan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa penguasaan guru prasekolah ke atas kurikulum baharu yang diperkenalkan ini, yang akan memberi makna dan juga signifikan terhadap reformasi pendidikan yang terkandung dalam RMKe13, dan sejauh manakah KPM dengan kerjasama KKDW dan Kementerian Perpaduan dapat memaksimumkan enrolmen kanak-kanak dan kapasiti tempat belajar prasekolah di 140 PPD, tiga pejabat pendidikan wilayah dan dua JPN iaitu di Putrajaya dan juga Labuan?

Tuan Yang di-Pertua, bagi memenuhi dan memantapkan operasi pendidikan menengah dan rendah, sudah sampai masanya peruntukan khusus bagi membiayai geran per kapita mata pelajaran dan bukan mata pelajaran, serta geran bantuan sukan sekolah dinaikkan kadarnya dan diberi kesesuaian mengikut kos sara hidup yang telah meningkat.

Pada Bajet 2025, geran per kapita sekolah diperuntukkan sebanyak RM905 juta dan bantuan sukan sebanyak RM66.9 juta untuk disalurkan kepada 10,238 buah sekolah.

Justeru, saya memohon agar kerajaan membantu untuk menaikkan bantuan sukan dan per kapita mata pelajaran kerana ketidakcukupan bajet ini akan menyebabkan sekolah terutamanya PIBG, kadang-kadang terpaksa mengemis dengan pihak swasta atau kepada YB untuk mendapatkan peruntukan dan dana bagi membiayai pelbagai aktiviti kemenjadian pelajar. Jadi, saya rasa operasi sekolah— peningkatan ini adalah wajar disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan memerlukan banyak perbelanjaan dalam aktiviti pelajar yang semakin rencam dan pelbagai.

Tuan Yang di-Pertua, pengukuhan ekonomi desa dan wilayah amat penting bagi memastikan kebergantungan ekonomi berasaskan komoditi sawit, getah dan aktiviti agrotani memberi impak kepada keberhasilan komuniti negara. Kalau disemak dan dikaji, agensi seperti MARA, FELDA, FELCRA, RISDA dan pihak berkuasa pembangunan wilayah seperti KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDAR dan PERDA perlu memaksimumkan latihan semua semula TVET kepada belia dan usahawan desa agar tumpuan pembangunan usahawan desa akan mencapai keutuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Saya ingin mendapatkan pencerahan kepada FELDA dan KKDW iaitu agensi usahawan desa. Sejauh manakah latihan semula peserta dan strategi memantapkan penyertaan usahawan desa dalam platform ekonomi digital serta segmen baharu pasaran global?

Kedua, berapakah unjuran peruntukan skim pembiayaan ekonomi desa yang disalur kepada agensi pelaksana seperti MARA, RISDA, FELCRA dan pihak berkuasa

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

pembangunan wilayah? Ketiga, sejauh manakah kompetensi dan kebolehharapan pegawai-pegawai hal ehwal ekonomi di semua agensi tersebut untuk meneroka dan memimpin usahawan desa bagi meneroka pasaran global dan digital yang semakin mencabar dan menjadi pilihan segmen runcit dunia?

Tuan Yang di-Pertua, menjelang akhir September 2025, kementerian akan mengumumkan pelarasan dan penstrukturan semula subsidi petroleum RON95 bagi mengimbangi kekangan fizikal Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, maklum balas dari akar umbi dan rakyat jelata, mereka mahukan fleksibiliti dan layanan cukai yang lebih baik ke atas caj dan percukaian kenderaan penumpang, sama ada pemasangan CKD tempatan atau CBU import.

Pada masa ini, kerajaan mengutip pendapatan cukai dari segmen kenderaan penumpang adalah seperti berikut. Duti import kenderaan CBU, anggaran kutipannya lebih daripada RM662 juta. Cukai jualan import kenderaan CBU, RM1.06 bilion. Duti eksais tempatan barangan import kenderaan CBU, anggaran kutipan cukai ialah RM3.593 bilion dan kenderaan duti eksais tempatan, kenderaan penumpang, anggaran kutipan ialah RM3.894 bilion.

Oleh yang demikian, oleh kerana rasionalisasi berasaskan petroleum RON95, rakyat memohon jasa baik kerajaan agar mengkaji semula kadar cukai dan duti eksais bagi kenderaan recon import dan pemasangan tempatan agar harga kenderaan lebih rendah dan menarik. Ini secara langsung akan meningkatkan pertumbuhan sektor automotif negara dan memberi banyak pilihan serta penjimatan kepada kos isi rumah kerana pilihan model lebih fleksibel.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2026, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menjadi industri— kementerian yang sangat penting dan juga penjenamaan kepada sektor pelancongan negara. Apabila kita memasuki Visit Malaysia 2026, kita berharap kempen ini dapat menarik lebih ramai pelancong asing datang melancong ke Malaysia dan sektor pelancongan tempatan terus disokong dan didukung dengan bantuan-bantuan bagi menyelenggara dan memastikan infrastruktur pelancongan tempatan terus mendapat layanan yang segar dan terbaik dari pihak kerajaan.

Soalan saya kepada kerajaan— terutamanya kerajaan harus memikirkan bantuan yang lebih besar, harus menghulurkan bantuan yang lebih banyak, agar infrastruktur pelancongan dapat disenggara, kebersihan yang terjamin pada pusat-pusat pelancongan baharu dapat dibuka dan yang ada terus dipertahankan untuk terus segar dan bernyawa bagi menyaingi pusat-pusat pelancongan yang milik swasta, yang baharu dan juga yang lama.

Sejauh manakah peruntukan dan sokongan Kerajaan Persekutuan kepada projek-projek menaik taraf venue, venue pelancongan, khususnya di negeri Melaka, sesuai dengan kedudukan Melaka sebagai negeri pelancongan utama yang tentunya akan meninggalkan kenangan paling indah jika tuan-tuan melawat ke Melaka. Untuk menarik pelancongan berulang, dia memerlukan sesuatu yang baharu dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kata orang Melaka.

Kalau tuan tanam lengkuas; Jangan ditanam masa berdiri; Datang Melaka sekali tak puas, Silalah datang berkali-kali. Justeru, untuk menarik keadaan itu, maka kita juga berharap agenda kalendar pengisian seni dan budaya serta promosi dari Tourism Malaysia dapat ditingkatkan agar lebih ramai pelancong-pelancong datang ke Melaka.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Untuk perhatian Dewan yang mulia ini, Melaka bukan sahaja melancarkan Tahun Melawat Melaka bagi kali kedua sehingga Disember 2025, tetapi juga Melaka telah dipilih sebagai pusat tumpuan dengan World Tourism Day, Persidangan Menteri-Menteri Pelancongan Dunia bertempat di Melaka. Jadi, Melaka sewajarnya mendapat perhatian lebih daripada kementerian dan kerajaan untuk melaksanakan program-program pelancongan, program-program bertaraf nasional dan antarabangsa di bumi Melaka yang bersejarah lagi bertuah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Melaka memang hebat. Fan Bingbing pun dapat Datuk.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Okey, Shah Rukh Khan pun dapat Datuk sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi perlu memberi perhatian serius terhadap faedah dan pulangan pelaburan oleh GLC, GLIC, Khazanah dan PETRONAS kerana segmen perolehan dari institusi awam ini sangat penting untuk pembangunan negara pada masa depan. Cabaran ekonomi global dan isu tarif perlindungan oleh Amerika Syarikat dan penguasaan global syarikat dari Mainland China menyebabkan faedah pulangan pelaburan mengalami penurunan signifikan.

Pada 2025, kerajaan mengunjurkan penurunan sehingga RM48.23 bilion berbanding RM49.8 bilion tahun 2024 dan RM55.8 bilion pada tahun 2023. Persoalannya, apakah strategi dan pendekatan lebih agresif GLC dan GLIC, PETRONAS dan Khazanah agar faktor cabaran ekonomi global dan krisis tarif dagangan Amerika tidak menjejaskan nilai pulangan dan faedah pelaburan negara?

Saya juga ingin mendapat pencerahan, sejauh manakah syarikat penerbangan negara Malaysia, Aviation Group yang komited dalam pembelian hampir 30 buah pesawat Boeing yang menelan belanja USD9.5 bilion sebagai prasyarat: sweet deal dengan Kerajaan Trump Amerika Syarikat bagi menurunkan kadar tarif kepada 19 peratus terhadap Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga beranggapan dan saya suka tegaskan di sini bahawa trend kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing sama ada dari Vietnam, daripada Bangladesh, daripada Myanmar atau daripada negara mana pun perlu disekat dan perlu direformasikan semula, sesuai dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mobiliti sosial. Peningkatan tahap latihan kemahiran dan pendidikan modal insan perlu diberi perhatian dan memerlukan kerjasama pelabur dan pendidik...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Datuk.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

...Dan pemilik perniagaan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Ada pencelahan.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh sikit pencelahan, Datuk?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Sila, sila.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya tadi tertarik— saya pun dengar cerita yang sama dengan timbal balas untuk dapat menurunkan tarif dengan pembelian sebegitu besar dan nilainya sebegitu banyak. Apakah Datuk bersetuju dengan rundingan dan persetujuan itu?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih. Saya rasa bolehlah dimasukkan dalam ucapan saya, tetapi apa yang paling penting ialah mungkin usaha-usaha yang dilakukan ini adalah dengan niat dan matlamat untuk membolehkan ekonomi kita berkembang, okey.

Dalam kita— dalam isu pekerja asing, mereka bukan sahaja kadang-kadang mencabar undang-undang dan wilayah kita, tetapi juga mereka telah menguasai dan memonopoli ruang niaga, ekonomi yang kadang-kadang kita sedih kerana penduduk— rakyat Malaysia sendiri terpaksa mencari makan dan mengemis di kedai mereka,

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

sedangkan mereka pendatang, menjadi tauke yang bermaharajalela di negara kita. Dalam hubungan ini saya berpendapat, pada tahun 2025 Tuan Yang di-Pertua, dianggarkan sebanyak RM3.67 bilion dikutip dari levi pekerja asing.

Jadi, untuk itu saya rasa isu ini perlu ditegaskan iaitu pertama, sejauh manakah kerajaan menetapkan satu peraturan agar semua pekerja asing diharamkan— dalam bahasa yang lebih kasar sedikit, ataupun dilarang dalam bahasa Dewan yang mulia ini untuk membeli barangan pengguna yang dikawal dan diberi subsidi seperti beras tempatan, petrol RON95, minyak paket, gula dan tepung? Perlu ada satu mekanisme sebab kita tak mahu, ‘kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kehausan’ Kadar kutipan cukai pendapatan atau levi kiriman wang ke luar negara sebab mereka datang memang mereka berpuasa, mereka makan cukup-cukup untuk hidup.

Jadi, mereka simpan duit dan dia tidak ada urus niaga di sini untuk menggerakkan ekonomi, tetapi mereka akan hantar pulang wang ke negara kita. Pengaliran wang yang keluar, tentunya dari segi ekonomi merugikan negara kita.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Mustafa, tetapi kalau yang jaga kedai, yang jual barang konsumer itu adalah juga warga asing, macam mana hendak kawal itu?

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Itulah itu, maksudnya— maknanya, mesti ada kawalan ketat daripada pihak-pihak yang terbabit, kalau dia tak boleh— kalau kita tak ambil tindakan, kita tak kawal, ini yang berlaku kadang-kadang.

Tapi ada juga Tuan Yang di-Pertua, yang di depannya itu orang tempatan, orang kita, Melayu, Cina dan India, tapi di belakangnya adalah bukan ataupun taukenya tu adalah orang asing. Ini saya pernah temui, terutamanya kalau kedai-kedai runcit ataupun kedai-kedai jual karpet dan sebagainya. Ini banyak dimonopoli oleh bukan warga negara.

Hampir 90 peratus...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya nak sambung sikit apa yang persoalkan oleh Datuk Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Sila-sila.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Bukankah kita semasa COVID-19, kita sudah ada kad? Dan bukankah semua rakyat Malaysia sudah mempunyai kad MyKad— apa nama dia, kad itu? Apakah kad itu masih tidak upaya untuk mengenal pasti bahawa pembeli atau siapa-siapa yang terlibat boleh diguna pastikan kad itu untuk mengesan siapa sebenarnya rakyat dan bukan rakyat? Apakah itu satu penyelesaian yang boleh diselesaikan, Datuk?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Satu ungkitan yang baiklah pada saya, sebab itu dah berlaku, dipanggil ungkitanlah.

Saya sentiasa beranggapan begini, antara polis dan juga pencuri. Kalaulah polis ini mempunyai kebijaksanaan melampaui pencuri, sudah tentu tidak ada pencuri dan sudah tentu penjara-penjara kosong, tetapi kerana pencuri itu kadang-kadang lebih pintar, lebih bijak mengolah, mencuri lebih licik. Maka sudah barang tentu dia dapat memperdaya undang-undang negara. Jadi, maksud saya, ya?

final • 4:50 PM

Puan Tiew Way Keng

Mohon mencelah.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Ah, celah lah, celah lah. Sila.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Puan Tiew Way Keng

[Ketawa] Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya ingin nak dengar pendapat daripada Yang Berhormat berkenaan dengan istilah ‘pencuri’?

Macam mana pula dengan pencuri hati? Di mana sekarang kita nampak ada kedai runcit yang diusahakan oleh warga asing, ada kedai gunting rambut diusahakan oleh warga asing, ada kedai membeli belah diusahakan oleh warga asing, tetapi ada lesen sebab mereka ada berkahwin dengan warga tempatan dan menubuhkan syarikat. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Itu masalah di Petaling Jaya.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Bila sebut pencuri hati YB, saya ini pencuri hati wanita.

final • 5:00 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Itu yang sepatutnya. Lelaki adalah pencuri hati wanita dan YB adalah pencuri hati lelaki. Itulah sebenarnya istilah pencuri hati yang betul, tetapi bila kita kata kahwin ini, itu perkara biasa YB. Saya dapati banyak berlaku. Kahwin itu, saya— kita tidak bolehlah membuat telahan melulu tetapi mungkin juga atas dasar cinta yang satu.

Ya, kerana dia dah lama dekat sini, dia tertarik dengan budaya masyarakat kita, dia kahwin di sini, dia memohon menjadi warganegara kat sini.

Yang kedua, ada juga— mungkin, mungkin YB ya. Perkahwinan itu diasaskan kepada peluang. Dia mengambil kesempatan memasang lukah di pergentingan, dalam istilah bahasa dia ataupun menangguk di air keruh, ataupun dalam bahasa lumrahnya mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan daripada, daripada kelemahan kita.

Menggadaikan cinta, memberi hati kepada mereka yang buta dari makna cinta dan kasih.

Jadi, makna dia beri hati ini kepada orang itu, tetapi sebenarnya dia mungkin nak jadikan isteri dia itu sebagai peluang untuk dia buat, tapi tak apalah, Yang Berhormat kerana kalaupun begitu, bila perempuan atau isterinya layan dia dengan baik atau suaminya dilayan dengan baik, lama-lama cinta itu akan bertakhta jua di hati. Ya. Okey. Saya teruskan YB.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

[Ketawa] Jadi, saya beranggapan bahawa sudah sampai masanya kita menentukan ya, kita, kita kena beri juga cukai terhadap duit yang dihantar balik. Mesti ada mekanisme-mekanisme kawalan supaya tidaklah sewenang- wenangnya duit dihantar pulang. Dia bekerja kat sini, tak beli makan dekat sini, tak beli apa kat sini. Akhirnya, kita akan apa ini? Kita akan— kita juga nanti yang menanggung kerugian. Boleh dapat sikit masa sebab banyak mencelah tadi YB? Ya?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Boleh, tapi mencelah itu saya dah kira. Tak sampai lima minit.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Tak sampai lima minit.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Okey, baik. Cuma, saya ada beberapa isu yang, yang mutakhir ini, begitu meruntun hati setiap insan bergelar manusia. Ya, “Justice for Zara Qairina”, dia telah menggamit bukan saja jiwa, kasih dan sayang seorang ibu dan bapa tetapi jauh dari itu, kejadian ini telah melangkaui politik, telah melangkaui agama, telah melangkaui kaum dan bangsa. Kita bersatu dalam satu nada dan irama untuk menegakkan keadilan pada seorang insan kerdil yang lemah diperlakukan begitu, begitu hina, begitu tragis, begitu sebak, tetapi soalnya, isu buli ini bukan berlaku sekarang. Isu buli ini telah berlaku sejak dulu.

Surat Pekeliling Anti-Buli telah dikeluarkan oleh KPM. SOP menangani masalah disiplin telah dilakukan oleh KPM. Latihan terhadap guru-guru disiplin mengawal telah dilakukan oleh KPM. Kempen anti-buli telah dilakukan oleh KPM, tetapi soalnya kenapakah isu ini terus berbangkit malah menular dengan bertambah parah dan menyedihkan?

Saya beranggapan bahawa kita kena kembali ke asal. Adakah KPM yakin dengan apa yang mereka buat ini sudah cukup berjaya ataupun kempen ini diadakan sekadar program yang tidak langsung meninggalkan impak dan rasa kesan dalam jiwa pelajar?

Ya, batalkan peperiksaan, tak wujudkan peperiksaan, batalkan...

[Tidak jelas] Pakai bendera. Adakah ini boleh dikatakan kita tidak fikir kesan ataupun program-program syok sendiri?

Sebab tak ada hasil, tak ada kesan? Malah perkara ini bertambah teruk, bertambah parah. Semalam lagi mati seorang, pelajar Tingkatan 3, belum pun selamat,

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

belum selesai pun kes Zara Qairina, telah ada lagi nyawa-nyawa yang terkorban oleh sikap buli, buas dan rakus pada pelajar.

Maknanya, gagallah Pendidikan Sivik, gagallah pendidikan kenegaraan, gagallah pendidikan keagamaan, gagallah Pendidikan Moral, gagallah kempen anti-buli. Janganlah cuba berselindung. Baiknya, kita berterus-terang bahawa kena lakukan sesuatu yang lebih tuntas. Satu kajian semula terhadap peraturan sekolah perlu dilakukan dan surat- surat pekeliling itu disemak.

Kalaulah guru pun tak ada kuasa merotan, guru tak ada kuasa marah— sebab itulah satu viral seorang guru dicekak oleh seorang pelajar hanya pelajar Tingkatan 3.

Adakah ini tak berlaku zaman saya, sebab apa? Kita patuh, kita hormat sebab cikgu ada kuasa merotan, cikgu ada kuasa marah dan mak bapak juga memberi kerjasama.

Jadi, saya beranggapan bahawa bukan sahaja kes buli, tetapi kes 3R disentuh oleh anak-anak sekolah juga, oleh belia, mempersendakan lagu Negara-ku, memasang bendera yang terbalik, mengubah warna bendera, mengurangkan bintang dan bulan. Ini satu pengkhianatan kepada Jata Negara yang seharusnya berakar umbi selaras dengan kesopanan dan kesusilaan, selaras dengan prinsip Rukun Negara. Kita tidak boleh berkompromi. Ya, kita boleh maaf, tetapi kali 10 kali, 20 kali, adakah cukup dengan sekadar satu ungkapan maaf menyelesaikan penghinaan terhadap negara.

Jadi, saya beranggapan bahawa semua itu bermula di bangku sekolah. Justeru, saya merayu Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perpaduan dan Kementerian Belia dan Sukan, perlu ada satu taskforce segera bagi membentuk satu gagasan untuk menentukan dan juga menjalankan apa-apa jua peraturan baharu, undang-undang yang lebih tegas diambil kepada mana-mana pihak seperti pembuli dan juga pemasang bendera dan semualah yang terkait dengan isu yang boleh memecahbelahkan bangsa.

Ingatlah seperti YB tadi kata, kemerdekaan ini walaupun tidak ada pertumpahan darah tetapi pengorbanan dan air mata, penderitaan dan kesengsaraan yang merangkai segala perjalanan para-para syuhada dan pejuang silam. Rentap, Syarif Masahor, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Datuk Maharaja Lela. Tak terungkap jasa dan bakti untuk memerdekakan negara. Kalau tidak J. W. W. Birch dibunuh di Pasir Salak oleh Datuk Maharaja Lela, sudah tentu Sistem Residen mencengkam ke seluruh negara yang menghapuskan kuasa Raja dan hak istimewa orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, kita masih ingat lagi...

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Apabila berlaku 13 Mei, minta maaf. Bukan tidak— saya nampak dia berdiri je, saya jadi takut.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Sebab tadi dia bagi— Yang di-Pertua bagi masa saya sikit, tapi cikgu nak kacau. Kalau Yang di-Pertua boleh janji saya habiskan. Saya boleh beri kebenaran.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Saya bagi setengah minit saja Datuk.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Ah, setengah minit. Susah, rayuan dia susah, saya nak tolaklah ya. Okey, sila.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Datuk, saya terkilan bila Datuk sebut bahawa kemerdekaan ini tanpa tumpah darah. Berapa ramai tentera dan polis dan orang awam yang terbunuh untuk memperjuangkan kemerdekaan. Apakah benar diungkapkan bahawa kemerdekaan yang berlaku ini adalah suatu kaedah yang sangat simple tanpa tumpah darah dan pengorbanan yang hebat, jerih, perih, peluh tak terkira? Terima kasih Datuk.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih cikgu. Saya rasa memang itu pandangan...

[Tidak jelas] Tapi tertera dalam sejarah. Maksud pertumpahan darah, konotasi yang saya pakai ialah peperangan. Peperangan tak ada. Maknanya, kita berdepan dengan banyak penjajahnya iaitu Jepun, Portugis, Belanda dan British.

Semuanya berakhir dengan rundingan.

Dia tak ada berlaku peperangan, tapi saya akui kata-kata cikgu tadi betul, bahawa walaupun tidak ada peperangan, tetapi kematian dan mayat bergelimpangan, itu pasti.

Kesengsaraan dan penderitaan itu mesti dalam kita mencapai kemerdekaan. Kita menempuh itu, tapi tidaklah sampai kita berperang macam Palestin. Konotasi yang saya maksudkan tadi YB ialah tak berlaku peperangan yang membawa pertumpahan darah, tapi itu tidak bermakna tiada derita, tiada sengsara, tiada keperitan, tiada penderitaan dan air mata. Itu tidak, tidak termasuk dalam pertumpahan darah, tetapi berjuang.

Malayan Union 1946. Kalau terlaksana, tapi kita, pejuang-pejuang kita memerdekakan. Itu betul. Memang dalam kemerdekaan dia kata Persekutuan Tanah Melayu bukan Malaysia. Malaysia hanya September, kita merdeka.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Jadi, apa yang saya nak katakan dalam perjuangan kita menegakkan Jalur Gemilang dan menurunkan Union Jack dengan jutaan air mata rakyat di Dataran Merdeka kini atau dulunya Padang Kelab Selangor serta pagi esoknya di Stadium Merdeka, tahu?

Stadium Merdeka itu didirikan khas untuk kemerdekaan. Laungan Tunku Abdul Rahman, jutaan rakyat Malaysia kecil, besar, tua, dan muda menangis, tetapi kita hari ini generasi pascamerdeka tidak cukup patriotiknya sehingga sanggup menggadaikan negara, sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada negara walaupun menjadi pegawai tentera yang tinggi. Walaupun jadi ...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Mustafa, walaupun saya terpegun dan khayallah kan...

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Ya. Bagi saya dua minit untuk saya gulung.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dengan perbahasan Datuk yang begitu― dengan bahasa yang indah itu, masalahnya masa kita dah makin suntuk.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Ya. Bagi saya dua minit untuk gulung.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Itu sebab tadi masa, dia orang kacaulah ya.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Akhir kata ya, kerana saya telah diingatkan dan saya menghormati institusi Yang di-Pertua, akhir kata saya berharap supaya ungkapan, “Harapkan pagar, pagar makan padi” harus dijadikan renungan.

Kepada penjawat awam, jauhkan diri daripada sengketa-sengketa fitnah. Jauhkan diri daripada hulur-menghulur dan juga rasuah. Haruskan diri daripada penyelewengan, salah guna kuasa yang menjijikkan yang mungkin menghancurkan kita.

Saya bimbang generasi akan datang tidak dapat menikmati keamanan dan kemesraan seperti kita. Oleh itu, Melayu, Cina dan India, apa juga suku kaum di Sabah dan Sarawak, haruslah berjalan seiring mendukung satu matlamat agar kita menjadi rakyat yang berdaulat, negara yang merdeka dan rakyat yang punyai harga diri dan maruah, penjawat awam yang penuh integriti, dan akhirnya kita bersatu hati untuk membangunkan pertiwi tercinta. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Seikat bak sirih, sesusun bak sirih, seikat bak serai. Insya-Allah, Malaysia akan terus gemilang di persada antarabangsa.

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan RMKe13 dan saya doakan agar Malaysia dan juga kerajaan terus memacu pembangunan yang hebat, berhemah dan berkesan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Mustafa. Satu perbahasan yang saya rasa begitu penting kerana ia menekankan― yang terakhir tadi, guru menekankan kepada masalah disiplin di sekolah dan juga pembentukan sumber manusia kita akan datang. Kalau tidak, kalau perkara itu tidak dibetulkan, maka perancangan kerajaan untuk RMK13 ke, 14 ke, 15 ke, tidak akan berjaya untuk memastikan kejayaan Malaysia pada masa yang akan datang. Tahniah dan terima kasih. Sekarang saya jemput Senator Datuk Anna Bell Perian.

final • 5:10 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya. Datuk Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe13 pada hari ini.

Datuk Yang di-Pertua, sudah hampir 40 hari pemergian Allahyarhamah anakanda Zara Qairina Mahathir, satu tragedi yang amat mendukakan bukan sahaja kepada keluarganya malah seluruh rakyat Sabah, Malaysia bahkan seantero dunia merasai kehilangan oleh semua yang mengikuti kisah yang penuh dengan harapan dan doa.

Isu buli ini bukan sekadar angka dalam laporan, bukan sekadar berita yang datang dan pergi, ia adalah luka yang nyata yang ditanggung oleh anak-anak kita, oleh keluarga yang kehilangan, oleh masyarakat yang tercedera kepercayaannya. Tragedi anakanda Zara Qairina harus menjadi noktah kepada sikap acuh tak acuh kita terhadap jenayah buli.

Yang terkini kita dikhabarkan lagi isu buli yang berlaku kepada pelajar Tingkatan 3 yang dikhabarkan pada ketika ini berada dalam keadaan kritikal. Anak-anak ini adalah generasi pewaris bangsa, bukan medan eksperimen bagi keganasan rakan sebaya.

Maka, Dewan yang mulia ini tidak boleh menjadi sekadar berbahas; kita wajib bertindak.

Sesungguhnya, pengorbanan Zara Qairina menjadi cahaya yang membimbing kita untuk bertindak lebih berani, lebih ikhlas dan lebih tegas demi masa depan yang selamat dan sejahtera untuk anak-anak Malaysia. Marilah kita sama-sama terus mendoakan agar keadilan buat anakanda Zara terbela dan semoga segala urusan prosiding mahkamah dipermudahkan oleh-Nya. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah, Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk tempoh 2026 hingga 2030 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang mencerminkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang makmur, inklusif dan berdaya saing.

Namun begitu, kejayaan pelaksanaan RMKe13 sangat bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan negeri. Rakyat tidak boleh melihat sekadar pelan ini sebagai konsep yang indah di atas kertas. Mereka perlu merasai manfaatnya secara nyata melalui pembangunan. Saya menyokong penuh inisiatif pembangunan Sabah yang termaktub dalam RMKe13 yang seiring dengan hala tuju pembangunan negeri Sabah Maju Jaya.

Justeru, saya amat berharap agar pelaksanaan projek-projek infrastruktur di Sabah dapat dipertingkatkan termasuk mempercepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Kelewatan dalam projek ini telah menyebabkan rakyat berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya berkaitan dengan jalan raya yang merosot, begitu juga penyelenggaraan pembaikan Jalan-jalan Persekutuan yang rosak perlu diberi keutamaan di samping penambahbaikan terhadap bekalan air dan elektrik amatlah diperlukan.

final • 5:13 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Dengan harapan kemudahan asas ini dapat diselesaikan agar rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan dan kemajuan yang dicita-citakan.

Datuk Yang di-Pertua, isu kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup merupakan masalah yang sering membelenggu rakyat bukan sahaja di Sabah malah di seluruh Malaysia amnya. Kita sedar bahawa harga barang tidak dapat dikawal sepenuhnya kerana ia dipengaruhi oleh faktor pasaran global serta mekanisme ekonomi terbuka. Walau bagaimanapun, usaha mengurus dan mengurangkan kesan kos sara hidup tetap boleh dilakukan melalui pelbagai inisiatif seperti pemberian subsidi, pelaksanaan skim harga musim perayaan, penganjuran Jualan RAHMAH serta penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Saya melihat bahawa apa yang dilakukan diusahakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berada di landasan yang betul dan tepat dalam membantu rakyat khususnya dalam memastikan barangan keperluan harian boleh didapati pada harga yang mampu milik. Program Jualan RAHMAH yang dijalankan di seluruh negara termasuklah di kawasan bandar dan luar bandar di Sabah adalah satu pendekatan yang amat dihargai.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar program ini diteruskan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya. Di samping itu ada perkara yang sering dibangkitkan oleh rakyat berkaitan dengan Jualan RAHMAH iaitu tempoh masa pelaksanaan Happy Hour, dengan izin, Jualan RAHMAH yang agak singkat. Ramai yang mengadu tidak sempat menikmati harga istimewa disebabkan kaunter yang terhad serta barisan pembayaran yang panjang.

Maka, saya berharap pihak KPDN agar dapat meneliti dan mempertimbangkan agar tempoh masa ini dapat dipanjangkan bagi memberi ruang peluang yang lebih ramai kepada rakyat menikmati manfaat tersebut. Inisiatif seperti ini benar-benar dapat membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, khususnya di Sabah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada KPDN.

final • 5:13 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan antara pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Pada tahun lalu sahaja, sektor ini telah menyumbang sebanyak 15 peratus kepada keluaran dalam negeri kasar negeri. Ini merupakan satu pencapaian yang signifikan menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh industri pelancongan dalam menjana pendapatan negeri dan membuka ruang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sabah terus mencatat peningkatan ketara dari segi kehadiran pelancong saban tahun. Pencapaian paling membanggakan direkodkan pada tahun 2023 apabila sektor pelancongan menjana RM13.1 bilion kepada ekonomi negeri dan sekali gus menyediakan peluang pekerjaan.

Momentum ini perlu dikekalkan dan diperkukuhkan memandangkan masih terdapat banyak daerah dan lokasi berpotensi tinggi di Sabah yang belum diterokai sepenuhnya. Terutamanya disebabkan kekangan dari aspek perhubungan dan infrastruktur. Contohnya, daerah Sandakan. Walaupun saya tidak mempunyai data terperinci mengenai keseluruhan pelancong datang ke Sandakan, namun berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok iaitu sebanyak 56,794 pengunjung telah direkodkan dari Januari hingga Jun 2023 terdiri daripada 28,501 pelawat domestik dan 28,293 pelawat antarabangsa. Ini jelas menunjukkan daya tarikan pelancongan di kawasan tersebut wajar diberi perhatian dan ditambah nilai.

Selaras dengan kerangka pembangunan Sabah Maju Jaya yang menekankan pemanfaatan kekayaan flora dan fauna, keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya negeri adalah penting untuk sektor pelancongan ini terus dibangunkan secara kondusif dan inklusif. Sehubungan itu, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada MOTAC. Apakah langkah strategik yang sedang atau akan diambil untuk memperkasakan sektor pelancongan negeri Sabah, khususnya, dalam menambah nilai sektor pelancongan sejagat dan dalam masa yang sama bergerak seiring dengan inspirasi pembangunan negeri di bawah kerangka Sabah Maju Jaya.

final • 5:20 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, saya di sini juga ingin menyatakan beberapa harapan dan cadangan terhadap perancangan serta intervensi daripada MOTAC iaitu antaranya pemulihan kaunter fizikal strategik. Penilaian semula terhadap penutupan kaunter pembelian tiket di bawah kendalian GTR AirAsia perlu dikaji semula terutamanya di pusat- pusat pelancongan seperti Sandakan dan Tawau. Kehadiran kaunter fizikal ini dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan memberikan keyakinan kepada pelancong terutamanya dalam situasi kecemasan atau gangguan yang tidak dapat diselesaikan melalui media digital.

Yang kedua, facility dengan izin Tourism Investment Zones (STIZ) MOTAC telah menerajui inisiatif mewujudkan Zon Pelaburan Pelancongan (STIZ) khusus sebagai sebahagian daripada Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dengan tujuan menggalakkan syarikat swasta dan kerajaan negeri berkolaborasi dalam membangunkan facilities pelancongan berdaya saing dan berkualiti tinggi. Dalam konteks Sabah pelaksanaan STIZ ini seharusnya merangkumi kehadiran infrastruktur pengguna seperti kaunter perkhidmatan asas. Justeru, saya berharap agar Sabah juga akan dimasukkan sepenuhnya dalam STIZ ini sebagaimana negeri-negeri lain seperti di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Saya juga ingin membawa perhatian pihak kementerian sektor pelancongan di Pantai Timur Sabah. Program Bersih dan Selamat Semporna Kelasahan Ku yang dihadiri Yang Berhormat Timbalan Menteri tahun lalu merupakan satu program yang amat baik dan perlu dilaksanakan di tempat-tempat lain pelancongan di Sabah dan Malaysia amnya.

Aspek kebersihan dan keselamatan harus dititikberatkan dan kerjasama sesama agensi untuk meningkatkan mutu dan keselamatan kawasan pelancongan harus dipertingkatkan agar menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut dan sekali gus meningkatkan ekonomi setempat.

Persoalan saya, apakah perancangan MOTAC dalam memastikan sektor pelancongan khususnya di Sabah, contohnya di Semporna kekal menjadi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan sekali gus memberi keyakinan kepada pelancong dalam dan luar bahawa ini Semporna ini sememangnya indah, sesuai dengan jolokan yang diberikan Maldives Malaysia.

Datuk Yang di-Pertua, daerah Sandakan merupakan antara destinasi pelancongan yang menunjukkan permintaan yang tinggi khususnya dari segi laluan penerbangan domestik dan antarabangsa. Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Sandakan serta daripada Kuala Lumpur ke Sandakan juga sering mencatat permintaan yang konsisten. Masalah kebocoran di Lapangan Terbang Sandakan juga bukan sahaja menyebabkan pemandangan yang kurang elok dilihat dengan inisiatif bersifat sementara yang dibuat, namun masalah ini mencerminkan isu serius dalam penyelenggaraan infrastruktur awam.

Walaupun tindakan pembaikan telah dimulakan, langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna perlu diperkuatkan termasuk prestasi pemeriksaan berkala dan tinjauan menyeluruh terhadap struktur atap serta sistem saliran. Ini bukan sahaja merujuk kepada Lapangan Terbang Sandakan, tetapi juga semua lapangan terbang di Malaysia apatah lagi menjadi laluan utama para pelancong dan tumpuan ramai. Persoalan saya, sejauh manakah pihak Kementerian Pengangkutan cakna terhadap isu ini yang berlaku? Mohon penjelasan.

Datuk Yang di-Pertua, sektor pendidikan di Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran unik yang memberi kesan langsung terhadap kebolehpasaran graduan khususnya dalam konteks keperluan pasaran guru tempatan. Antara yang sering dibangkitkan ialah ketidakpadanan antara bidang pengajian graduan dengan permintaan sebenar industri, satu fenomena semakin ketara di negeri ini.

Kajian menunjukkan bahawa graduan di Sabah tidak bekerja dalam bidang yang selari dengan kelulusan akademik mereka keadaan ini mencerminkan berlakunya mismatch dengan izin, antara kurikulum pendidikan dengan kehendak industri khususnya

final • 5:20 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

dalam sektor berpotensi tinggi seperti pelancongan, pertanian moden, gas dan asli, serta industri perkhidmatan. Di kawasan luar bandar, pendidikan masih terlalu tertumpu kepada pendekatan akademik konvensional...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB berhenti sekejap, saya nak kena baca Usul ini dulu: untuk memanjangkan masa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 28 Ogos 2025.

Silakan, YB.

final • 5:20 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

Di kawasan luar bandar, pendidikan masih terlalu tertumpu kepada pendekatan akademik konvensional sedangkan pasaran pekerjaan semakin memerlukan kemahiran teknikal dan vokasional. Lebih membimbangkan, akses kepada kemudahan digital seperti Internet berkelajuan tinggi dan infrastruktur ICT di kawasan pedalaman juga amat terbatas.

Kekangan ini mewujud jurang literasi digital yang ketara sekali gus menjejaskan keupayaan pelajar untuk bersaing dalam ekonomi digital masa kini.

Datuk Yang di-Pertua, Sabah juga mencatatkan bahawa pengangguran belia yang relatif tinggi terutamanya di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Latihan Teknikal dan Vokasional. Keadaan ini menuntut tindakan bersepadu dan strategi dalam jangka panjang untuk memperkukuhkan modal insan tempatan.

Melalui pendekatan menyeluruh ini, diharapkan wujud sinergi antara sistem pendidikan dan keperluan industri sekali gus mengurangkan kadar pengangguran belia serta meningkatkan graduan yang benar-benar bersedia untuk menyertai tenaga kerja.

Pembentukan modal insan yang holistik adalah kunci kepada kemajuan ekonomi Sabah, khususnya dalam era transformasi digital dan perindustrian masa hadapan.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian pihak Kementerian Pendidikan berkaitan dengan pembinaan asrama yang tertangguh di Sekolah Menengah Libaran. Akibat masalah pemilikan tanah yang melibatkan pelbagai pihak, projek pembinaan bangunan asrama ini telah diluluskan namun tertangguh disebabkan masalah ini. Saya berharap agar pihak kementerian dapat memberi perhatian kepada isu permasalahan ini agar bangunan tersebut dapat disiapkan dan seterusnya mampu menempatkan para pelajar di sekolah tersebut. Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan terhadap isu ini.

final • 5:20 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian satu lagi isu penting yang berkait rapat dengan akses keadilan khususnya melibatkan peranan Jabatan Bantuan Guaman. Walaupun usaha yang dilaksanakan oleh jabatan ini amat terpuji dalam memberikan khidmat guaman kepada golongan yang kurang berkemampuan, saya ingin menzahirkan kebimbangan berhubung keterbatasan capaian perkhidmatan ini di negeri Sabah.

Pada masa ini, hanya terdapat satu cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang beroperasi di Kota Kinabalu. Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai nasib dan keperluan masyarakat di Pantai Timur Sabah termasuk Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang juga berhak menikmati kemudahan perundangan yang adil dan saksama.

Untuk makluman, kawasan-kawasan ini menempatkan sebilangan besar komuniti B40, masyarakat luar bandar serta golongan terpinggir yang lebih cenderung berdepan dengan kekangan kewangan dan pengetahuan undang-undang. Ketiadaan pejabat cawangan di rantau ini bukan sahaja menyulitkan urusan perundangan mereka, malah secara tidak langsung mengehadkan akses terhadap keadilan. Sehubungan itu, saya

final • 5:30 PM

Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian

mencadangkan agar sebuah cawangan baharu Jabatan Bantuan Guaman ditubuhkan di bahagian pantai timur.

Datuk Yang di-Pertua, dalam isu dalam isu kesihatan pula, saya menyeru Kementerian Kesihatan untuk memberi tumpuan besar kepada Sabah. Pertama, bilangan institusi pengajian fakulti perubatan dan kuota mahasiswa dari Sabah dalam bidang perubatan perlu dipertingkatkan agar lebih ramai doktor pakar lahir dari negeri ini dan kekal berkhidmat di tanah sendiri.

Kedua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan langkah dengan izin, ‘outsourcing’ perkhidmatan kesihatan kepada hospital swasta dengan kadar bayaran setara hospital kerajaan. Kaedah ini bukan sahaja lebih cost effective, malah mampu mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan tanpa membebankan kewangan negara dan kos pembinaan hospital baharu atau penyelenggaraan mesin perubatan.

Langkah ini juga akan membuka ruang peluang kerjaya kepada doktor tempatan dan mengurangkan penghijrahan pakar ke luar negara. Perkara ini selari dengan tonggak mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar dalam keutamaan reformasi kesihatan dan persediaan menuju negara tua.

Datuk Yang di-Pertua, RMKe13 bukan sekadar pelan pembangunan. Ia adalah janji kepada rakyat, kompas kepada masa depan dan tekad sebuah negara untuk bangkit lebih gagah, lebih adil dan lebih makmur. Namun, pelan sehebat mana pun tidak akan bermakna jika ia tidak diterjemahkan menjadi tindakan yang berani, tuntas dan berkesan.

Rakyat tidak menagih retorik, mereka menuntut hasil. Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama kerajaan pusat, negeri, agensi pelaksana dan seluruh warga Malaysia untuk memastikan setiap dasar dilaksanakan dengan integriti, ketelusan dan kecekapan. Dengan semangat MADANI dan iltizam kolektif, saya yakin RMKe13 mampu mencorakkan sebuah Malaysia yang baharu, yang bukan sahaja membangunkan dari segi ekonomi, tetapi juga menjunjung prinsip keadilan dan sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat dalam memperkasakan setiap warganya tanpa mengira latar belakang merangkumi Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya menutup dengan tiga rangkap pantun...

*Andai bergema suara rakyat, Bersama melangkah tanpa gentar; RMK13 bukan sekadar niat, Tapi janji untuk masa depan yang besar.

Kerajaan berpadu menjunjung amanah, Sabah dan Persekutuan seiring usaha; Rakyat sejahtera nikmatnya melimpah, Kemakmuran bersama dirasa sentosa.

Gunung Kinabalu megah berdiri, Laut membiru di pesisir desa; RMK13 membuka hari, Untuk Sabah terus maju bersama.* Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong RMKe13.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk. Sekarang, saya minta Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda untuk berbahas.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut membahaskan usul RMK13 pada petang ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merangka dokumen penting ini daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mantan Menteri Ekonomi, Menteri Ekonomi dan Timbalan, anggota-anggota Kabinet, pegawai-pegawai, pakar ekonomi, para pekerja, wakil industri dan swasta, sehinggalah kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah menyumbang idea dan pandangan mereka. Sesungguhnya, inilah bukti bahawa RMKe13 adalah rancangan yang terhasil daripada suara dan fikiran rakyat.

Walaupun dokumen ini dipertikaikan sebagai nipis oleh sesetengah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, tetapi yang lebih mustahak ia nya satu dokumen yang jelas, yang komprehensif dan menyeluruh. Tema RMKe13, “Melakar Semula Pembangunan” amat tepat pada waktunya. Sudah terlalu lama Malaysia terbelenggu dalam kepompong negara berpendapatan sederhana, lebih dua dekad lamanya. Jika kita ingin keluar daripada kepompong ini dan terbang lebih tinggi, kita mesti segera beralih kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai, inovasi dan daya saing global.

RMKe13 ini yang akan direalisasikan melalui sembilan prakarsa ataupun inisiatif strategik melibatkan pelaburan sebanyak RM611 bilion termasuk peruntukan daripada kantung negara sebanyak RM430 bilion berbanding RM415 bilion dalam RMK yang lalu.

Rancangan ini membawa anjakan yang lebih berani, bukan lagi tentang kemegahan fizikal semata-mata, tetapi berfokus kepada pembinaan asas negara yang lebih mendasar, mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

Soalan saya kepada Kementerian, berapa banyak projek daripada RMK12 yang lalu yang akan disambung dalam RMKe13 dan berapakah peruntukan yang diperuntukkan?

Datuk Yang di-Pertua, RMKe13 ini bukan hanya perlu dilihat sebagai pelan pembangunan semasa semata-mata, tetapi juga sebagai persediaan menghadapi cabaran demografi masa depan. Malaysia sebenarnya telah menjadi negara menua sejak tahun 2021 dan sedang bergerak pantas menuju status negara tua pada tahun seawal 2043 ataupun 2049.

Populasi kita semakin berusia, kadar kelahiran menurun dan pertambahan jumlah tenaga aktif kian perlahan, sedangkan bilangan warga emas meningkat dengan ketara.

Kesannya terhadap ekonomi amat besar. Kadar pertambahan hasil kutipan cukai tidak sepantas kadar pertambahan kos penjagaan kesihatan dan kebajikan warga tua yang akan terus meningkat. Dalam masa yang sama, bebanan dan hutang negara akan terus bertambah walaupun kadar hutang baharu akan semakin mengecil. Generasi belia sebenarnya yang paling terjejas kerana akan muncul generasi sandwich yang akan bertanggungjawab kepada dua generasi.

Situasi ini akan meletakkan kerajaan dalam dilema sama ada akan terus menambah cukai dan berisiko dihukum oleh rakyat di peti undi ataupun membiarkan hutang negara terus membengkak sehingga menjerut pertumbuhan ekonomi. Fenomena ini sudah berlaku di negara-negara Eropah, di Jepun dan sekiranya kita tidak bersedia dan mengambil langkah-langkah bijak, Malaysia juga akan berdepan nasib yang sama.

Justeru, RMKe13 mestilah menjadi platform strategik untuk menyesuaikan struktur ekonomi, fiskal dan sosial negara dengan realiti baharu Malaysia sebagai negara menua dan juga negara tua.

Datuk Yang di-Pertua, dalam semangat melakar semula pembangunan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana RMKe13 terus memberikan penekanan kepada pembangunan seimbang, khususnya kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

final • 5:34 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan sahaja memberikan peruntukan yang bertambah kepada negeri-negeri Pantai Timur, tetapi beliau juga turun padang berkali-kali melihat keadaan sebenar rakyat di semua negeri dan wilayah. Sesungguhnya pemimpin yang kerap berada di akar umbilah yang sebenarnya memahami keperluan pembangunan yang seimbang. Hasilnya, pelbagai projek yang dekat dan dirasai langsung oleh rakyat akan terus ditambah dan digandakan. Bukan hanya dalam RMKe13, tetapi dalam RMK12 sebelum ini pun menunjukkan pertambahan yang begitu memberangsangkan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.836 bilion untuk pelaksanaan 445 projek di Terengganu di bawah Rolling Plan Ke-5, RMK12 tahun ini. Peningkatan sebanyak RM239 juta berbanding tahun lalu.

final • 5:34 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ini tidak termasuk peruntukan untuk projek tebatan banjir sebanyak RM2.43 bilion dan yang cukup dirasai oleh rakyat Terengganu, umpamanya pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu yang diumumkan sejak RMK9. Saya ingat waktu itu, saya masih belajar matrikulasi, 25 tahun yang lepas dan sekarang ini direalisasikan. Pada tahun ini, kerja- kerja dah dimulakan. Dan saya juga, walaupun projek yang diberikan untuk sekolah di kampung saya, kita menerima peruntukan kantin baharu. Tak besar peruntukan, setengah juta, tetapi ia nya sangat memberikan kesan ataupun suatu yang begitu besar dirasai oleh pelajar khususnya.

Sebab saya kebetulan, Datuk Yang di-Pertua, sebagai Yang di-Pertua oleh PIBG, kadang-kadang pelajar ini, dia tak boleh mengadu. Dia dapat kantin kecil pun, dia tak ada tempat untuk dia mengadu, tapi bila kita pergi tengok sekolah, ada pelajar yang berebut tempat makan sebab kantin terlalu kecil dan kantin itu, saiz yang sama yang waktu zaman saya belajar sekolah rendah, 25-30 tahun yang lalu.

Jadi, di bawah kerajaan sekarang, saya tengok tak banyak projek-projek besar, tetapi projek-projek kecil inilah yang sebenarnya begitu dekat dengan hati rakyat. Waktu saya pergi itu ada pelajar itu, dia ambil mi goreng, berlari nak, nak pergi ke tempat makan, dia jatuh, tergelincir di longkang. Jadi, itu saya rasa satu benda yang sangat menyentuh hati kita, sekiranya kerajaan boleh terus memperbanyakkan projek-projek yang sebegini kerana ada banyak bangunan-bangunan usang yang perlu terus diberikan perhatian.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik inisiatif untuk mewujudkan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing di Wilayah Pantai Timur. Dengan kekuatan sumber semula jadi, tanah yang luas serta tenaga kerja yang berpotensi, inisiatif ini mampu menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula jika digandingkan dengan pembangunan infrastruktur sokongan, ekosistem halal dan rangkaian logistik moden, Pantai Timur boleh muncul sebagai hab makanan serantau yang berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan turut meneliti penubuhan zon ekonomi bebas di Pantai Timur. Dengan adanya zon ini, kawasan strategik bukan sahaja menjadi laluan transit, tetapi mampu melahirkan pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang menarik pelaburan, memperkukuh perdagangan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat setempat.

Lebih-lebih lagi dengan siapnya projek ECRL nanti, zon ekonomi khas ini akan memperoleh kelebihan daya saing yang jauh lebih besar. Sambungan rel moden yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang serta pelabuhan-pelabuhan utama akan membuka ruang limpahan ekonomi yang lebih luas. Sekali gus menjadikan Pantai Timur sebagai nadi baharu pembangunan negara.

Selain itu, saya juga berharap agar kerajaan menyegerakan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 yang sudah lama tertangguh. Maka, saya percaya dengan tekad dan tindakan-tindakan ini, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Perdana Menteri tetap dan terus memberikan perhatian kepada semua negeri dan semua wilayah.

Saya juga ingin menyentuh soal isu perumahan. Tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas inisiatif SJKP yang begitu mendapat sambutan di kalangan belia, tetapi ada isu-isu yang perlu diberikan perhatian.

Isu deposit umpamanya. Walaupun 100 peratus ataupun 105 peratus SJKP itu diluluskan, tetapi pembeli di kalangan belia ini yang baru bekerja ini tetap juga perlu mengeluarkan dulu deposit hangus yang tidak ada dalam mana-mana pinjaman atau dalam skim, melainkan menggunakan simpanan dia sendiri.

Umpamanya, deposit awal untuk apa nama ini? Booking. Deposit awal untuk booking penjual, cukai beli, fi penilaian, fi pejabat tanah, fi guaman, perjanjian jual beli dan sebagainya. Semua ini tidak dimasukkan di dalam pinjaman dan sekiranya boleh diperhalusi, mungkin kerajaan boleh membantu untuk memberikan kemudahan bagi mereka membayar fi-fi yang saya sebutkan tadi.

Begitu juga dari segi syarat-syarat umpamanya mesti selesaikan tunggakan PTPTN menjadi syarat. Dalam soal yang lain yang perlukan penelitian daripada kerajaan supaya skim ini betul-betul boleh membantu semua, bukan hanya yang tak ada slip gaji, tetapi juga yang tak ada slip gaji dan tak ada simpanan sebab saya tengok skim SJKP ini betul. Dia membantu mereka yang tak ada slip gaji, tetapi dengan andaian dia ada simpanan untuk membayar sebahagian daripada deposit yang diperlukan.

Seterusnya, dalam soal pendidikan. Tahniah, kerajaan akan menubuhkan Majlis Pendidikan Negara untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa terkehadapan dan bertaraf dunia.

Saya berharap agar setiap wakil stakeholder yang utama dapat dilantik supaya pandangan yang menyeluruh dan mewakili semua pihak itu dapat diberikan. Dan kerajaan juga sehingga Jun 2025 telah membina 102 buah sekolah baharu dalam RMK sebelum ini dan menaik taraf 1,177 sekolah daif di seluruh negara dengan nilai RM12.5 bilion. Dari jumlah ini, 749 projek telah siap manakala selebihnya sedang dan akan dibina dan usaha ini akan dirancakkan dalam RMKe13.

Tahniah diucapkan, tetapi selain daripada pembangunan fizikal, yang tak kurang penting juga ialah soal kepimpinan dalam Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan ialah kementerian yang paling besar dalam negara kita, 600,000 daripada 1.3 juta penjawat awam ialah dalam KPM. Dan sudah tentu ia menuntut kepada satu kepimpinan yang bukan hanya di pejabat Menteri, tetapi juga di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri di PPD dan sebagainya.

Saya perasan dalam, dalam beberapa tahun yang lalu, kerajaan menstruktur semula kerana ada tugas di peringkat JPN dan PPD itu yang agak bertindan maka dikecilkan, dikaji semula waran perjawatan dan sebagainya, tetapi kajian ataupun apa- apa sahaja yang diputuskan itu mesti tidak membawa kepada kerugian kepada sistem yang sedia ada. Kita boleh perbaiki, tambah baik, tetapi jangan kita rosakkan.

Saya ambil contoh umpamanya. Dari segi sistem sebelum ini, staf yang ramai di JPN dan yang ramai juga di PPD. Maka, distrukturkan dengan andaian bahawa JPN itu akan menjadi pemain utama manakala PPD itu hanya sebagai pemangkin ataupun fasilitate, tetapi yang berlaku tidak begitu. Saya tengok JPN pun buat kerja, PPD pun memikul beban yang berat sebagaimana JPN dan itu menyebabkan kerugian dari segi memaksimumkan tenaga kerja yang ada.

Ada juga kerugian umpamanya dari segi pegawai, waran isu perjawatan. Pegawai PPD yang sudah lama berkhidmat yang ada pengalaman dan sebagainya, tetapi bila sudah sampai dia punya gred, time-based dia, umpamanya daripada gred tertentu naik ke atas dan waran perjawatan itu tak ada di situ, maka dia terpaksa turun ke sekolah.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Bayangkan seorang timbalan PPD yang selama ini memberikan arahan kepada sekolah-sekolah, tiba-tiba oleh sebab dia naik gred dia saja, dia terpaksa turun jadi guru biasa di sekolah biasa. Bagaimana moral dia? Selama ini dia yang memimpin, tiba-tiba dia terpaksa mendengar arahan dan saya selalu berhubung dengan kepimpinan dalam pendidikan ini. Memang sebahagian besarnya merasa tekanan. Ada yang menghadapi masalah kesihatan mental kerana kadang-kadang nak habis tempoh bersara itu setahun, dua tahun, tetapi terpaksa turun kerana tuntutan dari segi waran perjawatan yang ada.

Jadi, saya mencadangkan supaya dibuat ya, KPM bersama dengan JPA membuat semakan polisi perjawatan. Kita bincang balik sebab ada kata, sebab benda ini diputuskan oleh PTD. Dia kata PTD tak faham, tapi saya fikir takkanlah tak bincang dengan mereka dalam pendidikan supaya dalam kepimpinan pendidikan ini yang seramai 600,000 ini, mereka dapat memimpin dalam keadaan yang baik, yang harmoni dan sebagainya.

Seterusnya, dalam soal pendidikan juga. Saya menyambut baik soal reformasi pendidikan. Enam tonggak dalam reformasi pendidikan. Selain daripada TVET, memperluaskan prasekolah dan sebagainya ialah juga penekanan kepada STEM dan di dalam soalan saya pada Menteri berapa hari lepas, STEM ini memang ada peningkatan daripada tahun lepas, daripada 45.73 peratus pada tahun 2023, meningkat. Tahun lepas kepada 50.83 peratus. Jadi, saya ucap tahniah kerana kerajaan, Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan yang sangat baik.

Cuma saya kalau boleh, saya nak cadangkan supaya dasar 60:40 itu ditingkatkan kepada 70:30 kerana kita pun tahu bidang yang dalam STEM ini, dari segi kebolehpasaran kerja itu jauh lebih tinggi. Kalau kita turun ke sekolah-sekolah umpamanya, majlis anugerah cemerlang. Ramai yang dapat 8A, 9A tapi daripada apa yang dapat itu semuanya ambil aliran sastera, yang memilih aliran STEM ini terlalu kecil dan mereka kadang-kadang kita terlepas pandang.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Ada sekolah yang saya pergi, lapan kelas, enam kelas Sastera, dua sahaja— sorry, enam kelas Sastera, dua saja yang ambil Sains. Itu pun bukan STEM A atau STEM B. Maknanya, yang ambil STEM A tu lagilah jumlahnya kecil dan kadar tu pun saya nampak memang amat kecillah.

Dan apa yang kerajaan buat sekarang ini bukan hanya digerakkan oleh mereka dalam kementerian tetapi juga kita perlukan sokongan daripada ibu bapa. Saya tengok yang baru-baru ni ada dibuat macam-macam pertandingan untuk menarik minat. Ada apa nama ni— bridge competition, buat jambatan guna kayu. Kebetulan anak saya pun terlibat, saya tengok— mereka pun rasa dengan program-program sebegitu menarik minat mereka, “Oh, ini bidang Sains.” Sebab kalau di sesetengah tempat orang, memang mak ayah tidak memberikan galakan kepada anak-anak untuk ambil bidang STEM. Anak-anak sudah tentulah bila dia tahu bidang itu susah, dia akan memilih bidang yang senang dan akhirnya, kita berlambak dalam aliran Sastera yang ramai dan terpaksa berebut peluang pekerjaan yang terhad di situ.

Seterusnya dalam soal isu perpaduan, saya perasan Datuk Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja tahun 2024, Seri Paduka Baginda ada menyebut secara khusus. Baginda sebutkan bahawa selepas 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain.

Oleh itu, Baginda menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni. Setakat semakan saya, kita sudah ada dasar perpaduan yang digubal tahun 2021, tetapi yang baru itu, belum. Cuma saya tak pastilah, adakah Piagam Harmoni Malaysia ini ialah dasar yang dimaksudkan? Kerana saya tengok, yang terlibat dalam menggubal itu tidak mewakili kumpulan-kumpulan yang penting.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Banyak isu-isu yang sepatutnya bukan isu politik, tetapi telah dipolitikkan menjadi isu perkauman menyebabkan suhu politik, suhu perkauman itu menjadi semakin tinggi.

Saya percaya bahawa orang-orang politik ini juga perlu dilibatkan kerana mereka juga faham— mereka juga perlu faham bagaimana untuk mendapat tahap ataupun keadaan perpaduan yang lebih baik dalam negara kita.

Seterusnya, saya nak beralih kepada soal jalan raya. Saya nak tanya kelmarin, tapi tak sempat. Isu juga disentuh dalam Dewan Rakyat berkait dengan apa nama ni— kemalangan, keadaan jalan dan sebagainya. Jawapan Menteri banyak menyentuh soal keadaan jalan, tetapi saya punya pandangan dan pandangan daripada beberapa pihak, umpamanya kemalangan yang berlaku di Jalan Gerik baru-baru ini. Kalau kita ikuti, ada dekat jenazah itu yang memang tak boleh dicam, keadaan hancur dan keadaan itu dilihat berpunca daripada penghadang besi yang menjadi pisau di jalan, pisau yang besar.

Jadi, saya nak tanya Kementerian Kerja Raya, apakah perancangan kerajaan dalam sudut dari soal penggunaan roller barrier di lokasi-lokasi jalan berisiko? Jawapan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat menyebut, susah kita nak laksana sebab kos dia lima kali ganda. RM2,500 semeter berbanding dengan RM500 semeter penghadang jalan besi, tapi saya rasa kalau kawasan-kawasan yang memang berisiko untuk berlaku kemalangan yang teruk sebagaimana di Jalan Gerik, saya rasa kita boleh. Takkanlah lima kali ganda kita tak sanggup nak keluarkan.

Dan ujian keberkesanan ada maklumat setakat yang saya tengok, ada yang sebut— kita ada buatlah projek rintis di Lebuhraya Karak dan juga di FT15 Subang, pusingan U. Kadar yang turun itu 94 peratus. Jadi, kalau betul dapatan ini, maka saya mencadangkan supaya kerajaan menukar, kalau tak semua pun mungkin sebahagian, separuh, terutamanya kawasan-kawasan yang berisiko berlaku kemalangan yang sebagaimana yang sebelum ini.

Jadi, saya ingat itu sahaja yang saya nak bangkitkan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Hasbie.

Sekarang saya jemput Tan Sri Datuk Panglima Anifah Aman.

final • 5:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Usul Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tahun 2026 hingga tahun 2030.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi. Sesungguhnya Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan tema, “Melakar Semula Pembangunan” adalah diharapkan untuk mengangkat martabat rakyat.

Tema tersebut cukup besar dari segi bahasa dan saya berharap agar Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat merealisasikan apa yang terkandung dalam RMKe13 demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Datuk Yang di-Pertua, saya tidak ingin mengulangi apa yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mahupun rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, terutama sekali dalam aspek air dan tenaga. Hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua cukup hebat dan saya pasti kalau kerajaan tidak mendengar dan menyentuh persoalan-persoalan Ahli-ahli Yang Berhormat, RMKe13 ini akan kekal menjadi rancangan sahaja.

final • 5:54 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Oleh itu, saya ingin menyatakan bagi rakyat Sabah, apa yang kami mahu dan harapkan adalah pemberian hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu 40 percent of revenue derived from Federal Government in Sabah, dengan izin haruslah diselesaikan dengan— dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Begitu pula dengan Labuan. Labuan needs a game changer, dengan izin. Adakan jambatan yang menghubungi Sabah dengan Labuan, itu satu-satunya game changer. Dan sekiranya tidak ada, Labuan akan kekal seperti sediakala tanpa sebarang pembangunan yang signifikan. Datuk Yang di-Pertua, tidak ada gunanya Rancangan Malaysia Ketiga Belas menjadi dokumen yang tebal dan cantik seperti yang diberikan kepada kita pada hari Isnin yang lalu dan kalau tidak direalisasikan.

Saya pasti semua kita di sini pun akan menyokong, tetapi apa yang kita mahukan sebenarnya adalah pelaksanaan rancangan tersebut. Sekiranya pelaksanaan dibawa— dibuat dengan baik, then we have a government that walks— talk instead of no action, but talk only (NATO). Dan ia satu-satunya government yang, dengan izin, dengan kata-kata itu, Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul RMKe13.

final • 5:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Labuan macam tak besar skop dia dalam RMKe13 ini, Tan Sri?

final • 5:54 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Semua ada tercatit di sana. Kita mahu pelaksanaan saja.

final • 5:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa] Sekarang ini saya jemput pembahas kita yang terakhir, Datuk Koh Nai Kwong.

final • 5:54 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe13. Saya ingin mengambil peluang ucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan RMKe13. Justeru, saya ingin memberikan beberapa pandangan serta cadangan membina terhadap pelaksanaan dan hala tuju RMKe13.

Pertama, transformasi struktur ekonomi. Datuk Yang di-Pertua, jika kita benar- benar mahu menjadikan RMKe13 sebagai pelan transformasi nasional, maka kita perlu mula dengan membedah realiti struktur ekonomi kita.

Hari ini, Malaysia masih terperangkap dalam perangkap pendapatan sederhana iaitu middle income trap, di mana gaji permulaan bagi graduan baru kita masih sekitar RM2,500 hingga RM3,000, sedangkan keperluan hidup melonjak dan jurang dengan negara jiran yang lebih kompetitif semakin meluas.

Ini bukan salah rakyat, ini masalah struktur kerana perusahaan kecil dan sederhana iaitu PKS terus menghadapi tekanan, walaupun mereka merupakan majikan terbesar di negara ini. Namun, tanpa reformasi struktur dan sokongan yang mencukupi, PKS sukar menawarkan peluang pekerjaan yang stabil dan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia. Kerajaan tidak boleh sekadar menabur harapan dan terus menjarah segelintir GLC dan pelaburan mega untuk menyelesaikan isu gaji.

final • 5:57 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

MCA telah lama menegaskan keperluan untuk menambah jumlah pelaburan berkualiti tinggi, bukan sekadar dari luar negara, tapi juga dalam negeri supaya mencipta permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dan menawarkan gaji yang setimpal.

Ini memerlukan kita melihat ekonomi melalui lensa economic complexcity dengan izin Datuk Yang di-Pertua, iaitu bagaimana kita memperluaskan keupayaan negara untuk

final • 6:00 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

menghasilkan produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi dan bernilai tambah supaya mampu menjana lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat.

RMKe13 memang menyenaraikan sektor-sektor tumpuan seperti semikonduktor, E&E, ekonomi digital, tenaga boleh baharu, automasi dan kecerdasan buatan sebagai pemacu pertumbuhan masa depan, namun pelan ini masih tidak menjawab secara tuntas bagaimana sektor-sektor ini akan diterjemahkan kepada peluang pekerjaan bernilai tinggi yang boleh dinikmati oleh rakyat tempatan.

Ini bukan sekadar soal pelaburan masuk, tapi soal perjalanan permintaan terhadap bakat tempatan dan lonjakan gaji secara menyeluruh.

Justeru, untuk memastikan pelaburan dalam sektor-sektor ini benar-benar menguntungkan rakyat, kita perlu pastikan sistem pendidikan kita melahirkan graduan yang bersedia untuk pekerjaan bernilai tinggi. Menyediakan peluang pendidikan yang mencukupi, peningkatan kemahiran: up-skill- latihan teknikal dan penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan mesti menjadi agenda teras.

Dalam industri semikonduktor misalnya, kita sering terpesona dengan syarikat multinasional besar, tetapi nilai sebenarnya juga terletak pada keupayaan syarikat tempatan untuk menyokong logistik, integrasi dan pengedaran kepada pasaran.

Malangnya, kerajaan masih terlalu memberi tumpuan kepada pemain besar dan meminggirkan PKS. Sedangkan inilah syarikat-syarikat yang memberi pekerjaan kepada majoriti rakyat dan mampu menjadi pemangkin pertumbuhan gaji jika diberi sokongan yang bersasar.

Jika kita serius mahu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, maka RMKe13 perlu menjawab tiga soalan besar secara jujur: siapa yang akan mencipta permintaan terhadap pekerjaan bergaji tinggi? Siapa yang akan membekalkan tenaga kerja berkemahiran? Dan bagaimana kerajaan akan menyokong industri yang ingin naik ke tangga lebih tinggi dalam rantaian nilai?

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada model pertumbuhan lama yang hanya mencipta pekerjaan gaji rendah untuk buruh asing atau pekerjaan bergaji tetap untuk tidak berkembang. Rakyat Malaysia hari ini menuntut peluang untuk menaik taraf hidup bukan sekadar peluang pekerjaan.

Dalam suasana ekonomi hari ini, rakyat terhimpit bukan kerana tiada pekerjaan, tapi kerana gaji yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas seperti makanan, pendidikan anak, bayaran sewa, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Setiap Ringgit dibelanjakan dengan penuh cermat, tapi masih tidak cukup.

Inilah hakikat yang perlu ditangani oleh RMKe13.

Kita tidak boleh bercakap tentang kestabilan kos sara hidup tanpa menangani punca sebenar iaitu kegagalan struktur ekonomi sekarang untuk menjana pekerjaan yang membayar gaji yang adil dan membolehkan rakyat membina kehidupan yang bermaruah.

Penyelesaian kepada kos sara hidup bukan hanya melalui subsidi dan bantuan, tetapi melalui pembaharuan struktur ekonomi yang berani dan menyeluruh.

Kedua, cabaran kemiskinan bandar dan kos sara hidup. Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menekankan isu kemiskinan bandar yang semakin menekan kehidupan rakyat.

Walaupun Malaysia dicatatkan sebagai ekonomi ke-36 terbesar dunia pada tahun 2024 dan pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2025 dicatatkan sekitar 4.4 peratus, tekanan kos sara hidup di bandar masih tinggi.

Menurut indikator kos sara hidup DOSM 2023, yang dikeluarkan pada 2 hari bulan November 2024, perbelanjaan asas kehidupan wajar iaitu PAKW bulanan isi rumah per kapita di bandar adalah RM1,423, sedangkan di luar bandar RM927 iaitu hanya berbeza RM496.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat PAKW yang tertinggi iaitu pada RM1,755 diikuti oleh Selangor dan Pulau Pinang. Hal ini telah mencetuskan persoalan

final • 6:00 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

utama. Adakah pihak kerajaan akan mengkaji semula Dasar Gaji Minimum iaitu RM1,700 sebulan terutama bagi yang menetap di bandar dan apakah langkah intervensi pihak kerajaan dalam mengatasi isu peningkatan kos sara hidup di bandar seperti Kuala Lumpur?

Sedangkan PAKW di bandar seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM1,755. Sudah tentu ianya tidak selari dengan kadar gaji minimum semasa memandangkan ditambah pula dengan harga sewa makanan, pengangkutan dan kesihatan yang meningkat. Selain daripada itu, sebahagian daripada perancangan RMK13, pihak kerajaan akan meneruskan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah

(STR) dan SARA.

Namun, perlu dinilai keberkesanan terhadap golongan miskin bandar. Persoalan saya, apakah sumbangan kewangan tambahan bagi mengatasi peningkatan kos sara hidup di bandar dan adakah pihak kerajaan akan mengkaji semula secara terperinci terhadap sasaran bantuan supaya diselaraskan dengan kos kehidupan seharian sebenar berdasarkan lokasi.

Saya mencadangkan agar Garis Kemiskinan Nasional disemak semula oleh pihak kerajaan agar mencerminkan realiti kos hidup bandar dan bukan hanya purata nasional iaitu bagi memastikan bantuan disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Ketiga, penstrukturan semula KWSP. Datuk Yang di-Pertua, berhubung cadangan penstrukturan semula KWSP bagi pelaksanaan mekanisme bayaran bulanan, saya tegas menyatakan bahawa tindakan ini tidak boleh dilaksanakan secara paksaan kepada pencarum dan perlu disertai dengan usaha memperkukuhkan pemahaman rakyat terhadap perancangan kewangan jangka panjang.

Setiap ahli harus diberi pilihan sama ada ingin kekal dengan struktur sedia ada atau beralih secara sukarela kepada struktur baharu ini berdasarkan keperluan dan keutamaan masing-masing.

Keempat- belia: peluang pekerjaan dan gaji bermaruah. Datuk Yang di-Pertua, graduan muda terutama di bandar sering menerima gaji permulaan yang rendah, tidak setimpal dengan kelayakan akademik dan gagal menampung kos kehidupan harian. Gaji permulaan sekitar RM2,500 hingga RM3,000 tidak cukup. Apakah lagi untuk menabung atau membeli rumah?

final • 6:00 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Oleh hal yang demikian, persoalan saya adalah pihak kerajaan akan menyemak semula Dasar Gaji Minimum dan gaji graduan baharu serta apakah pendekatan strategik pihak kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan munasabah di sekitar industri yang relevan seperti teknologi, kesihatan dan kreatif?

Selain daripada itu, apakah pendekatan strategik merentas agensi untuk menyelesaikan ketidaksepadanan antara kelulusan akademik dan permintaan industri?

Hal ini kerana belia yang menjadi pelapis kepada pembangunan insan negara mestilah dijaga supaya dapat mengekang daripada negara menghadapi brain drain dengan bakat dan kepakaran golongan muda.

Kelima, warga menua dan penjagaan jangka panjang juga disebut oleh YB Senator Tuan Mohd Hasbie Muda tadi. So, Datuk Yang di-Pertua, Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030, di mana kawasan bandar akan menghadapi peningkatan bilangan warga emas dan beban penjagaan akan meningkat.

Persoalan saya, adakah kerajaan mempunyai rancangan nasional khususnya untuk penjagaan jangka panjang warga emas bandar yang tidak memiliki pencen tetap, simpanan KWSP atau akses kepenjagaan kesihatan swasta?

final • 6:10 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Struktur pelaksanaan Dasar Warga Emas hari ini bersifat silo iaitu National Policy for Older Persons (NPOP) 2011, dengan izin yang tidak memberikan peruntukan khusus dan pelaksanaannya disalur menerusi pelbagai kementerian tanpa koordinasi berpusat.

Persoalan saya, persoalannya, adakah pihak kerajaan akan membuat satu kerangka perlindungan sosial secara terperinci merentasi kementerian antara Kementerian Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Sumber Manusia agar memenuhi keperluan warga emas bandar dengan lebih efektif?

Keenam, penswastaan kesihatan awam. Datuk Yang di-Pertua, berpandukan petua dari apa yang sedang berlaku dengan sistem pendidikan tinggi, saya yakin bahawa idea penswastaan untuk menjaga keuntungan dan memperdagangkan perkhidmatan kesihatan awam yang berasal dari jalur pemikiran yang sama melalui penubuhan Rakan KKM Sdn. Bhd. dengan alasan untuk mengoptimumkan kemudahan sedia ada. Kerajaan memperkenalkan Rakan KKM sebagai saluran alternatif mereka yang berkemampuan membayar secara tunai untuk mengakses perkhidmatan kesihatan awam tanpa perlu menunggu giliran seperti pesakit biasa.

Apa yang membingungkan iaitu pengakuan kerajaan sendiri bahawa operasi Rakan KKM akan menggunakan kapasiti sedia ada di hospital kerajaan. Ini bermaksud, tiada penambahan kakitangan, katil atau peluasan fasiliti. Dengan membenarkan akses segera berdasarkan kemampuan membayar, Rakan KKM secara langsung mencipta dua lapisan sistem kesihatan. Satu untuk yang mampu, satu lagi untuk rakyat biasa.

Ketujuh, perumahan mampu milik dalam proses urbanisasi tidak terkawal. Datuk Yang di-Pertua, urbanisasi tidak terkawal di bandar seperti Kuala Lumpur menyumbang kepada peningkatan sewa rumah, kekurangan perumahan dan menyukarkan golongan berpendapatan rendah keluar dari lingkaran kemiskinan. Saya menyambut baik sasaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk membina satu juta unit Rumah Mampu Milik di bawah RMKe13, akan tetapi pelaksanaan mesti disertakan dengan mekanisme pemantauan yang telus dan bebas ketirisan.

Namun begitu, persoalan saya, apakah pelan intervensi bagi pihak kerajaan dalam membantu secara khusus golongan belia di bandar yang kini terpaksa menyewa seumur hidup kerana harga rumah yang terlalu tinggi berbanding pendapatan mereka?

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan pengenalan model sewaan jangka panjang dengan opsyen memilih iaitu rent-to-own yang praktikal bagi golongan muda yang belum mampu membuat bayaran ansuran penuh.

Selain daripada itu, pembinaan Rumah Mampu Milik yang jauh dari pusat bandar dan pengangkutan awam hanya menyebabkan belia kembali menyewa di kawasan lebih mahal. Persoalan saya, adakah kerajaan akan membuat kajian semula lokasi perumahan mampu milik bagi belia yang dibina jauh dari pusat bandar, kawasan pekerjaan dan pengangkutan awam sehingga akhirnya memaksa golongan muda menyewa di tempat lain yang lebih mahal sewaannya?

Akhir sekali, keterjaminan makanan negara. Datuk Yang di-Pertua, RMKe13 menyatakan hasrat untuk memperkukuh sekuriti makanan negara. Namun, tumpuan masih terlalu berat kepada inisiatif berskala besar, sedangkan kelompok yang paling memerlukan perhatian adalah golongan petani kecil yang memiliki tiga hingga 10 ekar tanah yang masih terabai.

Kerajaan telah membuka import sayur-sayuran segar, khususnya kubis bulat dan kelapa tua biji secara besar-besaran dengan memansuhkan permit kelulusan iaitu AP ketika pandemik tanpa satu sistem pengimbangan yang jelas. Akibatnya, harga hasil tempatan jatuh kerana lambakan, tetapi harga dipasarkan kepada pengguna kekal tinggi kerana dimanipulasi oleh orang tengah. Siapa yang rugi? Petani tempatan dan pengguna.

Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi, khususnya sumber marin. Pada tahun 2024, sektor perikanan telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan bukan sahaja sebagai penyumbang

final • 6:10 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

utama kepada sumber protein negara, malah turut menyumbang sebanyak RM11.8 bilion kepada keluaran dalam negara kasar iaitu KDNK. Menaiki 0.7 peratus daripada keseluruhan KDNK negara dengan kadar pertumbuhan tahunan meningkat kepada 2.9 peratus.

Justeru itu, saya menyambut baik inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas menerusi Pelan Strategik Mempertingkatkan Pertumbuhan Industri Strategik Ekonomi Biru. Di bawah pelan ini, industri perikanan, tangkapan dan akuakultur yang mampan akan diperkukuhkan melalui penubuhan hab perikanan bersepadu lengkap dengan kemudahan pelabuhan serta fasiliti logistik yang menyokong keseluruhan rantaian nilai. Industri perikanan bukan sekadar menyumbang ekonomi, malah berupa sektor strategik dalam menjamin sekuriti makanan negara. Maka, segala isu yang timbul perlu ditangani dengan serius, segera dan menyeluruh.

Terdapat persoalan yang ingin saya bangkitkan terutama berkaitan dengan pengoperasian jeti LKIM. Persoalannya, apakah jaminan kerajaan bahawa jeti ini tidak dimonopoli dan digunakan untuk menekan perusahaan kecil? Saya mencadangkan agar ditubuhkan satu badan pemantau bebas bagi memastikan ketelusan pengurusan jeti dan penguatkuasaan kawalan harga termasuk bagi keperluan asas seperti ais. Hal ini adalah amat dan penting terutama bagi mengelakkan monopoli dan penyalahguna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi keuntungan sendiri.

Saya merayu agar kerajaan dan agensi berkaitan meneliti isu-isu ini secara menyeluruh dan menyediakan penyelesaian tuntas yang adil dan telus. Jangan biarkan nelayan kecil jadi mangsa sistem yang terlalu teknikal dan tidak fleksibel. Dasar ini mesti dikaji semula dengan teliti dan terperinci. Kita mesti mengiktiraf sektor pertanian sebagai sektor ekonomi dan bukan hanya instrumen pembangunan sosial.

Untuk akhiri perbahasan saya, Datuk Yang di-Pertua, kita tidak boleh terus berdiam diri apabila petani kecil terpaksa gulung tikar, apabila PKS dihimpit cukai berganda, apabila sistem pendidikan semakin menjauhkan peluang daripada anak-anak kita dan apabila rakyat semakin merasa mereka sekadar penumpang dalam negara sendiri.

Maka, saya seru kepada kerajaan hari ini supaya laksanakan reformasi secara menyeluruh, bukan sekadar menukar slogan. Kembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi negara. Berikan peluang saksama kepada semua rakyat Malaysia untuk maju bersama. Dengan itu, saya berharap cadangan dan semangat reformasi akan diambil serius oleh pihak kerajaan.

Dengan ini, Datuk Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Koh.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 28 Ogos 2025.

final • 6:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.22 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026