Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua
Dipersilakan Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar.
Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 1.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
1. Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta Menteri Kerja Raya menyatakan, penyelesaian komprehensif bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menyelesaikan masalah infrastruktur di Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli yang telah mengakibatkan banyak kemalangan maut seperti yang berlaku baru-baru ini melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyenggaraan di laluan persekutuan dilaksanakan oleh pihak syarikat konsesi penyenggaraan yang dilantik oleh kerajaan dan antara skop penyenggaraan yang dilaksanakan adalah meliputi skop penyenggaraan rutin berkala pavement, berkala bukan pavement dan kerja kecemasan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi penyelesaian jangka masa pendek, syarikat konsesi telah melaksanakan beberapa tindakan segera di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli dengan melaksanakan penampalan jalan ataupun pothole patching ya, di bawah kerja-kerja penyenggaraan rutin.
Jumlah pothole yang telah ditampal di JRTB ini sehingga Julai 2025 adalah sebanyak 224 bilangan dan setiap pothole yang ditemui melalui rondaan rutin atau diterima melalui aduan awam akan ditampal dengan— dan dibaiki segera dalam tempoh 24 jam. Selain itu juga, pihak syarikat turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian yang di luar jangka.
Sebagai contoh, pihak konsesi akan melaksanakan kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan Pelan Pelulusan Trafik atau Traffic Management Plan (TMP) dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan. Kementerian ini melalui program menaiktaraf infrastruktur keselamatan jalan raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bagi kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan seperti di persimpangan, selekoh dan jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan yang dikenal pasti, pemasangan lampu jalan akan dibuat secara setempat, berskala kecil dan memenuhi keperluan pencahayaan.
Berdasarkan senarai keutamaan lokasi yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia, sukacita kementerian ini ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2025, dua lokasi Jalan Persekutuan FT004 telah disenaraikan iaitu seksyen 73 dan 75.5 untuk kerja pemasangan lampu jalan baharu di bawah program ini dengan kos berjumlah RM200,000.
Pemantauan di lokasi-lokasi yang berisiko berlaku kemalangan akan terus dilaksanakan pada setiap masa oleh pihak kementerian ini dan Jabatan Kerja Raya serta kawasan kemalangan yang telah dipasang lampu jalan solar.
Jadi, penyelesaian jangka masa sederhana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator bagi penyelesaian jangka masa sederhana, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembaikan struktur turapan di Lebuhraya Timur-Barat FT004 Gerik-Jeli dari seksyen 83.74 ke seksyen 198.40 Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan dengan kos sebanyak RM100 juta pada tahun 2024. Jadi, skop projek adalah merangkumi seperti berikut ya, di dalam program:
(i) kajian awalan soil investigation dan ukur tanah— peruntukan RM500 juta;
(ii) pavement condition assessment (PCA) – peruntukan RM1 juta;
(iii) penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat – RM3,588,000;
(iv) penyenggaraan berkala bukan pavement – RM14,504,000; dan
(v) penyenggaraan berkala pavement ya – RM80,408,000.
Jumlah, RM100 juta.
Peruntukan projek seperti yang dinyatakan, senarai aktiviti kerja telah berlangsung sejak tahun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
Bagi aktiviti di perkara (i) ya, iaitu kajian awalan, hal ini telah siap dijalankan pada tahun 2024 dan untuk pelaksanaan kerja tahun 2025, aktiviti di perkara (ii), (iii) dan (iv) dan sebahagian perkara (v)sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun semasa iaitu 2025.
Manakala sebahagian aktiviti di perkara (v) yang berjumlah RM45 juta, akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Apabila projek ini siap, tahap keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya akan meningkat.
Pada masa ini, peruntukan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan kerja ini adalah sebanyak RM55 juta yang melibatkan RM1 juta bagi pelaksanaan pavement condition assessment (PCA) untuk mengenal pasti tahap kerosakan struktur jalan. Kita bukan sekadar menampal di atas saja, kita kena tahu juga struktur jalan, ya.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi RM14,504,000.00 bagi kerja-kerja berkala bukan pavement seperti memasang penghadang jalan serta memasang papan tanda keselamatan dan RM3 juta...
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...Dan tiga juta lima ratus....
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri, kalau boleh bagi jawapan bertulis saja.
Itu merupakan detil [Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Detil ya, tapi ini eloklah, pegawai dah sediakan.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak pa, pasal kerana isu ini memang isu yang penting.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baiklah. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua
Ada soalan tambahan daripada Ahli Dewan kita.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang selanjutnya saya akan sampaikan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya, baik. Dato’ Shamsuddin
Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah kekerapan semasa audit keselamatan, road safety audit yang dilaksanakan oleh pihak kementerian di Lebuhraya Timur-Barat Gerik-Jeli ini dan apakah langkah diambil oleh kementerian untuk memastikan setiap hasil audit yang dijalankan secara berkala itu dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di laluan berisiko tinggi tersebut? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya Yang di-Pertua. Yang ditanya adalah mudah je, kekerapan audit dijalankan.
Jadi, jawapannya untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, audit keselamatan jalan raya terdiri daripada lima peringkat utama yang dilakukan bagi sesuatu projek jalan raya. Ini termasuk juga di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) ini. Jadi, setiap peringkat bertujuan untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Jadi sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
Jadi, ia bertujuan untuk memastikan reka bentuk dan operasi jalan memenuhi piawaian keselamatan serta meminimumkan kemungkinan berlakunya kemalangan. Jadi, piawaian ini kita gunakan kesemua jalan termasuk dalam jalan JRTB ini. Jadi, kita buat kekerapannya dan memang skop-skop tertentu yang telah ditetapkan. Sebab jawapan lainnya panjang Yang Berhormat. Jadi, mungkin yang selain itu saya sampaikan secara bertulis Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak beri peluang kepada YB untuk bertanyakan isu-isu yang penting. Robert Lau dulu.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan tambahan untuk Menteri Kerja Raya iaitu tentang hal Pan Borneo di Sarawak. Pan Borneo sudah diselesaikan. Saya pun baru-baru tahun ini bawa kereta dari Sematan sampai Limbang.
Soalan saya ialah piawaian yang diguna untuk membina Pan Borneo sebab ada beberapa seksyen saya nampak tidak macam standard yang tinggi. Ada tempat yang teruk. Satu ialah di dekat di Durin, di bulatan Kanowit. Baru-baru ada satu accident registrar mahkamah tinggi Sarawak dan Sabah dibunuh. Dia mati. Dia mati.
Timbalan Yang di-Pertua
Kalau dibunuh itu...
[Dewan riuh]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Itu lain hal [Ketawa] . Tempat itu selalu ada satu accident pun. Sebab situ ada blind spot.
Timbalan Yang di-Pertua
YB, soalan YB.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya, soalan ialah apa yang Menteri akan buat di seksyen-seksyen yang tidak ikut piawaian yang ditetap untuk Pan Borneo highway?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, ini Sibu ini jauh menyimpang daripada JRTB, tapi kalau dibenarkan saya jawab kerana maklumat penting juga ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Eloklah Ahli Dewan Sarawak dijawab oleh Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, terima kasih. Jadi, yang pasti Yang Berhormat, kita tak akan membiarkan mana-mana atau apa-apa orang terbunuh di jalan raya kita.
Jadi, Yang Berhormat yang sememangnya ditanya tadi adalah benar. Sebenarnya jalan Pan Borneo ini kalau kita tak berapa tahu, ia sepanjang 800 lebih kilometer dari Teluk Melano sehingga ke Sungai Tujoh di persempadan dengan Brunei. Itu jajaran dia, tetapi yang tidak diketahui semua, yang sangat mengelirukan bukan sepanjangnya dimasukkan dalam kontrak Pan Borneo sebab ada 16 seksyen. Sebab itu yang disebut oleh di seksyen Durin-Kanowit tadi sebahagian daripada— dia 16 seksyen sepanjang 138 kilometer kurang lebih. Dia dulu adalah dalam keadaan yang baik pada ketika itu.
Jadi, tak termasuk dalam kontrak Pan Borneo, tetapi apabila Pan Borneo ini di- R5 standardnya, dah siap, sudah tentunya yang terkecuali dulu yang kita panggil sekarang red line. Kalau kita warnakan keseluruhan jajarannya blue line, tapi bahagian-bahagian, 16 bahagian tu, seksyen kita panggil red line. Yang perlu kita naik tarafkan ke tahap R5 sama dengan projek Pan Borneo.
Jadi, apa perancangan kita? Memang ada. Kita ada perancangan Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Senator.
Pada 18 dan 19 September ini, saya akan mengetuai pihak JKR Malaysia, KKR Malaysia termasuk KSU sendiri dan Timbalan Menteri, saya akan juga— kami akan turun padang di kawasan yang disebut tadi Durin-Kanowit itu yang saya lalu itu untuk saya pergi balik ke kawasan saya ke Kapit sampailah ke Bintulu malam itu, sampai di sana dan hari esoknya 19, kami akan tengok lagi di seksyen-seksyen yang dipanggil red line ini.
Jadi, perancangan kita memang ada, memang tetap cuma sekarang kita dalam memperhalusi kewangan bagaimana kita boleh menaiktarafkan seksyen-seksyen itu ke tahap R5. Jadi, itu perlu diperhalusi dari segi kewangan untuk kita menyelesaikan isu itu.
Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Nak tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Setia nak tanya. Dato’ Setia bangun tadi.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kerja Raya yang telah mengambil tindakan segera dalam memastikan bahawa tempat di mana kemalangan di Gerik sana diambil tindakan segera untuk menambahkan cahaya, menurapkan jalan dan sebagainya.
Persoalannya sekarang ialah adakah benar pihak kementerian ataupun mana- mana kementerian sekalipun apabila berlaku sesuatu perkara barulah tindakan nak diambil? Adakah benar kenyataan ini? Dan tidakkah ada satu perancangan sistematik untuk tindakan diambil secara berkala? Makna setiap tempat yang kemungkinan- kemungkinan kemalangan itu berlaku akan sentiasa dipantau dan diperbaiki dan dinaiktarafkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jawapan dia mudah. Tidak benar. Kita sememangnya ada perancangan kepada semua jalan, bukan sekadar di JRTB itu saja sebab di seluruh Malaysia ini kita banyak jalan. Berapa banyak kategori jalan? Jalan Persekutuan, jalan lebuh raya, jalan negeri, jalan PBT, jalan ladang, jalan sawit, jalan FELDA, jalan FELCRA. Kesemuanya ada beberapa pihak, tuan punya nya akan melihat kepada bagaimana memastikan keadaan jalan itu dalam keadaan yang terbaik. Cuma malangnya Tuan Yang di-Pertua, saya boleh bagi gambaran bagaimana kita tidak mampu untuk kita nak elokkan semuanya dalam seperti sepatutnya.
Sebenarnya Jalan Persekutuan sahaja, tak termasuk jalan negeri, jalan lain-lain itu, kita memerlukan dari satu ketika RM4 bilion kalau kita nak sempurnakan kualiti jalan kita ke tahap yang sepatutnya. Sebab piawaian kita mengikut international standard dalam lima ke tujuh tahun, dia perlu di-construction kata orang, tapi kita tidak mampu dari segi
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kewangan kita. Cuma dalam satu tahun, tengoklah dalam bajet yang akan dibentang ini, kita hanya dapat dalam satu tahun ke satu tahun, kita dapat hanya 25 ke 30 peratus sahaja. Maknanya kita memerlukan RM4 bilion, tapi kita selalunya dapat hanya RM1 bilion. Bayangkan bagaimana kita gunakan RM1 bilion itu untuk kita nak adil kepada semua jalan termasuk juga kepada jalan yang tersebut.
Jadi, bukan kerana kemalangan ini barulah kita ambil tindakan, tetapi memang betul apabila kejadian kemalangan mestilah kita pergi dekat sana untuk kita selesaikan apa masalah di sana. Saya sendiri pun pergi turun padang ke sana, selesai 9 hari bulan Jun, berlakunya bas yang meragut nyawa, kemalangan itu 15 nyawa pelajar universiti.
Jadi, semua itu dah kita elokkan. Jadi, kita ada program sepanjang jalan. Tadi saya dah sebut dari 2024 pun kita dah bagi peruntukan, dah buat kerja. Jauh sebelum Jun: Jun 9 2025. Kita dah mula. Jadi, untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita banyak juga perancangan untuk di lokasi dalam negeri Perak Darul Ridzuan ke juga lokasi di dalam Kelantan, negeri Kelantan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ini tak ada kemalangan, tetapi kita mengharap tidak ada berlaku kemalangan tetapi kita dah ada perancangan ya. Cuma kita menunggu kelulusan kewangan daripada pihak agensi atasanlah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyalurkan bantuan kewangan secara tetap atau berkala kepada sekolah-sekolah swasta, termasuk sekolah agama rakyat dan sekolah Islam swasta di negeri Perlis, yang tidak berada di bawah pengendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad.
Soalan adalah bersifat spesifik, tetapi saya akan berikan gambaran dari perspektif umum juga. Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat berkenaan pembangunan dan menaik taraf institusi pendidikan Islam di seluruh Malaysia, terutamanya dalam membangunkan fasiliti dan kemudahan infrastruktur di semua sekolah yang bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah Islam swasta di negeri Perlis.
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi membantu pemerkasaan pendidikan Islam ialah menyediakan peruntukan khas secara one-off setiap tahun bermula 2023 berjumlah RM150 juta, 2023, 2024, 2025, konsisten bagi memastikan semua institusi pendidikan Islam berada dalam keadaan yang kondusif supaya sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.
Kategori institusi pengajian Islam yang layak memberi manfaat adalah institusi- institusi pondok swasta, institusi tahfiz swasta, sekolah agama rakyat, sekolah agama swasta, sekolah agama negeri termasuk KAFA yang beroperasi bukan di premis kerajaan.
Pada tahun 2024, peruntukan khas Kerajaan Persekutuan, Bantuan Selenggara dan Naik Taraf (SNT) telah disalurkan. Ha, ini saya nak kongsikan Perlis— kepada negeri Perlis adalah sebanyak RM863,000 untuk manfaat 11 buah institusi pendidikan Islam iaitu sebuah pondok, lima buah maahad tahfiz dan lima buah sekolah agama rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Manakala bagi tahun 2025, walaupun belum cukup lagi 2025, semakin meningkat.
Sehingga hari ini agihan telah disalur kepada lima buah tahfiz dan lima sekolah agama di negeri Perlis dengan peruntukan daripada RM863,000 tahun lepas, tahun ini RM1,277,800. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Baharuddin.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi.
Soalan saya, adakah pihak kerajaan sama ada melalui Kementerian Pendidikan ataupun apa-apa kementerian bercadang untuk menempatkan guru-guru daripada Kementerian Pendidikan supaya dapat mengajar ataupun ditempatkan di sekolah-sekolah agama swasta atau agama rakyat, ini khususnya bagi subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Matematik?
Dan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan tadi ini, adakah untuk peruntukan pembangunan sahaja ataupun meliputi peruntukan untuk apa ini, operation expenditure juga iaitu untuk peruntukan per kapita.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan soalan bahagian pertama iaitu ada kaitannya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, itu boleh dipertimbangkan dan boleh diadakan kerjasama dan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Berhormat Menteri pun ada, sudah menyatakan secara umum, secara prinsipnya. Alhamdulillah. Dari sudut yang lain berkenaan dengan peruntukan dan juga latihan kepada guru- guru, sebenarnya pihak Kerajaan Persekutuan, JAKIM khususnya, kita sudah pun menawarkan program latihan kepada mudir-mudir sekolah-sekolah yang dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pun iaitu dengan Institut Aminuddin Baki. Kita menyediakan perkhidmatan latihan, pengurusan dan pentadbiran.
Selain daripada itu, JAKIM juga menawarkan latihan-latihan kepada guru-guru dari sudut pengajaran dan pembelajaran, di antaranya adalah program SMART MURABBI. Pada waktu ini sudah lebih 30,000 guru-guru yang kita telah latih untuk memperkukuhkan lagi profesionalisme mereka.
Ini bermaksud bahawa kerajaan memberikan perhatian serius terhadap kualiti bukan sahaja dari sudut pengajaran dan pembelajaran termasuk pentadbiran dan pengurusan institusi pondok, institusi tahfiz itu sendiri. Terima kasih.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Sekolah agama rakyat ini banyak menyumbang modal insan kepada rakyat. Jadi, pendapatan sekolah-sekolah agama rakyat ini bergantung kepada yuran dan sumbangan-sumbangan daripada masyarakat dan semua ini tidak mencukupi untuk membiayai gaji, infra dan sebagainya.
Jadi, apakah kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang ada di belakang untuk menjadikan beberapa sekolah agama rakyat ini sebagai sekolah angkat yang mana sebahagian sekolah-sekolah agama rakyat ini, dari segi pencapaian akademik mereka ini sangat baik. SPM ataupun STAM ataupun STPM dan sebagainya, pencapaian mereka itu baik. Jadi, apakah hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah-sekolah yang terpilih untuk menjadi sekolah angkat? Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih kepada Yang Berhormat, soalan ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun begitu melihatkan kepada realiti dan situasi yang ada pada hari ini, Kerajaan Persekutuan sebenarnya bekerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri dan juga Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa melakukan libat urus
Dr. Zulkifli bin Hasan
untuk mengenal pasti dan cuba menangani isu-isu yang berbangkit. Libat urus dijalankan sepanjang tahun dan ini menunjukkan bahawa kerjasama yang rapat di antara negeri dan Kerajaan Persekutuan itu boleh menambah baik termasuk dengan idea sekolah angkat itu, kita boleh melihat dan boleh pertimbangkan.
Namun, paksinya adalah, kerjasama di antara negeri dan Persekutuan akan menambahkan lagi pengukuhan profesionalisme mahupun pemerkasaan institusi pendidikan Islam di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput Tuan Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Assalamualaikum Yang di-Pertua. Datuk Yang di- Pertua, soalan saya nombor 3.
3. Tuan Haji Hussin bin Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan, status terkini pelaksanaan Program Anak Kita sehingga Julai 2025 dan keberhasilannya dalam menangani isu keciciran pembelajaran, meningkatkan penguasaan asas 3M serta pencapaian SPM khususnya murid daripada keluarga B40 dan kawasan luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, Program Anak Kita adalah ikhtiar Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk menangani keciciran pembelajaran, meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid serta membantu melonjakkan prestasi SPM.
Setahun berlalu program yang sifatnya whole of government approach bersama dengan Unit Pantau MADANI dan Yayasan Hasanah dan disokong bersama rakan-rakan strategik yang lain merangkumi pertubuhan masyarakat sivil seperti LeapEd Sdn. Bhd.
dan PEMIMPIN GSL termasuk universiti awam seperti UPSI, UniMAP, USM dan UUM turut terlibat dalam pelaksanaan Program Anak Kita.
Intervensi yang dilaksanakan adalah bagi menyokong peningkatan pedagogi pengajaran, peningkatan kemahiran kepimpinan sekolah melalui pembinaan kompetensi guru dan penambahbaikan proses PdP dengan pemberian baharu, pemberian bahan bantu mengajar. Program ini dirangka khusus untuk merapatkan jurang ekuiti pendidikan, menangani isu keciciran pembelajaran serta meningkatkan penguasaan akademik dalam kalangan murid, khususnya daripada kalangan keluarga B40 dan kawasan luar bandar.
Beberapa lonjakan yang signifikan telah pun berjaya dicapai. Sehingga Julai 2025, program ini sedang berjalan merentasi tiga program utama iaitu Program 3M, Program SPM dan Program Cicir Sistem.
Program 3M dan Program SPM untuk tahun 2025 telah bermula sepenuhnya di sekolah-sekolah yang terlibat sejak Mac 2025. Bagi menangani isu keciciran secara khusus, Program Cicir Sistem telah dilaksanakan bermula pada Julai 2025. Proses pemantauan bagi Program 3M dan SPM pula telah dilaksanakan secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada pelaksanaan ini, Program Anak Kita telah menunjukkan keberhasilan yang amat memberangsangkan bagi meningkatkan penguasaan asas 3M. Sehingga Jun 2025, program ini telah berjaya membantu seramai 15,543 murid di seluruh negara keluar dari kelas pemulihan.
Bagi Program Pecutan SPM 2024, seramai 8,855 daripada 9,906 murid iaitu sekitar 89 peratus daripada 343 buah sekolah telah lulus dan layak menerima sijil SPM melepasi sasaran awal iaitu 6,909 murid. Murid yang terlibat juga menunjukkan peningkatan gred yang signifikan dalam subjek teras di mana seramai 7,425 murid iaitu 75 peratus menunjukkan peningkatan gred bagi mata pelajaran Sejarah; 6,196, 63 peratus murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu; dan 5,646, 57 peratus murid bagi mata pelajaran Matematik.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Sementara itu, program intervensi bagi kohort SPM 2025 sedang berjalan lancar, memanfaatkan 20,000 murid yang telah menerima tablet bersama data untuk mengikuti kelas tuisyen dalam talian sejak Februari 2025.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Dalam usaha menangani isu keciciran pembelajaran, program ini mencatatkan kadar kehadiran murid yang amat tinggi iaitu 99 peratus untuk peperiksaan SPM 2024. Ini disokong oleh pembangunan Program Cicir Sistem yang bermatlamat untuk mengembalikan murid ke sekolah dan memastikan mereka kekal bersekolah.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Program Anak Kita telah memberikan impak dalam menangani isu-isu kritikal pendidikan bagi murid dari keluarga B40 dan kawasan luar bandar. It takes a village to raise a child, begitulah semangat Program Anak Kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas inisiatif yang saya fikir sangat baik. Cuma, saya tengok dalam laporan 27 September, RTM, cuma penekanannya. Tadi, sebut keseluruhan, tetapi penekanannya kepada enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Bagaimana negeri-negeri yang lain? Selangor ini pun termasuk negeri-negeri yang tercicir banyak ke? Sebab di-consider negeri yang maju. Negeri-negeri yang lain di Pantai Timur dan lain-lain.
Yang keduanya, mungkin dari sudut untuk anak-anak yang tercicir semasa pandemik dulu, khususnya di kalangan anak-anak yang— anak-anak apa kita panggil?
Pendidikan khas, ada tindakan khusus untuk mereka atau macam mana? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat, ingin saya tegaskan bahawa dalam aspek melihat bahawa program ini masih di peringkat awal, maka sebab itu tumpuan kita adalah pada beberapa negeri-negeri.
Dalam masa yang sama, program ini terus ditambah baik untuk kita lihat bahawa permintaan daripada negeri-negeri yang lain juga sangat tinggi.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang memberikan tumpuan untuk melihat bahawa program ini boleh dilanjutkan untuk memberikan juga sokongan kepada negeri-negeri lain.
Bagi soalan yang kedua berkaitan dengan anak-anak yang tercicir semasa pandemik dan juga anak-anak yang terlibat dalam pemulihan ataupun keperluan khas ini, ini juga tumpuan kita, tetapi dalam segmen yang berbeza, bukan dalam Program Anak Kita lah. Jadi, ini juga menjadi tumpuan kita khususnya untuk melihat bahawa anak-anak ini juga perlu diberikan perhatian.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, semasa kita membuat saringan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita ada satu saringan untuk melihat pencapaian dan penguasaan literasi dan numerasi untuk anak-anak Tahun 1. Di situ sebenarnya Yang Berhormat, kita lihat bahawa anak-anak berkeperluan khas juga termasuk dalam kumpulan ini yang mesti kita keluarkan dan berikan tumpuan yang berasingan kerana pendekatan untuk pemulihan mereka khususnya untuk literasi dan numerasi pastinya berbeza daripada anak-anak yang lain.
Jadi, itu penjelasan daripada pihak saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri. Jawapan yang padat.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Soalan tambahan.
Tuan Abun Sui Anyit
Soalan.
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia melaksanakan pungutan data secara digital menggunakan AI
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Learning Analytics untuk mengesan murid berisiko tercicir lebih awal sebagaimana yang dilakukan di negara-negara maju? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Kita bersedia Yang Berhormat dan sedang pun kita laksanakan dan pembangunan sistem itu sudah pun berlangsung, khususnya di dalam beberapa pelantar yang telah pun kita sediakan.
Pelantar DELIMa, yang mana guru-guru boleh menggunakan semua aplikasi yang terkait dengan pengesanan keciciran ini menggunakan AI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Abun. Soalan khas daripada Sarawak.
Tuan Abun Sui Anyit
Ya, terima kasih. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian atas program yang dibuat. Cuma, saya ingin— juga ingin menyampaikan keciciran akibat daripada ketiadaan identiti ataupun dokumen diri. Mereka ini banyak yang ada di Sarawak. Saya bercakap bagi pihak yang ada di dalam daerah Belaga.
Bukan sahaja mereka mahu bersekolah, tetapi pihak sekolah pula yang sebenarnya tidak menerima mereka kerana akibat daripada keciciran akibat dokumen ini.
Adakah kerajaan ataupun kementerian mempunyai satu inisiatif untuk mengambil mereka ini bersekolah kerana mereka ini memang anak kita, anak orang bangsa Kenyah, Kayan dan sebagainya. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat beliau adalah salah seorang Ahli Dewan Negara yang sangat konsisten bercakap tentang isu ini dan menyentuh isu ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan seperti berikut:
Pertamanya, soal pendidikan anak-anak tanpa dokumen ini menjadi perhatian kita khususnya apabila melihat bahawa ada keperluan dan kepentingan, khususnya melibatkan anak-anak ini yang dapat kita kenal pasti dari segi beberapa aspek.
Contoh, sebagai salah seorang daripada ibu bapa mereka adalah warganegara Malaysia dan juga dilahirkan di negara ini. Jadi, semua dokumen-dokumen ini ataupun pengenalan-pengenalan diri ini perlu juga merentasi beberapa agensi untuk mendapatkan pengesahan, tetapi dalam masa yang sama, kita juga sudah pun mengenal pasti bahawa ada beberapa peraturan kita Tan Sri Yang di-Pertua, yang mesti juga dipinda dan juga dilihat sebagai progresif untuk melihat bahawa bagaimana kita boleh terus membantu anak-anak ini.
Antara perkara yang telah pun kita laksanakan dan saya pasti kalau kita dapat data yang komprehensif, program ini boleh dilanjutkan di kawasan-kawasan tertentu sepertimana yang disebut tadi di Belaga kerana kita sudah pun ada pengalaman Tan Sri Yang di-Pertua, melaksanakan dan membuat peluasan Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Kota Kinabalu yang melibatkan anak-anak tanpa dokumen ini, yang sedang kita bantu dari segi pendidikannya.
Jadi, saya boleh minta pejabat pendidikan daerah untuk memberikan data ini supaya kita boleh lihat sama ada pelaksanaan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini boleh dilaksanakan di beberapa kawasan khususnya di Sarawak. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya jemput Tuan Manolan bin Mohamad.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, bagaimanakah kerajaan akan memastikan orang asli bukan hanya menjadi penerima bantuan tetapi turut menjadi pelaksana dan usahawan.
Timbalan Yang di-Pertua
Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa cakna dan komited untuk memastikan masyarakat orang asli bukan sahaja menjadi penerima bantuan dengan memfokuskan kepentingan pendidikan dan kemahiran, malah turut berperanan sebagai pelaksana dan usahawan yang berdaya saing di samping memastikan pembangunan ekonomi masyarakat orang asli setanding dengan masyarakat arus perdana yang lain.
JAKOA sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan juga pihak swasta bagi menyediakan peluang pekerjaan melalui pelbagai program kemahiran termasuk dengan PGA Senoi Praaq, Malaysia Airlines Group, PERKESO, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, HRD Corp dan lain-lain.
Dan sejak 2016, seramai 776 usahawan di bawah bimbingan JAKOA terlibat dalam pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan pertanian, kraf tangan, makanan, minuman, kecantikan, herba dan juga lain-lain.
Dalam usaha ini juga, JAKOA sentiasa melibatkan usahawan-usahawan orang asli dalam projek-projek yang di bawah seliaan JAKOA. Antara lainnya seperti projek pembinaan, pembekalan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelbagai bidang lain yang dilaksanakan oleh JAKOA.
Sehingga RMK12, sebanyak 130 projek telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat milikan orang asli dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:
| Negeri | Jumlah Projek |
|---|---|
| Ibu Pejabat JAKOA | 5 |
| Perak | 56 |
| Kedah | 56 |
| Negeri Sembilan | 8 |
| Melaka | 8 |
| Pahang | 36 |
| Johor | 4 |
| Kelantan | 7 |
| Terengganu | 7 |
| Selangor | 14 |
| Wilayah Persekutuan | 14 |
| Jumlah keseluruhan | 130 |
Dengan adanya usaha-usaha semacam ini, orang-orang asli ataupun— telah dapat dikenal pasti, bukan sahaja sebagai penerima bantuan, malah mereka juga pelaksana dalam program-program yang boleh menjana pendapatan dan juga mencipta peluang-peluang pekerjaan lain kepada masyarakat orang asli. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan YB Manolan.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang sangat komprehensif dan juga membantu usahawan-usahawan orang asli.
Soalan tambahan saya adalah apakah strategi kerajaan yang— bagi melahirkan lebih ramai tenaga pengajar atau mentor di kalangan orang asli sendiri khususnya dalam bidang sosioekonomi dan keusahawanan? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Datuk Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dalam memberi keutamaan kepada agenda memartabatkan masyarakat orang asli termasuk dalam aspek pembangunan modal insan dan juga keusahawanan.
Strategi untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar ataupun mentor di kalangan masyarakat orang asli sendiri adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Orang Asli dan Pelan Strategik Nasional bagi masyarakat orang asli yang menekankan pendekatan capacity building dan juga pemerkasaan dari dalam dengan kerjasama strategik kementerian dan juga agensi kerajaan yang lain seperti berikut:
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Yang pertama, Program Pembangunan Usahawan dan Koperasi Orang Asli.
Melalui program ini, JAKOA bukan sahaja menyediakan latihan asas keusahawanan, malah mengenal pasti individu orang asli yang berjaya dan berpotensi untuk dijadikan role model ataupun mentor. Mereka dilatih dan diperkasa bagi berkongsi pengalaman, pengetahuan dan motivasi serta— peserta baharu daripada komuniti sendiri.
Pendekatan rakan sebaya ini terbukti berkesan dalam membina keyakinan.
Sebagai permulaan, JAKOA telah melibatkan usahawan-usahawan orang asli seperti Asli Makintan Enterprise dan Aura Asli Enterprise sebagai penceramah jemputan dalam seminar-seminar keusahawanan dan koperasi yang diadakan sepanjang tahun 2024.
Yang kedua, Program TVET In-situ. JAKOA melaksanakan Kursus TVET In-situ dalam bidang jahitan, kulinari, bengkel automotif asas, anyaman, kraf tangan dan lain-lain dalam usaha memperkasakan komuniti masyarakat orang asli melalui peningkatan kemahiran dan membuka peluang keusahawanan serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berpotensi menjadi mentor dan pengajar dalam kalangan mereka sendiri.
Yang ketiga, penajaan pendidikan. Kerajaan melalui JAKOA menyediakan biasiswa dan bantuan pendidikan kepada anak-anak orang asli yang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaan, ekonomi dan vokasional. Ini adalah pelaburan jangka panjang untuk kita melahirkan kumpulan tenaga pengajar profesional dari kalangan orang asli pada masa hadapan.
Dan yang keempat, inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KKDW melalui JAKOA merancang untuk memperkasakan kebolehupayaan usahawan sebagai penggerak keusahawanan komuniti dengan melaksanakan program seperti Program Train The Trainers, Program Pengembangan Usahawan Expand dan juga usahawan sosial: social entrepreneur. Apa yang diharapkan, hasil daripada program ini, usahawan orang-orang asli akan menjadi lebih dinamik, progresif dan mampu menyumbang kembali kepada pengembangan komuniti usahawan secara mampan dari dalam komuniti itu sendiri.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri Datuk. Sekarang saya jemput Datuk Koh Nai Kwong.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua
Tak, ini soalan untuk orang asli, Haji Hussin.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Soalan tambahan ada?
Timbalan Yang di-Pertua
Haji Hussin ini orang asli kah, orang asli?
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya orang asli, orang asal, asal.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, juga terima kasih. Saya benarkan.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya rasa yang depan kita semua ini semuanya asli, Datuk. Bukan artifisial.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Terima kasih dan saya berminat sebenarnya, Datuk, berhubung dengan isu orang asli. Saya banyak program kerap ke perkampungan orang asli, tetapi saya melihat sesuatu yang tidak banyak program yang merubah identiti, imej, suasana perkampungan orang asli yang masih kekal dalam identitinya sebegitu dan kita sekarang ini merancang untuk membangunkan pembinaan pembangunan usahawan orang asli dan lain-lain.
Nak bangunkan usahawan memerlukan suasana yang lebih kondusif. Ada tidak perancangan mahupun cadangan daripada kerajaan untuk mengubah suasana masyarakat orang asli walaupun jauh di pedalaman, tetapi mempunyai imej yang bagus, yang cantik, yang menarik, yang kondusif, yang memberi ruang untuk memperkasakan program-program pembangunan orang asli itu sendiri?
Kalau boleh misalnya pertandingan kecantikan kampung orang asli dan pelbagai program, tapi yang kita tengok sehingga hari ini, sangat daif kemudahan-kemudahan di depan mereka. Saya minta maaf, mungkin saya salah tafsir, tapi YB Manolan boleh memberi penafian terhadap apa yang saya katakan. Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan tadilah.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya JAKOA sentiasa mencari kaedah untuk kita memastikan kawasan-kawasan orang asli ini lebih menarik, lebih menonjol dan apa yang penting dapat dibangunkan atau membangun selaras dengan perkampungan yang lain. Banyak usaha yang mana program kita lebih menekankan tentang pendidikan dan juga kemahiran.
Dan suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya kita mempunyai banyak kampung, ada 800 lebih kampung orang asli di enam buah negeri. Dan salah satu kekangan utama kita, pengazetan kampung itu sendiri. Namun begitu, lebih separuhlah telah kita gazetkan dan kita masih bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan pengazetan kampung-kampung orang asli ini dapat kita laksanakan dengan lebih orang kata cepat lagi, lebih drastik lagi ya.
Yang kedua, sebenarnya banyak program yang telah kita lancarkan khasnya dalam usaha kita membangunkan kampung-kampung orang asli khasnya dalam usaha kita membangunkan kapasiti pemimpin-pemimpin orang asli. Antaranya kita juga membuat program-program bukan saja dari sudut pembangunan ekonomi, malah juga program-program pembangunan sosial di kampung-kampung yang mana turut mendapat sambutan.
Rasa saya tak benarlah semua kampung tak menarik. Banyak kampung-kampung orang asli sekarang lebih menarik, contohnya Kampung Lata Kinjang, kawasan Paya Bunga, kawasan sebelah Perak itu banyak yang kata yang menyerlah ya.
Dan baru-baru ini saya pergi di Melaka, ada satu kawasan itu bukan sahaja kampung itu— saya tak ingat namanya hari ini ya— kampung itu saya nampak macam bukan kampung orang asli. Macam kampung orang yang dah bangun, semua bangunan rumah ada konkrit, konkrit and then banyak apa orang kata, terpelajar, ilmuan daripada kawasan berkenaan.
Jadi, program-program seperti pembangunan ekonomi bersepadu yang kita buat di kampung-kampung, begitu juga program pembangunan kampung secara agrotourism yang banyak kita bangunkan pada masa inilah melalui Desa Lestari, melalui Program Desa Kirana sekarang.
Ini antara program-program dan kampung orang asli tak pernah tertinggal dalam program-program pertandingan apa nama, kampung ataupun sekarang kita sebut Anugerah Desa MADANI. Tak pernah tertinggal ada saja wakil dia setiap tahun, kemungkinan adalah kampung-kampung satu, dua yang jauh ke dalam itu yang masih terpinggir ya, tapi majoriti kawasan-kawasan kampung orang asli ini telah pun kita bangunkan dengan pelbagai program, bukan saja program-program pembangunan ekonomi, malah juga daripada sosial dan juga program-program komuniti bagi
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
meningkatkan martabat atau pun meningkatkan kehidupan masyarakat orang asli itu sendiri.
Jadi, sebenarnya banyak program Yang Berhormat Senator ya, sebenarnya banyak program. Kemungkinan belum terserlah secara lebih baik lagi setakat ini. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Ada lagi soalan untuk orang asli? Kalau tak ada saya jemput Datuk Koh Nai Kwong.
[Ketawa]
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
5. Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah mekanisme pihak kerajaan untuk memastikan ketelusan dan integriti pelaksanaan projek perumahan mampu milik di bandar agar ia mencapai tujuan kepada golongan sasar dan apakah pelan mitigasi pihak kerajaan membantu golongan belia yang terpaksa menyewa seumur hidup kerana harga rumah terlalu tinggi berbanding pendapatan mereka.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terdiri daripada dua sebenarnya, satunya bertanya tentang ketelusan dan integriti perlaksanaan rumah-rumah mampu milik dan keduanya adalah mitigasi kerajaan untuk membantu rakan-rakan belia untuk mendapatkan rumah.
Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa betapa kementerian ini komited memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan ataupun secara sewaan, shelter for all.
Dalam hal ini, kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pelaksanaan projek berdasarkan prinsip akauntabiliti awam. Yang keduanya, telus; ketiganya, nilai faedah terbaik; keempatnya, saingan terbuka; kelimanya, mestilah secara adil dan saksama melalui pelaksanaan perolehan secara tender terbuka serta memastikan pengurusan projek perumahan dilaksanakan dengan cekap dan efisien agar rumah mampu milik yang dibina adalah berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi yang telah pun ditetapkan. Ini adalah sejajar dengan hasrat prinsip MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara pada tahun 2019. Melalui dasar ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun menggariskan standard, spesifikasi utama, harga dan panduan bagi pembangunan rumah mampu milik sama ada dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mahu pun rakan-rakan daripada pihak swasta bagi mengatasi isu yang dibangkitkan berkaitan dengan industri perumahan mampu milik.
Bagi memastikan ketersediaan rumah mampu milik dalam pasaran secara berterusan, Dasar Rumah Mampu Milik juga telah pun menetapkan mekanisme kawalan bekalan rumah mampu milik minimum iaitu di mana-mana sekurang-kurangnya 30 peratus daripada unit rumah yang dibangunkan oleh pemaju di satu-satu skim pemajuan mestilah merupakan rumah mampu milik.
Walau bagaimanapun, ia adalah masih tertakluk kepada keputusan dan dasar mana-mana kerajaan negeri yang mana rumah mampu milik itu dibina ataupun pemajuan itu dibina.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan ketelusan pengisian unit rumah mampu milik bagi rumah, khususnya rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) ataupun sekarang ini kita sebut sebagai Program Residensi Rakyat di bawah seliaan KPKT.
Permohonan hanya dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) di bawah Jabatan Perumahan Negara.
Untuk menyaring kelayakan permohonan sebagai pembeli rumah pertama, KPKT juga turut melakukan semakan silang permohonan dengan beberapa agensi kerajaan, antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi maklumat penyeteman perjanjian perumahan ataupun perjanjian jual beli, sales and purchase agreement (SPA).
Bagi permohonan rumah PPR dan PRR yang telah pun berjaya dan menghuni di rumah tersebut, mereka adalah tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan dalam perjanjian yang ditandatangani. Antaranya turut melibatkan kewajipan membayar sewa bagi unit rumah PPR yang disewa dan juga dilarang membuat sewaan kecil serta tempoh moratorium. Kalau mereka dapatkan rumah itu, maka dalam waktu-waktu tertentu, mereka tidak dibenarkan jual balik. Dan sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran akan menyebabkan penghuni tersebut akan diambil tindakan dan berkemungkinan juga akan diusir keluar.
Manakala bahagian kedua soalannya adalah berkaitan dengan pelan mitigasi bagi membolehkan kita membantu golongan belia memiliki rumah. Kerajaan telah pun melaksanakan beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, khusus bagi golongan berpendapatan rendah: B40 dan sederhana:
M40. Kerajaan telah pun menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan nilai jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama sama ada rumah baharu atau secara lelongan. Dan sepanjang pelaksanaan SJKP mulai tahun 2008 sehingga 31 Mei Tuan Yang di-Pertua, jaminan pinjaman bernilai RM20.9 bilion telah pun diluluskan ke atas 88,507 permohonan.
Dan untuk makluman Dewan juga, dana ini telah pun ditingkatkan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini, menjadikan keseluruhan peruntukan SJKP adalah RM30 bilion. Ini semua adalah untuk membantu kalangan belia dan kalau untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, 89.5 peratus daripada keseluruhan SJKP itu adalah dinikmati oleh kalangan belia.
Dan yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, untuk Skim Sewa untuk Beli
Rent to Own, khasnya bagi perumahan PPR, bagi seliaan KPKT terdapat di beberapa negeri juga iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan negeri ini adalah kawasan-kawasan bandar Tuan
Yang di-Pertua dan membolehkan orang-orang
penduduk, rakyat kita memperolehi rumah mampu milik.
Yang ketiganya adalah konsep pembiayaan secara step financing: step-up financing. Yang mana merujuk dalam tempoh tiga hingga lima tahun pertama, bayaran ansuran itu adalah lebih rendah Tuan Yang di-Pertua bagi membolehkan rakyat kita khususnya para belia memiliki rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Datuk Koh
Datuk Wira Koh Nai Kwong
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.
Soalan tambahan saya adalah, kerajaan sepatutnya berkongsi maklumat secara terus berhubung risiko pemajuan sesuatu projek perumahan kepada bakal pembeli rumah. Ini akan dapat membantu rakyat membuat keputusan yang baik dalam membeli kediaman. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sangat bagus, saya setuju dengan soalan Yang Berhormat Senator, tetapi pada masa yang sama,
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
kita di peringkat KPKT sebenarnya telah pun membangunkan satu one-stop center iaitu sistem bank data perumahan negara yang kita panggilkan TEDUH. TEDUH ini Tuan Yang di-Pertua, akan berfungsi sebagai pangkalan data perumahan nasional yang mana para pembeli rumah, satu, boleh mencari maklumat.
Kedua, boleh membuat perbandingan mudah mana rumah yang lebih baik untuk mereka dapatkan. Ketiga adalah membuat pilihan dan keempatnya, adalah memantau perkembangan projek perumahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ataupun termasuklah pihak swasta.
Daripada sini semuanya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, boleh menyemak maklumat mengenai pemajuan perumahan yang berlesen, termasuklah sama ada perumahan ini sakit, lewat ataupun terbengkalai. Jadi, daripada sistem TEDUH itu, semua boleh didapatkan maklumat. Jangan beli tanpa melihat panduan.
Yang keduanya Tuan Yang Pertua, saya juga ingin memaklumkan bahawa 21 Ogos hingga 21 Oktober 2024, KPKT telah pun melancarkan satu panduan – buku panduan pemilikan kediaman, home ownership handbook ya [Sambil memegang buku] Dan ini juga boleh di- download daripada sesawang KPPT. Ini juga Tuan Yang di-Pertua, dia bagi panduan kepada rakyat kita— pembeli-pembeli daripada awal, sampailah membeli, sehingga selepas membeli. Apakah hak-hak mereka juga? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan?
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Soalan tambahan.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
YB Azahar ada soalan tadi.
Tuan Azahar bin Hassan
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya, adakah KPKT berhajat untuk menambah PPR di Perlis selain daripada yang sedang berlangsung ini? PPR Padang Besar dan juga PPR Simpang Empat.
Dan juga, adakah PPR Padang Besar ini di jangka siap pada Julai 2025? Adakah dah siap dan sebagainya? Dan kemudian tentang pembangunan RFP di kawasan Tok Kuning. Kerajaan negeri nak buat kut? Ada dalam pemantauan KPKT lah perkembangannya. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang Di-Pertua, soalan ini sangat spesifik. Saya mohon dijawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, satu lagi
Tuan Che Alias bin Hamid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Berdasarkan kepada Laporan Kajian Keupayaan Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Belia di negara kita ini yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia pada tahun 2021 mendapati bahawa golongan belia kita ini berdepan dengan kesukaran menyediakan deposit rumah yang tinggi. Manakala, sebahagian mereka ini tidak layak memperolehi pinjaman perumahan akibat syarat yang ketat dan juga masalah kewangan.
Soalan saya, sejauh manakah kerajaan merancang intervensi baru dalam skim pembayaran ataupun subsidi faedah pinjaman perumahan bagi memastikan golongan belia ini yang berpendapatan rendah dan sederhana ataupun B40 ini tidak terus tersisih daripada memiliki rumah di negara kita ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat.
Pertama, saya ingin menekankan di sini bahawa kita telah pun ada satu kempen Home Ownership 2.0. Ini kita lanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini pun, Tuan Yang
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
di-Pertua. Di mana pertama, untuk pembeli rumah pertama, diberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara pemilikan untuk pembiayaan rumah sehingga RM500,000.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, pelepasan cukai individu selain daripada yang saya sebutkan tadi, tentang SJKP yang telah 89 peratusnya memang adalah belia, diberikan keupayaan untuk step up financing tadi supaya tiga hingga lima tahun yang pertama ansuran memang sesuai dengan kadar pendapatan yang mereka ada. Sebab dia akan meningkat demi tahun, Yang di-Pertua. Kita juga ada pelepasan cukai. Pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan kepada kediaman, rumah yang berharga sehingga RM500,000, Tuan Yang di-Pertua. Tinggi ya.
Yang kedua, pelepasan cukai juga diberikan sehingga RM5,000 kepada perumahan dalam lingkungan RM500,000 hingga RM750,000, Tuan Yang di-Pertua.
Pada masa yang sama, kita ada SJKP MADANI, di mana pembiayaan sehingga 120 peratus daripada nilai rumah, Tuan Yang di-Pertua. Maknanya, dia tak perlu menyediakan apa-apa pendahuluan pun. Bahkan, mereka diberikan duit lebih untuk membuat apa-apa renovation yang diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Dato Nelson W Angang. Datuk Rosni, minta maaf. Ini soalan keempat.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Datuk Nelson W Angang minta Menteri Pendidikan menyatakan, bagaimana kerajaan mengawal kos kenaikan yuran prasekolah, terutamanya di sektor swasta dan kawasan bandar serta apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu guru prasekolah yang masih terbeban dengan gaji yang tidak mengikut kadar gaji minimum.
Tuan Yang di-Pertua
Sila YB Menteri
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tadika swasta adalah institusi pendidikan yang menyediakan perkhidmatan pendidikan prasekolah kepada murid berumur empat hingga enam tahun. Seksyen 20, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan semua tadika yang beroperasi hendaklah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan bawah akta ini.
Semasa mendaftarkan suatu tadika swasta, KPM akan mengenakan syarat- syarat, termasuklah kelulusan yuran dan bayaran lain yang boleh dikutip oleh tadika swasta tersebut. Kadar yuran dan bayaran lain yang diluluskan adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh tadika swasta. Sebarang permohonan kenaikan yuran yang dikemukakan oleh pengusaha tadika swasta akan disemak dan dipertimbangkan sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, termasuklah pengusaha dan ibu bapa.
Sebagai langkah kawalan, permohonan hanya boleh dikemukakan selepas tempoh tiga tahun dan tidak melebihi 30 peratus daripada yuran sedia ada. KPM akan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan aspek lokasi, kemudahan yang disediakan, serta kelayakan guru.
KPM percaya bahawa setiap kadar yuran dan bayaran lain yang telah diluluskan bagi setiap tadika swasta yang berdaftar adalah untuk kelangsungan pengoperasian mengikut ketetapan standard kualiti prasekolah kebangsaan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Sebagai menyokong usaha penyediaan perkhidmatan pendidikan prasekolah oleh tadika swasta kepada keluarga B40, KPM turut menyediakan bantuan yuran murid
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
kepada anak-anak daripada keluarga B40 yang belajar di tadika swasta. Bantuan ini diberikan secara one-off bagi satu tahun akademik untuk meringankan beban kos yuran tadika swasta.
Bagi tahun 2025, setiap murid yang layak menerima bantuan berjumlah RM1,175.40 untuk tempoh pembelajaran setahun. Bantuan ini telah memberi manfaat kepada 1,106 orang murid B40 di tadika swasta di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk program ini sahaja, sebenarnya yang telah menggunakan manfaat terbanyak khususnya di tiga negeri: Sabah, Sarawak dan Kelantan.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Dasar Gaji Minimum sekurang- kurangnya RM1,700 yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia turut terpakai kepada tadika swasta. KPM menyambut baik pelaksanaan dasar ini bagi memastikan kebajikan guru tadika swasta terbela, seperti yang hasrat oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Ketetapan ini selaras dengan syarat kelayakan akademik sebagai guru tadika iaitu mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. KPM yakin, tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Sumber Manusia ke atas pengusaha tadika swasta berhubung pelaksanaan dasar gaji minimum ini dapat meningkatkan kesedaran dan memastikan pematuhan oleh semua pengusaha tadika swasta, sekali gus menjamin kebajikan guru tadika swasta. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Datuk Nelson.
Datuk Nelson W Angang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih YB Menteri atas jawapan yang diberikan.
Soalan tambahan saya, tadi YB Menteri menjelaskan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk membantu membayar yuran kepada murid-murid di sekolah swasta ini, namun apakah strategi kerajaan yang lain untuk mengurangkan jurang prasekolah kerajaan dan swasta, khususnya dari segi kurikulum, kemudahan serta kesejahteraan guru agar akses kepada pendidikan awal yang berkualiti tidak bergantung semata-mata pada kemampuan kewangan ibu bapa.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan, apa yang barangkali penting untuk kita lihat bagaimana kita harus bergerak melihat isu prasekolah dan sokongan tadika swasta kepada pembangunan keseluruhan pendidikan negara ini.
Dalam pembentangan semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menjelaskan antara perkara penting dalam RMK13 adalah soal reformasi pendidikan yang berteraskan kepada keutamaan mobiliti sosial. Dan ini tumpuan negara ketika ini— memberikan tumpuan penuh kepada pembangunan, pelaburan dan juga yang kita tersebut sebagai, meneguhkan kembali the foundation of learning termasuk di peringkat prasekolah.
Untuk itu Yang Berhormat, beberapa perkara ataupun tindakan yang telah pun kita laksanakan ini adalah: pertama melihat keperluan daripada awal lagi – keutamaan sebuah akta yang menerajui pendidikan awal kanak-kanak itu: itu yang pertama. Yang kedua adalah, melihat bahawa penyelarasan kurikulum ini kita boleh laksanakan supaya semua kurikulum di peringkat prasekolah ini mengikut kurikulum kebangsaan iaitu kurikulum di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadi kalau ini, penyelarasan ini boleh dilaksanakan dan disokong dan didukung oleh tadika swasta, ini adalah antara kejayaan-kejayaan yang boleh mengukuhkan kita sebagai tunggak kepada pendidikan awal di dalam negara ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang ketiga Yang Berhormat, adalah berkaitan dengan perluasan prasekolah. Kita ambil tanggungjawab penuh untuk melaksanakan perluasan prasekolah ini. Sebagai contoh untuk tahun ini sahaja, 125 peluasan telah dilaksanakan. Tahun hadapan kita lihat kemungkinan-kemungkinan untuk peluasan itu terus digerakkan sebagai agenda utama negara, untuk memberikan peluang kepada anak-anak kita untuk mengikuti pendidikan daripada awal lagi.
Dan dalam RMK13 juga kita lihat bahawa ada satu dasar yang sedang kita tekuni dengan teliti iaitu dasar pendidikan wajib prasekolah. Selepas kita berjaya melaksanakan dasar pendidikan wajib sekolah rendah, sekolah menengah yang telah pun kita luluskan di peringkat Dewan Rakyat dan dalam RMKe13 ini kita lihat, ada kesungguhan untuk meneliti perkara-perkara tersebut.
Jadi, sebab itu saya lihat Yang Berhormat ketika ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa kekuatan untuk mengukuhkan dasar khususnya yang berkait rapat dengan prasekolah ini, harus didukung oleh semua pihak, termasuklah swasta.
Sebab itu inisiatif kita, selain daripada memberikan soal yuran ini, kita juga sedang melihat, apakah inisiatif-inisiatif lain. Semalam semasa belanjawan juga dibangkitkan inisiatif-inisiatif lain yang dicadangkan oleh ramai pemegang taruh dalam sesi tersebut, untuk memastikan bahawa sokongan kepada prasekolah dan tadika swasta ini terus diberikan keutamaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Tuan Amir bin Md Ghazali
Tuan Amir bin Md Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Amir bin Md Ghazali minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah indikator utama kejayaan RMKe13 yang akan menjadi ukuran terhadap kemampanan dan ketahanan ekonomi negara pasca pandemik dan ketidaktentuan global.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Datuk Yang di- Pertua.
RMK13 merupakan pelan pembangunan jangka sederhana lima tahun yang dijajarkan kepada aspirasi ekonomi MADANI. Ia merangkumi 122 strategik dan 600 inisiatif yang akan diukur berdasarkan 162 KPI nasional.
Sasaran keberhasilan dan indikator yang ditetapkan ini bukan hanya tertumpu kepada kemajuan ekonomi semata-mata, tetapi turut merangkumi aspek sosial, tatakelola terbaik dan kelestarian alam sekitar bagi merealisasikan aspirasi ekonomi MADANI.
Dalam mendepani cabaran ekonomi pasca pandemik dan ketidaktentuan global, peralihan kepada pivot ketiga iaitu ekonomi berasaskan pencipta nilai adalah amat penting bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara. Sehubungan itu, tumpuan diberi untuk meningkatkan kerencaman ekonomi dengan memberi keutamaan kepada usaha untuk melonjakkan industri high growth, high value dengan izin, dan sektor strategik.
RMKe13 memberi penekanan kepada industri HGHV yang terdiri daripada elektrikal, elektronik bernilai tinggi, industri peralihan tenaga, teknologi dan digital, agromakanan dan agrokomoditi, unsur nadi bumi serta ekonomi hijau dan biru yang akan menjadi sumber pertumbuhan baharu.
Sebagai contoh, menggalakkan kerjasama syarikat antarabangsa dan tempatan, mempercepatkan peralihan industri semikonduktor kepada pengeluaran produk yang lebih kompleks dan bernilai tinggi, membangunkan projek peralihan tenaga berasaskan
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
kuasa hidro dan hidro jenis rawak, serta solar terapung hidro hibrid di Terengganu, meningkatkan keupayaan pengeluaran negara melalui pertanian berskala besar seperti program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun dan mengutamakan sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050 dengan menggalakkan pelaksanaan ekonomi kitaran seperti pembangunan produk kayu dan bio komposit lestari.
Tumpuan pelaburan akan turut diberi kepada sektor strategik yang dikenal pasti di bawah RMKe13, merangkumi industri pelancongan, perkhidmatan global, ekonomi jingga, perkhidmatan kewangan, industri halal, pengangkutan udara, industri sukan dan peruncitan. Kejayaan RMKe13 juga memerlukan komitmen dan sinergi yang mantap daripada semua pihak iaitu individu, masyarakat, sektor swasta dan kerajaan.
Pelaksanaan pemantauan dan penilaian prestasi yang cekap dan berkesan terhadap strategi inisiatif dan sasaran keberhasilan RMKe13 yang ditetapkan, diyakini mampu menunjukkan kemampanan dan ketahanan ekonomi negara pasca pandemik dan ketidaktentuan global. Kerajaan yakin RMKe13 boleh mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa dengan nilai tersendiri, mencapai ekonomi yang terangkumi dan positif, mementingkan alam sekitar dan memastikan bumi yang sihat, serta mendukung amalan tatakelola baik dalam pelbagai peringkat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan.
Tuan Amir bin Md Ghazali
Okey, soalan tambahan. Apakah peranan pelaburan asing FDI dan pelaburan domestik dalam menentukan keberhasilan Rancangan Malaysia Ketiga Belas serta dalam memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif khusus untuk golongan B40, M40 dan komuniti luar bandar. Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Datuk Yang di-Pertua, dari segi FDI ia adalah juga mementingkan dari segi bagaimana kita laksanakan ekonomi kita, dari segi bagaimana kita ingin memperkukuhkan bukan saja dari segi perhubungan kita dengan Amerika Syarikat antaranya adalah, untuk memastikan kita mendapatkan dari segi peratusan tarif yang lebih rendah, tetapi memastikan kita menyambungkan dari segi memasarkan dari segi semikonduktor kita yang amat penting dengan hubungan mereka.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Selain daripada itu, kita ingin memastikan menambahkanbaik dari segi keperluan domestik kita kerana antara yang terpenting adalah keterjaminan makanan kita, produk- produk kita yang dapat kita hasilkan dalam negeri, tetapi dari segi perjalanan atur cara ada juga untuk memastikan bahawa dari segi sektor PMKS diperkasakan. Yang ini kita harus melaksanakan dengan antaranya adalah, melaksanakan program peningkatan kapasiti dan bimbingan, memperluaskan sumber pembiayaan alternatif termasuk sukuk sosial dan wakaf zakat, pendanaan awam serta modul pembiayaan campuran, pelaksanaan program pembangunan perniagaan melalui koperasi.
Dari segi keseluruhan ekonomi MADANI ingin memastikan bahawa setiap sektor yang berkaitan harus diperkasakan supaya ia merangkumi bukan saja dari segi industri, tetapi memastikan ia memberikan keterjaminan makanan kita, keterjaminan pekerjaan kita dan meningkatkan taraf dari segi warga rakyat kita supaya dapat memasti kita bersaing ke negara antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Rosni.
Datuk Rosni binti Sohar
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya ketidaktentuan global menuntut penyesuaian dasar dalam negeri termasuk sektor tenaga, makanan dan teknologi. Bagaimanakah Kementerian Ekonomi memastikan penyelarasan dasar antara kementerian bagi menjamin keselamatan ekonomi negara dalam sektor strategik tanpa terlalu bergantung kepada pasaran luar yang tidak menentu. Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Datuk Yang di-Pertua, maka ia adalah kenapa kita menekankan dari segi high growth high value, okey.
Saya cuba memberikan satu contoh misalannya, dulu kita menjualkan dari segi rare earth barangan mineral dengan harga hanya dari segi barangan mentah, tetapi bila kita memasukkan dari segi cara pelaksanaan suatu produk menggunakan rare earth ini dan barangan yang lain, maka ia akan meningkatkan dari segi harga pasaran barangan itu.
Dari segi apa yang kita dapat laksanakan adalah memastikan bahawa apa yang kita laksanakan untuk Malaysia, kita harus peka dengan keperluan ekonomi secara rantauan negara yang lain dan secara global. Misalannya antara yang penting adalah kekuatan produk kita harus juga melestarikan alam kerana antara kepentingan itu adalah dari segi pembelian daripada negara-negara lain perdagangan, mereka mula mengatakan jikalau barangan produk itu bukan mengikuti dari segi kelestarian alam seperti ESG, mereka tak nak mahu membelikan barangan itu. Jadi, kita perlu tingkatkan kepentingan itu dan dari segi memastikan bahawa kepentingan itu seimbang dengan keperluan kita, maka kita melaksanakan dari segi barangan keperluan antarabangsa dan kepentingan domestik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, sekarang saya jemput Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani.
Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan nombor 8.
8. Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah langkah kerajaan untuk menangani sindiket mule accounts yang semakin meningkat dan apakah insentif khusus atau bentuk perlindungan yang disediakan kepada pemberi maklumat: whistleblower yang membantu membongkar sindiket penipuan: scam.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri kalau boleh jawapan biar pendek dan tidak panjang-panjang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya bagi bertulis boleh Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua
Yang mana jawapan boleh beri secara bertulis pun lebih baik.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Boleh secara bertulis?
Timbalan Yang di-Pertua
YB soalan ada lagi nombor 10 ini. Saya takut tak sampai kalau YB panjang soalan ini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ke nak bagi bertulis? Nak bagi bertulis ke?
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa] Silakan YB.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator. KDN melalui PDRM kita perkukuhkan usaha membanteras kegiatan penipuan melalui tindakan penguatkuasaan dan pemantauan akaun keldai: mule account. Pendekatan ini dilaksana secara menyeluruh melalui kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan, institusi kewangan dan pihak berkepentingan lain dengan matlamat memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan, menghalang aktiviti jenayah daripada berulang serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan rakyat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Berdasarkan rekod PDRM Yang Berhormat, jumlah akaun keldai yang telah dikenal pasti bagi tahun 2022 hingga Julai 2025 adalah sebanyak 173,224 akaun. Bagi
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
menangani isu ini, kementerian KDN dan PDRM telah melaksanakan pelbagai langkah, antaranya kita perkukuhkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre yang telah beroperasi sejak 12 Oktober 2022 diperkukuh dengan fungsi NSRC diperluas sebagai pusat sehenti: one-stop center yang beroperasi 24 jam dan memberikan perkhidmatan N2N bagi menangani jenayah penipuan dalam talian, termasuk bagi membendung kes-kes melibatkan akaun keldai ini.
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa keselamatan siber pada Jun 2025 telah bersetuju agar NSRC diletakkan di bawah kawal selia KDN dan diteraju oleh PDRM.
Dan selepas itu kita telah pun memulakan operasi 24 jam bermula 7 Julai lalu dan kita menghimpunkan semua dan kepakaran bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat, berkesan dan mencegah mangsa daripada menghadapi kerugian.
Kita juga menggunakan teknologi forensik kewangan dan pemprofilan digital ini kita buat dengan menaik taraf makmal forensik dan kemudahan teknologi forensik dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita menguatkuasakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah ini dibuat untuk memperkukuhkan tindakan terhadap penjenayah penipuan dalam talian dan aktiviti berkaitan akaun keldai. Kita telah melaksanakan penguatkuasaan peruntukan undang-undang baharu dalam Kanun Keseksaan.
Peruntukan tersebut adalah berkenaan kesalahan berkaitan akaun keldai termasuk memiliki, mengawal, menyerah dan mengguna pakai kad ATM, kad kredit, e- wallet sebagai instrumen pembayaran dan banyak lagi yang kita lakukan Yang Berhormat termasuklah pewujudan semula portal semak mule ini yang kita aktifkan dan semua tindakan-tindakan kita buat dan kita tingkatkan dari masa ke semasa.
Last point, kementerian berpandangan bahawa belum terdapat keperluan untuk memperkenalkan insentif khusus kepada pemberi maklumat. Walau bagaimanapun, kementerian akan terus meneliti, mengkaji keperluan tersebut dari masa ke semasa.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri. Jawapan yang padat. YB Norhasmimi.
Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, apakah bentuk kerjasama antarabangsa yang sedang kerajaan usahakan memandangkan sindiket penipuan ini sering beroperasi merentasi sempadan?
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat Yang di- Pertua. Kita sentiasa menjalinkan kerjasama keselamatan dengan negara-negara lain, negara asing termasuk negara ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan seperti penipuan siber, perjudian, penyeludupan, pemerdagangan manusia, pemigran, keganasan, penyeludupan wang haram, pembiayaan keganasan, keselamatan, maritim, kesalahan imigresen dan sebagainya.
Kalau kita lihat pada tahun 2024, Malaysia telah menandatangani dua memorandum persefahaman dengan Republik Indonesia dan Republik Singapura dalam kerjasama memerangi jenayah rentas sempadan. Kerjasama dengan Republik Sosialis Vietnam melalui perjanjian seumpamanya juga sedia terjalin sejak 2015.
Kita juga mempergiatkan aktiviti membanteras jenayah khususnya penipuan siber melalui kerjasama ekstradisi dengan beberapa negara asing termasuk Indonesia dan Thailand bagi melancarkan proses penyerahan penjenayah buruan yang terlibat dengan pelbagai jenis jenayah termasuk jenayah siber.
Selain itu, di bawah platform ASEAN dengan memerangi jenayah rentas sempadan iaitu ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) dan ASEAN
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC). Kedua-dua platform ini berperanan untuk membahaskan segala isu-isu berkaitan dengan jenayah rentas sempadan, penipuan maklumat dan strategi kolaborasi antara negara ASEAN.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Selain itu, kita juga wujudkan ASEANAPOL iaitu organisasi kepolisan yang dianggotai oleh negara-negara ASEAN. Banyak lagi saya nak jawab. Nanti ditegur oleh Speaker pula, susah.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh saya bertanya satu soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Saya biar Dr. Wan Martina dulu, Dato’ Salehuddin.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Ladies first.
Timbalan Yang di-Pertua
Dato’ Salehuddin dah dapat peluang tadi.
[Ketawa]
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya berkaitan dengan jawapan yang soalan tambahan tadi iaitu dari hasil siasatan yang dilaksanakan oleh pihak KDN, adakah wujud pelibatan warga asing dalam sindiket akaun keldai ini dan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengekang pelibatan mereka? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Memang, kita dapati bahawa jenayah ini melibatkan pelbagai pihak termasuklah daripada negara asing. Sebab itu saya sebutkan tadi bahawa kerjasama kita buat antara negara ASEAN melalui rangka perjanjian dan juga kerjasama, berkongsi maklumat dan sebagainya. Namun demikian, kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita, sebab itu koordinasi antara agensi-agensi penting, PDRM, Bank Negara Malaysia, MCMC sentiasa kita lakukan dan di antara ketiga- tiga agensi di jabatan ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Namun demikian, yang paling penting ialah kita harap kesedaran daripada rakyat mesti dipertingkatkan dan diperkukuhkan untuk sama-sama menangani isu ini dan untuk itu jugalah kalau kita lihat dari segi kerjasama kita, usaha yang kita lakukan oleh PDRM, misalnya kita lakukan aktiviti. Ikut rekod kita sehingga tahun ini saja, sehingga 31 Julai, kita adakan sebanyak 11,753 aktiviti pencegahan jenayah siber ini melalui pameran, ceramah, siaran media dan sebagainya untuk kita tingkatkan kerjasama awam.
Dan selain daripada itu, kita ambil banyak langkah-langkah tegas penguat kuasa undang-undang dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan segera. Misalnya pembekuan akaun. Menyita akaun-akaun yang disyaki. Kita juga menahan suspek yang terlibat. Kita buat pendakwaan melalui undang-undang yang kita ada. Maknanya kita lakukan, berusaha dan yang penting kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita.
Menggunakan teknologi, kepakaran pegawai dan sebagainya. Malah kita memang sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah pegawai dan kepakaran kita bagi menghadapi cabaran yang semakin sukar ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Menteri, atas kerjasama untuk memendekkan jawapan.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak maklum kepada YB-YB Senator sekarang bahawa saya nak, saya bercadang untuk habiskan sesi pada hari ini, pada soalan nombor 12. Jadi, kalau boleh, apa ini— jawapan-jawapan Menteri biar sesingkat yang mungkin, ya. Kalau mana yang memerlukan detail dan sebagainya, boleh diberikan secara, secara bertulislah ya. Ya.
Okey, sekarang saya jemput Senator Dato Hajah Ros Suryati binti Alang.
Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang minta Menteri Kewangan menyatakan, kesan kepada rakyat sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Julai 2025 dan adakah strategi SST ini telah membantu kerajaan menampung perbelanjaan operasi dan pembangunannya tanpa menambah pinjaman atau hutang.
Timbalan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Senator. Sepertimana Yang Berhormat Senator sedia maklum, pelaksanaan peluasan skop cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau SST baru sahaja bermula pada 1 Julai 2025. Oleh itu, masih terlalu awal untuk melihat impak keseluruhan pelaksanaan SST kepada rakyat.
Namun berdasarkan unjuran awal kementerian, kesan ke atas isi rumah dianggarkan rendah dan terkawal. Ini kerana pelbagai kemudahan dan pengecualian telah diperkenalkan sebagai langkah mitigasi bagi memastikan beban cukai diagihkan secara adil dan ditanggung oleh pihak yang mempunyai keupayaan. Pendekatan ini selaras dengan prinsip keadilan sosial dan fiskal, serta menyokong aspirasi ekonomi MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara.
Antara langkah-langkah yang telah diperkenalkan termasuk pengecualian cukai jualan ke atas barangan keperluan asas, meliputi makanan ruji, barang ubat-ubatan, buku dan mesin atau jentera untuk sektor pertanian atau penternakan, manakala kadar cukai jualan yang dinaikkan kepada lima peratus atau 10 peratus adalah melibatkan barangan pilihan dan bukan keperluan asas.
Perkhidmatan berkaitan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat tidak dikenakan cukai perkhidmatan, termasuklah perkhidmatan perbankan asas serta perkhidmatan sewaan atau kerja pembinaan melibatkan rumah kediaman. Cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas perkhidmatan komersial tertentu serta perkhidmatan yang lazimnya digunakan oleh golongan berkemampuan dan berpendapatan tinggi seperti yuran persekolahan swasta melebihi RM60,000 setahun.
Di samping itu, pengecualian tertentu turut diberikan bagi perkhidmatan dan entiti perniagaan tertentu bagi mengurangkan isu cukai berganda dan penetapan nilai ambang pendaftaran yang tinggi bagi skop perkhidmatan baharu iaitu RM1 juta setahun bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan dan RM1.5 juta setahun bagi perkhidmatan kerja, pembinaan dan penjagaan kesihatan swasta.
Dengan peluasan skop SST mulai 1 Julai 2025 tersebut, kerajaan menjangka akan berupaya menjana hasil tambahan sebanyak RM5 bilion pada tahun ini. Tambahan hasil ini berserta dengan pendekatan perbelanjaan yang optimum dan berhemah telah memperkukuh kedudukan kewangan negara. Oleh itu, ini, itu membolehkan kerajaan menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan tanpa perlu menambah pinjaman atau hutang yang tinggi.
Peningkatan hasil cukai juga membolehkan kerajaan terus menyediakan subsidi bahan asas melalui peruntukan subsidi kepenggunaan kepada sebahagian besar rakyat bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Antaranya melalui program penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah iaitu STR. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan Dato’ Ros.
Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang
Soalan tambahan saya, Datuk Yang di- Pertua. Rakyat hari ini sedang berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang amat mencabar. Harga barang keperluan asas terus meningkat, manakala pendapatan ramai keluarga tidak bertambah dengan keadaan yang sama.
Soalan saya, sejauh manakah kaedah SSC ini berjaya mengerak agenda sosioekonomi termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seperti pengangkutan dan
Dato’ Hajah Ros Suryati binti Alang
komunikasi, pendidikan dan juga program kebajikan sosial yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat? Saya pohon penjelasan. Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Untuk makluman, hasil tambah yang dijana melalui kutipan cukai dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai bentuk sokongan, sama ada langsung— secara langsung atau tidak langsung.
Antaranya, kita ada penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang baru- baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu one-off sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang akan, yang boleh mula digunakan pada 31 Ogos tahun ini sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2025. Selain itu juga, peruntukan untuk program SARA seperti yang saya sebutkan tadi. Program SARA dan program STR telah pun ditingkatkan daripada RM10 bilion pada tahun 2024 ke RM13 bilion pada tahun 2025.
Selain itu juga, di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia atau JKM terdapat peruntukan sebanyak RM2.9 bilion bagi tahun 2025 juga kepada pendidikan iaitu Program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang kita teruskan sebanyak RM791 juta, juga tentang pengangkutan iaitu ada pas bulanan My50 juga memperkukuhkan akses mobiliti yang mampu milik dan lestari untuk kesejahteraan rakyat. Lagi satu adalah berkenaan dengan Program Skim Penstabilan Minyak Masak dan juga Program Payung RAHMAH dan Jualan RAHMAH yang ditawarkan kepada 600 Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan? Tak ada.... Ada lagi?
Ya, YB. YB Wu.
Dato’ Wu Him Ven
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Ya. Kali pertama.
[Ketawa]
Dato’ Wu Him Ven
Terima kasih. Datuk Yang di-Pertua, peniagaan kecil termasuk penjaja, perniagaan runcit dan perusahaan mikro, merupakan tulang belakang ekonomi tempatan serta menjadi sumber rezeki bagi banyak keluarga. Namun begitu, mereka juga adalah golongan yang paling mudah terkesan dan dengan perubahan dasar percukaian kerana kemampuan kewangan dan daya saing mereka lebih terhad berbanding syarikat besar.
Sehubungan dengan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, bagaimanalah kerajaan memastikan bahawa perniagaan kecil ini dilindungi daripada impak yang boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka serta tidak menambahkan beban kos kepada pengguna? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Wu. Sebelum ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator Wu yang baharu mengangkat sumpah semalam.
Soalan Yang Berhormat Senator adalah berkaitan lebih kepada PMKS. Jadi, ya, kita memang prihatin tentang untuk kita memastikan perniagaan kecil dan perniagaan mikro tidak terjejas dengan langkah peluasan SST. Jadi, kita pun telah mengambil beberapa langkah. Antaranya adalah kita menetapkan nilai ambang pendaftaran yang tinggi bagi perkhidmatan baharu yang mula dikenakan cukai iaitu seperti yang saya telah sebutkan iaitu RM1 juta setahun bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan dan perkhidmatan kewangan berasaskan fi dan juga ambang setinggi RM1.5 juta setahun bagi perkhidmatan pembinaan dan juga penjagaan kesihatan swasta.
Puan Lim Hui Ying
Langkah-langkah ini adalah untuk memastikan perkhidmatan berskala besar dan atau sederhana tertakluk kepada pematuhan cukai. Selain itu juga, kita ada pengecualian tertentu kepada pengguna akhir tertentu turut diperkenalkan. Contoh dalam sektor sewaan di mana penyewa dengan perolehan tahunan kurang daripada RM1 juta dikecualikan daripada membayar cukai walaupun pembekalnya telah berdaftar iaitu tuan rumah. Pendekatan ini memberi kelegaan kepada peniaga kecil di kawasan tempatan dan manakala perniagaan besar yang lebih berkemampuan perlu menanggung cukai tersebut.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, sekarang saya jemput Datuk Edward Linggu Bukut.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 10.
10. Datuk Edward Linggu Bukut minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah tindakan segera kementerian bagi membanteras penyalahgunaan lesen pelancongan di Semporna, Sabah termasuk penyalahgunaan permit menyelam dan pengendalian pelancong asing tanpa kelulusan, serta adakah penggantungan atau pembatalan lesen akan dikuatkuasakan.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
[Ketawa]
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Datuk Yang di-Pertua, tindakan segera yang telah diambil oleh kementerian ini untuk membanteras isu penyalahgunaan penggunaan kuasa pelancongan adalah melaksanakan operasi penguatkuasaan setelah aduan ataupun maklumat diterima.
Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] melalui perundangan subsidiari menyatakan pemegang lesen tidak boleh mempunyai apa-apa urusan atau perhubungan perniagaan dengan mana-mana pihak yang tidak mempunyai lesen. Kertas siasatan dibuka bagi kesalahan yang dilakukan dan pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan pendakwaan atau kompaun jika didapati bersalah. Tindakan yang lebih tegas seperti penggantungan atau pembatalan lesen juga akan dikenakan terhadap syarikat yang didapati memajak lesen kepada pihak lain.
Mesyuarat penyelarasan pelancongan antara MOTAC, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dan agensi-agensi di Sabah telah membincangkan isu-isu pelancongan termasuk pemajakan penyewaan lesen syarikat pelancongan kepada pihak luar, pengusaha pelancongan berurusan dengan pihak yang tidak berlesen, pelancong menyalahguna Pas Lawatan Sosial dan mengambil upah sebagai tour guide, dive guide, penggunaan kenderaan bukan pelancongan untuk bawa pelancong dan menjual pakej pelancongan, aktiviti haram mengutip fi, kemasukan ke pulau-pulau dan sebagainya.
MOTAC juga sedang dalam proses mengkaji semula Akta 482. Antara perkara yang sering dilihat adalah untuk memperketat syarat-syarat agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan. Kementerian ini memandang serius dan komited untuk memastikan lesen pelancongan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak demi menjaga keselamatan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Datuk Edward.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sudah dijelaskan tadi apa itu, usaha-usaha. Saya ingin bertanya sama ada, adakah usaha-usaha daripada kementerian untuk mengadakan spot check in terms of penguatkuasaan untuk memastikan tidak ada lagi pelancong yang tidak berlesen ini dan adakah kementerian juga ada usaha bekerjasama dengan penguatkuasa-penguatkuasa badan lain di negeri Sabah?
Datuk Edward Linggu Bukut
Seterusnya Yang di-Pertua, apakah sokongan khas disediakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan ini memastikan mereka dapat bersaing dengan operator-operator khususnya yang tidak berlesen? Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Senator.
Berkenaan dengan soalan, adakah pihak kementerian melakukan spot check terhadap pengendali-pengendali yang tidak mematuhi peraturan ataupun tidak mempunyai lesen, saya tidak ada data yang tepat. Namun, apa yang saya boleh katakan memang pihak kementerian sentiasa melakukan lawatan secara rambang ataupun melakukan penyiasatan sendiri di dalam jabatan, kementerian yang bertanggungjawab supaya kita dapat melihat setiap-setiap perkara yang melibatkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Saya akan memberikan jawapan bertulis berkenaan dengan data yang lebih tepat.
Keduanya berkenaan dengan koordinasi. Memang seperti yang saya telah tekankan tadi, sentiasa kita lakukan koordinasi antara pihak kementerian MOTAC dan juga KePKAS dan yang paling penting juga kita melibatkan agensi-agensi yang lain supaya setiap koordinasi itu dapat dilakukan dan dapat dirancang dengan lebih baik dan lebih halus. Kita tidak mahu sebarang permasalahan bakal berlaku apabila kita melakukan penyiasatan sendiri ataupun kita melakukan kempen untuk melihat perkara-perkara yang didapati melanggar Akta 482.
Sokongan khas pula, ia nya tertakluk kepada kes-kes tertentu. Banyak sokongan yang sebenarnya kita berikan. Contohnya, berkenaan dengan homestay ataupun inap desa, ianya di bawah Jabatan Bahagian Pembangunan Industri (BPI). Di sini banyak kita lakukan dari sudut latihan dan juga khidmat nasihat untuk setiap kerangka yang melibatkan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi itu dapat diusahakan dengan sebaik yang mungkin supaya ia nya membawa pulangan bukan sahaja kepada industri itu tetapi juga masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. YB Anna Bell, soalan YB lepas ini.
So, saya tak benarkan.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih jawapan daripada YB Menteri yang sentiasa segak dan kemas, menjadi duta kementerian kita di luar negara. Sekarang ini saya jemput YB Anna Bell Perian untuk membukakan soalan.
[Ketawa]
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 11.
11. Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah strategi pihak berkuasa di bawah kementerian untuk mengawal dan membanteras penyeludupan senjata api ke dalam negara memandangkan berlaku peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang sangat membimbangkan dan mampu mengancam nyawa rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat di-Pertua, dalam mengawal dan membanteras penyeludupan senjata api di dalam negara, beberapa langkah telah dilaksana oleh kementerian melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin
(PPM) PDRM dengan strategi antaranya seperti berikut.
Kita perkukuhkan operasi penguatkuasaan. Beberapa operasi tetap dan berterusan telah dilaksanakan bagi membanteras penyeludupan senjata api di bawah kawasan sempadan darat negara melalui PGA PDRM melalui operasi Ops Taring Wawasan, Ops Taring Nyah, Ops Taring Awas di bawah kawasan tanggungjawab yang ditetapkan. Di masa yang sama, beberapa operasi secara bersepadu turut dilaksanakan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sempadan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Selain dari itu Yang Berhormat, PPM, PDRM turut melaksanakan operasi-operasi dalam membanteras penyeludupan senjata api di perairan sempadan negara melalui Ops Taring Gelora, Ops Taring Pensura dan Ops Taring Landai. Berdasarkan statistik keberhasilan tangkapan senjata api melalui semua operasi yang dilaksana oleh PGA PDRM, PPM PDRM bagi tahun 2021 sehingga 31 Julai 2025, sebanyak 68 kes direkodkan dengan tangkapan seramai 93 orang dan nilai rampasan berjumlah RM551 juta.
PGA PDRM juga telah diluluskan peruntukan perolehan aset berteknologi di Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi perolehan dron radar dan sebagainya. Semua aset ini dalam proses perolehan perbekalan dan akan diguna untuk membuat kawalan risikan keselamatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Di samping itu, untuk makluman, PGE juga telah terima empat unit APC Ogos lalu dan sepuluh unit lagi dalam proses perolehan. Dan PDRM juga telah mempunyai dua unit kapal dan juga lima buah bot dalam Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan anggaran kos 99.98 juta. Ini kita harap dapat mengukuh dan memperkuat lagi kekuatan kita.
Selain itu, kita memantapkan kerjasama strategik antara agensi dan kerjasama serantau bagi menangani isu penyeludupan senjata api di sempadan. Kerjasama strategik dengan agensi seperti ATM, dari Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kita perkukuh dan laksana kerjasama strategik, perkongsian maklumat risikan pasca operasi, dan sebagainya.
Dan kita juga perluaskan kerjasama kita dengan negara-negara seperti negara ASEAN; dengan Singapura, dengan Filipina, dengan Indonesia. Ini termasuk fokus kepada perkongsian maklumat risikan dan melaksanakan program-program bersama dalam usaha untuk kita mengawal isu yang dibangkitkan tadi. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, YB Datuk Anna Bell.
Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah intervensi kementerian dalam memperkukuhkan undang-undang pendakwaan yang lebih tegas terhadap individu atau kumpulan yang terlibat ekoran daripada trend peningkatan jenayah bersenjata? Sekian.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Datuk Yang di-Pertua, saya nak betulkan sedikit tadi saya sebut 551 juta, sebenarnya 551,000 saja.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Datuk Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan tadi, saya ada sebut bahawa dalam usul kita untuk memperkukuhkan kawalan sempadan negara kita, KDN sedang merangka pelan induk yang lebih komprehensif dalam memperkukuh kawalan keselamatan melalui pembangunan strategik dan pelan tindakan bersepadu yang melibatkan KDN bersama agensi di bawah— agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat di kawalan sempadan negara.
Pelan induk yang dirangka ini akan dilaksanakan berdasar kepada dua fokus strategi, iaitu memperkukuhkan operasi kawalan keselamatan sempadan negara; dan kedua, memperkukuhkan kapasiti kawalan sempadan negara. Fokus strategi yang dirangka untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan negara akan dilaksana secara pemusatan kepada lima sempadan negara, iaitu kalau kita lihat adalah sempadan utara, sempadan timur, sempadan selatan, sempadan Sarawak dan sempadan Sabah.
Yang Berhormat, dalam kita memperkukuhkan undang-undang pendakwaan yang lebih tegas terhadap individu yang terlibat, saya nak maklumkan sini, kita ada seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, iaitu hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
lebih RM10,000. Sekiranya senjata yang terlibat dalam kes jenayah berat akan menggunakan Akta Senjata Api, (Penalti Lebih Berat) iaitu Akta 1971.
Pertuduhan bagi kes rampasan senjata api; 2023, 161 kes. Kalau di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata, 2024, 278 kes seksyen 8(a), tuduh 278. Kalau 2025, ada 170 kes seksyen 8(a). Pertuduhan kita buat 133, 73 lagi dalam siasatan. Ini kita laksanakan, tindakan diambil berdasarkan kepada peraturan undang-undang yang kita ada. Terima kasih.
Datuk Rosni binti Sohar
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua
Datuk Dr. Hatta.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah. Langkah untuk menjaga keselamatan sempadan, senjata dibawa masuk dan sebagainya adalah sesuatu yang memang tradisional dan jalan terus. Tapi, kita, yang kita dapat adalah adanya pihak dalaman kita. Pihak tentera, pegawai tinggi yang bocorkan rahsia, yang membenarkan usaha-usaha lintas sempadan ini berlaku dan membahayakan negara. Apa langkah kementerian untuk mengatasi masalah besar ini? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik, pertama kita tidak kompromi apa juga kesalahan dilakukan sama ada oleh pegawai atau anggota yang terlibat, di mana tindakan akan diambil berasas undang-undang yang sedia ada. Itu sangat tegas dan kita sangat komited untuk mengawal keselamatan negara.
Namun demikian, dari masa ke masa, kita sentiasa meningkatkan keupayaan dan komitmen pegawai-pegawai kita dalam isu ini kerana kawalan sempadan negara sangat penting yang mesti dijaga sama-sama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, YB Menteri.
Datuk Rosni binti Sohar
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua
Saya nak sampaikan soalan yang terakhir pada hari ini kerana soalan ini adalah, merupakan soalan yang penting bagi masa depan, apa, pemikir negara, iaitu pelajar di universiti. Jadi, sekarang saya jemput Dato’ Mohammad Redzuan untuk mengemukakan soalan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya sempat juga pada hari ini. Soalan nombor 12.
12. Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi menangani isu pelajar yang menggunakan sepenuhnya Kecerdasan Buatan (AI) dalam menghasilkan penulisan akademik yang sepatutnya dihasilkan melalui penelitian dan daya fikir yang menepati proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman atas keprihatinan tentang isu-isu pendidikan tinggi kita.
Datuk Yang di-Pertua, Kementerian menyedari bahawa penggunaan aplikasi teknologi kecerdasan buatan generatif semakin meluas dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi. Walaupun teknologi ini mampu menyokong pembelajaran secara lebih pantas dan peribadi, kebergantungan berlebihan tanpa kawalan boleh menjejaskan keupayaan berfikir secara kritis, integriti, akademik, dan kemahiran pembelajaran kendiri pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Sehubungan dengan itu, beberapa usaha telah diambil oleh kementerian untuk menangani isu ini. Antaranya yang pertama, pembangunan garis panduan penggunaan AI dalam pendidikan tinggi. Kementerian telah membangunkan garis panduan penggunaan teknologi kecerdasan buatan generatif (KBG) dalam PdP.
Sementara itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengeluarkan advisory note, dengan izin, nombor 2/2023 berkaitan penggunaan KBG dalam pendidikan tinggi serta makluman bilangan 9/2023 mengenai edisi terkini, dengan izin, Guidelines to Good Practices: Assessment of Student Learning yang selaras dengan panduan UNESCO.
Dokumen-dokumen ini memberi rujukan menyeluruh kepada semua IPT dalam penggunaan AI bagi pengajaran, pembelajaran, pentaksiran, pentadbiran dan penyelidikan dengan penekanan pada etika sertai integriti akademik supaya teknologi dapat dimanfaatkan secara berhemah.
Yang kedua, pemantauan dan kawal selia di peringkat institusi. Setiap IPT diminta memantau penggunaan AI secara beretika oleh pelajar. Antara langkah yang diperkenalkan termasuklah keperluan mengisytiharkan penggunaan AI dalam tugasan.
Menetapkan had penggunaan dalam penulisan akademik serta menggunakan peralatan pengesan AI seperti Turnitin, ChatGPTZero, GPT Detector dan yang lain-lain bagi menilai keaslian tugasan.
Yang ketiga, pengubahsuaian kaedah pentaksiran dan penilaian. Pentaksiran dilaksanakan dalam bentuk yang lebih autentik dan kontekstual seperti pembentangan secara lisan, viva, perbahasan, kajian kes serta tugasan dunia sebenar.
Yang keempat, pemeriksaan pemerkasaan PdP yang menyokong pemikiran aras tinggi. Pensyarah digalakkan merancang sesi pembelajaran yang melibatkan analisis kritis atau refleksi kendiri dengan penyelesaian masalah. Pelajar pula diberi tanggungjawab untuk menilai, menyemak silang dan memperbaiki kandungan yang dijana AI; bukan sekadar menerima maklumat secara pasif.
Yang kelima, latihan dan pembangunan profesional. Program latihan dirancang untuk meningkatkan literasi digital dan literasi AI dalam kalangan warga akademik serta pelajar. Merangkumi aspek kompetensi teknologi, etika penggunaan AI, dan kemahiran pemikiran kritis agar seluruh ekosistem pendidikan lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi baharu.
Yang keenam, komitmen terhadap integriti akademik. Kementerian menegaskan bahawa AI perlu menjadi alat bantu yang memperkasa potensi pelajar; bertindak sebagai tutor dan bukan menggantikan usaha mereka. Justeru setiap pelaksanaan dasar dan amalan berkaitan AI di IPT adalah berlandaskan prinsip integriti akademik, tanggungjawab dan kawalan berhemah.
Selain itu, kementerian juga memastikan kursus-kursus baharu atau kursus sedia ada diterapkan dengan elemen AI mulai tahun 2025.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Pelaksanaan ini telah merentasi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti yang berada di bawah kawalan kementerian. Kementerian melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga mengambil langkah proaktif untuk arus perdanakan pengintegrasian kecerdasan buatan (AI) dalam kandungan kurikulum melalui konsep embedded AI bagi setiap program pengajian mengikut kesesuaian bidang seperti kejuruteraan, teknologi, sains sosial dan perkhidmatan.
Inisiatif ini bertujuan memastikan penguasaan penggunaan AI sejajar dengan keperluan khusus setiap bidang. Melalui strategi ini, graduan bakal dilatih, bukan sahaja mampu menguasai kemahiran teknikal konvensional tetapi turut memiliki keupayaan menerapkan teknologi AI dalam penyelesaian masalah, inovasi produk dan peningkatan produktiviti.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Datuk Yang di-Pertua, perkembangan dan asimilasi teknologi kecerdasan buatan
(AI) ini adalah satu yang memerlukan adaptasi agar dapat dimanfaatkan faedahnya untuk memudahcara selain berperanan secara langsung sebagai rakan kolaborasi keperluan seharian kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Prof.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberikan jawapan yang komprehensif. Soalan tambahan saya. Sebelum saya kemukakan soalan, ada sedikit perkara yang ingin saya nyatakan. Bahawa dalam dunia akademik, plagiat dianggap sebagai satu jenayah.
Walaupun penggunaan AI tidak merupakan suatu plagiat tetapi ada elemen yang menggunakan kepakaran ataupun kebolehan orang lain.
Persoalan saya Tuan Speaker, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan ataupun mempunyai suatu pendekatan yang mana satu bentuk hukuman yang berat dikenakan bagi mengelakkan pelajar-pelajar menggunakan AI bagi membolehkan mereka mendapat suatu kelulusan yang kemudiannya diiktiraf? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Senator, yang saya fikir juga merupakan pensyarah. Mungkin pada zaman ini agak berbeza dengan apa yang sebelum ini. Cuma dari segi kementerian, melalui universiti kita, memang kita amat menekankan tentang ketulenan: originality, dengan izin, kerja pelajar yang dihasilkan oleh pelajar ini.
Jadi untuk itu, kita akan pastikan: kita sudah, antara yang content— yang pekeliling itu, iaitu kita akan buat pembatalan ataupun penolakan tugasan sekiranya didapati pelajar tidak membuat pengisytiharan penggunaan AI dan bergantung sepenuhnya dengan ketetapan IPT. Kita akan buat check seperti yang kita sebut tadi, ChatGPT kah dan juga yang lain-lain itu, untuk pastikan ketulenan kerja-kerja pelajar.
Juga seperti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah, pengurangan markah akan dibuat sekiranya kandungannya tidak menepati garis panduan dan juga tindakan disiplin secara rasmi, amaran rasmi penggantungan. Cuma saya check dalam...
[Tidak jelas] Baru 2023 sehingga kini, belum lagi ada tindakan disiplin yang dibuat, tetapi kita sedang memantau.
Kita sudah arahkan semua universiti untuk memantau, sebab saya fikir ini penting.
Saya concern juga. Semua pun kita concern. Kita tidak mahu melahirkan bakat-bakat negara ini yang terlalu bergantung dengan teknologi dan mereka tidak ada pemikiran kritis mereka. Ini usaha kita dan kita harap supaya semua pihak, terutamanya pensyarah, pelajar, mengambil kira perkara ini sebab ini penting untuk kita melahirkan generasi yang berkualiti, berilmu ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka dengan ini berakhirlah sesi soalan lisan kita. Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]
Timbalan Yang di-Pertua
YB Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, saya mohon
mencadangkan supaya Ahli Yang Berhormat berikut
Yang Berhormat Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, (Pengerusi) (Yang di-Pertua Dewan Negara); 2. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Fuziah binti Salleh; 3. Yang Berhormat Senator Puan Susan Chemerai Anding; 4. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa; dan 5. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail.
Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 70 untuk tempoh satu penggal iaitu Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas dan selaras dengan Peruntukan-peruntukan Peraturan 70(2), Majlis Mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat. Terima kasih.”
Timbalan Yang di-Pertua
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya adalah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 70 tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah, serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021- 2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI; merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026- 2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama- sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.” [25 Ogos 2025]
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 11 orang Ahli yang nak berbahas. Maka, saya membuat ketetapan bahawa masa yang diberikan pada hari ini adalah 25 minit seorang.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Senator Dr. Wan Martina untuk memulakannya.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas, yang menjadi kerangka pembangunan negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang.
[Dato' Setia Salehuddin bin Saidin mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dato' Yang di-Pertua, walaupun isu buli ini telah dibangkitkan dan dibincangkan secara panjang lebar semalam di Dewan yang mulia ini, namun sekali lagi pada hari ini saya membawa isu ini ke Dewan yang mulia ini untuk menyatakan betapa peri pentingnya kita sama-sama menangani masalah kes buli yang berlaku di sekolah ataupun di IPT yang sehingga membawa pengorbanan jiwa atau sampai meragut nyawa. Kes arwah Zara di Sabah dan juga Allahyarham Zulfarhan Othman, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang dibuli sehingga meragut nyawa, membuktikan bahawa kes buli ini sudah menular begitu jauh dari sekolah hinggalah ke IPT.
Jadi, mengikut Laporan Kementerian Pendidikan, kes buli di sekolah meningkat hampir 30 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Bentuk buli juga semakin kompleks iaitu daripada ejekan dan serangan fizikal, kini merangkumi buli siber yang lebih sukar dikesan. Hal ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pendidikan agama, moral dan kawalan disiplin pelajar di sekolah-sekolah kita. Persoalan saya, apakah modul disiplin sedia ada adalah masih relevan untuk membentuk akhlak murid-murid atau adakah tekanan hidup, pengaruh media sosial dan kurangnya keprihatinan ibu bapa antara faktor yang menyuburkan budaya ganas ini?
Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan menangani buli bukan sekadar isu disiplin kecil tetapi isu hak asasi manusia iaitu hak untuk hidup, hak untuk belajar dalam suasana selamat dan hak untuk tidak dizalimi. Saya mohon Kementerian Pendidikan memperkenalkan mekanisme pengawasan lebih ketat, termasuk sistem pelaporan selamat, kaunseling wajib serta tindakan undang-undang yang lebih tegas kepada pelaku.
Bagi institusi pertahanan pula, saya menyeru agar budaya ragging yang kononnya dianggap tradisi, dibanteras habis-habisan. Disiplin tentera tidak boleh berakar daripada kekejaman tetapi daripada nilai kepimpinan dan ketauladanan.
Akhirnya, saya ingin mengingatkan bahawa setiap kali seorang anak muda gugur akibat buli, negara kehilangan seorang aset masa depan. Kita bukan sahaja kehilangan seorang pelajar tetapi mungkin seorang pemimpin, seorang ilmuan, seorang jurutera atau seorang ulama. Maka, isu buli ini wajib diletakkan sebagai agenda utama RMK13 dalam aspek pembangunan insan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan teras memperkukuhkan tatakelola baik dengan reformasi perkhidmatan awam. Saya membawa isu yang membimbangkan pada waktu ini iaitu berkaitan pendedahan besar baru-baru ini mengenai penahanan lima anggota perisikan tentera termasuk empat pegawai Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia kerana didakwa membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada sindiket penyeludupan.
Siasatan awal menunjukkan mereka bersekongkol membawa masuk dadah serta barangan larangan dari negara jiran. Hal ini bukan saja melibatkan jenayah malah menyentuh aspek kedaulatan dan keselamatan negara. Persoalannya, sejauh mana rahsia pertahanan kita benar-benar selamat? Jika pegawai kanan yang diamanahkan menjaga maklumat rahsia boleh terlibat dengan rasuah dan pengkhianatan, bagaimana kita mahu meyakinkan rakyat bahawa benteng pertahanan negara kebal?
Kes ini menimbulkan persoalan tentang proses saringan keselamatan, integriti sistem pengawasan dalaman serta keberkesanan mekanisme audit ketenteraan. Dalam RMKe13, kerajaan bercadang meningkatkan perbelanjaan pertahanan untuk teknologi dron, radar, kapal perang dan peralatan canggih, tetapi apakah gunanya kita membeli aset bernilai berbilion ringgit jika akhirnya maklumat operasi bocor di tangan musuh akibat integriti manusia yang goyah?
Saya mohon Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa prosedur integriti akan diperketatkan termasuk semakan harta pegawai, sistem whistleblower, serta hukuman lebih keras kepada pengkhianat. Negara ini tidak boleh berkompromi dalam soal pengkhianatan. Sejarah mengajar kita kejatuhan banyak kerajaan bukan kerana kelemahan ketenteraan semata-mata, tetapi kerana pengkhianatan dari dalam. Saya
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
berharap kerajaan menilai kes ini dengan serius, memastikan pembersihan dalaman dilakukan dan memberi jaminan kepada rakyat bahawa rahsia negara tetap terpelihara.
Dato’ Yang di-Pertua, RMKe13 mestilah menjadi pentas keadilan fiskal. Jika slogan MADANI benar-benar mahu dihayati maka tidak boleh ada lagi diskriminasi antara negeri. Saya mohon Kerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk melunaskan pembayaran royalti lima peratus sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 ini secara telus. Yang penting hak rakyat jangan sekali-kali dinafikan.
Rakyat Kelantan sudah lama bersabar. Kesabaran itu jangan diuji dengan penafian berterusan. Saya menyeru agar dalam RMKe13 peruntukan royalti petroleum kepada Kelantan dinyatakan dengan jelas agar tidak lagi menjadi polemik politik yang merugikan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menuntut berhubung projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat. Projek ini sangat kritikal untuk Kelantan kerana ia menjadi nadi utama perdagangan dan pengangkutan. Namun, timbul banyak tanda tanya berkenaan tentang status kesiapan projek serta kekurangan kemudahan rehat dan rawat yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada perancangan lebuh raya moden.
Yang ada sekarang adalah sebuah R&R sementara yang sangat daif. Saya dari Kelantan, sahabat-sahabat daripada Pahang dan juga daripada Terengganu mungkin merasai kedaifan R&R yang baharu dibina secara sementara. Bayangkan sebuah lebuh raya beratus kilometer, tetapi kemudahan asas untuk berhenti, menunaikan solat atau menggunakan tandas sangat terbatas.
Hal ini bukan sahaja menyusahkan pengguna malah boleh membahayakan keselamatan kerana pemandu terpaksa berhenti di bahu-bahu jalan. Saya mohon Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan status sebenar projek CSR ini di Kelantan serta memberi jaminan jadual siap tidak lagi ditunda. Saya juga mendesak agar penambahbaikan pusat R&R sementara disegerakan agar CSR benar-benar menjadi lebuh raya rakyat yang selesa, selamat dan moden...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh sedikit mencelah?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Sedikit sahaja sebab masa saya terlalu sedikit.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Sedikit sahaja, tetapi untuk kepentingan Kelantan.
Dato' Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh, sila YB.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Dato’ Yang di-Pertua, saya fikir sekarang kita berbangga dengan Pan Borneo, projek ini kemudian, tetapi Projek Lebuhraya Pantai Timur-Barat semacam terhenti di Gemuruh, Telemong Terengganu dan tak bersambung sudah sekian lama sehingga jalan itu dah jadi macam laluan hantu dah dengan pokok, dengan rumputnya.
Apakah boleh di masuk sama dalam cadangan Yang Berhormat supaya biarlah sampai jalan itu ke destinasi bila ke Kelantan. Apa masalah sebenarnya sehingga tak tersambung-sambung jalan Lebuhraya Timur-Barat ini? Terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Cikgu Hussin. Ya, selain daripada CSR LPT yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi juga perlu dimaksudkan dalam RMK13 ini supaya ada ketersambungan daripada Terengganu ke Kelantan. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya teruskan Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan telah mengumumkan sasaran membina sejuta unit rumah mampu milik antara tahun 2026 hingga 2035. Saya amat berharap agar sebahagian daripada projek ini dilaksanakan di Kelantan kerana negeri ini masih bergelut dengan kadar pemilikan rumah rendah terutama dalam kalangan belia dan golongan berpendapatan rendah. Saya menyeru agar RMKe13 memberi penekanan
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
kepada perumahan rakyat di luar bandar termasuk skim perumahan kos rendah, program sewa untuk dimiliki serta skim bantuan deposit rumah pertama.
Di samping itu, saya mencadangkan kerajaan menilai semula dasar pembangunan tanah negeri agar lebih banyak tanah diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat. Di samping itu juga, kerajaan perlu mengkaji dan menyemak projek- projek perumahan yang terbengkalai dan rumah siap dibina tetapi masih belum terjual.
Persoalan saya, bagaimana kerajaan perlu menangani lebihan bekalan rumah ini agar tidak memberi kesan kepada pasaran perumahan negara? Rumah adalah premis asas kebahagiaan. Jika rakyat masih hidup dalam keadaan menumpang, bagaimana mereka membina masa depan yang lebih cerah? Justeru, pembinaan rumah mampu milik khususnya di negeri Kelantan perlu dipercepat dan diperluaskan.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan pewujudan 700,000 pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 pekerjaan dalam ekonomi digital sepanjang RMK13. Usaha ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja mahir yang besar. Saya menyambut baik peluasan Skim Perkasa TVET MADANI termasuk Program Train the Trainer, biasiswa industri dan program perantis animator muda. Namun, saya ingin mencadangkan agar program ini turut membuka ruang kepada pelajar tahfiz.
Kelantan terkenal dengan mempunyai puluhan ribu pelajar tahfiz yang cemerlang dari segi hafazan Al-Quran, disiplin dan akhlak. Mereka ini boleh dilatih dalam bidang TVET supaya menjadi tenaga kerja profesional dan juga berteraskan nilai agama.
Menggabungkan pendidikan tahfiz dengan TVET bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan malah mengangkat imej pendidikan Islam sebagai relevan dengan keperluan semasa.
Bayangkan seorang jurutera atau animator yang juga hafiz al-Quran, ini adalah model insan yang unggul, yang boleh membina negara dengan ilmu dan iman. Saya mohon kerajaan memberi perhatian khusus kepada Kelantan sebagai negeri yang kaya dengan pelajar tahfiz dengan mewujudkan hab utama dalam agenda besar TVET dalam RMK13.
Kelantan berterima kasih kerana kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek menaik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok serta ICQS Rantau Panjang. Projek ini akan memperkukuhkan keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan. Dato’ Yang di- Pertua, sehubungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi yang amat penting untuk menghubungkan pantai timur dengan Lembah Klang dan akan membuka peluang perdagangan dan pelancongan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar jajaran ECRL dipanjangkan dari Tumpat ke Rantau Panjang supaya ia dapat memangkin pertumbuhan ekonomi kawasan sempadan. Rantau Panjang ialah pintu sempadan utama dengan Thailand. Jika jajaran ECRL sampai ke sini, ia boleh disambungkan dengan rangkaian kereta api Thailand, mewujudkan koridor perdagangan yang luas dari Kelantan ke Bangkok dan seterusnya ke seluruh Indochina. Kesan limpahan ekonomi kepada Kelantan akan sangat besar.
Contohnya, peluang perniagaan, pusat logistik, industri pelancongan dan sebagainya.
Saya mohon kerajaan tidak melihat sambungan ini sebagai kos semata-mata, tetapi sebagai pelaburan strategik jika kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab serantau. Maka, sambungan lintas sempadan ini mesti diberi keutamaan. Kelantan bersedia menjadi pintu gerbang serantau untuk perdagangan ASEAN.
Datuk Yang di-Pertua, isu seterusnya menyentuh tentang dadah di Kelantan.
Antara faktor yang menyumbang kepada kes di Kelantan adalah kerana terlalu mudah mendapat bekalan dari negara jiran. Sebahagian besar bekalan datang dari sempadan Thailand melalui pelbagai lorong tikus. Oleh itu, kawalan keselamatan sempadan adalah sangat diperlukan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesungguhan agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia yang melaksanakan operasi-operasi secara berterusan bagi menangani masalah ini. Saya menyambut baik penubuhan Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) yang kini sudah beroperasi. Saya ingin menekankan agar fokus utama AKPS di Kelantan adalah menyekat aktiviti penyeludupan dadah dari sempadan.
Usaha ini sangat penting kerana jika bekalan dapat diputuskan, kadar penagihan mesti menurun. Saya yakin AKPS boleh menjadi benteng yang ampuh melawan sindiket dadah. Namun, kejayaan AKPS bergantung kepada sokongan logistik, bajet dan kerjasama agensi lain. Maka, saya mohon kerajaan memberi peruntukan mencukupi agar AKPS benar-benar berkesan di lapangan.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin mohon perhatian daripada kerajaan supaya menyediakan peruntukan khas bagi membeli mesin pengimbas yang berteknologi AI bagi memudahkan pengesanan bahan narkotik ini terutama di pintu masuk sempadan Kelantan dan Thailand. Dadah adalah sumber...
Datuk Rosni binti Sohar
Mencelah sekejap YB, boleh? Sikit sahaja.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Boleh.
Datuk Rosni binti Sohar
Sebenarnya, keadaan pagar sempadan darat di beberapa lokasi seperti [Tidak jelas] Kelantan dilaporkan uzur, berlubang dan mudah diterobos. Dibolosi, ya. Dan kita minta Kementerian Dalam Negeri memantau perkara ini supaya tidak berlaku penyeludupan senjata, dadah dan sebagainya. Terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Terima kasih Yang Berhormat.
Masukkan dalam ucapan saya dan betul, kita perlukan bajet untuk penambahbaikan kepada semua aset-aset yang diperlukan bagi pencegahan pengedaran dadah. Dadah adalah musuh negara nombor satu. Jadi, jika kita gagal menyekatnya di sempadan, seluruh generasi akan rosak. Kelantan tidak mahu terus dicemari dengan rekod penagihan. Saya berharap RMKe13 meletakkan agenda ini sebagai prioriti.
Datuk Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin menyentuh tentang potensi Maritim Kelantan. Di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sudah mempunyai pelabuhan yang diuruskan oleh Tok Bali Supply Base lengkap dengan fasiliti moden untuk industri minyak, gas dan logistik. Namun, potensinya masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan maritim strategik setanding dengan Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Pulau Pinang. Lokasi Tok Bali amat strategik kerana berhampiran dengan laluan perdagangan Laut China Selatan serta boleh menjadi pintu keluar masuk utama industri perikanan, minyak dan gas serta logistik serantau.
Jika Tok Bali dibangunkan dengan serius, ia boleh mewujudkan ribuan pekerjaan baharu, menarik pelaburan dan merancakkan ekonomi Kelantan. Saya mohon agar RMK13 memasukkan agenda ini supaya Kelantan tidak lagi bergantung sepenuhnya pada sektor pertanian, tetapi juga mendapat tempat dalam peta ekonomi maritim negara.
Saya merujuk kepada teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-157 yang menyatakan bagi negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu, pembangunan akan dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing, sekali gus menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa.
Secara peribadi, saya menyokong perancangan kerajaan ini. Pertanian dan keterjaminan makanan untuk masa depan sangatlah penting seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamnya.” Hadis riwayat Ahmad— Imam Ahmad.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Negara kita juga perlu fokus kepada sektor bekalan makanan supaya kita tidak bergantung kepada negara luar. Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan hasil makanan negara untuk memenuhi keperluan domestik. Oleh itu, saya ingin bertanya sejauh mana kejayaan kerajaan sehingga kini dalam mencapai kadar sara diri beras 80 peratus menjelang tahun 2030. Saya juga ingin bertanya status terkini dalam penyediaan atau usaha-usaha kerajaan supaya penanaman padi dapat dilaksanakan lima musim dalam masa dua tahun di kawasan luar jelapang di Kelantan.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan sikit, soalan sikit.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Dan apakah kejayaan setakat ini dalam usahakan tanah-tanah terbiar.
Timbalan Yang di-Pertua
Kita kena tanya dulu yang berbahas itu benarkan atau tidak. Benarkan atau tidak?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Saya rasa saya tidak boleh benarkan lagi sebab saya banyak lagi dan saya perlukan sedikit tambahan masa.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua
Ikut peraturan. Kalau yang berbahas tak benarkan, tidak boleh benar, ya.
Tuan Musoddak bin Ahmad
Okey, terima kasih.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Berapa banyak peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dalam RMK13 kepada petani-petani muda Kelantan untuk latihan dan peruntukan khusus dalam melengkapi para petani dengan peralatan dan kemahiran menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan hasil negara dan bagaimana ia disalurkan?
Datuk Yang di-Pertua, sebagaimana kita semua ketahui, negara kita sedang menua dan bakal menghadapi isu berkaitan dengan usia emas. Antara faktor yang menyumbang adalah kerana kadar kematian dan kadar kesuburan negara yang makin berkurang. Sudah berapa kali Dewan yang mulia ini menyaksikan perbahasan, pertanyaan dan jawapan mengenai persiapan atau persediaan negara dalam menghadapi isu ini.
Saya tidak mahu mengulanginya, cuma saya ingin bertanya apakah iltizam kerajaan dalam mengubah demografi rakyat, negara supaya generasi muda dilahirkan dengan lebih ramai dan dapat mengimbangi rakyat yang berusia emas. Apakah bentuk sokongan dirancang yang perlu diberikan kepada pasangan muda untuk menggalakkan kelahiran?
Kurangnya kadar kesuburan atau kelahiran bukan isu isteri atau suami tidak subur, tetapi disebabkan pelbagai isu sosioekonomi dan perkahwinan di usia lewat, bukan usia reproduktif. Dah tersasul dah, nak cepat sangat. Kerajaan perlu merancang sebaiknya supaya negara kita tidak mengikuti trend global ini.
Datuk Yang di-Pertua, untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat khususnya kesihatan, reformasi kesihatan negara yang menyeluruh adalah diperlukan untuk membolehkan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang saksama, bermutu dan mampu dibayar. Sejak kemerdekaan, peranan klinik-klinik swasta dalam membantu kerajaan memberi perkhidmatan kesihatan primer kepada rakyat Malaysia adalah sangat besar. Oleh itu, kerjasama antara awam dan swasta perlu diperkukuhkan.
Tenaga mahir daripada doktor atau pakar-pakar dari sektor swasta hendaklah dimanfaatkan demi untuk kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi dengan masalah kekurangan doktor di sektor awam. Kerajaan perlu membuat perancangan dan pelan tindakan supaya kemahiran doktor-doktor diperkasakan digunakan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh National Health and Morbidity Survey 2019, 33.9 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta.
Menyedari kos perubatan yang makin meningkat, kerajaan perlu menyemak semula polisi dan dasar kerajaan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan swasta. Saya ingin menarik perhatian kerajaan tentang beberapa isu yang dibangkitkan oleh pegawai- pegawai perubatan swasta di antaranya adalah harga ubatan daripada pembekal adalah tidak diselaraskan antara klinik-klinik ataupun farmasi.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Kewujudan pihak ketiga yang menguruskan perkhidmatan kesihatan yang menekan doktor-doktor swasta dengan pelbagai kos tambahan dan mengehadkan kos konsultasi yang tidak munasabah, membenarkan ubatan atau rawatan tertentu sahaja yang sudah pasti akan menyekat kewajaran seorang doktor dalam merawat pesakit dengan optimum dan fi konsultasi yang tidak diselaras dan dikemas kini sejak 30 tahun yang lalu. Justeru itu, kerajaan perlu peka dengan permasalahan ini dan membuat pelan tindakan sewajarnya demi kepentingan kesihatan rakyat.
Datuk Yang di-Pertua, penghijrahan para doktor atau pakar keluar negara perlu ditangani dengan baik. Tawaran terbuka dari negara jiran seperti berlaku baru-baru ini sepatutnya telah membuka mata kerajaan untuk menyediakan ekosistem kerja yang lebih menarik untuk doktor-doktor atau pakar-pakar kita kekal berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Saya juga ingin bertanya, apakah perancangan kerajaan dalam memberi jaminan kepada generasi petugas kesihatan di masa hadapan serta bagaimana dan bilakah kerajaan ini menyelesaikan masalah kekurangan jururawat atau kakitangan kesihatan dan isu-isu tuntutan dari petugas kesihatan seperti elaun kritikal atau elaun on- call? Datuk Yang di-Pertua, pada tahun 2030 iaitu penghujung RMK13, 15 peratus rakyat negara kita sudah mencapai usia emas, iaitu melebihi umur 60 tahun. Warga emas selalu dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik yang pasti melibatkan kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, kerajaan perlu mempunyai pelan jangka masa panjang yang bermula sekarang untuk mempromosikan penuaan sihat tanpa sebarang penyakit kronik atau penyakit-penyakit kronik yang terkawal tanpa sebarang komplikasi. Persoalan saya, apakah kerajaan betul-betul sudah bersedia menghadapi isu ini dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan skim-skim perlindungan sosial untuk warga emas seperti caruman khusus untuk persediaan, pembiayaan, penjagaan, kesihatan pada hari tua.
Sebagai isu yang terakhir...
Tuan Yang di-Pertua
Ada berapa lama lagi YB Martina?
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Sikit lagi dalam satu minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, dibenarkan.
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
Sebagai isu yang terakhir, saya menyambut baik pandangan kerajaan untuk melonjakkan pertumbuhan HGHV dan sektor strategik. Saya ingin menyentuh sektor strategik pelancongan, iaitu pada 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia. Kelantan tidak mahu ditinggalkan dalam promosi-promosi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bachok, contohnya, adalah sebuah daerah yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke pantai-pantai yang cantik yang kini sangat viral. Namun begitu, mendukacitakan kerana infrastruktur untuk pengangkutan awam masih lagi tidak sempurna dengan jalan-jalan ke lokasi pelancongan yang sempit.
Oleh itu, saya mohon supaya kerajaan memberi tumpuan untuk pembangunan kawasan luar bandar terutamanya untuk pembangunan infrastruktur jalan raya khususnya di Bachok, iaitu kawasan yang sangat berpotensi untuk menarik pelancongan antarabangsa.
Dato’ Yang di-Pertua sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa semua isu yang saya bangkitkan hari ini berpaksikan satu amanah, iaitu memastikan rakyat di
Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff
seluruh negara dan terutamanya di negeri Kelantan tidak terus ketinggalan daripada arus pembangunan negara.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah pelan pembangunan negara untuk lima tahun akan datang. Jika kita gagal meletakkan asas keadilan, integriti dan keberanian dalam perancangan ini, maka kita akan terus berdepan jurang pembangunan yang melebar. Saya menyeru agar kerajaan benar-benar berlaku adil, telus dan berani membuat keputusan agar semua negeri khususnya negeri Kelantan mendapat tempat yang sewajarnya dalam naratif pembangunan nasional.
Akhir kata, biarlah Dewan ini menjadi saksi bahawa suara rakyat Malaysia telah dibawa dengan penuh amanah. Semoga RMKe13 benar-benar menjadi titik perubahan bukan sekadar dokumen perancangan yang indah di atas kertas. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih, YB Senator Hajah Wan Martina. Satu kajian yang mendalam. Cuma saya perhatikan semalam, Timbalan Speaker ada memaklumkan wakil-wakil kementerian ataupun Timbalan-timbalan Menteri sekurang-kurangnya hadir ke Dewan ini bagi mendengar perbahasan yang dibangkitkan oleh para Senator, tetapi nampak gayanya hari ini pun tidak ada wakil. Minta jugalah kalau dapat dipastikan kena ada wakil-wakil daripada pihak kementerian. Banyak kementerian yang telah dibangkitkan oleh YB Senator Hajah Wan Martina tadi, tetapi mereka tidak ada hadir. Jadi perkara ini boleh diambil tindakanlah segera ya.
Baik, seterusnya kepada YB Senator Puan Noorita binti Sual, 25 minit untuk Yang Berhormat, silakan.
Puan Noorita binti Sual
Ka’ansayan, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI kepada Dato’ Speaker dan semua Ahli-ahli Senator yang saya hormati. Terlebih dahulu, terima kasih terlebih dahulu di atas ruang perbahasan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini kelmarin.
Dato’ Speaker, dalam era pasca pandemik dan ketidaktentuan global, RMK13 dengan tema melakar semula pembangunan ini mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan pembangunan yang benar-benar inklusif, memperkukuh daya saing ekonomi yang realistik serta menjamin kesejahteraan rakyat di setiap lapisan masyarakat.
Justeru perbahasan kita hari ini adalah medan penting untuk menilai sama ada rancangan ini mampu menyahut cabaran semasa serta mengangkat aspirasi Ekonomi MADANI dan martabat negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Hari ini kita bukan hanya setakat membicarakan tentang RMKe13 yang bukan hanya sekadar dokumen di atas meja, tetapi inilah aspirasi Kerajaan MADANI dan pelan tindakan lima tahun yang akan menentukan sama ada kita benar-benar melangkah ke hadapan atau masih mengulangi kesilapan lampau.
RMKe13 ini juga adalah peluang untuk kita bersama-sama membina semula keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara. Ia bukan sahaja cerminan aspirasi Kerajaan MADANI, tetapi juga janji kepada rakyat bahawa masa depan rakyat dan negara sedang diatur dengan teliti selari dengan keperluan semasa. RMKe13 ini adalah peluang untuk kita menunjukkan bahawa negara ini mampu bangkit lebih kukuh, lebih adil, dan lebih makmur. Dokumen boleh indah, tetapi jalan raya yang rosak, internet yang perlahan dan kos sara hidup yang tinggi, inilah realiti ketika ini.
Dato’ Speaker, saya ingin mengemukakan dua perkara asas yang saya kira penting dan patut diberikan perhatian dan dua isu yang ingin saya angkat untuk perhatian dan tindakan kerajaan. Perkara asas pertama yang saya kira cukup penting dalam kita membicarakan dasar Rancangan Malaysia Ketiga Belas, khususnya dalam kita menjamin
Puan Noorita binti Sual
keberkesanannya, iaitu soal kekalisan dasar pembangunan negara daripada pengaruh perubahan politik.
Sejarah telah mengajar kita bahawa setiap kali berlaku pertukaran kerajaan atau pertukaran kepimpinan, sering kali perancangan besar negara terganggu. Ada projek yang dihentikan separuh jalan, ada pula dasar yang ditukar arah, seolah-olah setiap kali ada perubahan politik maka bermulalah episod baharu tanpa kesinambungan. Akibatnya, siapa yang paling rugi? Bukan kita di Dewan ini, tetapi rakyat di bawah. Yang masih menunggu jalan siap, menunggu sekolah baharu, menunggu hospital dibina, menunggu rumah baharu, menunggu jambatan dibina, menunggu loji air dibina, dan sebagainya.
Oleh itu Datuk Speaker, saya ingin menegaskan bahawa kita perlu memastikan bahawa Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini dirangka dengan ciri kekalisan politik.
Ertinya tidak kiralah siapa kerajaan yang memerintah, siapa pun Perdana Menteri atau sesiapa sahaja yang memegang tampuk kerajaan, asas pelaksanaan rancangan ini tidak boleh berubah sesuka hati. Ia perlu dibina atas prinsip kebangsaan, melangkaui parti dan mesti berpaksikan kepentingan rakyat.
Namun demikian Datuk Speaker, saya tidak mengatakan bahawa RMKe13 ini perlu menjadi dokumen yang kaku dan beku, tidak sama sekali. Rancangan Malaysia Ketiga Belas mestilah anjal, fleksibel dan adaptive terhadap keperluan semasa serta kehendak rakyat. Kita tidak boleh merangka dasar lima tahun yang seolah-olah menutup mata kepada realiti dunia yang sentiasa berubah. Lihatlah, hanya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah berdepan dengan pandemik COVID-19, perubahan iklim yang semakin menekan, krisis geopolitik dunia, dan juga transformasi teknologi digital yang begitu pesat.
Puan Noorita binti Sual
Oleh itu, Rancangan Malaysia Ketiga Belas perlu kalis politik, tetapi dalam masa yang sama, cukup fleksibel untuk disesuaikan apabila berlaku cabaran-cabaran baru. Apa yang penting, rangkanya mesti jelas, objektifnya mesti kukuh, supaya kerajaan hari ini mahupun kerajaan esok, tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan matlamat asal.
Dato Speaker, kita pernah menyaksikan projek-projek mega yang diuar-uarkan, tetapi terbengkalai. Kerana setiap kali berlaku perubahan kerajaan, projek itu dikaji semula, ditangguh atau ditukar nama. Hospital yang dirancang bertahun-tahun, sekolah yang dijanjikan kepada rakyat, infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, malah projek digitalisasi, semua ini menjadi mangsa ketidaktentuan politik. Inilah yang kita tidak mahu berulang dalam RMKe13.
Untuk itu, saya ingin tahu. Berapakah projek-projek yang masih belum dilaksanakan dari RMK sebelum ini dan berapa yang telah dibatalkan setakat ini? Maka, saya ingin juga mencadangkan agar RMKe13 ini meletakkan satu dasar kerangka perlindungan institusi dengan yang pertama, ketelusan laporan kemajuan. Biarlah rakyat dapat melihat dengan jelas dan menilai, apa yang sudah dicapai setiap tahun.
Yang kedua, penglibatan dan kerjasama dua hala antara kerajaan dan pembangkang. Sekurang-kurangnya untuk projek asas seperti kesihatan, pendidikan dan kemudahan infrastruktur, janganlah dijadikan bahan politik. Saya berharap dengan cara ini, RMK13 benar-benar menjadi dokumen negara, bukan dokumen parti semata-mata.
Dato Speaker, izinkan saya menegaskan bahawa rakyat kini bukan lagi mahu mendengar janji, tetapi mereka menuntut kepastian. Kepastian bahawa rancangan pembangunan negara ini tidak akan hancur setiap kali berlaku perubahan politik.
Kepastian bahawa pelan lima tahun ini tetap berjalan meskipun berlaku ribut dalam politik.
Dato Speaker, perkara asas kedua. Saya ingin membangkitkan tentang kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Kita sedia maklum bahawa sistem Persekutuan di Malaysia ini memberikan kuasa tertentu kepada Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri pula memegang kuasa dalam bidang-bidang lain seperti tanah, agama dan kerajaan tempatan.
Puan Noorita binti Sual
Namun, dalam soal pembangunan negara dan dalam usaha kita merealisasikan RMKe13 ini, kedua-duanya tidak boleh bergerak berasingan. Jika kita ingin melihat akan kejayaan RMKe13, maka kita perlu meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Persekutuan dan negeri yang menjadi tunjang pelaksanaan.
Kalau kita lihat rekod lalu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022, antara punca utama kelewatan projek pembangunan ialah kurangnya penyelarasan antara agensi Persekutuan dan negeri. Contohnya, projek pembinaan jalan luar bandar yang tertangguh kerana isu kelulusan tanah atau projek bekalan air yang lambat kerana ketiadaan penyelarasan dengan kerajaan negeri.
Akhirnya, siapa yang menanggung akibat? Rakyat di kawasan pedalaman dan rakyat di kampung yang terpaksa menunggu lebih lama, terus ketinggalan arus pembangunan dan yang lebih menyedihkan, terus mundur.
Dato Speaker, oleh sebab itu, saya ingin menekankan bahawa kerajaan perlu meningkatkan lagi strategi, usaha dan tindakan bagi memperkukuh mekanisme penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan setiap kerajaan negeri, dari Perlis hinggalah ke Sabah. Demi memastikan kejayaan segala perancangan di bawah RMKe13 ini tidak boleh lagi berlaku keadaan, di mana dasar di Putrajaya lain, manakala pelaksanaan di negeri bergerak ke arah yang lain.
Saya cadangkan supaya diwujudkan satu Majlis Tindakan Pembangunan bersama di setiap negeri, dianggotai oleh agensi pelaksana, wakil Persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk Ahli Parlimen dan ADUN setempat.
Majlis inilah yang akan memastikan setiap projek di bawah RMKe13 benar-benar menepati jadual, menepati bajet dan menepati keperluan rakyat. Kita sedang dipimpin oleh kerajaan yang unik ketika ini, yang mana di peringkat Kerajaan Pusat kita bersama, tetapi di peringkat negeri pula kita berlawanan.
Keadaan di mana kita dapat melihat Ahli Parlimen tidak dilibatkan dengan projek dan program pembangunan di kawasan sendiri, Ahli Parlimen tidak diundang ke program- program kementerian di kawasan Ahli Parlimen itu sendiri. Dan yang menyedihkan, ada juga Ahli Parlimen tidak dilibatkan semasa berlaku bencana di kawasan sendiri.
Dato Speaker, saya mengambil contoh pembangunan di Sabah dan Sarawak misalnya, sangat bergantung kepada kecekapan kerjasama dua peringkat kerajaan ini.
Sekiranya RMKe13 gagal memperincikan mekanisme kerjasama ini, maka kita akan terus melihat jurang pembangunan wilayah yang melebar, Semenanjung bergerak laju, tetapi Sabah dan Sarawak masih ketinggalan.
Kita harus akui bahawa banyak projek pembangunan di bawah RMK sebelum ini tergendala bukan kerana kurang dana semata-mata, tetapi kerana tiadanya kesepakatan atau penyelarasan yang mantap antara dua peringkat kerajaan.
Saya ingin tahu, berapakah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya kepada negeri Sabah yang dikembalikan semula atau tidak dibelanjakan mengikut perancangan atas apa sebab - apa sahaja sebab dan alasan selama di dalam RMK12? Namun begitu, saya juga ingin membuat contoh positif dari Sarawak iaitu Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Walaupun projek ini pada awalnya berdepan dengan cabaran, kita dapat melihat kemajuan yang lebih ketara di Sarawak berbanding Sabah. Mengapa? Kerana adanya keserasian dasar dan kerjasama teknikal antara Persekutuan dan negeri Sarawak.
Saya sendiri melihat keadaan Pan Borneo di Sabah yang dalam keadaan yang menyedihkan. Macam sindiran orang-orang Sabah, “Kalau kena tanam sawit atas ini jalan Pan Borneo, mungkin sudah enam kali tuai.” Saya ingin tahu, apakah status terkini Projek Pan Borneo Sabah? Adakah projek ini menjadi keutamaan di dalam RMKe13 ini dan bilakah ianya dijangkakan siap sepenuhnya? Oleh itu Dato Speaker, pelaksanaan RMKe13 mesti mengambil pengajaran
Puan Noorita binti Sual
ini. Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Daerah harus diaktifkan dan diperkasakan sebagai platform penyelarasan.
Jangan biarkan projek tersangkut hanya kerana kerenah birokrasi atau perbezaan politik. Jika kerjasama erat boleh dicapai di Sarawak, maka tidak ada sebab ia tidak boleh dijayakan di negeri-negeri lain. Dato Speaker, rakyat tidak peduli siapa kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat.
Apa yang rakyat kita mahukan hanyalah jalan siap, kemudahan air bersih, sekolah dan hospital mencukupi. Maka, marilah kita dalam Dewan ini bersepakat bahawa kerjasama Persekutuan dan negeri bukan lagi pilihan, tetapi syarat utama menjayakan RMKe13.
Seterusnya Dato Speaker, saya ingin beralih kepada dua perkara atau isu khusus yang ingin saya ketengahkan dan saya rasa perlu diberikan perhatian. Dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI melalui RMKe13 ini, perkara pertama yang ingin saya kemukakan ialah berkaitan dengan peralihan kepada pendigitalan dan teknologi termaju, terutamanya kecerdasan buatan (AI).
Namun, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, semakin maju digital kita, semakin licik juga jenayah siber yang berleluasa. Kita harus berani mengakui bahawa dalam pada kita mara ke arah pendigitalan menyeluruh, ancaman keselamatan siber, khususnya jenayah dalam talian, penipuan dan scammer semakin membimbangkan rakyat.
Persoalan asas yang timbul ialah apakah jaminan keselamatan untuk rakyat?
Kerana realitinya, dalam pada kita bercakap soal AI, blockchain, dengan izin, dan digitalisasi, setiap hari kita terdedah dan diburu oleh scammer. Kes kehilangan wang simpanan semakin meningkat dan ini telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin menipis.
Terkini, menurut Laporan MalaysiaKini, sindiket penipuan di Malaysia kini sedang mengeksploitasikan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) untuk operasi penipuan mereka, merangkumi eksploitasi seksual kanak-kanak, pemerasan serta penjualan kandungan haram dengan sasaran remaja sebagai mangsa utama mereka.
Puan Noorita binti Sual
Sepanjang dekad ini, taktik penipuan kini telah berubah dengan begitu drastik.
Daripada penipuan tradisional seperti Macau scam, love scam dan parcel scam, kepada jenayah siber yang lebih kompleks dan berlapis-lapis. Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) turut melaporkan pada suku kedua pada tahun ini sahaja sebanyak 2,058 insiden melibatkan penipuan merangkumi phishing, smishing, vishing, bogus e-mail dengan izin, penyamaran, pemalsuan laman sesawang palsu, penipuan tawaran kerja, e-mel digodam, pencerobohan dan penyelenggaraan data telah dilaporkan.
Soalnya, apakah jaminan kerajaan bahawa dalam RMKe13 ini keselamatan siber akan menjadi keutamaan setara dengan agenda pendigitalan. Apakah langkah konkrit atau strategi yang lebih meyakinkan untuk memastikan transformasi digital ini tidak menjerat rakyat ke dalam perangkap scammer, tetapi benar-benar memberi manfaat.
Tambahan pula, apakah pelan kerajaan untuk memastikan angka ini tidak terus meningkat, adakah cukup sekadar dengan menubuhkan pasukan khas atau kita memerlukan pendekatan menyeluruh yang benar-benar boleh mengekang jenayah siber ini agar rakyat tidak terjerat dan terus menjadi mangsa.
Lebih parah lagi isu kepercayaan rakyat semakin merudum. Kita bercakap soal trust deficit, bagaimana rakyat mahu percaya kepada agenda digital kerajaan jika saban tahun kes kebocoran data peribadi berlaku. Bukankah insiden seperti pencerobohan Pengkalan data pengguna kerajaan mencalar keyakinan rakyat terhadap kemampuan negara menjaga keselamatan maklumat mereka.
Puan Noorita binti Sual
Bila kerajaan kata mahu jadikan transaksi kerajaan serba digital, rakyat yang pernah kena tipu akan berkata, kalau bank pun tidak boleh lindung wang saya, adakah sistem kerajaan lebih baik? Adakah data peribadi saya selamat atau akan bocor lagi seperti yang sudah berlaku sebelum ini?
Kalau kepercayaan rakyat ini tidak dipulihkan, maka segala dasar digitalisasi dalam RMKe13 ini agak sukar untuk dilaksanakan. Kita sudah mempunyai CyberSecurity Malaysia, kita sudah mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kita sudah ada Bank Negara, tetapi mengapa aduan terus meningkat sebanyak saban tahun?
Mengapa scammer boleh beroperasi dengan begitu licik hingga ada kes melibatkan rangkaian antarabangsa yang masih gagal dikesan.
Saya juga ingin bertanya, adakah kerajaan benar-benar yakin bahawa program kesedaran siber yang ada sekarang mencukupi? Saya sedar bahawa kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat masih menjadi cabaran besar kerana ramai pengguna Internet mengambil mudah soal perlindungan data peribadi dan keselamatan transaksi atas talian. Kajian CyberSecurity Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan lebih 60 peratus pengguna tidak mengemas kini perisian keselamatan atau menggunakan kata laluan yang lemah, sekali gus membuka ruang kepada serangan siber dan penipuan dalam talian.
Datuk Speaker, transformasi digital tanpa jaminan keselamatan siber adalah umpama membina lebuh raya tanpa pagar keselamatan. Ia mempercepatkan perjalanan, tetapi pada masa sama mendedahkan rakyat kepada risiko kemalangan yang lebih besar.
Saya percaya rakyat rata-ratanya tidak menolak teknologi, kita semua mahukan kemajuan, tetapi kita juga tahu bahawa dengan peningkatan kes berkaitan dengan digital ini, kerajaan hari ini masih belum menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan di dalam usaha untuk membendung scammer dan melindungi data.
Bagaimana rakyat boleh rasa selamat dalam dunia digital? Selagi persoalan ini belum terjawab, kerajaan wajar memastikan isu keselamatan siber diberi perhatian serius agar aspirasi pendigitalan negara tidak dibayangi oleh hakikat bahawa rakyat masih terdedah menjadi mangsa penjenayah siber saban hari.
Datuk Speaker, selanjutnya saya ingin mengetengahkan peranan dan sumbangan belia di dalam merealisasikan RMKe13 ini. Hari ini belia Malaysia berdepan dengan tekanan yang bukan sedikit. Kalau kita lihat di lapangan, isu utama mereka bukan hanya tentang peluang, tetapi juga tentang masa depan yang semakin kabur. Di satu sisi, anak muda adalah pemacu inovasi digital, manakala di sisi lain mereka paling terdedah kepada pengangguran dan eksploitasi siber.
Pertama, dari segi pekerjaan dan ekonomi. Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun berada pada paras 10.6 peratus pada 2023, jauh lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional sekitar 35 peratus. Malah, ramai graduan terpaksa bekerja di luar bidang kelayakan dengan gaji yang rendah dan tiada jaminan kerjaya. Fenomena under employment ini menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan belia seolah-olah pendidikan tinggi mereka tidak membawa pulangan setimpal.
Kedua, kos sara hidup yang kian meningkat dan membebankan dan tidak selari dengan skala gaji yang ditawarkan. Harga rumah melambung, pengangkutan awam masih belum menyeluruh dan perbelanjaan harian semakin meningkat. Malah, kajian Institut Penyelidikan Khazanah mendapati hampir 60 peratus belia berpendapatan rendah merasa mustahil untuk memiliki rumah sendiri. Bagaimana belia boleh merancang masa depan jika kehidupan seharian pun belum stabil.
Ketiga, isu sosial dan kesihatan mental. Kita tidak boleh menafikan bahawa selepas pandemik, kadar kemurungan, kegelisahan dan tekanan mental dalam kalangan belia semakin meningkat. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 500,000 rakyat kebanyakannya belia mendapatkan rawatan kesihatan mental pada tahun 2022. Ini
Puan Noorita binti Sual
menggambarkan satu situasi kritikal, generasi muda kita sedang mencari arah namun sokongan yang diberikan masih belum mencukupi.
Selain itu, isu arus digital dan media sosial yang menjadi sebahagian besar daripada corak hidupan belia kita. Belia adalah pengguna terbesar platform digital, tetapi mereka jugalah yang paling terdedah kepada scammer, maklumat palsu dan budaya toksik Internet. Jika kita mahu RMK13 benar-benar inklusif, suara belia dalam hal keselamatan siber, literasi digital dan peluang ekonomi digital perlu diangkat dengan lebih serius.
Justeru, sebelum kita berbicara tentang cita-cita besar RMKe13 tentang pendigitalan, ekonomi hijau dan kecerdasan buatan, kita harus terlebih dahulu menilai realiti yang dihadapi belia hari ini. Mereka bukan sahaja memerlukan peluang, tetapi juga jaminan keadilan sosial, kestabilan ekonomi dan sokongan kesejahteraan agar mereka tidak menjadi generasi yang hilang keyakinan terhadap negara.
Untuk itu, di sebalik angka dan sasaran RMKe13 adalah cerminan falsafah pembangunan negara. Bagaimana kita menguruskan sumber, membina pertahanan ekonomi, memperkukuh keselesaan sosial dan pada masa sama memastikan pembangunan mampan yang tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang. Cabaran dunia hari ini seperti perubahan iklim, geopolitik serantau, kemajuan teknologi destructive, semuanya menuntut kita supaya lebih bersedia, lebih tangkas dan lebih inklusif dalam perancangan dan hala tuju negara.
Justeru, penekanan terhadap tadbir urus yang telus, kerjasama erat antara Persekutuan dan negeri, serta keupayaan merangka dasar yang kalis politik, tetapi tetap responsif kepada realiti semasa akan menentukan sama ada RMKe13 benar-benar mencapai matlamatnya atau tidak. Maka yang saya ingin tekankan di sini, kejayaan RMKe13 bukan hanya diukur pada angka KDNK semata-mata, tetapi pada sejauh mana ia mampu menzahirkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan serta memberikan kesejahteraan nyata kepada setiap lapisan masyarakat. Rakyat tidak lagi menilai RMK13 pada janji, tetapi pada hasil. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih YB Senator Puan Noorita Sual.
Kita akan tangguhkan pukul 1, kita ada lagi 10 minit. Jadi, kita nak dengar YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta untuk membahaskan— budak Kolej. Silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahilah. Alhamdulillah. Tak boleh lajak sikit kah? Cukupkan atau sambung petang, ya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Kita sambung petang nanti.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sambung petang kena 25 minit pulalah lepas itu.
[Dewan ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan RMKe13 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam. Kali ini dah empat kali RMK saya turut berbahas, sejak daripada tahun 2008 saya berada di Dewan Rakyat. Jadi, peluang ini memang saya cukup appreciate-lah. Dapat memberikan sumbangan, buah fikiran, cadangan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakannya...
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Orang lama itu, YB.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya?
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Orang lama.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Orang lama.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Dah berapa set, dah berapa season dah.
[Ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih. Orang tua.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Silakan YB. Dah tiga minit dah YB.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, orang tua ini tak boleh agresif sangat, ya.
RMKe13 memberikan kita satu semangat dan juga harapan bahawa dalam lima tahun, bermula tahun depan kita akan dapat mencapai apa yang disebut oleh Prime Minister sebagai raising the ceiling, ya. Menaikkan siling. Ertinya, pencapaian kita boleh lebih tinggi lagi.
Yang keduanya, menaikkan lantai. Ertinya kedudukan, kehidupan rakyat kita akan jadi lebih baik. Pendapatan yang lebih tinggi, kesihatan yang lebih baik, ya. Pendidikan yang lebih luas dan sebagainya.
Dan yang ketiganya iaitu mengukuhkan kerajaan dari segi governance-nya, ya.
Peraturannya, kawalannya. Jadi, kalau— mungkin banyak lagi yang telah disampaikan oleh PM. Saya merumuskan tiga ini iaitu meningkatkan kedudukan ekonomi kita yang lebih resilient, yang lebih berdaya tahan iaitu meningkatkan siling tadi.
Keduanya, kehidupan kita yang lebih baik, well-being kita, mobiliti sosial kita lebih baik. Yang ini yang dikatakan meningkatkan lantai dan yang boleh menguruskan pencapaian ini ialah sebuah kerajaan yang betul-betul mengikut peraturan dan disokong oleh rakyat dalam satu suasana negara yang stabil. Ini akan membolehkan pencapaian objektif kita.
Pengalaman saya menziarah sebuah negara jiran kita, di Nepal, ya. Kita dimaklumkan oleh Charles de Fere. Kita datang, kita tidak ada duta, Dato’ ya. Kita tak ada duta di Nepal sejak tahun 2015 kalau tak silap. Begitu lama. Oh, 2011. Seolah-olah macam tidak ada keperluan meletakkan: letakkan duta di sana. Kenapa? Kerana kita tidak ada lagi pelaburan ataupun syarikat yang mahu masuk ke sana dan pengurusan yang memerlukan seorang duta dari sudut hubungan antara dua negara. Amat, amat malang begitu.
Puncanya kerana apa? Kerana ketidakstabilan negara. Bertukar kerajaan selang setahun setengah. Tukar Prime Ministers selang dua tahun ataupun setahun setengah.
Bagaimana kita nak membina suatu dasar negara kalau berlaku ketidakstabilan sedemikian? Malah, kami bertemu dengan Prime Minister yang sedia ada dan dimaklumkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen di sana bahawa dalam enam bulan lagi sudah akan berlaku pertukaran Perdana Menteri. Satu Perdana Menteri datang, satu perubahan kepada dasar ataupun approach suatu kerajaan. Bagaimana kita nak berniaga? Satu-satunya syarikat Malaysia ada di sana pun sudah keluar daripada negara tersebut.
Jadi, pengajaran yang kita boleh bawa daripada apa pengalaman di sana ialah kestabilan kerajaan sangat penting supaya suatu urusan dasar dapat diteruskan. Bukan hanya untuk tempoh dia menjadi Prime Minister, lima tahun maksimum bagi sesuatu term, tetapi disambung oleh mana-mana kerajaan yang lain kerana baiknya, eloknya perancangan-perancangan yang telah dilakukan.
Maka, sebab itu, sebagai asas kepada bermulanya pembangunan seterusnya negara kita ini ialah dengan mewujudkan suatu kerajaan yang stabil. Yang ada pada hari ini, bias-lah saya sebab saya pun penyokong kerajaan ya, tetapi itulah yang ada.
Kombinasi 18 buah parti di Malaysia dengan berbagai tolak ansur, give and take. Bukan senang nak mengendalikan suatu gabungan begitu banyak parti. Betul YB ya? It’s not easy, tetapi kita manage.
Jadi, kita harap yang di luar sana tidaklah terlalu ghairah untuk menunjukkan bangkangan dengan meminta supaya tukar Perdana Menteri seolah-olah kita nak macam
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
nak tukar seorang pengarah hospital. Begitu mudah. Not that easy dan tidak mungkin membawa satu natijah yang baik.
Malaysia ini Dato' Yang di-Pertua, adalah sebuah negara perdagangan. We are trading nation-lah ya. Bila kita ini trading nation, ekonomi kita, pembangunan kita banyak bergantung kepada pencapaian trading kita itu dan kita bertuah. Malaysia ini bertuah, berada di lokasi yang sangat sesuai untuk trade. Kita ada Selat Melaka. Itu antara laluan kapal yang paling sibuk dalam dunia. Kita ada pelabuhan-pelabuhan trading kita. Kita ada jiran-jiran. Kita juga berada di dalam suatu kelompok negara-negara ASEAN, 10 negara, ya yang telah disatukan kita hari ini menjadi pengerusinya, ya. Ada beberapa bulan yang tinggal ini, kita harus manfaatkannya supaya ASEAN menjadi lebih kukuh dan lebih bermakna.
Dan nilai trading kita ini, perniagaan kita ini sangat tinggi berbanding GDP kita, KDNK kita, ya. Trade kita ini kadang-kadang mencapai lebih 100 peratus daripada GDP kita dan bahan eksport kita pun sangat berbagai, ya. Seperti yang tradisinya: palm oil, getah kah, dan juga, gas kita, liquid— LNG kita dan sekarang dengan eksport kita antara yang terbesar di dunia mengeksportkan semikonduktor. Jadi, kedudukan kita sebagai trading nation ini adalah cukup kuat sebenarnya ya dan di-respect oleh negara-negara lain.
Kalau kita tengok dalam negotiation kita dengan US pun, maka 24 percent yang asal itu diturunkan kepada sembilan. Satu pencapaian. Bukan kerana apa, kerana mungkin kedudukan kita yang strategik dalam konteks trade ini ya. Dan kita juga patuh dan aktif di dalam perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa seperti WTO, ya. Lain- lain, FTAs, ASEAN FTA, CPTPP, RCEP dan sebagainya. Kita aktif. Ertinya, kita patuh kepada kehendak dunia supaya ada penyusunan di dalam urusan-urusan perniagaan kita.
Jadi, ini juga satu modal besar kita sebagai sebuah negara. Dan dalam trading kita ini, ada juga— negara lain trading juga, tetapi bagi kita, surplus kita, lebihan dagang kita sentiasa positif. Ertinya, eksport kita sentiasa lebih daripada import. Jadi, ini memberikan pendapatan negara sebab itulah kita boleh menonjolkan, berbangga dengan perkembangan ekonomi kita 5.4 peratus kah atau jumlah yang sedemikian.
Ertinya, kita konsisten dan ini menyebabkan kita tidak boleh longgar dengan trading, kedudukan kita sebagai sebuah negara perdagangan ini. Dan kita juga mengadakan dagangan dengan negara-negara yang hebat-hebat ya. Trading partners kita juga negara-negara yang kuat. Kita berniaga dengan China, US, negara-negara ASEAN keseluruhannya, dengan Europe juga ya. Ertinya, memang kita ini mempunyai kedudukan yang baik.
Oleh yang demikian, kita kena maintain-lah kedudukan kita ini, amalan kita ini.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
YB Hatta, Hatta. Maaf saya mencelah. Jam dah pukul 1.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Ya.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Boleh kita sambung ke sebelah petang pula?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Tak ada pilihan pun.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Terima kasih.
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan— Mesyuarat ditempohkan dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta. Ada baki lagi 14 minit 53. Kita bagi tambahan tujuh saat, jadi 15 minit.
[Ketawa]
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Durian punya fasal. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah.
Saya tadi baharu selesai satu daripada tiga poin besar saya, bercakap mengenai yang pertama iaitu mengukuhkan ekonomi kita ataupun menaikkan siling seperti yang disebut oleh Perdana Menteri. Saya menyentuh tentang Malaysia sebagai sebuah trading nation ataupun negara yang menekankan pada perdagangan.
Kita mengalami di April yang lalu satu suasana yang gawat apabila Trump dari Amerika Syarikat mengenakan tarif, reciprocal tariff kepada banyak negara termasuklah negara Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Kita dikenakan 24 atau 25 peratus, ada yang sampai 49 peratus seperti Cambodia, tapi Singapore lebih rendah.
Saya merasakan kita tidak boleh membiarkan Amerika Syarikat sewenang- wenangnya bertindak terhadap negara-negara rakan dagangan mereka. Jadi, sebagai sebuah negara yang berada dalam satu kumpulan negara ASEAN, sebagai satu blok, yang bukan hanya geopolitic bloc, tetapi economic bloc juga, sepatutnya, pantas kita memberikan respons sebagai grup, sebagai satu kumpulan.
Tentulah suara kumpulan 10 negara lebih kuat dan kita mempunyai latar belakang ekonomi yang agak mantap masing-masing. Saya sebutkan tadi, kita Malaysia sahaja mempunyai trade yang tinggi, kadang-kadang melebihi GDP kita.
Jadi, apabila berlaku peristiwa tersebut, masing-masing negara dengan segera berlumba-lumba untuk cuba meyakinkan Amerika Syarikat supaya adjust semula kadar tarif tersebut. Jadi, ada yang turun, ada yang kekal. Kalau seandainya kita sebagai Pengerusi ASEAN, sepatutnya kita mengambil satu jalan pantas, ya, kita bertemu kemudiannya. Ya, Menteri-Menteri Ekonomi ke, Menteri Perdagangan bertemu kemudiannya, tetapi pada saat pertama pengumuman tersebut, kalau kita sudah ada satu ready-made mekanisme yang trigger immediate response, dengan izin, saya rasa Amerika harus melihat kita dengan satu cara yang lebih munasabah kepada kita.
Tidaklah akhirnya, masing-masing negara membuat bilateral discussion dengan Amerika Syarikat, ada yang dapat turunkan, tetapi dengan konsesi-konsesi. Terpaksa membuka market mereka kepada kita, kita kena beli barangan mereka dan sebagainya.
Jadi, ini adalah satu daripada Amerika Syarikat punya polisi yang suka belah, divide and— bukan rule, divide and conquer. Jadi, bila tackle masing-masing, jadi akhirnya semua di bawah cengkaman beliau.
Saya mencadangkan dengan baki tiga bulan atau empat bulan sebelum kita tamat sebagai Pengerusi ASEAN dan kita ada sidang kemuncak bulan September di mana akan hadir katanya, Trump hadir, Xi Jinping daripada China hadir, mungkin dari Rusia ada wakil.
Jadi, kita mengambil kesempatan ini untuk menggerakkan satu union yang mantap. Ertinya, kalau dia nak di mana-mana negara, baik China, baik Rusia mahupun Amerika, nak deal dengan mana-mana negara, deal sekali. Saya berkeyakinan negara- negara suka deal individually, bilateral, senang dia manipulate kita, tapi akhirnya, kita tengok Cambodia, 49 persen tarif. Amat malang. Kita alhamdulillah turun ke 19, Singapore masih bawah, 10 dan sebagainya.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Jadi, saya mengharapkan dengan berbaki kita sebagai Pengerusi ASEAN ini, kita ambil inisiatif supaya dalam mana-mana keadaan yang gawat, yang memerlukan tindakan bersama, kita bersama. Kerana trade ASEAN ini besar, 640 juta penduduk, dengan trade dengan US sahaja, dikatakan USD4 trilion, satu jumlah yang besar.
Jadi, Amerika tidak boleh memandang enteng dan meremehkan kewujudan blok ASEAN ini. Jadi, kita harap September ini, kita akan lihat, kita boleh dapat mewujudkan suasana tersebut dan belajar dari pengalaman tersebut. Itu bagi meningkatkan siling kita.
Dari segi menaikkan lantai kita seperti yang disebut dalam pembentangan.
Antaranya yang kita boleh dapat lihat dan kita nikmati sehari dua ini ialah beberapa pengumuman mengenai bantuan, kewangan, SARA dan untuk setiap penduduk RM100.
Ini baru kerajaan subsidi itu disasarkan bagi diesel, baru: diesel baharu dan kita sudah dapat menikmati berbagai-bagai kelebihan.
Jadi, mensasarkan subsidi ini adalah satu pendekatan yang baik dengan memastikan mereka yang berpendapatan tinggi terus membayar dengan harga kini, tetapi B40, M40 bagi yang bawah terus diberikan subsidi. Jadi, dengan sasaran begini, kita dapat menjimatkan kewangan dan saya pasti banyak lagi yang kerajaan boleh buat terutamanya untuk melaksanakan janji-janji— raising the floor tadi ini. Jalan rayanya, hospital, pendidikannya. Ini semua memerlukan kewangan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Kalau tidak ada satu penjimatan cara lain, maka kita tidak akan dapat melaksanakan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat. Jadi, antara yang telah dilaksanakan juga ialah mengubah tarif elektrik, contohnya. Ini suatu yang inovatif, yang dibuat supaya kita akhirnya, keseluruhan dapat menjimatkan penggunaan elektrik dengan tarif yang berbeza mengikut waktu penggunaan kita.
Jadi, kalau lebih banyak kaedah-kaedah sebegini dirangka oleh kerajaan dengan berbagai cara inovasinya, saya rasa kita akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Pendapatan seperti disebutkan, pendapatan minimum telah dinaikkan. Saya mengharapkan paras RM1,700 itu terpakai untuk satu waktu yang tidak terlalu panjang.
Saya mengandaikan kalau kita dapat menaikkan lebih tinggi kepada RM2,000 pendapatan minimum sebulan, saya jangka ini akan dapat melegakan, tetapi kita baru mula menaikkan RM1,700. Kita tengok keadaannya dan saya rasa ia nya sudah dapat membantu pekerja- pekerja kita di peringkat bawahan di sana...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh sedikit, mencelah?
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Sila.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang Berhormat, semalam saya pun ada tanya yang sama. Masa dalam pembentangan menyebutkan sasaran RM3,500 untuk GLC, gaji minimum. Sekarang RM1,700 yang Dr. kata yang kalau boleh naik RM2,000. Bukankah setiap kali kenaikan— mungkin Tan Sri lebih terkesan dengan apa yang kita bicarakan ini?
Setiap kali kenaikan, bererti kenaikan segala-galanya dan ertinya, rakyat terus berada dalam keadaan tertekan kerana kehidupan yang lain, barangan dan yang lain-lain juga akan turut melonjak. Mungkin dulu pernah Tan Sri komen tentang isu ini. Saya minta komen daripada Dr. Yang Berhormat.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Menteri nak komen ke? Ya, peranan dia mesti dilakukan oleh kerajaan supaya kesan daripada kenaikan paras gaji minimum itu tidak terhakis kerana kurang kawalan kenaikan harga barang. Kalau tidak, tidak ada makna. Hanya bergerak sama lantai itu naik, tetapi siling tak naik, tak jadi juga. Jadi, biarlah ada kawalan terhadap kos sara hidup kita ya.
Boleh ditampung dengan sumbangan-sumbangan kerajaan secara tunai seperti yang disebutkan tadi, tetapi kalau kita boleh dapat kawal harga air, misalnya. Tarif air di negeri-negeri, tarif elektrik dan kos-kos lain ya. Jadi, ini barulah selesa dengan
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
pertambahan pendapatan tadi ini. Jadi, saya harap tindakan dapat diambil supaya kesan daripada urusan ini dapat dinikmati oleh rakyat.
Perkara yang ketiga yang saya nak sebutkan— yang terakhir yang saya nak sebutkan ialah mengenai the good governance ya. Menguatkan, strengthening kerajaan punya pengurusan ya. Kalau kita naik siling, naik lantai, tetapi masih lagi kita mendengar penyelewengan, salah guna kuasa dan juga rasuah ya. Ini tidak akan memberikan kesan kepada urusan menaikkan taraf hidup rakyat kita.
Kebelakangan kita dengar profil-profil kes yang tinggi-tinggi dibawa ke muka pengadilan. Ini sebagai— pada saya, sebagai satu isyarat keseriusan kerajaan untuk menangani isu rasuah ini. Kalau ini dapat diperkemaskan dengan keterlibatan pihak SPRM yang lebih mantap, lebih serius dalam kerjanya, kita akan dapat kesan yang positif daripada tindakan ini. Di samping itu, meningkatkan pentadbiran dengan berbagai-bagai kaedah yang moden seperti digital government, AI dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang hampir semua kita dapat melihatnya pada hari ini. Dapat kita lihat bagaimana sumbangan kepada kita pun.
Hari ini kita bercakap, rakan baik kita yang menolong kita ada di dalam internet.
Jadi, kalau kita pun boleh mendapat modal untuk berbahas dengan menggunakan segala bentuk bantuan AI, ChatGPT dan sebagainya. Ini bermakna, memang di sanalah duduknya peluang untuk kita. Jadi, kita bersetuju dengan saranan dalam jawapan Menteri kepada soalan Senator Prof. Dr. Redzuan pagi tadi bahawa kita harus mengukuhkan dan mendidik pelajar-pelajar kita, anak-anak kita dalam bidang-bidang yang baharu ini.
Selain daripada kita memperkemaskan urusan seperti TVET ataupun STEM.
Yang ini sudah work in progress. Jadi, digabungkan dengan digital government dan sebagainya. Saya berkeyakinan urusan ini dapat memperkecilkan salah guna kuasa kerana dia akan menjadi lebih telus dan kita dapat memanfaatkan keuntungannya bagi rakyat kita semua.
Untuk juga melaksanakan program-program mempertingkatkan kehidupan rakyat tadi, saya bersetuju dengan rakan-rakan yang mencadangkan supaya peruntukan tambahan diberikan untuk pembangunan hospital, jalan raya yang dilengkapkan, mana yang belum bersambung, disambung ya.
Macam ECRL itu, saya menyokong penuh dilajakkan terus ke— dari Tumpat ke hujung sempadan di Thailand. Begitu juga Lebuhraya Pantai Timur yang memang kalau kita nak sampai ke hujung yang sedia ada ini, agak terkilan ya. Tapaknya dah ada, tetapi jalannya tidak ada.
Begitu juga pembangunan lebuh raya ataupun jalan raya Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang perlu disegerakan. Pengalaman saya di Kuala Krai dua penggal melalui jalan tersebut, memang tawakal kena tinggi. Walaupun saya selalu tertidur dalam masa naik kereta kerana bukan saya yang bawa, tetapi jalan tersebut memang memerlukan peningkatan kualiti.
Saya melalui yang baharu ini dan nampak perkembangan sudah berjalan.
Harapan kita supaya central spine itu dapat disambung ke Gua Musang terus dan terus ke Kota Bharu. Akhirnya, mendekatkan lagi hubungan Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung. Begitu juga di Sabah dan di Sarawak, saya rasa memerlukan segala bentuk pembangunan yang boleh memudahkan hidup rakyat.
Jadi, kalau ada lah apa-apa berlaku, perkara-perkara yang menimbulkan kegusaran rakyat, tidaklah ianya compounded dengan isu-isu yang saya sebutkan tadi.
Ertinya, kalau ada isu buli. Memang buli kita tak boleh terima, unacceptable. Carilah jalan macam mana untuk menghentikannya. Bagi saya, kalau di sekolah lah buli, the buck stops at the HM: guru besar. Apa-apa berlaku, guru besar kena ambil tanggungjawab.
Bukan nak melepaskan yang lebih tinggi, tetapi di situ, di sekolah. Kerana kalau guru besar tahu bahawa ini risiko yang dihadapi, dia akan pastikan. Sedikit pun unsur- unsur buli tidak boleh dibenarkan di sekolah beliau. Begitulah yang kita boleh harapkan.
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli
Begitu juga di institusi-institusi yang lain, universiti dan kolej-kolej. Macam kita pernah dengar di UPNM, sampai kan pihak tertingginya pun ditukarkan apabila berlaku buli yang menyebabkan kes-kes kecederaan yang parah.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang ini. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Edward Linggu Bukut.
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Salam Malaysia MADANI. Salam Sabah maju jaya. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pertama kali saya diberi peluang untuk turut membahas RMK13 ini. Juga saya mengambil kesempatan untuk merakamkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan positif dan penambahbaikan berbanding kepada RMK12, khususnya dalam aspek keberlanjutan ekonomi, penekanan terhadap kelestarian hijau, serta komitmen memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Datuk Edward Linggu Bukut
Langkah ini wajar dipuji kerana menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membawa hala tuju yang lebih baik untuk masa depan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kita menyambut baik sembilan prakarsa utama dan strategik yang digariskan antaranya menangani kos sara hidup rakyat yang semakin mendesak, memastikan agihan ekonomi yang lebih saksama, memperkasa penggunaan kecerdasan buatan atau AI, serta menambah baik perkhidmatan kerajaan yang lebih telus, cekap dan tuntas. Walaupun pelan ini bersifat nasional, keperluan Sabah mesti diberi perhatian khusus kerana masih wujud jurang pembangunan yang ketara berbanding dengan negeri- negeri lain.
Dalam hal ni Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh peruntukan RM1 bilion yang menjadi suntikan penting dalam usaha memperkasakan pembangunan anak negeri Sabah dan juga telah menyenaraikan pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Moyog yang begitu kritikal kerana sering menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang menekankan pertumbuhan ekonomi mampan dan pembangunan serantau yang seimbang, saya ingin menyentuh mengenai infrastruktur sempadan yang pernah dinyatakan oleh Menteri Ekonomi pada ketika itu Yang Berhormat Dato’ Rafizi Ramli semasa sesi Dewan Rakyat, di Dewan Rakyat pada Mac 2023 yang lalu, yang berkait rapat dengan pemindahan Ibu Kota Indonesia ke Nusantara di Kalimantan. Kerajaan telah merancang pembinaan dua kompleks Customs, Immigration, Quarantine and Security ataupun ringkasnya CIQS baharu di Sabah iaitu di Serudung, Kalabakan dengan kos anggaran berjumlah RM819 juta. Dibantu...
[Tidak jelas] Dengan kos anggaran RM367 juta di bawah Rancangan Bergilir Empat, Pelan Malaysia Kedua Belas 2021 hingga 2025.
Projek CIQS ini mempunyai kepentingan yang melangkaui soal kawalan keselamatan semata-mata dengan kedudukan Nusantara sebagai pusat pentadbiran baru Indonesia. Infra ini akan membuka peluang yang besar kepada Sabah dan seterusnya Malaysia untuk menikmati kesan limpahan ekonomi ataupun spillover dengan izin, dalam sektor perdagangan rentas sempadan. Logistik pelancongan serta aliran pelaburan baru ini selari dengan objektif RMKe13 untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menghubungkan wilayah secara lebih strategik.
Datuk Edward Linggu Bukut
Tuan Yang di-Pertua, namun sehingga hari ini kita agak merasa sedih sebab belum ada tanda-tanda yang pasti yang infra ini di siap bina dalam masa yang terdekat.
Saya mohon, rakyat Sabah mohon agar dilaksanakan pembinaan dengan kadar yang segera sebab ini juga kelak akan menjadi pemudah cara perdagangan mobiliti, akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang strategik kepada Indonesia dan seterusnya menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi di bawah RMK13.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan usaha membangunkan ekonomi luar bandar dan sektor perusahaan kecil dan sederhana ataupun PKS, saya ingin mencadangkan transformasi program Satu Daerah Satu Industri ke dalam satu bentuk lebih efisien iaitu Satu Mukim Satu Industri di bawah pengurusan Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Program ini telah terbukti meningkatkan nilai jualan produk tempatan. Misalnya, purata peningkatan sehingga 20 peratus dan di Sabah industri sarang burung walet melalui Koperasi Kumpulan Walit Kanibongan Berhad mencatat kenaikan jualan tahunan 33.4 peratus, daripada 120,690 kepada 137,016. Ini menunjukkan keberkesanan pendekatan berpusat di peringkat lebih kecil dan berfokus.
Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pendekatan Satu Mukim Satu Industri di luar bandar dan kawasan marginal dapat diberikan perhatian khasnya dalam memperkasakan syarikat PKS tempatan melalui latihan, branding dan akses ke pasaran dalam dan luar negara. menyokong buy Malaysia first, buy local first, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kita kepada barangan import. Memacu pertumbuhan ekonomi serantau dalam kerangka RMKe13 yang menekankan pembangunan inklusif kemandirian ekonomi dan pengurangan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Bagi menyemarakkan kempen ini saya mengusulkan yang nama yang mudah diingati dan memotivasikan seperti ‘Mukim Maju Malaysia Maju’.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu Ambalat yang terletak berhampiran dengan Pulau Sebatik, Sabah. Baru-baru ini kita dimaklumkan mengenai inisiatif pembangunan bersama antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Ambalat yang kaya dengan sumber marin dan petroleum. Saya ingin menegaskan bahawa Sabah menyokong penuh sebarang usaha yang boleh membuka peluang ekonomi baru khususnya dalam sektor ekonomi biru, sebagaimana yang ditekankan dalam RMK13 dan hendaklah memberi manfaat dan faedah kepada rakyat Sabah khususnya.
Potensi limpahan ekonomi daripada pembangunan bersama ini boleh merangkumi sektor perikanan, pelancongan, perdagangan rentas sempadan dan pelaburan tenaga. Ini sejajar dengan hasrat RMKe13 untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, seimbang dan inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu Kerajaan Persekutuan perlu memastikan bahawa sebarang keputusan berkaitan Ambalat dan kawasan maritim berhampiran Sabah wajib dibuat perundingan penuh dengan kerajaan Sabah kerana banyak kita dengar- dengar cerita berhubungan dengan isu Ambalat ini kurang diperbincang ataupun kurang dimaklumkan kepada kerajaan Sabah. Hal ini penting kerana melibatkan soal hak, kedaulatan dan kepentingan rakyat Sabah sendiri. Perkara ini juga selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin kedudukan Sabah dalam Persekutuan.
Oleh itu, saya menyeru agar setiap projek pembangunan bersama seperti Ambalat bukan sahaja dilihat dari sudut geopolitik dan keselamatan, tetapi juga dimanfaatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Sabah dan seterusnya menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran RMKe13 bagi pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.
Datuk Edward Linggu Bukut
Tuan Yang di-Pertua, RMKe13 memperuntukkan RM611 bilion untuk tempoh lima tahun ke hadapan dan daripada jumlah itu RM67 bilion untuk sektor pendidikan dan RM40
Datuk Edward Linggu Bukut
bilion pula untuk sektor kesihatan. Persoalannya, berapakah jumlah sebenar yang sampai ke Sabah?
Tuan Yang di-Pertua, semalam rakan saya, Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad dari Sarawak ada mengesyorkan supaya 30 peratus hendaklah diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya— kami berfikiran, berpendapat begini. Seharusnya, pembahagian yang lebih adil ialah 50 peratus untuk Semenanjung Malaysia, 25 peratus untuk Sabah dan 25 peratus untuk Sarawak. Ini bersesuaian dengan semangat asal Persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi setara tiga wilayah; Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pembahagian seperti ini akan lebih menepati roh Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, selepas 62 tahun pembentukan Malaysia, kita menyaksikan pembangunan mencakar langit di Semenanjung. Dengan infra moden, pengangkutan awam sofistikated dan kemudahan awam bertaraf antarabangsa, tetapi kami di Sabah yang turut berkorban demi pembentukan Malaysia 1963 masih jauh ketinggalan walaupun dalam ketika itu, semasa pembentukan Malaysia kita juga dijanjikan untuk pembangunan yang sedemikian.
Malah, pada ketika itu, sebelum menandatangani sebarang perjanjian, ramai pemimpin-pemimpin dari Sabah pada ketika itu dibawa berhijrah ke Kuala Lumpur dan dibawa melihat keindahan pembangunan yang ada, yang cantik di Kuala Lumpur seolah- olah satu usaha untuk menarik mereka untuk bersetuju pembentukan Malaysia pada ketika itu.
Mungkin hari ini saya boleh kirakan pencapaian pembangunan di negeri Sabah sekitar 30 atau 40 peratus sahaja berbanding dengan kemajuan yang begitu moden berbanding di Semenanjung Malaysia. Begitu jauh jurang perbezaan.
Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad
Minta mencelah sikit. Daripada ucapan Yang Berhormat tadi ini, saya rasa seolah-olah ada rasa macam tidak puas hati dengan pembangunan yang telah dinikmati oleh Sabah dan juga Sarawak. Adakah selama ini pihak sahabat-sahabat di Sabah khasnya merasakan seolah-olah di— macam dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat? Dan apakah halangan-halangan sebenarnya yang menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan selaras atau sama sepertimana yang berlaku di Semenanjung? Adakah sifat— akibat daripada sifat ataupun orang-orang Sabah sendiri atau tidak ada kesungguhan dari pemimpin-pemimpin yang memerintah pada masa ini?
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya hampir-hampir ke sana untuk memberi sedikit penjelasan. Apa pun, apa pun saya akan beri perkongsian dengan isu ini.
Dan saya sambung lagi, Dato’ Tuan Speaker. Kalau kita bandingkan rakan dulu iaitu negara Singapura yang kemudian, dua tahun kemudian tidak lagi bersama-sama Malaysia. Dan walaupun wilayah Singapura ini mempunyai sumber asli yang begitu terhad sekali, namun hari ini, namun hari ini Singapura muncul sebagai salah satu negara termaju di benua Asia. Persoalannya, apa sudah jadi dengan Sabah yang kaya dengan hasil bumi, tetapi masih mundur?
Tuan Yang di-Pertua, mungkin untuk memberi penjelasan…
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh, boleh mohon izin celahan sedikit? Dari Perlis sampai ke Sabah, Malaysia, Malaysia maju jaya, tapi Datuk Yang Berhormat, yang pengeluar hasil minyak utama Malaysia ini ialah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Apakah Datuk pernah sampai di Terengganu dan Kelantan? Setakat mana jauhnya perbezaan Kota Bharu, Kuala Terengganu berbanding Sarawak; Kuching dan Kinabalu berbanding dengan Semenanjung-Semenanjung yang lain? Mungkin kah kita ini senasib? Mohon komen.
[Ketawa]
Datuk Edward Linggu Bukut
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita senasib, sama-samalah kita memastikan nasib kita lebih diperbaiki di masa-masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa sebab yang sering disebut-sebutkan kenapa Sabah ini seolah-olah macam indikasi yang Yang Berhormat tadi dianaktiri dan sebagainya. Antaranya ialah agihan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sabah ini agak terlalu kecil setiap tahun dan itu pun dilihat sekitar 65 peratus sahaja yang dapat diguna pakai, yang sempat diguna pakai. Kemudian, selebihnya dikembalikan ke Kerajaan Pusat dulu— Kerajaan Pusat pula.
Walaupun kami ada membuat cadangan, yang baki yang tidak dipakai itu hendaklah ditetapkan di akaun Sabah dalam Tabung Amanah Negeri Sabah, tetapi nampaknya belum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan. Dan begitu juga kurang kita fikirkan, kurang perhatian. Kurang perhatian daripada Kerajaan Pusat terhadap pembangunan negeri Sabah termasuklah campur tangan yang agak berlebihan, mungkin antara sebab dia.
Dan satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah sumber utama kami iaitu— antara sumber utama kami iaitu kutipan hasil dari Sabah oleh Kerajaan Pusat. Sepatutnya mengikut dalam Perlembagaan Persekutuan, 40 peratus daripada kutipan hasil yang diperoleh dari negeri Sabah ini hendaklah dikembalikan ke negeri Sabah. Sehingga hari ini, masih lagi gantung dan belum dapat ditunaikan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Sabah difahamkan telah berulang kali juga mengemukakan pertanyaan kepada Kementerian Kewangan ataupun kepada Kerajaan Pusat. Berapakah sebenarnya hasil yang dikutip di negeri Sabah untuk kami dapat melihat berapa yang patut kami layak, 40 peratus. Kami agak sedih kerana sehingga pada hari ini tidak ada jawapan yang memuaskan kepada kita sehinggakan Tuan Yang di-Pertua, ada pemimpin-pemimpin di negeri Sabah terpaksa berusaha mencari penelitian dan anggaran berdasarkan sumber-sumber yang terbuka.
Dan kita mendapati bahawa jumlah yang kita dapat anggarkan mewakili 40 peratus yang sepatutnya dikembalikan kepada negeri Sabah setiap tahun tidak kurang atau dalam sekitar RM20 bilion Tuan Yang di-Pertua. Satu jumlah yang agak besar berbanding dengan bayaran interim yang diberikan kepada kami sekarang, sekadar hanya RM600 juta sahaja. Bersama-sama dengan jiran kita di Sarawak, RM600 juta sahaja.
Untuk itu, kita mohon, saya mohon sekali lagi supaya isu 40 peratus ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks RMKe13, saya memohon supaya kerajaan benar-benar memberi tumpuan utama kepada Sabah agar negeri ini menikmati pembangunan yang setara dengan Semenanjung. Jangan hanya melihat Sabah sebagai penyumbang hasil dan turut membantu membayar balik hutang negara yang kini mencecah RM1.3 trilion sedangkan lebih kurang 70 peratus perbelanjaan pembangunan difahamkan tertumpu di Semenanjung.
Datuk Edward Linggu Bukut
Tuan Yang di-Pertua, Sabah masih kekal sebagai negeri miskin di Malaysia. Pada tahun 2023, terdapat 165,600 penganggur di Sabah. Walaupun kadar pengangguran menurun kepada kadar 6.2 peratus pada suku kedua 2025, angka ini masih jauh lebih tinggi berbanding dengan purata nasional. Ramai anak muda terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki sementara kekayaan negeri terus mengalir keluar.
Dalam konteks pendidikan, lebih 500 sekolah daif masih wujud. Nisbah guru dan pelajar di pedalaman tidak seimbang manakala guru tempatan kurang diberi peluang secukupnya untuk berkhidmat di negeri sendiri.
Dalam sektor kesihatan, nisbah satu doktor lebih 700 pesakit di Sabah amat membebankan. Doktor dan jururawat tempatan seharusnya diutamakan kerana mereka
Datuk Edward Linggu Bukut
lebih memahami cabaran setempat. Maka dengan ini, saya menggesa agar RMKe13 memberi penekanan khusus kepada perkara berikut.
Sektor kesihatan, menempatkan lebih ramai doktor pakar perubatan, jururawat terlatih serta membekalkan peralatan kesihatan moden yang lengkap di seluruh Sabah terutama di kawasan pedalaman dan pulau terpencil supaya rakyat tidak lagi dipinggirkan daripada akses rawatan berkualiti.
Sektor pendidikan pula, mempercepatkan pengambilan guru dalam kalangan anak jati Sabah agar masalah kekurangan tenaga pengajar dapat diatasi secara tuntas di samping mempasti keberkesanan pembelajaran lebih sesuai dengan konteks budaya, bahasa, dan keperluan setempat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod, pada era Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, terdapat perancangan mendirikan sekolah SMK Tenghilan 2 yang sepatutnya diletak di Pekan Topokon, Tuaran dalam bentuk design dan build. Malah tapak sudah pun disediakan. Namun, sehingga kini projek tersebut masih tidak direalisasikan. Saya mohon agar ia nya dimasukkan dalam semula dalam RMKe13.
Tuan Yang di-Pertua— oh, ada sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, ini yang panas. Pilihan Raya Negeri Sabah bakal menjelang pada bila-bila masa tahun ini. Inilah masa yang terbaik untuk rakyat Sabah diberi hak penuh menentukan hala tuju negara sendiri.
Parti-parti tempatan wajar diberi ruang kerana hanya mereka benar-benar memahami denyut nadi rakyat, budaya serta cabaran unik di Sabah. Kami tidak menolak parti-parti mana ataupun parti nasional, tapi sejarah membuktikan campur tangan luar berlebihan hanya membawa ketidakstabilan dan memperlahankan pembangunan ini.
Tuan Yang di-Pertua, selepas 62 tahun, saya ingat sudah cukup tua sudah ini, pastinya rakyat dan pemimpin Sabah sudah jauh matang untuk menentu masa depan Sabah yang lebih cerah. Dengan bimbingan, sokongan, persefahaman, kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, saya mohon biarlah pilihan raya negeri pada kali ini menjadi titik tolak rakyat Sabah memilih pemimpin melalui parti tempatan secara bebas, bermaruah dan berdaulat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini terdapat lebih kurang 400,000 rakyat Sabah yang bermastautin di Semenanjung. Ramai antara mereka tidak mampu pulang untuk mengundi kerana kekangan kos dan jarak. Justeru, saya mencadangkan agar undi pos domestik segera dilaksanakan dengan adanya pentadbiran Rumah Sabah yang berpusat di Semenanjung dan dijadikan sebagai pusat rasmi pengurusan undi. Langkah ini mencontohi amalan terbaik Konsulat Indonesia yang berjaya mengurus pengundian rakyatnya di luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kami bukan sahaja menuntut justice for Zara, tetapi juga justice for Sabah. Jangan lakukan buli kerana buli adalah satu jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, satu pantun dari saya.
Gunung Kinabalu gagah berdiri, Lambang megah bumi tercinta; Hak Sabah jangan lagi disisih tepi, Demi Malaysia, Sabah Maju Jaya. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Dato' Prof.
Emeritus Dr. Mohammad Redzuan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Yang dihormati Yang di-Pertua Dewan Negara, izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi membahaskan perkara berkaitan RMK13 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai di Dewan Rakyat dan 25 Ogos semalam di Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengalu-alukan pelajar yang dapat bersama dengan kita pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Dari mana itu?
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Saya tak tahulah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dari institusi atau sekolah mana itu?
Seorang Ahli
Dewan Muda Johor.
Tuan Yang di-Pertua
Ha?
Seorang Ahli
Dewan Muda Johor.
Tuan Yang di-Pertua
Dewan...?
Seorang Ahli
Dewan Muda Johor.
Tuan Yang di-Pertua
Dewan Muda Johor. Selamat datang dan hadir, dialu- alukan kehadiran semua.
[Tepuk]
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Maaf, bukan pelajar ya.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Tuan Yang di- Pertua, sejak RMK1 dilaksanakan pada tahun 1966 hingga kini, sudah hampir 6 dekad.
Negara kita melaksanakan dasar pembangunan setiap 5 tahun yang bertujuan bagi membolehkan negara kita menjadi sebuah negara yang berada di hadapan dari segi perkembangan ekonomi, erat dari segi perpaduan, adil dari segi pembahagian kekayaannya, maju dari segi teknologinya, mantap tatakelolanya, stabil politiknya, terjamin keselamatan dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang secara relatif dianggap masih muda, beberapa hari lagi, insya-Allah pada 31 Ogos kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-68. Sudah tentu, menjadi hasrat dan tujuan pelaksanaan rancangan ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, setanding dengan negara- negara maju yang terdapat di Barat mahupun di Timur.
Pada 8 Februari tahun 1982, Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur yang tujuannya supaya Malaysia menjadi negara yang maju dalam tempoh yang pesat, dengan negara Jepun dan Korea dijadikan sebagai model. Dua negara Timur ini dijadikan contoh negara maju sebagai penanda aras kerana berjaya muncul sebagai negara Asia yang mampu bersaing dengan negara maju di Barat dalam tempoh hanya beberapa dekad sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, wajar juga saya di sini mengimbau secara ringkas rentetan sejarah yang boleh dijadikan pengajaran. Bagaimana negara Jepun yang dijadikan sebagai contoh, berjaya muncul sebagai negara yang maju dan moden. Pada pertengahan abad ke-19, Jepun masih dianggap sebagai negara terpencil ketika negara- negara Barat sudah menguasai di dunia, tetapi dalam tempoh setengah abad menjelang
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
abad ke-19 dan menjelang awal abad ke-20, Jepun berjaya muncul menjadi kuasa besar yang digeruni. Bagaimana perkembangan yang begitu pesat ini boleh dilakukan?
Pada pertengahan tahun 1868, Maharaja Meiji telah memperkenalkan Dasar Pembaharuan atau reformasi yang bertujuan menjadikan Jepun sebuah negara maju dan moden. Pelbagai usaha pembaharuan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Antara pembaharuan ketika reformasi ini yang meninggalkan impak positif ialah langkah proaktif menghantar beberapa ratus orang pelajar Jepun ke Barat bagi menimba ilmu dan teknologi Barat.
Sekembalinya pelajar-pelajar ini ke negara asal, mereka memainkan peranan penting dalam memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi membangunkan dan menambah baik ilmu teknologi yang dipelajari ketika menuntut di Barat supaya Jepun maju dan moden.
Apakah kesan besar yang terhasil daripada usaha pembaharuan yang dilakukan ini? Pada tahun 1895, meletus konflik yang membawa kepada perang China-Jepun.
Negara China pada waktu itu merupakan sebuah kuasa besar dengan sejarah tamadun yang panjang sedangkan Jepun pula masih dianggap sebagai negara kerdil yang mundur.
Dalam peperangan yang berlaku, dengan teknologi yang dimiliki dan keupayaan semangat yang tinggi, Jepun mengejutkan negara China apabila berjaya dikalahkan dan terpaksa menandatangani Perjanjian Shimonoseki.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Tidak terhenti setakat itu. 10 tahun kemudian, pada tahun 1906, tercetus pula konflik di antara negara Jepun dan Rusia. Rusia pula pada waktu itu merupakan sebuah kuasa besar Eropah. Dalam peperangan yang meletus di antara kedua-dua negara, Rusia juga berjaya dikalahkan oleh Jepun dan Perjanjian Portsmouth ditandatangani bagi menamatkan konflik.
Menjelang tahun 1930-an, Jepun sudah menjadi kuasa besar dunia dan bercita- cita menjadi kuasa terbesar di Asia Pasifik dengan meluaskan pengaruh dan seterusnya membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Asas yang kukuh yang terbentuk dalam masyarakat membolehkan walaupun dengan kehancuran yang dialami, bila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kira-kira 80 tahun yang lalu, namun dalam tempoh berapa dekad sahaja, Jepun kembali bangkit dan muncul menjadi kuasa besar dunia.
Tuan Yang di-Pertua, saya menimbulkan tentang kejayaan Jepun ini memandangkan kita sering menjadikan negara matahari terbit ini sebagai contoh negara Timur yang maju dan mampu bersaing dengan Barat. Berbalik kepada negara kita, bagi mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju dalam tempoh yang singkat, diyakini bahawa pemindahan ilmu dari negara-negara maju perlu diberi perhatian.
Untuk itu, apabila RMK2 hingga RMK5 dilaksanakan, 1971 hingga 1990, bertepatan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sehingga kini Malaysia telah menghantar bukan ratusan Yang di-Pertua, tetapi ratusan ribu pelajar ke negara Timur, Barat dan Timur Tengah bagi menimba pelbagai bidang keilmuan. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dicapai oleh Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu turut disumbangkan oleh lulusan dari luar negara ini dan pembangunan negara sekembali mereka ke tanah air setelah menimba ilmu di sana.
Namun begitu, negara kita masih jauh ke belakang dari segi kemajuan yang dicapai jika dibuat berbanding dengan pencapaian yang dicapai oleh negara Jepun.
Walaupun terdapat ramai lulusan yang mempunyai memiliki pelbagai kepakaran. Memang tidak dinafikan bahawa wujud perbandingan yang tidak setara antara kedua-dua negara, tetapi terdapat aspek agenda dan matlamat yang tidak sama yang cuba dicapai melalui pemindahan ilmu yang berlaku.
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Walaupun demikian, kajian perlu dilakukan oleh pelbagai kementerian yang berkaitan dengan sumber manusia, pendidikan, pengajian tinggi dan sebagainya. Bagi mencari jawapan dan melakukan usaha, mengapa ilmu dan kepakaran yang ditimba daripada pendidikan yang diterima di luar negara ini tidak berjaya dimanfaatkan ke semaksimumnya bagi melonjakkan kemajuan negara dengan lebih pesat. Sebaliknya pada hari ini, ribuan tenaga mahir rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang, terutama dalam profesion yang berkaitan dengan kedoktoran dan kejuruteraan yang kepakaran mereka dimanfaatkan oleh negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia, Negara-Negara Teluk dan sebagainya. Adalah diyakini jika negara pakar ini dimanfaatkan sepenuhnya, negara mampu berkembang lebih pesat dan memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat RMK13.
RMK13 yang dilancarkan merupakan suatu perancangan yang bercita-cita tinggi dengan hasrat melakar semula pembangunan dengan matlamat pada tahun 2030 Malaysia muncul sebagai yang pertama, pencapaian material yang hebat, produk bernilai tinggi, rakyat yang berjiwa besar, jati diri yang utuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin perancangan dan pelaksanaan kerangka RMK13 yang melakar semula pembangunan ini mampu membawa Malaysia menjadi negara yang berdaya saing melalui pelbagai inisiatif yang dicadangkan jika berjaya dilaksanakan dengan perancangan yang rapi, dengan pelaksanaan yang penuh dengan komitmen. Di sini saya ingin menyentuh beberapa inisiatif yang dikemukakan dalam pembentangan RMKe13.
Iaitu prakarsa ketiga RMKe13, melonjak pertumbuhan industri HGHV dan sektor strategik pengukuhan TVET. Perkara yang ingin saya timbulkan mempunyai kaitan dengan langkah memperkasa TVET melalui prakarsa tiga ini yang dijangka bakal menyediakan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 peluang pekerjaan dalam sektor digital melalui pelbagai pembiayaan yang juga turut melibatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Berkaitan dengan reformasi struktur ekonomi yang membabitkan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang dibentangkan, Malaysia dijangka menjadi negara keenam terbesar pengeksport semikonduktor dan menjelang tahun 2020, menghasilkan nilai eksport berjumlah RM1 trilion.
Tuan Yang di-Pertua, sejak kira-kira 50 tahun yang lalu, Malaysia sudah terlibat dan menjadi pengeluar dan pengeksport yang berkaitan semikonduktor. Sebagai satu pengalaman peribadi Yang di-Pertua, setelah menamatkan pengajian di peringkat MCE pada pertengahan tahun 1970-an, saya sempat bekerja beberapa ketika sebagai technician di sebuah kilang elektronik yang mengeluarkan cip semikonduktor. Pada waktu itu, saya dapati kesemua pekerja yang jumlahnya ratusan orang yang sudah bekerja bertahun-tahun di kilang tersebut tidak mengetahui dan tidak dimaklumkan apakah kegunaan produk semikonduktor yang mereka buat setiap hari di kilang tersebut.
Selaras dengan usaha memperkasakan TVET, sewajarnya dengan pengalaman sebagai pengeluar semikonduktor, sudah sampai masanya Malaysia bukan sekadar menjadi pengeluar, tetapi menghasilkan produk digital buatan Malaysia yang canggih dengan menggunakan semikonduktor yang dihasilkan.
Dalam konteks yang saya perkatakan ini, pengalaman dan pencapaian negara Korea boleh dijadikan sebagai penanda aras sebagai negara maju dan usaha mencapai sasaran RMKe13 menjelang tahun 2030.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat para Senator, negara Korea melaksanakan rancangan lima tahunnya pada tahun 1992, yang tidak terlalu jauh jarak masanya dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dilakukan di negara kita. Bagi membolehkan Korea mencapai status negara maju, sepanjang tempoh pelaksanaannya, proses industrialisasi dilaksanakan dengan pesat, dengan penekanan utama yang membawa kepada penubuhan syarikat seperti Hyundai, Samsung, LG, Pohang Steel dan
Dato' Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
sebagainya. Dalam tempoh beberapa dekad sahaja, syarikat-syarikat ini berjaya muncul sebagai gergasi ekonomi dunia.
Walaupun dengan pelbagai kritikan, namun Presidennya pada waktu itu iaitu Park Chung-Hee telah memainkan peranan penting untuk meletakkan batu asas menjadikan Korea yang ketika beliau mengambil alih kuasa, berpendapatan cuma USD72, tetapi seterusnya menjadi negara yang menghasilkan pelbagai produk industri yang dipasarkan di seluruh dunia. Sudah tentu kebanggaan Korea adalah kereta nasionalnya, Hyundai yang satu ketika pernah bersaing dengan Proton. Pada hari ini, Hyundai berjaya menguasai pasaran dunia dengan menyediakan ribuan tenaga pekerja.
Proton pula ditubuhkan pada tahun 1983 dengan perkembangan yang membanggakan pada peringkat awal sehingga mampu menyediakan peluang pekerjaan dan inovasi kepada ratusan anak tempatan dalam bidang kejuruteraan pemotoran.
Namun kini, kewujudan terpaksa dengan kerjasama dengan Geely, sebuah syarikat kereta dari Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh prakarsa tiga dalam RMK13, melonjakkan pertumbuhan industri HGHV dan sektor strategik untuk industri pelancongan dan pemuliharaan khazanah bersejarah. Perkara yang saya timbulkan adalah berkaitan dengan pemulihan khazanah bersejarah yang terdapat seluruh negara yang masih belum diberi perhatian sewajarnya Dalam episod sejarah Malaysia, pendudukan Jepun pada tahun 1941-1945 merupakan satu tempoh perjalanan sejarah yang agak singkat, tetapi telah meninggalkan kesan dengan pengajarannya juga yang patut diberi perhatian. Walaupun pemerintahan Jepun ini hanya berjalan selama tiga tahun lapan bulan dan dipenuhi dengan keperitan dan kesengsaraan, namun perkembangan nasionalisme yang membawa kepada kemerdekaan, mendapat suntikan semangat yang besar daripada peristiwa bersejarah ini.
Oleh yang demikian, adalah wajar dicadangkan supaya beberapa peninggalan sejarah yang berkaitan dengan pendudukan Jepun ini juga dipelihara dan diberi makna supaya dapat difahami dan dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang. Dalam konteks ini, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Pendidikan, wajar menggembleng usaha, memberi makna kepada peristiwa dan lokasi yang menyumbang kepada sejarahnya yang tersendiri. Pada waktu yang sama, peristiwa berkaitan yang berlaku di Sabah dan Sarawak juga turut perlu diberi perhatian.
Sebagai contoh Yang di-Pertua, saya ingin menyebut beberapa lokasi penting.
Sebagai contoh, Pantai Sabak di negeri Kelantan yang menjadi lokasi pendaratan Jepun pada bulan Disember 1941. Pertempuran besar di Kampar, Perak bagi menyekat kemaraan Jepun dan beberapa peninggalan yang mempunyai ertian dari segi sejarah yang patut juga diberi perhatian.
Satu lagi lokasi bersejarah yang hampir dilupakan ialah kubu British di Pengerang, kawasan Parlimen Dato Azalina.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri Undang-undang
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Kubu ini Yang di- Pertua, merupakan kubu pertahanan yang paling lengkap dan paling canggih di bina sebelum Perang Dunia Kedua bagi menjaga kepentingan British dan Asia Pasifik dengan pelbagai kemudahan kegunaan awam dan kegunaan tentera, bagi menghadapi serangan luar.
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Namun begitu, kubu ini gagal menepati hasrat pembinaan yang bertaraf mega kerana kegagalan perisikan strategik apabila Jepun menyerang dari utara dan timur, bukan dari Selatan iaitu Singapura sebagaimana diyakini oleh perancang British pada
Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
waktu itu. Sudah tentu peristiwa dan peninggalan ini boleh memberi pengajaran kepada generasi akan datang.
Dalam konteks memperingati peristiwa kemaraan Jepun, negara Singapura kira- kira dua dekad yang lalu telah menubuhkan muzium di Bukit Chandu bagi memperingati pengorbanan Leftenan Adnan Saidi dari Rejimen Askar Melayu yang menentang kemaraan Jepun di Bukit Panjang Singapura. Kebetulan Leftenan Adnan ini orang sekampung saya di Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor.
Di negara kita, Leftenan Adnan anak kelahiran Sungai Ramal seperti saya ceritakan tadi sumbangannya hanya diingati dengan menamakan sebuah sekolah kebangsaan mengambil nama beliau.
Tuan Yang di-Pertua, pada setiap survey lapangan yang dilakukan secara bersemuka oleh Institut Darul Ehsan iaitu sebuah badan pemikir yang ditubuhkan pada tahun 2015, soalan yang kerap ditanya ialah perkara yang menjadi keprihatinan rakyat secara keseluruhan. Menariknya, survey yang dibuat ini yang bertujuan bagi menyelami perkara yang paling dekat di hati rakyat menunjukkan bahawa peningkatan kos hidup dan kenaikan harga barang merupakan perkara yang menjadi keprihatinan mereka. Ternyata kedua-duanya merupakan bebanan harian yang terpaksa ditanggung oleh segenap lapisan rakyat.
Dalam RMKe13, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah
(SARA) dan Payung Rahmah merangkumi Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah menjadi komitmen utama Kerajaan MADANI. Kerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat dan berusaha menyantuni kesulitan yang mereka dihadapi.
Sudah tentu, rakyat amat mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila pada tahun 2025 sahaja, kerajaan telah menambah peruntukan untuk Jualan Rahmah MADANI dari RM300 juta kepada RM600 juta.
Walaupun demikian, dengan tekanan yang hadapi oleh ekonomi dan pilihan rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah, saya yakin peruntukan besar ini masih perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini pada petang ini untuk membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sebuah dokumen penting yang membawa janji besar untuk harapan masa depan negara kita. RMKe13 bukan sekadar pelan pembangunan, tetapi penentu arah perjalanan Malaysia dalam menghadapi cabaran mendatang.
Dato Yang di-Pertua, walaupun saya menyambut baik reformasi kesihatan yang telah dicadangkan, saya ingin mempersoalkan asas pertimbangan di sebalik sasaran dan strategi ini serta peruntukan yang telah digariskan. RMK11 dan RMK12 telah meletakkan asas kukuh untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan dan menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).
RMKe13 pula melalui strategi barunya menekankan kemampanan pembiayaan, reformasi penjagaan primer dan menangani penuaan masyarakat. Walaupun matlamat ini murni, saya ingin bertanya, apakah peruntukan yang telah digariskan untuk setiap strategi ini dan bagaimana ia dibandingkan dengan peruntukan dalam rancangan sebelum ini?
Adakah peruntukan yang dicadangkan mencukupi untuk beralih daripada sistem yang bergantung kepada perubatan kuratif kepada sistem yang mengutamakan pencegahan dan penjagaan primer? Kita perlu memastikan bahawa strategi ini bukan sekadar janji di atas kertas, tetapi disokong oleh sumber yang mencukupi untuk menjadikan realiti.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Dato Yang di-Pertua, saya ingin mengalihkan perhatian Dewan ini kepada cadangan pemindaan akta berkaitan pendermaan organ. Ini adalah langkah berani dan penting yang perlu kita bincangkan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas kerana ia menyentuh isu kesihatan awam, kewangan negara dan juga nilai kemanusiaan.
Kadar pendermaan organ di Malaysia kini sangat rendah. Hanya 0.8 penderma per satu juta penduduk. Angka ini satu kegagalan sistematik yang mesti kita hadapi dengan jujur.
Berbanding dengan negara-negara serantau seperti Singapura dan Taiwan yang juga mengamalkan sistem opt-out, kadar pendermaan mereka jauh lebih tinggi.
Singapore, misalnya, mencapai kadar sekitar 25 penderma per sejuta penduduk, lebih 25 kali lebih tinggi berbanding kita. Negara Islam juga membuktikan ia bukan isu agama, tetapi isu pelaksanaan. Arab Saudi berdasarkan data tahun 2022 mencatatkan 3.5 penderma organ kadaverik per sejuta penduduk, 41 penderma hidup per sejuta penduduk, antara tertinggi di dunia.
Walaupun kadar ini masih rendah berbanding dengan negara-negara barat yang tetap empat kali ganda lebih tinggi daripada kita. Malah, Mesir dan Iran turut melaksanakan strategi untuk meningkatkan kadar pendermaan organ dengan sokongan fatwa.
Dato Yang di-Pertua, penyelidikan yang telah diterbitkan oleh Kidney International Reports jelas menunjukkan bahawa kos rawatan penyakit buah pinggang tahap akhir di Malaysia adalah tidak mampan.
Pada tahun 2016, negara kita telah membelanjakan RM1.6 bilion ringgit untuk pesakit buah pinggang. Daripada itu, 94 peratus iaitu RM1.55 bilion digunakan untuk dialisis sedangkan hanya enam peratus diperuntukkan untuk pemindahan buah pinggang, yang sebenarnya kos lebih efektif dan memberi kualiti hidup yang lebih baik. Hari ini, realitinya semakin membimbangkan. Setiap tahun 9,000 hingga 10,000 pesakit baru dimasukkan ke dalam program dialisis. Ditambah pula dengan inflasi perubatan lapan hingga ke sembilan peratus, kos ini meningkat jauh lebih pantas daripada pertumbuhan bajet kesihatan keseluruhan.
Jika trend ini berterusan, unjuran kos dialisis boleh mencecah sekurang- kurangnya RM4 bilion setahun menjelang tahun 2030. Hampir 10 peratus peruntukan tahunan KKM iaitu 10 peratus, saya ulang. Ini adalah satu tekanan besar kepada kewangan kerajaan yang boleh menjejaskan keupayaan kita untuk melabur dalam bidang kesihatan lain, contohnya pencegahan dan kesihatan primer.
Adakah kita terus mahu membiarkan berbilion ringgit terkunci dalam kos dialisis setiap tahun? Sedangkan dengan reformasi pendermaan organ, kita boleh mengalihkan dana ini kepada pembangunan hospital, klinik, latihan doktor pakar, penyelidikan R&D, teknologi perubatan tempatan, program pencegahan NCD yang semakin membebankan rakyat.
Dato Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan sekali lagi, ini bukan hanya soal buah pinggang. Pemindahan organ seperti jantung, paru-paru, pankreas, kornea mata, satu penderma organ berpotensi menyelamatkan sehingga lapan nyawa dan meningkatkan kualiti hampir 50 orang melalui pendermaan tisu. Maka persoalan saya kepada Menteri dalam kerangka RMKe13, adakah kita mahu terus mengurus penyakit yang secara mahal dan tidak mampan? Atau adakah kita bersedia melakukan reformasi undang-undang dengan meminda Akta Tisu Manusia 1974 supaya lebih ramai nyawa dapat diselamatkan dan wang rakyat dapat digunakan secara lebih bijaksana.
Dato Yang di-Pertua, walaupun pindaan akta dan peningkatan pengesanan awal amat penting, kita tidak boleh menutup mata terhadap isu besar dalam sistem kesihatan hari ini. Kekurangan pakar bedah transplan. Tanpa tenaga mahir mencukupi, segala usaha reformasi hanya tinggal di atas kertas. Dalam konteks RMK13, kita mesti melabur secara besar-besaran untuk membina kapasiti tenaga pakar. Peruntukan perlu ditumpukan kepada program latihan jangka panjang, akses kepada teknologi perubatan terkini serta kerjasama dengan pusat-pusat transplan antarabangsa.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Langkah ini bukan sahaja melahirkan lebih ramai pakar tempatan, tetapi juga memacu Malaysia ke arah menjadi hab transplan serantau. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah pakar bedah transplan yang kita ada dalam perkhidmatan kerajaan mengikut bidang subspeciality, buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R. Arunasalam
Berapakah jumlah kes transplan yang telah berjaya dilaksanakan dalam tiga tahun kebelakangan ini?
Dato Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas kerajaan telah menekankan bahawa modal insan adalah nadi pembangunan negara. Anggota kesihatan; doktor, paramedik, jururawat, semua staf KKM adalah aset manusia yang paling penting untuk menentukan kejayaan agenda kesihatan awam negara kita.
Sebab itu saya ingin terlebih dahulu memuji usaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia satu langkah ke hadapan, tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya pun tegaskan jangan biarkan ini jadi satu dokumen yang cantik yang akhirnya disimpan di peti besi. Kita sudah terlalu banyak polisi, Kertas Putih Kesihatan, garis panduan, tetapi masalah terbesar ialah pelaksanaan. Realitinya Dato Yang di- Pertua, pegawai kesihatan masih dibuli, mangsa takut nak bersuara. Bila buat laporan melalui SISPA, identiti mereka dibocor, pelaku tahu siapa yang melaporkannya. Mangsa pula ditekan, dipinggirkan bahkan ada yang terpaksa berhenti kerja.
Maka, saya ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan, bolehkah kementerian memberi jaminan di Dewan ini bahawa identiti pengadu yang akan benar-benar dilindungi? Tanpa jaminan ini, garis panduan hanya tinggal retorik.
Dato Yang di-Pertua, kita tahu— kita tidak mahu sistem yang membawa slogan “Zero Tolerance to Bullying” akhirnya menjadi zero confidence di kalangan staf KKM.
Kalau sistem ini benar-benar diyakini, kenapa sampai hari ini e-mel dan WhatsApp saya dipenuhi dengan aduan daripada doktor, jururawat, paramedik? Adakah mereka lebih percaya kepada wakil rakyat berbanding dengan saluran rasmi kerajaan? Itu terbukti bahawa keyakinan terhadap sistem ini masih rendah.
Soalan saya kepada Menteri, adakah kementerian bersedia mewujudkan satu hotline langsung, direct line ke Pejabat Menteri supaya aduan buli yang serius dapat terus disampai ke Putrajaya, satu pasukan ditugaskan khas untuk mengambil alih siasatan ini sekali gus memberi mesej kepada pembuli bahawa tindakan akan diambil dengan segera.
Bolehkah pihak kementerian memberi laporan kepada Dewan ini mengenai jumlah kes buli yang telah dilaporkan tiga tahun kebelakangan ini berserta pecahan kategori sama ada melibatkan doktor pelatih, pakar atau jururawat.
Saya juga ingin mengingatkan kepada para pakar konsultan, pegawai kanan KKM, tugas utama anda adalah bukan untuk menengking atau memalukan doktor muda, jururawat atau sesiapa di hadapan pesakit. Tugas anda adalah untuk mendidik, membimbing dan melindungi mereka. Budaya humiliation culture mesti dihentikan segera.
Dato Yang di-Pertua, kita sudah lihat bagaimana kes-kes buli di kalangan pelajar kolej membawa kepada tragedi. Adakah kita mahu perkara sama berlaku di hospital kita?
Ingat, ini bukan sekadar staf, ini adalah tenaga kerja kritikal dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Jika kita gagal melindungi mereka, kita bukan sahaja kehilangan modal insan berharga, tetapi juga hilang keyakinan generasi muda terhadap sistem kesihatan kita.
Maka, saya ulangi sekali lagi. Saya puji usaha menghasilkan garis panduan ini, tetapi yang kita perlukan bukan sekadar garis panduan yang cantik, yang kita perlukan adalah pelaksanaan yang berani, telus dan diyakini.
Dato Yang di-Pertua...
Tuan Azahar bin Hassan
Pencelahan sikit. Minta celah sikit, ya YB. Okey, kita nak bercakap tentang hospital sebab doktor memang pakar dalam bidang ini. Cuma saya nak tanya pandangan. Pandangan pada doktor-doktor yang baru ini yang telah diserapkan secara tetap, tapi ditempatkan di Sabah dan Sarawak dan mengakibatkan ada yang berhenti, tidak mahu terus menjadi doktor. Apa pandangan doktor tentang hal-hal ini?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Ini adalah— ini kita kena lepaskan kepada Kementerian Kesihatan sebab ini adalah berdasarkan kepada kepentingan perkhidmatan. Di mana doktor diperlukan, kita perlu menghantar doktor itu.
Sabah ke, Sarawak ke, Kelantan ke, Terengganu, kita kena. Boleh saya continue?
Tuan Yang di-Pertua
Apa sebab dia macam they not— they don’t want to accept this?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Mungkin disebabkan mereka berjauhan dengan keluarga, nanti saya akan touch isu ini juga nanti, Dato Yang di-Pertua.
Tambahan dua minit untuk saya Dato Yang di-Pertua.
[Ketawa] Dato Yang di-Pertua, pendidikan adalah pelaburan paling penting untuk masa depan negara kita. Ia adalah asas yang menyokong setiap aspirasi kita untuk menjadikan masyarakat berilmu dan berdaya saing. Namun, saya rasa sedikit dukacita apabila meneliti Rancangan Malaysia Ketiga Belas kerana nampaknya tiada perincian yang jelas mengenai usaha menangani isu sekolah daif.
Dalam RMK11, kerajaan telah memperuntukkan RM1.252 bilion untuk menaikkan taraf 237 sekolah daif di Sabah. Komitmen ini diteruskan dalam RMK12 dengan RM1.6 bilion lagi untuk menggantikan 148 bangunan sekolah daif pada tahun 2021 dan 2022, tetapi dalam RMKe13, perincian ini seolah-olahnya hilang. Realitinya, masih banyak sekolah yang masih beroperasi dalam keadaan yang tidak selamat.
Sebagai contohnya Dato Yang di-Pertua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth, Pulau Pinang, sebuah sekolah yang berada di kawasan bandar, tetapi masih berdepan dengan masalah serius. Bumbung bocor, siling hampir runtuh, tandas guru terpaksa ditutup kerana tidak selamat dan makmal sains pun masih digunakan walaupun strukturnya rosak. Laporan telah dihantar sejak tahun 2023. Pemeriksaan telah dijalankan oleh PPD dan JKR forensik telah dilaksanakan, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian Dato Yang di-Pertua.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah peruntukan sebenar dalam RMKe13 untuk menangani sekolah daif? Berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki dan baik pulih semua sekolah-sekolah daif dan apakah status terkini baik pulih menyeluruh SMK Dato’ Onn, Butterworth, Pulau Pinang?
Dato Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek kerana berjaya menyerapkan 1,537 pelajar India ke program matrikulasi pada tahun 2025, melebihi purata kemasukan sekitar 1,116 orang dalam tempoh lima tahun sebelum ini. Ini menunjukkan komitmen kementerian untuk membuka ruang kepada semua anak Malaysia.
Namun, usaha ini perlu dilengkapkan dengan satu lagi langkah yang penting.
Saya ingin mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi agar memberi pertimbangan khusus kepada pelajar India yang memperoleh CGPA 3.5 ke atas supaya mereka diberi peluang untuk mendapat kursus pilihan pertama dalam permohonan UPU. Ini bukan soal keistimewaan Dato Yang di-Pertua, tetapi soal ekuiti dan meritokrasi. Jumlah mereka tidak besar, tetapi mereka adalah pelajar cemerlang yang telah bekerja keras walaupun berdepan dengan kekangan sosioekonomi.
Jika mereka masih gagal mendapat kursus pilihan pertama, mesej yang diterima ialah kecemerlangan tidak menjamin keadilan. Ia akan mematahkan semangat anak muda kita. Selaras dengan aspirasi RMKe13 yang menekan keadilan sosial dan mobiliti
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
pendidikan, memberi laluan adil kepada pelajar minoriti cemerlang. Ini adalah langkah tepat untuk memastikan merit dihormati dan peluang saksama dijamin.
Dato Yang di-Pertua, bolehkah Kementerian Pendidikan Tinggi bersedia mempertimbangkan supaya pelajar minoriti dengan CGPA 3.5 ke atas diberi peluang untuk memilih kursus pertama di IPTA? Itulah sebenarnya ukuran sejauh mana RMK benar-benar menjadi rancangan untuk rakyat Malaysia.
Dato Yang di-Pertua, RMK13 memperakui bahawa Malaysia kini sudah beralih ke arah sebuah negara menua. Statistik jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hidup lebih lama. Lelaki mencecah purata umur 72 hingga 78 tahun, manakala wanita 77 ke hingga 82 tahun. Ini bukan sekadar angka, tetapi realitinya akan membawa tekanan besar kepada sistem kesihatan, perlindungan sosial dan fiskal negara.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Dato Yang di-Pertua, saya menyambut baik komitmen kerajaan melalui blueprint nasional penuaan, reformasi KWSP dan usaha memperkukuhkan perlindungan sosial.
Namun, saya ingin menekankan satu aspek yang penting yang belum diberi penekanan sepenuhnya. Bagaimana kita boleh mengoptimumkan sumbangan warga emas yang masih sihat dan produktif? Bukan sekadar melihat mereka sebagai liabiliti kewangan.
Ramai rakyat selepas umur 60 tahun mampu bekerja, tetapi realitinya majikan ragu-ragu untuk menggaji mereka.
Justeru, saya ingin bertanya secara khusus kepada YB Menteri Kewangan.
Adakah kerajaan bersedia memperkenalkan insentif cukai kepada majikan yang menggaji pekerja berumur 60 tahun ke atas sebagai galakan konkrit yang mengekalkan warga emas dalam pasaran buruh? Dan adakah kerajaan bersedia memberi pelepasan cukai individu kepada warga emas yang memilih untuk terus bekerja selepas umur persaraan? Dengan cara ini, kita tidak dilihat membebankan kerajaan, sebaliknya terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui produktiviti dan pembayaran cukai.
Dato Yang di-Pertua, jika langkah fiskal ini diperkenalkan, kita bukan sahaja mengurangkan beban kewangan kerajaan, tetapi bantuan sosial, malah kita memperkukuhkan daya saing negara dengan memanfaatkan tenaga kerja berpengalaman.
Lihat contoh negara yang maju seperti Singapura memperkenalkan special employment credit iaitu subsidi gaji kepada majikan yang menggaji warga emas berumur 55 tahun ke atas. Ini memberi keyakinan kepada majikan untuk terus mengekalkan tenaga kerja senior.
Jepun, sebuah negara super tua, melaksanakan dasar Silver Human Resource Center yang menghubungkan warga emas kepada pekerja separuh masa dengan insentif cukai kepada majikan. Malah Eropah, negara seperti Jerman dan UK memberikan pelepasan cukai kepada pekerja warga emas seperti insentif kepada majikan untuk mengekalkan mereka dalam pasaran kerja.
Dato Yang di-Pertua, mengapa Malaysia tidak boleh mencontohi model ini dalam RMK13? Jika negara lain mampu menjadikan warga emas sebagai aset ekonomi, mengapa kita masih belum— melihat ini sebagai beban fizikal?
Dato Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah menggariskan dengan jelas bahawa kesejahteraan rakyat dan keluarga Malaysia yang sejahtera adalah tunjang kepada pembangunan negara. Namun, bagaimana kita mahu mencapai matlamat ini, jika masih kelompok besar penjawat awam yang terperangkap dalam isu perhubungan PJJ yang tiada kesudahannya.
Saya dihantui dengan banyak e-mel, mesej peribadi daripada ratusan cikgu, doktor, jururawat, serta skim-skim lain seperti polis dan bomba. Sungguh sedih sekali untuk saya membaca keluhan pekerja perkhidmatan awam di lapangan yang terpaksa menjalankan tugas untuk negara meskipun ditugaskan jauh dari keluarga dan pasangan
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
yang tersayang. Lalu mengharungi hidup dengan tabah tanpa mendapatkan pertukaran yang sewajarnya. Mengapa isu ini terus berlaku? Mengapa kita masih gagal menyelesaikan perkara ini yang sungguh menyayat hati kita?
Dato Yang di-Pertua...
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Dato Yang di-Pertua, boleh saya mencelah, menanya soalan? Saya rasa kamu— Yang Berhormat mungkin merujuk kepada guru-guru, doktor-doktor yang ditempatkan di Sarawak dan Sabah, ya.
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Sebab, saya pun mengetahui ramai juga mereka yang ditempatkan sana sama ada menolak ataupun selepas dua, tiga tahun memohon untuk kembali ke sini.
Jadi, kita kena, saya rasa, apa pendapat Yang Berhormat, adakah itu memang dasar kerajaan supaya pegawai-pegawai jawatan awam itu boleh dipindahkan, ditempatkan bertugas di mana-mana tempat di Malaysia? Adakah itu, pada masa itu, satu entitlement kepada seorang pegawai untuk menentukan di mana dia perlu bertugas ataupun adakah terpulang kepada kerajaan untuk menentukan penempatan dia? Terima kasih.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Terima kasih Yang Berhormat.
Tapi setahu saya, ramai guru-guru dan doktor yang dari Sabah dengan Sarawak sekarang sedang bekerja di Semenanjung dan ramai daripada kita dan bekerja di Semenanjung sekarang sedang bekerja di Sabah dan Sarawak.
Jadi, kalau boleh kita patut tukar suka sama suka. Kalau boleh kerajaan boleh mempertimbangkan strategi ini sebab seperti yang saya nyatakan bahawa PJJ ini akan memecahkan keluarga mereka. So, setiap kali saya menerima banyak mesej menyatakan bahawa, “Suami saya bekerja di Sabah, Sarawak tetapi saya bekerja di Kedah”. Ini adalah hubungan PJJ yang perlu diatasi dengan segera.
Dato Yang di-Pertua, jika kita benar-benar mahu RMKe13 menjadi dokumen transformasi negara...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh celah sikit, Yang Berhormat?
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya macam ada sungutan banyak kali tadi. Bila dihantar ke Sabah, ke Sarawak, tadi juga sebut ke Kelantan dan Terengganu. Kecil hati saya.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Apakah orang Sabah, orang Sarawak, orang Semenanjung merasakan bahawa Sabah, Sarawak ini orang luar? Ataupun orang Sarawak merasakan orang Semenanjung ini, orang luar? Sehingga tidak merasa bahawa kepentingan untuk kita berkhidmat di mana lokasi di Malaysia ini adalah sama. Mohon pencerahan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Saya akan memberi Menteri nanti memberi pencerahan yang lebih baik.
[Ketawa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Boleh saya mencelah? Izinkan saya mencelah, ya. Maybe a little bit of sharing sikit sini. Tiap kali, kadang-kadang, bila saya naik teksi dan juga apa nama, Grab, mereka bertanya daripada mana. Saya cakap daripada Sarawak, “Welcome to Malaysia.”
[Dewan ketawa]
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
“Welcome to Malaysia”.
Jadi, kadang-kadang saya naik bengang, saya cakap, “Saya orang Malaysia, Sarawak is part of Malaysia”. Jadi, kadang-kadang bila menerima surat daripada sebelah sini, “Bintulu, Sabah”, “Bintulu, Sabah”. Bintulu is not in Sabah. Bintulu ada di Sarawak, ya. Jadi, saya rasa a lot daripada sebelah sini perlu belajar tentang geografi, tentang
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
orang-orang di sana dan sebagainya dan we feel that, kami merasakan bahawa orang di sebelah sini tidak menganggap kami sebagai sebahagian daripada orang Malaysia.
Seorang Ahli
Betul.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
That is our feeling and ianya dibuktikan melalui perkataan, melalui cara mereka bercakap dengan kita, we’re not part of Malaysia.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Tapi boleh satu lagi, Dr? Sikit nak tambah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana boleh...
[Tidak jelas] .
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Asbab— Yang Berhormat Dato, minta izin.
Asbabnya, kita ini kadang-kadang terasa. Saya selalu ke Sarawak, ke Sabah, tapi satu- satunya negeri sama negeri pakai pasport. Itulah kadang-kadang ia menjadikan rasa welcome, welcome itu, tapi saya fikir sampai ketikanya, sampai ketikanya untuk kita lihat satu kesatuan Malaysia, kita perlu sampai ke tahap, pasport pun kena dihilangkan supaya kita rasa sama saja Sabah dan Sarawak.
Kita pergi Sarawak dalam tempoh dua bulan, kita wajib kita balik, tapi Dato Yang di-Pertua datang ke— berkhidmat di Dewan Negara berapa tahun sampai mati, insya- Allah, tak akan diminta balik untuk cop pasport baharu.
Tuan Yang di-Pertua
Perlembagaan...
[Tidak jelas]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Itu belum— itu kerana MA63, tetapi MA63 itu juga memberikan sedikit sentuhan rasa kebersamaan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Tak apa. Nanti kita akan membuat satu lawatan ke Sabah dan Sarawak.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Silakan, silakan.
Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam
Dewan Negara akan uruskan.
[Tepuk] Dato Yang di-Pertua, jika kita benar-benar mahu RMKe13 menjadi dokumen transformasi negara, maka isu PJJ ini mesti diberi perhatian yang serius.
Saya mohon agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyediakan serta menyalurkan satu bajet khusus untuk mewujudkan platform digital bersepadu yang telus dan adil dalam proses permohonan serta penempatan semula supaya isu PJJ ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berasaskan merit serta keperluan keluarga.
Menjalankan kajian kebangsaan di bawah RMKe13 tentang impak PJJ terhadap produktiviti, kesihatan mental dan kestabilan rumah tangga penjawat awam.
Mengimplementasikan dasar penyatuan keluarga penjawat awam di bawah payung RMKe13 dengan sasaran mengurangkan kes PJJ sekurang-kurangnya 50 peratus dalam tempoh lima tahun ini.
Dato Yang di-Pertua, saya menyokong penuh RMKe13 sebagai pelan pembangunan yang mampu membawa Malaysia ke arah lebih maju, mampan dan inklusif di bawah Kerajaan MADANI. Sekian, terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan, Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri pada hari ini untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas atau RMKe13. Sebuah dokumen dasar pembangunan negara yang akan menjadi hala tuju Malaysia bagi tempoh lima tahun yang akan datang.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Rancangan ini bukan sahaja penting untuk merangka strategi pembangunan ekonomi, malah ia menjadi garis panduan kepada usaha kerajaan dalam menjawab persoalan yang besar; bagaimana kita mahu menyediakan masa depan yang lebih selamat, makmur, adil untuk seluruh rakyat Malaysia?
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh soal pembangunan ekonomi dan keterjaminan makanan, izinkan saya mengangkat isu yang semakin merisaukan rakyat iaitu budaya buli yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Dalam hanya beberapa bulan kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan kes buli di sekolah berasrama penuh, universiti, kem latihan, malah di kemudahan awam. Ada yang dirakamkan dan tular di media sosial, misalnya kes Zara yang memperlihatkan betapa parahnya masalah ini dan betapa pentingnya penyelesaian yang harus kita cari sebelum ia menjadi— memberi impak yang negatif kepada masyarakat.
Persoalannya, adakah kita mahu terus melihat anak-anak muda Malaysia hidup dalam ketakutan hanya kerana budaya songsang ini tidak dibendung secara serius?
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin menegaskan bahawa isu buli bukan lagi sekadar salah laku disiplin, tetapi satu bentuk jenayah sosial yang merosakkan generasi. Ia menjejaskan emosi, keyakinan diri, bahkan ada mangsa yang trauma sepanjang hidup. Kita tidak boleh lagi menyapu isu ini di bawah karpet. RMKe13 mesti tampil dengan satu national anti-bullying framework yang melibatkan sekolah, universiti, kemudahan latihan, malah tempat kerja.
Saya mencadangkan beberapa langkah tegas. Pertamanya, mewujudkan akta anti-buli yang jelas mentafsirkan buli fizikal, mental dan siber sebagai kesalahan serius secara tegas. Kedua, memperkenalkan sistem pelaporan segera berasaskan aplikasi mudah alih di mana mangsa atau saksi boleh melaporkan tanpa takut dikenakan tindakan balas. Ketiga, melatih kaunselor, guru, pensyarah dan pegawai penguat kuasa untuk mengurus kes buli secara profesional, bukan sekadar memberi amaran disiplin.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, sekolah dan institusi mesti dipantau agar telus dalam menangani aduan. Realitinya, banyak kes buli disembunyikan oleh pihak pengurusan kerana takut reputasi institusi tercemar. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar kelemahan pentadbiran, ia adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap mangsa dan keluarga mereka.
Keempat, mengenakan tindakan komuniti seperti kerja sosial wajib kepada pelaku buli agar mereka benar-benar insaf dengan akibat perbuatan mereka. Namun, bagi kes yang lebih serius, pembuli mesti dipisahkan secara kekal daripada mangsa atau pelajar lain demi keselamatan dan ketenteraman semua pihak.
Kita mesti berani mengakui bahawa buli ini akan merosakkan usaha membina modal insan negara. Jika anak-anak kita membesar dalam budaya ketakutan, bagaimana mereka mahu menjadi tenaga kerja yang kreatif, inovatif dan berdaya saing? Maka, penyelesaian isu buli ini bukan hanya tanggungjawab Kementerian Pendidikan atau KPT, tetapi menjadi agenda nasional di bawah RMKe13.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh satu aspek yang penting di bawah meningkatkan kerencaman ekonomi Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu soal pengukuhan keterjaminan makanan atau food security. Laporan rasmi menunjukkan bahawa Malaysia masih bergantung besar kepada import makanan dari luar negara. Nilai import makanan negara mencecah lebih kurang RM79.1 bilion pada tahun 2024 dan 2025 merangkumi beras, sayur-sayuran, buah- buahan, daging dan produk tenusu. Angka ini meningkat saban tahun, dikatakan mungkin
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
akan mencecah RM100 bilion. Sekaligus, mendedahkan Malaysia kepada risiko sekiranya berlaku krisis geopolitik, gangguan rantaian bekalan antarabangsa atau kejatuhan nilai ringgit.
RMKe13 perlu tampil dengan strategi yang lebih berani, lebih menyeluruh dan kita tidak boleh hanya bercakap tentang keterjaminan makanan secara retorik, ia mesti diterjemahkan kepada pelan tindakan yang lebih jelas. Di sini, penglibatan anak muda dan pendekatan teknologi baru amat penting. Realitinya, majoriti petani kita hari ini berusia 50 tahun ke atas. Jika tiada generasi pelapis dalam masa 10 tahun, kita akan menghadapi krisis tenaga kerja pertanian.
Maka, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas menyediakan satu program besar-besaran yang menggabungkan TVET pertanian moden, teknologi AI dan automasi ladang. Anak muda tidak berminat kepada sektor agro kerana mereka melihat kerja berat, hasil kecil, penuh berisiko. Kita mesti mengubah naratif ini, Tuan Yang di-Pertua.
Pertanian hari ini bukan lagi sekadar cangkul dan peluh. Pertanian hari ini adalah precision farming yang menggunakan dron, internet of things dan sensor kelembapan tanah, sistem nutrien automatik dan kecerdasan buatan (AI) untuk meramal hasil tuaian mereka. Jika kita tonjolkan pertanian sebagai kerjaya berteknologi tinggi, saya yakin lebih ramai anak muda akan kembali ke sawah dan ladang. Dalam konteks ini, saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan konsep farm to fork digital platform. Satu ekosistem di mana petani boleh menjual terus hasil tanaman kepada pengguna melalui platform digital tanpa melalui banyak orang tengah.
Konsep ini bukan sahaja mengurangkan kos barangan segar di pasaran, maka ia membuka peluang pekerjaan yang baru kepada anak-anak muda hari ini. Ribuan anak- anak muda kita menjadi pemandu e-hailing sekarang. Mengapa mereka tidak dilatih semula menjadi agro-logistik operators di bawah konsep farm to fork? Mereka boleh menguruskan penghantaran produk organik terus dari ladang ke rumah sambil meningkatkan kemahiran logistik moden.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, isu tanah juga perlu ditangani. Banyak tanah terbiar, termasuk tanah kerajaan negeri, tanah wakaf, tanah estet yang sudah tidak produktif. RMK13, perlu ada dasar tanah untuk agropreneur muda dengan model perkongsian pintar antara pelabur dan petani. Pelabur mendapat akses bekalan makanan segar dengan harga yang kompetitif, manakala petani mendapat modal untuk memperluaskan pengeluaran dan lebihannya boleh dieksport. Inilah model yang sudah berjaya di India melalui Program Digital Agriculture Mission 2021 hingga 2025.
Berpaksikan farmer-centric digital ecosystem yang menggunakan teknologi AI, IoT, dron untuk menjadikan proses pertanian lebih telus, efisien dan berasaskan data.
Malaysia juga harus berani memperkenalkan tanaman baru. Kita tidak hanya boleh bergantung kepada padi, sawit dan getah. Negara jiran sudah mula menanam quinoa, avokado, buah tin, malah bijirin jagung untuk tanaman makanan mereka - ternakan mereka. Malaysia boleh menjadi pengeluar utama belimbing madu, nanas MD2, kelapa matag, herba bernilai tinggi dan sayuran premium untuk pasaran eksport.
Yang lebih diperlukan ialah kerangka yang lebih sistematik dan berani. Khususnya dalam konteks 2026 hingga 2030, maka saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Malaysia Agricultural Mission 2026-2030, satu pelan induk yang menyatukan data pertanian, teknologi pintar, pelaburan hijau dan agropreneur muda dalam satu ekosistem. Jika strategi ini dilaksanakan dalam ekosistem, saya yakin Malaysia boleh bergerak daripada negara pengimport bersih: net importer kepada pengeksport bersih: net exporter makanan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan besar yang timbul dari mana datangnya dana untuk membiayai semua agenda ini? Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa hutang kerajaan kini mencecah RM1.17 trilion iaitu sekitar 64 peratus daripada KDNK. Hampir
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
menyentuh siling hutang kita, 65 peratus. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada harga minyak dan gas.
Laporan MIDF pada suku pertama 2025 menunjukkan ekonomi Malaysia merosot dengan eksport jatuh hampir empat peratus. Jika trend ini berterusan, hasil kerajaan akan terus terjejas. Sekiranya harga minyak dunia jatuh, kerajaan akan menghadapi tekanan kewangan yang lebih besar. Apakah kerajaan bercadang untuk menaikkan lagi siling hutang? Jika ya, sampai bila Malaysia mahu terus bergantung kepada pinjaman tanpa reformasi fiskal yang sebenar? Ya, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri semalam, hutang negara tahunan telah dikurangkan, tetapi hutang negara masih tinggi dan kadar kos pinjaman tahunan mencecah berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk inisiatif dan projek kesihatan, pendidikan, sosioekonomi yang lebih produktif.
Saya mencadangkan agar Rancangan Malaysia Ketiga Belas memberi penekanan serius kepada pembiayaan alternatif termasuk dana hijau, pelaburan langsung asing berasaskan teknologi pertanian serta kerjasama sektor swasta melalui public private partnership. Kita juga boleh menubuhkan dana pertanian nasional yang khususnya ditumpukan untuk projek keterjaminan makanan. Ia dibiayai melalui gabungan modal kerajaan, swasta, malah koperasi pengguna. Dengan cara ini, rakyat bukan sahaja menjadi pengguna, malah menjadi pemilik kepada rantaian makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai kedudukan masyarakat India dalam konteks pembangunan nasional di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Baru-baru ini, Presiden MIC Tan Sri Vigneswaran ada menyuarakan keperluan untuk menubuhkan semula portfolio khas atau kementerian berkaitan hal ehwal masyarakat India. Sejarah membuktikan bahawa kita pernah mempunyai Cabinet Committee for Indian community serta unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berjaya menangani isu pendidikan, kewarganegaraan, perumahan dan pembangunan ekonomi masyarakat India dengan lebih berkesan.
Saya percaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas tidak boleh sekadar menjadi dokumen tebal yang penuh dengan janji. Ia mesti benar-benar memberi perhatian kepada pemerkasaan ekonomi masyarakat India khususnya golongan miskin bandar, belia, pekerja ladang dan peniaga kecil. Kalau mereka terus ditinggalkan janganlah kita hairan nanti kalau jurang sosial semakin melebar, akhirnya menimbulkan masalah besar kepada negara.
Sebab itu saya cadangkan kerajaan menubuhkan semula Majlis Tindakan Khas Masyarakat India atau Indian Consultative Council. Biar ada satu badan yang serius melibatkan komuniti, para akademik, sektor swasta dan kerajaan dan jangan buat program-program kecil-kecilan untuk menunjukkan ada kerja, tapi hakikatnya dan masalahnya adalah kekal sama selama-lamanya.
Saya lihat dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, muka surat 320 di bawah Strategi B4.5 ada disebut bahawa Malaysian Indian Blueprint dan Pelan Tindakan Masyarakat India akan dijadikan panduan. Ini suatu yang baik. Saya sudah lama menegaskan dokumen ini sebenarnya mengandungi banyak penyelesaian kepada masyarakat India. Akhirnya, kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya asas kepada dasar nasional. Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar, tapi saya juga ingin ingatkan pengiktirafan mesti disusuli dengan pelaksanaan. Kalau tidak, kita ulang sejarah yang sama sekali lagi. Thank you Prime Minister Sir. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan berhubung pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini mengenai jaminan kredit perumahan bernilai RM5 bilion dan daripada jumlah itu RM2.5 bilion pula dikhususkan untuk masyarakat India. Persoalan yang timbul berapa sebenarnya jumlah yang telah sampai ke tangan komuniti India
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
setakat ini? Berapa peratus kelulusan dan berapa pula yang benar-benar dimanfaatkan oleh golongan sasaran?
Jika angka ini terlalu kecil berbanding dengan jumlah besar yang diumumkan maka keberkesanannya perlu diteliti semula. Tuan Yang di-Pertua, saya nak Kementerian Kewangan mengambil serius tentang persoalan ini dan menjawab masa penggulungan kerana banyak di luar sana yang menantikan pencerahan tentang skim jaminan perumahan ini.
Selain itu, saya ingin menyentuh tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA yang bernilai RM972 juta untuk masyarakat India. Persoalannya, adakah bantuan one-off seperti STR dan SARA ini benar-benar menggalakkan mobiliti sosial atau sekadar memberi kelegaan sementara tanpa memperkasakan ekonomi jangka panjang? Saya tidak mengatakan jangan bagi, tetapi kita tidak boleh menjadikan STR dan SARA sebagai satu mekanisme utama dalam mengukur kejayaan dasar kerajaan terhadap masyarakat India atau mana-mana komuniti sekalipun.
STR ialah bantuan kebajikan dan ia bukan pelaburan sosioekonomi. Sebaliknya pelaburan ke atas pendidikan, latihan TVET, peluang pekerjaan, skim bantuan galakan usahawan adalah pelaburan untuk membangunkan sosioekonomi suatu masyarakat secara jangka masa panjang.
Tuan Yang di-Pertua, hari kelmarin di Dewan Negara, Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan menekankan beberapa perkara mengenai masyarakat India. Antara lainnya beliau menyebut, jadi— ini yang disebut oleh Perdana Menteri. Jadi, saya harap dengan penjelasan ini kita kurangkanlah polemik kaum ini. Kalau nak minta kemudahan masyarakat India silakan, tapi janganlah katakan pasal apa Melayu dapat. Kami menghargai penekanan Perdana Menteri terhadap kesejahteraan masyarakat India. Kami berterima kasih kepada beliau. Namun, mungkin terdapat salah faham mengenai permintaan masyarakat India.
Saya ingin meneruskan di sini, kami pemimpin masyarakat India dari MIC atau mana-mana parti hanya meminta Perdana Menteri untuk memperbanyakkan lagi inisiatif sosioekonomi dan pendidikan kepada masyarakat India dan tidak sama sekali kami menyoal peruntukan atau inisiatif untuk masyarakat Melayu atau Cina atau mana-mana sekalipun.
Dua perkara yang berbeza ini perlu difahami agar tidak menimbulkan salah tafsir antara kaum. Persoalan lebih penting yang tetap sama, siapa sebenarnya membangkitkan isu-isu ini? Kami tidak pernah menafikan atau membangkitkan hak orang Melayu.
Sepanjang masa kami sentiasa menyokong hak masyarakat rakyat Melayu dan kami hanya bercakap untuk hak masyarakat India secara adil dan tanpa mengambil hak mana- mana kaum lain.
Jika ada yang cuba mengaitkan isu ini dengan hak Melayu, saya ingin berterus terang— bertanya secara terus terang, pemimpin India mana yang pernah mempersoalkan hak orang Melayu dan siapa pula yang menyoal peruntukan kepada masyarakat Melayu? Kami di sini hanyalah wakil masyarakat India. Tanggungjawab kami ialah memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat India agar agenda pemerkasaan sosioekonomi mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
Jika kerajaan tidak membenarkan kami sebagai pemimpin masyarakat bersuara secara terbuka mengenai dasar dan program untuk masyarakat, maka saya bertanya platform apa lagi yang harus kami gunakan? Bagaimana cadangan kami boleh sampai kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI? Hakikatnya hari ini tiada jawatankuasa khas untuk masyarakat India untuk kita bersuara. Tiada wakil dalam Kabinet yang boleh membawa isu ini terus ke perhatian Jemaah Menteri. Maka, apakah salah jika kami menyuarakan hasrat dan cadangan masyarakat India secara terbuka di Dewan ini?
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan membalas atau menentang kepimpinan. Dengan izin Sir, we are not simply given a proper platform to
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
voice out. Sekiranya tuduhan ini dibiarkan tanpa penjelasan, ia boleh menimbulkan ketegangan kaum yang tidak wajar dan memberi ruang kepada salah tafsir yang tidak perlu.
Kami hanya bercakap tentang hak orang India secara adil, profesional dan tanpa menjejaskan atau mempersoalkan hak mana-mana kaum di negara ini. Dalam semangat keharmonian dan pembinaan negara, kami akan terus menyokong kerajaan dalam apa jua inisiatif yang adil, tetapi kami berhak meluruskan sebarang salah faham yang timbul.
Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini meletakkan satu pelan pembangunan yang, yang konkrit, yang komprehensif, berdasarkan tiga teras utama iaitu education, entrepreneurship dan employment: 3E, saya panggil ia.
Dengan pelan ini, masyarakat India khususnya anak-anak muda boleh diberi akses kepada latihan digital, modal keusahawanan, peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor teknologi dan bukan lagi terperangkap dalam kitaran pekerjaan berpendapatan rendah. Saya baru pulang dari satu lawatan kerja ke India dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Dewan Rakyat.
Realitinya, India kini berada sekurang-kurangnya 10 tahun di hadapan kita dari segi pendigitalan pendidikan, ecosystem startup dan keberanian kerajaan mereka membuka ruang inovasi. Malaysia perlu belajar daripada India, bagaimana mereka mengangkat agenda pembangunan negara melalui inovasi, teknologi pendidikan, teknikal dan jaringan usahawan global.
Jika kita bergerak, tidak bergerak secara segera, kesemua rakyat kita di Malaysia akan terus ketinggalan. Bukan kerana kita tidak mampu atau tidak kebolehan, tetapi kerana sistem kita yang gagal menyediakan laluan yang betul.
Tuan Yang di-Pertua, reformasi pendidikan harus menjadi agenda utama Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Peluang pendidikan yang telus dan adil menjadi prinsip asas Kerajaan MADANI. Pelajar-pelajar India, Cina, Sabah dan serta Sarawak yang mendapat keputusan yang cemerlang wajib diberi tempat di IPTA. Sistem merit yang bersasar perlu diamalkan supaya yang cemerlang dan bertungkus lumus diberi kursus yang diminati. Janganlah kementerian atau pegawai kementerian memutuskan kursus apa yang pelajar itu harus ikuti. Ia harus ditawarkan mengikut permohonan dan minat pelajar jika kriteria kemasukan melayakkan mereka ke kursus tersebut.
Jika tidak dapat dinafikan, tidak dapat dinafikan statistik yang dikeluarkan oleh KPT dan universiti-universiti tempatan baru-baru ini amat mengejutkan. IPTA kini dibanjiri oleh pelajar luar negara khususnya dalam kursus-kursus kritikal sedangkan pelajar tempatan dinafikan tawaran. Alasan IPT dan KPT bahawa ia adalah keperluan, adalah perlu untuk mendapat dana operasi adalah tidak logik dan tidak adil.
Itu tanggungjawab kerajaan untuk menyalurkan dana mencukupi untuk— supaya agenda nasional tidak menyimpang. Bakat-bakat tempatan mesti dikekalkan di dalam negara dengan memberi peluang di IPTA. Jika tidak natijahnya amat buruk. Apabila anak- anak muda yang dilihat sebagai flower of the flock dengan izin, meninggalkan negara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan enggan kembali kerana rasa kecewa.
Saya berharap KPT akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkan penjualan kerusi khusus kepada pelajar luar negara dan membuka lebih banyak ruang kepada pelajar-pelajar tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya Rancangan Malaysia Ketiga Belas mesti menjadi satu dokumen yang berani. Berani melangkaui status quo, berani membawa pembaruan, berani mengangkat suara rakyat, keterjaminan makanan mesti dijadikan agenda nasional, bukan hanya isu kementerian tertentu.
Pembiayaan pembangunan mesti lebih kreatif dan berdaya tahan, tidak bergantung kepada hutang semata-mata dan pembangunan masyarakat majmuk
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
termasuk masyarakat India mesti dijadikan sebahagian daripada naratif pembangunan negara. Dengan izin, a strong Malaysia requires a secure food, a sustainable fiscal policy and an inclusive society.
Dato’ Sivaraj a/l Chandran
Inilah yang menjamin kejayaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan Aspirasi 2040 seperti yang diidamkan. Dengan itu, saya menyokong RMKe13. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Senator yang memperjuangkan kepentingan kaum India.
Sekarang saya jemput YB Senator Puan Rita Sarimah.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Selamat petang Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seronok juga mendengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Jadi, Datuk Yang di-Pertua saya menganggap Rancangan Malaysia Ketiga Belas amat signifikan kerana ia melakar rombakan yang menyeluruh kepada sistem pendidikan negara. Satu langkah strategik yang sewajarnya dilakukan 10 tahun yang lalu bila pada tahun 2012, skor Malaysia dalam penilaian antarabangsa PISA, iaitu Programme for International Students Assessments bagi ketiga-tiga subjek iaitu matematik, membaca dan sains menurun dan berada di bawah paras purata bagi negara-negara OECD.
Prestasi menjadi lebih teruk pada tahun 2022 bila 40 peratus daripada murid berada di bawah tahap kecekapan II, tahap yang terendah.
Datuk Yang di-Pertua, ujian PISA ini meneroka sejauh mana pelajar boleh menyelesaikan masalah yang kompleks, berfikir secara kritis dan berkomunikasi dengan berkesan. Ini memberikan pandangan tentang sejauh mana sistem pendidikan menyediakan pelajar untuk cabaran kehidupan sebenar dan kejayaan masa depan.
Keputusan PISA menunjukkan hasil pembelajaran sistem pendidikan di negara ini ketinggalan berbanding negara maju.
Jika Malaysia ingin memulakan perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju, adalah penting untuk membangunkan sistem pendidikan yang menjamin pembangunan modal insan berkualiti tinggi, di luar pencapaian pengetahuan kandungan dan prestasi dalam skor ujian, pembelajaran juga merangkumi keupayaan untuk menggunakan pengetahuan. Pembangunan kemahiran adalah elemen penting dalam pembelajaran di mana pelbagai jenis kemahiran seperti kemahiran kognitif, sosioekonomi dan teknikal berinteraksi untuk meningkatkan penggunaan pengetahuan seseorang.
Datuk Yang di-Pertua, saya berpendapat reformasi ke atas beberapa perkara ini amatlah penting. Pertama, pemilihan calon kemasukan ke IPT perguruan adalah satu perkara yang amat penting. Kajian McKinsey, iaitu juru perunding antarabangsa terhadap 10 sistem persekolahan berprestasi tinggi mendapati tiga faktor pengait yang penting:
(i) mendapatkan orang yang betul untuk menjadi guru;
(ii) membangunkan mereka menjadi guru yang berkesan; dan
(iii) memastikan bahawa sistem itu mampu menyampaikan pengajaran yang terbaik untuk setiap kanak-kanak.
Kualiti guru menjadikan perbezaan terbesar dalam pencapaian pelajar dan sistem sekolah yang paling berkesan dilaburkan dalam guru mereka. Justeru itu, saya mengesyorkan supaya kementerian merujuk kepada, dengan izin, best practices negara- negara yang mencapai skor tertinggi dalam PISA seperti Singapura, Korea, dan Hong Kong sebagai panduan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Syor yang kedua, semak semula program latihan perguruan untuk memastikan ia nya berkesan dan meningkatkan kualiti prestasi pengajaran guru. Ini selalunya kerana ramai guru kekurangan latihan yang boleh menjejaskan perkembangan pelajaran pelajar secara langsung.
Ketiga, kurikulum pembelajaran perlu disemak dengan mengambil kira kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dalam keputusan PISA.
Datuk Yang di-Pertua, dengan izin, when educating the minds of our children, don’t forget to educate the hearts. Kes buli berlaku menandakan keruntuhan akhlak. Datuk
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
first teachers. Mereka bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak mereka terutamanya pada fasa awal kehidupan mereka. Di sekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk akhlak dan moral pelajar seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat di antara lain untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia.
Dan yang keempat, perlu memantau disiplin guru kerana hampir 40 peratus kanak-kanak di Malaysia melaporkan bahawa guru mereka kadangkala atau kerap tidak hadir di sekolah. Ini satu masalah yang besar.
Bagi rombakan di Sarawak, saya menggesa supaya kementerian memilih langkah yang terbaik untuk sekolah kurang murid yang amat ketara yang rata-ratanya terletak di luar bandar. Apakah penyelesaian yang terbaik bagi sekolah kurang murid? Kini murid- murid yang belajar di sekolah kurang murid menghadapi impak negatif termasuk kos operasi yang lebih tinggi, sumber kewangan yang terhad, kurangnya peluang untuk aktiviti kokurikulum. Kesannya kepada pelajar pula adalah bilangan pelajar yang sedikit boleh menyebabkan pelajar kekurangan rakan, persekitaran pembelajaran kurang meriah dan terhadnya pilihan aktiviti. Ini juga boleh menjejaskan kualiti dan kepelbagaian pengalaman pembelajaran selain menjejaskan peluang untuk aktiviti sukan dan kebudayaan.
Terakhir sekali, saya berharap— ini sudah tentu suka Yang Berhormat Dr. Lingesh mendengar ya. Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil kira pendirian Kerajaan Sarawak tentang penempatan guru yang berasal dari Sarawak ke sekolah- sekolah di Sarawak. Bukan apa Yang di-Pertua, bukan tak cinta, bukan tak nak mengeratkan lagi semangat perpaduan di antara penduduk di sini dan penduduk di Sarawak, tetapi daripada pengalaman Sarawak yang sudah-sudah, guru-guru dari Semenanjung meminta untuk berpindah balik ke Semenanjung setelah dua hingga tiga tahun dan ini menyebabkan kekosongan guru di Sarawak.
Kekosongan guru yang tidak diisi ini bukan untuk satu tahun ataupun dua tahun, tetapi bertahun-tahun. I think the last effort adalah pada tahun lepas di mana kira-kira 2,000 guru telah direkrut dan ditempatkan di Sarawak. Jadi, kekosongan guru ini amat menjejas prestasi murid. Di sini guru menangis, di Sarawak murid yang menangis sebab tidak ada guru. Jadi, perkara yang amat merunsingkan Sarawak terbuktilah, validated daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dr. Lingesh menyatakan ramai daripada guru dan juga pegawai perubatan yang ditempatkan ke Sarawak menangis- nangis untuk meminta dipindahkan balik ke Semenanjung Malaysia.
Datuk Yang di-Pertua, untuk membangunkan ekonomi dalam sektor berteknologi tinggi, menjadi pencipta pemilik dan peneraju teknologi masa depan, Malaysia perlu ada bilangan tenaga kerja yang berpendidikan dalam bidang sains, teknologi, matematik, dan kejuruteraan (STEM). Jadi, sejak Dasar Pendidikan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus daripada pelajar menceburi jurusan STEM dan 40 peratus lagi dalam aliran sastera dilaksanakan pada awal tahun 70-an, Malaysia tidak pernah mencapai sasaran tersebut.
Namun, rekod enrolmen sejak tahun 2021 menunjukkan peningkatan enrolmen kepada aliran STEM iaitu meningkat daripada 41 peratus pada tahun 2021 kepada hampir 51 peratus pada tahun lepas.
Mengikut Timbalan Menteri Pendidikan yang menjawab soalan di Dewan yang mulia ini, peningkatan ini mencerminkan keberkesanan inisiatif dan program yang telah
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
dilaksanakan. Datuk Yang di-Pertua, ini membuktikan bahawa kesungguhan warga Kementerian Pendidikan untuk mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berpendidikan STEM supaya dapat membangunkan industri berteknologi tinggi.
Seterusnya, saya beralih kepada keseimbangan pembangunan wilayah. Datuk Yang di-Pertua, Malaysia telah dibentuk selama 63 tahun yang lalu dan Persekutuan Tanah Melayu selama 68 tahun yang lalu. Namun, pembangunan wilayah masih belum seimbang. Masih terdapat negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, Sabah dan sehingga beberapa tahun yang lalu, Sarawak tergolong dalam negeri-negeri miskin di Malaysia.
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
This is apa nama— telah dua belas Rancangan Malaysia telah berlalu, tapi kedudukannya masih sama. Banyak industri berpusat di Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang mempunyai infrastruktur yang telah maju. Saya berharap melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, kerajaan menumpukan kepada pembangunan wilayah tertinggal dan kawasan pedalaman untuk merapatkan jurang pembangunan. Saya berpendapat, selain membina dan menaik taraf infrastruktur asas, kerajaan dengan kerjasama kerajaan negeri berkaitan perlu secara konsisten menyasarkan industri dan menarik pelaburan ke negeri-negeri tersebut.
Datuk Yang di-Pertua, akhir-akhir ini ramai yang mempertikaikan sebab-sebab pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak setara dengan pembangunan di Semenanjung Malaysia. Saya menggunakan apa nama— contoh, dari segi matematik. Bila Malaysia dibentuk, Semenanjung Malaysia lebih maju daripada Sabah dan Sarawak dan sejak 63 tahun, Sabah dan Sarawak masih mengepung kesamarataan dalam pembangunan.
Biar saya bagi gambaran. Saiz Sabah dan Sarawak adalah lebih besar daripada saiz Semenanjung iaitu 60 peratus kawasan di Malaysia. Sekiranya saya ambil andaian ya. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lapan bilion bajet pembangunan setahun kepada Sabah dan Sarawak dan saya anggap kira-kira tiga bilion kepada setiap negeri dan di Semenanjung Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan iaitu sejumlah 36 bilion setahun. Jadi, do the math. Kawasan yang lebih kecil mendapat peruntukan pembangunan sebanyak 36 bilion setahun, kawasan yang lebih besar mendapat peruntukan pembangunan sebanyak lapan bilion setiap tahun. Jadi, kami sentiasa mengepung. Kami sentiasa mengepung pembangunan.
Jadi, saya berharap kawan-kawan yang berada di sini faham, bagaimana it is always a moving goal post for us untuk mengejar kesamarataan. Jadi selain itu, negeri- negeri di Semenanjung Malaysia turut menikmati faedah dari pembangunan infrastruktur seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur yang merentas beberapa negeri dan juga hospital-hospital yang apa nama: lebih, apa nama – yang moden kerana jarak di antara negeri-negeri di sini adalah rapat ya.
And like us in Sarawak, untuk mendapatkan rawatan kanser, mereka yang duduk di kawasan utara Sarawak terpaksa menggunakan flight ataupun kalau drive, sampai 10 jam untuk ke Kuching ya.
Setelah sekian lama terpinggir, saya bersyukur pemimpin Sarawak telah berikhtiar untuk menambahkan pendapatan dan menceburi ekonomi hijau, ekonomi masa depan.
Pendapatan dari cukai jualan digunakan untuk membina infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan: dan rantaian jambatan di kawasan-kawasan yang belum membangun.
Di samping itu, kerajaan negeri menubuhkan beberapa agensi untuk memacu pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar seperti Sri Aman, Mid-Rajang, Upper Rajang dan highland.
Di samping itu, kerajaan negeri membangunkan kawasan perindustrian di Samalaju dan kini beberapa pelabur asing telah beroperasi. Dan baru-baru ini, Sarawak juga: apa nama— mengikhtiarkan untuk menjadikan Sarawak sebagai kawasan jelapang
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
padi di beberapa kawasan di Sarawak. Ini adalah bukti bahawa pemimpin negeri kami bijak, berkebolehan dan berwawasan ya.
Pengenaan cukai jualan memang dimandatkan kepada kerajaan negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kami bersyukur kerana pendapatan daripada cukai jualan telah membantu untuk membangunkan Sarawak. Betullah apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Kalau Sarawak maju, Malaysia juga turut maju ya.
Berkaitan isu di antara PETRONAS dan PETROS. Saya berpendapat, penyelesaiannya hendaklah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 76, Perlembagaan dan bersama-sama kita perlu melihat bersama- sama dengan MA63. Dan saya berpendapat ianya hendaklah dibuat secara rundingan ya.
Saya menaruh keyakinan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak akan dapat mencapai solusi menang-menang dalam perkara ini.
Janganlah kita menjadikan perkara ini sebagai satu perkara yang dapat merenggangkan perpaduan di antara rakyat di Sarawak dan Sabah dan rakyat di Semenanjung Malaysia. Datuk Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk membantu bumiputera Sarawak dan anak negeri Sabah. Masyarakat bumiputera Sarawak, khususnya kaum dayak, masih tertinggal dalam bidang keusahawanan, kecuali bagi industri sawit. Di mana kira-kira 45,000 penanam sawit persendirian terdiri dari majoriti kaum dayak.
Mereka boleh di sasar untuk terlibat dalam industri biojisim, selaras dengan Ikhtiar di bawah Pelan Transformasi Bumiputera 2035 atau Putra 35. Banyak tanah adat yang belum diusahakan kerana tiada infrastruktur asas dan kekurangan modal. Pemilik-pemilik tanah adat boleh di sasar untuk menyertai Ikhtiar dalam perladangan hutan dan industri perkayuan. Saya cadangkan supaya kementerian berkaitan yang menyelaras Ikhtiar di bawah PuTERA35 mengadakan roadshow di Sarawak dan melibatkan Dewan Perniagaan Bumiputera seperti Dewan Usaha Bumiputera Sarawak, Dayak Chamber of Commerce, Sarawak Dayak Oil Palm Planters Association dan pertubuhan-pertubuhan sosial seperti SDNU, DBNA dan PUNA.
Dan Datuk Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa hala tuju negara untuk membina negara AI dan berteknologi tinggi, khususnya menjadi pencipta, pemilik dan peneraju teknologi masa depan adalah hala tuju yang tepat bagi sebuah negara yang hendak melangkah ke status sebagai negara yang maju. Kita tidak lagi bergantung dengan finite resources seperti sumber-sumber asli tapi sebaliknya, kita menggunakan pengetahuan sebagai enjin pertumbuhan dengan memanfaatkan pendidikan, inovasi, penyelidikan dan teknologi untuk memacu produktiviti, daya saing dan pengembangan ekonomi yang mampan.
Namun, saya mengingatkan supaya AI digunakan secara beretika. Pagi tadi kita telah mendengar soalan daripada Yang Berhormat Dato’ Redzuan tentang penggunaan AI oleh kaum pelajar di universiti dalam menyediakan penulisan mereka. Jadi, perkara- perkara yang sebegini ya, penggunaan AI secara tidak beretika adalah tidak wajar ya.
Kerajaan hendaklah mengadakan ekosistem yang sesuai dan peraturan-peraturan yang sesuai supaya AI tidak digunakan secara tidak beretika.
Kita masih ingat kes Cambridge Analytica, di mana data-data peribadi telah dapat diakses oleh badan tersebut dan digunakan untuk tujuan yang mencabuli hak asasi individu. Dan kita juga I think ingat kes Amazon, di mana AI algorithm yang telah digunakan oleh AI tersebut telah biased terhadap pemohon pekerja wanita. Kerana selama itu, sejak sedekad, ramai pemohon adalah orang lelaki. Jadi, dia melihat women, jadi dia straight away dapat meminggirkan wanita. Jadi, perkara yang begini kita tak nak ianya berlaku.
UNESCO menggariskan beberapa prinsip ya, berteraskan hak asasi manusia bagi pendekatan AI yang beretika. Saya melihat National AI Office atau NAIO telah
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
mengambil langkah untuk mewujudkan AI governance. Jadi, ini adalah satu yang baik.
Saya melihat ini sebagai satu pre-emptive action, Datuk Yang di-Pertua.
Dan satu lagi saya melihat melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan bercadang untuk membina perumahan menggunakan kaedah IBS iaitu komponen pasang siap yang dibuat di kilang dan kemudiannya dipasang di tapak. Jadi, kos rumah sebegini adalah lebih murah dan cepat untuk didirikan. Saya berpendapat ini adalah sesuatu yang baik untuk mengurangkan hutang isi rumah, di samping menggalakkan pemilikan rumah ya.
Yang di-Pertua, ibu bapa adalah guru pertama
Dengan kadar perbandaran yang semakin pesat sehingga kini, I think 2022, kadar urbanisasi Malaysia telah meningkat kepada 75 peratus. Jadi, peningkatan yang sebegini sudah tentu memberi tekanan kepada kerajaan tempatan untuk menyediakan perumahan, infrastruktur dan fasiliti dan rakyat juga memerlukan harga rumah dan harga sewa rumah yang affordable.
Jadi, dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya juga menggesa supaya kriteria- kriteria penting dalam penilaian kualiti hidup masyarakat di bandar seperti keselesaan mendiami rumah, reka bentuk rumah yang mengambil kira faktor cuaca setempat, persekitaran yang selesa termasuk penyediaan dan ketersampaian penghuni kepada kemudahan ekonomi, sosial, pengangkutan dan infrastruktur diambil kira.
Kita melihat kawasan perumahan yang lama, flat dibina berdekatan dengan satu blok dengan lain dan tidak banyak ruang untuk riadah dan juga space, open space yang selesa untuk para penduduk. Jadi Datuk Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong, mohon menyokong RMK13 ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih YB Rita.
Sekarang saya menjemput YB Senator Tuan Abun Sui Anyit.
Tuan Abun Sui Anyit
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Berapa minit YB Abun mahu?
Tuan Abun Sui Anyit
Ya.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Mahu 25 kah mahu lebih lagi?
Tuan Abun Sui Anyit
Kalau saya terakhir mungkin sampai habislah.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Abun Sui Anyit
Ya. Tiga minit yang extra tadi bagi saya. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe13).
Sebuah dokumen yang bukan sekadar merangkumi pembangunan ekonomi, tetapi juga kesejahteraan rakyat, kelestarian alam dan tadbir urus yang baik.
Jadi, dalam teras tiga, menaikkan lantai, diperincikan pelbagai inisiatif reformasi perumahan seperti Skim Rent-to-Own ataupun RTO, teknologi IBS/BIM, pengurusan strata, repository, maklumat perumahan, semua ini amat bernilai dalam usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat.
Pemerataan ekonomi dan MADANI. Saya sangat teruja dengan fokus utama RMK13 ini iaitu pemerataan ekonomi supaya kekayaan negara tidak tertumpu di bandar dan di kalangan golongan tertentu sahaja, tetapi juga untuk dinikmati oleh semua rakyat di seluruh pelosok negara.
Tuan Abun Sui Anyit
Jadi, di mana kita mahu mengangkat darjat hidup rakyat luar bandar, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, Semenanjung, Sabah dan Sarawak, membina sosial MADANI berasaskan nilai rohaniah, insaniah dan perpaduan nasional. Inilah kerangka kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih sejahtera, berdaya tahan dan disegani dunia.
Realiti di pedalaman Sabah dan Sarawak. Namun Datuk Yang di-Pertua, pelaksanaan reformasi perumahan mesti sampai ke pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak. Contohnya di daerah Belaga, populasi sekitar 44-500,000 orang, ini banci tahun 2020, di daerah Belaga populasi ini iaitu di dalam keluasan hampir 19,400 kilometer persegi menunjukkan betapa rendahnya kepadatan penduduk dan bagaimana cabaran akses serta perumahan menjadi kritikal untuk menyediakan perumahan bagi rakyat di pedalaman ini.
Jadi, contoh ini adalah penempatan semua Bakun BRS. Ramai anak muda ataupun keluarga baru yang tiada rumah akhirnya mereka akan berhijrah ke bandar ataupun skim perumahan yang khusus disediakan di bandar dan saya mohon supaya perkara ini juga dipertimbangkan untuk disediakan di pedalaman. Bagi yang tidak mampu berhijrah ke bandar, ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal bersama ibu bapa mereka yang sudah tua, mungkin mereka adalah generasi kedua dan ketiga sekarang ini di dalam penempatan BRS Bakun itu.
Jadi, isu infrastruktur jalan raya. Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, tanpa jalan raya yang baik, usaha perumahan tidak akan sampai ke akar umbi. Jalan tidak selamat, tidak berturap atau tidak stabil menghalang penghantaran bahan binaan dan mengekang akses komuniti. Saya mencadangkan kerajaan menetapkan matlamat yang berani iaitu tiada lagi istilah pedalaman, di mana setiap kampung dan rumah panjang mesti dihubungi dengan jalan raya yang berkualiti. Sasaran jarak jalan raya dalam RMKe13 iaitu 2,800 kilometer.
Jadi, kerajaan telah memperuntukkan pembinaan jalan raya ataupun sasaran 2,800 kilometer jalan luar bandar di beberapa negeri seperti Sarawak, Perak dan Pahang.
Antara lainnya laluan dari Nanga Serau ke Seranau Kapit, ini di Sarawak. Laluan Jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang di Perak, Bagan Datuk Perak.
Laluan di Pos Sinderut, Lipis Pahang, anggaran peruntukan yang dicadangkan adalah untuk jalan raya dan infrastruktur dalam RMKe13 ini adalah 430 bilion atau 86 bilion setahun. Jalan yang disebut ini adalah jalan luar bandar iaitu 2,800 kilometer ataupun untuk membina baru ataupun dinaik taraf.
Jadi, daripada 2,800 ini, saya berharap ia ditambah lagi kerana saya memohon agar kerajaan memperuntukkan supaya membina atau menaikkan tiga lagi jalan utama di Daerah Belaga, Hulu Rajang dan juga di Daerah Baram iaitu jalan simpang Data Kakus ke KTS jaraknya lebih kurang 50 kilometer ini di Daerah Belaga.
Jalan raya dari Sangan Bintulu ke Merit, ini lebih kurang 70 kilometer yang menghubungkan Daerah Tatau Bintulu dan Kapit. Dan juga yang ketiganya, jalan raya dari Long Lama ke Lio Mato yang lebih kurang 150 kilometer bergantung kepada jajaran yang dilalui dan jalan-jalan ini sangat penting dan akan merealisasikan hasrat melihat kemajuan yang kita sebut tiada istilah pendalaman lagi dalam jaringan jalan raya di Malaysia kerana semua tempat yang dihubungi dengan jalan raya berturap yang baik. Jika tidak, rakyat di pedalaman, tempat-tempat yang saya sebutkan tadi, kita akan jadi umpama “pungguk rindukan bulan” dan “bagai menanti buah yang tak akan gugur” dalam masa lima tahun akan datang.
Saya merayu dan saya sangat menaruh keyakinan Kerajaan Malaysia MADANI ini boleh menjadikan impian rakyat pedalaman satu kenyataan dengan meluluskan permohonan saya ini demi tekad pemerataan pembangunan yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Inilah masa terbaik untuk kita menoktahkan pembangunan pedalaman Baram, Belaga, Kapit, pedalaman Sarawak lain tidak boleh terus terpinggir.
Tuan Abun Sui Anyit
Jalan raya adalah dengan denyut nadi rakyat untuk menikmati pembangunan, membawa akses pendidikan, kesihatan, peluang ekonomi, malah memelihara keselamatan negara di kawasan pedalaman. Dengan RMKe13 yang menumpukan kepada menaikkan lantai kehidupan rakyat dan bukan sekadar mengejar langit, saya berharap projek jalan pedalaman dipercepatkan di bawah sektor infrastruktur. Ia bukan soal pembangunan fizikal, tetapi soal maruah dan kesaksamaan untuk rakyat diberi pembangunan di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, inilah maksud sebenar Malaysia MADANI, membina kesejahteraan yang adil, merapatkan jurang wilayah dan memastikan rakyat dari Lio Mato hingga ke Belaga, dari Kapit sampai ke Lawas, menikmati pembangunan yang sama seperti rakyat kita di Lembah Klang.
Perumahan untuk keluarga dan rumah panjang Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua, ramai anak muda yang berkeluarga masih tinggal bersama keluarga besar mereka di rumah panjang yang sempit. Tiada projek kampung ataupun rumah panjang baharu moden yang memberi mereka ruang membina keluarga sendiri.
Tuan Abun Sui Anyit
Saya mencadangkan satu cadangan di luar kotak. Peruntukan RMK13 diagihkan juga dana khas bagi membina rumah panjang MADANI. Model perumahan ini yang moden, yang hormat kepada budaya supaya permulaan projek yang kita boleh namakan.
Contohnya, Rumah Panjang MADANI Temenggong Matu Puso di Belaga, Sarawak boleh menjadi projek rintis dan contoh kepada pedalaman Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua
YB dah nama kan projek itu pun ya?
Tuan Abun Sui Anyit
Kita mahu cadangkan begitu.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Abun Sui Anyit
Kerana ini adalah [Tidak jelas] Chief di Daerah Belaga.
Kalau ianya dirintiskan di Belaga, ya. Jika cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan, saya risau dan isu masalah ini iaitu keciciran penduduk pedalaman menikmati program perumahan kerajaan terus berlaku sekurang-kurangnya lima tahun ke depan lagi. Dan kami di pedalaman berputih mata dan melihat sahaja apa yang disediakan oleh kerajaan di bandar dan pekan tertentu.
Isu inap desa, NCR dan pajakan sementara ataupun provisional lease. Datuk Yang di-Pertua, satu isu yang membelenggu juga ialah sijil inap desa ataupun homestay dan ekopelancongan yang susah nak dipertimbangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kerana pertindihan dengan tanah pajakan sementara walaupun rumah panjang itu sudah wujud di tempat itu beratus tahun. Contohnya di Belaga, Kampung Long Urun, permohonan sijil inap desa atau homestay masih belum dapat diputuskan kerana bertindih dengan pajakan sementara setakat yang mana sepatutnya lebih 25 tahun, tetapi tidak mengikut apa yang sepatutnya dalam syarat-syarat yang dikatakan di dalam PL tersebut.
Cadangan saya konkrit saya Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membenarkan sijil inap desa dan ekopelancongan dikeluarkan kepada penduduk asal yang memiliki tanah adat walaupun kawasan itu bertindih dengan pajakan sementara dengan syarat tertentu.
Kerajaan Negeri Sarawak menyemak semua pajakan sementara (PL) yang tidak dibangunkan lebih 10 tahun dan gagal diuruskan dengan baik dengan penduduk yang terjejas supaya menguatkuasakan syarat yang memberi kuasa untuk revoke dengan izin, bagi memberi ruang kepada pemilik NCR memohon geran ataupun sijil yang saya katakan yang boleh diberikan oleh Kementerian Pelancongan— MOTAC tadi.
Yang ketiganya, tingkatkan peruntukan RMKe13 bagi membina rumah panjang moden— rumah panjang MADANI supaya anak muda tidak terpaksa berhijrah. Status polisi dan keterangan terkini. Datuk Yang di-Pertua, dalam acara Hari Orang Utan Sedunia
Tuan Abun Sui Anyit
pada tahun lepas 2024 iaitu 18 Ogos 2024, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengumumkan bahawa Malaysia menghentikan kelulusan ladang sawit baharu di kawasan berhutan untuk memelihara kondisi hutan yang kini berada pada 54 peratus tutupan negara dan menjaga keperluan biodiversiti seperti habitat orang utan.
Di samping itu, buah sawit yang dipetik daripada kawasan yang telah diteroka:
deforested area akan dihalang daripada diproses dalam kilang sawit dan kilang yang masih menerima dilarang mengeksport atau menjual produk mereka. Justeru, arahan Kementerian Perladangan dan Komoditi ini dikeluarkan untuk melindungi bukan sahaja habitat orang utan, tetapi juga perlu dikuatkuasakan demi maruah dan hak adat Orang Asal yang mempunyai tanah yang bertindih oleh pajakan sementara. Mohon jawapan tuntas daripada kementerian. Adakah polisi ini berkuat kuasa? Jika ada, berapakah ladang kelapa sawit yang besar yang telah mematuhi dan juga mungkin tidak mematuhi arahan ini?
Saya masuk ke seterusnya adalah SejaTi MADANI supaya tiada orang yang tercicir. Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, hasrat SejaTi MADANI ialah tiada rakyat yang tercicir, namun realitinya masih ada juga rumah panjang di Sarawak yang tidak mempunyai surat lantikan Ketua Kaum atau JKK berdaftar dengan pejabat daerah.
Akibatnya, tidak layak memohon bantuan SejaTi MADANI walaupun hasratnya untuk semua pihak menerima.
Saya cadangkan, sokongan daripada Ahli Parlimen iaitu Ahli Dewan Rakyat ataupun Ahli Dewan Negara ini supaya kerajaan membenarkan kita untuk menyokong supaya mereka-meraka yang tercicir ini dibenarkan memohon SejaTi MADANI sebagai bukti sah bahawa pemohon itu benar-benar memerlukan SejaTi MADANI. Ini cadangan saya kepada kementerian ataupun kepada kerajaan.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Boleh saya mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua
Boleh.
Tuan Abun Sui Anyit
Ha, boleh, boleh. Nanti tambah saya punya masa.
Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol
Yang Berhormat YB Abun, kalau tak silap saya bagi permohonan SejaTi MADANI hendaklah terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan dan JKK kampung dan bagi rumah panjang begitu juga. Jadi, jika kampung itu tidak ada sijil JKK ataupun sijil tuai rumah, jadi dia tak ada kelayakan. Tak ada kelayakan untuk memohon. Itulah fahaman saya tentang SejaTi MADANI ini.
Tuan Abun Sui Anyit
Ya, masukkan juga itu dalam ucapan saya. Memang itulah mereka-mereka yang telah mengadu kepada saya, mereka tidak dapat memohon, mereka tersekat di situ. Terima kasih untuk celahan yang baik itu. Jadi, proses pendaftaran ketua kaum dan JKK dipermudah, bukan dipersulit dengan birokrasi dan alasan-alasan lain yang tidak adil.
Yang ketiga, dengan cara ini janji kerajaan bahawa tiada kumpulan yang tercicir benar-benar dapat dipenuhi. Prinsip keadilan sosial dan MADANI. Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, isu bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga soal keadilan sosial.
Memartabatkan hak rakyat, memastikan mereka tidak ditindas oleh kartel tanah dan memberi peluang menjana pendapatan di tanah nenek moyang mereka. Sebagai sebahagian daripada gagasan Malaysia MADANI, memakmurkan mengangkat martabat negara, biarlah rakyat paling terpinggir, petani, komuniti rumah panjang, masyarakat NCR atau pemilik tanah adat turut menikmati manfaat pembangunan.
Seterusnya, peruntukan penyukatan tanah adat NCR di Sarawak. Datuk Yang di- Pertua, saya ingin menyinggung perihal penyukatan tanah adat ini di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak walaupun tanah adalah dalam bidang Senarai Negeri atau list 2, State List, Jadual Kesembilan: Ninth Schedule, Perlembagaan Persekutuan. Ini penting supaya rakyat Sarawak terutamanya dari pedalaman tidak terhalang untuk menerima dan menikmati program-program yang mensyaratkan adanya atau perlunya geran tanah.
Tuan Abun Sui Anyit
Jumlah peruntukan sehingga kini yang diberi oleh Persekutuan sejak tahun 2010, peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui program khas PKB: Program Khas Bumiputera berjumlah RM243 juta untuk penyukatan tanah NCR di Sarawak. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya peruntukan ini dijelaskan apa penggunaannya, adakah penyukatan untuk NCR sama ada seksyen 6 ataupun seksyen 18. Ini perlu dijelaskan kepada kita supaya kita mengetahui sasaran akhir peruntukan ini diberikan.
Jadi, dengan ada juga di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lepas, di mana yang masih dalam proses akhir sedang berjalan, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan RM100 juta untuk pembangunan penyukatan NCR di Sarawak dengan RM6.6 juta telah dibayar dan baki RM15 juta akan disalurkan pada tahun ini. Kalau tak silap, sama ada sudah selesai, saya pun tak pasti. Saya mohon diberi pencerahan juga.
Jumlah keseluruhan sehingga 2024 adalah RM282 juta dalam peruntukan yang disalurkan khusus untuk kerja-kerja penyukatan NCR di Sarawak. Memandangkan jumlah ini sangat besar, saya mencadangkan agar satu laporan komprehensif dibuat dan dilaporkan kepada Kerajaan Pusat sebagai pihak yang menyediakan peruntukan ini.
Cadangan seterusnya adalah peruntukan 13— RMKe13 untuk pengukuran tanah Sarawak ini. Dinyatakan di dalam RMK13 ini di mana RM140 juta disasarkan. Ini merangkumi 190,000 hektar perimeter tanah NCR dan 154,000 hektar lot-lot individu untuk diukur dan dikenal pasti secara rasmi.
Kesimpulan dan seruan. Saya menyokong penuh RMKe13 dengan syarat pelaksanaannya benar-benar inklusif dan adil. Saya juga menyeru kita di Dewan ini untuk memperjuangkan bersama-sama hak jalan raya berkualiti di pedalaman, rumah panjang moden untuk keluarga yang muda yang tidak mampu membuat rumah di pedalaman, keadilan dan pelaksanaan inap desa. Pengiktirafan NCR diutamakan bukannya pihak tertentu yang baru sahaja datang di tempat orang asal. Pelaksanaan SejaTi MADANI yang fleksibel agar tiada komuniti tercicir dan akhirnya semoga aspirasi MADANI ini dapat digapai semua rakyat, bandar mahupun rumah panjang di pendalaman dan juga komuniti yang perlu dipertahankan.
Tuan Abun Sui Anyit
Dan saya juga ingin menyentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal buli. Di mana saya mencelah kepada rakan saya semalam, di mana memang perkara ini perlu diputuskan ataupun dinoktahkan supaya apa-apa perbuatan-perbuatan yang mengganggu orang junior adalah sesuatu yang perlu dihalang.
Dan juga, saya berharap supaya dengan keadaan kita sekarang, saya percaya dengan buli yang melanda adik kita arwah Zara Qairina, ini saya percaya hanya kerana politik adalah around the corner, kita mempolitikkan sesuatu yang— bagi saya tidak sepatutnya berlaku begitu. Kerana biarlah keluarga arwah damai dalam kehilangan ini, tetapi janganlah kita terus bercakap tentang hal ini lagi, kerana ini adalah hal keluarga, hal jangan dipolitikkan perkara supaya ia tidak berterusan memberi kesedihan kepada keluarga yang terjejas.
Jadi, justeru itu, saya sangat menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini, semoga lima tahun ke depan ini saya akan melihat hasilnya seperti yang saya sudah bahaskan di sini. Janganlah sampai saya berputih mata, saya sangat berharap perkara ini akan direalisasikan. Sekian, saya menyokong RMKe13. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Abun yang begitu passionate memperjuangkan hak kaum Dayak di Sarawak.
Sekarang saya jemput Tuan Robert Lau Hui Yew.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua, untuk peluang berbahas mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Saya amat berbesar hati kerana telah diberi peluang yang kedua untuk berkongsi pandangan, pemikiran, dan cadangan mengenai hala tuju negara kita bagi tempoh lima tahun. Kali pertama ialah untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Rancangan Malaysia Kedua Belas telah dibentangkan di Parlimen pada September 2021, kurang dari empat tahun yang lalu. Ketika itu, iaitu pada 14 Oktober 2021, apabila saya meneliti semula ucapan tersebut, saya mendapati banyak isu yang saya membangkitkan masih lagi relevan hingga hari ini. Beberapa cadangan masih belum dilaksanakan.
Namun begitu, saya gembira kerana satu daripada cadangan saya iaitu Projek Kereta Api Trans-Borneo telah diberi perhatian. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan baru ini telah mengumumkan peruntukan RM7 juta bagi kajian projek tersebut. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Persekutuan atas kemajuan ini.
Namun, saya ingin mengemukakan dua soalan susulan. Satu, berapa lamakah tempoh kajian ini dan adakah sesi libat urus bersama pihak berkepentingan akan diadakan? Soalan kedua, adakah terdapat sebarang peruntukan bagi projek ini di bawah RMK13 ini? Memandangkan potensinya yang bersifat transformasi, peruntukan awal untuk kerja-kerja awal wajar dipertimbangkan.
Hari ini saya ingin mengimbas semula beberapa perkara penting daripada ucapan saya empat tahun lalu. Perkara yang masih relevan dan berkongsi pemikiran baharu khususnya dengan kehadiran ramai rakan Ahli Parlimen baharu dalam Dewan yang mulia ini.
Datuk Yang di-Pertua, refleksi terhadap perjalanan perancangan negara. Setiap Rancangan Malaysia meliputi tempoh lima tahun. Dengan pembentangan RMK13 ini bermakna kita telah melalui 60 tahun perancangan pembangunan secara berstruktur.
Namun jangan kita lupakan Rancangan-rancangan Malaya yang wujud sebelum pembentukan Malaysia. Rancangan Malaya yang kedua dari 1960 hingga 1965 terganggu oleh pembentukan Malaysia yang bersejarah dan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966.
Selepas peristiwa tragik 13 Mei 1969, rusuhan perkauman yang berlaku di Kuala Lumpur, satu penetapan semula, dengan izin, a reset telah berlaku dalam rancangan negara. Walaupun Sarawak dan Sabah tidak terlibat dalam insiden tersebut, Perintah Darurat, No. 7 dan No. 10 telah membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa eksekutif untuk mengambil alih kawalan ke atas sumber luar pesisir Sarawak dan Sabah atas nama darurat kebangsaan. Dengan izin, eventhough Sarawak and Sabah has nothing to do with the May 13th incident, and yet Sarawak and Sabah were badly affected by the use of executive power under Emergency Ordinance, not through Parliament. Our resources, oil and gas was taken away until today. Inilah permulaan Dasar Ekonomi Baru, the NEP. Inisiatif selama 20 tahun yang merangkumi empat Rancangan Malaysia. Ia mempunyai dua matlamat utama.
(i) membasmi kemiskinan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
(ii) menyusun semula masyarakat untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Sering kali hanya satu bahagian daripada naratif ini diketengahkan. Saya ingin memetik perenggan tiga daripada DEB. “Dasar Ekonomi Baru adalah berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat yang menawarkan lebih banyak peluang kepada
Tuan Robert Lau Hui Yew
semua rakyat Malaysia. Maka dalam pelaksanaan dasar ini, kerajaan akan memastikan bahawa tiada kumpulan yang akan mengalami kerugian atau berasa tersisih.” Kenyataan ini mengandungi falsafah yang amat kuat; mengembangkan saiz ekonomi supaya tiada siapa yang tertinggal. Namun secara retrospektif, banyak sasaran telah gagal dicapai. Kekayaan minyak dan gas Sarawak digunakan untuk membangunkan infrastruktur di Semenanjung Malaysia, tetapi Sarawak hanya menerima lima peratus hasil sebagai balasan.
Datuk Yang di-Pertua, selepas DEB, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), diteruskan selama 10 tahun dengan penekanan kepada pertumbuhan seimbang.
Seterusnya, muncul Wawasan 2020 di bawah Dasar Wawasan Negara sebuah aspirasi 20 tahun menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Kita semua membesar dengan Wawasan 2020. Inilah kali pertama saya benar memahami maksud dan makna sebuah wawasan sebagai seorang pemuda di sekolah. What is the meaning of vision. Ini bukan fantasi, tetapi satu tujuan, matlamat, dan impian.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Namun, apabila tahun 2020 tiba, ia berlalu begitu sahaja. Tiada sambutan, tiada rasa pencapaian. Sekadar satu lagi slogan politik yang ditinggalkan. Kitaran ini berulang dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diumumkan bersama RMK12.
Separuh pertama tempoh WKB 2030 telah berlalu, tetapi namanya hampir tidak sekarang disebut lagi. Kita sudah mempunyai banyak wawasan yang tinggi, malangnya kebanyaknya sekadar tinggal slogan kosong. Malah, bekas Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Dato’ Seri Rafizi Ramli pernah menyatakan dalam perbahasan di Dewan Rakyat bahawa rancangan RMKe13 bukanlah senarai projek, tetapi satu karangan dasar.
Namun, bagi rakyat dan Wakil Rakyat, rancangan ini diukur berdasarkan hasilnya, infrastruktur, pekerjaan, pelaburan dan kualiti hidup yang lebih baik. Ini bukan sinikal, ini pengalaman sebenar. We are still at the stage of doing very basic things, dengan izin. The grand vision, the purpose, the goal, we are still missing it sebagai satu negara. Contoh, we have so many visions the last 60 years, we are still talking about vision yang tidak sama tiap-tiap sepuluh tahun.
Malaysia perlukan wawasan jangka panjang yang sejajar. Malaysia perlukan lebih daripada rancangan lima tahun atau sepuluh tahun. Kita perlukan satu wawasan negara yang jelas di kerja dengan kesatuan dan kesungguhan. Negara-negara lain telah membukti apa yang mungkin dilakukan. Saya ambil dua contoh. Satu ialah Singapore dan sejak 1965, 60 yang lepas. Berubah dari negara Dunia Ketiga kepada negara maju dalam tempoh 50 tahun.
Dan negara China sejak era Deng Xiaoping, mengajar pertubuhan dengan fokus dan kejelasan, bukan sekadar slogan, tetapi matlamat. Stay focus, do the job slogan is not going to get us there, dengan izin. Sebaliknya wawasan Malaysia terpecah belah, wawasan yang bersaing berasaskan kaum, agama dan wilayah. Perwujudan secara tidak harmoni ini berpunca daripada sejarah penjajahan dan demografi kita yang unik.
It is an underlined problem that our country face, dengan izin, we have to face that reality, bukan isu kaum sahaja, tapi isu territory dari Sabah, dari Sarawak. Tiap-tiap Senator dari Sabah/Sarawak ada berasa yang— hati yang tidak berpuas hati with Persekutuan yang kita ada sekarang. So, these are underlined factors. So, if the rakyat tidak berpuas hati, the country will not progress. RMKe13 melakar semula pembangunan. Datuk Yang di-Pertua, tema Rancangan Malaysia Ketiga Belas ialah melakar semula pembangunan dengan tumpuan kepada pertumbuhan yang mampan, saksama dan inklusif bawah kerangka Ekonomi MADANI.
Mari kita renungkan semula sasaran RMK12. Let’s look back at RMK12. Pertumbuhan KDNK 4.5 sampai 5.5 peratus.
Peningkatan pendapatan isi rumah dari RM7,160 kepada RM10,065 dan peningkatan pendapatan negara kasar dari RM42,503 kepada RM57,882. Produktiviti
Tuan Robert Lau Hui Yew
buruh, sasaran pertumbuhan 3.6 peratus. Adakah matlamat ini tercapai di RMK12?
Namun, produktiviti saya ambil satu contoh kalau banding dengan sekarang, RMK13.
Namun, produktiviti buruh sebenar hanya berkembang sebanyak dua peratus sampai 2.4 peratus di RMK12.
Namun, kali ini di RMKe13 masih mengekalkan sasaran 3.6 peratus.
Bagaimanakah kita bercadang untuk mencapainya kali ini? Salah satu jalan penting ialah melalui penggunaan teknologi, khususnya kecerdasan buatan iaitu AI, artificial intelligence. AI bukan lagi satu kemewahan ia satu keperluan. According to McKinsey Consultancy, dengan izin, mengamalkan AI boleh meningkatkan produktiviti global sebanyak 1.5 peratus setahun, dengan nilai antara USD2 sampai USD4 trilion.
Every year it can increase productivity. How are we go on to ride on that? Malaysia mesti bertindak pantas, we have to act and act fast, dengan izin.
Datuk Sri Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus menjelang 2030 sambil mengekalkan nisbah hutang negara bawah 65 peratus daripada KDNK. Namun, kita kini hampir mencapai had itu.
Beberapa bank pelaburan menjangkakan hutang kita telah melepasi RM1.33 trilion sekarang.
Saya ingin bertanya. Nombor satu, apakah unjuran hutang Persekutuan menjelang 2030? Kedua, apakah anggaran kadar pertumbuhan KDNK yang digunakan?
Ketiga, bilakah bajet akan benar-benar mencapai keseimbangan? When are we going to have a balance deficit— a balance budget? Since 1990, we haven’t have one, dengan izin. Without achieving balance budget, we are not going to make much impact. Soalan nombor empat, berapa banyak lagi pinjaman yang akan dilakukan sebelum matlamat itu tercapai? That is how much loan will we have to carry until we achieve balance budget? Dunia yang berubah, adakah Malaysia bersedia merebut peluang? Sejak 2020, dunia telah berubah secara drastik. COVID-19 mengubah peraturan tadbir urus, pekerjaan dan daya tahan negara. Namun, kita nampaknya kembali kepada sikap sambil lewa sebelum pandemik. Sementara itu, perdagangan bebas hampir mati, the free trade is over, dengan izin, and perang tarif kembali muncul. Tariff wars are back. Bilateralism mengatasi multilateralism. Nasionalisme semakin meningkat.
Negara-negara maju kini melindungi kekayaan sendiri, bukan membantu negara sedunia. So, we are looking and facing a very different and very selfish world. Di negara yang paling— ekonomi yang terbesar: kita ini ada satu phrase iaitu Pax America— is the era of Pax America. Sekarang tidak jadi Pax America, sekarang jadi Tax America. Jaga sendiri sahaja. So, what are the rest of the small economy going to do, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua
Daripada Pax America, jadi *Tax America.
[Ketawa]*
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya, no more Pax, it is Tax America. Change P to T and look after yourself. Kita kini membayar tarif sebanyak 19 peratus kepada ekonomi terbesar dunia, that Amerika Syarikat demand kita bayar 19 peratus untuk eksport barang kita pergi Amerika. Sebaliknya, untuk import dari Amerika, kita yang orang tidak besar, we are not a rich country, zero tax.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Kalau fikir itu, memang ini satu kes yang tidak berseimbang.
Seorang Ahli
Buli, buli.
Tuan Robert Lau Hui Yew
It’s a case of bully. Classic case of bully, tapi kita yang lebih lemah. Kita terpaksa cakap.
Timbalan Yang di-Pertua
Buli, buli, negara buli negara.
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
The weak cannot complain too much. So, the only way is built up your own muscle and compete.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh sedikit mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua
YB Hussin nak mencelah.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya. Yang Berhormat boleh.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Yang Berhormat Robert.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya lama juga fikir benda yang ini. Kenapa seluruh dunia, dia membiarkan dirinya dibuli oleh satu negara? Amerika. Negara, sekejap.
Negara-negara yang lain seperti Kanada, sekarang bertindak sangat agresif. Menolak produk Amerika, tetapi negara-negara yang lain sampai melutut kepada Amerika, walhal Amerika sangat bergantung kepada negara-negara lain untuk maju, tetapi oleh kerana jiwa kecil negara-negara lain di seluruh dunia menjadikan Amerika menjadi pembuli utama dunia.
Dia membuli menggunakan Israel. Membuli Gaza dan orang lain semua membiarkan. Hari ini dia membuli dunia seluruhnya dan semua tunduk dengan dia. Apa solution Yang Berhormat boleh fikirkan?
Timbalan Yang di-Pertua
Saya takut besok nanti, kedutaan Amerika hantar surat protes.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Ya. Silakan. Saya pun bersetuju gitu.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Banyak para akademik ada buat study-lah untuk dia rasional kenapa ini. Memang satu negara, bukan negara sahaja, satu orang yang berkuasa. Kalau dia rasa dia sudah di, *face of threat, they were pushed to, they will defend.
They will fight you back*.
Sekarang, Amerika Syarikat berfikir dia sekarang akan, tidak dapatkan compete lagi sekarang, ekonomi dunia. Negara China is coming up. So, they have to take action now. Built up wall, defend. Itu ialah satu caranya ialah okay, I am not going to give you anymore benefit. Everything is me first, ialah that will be one explanation-lah.
Timbalan Yang di-Pertua
Dasar lain.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Kalau dapat satu orang buat buli sebab dia ada kuasa, itu orang lebih pandai kah atau lebih, they got, ada satu skil. Saya tidak. So, saya ada kuasa. So, I will use that to my advantage now. Itulah dia.
Timbalan Yang di-Pertua
Nama dia, nama dia might is right.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Might is right. So, di dunia antarabangsa memang tidak ada satu universal law, tidak ada undang. It is the might. Kita cakap, why is America so powerful? Sebab dia ada seventh fleet di seluruh dunia. Dia ada askar, dia ada: all over the world. Siapa dapat cakap apa-apa untuk tentang Amerika yang buat tidak betul, dia ada kuasa. Whatever he do, is right.
[Ketawa] Ya. That is the value of power. So, what do we do as a country, small country? We have to build up our own strength. Cari satu strategi where we can fight our corner, tapi jangan gaduh tiap-tiap kali sama kuasa yang besar.
Don’t get their attention too much, but build up your power. Satu, kalau kita tengok jiran kita di Singapura, Singapura enjoy takrif yang paling rendah di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat. Kita tanya kenapa, Singapore bukan satu negeri ekonomi yang besar, tapi dia relationship sama Amerika Syarikat sangat- sangat bagus sebab dia tahu itu ialah *big boss.
[Ketawa] Number one dot. So*, jangan kacau dia. Work with him. So, itu dia cara survival set in already. Ya. Okey, saya teruskan lagi. Ada banyak lagi. Sementara perancangan...
Timbalan Yang di-Pertua
YB, sekejap, ya.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua
Kerana masa nak sampai 5.30 sekarang. Saya terpaksa baca apa ini...
Tuan Robert Lau Hui Yew
Okey, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua
...Usul ini— peraturan mesyuarat ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(5), saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan tangguhkan sehingga selesai semua pembahas pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 Ogos 2025.
Sila YB Robert. Teruskan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Dah?
Timbalan Yang di-Pertua
Tak ramai orang yang nak, nak berbahas mengenai senario geopolitik dunia.
Tuan Robert Lau Hui Yew
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Sebab itu saya, sebab itu saya, saya berikan...
Tuan Robert Lau Hui Yew
Kasi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua
...Peluang kepada YB Robert untuk mengulas lagi.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Okey. Saya sekarang berbahas hal tentang Malaysia ekonomi. Malaysia terlalu bergantung kepada dua angsa emas fiskal. We are too relying on two golden geese to lay the— two geese to lay the golden eggs, dengan izin.
Satu ialah minyak dan gas, oil and gas. Ini ialah satu sumber terhad dan extractive dan kedua ialah minyak dari kelapa sawit. Sumber boleh diperbaharui, tetapi memerlukan usaha keras dan kelestarian.
Minyak pertama ialah oil and gas dari sumber terhad iaitu angsa emas yang disalah letak. Ini ialah minyak dari Sarawak. Antara tahun 1970 hingga 1985, eksport petroleum meningkat hampir 29 peratus setahun, kebanyakannya dari Sarawak. Pada masa yang sama, industri getah dan timah merosot. Sarawak telah mengorbankan sumbernya demi pembangunan negara.
Namun, kini Sarawak mencatat pertumbuhan KDNK terendah di negara ini, hanya 0.9 setahun di RMKe-11. PETRONAS sering digambarkan sebagai angsa emas, tetapi angsa itu ialah Sarawak. PETRONAS cuma hanya mengumpul telur. PETRONAS is just collecting the golden eggs. It is not the geese dengan izin.
[Ketawa] Saya guna itu contoh yang betul kah?
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Dewan yang bukan dari Sarawak, setuju?
Tuan Robert Lau Hui Yew
Bersetuju ya.
[Ketawa] Sabah juga ya. Mengapa gas dari Sarawak dieksport? Manakala gas dari Semenanjung digunakan untuk industri dalam negara? Semua gas asli dari Sarawak dieksport oleh PETRONAS tapi gas dari Terengganu, semua diguna di Semenanjung Malaysia untuk industri. Why, kenapa?
Sarawak kini menuntut kembali angsa emasnya untuk membangunkan ekonomi dan infrastruktur di Sarawak. Itu tidak salah. Itu memang patut, sekarang mesti buat oleh Kerajaan Persekutuan.
PETRONAS telah memperoleh lebih RM1 trilion di dalam 40 tahun. RM1 trilion, profit. Soalan saya ialah bagaimanakah kekayaan ini digunakan? Saya ada satu cadangan. It is a lot, a lot of— RM1 trilion dan kalau kita banding negara kita sekarang ada itu debt, national debts, borrowing, 1.3 trilion. Sudah menerima RM1 trilion, tapi hutang orang RM1 trilion. Satu bajet. What when wrong? Saya mencadangkan satu penubuhan Suruhanjaya Diraja dibentuk, satu Royal Commission to look into this issue, menyiasat bagaimana PETRONAS membelanjakan
Tuan Robert Lau Hui Yew
keuntungan RM1 trilion dan juga mencadangkan reformasi bagi menambah kelulusan, keadilan dan akauntabiliti dalam pembahagian keuntungan kepada negeri pengeluaran minyak.
Dan satu isu lagi ialah sekarang kita ada nadir bumi, dengan izin iaitu rare earth dan pengajaran daripada minyak dan gas. Estimate nadir bumi, dia punya value di negara ini ialah sampai RM1 trilion juga. So, we have another angsa emas lagi.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Kita akan buat cara sama PETRONAS atau we have to do a better job kali ini.
Sekarang— kita ada dengar cadangan dari Dewan Rakyat dan pun dari industry player, cadangan supaya satu entiti nasional ditubuhkan seperti PETRONAS untuk mengurus industri nadir bumi. Walaupun niatnya mungkin ia baik, kita tidak boleh mengulangi kesilapan yang lalu sebagai PETRONAS. Penubuhan PETRONAS secara unilateral. Saya guna unilateral sebab saya di hadapan saya cakap, kenapa Kerajaan Persekutuan guna Darurat 1969 untuk mengambil tanah dan offshore tanah dari itu...
Timbalan Yang di-Pertua
Pesisiran pantai.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Pesisiran-pesisiran laut. Kenapa guna satu kuasa dalam darurat untuk mengawal satu insiden di KL, kenapa, ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Luka masih dalam lagi YB?
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Luka masih dalam lagi walaupun sudah 60 tahun?
Tuan Robert Lau Hui Yew
Masih.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
[Ketawa] Pengalaman sukar yang dilalui negeri- negeri pengeluar minyak tidak wajar diulang. Pengurusan sumber nadir bumi mesti dilakukan secara telus, inklusif dan adil terutamanya kepada negeri-negeri yang memilikinya. Kali ini ialah negeri Pahang yang ada banyak nadir bumi. *So, it is an issue.
We have to look at it seriously and make sure we don’t make that same mistake again,* dengan izin. Terima kasih.
Datuk Yang di-Pertua, minyak kelapa sawit. Itu ialah satu lagi angsa emas kita.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Datuk, sebelum pindah tajuk.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Oh.
[Ketawa]
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Boleh saya tambah satu lagi? Mohon pencerahan dan pandangan Yang Berhormat Robert.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Boleh, kalau cukup masa.
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Masa sudah habis, tapi nampak Yang di-Pertua masih lagi memberi izin. Bicara tentang petroleum. Dia diikat oleh Petroleum Act: Akta Petroleum 1974 dan dengan akta itulah negeri-negeri pengeluar minyak ini, sehingga ini adalah antara negeri-negeri termiskin.
Tahun 2003, saya dimaklumkan oleh PETRONAS, Terengganu sahaja mengeluarkan 56 peratus daripada minyak, bukan gas, minyak negara, tetapi Terengganu masih di ranking paling bawah bersama-sama dengan sahabat-sahabat pengeluar minyak yang lain; Sarawak, Sabah mahupun Kelantan.
Hari ini keluar lagi angsa emas: “angsa bertelur emas ketiga”, REE dan Terengganu di antara sumber deposit REE, antara yang terbesar. Apakah akan berlaku lagi satu Akta REE 2025 atau 2026 yang bakal menjadikan negeri-negeri yang pengeluar- pengeluar utama ini kekal terus miskin, tetapi nilainya trillion of ringgit akan dikaut untuk— tak boleh nak sambung. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Itu bukan untuk saya jawab. Itu mesti kasi Menteri jawab kenapa hal ini terjadi ya.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
YB, YB masukkan...
Tuan Haji Hussin bin Ismail
Saya tumpang soalan YB.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Ucapan YB Hussin sebagai ucapan YB.
Tuan Robert Lau Hui Yew
[Ketawa] Boleh, boleh tumpang. Nanti kasi Menteri hadir sini menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Lau, Datuk Leong dah tunggu itu untuk buat ucapan sulung dia sebagai pembahas yang terakhir.
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Oh, dia punya maiden speech ya.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua
Jadi, kalau boleh YB gulung, gulungkan.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Okey. Kalau ini, saya skip hal berbahas kelapa sawit.
Itu saya boleh kasi simpan di ucapan Bajet 2026. Okey.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Kita seating di Novemberlah, sudah tidak lama lagi.
Okey, isu yang terakhir saya akan membangkitkan petang ini ialah tentang mempertingkatkan pendapatan hidup melalui pertanian komersial. Sektor pertanian mesti menjadi tunggak ekonomi.
Dalam ucapan saya semasa perbahasan RMK12, saya menyatakan bahawa 7.4 peratus daripada KDNK Malaysia pada tahun 2020 datang daripada sektor pertanian, menurun daripada 8.3 pada tahun 2015. Jadi, RMK11 ialah 8.3, RMK12 ialah 7.4 peratus.
Soalan saya ialah apa dia sekarang? Dari pertanian, dari segi industri pertanian di seluruh industri, what is the percentage untuk RMK13? Kita tengok tiap-tiap RMK dia ada turun.
Kali ini ada turun ke atau naik.
Kita mesti merancang jauh, melangkaui tempoh lima tahun dan yang lebih penting, kita mesti melaksanakan apa yang dirancang. Retorik tanpa tindakan tidak akan mengubah kehidupan mereka. Kalau boleh kasi saya dua, tiga minit untuk refer satu buku.
Pagi saya baru pergi Pustaka Parlimen, pinjam satu buku. Saya duduk sini baca. It’s very interesting.
Timbalan Yang di-Pertua
YB seorang sahaja yang saya tahu yang pergi perpustakaan dan pinjam buku di Parlimen.
[Ketawa]
Tuan Robert Lau Hui Yew
Tiap kali saya pinjam dua, tiga untuk— ini satu buku Malaysia, British-Malaya-Am Economic Analysis.
[Sambil menunjukkan sebuah buku] Ditulis, di-publish tahun 1955. Ini ialah edisi kedua, *just read the conclusion. Why our agriculture is not working? It’s very interesting.
He said, “Malaya’s economy is not on sound basis because it is entirely dependent upon two major commodities* di tahun 1952, *rubber and tin. Since these two products are produced wholly for export fluctuation in world demand over which Malaya has no control, affects the economic well-being tremendously”.
He is talking about, “The British Administration in Malaya cannot fail to understand that a most unhealthy states of affair rises from the lack of a balance in economy. Even before rubber trees were planted in any substantial numbers, British officials have suggested that encouragement of rice cultivation. So as to meet the increase in demand that is needed because of the increase of immigrants, the Chinese and the Indians are coming into Malaya. The tremendous profit brought by rubber doomed any attempt along this line of planting more rice for the local people. Planters, instead of raising more rice,*
Tuan Robert Lau Hui Yew
frequently abundant their old commitment so as to plant more rubber.” This shift issue— so, that is a fundamental shift in this— in how the economy of Malaya even at that time. Petani tidak mahu menanam padi sebab getah lebih untung banyak dan perintah punya kerajaan tidak buat satu program or strategi to counter this. That’s specifically what we are saying. Here he says that, “Despite all thoughts about a balance economy, the two industries, so dominate the whole export trade that other item of export are comparatively insignificant.” Ya, *there’s a lot more to read.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua
Tak apa, tak apa. Saya rumuskanlah. Maknanya, dari dulu pun ada masalah keterjaminan makanan di Malaysia. Sebab itu, kerana kemasukan banyak imigran daripada China dengan India, Kerajaan British pada ketika itu nak petani tanam beras supaya memberikan makanan kepada jumlah penduduk yang akan meningkat, tapi mereka lebih suka untuk meninggalkan penanaman padi dan menanam cash crop dia panggil, tanaman getah dan kelapa sawit yang boleh memberikan lebih banyak lagi sumber, sumber wang.
Timbalan Yang di-Pertua
Maknanya dia yang merupakan penanaman pertanian yang lebih komersiallah yang memberikan banyak pulangan daripada menanam padi yang sepatutnya bertujuan untuk meningkatkan lagi sumber makanan di negara kita. Itu yang saya dengar tadi daripada apa YB baca tadi.
Tuan Robert Lau Hui Yew
Ya, issue on food security sudah dibentangkan di masa itu. Now even more critical, more. Dari experience yang— kalau kita dengan naratif di Semenanjung Malaysia sini, tidak banyak di Sarawak Sabah, banyak pemimpin sini ada cakap hal PETRONAS dan PETROS. Banyak ada bersuara, “Why is Sarawak demanding so much? Want to take away things from PETRONAS. We are going to kill the goose that lay the golden eggs.” Kita ada dengar ini bersuara.
This is a reflection that negara kita masih relying on sumber asli, the natural resources. Kita belum— how do you say, move on to something more productive, more efficient. Sama masa yang disenaraikan di buku ini. Dulu Malaya relied on getah dan timah. Without that we cannot survive. Sekarang, PETROS mahu ambil balik kuasa menjadi sole aggregator, kita mendengar banyak bunyi dari sini.
Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi pun ada cakap ini. We have to protect PETRONAS. My question is after 60 tahun, masih rely on what nature gives us, not from what we can do on our own. Itu ialah masalah negara kita.
Last issue sini ialah hari ini saya ingin membangkitkan satu isu khusus dan membuat satu permintaan khusus. Lebih 120 tahun lalu di bawah pemerintahan Raja Putih Kedua, Charles Brooke. Kerajaan Sarawak telah memulakan pembangunan lembangan Sungai Rajang sebagai kawasan pengeluaran makanan utama. Still on the issue of pertanian. Food security.
Charles Brooke sudah ada satu rancangan untuk kawasan di Sungai Rajang, sekeliling jadi food basket untuk kingdom dia, Sarawak di masa itu. Kawasan ini di antara Sungai Rajang, Sungai Igan, dan Sungai Lebaan yang berpusat di sekitar Sungai Bidut telah dikenal pasti sebagai zon pertanian utama.
Tidak lama kemudian, ia dikenali sebagai ‘bakul makanan’ Sarawak meliputi beberapa ribu ekar. Namun dalam tempoh 30 hingga 40 tahun kebelakangan ini kawasan ini sering dilanda banjir yang semakin kerap dan semakin buruk. Hari ini kebun-kebun sayur kerap ditenggelami air setiap kali hujan lebat berlaku terutamanya ketika air pasang besar.
Puncanya ialah tebatan yang dibina pada tahun 1970-an tidak pernah dinaik taraf.
Pintu air, dengan izin, flood gate dalam keadaan rosak atau usang dan pemendapan lumpur di muara sungai-sungai kecil dan parit tidak dibersihkan secara berkala. Jabatan Pengairan dan Saliran, iaitu DID or JPS telah mengemukakan cadangan mitigasi banjir
Tuan Robert Lau Hui Yew
untuk kawasan Sungai Bidut. Cadangan itu merangkumi mendalamkan parit tanah, mengukuhkan sistem tebatan, memasang pintu air moden dan membuka jalan akses baharu. Kos anggaran projek ini ialah RM58 juta.
Soalan saya ialah adakah cadangan ini telah sampai ke peringkat tertinggi untuk membuat satu keputusan? Adakah ia akan dimasukkan di dalam— dimasukkan dan diluluskan di bawah rancangan RMKe13? Ini saya buat satu— made only one request untuk lima tahun ini. Itu sahaja. Saya mengucap terima kasih untuk peluang membahas rancangan RMKe13. Dengan ini saya sokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih, YB Lau. Saya berikan masa tambahan tadi kerana ucapan YB Lau selain daripada memperjuangkan MA63, MA63, tetapi juga mempunyai isi yang membawa isu geopolitik dan juga ekonomi dan juga visi dan masa depan negara. Itu yang menyebabkan ucapan YB Lau tadi cukup menarik. Cuma saya harap pada masa akan datang tolong kurangkan penggunaan bahasa Inggeris [Ketawa] Untuk tadi saya benarkan, tetapi akan datang kalau boleh YB Lau, kurangkan penggunaan bahasa Inggeris dalam Dewan ini ya. Baik, terima kasih.
Baik, kepada pembahas kita yang terakhir pada hari ini, Datuk Leong Ngah Ngah.
Ucapan sulung, dipersilakan.
Datuk Leong Ngah Ngah
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan untuk memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe13. Saya nampak kualiti dan mutu ucapan daripada Senator yang berkenaan adalah bermutu tinggi. Bukan sahaja kita suruh orang pandang Timur macam dulu, Tun Mahathir.
Hari ini kita nampak ada cadangan untuk nampak Singapore, nampak India, tetapi jangan lupa juga, nampak China juga.
Dalam 20 tahun ini, China sudah muncul menjadikan satu negara yang maju dan ekonomi yang kuat. Terima kasih juga kepada pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada saya sebagai Senator dan diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasihlah sebab ada peluang untuk berucap di sini untuk kita sampaikan apa yang kita hendak supaya kita dapat bantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membawa Malaysia ke satu tahap yang cukup tinggi untuk membangun negara dan satu negara yang berbilang kaum.
Terima kasih juga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang sentiasa rapat dengan rakyat, prihatin dengan rakyat, berjiwa rakyat. Pisah tak mahu.
Itulah Baginda Sultan Pahang yang berada pada hari ini. Baginda tak kira orang miskin ataupun orang kaya, tak kira orang politik, parti pemerintah, ataupun parti pembangkang.
Masa saya yang termiskin menjadikan seorang ahli pembangkang, baginda tak kira itu pun dikurniakan saya, Datukship. Terima kasih sangat. Inilah baginda yang ada di negeri Pahang.
Terima kasih juga kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang sanggup menjaga rakyat petani, menjaga pengusaha asal di kawasan lahir saya, Teriang, yang mana — ada kebun yang diterokai hampir tiga generasi. Akhirnya, kementerian ini telah memberikan kebenaran untuk rakyat sana untuk menyewa tanah yang terlibat.
Datuk Leong Ngah Ngah
Ini mendatangkan keuntungan kepada semua pihak, termasuk kerajaan dan pengusaha asal. Inilah yang kita kena jaga dan kena berikan perhatian. Dan terima kasih kepada kerajaan yang cukup bagus. Saudara Tuan Speaker, ada satu dilema yang sedang berlaku di Bera, Triang, Pahang. Sungguh derita yang akan diumumkan oleh saya dan saya sempat untuk menyuarakan perkara ini.
Datuk Leong Ngah Ngah
Kadang-kadang orang sudah kelam kabut, apakah itu penceroboh? Apakah itu pengusaha asal? Penceroboh maksudnya, orang buka hutan secara tanpa kebenaran, tetapi bagi orang di Triang, di Paya Lang haknya, orang sudah menduduki kawasan itu sejak 60-an. Tak lama sahaja selepas merdeka Malaysia. Mereka digalakkan tanam padi di Paya Lang, Triang. Mereka usaha untuk membantu kerajaan dan kerajaan pun baik buat masa itu untuk meningkatkan perparitan di Paya Lang, Triang, Pahang. Mereka menjalani projek. Pertama, malangnya gagal. Paya jadikan kering. Tak boleh lagi usahakan padi.
Kerajaan terus berusaha melaksanakan projek yang kedua. Malangnya, kedua- dua projek itu gagal. Apa yang boleh mereka buat? Pengusaha asal, mereka memiliki TOL walaupun bukan hak milik. Apa yang mereka boleh lakukan? Tempat cari makan, tanam padi sudah kering, tak boleh tanam padi. Apa yang mereka mahu buat? Akhirnya, mereka terpaksa tanam keladi. Tak lama sebab buat masa itu tak dapat rawati jangkitan sakit keladi buat masa itu. Jadi, tak boleh cari makan, tak boleh hidup juga. Mereka tidak ada pilihan. Mereka tanam kelapa sawit. Sebab tidak ada pilihan. Ada anak, ada cucu, ada ibu bapa, kena hidup. Kena cari makan. Jadi, mereka tanam padi, tak jadi. Tanam kelapa sawit.
Usaha mereka daripada generasi pertama ke generasi ketiga. Mereka mohon walaupun ini libat dengan hak kerajaan negeri tapi tidak dalam satu keluarga. Kerajaan MADANI yang boleh membantu. Jadi, tanam kelapa sawit daripada generasi satu dan ketiga, tetapi tak dapat kelulusan. Hak milik tak dapat dibagikan. Malangnya baru-baru sahaja, rakyat minta tiga ekar tak dapat, tapi syarikat besar minta ribu-ribu ekar, dia dapat.
Lepas dia dapat kebenaran, dapat pajakan, dia masuk terus keluarkan hasil. Apa terjadi dengan pengusaha asal? Mereka yang cari makan. Kena jaga cucu, anak, ibu bapa. Tiba- tiba pendapatan mereka terhenti. Itu dilema yang saya akan suarakan. Itu bukan libatkan satu, dua keluarga, hampir 300 keluarga yang terlibat.
Jika masukkan lagi kawasan yang lain, Ulu Mengkarak, berhampiran. Keadaan yang sama juga, telah juga dirampas oleh syarikat besar. Saya percaya sebagai manusia, kita susah nak terima hakikat ini. Oleh sebab saya dapat kebenaran untuk— kesempatan untuk bersuara ini, saya dapat juga: saya minta juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Menteri berkenaan dapat campur tangan untuk selamatkan pengusaha asal.
Bukannya penceroboh. Pengusaha asal.
Mereka mula-mula ditarik untuk masuk ke kawasan itu untuk tanam padi buat masa itu. Tak ada pilihan, baru tanam kelapa sawit. Tidak ada pilihan, tapi sara hidup kena dilanjutkan. Anak cucu kena makan. Oleh sebab satu topik sahaja yang saya akan sampaikan dan saya harap Kerajaan MADANI kita ini dapat menghargai semua pihak, khasnya pengusaha asal. Yang dalam pembangunan Malaysia, mereka sudah korban diri sendiri untuk mendatangkan kekayaan dan kemakmuran negara. Dan harap cara hidup mereka tidak dapat diputuskan. Itulah yang saya harap kan.
Oleh sebab masa yang singkat dan saya ucapkan terima kasih semua Senator, termasuk Yang Berhormat Speaker yang membenarkan kita ucap dalam Dewan ini. Saya percaya dengan usaha semua pihak, mutu Senator yang berkenaan, yang dapat berucap.
Kita akan sampai satu tahap bahawa Malaysia akan maju, membangun, tapi jangan lupa orang miskin, pengusaha asal yang telah berkorban untuk negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua
YB Manolan? Tak sempat. Dato' Leong dah tutup dah ucapan.
[Ketawa] Dato' Leong nak sambung juga? Nak bagi peluang kepada YB Manolan untuk mencelah?
Dato' Leong Ngah Ngah
Jika Yang Berhormat Senator yang tanya apa pun, saya terima jika...
Tuan Manolan bin Mohamad
Okey, boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, saya benarkan YB Manolan untuk mencelah.
Tuan Manolan bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Leong.
Timbalan Yang di-Pertua
Orang Pahang ini.
Tuan Manolan bin Mohamad
Orang Pahang. Untuk makluman Datuk Yang di- Pertua, YB Dato' Leong ini saya kenal semasa saya sekolah rendah lagi. Dah lama. Ini orang pembangkang— masa itu pembangkang, tetapi dia pembangkang yang menolong rakyat semua. Tak pernah kalah dalam pilihan raya. Saya ingat dah tujuh penggal, lapan penggal, Dato' ya.
Okey Dato', soalan saya Yang Berhormat. Saya memang mendengar apa yang Yang Berhormat sebut tadi. Saya tahu juga perkara itu, tetapi kalau kita tengok orang miskin, apa pandangan Yang Berhormat? Bila kita sebut orang miskin, tinggal lama di situ dan dia mohon tanah tersebut, tak dapat. Akhirnya, tanah tersebut telah diambil.
Di Pahang ini juga ramai orang miskin, tanah mereka yang dah diambil dan kalau kita tengok, saya menerima banyak dalam WhatsApp yang hantar kepada saya, ramai di kalangan orang asli juga yang memang mereka tinggal di situ bergenerasi-generasi, tetapi tanah mereka itu masih tanah kerajaan, “tanah kerajaan”. Sedangkan mereka dah tinggal lama di situ, bergenerasi. Mereka dihalau daripada kampung tersebut. Kadang-kadang samseng telah dihantar untuk mengganggu mereka, sehinggakan polis datang untuk menenteramkan keadaan. Ini seolah-olah seperti kita menghalau pendatang yang bukan rakyat Malaysia. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini, khusus di negeri Pahang ini?
Timbalan Yang di-Pertua
Ini YB Manolan merujuk kepada penceroboh ya?
Tanah-tanah yang YB Manolan sebut tadi. Dato' Leong.
Dato' Leong Ngah Ngah
Terima kasih Yang Berhormat, dapat sampaikan pandangan sama dengan saya. Apa yang kita boleh buat? Pandangan saya sama sahaja.
Rakyat yang rajin usaha, menjayakan tanah, timbang untuk memberikan pajakan pun, sewa pun, macam Kementerian Sumber Asli. Dia sanggup beli. Mereka sanggup bayar.
Walaupun sekarang bayaran tinggi, tak apa. Sama-sama boleh hidup. Kerajaan dapat pendapatan, mereka boleh hidup. Sama juga kawasan orang asli. Jika mereka berjaya, mereka memohon, apasal tak bagi? Itu hairan. Itu cukup hairan tapi mengapa syarikat besar, cukup kaya. Tak tahu langsung pun pertanian. Tak tahu langsung pun.
Mohon, dapat. Bukan dapat tiga ekar. Kita minta tiga ekar, mereka dapat ribu-ribu ekar.
Itu yang sakitkan hati sebagai seorang wakil rakyat, termasuk daripada kawasan saya juga dulu, Senator menghadapi masalah yang sama.
Dato' Leong Ngah Ngah
Oleh itu saya katakan, jika kerajaan negeri tak dapat buat, kemungkinan dia ada kesusahan, tapi macam manapun, kita dalam satu keluarga. Kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, satu keluarga. Kerajaan Persekutuan, dapat kita bantu memastikan orang susah, termasuk orang asli, termasuk orang kampung, tak kira siapa. Cina, Melayu, India, atau pun asli, yang mampu, yang boleh buat kerja, yang boleh keluarkan hasil, biarkan mereka usahakan terus kemudian bagi kebenaran.
Atau pun denda, tak apa. Denda pun tak apa. Jadi kelulusan dibagikan. Itulah yang sangat menderita pada hari ini. Orang usahakan tiga generasi tanam kelapa sawit tiba-tiba disuruh berhenti, macam saudara Senator katakan suruh dikeluarkan kawasan, macam sama saja. Usahakan tanah kelapa sawit, bergenerasi ketiga, tiba-tiba orang kaya masuk, “Eh, saudara, awak tak boleh masuk lagi, jika awak masuk akan dianggap sebagai penceroboh.” Lagi teruknya pencuri. Tanaman saya tanam, akhirnya saya dijadikan pencuri. Itulah yang buat kita tidak puas hati. Yang buat kita susah, termasuk Senator, kawasan saya saat itu.
Oleh Itu, sebab saya sampaikan perkara ini dan harap Kerajaan MADANI, Kerajaan Persekutuan dapat campur tangan. Membuatkan satu-satu langkah pendekatan supaya kita untungkan semua pihak. Jangan rugikan pihak pengusaha, tapi untungkan sahaja pihak syarikat yang besar. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Dato’ Leong. Satu ucapan sulung yang— YB Wu nak mencelah. YB Wu nak mencelah.
Dato’ Wu Him Ven
Okey. Mengenai pengusaha yang di Triang itu, banyak susahlah. So, kita, apa langkah YB akan cadangkan kerajaan tempatan atau kerajaan negeri boleh melindungi mereka? Okey.
Timbalan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Dato’ Leong Ngah Ngah
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sudah usaha. Sudah dekat satu tahun kita usaha. Kita minta dua-dua pihak berundinglah, runding. Cari jalan yang sesuai supaya pendapatan mereka tidak henti. Runding, runding, akhirnya yang jadikan mangsa adalah pengusaha asal. Itu yang dalam tahap dan kemampuan yang saya boleh buat. Saya gunakan cara yang terbaik sekali. Terbaik sekali.
Jangan sakitkan hati sesiapa, asalkan mereka dua-dua pihak boleh hidup. Akhirnya, dilema masih terjadi. Itulah sebab jalan, tiada jalan lagi, saya terpaksa usaha di sini, terpaksa ucap di sini. Semoga Kerajaan Persekutuan dapat campur tangan dan bantu.
Timbalan Yang di-Pertua
Tak ada pencelahan lagi ya? Dato’ Leong dah selesai ucapan ya?
Dato’ Leong Ngah Ngah
Sudah.
Timbalan Yang di-Pertua
Okey, baik.
[Ketawa] Terima kasih Dato’ Leong kerana telah memberikan ucapan sulung yang saya rasa menyentuh isu kepentingan peneroka di kawasan Triang di Pahang. Saya sendiri pun tidak maklum mengenai isu tersebut dan terima kasih atas pencerahan yang telah diberikan oleh Dato’ Leong kepada kita di Dewan pada hari ini. Jadi, tahniah dan terima kasih.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 Ogos 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.04 petang]