Mar202025

Katalog Hansard

Dewan Negara
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Rosni binti Sohar.

final • 10:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Datuk Rosni binti Sohar minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah institusi atau bidang baharu yang dapat kerajaan terokai untuk dijadikan sebagai sumber perolehan negara seperti PETRONAS sebagai golden goose tanpa melibatkan sumber pendapatan berorientasi percukaian kepenggunaan daripada rakyat.

final • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih, Dato Yang di- Pertua. Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan rasionalisasi perbelanjaan. Keduanya, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu dan ketiganya, melaksanakan reformasi struktur ekonomi.

Dalam hubungan ini, keutamaan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk mempercepatkan pembangunan sumber pertumbuhan baharu yang berpotensi menjadi pemacu sumber perolehan negara. Penekanan akan diberi untuk mereformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi bagi mengukuhkan pertumbuhan serta meningkatkan daya saing dan produktiviti.

Kerajaan komited untuk meneroka bidang baharu yang mampu meningkatkan pendapatan negara. Ini termasuklah mengenal pasti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan agensi-agensi lain yang berpotensi untuk menyum bang kepada hasil negara seperti peranan yang dimainkan oleh Petronas sekarang.

Bagi tempoh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, pendekatan yang diambil termasuklah usaha untuk melonjakkan lima industri yang mempunyai potensi pertumbuhan dan nilai yang tinggi, dengan izin, high-growth-high-value (HGHV). Lima industri HGHV tersebut ialah industri berasaskan peralihan tenaga, industri berasaskan teknologi dan digital, industri E&E bernilai tinggi, industri nadir bumi serta industri pertanian dan industri asas tani moden yang dijangka dapat memacu pertumbuhan dalam sektor ekonomi yang berkaitan.

Selain itu, penekanan turut diberi untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor- sektor strategik, termasuk aeroangkasa, elektronik dan elektrik, farmaseutikal, peranti

final • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

perubatan, industri kenderaan elektrik, industri kreatif, pelancongan, perkhidmatan global, perkhidmatan halal, biojisim dan juga aktiviti pertanian pintar dan moden yang dijangka akan menjana pelaburan-pelaburan baharu.

Tumpuan akan diberi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berasaskan teknologi termaju dalam industri HGHV ini bagi menggalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan yang kompleks. Ini termasuk pelaksanaan projek berkaitan semikonduktor seperti yang diumumkan baru-baru ini, yang melibatkan am. Projek-projek berterusan yang berkaitan dengan pusat data serta projek yang strategik dan berimpak tinggi, termasuklah yang akan dibentangkan di Dewan ini, saya ingat minggu depan, yang berkaitan dengan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar yang bersepadu dan bersesuaian diteruskan dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang sedang dimuktamadkan supaya kita akan dapat terus melonjakkan ekonomi negara ke arah rantaian yang lebih tinggi dan kompleks.

Yang itu akan dapat mengurangkan pergantungan kerajaan kepada hanya satu atau dua hasil pendapatan sahaja dan RMKe-13 akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu tadi dan ini akan memberi keanjalan kepada kerajaan untuk memilih cara yang terbaik supaya kita secara berterusan dapat mengimbangkan keperluan fiskal negara dan juga untuk mengurangkan beban percukaian kepada rakyat. Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Rosni binti Sohar

Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, sejauh manakah pemindahan teknologi dalam bidang semikonduktor dan AI berjaya dilakukan ke atas pemain tempatan dan adakah pemindahan teknologi ini mampu membolehkan Malaysia mempunyai sebuah syarikat seperti NVIDIA yang diharapkan dapat menjadi golden goose dengan izin, yang baharu seperti PETRONAS? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Puan Senator. Kalau kita lihat kepada potensi yang ada di negara Malaysia untuk menjadi pemain utama dunia dalam industri-industri berteknologi tinggi, contohnya semikonduktor termaju, sebenarnya Malaysia di rantau Asia ini adalah antara negara yang paling awal terlibat dalam semikonduktor.

Kita terlibat di dalam semikonduktor dalam tahun 1972, berbanding dengan Taiwan dan juga Shenzen di China sekitar tahun awal 80an.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Bezanya ialah kerana tumpuan kita sebelum ini adalah kepada pemasangan dan perkilangan berbanding dengan syarikat-syarikat di China dan Taiwan seterusnya di Korea yang daripada awal memberi tumpuan kepada pembangunan harta intelek ataupun IP. Jadi kalau untuk saya menjawab soalan Senator tadi kalau berdasarkan kepada tenaga kerja, berdasarkan pengalaman, berdasarkan kepada infrastruktur dan ekosistem semikonduktor.

Sebenarnya kita sepatutnya tidak ada masalah untuk kita memastikan berlaku pemindahan teknologi itu. Cuma kita kena menukar pendekatan kita. Kita perlu menukar daripada hanya menumpukan kepada perkara yang dilihat mudah iaitu memasang kepada perkara yang mungkin dirasakan susah iaitu untuk membangunkan harta intelek sendiri.

Sebab itu kerajaan mengambil pendekatan kalau kita ingin melonjakkan dengan cepat secara organik untuk kita ada kepakaran itu, mungkin kita akan ambil masa yang panjang. Jadi dengan pendekatan kerjasama yang pertama berlaku di dunia ini di antara sebuah syarikat harta intelek terbesar dunia dengan sebuah negara. Ini akan mempercepatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan kita untuk mula membangunkan harta intelek sendiri dan dari situ saya ingat dengan izin Datuk Yang di-Pertua, only time can tell bagaimana kita boleh melahirkan syarikat-syarikat bertaraf dunia seperti mana Taiwan, China dan Korea Selatan sekarang telah berjaya. Sedangkan mereka melibatkan diri dalam industri semikonduktor sedekad lebih lambat daripada kita. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Lim Pay Hen

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Sebagai Menteri yang menjaga pembangunan fizikal negara sekarang dan berapakah anggaran lagi pendapatan daripada PETRONAS yang mencari gali golden goose kita ini untuk ke depannya?

Kedua, adakah- bolehkah kerajaan menumpukan pembangunan di Sabah dan Sarawak untuk mengimbangkan pembangunan terutamanya daripada segi infrastruktur dengan saki baki golden goose kita ke depan ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Senator. Dato Yang di-Pertua, anggaran sebenarnya berapa banyak yang PETRONAS akan jana itu kita perlu dapatkan unjuran terkini daripada PETRONAS dari satu masa ke semasa, tetapi kalau melihatkan kepada tahun 2024, perbandingan di antara pergantungan kerajaan kepada hasil daripada minyak dan gas dan PETRONAS semata-mata ini di antara tahun 2009 sehingga tahun 2024 dalam tempoh lebih kurang- berapa itu? Dalam 16 tahun. Sebenarnya telah berkurang dengan mendadak.

Dalam tahun 2009, kerajaan pada ketika itu bergantung sehingga 40 peratus daripada PETRONAS dan juga sumber minyak dan gas sebagai sumber pendapatan kerajaan. Setakat yang terkini seingat saya 2024, sebenarnya angka pergantungan 40 peratus itu telah turun kepada 15 peratus. Dengan perkara-perkara yang kita majukan tadi dalam industri-industri baharu, ini sudah tentu dapat terus melonggarkan pergantungan kita kepada hasil daripada minyak dan gas. Itu tidak bermakna bahawa dalam masa yang terdekat ini sehingga kita akan ketandusan hasil daripada minyak dan gas, soal saki baki itu kerana PETRONAS insya-Allah akan terus mengembangkan aktivitinya ke pentas dunia dan mendapatkan blok-blok baharu di negara lain.

Jadi daripada segi keuntungan PETRONAS daripada satu tahun ke-satu tahun, itu bergantung prestasinya di pentas dunia. Dengan hasil yang lebih pelbagai bukan semata- mata bergantung kepada hasil minyak dan gas semata-mata termasuklah juga daripada elektronik yang lain-lain. Maka sebab itu kita tengok sebenarnya peruntukan belanjawan untuk pembangunan fizikal di Sabah dan Sarawak itu terus meningkat daripada satu tahun ke-satu tahun dan kerajaan telah berjaya memastikan bahawa untuk lima tahun berturut-turut sebenarnya peruntukan paling besar untuk pembangunan fizikal terus pergi kepada Sabah dan Sarawak.

Saya yakin perkara ini akan berterusan selari dengan kejayaan kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara, tidak kiralah apa yang berlaku kepada hasil domestik minyak dan gas di negara ini. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:10 AM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya seperti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, beberapa industri disebut antaranya nadir bumi, EV, dan juga semikonduktor. Jadi apakah kerajaan telah ada merangka strategi-strategi tertentu untuk menarik pelabur-pelabur kepada bidang berkenaan? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Strategi-strategi kerajaan dalam kelima-lima HGHV ini telah pun digariskan dalam beberapa buah dokumen utama perancangan ekonomi negara. Satunya ialah dalam kajian separuh penggal RMK12 yang telah dilancarkan dalam tahun 2023. Kemudian akan disambung di dalam RMKe-13 yang akan dibentangkan beberapa bulan lagi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Selain daripada dokumen Rancangan Malaysia Lima Tahun ini, strategi-strategi juga telah dimasukkan di dalam perancangan sectoral termasuklah contohnya Pelan Peralihan Tenaga Negara dan juga pelan baharu industri negara (NIMP). Selepas itu, maka kerajaan membangunkan strategi khusus melalui kementerian-kementerian.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Kalau kita lihat beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh satu tahun akan datang, kerajaan memberikan tumpuan yang segera untuk membangunkan kerangka bermula dengan kerangka kawal selia, kerangka undang-undang dan seterusnya memastikan bahawa hala tuju itu dapat dihadamkan dengan jelas oleh pemain industri.

Itulah yang sebenarnya telah berjaya membantu memastikan kemasukan pelaburan- pelaburan asing dalam kelima-lima sektor yang saya sebut tadi. Ada beberapa sektor tertentu yang memerlukan campur tangan kerajaan serta-merta. Contohnya unsur nadir bumi untuk memastikan bahawa kita berjaya membangunkan operasi pemprosesan di negara ini. Itu akan membolehkan kita dapat meneroka dan juga melombong mineral-mineral ini supaya dapat diproses di dalam negara dan keadaan itu sekarang sedang dibangunkan dengan cepat antara kementerian-kementerian yang terbabit. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen.

final • 10:10 AM

Datuk Lim Pay Hen

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang REE iaitu nadir bumi. Jadi soalan saya menurut unjuran ekonomi, sejauh manakah industri nadir bumi ini mampu menjana peluang ekonomi kepada negara dalam tempoh lima tahun ataupun 10 tahun akan datang? Dan sejauh manakah potensi REE ini untuk dijadikan sumber dan hasil utama negara menggantikan gas dan petroleum? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Senator dan terima kasih Dato Yang di-Pertua. Kalau kita baca banyak kenyataan terutamanya dari negeri dan juga di sosial media, ada macam-macam anggaran yang dibuat tentang betapa lumayannya industri unsur nadir bumi ini. Ada yang kata trilion di sana, 700 bilion di sini dan sebagainya.

Saya ingat kita perlu berhati-hati kerana beberapa perkara. Pertama, harga unsur nadir bumi ini ia tertakluk kepada pasaran dunia. Pada satu ketika, ia boleh naik sehingga 140, saya ingat ribu dolar untuk satu tan yang telah diproses yang berada pada peringkat terbaik. Kalau pada harga yang mineral mentah yang sebelum ini cuba dieksport daripada negara ini, harganya jauh lebih rendah, tapi daripada harga itu ia telah jatuh mendadak sebenarnya dalam satu tahun yang lepas dan ia banyak bergantung kepada permintaan dunia kepada elektronik, kepada kereta dan sebagainya. Itu yang pertama. Sebab itu saya kata berhati-hati dalam kita bermimpi di siang hari berapa banyak kita akan dapat daripada REE ini.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Yang keduanya juga, industri REE ini, teknologinya lebih 90 peratus dikawal oleh hanya sebuah negara iaitu negara China yang telah meletakkan undang-undang bahawa tidak boleh memindahkan teknologi pemprosesan ini keluar China. Jadi, kalau kita ada banyak macam mana pun, kalau kita tidak boleh proses di sini dan akhirnya, kita hanya eksport mentah yang dipanggil sebagai clay mineral itu, maka banyak mana pun kita ada, dalam lima, enam tahun, habislah kita korek. Jadi, itulah yang sekarang ini Dato Yang di-Pertua, sedang ditumpukan oleh kerajaan supaya kita berjaya membangunkan kilang pemprosesan di sini.

Daripada situlah kita boleh menggunakan unsur nadir bumi yang telah dipisahkan tadi untuk menjadi bahan akhir kepada penggunaan dalam sektor elektronik dan itu akan berjaya menarik pelaburan-pelaburan baharu dalam sektor-sektor strategik seperti semikonduktor, kenderaan elektrik dan lain-lain.

Jadi, pandangan Kerajaan Persekutuan dan perancangan kami itu agak berbeza dengan berkira-kira berapa trilion yang kita ada. Kita hendak gunakan sumber itu supaya dapat dikekalkan di dalam negara ini sepanjang yang mungkin dan hasilnya bukan dengan menjual mineral itu tetapi menggunakannya sebagai satu pelaris untuk bawa masuk seberapa banyak pelaburan berteknologi tinggi di negara ini. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Terima kasih Dato Speaker. Soalan saya nombor 2.

final • 10:20 AM

2. Dato' Setia Salehuddin bin Saidin minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, berapakah jumlah individu yang terlibat di dalam menyorok minyak masak paket yang telah dikenakan tindakan undang-undang setakat ini dan adakah kegiatan menyorok ini menjejaskan golongan sasar B40 yang sepatutnya menikmati kemudahan ini dengan harga minyak masak paket yang lebih mampu milik.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang bertanyakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan menyorok minyak masak ini, kesalahan ini terdapat di bawah seksyen 15 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mengatakan bahawa, ‘seseorang yang menyorok ataupun memusnahkan barang kawalan itu dan tidak mahu menjual kepada pasaran.’ Jadi kalau peruncit, dia tak nak jual kepada pengguna, kalau pemborong, dia tak nak jual kepada peruncit. Jadi, kesalahan ini- ini merupakan kesalahan daripada segi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Manakala- saya hendak bawa kepada perhatian Dewan kepada kesalahan dari segi seksyen 21 pula, di mana di bawah seksyen 21 Yang Berhormat Senator, dia ada kesalahan menyeleweng minyak masak. Tadi menyorok, seksyen 21 ialah menyeleweng ataupun menyalahgunakan barang kawalan.

Jadi, daripada segi kesalahan ini, sepanjang daripada 1 Januari 2024 sehingga 18 Mac 2025, kesalahan keseluruhan berkenaan dengan minyak masak ini 605 kes. Manakala, kesalahan khusus berkenaan sorok minyak masak ini ialah hanya sembilan kes daripada 605 kes tadi. Jadi, bahagian kedua daripada soalan Yang Berhormat tadi, bagaimanakah ia meninggalkan kesan? Kalau kita lihat kepada kes sorok semata-mata, jumlah rampasan hanyalah 3,655 kilogram. Jadi, kita tengok dari- kalau daripada segi kes sorok sahaja, ia tidaklah meninggalkan kesan yang besar. Manakala kalau kita lihat daripada kes penyelewengan minyak masak keseluruhannya iaitu 605 kes, memanglah kita lihat bahawa itu ada tinggalkan kesan.

Jadi, kedua-dua seksyen, seksyen 15 berkenaan dengan sorok khususnya, seksyen 21 digunakan untuk kesalahan-kesalahan yang lain seperti- kalau kita dengar, kita selalu baca, dia sorok, dia simpan minyak masak paket, dia gunting masuk botol. Itu antara kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 21. Menyorok seksyen 15, memang bila dia tak nak jual, dia tak nak jual dan dia simpan lebih daripada had yang dia boleh simpan tanpa permit.

Itu sahaja jawapan kepada Yang Berhormat. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Setia Salehuddin.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Soalan tambahan Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Persoalan dia sekarang ini, antara seksyen 15 dengan seksyen 21, kita tahu satu menyeleweng, satu menyorok, tetapi kenapa mereka menyorok? Daripada apa yang saya perhatikan, kita pun dapat feedback daripada di bawah sana, sorok itu tujuan utama mereka hendak jual kepada orang-orang tertentu, warga-warga asing umpamanya.

Yang kedua, mereka juga hendak sorok dan hendak botolkan. Jadi, ini menyebabkan berlakunya penyelewengan. Jadi, persoalannya bila saya tanyakan tentang sorok itu, mungkin dia juga termasuk isu-isu penyelewengan.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Jadi, soalan selanjutnya saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah pihak KPDNKK pergi menguatkuasakan daripada peruncit-peruncit ini? Berapa kerap dan kekerapan tersebut adakah boleh menjamin ataupun dapat mengurangkan jumlah mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini?

Ataupun dengan kata lain, dengan adanya penguatkuasaan tersebut, bekalan minyak masak yang paket ini dapat berada dalam pasaran untuk kegunaan mereka yang di bawah sana.

Terima kasih Dato Speaker.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Dia ada dua bahagian kepada soalan tersebut.

Dato Yang di-Pertua, yang bahagian yang pertama itu, berkenaan dengan penguatkuasaan. Sebanyak 33,080 pemeriksaan telah dilakukan antara tarikh 1 Januari 2024 sehingga 18 Mac 2025. Ini di bawah Ops Tiris 3.0 dan di mana saya katakan tadi, yang khusus sorok itu sikit, yang lain itu banyak penyelewengan minyak masak itu. Jadi, Penguat Kuasa kita turun padang membuat pemeriksaan berterusan dan juga mengambil tindakan atas aduan-aduan.

Dato Yang di-Pertua, kepada bahagian kedua soalan tersebut, bagaimana kita- selain daripada penguatkuasaan tadi, ada juga tindakan-tindakan lain yang diambil oleh pihak KPDN. Antaranya yang pertama, kita sedang membina sistem eCOSS, saya ada sebut berkenaan dengan sistem eCOSS, di mana dia ialah satu elektronik sistem yang boleh trace, dengan izin Dato Yang di-Pertua, perjalanan minyak masak paket itu daripada re-packer- pembungkus kepada pemborong dan kepada peruncit.

Ketika ini, dipihak peruncit itu, kita belum ada sistem yang boleh kita trace kepada pengguna, kita sedang bangunkan dan kita akan mulakan pilot project pada tahun ini. Di mana pengguna perlu menggunakan sistem itu juga mungkin dengan scan QR code dan sebagainya. Di mana kita hendak pastikan bahawa warga asing tidak- atau pun bukan warganegara Malaysia ini tidak boleh beli minyak masak tersebut. Itu antara perkara-perkara yang kita lakukan dengan menggunakan eCOSS.

Kedua ialah kita menambah jumlah di Program Jualan Rahmah supaya mereka yang memerlukan seperti golongan B40 ini dapat akses kepada minyak masak paket ini di Jualan Rahmah. Kemudian, kita juga ada mengeluarkan arahan pengawal bekalan, di mana tidak boleh beli lebih daripada tiga paket contohnya. Supaya bekalan itu dapat available kepada lebih ramai yang memerlukan. Antara perkara yang kita lakukan- kita beri arahan berkenaan dengan zoning. Sekarang telah berlaku di Sabah dan Sarawak.

Di mana arahannya ialah re-packer di sekian tempat, perlu menghantar ke sekian tempat. Dia tidak boleh jual kepada sesiapa sahaja. Jadi, supaya katakanlah di Sandakan itu nanti ada- tak cukup bekalan, arahan boleh dikeluarkan kepada re-packer mana-mana untuk hantar ke Sandakan, contohnya. Ataupun di Tawau tak cukup bekalan, arahan itu untuk dihantar kepada kawasan tersebut. Kalau sebelum ini re-packer boleh jual kepada sesiapa sahaja, boleh jual kepada pemborong mana-mana yang hendak beli, asalkan mereka boleh jual, tetapi sekarang kita dengan arahan yang baharu ini, mereka hanya boleh jual di sekian zon sahaja. Itu antara tindakan yang diambil untuk memastikan supaya bekalan itu dapat dinikmatilah oleh golongan yang B40 tadi. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid

Soalan tambahan?

final • 10:20 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Soalan tambahan?

final • 10:20 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya pernah bangkitkan semasa Titah Diraja baru-baru ini iaitu masalah sorok atau penyelewengan minyak di kalangan warga asing kerana ramai warga asing yang menjadi pembantu kepada kedai-kedai runcit. Saya cuma hendak KPDN- ada yang mengatakan bahawa peniaga warga asing ini mampu menghidu operasi penguatkuasaan setiap kali pegawai turun untuk buat

final • 10:20 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

serbuan. Soalan saya, apakah langkah diambil oleh kementerian dan mengelakkan kebocoran maklumat operasi kementerian dalam membanteras kegiatan jualan haram ini?

Saya cuma hendak maklum juga bahawa penjualan dijual kepada warga asing dengan harga yang lebih tinggi daripada harga runcit. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Datin Ros atas soalan. Sebenarnya ini yang kita sedang bangunkan sebab ketika ini dia hanya sebagai apa orang kata daripada segi semangatnya wujud, tidak harus diguna ataupun dijual kepada yang bukan warganegara Malaysia, tapi daripada segi arahannya itu dia belum ada. Sebab itu apa yang Datin Ros kata mereka boleh hidu itu benar sebab saya pun selalu turun padang juga dalam operasi untuk lihat bagaimana penyelewengan ini berlaku ya.

Sebenarnya kalau nak kata nak ambil tindakan ke atas warga asing yang membeli minyak masak paket ini sekarang ini kita tak boleh buat sebab kita belum ada undang-undang yang melarang ya, tetapi daripada segi semangatnya kita memberitahu kepada peniaga- peniaga untuk tidak menjual kepada bukan warganegara Malaysia.

final • 10:30 AM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Okey. Saya minggu lepas saya tengok di kawasan saya, penjualan- Jualan Rahmah itu dia buat di kawasan semuanya pendatang duduk di situ dan juga semua warga asing. Saya pun terkejut bila saya lalu kenapa ada Jualan Rahmah di sini sedangkan yang beratuq itu semua warga asing. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat kalau ada maklumat yang begitu bolehlah sampaikan kepada pihak KPDN ya. Kalau sampai kepada saya pun boleh sebab nanti kita siasat. Patutnya dia pergi ke kawasan yang B40 lah, kawasan pendapatan rendah di mana untuk memberi manfaat kepada yang ini, tetapi seperti saya katakan kita belum ada undang-undang, peruntukan undang-undang itu yang boleh membolehkan kita mengambil tindakan setakat ini tapi sedang dibangunkan ya Yang Berhormat Senator undang-undang tersebut. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Boleh Dato sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi ada yang berdiri dulu.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Sebab saya satu benda saja.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Bagi sajalah.

final • 10:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Haji Hussin selalu soalan tambahan, banyak dah. Bagi orang lain pulalah.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

Isu penyeludupan...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Musoddak, ya.

final • 10:30 AM

Tuan Musoddak bin Ahmad

...Minyak masak ini ke negara asing Dato Speaker, Timbalan Menteri sejauh manakah kerajaan mengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi menangani isu ini supaya dia dapat ditangani dengan bersama dengan negara jiran.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Musoddak.

Dato Yang di-Pertua kita bekerjasama dengan agensi-agensi lain. Ya, agensi-agensi lain untuk mengekang ketirisan ke luar negara. Dia punya undang-undang ini agak sukar sikit ya Yang Berhormat sebabnya contoh ya kalau kita tengok di Kelantan itu kalau dekat Sungai

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Golok itu katakanlah ketirisan diesel contohnya ya bukan sahaja minyak masak, tapi yang lain-lain ya.

Bila dia— sungai itu dia punya border ataupun dia punya sempadan tengah sungai.

Jadi apabila dia cross sahaja ke sebelah sana kita langsung tak ada kuasa lagi nak ambil tindakan. Saya turun ke sungai itu dan melihat sendiri sepanjang-panjang ya, sepanjang- sepanjang itu yang merupakan sempadan itu bila dia cross sahaja kita langsung tidak ada punca kuasa untuk mengambil tindakan.

Jadi itulah kita nak membanteras dengan pelbagai agensi yang lain. Kita bekerjasama dengan agensi yang lain dalam operasi yang bersepadu untuk memastikan ketirisan itu tidak berlaku, tetapi selalunya apabila ketirisan itu berlaku kita dapat maklumat mereka kumpulkan di satu- tempat, ada sindiket-sindiket. Selalunya maklumat itu kita dapat awal dan di situlah kita boleh tumpaskan segala- sindiket-sindiket tersebut. Jadi itu termasuk di bawah seksyen 21 tadi. Seksyen 21 membolehkan kita mengambil tindakan ke atas segala bentuk penyelewengan tadi. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Satu, soalan paling ringkas ya.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan tambahan terakhir ya.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Hussin bin Ismail

Yang terakhir. Terima kasih Dato.

Malaysia ini pengeluar minyak sawit terbesar dunia, sekarang nombor dua terbesar dunia, tapi saya tak ada jawapan orang kampung tanya, kenapa sampai tak boleh ikhtiar bekalan minyak masak ini tak cukup untuk keperluan rakyat. Kalau kerana Bangladesh, Bangla lah, pendatang asinglah bawa IC saja tunjuk khusus untuk minyak masak. Tunjuk IC boleh beli, tak ada IC tak boleh beli, ertinya confirm-lah rakyat Malaysia, tetapi saya rasa dah sampai sekarang kita pembekal besar, tetapi kita tak ada cukup bekalan untuk rakyat sendiri.

Minta pencerahan Dato Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Ada dua kepada soalan Tuan Haji Hussin ini.

Sebenarnya kuota minyak masak paket kita ialah 60,000 metrik tan sebulan iaitu 60 juta paket.

60 juta paket ini sebenarnya cukup untuk isi rumah, tapi yang banyak guna Tuan Yang di- Pertua bukan warga asing sebenarnya. Yang banyak guna ialah industri mikro, penjaja, penjaja. Ya, banyak digunakan oleh penjaja.

Oleh sebab penjaja ini seperti jual goreng pisang dan sebagainya, maka kita tidak mengambil tindakan kerana apa, kerana kita khuatir dia akan diturunkan pula kepada pengguna. Kegunaan mereka agak besar dalam 15 kilo sehari, satu orang penjaja. Jadi di situlah dia punya kegunaannya. Isi rumah ini tak banyak Yang Berhormat. Isi rumah ini dalam 1.8 kilo per kapita sebulan, tapi penjaja ini memang banyak ya.

Jadi yang jual goreng pisang, jual keropok lekor dan sebagainya itulah yang sebenarnya mikro- industri mikro yang menggunakan minyak masak paket ini, tetapi kita setakat ini tidak mengambil tindakan- tak mengambil tindakan kerana kita faham keperluan tersebut. Permohonan untuk menambahkan kuota itu belum diluluskan untuk menambahkan kuota 60 juta paket itu, belum diluluskan oleh Kabinet. Jadi kita kekal dengan kuota 60,000 metrik tan. Jadi itu hakikatnya, Bukan sebenarnya— warga asing itu ada lah sikit, tapi yang sebenarnya yang banyak ialah penjaja micro industry. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Soalan saya nombor 3.

final • 10:30 AM

3. Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah rancangan RISDA untuk memperluaskan platform RisSMart 24 bagi membantu lebih ramai usahawan, khususnya dalam memasarkan produk mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Kementerian melalui RISDA telah mewujudkan 11 buah RisSMart 24 iaitu dua di sekitar Kuala Lumpur, manakala sembilan lagi di sekitar negeri Selangor untuk membantu lebih ramai usahawan meningkatkan pendapatan melalui usaha perniagaan dan membantu memasarkan produk-produk mereka.

Bagi memastikan produk usahawan pekebun kecil RISDA menembusi pasaran nasional dan antarabangsa, RISDA telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik termasuk:

(i) program pembungkusan profesional;

(ii) pensijilan halal dan akreditasi; dan

(iii) pembangunan jenama dan identiti produk Gate To Global serta penyertaan dalam Malaysia International Halal Showcase. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing produk tempatan serta memperluaskan akses ke pasaran global. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Soalan tambahan. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Kalau kita tengok memang RisSMart 24 ini menarik, susun atur produk dan sebagainya memang menarik, tetapi malangnya setakat pemerhatian saya memang RisSMart 24 ini masih belum menjadi tumpuan utama berbanding dengan mart yang lainlah. Cuma saya nak bertanya apa fokus utama RISDA dalam menjalankan perniagaan RisSMart 24 ini dan berapakah sasaran pembukaan outlet pada tahun 2025? Serta bagaimana inisiatif ini dapat memberi manfaat secara terus kepada pekebun kecil dan usahawan dalam meningkatkan jualan dan pendapatan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan ya. Untuk makluman Dato Yang di-Pertua, RisSMart 24 merupakan satu premis perniagaan yang masih baharu. Ia baharu dibuka pada September 2024. Tak sampai lagi tujuh bulan untuk menyaingi pusat-pusat premis perniagaan yang lain. Fokus kita adalah memastikan produk-produk usahawan dipasarkan untuk peningkatan pendapatan usahawan- usahawan sekalian.

Perniagaan RisSMart adalah dilaksanakan melalui anak syarikat di bawah Kumpulan RISDA Holdings iaitu salah satu entiti komersial dan bukannya RISDA. Fokus utama menjalankan perniagaan RisSMart 24 adalah untuk mempertingkatkan serta memperkasakan pendapatan dan keuntungan perniagaan yang dijalankan khususnya dalam sektor peruncitan yang melibatkan usahawan dan juga pekebun kecil.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Pelan strategik yang dirangka memastikan setiap outlets RisSMart24 beroperasi secara efisien serta mampu mencapai sasaran yang ditetapkan. Inisiatif ini juga membuka ruang yang lebih luas kepada usahawan dan juga pekebun kecil untuk memasarkan produk mereka dalam rangkaian yang lebih sistematik dan berdaya saing.

Kumpulan RISDA Holdings melalui RISDA merancang untuk menambah lagi sebanyak 10 outlets RisSMart24 pada tahun 2025, diikuti dengan sasaran tambahan 10 outlets setiap tahun sepanjang tempoh RMKe-13. Dengan pertambahan ini, jaringan RisSMart akan diperluaskan bagi memastikan produk keluaran usahawan dan pekebun kecil mendapat akses pasaran yang lebih baik dan meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Pekebun kecil dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat secara langsung melalui penyediaan platform yang stabil dan berskala luas untuk memasarkan hasil pertanian dan produk mereka. Dengan adanya RisSMart24, mereka hanya bergantung kepada pasaran konvensional tetapi dapat juga menembusi segmen peruncitan moden yang lebih tersusun.

Ini sekali gus membantu meningkatkan jualan serta memperkukuhkan lagi pendapatan mereka dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, Kumpulan RISDA Holdings melalui RISDA juga telah memperkenalkan RisSMart Grocer pada tahun 2025 sebagai satu lagi inisiatif strategik bagi memperkukuhkan ekosistem pemasaran dan rantaian bekalan produk usahawan dan juga pekebun kecil.

Melalui platform ini, pemasaran produk akan lebih sistematik dan berdaya saing yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan ekonomi golongan pekebun kecil dan juga usahawan luar bandar. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan.

final • 10:40 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

final • 10:40 AM

4. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, inisiatif kementerian dalam membantu pengusaha produk pelancongan di Sabah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 khususnya dalam bentuk geran pembangunan dan pelaksanaan program berskala antarabangsa.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, antara inisiatif dan usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia dalam membantu pengusaha produk pelancongan di Sabah menjelang Kempen Melawat Malaysia 2026 adalah seperti berikut.

Pertama, penyertaan dalam dua acara pameran travel fair iaitu MITM Sabah 2025 dan MATTA Fair 2025 yang akan berlangsung pada April dan Mei.

Kedua, penghasilan pakej pelancongan domestik Fly Borneo Volume 3.0 yang memfokuskan kepada pakej-pakej pelancongan negeri Sabah, Sarawak dan Labuan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ketiga, kerjasama promosi digital bagi penjualan pakej-pakej pelancongan Sabah di platform SabahTravel.com.

Keempat, program promosi makanan dan kebudayaan Sabah di Semenanjung Malaysia. Cadangan yang mahu dilakukan ialah di Kuala Lumpur.

Kelima, penganjuran jerayawara dan B2B ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia- Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk menggalakkan pakej intrastate serta mempromosikan laluan Sabah-Kelantan melalui penerbangan AirAsia.

Keenam, kerjasama promosi dalam Kempen Jualan Nasional 2025 bersama empat pusat beli-belah di Kota Kinabalu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pasaran Brunei. Border tourism.

Selain itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia juga menawarkan insentif melalui dua- geran utama iaitu Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Galakan Melancong (GAMELAN) kepada penggiat industri pelancongan dan sektor swasta dalam usaha menggalakkan industri pelancongan negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) disediakan bertujuan menggalakkan penganjuran program berimpak tinggi dan memfokuskan kepada penganjuran acara pelancongan bertaraf domestik dan antarabangsa oleh penggiat industri pelancongan dan sektor swasta. Manakala Geran Galakan Melancong (GAMELAN) disediakan bertujuan menggalakkan penyertaan penggiat industri pelancongan dalam pameran pelancongan, misi jualan pelancongan, penganjuran seminar dan webinar, penganjuran lawatan suai kenal dan hebahan video pelancongan melalui platform dalam talian di dalam dan luar negara.

Kedua-dua geran tersebut telah mula ditawarkan untuk permohonan tahun 2025 pada 1 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut berhubung garis panduan dan tatacara permohonan, pemohon boleh melayari laman sesawang Tourism Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Soalan tambahan, Dato Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, penyoal asal dulu.

final • 10:40 AM

Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan

Ya. Terima kasih Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu meluas tentang aktiviti pelancongan, tetapi di Sabah pula, ada kebimbangan tentang pengurangan penerbangan sama ada antarabangsa ataupun domestik ke Sabah dari negara-negara jiran di Asia. Jadi, apakah inisiatif MOTAC untuk membuka luas serta meningkatkan pengangkutan udara antarabangsa dan domestik ke Sabah? Adakah usaha antara MOTAC dengan Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kos ataupun tambang ke Sabah ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, selepas daripada pasca covid ini, banyak syarikat penerbangan mempunyai masalah dari sudut pesawat-pesawat. Disebabkan perkara itu, kita dapat lihat banyak syarikat penerbangan yang tidak dapat memperbanyakkan lagi penerbangan- itu pertama dan juga melebarkan lagi destinasi-destinasi yang kebiasaannya mereka pergi.

Itulah kekangan yang ada dalam keadaan semasa. Perkara ini memang sudah sedia maklum oleh pihak kementerian, tetapi bagaimanakah kita mahu membawa lebih ramai syarikat-syarikat penerbangan terutamanya yang di luar dari Malaysia supaya mereka dapat membawa pelancong-pelancong daripada negara mereka ke negara kita?

Pertama, kita ada geran yang memberikan sokongan terutamanya kepada chartered flight. Ini lah salah satu bentuk dengan izin, joint promotion supaya ia juga dapat diberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat penerbangan di luar sana untuk mereka melihat negara Malaysia sebagai satu- destinasi yang patut mereka sampai dan patut mereka membawa pelancong-pelancong. Ini adalah salah satu- geran yang memang telah disediakan di bawah kementerian ini. Kami sering kali memberikan penerangan berkenaan geran ini apabila ada misi penjualan di luar negara. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Nasir.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris

Tuan Yang di-Pertua, Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri. Selain dari Sabah dalam program Tahun Melawat Malaysia ini, persoalan saya, adakah Kedah khususnya Langkawi mendapat dana ataupun geran peruntukan yang sepatutnya terutamanya dalam persiapan kita untuk sambutan LIMA 2026 yang akan datang ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bukan setakat geran sahaja yang kita bantu untuk penggiat industri di Langkawi, di Pulau Langkawi, kita juga ada memberikan bentuk bantuan PPUN iaitu pemulihan, pemuliharaan, ubahsuai dan naik taraf. Dari sudut jumlahnya, saya

final • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

tidak dapat sediakan pada pagi ini kerana data itu tidak bersama saya, tetapi saya akan memberikan secara bertulis berapa yang telah dibantu oleh pihak kementerian kepada Langkawi untuk tahun 2024. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof.

Emeritus Dr. Awang bin Sariyan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih, Dato Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.

final • 10:40 AM

5. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, pelan terancang Institut Keusahawanan Negara

(INSKEN) untuk melaksanakan program-program bimbingan keusahawanan kepada pelbagai sektor masyarakat di negara ini berupaya melahirkan warganegara usahawan sebagai jaminan kehidupan yang mampan, terutama dalam menghadapi krisis ekonomi global.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Seri, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan keusahawanan.

Selaras dengan perancangan strategik KUSKOP tahun 2025, INSKEN menyasarkan untuk memberi latihan dan bimbingan keusahawanan kepada 17,552 orang usahawan melalui 13 program sepanjang tahun 2025.

Bagi tujuan ini, pendekatan yang telah diambil oleh INSKEN dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan adalah seperti yang berikut:

(i) adalah untuk memperkukuhkan kerjasama rentas kementerian, agensi dan industri bagi melaksanakan program latihan bimbingan serta consultancy dalam memperkasa usahawan informal dan mikro.

INSKEN juga berkerjasama secara strategik dengan pelbagai organisasi dan institusi, termasuklah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Maybank Islamic, Public Bank, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak (MINTRED), Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

(KETENGAH), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta beberapa Majlis Agama negeri yang lain;

(ii) mengadakan kerjasama dengan PROTEGE KUSKOP melalui Program Jom Jumpa PROTEGE, melibatkan seramai 3,482 peserta yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengenai asas keusahawanan bagi memulakan perniagaan serta meningkatkan kesedaran mahasiswa melalui perkongsian pengalaman ikon usahawan muda yang berjaya;

(iii) adalah melaksanakan program rentas agensi yang bersasar seperti Malaysian-Indian Community Entrepreneurship Program yang merupakan inisiatif kolaborasi antara INSKEN dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Program ini dirangka khusus bagi memperkasakan seramai 1,200 usahawan dalam kalangan masyarakat India melalui latihan dan bimbingan yang komprehensif;

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

(iv) melaksanakan program bimbingan usahawan berimpak tinggi yang dikendalikan oleh mentor serta pakar industri berpengalaman.

Inisiatif ini merangkumi program bimbingan berasaskan industri seperti Program Bimbingan Bisnes Bumiputera (IBBC) serta program-program khusus yang memfokuskan aspek kritikal keusahawanan, termasuk pengurusan kewangan, pengurusan tenaga kerja, pengurusan pelan pemasaran dan pembangunan produk; dan

(v) memperluaskan hebahan mengenai program bimbingan keusahawanan melalui penglibatan strategik dalam pelbagai inisiatif anjuran KUSKOP serta agensi berkaitan. Usaha-usaha ini merangkumi penyertaan secara aktif dalam program berskala nasional seperti Hari Penjaja dan peniaga kecil, Program Jualan MADANI Koperasi, showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Minggu PMKS serta pelbagai karnival keusahawanan yang dianjurkan oleh agensi di bawah KUSKOP termasuk TEKUN, UDA dan PERNAS.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih Dato Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira pendekatan merentas kementerian itu suatu yang harus dihargai dan dipuji kerana memang ada kesan yang berdampak tinggi. Soalan tambahan saya ialah andai kata ada angka Yang Berhormat ya, berapakah jumlah usahawan yang telah berjaya dibentuk daripada sekian banyak program yang telah dilaksanakan sebelum tahun 2025 dan adakah tampak sumbangan-sumbangan kepada penurunan kadar pengangguran di negara kita. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Seri. Kita kena ambil satu penegasan di sini, bila INSKEN mengeluarkan dana pada mana-mana program mereka, program tersebut adalah bukan dari segi memberi dana sahaja, tetapi program adalah untuk menjalankan satu proses di mana progress dari mula hingga akhir dipantau. Jadi, it is a start to end progress and kita akan pantau outcome program tersebut.

Kalau kita lihat program-program latihan yang kita jalankan sehingga hari ini, antaranya Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis, Kursus Asas Keusahawanan, Kursus Asas Industri, Program Latihan Bisnes INSKEN, Kursus Urus Tani dan juga Program Latihan Fasilitator Perniagaan. Juga kita tidak boleh lupa bahawa proses pembangunan usahawan permulaan juga ada, Program Bisnes Bimbingan juga diberikan dan Program Bimbingan Keutamaan diberikan.

Bagi program-program bimbingan ini, peningkatan jualan keseluruhan bagi program telah dicatatkan sebanyak RM23 juta dengan 63 peratus daripada 815 orang peserta tersebut merekodkan peningkatan jualan minimum sebanyak 25 peratus. Lanjutan itu, 60 orang peserta yang telah meningkatkan status mereka daripada mikro kepada kecil. Jadi, ini lah angka-angka yang saya ada dan juga tidak melupakan banyak akan tanya, kalau daripada mikro mereka dah sampai ke kecil, mana mereka akan pergi selepas itu, tetapi kita juga ada SME Corp di mana mereka pula akan ambil alih selepas status perniagaan mereka telah sampai ke kecil dan dari kecil ke sederhana akan dikendalikan oleh SME Corp. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang terakhir daripada Yang Berhormat Senator.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu

Terima kasih. Pertama sekali terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas insentif geran I-BAP yang disalurkan kepada 48 pemilik perniagaan India IKS kaum India yang berjumlah RM2.96 juta. Soalan saya, adakah pihak kementerian dalam proses untuk menambah nilai program-program dan insentif, khususnya untuk usahawan-usahawan kaum India yang diumumkan pada tahun lalu seperti Program PENN dan adakah program atau insentif baharu yang dirancang oleh pihak kementerian untuk tahun ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri. Untuk pemakluman, Program PENN sedang berjalan, program dari tahun lepas. Setakat hari ini, kita telah mengumumkan dana sebanyak RM50 juta, RM33 juta telah habis digunakan, membantu seramai 3,000 orang sahabat usahawan India. Untuk menjawab soalan, apa lagi inisiatif yang akan kami umumkan bagi tahun 2025, kami bagi tahun 2025 telah mengumumkan tiga program setakat hari ini.

Satu, adalah Program TEKUN. Tahun depan, tahun ini kita akan tingkatkan Program TEKUN daripada RM60 juta tahun lepas, kepada RM100 juta tahun ini. Program PENN

(BRIEF-i) akan kita umumkan dalam masa yang terdekat juga dengan peningkatan. Tidak melupakan juga kita telah melaksanakan Program BRIEF-i di bawah Bank Rakyat, tahun lepas RM50 juta, tetapi bagi tahun ini, kami telah meningkatkan kepada RM100 juta sebab menerima banyak permohonan dan penambahan daripada segi usahawan-usahawan yang memerlukan dana tersebut untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamad Fatmi.

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2, eh nombor 6...

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nombor 6.

final • 10:50 AM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Ingat kedua je...

[Ketawa]

final • 10:50 AM

6. Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, usaha dalam menangani kes penyeludupan manusia dan dadah yang masih berleluasa di sempadan negara dan adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan pengawasan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau terdapat sebarang mekanisme lain yang lebih efektif.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Fatmi. Dato Yang di- Pertua, antara tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membanteras isu penyeludupan di sempadan negara, termasuk penyeludupan manusia dan dadah adalah seperti berikut.

Pertama, kita mengukuhkan operasi penguatkuasaan. Memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di sempadan maritim dan darat negara melalui pelaksanaan operasi berkala, operasi khas dan kerjasama dengan agensi lain. Iaitu pertama, dengan PGA buat PDRM, Operasi Taring Wawasan, Operasi Taring Nyah dan Operasi Taring Awas. Berdasarkan statistik PGA PDRM dari tahun 2022 hingga Februari 2025 Yang Berhormat, kita telah merekodkan sejumlah 1,181 kes berkaitan ATIPSOM dan 1,216 kes berkaitan dadah dan racun.

Melalui ESSCOM, kita adakan Ops Sanggah yang merupakan koordinasi operasi pasukan keselamatan dan jabatan serta agensi penguatkuasaan persekutuan di negeri di kawasan Zon Selamat Sabah Timur.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Berdasarkan statistik bagi tahun 2020 sehingga 2025, ESSCOM telah merekodkan sebanyak 7,796,421 pemeriksaan melibatkan pemeriksaan orang, kenderaan dan bot atau kapal dengan nilai rampasan sebanyak RM89.81 juta. Daripada jumlah nilai rampasan tersebut, sebanyak 13.56 juta melibatkan rampasan berkaitan dengan dadah.

Melalui APMM, secara umumnya APMM turut melaksanakan operasi harian untuk menguatkuasakan undang-undang Persekutuan termasuk penyeludupan manusia atau dadah misalnya Op Pertiwi di Pulau Pinang, Op Ehsan di Selangor dan berdasarkan statistik bagi tahun 2020 hingga 2024, APMM melalui maritim negeri di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 1,101,000 pemeriksaan dengan jumlah tangkapan sebanyak 5,881 manakala bagi Januari hingga Februari 2025, jumlah tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sebanyak dua tangkapan. Kita juga buat penambahan pos kawalan baharu di sempadan darat dan maritim, serta pembelian aset-aset keselamatan terkini.

Selain itu, penggunaan teknologi APMM, kita gunakan Sistem Pengawasan Laut

(SWASLA) untuk pengawasan keselamatan di Zon Maritim Malaysia. Melalui PGA PDRM, kita gunakan penggunaan teknologi sistem kamera litar tertutup (BBS) untuk kawasan pagar dan tembok sempadan di Padang Besar termasuklah kita juga mendapat kelulusan sebanyak RM12 juta dan RM7.5 juta dalam Rolling Plan, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP1) untuk dron dan juga peralatan lain.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengetatkan pengawasan kawalan sempadan negara, langkah-langkah berikut sedang diambil oleh kerajaan iaitu penggunaan teknologi terkini berteraskan artificial intelligence (AI) dan analytic data. Bagi tujuan tersebut untuk makluman, Kementerian Dalam Negeri dalam rancangan Sistem Pembangunan Kawalan Sempadan Negara (SKSN), pembangunan SKSN ini yang dicadangkan akan dilengkapkan dengan sistem pengawasan terkini berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analytic data bagi membolehkan operasi dilaksanakan tanpa pengawasan, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar yakni real-time dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan dalam melindungi sempadan darat dan maritim Malaysia.

Selain itu, kita memantapkan kerjasama serantau tertumpu kepada peningkatan pengumpulan maklumat risikan sempadan dan perkongsian maklumat antara negara jiran dan mengeratkan hubungan dua hala dan mengadakan mesyuarat bilateral, antaranya mesyuarat General Border Committee dan High-Level Committee antara Malaysia, Indonesia dan juga Filipina. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Dato di-Pertua, soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta hadkan kepada satu soalan tambahan sahaja.

final • 11:00 AM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Satu saja ya. Dato Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri ada dalam Dewan, saya pun tersasul dengan nombor tadi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada satu soalan tambahan iaitu tahun lepas Dewan ini telah menyaksikan penubuhan dan kewujudan AKPS ataupun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA). Dengan adanya agensi seperti ini, adakah pembanterasan penyeludupan manusia dan dadah ini bertambah baik ataupun tak berubah? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kalau kita nak sebut status pengoperasian dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, makna agensi ini melibatkan tugas-tugas di pintu masuk, yang saya sebutkan tadi adalah kawalan sempadan. Dua keadaan yang berbeza.

Untuk Agensi Kawalan Sempadan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, yang mana kita telah pun mendapat perkenan Kebawah Duli Tuanku pada 9 Oktober 2024 dan selanjutnya diwartakan pada 17 Oktober 2024 dan penguatkuasaannya pada 1 Januari 2025 dan AKPS telah pun beroperasi di ICQS Rantau Panjang mulai 1 Januari di 21 pintu masuk. Cuma

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dengan adanya AKPS, ia menambahkan lagi kekuatan dan keupayaan kita untuk buat kawalan sempadan dan di pintu masuk, kita lihat ada kesan positif dan kerja-kerja, tanggungjawab kita untuk kawalan sempadan sejak kita lakukan nampak ada kesan yang baik. Walaupun demikian, memandangkan cabaran berbeza, kita sentiasa meningkatkan keupayaan dan kekuatan kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Kalau Tuan turun ke bendang, Turun ke bendang menebang buluh; PMX umpama pohon yang rendang, Rakyat MADANI tumpang berteduh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.

final • 11:00 AM

7. Datuk Haji Mustafa bin Musa minta Menteri Kewangan menyatakan, fokus terkini KPI Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) agar sumbangan dividen dan keuntungan operasi dipertingkatkan bagi memastikan pengukuhan anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan 2025.

final • 11:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Prestasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan— Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), itu merupakan landskap yang utama dalam membantu menjana pertumbuhan dan juga meningkatkan pelaburan.

Alhamdulillah dengan angka mutakhir, Khazanah Nasional Berhad umpamanya mencatat rekod keuntungan RM5.1 bilion dengan rekod nilai aset bersih RM103.6 bilion dan diiktiraf oleh Global SWF sebagai salah satu- agensi dana kerajaan, kekayaan berdaulat yang berprestasi di antara terbaik di dunia dengan pulangan tiga tahunan sebanyak 24.6 peratus.

KWAP mencatat pulangan pelaburan 12 peratus, yang tertinggi sejak penubuhannya.

KWSP, dividen yang lebih tinggi 6.3 peratus. Bagi pertama kalinya, kedua-dua konvensional dan juga syariah. Ini juga pencapaian terbaik, alhamdulillah sejak 2017.

Kendati begitu, tidak semua upaya kita itu menumpukan kepada catatan keuntungan.

Malah penekanan kita, petunjuk prestasi utama ialah apa yang kita sebut gear up iaitu di mana enam GLIC dengan seluruh kekuatan GLIC melabur sekitar RM150 bilion dalam masa lima tahun dan ini akan menjana pertumbuhan ekonomi, selain daripada belanjawan yang telah diluluskan sekitar RM90 bilion, tetapi dimasukkan RM30 bilion- tambahan satu tahun. Ini merupakan belanjawan pembangunan tertinggi ketimbang tahun-tahun yang lalu.

Kemudian momentum ini ditambah terutamanya dengan Khazanah melalui Dana Impak, RM1 bilion untuk inisiatif seperti Jelawang Capital, pelaburan semikonduktor, syarikat peringkat pertengahan. Khazanah melabur, pelabur utama dalam Cambrian Fund RM100 juta.

Ini untuk PKS semikonduktor Syantiant Corp dengan R&D AI yang bertaraf dunia.

KWAP umpamanya di bawah Belanjawan 2025 merangkumi Dana Perintis RM1 bilion dan Dana Pemacu RM6 bilion. RM300 juta diperuntukkan bagi pembangunan kemudahan penjagaan warga emas di atas tanah wakaf. Jadi ada juga unsur ihsan, menggunakan keuntungan ini untuk memastikan tidak ada masyarakat yang tersisih.

GLIC selain PNB merupakan relay-race pelaburan bumiputera. Ini termasuk Kerian yang disebut Kerian Integrated Green Industrial Park, salah satu industrial park yang menekankan hijau yang agak besar di rantau ini, yang bertapak di Kerian dan ini seluruhnya atas usaha syarikat milik bumiputera PNB. Saya tekankan juga bahawa TNB umpamanya di

final • 11:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

bawah Regulatory Period, pelaburan modal RM42.8 bilion termasuk 26.5 untuk capex asas dan 16.3 untuk capex bersyarat.

final • 11:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

UEM Lestra, Sime Darby Property, SD Guthrie masing-masing giat melaksana projek tenaga boleh baharu termasuk apa yang ita saksikan permulaannya. PETRONAS dan TNB floating solar terbesar di Kenyir, Terengganu. Jadi, insya-Allah kita teruskan dan menarik Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa gaji bagi GLIC dan GLC itu ditetapkan minimum RM3,100 sebulan.

Ini dengan sendirinya meningkatkan upaya kerana keuntungan itu pada hemat kami harus diagihkan dengan adil mulai daripada pekerja di peringkat rendah-rendah, serendah rendahnya. Bantuan daripada golongan rentan, keluarga miskin termasuk yang menghadapi bencana dari Kedah, Kelantan ke Sarawak baru-baru ini iaitu mencecah RM22.5 juta.

Ada satu hal yang menarik iaitu selain daripada apa yang pernah kita sebutkan tentang pengambil alih tanah Sungai Besi yang dahulunya terlepas kepada pihak asing, dikembalikan kepada kerajaan. Kita telah putuskan buat pertama kalinya sejak Merdeka tahun 1957, satu kawasan berharga di ibu kota diisytiharkan sebagai kawasan rizab Melayu 50 ekar daripada tanah milik Sungai Besi. Ini tidak pernah dilakukan sebelumnya.

Satu hal juga yang penting daripada segi memastikan heritage kita iaitu warisan kita tidak ketinggalan. Bermula dari Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Merdeka.

Padang Merdeka itu sejarah bagi kami Tuan Yang di-Pertua. Banyak perhimpunan di situ.

Sampailah ke stesen kereta api, sampai ke Carcosa itu kita isytiharkan sebagai heritage, warisan supaya sejarah kita dan kawasan itu diperindah dengan budaya, seni yang relevan.

Selain itu, ada Pelan Transformasi Bumiputera yang kita anjurkan dan diputuskan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pencerahan dan jawapan yang begitu konkrit. Tentunya pencapaian ini adalah, hasil daripada paduan prinsip tadbir urus dan tatakelola yang dinyalarasakan oleh Perdana Menteri sendiri sehingga hasil yang begitu menakjubkan.

Cuma Yang Amat Berhormat, soalan tambahan saya, sejauh manakah pencapaian dan keberkesanan fungsi komposisi Lembaga Pengarah semua syarikat GLC dan GLIC dan juga pengurusan tertinggi mereka ditetapkan tahap capaian dan integriti operasi pelaburan dan perkhidmatan mereka agar tindak tanduk dan pelaburan yang mereka lakukan itu menguntungkan negara dan juga pelabur khususnya dalam pelaburan bumiputera, Yayasan Pelaburan Bumiputra, Hartanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, MARA, PETRONAS dan Khazanah.

Apakah wajar dan sesuai imbuhan yang mereka peroleh berdasarkan pencapaian yang mereka tunjukkan, Yang Amat Berhormat? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jarang di Dewan Negara hendak petik switch tidak kena. Yang Berhormat, soal tatakelola, pengurusan yang cekap dan amanah itu adalah perkara yang ditekankan secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan MADANI sebabnya kerana pengalaman mengajar kita. Sekiranya kita cuai, agensi yang diamanahkan dengan kekuatan dana puluhan bilion ringgit tidak akan menjamin pulangan yang baik dan faedah kepada rakyat termasuk bumiputera.

Sebab itu saya telah minta GLIC dan GLC menjadi contoh tanda aras bagaimana pengurusan yang cekap dan amanah mengelakkan daripada pembaziran sehinggakan baru- baru ini saya sebut kadang hadiah-hadiah untuk Ramadan ini ya, kalau dahulunya diizinkan kotak-kotak yang sangat berharga dan jauh lebih tinggi daripada tamar di dalam kotak itu.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, amalan-amalan pembaziran begini harus dihentikan kerana kita memegang amanah dan dana rakyat. Itu saya sukacita memaklumkan bahawa GLIC dan GLC itu mematuhi arahan dengan keras sebab itu dalam catatan yang saya sebut dalam jawapan tadi prestasinya jauh meningkat lebih baik. Kos pengurusan berkurangan dan mengelakkan daripada ketirisan. Sebab itu dicatat keuntungan yang lebih. Jadi, bagi orang-orang yang meremehkan isu tatakelola ini, dia tidak faham bahawa dalam pengurusan negara, jabatan, syarikat ini akan menyebabkan kita rugi dan mendera rakyat sebenarnya.

Umpamanya oleh sebab kekuatan itu penekanan tentang masyarakat dan majoriti bumiputera. Ada juga beberapa peruntukan untuk masyarakat India, Sabah, Sarawak daripada segi kepentingan peningkatan mereka dan Cina, tetapi oleh sebab beberapa isu yang agak ketinggalan dalam bidang perniagaan dan pengurusan, jadi ditetapkan bahawa pelaburan memberi keutamaan kepada mereka. Umpamanya tahun 2024, 29 buah syarikat bumiputera menerima pelaburan dari GLICs yang berjumlah keseluruhan pelaburan RM1 bilion.

Ini termasuk KWAP melalui Dana Perintis dan syarikat seperti Bateriku dan Tailor Tag serta pelaburan oleh Khazanah melalui dana impak dalam syarikat seperti JAZRO Technology Robotics, Agribolics Technology, re-entry technologies. Saya sengaja memilih nama-nama syarikat ini kerana mereka telah mencapai tahap bukan sahaja peringkat kebangsaan, tetapi juga kekuatan di peringkat antarabangsa.

Daripada segi pembangunan bakat, setengah bilion ringgit, 86 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan biasiswa daripada 2020 sehingga 2024 diperuntukkan kepada bumiputera. Ini termasuk golongan B40. Sebahagiannya lebih juga kepada anak-anak India dan sedikit kepada golongan anak-anak Cina. Ini bagi memastikan suatu yang lebih, peluang yang lebih saksama kepada dalam bidang pendidikan dan pembangunan.

Terkait isu perolehan, GLIC dan GLC membelanjakan RM53.9 bilion iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan dari tahun 2020 hingga 2024 kepada syarikat bumiputera, 32 peratus daripada syarikat bumiputera. Ini termasuk daripada segi bentuk peluang, latihan, pendedahan melalui program pembangunan vendor bumiputera GLC di Malaysia. Contohnya, macam anak syarikat UEM menggunakan kerangka kerja Malaysia Productivity Corporation’s Business Excellence (MPC BE) untuk membantu perniagaan memperoleh persijilan seperti ISO dan menyertai anugerah industri seperti Anugerah Kecemerlangan Industri dan Global Performance Excellence Award untuk memperkukuh daya saing mereka di pasaran.

final • 11:10 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Senator Manolan.

final • 11:10 AM

Tuan Manolan bin Mohamad

Okey, terima kasih. Terima kasih Dato Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan. Ada ura-ura mengatakan bahawa banyak GLC atau GLIC yang tidak membuat keuntungan dan rugi dan akan ditutup. Soalan saya, adakah dengan penutupan syarikat tersebut GLC dan GLIC ini akan membantutkan ataupun menyahtiadakan fungsi syarikat tersebut yang sedang berjalan? Terima kasih, Dato Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tidak banyak syarikat yang ditutup sebenarnya, tetapi dengan prinsip yang saya sebut tadi, ketelusan dan tatakelola.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Seandainya syarikat-syarikat kecil, ini yang ditutup banyak itu bawah agensi kerajaan.

Umpamanya syarikat-syarikat kecil di bawah RISDA ataupun FELDA yang tidak memenuhi keperluan tuju matlamat asas itu dan kalau tidak catat keuntungan, kita tutup. Tidak relevan

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

umpamanya contoh syarikat agensi kereta RISDA, buka butik kedai ataupun security firm ataupun kedai roti, umpamanya— umpamanya ya.

Jadi syarikat-syarikat begini, sudahlah dibuka, kemudian ada ahli lembaga, kemudian ada elaunnya, syarikat ini rugi. Jadi kita rasa ini amalan budaya yang tidak memberi manfaat dan harus dihentikan. Dalam kes-kes seperti itu, memang dihentikan, tetapi pemantauan kalau di bawah GLIC, GLC itu sangat ketat sekarang. Ini saya boleh bagi jaminan.

Pada tahun 2023, ada pemantauan secara menyeluruh dan yang lebih ketat dan syarikat-syarikat pengurusan, syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan seandainya ada kelemahan untuk diperbaiki. Jadi itu kalau untuk GLIC dan GLC, saya bagi jaminan Dato Yang di-Pertua bahawa lebih keras dan sekarang ini menjalar kepada semua agensi-agensi kerajaan ribuan, yang sebahagian, bukan sebahagian besar, sebahagiannya iaitu sebenarnya tidak munasabah dipertahankan.

final • 11:20 AM

Tuan Abun Sui Anyit

Soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dah tutup soalan tambahan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]

final • 11:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Amat Berhormat.

final • 11:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dato Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2025 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

final • 11:22 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, baiklah.

final • 11:22 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, rekayasa ini menandakan tindakan Kerajaan MADANI dalam menerajui reformasi institusi sepertimana yang telah dijanjikan. Ini dalam kerangka besar Kerajaan MADANI, kita telah memutuskan untuk memperkasa institusi melalui pelbagai usaha umpamanya, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang pernah saya sebut dalam Dewan.

Ini tidak mudah kerana jarang berlaku di mana seorang Menteri Kewangan melepaskan sebahagian daripada tanggungjawab dia dan menyerahkan kembali kepada Dewan untuk menilai, membantah, menegur atau menolak setelah diluluskan sebelumnya, sekiranya janji atau unjuran itu tidak dipenuhi. Jadi walaupun dianggap enteng, tapi tidak sebenarnya mudah, seperti orang yang pegang kuasa selalunya tidak mudah untuk melepaskan sebahagian kuasanya. Dalam undang-undang ini, kalau kita umpamanya unjuran kita sekian, cuma peratus pertumbuhan dan tidak capai, kita harus serah kembali, ini implikasinya. Begitu juga dalam bidang fiskal lain.

final • 11:22 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Keduanya, Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 untuk memberikan kedudukan negara itu dengan yang berdaulat, merdeka dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana kuasa lain yang boleh mencabar kedaulatan kita.

Pindaan Akta Audit 1957 yang dilakukan pada tahun 2024. Ini memberikan kuasa dan ruang Ketua Audit Negara masuk dalam semua jabatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT dan agensi-agensi dan syarikat-syarikat kerajaan. Ini juga satu bagi saya hal yang agak kritikal kerana bila kita sebut soal tatakelola, pengurusan bertanggungjawab, amanah, dia mesti dipantau melalui kekuatan audit yang keras dan tegas.

Kemudian, Rang Udang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Pentadbiran Awam yang insya-Allah akan dibentangkan tahun ini kerana selain daripada sistem saraan yang telah diubah, tanggungjawabnya bertambah, penanggungjawab di kalangan penjawat- penjawat awam, maka ada satu komitmen dengan beberapa langkah tindakan dan kaedah pelaksanaan yang mesti dipatuhi mereka. Baru-baru ini umpamanya kita telah mengumumkan tentang Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar yang telah menimbulkan, mencetuskan sedikit kontroversi.

Saya agak keras dalam hal ini kerana beberapa kawasan perumahan bandar, Tuan Yang di-Pertua, sekitar Kuala Lumpur, itu daif sekali ya dan majoriti orang Melayu, ada signifikan minoriti di kalangan masyarakat India dan kecil di kalangan masyarakat Cina. Kita telah ambil selama puluhan tahun ini pelbagai langkah, tapi kekangannya nyata. Semua kerajaan sebelum ini, pimpinan sebelum ini, kerajaan sama ada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, semuanya umumkan untuk laksanakan. Jadi, kita perlu ada tekad politik untuk melaksanakan. Jadi kita usulkan ini.

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, ini saja cara nak bantu umpamanya kalau rumah itu keluarga miskin di Bandar Tun Razak, anak enam, bilik kekal satu dibangunkan tahun 60-an, sampai sekarang merdeka dengan kemakmuran, kemajuan, keindahan termasuk gedung Parlimen, tapi rumah itu kekal seperti itu. Anak enam, ibu bapa satu kamar, satu bilik dan satu bilik air itu dalam tandas. Bagi saya tidak boleh dipertahankan, tidak ada cadangan lain.

Maknanya kalau kita bangunkan, kalau itu tanah-tanah rizab Melayu, kekal tanah rizab Melayu. Pemiliknya ada sekarang, kekal pemiliknya dan bedanya apa?

Kalau rumahnya dulu kos RM70,000, sekarang minimum RM380,000. Syaratnya mesti rumah itu dibesarkan, minimum tiga bilik, dua bilik air iaitu tandas, tapi dikecam seperti kita ini perampas hak Melayu dan sebagainya. Saya tidak mengerti. Politik begini rupa, kebencian, penghinaan dan fitnah. Padahal kalau ada dipilih umpamanya alternatif lain, sila sampaikan. Ini yang saya sebut dalam kerangka reform institusi kita lakukan, tetapi kalau tidak diberikan penjelasan dengan baik akan dihujah dengan pelbagai kecaman.

Saya tidak tahu dari mana pandangan bahawa tanah rizab Melayu itu diubah. Tanah rizab Melayu itu kekal. Orang miskin jangan diperalatkan dan diperbodohkan dan ditekan, dibiarkan dalam keadaan yang sedemikian, tak mungkin ya. Apa erti kita dengan catatan pembangunan saya baca tadi, dengan keuntungan semua syarikat. Dia tidak boleh lakukan apa-apa, ini yang keadaannya. Jadi bila kita sebut satu rumah digantikan satu rumah, itu pun tak tepat. Satu rumah satu bilik diganti dengan satu rumah tiga bilik. Itu mudah-mudahan Allah mengizinkan dan kita laksanakan sebaik saja diluluskan.

Jadi pada hari ini umpamanya, mengikut kerangka besar ini, kita teruskan dengan suatu Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) untuk membolehkan kita menggubal Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen atau Parliamentary Services Act yang dibincangkan bertahun-tahun sebelum ini. Alhamdulillah diluluskan oleh Dewan Rakyat walaupun 57 Ahli Parlimen lain memilih untuk tidak mengundi. Mungkin dia nak perlu masa 10 tahun lagi.

[Ketawa] Tetapi kalau kita mahu memaknai erti reform, mesti ada ruang kebebasan bagi Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kita lakukan ini, saya telah

final • 11:22 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

berbincang dengan staf supaya ruang kenaikan pangkat mereka terjamin. Maka sebab itu, ada beberapa, sedikit kelonggaran untuk mereka pilih servis.

final • 11:22 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Bagi kerajaan, pindaan ini tidak kecil. Ini suatu yang dikatakan substantif dari segi Perlembagaan dan dari segi pelaksanaan reform. Apa ertinya lagi dari segi sistem kenegaraan kita mengikut semangat Perlembagaan? Iaitu pemisahan kuasa, legislatif, eksekutif dan kehakiman. Bagi kita, terutama orang Islam, sandarannya itu Alfasl Bayn Alsulutat. Maknanya, pemisahan antara kuasa-kuasa dalam urusan negara dan ini sepertimana yang kita tahu banyak kes-kes dalam sejarah di zaman Umar al-Khattab RA yang memisahkan kuasa eksekutif daripada kehakiman untuk menjamin keadilan.

Dalam nukilan sejarawan Islam Ibn al-Athir lewat karyanya Al-Kamil Fi Al-Tarikh.

Prinsip pengasingan kuasa disebut dalam kitab itu sebagai tunggak penting tatakelola dalam era Khulafa al-Rasyidin dengan memetik kisah masyhur penghakiman Qadhi Shuraih Ibn al- Harith ke atas Khalifah Ali bin Abi Talib dalam pertikaian dengan seorang, ada yang sebut Nasrani, ada yang kata Yahudi, yang melibatkan perisai perang di mana khalifah sendiri terpaksa dihadapkan ke mahkamah. Bayangkan, Khalifah dihadapkan ke mahkamah kerana pertikaian soal perisai iaitu baju besi itu.

Akhirnya, Hakim Qadhi Shuraih dalam hal ini memutuskan dan tidak memihak kepada Saidina Ali. Dia tidak pertikaikan kebenaran dan kewibawaan dan akhlak Saidina Ali tetapi fakta di mahkamah itu tidak memihak kepada Saidina Ali. Ini prinsip yang disebut. Saya rasa untuk kebijaksanaannya untuk dari segi turath atau legasi Islam ini untuk mengajar kita pemisahan itu penting.

Ini juga semangat yang tertera tatkala Malaysia dipimpin oleh Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada tahun 1957. PSA pada masa itu diperkenalkan dalam akta dan kemudiannya diluluskan pada tahun 1963, Akta Perkhidmatan Parlimen. Kemudian, dibatalkan pada tahun 1992 oleh SG4 punya sahabat, penasihat. Tak apalah, itu cerita dulu, tetapi walau bagaimanapun, setelah kita nilai semula dan kita buat libat urus dengan pelbagai kalangan, maknanya setelah 33 tahun Kerajaan MADANI memikirkan kalau benar kita nak tegakkan prinsip pemisahan kuasa, maka Rang Undang-undang Perlembagaan ini harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen, membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

Dengan termeterainya cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini, kita bukan sahaja mengukuhkan kebebasan institusi Parlimen, tetapi bagi kami kejayaan besar dalam reformasi institusi negara dan kita serius menunaikan amanah dan janji. Ini juga satu hal.

Parlimen sekarang ini di bawah Perdana Menteri. Bawah Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri memilih untuk menyerahkan sebagai menjadi satu badan bebas. Sebab itu bila kita menyebut reformasi institusi itu enak, tapi sukar mendapatkan Perdana Menteri nak menyerahkan kuasa [Tepuk] Tetapi kita terpaksa lakukan kerana ini akan memperkukuh semangat.

Satu lagi prinsip ini ialah bahawa keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen itu ditambah. Kalau dulunya di bawah Akta 1963 hanya seorang wakil pembangkang, tetapi kita telah bersetuju supaya Majlis Perkhidmatan Parlimen itu mempunyai dua pembangkang di Dewan Rakyat dan dua Ahli Dewan Negara yang akan menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen yang akan dinamakan. Tidak boleh Perdana Menteri atau Ketua Majlis, tetapi dinamakan Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara dan disahkan oleh Dewan Negara.

Begitu juga untuk Dewan Rakyat, empat ahli yang menganggotai. Dua daripada kerajaan, dua daripada pembangkang. Nama mereka juga dicadangkan. Kalau undang- undang yang lalu, itu dicadangkan oleh Perdana Menteri, tetapi sekarang saya setuju dengan pindaan dibawa dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Yang

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

di-Pertua dan perlu disahkan dari Dewan Negara, dalam kes Dewan Rakyat oleh Dewan Rakyat.

Jadi kita beri jaminan, insya-Allah kita akan pastikan bahawa undang-undang ini dapat memenuhi matlamat yang kita sebutkan dan kita catat. Kalau Dewan Negara bagi kelulusan sebulat suara dan tidak belajar dari pengalaman Dewan Rakyat yang masih kabur tentang hala tuju negara ini dan prinsip institusi Parlimen yang bebas. Saya percaya Dewan Negara juga akan membantu mencatat nama dalam sejarah sebagai legasi yang mampu membentuk Malaysia yang lebih telus, berintegriti dan berwibawa dengan keredaan Allah SWT. Terima kasih. Saya mohon mencadangkan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa-siapa yang menyokong?

final • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya menyokong.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ini ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ada seramai 15 orang Ahli yang hendak berbahas. Maka, ditetapkan masa yang diberikan adalah 6 minit seorang. Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas.

final • 11:30 AM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2025 dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan RUU ini. Seperti kita sedia maklum, pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan adalah sebagai asas ataupun prasyarat kepada pihak kerajaan untuk membolehkan kerajaan membentangkan RUU Perkhidmatan Parlimen.

Namun, saya ada beberapa perkara untuk dibangkitkan iaitu pertama ialah tiada campur tangan. Dalam hal ini, kita melihat secara mendalam. Pindaan ini sepatutnya menjamin pengasingan dan kewibawaan tiga cabang kerajaan di bawah doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers, dengan izin. Eksekutif, legislatif dan kehakiman. Dalam hal ini, kita ingin memastikan bahawa Parlimen tidak lagi di bawah cengkaman eksekutif di mana hari ini pindaan Perlembagaan itu dicadangkan dan diberitahu bahawa pihak eksekutif tidak akan lagi terlibat dalam pelantikan mana-mana posisi yang penting dalam Parlimen termasuklah Speaker dan juga Setiausaha-setiausaha Dewan.

Dalam hal ini, kita ingin mendapatkan jaminan kerajaan supaya tidak ada campur tangan eksekutif dan memastikan pemisahan kuasa mutlak kepada pihak Speaker dan juga Parlimen, MPP. Sejauh manakah MPP akan lebih diperkasakan dengan kelulusan pindaan pada hari ini ataupun selepas ini?

Kedua ialah kebebasan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, apabila sesuatu institusi itu dikatakan bebas daripada satu institusi yang lain, apa maknanya? Maknanya, institusi tersebut bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, mana-mana institusi yang lain. Selain daripada itu, anggota institusi tersebut pun juga boleh membuat pertimbangan atau keputusan dengan bebas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Selain itu, apa yang lebih penting? Institusi itu juga perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang bebas. Itulah kebebasan apabila kita bercakap tentang kebebasan. Kebebasan membuat keputusan tanpa ada sebarang pengaruh, kebebasan membuat keputusan dengan penuh objektif dan juga dilihat oleh orang lain sebagai sebuah institusi yang bebas.

final • 11:37 AM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Maka, apabila kita lihat senarai 13 anggota MPP, 13 orang dan sekiranya dua orang Ahli Dewan Negara dan empat orang Ahli Dewan Rakyat turut dilantik dalam kalangan penyokong kerajaan maka hampir keseluruhan 13 orang anggota MPP berkait secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan.

final • 11:37 AM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Soalan saya, adakah itu didefinisikan oleh kerajaan sebagai bebas? Yang kedua ialah lantikan. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Perkara 65 Perlembagaan. Jadi, untuk mengadakan peruntukan bagi melantik Setiausaha Dewan dan juga oleh Yang di-Pertuan Agong yang boleh dilantik dalam kalangan atau bukan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. Namun, persoalan saya, mengapa hanya Setiausaha Dewan diberi autonomi tetapi kakitangan lain masih di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam? Kenapa jawatan ini tidak dijamin di bawah Perkara 132 dan perkhidmatan awam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mana perkhidmatan awam yang lain? Adakah ini satu langkah untuk memperkukuhkan kebebasan Parlimen atau sekadar reformasi?

Saya juga ingin bertanya, bagaimana kerajaan memastikan bahawa pelantikan Setiausaha Dewan benar-benar bebas daripada pengaruh politik? Selain itu, pindaan juga mengenai dengan Setiausaha Dewan yang dilantik tidak semestinya dilantik dalam kalangan perkhidmatan awam, tetapi juga mana-mana anggota bukan perkhidmatan awam. Maknanya, terbuka: open post, dengan izin. Jadi persoalan saya, adakah ada kriteria khusus yang akan digunakan dalam proses pemilihan dan bagaimana kerajaan boleh menjamin bahawa pelantikan ini bebas daripada unsur campur tangan politik?

Implikasi kewangan, isu seterusnya.

[Menunjukkan isyarat tangan] Dari segi implikasi kewangan, RUU ini menyatakan bahawa pindaan akan menyebabkan implikasi kewangan kepada kerajaan tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan. Persoalan saya, berapakah unjuran kos sebenar bagi pelaksanaan pindaan ini?

Kedua, apakah sumber kewangan yang akan digunakan untuk membiayai sistem baharu ini?

Ketiga, adakah ini akan memberi kesan kepada bajet tahunan Parlimen dan peruntukan kepada Ahli Parlimen, termasuk Ahli Dewan Negara itu sendiri? Tambahan Timbalan Speaker ialah isu seterusnya. Saya ingin sentuh pindaan Perkara 57 yang melibatkan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menyentuh mengenai pindaan di Perkara 57, saya tiada halangan untuk menyokong perkara ini. Namun, saya berpendapat terdapat keperluan untuk mempertimbangkan penambahan bilangan tambahan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ketika ini, di bawah Perkara 57(1)(a) memperuntukkan hanya dua orang Timbalan Yang di-Pertua.

Walaupun terdapat peruntukan di dalam Peraturan Mesyuarat 7(3) yang membolehkan ahli Majlis dipilih oleh Tuan Yang di-Pertua untuk mempengerusikan Mesyuarat bagi sementara waktu. Saya juga— lebih baik jika kita ada pertambahan bilangan Timbalan Speaker yang dapat melancarkan lagi Majlis Mesyuarat. Kita sebagai Ahli Dewan Negara, memahami tugas berat yang dipikul selain daripada jadual Parlimen. Saya rasa yang sangat padat daripada segi masa.

Secara penutup Yang di-Pertua, saya berharap pindaan Perlembagaan ini lulus kerana saya akan berbahas dengan lebih lanjut berkenaan RUU Perkhidmatan Parlimen selepas ini. Saya juga mengalu-alukan langkah-langkah pindaan ini yang membolehkan Akta Perkhidmatan Parlimen dapat di bentang dan diluluskan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.

final • 11:40 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI, Segulai Sejalai dan salam Ramadan. Hari ini kita membincangkan sesuatu yang bukan sekadar pindaan perundangan biasa, tetapi suatu langkah besar dalam memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen negara kita.

Pindaan ini adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan martabat dan keupayaan Parlimen sebagai badan legislatif tertinggi di negara kita. Dato Yang di-Pertua, sebagai negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, pemisahan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman adalah asas kepada kestabilan negara. Namun, apabila Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada tahun 1992, kita menyaksikan satu peralihan di mana pentadbiran Parlimen menjadi terlalu bergantung kepada eksekutif.

Jika kita mahu memastikan Parlimen benar-benar berfungsi sebagai badan legislatif yang bebas, maka autonominya mesti dikembalikan. Seperti pepatah Melayu, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?” Jika kita ingin melihat Parlimen yang lebih berkesan, kita harus berani melakukan reformasi yang diperlukan. Ketiadaan autonomi telah menyebabkan beberapa kelemahan dalam pengurusan Parlimen, termasuk kebergantungan kepada eksekutif. Segala keputusan berkaitan pentadbiran, pelantikan pegawai dan peruntukan kewangan Parlimen memerlukan kelulusan daripada badan eksekutif yang sedikit sebanyak menjejaskan kebebasan institusi ini.

Kelewatan dalam proses perundangan, keperluan untuk merujuk kepada badan eksekutif dalam urusan pentadbiran menyebabkan kelewatan dalam proses-proses penting yang melibatkan perjalanan Parlimen. Kesan kepada keberkesanan Parlimen tanpa autonomi, Parlimen kehilangan sebahagian daripada kebolehan untuk mentadbir dirinya sendiri secara profesional dan cekap. Sehubungan itu, pindaan ini amatlah diperlukan bagi mengembalikan Parlimen kepada fungsinya yang sebenar.

Dato Yang di-Pertua, RUU ini mengandungi beberapa pindaan penting terhadap Perlembagaan Persekutuan, termasuk pertama, pindaan Perkara 56 dan Perkara 57. Di mana pindaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan peranan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan mereka dalam memastikan perjalanan persidangan yang lebih berkesan. Ini juga memberi mereka lebih kuasa dalam urusan pentadbiran Parlimen tanpa perlu merujuk kepada badan eksekutif.

Dua, pindaan Perkara 65 iaitu memberikan keabsahan kepada jawatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat sebagai pegawai utama yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran Parlimen. Dengan kedudukan yang lebih bebas, mereka boleh melaksanakan tugas mereka secara profesional dan bebas daripada tekanan politik atau pengaruh luar.

Fasal 5 dalam RUU iaitu menyediakan peruntukan kecualian bagi memastikan kelancaran peralihan kepada sistem baharu ini. Mengelakkan sebarang kekangan perundangan yang boleh menjejaskan keberkesanan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen. Pindaan-pindaan ini bukan sekadar perubahan kosmetik tetapi merupakan satu reformasi yang penting dalam memastikan institusi Parlimen dapat menjalankan peranannya secara bebas dan profesional. Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini mempunyai beberapa implikasi positif yang akan meningkatkan keberkesanan sistem Parlimen kita.

Pertama, Parlimen yang lebih profesional dan cekap dengan autonomi yang dikembalikan, Parlimen boleh menguruskan pentadbirannya sendiri tanpa campur tangan daripada eksekutif, menjadikannya lebih cekap dan bebas dalam menjalankan fungsinya.

final • 11:43 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Kedua, pemerkasaan peranan pegawai utama Parlimen, di mana Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan mempunyai kuasa yang lebih jelas dan bebas dalam mengurus pentadbiran Parlimen. Ini membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih profesional tanpa perlu merujuk kepada badan eksekutif.

Ketiga, meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi, khususnya apabila rakyat melihat bahawa Parlimen beroperasi secara bebas dan bertanggungjawab, keyakinan mereka terhadap institusi ini akan meningkat.

Keempat, memperkukuhkan prinsip pemisahan kuasa, ini adalah langkah penting untuk memastikan Parlimen benar-benar berfungsi sebagai badan legislatif yang bebas dan tidak dikawal oleh eksekutif.

final • 11:43 AM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Seperti pepatah Melayu, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Dengan adanya kesungguhan politik dan sokongan daripada semua pihak, pindaan ini akan menjadi titik tolak kepada satu era baharu lagi bagi Parlimen Malaysia.

Dato Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini membawa perubahan positif kita tidak boleh menafikan bahawa ia datang dengan cabaran tertentu. Oleh itu, saya ingin menegaskan beberapa perkara penting. Pelantikan pegawai Parlimen, kita perlu memastikan bahawa lantikan jawatan utama dalam pentadbiran Parlimen seperti Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat di buat berdasarkan merit dan keupayaan bukan pengaruh politik.

Kewangan dan peruntukan bajet, dengan kembalinya autonomi Parlimen kita perlu memastikan Parlimen mempunyai sistem kewangan yang telus dan bertanggungjawab bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran prinsip akauntabiliti harus diterapkan supaya setiap sen yang dibelanjakan benar-benar memberikan manfaat kepada sistem demokrasi kita.

Kebebasan dan kebertanggungjawaban. Kebebasan institusi Parlimen tidak bermakna ia berpisah daripada prinsip kebertanggungjawaban. Kita perlu memastikan bahawa setiap dasar peraturan dan keputusan yang dibuat oleh Parlimen mencerminkan aspirasi rakyat dan selaras dengan Perlembagaan Negara seperti yang pernah dikatakan oleh Sir Winston Churchill, “To each there comes in their lifetime a special moment when they are figuratively tapped on the shoulder and offered the chance to do a very special thing, unique to them and their talents”, dengan izin.

Hari ini adalah saat bagi kita sebagai Ahli Dewan Negara untuk melakukan sesuatu yang besar, mengembalikan maruah dan kuasa autonomi Parlimen Menteri. Dengan itu, Dato Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya pindaan ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker dan saya ingin merakam di dalam Dewan yang mulia betapa ia satu penghargaan bagi saya secara peribadi untuk membahas dan kemudian menyokong usaha-usaha untuk pindaan yang sangat signifikan ini.

Pindaan ini adalah hasrat yang telah selama ini dikongsi oleh semua pihak di dalam Parlimen tak kira dari mana-mana parti ataupun daripada mana-mana blok kerana apa yang kita lakukan dalam pindaan ini membolehkan satu perkara besar yang diidam-idamkan, yang diperjuangkan selama ini kerana tanpa pindaan ini kita tidak akan dapat capai satu autonomi seperti mana yang disebutkan oleh rakan Senator saya.

final • 11:52 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Saya ingin rakam di sini bahawa konsep separation of power, hakikatnya sudah pun ada dalam Perlembagaan di mana kalau kita mengkaji Perlembagaan Persekutuan, Tuan Speaker, ada dua teras yang membentuk keseluruhan Perlembagaan kita.

Satu teras pertama ialah apa yang dinamakan sebagai structures and powers. Di mana di dalam structures and powers itu terkandung di sana satu konsep pemisahan kuasa antara Parlimen iaitu legislatif, eksekutif dan juga judisiari. Itulah hasrat para pendiri negara ini untuk memastikan the concept of the doctrine of separation of power dengan izin, dapat berjalan melalui roh dan semangat Perlembagaan itu sendiri.

Namun along the way, pada tahun 1993 berlaku di sana satu turnaround yang tanpa disedari merupakan satu malapetaka bagi konsep ini. Waktu itulah kita tengok perjuangan untuk mengembalikan asal semangat 1963 yang di bawa oleh Tunku Abdul Rahman adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti.

Nah, sekarang hampir, kalau tanya penglibatan saya secara peribadi hampir 15 tahun lebih saya berada di Dewan ini dan sekarang diberikan penghormatan di dalam Dewan Negara, saat dan ketika yang kita tunggu-tunggukan itu sudah pun ada peluang itu di hadapan kita. Tidak ada mana-mana Ahli Parlimen yang waras yang akan menolak pindaan ini kerana kebaikan daripada pindaan ini adalah untuk mereka bukan untuk orang lain. Ini adalah untuk kita.

Bukan sahaja menolak bahkan mengambil sikap tidak mengundi, itu satu malapetaka juga kerana mereka seolah-olah menolak kebaikan yang nak dipulangkan kepada mereka.

Perdana Menteri yang ada pada hari ini berapa kali diulang dalam pembentangan beliau bahawa jarang ada Perdana Menteri yang nak kembalikan kuasa dia kepada orang lain, kepada institusi lain. Yang ada sepanjang sejarah, Perdana Menteri nak ambil sebanyak kuasa yang mungkin atas alasan-alasan yang direka-reka, tapi dalam hal ini, satu perkara besar yang telah berlaku dalam sejarah kita Perdana Menteri merelakan satu doktrin yang sepatutnya dijunjung dan diangkat oleh setiap kita di sini iaitu mengembalikan kuasa itu kepada kita secara autonomi dan tidak akan berlaku perkara itu tanpa pindaan yang kita sedang berbahas.

Kaedah fekah menyatakan dengan izin Tuan Speaker.

[Berucap dalam bahasa Arab] Tak akan sempurna suatu perkara yang wajib, bagus melainkan dengan kita buat sesuatu yang lain maka yang kita buat ini menjadi wajib. Sebab itu saya kaget dan hairan kenapa di dalam Dewan Rakyat hampir 48 tak silap saya...

final • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

final • 11:52 AM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Oh, terima kasih kerana mengingatkan saya Tuan Speaker, 57 di kalangan Ahli Parlimen yang mengambil sikap berkecuali. Saya tak faham, selama ini kita tuntut supaya Parlimen itu impartial, Parlimen itu autonomi, Parlimen itu bebas.

Tiba-tiba ada peluang— macam itu saya kata. tidak ada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat atau di Dewan Negara yang waras bukan untuk menolak, mengambil sikap berkecuali pun tidak wajar.

Oleh itu, kita rakamkan di dalam detik yang bersejarah ini kepada generasi yang akan datang janganlah ada mana-mana pemimpin yang datang kemudian yang nak ambil balik doktrin ini dan memecahkan doktrin ini lalu mengambil kuasa dan kita khuatir negara ini— kalau ada pemimpin-pemimpin yang begitu akan membawa kita kepada pemimpin yang diktator, pemimpin yang tidak hormat separation of power dan jadilah kita Dewan yang selama ini disebut sebagai rubber stamp. Dengan itu, saya menyokong Tuan Speaker.

final • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda.

final • 11:52 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Terima kasih, Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 ini.

Walaupun RUU ini hanyalah melibatkan pindaan kepada tiga perkara di dalam Perlembagaan dan kita tidak lagi, belum lagi membahaskan Akta Perkhidmatan Parlimen secara keseluruhannya, tetapi pindaan ini penting sebagai laluan atau tiket untuk kita membenarkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen itu nanti.

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato Yang di-Pertua, pindaan ini bukan sekadar satu pindaan kecil yang dalam Perlembagaan kita tetapi anjakan yang besar dalam memperkasakan institusi Parlimen sebagai satu cabang pemerintahan yang benar-benar berfungsi dan berwibawa.

Dalam doktrin pengasingan kuasa, perkara yang sangat penting ialah elemen semak dan imbang. Dalam negara kita bukan hanya individu, bukan hanya agensi dan jabatan kerajaan yang perlukan semak dan imbang tetapi yang lebih penting ialah cabang, ketiga-tiga cabang baik eksekutif, judisiari dan juga legislatif perlu untuk sentiasa disemak dan diimbang oleh cabang-cabang yang lain. Ini bagi memastikan bahawa tidak ada cabang yang benar-benar yang memiliki kuasa yang mutlak yang boleh membawa kepada salah guna kuasa.

final • 11:58 AM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Datuk Yang di-Pertua, selama 33 tahun kita menyaksikan bagaimana sistem pentadbiran negara ini masih bergelut dengan masalah pemisahan kuasa. Yang terbaru, kita boleh melihat bagaimana Parlimen kita ini boleh ditutup sesuka hati. Bukan hanya kita yang terkurung sewaktu COVID, tetapi Parlimen juga boleh ditutup oleh eksekutif hanya semata- mata untuk tujuan yang tertentu.

Selama ini kita melihat bagaimana Parlimen Malaysia berada dalam cengkaman eksekutif. Dalam banyak aspek, kebergantungan Parlimen kepada eksekutif baik dari segi sumber kewangan mahupun pentadbiran menjejaskan kebebasan institusi ini. Oleh itu, pindaan-pindaan ini amat diperlukan bagi memastikan Parlimen dapat berfungsi dengan autonomi, dengan bebas dan benar-benar dilihat bebas dan tidak lagi bergantung kepada eksekutif dalam membuat keputusan yang melibatkan perjalanan dan urusan Parlimen itu sendiri.

Pindaan pada Perkara 56 dan 57 memberikan kuasa dan membenarkan Yang di- Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk memegang jawatan dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen dan ia tidak akan hilang kelayakan selagi mana mereka tidak menerima apa-apa saraan, hadiah ataupun faedah daripada keanggotaan tersebut.

Kita ingin memastikan bahawa individu yang dipilih untuk menduduki jawatan ini dapat menjalankan tugas mereka tanpa sebarang konflik kepentingan dan bentuk sekatan yang tidak perlu. Mereka perlu diberikan ruang untuk memainkan peranan mereka sebagai pemimpin institusi legislatif tanpa bimbang akan kehilangan jawatan kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada struktur pentadbiran Parlimen itu sendiri.

Pindaan dalam Perkara 65 juga memberikan ruang untuk pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat bukan hanya dari kalangan anggota pentadbiran awam yang kita tahu terikat dengan peraturan-peraturan tertentu, tetapi juga jawatan ini akan dibuka kepada umum bagi memastikan bahawa mereka yang berada di tempat itu benar-benar layak dan benar-benar memahami peranan dan tugas mereka.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Selain itu, pindaan ini juga menetapkan bahawa Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat tidak boleh menjadi ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Ini satu jaminan bahawa individu yang memegang jawatan itu akan berkhidmat secara profesional tanpa sebarang unsur berat sebelah dan kepentingan politik.

Implikasi pindaan kepada Ahli Parlimen dan Senator. Sebagaimana kita tahu tadi, di kalangan Senator akan dilantik dua ahli, di kalangan Ahli Dewan Rakyat akan dilantik empat ahli dan ini sudah tentu akan memberikan ruang yang luas kepada kita dalam Dewan ini untuk turut sama memainkan peranan.

Dengan pengukuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen juga, kita membuka jalan kepada sistem pembiayaan yang lebih tersusun dan bebas. Ini bermakna keperluan kewangan Parlimen akan ditentukan oleh Parlimen itu sendiri, bukan kita bincang di Parlimen tetapi kewangan itu akan dipadam, boleh diubah oleh eksekutif. Jadi, selepas ini, dengan autonomi kewangan yang ada untuk Majlis Perkhidmatan Parlimen maka kita percaya bahawa kita boleh memperkasa lagi institusi Parlimen kita ke arah yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara lain seperti United Kingdom, Kanada dan Australia, mereka juga sudah lama mengamalkan konsep pemisahan kuasa yang jelas antara ketiga-tiga cabang ini. Di negara-negara ini, institusi Parlimen memang mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menguruskan pentadbiran dan pembiayaan mereka sendiri.

Mereka tidak perlu merayu kepada eksekutif untuk mendapatkan dana atau kelulusan bagi sebarang inisiatif yang ingin mereka laksanakan.

Saya percaya walaupun pindaan-pindaan ataupun penggubalan akta ini masih jauh daripada sempurna tetapi inilah langkah yang sangat besar yang menjadi permulaan kepada kita dalam usaha untuk melakukan, melaksanakan reformasi institusi. Datuk Yang di-Pertua, dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Tepat pada masa.

Sekarang saya jemput Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

final • 12:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Datuk Yang di-Pertua, pindaan kepada Perlembagaan yang dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia pada hari ini adalah kepada tiga perkara sahaja iaitu Perkara 56, 57 dan 65. Namun, implikasi dan impak kepada pindaan ini adalah amat besar kerana pindaan ini akan membolehkan Malaysia memantapkan lagi pengasingan kuasa antara badan legislatif atau perundangan dan badan eksekutif.

Doktrin pengasingan kuasa menyatakan bahawa kuasa tidak boleh dipusatkan pada seorang atau satu badan sahaja untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Mandat bagi pengasingan kuasa memang termaktub dalam Perlembagaan Perkara 121 bagi kehakiman, Perkara 39 bagi eksekutif dan Perkara 44 bagi legislatif atau badan perundangan. Namun, badan perundangan belum mendapat autonomi penuh kerana kewangan dan sumber manusia masih dikawal oleh badan eksekutif.

Datuk Yang di-Pertua, setelah 33 tahun Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan, baru kini kita mengambil tindakan untuk mengembalikan autonomi kepada Parlimen. Ini merupakan reformasi institusi yang tertinggi dan saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan ini. Saya percaya semua yang ada dalam Dewan ini yang mendukung doktrin pengasingan kuasa, tidak ada sebab untuk menolak rang undang- undang ini. Jadi, hari ini Datuk Yang di-Pertua, kita menamatkan dengan izin, legislative inertia yang telah menyelubungi Parlimen selama 33 tahun.

final • 12:05 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Datuk Yang di-Pertua, bila kita bercakap tentang autonomi Parlimen, dua perkara adalah penting iaitu dana dan juga sumber manusia. Ini merupakan kayu pengukur sejauh manakah kebebasan Parlimen itu, sejauh mana ia tidak dikawal oleh badan eksekutif. Di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen, memang ada diperuntukkan bahawa Parlimen akan diberi dana dan mengikut penjelasan daripada Bahagian BHEUU yang menjelaskan rundingan yang diadakan selama ini, dana tersebut akan disalurkan terus kepada Parlimen, tidak melalui Kementerian Kewangan sebagaimana yang berlaku selama ini.

Jadi, oleh yang sedemikian, Parlimen ada kebebasan untuk setiap tahun merancang bajet yang diperlukan untuk Parlimen ya, bukan sahaja untuk anggota pentadbiran tetapi juga untuk Ahli-ahli Parlimen dan amat penting, untuk membiayai ataupun dana bagi jentera reformasi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebagaimana telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas. Jadi, untuk memperkasakan jawatankuasa, ia perlulah diberikan dana yang mencukupi untuk mengadakan kajian, untuk diagihkan support staff yang mencukupi untuk membantu di dalam menjalankan tugas sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas.

Keduanya adalah tentang sumber manusia. Selama beberapa tahun ini, anggota Parlimen ada hindsight of experience, tahu mana dan apa yang perlu diperbaiki, diperkasakan dan seterusnya melakar struktur yang akan memperkasakan Parlimen. Dalam penstrukturan semula ini, saya cadangkan be innovative, jangan dikongkong oleh struktur organisasi yang ada sekarang. Be innovative dan lakarlah struktur yang amat-amat memantapkan dan memperkasakan perkhidmatan Parlimen.

Datuk Yang di-Pertua, saya ada kemusykilan ya. Difahamkan bahawa pelaksanaan Perkhidmatan Parlimen ini ataupun Akta Perkhidmatan Parlimen ini dilaksanakan secara hibrid di mana pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan dikendalikan oleh pegawai perkhidmatan awam iaitu Ketua Pentadbir Parlimen.

final • 12:05 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Saya dimaklumkan bahawa ini diperlukan kerana ia akan dilantik sebagai Pegawai Pengawal di bawah Akta Tatacara Kewangan. Sementara itu, pengurusan Dewan Negara dan Dewan Rakyat dikendalikan oleh anggota perkhidmatan Parlimen.

Jadi soalan saya, ia agak kekok. Kita kata kita bebas, tetapi Ketua Pentadbir itu daripada kalangan perkhidmatan awam. Saya tidak— sukar untuk dapat menerima perkara ini, Datuk Yang di-Pertua. Jadi, seandainya apa yang perlu untuk memperkasakan Ketua Pentadbir Parlimen itu adalah pelantikan sebagai Pegawai Pengawal. Mengapa tak boleh buat macam itu? Biarkan dia di bawah perkhidmatan Parlimen, tetapi diberikan kuasa sebagai Pegawai Pengawal dan dilakukan tatacara, proses yang sepatutnya supaya dia mengikut tatacara pentadbiran kewangan sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan. Then only, kita boleh mengatakan kita ada kawalan penuh ke atas semua anggota kakitangan Parlimen.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi Perkara 56, 57 dan 65. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Pandangan daripada pengamal undang-undang. Sekarang saya jemput Senator Puan Susan Chemerai Anding.

final • 12:10 PM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas peluang untuk membahas RUU ini. Pindaan Perlembagaan ini adalah pendahuluan kepada penggubalan RUU yang baharu iaitu RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 supaya RUU PSA ini dapat dibentangkan. Ia berkisar ke atas doktrin yang sangat fundamental kepada demokrasi

final • 12:11 PM

Puan Susan Chemerai Anding

iaitu doktrin pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Prinsip Perlembagaan negara iaitu kedaulatan Parlimen ataupun sovereignty of Parliament dengan izin, memastikan Parlimen adalah autoriti undang-undang yang tertinggi dengan kuasa untuk menggubal dan memansuhkan sebarang undang-undang. Prinsip ini adalah tunjang kepada kemandirian Parlimen daripada cabang eksekutif. Pengasingan kuasa antara badan legislatif dan badan eksekutif akan membolehkan Parlimen bebas dalam melaksanakan tugasnya sebagai satu badan semak dan imbang kepada badan eksekutif serta bebas menyuarakan pandangannya terhadap dasar, program dan polisi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ini penting untuk demokrasi berparlimen yang subur.

Namun pada hari ini, ada keperluan untuk kita meminda Perlembagaan kerana Parlimen yang sepatutnya memiliki keasingan kuasa, kewibawaan dan kebebasan tersendiri masih bergantung kepada cabang eksekutif dalam beberapa perkara seperti kewangan dan pentadbiran. Oleh itu, boleh dikatakan tidak bebas daripada cabang eksekutif. Situasi ini boleh mengakibatkan Parlimen hilang kewibawaannya dan ini sudah pasti tidak baik untuk demokrasi dan kedaulatan Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Perkhidmatan Parlimen ini pernah wujud satu ketika dahulu, tetapi telah dimansuhkan pada 1992. Jadi saya ingin bertanya, apakah sebab ia dimansuhkan ketika itu? Adakah sebarang perkara yang boleh dijadikan lessons learnt dengan izin, daripada pemansuhannya pada waktu itu?

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan reformasi Parlimen yang dibawa oleh RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 ini, saya ingin bertanya satu perkara lagi iaitu adakah kerajaan akan menambah bilangan Senator di Dewan Negara? Ini kerana jika kita mengambil kira bilangan Ahli Dewan Rakyat sebanyak 222 orang, terdapat keperluan menambah bilangan Ahli Dewan Negara yang ketika ini 58 orang bagi memastikan keberkesanan peranan semak dan imbang.

Saya bercadang untuk kerajaan menambah bilangan Senator sebab ini seiring dengan reformasi Parlimen, seterusnya memperkasakan institusi Parlimen. Bekas Presiden Dewan Negara, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sewaktu beliau masih Presiden Senate dahulu pernah berkata bahawa kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang jika terdapat keperluan.

Saya juga ingin mohon tambah di sini agar boleh sekiranya juga diperuntukkan untuk ada sekurang-kurangnya satu wanita dari setiap negeri as part of gender equity and inclusion dengan izin, sebagai langkah memartabatkan kesaksamaan gender dan inclusivity yang akan memperkasakan lagi Parlimen sebagai badan legislatif. Ini supaya juga Parlimen Malaysia bukan sahaja mempunyai constitutional mandate dengan izin, tetapi malah melaksanakan gender affirmative action dengan mengimplementasikan gender mainstreaming policies dengan izin, di Parlimen itu sendiri. Saya mohon jawapan dan komen dari Menteri. Saya juga percaya kita masih ada ruang lagi untuk meminda Perlembagaan untuk tambah baik institusi Parlimen untuk masa akan datang dari segi aspek lain seperti partisipasi dan libat urus awam dan ketelusan legislatif.

Akhir kata, sesebuah Parlimen yang ditadbir sendiri ini bukan sahaja simbolik, ia teras untuk menghalang kerajaan autoritarian. Cabang legislatif yang ditadbir sendiri sememangnya benteng pertahanan pertama kepada kebebasan. Dengan pindaan Perlembagaan ini kelak dan penggubalan RUU PSA 2025, maka diharapkan Parlimen bukan lagi badan legislatif yang di bawah cengkaman eksekutif tetapi sebuah badan legislatif yang mentadbir urus sendiri, sekali gus menjadi legislatif yang menegakkan akauntabiliti kuasa. Dengan RUU ini, ia akan memastikan Parlimen akan benar-benar berfungsi sebagai cabang yang menjawab atau

final • 12:11 PM

Puan Susan Chemerai Anding

answerable dengan izin, kepada rakyat yang menjadi asas kepada Perlembagaan kita.

Dengan itu, saya mohon menyokong.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Sekarang saya jemput Senator Datuk Nelson Angang.

final • 12:11 PM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan RUU pindaan Perlembagaan ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha Kerajaan MADANI dalam merealisasikan pindaan ini, memperbetulkan kesilapan terdahulu dan mempertahankan apa yang perlu. Konsep ataupun doktrin separation of powers kerap kali dinyatakan oleh semua pihak dan keperluan untuk menghormati prinsip dan konsep ini.

Prinsip pengasingan kuasa ini membahagikan kuasa kerajaan kepada cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Tidak dinafikan tujuan rang undang-undang pindaan ini adalah asas untuk membolehkan pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025. Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara atau dengan izin, the supreme law of the land. Ia adalah asas kepada identiti negara kita.

Oleh sebab itu, pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan haruslah dibuat hanya apabila ia benar-benar perlu sahaja. Kita melihat bagaimana pada tahun 1992, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan telah dibuat dan memansuhkan perkhidmatan Parlimen yang telah diwujudkan melalui Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Pada hari ini di Dewan yang mulia ini, kita sekali lagi berdepan dengan pindaan Perlembagaan yang sama untuk mengembalikan perkara-perkara yang telah dimansuhkan pada tahun 1992.

final • 12:18 PM

Datuk Nelson W Angang

Regretfully dengan izin, ini bukan kali pertama situasi seperti ini telah berlaku di mana pindaan Perlembagaan dibuat yang mana perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dimansuhkan dan kemudiannya the reversal is made atau pembalikan dibuat untuk mengembalikan perkara-perkara yang telah dimansuhkan dalam Perlembagaan.

Dengan kemajuan teknologi yang pesat dan pembangunan intelek manusia, kita berharap perkara-perkara seperti ini tidak lagi berlaku dan memohon agar pihak-pihak yang berkenaan agar tidak sewenang-wenangnya membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan tanpa memikirkan kesan dan impaknya dalam jangka masa panjang terhadap negara ini dan rakyatnya.

Datuk Yang di-Pertua, berdasarkan laporan yang saya peroleh, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 61 kali sejak tahun 1957 sewaktu Perlembagaan Persekutuan masih lagi dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah menunjukkan Perlembagaan Tanah Melayu dipinda apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 dan menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, but that story is for another day, kita tumpukan kepada pindaan RUU pada hari ini.

Sebagai perbandingan Datuk Yang di-Pertua, Perlembagaan bagi Amerika Syarikat telah dipinda sebanyak 27 kali sahaja semenjak tahun 1787. Dalam tempoh 238 tahun, Amerika meminda Perlembagaan mereka hanya sebanyak 27 kali sahaja.

Manakala Perlembagaan Persekutuan, sejak masih menjadi Perlembagaan Tanah Melayu lagi dalam tempoh 68 tahun sahaja sebanyak 61 kali pindaan telah dibuat tidak termasuk pindaan pada hari ini. Cuma perbandingan ini Datuk Yang di-Pertua, bukan bertujuan untuk mengagung-agungkan Amerika Syarikat, tidak sama sekali. Cuma sebagai

final • 12:20 PM

Datuk Nelson W Angang

contoh bahawa pindaan Perlembagaan sesebuah negara itu tidak seharusnya dibuat kecuali ia benar-benar perlu kerana itulah DNA kita sebagai sebuah negara.

Datuk Yang di-Pertua, oleh sebab itulah adalah perlu juga untuk memastikan setiap penggubal undang-undang memahami kepentingan dan kesucian Perlembagaan Persekutuan kita dan niat sebenar mesti dilindungi dan dihormati seperti dalam lafaz sumpah setiap Ahli Parlimen untuk melindungi Perlembagaan Negara ini. Jika terdapat keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan negara kita ini, pastikan pindaan tersebut dibuat berkaitan dengan niat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara dan bukan bertentangan dengan prinsip yang dimaksudkan untuk dilindungi.

Datuk Yang di-Pertua, saya mungkin tidak berada di Dewan yang mulia ini untuk menghalang pindaan yang dibuat pada tahun 1962. Namun pada hari ini, saya berada di Dewan yang mulia ini untuk memperbetulkan kekhilafan yang telah berlaku dan mengembalikan apa yang telah diambil. Dengan ini Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan RUU ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Nelson.

Sekarang saya jemput Senator Tuan Pele Peter Tinggom.

final • 12:20 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan RUU pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang baru tadi dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Datuk Yang di-Pertua, dengan RUU ini ia membolehkan Kerajaan MADANI membuat satu akta yang khusus berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran Parlimen.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu Perkara 132 hingga 148 berkenaan dengan penjawat awam tidak ada memperuntukkan sesuatu pemisahan kuasa kepada Parlimen termasuk pengurusan dan pentadbiran Parlimen. Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan elemen pemisahan ini kepada dengan izin, armed forces melalui Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan iaitu Armed Forces Council. Begitu juga Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan elemen pemisahan kepada di bawah Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan kepada Judicial and Legal Service Commission. Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan juga ada memperuntukkan di bawah Perkara 140 kepada Police Force Commission dan Perkara 141A kepada Education Service Commission.

Pindaan ini adalah selari dengan prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita di mana ketiga-tiga organisasi kerajaan yang sangat penting iaitu badan perundangan Parlimen, badan kehakiman dan Badan Eksekutif bukan sahaja dilihat secara teori, ada pemisahan kuasa antara satu sama lain, tetapi juga secara realiti ia dipisahkan melalui pengurusan dan pentadbiran di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sekali lagi, saya ingin tekankan pindaan ini adalah sangat penting daripada aspek Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang yang tertinggi di Malaysia supaya suatu akta khusus untuk Parlimen boleh dibentangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini.

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini juga secara amnya adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh rakyat terutamanya generasi muda supaya pemisahan kuasa iaitu sebagai salah satu- teras utama negara yang berdemokrasi dilaksanakan di negara ini.

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini juga adalah selari dengan polisi Commonwealth Parliamentary Association untuk memperkasakan badan perundangan iaitu institusi Parlimen di kalangan Ahli-ahli CPA di mana Parlimen Malaysia adalah anggota CPA.

final • 12:23 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Semasa First Joint CPA Asia and South-East Asia Regional Conference di Lahore, Pakistan pada Februari yang lepas, semua institusi Parlimen di kalangan negara anggota telah bersetuju di bawah payung CPA walaupun tidak terikat untuk merealisasikan Lahore Charter. Lahore Charter memperuntukkan dengan izin, satu commitment to uphold democratic norms, constitutional principles, the supremacy of Parliament as the voice of the people and enhance Parliamentary oversight, accountability and transparency to rebuild public trust in the institution. Dengan pindaan ini, kita berharap institusi Parlimen dapat diperkasakan demi masa depan negara yang kita cinta. Dengan hujah-hujah saya tadi Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Pele. Nampaknya permintaan YB Pele di Mesyuarat Komanwel di Pakistan itu banyak pengajaran dia ya...

[Ketawa] Terima kasih kerana berkongsi dengan kita di dalam Dewan ini.

Sekarang saya jemput Senator Tuan Abun Sui Anyit.

final • 12:23 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas tentang suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan pada kali ini. Saya percaya pindaan Perlembagaan ini adalah sangat perlu memandangkan kita akan meluluskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 kali ini dan pindaan ini adalah sesuatu yang membuka ruang ataupun sesuatu yang harus ataupun wajib dilaksanakan bagi menjayakan pengenalan semula Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen.

Jadi, saya sangat bersetuju dengan rakan-rakan yang sebelum ini mengatakan bahawa inilah reformasi yang dilakukan oleh kerajaan tindakan berani ataupun tindakan political will dengan izin, yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI kali ini di mana pemisahan kuasa itu mula diperkenalkan. Walaupun ada pihak tertentu yang cuba mengkritik perkara ini kerana seolah-olah dikatakan tidak lengkap, tetapi inilah permulaan yang terbaik kerana kita tidak boleh memperkenalkan sesuatu sehingga kita terlajak di dalam melaksanakan sesuatu yang kita rasa lengkap, tapi rupa-rupanya akan menyusahkan kita di kemudian hari.

final • 12:28 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Jadi, inilah satu tindakan yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana Parlimen sendiri akan memiliki pentadbirannya yang tersendiri bukan lagi dipengaruhi ataupun dikuasai oleh Eksekutif yang sangat diharap-harapkan juga oleh pembahas sebelum ini. Jadi oleh sebab itu, saya berharap supaya pada hari ini perkara ini akan disokong oleh Ahli Dewan yang mulia ini.

Satu juga, saya ingin cadangkan di sini bahawa apabila perkara ini dilaksanakan, ada fasal yang dikatakan di dalam sini di mana seseorang Ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan dengan syarat bahawa Ahli yang dipilih yang menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

Jadi, kami dalam Jawatankuasa Pilihan Undang-undang ada membincangkan perkara ini. Jadi, mohon pencerahan daripada Menteri apakah yang dimaksudkan dengan perenggan ini supaya tidak ada kesilapan atau kekhilafan pemahaman oleh Ahli Dewan Negara yang mulia ini. Jadi, saya tidak panjang untuk membahaskan. Seterusnya, saya sangat menyokong kerana ini adalah hanya untuk memberi laluan kepada PSA yang kita akan bahas lagi pada

final • 12:30 PM

Tuan Abun Sui Anyit

petang hari ini. Terima kasih. Dengan ini, saya mohon menyokong dan saya juga menyeru semua Ahli Dewan Negara juga bakal menyokong semua. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB Abun. Tak selalu YB Abun tamatkan perbahasan lebih awal...

[Ketawa] Terima kasih.

Sekarang saya jemput Senator Puan Anna Bell Perian.

final • 12:30 PM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini dengan rasa penuh tanggungjawab dan penghormatan turut serta dalam perbahasan ini mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025.

Pindaan ini amat signifikan kerana ia membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perlembagaan. Ini merupakan suatu langkah penting ke arah memperkukuhkan institusi Parlimen sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas dan berfungsi secara autonomi.

Selama ini kita menyaksikan bagaimana pengurusan Parlimen terikat dengan kuasa Eksekutif yang sedikit sebanyak membatasi kebebasan institusi ini dalam menjalankan fungsinya. Maka dengan pindaan ini, kita membuka lembaran baharu dalam usaha memastikan Parlimen kembali kepada kedudukannya sebagai institusi yang bebas daripada pengaruh Eksekutif dan berperanan sepenuhnya dalam proses semak dan imbang terhadap kerajaan.

Datuk Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin dalam mendukung usaha reformasi institusi lebih-lebih lagi apabila Parlimen merupakan tunjang kepada pembentukan undang- undang negara. Selain berfungsi sebagai platform utama bagi rakyat untuk bersuara melalui wakil mereka, namun kita tidak boleh menafikan bahawa selama beberapa dekad kuasa Parlimen telah mengalami beberapa kekangan yang menyekat kebebasannya.

Datuk Yang di-Pertua, sesungguhnya pindaan ini menjadi titik tolak ke arah pemulihan fungsi Parlimen yang sebenar sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi kita. Dalam reformasi ini, Parlimen bukan sahaja akan lebih berdaya saing, tetapi juga dapat berfungsi dengan lebih telus dan bertanggungjawab dalam memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

Datuk Yang di-Pertua, pindaan ini memperlihatkan bahawa pengembalian autonomi Parlimen akan mengangkat semula prinsip doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas kepada sistem demokrasi berparlimen yang lebih baik. Seperti yang kita sedia maklum, pengasingan kuasa adalah elemen penting dalam memastikan setiap cabang kerajaan, Legislatif, Eksekutif dan kehakiman berfungsi secara bebas tanpa kawalan atau pengasuh antara satu sama lain.

Saya ingin merujuk kepada pindaan Perkara 52 dan 57 dalam Perlembagaan Persekutuan yang bakal dibuat. Pindaan ini sebenarnya berkait rapat Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang akan diperkenalkan selepas ini. Perkara 56 dan 57 merangkumi peranan dan kuasa yang Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam menguruskan hal ehwal Parlimen.

Dengan pindaan ini, kita akan menyaksikan perubahan yang lebih menyeluruh dalam bagaimana Parlimen ditadbir serta bagaimana kuasanya dikendalikan, yang mana perlaksanaan pindaan ini akan bergantung kepada Akta Perkhidmatan Parlimen yang aka memberi garis panduan yang lebih jelas mengenai Parlimen harus beroperasi secara autonomi. Ini sudah tentu menjadi satu langkah penting dalam memastikan demokrasi yang kita amalkan dapat dipertahankan dan diperkukuhkan.

final • 12:32 PM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, saya ingin juga menyatakan sokongan terhadap cadangan penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) yang diketuai secara bersama oleh Yang di- Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mana MPP memainkan peranan penting dalam memastikan Parlimen berfungsi secara dengan lebih sistematik dan efisien dan ia akan bertanggungjawab dalam aspek perjawatan, kewangan serta operasi Parlimen sekali gus memastikan kebebasan dan autonomi institusi ini dapat direalisasikan.

Dengan adanya MPP, Parlimen tidak perlu lagi bergantung pada Jabatan Perdana Menteri dalam menguruskan hal ehwal pentadbirannya sekali gus mengurangkan risiko Eksekutif dalam urusan legislatif. Persoalan saya, sejauh mana peranan MPP mampu berfungsi dengan lebih efektif dalam memastikan reformasi yang dilaksanakan benar-benar membawa perubahan dan tidak hanya menjadi perubahan kosmetik semata-mata.

Datuk Yang di-Pertua, secara keseluruhannya pindaan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuhkan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Ia bukan sahaja mengembalikan autonomi Parlimen, tetapi juga memastikan institusi ini berfungsi dengan lebih baik, cekap, efektif dan berkesan. Saya menyokong penuh pindaan ini kerana ia akan mengangkat semula prinsip pengasingan kuasa, memastikan Parlimen tidak lagi terikat dengan cabang Eksekutif serta memberi ruang kepada institusi ini untuk beroperasi secara lebih profesional melalui penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Saya berharap agar pindaan ini mendapat sokongan penuh daripada semua pihak kerana ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada institusi Parlimen, tetapi juga kepada rakyat yang mengharapkan sebuah sistem demokrasi yang lebih telus, berkesan dan berintegriti. Sekian, saya mohon menyokong rang undang-undang ini.

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB.

Sekarang saya jemput Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli.

final • 12:32 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Saya rasa tajuk pindaan Perlembagaan ini sangat penting kerana ia membuka ruang kepada suatu pembentukan Majlis Perkhidmatan Parlimen yang telah lama diminta, telah lama dibicarakan. Malah selepas dari tahun 1992 apabila Perkhidmatan Parlimen itu dibatalkan, sudah timbul persoalan kenapa seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat pada awal tadi.

Saya pun ingin tahu apa sebenarnya di sebalik pembatalan akta ini dahulu. Maka, perlu kita buat pada hari ini.

Sepanjang tempoh 33 tahun perkara ini dibahaskan, hanya kini ada political will untuk kita mencadangkan pindaan itu, tetapi untuk pindaan RUU itu dikemukakan, kita kena bermula dengan Perlembagaan ini. Di Dewan Rakyat, kalau kurang satu undi hari itu, maka pindaan Perlembagaan ini tidak akan berlaku. Betapa kritikalnya— 33 tahun kita berbincang, boleh digagalkan oleh satu pengundian dalam masa satu hari. Adakah kita tidak dapat duduk bincang secara waras sebelum itu, tidak menimbulkan satu persoalan sampai ada yang gagal untuk mengundi, ada yang tidak hadir atas perkara yang sangat penting begini. Ertinya kita macam seolah-olah cuba menggagalkan satu usaha yang baik. Alhamdulillah lulus 148, barely enough, dengan izin.

Di sini kita harap tidak berlaku sedemikian kerana tanpa pindaan ini, cerita tentang RUU Perkhidmatan Parlimen ini tidak akan bermula. Tunggu pula entah bila lagi. Jadi, kita sama-sama pakat luluskan.

final • 12:37 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Kalau ada apa-apa yang nak dibahaskan tentang RUU Perkhidmatan Parlimen ini bila tiba waktunya, petang ini nanti mungkin, bahaskan lah, lumatkan lah, tetapi mari kita dapat sampai ke peringkat itu dahulu, baharu kita boleh bahas. Apa pun saya lihat tak banyak dipinda dalam Perlembagaan ini. Saya ingin bertanya halangan terhadap Speaker ataupun Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat yang memegang jawatan dalam NGO kah, aktiviti-aktiviti lain, perniagaan kah, ada di dalam Perlembagaan yang lepas. Kali ini dibuat pindaan supaya membolehkan satu ini sahaja dia boleh pegang MPP ini. Yang lain tetap tak boleh.

Jadi, walaupun ada pengecualian dalam Perlembagaan asal iaitu hal-hal kebajikan yang penting kepada rakyat, bukan kah urusan MPP ini juga hal-hal yang penting untuk rakyat? Jadi saya rasa kalau tak pinda pun tak apa, boleh kita gunakan pengecualian itu untuk pegang jawatan ini, tapi tak apa lah kalau pinda itu dia spesifik. Saya setuju kalau spesifik ertinya concern kita lebih spesifik dan kita berharap Speaker kita akan memberikan peranan yang baik kerana dia menjadi Pengerusi lebih tinggi daripada Speaker Dewan Rakyat yang Pengerusi Bersama, insya-Allah kita akan lulus.

Keduanya dalam Perkara 65 Perlembagaan, Setiausaha kenapa kita tidak tukar sahaja di dalam Perlembagaan yang lama itu daripada perkhidmatan awam kepada Perkhidmatan Parlimen, tetapi oleh sebab Perkhidmatan Parlimen ini belum lulus, kita tidak spesifik kan begitu, tetapi alangkah cantiknya kalau kita khususkan begitu, ertinya dia satu jawatan yang tertutup, dia tak payah fikir lain lagi nak cari jawatan lain, nak naik kepada KSU kah, fokus kepada Perkhidmatan Parlimen.

Jadi, saya harapkan kita terpaksa lulus sebab syarat tadi itu. Jadi saya harapkan selepas daripada pindaan ini dan Majlis Perkhidmatan Parlimen itu lulus, kita perbaiki supaya ia menjadi suatu jawatan yang tidak terbuka sebegitu, khusus untuk Perkhidmatan Parlimen.

Saya harapkan tanggungjawab Setiausaha Dewan ini bila dia tidak terdedah kepada kenaikan pangkat yang memerlukan beliau keluar daripada jabatan ini, maka fokusnya lebih baik, cinta dan kasih sayangnya kepada Parlimen itu lebih tinggi dan usaha-usaha dan rapport dia dengan atau hubungan dia dengan seluruh Ahli-ahli di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini akan menjadi lebih akrab.

Kita akan mempunyai satu kerja yang bersepakat lebih baik, ertinya apa keperluan Ahli-ahli Parlimen baik Dewan Rakyat, Dewan Negara menjadi tanggungjawab yang penuh fokus oleh Setiausaha bagi kedua-dua Dewan. Tidak payah berangan-angan nak jadi- bertugas di perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Jadi, Datuk Yang di-Pertua oleh sebab perkara ini penting kita harap ia tidak berulang peristiwa di Dewan Rakyat. Kita bagikan keyakinan bukan kepada kerajaan atau bukan kepada parti, tetapi kepada Dewan yang kita menjadi anggota ini bahawa ini suatu yang baik. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dr. Hatta.

Sekarang saya jemput Senator Tuan Amir bin Md. Ghazali.

final • 12:40 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kerana memberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Satu langkah penting dalam memperkukuhkan dan memantapkan institusi Parlimen di negara kita. Rang undang- undang ini seperti yang telah disebut bertujuan untuk menubuhkan Perkhidmatan Parlimen sebagai suatu entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam. Ini merupakan langkah yang sangat signifikan dalam memastikan bahawa Parlimen dapat berfungsi dengan lebih bebas dan efisien dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

final • 12:44 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Seperti yang kita sedia maklum Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ini lah satu usaha untuk mengembalikan kebebasan Parlimen serta memastikan keberkesanan institusi tersebut dalam menjalankan fungsi-fungsinya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini lah satu pencapaian besar dan proses reformasi institusi negara yang semakin memberi penekanan kepada pengasingan kuasa antara Eksekutif, legislatif dan juga kehakiman.

Sebelum ini Akta Perkhidmatan Parlimen 1966 telah dimansuhkan pada tahun 1992.

dan sejak itu Parlimen telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Malangnya ini menyebabkan Parlimen yang sepatutnya bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berada di bawah pengawasan Eksekutif. Ini memberi kesan yang negatif kerana Parlimen seolah-olah tidak berfungsi sepenuhnya sebagai institusi bebas dalam sistem demokrasi kita.

Saya yakin bahawa rang undang-undang ini akan membantu mengembalikan kebebasan yang sepatutnya dimiliki oleh Parlimen.

Dalam sistem demokrasi yang sihat kita harus menyedari bahawa Eksekutif, Legislatif dan juga kehakiman harus mempunyai kuasa yang jelas dan tidak bercampur aduk. Namun apabila Parlimen berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberi isyarat yang kurang tepat kepada rakyat dan dunia luar tentang ketidakberdayaan Parlimen sebagai satu entiti bebas. Parlimen tidak seharusnya diletakkan di bawah mana-mana jabatan atau kementerian yang berfungsi dalam Eksekutif. Sebaliknya Parlimen perlu mempunyai independent of Parliament di mana ia berdiri dengan sendirinya dan mempunyai kebebasan penuh untuk melaksanakan tugas-tugasnya seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua akta ini juga memperuntukkan penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) yang berfungsi antaranya melantik dan menentukan terma dan juga syarat- syarat pelantikan anggota Perkhidmatan Parlimen, mengawasi semua perkara sokongan berhubung Perkhidmatan Parlimen dan membangunkan dan melaksanakan program dan latihan berkaitan Perkhidmatan Parlimen. Di bawah Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), jawatan Setiausaha Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat berstatus terbuka dan boleh diisi oleh mana-mana individu yang berkelayakan. Ia sekali gus membolehkan jawatan Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan bukan anggota perkhidmatan awam.

Selain itu rang undang-undang ini juga menyatakan dua orang Ahli Dewan Negara dan empat orang Dewan Rakyat, dua daripada kerajaan dan dua lagi daripada pembangkang di mana fasal 3(2)(e) dan fasal 3(2)(f) akan dipinda, cumanya rang undang-undang ini tidak menyatakan bagaimanakah empat orang Ahli Parlimen ini, dalam MPP akan dipilih.

Persoalannya adakah dipilih oleh jawatankuasa atau melalui kaedah boleh diterangkan.

Saya mohon kerajaan menyatakan perkara ini bagi memastikan proses pemilihan yang adil, telus dan juga mempunyai berdasarkan merit. Saya berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai proses pemilihan Ahli Parlimen ini agar kita dapat memastikan bahawa Parlimen benar-benar menjadi institusi yang bebas dan berdaya saing serta dilaksanakan dengan penuh integriti dan keadilan.

Sebagai penutup rang undang-undang ini terbukti sebagai langkah berani yang diambil oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk membebaskan institusi Parlimen daripada cengkaman kuasa Eksekutif. Keputusan untuk mengasingkan kuasa Parlimen daripada pentadbiran Jabatan Perdana Menteri adalah satu keputusan yang sangat penting dalam mengembalikan integriti dan kebebasan Parlimen sebagai institusi yang bebas dan berdaya saing.

Langkah ini juga mencerminkan komitmen Perdana Menteri dan barisan Kabinet dalam melaksanakan agenda reformasi institusi yang telah lama dinantikan oleh rakyat. Ini lah kesinambungan daripada pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1966 pada tahun

final • 12:44 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

1992 yang sejak itu telah meletakkan Parlimen di bawah Jabatan Perdana Menteri dan perlihatkan seolah-olah Parlimen tidak benar-benar bebas untuk menjalankan fungsinya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali kepada seluruh Kabinet serta kerana berani mengambil langkah untuk melepaskan Parlimen menjadi sebuah institusi yang bebas sejak pemansuhan akta ini. Namun dengan pindaan ini...

final • 12:44 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Datuk Yang di-Pertua mohon mencelah sikit.

final • 12:44 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

...Membawa harapan untuk perundangan dan demokrasi negara.

final • 12:44 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Sikit sahaja, mencelah sikit.

Sebelum habis lah.

final • 12:44 PM

Tuan Amir bin Md. Ghazali

Nak landing dah.

final • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Satu celahan boleh lah.

final • 12:44 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Penting sangat ini. YB tadi YB ada sebut tentang MPP, composition dalam MPP itu dua Senator, empat orang wakil Dewan Rakyat. Saya nak tanya sama ada YB setuju kah tidak untuk disamakan Dewan Negara dengan Dewan Rakyat? Kalau Dewan Rakyat empat orang anggota MPP, mengapakah Dewan Negara dua orang? Chairman Dewan Negara kononnya Upper House.

final • 12:44 PM

Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh

Kita kompromi tiga-tiga pun tak apa. Adakah YB bersetuju?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik. Penting juga isu itu.

final • 12:50 PM

Tuan Amir bin Md Ghazali

Bersetuju dan masukkan ke dalam teks ucapan saya pada pagi ini. Yang terakhirnya adalah, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dan berharap pindaan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti dan kebebasan institusi Parlimen dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Sekarang saya jemput Tuan Isaiah a/l Jacob.

final • 12:50 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin nak ucapkan terima kasih untuk beri ruang berbahas Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan yang khususnya yang diketuai oleh iron lady yang kita— disanjung iaitu YB Azalina yang berani dirikan, membawa satu perubahan selepas 33 tahun. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih YB.

Ada beberapa perkara saya ingin juga ingin bangkitkan seperti yang kawan-kawan saya bangkitkan tadi ialah satu, kebebasan dana. Apabila undang-undang ini diluluskan, maka Parlimen ada kebebasan untuk tidak ada campur tangan daripada Kementerian Kewangan. Saya ucapkan tahniah atas perubahan ini di mana Parlimen memerlukan setiap kali dana diperlukan, kita kena melalui beberapa prosedur. Dengan ini ada beberapa aktiviti pun ditangguhkan disebabkan kelewatan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

So, saya menyokong penuh dengan perubahan ini di mana kebebasan ini diberi kepada Parlimen sendiri menguruskan. Seterusnya keanggotaan Senator. Tadi seperti yang kawan saya yang katakan YB Senator yang menyatakan keanggotaan sekarang Senator 70 orang. Saya juga ingin nak cadangkan dinaikkan kepada 90 orang. Dinaikkan kepada 90 orang di mana Senator-senator ini mewakili daripada setiap kalangan iaitu seperti wakil

final • 12:50 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

daripada wanita, daripada NGO-NGO wanita, wakil daripada OKU, wakil daripada orang asli, wakil daripada bidang pendidikan, wakil daripada perubatan, wakil daripada keselamatan.

Keselamatan ini penting. Sebab kita tidak ada wakil daripada keselamatan, daripada tentera, polis, bomba. So, saya rasa ini waktu untuk tiba untuk membawa mereka dalam Dewan Negara. Selain itu, wakil media dan juga wakil-wakil peniaga dimasukkan sebagai Senator untuk mendapatkan— dan yang lagi satu saya amat-amat memerhatikan dan amat- amat mengalu-alukan, dalam Jawatankuasa yang akan dibentuk akan mewakili daripada seluruh kaum, bukan dimonopoli oleh satu kaum.

Mesti diberi ruang kepada semua kaum dan juga setiap negeri diberi peluang. Jangan sekali Semenanjung sahaja di pengaruh, tetapi saya hendak semua wakil semua kaum dan juga negeri mesti meliputi dalam Jawatankuasa. Yang lain-lain I rasa kebanyakan...

final • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Yang di-Pertua, minta mencelah setengah minit saja. Sedikit ja, boleh?

final • 12:50 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Boleh.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Setuju kah Yang di-Pertua- eh sorry, setuju kah Yang Berhormat dan Yang di-Pertua....

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tak izinkan lagi?...

[Ketawa] Silakan YB. Tak. Tak.

Silakan...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih. Terima kasih.

Mencadangkan supaya- duduk dulu. Mencadangkan 90 orang Ahli. Lebih pun tak apa ya. Tak ada masalah. Yang keduanya, rather than kita dengan izin, melantik di kalangan kita ini sebagai pemangku Speaker, apakah salahnya kalau kita mempunyai seorang Timbalan Speaker kedua?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Ya, setuju..*.

[Tepuk] [Mencelah]*

final • 12:50 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

...Yang ini menunjukkan bahawa Dewan Negara kita ini ada kedudukan. Tidak pun nak tunjuk lebih daripada Dewan Rakyat, tapi sama paling tidak. Setuju tidak?

final • 12:50 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Saya amat setuju dengan cadangan tersebut. Sebab kita kena setaraf dengan Dewan Rakyat. Saya juga ingin di sini nak tegur juga. Saya nak bagi sedikit teguran juga, dengan berani saya bagi perkara ini. Setiap kali Dewan Rakyat pandang Dewan Negara seperti third-class, saya ingin bagi teguran Dewan Negara adalah upper House, mesti menghormati Dewan Negara...

[Tepuk] Apabila rang undang-undang nak diluluskan, baharu cari kami...

[Ketawa] Apabila kita nak minta peruntukan lebih, macam kita nak minta- sorry nak kata Yang di-Pertua, macam kita macam nak minta sedekah. Banyak kali kena mohon. So, saya rasa ini kena berhentikan.

Kami adalah upper House dan kami kena bagi penghormatan seperti yang diberi oleh di Dewan Rakyat...

final • 12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Tambahan sedikit boleh tak?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

YB Isaiah sudah buka sarang tebuan ini...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Terima kasih YB. Beberapa perkara yang kita tengok sini ini untuk penambahbaikan, kita tengok okeylah. Saya pun setuju kalau nak lantik Timbalan Speaker yang kedua ini. Mungkin boleh dilantik di kalangan Pembangkang ini kan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Yang kedua, bab peruntukan itu pun saya bersetuju juga.

Oh, rupanya geng kerajaan pun kena mengemis juga ya, minta? Bukan setakat kami saja.

Jadi, saya faham, saya minta lepas ini kalau boleh peruntukan semua di Parlimen di Dewan

final • 12:50 PM

Tuan Azahar bin Hassan

Rakyat dan juga di Dewan Negara ini ialah kuasa-kuasa di bawah Parlimen. Bukan lagi kuasa- kuasa di bawah yang sekarang inilah.

Jadi, Parlimen akan berkuasa penuhlah. Setuju tak Yang Berhormat?...

final • 12:50 PM

Tuan Isaiah a/l D. Jacob

Saya setuju. Dengan izin saya sepenuhnya mengucapkan tahniah dan saya sokong rang undang-undang- pindaan undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih.

Sekarang saya jemput pembahas terakhir, Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Yang di-Pertua, ada 6 minit. Jadi, saya tak boleh bahas macam selalu. Saya baca pun tidak, tapi pergi sepintas lalu sajalah. Yang Berhormat Menteri, benda yang kita pinda ini, nombor satunya nak buat baik. Tak ada satu pun rang undang-undang kerajaan bentang ini nak buat di sebalik itu.

Tentunya saya nak beritahu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang- undang ini kerana ia memberi kebaikan, kebebasan Parlimen. Kebebasan- dulu, kerajaan boleh kawal Parlimen, dulu. Melalui peruntukan bajet dan pentadbiran. Sekarang, kalau rang undang-undang diluluskan, Parlimen ada hak autonomi, boleh buat keputusan sendiri tanpa gangguan daripada kerajaan. Contoh, jika kerajaan mahu melambat-lambatkan usul di Parlimen, mereka tidak boleh lagi mengawal secara pentadbiran kerana Parlimen itu ada autonomi.

Nombor dua, mengukuhkan prinsip pengasingan kuasa. Dulu, Eksekutif- kerajaan boleh mempengaruhi badan legislatif- Parlimen. Sekarang, Parlimen boleh berfungsi secara bebas sebagai badan penggubal undang-undang tanpa tekanan politik. Contoh, jika kerajaan mahu menyekat Usul tertentu, mereka tidak boleh lagi berbuat demikian kalau rang undang- undang ini diluluskan. Ada lagi 4 minit.

Yang ketiga, tiada lagi kehilangan kelayakan untuk Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Dulu, jika Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Parlimen menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen, mereka boleh kehilangan kelayakan jawatan mereka. Sekarang mereka boleh berkhidmat dalam Majlis tanpa hilang kelayakan, memastikan kesinambungan kepimpinan Parlimen. Contoh, saya mesti ada dulu, sekarang dan contoh, justifikasinya.

Contoh, jika Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen, beliau boleh terus menjalan tugasnya tanpa masalah undang-undang.

Yang keempat, Parlimen cekap, berkesan. Dulu, setiap keputusan dalam Parlimen perlu mendapat persetujuan kerajaan menyebabkan kelewatan dalam pentadbiran dan operasi. Hari ini, sekarang, kalau rang undang-undang diluluskan, Parlimen boleh urus pentadbiran kewangannya sendiri menjadikan lebih pantas dan cekap.

final • 12:57 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Contoh, jika Parlimen mahu menambahkan kakitangan, RO dan sebagainya, tidak perlu lagi merujuk kepada kelulusan kerajaan. Maknanya, Parlimen ada kuasa sendiri melantik pegawai-pegawai yang mana difikirkan perlu untuk kekuatan Parlimen itu sendiri.

Kelima, menghalang penyalahgunaan kuasa Eksekutif. Dulu, kerajaan boleh mempengaruhi perjalanan Parlimen dengan mengawal sumber kewangan dan pentadbiran.

Sekarang, Parlimen tidak boleh lagi dipengaruhi kerana mempunyai autonomi penuh. Contoh, jika kerajaan mahu menghalang siasatan ke atas satu skandal kewangan, mereka tidak boleh

final • 1:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

lagi menggunakan kuasa pentadbiran untuk menyekat perbahasan atau menyekat dana untuk siasatan.

Keenam, rakyat lebih yakin dengan- terhadap Parlimen. Dulu, Parlimen dilihat boneka kerajaan kerana banyak keputusan boleh dipengaruhi oleh Eksekutif. Sekarang, rakyat akan lebih yakin kerana Parlimen kini benar-benar bebas. Contoh, jika rakyat mahu reformasi undang-undang tertentu, Parlimen boleh membahas tanpa terkesan daripada tekanan kerajaan. Selari dengan negara maju. Parlimen Malaysia masih terikat dengan struktur lama yang membolehkan kerajaan mengawal banyak perkara.

Sekarang, Parlimen kini mengikut sistem negara maju UK, Australia, Kanada yang memberikan kebebasan penuh kepada institusi Parlimen. Contoh, di UK. Parlimen ada kebebasan penuh dengan menentukan hal ehwal dalaman tanpa perlu mendapat kelulusan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri. Kini Malaysia juga akan mempunyai sistem yang lebih baik dari sebelumnya.

Kesimpulan, RUU ini penting untuk memastikan Parlimen bebas, cekap dan profesional. Tiada lagi gangguan Eksekutif dalam urusan Parlimen. Parlimen akan berfungsi sebagai badan yang benar-benar mewakili rakyat, bukan dikawal oleh kerajaan. Malaysia akan mempunyai sistem demokrasi yang lebih kuat, dihormati di peringkat antarabangsa.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, tak mahu baca dah yang ini. Tak syok, pelaksanaan ekonomi.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Kalau begitu, kenapakah di Dewan Rakyat ada 56 orang MP kita tidak bersetuju? Ini pada sebuah kebaikan untuk menentukan kerajaan ini ada integriti, smart, brilliant. Kita nak jadikan negara kita yang kita laung-laungkan, Parlimen kita bertaraf dunia. Dewan Negara bertaraf dunia, tapi ada 56 orang Ahli Parlimen kita ini, peliklah kalau tak bersetuju rang undang-undang ini yang terbaik untuk rakyat, untuk Parlimen, untuk anak-anak Malaysia. Hari ini Parlimen tak perlu lagi mendapat kelulusan dari- keperluan- keperluan di Parlimen tak perlu lagi merujuk kepada kerajaan.

Kalau ada bajet, makna Parlimen boleh mengambil pegawai-pegawai kerajaan yang baharu untuk menjadikan Parlimen ini, Parlimen yang pantas, cekap dan bersih, tetapi kalau ini pun kita tidak boleh bersetuju kerana semata-mata kita bukan berlainan anutan, kerana kita berbeza anutan saja. Yang kita tak bersetuju bukan kerana rang undang-undang tidak baik, Datuk Yang di-Pertua.

Kerana kita ada satu dalam kepala kita itu, kita berlainan anutan. Itu kebencian kita.

Kita menolak rang undang-undang ini bukan kerana rang undang-undang tidak baik, tidak bagus, tetapi oleh sebab perbezaan anutan itulah yang memecah ceraikan kita. Padahal, PMX bawa ini amat- terbaik. Padahal Yang Berhormat Menteri Reformasi kita, siang malam buat kerja undang-undang ini, nak melahirkan Parlimen yang baik. Tiba-tiba ada manusia— 56 orang yang dikatakan orang yang hebat, menolak rang undang-undang ini.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, tentulah saya menyokong rang undang-undang ini.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Rayuan Datuk Dr. Haji Azhar itu memang terang benderanglah...

[Ketawa] Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput YB Menteri untuk menjawab.

final • 1:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Kerajaan MADANI, salam bulan Ramadhan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator yang telah menyertai perbahasan kepada Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) pada pagi ini. Seramai 14 orang

final • 1:04 PM

Yang Berhormat Senator

Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas; Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim; Datuk Seri Dr. Mujahid; Senator Tuan Mohd Hasbie; Senator Puan Rita Sarimah; Senator Puan Susan Chemerai; Senator Datuk Nelson; Senator Tuan Pele Peter; Senator Tuan Abun; Senator Puan Anna Bell; Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta; Senator Tuan Amir; Senator Tuan Isaiah; dan Senator Datuk Dr. Haji Azhar.

Saya telah mendengar semua- poin-poin perbahasan oleh Yang Berhormat Senator- senator dan saya nak sambut daripada komen dan pandangan Senator yang terakhir ya, Datuk Dr. Haji Azhar. Walaupun daripada parti politik yang sama ya. Saya terpaksa berkata, memang sepatutnya semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara, kedua-dua pihak bipartisan, bersetuju dengan pindaan ini. Kerana seperti yang dikatakan oleh Ketua Majlis tadi, ini adalah pindaan Perlembagaan yang mana kita nak berikan balik kuasa kepada Parlimen. Parlimen mendapat autonomi kewangan.

Maknanya, bahawa pindaan Perlembagaan ini adalah memberikan semula kuasa kepada Parlimen yang telah berlaku pada 1993, yang mana kita punya Perdana Menteri yang pertama, Arwah Tunku Abdul Rahman telah membawa Akta Perkhidmatan Parlimen 1993 dan kemudian telah ditamatkan pada tahun 1992. Jadi, kita kena tanya diri kita sebagai orang yang politik kah, separuh politik kah, suku politik kah? Kenapa tahun 1992, Akta Perkhidmatan Parlimen ini telah ditarik balik?

Ini satu persoalan yang saya tak nak jawab dalam Dewan Negara, tetapi sebagai Ahli- ahli Senator yang saya tahu, Senator banyak dilantik atas kemahiran, profesionalisme, mereka mewakili NGO, mewakili parti politik, mewakili badan-badan CSO dan sebagainya, akan tahu sejarah yang berlaku pada tahun 1992. Jadi, kalaulah seperti kata Yang Berhormat- Yang Amat Berhormat Ketua Majlis, Kehakiman bebas, Eksekutif bebas, memang kita nak kan Legislatif bebas. Kalau Legislatif tak menerima pindaan ini, Perlembagaan ini sebagai enabler punya akta, pindaan, saya agak sedihlah kepada definisi demokrasi dalam negara kita. Takkanlah saya nak cakap, marahkan nyamuk, kelambu dibakar? Tak setuju pun dalam falsafah politik.

Kalau pindaan ini adalah untuk Senator dan Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya mempunyai kebebasan autonomi kewangan, kenapakah kita nak tolak rezeki? Hari baik, bulan baik, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Jadi, saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat Senator.

Saya telah beritahu dalam Mesyuarat Kabinet, saya kata kalau nak mendengar bila Senator-senator kita berbahas, agak beza dengan Dewan Rakyat. Tak ada emosi...

[Tepuk] Semuanya bercakap atas fakta kerana mereka memahami bahawa politik kah, tak politik kah, yang penting kita di sini adalah untuk rakyat. Kerana rakyat yang meletakkan kita di sini.

Jadi, bila Yang Berhormat sebut tentang nak tambah Kerusilah, nak tambah Timbalan Speaker, insya-Allah, dengan adanya Akta Perkhidmatan Parlimen, Yang Berhormat Senator semua bincanglah dengan Pengerusi bersama Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara. Bincanglah mereka. Pujuklah mereka supaya mereka dapat membawa kepada pihak Eksekutif dalam aspek ini, tapi di sini Yang Berhormat, saya pun nak jawab tentang isu.

final • 1:04 PM

Yang Berhormat Senator

Saya nak betulkan sikit. Mungkin Yang Berhormat banyak telah berbahas. Saya rasa agak terlaju kereta api sebab yang banyak Yang Berhormat Senator bercakap tentang Akta Perkhidmatan Parlimen yang saya akan bawa selepas ini...

final • 1:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Selepas ini...

[Ketawa]

final • 1:04 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tapi tak apalah, saya jawab masa dalam Akta Perkhidmatan Parlimen sebab saya percaya isu ini akan ada sama, tetapi saya hanya bawa lima fasal sahaja.

Lima Fasal yang disebut oleh Yang Berhormat yang memang ada yang bercakap tentang fasal ini iaitu memberikan kebenaran, memberikan kuasa supaya Yang Berhormat Senator melalui Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Timbalan Speaker Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara boleh duduk dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen. Itu sahaja.

Pindaan ini ialah pindaan teknikal. Kalau kami tidak buat pindaan Parlimen, Yang Berhormat Senator, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara, Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara tidak ada kuasa dan akan melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak boleh duduk dalam apa-apa syarikat- Majlis atau apa-apa badan. Sebab dalam perkara Perlembagaan ini, individu yang digelar Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Timbalan Speaker Dewan Negara, SUDR, SUDN sebenarnya tidak ada kehidupan lain kecuali Dewan- itulah yang mereka menjaga. Ini terbukti dalam Perlembagaan.

final • 1:04 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Perkara 56, Perkara 57 dan Perkara yang disebut di dalam Perlembagaan iaitu 68.

Maksud saya ialah kalau kita tidak meminda pindaan kepada Perlembagaan ini, Majlis Perkhidmatan Parlimen yang kita hendak bawa selepas ini tidak boleh berfungsi. Itu sahaja.

It’s an enabler act. It’s a technical— pindaan. Kerana kita hendak mengesahkan mereka, memberi mereka surat beranak yang baharu, memberikan mereka kebenaran, mereka boleh duduk dalam Majlis sebab Perlembagaan kita sah-sah menyatakan bahawa individu yang disebut sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga SUDN memang dia tidak ada hak hendak duduk mana-mana kecuali mereka boleh duduk dalam tempat yang mereka diberikan kebenaran iaitu pindaan Perlembagaan.

Jadi, saya hendak betulkan sekali lagi bahawa perkara yang disebut ialah 57 dalam fasal 3 pindaan kepada- maaf ya, saya mula dengan Perkara 56 iaitu kedudukan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negara yang ada dalam Perlembagaan. Perkara fasal 3 iaitu Perkara 57, kedudukan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan dalam Perkara 65. Maaf, bukan 68 iaitu Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara. Itu sahaja pindaan teknikal, tidak ada benda lain.

Jadi, saya boleh duduk dan kita undi. Sebab saya tak nak cakap apa lagi saya hendak jawab. Sebab yang mana Yang Berhormat bawa tadi, saya kena jawab dalam Perkhidmatan Parlimen. Kalau Yang Berhormat semua setuju dengan saya...

final • 1:10 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bolehlah kita balik cepat hari ini...

[Ketawa] Sebab Yang Berhormat Tan Sri Fatmi marah saya, tetapi cawangan dia satu sahaja..*.

[Ketawa]* Saya tidak tahu kenapa dia kata dia hendak balik, dia hendak balik. Kalau ada tiga, empat buah cawangan, wallahualam, tetapi kalau banyak cawangan pun tidak apalah Tan Sri.

Saya kenal Tan Sri lama. Sayang, macam nak kata bapa saudara tak adalah, macam abang...

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Macam abang...

[Ketawa]

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi, saya rasa saya berhenti di situ. Yang mana soalan teknikal tentang PSA, biarlah saya jawab semasa saya buat tentang Rang Undang-undang Akta Perkhidmatan Parlimen.

Jadi, di sini Datuk Yang di-Pertua, saya sekali lagi berharapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Senator dan kita undilah pada pilihan Perlembagaan iaitu pindaan yang teknikal dan seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan, kita memerlukan dua per tiga daripada jumlah Ahli-ahli Dewan Negara. Jadi, SUDN saya harap ada. Kalau tidak, SUDN tidak ada lah masa depannya cerah...

[Ketawa] Jadi, saya mengucapkan terima kasih.

Wabillahitaufik wal-hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penggulungan yang begitu spesifik. Dengar dengan teliti apa yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi. Dia akan jawab isu Akta Perkhidmatan Parlimen pada pembentangan undang-undang selepas ini dan dia sudah ada jawapan pun fasal banyak perbahasan YB tadi menyentuh lebih kepada akta selepas ini.

Jadi, nasihat saya siapa yang tidak perlu hendak berbahas, fasal sudah disebut dalam perbahasan kali ini, pendekkan perbahasan YB dalam akta selepas ini. Itu satu cadangan sayalah ya. Yang di-Pertua sudah tunggu...

[Ketawa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan oleh sebab mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua per tiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini.

Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 45(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama 2 minit.

[Loceng dibunyikan]

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

[Dewan berbelah bahagian]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah selesai undian yang dibuat dan dikira, sekarang diumumkan keputusan undian iaitu yang bersetuju Ahli-ahli yang bersetuju 46 orang...

[Tepuk] Melebihi dua pertiga. Dua pertiga- hanya 39 orang.

Yang tidak bersetuju tiada. Tiada seorang Ahli pun tidak bersetuju.

Yang tidak mengundi seorang...

[Ketawa] Yang tidak hadir 10 orang.

Ahli Yang Bersetuju : 1. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed 2. Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz 3. Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar 4. Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Dr. Hajah Fuziah binti Salleh 6. Puan Saraswathy a/p Kandasami 7. Dr. Zulkifli bin Hasan 8. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

  2. Tuan Manolan bin Mohamad 10. Puan Susan Chemerai Anding 11. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu 12. Tuan Robert Lau Hui Yew 13. Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh 14. Datin Hajah Ros Suryati binti Alang 15. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli 16. Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad 17. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan 18. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji Mohamed Haniffa bin Abdullah 19. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan 20. Dato' Sivaraj a/l Chandran 21. Tuan Mohd Hasbie bin Muda.

  3. Tuan Abun Sui Anyit 23. Tuan Roderick Wong Siew Lead 24. Datuk Nelson W Angang 25. Puan Noorita binti Sual.

  4. Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian 27. Tuan Pele Peter Tinggom 28. Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin 29. Datuk Rosni binti Sohar 30. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman 31. Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair 32. Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah 33. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof 34. Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar 35. Datuk Lim Pay Hen 36. Dato’ Abdul Halim bin Suleiman 37. Datuk Wira Koh Nai Kwong 38. Datuk Haji Mustafa bin Musa 39. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam 40. Tuan Amir bin Md Ghazali 41. Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim 42. Tuan Michael Mujah Lihan 43. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan 44. Datuk Edward Linggu Bukut 45. Tuan Isaiah a/l D Jacob 46. Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman Ahli Tidak Bersetuju : - Tiada - **Ahli Tidak Mengundi :

1.** Tuan Azahar bin Hassan

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Tidak Hadir : 1. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail 2. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir 3. Tuan Haji Hussin bin Ismail 4. Tuan Che Alias bin Hamid 5. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad 6. Puan Tiew Way Keng 7. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff 8. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz 9. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris 10. Tuan Musoddak bin Ahmad Maka oleh itu, rang undang-undang ini Dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 1:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang Di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu akta meminda Perlembagaan Persekutuan. Saya mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 1:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan oleh sebab mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, dibacakan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 ini sekali lagi memerlukan sokongan pada Bacaan Kali Yang Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga, daripada jumlah bilangan Ahli Majlis di Dewan ini, maka mengikut peruntukkan Peraturan Mesyuarat 45 perenggan 5, saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekali lagi sekarang.

Setiausaha membunyikan loceng.

[Loceng dibunyikan]

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.

final • 1:30 PM

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah pengundian dan pengiraan telah dibuat.

Maka diumumkan Ahli Yang bersetuju bertambah satu lagi, daripada 46 kepada 47...

[Tepuk] Yang tidak bersetuju, tiada mana-mana Ahli pun yang tidak bersetuju.

Yang tidak mengundi, tetap satu sahaja.

Dan yang tidak hadir, kurang satu, 9 sekarang.

final • 1:30 PM
Ahli Yang Bersetuju:

  1. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed 2. Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz 3. Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar 4. Datuk Seri Amir Hamzah Azizan 5. Dr. Hajah Fuziah binti Salleh 6. Puan Saraswathy a/p Kandasami 7. Dr. Zulkifli bin Hasan 8. Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

  2. Tuan Manolan bin Mohamad 10. Puan Susan Chemerai Anding 11. Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu 12. Tuan Robert Lau Hui Yew 13. Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh 14. Datin Hajah Ros Suryati binti Alang 15. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli 16. Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad 17. Tan Sri Dato' Low Kian Chuan 18. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji Mohamed Haniffa bin Abdullah 19. Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan 20. Dato' Sivaraj a/l Chandran 21. Tuan Mohd Hasbie bin Muda.

  3. Tuan Abun Sui Anyit 23. Tuan Roderick Wong Siew Lead 24. Datuk Nelson W Angang 25. Puan Noorita binti Sual.

  4. Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian 27. Tuan Pele Peter Tinggom 28. Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin 29. Datuk Rosni binti Sohar 30. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman 31. Puan Tiew Way Keng 32. Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair 33. Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah 34. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof 35. Dato’ Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar 36. Datuk Lim Pay Hen 37. Dato’ Abdul Halim bin Suleiman 38. Datuk Wira Koh Nai Kwong 39. Datuk Haji Mustafa bin Musa 40. Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam 41. Tuan Amir bin Md Ghazali

final • 1:30 PM

  1. Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim 43. Tuan Michael Mujah Lihan 44. Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan 45. Datuk Edward Linggu Bukut 46. Tuan Isaiah a/l D. Jacob 47. Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman Ahli Tidak Bersetuju : - Tiada - Ahli Tidak Mengundi : 1. Tuan Azahar bin Hassan Ahli Tidak Hadir : 1. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail 2. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir 3. Tuan Haji Hussin bin Ismail 4. Tuan Che Alias bin Hamid 5. Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad 6. Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff 7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz 8. Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris 9. Tuan Musoddak bin Ahmad Oleh itu, rang undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. Setiausaha.

[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 1:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN PARLIMEN 2025 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dato Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 Dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.

Dato Yang di-Pertua, perkhidmatan Parlimen mempunyai sejarah tersendiri dalam landskap demokrasi dia diperkenalkan buat kali pertamanya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1963 sebelum dimasyhurkan pada tahun 1992.

final • 1:38 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Selepas lebih daripada enam dekad berlalu, usaha menghidupkan kembali perkhidmatan ini menjadi sebahagian daripada agenda reformasi pentadbiran negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10. Seiring dengan semangat pembaharuan tersebut, langkah pertama telah diambil oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah menyokong penggubalan rang undang-undang dan meluluskan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan yang berbangkit daripada penggubalan rang undang-undang dengan dua pertiga majoriti.

Oleh yang demikian, supaya Ahli Yang Berhormat Senator bagi Dewan Negara yang mulia ini untuk mengambil bahagian dan langkah seterusnya untuk menyokong usaha murni Kerajaan MADANI. Usaha ini membawa signifikan besar pada Demokrasi Berparlimen di Malaysia dengan mengembalikan semula perkhidmatan Parlimen. Kita bukan sahaja mengembalikan autonomi institusi Parlimen, tetapi juga memperkukuh prinsip pemisahan kuasa yang menjadi teras kepada sistem Demokrasi Berperlembagaan.

final • 1:38 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dengan pengenalan rang undang-undang ini, Parlimen akan dapat berfungsi dengan lebih bebas tanpa bergantung kepada cabang Eksekutif, sekali gus memastikan peranan legislatif dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berwibawa. Langkah ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan institusi demokrasi dan membina sebuah sistem pentadbiran yang lebih tulus serta bertanggungjawab. Dengan struktur yang lebih kukuh dan bebas, Parlimen akan dapat menjalankan tugas pengawasan dan perundangan dengan lebih berdaya saing, selaras dengan amalan terbaik negara-negara demokrasi maju.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, cadangan rang undang- undang ini mempunyai enam bahagian iaitu 19 fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill. Objektif rang undang-undang ini secara amnya adalah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, pentadbiran perkhidmatan Parlimen dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru. Berdasarkan perbahasan di Dewan Rakyat pada sesi yang lepas ya, saya dapat menjangkakan beberapa isu yang bakal dibangkitkan berhubung dengan perkara terhadap rang undang-undang ini dan saya berharap untuk memberi dengan izin, respons yang lebih awal terhadap isu tersebut supaya Yang Berhormat dapat menghadamkan tentang penjelasan yang lebih mendalam bagi pihak kerajaan dan kemudian kemungkinan dalam perbahasan yang telah diungkapkan tadi dan disambung selepas ini beberapa isu yang baharu kah ataupun nak di— tambahan pendapat itu boleh diwujudkan.

Pertama ialah berkenaan dengan pemberian kuasa autonomi dalam aspek kewangan kepada Parlimen Malaysia. Saya ingin menjelaskan bahawa dalam rang undang-undang ini, Parlimen kini mempunyai autonomi untuk mengemukakan cadangan belanjawannya secara berlangsung kepada Kementerian Kewangan, tanpa kelulusan Jabatan Perdana Menteri kerana status Pegawai Pengawal adalah diberikan kepada Ketua Pentadbir Parlimen. Dalam hal ini kelulusan belanjawan akan ditentukan oleh kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menjamin kebebasan, ketelusan dan akauntabiliti kewangan Parlimen.

Kedua, berkaitan dengan pengoperasian Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dalam nama ringkas diwujudkan sebagai badan tertinggi dalam Parlimen Malaysia yang bertanggungjawab merancang dan memantau pengurusan serta pentadbiran perkhidmatan Parlimen. MPP juga diberi kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa lain, sekiranya perlu bagi memastikan pengurusan yang lebih efisien dan tulus.

final • 1:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ketiga, isu keanggotaan MPP dan penglibatan Ahli Parlimen pembangkang.

Keanggotaan dalam MPP ini akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih ataupun yang dalam bahasa Inggeris “Select Committee” yang akan memilih wakil dari kedua-dua Blok Kerajaan dan Pembangkang. Malah Ketua Pembangkang juga boleh dinamakan sebagai anggota MPP jika beliau inginkan.

Menyedari kepentingannya bagi memastikan mekanisme semak dan imbang yang lebih adil dalam sistem demokrasi negara, kerajaan mendengar dan bertindak atas cadangan daripada pihak pembangkang dan beberapa NGO dan CSO dan telah membuat pindaan kepada fasal 3 rang undang-undang ini di Dewan Rakyat, supaya MPP ini diwajibkan untuk dianggotai oleh dua orang wakil daripada pihak Pembangkang.

Keempat, rasional di sebalik model hibrid yang diperkenalkan oleh kerajaan. Model hibrid ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan antara Perkhidmatan Parlimen dan Pegawai Perkhidmatan Awam. Langkah ini diperkenalkan bagi memastikan kepakaran khusus dalam urusan Parlimen dapat dibangunkan dan memelihara laluan kerjaya serta pegawai-pegawai yang terlibat.

Walau bagaimanapun Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan dalam Hansard bahawa pindaan kewujudan akta ini, Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ialah fasa pertama ke arah sistem yang lebih demokratik dalam pemisahan kuasa di antara bidang Eksekutif dengan Legislatif. Bagi pihak Kerajaan MADANI, kita tidak menafikan kemungkinan pindaan-pindaan baharu akan dilaksanakan dalam masa-masa yang terdekat dalam persidangan Parlimen supaya Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini dapat diperbaiki setelah dilaksanakan.

Kelima, adalah berkenaan dengan peranan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Dalam kerangka rang undang-undang ini, peranan Yang di-Pertuan Agong dalam rang undang-undang ini adalah selaras dengan Perkara 40(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu peruntukan yang mengukuhkan lagi doktrin Raja Berperlembagaan dan tidak menjejaskan kedudukan Institusi Raja dalam sistem pemerintahan negara.

Keenam, rancangan semasa dalam tempoh peralihan sebelum rang undang-undang ini dikuatkuasakan. Kerajaan telah menetapkan tempoh peralihan selama maksimum dua tahun. bagi memastikan kelancaran pelaksanaan rang undang-undang ini. Sepanjang tempoh ini akan dilakukan penyusunan struktur organisasi, penyelarasan kewangan dan sumber manusia serta perwujudan peraturan dan mekanisme pelaksanaan yang bersesuaian.

Ketujuh, cadangan penubuhan Jawatankuasa Bersama antara Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kerajaan menerima baik cadangan ini dan terbuka terhadap penambahbaikan rang undang-undang ini. Langkah ini akan dapat memastikan pengurusan Parlimen yang lebih tulus dan bertanggungjawab.

Kelapan, ialah isu menyentuh akan jaminan kerajaan dalam usaha berterusan penambahbaikan rang undang-undang ini kelak apabila dikuatkuasakan. Saya dan pasukan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kumpulan nukleus yang terdiri daripada beberapa stakeholders seperti NGO dan CSO yang bakal ditubuhkan ialah untuk mengadakan sesi libat urus yang lebih komprehensif dan lebih holistik bersama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 12 bulan selepas pelaksanaan akta ini untuk membawa seperti yang saya sebut tadi, beberapa- cadangan- cadangan, pindaan-pindaan selanjutnya.

Maknanya ini bukanlah kata orang, the end of the journey, Dato' Yang di-Pertua.

Banyak lagi akan dibawa supaya kebebasan itu akan menjadi satu kenyataan. Ini adalah seiring dengan agenda reformasi yang terus memperkukuh kedaulatan undang-undang dan nilai demokrasi yang matang dalam negara kita. Antara perkara yang akan diteliti adalah seperti pertama, penubuhan Jawatankuasa Parlimen Bersama- Joint Committee yang berperanan menasihati MPP mengenai hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen.

final • 1:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jawatankuasa ini akan memastikan segala keputusan berkaitan pengurusan Parlimen dibuat dengan lebih tulus dan bertanggungjawab.

Kedua, keperluan bagi MPP untuk membentangkan laporan tahunan serta penyata kewangan secara berkala dan pembentangan adalah di kedua-dua Dewan dan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti serta memastikan Parlimen berfungsi dengan lebih cekap dan berintegriti.

Ketiga, penetapan kewajipan terhadap semua pihak Perkhidmatan Parlimen adalah bertindak secara adil, saksama dan sentiasa mengutamakan kepentingan Parlimen. Dato' Yang di-Pertua, dengan pembaharuan ini Parlimen Malaysia akan kembali berfungsi dalam kapasiti yang lebih bebas dan bersedia untuk memainkan peranannya sebagai Badan Legislatif yang bertanggungjawab kepada rakyat dan reformasi ini bukan hanya tentang pentadbiran, tetapi juga tentang memartabatkan kembali kedaulatan institusi Parlimen dalam sistem demokrasi negara.

Saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator untuk mengetepikan agenda politik masing-masing dan berganding bahu untuk menegakkan kepentingan sistem Demokrasi Berparlimen dalam negara kita agar rang undang-undang ini diberikan sokongan sepenuhnya dan menjadikan suatu kenyataan dalam definisi demokrasi dalam negara kita yang lebih kukuh dan dapat berdaya saing dan saya yakin dengan sokongan daripada semua pihak, kita mampu mencapai matlamat ini dan menunjukkan kepada negara-negara luar bahawa negara Malaysia adalah negara yang berteraskan kepada aspek rule of law iaitu menghormati kedaulatan undang-undang. Dengan itu Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan saya mohon mencadangkan.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 1:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 Perenggan 5, saya hendak menetapkan bahawa Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditempohkan pada tengah hari ini dan akan bersidang secara terus sehingga selesai diputuskan dan diluluskan DR 4/2025 Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis seperti yang tertera di nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 24 Mac 2025.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, Pentadbiran Perkhidmatan Parlimen dan perkara lain yang berkaitan Dibacakan Kali Yang Kedua dan sekarang dibuka untuk dibahaskan.

Ada 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berbahas, maka dibuat ketetapan seorang diberi 5 minit sahaja untuk membahas.

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Datin Hajah Ros Suryati binti Alang.

final • 1:40 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahas Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

final • 1:49 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

Baru sahaja tadi kita telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2025 yang bertujuan untuk memberi laluan kepada penggubalan Rang Undang- undang Perkhidmatan Parlimen 2025 yang sekarang kita bahas ini. Hari ini merupakan detik bersejarah yang sempat kita lakarkan di Dewan yang mulia pada hari ini kerana kita akan membahas mengenai satu rang undang-undang yang bukan sahaja akan memberi impak kepada sistem demokrasi negara malah merupakan RUU yang berkaitan dengan kita sebagai Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Dewan Rakyat.

Rang undang-undang ini akan mana membawa lebih banyak kebebasan kepada institusi Parlimen sebagai ejen semak dan imbang selama 33 tahun Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan. RUU ini bertujuan bagi penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen dan sebagai langkah utama dalam memperkenalkan reformasi institusi secara menyeluruh dan komprehensif. Parlimen akan mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen itu sendiri.

Dato Yang di-Pertua, saya ingin memulakan mukadimah perbahasan saya dengan terus menyentuh RUU ini secara umum iaitu dengan bertanya, adakah dengan RUU ini, kita boleh melantik seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara untuk membantu Yang di-Pertua dalam urusan harian Mesyuarat?.

Selain dari itu, saya juga ingin bertanya mengenai perkara yang selalu kita sebagai Ahli Dewan Negara bangkitkan, adakah dengan RUU ini kita boleh dapat menyambung tempoh penggal Senator dari tiga tahun satu penggal kepada lima tahun satu penggal atau setaranya?

[Tepuk] Serta tidak lupa juga mengenai takwim Parlimen bersidang, dapat kah kita dapat menentukan takwim persidangan selari dengan beban tugas kita sebagai Ahli Parlimen tanpa melalui proses sediakala? Saya pernah bangkitkan isu ini semasa perbahasan Titah Diraja mengenai kiraan jadual takwim supaya tidak bertembung dengan bulan mulia, bulan Ramadan dan tidak bertembung dengan Dewan Rakyat. Adakah ini memberi kuasa kepada Parlimen itu sendiri?

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai fasal 6 bahagian 3 mengenai kedudukan Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat di mana kelayakan untuk lantikan dan syarat perkhidmatan tersebut adalah di bawah kawalan Yang di-Pertua Dewan dan juga pelantikan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Dengan RUU ini, jawatan Setiausaha Dewan akan menjadi jawatan terbuka. Soalan saya, adakah dengan peruntukan ini, pelantikan boleh dibuat kepada mereka yang bukan di bawah anggota perkhidmatan awam?

Adakah ini akan membuka ruang kepada lantikan politik ataupun adakah cadangan nama boleh datang dari Jemaah Menteri atau Perdana Menteri itu sendiri? Malah bekas-bekas hakim atau pensyarah undang-undang pun boleh dilantik sebagai Setiausaha Dewan?

Namun, sukacita saya ingin cadangkan agar Yang di-Pertua Dewan diberi autonomi penuh dalam penamaan, pemilihan dan boleh mengangkat cadangan nama kepada Yang di- Pertuan Agong. Ini kerana pastinya Tuan Yang di-Pertua mempunyai budi bicara dan kebijaksanaan dalam memilih siapa yang betul-betul layak menerajui tugas tersebut.

Mengenai fasal 7, Bahagian IV, mengenai Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, adakah ini merangkumi pegawai dan kakitangan dari semua peringkat? Sama ada dari skim tetap, kontrak dan juga MySTEP? Saya juga ingin menyentuh mengenai Setiausaha Dewan, apakah skim perkhidmatan yang dicadangkan? Adakah meliputi skim jawatan sekarang atau gred lebih tinggi yang menepati gred utama penjawat awam?

Selain dari itu, mengenai fasal 11, Bahagian V mengenai Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan MPP. Oleh kerana Ketua Pentadbir Parlimen dari skim Persekutuan, adakah melalui RUU ini, arahan pertukaran KP Parlimen boleh berlaku sekiranya diarah oleh Yang di-Pertua Dewan atau MPP? Saya merujuk kepada konflik pada tahun 2015 di mana mantan Speaker Dewan Rakyat ketika itu Tan Sri Pandikar Amin Mulia

final • 1:50 PM

Datin Hajah Ros Suryati binti Alang

yang enggan mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat selagi mana Ketua Pentadbir kita ketika itu tidak ditukar.

Saya ingin bertanya, adakah MPP boleh mencadangkan dan melantik Ketua Pentadbir yang sesuai dan berjawatan kontrak untuk menguruskan urusan hal ehwal Parlimen termasuk urusan kewangan? Saya ingin menyentuh fasal 12 pula, bertujuan mengehendaki kerajaan memperuntukkan dana tahunan mencukupi bagi perkhidmatan Majlis Perkhidmatan Parlimen. Untuk perkara ini, saya yakin bahawa kehendak dan keperluan Parlimen dari segi perbelanjaan akan meningkat saban tahun.

Ini ditambah pula dengan keperluan Jawatankuasa Dewan untuk menjalankan fungsi dan peranan sebagai semak dan imbang kepada polisi dan dasar kerajaan. Kebimbangan saya adalah peningkatan perbelanjaan akan melebihi dari pendapatan kerajaan, akan berlaku perbelanjaan di luar jangkauan kerajaan. Soalan saya, adakah sudah ada atau mungkin akan diwujudkan mekanisme kawalan perbelanjaan supaya tidak melebihi dari kemampuan kerajaan?

Dato Yang di-Pertua, pegawai dan kakitangan kerajaan merupakan tulang belakang suatu organisasi atau institusi. Tanpa mereka, sesuatu institusi tidak dapat berfungsi dan memainkan peranan dengan sempurna kepada negara. Untuk perkara ini, saya ingin merujuk kepada media bertarikh 28 Februari 2025 iaitu mengenai model hibrid yang ingin diperkenalkan di Parlimen. Saya difahamkan ini adalah berdasarkan kepada bancian yang dibuat iaitu 33 peratus setuju dan 67 peratus responden tidak setuju untuk Skim Perkhidmatan Parlimen. Saya ingin maklum kepada Menteri dan Timbalan Menteri, berdasarkan kepada maklumat yang saya dapat, adalah ini sebenarnya tidak mencerminkan keseluruhan pandangan kakitangan Parlimen mengenai skim ini.

Bancian ini menggabungkan semua kakitangan dan gred dan pangkat sedia ada sedangkan perincian harus dibuat kepada jenis skim dan tempoh bertugas mereka yang benar-benar mahu kekal bertugas di Parlimen atau tidak. Semasa bancian dibuat pun, dikatakan hanya mengambil pandangan dan respons dan tidak betul-betul dijadikan sebagai bahan rujukan. Saya ingin cadangkan kepada kementerian agar diteliti semula perkara yang dipersetujui oleh kakitangan sebelum benar-benar melaksanakan kajian oleh kumpulan nukleus yang bakal ditubuhkan dan menjalankan penjelasan struktur perkhidmatan Parlimen, kalau tidak silap saya, selepas 24 bulan.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya membuat dua saranan kepada pihak kerajaan antaranya, pertama, hargailah kakitangan dan pegawai yang telah lama berkhidmat di Parlimen. Mereka lebih berpengalaman dalam menguruskan urusan Parlimen berbanding mereka yang sertai dalam model hibrid yang bakal diperkenalkan. Selami keluh kesah mereka, pertahankan mereka dan janganlah ghairah menukar membuta tuli mereka ke agensi lain. Saya ingin cadangkan, berilah kenaikan pangkat secara one-off kepada pegawai skim N9 dan N10 yang telah lama berkhidmat di Parlimen.

Kedua, selepas RUU ini diluluskan, wujudkan semula program lawatan sambil belajar khusus kepada pegawai dan kakitangan Parlimen. Ini merupakan program lawatan ke Parlimen seluruh dunia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Parlimen mengenai proses perjalanan Parlimen negara-negara lain. Ini akan memberi pendedahan terbaik kepada mereka.

Akhir sekali Dato Yang di-Pertua, saya berharap Akta Parlimen ini akan benar-benar menjadikan institusi Parlimen lebih bebas, telus dan bertanggungjawab dalam sistem demokrasi negara. Selain dari memperkukuhkan prinsip dan doktrin pengasingan kuasa, Parlimen juga berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa dan unggul di peringkat antarabangsa. Dengan kata-kata ini, saya menyokong Rang Undang- undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas a/l A.

Achyuthan Nair.

final • 1:50 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Terima kasih Yang di-Pertua. Oleh sebab lima minit ini pendek sangat, saya terus ke fasal 5. No, sorry, fasal 2 dan fasal 3. Saya merujuk kepada Blue Bill fasal 2, perkhidmatan. Fasal 2(2) menyebut perkataan Perkhidmatan Parlimen, tidak ada tafsiran tentang anggota Perkhidmatan Parlimen. Lazimnya, setiap RUU mesti ada tafsiran seperti RUU PSA, ini tidak dinyatakan. Saya cadangkan dimasukkan tafsiran di bawah Seksyen 2.

Kedua, siapakah anggota Perkhidmatan Parlimen tersebut? Ketiga, adakah anggota Perkhidmatan Parlimen termasuk juga 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan 70 di Dewan Negara?

[Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad **mempengerusikan Mesyuarat****] Merujuk kepada fasal 3, Majlis Perkhidmatan Parlimen, fasal 2(2) menyebut tentang Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang seramai 11 orang itu.

Persoalan saya di sini, adakah justifikasi diwujudkan jawatan Pengerusi dan Pengerusi Bersama? Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi, Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama, tidak dinyatakan siapakah Timbalan Pengerusi. Lazimnya dalam mana-mana organisasi mempunyai Timbalan Pengerusi. Dewan Negara adalah Yang di- Pertua Dewan Negara dan Timbalan ialah Yang di-Pertua Dewan Negara.

final • 1:58 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Dewan Rakyat ada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan ada dua Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat, tetapi dalam RUU PSA 2025, tidak ada Timbalan Pengerusi diwujudkan, jawatan Pengerusi Bersama.

Fasal 5. Fasal 5(2) menyebut Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Persoalan saya di sini, jika kedua-dua Pengerusi dan Pengerusi Bersama hadir mesyuarat, siapakah yang akan mempengerusikan atau lead the mesyuarat tersebut?

Kedua, bolehkah Pengerusi menyerahkan kepada Pengerusi Bersama yang hadir dan lead the mesyuarat sedangkan Pengerusi hadir?

Fasal 5(3) disebut tentang kuorum Majlis Perkhidmatan Parlimen ialah tujuh orang.

Tidak dinyatakan kehadiran Pengerusi atau Pengerusi Bersama adalah wajib sedangkan fasal 5(1) menyebut mesyuarat perlu diadakan seberapa kerap yang perlu. Kalau tak disebut perkataan, “wajib”, bagaimana nak laksanakan mesyuarat secara kerap?

Kedua, jika kedua-dua Pengerusi dan Pengerusi Bersama tidak boleh hadir mesyuarat, siapakah yang akan lead the mesyuarat tersebut? Sebab tak ada Timbalan Pengerusi, fasal 3(2)(c) dan (b) ada Timbalan-Timbalan Dewan Negara dan Dewan Rakyat tetapi tak disebut secara nyata mereka boleh mempengerusikan mesyuarat jika Pengerusi atau Pengerusi Bersama berhalangan tak hadir mesyuarat. Ini saya pohon penjelasan.

Isu seterusnya ialah kebajikan kakitangan Parlimen. Perkara kedua yang ingin saya sentuh Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan kakitangan perkhidmatan Parlimen.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 memperkenalkan modul hibrid dalam pentadbiran dan

final • 2:00 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

pengurusan keseluruhan Parlimen yang bertujuan untuk memastikan keseimbangan dan kepakaran khusus dan pengurusan Parlimen dan kecekapan pentadbiran operasi.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lalu satu tinjauan telah diadakan di kalangan kakitangan Parlimen di mana hanya 33 peratus kakitangan bersetuju untuk kekal dalam perkhidmatan Parlimen kerana laluan kerjaya dalam perkhidmatan Parlimen agak terhad.

Oleh yang demikian, wajar sekali kebajikan dan kemudahan kakitangan di bawah perkhidmatan Parlimen, tawaran gaji dan lain-lain dapat dikaji. Kalau boleh tawaran gred yang lebih tinggi kerana mereka adalah profesional dalam bidang khusus.

Isu terakhir ialah MPP dipilih. Walaupun rang undang-undang ini adalah pencapaian yang besar, kita mesti jelas walaupun ia masih belum sempurna, ia merupakan sebuah akta hidup. Maka terdapat beberapa penambahan baik utama yang perlu kita desak untuk memastikan ia menepati janjinya. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini rang undang-undang tidak menyatakan bagaimana empat Ahli Parlimen dalam MPP akan dipilih. Ia adalah kekurangan yang tidak boleh diabaikan. Kuasa memilih mesti terletak di tangan Jawatankuasa Pemilih bagi memastikan proses adil, telus dan juga berdasarkan merit.

Jika perkara ini tidak dijelaskan, kita berisiko membuka ruang untuk dengan izin cronyism politic, sesuatu yang kita perlu elak. Autonomi, lagi satu minit Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Boleh, boleh. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:00 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Autonomi tanpa akauntabiliti adalah berbahaya. Ketika ini tiada mekanisme pengawasan rasmi bagi Parlimen untuk memantau bagaimana MPP akan beroperasi setelah rang undang-undang diluluskan. Kita tidak boleh membiarkan Parlimen menjadi entiti tanpa kawalan walaupun dalam urusannya sendiri.

Jadi solusinya adalah, untuk menubuhkan jawatankuasa pengawasan bersama yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Jawatankuasa ini mesti memastikan bahawa MPP beroperasi dengan penuh ketelusan, mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dan juga memastikan setiap Ahli Parlimen tanpa mengira parti ataupun kedudukan mampu bersuara, memberi suara dalam bagaimana Parlimen ditadbirkan.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini saya utarakan dengan harapan ia nya dipertimbangkan agar institusi Parlimen betul-betul melambangkan kemuliaan, keadilan, integriti dan bermaruah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

final • 2:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih. Kita ada, kita baru ada dua pembahas. Kita ada semua petang ini 31. Jadi kalau boleh kita tamatkan pada pukul 6 petang.

Jadi saya jemput Senator yang seterusnya, Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, silakan.

final • 2:00 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Saya menyokong segala usaha kerajaan untuk mengembalikan akta ini untuk menambah baik sistem pengurusan dan pentadbiran Parlimen supaya ada pengasingan kuasa dan bebas daripada badan eksekutif.

Kita perlukan ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran Parlimen supaya institusi ini dihormati dan dipandang tinggi seperti yang selayaknya. Namun begitu, saya sedikit dukacita dan kesal kerana saya dan juga Ahli Dewan Negara dari blok pembangkang tidak

final • 2:05 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

dijemput untuk sesi libat urus sebelum akta ini dibentangkan di Parlimen. Janganlah disebabkan sudah ada majoriti dua pertiga di kedua-dua Dewan, kami ditinggalkan dalam sesi libat urus. Saya juga kesal dengan ucapan-ucapan yang sinis di dalam Dewan negara yang mulia ini. Setiap Ahli Dewan ada hak untuk memilih. Saya juga ingin membetulkan fakta, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional Dewan Rakyat bukan menolak akta ini tetapi bersikap berkecuali.

Datuk Yang di-Pertua, akta ini adalah tentang kita Ahli Parlimen, sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Oleh itu sangat tepat untuk melibatkan semua Ahli Parlimen dalam sesi perbincangan supaya ia betul-betul diperhalusi dan diteliti dengan baik. Sebagai contoh, RUU Anti-Lompat Parti. Saya masih ingat kedua-dua pihak blok pembangkang dan juga kerajaan bersama-sama dalam sesi libat urus dan dibincangkan secara mendalam beberapa kali. Apabila di bawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ia mendapat sokongan sebulat suara dari kedua-dua blok.

Justeru itu, RUU sepenting ini perlu melibatkan kita semua kerana ia tentang kita Ahli Parlimen dan kedudukan kita boleh berubah di masa hadapan. Kita sekarang mungkin sebagai kerajaan, di masa depan mungkin blok pembangkang. Jika sekiranya sesi libat urus dilaksanakan lebih awal, kita tidak memerlukan bill pink di mana pindaan perlu dibuat di peringkat jawatankuasa setelah ia dibahaskan di Dewan Rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, institusi Parlimen sewajibnya bebas dari eksekutif dan pengiktirafan perlu diberikan kepada Ahli Parlimen sama ada Ahli Parlimen kerajaan atau Ahli Parlimen pembangkang secara adil dan saksama kerana kedua-duanya dipilih oleh rakyat dan berperanan membawa suara rakyat yang diwakili dan mempunyai peranan tersendiri di dalam sistem demokrasi berparlimen.

RUU ini tidak menyatakan kedudukan Ahli Parlimen, tidak mengira apa parti politik yang diwakili, Ahli Parlimen perlu dilayan secara adil supaya dapat menyantuni dan menguruskan rakyat di bawah kawasan Parlimen masing-masing. Pertimbangan yang adil, saksama dan sama rata perlu diberikan kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembahagian peruntukan kewangan yang disediakan oleh Parlimen. Oleh itu, saya mengesyorkan supaya peruntukan pengoperasian pejabat dan pusat khidmat dimasukkan terus dalam kertas statut.

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kerana pihak kerajaan menerima pengesyoran supaya Jawatankuasa Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat ditubuhkan berhubung pentadbiran dan kewangan yang akan berfungsi sebagai mekanisme pemantauan kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen. Jawatankuasa Bersama ini perlu mempunyai kuasa untuk menyemak peruntukan kepada Parlimen dan mencadangkan jumlah yang berpatutan bagi memastikan peruntukan yang mencukupi kepada Perkhidmatan Parlimen termasuk peruntukan pembangunan kawasan, peruntukan pengurusan pejabat dan pusat khidmat kepada Ahli Parlimen termasuk juga kepada Senator. Penubuhan jawatankuasa ini memerlukan pindaan peraturan mesyuarat sedia ada dan juga RUU Perkhidmatan Parlimen.

Dato' Yang di-Pertua, akta yang membolehkan pengasingan kuasa ini perlu menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, bebas, telus, adil dan saksama.

final • 2:05 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

Oleh itu, saya mengesyorkan laporan tahunan Parlimen perlu dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara. Laporan ini perlu komprehensif meliputi semua aspek iaitu fungsi, pengurusan pentadbiran, tatakelola, kewangan dan prestasi termasuk juga aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Pilihan Khas dan Kumpulan Ahli Parlimen Rentas Parti.

Prinsip keadilan adalah sangat penting dalam akta ini. Suatu peruntukan yang mewajibkan etika kakitangan Perkhidmatan Parlimen tidak berpihak dan larangan terhadap

final • 2:10 PM

Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff

nepotisme hendaklah dimasukkan. Ia penting untuk memberi keadilan kepada semua Ahli Parlimen supaya tiada tekanan dikenakan kepada ahli perkhidmatan untuk bertindak secara berpihak oleh badan eksekutif.

Ia juga untuk memberi jaminan kepada rakyat yang pelantikan ahli Perkhidmatan Parlimen berdasarkan merit bukan atas desakan politik badan eksekutif atau pertimbangan- pertimbangan lain. Untuk itu sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang ini, kita jemput Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin. Lima minit, Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Insya-Allah Datuk Speaker. Tahniah juga Datuk Speaker, hari terakhir duduk dekat atas ada dilantik sebagai pemangku Speaker. Terima kasih.

RUU ini iaitu Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah dilahirkan dengan niat murni sebagai satu langkah ke arah memperkukuhkan sistem demokrasi di Malaysia dengan memastikan Parlimen mempunyai autonomi yang jelas, bebas daripada cabang eksekutif dari aspek perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan.

Langkah ini merupakan satu langkah yang berani dan jujur oleh pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri sebagai satu langkah progresif yang membolehkan institusi Parlimen dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam membuat sesuatu keputusan, melaksanakan tugas semak dan imbang serta menguruskan sumbernya tanpa pengaruh dari luar. Adalah diharapkan juga dengan mekanisme yang lebih telus dan inklusif ini termasuk juga dengan keterlibatan pihak pembangkang dalam aspek pengurusan dan Perkhidmatan Parlimen nanti, maka segala yang dihajatkan dari kelahiran undang-undang ini dapat dicapai.

Rang undang-undang ini adalah juga diharapkan dapat memperkasakan prinsip pemisahan kuasa serta semak dan imbang, seterusnya memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan integriti institusi Parlimen sebagai tiang utama demokrasi di Malaysia.

Sebenarnya kalau diikutkan kepada peruntukan yang ada dalam rang undang- undang ini dan juga seperti mana yang sebelah pagi tadi pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan rang undang-undang ini terbentuk, tiada sebab untuk kita sebagai Ahli-ahli Dewan ini menolak sesuatu perkara yang baik untuk kebaikan Dewan Negara ini, Dewan Rakyat, Ahli-ahli Senatornya dan juga kepada rakyat keseluruhannya.

Namun, apa yang ingin saya usulkan ialah dalam setiap satu cadangan yang baik, pasti ada sesuatu yang boleh kita laksanakan bagi pembaikan demi menjamin keberkesanan dalam kita merealisasikan reformasi institusi Parlimen. Pertamanya, ingin saya sarankan di bawah fasal 3 kepada rang undang-undang ini. Walaupun Yang Berhormat Menteri ada meyakinkan bahawa akan ada dua wakil pembangkang dalam Majlis Perundingan Parlimen ini, mereka masih menjadi minoriti iaitu memungkinkan suara mereka tidak mencukupi untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang bakal dibuat. Pendek kata keupayaan proses semak dan imbang yang menjadi teras kewujudan akta ini mungkin tidak dapat tercapai.

Adalah menjadi cadangan saya agar wakil daripada Dewan Negara seharusnya sama dengan bilangan wakil Ahli Dewan Rakyat. Saya faham, Yang Berhormat Menteri dalam Dewan Rakyat ada meyakinkan bahawa kerajaan tiada niat untuk mengawal Majlis Perundingan Parlimen ini. Ini hanyalah merupakan satu langkah awal untuk membolehkan pindaan Akta Perkhidmatan Parlimen dapat dilakukan. Namun, adalah lebih baik andai kata perkara yang dihasratkan dan diniatkan itu diterjemahkan ke dalam akta ini sendiri lantaran kita sekarang berhadapan dengan suatu akta yang ingin kita sama-sama luluskan.

final • 2:11 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

Seterusnya, di bawah seksyen 7 dan seksyen 8 juga tiada perwakilan daripada pihak pembangkang bagi mencerminkan komposisi Dewan. Kalau dilihat kepada fasal 7 iaitu berkaitan dengan lantikan jawatankuasa serta kenaikan pangkat Perkhidmatan Parlimen dan di bawah fasal 8, ia nya berkaitan dengan Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, tiada dinyatakan tentang wakil daripada pihak pembangkang.

Di samping itu, saya juga menyokong cadangan dari rakan-rakan Senator yang lain yang mahukan jumlah Timbalan Speaker Dewan Negara di tambah. Cadangan saya lebih daring sebab saya ingin mencadangkan bukan seorang— sekarang ini Dewan Negara ada seorang sahaja Timbalan. Saya mencadangkan supaya ada dua orang Timbalan, malah tiga orang Timbalan dan dinaikkan juga jumlah Timbalan daripada dua di Dewan Rakyat kepada tiga orang juga. Sebabnya adalah, kita mahukan Speaker dan Timbalan Speaker akan lebih fokus kepada tanggungjawab sebagai mempengerusikan sidang sesuatu Dewan dan lebih mahir tentang sesuatu perkara tersebut dan juga aturan-aturan yang telah ditetapkan.

Sekarang ini kita lihat bahawa terpaksa dilantik mereka di kalangan Ahli-ahli Senator untuk menjadi memangku kepada Senator. Jadi, ini kurang profesionalisme kalau sekiranya terus dilakukan dan saya mencadangkan supaya ini diambil tindakan oleh pihak MPP kemudian nanti.

Kemudian kalau lihat kepada peruntukan fasal 12, kuasa autonomi dalam aspek kewangan, “Kerajaan hendaklah mengadakan dana yang mencukupi bagi Perkhidmatan Parlimen setiap tahun”. Ini seperti mana diperuntukkan. Suka saya mencadangkan agar setelah akta ini diluluskan nanti, MPP boleh membuat cadangan untuk mengkanunkan satu Constituency Development Fund dengan izin, yakni dana Ahli Parlimen bagi mengatasi masalah ketidak seimbangan peruntukan Ahli Parlimen yang begitu ketara sekarang ini.

Malah, Ahli Senator ada yang tidak mendapatkan peruntukan mengakibatkan terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk membantu rakyat di bawah sana.

Untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan sistem demokrasi adalah penting agar peruntukan dana kepada Ahli Parlimen dimasukkan ke dalam statut supaya dapat ditetapkan hak dan keistimewaan Ahli Parlimen secara sah. Di samping itu juga, dana ini juga perlu mencukupi aspek-aspek lain seperti menubuhkan sesuatu jawatankuasa penyiasatan, peruntukan bagi setiap Ahli-ahli Parlimen dan sebagainya.

Seterusnya, ingin saya menyentuh sedikit berkaitan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh YB Senator Kesavadas tadi yang mengatakan bahawa peruntukan di bawah fasal 5 menyatakan tentang kedudukan Pengerusi dan Pengerusi Bersama. Kalau kita lihat kepada fasal 5(5) menyatakan, “Semua soalan yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah pilih undi pemutus”. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak YB Menteri yang dimaksudkan undi oleh Pengerusi sebagai undi pemutus tersebut, adakah ia termasuk Pengerusi Bersama sebab tidak dinyatakan bahawa siapa yang mempengerusikan? Adakah Pengerusi Bersama itu secara alternate? Akan tetapi kalau kedua-duanya hadir dan kebetulan even number ada, dua-dua ada pecahan undi yang sama banyak, siapa yang ada kuasa pemutus? Adakah Pengerusi ataupun Pengerusi Bersama. Nombor satu ke atau yang nombor dua sebab tidak ada Timbalan?

Di sini juga mohon penjelasan daripada pihak Menteri supaya dapat diperkemas akta yang hendak kita luluskan ini. Saya mohon menyokong kepada rang undang-undang ini tertakluk kepada pindaan. Terima kasih Datuk Speaker.

final • 2:11 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih, sama-sama Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin. Oleh kerana saya nampak sini Yang Berhormat Isaiah tiada lagi, jadi saya skip. Saya terus pergi nombor enam iaitu Senator Tuan...

final • 2:11 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Beliau dah tarik diri.

final • 2:11 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Tarik diri ? Okey. Terima kasih, tarik diri. Jadi, diteruskan Senator Tuan Michael Mujah Lihan. Silakan.

final • 2:11 PM

Tuan Tuan Michael Mujah Lihan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang telah sekian lama dinantikan oleh ramai pihak semenjak pemansuhannya pada tahun 1992. Ternyata semua pihak mula menyedari implikasi penting pewujudan semula RUU ini dalam memastikan kelicinan tadbir urus pengurusan Parlimen khususnya membabitkan perjalanan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan lebih baik.

Saya yakin kita semua di sini bersetuju dengan satu perkara bahawa Parlimen ini harus bebas berfungsi tanpa terikat pada sebarang campur tangan badan eksekutif dan dijamin autonominya. Hal ini bukan sesuatu yang asing memandangkan prinsip autonomi Parlimen itu sendiri lahir daripada prinsip pengasingan kuasa khususnya di antara badan eksekutif dan legislatif.

Pada masa yang sama, saya ingin memuji komitmen berterusan kerajaan yang tanpa berlengah sentiasa menggerakkan usaha sehingga membolehkan RUU ini berjaya melepasi sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat dan seterusnya dibentangkan pula di Dewan yang mulia ini pada hari ini.

Kredit harus diberikan kepada setiap seorang yang telah mencurahkan segala bentuk kudrat, tenaga dan masa dalam pembentukan kerangka RUU ini.

final • 2:18 PM

Tuan Tuan Michael Mujah Lihan

Namun begitu, saya masih memerlukan beberapa penjelasan dari kerajaan berhubung RUU ini. Pertamanya, sekiranya kita benar-benar hendak memastikan Parlimen ini bebas melaksanakan kuasa autonominya, sumber dan kuasa yang mencukupi perlu dilengkapkan kepada Parlimen bagi membolehkan mereka menjalankan semakan dan imbang serta menghasilkan undang-undang dan dasar yang lebih baik.

Oleh yang demikian, sejauh manakah kebebasan yang diberikan kerajaan terhadap Parlimen dalam menguruskan kewangan sendiri seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 12?

Melihat kepada situasi ini, saya berpandangan wujud kewajaran untuk Parlimen menubuhkan pejabat belanjawan Parlimen bagi memastikan pengurusan perbelanjaannya berfungsi dengan lebih cekap dan teratur seperti Kementerian Kewangan yang mempunyai pejabat belanjawan yang menguruskan belanjawan tahunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, seksyen 4 berkenaan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP). Saya melihat MPP ini bebas untuk mengawasi semua perkara kewangan berkaitan Perkhidmatan Parlimen. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci sejauh manakah kebertanggungjawaban MPP untuk menyedia atau membentangkan laporan tahunan kewangan di Dewan Rakyat. Apakah pandangan kerajaan berhubung perkara ini?

Selain itu, berkaitan perkara yang sama juga, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah terdapat garis panduan atau mekanisme terbaru yang disediakan bagi membolehkan Parlimen merancang pengurusan kewangannya selepas ini? Hal ini kerana saya berpandangan pentingnya elemen ketelusan, akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta peruntukan dana untuk diketengahkan dalam soal autonomi kewangan Parlimen ini, di samping kekal memberikan kebebasan menyemak serta mentadbir kewangan oleh institusi Parlimen itu sendiri agar tidak dipinda oleh badan eksekutif.

final • 2:20 PM

Tuan Tuan Michael Mujah Lihan

Butiran perbelanjaan secara terperinci tentang bagaimana dana ini diagihkan, dipantau dan diaudit perlu diterangkan kepada semua pihak. Kita mahu melihat Parlimen kekal berfungsi sebagai sebuah institusi yang teliti dalam kawalan perbelanjaan dan tidak berlaku ketirisan wang rakyat tanpa kawalan perbelanjaan yang cekap. Ini juga secara tidak langsung dapat memastikan mekanisme dan proses semak dan imbang kepada kerajaan, terutama aspek kewangan yang menjadi ibu kepada aspek lain seperti kemudahan dan sumber manusia, dapat disediakan dengan sempurna tanpa sebarang halangan kewangan dan sebagainya.

Di bawah seksyen 5(11) pula, ada diperuntukkan bahawa mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat MPP boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan dan sebagaimana yang ditentukan oleh MPP. Saya berhasrat untuk mendapatkan pencerahan. Apakah maksud elaun dan perbelanjaan lain yang ditetapkan di sini? Datuk Yang di-Pertua, tambah satu minit?

final • 2:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Boleh.

final • 2:20 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Bagaimanakah MPP boleh menetapkan satu had agar pemberian elaun dan perbelanjaan lain ini menepati siling yang tidak terlalu membebankan pengurusan kewangan?

Saya berpandangan perlunya tatakelola kewangan yang baik dan telus dalam urusan pemberian elaun dan perbelanjaan lain ini dan mungkin juga kehadiran ke mesyuarat MPP ini boleh dilihat sebagai satu tanggungjawab negara atau penghormatan yang tidak perlu dibayar dengan elaun.

Di dalam Bahagian IV seksyen 7(1) berkaitan peruntukan beberapa jawatankuasa yang khusus seperti Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Tatatertib dan Rayuan, manakala di bawah akta ini juga MPP boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa yang munasabah difikirkan sesuai.

Saya ingin memuji pendekatan ini yang memberikan ruang yang baik dalam mereformasi institusi Parlimen dalam menjadi lebih segar. Setiap jawatankuasa itu memberikan budi bicara yang bersifat kemanusiaan agar keadilan dapat diberikan kepada setiap individu yang berkhidmat di sini.

Namun, seperkara yang ingin saya bangkitkan di sini ialah adakah Ahli-ahli Parlimen selain anggota asal MPP dibenarkan menyertai jawatankuasa lain yang ditubuhkan? Sejauh manakah jawatankuasa ini dibenarkan untuk menentukan tatacara sendiri?

Selanjutnya, saya melihat perangkaan RUU ini telah melalui pelbagai fasa perbincangan sejak 20 tahun yang lalu. Bagaimanakah kerajaan membandingkan perangkaan RUU ini dengan mengambil contoh model akta yang sama oleh negara-negara luar seperti New Zealand, Australia, United Kingdom dan Kanada? Bagaimanakah juga kerajaan dapat memastikan RUU terbaharu ini adalah jauh lebih baik daripada akta asal yang telah dimansuhkan?

Saya mengharapkan RUU ini dilaksanakan dengan seikhlas. Reformasi yang hendak dilakukan biarlah dengan sehabis baik demi masa depan negara agar ia nya menjadi satu landasan yang kukuh bagi memperkasakan sistem demokrasi di negara kita ini.

final • 2:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Cukup, Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Tuan Michael Mujah Lihan

Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih, Senator Tuan Michael. Sekarang ini saya jemput Senator Dato’ Sivaraj a/l Chandran. Silakan.

final • 2:20 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Saya telah meneliti Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ini dan saya bersetuju bahawa ia adalah satu langkah penting ke arah memperkukuhkan institusi Parlimen kita. Namun, sekadar mewujudkan satu badan baru tanpa mekanisme kawalan yang kukuh tidak akan menyelesaikan masalah asas.

Saya juga telah membaca dan mendengar perbahasan sebelum ini. Saya mendapati beberapa Ahli Parlimen telah menyuarakan kebimbangan yang sama terutamanya mengenai keperluan mewujudkan sebuah suruhanjaya bebas untuk memastikan ketelusan dalam Perkhidmatan Parlimen serta menambah perwakilan pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen. Saya juga bersetuju dengan cadangan ini tetapi kita perlu berfikir lebih jauh. Kita tidak boleh hanya mengikut model yang ada. Kita mesti mencipta sistem yang lebih baik daripada negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan baharu yang lebih strategik dan jangka panjang untuk memastikan Perkhidmatan Parlimen ini benar- benar bebas, cekap dan berwibawa.

Pertama, Majlis Perkhidmatan Parlimen mesti berasaskan triparty, tiga pihak model.

Kita tidak boleh hanya meletakkan kuasa pentadbiran sepenuhnya di tangan Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan sahaja. Kenapa? Kerana sistem ini boleh membuka ruang kepada pengaruh politik dan kepentingan peribadi.

Saya cadangkan kita mengambil konsep triparty model ini di mana Majlis Perkhidmatan Parlimen ini mempunyai tiga komponen utama: pertama, Ahli Parlimen iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta wakil kerajaan dan pembangkang; keduanya, pakar profesional bukan politik, wakil daripada kalangan bekas hakim, bekas setiausaha-setiausaha negara dan akademik dalam bidang pentadbiran awam; dan ketiga, wakil masyarakat MADANI, civil society, termasuk NGO-NGO yang memperjuangkan ketelusan dan tadbir urus yang baik seperti TI Malaysia, IDEAS dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengapa ini penting? Ini kerana kita hanya serahkan semua kepada Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan dan ia boleh menjadi satu sistem pakatan dalaman: insider system yang saling melindungi kepentingan masing-masing. Dengan adanya pakar bebas dan masyarakat madani, ini akan memastikan Perkhidmatan Parlimen ini benar- benar telus dan berfungsi untuk rakyat dan bukan hanya untuk ahli politik.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya fikir perlu diberi perhatian ialah sistem pelantikan Ketua Pentadbir Parlimen.

final • 2:27 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

Dalam rang undang-undang ini, Ketua Pentadbir Parlimen akan mempunyai kuasa yang besar tapi persoalannya, bagaimana kita melantik individu ini? Jadi, kita ikut sistem sekarang, ikut sistem sekarang, kemungkinan besar pelantikan Ketua Pentadbir Parlimen akan berdasarkan siapa yang disukai oleh golongan politik tertentu bukan siapa yang paling layak.

Jadi, saya cadangkan Ketua Pentadbir Parlimen tidak boleh dilantik oleh Majlis Perkhidmatan Parlimen sahaja. Calon Ketua Pentadbir Parlimen mesti melalui proses temu duga terbuka dengan panel yang terdiri daripada wakil Parlimen, pakar akademik dan juga Ketua Audit Negara. Tempoh jawatan mesti hadkan kepada lima tahun sahaja dengan pilihan

final • 2:30 PM

Dato’ Sivaraj a/l Chandran

untuk diperbaharui sekali lagi maksimum 10 tahun. Kita mesti memastikan Ketua Pentadbir Parlimen adalah individu yang berintegriti, bukan sekadar boneka kepada mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa kewangan Parlimen mesti benar-benar bebas daripada kawalan kerajaan. Kita tidak boleh membiarkan situasi di mana bajet Parlimen berubah-ubah mengikut kehendak eksekutif. Oleh itu, saya mencadangkan satu peruntukan tahunan kepada perkhidmatan Parlimen ditentukan berdasarkan peratusan tertentu daripada KDNK dan bukan atas budi bicara kerajaan semasa. Jika Parlimen mahu menjadi institusi yang bebas, maka ia tidak bergantung kepada ihsan kerajaan untuk mendapatkan dana. Kita mesti ingat, Parlimen bukan bergantung kepada kerajaan tetapi kerajaan yang bergantung kepada Parlimen. Jika bajet Parlimen di kawal oleh kerajaan, maka Parlimen boleh dipengaruhi.

Tuan Yang di-Pertua, jika benar-benar kita mahu memperkasakan Parlimen, kita tidak boleh hanya membuat perubahan separuh jalan. Jangan kita hanya buat reformasi untuk kelihatan baik di atas kertas tetapi realitinya masih penuh dengan kelemahan. Saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen di sini, tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang, jangan sokong sesuatu hanya kerana ia datang daripada blok politik kita. Lihat dengan jujur, fikir dengan matang dan tentukan sama ada sistem ini benar-benar akan membawa perubahan atau sekadar menukar wajah kepada sistem lama.

Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini, tetapi dengan cadangan- cadangan baru yang lebih kukuh dan berkesan. Kita mesti berani melakukan perubahan yang sebenar dan bukan sekadar kosmetik politik. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Sivaraj. Sekarang kita jemput pula Senator kita, Datuk Haji Mustafa bin Musa

final • 2:30 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Sesungguhnya RUU ini melambangkan keinginan dan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk mengangkat imej dan reputasi dan mendasari transformasi institusi Parlimen yang menjadi lambang ketinggian amalan demokrasi di negara kita.

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah alam. Setiap yang bernyawa pastinya akan mati dan setiap yang datang pastinya akan pergi. Begitu juga dengan transformasi dan RUU ini. Setiap lontaran pandangan yang dibawa kepada Dewan tentulah didatangi bersama dengan pandangan yang berbeza-beza. Saya ingin menarik perhatian bahawa pandangan yang berbeza dalam kita mencerakin isu ini haruslah dianggap sebagai peluang untuk kita memperhalus dan menyantuni dengan sebaik-baiknya segala fasal yang akan kita luluskan bagi memastikan bahawa Parlimen menjadi satu institusi yang bermaruah, dihormati, telus, jujur dan berintegriti.

Datuk Yang di-Pertua, mengikut senarai perjawatan Kerajaan Persekutuan tahun 2025, Parlimen Malaysia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri dan tatapan anggaran belanja mengurus bagi penggajian dan emolumen bagi Maksud B.1, Parlimen Malaysia mempunyai seramai 368 pegawai dan staf pelaksana. Dari jumlah itu: tiga orang merupakan pegawai berstatus JUSA iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 87 dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu Gred 9 hingga 14; dan 277, Kumpulan Pelaksana.

Apabila Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 ini mula berkuat kuasa nanti, maka semua perjawatan di Kumpulan Pelaksana, Pengurusan dan Profesional akan menjadi closed department atau pun perjawatan tertutup. Oleh kerana beberapa jawatan di dalam organisasi Parlimen ketika ini mempunyai beberapa jawatan Kader seperti jurutera dari JKR, pegawai

final • 2:32 PM

Datuk Haji Mustafa bin Musa

dari Jabatan Akauntan Negara, Perpustakaan Negara, PDRM, Jabatan Penerangan, Jabatan Pertanian, Jabatan Audit dan JPA, maka saya ingin penjelasan dengan lebih terperinci tentang dua perkara berikut.

Pertama, sejauh manakah syarat dan terma perjawatan bagi jawatan Kader bila mana badan kuasa melantik iaitu Majlis Perkhidmatan Parlimen menetapkan formula bagi apa-apa kemudahan pertukaran jawatan dengan jawatan setara di JPA dan agensi kaderan agar syarat dan terma ini memberi kelegaan dan kemudahan kepada semua pegawai dan kakitangan Parlimen.

Kedua, bagaimana dan apakah implikasi laluan kerjaya dan kenaikan pangkat sama ada pengisian secara kekosongan Jawatan Hakiki atau pun time-based kecemerlangan perjawatan yang akan dihadapi oleh kesemua 367 penjawat ini kecuali Ketua Pentadbir apabila kuat kuasa Akta Perkhidmatan Parlimen 2025?

Datuk Yang di-Pertua, sesungguhnya perlu ditekankan bahawa penetapan terma dan syarat perkhidmatan di perkhidmatan Parlimen ini perlu jelas agar mekanisme dan terma kemudahan yang dinikmati semasa dalam lantikan SPA atau JPA terus dinikmati secara literal.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mewujudkan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan, adalah menjadi kewajipan bagi sesuatu akta dan amalan secara konvensionalnya menyatakan dengan jelas tatakelola dan tata amalan, rujukan yang diguna pakai sebagai panduan yang jelas bagi semua anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Tatatertib dan Rayuan menjalankan tugas dan amanah mereka dengan teratur dan jelas dari segi perundangan atau peraturan perkhidmatan awam.

Justeru, saya memohon agar fungsi dan kaedah rujukan yang diguna pakai nanti diperincikan dengan jelas dalam fasal-fasal Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Tatatertib dan Rayuan Perkhidmatan agar sebarang kekeliruan dan pertikaian tidak berlaku selepas RUU ini diluluskan.

Datuk Yang di-Pertua, dalam memastikan keutuhan dan kredibiliti Perkhidmatan Parlimen menjadi satu institusi yang dipandang tinggi dan mulia di peringkat domestik dan antarabangsa, seharusnya bilangan perjawatan dan kapasiti modal insan perlu diperuntukkan dalam perjawatan Perkhidmatan Parlimen, dibuat unjuran dan dipastikan bajet bagi Maksud B.1, Anggaran Belanja Mengurus dan pembangunan tahunan. Ini bagi memastikan keutuhan operasi, kelicinan perjalanan dan kewangan Parlimen tidak menghadapi kekangan.

Akhirnya, memandangkan institusi Parlimen ini mempunyai hubungan langsung dengan institusi Parlimen luar negara dan antarabangsa serta lambang kemuliaan demokrasi negara, komponen latihan dan kompetensi komunikasi bahasa kedua atau juga bahasa ketiga perlu diwujudkan agar tahap profesionalisme dan integriti komunikasi pegawai dan staf Parlimen dapat diangkat dan dijulang martabatnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong RUU ini dengan mengambil kira segala pandangan dan lontaran yang telah saya buat. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih, Senator Datuk Haji Mustafa. Steady. Jadi, sekarang dah pukul 2.40 petang.

final • 2:32 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Lambat lagi ya? Lambat lagi, kita habis pukul 7 malamlah.

[Ketawa] Tapi tak apa. Kita disiplinkan sikit, kan yang mana terlajak seminit dua itu, okey, tidak ada masalah kerana tak sampai— Kalau kita berhenti lima minit pun, kadang tak sampai dia punya maksud kan. Maksud tak sampai. Jadi, satu dua minit tu, okey. Tak ada masalah. Yang lajak itu tak bolehlah, kan.

Jadi, nombor sembilan, saya jemput Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof.

Emeritus Dr. Awang bin Sariyan. Silakan.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.

final • 2:39 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Seperti juga rakan-rakan Senator yang lain saya memberikan dukungan kepada usaha ataupun ikhtiar sesuai dengan...

[Berucap dalam bahasa Arab] itu, satu usaha mencari kebaikan. Ini mungkin boleh disahkan oleh pakar bahasa Arab, Senator Datuk Seri Mujahid.

Ikhtiar untuk mencari...

[Berucap dalam bahasa Arab] ataupun kebaikan.

Jadi, dalam rangka ini saya kira akta ini suatu realisasi ataupun usaha memaknai doktrin pemisahan kuasa antara badan perundangan ataupun penggubal undang-undang, eksekutif dan kehakiman. Jadi, kalau selama ini kita berbicara tentang soal pemisahan kuasa, ini saya kira suatu realisasi yang konkrit tentang usaha ke arah yang lebih baik.

Saya terus sahaja kepada beberapa sisi yang hendak saya bicarakan, walaupun tampaknya hampir-hampir tiada kelompangan ataupun kelompongan yang dapat diberi perhatian. Pertama berkaitan dengan usaha untuk memberikan ruang kepada wakil parti pembangkang dalam keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen di peringkat Dewan Rakyat.

Saya kira ini suatu usaha yang harus dihargai sebagai usaha untuk mewujudkan suasana demokratik yang luhur.

Saya juga merujuk kepada perkara 6 dalam soal mesyuarat walaupun disebut Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menentukan tatacara sendiri. Ini saya kira sesuai dengan soal kebebasan Majlis yang akan ditubuhkan. Namun, marilah dengan sikap rendah hati juga memanfaatkan tatacara yang selama ini telah dilaksanakan oleh JPA sebagai contoh. Jadi, jangan kita abaikan sama sekali tatacara yang telah ada di institusi lain yang tentu dapat diubah suai ataupun ditambah baik.

Saya juga mendukung perkara 10 berkaitan dengan soal boleh mengundang— Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat dan ini sesuai dengan konteks ataupun sikap kita yang terbuka untuk mendapatkan khidmat perundingan daripada pakar-pakar yang khusus dalam bidang-bidang kumpulan tertentu.

Dalam konteks Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, ini juga saya kira suatu perkara yang penting untuk memastikan ketelusan dan juga tatakelola itu dipatuhi dengan sepenuhnya dengan sebaik-baiknya. Namun pertanyaan yang ingin saya timbulkan berkaitan dengan perkara 2 sebagai contoh. Andai kata— mudah-mudahan tidak akan berlaku.

Andai kata soal tatatertib ini terkait dengan salah seorang penjawat. Katakanlah C dan D yang tidak mahu saya bacalah— C dan D. Bagaimanakah tatacaranya ataupun bagaimanakah Jawatankuasa Tatatertib ini hendak melaksanakan tugas dengan keanggotaan yang juga melibatkan penjawat yang berkaitan soal C dan D, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat sebagai contoh. Jadi, ini saya kira perlu penjelasan supaya tidak timbul kekaburan tentang bagaimana pelaksanaan tatatertib yang dimaksudkan.

Tentang saraan perkara 13, tentulah semua pihak mendukung kebebasan dan kewibawaan yang diberikan kepada Majlis yang berkenaan Majlis yang akan ditubuhkan ini untuk menentukan sistem— maaf, sebelum itu tentang dana dulu. Tentang keperluan untuk Majlis ini mengumpulkan dana yang cukup bagi keperluan pelaksanaan ataupun perjalanan Parlimen dengan lancarnya.

Soal yang ingin saya kemukakan di sini ialah dalam konteks ini adakah satu badan penapis, badan yang— ya, sebelum terus diajukan kepada Menteri Kewangan. Adakah satu badan penapis, satu badan perunding untuk memastikan bahawa peruntukan yang dipohon itu suatu yang memang wajar, sesuai, memenuhi justifikasinya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

Dalam konteks ini juga, saya kira tidak disentuh di mana-mana tentang keperluan audit. Audit saya kira diperlukan dalam sesebuah institusi, dalam sebuah rangka pentadbiran.

Jadi ini harus dijelaskan bagaimana peranan audit, adakah audit dalam soal pendanaan ini akan terangkum dalam bidang tugas Ketua Audit Negara ataupun ada sistem audit sendiri dalam konteks Majlis Parlimen ini.

Tentang saraan, walaupun kita juga mendukung dan bahkan menyokong keperluan untuk diwujudkan suatu sistem saraan yang melonjakkan gred yang lebih tinggi, tetapi saya kira juga dalam soal ini kita harus dengan rendah hati dapat merujukkannya kepada sistem saraan JPA. Walaupun tidak, mesti tertakluk kepada skim yang ada di JPA tapi tentu itu dapat dijadikan sandaran sebelum kita merangka sistem saraan yang tersendiri.

Datuk Yang di-Pertua, saya kira dengan demikian saya mengakhiri perbahasan saya dan mohon menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih, Senator Datuk Seri Prof. Sekarang kita pergi jemput Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, silakan.

final • 2:40 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam Malaysia MADANI, Segulai Sejalai dan salam Ramadan.

Datuk Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan institusi Parlimen agar ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh luar. Akta ini bukan sekadar satu dokumen perundangan, tetapi satu komitmen ke arah memperkasakan badan legislatif negara supaya terus relevan dan sistem demokrasinya berparlimen yang kita amalkan ini.

Sebagai negara yang mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman kita perlu memastikan Parlimen benar-benar bebas dan berautonomi dalam pengurusan pentadbiran serta kewangan. Rang undang-undang ini menandakan suatu era baharu dalam memastikan kebebasan Parlimen sebagai badan legislatif utama negara.

Datuk Yang di-Pertua, salah satu teras utama dalam RUU ini adalah mengembalikan autonomi Parlimen menjadikannya bebas daripada pengaruh badan eksekutif. Sebelum ini Parlimen dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan menyebabkan urusan pentadbiran dan kewangan Parlimen tertakluk kepada peraturan serta prosiding badan eksekutif.

Dengan pemisahan ini, Parlimen akan mempunyai kuasa penuh dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan sendiri tanpa campur tangan eksekutif, menjamin kecekapan pentadbiran, memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan institusi Parlimen dan bukan berdasarkan kepentingan politik. Memperkukuhkan sistem demokrasi negara di mana Parlimen benar-benar bebas untuk melaksanakan fungsi legislatif dan semak imbang terhadap badan eksekutif.

Sebuah Parlimen yang bebas bermaksud rakyat boleh menaruh keyakinan penuh bahawa setiap undang-undang yang digubal serta dasar yang dibahaskan di dalam Dewan ini tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik mana-mana pihak. Untuk memastikan pentadbiran Parlimen lebih efisien dan profesional tiga Jawatankuasa utama akan diwujudkan iaitu: satu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat; kedua, Jawatankuasa Tatatertib; dan tiga, Jawatankuasa Rayuan.

final • 2:45 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Ketiga-tiga jawatankuasa ini akan memainkan peranan penting dalam memastikan pentadbiran Parlimen lebih cekap, berintegriti dan profesional, insya-Allah. Dengan autonomi yang diberikan Parlimen perlu memastikan ia mempunyai sumber tenaga manusia yang berkualiti, profesional dan berintegriti.

Datuk Yang di-Pertua, dengan kebebasan kewangan yang diberikan kepada Parlimen, pengurusan dana dan perbelanjaan perlu dilakukan dengan penuh ketelusan dan akauntabiliti. Oleh itu saya, mencadangkan supaya setiap perbelanjaan dikawal dengan sistem audit berkala bagi memastikan tiada ketirisan dan pembaziran berlaku. Parlimen menggunakan teknologi digital terkini dalam sistem kewangan untuk meningkatkan ketelusan, dan memudahkan proses pemantauan. Mewujudkan sistem pemantauan bebas yang memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi manfaat kepada fungsi Parlimen dan rakyat. Autonomi tanpa akauntabiliti akan membawa penyalahgunaan kuasa. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kebebasan kewangan ini disertai dengan sistem pemantauan yang kukuh.

Benarkan juga saya menyentuh isu pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat. Saya berpandangan keutamaan harus diberikan kepada individu yang memiliki pengalaman luas dalam pengurusan Parlimen.

final • 2:45 PM

Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim

Pelantikan pegawai yang tidak memahami sistem Parlimen dan menjejaskan kelancaran urusan Dewan ini. Oleh itu, pelantikan perlu dibuat dengan teliti berdasarkan pengalaman dan kecekapan bukan semata-mata berdasarkan kepentingan politik. Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong penuh rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Ada lagi 29 second tadi kan? Okey, terima kasih ya Dato’ Senator Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Haji Ibrahim.

Sekarang kita pindah kepada pembahas nombor 11, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, sahabat saya ini.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Terima kasih Tuan Speaker yang segak dan bijaksana. Saya pun tak tau tadi masa pindaan Perlembagaan tadi Datuk Azhar, Dato’ Ahmad pun sebelum saya juga masa pindaan tadi, yang ini pun selepas itu pun saya, yang ini pun sama. Ha itulah alhamdulillah. Rasanya ada ngam di situ mana-mana itu, tapi yang penting Tuan Speaker saya hendak petik pepatah Inggeris dia kata sometimes better to lose and doing the right thing than to win doing the wrong thing, tapi dalam hal kita tadi, sebenarnya kita *win, we win and insya-Allah we will do the right thing.

So,* apa yang saya hendak maksudkan di sini adalah pertama saya tadi ada hendak tanya kepada Menteri tentang beberapa perkara tetapi dalam pembentangan usul tadi dia dah cakap benda itu, jadi saya rasa wajar untuk saya ulangi balik. Pertama ialah tentang oversight committee. Oversight committee ini perlu ada satu Jawatankuasa Standing Committee antara Dewan Negara dengan Dewan Rakyat untuk memantau. Sebab kita kata kita hendak bebas, tapi kalau Majlis Perkhidmatan Parlimen ini tak ada siapa pantau dia pun tak boleh juga, maknanya kena ada oversight dan tadi disebut sebenarnya oleh Menteri.

Yang kedua ialah annual report yang perlu dibentangkan kepada Dewan, dua-dua Dewan. Annual report ini boleh kita tengok apa yang berlaku, apa masalah dan kita boleh orang putih kata put them on the toe. Maksudnya dalam kerangka yang kita hendak buat ini, tak ada siapa yang bebas daripada pemantauan, itulah maknanya kebebasan ha, begitu.

Sebab kita tak nak bila dia bebas pula, dia ikut dia hendak buat apa, pun tak boleh juga. Sebab itu oversight committee, annual report sangat penting.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof

Ketiga adalah inpartiality— inpartiality ini maknanya semua petugas untuk Perkhidmatan Parlimen ini mestilah sikap dia tidak ada apa-apa orientation menyokong mana- mana pihak sebab dia itu adalah badan yang bebas dan dia mesti dilihat bebas. So budaya ini dan ada provision yang perlu memastikan inpartiality ini is seen bukan sahaja is said, but is seen. Cuma dalam kita membicarakan soal berlakunya— ada transition period tadi disebut oleh Menteri, dua tahun ya. So, this transition period ini pun saya kira perlu kita lihat ke depan, ada satu klausa di sini iaitu pentadbiran dan kewangan disebut Ketua Pentadbir Parlimen ya 11.1 hendaklah Ketua Pentadbir Parlimen ini daripada anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

I have a problem here dengan izin, sebab kalau Ketua Pentadbir itu daripada perkhidmatan am awam, kita khuatir nanti akan ada juga satu bentuk intervention yang mungkin akan defeat atau tidak capai kepada maksud kebebasan tadi. Inilah termasuk dia akan jadi setiausaha kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen ini dan dia juga adalah mengawal, disebut di sini hendaklah mempunyai kawalan am terhadap anggota Perkhidmatan Parlimen.

Jadi, di mana kebebasan itu sedangkan dia adalah setiausaha kepada Majlis ini dan dia adalah anggota pentadbiran daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Yang ini agak membimbangkan saya seolah-olah macam ada satu clause yang masih lagi belum bersedia akta ini untuk benar-benar bebas daripada kongkongan perkhidmatan awam. Jadi saya harap perkara ini perlu diberi penjelasan dan selalunya pengalaman kita, kalau Setiausaha Majlis dalam apa-apa Majlis kadangkala dia overrule banyak perkara di atas sebab dia yang pegang keputusan-keputusan dari sudut dia yang akan menjadi orang kata penghubung itu. Jadi kalau dia tak nak buat atau dia cari jalan untuk tidak buat, sesuatu keputusan yang dibuat oleh Majlis ini, maka akan berlaku di sana sedikit masalah.

Jadi dengan saya merasa bersyukur, terima kasih kerana kita lihat reformasi Parlimen ini sangat kita kata berada pada landasan yang tepat. Cuma saya hendak bayangkanlah siapa-siapa jadi kerajaan lepas pada ini, bukan mesti kita ya, siapa-siapa jadi kerajaan ya— Kalau dulu dia menentang atau dia berkecuali akta ini, macam mana dia hendak jadi kerajaan, dia hendak laksanakan ataupun kalau kita hendak lantik di kalangan Majlis itu ada dua pembangkang, tapi dia pada awal tak setuju.

So, agak pelik sedangkan saya ulang balik akta ini adalah untuk kita. Esok, esok saya tidak tahu saya mungkin tak jadi Senator dah, Tuan Speaker pun mungkin tak jadi Senator dah, tapi kita telah melakukan sesuatu untuk legasi negara. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Mujahid. Kali ini baru selama tiga tahun kita duk sini hat kali ini saya tengok pertama Datuk Seri Dr. Mujahid tepat lima minit berhenti.

[Ketawa] Kalau tidak dia kelaih sahajalah ini pasal dia hormat saya sebagai Speaker sementara inikan.

Okey, kita beralih kepada Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah. Silakan.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, rang undang- undang ini bukan sekadar satu dokumen rang undang-undang, tetapi ia adalah satu transformasi besar yang akan membawa Parlimen kita ke arah pentadbiran yang lebih profesional, telus dan berintegriti.

Sebagaimana yang kita semua maklum, intipati pada RUU ini adalah memisahkan pentadbiran Parlimen daripada sebarang cengkaman kuasa eksekutif. Parlimen yang bebas dan berdaulat adalah tonggak kepada demokrasi tulen. Maka melalui rang undang-undang ini, Parlimen diberi kuasa penuh untuk mengurus hal ehwalnya sendiri termasuk pentadbiran,

final • 2:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah

kewangan serta lantikan kakitangan tanpa campur tangan pihak lain. Ini adalah langkah yang begitu signifikan ke arah merealisasikan doktrin pemisahan kuasa yang menjadi asas kepada sebuah demokrasi yang berfungsi dan dihormati. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini memperkenalkan pelbagai pembaharuan penting demi memperkasa institusi Parlimen negara.

Bahagian II RUU ini mencadangkan penubuhan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen. Ini adalah langkah bijak yang akan memastikan pentadbiran Parlimen dikendalikan oleh satu badan khusus profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh politik. Dengan adanya Majlis ini, setiap keputusan akan dibuat secara adil, telus dan berlandaskan prinsip integriti. Ini adalah asas kukuh untuk memelihara kewibawaan Parlimen agar terus dihormati dan dipercayai oleh rakyat.

Bahagian IV pula, RUU ini menubuhkan beberapa jawatankuasa penting seperti Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan.

Mekanisme ini amat diperlukan bagi memastikan keadilan dan keseimbangan dalam pengurusan sumber manusia di Parlimen. Sebagai contoh, kewujudan Jawatankuasa Rayuan memberi ruang kepada anggota Perkhidmatan Parlimen untuk membuat rayuan sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan.

Seterusnya, Bahagian V pula memperuntukkan pelantikan Ketua Pentadbir Parlimen serta memperuntukkan dana tahunan yang mencukupi. Ini merupakan langkah yang penting yang sangat diperlukan. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi mustahil bagi Majlis Perkhidmatan Parlimen melaksanakan fungsinya secara efektif. Dengan pelantikan Ketua Pentadbiran Parlimen, pengurusan pentadbiran akan menjadi lebih teratur, cekap dan mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada Ahli-ahli Dewan serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Bahagian VI pula menyediakan perlindungan undang-undang kepada anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen serta Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahnya.

final • 2:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah

Perlindungan ini meliputi kekebalan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang di samping pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Ini jaminan penting bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan penuh keyakinan tanpa rasa takut atau tertekan. Maka dengan kelulusan RUU ini, Parlimen akan kembali menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan tatacara kerjanya secara autonomi. Langkah ini selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi yang matang. RUU ini amat penting kerana ia menjamin kebebasan Parlimen daripada sebarang cengkaman Eksekutif.

Salah satu elemen yang penting juga dalam penggubalan RUU ini ialah penempatan kuasa pentadbiran Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara secara langsung di bawah Yang di-Pertua Dewan masing-masing. Mereka buat masa ini adalah dilakukan atau dibuat secara hibrid iaitu kakitangan awam dipinjamkan ke Parlimen atas alasan jika berlaku pertukaran Pengerusi ataupun Ketua Majlis, bila Setiausaha ini ditukarkan, saya rasa pentadbiran Parlimen akan jadi berterabur.

Jadi, saya rasa eloklah Setiausaha Dewan ini terdiri daripada kakitangan awam supaya sebagaimana yang kita maklum, Yang di-Pertua Dewan, kedua-dua Dewan adalah lantikan politik, apabila Yang di-Pertua Dewan bertukar, setiausaha bertukar, jadi sistem itu akan berkecamuk. Jadi, eloklah jika Setiausaha Dewan ini terdiri daripada kakitangan awam.

Jika mereka masih berada di bawah kuasa Eksekutif, wujud potensi konflik kepentingan yang boleh menjejaskan kebebasan dan pelancaran proses Parlimen. Apabila Setiausaha Dewan bertanggungjawab secara langsung kepada Yang di-Pertua, mereka memastikan integriti dan neutralisasi instrumen Parlimen terpelihara. Memberi kuasa

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah

autonomi sepenuhnya kepada Yang di-Pertua untuk mengarah dan memastikan pentadbiran Parlimen berjalan mengikut keperluan institusi, mewujudkan akauntabiliti yang jelas di mana setiausaha bertanggungjawab kepada pemimpin utama Dewan tanpa campur tangan luar dan seterusnya mempercepatkan proses pentadbiran dan keputusan penting tanpa perlu birokrasi luar yang boleh melambatkan urusan Parlimen.

Jadi, kita boleh belajar juga pengalaman daripada negara lain seperti United Kingdom, Australia dan Kanada yang mempunyai sistem yang seumpama yang akan kita lakukan ini. Mereka berjaya mewujudkan Parlimen yang bebas dan berautonomi, namun kita perlu mengambil kira realiti konteks di Malaysia. Tuan Speaker, tambah sikit ya? Sebab yang lain pendek-pendek, jadi saya ambil sikit yang mana pendek itu...

[Ketawa] Pertama, struktur Perlembagaan dan sistem politik Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di mana kuasa Eksekutif masih mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara. Sejarah pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen pada tahun 1992 menunjukkan bahawa kawalan Eksekutif telah menyekat kebebasan institusi Parlimen.

Jadi, yang terakhir sekalilah Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan di mana- mana kalau boleh dimasukkan, pemansuhan imuniti Parlimen terutamanya semasa perbahasan. Sebab saya tengok perbahasan-perbahasan ini dengan ada imunitinya, sesetengah daripada Ahli Dewan ini boleh bercakap apa sahaja tanpa bukti. Boleh buat tuduhan melulu, boleh maki, boleh hamun, buang masa. Jadi kalau kita ini sebagai orang Islam, dengan perkara-perkara tersebut adalah berdosa. Jadi selagi kita membenarkan, jadi kita berada dalam keadaan berdosa. Jadi, selagi kita berbahas secara berhemah menggunakan fakta dan menggunakan bukti-bukti, saya rasa itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Itu pendapat sayalah. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr.

Ahmad Azam.

Sekarang saya jemput Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol.

final • 3:00 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya telah dinasihati oleh Timbalan Yang di-Pertua tadi, sebab tadi dah menyentuh tentang peruntukan perkhidmatan Parlimen, jadi untuk yang kedua ini buatlah cadangan yang unik sikit. Saya tak tahu sama ada ini unik, tapi saya percaya ini amat diperlukan.

Jadi, pertama adalah berkenaan dengan pembangunan tenaga manusia bagi perkhidmatan Parlimen. Perkhidmatan Parlimen adalah kecil dan saya rasa tertutup. Peluang kenaikan pangkat serta kepelbagaian tugas terhad berbanding dengan peluang dan jenis- jenis tugas yang ada di kementerian dan agensi perkhidmatan awam. Oleh itu, saya berpendapat, wajar bagi perkhidmatan Parlimen menggubal syarat dan terma perkhidmatan yang lebih menarik supaya boleh menarik bakat yang baharu dan mengekalkan bakat yang sedia ada sekarang. Ini adalah amat penting kerana perkhidmatan ini tertutup. Kita takut kehilangan pegawai-pegawai yang memang mempunyai pengalaman yang luas untuk mentadbir Parlimen.

Kedua, daripada pengalaman saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Undang-undang, saya dapati perlu ada penstrukturan semula di mana wujudkan unit khas yang untuk membantu, bagi support kepada semua jawatankuasa yang ditubuhkan baik di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. Kita amat-amat memerlukan perkhidmatan penyelidik, Pegawai Penyelidik dan begitu juga Pegawai Penasihat Undang-undang. Sebab Pegawai Undang-undang yang ada sekarang adalah daripada AG. Jadi, kita kena ada Pegawai Undang-undang Parlimen sendiri yang bebas, yang tak terikat ataupun masih allegiance

final • 3:04 PM

Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol

kepada AG, tetapi yang boleh menyumbang, memberi bantuan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

Kita juga perlu pegawai yang you know, ada skill untuk mendraf laporan yang mantap dan sebagainya. Ini amat diperlukan. Saya menghadapi sekatan dalam perkara-perkara ini dalam menjalankan tugas. Mahu tak mahu, kami sendiri yang- Datuk Yang di-Pertua pun sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa itu. Kita sendiri yang melakukan tugas-tugas ini. Jadi, saya rasa kita menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memantapkan Parlimen, untuk mereformasi Parlimen supaya kita dapat menjalankan tugas semak dan imbang dengan lebih berkesan. Itu tujuan Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan. Jadi, kita perlu sokongan pegawai dan juga peruntukan khas untuk jawatankuasa-jawatankuasa ini supaya membolehkan kita menjalankan tugas dengan baik, sebaik yang mungkin.

Ketiga, pada masa sekarang ini saya cadangkan wujudkan bahagian Parliamentary draftsmen di Parlimen. Kedudukan yang ada sekarang daripada kajian yang telah kita lakukan, setiap kementerian ada pegawai undang-undangnya dan setiap kementerian bertanggungjawab untuk mendraf akta ataupun rang undang-undang yang bagi pihak kementerian tersebut. Apabila draf itu telah sedia, dia akan serahkan pada Jabatan Peguam Negara untuk apa yang dinamakan scrubbing, scrubbing lah, cuci-cucilah itu. Jadi, saya dapati bahawa kadang-kadang ada masalah. Pegawai undang-undang kementerian telah mengadu bahawa kadang-kadang mereka because tak cukup masa. Most of the time adalah tertumpu kepada urusan kementerian. Jadi, untuk mendraf ini adalah sampingan.

Saya melihat di bidang kuasa asing memang diwujudkan bahagian Parliamentary draftsmen. Jadi, kita boleh ikut contoh New Zealand, Parlimen New Zealand. Dia ada Parliamentary Counsel Office yang mendraf semua rang undang-undang yang akan dibentangkan ke Parlimen. Pada awal tahun, dia akan mengemukakan— Eksekutif mengemukakan apakah senarai-senarai perundangan yang akan dibentangkan Parlimen, jadi mereka boleh merancang kerja mereka untuk memastikan bahawa draf bagi semua dasar tersebut akan disiapkan untuk dibentangkan pada tahun semasa.

Jadi, Peguam Negara selaku Principal Legal Advisor kepada kerajaan, dia boleh ada oversight kepada tugas-tugas Parliamentary draftsmen ini. Jadi, kita nak cakap full kebebasan tak boleh juga sebab kerajaan pun perlu legal advise daripada Peguam Negara. Jadi, dia masih ada peranan di situ, tetapi saya rasa kita Parliamentarian, Parlimen menggubal undang- undang, meluluskan undang-undang, saya rasa wajar Parliamentary draftsmen ditempatkan di Parlimen. Saya rasa ini bukan melibatkan juga maybe ada penstrukturan semula bahagian AG Chambers nanti ya. Jadi, itu cadangan saya Datuk Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 3:04 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Sekarang saya jemput Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, kerana beri peluang kepada saya turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) ini. Kelulusan RUU ini di Dewan Rakyat tempoh hari ternyata telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak dalam melihat Malaysia bergerak ke arah mereformasi institusi Parlimen. Namun begitu, ucapan saya pada hari ini akan berkisar kepada beberapa perkara lain yang ingin saya ketengahkan.

Pertamanya, tentang penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen, di mana Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) merupakan Majlis tertinggi di dalam Parlimen nanti. Majlis ini

final • 3:10 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

turut dibantu oleh tiga buah Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan.

MPP ini terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi, Yang di- Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dua orang Senator, empat orang Ahli Dewan Rakyat, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) atau wakilnya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) atau wakilnya, Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa adalah baik dan ini adalah masa yang sesuai untuk dijalankan langkah untuk mereformasi institusi Parlimen yang bertujuan untuk memastikan institusi Parlimen mempunyai sistem pentadbiran yang bebas dan tidak disifatkan sebagai mana-mana entiti perkhidmatan awam, di samping tidak menjejaskan kemajuan kerjaya dan para pegawai kerana pengurusan sumber manusia diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mereformasi institusi Parlimen ini adalah amat penting bagi memastikan institusi ini dibebaskan daripada pengaruh kuat kuasa Eksekutif. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang ingin saya lontarkan. Apakah justifikasi pihak kerajaan dalam menentukan bilangan Senator serta Ahli Dewan Rakyat yang akan turut serta dilibatkan dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen ini? Bagaimanakah pihak kerajaan menentukan siapakah Senator dan Ahli Dewan Rakyat yang akan turut dilibatkan dalam MPP ini? Saya mohon penjelasan pihak kerajaan mengenai perkara ini.

Seterusnya, apa penjelasan daripada pihak kerajaan dalam penentuan tiga orang anggota MPP yang akan dilantik oleh Pengerusi dan Pengerusi Bersama dalam Jawatankuasa Rayuan. Saya ingin mengambil contoh, sekiranya berlaku sesuatu kes yang dibawa di dalam Jawatankuasa Rayuan yang dibicarakan, adakah tiga orang anggota MPP yang dilantik itu akan menjamin bahawa akan berlakunya keadilan dan saksama dalam pembicaraan kes tersebut ataupun akan timbul isu pendakwaan terpilih iaitu selective prosecution? Begitu juga dengan lantikan dua orang Ahli Dewan Negara sebagai ahli MPP yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan institusi Parlimen ini daripada terus disalahgunakan oleh- berisiko di pengaruhi oleh kuasa Eksekutif.

Persoalan saya, sejauh manakah lantikan dua orang Ahli Dewan Negara dalam MPP ini dapat memastikan bahawa akan dapat berlakunya semak dan imbang yang lebih cekap dan telus? Datuk Yang di-Pertua, hal ini kerana sekiranya kita benar-benar mahu mereformasi institusi Parlimen, maka adalah penting untuk menjamin bahawa akan ada penglibatan Ahli yang signifikan dari Dewan Negara, di samping dari Dewan Rakyat dalam kalangan kerajaan dan pembangkang supaya nilai semak dan imbang itu menjadi lebih telus dan saksama.

Selain itu, terdapat pindaan juga bagi Fasal 2, Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan bukan anggota perkhidmatan awam.

Jawatan ini berstatus terbuka— open post untuk diisi oleh mana-mana sahaja individu yang berkelayakan. Jadi, bolehkah pihak kerajaan menjelaskan apakah syarat bagi mana- mana individu yang ingin mengisi jawatan-jawatan ini? Adakah perlu untuk melalui proses permohonan dan lantikan sama seperti amalan Jabatan Perkhidmatan Awam?

Bagaimanakah pula pihak kerajaan memastikan bahawa proses permohonan dan lantikan jawatan ini benar-benar akan diisi oleh yang berkelayakan? Adakah akan ada badan ataupun unit yang akan menapis permohonan jawatan ini? Saya berpendapat bahawa Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ini seharusnya lebih efektif sekira Kerajaan Perpaduan berupaya melaksanakan ketetapan dalam menentukan syarat serta kelayakan

final • 3:10 PM

Datuk Wira Koh Nai Kwong

bagi individu yang dapat memohon jawatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat ini.

Sebagai contoh, pihak kerajaan perlu memastikan individu yang memohon jawatan ini melepasi syarat yang ditetapkan supaya yang lantik itu setidaknya mempunyai pengalaman mahupun pengetahuan dan khusus yang meluas. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan proses pelaksanaan urusan dan kecekapan pentadbiran institusi Parlimen.

Akhir kata, saya menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ini.

Namun, beberapa perlu dilihat semula oleh pihak kerajaan agar imej institusi Parlimen Malaysia dapat terus dimartabatkan dan dapat memastikan semak dan imbang serta menghasilkan undang-undang dan dasar yang lebih baik dan progresif. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Senator Tan Sri- Datuk Wira Koh Nai Kwong.

Sekarang saya jemput Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman. Silakan.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Yang di- Pertua, kerana telah pun memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana berjaya membentangkan dan juga meluluskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 di Dewan Rakyat.

Ini merupakan satu perubahan yang baharu dalam memperkukuhkan prinsip demokrasi dan pemisahan kuasa ataupun the separation of powers, dengan izin, di Malaysia.

Datuk Yang di-Pertua, saya ada mempunyai masalah sedikit. Oleh sebab apa yang saya mahu utarakan sudah diutarakan oleh rakan-rakan yang terlebih dahulu daripada saya, maka I do not want to sound repetitive. Saya ingat ikut nasihat Datuk Seri Mujahid, dia kata, do the right thing. Maka, to do the right thing, saya cuma mohon menyokong. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:17 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri, kerana kebanyakan daripada kita Senator ini berbahas dan akhirnya, saya nampak kita akan bersetuju. Jadi, seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi, kan. Jadi, ada lagi- di hadapan saya ini ada lagi lebih kurang 13 orang, 14 orang lagi akan berbahas. Jadi, kalau kita setuju semua, kita selesailah sekarang...

[Ketawa] Okey, kita teruskan Yang Berhormat Senator Puan Anna Bell. Silakan.

final • 3:17 PM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Ini lah satu langkah penting dalam usaha memperkukuh institusi Parlimen serta memperkasakan prinsip pengasingan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Rang undang-undang ini bukanlah sekadar dokumen perundangan, tetapi lambang iltizam negara dalam menjamin kebebasan dan autonomi institusi Parlimen yang merupakan tiang seri kepada sistem demokrasi berparlimen yang kita junjung.

final • 3:19 PM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, prinsip utama demokrasi berparlimen adalah pemisahan kuasa yang jelas antara tiga cabang kerajaan iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Rang undang-undang ini adalah satu manifestasi reformasi institusi yang amat diperlukan bagi memastikan Parlimen Malaysia berdiri sebagai badan Legislatif yang benar-benar bebas daripada cengkaman eksekutif.

Selama ini kita menyaksikan bagaimana institusi Parlimen berfungsi di bawah kekangan pentadbiran eksekutif menyebabkan ruang semak dan imbang menjadi terbatas.

Dengan adanya Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025, Parlimen telah dapat mengurus hal ehwalnya secara autonomi termasuk dalam aspek pengurusan kakitangan, peruntukan dana serta pentadbiran dalaman. Ini bukan sahaja menjadikan Parlimen lebih efisien, malah memastikan setiap dasar dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan rakyat dan bukan atas kehendak Eksekutif.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Kanada, badan Legislatif, mereka beroperasi secara bebas daripada Eksekutif. Ini jelas membuktikan bahawa konsep ini bukan sekadar teori, tetapi telah terbukti mampu menjadikan Parlimen lebih berkesan dalam menjalankan tugasnya. Malaysia perlu mengorak langkah yang sama agar demokrasi kita terus berkembang ke arah yang lebih matang dan berkredibiliti.

Datuk Yang di-Pertua, ingin saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi bahawa ini adalah masa untuk kita memaknai ruang reform dalam merealisasikan semangat pengasingan kuasa Legislatif, Eksekutif, Kehakiman sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Persoalan saya, bagaimanakah RUU ini dapat menyokong reformasi Parlimen yang lebih inklusif dan responsif terhadap kehendak rakyat?

Datuk Yang di-Pertua, sebagai mana perbahasan saya sebentar tadi tentang penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) yang berperanan menentukan dasar perkhidmatan, pelantikan serta terma dan syarat anggota perkhidmatan Parlimen. Ini lah satu langkah yang baik bagi memastikan urusan pentadbiran Parlimen dapat dikendalikan dengan lebih profesional dan sistematik. Namun, di sebalik usaha ini, timbul persoalan berhubung status pekerja yang berkhidmat secara kontrak dan sambilan harian. Adakah mereka juga turut dilindungi di bawah akta ini? Apakah status perjawatan seramai lebih 300 orang pekerja sokongan berstatus kontrak dan Pekerja Sambilan Harian ini apabila Akta Parlimen ini dikuatkuasakan kelak?

Saya berpandangan bahawa rang undang-undang ini perlu memperincikan perkara ini dengan lebih jelas bagi mengelakkan sebarang ketidakpastian di kalangan pekerja Parlimen.

Sebagai institusi yang menggubal undang-undang untuk seluruh negara, Parlimen harus menjadi contoh dalam memastikan kebajikan pekerjanya dijaga dengan baik.

Datuk Yang di-Pertua, demokrasi yang matang hanya dapat dicapai apabila setiap cabang kerajaan berfungsi secara bebas tanpa sebarang dominasi antara satu sama lain.

Dengan adanya RUU ini, kita dapat memastikan bahawa Parlimen berperanan sebagai badan Legislatif yang benar-benar berkesan dalam menjalankan tugasnya. Dalam sejarah Malaysia, kita telah menyaksikan bagaimana ketidakseimbangan kuasa antara Eksekutif dan Legislatif boleh membawa kepada kelemahan dalam sistem semak dan imbang. Dengan memberikan autonomi kepada Parlimen, kita dapat memastikan setiap dasar dan keputusan ini benar-benar mewakili suara rakyat dan bukan hanya mengikut kepentingan segelintir pihak.

Datuk Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang peruntukan diberi perhatian adalah soal peruntukan dana kepada Parlimen. Dengan adanya autonomi adalah wajar jika Parlimen turut diberi dana yang mencukupi untuk melaksanakan fungsinya dengan baik.

final • 3:20 PM

Puan Anna Bell @ Suzieana binti Perian

Datuk Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah satu mercu tanda penting dalam usaha kita memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Ia bukan sekadar satu perubahan pentadbiran, tetapi satu langkah besar ke arah pengukuhan institusi Parlimen agar benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif. Dengan adanya autonomi penuh kepada Parlimen, kita dapat memastikan bahawa badan Legislatif ini dapat berfungsi sebagai pelindung kepentingan rakyat dan bukannya sebagai alat kepada mana-mana pihak berkepentingan.

Saya berharap agar rang undang-undang ini bukan sahaja diluluskan, tapi turut diikuti dengan pelaksanaan yang telus dan berkesan. Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Puan Anna.

Sekarang saya jemput Senator Datuk Rosni binti Sohar. Silakan.

final • 3:20 PM

Datuk Rosni binti Sohar

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya membuat keputusan untuk menyokong saja Rang Undang-undang Perkhidmatan ini memandangkan sudah berkali-kali perkara yang sama juga diperkatakan. Jadi, lebih baiklah kita menjimatkan masa. Terima kasih banyak. Saya menyokong...

[Tepuk]

final • 3:25 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Datuk Rosni. Kita jimat masa kerana kita cakap ini, semua benda itu merujuk kepada benda yang satu saja.

Jadi kita jemput Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Silakan, tapi bolehlah ambil masa Datuk Rosni tadi, 5 minit campur ini 10 minit.

final • 3:25 PM

Tuan Mohd Hasbie bin Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas peluang. Saya ingat saya juga tidak panjang. Ada beberapa perkara yang saya nak kan penjelasan.

Kalau kita tahu, kita ada tiga cabang- cabang Eksekutif ataupun pelaksana ini, kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai pihak berkuasa melantik ataupun PBM yang melantik staf dan sebagainya. Untuk Kehakiman, kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Begitu juga pendidikan, dia ada Suruhanjaya Pendidikan, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera dan sebagainya.

Cuma saya tak clear, adakah Majlis Perkhidmatan Parlimen ini boleh dianggap sebagai pihak berkuasa melantik juga, PBM juga ataupun ya- tidak? Ia sebab kalau kita baca tadi, tidak ada satu yang jelas tentang pelantikan Ketua Pentadbir itu. Adakah Ketua Pentadbir ini akan dilantik oleh Ketua Eksekutif juga yang menimbulkan juga keraguan kita- sejauh mana Ketua Pentadbir Parlimen ini akan bebas daripada campur tangan Eksekutif. Itu saya harap diperjelaskan oleh Menteri dalam penggulungan nantilah.

Kemudian, mungkin saya juga ingin nak tanya kepada Menteri, adakah penggubalan akta ini yang pertama dan terakhir ataupun ini hanya permulaan untuk reformasi Parlimen kita?

Maknanya akan datang ini kita akan bincang juga soal peruntukan, soal masa bersidang Ahli- ahli Parlimen, soal Pegawai Penyelidik kita yang terhad dan sebagainya.

Jadi, kalau Menteri mungkin boleh jelaskan supaya kita dapat gambaran yang lebih jelaslah reformasi institusi Parlimen yang kita nak laksanakan. Saya ingat itu saja, Datuk Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong...

[Tepuk]

final • 3:26 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda. Kita jimat banyak masa lah— 5 campur 3, 8 minitlah.

Jadi, kita pergi kepada Senator Puan Susan Chemerai Anding. Silakan.

final • 3:26 PM

Puan Susan Chemerai Anding

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya membawa RUU Perkhidmatan Parlimen ini untuk dibentangkan dan diluluskan.

Saya menyambut baik penubuhan MPP di bawah RUU ini. Ia merupakan satu pembaharuan Legislatif yang signifikan bertujuan untuk menambah baik kemandirian, kecekapan dan profesionalisme Parlimen Malaysia, tetapi saya ingin bertanya beberapa soalan kepada Menteri berkaitan RUU ini terutamanya berkenaan MPP iaitu Majlis Perkhidmatan Parlimen yang mempunyai kuasa penuh untuk menentu hala tuju Parlimen dan berkuasa penuh kepada seluruh pentadbiran Perkhidmatan Parlimen.

Berkenaan dengan urusan kewangan, saya ingin penjelasan bagaimanakah bajet MPP akan diperuntukkan dan diurus? Berapakah agaknya akan diperuntukkan untuk menubuhkan dan mengekalkan Perkhidmatan Parlimen yang bebas? Ini sebab saya rasa ia agak memakan belanja yang besar. Adakah akan diwujudkan mekanisme dana tersendiri yang mempunyai proses dalaman tersendiri? Bagaimana pula dana luar jangkaan— contingency fund dengan izin, untuk perbelanjaan luar jangkaan? Adakah Parlimen akan ada akses kepada dana tersebut?

Daripada segi struktur tadbir urus, sejauh manakah MPP ini nanti dapat bertanggungjawab menentukan- mengawal selia kakitangan dan mengurus pentadbiran Parlimen?

final • 3:28 PM

Puan Susan Chemerai Anding

Jika Parlimen lebih profesional, ini bererti penambahbaikan kepada kaji selidik, analisis dasar dan sokongan perkhidmatan, justeru menambah baik kualiti undang-undang dan fungsi pengawasan, oversight role.

Soalan saya, bagaimana MPP akan mengendalikan pengawasan ke atas pengambilan, latihan dan pengurusan kakitangan nanti dan memastikan mereka berkemahiran dan berupaya untuk menjadi kakitangan sokongan kepada Wakil Rakyat dan Jawatankuasa-jawatankuasa dalam peranan sebagai penggubal undang-undang dan peranan pengawasan?

Saya juga ingin tahu sama ada RUU ini mempunyai perlindungan yang teguh untuk memastikan MPP adalah telus dan accountable. Mekanisme untuk pengawasan hendaklah jelas dan sekiranya tidak jelas, MPP boleh menjadi tidak efisien atau tapak salah guna kuasa atau rasuah. Dengan itu, saya juga ingin tahu sama ada di bawah RUU ini, MPP akan diaudit atau dikenakan penelitian awam: public scrutiny ini. Tadi Senator Datuk Seri Dr. Mujahid menyebut tentang oversight. Saya bercadang also untuk diadakan audit dan public scrutiny ini.

Satu lagi kekhuatiran saya, ialah kemungkinan MPP ini nanti dipolitikkan jika ahlinya terpengaruh dengan kepentingan politik. Ini akan menjejas kebebasan yang diniatkan. Jadi, soalan saya, bagaimanakah untuk menghalang ini berlaku? Ini juga bermakna proses untuk melantik ahli MPP ini hendaklah telus dan berasaskan merit untuk menghalang dari berlakunya berat sebelah ataupun pilih kasih.

Akhir kata, cabang legislatif juga akan menghadapi cabaran untuk memastikan kepercayaan orang ramai kepada institusi Parlimen itu kekal baik. Untuk ini, Parlimen akan

final • 3:30 PM

Puan Susan Chemerai Anding

perlu satu mekanisme penyelia yang teguh ataupun robust. Saya berharap MPP yang mendapat punca kuasa dari RUU ini nanti, dapat menjalankan tugas supaya rakyat kekal percaya kepada institusi Parlimen. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Senator Datuk Nelson.

final • 3:30 PM

Datuk Nelson W Angang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya pun akan- tidak akan berbahas panjang. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana membentangkan rang undang-undang ini. Keputusan berani untuk memperbetulkan kekhilafan kerajaan terdahulu dengan membentangkan RUU ini perlu dipuji. Ini kerana mengungkit kesilapan lalu dan kemudiannya mengambil usaha dan langkah untuk memperbetulkannya adalah tanda kepimpinan sejati: the mark of true leadership.

Kerana sejarah mengajar kita bahawa terdapat pemimpin-pemimpin yang tidak mahu mengakui kesilapan mereka dan lebih teruk tidak mempunyai usaha untuk memperbaiki atau memperbetulkan kesilapan tersebut. Datuk Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya pihak kerajaan dan memahami dan menghargai betapa pentingnya dan perlunya RUU ini. Bukan sahaja untuk diluluskan, tetapi juga memastikan niat dan semangat akta yang lama yang dimansuhkan dikembalikan dan diberikan nafas semula.

Datuk Yang di-Pertua, saya tidak ingin mengulangi hujah-hujah daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang bijaksana di Dewan yang mulia ini yang telah berbahas dengan begitu baik sekali sebentar tadi. Namun, saya hanya ingin merujuk kepada fasal 12 yang menghendaki kerajaan untuk memperuntukkan dana tahunan yang mencukupi bagi Perkhidmatan Parlimen untuk membolehkan Majlis Perkhidmatan Parlimen melaksanakan fungsinya.

Saya menyeru agar pihak kerajaan untuk memberikan satu peruntukan yang konsisten setiap tahun dan mencukupi berdasarkan kepada keperluan Parlimen jika RUU ini diluluskan agar tidak mengganggu-gugat urusan pentadbiran, fungsi dan kualiti daripada segi Perkhidmatan Parlimen. Walaupun RUU ini masih banyak ruang untuk penambahbaikan jika diluluskan, namun apa yang boleh yang dilakukan dengan segera apabila RUU ini diluluskan adalah bagi Majlis Perkhidmatan Parlimen untuk melantik atau menambah anggota Perkhidmatan Parlimen.

Saya juga menyeru kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen, jika RUU ini sudah diluluskan, keperluan untuk menambah pegawai penyelidik dan pegawai undang-undang untuk Ahli Parlimen. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Rita Sarimah untuk menambah bilangan pegawai sokongan ini di Parlimen.

Pada waktu ini, kita mempunyai 222 Ahli Dewan Rakyat dan 58 Ahli Dewan Negara. Ahli-ahli Parlimen kita memerlukan struktur sokongan ini dalam membantu Ahli-ahli Parlimen meningkatkan kapasiti kami untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen dengan lebih berkesan, menyumbang kepada tadbir urus dan perwakilan yang lebih baik.

Ini adalah kerana Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen adalah penggubal undang- undang dan setiap undang-undang yang digubal akan menentukan kemakmuran negara dan rakyatnya kerana dengan menggubal undang-undang yang berkesan dan bersesuaian dengan adunan negara kita ini akan menggalakkan ketenteraman dan kestabilan, melindungi hak dan kebebasan rakyatnya, meningkatkan keadilan dan kesaksamaan, meningkatkan tadbir urus yang baik dan juga antara yang penting sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi dengan memberikan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara.

final • 3:33 PM

Datuk Nelson W Angang

Bermaksud Datuk Yang di-Pertua, dengan memberikan peruntukan yang bersesuaian dalam memenuhi keperluan Parlimen merupakan satu pelaburan yang amat baik dengan pulangan yang sangat menguntungkan kepada pihak kerajaan, negara dan kepada rakyat. Dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:33 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senator Tuan Pele Peter Tinggom. Silakan.

final • 3:33 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua.

Saya mungkin tidak lama, dalam 3, 4 minitlah.

final • 3:36 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

...Oh, lama.

final • 3:36 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:36 PM

Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin

...Satu minit saja.

final • 3:36 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

[Ketawa] Okey. Datuk Yang di-Pertua, RUU ini sangat penting bagi negara kita sebagai pembuka jalan untuk memperkasakan institusi Parlimen selain Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif. Datuk Yang di-Pertua, saya faham dengan ulasan dan pandangan para profesor, pengamal undang-undang dan Wakil-Wakil Rakyat semasa RUU ini dibentangkan di Dewan Rakyat pada dua minggu yang lepas.

Sebagai ringkasan, ulasan dan pandangan daripada segelintir mereka berkenaan dengan RUU ini adalah it felt short of expectation from the bill dengan izin. Datuk Yang di- Pertua, walaupun demikian, RUU ini merupakan titik permulaan bagi memperkasakan institusi Parlimen di negara kita. RUU ini bukan berhenti di sini sahaja dan RUU ini bukan titik penamat, tetapi transformasi yang berterusan. Saya bersetuju dengan penerangan Yang Berhormat Menteri bahawa reformasi institusi Parlimen ini akan diteruskan dari sini, hari ini untuk tujuan penambahbaikan.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Menteri membawa cadangan yang dilontarkan melalui perbahasan saya selepas ini sebagai penambahbaikan dengan pindaan susulan. Peruntukan kewangan, saya bersetuju dengan penerangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan autonomi kewangan di mana peruntukan dipohon terus daripada Kementerian Kewangan. Walaupun demikian, saya mohon autonomi kewangan ini dipanjangkan supaya gaji dan elaun pegawai dan staf Parlimen diperuntukkan di bawah charge account dan bukan diperuntukkan peruntukan pembekalan: supply expenditure yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini tiap-tiap tahun.

Peruntuk ini ada diperuntukkan di Perlembagaan Persekutuan secara terperinci.

Boleh merujuk kepada Perkara 98, 99, 100 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan charge account dan supply expenditure. Ini memastikan supaya sekiranya kerajaan bertukar, peruntukan untuk gaji dan elaun pegawai dan staf Parlimen tidak terkesan dan terus dibayar melalui charge account melalui wang yang disatukan iaitu consolidated account dengan izin.

final • 3:36 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Ini sememangnya dibolehkan oleh Perlembagaan Persekutuan kalau kita merujuk kepada Perkara 98. Dengan izin, the expenditure charge on Federal Consolidated Fund. Peruntukan di bawah caj akaun ini sudah dilaksanakan apabila kita membayar gaji Speaker, Timbalan Speaker, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Pemisahan autonomi kewangan ini harusnya dipanjangkan di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 ini sekiranya diluluskan nanti.

final • 3:40 PM

Tuan Pele Peter Tinggom

Sebagai contoh YB Menteri boleh merujuk kepada Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Kelapan seksyen 13(1)(a) Perlembagaan Persekutuan di mana peruntukan ini pun telah dilaksanakan bagi pembayaran gaji Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Dengan berbuat demikian pemisahan kuasa bukan sahaja secara teori, tetapi adalah realiti melalui saluran peruntukan dengan membuat penambahbaikan seperti yang dicadangkan.

Saya juga memohon untuk menaik taraf kedudukan Setiausaha Dewan kerana lantikan Setiausaha Dewan adalah oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 65(2) menyatakan dengan izin, “The Clerk to the Senate and the Clerk to the House of Representatives shall be appointed by Yang di-Pertuan Agong...” Dengan kuasa yang ada status pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, saya mohon taraf dan status Setiausaha Dewan dinaikkan.

Bukan ramai penjawat awam dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Boleh merujuk dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Boleh dikatakan 99 peratus lantikan Penjawat Awam adalah oleh akta atau oleh Menteri atau oleh JPA atau oleh Ketua Setiausaha Negara.

Lantikan Setiausaha Dewan adalah di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan malah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Mohon juga Setiausaha Dewan dinaik taraf dari kedudukannya sekarang ke JUSA C atau JUSA B mengikut status pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan malah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kenaikan gaji ini juga dimohon untuk semua kakitangan Parlimen yang memilih opsyen di bawah akta ini nanti sekiranya diluluskan. Saya juga memohon supaya autonomi kewangan penuh diberikan kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 3. Dengan hujah-hujah saya tadi, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Sama-sama. Sekarang saya jemput Senator Tuan Abun.

final • 3:40 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana mengambil tekad politik yang berani untuk memperkenalkan Perkhidmatan Parlimen yang baharu ini walaupun telah ditiadakan beberapa tahun yang lepas. Ada antara kita yang ingin tahu apa sebabnya. Saya juga ingin bertanya apa sebabnya? Saya percaya pada kali ini ia lebih kepada mereformasi institusi Parlimen itu sendiri yang kita sentiasa minta terutamanya apabila Yang Amat Berhormat pernah menjadi Ketua Pembangkang pada suatu ketika dulu.

Apabila menjadi kerajaan, maka beliau dan Kerajaan MADANI melaksanakannya pada hari ini.

Saya berharap supaya kita di dalam Dewan ini akan menyokongnya. Seperti yang telah kita lakukan dalam rang undang-undang pindaan Perlembagaan pada tengah hari tadi.

Ucapan kita yang bernas dan kritis berfakta di dalam Dewan yang mulia ini membuktikan Dewan Negara bukanlah rubber stamp semata-mata, tetapi memang memainkan peranan semak dan imbang. Bukan bermaknanya kita sudah menyokong 100 peratus yang hadir pagi tadi bermakna kita bukannya rubber stamp, tetapi dengan perbahasan kita memang berfakta dan juga berkualiti.

final • 3:43 PM

Tuan Abun Sui Anyit

Saya menyentuh tentang fasal 3 iaitu Majlis Perkhidmatan Parlimen. Saya berharap agar komposisi di dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) ini mesti melambangkan Malaysia yang sebenar supaya wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik ke dalam MPP ini. Ini penting kerana Parlimen akan dilihat sebagai identiti yang berdiri sendiri. Apabila dia berdiri sendiri, maka komposisinya juga mesti melambangkan komposisi di dalam negara ini.

Saya berharap anggota MPP ini dalam perenggan (i), (j), dan (k) tidak ditukar sewenang- wenangnya. Persoalan saya di sini adalah mereka sebagai anggota ex-officio adakah mereka akan bertukar dengan bertukarnya kerajaan? Ini persoalan saya tentang (i), (j) dan (k) dalam fasal 3 ini.

Fasal 4 iaitu fungsi dan kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen iaitu dengan kebebasan pengurusan kewangan yang autonomi maka saya cadangkan agar peruntukan yang diberikan kepada Parlimen tidak pula dihadkan sehingga peranan Parlimen dibantut atau sedikit terganggu. Saya berharap supaya ia sentiasa berhubung dengan Dewan Undangan negeri terutamanya yang menyinggung hak-hak negeri atau wilayah tersebut seperti dalam Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, persoalan saya juga adalah, adakah Kerajaan atau Eksekutif mempunyai peranan dalam hal ehwal kewangan MPP ini.

Fasal 7 Jawatankuasa Kenaikan Pangkat. Sekali lagi saya cadangkan supaya wakil- wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik ke dalam Jawatankuasa Kenaikan Pangkat ini kerana kita tidak mahu apabila Parlimen ini berdiri sendiri, maka ia juga akan diwakili oleh sesuatu identiti yang tersendiri. Tidak melibatkan Sabah dan Sarawak. Ini penting juga. Bagi dana, saya sangat percaya agar dana ini juga agar mencukupi seperti yang dicadangkan dalam fasal 12 rang undang-undang ini. Saya percaya peruntukan ini akan terserlah dalam Bajet 2026 nanti.

Akhirnya, saraan. Saya berharap dengan saraan MPP ini yang ia sama baik ataupun lebih baik berbanding dengan saraan Jabatan Perkhidmatan Awam di luar sana.

Seterusnya Yang di-Pertua, jika tiada perbezaan yang diatur oleh MPP untuk Ahli Parlimen, maka saya cadangkan supaya— maksud saya adalah peruntukan. Apabila diberi juga kepada Pembangkang, saya cadangkan supaya Pembangkang memainkan peranan mereka benar-benar sebagai penyemak dan imbang. Jangan menggunakan sebagai satu medan memfitnah dan sebagainya apabila peruntukan ini diberi sama rata. Mainkan peranan itu dengan profesional dan berkualiti.

Jadi dengan itu Datuk Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Rang Undang- undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Sekian, terima kasih.

final • 3:43 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Tuan Roderick Wong Siew Lead.

final • 3:43 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Terima kasih dan salam sejahtera yang saya hormati Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi Tuan Speaker atas peluang dan ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 hari ini.

Saya berpendapat RUU ini adalah satu perubahan yang signifikan kepada pertadbiran dan pengurusan Parlimen kita. RUU ini juga merupakan satu langkah ke hadapan dalam kita memastikan kebebasan keberkesanan dan profesionalisme institusi Parlimen Malaysia dan dengan menubuhkan Perkhidmatan Parlimen sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam. Kita sedang membawa satu reformasi penting ke arah memperkukuhkan sistem demokrasi dan pemisahan kuasa dalam pentadbiran negara kita.

final • 3:49 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Datuk Yang di-Pertua, pada dasarnya saya melihat akta baharu ini akan memberikan kebebasan kepada institusi Parlimen kita untuk membuat keputusan dalam hal- hal pentadbiran akan dibuat berdasarkan kepentingan institusi Parlimen itu sendiri tanpa campur tangan Eksekutif atau arahan kerajaan semasa.

final • 3:49 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Saya yakin RUU ini juga akan mengangkat negara kita setanding dengan negara- negara maju seperti United Kingdom, Kanada dan Australia di mana Parlimen mereka mempunyai pentadbiran yang bebas daripada eksekutif. Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, RUU ini juga akan mengembalikan kuasa kepada Parlimen untuk menguruskan perkhidmatan dan pentadbirannya sendiri. Ini bermakna Parlimen kita akan mempunyai autonomi penuh pada pengurusan sumber manusia tanpa bergantung kepada kerajaan seperti urusan pelantikan dan kenaikan pangkat kakitangannya.

Tiada lagi keperluan untuk menunggu kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hal kenaikan pangkat atau lantikan kakitangan Parlimen. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara untuk kita sama-sama fikirkan sebelum kita membuat keputusan terhadap RUU ini.

Perkara pertama, untuk meningkatkan lagi ketelusan dalam urusan perkhidmatan Parlimen dan memastikan keberasingan kuasa yang lebih terjamin, saya menyokong penuh pindaan fasal 3(2)(f) yang menetapkan bahawa keahlian Majlis Perkhidmatan Parlimen perlu terus disertai oleh pihak pembangkang yang saya percaya akan berperanan sebagai mekanisme check and balance, dengan izin.

Fasal kedua, saya tidak menafikan bahawa memberi kuasa kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen untuk melatih kakitangannya sendiri adalah satu langkah baik, tetapi di manakah mekanisme ketelusan? Adakah kita pasti bahawa setiap pelantikan akan dilakukan berdasarkan merit dan bukan hubungan politik? Kita memerlukan suatu mekanisme pemantauan yang lebih benar-benar jelas, sistematik dan bebas. Saya juga ingin mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Bebas diwujudkan untuk menapis dan menilai calon sebelum mereka dilatih.

Sesi pemilihan dan temu duga perlu dibuat secara telus dengan laporan yang boleh disemak oleh Parlimen sendiri. Tambah faktor kawalan kita berisiko mengulangi kesilapan lama di mana pelantikan dibuat berdasarkan siapa yang kita kenal bukan siapa yang paling layak.

Perkara ketiga, saya ingin mencadangkan satu mekanisme audit bekalan dana RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan pengurusan dana yang berkesan. Kita menyokong pemisahan Perkhidmatan Parlimen daripada perkhidmatan awam, tetapi kita tidak boleh membiarkan pengurusan kewangannya berjalan tanpa pemantauan yang rapi.

Saya ingin mencadangkan agar pelaksanaan audit tahunan ke atas perkhidmatan Parlimen yang akan dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara atau badan audit bebas. Audit ini akan memastikan perbelanjaan dilakukan dengan betul dan sejajar dengan objektif institusi ini. Seterusnya laporan audit ini perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara iaitu PAC dan diterbitkan kepada umum bagi memastikan rakyat mengetahui bagaimana perancangan wang mereka digunakan.

Seterusnya yang keempat, kita juga perlu ada mekanisme tindakan. Jika audit mendedahkan ketirisan atau salah guna kuasa, satu Jawatankuasa Khas Pemantauan Perkhidmatan Parlimen harus diwujudkan untuk menyiasat dan mencadangkan tindakan pembetulan. Tiada individu dalam perkhidmatan Parlimen yang harus kebal daripada siasatan jika mereka didapati menyalahgunakan dana awam dan kuasa yang diberikan demi kepentingan peribadi.

final • 3:50 PM

Tuan Roderick Wong Siew Lead

Dengan ini saya, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dengan bersyaratkan pindaan yang telah saya kemukakan tadi untuk memastikan ketelusan dan pelaksanaannya.

Sekian terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Senator Tuan Roderick. Sekarang kita jemput Senator Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan.

final • 3:50 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di- Pertua. Terdahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan RUU ini. Ia mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI menunaikan janjinya memperkasa pembaharuan institusi ke arah autonomi Parlimen Malaysia iaitu mengembalikan kuasa Parlimen dalam pentadbiran dan kewangannya sendiri, memperkukuhkan prinsip pemisahan kuasa serta memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Namun begitu, saya ingin menyuarakan beberapa persoalan berkenaan pindaan- pindaan tersebut. Pertama adalah berkenaan autonomi kewangan Parlimen Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 pada asasnya diubah untuk memberikan Parlimen kawalan autonomi penuh ke atas pentadbiran kakitangan dan kewangannya. Ketidakjelasan atau kekurangan ketelusan dalam fasal 4(b) bahawa Majlis Perkhidmatan Parlimen akan mengawasi semua perkara kewangan yang berkaitan dengan perkhidmatan Parlimen menimbulkan kekeliruan.

Datuk Yang di-Pertua, RUU ini tidak secara nyata memperluaskan autonomi kewangan Parlimen. Jadi, saya ingin mencadangkan suatu peruntukan yang lebih khusus serta terperinci untuk menjelaskan skop dan hak kuasa Majlis dalam mengawasi urusan kewangan, bagi memastikan ketelusan dan mengekalkan autonomi kewangan Parlimen seperti yang dimaksudkan dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

Kedua, RUU ini tidak memenuhi standard Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dalam hal iaitu yang mana Setiausaha bagi kedua-dua Dewan diberikan jaminan jawatan, security of tenure, dengan izin, di bawah Perkara 65(2) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, saya mohon pencerahan daripada para Yang Berhormat Menteri, adakah peruntukan bahawa kelayakan untuk pelantikan serta syarat perkhidmatan Setiausaha bagi kedua-dua Dewan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah dinasihati oleh Majlis Perkhidmatan Awam akan menimbulkan persoalan ketelusan?

Bukan itu sahaja. Untuk mengukuhkan lagi perkara ini autonomi Majlis Perkhidmatan Awam juga harus diberikan penelitian. Komposisi yang dicadangkan untuk pelantikan ahli anggota Perkhidmatan Parlimen yang ditentukan oleh Ahli Majlis menimbulkan persoalan tentang keupayaannya untuk bersikap bebas. Ini kerana secara langsung atau tidak langsung, cabang eksekutif mempunyai peranan dalam pelantikannya semata-mata disebabkan oleh jawatan rasmi mereka: ex-officio dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Selain itu, apa yang kurang jelas adalah terma kelayakan dua Ahli Dewan Negara dan empat Ahli Dewan Rakyat di dalam Majlis. Apakah jaminan bahawa tidak wujudnya konflik kepentingan apabila pelantikan berdasarkan parti politik atau berat sebelah dalam pelantikan Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat bagi mengekalkan kekecualian Majlis seperti yang sepatutnya?

Yang ketiga, saya mohon Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Perpustakaan Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 sebelum ini. Ini adalah penting untuk memastikan Perpustakaan Parlimen adalah sentiasa lengkap dengan sumber-sumber dan

final • 3:04 PM

Tan Sri Dato’ Low Kian Chuan

bahan rujukan yang mencukupi supaya penyelidik Parlimen boleh menganalisis rang undang- undang isu-isu berkenaan dengan tepat dan terperinci seterusnya penyampaian perbahasannya berkesan serta berkualiti.

Akhir kata, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah detik bersejarah permulaan yang positif dalam memantapkan reformasi institusi Parlimen demi mempertahankan sistem demokrasi yang lebih matang dan berfungsi. Akhir kata, saya menyokong RUU Perkhidmatan Parlimen 2025. Sekian, terima kasih.

final • 3:04 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri. Sekarang saya jemput Senator Tuan Manolan bin Mohamad. Lima minit sahaja.

final • 3:04 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah Datuk Yang di-Pertua. Duduk dekat atas hari ini.

Dapat maklumat hari ini hari terakhir. Semoga Datuk Yang di-Pertua disambung ataupun tak disambung, selamat maju jaya di luar. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Pembentangan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ini menandakan langkah penting dalam usaha mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi ini untuk menjalankan fungsinya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita tengok di Dewan Rakyat telah diluluskan pada 6 Mac 2025 tempoh hari. Maka itu sekarang ini telah dibawa ke Dewan Negara iaitu satu rang udang- undang yang memberi kuasa ataupun pengasingan kuasa ini daripada badan eksekutif serta memberi autonomi kepada Parlimen untuk menentukan hala tuju legislatif secara bersendirian.

Datuk Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan berkenaan dengan fasal 3 ini iaitu Majlis Perkhidmatan Parlimen. Kalau kita tengok sekarang ini, Parlimen Ketua Majlis adalah Perdana Menteri dan selepas ini, siapa Ketua Majlis dia? Jadi itu persoalan sayalah. Saya nak tanya sama ada Pengerusi Bersama ataupun siapa? Kita tengok juga di sini dalam fasal 5(5) iaitu jika bilangan undi tidak sama, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Jadi undi pemutus di sini Pengerusi yang mana satu sebagai pengundi pemutus dan sekiranya jumlah dia sama, sekiranya jumlah dia sama tapi jumlah di sini memang 13, memang tidak mungkin akan samalah.

Seterusnya Datuk Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 15 iaitu perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang. Di dalam sini, MPP boleh melantik jawatankuasa luar yang difikirkan perlu untuk memberi buah fikiran untuk memperkasakan institusi Parlimen ini, tetapi jawatankuasa yang akan ditubuhkan itu termaktub di dalam fasal 5 itu di mana tiada tindakan guaman pendakwaan atau prosiding lain yang boleh diambil ataupun dibawa terhadap semua Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa Tatatertib Parlimen dan juga Jawatankuasa Rayuan termasuk jawatankuasa yang ditubuhkan ini juga di situ.

Jadi, sekiranya kakitangan di dalam Parlimen yang dilantik ini ada salah guna kuasa sebagai contoh seperti rasuah dan sebagainya, adakah juga tidak boleh diambil tindakan?

Jadi itu soalan saya.

So, Datuk Yang di-Pertua, dengan mengembalikan semula kuasa Parlimen, Parlimen tidak lagi bergantung kepada cabang eksekutif dalam aspek pentadbiran dan kewangan. Ini sejajar dengan prinsip demokrasi yang menekankan pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Rang udang-undang ini memberi banyak ruang untuk penambahbaikan pengurusan dan tadbir urus Parlimen dengan penubuhan Majlis

final • 4:00 PM

Tuan Manolan bin Mohamad

Perkhidmatan Parlimen (MPP). Majlis ini boleh membuat keputusan mengenai operasi dan pentadbiran Parlimen tanpa menunggu kelulusan cabang eksekutif.

Oleh itu, persoalannya, sejauh manakah tahap kuasa dan kebebasan Majlis ini jika Majlis ini dipengaruhi oleh kerajaan dan ia secara tidak langsung menjejaskan kebebasan sebenar yang ingin dicapai sebab ahli Majlis ini juga adalah di kalangan Ahli-ahli Parlimen baik di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang dipersetujui oleh Perdana Menteri.

Datuk Yang di-Pertua, sikit lagi, dari sudut lain juga, saya berpandangan bahawa rang udang-undang ini tidak menetapkan mekanisme khusus untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan dana Parlimen yang mana boleh membuka ruang kepada kemungkinan penyalahgunaan kuasa atau ketidaktulusan dalam pengagihan dana. Oleh itu, apakah perancangan kerajaan seterusnya untuk memantapkan lagi keberkesanan pentadbiran Parlimen?

Saya lihat akan ada keperluan untuk pindaan tambahan bagi menjamin keberkesanan ini bagi memastikan autonomi sepenuhnya termasuk perlindungan terhadap campur tangan eksekutif. Jika diteliti, terdapat kebimbangan bahawa kawalan eksekutif masih wujud secara tidak langsung dan masih boleh dipengaruhi oleh kerajaan semasa terutama dalam aspek perjawatan dan juga peruntukan kewangan yang mana Parlimen masih menyediakan bajet dan akan diluluskan oleh Menteri Kewangan. Jika tidak, pelaksanaannya mungkin tidak mencapai objektif sebenar untuk reformasi institusi Parlimen ini.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta ini saya tak nampak dalam Dewan. Mungkin dia berada di luar Dewan, tapi ini giliran dia. Oleh kerana dia tidak di dalam Dewan, saya terus kepada Tuan Amir bin Md Ghazali. Dia menarik diri. Jadi saya jemputlah Senator Dato’ Haji Abdul Halim kita. Silakan Dato’.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Duduknya saya ini kekal sebab nak membahaskan soal RUU. Dalam masa yang sama, lepas ini saya balik sebab kawasan saya banjir kuat.

final • 4:07 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Banjir besar.

final • 4:07 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Ya. Yang Berhormat Datuk Speaker.

Saya ingin memberi penghargaan kepada pihak kerajaan terutamanya pasukan Menteri Undang-undang yang telah membentangkan RUU ini yang jelas menunjukkan kesungguhan untuk mengubah wajah perkhidmatan Parlimen supaya lebih moden dan relevan dengan perkembangan zaman.

Antara beberapa elemen utama yang sangat perlu bagi memperkasakan sistem Parlimen kita ini antaranya adalah ketelusan dan akauntabiliti fungsi Parlimen yang mana RUU ini memberi autonomi kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen dari segi institusi Parlimen, pentadbiran dan kewangan Parlimen. RUU ini juga adalah reflect kepada konsep pengasingan kuasa kerana ia memastikan institusi Parlimen tidak dikawal oleh badan eksekutif dan autonomi Parlimen terjaga. Dengan ini juga, anggota perkhidmatan Parlimen juga dapat membantu kerja-kerja oversight badan eksekutif dengan bebas tanpa sebarang tekanan.

final • 4:07 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

[Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Keduanya, peningkatan kualiti perkhidmatan kepada anggota perkhidmatan Parlimen. RUU ini memberi kuasa kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen untuk membangunkan dan melaksana program dan latihan kepada anggota Parlimen sama ada dari segi latihan, pembangunan, profesional atau sokongan perundangan. Dengan adanya latihan berterusan mengenai prosedur perundangan, etika dan pengurusan, anggota perkhidmatan Parlimen akan lebih berkemampuan untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih profesional dan efektif.

Sebenarnya kita tahu bahawa Malaysia juga pernah mempunyai Undang-undang Perkhidmatan Parlimen. Undang-undang Perkhidmatan Parlimen pertama kali digubal pada tahun 1963 dan diguna pakai sehingga 1992 sebelum ia dimansuhkan. Selepas itu, Undang- undang Parlimen bukan satu akta baharu dalam sistem demokrasi. Melihat pada usaha-usaha ini yang dijalankan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen, ia adalah satu perjalanan yang cukup panjang sejak tahun 2000 sebagai usaha dilakukan sehingga 2011.

Kemudian pada tahun 2016, pelan transformasi kedua telah dibawa, ketika itu dijalankan. Antara perkara-perkara yang saya lihat ada dalam rang udang-undang ini yang dibentangkan, saya percaya bahawa terdapat beberapa perlu diberi perhatian dan dibincangkan dengan lebih lanjut agar RUU ini benar-benar dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

Pertama, peningkatan sumber dan latihan untuk pegawai Parlimen. Selain daripada anggota Parlimen, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam menyokong urusan Parlimen juga memerlukan latihan dan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan tugas mereka dengan efisien.

final • 4:07 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Kita tidak boleh lupa bahawa sistem yang kuat dan cekap memerlukan bukan sahaja anggota Parlimen yang berkualiti, tetapi juga pegawai-pegawai yang berkemampuan dan berdedikasi. Kedua, penyemakan semula struktur elaun dan faedah. Saya ingin mencadangkan agar semakan terhadap struktur elaun dan faedah kepada anggota perkhidmatan Parlimen perlu dijalankan secara telus dan adil, memastikan ia mencerminkan tanggungjawab yang digalas oleh mereka. Peningkatan elaun dan faedah perlu disertakan dengan peningkatan prestasi dan keberkesanan dalam menjalankan tugas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhirnya saya ingin menekankan bahawa RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah satu langkah yang penting dan positif ke arah mewujudkan sebuah Parlimen yang lebih moden, telus dan cekap. Proses pembaharuan ini memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan bahawa ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kita sebagai wakil rakyat ataupun Ahli Dewan Negara, bukan satu institusi endorsement body, tetapi sebagai satu institusi yang menentukan arah tuju dan keberkesanan dalam akta-akta yang harus kita laksanakan dengan kebertanggungjawaban terhadap masyarakat di dalam negara kita ini. Dengan itu, saya percaya bahawa dengan pembaharuan ini, kita akan dapat memperkukuhkan demokrasi di negara ini, menguatkan institusi Parlimen dan seterusnya, memberi mandat yang lebih besar kepada negara dan rakyat Malaysia.

Sebagai Senat dalam negara kita ini, saya menyokong RUU ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Dato’ Halim. Oh, Datuk Hatta muncul. Ha, baiklah. Silakan.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Terima kasih. Ada call of nature pula.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua

*Call of nature.

[Ketawa]*

final • 4:12 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Berkaitan dengan makanan. Nature lah itu.

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk berbahas, untuk menyokong.

Daripada awal disebut untuk menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini.

Sepatutnya, thrill nya ataupun keseronokan berbahas ini dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang sebelumnya, pindaan Perlembagaan hanya membolehkan untuk membolehkan kita berbincang rang undang-undang ini dan kita telah luluskan, tetapi hasrat untuk mendapat sokongan sepenuhnya di Dewan ini gagal kerana ada pihak yang tidak hadir dan ada yang bersikap berkecuali. Antara alasan yang diberikan atas pengambilan sikap ini ialah kerana mereka tidak dijemput untuk libat urus.

final • 4:12 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:12 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Itu Menteri menjawab, tetapi sebelum Menteri menjawab, biar bakal Menteri jawab.

Kita telah diundang untuk libat urus. Kita ini, seluruh Senator telah diundang. Rekod ada. Kita berada dalam kumpulan WhatsApp Group, Senator Parlimen telah dijemput untuk berjumpa pada 3 hari bulan. Kemudian, dipinda pada 5 hari bulan. Hendak menyesuaikan masa, to give time to us, dengan izin. Di situlah kita berbicara itu hari. Kita sudah tanya, kita sudah soal. Hendak libat urus macam mana lagi? Jadi, kalau itu menjadi alasan, saya rasa tidak betul. Hendak kata tipu itu, tidak cantik lah ya. Jadi, ruang sudah diberikan, tetapi berbahaslah. Lihat kerana order paper nya ada ataupun kertasnya ada, rang undang- undangnya ada. Kita boleh bincang. Jadi, pindaan yang awal tadi itu lebih straight forward.

Jadi, tidak sepatutnya kita tidak mengambil position terhadap rang undang-undang itu— Bersikap berkecuali, ertinya kita tidak di sana, tidak di sini. Not here, not there. Tidak kisah. Mana boleh begitu? Kita sebagai Upper House, either we like it or not, kita setuju atau tidak setuju. Hendak berkecuali. Bila sudah berkecuali, tidak payahlah hendak berbahas apa- apa lagi, tetapi bila datang berbahas, ertinya minat itu ada. Tunjuklah minat kita tanpa kita memikirkan perbezaan politik kita. Maruah Dewan Negara ini harus kita pertahankanlah sebagai above all the argument yang kita tengok di Dewan Rakyat.

Semua orang berharap pada Dewan Negara sebab kita pemutus sebelum Yang di- Pertuan Agong. Kita yang hendak memutuskan. Jadi, tentulah kedudukan kita itu sedang diperhatikan oleh rakyat. So, bila kata kita berkecuali, apa yang sebenarnya mesej yang hendak kita sampaikan? Seperti yang disebut oleh Datuk Mujahid tadi. Kalau sudah jadi— manalah tahu kan? Kalau ada orang lain jadi kerajaan, macam mana mereka hendak pandang tentang rang undang-undang ini?

Jadi, kebaikan rang undang-undang telah dibahaskan. Sebab itu kita tidak payah ulangi perbahasan tersebut. Ia memberikan suatu kedudukan yang sewajarnya Parlimen kita ini. Respek orang kepada Parlimen dan harapan mereka kepada urusan-urusan di Parlimen ini akan meningkat. Apabila kita ini diketahui tidak dikawal atau tidak dipengaruhi oleh lain- lain bahagian ataupun pihak di dalam kerajaan. Tiga bahagian, judiciary, kemudian eksekutif dan kita ini sebagai legislature ini. Kita adalah— mempunyai autonomi kita, kita mempunyai keyakinan diri kita dan kita tahu mentadbir diri kita. Inilah peluang kita mengembalikan balik cahaya kehebatan Parlimen pra-1992. Malah, kita boleh meluaskan lagi dan saya yakin tiada undang-undang yang cast in stone, yang kita tidak boleh pinda apabila perlu, Datuk Yang di- Pertua.

final • 4:12 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Jadi, kalau kita memerlukan dua orang Timbalan Speaker, saya rasa antara cadangan yang pertama kita buat bila rang undang-undang ini diluluskan, yang itulah, kerana memikirkan kerja berat, Datuk Timbalan Speaker. Terpaksa memanggil di antara kami untuk mempengerusikan dan banyak lagi yang telah disebutkan. Saya dengan segala rasa suci hati menyokong penuh rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Dr. Hatta, kerana patuh kepada masa.

[Ketawa]

final • 4:12 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ikut law.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Datuk Lim Pay Hen.

final • 4:12 PM

Datuk Lim Pay Hen

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang untuk sama berbahas dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang saya kira cukup bersejarah pada hari ini. Setelah 33 tahun dimansuhkan, akhirnya dengan iltizam politik yang baik oleh Kerajaan Perpaduan, membolehkan RUU ini dikembalikan bagi mengiktiraf prinsip autonomi Parlimen secara rasmi dan seterusnya, menguruskan fungsi pentadbiran secara berasingan daripada sistem perkhidmatan awam.

Prinsip autonomi Parlimen sentiasa diiktiraf secara rasmi dalam peruntukan di bawah Perlembagaan. Bukan sahaja dari Malaysia, malah oleh kebanyakan negara sekalipun, seperti India, New Zealand dan Kanada. Pengiktirafan ini boleh dilihat sama ada diperincikan di dalam satu peruntukan atau beberapa peruntukan lain yang berkait dalam Perlembagaan, di mana secara jelas mengkanunkan autonomi pengasingan kuasa Parlimen.

Saya menyambut baik kehadiran akta ini yang telah ditambah baik berbanding versi asal yang dimansuhkan pada tahun 1992 yang lalu. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang saya ingin dapatkan penjelasan dari kerajaan berhubung akta ini. Pertamanya ialah berkaitan fasal 17, Perkhidmatan Awam. Menerusi RUU ini, difahamkan model hibrid akan diperkenalkan, di mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan terus mengendalikan pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan Parlimen. Manakala, Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) akan mengendalikan pengurusan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini mungkin menimbulkan sedikit kebimbangan tentang mungkin wujud hubungan dua darjat antara pegawai yang menguruskan hal ehwal Parlimen dan pegawai yang menguruskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

final • 6:17 PM

Datuk Lim Pay Hen

Contohnya, adakah para Bentara yang sentiasa berkhidmat kepada semua Ahli Yang Berhormat sepanjang sidang berlangsung akan diletakkan di bawah MPP? Apakah jaminan laluan kerjaya mereka setelah perkhidmatan mereka diletak di bawah MPP?

Bagaimanakah MPP dapat memastikan pengambilan kakitangan serta pegawai bagi pengurusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah bebas dari sebarang pengaruh luar yang boleh mengganggu kelancaran pengurusan di dua-dua Dewan yang mulia ini? Hal ini kerana pengurusan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara memerlukan mereka yang benar- benar berpengalaman dan memahami sepenuhnya selok-belok pengurusan Dewan. Saya berpandangan, dalam urusan melantik para pegawai yang akan berkhidmat di pengurusan kedua-dua Dewan ini, kriteria pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun perlu diberikan keutamaan agar kelancaran Dewan tidak terganggu oleh mereka yang kurang berpengalaman.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya ialah mengenai fasal 6 berkaitan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat. Kedudukan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat ini kita tahu sangat istimewa memandangkan kedudukan

final • 4:20 PM

Datuk Lim Pay Hen

dikanunkan di bawah Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan. Jawatan ini adalah merupakan satu kedudukan terpenting bagi memastikan kelancaran proses perjalanan di dalam Dewan Parlimen yang mulia ini. Saya melihat wujudnya keperluan agar kedudukan jawatan ini bersifat neutral dan tidak dipolitikkan.

Namun, di bawah akta ini kelak, jawatan tersebut dijadikan sebagai terbuka atau open post. Ini menimbulkan sedikit kekhuatiran kepada banyak pihak apabila dilihat seakan membuka ruang terhadap unsur-unsur politik nepotisme dan kronisme. Sedikit lagi. Apakah pandangan serta pendirian kerajaan berhubung kekhuatiran ini? Kemahiran untuk menduduki jawatan ini adalah sangat eksklusif dan tidak semua orang mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat biarpun memiliki segulung sijil tanpa pengalaman yang cukup dalam menguruskan perjalanan kedua- dua Dewan Parlimen ini.

Datuk Yang di-Pertua, benarkan satu minit untuk saya...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh.

final • 4:20 PM

Datuk Lim Pay Hen

Janganlah kerana kita terlalu obses untuk membuka jawatan ini secara terbuka sehingga akhirnya mengganggu kelancaran Dewan yang selama ini kita nikmati hasil kecekapan Tuan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat.

Seterusnya, berkaitan fasal 12 berkaitan dana iaitu kerajaan hendaklah mengadakan dana yang mencukupi bagi Perkhidmatan Parlimen setiap tahun untuk membolehkan MPP melaksanakan fungsi di bawah akta ini. Saya menyambut baik pengautonomian kewangan kepada Parlimen ini yang secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih mutlak dalam menguruskan sumber dengan lebih berkesan tanpa terikat kepada badan eksekutif. Apabila Parlimen sudah mempunyai autonomi kewangannya sendiri, ini sepatutnya lebih memudahkan urusan semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen untuk melaksanakan fungsi asalnya dengan lebih baik.

Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk mendapatkan penjelasan mengenai sejauh manakah pengiktirafan ini dapat memberikan nilai tambah kepada pengurusan Ahli- ahli Senator khususnya jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di bawah Dewan Negara.

Hal ini kerana kebanyakan jawatankuasa mempunyai isu-isu terbangkit yang melibatkan struktur kewangan dan birokrasi sehingga memberi kekangan kepada kita untuk melaksanakan fungsi sebagai Ahli Dewan Negara dengan lebih efisien. Jadi, pada hemat kerajaan, bagaimanakah akta ini secara tidak langsung dapat membantu mereformasi kekuatan kita di Dewan Negara?

Kesimpulannya, saya berpandangan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 ini adalah satu lakaran sejarah yang signifikan kepada kita semua. Setelah pelbagai usaha dilakukan sejak bertahun lamanya, akhirnya kita berpeluang untuk melunaskan satu bentuk reformasi yang kukuh terhadap institusi demokrasi kita. Kita akui akta ini tidak sempurna dan ada kelompangannya tersendiri. Namun, apa yang penting adalah ianya merupakan titik permulaan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih baik. Dengan ini, saya menyokong Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Lim. Datuk Lim, hari ini hari yang terakhir untuk Datuk Lim sebagai Senator.

final • 4:20 PM

Datuk Lim Pay Hen

Ya. Benarkan saya untuk sampaikan sesuatu?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dewan, kalau Datuk Lim tidak lagi— silakan.

final • 4:20 PM

Datuk Lim Pay Hen

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga Parlimen khususnya keluarga

final • 4:20 PM

Datuk Lim Pay Hen

Dewan Negara atas segala bantuan, kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang masa saya berkhidmat sebagai Senator.

Ucapan penghargaan ini khusus saya dedikasikan kepada Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah. Tidak lupa saya juga Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed kerana sentiasa memberi saya peluang untuk saya mencelah. Terima kasih...

[Ketawa] Mungkin kita dari negeri yang samalah, negeri Johor.

[Ketawa] [Dicelah] Bahaya jugalah sedikit.

Terima kasih kepada Setiausaha Dewan Negara, Tuan Muhd Sujairi Abdullah dan seluruh Ahli-ahli Dewan Negara, rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati sekalian. Staf dan ahli Bentara Dewan Negara, berbanyak ucapan terima kasih saya ucapkan untuk segala tunjuk ajar sepanjang tiga tahun yang berada di sini. Sebenarnya sudah masuk tahun keenam, penggal kedua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap daripada pihak saya serta sekiranya terdapat keterlanjuran perbualan atau kata-kata yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja secara saya sedar atau tidak sedar.

Akhir kata, saya mendoakan agar seluruh warga Dewan Negara akan terus cemerlang dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi, mutu dan kecekapan bagi memastikan perkhidmatan Dewan Negara dan Parlimen Malaysia akan dapat terus menabur bakti kepada negara Malaysia yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih*...

[Tepuk]*

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Datuk Lim, sebenarnya Datuk Lim ada dua hari lagi persidangan minggu depan. Tetapi, saya hendak bagi peluang hari ini kerana kita mempunyai masa yang lebih. Jadi, penghormatan kepada Datuk untuk memberikan sedikit sebanyak ucapan penghargaan kepada kita semua Ahli-ahli Dewan Negara.

YB Menteri okey ya, YB Menteri? Tadi saya bagi peluang tidak apa? Kita masih banyak masa lagi. Baik, sekarang ini saya hendak bagi peluang kepada Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad sebagai pembahas yang terakhir. Ambillah masa sebanyak yang boleh, tetapi jangan lebih 10 minit.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya jugalah untuk mencampuri Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

final • 4:29 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Tadi saya terdengar ada Ahli Senator di kalangan kita bercakap, golongan-golongan tertentu tak dilibat uruskan. Akan tetapi bagi saya, itu kenyataan yang cetek, dangkal dan kenyataan yang tak ada value, yang tidak ada bagi saya, standardlah. Ini kerana kita dijemput dengan Yang Berhormat Menteri sendiri untuk datang libat urus untuk bertanya sebarang persoalan tentang rang undang-undang yang bakal dibentangkan kepada kita dan pada masa di Dewan Rakyat.

Jadi, kenapa kita harus timbulkan sekarang? Setelah kegagalan mereka di Dewan Rakyat untuk menyokong rang undang-undang yang sangat sempurna ini. Memanglah perbuatan manusia tidak akan sempurna, tetapi sekurang-kurangnya melahirkan sebuah kebaikan kepada Parlimen kita yang kita sebut akan jadi suatu hari nanti Parlimen yang bertaraf dunia dan antarabangsa.

Jadi, saya tak mahu sebut lagilah benda, content yang ada dalam rang undang- undang ini. Bagi saya, semua dah okey. Cuma yang tak okey itu sikit lagilah, yang tak mahu

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

menyokong itu tidak ada masalah. Tidak ada masalah, terpulang kepada merekalah. Apa yang penting, kita telah berjaya melaksanakan dan meluluskan undang-undang itu pada hari ini. Content-nya Yang Berhormat Menteri, Datuk Yang di-Pertua. Boleh tak saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Senator kita tiga tahun sahaja. Ia termasuk juga dengan rang undang-undang Parlimen. Kadang kita terlupa, Datuk Yang di-Pertua. Kita hanya tiga tahun.

Saya ingin mencadangkan umur perkhidmatan Senator semua dilanjutkan kepada lima tahun.

Sesuai dengan kaedah DUN di negeri-negeri, lima tahun.

Jadi barulah kita ada relevan.

[Tepuk] Relevan di antara kita tiga tahun dan DUN lima tahun. Jadi, baru ada kesempurnaan tamat perkhidmatan, lima tahun itu. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada Datuk Yang di-Pertua, bolehlah kalau Yang Berhormat Menteri tengok macam mana. Tak semestinya ia berlakunya hari ini, esok atau lusa. Tak semestinya akan berlaku, tetapi hari ini kita bercakap bukan untuk kita. Kita bercakap untuk orang-orang, Senator-Senator yang bakal dilantik kemudian hari. Beri peluang supaya ia— Tiga tahun sangat pendek Datuk Yang di-Pertua.

Bagi saya, masuk 2021 sedar-sedar dah habis. Sedar-sedar dah habis. Kata orang tua-tua, tengah sedap, tengah berlari laju tiba-tiba brek. Brek berseruih brek itu, orang Kedah kata, kan. Jadi, saya rasa pertimbangan-pertimbangan ini eloklah— Kita ingin mencadangkan.

Saya rasa Yang Berhormat Senator semua bersetuju kalau kita lanjutkan Senator ini umur tamatnya adalah lima tahun bagi memudahkan juga urusan Parlimen dan urusan kerajaan...

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Datuk Speaker, boleh tambah? Tadi kata ada masa.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Silakan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap. Saya tahu, saya tahu cadangan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Azhar ini memang banyak penyokong dalam Dewan ini. Jadi, silakan.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman

Saya nak menambah. Pelantikan Speaker dengan Timbalan Speaker ini tak semestinya daripada Senator yang dilantik. Dilantik daripada kalangan orang-orang luar yang difikirkan boleh duduk kerusi tersebut. Ini satu cadangan seperti mana Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri. Speaker bukanlah daripada Ahli Dewan Rakyat ataupun Ahli Dewan Negeri. Begitu juga untuk Speaker Dewan Negara dan Timbalan Speaker Dewan Negara bukan di kalangan Ahli-ahli Senator itu sendiri.

Cadangan tambahan. Terima kasih Speaker.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim atas pandangan dan cadangan tersebut. Memang betul kalau kita tengok dalam kuota-kuota yang tertentu, profesional-profesional juga adalah boleh dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mendapat perkenanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kecualilah daripada negeri-negeri dibawa kepada ADUN, tetapi kita di sini, dilantik oleh, dicadangkan oleh— kalau daripada parti, kita dicadangkan oleh Presiden kita kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula membawa nama kita ke perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, tak payahlah kita main wayang. Yang masalahnya, kita main wayang. Kita main wayang banyak sangat. Apa tujuan kita pun kadang-kadang kita tak tahu. Apa tujuan kita berada di sini? Apa tujuan kita berada di Dewan Rakyat? Hanya menggubal undang- undang bagi kesejahteraan negara dan rakyat. Itu tujuan kita, tetapi saya pelik sungguhlah.

Kalau nanti— Ini bulan puasa. Jadi, kenyataan-kenyataan yang sangat luar biasa, kenyataan- kenyataan yang pelik daripada pimpinan-pimpinan khususnya mereka yang tidak bersetuju.

Saya dengar daripada TikTok dan sebagainya, mereka tak dilibat uruskan. Hari ini juga bercakap lagi mereka tak dipanggil sedangkan dalam WhatsApp’s group, semua kita

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

dipanggil untuk berbincang dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dua tiga kali WhatsApp kita untuk hadir. So, apa lagi sebenarnya?

Sebenarnya satu sahaja, Datuk Speaker, hati. Sebenarnya itu hati. Kita main politik kebencian. Kita benci. Kalau kita benci, kita benci orang sebelah sini. Kita bencilah. Apa sahaja yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri kita, yang terbaik memang akan dibenci.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Menteri Reformasi Undang-undang kita, kita rasa yang terbaik, tetapi tetap mendapat tentangan daripada mereka. Bukan kerana tujuan undang- undang itu tidak baik, hanya tujuan menunjuk kepada rakyat jelata bahawa merekalah hero kepada rakyat supaya rakyat menaruh kebencian kepada Kerajaan MADANI ini. Itu sahaja tujuan. Tidak ada tujuan lain.

Kalau kita tengok dalam rang undang-undang ini, semua terbaik. Akan adalah perlanggaran-perlanggaran tertentu satu hari nanti, tetapi kita baikilah daripada semasa ke semasa kerana undang-undang ini kadang-kadang diuji: tested. Belum, belum tahu, tetapi esok bila berlaku on the ground, oh, kita kata ini kesilapan. Kita betulkanlah. Apa masalah?

Itu tujuan libat urus. Dipanggil semua sekali. Betullah, saya bersetuju Yang Berhormat Menteri kata. Kalau nak kata tipu, tipulah. Bohong, bohonglah. Apa masalah? Tidak ada hal, no hal.

No hal. Jadi, saya tak mahu sebut dah rang undang-undang ini, semua yang terbaik. Saya menyokong rang undang-undang ini...

final • 4:30 PM

Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli

Ini Yang Berhormat, sebelum sokong akhir itu, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat. Ada ke ruang dan peluang, lorong ataupun jalan di Dewan ini kalau kita seriuslah, kalau kita sepakat 58 kah ataupun 70 maksimum untuk kita mengemukakan satu Private Member's Bills. Tak tahulah pernah berlaku dalam sejarah di Dewan ini ke atau dibolehkan untuk memanjangkan tempoh khidmat Ahli-ahli Dewan Negara dari tiga tahun kepada lima tahun. Kalau boleh, kita buat.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Saya sangat yakin, saya sangat optimistiklah.

Saya sangat confident, I’m very confident dengan izin, Yang Berhormat Menteri kita ini, dia tahu. Dia tahu. Dia telah menasihatkan kita macam mana cara dia. Nak kena bersetuju...

final • 4:30 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

Cuma nak dapatkan— dengan izin ya.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Eh, semangat pula. Ini dah habis, enam tahun dah habis dah.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Dato’ Kesavadas a/l A. Achyuthan Nair

[Ketawa] No. Private Member's Bills. Boleh kah kita sentuh untuk ubah Constitution? Kalau tak silap saya, it’s only for ordinary bills bukan Constitution. That’s mean Constitution was start from there. Itu sahaja.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Dia— Minta maaflah. Seronok jugalah kita berbahas ini kerana dia menarik. Yang tak boleh pinda ini, yang tak boleh pinda ini kalau bagi orang Islam, Al-Quran, hadis yang sahih. Lain daripada itu, semua boleh adjust. Apa masalah?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Dato’ Kesavadas tak faham.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Hari ini kita, ini, ini. Kita ubah ini. Perlembagaan kita boleh ubah, kan? Akan tetapi Yang Berhormat, ubah itu untuk kebaikan. Bukan ubah kepada keburukan. Ubah kepada kebaikan, kepada kedaulatan kita. Kepada kebijaksanaan kita, kepada negara kita. Tak boleh undang-undang itu statik. Contohnya, undang-undang gali— Masih denda RM2. Ada. Undang-undang lapuk. Undang-undang itu kena diperbaharui.

Kalau Perlembagaan itu sudah tidak masuk dalam masa sekarang ini, kita boleh ubah. Saya bersetujulah pandangan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.

Senator ini patut lima tahun, itu baru terbaik. Datuk Yang di-Pertua Dewan pun bersetuju.

Takkan nak duduk tiga tahun. Tengah-tengah sedap, berhenti.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya kena berkecuali.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Jadi, kebetulan Yang Berhormat Menteri ada di sini. Nanti, saya pasti Yang Berhormat Menteri akan bagi pandangan bagaimana untuk kita sekurang-kurangnya kita bawalah usul ini untuk— Bukan untuk kepentingan kita lagi, tetapi kepentingan masa hadapan.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, tiap yang bermula pasti berakhir. Itu memanglah. Air dalam botol dicucuk dengan jarum, dia pasti menitis. Akhirnya botol itu akan kosong. Itulah kehidupan kita. So, tidak ada masalah juga. Jadi, biasa dalam kehidupan. Itu namanya lumrah sebagai seorang insan. Saya berterima kasih kepada parti saya, presiden saya dan saya berterima kasih kepada kerajaan yang memberi ruang dan peluang kepada saya duduk dalam Dewan ini.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Yakin dan percayalah Dato' Yang di-Pertua, sebesar zarah pun kebaikan kita, barang ditunjuk di Padang Mahsyar nanti. Sekecil zarah perbuatan jahat kita pun pasti ditunjuk juga di Padang Mahsyar nanti. Jadi, kebaikan kita yang berada di sini jangan anggap sia-sia.

Semuanya ada kira-kira, semuanya ada bertulis. Tulisan itu nanti akan ditunjuk kepada kita nanti pada masa yang tertentu kerana ini adalah budi dan jasa kita kepada negara dan bangsa. Jadi, tentulah saya berharap Yang Berhormat Dato’, jauh di sudut hati saya...

final • 4:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Nanti.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Jauh di sudut hati saya, nak meneruskan perkhidmatan, tetapi itu bukan kuasa kita. Jauh di sudut hati semua kita ini. Saya baru bertugas, jadi tentulah harapan itu, tapi harapan itu kena ada satu perkataan, believe. Saya percaya kerana kepercayaan itu yang Datuk Yang di-Pertua, antara takdir dan takbir. Antara takdir dan takbir. Takdir akan mengambil tempat takbir. Jadi, no problem kita relax-lah, tetapi sebagai manusia biasa saya harus berusaha memberitahu sebahagian daripada usaha ikhtiar kita. Keputusan bukan urusan kita, urusan maha yang pencipta kita.

Saya seronok, I am very happy, saya tidak rasa sedih cuma saya rasa sedih meninggalkan Dewan ini sampai bulan Julai mesyuarat semula. Mesyuarat semula. Jadi, kalau pada masa ini takdirnya kita berada, kita beradalah. Kalau tidak kita berada di sini, kita ada di laluan-laluan yang lain, pentas-pentas yang lain, medium-medium yang lain, tetapi nawaitu kita sama. Nawaitu kita ialah berjuang untuk bangsa dan agama tanpa melepaskan agama, bangsa dan raja. Itu kita, itu kita.

Jadi Dato' Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya. Saya tak mahu ucapan bagi habis nanti dibimbangi ada lagi.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Saya pun tak boleh bagi lebih-lebih sangat pasal Menteri dah tengok saya dah.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Jadi, itu sahaja. Sempena hari baik bulan baik, saya pohon maaf kepada semua, Dato' Yang di-Pertua, dua Yang di-Pertua Dewan, semua pegawai-pegawai Dewan, semua Yang Berhormat. Tentulah sebagai manusia, kita pasti ada salah dan silap. Pasti ada salah dan silap. Jadi, salah silap itu kita mohon kemaafan. Semoga kita semua, negara kita dirahmati Allah SWT. Perdana Menteri kita sihat, Timbalan Perdana Menteri kita, semua Menteri-Menteri Kabinet kita happy dan sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Datuk Azhar. Sampai bertemu lagi kita.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad

Insya-Allah.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Menteri sila menjawab.

final • 4:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya, Dato' Yang di-Pertua mengucapkan terima kasih ya kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator yang telah menyertai sesi perbahasan Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Pandangan- pandangan daripada Yang Berhormat yang membahaskan ini, saya mendengar dengan begitu khusyuk.

Senator Datin Hajah Ros Suryati, Dato’ Kesavadas, Dr. Hajah Wan Martina, Dato’ Setia Salehuddin, Tuan Michael Mujah, Dato’ Sivaraj, Datuk Haji Mustafa, Datuk Seri Prof.

Emeritus Dr. Awang, Datuk Ahmad, Datuk Seri Dr. Mujahid, Dato’ Dr. Ahmad Azam, Puan Rita Sarimah, Datuk Wira Ko, Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman, Senator Puan Anna Bell, Datuk Rosni binti Sohar, Senator Tuan Mohd Hasbie, Puan Susan Chemerai, Datuk Nelson, Tuan Pele Peter, Tuan Abun, Tuan Roderick, Tan Sri Datuk Low, Tuan Manolan, Tuan Azhar, Tuan Isaiah, Puan Tew, Tuan Haji Husin, Dato’ Haji Abdul Halim, Datuk Lim dan Datuk Dr. Haji Azhar dan Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta.

Jadi, saya ucap terima kasih lah kepada semua dan saya mendengar banyak pandangan, cadangan, kritikan dan saya ingin menyatakan di sini bahawa saya dapat kumpulkan ya Dato' Yang di-Pertua, lebih kurang adanya enam paksi kepada enam persoalan dan yang saya boleh kumpulkan sebagai tajuk utama dan kita menjawab tertakluk kepada tajuk tersebut.

Pertama, pemberian kuasa autonomi dalam aspek kewangan pada Parlimen Malaysia. Kedua, kedudukan dan pengoperasian Majlis Perkhidmatan Parlimen serta perkara lain berkaitan, isu keanggotaan MPP dan penglibatan Ahli Parlimen Pembangkang, tafsiran anggota Perkhidmatan Parlimen di bawah RUU, rasional di sebalik sistem hibrid diperkenalkan oleh kerajaan, cadangan penubuhan Jawatankuasa antara Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Jadi, sebelum saya jawab saya dengar tadi fasal private member’s bill. Jawapan saya, sebagai mereka yang di Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara, macam-macam private member’s bills boleh dimasukkan, terpulang, tetapi sama ada kerajaan terima atau tidak, maknanya kalau sama ada Speaker terima tidak, itu syarat kemasukan private member’s bills tersebut dari segi inti pati tetapi prosedur dia adalah selalu government business yang kena selesai dahulu dan selalu masalah dengan private member’s bills ialah tak cukup masa sebab adanya isu berkenaan dengan isu government business dengan izin, belum lagi dapat diselesaikan.

Itu sebabnya hari ini ramai yang tegur saya, kata kalau boleh habislah sebelum 5.30 yang saya sebut tadi dan dia kata kalau panjang sangat, kita sambung pada hari Isnin minggu depan, tapi saya jawab kepada Dato Speaker pun, dia telefon saya semalam, saya kata masalah kita masih banyak lagi rang undang-undang kita nak selesaikan pada minggu depan.

Itu sebabnya saya minta maaf dan saya harap dalam masa 45 minit ini, kepada saya jawab dalam masa kurang daripada setengah jam, mungkin ada soalan-soalan, sambil itu kita boleh membuatkan keputusan sama ada undi suara ataupun undi dari segi simple majority sebab ini bukan undi untuk mendapat dua pertiga.

Jadi, saya nak mengatakan memang dalam sebuah private member’s bills itu memang sesuatu yang boleh dimasukkan atas apa-apa perkara sekalipun, itu satu. Nombor dua, berkenaan dengan jangka masa, saya hendak komen. Memang saya dengar banyak kali kita katakan tiga tahun campur tiga tahun ini, kadang agak pelik sebab Parlimen kita lima tahun. Itu sebab saya rasa kita hendak kena tengok ini dalam rumusan seluruh seperti

final • 4:43 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

contohnya kita adanya Akta Lompat Parti dan saya nak sebut kita juga, kerajaan juga perlu membincangkan sama ada perlu ke tidak fixed-term Parlimen.

Sebab kalau kita bercakap tentang fixed-term Parlimen, dia berikat dengan Akta Lompat Parti sebab nak gugurkan kerajaan tak boleh dikacau, sebab yang kita nakkan supaya kerajaan dapat mentadbir, sama juga supaya Senator dapat menjalankan tugas. Itu sebab perkara yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat itu saya dengar, memang dalam terus diskusi dan perbincangan seterusnya. Kalau kita nak buatkan perubahan, perlu ikatan- ikatan yang menjadi satu realistik. Kalau tidak macam inilah. Tiga tahun tak tahu sambung tak sambung, kan? Memanglah kita tak tahu kejap lagi umur kita panjang ke tak panjang ke dan sebagai seterusnya, tetapi tiga tahun itu macam Yang Berhormat cakap Senator betul.

Mula— tengah mula tengah nak seronok itu, tiba-tiba habis, tapi yang saya pun rasa masalah yang sambungan kepada isu yang disebut dari segi jangka masa ialah Parlimen kita tak bersidang 100 ke 120 hari ke, 300 daripada 65 hari itu katakan 200 hari, jadi sekerat jalan itu dengan persidangan berlaku tak berlaku itu, tiba-tiba perkhidmatan itu ditamatkan, fasal jangka masa Parlimen dan seterusnya. Itu yang kita mesti rujuklah dan saya mendengar dan saya pun hendak merespons bahawa ini perlu kita membuat kajian dan membincang perkara ini dan saya akan maklumkan kepada Ketua Majlis ya rintihan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator sekalian.

Jadi, berbalik kepada isu yang ditimbulkan tentang kuasa autonomi aspek kewangan.

Kalau kita bandingkan ya, rang undang-undang yang kita buat ini ada 15 fasal, kita bandingkan dengan akta asal 1963. Akta asal saya yang disebutkan Akta Perkhidmatan Parlimen 8 fasal sahaja. Ini yang original, yang telah ditamatkan riwayatnya pada tahun 1992 tetapi dihidupkan pada tahun 1993. Dalam 8 fasal ini kepada Yang Berhormat Senator, tak ada langsung disebut tentang kewangan. Berbanding dengan kita dalam akta kita, dalam fasal 12 itu kita sebutkan dana. Kerajaan hendaklah, perkataan kita guna, “hendaklah” dan kalau kita tengok dalam bahasa versi bahasa Inggeris, bila kita bercakap tentang “hendaklah” saya ingin sebut di sini ialah kenyataan yang digunakan ialah “shall” bukan perkataan digunakan “may.” Maknanya adalah kewajipan. Yang menjadi masalah kita kadang-kadang, kalau Yang Berhormat kalau pernah tengok tentang isu perbahasan belanjawan tiap tahun ya, bila disebut dalam rangkai kata Parlimen RM700 juta, RM500 juta, banyak orang menganggap, wah banyaknya belanjawan Parlimen. Tetapi jumlah tersebut ialah jumlah pembangunan yang tak disertakan dari segi peratusan yang dapat kita membuat perkiraan ialah perkhidmatan.

Yang kita wujud pada hari ini Yang Berhormat sekalian, tajuk kepada mukadimah kita.

The first mukadimah yang pertama itu ialah, “Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, pentadbiran Parlimen dan perkara lain yang berkaitan.”

final • 4:43 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bererti adalah akta kita yang kita nak luluskan ialah memberi fokus utama kepada services Parliament. Jadi, keputusan yang dibuat oleh kerajaan, saya sebut tadi tahun 1993, 1992, kemudian 2025. Kenapa memakan masa yang begitu lama daripada 1992 hingga tahun 2025 untuk kerajaan boleh membawa rang undang-undang ini? Jawapannya sudah pasti ialah kerana tentangan yang banyak diterima daripada staf-staf Parlimen sendiri. Dalam jumlah staf yang lebih kurang 400 orang, yang kita dapat berkompromi di bawah PM yang ke-10 ini ialah di dalam Dewan ini dan Dewan Rakyat semuanya adalah private services, di luar Dewan itu mereka masih bekerja dengan kerajaan, tetapi di bawah MPP yang kita nak wujudkan ini yang mana Yang Berhormat dah sendiri tengok bentuk MPP itu, perbincangan itu diteruskan.

Itu sebab kita memerlukan jangka masa dua tahun sebab berkemungkinan ialah di luar pun nak kan bebas, tapi setakat ini hanya di bawah Kerajaan MADANI baru kita berjaya berkompromi bahawa dalamnya bebas, luar masih kerajaan. Itu sebab akta ini ialah akta

final • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

berkenaan mereka dalam Dewan iaitu Bentara yang ada, SUDN, SUDR kita dan yang paling penting kita nak kan di dalam bawah MPP ini SUDN kita dan SUDR kita adalah antara yang terbaik kita pilih untuk memberi Perkhidmatan Parlimen.

Bererti mereka tidak terikat dengan kerajaan. Mereka adalah individu yang dilantik yang memberi komitmen kepada Ahli Parlimen, Senator dan juga Dewan Rakyat. Itulah dimaksudkan kebebasan sebab kadang-kadang banyak kita dengar macam mana Yang Berhormat Senator yang berpengalaman tahu kadang-kadang di Dewan Rakyat beberapa private member’s bill kadang-kadang ditolak, kadang-kadang usul juga ditolak.

Ada kadang-kadang isu teknikal dan sebagainya dan mungkin kerana interpretasi oleh SUDR ataupun SUDN. Kemungkinan dengan adanya MPP ini, individu yang bekerja di dalam premis Dewan ini ialah individu yang akan meletakkan keutamaan kepada Ahli-ahli Parlimen iaitu Ahli Senator dan juga Dewan Rakyat. Itu adalah boleh dilihat kepada bidang kuasa yang pertama bercakap tentang perubahan, bebas.

Kedua ialah disebut di dalam fasal 12 iaitu kewangan dan bila kewangan itu dijamin, itulah jalan kepada kebebasan. Saya nak sebut di sini mungkin Yang Berhormat ada tak?

Tidak ada. Mungkin sorang Yang Berhormat wanita satu, yang lain semua dah keluar, dua.

Lagi? Kenapa orang wanita, berkeluarga dan bersuami masih nak bekerja? Autonomi, kebebasan. Betul tak? Takkan nak beli semuanya ada satu saja yang jaga kewangan. Mana- mana ibu ataupun anak ataupun anak menantu seorang wanita you ask any women in Malaysia, semua kalau boleh nak bekerja, mempunyai autonomi kewangan tersendiri sebab mereka merasakan mereka mempunyai kebebasan, bukan kebebasan nak meninggalkan keluarga, tetapi they can decide what they want, dengan izin.

Jadi, itulah sebabnya yang saya kata tadi masa dalam pembentangan rang undang- undang itu saya berkata bahawa ini ialah langkah pertama. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian yang memahami bahawa banyak lagi perubahan yang kita boleh bawa dan banyak lagi perubahan kita mesti bawa sebab kita tahu bahawa kita sudah ketinggalan daripada tahun 1992 kepada tahun 2025 dan kalau kita tidak terima pindaan, maaf, kita tidak menerima kewujudan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 ini, saya tak tahulah Yang Berhormat Senator, sejauh mana dapat kita jamin bahawa perkara ini boleh kita berhadapan sekali lagi.

Saya tak jamin kerajaan yang ada pada masa akan datang akan memberi sebab ramai Senator iaitu Speaker-speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga Menteri Undang-undang sebelum Kerajaan MADANI cuba tetapi tak dapat laksanakan. Ini bukan rancangan hanya daripada Kerajaan MADANI, kerajaan sebelum sudah. Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan kan banyak. Saya pun tak tahu nak sebut...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Banyak nama.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kerajaan PH 1.0, sekarang Kerajaan MADANI.

Sebelum itu Kerajaan PN. Semua cuba. Menteri Undang-undang mereka memang cuba tetapi tak dapat laksanakan kerana tentangan yang paling hebat datang daripada staf-staf Parlimen.

Mereka tidak bersetuju sebab dia kata kalau closed service, mereka tak dapat naik pangkat dan macam contohnya SUDN kita, Jack SUDN, gred dia ialah JUSA C. JUSA C ke JUSA A?

[Dicelah] JUSA C. Dia nak naik JUSA C daripada saya dulu Menteri Undang-undang, daripada itu dia nak naik itu 54 nak naik ke JUSA C punya dunia nak kiamat naik kepada JUSA C.

Dengan ada Perkhidmatan Parlimen sendiri mungkin level dia lebih daripada JUSA A, mungkin tahap pada Hakim Mahkamah Tinggi.

Itu terpulang kepada MPP nak tentukan. Jadi, dia punya kelebihan dan kesempurnaan. Kalau tidak masalah kita ialah dia orang pun tak tahu di mana masa depan mereka sebab dalam apa saat sekalipun, mereka boleh dipindahkan sebab di bawah perkhidmatan awam. Itu sebab autonomi itu diperlukan.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi, Yang Berhormat cakap tentang poin yang kedua ya, saya nak jawab tentang isu yang disebut tentang kedudukan MPP. Saya nak sebut kepada fasal yang sangat penting dalam akta ini, rang undang-undang ini Yang Berhormat sekalian ialah apa yang disebut sebagai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah fasal 10, boleh menubuhkan jawatankuasa.

Di dalam jawatankuasa ini Yang Berhormat, dia bukan hanya terikat kepada satu jawatankuasa sahaja yang mana disebutkan tentang Jawatankuasa Rayuan iaitu fasal 9.

Kemudian kita ada Jawatankuasa Perkhidmatan Tatatertib, fasal 8.

Kemudian kita ada kenaikan pangkat fasal 7— 7, 8, 9, tetapi 10 ini kalau kita tengok fasal 10(1), Parlimen, MPP boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang MPP fikirkan perlu atau sesuai manfaat untuk membantu MPP dalam melaksana fungsinya.

Jadi, fasal 10(1) itu Yang Berhormat Senator, sangat luas. Dia boleh buat segala- galanya. Tadi saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat cakap tentang Parliamentary draftsman, Yang Berhormat Senator Rita sebut. Betul, sekarang ini berhadapan kita di dalam Parlimen ialah Parlimen Malaysia tidak ada drafting division, tidak ada. Dulu kita ada, sekarang tak ada, yang ada bagi Parlimen Malaysia ialah PUU daripada Jabatan Peguam Negara. Itu saja.

Akan tetapi di mana-mana Parlimen di dunia ini, kelebihan Parlimen tersebut dia boleh drafting division sebab tanggungjawab Parlimen ialah membuat undang-undang. Bererti kehebatan sesuatu Parlimen itu ialah undang-undang yang dilaksanakan dan direka, yang digubal. Itu sebabnya kita nak kan supaya antara priority utama Parlimen, pertama mempunyai drafting division mereka sendiri. Dia boleh lantik sesiapa, pakar drafting. Kedua, kita nak kan tanggungjawab Parlimen sebagai oversight body. Apa itu oversight body?

Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh memantau keputusan yang dibuat dan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Hari ini yang kita ada di bawah oversight body yang diwujudkan secara obvious di Dewan Rakyat ialah Parliamentary— Public Accounts Committee (PAC). PAC apa pun memang mempunyai priority sebab dia oversight body, tetapi select committee yang ada di Dewan Rakyat dan juga special committee yang ada di bawah Dewan Rakyat dan juga APPGM di bawah Dewan Negara antara cabaran yang paling utama ialah tidak mempunyai researchers. Theres no researchers di Parlimen Yang Berhormat sekalian.

Maknanya Yang Berhormat sebagai pembuat undang-undang, penggubal undang- undang dan juga Dewan Rakyat tidak mempunyai pakar yang boleh memberi nasihat di dalam select committee yang mana Yang Berhormat duduk. Saya pernah jadi Pengerusi pada Select Committee Wanita dan Kanak-kanak masa sesi kerajaan yang lepas. Semua tak ada kemampuan untuk mengkaji sebab kita tidak ada kebolehan. Kita tidak boleh panggil pakar, tak boleh lantik pensyarah, tak boleh lantik penasihat. Jadi, select committee yang menjadi oversight body seperti PAC dan segala-galanya yang wujud di bawah kita punya Standing Order Dewan Rakyat dan Dewan Negara mempunyai kepincangan.

Masalah utama respons daripada Parlimen bila kita minta jawapannya ialah there is no enough budget, dengan izin. Jadi dengan adanya ini kita berharap di bawah fasal 10, MPP yang dipengerusikan bersama oleh Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara akan menentukan segala tuntutan, permintaan, cadangan yang boleh dilaksanakan dan direkakan oleh Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara terutama sekali ahli-ahli mereka di dalam select committee. Saya sebenarnya ingin menyatakan bahawa tanggungjawab utama Parlimen selain daripada melaksanakan undang-undang, membuat undang-undang ialah oversight committee. Oversight committee ini maknanya dia memantau kerajaan. Itu sebab yang mana Ketua Majlis berucap tadi dia katakan ini adalah pemisahan kuasa. Itu maknanya sebagai oversight body, kita memantau apa yang kerajaan buat.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya ada dengar dua tiga Yang Berhormat sebut bahawa tak selama-lamanya kita dalam kerajaan. Kita mungkin akan jadi pembangkang satu hari dan pembangkang mungkin akan jadi kerajaan. Itu tak ada masalah, itu eksekutif, kuasa majoriti, tetapi Parlimen mesti menjalankan tanggungjawab, menjadi telinga dan mata rakyat. Cara Parlimen nak melaksanakan tanggungjawab, Parlimen mesti mempunyai kebebasan dan kebebasan bermula dengan kewangan. Itu sebenarnya yang kita nak bawa pada hari ini Yang Berhormat.

Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat yang sebut bahawa sepatutnya semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara menyokong sebab yang akan menjadi inheritor of this law, this bill, this act ialah Ahli Parlimen, Senator dan juga Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Kemudian ada Yang Berhormat timbulkan isu berkenaan dengan— gubalan itu saya dah jawab. Berkenaan dengan kenapa jumlah yang disebut dalam MPP itu empat Dewan Rakyat, dua Dewan Negara, kemudian dipengerusikan bersama. Saya rasa tertakluk kepada MPP kalau nak buat pindaan seterusnya. Tidak ada masalah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Betul.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bincanglah dengan sesama MPP sebab yang kita hendak tengok ialah MPP adalah Majlis Perkhidmatan Parlimen yang diwakili oleh Ahli Parlimen untuk Ahli Parlimen kerana Ahli Parlimen. Itu yang kita hendak tengok. Terpulanglah pada Ahli Parlimen sekalian. Akan tetapi kadang-kadang, dalam perbincangan ada mengatakan macam mana kalau situasi satu hari, Dewan Rakyat tidak ada langsung pembangkang? Hendak letak pembangkang di mana kalau tidak ada pembangkang? Akan tetapi respons dia, itu isu lain. Isu dia ialah setakat ini empat Dewan Rakyat, dua Dewan Negara.

Terpulanglah kepada Yang Berhormat, tetapi kalau saya hendak tengok pada akta yang awal tahun 1993 Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator ya, dia sebut Dewan Negara pun, dia katakan Senator, dinamakan oleh Perdana Menteri. Maknanya, Ketua Majlis menyatakan Senator. Ketua Majlis pilih Senator dalam MPP.

Kita pada hari ini, tidak minta Ketua Majlis campur tangan. Maknanya, Perdana Menteri tidak campur tangan. Yang menjadi penentunya ialah mereka berlima. Dua Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara, tiga Timbalan Speaker. Merekalah yang akan menentukan segala-galanya. Maknanya mereka ini lebih berkuasalah daripada Menteri ataupun Perdana Menteri. Jadi, Yang Berhormat ini kena tentukan, yang nak lobby, lobby-lah mereka. Itu maksud saya dalam bahasa yang paling indah...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Macam hendak tolak tanggungjawab ja?

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

[Ketawa] Boleh tolak— maknanya, hendak tambah ke, hendak kurang ke sebab dalam akta asal itu, dia kata Perdana Menteri lantik— tiada. Inilah bos segala bos. Lepas itu, bila hendak sebut tentang Dewan Rakyat pembangkang pun, mereka yang tentukan sebab di dalam fasal kita ini...

final • 5:00 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Datuk Speaker, boleh mohon mencelah sedikit.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sila.

final • 5:00 PM

Datuk Edward Linggu Bukut

Kita begitu tertarik dengan kuasa autonomi ini, tetapi dalam kontrak transition kuasa ini dalam realitinya, kadang-kadang masih ada ini kuasa-kuasa yang kita katakan kuasa-kuasa ghaib atau tangan-tangan ghaib. So, dalam konteks ini, apakah pemikiran ataupun usaha rancangan dalam bill ini atau pun Menteri, supaya yang tangan-tangan yang ghaib ini tidak akan timbul dalam masa proses berkuasa dalam autonomi Parlimen ini. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Senator, hendak bercakap tentang kuasa ghaib dan tangan ghaib itu memang dalam semua aspek, selalu saya hendak

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

komen macam mana ya— bulan puasa. Kita tahu bulan puasa ini selalu hantu tidak ada.

[Ketawa] Syaitan tidak ada, iblis tidak ada. Semua orang cakap. Mungkin Yang Berhormat semua boleh ceritalah. Dr. Hatta lagi pakar. Semua kena ikat, tapi ada orang tanya soalan, habis kalau yang buat jahat dan masih jahat, yang tidak puasa, yang buat segala-galanya itu, siapa yang cocok kalau bukan syaitan, tapi syaitan sudah kena ikat? Apa jawapan dia?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jawapan dia tertakluk kepada diri masing- masing, Yang Berhormat. Kalau kita ini suka didesak oleh kuasa-kuasa ghaib, kuasa ghaiblah.

Kalau kita kata tak nak, tak nak sebab dalam akta ini, penentu segala-galanya adalah lima orang ini. Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Timbalan Speaker Dewan Negara. Terpulanglah kepada mereka. Kalau mereka berlima hendak jadi kuasa ghaib, kuasa ghaiblah. Kalau mereka tidak kuasa ghaib, tapi kuasa ghaib.

Akan tetapi saya hendak komen satu. Saya memang terima satu perkara ialah kedua- dua Speaker akan diundi oleh Ahli Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara. Kalau Ahli Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara mahukan yang diletak sebagai wakil daripada suara kerajaan kerana ramai calon Senator dan Dewan Rakyat adalah calon kerajaan, kerana menang pilihan raya kerajaan, kerajaanlah, tetapi kalau katakan imbangan fifty-fifty ataupun tidak ramai daripada kerajaan dan lebih kepada Kerajaan Perpaduan seperti hari ini, terpulanglah kepada Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ghaib yang mana yang kita hendak? Yang sempurna ke yang tidak sempurna? Sebab dalam perkara ini, saya tengok sebagai orang politik, saya dengar Yang Berhormat semua berbicara, kadang-kadang dalam politik ini kita tidak boleh hendakkan segala-galanyalah tetapi kadang-kadang segala-galanya bukanlah segala-galanya. Sebab kami ini dalam parti UMNO, Yang Berhormat-Yang Berhormat Senator pun tahu, bertahun kami memimpin daripada merdeka, tidak sangka kami boleh kalah, tapi kami kalah, tetapi alhamdulillah, Kerajaan MADANI kami dapat Timbalan Perdana Menteri, dapat Timbalan Speaker, dapat dua tiga, tujuh orang Menteri. Kira, bukan kuasa ghaib, tetapi penentunya manusia merancang, Allah yang menentukan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Alhamdulillah.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi, saya hendak jawab di sini Yang Berhormat ya berkenaan dengan keanggotaan Ahli Parlimen termaktub, saya sudah jawab dan akhir sekali saya rasa saya hendak— tadi Tan Sri Fatmi beritahu saya semuanya sama saja, dia kata, tapi saya kata kenalah tanggungjawab jawab. Nanti dalam Hansard, dari segi sejarah dia kata kita tidak jawab.

Akhir sekali, saya hendak bercakap tentang sistem hibrid dan isu yang disebut sebagai dua tahun. Saya sebut dalam mukadimah saya, saya kata memang kita kata dua tahun, tapi mungkin lagi setahun kalau kita boleh laksanakan dengan cepat. Sebagai anggota pentadbiran daripada Kerajaan MADANI, kita pun tahu bahawa yang terlibat di bawah isu perbelanjaan dari segi autonomi itu memang termasuk kepada Laporan Audit Negara sebab duit rakyat yang akan diserahkan kepada Parlimen. Jadi, sistem audit itu akan berjalanlah.

Tidak adanya pengertian yang berbeza.

Tadi ada Yang Berhormat bertanya soalan tentang apakah yang akan berlaku bila kita tengok kepada kes-kes rasuah katakan. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang di bawah fasal 15— ouster clause, dalam bahasa legal terminologi.

Maknanya, ada ouster clause. What does that mean? Maksud saya ialah kalau orang itu melakukan rasuah, definisi dia melakukan rasuah bukan dengan suci hati. Dia punya exemption bawah fasal 15 kepada MPP tidak boleh disaman dan seterusnya ialah, “Apa-apa yang dilakukan ataupun ingkar dilakukan atau abai dilakukan, dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atau sifat yang sedemikian.”

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Maknanya, yang dia lakukan mendapat legal protection, legal immunity ialah lebih kepada aspek good faith. Itu kalau kita tengok dalam versi bahasa Inggeris, “In respect of any act, neglect or default done or committed by him in good faith in such capacity.” Maknanya, rasuah itu bukan good faith. Jadi, sudah tentu kes rasuah itu akan dilaporkan ya. Saya hendak terang saja. Mungkin Yang Berhormat lebih afdal daripada saya.

Akan tetapi saya hendak terangkan bahawa sebutkan hibrid itu yang saya sebutkan 400 pegawai itu yang di dalam ini saya buat kiraan dia, 82 dalam? 86 di dalam dua-dua Dewan itu. Itu akan jadi fasa pertama. Kemudian tertakluklah kepada yang di luar dan saya juga menerima hakikat bahawa dalam rang undang-undang ini, kita meletak di bawah MPP, Ketua Pentadbir adalah sekretariat. Dia adalah wakil kerajaan. Kenapa dia adalah wakil kerajaan?

Kita ada di dalam MPP ini, KSP dan juga KPPA menduduki tetapi tidak ada kuasa mengundi. Ketua Pentadbir iaitu Ketua Pengarah Parlimenlah ataupun kita panggil dia Ketua Pentadbir akan duduk tetapi tidak ada kuasa mengundi tetapi dia mewakili kerajaan which is dengan izin, adalah selalu yang berlaku dalam situasi dalam aspek kewangan kerana itu adalah kewangan rakyat, kewangan negara.

Saya pun hendak sebut di sini, dah dekat pukul 5.07 petang ini, berkenaan dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Pemilih yang mencadangkan empat Ahli Dewan Negara dan dua Ahli Dewan Rakyat kepada Dewan masing-masing. Dewan akan meluluskan resolusi berkenaan. Saya hendak buat pembetulan. Maknanya, walaupun Speaker dengan Timbalan Speaker, dengan tiga Timbalan Speaker, jumlahnya lima, tetapi nama-nama daripada Ahli Parlimen pembangkang dan juga kerajaan dan juga Dewan Negara akan diserahkan oleh Jawatankuasa Pemilih masing-masing. Maknanya, ia datang daripada jawatankuasa Yang Berhormat sekalian.

Bukan maknanya Yang Berhormat mengundi, tetapi jawatankuasa yang diwujudkan oleh standing order untuk Yang Berhormat pilih, Senator yang mana dan juga untuk Dewan Rakyat memilih Ahli Parlimen kerajaan yang mana, dua orang dan dua orang daripada Ahli Parlimen pembangkang. Maksudnya ialah select committee yang membuat penentuanlah selepas dibincangkan dan select committee ini seperti mana Yang Berhormat tahu di dalam semua kita punya standing order, the implied notion dengan izin, select committee akan diwakili oleh wakil-wakil pembangkang dan juga kerajaan. Tiada langsung select committee itu hanya dipimpin oleh satu parti sahaja, tidak. Dia mesti ada kompromi daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang.

Jadi, dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan seperti yang saya janjikan kepada Speaker, kita habis sebelum 5.30 petang dan seperti yang saya janjikan kepada semua bahawa segala input yang saya tidak dapat beri jawapan secara lisan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Dengan itu, saya memohon sangat-sangat sokongan daripada semua Yang Berhormat supaya kelulusan kepada Akta Perkhidmatan Parlimen ini adalah langkah pertama dan langkah kepada mewujudkan apa yang disebut dengan izin separation of powers dalam negara kita. Dengan itu, saya ingin memohon sokongan. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu penjelasan yang amat jelas dan tepat dan saya rasa kita serahkan kepada Ahli Dewan untuk menentukan bill yang bersejarah ini sama ada diluluskan sebulat suara atau tidak. Saya tidak mencadangkan, tapi saya serah kepada Yang Berhormat semua.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 19 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Tahniah Yang Berhormat Menteri. Satu sejarah telah dibuat pada hari ini.

[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 24 Mac 2025.

final • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.12 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026